Pulau Pinang · 21 November 2022

14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 92 turns · 20,567 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Syerleena Binti Abdul Rashid (Seri Delima), Muhammad Faiz Bin Fadzil (Permatang Pasir), Dr. Afif Bin Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Bin Ibrahim (Sungai Acheh), Zolkifly Bin Md. Lazim (Telok Bahang)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa.

Timbalan Setiausaha Dewan

“Bacaan Doa”.

Setiausaha Dewan

Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita masuk ke sesi soalan lisan, sedikit pengumuman daripada saya. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengambil kesempatan ini untuk kita semua mengalukan-alukan Yang Berhormat Puan Zabidah binti Safar yang telah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang telah pun berkuatkuasa 23 September 2022 yang lalu. Yang Berhormat juga turut menanggung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri buat sementara masa ini. Dan kedua, ingin saya rakamkan juga ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-15 yang lalu. Dan selamat menjalankan tugas dan juga jangan terlupa tanggungjawab anda di dalam Dewan Undangan Negeri juga. Soalan lisan, saya nak jemput, yang ke-12.

Khaliq Mehtab bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua Speaker, soalan Bertam nombor 12. No. 12. Keadaan lalu lintas yang sesak serta tempat meletak kereta yang terhad menjadi masalah kepada rakyat Pulau Pinang dan juga pelancong asing yang datang dari luar Pulau Pinang. (a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya dan tempat letak kenderaan yang terhad ini?

Terima kasih kepada Dato’ Speaker, kepada soalan daripada kawasan dan rakan saya daripada Bertam, Yang Berhormat Khaliq. Thank you very much for the question. Soalan dia penting, keadaan lalulintas yang sesak serta tempat meletak kereta terhad menjadi masalah pada rakyat Pulau Pinang. Apakah kita hendak buat dan tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini. Sebelum saya bermula untuk ucap, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah undi untuk Pakatan Harapan di Pulau Pinang termasuk Ketua Menteri saya. Terima kasih.

Kesesakan jalan raya adalah satu masalah yang besar dan itulah yang kita hendak pastikan jalan raya Putrajaya akan berada dalam tumpuan kita. Betul atau tidak? Dan itulah soalan yang ditanya pada pagi ini dan kita harap kalau kita ada lebih daripada dua kali ganda undi Pakatan Harapan mengapa ada kesesakan jalan raya? Tidak boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat jawab soalan sudah. It’s not the sesi bahas.

Yes, I will. Sorry. Still in the ceramah mood.

Yang di-Pertua (Speaker)

No more. Balik ke Dewan Undangan.

Okay, sorry about that. So coming back to kesesakan yang kita ada, kita ambil berat apa yang sedang berlaku dan kita lihat bahawasanya di Negeri Pulau Pinang sememangnya kita akan ambil tindakan untuk atasi permasalahan ini. Dato’ Speaker. Di mana, kita lihat number kereta adalah terlalu banyak, we understand that. Jadi kita juga perlu pergi ke dan mara ke hadapan dengan melihat kepada kaedah lain untuk bawa rakyat Negeri Pulau Pinang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dan for me, and for the State Government, yang penting kita sedang melihat kepada kaedah seperti LRT dan sebagainya yang akan mengatasi masalah-masalah ini. That is the simple answer to it. Tetapi kita ada selalu banyak kritik daripada bahagian sana tapi tanya soalan ini, perlu ada jawapan dan jawapan itu adalah itulah. Jangan kritik kalau tak mau dengar jawapan. Saya sudahpun nyatakan itu dan saya akan nyatakan pada pagi ini juga. Dan kita, Dato’ Speaker, dalam proses untuk pastikan itu berlaku di Negeri Pulau Pinang. Selain daripada itu, kalau kita lihat, berkenaan tempat letak kereta, of course we understand, we understand tempat letak kereta itu juga sudahpun sampai kepada satu tahap kapasiti dia. Dan kita lihat pada lain-lain tempat. Selalu, tetapi itu short term measure. Kita perlu ada Negeri Pulau Pinang long term measure. Dan itulah apa yang kita sedang buat melalui Ketua Menteri saya. Kita ada pelan dan perancangan jangka masa panjang, bukan jangka masa pendek, bukan jangka masa sederhana, kita ada planning, perancangan jangka masa panjang yang mana kita akan laksanakan. So selain daripada apa yang saya telah nyatakan, kita ada banyak pelaksanaan yang sudahpun dibuat, Dato’ Speaker. Penyelarasan sistem lampu isyarat bagi mewujudkan ‘green wave’, number one. Pelaksanaan kerja-kerja pelebaran jalan, pelanggaran pembelokan ke kanan dan pelaksanaan sistem jalan sehala di kawasan-kawasan tertentu. Of course, as Negeri Pintar, pemasangan CCTV di semua kawasan yang perlu, yang kita akan actually CCTV, for your information Dato’ Speaker, we are going to increase it, be at about 126 at the moment and we will increase it both side, here on the island and also on the mainland…(dengan izin), of course kita perlu juga meningkatkan penguatkuasaan daripada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan dan juga dengan semua agensi lain seperti pihak polis. And I totally agreed with Dato’ Speaker when you made your announcement just now that we must thank all our agencies, kita perlu Dato’ Speaker, untuk beri pengiktirafan kepada semua agensi kita yang telah pun memberi perkhidmatan yang begitu bagus melalui dan mengalami semua masalah yang kita ada, Dato’ Speaker one minute, I just want to thank you. Can I thank you? Let me thank you for thanking them during this period…(dengan izin). Mereka adalah barisan hadapan kita dan mereka perlu diiktirafkan. Dan saya gembira untuk lihat Dato’ Speaker sendiri menyatakan sebegitu rupa pada pagi ini. Thank you very much dan kita ada pelbagai garis panduan juga yang kita sudahpun wujudkan berkenaan tempat letak kereta di MBPP (Majlis

Bandaraya Pulau Pinang dan juga di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan kita juga sedang kerjasama dengan semua syarikat seperti RapidPenang di mana kita sudah pun setakat ini menyediakan perkhidmatan 400 buah bas yang beroperasi di Pulau Pinang dan ini akan kita akan tambah. Dato' Speaker, we will continue with this we will be working on it, kita sedang lihat bagaimana secara berperingkat dan mengikut keperluan penyediaannya akan dibuat dan juga kita ada pelbagai lain sebagai program insentif Bas Mutiara My50 untuk meningkatkan dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan as I said just now penggunaan kenderaan persendirian juga secara untuk menyudahi Dato' Speaker, memberi tambang feri percuma kepada warganegara Malaysia yang menggunakan feri bermula 1 Januari sehingga 31 Disember tahun ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

So, Inilah apalah kita sedang membuat Dato' Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, kalau ada soalan.

Khaliq Mehtab bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Soalan tambahan. Terima kasih Yang berhormat EXCO soalan tambahan saya bercakap mengenai kesesakan lalu lintas. Masalah simpang-simpang tiga yang tiada kemudahan lampu lintas ataupun traffic light…(dengan izin), juga menyumbang kepada masalah ini dan Bertam nak ambil kesempatan untuk mencadangkan ataupun memohon kepada Kerajaan Negeri untuk membuat satu tinjauan ataupun kaji selidik ke atas simpang-simpang tiga di seluruh Pulau Pinang sebagai contoh di Bertam ada dua (2) tempat, Simpang Tiga Pongsu Seribu dan juga Simpang Tiga Jalan 2 disebabkan permohonan seumpama ini telah pun dibangkitkan dan dipanjangkan tapi tiada lagi, belum ada tindakan dan soalan saya adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai pelan supaya masalah ketiadaan lampu isyarat di simpang-simpang tiga ini dapat dibina untuk keselamatan dan keselesaan pengguna-pengguna jalan raya di Pulau Pinang dan dikesempatan ini juga Bertam ingin mengambil untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah keluar mengundi dan memberi kepercayaan kepada Perikatan Nasional, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, soalan, jawapan.

Thank you, terima kasih atas soalan itu sememangnya sepertimana saya sudah jawab tadi keadaan lalu lintas sememangnya kita ambil keperihatinan yang terbesar di negeri Pulau Pinang kerana negeri Pulau Pinang satu negeri yang selalu hendak di jumpa oleh bukan sahaja negara Malaysia tetapi keseluruhan dunia and of course, we look into this issue. So, thank you for that question and those question sememangnya apabila kita lihat kepada isu lalu lintas atau pun lampu isyarat sememangnya adalah satu isu yang selalu kita beri keprihatinan kerana itulah apa yang perlu oleh Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri sememangnya selalu melihat kepada itu. Saya datang kepada suatu isu iaitu yang khusus kepada Bertam, you don’t worry my friend you

let me know and I will be there with you I will hold your hand with all the people in Bertam to ensure keadaan lalu lintas di situ, keadaan trafik di situ akan kita atasi kerana kita di Negeri Pulau Pinang boleh. Thank you very much.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Lalu lintas?

Ya, lalu lintas, terima kasih Dato' Speaker, cuma saya nak tanya sikit tentang perkembangan program atau pun projek mengurangkan kesesakan di kawasan Sungai Dua sebab dah lama dihadapi di Sungai Dua cuma saya hendak pastikan yang ianya dimasukkan dalam handsard sebab isu ini dibangkitkan di kawasan saya. Memang ada cadangan daripada Majlis minta penjelasan kalau tidak boleh pun jawapan bertulis.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih. Saya hendak jemput Yang Berhormat Jawi.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato' Speaker. Soalan saya nombor 13. No. 13. Berapakah jumlah penumpang feri tahunan sebelum dan selepas pembiayaian tambang feri oleh Kerajaan Negeri? (a) Apakah rancangan tambahan Kerajaan Negeri untuk memastikan warga Pulau Pinang baik di Pulau atau Seberang dapat menyeberangi Selat Pulau Pinang dengan senang, selamat dan tidak membebankan?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato' Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Jawi atas soalan beliau. Bagi membantu meringankan beban kos pengangkutan rakyat khususnya semasa pandemik COVID-19 Kerajaan Negeri telah memulakan program pembiayaan tambang feri Pulau Pinang kepada penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia bermula 1 Julai 2021 sehinggalah sekarang dan akhir tahun ini. Berdasarkan statistik jumlah penumpang yang dikemukakan oleh Penang Port Sdn. Bhd. iaitu operator didapati jumlah penumpang adalah semakin meningkat. Perbandingan bagi tempoh enam (6) bulan iaitu bulan Januari 2021 hingga Jun 2021 sebelum pembiayaan dengan Januari 2022 hingga Jun 2022 iaitu selepas pembiayaan didapati terdapat peningkatan pengendalian penumpang sebanyak 218,647 orang. Salinan perbandingan jumlah penumpang feri tahunan sebelum dan selepas pembiayaan tambang feri oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh enam (6) bulan adalah seperti di Lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat.

Yang Berhormat, antara rancangan tambahan Kerajaan Negeri untuk memastikan warga Pulau Pinang baik di Pulau atau Seberang dapat menyeberangi Selat Pulau Pinang dengan senang, selamat dan tidak membebankan adalah dengan menambahbaik perkhidmatan sedia ada dan memastikan perkhidmatan awam berada pada tahap optimum. Berdasarkan semakan dengan pengendali tunggal perkhidmatan feri iaitu Penang Port Sdn BHd (PPSB) pihaknya telah menaik taraf kedua-dua terminal di kawasan Seberang dan juga di bahagian Pulau demi keselesaan penumpang dan selain itu Kerajaan Negeri juga membiayai tambang feri bagi penumpang pejalan kaki bagi menggalakkan lagi pengguna pengangkutan awam untuk berulang-alik di samping menjimatkan kos. Selain menggunakan jalan laut untuk melintasi selat, warga Pulau Pinang turut boleh menggunakan laluan darat iaitu melalui kedua-dua jambatan. Untuk itu Kerajaan Negeri telah menyediakan perkhidmatan seperti berikut untuk kegunaan warga Pulau Pinang iaitu pertamanya, perkhidmatan bas percuma CAT Bridge dan kedua perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST KOMTAR) bagi penjawat awam dan selain daripada itu cadangan pembinaan Penang 3rd Link masih dalam peringkat feasibility study. Terima kasih Yang Berhormat.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih. Soalan saya pada masa kini perkhidmatan feri bot laju masih menggunakan Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) bagi penumpang pejalan kaki. So adakah atau pun bilakah pihak PPC atau PPSB akan menggunakan semula Terminal Weld Quay dan apakah status terkini bagi pembinaan feri baru?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Jawi. Status terkini Terminal Weld Quay adalah dalam proses pembinaan malah saya pun telah menghubungi pihak PPSB dan PPC untuk mengaturkan suatu lawatan tapak dalam masa terdekat tapi berdasarkan kepada maklumat terkini yang saya telah perolehi daripada pihak mereka sepatutnya akan siap dan bermula operasi dalam beberapa bulan yang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih seterusnya saya hendak jemput Yang Berhormat dari Seri Delima, Seri Delima sudah pi angkat sumpah? Oh tak ada, bukan, tidak ada kerajaan lagi. Maka soalan 14 dilangkau. Saya hendak jemput Yang Berhormat Permatang Berangan, sila.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, soalan saya nombor 15. No. 15. Status kerja-kerja penyelenggaraan parit longkang / saliran dan jalan raya sekitar Tasek Gelugor. (a) Senaraikan yang terkini kerja-kerja penyelenggaraan parit longkang dan jalan raya yang telah, sedang dan akan dilakukan dalam sekitar kawasan Tasek Gelugor. (b) Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan risiko banjir terutama di kawasan perkampungan melibatkan parit longkang / saliran?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila. Soalan 15.

Terima kasih Dato' Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Berangan atas soalan yang dikemukakan yang hampir sama dengan apa yang rakan saya telah nyatakan tadi iaitu status kerja penyelenggaraan saliran dan jalan raya di sekitar Tasek Gelugor secara khusus dan saya terus jawab. Dato' Speaker, senarai terkini kerja-kerja penyelenggaraan yang telah, sedang dan akan dilakukan di sekitar kawasan Tasek Gelugor adalah dalam lampiran yang disediakan dan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini dan yang akan diteruskan untuk kurangkan risiko banjir di kawasan perkampungan adalah seperti berikut iaitu menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan, parit dan perangkap sampah di kawasan kampung cara berkala yang berdaftar dalam MARRIS dan juga di semua Pejabat Daerah dan Tanah oleh pihak MBSP dan juga pembersihan secara berkala oleh MBSP di semua parit-parit monsun melalui kawasan-kawasan yang berada di kawasan kampung. Juga di semua hotspot banjir juga kita telah identify dan kenal pasti supaya kita ada satu response team Dato' Speaker, supaya sekiranya berlaku permasalahan sebegitu rupa kita akan tiba dengan secepat mungkin dan penyelenggaraan seperti mana saya nyatakan dan pembaikan semua semua sistem saliran kita di bawah juga bukan sahaja kedua-dua PBT tetapi juga melalui GPS. Kita juga sudah pun melaksanakan satu kajian Dato' Speaker, pelan induk saliran untuk Seberang Perai Utara (SPU) for your information, kita ada satu very-very specific di situ yang sedang kita hendak memuktamadkan dengan secepat mungkin and of course kepada semua pemaju yang baru kita akan pastikan ada pematuhan kepada garis panduan yang kita telah pun wujudkan dan yang terakhir Dato' Speaker, kita juga harap kerajaan baru yang akan tampil akan membantu kita untuk menjawab soalan yang ditanya oleh rakan saya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya rasa ini soalan spesifik.

Terima kasih Dato' Speaker, saya cuma hendak bangkitkan isu tentang banjir yang berlaku di kampung dan juga di taman-taman yang saya rasa mungkin parit yang kecil atau pun tidak ada parit dan tidak ada longkang, longkang yang kecil, longkang di taman itu ada tetapi kecil. Banjir kilat di sini selalu berlaku di taman-taman dan juga di kawasan kampung. Adakah pihak PBT melaksanakan kajian terperinci maksudnya masa masuk pelan merancang pihak PBT melaksanakan kajian yang terperinci yang dibuat oleh konsultan, kadang-kadang konsultan ini buat longkang yang tidak menepati misalnya yang berlaku di Taman Desa Ara Permai sampai malam dekat pilihan raya itu berlaku banjir kilat, sering berlaku lah. Jadi konsultan ini bagi satu cadangan baru mungkin tidak berapa sesuai sebab ia melintasi paip gas sebagai saluran keluar. Jadi adakah pihak PBT melaksanakan kajian semula bila kita masuk pelan merancang dibuat kajian yang terperinci supaya longkang yang dibina tu di kawasan taman khususnya menepati syarat. Yang kedua tentang isu tadi dijawab tentang pembersihan oleh MBSP dan juga MBPP, saya nampak cuma dilakukan di kawasan luar, parit, longkang di luar tepi jalan dan saya rasa saya hendak pastikan jawapan daripada Dato' Keramat. Adakah peruntukan daripada PBT boleh disalurkan juga selain daripada Pejabat Daerah, daripada pihak JPS kawasan tepi sawah, kawasan JKR tepi jalan? Adakah PBT juga menyediakan peruntukan untuk membina saliran parit

yang bersesuaian dari dalam kampung itu keluar ke parit besar sedangkan kawasan kampung itu sendiri terlibat dalam kawasan PBT, kawasan MBSP? Terima kasih.

Terima kasih atas soalan daripada rakan saya Ketua Pembangkang. Terima kasih. Ingin saya nyatakan satu atau dua perkara atas soalan yang dinyatakan tentang first about banjir kilat di kawasan Seberang of course kawasan tertentu yang dinyatakan Dato’ tadi, ingin saya nyatakan banjir selalu berlaku di kawasan Datok Keramat. Semua tahu bukan Pulau Pinang bukan Seberang tetapi seluruh Malaysia. Apabila ada hujan renyai pun akan banjir kilat atau pun banjir besar di Jalan P. Ramlee. Kita semua tahu tetapi apa kita buat? Kita telahpun atasi permasalahan itu dengan pelebaran dan pedalaman dan penaik tarafan sistem perparitan di seluruh Jalan P. Ramlee. I always touch wood I never say this, bersyukur Dato’ Speaker, apabila kita lihat pada bab hujan dalam beberapa hari ini, kita lihat hasil usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Yang melihat kepada kegagalan Kerajaan Pusat yang dahulu mana Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang? Ingin saya tahu…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat jawab soalan saja sudah, kalau tak ada saya nak henti.

I know. Saya akan bagi perspect, you have to get the perspective of your evident. Kita hendak tahu konteks saya cakap apa tu. Kita ada banyak rancangan tebatan banjir yang tidak ditangani Kerajaan Pusat dahulu yang mana kita apabila kita boleh buat kita buat. Kita sedang buat dan kita akan terus buat and that is the answer to you. Kita akan terus lihat kepada kawasan Dato’. No problem. We will be there. Itu tidak adalah satu masalah kerana kita telah buat di sini. Oleh itu, itulah jawapan saya kepada kamu Dato’ kita yang kawan karib saya. I will be there. I will do that for you. We will make sure it is done. Kajian semula of course, it is a very good question that you asked tadi. Kita sedang selalu ada dalam perancangan dan mengkaji apa yang perlu dibuat dan kita akan datang kepada satu garis panduan atau pun like I said earlier we will come to a conclusion as to how we move forward at all areas bukan sahaja di kawasan Dato’ tetapi di seluruh Negeri Pulau Pinang. Kelima-lima daerah kita. Kita sedang lihat bagaimana itu kita boleh kawal. Bagaimana itu kita boleh tangani dan kita akan buat sedemikian rupa. So thank you very much Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Yang Berhormat Penaga. Sila.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 16. No. 16. Berapakah kes SPRM yang disiasat di Pulau Pinang melibatkan EXCO, ADUN dan kakitangan Kerajaan Negeri? (a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap mereka yang masih dalam siasatan? (b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap 919 aduan yang dilaporkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam media?

Y.A.B. Ketua Menteri:

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kawasan Penaga atas soalan nombor 16. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sepanjang tahun 2020 hingga 2022 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak lapan (8) Kertas Siasatan (KS) terhadap individu-individu yang berkenaan. KS tersebut adalah berkaitan dengan kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbuka bagi menerima sebarang siasatan berkaitan jenayah rasuah dan salah guna kuasa melibatkan EXCO, ADUN dan kakitangan Kerajaan Negeri. Sebarang bentuk kesalahan akan disiasat oleh agensi penguatkuasaan dan disabitkan kesalahan oleh pihak pendakwaan. Bagi siasatan yang melibatkan kakitangan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengambil tindakan di bawah Peraturan 44 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 atau Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) Pulau Pinang 1997 bagi tujuan penahanan kerja sekiranya melibatkan prosiding jenayah. Dalam tempoh penahanan kerjanya di bawah peraturan ini, seorang pegawai berhak, melainkan jika dan sehingga penjawat itu digantung kerja atau dibuang kerja, untuk menerima tidak kurang daripada setengah emolumennya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Selain itu, Kerajaan Negeri telah dan akan mengambil tindakan terhadap semua laporan SPRM setelah laporan lengkap diterima daripada SPRM berhubung dengan siasatan mereka dan sekiranya tidak disabitkan kesalahan di peringkat mahkamah, Kerajaan Negeri juga tidak akan menyembunyikan sebarang makluman berkaitan laporan sedemikian. Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 30 September 2022 telah keluarkan kenyataan akhbar secara terbuka bagi menerima sebarang bentuk siasatan berkaitan jenayah rasuah melibatkan penjawat awam di Pulau Pinang. Ianya adalah selari dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti Dan Telus (CAT) yang diamalkan sejak tahun 2008 dan (dengan izin)….no one is above the law. Penjawat awam yang terlibat dengan kes menerima rasuah, menyalah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu perlu disiasat dan didakwa sewajarnya. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta SPRM supaya telus dalam menyatakan bilangan kes yang didakwa di mahkamah dan jumlah penjawat awam yang didapati salah. Kerajaan Negeri meminta ketelusan SPRM bagi memastikan imej Kerajaan Negeri dan penjawat awam di Pulau Pinang tidak tercalar hanya disebabkan jumlah aduan yang diterima sejak tahun 2019. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila.

Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas jawapan yang telah diberi kepada soalan yang saya bangkitkan. Di sini saya melihat kepada aduan-aduan yang telah dilaporkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam media. Kemudian jawapan yang telah diberi bermula daripada tahun 2020 hingga 2022 ada lapan (8) Kertas Siasatan yang telah dibuat ataupun dibuka. Jadi soalan saya, saya melihat kepada isu ini tetap berlaku di Pulau Pinang dan ada kes. Bagaimana usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menambahbaik atas polisi yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri iaitu lah CAT yang disebutkan tadi Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Apakah penambahbaikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan supaya isu ini tidak berbangkit atau pun kerajaan boleh mengatasi masalah isu rasuah yang berlaku di kalangan penjawat awam ataupun kakitangan kerajaan termasuk EXCO dan juga ADUN. Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat Penaga. Semestinya setiap kerajaan ingin melihat bahawa penjawat awam mereka dapat mematuhi segala peraturan dan ianya diadakan audit dalaman, Unit Integriti di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dari semasa ke semasa menjalankan pelbagai kursus, bengkel dan sebagainya supaya penjawat awam dan juga adakalanya ahli-ahli politik, ADUN dan sebagainya dapat tahu agenda yang penting membasmikan rasuah sebab mereka berada di jawatan kerana amanah yang diberikan dan ianya tidak boleh disalah gunakan. Jadi kita memang sentiasa mengambil berat dan melalui audit-audit dan sebagainya, pematuhan di jabatan, dalaman dan luaran haraplah dapat membendung gejala yang tidak sihat ini. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak jemput Sungai Dua.

Terima kasih Dato' Speaker. Soalan saya, soalan 17. No. 17. Dasar Perumahan Negara. (a) Bagaimanakah tawaran Rumah Mampu Milik (RMM) A, B dan C mengikut kaum diputuskan? (b) Adakah dasar Kerajaan Negeri apabila pemaju telah membina RMM C, pemaju tidak perlu membina RMM A dan B? Jika ya, jelaskan. (c) Mengapakah pembinaan rumah di Dream City oleh syarikat konsultan kajian terowong langsung tiada RMM?

Terima kasih kepada Dato’ Speaker, kepada rakan saya daripada Sungai Dua, Dato’ Ketua Pembangkang. Thank you very much for your question very important iaitu berkenaan perumahan negara dan juga of course di sini. Di mana soalan yang penting ditanya iaitu apakah proses tawaran Rumah Mampu Milik atau pun saya kata RMM. Kita ada pelbagai iaitu Kos Rendah (RMM A), kita ada Kos Sederhana Rendah (RMM B) dan juga pelbagai rumah mampu milik yang lain di Pulau Pinang. Dan soalan kedua juga apakah dasar kita apabila pemaju telah bina rumah mampu milik C (RMM C) yang saya sebut tadi sekiranya mereka tidak perlu untuk bina rumah mampu milik A dan B dan juga secara khususnya di Dream City oleh syarikat consultant. Saya akan jawab sekarang Dato’ Speaker dengan izin. So tawaran perumahan mampu milik adalah di Pulau Pinang secara saksama dan adil kepada semua yang diberi perhatian yang begitu serius oleh kita kerana ini adalah begitu penting untuk semua rakyat di Pulau Pinang. Dan untuk makluman semua di Negeri Pulau Pinang pada tarikh 2017 Dato' Speaker, setelah saya jadi EXCO, satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu SPEC iaitu Selection and Process Enhancement Committee yang sekarang dianggotai Dato' Speaker, oleh 15 wakil rakyat untuk memastikan sesiapa yang memohon untuk rumah mampu milik pelbagai jenis daripada bukan sahaja kos rendah, kos sederhana rendah atau pun mampu milik sekarang juga sewa beli akan diberi perhatian yang khusus agar mereka layak. Itu yang terpenting kelayakan mereka yang terpenting dan kita ada satu sahaja di seluruh Malaysia. Di Pulau Pinang sahaja, di mana kita pastikan kelayakan mereka yang ditawarkan perumahan mampu milik. So untuk jawapan kepada kita tadi, kita dalam Rancangan Struktur Negeri kita perlu lihat kepada dokumen itu. Dokumen itu adalah satu dokumen perundangan dan

dalam dokumen itu kita telah menetapkan agihan kuota iaitu untuk mampu milik A, that is low cost Dato’ Speaker, adalah sebanyak 50 peratus kepada kaum Bumiputera dan 35 peratus kepada kaum Cina, Dato’ Speaker dan lain-lain dan 15 peratus kepada India. And then for RMM B which is the Low Medium Cost Dato Speaker…(dengan izin), Kos Sederhana Rendah adalah 30 peratus kaum Melayu,Bumi, Cina dan lain-lain 55 peratus dan India 15 peratus dan ini adalah selaras dasar seperti yang saya nyatakan RSN Negeri Pulau Pinang, Dato’ Speaker and ini sudah pun kita laksanakan dari dulu pun. Tiada masalah, dan ingin saya nyatakan Dato’ Speaker, one very good news. Ada tempat di antara kelima daerah kita yang kita telah selesaikan dimana kita tak ada pemohon yang tidak ada rumah. Sekarang di Pulau Pinang, di beberapa daerah kita ada lebih rumah daripada pemohon. Itulah kejayaan dan apa yang kita telah buat di Negeri Pulau Pinang. Dato’ Speaker saya teruskan. Garis Panduan Penyediaan Rumah Mampu Milik kita yang akan memberi pengecualian Rumah Mampu Milik A dan B dalam zon perumahan am sedia ada. Kita ada garis panduan dan syarat penyediaan RMM A atau B as I said just now, low cost, low medium cost atau pun kombinasi kedua-duanya masih akan dikenakan sekiranya melibatkan perlingkungan semula dan peningkatan density. Saya terus kepada soalan yang terakhir tadi, pembinaan Pangsapuri City Of Dreams by Tetuan Ewein Zenith adalah tertakluk juga kepada garis panduan untuk pangsapuri perkhidmatan di kawasan MBPP yang mana dalam garis panduan itu, ia adalah tidak tertakluk kepada penyediaan kandungan A RMM A atau B dan UKH ataupun Unit Kawalan Harga selain dibina dalam kawasan dibenarkan untuk pangsapuri. Untuk pangsapuri ke perkhidmatan Dato’ Speaker, let me clarify every one. Dia tidak tertakluk kepada syarat-syarat itu. Bukan sahaja untuk projek ini, di seluruh negeri itulah garis panduan kita. Sekiranya nak tanya saya, sekiranya hendak disyaratkan, saya tiada masalah. Tetapi, itulah garis panduan sekarang. Dan kita hendak menggalakkan pemaju untuk membina Rumah Mampu Milik, dan untuk itu perlu ada cross subsidy. Must understand the situation, some developers need to have that cross subsidy, so that they can build affordable housing...(dengan izin), for the people in Penang. Jadi kita sedang melihat selalu tentang isu-isu dalam sektor perumahan, dan kita akan teruskan and I understand your question. But you must understand the differences in one type of pemajuan berbanding dengan yang lain, itu yang penting. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Sungai Dua. Sila.

Soalan tambahan Dato’ Speaker. Berkaitan dengan dasar tadi, dasar yang diputuskan, (dokumen perundangan) berkaitan dengan pecahan kuota mengikut kaum bagi RMM A, B dan C. Ia berasaskan kepada rancangan struktur. Jadi, bagaimanakah dasar dan garis panduan yang merujuk kepada rancangan struktur ini dibuat, sama ada oleh pihak Kerajaan Negeri sahaja ataupun melibatkan Kerajaan Negeri dan juga PlanMalaysia atau pun melibatkan agensi dan jabatan lain dalam kita memutuskan, atau melibatkan Kerajaan Persekutuan dalam pecahan mengikut kaum tadi, yang mana RMM C, saya rasa belum dijelaskan. Mungkin sama dengan B kot. 30%, 55% dan juga 15%. Dan kedua tentang, tentang soalan berkaitan dengan pemaju tidak perlu membina RMM A dan B, mereka membina RMM C saya rasa belum dijawab sepenuhnya. Minta penjelasan sikit lagi. Dan kedua tentang keseimbangan. Kalau kita buat banyak RMM C contohnya, sebahagiannya tidak mampu untuk membeli rumah RMM C, khususnya kepada pihak Bumiputera, Melayu.

Yang saya rasa kalau ditawarkan rumah RMM C dengan gajinya yang agak rendah, mungkin dia tidak mampu. Dia mohon. Dia mohon, tapi ditawarkan RMMC. Baru ni satu kes datang jumpa saya, gajinya cuma RM2,000.00 dan ditawarkan rumah di Science Tech, di Kubang Menerong. Jadi, sudah tentu dia tidak akan mampu untuk membuat pinjaman bank. Awal-awal lagi bank akan reject, tolak dia punya permohonan pinjaman sebab diberikan kepada orang yang gaji cuma RM2,000.00 dan diberikan rumah RMM C. Jadi kaedah macam mana kita nak bagi rumah ni. Adakah kita tengok juga dia punya pendapatan. Saya rasa akan dilihat pendapatan tu sebab penting dan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah?

Projek Dream City 1 dan 2, saya dah faham jelas. Terima kasih tentang pangsapuri perkhidmatan. Maknanya pangsapuri perkhidmatan ini langsung tidak melibatkan rumah mampu milik A dan B, C. Dia cuma buat kos yang harganya mungkin RM1.0juta hingga RM4.0juta. Jadi bagi Dream City, adakah penjualannya nanti melibatkan juga pembeli-pembeli daripada luar untuk tujuan ini, sebab mungkin tempatan tidak mampu nak beli semuanya. Adakah melibatkan pembeli-pembeli warga asing untuk beli di sini? Terima kasih.

Saya nak mula dengan menjawab soalan yang terakhir tadi. Apabila kita lihat kepada sektor perumahan yang kita sebut tadi daripada Dato’ kawan saya, service apartment itu tidak melibatkan penyediaan Rumah Mampu Milik Kos Rendah atau pun Kos Sederhana Rendah. It’s does not, that’s always be in the case. So, itu adalah apa mereka hendak buat. Binalah RM1.0juta you punya rumah, tapi boleh jual? Tak boleh. Itu pasal kita di Negeri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kita pastikan ada rumah mampu milik. Kita sudah capai 140,000 unit pelbagai rumah mampu milik di Negeri Pulau Pinang yang tertinggi di seluruh Malaysia. Tau atau tidak Dato’? Tau atau tidak semua di sini? Dan ini kita akan teruskan, kita ada satu agenda untuk sampai kepada 220,000 unit sedemikian rupa menjelang 2030. Itulah visi Pulau Pinang2030, dan kita akan buat it. We will do it, we, we can. I know we can. I’m very confident. Saya yakin. Dato’ Speaker, I want a just answer satu lagi soalan daripada rakan saya. Rancangan Struktur Negeri, adalah satu perundangan yang perlu kita pasti dipatuhi. Kita tidak boleh lari daripada dia. You cannot run from the law, like many people from the former Federal Government had been running from. So, we will continue to ensure the law is complied with Dato’ Speaker. Thank you. Sorry, one more thing. I just want to say kalau kita lihat kepada apa soalan yang ditanya tadi tentang bagaimana, bagaimana kalau kita boleh sudah pun bantu mereka dengan 140,000 unit pelbagai rumah mampu milik daripada kos rendah kepada kos sederhana rendah kepada pelbagai rumah mampu milik, saya setuju dengan Dato’ tadi, bahawasanya ada yang mungkin tidak bolehpun akses kepada rumah kos rendah. They can’t get a loan. Di Pulau Pinang Dato’ Speaker, kita telah pun bincang dengan Bank Negara Malaysia sudah pun 10 tahun saya jadi EXCO. Tetapi, saya tak dengar begitu sunyi daripada mereka. Deafening silence. Apa yang perlu, mereka perlu beri kelonggaran kepada pembeli rumah mampu milik yang pertama. They have to do that. But that has not been done. That is the reason why we hope for a better future. That is my answer to you. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak jemput Bayan Lepas. Sila.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Assalamualaikum dan selamat pagi Dato’ Speaker, soalan saya nombor 18. No. 18. Apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mempunyai Pelan Pembangunan lnduk (Master Plan) bagi Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas terutamanya kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu? (a) Jika ada, jelaskan dengan terperinci termasuklah: (i) Fasiliti infrastrukur jalan raya; (ii) Kemudahan keselamatan dan kesihatan; (iii) Ekonomi dan perniagaan; dan (iv) Pendidikan dan daya huni.”

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri:

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Lepas atas soalan. Untuk makluman kepada Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri buat masa ini tiada Pelan Pembangunan Induk yang khusus melibatkan Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, terutamanya kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu. Namun perancangan pembangunan Negeri Pulau Pinang yang turut merangkumi DUN Bayan Lepas adalah melalui beberapa pendekatan seperti berikut: (a) Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 yang telah diwartakan pada 24 Oktober 2019. Kawasan pembangunan di bawah RSN Pulau Pinang 2030, terbahagi kepada dua (2) iaitu kawasan keutamaan pembangunan;

(i) KKP1 ianya merupakan kawasan teguh bina sedia ada yang telah mengalami pembangunan termasuk juga kawasan komited yang telah diluluskan untuk pembangunan. Kawasan ini diklasifikasikan sebagai KKP1, untuk memastikan pembangunan berlaku secara sequential approach untuk mengelakkan rebakan yang tidak terkawal. Pembangunan ini boleh dilakukan secara infill dan penumpuan kepada pembangunan brownfield. Jenis pembangunan yang dibenarkan dalam kawasan ini, adalah melibatkan pembangunan jenis perniagaan, perumahan, perindustrian, infrastruktur, utiliti kemudahan awam, kawasan lapang, kuari dan rizab-rizab kerajaan.

(ii) KKP2 atau Kawasan Keutamaan Pembangunan 2, merupakan kawasan yang komited dan kawasan yang berpotensi untuk pembangunan masa hadapan. Jenis-jenis pembangunan yang dibenarkan adalah tertakluk kepada Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan Khas dan mana-mana pelan pembangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. (b) Selain itu Majlis Bandaraya Pulau Pinang, sedang melaksanakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 yang mana kawasan kajian ini turut merangkumi kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu. Terdapat 7

kawasan perancangan yang disenaraikan di dalam Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 yang turut mengambil kira aspek infrastruktur, kemudahan ekonomi dan daya huni seperti berikut:

(i) keutamaan perancangan 1 pusat pekerjaan dan potensi pelaburan;

(ii) keutamaan perancangan (2) untuk projek perumahan dan kejiranan;

(iii) keutamaan perancangan (3) mobiliti dan pengangkutan;

(iv) keutamaan perancangan (4) alam sekitar dan khidmat ekosistem;

(v) keutamaan perancangan (5) risiko bencana;

(vi) keutamaan perancangan (6) warisan dan identiti bandar dan ketujuh; dan

(vii) keutamaan perancangan (7) infrastruktur dan utiliti; (c) Lembaga Perumahan dan Pulau Pinang (LPNPP) melalui Pelan Induk Perancangan Pembangunan (LPNPP) bagi tahun 2021 hingga 2025 yang turut dikenali sebagai RMM Penang telah merencanakan perancangan pemajuan sembilan (9) Projek RMM dan lima (5) Projek Pembaharuan Semula atau Urban Renewell Concept yang bakal menyediakan sejumlah 28,750 unit RMM jenis A, B dan C di seluruh daerah di negeri Pulau Pinang. Secara khusus bagi daerah Barat Daya dan DUN Bayan Lepas terdapat satu projek RMM dan satu projek pembaharuan semula bandar RMM Bukit Gedong dan URC Mahsuri lima (5) point block. LPNPP akan meneruskan kajian bagi tapak perumahan mampu bilik di DUN Bayan Lepas termasuk Teluk Kumbar dan Sungai Batu.

(d) Di samping itu terdapat beberapa projek yang telah dipohon di bawah Rolling Plan 3 (tiga) Rancangan Malaysia ke-12 seperti berikut : (i) Projek naik taraf jalan tunggal dua (2) lorong kepada jalan berkembar empat (4) lorong di Laluan Persekutaan FT006 dari Bayan Lepas ke Teluk Kumbar Pulau Pinang Pakej 2A sambungan Pakej 2B iaitu missing link; (ii) Projek Pan Island Link 1, Fasa 1A; (iii) Menaik taraf jalan tunggal dua lorong dan membina lorong mendaki di laluan Persekutuan 6 dari Teluk Kumbar ke Pekan Genting, Balik Pulau di Bawah Pakej 2C iaitu sambungan Pakej 2B; (iv) Pembinaan pedestrian motor H-bridge di kawasan masjid Kampung Seronok P10 Bayan Lepas, Daerah Barat Daya; (v) Klinik Kesihatan jenis dua (2) Bayan Lepas, gantian Barat Daya dengan 16 unit kuarters kelas F dan G; (vi) Pembinaan padang SK Sungai Batu; (vii) Projek perumahan rakyat PPR Teluk Kumbar Daerah Barat Daya; dan (viii) Cadangan pembinaan sebuah kompleks Pasar Awan di Lot 908 Mukim 9, Jalan Teluk Kumbar Barat Daya Bagi tujuan pembangunan sosio ekonomi, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang membantu seramai 85 orang pengusaha pertanian yang melibatkan kawasan dusun buah-buahan dan kebun sayur-sayuran di kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu. Pihak Jabatan Pertanian Negeri akan terus membantu pengusaha-pengusaha di kawasan tersebut dengan menyediakan infrastruktur ladang seperti jalan ladang, sistem pengairan dan perparitan, jentera, serta input baja, racun serta anak benih pokok durian. Sekian, terima kasih, Dato Speaker.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima Kasih Dato Speaker, terima kasih Y.A.B. Ketua Menteri menjawab soalan saya yang begitu details sekali dengan harapan menjadi kenyataan apa yang telah diperjuangkan, cuma ada beberapa perkara berbangkit yang perlu diberikan perhatian terutama perancangan bagi mengatasi kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh pembangunan di Setia Triangle di kawasan Setia Mutiara Perdana yang mana sekarang ini telah padat penduduk tetapi laluan masuk daripada jalan utama hanya satu sahaja. Jadi sebolehnya saya minta supaya Kerajaan Tempatan mengkaji untuk membina atau membuka satu jalan lagi supaya keselesaan atau pun apabila waktu kecemasan kita dapat jalan alternatif. Begitu jugalah cadangan daripada pemaju PERDA Venture untuk memajukan kawasan di Teluk Bayu untuk membina RMM, apa tu perumahan mampu milik. Apabila kita lihat kesesakan akan berlaku juga kerana unit yang dicadangkan terlalu banyak tetapi jalan keluarnya adalah satu. Jadi saya mohon agar PBT tetapkan syarat supaya ada alternatif lain. Tidak hanya menggunakan jalan di berdekatan Masjid Sungai Batu. Yang kedua, daripada segi pembangunan sosio ekonomi dan pelancongan saya melihat sekarang ini bagi sektor perlancongan terutama di Teluk Bayu dan juga di Tanjung Asam tak ada satu inisiatif dari Kerajaan Negeri untuk menyediakan prasarana asas seperti toilet, surau dan juga astaka di biar begitu sahaja dan apabila penduduk atau pun peniaga ini nak bina mereka punya perniagaan kita buat enforcement tetapi dalam masa yang sama kita tidak menyediakan fasiliti perniagaan sebagai contoh astaka, surau dan sebagainya. Jadi ini antara satu perkara yang perlu dimasukkan dalam perancangan sekarang atau pun masa akan datang supaya kita berlaku adil kepada pengunjung di sana. Yang ketiga, apabila kemajuan masuk di Sungai Batu dan Teluk Kumbar kita berharap Pelan Pertanian itu kita masukan sekali dengan prasarana, fasiliti kita tak nak jadi macam pembangunan di sekitar Bayan Lepas seperti saya maklum sebelum ini. Sebelum ini kita ada pejabat pos, kita ada bank tetapi bila di buat jalan dan sebagainya benda itu hilang. So Bayan Lepas ni tak ada fasiliti walaupun desakan daripada penduduk di Teluk Kumbar, Sungai Batu, Teluk Kumbar nak kan pejabat pos, bank tetapi kalau kita dapat ataupun dalam perancangan, kita pemaju yang merancang atau sebagainya kita melobi mereka agar membuka fasiliti-fasiliti kemudahan masyarakat ini. Terima Kasih.

Y.A.B Ketua Menteri:

Terima Kasih kepada Yang Berhormat Bayan Lepas atas soalan-soalan tambahan. Untuk perkara pertama, kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi yang dsebutkan adalah ditegaskan di sini bahawa Pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri sudah memutuskan bahawa untuk sebarang permohonan Kebenaran Merancang ianya perlu disertakan dengan terdahulu satu kajian impak trafik di kawasan cadangan pembangunan dan kajian ini juga perlu mencadangkan kaedah-kaedah atau projek-projek yang dapat menangani trafik yang dijanakan oleh pembangunan yang dicadangkan itu. Jadi sememangnya satu aduan yang kita terima sekarang dari pihak pemaju adalah TIA ini memerlukan masa yang panjang untuk dilakukakn dan syarat pematuhan pun satu cabaran yang kadang kala menyebabkan mereka tidak dapat melanjutkan cadangan pembangunan itu. Itu menunjukkan kita amat prihatin terhadap penjanaan trafik daripada mana-mana yang seharusnya ditangani supaya mengelakkan masalah yang akan timbul apabila projek-projek siap kelak. Bagi perkara kedua saya amat setuju dengan cadangan Yang Berhormat mungkin pihak Kerajaan Negeri mahu pun Majlis Bandaraya dan Pejabat Daerah yang terlibat dalam pembangunan isu sosio ekonomi di akar umbi itulah penting setelah berada di Batu Kawan dua (2) minggu saya pun mula faham bottom up approach bukan top down approach yang selalu kita berada di KOMTAR kita mengamalkan top down approach melihat pembangunan dari kaca yang berlainan berbanding apa yang berlaku di lapangan. Jadi kita berharap melalui bottom up approach ini keperluan-keperluan di akar umbi dapat dimasukkan di dalam perancangan Pihak

Berkuasa Negeri, Tempatan mahupun Pejabat Daerah supaya kes-kes seperti yang di…(gangguan), mengapa sokong ya?. Kes-kes yang disebut oleh Yang Berhormat saya pun ada melawat semasa jelajah ke tempat itu melihat ada keperluan infrastruktur yang basic bukan kita nak minta infrastruktur yang canggih-canggih ya, juta-juta tidak tetapi sekadar untuk membolehkan peniaga tempatan dapat atau pun pengunjung dapat keselesaan, kemudahan asas. Saya harap ini akan dapat di ambil tindakan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan agensi– agensi berkaitan. Let us brought to bottom up approach untuk membawa manfaat kepada komuniti setempat.

Ketiga adalah berkaitan kadang kala pembangunan akan melibatkan penempatan semula kemudahan-kemudahan yang ada yang sedia ada tetapi setelah terlaksanaan projek maka ianya tidak diganti. Jadi bagi pejabat pos, bank dan sebagainya kita harap agensi berkaitan juga melihat tentang keperluan di kawasan-kawasan tertentu itu. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terim Kasih. Saya hendak menjemput Yang Berhormat Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Dato Speaker. Soalan saya soalan sembilan belas (19). No. 19. Negeri ini kekurangan pusat seni persembahan yang bertaraf antarabangsa sejak PenangPac ditutup. (a) Senaraikan pusat persembahan teater sedia ada di Pulau Pinang dan harga sewanya. (b) Adakah Kerajaan Negeri akan mebina tempat persembahan bersaiz kecil dan sederhana (300 orang) pada masa hadapan?

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih. Soalan ke 19 daripada Ahli Kawasan Berapit. Untuk menjawab soalan ke 19 (a). Berikut merupakan senarai pusat persembahan teater sedia ada dan sering digunakan di negeri Pulau Pinang dan kadar sewanya. (i) Dewan Sri Pinang kadar sewa RM2000.00, empat (4) jam pertama dan, RM180.00 bagi jam berikutnya. (ii) Auditorium A, KOMTAR kadar sewanya RM1000.00 untuk empat (4) jam pertama dan RM 125.00 bagi jam berikutnya. (iii) MBPP Town Hall yang sedang dalam renovasi kadar akan ditetapkan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh MBPP. (iv) Dewan Budaya, USM kadar sewanya RM1400.00 bagi tiga (3) jam yang pertama dan RM400.00 bagi jam berikutnya. (v) iBox Theatre kadar sewanya RM700.00 sehari bagi dan RM900.00 sehari bagi dua (2) persembahan. (vi) Loftza 29 kadar sewanya RM1000.00 sehari. Selain daripada itu masih terdapat tempat-tempat persembahan swasta seperti Spice Convention Center, Seberang Prai Arena Convention Center dan sebagainya boleh digunakan berdasarkan keperluan dan permintaan pada masa tersebut dan bagi soalan ke 19 (b) buat masa kini cadangan untuk membina tempat khusus bagi aktiviti-aktiviti persembahan akan dipertimbangkan mengikut keperluan dan kesesuaian. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan saya nak menjemput Yang Berkhidmat Air Putih tak ada, soalan dilangkau dan seterusnya Yang Berhormat Bukit Tengah, sila.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato Speaker, soalan saya soalan 21. No.21. Nyatakan siap sedia terperinci Kerajaan Negeri untuk menghadapi banjir hujung tahun ini bagi negeri ini khususnya di Bukit Tengah, terima kasih.

Phe Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Dato’ Speaker, saya meminta izin Dato Speaker untuk menjawab soalan 21, ya kesiapsiagaan di negeri Pulau Pinang memang kita mengikut dan dipanjangkan kepada NGO-NGO dan agensi-agensi yang lain. Pelbagai langkah kesiapsiagaan telah diambil oleh Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah bagi menghadapi banjir hujung tahun ini. Di antaranya adalah pendedahan langsung di kawasan setempat di kawasan hotspot banjir supaya sentiasa bersedia dengan amaran banjir. Jabatan terus melalui Jabatan Penerangan ke lokasi hotspot banjir, tiga kakitangan Pejabat Daerah Tanah SPT dilantik sebagai Focal Person Pengurusan Bencana bagi mengerakkan lagi jaringan kerjasama di antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, mewujudkan group WhatsApp Bencana Daerah bagi menghubungkan semua agensi daerah yang terlibat dengan bencana. Sebarang maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan cepat. Peruntukan khas pembelian aset serta bekalan pengurusan bencana bagi pembelian jaket keselamatan, generator, portable spotlight, water jet dan chainsaw dan lain-lain lagi telah siap disediakan. Daerah Seberang Perai Tengah telah menerima 500 unit C-Tent pada 17 Ogos 2022 sebagai langkah siapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana. MBSP ditugaskan untuk melaksanakan pembersihan parit, longkang, saliran serta sungai-sungai bagi memastikan tidak masalah tersumbat berlaku ketika banjir. MBSP juga diminta untuk memotong dahan pokok-pokok di tepi jalan supaya tidak jatuh atau tumbang di dalam longkang-longkang ketika air sedang hujan lebat berlaku. Pemantauan berkala di Pusat Pemindahan Sementara PPS bagi memastikan PPS berada dalam keadaan baik dan boleh dibuka ketika diperlukan. Pembaikan PPS juga telah ditawarkan kepada semua PPS Daerah SPT dan JPS di minta menukar speaker siren amaran banjir yang sudah lama di beberapa lokasi hotspot banjir bagi memastikan siren amaran dapat berfungsi dengan baik ketika paras air naik di kawasan hotspot. Terdapat 9 siren amaran di 9 lokasi hotspot banjir Daerah SPT. Pada masa kini saya amat puas hati bahawanya dua minggu yang lalu di mana ada banjir di SPT, semua di Pejabat Daerah SPT berfungsi dengan baik dan semua peralatan juga disiap siagakan, sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan saya nak jemput, ya sila.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan dan saya ingin terlebih dahulu merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan khususnya Pejabat Daerah, Bomba, Polis dan juga JKM yang telah pun membantu dalam banjir yang berlaku pada 11 November lalu dengan adanya tindakan yang segera dan juga penubuhan pusat penempatan di Sekolah True Light di

kawasan saya apabila hampir 200 lebih orang terpaksa berpindah kepada Pusat Penempatan apabila banjir berlaku di Taman Mangga dan Taman Setul Jaya. Soalan saya adalah berkenaan dengan Tabung Bencana TYT, saya ingin bertanya fungsi tabung tersebut dalam apabila berlakunya bencana di mana kita melihat sekarang ini hampir 100 rumah terlibat dan harta mereka telah pun menjadi rosak. Jadi apakah saya difahamkan buat sekarang ini Tabung Bencana hanya cover situasi seperti rumah di rosak akibat daripada ribut atau pun ya ributlah sama ada soalan saya, adakah kerajaan akan yang pertama meluaskan bantuan yang disalurkan menerusi Tabung TYT kepada mangsa-mangsa banjir dan juga adakah berapa jumlahkah dalam Tabung TYT untuk membolehkan Pejabat Daerah dalam keadaan-keadaan bencana yang akan berlaku pada bila-bila masa secara tiba-tiba. How much do they have and what can they do with money? Adakah kerajaan akan meningkatkan jumlah ini? Terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, terima kasih bahawa amat penting banjir dan banjir kilat mesti difahamkan. Yang kedua pada kini untuk banjir-banjir tabung ini akan datang dari NADMA dimana kita akan membantu. Jika bencana selain macam rumah yang jatuh dan lain-lain yang macam ada satu di mana dia punya bumbung semua collapse, saya ucapkan terima kasih kepada ADUN khasnya ADUN daripada Machang Bubuk dan Steven Sim mereka dalam 24 jam sudah selesai dengan bantu Ahli Yang Berhormat Datok Keramat dimana mereka masuk rumah bencana dengan segera dan ada satu yang lain untuk tambahan Tabung TYT kita memang hanya dihadkan pada 10% kerosakan dan tidak melebihi RM5,000 untuk banjir memang akan diuruskan oleh NADMA dan saya tidak ada angka-angka atau jumlah berapa di tabung untuk mereka digunakan juga ahli Yang Berhormat juga kena faham bahawa hanya sesiapa yang memang pindah kepada PPS Pusat Pemindahan Sementara hanya diberikan pertimbangan, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan saya nak jemput Yang Berhormat Bagan Dalam.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Musim World Cup soalan saya nombor 22. No. 22. Berapakah peruntukan yang telah disalurkan untuk pasukan Penang FC oleh Kerajaan Negeri sepanjang kempen Malaysian Super League? (a) Berapakah pemain skuad bola sepak SUKMA 2022 yang akan diserap masuk ke dalam pasukan Penang FC?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Dalam. Saya menjawab kepada soalan nombor 22. Peruntukan yang disalurkan kepada Penang Football Club (PFC) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM 8.0 juta untuk kempen Malaysian Super League. Untuk soalan (a) jumlah pemain Skuad Bola Sepak SUKMA 2022 yang akan diserap masuk ke dalam pasukan Penang FC adalah seperti berikut: dua (2) orang pemain SUKMA akan diserap ke dalam pasukan Liga Super dan 11 orang pemain SUKMA akan diserap ke dalam pasukan Liga Simpanan.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bagan Jermal jiran saya kerana menjawab soalan tadi. Dato’ Yang di-Pertua, tanpa adanya financial fair play dalam sukan bola sepak di Malaysia ini, bola sepak kita telah mula jadi boring dengan satu pasukan sahaja yang dominasi dengan keadaan kewangan yang begitu kukuh kalau kita mahu kekal relevan dalam Malaysian Football, kita perlu pilih jurulatih dan juga pemain dengan begitu cermat sekali dan apa yang kita lihat kelab bolasepak yang berumur 102 tahun ini Pulau Pinang telah menghabiskan kempen Super League 2022 di tangga tercorot nasib baik tahun ini tidak ada regulation kalau tak kita dah keluar. Soalan saya adalah atas dasar apakah coach Zainal Abidin sebelum ini telah dipilih walaupun beliau adalah orang yang sama yang bawa Pulau Pinang keluar dari Super League ke Premier League pada musim 2017, 2018 dan kenapa beliau dikekalkan begitu lama walaupun prestasi Penang FC begitu teruk dan saya harap kerajaan atau Penang FC pengurusan akan dengar suara penyokong. Kita ada Penang Brotherhood, Penang Ultras, Utras Penang dengar kepada suara-suara mereka. Bila nampak ada prestasi kita tercorot ambillah tindakan contohilah Chelsea bila kalah 2 - 3 game terus kena pecat Thomas Tuchel. So saya minta saya nak tanya atas apa dasar apakah Zainal Abidin dipilih walaupun prestasinya Penang begitu teruk dan kenapa dia dikekalkan begitu lama walaupun prestasi Penang FC telah menjadi teruk itu soalan Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada rakan saya Bagan Dalam yang memberikan soalan tambahan, saya menjawab Dato’ Speaker. Sebenarnya jurulatih yang kita pilih adalah diserahkan kepada satu jawatankuasa panel pemilihan dan kita juga ada menandatangani perjanjian. Maka dari segi perjanjian memang kita juga mengharapkan bahawa lantikan jurulatih yang baru contoh jurulatih Zainal kita juga harap beliau dapat membantu supaya pasukan Penang FC dapatlah memenangi game-game yang seterusnya. Memang kita juga ada menyatukan perbincangan bersama beliau masa selepas beberapa game yang telah pun kita kalah tetapi kita juga ada memberikan peluang kepada beliau untuk memperbaiki kerana beliau berpendapat bahawa boleh untuk memperbaiki lagi team kita supaya boleh menang dan untuk musim ini memang kita telah pun menjalankan satu post-mortem pada awal bulan Oktober dan kita terima kasih daripada beberapa pihak untuk lantikan musim baru masih belum bermesyuarat untuk lantikan coach dan juga player akan datang. Saya bersetuju bahawa semasa kita nak lantik player atau pun coach kita kena berhati-hati dan juga mendengar pandangan-pandangan dari beberapa pihak termasuklah technical coach, fitness coach kerana kita percaya memilihkan pemain atau pun coach bukan saja dari segi pengalaman atau pun pencapaian yang pernah beliau capai tetapi juga dari segi kesesuaian dan juga terutama fitness untuk player kita. Jika player kita tidak dapat mengurus dari segi fitness tersebut dengan izin Dato’ Speaker, maka masa kita turunkan mereka untuk main mereka tidak dapatlah perform dengan baik terima kasih Dato’ Speaker.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Satu lagi soalan tambahan Dato’ Speaker, terima kasih. Saya nak tanya EXCO Bagan Jermal, kenapa team-team yang kecil yang membelanjakan kurang daripada kita seperti PJ City boleh menunjukkan prestasi yang begitu baik dan Penang FC walaupun disokong daripada jawapan Yang Berhormat sendiri kita Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaburkan RM8.0 juta dan kenapa prestasi kita telah terbantut dan juga tadi Yang Berhormat telah nyatakan dua orang pemain akan diserap ke dalam skuad Super League dan kita nampak prestasi skuad SUKMA itu begitu memberangsangkan dan kenapa tidak lebih ramai yang diserap ke dalam skuad utama kita daripada bergantung kepada pemain-pemain yang mengambil gaji yang lebih tetapi tidak memberikan prestasi yang baik untuk pasukan kita, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Dato’ Speaker, saya menjawab soalan tambahan daripada rakan saya Bagan Dalam. Memang saya setuju apa yang kita dapat lihat dari segi reform dan juga sport development yang kita jalankan semasa saya memegang EXCO mulai tahun 2018 untuk pasukan SUKMA iaitu pasukan belia dan juga pasukan presiden kerana kita sudah 20 tahun tidak dapat masuk final untuk pasukan SUKMA dan kita memulakan pada tahun 2018 dan 2019, kita telah menyerap banyak bakat-bakat baru yang muda dan kita jadikan mereka untuk pasukan presiden dan juga pasukan belia supaya kita dapat mencapai sesuatu maka akhirnya kita dapat mencapai tempat kedua dan kita menyerap cuma untuk dua untuk Super League kerana adalah beberapa sebab kajian yang mungkin mereka belum capai lagi tahap dan bagi mereka adalah pemain yang berpotensi maka yang 13 itu kita maintain mereka dalam liga … supaya saya harap tahun 2023 tahun 2024 atau pun 2025 mereka dapatlah menjadi pemain daripada skuad Super League dan terus kita dapat melihatkan bahawa bakat-bakat daripada anak Penang yang kita telah menyerap dan mereka menangi SUKMA untuk tahun 2022 dapat menjadi player untuk Super League untuk dua (2) tahun akan datang ini. Ini adalah satu perancangan pembangunan untuk bola sepak kerana untuk sukan saya harus maklumkan di sini bukan sehari atau setahun dua tahun kita dapat lihat prestasi atau pun pencapaian tetapi kita harus menjalankan pembangunan terutamanya saya yang telah melancarkan sport for all. Saya rasa semua ada yang terlibat atau mengambil bahagian dalam sport for all ini mereka faham mengapa kita menjalankan sukan untuk semua untuk klinik-klinik sukan termasuk untuk akademik-akademik dan menyerap lebih banyak peminat-peminat untuk sukan dan bakat-bakat ke dalam bidang ini sekian terima kasih.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Malam ini England menang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ingat. Ingat hari ini World Cup 2022 sudah mula isu bola boleh dapat sambutan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Malam ini England menang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Mana tau cuma seorang sahaja Bagan Dalam ja yang tanya bola maka dengan itu Ahli-Ahli Yang Berhormat saya tamatkan sesi soalan lisan 1 jam 30 minit selaras dengan sub peraturan 26(7) peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sila Yang Berhormat.

Y.A.B Ketua Menteri: Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-Ahli yang bertanya dan akan dimasukkan di dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih

Setiausaha Dewan

5(a), Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebelum ini, Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang minum dekat dewan makan sila masuk untuk kita bersama-sama mendengar ucapan bajet dan menghormati ucapan bajet juga. Sila.

Y.A.B Ketua Menteri: Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang bernama suatu enakmen bagi mengunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan bagi kali yang pertama.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen bagi mengunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang pertama.

Y.A.B Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua, mengikut Peraturan 59, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya mencadangkan bacaan kali yang kedua rang undang-undang ini diteruskan dengan serta merta.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Pembekalan Tahun 2023 bacaan kali yang kedua.

Y.A.B Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Rndang-Rndang yang bertajuk suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali kedua sekarang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh.

Y.A.B Ketua Menteri: Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada tuhan..(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Perlu sokong dulu, sila sorry tak perlu.

Y.A.B Ketua Menteri: Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada tuhan kerana masih diberi peluang untuk membentangkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang kepada Dewan Yang Mulia ini. Perbentangan kali ini merupakan bajet kelima saya semenjak memegang amanat selaku Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2018. Kerajaan Negeri akan terus mengemudi negeri melalui perancangan serta pelaksanaan yang rapi untuk mencapai visi Penang 2030 Negeri Pintar Dan Hijau Berteraskan Keluarga, Inspirasi Negara. Kerajaan Negeri akan terus mengambil tindakan bagi memulihkan sektor ekonomi agar pembangunan negeri dapat bergerak dengan pantas dan bertambah rancak. Kedudukan Semasa Ekonomi Negeri Pulau Pinang. Pada tahun 2021 ekonomi Pulau Pinang telah mencapai kadar pertumbuhan tertinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia iaitu pada kadar 6.8 peratus dengan sumbangannya kepada keluaran dalam negeri kasar atau KDNK negara meningkat kepada 7.1 peratus. Kadar ini lebih tinggi daripada tahap pra-pandemik iaitu 6.6 peratus pada tahun 2019, pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh pertumbuhan kukuh dan masing-masing pada kadar 12.4 peratus dan 12.9 peratus. Keluaran pembuatan atau manufacturing output berkembang dengan ketara kepada 47.3 peratus pada tahun 2021 daripada 42.8 peratus pada tahun 2019.

Sektor pembuatan merupakan sektor yang penting dalam produk dengan produk elektrik dan elektronik (E&E) yang membentuk 33.6 peratus daripada KDNK Pulau Pinang dan ia merupakan penyumbang terbesar KDNK Negeri sebagai negeri pembuatan kedua terbesar dalam negara, iklim pelaburan di Pulau Pinang kekal teguh asas perindustrian yang kukuh adalah faktor penarik bagi aliran masuk pelaburan yang berterusan. Prestasi tahun 2021 telah menunjukkan rekod baharu dalam pelaburan modal pembuatan yang telah diluluskan yang turut disokong oleh konflik perdagangan Amerika Syarikat dan China dan nilai mata wang ringgit yang lemah. Bagi separuh tahun pertama tahun 2022, Pulau Pinang mencatatkan RM7.85 billion pelaburan modal pembuatan berbanding RM1.94 billion bagi tempoh yang sama pada tahun 2021. Sektor perkhidmatan menyusut kepada 47.4 peratus pada 2021 berbanding 51.4 peratus pada tahun 2019 dengan perdagangan borong dan runcit makanan dan minuman serta penginapan menguncup sebanyak 1.7 peratus pada 2021. Walau bagaimanapun sektor ini diramalkan pulih dengan mendadak pada tahun 2023 diperkukuhan oleh pertumbuhan pesat aktiviti pelancongan dalam tempoh 6 bulan yang lalu, di peringkat nasional, jualan perdagangan mencatatkan pertumbuhan kukuh iaitu 26.3 peratus bagi suku tahun kedua 2022 manakala perbelanjaan runcit perdagangan borong jualan kenderaan bermotor merekodkan kadar pertumbuhan dua digit. Pemulihan ini bukan sahaja disumbangkan oleh pelancong domestik tetapi juga pelawat antarabangsa khususnya dari Singapura dan Indonesia. Pada suku tahun kedua 2022 Pulau Pinang merekodkan dua kali ganda penumpang yang dikendalikan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berbanding suku pertama tahun ini. Sektor pembinaan terus berkembang pesat dengan didorong oleh pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi Pulau Pinang, subsektor ini membentuk 78.3 peratus daripada jumlah nilai kerja yang dilakukan di Pulau Pinang setakat suku tahun kedua 2022 diikuti oleh aktiviti kejuteraan awam dan perdagangan khas. Sementara itu keluaran daripada sektor pertanian mengalami sedikit penyusutan sebanyak 2.4 peratus pada tahun 2021 disebabkan oleh pengeluaran yang lebih rendah kerana kekurangan buruh dan kenaikan kos input yang lain. Walau bagaimanapun, Pulau Pinang terus mengekalkan purata hasil padi tertinggi di negara ini, Pulau Pinang mempunyai pengeluaran akuakultur ketiga terbesar selepas Sabah dan Perak dan terus menduduki tempat kedua terbesar dalam jumlah nilai borong selepas Perak menunjukkan bahawa Pulau Pinang terus mengeluarkan produk akuakultur bernilai tinggi. Dari segi perdagangan antarabangsa Pulau Pinang terus jadi penyumbang terpenting kepada perdagangan Malaysia. Kedua-dua eksport dan import meningkat pada kadar dua digit pada separuh tahun 2022.

Dato’ Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, Negeri Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 33.2 peratus daripada nilai eskport negara setakat September tahun ini, momentum pertumbuhan import yang berterusan berkemungkinan dirangsang oleh kesan nilai mata wang ringgit yang semakin lemah. Import ini sebahagian besarnya adalah barangan perantaraan yang diperlukan untuk menyokongkan industri berorentasikan eskport, di samping itu nisbah perdagangan kepada KDNK Pulau Pinang berkembang menunjukkan keterbukaan negeri kepada perdagangan antarabangsa dan mendapat manfaat daripada ketegangan perdagangan Amerika Syarikat dengan China, dari segi produk jentera dan kelengkapan pengangkutan adalah produk eksport teratas ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh industri sederhana dan berteknologi tinggi seperti automasi, aeroangkasa dan perkhidmatan pembuat elektronik. Sekiranya dibuat perbandingan antara dua tempoh pra dan pasca pandemik COVID-19 KDNK per kapita Pulau Pinang meningkat sebanyak 6 peratus pada tahun 2021 daripada RM55,202.00 pada tahun 2019 kepada RM58,527.00 pada tahun 2021, manakala di peringkat

nasional KDNK per kapita berkembang pada kadar yang lebih rendah iaitu 1.7 peratus, meningkat daripada RM46,513.00 pada tahun 2019 kepada RM47,324.00 pada tahun 2021. Umum mengetahui bahawa inflasi telah meningkat. Gangguan rantaian bekalan global yang diburukkan lagi oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine adalah penyumbang kepada situasi ini. Selain itu, pelaksanaan dasar domestik seperti kenaikan gaji minimum dan pengurangan buruh asing juga telah menyumbang kepada kenaikan harga barang kerana kadar pengeluaran yang lebih rendah disebabkan oleh kos pengeluaran lebih tinggi serta kekurangan bekalan.

STRATEGI KERAJAAN NEGERI Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Bajet tahun 2023 telah dirangka supaya agenda pembangunan negeri dapat diteruskan dan kesejahteraan rakyat terus ditingkatkan selaras dengan Visi Penang2030. Saya yakin Visi Penang2030 akan menjadi teras pentadbiran negeri ini dalam melaksanakan semua dasar dan program yang telah dijanjikan selaras dengan visi tersebut Bajet 2023 adalah bertemakan “Pembangunan Mampan Mensejahteraan Rakyat“. Tema ini akan terus memberi penekanan kepada empat (4) teras utama Visi Penang2030 iaitu: Pertama : Meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan; Kedua : Menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah; Ketiga : Memperkasakan rakyat bagi meningkatkan penyertaan masyarakat; dan Keempat : Melabur dalam persekitaran fizikal bagi meningkatkan daya tahan.

Perpecahan geopolitik antara pemain ekonomi gergasi adalah mungkin menjadi penyebab kepada gangguan rantaian bekalan global. Negeri Pulau Pinang merupakan peneraju dalam aktiviti perdagangan di Malaysia. Walau bagaimanapun, harga bahan mentah yang dieksport semakin meningkat disebabkan oleh kelemahan ringgit yang mana akan memberi kesan negatif kepada pengeluaran pembuatan walaupun pertumbuhan eksport yang lebih besar. Sektor pertanian dan perkilangan menyaksikan beberapa pengagihan semula keluaran berikutan masalah ekonomi global. Manakala pelancongan domestik, pelancongan perubatan, hotel dan perkhidmatan pelancongan sedang memperoleh semula momentum pertumbuhan. Justeru, di dalam fasa endemik kini, Kerajaan Negeri mengetengahkan strategi untuk mentransformasi segala aktiviti pertanian dan pembuatan melalui automasi sebagai kaedah menggantikan pekerja asing serta meningkatkan kecekapan dan produktiviti yang amat diperlukan dan kian mendesak pada ketika ini mahupun pada masa hadapan. Melangkah ke hadapan, Kerajaan Negeri juga turut menyenaraikan strategi melibatkan elemen inovasi, reka bentuk dan penyelidikan yang mana ia merupakan aktiviti nilai tambah tinggi dalam pembangunan negara. Manakala bagi krisis bakat pula, pelaksanaan dasar pekerjaan yang lebih fleksibel untuk mengambil bakat dari negara luar atau bakat asing yang sudah berada di dalam negara boleh membantu mengisi jurang dengan lebih segera. Kejayaan sebahagian pembangunan dan pemulihan ekonomi yang dicapai sehingga kini adalah hasil usaha bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa berganding bahu demi memastikan pelaksanaan projek atau program yang memberikan manfaat kepada rakyat. Penyediaan peruntukan kepada inisiatif berimpak tinggi juga merupakan salah satu strategi dalam merangsang pertumbuhan ekonomi. Misalnya, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan (MoF) telah menyalurkan peruntukan sebanyak sejumlah RM10 juta bagi tahun 2022 untuk pelaksanaan projek berskala kecil di bawah Skim Inisiatif Pencegahan Hakisan Sungai dan Banjir, Sumber Makanan dan Pelancongan. Sehingga kini, sejumlah 39 projek pencegahan banjir berskala kecil dan satu (1) projek Pusat Kecemerlangan Pertanian telah dikenal pasti untuk pelaksanaan menggunakan peruntukan tersebut. Di kesempatan ini, saya mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas

kerjasama yang telah diberikan dan diharap agar hubungan ini dapat dieratkan lagi bagi kesejahteraan rakyat.

PERDAGANGAN INDUSTRI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN. Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang berjaya mencatatkan pelaburan pembuatan yang diluluskan sejumlah RM7.9 bilion dalam tempoh enam (6) bulan pada tahun ini. Nilai pelaburan ini diperoleh daripada 61 buah projek yang dicatatkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan dianggarkan akan mewujud sebanyak 10,227 peluang pekerjaan baharu. Pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang RM4.9 bilion atau 62 peratus manakala pelaburan langsung domestik (DDI) berjumlah RM3.0 bilion atau 38 peratus pelaburan pembuatan yang diluluskan bagi tempoh tersebut. Pelaburan sektor pembuatan di negeri kita mencapai paras tertinggi iaitu sebanyak RM76.2 bilion pada tahun 2021 dan sebanyak RM7.8 bilion pada separuh pertama tahun ini. Bagi memastikan kesemua projek pelaburan yang diumumkan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur, InvestPenang menawarkan perkhidmatan hand holding di mana para pelabur baharu yang ingin beroperasi di Pulau Pinang akan diberi sokongan dan fasilitasi sepenuhnya untuk memudahkan mereka menubuhkan syarikat perniagaan, mendapat lesen-lesen yang berkaitan, membina atau menyewa bangunan kilang baharu bagi memulakan operasi pengilangan. Ini adalah untuk memastikan kesenangan menjalankan perniagaan (ease of doing business) di Pulau Pinang kekal tinggi berbanding dengan pesaing-pesaing yang lain seperti Singapura, Vietnam, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) terus menjadi penggerak utama untuk Kerajaan Negeri sebagai pemaju kawasan perindustrian. Sehingga kini, terdapat sembilan (9) taman perindustrian telah siap dibina melibatkan keluasan 6,124.7 ekar di Negeri Pulau Pinang. Tujuh (7) daripada sembilan (9) taman perindustrian telah dibangunkan oleh PDC manakala dua (2) taman perindustrian dibangunkan oleh Kerajaan Negeri iaitu Taman Perindustrian Perai dan Mak Mandin. Kerajaan Negeri telah menyerahkan pengurusan taman perindustrian tersebut kepada PDC. Tanggungjawab PDC dalam pembangunan taman perindustrian adalah untuk melaksanakan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, sistem perparitan dan kemudahan-kemudahan utiliti yang lain. Kini, PDC giat dalam mengembangkan pembangunan taman industri baharu di Pulau Pinang memandangkan Taman Perindustrian Batu Kawan dan Taman Perindustrian Penang Science Park North (PSPN) mempunyai permintaan yang agak tinggi daripada pelabur asing dan tempatan. Antara kawasan perindustrian yang baru dikenal pasti adalah Penang Science Park South dengan keluasan 120 ekar, Batu Kawan Industrial Park 3 dengan keluasan 420 ekar dan Bandar Cassia Technology Park dengan keluasan 253 ekar. Bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi utama pilihan pelabur, PDC memastikan hanya syarikat yang terpilih dan sesuai dengan zon dan sektor industri yang dicadangkan sahaja ditawarkan tanah industri. Walaupun terdapat tanah industri PDC yang sedia untuk penjualan, PDC tidak sewenang-wenangnya mengemukakan tawaran kepada syarikat yang memohon. Ini bagi memastikan perancangan kawasan perindustrian PDC adalah mengikut pelan yang dirancang agar tidak menjejaskan ekosistem taman perindustrian PDC. Antara sektor yang dipromosikan adalah seperti elektronik dn elektrik (E&E), peranti perubatan, kejuruteraan dan aeroangkasa. Sehingga bulan Jun 2022, sektor E&E Pulau Pinang mencatatkan eksport tertinggi bagi barangan E&E iaitu sebanyak RM32.7 bilion ringgit. Selain itu, produk E&E serta peranti perubatan merangkumi kira-kira 80 peratus daripada jumlah eksport negeri kita pada tahun2021. Bagi teras strategik utama iaitu mewujudkan pertumbuhan kawasan pembangunan baharu, PDC giat mempromosikan dan membangunkan bandar ketiga iaitu Bandar Cassia yang direncanakan sebagai bandar perubatan berteknologi tinggi yang menjadi titik tumpuan

perkhidmatan perubatan, bukan sahaja bagi Negeri Pulau Pinang malah juga di Asia Tenggara. Kawasan ini akan dibangunkan dengan konsep tersendiri iaitu mengintegrasikan komponen hab perubatan seperti hospital pakar, rumah persaraan, pusat rehabilitasi, kolej perubatan, pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan sebagainya. Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan kerjasama dan sinergi dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti MIDA, MDEC dan Talent Corp. Melalui InvestPenang, sesi libat urus dengan agensi-agensi tersebut telah pun diadakan bagi meningkatkan lagi usaha sama mempromosikan pelaburan dan pembangunan sumber manusia untuk negeri kita. Ini termasuk perkongsian sumber-sumber dan perkongsian maklumat perisikan mengenai bakal pelabur yang disasarkan serta kemudahan pasca pelaburan (post-investment facilitation). Hal ini mampu menjadikan Pulau Pinang sebagai magnet untuk menarik bakat dari negeri mahupun negara lain untuk bertapak di negeri ini. Kerjasama yang lebih erat dapat meningkatkan kemudahan dalam menjalankan perniagaan di Pulau Pinang. Misi-misi mempromosikan pelaburan di luar negara akan terus pada tahun 2023. Misi-misi ini adalah penting untuk memastikan Negeri Pulau Pinang sentiasa aktif serta kekal dinamik dalam aktiviti pelaburan dan mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan pelabur-pelabur. Industri dan ekosistem yang kukuh adalah antara faktor utama yang menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan Domestic Direct Investment (DDI) ke negeri kita. Kini, semakin banyak syarikat pengilangan yang membuat komitmen untuk mengamalkan ESG (Environment, Social & Governance) dalam sistem tadbir urus dan pengoperasian kilang mereka di Pulau Pinang. Semakin banyak pemain industri telah memperoleh atau sedang berusaha untuk memperoleh akreditasi antarabangsa seperti Leadership in Energy & Environmental Design (LEED), Responsible Business Alliance (RBA) dan Green Building Index (GBI). Usaha ini menunjukkan kewarganegaraan korporat yang cemerlang dalam kalangan pemain industri Pulau Pinang dan komitmen jangka masa panjang mereka dalam menyumbang kepada kesejahteraan ESG negeri dan masa depan yang mampan. Ekonomi Digital. Selain daripada memberi tumpuan kepada sektor perkhidmatan perkongsian dan sumber luaran, Research & Development (R&D) serta Embedded Software, Pulau Pinang juga komited dalam menerajui industri ekonomi digital sebagai pemacu baharu ekonomi negeri. Antaranya ialah memberi tumpuan kepada teknologi generasi baharu seperti teknologi kecerdasan buatan (AI), big data, Internet of Things (IoT), Integrated Circuit (IC) Design dan sebagainya. Industri ekonomi digital termasuklah pelaburan melibatkan perkhidmatan perkongsian dan sumber luaran dengan pelaburan baharu dan sedia ada daripada syarikat-syarikat seperti AMD Global Services, Clarivate, Citigroup, Jabil, Teleperformance, Synapse, Starfive, UST Global dan banyak lagi yang dianggarkan telah mewujudkan lebih 16,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi di Negeri Pulau Pinang setakat ini. Digital Penang salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri yang ditubuhkan pada tahun 2020 akan diperuntukkan geran berjumlah RM4.5 juta pada tahun 2023 untuk memacu pendigitalan Kerajaan Negeri. Keusahawanan Kerajaan Negeri telah melancarkan slogan atau tagline “Keusahawanan Satu Budaya” di mana program keusahawanan telah dilaksanakan mula Julai 2022 dan akan terus sehingga Jun 2023. Penglibatan para usahawan bagi program sepanjang tahun ini sekali gus telah mencapai kemajuan serta memperkasakan objektif kempen keusahawanan satu budaya iaitu membudayakan usahawan dan secara langsung menaik taraf ekonomi negeri. Peruntukan yang disediakan di bawah Jawatankuasa MMK Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan adalah sebanyak RM1.66 juta bagi tahun 2023.

Bidang Halal Dato’ Yang di-Pertua, Menurut laporan State of the Global Islamic Economy 2022 berdasarkan Petunjuk Ekonomi Islam Global, Malaysia mengekalkan kedudukan perolehan produk halal tertinggi berbanding 81 buah negara yang lain. Kerajaan Negeri melalui Penang Halal International atau (PHI) memfokuskan kepada visi Harnessing Halal Synergy dengan mengadaptasi perkembangan digital dan inovasi baharu untuk memacu kitaran pertumbuhan industri halal dalam pelbagai sektor. Strategi PHI terbahagi kepada dua. Pertama, memfokuskan kepada perkembangan perniagaan tempatan yang berorientasikan eksport. Kedua, memfokuskan kepada pembangunan rakan kongsi niaga bersama agensi-agensi yang membangunkan industri eko-sistem halal antarabangsa dan pada masa yang sama mempromosikan Pulau Pinang sebagai pusat kegiatan halal rantaian bekalan dan rantaian nilai. Geran berjumlah RM1.5 juta akan disediakan untuk PHI dalam Bajet 2023 untuk menerajui perkara ini. Penang International Halal Expo dan Conference (PIHEC) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Bertemakan Building Resilience and Sustainability Toward Stronger Growth, PIHEC 2022 yang telah diadakan pada 1 hingga 3 Julai tahun ini menyaksikan penyertaan daripada syarikat tempatan dan antarabangsa dari Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina yang memenuhi 121 gerai pameran. Acara ini juga turut menarik 15,000 pengunjung dari 19 negara iaitu Malaysia, Australia, Pakistan, Afrika Selatan, Sepanyol, Emirates Arab Bersatu, Belarus, Brunei, Kemboja, Perancis, Indonesia, Itali, Laos, Malawi, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan United Kingdom. Pulau Pinang juga menjadi tuan rumah bagi penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) yang telah diadakan pada 27 September yang lalu, bertemakan Economic Rebound Transforming The Future. Forum yang dianjurkan oleh Yayasan World Economic Forum ini. World Islamic Economic Forum ini telah disertai oleh 329 perwakilan dari 14 negara. Penganjuran acara ini diharapkan dapat menjadi platform bagi menggerakan semula ekonomi serantau yang terjejas akibat pendemik COVID-19.

PEMBANGUNAN TANAH Pemberian Diskaun Premium Bagi Permohonan Pelanjutan Tempoh Pajakan Dan Permohonan Pemberimilikan Disebabkan Tempoh Pajakan Telah Tamat. Kerajaan Negeri dengan sukacitanya ingin memaklumkan pemberian diskaun premium bagi pelanjutan tempoh pajakan pegangan pajakan atau leasehold dan juga pemberi milikan disebabkan tempoh pegangan pajakan telah tamat. Sepertimana umum sedia maklum, penentuan premium tanah di Pulau Pinang adalah mengikut nilai pasaran tanah semasa. Walau bagaimanapun, bagi pelanjutan tempoh pegangan hakmilik pajakan, Kerajaan Negeri telah setuju dengan pemberian diskaun premium dari serendah 50% sehingga 90% yang dinilai atau nilaian tanah semasa sahaja tanpa mengambil kira struktur yang berada di atas tanah. Kadar diskaun premium ini adalah khusus kepada pemilik-pemilik tanah yang ingin melanjutkan tempoh pegangan pajakan tanah mereka. Ia termasuk daripada bekas pemilik-pemilik tanah atau waris mereka yang mana tempoh pegangan pajakan tanah mereka telah tamat. Pemberian diskaun premium ini merangkumi semua kategori kegunaan tanah iaitu pertanian, bangunan dan perindustrian. Pemilik-pemilik individu tanah pertanian dan kediaman merupakan kelompok yang bakal menikmati diskaun paling tinggi iaitu sebanyak 90%, manakala pemilik tanah perniagaan layak menerima pengurangan premium sebanyak 80 peratus. Pemilik-pemilik tanah perindustrian turut layak menikmati diskaun sebanyak 50 peratus dan 70 peratus mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Pemberian diskaun atau pengurangan premium ini adalah tertakluk kepada beberapa syarat yang akan diperincikan dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang. Antaranya adalah pengenalan moratorium pindah-milik selama 10 tahun dari

tarikh pendaftaran hakmilik. Sekiranya pemilik tanah ingin menjual tanahnya dalam tempoh 10 tahun ini, pemilik tanah akan dikenakan bayaran premium sebanyak 100% tertakluk kepada diskaun premium yang telah dibayar sebelum ini. Pengenalan syarat-syarat seumpama ini adalah bagi mengekang spekulasi tanah dan bagi mengelak pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan atas pemberian diskaun oleh Kerajaan Negeri. Inisiatif Kerajaan Negeri ini merupakan satu kajian yang telah berlangsung selama hampir dua (2) tahun kerana pemberian diskaun ini secara logiknya akan memberi implikasi kepada kewangan Kerajaan Negeri, ditambah dengan pelbagai bantuan dan inisiatif yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat Pulau Pinang yang terkesan akibat pendemik COVID-19. Walau bagaimanapun, atas pertimbangan faktor sosial dan kepentingan umum, Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan ini demi kebajikan rakyat Pulau Pinang yang layak. Kerajaan Negeri berharap pemberian dan diskaun premium ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pemilik-pemilik tanah leasehold di Pulau Pinang selain meredakan keresahan pemilik-pemilik tanah yang mana ada di antaranya telah pun tamat tempoh pajakan seperti di kawasan Bukit Bendera dan beberapa kawasan lain di seluruh negeri. Pemilik-pemilik tanah pegangan pajakan boleh merujuk kepada Pejabat Tanah Daerah di mana lokasi tanah berada berkaitan perkara ini bermula 2 Januari 2023.

Hal Ehwal Agama Islam Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kerajaan Negeri akan terus komited memartabatkan agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan memperkasakan syiar Islam di negeri Pulau Pinang. Bagi meneruskan komitmen ini Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM75.08 juta bagi memperkasakan pembangunan agama Islam di Negeri Pulau Pinang. Peruntukan ini merangkumi pembangunan bagi tujuan pembinaan, pembaikan dan naik taraf masjid, surau dan sekolah agama. Bayaran bantuan pendidikan untuk sekolah agama, bayaran guru KAFA dan pegawai masjid, Peruntukan mengurus jabatan negeri berkaitan Hal Ehwal Agama Islam, peruntukan bagi pelaksanaan program dan majlis agama serta lain-lain perbelanjaan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam. Saban tahun, pelbagai majlis rasmi agama Islam peringkat negeri Pulau Pinang telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang seperti Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Sambutan Ma'al Hijrah, Maulidur Rasul dan Festival Nasyid. Penganjuran majlis-majlis ini adalah amat penting bagi meraikan peristiwa-peristiwa penting dalam kalendar Islam di samping memilih calon-calon yang akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan. Bagi Tahun 2023 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasa bertuah kerana telah dipilih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023. Sehubungan itu, demi menjayakan majlis tersebut Kerajaan Negeri akan menyediakan bajet berjumlah RM3.52 juta pada tahun 2023 bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Bajet ini adalah termasuk dalam RM75.08 juta yang dimaklumkan tadi. Selain masjid-masjid yang sedang dalam pembinaan sekarang, turut dalam perancangan bagi tahun 2022 sehingga tahun 2025 adalah pembangunan tujuh (7) buah masjid iaitu Masjid Papan di Seberang Jaya, Masjid Sungai Lokan dan Masjid Sungai Dua Utama di Butterworth, Masjid Bandaraya Seberang Perai di Bandar Cassia, Masjid Lama Sungai Bakap dan Masjid Lama Sungai Kecil di Nibong Tebal serta Masjid Bandar Putra Bertam di Bertam dengan jumlah pembiayaan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM18 juta. Semoga dengan segala perancangan yang telah dan sedang dilaksanakan ini akan memberi impak yang baik untuk kesejahteraan kehidupan umat Islam di negeri kita.

PEMERKASAAN KOMUNITI Sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) merupakan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri yang paling hampir dengan masyarakat. Sebarang permasalahan atau keperluan projek di sesuatu kawasan akan diterima oleh MPKK dan dimajukan kepada jabatan yang bertanggungjawab. Sehingga kini sebanyak 375 MPKK telah diluluskan di seluruh negeri dengan implikasi kos berjumlah RM9.15 juta pada tahun 2022. Bagi mengiktirafkan peranan yang dimainkan oleh MPKK, Kerajaan Negeri telah lulus pembayaran elaun kepada Bendahari MPKK sebanyak RM300.00 sebulan dan kenaikan elaun kehadiran mesyuarat dari daripada RM50.00 kepada RM100.00 sebulan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 yang lalu. Dengan mengambil kira kenaikan ini sejumlah RM12.98 juta akan disediakan untuk MPKK bagi tahun 2023. Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Pusat Penang2030 di 15 KADUN setakat ini dan sembilan (9) buah pusat akan ditubuhkan tidak lama lagi. Pusat ini berkonsepkan shared space di mana ianya boleh dimanfaatkan secara optimum bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan, pembangunan sosial dan pemerkasaan komuniti. Pusat ini juga merupakan platform untuk memperkasakan rakyat negeri Pulau Pinang dari segi literasi digital, media, sivik, etika kesihatan dan kewangan serta kemahiran berkaitan. Pusat ini adalah dilengkapi dengan peranti pembelajaran digital seperti komputer, kemudahan jalur lebar dan lain-lain.

Pembangunan Sosial Dan Hal Ehwal Bukan Islam

Yang di-Pertua (Speaker)

Suasana ekonomi masa kini membawa kesan mendalam kepada orang ramai, lebih-lebih lagi kepada golongan muda terancam atau vulnarable groups termasuk ibu tunggal, wanita daripada kumpulan B40 dan warga emas. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) akan terus memberi fokus dalam pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender dan Dasar Keluarga Selamat serta program-program pemerkasaan wanita dalam mengurangkan jurang gender. Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia yang diterbitkan pada Tahun 2021, kita telah mencapai kesamarataan dalam domain pencapaian pendidikan dan kesihatan. Tetapi indeks penglibatan dan peluang ekonomi dan pemerkasaan politik masing-masing adalah 0.738 dan 0.100 iaitu jurang-jurang yang akan dirapatkan oleh PWDC melalui program Sidang Wanita Penang Women Enterpreneur Mentoring Program dan Wanita Jana Rezeki serta kempen-kempen Hari Wanita Sedunia, Penang Goes Orange dan Hari Keluarga. Bajet yang disediakan bagi PWDC bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM2.50 juta. Sejajar dengan dasar keluarga selamat kini Pulau Pinang mempunyai seramai 234 pegawai first support point di 53 lokasi termasuk Pusat-Pusat Khidmat Wakil Rakyat, Pejabat Daerah dan Tanah, Badan-badan Bukan Kerajaan dan rumah-rumah ibadat. Tiga (3) sesi bengkel yang telah diadakan untuk 102 peserta dari Polis Diraja Malaysia dalam mengenalpasti langkah-langkah pengendalian kes keganasan rumah tangga. Setakat September 2022, Jawatankuasa Pemegang Pembangunan Wanita Dan Keluarga (JPWK) di kesemua 40 KADUN telah berjaya melaksanakan sejumlah 459 projek yang memfokuskan kepada Ekonomi, Hal Ehwal Keluarga dan Hak-Hak Kemanusiaan selaras dengan Visi Penang2030 di peringkat komuniti masing-masing. Dalam usaha menggalakkan lebih ramai wanita tampil ke hadapan sebagai sukarelawan, JPWK juga telah berjaya merekrut seramai 982 Ahli Relanita. Relanita bukan sahaja akan membantu JPWK dalam melaksanakan projek masing-masing tetapi juga dapat bergerak sewaktu bencana alam. Bagi menghargai peranan JPWK Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.76 juta bagi tujuan bayaran elaun dan pelaksanaan program.

Seterusnya Penang Harmony Corporation (HARMONICO) selaku institusi yang baharu ditubuhkan pada tahun 2021 dengan matlamat membina dan mempromosikan konsep keharmonian beragama akan disediakan bajet sebanyak RM1.3 juta pada tahun 2023 untuk melaksanakan peranannya.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN, PENDIDIKAN DAN SAINS DAN TEKNOLOGI Pengoperasian aktiviti perniagaan dan sosial pada kapasiti penuh telah membawa perubahan yang positif terhadap sektor pasaran tenaga kerja. Menurut statistik tenaga buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia kadar pengangguran negara kekal pada pola (trend) penurunan iaitu kadar pengangguran yang lebih rendah dicatatkan pada suku tahun pertama tahun ini, iaitu 4.1 peratus berbanding 4.3 peratus pada suku tahun ke-empat tahun 2021. Pulau Pinang juga terus kekal merekodkan kadar pengangguran yang rendah iaitu pada kadar 3.3 peratus bagi suku tahun pertama tahun 2022. Kerajaan Negeri Pulau Pinang meneruskan usaha dalam mengekalkan negeri kita sebagai destinasi kerjaya pilihan rakyat Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui kempen My Penang My Workplace yang bertujuan untuk menarik bakat-bakat dari seluruh negara, mencari peluang pekerjaan di Pulau Pinang. Sehingga bulan September tahun ini sebanyak 7 siri ceramah kerjaya telah dijalankan di Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal dan juga Kampus Induk Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Albukhary International University, Politeknik Seberang Perai, Paris-Saclay University dan Taylor's University untuk mempromosikan peluang-peluang pekerjaan di Pulau Pinang kepada bakal graduan. Selain itu, pengenalan mengenai Penang Internship Subsidy Program atau (PISP) kepada syarikat-syarikat tempatan bagi membuka peluang latihan industri dan seterusnya menarik bakat-bakat untuk mendapat pengalaman bekerja di tempat mereka juga telah dilaksanakan oleh InvestPenang. Sebagai permulaan terdapat 13 buah syarikat telah dianugerahkan subsidi PISP dengan mensasarkan seramai 136 orang pelatih yang bakal direkrut. Kerajaan Negeri membajetkan RM1.0 juta bagi program ini pada tahun 2023. Selain itu aspek kemahiran pekerja turut menjadi tumpuan kerana permintaan pekerja mahir dan separuh mahir semakin hari semakin meningkat. Menurut laporan dari MIDA sebanyak RM7.9 bilion telah diluluskan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun 2022 untuk sektor pembuatan. Justeru itu dianggarkan sebanyak 10,227 peluang pekerjaan akan diwujudkan di Pulau Pinang secara berperingkat pada tahun-tahun yang akan datang, maka bagi memastikan pasaran tenaga kerja di Pulau Pinang kekal relevan dengan keperluan industri untuk masa depan Kerajaan Negeri sentiasa mengorak langkah pro aktif dalam perkara ini, misalnya seramai 2,072 peserta merangkumi pelajar sekolah rendah dan menengah telah dilatih dalam pelbagai topik di bawah bidang Science, Technology, Engineering, And Mathematics (STEM) bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini oleh Pusat-Pusat STEM seperti Tech Dome Penang, Penang Science Cluster dan Penang Math Platform. Bagi meneruskan usaha ini bagi tahun 2023 sejumlah RM850,000.00 akan disediakan untuk Tech Dome Penang, RM680,000.00 bagi Penang Science Cluster, RM650,000.00 bagi Penang STEM serta Penang Mathematics Platform. Selain itu, Kerajaan Negeri kekal komited melahirkan modal insan yang holistik dan bertaraf antarabangsa. Justeru, Kerajaan Negeri melalui Penang Education Council atau PEC menganjurkan pelbagai program dan aktiviti pendidikan bukan sahaja memfokuskan kepada para pelajar tetapi juga kepada golongan ibu bapa. Program seperti Penang International Mental Health Forum yang dianjurkan oleh PEC adalah satu inisiatif bagi memberikan penekanan kepada kepentingan kesihatan mental terutamanya kepada ibu bapa supaya dapat membendung masalah kesihatan seperti kemurungan, anxiety dan kejadian yang tidak diingini seperti kes bunuh diri. Sebagai usaha menyokong program dan aktiviti seperti ini Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM325,000 kepada PEC pada tahun 2023.

Pembangunan Sumber Manusia telah menjadi tumpuan Kerajaan Negeri yang tidak dapat diabaikan, Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang atau Penang Career Assistance and Talent Centre atau lebih dikenali sebagai Penang CAT Centre terus memainkan peranannya untuk meningkatkan pertumbuhan sumber manusia. Peranan CAT Centre juga terus memainkan peranannya sebagai sekretariat kepada program biasiswa Penang Future Foundation atau (PFF). Program PFF ini adalah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menarik dan mengekalkan bakat di Pulau Pinang, sejak tahun penubuhannya iaitu tahun 2014 sehingga Disember 2021, PFF telah mencatatkan seramai 655 pemegang biasiswa yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang Science, Technology, Engineering, Mathematics, Accounting/Finance (STEMA). Manakala bagi tahun 2022, pengambilan pemegang biasiswa baharu masih dalam proses pemilihan dan dijangka akan dimuktamadkan pada suku tahun ke-empat 2022. Saban tahun Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan bagi Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Bayaran bantuan pendidikan ini akan diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan berjumlah RM13.5 juta iaitu peningkatan sebanyak RM500,000.00 berbanding tahun 2022. Selain itu bayaran bantuan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi iaitu RM1,000.00 untuk pelajar yang mendapat tawaran di IPT di Semenanjung Malaysia dan RM1,200.00 untuk pelajar yang mendapat tawaran di IPT Sabah dan Sarawak serta RM300 untuk pelajar yang berjaya mendapat tawaran belajar di Politeknik. Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM4 juta tahun 2023.

KERAJAAN TEMPATAN, Dato’ Yang Di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan,

Kerajaan Negeri kini dalam peringkat memuktamadkan draf akhir garis panduan pengoperasian tempat Inap persendirian di Skim Hartanah Berstrata di Pulau Pinang bagi kawasan perumahan berstrata dan Undang-Undang Kecil tempat Inap persendirian bagi kawasan bertanah (landed). Tujuan garis panduan dan Undang-Undang Kecil ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu polisi dan dokumen punca kuasa untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melesenkan dan mengawal pengoperasian tempat Inap persendirian di seluruh negeri kita, untuk makluman semua, kedua-dua garis panduan dan Undang-Undang Kecil tersebut dijangka akan dikuatkuasakan di seluruh negeri pada tahun 2023. Objektif Kerajaan Negeri melalui pemakaian reka bentuk sejagat (Universal Design), Pelaksanaan Akta Orang Kurang Upaya 2008, Undang-Undang Kecil 34A serta Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1991, telah mewajibkan semua bangunan yang berkaitan dengan orang awam untuk menyediakan akses dan kemudahan bagi orang kurang upaya dalam mencapai “Matlamat Pembangunan Lestari: Menjadikan bandar dan pendapatan manusia yang inklusif, selamat, berdaya tahan dan lestari.” Dengan adanya garis panduan pematuhan senarai semak audit aksesibiliti berdasarkan reka bentuk sejagat bagi pemajuan di Negeri Pulau Pinang, ia diharapkan dapat membantu dan memudahkan semua pihak berkaitan dalam merancang, merekabentuk, menyediakan, menyelaras serta seterusnya mengaudit kemudahan-kemudahan akses dan persekitaran bandar yang bercirikan rekabentuk sejagat yang boleh diakses oleh semua golongan individu tanpa mengira peringkat umur, saiz dan keupayaan fizikal masing-masing. Sehingga kini, sebanyak 107 inisiatif pintar sedang diusahakan bagi mencapai matlamat menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai salah satu negeri bertaraf antarabangsa. Bagi keseluruhan jumlah 107 inisiatif pinda tersebut, 51 inisiatif telah dilaksanakan, 32 sedang dilaksanakan dan 24 lagi masih dalam perancangan. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri juga telah melancarkan dokumen Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang pada bulan Disember 2021 yang lalu.

Sistem CCTV yang telah mula dipasang oleh Pihak Berkuasa Tempatan sejak tahun 2008. Sasaran jumlah bilangan kamera CCTV yang perlu dipasang di seluruh Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 1,000 unit. Setakat ini jumlah CCTV yang telah dipasang telah melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 1,245 unit di kedua-dua PBT dengan pecahan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) 1,019 unit dan Majlis Bandaraya Sebeang Perai (MBSP) 226 unit. Satu dasar untuk mewajibkan penggunaan perkhidmatan e-pembayaran sebagai salah satu platform terimaan hasil bagi semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 2 September 2020, pelaksanaan inisiatif ini bertujuan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri dapat dipertingkatkan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membentuk “Negeri Pintar Bertaraf Antarabangsa”. Hasil daripada pelaksanaan inisiatif tanpa tunai di Jabatan dan Agensi Kerajaan ini, keseluruhan 23 jabatan penerima hasil di Negeri Pulau Pinang telah bersedia untuk menerima perkhidmatan e-pembayaran sebagai salah satu medium penerimaan hasil daripada rakyat. Project Penang Smart Parking (PSP) telah mula dilancarkan pada 19 Ogos 2019, dengan matlamat untuk menukar kaedah pengurusan parkir kereta di kawasan PBT menggunakan teknologi terkini. Selain itu sistem PSP juga bertujuan untuk memudahkan rakyat negeri kita mendapat petak letak kereta yang kosong tanpa perlu mencari dalam tempoh masa lama, sebanyak 12,000 tempat letak kereta telah digazetkan di kawasan MBPP manakala 24,000 petak sedemikian pula adalah di kawasan MBSP. Projek ini turut memudahkan sistem penguatkuasaan oleh PBT apabila pihak penguatkuasa tidak perlu membuat rondaan secara berkala yang akan meninggalkan jejak karbon. Melalui projek ini juga kupon parkir tidak lagi dicetak dan secara tidak langsung penggunaan kertas dapat dijimatkan. Semenjak bulan Oktober 2019 sehingga 5 September tahun ini, PSP telah merekodkan jumlah kutipan sebanyak RM41.99 juta dan aplikasi tersebut telah dimuat turun sebanyak 932,127 kali. Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasakan sistem penyampaian pentadbiran tanah, Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) telah memfokuskan ke arah pembentukan pentadbiran dan pengurusan pentadbiran tanah yang berwibawa melalui perancangan strategik. Pembangunan Sistem Perkhidmatan Tanah Setempat Atas Talian Pulau Pinang (PgLAND) telah diluluskan peruntukan sebanyak RM2.47 juta. Pembangunan Sistem PgLAND dilaksanakan bagi memastikan kelancaran operasi dan hasil Kerajaan Negeri tidak terganggu disebabkan oleh penutupan kaunter bagi membendung penularan wabak COVID-19 di samping membolehkan PTG memfokuskan kepada penambahbaikan urusan dan usaha peningkatan hasil. Selain itu, pelaksanaan ini juga adalah selaras atau selari dengan sasaran 80 peratus perkhidmatan kerajaan secara dalam talian pada tahun 2025.

PERUMAHAN. Sebagai kerajaan yang berjiwa rakyat di samping menyediakan perumahan mampu milik yang selesa, keutamaan turut diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan bangunan di semua rancangan perumahan awam kerajaan. Pada tahun 2023, sejumlah RM13 juta akan disediakan bagi kerja membina, menaik taraf dan menyelenggara rancangan perumahan murah. Selain itu, melalui butiran Projek Khas Ekonomi, sejumlah RM3.1 juta ringgit akan disediakan di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin (Bina Baharu atau Baiki) untuk membina rumah baharu dan membaiki rumah asal. Selain itu, Kerajaan Negeri akan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM6.8 juta untuk penyelenggaraan Skim Perumahan Kos Rendah atau Sederhana Rendah swasta melalui Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80 peratus. Sejumlah RM13 juta akan disediakan bagi Lembaga Perumahan Negeri untuk belanja mengurus pada tahun 2023.

Kelulusan Hakmilik Kekal Untuk Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Secara Percuma Bagi Projek Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri dalam manifesto Pilihanraya Umum 2018 telah menyatakan komitmen untuk ‘Meluluskan Hakmilik Kekal Untuk Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Secara Percuma Bagi Projek Kerajaan Negeri sahaja’. Mengikut Seksyen 76(aa)(iii), Kanun Tanah Negara (KTN), Pihak Berkuasa Negeri boleh melupuskan tanah negeri secara selama-lamanya (kekal) sekiranya Pihak Berkuasa Negeri puas hati terdapat keadaan-keadaan khas yang menyebabkannya sesuai untuk berbuat demikian. Dalam menetapkan maksud ‘keadaan-keadaan khas’ ini, Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTGP) Bilangan 1/2018 bertajuk ‘Ketetapan Majlis Tanah Negara Ke-73 mengenai Pemberimilikan Tanah Dalam Keadaan-keadaan Khas Untuk Pegangan Selama-lamanya’ di bawah Seksyen yang disebutkan 76(aa)(iii) KTN menyatakan bahawa pemberimilikan tanah kerajaan untuk tempoh pegangan selama-lamanya boleh diberikan bagi projek-projek di bawah Kerajaan Negeri yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa secara case by case basis. Sehubungan itu, manifesto Kerajaan Negeri ini dilihat bertepatan dan memenuhi maksud ‘keadaan-keadaan khas’ yang dinyatakan dalam pekeliling tersebut. Rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai Low-Cost Housing (LC) dan Low Medium Cost House (LMC) terdapat dalam dua (2) bentuk iaitu dalam bentuk berstrata dan bukan strata. Bagi menunaikan manifesto ini, pemberian hakmilik pegangan selama-lamanya atau hakmilik kekal hanya dapat dilaksanakan bagi rumah Low Cost dan Low Medium Cost bukan strata sahaja. Bagi Low Cost dan Low Medium Cost berstrata, ia belum dapat dilaksanakan pada masa ini disebabkan terdapat halangan dari aspek perundangan melibatkan KTN dan Akta Hakmilik Strata 1985. Kerajaan Negeri telah pun memaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan agar dapat meneliti isu ini bagi membolehkan perundangan sedia ada dipinda dan mempunyai mekanisma sewajarnya untuk melaksanakan pemberian hakmilik pegangan selama-lamanya atau hakmilik kekal melibatkan perumahan Low Cost dan Low Medium Cost berstrata. Pulau Pinang pada masa ini mempunyai sebanyak 54 skim perumahan Low Cost dan Low Medium Cost di bawah Kerajaan Negeri yang melibatkan sebanyak 14,807 unit rumah. Daripada jumlah ini, sebanyak 2,545 rumah Low Cost dan Low Medium Cost bukan berstrata manakala baki berjumlah 12,262 merupakan berstrata. Justeru, pelaksanaan manifesto ini bagi kediaman LC dan LMC bukan strata tersebut dijangka dapat memanfaatkan sejumlah 2,545 pemilik rumah. Kerajaan Negeri berharap pemilik-pemilik LC dan LMC bukan strata di Pulau Pinang dapat memanfaatkan manifesto ini sebaik-baiknya dengan mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang terlibat yang mana caj pentadbiran yang minimum perlu ditanggung oleh pemilik-pemilik rumah bagi mendapat hak milik pegangan kekal.

ALAM SEKITAR. Dato’ Yang di-Pertua, Perubahan iklim yang berlaku di serata dunia di mana bahangnya juga dirasai oleh rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini telah membawa kepada kejadian kemarau dan banjir yang lebih kerap, perubahan cuaca dan kenaikan paras air laut. Penanaman pokok secara berterusan akan dapat mengurangkan paras karbon dan dapat mengurangkan kesan perubahan iklim. Kerajaan

Negeri telah mensasarkan penanaman sebanyak 500,000 batang pokok menjelang tahun 2030. Dari tahun 2008 sehingga kini, sebanyak 441,036 batang pokok telah ditanamkan di seluruh negeri kita bersamaan dengan pengurangan karbon sebanyak 100,000 tan bagi menjadi negeri ini sebagai negeri hijau. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di seluruh negeri sejak 1 Jun 2016 yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar serta menjaga keseimbangan eko sistem, mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal, mengurangkan penjanaan sisa yang semakin meningkat ke tapak pelupusan sampah dan memanjangkan tempoh hayat Tapak Pelupusan Sampah di Pulau Burung. Bagi tahun 2021, Pulau Pinang telah berjaya mencapai kejayaan kadar kitar semula yang tertinggi di Malaysia iaitu 51.18 peratus. Pencapaian ini merupakan kejayaan Kerajaan Negeri dalam merealisasikan Vision Penang2030 yang menetapkan sasaran 50 peratus kadar kitar semula menjelang tahun 2030 dengan lebih awal daripada tempoh ditetapkan selain mengatasi kadar kitar semula kebangsaan pada tahap 31.52 peratus bagi tahun yang sama. Atas kejayaan dalam mencapai sasaran 50 peratus kadar kitar semula, Kerajaan Negeri telah meningkatkan sasaran pencapaian kadar kitar semula negeri kepada 70 peratus menjelang tahun 2030. Tapak pelupusan di Pulau Burung sedang dioperasikan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sementara menunggu proses pelantikan operator baharu melalui Request For Proposal (RFP) yang akan dibuka tidak lama lagi. Selari dengan kajian Roadmap Pengurusan Sisa Pepejal yang sedang dijalankan oleh syarikat perunding Usains Infotech Sdn. Bhd., RFP ini akan mengambil kira proses pengurusan sisa pepejal secara keseluruhan dari segi pentadbiran, kutipan, pemprosesan dan pelupusan akhir. Kerajaan Negeri berpendapat bahawa pelaksanaan sebuah Eco Park yang merangkumi beberapa jenis teknologi rawatan sisa pepejal dapat diwujudkan. Sistem Pemindahan Sampah di Ampang Jajar (SPSAJ) telah diambil alih oleh sebuah syarikat yang akan menerapkan kaedah Waste to Energy menjelang tahun 2025. Di samping itu, Ampang Jajar akan dikenali sebagai Integrated Solid Waste Facility (ISWF) yang akan dilengkapi dengan sebuah Materials Recovery Facility (MRF) di mana sisa pepejal akan diasingkan untuk dikitar semula dan selebihnya disalurkan ke Anaerobic Digester sebagai kaedah rawatan sisa yang akan menjanakan biogas dan seterusnya boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik. Proses ini mampu mengurangkan jumlah keseluruhan sisa pepejal yang akan dihantar ke Pulau Burung sekali gus berupaya memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut. Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah pragmatik untuk menutup secara selamat, memulih dan membangunkan semula tanah bekas tapak pelupusan sampah di Jelutong melalui satu tender terbuka. Tanah ini berkeluasan 84 ekar dan akan ambil masa lima (5) tahun untuk dipulihkan dan 10 tahun untuk dibangunkan dengan pembangunan bercampur. Syarikat yang berjaya dalam tender ini telah tandatangan satu perjanjian dengan Kerajaan Negeri pada 21 Februari 2020 untuk memulih dan membangunkan tapak berkenaan. Kos pemulihan adalah dalam anggaran RM1.0 bilion yang akan ditanggung oleh pihak syarikat. Syarikat tersebut akan dibayar melalui penyerahan sebahagian daripada jumlah tanah yang dipulihkan. Kerajaan Negeri sedang merancang untuk membina satu pusat kitar semula kekal bagi sisa binaan, tanah korekan dan sisa kebun di Pulau Burung untuk menerima semua sisa sedemikian daripada seluruh negeri. Sebelum pusat ini siap dibangun, satu tapak interim kitar semula sisa binaan, tanah korekan dan sisa kebun akan disediakan untuk memproses kesemua sisa yang dialihkan daripada Tapak Pelupusan Sampah Jelutong apabila tapak berkenaan ditutup untuk kerja pemulihan kelak.

KEBAJIKAN. Pengurusan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar adalah salah satu perkhidmatan utama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khususnya bagi menjamin kelangsungan hidup mereka yang berpendapatan rendah dan benar-benar memerlukan. Jumlah peruntukan bagi

Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (BAES) bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM8 juta dan dinaikkan ke RM8.2 juta bagi tahun 2022. Dengan peningkatan sebanyak RM200,000 lebih ramai yang berkelayakan dapat menikmati faedah bantuan di bawah JKM. Sehingga Oktober 2022, sebanyak 1,305 penerima bantuan telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut. Bantuan ini akan diteruskan pada tahun 2023 dengan bajet berjumlah RM8.2 juta. Program i-Sejahtera merupakan program penghargaan yang sangat dekat di hati rakyat Pulau Pinang. Sumbangan Kerajaan Negeri berbentuk kewangan ini diberikan sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan kepada rakyat kita, sama ada seorang warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal, suri rumah sepenuh masa mahupun seorang bayi berumur dua tahun ke bawah di mana salah seorang ibu atau bapa bayi tersebut merupakan pengundi di Pulau Pinang. Bayaran program i-Sejahtera akan diteruskan pada tahun 2023 dengan bajet yang agak besar RM53.00 juta. Bencana Sebagai usaha untuk memastikan suara rakyat didengari dalam penyediaan Bajet 2023, Kerajaan Negeri telah mengadakan Sesi Libat Urus Bersama ADUN dan Ahli Parlimen pada 20 Julai 2022. Melalui Sesi Libat Urus tersebut, sejumlah 58 cadangan telah diterima daripada Yang Berhormat ADUN dan Yang Berhormat Ahli Parlimen yang dapat dilaksanakan menggunakan peruntukan pembangunan. Dengan sukacitanya ingin saya maklumkan bahawa sejumlah 15 cadangan projek daripada jumlah tersebut telah dimasukkan dalam Bajet Pembangunan Negeri dan 14 cadangan projek boleh dilaksanakan pada tahun 2023. Baki 29 projek yang dicadangkan melibatkan peruntukan besar dan Kerajaan Negeri perlu meneliti semula sebelum memberi pertimbangan sewajarnya. Salah satu cadangan yang diterima semasa Sesi Libat Urus itu, adalah penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana (Disaster Humanitarian Logistic Centre) atau Depoh Bencana untuk tujuan penyimpanan barangan keperluan bagi pengurusan bencana di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sedar bahawa depoh bencana adalah satu keperluan yang harus disediakan bagi pengurusan bencana yang komprehensif dan pantas. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah lulus peruntukan RM1.5 juta untuk pelaksanaan kerja-kerja awalan bagi penubuhan depoh bencana pada tahun 2023. Kos keseluruhan projek dianggarkan RM6.5 juta dan dijangka siap dalam tempoh tiga (3) tahun.

INFRASTRUKTUR Telekomunikasi Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, Penyediaan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang kini jauh lebih baik berbanding sepuluh tahun yang lalu. Ini adalah hasil usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri dengan kerjasama pelbagai pihak sama ada kerajaan mahupun swasta khususnya industri telekomunikasi yang sudi melabur di negeri kita. Berdasarkan statistik liputan telekomunikasi daripada MCMC pada suku pertama tahun 2022, Negeri Pulau Pinang telah merekodkan kadar penembusan jalur lebar bagi setiap 100 penduduk di negeri ini sebanyak 152 peratus, maksudnya ada rakyat yang pegang dua (2) atau lebih handphone ya, melebihi kadar nasional 124.1 peratus manakala bagi kadar penembusan jalur lebar tetap (berbayar) pula adalah sebanyak 51.2 peratus, melebihi kadar penembusan jalur lebar nasional iaitu 40.8 peratus. Bagi peratusan liputan 4G, status terkini adalah 99.82 peratus, melebihi sasaran JENDELA Fasa 1 iaitu sebanyak 96.9 peratus menjelang hujung tahun ini. Kelajuan muat turun mudah alih adalah sebanyak 45.46Mbps berbanding 35Mbps sasaran JENDELA Fasa 1 menjelang penghujung tahun 2022.

Kerajaan Negeri bersama dengan pihak Digital Nasional Berhad (DNB) telah memulakan pelaksanaan rangkaian 5G di negeri kita mula pada suku kedua tahun ini. Sebanyak 151 lokasi telah dikenal pasti oleh pihak DNB di bahagian pulau untuk dilengkapkan dengan infrastruktur rangkaian 5G pada tahun ini. Fokus fasa pertama pelaksanaan ini adalah di kawasan pusat bandar, kawasan penempatan, tempat tumpuan awam dan kawasan industri. Daripada 151 lokasi yang telah dikenal pasti, pecahan mengikut daerah di bahagian pulau adalah Barat Daya (57) dan Timur Laut (94). Juga, daripada 151 lokasi tersebut, sebanyak 55 lokasi merupakan pembangunan struktur baharu manakala sebanyak 96 lokasi adalah perkongsian struktur yang sedia ada. Sehingga 26 September, sebanyak 60 lokasi telah berjaya disiapkan di tapak. Kerja-kerja integrasi dan on board telah dan sedang dijalankan di semua lokasi yang terlibat. Baki 91 lokasi yang baharu adalah di peringkat penyediaan dokumen bagi proses permohonan untuk mendapat kelulusan PBT. Sukacita ingin saya maklumkan bahawa rangkaian 5G kini telah sedia di Pulau Pinang dan Majlis Pelancaran 5G telah diadakan pada 9 September di Pulau Pinang iaitu di kawasan pembangunan Digital Creative and Digital District. Pelancaran rangkaian 5G ini telah dilaksanakan oleh syarikat YTL Communications Sdn. Bhd. iaitu penyedia tunggal perkhidmatan 5G. Selain itu, Majlis Pelancaran 5G di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah diadakan 11 September, di mana lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia yang mempunyai rangkaian 5G. Sehingga kini, kadar kelajuan internet di lokasi pemasangan 5G adalah mencapai 1.2GB bagi kawasan terbuka manakala 800Mbps bagi kawasan di dalam bangunan. Bagi perancangan tahun 2023 pula, pihak DNB akan memberi tumpuan di kawasan Seberang Perai. Mengikut perancangan fasa 2, pelaksanaan 5G akan melibatkan sebanyak 312 lokasi. Daripada jumlah itu, sebanyak 77 lokasi akan dilaksanakan di kawasan Pulau manakala baki sebanyak 235 lokasi di kawasan Seberang Perai. Bekalan Air

Dari tahun 2019 hingga 2021, penduduk Pulau Pinang meningkat daripada 1.774 juta kepada 1.776 juta, peningkatan sebanyak 0.11 peratus. Pembangunan yang pesat di Negeri Pulau Pinang, perubahan cuaca dan gejala COVID-19 menjurus kepada permintaan bekalan air yang tinggi. Pembangunan akan datang yang sedang dirancang oleh Kerajaan Negeri bakal menyuntik pertumbuhan ekonomi negeri yang pesat iaitu melibatkan kawasan Batu Kawan, Balik Pulau, Zon Industri Bandar Bertam, cadangan tiga (3) pulau tebus guna di Projek Lebuhraya Pan Island Link 2A (PIL 2A) dan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas. Bagi menampung bekalan permintaan air, Pulau Pinang akan terus menaik taraf infrastruktur bekalan air dan juga perlu mencari sumber air mentah tambahan untuk memastikan kelestarian bekalan air di negeri kita. Kerajaan Negeri akan memastikan pelaksanaan projek bekalan air iaitu Projek Penyaluran Air Mentah dari Rumah Pam Mak Sulong ke Terusan Sungai Dua (Fasa 2B) yang sedang dilaksanakan di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dapat disiapkan awal tahun hadapan sepertimana yang dijadualkan. Projek ini merupakan sebahagian daripada pakej cadangan asal yang sepatutnya telah disiapkan secara keseluruhannya semasa projek pembesaran Empangan Mengkuang. Penyiapan projek ini akan melengkapkan sistem bekalan air di Empangan Mengkuang dan seterusnya meningkatkan kapasiti pelepasan air daripada 300 juta liter sehari (JLH) kepada 600 juta liter sehari.

Kerajaan Negeri juga akan meneruskan rundingan bersama Kerajaan Negeri Perak bagi pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak untuk Bekalan Air Utara Perak (SPRWTS) dan Pulau Pinang memandangkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengemukakan laporan akhir mengenai kajian Projek ini dan hasil kajian menunjukkan bahawa kapasiti air Sungai Perak mencukupi untuk menampung keperluan dan permintaan air bagi Negeri Pulau Pinang dan utara Perak. Projek SPRWTS ini amat penting sebagai sumber air mentah tambahan untuk menampung keperluan permintaan air Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2050.

Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan sistem perpaipan air di kawasan kediaman berada dalam keadaan baik, seterusnya dapat membekalkan bekalan air yang berkualiti tinggi kepada rakyat khususnya penduduk yang tinggal di kawasan kediaman bertingkat atau bangunan strata. Untuk makluman, Kerajaan Negeri bersama dengan Perbadanan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang (PBAPP) sedang merancang satu (1) polisi bagi penguatkuasaan semakan audit terhadap pemeriksaaan penyelenggaraan sistem retikulasi paip dan tangki air di kediaman bertingkat di seluruh Negeri Pulau Pinang. Objektif utama polisi ini adalah untuk membuat penetapan tentang pemeriksaan penyelenggaraan sistem retikulasi paip dan tangki air melalui undang-undang kecil atau house rule oleh JMB atau MC di bawah Akta Pengurusan Strata 2013. Tebatan Banjir

Kerajaan Negeri melalui JPS Pulau Pinang akan meneruskan tumpuan kepada usaha mengurangkan kejadian banjir serta impak perubahan iklim secara berstruktur iaitu dengan menjalankan pembinaan rumah pam, ban, pintu air, melaksanakan kerja pengukuhan tebing, mendalam dan melebarkan sungai, menyelenggara sistem saliran dan kolam-kolam takungan banjir. Selain daripada itu, JPS juga akan melaksanakan kerja pencegahan hakisan pantai dan juga menaik taraf struktur-struktur utama. Bagi pelaksanaan projek high impact, sehingga bulan September tahun ini, JPS telah dapat menyiapkan lima (5) projek high impact iaitu Projek Tebatan Banjir di Parit 4, Parit 5, Mak Mandin yang siap pada tahun 2021, manakala Projek di Bayan Baru dan Sungai Nipah telah berjaya disiapkan pada tahun ini. Selain itu, Projek Tebatan Banjir Membina Kolam Takungan Banjir di Alma sedang giat dalam pembinaan dan dijangka siap pada bulan Januari 2023 dengan peratusan kemajuan fizikal semasa 63 peratus. Terdapat satu (1) lagi projek yang sedang dilaksanakan iaitu di Sungai Tiram melibatkan Kampung Naran di Bayan Lepas yang telah mencapai 36 peratus kemajuan fizikal semasa. Manakala high impact project yang terakhir ialah Projek di Permatang Rawa dijangka akan bermula pada akhir tahun ini.

Selain daripada projek high impact ini, terdapat dua (2) lagi projek yang baru mula pada Jun 2022 iaitu Projek Tebatan Banjir Van Praagh dan juga di Pokok Asam yang mana pada ketika ini, peratusan kemajuan fizikal semasa masing-masing sebanyak 6 peratus dan 2 peratus dan kedua-dua projek ini dijangka akan siap pada tahun 2024.

Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM29.85 juta kepada JPS Negeri untuk projek tebatan banjir, projek mendalam dan membaiki sungai, pengairan dan saliran pertanian, rancangan tali air kecil untuk pengairan, pembangunan pantai, pembangunan koridor sungai, saliran mesra alam, kolam takungan dan projek-projek berkaitan. Projek Gurney Wharf

Salah satu projek besar yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah Gurney Wharf. Projek ini merupakan taman dalam bandar di pesisir pantai buatan terbesar di Pulau Pinang bernilai RM200.00 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025. Projek ini akan menjadi daya tarikan terbaru di Pulau Pinang sekaligus meningkatkan nilai tambah yang berkualiti dan memberi kesan limpahan ekonomi. Kerajaan Negeri komited untuk menyiapkan Fasa 1 projek ini pada tahun 2023 dan sejumlah RM60 juta dibajetkan pada tahun 2023 bagi menyiapkan Fasa 1.

PENGANGKUTAN Kerajaan Negeri telah meluluskan RM17.23 juta untuk pelaksanaan projek di bawah butiran pembangunan Penang Transport Master Plan bagi tahun 2023. Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan projek Penang South Reclamation atau (PSR) demi kepentingan generasi akan datang dan pembangunan negeri. Kerajaan Negeri yakin bahawa kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar dapat diperoleh dan akan menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk pelaksanaan projek pembangunan yang telah dikenalpasti termasuk pembayaran pampasan kepada golongan yang terkesan.

Pakej 2 dan Pakej 3 Jalan Utama dan Terowong Dasar Laut melibatkan laluan dari Ayer Itam (Farlim) ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu sudah mulai Julai 2022 yang telah diuruskan secara rasmi oleh pasukan projek dari Jabatan Kerja Raya Malaysia yang dipinjamkan kepada Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. Pencapaian kemajuan kerja bagi pelaksanaan Pakej 2 sehingga akhir bulan September adalah 20% sepertimana yang dirancangkan. Setakat ini, Pakej 2 ini tidak dapat dilaksanakan oleh kontraktor secara “full swing” kerana terdapat kelulusan dan kebenaran dari Kerajaan Persekutuan yang belum diperoleh secara muktamad melibatkan jajaran yang melalui tanah persekutuan walaupun ia adalah sebahagian dari jajaran Penang Outer Ring Road (PORR). Perbincangan dan penyelarasan dengan jabatan Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Pertahanan, Pengangkutan dan Kesihatan dan lain-lain sedang dilakukan dengan harapan kesemua permasalahan terlibat dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada akhir tahun ini. Bagi cadangan pelaksanaan Bayan Lepas LRT sepanjang 29.9 kilometer dan Stesen KOMTAR ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta seterusnya ke kawasan Penang south Island (PSI), panggilan prakelayakan kontraktor telah ditutup pada 7 Oktober. Pada ketika ini, penilaian syarikat yang berminat dengan projek tersebut telah diselesaikan dan syarikat yang berkelayakan akan dipanggil untuk kemukakan cadangan masing-masing melalui RFP yang telah diedarkan. Berdasarkan perancangan semasa, tempoh bagi syarikat terlibat untuk kembalikan RFP adalah pada sekitar bulan Mac atau April tahun depan sebelum penilaian sekali lagi oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Kewangan terhadap cadangan-cadangan yang telah diterima bagi memilih syarikat yang berjaya untuk ditawarkan pakej pelaksanaan Bayan Lepas LRT. Setakat ini, dijangkakan bahawa tawaran untuk pelaksanaan Bayan Lepas LRT dapat ditawarkan kepada kontraktor yang berkelayakan pada suku ketiga tahun 2023. PSI dengan keluasan keseluruhan 4,500 ekar telah mendapat kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) pada 25 Jun 2019. Walau bagaimanapun, kelulusan berkenaan telah dibatalkan oleh Lembaga Rayuan EIA pada 8 September 2021. Susulan pembatalan tersebut, laporan EIA baharu telah dikemukakan pada 29 April tahun ini dan Kerajaan Negeri masih menunggu keputusan Ketua Pengarah Alam Sekitar bagi EIA yang dikemukakan. Kelewatan permulaan projek ini adalah berkait dengan kelulusan EIA. Namun begitu terdapat beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai usaha mitigasi kepada alam sekitar seperti penanaman bakau, melakukan kajian-kajian yang berkaitan dengan perikanan, membantu nelayan yang terkesan dengan memberi bot gantian lengkap berenjin dan kemudahan berkaitan serta inisiatif-inisiatif lain. Usaha-usaha untuk membantu golongan yang terkesan akan dibuat secara berterusan sehingga projek PSI berjaya disempurnakan. Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta khusus untuk membiayai pengangkutan awam dan ianya merangkumi empat (4) program utama iaitu Pas Mutiara My50, bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT), bas Bridge Express Shuttle Transit (BEST) KOMTAR dan pembiayaan tambang feri sepertimana Ahli EXCO telah menerangkan tadi. Pada suku ketiga tahun ini, sebanyak RM1.5 juta telah ditambah bagi memastikan rakyat terus menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaik. Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri telah setuju meluluskan peruntukan sebanyak RM13.96 juta bagi sektor pengangkutan awam untuk meringankan beban rakyat. Selaras dengan Visi Penang2030 juga, Kerajaan Negeri melalui PBT kini sedang dalam perancangan untuk terus menambah baik infrastruktur stesen pengecas kenderaan elektrik. Pihak MBPP telah kenal pasti lapan (8) lokasi yang sesuai bagi tujuan menempatkan stesen mengecas motosikal elektrik dan kini dalam proses pemasangan. Stesen pengecas motosikal elektrik ini adalah percuma kepada semua motosikal elektrik di Pulau Pinang. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah belanja kira-kira RM15.5 juta sehingga tahun 2022 bagi pemberian insentif perkhidmatan kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah. Pemberian insentif ini akan diteruskan pada tahun 2023 dengan bayaran sebanyak RM600.00

seorang. Sebanyak RM1.8 juta akan diperuntukkan dan pembayaran insentif ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 penerima.

PELANCONGAN DAN EKONOMI KREATIF. Industri pelancongan Pulau Pinang telah berjaya mencatatkan prestasi yang unggul untuk tahun 2022 ini. Sejak pembukaan semula sempadan pada 1 April, kita telah menyaksikan peningkatan ketara dalam ketibaan antarabangsa. Secara amnya, perbandingan antara bulan Januari sehingga Disember tahun 2021 dan antara bulan Januari sehingga Ogos 2022, Pulau Pinang telah mencapai peningkatan sebanyak 2,973 peratus untuk ketibaan antarabangsa manakala peningkatan sebanyak 235 peratus untuk ketibaan domestik di Lapangan Terbang antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Turut menunjukkan peningkatan adalah jumlah pergerakan penumpang di Bayan Lepas iaitu sebanyak 315 peratus daripada 544,000 orang pada tahun 2021 kepada 2.2 juta orang bagi tahun ini untuk jumlah pergerakan penumpang di LTAPP. Bagi memulihkan industri pelancongan pasca COVID-19, Penang Global Tourism (PGT) akan bertindak berdasarkan Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan Negeri (Tourism Recovery Action Plan) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri. Pelan ini bertujuan untuk kurangkan kesan pandemik melalui beberapa strategi dengan menjenamakan Pulau Pinang sebagai destinasi yang selamat. Kerajaan Negeri menyediakan RM1.0 juta bagi Tourism Recovery Action Plan tahun 2023. Kerajaan Negeri melalui PGT secara konsisten bekerjasama rapat dengan pemain pelancongan untuk menggiatkan semula industri pelancongan. Penglibatan dan kerjasama berterusan dengan pengendali pelancongan dan syarikat penerbangan adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pemulihan pelancongan dan kekal berdaya saing dalam pasaran global. Di samping usaha promosi berterusan ke pasaran Pulau Pinang yang sebelum ini mempunyai penerbangan terus, Pulau Pinang juga mensasarkan 10 pasaran ketibaan teratas ke Pulau Pinang serta beberapa pasaran berpotensi seperti Eropah, Korea Selatan dan Timur Tengah. Bagi meneruskan usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri kita, geran berjumlah RM7.4 juta disediakan untuk Penang Global Tourism. Melalui Julai tahun ini, Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) telah menerima tiga singgahan kapal pesiar antarabangsa setiap minggu. Penaiktarafan SPCT membolehkan SPCT kendalikan dua kapal bersaiz oasis pada satu-satu masa. Penerimaan kapal-kapal pesiar pada bulan Julai sahaja menyaksikan seramai 35,000 penumpang tiba di Pulau Pinang. Ia memberi indikator bahawa industri pelancongan melalui kapal pesiar semakin berkembang dan mampu untuk melonjakkan ekonomi negeri kita. Dengan pembukaan sempadan negara, aktiviti warisan, budaya dan pelancongan telah kembali rancak. George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) selaku Pengurus Tapak Warisan Dunia UNESCO Bandar Warisan George Town telah meneruskan usaha dengan aktif dalam menguruskan dan mempromosi pendidikan warisan budaya pada tahun ini. GTWHI akan menambah aktiviti kolaborasi erat dengan UNESCO, agensi antarabangsa seperti ICOMOS, ICCROM, ICHCAP dan lain-lain lagi serta agensi kebangsaan seperti Jabatan Warisan Negara dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia dan pelbagai program akan dilaksanakan dan GTWHI akan menerima geran sebanyak RM3.2 juta bagi tahun depan bagi meneruskan usaha ini. George Town Festival, Dato’ Yang di-Pertua, pula merupakan aktiviti tahunan yang terkenal di peringkat antarabangsa dan dikendalikan oleh GTWHI sejak tahun 2010. Festival ini menyambut pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia dan nilai keunggulan sejagat, sambil mempamerkan kekayaan dan kepelbagaian kesenian, budaya dan warisan dalam mempersembahkan berkelas dunia melalui kolaborasi dengan artis-artis tempatan dan antarabangsa. Bagi tahun 2023, RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk George Town Festival dan sejumlah RM0.5 juta pula bagi George Town Heritage Celebrations.

Seterusnya, Program Penaiktarafan Imej Penarik Beca di Pulau Pinang telah memanfaatkan 77 buah beca di Pulau Pinang. Kerja-kerja telah dijalankan termasuk penggantian rim, tayar, penutup kanvas, tempat duduk penumpang, mengecat badan beca dan pemasangan payung baharu. Taman Botani Pulau Pinang yang kaya dengan khazanah warisan semula jadi dan merupakan salah satu destinasi ekopelancongan tempatan. Tahun 2022 memperlihatkan pelbagai pelaksanaan program, projek dan aktiviti merangkumi bidang pemuliharaan, penyelidikan, rekreasi, pelancongan, penyelidikan dan pendidikan serta perkhidmatan dilaksanakan oleh Jabatan Taman Botani Pulau Pinang. Sehingga bulan September, sebanyak 12 projek pembangunan telah dilaksanakan bagi menambahbaikkan kemudahan di Taman Botani Pulau Pinang. Bagi tahun 2023 peruntukan pembangunan sebanyak RM1.7 juta disediakan untuk naik taraf kemudahan di Taman Botani Pulau Pinang. Fasa peralihan endemik yang bermula juga telah memberi kelegaan dan membawa kepada pemulihan sektor pelancongan Bukit Bendera di mana kedatangan pengunjung meningkat dengan kadar yang sangat memuaskan. Setakat Ogos 2022, jumlah pengunjung adalah seramai 893,000 orang iaitu 715 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pencapaian angka ini dijangka akan terus meningkat dan beransur kembali kepada jumlah pengunjung sebelum penularan wabak COVID-19. Dari segi pelaksanaan projek di Bukit Bendera, projek utama Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) bagi tahun 2022 adalah projek menaiktaraf Stesyen Atas Bukit Bendera iaitu fasa yang keempat projek yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dengan anggaran kos berjumlah RM9.3 juta telah bermula pada bulan Mac 2021 dan dijangka siap pada Disember tahun ini. Projek ini adalah bagi memperluaskan ruang menunggu dalam stesen agar dapat menampung hampir 750 orang pada satu-satu masa dengan penambahan lif dan eskelator ia akan memberi keselesaan kepada pengunjung, orang kurang upaya dan warga emas. Sistem Elektronic Queue Management System (EQMS) 2.0 (JustQ) juga dilaksanakan bagi memudahkan pengunjung untuk pemberitahuan waktu menunggu di Stesen Atas. Perbadanan Bukit Bendera akan disediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM5.5 juta bagi meningkatkan kemudahan dan fasilitinya bagi tahun akan datang. Belia dan Sukan. Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang telah berlangsung pada 16 hingga 24 September yang lalu bertempat di Kuala Lumpur telah menyaksikan kejayaan pasukan kontijen Negeri Pulau Pinang membawa pulang sebanyak 30 butir pingat emas, 28 pingat perak dan 42 pingat gangsa mengatasi sasaran pingat yang ditetapkan. Seterusnya kontijen atlet-atlet luar biasa Pulau Pinang yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Para SUKMA pada 1 hingga 5 November telah turut mencatatkan rekod kemenangan yang cemerlang apabila berjaya memenangi sejumlah 15 pingat emas, 15 perak dan 13 pingat gangsa. Tahniah diucapkan kepada kontijen SUKMA Pulau Pinang. Kerajaan Negeri bagi tahun 2022 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.6 juta untuk pelaksanaan projek menaiktaraf gelanggang sukan awam di Pulau Pinang. Sehingga kini sejumlah 14 projek telah dikenalpasti untuk pelaksanaan bagi tahun ini menggunakan peruntukan yang telah diluluskan tersebut. Sebagai usaha untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Negeri Pulau Pinang untuk bersukan dalam persekitaran yang kondusif Kerajaan Negeri bersetuju untuk menambah peruntukan menaiktaraf gelanggang awam sebanyak RM3.5 juta bagi tahun 2023 dengan pembangunan kemudahan diperluaskan seperti membina bumbung, pagar dan sebagainya. Kerajaan Negeri melalui Penang Youth Development Corporation (PYDC) telah membangunkan portal kerjaya ‘We Want You’. Portal ini berfungsi sebagai sebuah laman sesawang yang menyediakan platform untuk golongan majikan mengiklankan peluang pekerjaan, latihan industri atau internship dan freelancing secara percuma buat golongan belia yang mencari pekerjaan. Tujuan dasar projek ‘We Want You’ adalah untuk mengurangkan jurang kadar

pengangguran di Pulau Pinang serta membantu golongan belia mencari pekerjaan yang bersesuaian dan para majikan menggajikan lebih ramai pekerja di Pulau Pinang. Pada tahun ini, 11 karnival kerjaya telah dilaksanakan setakat September 2022 dan projek ini juga telah mencapai beberapa pencapaian yang signifikan dalam mengatasi masalah pengangguran. Pencapaian-pencapaian tersebut termasuklah seramai 552 majikan telah berdaftar untuk mengiklankan peluang pekerjaan dalam portal ini, 1,588 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan, 2,572 orang pengguna portal, 3,726 permohonan kerja dan kadar kejayaan untuk mendapat pekerjaan daripada portal ini adalah 30 peratus. Untuk tahun 2023 ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM2.0 juta kepada PYDC pada tahun 2023. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan penubuhan satu (1) jawatankuasa baharu iaitu Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) di setiap KADUN. JBPP bertindak sebagai pelapis dalam barisan pimpinan masyarakat di Pulau Pinang serta membangunkan belia secara holistik supaya mereka dapat menggerakkan usaha dan program pembangunan belia di KADUN masing-masing bagi melatih lebih ramai lagi pemimpin muda negara yang bakal mencorak masa depan negara. Terdapat 400 orang belia di setiap KADUN dan setakat ini sebanyak 53 aktiviti telah dijalankan oleh cawangan JBPP masing-masing. Untuk tujuan ini Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.39 juta bagi tahun 2023.

AGRO TEKNOLOGI DAN KESELAMATAN MAKANAN DAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR. Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pembangunan sektor pertanian terus dipacu oleh Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) 2021 – 2030 di mana objektif pembangunan subsektor agromakanan adalah memastikan bekalan bahan asas makanan mencukupi, tersedia dan selamat dimakan. Bagi mengukuhkan rantaian nilai bekalan makanan sedia ada terdapat perancangan bagi menambah kawasan tumpuan pengeluaran taman makanan seperti yang telah dilaksanakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasan Ara Kuda dan Mayfield serta di Taman Pertanian Permatang Pauh dan Batu Kawan. Taman Agroteknologi Pertanian Ara Kuda merupakan perancangan jangka panjang di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kerjasama pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di mana penekanan kepada pembangunan pertanian moden menggunakan aplikasi teknologi agromakanan, seiring dengan pelaksanaan Revolusi Industri (IR4.0) di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai TKPM 2 Ara Kuda, seluas 147 ekar. Perkembangan IR4.0 menggalakkan pengoperasian secara automasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja yang ramai. Penyertaan aktif syarikat swasta amat diperlukan terutama dalam sektor pertanian berskala besar dan berteknologi tinggi. Sektor swasta memainkan peranan penting sebagai agen perubahan atau pemangkin transformasi sektor pertanian yang moden, dinamik dan berdaya saing. Namun begitu, pelaburan swasta dalam industri agromakanan masih kurang jika dibandingkan dengan industri-industri lain seperti perladangan, pembuatan dan perkhidmatan. Oleh itu, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan agensi seperti PERDA dan beberapa syarikat lain bagi mengenal pasti ruang dan peluang untuk pihak swasta melabur dalam industri pertanian khususnya subsektor tanaman makanan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan kualiti produk melalui program-program pengembangan dan projek pembangunan pertanian. Momentum pertumbuhan sektor pertanian bergantung kepada beberapa faktor seperti sosio ekonomi dan perkembangan teknologi pertanian. Pada tahun 2022, Jabatan Pertanian Negeri telah menerima peruntukan pembangunan sektor agromakanan berjumlah RM6.25 juta bagi 16 projek dan program pembangunan pertanian dengan 14 daripadanya telah memberi manfaat secara langsung kepada golongan sasar iaitu para petani, usahawan Industri Asas Tani (IAT) dan belia tani. Manakala dua (2) projek lagi adalah untuk membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur pengoperasian jabatan. Bagi tahun 2023,

Jabatan Pertanian Negeri akan menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM6.92 juta untuk meneruskan projek-projek ini. Jabatan Pertanian Negeri terus menjadikan subsektor makanan pertanian sebagai tumpuan utama dalam sektor pertanian untuk mencapai agenda meningkatkan jaminan makanan dan menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada barisan hadapan pertanian. Tumpuan akan merangkumi antara lain untuk memperkukuh rantaian bekalan makanan, menambahkan sokongan dan perkhidmatan penyampaian, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta menggalakkan lagi pematuhan terhadap standard dan amalan pertanian yang baik melalui Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganik). Usaha tersebut bertujuan meningkatkan jaminan dan keselamatan makanan dengan meningkatkan produktiviti, penjanaan pendapatan yang lebih baik serta menarik generasi muda untuk terlibat dalam bidang pertanian yang akhirnya akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pada tahun 2022, Jabatan Pertanian Negeri telah diperuntukkan sebanyak RM1.5 juta secara one-off bagi pelaksanaan Program Farmers To Farmers yang memanfaatkan 230 orang golongan sasar. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pemberian berjumlah RM2.63 juta untuk bantuan one-off berjumlah RM500.00 seorang kepada 5,262 pesawah di Negeri kita. Bantuan one-off ini adalah untuk meringankan beban pesawah setelah mengambil kira pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi seperti ketidaktentuan cuaca, peningkatan kos bahan input baja kimia dan agrokimia serta lain-lain cabaran. Dasar dan hala tuju Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri (JPV) sentiasa memberi penumpuan kepada pembangunan sektor ternakan melibatkan komoditi ternakan utama iaitu lembu, kerbau, kambing, bebiri, ayam, itik termasuk telur dan susu serta industri hiliran berdasarkan ternakan bagi memastikan keperluan makanan dari sudut jaminan dan keselamatan pada tahap yang tinggi. Bagi aspek pengeluaran ladang Nilai Hasil Ternakan (NHT) sejak tahun 2018 telah mengekalkan perolehan melebihi RM900 juta pada setiap tahun. Pengeluaran NHT pada tahun 2021 berjumlah RM1,535.61 juta iaitu peningkatan sebanyak RM293.5 juta daripada NHT 2020 yang bernilai RM1,242.11. Walau pun terdapat peningkatan, namun kadar ini dijangka akan mengalami pengurangan mulai tahun 2022 memandangkan penguatkuasaan terhadap Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang memberi impak yang besar kepada pengurangan bilangan ladang yang drastik. Pengurangan bilangan ladang mempengaruhi bilangan populasi ternakan yang akhirnya akan memberi kesan langsung kepada pengeluaran serta Nilai Hasil Ternakan (NHT). Bagi tahun 2023, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan diberi peruntukan sebanyak RM4.5 juta untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang berkaitan. Akhir sekali Negeri Pulau Pinang turut menyumbang kepada pengeluaran hasil akuakultur negara di mana mencatatkan nilai berjumlah 429.47 juta pada tahun 2022 selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri bagi memastikan produk akuakultur selamat untuk dimakan Jabatan Perikanan Negeri bukan Perikatan (ketawa). Perikanan telah memperkenalkan etika amalan yang bertanggungjawab dan mesra alam kepada pengusaha akuakultur melalui Pensijilan MyGAP sebanyak 50 syarikat akuakultur dan premis ikan hiasan di negeri ini telah dianugerah dengan sijil MyGAP Akuakultur pada tahun 2022. Selain itu, cawangan biosekuriti Perikanan Negeri Pulau Pinang telah disalurkan peruntukan pembangunan sebanyak RM115,000 untuk pemberian insentif MyGAP kepada tiga (3) syarikat yang bertujuan meningkatkan kemudahan biosecurity premis akuakultur mereka.

PERUNTUKAN BAJET MENGURUS DAN PEMBANGUNAN 2023 Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, Bajet 2023 digubal dengan penuh kesedaran supaya dapat direalisasikan perancangan yang telah dibuat di samping mengimbangi kekangan dari segi kemampuan kewangan yang amat terhad. Sebagai kerajaan yang prihatin, intipati bajet memberi penekanan kepada agenda merangsangkan pertumbuhan ekonomi negeri dan pembangunan sosial ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Tujuan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 adalah untuk mendapat kuasa berkanun bagi membolehkan Kerajaan Negeri membuat perbelanjaan bekalan berjumlah RM943,631,441.00 untuk 20 jabatan bagi tahun 2023 sepertimana perincian di Risalah Bilangan 4 Tahun 2022. Selain daripada itu, peruntukan berjumlah RM45,840,672.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan tanggungan bagi tiga jabatan mengikut undang-undang di bawah Kumpulan Wang Disatukan. Oleh itu, keseluruhan Perbelanjaan Mengurus yang dianggarkan pada tahun 2023 ialah RM989,472,113.00. Sepertimana Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan sedia maklum, perbelanjaan pengurus yang dicadangkan bagi tahun 2023 sejumlah RM989.47 juta merupakan peningkatan sebanyak RM54.25 juta berbanding tahun 2022. Antara punca utama peningkatan Perbelanjaan Mengurus Tahun 2023 adalah berikutan pertambahan caruman ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri sebanyak RM40 juta ringgit iaitu caruman sebanyak RM240 juta pada tahun 2023 berbanding RM200 juta pada tahun 2022. Di bawah Peruntukan Mengurus 2023, sejumlah RM195.89 juta adalah bagi emolumen RM207.10 juta bagi Perkhidmatan dan Bekalan RM6.92 juta ringgit untuk perolehan Aset. RM578.22 juta bagi Pemberian dan Kenaan Bayaran tetap dan RM1.36 juta disediakan untuk Perbelanjaan-perbelanjaan Lain. Perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap kekal sebagai komponen terbesar mencakupi 58.44 peratus daripada keseluruhan Perbelanjaan Mengurus. Jumlah ini termasuk caruman sebanyak RM240.00 juta ringgit kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri sejumlah RM98.26 juta bagi program-program kebajikan negeri termasuk iSejahtera dan RM96.16 juta bagi penyediaan geran kepada anak-anak syarikat badan berkanun negeri dan lain-lain agensi. Pertambahan peruntukan bagi objek-objek am secara dasarnya adalah bagi menampung keperluan kenaikan gaji tahunan, kenaikan kos bekalan dan keperluan mengganti aset dan kenderaan yang tidak lagi ekonomik untuk dibaikpulih. Namun demikian, peningkatan belanja mengurus ini adalah pada tahap terkawal selaras dengan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengawal dan menerapkan disiplin dalam perbelanjaan secara berhemah. Kerajaan Negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip pada tahun 2023 adalah berjumlah RM522,353,370.00 iaitu pertambahan sebanyak RM36.93 juta atau 7.61 peratus berbanding anggaran hasil tahun semasa 2022 sebanyak RM485.42 juta. Komposisi hasil tahun 2023 terdiri daripada hasil cukai RM165.65 juta atau 31.71 peratus. Hasil bukan cukai RM253.93 juta atau 48.61 peratus dan terimaan bukan hasil sebanyak RM102.77 juta ringgit atau 19.68 peratus. Punca peningkatan utama hasil sebanyak RM36.93 juta yang dijangkakan pada tahun 2023 berbanding dengan tahun 2022 adalah daripada sumber hasil bukan cukai melibatkan ‘Lesen dan Permit’ dan ‘Keuntungan Pembiayaan Dan Perolehan Pelaburan’. Mengambil kira jangkaan hasil tahun 2023 berjumlah RM522.35 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM989.47 juta, akan menjadikan Bajet 2023 mengalami defisit sebanyak RM467.12 juta. Jangkaan defisit ini bertambah sebanyak RM17.32 juta berbanding dengan deposit tahun 2022 yang berjumlah RM449.8 juta. Namun mengambil kira janji Kerajaan Negeri yang akan sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk melonjakkan pembangunan negeri di samping memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara, maka bajet berdefisit perlu dilaksanakan. Anggaran defisit atau kekurangan RM467.123 juta yang dijangka dalam Bajet 2023

akan dibiayai daripada simpanan terkumpul negeri yang berbaki sebanyak RM848.82 juta pada akhir tahun 2021. Jumlah keseluruhan rizab Kerajaan Negeri setakat akhir 2021 adalah berjumlah RM2.117 bilion termasuk Akaun Amanah Disatukan. Bagi Pembangunan Tahun 2023 yang dicadangkan adalah berjumlah RM326,758,158 juta bagi sembilan (9) jabatan negeri seperti perincian di Risalah Bilangan No. 4 Tahun 2022. Sumber daripada Perbelanjaan Pembangunan ini adalah melibatkan punca negeri sebanyak RM311.24 juta dan pemberian Kerajaan Persekutuan yang dianggarkan sebanyak RM15.52 juta sahaja. Bajet Pembangunan Tahun 2023 adalah meningkat sebanyak RM10.63 juta atau 3.36 peratus berbanding tahun 2022 berjumlah RM316.13 juta. Daripada sembilan (9) jabatan yang disediakan Peruntukan Pembangunan enam (6) jabatan telah disediakan peruntukan yang lebih tinggi berbanding tahun 2022 iaitu Pejabat Ketua Menteri Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (P01), Jabatan Pengairan Dan Saliran (P08), Jabatan Taman Botani (P10), Jabatan Kerja Raya (P12), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (P17) dan Jabatan Pertanian (P18), manakala tiga (3) jabatan iaitu Jabatan Perhutanan (P09), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (P13) dan Jabatan Kewangan Negeri (P16) disediakan peruntukan yang berkurangan sedikit berbanding tahun 2022. Peruntukan Pembangunan tertinggi adalah disediakan di bawah Vot P01 berjumlah RM172.04 juta. Bajet ini merangkumi peruntukan bagi Projek Gurney Wharf berjumlah RM60 juta, Pembangunan Sukan dan Kawasan Lapang RM18.90 juta, Penang Transport Master Plan berjumlah RM17.23 juta, Pembangunan Perancangan Perumahan Murah berjumlah RM8.67 juta dan lain-lain projek pembangunan. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan pinjaman kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang bagi menampung sebahagian kos projek GBS By The Sea berjumlah RM20.00 juta di bawah Vot P01 pada tahun 2023. Seterusnya, peruntukan di bawah Jabatan Perhutanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan kewangan Negeri adalah berkurangan pada tahun 2023 kerana kebanyakan projek di bawah jabatan-jabatan ini telah pun disiapkan pada tahun semasa. Pengurangan bajet pembangunan di jabatan-jabatan ini tidak akan menjejaskan perkhidmatan dan prestasi jabatan berkenaan. Kerajaan Negeri berjanji akan meneruskan amalan tadbir urus berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) bagi mengekalkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang mempunyai kepimpinan yang bersih dan dinamik.

PENJAWAT AWAM JENTRA PEMBANGUNAN NEGERI Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited untuk memastikan dasar-dasar Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan jayanya. Komitmen jitu yang diberikan telah membantu Negeri Pulau Pinang untuk mengekalkan prestasi perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Bagi menghargai sumbangan penjawat awam dan melonjakkan lagi semangat untuk terus berkhidmat dengan cemerlang, saya meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) akhir tahun bersama dengan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200. Bayaran BKK ini melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM6.13 juta. Di samping itu, seperti tahun-tahun sebelum ini pemberian sebanyak RM300 seorang akan disalurkan kepada Penyelia dan Guru KAFA sekolah Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf sekolah persendirian Cina. Selain itu, pemberian sebanyak RM200 seorang akan dibayar kepada Guru Tahfiz, Guru Pondok dan turut Guru TADIS Negeri Pulau Pinang yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan sebanyak RM900,000. Semua bayaran BKK dan pemberian ini akan dibuat pada bulan Disember tahun ini.

Di kesempatan ini, saya dan seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fauzi bin Haji Abdul Razak atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan kepada kepimpinan ini. Semoga seluruh jentera pentadbiran negeri dapat terus menggembeling tenaga dalam menjayakan dasar-dasar Kerajaan Negeri dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Negeri Pulau Pinang.

PENUTUP Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan, Kerajaan Negeri menyasarkan matlamat untuk membangunkan Pulau Pinang sebagai secara mampan yang mana akan menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan serta pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Di samping itu, kepentingan rakyat Negeri Pulau Pinang adalah sentiasa dijaga melalui dasar-dasar kerajaan yang inklusif dan holistik, di mana penyediaannya mengambil kira pandangan dari semua pihak berkepentingan khususnya Ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan, Agensi Kerajaan, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan, para ahli akademik serta wakil-wakil komuniti. Marilah kita sama-sama terus menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab untuk membina ekonomi Negeri Pulau Pinang yang kukuh melalui Bajet 2023 ini. Dengan sokongan padu dan penyertaan semua pihak, Pulau Pinang akan terus maju dan berjaya mencapai Visi Penang2030: “Negeri Pintar dan Hijau, Berteraskan Keluarga, Inspirasi Negara”. Sekian, YB Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, saya mohon mencadangkan. [Ahli-ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Yang Amat Berhormat. Sila. Saya perlukan sokong.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

(6A) Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Y.A.B. Ketua Menteri:

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini meluluskan perbelanjaan sebanyak RM326,758,158 yang tertera di dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2023 yang dibentangkan sebagai Risalah Dewan Undangan Negeri Bil. 4 Tahun 2022 dan menetapkan bahawa jumlah yang tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2023 ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila. Sokongan.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan keatas Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 akan bermula pada hari esok, 22 November. Ahli-Ahli Yang Berhormat maka untuk hari ini Dewan ditangguhkan dan akan bersidang semula pada esok Selasa, 22 November jam 9.30 pagi.

Dewan ditangguhkan pada jam 1.20 petang.