Pulau Pinang · 3 June 2022
14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 124 turns · 14,357 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Muhammad Faiz Bin Mohamed Fadzil (Permatang Pasir), Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq (Bertam)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.
“Bacaan Doa”.
Soalan lisan.
Selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita bersidang semula dengan sesi soalan lisan. Ingin saya jemput Yang Berhormat Bukit Tengah. Sila.
Selamat pagi Dato’ Speaker. Soalan saya soalan 48. No. 48. Nyatakan status kemajuan pembangunan Swettenham Pier Cruise Terminal setakat terkini yang sebegitu penting untuk sektor pelancongan negeri. (a) Nyatakan butiran terperinci setiap fasa dengan kos pembangunan projek tersebut. (b) Nyatakan garis masa untuk menyiapkan projek dan sama ada terdapatnya kelewatan.
Yang Berhormat Dato' Speaker, Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan Bukit Tengah. Industri pelancongan adalah antara tonggak ekonomi yang penting kepada Negeri Pulau Pinang dan pada zaman pra pendemik dan pelbagai usaha telah dikendalikan bagi mengembalikan prestasi industri pelancongan. Antaranya termasuk penaiktarafan infrastruktur pelancongan dan kepelbagaian produk pelancongan. Sehubungan ini, penaiktarafan Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) telah bermula sejak tahun 2020 dan akan dilakukan dalam empat fasa. Iaitu Fasa 1A, Fasa 1B dan Fasa kedua dan Fasa ketiga. Setakat sekarang fasa 1A telah disiapkan dan disempurnakan. Fasa A yang dianggarkan berjumlah RM95 juta merangkumi kerja-kerja pelebaran dermaga sepanjang 220 meter arah utara SPCT, pembinaan breasting baharu dan mooring dolphin yang masing-masing sepanjang 50 meter dan 68 meter serta pembinaan dua jambatan bagi breasting baharu dan mooring dolphin.
Fasa 1B yang dianggarkan berjumlah RM4,623,793.00 akan memberi fokus dalam Development of Preliminary Upland, iaitu mengecilkan ruang lebar dan membuat pemasangan gangway atau boarding bridges. Fasa 2 dan Fasa 3 iaitu new home port terminal dianggarkan berjumlah RM55,391,261.00 dan akan melibatkan kerja-kerja penambahbaikan terminal melibatkan pengstrukturan semula terminal sedia ada, jalan masuk di sebelah utara sedia ada ditukarkan kepada akses kenderaan dua hala yang menghubungkan ke apron dan penambahan laluan menghubung baru. Fasa 1A bermula pada bulan Mei tahun 2020 dan selesai pada bulan Julai tahun 2021. Fasa 1B ditetap dan dijangka akan bermula pada tahun 2023 dan dijangka selesai dalam 12 bulan dari tarikh mula. Fasa 2 dan fasa 3 dijangkakan akan bermula pada tahun 2024 dan dijangka selesai dalam tahun tempoh 12 bulan juga. Berdasarkan kepada garis masa pelan pembangunan SPCT seperti yang ditetapkan memang tiada kelewatan pelaksanaan projek tersebut.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan pada soalan saya. Sudah tentu projek-projek besar pembangunan Swettenham Pier Cruise Terminal amat penting untuk perusahaan tourism dalam negeri kita. Jadi soalan saya dengan adanya projek-projek ini bagaimana, apakah rancangan ataupun pelan kerajaan bagi memastikan penggiat-penggiat industri pelancongan yang lain akan dimanfaatkan daripada projek-projek yang disebutkan tadi. Cuma ada lagi satu soalan tambahan daripada berita semalam dilaporkan bahawa sempadan-sempadan lautan masih ditutup akibat daripada Jabatan Imigrasi yang masih belum buka lagi, apa ini laluan kepada cruise-cruise untuk boleh masuk, kapal boleh masuk ke Malaysia dan Pulau Pinang khususnya dan ini akan sudah tentu menjejaskan pelancongan kita di Pulau Pinang. We have all have been waiting and excited for the cruise untuk sampai Spectrum yang kononnya akan sampai pada bulan ini. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat tentang isu ini yang agak serius. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Bukit Tengah bagi menjawab bahagian satu soalan Bukit Tengah. Kerajaan Negeri memang dalam proses merancang satu jejak warisan di sekeliling SPCT termasuk tapak warisan UNESCO. Memandangkan Penang Port iaitu terminal, Cruise Terminal kita merupakan satu-satunya pelabuhan yang terletak di tapak UNESCO dunia, hanya satu sahaja yang di mana cruise datang, terus keluar cruise, terus keluar port akan masuk ke tapak warisan dunia UNESCO. Penang Port adalah salah satu di dunia ini, dan ini pun merupakan satu keunikan dan juga keistimewaan port untuk Pulau Pinang ini. Dan jejak warisan yang akan dirancangkan oleh Kerajaan Negeri akan memastikan bahawa penggiat-penggiat industri pelancongan yang lain termasuk pemandu pelancong termasuk pengusaha makanan dan minuman termasuk pemilik-pemilik kedai cenderahati akan dimanfaatkan dari segi ekonomi dan pendapatan dengan kedatangan pelancong-pelancong dari cruise ini. Dan pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga akan meneliti aspek-aspek lain seperti trafik, logistik serta status persiapan infrastruktur bagi memastikan kedatangan pelancong yang banyak pada satu masa, in flux of tourist at one group sebab satu cruise akan membawa melebihi ribu-ribu pelancong supaya kedatangan pelancong ini tidak akan menjadi satu gangguan trafik untuk kawasan-kawasan yang berdekatan.
Dan berkenaan dengan bahagian kedua soalan Yang Berhormat. Saya sebagai EXCO Pelancongan yang begitu mempunyai hasrat tinggi untuk mengembalikan ekonomi Pulau Pinang ini. Saya pun amat kecewa dan kesal dengan penutupan, masih menutup, penutupan Imigresen terhadap cruise, kedatangan cruise ini. Memang semua penggiat-penggiat industri dan Kerajaan Negeri menunggu-nunggu itu kedatangan cruise. Sebab cruise ini memang dapat membawa banyak pelancong dan saya memang berharap lah Jabatan Imigresen dapat secepat mungkin untuk melepaskan lift the bank to the cruise supaya, sebab sekarang kita pun nampak udara pun boleh membawa pelancong, takkan laut tak boleh bawa pelancong. Jadi saya pun harap Jabatan Imigresen dapat mencepatkan proses ini.
Terima kasih.
Laluan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan Paya Terubong. Tentang warisan saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan tentang warisan jadi Pulau Pinang ini merupakan negeri yang banyak sumber warisan termasuk di Seberang Perai dan sebagainya. Warisan bangunan, warisan tempat warisan dan juga....(gangguan).
Yang Berhormat ini soalan spesifik.
Okey-okey, dari segi kebudayaan dan sebagainya. Apakah langkah ataupun strategi Kerajaan Negeri untuk mengambil kira warisan-warisan yang selain di Pulau Pinang di Pulau ini di Seberang dan sebagainya kebudayaan dan sebagainya untuk kita menguat, memperkemaskan pelancongan di Negeri Pulau Pinang ini. Terima kasih.
Yang Berhormat. Tak berapa sangkut dengan soalan pokok la. So, maaf. Ini tak bersangkut dengan Swettenham Pier. Okey saya nak jemput apa nama nama seterusnya Yang Berhormat Seberang Jaya, Seberang Jaya tak ada. Soalan ini di langkau. Yang Berhormat Telok Bahang, Teluk Bahang pun tak ada. CM duduk tak apa. Soalan pun di langkau. Dan saya nak jemput Bukit Tambun.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker, soalan saya soalan nombor 51. No. 51. Huraikan tahap kualiti air bagi semua sungai di Pulau Pinang dan nyatakan parameter kualiti air setiap sungai. (a) Huraikan punca-punca pencemaran di Sungai Pinang, Sungai Juru, Sungai Junjung dan Sungai Jawi.
(b) Bagaimanakah pengurusan lembangan sungai dan sistem saliran hijau dapat diimplementasikan? (c) Apakah tindakan terhadap pencemar sungai?
Terima kasih Dato’ Speaker dan juga dan Yang Berhormat Bukit Tambun atas soalan. Yang Berhormat merujuk kepada Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020 sungai-sungai di Pulau Pinang secara puratanya berada dalam kelas 3, iaitu dia kategorikan sebagai sederhana. Parameter dominan yang mencemarkan kebanyakan sungai-sungai di Pulau Pinang adalah disumbangkan oleh Ammoniakal Nitrogen. Terdapat banyak punca yang menyebabkan pencemaran sungai di Sungai Pinang di Sungai Juru, Sungai Junjung dan Sungai Jawi. Antara punca pencemaran sungai adalah daripada point source iaitu daripada premis makanan, industri kecil, bengkel kenderaan, pelepasan sisa pepejal, kumbahan dan sisa domestik daripada penempatan tradisional. Manakala pencemaran daripada non-point source ialah sumber pencemaran yang tidak dapat dikenalpasti. Untuk soalan kedua Yang Berhormat, sistem saliran hijau merupakan sebahagian daripada komponen IRBM ataupun Intergrated River Basis Management Plan iaitu mempertingkatkan pemuliharaan alam sekitar. Implementasi komponen-komponen kerja yang digariskan dalam IRBM dilaksanakan oleh pelbagai agensi mengikut peruntukan dan bidang kuasa masing-masing. Justeru pengurusan perkembangan sungai hendaklah ditangani secara bersepadu. Setiap agensi teknikal termasuk PBT hendaklah bersama-sama berganding bahu menangani isu kebersihan sungai bagi merealisasikan kehijauan saliran sungai. Yang Berhormat soalan ketiga, tindakan penguatkuasaan terhadap pencemaran sungai dilaksanakan oleh pelbagai agensi mengikut bidang kuasa masing-masing. Contohnya Jabatan Alam Sekitar melaksanakan tindakan berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Penguatkuasaan berkala dilaksanakan mengikut program tahunan yang disediakan termasuk operasi gempur dan bersepadu. Antara tindakan-tindakan yang diambil terhadap punca pencemaran industri adalah arahan di lapangan, notis arahan di bawah Seksyen 31 dan 37, kompaun mengikut kesalahan dibawah peraturan-peraturan yang berkaitan dan juga tindakan mahkamah. Menurut PBT tindakan yang di ambil oleh pencemaran sungai berlandaskan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Antaranya pengeluaran notis memberhentikan operasi premis ataupun menghendaki penghapusan kacau ganggu, tawaran kompaun, tindakan pembatalan lesen, tindakan undang-undang, rampasan ataupun penyitaan sesuatu alatan punca pencemaran dan sebagainya. Manakala selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga mempunyai Enakmen Pembekalan Air yang memberi kuasa kepada Pengarah Bekalan Air Negeri Pulau Pinang untuk mengambil tindakan di bawah enakmen tersebut.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Yang berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih diucapkan kepada YB. Tanjong Bunga kerana jawapan yang diberi. Soalan tambahan pertama saya, kita Pulau Pinang bergantung 85 peratus kepada hasil air rawatan daripada Sungai Muda sebagai tujuan penggunaan rakyat di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, sejak dua (2) tahun ini Menteri Besar Kedah selalu mencetuskan isu air mentah menyebabkan ketidaktentuan dan pada masa yang sama Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak juga belum dimuktamadkan. Oleh yang demikian, kita perlu mencari sumber air mentah dari sungai-sungai dari dalam Negeri Pulau Pinang untuk mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Tanjong Bunga, sungai manakah sebenarnya di dalam Pulau Pinang ini sesuai untuk dirawat? Soalan kedua, sungai merupakan hak milik Kerajaan Negeri dan diselenggara oleh Jabatan Parit dan Saliran, iaitu JPS. Walau bagaimanapun, di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Perindustrian 2009), Peraturan-Peraturan Alam Sekeliling (Kumbahan 2009) yang peraturan berkenaan dengan perindustrian hanya terhad kepada industri yang berlesen dan kepada kumbahan pula adalah hanya berkaitan dengan kumbahan selepas dirawat dan dilepaskan oleh IWK. Tiada peruntukan ada untuk diambil tindakan terhadap lain-lain pencemar termasuk industri haram, termasuk dari segi penternakan. Oleh yang demikian, bagaimanakah kita dapat mengambil tindakan terhadap pencemar sungai selain daripada yang diperuntukan di bawah Akta?
Terima kasih. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat atas dua (2) soalan yang sangat penting. Yang pertamanya, strategi sebenarnya Yang Berhormat yang diambil oleh PBA untuk memastikan kelestarian bekalan air Negeri Pulau Pinang adalah untuk pertamanya kita perlu memaksimumkan punca-punca air mentah yang sedia ada iaitu dikatakan Sungai Dua, Sungai Muda yang kita ambil masih lagi belum dimaksimumkan. Disebabkan itu ada modul rawatan air yang baru yang sedang dibina di Logi Rawatan Air Sungai Dua yang akan menambah sekurang-kurangnya 114 MLD kepada produksi dan tambahan kepada itu, loji-loji rawatan baru di Empangan Mengkuang dan juga di Sungai Muda akan dibina. Semua dalam perancangan. Setiap daripada loji itu akan menambah lebih kurang 114 MLD juga. Dan setelah kita memaksimumkan semua punca-punca air mentah yang sedia ada, maka kita akan cari punca-punca yang baru sepertimana Yang Berhormat sebut tadi. Berdasarkan kepada kajian dan juga berdasarkan kepada kualiti air yang sedia ada di sungai-sungai Negeri Pulau Pinang, Sungai Perai yang mempunyai potensi yang paling banyak untuk dijadikan sebagai sumber air lah. Namun begitu, rawatan air Sungai Perai dan juga kita perlu memastikan punca-punca pencemaran di sepanjang Sungai Perai itu perlu ditangani terdahulu. Sekiranya tidak ditangani, agak sukar sedikit untuk menggunakan air daripada Sungai Perai.
Untuk soalan Yang Berhormat, saya faham apa Yang Berhormat menyatakan tadi. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, ada peraturan-peraturan yang terpakai ke atas premis-premis yang membuang atau melepaskan influents perindustrian dan juga kumbahan. Namun, untuk pencemaran-pencemaran lain kita juga ada peraturan, undang-undang lain yang boleh digunakan. Contohnya PBT menggunakan Akta Kerajaan Tempatan secara khusus undang-undang kecil lah seperti kalau MBPP, dia guna Undang-Undang Kecil Kebersihan dan Keselamatan Awam dan mereka boleh mengambil tindakan. Juga undang-undang lain di bawah Akta Kerajaan Tempatan sekiranya sepertimana Yang Berhormat sebut tadi, kilang haram. Kilang haram kita boleh ambil tindakan berdasarkan kepada kuasa-kuasa PBT lah dan juga untuk menghapuskan kacau ganggu dan sebagainya. Di samping itu, sekiranya sungai tersebut merupakan punca air, maka ia tertakluk di bawah Enakmen Bekalan Air Negeri Pulau Pinang. Itu juga merupakan salah satu sumber punca kuasa yang boleh kita menggunakan untuk mengambil tindakan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Yang Berhormat Kebun Bunga, sila.
Dato’ Yang di-Pertua Speaker, soalan saya, 52. No. 52. Mengapakah pelbagai masalah penyelenggaraan rumah pangsa Padang Tembak masih tidak dapat diselesaikan sejak tahun 2008 hingga kini?
Selamat pagi dan Salam Sejahtera Dato’ Speaker dan kepada rakan saya daripada kawasan Kebun Bunga yang bertanyakan soalan berkenaan masalah penyelenggaraan perumahan khususnya di Padang Tembak. Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri senantiasa meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai agenda yang terpenting dan kita sememangnya telah pun membuktikannya melalui penyaluran peruntukan dan kelulusan projek-projek yang berimpak tinggi bukan sahaja daripada pembekalan perumahan tetapi yang kedua yang terpenting juga adalah penyelenggaraan. Jadi soalan ini begitu penting kepada saya. Sejak tahun 2008 sehingga April tahun ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun membelanjakan sejumlah RM297.57 juta. Ini daripada Kerajaan Negeri, bukan Kerajaan Pusat Dato’ Speaker, yang merangkumi 32,582 kerja-kerja penyelenggaraan di semua perumahan awam dan juga kawasan perumahan swasta yang layak di seluruh lima (5) daerah di Negeri Pulau Pinang. Daripada keseluruhan jumlah tersebut Dato’ Speaker, sebanyak RM244.97 juta yang merangkumi 32,045 kerja-kerja penyelenggaraan di perumahan awam, mana kala baki adalah untuk perumahan swasta di mana 537 kerja telah kita lakukan pada kos RM52.596 juta. Now, Rumah Pangsa Padang Tembak merupakan salah satu skim perumahan strata yang tertua, bukan di Pulau Pinang, di Malaysia, one of the first yang siap dibina sejak tahun 1969, Dato’ Speaker and kita di Padang Tembak telah cecah sekarang 53 tahun. This is the oldest in Penang not only here, possibly in the whole country, Dato’ Speaker. Dengan usia bangunan sebegitu, sememangnya ada pelbagai masalah penyelenggaraan di skim tersebut dan Kerajaan Negeri yang begitu prihatin telah pun sejak tahun 2008, membelanjakan sebanyak RM14.03 juta bagi melaksanakan pelbagai kerja penyelenggaraan di ke semua sembilan blok, ada sembilan blok di situ, di Padang Tembak.
Now, untuk tahun ini 2022, satu peruntukan berjumlah RM2.4 juta telah pun kita luluskan oleh Kerajaan Negeri untuk projek-projek yang akan dilaksanakan di kawasan Skim Perumahan Padang Tembak itu. Antara projek itu adalah Dato’ Speaker, kerja pembaikan keretakan bangunan, kerja penggantian Paip Retikulasi Utama ke pam air, kerja pembaikan waterproofing di bumbung-bumbung dan kerja pendawaian semula lampu koridor dan papan-papan suis utama yang membawa kepada kos tersebut. Sekian, thank you very much.
Terima kasih. Dan seterusnya saya nak jemput Yang Berhormat Pulau Tikus. Pulau Tikus, sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 54. No. 54. Apakah bantuan dan sokongan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai sejak tahun 2018?
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada rakan saya daripada kawasan Pulau Tikus yang tanya satu soalan yang penting. "Apakah bantuan dan sokongan yang telah kita terima daripada Kerajaan Pusat kepada kedua-dua PBT kita iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai sejak tahun 2018". Dato’ Speaker, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah pun menerima bantuan dan sokongan kewangan daripada Kerajaan Pusat dari tahun 2018 sehingga sekarang dalam bentuk Geran Mengurus dan Geran Projek Pembangunan di mana butiran terperinci ada di dalam jawapan, whereby every year kita ada terima dan kita ucapkan terima kasih atas itu. Tetapi ini bukan keseluruhan permintaan kita. Ada banyak lagi yang I will come to in the short while. Geran Mengurus adalah merangkumi Geran Tahunan Berasaskan Kaedah Keseimbangan dan Bantuan Bayaran Balik untuk Lampu Jalan dan Lampu lsyarat yang diterima oleh MBSP daripada KPKT ataupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Now, Geran bagi projek pembangunan yang telah kita terima oleh MBPP adalah merangkumi beberapa projek seperti Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM), that goes through the PBT, Dato’ Speaker, they applied whichever scheme applied to the PBT. Juga kita ada Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dan pembaikpulihan rumah. Kita juga ada terima geran untuk penaiktarafan sistem tandas di Pasar Chowrasta. Kita juga terima untuk pembaikpulihan dan penaiktarafan tandas di Pengkalan Weld juga dan secara am untuk kempen Tandas Awam Bersih kita, penaiktarafan lorong belakang juga telah kita terima. Kita of course MARRIS, kita ada selain daripada itu Kajian Pelan lnduk, beberapa kajian, in fact ini satu di mana kita telah mohon untuk bantuan dan telah terima, untuk Program Bandar Selamat juga kita ada terima, peruntukan oleh MOTAC juga kita terima melalui MBPP dan of course I’ve said just now pembasmian kemiskinan dan beberapa projek infrastruktur juga kita telah terima. Bantuan dan sokongan kewangan yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai adalah dalam bentuk Geran Mengurus dan projek pembangunan di mana jumlah adalah saya perincikan dari 2018 sehingga 2022, Dato’ Speaker. Setiap tahun ada dan kita ucapkan terima kasih tetapi ada banyak lagi yang kita minta
yang belum disalurkan. Now, dan Geran Mengurus itu adalah merangkumi beberapa perkara di bahagian Seberang termasuk bayaran balik bil lampu, ini adalah satu perkara yang berlaku setiap tahun. It is a policy by KPKT to reimburse us for that. Dan yang diterima oleh MBSP, ini adalah apa yang diterima oleh MBSP daripada KPKT. Geran projek pula, Dato’ Speaker, merangkumi peruntukan yang diterima daripada Jabatan Landskap Negara, KPKT, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU), Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi. This is antara lainlah apa yang kita sudah terima dan kita ucapkan terima kasih tetapi kita harap dapat dipertimbangkan selain daripada ini permohonan kita yang seterus dan selanjutnya. Sekian, terima kasih. Thank you.
Terima kasih. Sila Pulau Tikus.
Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat. Saya nak tanya adakah kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain, Pulau Pinang mendapatkan peruntukan yang adil daripada Kerajaan Persekutuan kepada PBT-PBT kita? Terima kasih.
The very simple answer is saya tidak ada maklumat tentang negeri yang lain tetapi apa yang saya maklum adalah berkenaan negeri kita tetapi sepertimana saya nyatakan ada banyak projek lain. Dalam ucapan saya beberapa hari sudah, sudahpun saya sentuh beberapa perkara, in fact your own area underpass we are also asking from them, and we have repeated our request RM25 juta, TPPM, kita ada permintaan hampir RM134 juta untuk penyelenggaraan tapi sampai sekarang tak sampai RM10 juta pun. Lain-lain projek seperti URC also at Padang Tembak, just now I’ve just answered your question I’ve answering before. This are all pending. So kita harap Kerajaan Pusat dapat memberi perhatian dan harap secepat mungkin dapat disalurkan dana kepada Negeri Pulau Pinang. Sekian, thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat dan seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Permatang Pasir tak ada soalan dilangkau dan saya nak jemput Yang Berhormat Air Itam.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan saya soalan nombor 56. No. 58. Difahamkan bahawa kadar pengangguran golongan belia dalam tahun 2020 hingga 2021 tinggi disebabkan COVID-19 dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PYDC telah mengadakan Program We Want You bagi membantu golongan belia mendapat peluang pekerjaan.
(a) Berapakah orang atau peratus golongan belia yang telah berjaya diupah sebagai pekerja tetap melalui program ini selepas ia dilancarkan?
Terima kasih Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, terima kasih daripada soalan 56. lnisiatif portal carian kerjaya We Want You…(dengan izin). Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri merupakan portal carian kerjaya serta padanan antara majikan dan pekerja melalui laman sesawang pydc.com.my/career yang dilancarkan pada tahun 2020, 6hb Mei Jun oleh Y.A.B. Ketua Menteri kita iaitu dua tahun yang lepas untuk membantu golongan belia mencari pekerjaan semasa pandemik COVID-19. Golongan belia boleh menggunakan platform ini untuk mencari pelbagai pekerjaan baharu seperti pekerjaan tetap, pekerjaan sambilan dan freelance. Saluran ini boleh digunakan untuk menerokai pelbagai pekerjaan baharu. Setakat ini, terdapat seramai 518 orang majikan yang telah mendaftar dalam portal ini dan mengiklankan sebanyak 2,198 kekosongan jawatan. Seramai 2,412 orang pula yang telah mendaftar sebagai pengguna di platform ini. Setakat bulan Mei tahun 2022, terdapat 1,199 orang belia yang telah memohon kerja melalui platform ini dan peratusan yang berjaya mendapat kerja melalui platform We Want You…(dengan izin), Dato' Speaker adalah sebanyak 29.02 peratus.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Sila Yang Berhormat Air Itam.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal atas usaha daripada PYDC. Soalan tambahan saya adakah program We Want You terbuka kepada semua golongan belia ataupun segelintir golongan sahaja dan keduanya, berapakah temuduga terbuka telah diadakan di kawasan bandar dan luar bandar pada tahun ini sehingga kini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker dan juga soalan tambahan daripada Yang Berhormat Air Itam. Memang platform We Want You adalah satu platform di mana kita nak mencapai bahawa menarik syarikat-syarikat besar, kedai-kedai termasuk kedai runcit, kedai kopi, mana-mana pihak yang ingin mengambil pekerja termasuk juga majikan-majikan yang ingin mengambil internship ataupun pusat khidmat-pusat khidmat mana-mana nak bawa internship juga boleh memaparkan iklan tersebut di dalam platform We Want You dan platform ini adalah percuma maka jawatan kosong ini terbuka kepada pemandu, juga ada storekepper, purchase, juruwang, operator, kerja sambilan dan juga engineer, officer, doctor, nurse dan lain-lain dan platform ini memang adalah percuma. Cuma hantar kepada PYDC atau hubungi PYDC design tu semua hantar kepada PYDC dan PYDC akan urus. Soalan tambahan yang kedua, di mana rancangan untuk mengadakan temuduga di kawasan bandar mahupun kawasan luar bandar. Memang masa during pandemik tahun lepas, tahun 2021 setelah wujudnya platform pusat belia di mana kita ada Pusat Belia Tenaga Pongsu Seribu, Bertam, di kawasan Balik Pulau. Ketiga-tiga pusat belia ini ada di kawasan luar bandar. Tahun lepas, semasa pandemik memang kita melalui interview temuduga melalui zoom dan kita berjaya dalam ketiga-tiga pusat belia ini, kita dapat menawar ataupun memberikan, membantu 40 golongan belia yang mendapat berjaya dapat pekerjaan melalui interview zoom mahupun
tahun ini kita juga ada banyak Career Fair yang akan dijalankan ataupun yang telah dijalankan seperti Career Fair di Pusat Belia Bagan Jermal bulan Mac, Career Fair di Sungai Pinang juga di Pusat Belia bulan Mac, Pusat Belia Bertam bulan April, Disted College bulan April dan juga Career Fair Karnival Rakyat Aidilfitri di SPU KADUN Pinang Tunggal sepanjang 4 hari (7hb hingga 10hb Mei) dan tambahan pula dengan keadaan sekarang PYDC bersama pejabat saya, kita telah berkolaborasi dengan PERKESO dan juga agensi lain ataupun universiti lain seperti yang telah dirancang bulan ini 21 dan 22 kita akan turun ke Kampar, Universiti Kampar untuk membawa syarikat-syarikat daripada Pulau Pinang turun bersama dengan kita untuk mengadakan Career Fair dalam universiti. Inilah salah satu cara kita nak memberikan lebih banyak ruang kepada golongan belia dan juga membantu syarikat-syarikat korporat di Negeri Pulau Pinang yang mereka melabur begitu banyak duit maka kita nak membantu cari pekerjaan-pekerjaan kepada mereka, thank you.
Terima kasih.
Soalan tambahan, harap tak tolak la soalan ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri daripada apa maklumat yang saya perolehi terdapat belia-belia yang kurang berminat untuk bekerja satu, dan juga memilih kerja. Jadi adakah pihak We Want You ataupun PYDC melaksanakan bersama jabatan, agensi lain bersama kajian keperluan kerja dan kehendak belia untuk bekerja dalam bidang apa? Kadang-kadang kita buat interview, buat Career Fair, majikan ataupun syarikat yang datang tu dia tak memenuhi keperluan dan juga kehendak pekerja di kawasan sekitar. Adakah dibuat kajian itu dan cara untuk kita nak mengatasi isu belia tak berminat bekerja cuma dia berminat untuk selesa duduk di rumah main game dan sebagainya ini kita kena lihat juga, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker dan juga terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Soalan yang memang baik bahawa banyak golongan belia yang kurang berminat bekerja. Dari segi perbincangan ataupun analisis yang di mana pihak kita dan bersama PYDC pernah duduk bersama dengan PERKESO untuk analisis di mana, mengapa setiap kali di Negeri Pulau Pinang kita memang ada jawatan kosong yang banyak tetapi di luar banyak orang ramai mengatakan bahawa ekonomi tak baik, anak mereka masih tak dapat cari kerja, kita memberikan link We Want You kepada mereka, anak mereka tapi selepas interview masih tak berminat ataupun masalah. Beberapa aspek ataupun unsurnya salah satu unsur adalah mungkin gaji, yang kedua unsurnya adalah transport ini yang berlaku masa kita mengadakan temuduga terbuka melalui zoom di Pusat Belia Pongsu Seribu, Bertam memang ada banyak pemuda pemudi di kawasan luar bandar, di kawasan kampung Pongsu Seribu yang tertarik dan mereka tanya, "YB. kita tak ada transport macam mana nak pi kilang di Bayan Lepas?" So maka kita juga tujukan soalan ini atau masalah ini kepada syarikat, syarikat menawarkan bahawa kita akan adakan transport untuk datang ambil pekerja atau kita adakan hostel kepada mereka. Di sini, masalah-masalah salah satu unsur mungkin kerana tempat jauh dan mereka kurang berminat duduk di hostel mungkin di rumah ada ibu bapa yang nak jaga tetapi hakikatnya kita pada masa yang sama mempromosikan jawatan kosong, pada masa yang sama kita juga kena mencari jalan untuk memahami apa yang masalah pemuda yang hadapi ni.
So terima kasih kepada soalan ini dan pandangan so kita cubalah mengalu-alukan ada pandangan-pandangan ataupun cadangan-cadangan yang lebih baik kita boleh bekerjasama supaya dapat membantu golongan belia mendapat pekerjaan, terima kasih.
Terima kasih soalan seterusnya, soalan 57 telah pun dijawab bersama dengan soalan 4, maka saya nak jemput Yang Berhormat Batu Uban.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Soalan saya soalan nombor 58. No. 58. Apakah status terkini projek pembinaan LRT? (a) Apakah opsyen sumber kewangan bagi membiayai projek ni? (b) Adakah projek ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan?
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker, terima kasih Yang Berhormat Batu Uban. Status terkini Projek LRT Bayan Lepas adalah dalam peringkat untuk memulakan proses pre-qualification ataupun pra-kelayakan mengenal pasti syarikat-syarikat yang berminat dan berkelayakan bagi membina komponen LRT Bayan Lepas. Proses pra-kelayakan ini dijangka akan dilaksanakan pada suku kedua tahun 2022 dan disusuli dengan proses RFP ataupun Request for Proposal dalam suku ketiga tahun 2022 di mana Kerajaan Negeri akan mempelawa syarikat yang berminat dan mempunyai pengalaman untuk mengemukakan cadangan mereka. Kerajaan Negeri akan melantik syarikat yang paling layak dan sesuai untuk melaksanakan projek ini. Selain cadangan dari segi teknikal, syarikat yang menyertai RFP nanti juga dikehendaki mencadangkan model pembiayaan ataupun financial model bagi melaksanakan komponen LRT. Sebagai contoh, pembida boleh mencadangkan kaedah pembayaran balik seperti hak pembangunan, pertukaran tanah (land swap), hasil pengiklanan dan juga pendapatan farebox. Jadi ini kita bagi fleksibel sikit untuk bagi syarikat-syarikat untuk membuat cadangan mereka lah. Yang Berhormat, projek pengangkutan awam seperti LRT biasanya mendapat pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan seperti mana telah saya sebut semalam. Oleh itu, selain menggunakan proses RFP untuk mendapatkan cadangan dan modal pembiayaan, Kerajaan Negeri juga meneruskan usaha memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Rolling Plan Ke 3 dalam RMK-12 agar Pulau Pinang dapat menjayakan projek ini dan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Yang Berhormat setakat ini, projek LRT Bayan Lepas telah mendapat kelulusan daripada agensi-agensi teknikal utama seperti Jabatan Alam Sekitar, PLANMalaysia dan kini sedang dalam proses mengemukakan laporan EIA bagi jajaran LRT di atas Penang South Reclamation termasuk depot LRT di Pulau A. Depot ini merupakan komponen utama bagi LRT Bayan Lepas dan agensi Pengangkutan Awam Darat ataupun APAD akan mengemukakan kelulusan muktamad bagi skim rel ataupun rel scheme LRT selepas kelulusan EIA ini diperolehi. Sebelum ini kita telah dapat kelulusan bersyarat (conditional approval). Komponen LRT Bayan Lepas adalah salah satu komponen utama dalam PTMP (Pelan lnduk Pengangkutan Pulau Pinang) dan komponen ini adalah strategi jangka panjang untuk mengatasi masalah kesesakan. Dalam
pemeriksaan awam, public display yang diadakan pada bulan Ogos hingga November 2019, LRT telah mendapat sokongan sebanyak 97.7 peratus daripada 22,678 orang responden yang telah memberi maklum balas. Oleh itu, Kerajaan Negeri kekal komited dalam menjayakan pelaksanaan komponen ini demi menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Pulau Pinang di masa hadapan, terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Teirma kasih Yang Berhormat Dato' Speaker dan juga Yang Berhormat Tanjong Bunga atas jawapan yang diberikan. Saya ada dua (2) soalan. Yang pertama Yang Berhormat Tanjong Bunga ada juga menyebut tentang Kerajaan Negeri akan membuat permohonan semula kepada Kerajaan Pusat untuk Rolling Plan Ke-3. Saya nak tanya, apakah sekiranya permohonan itu ditolak oleh Kerajaan Pusat maka apakah strategi Kerajaan Negeri? Yang kedua, dengan kita faham dengan kadar peningkatan kenderaan dan juga kesesakan lalu lintas yang berlaku saya rasa sudah tiba masanya Kerajaan Negeri perlu mempunyai satu mode pengangkutan yang baru. Juga saya nak tahu, soalan saya apakah solusi Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini selain daripada Projek LRT? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Uban. Yang pertamanya, sebenarnya yang kita buat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan ini walaupun kita buat permohonan, kita bukan bergantung 100 peratus kepada permohonan ni sebab kita memang dah pohon dah lama, memang tak dapat dapat. Kalau dapat tu memang sesuatu yang patut, yang kita rasa Negeri Pulau Pinang deserve to get it disebabkan kita lihat Kerajaan Persekutuan selalu membiayai projek-projek infrastruktur pengangkutan awam yang besar di lain-lain negeri termasuk di Selangor. Namun di Pulau Pinang walaupun pernah diberi kelulusan iaitu sebelum tahun 2008 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu yang berasal dari Pulau Pinang Tun Abdullah Ahmad Badawi, namun semuanya telah ditarik balik selepas daripada tu dan sepertimana Yang Berhormat pun sedia maklum segala bantuan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan pada waktu Pakatan Harapan memerintah semua pun telah ditarik balik. Jadi kita memang bila buat perancangan ini bukan bergantung 100 peratus kepada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, kita punya strategi dari segi pembiayaan adalah mengikut base case iaitu menggunakan tambakan PSR untuk menjadi model pembiayaan, tapi kita nak mempercepatkan proses ini disebabkan itu kita nak buat RFP pada tahun ini. RFP ini akan menjemput syarikat-syarikat untuk mencadangkan model-model pembiayaan yang lain
yang mungkin boleh daripada tanah tambak ataupun daripada contoh-contoh lain yang telah saya bagi tadi. Mungkin ada cara-cara lain yang boleh dipertimbangkan dia boleh buat apa ni Transit Oriented Development sebagai contoh TOD untuk mendapat balik wang mereka. Jadi ini Kerajaan Negeri akan teruskan mengikut apa yang kita ada lah seperti yang saya sebut tadi. Jadi yang kedua soalannya sudah tentu Projek LRT adalah salah satu komponen daripada PTMP selain daripada tu bagi menangani masalah kesesakan, Kerajaan Negeri juga sedang membuat pembinaan sebagai contoh pakej kedua dalam projek 3 lebuh raya utama iaitu dari Air Itam hingga ke Lebuhraya Lim Chong Eu, kerja pun sudah bermula di seksyen 1 kalau kita pergi dekat Ait Itam, dekat Lebuhraya Thean Tek, kita boleh dilihat pembinaan sedang berlangsung dan kerja tersebut akan berlangsung. Kita juga ada pakej satu iaitu dari Tanjong Bunga, Tanjong Tokong hingga ke Telok Bahang dan juga terowong ataupun link ketiga sebagai contoh lah. Selain daripada itu, kita juga ada lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL1) yang telah saya sebut dalam ucapan gulung jadi saya takkan sebut panjang. Itu adalah contoh-contoh projek-projek yang juga bertujuan untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas. Selain daripada itu, inisiatif-inisiatif yang Yang Berhormat pun tahu kita bagi pas bas percuma, feri percuma, ini adalah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Negeri Pulau Pinang sekiranya lebih ramai orang mengambil pengangkutan awam maka kuranglah kereta pada waktu puncak. Jadi ini adalah dia contoh-contoh inisiatif dan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menangani kesesakan lalu lintas. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Speaker. Saya ada satu soalan saya juga nak tahu tentang apa status tentang Project Delivery Partner (PDP) untuk Penang Transport Master Plan yang mempunyai satu peranan yang penting untuk menjayakan projek-projek yang di bawah Penang Transport Master Plan dan apakah peranan yang mereka mainkan selama ini dalam memperolehi peruntukan-peruntukan untuk menjayakan projek-projek dibawah PTMP ini? Soalan saya. Terima kasih.
Peranan Project Delivery Partner (PDP) adalah untuk membantu Kerajaan Negeri. Pertamanya dari segi teknikal, sejak daripada pelantikan mereka banyak usaha-usaha kajian-kajian yang telah dibuat dengan menggunakan duit mereka terdahulu. Jadi saya rasa dah berjuta-juta ringgit sebenarnya yang telah dibuat. Ini termasuk kepada semua syarat-syarat yang perlu dipatuhilah seperti EIA yang perlu dibuat, SIMP yang perlu dibuat, Social Impact Management Plan dan sebagainya, SIA - Social Impact Analysis dan semuanya adalah terkandung dalam skop-skop kerja pihak PDP dan juga pihak PDP membantu Kerajaan Negeri untuk merangka dan membuat RFP yang sedang kita buat. Untuk LRT sebagai contoh, mereka lah yang membuat mendapatkan semua perunding-perunding teknikal yang akan membantu Kerajaan Negeri untuk menderafkan pra-kelayakan, RFP dan sebagainya. Sudah tentu dengan kerjasama dengan BPEN, Seksyen Pengangkutan, Penang Infrastructure Corporation semuanya berkerjasama. Jadi, itulah secara ringkas peranan PDP tapi kalau nak yang lebih mendalam tu boleh diberi maklumat juga. Terima kasih.
Terima kasih. Saya nak jemput Yang Berhormat Permatang Berangan.
Dato’ Speaker.
Sudah lebih daripada tiga (3) soalan tambahan.
Saya belum..sebab ini penting Dato’ Speaker.
Penting pun saya kena ikut peraturan.
Sekejap sahaja Dato’ Speaker.
No. Yang Berhormat Permatang Berangan.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 59. No. 59. Anak syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC) (a) Apakah peranan GLC dan strateginya dalam membantu pembangunan ekonomi negeri? Jelaskan. (b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mengurangkan penglibatan GLC dalam sector swasta? Huraikan. (c) Nyatakan ADUN dan Ahli Parlimen yang memegang jawatan, tempoh lantikan dalam GLC dan jumlah emolumennya. Senaraikan maklumatnya.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Berangan atas soalan berhubung dengan syarikat atau anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC). Untuk menjawab bahagian (A), anak syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC) sememangnya memainkan peranan penting dan berganding bahu dengan Kerajaan Negeri untuk pembangunan ekonomi negeri kita. Antara pendekatan yang digunakan oleh GLC ini adalah seperti berikut;
Pelaksanaan program pembangunan kapasiti bagi menyediakan modal insan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Melaksanakan transformasi digital bagi mempromosikan perusahaan tempatan untuk menjadi digital dan bertaraf antarabangsa. Mempromosikan syarikat tempatan untuk menarik lebih banyak pelabur ke Negeri Pulau Pinang dan menyediakan infrastruktur yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri. Perinci makluman mengenai GLC ini dan peranan dalam pembangunan ekonomi akan diletak di atas meja Yang Berhormat setelah sesi ini. Bahagian (B), sememangnya Kerajaan Negeri mempunyai perancangan supaya GLC tidak bersaing dengan sektor swasta dalam usaha untuk membangun ekonomi negeri. Ini kerana peranan dan fungsi GLC adalah berbeza daripada sektor swasta dan ianya saling melengkapi. Sekiranya Yang Berhormat meneliti jawapan A tadi, kebanyakan GLC di Negeri Pulau Pinang tidak menjalankan perniagaan tetapi membantu Kerajaan Negeri menggubal dasar-dasar dan melaksanakan program-program advokasi, kesedaran dan sebagainya sepertimana di kongsikan oleh rakan-rakan EXCO sepanjang sesi ini. Nampaknya cuma sedikit sahaja yang melibat dalam perniagaan. Bagi soalan (C), perincian maklumat mengenai ADUN dan Ahli Parlimen yang memegang jawatan, tempoh lantikan dalam GLC dan jumlah emolumen adalah di Lampiran B yang akan disampaikan kepada Yang Berhormat. Boleh dikatakan hampir semua jawatan-jawatan dalam GLC tidak mempunyai apa-apa ganjaran selain daripada nama sebagai pengarah sahaja. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Amat Berhormat Padang Kota atas jawapan kepada soalan 59. Saya ingin bertanya “Sehingga kini, berapakah jumlah GLC di bawah Kerajaan Negeri yang beroperasi untuk tujuan memberi sokongan kepada kerja-kerja kebajikan dan kesejahteraan rakyat pasca COVID-19" dan "Berapakah jumlah sumbangan dalam bentuk kewangan mahupun program yang telah dimanfaatkan kepada pembangunan sosio ekonomi rakyat dalam tempoh tiga (3) tahun kebelakangan ini?' dan "Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperbanyakkan lagi penubuhan GLC baru bagi tujuan yang lain dan apakah rasionalnya?". Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Sememangnya semasa pandemik COVID-19 seluruh jentera Kerajaan Negeri mahupun Pusat dan Pihak Berkuasa Tempatan berganding bahu dengan civil society, NGO-NGO dalam membawa bantuan kepada rakyat jelata dan selari dengan itu setiap GLC akan sudah melakukan bantuan sedemikian berdasarkan kepada fungsi dan peranan GLC-GLC berkenaan. Bagi menjawab bahagian yang terakhir, kita memang akan meneliti keperluan samada GLC-GLC ini diperlukan untuk menyokong portfolio EXCO-EXCO supaya GLC ini akan menjadi sayap jentera kepada EXCO misalnya EXCO yang bertanggungjawab atas agama selain Islam maka setelah difikir perlu, HARMONICO Corporation ditubuhkan satu tahun dahulu bagi membolehkan pertubuhan ini melaksanakan fungsi-fungsi untuk memupuk harmoni, toleransi, persefahaman di kalangan penganut-penganut agama selain Islam sebab Islam ada MAINPP dan Jabatan Agama Islam yang bertanggungjawab.
Jadi melihat keperluan untuk melaksanakan aktiviti program dan sebagainya, ianya ditubuhkan kerana dalam pentadbiran Kerajaan Negeri memang tak ada unit-unit seksyen atau mana yang melaksanakan tanggungjawab sedemikian. Jadi tubuh lah satu di nama GLC tetapi sebenarnya tak terlibat dalam apa-apa perniagaan cuma advokasi, program menggubal dasar bagi membantu ahli EXCO melaksanakan tugas mereka masing-masing dalam portfolio-portfolio tertentu misalnya isu-isu hijau ditubuhkan Penang Green Council untuk melaksanakan segala dasar, program, aktiviti, advokasi berhubung dengan isu-isu hijau yang menjadi agenda di Negeri Pulau Pinang. Kebanyakan GLC berfungsi sedemikian. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak tanya satu soalan, adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk menjadikan CMI ini sebagai satu GLC dan kalau boleh satu GLC saya mohon pandangan untuk kita fokus kepada isu pertanian dan juga food security? Macam di negeri-negeri lain di Perak ada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak dan juga mungkin boleh kita, boleh atau tidak kita jadikan? Terima kasih. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih kepada Dato’ Ketua Pembangkang atas cadangan. CMI memang boleh dianggap sebagai GLC tetapi ianya diwujudkan melalui satu enakmen di Dewan Undangan Negeri dan sememangnya pada ketika ini, ianya ada portfolio yang pelbagai. Tadi saya kata kebanyakan GLC tak terlibat dalam perniagaan, CMI adalah satu-satu GLC yang ada aktiviti perniagaan tetapi bukan secara langsung ianya sebab di beri amanat untuk menguruskan tanah-tanah kerajaan supaya tanah-tanah ini dapat dikomersilkan. Jadi peranan CMI dalam ini menggalakkan pihak swasta untuk melaksanakan projek-projek ekonomi di atas tanah-tanah kerajaan yang diuruskan oleh CMI maka sememangnya pada ketika ini oleh kerana saya kata dia ada portfolio yang berbagai-bagai tak ada fokus satu-satu skop sahaja memang ada komponen di mana CMI terlibat dalam perniagaan atau melalui tanah yang di pegang oleh CMI disewakan dipajakkan untuk aktiviti pertanian dan juga industri berasas tani. Jadi isu food security atau food insecurity yang lebih tepat maka kita akan melihat sejauhmana peranan ini dapat jika dikembangkan melalui CMI ataupun satu GLC yang baharu mungkin agrotek. Kita ada portfolio agrotek yang di bawah pimpinan saya. Saya mencorak membentuk semula portfolio ini dan memberikan nama Agrotek dan bukan pertanian pada dahulunya. Jadi memang hasrat kita untuk melihat potensi pertanian sebagai satu perniagaan dengan menggunakan teknologi-teknologi yang baru untuk penambahbaikan bidang pertanian penghasilan giu dan sebagainya mutu kualiti supaya walaupun negeri kita kecil kita juga kalau tidak terlibat langsung dalam penanaman maka dalam pemprosesan itu kita ada kelebihan sebagai sebuah negeri industri. Jadi terima kasih atas cadangan itu mungkin dalam penggal yang baharu kalau ada peluang kita lihat sama ada sebuah GLC berlandaskan agrotek boleh ditubuhkan bagi membantu melaksanakan agenda ini.
Terima kasih saya hendak menjemput Yang Berhormat Pulau Betong.
Dato’ Speaker, soalan saya nombor 60. No. 60. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk merapatkan jurang kemajuan, jurang ekonomi, jurang peluang pekerjaan, jurang mempunyai tempat rekreasi yang terjaga seperti Taman Belia, jurang untuk meningkatkan tahap pendidikan, jurang jaringan jalan raya yang berkualiti dan pelbagai jurang antara bandar dan luar bandar? Pulau Pinang perlu menjadi pendahulu dalam merapatkan jurang ini.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua sekali lagi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pulau Betong atas soalan berhubung dengan berlakunya jurang kemajuan dan bagaimana merapatkan jurang ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, usaha Kerajaan Negeri untuk merapatkan pelbagai jurang antara kawasan bandar dan luar bandar adalah seperti berikut. Secara ringkasnya kerajaan negeri telah melancarkan Visi Penang2030 dengan mengutamakan A Family Focus Green And Smart State That’s Inspire The Nation dan seperti sudah pun dihujahkan pembangunan kita tertakluk kepada Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang dan juga dasar-dasar perancangan dan polisi-polisi dan perancangan guna tanah dan sebagainya melalui rancangan tempatan yang merupakan usaha kerajaan negeri bagi memastikan kedua-dua pihak berkuasa tempatan dapat mengawal pembangunan dan memastikan secara langsung atau tidak langsung pembangunan itu dapat mengurangkan pembangunan sosial ekonomi di antara luar bandar dan bandar. Keduanya, Kerajaan Negeri juga memberi penekanan kepada penyediaan infrastruktur asas liputan bekalan air dan elektrik yang baik serta kemudahan jaringan jalan raya dan antara infrastruktur ini adalah seperti jalan raya dan lain-lain loji rawatan pembentungan, telekomunikasi sentiasa dinaiktarafkan dan diselenggarakan dari semasa ke semasa bagi membawa perkhidmatan ini kepada kawasan-kawasan yang memerlukan bagi merapatkan jurang dari segi akses kepada kemudahan-kemudahan ini. Misalnya perancangan pembangunan infrastruktur telekomunikasi juga boleh dilihat melalui infrastruktur yang dapat disampaikan kepada rakyat khususnya di luar bandar yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Tanjong Bunga secara panjang lebar yang merupakan satu usaha untuk menjurangkan perbezaan yang mungkin berlaku berhubung dengan akses kepada infrastruktur telekomunikasi. Dari segi Kebajikan dan Pembasmian Kemiskinan Tegar, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Program Agenda Ekonomi Saksama sejak tahun 2009 dan sudah pun kita menjenamakan semula sebagai Bantuan Agenda Ekonomi Saksama, di mana kita memastikan setiap keluarga menerima sekurang-kurangnya RM944 sebulan dan kadar perkapita adalah RM260 berdasarkan pendapatan garis kemiskinan 2016. Jadi itu pun harap dapat merapatkan jurang bagi golongan yang terkesan. Salah satu program yang telah dikenalpasti di bawah Penang2030 adalah baseline study of vanurable families and individual in Penang yang dilaksanakan oleh USM di mana kajian tersebut bertujuan untuk kenal pasti keluarga dan individu yang tergolong dalam kumpulan mudah terancam atau want knowable group supaya tindakan dan bantuan sewajarnya dapat diberikan untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan Kerajaan Negeri juga melaksanakan inisiatif mengurangkan jurang gender dari segi ekonomi. Dasar keterangkuman gender telah dilancarkan pada tahun 2019. Kali ini Yang Berhormat Padang Lalang pun mungkin kesedaran sudah cukup baik pada kali ini kurang sebut tentang dasar-dasar keterangkuman gender yang
merupakan dasar yang penting kepada Kerajaan Negeri bagi membawa keseimbangan gender dan pembangunan sosial dan seterusnya melalui PWDC pelbagai inisiatif juga diadakan bagi meningkat penyertaan wanita dalam bidang ekonomi. Kerajaan Negeri memang juga berhasrat mewujudkan lebih banyak tempat rekreasi untuk merapatkan jurang juga dan untuk meningkatkan taraf kebolehhunian atau liberality rakyat Negeri Pulau Pinang melalui projek-projek rekreasi yang banyak dilakukan di negeri Pulau Pinang walaupun Seberang Jaya tidak merasakan kita berjaya melepasi 100,000 pokok ditanam sekarang sudah hampir setengah juta dia mungkin merasa tidak penting tetapi bagi Kerajaan Negeri itu satu perkara yang amat penting untuk memastikan riverbelity dan ini untuk semua rakyat tak kisah dia latar belakang apa paras pendapatan apa sama-sama akan menikmati sebuah negeri yang lebih hijau dan lebih bersih dan meningkatkan riverbelity di negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga memberi penekanan kepada aspek pendidikan supaya modal insan di Pulau Pinang adalah berkualiti dan menepati keperluan pasaran tenaga kerja. Yang Berhormat Perai telah menyatakan masalah yang kita hadapi sekarang bukan tak ada kerja tetapi tak ada pekerja, tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang mengatakan ada golongan belia yang malas nak kerja. Jadi kita cubalah menangani isu ini. Sepatutnya jurang itu tidak berlaku kita perlu melaksanakan program-program yang boleh sampai kepada golongan yang tersasar dan melalui pusat-pusat STEM dan sebagainya kita berhasrat untuk create future talent today dan kita pun menyokong inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan program district transformation programme dan melalui program ini kita dapat mensasarkan sekolah-sekolah yang mempunyai ramai murid dalam kalangan keluarga status ekonomi yang rendah dan murid-murid di luar bandar supaya aktiviti khusus dapat diadakan bagi mempertingkatkan dan menyerlahkan potensi mereka khususnya dalam akademik dan pembangunan sahsiah. Ini penting untuk meletakkan landasan bagi merapatkan jurang pendapatan pada masa depan kita perlu mula dari asas. Bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negeri untuk jangka panjang, Kerajaan Negeri komited melaksanakan projek-projek seperti TSR, PTMP yang merupakan penyumbang utama kepada pelaburan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang pada masa-masa hadapan. Kerajaan Negeri akan memastikan usaha-usaha merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar direalisasikan untuk pembahagian ekonomi yang lebih saksama. Sesuatu cadangan pembangunan yang dilaksanakan akan mengambil kira segala aspek termasuk dari segi pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah kawasan. Terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong.
Dato’ Yang Di-Pertua, soalan tambahan. Soalan tadi yang saya kemukakan ialah berhubung dengan jurang. Jurang antara bandar dan luar bandar. Saya hendak zoom kita mesyuarat kali ini ialah Mesyuarat Pertama Penggal Kelima dan seingat saya setiap kali Sidang Dewan saya bangkitkan isu tentang jurang di antaranya kita bercakap tentang jurang tempat rekreasi yang terjaga contoh seperti di Taman Belia contoh. Okey, saya hendak zoom untuk sidang kali ini di Anjung Indah, Balik Pulau. Tiga kali saya bangkitkan iaitu berhubung dengan isu bekalan air. Kita faham di sana ada gerai peniaga kita perlu pada bekalan air sampai kini masih lagi masalah bekalan air tak selesai. Saya terima kasih banyak kepada pihak Majlis Bandaraya, saya minta begitu juga dengan Pejabat Daerah. Saya minta membekalkan bekalan air secara berkala. Kita tahu pintu masuk di Balik Pulau ialah sekarang ini buah durian dan saya dapat maklum peningkatan mendadak pengunjung daripada dalam dan luar Negeri Pulau Pinang hubung dengan pelancongan datang dan saya dengar juga rungutan tentang Penang Visi2030 baik tetapi masalah bawa family bawa keluarga nak ke toilet, ha, yang ini masalah.
Y.A.B. Ketua Menteri:
Okey tanya soalan?
Soalan saya bila Kerajaan Negeri boleh selesaikan masalah bekalan air di Anjung Indah yang merupakan tempat pengunjung begitu juga di Pasir Panjang. Pihak Pejabat Daerah telah selesai dengan kos RM80,000 untuk baiki tandas tapi masalah bekalan air. Dua tempat, di Pasir Panjang, Balik Pulau dan juga di Anjung Indah, Balik Pulau nak pastikan supaya Kerajaan Negeri selesaikan masalah bekalan air.
Y.A.B. Ketua Menteri: Saya merasakan masalah ini wujud sebab pembinaan ini selalunya dibina tanpa kelulusan yang berkaitan daripada agensi-agensi. Kadangkala dapat satu peruntukan dari wakil rakyat bina begitu sahaja tanpa melalui perancangan ataupun kelulusan. Jadi walaupun begitu masalah wujud bagi Yang Berhormat Pulau Betong nampaknya isu ini paling penting di sepanjang sesi ini bagi beliaulah tetapi bukan bagi kitalah ada isu yang penting yang perlu kita beri perhatian. Maka memandangkan Pulau betong begitu concern tentang hal ini saya minta pada peringkat ini Pejabat Daerah Barat Daya mengambil milikan dari segi menguruskan isu ini bukan mengambil milikan atas tandas itu sebab kita tak tahu tandas itu milikan siapa tetapi atas isu yang dibangkitkan oleh Pulau Betong, Pejabat Daerah Barat Daya perlu mengambil milikan isu ini supaya dapat ditangani untuk keselesaan pengunjung-pengunjung ke tempat ini, terima kasih.
Terima kasih. Ya.
Terima kasih Dato’ Speaker. Satu soalan tambahan apabila Pulau Betong menyebut mengenai mendapatkan jurang kemajuan dan ekonomi dan sebagainya dan saya di Bayan Lepas pun agak terkilan lepas empat (4) tahun Pasar Awam Pasar Teluk Kumbar masih tiada menjadi kenyataan. Jadi saya minta Kerajaan Negeri serius bagi membuktikan betul-betul kita membawa kemajuan di kawasan yang semi urban ini terima kasih.
Y.A.B Ketua Menteri: Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua dan soalan tambahan dari Bayan Lepas bukan Pulau Betong, Bayan Lepas. Memang pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah pun mengadakan tender bagi projek ini keputusan saya tak pasti mungkin mereka lapor kepada EXCO Kerajaan Tempatan tetapi itu bukan satu-satunya kemudahan pasar di KADUN Bayan Lepas, saya difahamkan beberapa bulan dahulu sebuah pasar mungkin skala kecil telah pun mula beroperasi di satu taman perumahan yang baharu untuk memberi khidmat kepada penduduk-penduduk sekitar.
Jadi saya berharap Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan dapatlah melaksanakan projek pasar di kawasan Teluk Kumbar itu supaya kemudahan tambahan dapat disampaikan kepada rakyat di sekitar itu, terima kasih
Saya nak jemput Yang Berhormat Pengkalan Kota, betullah soalan yang 61.
Telok Air Tawar bukan Pengkalan Kota.
Eh Minta maaf, ya ya ya minta maaf Telok Ayer Tawar.
Dato‘ Yang di-Pertua, soalan saya soalan number 61 No. 61. Apakah strategi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menarik pelaburan asing (FOi) dan pelaburan domestik (DOI) khususnya bagi menjamin kelestarian ekonomi dan penciptaan pekerjaan untuk rakyat?
Sorry Telok Ayer Tawar.
Y.A.B Ketua Menteri: Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Teluk Ayer Tawar adalah berhubung dengan strategi untuk menarik FDI dan DDI bagi menjamin kelestarian ekonomi dan penciptaan pekerjaan untuk rakyat walaupun isu ini banyak kali diperjelaskan namun saya ambil kesempatan untuk menyatakan bahawa strategi Kerajaan Negeri adalah seperti berikut: Melaksanakan Kempen-kempen promosi pelaburan akan diteruskan bagi mendapatkan lebih banyak pelaburan ke negeri kita sebelum pandemik memang kempen-kempen ini diadakan melalui misi-misi promosi ke luar negara tetapi semasa pandemik kerja-kerja ini masih diteruskan melalui kaedah online bersama-sama dengan pihak-pihak kepentingan. Perkara seterusnya menumpu kepada pembangunan ekosistem yang mantap, sumber manusia berteknikal mahir dan berpengetahuan, kos operasi yang berdaya saing dan kemudahan menjalankan perniagaan dari segi kesediaan infrastruktur dan taman-taman perindustrian yang bertaraf antarabangsa. Inilah perkara-perkara yang diberi perhatian oleh pakar pelabur yang melakukan due diligence atas satu lokasi yang mereka minat untuk melabur. Saya dimaklumkan bagi setiap pelabur yang berminat sebenarnya dia akan meneliti beberapa lokasi sekaligus. Dia bukan meneliti Pulau Pinang sahaja mungkin pada masa yang sama dia meneliti Kulim, Johor Bahru, Lembah Klang itu bagi satu negara mungkin mereka lihat potensi di beberapa negara sebelum satu keputusan dibuat jadi itu adalah hakikat yang kita perlu menghadapi sebab bukan senang nak menang satu investor sebab mereka akan buat penilaian yang begitu rapi di antara
beberapa buah negara dan di sebuah negara pun mereka akan melihat beberapa lokasi yang dapat menyediakan kriteria-kriteria yang saya sebutkan tadi. Jadi Invest Penang memainkan peranan di samping agensi-agensi persekutuan memainkan peranan penting untuk memastikan kita urus negeri kita sebagai satu Penang Cyber City Manager dan memastikan penyediaan bangunan pejabat bagi menarik pelabur yang terlibat dalam aktiviti teknologi maklumat dan sebagainya dan Invest Penang juga menawarkan khidmat hand-holding programme, hand-holding programme iaitu sebaik sahaja merima satu enquiry Invest Penang akan bertindak memegang tangan pihak yang ada minat itu dari mula proses sehingga perjanjian tanah dimeteraikan sebab dia akan melawat tapak dan ada soalan berhubung dengan insentif, infrastruktur yang ada, tenaga mahir dan itu semua isu yang perlu kita memberikan kepada pelabur-pelabur yang akan datang dan itu pun akan di sambung apabila mereka mula dengan pembinaan nak dapatkan kelulusan daripada pelbagai agensi teknikal, mencari kontrator tempatan, supplier dan sebagainya itulah khidmat yang diberikan oleh Invest Penang dan lain-lain agensi bagi memastikan satu proses yang lancar bagi pelabur dan yang ingin melihat apabila mereka buat keputusan beli tanah sehingga bangunan kilang siap dan mula operasi mungkin dalam tempoh satu tahun sahaja kadang kala kita mampu memastikah bangunan kilang itu disiapkan dalam 10 bulan juga dan kita membenarkan mereka bekerja mungkin 18 jam dan mungkin 24 jam apabila tidak menganggu supaya investor merasakan ini satu lokasi yang amat mesra kepada mereka dan PDC juga memainkan peranan dari segi menyediakan taman-taman industri di kawasan-kawasan yang strategik. Sudah banyak kali kita bincang tentang Batu Kawan Industrial Park yang sudah hampir habis tanah-tanah berkaitan dan PDC sekarang sudah mula memberi tumpuan kepada Bandar Cassia Teknology Park dan juga Batu Kawan Industrial Park fasa ketiga bagi menampung permintaan pada masa depan, sekian terima kasih
Terima kasih sila.
Soalan tambahan, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota, di DUN Pinang Tunggal terdapat sebuah Taman Teknologi Pulau Pinang yang telah diluluskan pada tahun 2004 dan tidak dibangunkan selama 18 tahun, baru-baru ini satu syarikat telah mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang. Adakah Kerajaan menyokong kawasan perindustrian ini sebab dia di luar kawasan penyelenggaraan PDC dan juga adakah projek ini dapat menarik pelaburan asing dan pelaburan domestik untuk menjamin keseimbangan pembangunan di Seberang Perai?
Y.A.B Ketua Menteri: Sememangnya selama ini PDC merupakan agensi Kerajaaan yang menyediakan dan membekalkan tanah-tanah untuk tujuan industri tetapi kita tidak mengenepikan tanah-tanah yang sudah pun dizonkan sebagai industri sebagai kes ini dan Yang Berhormat dan ramai sudah sebut tentang tanah seluas 800 lebih ekar ini sudah pun dizonkan sebagai industri sejak tahun 2004 lagi. Jadi apabila projek ini dihidupkan dalam tahun ini baru-baru ini maka di samping kekangan tanah yang dihadapi oleh pihak PDC maka kita berharaplah tanah sedemikian tanah industri sedemikian dapat juga compliment apa yang dapat dilakukan oleh PDC dan pelabur-pelabur yang
berminat untuk melabur di Negeri Pulau Pinang juga ada satu pilihan selain daripada apa yang dibekalkan dan disediakan oleh PDC. Jadi kita memang setuju dengan projek ini kalau tidak setuju kita tidak akan minta mereka bentangkan dalam Jawatankuasa Perancang Negeri dan kita setuju dan saya pun memandangkan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I merupakan wakil rakyat Pinang Tunggal di mana Penang Teknology Park ini berada maka diberi tanggungjawab untuk mengemudi proses ini dengan agensi-agensi Kerajaan bersama dengan pemaju supaya tanah ini dapat disediakan dengan secepat mungkin. Jadi mengikut laporan yang diberikan dari semasa ke semasa memang tanah industri atau taman industri ini mendapat perhatian dari pakar-pakar pelabur dan mereka pun melakukan kerja-kerja promosi. Mereka juga mengadakan sesi pemegang parole dengan agensi-agensi Persekutuan berhubung dengan insentif-insentif cukai yang boleh diberikan mereka bekerja rapat dengan NCIA untuk menyediakan insentif dan ini adalah apa yang dilaporkan dan sebenarnya pun walaupun not we standing, ada suara-suara rakyat yang mungkin tidak faham dengan pembangunan ini dan sesi townhall pun sudah diaturkan untuk menerangkan projek ini kepada pemegang parole tempatan sebenarnya pun sudah dijadualkan bersama dengan Menteri dari Kepala Batas untuk pelancaran simbolik ground breaking pada bulan Julai nanti. Itulah kemajuan bagi Penang Teknology Park di Bertam SPU ini.
Terima kasih, saya nak jemput Seri Delima.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 62 No. 62. Tong sampah adalah keperluan asas untuk memastikan keadaan sekeliling sentiasa dalam keadaan bersih. (a) Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Tempatan dalam memastikan kawasan taman kejiranan dan tanah lapang sentiasa dalam keadaan yang bersih dan bagaimanakah Pihak Majlis boleh mengawal pembuangan sampah merata-rata?
Terima kasih kepada Ahli Kawasan Seri Delima atas soalan berkenaan tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Tempatan dalam memastikan kawasan taman kejiranan dan tanah lapang sentiasa dalam satu keadaan yang bersih? Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan sememangnya mengambil berat akan kebersihan persekitaran dan sentiasa memastikan kawasan taman kejiranan dan tanah lapang berada dalam keadaan yang bersih. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melaksanakan pembersihan kawasan-kawasan taman kejiranan dan tanah lapang secara berjadual mengikut kawasan-kawasan yang ditetapkan. Bagi kawasan-kawasan yang bermasalah dan kritikal serta perlu menggunakan pembersihan mekanikal, MBPP menjalankan pembersihan secara taskforce dua (2) kali seminggu dengan penyusunan jadual tenaga pekerja dari kawasan setiap Dewan Undangan Negeri untuk membantu menjalankan tugas pembersihan tersebut. MBPP sedang melakukan
proses pengisian semula tenaga pekerja seramai 163 orang pada tahun ini bagi menampung keperluan kakitangan yang bersara serta yang ditamatkan perkhidmatan, Dato’ Speaker. MBPP juga telah mengambil tindakan bagi mengawal pembuangan sampah merata-rata seperti berikut: (i) Memasang papan tanda peringatan 'Dilarang Membuang Sampah' di kawasan-kawasan tempat tumpuan; (ii) Menyediakan kemudahan tong sampah (litter bin) di kawasan-kawasan tempat tumpuan pelancongan dan taman-taman rekreasi; (iii) Menjalankan penguatkuasaan melalui operasi anti litter di kawasan tempat tumpuan secara berjadual.
Berkenaan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) tindakan yang diambil bagi memastikan kawasan taman kejiranan dan tanah lapang sentiasa dalam keadaan yang bersih adalah dengan menjalankan pembersihan sampah terapung dan menyediakan perkhidmatan pemungutan sampah tiga (3) kali seminggu. Langkah-langkah yang diambil oleh MBSP bagi mengawal pembuangan sampah merata-rata adalah seperti berikut: (i) Memasang papan tanda "Dilarang Membuang Sampah" di setiap lokasi hotspot seluruh Seberang Perai;
(ii) Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi hotspot pembuangan sampah haram;
(iii) Menjalankan pemantauan secara berkala di lokasi-lokasi yang dikenalpasti menjadi tempat pembuangan sampah secara haram; dan Dato’ Speaker, and finally
(iv) Menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat kejadian pembuangan sampah secara haram.
Sekian, Dato’ Speaker.
Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk Soalan Lisan telah tamat selaras dengan Sub Peraturan 26(7) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sila Yang Amat Berhormat.
Y.A.B. Ketua Menteri: Ya, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada Soalan-solan Lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan dimasukan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat maka kita berada di dalam sesi Penggulungan Usul. Ucapan terima kasih ke atas Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang telah pun berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini pada 27 Mei yang lalu. Saya nak minta Ahli Yang Berhormat untuk membuat penggulungan. Sila Yang Amat Berhormat.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Penang2030 kepada Dato’ Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, puan-puan, tuan-tuan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul terima kasih ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Dewan yang mulia ini di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Keempat Belas pada 27 hari bulan Mei. Banyak pandangan bernas dan konstruktif yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang dapat membantu Kerajaan Negeri untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Yang di-Pertua, Gambaran Situasi Ekonomi Negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan KDNK yang memberangsangkan sejak tahun 2008. Di mana KDNK tahunan negeri meningkat secara berterusan melebihi 5 peratus kecuali pada tahun 2009 dan 2012 disebabkan oleh pertumbuhan yang lemah di peringkat global khususnya di Amerika Syarikat dan Eropah. Pandemik COVID-19 yang melanda negara kita sejak tahun 2020 telah menjejaskan prestasi ekonomi seluruh negara dan KDNK Pulau Pinang pada tahun tersebut telah menyusut ke paras 2.1 peratus. Kerajaan Negeri pada 13 Mei tahun 2020 telah menubuhkan Jawatankuasa Penang Socio Economic Recovery Consultative Council (PSERCC) bagi membincangkan tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan impak pandemik COVID-19 serta mengaktifkan kembali sektor ekonomi negeri yang terjejas. Jawatankuasa itu adalah bertujuan untuk membantu Kerajaan Negeri dalam mengenal pasti isu-isu yang timbul yang menghalang perkembangan ekonomi dan seterusnya mencari cadangan penyelesaian. Pelaksanaan Pelan Tindakan Pemulihan PSERCC merangkumi penyelesaian kepada sesuatu isu ekonomi dan dijangka aktiviti-aktiviti tersebut akan menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan serta pertumbuhan ekonomi negeri yang berupaya meningkatkan taraf hidup rakyat kita. Jawatankuasa ini telah berjaya menyumbang dan memberi impak yang besar di bawah sektor-sektor berkaitan iaitu sektor industri melibatkan SMI, SME dan peruncitan, sektor pasaran tenaga kerja, sektor perumahan melibatkan pemberian insentif kepada pembeli serta pemaju, sektor infrastruktur dan pengangkutan, sektor pelancongan dan sektor industri makanan. Dato’ Yang di-Pertua, ekonomi Pulau Pinang sejak 50 tahun lalu telah disokong oleh industri di Bayan Lepas dan diiktiraf sebagai semikonduktor dan hab elektrikal dan elektronik (E&E) bagi rantau ini. Pulau Pinang pada tahun 2021 telah mencapai nilai pelaburan pembuatan tertinggi sebanyak RM76.2 bilion. Jumlah nilai pelaburan pembuatan dari tahun 2019 sehingga 2021 adalah sebanyak RM107.2 bilion dan mewujudkan lebih 51,000 peluang pekerjaan. Nilai eksport negeri berjumlah RM310 bilion pada tahun 2020, mewakili 32 peratus atau hampir satu
pertiga daripada jumlah keseluruhan pelaburan di Malaysia. Pulau Pinang antara negeri terkecil di Malaysia namun mampu menjana RM110 bilion nilai lebihan perdagangan pada tahun 2020. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Pulau Pinang adalah hab elektrik dan elektronik (E&E) terkemuka negara dan masing-masing menyumbang lebih 40 peratus dan 50 peratus lebihan dagangan tahunan negara serta eksport E&E sejak 2018. Pulau Pinang juga meraikan ulangtahun ke-50 perindustrian pada tahun ini dan kecemerlangan yang mampan serta ekosistem industri yang mantap menjadikan kita sebagai destinasi tempat industri yang sesuai. Pada tahun 2020, lebih 350 syarikat multinasional (MNC) dan lebih 4,000 SME dan SMI terdapat di negeri ini dengan menyumbang hampir 30 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia. Bagi produk litar bersepadu elektronik, Pulau Pinang menyumbang sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan eksport negara. Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas telah berkembang sejak beberapa tahun sebagai ekosistem E&E serantau. Taman Industri Batu Kawan pula yang menempatkan lebih 160 buah syarikat, di mana kedua-dua syarikat MNC dan syarikat tempatan telah berkembang dan masa depan adalah di Taman Perindustrian Batu Kawan 2 dan lain-lain taman-taman perindustrian. Pulau Pinang terus mencatatkan kecemerlangan dengan pelaburan pembuatan mencapai paras tertinggi sebanyak RM76.2 bilion pada tahun 2021 walaupun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19. Rekod Pulau Pinang pada tahun lepas menjangkaui prestasi terdahulunya secara ketara melalui projek-projek penting daripada Intel Electronics dan Ibiden Electronics dan melepasi pelaburan terkumpul dari 2012 hingga 2020 iaitu RM73.1 bilion sahaja. Maksudnya dalam satu tahun 2021, kita catat RM76.2 bilion melebihi RM73 bilion yang tercatat bagi tahun 2012 ke 2020. In one year, we exceed what we achieve in eight (8) years. Walaupun pelaburan pembuatan adalah tinggi untuk Pulau Pinang, Kerajaan Negeri komited untuk menggunakan strategi berkembar untuk meningkatkan ekonomi melalui pelaburan dalam sektor E&E dan ekonomi digital. Dalam usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan dan melaksanakan pembangunan yang mampan, Kerajaan Negeri perlu menangani tiga (3) cabaran utama yang terdiri daripada tanah untuk perindustrian, sumber air bagi menampung keperluan masa depan dan isu modal insan. Salah satu pendekatan penting yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani cabaran ini adalah melalui Visi Penang2030. Di mana empat (4) tema utama iaitu meningkatkan taraf hidup serta kualiti hidup penduduk, mengembangkan saiz ekonomi demi meningkatkan pendapatan isi rumah, memperkasakan rakyat demi mengukuhkan sistem masyarakat sivil dan pelaburan kita dalam pembangunan alam semula jadi agar lebih berdaya tahan dilihat dapat melonjakkan lagi potensi negeri kita sebagai destinasi pelaburan di rantau ini. Untuk itu, pada 7 Jun 2022, Kerajaan Negeri akan melancarkan Dashboard Pemantauan Pencapaian Sasaran Visi Penang2030.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri setuju dengan pandangan Yang Berhormat Air Putih yang menyatakan bahawa ekonomi digital adalah salah satu aspek penting yang perlu diberi penekanan untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Pintar. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sejumlah RM2 juta untuk pelaksanaan pelbagai program di bawah Digital Penang. Daripada jumlah tersebut, peruntukan sejumlah RM1.8 juta telah dikhususkan untuk inisiatif ekonomi digital. Digital Penang telah melaksanakan beberapa insentif seperti Founder’s Grit Seed Program, Penang Co-working Incubator and Accelerator (PCIA), Creative Digital District (CD2), Sandbox Incentive dan Landing Zone Incentive untuk membantu dan menggalakkan syarikat permulaan atau start up dalam menceburi ekonomi digital. Kerajaan Negeri menyambut baik saranan daripada Yang Berhormat Batu Uban yang memohon supaya
inisiatif ekonomi digital diteruskan untuk membantu lebih ramai rakyat negeri kita. Di samping itu, Digital Penang juga bekerjasama dengan Northern Corridor Implementaion Authority (NCIA) dan Malaysia Digital Economy Corportion (MDEC) untuk pelaksanaan program seperti My Digital Workforce Work in Tech (MYWiT) dan program insentif untuk menarik pelabur ke Pulau Pinang.
The Future of Penang is in Seberang Perai. Terima kasih kepada Bukit Tambun yang masih ingat apa yang saya katakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pentadbiran Kerajaan Negeri sejak tahun 2018 memberikan fokus kepada pembangunan yang seimbang antara kawasan Pulau dan juga Seberang Perai. Kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan lestari yang seimbang di kedua-dua kawasan adalah melalui Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP 2030) yang telah diwartakan pada 24 Oktober 2019. RSN Pulau Pinang ini diterjemahkan oleh Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Akta 172) dalam bentuk peta cadangan guna tanah dan pelan-pelan tindakan terperinci serta penyediaan Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas telah mengambil kira semua input melibatkan data penduduk terkini keadaan fizikal dan aktiviti semasa guna tanah dan diunjurkan mengikut trend pembangunan semasa sehingga tahun 2030, selain itu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) merupakan salah satu agensi utama yang melaksanakan pembangunan di negeri kita. Antara kaedah yang digunakan oleh PDC adalah seperti berikut: Pelan Strategik kepada PDC yang memfokus kepada pertumbuhan kawasan pembangunan baharu berorientasikan Bandar Hijau Dan Pintar dan peningkatan nilai aset serta penggerak bagi inisiatif Kerajaan Negeri yang seimbang; Pelan Induk Pembangunan Bandar Cassia yang melibatkan kombinasi pembangunan bercampur dan bersepadu melibatkan perumahan, komersial, pendidikan, perubatan dan perindustrian; Perancangan pembangunan di Bandar Cassia teknologi Park dan Batu Kawan Industrial Park 3 (BCTP) bagi memastikan penawaran tanah kepada industri kepada pelabur adalah mencukupi untuk promoted industries yang terdiri daripada E&E (Electronic & Electronics), Electronic Manufacturing Services (EMS), Light Emitting Diodes (LED), Medical Devices, Aerospaces, Semiconductor, Automatif dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dan seterusnya; Kajian pembangunan Penang Sains Park South (PSPS) bagi kawasan untuk industri am, makanan halal pembangunan hab logistik melibatkan sebahagian tanah Batu Kawan Industrial Park 3 dan Penang Sains Park South; dan Penekanan kepada konsep Environmental Social Governance (ESG) dan Sustainable Development Goes (SDG) dalam peringkat perancangan guna tanah di kawasan pembangunan melalui PDC. Elemen work, live, learn and play, serta green, safe and smart di kawasan pembangunan baharu bagi memastikan ekosistem sosial fasiliti dan peluang pekerjaan mengikut reformasi pasaran dan revolusi pembangunan hartanah seiring dengan konsep di atas. Batu Kawan yang merupakan salah satu kawasan catalist pertumbuhan pesat Seberang Perai dan sememangnya banyak industri tertumpu di kawasan ini. Kerajaan Negeri melalui PDC sedang membangun kawasan ini sebagai kawasan industri utama. PDC pada masa kini sedang giat membangunkan Taman Industri Batu Kawan, Batu Kawan Timur Dan Selatan Penang Science Park.
Walaupun Seberang Perai pesat membangun, Kerajaan Negeri tidak dapat menafikan bahawa masih terdapat beberapa masalah seperti kesesakan lalu lintas, pengurusan sisa atau tapak pelupusan sampah, pencemaran sungai, masalah bekalan air, wujud yang merupakan growing pain ataupun pain point dalam proses pembangunan di Negeri Pulau Pinang khususnya di Seberang Perai di mana sekarang berlaku satu keadaan pembangunan dengan begitu pesat, tetapi infrastruktur masih ketinggalan sedikit dan saya menyeru kepada semua agensi yang terlibat kita perlu buat perancangan yang rapi supaya kita dapat memastikan penyediaan infrastruktur dapat mengejar proses pembangunan yang begitu pesat khususnya di Seberang Perai. Kita dapat lihat dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Bukit Tambun, Bukit Tengah dan Jawi membangkitkan isu-isu berkenaan di kawasan Seberang Perai. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras untuk memastikan Seberang Perai menjadi pemangkin pertumbuhan untuk masa depan. Namun Pulau Pinang memerlukan peruntukan yang lebih banyak untuk menambah baik kemudahan dan fasiliti ini. Growing pain ini memerlukan banyak infrastruktur dan adalah di luar kemampuan Kerajaan Negeri untuk menampung projek-projek sedemikian.
Peruntukan Pembangunan Negeri VS Peruntukan Pembangunan Persekutuan Dato' Yang di-Pertua, Kita lihat peruntukan Pembangunan Negeri berbanding dengan peruntukan Pembangunan Persekutuan Dato’ Yang Di-Pertua, Kerajaan Negeri telah lulus peruntukan sejumlah RM316.13 bagi pelaksanaan projek pembangunan pada tahun 2022. Peruntukan pembangunan tahun ini telah mengambil kira keperluan projek-projek kritikal dan berimpak tinggi serta memastikan kesinambungan projek-projek sambungan yang masih dalam pelaksanaan. Kerajaan Negeri sedar projek pembangunan yang dilaksanakan adalah penting untuk kesejahteraan rakyat dan merancakkan ekonomi negeri kita. Namun peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Negeri ini sahaja tidak mencukupi untuk menambahbaik jaringan fasiliti dan keperluan di Seberang Perai mahupun di Pulau Pinang juga. Sebagaimana yang diucapkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah penting untuk memastikan projek pembangunan infrastruktur dapat dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan di Pulau Pinang. Tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan Negeri Pulau Pinang bagi KDNK negara serta nilai pelaburan negeri adalah sangat tinggi. Namun sumbangan dan usaha Kerajaan Negeri ini tidak diberi ganjaran yang setimpal oleh Kerajaan Persekutuan. Hampir ke semua Yang Berhormat ADUN dalam Dewan yang mulia ini melainkan dari Pembangkang setuju dan berasakan di Pulau Pinang dianak-tirikan atau marginalized daripada manfaat pembangunan. Apa yang dipohon oleh Kerajaan Negeri adalah bukan layanan istimewa say banyak kali nyatakan, kita bukan mahu layanan istimewa tetapi layanan yang adil, supaya rakyat dapat menikmati manfaatnya. Yang Berhormat Jawi ada membangkitkan mengenai bilangan projek yang dipohon oleh Kerajaan Negeri di bawah RMK ke 12 yang masih belum diluluskan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah kemukakan sejumlah 111 projek di bawah RMK Ke 12 , growing plan ke 2 tahun 2022, dan daripada jumlah tersebut hanya enam (6) projek yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri diluluskan dari 111 cuma dapat enam (6) sahaja itulah hakikat yang kita cuba sampaikan kepada Dewan yang mulia ini dan kepada Kerajaan Persekutuan.
Pulau Pinang sepatutnya layak dipertimbangkan lebih banyak projek untuk dilaksanakan bagi manfaat rakyat. kalau tak suka muka mantan Ketua Menteri dan mantan Menteri Kewangan atau tak suka muka saya, jangan membalas dendam atas rakyat kita yang memerlukan projek-projek infrastruktur ini. Sebagai langkah proaktif Kerajaan Negeri telah tubuh sebuah jawatankuasa yang bertujuan untuk kenalpasti isu melibatkan hubungan Persekutuan dan Negeri termasuk seruan untuk pengagihan sumber yang lebih saksama. Laporan yang disediakan oleh Jawataankuasa ini telah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Persekutuan dan Negeri, Jawatankuasa Kerjasama Semua Negeri dan Jawatankuasa Dewan ini, bagi penambahbaikan hubungan Persekutuan dan Negeri, Kerajaan Negeri berharap agar cadangan yang diberikan tersebut akan mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan untuk kepentingan Negeri Pulau Pinang khasnya dan Malaysia amnya. Tadi apa yang kita nyatakan sumbangan Negeri Pulau Pinang dari segi eksport pelaburan…bla.bla.bla, itu untuk negara Malaysia sumbang kepada Malaysia bukan kepada Negeri Pulau Pinang tapi kita banyak kali kita menyatakan banyak kali kita perlu lebih banyak peruntukan untuk lebih maju, menyumbang dengan lebih banyak kepada Persekutuan. Tetapi hakikat ini masih belum dapat sampai ke peringkat di atas supaya mereka fahami bahawa sebagai sebuah negeri yang tidak ada banyak sumber asli, kita sebenarnya memerlukan projek-projek daripada Persekutuan. Walaupun menghadapi kekangan dari segi peruntukan, Kerajaan Negeri masih berusaha untuk menangani isu-isu yang dihadapi di Seberang Perai. Usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu kesesakan lalu lintas di Seberang Perai adalah dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas awam dan menaik taraf infrastruktur jalan. Sebenarnya selama 10 tahun saya menjadi EXCO Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, kita ada banyak mesyuarat dengan agensi-agensi Persekutuan dan sedia maklum dengan permintaan-permintaan kita untuk projek-projek yang dapat menangani isu kesesakan lalu lintas khususnya di Seberang Perai ini tetapi malangnya sehingga kini tak banyak projek yang kita cadangkan ini diluluskan oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh masalah air khususnya di Seberang Perai Selatan baru-baru ini dan Yang Berhormat Tanjong Bunga sudah pun memberi penerangan yang cukup baik kepada Dewan yang mulia ini dan kepada rakyat yang terkesan. Saya cuma nak beri sedikit maklumat tambahan iaitu penggunaan air harian Pulau Pinang telah melonjak sebanyak 10.4 peratus dalam tempoh tiga (3) tahun ini, kita sangka pandemik dua (2) tahun mengapa penggunaan air harian kita melonjak 10.4 peratus dalam tiga (3) tahun ini iaitu daripada 843 juta liter sehari atau MLD pada tahun 2019, kepada 931 MLD pada Mei tahun ini. Meski pun kebanyakan sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi pada tahun 2020 dan 2021 iaitu ketika pandemik COVID-19 namun penggunaan air masih meningkat di Pulau Pinang berikutan peningkatan penggunaan oleh pengguna-pengguna domestik. Sebagai perbandingan data sejarah menunjukkan bahawa penggunaan air bagi 9 tahun sebelum ini 2010 sehingga 2019, penggunaan air meningkat 7.8 peratus tetapi dalam tiga (3) tahun ini meningkat 10.4 peratus tadi kita kata tiga (3) tahun pelaburan lebih banyak dari lapan (8) tahun penggunaan air sama juga dalam tiga (3) tahun ini kita mengguna lebih banyak berbanding dengan 7, 8 tahun sebelum ini. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang telah kenal pasti pelan jangka pendek sederhana dan panjang untuk mengurangkan masalah bekalan air di Seberang Perai Selatan seperti mana dihujahkan oleh Yang Berhormat Tanjong Bunga.
Sistem e-Tanah Pulau Pinang. Yang Berhormat Air Putih dalam perbahasan telah membangkitkan mengenai kepentingan pendigitalan carian tanah selaras dengan perkembangan teknologi masa kini dan usaha ini harus dipercepatkan. Yang Berhormat juga memaklumkan Kerajaan Negeri perlu mencari kaedah lain untuk melaksanakan pendigitalan sistem pentadbiran tanah memandangkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dijangka akan mengambil masa dan akan menelan kos yang tinggi. Ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, Sistem e-Tanah Pulau Pinang telah dibangunkan pada tahun 2005 dan mula digunakan di Pentadbiran Tanah Pulau Pinang pada tahun 2008 sehingga kini. Mengambil kira Sistem e-Tanah semasa yang kurang stabil, perisian yang telah mencapai End of Life (EOL) dan kadar ralat yang amat tinggi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berpendapat pembangunan baharu Sistem e-Tanah bagi negeri kita perlu dilaksanakan dengan kadar segera. Saya sendiri telah menulis surat kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan dari PAS untuk memohon pembangunan baharu Sistem e-Tanah Fasa 2 di Negeri Pulau Pinang untuk disegerakan. Saya juga telah membangkit isu pembangunan Sistem e-Tanah Fasa 2 di Sidang Parlimen pada 5 Oktober 2021 dan sukacita dilaporkan kita dapat respond yang positif dari Yang Berhormat Menteri. Pembangunan Sistem e-Tanah Fasa 2 pada masa kini melibatkan sembilan (9) buah negeri di Semenanjung sahaja tidak termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan. Pada masa kini hanya Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Perak sahaja yang telah menggunakan Sistem e-Tanah Fasa 2. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Oktober 2021 telah lulus permohonan pelaksanaan Sistem e-Tanah Fasa 2 untuk Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan. Pada 4 Mac baru-baru ini sesi taklimat dan lawatan tapak oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan ke PTG Pulau Pinang telah diadakan untuk melihat keadaan semasa sistem e-Tanah Pulau Pinang. Rupa-rupa Menteri dari PAS pun boleh bantu Negeri Pulau Pinang, terima kasih ya. Pelaksanaan pembangunan Sistem e-Tanah Fasa 2 di Pulau Pinang dijangka akan mengambil tempoh antara dua (2) sehingga tiga (3) tahun (mungkin lebih dari 3 tahun). Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM2.62 juta untuk pembangunan Sistem Perkhidmatan Tanah Setempat Atas Talian Pulau Pinang (PgLAND) yang akan membolehkan permohonan perserahan dalam talian dapat dilaksanakan termasuk carian rasmi dan carian persendirian. Pembangunan sistem ini akan melibatkan PTG dan ke semua Pejabat Daerah dan Tanah. PgLAND dijangka akan mula dibangunkan pada Julai tahun ini dan boleh digunakan mulai Januari 2023.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Manifesto Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan salah satu perkara yang banyak dibincangkan dalam sesi persidangan pada kali ini. Yang Berhormat Sungai Dua telah menyentuh beberapa isu seperti pencemaran sungai, pelupusan sampah, ternakan khinzir dan sebagainya yang tidak dinyatakan dalam manifesto dan perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Sebagai makluman kepada Yang Berhormat dan Dewan ini, manifesto yang dirangka oleh Seberang Jaya pun ada, oleh Kerajaan Negeri merupakan sasaran yang telah ditetapkan empat (4) tahun dahulu dan melibatkan beberapa perkara penting yang dikenal pasti. Walaupun tidak dimasukkan dalam pencapaian manifesto, Kerajaan Negeri masih memberikan perhatian dan memantau perkara-perkara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua.
Selain itu, Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga menyatakan sebanyak dua (2) kali bahawa, meskipun pencapaian manifesto Kerajaan Negeri adalah sekitar 90 peratus, beliau bimbang dengan hasil dan impak pencapaian tersebut sama ada ianya adil, sama ada ia sampai ke semua golongan di negeri kita. Berhubung dengan perkara ini, suka saya maklumkan bahawa manifesto 2018 telah dirangka dengan teliti supaya ianya memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat, termasuk menjaga kepentingan mereka tanpa mengira bangsa, agama, taraf sosial dan sebagainya. Manifesto tersebut juga dirangka dengan matlamat yang jelas demi pembangunan negeri kita. Berhubung dengan isu seperti pencemaran sungai dan sebagainya yang didakwa tidak dinyatakan dalam manifesto. Ianya tidak benar sama sekali. Isu-isu tersebut sememangnya telah diambil tindakan yang berterusan sejak tahun 2018. Ia juga telah dijadikan sebagai sasaran di bawah Inisiatif Strategik, Vision Penang2030 maksudnya dalam empat (4) tahun ini lebih kurang kita bekerja keras untuk memenuhi manifesto 2018. Di samping itu, kita pun memperkenalkan Visi Penang2030. Kedua-dua dokumen ini menjadi teras kepada apa yang kita lakukan di Negeri Pulau Pinang ini. Isu-isu yang sedemikian sememangnya dijadikan sasaran di bawah inisiatif strategik visi Penang2030 ini dan Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh menyemak pencapaian sasaran ini melalui Sistem Dashboard Penang2030 yang sudahpun dimuat naik ke laman sesawang Penang2030. Selain itu, Yang Berhormat Sungai Dua juga boleh merujuk kepada booklet Pencapaian Tiga Tahun Visi Penang2030 yang telah dilancarkan pada bulan Januari tahun ini, berhubung usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, selain daripada perkara-perkara yang termaktub dalam manifesto. Yang Berhormat Seberang Jaya, Yang Berhormat Penaga, Yang Berhormat Sungai Acheh dalam Dewan yang mulia ini telah juga mempersoalkan pencapaian Kerajaan Negeri dalam melaksanakan 68 akujanji yang terkandung dalam manifesto. Di sini, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri telah mencapai 90 peratus pelaksanaan berdasarkan kepada 54 janji telah ditepati dan enam (6) janji telah mencapai perancangan advanced level dengan komitmen bajet pun dan ada dua tiga lagi di bawah bidang kuasa Persekutuan. Kerajaan Negeri memang memandang serius kepada perkara ini kerana ia melibatkan janji yang telah diberikan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Sememangnya terdapat beberapa janji sedang dalam pelaksanaan dan akan siap dilaksanakan pada masa hadapan. Namun, apa yang saya hendak tegaskan di sini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk mengotakan janji telah dimulakan dan wajar dilaporkan untuk pengetahuan rakyat Negeri Pulau Pinang dan saya rasa di Malaysia ini mana ada negeri yang berani ada manifesto, yang berani untuk mengkongsikan pencapaian manifesto. Kita lihat ini sebagai satu komitmen kepada rakyat, ini menunjukkan kita tidak mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat jelata dan pengundi. Sebagai penutup...(gangguan).
Boleh saya mohon mencelah Yang Amat Berhormat. Terima kasih Yang Amat Berhormat saya suka mendengar komitmen yang diberikan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tentang komitmen untuk memenuhi manifesto yang telah dimenterai dan juga telah dibentang kepada rakyat pada tahun 2018 tetapi yang menjadi isunya yang kita bangkitkan dalam Dewan ini adalah to claim that’s 90 percent daripada janji-janji itu telah dilaksana atau telah dicapai itu saya rasa misleading kepada public sebab...(ganguan) bagi saya cakap, sebab yang saya bangkitkan adalah....(gangguan).
Hanya Seberang jaya tak care saja.
Saya lihat kepada realiti daripada manifesto itu sebab sebahagian perkara yang dibangkitkan. Saya percaya yang sebahagian belakang ini tidak mendengar dan tidak melihat pun manifesto itu dan tidak kaji satu per satu perkara itu kerana sebahagian besar perkara dalam itu dah diulang pun manifesto ini daripada 2013. Sebagai contoh menyelesaikan masalah lalu lintas ini. Ini isu besar yang kita bincangkan setiap kali Dewan, saya ingat saya dalam Dewan ini hampir dah nak dekat 10 tahun. Kita bincangkan perkara ini dan tahap pelaksanaannya tidak sampai 90 peratus, itu yang saya bandingkan. Untuk menyatakan bahawa hanya memberi komitmen untuk melaksanakan semua orang boleh janji Yang Amat Berhormat. Itu yang saya bangkitkan yang harus kita bincangkan secara serius untuk terima secara retorik okey, Pakatan Harapan ini paling baguslah dalam dunia ini terimalah tetapi hakikatnya di bawah rakyat masih lagi...(ganguan), tidak selesai masalah kita sendiri menghadapi masalah itu sebab itu saya bangkitkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri...(gangguan).
Y.A.B. Ketua Menteri Sudah dibangkitkan dalam perbahasan 68 ada dua (2) kita merasakan ada penindihan tidak dilaksanakan, kalau kita tidak laksanakan kita pun terus terang mengapa tidak melaksanakan sebab Kerajaan Persekutuan sudah melaksanakan program seperti Prihatin, PeKa B40 dan sebagainya jadi 66...(gangguan).
Yang Berhormat saya rasa itu kita faham tapi...(gangguan).
Y.A.B. Ketua Menteri Biar saya jelaskan. Yang Berhormat sudah hujah dalam perbahasan...(gangguan).
Yang Amat Berhormat terlibat sendiri dalam perancangan untuk melaksanakan projek pembinaan lebuh raya, projek pengangkutan awam dan isu ini isu besar sebab itu yang saya tak setuju sebahagian rakan-rakan saya di Pembangkang ini tak setuju adalah untuk ulang dan kata 90 peratus telah tercapai...(gangguan)..
Nantilah dengarlah.
Jadi sebab itu....(gangguan).
Kenapa sebagian saja Pembangkang yang setuju dengan you? Kenapa sebahagian Pembangkang kenapa tak semua?
Yang lain semua duduk diam saja kamu sorang sahaja. ...(gangguan), nak politik cakap nak politiklah.
Dengar penjelasan dulu.
Y.A.B. Ketua Menteri. Kita tak kata sudah ditepati, kita kata status ia masih dalam pelaksanaan....(gangguan).
So, maknanya Yang Berhormat setuju bahawa 90 peratus tak tercapai lagi lah...(gangguan)..
Y.A.B. Ketua Menteri. Ada, ada yang tak tercapai lagi...(gangguan)..
Okeylah.
Y.A.B. Ketua Menteri. Saya terus terang…(gangguan).
Itu yang kita nak tu…(gangguan).
Y.A.B. Ketua Menteri. Dengar baik-baik…(gangguan).
Seberang jaya saja sesorang yang keliru…(gangguan).
Bukan 90 peratus jadi maknanya tak tercapai lagi betul la Yang Amat Berhormat?
Seberang Jaya yang draf, Seberang Jaya yang draf dulu. Seberang Jaya yang draf dulu.
Y.A.B. Ketua Menteri. 68 tolak 2, 66. Saya kata 54 sudah ditepati. Maksud ada 12 yang dalam pelaksanaan dan dalam 12 itu ada yang dalam beberapa peringkat pelaksanaan antaranya enam (6) ada komiten bajet ada perjanjian pun. Kita kira dalam proses dari 12 saya ambil enam (6) sahaja. 54 campur 6 jawapan? 60 out of 66?
Yang Amat Berhormat....(gangguan).
Seberang Jaya gagal matematik, Seberang Jaya gagal matematik.
Seberang Jaya duduklah, Perikatan Nasional sendiri tak ada manifesto punya.
Y.A.B. Ketua Menteri ...(gangguan), tak apalah Seberang Jaya sediakan manifesto nanti.
Saya mohon.
Tak, sebab itu saya bangkitkan yang saya nak supaya masyarakat dan kita dalam Dewan ini faham adalah bahawa janji nak buat 90 peratus daripada keseluruhan manifesto. Kita tolak 10 peratus itu tak boleh buat, makna betul lah. Tak, you dah ulang tadi bertindan apa semua betul kan? Okey.
Y.A.B. Ketua Menteri: Satu, saya ada jawapan...(gangguan)..
So sekarang ni maknanya (ganguan).
Dengar habis dulu.
90 peratus.
Seberang Jaya duduk.
Y.A.B. Ketua Menteri Hari ini hari Jumaat.
Dengar habis dulu…(gangguan). Seberang Jaya dengar bagi habis la…(gangguan)
Yang Amat Berhormat CM, boleh tak saya sebut satu perkara..(gangguan) mohon laluan..
Tak perlu. Duduk.
Y.A.B. Ketua Menteri: Hari ini Jumaat.
Penanti. Kita dengar sudah. Dengar sini...(gangguan).
Y.A.B. Ketua Menteri: Sebagai penutup kepada Dewan yang mulia ini dengan berbekalkan hasrat yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan melipatgandakan usaha kita untuk mencapai perkara-perkara seperti
berikut, 1 Penggal 5 tahun, kita habis 4 tahun sahaja, ada satu tahun lagi untuk melakukan perkara ini: (a) Mencapai baki 10 peratus, masih berusaha, ada satu tahun lagi...(gangguan). (b) mempercepatkan Pencapaian Visi Penang2030. (c) Memfokuskan untuk pemulihan ekonomi pasca pendemik COVID-19. (d) Mentadbir Negeri Pulau Pinang dengan good governance atas prinsip CAT; dan (e) Memastikan serta menjaga kebajikan rakyat Negeri Pulau Pinang.
Masih ada satu (1) tahun untuk kita lakukan banyak lagi. At the end of next year maybe saya akan laporkan 93 peratus, mungkin. Ada yang tidak dapat kita lakukan kita jujur ada perkara di bawah bidang kuasa Persekutuan...(gangguan).
Minta penjelasan.
Y.A.B. Ketua Menteri: Tetapi kalau baca baik-baik walaupun melibatkan bidang kuasa Persekutuan, apa yang kita kata menuntut, menuntut misalnya 65 disentralisasi kuasa-kuasa sekian-sekian. Kebanyakan di bawah bidang kuasa menuntut membenarkan Negeri Pulau Pinang meluluskan hak milik dan sebagainya, menuntut we all continue to menuntutlah...(gangguan)..
Saya nak mohon mencelah.
Y.A.B. Ketua Menteri: Satu perkara penting yang dilafazkan oleh Tuan Yang Terutama Tun adalah perpaduan Dato’ Yang di-Pertua, yang menyatupadukan masyarakat Malaysia berbilang kaum, agama dan keturunan. Segala kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri termasuk manifesto akan menjadi tidak bermakna sekiranya perpaduan yang kita kekalkan selama ini tergugat. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengekalkan perpaduan masyarakat agar keharmonian dapat dinikmati dan diwarisi kepada generasi akan datang. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan EXCO Kerajaan Negeri dan seluruh anggota perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang yang selama ini telah memberi komitmen yang amat tinggi dalam merealisasikan misi mencapai sasaran di bawah Empat Tema dan 16 Strategik Inisiatif Visi Penang2030. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat juga yang telah memberi banyak cadangan komen-komen untuk diambil tindakan dan perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri dan dengan itu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. [Ahli-Ahli Dewan Menepuk meja]
Terima kasih Yang Amat Berhormat Padang Kota. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat saya ucapkan terima kasihlah kepada semua yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan serta sesi penggulungan. Ahli-ahli Yang Berhormat ke semua sesi penggulungan telah pun siap selesai dan masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul bahawa “Kami Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-14 pada 27 Mei 2022 dipersetujui”. Ahli-ahli yang setuju kata kan “Ya”
Ahli-ahli Dewan: “Ya”
Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. “Ya” sebulat suara usul dipersetujui.
Perkara 6(b) usul daripada Yang Berhormat Timbalan ketua Menteri II.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sila.
Terima kasih Speaker Dewan, ini ialah pembentangan usul ‘Pelantikan Ahli-ahli Lembaga Rayuan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16]. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini meluluskan usul di bawah Subseksyen 13(3), Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] bagi pelantikan Ahli-Ahli Lembaga Rayuan selama tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2024. Senarai Ahli Lembaga Rayuan adalah seperti berikut, Tuan Wong Chiang Kiat (Pengerusi), YBhg. Dato' Seri Syed Jaafar bin Syed Ali (Timbalan Pengerusi), YBhg. Dato' Ajit Singh Jessy (Ahli Lembaga), YBhg. Dato' Murelidaran M. Navaratnam (Ahli Lembaga), YBhg. Dato' Agatha Foo Tet Sin (Ahli Lembaga); dan Puan Regina Amalorpava Mary a/p Aboorvasamy (Ahli Lembaga).
Tugas Lembaga Rayuan adalah seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 13 Enakmen 16 tersebut. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, saya mencadangkan usul yang berbunyi seperti berikut, ‘Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 4 November 2011 dan telah diwartakan pada 2 Februari 2012. Enakmen 16 ini dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2015’. Maka pelantikan Anggota Lembaga Rayuan adalah diperlukan seperti ketetapan Subseksyen 13(2) Enakmen 16 dan pelantikan tersebut tertakluk kepada kelulusan Dewan Undangan Negeri. Tempoh bagi satu penggal pelantikan adalah dua (2) tahun dan perlu diwartakan. Pencalonan nama Ahli Lembaga Rayuan telah dipersetujui melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Yang Ke - 16/2022 pada 18 Mei 2022 dan disahkan pada 25 Mei 2022, dengan keahlian Lembaga Rayuan melibatkan calon-calon berikut, Tuan Wong Chiang Kiat (Pengerusi), YBhg. Dato' Seri Syed Jaafar bin Syed Ali (Timbalan Pengerusi), YBhg. Dato' Ajit Singh Jessy (Ahli Lembaga), YBhg. Dato' Murelidaran M. Navaratnam (Ahli Lembaga), YBhg. Dato' Agatha Foo Tet Sin (Ahli Lembaga) dan akhir sekali Puan Regina Amalorpava Mary a/p Aboorvasamy (Ahli Lembaga).
Pelantikan Ahli-ahli Lembaga Rayuan yang dibuat mengambil kira pengalaman dan kelayakan calon yang merangkumi aspek perundangan, keselamatan dan Hal Ehwal Negeri Pulau Pinang yang dilihat signifikan dengan keperluan menjayakan pelaksanaan Enakmen 16 secara menyeluruh. Peranan Ahli-ahli Lembaga Rayuan tersebut adalah penting bagi tujuan mempertimbangkan semua rayuan yang diterima dari mana-mana pemohon yang terkilan dengan keputusan Pegawai Maklumat di Jabatan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang menolak permohonan akses kepada maklumat yang di jabatan berkenaan. Tanpa pelantikan Ahli-ahli Lembaga Rayuan tersebut, proses rayuan ke atas permohonan yang ditolak oleh Pegawai Maklumat itu tidak dapat dipertimbangkan dan akan menyebabkan hak pemohon bagi mendapatkan akses kepada maklumat seperti yang diperuntukkan di bawah Enakmen 16 dinafikan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, tahap kesedaran rakyat berhubung hak mereka untuk akses kepada sesuatu maklumat dan undang-undang yang berkaitan dengan Kebebasan Maklumat, dilihat semakin ketara dewasa ini. Maka sewajarnya Kerajaan Negeri Pakatan Harapan sebagai sebuah negeri pro-rakyat, berusaha memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat dengan saluran yang betul dan jelas, melalui polisi pentadbiran yang ‘Cekap, Akauntabiliti dan Telus’ di Pulau Pinang. Dengan ini Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, saya mohon mencadangkan pelantikan Ahli-ahli Lembaga Rayuan selama tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2024. Sekian. Saya mohon menyokong.
Terima kasih. Saya mohon usul disokong.
Saya dengan ini menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sepertimana yang telah dimaklum oleh Yang Berhormat Perai, ini adalah satu usul untuk kita memperbaharui lantikan Ahli-ahli Lembaga Rayuan untuk tempoh dua (2) tahun dari 2022 hingga 2024. Maka saya mohon supaya usul ini diputus serta-merta la. Melainkan ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin bahas atas pelantikan ini. Okey. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya nak minta juga Perai kalau nak ada penggulungan sikit.
Kita kata ini adalah satu yang diperlukan dibawah Enakmen 16 dan perlu diluluskan di Dewan, so maka inilah kita mengambil perkara ini di Dewan dan saya rasa satu, satu proses yang perlu dijalankan, tapi Ahli-ahli Dewan mungkin, kalau ada perbahasan, saya rasa masih boleh, saya akan bersedia jawab.
Okey. Terima kasih Perai. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul daripada Yang Berhormat Perai, yang berbunyi bahawa "Dewan ini meluluskan usul dibawah Subseksyen 13 (3), Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] bagi pelantikan Ahli-ahli Lembaga Rayuan selama tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2024. Senarai Ahli Lembaga Rayuan adalah seperti berikut: Tuan Wong Chiang Kiat sebagai Pengerusi, YBhg. Dato' Seri Syed Jaafar bin Syed Ali (Timbalan Pengerusi), YBhg. Dato' Ajit Singh Jessy (Ahli Lembaga), YBhg. Dato' Murelidaran M. Navaratnam (Ahli Lembaga), YBhg. Dato' Agatha Foo Tet Sin (Ahli Lembaga), Puan Regina Amalorpava Mary a/p Aboorvasamy (Ahli Lembaga) dipersetujui. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “Ya”.
Ahli-ahli Dewan: "Ya"
Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Okey, usul dipersetujui sebulat suara. Sila, Yang Amat Berhormat.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan sekarang.
Mohon sokong. Tak nak tangguh? Terima kasih.
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan dan usul telah mendapat sokongan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekali lagi ucapan terima kasih atas kerjasama sepanjang masa perjalanan Persidangan Dewan kali ini. Maka dengan ini Dewan ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.