Pulau Pinang · 23 November 2022

14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 237 turns · 47,113 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Lim Guan Eng (Air Putih), Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Jason Ong Khan Lee (Kebun Bunga), Muhammad Faiz Bin Fadzil (Permatang Pasir), Dato’ Mustafa Kamal Bin Ahmad (Telok Ayer Tawar), Dr. Afif Bin Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Bin Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq (Bertam), Zolkifly Bin Md. Lazim (HADIR)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Bacaan doa.

Timbalan Setiausaha Dewan

“Bacaan Doa”

Setiausaha Dewan

Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bersidang semula dengan soalan lisan. Saya pertamanya nak jemput Yang Berhormat Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 42. No. 42. Apakah Self-Sufficiency Ratio (SSR) bagi ayam, daging, khinzir, ikan, udang, ubi kentang, sayur-sayuran, buah-buahan, beras dan susu bagi negeri ini berbanding dengan SSR negara? (a) Nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan sekuriti makanan negeri ini terjamin.

Bismillahirrahmanirrahim. Perbandingan Self Sufficiency Ratio (SSR) bagi Negeri Pulau Pinang dengan SSR negara bagi ayam, daging khinzir, ikan, udang, ubi kentang, sayur-sayuran, buah-buahan, beras dan susu adalah seperti berikut: Pada tahun 2020, SSR Negeri Pulau Pinang bagi padi adalah 42.2 peratus, untuk buah-buahan 42.2 peratus dan sayur-sayuran 89.14 peratus. Pada tahun 2021, untuk padi SSR kita telah meningkat kepada 60%, buah-buahan sama dan sayur-sayuran menurun sedikit 81.4 peratus. Perbandingan kadar sara diri komoditi ternakan utama di Negeri Pulau Pinang dan negara Malaysia pada tahun 2021 adalah seperti berikut: Untuk daging khinzir SSR untuk Pulau Pinang adalah 227.25 peratus , untuk Malaysia ialah 93.4 peratus maknanya Pulau Pinang lebih tinggi, untuk daging ayam dan itik 113.27 peratus berbanding Malaysia 99.9 peratus, daging lembu, kerbau atau kerbau 20.89 peratus berbanding Malaysia 18.9 peratus, daging kambing dan bebiri 4.97 peratus berbanding Malaysia 10.7 peratus, telur ayam atau itik atau telur itik 42.61 peratus berbanding Malaysia 114.4 peratus dan susu segar 25.21 peratus di Pulau Pinang berbanding Malaysia 56.7 peratus.

Bagi sektor perikanan, tahap sara diri untuk makanan laut yang ditetapkan melalui Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia adalah masing-masing sebanyak 93 peratus pada tahun 2019, 95 peratus pada tahun 2025 dan 98 peratus pada tahun 2030. Berdasarkan kepada ketetapan tersebut, pengeluaran sotong, udang dan tuna adalah mencukupi bagi tahun 2019 dengan masing-masing merekodkan SSR sebanyak 109.2 peratus bagi sotong, 102.9 peratus bagi udang dan 101.3 peratus bagi tuna. Mackerel merekodkan penggunaan per kapita yang tertinggi berbanding perikanan lain sebanyak 5.7 kilogram setahun diikuti dengan udang sebanyak 4.1 kilogram setahun dan tuna sebanyak 2.7 kilogram setahun. Bagi memastikan sekuriti makanan negeri ini adalah terjamin, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri mengambil langkah-langkah seperti berikut: Untuk Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, ia memfokus pada usaha untuk memodenkan dan meningkatkan pengeluaran pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan melalui peruntukan pembangunan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Jabatan Pertanian Negeri. Penekanan juga diberikan kepada usaha peningkatan pengeluaran beras, buah-buahan, sayur-sayuran bagi mencapai tahap sara diri yang disasarkan. Jabatan Pertanian Pulau Pinang meningkat pematuhan kepada piawaian kualiti dan keselamatan makanan yang ditetapkan supaya produk pertanian dikeluarkan selamat dimakan dan berkualiti melalui ABP atau pun Amalan Pertanian Baik, myGAP - Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia dan myOrganic - Skim Pensijilan Organik Malaysia. Jalinan kerjasama antara jabatan serta institusi pendidikan dan penyelidikan di Negeri Pulau Pinang turut diperkukuhkan bagi memperkasakan pertanian moden dan penyelidikan ke atas peningkatan proses penanaman, pengeluaran, peningkatan hasil dan pemasaran sumber makanan. Jabatan Pertanian juga memantapkan bekalan makanan lestari di kesemua Taman Pengeluaran Kekal Makanan (TPKM) di Negeri Pulau Pinang melalui pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersial dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta. Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2025) telah menggariskan inisiatif bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat dan mampu dibeli, juga pelbagai program peningkatan pengeluaran dan produktiviti. Inisiatif jaminan bekalan makanan akan ditumpukan kepada pengeluaran beras, daging, buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan bagi mencapai tahap sara diri atau Self Sufficiency Level (SSL) yang disasarkan. Antara perancangan jangka panjang yang diberi tumpuan adalah meningkatkan usaha pengeluaran dan bekalan makanan, meningkatkan akses kepada makanan, menstabilkan harga makanan dan menjamin keselamatan makanan dan pemakanan. Selain itu, Jabatan Pertanian Pulau Pinang menekan kepada Dasar Jaminan Bekalan Makanan bagi memastikan keperluan makanan adalah mencukupi dan mencapai tahap sara diri yang optimum bagi setiap tanaman makanan. Okey untuk Jabatan Perikanan Pulau Pinang, langkah yang diambil untuk sekuriti makanan adalah penternakan ikan dalam sangkar, kolam atau pun tangki. Dan baru-baru ini Jabatan Perikanan juga telah apa ni membuat 153 sangkar ikan baru di tapak-tapak yang telah dijumpai bersama dengan Persatuan Penternak Sangkar Ikan dan juga kita telah juga membuat sesi libat urus bersama dengan Persatuan Nelayan. Ada beberapa isu dan kalau boleh kita nak startkan pilot yang telah diluluskan oleh Mesyuarat EXCO jika kita boleh mengadakan menambah 153 lot sangkar ikan baru di Beting Tengah tapi ini under sesi libat urus bersama dengan untuk mendapat persetujuan dengan nelayan especially di Pulau Aman.

Kedua ialah memelihara sumber sedia ada. Ketiga melakukan program tanggungjawab sosial dengan pelepasan benih ikan secara berkala, melabuhkan tukun-tukun bagi menambah sumber perikanan sedia ada, pengenalan kepada teknologi dan kaedah moden dan cekap. Okey kita juga ada beberapa program baru ya di Pulau Pinang iaitu 141 lot TOL baru untuk kerang, kebun kerang di SPU dan juga SPT dan SPS. Kita telah susun semula semua lot-lot kerang di SPT dan SPS dan juga supaya ia adalah lebih selamat dan meningkatkan produktiviti dan meningkatkan yield supaya lebih tinggi dan juga kita telah membina 3 jeti pendaratan kerang yang baru di jeti Sungai Tembus, Lahar Inding dan juga naik taraf jeti Bagan Ajam menjadi jeti pendaratan kerang. In terms of kerang, kita dah spend about RM2.7 milion untuk tahun ini ya, tahun ini dan tahun lepas we started with the pilot. Okey untuk Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, mereka Jabatan Veterinar mengemudi pembangunan sektor ternakan melalui pelaksanaan aktiviti atau program yang menyokong kepada sasaran pengukuhan pengeluaran daging lembu atau kerbau serta kambing mahupun bebiri melalui Pelan Strategik dan Tindakan Pembangunan Industri Pedaging Negara 2021 hingga 2025. Jabatan Veterinar Pulau Pinang akan terus menyokong Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara 2021 to 2025 bagi pengeluaran susu segar serta Pelan Kelestarian Pembangunan Industri Unggas. Ke semua pelan ini adalah bertujuan bagi mencapai visi yang digariskan dalam Dasar Agro Makanan Negara 2021 hingga 2030 untuk membangunkan sektor agro makanan yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi untuk memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta mengutamakan sekuriti makanan dan nutrisi. Pelaksanaan program di peringkat Jabatan Veterinar Pulau Pinang melalui peruntukan Pembangunan Negeri telah membolehkan ladang ternakan dikekalkan dan dibangunkan serta terus menjadi agenda utama di negeri ini. Pemberian bantuan infrastruktur ladang, peralatan, baka ternakan dan sokongan kepada veterinar serta pengukuhan dan kelestarian industri penternakan akan dilaksanakan bagi sasaran mengekalkan ladang-ladang sedia ada di negeri ini serta meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi ladang yang berpotensi untuk dimajukan. Pendekatan Kerajaan Negeri melalui sesi libat urus di antara Kerajaan Negeri, agensi dan para pemain industri yang terlibat seperti Pelan Tindakan Pemulihan Negeri Pulau Pinang (Sektor Makanan Ternakan) dan libat urus pihak berkepentingan dalam pelaksanaan projek dan program Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah satu langkah yang tepat dalam menyelami dan memahami isu dan cabaran di peringkat bawahan. Selain itu, Jabatan Veterinar juga menyokong penuh Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Pengeluaran Makanan bagi maksud mengekalkan kawasan-kawasan pengeluaran makan sedia ada dengan mewartakan tanah-tanah rizab pertanian serta kawasan pengeluaran makanan sedia ada di negeri bagi menghalang kawasan ini dibangunkan dalam usaha menjamin keselamatan makanan di negeri ini. Selain itu, kemudahan daripada agensi kerajaan yang berkaitan bagi memudahkan proses dalam permohonan aktiviti bidang pertanian termasuk penyewaan tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL), caj penyewaan berpatutan dan tempoh sewaan yang bersesuaian, pemberian lesen premis serta melonggarkan syarat-syarat berkaitan Kebenaran Merancang adalah perlu bagi menyokong pembangunan aktiviti pertanian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, sila Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Yang Berhormat Penanti, demi memastikan sekuriti makanan saya rasa tidak boleh lupakan perlibatan anak muda jadi soalan saya adalah macam mana dengan

langkah-langkah dan usaha yang telah diambil untuk supaya lebih ramai anak muda menceburi diri dalam bidang pertanian terutamannya pertanian dan kalau langkah sudah diambil berapa peratusan peningkatan perlibatan mereka sejak usaha kita telah diambil, thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Okey, saya akan bacakan peratusan yang diberikan kepada mereka di bawah umur 40 tahun berbanding sekejap ya, berbanding mereka yang umur lebih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada Yang Berhormat?.

Actually ada jawapan it’s just I..

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa nanti

Saya akan letak di atas meja

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Ya, actually all the details (dengan izin) dah ada semalam saya baru letak atas meja saya tak apa saya akan letakkan di atas meja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Berapit, terima kasih dan saya nak jemput soalan 43.

Oh!, wait dah jumpa

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa Yang Berhormat saya sudah masuk ke soalan yang seterusnya.

Alamak saya dah ada jawapan dah jumpa untuk umur 40 tahun ke bawah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Last chance bagi you baca

Ya ka? Okay, okay yes.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak ada lagi?

Ada. Untuk 2021 untuk umur yang 40 tahun ke bawah okay kita ada Farmers To Farmers, Farmers To Farmers tanaman, Farmers To Farmers IAT peruntukan negeri bawah jabatan dan Farmer Field School 1,977 orang berumur 40 tahun ke bawah untuk 2021 nilai bantuan adalah RM283,726 dan untuk umur 40 tahun ke atas ialah 4,426 orang dengan nilai bantuan RM2,523,213.00 makna RM 2.5 million. Peratus usahawan di bawah 40 tahun adalah 31 peratus yang paling ramai yang untuk golongan muda adalah Farmer Field School dan juga Farmers To Farmers IAT untuk tahun 2022 tadi 2021. Untuk tahun ini untuk farmers yang umur 40 tahun ke bawah seramai untuk Farmers To Farmers IAT, 48 orang Farmers To Farmers, tanaman ialah 42 orang peruntukan negeri jabatan 3,494 orang Farmer Field School, 15 orang keseluruhan yang 40 tahun kebawah 3,599 orang dengan nilai bantuan RM1,527,193.00 atau pun RM1.527 juta untuk umur 40 tahun ke atas adalah 7,633 orang nilai bantuan RM2,662,631.00 RM2.662 million. Jadi peratusan untuk tahun ini ialah 32 peratus yang paling ramai adalah Farmer Field School, 79 peratus jumlah keseluruhan untuk tahun ini yang diberikan kepada just untuk pertanian tidak termasuk Perikanan, Veterinar semua RM4,189,824.00 atau pun RM4.189 juta. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih soalan 43 dilangkau Yang Berhormat tidak di dalam Dewan, sila Yang Berhormat Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato‘ Speaker, soalan saya soalan 44 No. 44. Nyatakan jumlah peruntukan yang diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Kebajikan Negeri untuk program-program bantuan masyarakat setiap tahun sejak daripada tahun 2018 hingga 2022.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Dato’ Speaker, jumlah peruntukan yang telah diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan dari tahun 2018 sehingga 2022 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri adalah seperti berikut: 2018 – RM 66,654,950.00 2019 – RM 66,248,490.00 2020 – RM 69,459,600.00 2021 – RM 85,508,850.00 2022 – RM 99,713,800.00

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih sila.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Dato’ Speaker boleh saya tanya soalan tambahan? Terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu atas jawapan yang diberikan, saya ada dua soalan sebenarnya satu adalah daripada jumlah-jumlah ini adakah kita boleh dapat breakdown bagaimana jumlah peruntukan Kerajaan Pusat digunakan dan bagaimana mereka telah pun salurkan bantuan ini kepada masyarakat yang memerlukan? Soalan yang kedua, saya sebenarnya adalah walaupun nampaknya besar peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat namun adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa hanya mereka yang dapat layak menerima bantuan JKM adalah mereka yang isi keluarga pendapatan di bawah RM1,169, maka adalah jumlah yang sangat kecil di mana ramai yang memerlukan bantuan tidak layak menerima bantuan daripada JKM dan Kerajaan Persekutuan harus melihat balik jumlah RM1,169 ini. Thank you, terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Dato’ Speaker saya minta maaf untuk soalan yang pertama adalah dia hendak yang teliti kerana saya tidak mahu bagi angka-angka yang tidak tepat saya akan bagi secara letak di atas meja. Kedua memang saya bersetuju akan tetapi negeri Pulau Pinang telah mengunakan PGK RM260 di mana siapa yang ada kurang daripada RM1,300, Kerajaan Negeri akan pergi tambahan macam top up system sehingga RM1,300. Memang kami telah buat rayuan bahawanya walau telah umumkan RM2,208 tetapi hanya ada RM1,169. Oleh yang demikian, saya masih merayu kepada Kerajaan Pusat berharap jika Anwar menjadi Perdana Menteri ini boleh diselesaikan semua terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih saya nak jemput Bagan Dalam sila.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua, soalan saya soalan no 45. No. 45. Apakah status penerbangan terus dari India ke Pulau Pinang yang telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri sejak beberapa tahun lepas? (a) Perincikan penerbangan terus ke Pulau Pinang hingga sekarang.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih Yang di-Pertua Dewan Negeri dan juga Yang Berhormat Bagan Dalam yang begitu prihatin terhadap penerbangan terus dari India ke Pulau Pinang. Untuk menjawab soalan ini, Kerajaan Negeri telah melalui Penang Convention & Exhibition Bureau (PCEB) telah membuat satu perjumpaan bersama syarikat penerbangan Go First Airlines pada tahun 2020 semasa Roadshow Pulau Pinang ke India dan menyatakan minatnya untuk membawa penerbangan terus ke Pulau Pinang dari bandar-bandar utama di India. Syarikat penerbangan Go First juga melihat potensi besar dalam memangkin usaha ini dan merancang tindakan susulan bagi merealisasikan inisiatif ini. Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah menghentikan usaha ini selama dua tahun. Namun begitu, selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa sejak April tahun ini saya telah memulihkan perbincangan dengan syarikat penerbangan yang sama dan satu hasil kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pihak telah terjalin dan tercapai. Kerajaan Negeri mengharapkan inisiatif ini bakal direalisasikan dalam masa yang terdekat. Sementara ini kami menunggu berbincangan selanjutnya dengan agensi-agensi lain termasuk Malaysia Airport, Malaysian Aviation Commission dan juga Civil Authority Aviation Malaysia dan untuk soalan (a), Buat masa kini destinasi penerbangan domestik ke Pulau Pinang ini termasuk Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Subang, Melaka, Kuching dan juga Langkawi. Sementara destinasi penerbangan antarabangsa termasuk Banda Aceh, Bali, Jakarta, Medan, Surabaya, Singapura, Taipei, Bangkok, Ho Chi Minh City dan juga Hong Kong. Terima kasih.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong kerana menjawab soalan saya tadi. Soalan tambahan saya adalah India sudahpun menjadi satu pasaran yang begitu besar untuk pelancongan dan kita nampak ekonomi India pun sedang berkembang begitu pesat selepas China dan India merupakan satu pasaran pelancong yang tepat kita perlu sasarkan sekarang dan saya pun telah merekodkan representasi kepada pihak Yang Berhormat kerana dalam 4 tahun yang lepas pelbagai usaha diambil untuk membawa pelancong-pelancong India ke Pulau Pinang. Dan pada masa tersebut menurut jawapan Yang Berhormat telah dinyatakan Syarikat Penerbangan Go First sudah pun memulakan kerjasama dan akan ada penerbangan terus dalam masa terdekat. Soalan saya adalah, apakah bandar yang dipilih untuk penerbangan

terus ini adakah Chennai, Bombay, Delhi atau pun bandar-bandar kedua terbesar seperti sebelum ini kita pernah ada Penang-Karachi, Cericerapeli? So, adakah bandar-bandar kedua terbesar seperti Cericerapeli, Madurai, ataupun Hydarabad dan sebagainya. Apakah bandar yang kita rasa kita rasa akan ada penerbangan terus ini? The first one, will be the first one. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih. Buat sementara ini kita memang melihat Chennai di Tamil Nadu sebagai bandar yang mempunyai, paling mempunyai potensi yang paling baik. Memandangkan perhubungan rapat antara rakyat di Chennai dan juga Pulau Pinang dan juga majority of the culture dan juga pendidikan, perdagangan yang rapat di antara Chennai dengan termasuk Tamil Nadu juga termasuk dengan Pulau Pinang. Dan kita tidak mempertikaikan bahawa kita juga akan berusaha untuk mendapatkan lebih lagi destinasi-destinasi yang seterusnya. Kalau kita selepas dapat jumlah satu destinasi yang pertama seperti apa yang kita berjaya di Malaysia. Kita pun harap dapat connect lagi banyak bandar raya di India, sebab kita memang fokus India sebagai satu pasar yang potensi baik untuk Pulau Pinang ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Soalan Yang Berhormat Sungai Pinang. Sila.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih Dato’ Speaker, Soalan saya nombor 46. No. 46, Setakat ini, berapakah sukarelawan belia telah direkrut di bawah Penang Youth Development Corporation (PYDC)? (a) Apakah perancangan dan program yang telah/akan dilaksanakan untuk memastikan sukarelawan belia dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan untuk berkhidmat komuniti?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya jawab soalan nombor 46. Setakat 31 Oktober 2022 seramai 2,732 orang belia yang telah direkrut sebagai sukarelawan belia Pulau Pinang di bawah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC). Perincian mengikut kategori jantina adalah seperti berikut, untuk lelaki yang terdapat di 1,452, untuk wanita terdapat 1,280, dari segi peratusan lelaki 53.15 peratus maka untuk wanita 46.85 peratus. Perincian mengikut kaum, untuk kaum Melayu yang menyertai sukarelawan belia dengan terdapat 1,316, untuk Cina 1,078, untuk India 298 dan lain-lain adalah 40. Dari segi peratusan Melayu merangkumi 48.17 peratus, untuk kaum Cina terdapat 39.46 peratus, untuk kaum India terdapat 10.91% dan kaum lain-lain 1.46 peratus. Selain daripada itu perincian mengikut kategori aktiviti Sukarelawan Belia adalah seperti berikut: Untuk kategori Alam Sekitar, sukarelawan yang jumlahnya yang menyertai adalah 1,512. Untuk kategori Bencana Alam terdapat 1,138. Untuk kategori Kerja Amal terdapat 1,463. Untuk kategori Pertolongan Cemas terdapat 773. Untuk kategori Pendidikan terdapat 1,377. Untuk kategori Seni dan Budaya terdapat 1,167. Maka untuk kategori Sukan adalah seramai 1,492.

Untuk menjawab Soalan A, pelbagai program pemerkasaan sukarelawan belia juga telah dilaksanakan bagi meningkatkan pendedahan dan memperkasa kemahiran golongan Sukarelawan Belia. Seperti Program Pendidikan Kitar Semula telah dijalankan pada 7 April 2020, Program Team Building dan Kepimpinan telah dijalankan pada 22 Ogos Tahun 2020. Program Bahasa Isyarat Malaysia telah dijalankan pada 24 Oktober 2020. (Dengan izin)….Dato’ Speaker, Life-Saving First Aid Skills telah dijalankan pada 19 September Tahun 2020. Sesi perkongsian dalam talian dari mahasiswa untuk masyarakat sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa telah pun dijalankan pada 5 Disember 2020. Program Dalam Talian Cardiopulmonary Resuscitation telah dijalankan pada 6 Mac tahun 2021. Dan juga Program First Aid telah dijalankan pada 27 Jun tahun 2021. Youth Eco Generation kempen telah dijalankan pada 8 Januari tahun 2022. Bengkel Pengurusan dan Teknik Penebangan Pokok telah dijalankan pada 9 Januari 2022. Latihan Asas Keselamatan Kebakaran telah dijalankan pada 26 Mac 2022. Kursus Latihan Kemahiran Survival telah pun dijalankan pada 9 April 2022. Kem Kempimpinan Sukarelawan Belia Pulau Pinang telah pun dijalankan pada 27 dan 28 Ogos 2022. Kursus Bahasa Isyarat Malaysia telah pun dijalankan pada 11 September tahun 2022. Selain itu, terdapat juga pelbagai program menarik yang sedang dirancang bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan golongan sukarelawan golongan belia Pulau Pinang iaitu seperti Program Disaster Drill, Program Praktikal CPR dan AED, Program Kepimpinan dan Program Asas Keselamatan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Soalan tambahan. Terima kasih dan syabas saya nampak ada lebih 2,000 lebih sukarelawan yang menyertai program-program oleh (PYDC). Cuma saya nak faham, adakah mereka juga memberi perkhidmatan atau bantu dalam apa-apa program atau aktiviti oleh Agensi-Agensi Kerajaan yang lain dan sekiranya ada berapakah bilangannya. Dan di sini saya juga nak tanya adakah kesedaran politik seperti Kempen Undi 18 diberikan kepada Sukarelawan Belia. Ini ada kerana kita melihat memang dapat lihat pada Pilihanraya baru-baru ini sukarelawan adalah amat diperlukan. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada rakan kita iaitu rakan saya daripada Sungai Pinang. Saya menjawab untuk soalan tambahan tersebut. Memang sejak Sukarelawan Belia ditubuhkan pada bulan Mac Tahun 2020, dua tahun yang lepas. Sukarelawan belia telah memberikan perkhidmatan dalam 75 program, termasuk program-program yang seperti alam sekitar, pendidikan, pertolongan cemas, sukan, seni dan budaya, bencana alam, kerja amal dan lain-lain. Dengan penglibatan seramai 1,753 orang Sukarelawan Belia. Memang Sukarelawan Belia Negeri Pulau Pinang tadi saya ceritakan bahawa kita terdapat 2,000 lebih bilangan Sukarelawan Belia yang ada di Negeri Pulau Pinang dan setiap golongan belia mereka boleh menyertai beberapa kategori. Kita tidak hadkan mereka untuk masuk atau menyertai cuma satu kategori. Kita terbuka supaya kita menggalakkan golongan belia atau pun sukarelawan ini mereka boleh menceburi dalam beberapa bidang yang berlainan supaya mereka juga boleh contribute knowledge mereka Dato’ Speaker dan juga sama-sama untuk menyertai program-program komuniti.

Walau bagaimanapun kesedaran politik bukan saja untuk sukarelawan, tetapi juga kepada semua warga belia di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memang ada menjalankan program-program untuk kesedaran politik terutamanya seperti yang Kempen Undi 18 yang diberikan bukan sahaja untuk itu volunteer tetapi kita buka kepada semua golongan belia di Negeri Pulau Pinang termasuk kepada semua (JBPP), Jawatankuasa Belia Pulau Pinang yang telah tubuh mulai 1 Mei tahun 2022 supaya kita menggalakkan ke semua warga belia bolehlah sama-sama untuk membangunkan dan juga mempromosikan untuk Undi 18. Kempen Undi 18 telah pun dijalankan oleh (PYDC) sejak bulan Mac tahun 2022 selaras dengan pelaksanaan penurunan umur mengundi dan pendaftaran pemilih secara automatik. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sivik antara golongan belia Pulau Pinang serta menggalakkan mereka untuk keluar mengundi dalam pilihan raya baru-baru ini. Dan juga dan Pilihan Raya Negeri yang akan datang. Semasa kita menjalankan kempen kesedaran politik oleh (PYDC) bersama dengan JBPP kita mendapati bahawa ada juga sedikit golongan belia yang mereka masih belum tahu bahawa mereka juga boleh boleh jadi pengundi. Maka melalui kesedaran program, kesedaran politik ini supaya kita nak semua warga belia mereka memahami, bahawa hak mereka telah pun boleh mengundi sampai umur 18. Kedua, macam mana parti-parti yang boleh mereka untuk pilih. Saya rasa ini untuk pengetahuan mereka supaya mereka memahami memilih kerajaan yang boleh memimpin negara kita pada masa datang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak soalan tambahan. Okey, satu.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua Yang Berhormat Bagan Jermal telah menjawab bagaimana Sukarelawan Belia direkrut dan bagaimana mereka boleh juga digunakan untuk memberi kesedaran tentang Undi 18 kepada golongan belia. Dan trend yang paling membimbangkan bagi saya, saya lihat dalam pilihan raya baru-baru ini kita nampak golongan belia yang pertama kali mengundi, Undi 18. Kita tengok mereka mudah dipermainkan emosi mereka. Dan kita nampak saya cukup takut bila tengok kepada sosial media seperti Tik Tok, komen-komen yang mereka keluarkan tentang 13 Mei, tentang perkauman, tentang agama. Ini saya sangat-sangat menakutkan saya tentang masa depan negara kita. Dan ada parti-parti politik yang mengambil kesempatan gunakan golongan mula seperti ini untuk agenda politik mereka. Mereka pun tidak faham apa yang mereka tulis, apa yang mereka cakap dalam media social. Dato’ Yang di-Pertua soalan saya adalah, bagaimanakah di Pulau Pinang dengan adanya Penang Youth Development Corporation ini bagaimana kita nak betulkan keadaan ini. Kita nampak golongan belia ramai sangat hampir di semua parlimen telah terlibat dalam proses pengundian, proses pengundian kali ini. Apakah rancangan yang ada untuk memberikan pendidikan politik yang betul kepada mereka. Adakah kita akan berkolaborasi dengan orang-orang seperti kuasa siswa, apa nama. What is it name, Kuasa Siswa? Fahmi Reza yang dapat kita nampak pendidikan politik yang begitu matang. Itu soalan saya Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada soalan tambahan yang telah pun ditanya oleh rakan saya Bagan Dalam. Memang dari segi kesedaran politik seperti baru-baru ini kita nampak pendidikan politik yang begitu matang. Itu soalan saya, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada soalan tambahan yang telah pun ditanya oleh rakan saya dari Bagan Dalam. Memang dari segi kesedaran politik seperti baru-baru ini kita nampak banyak Tik Tok yang telah disiarkan dan Instagram yang telah menyiarkan untuk sentuh isu perkauman. Saya rasa sebagai untuk kempen, pemilihan pilihan raya tak sepatutnya menggunakan isu-isu perkauman. Tetapi dari segi untuk kesedaran politik dari segi untuk pemuda kita, saya rasa PYDC memang pun telah menjalankan 66 sesi jelajah kempen, UNDI18 dengan jumlah 5014 responden di setiap daerah seperti SPU ada 6, SPT ada 8, SPS ada 3, Timur Laut ada 44, Barat Daya ada 3, atas talian ada 1. Saya rasa memang masih tak cukup, memang saya setuju bahawa kita nak uar-uarkan dan mempromosikan dengan lebih banyak untuk kesedaran politik supaya kita nak mendidik golongan belia terutama peringkat sekolah seperti pelajar-pelajar yang belajar dalam Form 5 atau pun Form 6, Dato’ Speaker, dan juga pelajar-pelajar kolej. Maka PYDC juga menjalankan program bukan saja di negeri Pulau Pinang tetapi juga di luar Negeri Pulau Pinang, di beberapa universiti, private university dan termasuk universiti kerajaan. Maka kita juga bekerjasama dengan pempengaruh media, sosial media seperti Asyraf Nasir, Xin Jing dan juga Wafi Kong TV, memang inilah satu cara untuk supaya mempromosikan kesedaran politik yang menjalankan hala tuju yang betul. Dan saya rasa bolehlah, kita masih ada masa supaya kita boleh bekerjasama dengan JPPP yang telah ditubuhkan dan bersama dengan ADUN supaya kita dapat sama-sama mempromosi lagi untuk kesedaran politik dari segi golongan belia. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Dan soalan seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Permatang Pasir, tak ada di dalam Dewan, soalan dilangkau. Seterusnya soalan yang ke-48, Yang Berhormat Kebun Bunga, ada? Kebun Bunga tak ada, soalan dilangkau, 49 sila.

YB.Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan 49. No. 49. Perincikan pelaksanaan projek dan program ke arah pencapaian Visi Penang2030 sejak pelancarannya. (a) Sejauh manakah penglibatan rakyat Pulau Pinang dalam merealisasikan Visi Penang2030? (b) Huraikan perubahan atau penambahbaikan terhadap ketercapaian dalam merealisasikan Visi Penang2030. (c) Huraikan hubung kait antara kempen LovePENANG dengan Visi Penang2030 dan perincikan impaknya kepada rakyat.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak pelancaran Visi Penang2030 pada Ogos 2018, aspek pembangunan komuniti amatlah ditekankan oleh Kerajaan Negeri kerana kepentingannya dalam melestarikan visi ini. Selain itu, kerjasama rakyat amat diperlukan untuk memperkasakan komuniti di negeri kita. Sehubungan itu, pelbagai program dan aktiviti bersama Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), Penang Green Council, Penang

Harmony Corporation dan Digital Penang telah dianjurkan program-program seperti Dahdigital, Youthforall, Relanita, Usahawan Wanita, Coding Bootcamp, e-Sports, bola sepak, bola keranjang, sepak takraw dan hala tuju benua aktif. Kerajaan Negeri dalam masa yang sama menubuhkan Pusat-Pusat Penang2030 di setiap KADUN. Pusat Penang2030 adalah berasaskan konsep shared space di mana ianya boleh dimanfaatkan secara optimum bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan, pembangunan sosial dan pemerkasaan komuniti yang menjurus ke arah pencapaian Visi Penang2030. lanya merupakan medium bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti pembangunan sosial yang dikhususkan untuk penduduk di KADUN berkenaan. Pada masa yang sama, Pusat Penang2030 adalah platform untuk memperkasakan rakyat negeri kita dari segi literasi digital, media, sivik, etika, kesihatan dan kewangan serta kemahiran-kemahiran berkaitan yang dilengkapi dengan peranti pembelajaran digital seperti komputer, mesin pencetak, kemudahan jalur lebar dan kelengkapan lain. Kerajaan Negeri juga telah menjalankan sesi libat urus bagi penyediaan Bajet Tahun 2023 negeri ini. Sesi libat urus seperti ini adalah julung-julung kalinya diadakan dan Kerajaan Negeri telah mendapat maklum balas daripada Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli-Ahli Parlimen bagi cadangan projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing. Cadangan projek-projek tersebut kemudiannya telah dinilai dan diberikan keutamaan pelaksanaan oleh BPEN dan Jabatan Kewangan Negeri. Visi Penang2030 adalah wawasan berinovasi yang merangkumi semua aspek pembangunan tanpa meminggirkan mana-mana entiti dengan menggariskan 4 Teras Utama yang banyak kali dinyatakan di sini. Pulau Pinang pada tahun 2021 telah mencapai nilai pelaburan pembuatan tertinggi iaitu RM107.2 bilion iaitu bagi tahun 2019 hingga 2021 dan mewujudkan lebih 51,000 peluang pekerjaan. Kejayaan untuk mempercepatkan Visi Penang2030 juga mampu diukur dengan inisiatif di bawah libat urus industri di mana penglibatan Kerajaan Negeri, masyarakat awam dan pihak swasta akan membentuk satu ekosistem yang lebih maju, mampan dan mampu untuk memperluaskan asas pelaburan kita. Kerajaan Negeri amat menitikberatkan usaha pembangunan bakat kekal sebagai tumpuan utama. Penang Skills Development Center, contohnya, sebagai sebuah inisiatif sektor swasta dan kerajaan menjadi perintis dan terus berjaya melahirkan sejumlah besar tenaga manusia untuk sektor pembuatan berteknologi tinggi. Pada masa yang sama, kita perlu mengumpulkan lebih banyak sumber untuk membangunkan keupayaan dalam bidang teknologi baru melalui Penang Science Cluster, Penang Tech Dome seperti Kecerdasan Buatan (Al), robotik, analitik dan sains kehidupan, serta pendigitalan ekonomi dengan memulakan Daerah Digital Kreatif sebagai pemangkin untuk ekonomi digital. Kempen LovePENANG dilancarkan berdasarkan lnisiatif Strategik C3 - Visi Penang2030 iaitu mewujudkan lebih banyak platform untuk penglibatan orang ramai dalam pembangunan sosial. Kempen LovePENANG adalah untuk memupuk semangat dan perpaduan rakyat jelata Pulau Pinang untuk mengatasi setiap cabaran pasca COVID-19. Kerajaan Negeri serta komuniti harus bergerak bersama-sama untuk mengharungi pergolakan untuk masa depan negeri yang lebih cemerlang. Kita juga perlu mencipta warisan yang mampan untuk generasi akan datang menerusi Visi Penang2030 serta memupuk semangat LovePENANG itu sendiri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih ke atas jawapan yang begitu menyeluruh daripada Yang Amat Berhormat Padang Kota. Pada pengamatan saya, kempen LovePENANG lebih senang difahami dan juga mendapat sambutan daripada orang awam berbanding dengan Visi Penang2030 yang sehingga kini tidak ramai yang boleh menyebut tema kita dengan tepat. Bagaimanakah Kerajaan Negeri untuk lebih mempromosikan Penang2030, biar lebih ramai terutamanya penduduk-penduduk di kawasan luar bandar memahami visi ini? Soalan kedua, Yang Amat Berhormat telah menjelajah 13 Parlimen menerusi Program Jelajah CM Chow atau pun Jelajah LovePENANG, apakah masalah yang perlu diatasi di peringkat akar umbi selepas menjalani jelajah ini?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Bukit Tambun atas soalan tambahan. Sememangnya kita mengakui Kempen LovePENANG ini lebih senang dianjurkan dan itulah hasil daripada jelajah LovePENANG ke 13 kawasan Parlimen yang merangkumi 40 kawasan DUN yang sempat dilawati dalam tempoh hampir 4 atau 5 bulan untuk membawa mesej Love Penang kepada rakyat jelata. Ini sebahagian daripada strategi pihak Kerajaan Negeri memandangkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat sendiri, bukan senang untuk kita menyampaikan Visi Penang2030 walaupun sudah pun dilancarkan 4 tahun dahulu dan setelahnya dilengkap dashboard, website, dan juga penerbitan risalah-risalah, ianya masih bukan senang untuk mencapai kesedaran umum di kalangan rakyat jelata. Oleh itu, kita menerima pandangan atau cadangan di samping itu, di bawah inisiatif C3 memperkasakan komuniti yang menjadi satu komponen daripada tema keempat-empat tema melalui Penang2030, kita berharap dapat juga sampai ke rakyat jelata di kawasan masing-masing dan seterusnya akan memfokus kepada pelaksanaan strategik-strategik inisiatif oleh EXCO-EXCO serta oleh jabatan-jabatan berkenaan dan kemajuan strategik inisiatif ini dapat kita lihat daripada dashboard dan website yang sememangnya perlu diuar-uarkan melalui publisiti, media sosial yang lebih luas. Itu mungkin satu perkara yang akan diberi tumpuan setelah kita sempurnakan Kempen LovePenang ini dan seterusnya kita akan melihat kaedah yang terbaik bagi menyedarkan rakyat kita tentang pencapaian strategik inisiatif yang diusahakan selama 4 tahun kebelakangan ini. Tetapi kita percaya masih ada beberapa tahun, ini satu program 10 hingga 12 tahun, tetapi setelah usaha ini sejak 2 tahun kebelakangan ini, memang Visi Penang2030 sudah pun diarus perdanakan dalam dasar dan sampai Bajet Negeri Pulau Pinang telah pun memberi tumpuan kepada Visi 2030 dan bagaimana dengan menggunakan peruntukan bajet untuk mencapai strategik inisiatif yang tertentu. Jadi kita percaya kita masih berada dalam landasan dan hala tuju yang betul dan mungkin perlu tambahkan usaha bagi aspek komunikasi kepada orang awam seperti menggunakan Tik Tok.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Batu Lanchang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato' Speaker. Soalan saya nombor 50. No. 50. Berapakah yang dibelanjakan setiap tahun untuk menganjurkan Pesta Padi Pulau Pinang? (a) Apakah pulangan pelaburan dan sumbangan terhadap keselamatan makanan (food security) negeri bagi jumlah yang telah dibelanjakan? (b) Sediakan butiran pengeluaran dan nilai beras tahunan serta jumlah hektar sawah padi dan petani di negeri Pulau Pinang sejak rekod disimpan.

Jawapan kepada soalan, eh 50? Bukan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Betul lah.

All right okay. Soalan 50 berkenaan dengan Pesta Padi. Inisiatif penganjuran Pesta Padi Pulau Pinang merupakan sebuah program yang telah dianjurkan sejak 2018, 2019 dan pada 2022. Pada tahun 2022, pada 22 hingga 24 Julai, jumlah yang diperuntukkan adalah RM589,515.00. Daripada jumlah itu RM186,800.00 telah disalurkan sebagai waran kecil kepada JPS untuk kerja-kerja membuat jalan sempena Pesta Padi sebab jalan itu diperlukan oleh kerana Pesta Padi pada tahun ini, buat pertama kali di Malaysia, mengadakan Pertandingan Arca Jerami Padi yang telah disertai 17 pasukan dari Kelantan, Pahang dan pelbagai negeri-negeri di Negeri Pulau Pinang. Jadi sebahagian daripada RM589,515.00 itu telah disalurkan kepada JPS macam saya kata tadi RM186,800.00 disebabkan oleh Pertandingan Arca Jerami Padi hadiah adalah sebanyak RM30,000.00 kepada pemenang dan hadiah-hadiah untuk kategori-kategori lain sebahagian banyak juga daripada kos Pesta Padi juga telah disalurkan kepada untuk pertandingan tersebut. Juga setiap peserta telah diberi wang sebanyak RM2,000.00 untuk menyediakan arca mereka. Okay, I think I have the details. Okey, lagi satu peruntukan juga telah diberi kepada Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang untuk kawalan serangga perosak sempena persediaan program Pesta Padi. Sebanyak RM60,754.00 telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian untuk kawalan serangga perosak untuk persediaan program. Sebelum ini, pada 2018 hingga 2019, pengajuran Pesta Padi telah menggunakan peruntukan daripada ADUN Penanti. Ini pertama kali pada tahun ini telah menggunakan peruntukan daripada MMK Agroteknologi. Berikut adalah ringkasan laporan Pesta Padi yang telah diletakkan dalam Lampiran A di atas meja Yang Berhormat. Pengajuran Pesta Padi bukan dilihat sebagai landasan atau medium bagi pelaburan dan sumbangan terhadap keselamatan makanan. Secara spesifik, penganjuran Pesta Padi adalah untuk memupuk pembudayaan kitar semula dalam kalangan para petani dengan pengumpulan jerami padi sebagai baja kompos, straw board, makanan binatang dan juga berbanding dengan aktiviti pembakaran jerami padi yang dilaksanakan secara terbuka. Jadi program ini melaksanakan buat pertama kali Pertandingan Arca Jerami Padi kerana ia mempromosikan penggunaan arca jerami padi itu sebagai suatu yang boleh dipromosikan untuk Agropelancongan dan juga disebabkan oleh masalah kekurangan bahan makanan haiwan, bahan mentah makanan haiwan pada tahun ini juga kebanyakan jerami padi telah digunakan untuk lembu dan ruminan, untuk ternakan, makanan ternakan dan even our Pesta

Padi pun kita ambil daripada Perak sebenarnya, kita punya jerami padi sebab seluruh negara jerami padi ini telah digunakan. Okey.

Yang di-Pertua (Speaker)

Siap? Habis?

Okay, actually saya hendak bacakan juga berkenaan dengan data apa yang telah di benefit, anggaran benefit yang diterima oleh peniaga tempatan. Pada hari Pesta Padi itu selain daripada keseluruhan peruntukan Kerajaan Negeri itu telah disalurkan macam saya sebut tadi KPS, DOA dan juga kepada Koperasi Ibu Tunggal dan Wanita, dan ada terdapat lebih kurang 110 vendor dan kewangan itu telah disalurkan kepada orang-orang tempatan, ada terdapat 55 peniaga anggaran benefit yang mereka terima ialah, ini paling kurang ya RM3000.00 x 3 hari = RM9000.00 dan x 55 peniaga = RM495,000.00 dalam 2 setengah hari. Kutipan kereta lembu, RM5,000.00 selama 2 hari, kutipan bot pelancong oleh nelayan dan juga Koperasi Ibu Tunggal dan Wanita ialah RM18,500.00. Jadi terdapat juga pelbagai acara, 31 acara yang telah diadakan semasa Pesta Padi. Pertandingan Silat, Pertandingan Arca Jerami Padi, Sky Venture Hunt, Penanti River Run, aktiviti menyelusuri Sungai Perai, river cruise, ATV, aktiviti berkuda, pertandingan tarik tali, menangkap ikan dalam bendang, bola tampar bendang, pertandingan memanah tradisional, pertandingan anugerah fotografi Pesta Padi dan sambutan pengunjung yang luar biasa, anggaran according to the police ialah 30,000 – 40,000 pengunjung semasa 2 setengah hari di Pesta Padi. Okey, dari segi promosi Pesta Padi dalam media, ia telah di highlight kepada ia telah mendapat liputan dalam Buletin Utama, Majalah Tiga, Malaysia Hari Ini, Astro Awani, Astro AEC, Penang Kini dan even Penang Kini buat masa kita promosi lebih 500,000 views, Malaysian Gazette, Bernama, The Star, New Straits Time dan saya ada list of media-media dan link dan juga aktiviti ini bukan hanya 2 setengah hari itu sahaja tetapi selepas itu pun berbagai-bagai aktiviti telah diadakan dan setiap minggu pun ada aktiviti di kawasan itu dan ia telah menjana pendapatan dan mempromosikan Pulau Pinang sebagai pengeluar yield tertinggi di Malaysia. Di kawasan Pesta Padi adalah kawasan yield tertinggi di Pulau Pinang sebenarnya..(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Yang Berhormat, sudah? Ada soalan tambahan?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato' Speaker. Terima kasih kepada Penanti dengan jawapan yang diberikan tadi. Saya ingat dalam anggaran kos perbelanjaan yang agak tinggi tetapi saya tidak bantah kerana ia adalah Pesta Padi untuk Negeri Pulau Pinang. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan Self Sufficient Ratio (SSR) beras di Negeri Pulau Pinang dan adakah Kerajaan Negeri berhasrat memberi tumpuan untuk memastikan SSR bagi makanan asas yang lain seperti ayam, daging, khinzir, ikan, udang, ubi kentang, sayur-sayuran, buah-buahan dan susu adalah bagus untuk memastikan keselamatan makanan warga Pulau Pinang terjamin. Soalan kedua, apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk memastikan terdapat bekalan makanan yang mencukupi untuk warga Negeri Pulau Pinang supaya kos makanan adalah terkawal.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, tadi sudah jawab panjang lebar bersabit dengan SSR, saya rumuskan dah.

Tetapi saya boleh jawap pasal pengeluaran itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, itu sudah.

Okay, untuk pengeluaran padi di Pulau Pinang kita mempunyai in terms of matrix tan pada 2021 okay ialah 136,919 hasil matrix tan, keluasan 12,105 hektar, anggaran nilai ialah RM205,379,490.00 which is about RM205.37 juta dan in terms of SSL tadi saya sudah bagi dalam jawapan soalan lisan nombor 42.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, terima kasih dan saya hendak jemput soalan yang seterusnya. Soalan 51, Yang Berhormat Machang Bubuk sakit, kuarantin. Soalan dilangkau. Soalan yang saya hendak jemput Yang Berhormat Batu Uban.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Dato' Speaker, soalan saya soalan nombor 52. No. 52. Memastikan kelestarian bekalan air. (a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan krisis air tidak berlaku sekali lagi akibat penutupan sementara loji rawatan air? (b) Apakah hasil dapatan kajian melalui laporan?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato' Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Uban. Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) telah pun mengambil inisiatif jangka masa pendek dengan membuat pemasangan sistem amaran awal kualiti air mentah di Muka Sauk Lahat Tiang dan pemasangan ini telah pun disiapkan pada September 2022. Pemasangan alat ini adalah bertujuan untuk mengesan kualiti air mentah yang diabstrak dari Sungai Muda. Bagi pelan jangka masa sederhana dan panjang Kerajaan Negeri melalui PBA juga telah merangka pelan kontinjensi Raw Water Contingency Plan 2030 melibatkan kerja menaik taraf tangki sedimen Loji Rawatan Air Sungai Dua yang telah siap pada tahun ini, Pakej 12 A Loji Rawatan Air Sungai Dua yang sedang dalam pembinaan, pembinaan lorong Loji Rawatan Air Mengkuang Fasa 1 yang dijangka siap pada tahun 2025, pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Muda Fasa 1 dan juga Loji Rawatan Air Sungai Perai dijangka siap pada tahun 2028. Sekiranya kerja-kerja membina dan menaik taraf infrastruktur bekalan air di bawah Raw Water Contingency Plan ini disiapkan sepenuhnya ia akan menyumbang kepada penambahan kapasiti air mentah sebanyak 560MLD.

Kerajaan Negeri melalui PBA juga akan membangunkan infrastruktur kejuruteraan bekalan air untuk memaksimumkan kapasiti pelepasan air sebanyak 1000MLD dari Empangan Mengkuang bagi membolehkah operasi pelepasan air dari empangan ini dilaksanakan setiap hari bagi mengurangkan risiko air mentah dari Sungai Muda pada masa hadapan. Perubahan pengoperasian ini memerlukan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur Empangan Mengkuang melibatkan 4 projek utama supaya kapasiti pelepasan air dapat ditingkatkan daripada 300MLD pada masa kini kepada 1000MLD. Terkini, Projek Pemasangan Paip Fasa 2 B dari Rumah Pam Mak Sulung ke Terusan Sungai Dua dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun depan. Sekiranya siap projek ini akan menambahkan sekali ganda kapasiti terkini iaitu 300MLD kepada 600MLD. Manakala 3 lagi projek dalam rangka perancangan untuk meningkatkan potensi penggunaan Empangan Mengkuang secara maksimum. Untuk soalan Yang Berhormat bahagian kedua, PBA telah mengemukakan Laporan Post Mortem berkaitan dengan isu gangguan bekalan air yang berlaku dari 6 hingga 11 Julai 2022 di Negeri Pulau Pinang. Melalui laporan tersebut, PBA telah menyatakan sebab-sebab kelewatan dan membekalkan, dalam membekalkan air susulan daripada penutupan sementara Loji Rawatan Air Sungai Dua. Punca-punca yang dikenal pasti adalah paip yang telah kosong mengandungi udara yang akan mengurangkan aliran air dan keadaan ini memerlukan masa untuk mengeluarkan udara di dalam paip tersebut. Selain itu tekanan air yang tidak mencukupi untuk membekalkan air ke tempat yang tinggi atau yang jauh dari loji menyebabkan pengguna yang berada di tempat rendah atau dekat dengan loji akan mendapat bekalan air dahulu. Masalah-masalah lain yang dikenal pasti adalah terdapat juga kerosakan paip yang berlaku di tempat-tempat tersebut dan halangan-halangan lain untuk menghulurkan paip di pam di bangunan tinggi. Majlis Mesyuarat Kerajaan bilangan 23/2022 bertarikh 5 Ogos telah pun melantik satu panel penyemak bebas atau pun independent checkers panel untuk membincangkan, meneliti dan mengkaji semua maklumat yang terkandung di dalam laporan post-mortem krisis air di Negeri Pulau Pinang yang disediakan oleh PBA dan laporan awal atau pun inception report telah pun dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan bilangan 30 bertarikh 19 Oktober oleh ahli panel penyemak bebas. Ahli panel akan mengemukakan dua (2) laporan lagi iaitu laporan interim pada penghujung Oktober 2022 yang di mana telah pun dikemukakan dan kemudian laporan akhir pada penghujung November 2022 untuk melengkapkan siasatan ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Soalan tambahan Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga atas jawapan yang diberikan tadi. Yang Berhormat kita faham bahawa air ini adalah sumber asas yang penting untuk kegunaan semua. Maka saya nak tanya, apakah cadangan atau pun langkah proaktif yang akan diambil oleh PBA selepas ini supaya memastikan apabila kita ada krisis air ini kita perlu memastikan bahawa bekalan air itu sampai ke setiap tempat. Okey yang kedua, apakah option kedua sekarang ini kita hanya ambil air daripada Sungai Muda dan apakah option kedua yang akan kita teruskan selepas kita lihat ada peralihan Kerajaan Perpaduan di Perak, PH dan juga BN. Maka adakah kita Kerajaan Negeri akan berunding semula dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perak. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Untuk menjawab soalan yang pertama, kebanyakkan options tadi pun telah dinyatakan. Selain daripada itu, sudah tentu berdasarkan pada hasil dapatan laporan daripada panel penyemak bebas kita juga akan mengkaji sama ada langkah-langkah lain boleh dilaksanakan bagi memastikan atau pun mengelak daripada kejadian tersebut. Bagi soalan kedua, sudah tentu dengan penubuhan kerajaan baharu di Negeri Perak, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyusuli projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Negeri Pulau Pinang dan kita akan berhubung dengan Kerajaan Negeri Perak dengan masa yang terdekat lah untuk membincangkan perkara tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ada sedikit soalan tambahan. (Minta maaf suara tak berapa cantik). Berkaitan dengan air. Terima kasih di atas penjelasan berkaitan dengan pembinaan loji-loji rawatan yang begitu banyak. Saya ingat ada tiga (3), empat (4) loji rawatan termasuklah di Sungai Dua yang dinaik taraf cuma saya melihat bahawa loji-loji yang dibuat ini, dibina ini mempunyai masalah dari segi sumber air termasuk di Mengkuang. Mengkuang ini sumbernya saya rasa daripada Mak Sulong dan juga daripada air hujan jadi saya rasa tak mencukupi, tak mencukupi sumber dan ini saya mohon penjelasan. Apakah kaedah atau pun cara yang saya rasa kita kena ikut mana cara pun kita kena selesaikan isu air. Sebab isu air ini merupakan isu yang besar. Kalau kita tak selesaikan Negeri Pulau Pinang akan menghadapi masalah yang cukup besar dan ini saya rasa patut diberikan sebagai keutamaan, priority untuk kita selesaikan isu sumber air ini. Bukan kita boleh main-main dengan air kerana air ini akan menyebabkan ekonomi Pulau Pinang pun akan jatuh, mungkin akan menurun bila masalah air ini tidak kita atasi sepenuhnya dan dari segi kajian masalah air yang baru lepas. Jadi saya minta supaya kajian ini di dimaklumkan, diperjelaskan kepada kita di sini sebab kebanyakan kita menyalahkan PBA. Saya rasa PBA tidak ada kesilapan yang besar dalam perkara ini. Banyak orang salahkan PBA mungkin teknikalnya kita tak maklumkan seawal mungkin itu teknikal PBA tapi berkaitan dengan masalah yang berlaku isu air daripada Kedah turun terlalu kotor itu bukan masalah PBA. Saya dalam PAC pun bincangkan dia bukan isu PBA sebenarnya isu yang kita alami adalah masalah bencana, bencana air yang berlaku dan ini bukan satu perkara yang besar. Kalau boleh kita minta penjelasan sedikit tentang isu ni supaya PBA, agensi syarikat yang baik yang yang bagus tapi kita mengalami masalah banyak orang blame PBA. Bersetuju atau pun tidak mohon penjelasan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya dengar cara Ketua Pembangkang bercakap ini macam dah jadi ahli kerajaan…(gangguan). Saya setuju. Terima kasih dan saya sememangnya setuju sangat dengan kenyataan Dato’ Ketua Pembangkang yang di mana…(gangguan) yang di mana…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Jawab sajalah.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, sememangnya punca daripada masalah yang telah berlaku di bulan Julai sebenarnya adalah dari negeri jiran kita bencana yang berlaku di Negeri Kedah yang di mana saya rasa Kerajaan Negeri pun dah banyak kali menekankan keperluan untuk mengadakan satu Ulu Muda Basin Authority yang di mana kita boleh ada satu badan berkuasa yang terdiri daripada wakil-wakil daripada semua Kerajaan Negeri di wilayah utara termasuk juga daripada Kerajaan Persekutuan supaya kita boleh bersama-sama menjaga kemampanan kawasan tadahan air tersebut supaya perkara ini tidak berlaku akibat daripada mungkinnya pembangunan yang tidak terkawal atau pun kerja-kerja pembalakan dan sebagainya di negeri tersebut. Jadi selain daripada itu, Yang Berhormat, berkenaan dengan Empangan Mengkuang itu, setuju juga yang di mana sekiranya kita ingin memaksimumkan penggunaan air daripada Empangan Mengkuang sebanyak 1000 MLD makanya kita menggunakan punca air yang tambahan sebab sekarang ini kita dapat daripada Sungai Kulim itu daripada pam Rumah Pam Mak Sulong dengan air hujan nak bergantung kepada tu sekiranya kita nak menggunakan 1000 MLD maka tidak mencukupi lah. Jadi oleh itu, satu rumah pam tambahan juga diperlukan iaitu Rumah Pam Lahar Yooi dan kita memang berharap lah projek itu boleh dilaksanakan dengan kerjasama daripada Kerajaan Pusat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih saya nak jemput Yang Berhormat Pulau Tikus.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dato’ Yang di-Pertua soalan saya nombor 53. No. 53. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menolong penjaja-penjaja rumah kedai yang sedang menghadapi masalah pembayaran sewa yang semakin meningkat? (a) Adakah dasar-dasar baru boleh dirangka dan dilaksanakan untuk menolong?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan Pulau Tikus dan isu bagaimana Kerajaan Negeri menolong penjaja-penjaja rumah kedai yang sedang menghadapi masalah pembayaran sewa yang semakin meningkat. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak mempunyai peruntukan undang-undang bagi masalah pembayaran sewa khususnya yang dimiliki oleh rumah kedai yang dimiliki oleh pihak swasta. Namun MBPP telah menjalankan beberapa inisiatif dalam membantu masalah kewangan komuniti peniaga seperti berikut, pengeluaran permit sementara bagi perniagaan dari rumah, business from home, dengan izin bagi membantu rakyat mencari nafkah hidup.

Pemohon dan ahli keluarga hendaklah menduduki rumah kediaman berkenaan sepanjang masa dan premis terlibat hendaklah mengekalkan ciri-ciri utama rumah kediaman. Kaedah jualan adalah secara penghantaran sahaja. Kedua ialah kekerapan temuduga tawaran berniaga di dalam Pasar Kompleks Tapak Penjaja MBPP dibuka kepada orang awam dan semua proses dibuat secara dalam talian dan ketiga meluluskan permohonan perniagaan di atas tanah persendirian dengan konsep push cart stall tanpa sebarang struktur binaan kekal. Berkaitan dengannya Majlis Bandaraya Seberang Perai turut membantu penjaja-penjaja di rumah kedai melalui kemudahan pengeluaran lesen pada kadar minimum iaitu sebanyak RM30 untuk seorang peniaga. Caj tersebut tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1980. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui PDC turut membantu para peniaga yang perniagaan isu kewangan dan kadar bayaran sewa melalui Skim Pinjaman Harapan di bawah pakej baharu yang dilancarkan pada 28 Oktober .Sebelum ini kita ada pakej RM3,000 Skim Pinjaman Harapan, pakej pinjaman RM3,000 sehingga RM25,000 dan bagaimanapun bermula pada September 2022 terdapat dua (2) skim yang mana bermula dengan pinjaman RM5,000 hingga ke RM50,000 dan untuk skim pertama RM5,000 ke RM25,000. Kadar faedah yang dikenakan pada tahun kedua ialah empat peratus dan untuk skim kedua ialah enam peratus. Pengekalan kadar sewaan unit-unit Industri Kecil dan Sederhana (IKS) PDC pada kadar sewa tahun sebelumnya bagi penyewa-penyewa yang memperbaharui perjanjian mereka pada tahun 2022. Langkah ini bertujuan untuk membantu sektor IKS bagi memulihkan perniagaan mereka atas faktor kos yang semakin meningkat. Berhubung dengan soalan dasar-dasar baharu yang boleh dirangka dan dilaksanakan untuk menolong penjaja-penjaja ini, kerajaan sedang merangka usaha-usaha bagaimana menolong penjaja dan pengusaha IKS ini. Satu ialah melalui pelancaran Kempen Kesan Satu Budaya yang kita mulakan pada 1 Ogos yang lalu di mana antara inisiatif ini ialah untuk menarik minat ramai orang ramai untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Oleh kerana kita tahu bidang keusahawanan mewujudkan pekerjaan bidang keusahawanan ada juga selaras dengan usaha Kerajaan Negeri meningkatkan pendapatan isi keluarga dan seterusnya bidang keusahawanan juga akan melahirkan dan mewujudkan daya kreativiti dan inovatif di kalangan masyarakat. Kita tahu kekangan kerana berhubung dengan sewa yang dimiliki oleh premis yang dimiliki oleh pihak swasta, kerajaan ini kurang kawalan oleh sebab kadang-kadang di Pulau Pinang ini telah dilihat semasa COVID dulu ada banyak premis yang dimiliki oleh Chettiar, dimiliki oleh pihak Plan dan juga dimiliki oleh pelabur-pelabur luar negara yang mana ada batasan untuk penjaja ini yang hanya boleh merayu untuk mereka mengurangkan sewa kepada penjaja-penjaja inilah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung atas jawapan itu. Saya just nak membangkitkan isu adakah Yang Berhormat setuju kalau kita juga mesti memelihara perniagaan-perniagaan bertradisi di Negeri Pulau Pinang yang semakin lama semakin hilang lah oleh kerana juga di antara faktor yang faktor-faktor adalah kadar sewaan yang tinggi dan yang ada kala akan meningkat juga sampai mereka tak dapat tak mampu dapat meneruskan perniagaan mereka. Adakah Yang Berhormat bersetuju dan adakah Kerajaan Negeri mungkin akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Terima kasih Pulau Tikus. Terima kasih atas maklumat tersebut maklumbalas yang diberikan. Sudah tentunya Kerajaan Negeri akan terus memelihara perniagaan-perniagaan tradisi khususnya F&B yang mana kita perlu pastikan ada legacy resipi-resipi tertentu yang terkenal Pulau Pinang ini yang dapat diwarisi oleh generasi seterusnya. Kerajaan Negeri prihatin dan akan mengambil maklumbalas ini supaya kita tidak kehilangan penjaja-penjaja yang selama ini menjadikan Pulau Pinang terkenal dengan negeri F&B dan juga negeri pelancongan yang menarik ramai mereka yang berkunjung ke negeri ini. Terima kasih

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih soalan seterusnya saya nak jemput Yang Berhormat Seberang Jaya, tak ada, soalan di langkau dan saya boleh izinkan satu soalan lagi Yang Berhormat Air Itam.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua, soalan saya soalan No. 55 No. 55. Apakah fungsi utama Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP) apabila ia ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang? (a) Nyatakan status permohonan kerja pengendalian dan penyelenggaraan Padang Suria KADUN Air ltam yang dibangkitkan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih, Dato Speaker. Saya jawab soalan No. 55. Fungsi utama Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang yang diwartakan pada 4 Mei 2017 adalah seperti di Lampiran A yang akan diletakkan di atas meja selepas tamat sesi soalan lisan. Melalui Mesyuarat MMK Sukan Bilangan 2 Tahun 2022 yang telah diadakan pada 20 Oktober 2022 memaklumkan bahawa kerja-kerja pengendalian dan penyelenggaraan Padang Suria KADUN Air Itam tidak dapat dilaksanakan oleh Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang memastikan kawasan lapang Pulau Pinang memandangkan hak milik tanah tersebut ada di bawah Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut. Lanjutan daripada itu satu perbincangan mengenai perkara ini antara ADUN kawasan, Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang bersama Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut telah pun diadakan pada 7 hari bulan November yang saya mendapat jawapan maklum balas daripada Pejabat Daerah supaya untuk membincangkan dari segi permohonan untuk mengambil alih atau pun penyerahan daripada Pejabat Daerah Timur Laut serah kepada Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau untuk mengurus dan menyelenggara, setakat inilah yang saya dapat untuk jawapan tersebut.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Soalan tambahan Dato’,.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal atas jawapan. Yang Berhormat saya ingin tahu adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa dengan penubuhannya Perbadanan Stadium Dan Kawasan Tanah Lapang Pulau Pinang tujuannya adalah untuk Perbadanan ini untuk mengambil alih tanah-tanah lapang yang tidak diselenggara oleh mana-mana pejabat PBT. Namun jika proses itu mengambil begitu maka masa yang begitu lama dia akan menghindari kesempatan untuk orang awam untuk menggunakan tanah lapang tersebut. Saya, di sini berharaplah Perbadanan Stadium ini dapatlah mengkaji semula kaedah-kaedah ini agar dapat mempercepatkan permohonan daripada ke ADUN-ADUN yang lain untuk menyelenggara tanah lapang yang tidak dapat diselenggarakan selama ini, terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih soalan tambahan rakan saya daripada Air Itam, saya menjawab. Memang fungsi Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang untuk mengambil atau mengurus ke semua kawasan lapang termasuk di kawasan Seberang Perai dan juga di kawasan lain. Tapi masalahnya Perbadanan Stadium yang mendapat bajet setiap tahun daripada Kerajaan Negeri untuk mengurus dan juga menyelenggara stadium-stadium atau pun Kompleks Sukan yang telah pun diambil alih oleh Perbadanan Stadium seperti Stadium Batu Kawan, Stadium Jalan Betek, jogging track, bukan semua dan Dewan Millenium termasuk juga dengan Kompleks Sukan Balik Pulau dan juga telah pun membina kawasan lapang yang baru seperti di Taman Aviator dan juga Taman “WoodHaven” yang telah pun siap dibina dan dirasmi oleh Ketua Menteri dan juga merancang untuk pembaharuan atau pun penaiktarafan atau pun mengwujudkan kawasan lapang yang baru. Maka terdapat juga banyak kawasan lapang di setiap KADUN saya percaya semua ADUN-ADUN memang ada kawasan lapang yang sedia ada yang tidak dapat diselenggara. Saya juga minta kepada Pejabat Daerah supaya dapat menyediakan bajet untuk sementara waktu proses untuk menyelenggara Padang Suria ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat, kita tamat lah sesi soalan-soalan lisan sebanyak sejam 30 minit.

Y.A.B. Ketua Menteri:

Dato’ Yang di-Pertua jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita balik ke Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Untuk Tahun 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023. Ahli – ahli Yang Berhormat. Saya nak jemput untuk mengambil bahagian dalam perbahasan, sila Ketua Pembangkang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

“Sirih Pinang Sirih Berlipat , Sirih Dari Pulau Mutiara, Hari Ini Kita Bersidang, Awal Bismillah Pembuka Bicara” Bismillahhi Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu Wassalamu Ala Asrofil Ambiya Iwal Mursalin, Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Yang Mulia, Ketua Jabatan, Wakil-Wakil Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan izin Limpah Rahmat Inayah-nya kita masih lagi berada di Dewan ini, mungkin sehingga tahun depan kita membincangkan dan membahaskan perkara yang penting untuk kepentingan rakyat di Negeri Pulau Pinang. Saya mohon maaf kerana tak dapat menumpukan perhatian dalam Sidang DUN kali ini mungkin kerana kurang sihat dan hari ini saya cuba juga untuk hadir kerana menjalankan amanah. Hakikatnya apa jua yang bakal kita bangkitkan pada sesi kali ini sesi yang paling penting sesi membincangkan membahaskan tentang Bajet 2023 yang mana Bajet ini amat penting untuk kita bincangkan bersama dan mungkin ada cadangan-cadangan dan juga pandangan yang perlu diambil kira oleh pihak Kerajaan Negeri dalam kita memutuskan dan membincangkan tentang Bajet ini. Sungai Dua juga ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada parti yang telah berjaya memenangi PRU15 di Negeri Pulau Pinang dan mengharapkan dan mendoakan semoga kemenangan ini menjadi titik tolak untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan kawasan yang diwakili. Saya percaya semua pihak sama ada di peringkat pentadbiran negeri mahu pun wakil rakyat kita berpegang kepada prinsip ini. Sungai Dua juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencapai prestasi yang baik dalam kadar pertumbuhan ekonomi 7.1 peratus. KDNKK yang tinggi 6.8 peratus prestasi industri pembuatan dan elektronik yang baik, penyumbang terpenting kepada perdagangan Malaysia, pelaburan pembuatan yang tinggi 7.9 billion. Sungai Dua mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk terlibat dalam bahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada hari Isnin, bajet yang bertajuk “Pembangunan Mampan Mensejahteraan Rakyat” adalah hebat dari segi temanya tetapi isinya belum tentu memberikan hasil dan kesan yang terbaik kepada rakyat marhaen Pulau Pinang dan golongan yang memerlukan. Izinkan saya ulaskan tajuk Bajet “Pembangunan Mampan Mensejahterakan Rakyat”. Pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa depan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama, tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang mengimbangi pembangunan ekonomi dengan keperluan sosial dan alam sekitar. Mensejahterakan rakyat adalah maksud bererti aman sentosa dan makmur, pembangunan mampan yang bakal dilaksana adalah pembangunan yang mengambil kira keamanan, kesentosaan dan kemakmuran rakyat serta menyediakan satu bentuk pembangunan yang boleh mengekalkan dan tidak menjejaskan keperluan dan kesentosaan dan kemakmuran masyarakat masa kini dan jugak masa depan. Pembangunan yang bakal dilaksanakan perlulah memikirkan kesejahteraan masyarakat masa depan baik dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar. Jadi pembangunan mampan mensejahterakan rakyat adalah satu tema yang cukup baik cuma apa yang perlu kita bincangkan dan fikirkan, adakah pembangunan yang dilaksanakan termasuk dari segi

pembangunan fizikal, pembangunan perumahan, penambakan laut dan sebagainya akan memberikan satu kesejahteraan dan juga meninggalkan sesuatu yang baik kepada generasi yang akan datang, generasi masa depan khususnya dari segi alam sekitar dan saya rasa perlu pihak Kerajaan Negeri fikirkan, adakah kita meninggalkan alam sekitar yang terbaik kepada generasi yang akan datang untuk sama-sama generasi akan datang untuk melihat dan memenuhi hasrat pembangunan mampan ini. Terlebih dahulu saya mewakili Pihak Pembangkang merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang atas Pembentangan Bajet 2023. Saya pasti situasi ekonomi agak kurang memberangsangkan sepanjang tahun ini, kos sara hidup yang meningkat serta harga barang yang tidak juga turun menyebabkan Bajet 2023 jadi bajet yang amat dinanti-nantikan oleh semua pihak. Harapan rakyat Pulau Pinang sudah pasti menggunung tinggi mengharapkan sesuatu yang bukan sahaja progresif tetapi mampu memberikan kesejahteraan kepada kehidupan mereka. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa memberikan amaran ekonomi Global akan berdepan dengan kemelesetan tahun depan, susulan tindakan bank seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah selain isu-isu pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan perintah berkurung di China. Malaysia dan Pulau Pinang yang mengamalkan ekonomi terbuka dijangka terkena tempias yang akan menjejaskan pertumbuhan. Unjuran KDNK Malaysia dijangka menurun pada tahun 2022 dan begitu juga jangkaan bagi negeri Pulau Pinang ini secara jangkaan. Berikutan itu Budget 2023 mestilah bercirikan pengembangan dan menyediakan platform untuk persediaan negeri dalam menghadapi dan mengharungi ramalan ribut ekonomi pada tahun 2023 nanti. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu menyediakan banyak bantuan serta sokongan yang relevan kepada rakyat dan perniagaan berteraskan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat meliputi segenap lapisan masyarakat khususnya kumpulan B40 dan juga M40. Bajet 2023 perlu berdasarkan 3 bidang utama, (1) memperkukuhkan momentum pemulihan ekonomi dengan memastikan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja dari aspek KDNK tetapi turut merangkumi aspek perbelanjaan dan pendapatan untuk rakyat Pulau Pinang; (2) memperkukuhkan daya tahan ekonomi untuk mendepani kejutan pada masa depan dengan mewujudkan perlindungan sosial yang lebih baik khususnya bagi masyarakat yang mudah terjejas. Sistem kesihatan awam yang lebih kukuh dan kedudukan fiskal yang lebih mampan untuk menyediakan penampan terhadap kejutan masa depan serta pemberian subsidi dan bantuan yang lebih tersasar; (3) melaksanakan pembaharuan yang komprehensif dalam aspek ekonomi perniagaan serta keutamaan untuk muncul lebih berdaya saing di peringkat global di samping memperkukuh agenda pembangunan mampan. Bajet 2023 Pulau Pinang adalah sesuatu perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Negeri Pulau Pinang. Bajet yang menentukan hala tuju Negeri Pulau Pinang ke arah negeri maju dan memasuki rancangan Malaysia ke 12 yang menuju Penang2030. Bajet yang menentukan nasib rakyat Pulau Pinang, bajet yang akan dilihat dapat memenuhi kehendak dan keperluan rakyat, bajet yang akan membela dan membantu rakyat Pulau Pinang dalam suasana ekonomi yang lembab dan meleset ini. Antara perkara yang ingin didengar dan dilihat oleh rakyat adalah pertama mereka ingin melihat dan mendengar apakah hala tuju Kerajaan Negeri dalam menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar. Kedua, apakah penyediaan peluang-peluang pembangunan ekonomi untuk rakyat Pulau Pinang?

Ketiga, bagaimana pengagihan ekonomi dan pendapatan yang akan disediakan kepada rakyat dengan adil? Keempat, bentuk bantuan dan sumbangan yang akan diberikan kepada rakyat yang berhak menerimanya? Kelima, dari manakah sumber pendapatan atau hasil Kerajaan Negeri? Keenam, kemampuan Kerajaan Negeri menyediakan pembaharuan ekonomi yang komprehensif dan mampu bersaing di peringkat global di samping memperkukuhkan pembangunan mampan? Ketujuh, penyediaan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat dan anak muda di Pulau Pinang? Sebelum saya berhujah secara terperinci inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2023 saya ingin mengajak Ahli-ahli Dewan untuk mengimbas beberapa isu penting dalam bajet tahun 2022. Pencapaian Bajet 2022 masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. Antaranya pertama dalam Bajet 2022 disebut berkaitan kelembapan sektor pembinaan disebabkan COVID-19 dalam tahun 2021 dan 2022 dan ianya mencatatkan penurunan tertinggi. Tidak nampak sebarang usaha yang yang drastik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam tahun 2022 untuk meningkatkan permintaan terhadap input pembinaan yang lembab. Tidak nampak juga usaha untuk meningkatkan penjualan atau pun pembeliaan hartanah yang tidak terjual. Mohon dijelaskan jumlah hartanah yang tidak terjual dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mengatasi dan menyelesaikan masalah ini. Kedua, sektor perkhidmatan khususnya perdagangan borong runcit, makanan, minuman serta penginapan yang mengalami kemerosotan yang agak teruk. Tiada sebarang inisiatif dan inovatif yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk sektor ini seperti war warkan dalam Bajet 2022. Ketiga, jawatankuasa Penang Socio Economic Recovery Consultative Council bertanggungjawab untuk memastikan strategi jangka pendek dan sederhana bagi merangsang pertumbuhan ekonomi menarik pelaburan asing dan tempatan serta menentukan pembangunan sosial ekonomi yang mampan pasca PKP yang mencakupi sektor industri Kecil Sederhana (PKS), peruncitan, pasaran tenaga kerja, sektor perumahan, sektor infrastruktur, sektor pengangkutan, sektor pelancongan dan sektor industri makanan. Saya tidak nampak lagi satu perancangan atau tindakan yang besar dan drastik di bawah jawatankuasa ini untuk kita menghadapi masalah pada tahun 2022 yang berkaitan dengan pasca pandemik COVID-19. Perlu dijelaskan dan perlu dihuraikan secara terperinci kepada Dewan. Apakah perancangan dan juga pelaksanaan program-program, aktiviti di bawah jawatankuasa Penang Socio Economic Recovery Consultative Council untuk menyelesaikan dan membantu rakyat dalam menghadapi masalah pasca Pandemik COVID. Yang keempat, pihak Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengarah Digital Penang dengan kerjasama Think City dan Penang Institute untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mewujudkan satu daerah satu digital kreatif. Saya tak pasti setakat mana usaha ini dicapai dan adakah merangkumi semua daerah di Pulau Pinang adakah usaha mengenal pasti telah selesai dan telah dilaksanakan. Kelima pelaksanaan projek 5G pada awal tahun 2022 oleh Digital National Berhad dan MCMC. Saya tak nampak usaha-usaha ini dijalankan secara berkesan dan mohon penjelasan oleh Kerajaan Negeri berkaitan kemajuan projek 5G di Negeri Pulau Pinang sehingga kini. Yang keenam, sasaran penyediaan kawasan hijau untuk tujuan rekreasi dan riadah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan Projek Gurney Wharf di kawasan tambakan laut Persiaran Gurney. Fokus Kerajaan Negeri adalah projek ini sahaja manakala fokus Kerajaan

Negeri adalah untuk melaksanakan kawasan yang boleh di nikmati oleh masyarakat dan juga rakyat di kawasan hijau. Persoalannya apakah ini sahaja projek yang kita nak laksanakan untuk pembangunan kawasan hijau dan mengapa tidak dilibatkan di kawasan-kawasan lain yang saya rasa memerlukan juga kawasan hijau termasuk di kawasan Seberang Perai dan Balik Pulau yang juga memerlukan kawasan seperti ini. Kawasan yang elok kita rosakkan dan kita bina yang baru dan mungkin kosnya agak tinggi dan saya mohon penjelasan berkaitan dengan masalah pembinaan Gurney Wharf di kawasan yang terlibat. Bagi pembangunan komuniti sepanjang tahun 2022 terdapat banyak program dan aktiviti yang telah dilaksanakan dan kalau boleh dari segi pelaksanaannya kita melibatkan secara menyeluruh dan tidak hanya berfokus kepada kumpulan-kumpulan tertentu di dalam masyarakat. Kita nak bangunkan keseluruhan masyarakat bukan hanya kita nak bangunkan kelompok-kelompok tertentu dan jikalau boleh perkara yang berkaitan dengan pembangunan komuniti ini kita luaskan skopnya, luaskan orang yang menyertainya supaya kita boleh melibatkan semua kelompok dalam masyarakat, semua kumpulan dalam masyarakat dan tidak hanya melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu dari parti-parti tertentu dan ini mungkin menyebabkan timbul pelbagai masalah dalam pencapaian pembangunan komuniti di satu kawasan dan juga daerah. Bagi pembangunan Hal Ehwal Islam sepanjang tahun 2022 kita melihat “Khairah Ummah” merupakan program yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Peruntukan yang dibajetkan tahun 2022 adalah RM350,000 untuk lapan (8) program seluruh negeri. Satu (1) program diperuntukkan RM43,750. Mohon diperjelaskan kesan dan impak projek yang dilaksanakan dari tahun 2020 dan pencapaian dalam program anak muda dan juga tarbiah. Peruntukan yang disediakan saya rasakan agak kecil dan saya rasa perlu dipertingkatkan untuk memastikan pelaksanaan program dijalankan dengan sempurna dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Peruntukan RM71.13 juta untuk Bajet 2022, peruntukan bajet ini adalah merangkumi perbelanjaan mengurus, emolumen dan lain-lain termasuk peruntukan untuk pembangunan masjid, surau dan sebagainya. Seperti yang dimaklumkan dalam jawapan bertulis kos untuk pengurusan emolumen sekitar RM30 ke RM40 juta dan baki untuk projek pembangunan hanya sekitar RM30 juta. Adakah peruntukan yang sama setiap tahun mencukupi untuk projek pembangunan yang terlalu banyak bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di seluruh Pulau Pinang? Peruntukan ini adalah hampir sama dengan pembangunan agama lain di Pulau Pinang. Mohon diperjelaskan. Pembangunan tahfiz terdapat lima belas (15) tahfiz di Tasek Gelugor malangnya hanya lima (5) sahaja yang berdaftar baki sepuluh lagi tidak berdaftar mohon penjelasan dan bantuan untuk uruskan pendaftaran tahfiz-tahfiz ini. Ingin mencadangkan supaya dapat diwujudkan tahfiz yang berkemahiran di semua tahfiz yang berdaftar oleh pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Kita nak tahfiz yang ada kemahiran selain daripada tahfiz kita wujudkan bidang kemahiran di tahfiz tersebut. Contohnya kemahiran automotif ataupun kemahiran-kemahiran lain yang boleh kita laksanakan di tahfiz-tahfiz yang berkaitan. Maknanya mereka yang keluar dari tahfiz mereka juga mempunyai kemahiran untuk menyambung kehidupan setelah keluar daripada tahfiz. Pembangunan di bawah Penang Harmony Corporation. Bajet 2022 yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk Penang Harmony Corporation adalah sebanyak RM1.1 juta. Apakah program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2022 dalam membina dan mempromosi konsep baru keharmonian beragama bagi menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh kepelbagaian agama dalam dunia global. Saya tak nampak apa bentuk program yang dilaksanakan sepanjang program 2022 yang disusun, yang penting penyusunan program bagi kepelbagaian agama ini perlu dirancang dengan cara yang teliti dan terbaik jika tidak ia akan menghadapi masalah dari segi kepelbagaian agama ini kita tak mahu ada isu-isu sensatif yang berlaku dalam pelaksanaan program nanti.

Bagi alam sekitar tahun 2022 hanya penanaman pokok di pantai yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan dan masih perlu terus dipertingkatkan dan perlu mengkaji balik keberkesanan dan hasilnya perlu dibentang dan dinilai. Ini yang saya nampak yang disusun dalam program alam sekitar di bawah bajet tahun 2022 dan saya rasa masih lagi memerlukan pendekatan yang lebih terperinci dan juga lebih tepat dalam kita nak memastikan alam sekitar kita jaga dalam konteks pembangunan mampan ini kita perlu sediakan alam sekitar yang terbaik kepada generasi yang akan datang. Bagi tebatan banjir tahun 2022 tiada projek baru yang dilaksanakan hanya dua projek lama yang telah siap dan lima (5) dalam pelaksanaan. Bagi tahun 2022 hanya peruntukan RM34.72juta diperuntukkan kepada JPS untuk melaksanakan projek berkaitan sungai, talian air, saluran pertanian dan sebagainya. Peruntukan ini adalah terlalu kecil dan kerja-kerja tembatan banjir perlu ditambah bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku. Pelancongan yang diperuntukan dalam Bajet 2022 sebanyak RM50 juta untuk tujuan pembangunan pelancongan, promosi-promosi destinasi, geran kepada anak-anak syarikat dan lain-lain berkaitan. Pohon diperjelaskan secara terperinci berkaitan perbelanjaan untuk peruntukan dan hasil yang diperolehi. Bagi pembangunan sumber sektor ini peruntukan ini ianya lebih besar perlu disediakan. Bagi kutipan hasil sehingga 2022 September saya ucapkan tahniah kerana telah mencapai 89.24 peratus iaitu mencapai RM433,193,240 juta berbanding dengan hasil anggaran hasil RM485 juta. Jadi hasil saya rasa dah mencapai 89.24 peratus bagi kutipan hasil 2022. Bagi Perbelanjaan Mengurus hanya sekitar 50.88 peratus pencapaian maknanya banyak lagi yang tidak dibelanjakan dan mungkin ini satu kaedah dan cara untuk memperlihatkan bahawa pencapaian dari segi defisit itu akan berkurangan apabila perbelanjaan tidak dibelanjakan sepenuhnya. Bagi prestasi perbelanjaan pembangunan pencapaian 40.35 peratus dan mungkin bertambah sehingga September 2022 mencapai sebanyak RM123 juta daripada RM306 juta. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya teruskan dengan kupasan dan pandangan bajet 2023. Hari ini genaplah kali yang ke 15 Kerajaan Pakatan Harapan membentangkan Bajet 2023 “Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2023. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota yang telah berjaya membentangkan bajet kelima untuk kerajaan Pakatan Harapan bagi pihak beliau sendiri. Bajet tahun 2023 telah dibentangkan dan saya nampak tidak begitu banyak perkara-perkara baru, kebanyakannya adalah sama dengan Bajet 2022. Tidak banyak bezanya dan tidak banyak cadangan-cadangan baru untuk kepentingan dan faedah rakyat Negeri Pulau Pinang, terutamanya dalam sektor pertanian, keselamatan ketenteraman awam, ekonomi untuk anak muda, penyelesaian isu sosial, penambahan peluang pekerjaan, penyelesaian isu lalu lintas, isu alam sekitar dan juga pembangunan luar bandar. Bajet masih lagi defisit yang agak tinggi RM467.12 juta bertambah daripada tahun 2022. Tahniah saya ucapkan kerana berjaya membentangkan Bajet Defisit. Kedua, Bajet 2023 menyaksikan perbelanjaan jumlah wang yang agak besar dalam sejarah Negeri Pulau Pinang, khususnya dalam Perbelanjaan Mengurus iaitu sebanyak RM989.47 juta iaitu peningkatan daripada Bajet 2022 sebanyak RM54.25 juta. Perbelanjaan Pembangunan 2023 meningkat sebanyak RM10.63 juta kepada RM326.75 juta. Kesemua Bajet Pembangunan kepada jabatan meningkat kecuali tiga jabatan iaitu Jabatan Perhutanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan juga Jabatan Kewangan Negeri. Adalah diharapkan pengurangan ini, tidak menjejaskan segala pelaksanaan aktiviti dan projek untuk rakyat pada tahun 2023. Sepertimana biasa, bajet yang tiada tambahan sumber hasil Kerajaan Negeri, hasil negeri hanya masih tertumpu kepada hasil cukai langsung, cukai tidak langsung, hasil bukan

cukai dan terimaan bukan hasil. Kita ingin melihat janji Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mengenal pasti sumber alternatif hasil baru melalui pelaburan atau kaedah lain yang tidak membebankan rakyat. Ini perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Bajet yang melihat Anggaran Hasil dimasukkan RM552.35 juta, ini jauh lebih tinggi jika dilihat pencapaian sehingga 30 September 2022 iaitu RM433.19 juta dan perbelanjaan pula terlalu tinggi, sedangkan pencapaian belanja sehingga 30 September 2022 hanyalah sekitar RM475.86 juta. Ini juga perlu dilihat dari segi pencapaian yang lepas-lepas dalam kita menyediakan bajet, kita perlu melihat pencapaian bajet bagi tahun-tahun yang lalu untuk kita masukkan nilai hasil atau pun nilai perbelanjaan yang perlu dimasukkan dalam bajet. Bajet 2023 juga melihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan simpanan terkumpul negeri yang berbaki RM2.117 bilion untuk membiayai defisit yang berjumlah RM467.12 juta. Ini amat membimbangkan, jika simpanan terkumpul negeri akan digunakan untuk membiayai defisit walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai jumlah reserve yang banyak kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membuat persediaan jika berlaku sebarang kemungkinan, bencana dan sebagainya pada masa hadapan. Bajet ini juga saya lihat, tidak memberi pengagihan yang tepat, yang betul kepada pecahan kaum dan juga pecahan kategori umur di Negeri Pulau Pinang. Maknanya kita nak melihat kalau ada bajet ni diberikan mengikut pecahan kaum contohnya, atau pun pecahan umur untuk golongan belia, wanita dan juga golongan-golongan lain yang perlu di detail kan. Saya minta tolong bagi dalam jawapan nanti pecahan kepada belia, berapa juta daripada jumlah RM326 juta untuk program-program pembangunan contohnya, apakah pecahan-pecahan mengikut kaum dan juga mengikut kategori dalam masyarakat dalam rakyat Pulau Pinang. Berapa banyak kita berikan untuk belia, anak muda berapa banyak kita berikan untuk wanita, supaya ia nampak seimbang. Pecahan bajet dapat dibelanjakan seimbang pada semua peringkat rakyat di Negeri Pulau Pinang. Ulasan mengenai Bajet 2023, di sini saya ingin huraikan sedikit beberapa perkara berkaitan dengan Bajet 2023 yang mungkin boleh diambil sebagai pandangan dan juga cadangan daripada pihak saya sebagai pembangkang kepada pihak Kerajaan Negeri. Pertama tentang Ekonomi Digital. Program yang amat baik dan perlu dipertingkatkan, dikembangkan dan diperluaskan serta penglibatan syarikat tempatan perlu dipertingkatkan. Pengenalpastian siswazah dan pelatih-pelatih berkemahiran tempatan di peringkat universiti amat perlu dalam mengisi peluang-peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan. Digital Penang perlu melihat perkara ini dan memastikan rakyat Pulau Pinang maklum mengenai perkara berkaitan Ekonomi Digital. Peruntukan RM4.5 juta perlu dibelanjakan dengan sempurna untuk tujuan mempertingkatkan sektor ini. Keusahawanan bentuk program yang disusun dalam senarai usahawan yang perlu terlibat perlu diselaraskan. Database usahawan perlu disimpan untuk pemantauan dan follow up. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu juga menyediakan peluang-peluang perniagaan dengan syarikat-syarikat pelabur. Perlu disusun oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, peruntukkan perlu dibelanjakan untuk tujuan pembangunan usahawan sepenuhnya. Bidang halal, nama baik Pulau Pinang, nama baik Penang Halal International yang terkenal di seluruh dunia perlu dijaga sebaiknya. Syarikat-syarikat yang terlibat juga perlu memastikan setiap produk yang dihasilkan, bahan mentah yang dibawa daripada luar dan hasil eksport menepati ciri-ciri halal dan sentiasa dipantau.

Rakan kongsi dari luar sentiasa mengikut syarat dan standard yang ditetapkan. Ini perkara yang amat penting dalam segi halal. Saya bangkitkan dalam sidang-sidang yang lalu

berkaitan dengan keperluan produk-produk halal yang dibawa masuk daripada luar dan mungkin untuk kegunaan masyarakat rakyat di Negeri Pulau Pinang. Kita nak satu kepastian dan juga satu ketentuan supaya produk-produk yang dihasilkan dan juga yang dibawa masuk untuk kegunaan rakyat Pulau Pinang mestilah mempunyai syarat atau pun kelulusan halal yang sepenuhnya. Dan kita tidak mahu ada bahan-bahan yang tidak halal dibawa masuk untuk kegunaan masyarakat di Pulau Pinang. Ini perlu dimainkan dipastikan oleh Penang Halal International sama ada yang didalam negeri untuk kita eksport, untuk kita hantar ke negara luar atau pun yang kita import daripada luar masuk. Mungkin kita nak pastikan halal ini terjamin dan boleh digunakan oleh rakyat di Negeri Pulau Pinang. Bagi Hal Ehwal Islam di mana tahun-tahun yang lepas peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Agama Islam bagi Bajet 2023, sebanyak RM75.08 juta yang akan digunakan untuk pembangunan hanya 30 peratus iaitu RM22.52 juta untuk baik pulih penyelenggaraan dan sebagainya. Baki 70 peratus adalah untuk tujuan emolumen dan pengurusan jabatan / agensi di bawah Hal Ehwal Agama Islam. Ini yang perlu dilihat kembali, supaya pembangunan program pembangunan perlu dipertingkatkan. Perlu ditambah untuk aktiviti pembangunan termasuklah acara rasmi Tilawah Peringkat Kebangsaan sebagai tuan rumah dimasukkan dalam buku bajet dan digunakan duit yang sama, duit daripada peruntukan RM75.08 juta. Jadi, kalau boleh disediakan peruntukan yang lain dan tidak mengganggu peruntukan yang ada di bawah Jabatan Agama Islam atau pun Majlis Agama Islam sebanyak RM75.08 juta tidak diganggu digunakan peruntukan yang lain sebanyak RM3 juta bagi tujuan menjadi tuan rumah kepada program tilawah. Bila kita ambil duit yang sama, program untuk pembangunan akan terjejas dan mungkin akan berkurangan kepada institusi di bawah Majlis Agama Islam. Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam fokus diberikan kepada Dasar Keterangkuman Gender, Dasar Keluarga Selamat, Pemerkasaan Wanita merapatkan jurang penglibatan wanita dalam bidang ekonomi, politik dan lain-lain. Peruntukan sebanyak RM2.5 juta ditambah daripada yang lepas RM1.76 juta. Capaian masih belum baik dan perlu dipertingkatkan, isu-isu masih timbul berkaitan ibu tunggal, penglibatan wanita dalam ekonomi, jawatan tinggi kerajaan dan juga sektor ekonomi. Banyak yang dilaksanakan oleh wanita adalah ekonomi, bidang ekonomi yang kecil-kecil yang berniaga kuih dan sebagainya. Ini banyak keluarga yang menghadapi masalah dan macam-macam lagi isu dan masalah berkaitan wanita, keluarga, ekonomi yang belum diselesaikan dan mengharapkan dengan peruntukan RM4.26 juta, segala masalah dapat diambil tindakan. Penang Harmony Corporation juga mendapat peruntukan RM1.30 juta, jadi untuk membina dan mempromosikan konsep keharmonian beragama perlulah dirancang sebaik mungkin supaya tidak menimbulkan masalah berkaitan dengan isu-isu sensitif dan sebagainya. Pembangunan modal insan, pendidikan dan sains teknologi segalanya disusun oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah baik dan perlu diteruskan seperti program kerjaya, program di bawah STEM, program di bawah Penang Education Council, program di bawah Penang CAT Centre dan lain-lain dengan bajet RM3.5 juta. Tak termasuk RM13.50 juta di bawah bantuan pendidikan kepada sekolah agama, sekolah Mubaligh, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Cadangan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan organisasi yang menguruskan pelaksanaan agar diuruskan pelaksanaannya secara telus tanpa ada niat yang tersirat melibatkan semua kaum, melibatkan semua sekolah dan jangan kita memilih sekolah-sekolah di kawasan bandar sahaja untuk pelaksanaan program di bawah modal insan dan juga pendidikan sains teknologi kerana sekolah-sekolah di luar bandar juga memerlukan kemudahan-kemudahan dan juga penglibatan dalam program-program yang dilaksanakan.

Bantuan pendidikan kepada sekolah ini perlu diagihkan mengikut bilangan pelajar. Yang saya maksudkan bantuan kepada sekolah-sekolah agama, Mubaligh, sekolah Cina dan sekolah Tamil sebanyak RM13.50 juta. Pengagihannya saya nampak tidak seimbang dan saya perlu penjelasan, mengapa pengagihan ini tidak seimbang di antara sekolah Mubaligh, sekolah Tamil, sekolah Cina dan juga sekolah agama. Terdapat perbezaan diantara jumlah peruntukan yang diagihkan di bawah bantuan pendidikan kepada sekolah-sekolah ini. Dari segi perumahan pembekalan Rumah Mampu Milik masih diteruskan. Senarai pemohon RMM masih berbaki begitu banyak hampir 60,000 orang dan ini bermakna maklumat yang mengatakan yang sudah mencukupi tidak begitu tepat. Penekanan dan tambahan rumah mampu milik perlu fokus kepada Rumah Mampu Milik (A) dan (B) selain daripada Rumah Mampu Milik (C) yang lebih mahal. Hanya rumah kategori ini yang mampu dibeli dan mempunyai ramai pemohon bawah B40 dan juga M40. Pembinaan rumah PPR perlu diberi perhatian berdasarkan cadangan “Satu Daerah Satu PPR” bagi memenuhi hasrat rakyat yang langsung tidak mampu membeli Rumah Mampu Milik yang dibina. Hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan Skim Sewa Beli perlu dilaksanakan lebih banyak dalam menyelesaikan isu ini. Pernyataan dalam bajet berkaitan kelulusan hak milik kekal untuk rumah mampu kos rendah dan kos sederhana rendah secara percuma, bagi bukan strata dan strata amat dialu-alukan. Mohon disegerakan dan dilaksanakan untuk pemilik-pemilik ini dan pastikan yang berstrata berjumlah 12,262 mempunyai hak milik kekal dengan segera bersama pemilik yang bukan strata 2,545. Bagi alam sekitar, bajet yang dibentangkan tidak banyak memfokuskan kepada penjagaan dan pemulihan alam sekitar yang telah dimusnahkan. Peruntukan yang disediakan hanya memberi perhatian kepada Penanaman Pokok, Dasar Pengasingan Sisa Dipunca yang saya nampak tidak begitu berjaya, walaupun agak tinggi pencapaiannya 51 peratus. Tapak pelupusan sampah Pulau Burung yang menghadapi pelbagai isu dan masalah yang belum dapat diselesaikan. Begitu juga dengan stesen pelupusan sampah Ampang Jajar yang masih belum diselesaikan isu dan pelaksanaan cadangan untuk menghasilkan biogas dan juga tenaga. Ini perlu disegerakan pelaksanaan jika tidak segala isu dan masalah berkaitan pelupusan sampah dan alam sekitar akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada rakyat di Pulau Pinang.

Bagi kebajikan, selain daripada menyediakan bantuan-bantuan di bawah Bantuan Agenda Ekonomi Saksama dan Bantuan i-Sejahtera yang amat dialu-alukan dalam bajet dengan bajet RM61.2 juta. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu mencari pendekatan untuk mewujudkan peluang pekerjaan, melahirkan modal insan berkemahiran dan meningkatkan kebolehpasaran di kalangan golongan B40 dan miskin serta anggota keluarga bagi memerangi kemiskinan dan mengeluarkan penduduk daripada kepompong kemiskinan. Usaha ini tidak dimasukkan dalam Bajet 2023.

Bagi telekomunikasi, saya ucapkan tahniah atas usaha yang telah dilaksanakan dari segi penembusan jalur lebar capaian 4G yang melebihi sasaran. Pelaksanaan dan pencapaian 5G yang hebat dan terbaik. Teruskan dan tingkatkan usaha yang, usaha-usaha ini dan pastikan di seluruh kawasan Pulau Pinang akan memperolehi capaian talian komunikasi yang terbaik dan rakyat Pulau Pinang dari seluruh kawasan mampu menggunakan kemudahan telekomunikasi dengan sempurna tanpa masalah lagi. Kawasan Tasek Gelugor sebahagian besarnya masih menghadapi masalah dalam perkara ini.

Bagi bekalan air, janji Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menaik taraf infastruktur bekalan air dan mencari sumber air mentah tambahan perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan bersunguh-sungguh. Air merupakan elemen yang penting dari segi keperluan rakyat dan juga dari aspek pembangunan ekonomi, keperluan perniagaan industri dan sebagainya. Semuanya akan menghadapi masalah jika berlaku bekalan air terjejas. Air

daripada Mengkuang Dam dan Mengkuang Mak Sulong yang dihantar ke Logi Sungai Dua juga tidak boleh dijadikan sumber utama kerana sumber air yang juga tidak tetap.

Usaha-usaha bersama dengan Kerajaan Negeri Perak dan Kedah perlu diteruskan dan diputuskan keputusan dengan kadar yang segera. Ini kita lihat dari segi bekalan air yang saya sebut dalam Sidang Dewan yang lalu perkara yang berkaitan dengan sumber bekalan tidak ada alternatif lain untuk kita dapatkan sumber selain daripada kita berbincang dengan dua (2) negeri. Perbincangan yang begitu telus dan saling bertolak ansur untuk memastikan sumber air kita perolehi sama ada daripada Perak atau pun daripada Kedah. Kita tidak mampu untuk memproses air laut kos untuk memproses air laut untuk kegunaan mencapai RM3 satu liter. Berapakah harga tarif yang akan kita kenakan kepada pengguna mungkin akan menjadi tarif, kadar harga yang cukup tinggi? Jadi mungkin akan berlaku pelbagai masalah jika kita mulakan alternatif yang ketiga ini iaitu memproses air laut sebagai sumber air kosnya akan menjadi tinggi dan ini akan membebankan rakyat dan juga menyebabkan pelabur, pengusaha kilang mungkin akan berpindah ke tempat lain yang mendapat kos harga air yang lebih murah berbanding dengan Pulau Pinang.

Jadi bekalan air ini amat penting dan Kerajaan Negeri perlu memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu sumber air mentah. Kita letak perkara ini kepada Kerajaan Negeri untuk berbincang dan menyelesaikannya. PBA sebagai agensi pelaksana akan melaksanakan segala perkara yang berkaitan dengan bekalan air, pemprosesan dan sebagainya. Tapi sumber air ini adalah terletak di tangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan dan mencari satu keputusan atau pun satu kaedah bagaimana kita memastikan bekalan air di Negeri Pulau Pinang ini akan terus mencukupi dan mendapat sumber air mentah yang terbaik daripada sumber-sumber yang lebih murah dan boleh memberikan kebaikan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang dan juga pemain-pemain sektor industri.

Bagi tebatan banjir, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan JPS yang telah melaksanakan tugas dalam projek yang berkaitan dengan projek high impact yang melibatkan lima (5) projek yang telah siap sedang laksana dua (2) projek yang baru bermula 2022. Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2023, kepada JPS adalah terlalu kecil hanya RM29.85 juta untuk Projek Tebatan Banjir, Projek Mendalam Membaiki Sungai Pengairan Dan Saliran Pertanian, Pembangunan Pantai dan lain-lain projek. Peruntukan ini perlu ditambah selain peruntukan yang akan diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Pihak Berkuasa Tempatan juga diharapkan dapat menyediakan peruntukan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah ini dan isu banjir di kawasan pengendalian masing-masing termasuk di kampung-kampung.

Pelancongan dan Ekonomi Kreatif. Langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memulihkan dan merancakkan semula industri pelancongan amat dialu-alukan dan diharapkan. Antara yang diberi perhatian adalah usaha pemulihan industri pelancongan dan usaha promosi berjumlah RM8.4 juta. Pembangunan kawasan pelancongan warisan di bawah George Town World Heritage Incorporated disediakan bajet RM3.2 juta, pelaksanaan festival RM2 juta, menaik taraf penarik beca dan naik taraf Taman Botani RM1.7 juta. Pembangunan Bukit Bendera RM5.58 juta. Adalah diharapkan semua pendekatan dan program dilaksanakan meliputi seluruh Negeri Pulau Pinang termasuk Seberang Perai. Pembangunan industri lain seperti program inap desa, kawasan sejarah di Seberang Perai, kawasan warisan di Seberang Perai, tempat-tempat makan di Seberang Perai dan lain-lain destinasi yang ada perlu juga diberi perhatian.

Penganjuran festival juga perlu dilaksanakan di sebelah Seberang Perai bagi melibatkan penduduk dan pemain industri pelancongan di Seberang Perai. Kesenian dan Kebudayaan Melayu yang banyak di Pulau Pinang juga perlu dijadikan tarikan pelancong dan dilibatkan dalam pembangunan pelancongan Pulau Pinang. Festival yang diadakan juga perlu melibatkan kesenian dan kebudayaan Melayu yang menjadi sebahagian penduduk di Pulau Pinang.

Bagi Belia dan Sukan Bajet 2023 tiada tumpuan besar kepada golongan muda dan belia sebagaimana yang kita maklum 50 peratus penduduk Pulau Pinang adalah terdiri daripada golongan belia dan anak muda di bawah 39 tahun. Pecahan bajet khusus untuk anak muda hanyalah RM2 juta untuk PYDC bagi portal kerjaya, RM1.39 juta untuk Jawatankuasa Belia Pulau Pinang dan RM3.5 juta untuk pembangunan kemudahan sukan. Kita mengharapkan Kerajaan Negeri memberi fokus yang lebih kepada pembangunan belia di negeri Pulau Pinang kerana mereka inilah yang saya rasa merupakan pengundi-pengundi baru yang terlibat termasuk pengundi-pengundi automatik yang telah memberikan undi kepada parti-parti yang berjaya, yang telah memberi banyak fokus kepada isu-isu dan sebagainya dan kita perlu melihat anak-anak muda ini di didekati dengan pelbagai program yang mungkin boleh disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bagi Agro Teknologi Dan Keselamatan Makanan Dan Pembangunan Luar Bandar. Kepentingan sektor pertanian dalam menjamin bekalan makanan negeri amat perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Bahan makanan yang diimport sudah pasti akan meningkatkan harga kepada pengguna. Sebarang usaha untuk memodenkan dan mempelbagaikan pertanian amat dialu-alukan tetapi cadangan ini belum dapat dihuraikan dalam Bajet 2023. Fokus hanya kepada TKPM Ara Kuda, mayfield, Taman Pertanian Permatang Pauh dan Batu Kawan. Hanya penekanan kepada aplikasi teknologi tinggi saja tidak mampu untuk membekalkan makanan kepada rakyat Pulau Pinang.

Senarai projek pertanian dan bahan makanan yang perlu difokuskan mesti menjadi perhatian dan harap dapat ditetapkan dalam dasar pertanian negeri yang sedang disediakan menjelang 2030. Peruntukan sebanyak RM6.92 juta adalah merupakan peruntukan yang agak kecil untuk Jabatan Pertanian untuk merancang strategi besar yang perlu dicapai. Apa yang dilihat dan berkesan adalah tanaman padi yang mencapai 5-8 metrik tan sehektar. Ini perlu diikuti dengan tanaman lain yang merupakan makanan penduduk Pulau Pinang di masa hadapan seperti sayur sayuran dan tanaman kontan. Begitu juga dengan ternakan yang masih memerlukan perancangan dan pelaksanaan pendekatan yang lebih berfokus ke arah penyediaan makanan untuk penduduk Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu mewujudkan satu food security untuk rakyat Pulau Pinang dan ini perlu difikirkan, dirancang dengan lebih teliti. Peluang pekerjaan kemahiran dan ekonomi muda, peluang pekerjaan perlu disediakan dan dijelaskan secara terperinci dalam Bajet 2023 saya tidak nampak dalam bajet disentuh berkaitan peluang pekerjaan yang diwujudkan secara jelas sepatutnya perkara ini perlu diberi perhatian walaupun kadar pengangguran di Pulau Pinang agak rendah tapi peluang pekerjaan perlu terus disediakan sama ada melalui peningkatan pelaburan atau peningkatan peluang-peluang usahawan kecil yang diperlukan oleh golongan bawahan. Begitu juga peluang kemahiran yang lebih luas perlu diwujudkan untuk golongan muda atau lepasan sekolah bagi mewujudkan pekerja-pekerja mahir.

Naik taraf ekonomi dan peningkatan pendapatan isi rumah, tumpuan dan perhatian kepada golongan usahawan kecil amat sedikit dan tidak banyak diperuntukkan untuk membantu golongan ini sama ada dalam bentuk penyediaan ruang pasaran, penyediaan ruang peniaga, penyediaan khidmat nasihat. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menekankan IKS dalam menaik taraf ekonomi dan meningkatkan pendapatan serta meningkatkan rantaian nilai dalam pelaburan berkualiti tinggi dengan memberi penekanan kepada penglibatan IKS. Kebanyakkan rakyat bawahan yang menjadi usahawan tidak terlibat dalam IKS, mereka cuma terlibat dalam Industri Kecil dan Asas Tani. Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu memberi perhatian dan penekanan kepada Industri Kecil dan juga Industri Asas Tani. Ini akan dapat meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan tingkatkan pendapatan isi rumah. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang melihat isu ini dan menyediakan peruntukan untuk Industri Kecil dan juga Industri Asas Tani.

Kesihatan dan kesejahteraan rakyat adalah didapati Bajet 2023 tiada sebarang peruntukan kewangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk perkara-perkara berkaitan kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Bagi era pasca COVID ini sudah semestinya memerlukan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan sedikit bajet untuk tujuan kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Malangnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menyentuh dalam bajet yang dibentangkan. Harap mendapat perhatian dan pertimbangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pembangunan rohani dan spiritual. Bajet 2023 yang dibentangkan hanya menjurus kepada pembangunan material, harta dan fizikal tetapi kurang tumpuan kepada pembangunan spritual dan rohani masyarakat. Ini juga perlu diberi perhatian mungkin di bawah portfolio yang terlibat boleh melihat supaya kita memfokuskan juga kepada pembangunan rohani dan spiritual kepada rakyat di Negeri Pulau Pinang.

Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya sentuh sedikit tentang isu-isu berkaitan dengan Kerajaan Negeri yang boleh dimasukkan dalam ucapan saya. Yang pertama mengenai agama Islam tentang pembangunan tanah wakaf oleh Jabatan Wakaf Negeri Pulau Pinang. Tanah wakaf adalah merupakan harta yang telah diwakafkan kepada MAINPP atau pun pihak yang dinamakan untuk tujuan-tujuan tertentu. Jadi saya melihat pembangunan tanah wakaf ini perlu diberi satu fokus kerana agak luas kawasannya dan perlu di bangunkan tanah wakaf ini dalam satu kaedah yang terbaik yang boleh memberi kebaikan dan juga hasil kepada pihak yang berwakaf dan juga kepada rakyat yang akan menggunakan hasil daripada pembangunan tanah wakaf tersebut.

Enakmen kawalan dan sekatan pengembangan agama bukan Islam, isu ini saya bangkitkan dah dua, tiga kali tentang isu menyampaikan atau pun berdakwah yang bukan Islam berdakwah kepada yang Islam. Di Pulau Pinang masih lagi tidak melaksanakan atau pun menyediakan enakmen untuk tujuan ini. Jadi mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 menyebut agama bagi Persekutuan adalah agama bagi Persekutuan tapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal dan menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan siaran ajaran atau kepercayaan kepada orang Islam dan kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang mendatangkan masalah kepada kesejahteraan awam, akhlak kepada individu yang lain seperti Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hanya dua (2) negeri iaitu Pulau Pinang dan Perlis dan juga Wilayah masih belum menggubal, jadi saya harap apa yang saya bangkitkan dalam dua (2), tiga (3) penggal yang lepas atau tiga (3) sesi yang lepas dapat diambil tindakan segera supaya perkara ini dapat kita gunakan sebagai enakmen untuk mengawal dari segi mengembangkan agama lain kepada orang Islam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Habis? Done?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor); Bagi alam sekitar, saya sentuh sedikit tentang alam sekitar, kaitan dengan pemulihan dan juga pengawalan alam sekitar jadi saya melihat bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih lagi tidak mengambil kira pembangunan dan juga pemulihan alam sekitar dalam sebarang bentuk pembangunan yang dilaksanakan. Jadi ini saya rasa perlu diberi perhatian walaupun kita mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar tapi kita juga perlu melihat sebarang bentuk projek dan pembangunan yang dibuat perlu mengambil kira

pembangunan yang mampan, penjagaan dan kelestarian alam sekitar yang patut sama-sama kita di peringkat Kerajaan Negeri melihat supaya pembangunan yang dibuat tidak memusnahkan dan merosakkan alam sekitar. Sepertimana yang kita sedia maklum, pembangunan projek yang sedang dirancang termasuklah projek tambakan laut di Pulau Pinang dan juga di Butterworth, program-program yang berkaitan dengan pembangunan di kawasan bukit dan sebagainya. Jadi ini akan termasuklah program penambakan tanah sawah ini juga program yang merosakkan dan memusnahkan alam sekitar yang perlu dikawal dan juga perlu dilihat secara serius sebelum kita membangunkan sesuatu projek pembangunan di kawasan Pulau Pinang. Saya mengharapkan supaya perkara ini menjadi satu fokus utama. Kita perlu menepis dan melihat supaya pembangunan yang dibuat tidak merosakkan dan memusnahkan alam sekitar. Ini perlu ditangkis oleh pihak Kerajaan Negeri dan dibuat secara yang lebih tersusun dari segi keadaan yang boleh merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Bagi pencemaran sungai dan laut termasuk isu khinzir, saya harap dalam soalan bertulis menyentuh tentang apa yang telah dibuat dalam menyelesaikan isu pencemaran dan saya lihat isu pencemaran sungai masih lagi berlaku dan sungai-sungai di Pulau Pinang kebanyakannya berada di tahap 3, maknanya sederhana dan ada yang semakin teruk. Ini perlu kita selesaikan dan saya harap Kerajaan Negeri melihat pencemaran sungai ini sebagai satu isu yang besar yang perlu diambil tindakan dan perlu ditangani untuk menyelesaikan isu termasuklah isu khinzir, isu kumbahan yang berlaku dan saya rasa pihak EXCO Pertanian juga melihat isu ini dan saya rasa telah dan sedang diselesaikan dan saya harap dapat penjelasan nanti dalam dalam penggulungan tentang apa tindakan yang telah dibuat dalam menyelesaikan isu kumbahan ternakan khinzir dan juga isu pembinaan ladang secara tertutup yang telah selesai tarikhnya pada bulan Jun. Jadi mungkin kita nak tahu apa perkembangan. Rakyat di kawasan bangkitkan dan saya jawab bulan Jun kita sudah selesai dan kemungkinan kita akan ada ladang tertutup, kita akan ada sistem pembersihan, penapisannya dan mungkin tidak akan ada lagi isu-isu kumbahan khinzir ini di dalam sungai-sungai di kawasan Tasik Gelugor yang mungkin menjejaskan keadaan air dan juga, ternakan-ternakan ikan yang ada di dalam sungai.

Isu yang seterusnya berkaitan dengan isu judi dan juga tempat perjudian dan juga lesen pusat hiburan keluarga. Jadi saya harap perkara ini merupakan perkara yang serius, lesen dikeluarkan dan masih lagi berlaku pada kedai-kedai judi haram dan sebagainya di banyak kawasan dan juga terdapat lesen-lesen pusat hiburan keluarga yang disalah gunakan. Dapat lesen tapi digunakan untuk perniagaan yang lain yang mungkin memberi kesan negatif kepada masyarakat di sekitar. Jadi kalau boleh pihak PBT dan juga pihak-pihak yang terlibat melihat isu kedai judi dan tempat perjudian dan juga isu lesen kedai pusat hiburan keluarga ini diberi perhatian yang lebih serius dari segi tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam menyelesaikan masalah sosial ini. Bagi projek agrotourism Kementerian Pelajaran dan inap desa, program-program ini perlu diperkasakan. Di kawasan Tasik Gelugor, kita ada program-program agrotourism, kita juga ada inap desa di kawasan seluruh Pulau Pinang dan saya rasa inap desa ini tidak terlibat dalam homestay yang akan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri. Saya cuma mengharapkan pihak pelancongan negeri, pihak EXCO Pelancongan melihat program agrotourism Hutan Pelajaran dan inap desa di kawasan Tasik Gelugor menjadi salah satu destinasi untuk para pelancong turun ke kawasan ini dan kita akan cuba untuk mempertingkatkan usaha-usaha dalam memperkasakan agrotourism juga program inap desa bagi masyarakat di kawasan kampung-kampung yang terlibat untuk terlibat sama dalam pelancongan di Negeri Pulau Pinang. Bagi pembinaan dan penyewaan gerai-gerai dan tempat-tempat berniaga saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri mengenal pasti tempat yang sesuai untuk peniaga-peniaga kecil dan juga penjaja-penjaja di tepi jalan ini berniaga di tempat yang lebih selesa. Memang terdapat peniaga-peniaga yang berniaga di tepi jalan dan sebagainya selepas

COVID-19 banyak yang berniaga tapi kadang-kadang mereka ini tidak ada lesen dan sebagainya yang perlu kita pastikan mereka ini boleh mendapat lesen dengan dengan mudah daripada pihak Majlis. Mungkin ada kelonggaran-kelonggaran yang boleh diberikan kepada mereka untuk mendapat lesen peniaga kecil dan juga penjaja daripada pihak Majlis. Kedua, perlu disediakan tempat-tempat yang sesuai jika tempat di tepi jalan tidak sesuai, pihak Majlis, pihak PBT perlu menyediakan tempat yang lebih sesuai untuk mereka ini berniaga dan tempat yang disediakan ini perlulah tempat yang strategik, tidak boleh tempat yang orang pun tak lalu di situ, masyarakat pun tak banyak melintasi kawasan itu, kita letakkan peniaga di situ. Mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah kepada peniaga-peniaga kecil dan penjaja kecil. Termasuklah dari segi pembinaan pembukaan pasar-pasar malam dan sebagainya yang saya rasa perlu dipertingkatkan kerana tempat inilah di mana peniaga-peniaga kecil ini boleh berniaga dan dapat hasil pendapatan dalam perniagaan ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Satu lagi tentang isu kebudayaan kraftangan, kesenian dan kampung warisan. Jadi saya sentuh dalam persidangan yang lalu berkaitan dengan isu kebudayaan, kesenian dan kraftangan dan kampung warisan yang saya rasa banyak terdapat di kawasan-kawasan sebelah Seberang dan juga mungkin sebelah Pulau Pinang yang melibatkan dari segi budaya Melayu, kraftangan warisan dan sebagainya yang saya rasa benda ini perlu juga diberi perhatian dan juga tumpuan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan budaya kraftangan kesenian dan kampung warisan dipertahankan dan dipertingkatkan. Ada banyak lagi kraftangan dan kesenian yang dihasilkan di kampung-kampung di kawasan luar bandar yang boleh dipertingkatkan dan dimasukkan dalam senarai mungkin dalam senarai tempat-tempat untuk dilawati, mungkin dimasukkan dalam bahan-bahan yang boleh dipasarkan dalam pelancongan dan mungkin boleh membantu masyarakat di kawasan luar bandar ini. Jadi seterusnya tentang saya akan baca sekali lalu sajalah berkaitan dengan penjelasan daripada isu jawapan soalan bertulis. Pertama tentang isu terowong dasar laut soalan 26. Saya minta dimaklumkan kedudukan pembinaan terowong ini dan pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang sama ada untuk teruskan atau pun tidak? Berkaitan dengan pembahagian peruntukan di bawah bantuan pendidikan yang telah diluluskan RM13 juta, saya minta huraikan kaedah pengagihan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Sekolah Cina, Mubaliqh, Sekolah Tamil dan Sekolah Agama Rakyat. Bagi soalan bertulis berkaitan dengan Penang Football Club, saya mohon dan melihat keadaan kedudukan Pulau Pinang di antara tempat yang terbawah dan ini membimbangkan dan menyedihkan penyokong-penyokong bola sepak di Pulau Pinang yang begitu setia dengan Pulau Pinang. Adakah kajian dan post mortem dibuat tentang kedudukan yang terkini dan apakah hasilnya? Dan apakah perancangan masa depan untuk meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Pulau Pinang. Berkaitan dengan Tahfiz tadi, jumlah Tahfiz saya sudah sebut tadi saya cuma mengharapkan supaya satu tindakan oleh pihak jabatan atau Majlis Agama untuk memastikan Tahfiz-tahfiz yang ada begitu banyak di kawasan termasuk di Tasik Gelugor sebanyak 15 Tahfiz boleh kita bantu dan juga tingkatkan. Kalau tidak berdaftar, kita perlu bincang macam mana cara untuk kita daftarkan Tahfiz ini supaya dia boleh menjadi satu Pusat Tahfiz yang terbaik yang boleh memberikan kebaikan kepada masyarakat dan juga rakyat di Pulau Pinang.

Bagi kampung tradisional, soalan tambahan daripada soalan bertulis, apakah masa depan kampung tradisional di peringkat Negeri Pulau Pinang? Apakah bentuk perancangan yang bakal dilaksanakan di kampung-kampung bagi dasar yang berkaitan dengan pembangunan kampung di bawah Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang? Apakah bentuk perancangan bagi kampung-kampung ini? Apakah masa depan kampung-kampung ini kalau melihat daripada bentuk kluster yang disediakan berkaitan dengan ekonomi, berkaitan dengan kampung warisan dan juga pembangunan guna tanah kampung secara holistik. Jadi tiga perkara ini perlu dijelaskan supaya penduduk di kampung-kampung di Pulau Pinang tidak memikirkan masalah yang lain. Seterusnya soalan bertulis berkaitan dengan pengurangan tanah pertanian. Saya nampak dari dalam Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2020 dan juga 2030, tanah pertanian berkurangan sebanyak 10,654 hektar, 4,311 hektar tanah-tanah pertanian semakin berkurangan. Jadi apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi mengatasi isu pengurangan tanah pertanian termasuk kawasan tanaman padi? Adakah pengurangan ini menyebabkan tanah kampung selain daripada tanah sawah padi? Tolong berikan secara detail tentang pengurangan tanah pertanian seluas 4,311.52 hektar ini. Satu lagi tentang soalan berkaitan dengan Pelan Tindakan Pembangunan Ekonomi Belia. Apakah tindakan yang lebih fokus kepada Pembangunan Ekonomi Belia selain daripada kerjaya dan juga ceramah? Berapa ramai belia yang terlibat dalam Program Tindakan Pembangunan Ekonomi Belia Negeri Pulau Pinang yang telah dilaksanakan? Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sikit lagi saya nak sentuh tentang isu dalam kawasan Sungai Dua. Saya ucap terima kasih banyak perkara telah diselesaikan termasuk pembinaan Masjid di Sungai Lokan, tanah kubur dan sebagainya telah diselesaikan di kawasan Sungai Dua. Cuma saya nak sebut lagi sekali, berulang-ulang kali saya sebut berkaitan dengan kesesakan jalan di pekan Sungai Dua, tolong bantu untuk selesaikan. Isu tambakan laut di Bagan Ajam kalau boleh kita nak kepastian dan juga jawapan yang tepat daripada pihak Kerajaan Negeri tentang isu tambakan laut di Bagan Ajam. Pelaksanaannya dan tahap mana pelaksanaan projek tambakan laut di sini dan juga isu tambakan tanah sawah masih lagi berlaku dan perlu dijelaskan tindakan-tindakan yang diambil yang kadang-kadang tidak tidak terlalu menekan pihak yang menambun ini. Keputusan dibuat di mahkamah pun kadang-kadang dia tak ikuti, jadi apakah tindakan yang lebih sesuai untuk isu tambakan tanah sawah? Penyelesaian isu peniaga kecil dan penjaja kecil yang telah disebutkan tadi, perlu diselesaikan. Perancangan dan pembinaan tapak perniagaan baru untuk peniaga kecil juga perlu diselesaikan. Isu jalan kampung dan longkang di kampung juga perlu diambil tindakan untuk penyelesaian di kampung-kampung yang terlibat di kawasan Tasik Gelugor dan kawasan-kawasan yang lain perlu diselesaikan untuk memastikan tidak berlaku banjir kilat dan sebagainya di kawasan kampung. Isu musuh tanaman masih lagi berlaku dan tidak ada penyelesaian. Musuh tanaman seperti babi dan juga babi hutan dan juga kera masih lagi berlaku secara hebat di kawasan Tasik Gelugor termasuk di kawasan-kawasan yang lain. Jadi perlu diselesaikan dan perlu diambil tindakan segera bagi memastikan tidak ada masalah dan isu penagihan dadah juga masih jadi masalah utama di kawasan Seberang Perai Utara, mungkin di kawasan Tasek Gelugor juga masih berlaku isu ini dan kita mohon kerjasama dan juga penekanan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu penagihan dadah ini dan satu lagi mohon projek RTB di kawasan Tasek Gelugor bagi mengelakkan keadaan banjir dan kita mendalamkan sungai-sungai bagi mengelakkan banjir berlaku di kawasan tersebut. Jadi sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang memberi ruang dan peluang untuk berbahas, apa yang kita pentingkan pihak Kerajaan Negeri dalam program “Pembangunan Mampan dan Mensejahterakan Rakyat” ini perlu melihat konsep pembangunan mampan itu secara tepat, kita membuat pembangunan, melaksanakan

pembangunan perlulah boleh memberi keselesaan, menyediakan ruang dan peluang yang terbaik kepada generasi akan datang. Kita tidak membangunkan secara tidak berpandukan kepada pembangunan mampan dan juga bagi penyediaan menghadapi masalah ekonomi tahun hadapan. Kita juga melihat bajet ini perlu mengambil kira persediaan dalam membantu dan menyediakan banyak peluang-peluang dan ruang, sumbangan bantuan dan sebagainya kepada rakyat bagi menghadapi kemungkinan berlaku pelbagai isu dalam ekonomi pada tahun hadapan. Saya tak nampak banyak benda-benda itu disediakan, jadi ini perlu disediakan sebaik mungkin. Jadi sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua dan kepada semua rakan-rakan di Dewan, terima kasih kepada pihak jabatan dan agensi yang telah selama ni banyak membantu saya menyelesaikan isu-isu rakyat di kawasan termasuklah agensi-agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri yang banyak membantu, yang banyak menyelesaikan masalah terima kasih banyak dan ini mungkin persidangan kita yang terakhir sebelum PRN…(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi..esok masih ada..

Esok masih ada, jadi terima kasih banyak kepada semua, saya mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kelemahan dalam masa berada di Dewan ini dan mungkin itulah merupakan kelemahan diri saya dan saya sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua, rakan-rakan Yang Berhormat, kepada semua agensi yang telah memberi sokongan dan juga dokongan dalam kita sama-sama menyelesaikan isu dan masalah rakyat di dalam kawasan dan juga di Negeri Pulau Pinang ini, terima kasih banyak kepada semua dan dengan ucapan itu saya sudahi dengan Assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Dato’ Ketua Pembangkang, memandangkan saya cuma ada 2 hingga 3 orang Yang Berhormat sahaja nak berbahas, saya cuba nak selesaikan kalau boleh jam 1.30 sebelum kita alih ke sesi penggulungan. Sila Yang Berhormat Permatang Berangan.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, Permatang Berangan mohon berbahas. Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera. (Bacaan Doa) Bismilahirrahmanirrahim, atas segalanya kepada Tuhan kami meminta pertolongan dan kepadaNya juga kami memohon petunjukNya. Selawat dan salam serta seluruh puji-pujian buat junjungan besar Nasi Muhammad S.A.W dan juga kita merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pemimpin dan masyarakat di Negeri Pulau Pinang khususnya di DUN Permatang Berangan yang bersama-sama Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Buat kesekian kalinya, izinkan saya mengucapkan rasa hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang dihormati Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat Pulau Pinang,

ketua-ketua serta wakil-wakil jabatan dan agensi, para pengamal media dan pemerhati yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi untuk peluang masa yang terluang ini, marilah kita sama-sama menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratNya atas limpah kurnia dan izinNya yang memungkinkan kita berada di sini untuk bersidang dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Sidang DUN Pulau Pinang kali ke 14. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Permatang Berangan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian bagi membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 bertemakan “Pembangunan Mampan Mensejahterakan Rakyat”. Permatang Berangan menyambut baik perancangan Kerajaan Negeri dalam merencanakan usaha untuk membangunkan pencapaian Misi dan Visi Penang2030…(dengan izin), demi pemulihan dan pembangunan ekonomi rakyat pasca COVID 19. Merujuk kepada Ucapan Bajet 2023 Negeri Pulau Pinang yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota selaku Ketua Menteri Pulau Pinang pada Isnin 21 November 2022 lalu, beberapa perkara perlu diberi penekanan untuk memastikan peruntukan kewangan yang dimuktamadkan dalam Bajet 2023 mencapai sasaran dan matlamatnya. Setelah meneliti ucapan bajet tersebut, Permatang Berangan amat berharap agar perancangan Kerajaan Negeri bagi merealisasikan tumpuan utama pemulihan ekonomi rakyat dapat menjadi kenyataan. Bajet 2023 Negeri Pulau Pinang tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya hanya Kerajaan Negeri sahaja yang berasa selesa sedangkan rakyat masih lagi dibelenggu oleh masalah yang belum selesai seperti ketidakstabilan ekonomi, kekurangan dan ketidaklengkapan perkhidmatan awam, ketidakcukupan kemudahan asas, kenaikan harga barang yang membebankan serta peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial yang membimbangkan. Siapalah kita Ahli-ahli Yang Berhormat jika kita tidak peka dengan permasalahan ini dan tidak mengetahui setiap pandangan yang kita utarakan. Dasar ekonomi yang kita perjuangkan di sini untuk mencakup kepentingan bukan sahaja negara, dalam bentuk angka dan statistik tetapi kehidupan rakyat iaitu pendidikan anak-anak, harga barang, rakan-rakan kita di kampung, di desa dan di kota, kesusahan mereka mendapat peluang mensejahterakan hidup dengan kemudahan yang lebih baik.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua serta Sidang Dewan yang dimuliakan, melihat kepada perkembangan semasa ekonomi negeri dan usaha ke arah pemulihan ekonomi rakyat, tidak dinafikan sektor pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, pelancongan dan pelaburan merupakan penyumbang terbesar ekonomi yang memerlukan usaha keras untuk memulihkan ekonomi negeri ini. Kadar KDNK Negeri Pulau Pinang disokong oleh sektor pembuatan sebanyak 12.4 peratus dan banyak lagi sektor-sektor lain yang menyokong kepada kenaikan KDNK negeri ini. Biarpun pertumbuhannya agak perlahan, namun usaha-usaha yang lebih agresif perlu dilaksanakan bagi mengatasi kemerosotan ekonomi ketika ini. Dalam situasi semasa, Permatang Berangan boleh bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pencapaian Penang2030 melalui tiga (3) inisiatif utama yang telah digariskan. Antara lain, pelaksanaan usaha-usaha tersebut akan dapat menyumbang ke arah pembangunan semula ekonomi negeri ini yang terjejas sejak lebih dua (2) tahun lalu. Bagi mengatasi masalah pengangguran di negeri ini yang diutarakan di beberapa kawasan di Tasek Gelugor, Permatang Berangan ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar membina rangkaian dengan agensi persekutuan dan syarikat-syarikat swasta untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan belia lepasan sekolah dan pengajian khasnya untuk menjadi sebahagian pemacu kejayaan yang menyumbang kepada pemulihan sosio-ekonomi negeri ini. Malah usaha ke arah pengoperasian aktiviti perniagaan dan sosial dilihat mampu menjadi nilai tambah kepada pembangunan modal insan, pendidikan, sains dan teknologi di kalangan anak muda yang sedang belajar dan mencari pekerjaan sejurus tamat pengajian. Peluang pendidikan dan

kemahiran yang ditawarkan mestilah diperkasakan, dikembangkan kepada lebih ramai anak muda di Pulau Pinang yang dewasa ini mampu menambah peluang-peluang pekerjaan kepada mereka. Bersesuaian dengan penggunaan media sosial dan perkhidmatan atas talian yang telah dipraktikkan sejak melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika seluruh dunia dilanda COVID 19 dahulu, kemahiran-kemahiran penggunaan atas talian sudah dilihat menjadi kebiasaan rakyat sejak dua (2) tahun ini dan kaedah ini mampu mengurangkan kos perniagaan tetapi jika dilaksanakan secara terancang dan efektif, mampu memberi peluang kepada peniaga dan usahawan khasnya dari golongan muda untuk meningkatkan hasil jualan dan pendapatan mereka. Justeru, peruntukan untuk membantu pembangunan modal insan dalam Bajet 2023, mestilah menspesifikkan jenis peluang pendidikan, kemahiran serta perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak semasa dan mampu menawarkan pendapatan lumayan. Kaedah ini akan mampu membantu rakyat dan meningkatkan ekonomi Negeri Pulau Pinang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Permatang Berangan ingin beralih kepada keperluan rakyat secara khusus di KADUN Permatang Berangan. Ini kerana merujuk kepada Bajet 2023 apa yang ingin Permatang Berangan ingin fokuskan adalah lebih kepada pemulihan ekonomi rakyat. Oleh yang demikian, dalam kawasan Permatang Berangan bersesuaian dengan tema bajet Negeri Pulau Pinang 2023 ini “Pembangunan Mampan Mensejahterakan Rakyat”. Justeru, saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini untuk merujuk kepada isu-isu berbangkit di kawasan Permatang Berangan. Apa yang menjadi ulangan adalah pertanyaan tentang peluang memiliki Rumah Mampu Milik (RMM) ini sering menjadi pertanyaan ulangan di Pusat Khidmat Permatang Berangan kerana banyak projek perumahan telah naik di kawasan Tasek Gelugor tetapi rakyat tempatan tidak mampu memiliki hanya mampu tengok. Saya melihat kesusahan ini di kawasan Permatang Berangan yang mana di Tasek Gelugor sahaja seramai 106,899 orang penduduk yang mana daripada jumlah tersebut 39,561 orang adalah penduduk di Permatang Berangan. Merujuk kepada soalan bertulis saya nombor 1 yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Datok Keramat, daripada 39 projek pemajuan perumahan yang diluluskan di sekitar Tasek Gelugor, 6 daripadanya merupakan projek rumah mampu milik di mana dua (2) daripadanya dalam pembinaan dan dalam proses tawaran. Berdasarkan rekod penawaran tersebut, masih terdapat baki sebanyak 280 unit daripada jumlah 2,670 unit RMM C dengan harga maksima RM250,000 seunit masih dalam pembinaan di Tasek Gelugor. Saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Dua yang bertanya dalam soalan lisan beliau nombor 17 tentang Dasar Perumahan Negara. Saya rasa soalan tersebut tidak terjawab dengan jelas oleh Yang Berhormat Datok Keramat, oleh itu saya ingin mengulangi pertanyaan rakyat tentang soalan yang sama, “Adakah dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila pemaju telah membina RMM C, pemaju tidak perlu lagi membina RMM A dan RMM B?” Mohon Datok Keramat jelaskan kepada rakyat Permatang Berangan dan Tasek Gelugor. Inilah kekangan yang rakyat hadapi kerana kami tidak mampu memiliki rumah RMM A dan RMM B kerana tidak mampu mendapatkan kelulusan pinjaman untuk RMM C. Justeru, diharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan pembinaan lebih banyak RMM A dan RMM B bagi membolehkan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah di masa hadapan. Dato‘ Yang di-Pertua, ya.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih saya amat berminat dengan topik perumahan rakyat di kawasan saya pun keadaannya semestinya sama apabila pembinaan rumah jenis C yang dibuat oleh PERDA dengan JV dengan Asta Gemilang ada C sahaja tetapi tiada A dengan B. Jadi saya rasa konsepnya adalah sama apabila telah buat C,A dengan B tiada memandangkan Ketua Pembangkang sendiri adalah CEO PERDA Venture dan saya telah bangkitkan sebelum ini dan masih tidak berubah status untuk pembangunan di rumah mampu milik di Sungai Batu di

Teluk Bayu. Jadi kita sama-sama kerjalah di Permatang Berangan Tasek Gelugor mengharapkan benda yang sama saya juga di Teluk Kumbar DUN Bayan Lepas mengharapkan benda yang sama jika kita ada jawatan ada kuasa tolong buat untuk rakyat terutama berkaitan dengan GLC-GLC Kerajaan Pusat mahu pun negeri terima kasih.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas atas kenyataan yang sama, saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri sebab itu saya mohon Kerajaan Negeri memberi jawapan adakah dasar Kerajaan Negeri selaras dengan dasar Kerajaan Perumahan Negara dan sekiranya kita semua sebagai wakil rakyat ingin membantu rakyat kita memiliki rumah jadi tentang pemilikan rumah seberapa ramai penduduk yang boleh kita dapat bantu sebab itulah saya menyarankan lebih banyak rumah RMM A dan B dibina bagi membolehkan rakyat memiliki lebih banyak rumah. Terima kasih Bayan Lepas. Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, saya teruskan perbahasan, isu kedua yang berbangkit di Permatang Berangan adalah berkenaan kawasan penjaja dan syarat yang ketat dan tidak memihak kepada peniaga kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan. Sebagai contoh di Tasek Gelugor, seramai 8 penjaja yang berniaga di hadapan Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan menyuarakan kerisauan mereka kerana seringkali dikunjungi Penguatkuasa MBSP dan kerap diberi notis kerana tiada lesen menjaja dan diminta untuk berpindah ke tempat lain. Rungutan mereka adalah bagaimana mereka ingin berpindah sedangkan tiada tempat yang disediakan oleh Pihak PBT untuk memudahkan mereka berniaga secara sah. Sehubungan itu, Permatang Berangan ingin memohon pihak Kerajaan Negeri untuk membantu sama ada membina premis perniagaan atau menempatkan mereka di kawasan yang bersesuaian untuk berniaga tanpa sebarang gangguan lagi.Yang ketiga, perkara berulang yang sering berlaku di kawasan Permatang Berangan adalah kerisauan tentang banjir kilat ketika hujan lebat. Banjir kilat di kawasan perkampungan dan taman perumahan seperti Taman Desa Ara Permai di Ara Kuda mengundang kerisauan dan menyebabkan penduduk tidak senang hati setiap kali hujan turun, antara punca banjir berlaku adalah sistem perparitan yang sempit dan gagal menampung air laju ketika hujan lebat. Dalam perkara ini apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung penduduk lebih setahun lalu walaupun beberapa kali mesyuarat penyelarasan diadakan bersama pihak PBT dan Persatuan Penduduk namun masih menemui jalan buntu. Soalan saya adakah alternatif- alternatif lain yang dapat dilakukan segera oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan kekusutan ini? Datok Keramat tidak ada dalam Dewan nanti saya minta jawapan dalam rumusan, terima kasih.

Seterusnya persoalan tentang pembayaran caj parkir menggunakan aplikasi Penang Smart Parking atau (PSP) yang turut berbangkit di Permatang Berangan. Mohon pihak PBT mengkaji semula sistem tersebut yang mana ada di kalangan pengguna tetap dikenakan saman biar pun bayaran telah dibuat secara online. Bayaran dibuat untuk tiga (3) jam tetapi sejam setengah sebelum tempoh tamat surat saman ada atas cermin kereta. Jadi ini mengelirukan adakah pembayaran secara online itu tidak tally dengan sistem yang ada di MBSP. Kedua bagaimana pula warga emas yang tiada telefon pintar ingin membuat bayaran? Mereka masih mengunakan telefon biasa dan juga masih ada keperluan ketika ini untuk kupon secara manual bagi memberi kelonggaran kepada mereka membayar caj parkir, kesian pakcik-pakcik ini beberapa minit saja parking dah dapat saman. Jadi saya harap Kerajaan Negeri perlu mempertimbangkan permasalahan ini supaya dapat melihat keperluan penduduk-penduduk khususnya di pinggir bandar seperti di Permatang Berangan tidak dianaktirikan.

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, masalah kesesakan trafik di jalan-jalan utama di sekitar Tasek Gelugor yang saya bangkitkan dalam soalan lisan saya cuma ingin secara ringkasnya mengulangi seperti yang saya utarakan masalah kesesakan trafik berbangkit disuarakan rakyat dan kebimbangan mereka tentang risiko kemalangan jalan raya. Mengikut jawapan bertulis kepada soalan saya sebanyak 1,137,916 motokar, 1,510,913 motorsikal dan kenderaan-kenderaan bermotor lain yang didaftarkan sehingga September 2022 di Pulau Pinang yang menjumlahkan sebanyak 2,781,253 kenderaan memberi gambaran bahawa rakyat Pulau Pinang menggunakan kenderaan tersebut sebagai pengerak setiap hari dan ini menunjukkan setiap hari rakyat berdepan risiko dan berdepan keadaan sesak dan risiko kemalangan. Justeru itu saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian tentang kaedah atau pun dasar-dasar untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan melihat keperluan-keperluan peningkatan naik taraf pengunaan jalan raya di jalan-jalan kampung dan juga kawasan khususnya di kawasan Tasek Gelugor dan Permatang Berangan bagi membolehkan masalah ini ditangani segera. Dato‘ Yang di-Pertua, sebelum mengundurkan diri, Permatang Berangan ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak termasuk ketua-ketua jabatan dan agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan, pasukan anggota keselamatan, pemimpin tempatan, petugas barisan hadapan, petugas-petugas dan urus setia Dewan Undangan Negeri serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk membantu Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan bagi membantu rakyat di kawasan ini, harapan Permatang Berangan adalah pencapaian matlamat ke arah pemulihan dan peningkatan ekonomi demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya dan semoga Bajet 2023 Pulau Pinang bermanfaat buat keseluruhan rakyat negeri ini. Justeru pencapaian matlamat pemulihan dan ekonomi amat penting untuk merealisasikan hasrat pembangunan mampan mensejahterakan rakyat. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan tepat masanya. Terima kasih kalau semua ikut cara Yang Berhormat senang saya dan saya nak jemput ya Sungai Pinang, 20 minit daripada sekarang.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Speaker, salam sejahtera dan salam harapan kepada Dato‘ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, puan-puan dan tuan-tuan yang berada di dalam Dewan yang mulia ini, pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato‘ Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas tentang Bajet 2023 Negeri Pulau Pinang pada pagi yang mulia ini. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas penyediaan sebuah bajet yang amat inclusive dan bertepatan dengan permintaan rakyat di Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato‘ Speaker, selaras dengan Visi Penang2030 yang bertemakan Negeri Pintar Dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara saya yakin bahawa bajet Negeri Pulau Pinang bagi 2023 akan memulihkan dan mengembangkan…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat sakit ka?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Boleh, okey.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau tak okay bukan COVID ya?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Bukan, bukan. Supaya progress pembangunan negeri dapat dipercepatkan serta mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang cemerlang adalah difahamkan pada tahun 2021 Negeri Pulau Pinang telah memperolehi kadar pertumbuhan sebanyak 6.8 peratus merupakan yang tertinggi di antara negeri-negeri lain di Malaysia. Selain itu, ia juga menyumbangkan 7.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar peningkatan angka-angka tersebut memang telah menunjukkan satu petanda yang baik ke atas kedudukan semasa ekonomi negeri Pulau Pinang. Bagi bahagian pemerkasaan komuniti saya di sini ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri yang menyediakan peruntukan sebanyak RM12.98 juta untuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan kenaikan RM50.00 bagi elaun kehadiran mesyuarat iaitu daripada RM50.00 kepada RM100.00 dan juga elaun RM300.00 kepada Bendahari MPKK inisiatif atau ganjaran tersebut akan menggalakkan pihak MPKK untuk berkhidmat dengan lebih gigih berusaha. Tentang Pembangunan Sosial. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Kerajaan Negeri kerana telah memberi lebih perhatian dalam pembangunan sosial terutamanya golongan muda terancam, (dengan izin)…. vulnerable groups yang terdiri daripada Ibu tunggal golongan wanita daripada golongan B40 dan warga emas. PWDC memainkan peranan yang amat significant akan memberi fokus ke atas dasar keterangkuman gender dan dasar keluarga selamat bersama dengan program-program pemerkasaan wanita agar jurang gender dapat dirapatkan dengan lebih efektif. Dato’ Yang di-Pertua, tentang perwakilan wanita di peringkat membuat keputusan. Selaras dengan usaha Negeri Pulau Pinang dalam merapatkan jurang gender saya menyokong program sidang wanita terutamanya di dalam aspek meningkatkan pewakilan wanita di dalam politik saya sebagai mantan pengerusi Jawatankuasa Petugas Sidang Wanita 2021 saya memandang program ini memainkan peranan sebab satu pentas untuk wanita memahami selok belok politik serta sistem demokrasi masa kini. Pewakilan wanita pada peringkat membuat keputusan terutamanya di dalam bidang politik haruslah dipergiatkan sejajar dengan matlamat pembangunan mampan atau (dengan izin)…Sustainable Development Goals 2030 di mana matlamat nombor lima jelas menyatakan menuju ke arah mencapai kesaksamaan gender. Di Malaysia perwakilan wanita di Dewan Rakyat masih jauh daripada sasaran 30 peratus wanita. Malaysia berada di tangga 103 daripada 146 negara daripada Laporan Forum Ekonomi Dunia 2022 dan merupakan antara negara yang mempunyai kadar penyertaan wanita paling rendah di ASEAN selain Brunei dan Myanmar. Dalam PRU-15 baru-baru ini, wakil yang dicalonkan hanya 127 daripada 945 calon yang bertanding untuk kerusi Dewan Rakyat. Peratus pencalonan hanyalah 13.4 peratus sahaja selepas pengundian hanya 30 wanita yang sahaja dipilih daripada 220 kerusi atau 13.6 peratus. Bayangkan 13.6 peratus ini mewakili separuh penduduk negara. Jika kita lihat dalam Dewan yang mulia ini kita hanya ada 6 wakil rakyat wanita daripada 40 wakil rakyat atau 15 peratus sahaja. Amatlah penting bagi wanita menjadi sebahagian daripada barisan kepimpinan politik supaya keperluan separuh penduduk yang

merangkumi ibu-ibu, wanita bekerjaya, suri rumah tangga, ibu tunggal serta usahawan-usahawan di ambil kira dan penyelesaian dapat disediakan mereka ini mempunyai cabaran tersendiri maka perlukan perwakilan. Kepelbagaian dalam kepimpinan politik amatlah penting untuk mewujudkan perspektif yang berbeza dan lebih terangkum. Saya mencadangkan supaya terdapat dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkat pewakilan wanita di Dewan yang mulia ini. Pemberian Geran kepada Taska Dan Tadika Di Pulau Pinang Kemudahan bagi penjagaan kanak-kanak merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan penjagaan anak. Penjagaan kanak-kanak yang selamat serta berkualiti dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk menyumbang tenaga dalam meningkatkan sektor ekonomi negara. Tambahan juga, anak-anak kita berpeluang menikmati penjagaan yang baik serta mendapat pendidikan awal yang bermutu. Pemberian geran ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa prihatin tentang kesejahteraan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak dari kumpulan B40. Geran tersebut juga memberi impak yang positif kepada pengusaha taska dan tadika agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih menyeluruh kepada kanak-kanak di Pulau Pinang. Adalah harapan saya agar pemberian geran tersebut dilanjutkan ke tahun hadapan.

Berkaitan dengan Bandar Mesra Usia. Pulau Pinang dijangka akan menjadi sebuah negeri tua iaitu negeri yang mempunyai peratusan warga emas tertinggi di Malaysia pada tahun 2040. Tidak dinafikan kesiapsiagaan oleh Kerajaan Negeri amatlah diperlukan, saya amat mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang iaitu (PWDC) bersama Malaysia Healthy Aging Society (MAHS) dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai Bandar Mesra Usia dalam jangka masa tiga (3) tahun. Inisiatif Bandar Mesra Usia ini boleh dilihat sebagai langkah awal oleh Kerajaan Negeri dalam memberi penekanan kepada kepentingan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat. Terutamanya warga emas dalam lapan (8) domain yang merangkumi aspek perumahan, pengangkutan, penyertaan sosial, penyataan sivik dan pekerjaan, komunikasi dan maklumat, sokongan masyarakat dan perkhidmatan kesihatan, ruang luar bangunan seperti yang telah ditetapkan oleh (WHO). Saya menyokong inisiatif ini bukan sahaja untuk warga emas kini, malah untuk kita semua yang akan menjejak menjadi warga emas pada suatu hari nanti. Pemerkasaan warga emas merupakan salah satu faktor dalam menentukan kelestarian untuk meneruskan kehidupan mereka. Saya amat tertarik dalam usaha MMK Pembangunan Sosial dalam memastikan hak sama rata warga emas yang tertera dalam hala tuju penuaan aktif yang telah di dilancarkan baru-baru ini. Usaha-usaha ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mewujudkan sistem sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan komuniti di Pulau Pinang.

Isu First Support Point. Dato’ Yang di-Pertua, saya di sini juga ingin membangkit tentang usaha Kerajaan Negeri dalam membina satu persekitaran yang selamat bagi setiap keluarga di Pulau Pinang. Melalui Dasar Keluarga Selamat yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020. Di bawah dasar ini First Support Point telah ditubuhkan di Pusat-pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri, Badan Bukan Kerajaan serta Badan-badan Beragama supaya dapat membantu dan memberi perlindungan kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga di negeri ini. Sistem sokongan yang luas dan sistematik ini banyak membantu bukan sahaja mangsa malah pegawai-pegawai seranta di pusat khidmat. Saya ingin kongsi pengalaman bahawa kejayaan, pengalaman kejayaan Pusat Khidmat saya telah berjaya menyelamatkan beberapa mangsa dan anak-anaknya daripada terus diseksa dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Yang paling membanggakan kita adalah sebuah keluarga di mana ibu yang dari adalah berasal dari Singapura dan mereka mempunyai sembilan (9) orang anak dan kita berjaya menyelamatkan mereka daripada keluarga daripada pelaku mangsa itu dan mereka sedang menjalani kehidupan yang baru dan lebih sihat lebih selamat dan syukur bahawa pelaku juga telah dibawa ke mahkamah. Ini adalah saya ingin menyeru supaya ADUN-ADUN kita dan juga NGO-NGO atau agensi-agensi turut beserta menyertai

dalam First Support Point untuk memberi bantuan dengan kerjasama daripada pihak seperti Ahli-ahli Sidang Wanita juga daripada (WCC) daripada (JKM) dan Polis. Saya yakin kita memang boleh bantu mangsa-mangsa yang sedang didera asalkan kita ingin melangkah ke hadapan untuk membantu mereka. Jadi di sini saya…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Habis dah?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Belum-belum. Sedikit habis. Jadi untuk mewujudkan keluarga selamat di Negeri Pulau Pinang, maka bersama-samalah kita membantu dan kita mewujudkan keluarga yang lebih harmoni, society yang lebih harmoni di Negeri Pulau Pinang. Kewujudan First Support Point ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang bebas daripada keganasan rumah tangga dan secara langsung atau tidak langsung merealisasikan Visi Penang2030.

Penang Goes Orange. Dalam meningkatkan kesedaran rakyat terhadap pembasmian keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak kempen tahunan Penang Goes Orange bakal dijalankan pada 29 November 2022. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Pulau Pinang terhadap isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak serta langkah-langkah yang boleh diambil dalam mengatasi isu tersebut. Ingin saya tekankan di sini bahawa keganasan rumah tangga bukan hanya isu suami isteri tetapi ianya merupakan isu komuniti kerana ia memberi impak kepada semua. Saya amat menyokong kempen Penang Goes Orange ini dan telah menjalankan program-program sejak saya menjadi wakil rakyat dan saya akan terus adakan Program Outreach Community bersama Polis, Penang Goes Orange Forum dan Workshop, Family Law Talk, Keluarga Selamat Workshop dan sebagainya. Dan untuk makluman untuk pada 26 hari bulan Sabtu ini kami akan adakan satu forum Penang Goes Orange iaitu “No To Domestic Violence”…(dengan izin), di Penang Chinese Town Hall bersama-sama dengan MMK Pembangunan Sosial, PWDC, WCC dan Polis juga. Prinsip saya senang sahaja, iaitu jika kita buat sesuatu tentu ada hasilnya walaupun akan mengambil masa. Jika tiada apa yang dibuat tentu isu-isu sosial akan melarat dan akan berkembang menjadi isu-isu, akan berkembang menjadi isu lain yang lebih teruk.

Dato’ Speaker, saya ingin membangkitkan tentang isu jawapan yang diberikan kepada saya daripada jawapan soalan bertulis saya nombor 1 yang terima daripada EXCO Perumahan mengenai jumlah RMM di Daerah Timur Laut khususnya di sekitar kawasan Sungai Pinang, Jelutong. Selaku ADUN Sungai Pinang saya amat menyambut baik sebarang pembinaan Rumah Mampu Milik yang mampu memberi manfaat rakyat di Negeri Pulau Pinang. Ini juga telah membuktikan bahawa kita amat mengambil berat dan menunaikan janji manifesto dengan efficient dan teratur. Namun saya ingin membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan pembangunan perumahan. Sekiranya kita lihat kini di kawasan Sungai Pinang sahaja kita bakal mempunyai jumlah unit pembangunan perumahan sebanyak lebih kurang 7,000 unit. Saya faham bahawa perkara ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Lembaga Perumahan bagi memenuhi keperluan rakyat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ada, ada.

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa tak tunggu.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Sorry. Namun saya ingin bertanya adakah kerajaan berasa kepadatan penduduk ini sesuai atau padan dengan persekitaran dan keboleh hidupan penduduk semasa. Tambahan pula keadaan trafik di kawasan ini juga amat teruk dan sesak. Terutamanya di kawasan padat dengan penduduk seperti di Jelutong Park, Mutiara Hieghts, di Lintang Hajjah Rehmah di Jalan Madrasah. Telah beribu-ribu unit LC dan LMC di kawasan tersebut dan saya selalu terima aduan dan keluhan rakyat sebab kerana tiada keseimbangan dan kualiti kehidupan, keamanan dan kesejahteraan penduduk juga terancam. Jadi persoalan saya dengan penambahan lebih kurang 7,000 unit ini tidakkah ia akan mengakibatkan keadaan semasa menjadi lebih teruk dan kritikal. Adakah kerajaan terutamanya Kerajaan Tempatan mengambil kira semua faktor sebelum membuat atau meluluskan perancangan pembinaan. Oleh itu, saya berharap agar Kerajaan Negeri mampu membuat kajian yang sewajarnya dan mempertimbangkan apa jua sekalipun yang bersesuaian dan memudahkan penduduk semasa tanpa memudaratkan lagi kehidupan rakyat jelata di kawasan Jelutong. Seterusnya saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang menjayakan Projek Banjir Parit Monsun Pokok Asam di kawasan saya. Projek tersebut yang baru bermula pada bulan 2022 ini kini telah mencapai peratusan kemajuan fizikal semasa sebanyak 2 peratus. Walaupun projek tebatan banjir ini masih dalam tahap awal permulaan, namun saya yakin bahawa apabila projek ini siap pada tahun 2024 masyarakat setempat pasti akan dimanfaatkan. Lagi pun tidak perlu lagi risau tentang masalah banjir yang merunsingkan. Saya sentiasa optimistik terhadap Kerajaan Negeri yang mengambil langkah proaktif bagi menangani isu pencemaran sungai terutamanya Pencemaran Sungai Pinang. Jadi sini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah atas segala usaha yang dilaksanakan oleh task force pencemaran sungai dan laut peringkat Daerah Timur Laut. Mesyuarat tersebut juga telah dihadiri oleh saya dan Yang Berhormat Batu Lancang untuk bersama-sama kita memantau punca masalah pencemaran tersebut. Jadi saya berharap lah perkara ini akan diteliti oleh pihak EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan bagi membuat keputusan yang terbaik dan mengembalikan sungai yang lebih bersih kepada rakyat Pulau Pinang. Dalam pada itu, satu pujian saya ingin sampaikan kepada pihak JPS dan JPP, MBPP yang telah mengusahakan kerja-kerja pembersihan di rizab sungai setiap tahun. Kerja-kerja pemulihan dan muara sungai dan kerja pendalaman serta pembaikkan tebing juga turut dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Berasa amat syukur terhadap JPS akan terus berusaha meneruskan kerja-kerja tersebut bagi mencipta Sungai Pinang yang lebih bersih dan bebas daripada sampah sarap. Di sini saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Dewan di sini bahawa Seeded Community Sungai Pinang telah mendapat Pencapaian Penarafan Bintang Emas (APM) untuk kategori Seeded Sea sempena sambutan dekat Platinum Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Bangi Avenue Convention Center pada 12 hari bulan Oktober lalu. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada anggota-anggota Seeded Community Sungai Pinang yang senantiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan jika diperlukan. Dengan ini saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan satu peruntukan kepada Seeded Community di Pulau Pinang agar mereka boleh memperkasakan lagi Seeded di peringkat komuniti demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata.

Dato’ Yang di-Pertua, akhir kata saya berharap Bajet 2023 Negeri Pulau Pinang dapat tangani kebanyakan masalah dan kekangan yang dihadapi oleh rakyat jelata dan dilaksanakan dengan telus demi kepentingan rakyat. Saya dengan ini menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang. Marilah kita bersinergi dan bersatu bagi merealisasikan Visi Penang2030. Maju terus Malaysiaku. Berkibarlah Jalur Gemilang. Harapan kita Negaraku. Kita boleh. Kita Laungkan. Sekian terima kasih Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih juga. Terima kasih Sungai Pinang tepat dengan masanya 20 minit. Saya jemput Penaga. Sila. Semalam sudah jemput mereka tak nak bahas. Penaga. Sila.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Lepas Penaga boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau ada masa. Semalam ada tiga (3) jam untuk anda, anda tak mahu bahas. Tak bersedia bukan alasan. Apa nama Penaga sila, 20 minit kalau boleh.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Salam Berbahagia. Alhamdulillahi Rabbil Alamin (bacaan doa). Terima kasih pada Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Barisan EXCO-EXCO, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri seterusnya kepada rakan-rakan Yang Berhormat-Yang Berhormat, tidak dilupakan kepada semua pengarah dan juga ketua jabatan juga agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Pertama sekali, saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang telah mengizinkan Penaga untuk terlibat dalam perbahasan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan 2023 yang bertemakan “Pembangunan Mampan Mensejahterakan Rakyat”. Dato’ Yang di-Pertua, Saya lihat usaha kerajaan dalam belanjawan kali ini, memberikan penekanan kepada 4 Teras Utama visi Penang2030. Visi pertama ialah meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan. Dan itulah yang sepatutnya difokuskan oleh semua kerajaan ataupun pemerintah agar memastikan rakyat bawahan hidup dalam keadaan selesa dengan kualiti kehidupan yang dijamin. Bahkan dalam Islam antara perkara yang kita minta adalah kehidupan yang baik di dunia ini, sama sebagaimana kita minta agar kehidupan yang baik juga di hari akhirat kelak.

Sebab itulah orang Islam senantiasa berdoa kepada Allah SWT (bacaan doa) memohon kepada Allah agar Allah SWT memberikan kehidupan, menganugerahkan kehidupan yang baik kepada kita semasa di dunia dan juga kehidupan yang baik di hari akhirat kelak ketika mana kita bertemu dengan Allah SWT.

Maka banyak di kalangan ulama mentafsirkan (bacaan doa) dengan makna kehidupan yang baik di dunia, mempunyai rumah yang selesa, keluarga yang bahagia, harta yang mencukupi untuk kita memastikan seluruh orang-orang yang berada di bawah tanggungan kita, dapat hidup dengan baik dalam keadaan hormani. Maka rumah yang selesa tidak dapat di doubt, kerajaan mesti memberi fokus kepada rumah mampu milik sebagaimana banyak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat termasuk rakan saya daripada Bertam tadi. Seolah kita melihat di sana, rumah mampu milik ini tidak mampu disediakan oleh Kerajaan Negeri melihat kepada ramai yang masih menunggu dan sememangnya projek-projek yang dibina, yang dibangunkan adalah hanya merupakan projek mampu lihat sahaja, tetapi tidak mampu milik. Kita melihat sekiranya antaranya sebagai contoh, kalau kita lihat projek yang hendak dilaksanakan di pembinaan Penang Technology Park dan Asrama Pekerja Warga Asing di Bertam, kawasan yang penuh dengan kawasan perumahan dan penduduk. Maka saya lihat kalau contoh yang saya bagi dua (2) projek ini, maka projek ini bertentangan dengan visi untuk menambah kualiti kehidupan. Dengan keadaan sekarang pun, kita boleh lihat betapa sesaknya kawasan di sana terutama pada waktu puncak kerja. Maka, sekiranya dua projek ini dijalankan maka kita boleh bayangkan lebih teruk, lebih teruk kesesakan yang akan berlaku di kawasan Bertam di sekitar kawasan perumahan penduduk. Perkara ini juga saya lihat akan berlaku sekiranya Asrama Pekerja Warga Asing yang nak di bina di Teluk Kumbar ini juga dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat daripada Bayan Lepas. Kesesakan yang teruk dan keadaan penduduk yang tidak rasa selesa dan selamat akan berlaku. Jadi apa erti sebenar kualiti yang baik yang hendak diberikan kepada rakyat. Apakah perancangan-perancangan ini dirancang dengan teliti oleh Kerajaan Tempatan, sebelum dilaksanakan sesebuah projek. Sekiranya pelan dirancang untuk kelestarian dan meningkatkan kualiti penduduk, maka tidak perlu penduduk terpaksa bangun untuk membantah ketidakselesaan dan ketidak tenteraman yang bakal mereka hadapi. Sebab itu kita melihat bagaimana dalam PRU yang lepas, yang ke-15 berlaku pilihan rakyat membuat undi dan tidak memihak kepada kerajaan sedia ada kerana disebabkan oleh projek-projek atau pun projek yang hendak dibangunkan yang tidak memberi keselesaan dan ketenteraman kepada mereka. Itu belum lagi dengan penguatkuasaan Enakmen Penternakan Babi yang masih ditunda pelaksanaannya. Sekiranya penguatkuasaan terus ditunda, maka kita akan lihat kesan pencemaran sungai dan pencemaran bau yang berlaku akan berterusan menyebabkan visi ini tidak akan tercapai. Dalam masa yang sama, Kerajaan Tempatan terpaksa menambah kos dalam menyelia parit, longkang dan sungai yang terkesan daripada najis babi ini. Dato’ Yang di-Pertua, Saya juga tertarik dengan cadangan penubuhan Depoh Bencana yang menelan belanja RM1.5 juta untuk peringkat awal pada tahun hadapan. Jadi, apakah yang akan ada dalam depoh tersebut. Dimanakah projek ini akan dilaksanakan? Saya harap perkara ini dapat diperincikan dalam sesi gulungan oleh EXCO yang bertanggungjawab. Dato’ Yang di-Pertua, Saya juga tertarik dengan bab keselamatan makanan ataupun di sebut Food Security yang dibangkitkan dalam ucapan Bajet 2023 yang mana diterangkan usaha kerajaan dalam memastikan bekalan makanan cukup tersedia dan selamat dimakan. Apatah lagi hari ini kita melihat keadaan dengan musim tengkujuh, banjir memerlukan kepada keselamatan makanan untuk menjamin rakyat tidak agar menjamin untuk menjamin keselamatan makanan rakyat ini tidak diabaikan.

Kita boleh mengambil ibrah daripada kisah Nabi Yusuf AS yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran Al Karim. Nabi daripada keturunan Bani Israil, bagaimana Nabi Yusuf AS mampu untuk memastikan rakyat di Mesir ketika itu hidup dalam keadaan makanan mereka cukup ketika mana negara itu dilanda dengan, dengan kemarau panjang selama tujuh tahun. Dan kisah ini panjang Allah rakam dalam Al-Quran bagaimana Pembesar Negeri Mesir bermimpi melihat di sana ada tujuh (7) ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus. Bagaimana mimpi itu juga, Pembesar Negeri Mesir negara Mesir melihat ada tujuh (7) tangkai gandum hijau dan tujuh (7) tangkai gandum kering.

Lalu ringkasnya dibawa Nabi Yusuf AS untuk mentadbirkan mimpi tersebut. Maka, Nabi Yusuf AS menegaskan bahawa Mesir akan tiba masa tujuh tahun bumi Mesir itu subur dengan hujan yang turun, dengan makanan atau pun tanaman yang menjadi, ternakan yang baik. Tetapi selepas daripada tujuh (7) tahun, bumi Mesir akan dilanda dengan kemarau yang panjang selama tujuh (7) tahun. Jadi, apa yang dibuat oleh Nabi Yusuf AS adalah dengan menyimpan bahkan menggalakkan rakyat Mesir bercucuk tanam dan menyimpan makanan mereka untuk tempoh tujuh (7) tahun yang akan datang, dan bumi Mesir itu akan dilanda dengan kemarau. Maka kita juga perlu, Kerajaan Negeri juga perlu untuk memastikan Food Security sama ada makanan ini terjamin insyaAllah supaya rakyat boleh hidup selesa dan makanan ada. Jangan sampai kita kehabisan stok makanan, telur pun tak ada, harga barang naik, harga ayam naik. Dan kemarin saya mendengar ucapan daripada rakan saya Ahli Yang Berhormat daripada kawasan KOMTAR, YB. KOMTAR juga menyebut harga daging khinzir juga naik melambung tinggi. Ini akan membebankan rakyat sama ada Melayu, Cina dan juga lainnya. Dalam jawapan bertulis yang saya terima, saya dapati jumlah bilangan ikan yang ditangkap berkurangan daripada 56,000 tan pada tahun 2020 kepada 35,000 tan sahaja pada tahun 2021. Saya risau usaha untuk keselamatan makanan untuk hidupan laut dan ini akan bertambah teruk sekiranya Projek PSI diteruskan di Negeri Pulau Pinang yang tercinta ini. Dato' yang di-Pertua, Daripada apa yang saya lihat dalam belanjawan ini, kebanyakan projek pembangunan banyak ditumpukan di sebelah Pulau. Apa adakah saya terlepas pandang atau memang tiada lagi fokus yang hendak dibuat di sebelah Seberang. Seingat saya dalam dewan ini, dimaklumkan bahawa Seberang Perai akan menjadi masa depan Pulau Pinang. Sejauh manakah usaha ini hendak dijalankan dan apakah pelan yang terkandung dalam visi Penang2030 untuk menjayakan agenda ini? Dato’ Yang di-Pertua, Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa masjid-masjid yang telah dipilih dalam Mesyuarat Agung Qariah bagi sesi 2023, yang telah dilantik atau pun dipilih dalam Mesyuarat Agung kawasan masing-masing. Diharap semua jawatankuasa ini dapat bekerja lebih keras, dalam menarik masyarakat ke masjid dalam menunaikan ibadah solat dan seumpamanya dan menuntut ilmu agama. Kuliah-kuliah agama perlu diperhebatkan lagi dalam memberi Pendidikan Islam kepada masyarakat untuk kita memastikan umat Islam dapat kita keluarkan daripada masyarakat yang jahil kepada masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Walau bagaimanapun Dato’ Yang di-Pertua, saya agak pelik apabila saya minta senarai nama pengerusi-pengerusi masjid yang akan berkuatkuasa tahun hadapan masih lagi tidak disokong oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya cakap belakang yang risau, membimbangkan kita semua sama ada nama-nama pengerusi yang telah dipilih oleh anak qariah itu akan digugurkan, diganti dengan pengerusi yang lain atau pun sebaliknya.

Sebab itu saya harap pihak Majlis Agama Islam terutama sekali EXCO yang bertanggungjawab untuk mengambil tanggungjawab yang lebih serius memastikan insyaAllah, perkara ini tidak berlaku dan mana-mana pengerusi jawatankuasa qariah yang telah dipilih oleh anak-anak qariah hendaklah diberi tanggungjawab dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk memimpin qariah masing-masing. Dato’ Yang di-Pertua, Dan persoalan saya juga, kenapa hampir setahun masih belum ada lagi lantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang? Dah hampir setahun dah, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang tidak ada pengarah. Kenapa masih belum ada lantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dan mohon EXCO yang bertauliah untuk memberi penjelasan. Dato’ Yang di-Pertua, Saya melihat dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, berhubungan dengan Hal Ehwal Agama Islam peruntukannya sebanyak RM75.08 juta. Ini adalah bajet yang saya kira cukup untuk memastikan Hal Ehwal Agama Islam ini dijaga dengan sebaik mungkin. Cuma, saya mohon penjelasan sedikit berkaitan dengan aduan yang saya terima di sana ada pemotongan tuntutan dan juga ada isu pertukaran kakitangan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Dan untuk makluman semua, tugas-tugas Bahagian Penguatkuasaan adalah seperti berikut: (i) Menjalankan standby aduan bermula daripada jam 10.00 malam sehingga jam 7.00 pagi yang ni di sebelah malam; (ii) Melaksanakan Waran tangkapan; (iii) Antara tugas bahagian penguatkuasaan adalah melaksanakan waran saman; dan (iv) Melaksanakan operasi sama ada minggu ataupun bulanan. Sekarang ini mereka berada dalam keadaan dilema yakni bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Kerana bermula ataupun pada September dua bulan yang lepas, September tuntutan lebih masa telah dihadkan sebanyak RM600.00 sahaja bagi gaji RM2,000.00. Manakala RM500.00 bagi gaji RM2,000.00 ke bawah, sedangkan bajetnya besar untuk tahun depan pun. Sebagaimana saya sebut tadi, berjumlah RM75.08 juta. Kenapa tidak dibayar tuntutan, bahkan dihadkan untuk bahagian penguatkuasaan sebagaimana yang saya sebut tadi, dihadkan kepada atau pun dibayar hanya RM600.00 sahaja bagi gaji yang berjumlah RM2,000.00 dan hanya RM500.00 bagi gaji yang berjumlah RM2,000.00 ke bawah dan telah berlaku pemotongan sebanyak 15 peratus. Telah berlaku sebanyak 15 peratus. Manakala pada bulan Oktober, bulan lepas yang ni kita berada pada bulan November. Pada bulan Oktober sehingga hari ini, tuntutan bayaran lebih masa masih belum tiada khabar berita. Ini yang perlu diberi penjelasan dan sepatutnya kita bukan potong, bahkan patutnya kita menambah lagi elaun atau pun tuntutan agar pihak penguatkuasa ini dapat melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin. Sekarang ni bila tidak dibayar, mungkin mereka tidak dapat bekerja dan kalau berlaku masalah-masalah di kalangan umat Islam, masalah khalwat dan seumpamanya maka, mereka tidak boleh bertindak ataupun melaksanakan tanggungjawab dan di sana juga pada aduan berhubung dengan pertukaran kakitangan Bahagian Penguatkuasaan dengan kakitangan bahagian lain terutama sekali bahagian Imam. Imam di masjid-masjid jadi diminta supaya biarlah pertukaran itu berlaku kalau bahagian penguatkuasaan hanya melibatkan penguasaan di daerah-daerah yang lain. Dan bahagian Imam ini, biarlah kekal di masjid-masjid atau pun di Pejabat Agama Daerah supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab ataupun memainkan peranan dengan lebih baik, sebab Imam-Iman ini kita

lantik, kita angkat mereka untuk menjadi imam disebabkan bacaan mereka, suara mereka, alunan Al-Quran mereka sedap jadi kalau imam itu ditukar ke bahagian penguatkuasaan maka tugasnya agak berbeza. Ini lah perkara yang perlu diberi perhatian oleh EXCO Agama kita dan mohon penjelasan. Dato' Yang di-Pertua, Saya juga ingin melahirkan rasa kekecewaan saya atas sikap Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang telah menyenarai hitamkan ustaz-ustaz atau pun penceramah-penceramah kita baru-baru ini ketika mana hampir dengan kempen PRU-15. Seramai 16 orang di black list atau pun disenarai hitamkan dan mereka adalah ustaz-ustaz atau pun guru-guru yang hebat dengan alasan tidak ada tauliah untuk mengajar tetapi disenarai hitamkan dan kita tahu guru agama ini antara mereka sudah 30 tahun lebih menabur bakti jasa, memberi sumbangan untuk menyampaikan ilmu dan hendak memastikan masyarakat orang-orang Islam Melayu ini hidup dalam keadaan berilmu dan ramai di kalangan mereka telah melahirkan ribuan anak-anak murid. Jadi takkan lah mereka mengajar ajaran sesat sedangkan ribuan anak-anak murid yang telah mereka lahirkan seumpama Alfadhil Ustaz Munsair Arshad yang saya kira pernah juga dinobatkan atau pun dianugerahkan sebagai Tokoh Maalhijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang, kenapa disenarai hitamkan? sedangkan masa kempen PRU-15 baru-baru ini di Permatang Pauh bagaimana Presiden PKR mungkin ini sehaluan dengan EXCO parti yang sama boleh menyampaikan tazkirah di Masjid di Mengkuang saya tidak pasti sama ada Mengkuang Semarak atau pun Kuala Mengkuang tetapi boleh mengadakan tazkirah sedangkan kita tahu beliau juga tidak mempunyai tauliah. Kalau saya ini mungkin disenaraikan mungkin sebab orang politik tetapi apa pun saya minta pertimbangan kepada EXCO Agama, Timbalan Ketua Menteri saya yang kita kasihi agar untuk saya sebagai wakil rakyat yang dipilih di Penaga, di Penaga ini ada 17 Qariah, 17 masjid dan puluhan surau-surau, kalau saya hadir untuk menunaikan solat kadang-kadang mereka minta saya mengimamkan solat dan kalau hari Jumaat mereka melihat saya ada dan mereka minta untuk saya menyampaikan khutbah untuk diambil manfaat oleh rakyat dan khutbah saya pun tidak pernah saya sentuh soal politik tetapi nama saya juga turut disenarai hitamkan dan ini juga perlu penjelasan sedangkan baru-baru ini pun dalam khutbah semasa kempen saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat. Saya sebut ketika mana saya menyampaikan khutbah di masjid sebagaimana rakyat mendengar seruan daripada televisyen, radio-radio agar kita semua menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan menunaikan hak kita sebagai rakyat Malaysia yang hak itu dijamin oleh perlembagaan negara tidak ada orang yang boleh sekat, tidak ada mana-mana yang boleh menghalang untuk kita keluar mengundi maka saya sebut atas mimbar Jumaat juga saya menyeru kepada semua terutama sekali anak-anak muda yang berusia 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi, tidak sentuh pun mana-mana parti politik. Jadi kita mesti bersikap dengan lebih matang dan saya harap dengan 16 guru dan ustaz-ustaz yang telah disenarai hitamkan ini dapat dilihat semula dan kalau boleh diberi tauliah kepada mereka untuk mereka meneruskan pengajian mereka di masjid-masjid dan juga di surau-surau. Pada tahun lepas kalau tidak salah saya dalam bulan Jun atau pun dalam bulan Julai 2021 ada permohonan untuk tauliah fast track. Saya difahamkan lebih daripada 500 yang buat permohonan tetapi yang diterima hanya 50 sahaja yang diterima dan ini tidak sepatutnya berlaku sepatutnya kita kena lebih telus kalau perlu panggil ustaz-ustaz atau pun guru-guru yang bertanggungjawab untuk disoal panggillah mereka dan biarkan kita hukum dengan seadil-adilnya kerana ini adalah merupakan ajaran yang dititik beratkan dalam Islam sebagaimana disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran (bacaan ayat Al-Quran), “Jangan disebabkan kebencian, jangan disebabkan kemarahan kamu kepada seseorang atau pada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil, adil lah kata Allah SWT kerana adil itu hampir dengan takwa kepada Allah SWT”. Kepada guru kita beri hormat, ilmu diambil sebagai azimat, dengan Islam kita selamat, dunia akhirat beroleh berkat.

Dato' Yang di-Pertua, Saya juga ingin membangkitkan berkaitan isu hospital patuh syariah yang sehingga kini saya lihat perkembangannya cukup perlahan seolah-oleh tidak berjalan walau pun perkara ini berkaitan dengan hospital patuh syariah ini diawal persidangan 2018 saya telah bangkitkan dan ada soalan bertulis daripada saya mohon penjelasan dan sebagainya tetapi sehingga ke hari ini saya melihat perkembangan projek hospital patuh syariah ini cukup perlahan dan saya tidak pasti sama ada ianya ditangguh atau pun dibatalkan bahkan dalam jawapan bertulis yang saya perolehi dikatakan pihak Yayasan Islam Pulau Pinang menghadapi masalah perundangan yang perlu diselesaikan dahulu sebelum tindakan lanjut dilaksanakan. Saya ingin mengetahui masalah perundangan apakah yang dihadapi sehingga semua perkara ini tidak dapat dilaksanakan. Walau pun saya faham dalam situasi pandemik 2 tahun yang lepas menjadi alasan projek ini tertangguh namun adakah projek itu ditunggu dan akan disiapkan sekali dengan visi Penang2030 pada tahun 2030 akan datang atau akan jadi projek umpama terowong dasar laut, namanya gah tetapi apa pun tidak nampak. Dato' Yang di-Pertua, Saya ingin beralih kepada Penaga dan pertama sekali saya hendak ucapkan terima kasih kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang mana telah meluluskan projek denai di Permatang Bendahari dalam Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dan projek ini dilihat bakal menjadikan sepanjang Sungai Permatang Bendahari sebagai salah satu tempat pelancongan, riadah, rekreasi selain daripada Kampung Agung di Penaga yang sekarang ini sudah tersohor di peringkat nasional. Diharap juga projek ini dapat meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar ini dan membantu mengurangkan masalah dadah yang menjadi tempat mereka berkumpul disepanjang denai tersebut. Dato' Yang di-Pertua, Saya rasa belanjawan atau pun Bajet 2023 adalah merupakan belanjawan terakhir yang dibentangkan kepada kita dan insyaAllah sebagaimana pilihan raya umum ke-15 diperingkat parlimen telah pun selesai dan kita menanti dan saya kira insyaAllah mungkin pada tahun hadapan kita juga akan berdepan dengan Pilihan Raya Negeri untuk kali yang ke-15 dan saya mengharapkan kerjasama yang baik dan saya mengharapkan insyaAllah sebagaimana kita telah menunaikan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin, amanah yang telah diberi dengan kita keluar mengundi untuk Parlimen dan untuk pembangunan negeri ini kita fokus dan kita pilih lah pemimpin yang baik untuk memimpin negeri kita insyaAllah. Ikan Patin, Ikan Kerapu, Ikan Gelama, Ikan Kedera, Tolak Pemimpi Rasuah Penipu, Negara Aman Rakyat Sejahtera. Maka Ahli Kawasan Penaga merakamkan tahniah kepada semua rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU yang akan datang terutama sekali dikalangan anak-anak muda yang telah memberi undi mereka 53 peratus kepada Perikatan Nasional dan 29 peratus kepada Barisan Nasional, 18 peratus kepada Pakatan Harapan. Terima kasih kepada semua agensi, terima kasih kepada rakan-rakan, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Ahli Kawasan Penaga mengakhiri dengan ucapan terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli Kawasan Penaga. Saya hendak tanya lagi, ada siapa lagi? Yang Berhormat? Yang dua ini saya tidak begitu hendak mengizinkan, ada yang lain? Tidak ada? Teluk Air Tawar, tidak ada?

Dato’ Mustafa Kamal bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Tidak ada.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey,

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Teruskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta maaf.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta maaf Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sebab tidak siap dan juga tidak berapa sihat semalam

Yang di-Pertua (Speaker)

Oh!, guna alasan tidak berapa sihat cantik sikit la, tidak ada alasan apa lah.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Stress tinggi Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli Kawasan Bagan Dalam, 20 minit, 1 minit pun saya tidak izinkan lebih.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

20 minit?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan saya sekali lagi memohon maaf kerana tidak dapat berbahas semalam Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Sebelum saya mulakan ucapan perbahasan saya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan pimpinan Y.A.B. Ketua Menteri dan kepada Ketua Menteri sendiri yang telah membentangkan bajet ke-5 nya dalam Dewan yang mulia ini, Dato' Yang di-Pertua,

Dato' Yang di-Pertua, Sebelum saya beralih kepada isu-isu bajet, satu isu yang perlu mendapat perhatian, yang sedang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia adalah tentang budaya katak politik dan kita harap walau pun adanya akta atau pun perundangan untuk larang katak-katak daripada melompat dan kita nampaknya masalah ini belum selesai lagi kerana ada juga pemimpin-pemimpin yang menggunakan SD untuk cuba tarik Ahli-ahli Parlimen keluar dari parti-parti lain dan saya khuatir perkara ini juga akan merebak ke negeri-negeri lain. Oleh itu saya minta Kerajaan Negeri ambillah tindakan yang kita telah pun muktamadkan sebelum ini untuk mengambil tindakan terhadap Ahli-ahli Dewan yang telah berpaling tadah kepada parti yang telah mereka tandingi sebelum ini dan Pulau Pinang harus menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dan juga negara sendiri because Penang always lead. Dato' Yang di-Pertua, Saya ingin merujuk seperti, selalunya saya ingin merujuk kepada satu literasi Tamil berumur 2000 tahun yang menyatakan dalam bahasa Tamil (ayat Tamil) bermakna “Kesihatan, ekonomi, keselamatan makanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat digariskan sebagai aspek utama sesuatu negara yang lengkap”. Dato' Yang di-Pertua, Saya ingin menarik perhatian saya nampak kelima-lima perkara ini telah pun disentuh dalam bajet Kerajaan Negeri dan saya ucapkan tahniah kepada Y.A.B. Ketua Menteri kerana telah membentangkan suatu bajet yang begitu lengkap. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada beberapa perkara yang disentuh dalam ucapan bajet Y.A.B. Ketua Menteri tempoh hari, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri syabas kerana telah menyediakan peruntukan sebanyak RM3.52 juta untuk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2023 tatkala ada parti-parti dan ada agen-agen parti dalam Tik Tok hentam DAP, hentam Pakatan Harapan. Kita menunjukkan di Pulau Pinang kita adalah negeri yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan menghormati Islam sebagai agama kebangsaan, agama persekutuan dan saya hendak tanya apa pula negeri-negeri lain, berapakah di negeri lain khususnya di Kedah atau pun Kelantan sebelum ini pernah memperuntukan untuk majlis tilawah seperti ini saya tidak tahu saya hanya hendak kepastikan daripada rakan-rakan saya Dato' Yang di-Pertua, Dato' Yang di-Pertua, Satu lagi isu yang telah disentuh dalam ucapan YAB. Ketua Menteri adalah tentang keganasan rumah tangga dan saya tertarik dengan first support point yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri di bawah EXCO Padang Lalang dan kita nampak first support point ini turut extended kepada 102 peserta polis tetapi saya rasa ini satu angka yang tidak cukup sebab masih ada lagi kes-kes rumah tangga apabila wanita pergi membuat laporan polis, polis selalunya hendak selesaikan secara perbincangan, dia kata ini masalah keluarga. Dato' Yang di-Pertua, Bila seorang wanita itu dipukul oleh suaminya, ditendang, dihalau keluar dari rumah itu bukannya lagi masalah keluarga itu sudah jadi masalah jenayah dan pihak polis perlu mengambil tindakan jangan kata selesai bincang selesai bukan saya hendak runtuhkan institusi kekeluargaan itu tetapi institusi kekeluargaan itu terbina daripada hormat di antara suami dan isteri dan kalau mereka kata lepas pukul kata ok saya hormat, saya sayang, saya pukul kerana sayang itu tidak masuk akal bagi saya dan saya rasa Kerajaan Negeri perlu memberi pendedahan kepada pihak polis dalam negeri ini mungkin Kerajaan Negeri boleh mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negeri supaya mereka yang pegawai-pegawai polis yang handle kes-kes jenayah melibatkan jenayah rumah tangga boleh dapat atau pun boleh tahu dapat membezakan antara jenayah dan apa itu salah faham di antara

suami dan isteri. Kalau boleh saya hendak Polis Pulau Pinang jadi negeri pertama untuk wujudkan unit keganasan atau pun special victim unit seperti yang ada di negara-negara barat Dato' Yang di-Pertua, dan saya pun memang sebelum ini pernah cadangkan kalau boleh negara kita perlu ada balai polis khas untuk wanita seperti yang ada di India sebab kita nampak apabila seorang wanita pergi buat laporan polis selalunya dia tidak dilayan dengan baik dan ada kalanya pegawai polis wanita pun melayan mereka dengan teruk dan kadang-kadang saya pernah nampak sendiri dihalau. Mereka macam, “eh ini masalah kamu lah kamu pergi settle sendiri macam tu”. Kalau Dato’ Yang di-Pertua kalau begitu, kenapa kita ada undang-undang untuk kawal jenayah dalam negara ini. So, saya cadangkan supaya negara ini Malaysia kalau boleh di Pulau Pinang kita perlu ada satu balai polis khas wanita di mana kes-kes melibatkan wanita, kanak-kanak ataupun special victims dirujuk Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, Saya beralih kepada peruntukan yang diperlukan dalam Bajet 2023 iaitu sebanyak RM6.8 juta untuk skim 80:20 penyelenggaraannya rumah pangsa. Dato’ Yang di-Pertua walaupun saya dapat lihat Kerajaan Negeri begitu komited dan pelaksanaannya juga perlu dirancakkan ada lagi banyak permohonan yang masih dalam senarai menunggu dan saya harap dalam tahun 2023 ini kalau boleh kita selesaikan dalam first quater dalam bulan sebelum bulan tiga tahun 2023, Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua Dalam ucapan Bajet juga Y.A.B Ketua Menteri telah nyatakan rangkaian 4G 99.82 peratus coverage throughout the state. Saya tak setuju dengan ini sebab di kawasan saya sendiri saya nampak memang ada 4G tetapi perkhidmatan telefon begitu teruk, internet tidak boleh dicapai dan ini perlu dinaik taraf. Kita tak tahu apa yang syarikat telco ini buat dan saya minta kerajaan negeri berhubung melalui MCMC mengambil tindakan terhadap telco-telco yang kononnya sediakan 4G tetapi perkhidmatan tidak memberangsangkan dan kalau kita tak bayar bil telefon sebulan terus sahaja dia potong tapi dia punya servis teruk kita tak boleh buat apa-apa pengguna tak boleh buat apa-apa. So, ini kita perlu lihat jugalah. Dato’ Yang di-Pertua, Rangkaian 5G pula dilaporkan BNB telah disasarkan 235 kawasan di Seberang Perai akan mempunyai dan rangkaian 5G dalam tahun 2023 dan saya harap Butterworth akan adalah harus diberi keutamaan dalam rangkaian 5G ini sebagai salah satu business center salah satu kawasan urban yang penting Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, Dalam Bajet juga Y.A.B Ketua Menteri telah menyatakan Kerajaan Negeri telah menyediakan subsidi sebanyak RM13.96 juta untuk pengangkutan awam. Walaupun pengangkutan awam merupakan federal portfolio dan saya harap Kerajaan Negeri kaji jugalah sejauh manakah subsidi yang kita beri ini memberi manfaat kepada rakyat dan kita perlu tahu bagaimana bagaimanakah subsidi kita ini is not going to the race…(dengan izin), Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, Juga dinyatakan dalam ucapan bajet RM1.5 juta untuk Georgetown Festival tetapi tidak ada apa-apa sebutan tentang Butterworth Fringe Festival. Kalau boleh saya pun harap Kerajaan Negeri boleh sediakan RM1.5 juta juga untuk Butterworth Fringe Festival kalau tak boleh RM1.5 juta at least separuh daripadanya RM750,000. Seterusnya, saya beralih kepada isu-isu yang dibangkitkan melalui soalan bertulis Yang di-Pertua. Ada lagi?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada, go go go…

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

So, Mak Mandin tentang skim perumahan sewa beli. Dinyatakan projek Mak Mandin Indah sedang dalam pembinaan dan mempunyai 187 unit dan saya berharap apabila projek ini siap kelak, penduduk di kawasan ataupun pengundi di Kawasan Bagan, Bagan Parlimen Bagan, Bagan Jermal, Bagan Dalam dan juga Sungai Puyu diberikan keutamaan sebab terlalu banyak penduduk di kawasan sana yang tidak mempunyai rumah datang dan mohon kepada kita. Walaupun saya faham Seberang Perai Utara boleh diberi keutamaan saya minta kalau boleh diberi keutamaan kepada penduduk Bagan sebab flat Mak Mandin Indah itu terletak di kawasan Butterworth. Dato’ Yang di-Pertua, Seterusnya satu jawapan yang saya terima daripada EXCO Kesihatan, tentang mammo Penang dinyatakan peruntukan sebanyak 2.658 juta disediakan oleh LP, disediakan melalui LPPKN tetapi saya nampak sejak dua (2) tahun atau tiga (3) tahun lepas program ini tidak langsung melibatkan kawasan saya. Saya nak tau LPPKN ini adakah peruntukan ini melalui Kerajaan Negeri dan kalau Kerajaan Negeri kenapa program ini tidak melibatkan kawasan saya atau pun kawasan tu, saya pun memang tanya dengan kawan-kawan saya yang lain memang tidak ada. Saya rasa early detection dalam cancer is very important …(dengan izin), Dato’ Yang di-Pertua . So, kita perlu galakan wanita-wanita kita untuk menjalani pemeriksaan mammo ini dan kalau boleh Kerajaan Negeri perlu sediakan dana yang lebih juga dan saya nak tanya kenapa kalau memang ada program ini kenapa tiada outreach melalui pejabat ADUN ini soalan saya Dato’ Yang di-Pertua dan saya pun cadang kepada Kerajaan Negeri untuk sediakan dana untuk program pemeriksaan pelbagai kanser kepada golongan B40 dan M40. Sebab kita nampak pemeriksaan kesihatan kanser ini memang kosnya tinggi dan saya harap kita boleh sediakan untuk golongan B40 dan M40 supaya mereka boleh detect early the cancer cell Dato’ Yang di-Pertua, ini cadangan saya. Seterusnya saya dapat jawapan daripada Yang Berhormat Tanjong Bungah, tentang projek Penang Sentral Kerajaan Negeri kata projek ini perlu dibincang bersama MRCB sebab projek terbengkalai itu tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Negeri saya minta Kerajaan Negeri lah initiated perbincangan tersebut sebab ini memberi kesan kepada penduduk di kawasan Butterworth dan beralih kepada Smart State program Smart City atau pun di Pulau Pinang ke arah Bandaraya pintar dan saya nampak program free wi-fi juga telah dihentikan sejak tahun 2019 dan dinyatakan sedang Kerajaan Negeri sedang kaji untuk memperkenalkan semula program free wi-fi ini dan saya harap ia harus disegerakan sebab conectivity the in action connectivity very internet connectivity is very important for students especially dan itu cadangan saya. Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, tentang soalan saya juga perkhidmatan bas seumpama BEST harus diperluaskan ke kawasan Batu Kawan Sebab kita nampak hari-hari kawasan Batu Kawan, Bukit Tambun, Bukit Tengah, Juru semuanya sesak dengan kenderaan sebab terlalu banyak orang yang pergi ke pergi bekerja di kawasan perindustrian Batu Kawan dan saya minta Kerajaan Negeri untuk sediakan perkhidmatan bas seumpama BEST untuk akses Kawasan Perindustrian Batu Kawan dan disediakan pada waktu-waktu puncak supaya pengguna kenderaan tidak lagi gunakan kenderaan tetapi menggunakan perkhidmatan awam.

Dato’ Yang di-Pertua, Saya juga ingin memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk memulakan reformasi terhadap Penang Development Corporation sebab kita nampak sejak kebelakangan ini projek-projek yang dimulakan oleh PDC sering mengalami kelambatan seperti Projek Jalan Tok Kangar di Batu Kawan dan sebagainya dan saya rasa reform of PDC is only solution for this problem, Dato’ Yang di-Pertua. Akhir sekali, saya ingin bertanyakan juga tentang jawapan tentang perkhidmatan feri yang saya dapat adalah 65,000 penumpang dianggarkan untuk sebulan dan Kerajaan Negeri bayar 65,000 penumpang walaupun waktu perkhidmatan itu nampaknya tidak mesra dan kita nampak start terlalu lambat 6:30 dan atau ditamatkan terlalu awal dalam pukul 7.00/8.00 memang selepas tu tidak ada lagi perkhidmatan feri dan di sini dinyatakan 65,000 orang saya nak tahu bagaimana perkiraan ini dibuat Dato’ Yang di-Pertua itu sangat penting dan saya rasa alasan-alasan oleh PPSB pemberi khidmat itu dinyatakan tidak ada the ridership saya tak berapa setuju. Kita perlu kaji sebab ramai sangat penduduk dari kawasan saya pernah datang dia kata kita tak gunakan feri terpaksa gunakan kereta melintas jambatan kerana perkhidmatan feri start sangat lambat mula sangat lambat dan tamat terlalu awal. Ini Kerajaan Negeri perlu beri perhatian juga. Akhir sekali tentang perkhidmatan teksi air atau pun water taxi. Saya nampak jawapan yang saya dapat cadangan yang sedia ada hanya meliputi kawasan Pulau sahaja dibuat oleh MBPP dan saya ingin melahirkan kekecewaan saya. Sebab bila ada perkhidmatan water taxi di antara pulau dan Seberang ia juga dapat mengurangkan kesesakan di atas jambatan dan juga di atas feri. So kenapa yang meliputi pulau sahaja dan bukannya Seberang dan saya minta Kerajaan Negeri memperluaskan cadangan ini ke bahagian Seberang juga untuk menjadi connecting point di antara Seberang. Dengan itu, itu saja Dato’ Yang di-Pertua. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana membentangkan satu bajet yang menyeluruh dan pro-rakyat dan saya harap akhir sekali saya harap kita memberi kita beri perhatian kepada golongan anak muda yang sudah mula nampak terpesong ke arah jalan ke Jalan negatif terutamanya tentang isu-isu kaum dan agama seperti yang saya nyatakan pagi tadi cukup membimbangkan apabila kita lihat kepada laman media sosial seperti Tik Tok mereka yang tak tahu apa itu 13 Mei bincang tentang 13 Mei dan melahirkan atau pun ancaman begitu terbuka sekali dalam media sosial dan saya harap pihak Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Persekutuan ambil tindakan serius terhadap mereka-mereka yang mula membangkitkan isu-isu kaum dan agama dan cuba mengganggu ketenteraman rakyat Malaysia. Itu saja Dato’ Yang di-Pertua terima kasih sekali lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bagan Dalam. Terima kasih masa sebenarnya masa ada lagi dia tak mau. Sila, Seri Delima dia nak bahas. Okay, one last. Terima kasih.

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Speaker dan saya ucapkan maaf kerana tidak sedia untuk membahas kemarin. Salam sejahtera dan salam harapan izinkan saya mengucapkan sekali lagi sekalung tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah membentangkan belanjawan yang sangat inklusif dan komprehensif bagi tahun 2023. Jadi, 15 tahun di bawah pentadbiran Pakatan telah menunjukkan bagaimana kerajaan yang bersih dan berwibawa dapat membantu dan memacu pertumbuhan rakyatnya. Pulau Pinang telah melalui transformasi besar-besaran dengan pelbagai sekatan yang kita hadapi setiap tahun 2020 sepanjang tahun 2021 di mana banyak syarikat telah menutup pintu mereka

dan yang paling terjejas adalah industri pelancongan serta seni kreatif. Saya sendiri telah pun berkali-kali sebelum ini di dalam Sidang DUN telah bersuara dan menyampaikan kesusahan bagi pihak mereka yang terjejas dalam sektor ini. Saya memuji Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memberikan bantuan kewangan sehingga RM1.0 juta dalam pelan tindakan pemulihan pelancongan. Satu langkah yang pasti dapat membantu pemain industri dan pihak berkepentingan lain ketika mereka terus berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi. Tambahan RM7.4 juta telah diberikan kepada Pinang Global Tourism telah memberikan nafas baru yang amat diperlukan supaya dapat bangkit dalam kemelesetan ini. Walaupun kita tahu ia akan mengambil masa untuk pulih tetapi pastinya langkah sedemikian adalah cara terbaik untuk mulakan proses pemilihan. Tuan Yang di-Pertua Pulau Pinang telah dan akan sentiasa menjadi mercu tanda warisan, budaya dan juga kesenian. Lagi pun kita ada dua kawasan yang telah diiktiraf oleh UNESCO iaitu George town dan Penang Hill. Ramai pelancong antarabangsa dan domestik berduyun-duyun ke Pulau Pinang untuk merasai produk perkhidmatan dan makanan terbaik yang kita ada. Tak ada apa pun yang boleh dibandingkan dengan apa yang ada di Pulau Pinang. Mungkin ada yang kata kita sedang bersaing dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura apa pun Nusantara ini berkongsi hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain dari segi makanan, warisan, kepercayaan budaya, dan juga bahasa. Seni kreatif adalah cerminan masyarakat seni dan budaya sesuatu tempat ia membantu kita memahami siapa kita sebagai manusia dan mempengaruhi cara kita berhubung antara satu sama lain. Seni kreatif adalah satu ekspresi fikiran perasaan dan pengalaman dalaman kita. Ia juga merupakan ekspresi kreatif yang boleh digunakan dan juga mempengaruhi laman-laman sosial. Jadi, pergerakan seni pula sering memainkan peranan penting dalam perubahan sosial masyarakat dan seni juga membawa kepada perubahan dalam pemikiran atau pun kecenderungan politik. Jadi sebagai contoh, gerakan futurism misalnya berkait rapat dengan gerakan sosial komunikasi dan penggunaan pemikiran moden. Begitu juga gerakan seni feminist memainkan peranan penting dalam memperjuangkan hak wanita. Walau bagaimanapun, apa yang saya ingin tekankan di sini adalah produk produk unik yang kita ada dan juga sumber yang perlu kita fokus untuk diteruskan lagi. Pertama sekali, izinkan untuk saya beri tumpuan kepada Penang House of Music. Penang House of Music adalah sebuah projek khas di bawah projek warisan muzik Pulau Pinang dan telah mendokumentasikan kepelbagaian tradisi, budaya dan muzik masyarakat tempatan sebelum George Town disenaraikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO, tetapi minat yang telah diperbaharui dalam warisan muzik negeri adalah rentetan daripada kerja baik Penang House of Music. Ia bermula sebagai kiosk pameran di Muzium Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 dan juga 2013 yang menampilkan forum persembahan dan penerbitan buku, judulnya “Just for The Love It Music Popular” Pulau Pinang 1930-an hinggalah 1960-an. Hari ini Penang House of Music telah menjadi pusat sumber untuk pencinta muzik, ahli sejarah dan juga warga universiti. Selaras dengan matlamat dan visi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah bandar warisan dan seni kreatif. Penang House of Music percaya bahawa penubuhan dan juga dapat berjaya yang membentangkan sejarah muzik yang baik dan boleh dipercayai di mana generasi yang lebih tua dapat menikmati kenangan yang masa lalu dan di mana generasi muda boleh juga mencari inspirasi baru. Kita kini mempunyai permata yang mempamerkan keunikan Pulau Pinang, sesuatu yang Singapura cuba ambil daripada kita. Berapa hasil bincangan dengan pemilik Penang House of Music telah mengesahkan bahawa ada minat daripada pelabur swasta dan universiti yang minat untuk membeli artifak sejarah yang terdapat di Penang House of Music. Pada masa kini, mereka terletak di tingkat empat I-City Mall di Komtar dan di lokasi yang agak sukar untuk dicari dan lokasi yang tidak sesuai, tidak strategik malah sehingga hari ini ramai juga yang tidak tahu mengenai lokasi atau pun kewujudan Penang House of Music. Jadi adalah

menjadi kepentingan untuk kita memindahkan Penang House of Music ke lokasi yang lebih baik, lokasi yang senang dilihat, mudah diakses dan yang mempunyai banyak bilik untuk forum mempertunjukkan dan juga pameran dan juga boleh yang menampung kemasukan pengunjung yang ramai. Dato’ Speaker, dibesarkan pada tahun 80-an dan juga 90-an, saya mempunyai kenangan indah, zaman kanak-kanak di Pusat Budaya Pulau Pinang atau pun Penang Cultural Centre yang terletak di Teluk Bahang. Malangnya ia telah ditutup pada tahun akhir 90-an, bangunan itu masih lagi didirikan namun telah reput dan terbiar. Jadi sesuatu yang sangat menyedihkan jika dikenangkan dengan apa yang telah hilang pada masa dahulu, tetapi di sinilah kita harus ada cita-cita untuk membina semula hub Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang yang baru. Saya membayangkan hab budaya yang berpusat hampir sama dengan Penang Art District tetapi yang memberi tumpuan lebih kepada muzik persembahan dan juga warisan budaya. Jadi kebudayaan adalah semua perkara yang telah diturunkan oleh zaman lampau kepada kita sepanjang zaman seperti bahasa, seni dan juga agama. Budaya adalah ciptaan manusia yang pertama ia dibentuk, semua apa yang kita lakukan. Jadi budaya juga merujukkan kepada simpanan komulatif, pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, makna, hiraki, agama dan macam-macam. Jadi kita cuba bayangkan, sekiranya ada pusat sehenti dimana tarian tradisional boleh dipamerkan seperti mak yong, mek mulung, wayang kulit, teater, dikir, ghazal pati, tarik tarian dan juga tarian kipas, jadi pusat ini akan berfungsi juga sebagai hab pendidikan yang menyediakan alat yang diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan warisan, budaya dan juga seni. Jadi orang muda boleh mengambil kemahiran yang diturunkan oleh yang berusia berpengalaman mereka juga boleh mencari cara inovatif untuk menyerapkan teknologi abad ke-21 kepada tradisi, warisan dan juga kebudayaan. Dato’ Speaker, seni menyelamatkan budaya melalui pewarisan tradisi, seni juga menyelamatkan bahasa, muzik dan kraf, jadi selain itu seni menyelamatkan nyawa dengan menyediakan pekerjaan dan juga ruang selamat untuk individu di seluruh dunia. Jadi setiap negara warisan budaya adalah kedua-dua rekod kehidupan dan juga sejarah dan juga sumber kreatif dan inspirasi yang tidak boleh ditukar ganti, jadi warisan budaya kita seperti lah DNA kita menentukan siapa kita memberikan kita identiti dan juga nilai yang akan membimbing kehidupan kita ke dalam dunia-dunia yang kerap berubah. Jadi di sini warisan adalah rangkaian penuh tradisi, monument, objek dan juga budaya yang diwarisi, jadi paling penting adalah segala aktiviti, makna dan juga tingkah laku kontemporari kita ambil daripadanya. Jadi satu soalan yang lebih penting betapa penting sebenarnya seni dalam memelihara warisan dan juga budaya Jadi adalah penting untuk mengekalkan warisan budaya kita kerana ia mengekalkan integriti kita sebagai rakyat, kepentingan warisan budaya tidak ketara bukanlah manifestasi minta maaf, budaya itu sendiri tetapi kekayaan, pengetahuan dan kemahiran yang telah diturunkan melalui satu generasi ke generasi yang lain. Jadi di sini Pulau Pinang adalah benteng terakhir impian dan juga demokrasi di mana kita boleh memelihara budaya warisan, kesenian kita yang unik. Jadi orang Pulau Pinang dan juga mereka yang tinggal di sini saya pasti ya, kita tidak akan membenarkan kepelbagaian kita dan juga kini dan juga masa lalu terhakis seperti negeri-negeri di bawah pemerintah PAS seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kita lebih meraikan daripada memusnahkan, menggalakkan daripada melenyapkan dan kita memupuk dan bukannya menghapuskan. Jadi tegas di sini saya nak sebut biarlah Pulau Pinang menjadi penggerak kepada apa saja dan segalanya yang kreatif, memahami warisan budaya membolehkan kita merasai identiti peribadi. Hakikatnya terdapat keperluan untuk menyediakan kemudahan ini untuk menyokong ketulusan dari segi kewangan untuk hub budaya yang dicadangkan, jadi peruntukkan yang dicadangkan akan lah dan juga boleh membantu dengan menyediakan green room…(dengan izin), dan juga bilik persalinan yang lebih baik, kediaman untuk artis dan penghibur dan juga meningkatkan penglibatan masyarakat dengan seni teater dan persembahan daripada mereka yang terlatih sehinggalah

ke komuniti yang paling kurang berkemampuan dan juga kanak-kanak dan individu daripada kumpulan B40.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh nafikan kesan seni terhadap politik, budaya dan juga orang ramai kerana ia merupakan ramuan yang penting untuk memperkasakan hati orang ramai. Jadi apabila ada aktivis menunjukkan imej kanak-kanak yang menderita akibat kemiskinan ataupun penindasan dalam kempen mereka, ini adalah seni yang dapat menarik hati golongan dan juga masyarakat untuk membuat suatu perubahan. Jadi begitu juga apabila jurugambar menerbitkan foto kawasan yang di landa perang ataupun kemusnahan yang menarik perhatian orang ramai yang hati mereka sedang terdetik kepada insan-insan yang memerlukan bantuan. Jadi apabila artis mencipta muzik dan filem yang hebat yang menghiburkan orang di seluruh dunia, ini adalah seni. Membuat perubahan dalam masyarakat, jadi mengapakah seni begitu berpengaruh. Mungkin jawapan paling mudah adalah seni menyentuh emosi kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, mempromosikan warisan budaya dan kesenian di Pulau Pinang sepatutnya lebih daripada sekadar perayaan melalui acara-acara atau pun program. Kita harus mula memikirkan sesuatu yang lebih mampan melalui penggubalan dasar dan juga menjalinkan hubungan, (dengan izin)…sharing session antara orang awam, swasta dan kerajaan dan di sini kerajaan 3 lapisan iaitu Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan akhirnya Kerajaan Persekutuan. Jadi memperkasakan ekonomi Negeri dalam usaha untuk diteruskan kerana ia lah bukan satu satu cara yang terbaik tetapi balik kepada kepentingan seni. Kalau kita tengok P. Ramlee dia berasal dari Pulau Pinang dan juga mereka yang mengingati dan rancangan TV yang lama BBC iaitu Mind Your Language, Pixel Lim iaitu pelakon yang memainkan watak Chen Shu Li seorang wanita Komunis China stereotype yang tidak pernah dilihat tanpa buku merah kecil dia pun berasal dari Pulau Pinang. Jadi amat rugi apabila Pulau Pinang jikanya kita tidak mampu pertumbuhan seni kreatif, warisan dan budaya di negara negeri kita sekarang. Jadi kita harus lihat rancangan yang berpanjangan, undang-undang dan juga peraturan yang lebih baik dengan menyediakan ruang yang sangat diperlukan untuk seni, untuk terus diperkembangkan. Jadi penciptaan sebuah pusat Hub seni dan budaya Pulau Pinang sebuah bangunan fizikal yang boleh berfungsi sebagai Pusat Sumber, ruang pameran, menyediakan bilik untuk bengkel dan pendidikan lain sebuah auditorium dengan sound system mungkin dolby atmos untuk persembahan teater dan juga kebudayaan. Kita juga boleh ya, mempunyai jurutera bunyi yang hebat yang juga boleh menyediakan bengkel dan juga master classes, kelas induk untuk mendidik orang awam untuk masa depan dan juga mungkin Pulau Pinang boleh dijadikan sebuah hab pelancongan muzik. Jadi kita boleh menggunakan pakej atau menyediakan pakej sebagai artis-artis untuk datang ke Pulau Pinang untuk membuat rakaman. Jadi manfaatkan hotel-hotel yang kita ada, bawa mereka ke sini untuk merasai makanan yang terbaik dan juga bagilah mereka peluang untuk merakam dan juga membuat persembahan di Pulau Pinang. Nampaknya ia ia akan menanggungkan jumlah yang besar namun kita masih boleh buat perkongsian dengan pihak swasta dan juga awam. Jadi apa yang Kerajaan perlu lakukan adalah untuk menghubungkan semua pihak yang berkepentingan di sebuah meja untuk runding dan juga berbincang. Jadi nampak hujah dan idea ni semacam angan-angan yang sangat tinggi tetapi saya yakin ia merupakan hala tuju yang amat terbaik untuk negeri kita, jadi marilah kita bersungguh-sungguh untuk memastikan masa depan Pulau Pinang terjamin. Jadi di sini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengucapkan untuk berbahas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekalinya dengan membentangkan Belanjawan Bagi Tahun 2023 yang amat amat prihatin dan terbaik. Terima kasih pada semua, Assalamualaikum

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Seri Delima, maka…

Y.A.B. Ketua Menteri:

Dato’ Yang di-Pertua selaras dengan Peraturan 6A(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa Persidangan hari ini 23 November dilanjutkan sehingga jam 7.00 malam.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat dan Timbalan Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan Usul di Bawah Peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa Persidangan hari ini 23 November 2022 hari Rabu sehingga jam 7.00 malam. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju kata kan “Ya” macam tak?...(ketawa). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju katakan “Tidak”. Suara setuju lebih kuat, usul dipersetujui. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyertai sesi perbahasan dan maka kita tamatlah Sesi Perbahasan untuk apa nama Rang Undang-Undang Perbekalan Untuk Tahun 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023, dan saya nak berhenti rehat dan Dewan ditangguhkan dan kita bersidang semula pada jam 3.30 petang, dengan kita sambung dengan sesi penggulungan, terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada jam 2.00 petang

Dewan disambung semula pada jam 3.30 petang

Timbalan Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat kita berada dalam sesi pergulungan Rang Undang-Undang Pembekalan Tahun 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Salam sejahtera dan Salam Penang2030. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana diberi peluang untuk membentangkan ucapan penggulungan bagi menjawab soalan-soalan tambahan berkaitan isu-isu pelancongan dan ekonomi kreatif yang merupakan gabungan sektor seni, budaya, warisan dan sebagainya yang telah dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang membahaskan isu-isu berkaitan dengan portfolio di bawah seliaan saya. Prestasi Pemulihan dan Perkembangan Pelancongan Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sedia maklum, sektor pelancongan kembali rancak di mana aktiviti-aktiviti pelancongan melibatkan pelancong-pelancong tempatan mahupun antarabangsa kembali aktif di negeri ini. Kerajaan Negeri tidak ketinggalan dalam mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan negeri ini dapat menawarkan fasiliti dan perkhidmatan pelancongan yang terbaik kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke Pulau Pinang. Kejayaan Kerajaan Negeri dalam merancakkan dan memperkembangkan industri pelancongan juga telah memberi keyakinan pasaran sektor pelancongan serta menarik minat pelabur-pelabur perhotelan ke negeri Pulau Pinang. Antara hotel-hotel baharu yang telah beroperasi dan bakal beroperasi di negeri Pulau Pinang termasuk Ascott Gurney Penang, Amari Spice Penang, The George Penang, Crowne Plaza Penang, Citadines Connect George Town, Harris Hotel dan Le Méridien dan Penang International Resort. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga bertindak pantas dalam usaha mengembalikan penerbangan antarabangsa mahupun menambah laluan penerbangan terus antarabangsa dalam tempoh yang singkat selepas pembukaan sempadan yang berkuatkuasa pada 1 April tahun ini. Antara penerbangan antarabangsa yang sedang beroperasi termasuk Bandar Aceh, Bali, Jakarta, Medan, Surabaya, Singapura, Taipei, Thailand, Ho Chi Minh City, Hong Kong yang akan beroperasi pada bulan Disember. Kerajaan Negeri melalui PETACE juga sedang berusaha untuk menerokai pasaran Eropah, Amerika Syarikat, India, Wilayah Timur Tengah dan sebagainya supaya dapat menarik pelancong-pelancong dari pasaran sasaran tersebut ke negeri kita dan baru-baru ini, pengusaha-pengusaha pelancongan dari Islamic Republic of Iran juga telah mengunjungi dan melaksanakan kajian pasaran Pulau Pinang dan telah menaruhkan minat yang kuat terhadap pelancongan di Pulau Pinang. Ini juga merupakan hasil kejayaan Kerajaan Negeri yang mengadakan pelbagai usaha untuk menerokai pasaran di antarabangsa. Kini, Kerajaan Negeri juga amat mengambil berat dan sedang berusaha mengekalkan Thailand sebagai pasaran sasaran yang amat penting bagi industri pelancongan dengan mengadakan ‘Experience Penang Roadshow’ dan sesi libat urus di Bangkok dan Hat Yai bersama pemain-pemain industri pelancongan dari negeri dan juga bersama-sama dengan ejen-ejen pelancongan dan media-media di Thailand pada tahun ini. Roadshow tersebut bukan sahaja dapat tertumpu kepada sektor pelancongan semata-mata, malah ia juga memberi tumpuan kepada pelancongan perubatan dan juga pendidikan. Pada masa kini, Kerajaan Negeri sedang mengkaji keboleh kebolehlaksanaan membangunkan ‘Songkhla-Penang Tourism Corridor’ untuk bekerjasama dan mempromosikan kegiatan-kegiatan pelancongan dan ekonomi kreatif secara dua hala antara Negeri Pulau Pinang dan Thailand.

Pelayaran antarabangsa (cruise tourism) juga di sambung semula pada Julai tahun ini. Swettenham Pier Cruise Terminal telah menerima tiga (3) singgahan kapal persiaran (cruise call) antarabangsa pada setiap minggu. Merujuk kepada statistik daripada Penang Port sebanyak 40 transit kapal cruise pelayaran antarabangsa dari Spectrum of the Seas dan Genting Dreams Cruise yang berlabuh di SPCT pada bulan Julai hingga September tahun ini yang merangkumi 111,796 orang penumpang. Lebih - lebih lagi, Negeri Pulau Pinang bakal melancarkan ‘sunset cruise’ yang akan melayar di sekeliling perairan Pulau Pinang yang akan beroperasi pada bulan Disember tahun ini. Ini juga merupakan hasil Kerajaan Negeri dalam usaha menarik pelabur baru dalam sektor pelancongan dan menambahkan produk pelancongan baru supaya dapat memperkembangkan dan menarik pelancong-pelancong yang berpotensi tinggi untuk mengunjungi Negeri Pulau Pinang. Satu familiarization trip sunset cruise tersebut juga akan dianjurkan dan dibukakan kepada warga media dan juga termasuk kepada YB.-YB. pada masa yang akan datang. Bagi menjawab soalan tambahan YB. KOMTAR, sebenarnya Kerajaan Negeri telah menetapkan empat (4) teras utama yang menetapkan hala tuju sektor pelancongan negeri bagi pembangunan pelancongan pada masa depan yang juga dimuktamadkan dalam Pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2021 hingga 2030, iaitu: i. Mempelbagaikan produk pelancongan Pulau Pinang; ii. Meletakkan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi utama; iii. Memastikan kemampanan pelancongan dan pelancongan bertanggungjawab; dan iv. Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan pintar. Kerajaan Negeri melalui Penang Convention & Exhibition Bureau (PCEB) juga telah memperkenalkan ‘Business Events Rejuvenation Plan’ tahun 2021 hingga 2023, yang merupakan satu pelan pemulihan yang terperinci untuk industri pelancongan Meetings, Incentives, Conventions & Exhibitions iaitu (MICE) aktiviti termasuk Enhanced Privilege Penang Program yang menawarkan sokongan pengalaman untuk menarik, menjamin dan membantu acara perniagaan di Pulau Pinang. Pada tahun 2023 iaitu tahun depan disasarkan 1,000 buah acara perniagaan iaitu (MICE) aktiviti dengan seramai 110,000 orang peserta dijangka akan berlangsung di Pulau Pinang. Dengan persaingan sengit dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia, EPP yang dipertingkatkan ini akan memastikan acara perniagaan dibawa masuk ke Pulau Pinang. ‘Business Events Rejuvenation Plan 2021 hingga 2023’ juga berperanan untuk menyuarakan kepentingan kerjasama dan pendigitalan. Menerusi aktiviti pemasaran yang telah dilaksanakan oleh PCEB yang dilaksanakan di India sejak tahun 2018, PCEB juga telah bekerjasama dengan Persatuan Pengiklanan India untuk menganjurkan acara suai kenal bersama pengedar- pengedar dan pengarah-pengarah filem di India. Cadangan untuk menganjurkan filem Festival Filem India di Pulau Pinang juga akan dirancangkan. Kemajuan dalam pendigitalan adalah penting untuk memulihkan industri dan menetapkan negeri Pulau Pinang lebih baik dalam pasaran serantau yang kompetitif. Kesediaan infrastruktur dan tenaga mahir untuk menyokong acara hibrid adalah antara perancangan yang diketengahkan. Warisan di negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang adalah sebuah destinasi yang kaya dengan budaya, kesenian dan warisan yang…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Minta Izin. Dengan izin satu soalan sahaja. Tadi YB. ada menerangkan tentang kerjasama untuk mengadakan Program Filem Hindi di Pulau Pinang. Soalan saya kita ada

tokoh-tokoh besar seni tempatan contohnya Nordin Ahmad di Permatang Pasir. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggunakan peluang ini untuk jadikan salah satu lagi produk pelancongan kesenian tempatan di Pulau Pinang? Terima kasih.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Apa-apa cadangan atau idea-idea yang dapat membantukan, mEmajukan sektor pelancongan atau pelbagai ekonomi kreatif memang saya akan mengalu-alukan dan sebarang cadangan daripada Yang Berhormat saya akan mengkaji dengan teliti dan mungkin juga akan dilaksanakan sekiranya didapati memang sesuai untuk dijalankan. Negeri Pulau Pinang adalah sebuah destinasi yang kaya dengan budaya seni dan warisan yang merupakan aset kepada pembangunan ekonomi dan penggayaan sosial. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri yang berperanan dalam memberi tumpuan kepada penyelidikan warisan dan sejarah serta pewartaan dan pemuliharaan aset warisan selaras dengan fungsi Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang tahun 2011. Pejabat Pesuruhanjaya Warisan Negeri bekerjasama secara langsung dalam pembangunan aset warisan bagi mempromosikan pelancongan melalui penceritaan sejarah yang digunakan oleh agensi dan pemandu pelancong serta pemuliharaan tapak dan bangunan warisan untuk dibangunkan sebagai aset pelancongan. Bagi menjawab cadangan Yang Berhormat Bertam, Kerajaan Negeri terdapat beberapa tempat dan bangunan yang mempunyai kepentingan dari segi sejarah negeri seperti Rumah Merdeka atau Laman Abdullah Fahim dan Masjid Al-Jamiul Badawi di Kepala Batas. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pesuruhjaya Warisan Pulau Pinang telah membuat penilaian lanjut dan supaya pendaftaran bagi bangunan-bangunan tersebut dapat didaftarkan sebagai Warisan Negeri di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang tahun 2011. Selain itu, Kampung Padang Benggali juga telah dikenalpasti oleh Pesuruhjaya Warisan dan juga dikenalpasti sebagai kampung tradisional di dalam Kajian MyKampung oleh PlanMalaysia berdasarkan kategori kampung yang telah ditetapkan didalam dokumen Dasar Perancangan Fizikal Dasar Negara tahun 2030. Kerajaan Negeri mengamalkan pandangan positif untuk membangunkan pelbagai kampung tradisional sebagai kawasan eko pelancongan untuk negeri ini. Ini juga selaras dengan inisiatif, matlamat dan usaha Kerajaan Negeri dalam mempelbagaikan produk pelancongan. Pemuliharaan dan konservasi bangunan-bangunan di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town juga memang dipandang berat oleh Kerajaan Negeri seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat KOMTAR. Kerajaan Negeri melalui (GTWHI) akan membuat permohonan geran pengurusan Tapak Warisan Dunia ‘Melaka dan George Town: Bandar-Bandar Bersejarah di Selat Melaka’ daripada Kerajaan Persekutuan dengan jumlah sebanyak RM50 juta untuk menampung perbelanjaan untuk tahun 2024 hingga tahun 2029.

Pengiktirafan Michelin Guide di Negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi yang terkenal bagi pelancong-pelancong untuk menikmati keenakan makanan dan citarasa tempatan. Kebelakangan ini, Kerajaan Negeri telah berjaya membawa masuk …(gangguan).

Mohon penjelasan. Berbalik kepada warisan tadi. Saya melihat di sebelah Seberang Perai banyak lagi tempat-tempat contohnya bangunan warisan bentuk asal dan sebagainya

dan banyak juga tempat-tempat sejarah di kawasan Seberang Perai yang saya rasa boleh kita masukkan sebagai tarikan pelancongan seperti di kawasan sebelah Permatang Pasir pun ada, belah Sungai Dua juga ada dan banyak lagi kawasan seperti Penaga. Jadi boleh atau tidak kita masukkan semua ini sebagai warisan, satu sebagai kampung yang boleh menarik pelancong. Kita mungkin akan wujudkan inap-inap desa di kampung-kampung yang berkaitan supaya dia boleh menjadi satu tarikan pelancong. Contohnya di Kota Aur, Penaga, kita ada inap desa di situ yang saya rasa memang banyak pelancong luar datang ke situ. Jadi boleh atau tidak kita, tentang warisan, yang kedua tentang kampung-kampung yang boleh kita wujudkan sebagai kampung tarikan pelancong secara semula jadi, secara aktiviti kampung, yang ada di Mengkuang Titi, yang ada di seberang, Seberang Perai saya ingat ada enam, tujuh kampung yang ada inap desa yang boleh kita masukkan dalam senarai pelancongan di Negeri Pulau Pinang bagi pelancong yang berminat nak merasa keadaan kampung. Terima kasih.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Memang tidak dinafikan bahawa di Seberang Perai wujudnya banyak kampung-kampung yang mempunyai potensi yang sangat baik untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan dan memang sekarang ini Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang bekerjasama dengan MBSP sedang membuat satu senarai kampung-kampung warisan di sebelah Seberang Perai dan selepas final ini, senarai ini akan dikaji dan juga akan dibangunkan sebagai produk Rural Tourism. Memang tidak dinafikan dan juga akan dan kita pun more than happy to include to menambahkan lebih banyak lagi. Back to Michelin Guides. Michelin Guides merupakan satu pengiktirafan yang terkenal di seluruh dunia dalam kalangan pecinta makanan, food lovers…(dengan izin). Kemasukan Michelin Guides ini akan mengukuhkan lagi Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi food paradise. Kerajaan sedang berusaha dan berbincang dengan Michelin Guides HQ untuk bekerjasama dari segi pemasaran Negeri Pulau Pinang sebagai food paradise untuk seluruh dunia ini. Sejak saya mengambil alih jawatan EXCO Pelancongan, saya memang telah bercita-cita untuk membawa masuk Michelin Guides ini dan usaha ini pun telah pun nampaknya hasil dan di bulan Disember ini Michelin Guides akan membuat pengumuman, announce beberapa F&B outlets di Pulau Pinang sebagai yang termasuk dalam Michelin Guides ini. Seperti yang juga dimaklumkan oleh pihak Michelin Guides, proses penilaian ini juga merangkumi semua peniaga-peniaga makanan di seluruh negeri. Justeru itu, Kerajaan Negeri menyeru kepada semua peniaga-peniaga makanan termasuk penjaja-penjaja makanan supaya sentiasa mengekalkan dan mengamalkan standard keramahan dan yang tinggi, kualiti yang tinggi untuk mengharumkan dan juga mengekalkan nama Pulau Pinang sebagai food paradise dunia ini. Selain itu, Kerajaan Negeri juga giat mempromosikan makanan Negeri Pulau Pinang termasuk penjaja-penjaja, pengusaha kafe, restoran dan hotel-hotel ke pasaran domestik dan antarabangsa melalui platform media sosial serta pelbagai kempen telah dilaksanakan di peringkat negeri mahu pun di antarabangsa. Beberapa program juga telah dilaksanakan secara tahunan untuk menggalakkan dan mempromosikan lebih banyak lagi acara berkaitan makanan seperti Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFF), Ekspo Makanan, Festival KIT dan sebagainya. Berhubung inisiatif dan bantuan-bantuan dalam menyokong artis-artis seni persembahan seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pulau Tikus, Kerajaan Negeri amat memandang berat sektor ekonomi kreatif kerana ia adalah industri yang berkembang pesat dan berpotensi tinggi untuk pemajuan. Kerajaan Negeri telah menyenaraikan strategi-strategi dalam usaha meningkatkan ekosistem ekonomi kreatif di bawah Pelan Induk Pelancongan. Antara strategi-strategi adalah menyediakan hab pelancongan dan perdagangan, memperkasakan seni, budaya dan warisan dan program-

program latihan. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu industri ekonomi kreatif adalah seperti Spotlight yang merupakan satu platform kreatif untuk memupuk bakat muda Malaysia dan juga menyediakan peluang kepada artis-artis untuk merealisasikan potensi mereka, menawarkan peluang untuk mempelajari kemahiran baharu yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengembangkan kerjaya dan perniagaan artis-artis serta menyambungkan artis-artis dan mencipta rangkaian sokongan untuk mereka melalui aktiviti-aktiviti networking dan program outreach dan lain-lain. Selain itu, PAD (Penang Art District) juga memupuk minda kreatif dan menyokong usaha industri untuk membangunkan perniagaan dan pemasaran yang bernilai tinggi dan mengekalkan pekerja kreatif dalam mengukuhkan kebolehan kreatif untuk masa kini dan masa depan di samping menggabungkan seni ke dalam Strategi Pelancongan Negeri yang juga selaras dengan Pelan Induk Pelancongan. Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan pihak swasta untuk melaksanakan program-program seni kreatif di bawah ‘Public & Private Collaboration’.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di peringkat persekutuan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang sememangnya menyediakan pelbagai program dan aktiviti yang mendapat memupuk bakat-bakat baharu dalam pelbagai platform yang digerakkan oleh agensi-agensi di bawah sektor kebudayaan. Selain membekalkan platform persembahan dan networking, Kerajaan Negeri kini sedang memberi perhatian kepada warisan seni asal Negeri Pulau Pinang iaitu boria, parti ghazal, bangsawan, opera hokkien, wayang tongkol dan chingay untuk diwartakan sebagai warisan kebangsaan dan selanjutnya diangkat menjadi warisan dunia di peringkat UNESCO. Ini memanglah cita-cita untuk Negeri Pulau Pinang. Dan Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan program-program kesenian warisan Melayu untuk dianjurkan di negeri ini memandangkan Pulau Pinang sendiri kaya dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya. Dan kebelakangan ini, Kerajaan telah memberi sokongan dan juga bantuan yang kuat untuk menganjurkan Festival Boria buat kali pertama di Seberang Perai dan juga Pesta Ghazal Party yang telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sendiri. Dan melalui program-program yang telah dan bakal dianjurkan, hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dan juga keharmonian rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum. Keseimbangan pembangunan pelancongan di....(gangguan).

Minta penjelasan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Paya Terubong tentang warisan seni yang saya rasa dia dah nampak, dia melibatkan seni-seni daripada orang-orang Melayu yang akan bersama dalam pelancongan Negeri Pulau Pinang. Cuma saya sendiri di peringkat focus group kita menekankan dari segi itu, dari segi mewujudkan bakat-bakat baru dalam boria dan sebagainya. Jadi boleh atau tidak kita masukkan seni ini, kebudayaan ini, boria, tarian dan sebagainya sebagai satu acara dalam pelancongan. Maknanya kalau pelancong sampai, kita sambut atau pun kita jalankan aktiviti ini di tempat-tempat tertentu supaya pelancong dapat melihat budaya-budaya kesenian yang ada di Pulau Pinang yang merangkumi pelbagai kaum ini, orang Melayu ada, orang kaum Cina ada dan India juga ada. Tapi diberikan sebagai satu platform untuk kesenian dan kebudayaan ini mempersembahkan atau pun terlibat secara langsung dalam aktiviti pelancongan di Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Memang saya pun melihat kebudayaan ini sebagai satu mempunyai satu hubungan yang rapat dengan pelancongan ini. Dan untuk boria ini, selain Pesta Boria yang baru-baru dianjurkan di Seberang Perai ini, sebenarnya pejabat saya pun mempunyai satu niat atau satu cadangan untuk membawa kumpulan boria ini ke luar negara juga untuk menyertai roadshow

atau program-program pelancongan di luar negara sekiranya, tengok itu masa dengan atau keadaan kewangan yang mengizinkan. Ini pun satu hasrat daripada pejabat saya dan juga untuk Festival Ghazal Party yang baru-baru ini diadakan di Dewan Sri Pinang. Itupun melibatkan ghazal dari Johor dan kita pun ada satu rancangan selanjutnya untuk mengadakan Pesta Ghazal Party antarabangsa yang juga melibatkan ghazal party dari Indonesia, dari Pakistan, dari India, dari Timur Tengah untuk membawa mereka datang ke Pulau Pinang untuk dapat bukan saja dapat mempromosikan Pulau Pinang dan juga dapat meningkatkan kesenian warisan budaya untuk negeri kita ke satu peringkat antarabangsa. Keseimbangan pembangunan pelancongan di kelima-lima daerah di Negeri Pulau Pinang adalah matlamat keutamaan saya sejak tahun 2018. Banyak inisiatif dan program juga telah dilaksanakan dalam usaha mempromosikan produk dan tarikan pelancongan di kelima-lima daerah di Negeri Pulau Pinang. Selain kerjasama dengan pihak swasta dan persatuan-persatuan tempatan dalam menganjurkan program-program pelancongan dan ekonomi kreatif setempat, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan ‘The other side of the island’ yang merangkumi kawasan Teluk Bahang, Balik Pulau dan Seberang Perai sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mempromosikan Daerah Barat Daya dan Seberang Perai. Dan recently juga kami telah membuat satu roadshow di Singapura dan kami membuat promosi di Singapura dan tajuknya adalah untuk mempromosikan Seberang Perai dan juga Balik Pulau sahaja sebab memang orang Singapura memang telah familiar dengan George Town. Jadi recently bulan 10, kandungan yang kami membawa ke Singapura hanya fokus kepada Seberang Perai dan juga Balik Pulau sahaja. Sebagai satu contoh, kontena Penang International Container Art Festival yang terletak, yang adanya satu kontena besar yang terletak di Kampung Terang, Balik Pulau juga merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri yang telah menjadi satu tempat tarikan yang popular dalam pasaran pelancongan domestik dan antarabangsa. Kontena yang tersebut juga telah diiklankan di platform TV dan majalah dan juga surat khabar di luar negeri sepertinya telah Container Art di Balik Pulau ini telah di published di The Straits Time di Singapura. Kerajaan Negeri juga telah banyak mengadakan pelbagai program di Seberang Perai sejak tahun 2018 supaya ia dapat menarik pengunjung-pengunjung ke Seberang Perai dan kemudiannya menjana ekonomi tempatan untuk orang di Seberang Perai. Kesimpulannya, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan serta dan juga mempromosikan kempen Experience Penang di luar negara seperti Dubai dan tempat lain jugaUAE, Wilayah Timur Tengah, Singapura, Thailand, Istanbul, London dan lain-lain sejak pembukaan sempadan Malaysia pada 1 April 2022. Kempen Experince Penang ini bukan sahaja menfokuskan perjalanan riadah, tetapi ia juga memberi tumpuan untuk mempromosikan sektor MICE, pelancongan, perubatan pendidikan dan industri ekonomi kreatif yang merangkumi warisan seni dan kebudayaan supaya dapat meningkatkan daya saing sektor pelancongan dan ekonomi kreatif Negeri Pulau Pinang di peringkat antarabangsa. Kerajaan Negeri juga akan terus memperkembangkan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif supaya kedua-dua sektor ini dapat berkembang pesat dan menjadi antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Pulau Pinang iaitu sebagai satu sektor ekonomi menjanakan pendapatan serta menjadi teladan dan memberi inspirasi kepada negeri-negeri lain di Malaysia sebagai Penang Leads. Jadi inilah pendek kata Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk meningkatkan dan memperkembangkan menbangunkan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif supaya ia menjadikan satu ekonomi penting dan dapat membantukan ekonomi negeri. Jadi dengan ini, sekian terima kasih dan saya memohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong. Dipersilakan Ahli Kawasan Bayan Jermal.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Selamat petang, Selamat Sejahtera, Salam Harapan 2030.

Terlebih dahulu, saya menyambut baik ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berkenaan Bajet 2023 ketiika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2023 di Dewan Undangan Negeri pada 21 November 2022 yang lepas yang turut menyentuh sejumlah peruntukan buat pembangunan sektor belia dan sukan di Negeri Pulau Pinang. Saya juga ingin merakamkan sekalung ucapan syabas dan tahniah buat semua ahli mesyuarat yang sangat berbesar hati untuk membahaskan isu-isu berkaitan dengan Portfolio Belia dan Sukan. Saya amat berbesar hati untuk menyantuni isu-isu yang dibangkitkan demi mengukuhkan lagi pembangunan sukan dan potensi golongan belia di Negeri Pulau Pinang. Biarpun tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat pasca Pilihanraya Umum ke 15 yang baru-baru ini masih berada di ambang ketidakpastian, barisan kepimpinan Kerajaan Negeri tetap teguh dan tenang bersiap siaga untuk meneruskan pelbagai strategi dan inisiatif ampuh terutamanya bagi memastikan kelangsungan pembangunan sukan dan belia di Negeri Pulau Pinang. Pembangunan Sukan Di Negeri Pulau Pinang. Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20, MSN 2022. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Seperti semua sedia maklum, SUKMA Ke-20 telah pun berlangsung dengan jayanya pada 16 hingga 24 September 2022 di sekitar kawasan Lembah Klang, Nilai Negeri Sembilan dan Langkawi.

Secara keseluruhannya, Kontinjen Negeri Pulau Pinang ketika mengakhiri edisi SUKMA kali ini berjaya menduduki tempat yang ketujuh dengan membawa balik sebanyak 100 buah pingat dengan pecahannya pingat emas 30, 28 perak dan 42 gangsa, iaitu sekaligus melepasi sasaran awal yang telah ditetapkan iaitu dua puluh enam (26) pingat emas.

Pada edisi SUKMA kali ini, Negeri Pulau Pinang telah berjaya menghidupkan semula beberapa jenis sukan yang telah lama mengalami kemarau pingat saban tahun. Antaranya adalah bagi sukan bola tampar pantai selama 22 tahun, sukan gimrama dan bola sepak sepanjang 20 tahun juga, sukan berbasikal,16 tahun dan sukan menembak, 8 tahun.

Dahulu, Negeri Pulau Pinang sering digelar sebagai, (dengan izin)…powerhouse sukan olahraga. Namun, gelaran tersebut telah susut selepas era kegemilangan pada tahun 70an dan 80an. Justeru, usaha gigih telah digembleng semula bagi memastikan Negeri Pulau Pinang kembali bangkit untuk menjadi powerhouse…(dengan izin), sukan olahraga dan ini telah berjaya dibuktikan oleh pasukan sukan olahraga yang telah menampilkan prestasi yang sangat baik dalam SUKMA ke-20 ini dengan memperolehi sebanyak 8 pingat berbanding dengan keputusan cuma 2 pingat pada tahun 2018 di SUKMA Perak. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Saya berasa sangat bangga untuk memaklumkan bahawa Kontinjen Negeri Pulau Pinang pada edisi SUKMA kali ini telah berjaya merangkul pingat emas buat julung kalinya dalam tujuh (7) acara sukan. Acara pertama sukan pelayaran, acara ILCA 7, sukan olahraga, acara decathlon, sukan judo acara individual wanita, sukan judo lelaki tidak melebihi 73 kilogram, sukan gimnastik artistik acara individu wanita serta individu senam lantai wanita,

sukan tinju acara Light Middleweight ….(dengan izin), 67 hingga 71 kilogram dan sukan memanah acara Olympic Compound Women Team. Ini kesemuanya ketujuh-tujuh acara ini telahpun meraih tujuh (7) pingat emas di mana kita tidak pernah memenangi pingat emas.

Selain itu, pasukan sukan gimnastik artistik dan judo turut memperoleh juara keseluruhan di SUKMA dengan keputusan masing-masing sembilan (9) pingat emas dan lima (5) pingat emas. Skuad gimnastik artistik juga turut melakar sejarah dengan merekodkan jumlah pungutan pingat emas terbanyak di mana rekod sebelum ini telah dipegang oleh sukan tenpin boling yang mendapat lapan (8) pingat emas dalam SUKMA ke-8 pada tahun 2000.

Biarpun sukan Silambam hanya dikategorikan sebagai sukan demostrasi dan pungutan pingatnya tidak diambil kira dalam pencapaian keseluruhan SUKMA, tetapi atlet-atlet Negeri Pulau Pinang kita masih berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam acara masing-masing. Syabas dan tahniah kepada skuad atau atlet-atlet untuk SUKMA 20 ini.

Syabas dan tahniah untuk atlet-atlet untuk SUKMA Ke 20. Sukacita juga saya maklumkan bahawa dalam kalangan atlet negeri yang beraksi dalam SUKMA ke-20 ini, terdapat seramai 26 orang pemenang pingat yang merupakan penerima bantuan program Penang Athletes Career & Education (PACE)….(dengan izin), Timbalan Dato Speaker dan sebanyak enam (6) orang pemenang pingat merupakan jurulatih muda atau Junior Coaches…(dengan izin), Timbalan Dato Speaker di bawah program Penang Junior Coaches (PJC). Memang kita Berjaya terdapat enam atlet ini telah menjadi pemenang pingat. Ini telah membuktikan bahawa pelaburan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri dalam kedua-dua program, satu ada program PACE dan satu ada Program Junior Coaches. Program PACE kita memulakan pada tahun 2019, Program Junior Coaches kita bermula pada tahun 2020. Kedua-dua program itu telah pun banyak membantu atlet-atlet kita supaya hari ini kita dapat lihat keputusan. Jika tanpa program ini pelajar-pelajar atau atlet ini akan tinggalkan sukan yang mereka akan menceburi dalam bidang lain maka dengan adanya Program PACE dan juga Junior Coaches kita sekurang-kurang dapat memberi satu platform dan peluang terutamanya bantuan dari segi bantuan biasiswa atau pun bantuan untuk kewangan termasuk juga bantuan kebajikan atlet-atlet yang sedia ada bersa dengan kita.

Saya yakin dan percaya bahawa hasil kecemerlangang atlet negeri kita pada SUKMA 20 ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sememangnya berada pada landasan yang betul dalam pembangunan sukan negeri dan usaha ini akan tetap digerakkan dengan lebih hebat lagi. Semangat sukan untuk semua. Sport For All. PARASUKMA

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, adalah dimaklumkan juga bahawa pada 1 hingga 6 November 2022 yang lepas, telah berlangsung Temasya Para SUKMA ke-20 di mana sebanyak 10 jenis sukan yang melibatkan 328 acara yang dipertandingkan iaitu tujuh (7) jenis Sukan Teras seperti Akuatik Renang, Badminton, Boccia, Memanah, Olahraga, Ping Pong dan Powerlifting serta tiga (3) jenis Sukan Pilihan seperti Catur, Lawn Bowls dan Tenpin Boling. Kontijen Negeri Pulau Pinang telah diwakili oleh 76 orang atlet dan 38 orang pegawai. Sukacita saya nak maklumkan bahawa seramai empat (4) orang atlet para renang telah mencatat masa terpantas dalam lima (5) acara para renang yakni sekaligus telah memecah rekod kebangsaan. Tahniah dan syabas. Pembangunan Galeri Sukan Negeri Pulau Pinang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan juga ADUN-ADUN, umumnya, Negeri Pulau Pinang mempunyai sebuah sejarah dan warisan sukan yang dinamik dan menarik. Kehebatan atlet-atlet Negeri Pulau Pinang yang telah berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai jenis sukan merupakan satu realiti yang diketahui oleh semua rakyat Malaysia.

Siapa yang tidak mengenali Dato’ Wira Lee Chong Wei dari sukan Badminton dan Dato’ Nicol Ann David ratu skuasy negara. Tidak dilupakan juga tokoh-tokoh kesukanan seperti Dato’ Thambu Krishnan, Dato’ PLBS Peyedesa dan juga Dato’ Zaiton Othman dari sukan Olahraga, Dato’ Shukor Salleh dari sukan bola sepak, Kuan Huah Chin atau lebih dikenali Bulldog Kuan, Lagenda Sukan Permotoran Negara dan ramai lagi adalah antara tokoh-tokoh sukan negeri dan negara yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan sukan tempatan di peringkat tertinggi antarabangsa. Namun, sayangnya masih tiada sebuah ruangan khas diwujudkan di Negeri Pulau Pinang untuk mempamerkan sejarah dan detik-detik pencapaian atlet-atlet cemerlang ini. Justeru itu, saya selaku EXCO Belia Dan Sukan telah pun mengemukakan satu cadangan kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada awal tahun ini untuk mewujudkan sebuah galeri sukan yang pertama di negeri ini. Pengwujudan galeri sukan ini merupakan satu wadah khas bagi menceritakan sejarah sukan Negeri Pulau Pinang kepada masyarakat umum serta menunjukkan penghargaan buat atlet-atlet negeri yang telah mengharumkan nama negeri dan negara. Justeru itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa pada hari Sabtu yang akan datang 26 November tahun 2022 Galeri Sukan Negeri Pulau Pinang yang pertama akan dirasmi dan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang di Kompleks Sukan Dan Rekreasi Sony Seberang Jaya. Semua ADUN-ADUN dijemput hadir, surat telah pun dihantar. Ya, silakan Sungai Dua.

Terima kasih Bagan Jermal, terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua. Saya tertarik dengan apa perkara yang disebut berkaitan dengan atlet-atlet yang banyak jasa yang ada jasa kepada Pulau Pinang. Saya cuma nak sebut tentang bekas pemain bola sepak Pulau Pinang memang saya nampak kebanyakan bekas-bekas pemain ini dari segi kebajikan mereka yang kadang-kadang ada yang bermasalah ada pemain bola sepak seorang Salahuddin Che Ros mengalami sakit jantung. Jadi saya rasa dia memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak Kerajaan Negeri sebab mereka ini pernah bermain mewakili Pulau Pinang di peringkat negeri dan juga di peringkat negara. Jadi mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh melihat kebajikan pemain-pemain bola sepak ini yang cemerlang pada tahun 74 dan 78 yang menjadi juara untuk Negeri Pulau Pinang dan saya baru ini bersama dengan TYT menghadiri majlis dan saya merupakan penaung bagi exPenang kalau boleh tengok dari segi itu. Satu lagi tentang pingat tadi, tentang SUKMA, saya tak silap sayalah ada satu lagi pingat mungkin disumbangkan oleh, tak sebut tadi saya tidak pasti betul tak betul, silambam. Ini sumbangan orang Sungai Dua, jadi saya pun sudah beri galakan dan sumbangan kepada mereka. Dua orang atlet ini dua beradik mendapat seorang emas dan seorang pingat Perak tak di sebut tadi mungkin terlepas pandang tadi saya nak pastikan betul tak betul silambam. Okey, terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih. Satu cadangan yang baik daripada Sungai Dua. Yang pertama, memang kita faham bahawa di Negeri Pulau Pinang ada banyak tokoh-tokoh sukan yang mereka telah banyak menyumbang kepada negeri dan negara. Maka selepas mereka bersara ada yang mereka mengalami penyakit-penyakit yang memerlukan bantuan kebajikan. Memang kita pernah berjumpa dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan di mana mereka pernah menyuarakan bahawa memang ada persatuan atau pun pertubuhan sebegini mereka yang membantu untuk atlet-atlet yang telah bersara dan jika mereka memerlukan sedikit bantuan perubatan, bantuan kebajikan atau pun kadang-kadang memerlukan bantuan pembedahan maka pertubuhan tersebut menjaga keseluruhan atlet termasuk yang atlet berasal dari Negeri Pulau Pinang dan kita juga dari segi (MSN) Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang saling berhubung dengan peserta tersebut dan jika memerlukan bantuan memang dari

segi MSN juga akan memerlukan bantuan atas permintaan daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan. Iaitu soalan yang kedua, yang silambam memang Negeri Pulau Pinang bukan saja terkenal dari segi SUKMA tetapi selain daripada SUKMA memang silambam ada salah satu pasukan yang kuat di Negeri Pulau Pinang dan termasuk juga dengan sukan kabaddi yang telah pun saya membina satu gelanggang untuk sukan kabaddi yang pertama di negara kita iaitu di pejabat kawasan MSN dan mungkin juga untuk memajukan lagi sukan silambam dan sukan kabaddi kerana ini adalah salah satu sukan tradisional untuk kami yang memang tiada bakat dan kita haruslah mempromosi dan supaya melabur mereka mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa mahupun kebangsaan.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Penjelasan, jika diizinkan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Ya, silakan.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Terima kasih YB. EXCO. Di kalangan orang muda Melayu di kawasan kampung mereka banyak terlibat dengan aktiviti sukan tradisional juga iaitu sepak raga tuju, sepak raga bulat dan saya telah acapkali berbahas dalam Dewan yang mulia ini tentang peranan Kerajaan Negeri untuk mengangkat sukan tradisional ini kepada sukan popular supaya ia menjadi satu aktiviti yang dapat menarik lebih ramai golongan muda di luar sana untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan seterusnya dapat merancakkan sektor ekonomi dalam negeri ini. Jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat tentang apakah ada apa-apa perancangan di peringkat Kerajaan Negeri untuk mengangkat sukan tradisional ini kepada satu sukan popular ataupun sukan yang bersifat formal di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih soalan daripada Permatang Pasir dan juga cadangan. Memang saya setuju sukan sepak raga tuju adalah satu sukan tradisional untuk terutama kaum Melayu yang bermain kadang-kadang Cina dan India juga ada main seperti di kawasan saya ada juga sekumpulan team yang bermain untuk sukan raga tuju yang saya telah pun membina satu gelanggang di kawasan Taman Kerapu pada tahun 2021 dan untuk gelanggang sepak raga tuju tahun 2021 saya telah membina kerana yang di Pongsu Seribu kawasan Bertam yang tahun 2021 juga di Taman Kerapu dan juga tahun 2022 di Sungai Gelugor Dua, kawasan Sri Delima. Di mana setelah kita membina gelanggang sepak raga tuju kita mendapat lagi banyak sambutan dan permintaan, saya juga minta ADUN-ADUN yang berada di Dewan ini terpulang kepada permintaan di setiap kawasan jika memang ada keperluan bolehlah tulis surat kepada pejabat saya untuk supaya saya akan memohon untuk mengadakan lawatan dan dapat membina atas permintaan tersebut. Dengan adanya gelanggang sepak raga tuju barulah kita boleh menjalankan pertandingan dan seolah-olahnya kita dapat cari bakat, menarik murid-murid kita, anak-anak muda kita masuk menceburi sukan raga tuju seperti juga dengan sukan lain. Terima kasih, cadangan yang baik.

Antara keunikan yang ada pada Galeri Sukan ini adalah segmen pameran yang memuatkan peralatan sukan, piala-piala dan pingat-pingat kemenangan yang disumbangkan oleh atlet terkenal seperti Dato’ Lee Chong Wei, raket badminton, jessi beliau dan juga piala.

Dato’ Nicol David, raket squash dia berserta dengan gambar. Di samping itu ia juga dipenuh dengan maklumat pencapaian icon-icon atlet Negeri Pulau Pinang. Saya percaya Galeri Sukan ini juga boleh menarik ibu-bapa yang dapat membawa anak-anak mereka untuk datang menyaksi dan juga melihat pencapaian yang telah dicapai oleh tokoh-tokoh atlet kita dan pada masa yang sama galeri sukan ini juga telah diubahsuai dengan konsep untuk memastikan ia adalah family-friendly…(dengan izin), Timbalan Dato’ Speaker, di mana terdapat juga ruang untuk kanak-kanak dan anak-anak muda untuk menikmati dan menyelami suasana galeri ini. Untuk makluman semua Ahli Dewan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan kos pengubahsuaian dan naik taraf berjumlah sebanyak RM200,000 sebagai inisiatif untuk mewujudkan galeri tersebut. Dengan adanya galeri ini saya amat berharap ianya mampu menjadi satu lambang penghargaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap pengorbanan dan pencapaian cemerlang yang telah disumbangkan oleh atlet-atlet negeri yang kita sayangi. Akademi eSports Pulau Pinang, Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker. Sukan elektronik atau lebih dikenali sebagai eSports merupakan sukan yang kini sedang berkembang pesat khususnya dalam golongan anak-anak muda kita. Ianya menjadi medan interaksi interaktif buat pengguna alam maya untuk saling berinteraksi melalui pelbagai jenis platform pertandingan dan komunikasi dengan hanya satu klik sahaja seiring dengan kerancakan era globalisasi dan generasi teknologi. Sehaluan dengan perkembangan tersebut dan visi Penang2030 tadi yang digagaskan oleh pentadbiran Negeri Pulau Pinang iaitu untuk mewujudkan sebuah negeri pintar berteraskan keluarga, saya dengan ini amatlah berbesar hati untuk memaklumkan bahawa, Dewan yang mulia ini, bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya melancarkan sebuah Akademi eSports Negeri Pulau Pinang yang bertempat di Tingkat 3 KOMTAR pada 27 Ogos 2022 yang lalu di mana ia telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan saya masih ingat YB. KOMTAR selalu bangkitkan bahawa menarik lebih banyak anak-anak muda untuk datang ke kawasan KOMTAR supaya hidup balik kawasan KOMTAR. Maka kita telah wujudkan Akademi Esports yang pertama untuk Negeri Pulau Pinang di kawasan KOMTAR Tingkat 3 supaya kita harap anak-anak muda setiap hari mereka akan datang untuk Akademi Esports ini dan pada masa itu juga dapat hidup balik kawasan sekeliling KOMTAR. Pengwujudkan Akademi eSports Pulau Pinang ini juga selaras dengan perjanjian manifesto Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada semua rakyat Negeri Pulau Pinang Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui MSN telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk mewujudkan Akademi Esports Pulau Pinang yang merangkumi sewaan sebanyak 12 unit komputer sukan elektronik, gaming PC dengan izin Timbalan Dato’ Speaker, dengan spesifikasi terkini dan 2 unit precision, lima perabot serta kos-kos pengubahsuaian dan pendawaian elektrik di fasiliti ini. Saya harap anak-anak muda kita bolehlah datang ke Esports yang telah pun dirasmi dan telah pun beroperasi di kawasan KOMTAR tingkat 3….(gangguan)

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta laluan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Ya, silakan.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua mengenai bercakap tentang akademik eSports khususnya tentang anak muda. Isu anak muda ini menjadi isu yang saya minat sekarang lihat kepada keputusan Pilihanraya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Selepas Pilihan Raya.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

So memang. Saya nak tanya kenapa Kerajaan Negeri fokus, memang saya faham sebagai permulaan kita buat di KOMTAR, kalau boleh saya minta Academi Esports ini diperluaskan di setiap daerah kalau boleh ke setiap KADUN saya rasa Sungai Dua dengan Permatang Berangan pun sokong supaya kita dapat menarik anak-anak muda untuk dalami aktiviti-aktiviti yang memanfaatkan mereka daripada terjebak dalam politik toksik, cakap pasal kaum, agama, 13 Mei yang ini kita perlu beri satu direction kepada anak muda kita dan saya cadangkan kalau boleh Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya satu dalam satu Academi Esports di satu daerah, kalau boleh semua 40 KADUN kita kena buat untuk anak-anak muda spend their time more in the useful way. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Dalam saya pun tunggu you tidak celah lama.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih atas pandangan dan juga cadangan daripada kawan saya jiran saya Bagan Dalam, mungkin Bagan Dalam sudah terbaca skrip saya memang dalam rancangan saya kita wujudkan akedemik eSport yang pertama di KOMTAR dan lepas itu saya memang berhasrat untuk mewujudkan akedemik eSport yang lain di setiap daerah selepas itu kita akan wujudkan di setiap KADUN jika sambutan dan bajet diizinkan. Maka untuk rancangan 2023, memang kita ada rancang untuk mewujudkan lagi akedemik eSport di lain-lain daerah seperti daerah mungkin SPS, SPT ataupun Barat Daya dan juga kawasan SPU. Inilah jika kita wujudkan eSport yang pertama yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri kita pada bulan Ogos dan kita dapat sambutan yang baik maka kita dapat memperluaskan dan kita juga dapat memperbaiki apa yang kelemahan kita supaya wujudkan eSport Akademi yang kedua dan ketiga di daerah yang lain. Akedemi eSport ini juga akan dijadikan sebagai pusat latihan utama, home ground bagi atlet-atlet sukan elektronik yang akan mewakili negeri Pulau Pinang di dalam temasya Sukan Malaysia, SUKMA bukan sahaja akedemi eSport ini dapat untuk menjalankan game tetapi PYDC telah pun bekerjasama dengan satu Universiti UNIMAP di kawasan Putrajaya dan telah menjalankan beberapa kursus untuk mengajar dan memberi kursus kepada anak-anak muda kita untuk mempelajari membuat games supaya bukan sahaja main game kita juga reka game supaya game anda juga dapat dijual dalam pasaran suatu hari nanti. So, inilah keunikan eSport, akademi eSport ini bukan sahaja untuk mengadakan pertandingan dan untuk jadi latihan tapi juga jadikan satu tempat untuk kursus, menjalankan kursus untuk mereka game. Pengiktirafan Malaysia Book Of Record….(dengan izin), Timbalan Dato‘ Speaker, sepanjang tempoh saya memegang portfolio EXCO Belia dan Sukan pada tahun 2018 telah saya curahkan bakti dan keringat dalam menerajui program sukan seawal peringkat akar umbi. Peringkat sukan masa dan juga di peringkat sukan berprestasi

tinggi dengan harapan agar ia dapat menglibatkan semua lapisan masyarakat seawal dari kanak-kanak hinggalah warga emas. Untuk maklumat Ahli Dewan Undangan sekalian, program Karnival Olimpik Pulau Pinang yang pertama kalinya dianjur adalah pada tahun 2019 adalah merupakan satu program yang melahirkan menerusi satu visi yang dikongsikan secara bersama oleh pihak Majlis Olimpik Malaysia yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyemarakkan semangat ‘olympism’ dalam kalangan komuniti negeri dan memastikan agar gaya hidup yang aktif dan cergas sentiasa diutamakan. Lanjutan itu satu mandat kepercayaan telah pun diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat pertama kalinya untuk menganjurkan Karnival Olimpik Pulau Pinang pada 12 hingga 23 Jun 2019 di mana seramai lebih 10,000 orang peserta telah mengambil bahagian. Susulan kejayaan penganjuran tersebut maka pada 15 Mei hingga 23 Jun 2022 yang lepas. Kerajaan Negeri telah pun berjaya menganjurkan Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang kali yang kedua yang di mana ia melibatkan penyertaan seramai 4,000 orang peserta dan program ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada Majlis Olimpik Malaysia. Ini sekaligus menyatakan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri pertama yang berjaya menganjurkan Karnival Olimpik di Malaysia dan juga satu-satunya negeri yang berjaya menjadi tuan rumah bagi penganjuran Karnival Olimpik buat dua kali berturut-turut hasil daripada penganjuran tersebut ia juga telah memberikan satu impak yang positif kepada masyarakat dan komuniti khususnya rakyat Pulau Pinang dan saya juga percaya bahawa penganjuran pada tahun ini juga telah sedikit sebanyak membantu komuniti dan masyarat untuk kembali aktif bersukan setelah sekian lama terkurung dalam rumah tanpa aktiviti-aktiviti sukan disebabkan oleh penularan wabak COVID-19. Di Negeri Pulau Pinang tagline yang sering dilaungkan adalah Penang Lead…(dengan izin), Timbalan Dato‘ Speaker, sukacita saya maklumkan kepada Dewan yang mulia pada hari ini bahawa pihak Malaysia Book of Record telah mengiktiraf bukan hanya satu (1) tapi dua (2) pensijilan bersempena penganjuran Karnival Olimpik Pulau Pinang iaitu negeri pertama yang menganjurkan Karnival Olimpik di Malaysia dan negeri pertama yang menganjurkan Karnival Olimpik dua kali berturut-turut ini sekaligus membuktikan bahawa Pulau Pinang sentiasa menerajui dan menjadi suri tauladan kecemerlangan bidang kesukanan kepada negeri-negeri lain di Malaysia. Perkembangan Projek Sport City di Batu Kawan, melibatkan seliaan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker, izinkan saya berkongsi serba sedikit info berkenaan status Projek Sport City Batu Kawan yang diselia dan dipantau oleh Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang. Untuk makluman Sidang Dewan yang dihormati, Perbadanan Stadium telah mengadakan satu perbincangan dengan agensi-agensi yang terlibat untuk mengenalpasti komponen-komponen yang akan dimasukkan dalam Sport City antara fasiliti yang akan dibina adalah seperti berikut. Stadium hoki, pusat akuatik, padang bola artificial, multipurpose hall yang akan merangkumi pelbagai kemudahan sukan, pembangunan komersial, tempat letak kenderaan bertingkat, medan makan dan tempat parking motosikal, taman reakreasi, ruang terbuka, tempat letak bas dan kereta. Buat masa ini, Perbadanan Stadium melalui Jabatan Kerja Raya dalam proses pengenalpastian tapak sempadan Sport City kerana ini merupakan satu maklumat yang penting dan diperlukan bagi proses periklanan RFP Dato‘ Speaker, Request For Proposal yang dijangka pada suhu pertama tahun 2023…(gangguan).

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta laluan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Silakan Yang Berhormat Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Mengenai Sport City ini, Yang Berhormat sebut tadi tentang akan mengunakan mekanisme RFP ya? Apakah bentuk RFP ini? Yang Berhormat ada menyentuh tentang komersial bererti akan terserah kepada pihak swasta untuk membangunkan tanpa peruntukan kewangan Kerajaan Negeri?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih daripada Bukit Tambun yang amat ambil berat tentang rancangan untuk pembangunan Sport City di Batu Kawan ini, memang konsep RFP adalah kita menarik pelabur-pelabur yang datang supaya mereka akan membina dengan kos mereka dan pada masa yang sama sebaliknya mungkin mereka akan melabur untuk membina komersial dan bangunan tersebut memang akan serah kepada kerajaan bukan dipindah milik atau dimiliki oleh syarikat-syarikat yang melabur tersebut. Pembangunan Fasiliti Sukan, sport mapping….(dengan izin), Timbalan Dato‘ Speaker, seterusnya pejabat saya kini sedang bekerjasama dengan PEGIS (Penang Geographic Information System Centre)…..(dengan izin), Timbalan Dato‘ Speaker untuk menyediakan satu (1) aplikasi yang memuatkan maklumat-maklumat kemudahan sukan di negeri Pulau Pinang sebagai pemudah cara rakyat Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat-maklumat kemudahan sukan yang diperlukan. Agensi-agensi seperti Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang, Pihak Berkuasa Tempatan PBT, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang kini dalam proses pengemaskinian maklumat-maklumat dan aplikasi tersebut dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2023. Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menyeru rakan-rakan ADUN untuk membekalkan data dan maklumat kemudahan sukan yang berkaitan di KADUN masing-masing, saya percaya ADUN-ADUN pernah menerima surat permintaan daripada pejabat saya tahun lepas untuk hantar maklumat-maklumat di kawasan anda masing-masing yang terdapat fasiliti sukan kerana keunikannya ada juga fasiliti-fasiliti sukan yang telah wujud lama tetapi dia bukan diselenggara di bawah PBT. Dia bukan dimiliki oleh Pejabat Daerah dan dia juga bukan dimiliki oleh siapa-siapa saya rasa Pejabat Daerah akan faham setiap kali saya turun untuk membuat lawatan bersama dengan pegawai kita agensi kita kita mempersoalkan fasiliti sukan ini adalah milik siapa, maka kita harap ADUN-ADUN bekerjasama dengan kita ada yang setengah yang sudah hantar kepada kita yang lama tapi ada yang masih belum hantar kita harap ADUN-ADUN masing-masing boleh membekalkan lebih banyak maklumat pada masa yang sama juga fasiliti tersebut mungkin perlu dinaiktaraf juga boleh kepilkan permintaan itu kepada pejabat saya. Pembangunan Gelangan Sukan. Seterusnya bagi maklumat semua sejak tahun 2018 sebanyak 78 projek pembangunan dan penaiktarafan gelangang sukan tengah dan sedang dijalankan dalam peruntukan yang digazetkan iaitu sebanyak RM1.5 juta bagi tahun 2018 hingga tahun 2020 dan sebanyak RM1.6 juta bagi tahun 2021 dan 2022 dan baru-baru ini Ketua Menteri kita telah umumkan bahawa tambahan untuk pembekalan pembangunan gelangang sukan sehingga ke RM3.5 juta. Terima kasih banyak daripada Yang Amat Berhormat kita untuk menyediakan bajet supaya untuk boleh menyediakan lebih banyak fasiliti-fasiliti sukan di negeri Pulau Pinang di tempat masing-masing atas permintaan.

Antara jenis gelangang sukan tersebut adalah termasuk futsal, bola keranjang, bola jaring, padang bola, padang awam, laluan jogging, bola tampar pantai, sepak takraw, sepak raga tuju, laluan berbasikal, gelanggang kabaddi dan gelangan badminton, saya juga ingin menyeru dan mengalu-alukan ADUN kawasan masing-masing untuk mengkaji dan mengemukakan permohonan gelangan sukan ke pejabat saya berdasarkan permintaan masyarakat setempat bagi memastikan kemudahan yang dibina adalah berdasarkan keperluan dan permintaan penduduk setempat.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta laluan Bagan Jermal.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Silakan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Timbalan Speaker, mengenai gelangang untuk makluman Yang Berhormat Bagan Jermal di Seberang Perai ini sebenarnya kita tidak memiliki sebuah gelanggang bola keranjang yang mematuhi standard antarabangsa selalu sukan bola keranjang kita adakan mengunakan gelanggang bola keranjang berbumbung di Kampung Jawi dan juga Berapit sahaja. Oleh itu, harap Yang Berhormat Bagan Jermal kita boleh rancang satu (1) gelangang bola keranjang yang standardlah di Seberang Perai. Kedua saya mendapati gelangang bola tampar terbuka di Kompleks Sony ini mendapat sambutan yang agak baik. Dari pagi hingga malam pun ada orang menyewa untuk menggunakannya. Oleh itu, kita saya juga menyerulah Yang Berhormat dapat mempertimbangkan untuk membina sebuah gelanggang bola tampar seperti yang ada di, I think di bahagian pulau yang baru siap dibina oleh Perbadanan Pengurusan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada cadangan dan pandangan daripada Bukit Tambun.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Bagan Jermal, tinggal lagi dua (2) minit saja.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Saya masih belum sentuh…sebagai EXCO Belia dan Sukan, saya menghargai Yang Berhormat ADUN Jawi, ADUN Berapit dan ADUN Bayan Lepas yang telah menunjukkan hasrat untuk membina lebih banyak gelanggang sukan awam di kawasan masing-masing. Saya berharap ADUN-ADUN boleh mengemukakan permohonan bertulis kepada saya.

Bagi cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ADUN Bayan Lepas mengenai pembinaan dewan besar untuk melaksanakan aktiviti sukan indoor dan aktiviti masyarakat, Yang Berhormat boleh mencadangkan lokasi yang sesuai kepada pihak Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang untuk mengkaji cadangan pembinaan kompleks sukan serbaguna di kawasan tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat ADUN Bertam yang mencadangkan agar MSN melihat semula dan mengoptimumkan penggunaan Kompleks Sukan Titi Mukim di

samping melihat kepada penyelenggaraan gelanggang yang sedia ada di situ. Sebagai makluman, Kompleks Sukan Titi Mukim adalah antara fasiliti sukan yang diletakkan di bawah pengurusan MSN dan ia telah diketengahkan sebagai Pusat Latihan utama dan digunakan secara penuh masa sebagai tempat latihan atlet-atlet SUKMA dan Pelapis Negeri untuk sukan petanque, sukan tinju, sukan badminton, sukan sepak takraw dan termasuk sukan sofbol. Selain itu, kompleks ini juga turut berperanan sebagai lokasi pembangunan sukan peringkat akar umbi Zon Seberang Perai Utara melibatkan sukan bola lisut, olah raga, badminton dan juga bola sepak yang dikendali dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan kelab-kelab tempatan untuk membangunkan atlet-atlet perintis dan pelapis negeri.

Sehubungan itu, Majlis Sukan Negeri juga sentiasa mengambil maklum tentang status penggunaan serta isu-isu penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan. Untuk makluman, kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf akan dilaksanakan secara berkala dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan keutamaan. Sebagai contoh, kerja membaikpulih gelanggang petanque telah dilaksanakan pada Disember tahun 2021 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM9,400.00. Bagi tahun 2023, kerja-kerja menukar ganti pagar sekeliling kompleks Titi Mukim tersebut juga di dalam perancangan.

Penggunaannya berada pada tahap optimum masa kini di mana pihak MSNPP sentiasa memastikan bahawa ia digunakan untuk tujuan pembangunan sukan seperti program Penang Junior Champions, Penang Junior Coaches dan lain-lain program sampingan seperti Program National Football Development yang diusahakan di situ.

Selain itu, Yang Berhormat ADUN Bertam juga turut menanyakan perihal berkenaan dengan persatuan-persatuan silat di kawasan Bertam untuk perlu berdaftar di bawah Majlis Sukan Negeri dan peluang untuk mendapatkan geran daripada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri melalui MSN buat masa kini hanya menjalinkan usahasama bersama dengan Badan Induk Sukan Negeri di bawah naungannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Majlis Sukan Negara 1957. Menerusi pertubuhan Majlis Silat Negeri Pulau Pinang yang bertindak sebagai Badan Persekutuan Utama bagi semua persatuan dan kelab-kelab silat di bawah gabungannya. Geran Pembangunan Sukan Negeri yang diterima oleh Majlis Silat Negeri Pulau Pinang adalah berpaksikan hanya kepada pembangunan atlet-atlet negeri yang menyertai kejohanan Sukan Malaysia, kejohanan sukan Kebangsaan yang diiktiraf pertandingannya oleh Badan Induk Sukan Negara seperti Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Olimpik Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Untuk lain-lain kelab yang tidak berdaftar melalui badan induk negeri, permohonan geran negeri adalah tertakluk pertimbangan khas dan budi bicara badan eksekutif untuk negeri seperti kelulusan daripada pejabat saya ataupun pejabat daripada Ketua Menteri sebagai one-off.

Bagan Jermal.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Silakan Sungai Dua.

Terima kasih. Saya cuma, saya tidak dengar YB sentuh tentang kompleks sukan di Pokok Sena. Saya rasa memang dah dilaksanakan, cuma mohon penjelasan sedikit tentang tahap pembinaan dan apa cadangan pembinaan di kawasan tersebut. Saya tidak ada maklumat yang lengkap. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada soalan yang dituju oleh Sungai Dua. Kompleks Sukan Pokok Sena memang telah pun dijalankan fasa pertama dan Majlis Pecah Tanah untuk fasa pertama untuk penaiktarafan gelanggang bola sepak dan juga pembinaan jogging track telah pun dirasmikan, dijalankan oleh Ketua Menteri kita pada awal bulan November, kalau tak silap, dan juga memang kita mengikut fasa. Kompleks Sukan Pokok Sena akan dijalankan fasa kedua untuk tahun 2023 dengan pembinaan fasiliti-fasiliti sukan yang akan dibina. Saya rasa, masa sesi libat urus kita telah pun menjemput ahli Parlimen Tasek Gelugor dan juga ADUN Kawasan Permatang Berangan dan juga Sungai Dua yang datang untuk sesi libat urus.

Selain itu, Yang Berhormat ADUN Bertam juga ada membangkitkan semula isu berkenaan lampu limpah kompleks sukan. Memang kita telah memohon. MBSP telah pun memohon peruntukan untuk pemasangan lampu limpah di Kompleks Sukan MBSP Bertam kepada Kementerian Belia dan Sukan pada 19 Julai 2019. Lawatan pemantauan projek KBS oleh pegawai KBS juga turun bersama dengan pegawai MBSP diadakan pada 14 Mac tahun 2021. Tetapi sehingga sekarang masih KBS tak menyampaikan berita baik, MBSP pun telah menghantar surat peringatan kepada KBS pada 8 Februari 2022 tentang status permohonan tersebut dan Kementerian Belia dan Sukan melalui surat bertarikh 17 Februari 2022 kepada MBSP telah memaklumkan bahawa KBS telah mengangkat, membentangkan permohonan projek pemasangan lampu limpah di Kompleks Sukan MBSP Bertam dan permohonan Projek Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Tahun 2022…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat panjang lagi ka?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Saya akan sentuh, bolehlah 15 minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ha… gulung sekali terus.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang amat mengambil perhatian terhadap pembangunan pasukan Penang FC, saya ingin memaklumkan bahawa ahli lembaga dan pihak pengurusan Penang FC telah mengadakan mesyuarat post-mortem bersama jurulatih pada 3 November tahun 2022 bagi membincangkan sebab kemerosotan prestasi Penang FC musim 2022 dan langkah-langkah untuk mempertingkatkan prestasi Penang FC bagi musim tahun 2023. Seperti mana yang telah dibahas oleh Yang Berhormat ADUN Pengkalan Kota, beberapa jawatankuasa kecil telahpun ditubuh bagi memberi fokus untuk menangani isu-isu seperti pemilihan pemain, penajaan, pemasaran untuk memastikan pengurusan Penang FC dapat berfungsi dengan baik dan prestasi pasukan dapat dipertingkatkan pada musim 2023. Untuk pembangunan belia Pulau Pinang, Best Anak Penang, dari sudut melestarikan dan membudayakan.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta laluan…minta laluan Bagan Jermal… boleh? Tentang Penang FC tadi, so kita hargai apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan juga pengurusan Penang FC tapi kita nak

tau untuk tahun ini berkali-kali saya cakap kita bernasib baik, sebab tak ada regulation kita selamat di bawah kendalian coach Zainal Abidin. So kalau berlaku lagi tahun depan kita dah masuk premier league balik dah yang tu merana kita kena ada di premier league berapa season baru boleh naik balik. So yang ini saya nak tanya pandangan ataupun satu apa rancangan masa pendek untuk memastikan Penang FC kekal dalam super league. Apakah target yg diletakkan kepada jurulatih baru adakah meet of the table, kena menang berapa game dalam first five (5) games. Ada tak target-target sebegitu? Itu yang fans kita di luarpun nak dengar juga. Apa-apa nak macam mana Penang FC akan bertanding dan apa future of the Penang FC in the coming season, itu yang kita nak tau. So, memang kita hargai memang ada post-mortem, technical meeting and everything. Most important is for us to stay in the super league. Jangan jadi macam tahun ini. Itu yang, sebagai seorang penyokong Harimau Kumbang, inilah permintaan saya. Thank you. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tapi satu kali pun tak tengok di stadium juga.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tak bagi ticket free.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bukan, YB semua boleh masuk free anytime.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tak, tak da masa, nanti…nanti orang kritik cakap YB tak da kerja pergi tengok bola, dua-dua belah kena. Kita tengok youtube…lah.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Sememangnya semua ADUN boleh dijemput untuk hadir, to get ticket so terpulang kepada ADUN-ADUN ada masa termasuk Ketua Pembangkang yang mungkin akan jadi barisan kepimpinan kerajaan juga…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Next season first game, kami semua turun.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Okey. Memang kita telah menjalankan beberapa mesyuarat dan untuk musim yang baru, untuk musim 2023, satu keputusan akan dibuat dalam board meeting yang akan datang iaitu 30 November 2022 dan termasuk juga syarat-syarat yang kita akan syaratkan kepada player, termasuk kepada jurulatih seperti yang dicadangkan oleh Bagan Dalam. Mungkin kita boleh syaratkan selepas beberapa game yang prestasi terbaik. Jurulatih kena jawab atau pun pemain kena jawab. Saya rasa ini salah satu criteria yang dibincang tetapi kita kena angkat untuk membuat keputusan kerana kita ada satu jawatankuasa pemilihan, so kita kena menghormati juga keputusan dan cadangan daripada jawatankuasa pemilihan tersebut. Memang saya di sini, memang kita bersiap sedia untuk memperbaiki lagi dan saya mengakui bahawa keputusan yang merosot ini memang telah pun akibatkan bahawa banyak

fans yang mungkin kehilangan keyakinan tetapi Penang FC masih berada dalam keadaan untuk memajukan dan membangunkan mutu sukan bola sepak. Dari segi prestasi SUKMA, kita boleh lihat dalam masa empat (4) tahun kita akan dapat bina satu team yang bagus untuk mara ke pusingan akhir dan dapat pingat perak selepas 20 tahun. So inilah rancangan-rancangan yang kita ambil untuk mencari bakat, mengguna anak-anak Penang, mengguna pemain-pemain Penang supaya satu hari pada musim yang akan datang mungkin, musim 2024 atau musim 2025, kita dapat lihat kesemua pemain-pemain ada anak-anak muda, anak-anak cemerlang, bakat bagi kita daripada anak Penang, pemain Penang.

Best Anak Penang dari sudut….‘Best! Anak Penang-Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang’ pada tahun 2021 kita telah wujudkan dan bagi menyokong bakat-bakat muda di negeri kita agar mereka terus bersemangat dan rasa dihargai akan pencapaian mereka. Walau bagaimanapun, hanya belia yang memenangi tempat pertama atau johan sahaja dalam kejohanan berbentuk akademi dan kokurikulum berlayak untuk memohon skim tersebut. Justeru itu, setelah penelitian dan perbincangan yang mendalam, Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa, skim ini dibuka dan diperluaskan untuk pemohon yang berjaya mendapat tempat kedua dan juga tempat ketiga dalam acara kejohanan berbentuk akademi dan kokurikulum yang disertai supaya dapat menarik lebih banyak minat daripada pemohon dan juga untuk menghargai terhadap pencapaian mereka. Tempoh permohonan skim sesi kedua tahun ini, telah pun dibuka sehingga 15 November dan kita berjaya menerima sebanyak 30 permohonan. Lanjutan ini, Jawatankuasa Penilaian BEST! Anak Penang akan bermesyuarat pada 25 November tahun 2022 untuk meneliti permohonan tersebut. Untuk sesi pertama, kita telah pun berjaya. Terdapat sembilan (9) permohonan, lapan daripada permohonan itu telahpun diberjaya, kita akan membuat keputusan. Sukarelawan Belia Pagi tadi saya telah jawab kepada soalan YB. Lim (Sungai Pinang). Saya akan merangka untuk Pusat Belia. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang berhasrat untuk mewujudkan 40 buat Pusat Belia di setiap Pusat Khidmat KADUN di Pulau Pinang. Maka sehingga hari ini, telah lapan (8) buah Pusat Belia telah di rasmi iaitu seperti senarai dan juga lapan (8) Pusat Belia akan datang, akan di rasmi dan diwujudkan pada tahun 2023. Selain itu, kita juga mengharapkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Pusat Belia ini dapatlah menjalankan lebih banyak aktiviti yang dapat memanfaatkan golongan belia supaya mereka dapat menyertai. Sebanyak 53 buah program yang disertai oleh seramai 2,223 orang belia telah dijalankan di lapan (8) buah Pusat Belia tersebut. Dan kita berharap JBPP dan juga MPKK kita dapat menggunakan sepenuhnya Pusat Belia ini dan menjalankan lebih banyak aktiviti dikalangan golongan belia supaya kita dapat menyerap lebih banyak bakat-bakat kita dalam golongan belia tersebut. Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) yang telah pun di tubuh mulai 1 Mei 2022, sebanyak 86 program atau aktiviti yang telah menarik sebanyak seramai 6,422 orang peserta untuk menyertai kesemua 86 program yang telahpun dianjur berjaya dianjur oleh JBPP untuk tahun ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat, sudah satu jam. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Saya menjawab soalan yang di tanya oleh Bukit Tambun ada menyuarakan kenapa berkenaan kepentingan untuk pihak PYDC lebih aktif daripada PWDC dengan membuat program yang lebih menyeluruh dan melibatkan pelbagai golongan lapisan umur dan masyarakat ketika membina berkenaan kekurangan atau ketiadaan penglibatan golongan muda sepanjang tempoh berkempen PRU. Lanjutan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PYDC tetap terbuka menyahut kritikan dan seruan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, PYDC merupakan agensi yang dikatakan amat aktif dan telah menganjurkan pelbagai program pembangunan yang melibatkan golongan belia dari pelbagai penjuru Negeri Pulau Pinang. Pelbagai program yang dianjurkan adalah bersifat holistik dan merangkumi pembangunan seseorang belia dari segi ekonomi, sosial dan diri. Dan program-program yang dianjurkan termasuk Program Pemantapan Kerjaya, Bakat Digital Muda, Kepimpinan Belia, Usahawan Belia, Sukarelawan Belia, Sidang Muda, Belia Berirama, Kanvas Kosong, Art in Motion dan Sukan Elektronik dan saya rasa untuk melibatkan lebih banyak golongan belia, mungkin Kempen Kesedaran Undi18 juga perlu dipertingkatkan dan saya percaya selepas ini mulai tahun 2023, lebih banyak program untuk kesedaran Undi18 akan dianjurkan seperti yang ditanya oleh ADUN Bayan Lepas untuk menjalankan lebih banyak program Undi18. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Pulau Tikus yang mengutarakan beberapa cadangan dalam mengekalkan bakat anak muda untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri dan negara. Tidak dapat dinafikan, bakat-bakat anak muda amat berharga kepada perkembangan ekonomi. Kerajaan Negeri melalui PYDC, semestinya komited untuk terus bekerja keras demi mengekalkan bakat anak muda terutamanya untuk negeri kita memandangkan kita masih menghadapi kekurangan bakat-bakat yang diperlukan oleh industri di Negeri Pulau Pinang.

Maka PYDC telah pun menjalankan, bekerjasama dengan Invest Penang untuk turun ke luar daripada Negeri Pulau Pinang untuk mempromosikan Negeri Pulau Pinang supaya dapat menarik lebih banyak bakat-bakat kita termasuk juga program-program yang diadakan termasuklah Penang Future Foundation, Incentive Program Industrial Training yang diusahakan di bawah Invest Penang. Inilah usaha-usaha yang telah dijalankan. Memang PYDC turut bekerjasama dengan mereka. Yang Berhormat Batu Uban, telahpun menyentuh isu berkenaan samseng jalanan (Mat Rempit) yang membahayakan pengguna jalan raya selain membuat pencemaran bunyi. Yang Berhormat juga mencadangkan agar diadakan Undang-Undang Kecil bagi memantau kedai motosikal kecil dan membuat penambahan kamera litar tertutup. Sehubungan dengan itu, sebagai makluman semua satu sesi dialog bersama Kelab Motosikal di Seberang Perai telah pun diadakan pada 1 November yang melibatkan 20 orang wakil daripada enam (6) buah kelab motosikal di Seberang Perai yang menghadiri sesi dialog pada hari tersebut. Saya sendiri turun bersama dengan PYDC GM. Program dialog ini mendapat maklum balas yang baik daripada wakil kelab motosikal di Pulau Pinang dan juga mencadangkan beberapa cadangan. Maka sesi dialog kedua juga akan diadakan pada 2 haribulan Disember di Pulau, dengan beberapa lagi kelab motosikal. Selepas tu, kita akan tubuhkan satu Jawatankuasa untuk membincang lagi atas permintaan-permintaan daripada Kelab-Kelab Motosikal untuk Pembinaan Litar Perlumbaan dan juga mengadakan lebih banyak program bukan saja Program Pertandingan Lumba Motor, tetapi juga Pameran Motosikal, Kursus Permotoran, Pertandingan Motosikal Cantik, Galeri Jualan Barangan Motosikal dan lain-lain. Inilah yang telah pun di bincang dan itu saja yang saya nak sentuh.

Sekali lagi, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diatas keprihatian, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, khasnya terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memperkasakan dan memantapkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio Belia dan Sukan untuk pembangunan yang lebih cemerlang di peringkat negeri. Belia untuk masa depan, Sukan untuk semua. Salam perjuangan buat semua. Sekian terima kasih. Saya memohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bagan Jermal. Injury time oleh Paya Terubong semua diambil oleh you. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Maung.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Bismillahirahmanirrahim. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Rakan EXCO, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan terima kasih juga kerana memberi peluang kepada saya untuk menjawab soalan-soalan tambahan yang telah dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan. Untuk sesi, untuk portfolio Perdagangan dan Industri Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Pembentangan Bajet 2023 bertemakan “Pembangunan Mampan Mensejahterakan Rakyat” oleh Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, memperlihatkan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan dan kesejahteraan rakyat terus ditingkatkan melalui empat teras utama Visi Penang2030 iaitu menambahkan kualiti hidup, peningkatan pendapatan isi rumah, penyertaan masyarakat serta peningkatan daya tahan. Bermula pada 1 April 2022, Malaysia telah memasuki ke ‘Fasa Peralihan Endemik’ yang menandakan pendekatan Exit Strategy kerajaan untuk membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua setengah tahun mengamalkan tatacara norma baru bagi membendung wabak COVID-19. Selaras dengan fasa ini juga, sempadan negara telah dibuka kepada pengembara luar bagi merancakkan pembangunan dan pemulihan ekonomi negara. Semenjak tahun 1972, Trasformasi Perindustrian Pulau Pinang sejak 50 tahun lalu dan telah membuktikan kebolehan Pulau Pinang sebagai negeri yang berjaya menarik pelaburan luar dan dalam negara yang tertinggi khususnya dalam tempoh tiga (3) tahun yang terakhir ini iaitu 2019, 20 dan 21 yang lalu dan yang tertinggi dalam sejarah ialah RM76.2 juta pada tahun 2021. Sektor pembuatan khususnya bidang elektrik & elektronik telah melahirkan ramai tenaga pekerja profesional dan usahawan tempatan yang berjaya bukan sahaja diperingkat negeri tetapi, juga ke peringkat serantau atau ‘Regional’ dan ‘Global’. Syarikat-syarikat E&E tempatan kalau dulunya dalam sektor pembuatan kontrak atau Contract Manufacturing yang di panggil OEM telah mula beralih ke sektor ODM (Original Design Manufacture) dan OBM (Original Brand Manufacture), malah ada yang telah meneroka dan membuka kilang di peringkat Regional’ dan ‘Global sungguh pun jumlahnya masih kecil.

Pulau Pinang telah mencapai nilai pelaburan pembuatan yang sangat baik dan memberangsangkan. Menerusi Laporan MIDA, Pulau Pinang mencatatkan pelaburan pembuatan yang diluluskan untuk enam bulan pertama 2022 sebanyak RM7.854 bilion bermula Januari hingga Jun 2022. Pelaburan tersebut terdiri daripada Pelaburan Langsung Asing (FDI) iaitu berjumlah RM4.898 bilion dan Pelaburan Langsung Domestik dalam negara berjumlah RM2.956 bilion dengan bilangan sebanyak 10,227 peluang pekerjaan baru diwujudkan hasil daripada kedua-dua pelaburan tersebut. Daripada jumlah peluang pekerjaan itu, 69 peratus disumbangkan oleh industri semikonduktor elektrik & elektronik, 13 peratus oleh industri produk logam fabrikasi manakala industri-industri lain menyumbang 18 peratus. Bagaimanapun, Pulau Pinang akan juga memberi perhatian kepada sektor non-semiconductor seperti peralatan perubatan atau pun dipanggi medical device…(dengan izin), aerospace…(dengan izin), atau aeroangkasa, automotif, pengeluaran makanan dan perkhidmatan sektor Perniagaan Perkhidmatan Global (GBS). Saya mengucapkan tahniah kepada Invest Penang, PDC, MIDA dan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan atas kerjasama dan kolaborasi memudah cara kepada pelabur. Invest Penang sebagai sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri dimana diamanahkan untuk mempromosikan dan menarik pelaburan ke Pulau Pinang. Program hands holding Invest Penang iaitu memberi sokongan dan fasilitasi kepada pelabur-pelabur baharu, pengukuhan kerjasama antara agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam perkongsian maklumat pelaburan, perancangan misi pelaburan antarabangsa, pengekalan ekosistem Pulau Pinang berteraskan ESG atau pun Environment, Social dan Governence, Penganjuran Hari Pembekal (Supply Day) dan memastikan pembangunan bakat (Talent Development) bagi memastikan keperluan sumber tenaga manusia memenuhi keperluan industri dan pelabur. Kerajaan Negeri juga melalui PDC telah berusaha untuk mempercepat pembangunan taman-taman perindustrian baru seperti Taman Teknologi Bandar Cassia, Taman Perindustrian Batu Kawan 2 dan Batu Kawan Timur. Taman-taman perindustrian baru ini akan menambah jumlah kawasan perindustrian seluas 1,800 ekar sekali gus dapat menampung permohonan pelabur asing termasuk juga pelabur tempatan seawal pengoperasiannya pada suku pertama tahun 2023. Kerajaan Negeri juga akan memudah cara pembangunan Penang Technology Park sebuah taman perindustrian seluas 800 ekar dimiliki swasta di Bertam bagi menampung keperluan taman industri untuk keperluan pelabur. Ini adalah bertepatan dengan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun iaitu menjadikan bidang industri dan pelaburan di Daerah Seberang Perai sebagai peluang pekerjaan di mana keutamaannya turut diberikan kepada penduduk tempatan di kawasan tersebut. Juga menjawab soalan daripada Bukit Tengah, soalan yang sama. Untuk makluman Bukit Tambun juga, Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Penang Social Economic Recovery Consultative Council telah bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa untuk menggubal dasar bagi menambahbaik pengurusan taman industri sedia ada dan pembangunan masa depan taman-taman industri baru dan swasta bagi mengurangkan birokrasi dan red tape dan ease of doing business iaitu memudah cara perniagaan supaya mesra pelabur. Kerajaan Negeri mengambil maklum. Saya berhenti di situ. Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pantai Jerejak sepanjang 2022 prestasi pelaburan di Pulau Pinang dapat dilihat dengan lebih mudah melalui tiga (3) kategori pelaburan masing-masing iaitu flash investment, real investment dan re-investment…(dengan izin). Melalui data yang telah diperolehi daripada InvestPenang dan MIDA, sebanyak RM1.308 billion telah direkodkan bagi real investment sepanjang Januari hingga Jun 2022 manakala RM6.545 billion bagi re-investment membawa nilai keseluruhan sebanyak RM7.853 billion untuk tahun ini. Namun begitu, data yang diperolehi tidak direkodkan untuk sebarang flash investment oleh pihak berkaitan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada memberi tumpuan kepada sektor pelaburan sedia ada, Kerajaan Negeri juga terus memacu pertumbuhan dan pelaburan ekonomi baharu berasaskan digital yang dilihat semakin berkembang dari masa ke semasa. Kerajaan Negeri melalui PDC telah membina kawasan Perniagaan Perkhidmatan Global atau Global Business Services (GBS), Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Design & Development, Industri 4.0, teknologi kecerdasan buatan, Artificial Intelligent (AI), analisis data, Internet of Things (IoT), Integrated Circuit Design, e-dagang dan sebagainya. Berkaitannya, Kerajaan Negeri melalui PDC turut mengambil inisiatif dalam mewujudkan salah satu pelaburan ekonomi digital iaitu GBS@Mahsuri yang mempunyai ruang pejabat seluas 80,000 kaki persegi untuk memenuhi permintaan syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ekonomi digital, dan secara keseluruhannya ruang GBS@Mahsuri tersebut telah berjaya disewa kepada syarikat-syarikat GBS terkemuka global. Oleh kerana permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan ruang GBS ini, satu lagi tapak baru seluas 411,000 kaki persegi akan dibangunkan dengan nama GBS by The Sea oleh PDC. Kesimpulannya, konversi teknologi diramalkan akan menerajui transformasi industri pada masa akan datang. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pendigitalan telah dipercepat secara global akibat daripada pandemik COVID-19 dan di Malaysia. Ekonomi digital dijangka menyumbang lebih 500,000 pekerjaan menjelang 2025. Seterusnya Kerajaan Negeri percaya setelah 50 tahun kita menyambut transformasi industry, Kerajaan Negeri akan terus membangunkan rantaian nilai global yang tidak lagi terhad dalam aktiviti nilai bertambah rendah tetapi merupakan hab serantau yang terbaru dan yang terbaru bagi reka bentuk litar bersepadu (I/C Design), penyelesaian Internet of Things (IoT) dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan sekali gus memantapkan Pulau Pinang sebagai “Silicon Valley Of The East”. Bagi mengisi keperluan pembangunan bakat khususnya digital talent, Kerajaan Negeri pada 28 Oktober lalu telah melancarkan Penang GBS Industry Academy. Satu kolaborasi antara InvestPenang, MDEC, GBS Focus Group dan Penang Skill Development Centre (PSDC) selaku agensi pelaksana. Akedemi ini akan menawarkan kursus latihan dalam bidang ekonomi digital, automasi, robotik kepada graduan baru (fresh graduate) dan latihan peningkatan kemahiran (reskilling) kepada tenaga kerja sedia ada dan pencari pekerjaan (job seekers). Seterusnya untuk pembangunan usahawan Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pembangunan usahawan adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di kalangan rakyat tempatan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan. Kerajaan Negeri melalui agensi yang berkaitan turut berkeinginan melahirkan lebih ramai usahawan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negeri kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian Penang2030 di bawah pencapaian Sasaran Inisiatif Strategik B4; Membina Ekosistem Yang Memupuk Industri Kreatif dan Perkhidmatan Perniagaan Khusus. Di bawah Jawatankuasa MMK Perdagangan dan Industri dan Pembangunan Keusahawanan, sebanyak RM1.66 juta bajet telah diluluskan bagi tahun 2023 yang membolehkan pelbagai program akan datang dapat ditingkatkan dengan lebih baik dan berkesan. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Pulau Pinang negeri usahawan, pra-pelancaran program keusahawanan menggunakan tagline “Keusahawanan Satu Budaya” atau pun Penang Entrepreneurial Culture telah dirasmikan pada 1 Ogos 2022 melibatkan usahasama antara agensi-agensi Kerajaan Negeri di bawah MMK Perdagangan Keusahawanan. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai agensi pengerak utama di bawah Bahagian Pembangunan Usahawan telah dilantik bagi meneraju keberhasilan program Kempen Keusahawanan Satu Budaya ini. Program ini akan diteruskan sehingga Jun 2023 dan akan dipertimbangkan untuk dilanjutkan sehingga 2030.

Tema ‘Keusahawanan Satu Budaya’ dipilih sebagai tagline rasmi bagi kempen tersebut adalah bertujuan membudayakan keusahawanan sebagai salah satu aktiviti lazim di dalam kehidupan rakyat Negeri Pulau Pinang. Bagi tahun 2023, sasaran kempen ini adalah untuk memastikan setiap keluarga di Pulau Pinang melahirkan sekurang-kurangnya seorang usahawan selaras dengan Wawasan Penang2030 bagi mendapat bagi selaras dengan Wawasan Penang2030. Antara objektif kempen ini ialah membudayakan keusahawanan Satu Keluarga Satu Usahawan, mewujudkan peluang pekerjaan melalui pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), membina daya kreativiti dan inovasi produk Made In Penang ke peringkat global dengan memaksima teknolgi digital, menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan dan juga meningkatkan pendapatan isi rumah. Untuk tahun 2022 Kerajaan Negeri melalui MMK Pembangunan Keusahawanan telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 untuk perbelanjaan program merangkumi penganjuran Kempen Keusahawanan Satu Budaya oleh lima (5) pejabat daerah dengan peruntukan RM250,000.00, dan seterusnya kepada satu lagi program yang akan diadakan pada 25 November ini dengan USM sebanyak RM100,000.00 dan selebihnya untuk bengkel, latihan dan kursus RM150,000.00. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, penganjuran Ekspo Keusahawanan tempatan dan antarabangsa dengan kerjasama antara agensi di bawah Kerajaan Negeri seperti PDC, Penang Halal International (PHI), PWDC dan PYDC telah banyak membantu pembangunan usahawan terutamanya usahawan mikro, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan untuk tahun ini sebanyak sembilan (9) ekspo yang disertai oleh usahawan-usahawan tempatan untuk bagi memasarkan barangan mereka baik di dalam dan di luar negara. Kerajaan Negeri menyambut baik saranan YB. Sungai Dua di mana Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan kepada Institusi Kecil dan Sederhana, mikro industri kecil dan sederhana dan asas tani. Setakat ini peruntukan yang diberi adalah berbentuk geran yang di bawah portfolio rakan saya YB. Penanti yang mana peruntukan di bawah asas tani dan selebihnya adalah berbentuk pinjaman, pinjaman asas tani dan juga pinjaman Skim Pinjaman Harapan (SPH) yang ditawarkan oleh PDC. Sewaktu COVID-19 dahulu Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM30 juta pinjaman tanpa faedah bermula pada tahun 2020, Mei 2020 dan RM5 juta pada Ogos 2021, itu sewaktu COVID dan seterusnya Skim Pinjaman Harapan yang sedia ada ini di bawah skim baru, pakej baru kita telah sediakan di mana dua (2) skim yang bernilai pinjaman antara RM5,000.00 sehingga RM50,000.00 bagi menolong usahawan-usahawan mikro kecil dan sederhana. Seterusnya Hari Anugerah Usahawan SPH juga diadakan dalam program-program kempen ‘Keusahawanan Satu Budaya ini’ Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya menerima saranan baik Yang Berhormat Batu Uban dalam mencadangkan bantuan keusahawanan agar MMK Perdagangan & Industri dan Pembangunan Keusahawanan mengambil alih tapak pesta Sungai Nibong untuk memberi ruang kepada usahawan-usahawan tempatan. Berkaitan dengannya sekarang ini Pesta Pulau Pinang ini dianjurkan oleh Jabatan Kewangan Negeri dan kita akan mengambil maklum cadangan Batu Uban untuk mengkaji semula bagaimana participacy usahawan tempatan dalam Pesta Pulau Pinang yang saya rasa perlu diberi penjenamaan baru setelah hampir 50 tahun pesta itu diadakan. Kita juga akan menyemak semula Medan Fair yang kita adakan dahulu di Pesta Pulau Pinang Medan Fair berkait daripada Medan dan Pulau Pinang sebagai bandar kembar. Setelah 50 tahun mungkin kita perlu memberi rebound atau review semula bentuk pesta yang diadakan kerana sekarang ini nampak macam fun fair, mungkin kita boleh menambah baik dari segi branding dia. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melalui Penang Halal International (PHI) memfokuskan pada visi Penang Harnessing Halal Synergies dan beberapa program yang diadakan oleh Kerajaan Negeri termasuk Kursus Asas Pensijilan Halal, penglibatan usahawan-usahawan halal dalam platform atas talian turut merangsangkan ekonomi khususnya kepada usahawan mikro dan IKS. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada PHI dan World Islamic Economic Foundation (WIEF) yang telah bersama menjayakan

program WIEF Roundtable, Penang bertemakan Economic Rebound Transforming the Future dengan jayanya pada 27 September 2022 yang lalu. Seterusnya untuk tahun 2022, penghujung tahun ini dua (2) program besar yang telah dijadualkan bagi melibatkan usahawan ialah Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Pulau Pinang (3KPP 2022) yang akan diadakan bersama Univesiti Sains Malaysia pada 25 hingga 27 November ini dan seterusnya Penang International Halal Food & Heritage Festival (PIH2F) yang akan diadakan pada 17 hingga 18 Disember ini. Ini menyambut saranan Sungai Dua yang meminta supaya lebih banyak usahawan mikro diberi ruang dan peluang memasarkan barangan mereka dalam program-program ekspo tempatan. Untuk program dengan Univeriti Sains Malaysia ini kita mensasarkan para pelajar untuk berminat menceburi bidang keusahawanan dan ia melibatkan semua agensi di bawah MMK Pembangunan Usahawan dan untuk seterusnya Penang International Halal Food and Heritage Festival yang akan diadakan pada 17 dan 18 Disember ini adalah mengambil kesempatan cuti sekolah dan juga cuti hujung tahun khususnya untuk pengembara domestik mengenali mengambil kesempatan memperkenalkan produk F&B yang halal tradisi dan kebudayaan Pulau Pinang. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan pengulungan saya pada hari ini. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kerana Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato' Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan Bahagian Perancangan Ekonomi yang telah banyak membantu menjayakan dasar Kerajaan Negeri dari segi pelaksanaan dan perancangan. Saya juga menggalas, juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah bekerjasama dan turut serta bahas dalam memberi maklum balas kepada isu-isu yang berkaitan dengan MMK Pembangunan, Perdagangan, Industri Dan Pembangun Usahawan. Sekian Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung, dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin meluahkan rasa syukur kerana Dewan yang mulia ini dapat bersidang dengan lancar dan sempurna pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri di atas kerjasama yang diberikan pada sesi kali ini bagi membincangkan pelbagai isu demi kesejahteraan rakyat Negeri Pulau Pinang. Sesungguhnya Kerajaan Negeri sentiasa peka akan keperluan untuk merangka strategi yang mantap dan jitu khususnya yang berkaitan dengan isu-isu pembangunan sektor infrastruktur dan pengangkutan bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan serta mengurangkan impak negatif kepada sektor ini. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Tambun dan Jawi telah membangkitkan berkenaan keperluan diwujudkan satu pelan induk pengangkutan Seberang Perai berikutan kesesakan lalu lintas yang amat teruk di jalan-jalan persekutuan dan juga jalan negeri di kawasan tersebut. Khususnya dari Tol Jawi ke Tol Sungai Dua dari Bandar Tasek Mutiara ke Jambatan Kedua, Jalan FT01 dan juga Jalan Perusahaan Valdor.

Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan menyambut baik saranan tersebut dan akan menjalankan semakan dan kajian secara holistik menerusi jawatankuasa lalu lintas dan infrastruktur MBSP. Untuk makluman Yang Berhormat juga Kerajaan Negeri Melalui Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang senantiasa memohon penaiktarafan jalan persekutuan dalam semua rancangan Malaysia. Ini adalah untuk memastikan jalan-jalan tersebut dapat menampung peningkatan trafik. Di kesempatan ini saya ingin menyeru kepada Kerajaan Persekutuan walau sesiapa pun yang dilantik sebagai Perdana Menteri agar dapatlah kita bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri untuk bersama-sama menangani masalah ini. Kita memerlukan peruntukan untuk permohonan infrastruktur berskala besar daripada pihak Kerajaan Persekutuan bukan sahaja di kawasan Seberang Perai malah di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Berkenaan Jalan Perusahaan Valdor. Untuk makluman Yang Berhormat, JKR telah pun selesai menjalankan kerja ukur tanah. Peringkat seterusnya adalah kerja reka bentuk yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun depan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jawi juga membangkitkan mengenai jalan pintas dari kawasan perindustrian Batu Kawan, Sungai Udang dan Parit Buntar ke Jeti Changkat. Yang Berhormat Jawi telah memohon agar jalan ini didaftarkan di bawah MARRIS dan diwartakan sebagai jalan MARRIS bawah JPS bagi tujuan penyelenggaraan. Sebagai maklumat Yang Berhormat, jalan tersebut berada di Rizab Sungai Daun dan merupakan laluan bagi ke kerja-kerja penyelenggaraan Kerajaan Negeri melalui JPS akan melihat secara keseluruhan bagi memastikan tindakan yang bersesuaian dapat diambil. Ini adalah untuk mengelakkan perkara-perkara luar jangka seperti kemalangan berlaku.

Seterusnya Yang Berhormat Bukit Tengah bangkit mengenai masalah kesesakan lalu lintas yang semakin melarat di persimpangan bertingkat Juru, Juru Interchange dan juga persimpangan bertingkat Jalan Bukit Tengah, Jalan Chian Heng Kai. Bagi maklumat Yang Berhormat, JKR telah selesai melakukan satu kajian lalu lintas di Jalan Bukit Tengah, Jalan Chian Heng Kai. Kajian tersebut telah mencadangkan beberapa langkah seperti pelebaran jalan sedia ada, penaiktarafan persimpangan bertingkat Juru kepada Persimpangan Berlian Mencapah atau pun dalam Bahasa Inggeris, Diverging Diamond Interchange yang kalau kita guna Federal Highway yang dekat dengan menghala ke Sunway Kelana Jaya that is interchange itu yang kita panggil Diverging Diamond Interchange. So, itu telah pun dicadangkan oleh perunding serta penyelarasan masa lampu isyarat di persimpangan Jalan Kebun Nenas, Jalan Perusahaan. Hasil kajian ini akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Infrastruktur dan Lalu Lintas MBSP terlebih dahulu dan setelah mendapat kelulusan akan memasuki peringkat reka bentuk. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bertam telah mohon agar lampu isyarat dipasang di persimpangan keluar ke Pongsu Seribu, Jalan Pajak Song dari Taman Rupawan atau dari Taman Seri Serdang. Jalan pintas dari Taman Rupawan ke Pusat Bandar Bertam Perdana ini merupakan jalan alternatif yang sering digunakan penduduk Taman Pongsu seribu, Taman Rupawan dan juga Taman Sri Serdang. Penduduk Jalan Pongsu Seribu dan Jalan Pajak Song terkesan susulan bilangan jumlah kenderaan yang melalui jalan tersebut yang semakin meningkat dan berlaku kesesakan pada waktu puncak.

Sebagai makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri sedar akan peningkatan trafik dan kesesakan berlaku di kawasan tersebut dan pihak JKR kini sedang dalam pelaksanaan bancian untuk mengenal pasti samada terdapat keperluan bagi pemasangan lampu isyarat di kawasan ini. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Berangan dalam ucapannya telah memohon kepada Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian kepada kaedah atau dasar untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan naik taraf jalan raya di kawasan kampung di sekitar Tasek Gelugor dan Permatang Berangan.

Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri amat komited dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan naik taraf jalan raya di kawasan kampung sekitar Tasek Gelugor dan Permatang Berangan. Di antara usaha yang dijalankan adalah cadangan untuk menaik taraf Persimpangan Jalan Tok Bedu, Jalan Pokok Machang.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, JKR telah memohon peruntukan bagi tahun 2023 untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf persimpangan tersebut dan skop kerja yang dirancang adalah seperti berikut. Pertama kerja-kerja ukur had sempadan jalan dan utility mapping, kedua kerja-kerja pelebaran jalan dan ketiga kajian kesesuaian bagi pemasangan lampu isyarat untuk kelancaran trafik.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bayan Lepas telah mencadangkan ada satu jalan alternatif menuju ke Teluk Bayu dibina bagi mengatasi masalah jalan sedia ada yang kecil. Yang Berhormat juga telah mencadangkan agar jalan alternatif dibina di kawasan Mutiara Perdana kerana hanya terdapat satu jalan masuk ke kawasan ini. Bagi menyambut cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat JKR telah mencadangkan agar satu kajian menyeluruh dengan mengambil kira jalan sedia ada dan kekerapan penggunaan di jalan tersebut dilaksanakan bagi melihat kesesuaian pembinaan jalan-jalan alternatif ini. Isu kesesakan lalu lintas juga dibahaskan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun, Jawi dan Pulau Tikus. Kerajaan Negeri setuju bahawa kesesakan lalu lintas merupakan masalah utama yang harus ditangani khususnya di Kawasan Seberang Perai. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru sekali lagi Kerajaan Persekutuan untuk membantu meluluskan permohonan-permohonan yang dibuat melalui RMK bagi membantu selain daripada itu Kerajaan Negeri sudah tentu senantiasa akan membuat reka bentuk dan cadangan projek-projek. Selain daripada itu kita juga telah menubuhkan satu task force pengurusan lalu lintas bersama-sama dengan pihak PDRM. Ini bagi tujuan task force ini adalah untuk mengenal pasti tindakan-tindakan short-term yang boleh dilakukan sebagai contoh untuk meletakkan polis trafik di kawasan-kawasan hotspot tertentu bagi mengawal trafik pada waktu puncak.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya beralih ke isu tebatan banjir. Kerajaan Negeri melalui JPS amat komited dalam usaha mengurangkan kejadian banjir serta impak perubahan iklim secara berstruktur iaitu dengan menjalankan pembinaan rumah pam, ban, pintu air, melaksanakan kerja pengukuhan tebing, mendalam dan melebar sungai, menyelenggara sistem saliran dan kolam kolam takungan banjir. Selain daripada itu JPS juga melaksanakan kerja-kerja pencegahan hakisan pantai dan penaiktarafan struktur-struktur utama. Berkenaan projek RTB Lembangan Sungai Jawi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jawi. Sebagai makluman Yang Berhormat, projek ini adalah merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan melalui JPS Malaysia di bawah Program Tebatan Banjir secara off budget Kementerian Alam Sekitar Dan Air yang bertujuan untuk mengurangkan kejadian banjir di Lembangan Sungai Jawi. Namun tidak ada begitu banyak lagi maklumat mengenai projek ini ia telah diumumkan semasa pilihanraya sebenarnya oleh mantan Timbalan Menteri di kawasan tersebut dan setakat ini projek ini masih di dalam peringkat perancangan dan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk Wakil Rakyat kawasan akan diadakan bagi mendapat maklumat yang lanjut.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Minta pencerahan, terima kasih Tanjong Bunga cuma saya nak dapatkan sama ada dalam satu sidang media yang dimaklum oleh semasa itu jadi calon yang mewakili Perikatan Nasional juga merangkap Timbalan Menteri KASA sebelum ini. Telah mengemukakan bahawa projek tersebut akan bermula tahun depan bulan Januari, so adakah itu benar atau pun itu hanya janji-janji manis semasa kempen Pilihanraya Umum Ke 15 yang sering dikatakan janji-janji manis ini dibawa Perikatan Nasional so saya nak dapatkan maklumat tersebut. Sebab saya nak bukan sahaja di kawasan saya tetapi saya rasa Dato’ Timbalan

Yang di-Pertua yang juga Kawasan Simpang Empat juga terlibat di bawah Bukit Tambun. So, kita perlu satu jawapan…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Jawi itu semua.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Kita perlu satu jawapan yang benar untuk kita maklum kepada rakyat-rakyat di SPS. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat berdasarkan pada…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dulu kawan rapat, dulu kawan rapat sekarang?

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dulu Pengerusi Parti Negeri sekarang?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Berdasarkan pada maklumat yang saya terima daripada pihak JPS projek ini dalam peringkat perancangan jadi sekiranya benar telah diluluskan. Maka kita harap projek ini akan mula peringkat reka bentuk dan sebagainya pada tahun depan. Kita akan dapatkan maklumat yang lebih mendalamlah Yang Berhormat selepas kita….(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Maksudnya JPS negeri masih tidak ada apa-apa reka bentuk ataupun.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ini projek peruntuk persekutuan….(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Peruntukan sudah masuk belum?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ini saya tidak pasti.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kalau boleh announce.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya hanya boleh confirm kan kalau Ia adalah projek.,,(gangguan).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Cuma yang penting reka bentuk dan juga laporan untuk disebabkan dalam satu statement oleh JPS di mana di bawah beritahu laporan pada laporan telah disiap pada bulan September 2022.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Kalau begitu baiklah kita harap adalah benar.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

JPS negeri memang tak ada masih tiada apa-apa maklumat berkaitan dengan projek tersebutkan. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya tak pasti tapi saya boleh semak Yang Berhormat. Saya akan maklum kepada Yang Berhormat, saya rasa ini projek yang sangat penting kita perlukan dan sekiranya benar dan maksudnya ia adalah satu projek yang baik dan kita sudah tentu Kerajaan Negeri akan memberi pemudahcaraan untuk membantu pelaksanaan projek tersebut. Yang Berhormat Bukit Tengah telah bangkit isu kejadian banjir di kawasan DUN Bukit Tengah pada 11 Oktober meski pun dua (2) projek RTB telah dilaksanakan di kawasan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh JPS kejadian banjir tersebut berpunca daripada kadar curahan hujan yang tinggi ataupun amat tinggi iaitu 174 mm di stesen Machang Bubuk. Maka terdapat aliran yang deras daripada kawasan Lembangan Sungai junjung yang memasuki kepada kawasan Lembangan Parit Lima. Pam tebatan banjir di Parit Lima telah beroperasi pada kadar yang maksimum ditambah dengan keadaan jumlah air yang terlalu tinggi daripada kawasan Lembangan Sungai bersebelahan menyebabkan pam berkenaan tidak mampu menampung kapasiti air yang tinggi pada ketika itu. Selain itu terdapat saluran paip tanah yang sepatutnya dinaik taraf oleh pihak pemaju berserta pembinaan sebuah pintu kawalan air automatik atau pun flat gate di kawasan tersebut. Walau bagaimana pun ia masih belum dilaksanakan berdasarkan masa yang telah ditetapkan susulan dari kejadian banjir tersebut JPS telah mengambil pendekatan segera dengan menutup kedua-dua aliran tersebut daripada memasuki sistem saliran Parit Lima. Bagi cadangan mitigasi dan jangka masa panjang, JPS kini sedang meneliti semula komponen projek RTB Parit Lima bagi tujuan penambahbaikan sistem tebatan banjir ini Satu mesyuarat post mortem akan dilaksanakan segera bersama Pejabat Daerah Tanah SPT dan juga MBSP bagi bersama-sama menyelaras dan menambahbaik sistem saliran tersebut. Berkenaan isu di Kampung Dock dan Kampung Tok Panjang. Sebagaimana makluman Yang Berhormat, JPS telah melaksanakan kerja ukur aras bagi mendapatkan gambaran terperinci sistem saliran sedia ada di dalam kampung tersebut. Pembentangan berkenaan isu ini telah dibuat pada 13 Oktober kepada Pejabat Daerah Dan Tanah SPT yang juga turut disertai oleh pejabat Yang Berhormat ADUN Bukit Tengah serta mantan Ahli Parlimen Batu Kawan JPS telah mencadangkan agar Pejabat Daerah Tanah SPT memohon peruntukan bagi pelantikan perunding untuk menyediakan reka bentuk terperinci di kawasan

tersebut bagi mengenalpasti penyelesaian yang terbaik untuk menaik taraf sistem saliran di kawasan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Uban telah bangkit isu banjir di kawasan Bayan Baru, dengan merujuk kepada kejadian banjir pada bulan September dan Oktober. Sebagai makluman Yang Berhormat, projek RTB dan baru telah disiapkan pada Ogos 2022 dan masih dalam tempoh kecacatan liabiliti atau pun defect liability period. Dalam tempoh ini pengoperasian pam adalah di dalam pemantauan JPS dan dioptimumkan bersama dengan pintu kawalan pasang surut agar dapat berfungsi dengan baik mengikut aras air yang paling sesuai supaya pam dan pintu kawalan pasang surut dapat beroperasi dengan berkesan. Berdasarkan pada aras air Sungai Kluang, parit monsun Sungai Relau, parit dalaman kawasan komersial dan perumahan Bayan Baru serta ketika berlakunya hujan lebat dan air pasang. JPS juga telah mengenalpasti cadangan penambahbaikan yang bersesuaian bagi mengatasi kejadian banjir di kawasan tersebut seperti berikut: Pertama, menaik taraf sistem perparitan dalaman dan juga collector drain di beberapa lokasi di sekitar Bayan Baru bagi mengalirkan air larian terus ke sistem perparitan tambahan ke rumah pam Bayan Baru di hilir Sungai Relau dan Sungai Kluang. Kedua, memastikan tiada halangan sampah di setiap perparitan dalaman dan juga sungai. Ketiga, melaksanakan pemantauan dan penyenggaraan berkala pam tebatan banjir dan juga pintu kawalan pasang surut. Bagi merealisasikan cadangan penambahbaikan ini JPS akan memastikan kerja pembinaan mitigasi ini dilaksanakan secara bersepadu bersama-sama agensi lain seperti MBPP dan JKR dengan merangkumi aspek kebersihan, pengurusan sampah serta sistem perparitan dalaman dan jalan supaya objektif projek-projek tebatan banjir yang dilaksanakan di kawasan Bayan Baru dapatlah tercapai dan dapat mengurangkan kejadian banjir di kawasan tersebut. Berkenaan isu banjir di Pantai Jerejak, aliran akhir bagi kawasan perumahan Pantai Jerejak adalah Sungai Dua Besar. Kejadian banjir yang berlaku adalah disebabkan oleh sistem perparitan sedia ada yang tidak dapat menampung kapasiti larian air dari kawasan hulu ke hilir. Kerajaan Negeri melalui JPS DTL dan DBD melaksanakan kerja pengorekan Sungai Dua Besar dan Sungai Nibong setiap tahun serta melaksanakan kerja pengorekan muara Sungai Dua setiap dua (2) tahun sekali bagi melancarkan aliran air serta mengurangkan risiko banjir. Bagi penyelesaian jangka masa panjang, JPS Malaysia sedang dalam pelaksanaan kajian reka bentuk terperinci bagi projek RTB lembangan Sungai Dua Besar, yang ni betul-betul dah lulus. Dengan mengenal pasti punca kejadian banjir serta menyediakan option penyelesaian bagi mengurangkan kejadian banjir di lembangan ini. Berkenaan isu banjir di kawasan Batu Maung pula, JPS memaklumkan bahawa permohonan peruntukan kepada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan projek RTB di kawasan tersebut akan dilakukan pada tahun 2023. Kerajaan Negeri amat besar hati di atas penghargaan yang diberikan oleh Yang Berhormat Batu Uban berkenaan penyelesaian isu banjir di kawasan Minden Heights melalui kajian menyeluruh oleh JPS dan juga JKR DTL. Ini menunjukkan komitmen penuh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu-isu banjir di Negeri Pulau Pinang.

Dato’ Yang di-Pertua, saya masuk kepada isu bekalan air. Memetik kepada ucapan Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dari tahun 2019 hingga 2021, penduduk Pulau Pinang telah meningkat daripada kepada 1.774 juta kepada 1.776 juta orang, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.11 peratus. Pembangunan yang pesat pula di negeri ini tambah dengan perubahan cuaca iklim dan juga gejala COVID-19 telah mendorong kepada peningkatan permintaan bekalan air. Pembangunan akan datang

yang sedang dirancang oleh Kerajaan Negeri juga bakal menyuntik pertumbuhan ekonomi Negeri yang pesat iaitu melibatkan kawasan Batu Kawan, Balik Pulau, Zon Perindustrian Bandar Bertam dan juga cadangan Tiga Pulau tebus guna iaitu Penang South Islands serta zon perindustrian bebas Bayan Lepas. Bagi menampung permintaan bekalan air yang bakal meningkat ini kerajaan negeri akan terus menaik taraf infrastruktur bekalan air dan juga mencari sumber air mentah tambahan untuk memastikan kelestarian bekalan air di negeri ini. Yang Berhormat Bukit Tambun ada menyentuh mengenai keperluan untuk meneruskan projek skim penyaluran air mentah Sungai Perak bersama Kerajaan Negeri Perak. Ini seperti mana yang saya sebut dalam jawapan soalan lisan juga akan disusuli oleh Kerajaan Negeri dengan secepat mungkin. Kita pun telah mendapat berita bahawa Kerajaan Negeri Perak telah dibentuk dan Exco untuk air adalah Datuk Seri Nizar. Jadi saya akan berhubung dengan beliaulah untuk menyusuli perkara ni. Dato’ Yang di-Pertua, Infrastruktur Telekomunikasi. Penyediaan infrastruktur telekomunikasi di negeri Pulau Pinang kini adalah jauh lebih baik berbanding 10 tahun yang lalu. Ini adalah hasil usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri dengan kerjasama pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan mahupun swasta khususnya industri telekomunikasi yang sudi melabur di Negeri Pulau Pinang. Berdasarkan statistik liputan telekomunikasi daripada pihak MCMC pada suku pertama tahun 2022 Negeri Pulau Pinang telah merekodkan kadar penembusan jalur lebar bagi setiap 100 penduduk di negeri ini iaitu sebanyak 152.6 peratus melebihi kadar nasional 124.1 peratus manakala bagi kadar penembusan jalur lebar tetap berwayar adalah sebanyak 51.2 peratus iaitu lebih daripada purata nasional iaitu 40.8 peratus. Dato’ Yang di-Pertua, Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama di Wilayah Utara yang mempunyai liputan 5G. Suka saya maklum di kawasan Dewan ini pun ada 5G dalam telefon saya memang sudah menggunakan perkhidmatan 5G dan juga di banyak kawasan-kawasan di Pulau Pinang. Majlis pelancaran 5G telah diadakan pada 9 September dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di Wisma UAB, Gat Lebuh China iaitu di daerah kreatif Digital District. Sehingga kini kadar kelajuan internet di lokasi pemasangan 5G mampu mencapai kelajuan sehingga 1.2GB per second di kawasan terbuka manakala 800MB per second di kawasan dalam bangunan. Saya pun tengah test perkara ini dan sememangnya betul kita mendapat kelajuan yang sangat tinggi lebih laju daripada broadband internet yang kita ada Unifi dan Times dan sebagainya. Selain itu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga telah menjadi lapangan terbang yang pertama di Malaysia yang juga mempunyai liputan 5G. Jadi fokus bagi fasa pertama pelaksanaan projek 5G di negeri Pulau Pinang. Fokus diberi kepada kawasan pusat bandar, penempatan padat, tempat tumpuan orang ramai dan juga perindustrian. Sebanyak 151 lokasi telah pun dikenalpasti bagi fasa pertama iaitu 57 lokasi di DBD dan 94 di DTL. Sehingga 18 November sebanyak 107 lokasi projek 5G ini telah pun siap dipasang di tapak dengan kerja-kerja pengintegrasian dan onboarding yang sedang dijalankan di lokasi-lokasi tersebut. Baki 44 lokasi baru sedang dalam proses penyediaan dokumen bagi mendapatkan kelulusan PBT.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta penjelasan Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga tadi dalam sesi penggulungan Yang Berhormat Tanjung Bunga telah membangkitkan khususnya tentang infrastruktur telekomunikasi 5G yang seperti mana kita sedia maklum telah ada sebenarnya di Pulau Pinang ini, cumanya dari segi peranti yang boleh menyokong 5G itu saya rasa sekarang agak terhad lah seolah-olahnya mendiskriminasikan kami yang menggunakan peranti daripada IOS atau pun Apple jadi untuk yang menggunakan Apple tu memang kita tidak dapat menikmati dan juga dari segi Telco yang terlibat untuk membekalkan perkhidmatan 5G ini mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat pembekal

perkhidmatan dan juga DNB antaranya syarikat Maxis masih belum ada sebarang kata putus untuk menyertai pelan 5G yang diperkenalkan oleh DNB. Jadi saya harap mungkin perkara ini kita boleh cuba untuk bawa kepada DNB secara inklusifnya macam perkhidmatan 4G yang dilancarkan dulu semua syarikat Telco pun dapat menikmatinya dan semua peranti tak kira Android atau pun IOS dapat menikmati perkhidmatan tersebut, terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat , saya bukan nak promote tapi Digi adalah 5G ni, Digi ada, okey tapi kita ambil maklum dan sebenarnya kalau kita lihat pada pengumuman yang dibuat oleh syarikat-syarikat Telco dan juga perjanjian yang telah dilaksanakan bersama-sama dengan DNB, I think it’s a matter of times semua Telco akan menyediakan perkhidmatan 5G ini, dia cuma some of the Telco ini dia buat secara berfasa lah so contohnya Digi dengan YES, YTL semua dah ni menyediakan dan saya kira Celcom, Maxis tu akan menyusul lah dalam masa yang terdekat, jadi berkenaan dengan isu peranti tu saya juga akan highlight kepada DNB dalam mesyuarat yang kita adakan secara berkala supaya perkara ini dapat dilihatlah. Saya menggunakan Android saya, jadi saya pun tak tahulah yang ni apa ni tak boleh guna. Okey, Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melalui BKT bersama-sama dengan DNB dan juga MCMC sedang mempercepatkan pelaksanaan tambahan lagi lokasi-lokasi 5G bagi tahun yang akan datang iaitu sebanyak 312 lagi lokasi 5G termasuk di kawasan Seberang Perai. Jadi untuk fasa pertama pada tahun ni DNB telah memilih untuk melaksanakan di Pulau terdahulu dan pada tahun depan kita pun sudah dalam mengenal pasti lokasi-lokasi di kawasan Seberang pula yang dapat menikmati perkhidmatan 5G ini. Yang Berhormat KOMTAR ada mencadangkan supaya bangunan Komtar juga dilengkapi dengan kemudahan 5G, Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui BKT sedang berbincang dengan pihak DNB untuk menyediakan infrastruktur 5G melalui in building coverage (IBC) di bangunan KOMTAR untuk kegunaan penjawat awam dan juga orang awam, pelaksanaan IBC di KOMTAR dijangka akan mula pada suku pertama tahun 2023. Kerajaan Negeri juga memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur telekomunikasi di kawasan perindustrian di negeri Pulau Pinang bagi mengharungi cabaran semasa dalam konteks global dan domestik. sehubungan itu adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri agar proses otomasi dan penggunaan gajet pintar yang disokong oleh teknologi 5G akan dapat menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri memandangkan penggunaan teknologi 5G dapat memperkasakan sektor perindustrian. Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama dengan pihak industri untuk memanfaatkan nilai sebenar 5G dengan meneroka penggunaannya dalam perniagaan serta membantu syarikat-syarikat memasarkan teknologi itu di dalam dan luar negara. Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan penggunaan 5G dan age computing yang dapat memberi manfaat kepada perniagaan dan menawarkan pengalaman baru bagi para pengguna. Dato’ Yang di-Pertua, untuk isu pengangkutan awam dalam ucapan Bajet 2023 yang dibentangkan Ketua Menteri sejumlah RM13.96 juta diperuntukkan pada tahun 2023 untuk sektor pengangkutan awam iaitu satu peningkatan sebanyak 28.4 peratus berbanding tahun 2022. Pada tahun depan bilangan bas percuma CAT Bridge akan ditambah bilangannya daripada 10 buah bas kepada 15, percubaan akan dibuat selama tiga (3) bulan dan ridership akan dipantau sebelum pengoperasian penuh diteruskan pada bulan ke-4. Selain itu kajian untuk laluan baharu CAT Bridge juga sedang dijalankan dan berkemungkinan akan ada laluan baru CAT Bridge dengan menggunapakai ke semua 15 buah bas. Ini tertakluk kepada kajian dan perbincangan yang lebih terperinci. Selain itu sukacita dimaklumkan bahawa pembiayaan Pas Mutiara secara percuma bagi rakyat Negeri Pulau Pinang akan diteruskan dengan pembiayaan 150,000 pas pada tahun 2023 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM7.5 juta.

Umum mengetahui susulan daripada PKP perkhidmatan bas kurang mendapat sambutan namun berdasarkan data ridership sepanjang tahun 2022 peningkatan ridership adalah sehingga 35 peratus dan telah mencapai 1.084 juta ridership sebulan. Langganan Pas Mutiara laku bak pisang goreng panas pada tahun ini sehingga 90,000 pas telah habis dilanggan dan Kerajaan Negeri terpaksa segera top-up tambahan 30,000 pas untuk tahun 2022 sahaja. Subsidi ini terbukti berjaya menggurangkan beban kos perjalanan harian rakyat Negeri Pulau Pinang. Sehubungan itu, Yang Berhormat Bagan Dalam membangkitkan agar subsidi ini dipastikan benar-benar sampai kepada rakyat dan bagi mengelakkan pembaziran. Yang Berhormat ada terdapat beberapa langkah kawalan yang akan diambil untuk memastikan perbelanjaan ini dapat kita kawal lah supaya tidak dibazirkan. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Air Itam memohon untuk perkhidmatan bas dari kawasan perumahan Air Itam ke George Town. Berdasarkan semakan dengan Rapid Penang, hampir keseluruhan kawasan Air Itam telah pun diliputi dengan laluan bas. Buat masa ini, penumpang perumahan di Solok Thein Teik 1 boleh menggunakan bas laluan 13 (Paya Terubong ke Lotus Tunku Kudin) dan membuat penukaran bas laluan 202 di Klinik Kesihatan Bandar Baru Air Itam untuk meneruskan perjalanan ke Gerge Town. Permohonan Yang Berhormat agar laluan bas secara terus ke George Town tanpa memerlukan penukaran penukaran bas perlu dikaji dengan teliti terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Selain itu, Yang Berhormat Komtar mencadangkan agar laluan khas bas diadakan di Jambatan Pulau Pinang dan di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu. Yang Berhormat ini adalah cadangan yang baik dan akan kami mengkaji la cara untuk melaksanakannya. Suka di sini saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat juga bahawa infrastruktur yang sangat significant berkait dengan perkhidmatan bas adalah pondok perhentian bas. Berdasarkan rekod terdapat 600 pondok bas seliaan MBPP di kawasan pulau manakala di kawasan Seberang Perai ada 1,150 pondok bas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat setiap pembangunan baru akan disyaratkan untuk menyediakan pondok bas dengan reka bentuk universal design bergantung kepada keperluan pembangunan tersebut. Selain itu, MBPP juga telah bekerjasama dengan pihak RAPID Penang untuk melabel setiap pondok bas tersebut. Buat masa ini semua pondok bas telah selesai dilabel kecuali pondok bas di bawah penaja iaitu sebanyak 240 pondok bas sahaja yang masih dalam proses pelaksanaan. Ini adalah supaya menyenangkan proses orang nak bagi direction dan sebagainya dan juga untuk menggunakan google map dan juga aplikasi-aplikasi yang membantu dalam apa ini penggunaan perkhidmatan bas sebab kalau pondok bas itu tidak ada label dalam satu jalan itu mungkin ada tiga empat pondok bas dan mungkin dalam apps itu dia akan sebut pondok apa ini tunggu bas nombor berapa di pondok yang sekian sekian. Jadi nama bus stop itu sangat penting. Jadi yang itu yang satu saya perhatikan diluar negeri yang bila kita pergi kepada negara-negara lain setiap bus stop ada labelnya ada dia punya nama. Jadi saya telah minta perkara itu dilakukan di Negeri Pulau Pinang juga dan RAPID Penang dengan PBT telah bekerjasama la untuk melaksanakan perkara tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan pengangkutan air, Kerajaan Negeri sebagai kerajaan yang prihatin dengan bebanan rakyat suka apa ini telah bersetuju untuk menyambung semula pembiayaan semula tambang feri percuma selama enam (6) bulan lagi pada tahun 2023 bagi membantu rakyat Negeri Pulau Pinang dalam fasa endemik ini. Selepas enam (6) bulan ini difahamkan Penang Port akan mendapat feri-feri baru dan pada ketika itu kita akan mengadakan perbincangan yang lain la sebab dengan feri-feri baru kita tidak pasti sama ada ada pertukaran tambang atau dan sebagainya. Yang itu bergantung kepada situasi pada ketika itu maka perbincangan lanjut akan diadakan la. Ada pertanyaan daripada Yang Berhormat Bagan Dalam mengenai jumlah penumpang feri yang ini kita ada dia punya detail dalam satu table saya ingat saya bagi secara bertulis la kepada Yang Berhormat sebab susah nak baca kesemuanya. Dato’ Yang di-Pertua, isu Penang Transport Master Plan (PTMP)…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ha. Minta laluan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Oh. Ya sila Yang Berhormat.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tanjong Bunga. Sorry satu lagi point tentang feri yang saya telah saya timbulkan adalah tentang jadual?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Jadual, jadual ya saya lupa.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ya, jawab.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya. Saya ada dengar dalam perbahasan Yang Berhormat berkenaan dengan isu yang sering kita dapat aduan daripada orang ramai basically is mengenai jadual yang dimana feri yang paling awal itu tidak cukup awal yang itu satunya lagi satu adalah isu kekerapan. Antara kekangan yang dihadapi oleh pihak Penang Port Sdn. Bhd. sebab isunya ini telah saya bangkitkan dan utarakan kepada pihak mereka dalam Mesyuarat MMK Pengangkutan yang lalu dan antara isu kekangan yang dihadapi oleh Penang Port adalah buat masa ini feri mereka hanya ada dua (2) bot feri laju tapi dijangka pada bulan enam ini akan ada feri-feri baru yang masuk jumlah lima (5). Jadi dengan lima (5) bot itu dijangka kekerapan feri itu boleh ditingkatkan la dengan lebih mendadak. Jadi based on apa yang dimaklumkan oleh pihak mereka jadual itu boleh lebih fleksibel dan juga boleh lebih kerap dan apabila bot-bot yang baru datang. Saya juga telah maklumkan kepada mereka bahawa dalam penyedian perkhidmatan awam, perkhidmatan pengangkutan awam ini kita perlu lihat pada public goods it’s not about making money. Jadi oleh itu, walaupun alasan mereka bahawa kalau diawalkan jadual feri tersebut tak cukup orang menggunakan dan sebagainya, kalau ada apa ini walaupun kurang orang yang nak menggunakan pokoknya ada orang nak gunakan la. Jadi sebagai penyedia perkhidmatan awam ini as a public good saya rasa ini menjadi tanggungjawab juga pada pihak mereka untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Jadi perkara ini juga saya sepatutnya mengadakan satu lagi perbincangan dengan pihak PPC dan PPSB dalam masa yang akan datang tapi terpulang kepada kerajaan, pembetukan Kerajaan Persekutuan yang terdahulu perkara ini saya memang saya nak nak nak bawa ke perbincangan lagi sekali la supaya kalau boleh ditambah satu lagi servis yang lebih awal la untuk membantu rakyat dikawasan tersebut sebab kita memang mendapat banyak aduan mengenai perkara itu.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya nak tambah satu komen sahaja. Saya bersetuju sangat dengan pandangan Yang Berhormat yang menyatakan Public Good is important than the profit loss of company dan Penang Port (PPC) ka PPSB ka mereka perlu ingat rakyat di Seberang khususnya di Butterworth sudah pun berkorban kami dah tak ada pantai dah itu pun mereka dah ambil yang tambakan akan hilang juga pantai yang ada. So sebagai balasan walaupun itu memberi impak kepada kewangan Penang Port, dia kena bagi balik something to public di Butterworth itu permintaan . Saya harap nanti bila kerajaan baru terbentuk Yang Berhormat boleh convenience mereka la. So in the mean time Yang Berhormat saya minta jangan tunggu sampai feri baru datang kalau boleh immediately in starting from Januari jadual dia diawalkan dan dilambatkan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya itu yang saya harapkan la sebenarnya. Saya nak minta supaya…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Tanjong Bunga. public of Seberang Perai not Butterworth only.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Tambahan tambahan sikit.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya sila.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Sebut pasal feri ini memang lah saya dengan jiran saya Bagan Dalam kita di disambung atau dijalinkan oleh perkhidmatan feri ini. Saya turut ingin mengambil kesempatan di sini la untuk mohon supaya Yang Berhormat Tanjong Bunga selain daripada kelemahan-kelemahan yang kita sebutkan tadi, baru-baru ini juga kita dapat juga aduan lah di mana bot laju yang digunakan untuk dikendalikan sebagai perkhidmatan feri ini. Apabila bot laju ini beroperasi ia telah membawa satu ombak yang agak besar. The wave yang mana sebenarnya yang paling nyata atau pun yang paling ketara kesan dia ke atas Lim Jetty. Penduduk di Lim Jetty apabila bot laju itu beroperasi ia akan membawa ombak yang besar dan ia menjejaskan struktur jeti dan juga struktur kediaman la di Lim Jetty. Pohon Yang Berhormat Tanjong Bunga apabila perbincangan nanti bersama PPC turut boleh bangkitkan isu ini. Terima kasih

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Pengkalan Kota. Saya mengambil maklum perkara tersebut dan akan saya bawa jugak la bersama-sama isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Bagan Dalam. Dato’ Yang di-Pertua, Projek Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam atau pun Pakej 2 merupakan salah satu projek di bawah inisiatif PTMP oleh Kerajaan Negeri. Fasa pembinaan jajaran Projek Pakej 2 ini telah bermula pada Februari 2022. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kemajuan kerja-kerja pembinaan di tapak

setakat bulan Oktober 2022 secara keseluruhannya telah mencapai 22 peratus kemajuan berbanding dengan jadual perancangan 24 peratus. Antara aktiviti utama yang sedang giat dijalankan di tapak adalah kerja cerucuk atau pun pipeline jenis bore pile untuk viaduct dan kerja penjajaran ataupun realignment jalan di sekitar kawasan Lebuhraya Thean Teik. Kerja pengalihan utiliti seperti TimeDotCom, TNB, Telekom Malaysia, PBA dan inventori MBPP seperti CCTV, pondok bas dan lain-lainnya telah pun selesai dialihkan. Selain itu, kerja pembersihan tapak atau pun site clearing juga telah dimulakan berhampiran dengan Jalan Bukit Gambir dan perancangan pelaksanaan bagi aktiviti ini akan diteruskan di kawasan berhampiran Apartment All Seasons, Greenlane Apartment, Delima Palace dan Bukit Gambir dalam masa yang terdekat. Saya mengambil maklum mengenai aduan Yang Berhormat Air Itam mengenai keadaan jalan sedia ada menjadi sempit akibat pelaksanaan kerja-kerja pembinaan Pakej 2. Pelan Pengurusan Trafik atau pun (TMP) telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa sedang dilaksanakan bagi projek ini dan akan ditambah baik dari masa ke semasa selaras dengan perkembangan projek dan juga aduan oleh orang awam. Cadangan Yang Berhormat untuk menempatkan warden trafik atau anggota PDRM yang akan diperhalusi dan perbincangan lanjut akan diadakan secara bersama. Dato’ Yang di-Pertua, projek-projek di bawah PTMP diharapkan membolehkan Pulau Pinang mencapai ekonomi yang berdaya tahan dan mampan. Justeru, Kerajaan Negeri terus komited untuk memperkasakan pembangunan pengangkutan awam dengan memastikan PTMP dilaksanakan untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf kehidupan penduduk Negeri Pulau Pinang. Seperti Yang Berhormat semua sedia maklum, walaupun projek-projek PTMP masih tidak mendapat apa-apa bantuan atau sokongan daripada Kerajaan Persekutuan dari segi kewangan, Kerajaan Negeri bukan sahaja akan meneruskan projek-projek tersebut malah akan memastikan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat atau kewangan negeri. Bagi melaksanakan projek LRT Bayan Lepas, Kerajaan Negeri sedang menjalankan proses (RFP) berkonsepkan (Built, Operate and Transfer with Funding) untuk melantik syarikat yang berpengalaman, layak dan mampu untuk membina dan membiayai pelaksanaan dan pengoperasian projek ini.

Dari 25 Julai hingga 19 Ogos 2022, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pendaftaran pra-kelayakan (pre-qualification) bagi syarikat-syarikat yang berminat. Sebanyak 45 syarikat telah mendaftar dan membeli dokumen-dokumen pra-kelayakan tersebut. Daripada jumlah tersebut, lapan (8) konsortium tempatan dan antarabangsa telah pun mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi mengambil bahagian dalam RFP. Setakat ini, Kerajaan Negeri telah selesai menjalankan penilaian teknikal dan komersil terhadap maklumat yang telah diterima daripada lapan (8) konsortium tersebut. Langkah seterusnya adalah proses RFP di mana syarikat-syarikat yang di senarai pendek di peringkat pra-kelayakan akan mengemukakan cadangan mereka secara terperinci. Sekiranya semua proses berjalan lancar dan semua kelulusan yang diperlukan dapat diperolehi termasuk daripada agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri menyasarkan boleh memulakan proses pembinaan LRT pada tahun 2023. Namun begitu, kelulusan ini adalah sangat penting termasuk kelulusan daripada Kerajaan Pusat, buat masa ini kelulusan bersyarat skim rel (rail schime) telah diperolehi daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat. Walau bagaimanapun, kita memerlukan kelulusan penuh (full approval) di mana ia adalah tertakluk kepada kelulusan projek (PSI) ataupun Penang South Island di mana tapak depoh. Ini kerana tapak depoh ini berada di pulau A. Jadi tanpa kelulusan EIA untuk pulau A perkara ini tidak dapat dimuktamadkan. Jadi itu antara isu yang sedang kita tunggu la supaya dapat diteruskan.

Justeru, besarlah harapan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek Bayan Lepas LRT dengan jayanya agar dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang kian meruncing khususnya di waktu puncak.

Dato’ Yang di-Pertua,

Sebagai penutup dan akhir kata, Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan pembangunan infrastruktur dan pengangkutan di Negeri Pulau Pinang dilaksanakan dengan kaedah yang paling cekap dan lestari bagi kemaslahatan bersama. Diharapkan segala apa yang dibincangkan dan keputusan yang dicapai mampu menjadikan Negeri Pulau Pinang sebuah negeri yang makmur dan bersejahtera. Justeru Kerajaan Negeri berharap agar semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta, Kerajaan Persekutuan bahkan setiap lapisan masyarakat dapat bekerjasama dan sentiasa menyokong setiap inisiatif Kerajaan Negeri bagi membangunkan dan memajukan Negeri Pulau Pinang ke arah mencapai visi dan misi Penang2030. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada semua dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga. Silakan Yang Berhormat Sungai Puyu.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, terima kasih. Memang di dalam perbahasan tidak ada banyak YB-YB yang sentuh ada portfolio saya. Tak banyak, satu dua. Oleh yang demikian, saya akan menjawab…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

So, agar waktu 45 minit cukup kot?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Tak payahlah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak payah?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

20 minit cukup. Berkenaan dengan kebajikan, pada kini terdapat 19,896 orang menerima bantuan bulanan di bawah JKM, Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Implikasi kewangan adalah sebanyak RM8,703,227.00 bagi bulan Oktober 2022. Perbelanjaan bagi tahun 2022 sehingga Oktober adalah sebanyak RM88,114,347.00. Dan kini kita juga ada satu skim panggil BAES iaitu telah mula pada 2009 yang kita bayar melalui pembasmian miskin tegar kemudian tukar ke pembasmian kemiskinan dan selepas AES ini kita panggil BAES (Bantuan Agenda Ekonomi Saksama). Agenda Ekonomi Saksama (AES) telah diselaras semula pada bantuan am di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan bantuan minimum RM100.00 satu

bulan ke maksimum RM1,300.00 satu bulan. Bagi tahun 2022 sehingga November 2022 seramai 1,240 KIR menerima bantuan kewangan secara bulanan BAES dengan implikasi kewangan sebanyak RM7,191,019.00. Sejak pelaksanaan program ini, daripada mula tahun 2009 sehingga November 2022 jumlah belanja oleh Kerajaan Negeri adalah RM52,225,720.00. Jadi berharap saya dapat menjawab soalan-soalan yang dibangkit oleh ADUN dari Bukit Tengah dan janji ditepati. Minta ini bagi photostat ini, ada apa-apa angka-angka data-data yang kehendak. Di sini juga Kerajaan Negeri telah tubuhkan satu unit dipanggil Mutiara Foodbank. Sejak permulaan Mutiara Foodbank pada tahun 2017 sehingga Jun 2022, 1,308 metrik tan makanan telah berjaya diselamatkan dan diberi manfaat kepada hampir 80,000 penerima daripada Mutiara Foodbank dan Mutiara Foodbank beroperasi dengan kutip bahan-bahan segar dan makanan-makanan daripada supermarket-supermarket dan kilang-kilang untuk diserah kepada MPKK untuk serah kepada sasaran-sasaran yang tertentu melalui MPKK. Untuk i-Sejahtera yang mula pada tahun 2010, keseluruhan perbelanjaan program i-Sejahtera pada tahun ini sehingga November 2022 adalah sebanyak RM48,391,400.00 yang beri manfaat kepada 271,137 orang. Selain dari itu pada tahun 2022, Kerajaan Negeri turut membelanja sebanyak RM5,264,000.00 bagi pemberian sumbangan khairat kematian kepada 5,267 waris penerima Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Program Bantuan OKU i-Sejahtera yang telah meninggal dunia. Pusat Gelandangan yang sentiasa ditanya dalam Dewan ini, status terkini pembangunan fizikal Pusat Transit Gelandangan adalah 98 peratus dan kontraktor kata nak serah kepada kerajaan tempatan iaitu MBPP pada hujung bulan ini. Kerajaan Negeri sedang berunding bersama dengan pihak vendor dalam penyediaan perabut dan hiasan dalaman. Which is said that we are now discussing on interior decorations. Untuk alam sekitar…(gangguan).

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

YB. Sungai Puyu minta mencelah, minta laluan. Saya nak tanya tentang gelandangan, Yang Berhormat Sungai Puyu, gelandangan ini kita memang tahu is salah satu lokasi yang penuh dengan gelandangan adalah kawasan saya, kita berjiran so YB. pun tau. Tapi apa yang masalah kita hadapi adalah sekarang kita dalam baru-baru ini saya nampak gelandangan, mereka datang sebagai keluarga. Ibubapa dan anak-anak dan apabila kita siasat, kadang kala, dalam dua (2) bulan ini saya dah nampak tiga (3) kes dah, satu di Padang Kota dan dua (2) di Butterworth. Dua-dua ibubapa adalah penagih dadah dan mereka mempunyai anak-anak kecil. Memang orang yang lalu lalang, mereka ingin membantu memberi duit dan ada kes-kes begini dan apabila kita rujuk kepada JKM, apa yang kita minta dengan JKM, ambil anak-anak tersebut. Untuk saya kebajikan anak itu yang penting, mereka ibubapa yang tidak bertanggungjawab seperti ini menggunakan anak untuk cari makan ataupun untuk cari duit untuk beli bekalan dadah dan sebagainya. So boleh tak Yang Berhormat memberi nasihat kepada JKM, jangan ada isu dolak dalih. Kalau mereka kira warganegara ke bukan warganegara, mengikut Akta Kanak-Kanak, kanak-kanak itu didefinisi ikut umur, bukan sebagai warganegara so saya minta tolong ambil tindakan kalau ada anak-anak kecil yang dijadikan umpan sebegini tolong ambil mereka dan letakkan di bawah jagaan JKM. Ini permintaan saya kepada Yang Berhormat Sungai Puyu. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, terima kasih. Memang ini kes, setiap-setiap kes yang telah dimaklumkan kepada pejabat saya telah disiasat. Untuk warga asing, memang kami telah mengikut prosedur-prosedur dan kena rujuk kepada Imigresen Department. Perkara ini khasnya daripada

Rohingya, kita ada rundingan dan juga mesyuarat bersama UNHCR dan juga NGO-NGO tertentu untuk menyelesaikan masalah. Tindakan bahawa amaran telah diberi kepada mereka, sesiapa yang membawa anak untuk minta sedekah, we will charge them for human trafficking. Dan saya percaya bahawa telah ada kurang banyak. Vastly reduced in this kind of cases.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya faham Yang Berhormat Sungai Puyu. I meant, my concern is on the children…(dengan izin), Dato’ Yang di-Pertua. So these children are being exploited so we want to see some action from JKM. JKM cannot say that these not Malaysian children, these children don’t have birth certificate. For me, they are children, doesn’t care their race, religion or their kewarganegaraan. So saya minta JKM perlu bersikap lebih terbuka. Kalau ada kes-kes kita nampak ibubapa gunakan anak-anak untuk mengemis, ambil, tak apa ibubapa itu kita biarkan, ambil anak itu di bawah jagaan JKM. Jangan beri anak-anak kepada orang-orang seperti ini yang exploited them. We don’t know in future mereka mungkin gunakan anak-anak ini untuk perkara-perkara lain pula. So ini yang saya minta. JKM perlu ambil jagaan anak-anak tersebut. Custody, takes custody of these children…(dengan izin). Terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya nak minta maaf kepada Yang Berhormat bahawanya dalam garis panduan undang-undang, we can bend the law but we cannot break the law. Kerana ada banyak, tetapi isu ini memang dibincang, selalu dibincang apabila saya berbincang dengan UNHCR dan juga kita telah minta bahawanya kita kena bagi pendidikan kepada mereka, pendidikan. Dan ada banyak NGO seperti Tzu Chi dan lain-lain, mereka sudah ambil tugas untuk bagi pendidikan, bantuan dan lain-lain. At due to this ASEAN Non-Interference Pact with a guided by The Refugee Law. So haraplah bahawa esok jikanya Anwar menjadi Perdana Menteri, we can have more defined on these issues kerana pada dulu kami bila bincang sama mereka, mereka tak tau atau tak mau tau. So it quite difficult so we need a change, I fully agree with you. Timbalan Dato’ Speaker, saya nak di dalam Dewan ini saya nak rakamkan ribuan terima kasih kepada ADUN daripada Bagan Dalam yang juga bantu menggunakan allocation mereka sendiri untuk sewa rumah untuk orang yang gelandangan, pi sana tidur untuk kurangkan mereka sleep, duduk, tidur di kaki lima. Appreciated your efforts, thank you very much. Timbalan Dato’ Speaker, dalam portfolio saya juga berkenaan dengan alam sekitar. Alam sekitar khasnya daripada perhutanan. Kami pada sejak tahun 2008 sehingga kini ada banyak kejayaan. Kerajaan Negeri telah mewartakan seluas 285.84 hektar di sebahagian Pulau Jerejak sebagai Hutan Simpanan Kekal pada 26 Mac 2020 yang lalu. Ini bermaksud bahawanya selain daripada tanah-tanah yang telah dijual oleh Kerajaan sebelum kita ambil alih, semua telah diwartakan supaya jadi Hutan Simpanan Kekal. Pewartaan ini juga sekaligus telah meningkatkan keluasan Hutan Simpanan Kekal sebanyak 5.5 peratus iaitu daripada 5,100.93 hektar pada Disember 2019 ke 5,386.77 hektar pada tahun 2022. 70 peratus Hutan Simpanan Kekal telah dikhusus untuk tujuan lindung kawasan Hutan Tadahan Air bagi memastikan sumber bekalan air di Negeri Pulau Pinang dipelihara. Sejumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal bagi Hutan Tadahan Air seperti berikut, tahun 1998 hanya 3,565.879 hektar, pada tahun 2020, 3,640.85 hektar bermaksud tidak ada Hutan Simpanan Kekal yang dikeluarkan seperti yang dituduh-tuduh oleh separuh NGO dan lain-lain. Hutan Simpanan Kekal untuk kawasan Hutan Paya Laut juga kita ambil perhatian. Kerajaan Negeri menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, MMK Bil. 29/2022 yang telah bersidang pada 5 Oktober tahun 2022, telah meluluskan 676.48 hektar Hutan Paya Laut diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal. Ini bermaksud lebih daripada 40 peratus di shoreline untuk Negeri Pulau Pinang telah dijadi Hutan Simpanan Kekal and we are proud that we are the only state in the whole of Malaysia that even shoreline, waterfront which is the most valuable land we

protect it for the environment, protect it for food security, protect it for next generation. We are very proud of what we have done. Kemudian untuk Kempen Hari Tanpa Plastik Beg Negeri Pulau Pinang. No Plastic Bags Day and No Free Plastic Bag Day Negeri Pulau Pinang. Ini adalah satu isu yang sentiasa sejak tahun 2009 telah ditanya setiap sesi Dewan bersidang. MBSP, jumlah kutipan daripada tahun 2009 sehingga tahun 2022, adalah sebanyak RM15,769,583.39 telah dikutip. Kita mula dengan 20 sen dan kini ada RM1. Dalam Mesyuarat dengan EXCO, yang saya telah ni saya pergi mesyuarat, memang Menteri juga katanya Pulau Pinang berani dan boleh buat kutip RM1 untuk plastik beg, di mana ada banyak negeri mereka belum dan tidak berani buat. So, kita juga melalui Penang Green Council kita hantar wakil-wakil Penang Green Council pi negeri-negeri yang jemput kita untuk fahami cara untuk membuat dasar dan lain-lain dengan BPEN dan Penang Green Council kita ada pergi banyak-banyak negeri untuk bantu mereka untuk mewujudkan sistem ini. Ini juga adalah untuk bantu Green Malaysia. Penang Green Council di antara satu, yang ada satu-satunya yang kata telah 10 laporan daripada secara rasmi berbincang dengan orang yang ada kepentingan stakeholders meeting yang telah wujudkan Penang meluluskan satu Penang Green Agenda oleh MMK. Di antara satunya adalah penubuhan Unit Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang, (Penang State Disaster Management Unit) untuk tajuk disaster risk reduction iaitu disaster risk reduction kita ada satu unit yang kata siap sediaan untuk menghadapi apa-apa cabaran. Walaupun tidak ada satu negara yang dapat untuk yang dapat 100 peratus, tetapi ini adalah satu inisiatif dan kita amat berjaya dalam kawalan kurangkan disaster di Negeri Pulau Pinang.

PGC juga ada program Industri Hijau di Negeri Pulau Pinang di bawah tajuk Ekonomi Hijau (The Green Economy) di mana kita dapat sign MoU dengan banyak kilang-kilang dibawah MMM dan lain-lain supaya bahawa mereka juga, kilang-kilang mereka juga ambil dasar, pembuat dasar dan juga wujudkan dasar untuk green economy, cara macam mana untuk melindungi alam sekitar. Baru-baru ini, persidangan Penang Green Finance, Finance Sustainable Development di bawah tajuk ekonomi hijau, green economy telah diadakan. Di sini kita dapat jemput penceramah-penceramah dari luar negara dan juga banyak kilang-kilang termasuk bank-bank, di mana kita match kilang-kilang dengan institute perbankan supaya mereka boleh dapat tahu apa mereka telah sedia ada untuk memohon loan daripada bank-bank untuk wujudkan this green economy. Lagi satu di bawah Penang2030 dan melalui Penang Green Council kita juga telah dapat kelulusan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk mewujudkan the middle bank green sanctuary. Di mana satu tapak yang akan menjaga kepentingan the middle bank, the sea grass dan juga macam mana wujudkan satu tapak di mana di akuakultur seperti mussel, oyster, ikan, udang semua dapat dilindungi di sana. So, ini juga dibawah Penang Institute dan juga Sea Map dan juga dibawah DOF (Department of Fishery). Kami telah bermesyuarat banyak kali dan harap bahawa dalam masa terdekat, kita dapat finalise the planning for the full approval and melaburkan di sana. Ini juga adalah satu cara Pulau Pinang melalui this green economy untuk menjaga kepentingan di mana food security diwujudkan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang punya hasrat menubuhkan sanctuary marine, middle bank sanctuary di Selat Pulau Pinang keluasan MBSS adalah sekurangnya 10 kilometer persegi yang bertempatan di Selat Pulau Pinang yang kaya dengan kebahagiaan ekosistem marin semula jadi. Perlindungan kawasan ini penting bagi meningkatkan daya tahan dan kesediaan Pulau Pinang untuk menghadapi impak perubahan iklim isu bekalan sekuriti makanan (food security) dan keselamatan ekosistem. Selain dari itu kawasan ini juga akan menjadi tempat melindungi banyak spesies hidupan yang istimewa bagi burung migrate, ikan dan haiwan-haiwan seperti ikan lumba-lumba. So, this is the thing we have done. Dan alam sekitar-alam sekitar memang ada orang kata Pulau Pinang, alam sekitar kita tak kuatkuasakan, ini tidak benar. Tidak benar kerana jumlah aduan pencemaran yang telah diterima oleh JAS Pulau Pinang sehingga 20hb November 2022 adalah sebanyak 843 kes. Year 2022 only. Jumlah pembakaran secara

terbuka adalah 325 kes. Jumlah kompaun yang telah dikutip oleh mereka adalah sebanyak RM949,000 kompaun. Oleh demikian, saya di sini ada beberapa isu yang juga dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat daripada Berapit berkenaan dengan depoh. Depoh untuk barangan keperluan semasa bencana. Memang Kerajaan Negeri telah meluluskan sebidang tanah seluas 65,421 kaki persegi di SPT. Ini adalah rancangan daripada tahun 2017 November 4 dan 5 di mana apabila kehendak barangan keperluan untuk bantu bencana, kita dah tak dapat ambil daripada Bidor. Kerana sana juga banjir. Jadi kita terpaksa ambil daripada Selangor. Oleh demikian, ini bencana telah buat satu keputusan memohon kelulusan Kerajaan Negeri untuk ambil satu tanah di SPT di sana. Tempat ni hanya simpan peralatan dan lain-lain. Untuk makanan kita tak cadang untuk beli simpan di sana seperti apa yang telah di hujah-hujah dan juga digalakkan pada 12hb September 2022 semasa mesyuarat dengan Perdana Menteri. Perdana Menteri pada 12hb September telah jemput Pulau Pinang pi bincang perkara ini. Dan Pulau Pinang telah ada satu pendirian bahawanya kita akan sign MoU dengan banyak kilang-kilang hypermarket, supermarket, restoran-restoran jika apabila kita hendak apa makanan, mereka boleh serah kepada kepada Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, dia juga bangkit masalah warga emas, saya menggalakkan setiap-setiap MP wujudkan satu pusat aktiviti warga emas. Memang ada satu peruntukan sebanyak RM100,000 untuk mereka ubah suai jika tapak dapat dipersetujui dan diluluskan dan juga akan bagi sebanyak RM42,000 setahun untuk this activity di sana. So, saya menggalakkan bahawa semua MP-MP buka satu pusat warga emas di sana. Berkenaan dengan banjir di Baling, memang Kerajaan Negeri walaupun Baling adalah di Kedah, Pulau Pinang adalah, bahawanya pada malam itu, pada malam kejadian itu terus pergi bantu di sana. Apabila saya dapat panggilan daripada rakan-rakan di Baling. Saya memohon kelulusan daripada Ketua Menteri dan juga MKN supaya boleh gerak semua peralatan-peralatan yang disiapsedia khas daripada PBS untuk pergi sana membantu, search and rescue. It happened 4:00 petang by 8.00 malam atau 8.30 malam kita sudah ada di sana. Dan Pulau Pinang memang bantu di sana. Pulau Pinang untuk bencana kita bukan hanya tertakluk kepada Negeri Pulau Pinang. Dalam rekod kita bantu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan juga di Cameron Highland. Ini adalah kesiapsediaan daripada Pulau Pinang untuk menghadapi bencana. So, dengan ini, saya memohon semua orang bahawanya pada 2, 3 dan 4 haribulan di mana PBA telah membuat pengumuman, Kerajaan Negeri sudah buat setiap sediaan supaya kami boleh bantu kalau tak ada air di sana. So, saya akan bagi pelan-pelan tertentu kepada semua ADUN-ADUN supaya, jika ianya ada tempat tak ada air. bekalan air boleh dibahagi melalui bomba sukarela. So, dengan ini saya memohon untuk menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu. Di bawah permintaan Ketua Pembangkang, Dewan ditangguhkan dan Dewan akan bersidang kembali pada 24hb November pada pukul 9.30 pagi. Terima kasih semua.

Dewan ditangguhkan pada jam 6.10 petang.