Pulau Pinang · 22 November 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 180 turns · 40,348 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin (Penanti), Dato‘ Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah (Sungai Bakap), Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Gooi Hsiao-Leung (Bukit Tengah), Jason Ong Khan Lee (Kebun Bunga), Muhammad Faiz Bin Fadzil (Permatang Pasir), Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor (Sungai Dua), Dr. Afif Bin Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Bin Ibrahim (Sungai Acheh), Zolkifly Bin Md. Lazim (HADIR)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.
“Bacaan Doa”
Soalan lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat kita bersidang semula dengan sesi soalan lisan. Sebelum ini saya nak maklum kepada Dewan bahawanya terima 2 notis memohon cuti sakit, satu daripada Dato’ Ketua Pembangkang yang telah maklum bahawa beliau sakit, tak dapat hadir pada hari ini dan juga Yang Berhormat Machang Bubuk telah memaklumkan bahawa beliau positif COVID-19, maka sekali lagilah saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat perlu juga berjaga-jaga, ikut SOP dengan sebaik mungkin lah, baru nak pakai pelitup, (ketawa) okey, kita terus dengan sesi soalan lisan, saya nak jemput Yang Berhormat Sungai Pinang.
Terima kasih, Dato’ Speaker soalan saya, soalan No. 23. No. 23. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PWDC telah menandatangani MoA bersama Malaysia Healthy Ageing Society (MHAS) untuk menjadikan Pulau Pinang satu bandar yang mesra usia atau Age Friendly City. Nyatakan: (a) Apakah matlamat dan tujuan inisiatif ini? (b) Apakah strategi pelaksanaan yang bakal digunakan demi membawa manfaat kepada rakyat?
Terima kasih Dato’ Speaker dan juga YB. Sungai Pinang yang menanya tentang Age Friendly City apakah matlamat dan tujuan inisiatif ini. Kerajaan Negeri telah melancarkan pelan hala tuju Penuaan aktif pada 30 September 2022 yang bertujuan untuk mengiktiraf dan memperkasakan warga emas sebagai aset pembangunan negeri yang selaras dengan inisiatif strategi Penang2030 iaitu “Memperkasakan Rakyat Bagi Mengukuhkan Penyertaan Sivik” status yang mencapai “Bandar Mesra Usia” Age Friendly City merupakan salah satu inisiatif di bawah halatuju ini. Kerajaan Negeri menyedari bahawa usaha untuk membangunkan “Bandar Mesra Usia” amatlah kritikal di negeri Pulau Pinang memandangkan negeri ini akan menjadi negeri yang paling berusia dalam 20 tahun lagi, justeru bagi memastikan ia dapat dilaksanakan secara holistik dan mampan, rangka kerja yang dibina oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) lebih untuk digunapakai. Pada masa kini terdapat 830 buah bandar dan komuniti di 41 buah negara seluruh dunia telah diiktiraf oleh WHO sebagai Age Friendly City.
Bagi melaksanakan inisiatif ini Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) bersama-sama Malaysia Healthy Ageing Society (MHAS) sedang berusaha untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang mesra usia, projek ini akan dimulakan di bandar George Town di bawah seliaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kewujudan “Bandar Mesra Usia” akan menggalakkan penawaran aktif dengan meningkatkan lebih peluang dalam aspek kesihatan, penyertaan dalam komuniti serta keselamatan untuk meningkatkan kualiti hidup seiring dengan peningkatan usia, terdapat 8 domain yang menjadi dasar kewujudan “Bandar Mesra Usia” merangkumi aspek perumahan, pengangkutan, penyertaan sosial, penyertaan sivik dan pekerjaan komunikasi dan maklumat, sokongan masyarakat dan perkhidmatan kesihatan, ruang luar dan bangunan alam bina. Pendekatan komprehensif ini akan melihat kepada keperluan pelbagai lapisan masyarakat supaya tiada yang terpinggir sejajar dengan United Nations Sustainable Development Goals. Tempoh masa bagi pelaksanaan projek ini adalah selama 3 tahun dan terdapat 4 strategi pelaksanaan utama yang bakal digunakan dalam menjalankan projek ini iaitu seperti berikut: (i) Menjalankan kajian asas untuk memahami situasi semasa dan mengenal pasti jurang 8 domain melalui top down and bottom up approach; (ii) membangunkan penunjuk indikator dalam mengurangkan jurang yang telah dikenalpasti; (iii) melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk sektor awam, pakar Akademi, Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO serta individu perseorangan dalam mengenalpasti isu dan jalan penyelesaian selain mewujudkan semangat hak milik atau sense of ownership; dan (iv) pemantauan serta penilaian dalam memastikan projek dijalankan tepat pada masa yang ditetapkan. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih pada Yang Berhormat Padang Lalang, maka melihatkan kepada inisiatif strategi ini yang akan membawa manfaat kepada rakyat, apakah faktor kejayaan utama…(dengan izin), Keys Success Factor dalam menjayakan inisiatif ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Pinang, Keys Success Factor ialah yang yang paling penting ialah kerjasama dari semua pihak, khasnya pihak-pihak yang terlibat. Jadi dia melibatkan pemegang taruh utama iaitu terutamanya ialah MBPP sebagai project owner, inisiatif ini kerana permohonan ini adalah di atas nama MBPP walaupun diwakili oleh PWDC, saya amat bangga dengan komitmen yang telah diberikan oleh Datuk Bandar untuk mendapat pengiktirafan daripada World Health Organization atau WHO kita sudah ada meeting, ada mesyuarat dan memang pihak MBPP sangat supportive, juga ada melibatkan pemegang taruh yang berkaitan iaitu dalam 8 domain itu semua Exco pihak yang menjaga domain-domain ini perlu memberi sokongan dan kerjasama yang penuh dan juga penglibatan Agensi dan Jabatan Kerajaan Negeri NGO yang terlibat dalam Active Aging serta komuniti-komuniti setempat juga memainkan peranan yang sangat penting. Jadi ini kita mengambil inklusif, kita juga mengambil bottom up, kita ada top down dan kita juga ada bottom up jadi bottom up ialah komuniti-komuniti yang juga semua NGO adalah sangat penting kita mahu whole the society approach.
Kita mahu semua Ahli-ahli Dewan Undangan juga boleh memberikan, boleh memainkan peranan yang sangat penting. Saya rasa dengan kerjasama semua pihak jadi kita boleh mencapai kejayaan inisiatif ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih, seterusnya saya nak jemput Yang Berhormat Pematang Pasir, Permatang Pasir tak ada, tapi tak maklum kepada saya, mungkin sakit pilihan raya juga, semoga cepat sembuh dari sakit Pilihan Raya. Seterusnya nak jemput juga soalan Yang Berhormat Kebun Bunga, yang tak tanding pun sakit pilihan raya, ada Kebun Bunga? Tak ada, Yang Berhormat Bukit Tambun, sila.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya, soalan No.26. No. 26. Perincikan pe mbangunan perindustrian dan penjualan tanah industri PDC sejak tahun 2008. (a) Huraikan cadangan kawasan perindustrian baru di Batu Kawan dan BKIP 3 berkaitan. (b) Perincikan pembangunan Penang Technology Park di Bertam dan nyatakan status terkini. (c) Senaraikan projek-projek perindustrian yang memperoleh kelulusan kebenaran merancang MBPP dan MBSP sejak tahun 2018.
Terima kasih Bukit Tambun, menjawab soalan Bukit Tambun dengan cadangan. Huraikan cadangan kawasan perindustrian baru di Batu Kawan dan BKIP 3 berkaitan. Sejak tahun 2008 Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah membangunkan 3 kawasan perindustrian iaitu Taman Perindustrian Batu Kawan atau BKIP (Batu Kawan Industrial Park) seluas 1,151 ekar, Penang Science Park (PSP) dan Penang Science Park North (PSPN) dengan masing-masing berkeluasan 298 ekar. Setakat ini hampir 92 peratus lot tanah industri di kawasan BKIP telah dijual, diikuti hampir 95 peratus lot industri di PSP dan hampir 78 peratus lot industri (PSP) turut dijual. (a) Untuk Bandar Cassia Teknologi Park dengan keluasan bersih sebanyak 257 ekar telah dikenal pasti sebagai kesinambungan kepada kawasan industri BKIP yang mempunyai permintaan daripada pelabur tempatan dan asing. Aktiviti yang dirancang untuk ditempatkan di kawasan ini adalah jenis industri yang digalakkan promoted industry seperti E&E (elektronik dan elektrik), peranti perubatan medical device, kejuruteraan, aero angkasa aero space. Fasa pertama Bandar Cassia Technology Park yang berkeluasan 113 ekar dijangka siap pada tahun 2023. Bagi pembangunan Batu Kawan Industrial Park 3 (BKIP 3) dengan keluasan bersih sebanyak 420 ekar, fasa pertama sebanyak 55 ekar dijangka siap pada tahun 2024 meliputi jenis aktiviti industri yang digalakkan seperti yang disebutkan tadi sama juga promoted industry iaitu E&E, Medical Device, Kejuruteraan, Aeroangkasa, Logistik dan industri am.
(b) Soalan kedua, perincikan pembangunan Penang Technology Park di Bertam. Penang Technology Park di Bertam ialah satu kawasan perindustrian baru berteraskan teknologi tinggi yang dibangunkan oleh pihak swasta dan bagi menampung keperluan tanah industri ekoran peningkatan minat pelabur asing dan tempatan untuk tujuan sektor pembuatan dan perkhidmatan di negeri ini. Sehingga kini terdapat tiga (3) buah syarikat perindustrian yang menunjukkan minat bagi melabur di Penang Technology Park di Bertam beserta status terkini seperti di Lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan ini. (c) Seterusnya antara senarai projek perindustrian di luar kawasan Bayan Lepas Free Industrial Zone (FIZ) yang memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sejak tahun 2018 adalah seperti di Lampiran B yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan ini. Namun, bagi projek perindustrian di kawasan Perindustrian (FIZ) Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas (BLIP) dan Technoplex, Kebenaran Merancang adalah dikecualikan dan hanya melibatkan kelulusan Pelan Bangunan sahaja. Senarai projek-projek perindustrian yang memperolehi kelulusan Kebenaran Merancang oleh MBSP sejak 2018 adalah seperti di Lampiran C yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan.
Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Maung, di sini saya ada soalan iaitu kita sedia maklum memang Pulau Pinang mendapat dari segi pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu dan pada masa yang sama kita menghadapi kekurangan tanah terutamanya tanah perindustrian dibawah perancangan PDC. Lazimnya selalu apabila berlaku ketiadaan tanah pihak PDC atau pun InvestPenang tidak merujuk pelabur terutama pelabur asing kepada kawasan perindustrian swasta oleh itu adakah Kerajaan Negeri perlu adakan satu penyelarasan antara PDC, InvestPenang dan juga pemaju kawasan perindustrian swasta ini soalan pertama. Kedua, kawasan-kawasan perindustrian swasta seperti yang dimaklumkan oleh Batu Maung sebentar tadi memang tumbuh macam cendawan selepas hujan akan tetapi masalah utama yang dihadapi oleh kawasan perindustrian swasta adalah tiada satu pengurusan atau badan pengurusan yang khusus menyebabkan kawasan-kawasan perindustrian ini tidak terurus apa jenis saja industri mereka beri dengan pihak swasta dan bina tanpa kawalan. Kita hanya kawal dari segi permohonan Kebenaran Merancang tetapi tidak ada kawalan jenis perindustrian seperti yang kita kawal di kawasan perindustrian PDC. Oleh itu, di sini adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan satu perbadanan pengurusan atau pun mewujudkan jabatan khas dalam kedua-dua PBT untuk mengawal selia kawasan perindustrian seperti PBT di Pasir Gudang dan juga di Kulim Hi-tech? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.
Bukit Tambun.
Batu Kawan…maaf Dato’ Speaker, ya Bukit Tambun sebab fresh daripada election parlimen..
Sakit pilihanraya juga. Okey.
Penang Technology Park di Bertam adalah satu projek swasta yang pertama yang berskala besar yang dibangunkan sebelum ini semua projek-projek kawasan industri dibangunkan oleh PDC selain itu seperti yang disebut oleh Bukit Tambun sebenarnya ada small light industry memang ada IKS yang memang ada yang dibangunkan oleh pihak swasta yang disebut juga oleh Bukit Tambun yang apa kawalan kita dari segi pembangunan infra dan sebagainya. Satu, PDC sekarang ini tengah juga berunding beberapa tanah untuk membesarkan menambah land bank kita. Sekarang ini tengah berunding dengan status tak mahu sebut lagi until sehingga termeterai perjanjian untuk menambah land bank itu dan seterusnya PDC juga baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke yang terkini ialah di Bangkok kita melihat bagaimana kerajaan di sana membangunkan kerajaan dan juga pihak swasta membangunkan private industrial park ini yang mana kedua-dua pihak kerjasama Kerajaan Tempatan, Kerajaan Pusat dan juga pihak swasta membangunkan industrial park swasta ini private industrial park ini yang ini yang sebab itulah di bawah PS (Penang Social Economy Consul Community), saya telah diminta untuk mempengerusikan satu committee untuk melihat semula menambahbaik is of doing business sepertimana dalam ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bagaimana kita nak terus memperbaiki usaha untuk memperbaiki lagi apa ni so that apa yang kita katakan is of doing business memudahcara perniagaan kepada pelabur dan juga menambahbaik dari segi infrastruktur di mana keperluan semua agensi pihak agensi yang negeri dan pusat dan juga pihak swasta. Ini memang telah dibincangkan dibawah PS (Penang Social Economy Recovery Consul Community) yang terkinilah dan juga PDC juga akan come out tentang pembentangan setelah mereka mengadakan lawatan di Bangkok baru-baru ini dan beberapa negeri lain yang disebutkan tadi Johor cadangan untuk menambahbaik mengurus industrial park samada swasta atau pun bangunan yang baru masih.
Terima kasih. Saya nak jemput Yang Berhormat Batu Lancang.
Dato’ Yang di-Pertua soalan saya nombor 27. No. 27. Apakah nisbah penggunaan pengangkutan awam berbanding dengan kenderaan persendirian tahunan sejak rekod disimpan? (a) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan ketersambungan pengangkutan
awam bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Pulau Pinang beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas?
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Batu Lancang. Yang Berhormat berdasarkan rekod daripada pihak Rapid Penang bagi penumpang atau pun ridership yang menggunakan bas awam Rapid Penang sahaja, setakat bulan September 2022 peratusan penggunaan adalah sebanyak 2.64 peratus. Kadar ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak 2.07 peratus dan tahun 2021 di mana ia telah menurun kepada 1.23 peratus akibat pandemik COVID-19. Namun begitu kadar ini masih lagi ketinggalan berbanding dengan rekod pada bulan April 2019 iaitu sebelum COVID-19 di mana peratusan yang direkodkan adalah sebanyak 4.47 peratus. (a) Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Rapid Penang untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesinambungan pengangkutan awam bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Pulau Pinang beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas adalah: (i) memperuntukkan pembiayaan subsidi bagi pelaksanaan program-program pengangkutan awam seperti Pas Mutiara My50, bas percuma CAT Bridge, bas percuma CAT George Town, bas BEST Komtar dan juga membiayai tambang feri kepada penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia; (ii) Bekerjasama dengan operator perkhidmatan seperti Rapid Penang untuk menyediakan rangkaian bas henti-henti di seluruh Negeri Pulau Pinang dengan perkhidmatan paling optimum; (iii) menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam dengan meningkatkan efisiensi, keselesaan dan juga menaiktaraf kemudahan infrastruktur seperti terminal, hub dan perhentian bas; (iv) menyediakan peruntukan setiap tahun melalui PBT untuk pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan pengangkutan awam seperti pondok bas, papan tanda perhentian dan sebagainya. Perhentian-perhentian bas berbumbung baru dibina setiap tahun melalui peruntukan kerajaan dan juga penajaan daripada pihak swasta; (v) melaksanakan sistem Pengangkutan Awam Wilayah Berintegrasi yang berpusat di Penang Sentral, yang melibatkan pelbagai mod pengangkutan awam; dan (vi) Akhir sekali, mewujudkan rangkaian hentian bersepadu pengangkutan awam di setiap kawasan seperti di hab Bukti Mertajam, hab Bayan Baru dan hab Bukit Jambul. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Boleh, sila.
Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, adakah Kerajaan Negeri berhasrat membina lalulintas transit massa di kawasan kawasan di mana orang ramai akan mengunjungi dengan kerap seperti kawasan perumahan, pusat membeli belah, kemudahan awam seperti perpustakaan dan taman universiti dan sebagainya. Soalan kedua, bagaimanakah Kerajaan Negeri akan memastikan operasi sistem transit massa seperti LRT dimana Penang Transport Masterplan adalah mampan dalam jangka masa panjang tanpa membebankan Kerajaan Negeri.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Yang pertamanya Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai rancangan jangka masa panjang untuk membuat laluan sistem transit yang melalui kawasan-kawasan yang berkepadatan penduduknya tinggi antaranya adalah dengan pembinaan sistem LRT atau pun Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit) dengan line pertama iaitu dari Komtar ke Bayan Lepas yang akan melalui tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti Komtar, Bandar Sri Pinang, Jelutong, USM, Batu Uban, Sungai Nibong, Terminal Bas Sungai Nibong, Bayan Baru serta Free Trade Zone. Laluan Bayan Lepas LRT ini adalah sepanjang 26.8km dan akan mempunyai 23 stesen yang mana 5 kemudahan park & ride juga akan dibina untuk menggalakkan orang ramai menggunakan sistem pengangkutan tersebut. Untuk Yang Berhormat soalan kedua, kemampatan projek LRT ini, pembinaan LRT akan dilaksanakan melalui tender terbuka yang di mana kita akan melaksanakan RFP Request for Proposal. Proses jemputan pra kelayakan atau pun pre-qualification telah pun berlangsung dan tamat pada 7 Oktober 2022 dan kemudiannya setelah mengkaji semua pembida-pembida yang berminat maka pelawaan secara rasmi kepada syarikat-syarikat yang telah di shortlist atau pun tersenarai akan berlaku pada awal tahun 2023. Kerajaan Negeri seterusnya akan menilai dan meneliti proposal-proposal daripada syarikat tersebut serta mengambil kira pengalaman, kepakaran teknikal dan juga modul pembiayaan yang dicadangkan oleh syarikat-syarikat tersebut dalam pelaksanaan projek LRT. Ini adalah bagi memastikan kemampatan projek apa ni untuk jangka masa panjang supaya tidak membebankan Kerajaan Negeri sebab itu kita minta dicadangkan juga satu funding mechanism kerana apa ni dana tu kita kalau nak keluar daripada Kerajaan Negeri tu agak sukar sikit, terima kasih.
Terima kasih. Saya nak jemput soalan seterusnya soalan Yang Berhormat Machang Bubuk telah pun sedia maklum, beliau cuti kuarantin. Soalan Yang Berhormat Batu Uban, sila.
Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 29. No.29. Kes penderaan melibatkan kanak-kanak. (a) Berapakah jumlah kes penderaan yang direkodkan dan jenis-jenis penderaan mengikut daerah untuk tempoh tahun 2022? (b) Apakah langkah segera dan sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada mangsa penderaan? (c) Apakah faktor dan punca penderaan kanak-kanak ini berlaku
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Batu Uban kerana menanya soalan mengenai kes penderaan melibatkan kanak-kanak. Jumlah kes penderaan yang direkodkan dari bulan Januari sehingga September tahun ini mengikut jenis penderaan berdasarkan daerah SPU, SPT, SPS, Timur Laut and Barat Daya adalah sejumlahnya semua jumlah, dalam period ini, bulan ini ialah 209 kes. Jadi dari sini kita boleh lihatkan bahawa tiap-tiap hari sekurang-kurangnya ada kes, ada satu kes yang telah dilaporkan, yang tidak dilaporkan akan lebih banyak lagi. Jadi jenis penderaan, ada fizikal, seksual, emosi dan pengabaian. Di SPU semuanya ada 21 kes, SPT 97 kes yang paling tinggi di SPT dan SPS 14 kes, TL ialah 58 kes dan Barat Daya ialah 19 kes. Yang paling tinggi semuanya ialah sexual abuse. Paling tinggi ialah sexual abuse 91, semua keseluruhan 91. yang kedua jenis ialah pengabaian 67 dan fizikal 42, emosi 9. Jadi kalau mengikut fizikal, SPU - tak ada, SPT - 14, SPS - 3, TL - 19,
BD - 6. Jumlah 42. Seksual: SPU - 20, SPT - 30, SPS - 2,
TL - 29, BD - 10. Jumlah 91. Emosi: SPU - tak ada, SPT - 5, SPS - 3, TL - 1, BD - 0. Jumlah 9. Pengabaian: SPU - 1, SPT - 48, SPS - 6,
TL - 9, BD - 3. Jumlah 67. Jabatan Kebajikan (JKM) sentiasa memberikan langkah segera dan sokongan kepada mangsa mengikut Standard SOP lah, Standard Operating Procedure jabatan seperti berikut: (i) Menyelamatkan kanak-kanak dalam tempoh 10 jam selepas aduan atau maklumat berkaitan penderaan diterima;
(ii) Membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya jika ada keperluan dan pengesahan Pegawai Perubatan berkaitan penderaan; (iii) Perintah sementara di bawah Seksyen 19, Akta Kanak-Kanak 2001 dan perintah tetap di bawah Seksyen 30 Akta Kanak-Kanak 2001 akan diperolehi dari mahkamah untuk menempatkan kanak-kanak di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai atau ditempatkan di tempat selamat; dan (iv) Khidmat nasihat dan intervensi kaunseling.
Selain itu, Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak yang telah dilantik di bawah Seksyen 7, Akta Kanak-Kanak 2001 juga memainkan peranan dalam melaksanakan program advokasi berkaitan penderaan kanak-kanak di peringkat komuniti setempat. Apakah faktor yang berlaku penderaan kanak-kanak? Faktornya adalah masalah kewangan, kecuaian ibu/bapa/penjaga/pengasuh, pendera terlibat dengan jenayah, kanak-kanak hyperactive, pengaruh siber, masalah kesihatan ibu/bapa/penjaga/pengasuh, kanak-kanak mengikut teman lelaki dan pengaruh-pengaruh rakan sebaya. Itu sahaja, thank you.
Terima kasih.
YB. Padang Lalang, saya rasa trend melibatkan sexual abuse ini meningkat, dikatakan ada 91, maka apakah tindakan Kerajaan Negeri terutamanya kita ada JPWK di bawah setiap KADUN, apakah program-program yang boleh kita lakukan atau bagaimana kita boleh reach kepada mangsa-mangsa atau menyelamatkan mangsa-mangsa ini? Terima kasih.
Apa yang dilakukan JKM adalah intervention atau pun cuba membantu apabila perkara ini sudah berlaku. Tapi di Negeri Pulau Pinang, kita di PWDC kita nak mencegah, jadi we do a lot of prevention umpamanya awareness, umpamanya kita adakan setiap tahun kita adakan Penang Goes Orange. Itu awareness untuk mengurangkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Dan kita ada satu dasar panggil Dasar Keluarga Selamat. Dasar Keluarga Selamat ialah untuk memberi kesedaran bahawa penderaan adalah salah dari sisi undang-undang dan juga untuk meningkat sokongan kepada keluarga-keluarga seperti ini, keluarga-keluarga yang mengalami keganasan dan khasnya kepada mangsa-mangsa. Dan kita juga di PKW, PKW ialah Pusat Khidmat Wanita yang disokong oleh Kerajaan Negeri. Mereka menjalankan satu program panggil ‘Ok tak Ok’ di sekolah atau di komuniti untuk mengajar ibubapa ataupun kanak-kanak itu, apakah sentuhan yang ‘ok’ dan sentuhan ‘tak ok’ supaya anak-anak itu tahu, kanak-kanak itu tahu, kalau sentuhan ‘tak ok’, mereka macam mana mahu nak, mahu mencari bantuan ataupun how to tell? So that they can get out from there. Atau macam mana nak lari daripada sentuhan seperti itu. Dan juga saya harap pendidikan, Kementerian Pendidikan akan mengadakan lebih banyak program di sekolah kerana susahnya kita nak outreach kepada kanak-kanak seperti itu. Kalau kita jalankan program di sekolah, semua sekolah diajar, semua kanak-kanak diajar, jadi kanak-kanak juga boleh tahu macam mana nak melindungi diri sendiri. Banyak lagilah yang kita boleh buat. Jadi saya pun harap JPWK dapat menjalankan program yang lebih banyak lagi.
Jadi saya juga dapat, saya juga menyeru kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya boleh menjalankan program-program seperti ini di Pusat Penang2030 di dalam kawasan masing-masing. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Saya nak jemput Pulau Tikus. Sila.
Dato’ Speaker.
Pulau Tikus.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 30. No. 30. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelaraskan agensi-agensi Kerajaan untuk memastikan projek naik taraf infrastruktur dan sistem saliran dan perparitan seperti longkang, parit di seluruh Negeri Pulau Pinang boleh dijalankan dengan lancar tanpa kekeliruan dari segi bidang kuasa, perbelanjaan dan penyelenggaraan?
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Pulau Tikus. Yang Berhormat, dalam memastikan projek naik taraf infrastruktur serta sistem saliran dan perparitan seperti longkang dan juga parit di seluruh Negeri Pulau Pinang dapat dijalankan dengan lancar tanpa pertindihan bidang kuasa, perbelanjaan dan juga penyelenggaraan, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan lnfrastruktur antara Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri di Pulau Pinang pada tahun 2019 yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Keahlian jawatankuasa ini dianggotai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kerajaan Tempatan selaku Setiausaha atau pun Urusetia Jawatankuasa dan jawatankuasa ini juga terdiri daripada BPEN, Jabatan Kewangan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancang Bandar dan Desa atau pun PlanMalaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Lebuhraya Malaysia Wilayah Utara, MBPP, MBSP, Pejabat Daerah dan Tanah bagi kelima-lima daerah dan oleh itu, jawatankuasa, dan selain daripada itu jawatankuasa ini juga dianggotai oleh semua Jurutera Daerah JKR dan JPS. Sehubungan dengan itu, jawatankuasa ini diwujudkan sebagai platform untuk menyelaras tugas dan tanggungjawab jabatan agensi Kerajaan Negeri di Pulau Pinang berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan di samping menjalinkan kerjasama dan seterusnya menyelesaikan isu-isu yang berbangkit mengikut keperluan dengan segera. Peruntukan perbelanjaan penyelenggaraan yang berkaitan ini akan diselaraskan oleh agensi-agensi yang terlibat menggunakan peruntukan sedia ada, sama ada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, Negeri atau PBT. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan Garis Panduan Penetapan Tanggungjawab Penyelenggaraan Jalan, Parit,
Pokok dan Landskap oleh Agensi dan Jabatan Kerajaan di Pulau Pinang di bawah untuk dilaksanakan oleh semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam penyelenggaraan infrastruktur di seluruh Negeri Pulau Pinang. Garis panduan ini disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta Agensi-Agensi Pelaksana untuk memastikan tiada pertindihan dalam penyelenggaraan jalan, parit, saliran, tanah persisir pantai dan lain-lain lagi yang meliputi aset-aset kerajaan dalam aspek pembersihan ataupun penyelenggaraan. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga. Saya ingin nak tanya kalau dalam situasi kadangkala yang sering berlaku apabila kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diperintah oleh parti-parti politik yang bertentangan, apakah cara-cara yang Kerajaan Negeri boleh consider untuk mempercepatkan apabila sesuatu infrastruktur, isu infastruktur itu adalah sesuatu yang let's say, amat its an emergency situation lah, kalau macam isu cuaca yang macam ini atau pun kalau infrastruktur, sesuatu infrastruktur itu tidak dibuat secepat mungkin, akan memperlambatkan infrastruktur, isu infrastruktur yang lain? Terima kasih.
Ya, terima kasih. Dalam situasi kecemasan Yang Berhormat, biasanya satu keputusan akan dibuat sekiranya aset itu milik Kerajaan Persekutuan contohnya, namun kerana terlalu mendesak dan ada kecemasan yang memerlukan, contohnya pembaikan dengan kadar segera ataupun pembaikan secara sementara, dalam keadaan begitu, Kerajaan Negeri biasanya akan mengambil tindakanlah dan sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak dapat mengambil tindakan dengan segera. Kita ada, sudah ada beberapa contoh apabila perkara itu telah berlaku. Tidak menjadi masalah. Yang paling penting kita nak jaga, keselamatan itu menjadi keutamaanlah. Terima kasih Yang Berhormat.
Sila.
Terima kasih. Dalam kesempatan ini saya ingin bertanya kepada YB. EXCO, sejauh manakah kelonggaran yang telah diberikan untuk kita menggunakan peruntukan MARRIS jika sebelum ini kita telah dimaklumkan kerajaan sebelum ini, ada kelonggaran untuk menggunakan peruntukan MARRIS. Jadi bagaimanakah situasi?
Terdapat sedikit kelonggaran dalam beberapa tahun yang lepas. Dan yang paling ketara adalah setelah berlakunya banjir besar di Negeri Selangor. Tahun 2019, last year kan? Baru last year. Selepas daripada itu, Kerajaan Persekutuan telah melonggarkan syarat-syarat MARRIS bagi membenarkan kita tak menggunakan ayat penaiktarafan tapi boleh dibesarkan parit dan longkang bagi tujuan mengelak daripada banjir. So itu, sebelum daripada itu, MARRIS tidak boleh digunakan untuk pembesaran longkang. Dia cuma boleh untuk pembaikan ke spec yang asal tapi dengan kelonggaran ini, boleh digunakan untuk tujuan tebatan banjir. Terima kasih.
Terima kasih. Dan soalan seterusnya, Yang Berhormat Seberang Jaya. Seberang Jaya tak ada, demam pilihanraya lagi. Semoga cepat sembuh. Saya nak jemput Yang Berhormat Air Itam, sila.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan 32. No. 32. Kes dihempap pokok tumbang semasa ribut adalah perkara di luar jangkaan. (a) Nyatakan tatacara untuk orang awam yang mengalami kerugian dan kecederaan akibat ditimpa pokok tepi jalan yang diselia oleh Kerajaan Negeri mendapatkan pampasan dari pihak kerajaan. (b) Senaraikan juga nilai pampasan yang telah dibayar mengikut kes dan jumlah keseluruhan.
Terima kasih Dato’ Speaker dan kepada rakan saya daripada Air Itam. As we can see pada pagi ini saya ada 23 soalan tetapi tiga telah pun dilangkau kalau dilangkau kerana isu kesihatan itu tidak bermasalah tetapi dilangkau kerana tidak ada isu kesihatan seperti soalan 31 daripada Seberang Jaya, di mana dia? Dia mesti menjawab kepada rakyat beliau itu tugasan DUN, tugasan kita. Saya, saya bersedia untuk jawab semua soalan tetapi kita lihat ada yang tak rela datang untuk lihat kepada nasib rakyat mereka di kawasan mereka, itulah tidak betul...(gangguan).
Cukup?
Okay I will now jawab. Thank you very much, thank you to Yang Berhormat Air Itam. Kita of course lihat kepada satu perkara luar jangkaan kita Dato‘ Speaker, berkenaan kes-kes pokok-pokok yang terhempap dan tertumbang semasa ribut dan saya juga akan jawab soalan kemudian iaitu pampasan yang telah kita berikan untuk kes-kes tersebut. Dato‘ Speaker, kejadian ini semasa keadaan ribut adalah like I said just now act completely di luar jangkaan. Jawapan saya ia adalah akibat kesan perubahan iklim tetapi saya hendak nyatakan ini bukan kesan perubahan iklim ini kesan krisis iklim. It is a climate crisis not here in Penang, not here in Malaysia but thru out the world dan kita perlu lihat bagaimana
kita boleh tangani dia dan kita sedang lihat di semua agensi kita. So kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan kita senantiasa pastikan penyelenggaraan pokok-pokok yang terletak di bahu jalan pada setiap masa untuk melihat agar tiada kes-kes sedemikian rupa Dato‘ Speaker. Now orang awam yang mengalami kerugian dan kecederaan akibat insiden sedemikian, kita akan lihat dan sentiasa ambil perhatian Dato’ Speaker dan for your information kepada rakan saya daripada Air Itam pampasan Dato‘ Speaker, yang kita telah bayar oleh MBPP setakat ini adalah RM223,185.00 untuk sembilan (9) kes dan untuk MBSP di pihak MBSP kita telah pun membayar RM2,721.00 bagi lima (5) kes Dato‘ Speaker. Terima kasih, thank you.
Terima kasih
Soalan tambahan, terima kasih. Untuk makluman kita tahun lepas kita telah dikejutkan dengan satu insiden di mana buah kelapa timpa kepala orang di tepi jalan. Isu itu jadi isu viral dan isu yang besar dan apabila kita terjadi peristiwa itu tindakan terus telah diambil habis pokok kelapa dibuang sepanjang jalan itu. Namun demikian, selepas kejadian tersebut saya telah memohon kepada MBPP supaya ambil tindakan pokok-pokok yang kita fikir berisiko bahaya namun agak malang sampai sekarang tak ada respon daripada MBPP. Adakah kita nak tunggu perkara ini terjadi lagi baru kita nak buat? Terima kasih. Yang kedua, saya nak tanya mengenai pokok yang tumbang di kawasan kampung yang menghalang jalan kampung. Baru-baru ini terjadi di Sungai Batu apabila kita minta bantuan dari unit dengan pantas pokok telah ditebang, dipotong-potong tetapi sisa-sisa batang di tinggal di rumah orang kampung. Apabila ditanya tanggungjawab siapa? Unit Landskap kata itu tanggungjawab tuan rumah. Jadi tolong jelaskan sama ada MBPP bertanggungjawab untuk bawa keluar atau pun betul-betul tuan rumah? Tuan rumah mana ada duit nak bawa keluar kayu-kayu itu, terima kasih.
Terima kasih kepada rakan saya atas soalan yang dinyatakan tadi di mana saya telah pun beri penjelasan bahawasanya kita sedang memantau semua tempat di mana kita ada pokok-pokok of course your question is a pokok kelapa yang tumbang tetapi ingin saya nyatakan bahawasanya di seluruh Negeri Pulau Pinang kita ada ribuan pokok yang adalah pokok warisan juga. So kita sememangnya selalu memantau dan selalu kita ada kerja-kerja di mana kita buat pemantasan semua pokok-pokok ini oleh kedua-dua Majlis Bandaraya kita untuk memastikan mereka hidup dan of course di tempat yang ada permasalahan apabila ia diberitahu kepada kita, kita akan mengambil tindakan yang perlu diambil tindakan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Saya nak jemput Pulau Betong. Pulau Betong tak ada soalan juga akan dilangkau dan saya nak jemput soalan 34. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, soalan Pengkalan Kota soalan ke 34. No. 34. Pembekalan perumahan mampu milik Kerajaan Negeri. (a) Apakah prestasi Kerajaan Persekutuan di dalam pembekalan perumahan mampu milik di Pulau Pinang? (b) Apakah status pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pulau Pinang yang sepatutnya disediakan oleh Kerajaan Persekutuan?
Terima kasih Dato‘ Speaker dan juga kepada rakan saya daripada Pengkalan Kota atas isu yang begitu dekat kepada hati saya iaitu perumahan, iaitu satu soalan berkenaan pembekalan perumahan mampu milik Kerajaan Negeri dan prestasi kita berbanding dengan Kerajaan Pusat dahulu yang mana kita sedang tunggu untuk lihat apa akan berlaku dan juga apakah status pembinaan Projek Perumahan Rakyat ataupun PPR yang sepatutnya telah pun dibina oleh Kerajaan Pusat terdahulu. Dato’ Speaker, ingin saya cuba ringkaskan tetapi isu ini begitu penting untuk semua rakyat Negeri Pulau Pinang diperingati di Pulau Pinang keutamaan kita adalah untuk pastikan ada pembekalan perumahan mampu milik yang cukup untuk rakyat Negeri Pulau Pinang dan itu adalah agenda pertama kita dalam dokumen yang terpenting kita iaitu Visi Pulau Pinang 2030 (Penang2030). It is our first chapter Dato’ Speaker. For your information dan saya ingin nyatakan pada asal dia sasaran kita untuk pelbagai unit Rumah Mampu Milik adalah 200,000 tetapi dengan perbincangan saya dengan Ketua Menteri apabila kita lihat bahawasanya ada satu respon yang begitu besar untuk unit Rumah Mampu Milik kita telah pertingkatkan dia kepada 220,000 unit, Dato‘ Speaker dan kita telah pun ada satu capaian setakat ini Dato‘ Speaker, 62.9 peratus iaitu kita capai 138,545 unit pelbagai unit Rumah Mampu Milik di Pulau Pinang. Itulah pencapaian kita dan untuk maklumat semua, kita telah pun dalam pencapaian keseluruhan itu sedang dibina yang telah dibina yang sedang dibina dan juga yang telah pun diluluskan untuk dibina. Kita juga telah pun saya hendak nyatakan buat satu keputusan dasar di Negeri Pulau Pinang kerana kita tahu kita ada permasalahan untuk mereka akses pun kepada perumahan kos rendah di mana kita buat keputusan Dato’ Speaker. Let me just explain, untuk mempelbagaikan akses kepada perumahan mampu milik melalui kaedah sewa beli dan saya gembira untuk menyatakan kepada semua kita telah pun capai hampir 3,600 sekarang unit-unit sewa beli di mana sasaran kita adalah 10 peratus daripada 220,000 unit pelbagai Rumah Mampu Milik itu and we will achieve it because itu kita ambil satu tahun sahaja dan kita telah capai dan itulah apa perbezaan kita berbanding dengan pusat untuk menjawab kepada rakan saya daripada Pengkalan Kota. Kita juga Dato‘ Speaker, selain daripada negeri yang lain di negara Malaysia kita tidak akan tingkatkan harga yang terkawal untuk rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah di mana kita akan pastikan ia akan masih dikekalkan Dato‘ Speaker, pada RM42,000 untuk rumah kos rendah atau pun RMM A dan RM72,500 untuk RMM B dan juga kita juga, untuk makluman just a little bit of explanation Dato‘ Speaker, kita ada RMM C iaitu Rumah Mampu Milik di mana di Pulau Pinang pada awal dia kita ada harga siling di bahagian pulau RM300,000 dan di bahagian seberang RM250,000 tetapi di Pulau Pinang kita prihatin dan kita telah pun kurangkan RMM C itu by 10% Dato‘ Speaker, sekarang dia adalah RM270,000 di bahagian pulau dan RM225,000 di bahagian seberang dan itulah menunjukkan apa yang kita boleh buat di Negeri Pulau Pinang dan kita akan terus buat sedemikian rupa Dato‘ Speaker. Of course I appreciate your question from Pengkalan Kota berkenaan apa yang telah dibuat berkenaaan PPR oleh Kerajaan Pusat yang dahulu. Now untuk makluman PPR itu Projek Perumahan Rakyat adalah satu projek pusat dan apa yang berlaku kita sediakan tanah
dan di Pulau Pinang sudah pun saya nyatakan berkali-kali dan berulang kali bahawasanya sememangnya kita telah pun kenal pasti Dato' Speaker, lima (5) kawasan tanah yang berkeluasan 73 ekar untuk mereka lihat bagaimana mereka boleh membina PPR ini di Pulau Pinang tetapi malangnya Dato‘ Speaker, malangnya Kerajaan Pusat terdahulu dia orang gagal beri respon pun datang lihat pun kepada tanah itu. Jadi kita hendak lihat apa akan berlaku kepada Kerajaan Pusat yang baru tetapi apa pun di Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya mereka tidak boleh buat kerja, mereka gagal, mereka malas, lalai dalam tanggungjawab mereka, kita di Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan buat dan saya beri janji itu dan komitmen itu kerana itulah apa yang kita hendak buat dan kita ada perancangan tersebut. Terima kasih, thank you...
Terima kasih
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Datok Keramat begitu teliti khususnya tentang isu perumahan ini tapi saya selalu ingatlah apabila Yang Berhormat Datok Keramat membangkitkan tentang mantan-mantan Menteri Perumahan di Kepala Batas, di Kota Belut dan di Ampang semuanya telah terkandaslah. Jadi soalan saya sebenarnya menjurus kepada pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di mana mengikut jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Datok Keramat memang Kerajaan Negeri kita sentiasa komited malahan telah menyediakan tanah bagi tujuan pembangunan Projek Perumahan Rakyat ini. Jadi soalan saya adalah sama ada komitmen itu akan diteruskan tak kisahlah nanti petang siapa yang akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan itu adakah komitmen Kerajaan Negeri tetap sama di mana kita akan sediakan tanah ini untuk tujuan pembangunan PPR. Terima kasih.
Terima kasih. Saya ada dua perkara hendak dinyatakan. Yang pertama sebab EXCO Perumahan daripada 2013 sekarang saya akan lihat Menteri Perumahan yang kelima. Itulah apa yang berlaku yang menyebabkan kita tidak dapat teruskan dengan usaha kita kerana ada pertukaran yang begitu cepat. Like I said, mereka tukar kerajaan dan tukar menteri macam tukar pakaian. Tidak boleh kerana kita perlu ada satu konsistensi supaya kita dapat teruskan kewajipan kita untuk buat kerja. Itulah apa yang kita hendak buat. First question I answer. It is very a shaming Dato' Speaker, if I can say it is fifth housing minister that i will see on secondly of course, seperti mana ditanya tadi daripada Pengkalan Kota. Terima kasih. We are commited. Kita mempunyai banyak dan pelbagai perancangan sekarang dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang bukan sahaja untuk perumahan mampu milik yang sudah pun kita akan mula pada akhir tahun ini yang pertama dan juga pembaharuan semula yang juga telah pun kita mulakan proses untuk RFP dan yang kita harap kita dapat mulakan. Soalan berkenaan PPR. Saya sudah pun jawab tadi. Sekiranya mereka tidak boleh buat kita akan komited untuk buat sendiri dan kita pun ada perancangan untuk itu.
Terima kasih Yang Berhormat. Bertam? Sudah keluar tidak ada di dalam Dewan soalan dilangkau. Yang Berhormat Jawi, sila.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 36. No. 36. Apakah inisiatif diambil oleh Kerajaan Negeri supaya dapat membina balik keyakinan pelabur di BKIP2 selepas insiden kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah? (a) Apakah status tentang pengurusan di tapak buat masa ini?
Terima kasih Dato' Speaker. Kepada rakan saya daripada Jawi berkenaan inisiatif yang diambil Dato' Speaker, boleh kita untuk memberi keyakinan kepada pelabur di kawasan Seberang selepas insiden kebakaran di tapak pelupusan sampah dan what is the status sekarang? Thank you very much for the question. Inisiatif Kerajaan Negeri bagi membina keyakinan pelabur di BKIP 2 adalah dengan memulakan proses pemulihan atau pun Rehabilitasi Fasa 1 Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung bagi untuk mengurangkan risiko pencemaran dan kebakaran. Kita juga di MPPP dan juga MBSP telah pun untuk makluman semua, menamatkan konsesi dengan pihak pengoperasi yang terdahulu pada Ogos 2022. Untuk makluman semua juga, Dato' Speaker, Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung (TPSB) Di Fasa 3 sekarang ini sedang dioperasikan oleh kita sendiri iaitu MBSP sejak penamatan konsesi tersebut dan MBSP masih mengamalkan kaedah kambus tanah ataupun land filing di TPSB dan dengan kemasukan sampah sebanyak Dato' Speaker sebanyak 2,100 hingga 2400 tan sehari. Perancangan jangka masa panjang untuk TPSB juga sedang kita kaji untuk memastikan kita dapat pastikan teknologi yang terbaru. Itu yang terpenting. We have move so much for work the whole world has move so much forward where which management is concern dan kita hendak lihat kepada kaedah yang terbaik Dato’ Speaker. Kerajaan Negeri kita sekarang dalam proses sediakan dokumen RFP (Request For Proposal) untuk pembangunan dan pengoperasian TPSB dengan mewujudkan seperti saya nyatakan teknologi terbaik untuk rawatan sisa pepejal. Kita pertimbangkan pelbagai kaedah yang lebih yakin untuk kita yang diperlukan adalah kaedah one of which already been work Dato' Speaker with energy and we are looking at di mana ada kaedah Dato’ Speaker…(dengan izin). Terima kasih.
Terima kasih. Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker, memberi peluang Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan kebakaran tapak pelupusan sampah ada tak Kerajaan Negeri kaji apa-apa alternatif lain daripada land fill untuk melupuskan sampah di Negeri Pulau Pinang sebab kita nampak land fill ini mengambil ruang yang begitu banyak dan juga ada risiko kebakaran kerana pelepasan gas dan sebagainya ada tak selain daripada ini alternatif Yang Berhormat yang boleh jana pendapatan untuk Kerajaan Negeri juga seperti biogas plan something of that? Terima kasih.
Kalau ikut tadi sudah baca panjang lebar jawapan itu. Waste to energy. Seri Delima.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya adalah soalan nombor 37. No. 37. Apakah tindakan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di Jalan Masjid Negeri dan Jalan Scotland terutamanya pada waktu puncak? Aliran trafik sedia ada kurang berkesan dan rakyat perlukan alternatif dengan segera.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Delima, berkenaan soalan yang khusus iaitu untuk kurangkan kesesakan lalu-lintas di Jalan Masjid Negeri dan Jalan Scotland dari pada waktu puncak yang mana aliran trafik sedia ada adalah kurang berkesan. Dato' Speaker, ingin saya secara ringkas menyatakan ini satu soalan penting kerana apabila kita sebut tentang bab lalu-lintas saya telah menyatakan sebagai satu negeri yang mana semua orang mahu datang maka itu adalah satu masalah. So Kerajaan Negeri Dato’ Speaker kita sememangnya prihatin kepada kesesakan lalu-lintas supaya secara khusus yang dinyatakan rakan saya daripada Seri Delima. Di mana pada waktu puncak sememangnya di kawasan seperti Masjid Negeri dan Scotland Road sememangnya ada traffic jam kesesakan lalu-lintas. So situasi jalan untuk kedua-dua jalan pada waktu pagi dan juga petang untuk makluman Dato' Speaker, telahpun melebihi kapasiti yang menyebabkan kesesakan lalu-lintas kawasan tersebut dan faktor tersebut adalah kita lihat ada satu keadaan jalan yang sempit dan juga ada banyak tempat seperti sekolah di kawasan-kawasan tersebut yang disebut oleh rakan saya tadi. Jadi apa yang kita hendak buat Dato' Speaker, adalah melalui MBPP kita telah pun dan sedang mengambil beberapa tindakan untuk kurangkan kesesakan lalu-lintas tersebut. Yang mana antaranya adalah Dato' Speaker; (i) kita telah pun membuat penyelarasan lampu isyarat di persimpangan Jalan Scotland, Jalan Batu Gantung dengan menambah fasa hijau untuk kenderaan di Jalan Scotland; (ii) menyelaras lampu isyarat di sepanjang Jalan Masjid Negeri bagi mewujudkan aliran green wave di Jalan Masjid Negeri; (iii) menjalankan kerja-kerja pelebaran jalan di Jalan Masjid Negeri dan menaik taraf persimpangan-persimpangan di kawasan sekitarnya; (iv) memasang CCTV untuk meningkatkan keselamatan pemantauan lalu-lintas dan mengawal kesesakan tersebut dan CCTV ini juga Dato’ Speaker, di bawah portfolio saya untuk memastikan kita satu negeri yang pintar kita sedang menaik taraf CCTV yang ada. Di mana di seluruh Negeri Pulau Pinang kita sudahpun mencapai hampir 1,200 unit. Di mana kita hendak menggunakan CCTV itu sistem analisis video or video analytics di mana kita boleh lihat kepada muka kita dan cam orang yang buat salah atau pun lihat kepada kenderaan yang buat salah dan itu adalah apa yang kita sedang menaik taraf. (v) Kita juga Dato’ Speaker, sedang melaksanakan sistem jalan sehala di kawasan-kawasan di mana kesesakan berlaku; dan (vi) akhirnya Dato’ Speaker, kita juga akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan oleh kedua-dua PBT kita. Terima kasih.
Terima kasih. Saya hendak jemput Permatang Berangan. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 38. No. 38. Status kemajuan penyelesaian masalah trafik dan lalu lintas jalanjalan utama dan simpang sekitar Tasek Gelugor. (a) Perincikan kedudukan dan kemajuan kaji selidik tentang keperluan menyelesaikan masalah trafik dan lalu lintas di sekitar Tasek Gelugor. (b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah kesesakan trafik dan kekerapan berlakunya kemalangan di jalan-jalan laluan utama?
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada rakan saya daripada Permatang Berangan atas soalan beliau iaitu berkenaan kemajuan penyelesaian masalah trafik dan lalu lintas jalan-jalan utama di Tasik Gelugor dan apakah perancangan kita untuk masa hadapan? Untuk menyelesaikan masalah trafik dan lalu lintas di jalan-jalan utama dan simpang sekitar Tasik Gelugor kita melalui MBSP di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang dan pelbagai pemaju sudah pun ada beberapa tindakan yang sedang diambil yang telah siap dilaksanakan Dato' Speaker, (i) Memasang lampu isyarat di persimpangan Jalan Pokok Tampang, Jalan Tasek Gelugor dan Persimpangan Jalan Kubang Kubang Menerong dan Jalan Tasek Gelugor; (ii) Memasang lampu isyarat push button untuk lintasan pejalan kaki di Jalan Padang Menora berhampiran Masjid Lahar Yooi di Tasik Gelugor; dan (iii) Memasang lampu isyarat lintasan pejalan kaki di Jalan Kubang Menerong di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti di Tasek Gelugor. 9i)Kita juga ada cadangan yang lain yang kita sedang lihat dan kaji iaitu dalam perancangan nombor satu Dato’ Speaker, adalah cadangan (i) Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tasik Gelugor dan Jalan Gelugor; (ii) Cadangan pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Pongsu Seribu, Jalan Permatang Indah; (iv) Cadangan pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Gelugor dan Jalan Permatang Berangan; (v) Cadangan pemasangan lampu isyarat di persimpangan Institut Kemahiran Mara Seberang Perai Utara; (vi) Cadangan pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Telok Ayer Tawar hingga Tingkat Laksamana 8; (vii) Cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Jalan Kubang Menerong dengan Jalan Tok Bedu; (viii) Cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Jalan Merbau Kudung dengan Jalan Guar Jering;
(ix) Cadangan pelebaran Jalan Kubang Menerong dari persimpangan Jalan Gelugor sehingga Jalan Kampung Baru Kubang Menerong; (x) Cadangan pelebaran Jalan Pongsu Seribu dari Persimpangan Taman Kostum sehingga Taman Alamanda; (xi) Cadangan pelebaran Ara Kuda dari Persimpangan Jalan Lunas hingga Kampung Desa Puri; (xii) Cadangan pelebaran Jalan Lunas dari Persimpangan Ara Kuda hingga Taman Desa Ara; (xiii) Cadangan pelebaran Jalan Telok Ayer Tawar dari persimpangan Jalan Bayu aman hingga Tingkat Laksamana 8; (xiv) Cadangan pelebaran Jalan Teluk Ayer Tawar daripada persimpangan Jalan Bayu Aman hingga Jalan Tuanku Putera; (xv) Cadangan pelebaran Jalan Gelugor dari Sungai Kereh hingga persimpangan Jalan Pokok Sena; (xvi) Cadangan pembinaan jalan 100 kaki daripada persimpangan Jalan Gelugor hingga ke Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir; (xvii) Cadangan pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Nyior Sebatang, Jalan Lebuh Banting di Seberang Perai Utara; (xviii) Cadangan perubahan aliran lalu lintas dari dua hala ke sehala di Pekan Sungai Dua yang melibatkan Jalan Seri Murni, Lorong Machang sebahagian Jalan Sungai Dua dan sebahagian Jalan Merbau kudung. Kita juga lihat dan sedang melihat pada kedudukan dan membuat kaji penyelidikan tentang keperluan penyelesaian masalah trafik dan lalu lintas di sekitar Tasek Gelugor. Di mana kita ada beberapa kajian yang ingin saya nyatakan Dato’ Speaker, yang sedang dibuat iaitu Kajian Penilaian Impak Lalu Lintas (TIA) Traffic Impact Assessment di Pekan Sungai Dua dan ini telah pun kita luluskan di MBSP. Kita juga ada satu lagi kajian TIA di Jalan Kubang Menerong yang mana kita ada cadangan penambahbaikan lalu lintas di situ oleh pemaju-pemaju yang akan disyaratkan apabila CCC (Certificate Of Completion And Compliance) dikeluarkan. Kita fikir kita juga ada satu lagi kajian TIA di Jalan Ara Kuda dan juga Jalan Lunas di mana juga telah disyaratkan dalam kebenaran merancang untuk pemaju apabila projek mereka diselesaikan. Juga satu lagi Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri kajian TIA di Jalan Telok Ayer Tawar dari persimpangan Jalan Tunku Putra hingga Tingkat Laksamana Lapan yang juga kita syaratkan untuk kebenaran merancang di dilihat sebelum CCC dikeluarkan. Lagi satu Dato’ Speaker, kajian TIA di Jalan Gelugor, dari Sungai Kerih hingga Pokok Sena di mana juga dalam Kebenaran Merancang telah pun kita syaratkan. Kita selalu akan prihatin dan ini adalah saya berilah secara perinci apa yang kita telah buat dan kita akan terus buat sedemikian rupa bukan sahaja di bahagian Seberang tetapi juga di bahagian Pulau Dato’ Speaker. Kita ada banyak langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang saya percaya saya akan maklum kepada rakan saya. Sekiranya tidak kita tidak boleh benarkan yang lain untuk tanya soalan juga but it’s all that, we are working on it. kita selalu akan lihat dan prihatin kepada permasalahan ini terima kasih.
Terima kasih, sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Datok Keramat atas penjelasan tentang soalan 38 yang saya kemukakan. Soalan tambahan saya adalah berkenaan tambahan kawasan-kawasan lalu lintas yang masih berbangkit yang masih mengalami masalah kesesakan waktu puncak dan juga kekerapan risiko kemalangan iaitu Simpang Tiga Tasek Gelugor, Simpang Kampung Tok Bedu, Simpang Pokok Tampang ke Lahar Yooi dan Padang Menora serta Simpang Kampung Aman ke Jalan Pokok Sena. Jadi keempat-empat jalan dan laluan ini sering mengalami kekerapan kesesakan waktu puncak dan juga risiko kemalangan yang kerap ada pernah sekali di Simpang Tok Bedu sehari sahaja empat (4) kemalangan berlaku sepanjang hari. Jadi penduduk di sekitar itu sering membangkitkan masalah trafik di situ dan soalan saya selain daripada jawapan yang dikemukakan oleh Datok Keramat tadi. Apakah short-term alternatif yang paling ringkas atau pun paling cepat dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini sementara menunggu tindakan-tindakan yang dilakukan tadi sama ada menaip taraf atau pun apa-apa laluan alternatif juga, bagaimanakah tindakan segera yang dapat dilakukan selain mendidik pemandu dan pengguna jalan raya mengamalkan pemanduan selamat? Terima kasih.
Thank you very much. Terima kasih, Dato’ Speaker dan rakan saya daripada Permatang Berangan. Thank you I think jawapan saya sememangnya telah saya sentuh tentang usaha yang kita sedang lakukan tindakan yang sedang berlaku so it’s on going process dan ia sememangnya yang menjawab kekhuatiran dan kebimbangan kita daripada Permatang Berangan yang yang selalu prihatin pada rakyat di kawasan beliau di mana kita akan percepatkan proses-proses tersebut. Tetapi sekiranya ada tindakan ataupun kaedah yang boleh kita percepatkan sememangnya kita sedang kaji as I answer just now Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Terima kasih, thank you very much.
Terima kasih, saya nak jemput Yang Berhormat Penaga sila.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua soalan saya soalan nombor 39.
No. 39. Bila dan berapa kalikah berlaku banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dari tahun 2017 hingga kini? (a) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya? (b) Berapa banyakkah disebabkannya? penerbangan yang terganggu? (c) Situasi akan semakin buruk sekiranya lapangan terbang diperbesarkan. Adakah relevan untuk pembesaran LTAPP ini?
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan terima kasih Yang Berhormat Penaga. Berdasarkan pada rekod Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB),
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah mengalami banjir kilat yang serius sebanyak tiga kali sejak tahun 2017. Iaitu pada 28 Oktober 2018, 3 September 2019 dan juga 24 September 2022 yang terbaharu. Bagi mengatasi kejadian banjir MAHB telah melaksanakan beberapa tindakan antaranya membina dua tangki On Site Detention (OSD) pada tahun 2015. Tangki OSD yang berkapasiti 264 meter padu dan 190 meter padu ini direka bentuk berdasarkan taburan hujan yang diterima oleh kawasan tadahan lapangan terbang iaitu sekitar 30 hingga 40 mm sejam. OSD bertindak sebagai takungan penampan yang menyimpan aliran surface runoff ketika hujan dan melepaskan sistem saliran terbuka melepaskan ke sistem saluran terbuka selepas hujan berhenti. Pembinaan OSD dapat menghalang kejadian banjir di beberapa kawasan di lapangan terbang. MAHB juga telah menaik taraf sistem pam di kawasan apron pesawat turboprop dan meninggikan paras lantai bangunan terminal di kawasan tersebut pada tahun 2018. Ini terbukti berkesan di mana selepas projek ini dilaksanakan di kawasan tersebut tidak lagi dinaiki air ketika hujan lebat. Kemudian pada tahun 2019, MAHB telah membina satu lagi tangki OSD dengan saiz takungan 1200 meter padu ini memang besarlah. OSD ni dibina serentak dengan projek tempat letak kereta bertingkat. Projek ini telah selesai pada pembinaan OSD telah selesai pada September 2022. Namun MAHB kini sedang dalam rangka pelan pengaliran air hujan dari longkang ke dalam pump sump dan seterusnya daripada pump sump ini terus ke tangki OSD. Maksudnya yang terbaru MAHB bina satu tangki OSD sangat besar underground dia sebenarnya di bawah tempat parking letak kereta yang terbuka 1200 meter padu dan kemudian, walaupun itu dah siap tapi kena ada connection daripada tempat dia banjir itu. Dia kena mengalirkan air kepada OSD itu yang itu pembinaan sedang berjalan dan dijangka siap dan boleh digunakan menjelang suku pertama 2023. Saya sendiri telah melawat tapak tersebut dan melihat progres pembinaan tersebut. Untuk pelan jangka panjang pula pihak MAHB sedang dalam proses merangka bentuk tangki OSD yang lebih besar untuk menampung curahan air hujan yang berintensiti tinggi. Pelan ini akan dimasukkan ke dalam perancangan pembesaran LTAPP yang disediakan oleh pihak MAHB. Penyelesaian jangka panjang yang diambil oleh Kerajaan Negeri pula melalui JPS adalah pelaksanaan projek RTB. Iaitu RTB Sungai Tiram di Kampung Naran dan juga melalui peruntukan projek berimpak tinggi bagi mengurangkan risiko banjir di sekitar kawasan lapangan terbang tersebut. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat yang kedua, tiada penerbangan yang terjejas akibat banjir di kawasan terminal kerana kejadian banjir hanya berlaku pada kawasan terminal sahaja. Lapangan terbang juga tidak ditutup akibat kejadian banjir dan operasi penerbangan keluar masuk berjalan seperti biasa. Akhir sekali soalan Yang Berhormat bagi menyokong perkembangan ekonomi di Pulau Pinang dan peningkatan jumlah penumpang saban tahun pembesaran lapangan terbang adalah sangat releven. Walau bagaimanapun perancangan dan persediaan yang rapi seperti pembinaan RTB dan lain-lain infrastruktur adalah diperlukan bagi memastikan kejadian-kejadian tidak diingini seperti banjir kilat dapat dielakkan pada masa depan. Cadangan pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang kelak akan turut melibatkan kajian sistem saliran dan perparitan bagi mengelakkan banjir dan oleh itu pihak MOT dan MAHB sedang bekerjasama dengan semua agensi-agensi Kerajaan Negeri juga dan pemegang-pemegang taruh bagi memastikan reka bentuk yang dibuat akan mengambil kira isu ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih saya nak jemput soalan yang seterusnya Sungai Dua. Sungai Dua tidak ada langkau, Bayan Lepas sila.
Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri soalan saya nombor 41. No. 41. Bagaimanakah kerajaan menimbangkan keperluan pembangunan fizikal untuk memacu ekonomi di samping tidak menyisihkan nilai keharmonian manusia dan alam. Sebagai contoh apabila terdapat cadangan pemajuan kawasan berbukit, pembinaan asrama warga asing berskala besar dan cadangan tambakan laut? (a) Nyatakan kesan-kesan terhadap alam dan manusia dan bagaimanakah kaedah mitigasi yang perlu diambil?
Terima kasih Dato’ Speaker, daripada rakan saya daripada Bayan Lepas atas soalan yang penting iaitu bagaimanakah kita di dalam meneruskan dengan pembangunan di Negeri Pulau Pinang tidak menyisihkan nilai keharmonian manusia dan alam. Ingin saya nyatakan bahawa soal penyisihan keharmonian manusia dan alam langsung tidak timbul. Setiap pembangunan di Negeri Pulau Pinang adalah untuk masa hadapan dan generasi hadapan Negeri Pulau Pinang yang mana yang terpenting adalah kita buat secara mampan. Sustainable done and we have move forward. We cannot be living dalam zaman purba. Kita perlu mara ke hadapan. Soal dia bagaimana kita buat itu dan Itulah apa yang kita hendak buat dan itulah kaedah pembangunan yang termampan yang kita akan buat. Dato’ Speaker, di mana di bawah Visi Pulau Pinang 2030 iaitu dokumen yang terpenting untuk kita yang melihat kepada bagaimana kita akan menjelang 2030 untuk memastikan kelestarian semua rakyat Negeri Pulau Pinang tercapai dan itulah dalam dokumen itu di mana kita akan pastikan agenda hijau, agenda pintar yang berfokuskan keluarga dan yang akan inspirasikan seluruh negara. Saya tidak mahu ambil terlalu masa, terlalu banyak masa tetapi ini soalan penting kita di bawah di bawah rancangan struktur negeri Dato’ Speaker, mempunyai tanggungjawab untuk ikut dokumen itu yang adalah perundangan di mana we are bound by our State structure plan di mana antara dia Dato’ Speaker untuk pastikan semua pembangunan dilaksanakan mempunyai kebaikan untuk rakyat Negeri Pulau Pinang dan kita akan pastikan apabila kita ada mana-mana pembangunan Dato’ Speaker, kita akan pastikan seperti di sini, kita patuh semua keperluan mitigasi seperti dalam laporan SIA (Social Impact Report), EIA (Environmental Report) untuk semua pembangunan tersebut kita tertakluk kepada itu kerana itu yang diperlukan di bawah Rancangan Struktur Negeri dan dibawa semua-semua Pelan Kebenaran Merancang dan tersusun dan saya tidak mengambil terlalu banyak masa, tetapi dalam proses kita meluluskan mana-mana pembangunan itu semua ini sememangnya akan diambil kira Dato’ Speaker. Itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih. Satu sahaja. Sudah sampai.
Okey. Saya bersetuju dengan pandangan YB. EXCO cuma kita perlu melihat kejadian-kejadian banjir seperti yang telah berlaku di Bayan Lepas di Teluk Kumbar sebelum ini dan juga di Kampung Seronok. Kebanyakannya pembangunan di atas bukit. Bila pembangunan di atas bukit, sungai yang sama sahaja, sungai yang kecil dan jika banjir berlaku di Bayan Lepas, air daripada bukit itu turun ke sungai tak mampu buat water catchment tak cukup. Jadi saya mengharapkan agar bila perancangan projek yang akan datang, tolong ambil betul-betul, kira-kira water catchment yang mampu dibawa oleh sungai itu. Sebab sungai itu kita tak boleh bagi besar dah, memang tak boleh, memang kita boleh buat ban, tetapi setinggi mana kita nak buat ban. Sekarang ini telah sedang berlaku pembangunan di Bukit Belah. Itu juga yang saya bimbang, kerana pembangunan di Bukit Belah ini semuanya atas bukit. Air ini lah akan membuatkan Kampung Seronok, Kampung Binjai akan banjir. Tetapi sungai ini sekarang sungai pun tak ada. Sungai pun duduk bawah jalan raya FT Tank. Jadi kita nak supaya pihak-pihak yang berwajib dalam meluluskan perancangan, cuba lihat daripada di downstream sambil kita meluluskan di upstream semua projek kita perlu melihat di downstream bagaimana nak water catchment tu nak bawa ke laut. Terima kasih.
Dato’ Speaker, saya telahpun nyatakan sememangnya very generally but specificly also saya nak nyatakan secara khusus, semua pembangunan yang kita ada tertakluk kepada banyak laporan-laporan yang kita hendak pastikan agar pembangunan itu adalah satu pembangunan yang mampan di Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih, terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. 1 jam 30 minit untuk soalan lisan pun telah tamat. Selaras dengan Sub Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan akan diletakkan di atas meja Ahli-Ahli yang bertanya dan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat maka kita berada dalam Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023. Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum saya mulakan sesi perbahasan sedikit pengumuman untuk Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tidak akan berhenti rehat untuk makan tengahari dan juga untuk solat, ini semua mengikut kesesuaian masa Ahli Yang Berhormat masing-masing tiada halangan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat untuk keluar untuk bersolat ke ataupun makan tengah hari nanti. Ya, saya nak siapa ingin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan terlebih dahulu? Amalannya kita menjemput Ketua Pembangkang. Tetapi Ketua Pembangkang hari ini cuti sakit. Maka saya nak jemput Ahli Pembangkang terlebih dahulu kalau ada. Kalau tak ada, saya nak menjemput Yang Berhormat KOMTAR, pemangku dia.
Pemangku apa?
Pemangku tak da ganti Ketua Pembangkang.
Okey, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan Belanjawan…(gangguan).
Yang Berhormat, tempoh masa 20 minit. Sila.
Perbahasan Belanjawan 2023 Negeri Pulau Pinang yang bertemakan “Pembangunan Mampan, Mensejahterakan Rakyat” di dalam dewan yang mulia ini. Merujuk kepada Buku Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 secara keseluruhannya penyata kewangan Negeri Pulau Pinang menunjukkan gambaran benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun terakhir 21 Disember 2021. Rekod perakaunanya juga telah diselenggara dengan teratur dan kemas. Saya ingin merakamkan penghargaan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana pentadbiran Kerajaan Negeri khususnya aspek kewangan yang berada di landasan yang betul. Dato’ Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan pengumuman pemberian diskaun premium bagi pelanjutan tempoh pegangan pajakan atau leasehold kepada pemilik pemegang pajakan yang mana pegangan pajak mereka sudah tamat tempoh tetapi masih ingin meneruskan pajakan tersebut untuk kegunaan kediaman, pertanian, perniagaan atau perindustrian. Sememangnya ini adalah satu berita baik kepada semua pemegang pajakan negeri khususnya untuk kegunaan industri. Kebanyakkan tanah perindustrian di dalam Negeri Pulau Pinang adalah pemegang pajakan tu 60 tahun. Pajakan yang diberi kepada pelaburan asing, pekilang pada tahun 70-an semasa Pulau Pinang membangunkan Sektor Perindustrian E&E dan kini sudah dekat tempoh pajakan tamat. Pengumuman ini memang tepat pada masanya untuk meyakinkan para pelabur supaya meneruskan operasi dan pelaburan mereka di Pulau Pinang serta menggalakkan perancangan tempoh panjang oleh para pelabur yang akan terus beroperasi di Negeri Pulau Pinang. Ini juga akan membolehkan mereka untuk melabur semula di Pulau Pinang bagi mengembangkan lagi kilang mereka dan sekali gus akan merangsangkan juga ekonomi tempatan. Saya juga ingin cadang supaya Kerajaan Negeri memberikan kelonggaran dalam pembayaran premium, dan memberikan premium tersebut dibayar secara ansuran. Dengan keadaan ekonomi sedunia yang sedang mengalami kemelesetan, kita patut membantu ekonomi tempatan kita sendiri. Bukan sahaja untuk meringankan beban pemegang pajakan tetapi juga dapat meningkatkan kadar wang tunai yang boleh yang boleh dibelanjakan dan memastikan aliran tunai untuk ekonomi tempatan kekal sihat.
Dato’ Yang di-Pertua, Tapak Warisan Dunia (UNESCO) George Town merupakan satu tarikan industri pelancongan di Negeri Pulau Pinang sejak Julai 2008. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) untuk menerajui usaha bagi memelihara nilai keunggulan sejagat Tapak Warisan Dunia (UNESCO) George Town. Banyak usaha untuk mengurus, memelihara dan mempromosi George Town sebagai bandar warisan yang mampan. Seperti semua sedia maklum, kos untuk memelihara atau membaiki semula bangunan-bangunan warisan adalah lebih berbanding dengan pembangunan biasa. Untuk membantu meringankan beban pemilik-pemilik bangunan warisan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3.0 Juta untuk projek George Town Heritage Habitat Seed Fund. Pemilik-pemilik bangunan warisan di tapak Warisan Dunia (UNESCO) George Town yang menyewakan bangunan mereka boleh memohon dana ini untuk menjalankan kerja pembaikan dan pemuliharaan bangunan mereka dengan syarat penyewaan unit-unit tersebut untuk jangka panjang pada kadar sewa yang berpatutan. Ini bukan sahaja untuk memelihara wajah Tapak (UNESCO) George Town. Tetapi juga untuk menangani masalah gentrifikasi yang berlaku di dalam tapak warisan kita, yang mana penduduk terpaksa pindah keluar dari tapak warisan akibat kadar sewa yang tinggi. Kerajaan Negeri mendapat hasil yang positif untuk program berkenaan dengan sebanyak enam (6) buah bangunan yang menerima bantuan program ini. Namun demikian kos pembinaan untuk setiap projek memerlukan sekurang-kurangnya RM200,000. Ini adalah gabungan kos pembelian bahan yang ditetapkan dan bayaran kepada para profesional yang menjalankan kerja pembaikan. Segala kerja pembaikan untuk bangunan warisan mempunyai kriteria dan garis panduan yang perlu diikuti untuk memastikan wajah bangunan tersebut adalah seperti yang asal. Kebanyakan bahan asal untuk bangunan-bangunan warisan tidak lagi mudah dijumpai dan adakala perlu ditempah khas untuk kerja pembaikan tersebut, serta ianya akan meningkatkan kos pembaikan. Untuk makluman bangunan (GTWHI) yang siap dibaiki dan telah dilancarkan pada bulan Julai yang lalu memerlukan sebanyak RM1.8 juta untuk terus meneruskan usaha pembaikan dan pemeliharaan Tapak Warisan, kita memerlukan peruntukan tambahan melalui geran khas dari Kerajaan Pusat. Isu ini bukan sahaja dihadapi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, malah isu yang sama juga dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Saya berpendapat bahawa Kerajaan Pusat sepatutnya menyediakan peruntukan untuk usaha konservasi budaya dan warisan negara kita ataupun seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Kerajaan Pusat boleh mengeluarkan sekali lagi geran khas yang diberikan kepada Negeri Pulau Pinang dan Melaka semasa kedua-dua bandaraya kita diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO iaitu sebanyak RM50 Juta untuk kedua-dua negeri ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri untuk meneruskan rundingan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS). Kejadian pada 6 Julai yang lepas, yang mana Loji Rawatan Air Sungai Dua terpaksa ditutup untuk sementara akibat daripada sumber air mentah dari Sungai Muda menjadi terlalu keruh untuk dirawat adalah satu peringatan kepada kita bahawa betapa pentingnya untuk mendapatkan satu sumber air mentah alternatif secepat mungkin. Projek (SPRWTS) ini amat penting sebagai sumber air mentah tambahan untuk menampung keperluan permintaan air Negeri Pulau Pinang sehingga Tahun 2050. Hasil kajian yang dibuat oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menunjukkan bahawa kapasiti air Sungai Perak mencukupi bagi menampung keperluan dan permintaan dari utara Perak dan Negeri Pulau Pinang. Maka projek ini adalah kebaikan bersama, dapat manfaat bersama dengan dengan peralihan kuasa berlaku sehubungan dengan Pilihanraya Umum Ke-15 dan Perak kini di bawah pentadbiran bersama Kerajaan Pakatan Harapan dengan
Barisan Nasional. Ini merupakan peluang keemasan untuk menjayakan projek (SPRWTS) yang sudah berada dalam perbincangan sejak Tahun 2009 lagi. Kerajaan Negeri telah merancang dan berusaha dengan baik untuk Sistem Pengangkutan di Pulau Pinang di bawah Penang Transport Master Plan. Tetapi ini amat sakit hati apabila PTMP telah pun di sabotaj. Kerajaan Negeri tidak dapat kerjasama daripada Kerajaan Pusat maka progres PTMP menjadi lambat. Masalah trafik di sesetengah kawasan menjadi kian hari semakin kritikal. Saya mengambil contoh keadaan yang berlaku di Jambatan Pertama Pulau Pinang yang mana biasanya kita hanya mengambil masa 10 minit untuk merentasi jambatan, tetapi pada waktu kemuncak perjalanan yang sama akan ambil masa lebih daripada 1 jam. Kesesakan lalu lintas seperti ini bukan sahaja berlaku di Jambatan Pulau Pinang tetapi berlaku di banyak tempat di sekeliling kita. Adakalanya pada waktu kemuncak dan tiada kemalangan, tiada hujan dan tiada penyelenggaraan dilakukan di atas jalan raya, tetapi mereka yang memandu kena mengambil tiga kali ganda ataupun empat kali ganda masa untuk balik ke rumah. Ini telah menunjukkan betapa pentingnya PTMP dan ianya perlu dilaksanakan secepat mungkin. Terutamanya projek terowong dasar laut. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan masalah-masalah yang perlu ditangani dengan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) tentang jajaran terowong dasar laut supaya projek ini boleh dimulakan dengan serta-merta. Dato’ Yang di-Pertua, Dalam ucapan Bajet 2023, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13.5 juta khusus untuk membiayai pengangkutan awam supaya rakyat Pulau Pinang boleh menikmati perkhidmatan bas awam dan feri secara percuma. Usaha ini adalah bagus untuk menggalakkan orang ramai lebih kerap menggunakan pengangkutan awam di samping kita semua masih menunggu Kerajaan Negeri untuk menyediakan perkhidmatan LRT. Saya ingin mencadang Kerajaan Negeri menyediakan laluan khas bas di atas Jambatan Pertama Pulau Pinang dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu semasa waktu kemuncak aliran trafik. Dengan penyediaan laluan khas bas ini, pengguna bas akan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sampai ke destinasi mereka tepat pada masa. Ini akan menambah keyakinan dan menggalakkan lebih ramai orang pilih untuk menggunakan perkhidmatan bas dari menggunakan kereta persendirian. Usaha ini adalah untuk memastikan kelancaran trafik serta memberi kemudahan kepada pihak yang terkesan. Sebagai contoh, di Kuala Lumpur, Rapid Bus Sdn. Bhd. dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan kerjasama menjalankan ujian rintis laluan khas bas di koridor Jalan Ipoh sejak 1 Mac 2022 dengan tujuan untuk mengurangkan masa perjalanan, menilai tahap pengalaman perjalanan dan keselamatan penumpang perkhidmatan bas Rapid KL. Kita boleh jalankan projek perintis dahulu untuk memastikan pergerakan bas yang tidak bersesak dengan kenderaan lain, menjimatkan masa dan menjamin keselamatan pengguna ketika menaiki dan turun dari bas kerana dapat berhenti di perhentian bas yang dikhaskan. Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang seringkali dituduh meminggirkan Hal Ehwal Islam tetapi peruntukan-peruntukan yang disediakan setiap tahun telah membuktikan tuduhan-tuduhan ini adalah tidak benar, tiada siapa pun yang dipinggirkan. Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan setiap tahun bagi memperkasakan pembangunan Agama Islam di Negeri Pulau Pinang termasuk pembaikan, pembinaan dan naik taraf surau, masjid, sekolah agama, bayaran bantuan pendidikan untuk sekolah agama dan lain-lain. Pelbagai Majlis Rasmi Agama Islam peringkat Negeri Pulau Pinang juga telah dianjurkan. Terdapat tujuh (7) buah masjid dalam KADUN Komtar. Sebagai wakil rakyat, setiap tahun saya juga memberi peruntukan untuk meraikan bulan Ramadan. Selain itu, jikalau Jawatankuasa Qariah Masjid membuat permohonan untuk membaiki, menaik taraf atau memohon kelengkapan untuk masjid, Pusat Khidmat saya turut memberi sokongan dan bantuan.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk Hal Ehwal Bukan Islam juga, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Tabung Amanah Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI). Tabung amanah ini ditubuhkan bagi kegunaan RIBI menyelenggara atau membina rumah ibadat dengan peruntukan maksimum RM50,000 bagi setiap projek yang dilaksanakan. Sehingga kini, sejumlah RM9.24 juta telah disalurkan ke rumah-rumah ibadat bukan Islam melalui Tabung RIBI. 220 projek telah manfaat daripada Tabung RIBI iaitu Tokong Cina (109), Kuil India (56), Gereja (44) dan Gurdwara (11). Ini adalah usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membantu semua RIBI di Pulau Pinang. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan Negeri juga memberi bantuan kepada 1,771 Pertubuhan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) berdaftar yang mana masing-masing menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM1,000 secara one-off. Kerajaan Negeri sedang mengumpul data-data RIBI melalui sistem e-RIBI. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji dan mempertimbangkan bagi memberi geran khas sebanyak RM3,000 setiap tahun kepada semua RIBI yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri. Semua RIBI boleh menggunakan bantuan khas ini untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk pertubuhan masing-masing. Kerajaan Negeri juga menubuhkan Penang Harmony Corporation (HARMONICO) pada tahun lepas dengan matlamat membina dan mempromosikan konsep keharmonian beragama, akan disediakan bajet berjumlah RM1.30 juta pada tahun 2023 untuk melaksanakan peranannya. Dato’ Yang di-Pertua, sektor pelancongan Pulau Pinang perlu dikembangkan dengan lebih pesat dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit daripada negara-negara serantau. Saya menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menyalurkan lebih banyak peruntukan dan geran untuk memperkasakan industri pelancongan supaya Pulau Pinang dapat bersaing dengan destinasi-destinasi pelancongan ini. Pulau Pinang sedia menerima lebih banyak pelancong tempatan dan pelancong dari luar negara terutamanya apabila Malaysia telah buka sempadan negara. Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling dikunjungi di Malaysia haruslah senantiasa menyesuaikan diri dengan perubahan dunia berbanding dengan destinasi pelancongan di pulau-pulau lain dekat Asia Tenggara seperti Bali, Phuket dan Singapura. Secara purata, jumlah pelancong setiap tahun bagi destinasi-destinasi pelancongan ini adalah seperti berikut: (i) Bali 6.3 juta; (ii) Pulau Pinang 8.3 juta; (iii) Phuket 9.89 juta; dan (iv) Singapore 19.1 juta.
Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya menetapkan objektif yang jelas dan belajar dari destinasi pelancongan yang mempunyai jumlah pelancong yang lebih ramai daripada Pulau Pinang untuk meningkatkan daya tarikan pelancongan bagi terus menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan yang diminati. Saya juga menggesa Kementerian Pengangkutan untuk memulakan kerja penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang secepat mungkin. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai isu harga khinzir yang sudah meningkat sebanyak sembilan (9) kali sejak bulan Januari tahun ini. Harga daging khinzir mentah telah meningkat daripada RM670.00, 100 kg pada bulan Januari 2022 ke RM1,350.00, 100 kg pada akhir bulan Oktober 2022. Peningkatan harga ini adalah dua kali ganda harga asal.
Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan keadaan ini berlaku, terutamanya berikutan daripada peningkatan harga bahan makanan mentah khinzir yang kebanyakkannya perlu diimport dari luar negara. Situasi ini bertambah teruk apabila penyakit Demam Babi Afrika (ASF) memasuki Malaysia dan mengakibatkan banyak ladang penternakan khinzir perlu melupuskan semua ternakan yang dijangkiti penyakit tersebut. Walaupun Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa mulai dari tahun 2017, Kerajaan Negeri telah memberi kelonggaran masa kepada para penternak untuk menyesuaikan diri dan menjalankan semua kerja pengubahsuaian supaya mencapai syarat yang tertakluk dalam enakmen yang baru. Penukaran ke sistem kandang tertutup bukan sahaja boleh meningkatkan tahap kebersihan ladang, malah ianya juga akan melindungi penduduk setempat, para penternak serta ternakan khinzir daripada penyakit dan pencemaran. Namun, hakikat daripada pelaksanaan enakmen ini adalah pengurangan bilangan ladang yang drastik kerana kerana sesetengah penternak berskala kecil tidak mempunyai dana untuk menjalani kerja pengubahsuaian yang diperlukan dan seterusnya memilih untuk menamatkan perniagaan ladang mereka. Ini memburukkan lagi situasi harga khinzir dengan kekurangan bekalan daging khinzir. Justeru, saya berharap Kerajaan Negeri boleh menyediakan skim untuk membantu para penternak kecil untuk bertukar ke sistem penternakan khinzir yang moden dan membantu para penternak kecil yang terjejas oleh COVID-19 serta Penyakit Demam Babi Afrika. Pada masa yang sama, sebagai langkah untuk mengawal harga daging khinzir, saya juga berharap Kerajaan Negeri boleh membantu memberi subsidi untuk pembelian bahan makanan mentah sekaligus dapat mendorong petani di dalam negeri untuk meningkatkan tanaman yang boleh digunakan sebagai bahan makanan ternakan seperti jagung dan kekacang. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada MBPP kerana menyediakan stesen pengecasan motosikal elektrik percuma di lapan (8) lokasi yang telah dikenal pasti. Langkah ini bertujuan mempromosikan penggunaan motosikal elektrik selaras Visi Pulau Pinang yang menyasarkan 50 peratus pengurangan karbon menjelang 2030. Namun begitu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan stesen pengecasan kereta elektrik di Pulau Pinang. Ianya boleh disediakan di tempat yang sesuai seperti bangunan awam. Saya percaya usaha seperti ini boleh memberi keyakinan kepada pengguna untuk menggunakan kenderaan elektrik sekali gus meringankan kos bahan api yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Dato’ Yang di-Pertua, sejak beberapa tahun ini, George Town berubah wajah menjadi Ibu Negeri seni jalanan yang diceriakan dengan lukisan mural merangkumi pelbagai konsep menerusi pengindahan lorong belakang dan lorong sisi di bangunan-bangunan dekat sekitar bandar raya ini secara berperingkat. MBPP berjaya mentransformasikan lorong belakang yang dulu gelap gelita, tidak selamat, kotor kepada kawasan yang lebih selamat, ceria dan bersih. Usaha murni ini sememangnya memberi imej baharu di lorong-lorong berkenaan kerana ianya berjaya mejadi tarikan pelancong untuk ke sini. MBPP mengambil tempoh masa sebanyak lima (5) tahun untuk menaik taraf lorong-lorong belakang sepanjang sembilan (9) km serta kawasan-kawasan lapang seluas sepuluh ekar di sekitar George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO. Di sini, saya ingin mencadangkan agar MBPP boleh memulakan kerja-kerja menaik taraf lorong-lorong belakang 2.0 dengan menambah nilai dengan membolehkan aktiviti-aktiviti perniagaan di lorong tertentu yang sesuai. MBPP harus memilih lorong belakang yang berpotensi untuk menjana pendapatan kepada bakal peniaga baru…(gangguan).
Masa sudah lebih.
Sikit lagi la. Kita boleh mengambil contoh projek pengindahan Lorong Panggung atau lebih dikenali sebagai Lorong Kwai Chai Hong di Kuala Lumpur. Projek pengindahan lorong belakang ini melibatkan sepuluh (10) unit rumah kedai yang dikategorikan sebagai bangunan warisan yang sebaris dengan Jalan Petaling. Projek ini telah membolehkan kedai di sana menjalankan aktiviti perniagaan dengan dua bahagian iaitu di depan dan juga di bahagian belakang kedai. Dahulu, komuniti hanya duduk dalam bangunan. Namun, kini mereka selesa untuk keluar menikmati pelbagai aktiviti menarik. Pelancong juga pergi ke sana bukan sahaja boleh mengambil gambar malah juga boleh singgah di sana untuk menikmati kopi, kek dan ais krim. Ini adalah satu nilai yang boleh Pulau Pinang contohi. Oleh itu, jika lorong-lorong belakang di Pulau Pinang berjaya dinaik taraf, ianya bakal memberi nafas baru dalam sektor pelancongan di negeri kita.
Dato’ Yang di-Pertua, tidak jauh dari Bangunan Komtar, terdapat satu skim perumahan awam MBPP yang dibangunkan pada tahun 50-an iaitu People’s Court yang mana ianya mempunyai tiga (3) blok dengan 78 unit rumah dan 60 unit yang tiada bilik. Pada ketika itu, sudah pun ada studio type punya design dengan hanya 250 kaki per segi dan 18 unit yang mempunyai satu bilik dengan keluasan 305 kaki per segi
Dulunya, satu unit rumah yang kecil ini boleh memuatkan enam atau tujuh orang ahli keluarga untuk tinggal bersama. Cuba Ahli-ahli Dewan bayangkan betapa susahnya keadaan pada masa tersebut. Tetapi masa pun telah berlalu. Ramai penduduk generasi kedua dan ketiga telah pun pindah keluar dan kini hanya tinggal orang tua sahaja dalam setiap unit itu. Kebanyakan unit hanya tinggal satu atau dua orang warga emas sahaja. Di sini, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada MBPP kerana telah meluluskan bajet sebanyak RM115,550.00 untuk mengecat semula ketiga-tiga blok ini. Ini memang satu usaha yang sangat dialu-alukan. Saya ingin mewakili penduduk People's Court mengucapkan terima kasih kepada MBPP. Memandangkan semua unit adalah dimiliki oleh MBPP dan unit juga berusia lebih 60 tahun, unit-unit tersebut menghadapi masalah dari asek kelengkapan tandas yang uzur, paip pembentungan dan bekalan air perlu diganti baru, kabel elektrik yang lama, masalah kebocoran dan lain-lain lagi. Saya ingin mencadangkan supaya MBPP untuk menjalankan kerja-kerja menaik taraf semua unit secara berfasa. Reka bentuk baru haruslah lebih sesuai untuk didiami oleh warga emas dan diharapkan penghuni yang tua boleh dipindahkan ke unit di tingkat yang lebih rendah. Dato’ Yang di-Pertua, kekurangan tempat letak kereta merupakan salah satu aduan yang sering kali Pusat Khidmat saya terima, khususnya di Lebuh Campbell. Lebuh Campbell merupakan satu hab perniagaan bersejarah di Tapak Warisan Dunia tetapi masalah yang dihadapi adalah tidak cukup tempat letak kereta. Pada tahun yang lepas, saya telah memperuntukkan sebanyak RM45,000.00 dan sebanyak RM45,000.00 juga telah diperuntukkan oleh MBPP untuk menjalankan projek perintis bagi melebarkan jalan Lebuh Campbell yang bermula dari simpang Jalan Penang ke simpang Jalan Kuala Kangsar dengan tujuan untuk membolehkan petak letak kereta ditambah ke dua-dua belah Lebuh Campbell. Hasil projek ini telah berjaya menambah 15 petak untuk letak kereta dan 24 petak letak motosikal dan ianya mendapat sambutan yang baik oleh peniaga-peniaga di sana. Sehubungan dengan itu, peniaga-peniaga berharap agar projek pelebaran boleh diteruskan lagi dengan kerja pelebaran jalan ini di keseluruhan Lebuh Campbell sehingga Pasar Lebuh Campbell. Saya sering mendapat maklum balas daripada peniaga bahawa
faktor utama perniagaan di Lebuh Campbell berkurangan adalah kerana pelanggan mereka tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi. Pelanggan mereka sentiasa mengadu bahawa mereka sering diberi kompaun, kereta dikapit ataupun ditunda oleh pegawai penguatkuasa MBPP. Maka, para peniaga amatlah berharap bahawa projek ini dapat dijalankan dengan secepat mungkin dan lebih daripada 30 tempat letak kereta baru dapat ditambahkan, ianya bakal merangsang sumber pendapatan kepada para peniaga di kawasan ini. Selain itu, saya juga berharap MBPP boleh menjalankan projek lampu hiasan yang sesuai untuk Lebuh Campbell supaya dapat menambah suasana di sekitar kawasan itu. Dato’ Yang di-Pertua. Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri…(gangguan).
Sila rumuskan.
Dato’ Yang di-Pertua, orang yang pertama, bagi sikit masa lah. Sudah mahu habis.
Sudah banyak masa YB.
Okey, okey. Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri melalui PDC telah menjalankan banyak usaha untuk merejuvinasikan bangunan KOMTAR. Antara usaha-usaha termasuklah menaik taraf KOMTAR Walk, ICT Mall, program beli balik unit yang dimiliki oleh pihak persendirian, The Top dan UTC. Pada sesi DUN yang lalu, saya telah melontarkan idea kepada pihak PDC untuk menyewakan unit-unit kosong yang tidak disewakan sekian lama di KOMTAR. Saya juga banyak kali cadangkan zero rental untuk menarik penyewa, tapi sampai hari ini cadangan berkenaan masih tidak dapat dilaksanakan. Saya juga telah menawarkan diri saya sendiri untuk mengetuai satu task force untuk menangani isu ini. Sebagai makluman Ahli-ahli Dewan, saya memandang serius terhadap cadangan ini dan saya juga ingin PDC memulakan program untuk beli balik unit mengikut sasaran. Saya juga ingin mencadangkan kepada PDC, dalam usaha untuk merejuvinasi bangunan KOMTAR, PDC boleh bekerjasama dengan PWDC, PYDC, Digital Penang demi mempromosikan ruang kosong di KOMTAR sebagai ruang pejabat. Untuk menjayakan usaha ini, bangunan KOMTAR juga memerlukan kelajuan internet yang lebih pantas, jika ditambah dengan perkhidmatan 5G ianya adalah lebih baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada EXCO Belia dan Sukan, melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) telah memperuntukkan sebanyak RM200,000.00 untuk menubuhkan Akademi Sukan Elektronik di tingkat 3, KOMTAR. Dengan adanya akademi ini, maka ianya akan menarik lebih ramai pemuda atau belia untuk datang ke KOMTAR di samping dapat merangsang lagi aktiviti perniagaan di KOMTAR.
Dato’ Yang di-Pertua, last. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memperkasakan agenda pembangunan sosial peringkat komuniti lokal dengan mewujudkan ruang usahasama yang dikenali sebagai Pusat Penang2030 di setiap KADUN adalah amat dialu-alukan. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Penang2030 telah menarik perhatian semua lapisan masyarakat termasuk golongan belia, wanita, warga emas dan terutamanya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Dengan izin, saya ingin memaklumkan bahawa Pusat Penang2030 DUN KOMTAR sudah siap pada akhir bulan Oktober dan sedia untuk digunakan orang ramai. Ini adalah usahasama Pusat Khidmat saya dengan anak muda dari Equator College Penang dalam reka bentuk dalaman Pusat Penang2030 DUN KOMTAR supaya pusat tersebut memenuhi keperluan asas semua golongan masyarakat. Pusat Penang2030 KOMTAR merangkumi satu dewan kecil yang boleh memuatkan 60 hingga 80 orang dan satu bilik mesyuarat boleh memuatkan sehingga 20 orang. Selain itu, satu ruang lobi dan juga pantry disediakan. Pusat tersebut sudah mula digunakan dan sekarang kami menunggu satu tarikh untuk buat upacara perasmian. Dato’ Yang di-Pertua, masalah yang rakyat Malaysia menghadapi sekarang adalah masalah ekonomi yang serius, harga barang naik, inflasi, wang nilai turun akibat daripada aspek krisis ekonomi global yang tidak dapat diramalkan dan tambahan pula dengan pengurusan serta pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang gagal. Saya berharap agar Bajet 2023 dapat membantu rakyat Pulau Pinang dalam menangani masalah ekonomi dan semua Ahli Dewan dapat berkongsi idea-idea yang bernas bagi membantu rakyat mengharungi masa sukar ini. Dengan ini saya mohon menyokong.
Terima kasih KOMTAR. Masa sudah lebih. Saya nak jemput, ya sila. Batu Lancang. Masa yang lebih itu ditolak daripada masa Batu Lancang.
Dato’ Speaker, tolak masa itu daripada Pembangkang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri. Salam sejahtera, salam harapan dan salam 2030.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, Saya dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan-ucapan Belanjawan 2023 Pulau Pinang oleh Ketua Menteri semalam dengan tema ‘Pembangunan Mampan Mensejahterakan Rakyat’ dengan memberi fokus kepada empat teras utama Visi Penang2030 iaitu “Meningkatkan Daya Huni, Menaik Taraf Ekonomi, Memperkasakan Rakyat dan Melabur Dalam Persekitaran Fizikal”. Ia dirangka supaya agenda pembangunan negeri dapat diteruskan dengan kesejahteraan rakyat terus ditingkatkan selaras dengan Visi Penang2030. Bajet 2023 mengalami defisit sebanyak RM467.12 juta. Jangkaan defisit ini bertambah sebanyak RM17.32 juta berbanding defisit tahun 2022 yang berjumlah RM449.80 juta. Jangkaan hasil tahunan 2023 berjumlah RM522.35 juta berbanding Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM989.47 juta. Sumbangan dan peranan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sangat penting. Bagi mengiktiraf peranan yang dimainkan, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembayaran elaun kepada Bendahari MPKK sebanyak RM300 sebulan dan kenaikan Elaun Kehadiran Mesyuarat daripada RM50 kepada RM100 sebulan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2022. Dengan mengambil kira kenaikan ini, sejumlah RM12.98 juta akan disediakan untuk MPKK pada tahun 2023. Pemberian RM300 seorang pula diberi kepada Penyelia dan Guru KAFA, Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Guru serta staf Sekolah Persendirian Cina. Sebanyak RM200 akan dibayar kepada Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS Negeri Pulau Pinang yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM900,000.
Bagi pembayaran Bantuan Agenda Ekonomi Saksama kepada golongan berpendapatan rendah menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat pula peruntukan sebanyak RM8.2 juta disediakan tahun 2023 di mana tahun lalu ia memberi manfaat kepada 1,305 penerima. Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu semua penjawat awam Pulau Pinang, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan bayaran bantuan khas kewangan akhir tahun bersamaan dengan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200. Bayaran melibatkan sejumlah 3,920 penjawat awam dengan implikasi kewangan berjumlah RM6.13 juta itu akan dibuat pada Disember ini. Bantuan ini diharapkan meningkatkan semangat penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang. Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, isu banjir. Projek tebatan banjir di Sungai Jelutong Diversion (bawah tanah) di Jalan Tengku, Persimpangan Jalan Jelutong dan Solok Perak telah dimulakan pada 3 Ogos 2018 dan siap pada 2020. Projek ini di bawah peruntukan Kerajaan Negeri yang menelan belanja RM13.3 juta. Antara skop utama projek ini adalah menaiktaraf struktur saliran bawah tanah (Sungai Jelutong Diversion) sedia ada yang perlu dibaikpulih sepanjang 495 meter persegi, menaik taraf Persimpangan Jelutong, menaik taraf Jalan Tengku sepanjang 300 meter dan Solok Perak sepanjang 100 meter. Kerja menaik taraf ini secara langsung akan membantu menyelesaikan masalah integriti struktur lencongan saliran bawah tanah di samping penyuraian semula trafik sekitar jajaran projek serta mengurangkan kesan banjir di hilir kawasan tadahan Sungai Jelutong dan Sungai Pinang. Sebanyak 12 kali kejadian banjir berlaku di Solok Van Praagh pada hujung tahun 2018 hingga 2019. Kediaman di Solok Van Praagh mesti dinaiki air banjir dalam tempoh 30 minit apabila hujan tanpa berhenti. Selain itu, kediaman di Jalan Van Praagh dan Jalan Sir Ibrahim juga terlibat. Pegawai-pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga telah beberapa kali mengadakan lawatan tapak ke kawasan Solok Van Praagh. Akhirnya, Pejabat ADUN Tanjong Bunga, Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang mengumumkan dua (2) projek menaik taraf sistem saliran di Solok Van Praagh yang diumumkan pada 29 Ogos 2019. Projek Fasa 1 telah bermula pada 26 Ogos 2019. Bagi mengatasi masalah banjir di Solok Van Praagh. JPS telah menjalankan kerja-kerja melebar sungai dari 0.9 meter kepada 5.0 meter dan kerja-kerja mengorekkan enapan sepanjang 200 meter. Selain itu, pembinaan kolam online di Sungai Jelutong dan menaik taraf struktur tembok konkrit di kiri dan kanan sungai sedia ada bagi meningkatkan kapasiti Sungai Jelutong oleh pemaju iaitu Setia Sky Ville. Kos projek tersebut sebanyak RM350,909.32 dan telah siap pada 26 November 2019. Fasa 2 kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran dilaksanakan oleh MBPP bermula Januari 2020 telah siap pada Disember 2020. Kos projek sebanyak RM378,000.00 termasuk pemasangan box culvert, injap sehala jenis duck bill di alur keluar ke Sungai Jelutong dan membina kolam takungan banjir berkonsepkan dry pond. Fasa 2 ini juga melibatkan adalah pembinaan dua buah takungan air bersaiz kecil serta pelebaran jalan raya menjadi 4 meter. Fasa 3 projek tebatan banjir dengan pembinaan kolam takungan air bawah tanah di Solok Van Praagh dibiayai Kerajaan Negeri bermula 1 Jun 2022 lalu dengan kos RM5.7 juta yang dijangka siap pada 31 Mei 2024. Projek ini melibatkan kolam takungan banjir bawah tanah berkapasiti 5,175m persegi dengan keluasan 2,200m persegi serta 2.6 meter dalam. Ia menyamai dua buah kolam renang bersaiz Olimpik. Projek tebatan di Fasa 3 melibatkan pembesaran parit sedia ada dan projek tebatan ini juga merangkumi tanjakan akses. Selain itu, projek ini merangkumi saluran lencongan bersaiz 1.5m X 0.75m dengan 80 meter panjang yang berfungsi mengalirkan sebahagian aliran air dari Jalan Hamilton ke kolam takungan. Ia juga mempunyai dua buah pintu kepak dengan diameter 0.75m di Sungai Jelutong. Lencongan Sungai Jelutong sedia ada sepanjang 1.2 kilometer (km) merupakan lembangan sungai utama bagi kawasan Solok Van Praagh dengan jumlah keluasan tadahan 0.57km persegi. Lebih 300 penduduk melibatkan kira-kira 70 buah rumah di kawasan Van Praagh, Jelutong akan dimanfaatkan atas projek tebatan banjir di Solok Van Praagh sedang dijalankan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
sejak 30 tahun lalu. Antara kawasan banjir kritikal adalah Solok Van Praagh, persimpangan Jalan Van Praagh, Jalan Sir Ibrahim, Lengkok Hijau dan Lintang Slim. Meskipun kejadian banjir kilat di Batu Lancang tidak melibatkan kemalangan jiwa, namun bencana itu yang sebelum ini kerap berlaku menjejaskan penduduk. Kekerapan banjir kilat melanda membawa kerugian besar kepada masyarakat khususnya peniaga selain harta benda rakyat. Justeru, langkah-langkah yang diambil pihak kerajaan termasuk MBPP bukan sahaja untuk mengurangkan masalah banjir tetapi memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa kepentingan mereka diberi perhatian oleh kerajaan. Isu Elektrik, Penjaja dan Lebuhraya Jelutong Untuk DUN Batu Lancang telah menghadapi isu terputus elektrik yang berlaku sebanyak empat (4) kali dalam tempoh satu bulan termasuk kejadian pada 29 September, 6 Oktober, 8 Oktober dan 18 Oktober 2020. Kawasan yang terlibat termasuklah Taman Hijau, Jalan Hamilton, Jalan Van Praagh, Lorong Slim, Jalan Sir Ibrahim, Jalan Kurau, Eastern Court, Medan Hikmat dan beberapa kawasan lain. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah berjanji untuk mengatasi masalah ini yang kerap berulang dan akan membaiki perkhidmatan pembekalan elektrik di kawasan tersebut. Selepas satu perbincangan bersama pegawai dan juruteknik TNB, puncanya adalah masalah voltan rendah dan tidak dapat dibekalkan ke seluruh kawasan tersebut. Jadi, tindakan yang akan diambil oleh TNB adalah dengan menaik taraf sistem voltan rendah di sekitar kawasan yang terjejas, termasuk Taman Hijau, Mewah Court dan Desa Green pada Mei 2021. TNB telah menambah voltan pada kawasan yang terlibat ini kepada 11kV melibatkan tiga sub stesen iaitu di Taman Hijau, Desa Green dan Mewah Court. Ini untuk menampung kekurangan tenaga di kawasan-kawasan tersebut yang kerap berlaku terputus bekalan elektrik. Ini juga satu perkara yang telah lama menghantui penduduk di kawasan tersebut sejak 20 tahun lalu. Ia juga antara aduan yang dibuat kepada saya sebaik menjadi ADUN Batu Lancang. Pada masa yang sama, pihak TNB memang sering membantu apabila timbul masalah bekalan elektrik dan saya amat berterima kasih. Pada tahun 2022 ini belum berlaku lagi kejadian bekalan elektrik terputus. Saya juga menghargai usaha TNB apabila menaik taraf dengan menempatkan satu sistem kawalan controller di seluruh jalan utama di Taman Hijau. Jika sebelum ini kejadian terputus bekalan elektrik melibatkan satu taman, tetapi dengan adanya sistem kawalan ia hanya melibatkan satu-satu jalan sahaja yang terjejas dan bukan kesemua taman perumahan yang besar. Berhubung isu penjaja, pada bulan lalu saya berjumpa dengan penjaja yang berniaga di kawasan bawah di Flat 328, Taman Perak. Mereka telah berniaga di situ sejak 40 tahun lalu, tetapi tidak mempunyai lesen. Saya telah membantu peniaga ini setelah bertemu pihak Bahagian Pelesenan MBPP serta bantuan Ahli Majlis. Satu sesi pertemuan diadakan antara penjaja ini dan pegawai MBPP serta diberi penerangan cara-cara memohon lesen dengan dokumen diperlukan. Daripada seramai 34 peniaga kecil di bawah flat ini, 31 telah berjaya mendapatkan lesen, dua dalam proses kelulusan dan satu lagi baru memohon. Para peniaga ini sangat gembira apabila boleh berniaga secara sah setelah 40 tahun berniaga tanpa lesen. Mengenai isu Lebuhraya Jelutong pula, saya telah berjaya mendapatkan peruntukan daripada MBPP sebanyak RM400,000 pada tahun hadapan iaitu 2023 untuk membina sebuah parit besar lebar parit 1,200mm x 900mm dengan panjang lebih kurang 300 meter untuk sepanjang kawasan itu serta dengan kawasan pejalan kaki untuk memudahkan orang awam berjalan ke pasar. Dengan adanya kerja-kerja ini ia dapat menyelesaikan masalah banjir daripada kawasan tinggi iaitu Lintang Jelutong dan Tingkat Jelutong apabila limpahan air hujan dari sini turun ke kawasan rendah di sepanjang rumah teres di Lebuhraya Jelutong. Puncanya kerana tiada longkang kecil. Keadaan ini menyebabkan banjir kilat. Apabila siap pembinaan parit ini ia akan menyelesaikan isu lama yang telah berlarutan. Kesimpulan, ini adalah contoh masalah berpuluh-puluh tahun yang tidak dapat diselesaikan sebaliknya telah berjaya saya atasi dalam penggal ini. Banyak lagi kerja-kerja yang kami telah lakukan tetapi saya tidak bawa ke Dewan yang mulia ini untuk dibahaskan.
Untuk isu simpanan KWSP. Sekiranya individu yang bersara pada usia 60 tahun akan menjalani kehidupan sehingga usia 80 tahun, ini bermakna dia mempunyai 20 tahun lagi dalam hidup. Dengan andaian dia mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM1 juta, ini bermakna dia mampu menyara hidup dengan wang sebanyak RM4,000 setiap bulan selama 20 tahun untuk dibelanja. Tetapi jika simpanan KWSP sebanyak RM600,000, wang yang boleh dibelanjakan sepanjang bersara selama 20 tahun adalah RM2,500 sebulan. Mengikut peratusan individu yang mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM600,000 hanya 4 peratus sahaja, ini bermaksud simpanan KWSP pencarum memang amat rendah. Jika mengikut pada trend kiraan sebegini lebih 56 peratus mempunyai simpanan kurang daripada jumlah itu. Jadi, Kerajaan Pusat perlu melihat pada isu ini kerana warga emas yang akan bersara tidak dapat hidup selesa kerana tidak mempunyai wang caruman yang mencukupi. Menurut laporan akhbar The Star yang memetik Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Nurhisham Hussein, jumlah RM1 juta itu adalah kadar minimum simpanan selepas ditolak beberapa faktor lain termasuk inflasi dan bil perubatan. Seseorang memerlukan kira-kira RM600,000 untuk mempunyai persaraan jika tinggal di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur. Jumlah RM600,000 itu hanya boleh menampung keperluan perubatan biasa sahaja pesakit luar atau rawatan biasa dan bukannya sebarang keperluan perubatan utama. Berdasarkan pengiraan KWSP, Malaysia kini telah menjangkau golongan masyarakat yang semakin menua dengan kira-kira 65 peratus pencarum berusia 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 sahaja. Dengan RM50,000 seseorang itu hanya boleh bertahan selama empat tahun lebih dengan mengandaikan perbelanjaan mereka berjumlah RM1,000 sebulan. Ketika itu, kira-kira 50 peratus ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka manakala kira-kira 27 peratus mempunyai kurang daripada RM1,000. Kalau seperti apa yang KWSP sebutkan itu betul, jumlah RM50,000 simpanan pencarum bermakna mereka hanya boleh berbelanja sebanyak RM210 sahaja setiap bulan untuk tempoh 20 tahun. Malah, keadaan hidup akan lebih sengsara pada pencarum yang mempunyai simpanan rendah. Justeru, kerajaan perlu melihat pada isu ini secara serius. Kesimpulannya, jika trend ini berlaku bermakna rakyat Malaysia akan berhadapan dengan situasi hidup yang susah dan sukar selepas bersara. Ini juga boleh menjadi malapetaka yang menakutkan, jadi Kerajaan Pusat perlu bertindak. Sudah pasti setiap pesara membayangkan kehidupan yang selesa dan baik, malangnya jika mengikut laporan KWSP, ini bermakna pekerja yang telah bersara perlu bekerja sehingga akhir hayat untuk menampung hidup. KWSP perlu melaksanakan pelbagai langkah baru bagi meningkatkan pulangan ahli. Strategi pemberian dividen KWSP juga perlu dikaji semula untuk meningkatkan simpanan ahli terutamanya bagi mereka yang telah mengeluarkan simpanan melalui program khas i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar. KWSP boleh memperkenalkan model pelaburan baru iaitu mempelbagaikan pelaburan secara berasingan mengikut jenis pencaruman dengan risiko yang paling minima. Membangunkan Semula Pulau Pinang Fasa pandemik yang semakin berakhir kini menyaksikan Pulau Pinang perlu segera dipacu kembali agar fasa pemulihan ekonomi boleh dilaksanakan dengan cepat. Mengetuai gerak kerja ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Chow Kon Yeow dengan memberi fokus pada pelbagai aspek dan sektor ekonomi penting. Pulau Pinang merupakan lokasi pelaburan yang menarik dan ia terus berkembang maju hari ini. Usaha ke arah pertumbuhan dan memberi nafas baharu ekonomi disebabkan oleh minat dan pelaburan daripada pelabur tempatan dan asing. Apa yang menjadikan Pulau Pinang sebagai lokasi pelaburan yang menarik ialah ekonominya yang kukuh terutamanya dalam industri seperti teknologi maklumat (IT), pembuatan dan pelancongan. Merupakan negeri kedua terkecil berdasarkan saiz tanah, Pulau Pinang bagaimana pun mencipta sejarah tersendiri apabila membawa masuk pelaburan dari luar bernilai RM74.4 bilion pada tahun lalu iaitu dengan pencapaian besar iaitu 6.06 peratus berbanding tahun
sebelumnya. Malah, nilai pelaburan yang diterima Pulau Pinang telah menambah sebanyak 29.3 peratus iaitu RM363.7 bilion pada carta keseluruhan nilai eksport negara iaitu pada angka RM1.24 trillion. Pulau Pinang juga merekodkan pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK atau GDP sebanyak 6.8 peratus sebagai antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu melepasi angka nasional iaitu 3.1 peratus. Ini meletakkan Pulau Pinang pada kedudukan ketiga dengan nilai KDNK per kapita RM58,527, iaitu selepas Labuan dan Kuala Lumpur. Pulau Pinang mencatatkan pelaburan pembuatan yang diluluskan berjumlah RM6.3 bilion pada suku pertama 2022, membuka jalan untuk menjadikan antara menyumbang utama negara daripada segi jumlah aliran masuk pelaburan tahun ini. Pulau Pinang memperolehi rekod tertinggi sebanyak RM76.2 bilion dalam jumlah pelaburan pembuatan yang diluluskan pada 2021 dengan ketara melebihi prestasi tahun-tahun sebelumnya. Ekonomi Pulau Pinang sejak 50 tahun lalu disokong oleh perindustrian Bayan Lepas dan diiktiraf sebagai semikonduktor dan hab elektrik dan elektronik bagi rantau ini. Pelabur luar juga mencipta ribuan peluang pekerjaan terutamanya buruh berkemahiran tinggi, justeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus memastikan kerancakan pembangunan modal insan ini seiring dengan kemajuan ekonomi negeri. Ia juga hendaklah seiring dengan tiga teras yang digariskan Ketua Menteri sendiri iaitu T-I-P meliputi bakat, kemudahan asas dan perancangan. Menerusi aspek pembangunan bakat bagi melahirkan modal insan yang diperlukan pada pasaran kerja, Penang Future Foundation telah menganugerahkan biasiswa kepada kira-kira 650 graduan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik sebagai persediaan masa hadapan. Selain biasiswa, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan dana tahunan bagi membiayai keperluan operasi dan pembangunan beberapa buah sekolah. Geran ini membantu menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar. Praktis ini hanya dimulakan sejak 14 tahun lalu iaitu selepas kemenangan kerajaan sedia ada pada Pilihanraya Umum 2008. Sepanjang empat (4) tahun lalu, pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada telah menyalurkan sebanyak RM62 juta bantuan kepada beberapa buah Sekolah Agama Rakyat, sekolah aliran Cina, sekolah Tamil, sekolah Punjabi dan sekolah Mubaligh. Percaya bahawa pendidikan yang berkesan hendaklah bermula awal, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga membiayai yuran kelas tuisyen kepada 3,000 pelajar di bawah inisiatif Penggerak Komuniti Muda’s Tuisyen Rakyat (PEKA). Dalam merancakkan lagi pembangunan negeri, selain aspek memajukan modal insan dan mempunyai infrastruktur terbaik, faktor yang turut diberi penekanan iaitu hala tuju atau directive. Ini kerana kejayaan yang dicapai Pulau Pinang dalam tempoh empat tahun lalu tidak akan berjaya tanpa perancangan yang baik sebagai panduan kepada polisi yang ditetapkan. Di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Kerajaan Pulau Pinang telah i. Membina lebih 138, 545 unit rumah mampu milik ii. Merancakkan ekonomi dengan nilai pelaburan luar yang tinggi iii. Membina lapan projek mitigasi banjir iv. Menambah kawasan hutan simpan kira-kira 286 hektar v. Membiayai tuisyen percuma kepada 3,000 pelajar vi. Menaikkan bayaran wang ihsan kepada warga emas dan orang kelainan upaya Ini juga antara aku janji bagi manifesto 2018 yang kemudiannya dijayakan oleh Kerajaan Negeri sehingga membuahkan kejayaan seperti apa yang dinikmati hari ini. Kini, pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang merancangkan pelan pembangunan untuk 10 tahun akan datang…(gangguan).
YB., masa.
One more minute. Setelah berjaya mencapai kira-kira 90 peratus daripada janji pilihan raya 2018, Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang kini bersedia untuk menjayakan pelan masa hadapan negeri serta manifesto yang baharu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya Negeri yang akan datang. Sebagai kerajaan hari ini, manifesto bukanlah semata-mata sekeping kertas atau brosur tetapi mengandungi tentang apa yang dirancangkan untuk masa hadapan negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam sesi perbahasan pada kali ini. Sekian, terima kasih dan saya mohon menyokong.
Terima kasih Batu Lanchang. Ya Bukit Tambun. Sila. Jaga Masa
Okey. Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Undang-Undang Pembekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2023 yang bertemakan “Pembangunan Mampan Mensejahterakan Rakyat”. Berdasarkan kepada pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota menunjukkan Pulau Pinang menunjukkan kadar pertumbuhan tertinggi iatu pada kadar 6.8 peratus. Sumbangan kepada KDNK meningkat kepada 7.1 peratus, keluaran pembuatan berkembang kepada 47.3 peratus dan Pulau Pinang juga menjadi penyumbang terpenting perdagangan antarabangsa kepada perdagangan Malaysia. Pulau Pinang juga kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 33.2 peratus kepada nilai eksport negara setakat September 2022. Walau bagaimanapun, berdasarkan kejayaan-kejayaan ini sebenarnya pulangan yang diperolehi oleh Kerajaan Pulau Pinang daripada Kerajaan Persekutuan adalah antara yang terendah berbanding lain-lain negeri. Oleh yang demikian, di sini saya menyeru kepada mana-mana Kerajaan Persekutuan yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat jangan lagi menganaktirikan Pulau Pinang. Kita sebagai penjana pelaburan asing tertinggi dan penyumbang eksport tertinggi di negara ini tetapi pulangan yang diperolehi adalah terlalu rendah. Adalah tidak setimpal untuk kita memastikan pembangunan yang mampan di Negeri Pulau Pinang dan juga sukar untuk kita mencapai kesejateraan rakyat yang lebih menyeluruh. Dalam Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat yang menekankan kepada 4 Teras Utama. Pertama : Meningkatkan Daya Huni Bagi Menambah Baik Kualiti Kehidupan. Dalam perkara ini, sepanjang PRU lalu Yang Amat Berhormat yang bertanding di Batu Kawan dan lain-lain EXCO yang tidak bertanding berpeluang berkempen di seluruh Negeri Pulau Pinang untuk membantu calon-calon peringkat Parlimen. Saya beranggapan Yang Amat Berhormat dan barisan EXCO sudah lebih mendekati rakyat, lebih memahami situasi sebenar di peringkat akar umbi dan juga lebih memahami masalah yang dihadapi selama ini. Oleh yang demikian, bagi peringkat Seberang Perai saya sekali lagi menekankan perlu
adanya satu Pelan Induk Pengangkutan Seberang Perai atau dikenali Seberang Perai Transportation Master Plan. Kesesakan lalu lintas sudah semakin parah di Seberang Perai. Dari Tol Jawi sehingga ke Tol Sungai Dua, sepanjang Jalan Persekutuan, dan Jalan-jalan Negeri memang mengalami kesesakan yang begitu teruk. Pagi tadi saya dari Bandar Tasek Mutiara ke Jambatan Kedua mengambil masa lebih kurang 45 minit. Dari Jambatan Kedua sampai ke sini hanya setengah jam. Oleh yang demikian, satu tindakan yang menyeluruh perlu dilakukan dan untuk memastikan Pelan Induk ini dapat direalisasikan, peruntukan daripada Persekutuan adalah wajib. Kita tidak boleh lagi tunggu Rancangan Malaysia ke 12, Rancangan Malaysia ke 13, Rancangan Malaysia ke 14, sebaliknya perlu tindakan segera. Anggap ini sebagai satu krisis dan selesaikan masalah ini. Selain daripada itu, isu-isu pencemaran sungai perlu diatasi. Sungai adalah kurniaan Tuhan sebagai sumber minuman kepada kita. Apabila kita mencemarkan sungai bererti akan mengurangkan bekalan air minuman dan kegunaan harian kita. Oleh itu, isu pencemaran sungai, sebenarnya, kita sudah mengenal pasti punca utama pencemaran dan kita perlu mengambil tindakan tegas untuk putuskan punca-punca pencemaran ini serta mengambil tindakan terhadap pencemar-pencemar ini. Pada masa yang sama, Majlis Perbandaran Seberang Perai telah dinaiktarafkan sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai. Oleh itu, kawasan-kawasan perumahan perlu ada kawasan rekreasi, kawasan riadah ataupun kawasan lapang yang berfungsi untuk memastikan persekitaran ini lebih sesuai untuk didiami iaitu selaras dengan apa yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat iaitu meningkatkan daya huni dan menambahbaikkan kualiti kehidupan. Kurangkan kesesakkan, tangani isu pencemaran dan perbanyakkan kawasan riadah. Kedua : Mengenai Isu Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah.
Walaupun kita mencapai pencapaian yang begitu memberangsangkan terutamanya sektor perindustrian, tetap akan tetapi sektor perindustrian ini memang mewujudkan peluang-peluang pekerjaan tetapi dia lebih kepada tenaga-tenaga mahir dan separuh mahir dalam bidang sains kejuruteraan, sains dan matematik dan dari segi penternakan pertanian pula kita lebih memerlukan tenaga pekerja asing. Berlaku satu gap anak-anak muda kita atau golongan warga Pulau Pinang yang bukan berlatar belakangkan sains teknologi atau kejuruteraan tidak memiliki pekerjaan yang berkualiti atau pekerjaan yang boleh menjana pendapatan yang boleh meningkatkan pendapatan mereka. Oleh itu, tak kira sektor perindustrian, pertanian, penternakan, kita perlu mencari jalan bagaimana untuk melibatkan semua warga Pulau Pinang memastikan semua peringkat berpeluang mengambil bahagian dalam peluang–peluang pekerjaan yang diwujudkan melalui pelaburan dan juga sektor-sektor yang saya sebutkan tadi. Dari segi pelancongan, Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mewujudkan creative economy atau pun sektor pelancongan yang kreatif. Ini sebenarnya dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan kecil-kecilan terutama dikawasan luar George Town. EXCO PITECH perlu, perlu lebih sensitif dan juga perlu lebih menyeluruh untuk memastikan pelancongan ini juga bukan sahaja terhad di George Town dan Bukit Bendera tetapi meliputi Seberang Perai agar kreatif ekonomi ini berada dimana-mana. Memastikan semua all industry players get the benefit. Dengan izinnya. Teras ketiga : Mengenai Mengenai Peningkatan Penyertaan Masyarakat.
Pada ketika ini, kita ada MPKK, dan JPWK dan JBPP yang sebenarnya membuka ruang yang agak luas untuk memperkasakan penyertaan masyarakat. Akan tetapi, penyertaan masyarakat ini masih lagi terhad kepada ahli-ahli MPKK ataupun mungkin daripada dari kalangan anggota parti politik. Saya berharap MPKK, JBPP atau pun PYDC dapat lebih aktif seperti PWDC. PWDC ini melalui JPWK mengadakan program yang lebih menyeluruh dan melibatkan lebih banyak golongan wanita dapat turun ke peringkat akar umbi
dan juga boleh sampai ke peringkat golongan elit daripada peringkat akar umbi di mana semua peringkat berpeluang mengambil bahagian dalam program-program yang dijanakan oleh PWDC. Dalam pilihan raya yang baru berlalu ini, kita sentiasa risau akan peratus kehadiran anak muda atau lebih dikenali undi 18 seperti Melaka dan Johor. Walau bagaimanapun, dua saluran yang terakhir setiap pusat mengundi mencapai peratusan mengundi lebih daripada 90 pertus. Pada awal pagi hari mengundi, saya terkejut melihat anak-anak muda sudah beratur panjang sejak 7.45 pagi untuk mengundi. Saya tidak kenal mereka nasib baik mereka masih kenal saya di mana antara mereka adalah anak murid saya semasa saya menjadi guru tuisyen dan kawan anak-anak saya. Sepanjang kempen 14, hari kita tidak berpeluang mendekati mereka, program-program yang kita adakan tidak pernah nampak anak-anak muda tetapi apabila pada hari pengundian merekalah antara yang paling ramai keluar mengundi berbanding dengan lain-lain peringkat umur. Oleh itu, di sini saya dapat membuat kesimpulan bahawa sebenarnya anak muda ini mereka mengikuti perkembangan politik semasa. Mereka sebenarnya juga ingin turut serta mengambil bahagian dalam pembangunan negeri ataupun negara. Saya bertanya kepada mereka mengapa anda semua boleh keluar mengundi, mereka memaklumkan kepada saya bahawa sebenarnya mereka mengikuti perkembangan harian mengenai politik, ekonomi, sosial, negeri dan negara. Mereka memaklumkan bahawa mereka gunakan media sosial berbeza dengan kita, mereka jarang guna Facebook mahupun Whatsapp. Mereka menggunakan media sosial mereka sendiri yang mereka perkatakan sehingga kini saya masih lagi tidak dapat kesan apa jenis Apps yang mereka guna selain daripada TikTok. Mereka sebenarnya bertukar-tukar fikiran dan menyebarkan maklumat antara mereka sendiri. Oleh itu, di sini saya menyeru kepada kepada PYDC dan juga EXCO Belia dan Sukan perlu mengadakan program yang diminati oleh golongan belia, mengadakan program yang boleh mendekati mereka, agar kita mendapat cetusan idea atau sebenarnya apa yang anak muda ini mahu. Kita perlu bersama-sama mereka dan mengajak mereka terlibat dalam program yang kita adakan dan mengajak mereka untuk menyumbang dalam pembangunan di peringkat akar umbi, Daerah, Negeri mahupun peringkat Nasional. Mereka sebenarnya adalah masa hadapan kita, mereka yang akan mentadbir negeri dan negara ini. Memandangkan perlembagaan sudah digubal, mereka berhak menjadi calon dan juga boleh mengundi. Oleh itu, mereka masih lagi belajar tetapi apabila mereka mencapai umur 18 tahun, mereka sudah perlu diberi peluang yang sama untuk mengambil bahagian. Keempat : Mengenai melabur dalam persekitaran fizikal akan meningkatkan daya tahan.
Dalam perkara ini, saya tidak nampak perancangan atau cadangan yang lebih terperinci dalam bajet ini. Oleh itu, saya memohon agar Yang Amat Berhormat Padang Kota dapat mengupas lebih terperinci dalam sesi penggulungan mengenai apa sebenarnya pelaburan persekitaran fizikal yang boleh membawa kepada peningkatan daya tahan. Saya menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri untuk memberikan diskaun premium pelanjutan tempoh pajakan dan pembelian pemilikan, akan tetapi di sini saya sekali lagi menyeru agar Yang Amat Berhormat dan juga pihak PTG ataupun Pejabat Tanah dan Daerah agar proses pertimbangan permohonan TOL di mana pembayaran TOL ini perlu dipermudahkan dan dipercepatkan. Saya juga ingin memohon kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota dapat mengupas lebih teliti mengenai PG Land Sistem Perkhidmatan Tanah Setempat Atas Talian Pulau Pinang apa sebenarnya, fungsi perkhidmatan ini dan di sini saya juga menyambut baik tentang kelulusan hak milik kekal untuk rumah kos rendah dan sederhana rendah secara percuma kepada projek Kerajaan Negeri yang bukan strata. Ini adalah satu janji yang kita tepati walaupun hanya melibatkan lebih kurang 2,545 milik rumah kos rendah dan sederhana yang bukan strata akan tetapi ini adalah satu pencapaian Kerajaan Negeri kita patut bagi satu penghargaan. Pada masa yang sama kita memohon kepada pihak Kerajaan Pusat iaitu kita
dapat meminda aspek Perundangan Dalam Kanun Tanah Negara dan Akta Hak Milik Strata 1985 mengenai ini untuk membolehkan Kerajaan Negeri memberi pemberian hak milik kekal kepada rumah pangsa kos rendah dan sederhana, projek Kerajaan Negeri sebab PDC saja kita masih lagi mempunyai hak milik bukan kekal, di Pulau Pinang saja kita memiliki 12,2062 unit rumah low cost dan rumah kos sederhana berstrata, sebab bukan strata kita dah selesai. Yang strata kita tidak dapat laksanakan sebab halangan aspek Perundangan Dalam Kanun Tanah Negara dan juga Akta Hak Milik Strata 1985. Mengenai isu air, memandangkan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan Negeri Perak pada petang kelmarin, Kerajaan Negeri perlu pantas meneruskan rundingan bersama Kerajaan Negeri Perak bagi pelaksanaan projek skim pemindahan air dari Sungai Kerian iaitu SPRWTS, Sungai Perak. Kita perlu memindah air dari Sungai Perak ke Bukit Merah kemudian ke Sungai Kerian dan dirawat untuk dibekalkan terutamanya kepada pengguna-pengguna di Seberang Perai Selatan. Bekalan air ini menjadi satu isu yang amat besar di Negeri Pulau Pinang terutamanya di Seberang Perai dengan kepesatan pembangunan di Pulau Pinang pada terutama dalam 10 tahun kebelakangan ini. Kita perlu selesaikan masalah ini. Bekalan air Sungai Muda sudah tidak dapat menampung atau air itu tidak sempat sampai ke SPS, Taman Seruling Emas dan Sungai Duri di Mukim 5,SPS. Pada kali ini mereka membuat protes di mana peratusan keluar mengundi agak rendah di kawasan ini. Mereka tidak berpihak kepada mana-mana, mereka marah kepada semua pihak dalam peringkat Persekutuan, Negeri dan ADUN-ADUN. Kalau tak ada air memang tak boleh hidup dengan selesa, catuan air yang dikenakan oleh PBA pada masa ini memang menimbulkan kemarahan rakyat. Saya berharap Booster Pump di Permatang Tinggi yang dijangka siap pada akhir bulan ini dapat mengurangkan isu kekurangan air di SPS. Saya berharap satu haribulan Disember, ini kita boleh pergi merasmikan rumah pam ini tanpa penangguhan lagi.
Di sini, saya juga ingin mendapat penjelasan tentang inisiatif Top Up Women One Only Additional Seats (TWOAS). Adakah cadangan ini masih lagi akan diteruskan? Pada pengetahuan saya, usul ini tidak akan dibawa dalam Sidang DUN ini. Adakah inisiatif ini sempat dimuktamadkan sebelum PRN pada tahun hadapan. Dalam PRU pada kali ini, kita boleh lihat penglibatan Ahli-ahli Parlimen wanita masih lagi berkurangan. Oleh itu, kita perlu membawa inisiatif ini untuk dibincangkan dalam DUN agar dapat dimuktamadkan, memastikan wakil wanita, dapat mencapai 30 peratus selepas PRN tahun hadapan…(gangguan).
Yang Berhormat, sila rumuskan.
Selepas 14 hari bersama-sama dengan calon kawasan saya iaitu Yang Amat Berhormat di lapangan, saya beranggapan YAB Ketua Menteri sekarang sudah memahami isu-isu setempat dan situasi sedia ada. Oleh itu, dalam sidang kali ini buat pertama kali saya tidak akan membawa isu-isu setempat, memandangkan kami sudah bincang di luar dewan. Oleh itu, Y.A.B dapat mengubal dasar atau berbincang sesama Ahli-ahli EXCO dan Jabatan-jabatan Kerajaan agar kita dapat menyelesaikan masalah tertangguh di peringkat bawah. Apabila masalah-masalah yang sepatutnya diselesaikan di peringkat jabatan tidak diselesaikan, yang ditegur atau dimarah adalah Ahli-ahli politik. Sebagai ADUN, kami tidak terlibat secara langsung dalam membuat keputusan yang dibincangkan dalam di peringkat jabatan. Oleh itu, saya menyeru sekali lagi saya berharap PDC, Pejabat Tanah Dan Daerah, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Veterinar, JKR, JPS dan juga MBSP antara jabatan-jabatan yang terlibat dalam DUN Bukit Tambun dapat selesaikan masalah yang tertangguh
dengan secepat mungkin, tak perlu ADUN-ADUN bawa sehingga ke peringkat dewan. Biar kita selesaikan masalah rakyat di peringkat jabatan. Itu bukan masalah ADUN, masalah itu adalah masalah rakyat, sebab dalam teras kita yang disampaikan Y.A.B. Ketua Menteri iatu menekankan menambah baik kualiti hidup, meningkatkan pendapatan isi rumah, dan meningkatkan daya tahan. Dalam empat teras itu, tiga teras perlu diselesaikan di peringkat jabatan. Kesimpulannya, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih sepanjang empat (4) tahun setengah ini kepada semua pegawai kerajaan yang membantu menangani, merangka dasar, menangani isu setempat dan saya berharap kita terus bersama-sama untuk mencapai pembangunan mampan dan memastikan kesejahteraan rakyat betul-betul dapat dikecapi di semua peringkat, sekian, saya mohon untuk menyokong.
Terima kasih Bukit Tambun.
Y.A.B. Ketua Menteri: Saya bukan mohon untuk menjawab, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Selaras dengan Peraturan 6a (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini 22 November 2022 dilanjutkan sehingga jam 7.00 malam.
Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat Pinang Tunggal. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6a(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 22 November 2022 hari Selasa sehingga jam 7.00 malam. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan “Ya”, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Kita setuju semua, Usul dipersetujui dan seterusnya saya nak minta ya Yang Berhormat Jawi sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat, para pemimpin barisan EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, salam harapan dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai dalam sesi perbahasan ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-14 yang bertemakan “Pembangunan Mampan, Mensejahterakan Rakyat”.
Dato’ Yang di-Pertua, hari ini saya ingin menyentuh sedikit masalah di kawasan KADUN Jawi yang berkaitan dengan infrastruktur jeti-jeti nelayan di KADUN Jawi, di mana sebelum ini saya telah bahaskan dalam Sidang Dewan DUN yang lalu dengan isu jeti yang
telah dibina sama ada secara individu atau pun dengan peruntukan Kerajaan Negeri atau pun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau pun agensi-agensi yang lain. Sehingga kini, dalam KADUN Jawi hanya terdapat satu (1) jeti nelayan sahaja di mana di bawah penyenggaraan di bawah badan pengurusan untuk menguruskannya iaitu di Jeti Nelayan Changkat. Di dalam kawasan DUN Jawi semasa perbahasan saya dalam Sidang Dewan pada mesyuarat yang lalu, saya telah maklum di mana terdapat empat (4) jeti nelayan yang mana satu jeti nelayan ada badan pengurusan dan tiga (3) lagi jeti yang tidak ada persatuan atau pun badan pengurusan untuk menguruskan. Kita dapat lihat dengan jelas perbezaan antara jeti-jeti yang di urus oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan jeti-jeti yang tiada badan pengurusan. Kebersihan amat jelas bagi semua terutamanya bagi para nelayan mereka dapat membanding-bandingkan jeti-jeti yang mereka pakai dengan jeti yang sedia ada iaitu di Jeti Nelayan Changkat. Dato’ Yang di-Pertua pada perbahasan saya kali ini, saya ingin memaklumkan bahawa di KADUN Jawi sudah ada pertambahan satu (1) jeti nelayan sedang dibina di Teluk Impir yang saya dimaklumkan telah usahakan secara persendirian. Sekiranya tiada apa-apa peraturan ditetapkan, saya amat bimbang ia akan lebih banyak lagi jeti-jeti dibina tanpa pengetahuan kita atau pun Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab khasnya Jabatan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Ingin saya memaklumkan dalam Dewan yang mulia ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Yang Berhormat Penanti yang telah membantu menambahkan lagi infrastruktur di Jeti Nelayan Changkat dengan menyediakan peruntukan untuk membina emoat (4) unit kedai makanan dan minuman dan slip bay iaitu tempat untuk menaikkan bot nelayan ke darat bagi tujuan penyelenggaraan dan tempat pemasangan ikan. Bagi untuk kerja-kerja ini, EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperuntukkan sebanyak RM800,000. Saya juga telah dimaklumkan bahawa kerja-kerja ini dalam proses dokumentasi dan kerja-kerja akan dilaksanakan pada awal tahun 2023 nanti. Saya berharap kerja ini akan dilaksanakan mengikut piawaian jadual dan tidak akan dilewatkan lagi. Dengan adanya infrastruktur ini, ia akan menarik lebih ramai lagi pelancong datang ke Jeti Nelayan Changkat ini. Kemudahan-kemudahan yang telah disediakan di jeti nelayan Changkat ini serta kedudukannya yang amat strategik, saya amat yakin di mana Jeti Nelayan Changkat ini akan menjadi lebih dikenali dengan adanya foodcourt, tempat untuk beriadah, tempat untuk kaki pancing turun ke laut dan lain-lain lagi. Bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta” begitulah bagi sesiapa yang tak pernah datang saya mengalu-alukan. Dengan adanya jalan mini tar yang masuk ke jeti berkenaan ia semakin baik dan memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berkunjung ke Jeti Nelayan Changkat. Bukan itu sahaja, jalan ini juga membantu orang-orang yang duduk di kawasan Nibong Tebal, Sungai Udang, Parit Buntar boleh terus ke kawasan perindustrian Batu Kawan yang hanya mengambil masa tidak sampai 15 minit berbanding sekiranya nak menggunakan jalan persekutuan kemungkinan dia akan mengambil lebih daripada 30 minit sehingga satu jam. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Penanti di mana tindakan yang begitu pantas apabila terima satu aduan yang dikemukakan oleh saya iaitu kerosakan pelantar di Jeti Teluk Impir, Nibong Tebal dan satu lawatan telah dilakukan oleh Yang Berhormat Penanti pada bulan Oktober. Saya difahamkan nelayan telah mengemukakan permohonan kepada LKIM pada bulan Februari awal tahun ini akan tetapi sehingga hari ini tiada apa-apa maklum balas atau pun jawapan daripada LKIM kepada nelayan tersebut. Struktur Jeti Teluk Impir yang usang dan banyak kayu telah patah dan sebahagian besar pelantar sudah tidak dapat diguna pakai lagi oleh nelayan, dengan ini saya amat berharap Kerajaan Negeri boleh membantu sekurang-kurangnya dapat membaiki dengan
keadaan semasa ini secara minima supaya nelayan-nelayan di Teluk Impir dapat menggunakan Jeti Teluk Impir tersebut. Sekali lagi saya ingin memohon kepada jabatan atau agensi yang berkaitan dapat mengambil berat berkaitan soal pembinaan jeti nelayan yang dibina tanpa kelulusan atau tanpa pengetahuan kerana kita kena lihat kegunaanya pada masa hadapan. Sekiranya tiada pengawalan yang betul, saya amat bimbang jeti-jeti ini akan terbiar dan lama-kelamaan akan berlaku kerosakan lebih teruk lagi kerana tiada jabatan atau pun agensi akan bertanggungjawab untuk membaikinya semula. Dato’ Yang di-Pertua, rakyat Pulau Pinang khususnya belia-belia dan anak-anak muda amat memerlukan tempat-tempat untuk mereka bersukan seperti bola sepak, badminton, futsal, bola keranjang dan lain-lain lagi. Semua ini memerlukan gelanggang khas dan Kerajaan Negeri melalui EXCO Belia dan Sukan perlu mewujudkan lebih banyak lagi gelanggang seperti ini di Daerah Seberang Perai Selatan. Saya merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Jermal di mana telah membangunkan sektor sukan di Negeri Pulau Pinang pada SUKMA dan pada SUKMA yang lepas Kontinjen Negeri Pulau Pinang telah berjaya membuat keputusan yang begitu cemerlang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pimpinan dan para atlet yang terlibat. Sejak Pakatan Harapan mentadbir di Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dinafikan kita sentiasa mengambil berat dan cuba sedaya upaya untuk melengkapkan gelanggang-gelanggang permainan tersebut di setiap daerah di Negeri Pulau Pinang. Contohnya pembinaan Arena Nibong Tebal yang mengandungi sembilan (9) court badminton dan juga penaiktarafan di gelanggang bola keranjang di Bukit Panchor. Walaupun usaha-usaha ini telah dilaksanakan akan tetapi ia masih ada banyak kawasan yang dialu-alukan lagi dengan kelengkapan sukan ini. Saya berikan satu contoh di Seberang Perai Selatan, khususnya di KADUN Jawi. Di KADUN Jawi kita dapat lihat permainan bola sepak, sepak takraw, kejohanan badminton, chess, bola keranjang dan futsal. Semua permainan ini sangat popular dan bukan sahaja di kawasan saya akan tetapi saya percaya di setiap daerah, kampung-kampung khususnya dalam Negeri Pulau Pinang ini dan pastinya ada gelanggang-gelanggang untuk permainan ini. Dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin kongsikan beberapa gelanggang yang telah disediakan untuk belia-belia dan anak muda kita dapat bermain dengan selesa seperti gelanggang bola keranjang di Taman Berjaya Nibong Tebal, gelanggang bola keranjang di Taman Jawi, di Bukit Panchor dan saya percaya di kawasan KADUN-KADUN yang lain juga terdapat alat kelengkapan sukan begini. Gelanggang-gelanggang ini pada setiap petang atau malam seringkali dipenuhi anak-anak muda bermain bagi gelanggang sepak takraw pula ada beberapa gelanggang yang telah dibina oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri di kawasan Jawi iaitu di Kampung Bagan Buaya, Changkat dan juga di kawasan Kampung Che Aminah dan di mana di Bagan Buaya kini sudah ada dua (2) gelanggang yang mana satu (1) gelanggangnya berbumbung. Saya dapat lihat pada setiap petang atau malam, ramai anak-anak muda bermain malah gelangggang ini telah dijadikan salah satu gelanggang untuk Kejohanan Sepak Takraw terbuka tahunan anjuran Pusat Khidmat ADUN Jawi. Bagi sukan futsal ianya telah menjadi sangat popular pada masa ini dan ramai anak-anak muda merasa kecewa kerana gelanggang futsal di kawasan KADUN Jawi hanya ada satu gelanggang sahaja iaitu terletak di Padang Awam Jawi malah ia juga tidak berbumbung. Dalam hal ini saya ingin mencadangkan supaya pihak yang berkaitan dapat melihat perkara ini dengan membina lebih banyak lagi gelanggang futsal untuk mengatasi masalah ini. Saya beri contoh di Teluk Impian, Nibong Tebal ada wujudnya satu (1) Kelab Futsal Teluk Impir yang mana ada ramai anak-anak muda telah menyertai kelab ini. Belia-belia ini terpaksa menyewa gelanggang futsal swasta yang terletak di Jalan Bukit Panchor untuk bermain dengan kadar sewa yang amat tinggi ataupun bermain di gelanggang futsal Sungai Kecil iaitu di Sungai Bakap. Ini akan membebankan mereka serta jauh dari rumah mereka.
Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak berkaitan agar dapat melihat perkara ini sekiranya terdapat lot tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan keluasan saiz padang futsal serta tempat yang bersesuaian, saya memohon sangat-sangat pembinaan gelanggang futsal berbumbung dapat dibina pada tahun yang akan datang di KADUN Jawi seperti juga di Kampung Kebun Baru Byram. Baru-baru ini saya mendapat maklum daripada program santai bersama anak-anak muda di Kampung Kebun Baru di mana anak-anak muda mereka memang memohon mengalu-alukan membuat sesuatu dalam Kampung Kebun Baru agar anak-anak muda kampung ini boleh bersukan bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat seperti menjadi mat rempit dan lain-lain lagi. Saya telah membuat suatu lawatan di kampung tersebut iaitu di Kampung Kebun Baru di mana saya telah memastikan satu (1) lokasi yang memang sesuai untuk membina gelanggang futsal bagi tujuan untuk bersukan bagi anak-anak muda di Kampung Kebun Baru. Dato’ Yang di-Pertua, sebagai pemimpin yang diamanahkan untuk bertanggungjawab dalam kawasan KADUN Jawi khususnya saya berpandangan pembinaan gelanggang permainan perlu diperluaskan di kampung-kampung, desa-desa juga kerana ramai belia-belia yang sangat meminati dalam bidang sukan ini. Tidak kira sukan apa pun mereka memerlukan tempat yang bersesuaian untuk bersukan. Oleh itu Saya mohon pihak yang berkaitan dapat memastikan gelanggang-gelanggang sukan berkenaan dapat dibina mengikut kesesuaian pembabitan anak-anak muda kampung berkenaan dalam sukan yang diminatinya. Datuk Yang di-Pertua, berkaitan isu banjir di kawasan Jawi, memang kita sedia maklum di mana satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh JPS Malaysia di bawah KASA, Kementerian Alam Sekitar dan Air, pada 10hb November baru-baru ini. Kebetulan waktu itu adalah semua pihak tengah sibuk kempen PRU 15 tetapi kenyataan ini telah dikeluarkan oleh JPS. Kenyataan tersebut menyatakan susulan kejadian banjir yang sering melanda di lembangan Sungai Jawi, Sungai Jejawi. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek rancangan tebatan banjir (RTB) Sungai Jejawi Seberang Perai Selatan di bawah program tebatan banjir secara off-budget dan Kementerian Alam Sekitar dan Air. Jumlah luas kawasan terjejas oleh banjir adalah 78.92 kilometer persegi melibatkan Taman Sungai Duri Permai, Taman Sungai Duri Indah, Kampung Sungai Duri, Taman Jawi Permai, Taman Jawi Jaya, Kampung Setol, perkampungan Jawi, Kampung Titi Hitam, Kampung Surau, Jalan Persekutuan iaitu berdepan dengan Persimpangan Changkat Kampung Setol dan Jalan Negeri di Changkat termasuk di kawasan, beberapa kawasan di Nibong Tebal iaitu Kampung Sarang. Reka bentuk projek RTB ini adalah berdasarkan hasil kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan Sistem Saliran Mesra Alam bagi Daerah Seberang Perai Selatan yang disediakan oleh JPS pada tahun 2017. Saya rasa Dato’ Yang di-Pertua juga terlibat dalam satu mesyuarat dalam kajian untuk tebatan banjir ini pada tahun yang dulu. Sehingga hari ini, makmal kajian nilai untuk RTB Sungai Jejawi selesai telah diadakan pada September 2022. Saya ingin memohon kepada pihak JPS Negeri supaya mengadakan satu task force untuk kami sebagai wakil rakyat daripada SPS, sama ada Ahli Parlimen Batu Kawan dan juga Ahli Parlimen Nibong Tebal supaya kita dapat lebih banyak atau pun lebih teliti laporan-laporan daripada JPS berkaitan dengan tebatan banjir ini. KASA juga telah memberitahu projek RTB Sungai Jejawi yang dirancang untuk dilaksanakan secara reka dan bina bagi mempercepatkan pelaksanaan dan siap menjelang tahun 2030. Apabila siap projek ini dijangka akan memanfaatkan dan melindungi lebih 6,000 penduduk daripada bencana banjir, luas kawasan berisiko banjir juga akan berkurang dengan signifikan daripada 7,892 hektar kepada 790 hektar sahaja melibatkan kawasan perumahan termasuklah komersial dan pertanian. Mantan Timbalan Menteri KASA juga merangkap calon daripada Perikatan Nasional ditanding di bawah P.047 Nibong Tebal telah mengumumkan, KASA telah meluluskan projek tersebut dengan kos RM3.6 Billion dan projek tersebut akan bermula pada tahun depan, bulan
Januari 2023, saya mengalu-alukan dan menyambut baik projek tebatan banjir di Daerah SPS akan tetapi saya amat khuatir dan bingung adakah pengumuman projek tebatan banjir ini, adakah pengumuman projek tebatan banjir ini adalah janji-janji manis yang dikeluarkan oleh calon Perikatan Nasional semasa kempen PRU 15. Adakah pihak EXCO dan JPS sendiri dimaklum berkaitan projek ini? Siapakah yang akan bertanggungjawab di bawah projek tebatan banjir ini? Saya perlu satu laporan atau pun perlukan seperti apa yang saya bahaskan tadi satu task force, pasukan task force harus ditubuhkan yang melibatkan semua wakil rakyat di Daerah SPS termasuk juga wakil rakyat Ahli Parlimen. Dato’ Yang di-Pertua, memang saya bersetuju dengan sahabat saya Bukit Tambun, di mana satu Pelan Induk Pengangkutan Seberang Perai harus diadakan dengan serta-merta. Kesesakan jalan raya di SPS. Saya rasa bukan sahaja di SPS tetapi terlibat juga sehingga di Bukit Tengah. Memang serius kebelakangan hari ini. Sistem pengangkutan dan infrastruktur di daerah SPS memang perlu dipertingkatkan. Kita perlu lebih banyak lagi peruntukan daripada Persekutuan, Kerajaan Persekutuan di mana banyak jalan di bawah Kerajaan Persekutuan memang perlu dipenambah baik atau pun dipertingkatkan lagi contohnya di Jalan FT001, Jalan Perusahaan Valdor yang nak keluar ke Jalan FT001. Memang kami menghadapi masalah yang besar, tak kisah dari ADUN Sungai Bakap, Jawi, Bukit Tengah, Bukit Tambun termasuk juga di Machang Bubuk. So, saya memang harap satu Pelan Induk Pengangkutan Seberang Perai diwujudkan dengan serta-merta. Pertengahan tahun ini, saya telah berusaha untuk membuka semula jalan pintas yang menyambung kawasan Changkat ke Batu Kawan Industrial Park. Penggunaan jalan pintas ini memang disambut tinggi akan tetapi kos penyelenggaraan jalan pintas ini juga membebankan saya. Saya amat berharap JPS dapat menggazetkan jalan pintas ini sebagai Jalan Ban JPS supaya JPS boleh membantu saya dengan pengguna menggunakan peruntukan MARRIS, di bawah Tabung MARRIS untuk membina jalan tar tersebut. Berkaitan dengan isu bekalan air, saya rasa seperti dimaklum oleh Bukit Tambun memang dua (2) projek telah dijalankan di kawasan khasnya untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan SPS terutamanya di Mukim 5. Banyak penduduk-penduduk di Mukim 5 merasakan kecewa atas masalah isu-isu bekalan air akan tetapi saya menyeru penduduk-penduduk di Mukim 5 berikan sedikit masa di mana PBA telah melaksanakan dua (2) projek untuk mengatasi masalah bekalan air di SPS, khasnya untuk SPS iaitu satu pemasangan pam di Permatang Tinggi dan satu projek iaitu menambahkan air rawatan di Loji Rawatan Air Bukit Panchor yang akan disiap, dijangka siap pada bulan Ogos tahun depan dan pemasangan pump akan siap pada bulan ini dengan adanya dua (2) projek ini saya percaya masalah-masalah kekurangan air di kawasan SPS khasnya di Mukim 5 akan diatasi ataupun akan dikurangkan. So, dengan ini saya akhiri ucapan saya dan saya memohon untuk menyokong. Terima kasih.
Terima kasih banyak Jawi. Tepat masanya. Sila. You lawanlah. Sila, Bukit Tengah.
Terima kasih Dato’ Speaker membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2023. Saya ingin terlebih dahulu menyatakan bahawa kita pun baru-baru ini melalui satu Pilihanraya Umum yang cukup mencabar dalam sejarah Malaysia kita dan juga untuk orang rakyat Pulau Pinang. Dalam hal ini, saya ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih banyak-banyak yang saya melihat khususnya kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibatlah guru-guru, PDRM, SPR yang mengendalikan pilihan raya kali ini dengan cukup profesional sekali dan dalam hal ini kita melihat bahawa walaupun sekarang
kita semua sedang menunggu keputusan siapakah gabungan parti politik manakah yang akan menubuhkan kerajaan baru Pusat. Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-Ahli Parlimen yang baru saja menang dalam Pilihanraya PRU15 di Pulau Pinang dan juga kepada mereka yang mengambil bahagian tetapi tidak menang yang telah pun mengambil proses mengambil libat dalam proses demokrasi yang paling penting dalam negara kita untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia. Cuma Dato’ Speaker, saya ingin menyatakan di sini satu isu yang agak penting yang saya melihat dalam pengendalian pilihan raya kali ini adalah polarization atau pun polarisasi di antara pengundi-pengundi yang telah pun mengambil bahagian dalam pilihan raya ini di mana kita melihat dengan agak membimbangkan bahawa dari segi pilihan pengundi-pengundi ini mengikut kaum dan sebagainya dan juga banyak dalam pilihan raya ini terlibat juga dengan kempen-kempen menggunakan politik perkauman dan agama, agak juga membimbangkan. Ini adalah sesuatu yang saya rasa dalam masa depan panjang, kita mesti perlu mengadakan satu diskusi atau pun perbincangan bagaimana kita boleh menyatupadukan negara kita tanpa mengambil kira permainan ataupun pengaruh politik perkauman dan agama. Dato’ Speaker, saya rasa sesuatu yang baik di kerajaan di Pulau Pinang dan Kerajaan Pulau Pinang adalah bahawa Kerajaan Pulau Pinang sentiasa mengutamakan pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat tanpa mengambil kira kaum dan agama dan latar belakang mereka. Kita dah, I mean, mendengar di Dewan yang mulia ini bagaimana Kerajaan Negeri telah dengan secara berbesar hati dan prihatin menjaga semua Hal Ehwal Agama Islam, agama-agama pelbagai kaum di Pulau Pinang, sama ada agama Islam atau pun agama Kristian atau pun agama Buddha, Hindu dan sebagainya. Baru semalam kita mendengar ucapan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di mana setiap tahun kita melihat adanya meningkat peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam. Saya rasa kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain, kita adalah satu negeri yang membelanjakan banyak duit untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam. Setiap tahun meningkat tahun ini tahun depan kita akan meningkat kepada RM75 juta daripada RM71 juta kalau tak silap saya. Itu adalah perkara-perkara yang saya lihat di negeri Pulau Pinang memang jaga semua, bukan saja agama Islam tetapi juga kepada penduduk-penduduk yang tidak beragama Islam. Jadi saya rasa, sentiasa kita apabila melihat Pulau Pinang ini, kita di depan dari segi memang ramai orang suka datang Malaysia melancong dan datang ke Pulau Pinang untuk melancong dan sesuatu yang selalunya when we are always appreciated and tourists are astonished adalah apabila mereka datang ke Pulau Pinang mereka boleh melihat bahawa ada pelbagai bangsa, the diversity, yang ada di sini dan semua dapat hidup secara harmoni dan baik dan saya rasa itu adalah satu usaha pencapaian Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk juga daripada kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan di Pulau Pinang. Ini adalah satu pencapaian negeri kita, Dato’ Speaker. Jadi saya kalau lihat lah dari segi pembangunan Pulau Pinang we lead, kita memang contribute dari segi besar kepada penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara kita walaupun dalam masa COVID ni ataupun selepas COVID kita melihat peratusan pengangguran kini di Pulau Pinang adalah di antara yang terendah dan kami masih lagi menyumbang peratusan KDNK yang paling tinggi ini, di antara yang paling tinggi di negara Malaysia. Every year we are contributing, the percentage is going up higher and higher Dato’ Speaker, and kalau kita melihat juga daripada ucapan Ketua Menteri, kita melihat bahawa banyak juga usaha sedang sekarang dibuat untuk mengatasi masalah kekurangan kemahiran pekerja.
Isunya di Pulau Pinang adalah bukan kerana kita tak ada cukup kerja, pelaburan yang dimasuk daripada segi pembuatan pun tahun depan, tahun lepas RM76 bilion antara yang tertinggi di negara Malaysia. Dan dari segi hampir just up until the second quarter, saya believe yang telah pun diumumkan is already RM7.9 bilion Dato’ Speaker. So, ini semua akan menjana pekerjaan di Pulau Pinang kepada ramai keluarga khususnya macam di Seberang Perai, kawasan saya ada banyak kilang-kilang di mana kita semua ni, penduduk-penduduk bergantung kepada perindustrian untuk pekerjaan mereka ni. Jadi saya rasa memang tanyalah kepada Kerajaan Negeri yang telah pun membuat satu pekerjaan yang kerja yang usaha yang baik untuk membangunkan Negeri Pulau Pinang. Atas ada beberapa isu yang saya nak bangkitkan tentang kawasan saya. Yang pertama adalah berkenaan dengan banjir. Pada 11 haribulan November, kawasan memang seluruh Pulau Pinang menghadapi beberapa tempatlah banjir. Tetapi khususnya di kawasan Bukit Tengah di Taman Mangga, Taman Sentul Jaya memang mengalami banjir yang sangat teruk sekali. Ada lebih 200 orang dipindah kepada Pusat Penempatan Sementara dan sebelum ini pun, saya semalam mengucapkan tahniah banyak kepada Tuan DO yang ada di Dewan hari ini, Pejabat Daerah, PDRM, Bomba dan semua lagi Agensi-Agensi Kerajaan yang bertindak dengan cepat untuk membantu kawasan-kawasan yang terjejas dan kemudiannya dengan cepat menubuhkan pusat penempatan. Namun Dato’ Speaker, saya berharap bahawa Kerajaan Negeri akan membuat satu siasatan yang, yang sepenuhnya bagaimana banjir-banjir ini masih boleh berlaku sedangkan kita sudah pun menyiapkan dua (2) Projek Tebatan Banjir Besar di SPT iaitu Parit Lima dan Parit Empat. Mungkin pada masa projek-projek ini disiapkan, tidak ada testing yang sewajar dan sepenuhnya. But we have seen that the walaupun rumah-rumah pam ini telah pun disiap, masih lagi boleh berlaku banjir-banjir di kawasan-kawasan yang tersebut mungkin kena ada fine tuning, mungkin kena ada lagilah kaji selidik. Tetapi, saya haraplah Kerajaan Negeri akan mengambil berat tentang isu ini, untuk melihat bagaimana boleh mengurangkan insiden-insiden banjir dibeberapa tempat hotspot di Bukit Tengah khususnya di Kampung Dock, Kampung Tok Panjang, Kebun Nanas dan juga yang sekarang berlakunya di Taman Mangga dan Taman Sentul Jaya, Dato’ Speaker. Isu traffic jam, Dato’ Speaker tadi dua (2) rakan sahabat saya daripada Jawi, Yang Berhormat Jawi dan juga Bukit Tambun telahpun membangkitkan isu traffic jam yang semakin menjadi teruk. Sudah tentu kita tau sebahagian yang menyumbang kepada masalah ini, adalah disebabkan oleh pembangunan yang cukup pesat di kawasan Bukit Tengah dan Seberang Perai Tengah. Jadi tetapi, masalah ini semakin menjadi susah dan rakyat di sana penduduk di sana semakin mengalami kesusahanlah Dato’ Speaker. Tiap-tiap hari nak pergi kerja, nak balik kerja, dia experiencing long hours suffering dalam traffic jam ini, khususnya di Bukit Tengah adalah Juru Interchange dan juga interseksi Simpang Ampat di Jalan Bukit Tengah dan Jalan Cheng Heng Kai dan sampailah kepada Permatang Tinggi. So, saya harap walaupun saya tau ini adalah tertakluk juga kepada peruntukan yang diterima kepada Kerajaan Negeri dan juga daripada Kerajaan Pusat namun, saya harap Kerajaan Negeri akan terus untuk memberi perhatian untuk melihat bagaimana nak selesaikan masalah ini. Ya, dipersilakan.
Terima kasih. Mohon mencelah. Adakah YB. bersetuju dengan pandangan saya bahawa telah berlaku kesilapan atau pun pengiraan yang salah apabila perancangan mitigasi
TIA ini? Sepatutnya jika telah dibuat TIA, perkara ini tidak berlaku. Setiap pembangunan dibuat TIA sepatutnya bila TIA dibuat secara berkesan, dia tak akan mendapatkan hasil macam ni. Jadi, adakah YB. bersetuju bahawa TIA ini perlu dilanjutkan lagi? Maksud dia perlu diperluaskan lagi kalau kata TIA ini berkesan untuk lima (5) tahun, kita kena buat TIA ini untuk tempoh 10 tahun ataupun 20 tahun supaya masalah ini tak datang dengan segera. Terima kasih.
Saya sangat bersetuju bahawa kenalah ada perancangan yang terancang apabila membuat atau pun membuat planninglah mesti ada long term planning not short term planning. Dan saya harap nanti, kemudian EXCO yang bertanggungjawab boleh juga menjawab, mengambil isu yang telah pun dibawa oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat Bayan Lepas. Traffic jam. So, jadi saya haraplah ini perkara yang kita boleh lihat Kerajaan Negeri boleh lihat, untuk menyelesaikan. Satu lagi isu yang saya nak bawa adalah berkenaan dengan Perkhidmatan Asas, Kemudahan Asas seperti sistem perparitan dan pembersihan di kawasan-kawasan kampung. Dato’ Speaker, kita ada 638 kalau tak silap saya, kampung di seluruh Pulau Pinang. Dan sebahagian besar daripada kampung-kampung ini adalah di Seberang Perai dan juga kawasan saya. Saya pernah sebelum ini untuk mencadangkan supaya Kerajaan Negeri, boleh mempertimbangkan untuk membuat satu Pelan Induk Penambahbaikan Kampung-Kampung di Pulau Pinang. Saya rasa ini adalah sangat diperlukan, memandangkan sebahagian besar daripada penduduk-penduduk kita duduk di kampung-kampung. Saya rasa ini adalah satu perkara juga apabila Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, datang kepada kali ini berkempen di, di Batu Kawan dan kawasan saya dan mungkin kampung-kampung lain. Dia tersendiri melihat keadaan kampung-kampung, jalan raya dan juga sistem perparitan yang saya perlu, yang saya ingat sangat perlu untuk dinaiktarafkan. So, maybe we can have a master plan for all the kampung and ini juga terlibat seperti pembersihan. Pembersihan services, perkhidmatan yang diberikan oleh MBSP sekarang ini apakah services yang dapat diberikan oleh Pejabat Daerah is limited? Dan di kampung-kampung kita melihat bahawa, of course tak seperti taman-taman, sistem pengutipan sampah-sampah for example di taman-taman they do it house to house. Tetapi di kampung-kampung, mereka akan letak satu (1) tong sampah komunal besar jauh daripada rumah-rumah daripada kampung-kampung. I don't see why it can not be implemented house to house. Kalau kita ada political will, sudah tentu perkara ini boleh dilaksanakan dan ada juga beberapa negeri lain daripada Pulau Pinang yang juga telah melaksanakan ini. Jadi saya, ya?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah. Saya setuju dengan pandangan Bukit Tengah, sebab kita di Seberang Perai memang ada rumah-rumah kampung atau pun kampung dalam kawasan kita. Sebagaimana yang pernah dipersetujui dahulu, semasa saya jadi Ahli Majlis, Dato Timbalan Speaker dan siapa lagi Jawi, masa kami menjadi Ahli Majlis Seberang Perai telah ada satu dasar menyatakan apabila kita mohon kepada MARRIS, pembersihan-pembersihan jalan yang sudah digazetkan di bawah MARRIS akan dibuat oleh kontraktor MARRIS dan kakitangan atau pun kakitangan Majlis akan dikerahkan untuk kerja-kerja pembersihan di dalam kampung.
Ini yang dipersetujui, saya ingat lagi kita bersetuju masa tu tahun 2017 atau pun 16 kalau saya tak silap. Tetapi apa yang kita nampak, praktis ini sudah tidak diguna pakai lagi. Dan apabila kita panggil MBSP untuk buat pembersihan, dia kata ini kawasan kampung bukan di bawah penyelenggaraan kami. Tetapi apa yang dulu kita mengakui, telah bersetuju adalah untuk majlis masuk atleast sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Masuk bersihkan jalan-jalan, longkang, parit dan sebagainya. Kenapa dasar ini dan tidak digunapakai, saya pun tidak tau. Majlis sudah lupa dasar yang pernah dibuat ini, atau pun mereka ada sebab-sebab lain, kita pun tidak pasti. Tetapi yang saya setuju dengan Bukit Tengah, yang ini perlu dipraktikkan sekurang-kurangnya seminggu sebab memang sampah ataupun kebersihan di kampung itu, tidaklah seteruk di kawasan bandar. Tetapi perlu juga MBSP memberikan perkhidmatan seperti yang dipersetujui sebab itu mereka ambil peruntukkan daripada MARRIS, untuk kawasan-kawasan yang sudah digazetkan dalam kawasan MARRIS. Kenapa mereka tidak masuk, saya pun tidak tau? Jangan gunakan alasan sebagai orang-orang kampung bayar taksiran hanya RM5.00 ataupun tidak bayar langsung, apabila Kerajaan Negeri berikan pengecualian bayaran cukai taksiran. So, we don't want to hear this excuse and I think kami Ahli ADUN-ADUN daripada kawasan Seberang memang sebulat suara setuju MBSP perlu beri perkhidmatan untuk rumah-rumah kampung juga. Saya sokong ulasan daripada Bukit Tengah. Terima kasih.
Yang Berhormat Bagan Dalam, untuk memberi maklumat kepada Dewan yang mulia ini apa yang telah pun dibincang dan diputuskan dalam MBSP sebelum ini, dan saya juga sangat berharaplah sebab kita bukan saja jaga taman-taman tetapi, kita kena jaga nilai kehidupan kampung-kampung. Yang seperti saya katakan tadi, merupakan satu golongan besar penduduk-penduduk di Pulau Pinang. These are basic necessities, basic services to improve the quality of life of the penduduk kampung-kampung. So, saya harap perkara ini dapat boleh dilihat dengan serius oleh Kerajaan Negeri. Satu lagi isu yang saya nak bawa adalah berkenaan dengan perkhidmatan ataupun bantuan daripada Jabatan Kebajikan. Kita sedang tau bahawa Kerajaan Pusat ataupun Kerajaan Persekutuan telahpun menetapkan Garis Kemiskinan kepada harga pula, kepada nilai jumlah tu sebagai isi pendapatan rumah of RM2,208.00. That is what the Government, Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah pun menetapkan. Namun demikian kita melihat bahawa Kerajaan Pusat masih lagi gagal. Gagal untuk mengimplementasikan bantuan-bantuan yang boleh diberikan oleh JKM kepada mereka yang dapat isi pendapatan yang kurang daripada RM2,208.00. This is a big issue. Apabila ini berlaku, bermaksud bahawa ramai orang yang memerlukan bantuan tidak dapat mendapat bantuan daripada JKM. The practice right now Dato’ Speaker is, hanya keluarga-keluarga yang menerima yang mendapat isi pendapatan keluarga di bawah RM1,169.00 sahaja yang boleh mendapat bantuan. Dan kita tau, bahawa sekarang ini selepas COVID dan cabaran ekonomi yang negara yang susah sekarang ini, ramai golongan memerlukan bantuan, keluarga-keluarga. Tetapi dengan penetapan dasar tu, ramai lagi penduduk-penduduk di Pulau Pinang tidak dapat bantuan daripada JKM. Saya tidak salahkan officers ataupun pegawai-pegawai dalam JKM. Mereka hanya adalah agensi pelaksana, dan kita pun tau mereka berasa mereka memang di bawah tekanan sebab memang peruntukan yang disampaikan kepada JKM pun sebetulnya sememangnya tidak mencukupi dan juga sumber manusia the pegawai-pegawai pun tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.
When they are totally understaff, Dato’ Speaker. But, balik kepada dasar untuk pemberian bantuan ini, saya rasa mungkin kerajaan juga boleh melihat, melihat balik penilaian untuk memberi bantuan. Sekarang ada dua jenis satu (1) ikut isi pendapatan keluarga seperti saya katakan RM1,169.00 lagi satu yang mereka mengguna menilai sama ada keluarga itu boleh dapat bantuan adalah mengikut perkapita. Kerajaan Pusat sekarang menetapkan perkapita itu for individual dalam household at RM369.00 kalau tidak silap saya dan di Pulau Pinang kita adalah tetapkan at RM260.00. I may be wrong, mungkin nanti Yang Berhormat EXCO boleh menjelaskan tetapi pada keadaan yang sekarang ini dengan perkapita RM260.00 ini dan juga RM1,169.00 hanya orang golongan yang sangat bermiskin layak untuk mendapat bantuan dan kita sebagai ADUN-ADUN, bila kita masuk dalam kawasan kita, kampung-kampung kita memang selalunya kita akan berjumpa dengan ramai penduduk-penduduk yang memberitahu kita bahawa mereka memang telah pun memohon kepada JKM untuk pelbagai bantuan tetapi tidak dapat sebab the criteria that they set Dato’ Speaker is too high and it is time that we give more emphasis kepada pembaharuan dan reformasi kepada sistem Jabatan Kebajikan kita supaya lebih banyak bantuan boleh disalurkan kepada penduduk-penduduk yang sangat memerlukan bantuannya. Dan akhir sekali, mungkin saya just nak type sikit tentang lagi satu (1) masalah yang selalu dialami di kawasan saya adalah foreign workers. Baru-baru ini pun sebelum pilihan raya memang ada dalam surat khabar katakan Taman Nagasari sekarang ini di Perai seperti satu taman neraka. Ini berpunca daripada di mana sekarang ini banyak pekerja-pekerja asing ini diletakkan di kawasan taman-taman perumahan dan kita sememangnya tahu bahawa seperti di Perai dan banyak tempat lagi di kawasan saya ini lah, kawasan-kawasan perusahaan. Jadi memang lah ramai yang datang kepada sana, duduk di sana tapi yang saya melihat masalahnya dua (2). Satu, adalah majikan-majikan yang tak bertanggungjawab, yang just meletakkan warga-warga asing ini duduk di taman-taman perumahan tanpa sebarang penyeliaan, they just leave them there, dalam banyak keadaan dalam rumah-rumah yang teruk keadaannya dan tidak ada pengawasan, tidak nasihat diberikan kepada mereka. Dan ini adalah merupakan satu masalah sebab kemudiannya apabila terdapat permasalahan sosial yang dibangkitkan atas pekerja-pekerja ini maka penduduk tempatan lah yang akan susah. Mereka mengalami pelbagai masalah. Jadi dalam isu ini, saya sebelum ini telah pun membangkit isu ini dengan harapan bahawa agensi-agensi kerajaan seperti MBSP dan juga khususnya Jabatan Tenaga Kerja, Sumber Tenaga, apa ini, english is human resource.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan; Sumber manusia.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung);
JTK ini. Mereka ada banyak kuasa di bawah akta untuk mengambil tindakan apabila majikan-majikan ini menempatkan pekerja-pekerja di tempat yang tak sesuai. Jadi buatlah enforcement sekali bersama dengan pihak polis dengan MBSP, apa ini joint punya reading raid ini pergi buat siasatan, tangkapan dan sebagainya supaya to hold, memegang majikan-majikan ini dipertanggungjawabkan untuk pekerja-pekerja asing mereka ini, itu yang pertama. Dan yang kedua, saya juga ialah kita kena lihatlah bagaimana long-term ini kita nak selesaikan perkara ini dan saya harap Kerajaan Negeri akan memberi perhatian yang sewajarnya untuk selesaikan masalah-masalah foreign workers yang duduk di taman-taman yang bukan semua tetapi agak ramai juga yang cause also the problem sosial dalam kawasan-kawasan tempatan dan saya haraplah satu solusi atau pun penyelesaian dapat dicarikan.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan; Terima kasih Bukit Tambun.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir bin Aziz); Boleh, sikit saja.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan; Saya agak soalan tentang pekerja-pekerja asing ini dikeluarkan di setiap DUN dan jawapan serupa juga.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir bin Aziz); Dato’ Speaker, saya ada satu (1).
Masa dah lebih so saya minta semua duduk dan kita teruskan dengan Ahli Kawasan.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung); Bukan, dia mungkin Bayan Lepas ada.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir bin Aziz); Tak saya.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan; Tak, serupa juga Bayan Lepas kan cerita juga tentang asrama pekerja yang akan datang di Bayan Lepas.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir bin Aziz); Tak tak, bukan yang ini tidak kena mengena dengan Teluk Kumbar, cuma saya nak maklum bertapa perlunya pengawasan, penyelarasan macam YB. Gooi sebut tadi kan kalau bab asrama macam mana saya melihat sendiri di Batu Maung, mereka masih bebas keluar masuk, itu masalah dia yang sosial itu. Jadi apa yang paling penting adalah daripada segi penyelarasan, penguatkuasaan itu yang paling penting tak kira mana depa duduk pun di taman mana pun kalau ada penguatkuasaan ada yang ambil tahu hal mereka InShaa-Allah benda yang buruk buruk tak akan jadi. Kalau duduk di hostel besar mana pun tapi kalau tak ada pengawasan boleh keluar masuk dan sebagainya ia kan jadi masalah yang besar lagi kepada masyarakat sekeliling. Yang itu yang saya nak sampaikan.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung);
Sebagai conclusion, saya haraplah MBSP juga akan mengambil tindakan. I know MBSP trying their best tetapi kenalah terus untuk memantau dan menyelesaikan perkara ini.
Dan akhir sekali, Dato’ Speaker saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita yang telah menang secara bergaya di Batu Kawan dan seperti yang for me beliau telah datang kepada Batu Kawan he is walking the walk, dia selalu menyebutkan bahawa Batu Kawan dan Seberang Perai adalah masa depan Pulau Pinang dan kita sangatlah mengalu-alukan kedatangan Ketua Menteri kita untuk menjadi Ahli Parlimen di Batu Kawan dan akhir-akhir sekali saya menyokong perbelanjaan yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Terima Kasih.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan; Terima kasih Bukit Tengah dan seterusnya Ahli Kawasan Bertam.
Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab bin Mohd. Ishaq); Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Speaker, Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera. Alhamdulillah kita panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kali ini dapat bersidang dengan sempurna. Pilihanraya Umum ke-15 telah pun melabuh tirai namun bahangnya masih lagi terasa disebabkan pembentukan Kerajaan Pusat yang baru masih belum dilaksanakan. Bertam menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia dan Pulau Pinang berdoa agar kerajaan yang bakal ditubuhkan merupakan sebuah kerajaan yang prihatin dan bersih demi kestabilan negara. Ucapan terima kasih Bertam zahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi untuk memastikan masa depan kita terjamin. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, ada beberapa perkara yang ingin Bertam bangkitkan di Dewan yang mulia ini berkenaan kawasan Bertam sendiri. Bertam ingin menyentuh berkenaan infrastruktur di kawasan Taman Rupawan, untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat jalan pintas dari Taman Rupawan kepada Pusat Bertam Perdana merupakan laluan alternatif yang kerap digunakan oleh penduduk sekitar Pongsu Seribu, Taman Seri Serdang, Taman Rupawan malahan menjadi laluan utama kepada penduduk yang ingin terus ke pusat bandar Bertam Perdana. Melalui jalan kiosk ini, ini adalah maaf, jalan ini merupakan jalan yang cukup penting yang digunakan oleh pengguna jalan raya setiap hari disebabkan jalan ini adalah jalan pintas yang cepat dan selamat. Namun, apabila kawasan ini dijadikan kawasan laluan alternatif maka persimpangan laluan ke Taman Rupawan ke Pongsu Seribu atau pun Pajak Song turut terkesan dengan jumlah bilangan kenderaan yang melalui jalan tersebut. Kawasan itu menjadi sesak di waktu puncak. Oleh itu, Bertam sekali lagi ingin memohon untuk pihak berkuasa melihat kembali keperluan memasang lampu isyarat di persimpangan keluar ke Pongsu Seribu, Jalan Pajak Song dari Taman Rupawan atau pun Taman Seri Serdang. Bertam juga ingin tarik perhatian pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk meninjau, membuat pemantauan jalan-jalan seliaan Majlis Bandaraya Seberang Perai. Untuk makluman, jalan di hadapan Bank Islam, Kepala Batas memerlukan pembaikan disebabkan kawasan tersebut merupakan kawasan tumpuan dan jalannya berlopak. Aduan daripada penduduk serta pengguna jalan tersebut juga telah diajukan kepada pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai namun masih belum dapat apa-apa reaksi ataupun tindak balas yang sepatutnya. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bercakap mengenai sukan yang menjalinkan hubungan antara kaum di negara kita amnya negeri kita Pulau Pinang khususnya. Bertam ingin menarik perhatian Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk melihat
serta meninjau gelanggang Majlis Sukan Negeri di Titi Mukim. Tinjauan yang dibuat secara sepintas lalu gelanggang itu seperti tidak digunakan sepenuhnya. Dewan di dalam kawasan tersebut tidak terurus dan perlukan pembaikan dan agak malangnya kita mempunyai gelanggang dan dewan tetapi tidak digunakan secara optimum. Bertam harapkan agar pihak yang bertanggungjawab akan lebih memberi perhatian kepada gelanggang yang telah sedia ada ini. Dan seni mempertahan diri seperti silat, karate, judo, muay thai dan sebagainya patut digalakkan di semua peringkat. Apa yang Bertam dapat perhatikan seni silat Melayu agak terpinggir dari segi kemudahan untuk latihan. Gelanggang yang ada amat tidak selesa malah tidak lagi sesuai digunakan dan Bertam mengambil contoh gelanggang silat di kampung. Gelanggang di buka dan hanya berpagar atap atau pun zink tiada pelapik pun mat…(dengan izin), apabila berlatih pendek kata soal keselamatan semasa di gelanggang latihan tidak begitu dititikberatkan. Soalan Bertam adakah persatuan-persatuan silat ini berdaftar dengan Majlis Sukan Negeri atau pun mereka tidak perlu mendaftar atau bagaimana. Jika berdaftar adakah mereka boleh mendapat atau menerima geran ataupun sumbangan daripada Kerajaan Negeri. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Bertam ingin menarik perhatian sekali lagi berkenaan lampu limpah Stadium Bola Sepak Majlis Bandaraya Seberang Perai di Bertam. Isu ini pernah dikemukakan permohonannya untuk kemudahan ini diadakan seperti mana kita tahu kawasan tersebut atau pun stadium tersebut digunakan untuk permainan bola sepak tetapi alangkah baiknya sekiranya lampu limpah dapat disediakan agar pemainan bola sepak ini dapat juga dijalankan pada sebelah malam dan stadium tersebut dapat digunakan dengan sebaik mungkin (to usefull potensial) dan kita Bertam harapkan permohonan ini dapat diberikan perhatian yang serius dan Bertam harapkan satu jawapan yang mantap ataupun jawapan yang khusus dapat diberikan secepat mungkin. Dan Bertam juga mohon agar padang untuk lawn ball, maaf di kompleks MBSP itu baik pulih dengan segera inilah satu satunya padang untuk lawn ballest kita berlatih di Seberang Perai Utara dan inisiatif pejabat EXCO Belia dan Sukan untuk mempercepatkan proses pemulihan atau pembaikan ini amat amatlah diharapkan. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kawasan Padang Benggali, Bertam cadangkan sebagai kawasan eco-pelancongan masih lagi belum dapat jawapan yang pasti. Kawasan Padang Benggali hinggalah Kuala Bekah merupakan kawasan pohon api-api tumbuh dan tidak boleh diganggu. Kawasan ini juga mempunyai tarikan tersendiri yakni kehadiran burung-burung hijrah yang singgah di kawasan tersebut. Oleh itu, Bertam memohon Kerajaan Negeri melalui EXCO Pelancongan untuk menilai akan kesesuaian kawasan ini untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong. Dan untuk makluman semua Bertam mempunyai rangkaian tarikan yang tidak kurang hebatnya dan jika ianya dimajukan seperti kawasan Padang Benggali, Bandar Kepala Batas dijadikan Bandar Warisan, Taman Herba Bertam, rangkaian hotel-hotel bertaraf dua hingga tiga bintang juga hotel-hotel bajet dan juga kawasan hub makanan di Kiosk Bertam. Bertam telah mencadangkan sebelum ini agar satu kajian dibuat untuk membolehkan Bandar Kepala Batas yang terkenal dengan sejarah tersendiri dijadikan Bandar Warisan. Kepala Batas adalah bandar kelahiran ulama yang menetapkan tarikh kemerdekaan negara kita dan Kepala Batas merupakan bandar yang ada kaitan sejarah dengan kemerdekaan negara kita. Tempat kelahiran Tun Abdullah Badawi iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia, rumah sejarah yang merupakan rumah kelahiran Yang Berbahagia Tun Abdullah Badawi juga patut diberi tumpuan. Jadikanlah rumah ini sebagai satu tarikan pelancong dari dalam atau pun luar negara. Rumah kelahiran ini boleh diabadikan sebagai sejarah Malaysia dan Pulau Pinang seperti yang dibuat ke atas rumah kelahiran Yang Berbahagia Tun Mahathir di Kedah dan lain-lain tokoh di seluruh negara.
Kepala Batas juga tempat bermulanya fenomena ghazal parti yang terkenal pada satu ketika dahulu dan malangnya pada ketika ini, pada masa ini tiada lagi Youtube channel atau pun Facebook, Instagram dan sebagainya. Jika tidak ini menjadi satu fenomena yang luar biasa. Usaha untuk memperkenalkan Kepala Batas sebagai tempat kelahiran kumpulan ghazal parti sebagai warisan budaya telah dibuat oleh beberapa NGO namun usaha ini tidak ke mana kerana kekurangan sokongan daripada Kerajaan Negeri dan Bertam berharap dan mencadangkan agar usaha daripada beberapa NGO ini akan mendapat perhatian dari EXCO Pelancongan. Khazanah Melayu di Pulau Pinang ini janganlah dibiarkan terhapus. Oleh itu, sekali lagi Bertam mohon agar Kerajaan Negeri dapat menilai dan mempertimbangkan agar Bandar Kepala Batas dijadikan Bandar Warisan yang bersejarah. Deretan kedai pada zaman penjajah masih ada di sekitar Bandar Kepala Batas walaupun ianya tidak sehebat Armenian Street tetapi peninggalan itu masih ada dan masih dirasai. Akhir kalam, Bertam ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jentera PRU Perikatan National Kepala Batas, dan semua penyokong serta pengundi yang telah berganding bahu, bekerja keras memastikan kemenangan Perikatan National di Kepala Batas. Bertam berbangga menjadi sebahagian daripada pasukan mantap yang telah mencipta sejarah di Kepala Batas, pucuk dicita ulam mendatang, pucuk pauh delima batu. Walaupun di sini Bertam pembangkang namun kita tetap bersatu, sekian Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Bertam, teruskan Yang Berhormat Batu Lancang or Pulau Tikus
Batu Lancang sudah berucap tadi, terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Pertama sekali kerana kita ada juga dalam musim World Cup sekarang harap Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua boleh bagi injury time untuk ucapan saya.
Tapi bukan macam semalam ya, 14 minit dan 10 minit, sorry
It‘s okay selamat tengahari dan salam sejahtera Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, negara kita masih berada dalam satu situasi ketidakpastian sekarang, kita baru sahaja selesai Pilihanraya Umum Ke – 15 dan dalam keadaan di sekeliling semua masih belum selesai, tergantung, tetapi kita boleh mendapat keselesaan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kekal dan tidak terjejas dan masih memperjuangkan hak rakyat Negeri Pulau Pinang. Rakyat negeri Pulau Pinang sentiasa akan mendapat kestabilan daripada Kerajaan kita sejak 2008 kita semua telah memang membawa kestabilan dan kemajuan dan sebab itulah apabila pilihan raya negeri datang pada tahun depan, kita tidak takut dan akan terus memberi hak kepada rakyat untuk memilih dan kita percaya mereka akan pilih kita semula sebagai Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memang tidak boleh dibandingkan boleh melihat. Antara isu-isu yang kita menghadapi dalam pentadbiran ini kerana semua pentadbiran pun kita ada peluang untuk membuat penambahbaikan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana membentangkan Bajet 2023 pada masa seperti ini satu bajet yang kukuh akan memberi jaminan kepada rakyat negeri Pulau Pinang tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana pimpinan negeri ini dalam pimpinan negeri ini kita telah menjadi pengeksport utama dengan sumbangan 33.2 peratus daripada nilai eksport negara setakat September 2022. Dato’ Yang di-Pertua, antara aset yang terbesar yang terpenting untuk kami di Pulau Pinang adalah bakat-bakat anak-anak muda kita, orang anak-anak muda yang berbakat ini sangat berharga dan kalau kita memang kehilangan mereka kepada bukan sahaja kepada ibu negara tetapi kepada negara-negara jiran memang susah untuk mendapatkan mereka balik lah. Mungkin satu generasi masih akan kembali tetapi kalau generasi yang akan datang memang kita mesti face the reality…(dengan izin), bahawa kalau mereka menetap di negara lain kemungkinan besar mereka tidak akan kembali. So oleh itu kita mesti bekerja keras untuk memastikan bahawa anak-anak muda yang berbakat kita ini boleh kekal di Negeri Pulau Pinang dan menyumbang kepada ekonomi kita, menyumbang kepada masa depan kita kerana satu negeri atau negara yang tanpa anak-anak muda yang berbakat memang tidak dapat memang tidak dapat melangkah ke depan. Ini adalah sesuatu yang penting tetapi kita harap dari segi Kerajaan Negeri kita boleh buat dari pihak kita memang kita akan mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan anak-anak muda tetapi saya harap dari segi Kerajaan Persekutan juga mereka akan membuat apa yang patut untuk isu ini juga, jangan kita hanya kalau ada isu-isu yang tak ada cukup manpower untuk sesuatu pekerjaan buka untuk warga asing untuk mengambil pekerjaan itu kerana boleh melihat di negara-negara lain kalau ada pendapatan warga asing yang berbakat skilled migrant workers maybe boleh contribute kepada ekonomi untuk membantu kita mempelajari satu skill set yang baru tetapi kalau membawa hanya masuk adalah unskilled migrant workers memang kita akan terjerat dalam satu ekonomi. So oleh itu sebelum kita cakap pasal nak bawa migrant workers datang ke Negeri Pulau Pinang kita patut concentrate untuk mengekalkan bakat-bakat di sini dahulu dan itu adalah sesuatu yang kita tidak boleh take for granted sebab inovasi ini adalah penting. Tanpa inovasi kita tidak dapat mempelajari skill set yang baru tetapi kalau mereka anak-anak muda yang berbakat tidak dapat melihat bahawa peluang atau penghargaan untuk bakat mereka tidak dapat dihargai di sini mereka memang akan cari tempat lain sebab ada banyak yang telah pergi ke negara lain mempelajari satu bidang yang tak ada market di sini. So bila datang ke sini untuk mencari kerja memang tak dapat cari kerja yang memerlukan skill set mereka dan terpaksa mereka pergi ke tempat lain. Tetapi kalau kita boleh mempelajari untuk your hardness skill set yang baru ini untuk ekonomi kita mungkin kita boleh menarik mereka untuk kembali sebab boleh melihat di negara-negara lain always looking into new skill set, new industry, new innovation kita juga mesti melangkah ke depan. Saya tahu Kerajaan Negeri Digital Penang telah mengambil banyak langkah untuk hardness innovation tetapi we still have a lot of work to do lah untuk mengekalkan bakat-bakat kita sebab walaupun dalam generasi kita pun banyak yang selalu cakap kepada anak-anak muda bila sudah belajar tinggi lepas itu pergi cari kerja di negara lain dan jangan balik. This is not something I want to hear in the coming years already alright? Sebab Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi banyak peluang yang baru yang sebelum kita mentadbir kerajaan di 2008 memang tak ada harapan itu sekarang kita ada harapan di Negeri Pulau Pinang pun intended. Juga kita mesti mengkaji mengapa negara-negara lain boleh memikat atau menarik bakat-bakat kita apa what do they have we don’t have we have to learn from them sebab bukan sahaja jangan just look at penukaran mata wang kita tahu bahawa the ringgit is under performing right now bukan sahaja pasal itu mesti ada reasons apa yang kita masih ketinggalan dalam situasi itulah.
Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana masih meneruskan program biasiswa Penang Future Foundation dan institusi-institusi seperti Penang Science Cluster dan Tech Dome. Ini akan memastikan bahawa anak-anak muda kita akan ada interest dalam inovation dan juga akan pergi ke industri dalam bidang sains tetapi it‘s still the overal big problem that we still have to work on and also what is stopping kalau orang boleh menarik dari sini kita pun boleh menarik dari tempat lain and I believe Penang adalah tarikan kepada bakat-bakat anak-anak muda daripada kawasan utara Semenanjung Malaysia memang sebab we are the most successful government in this area and I believe boleh cakap Penang State Government is the most successful state government in the whole of Malaysia. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana sentiasa prihatin terhadap golongan Kurang Upaya atau OKU. Sebagai seorang abang kepada adik perempuan kurang upaya yang ada autism, saya akan sentiasa memperjuangkan hak-hak golongan kurang upaya sehingga reka bentuk sejagat penuh dapat dicapai, banyak yang tidak memahami kepentingan reka bentuk sejagat ini tetapi walau pun kita masih ada keupayaan penuh sekarang satu hari setiap orang pun akan jadi tua. Apabila usia meningkat kebolehan accessibility kita akan lebih terhad. Saya harap Kerajaan Negeri akan sering menambahbaikan senarai semak audit accessibility kita dengan membandingkannya dengan cara-cara negeri atau negara yang lain saya rasa kalau nak bandingkan pun kena bandingkan dengan negara yang lain kerana nak bandingkan di antara Negeri Pulau Pinang lah yang paling hebat, Penang Leads. Saya juga berharap Kerajaan Negeri dapat meningkatkan kuasa penguatkuasaan dengan pelantikan inspektor sepenuh masa untuk reka bentuk sejagat untuk memastikan pematuhan kepada senarai semak audit ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin meminta pihak berkuasa sama ada negeri atau pun persekutuan untuk menolong juga di kawasan KADUN Pulau Tikus hanya ada satu tempat yang sering banjir lah iaitu kawasan Tanjong Tokong, kawasan Kampung Masjid dan persekitarannya. Memang kita tahu infrastuktur perparitan adalah punca pembanjiran dan ini bukan sesuatu yang baru dan banyak sudah dekatlah saya harap kerana ada perfect storm air pasang dan hujan lebat memang banjir akan berlaku tak sering macam tempat lain tetapi masih adalah sesuatu yang kita boleh melihat lah dan cuba untuk menambahbaikan, harap pihak berkuasa persekutuan juga akan menolong dengan peruntukan yang lebih banyak untuk tebatan banjir di seluruh negeri Pulau Pinang marilah kita semua berkhidmat demi keselamatan dan keselesaan rakyat. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Persiaran Gurney atau Gurney Drive merupakan satu tempat yang dekat dengan hati saya. Memang sakit hati apabila sebelum kita mengambil alih Kerajaan Negeri pada tahun 2008 pentadbiran sebelum ini telah memusnahkan Persiaran Gurney. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan yang sedang melaksanakan projek Gurney Wharf supaya Persiaran Gurney boleh kembali bersinar. Kepada pengkritik-kritik yang sebelum ini yang telah melihat dan memberi banyak komen yang negative, I said if you are not from around Gurney Drive, please do not think you know how it feels to see it being destroyed okay saya telah melihat pemusnahan Persiaran Gurney pada zaman pada zaman persekolahan saya dan telah melihat ini memang menyakitkan hati yang mengkritik itu memang tidak tahu kalau you prefer the rubbish and mudflats I do not know what you are talking about lah. Projek ini akan menjadi warisan kita yang baru saya amat bangga saya seorang ADUN Pulau Tikus dari Pakatan Harapan yang membawa pembaharuan yang bukan pentadbiran yang lain yang membawa kemusnahan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya masih mengharapkan Kerajaan Negeri akan bertemu terus bertemu dengan stake holder dalam industri seni bukan sahaja seni dari lukisan tetapi seni persembahan. Sampai sekarang masih banyak artis-artis masih memerlukan pertolongan dalam setiap persembahan. Mereka datang jumpa saya kerana dari dulu memang saya adalah seorang peseni dalam seni persembahan inilah, so oleh itu kawan lama memang selalu akan datang cari juga untuk sokongan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi
dari segi publicity amat penting kerana mereka mengatakan bahawa ekonomi kita di sini masih not sustainable untuk mereka survive untuk menjadi full time. Mereka rela membuat persembahan, ada yang rela buat persembahan di Kuala Lumpur dan negara lain. Mereka mengatakan bahawa exposure dan perbelanjaan di sini tahap perbelanjaan di sini tidak cukup. Saya tetap akan memperjuangkan hak-hak mereka dan saya harap bahawa dari segi publisiti dan juga sokongan Kerajaan Negeri memang akan menolong lebih bukan sahaja mengikut how to say syarikat-syarikat yang mempromosikan kesenian ini tetapi terus berunding dengan stake holders dalam seni ini. Artis-artis ini ada kala mereka mahu satu outlet untuk menyuarakan isu-isu yang mereka hadapi dan kita sebagai satu Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat mesti pergi menjemput semua artis dalam industri ini untuk satu sesi perbualan atau forum. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya berharap Pihak Berkuasa Tempatan akan selalu meningkatkan tahap kebersihan kita. Apa yang membezakan pentadbiran kita dengan pentadbiran yang lain adalah bukan sahaja sistem pentadbiran bersih tetapi juga kita memastikan alam sekitar bersih. Saya berterima kasih kepada warga-warga PBT yang bekerja keras untuk menjaga kebersihan tetapi dengan setiap atau semua prestasi-prestasi yang kita buat semua pun boleh menambahbaikan. Saya juga mengharapkan kerajaan Negeri akan meningkatkan elaun Ahli-ahli Majlis walaupun elaun Ahli-ahli Majlis PBT kita adalah antara yang tertinggi di Malaysia akan tetapi kalau kita mahu memikat atau menarik bakat-bakat yang baru untuk menolong kita dalam pentadbiran negeri yang kita mencintai ini kita juga harap boleh bersedia untuk bersaing dengan pihak swasta untuk bakat-bakat ini kerana pihak swasta memang akan membayar gaji yang lebih tinggi dan apabila kita mahu Ahli-ahli Majlis PBT kita berkhidmat untuk rakyat sepenuh masa kita juga kena mempertimbangkan bebanan yang mereka hadapi kalau we want the best talent we should also be prepared to compete with the private sector. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, di antara masalah utama di Negeri Pulau Pinang ini adalah isu trafik yang semakin meningkat. Kejayaan Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menarik banyak dari seluruh kawasan Utara Semenanjung Malaysia seperti yang saya bangkitkan tadi terutamanya untuk datang mencari kerja dengan ini juga datang banyak kereta dan banyak population increase di seluruh Negeri Pulau Pinang. Oleh itu, masalah trafik ini akan semakin meningkat. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana pembinaan banyak laluan yang baru elevated road dan juga Penang of course you know kita punya Master plan yang sudah lama kita hendak implement tapi saya harap akan dipercepatkan kerana isu trafik ini semakin meningkat dan kita mesti buat apa yang kita boleh untuk menolong rakyat kita sebab kita tahu apa yang kritik-kritik mengatakan tentang Transport Master Plan kita cakap ini adalah buang masa, ini semua kena environment berbasikal, saya tidak pernah melihat satu kritik berbasikal tetapi banyak komen datang daripada mereka. Kita sebagai Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dipilih untuk rakyat untuk menyempurnakan kehidupan mereka bukan untuk membebankan mereka. Kalau mereka hendak cakap traffic jam itu adalah normal I like them to try in there every day untuk pergi kerja balik. Kita mesti mempercepatkan apa yang kita boleh untuk meringankan bebanan rakyat. Dua (2) tahun COVID-19 telah menambah banyak bebanan kepada rakyat kita. Banyak kilang kerja dan banyak sekarang sedang membina semula kehidupan mereka. Kita patut menolong mereka and the one of the best ways is sustainability. Tadi saya cakap accessibility saya cakap untuk orang kurang upaya sekarang accessibility untuk pergi dari point A ke point B untuk pekerjaan this is very important because economy run fast economy time is money in economy. Kalau kita lambat saja memang akan hilang peluang berdaya saing dengan tempat-tempat lain dengan globalization. Kita boleh melihat sekarang ada negara yang sebelum ini bukan, you know bukan competitor kepada kita pun sudah jadi competitor. Competitor memang akan meningkat dari semasa ke semasa. Kita negara ini masih tidak cukup ekonomi kita tidak masih tidak cukup besar untuk memberi peluang pekerjaan kepada semua rakyat.
Oleh itu kita masih memerlukan FDI. Oleh kerana kita memerlukan FDI tidak kurang pun, you know competitor daripada negara-negara lain untuk FDI yang sama ini. Oleh itu kita mesti mempercepatkan penaiktarafan infrastruktur kita bukan sahaja dari infrastruktur penggunaan awam tetapi infrastruktur untuk connection point A ke point B…(gangguan).
Yang Berhormat Pulau Tikus. Satu minit lagi.
Injury time berapa minit?
Sudah masuk enam minit tinggal satu minit lagi.
Saya ingat masih world cup season boleh bagi lebih. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, rakyat telah memilih kita untuk mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk lima (5) tahun sekarang sudah tahun keempat pertengahan tahun keempat dan hasrat kita dan semua di sini saya percaya adalah untuk memperjuangkan kemajuan Negeri Pulau Pinang yang kita sama-sama mencintai ini. Jelas dengan keputusan Pilihanraya Umum Parlimen baru-baru ini bahawa rakyat Negeri Pulau Pinang masih memberi kepercayaan kepada kita dan kita tidak akan mengkhianati mandat rakyat seperti beberapa pengkhianat Nasional dan kita akan terus memperjuangkan hak-hak rakyat Negeri Pulau Pinang dan juga menyempurnakan kehidupan harian mereka. Itulah asas perjuangan kita sebagai Wakil-wakil Rakyat Pakatan Harapan. Dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Pulau Tikus. Teruskan dengan Yang Berhormat Pengkalan Kota.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih atas kesempatan dan juga peluang untuk turut mengambil bahagian untuk di dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 21 November 2022. Di sini saya turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah berjaya membentangkan belanjawan buat kali kelima yang membawa tema :Pembangunan Mampan Mensejahterakan Rakyat”. Saya ingin memuji kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah mengambil pendekatan inklusif dengan mengadakan sesi libat urus bersama dengan pihak-pihak berkepentingan dan agensi-agensi yang juga terlibat sama bagi membentuk belanjawan yang dibentangkan ini untuk tahun 2023. Dalam era pasca pandemik COVID-19 ini negara kita berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya cabaran ekonomi di mana nilai mata wang ringgit yang lemah telah
mengakibatkan peningkatan kos bahan mentah dan pelaksanaan projek pebangunan untuk rakyat Pulau Pinang ini. Setiap sen yang dibelanjakan buat masa kini adalah berbeza nilainya berbanding dengan setiap sen yang kita belanjakan sebelum pandemik COVID-19 ini melanda tapi belanjawan ini saya yakin di mana meskipun kita telah membentangkan sebuah belanjawan defisit tapi saya yakin ini telah menunjukkan tekad Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda pembangunan kita demi rakyat Pulau Pinang yang kita cintai. Saya percaya dengan cara ini kita secara langsung atau pun tidak langsung dapat memberikan suntikan kepada pembangunan ekonomi dan juga sosial di Negeri Pulau Pinang ini pada saat negara kita berhadapan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Pilihanraya Umum Ke 15 yang baru saja dimuktamadkan merupakan PRU yang julung kali dalam sejarah diadakan tidak bersama ataupun tidak serentak bersama dengan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Pulau Pinang yang telah memberikan sokongan padu kepada Pakatan Harapan yang telah memenangi 10 daripada 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Pulau Pinang ini. Pilihanraya Umum kali ini keputusan yang telah dicatatkan adalah satu petunjuk kepada semua supaya usaha atau gerak kerja dapat dipertingkatkan sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan pada tahun depan. Kita boleh mengambil keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Pulau Pinang melalui Pilihanraya Umum bagi kerusi Parlimen kali ini untuk kita lihat kembali benda-benda yang harus memperkukuhkan memperkuatkan. Sebenarnya saya rasa pilihan raya kali ini adalah satu midterm election khususnya kepada kerusi-kerusi Dewan Undangan negeri di Pulau Pinang ini dan perlu kita ambil iktibar untuk kita mempertingkatkan lagi kelemahan kita khususnya. Namun saya rasa amat khuatir tentang sebaran maklumat yang tidak tepat yang berasaskan perkauman, keagamaan yang melampau dan impaknya terhadap masyarakat kita khususnya kepada golongan pemuda. Tadi rakan saya daripada Bukit Tengah turut membangkitkan kerisauan beliau dan di mana secara hakikatnya kita boleh lihat di laman sosial media baharu seperti TikTok di mana isu-isu sentimen perkauman dan keagamaan telah membara dan sememangnya ini adalah satu situasi yang negatif khususnya terhadap negara Malaysia yang majmuk dan aman damai. Isu politik wang berleluasa juga telah mencemarkan sistem Pilihan Raya Demokrasi negara kita. Jangan kita menggadaikan masa depan negara semata-mata demi habuan yang terletak di hadapan mata sekarang. Negara tercinta Malaysia ini layak menerima politik yang positif dan lebih baik daripada apa yang kita nampak pada hari ini. Jangan gadaikan Negara Malaysia yang progresif dan demokratik dengan menggunakan isu perkauman dan keagamaan yang melampau. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di mana pada belanjawan yang telah dibentangkan ini kerja-kerja penyelenggaraan projek perumahan awam dan milik swasta turut diberikan keutamaan oleh kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM13 juta dalam kerja membina menaik taraf dan penyelenggaraan projek perumahan murah serta RM6.8 juta telah diperuntukkan kepada tabung penyelenggaraan maksima 80 peratus untuk membantu khususnya projek-projek Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah yang harga jualan asalnya tidak melebihi RM150,000 untuk membantu mereka di dalam kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan yang sewajarnya. Projek penyelenggaraan yang berterusan oleh Kerajaan Negeri dan juga pada seketika masa dahulu yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah membuahkan hasil apabila pada tahun ini kesemua skim perumahan yang layak di kawasan DUN Pengkalan Kota ini telah menerima sekurang-kurangnya satu projek penyelenggaraan hasil daripada polisi dan dasar yang baik ini dan juga projek ini telah pun dijalankan melalui kaedah perkongsian kos ataupun dengan izin cost sharing bersama dengan perbadanan pengurusan atau badan pengurusan bersama yang berkenaan.
Impak projek penyelenggaraan ini boleh di lihat secara ketara di mana selain daripada memastikan lif-lif semua dapat berfungsi dengan baik, kita juga nampak kesannya apabila baru-baru ini apabila Negeri Pulau Pinang dilanda dengan isu bekalan air yang terjejas akibat daripada isu banjir yang melanda di Daerah Baling. Kita boleh lihat ada rumah-rumah skim rumah pangsa, flat-flat di mana tangki airnya telah berjaya diselenggarakan tangki airnya berfungsi dengan baik. Penduduk di kawasan tersebut tidak perlu risau tentang bekalan air yang tergendala ini sebab memang sekiranya tangki air itu berfungsi mereka masih mempunyai simpanan air untuk sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam. Dan ini saya rasa adalah salah satu hasil daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam menyalurkan peruntukan untuk membantu kerja-kerja penyelenggaraan untuk rumah-rumah pangsa ini. Jadi kita lihat untuk skim-skim ini telah menerima manfaat, tetapi kita juga perlu melihat kepada skim-skim yang telah dibangunkan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di mana saya difahamkan pada asalnya PDC juga memainkan peranan yang sedemikian dengan kaedah perkongsian bersama dengan Perbadanan Pengurusan atau pun Badan Pengurusan Bersama untuk melaksanakan projek penyelenggaraan kemudahan dan infrastruktur. Tetapi peranan ini semenjak operasinya Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) secara rasminya pada tahun 2021, peranan ini pun telah diserahkan kepada LPNPP. Tetapi saya juga ingin mengambil kesempatan disini untuk menyeru supaya pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang bolehlah mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaraan secara spesifiknya untuk Projek Pangsapuri Pelangi di mana pada asalnya apabila kita membantu untuk menubuhkan Perbadanan Pengurusan untuk salah satu komitmen yang telah diberikan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang adalah untuk membantu dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi skim tersebut dan tidak lupa juga kepada kawasan Perumahan Kluster di Pintasan Cecil khususnya dari segi keadaan perparitan dan longkang yang sudah sekian lama tidak dapat dinaiktarafkan dan juga dengan jalan-jalan utama di kawasan perumahan Pintasan Cecil tersebut. Saya harap pihak PDC boleh memainkan peranan dan mengambil tindakan segera bagi meningkatkan lagi keadaan dan juga kemudahan di kawasan tersebut demi kesejahteraan penduduk di kawasan setempat. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kawasan Clan Jetties yang menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara telah dipulihkan kemeriahannya pada era pasca Pandemik COVID-19 ini. Sepertimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri apabila membentangkan belanjawan tentang betapa rancaknya pelancong ataupun pelancongan kapal persiaran yang berlabuh di terminal kapal persiaran ini. Di mana kawasan Clan Jetties lah yang merupakan kawasan tarikan pelancong yang paling dekat dengan terminal kapal persiaran ini, di mana dengan jalan kaki mereka pelancong-pelancong ini boleh sampai ke Clan Jetties dan yang paling best sekali ini adalah tempat tarikan yang percuma, secara percuma kepada para pelancong ini. Akan tetapi cabaran ekonomi sepertimana yang tadi saya telah sebutkan tadi, telah mengakibatkan kos penyelenggaraan kemudahan dan infrastruktur di kawasan Clan Jettie ini kian melambung, di mana salah satu isu yang mana teramat penting adalah pembekalan Kayu Cengal Batu yang merupakan satu-satunya bahan kos mentah yang digunakan untuk tujuan penyelenggaraan jeti dan penyelenggaraan bangunan kediaman di kawasan Clan Jettie jadi ini bukan sahaja dari segi bekalannya terhad, harganya telah dinaikkan tetapi stok atau pun bekalan yang ada di pasaran sekarang, kayu dia belum sampai usia yang sepatutnya lagi. Sebab kayu ini apabila tinggi harganya dia, ada orang cepat-cepat nak jual, nak sediakan itu bekalan dulu tetapi telah lupa di mana sekiranya usia pokok tu, usia kayu tu sekiranya tidak mencapai satu tahap yang sesuai apabila terkena dengan air dia akan kembung. Jadi itu antara cabaran yang besarlah khususnya kepada penyelenggaraan di kawasan Clan Jettie. Dan saya ingin ambil kesempatan di sini untuk ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang merupakan mantan Ahli Parlimen Tanjong serta agensi-
agensi yang berkenaan kerana telah berjaya di dalam sejak Tahun 2018, dalam beberapa tahun ini berjaya melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jeti di Ong Jettie, Lee Jettie, Tan Jettie dan Yeoh Jettie. Tidak lupa juga dengan bantuan projek pembaikan rumah kampung di bawah MMK Pembangunan Desa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Penanti di mana beberapa rumah usang di dalam kawasan Clan Jettie turut berjaya dilaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang sewajarnya untuk membantu khususnya penduduk yang berpendapatan rendah di kawasan tempat tersebut. Akan tetapi salah satu isu juga yang sering di timbul apabila kita berbicara ataupun menyoalkan tentang kelestarian penduduk di kawasan Clan Jettie ini adalah berkait rapat dengan lesen pendudukan sementara di kawasan tersebut. Di mana kita pun faham, kita pun akur di mana terdapat syarat-syarat yang tertentu yang membenarkan seseorang individu untuk mengemukakan permohonan lesen pendudukan sementara daripada Pejabat Daerah dan Tanah dan juga daripada Kerajaan Negeri dan cumanya saya khuatir syarat-syarat yang dikenakan ini akan membawa impak khususnya kepada generasi pelapis kepada penghuni asal di kawasan Clan Jettie disini yang berkemungkinan besar telah memiliki hartanah atau pun rumah di kawasan lain di Pulau Pinang ini. Bagi mengelakkan situasi seperti mana yang kita boleh saksikan di Kawasan Sardinia, di Italy di mana kerajaan di sana telah menawarkan sebanyak Euro15,000.00 untuk menarik penduduk baharu untuk kembalikan kepada kawasan kampung itu untuk menetap di mana situasi yang sama kita telah menyaksikan di Jepun, di mana fenomena (dengan izin)…Ghost Village ataupun dikenali sebagai AKIYA turut menyaksikan insentif subsidi diperkenalkan dari segi menawarkan harga rumah secara murah ataupun memberikan subsidi penyelenggaraan kepada penduduk supaya kembali kepada kawasan perumahan atau pun kampung yang rumah itu telah ditinggalkan untuk meneruskan kemampanan kawasan perumahan tersebut. Jadi untuk memastikan situasi yang sama dapat dielakkan di kawasan Clan Jettie ini saya merasakan satu perancangan awal perlu dilihat oleh Kerajaan Negeri bagi mengelakkan situasi yang saya sebutkan tadi lah. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mencadangkan supaya agensi seperti Perbadanan Ketua Menteri boleh meninjau kebolehlaksanaan untuk kita melaksanakan satu terma sewa yang bersesuaian dan juga berpatutan di samping kita boleh mengenakan syarat yang sewajarnya misalnya dari segi tempoh penetapan ataupun penyelenggaraan untuk menjaminkan kelestarian kawasan Clan Jettie ini. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bangunan Warisan Usang di kawasan bandar George Town juga merupakan salah satu isu utama yang sering kali dibangkitkan di mana terdapat unit-unit bangunan usang yang telah ditinggalkan oleh pemilik asal, mungkin di atas sebab-sebab atau pun faktor-faktor tertentu. Ada di kalanya mungkin dari segi perundangan untuk warisnya, ada di antara mereka, dan juga di antara mereka yang sedang menunggu satu harga pasaran yang lebih baik sebelum dapat membuat sebarang keputusan sama ada nak menjualkan bangunan tersebut atau tidak. Menurut jawapan bertulis yang saya terima, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengenal pasti sebanyak 70 bangunan warisan usang di dalam kawasan George Town dan di dalam jawapan yang diberikan tersebut langkah-langkah perundangan seperti Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan juga Seksyen 83, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 adalah kaedah utama pihak MBPP dapat mengambil tindakan ke atas bangunan-bangunan warisan usang ini. Tapi saya rasa sepatutnya lebih banyak lagi kita boleh lakukan bagi menangani isu bangunan warisan usang yang terbiar ini. Baru-baru ini pada 14 November sebuah bangunan warisan usang telah mengalami kerosakan apabila pokok besar di dalam kompaun bangunan tersebut telah tumbang di Jalan C.Y Choy dan nasib baik kerosakkan itu tidak mengakibatkan sebarang insiden kemalangan ke atas pengguna jalan raya iaitu di Jalan C.Y Choy dan juga dekat Gat Lebuh Noordin juga lah. Saya ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak MBPP yang telah mengambil tindakan segera untuk mengosongkan pokok yang tumbang tersebut
melalui Jabatan Landskap dan juga Jabatan Kawalan Bangunan yang turut telah mengeluarkan notis demi notis kepada pemilik bangunan, namun tiada tindakan yang masih diambil untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku. Saya rasa sudah tiba masanya tindakan yang lebih drastik dan aktif dapat diambil untuk mengelakkan kejadian ini berlaku. Situasi bangunan warisan usang ini bukan sahaja merupakan satu ancaman terhadap pengguna jalan raya dan juga lot-lot jiran berdekatan dengan bangunan ini, malahan Ia juga turut mendatangkan impak yang saya anggapkan agak negatif khususnya pemandangan di sekitar kawasan bandar George Town, bandar warisan ini. Jadi saya harap pihak Kerajaan Negeri mungkin boleh adakan cadangan atau pun mengadakan tindakan yang lebih tegas dan aktif untuk memastikan bangunan-bangunan warisan usang ini tidak dibiarkan begitu sahaja. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, penyelenggaraan utiliti seperti elektrik, air dan pembentungan dan juga telekomunikasi khususnya di kawasan George Town merupakan satu cabaran yang besar di mana kita berhadapan dengan situasi persekitaran yang terbina atau pun (dengan izin)…Build Environment dan juga peningkatan permintaan dan penggunaan dengan wujudnya skim kediaman dan juga perniagaan yang baharu. Saya masih ingat isu ini pernah dibawa ke Dewan yang mulia ini dan Yang Berhormat Tanjong Bunga pagi tadi pada sesi soalan lisan turut telah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulau Tikus tentang isu yang samalah. Di mana terdapat satu jawatankuasa sedang memantau khususnya kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi dan pelbagai pihak di dalam penyelenggaraan utiliti di kawasan George Town ini. Tapi saya rasa meskipun terdapat ada satu jawatankuasa, kita masih mempunyai kekangan dari segi peruntukan ataupun masa yang berlainan bagi agensi-agensi yang terlibat ini untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan secara serentak atau pun dalam masa yang sama lah dan…(gangguan).
Yang Berhormat, Satu minit lagi.
Ya, dah nak habis saja, jangan risau. Isu ini bukan sahaja melibatkan agensi utiliti tetapi juga terlibat dengan agensi atau pun pembangunan oleh sektor swasta di mana di antara syarat-syarat yang telah dikenakan kepada mereka di atas permohonan kebenaran merancang adalah untuk menyelenggarakan atau pun menambahkan utiliti-utiliti dan infrastruktur ini di kawasan bandar George Town ini. Tapi saya nak ambil kesempatan di sini untuk ucapkan terima kasih kepada MBPP kerana tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan untuk mengeluarkan notis berhenti kerja bagi kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur yang telah mendatangkan kesan negatif kepada penduduk serta pengguna jalan raya di sekitar kawasan George Town ini. Tetapi saya ingin menyerulah perkara ini dapat dipantau secara rapi oleh semua agensi yang berwajib khususnya kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur ini dijalankan. Baru-baru ini kita menghadapi satu isu, di mana ada isu berkenaan dengan IWK. Walaupun kita lihat dari peta atau pun, (dengan izin).. mapping, yang telah disediakan tapi ambil maklumlah di mana bandar George Town banyak juga pembangunan dan juga perancangan yang telah dibuat setelah sekian lama. Kalau kita ikut mapping pun, nak cari itu man hole pun kadang kala itu lokasi pun akan silap. Ini adalah satu masalah yang benar-benar berlaku di mana ada isu punca kerosakan itu masih tidak dapat dikenalpasti berikutan dengan mapping yang tidak mengikut kepada persekitaran terbina di atas tapak ini. Jadi saya harap mungkin pihak Kerajaan Negeri perlulah memantau dengan lebih rapi lagi untuk mengelakkan isu-isu sebegini berlaku.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, salah satu isu yang ingin saya bangkitkan untuk perhatian Dewan yang mulia ini tentang tanah tebus guna yang terletak di PT 356 bersebelahan Lot 319 Seksyen 11E di Daerah Timur Laut iaitu tapak tebus guna yang telah dibangunkan selaras dengan pembangunan saluran paip dasar laut berkembar PTSP ketiga yang telah disiapkan di tahun 2020. Di mana tapak itu selepas ia telah disiapkan memang kita nampak terdapat isu-isu yang timbul lah, di mana situasi perubahan iklim yang datang sekali telah mengakibatkan banjir kilat walaupun tidak hujan di kawasan pekarangan tempat letak kereta Pangsapuri Pelangi. Tapi saya juga berterima kasih kepada Jabatan Kejuruteraan MBPP telah mengambil tindakan segera untuk memasangkan outlet duck-bill bagi mengurangkan impak banjir kilat tersebut tapi saya masih harap pihak yang berwajib seperti Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dan juga Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi isu tersebut. Tapi salah satu isu yang merisaukan saya adalah selepas tanah itu telah disiapkan baru-baru ini, kita boleh lihat terdapat kapal-kapal yang berlabuh di tanah tersebut dan saya telah mendapatkan kepastian daripada Pejabat Daerah dan Tanah dan mereka turut telah mengenal pasti bahawasanya tiada sebarang kelulusan telah diberikan oleh mana-mana syarikat atau pun mana-mana kapal untuk berlabuh di tanah tersebut. Jadi saya menyeru supaya tindakan penguatkuasa juga boleh diambil sebab takutlah itu kapal berlabuh di sana tak tahu mereka menjalankan apa-apa aktiviti yang mungkin akan mengugat ataupun mengacau kesejahteraan penduduk di kawasan setempat tersebut…(gangguan).
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kota.
Last sekali. Last sekali berkenaan dengan Penang FC. Last sekali. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, memang di dalam Dewan yang mulia ini rakan-rakan saya seperti daripada Bagan Dalam telah membangkitkan tentang isu Penang FC. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengulas sedikitlah selaku Ahli Lembaga bagi Penang FC. Saya bersama-sama dengan rakan saya Yang Berhormat Batu Uban. Sebagai…(gangguan).
Untuk jawab bagi pihak MMK Sukan?
Sebagai pihak…sebagai…sebagai peminat bola sepak kita pun faham apabila keputusan tidak baik fans-fans semua, peminat-peminat semua akan menunding jari kepada pihak pengurusanlah. Itu lazimnya biasa sebab saya peminat bola sepak saya pun berbuat demikian tetapi apabila pasukan menang tidak ada akan orang yang akan berterima kasih dengan pengurusan. Semua orang akan kata itu players yang perform….(gangguan)
Timbalan Dato’ Speaker, saya minta satu sahaja…(gangguan)…sekejap, sekejap satu minit.
Saya minta maaflah satgi tajuk ni you orang boleh bincang dengan Kelab Penang FC…(gangguan)
Kalau sekali dua okay. Dia selalu kalah sampai duduk tangga tercorot memang tak boleh…(ganguan)
Kalau pasukan menang tiap-tiap kali kita dah masuk World Cup lama dah.
Yang Berhormat Bagan Dalam….(gangguan)
Jangan masuk Premier League sudah…(gangguan)
Bagan Dalam masuklah sebagai player...
Yang Berhormat Bagan Dalam, bukan tiap-tiap kali kalah lah ada yang menang juga masa kita menang dengan KL ada dua (2) kali…(gangguan). Tapi masa menang dua (2) kali itu, tak ada orang akan berterima kasih dengan pihak pengurusan…(gangguan). Saya faham. Saya faham tapi itulah…(gangguan)
Ini Dewan bukan stadium bola.
Kita mengambil kritikan, kita mengambil teguran ini secara serius bukan kata kita tidak ambil ini secara serius. Kita memang memandang berat terhadap khususnya permintaan fans dari segi ini dan kita pun telah mengambil tindakan yang drastik di mana jawatankuasa-jawatankuasa yang khususnya bersama dengan pasukan teknikal untuk mengatasi isu-isu seperti pemilihan pemain, kita ucapkan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana turut sudi untuk membantu dari segi jawatankuasa khususnya pemilihan pemain dan juga jawatankuasa untuk melihat kepada prestasi pemain, kecergasan fizikal, pemasaran dan penajaan serta untuk menetapkan SOP-SOP yang berkenaan untuk memastikan pengurusan Penang FC dapat berfungsi dengan baik. Itulah kita faham ada kritikannya tapi jangan lupa juga di mana skuad SUKMA Pulau Pinang yang juga sebahagian di bawah Penang FC telah mencatatkan satu keputusan yang amat baik di dalam perlawanan persaingan bola sepak SUKMA baru-baru ini di mana selepas
22 tahun akhirnya di bawah pimpinan coach Akmal Rizal kita berjaya membawa skuad bola sepak kita masuk ke dalam final perlawanan akhir. Last sekali kita masuk ke dalam perlawanan akhir adalah apabila SUKMA dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 2000 dan juga rakan saya daripada Bagan Dalam membangkitkan tentang skuad SUKMA diserapkan ke dalam pasukan first team seperti mana yang telah dijawabkan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal ada dua (2) pemain yang akan masuk kepada skuad utama tapi 11 pemain akan beraksi untuk skuad simpanan di mana format yang baharu skuad simpanan dan juga skuad utama they can swap. Maksudnya kalau sekiranya ada pemain yang prestasinya baik kita boleh naik pangkat ke skuad utama dan sebaliknya kalau ada player yang kurang baik prestasinya kita boleh minta dia untuk main di liga simpanan. Itu format baharu dan harap ini akan membawa nafas baharu lah…(gangguan).
Terima kasih Pengkalan Kota.
Akhir kata..akhir kata..
Selamat tak ada deligation sahaja kalau tidak ada sudah masuk Premier League…(gangguan)
Okey akhir kata Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya rasa belanjawan yang dibentangkan kali ini sememangnya membawa Negeri Pulau Pinang di atas landasan yang baik dan stabil bagi mencapai Visi Penang2030 untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebuah negeri hijau pintar berteraskan keluarga dan sememangnya menjadi inspirasi kepada Negara Malaysia. Tanggungjawab untuk merealisasikan Visi Penang2030 bukan semata-matanya di bahu Kerajaan Negeri tapi di kalian Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang mulia ini tidak kira belah kerajaan ataupun pembangkang. Kita perlu memainkan peranan kami supaya Negeri Pulau Pinang dapat terus menjadi sebuah negeri impian yang akan membawa harapan kepada semua tidak kira kaum, agama, usia, jantina dan status sosial ekonomi. Jadi dengan kata-kata itu, saya memohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Kota. Peringatan kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat masa yang diberi hanyalah 20 minit. Jangan gunakan bola sepak atau World Cup untuk tambah masa. Tolong sikit. Diminta Yang Berhormat teruskan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam harapan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dato’, Yang Amat Berhormat Padang Kota, Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Enakmen Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun untuk 2023 di dalam Dewan yang mulia ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan atas kejayaan mempertahankan kerusi-kerusi Dewan Rakyat di negeri ini dan pada masa yang sama berjaya menawan kembali kerusi Dewan Rakyat kawasan Nibong Tebal dengan satu majoriti yang padu. Saya juga ingin mengucapkan tahniah khas kepada tiga (3) orang Ahli di dalam Dewan yang mulia ini iaitu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Air Putih dan juga Yang Berhormat Seri Delima atas kejayaan mereka dalam mempertahankan kerusi Dewan Rakyat Batu Kawan, Bagan dan Bukit Bendera. Semoga dengan adanya lebih ramai Ahli dari Dewan yang mulia ini berada di Dewan Rakyat. Perkara mustahak yang melibatkan Negeri dan Persekutuan bakal diketengahkan dengan lebih lantang di Dewan Rakyat pada masa yang akan datang. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kejayaan ini mencerminkan keyakinan rakyat Negeri Pulau Pinang terhadap tadbir urus yang cermat dan kepimpinan berwibawa Pakatan Harapan di negeri ini. Oleh itu yang demikian, jelas bahawa keyakinan tersebut telah diterjemahkan kepada sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang di peti undi pada Sabtu yang lalu. Kebolehan kita dalam menunaikan 90 peratus janji-janji manifesto dari tahun 2018 telah memberikan jaminan kepada rakyat bahawa kita akan terus mengutamakan rakyat, ia juga merupakan kayu pengukur kepada kesungguhan kerajaan ini untuk membawa perubahan dan reformasi yang tulen. Oleh kerana itu, intipati pembentangan belanjawan untuk tahun 2023 mencerminkan usaha berterusan kerajaan ini untuk membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Maka dengan itu, dalam perbahasan saya kali ini, saya juga akan menyentuh beberapa perkara yang melibatkan pembangunan negeri, pengurusan pentadbiran, perumahan, pengangkutan, keselamatan awam dan keterangkuman. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, untuk perkara pertama yang saya hendak bangkitkan adalah berkenaan pengangkutan. Masalah kesesakan lalu lintas merupakan satu dilema yang dihadapi puluh-puluh tahun lamanya. Oleh kerana kerajaan ini bertekad untuk menangani kesulitan tersebut dengan berkesan, maka seperti yang telah diketahui umum, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, dalam singkatan Bahasa Inggeris ‘PTMP’ telah diilhamkan. PTMP merupakan strategi pengangkutan yang menyeluruh, cekap dan bersepadu yang merangkumi prasarana pengangkutan darat dan laut. Di bawah komponen Jalan Utama dan Laluan Ketiga (PMRT), yang terdiri daripada tiga (3) jalan utama bebas tol iaitu : Pakej Satu – Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) dari Tanjong Bungah ke Teluk Bahang, Pakej Kedua – Jalan Pintasan Air Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Pakej Ketiga – Jalan Pintasan Persiaran Gurney – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Sukacita saya maklumkan dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa Pakej Kedua – Jalan Pintasan Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sedang mula dijalankan setelah sekian lama menunggu. Kegiatan pembinaan seperti kerja-kerja tanah dan pelebaran jalan yang melibatkan jentera berat boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Thean Teik dan Jalan Thean Teik. Bahu jalan juga telah ditutup. Penghadang jalan ditempatkan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya ketika pembinaan sedang dilakukan. Akan tetapi, ini secara tidak langsung telah mengakibatkan jalan sedia ada menjadi sempit dan telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak, (dengan izinnya)…rush hours. Kawasan Air Itam dan sekitar Jalan Thean Teik adalah kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi, oleh yang demikian tidak boleh dinafikan bahawa penggunaan jalan raya akan meningkat terutamanya pada waktu sibuk.
Saya ingin menegaskan bahawa dalam usaha kita menangani satu masalah, ia tidak seharusnya menjadi punca kepada masalah yang lain. Kita mengambil maklum bahawa Pakej Kedua – Jalan Pintasan Air Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu merupakan cara penyelesaian jangka masa panjang. Namun demikian, cara penyelesaian jangka masa pendek juga perlu disediakan. Dalam pada itu, saya mencadangkan supaya kawalan lalu lintas pada waktu-waktu tersebut boleh dipertingkatkan dengan menempatkan polis trafik daripada PDRM dan warden trafik MBPP di simpang dan kawasan tumpuan, (dengan izinnya)…hotspot kesesakan. Cadangan kedua sebagai cara penyelesaian jangka masa pendek adalah untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di kawasan tersebut seperti bas awam. Langkah ini bukan sahaja akan mengurangkan bilangan kenderaan di jalan pada waktu sibuk malahan langkah ini juga selaras dengan matlamat PTMP untuk mencapai penggunaan pengangkutan awam sehingga 40 peratus. Di sini saya ingin menarik perhatian kita kepada satu isu yang khusus. Pada akhir tahun 2017, pihak Perbadanan Pengurusan Shineville Park dan Shineville Garden di mana di bawah KADUN Air Itam telah mengutuskan surat permohonan kepada syarikat Rapid Penang Sendirian Berhad untuk memohon perkhidmatan pengangkutan awam, bas awam dari kawasan perumahan tersebut ke Bandaraya George Town melalui jajaran Jalan Dato’ Keramat yang berdekatan dengan Hospital Besar Pulau Pinang. Selepas satu sesi temu ramah bersama penduduk, perkara tersebut telah dibangkitkan lagi dan atas nasihat saya pada bulan September tahun ini, perkara ini telah dibawa sekali kepada perhatian syarikat Rapid dan saya juga telah mengutuskan surat kepada syarikat Rapid untuk mendapatkan maklum balas terkini berhubung permohonan tersebut. Namun sehingga hari ini, selepas melebihi dua (2) bulan tarikh emel dan surat, pihak syarikat Prasarana masih belum memberi sebarang maklum balas. Saya berharap syarikat Rapid boleh memberi makluman perkembangan terkini tentang permohonan tersebut kepada saya dan pihak perbadanan pengurusan dan bukan memberi alasan bahawa laluan tersebut tidak ada kapasiti penggunaan dan sebab itu tidak dijalankan kerana itu adalah tanggungjawab Rapid untuk menyediakan perkhidmatan laluan bas yang keseluruhan kepada rakyat di negeri ini walaupun apa caranya. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perkara selanjutnya, perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah berhubung perumahan. Kerajaan Negeri dalam usaha memastikan pembangunan mampan yang memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat dan untuk menyediakan tempat tinggal kepada penduduk, dasar seperti Dasar Penyediaan Rumah Mampu Milik, Dasar Kempen Pemilikan Rumah, (dengan izin)…Home Ownership Campaign (HOC), Dasar Pelanjutan Pelaksanaan Kempen Pemilikan Rumah, (dengan izin)…Home Ownership Campaign 2.0 (HOC 2.0 Plus) yang berkuatkuasa pada 1 Julai tahun 2022 hingga 31 Disember tahun 2022. Dasar Pemilikan Rumah melalui sewa beli dan rumah sewa yang kesemuanya diuruskan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP). Dasar-dasar ini memastikan harga yang dijual, disewa beli atau hanya disewa adalah terkawal pada satu tahap yang munasabah kepada semua pihak mengikut peralihan masa dan kedudukan pasaran berasaskan kemampuan masing-masing. Akan tetapi, saya ingin menegaskan di dalam dewan yang mulia ini bahawa selain dari menyediakan peluang perumahan kepada rakyat, kita juga perlu memastikan bahawa rumah-rumah yang dihuni ini sentiasa selesa dan lestari. Penaiktarafan prasarana dan kemudahan umum terutamanya untuk jenis rumah sewa dan rumah kos rendah dari masa ke semasa amatlah penting. Kita bukan sahaja perlu memastikan persekitaran tempat tinggal yang selesa tetapi, lebih penting lagi adalah untuk memastikan ia selamat bagi menjamin kehidupan yang bermutu untuk penduduk, (dengan izin)…‘Quality Life and Quality Living’. Oleh yang demikian, kita perlu memastikan agensi yang bertanggungjawab terhadap penaiktarafan perumahan di bawah Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan terurus dari segi kewangan dan telus dari segi perolehan. Kita perlu membendung gejala ketirisan dan
pembaziran apabila kerja-kerja penaiktarafan ini dijalankan supaya dana Kerajaan Negeri tidak dibazirkan. Perkara seperti memastikan kerja-kerja penyelenggaraan kerosakan ditangani dengan cepat dan pengiktirafan disiapkan oleh pihak pembekal dan kontraktor dalam masa yang telah diperuntukkan adalah prinsip asas yang perlu dipatuhi. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Perkara Tiga. Yang saya ingin bangkitkan adalah berhubung keselamatan awam. Baru-baru ini telah tular di media sosial rakaman video kejadian ternakan lembu yang merempuh masuk ke dalam kedai makan dan pasar. Terdapat juga gambar-gambar yang tular di sosial media yang menunjukkan lembu ternakan yang menghalang jalan raya dan membahayakan pengguna jalan raya. Dukacita dimaklumkan bahawa kedua-dua kejadian tersebut berlaku di kawasan Air Itam. Perkara ini telah dibangkitkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berulang kali, namun kejadian yang tidak diingini masih berulang. Dalam perkara ini, Pihak Berkuasa Tempatan dengan adanya Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kawalan Vektor dan Veterinar seharusnya mengambil tindakan yang tegas terhadap penternak lembu yang tidak bertanggungjawab sehingga membahayakan keselamatan orang awam. Pasar Air Itam dan kedai makan di sekitar Pasar Air Itam sentiasa dipenuhi dengan pengunjung yang antaranya terdiri daripada warga emas, kanak-kanak dan pelancong. Oleh yang demikian, kita perlu memastikan tempat awam seperti ini selamat dan kacau ganggu tidak berlaku. Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengenalpasti bilangan ternakan mengikut daerah di Negeri Pulau Pinang, pada tahun 2019 terdapat sebanyak 19,667 ekor lembu yang merangkumi jenis pedaging, tenusu dan feedlot. Oleh yang demikian, gejala lembu terlepas adalah satu isu yang perlu dipantau bukan sahaja di Air Itam tetapi juga rata-rata di Negeri Pulau Pinang. Saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berkenaan supaya mengadakan sesi libat-urus dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk menangani isu ini. Punca kuasa yang diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan melalui Undang-Undang Kecil dan kuasa yang diperuntukan kepada jabatan melalui peraturan dan akta adalah memadai untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap penternak lembu yang tidak bertanggungjawab terhadap kebajikan haiwan ternakan dan keselamatan orang awam. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Perkara selanjutnya, adalah berkenaan pengiktirafan anugerah Bintang ‘Michelin Guide’ Pulau Pinang. Saya ingin memetik dari ucapan perbahasan saya pada sidang dewan bulan Mei tahun ini, di mana pada ketika itu saya telah mencadangkan supaya Jawatankuasa MMK Pelancongan dan Ekonomi Kreatif mencari jalan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada ‘Michelin Guide’. Berikut adalah petikan ucapan saya pada ketika itu “Pulau Pinang dikenali sebagai destinasi pelancongan makanan di rantau ini, akan tetapi jika dibandingkan dengan Singapura yang telah mempunyai sejumlah 38 premis makanan yang telah menerima pengiktirafan pada tahun 2017, dan beberapa Bandaraya di Thailand seperti Bangkok, Chiang Mai dan Phuket mempunyai sebanyak 32 premis makanan yang telah menerima pengiktirafan pada tahun 2020. Anugerah Bintang Michelin di Pulau Pinang mampu memberi rangsangan kepada industri pelancongan kita.” Saya berbangga dan berbesar hati kerana apabila satu perjanjian persefahaman telah dimenterai bersama, (dengan izin)…Greek National Tourism Organisation (GNTO) dan
Michelin Guide pada bulan Oktober baru-baru ini yang telah mendapat liputan media masa secara meluas. Saya ingin menarik perhatian Jawatankuasa MMK Pelancongan dan Ekonomi Kreatif bahawa kawasan Air Itam adalah tumpuan utama bagi pelancongan seperti Bukit Bendera yang tahun ini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Penang Hill Biosphere Reserve pada baru-baru ini. Tokong Kek Lok Si, Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua, Empangan Air Itam dan seni lukisan dinding sekitar pasar Air Itam. Di dalam kawasan tersebut, terdapat tempat makan terkemuka yang menjadi kunjungan utama pelancong seperti Laksa Pasar Air Itam, Mee Kari Jambatan Air Itam, Mee Goreng Jalan Bukit Bendera, Nasi Kandar Kampung Melayu dan banyak lagi. Saya berharap Jawatankuasa MMK Pelancongan dan Ekonomi Kreatif bersama Greek National Tourism Organisation dan Michelin Guide boleh mempertimbangkan pengiktirafan bintang Michelin untuk mereka yang telah turun-temurun mengusahakan kedai makan di Pulau Pinang khususnya di Air Itam. Perkara selanjutnya, Perkara Kelima adalah berkenaan Belanjawan Negeri bagi tahun depan, iaitu Enakmen Perbekalan Tahun 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan ini yang bertemakan “Pembangunan Mampan Mensejahterakan Rakyat” mencerminkan kelangsungan azam dan tekad kerajaan ini untuk terus mengangkat martabat dan kepentingan rakyat Pulau Pinang. Saya mengambil maklum bahawa pada tahun 2022, sejumlah 39 projek pencegahan banjir berskala kecil telah dikenal pasti untuk pelaksanaan yang menggunakan peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Berhubung perkara ini, saya ingin memetik berita dari ‘The Star’ yang bertarikh 4 Julai tahun ini, di mana penduduk sekitar Lebuhraya Thean Teik memohon supaya Kerajaan Negeri membina longkang monsun tambahan untuk mengatasi bencana banjir. Laporan berita tersebut juga menyatakan bahawa kerja-kerja pembinaan Pakej Dua – Jalan Pintasan Air Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menjadi punca banjir kilat di kawasan tersebut. Pada masa yang sama, berita dari MyMetro yang bertarikh 18 November, melaporkan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System dan model ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, menyatakan terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat dan ribut petir berlanjutan. Menurut laporan tersebut, Air Itam merupakan antara kawasan yang tersenarai sebagai tempat yang berisiko tinggi. Oleh yang demikian, berdasarkan maklumbalas ini dan laporan pihak media, saya memohon supaya Air Itam akan disalurkan peruntukan tambahan daripada dana bagi menanggani masalah banjir. Dato’ Timbalan Yang di–Pertua, Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita atas kelulusan permohonan bagi membina bumbung untuk Pusat Penang2030 di padang Desa Mawar semasa Jelajah Love Penang pada bulan September yang lalu. Penambahbaikan ini pasti dapat memanfaatkan penduduk setempat dan projek ini bakal diuruskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebagai agensi pelaksana dan disini, saya berharap pembinaan ini dapat disiapkan pada awal tahun 2023. Air Itam dengan rendah hati berharap cadangan yang telah dikemukakan dapat diketengahkan dan diperhalusi demi kesejahteraan bersama. Marilah kita bersama-sama menggalas tanggungjawab ini demi kelangsungan hidup rakyat dan kemakmuran Negeri Pulau Pinang.
Dengan ini, Air Itam menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Air Itam. Silakan, Berapit.
YB. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas peluang untuk turut mengambil bahagian didalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 21 November tahun ini. Di sini, saya turut mengucapkan terima kasih terima saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Y.A.B. Ketua Menteri yang telah berjaya membentangkan Belanjawan buat kali kelima yang membawa tema “Pembangunan Mampan Mensejahterakan Rakyat”. Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh tentang perkara nisbah psikiatri di Pulau Pinang ini. Tahap kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di negeri ini, perlu diberi perhatian serius memandangkan semakin banyak kes bunuh diri dilaporkan sejak kebelakangan ini. Yang dikaitkan dengan tekanan akibat pandemik COVID-19, menurut jawapan soalan bertulis yang saya perolehi, terdapat 119 kes bunuh diri pada tahun 2021, berbanding dengan tahun-tahun yang lepas tidak melebihi 80 kes satu tahun. Manakala pada tahun ini sehingga September pula, terdapat 74 kes. Bagaimanapun, saya terkejut dengan nisbah Pakar Psikiatri di negeri ini. Menurut jawapan yang saya dapat di Hospital Awam Negeri Pulau Pinang, nisbah pakar psikiatri adalah lebih kurang satu nisbah 1:100,000 berbanding dengan cadangan WHO. 1:10,000. Nisbah pakar psikologi klinikal populasi di Hospital Awam Negeri Pulau Pinang adalah 1:600,000. Compare dengan cadangan WHO adalah 1:5000. Dengan nisbah yang tidak seimbang seperti ini, saya juga risau tentang tekanan kerja pakar-pakar kita yang ada di Pulau Pinang. Adakah mereka berada di keadaan kerja tekanan yang sangat tinggi? Saya juga ingin mentanya dengan EXCO Kesihatan. Bilakah masa, semasa beliau tahu masalah ketidakcukupan pakar-pakar ini? Adakah masalah ini pernah dimasuk kepada peringkat Persekutuan? Dan adakah response daripada, apakah response daripada Menteri Kesihatan pula? Masyarakat kita sedang menghadapi tekanan kehidupan yang sangat besar daripada post pandemik, aging, keganasan rumahtangga dan commit suicide. Sorry?
Siapa PM?
Siapa PM?
Itu pun stress juga.
Itu satu stress, saya setuju. Mereka semua perlu sangat bantuan daripada pakar psikologi atau psikiatri. Tetapi, dengan nisbah yang berkali ganda jauh daripada standard WHO, macammana kita boleh buat untuk membantu golongan tertindas. Sila bayangkan seorang pesakit depression yang tidak mendapat rawatan baik di General Hospital sebab kekurangan pakar. Tetapi keadaan mental tidak dapat tahan tekanan di bidang kerja dan terpaksa berhenti kerja. Pesakit yang mempunyai masalah mental juga, perlu pergi mentengok doktor di tempat swasta. Tetapi tanpa kerja, tak ada duit nak bayar. Ini akan meneruk, akan menjadi keadaan yang lebih serius. Jadi, saya minta juga, saya rasa Pulau Pinang negeri kita, kena pandang seriuslah kes seperti ini. Jangan jauh sangat, nisbah jauh sangat daripada WHO sehingga kita tidak sampailah standard International. Saya minta juga kita bagi sokongan kepada ibu tunggal. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif yang sangat baik untuk mewujudkan keluarga selamat dan telah melancarkan khidmat sokongan first support point di 53 lokasi termasuk Pusat Khidmat ADUN. Usaha mengatasi dan membantu mangsa-mangsa keganasan rumah tangga supaya mereka mendapat consultant yang lebih mudah, lebih senang dalam negeri ini. Akan tetapi, saya sendiri pernah dengar kes yang melibatkan ibu, melibatkan wanita yang mempunyai tiga orang anak yang selalu menghadapi keganasan rumah tangga tetapi tidak berani nak laporkan kepada polis dan tidak mahu juga dirawat di hospital walaupun dipujuk oleh rakan dia dan juga ahli keluarga dia. Apabila ditanya mangsa selalu jawab, jika membuat laporan polis suami dia akan ditangkap jadi ini akan menyebabkan keluarganya tiada sumber pendapatan sebab ibu si ibu itu dia dia harus menjaga anak-anak dirumah dan tidak dapat berkerja. Jadi di sini, saya minta Kerajaan Negeri juga boleh adakan satu kerjasama dengan persatuan atau NGO seperti rumah anak yatim NGO yang yang sifat swasta supaya boleh adakan anak-anak adakan seperti child care centre menghantar mereka pergi ke pusat sebegini dan bagilah wanita khususnya ibu tunggal boleh pergi bekerja dapat pergi bekerja mendapatkan pendapatan untuk membesarkan anak-anak mereka. Saya difahamkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan “Penang Human Entrepreneur Monitoring Program” dan juga Wanita Jana Rezeki tetapi saya rasa satu satu mekanisme yang lebih memudahkan para ibu boleh bekerja tanpa perlu risaukan tentang kerja mereka adalah perlu dan yang ini kita boleh adakan kerjasama kepada dengan bersama dengan semua NGO bukan sahaja antara usaha daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tetapi ini mungkin memerlukan suntikan masuk kewangan dan boleh la kita fikirkan macam mana bagi insentif supaya kita boleh mencapai satu situasi win win. Dato’ Speaker. Saya ingin sentuhkan tentang bencana dan perubahan iklim. Terima kasih atas Y.A.B. Ketua Menteri mengadakan satu sesi libat urus bersama dengan semua YB., Yang Berhormat ADUN dan semua Ahli Parlimen dan juga menerima cadangan supaya mengadakan pusat penubuhan pusat logistik kemanusiaan bencana atau depo bencana. Perubahan iklim sesuatu yang tidak boleh kita pandang rendah buat masa sekarang. Kawasan yang dulu yang kata tidak ada banjir kini juga selalu dengar, mungkin hujan lebat sahaja ada banjir atau juga kadang-kadang ada tanah runtuh dan inisiatif Kerajaan Negeri dengan ada dengan boleh menubuhkan depo bencana ini untuk menyimpan barangan keperluan bagi pengurusan bencana di Pulau Pinang adalah sangat tepat. Saya berharap depo ini boleh diadakan di setiap daerah dan memberi latihan kepada anggota yang akan menyertai bantuan bencana. Buat masa sekarang setiap Persatuan Bomba Sukarela di Pulau Pinang boleh dikatakan adalah satu pasukan back up kepada Kerajaan Negeri. Kebanyakan mereka mempunyai pengalaman dan latihan yang mencukupi tetapi kita juga mengadakan, kita juga adakan beberapa Persatuan atau NGO Sukarela seperti Pasukan Rondaan yang sedia
membantu kalau berlakunya bencana ini. Jadi saya berharap agar latihan boleh dibekalkan kepada mereka. Kemudahan sukan. Saya alu-alukan YB Ketua Menteri dengan menambah peruntukan menaik taraf gelanggang awam kepada RM3.5 juta bagi tahun depan dengan pembangunan kemudahan seperti bumbung, pagar dan sebagainya. Di Bukit Mertajam terdapat (8) lapan gelanggang bola keranjang berbumbung tetapi di KADUN Berapit terdapat (1) satu sahaja. Jadi dan satu itu merupakan gelanggang bola keranjang berbumbung yang paling lama dengan sejarah yang paling lama di Bukit Mertajam. Jadi saya harap dengan projek penambahan bumbung, kemudahan asas, tandas dan sebagainya di tahun depan boleh dipertimbangkan dulu la kawasan KADUN Berapit supaya dapat menjaga keperluan penduduk setempat terutamanya anak-anak muda kita. Dato’ Speaker, bekalan air dengan isu gangguan air pada tahun ini bulan Julai menjadi satu masalah yang besar dan hampir semua warga Pulau Pinang terjejas. Kita tahu bahawa masalah ini masalah yang berlaku ini berlaku susulan fenomena kepada kepala air dan banjir di Baling. Perkara ini telah memberi kesan kepada penduduk sekitar Pulau Pinang terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan yang lebih tinggi atau kawasan kawasan perumahan bertingkat. Air tidak disalurkan dengan baik kepada tempat tersebut selepas insiden berlaku. Dengan ini saya mengalu-alukan kerjasama Kerajaan Negeri mengadakan kerjasama dengan PBAPP dengan adakan cadangan satu polisi bagi menguatkuasa semakan audit terhadap pemeriksaan penyelenggaraan sistem retikulasi paip dan tangki di kediaman bertingkat di seluruh Pulau Pinang. Namun begitu terdapat kawasan perumahan yang tidak bertingkat juga menghadapi masalah tekanan air. Semasa insiden Julai, Taman Kuali di Berapit, satu tempat yang merupakan perumahan teres tidak bertingkat tinggi tetapi juga menghadapi masalah tiada bekalan air sehingga hari hari terakhir bekalan air disalur balik dan hampir tiap-tiap hari la saya bersama dengan Persatuan Bomba Sukarela pergi sana untuk mengedar air. Sehubungan itu, saya minta untuk mempertimbangkan lebih banyak pam di setup diadakan di dalam negeri ini supaya tempat yang lebih tinggi tidak menghadapi masalah saluran air ke rumah yang mereka yang tempat itu yang lebih jauh daripada loji air. Dato’ Speaker saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana tidak lama lagi lepas sekarang kita memang bakal menjadi satu negeri sebuah Bandar Mesra Usia yang pertama di Malaysia. Inisiatif ini iaitu "Aged Friendly City” bandar friendly usia, Bandar Mesra Usia telah membuktikan bahawa Penang always leads dan saya melihat pembentangan mengenai Bandar Mesra Usia ketika menghadiri Mesyuarat RMK Pembangunan Sosial Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Tidak lama daripada sekarang menjelang tahun 2040 negeri kita akan menjadi negeri pertama yang menghadapi fenomena penuaan iaitu akan menjadi satu masyarakat yang lebih tua la. Oleh itu, selaku Kerajaan yang tidak pernah gagal memberi perhatian kepada semua pihak saya rasa kita juga kena menjayakan polisi ini iaitu “Aged Friendly City”. Dengan pelaksanaan Bandar Mesra Usia bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan warga emas, namun golongan OKU, kanak-kanak, golongan ibu dan ramai lagi bakal berkongsi manfaat ini. Selaku seorang ibu yang ada anak umur dua, saya amat menyambut baik inisiatif ini dengan memakai reka bentuk sejagat dalam perancangan untuk menjadikan Bandar Mesra Usia ini untuk mencapai matlamat pembangunan lestari menjadikan bandar dan penempatan manusia yang inklusif, selamat, berdaya tahan dan lestari. Saya juga menyokong pelan hala tuju penuaan aktif yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan golongan warga emas tidak terus ditinggalkan di belakang. Saya harap kita bersama-sama dapat lebih mewujudkan program serta peluang pekerjaan kepada golongan warga emas supaya bakat dan pengalaman mereka terus dapat memanfaatkan golongan generasi kini.
Dato’ Speaker, seperti selalu yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras untuk memastikan Seberang Perai menjadi pemangkin pertumbuhan masa depan Pulau Pinang. Saya mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri menuju ke Negeri Hijau. Cadangan Kerajaan Negeri melalui PBT untuk menambah baik infrastruktur stesen, pengecasan kenderaan elektrik adalah baik namun saya merasa mendesak kenapa terdapat pihak MBPP sahaja yang menyertai peringkat permulaan dan dengan mengenal pasti lapan (8) lokasi yang sesuai untuk menempat stesen pengecasan motosikal elektrik. Saya difahamkan stesen pengecasan motosikal elektrik ini adalah percuma kepada semua motosikal elektrik di Pulau Pinang dan di sini saya berharap segala Projek Perintis dalam negeri ini tidak kira dari segi teknologi ka atau budaya ka juga merangkumi kawasan Seberang Perai supaya pembangunan seimbang kita bersama-sama menuju ke Penang2030. Dengan ini saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Berapit. Dipersilakan Pulau Betong.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang dihormati Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Ketua Menteri, Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan pihak-pihak media. Alhamdulliah kini giliran saya dari Pulau Betong membahaskan Pembentangan Rang Undang-Undang Pembekalan dan Pembangunan 2023. Kesempatan ini saya merakamkan ucapan sekalung tahniah dan syabas kepada Y.A.B. Ketua Menteri kerana membentangkan satu bajet yang komprehensif untuk pembangunan mampan demi mensejahterakan rakyat Pulau Pinang. Bajet yang dirangka selaras dengan Visi Penang2030 dan memberi penekanan kepada 4 Teras Utama. Yang pertama, meningkatkan daya huni, Yang kedua, menaikkan taraf ekonomi, Yang ketiga, Pemerkasaan rakyat. Yang keempat, Pelaburan persekitaran. Bajet yang komprehensif seperti ini memerlukan tindakan aktif dan proaktif untuk mensejahterakan seluruh Pulau Pinang sama ada di bandar dan di luar bandar kerana bagi merealisasikan pembangunan yang mampan ini seharusnya memastikan tiada sesiapa pun tertinggal “Leaving no one behind”. Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan dengan melaksanakan perancangan untuk memastikan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar. Maka saya mengesyorkan pada Kerajaan Negeri supaya menyediakan bajet dan juga perancangan dalam skop pembangunan pelancongan dan ekonomi yang kreatif untuk Daerah Barat Daya juga. Barat Daya juga harus dibangunkan sebagai bandar hijau bagi agro pelancongan kerana Daerah Barat Daya khususnya Balik Pulau mempunyai banyak tempat-tempat menarik bagi tarikan pelancong yang ingin suasana yang alami dan kehijauan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri wajar membuka dan menyediakan sebanyak mungkin peluang kepada yang pertamanya kepada pembangunan ekonomi, yang kedua pembangunan infrastruktur, yang ketiga pembangunan modal insan dan minda, yang keempat pembangunan bekalan air, yang kelima pembangunan teknologi internet dan lain-lain pembangunan yang pesat di bandar juga perlu juga di pusat luar bandar. Bajet kali ini juga dirangka menyentuh aspek-aspek tersebut tetapi tidak dikhususkan mengikut daerah terutamanya Balik Pulau, supaya dilihat bajet ini akan dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang akan menerima manfaat ini.
Kita mahukan pertumbuhan ekonomi yang semakin baik untuk dinikmati dan dirasai oleh seluruh rakyat di Pulau Pinang Sidang Dewan sekalian, saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana terus komited memartabatkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan memperkasakan syiar Islam di Negeri Pulau Pinang. Penyediaan Peruntukan sebanyak RM75.08 juta bagi memperkasakan pembangunan Agama Islam di Pulau Pinang membuktikan syiar Agama Islam dan juga umat Islam di Pulau Pinang terus diperkasakan dan dibela. Tidak seperti apa yang di momokkan sekarang. Bagi pembinaan masjid, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM18 juta. Semoga dengan perancangan ini akan memberikan impak yang baik untuk kesejahteraan umat Islam di Pulau Pinang dan dapat menghentikan anasir-anasir dan spekulasi politik sempit tentang nasib umat Islam di Pulau Pinang di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang mana Islam di angkat bukan Islam untuk orang Melayu sahaja tetapi Islam adalah universal untuk semua bangsa yang memberi kesejahteraan rahmat kepada sekalian alam. Sidang Dewan sekalian saya ingin juga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam pembangunan memperkasakan sektor pertanian di negeri ini dengan menyediakan bajet pembangunan yang akan disalurkan kepada Jabatan Pertanian Negeri iaitu sebanyak RM6.92 juta. Melalui peruntukan ini juga program Farmer to Farmer dan juga pembayaran one-off sebanyak RM500 kepada pesawah dapat diteruskan sebagai inisiatif kepada pesawah negeri ini terutamanya pesawah di kawasan Balik Pulau. Peruntukan pada 2022 sebanyak RM160,000 telah berjaya disalurkan kepada golongan usahawan di kawasan ADUN saya sendiri di Pulau Betong. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Penanti yang mana telah meluluskan sebanyak RM160, 000 ribu ini untuk 30 usahawan di kawasan Pulau Betong. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan asasi manusia dan wajib untuk penduduk kesihatan merentasi pelbagai umur, kesihatan merentasi pelbagai gender dan juga kaum dan memiliki kesihatan yang baik adalah satu keutamaan untuk manusia. Masyarakat yang sihat pemangkin pembangunan negara. Kemudahan kesihatan yang terbaik adalah tanggungjawab wajib Kerajaan Persekutuan. Tanggungjawab ini merangkumi meningkat status kesihatan untuk kualiti hidup masyarakat yang sihat dan produktif melalui perkhidmatan kesihatan yang cekap, efektif dan komprehensif dalam promotif, preventif, kuratif dan rehabilitif serta merangkumi keseluruhan kesihatan bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Bagi mencapai perkara ini diperlu pengurusan strategik dalam sistem kesihatan, namun aspek kesihatan ini tidak digambarkan secara khusus dalam pembentangan bajet kali ini. Saya mengesyorkan agar Kerajaan Negeri juga dapat menyediakan satu kerangka khusus berkenaan dengan bajet kesihatan ini menunjukkan Kerajaan Negeri peduli tentang kesihatan rakyat walaupun penyedia perkhidmatan kesihatan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tetapi Kerajaan Negeri juga turut menyumbang kepada kebajikan kesihatan rakyat. Sidang Dewan sekelian, dasar keluarga selamat ke arah Pulau Pinang bebas keganasan yang mewujudkan sejak Julai 2020. Tahniah kepada Yang Berhormat Chong Eng yang melaksanakan langkah awal dengan mewujudkan First Support Point di pusat-pusat Khidmat ADUN ke arah Visi Penang2030. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan peruntukan bagi menyediakan sesi bengkel dan juga latihan kepada 234 pegawai First Support Point melalui PWDC dan Kerajaan Negeri telah menyediakan bajet sebanyak RM2.5 juta kepada Pembangunan Wanita dan Latihan. Melihat keadaan peningkatan kes akibat daripada masalah keluarga kewangan dan tekanan perasaan maka pegawai First Support Point tidak cukup sekadar diberikan latihan semata-
mata, justeru itu sejajar dengan dasar keluarga selama ini juga maka sudah sampai masanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk merangkakan penubuhan klinik kesihatan keluarga diaktifkan disemua daerah supaya efektif dan talian hotline diaktifkan di semua pusat First Support Point bagi memudahkan golongan sasaran berurusan kerana kebanyakan mangsa malu untuk hadir secara berdepan untuk berurusan untuk mendapatkan bantuan. Kakitangan yang terlibat dengan First Support Point diberikan latihan secara berkala bagi meningkatkan kecekapan membantu mangsa. Klinik kesihatan keluarga juga memberikan perkhidmatan dari segi kesihatan mental dalam membentuk kesejahteraan psikologi maka sistem sokongan yang efektif amat perlu disegerakan secara efektif. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pegawai kerajaan yang begitu cekap dan sentiasa bersedia membantu kami memberi khidmat yang baik kepada rakyat, saya amat berharap agar prestasi sebegini sentiasa dipertingkatkan, penghargaan kepada pegawai dan juga penjawat awam negeri Y.A.B. Ketua Menteri telah meluluskan Bayaran Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji dan juga minima RM1,200 melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.13 juta. Begitu juga penyelia dan juga guru KAFA, Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain juga tidak ketinggalan dalam bajet kali ini sebanyak RM300 orang akan disalurkan manakala Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS, Tadika Islam akan menerima sebanyak RM200 seorang. Bayaran khas ini disalurkan bulan Disember 2022. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang walaupun dimomok sebagai kerajaan yang mengenepikan atau pun mengancam Islam sebenarnya inilah yang kita harapkan sebagai Kerajaan Negeri contoh yang mana memartabatkan syiar Islam dengan melaksanakan tindakan-tindakan seumpama ini, inilah pemangkin sebagai syiar Islam bergerak di Pulau Pinang, urusan-urusan dakwah mengajak kepada ajaran Islam, tidak ada halangan di Pulau Pinang. Terima kasih Kerajaan Negeri supaya meneruskan usaha ini walaupun dimomokkan oleh orang lain, saya sebagai Ahli Majlis Agama Islam sama sekali menafikan bahawa tidak ada agama lain yang mencampur tangan di dalam urusan agama Islam di Pulau Pinang. Sidang dewan sekalian, selaras dengan Visi Pulau Pinang2030 iaitu memberi fokus dan penekanan terhadap pembangunan institusi kekeluargaan malah turut merangkumi aspek hijau dan pintar sebagai hala tuju dalam pentadbiran negeri dalam tempoh 10 tahun yang mendatang, maka pembentangan Bajet 2023 ini memberi fokus utama kepada menyasar matlamat pembangunan Pulau Pinang cara mampan. Maka isu-isu yang telah saya huraikan dalam perbahasan ini adalah sangat wajar dipertimbangkan dan diberikan tumpuan dan keutamaan dalam keadaan sekarang, insitusi keluarga harus diberikan fokus utama dalam memastikan negeri ini makmur dan membangun dengan pesat tanpa isu-isu keruntuhan moral rakyat yang pasti yang mempengaruhi pembangunan modal insan rakyat di negeri ini, bagi menjadikan negeri ini sejahtera dan membangun sudah pastikan pembentukan institusi keluarga yang bahagia dan sejahtera dapat dimakmurkan negeri ini serta rakyat dapat memacu pembangunan yang mampan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, “Anak kucing di atas batu, Seekor serindit digonggong helang, Masyarakat majmuk boleh bersatu, Kebajikan mampan tidak terbilang.”
“Beli gulai satu tempayan, Gulai bercampur air madu, Kehendak rakyat wajib dilayan,
Mudahan masyarakat bersatu padu” Saya menyokong, sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong, dipersilakan Yang Berhormat Batu Uban.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Dato’ Yang d-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana telah membentangkan satu belanjawan yang terbaik untuk rakyat Pulau Pinang walaupun dalam keadaan negara berdepan dengan inflasi dan juga kesan ekonomi yang tidak menentu disebabkan oleh kelemahan ringgit. Walaupun ianya merupakan bajet defisit namun saya percaya bajet ini dibentangkan dengan mengambil kira dasar pembangunan mampan dan juga mensejahterakan rakyat seperti tema bajet pada kali ini. Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana kita dapat menarik pelaburan langsung asing FDI dan juga pelaburan domestik ke Pulau Pinang. Kini semakin banyak syarikat-syarikat multinasional yang berminat untuk beroperasi di negeri Pulau Pinang dan ianya juga membuka peluang- peluang pekerjaan yang luas bukan saja kepada rakyat Pulau Pinang malahan kepada penduduk luar daripada Pulau Pinang. Lebih 21,000 peluang pekerjaan atau pun kekosongan jawatan mengikut industri di Pulau Pinang. Saya juga dimaklumkan bahawa ramai daripada Sabah dan juga Kelantan dan ini merupakan dua buah negeri yang ramai penduduknya berhijrah ke Pulau Pinang, semata-mata untuk mereka mencari peluang pekerjaan, maka dengan pertambahan tenaga kerja, dan penduduk khususnya di bahagian Pulau, Saya berharap Kerajaan Negeri akan memberi juga penekanan kepada isu seperti trafik terutamanya di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan industri seperti di Bayan Baru, Jalan Tengah dan juga Sungai Dua. Yang di-Pertua, keadaan trafik di kawasan yang saya nyatakan ini menjadi sangat padat terutamanya pada waktu puncak selepas waktu bekerja dan juga bermula waktu bekerja iaitu pada awal pagi, saya juga ingin memohon Kerajaan Negeri untuk mendapatkan nasihat consultant atau membuat kajian menyeluruh untuk kita menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ini. Kalau boleh saya minta kita menempatkan juga warden trafik atau pun polis trafik di kawasan-kawasan hotspot ini supaya kita juga dapat menyelesaikan masalah kenderaan atau pun trafik yang panjang dan mungkin juga ada cadangan supaya kita membuat smart traffic light, smart traffic light di mana traffic light tersebut mempunyai kadar menunggu atau pun kadar lampu hijau dan juga merah itu dapat diselaraskan terutamanya seperti di round about Bayan Baru. Roundabout Bayan Baru ni kalau waktu puncak memang dia menjadi satu-satunya kawasan yang sangat padat kesesakan. Maka saya berharap terutamanya pihak PBT dapat membuat kajian menyeluruh tentang isu ini. Dan lagi satu adalah di kawasan saya di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Phor Thay, Sungai Dua terutamanya selepas pelepasan waktu sekolah saya lihat ramai ibu bapa yang datang mengambil anak-anak mereka ataupun pelajar sekolah menyebabkan laluan dua hala tu menjadi satu hala dan juga menyebabkan trafik terlalu padat di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa kali saya telah berjumpa dengan pihak sekolah dan juga berbincang bersama dengan pihak Majlis tetapi sehingga hari ini tidak ada satu penyelesaian maka saya disini, dalam Dewan Yang Mulia ini saya berharap kita dapat mencari satu kaedah
penyelesaian, mungkin kita boleh mengadakan perbincangan bersama dengan pihak sekolah, pihak polis dan juga PBT yang terlibat supaya kita dapat menyelesaikan isu trafik ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga sering menerima aduan daripada penduduk berkenaan dengan masalah daripada kontraktor pembersihan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, saya rasa isu ni saya pernah bawa sebelum ini dalam Dewan yang mulia ini pada sidang yang lepas tetapi baru-baru ini saya dan juga saya rasa rakan-rakan ADUN yang lain juga menghadapi isu ini di mana kontraktor Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang dianugerahkan tender mereka gagal melaksanakan tugasan dengan baik. Antara kegagalan mereka adalah tidak mengikut jadual, tidak memenuhi jumlah pekerja yang diperlukan dan hanya buat kerja bila terima aduan ini. Ini biasanya apabila kami sebagai wakil rakyat atau pun Ahli Majlis dan juga pegawai kami membuat aduan, baru staf-staf atau pun kontraktor ini akan membuat pembersihan dan juga kutipan dan malangnya ada juga di tempat kutipan sampah tidak dibuat untuk masa dua hingga tiga hari, terutamanya di kawasan bangunan strata, flat maka ini menyebabkan banyak aduan-aduan yang kami terima bukan setakat kutipan sampah tetapi juga pembersihan seperti pemotongan rumput longkang. Untuk makluman juga Batu Uban salah satu hotspot untuk kawasan wabak denggi. Setiap minggu memang ada wabak denggi dan setiap minggu juga kami perlu melakukan aktiviti gotong royong tetapi apa yang kami dapati isu ini adalah disebabkan isu-isu pembersihan terutamanya di kawasan longkang dan saya juga memohon JKR iaitu Jabatan Kerja Raya supaya dapat menaik taraf longkang-longkang yang telah pecah ataupun yang telah lama dibina supaya aliran air itu dapat berjalan dengan lancar kerana ini adalah salah satu masalah water segment (dengan izin) dia berlaku takungan air dan juga pembiakan nyamuk aedes dan sebagainya. Balik kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), saya rasa walaupun MBPP memberitahu bahawa mereka mengambil tindakan terhadap kontraktor yang gagal membuat kerja atau melaksanakan kerja-kerja yang telah diberikan mereka memberi LAD atau pun mengenakan denda tetapi saya nampak kesalahan ini berulang mungkin LAD yang dikenakan itu kurang atau pun tindakan yang diambil oleh MBPP ini tidak cukup kuat. Saya berharap supaya pihak supervisor, penyelia MBPP juga saya nampak tidak begitu tegas sangat. Kita gagal mengambil tindakan yang tegas. Maka saya ingin mencadangkan kepada MBPP supaya kontraktor ini perlulah disingkir serta merta jika mereka gagal dan perlu diganti dengan kontraktor yang baru. Jangan kita bagi LAD, bagi denda dan sebagainya tetapi setiap tahun merekalah yang mendapat kontrak atau pun kontrak mereka di renew setiap kali. Tindakan yang tegas perlulah kita ambil dan juga wajibkan kontraktor menghantar laporan bertugas harian dan pegawai MBPP juga harus rajin turun padang dan juga memantau kontraktor-kontraktor ini, kerana saya juga menerima makluman bahawa hanya kontraktor yang sama juga mendapat tender walaupun rekod mereka tidak begitu baik. Isu-isu ini perlulah dilihat semula terutamanya MBPP. Dato Yang di-Pertua, Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang saban tahun menyalurkan peruntukan bagi sekolah agama, sekolah mubaligh, sekolah Cina dan juga sekolah Tamil. Walaupun, kita tahu tanggungjawab pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat tetapi Kerajaan Negeri tetap menjalankan tanggungjawab supaya memastikan infrastruktur sekolah-sekolah di Pulau Pinang berada di dalam keadaan selamat dan baik diduduki. Di sini Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memohon bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk memberikan peruntukan kepada SJKT Subramaniya Barathee, Gelugor di bawah kawasan saya untuk tujuan mereka mengadakan sebuah padang permainan bagi kegunaan lebih kurang 250 orang murid sekolah tersebut. Untuk makluman, Dato’ Yang di-Pertua sekolah ini adalah satu-satunya sekolah tamil di kawasan saya daripada 12 sekolah dan sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1952 dan asalnya murid-murid sekolah ini hanyalah belajar di sebuah kontena dan selepas tahun 2008, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pakatan Harapan
mengambil alih maka Kerajaan Negeri telah memberikan sebidang tanah kepada sekolah tamil ini dan untuk mereka mendirikan bangunan baru. Sekarang mereka mempunyai bangunan empat tingkat yang baru tetapi mereka mempunyai kekurangan sebuah padang permainan untuk bersukan dan juga beriadah bagi murid-murid sekolah tersebut. Maka saya sebagai Wakil Rakyat bagi kawasan ini saya meminta jasa baik daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya kita dapat memberi sedikit peruntukan supaya kerja-kerja untuk mengadakan sebuah padang untuk kegiatan sukan untuk sekolah tersebut dapat diadakan dengan serta merta kerana kita adalah negeri yang memberikan kepentingan tentang pembangunan belia dan juga sukan. Saya ucapkan terima kasih kepada EXCO Belia kita dan juga sukan kerana banyak saya lihat kemudahan-kemudahan infrastruktur sukan telah dinaiktaraf dan ada juga kemudahan baru yang telah dibina. Walau bagaimanapun, kita juga perlu juga memberi pertimbangan terutamanya Sekolah-sekolah Tamil ini mereka kebanyakannya tidak mempunyai satu kawasan untuk mereka bersukan dan sebagainya, dan untuk Sekolah Subramaniya Barathee ini mereka mempunyai tanah yang telah diberikan Kerajaan Negeri tetapi tanah tersebut adalah sedikit curam maka mereka memerlukan peruntukan yang banyak dalam lebih kurang RM150,000 untuk mereka membina ataupun mengadakan sebuah padang permainan, dan saya berharap Kerajaan Negeri dapat melihat isu ini. Dato Yang di-Pertua, Saya juga ingin memohon Kerajaan Negeri untuk memberikan penekanan serius bagi membendung kegiatan samseng jalanan dulu dipanggil sebagai mat rempit. Baru-baru ini isu ini menjadi sangat panas apabila setiap hujung minggu ada kegiatan samseng jalanan dan juga berlaku kemalangan baru-baru ini berlaku kemalangan di Lebuhraya Lim Chong Eu. Ini bukan saja membawa gangguan kepada penduduk tapi juga keselamatan pengguna jalan raya yang lain juga. Setiap malam Jumaat dan juga Sabtu ada beberapa samseng jalanan ini akan berkumpul daripada N Park Batu Uban dan melalui kawasan Sungai Dua, Lip Sin, Jalan Bukit Gambier, Bukit Jambul dan juga mereka keluar ke Lebuhraya Lim Chong Eu dan mereka bukan sahaja hanya merempit dan sebagainya tetapi juga membawa gangguan bunyi bising kepada penduduk di sekitar kawasan-kawasan yang saya sebut tadi dan saya telah membangkitkan isu ini beberapa kali dalam mesyuarat bersama Tuan DO dan saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Pulau Pinang yang telah respon dan juga mengambil tindakan pantas dengan mengadakan roadblock dan beliau juga telah mengadakan sesi dialog bersama dengan saya dan juga komuniti setempat bagi mengambil ataupun mencari jalan penyelesain terhadap isu samseng jalanan ini. Tetapi dalam sesi perbincangan tersebut beberapa isu tersebut telah dibangkitan oleh Ketua Polis Pulau Pinang antaranya adalah beliau memohon supaya kita mempunyai satu Undang-Undang Kecil untuk memantau kedai-kedai aksesori motosikal di mana kedai-kedai aksesori motosikal ini kebanyakannya menjual peralatan aksesori yang tidak mengikut specs untuk golongan-golongan mat rempit ini. Maka saya di sini ingin mohon Kerajaan Negeri melalui PBT supaya kita dapat menggubal satu Undang-Undang Kecil untuk kita memantau kegiatan kedai-kedai motosikal yang menjual aksesori motosikal yang tidak mengikut specs dan selain itu saya memohon supaya kawasan-kawasan hotspot seperti yang saya nyatakan tadi ataupun kawasan tumpuan ini dibuat penambahan CCTV. Kita memasang CCTV supaya pihak PDRM boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana apa yang diberitahu oleh pihak polis apabila mereka sampai ke lokasi mereka tidak dapat membuat penangkapan dan juga sometimes the CCTV yang ada itu jauh dari lokasi tersebut maka mereka tidak dapat mengesan nombor plat. Maka kawasan-kawasan hotspot seperti yang saya nyatakan tadi saya mohon kalau boleh kita memasang CCTV yang baru supaya kita dapat memantau kegiatan ini. Dato Yang di-Pertua,
Saya juga mengucapkan tahniah atas pelancaran slogan ‘Keusahawanan Satu Budaya’ di mana saya percaya Kerajaan Negeri sering memberi penekanan untuk memperkasakan golongan usahawan. Saya berharap lebih banyak usahawan di Negeri Pulau Pinang ini dapat diperkasakan dengan memberi bantuan teknikal, peluang perniagaan, latihan dan juga pinjaman mikro kredit. Dato Yang di-Pertua, Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri melalui MMK Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan supaya kita dapat mengambil alih tapak pesta. Tapak pesta ini terletak di kawasan saya di KADUN Batu Uban tetapi yang sedihnya kita ada infrastruktur yang besar, tempat parking yang besar tetapi tempat ini dilihat suram dan hanya digunakan setahun sekali untuk tujuan penganjuran Pesta Pulau Pinang. Saya ingin mencadangkan supaya MMK Perdagangan dan juga Keusahawanan dapat mengambil alih tapak pesta ini supaya kita dapat juga memberi atau pun menjenamakan semula supaya tapak pesta ini dapat menjadi tarikan pelancongan dengan menempatkan usahawan-usahawan tempatan untuk berniaga di sana seperti yang kita ada di Chowrasta dan penganjuran Pesta Pulau Pinang juga perlu dianjurkan oleh MMK Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan supaya kita dapat memfokuskan kepada permbangunan industri tempatan, local market. Sekarang ini tapak pesta dianjurkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Saya cadangkan supaya MMK Keusahawanan mengambil alih supaya pada tahun-tahun yang berikutnya Pesta Pulau Pinang ini MMK Keusahawanan ini dapat menganjurkan Pesta Pulau Pinang. Saya difahamkan kini mereka yang mendapat tapak ataupun lot-lot berniaga di tapak pesta ini kebanyakannya adalah daripada luar. Peniaga yang datang dari Baling, Sik, Nilai daripada Johor pun ada tetapi peniaga-peniaga local kurang mendapat akses dan peluang untuk mereka berniaga. Baru-baru ini ada seorang makcik menjual minuman di kawasan saya dia bagitau saya memohon banyak kali untuk berniaga di lot tapak pesta tapi beliau tidak diberikan peluang dan apa yang dinyatakan adalah perlu masuk tender. Bagi saya peniaga-peniaga kecil ini untuk masuk tender semua dia susah sikit untuk dia isi borang prosedur. Saya tiada halangan kalau ada peniaga-peniaga luar yang datang di sini tapi kita perlu memberi fokus kepada peniaga-peniaga tempatan kerana nama dia pun Pesta Pulau Pinang apatah lagi kalau Pesta Pulau Pinang tetapi peluang kepada orang Pulau Pinang ini tiada. Perlu kita lakukan dengan segera dan saya berharap MMK Keusahawanan akan memberi penekanan terhadap isu ini mungkin di tahun-tahun akan datang boleh kita mempromosikan lagi peniaga-peniaga kita, peniaga-peniga tempatan dan sebagainya untuk mereka berniaga di tapak pesta, kerana saya tahu tapak pesta ini untuk tempoh sebulan ini memang business very good terlalu bagus sebab saya pun terkejut apabila diberitahu tender untuk masuk lot minuman ada sampai-sampai tiga puluh ribu. Untuk menjual lot gerai minuman dan makanan tiga puluh ribu, kalau karpet lebih daripada dua ratus lima puluh ribu. Ini maklumat yang saya dapat daripada website SUK. Saya rasa isu-isu ini perlulah kita kaji semula…(gangguan)
Yang Berhormat batu Uban satu minit lagi.
Terima Kasih. Itu tentang tapak pesta Dato Speaker. Dato Yang Di-Pertua, Akhir sekali saya ingin membawa isu tentang tebatan banjir bukan di kawasan saya. Saya ucapkan terima kasih kepada EXCO kita, Tanjung Bungah bahawa di Minden Height apabila saya bawa isu ini di dalam Dewan yang mulia ini , baru-baru ini projek di Minden
Height telah dilaksanakan dan kita telah dapat menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan tersebut yang berlangsung lebih kurang 30 tahun lalu tetapi dengan pelebaran longkang, saya mengucapkan terima kasih kepada JPS Timur Laut dan juga JKR Timur Laut yang telah membuat satu kajian menyeluruh untuk kita menyelesaikan masalah di Jalan Minden. Yang ini saya diminta oleh ahli Parlimen Bayan Baru yang baru, saudara Sim iaitu bahawa isu tebatan banjir di kawasan Bayan Baru. Kerajaan Negeri melalui JPS telah meluluskan untuk membina sebuah pump house yang bernilai RM20 juta tetapi baru-baru ini apabila berlaku hujan lebat, rumah pam tersebut tidak berfungsi dan juga menyebabkan berlakunya banjir teruk di beberapa kawasan Yang Berhormat Batu Maung yang menghadapi beberapa isu besar ini ketika kita berkempen dan sebagainya dan masa itu memang teruk kita terima aduan daripada penduduk sekalian walaupun kita explain kepada penduduk bahawa projek ini telah selesai Kerajaan Negeri telah spend RM20 juta tetapi pump house itu tidak berfungsi. Jadi saya ingin memohon Kerajaan Negeri mengkaji semula pembinaan rumah pam ini dan sekiranya ada masalah design, saya memohon konsultan pembinaan ini diambil tindakan tegas dan mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap isu ini kerana ini isu menyebabkan kewangan dan kita perlu telus dan juga memastikan projek-projek yang dilaksanakan itu betul-betul menepati sasaran dan juga menyelesaikan masalah di kawasan tersebut bukan sahaja di Batu Maung kita juga menghadapi masalah di Pantai Jerejak juga apabila hujan akan berlaku banjir kilat dan ini adalah isu yang telah berlarutan beberapa lama dan saya memohon supaya Kerajaan Negeri, JPS Barat Daya dapat menyelesaikan isu ini dengan membuat satu kajian yang menyeluruh bukan saja kita membina pump house mungkin kita juga perlu melihat kepada keadaan longkang dan juga saliran untuk kita menyelesaikan isu ini. Dengan ini saya menyokong belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Uban, dipersilakan Bayan Lepas. Mic di belakang tu tutup. Okey.
Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan Doa). Terima kasih Timbalan Speaker yang memberikan ruang kepada saya untuk bersama membahaskan ucapan Pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri yang telah membentangkan bajet yang memberikan tumpuan seimbang pelbagai segmen bagi memacu negeri ke arah kejayaan Penang 2030. Timbalan Speaker, Pasca PRU15 dilihat pola pengundian yang lebih dipengaruhi oleh sentimen yang tidak sihat kepada negeri dan negara, sebaik-baik manapun kerajaan yang ada akan tenggelam dengan isu-isu yang dimainkan. Oleh itu, Kerajaan Negeri perlulah memasarkan strategi dan memantapkan lagi program-program perpaduan bangsa dan yang paling penting adalah penyampaian maklumat perlu diperluaskan lagi tidak hanya bergantung kepada Buletin Mutiara secara hard copy, tidak bergantung kepada Buletin Mutiara yang berada di Facebook rasmi sahaja tetapi ianya perlu diperluaskan ke media sosial yang lain seperti Tik Tok, Instagram dan Twitter. Penerangan dan penjelasan sesuatu isu yang dibangkitkan perlulah segera dijawab apabila ianya boleh mengganggu gugat Negeri Pulau Pinang di samping kita memaparkan kerja baik kita yang telah kita laksanakan sebelum ini. Timbalan Speaker, ketika ini masih lagi kita tergantung siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10? Sebelum ini kita telah menggalakkan atau kita berusaha memberikan
ruang yang sebaiknya seadanya kepada orang muda undi 18 dan Alhamdulillah negara kita telah mencapai apa yang kita hasratkan. Betapa hebatnya golongan muda ini sampai tergantung Parlimen berapa hari dan sampai sekarang masih lagi kita tidak dapat menyelesaikan masalah pentadbiran negara yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan segera dan inilah ruang yang kita bagi undi 18 ini, kita perlu melihat secara positif betapa kesannya kepada negara boleh kita meluaskan lagi kepada anak-anak muda kita. Betapa perlunya pendidikan politik itu apabila mengundi apabila mereka ini untuk mempengaruhi undi mereka untuk mengundi mana-mana parti politik kerana apa yang paling penting adalah pentadbiran negara perlu dijalankan dengan baik. Saya juga ucapkan syabas kepada pemuda-pemuda yang telah membuat pilihan mungkin bagi mereka betul dan ada yang mungkin berbeza pandangan tetapi kita tetap perlu hormat terhadap keputusan yang telah mereka buat. Dato’ Speaker, saya juga menyambut baik perhatian Kerajaan Negeri akan peri pentingnya peruntukan yang besar bagi hal ehwal Islam dengan jumlah RM75 juta, RM75.08 juta dan yang paling membanggakan Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah Al-Quran bagi peringkat kebangsaan bagi tahun 2023. Malah, Kerajaan Negeri turut menyumbang RM3.52 juta bagi tujuan penganjuran, terima kasih atas komitmen Kerajaan Negeri dan perkara inilah yang sepatutnya kita perlu uar-uarkan seluas-luasnya melalui media sosial, tak perlu tunggu Buletin Mutiara disiarkan seminggu sekali, seminggu dua kali dan sebagainya tetapi kita perlu memainkan peranan sewajarnya Bahagian Penerangan di Pejabat Ketua Menteri atau pun Pejabat-pejabat YB. dan sebagainya supaya kita dapat menyampaikan maklumat apa Kerajaan Negeri yang telah lakukan dan akan lakukan dan kita sekali-lagi tidak mainkan isu perkauman dan sekali-kali tidak mengenepikan Islam di Negeri Pulau Pinang ini. Saya juga amat menghargai segala usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan khidmat kepada semua lapisan masyarakat dengan mewujudkan MPKK mewujudkan JPWK untuk Keluarga dan Wanita dan yang terbaru mewujudkan Jabatan Belia Pulau Pinang walaupun peningkatan kos Kerajaan Negeri. Saya juga amat berminat untuk membuka Pusat Khidmat Panel 2030 bagi DUN Bayan Lepas dengan menggunakan tapak dan bangunan sedia ada iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang lama ini yang sekarang ini telah menjadi bilik Perbadanan Ketua Menteri. Saya juga amat berharap untuk mendapatkan kerjasama yang baik daripada Perbadanan Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri supaya kita lebih mendekati rakyat. Memandangkan nilai tanah yang tinggi bagi merancangkan sesuatu yang baik, saya ingin mencadangkan agar tapak berkenaan yang terletak betul-betul di Pekan Teluk Kumbar ini yang sekarang ini terbengkalai, tertinggal, usang dan sebagainya kita majukan atau pun kita build up bangunan baharu bagi kita membina satu Pusat Center Penang2030 dibawah Kerajaan Negeri dan kalau kita nak jimatkan kos kita boleh masukkan sekali dengan membina Penang Digital Library dan Penang Islamic Digital Library di situ bagi melahirkan modal insan yang hebat yang tidak termakan dengan dakyah-dakyah yang boleh memecahkan perpaduan penduduk di Negeri Pulau Pinang ini.
Seterusnya penduduk di DUN Bayan Lepas, amat memerlukan dewan orang ramai yang besar dan selesa. Oleh itu, sekali lagi saya mendesak agar Kerajaan Negeri mengambil alih Dewan Masyarakat Teluk Kumbar yang sebelum ini dibina oleh PERDA yang terletak di atas milik Kerajaan Negeri. Buat masa ini dewan itu terlalu uzur dan terbiar dan tidak digunakan lagi, saya barharap juga agar Pengerusi PERDA yang berada bersama kita dihadapan ini YB. Bertam dapat menyerahkan bangunan tersebut kepada Kerajaan Negeri kerana tanah tersebut adalah tanah Kerajaan Negeri tetapi bangunan tersebut adalah dibina oleh Perda dan tidak dapat digunakan sebaiknya untuk manfaat rakyat tersebut dan kita juga berharap agar Kerajaan Negeri dapat membina kalau tak boleh nak repair, baik pulih kita harapkan Kerajaan Negeri membina dewan yang besar yang baharu yang mempunyai gelanggang badminton dan boleh dilaksanakan aktiviti sukan indoor serta aktiviti masyarakat. Saya amat berharap agar ianya dijadikan kenyataan kalau sebelum ini dewan itu memang
kita guna untuk kenduri, untuk main badminton dan juga paling penting apabila banjir disitu lah Pusat Rakyat, di situ lah Wakil Rakyat, di situ lah Pejabat Daerah berkumpul untuk menyampaikan servis kepada rakyat tetapi sekarang ini terbiar sahaja, bumbung pun terbang dan sebagainya. Kalau Perda tak mampu tolong serahkan kepada Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah telah ambil tindakan dan sampai sekarang tak ada respon daripada PERDA dan seingat saya hanya sekali sahaja mesyuarat yang diwakili oleh PERDA jadi saya mengharapkan jasa baik oleh PERDA dan Pengerusi pun sahabat saya, saya berharap dapat memberikan respon yang sewajarnya supaya dapat dimanfaatkan oleh penduduk di Teluk Kumbar dan khususnya dan amnya penduduk di Negeri Pulau Pinang. Disekitar dewan tersebut mempunyai tanah yang luas dan sekarang ini saya telah bangunkan bersama dengan YB. EXCO Sukan, Pejabat Daerah untuk menaik taraf padang bola sepak yang lebih baik dan saya berharap agar padang tersebut dapat kita jadikan mini stadium yang boleh, yang mempunyai pelbagai kemudahan dan serta keluasan padang bola tersebut boleh dijadikan mengikut standard FAM dan boleh dijadikan kejohanan liga dan sebagainya. Dalam masa yang sama, saya melihat juga masih ada ruang kosong bagi membina sebuah gelanggang futsal bagi memenuhi keperluan sukan anak muda yang terletak di hujung padang tersebut masih lagi ada kosong, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang sudi ke padang berkenaan ketika Program Jelajah Love Penang dan dapat lihat penyertaan anak-anak muda dalam program berkenaan. Dato’ Timbalan Speaker, suara serak-serak kempen..(gangguan).
Yellow card Bukit Tambun..yellow card..
Tamat lima minit..saya tak boleh cakap banyak suara serak. Dato’ Timbalan Speaker, saya juga memohon satu lagi pusat aktiviti sukan untuk membina gelanggang futsal dan bola keranjang yang terletak di Sungai Ara bersebelahan Apartmen Lavendar yang sekarang ini diwartakan sebagai tanah lapang di lot 1103, mukim 10. Keluasan tanah lapang sebanyak 5.08 ekar saya fikir baiklah ianya dimanfaatkan daripada jadi tanah lapang sahaja kadang-kadang jadi hutan belantara jadi saya mohon Kerajaan Negeri melalui Pejabat YB. EXCO Belia dan Sukan agar dapat bekerjasama dengan MBPP supaya dapat diambil sedikit 1 ekar pun jadilah supaya kita dapat bina gelanggang futsal dan juga pelbagailah antara contoh bola keranjang. Timbalan Dato’ Speaker, Bayan Lepas sekali lagi masih lagi mengharapkan pembinaan pasar awam Teluk Kumbar bagi memenuhi sosial ekonomi di samping mewujudkan gerai-gerai peniaga bagi membolehkan ekonomi dijana lebih rancak. Buat masa ini dilihat peniaga-peniaga kecil berniaga tanpa kawalan kerana kita sendiri gagal menyediakan premis untuk peniaga kecil. Saya juga mengambil kesempatan untuk menyeru MBPP membantu peniaga-peniaga di pasar pagi Taman Sahabat yang telah sekian lama beroperasi supaya mereka ini dapat kita lesenkan dan disediakan tapak khas supaya ianya lebih tersusun dan tidak menimbulkan ketidakselesaan dan ada penduduk di waktu pagi, sesuatu tindakan penambahbaikan perlulah kita lakukan untuk pasar pagi ini di Taman Sahabat untuk membantu peniaga-peniaga sedia ada dan juga memastikan keselesaan dah terlalu lama dah lebih 10 tahun saya rasa hampir 20 tahun sama naik dengan Flat Taman Sahabat tapi terbiar macam tu sahaja. Timbalan Speaker, saya juga berharap agar MBPP dapat usulkan juga tapak peniaga gerai makanan secara berpusat dengan menyediakan tapak penjaja sementara bagi mereka yang berniaga di sepanjang jalan melintang Kampung Masjid iaitu jalan Taman Perda memandangkan jumlah gerai yang telalu banyak, seronok Dato’ Speaker kalau pergi syok.
Banyak pelbagai makanan ada memandangkan jumlah gerai yang banyak dan sambutan pembeli pun juga ramai kerana ianya berhampiran dengan kawasan penduduk boleh kita usulkan untuk kalau betul-betul nak bantu kita boleh cuba dapatkan bahu jalan untuk kita jadikan tapak peniaga sementara dan sebagainya supaya mereka boleh berniaga secara tersusun. Timbalan Speaker, saya juga mohon agar nasib nelayan terus dibela. Apabila berlaku kejadian ribut, angin Selatan, angin kencang, bot, sampan mereka ini sering rosak dan ada juga yang terbalik dipukul angin ketika mereka sedang melabuhkan bot sampan tersebut. Oleh itu saya panjangkan permohonan nelayan Sungai Batu bagi membina benteng penahan ombak sedia ada ini dipanjangkan, di extendkan kerana benteng yang ada ini masih lagi tak mencukupi bagi melindung bot-bot mereka ini daripada pukulan angin sehingga terbalik. Bila terbalik YB. Kawasan pening. Untuk repair bot, mai surat kat kita, mai borang permohonan, aduan dan sebagainya lebih daripada RM5,000.00 kalau nak repair. Jadi kesian kat depa ni. Jadi kita minta supaya Kerajaan Negeri, LKIM atau JPS sama-sama usahakan supaya benteng itu, penambah penahan ombak ini dapat kita panjangkan juga. Dan juga dalam masa yang sama, kita lihat Jeti Teluk Kumbar ini uzur sangat. Tadi di Sungai Batu, ini di jeti Teluk Kumbar pula. Uzur sangat. Perlu diperbaiki kerana keadaannya yang uzur dan tidak selamat. Ramai yang memancing atas itu tapi railing keselamatan pun tak ada. Silap-silap jatuh boleh tangkap ikan terus dalam laut itu. Jadi kita lihat jeti itu memang tidak enak mata memandang. Saya juga mohon agar titi yang menghubungkan Pantai Teluk Bayu dengan tanah rizab kerajaan yang menghala ke unit nelayan, ini jalan pintas ke Teluk Bayu boleh naik motor sahaja, ada titi JPS yang buat, kecil, kalau boleh kita nak titi itu dibesarkan lagi bagi kita boleh, kereta boleh lalu titi itu untuk ke Pantai Teluk Bayu. Saya tak mampu nak jawab dengan pengunjung, dengan netizen, apabila nak pergi Teluk Bayu, hujung minggu hampir 1000 orang lebih daripada 1000 orang, jalan berlopak-lopak, teruk, baru ini Alhamdulillah Kerajaan Negeri melalui BPEN bagi duit RM80,000.00 kita boleh bubuh pasir. Tanah, tanah PERDA. PERDA lagi, kena kawan saya lagi kan tapi kawasan itu telah ada perancangan…(gangguan).
Bertam respond sikit.
Ada perancangan untuk membuat projek di situ. Memang kita tak boleh nak turap. Jadi saya mintalah supaya jalan alternatif ini kita buat segera, tanah rizab kerajaan daripada jalan taman itu, hujung itu terus sahaja. Jadi saya minta…(gangguan).
Saya nak mencelah sikit jer.
Boleh, boleh.
Boleh? Saya pohon sahabat saya Yang Berhormat Bayan Lepas untuk menghantar pada saya segala aduan dalam bentuk surat rasmi dan saya akan pastikan dijawab. Terima kasih.
Terima kasih. Sambung lagi. Pengerusi PERDA.
Satu minit lagi.
Eh! Baru lagi, rasa baru pegang mic saja. Kemudian masalah, masalah yang besar, tadi titi, jalan dan sebagainya, itu adalah peranan Kerajaan Negeri dan juga Pejabat Daerah dan JPS untuk bantu saya untuk memang jalan itu memang PERDA tak akan bagilah sebab dia duduk di tengah-tengah, dia rentas tanah untuk yang dimajukan. Jadi benda ini serius, saya pun tak larat nak jawab dah. Apa tu, jalan teruk, jalan teruk. Kemudian masalah yang sering dihadapi oleh penduduklah. Saya pun baru ini kena ligan dek anjing, bawa motorlah anjing, anjing ligan nak gigit. Masalah anjing ini. Masalah anjing ini terlalu banyak lani. Terutama di Kampung Bukit di Mutiara Perdana dan ada sampai masuk Flat Saujana Height. Call MBPP, MBPP mai, anjing hilang. Balik pulak, anjing timbul balik. Ada dua orang dah kena gigit, Timbalan Speaker. Jadi bagaimana untuk kita hadapi masalah ini? Bukan kata di satu dua tempat, boleh kata pembiakan anjing ini terlalu banyak. Di Kampung Teluk Kumbar dan sebagainya. Risau anak-anak sekolah. Banyak kes dah. Jadi boleh kiranya MBPP carikan satu solusi untuk bagaimana untuk kita lawan, kita mengatasi masalah anjing berkeliaran ini, yang tak berlesen.
Boleh minta celah sekejap? Okay, Yang Berhormat Bayan Lepas, saya just nak update Yang Berhormat Bayan Lepas yang kita punya MBPP ada satu program panggil TNR yang Trap-Neuter-Release adalah untuk menangkap anjing itu, untuk neuteredlah supaya ia tak boleh membiak dan lepas itu lepas balik. Selepas perlepasan balik itu untuk memastikan bahawa sebab anjing itu adalah territorial sebab yang anjing lain tak boleh masuk ke kawasan itu tetapi anjing, presence of the anjing itu akan habis di generasi ia lah. Ia tak akan membiak lagi. Itu untuk memastikan bahawa pembiakan itu dikawal lah di kawasan seluruh MBPP di kawasan kawalan MBPP lah. Itu adalah satu program yang telah dijalankan di antara MBPP, Ahli Majlis, Connie dan juga dengan IAPWA, dengan satu NGO. Thank you.
Terima kasih atas makluman tapi sementara nak tunggu generasi anjing itu habis, habis orang digigitnya. Lagi satu kita tak tau apa kita punya tag di anjing tu. Kita tak dak, scan barcode, sebagai bila kita scan orang ini, jadi apa-apa pun langkah segera perlu diambil tambah terutama yang mengancam keselamatan anak-anak penduduk, banyak kes dah, memanglah. Di Gertak Sanggul biasa anjing lintas pun satu hal juga, sampai orang cedera teruk kan. Jadi kita mintalah MBPP fikirlah. Tadi baguslah idea tu tapi kalau boleh ambil anjing itu, letak satu pusat dulu bagi mandulkan semua, kat situ saja, jangan dok bagi keluar dah. Sebab kita tak boleh nak bezakan dia bukan pakai topi ke apa ke. Kemudian yang masalah yang kita hadapi adalah masalah, tadi anjing, ini khinzir. Masalah nak sebut khinzir pun payah, babi hutan. Babi hutan pun satu hal juga. Terlalu banyak, bukan kata Veterinar tak bagi kerjasama, bagi tapi kemampuan Veterinar pun tak ramai, tak silap saya tiga empat orang saja. Jadi, banyaklah apa tu aduan,
pokok tanam tanaman sampai ke pintu rumah babi hutan ini. Tadi saya dengar KOMTAR kata harga khinzir RM100 satu kilo. Saya tak tau khinzir hutan ini laku ke tak, kalau laku mai Teluk Kumbar. Kami pening dah…(gangguan).
Dato’ Speaker, itu adalah haiwan yang is protected, protected species. Cannot suka-suka tembak atau pun bunuh babi hutan walaupun kita taulah semua tempat mereka ada jual daging babi hutan but it’s a protected animal.
Okey tak apa. Masalahnya benda ini tak boleh…(gangguan).
Bayan Lepas, Bayan Lepas.
Ya.
Selalunya depa kata, yang tembak RELA semua itu tapi jual juga tapi kata jual kayu. Itu sahaja.
Dak, terlalu banyak saya, kitapun pening. Memang kita bubuh perangkap, memang dapat tapi ialah, nak, dia lagi banyak daripada kita la ni.
Lagi satu minit lagi, Bayan Lepas.
Okey lagi 10 minit sebab tadi orang lain kacau. Okey, mengenai bencana alam. Mencelah, mencelah. Kejadian banjir, ribut, panas, hujan, manusia sering, kita ni manusia sering menyalahkan alam, bencana alam, krisis, krisis apa, krisis iklim dan sebagainya tapi kita tak pernah ambil pengajaran. Kita ni terlalu, kita rasa kita ego kita bagus, dengan kehebatan kita, semua kita baik, kalau tak baik, itu alam salah. Kalau baik itu, kita yang betul semua. Jadi bagi sayalah, kita perlu seiring dengan cabaran. Kalau kata alam itu berubah dia punya ancamannya, kita pun kena berubah jugalah. Kita kalau kata, teknikal kita, kita luluskan perancangan bandar dan sebagainya, kalau dulu longkang 2 kaki boleh lepas, tapi sekarang ini kena buat satu syaratlah. Kena upgrade, kena longkang ini, longkang culvert ni dok 4 kaki atau 5 kaki. Itu perkara yang, perkara itulah yang kita maksudkan supaya kaji betul-betul. Sudah tiba masanya garis panduan teknikal yang ada sentiasa dipantau oleh kerajaan supaya ianya betul-betul mampan. Speaker minta saya habis awal, saya pun jem lah.
Baik, terima kasih.
Okey, dalam soalan lisan saya, saya telah bangkitkan isu banjir di Bayan Lepas dan Kampung Seronok yang berpunca daripada paya air bukit yang banyak dan deras, berpunca daripada pembangunan di atas Bukit Setia Triangle dan akan lebih teruk lagi kalau pembangunan Bukit Belah yang sekarang kita sedang buat akan juga lalu ke Kampung Seronok. Dan akan terus ke Sungai Bayan Lepas. Saya percaya banyak lagi pemajuan yang akan berlaku di atas bukit tersebut. Sekarang dan akan datang tetapi sungai berkenaan tetap sama sahaja. Jadi saya mintalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, MBPP perlu melihat perkara ini dengan serius dan sewajarnya supaya ada alternatif lain bagi mengalihkan air tersebut supaya tidak semuanya tertumpu ke Sungai Bayan Lepas dan Kuala Binjai sahaja kerana sungai tersebut tak boleh nak diperbesarkan lagi kecuali kalau kita ambil bab pengambilan tanah, dah tentulah melibatkan kos yang tinggi. Sat, ada sikit lagi, saya nak perhabis, rasa baru 5 minit je. Dato’ Speaker, saya ucapkan jutaan terima kasih atas respond permohonan saya agar Kerajaan Negeri membantu untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik di Bukit Belah dan di Sungai Batu dengan meluluskan tak silap saya hampir RM500,000.00 untuk kerja-kerja konsultasi dan survey. Walaupun kita tidak mampu untuk selesaikan semua tetapi ianya amat besar ertinya. Ada tindakan kita. Moga ianya dapat melegakan sedikit masalah, melegakan pengguna jalan raya yang sering terkandas untuk pergi dan balik. Kita akan terus mendesak Kerajaan Pusat supaya melaksanakan pembesaran jalan tersebut dan kita akan desak juga supaya dikembalikan kelulusan untuk pembinaan klinik kesihatan jenis 2 di Bayan Lepas yang kita amat perlu kerana kepadatan penduduk yang amat memerlukan kemudahan kesihatan yang moden dan yang lengkap. Buat yang terakhir dalam point saya apabila disentuh mengenai air, audit air dan sebagainya. Dalam sesi yang lepas, saya telah bersuara supaya kerajaan turut sama ambil bahagian bantu untuk menyelesaikan masalah tangki-tangki bocor ini. Kos rendah ini. Saya, tak silap saya lima enam tangki dah saya repair, banyak duit habis duit. Jadi kalau kata Kerajaan Negeri dapat, PBA sendiri pun dapat membantu rumah-rumah kos rendah ini untuk baik pulih tangki-tangki depa ini, saya rasa kita boleh menjimatkan air di Negeri Pulau Pinang ini. Dan juga sekali lagi, PERDA lagi, rumah-rumah kos rendah di PERDA lah yang paling banyak sekali, tangki bocor. Jadi saya mintalah supaya ada tindakan daripada PERDA, dah ada 7 blok di situ, tolong. Kalau nak serahkan, nak buat JMB di PERDA itu, tolonglah selesaikan masalah tangki dulu, tolong selesaikan hutang dengan PBA, tak silap saya RM1 juta lebih, baru saya galakkan penduduk di situ untuk ambil tanggungjawab untuk menubuh JMB. Akhir sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sentiasa bersama saya memberikan bakti kepada penduduk di DUN Bayan Lepas. Jadi saya dengan ini, menyokong penuh Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang supaya, agar negeri kita terus aman damai dan harmoni dan dirahmati Allah. Wallahualam, terima kasih.
Terima kasih Bayan Lepas. Dipersilakan, tinggal dua orang lagi iaitu Bagan Dalam dengan Seri Delima. Tak bersedia? Tak bersedia. Yang Berhormat-Yang Berhormat, tak ada siapa bahas so kita tangguhkan Dewan sehingga esok pagi, pukul 9.30.
Dewan ditangguhkan pada jam 4.00 petang.