Pulau Pinang · 24 November 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 231 turns · 33,548 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Lim Guan Eng (Air Putih), Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Lim Siew Khim (Sungai Pinang), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Syerleena Binti Abdul Rashid (Seri Delima), Gooi Hsiao-Leung (Bukit Tengah), Dr. Afif Bin Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Bin Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq (Bertam), Zolkifly Bin Md. Lazim (HADIR)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.
“Bacaan Doa”.
Soalan lisan.
Soalan lisan. Saya nak jemput Yang Berhormat Pulau Betong.
Dato’ Speaker, soalan saya nombor 56. No. 56. Apakah usaha Kerajaan Negeri ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang Pihak Berkuasa Tempatannya mesra dengan penjaja kecil, peniaga kecil dan peniaga pasar malam?
Terima kasih Dato’ Speaker dan juga kepada rakan saya daripada Pulau Betong yang menanya satu soalan iaitu berkenaan usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang mesra dengan semua penjaja, peniaga dan peniaga kecil dan peniaga pasar malam. Saya percaya semalam rakan saya telah pun beri sedikit maklumat tentang isu ini di mana ingin saya mula dengan menyatakan Kerajaan Negeri sememangnya kita selalu prihatin terhadap nasib penjaja dan peniaga kecil yang berniaga demi menyara keluarga dan teruskan kelangsungan hidupan. That is our priority, Dato' Speaker. Dan sehubungan ini kita pastikan ke arah menjadi satu negeri mesra penjaja kecil, peniaga kecil, peniaga pasar malam. Kita telahpun melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga Majlis Bandaraya Seberang Perai membantu golongan ini dengan pelbagai inisiatif, Dato’ Speaker. Saya hendak nyatakan yang pertama, penyediaan kemudahan tempat bagi menjalankan perniagaan pasar malam, pasar tani, pasar pagi pada kadar yang rendah sekali iaitu RM36.00 setahun. Nombor dua Dato’ Speaker, mengeluarkan permit sementara bagi perniagaan dari rumah iaitu business from home which we encourage to bagi membantu rakyat untuk mencari pendapatan. Nombor tiga Dato' Speaker, membuat pengisian tawaran tapak pasar, kompleks, tapak penjaja di kawasan seliaan kedua-dua Majlis Bandaraya dengan lebih kerap. Nombor empat Dato’ Speaker, memberi taklimat dan sesi consultancy atau pun libat urus kepada penjaja-penjaja di tapak.
Nombor lima Dato’ Speaker, mengadakan program mesra pelanggan yang dikenali “Santai Peniaga” bagi membantu peniaga-peniaga untuk menukarkan konsep atau pun bentuk perniagaan mereka kepada trak makanan atau pun kaedah yang baru untuk menyelaras dengan perjumpaan peniaga-peniaga apabila kita ada perjumpaan dengan mereka, Dato’ Speaker. Number six, yang keenam mensyaratkan of course kepada mana-mana pemajuan baru di seluruh negeri, pastikan, pastikan ada ruang niaga di lokasi yang strategik dan berdasarkan kepada keperluan di sesuatu lokaliti itu. Dan nombor tujuh Dato’ Speaker, kita juga akan wujudkan lokasi penempatan semula penjaja tepi jalan yang lokasi-lokasi kepada lokasi-lokasi yang bersesuaian agar kita tidak akan ada halangan ataupun kacau ganggu pada orang awam. Dan yang akhir Dato’ Speaker, kita akan terus beri khidmat nasihat kepada semua penjaja-penjaja tanpa lesen supaya kita boleh cuba putihkan mereka. Terima kasih, thank you very much.
Terima kasih.
Berhubung dengan permit sementara, minta pada Datok Keramat sikit pendetailan tentang permit sementara. Bila bermula dan saya ulang, berhubung dengan permit sementara, tadi Datok Keramat sebut, minta pendetailan sedikit tentang permit sementara untuk peniaga kecil.
Kita sedang dalam usaha kita untuk membantu semua peniaga-peniaga kecil yang berniaga juga sedang melihat kepada pengeluaran permit sementara. Dan ini telah pun berlaku terutamanya apabila kita ada krisis iaitu krisis pandemik yang sekarang sudah jadi endemik. Tetapi kita hendak teruskan usaha itu di mana kita buat business from home sebagai satu agenda utama kita. Dan sememangnya permit-permit ini akan dikeluarkan di seluruh Negeri Pulau Pinang untuk membantu mereka. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, tadi disebut oleh Datok Keramat, disediakan tapak baru untuk peniaga-peniaga, penjaja yang berniaga di tepi jalan dan sebagainya. Jadi apakah kriteria yang dibuat oleh pihak PBT tentang pemilihan tapak baru ini? Banyak peniaga suka berniaga tepi jalan, ni maklumlah kawasan yang mungkin sesuai untuk peniaga jalanan ni sebab orang beli di laluan tu. Tapi kadang-kadang bermasalah dari segi lalu lintas dan sebagainya. Jadi dicadangkan dibuat penempatan semula di satu tempat dan kadang-kadang kita nampak tempat tu tak begitu sesuai atau pun tak strategik, terlampau ke dalam. Jadi peniaga ini menghadapi masalah. Jadi apakah kriteria-kriteria yang diputuskan oleh pihak Majlis ataupun PBT dalam menyediakan tapak ini? Dan kedua, tentang pasar malam. Pasar malam ni adalah merupakan tempat di mana peniaga-peniaga kecil ini yang terlibat pandemik dan yang berniaga secara kecil-kecilan berniaga dan mendapatkan pendapatan untuk keluarga. Jadi apakah inisiatif daripada pihak PBT, pertamanya untuk menyediakan tapak yang sesuai, inisiatif yang boleh membantu pasar malam. Saya nampak banyak lagi pasar malam yang tidak dibuka ekoran daripada pandemik,
banyak yang tidak dibuka. Apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh PBT dalam memastikan pasar malam ini keseluruhnya dibuka dan pengurusannya lebih baik dan sempurna? Kadang-kadang menghadapi masalah kepada peniaga dan penjaja. Kadang-kadang bergaduh dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih kepada saudara saya daripada Sungai Dua. Ini soalan yang begitu penting sekali di mana saya cuba ringkaskan jawapan, Dato' Speaker. Yang pertama, yang ditanya adalah berkenaan penempatan semula mereka atau pun penjaja-penjaja daripada bahu jalan kepada satu tempat yang lebih sesuai. Kita selalu ambil prihatin, nombor satu ia bukan sahaja membahayakan orang ramai tetapi membahayakan mereka juga. Apabila mereka buat perniagaan sedemikian rupa. Dan oleh yang demikian kita selalu mencari tempat yang sesuai. Dan saya percaya apabila kita lihat kepada keseluruhan 5 daerah di Negeri Pulau Pinang, kita akan dapat satu tempat yang lebih sesuai untuk semua mereka untuk berniaga dan saya juga percaya rakyat Pulau Pinang akan tahu tempat ini, di mana mereka sendiri akan pergi dan ini akan meningkatkan perniagaan mereka. Itulah apa yang kita hendak buat. Itulah hasrat, objektif kita untuk membantu peniaga-peniaga kita di sini, di Pulau Pinang di seluruh daerah di Pulau Pinang. We are looking at banyak tempat yang sesuai. I agree with you, Dato’. It is important to find the right place. But, saya percaya Ini adalah untuk masa hadapan kita untuk menjadi satu negeri yang lebih mampan untuk membantu peniaga untuk juga melihat kepada kesihatan dan keselamatan semua rakyat Negeri Pulau Pinang. Question kedua iaitu tentang Pasar Malam. I think same, sama juga Dato’ Speaker, kita sedang lihat dan ada pasar malam. Yes, I understand yang tidak buka dan kita hendak lihat untuk daripada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan untuk lihat agar itu dilihat dengan teliti dan dengan cepat, because for us here in Penang itu adalah satu tradisi kita, adalah satu warisan kita apabila kita ada pasar malam dan kita akan tidak lupakan semua peniaga di pasar malam dan kita akan lihat bagaimana kita boleh bantu. Thank you very much.
Terima kasih. Saya nak minta apa nama Yang Berhormat Pengkalan Kota.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke 57. No. 57. lnisiatif pintar Kerajaan Negeri. (a) Apakah sokongan dan bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyokong usaha Inisiatif Pintar Kerajaan Negeri Pulau Pinang? (b)
Terima kasih Dato’ Speaker dan kepada rakan saya daripada Pengkalan Kota atas satu soalan yang begitu penting sekali, iaitu berkenaan status Inisiatif Pintar Kerajaan Negeri dan apakah yang telahpun disalurkan daripada Kerajaan Pusat dahulu untuk sokong status ini. Dato’ Speaker, This is the most important question. Satu soalan yang begitu penting sekali kerana ia adalah berkenaan Visi Pulau Pinang2030, di mana Ketua Menteri saya telah pun nyatakan
semalam tentang apabila ada soalan tentang sama ada ia disebarkan dengan secukupnya atau pun tidak. Of course sepertimana beliau nyatakan, kita sedang dalam usaha untuk pastikan ia disebarkan. Visi Pulau Pinang2030 adalah bersandarkan Satu Negeri Hijau, Negeri Pintar, Negeri Yang Berfokuskan Keluarga dan yang akan inspirasikan seluruh negara dalam payung itu, kita lihat bahawasanya pintar adalah salah satu yang diutamakan di Negeri Pulau Pinang. And we will continue to prioritize ours smart initiative in Penang. I am very happy untuk nyatakan sebagai satu negeri yang mempunyai visi tersebut, kita akan terus dengan pelaksanaan insiatif-inisiatif di seluruh negeri di bahagian ini dan juga di bahagian Seberang. Bahagian Pulau dan juga di bahagian seberang, dan kita adalah negeri yang mempunyai bilangan inisiatif pintar yang tertinggi di seluruh Malaysia. We are the state that has the Highers number of smart initiative throughout the country. Saya lihat kepada jawapan saya Dato’ Speaker, ingin saya just update sedikit sometimes things happen to fast especially when your pintar. Saya jawab kita ada 107 bilangan inisiatif pintar tetapi, sebenarnya kita sudah naik satu lagi kepada 108, 108 smart initiative that has been executed by Penang. And there are of course yang sudah, yang sedang dan yang akan dilakukan dan kita akan melaksanakannya melalui Kerajaan Negeri of course dan juga Pihak Berkuasa Tempatan dan juga dengan kerjasama dengan pihak swasta juga. Now, salah satu yang ingin saya nyatakan yang terkenal insiatif pintar kita yang kita mulakan bukan di tempat lain, tetapi di Dewan yang mulia ini sudah pun I think empat (4) atau lima (5) tahun but I think is was not here because it was been renovated it was probably in Dewan Sri Pinang I remember, with my Chief Minister iaitu Penang Smart Parking untuk memudahkan rakyat Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan petak tempat letak kereta yang kosong tanpa perlu cari, dan dalam tempoh masa yang lama dan menambahbaik pengurusan dan pemantauan anggota penguatkuasa di kedua-dua PBT kita. Why I talk about this? I want to just update every one about one very important thing. Baru-baru ini Dato’ Speaker, kita telah pun mendapat Pingat Emas untuk Anugerah International Convention on Quality Circles (ICQCC) daripada 108 inisiatif pintar kita, iaitu nombor satu di dalam bukan di Pulau Pinang, bukan di Malaysia tetapi didalam our region Dato’ Speaker, Penang Smart Parking menerima Anugerah Emas. This is what we can do. Inilah apa Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh capai, dan ini adalah satu pengiktirafan daripada seluruh dunia. That I’m very happy and I would like to put on record Dato’ Speaker. Kesempatan saya ambil untuk mengiktirafkan seluruh pasukan kita daripada Kerajaan Tempatan yang telah pun kerja begitu kuat dan keras untuk mendapat pencapaian bukan sahaja 108 inisiatif pintar, tetapi Anugerah Emas untuk Penang Smart Parking dan saya teruskan Dato’ Speaker. Saya teruskan Dato’ Speaker. Kita juga telah sasarkan pemasangan 5,000 unit CCTV jelang 2030 untuk tingkatkan keselamatan kita di seluruh Negeri Pulau Pinang. Sekarang kita sudahpun capai 1,261 unit di seluruh Negeri Pulau Pinang dan saya telah pun nyatakan bahawa kita sedang menaiktarafkannya untuk mendapat fungsi-fungsi yang lebih elok seperti Facial Recognition and Pusat Intelligent Operation Centre (IOC) kita bagi pemantauan CCTV ini akan terus kita hubungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK) Penang untuk pemantauan oleh pihak polis. Di mana saya juga terima kasih kepada agensi keselamatan kita kerana kita perlu ada kerjasama itu dan di Pulau Pinang sedia maklum dan saya beri, pengiktirafan kepada mereka juga. I must also put on record our appreciation to all our enforcement agencies including the police.
Juga ingin saya nyatakan, kita lihat polis juga menyatakan sememangnya usaha kita di dalam menyediakan CCTV ini telah pun meningkatkan, meningkatkan status keselamatan kita di Negeri Pulau Pinang and this is the cooperation that we can see here in Penang with all our enforcement agency. Juga ingin saya nyatakan kita ada inisiatif satu lagi untuk menjadi satu negeri pintar, of course nothing happens over night Dato’ Speaker. Like the Penang Smart Parking when we started there were many issues. Mereka tanya, “orang tak ada telefon apa macam mau buat dan sebagainya”. Tetapi kita lihat, kita dapat...(gangguan).
Yang Berhormat.
Anugerah Emas. I just want to.
Soal jawab sudah. Yang bahas nanti gulung.
No. No. I have to answer the question.
Answer it kejap lagi.
Pembayaran tanpa tunai Dato’ Speaker, is very important. Kita itupun lihat sebagai satu usaha pintar yang begitu penting di Negeri Pulau Pinang di mana kita telah mulakan di Pasar Awam Taman Tun Sardon pada April 2020. Dan sekarang Dato’ Speaker, inisiatif ini sudahpun melibatkan penjaja di 58 buah Pasar Awam di seluruh Negeri Pulau Pinang. Which is satu rekod semua boleh buat. So, kita hendak mewajibkan penggunaan perkhidmatan e-pembayaran very important Dato’ Speaker, I hope you understand iaitu satu cara untuk mara ke hadapan. It is a new platform for the people of Penang which we have started to ensure happens dan saya gembira untuk nyatakan hasil daripada itu keseluruhan 23 jabatan yang memunggut hasil di Negeri Pulau Pinang, Jabatan Negeri telah pun menggunakan perkhidmatan e-pembayaran itu untuk kutipan hasil. And Dato’ Speaker kita telah pun sasarkan 100% bangunan milik PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) akan mempunyai elemen hijau dan pintar jelang 2030. Antara lain Dato’ Speaker, adalah melalui pemasangan panel solar di bangunan dua-dua PBT di mana sudah pun dibuat sekarang di Menara MBSP, Kompleks Sukan Bertam, Kompleks Sukan Relau, Kompleks Bayan Baru dan empat (4) Pejabat Tanah dan Daerah. Dan saya gembira nyatakan ini adalah cuma permulaan dia dan kita ada satu perancangan yang begitu panjang untuk memastikan bahawasanya kita akan terus menjadi satu Negeri Pintar selaras dengan Visi 2030 Negeri Pulau Pinang. Thank you very much.
Terima kasih. Saya rasa jawapan penuh dan saya nak jemput Yang Berhormat Bertam. Yang Berhormat Bertam tiada dalam Dewan, maka soalan di langkau. Saya nak jemput Yang Berhormat Jawi.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 59. No. 59. Sila beritahu kesiapsiagaan (readiness) Kerajaan Negeri untuk menghadapi bencana khasnya keselamatan makanan (food security).
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya ingin nak menjawab soalan 59. Kesiapsiagaan adalah amat penting dalam meminimumkan impak satu bencana demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk khususnya melibatkan keselamatan makanan di Negeri Pulau Pinang. Perancang menghadapi bencana khususnya yang berkaitan dengan keselamatan makanan berperlulah diambil dengan dekatan yang efektif dan kesan dan seterusnya meliput tiga fasa, fasa iaitu kaedah mencegahkan krisis, tindakan terhadap krisis dan pemulihan daripada krisis. Ketiga-tiga ini adalah amat penting dalam mengurangkan kerosakan ke atas harta benda dan juga nyawa dan memastikan bekalan sumbangan makanan di negeri ini adalah berjamin. Kendatipun begitu adalah amat wajar untuk memfokuskan kepada kaedah mencegahkan krisis di mana mencegahkan adalah lebih baik daripada mengubati. Bagi kesiapkan siapsagaan melibatkan tanam-tanaman di negeri, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah dan membuat persediaan awal bagi menghadapi musim hujan dan memantau lokasi-lokasi taman yang berisiko banjir. Kawasan terus misalnya utama mengalirkan saliran dilereta sebaik dan bagi menggelakkan saliran yang tersumbat. Bagi meningkatkan aset sedia ada DOAPP akan memastikan semua pam air sentiasa diselenggara bagi memudahkan pembuangan air ke parit sekiranya banjir melanda ke kawasan sawah. Pemantauan secara intensif juga dilaksanakan ketika berlakunya hujan di kawasan tanaman oleh Agen Pengembangan Tanaman (APT) dan Pegawai Pertanian Daerah bagi memantau kawasan mudah banjir dan mudah terkena banjir. Selain itu, Jawatankuasa Bencana Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang juga telah ditubuhkan pada 19 Mei 2021 dengan bertujuan untuk merancang dan meneliti bantuan yang dapat disalurkan kepada penternak dan pengusaha Industri Asas Tani di negeri ini melalui peruntukan yang disediakan oleh pihak Kementerian dan perutukan sedia ada jabatan. Selain itu, Jawatankuasa ini juga bertindak untuk menyelaras semua kejadian bencana di peringkat Jabatan dan berhasrat untuk menyalurkan bantuan dengan lebih berkesan kepada penternak dan pengusaha IAT, di samping dapat membantu menyelesaikan isu berbangkit berkaitan kejadian bencana. Pasukan Operasi Pengurusan Haiwan Semasa Bencana peringkat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang juga telah ditubuhkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bencana, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2021 pada 28 Disember 2021. Pasukan operasi ini akan siap siaga bagi menghadapi sebarang kejadian bencana melibatkan penternak dan pengusaha IAT di negeri ini.
Selain itu, bagi memperkasakan kesiapsiagaan industri perikanan, Jabatan Perikanan Negeri juga turut memperkenalkan teknologi yang baharu dalam membantu untuk menahan daripada perubahan iklim atau bencana alam yang berlaku. Antara teknologi yang cuba diperkenalkan adalah seperti penggunaan sangkar ikan jenis high-density polyethylene…(dengan izin), yang mampu berdaya tahan daripada ribut dan juga angin taufan yang sering berlaku di perairan Negeri Pulau Pinang. Selain itu, penggunaan Internet of Things (IoT) dalam ternakan juga sedang giatkan diperkenalkan bagi pemantauan ternakan yang lebih baik dan juga sebagai sistem amaran awal bencana kepada para penternak. Dato‘ Speaker, selain daripada ini yang disiap sediakan oleh jabatan-jabatan akan tetapi Pulau Pinang memang kita ada satu unit unit bencana unit pengurusan bencana kita telah bermesyuarat beberapa kali dan juga bahawa ada satu kefahaman dengan kilang-kilang, traders dan lain-lain supaya apabila ada apa-apa bencana kita boleh dapat orang kata supply without failure. So ini adalah apa-apa yang ada kita siap sediakan.
Silakan.
Dato‘ Speaker soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Sungai Puyu adakah kerajaan Negeri berhak atau pun berkuasa untuk membeli atau pun membekalkan sumber makanan contohnya ayam, telur, ikan ataupun sayur -sayuran untuk warga Pulau Pinang sekiranya sekiranya terdapat bencana berlaku dan kita sedia maklum perbezaan penternak khinzir atau pun peternak ayam telur semakin berkurang kalau kita banding dengan zaman dahulu. Adakah ini menyebabkan permintaan daging ayam atau daging lembu semakin bertambah bagi golongan bukan muslim? Terima kasih.
Memang ini adalah satu isu yang hendak ditangani pada satu masa Pulau Pinang memang untuk pengusahaan penternakan khinzir kita adalah lebih kurang 160 peratus iaitu kata daripada 160 ekor 100 untuk warga negeri Pulau Pinang 60 ada untuk lain-lain negeri kami help them with their resources tetapi pada hari ini kita hanya ada 125, so bermakna ada kekurangan daging khinzir untuk lain-lain negeri apabila ada kekurangan protein macam ini memang makan ayam akan bertingkat so this is one things we need to be balance out…(dengan izin), dan untuk membeli makanan untuk simpan supaya jika ada bencana untuk pakai Negeri Pulau Pinang memang tidak mencadangkan walaupun pada 12 September 2022 di mana di satu mesyuarat berkenaan siap siagaan bencana yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mencadangkan bahawa kita beli dan simpan tetapi ini bukan satu cara yang baik kerana you kena ada satu depo simpan jika tiada bencana dia tarikh sudah luput you hanya buang, you juga kena ada satu pegawai dan beberapa pegawai yang kena jaga depo itu. Pulau Pinang memang kami mengunakan smart thinking iaitu kata first 24 hours negeri Pulau Pinang kita mesti bagi makanan yang ringan dengan cepat seperti roti, biskut dan lain-lain dan kita juga ada makanan ada di pasaran iaitu kata barangan yang kering tetapi letak air saja dia jadi masak, mee pun ada beras ini ada dan Kerajaan Negeri telah berbincang dengan mereka dan kita akan sign MoU dengan segera supaya apabila ada apa-apa bencana mereka boleh bagi Pulau Pinang keutamaan untuk dapat dalam 72 jam ini.
Okey.
(Gangguan audio)…maksud saya bukan untuk beli dan simpan tetapi maksud saya adalah sekiranya Negeri Pulau Pinang menghadapi contohnya bencana banjir atau pun taufan dan adakah Kerajaan Negeri berkuasa untuk menghadkan penternak-penternak contoh ayam atau pun ayam telur hanya daripada hasil ladang mereka hanya dijual kepada warga Pulau Pinang maksudnya bagi priority keutamaan kepada warga Pulau Pinang bukan untuk beli dan simpan maksud saya sekiranya berlaku bencana krisis so mungkin dari negeri lain mungkin ada permintaan…(gangguan).
Hasil pengeluaran itu priority kepada Penang.
Priority kepada warga Pulau Pinang.
Ya ini satu cadangan yang baik dan ini telah dibincangkan semasa EXCO dan saya telah mencadangkan bahawa jika apabila kita menghadapi satu bencana satu tekanan untuk makanan Penang first tetapi ini tak ada undang-undang akan tetapi hak perhubungan keluaran itu dengan satu MoU, Charity Begin At Home. Ini satu cadangan yang baik saya akan maklum kepada unit pengurusan bencana untuk mempercepatkan perkara ini akan tetapi saya ingin nak ucapkan terima kasih kepada banyak pengeluaran ayam dan telur semasa COVID berapa banyak hendak dia salur lagi ada jual tetapi ada kebanyakan yang di donate to the state. Saya percaya MOU can be sign top priority untuk warga-warga Pulau Pinang.
Terima kasih.
Dato‘ Speaker untuk bencana ini Kerajaan Negeri juga telah ada alocate satu tanah keluasan 59 kaki persegi untuk simpan peralatan-peralatan sahaja bukan makanan peralatan yang hendak dipakai semasa bencana ini sedang diuruskan.
Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua, saya tertarik dengan rancangan tentang food security jadi saya memang menekankan kita Pulau Pinang perlu menyediakan food security tidak kira bencana atau mungkin masalah lain-lain yang memerlukan kita Pulau Pinang sendiri menyediakan food security apakah persediaan, saya tak nampak tadi yang dibentangkan persediaan jabatan atau agensi yang khusus bagi kita melengkapkan (SSL) self-sufficiency
level supaya kita menjadi negeri yang tak perlu import makanan daripada luar negara atau pun dalam negara masuk ke Pulau Pinang. Jadi kita perlu memastikan bahawa keperluan makanan untuk masyarakat Pulau Pinang disediakan oleh masyarakat Pulau Pinang sendiri contohnya padi saya rasa kita dah mencapai hampir 70 – 80 perataus SSL jadi bagi produk-produk lain atau komoditi lain saya rasa kita di peringkat jabatan agensi perlu menyediakan keperluan yang mencukupi, mungkin bila kekurangan makanan ia juga merupakan satu bencana bila tidak ada makanan yang mencukupi bila timbul bencana lagi masalah. Jadi saya rasa perancangan jangka panjang perlu disusun oleh pihak jabatan agensi di negeri Pulau Pinang untuk memastikan self-sufficiency level….(dengan izin), bagi setiap komoditi makanan ini adalah mencukupi di negeri Pulau Pinang, jadi perancangan itu saya tak nampak. Adakah pihak Sungai Puyu bersetuju supaya kita di Pulau Pinang yang macam ternakan khinzir kita dah melebihi SSL. Jadi yang lain-lain itu belum melebihi jadi kita perlu merancang sesuatu yang lebih terperinci yang lebih menjurus kepada kita menyediakan food security kita sendiri di Pulau Pinang, kita ada tanah pertanian yang luas yang boleh kita rancangkan dengan baik kita ada mungkin penternak-penternak kita, perikanan kita dah okay tapi yang lain-lain kita perlu menyediakan bukan kita nak simpan tetapi kita kena ada pengeluaran yang mencukupi untuk memastikan kita ada food security. Adakah Puyu bersetuju dengan cadangan saya?
Baik saya amat bersetuju bahawa self-sufficiency itu sangat penting saya bersetuju tetapi di negeri Pulau Pinang tanah yang terhad iaitu tanah terhad kita kena gunakan teknologi-teknologi yang terbaru. Walaupun ternak udang tetapi apabila kami ambil production and environment kita lebih kepada environment setuju tak? Mungkin untuk ikan dan udang, ketam dan lain-lain hasil laut Kerajaan Negeri telah meluluskan untuk mewartakan semua hutan bakau di sisir pantai Negeri Pulau Pinang dan di Pulau kita telah siap sediakan untuk mewartakan supaya hutan simpanan kekal this is also for this climate emergency and also food security dan di sini juga ada dua satu normal time satu adalah semasa bencana yang semasa bencana walaupun we got self-sufficient but not available. Kerajaan Negeri berpegang pada 3A, Available, Accessible, Affortable iaitu kata available memang ada available tetapi you tak ada access to it tak boleh ada access to it that why affordable so kita macam makanan first 72 hours semasa bencana kita mesti supply apa yang makan dulu kedua apakah trial version akan datang saya boleh gunakan hypermarket supermarket di mana mereka ada makanan apabila ada bencana kami bagi satu arahan daripada Dato‘ SUK kepada mereka akan simpan untuk Kerajaan Negeri for 72 hours. Kita dapat agih pada semua so this is what we call food security semasa bencana. Thank you.
Terima kasih, saya nak jemput Yang Berhormat Permatang Berangan.
Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 60. No. 60. Jumlah kutipan hasil negeri dan status pembangunan ekonomi rakyat menjelang endemik. (a) Sejak pandemik COVID-19 hingga kini, senaraikan prestasi perkembangan kutipan hasil bagi ekonomi negeri. Perincikan mengikut sektor.
(b) Selain itu, apakah status pembangunan ekonomi rakyat yang dicapai sejak tahun 2020 hingga kini? Perincian perkembangan mengikut kategori.
Terima kasih
Y.A.B Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Berangan yang ingin tahu jumlah kutipan hasil negeri dan juga status pembangunan ekonomi rakyat menjelang fasa endemik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kutipan hasil Kerajaan Negeri adalah merangkumi hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Jumlah kutipan pada setiap komponen tersebut untuk tahun 2020 hingga 2022 iaitu mengambil kira tempoh dari bermulanya pandemik sehingga keadaan di mana negara memasuki fasa endemik adalah seperti dalam jadual satu berikut. Bagi tahun 2020 jumlah kutipan hasil RM467.13 juta ringgit, 2021 kutipan adalah RM692.24 juta. Manakala bagi tahun 2022 angka sehingga September 30 adalah RM433.19 juta. Kutipan hasil di bawah komponen hasil cukai telah menunjukkan peningkatan dari tahun 2020 sehingga tahun 2022. Kutipan cukai tanah merupakan item utama di bawah komponen ini yang telah merekodkan kutipan yang semakin bertambah dari tahun 2020 dan merupakan penyumbang utama kepada amaun hasil cukai yang mana sebanyak RM123.47 juta dikutip dalam tahun 2020, RM131.62 juta bagi tahun 2021 dan RM140.21 juta ringgit bagi tahun 2022 sehingga 30 September. Item kedua terbesar yang menyumbang kepada kutipan di bawah komponen hasil cukai adalah kutipan duti hiburan yang mana jumlah kutipan untuk tahun 2020 adalah RM5.98 juta. Bagi tahun 2021 jatuh ke RM0.8 juta dan bagi tahun semasa adalah RM1.63 juta. Kutipan duti hiburan terjejas untuk tahun 2021 dan 2022 disebabkan terdapatnya kelulusan untuk pengecualian pembayaran duti hiburan untuk tempoh mulai April 2021 sehingga Jun 2022. Oleh kerana PKP pun pawagam pun tidak boleh beroperasi. Jadi kalau ada duti hiburan pun tak dapat kutip juga. Jadi jumlah ini merosot dengan mendadak lah bagi tempoh ini. Item ketiga terbesar yang menyumbang kepada kutipan di bawah komponen hasil cukai untuk sepanjang tiga (3) tahun yang sama adalah cukai parit dan tali air yang mana kutipan bagi tahun 2020 adalah RM0.54 juta, 2021 RM0.53 juta dan tahun semasa RM0.56 juta. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah komponen Hasil Bukan Cukai pula, kutipan bagi tahun 2021 adalah RM474.23 juta yang menyaksikan penambahan berjumlah RM220 juta ringgit bersamaan lebihan sebanyak 86.54 peratus berbanding jumlah yang dikutip pada tahun 2020 iaitu RM254.22 juta. Penyumbang terbesar kepada lebihan yang ketara bagi tahun berkenaan adalah item perolehan dari jualan barang-barang yang telah merekodkan kutipan RM270.71 juta berbanding RM48.43 juta bagi tahun sebelumnya manakala bagi tahun semasa adalah RM53.71 juta. Yang Berhormat akan dapat butir-butirnya dalam lampiran. Hanya juga dua (2) item sahaja di bawah komponen hasil bukan cukai yang menunjukkan trend peningkatan sebanyak sepanjang tempoh 2020 sehingga fasa menjelang endemik iaitu lesen bayaran pendaftaran dan permit dan sewaan sahaja. Dapat dilihat juga bahawa keadaan ekonomi yang terjejas akibat pandemik telah mempengaruhi hasil daripada pelaburan kewangan yang mana jumlah yang diterima melalui faedah dan perolehan dari pelaburan telah merosot kepada RM53.31 juta bagi tahun 2021 dan RM28.5 juta untuk tahun 2022 berbanding jumlah yang diterima pada tahun 2020 adalah sebanyak RM92.46 juta dan jawatankuasa pelaburan pun ada buat keputusan untuk jual saham-saham yang nampaknya tak ada potensi menguntung atau naik semasa pandemik ini sebab sektor-sektor ekonomi
terjejas dalam keadaan yang tidak sama. Ada yang naik kerana pandemik ada yang merosot kerana pandemik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah komponen terimaan bukan hasil jumlah untuk tahun 2021 merekodkan penambahan RM1.84 juta berbanding dengan tahun 2020. Sebenarnya angka-angka ini semua boleh diperolehi dari buku-buku bajet yang sudah pun menyenaraikan item-item berkenaan bagi tahun semasa dan berbanding dengan tahun yang lepas. Walau bagaimanapun Lampiran A akan disertakan dengan jawapan ini dan akan diletak di atas meja Yang Berhormat. Bagi soalan bahagian B, Prestasi Ekonomi Pulau Pinang. Saya percaya dalam ucapan bajet serta jawapan-jawapan dari Ahli-ahli MMK Negeri sudah pun kita menyentuh banyak perkara tentang pemulihan ekonomi. Saya cuma bercadang untuk menegaskan point-point yang utama sahaja. Prestasi ekonomi Pulau Pinang kalau dilihat melalui KDNK maka DOSM atau Jabatan Perangkaan Malaysia telah memberi statistik yang menunjukkan kita telah mencapai dan mencatat pertumbuhan yang baik berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Contohnya kita mencapai kadar pertumbuhan tertinggi dalam kalangan negeri-negeri pada kadar 6.8 peratus dan sumbangan Negeri Pulau Pinang kepada KDNK negara juga meningkat kepada 7.1 peratus. Agenda Pembangunan ekonomi untuk rakyat mengikut sektor adalah seperti berikut, pertamanya Kerajaan Negeri memang mengutamakan penyediaan infrastruktur asas, liputan bekalan air dan elektrik dan kemudahan jalinan jalan raya termasuk sektor telekomunikasi yang sudah pun dihujahkan secara panjang lebar oleh Yang Berhormat Tanjong Bunga. Bagi sektor pelancongan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelan tindakan pemulihan pelancongan melalui beberapa strategi dengan menjenamakan Pulau Pinang sebagai destinasi yang selamat menjelang endemik ini iaitu positioning Penang as a safe destination. Jadi itu pun dihuraikan dengan panjang lebar oleh Yang Berhormat Paya Terubong yang telah dapat kerjasama dan kolaborasi daripada sektor pelancongan di Negeri Pulau Pinang untuk sama-sama pulih ekoran daripada pembukaan sempadan negara dan sempadan antara negeri dan kita menyaksikan sektor ini semakin pulih dan menunjukkan kita mampu mengurangkan kerugian, mendorong permintaan yang lebih tinggi, meningkatkan ekonomi serta memastikan ketahanan industri pelancongan. Dalam aspek pembangunan modal insan dan mengurangkan isu pengangguran, saya pun sudah maklumkan kepada Dewan ini di Negeri Pulau Pinang kita menyaksikan pelaburan yang meningkat dan peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan sebenarnya kita menghadapi satu keadaan ada kerja tak ada pekerja. Jadi kita perlu juga memberi perhatian kepada bagaimana kita dapat membangunkan modal insan bagi memenuhi permintaan daripada industri iaitu kita ada misi bersama dengan pihak industri Creating Future Talent Today, itu yang kita perlu lakukan. Yang keempat berhubung dengan Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar melalui Program Agenda Ekonomi Saksama. Yang Berhormat Sungai Puyu amat prihatin tentang isu ini dan sudah pun menerangkan bagaimana kita melalui skim-skim dan inisiatif dapat menyalurkan bantuan kepada golongan yang terkesan. Perkara kelima berhubung dengan inisiatif mengurangkan jurang gender dari segi ekonomi melalui Dasar Keterangkuman Gender, Responsive and Participatory Budgeting (GRPB). Peranan yang dimainkan oleh PWDC dan juga pelbagai program-program seperti Program Mentor Usahawan Wanita Pulau Pinang dan juga peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga di setiap KADUN bagi memberi peluang kepada golongan wanita bergiat aktif dalam melaksanakan program program pemerkasaan wanita serta menerap nilai-nilai kepimpinan dalam diri mereka. Keenam, yang penting Yang Berhormat dari Batu Maung juga mengulas perkara ini tentang peranan yang dimainkan oleh InvestPenang dan PDC dalam menarik pelaburan strategik ke Pulau Pinang dan juga PDC bagaimana berusaha untuk membangunkan
infrastruktur-infrastruktur dan juga taman-taman perindustrian di kawasan-kawasan strategik. Seterusnya bagi menjamin pertumbuhan ekonomi untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri komited melaksanakan Projek Penang South Reclamation dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang merupakan game changer kepada Negeri Pulau Pinang dari segi potensi untuk menarik pelaburan yang lebih dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan menjelang tahun 2050 apabila ketiga-tiga Pulau itu siap dan kita percaya ianya akan menjadi pemangkin perkembangan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang memacu ekonomi negeri serta memajukan pembangunan di selatan bahagian pulau Negeri Pulau Pinang. Itu sahaja Dato’ Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Permatang Berangan.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila Ketua Pembangkang.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya cuma nak sentuh sedikit. Rasa tertarik dengan apa yang telah dibentangkan tentang hasil Kerajaan Negeri dan sebagainya. Tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Pejabat Daerah dan juga pihak PBT yang telah memastikan hasil cukai kita dapat kutip dengan lebih tinggi cuma saya nak tanya satu tentang masih adakah cukai-cukai ataupun bayaran yang tertangguh, tertunggak yang masih yang saya lihat dulu masih tinggi tapi adakah dah dikurangkan dan usaha-usaha untuk mengutip cukai-cukai tertunggak ini. Kedua tentang jualan barang-barang yang disebut oleh Padang Kota tadi berkaitan jualan-jualan barang yang agak tinggi RM200 juta. Boleh tolong jelaskan apakah item-item barang yang dijual yang dapat hasil kepada Kerajaan Negeri dan juga dari segi pelupusan tanah. Adakah ada dalam pendapatan Kerajaan Negeri dari segi pelupusan tanah yang telah diakui oleh Padang Kota juga ada pelupusan tanah yang dibuat. Adakah termasuk dalam pendapatan atau pun hasil Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Ketua Pembangkang atas soalan tambahan. Sememangnya masalah tunggakan hasil adalah perkara yang berlarutan dan berterusan dan pelbagai usaha diambil untuk memastikan tunggakan ini dapat dipungut melalui beberapa kaedah di jabatan masing-masing dan kita akan berusaha untuk memastikan hasil ini dapat dikutip dan ada hasil yang tidak dapat dikutip perlu dihapus kira. Oleh kerana mungkin ianya berlaku apabila tanah-tanah hak milik sendirian di rampas tetapi hasil, cukai hasil itu masih dikeluarkan. Jadi perkara-perkara ini diambil tindakan supaya kita dapat membersihkan akaun tunggakan hasil supaya dapat memberi satu gambaran yang lebih jelas. Mengenai angka yang hasil yang besar dari item jualan dan barangan, ianya melibatkan penukaran status hakmilikan daripada lease hold kepada free hold bagi tanah-tanah, sebahagian tanah-tanah pembangunan di E&O, jadi ini akan digunakan untuk pembangunan Gurney Wharf. Jadi itu hasil adalah dipungut dengan satu tujuan bagi membiayai projek Gurney Wharf. Jadi apa yang kita terima
daripada penukaran status pegangan, dapat hasil tetapi negeri akan melabur balik kepada pembangunan di Gurney Wharf. Dan memang tanah-tanah diluput melalui pelbagai kaedah akan terus menjadi satu sumber hasil dan saya sebut tadi, hasil tanah merupakan komponen yang terbesar bagi Negeri Pulau Pinang dan kita berharap apa yang diumumkan semasa ucapan bajet iaitu lanjutan pajakan tanah bagi semua kategori kegunaan harap dapat sambutan daripada pemilik yang ingin melanjutkan pajakan mereka dan kita pada ketika ini tidak dapat menjangka apakah jumlah hasil yang boleh dikutip bagi tahun-tahun akan datang daripada tindakan melanjutkan tempoh pajakan kepada hak milikan yang akan luput atau sudah luput tempoh pajakan mereka. Sekian.
Terima kasih. Sudah tiga soalan, semua ditanya oleh Ketua Pembangkang. Yang Berhormat Penaga.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 61. No. 61. Berapa jumlah dan tempat mengikut DUN bencana banjir kilat yang berlaku di Pulau Pinang dari tahun 2017 hingga 2021? (a) Berapakah kehilangan nyawa, kerugian harta benda rakyat, taksiran kerugian pihak kerajaan dan swasta serta penduduk setempat? (b) Adakah kerajaan membayar ganti rugi bencana banjir kilat pada rakyat yang terlibat?
Sila.
Y.A.B. Ketua Menteri: Tak apalah saya jawab.
Jawab.
Y.A.B. Ketua Menteri: Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan untuk Yang Berhormat Penaga yang menanyakan soalan berhubung dengan banjir kilat yang berlaku di Negeri Pulau Pinang bagi tempoh 2017 sehingga 2021. Jumlah dan tempat bagi bencana banjir kilat mengikut DUN yang diperolehi daripada Jabatan Pengairan dan Saliran hanya merangkumi SPT, SPU dan SPS. Manakala Jabatan Pengairan dan Saliran masih belum mempunyai data bagi jumlah dan tempat banjir kilat bagi Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya mengikut DUN. Walau bagaimanapun, lampiran akan disertakan untuk perhatian Yang Berhormat yang merangkumi hotspot-hotspot kawasan yang mengalami banjir kilat di Negeri Pulau Pinang ini bagi tempoh berkenaan. Unit Pengurusan Bencana tiada maklumat berhubung
jumlah kehilangan nyawa, kerugian harta benda rakyat, taksiran kerugian pihak kerajaan dan swasta serta penduduk setempat. Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak membayar ganti rugi bagi banjir kilat kepada rakyat. Walau bagaimanapun, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tabung Tuan Yang Terutama yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 diadakan pada 27 September 2022 ini telah diminta untuk mendapat maklumat dan membuat analisa keperluan jika terdapat pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di negeri lain turut menyalur bantuan bagi banjir kilat. Sememangnya dalam di Negeri Pulau Pinang kategori banjir kilat, pihak Kerajaan Negeri tidak menyalurkan bantuan sehingga kini sebab susah nak mendefinisikan banjir kilat sebab dia surut dengan cepat, jadi selama ini memang kategori ini tidak dimasukkan sebagai bantuan kepada mangsa-mangsa berkenaan. Mungkin wakil rakyat-wakil rakyat ada ketikanya boleh menyalurkan bantuan sedikitlah kepada mangsa-mangsa dalam lokasi-lokasi tertentu. Tetapi sebagai dasar, memang ianya tidak disalurkan bantuan oleh Kerajaan Negeri.
Sila.
Terima kasih Padang Kota atas jawapan yang telah diberi kepada soalan yang saya kemukakan. Untuk makluman Dewan, banjir kilat ini berlaku apabila hujan turun lebat dan seringkali di musim tengkujuhlah atau pun sekarang ini. Bulan lepas pun di kawasan Penaga ada beberapa kawasan kampung-kampung yang berlaku banjir kilat dan pagi ini pun ada. Semalam apabila hujan turun lebat, beberapa kampung dinaiki air. Jadi sebagaimana yang disebut jawapan yang diberi tadi, tidak ada bayaran atau pun ganti rugilah bencana banjir kilat ini sebab air dia naik ataupun berlaku banjir itu dan kemudian dia surut dalam tempoh mungkin dua tiga jam. Cumanya berlaku kerosakan ataupun masalah apabila air masuk ke dalam rumahlah. Di Penaga ada dua tiga kawasan, dia tak berlaku di kawasan taman sebab taman ini, dia punya sistem parit apa semua dan ada tempat saluran air itu dah disiapkan oleh pemaju. Ini berlaku di kawasan kampung. Di Bakar Kapur berlaku kes, di Permatang Tok Labu dan juga di Pulau Mertajam termasuk Bakau Tua. Cuma saya nak minta pandangan mungkin oleh kerana kawasan rumah ini, rumah kampung ini dia rendah. Sebagai contoh di Permatang Tok Labu itu di sebelah kanan itu dia jalan raya tinggi, kawasan tinggi kemudian sebelah kiri itu kawasan padi, dia punya ban tu tinggi jadi bila berlaku hujan lebat, air turun dan dia akan berada di kawasan rendah, kawasan rumah dan air akan masuk. Setiap bulan berlaku, kita turun pun sekadar boleh bagi sumbangan, mungkin hamper makanan, sumbangan sedikit duit wang tunai tetapi kalau setiap bulan ini, setiap bulan agak letih. Cuma mohon pandangan daripada pihak Kerajaan Negerilah mungkin ada perancangan sama ada jangka pendek atau pun jangka panjang untuk memastikan supaya macam mana nak mengatasi kawasan rendah itu supaya mungkin kita boleh buat satu saluran untuk keluarkan air itu bagi mengatasi masalah banjir kilat ini. Pagi tadi pun saya dalam perjalanan nak ke Dewan ini kalau tengok di kawasan Sungai Lokan mungkin di kawasan YB. Dato’ Ketua Pembangkanglah dekat dengan Stesen Minyak Petronas, memang air masih ada dan kenderaan penduduk pun terpaksa di parking di tepi jalan dan masih berlaku, maknanya air itu tak turun lagi, banjir kilat di kawasan tersebut. Jadi mungkin ada perancanganlah Kerajaan Negeri macam mana kita nak mengatasi mungkin melalui YB. EXCO Tanjung Bunga tengok macam mana untuk kita pastikan ada saluran yang kita boleh buat, parit kecil ke macam mana, atau pun longkang untuk alirkan air
itu keluar dengan segera terutama sekali di kawasan sayalah di sebelah SPU. Tuan Pegawai Daerah pun ada, mungkin boleh tengok untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Penaga yang telah menyuarakan masalah berhubung dengan banjir kilat di kawasan-kawasan penempatan bukan terancang. Saya sekarang sudah tukar status. Saya pun menjadi Ahli Parlimen yang berhadapan dengan isu yang sama semasa kempen memang melawat banyak kawasan kampung yang merupakan pembangunan yang tak terancang dan juga kebanyakkan adalah merupakan tanah-tanah milik persendirian dan saya juga merasakan isu ini perlu ditangani sebab sekiranya tidak ada apa-apa tindakan, penduduk-penduduk akan sepanjang hayat mereka kalau duduk di sana akan berhadapan dengan isu yang sama selagi dia tidak dibangunkan semula, ianya akan begitu setiap musim tengkujuh atau pun apabila berlakunya banjir yang kuat, maka sistem perparitan yang tidak sempurna itu tidak dapat mengalirkan air ke monsoon drain yang mungkin berada di jalan-jalan utama. Saya dimaklumkan bagi kawasan-kawasan tertentu JPS memang sudah melakukan beberapa kajian lokasi-lokasi tertentu untuk melihat macam mana bagi tempoh pendek atau pun sederhana, masalah air tertakung dan tidak dapat mengalir dapat di lihat supaya ianya dapat membawa sedikit keselesaan kepada penduduk-penduduk di penempatan sedemikian. Saya akan ambil perhatian secara peribadi memandangkan saya pun jadi Wakil Rakyat yang perlu menjaga kawasan sedemikian dan saya akan meneruskan usaha ini bersama-sama JPS, JKR, Pejabat Daerah untuk melihat satu penyelesaian yang lebih holistik bagi menangani isu banjir kilat khususnya di penempatan yang tak terancang atau pun di kawasan kampung. Sekian, terima kasih.
Saya nak jemput Sungai Dua.
Soalan saya soalan 62. No. 62. Adakah draf laporan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut telah siap? (a) Bila mula dan bila akan siap? (b) Berapakah nilai bayaran yang tel ah dijelaskan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan ini? Jelaskan. (c) Adakah benar dua projek pembangunan di atas tanah yang dianugerahkan sebagai bayaran kajian terowong telah siap sepenuhnya?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Projek terowong dasar laut merupakan salah satu komponen di bawah Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong Dasar Laut Negeri di Pulau Pinang. Projek ini dilaksanakan oleh syarikat konsesi iaitu Consortium Zenith Construction (CZC) yang dilantik oleh Kerajaan Negeri pada bulan Oktober 2013. Hasil laporan kajian kebolehlaksanaan atau pun feasibility study, terowong dasar laut telahpun dibentangkan kepada Kerajaan Negeri pada bulan April 2022. Secara dasarnya, hasil kajian
menyatakan bahawa terowong dasar laut boleh dilaksanakan dan ini pun diterima oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Laporan Akhir Kajian Kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut ini hanya akan diterima siap setelah ulasan muktamad berkenaan pelan induk pembesaran North Butterworth Container Terminal (NBCT) oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dapat diperolehi secara rasmi. Buat masa ini, pihak SPPP masih belum memuktamadkan pelan induk pembesaran NBCT secara rasmi. Untuk menjawab lagi soalan Yang Berhormat, peralihan projek terowong dasar laut ke fasa reka bentuk tertakluk kepada pengintegrasian reka bentuk jajaran terowong bersama pelan induk pembesaran NBCT yang masih belum dimuktamadkan. Jangka masa pelaksanaan projek terowong dasar laut adalah tertakluk kepada perkara ini. Soalan yang kedua Yang Berhormat, tiada bayaran dilaksanakan bagi projek terowong dasar laut memandangkan laporan kajian kebolehlaksanaan masih belum dimuktamadkan dan diterima oleh Kerajaan Negeri atau pun diterima siap. Setakat ini, Kerajaan Negeri hanya melaksanakan bayaran dalam bentuk secara tukar ganti tanah ataupun in-kind dengan nilai RM208,755,080.00 bagi pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci bagi Projek Jalan-Jalan Utama sahaja. Maksudnya untuk terowong, tidak ada sebarang pembayaran yang telah dibuat. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Tanjong Bunga. Saya cuma nak tanya satu dua soalan. Pertamanya tentang kajian kebolehlaksanaan terowong, mengapa dia mengambil masa yang begitu lama, kajian yang dibuat. 2017 tadi? Start 2017 hingga 2022, lebih kurang enam (6) tahun, enam (6) tahun baru siap. Mengapa lambat? Adakah masalah teknikal ke, masalah apa-apa ke? Ini kajianlah, kajian yang dibuat. Kedua, adakah benar swapping bagi tanah-tanah yang diberikan kepada Zenith Consortium ini di kawasan tambakan Gurney Drive telah diserahkan dan saya rasa telah siap pembinaannya. Betul tak betul? Saya pun tidak jelas, betul tak betul pembangunan Dream City itu adakah ia termasuk dalam tanah yang dianugerahkan yang diberikan sebagai bayaran dan dah siap pun dan dah jual pun. Saya rasa mungkin syarikat ini akan mendapat untung yang berkali ganda bila dah siap dan jual. Tiga, apakah bila pembinaan terowong ini akan dibina nanti mungkinlah selepas DEIA selepas persetujuaan daripada Penang Port dan sebagainya, adakah dia akan melibatkan pengambilan tanah dan perpindahan penduduk di kawasan terlibat khususnya di sebelah Bagan Ajam? Saya rasa dia akan melibatkan sampai ke BORR ni. Jadi mungkin ada penglibatan pengambilan tanah, perpindahan penduduk di kawasan di situ, ada flat Pantai Bersih, flat Taman Tun dan sebagainya yang mungkin akan terlibat dalam pembinaan nanti. Kita harap dia tak jadilah kot dan adakah dana yang digunakan ini akan melibatkan dana yang sama dengan PTMP ini yang kita nak buat tiga pulau ini dana yang sama itu akan digunakan untuk pembinaan terowong nanti yang kita harap tak jadilah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang atas soalan-soalan tambahan. Yang pertamanya, isu kajian kebolehlaksanaan mengambil masa yang lama. Sebenarnya Yang Berhormat, terdapat banyak stakeholder yang terlibat dalam kajian kebolehlaksanaan ini dan antaranya adalah agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan juga pihak swasta dan juga TUDM. Jadi oleh kerana terdapat banyak pihak yang terlibat kadang-kadang kita nak bermesyuarat mendapat ulasan pun kena tunggu masa yang lama contohnya yang tadi saya bagi nak muktamadkan Master Plan NBCT pun kita perlu tunggu sehingga kerja dilaksanakan perunding dilantik oleh pihak Suruhanjaya Pelabuhan dan sehingga mereka dapat memberikan kita maklumat-maklumat yang perlu, kita pun tidak boleh nak memuktamadkan.
Itu yang menjadi antara punca-punca delayed dan sudah tentu dua (2) tahun PKP pun telah mengakibatkan beberapa kelewatan juga, Yang Berhormat. Untuk soalan kedua, mengenai land swap bagi City of Dreams. Sepertimana yang saya sebut tadi, land swap tersebut adalah bagi kajian kebolehlaksanaan dan juga reka bentuk terperinci detail design dan juga feasibility study bagi tiga jalan utama dan tidak melibatkan langsung terowong. Terowong ini adalah apa ini bayaran secara land swap hanya dibuat bagi kerja yang telah siap, yang telah siap adalah feasibility study dan juga reka bentuk terperinci bagi tiga jalan utama dan bukan terowong. Terowong walaupun dia dah hampir siap kita tak bayar lagi, kita cuma akan membuat pembayaran setelah dimuktamadkan dan diterima siap oleh Kerajaan Negeri. Jadi itu adalah status bagi land swap. Dan ketiga, pembinaan terowong ini jajaran yang akhir dan adakah ia akan melibatkan pengambilan tanah dan sebagainya dia akan bergantung, Yang Berhormat, kepada reka bentuk terperinci detail design yang hanya akan dimulakan setelah pemuktamadan feasibility study terowong tersebut. Akhir sekali soalan mengenai dana Yang Berhormat untuk makluman, projek terowong ini adalah sebahagian daripada RM6.3 billion RFP yang telah tender yang telah dianugerahkan kepada syarikat CZC ini maka ia tidak kena-mengena dengan tambakan PSR. Untuk terowong ini dia sebahagian daripada RM6.3 billion campur dengan konsesi tol. Jadi ini adalah pakej yang telah dipersetujui dalam RFP tersebut. Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya hendak jemput Bayan Lepas. Sila.
Selamat pagi, Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 63. No. 63. Pembangunan prasarana sukan dan belia. (a) Nyatakan fasiliti sukan yang telah dibina dalam tempoh lima (5) tahun di Daerah Barat Daya. (b) Apakah cadangan pembinaan fasiliti sukan seterusnya di DUN Bayan Lepas? (c) Apakah cadangan saya untuk menjadikan Padang Awam Teluk Kumbar sebagai mini stadium pelbagai guna boleh dilaksanakan?
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya menjawab soalan nombor 63. Terdapat dua (2) fasiliti sukan telah dibina dalam tempoh lima tahun di Daerah Barat Daya oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang iaitu Gelanggang Takraw Taman Poket, Teluk Kumbar pada tahun 2020 dan juga Gelanggang Bola Keranjang Taman Prestij III pada tahun 2020. Namun tiada fasiliti sukan yang telah dibina dalam tempoh lima (5) tahun di Daerah Barat Daya oleh Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa fasiliti sukan sedia ada yang telah diselenggara dan dinaiktaraf dengan baik menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri dalam tempoh lima (5) tahun iaitu seperti di Lampiran A. Pembinaan fasiliti utama yang sedang dalam proses pelaksanaan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama pihak swasta di Daerah Barat Daya adalah pembinaan Queens Waterfront Sports Complex….(dengan izin), Dato’ Speaker, yang dijangka siap pada tahun 2026 ia akan dilengkapi dengan kemudahan padang terbuka, gelanggang bola tampar terbuka, gelanggang kemudahan tertutup bagi sukan bola keranjang,
sukan karate, sukan wushu, sukan judo serta kemudahan pusat akuatik 3 tingkat mengikut piawaian International Swimming Federation (FINA). Selain itu, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan ADUN kawasan atau agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah untuk mengemukakan cadangan pembinaan fasiliti sukan di DUN Bayan Lepas untuk kemaslahatan rakyat. Walau bagaimanapun, ia juga tertakluk kepada ketersediaan dan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri semasa. Untuk C, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan untuk menaik taraf Padang Awam Teluk Kumbar sebagai stadium mini. Walau bagaimanapun, kajian dan perbincangan lanjut perlu dilaksanakan dengan penglibatan agensi-agensi yang berkaitan seperti JKR, Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang, Majlis Bandaraya MBPP dan juga Pejabat Daerah Barat Daya dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Saya berharap kita boleh menjalankan satu mesyuarat dalam masa terdekat supaya dapat tentukan bajet atau pun lokasi tersebut supaya dapat dinaik tarafkan dengan secepat mungkin tahun depan.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Memandangkan minat anak muda sekarang dalam eSport adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memusatkan ataupun membina satu center bagi sukan eSport ini. Tak kiralah di DUN Bayan Lepas ataupun dalam Negeri Pulau Pinang ini sebab sebolehnya kita nak ada satu facilities untuk eSports ini yang cukup internet dia, cukup apa tu electronic part dia dan juga dia dalam keadaan terkawal. Kita tak nak eSports ini dijalankan diminat oleh belia-belia tetapi tanpa kawalan. Jadi saya minta kalau boleh, adakah ada hasrat Kerajaan Negeri untuk dijadikan eSports ini satu tempat untuk disediakan macam mini apa? Mini studio dan sebagainya.
Okey.
Saya menjawab soalan tambahan daripada Bayan Lepas. Mungkin semasa saya menggulung semalam Bayan Lepas tidak ada. Saya telahpun menjawab soalan tambahan daripada Bagan Dalam memang eSports, Akademi Esports Pulau Pinang yang pertama yang telah pun dirasmikan oleh Ketua Menteri pada bulan Ogos 27 di KOMTAR Tingkat 3 dan sedang berjalan eSports Centre tersebut maka saya juga berhasrat dan juga telah merancang supaya jika diizinkan dengan bajet-bajet yang disediakan kita akan memulakan konsep sebegini dengan menggunakan anggaran kos RM200,000 untuk membina eSports Centre di setiap daerah.
Terima kasih. Seterusnya saya nak jemput seorang daripada Air Putih tak ada soalan langkau dan seterusnya soalan Bukit Tengah, Bukit Tengah tak ada. Seterusnya saya nak jemput Sungai Pinang, Sungai Pinang tak ada. Maka kita terus ke soalan Yang Berhormat Permatang Pasir. Sila.
Terima kasih , Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 67. No. 67. Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah melantik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai Project Management Office (PMO) bagi melaksanakan kajian semula projek ini. Namun begitu, pada ketika ini, pihak YIPP sedang menghadapi isu perundangan berhubung kontrak yang lepas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut dilaksanakan.
Terima kasih Yang di-Pertua Dewan. Terima kasih kepada soalan daripada Permatang Pasir. Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang telah melantik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai Project Management Office bagi melaksanakan kajian semula projek ini. Namun begitu pada ketika ini pihak Yayasan Islam Pulau Pinang sedang menghadapi isu perundangan berhubung kontrak yang lepas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut dapat dilaksanakan. Terima kasih.
Ya.
Isu perundangan itu, mohon soalan tambahan. Isu perundangan tersebut adakah yang melibatkan kes di mahkamah atau pun masih di peringkat negotiation? Terima kasih Yang Berhormat.
Di peringkat negotiation iaitu tuntutan terhadap kerja-kerja yang telah dijalankan oleh kontraktor awal, kontraktor asal.
Terima kasih. Maka ke semua soalan-soalan lisan telah pun ditanya dan dan telah pun dijawab dan maka tamatlah sesi soalan lisan selaras dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Sila.
Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita kembali ke sesi penggulungan untuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dan usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023. Saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat untuk kita sambung dengan sesi penggulungan. Sila Yang Berhormat Penanti.
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Law Choo Kiang.
Tidak perlu sebut nama lah.
Tidak perlu sebut nama?
Semua orang tahu.
(Ketawa) Yang Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membentangkan ucapan penggulungan bagi menjawab soalan-soalan tambahan berkaitan isu-isu di bawah portfolio yang telah diamanahkan kepada saya. Soalan berkenaan dengan skim bantuan kepada penternak khinzir. Yang Berhormat KOMTAR menyoal berkaitan isu harga daging khinzir yang meningkat dua kali ganda daripada RM670.00 per 100 kilogram kepada RM1,350.00 per 100 kilogram dan cadangan supaya Kerajaan Negeri menyediakan skim kepada penternak khinzir untuk naik taraf kemudahan kepada ternakan moden bagi penternak kecil dan memohon memberi bantuan subsidi untuk beli bahan mentah makanan khinzir seperti jagung dan kekacang. Untuk merujuk kepada perjanjian program bagi bantuan penternak 2023 ia tidak dinyatakan skop bantuan bagi komoditi babi. Program bantuan perternak adalah menjurus kepada komoditi ruminan, unggas dan aneka haiwan, kuda, arnab, burung walit, menaik taraf ladang babi kepada sistem penternakan babi moden juga telah diarahkan kepada penternak sejak tahun 2017. Oleh demikian, menaik taraf ladang babi seharusnya telah lama siap dibina oleh para pengusaha. Sehingga kini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pulau Pinang telah meluluskan lesen penternakan kepada 64 buah ladang babi sahaja yang telah menaik taraf kepada sistem kandang tertutup iaitu sekurang-kurangnya 50%. Perkara ini juga telah dibentang di dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Bil. 5/2022 pada 23 Februari 2022 yang telah memutuskan bahawa mana-mana ladang yang sedang melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan untuk mematuhi syarat lesen penternakan dan penambahbaikan tersebut telah mencapai 50 peratus kemajuan atau lebih, kelulusan lesen penternakan secara bersyarat boleh dipertimbangkan dan ladang terbabit dibenarkan untuk beroperasi. Berikut adalah status terkini penguatkuasaan ke atas ladang ternakan babi di empat (4) daerah. Di SPU 33 lesen telah diberi, populasi babi 62,295 ekor yang tiada berlesen di SPU 35 ladang, populasi 52,531. SPS 27 yang telah diberi lesen, populasi 110,555 ekor, yang tiada diberi lesen 36 ladang, populasi 62,650. SPT 3 yang telah diberi lesen, populasi 7,276 dan
tiada lesen satu (1) 1,549. DBD ada satu (1) yang telah diberi lesen, populasi 1,850 ekor dan tiada lesen enam (6) ladang, populasi 10,316. Jadi jumlah yang telah diberi lesen ialah 64 ladang, populasi 181,976 ekor yang tiada lesen 78 ladang, populasi 127,046 ekor. Walau bagaimanapun, Jabatan Veterinar telah mengambil inisiatif dengan memberikan bantuan lain untuk membantu melengkapkan Sistem Penternakan Babi Moden selain daripada menaik taraf kandang seperti bantuan bahan untuk membuat pagar, pembinaan longkang.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhammad Yusoff bin Mohd Noor); Mohon penjelasan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin); …dip pitted (bagi tujuan pelupusan karkas) serta bantuan useful microbes ataupun UM bagi tujuan kawalan pencemaran.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor); Mohon penjelasan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin); Oh. Okay.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor); Terima kasih Penanti.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin); Ini belum jawab lagi yang Sungai Dua tanya itu. Ini baru jawab yang KOMTAR.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor); Nak tanya sikit tentang, bila tarikh bagi pengakhiran tarikh?
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin); Ya.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor); Untuk ladang tertutup ini. Yang kedua.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin); Memang dalam jawapan ini ada.
Ya, saya dengar dulu.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin); Okey, jadi untuk makluman Yang Berhormat KOMTAR, subsidi unggas adalah mengguna pakai peruntukan daripada Kementerian Kewangan Malaysia dan diturunkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai pelaksana. Mana-mana ladang unggas yang berlesen dan berdaftar dengan jabatan boleh memohon dengan memberikan maklumat berkaitan pengeluaran dan invois.
Jadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh mempertimbangkan untuk memberi subsidi makanan membeli bahan mentah makanan babi dengan mengguna pakai perbelanjaan negeri namun bantuan ini hanya diberikan kepada ladang babi yang berlesen sahaja.
Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Sungai Dua mengenai ladang babi yang menyebabkan pencemaran sungai, ladang-ladang yang masih gagal mematuhi lesen penternakan dan tiada kerja-kerja penambahbaikan dilaksanakan, kompaun dikenakan ke atas ladang tersebut sehingga 31 Mei 2022 dan sekiranya ladang tersebut masih gagal mematuhi syarat lesen penternakan, notis penutupan operasi ladang dikeluarkan kepada ladang yang berkenaan bermula pada 1 Jun 2022. Walau bagaimanapun, sekiranya ladang yang telah menerima notis penutupan ladang telah membuat penambahbaikan dan mematuhi syarat lesen, lesen boleh diberikan.
Selari dengan arahan tersebut, Jabatan Veterinar Pulau Pinang telah mengeluarkan kompaun ke atas 50 buah ladang babi dan 17 buah ladang telah suka rela untuk memberhentikan aktiviti penternakan dan dalam proses mengosongkan ladang mereka. Jabatan Veterinar juga telah mengeluarkan Notis Arahan Pengosongan, Pemberhentian Operasi dan Penutupan Ladang Babi kepada 54 buah ladang babi. Penternak juga telah diberi masa sehingga 31 Disember 2022 untuk mematuhi kehendak Enakmen dan Peraturan dan kegagalan akan menyebabkan ladang ditutup.
Bermula pada 1 Oktober 2022, verifikasi ke atas ladang babi yang berlesen telah dijalankan dan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan Ladang Babi pada 6 Disember 2022 hingga 8 Disember 2022. Bagi ladang yang telah menandatangani Notis Arahan Pengosongan, Pemberhentian Operasi Dan Penutupan Ladang Babi akan dijalankan bermula 15 Januari 2023 dan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan Ladang Babi yang akan ditetapkan kelak. Jabatan Veterinar Pulau Pinang tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh menaik taraf kepada sistem kandang tertutup kepada penternak telah diberi masa sejak tahun 2017 lagi.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor); Terima kasih satu penjelasan yang saya rasa memuaskan hati, cuma saya minta penguatkuasaan kalau kata 15 Januari, pastikan 15 Januari itu segala penternak yang tidak ada lesen atau pun tidak melaksanakan tertutup itu kita hentikan. Dan kita dah bagi ruang sehingga Ogos 2022 supaya yang tidak ada lesen itu untuk ini laksanakan.
Dan satu persoalan saya kepada Penanti lah, bila pelaksanaan sistem tertutup ini, adakah kita bagi tempoh yang 50 peratus itu perlu disiapkan bila. Sebab tempoh tak ada nanti ia akan drag, ia akan lanjut sampai sekian tarikh. Dia dah 50 peratus dah ada lesen tapi kita tak bagi satu keputusan satu ketetapan bila tarikh. Macam tadi, yang tak ada lesen kita bagi sampai 15 Januari untuk kita hentikan langsung, kosongkan kandang dan sebagainya. Dan saya harap ini berlaku dengan penguatkuasaan dengan lebih kuat, lebih tegas dalam kita menyelesaikan isu ini kerana kalau kita tak tegas maknanya penternak yang tak berlesen ini akan meneruskan dan kita harap sistem tertutup ini akan menyebabkan kumbahan yang
keluar itu tidak lagi ada mempunyai najis-najis iaitu secara direct kepada sungai. Jadi ini mungkin akan dapat menyelesaikan sikit masalah dan saya juga boleh jawab di peringkat kawasan bahawa ini telah dilaksanakan. Depa kata saya kadang-kadang ikut, tapi saya ikut dan saya pastikan ia berlaku. Dia terus dilaksanakan secara tegas dari segi penguatkuasaan dan akhirnya cuma tinggal lebih kurang 64 ladang atau pun tambahan sedikit dengan yang tak berlesen mohon lesen. So, terima kasih Penanti.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin); Ya, kalau mengikut verifikasi yang telah diadakan pada 1 Oktober itu verifikasi itu telah diadakan untuk ladang-ladang babi yang berlesen yang sepatutnya, maknanya bila lesen diberi mereka mesti membuat, kandang babi mengikut syarat-syarat is closed system dan zero discarge. Jadi, mesyuarat akan diadakan pada 6 hingga 8 Disember untuk check sama ada mereka compile ke tak yang berlesen yang kata nak buat ladang tertutup dan juga zero discarge. Jadi masa itulah nanti akan tengok berapa yang telah betul-betul melaksanakan syarat yang ditetapkan. Okey, saya nak jawab juga berkenaan dengan soalan dari Sungai Dua. Merujuk kepada soalan daripada Yang Berhormat Sungai Dua mengenai kebimbangan beliau terhadap tanah-tanah pertanian yang makin berkurangan dan apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi termasuk tanah tanaman padi?
Okey, Yang Berhormat turut memohon penjelasan secara terperinci tentang sebab kekurangan tanah pertanian. Dalam Deraf Rancangan Tempatan Seberang Perai iaitu kalau ikut Deraf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030. Terdapat pengurangan 4,311.52 hektar atau pun 10,654 hektar.
Untuk makluman Yang Berhormat, pengurangan tanah pertanian di peringkat PBT dan Pejabat Tanah dan Daerah adalah terkawal dan selaras dengan perluasan perancangan kawasan keutamaan pembangunan yang digariskan di dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030. Hal ini juga bagi memenuhi permintaan tinggi bagi pembangunan perumahan, komersial dan perindustrian. Kelulusan bagi penukaran status tanah pertanian bagi kegunaan pembangunan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri setelah menimbangkan ulasan daripada semua jabatan teknikal yang berkaitan.
Selain itu, beberapa inisiatif telah diadakan untuk melaksanakan program-program pembangunan yang telah dirancang serta mewujudkan petani-petani baharu seperti melalui Program ‘Farmer to Farmer’ maknanya mereka yang sebelum ini bukannya petani menjadi petani dan farm to farm maknanya mereka yang sebelum ini bukannya penternak ikan menjadi penternak ikan.
Ada juga kita ada program-program bersama dengan pesawah dan juga penternak lembu dan juga nelayan even untuk mempelbagaikan aktiviti mereka juga dengan di pusat pemulihan di Kampung Selamat juga kita ada projek farmer to farmer untuk mereka yang sedang dalam proses merawat daripada masalah dadah serta memastikan tanah-tanah pertanian khususnya tanah sawah tidak diubah. Kita juga dalam MMK Luar Bandar, kita mempunyai juga sebab portfolio saya ini kira pertanian banyak juga di kawasan luar-luar bandar dan kita mempunyai kolaborasi dengan pihak RISDA, ada I think around 300 hektar dan juga FELCRA ada 200 hektar di mana Jabatan Pertanian bersama dengan kami berbincang juga dengan peserta-peserta tuan-tuan tanah ini untuk mempelbagaikan tanah-tanah yang tidak berapa produktif.
Maknanya tanah-tanah pertanian boleh disebabkan oleh kekangan tanah di Pulau Pinang yang diperlukan untuk pembangunan dan industri. Tanah-tanah yang sedia ada itu dimaksimumkan dan kita ada kerjasama ini macam dalam Mesyuarat MMK Luar Bandar bersama dengan RISDA dan juga mesyuarat kita juga ada kolaborasi, dan kita ada listing, kita
ada senarai semua tanah-tanah yang pokok-pokoknya ada, ada pokoknya lebih dah tua ataupun ada masalah di situ yang tidak produktif di mana kita berkolabrasi untuk ladang integrasi atau pun dengan untuk ternakan dan juga untuk high value crops itu yang kita sedang lakukan. Kita juga telah menengok dengan TNB juga tanah-tanah bawah rintis dan juga tanah-tanah PDC dan PTG juga telah bagi senarai-senarai tanah kerajaan yang, yang terbiar yang boleh diguna pakai untuk sektor pertanian untuk, ya?
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor); Terima kasih Penanti, saya tertarik dengan jawapan kepada persoalan saya berkaitan dengan pengurangan tanah. Jadi saya nampak ianya agak serius kerana by 2030 kita akan kurang 10,000 ekar tanah pertanian, tanah yang memang syarat daripada pertanian akan dikurangkan kepada 10,000 ekar menjelang 2030, jadi mungkin akan semakin kuranglah tanah pertanian ini di Pulau Pinang, tapi kita perlu juga yang saya nak sentuh di sini adalah tanah sawah, dalam PAC pun saya bincang. Saya rasa kesal kerana penguatkuasaan dan sebagainya agak, agak perlahan, agak slow tindakan mahkamah untuk dia korek balik bendang pun tak berlaku kesan mahkamah untuk dia balikkan bendang kepada asal tapi tak berlaku, dia masih lagi tanah seperti itu ianya semak dan memberikan masalah kepada bendang-bendang sebelah dan akhirnya bendang tu akan jadi masalah kepada tanah sawah. Kalau boleh jangan sekali-kali dalam kawasan pengairan dan jangan sesekali kita jual ataupun tambunkan tanah tersebut, saya memang menentang keras isu ini, saya hampir-hampir dilanggar oleh lori tanah yang masuk jadi saya tahan kerana ini merupakan punca hasil makanan negeri. Kita cuma ada 10,000 hektar sahaja tinggal lebih kurang 10,000 ke 12,000 daripada 20,000 hektar lebih dah tinggal sekarang 10,000 hektar so kita pasti kena tahan, kena sekat dari segi tambun tanah sawah dan berbalik kepada tanah kerajaan tadi saya memang amat menghargai kita ada banyak tanah yang terbiar tanah JPS, reserve-reserve dan sebagainya yang boleh kita kumpulkan untuk kita susun satu strategi, satu program di bawah Jabatan Pertanian mungkin untuk kita pastikan kawasan-kawasan itu ditanam dengan tanaman makanan, sayur-sayuran dan sebagainya yang secara tersusun. Buat program secara secara teratur baru boleh berjaya. Saya hargai Pertanian Bandar tapi kadang-kadang Pertanian Bandar tak berapa nak berjaya dan kita tak ada tanah saya cadangkan minta pandangan daripada Yang Berhormat untuk kita buat, saya cakap banyak kali, dah buat hektar equivalent samalah seperti Pertanian Bandar ni, tanam satu (1) komoditi di satu kampung, contoh kampung tu tanam cili, so, satu kampung tu tanam lebih kurang 30, 40 orang dan wujudkan pasaran yang baik akhirnya kita boleh bekalkan cili itu kepada masyarakat Negeri Pulau Pinang kita tak ada tanah kena cari satu kaedah lain saya minta pandangan daripada Yang Berhormat cari satu pendekatan lain kita ada banyak pakar dalam pertanian dan sebagainya. Cari satu kaedah lain, tanpa tanah apa kaedah-kaedah lain yang boleh kita buat ternak air pun sama, boleh kita buat kaedah lain secara kanvas dan sebagainya yang boleh mendatangkan hasil boleh memberikan bekalan makanan yang mencukupi kepada rakyat Pulau Pinang, jangan bagi jawapan tak ada tanah, tak ada tanah, itu jawapan yang biasa kita dengar. Tapi ada kaedah lain yang boleh kita buat untuk pastikan makanan kita mencukupi bagi masyarakat Pulau Pinang di sini, minta tolong sangat-sangat, terima kasih.
Berkenaan dengan tanah sawah memang di mesyuarat SPC kita telah menetapkan yang tanah-tanah sawah yang telah ditimbun diberi masa dua (2) tahun dan pemilik-pemilik tanah yang telah tambah especially yang untuk letak depo lori dan sebagainya mereka dah diberi tempoh ini untuk cari tempat lain dan kembalikan tanah tu seperti asal memang kita, kita dah itu telah diputuskan dalam SPC dan juga ada jawatankuasa yang melibatkan EXCO
Alam Sekitar juga di mana satu jawatankuasa dan bengkel untuk memulihkan balik tanah-tanah sawah.
Saya minta jalan sikit, memang saya bersetuju dengan Sungai Dua bahawa tindakan apabila tanah di ambil. Saya juga terdengar bahawa Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Dua mengatakan ada banyak yang telah ditebus tanah sebagai wakil rakyat tak kira dari mana pihak adalah tugas untuk memaklumkan kepada Pejabat Daerah, MBSP atau MBPP jika ada kejadian macam ni seolah apabila kita membuat laporan pada mereka gambar, lokasi jika tindakan tidak diambil bolehlah masuk ke Dewan untuk tanya mengapakah tindakan tidak diambil? Saya merayu bahawa kita kena bahawa kita kena berkerjasama untuk kebaikan the food security dan the food security bahawa Kerajaan Negeri melalui Penang Green Council di Jabatan Pertanian dan juga alam sekitar kita menggalakkan Community Farming atau Working Farming ini sedang dijalankan jika ada masa minta pergi MBSP dia punya rooftop, itulah adalah satu cara yang kita ambil tindakan, saya merayu bahawa kerjasama dilaksanakan, terima kasih.
Untuk menjawab soalan berkenaan dengan kekurangan tanah dan melibatkan komuniti setiap komuniti sebab tu kita buat program Farmer to Farmer ni. Program Farmer to Farmer adalah satu program komuniti yang kita buat bersama dengan, apa ni ada kadang-kadang MPKK ada setengah tu persatuan penduduk ataupun kelompok pesawah ke, persatuan penternak, macam-macamkan jadi untuk Farmer to Farmer tanaman ni pada 2020 kita, kita ada yang melibatkan orang-orang muda ada 42 dan untuk orang-orang tua 73 untuk 2020 dan kita mula actually pada tahun 2021 pilot kita mula dengan 34 yang umur kurang 40 dan lebih 40 tahun 38, so all together yang melibatkan, untuk menggalakkan ya komuniti untuk menceburkan diri dalam fertigasi cili dan juga cendawan mobile mushroom, kita juga ada bangunan terbiar seperti di Kampung Tok Sardon yang kita bagi 150,000 kita baiki bumbung tu semua and then kita letak 10,000 bongkah cendawan. So kita juga tengok tempat-tempat yang kualiti tanah tu tak bagus tapi sebab cili fertigasi kita boleh guna polybag yang ni yang projek-projek yang kita spend RM1.5 juta untuk komuniti. Untuk usahawan-usahawan yang ada produk yang diproses jadi makanan ke atau pun diproses dari tanaman ke apa ke yang tu kita spend RM1.0 juta untuk projek-projek komuniti yang meliputi yang kita panggil Farmer To Farmer IAP melibatkan 48 untuk tahun ni ya 48 anak muda yang berumur kurang pada 40 tahun kita bagi RM522,648.00 dan yang lebih ada terlibat untuk Farmer To Farmer IAP akhir tahun ini 73 orang RM470,352.00 keseluruhannya RM1.0 juta kita spend tahun ni untuk membantu mereka yang ada produk makanan untuk menjadi this is grant bukannya macam TUT adalah microcredit zero interest tapi yang apa yang kita buat ni bukan mereka ni kebanyakannya bukan petani atau pun penternak kita sediakan kolam ikan for example 50 kolam ikan dan kita ajar macam mana nak buat.
Okey, lagi satu yang kita tengok SSL untuk ternakan adalah rendah di Pulau Pinang, jadi di Pulau Pinang kita telah buat pertandingan dengan baka kambing dan bebiri untuk negeri-negeri di Wilayah Utara buat pertama kalinya pada 29 hingga 30 Oktober, dan apa yang kita tengok disebabkan kita ada masalah kekurangan tanah kebanyakan penternak di Pulau Pinang fokus kepada baka. Maknanya mengeluarkan baka so kalau apa yang kita tengok baru ni 84 peserta telah mempertandingkan baka kambing seperti baka santa ines, baradoas blackberry, jamlo dan boer, dan dari sesi dialog yang kita adakan baru-baru ini mereka kata walaupun kita ada masalah bahan mentah disebabkan oleh peperangan Ukraine dan Russia dan juga nilai mata wang ringgit telah jatuh tetapi mereka telah mencadangkan supaya ladang-ladang satelit yang fokus kepada baka diadakan di Pulau Pinang dan menggunakan micro chip dan tagging di telinga-telinga binatang instead of the normal
tradisional way dan mereka ada mohon supaya cip-cip ni di peringkat Federal dikurangkan cukai sebagai contoh satu (1) cip RM1800 tapi cukai dia adalah RM800 lagi satu negara kita ada banyak jenis rumput yang sesuai dengan iklim kita yang baik untuk ternakan ruminas sebagai contohnya kita ada nappier, guinea grass, hemodisa, cola atau pun rumput minyak, rumput sarang buaya dan lain-lain dan rumput minyak sebagai contohnya tahan tempat banjir di mana kita tak perlu tanam-tanaman yang tak sesuai untuk kita dan juga jenis dedaun yang ada protein yang sebagai contoh petai belalang, daun mahang, daun akasia yang daun-daun yang daun kacang telur, daun pisang, daun pelepah sawit yang ada proteinnya tinggi seperti daun petai belalang kalau dicampur dengan rumput ia akan bagi balance fiber dan protein dalam diet ternakan, jadi maknanya kita penternak-penternak dia fokus supaya Pulau Pinang mengeluarkan baka-baka yang besar, baka-baka yang besar yang dia punya daging tu kilogram dia besar macam tu 200….saya nak baca ni.
Saya faham tentang tu, cuma kita, tak apalah tak payah jelaskan pasal petai belalang ka apa. Cuma kita nak pastikan penternak kita ada berapa ratus orang penternak kambing, perkasa kan penternak ni depa dah ada kandang depa dah ada semua, Permatang Kerai Kecil ada penternak muda yang bela kambing banyak kita perlukan kambing banyak mana kambing di Pulau Pinang tambah kepada penternak yang ada ni lepas tu,…(gangguan)
Iya betul, itu yang saya nak jawab ni. Bila kita buat.
Yang baka itu satu bab lah, baka ni saya rasa dah ada banyak.
Tak bagi mereka kalau kita…(gangguan).
Biar dia jawab.
Bagi mereka macam ni dia kata MARDI mempunyai baka kambing boer kacuk kambing yang semakin kecil so mereka mencadangkan macam negara di Pakistan dia menghasilkan kambing baka yang beratnya sampai mencecah 200 kg seekor, so mereka merasakan Pulau Pinang kalau kita nak ada lamb yang terlampau besar untuk ternakan mereka rasa macam lebih sesuai untuk Pulau Pinang, kita fokus kepada mengeluarkan baka-baka yang besar daging dan ini dapat menyelesaikan masalah SSL yang rendah di Pulau Pinang. Itu cadangan daripada masa kita buat pertandingan baka kambing dan bebiri untuk pertama kalinya di Pulau Pinang masa bulan Oktober. Okey, saya nak continue jawab soalan kepada, oh! lagi satu yang mereka cadangkan untuk Pulau Pinang ya untuk mengeluarkan hasil makanan haiwan sendiri mereka mencadangkan Federal Government untuk mengurangkan import-import duty-duty untuk mesin supaya mereka boleh mengeluarkan sendirilah nak buat …(gangguan).
Yang Berhormat ia berkaitan dengan sumber protein kita ada banyak kilang padi, kilang padi punya dedak-dedak, kedua kelapa sawit kita kena pastikan di Pulau Pinang ke atau pun di peringkat Federal benda ni (dedak/sawit) kita tak export banyak dedak/hampas sawit tu kita kena hadkan, eksport tu kurang mungkin eksport 30 peratus guna dalam negeri 70 peratus kita boleh kurangkan import jagung dan gandum sebab kita dah ada produk dan kita tak kawal, kita bagi kilang tu export keluar hantar ke luar negara dari segi benda yang boleh guna untuk tempatan, saya sembang dengan pengeluar makanan ternakan. Dia kata benda tu banyak tapi dia nak beli kat kilang, kilang tak bagi sebab nak jual keluar hantar ke China dan sebagainya. Perkara tu kita kena had kan di Pulau Pinang dengan kilang padi ni kena had kan kena panggil kilang padi, kena panggil kilang sawit jangan bagi dia jual banyak ke luar negara barulah kita boleh guna untuk orang yang buat makanan ternakan di dalam Pulau Pinang. Ini banyak kilang ada. Tapi masalah dia jual ke luar negara.
Ya, kami juga membincangkan isu ini dalam taskforce industri makanan berkenaan dengan masalah yang dihadapi memang kita ada sumber makanan tu sekarang semua kebanyakkan di eksport disebabkan harga eksport lagi tinggi sebab nilai ringgit kita terlampau rendah jadi kebanyakkannya mereka tetapi isu adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat tapi memang ini telah dibangkitkan. Sebab itu, macam saya kata tahun ini ramai sangat penternak lembu menggunakan jerami padi untuk makanan alternatif kepada lembu, okey. Sebenarnya, isu kenaikan harga barang ni dia berkait rapat dengan pengeluar-pengeluar makanan tapi saya rasa untuk kerajaan yang baru ni. Saya sebagai EXCO Agrotek saya dan sekuriti makanan saya nak minta kerajaan supaya certain certain subsidi for example subsidi minyak diberi kepada suri rumah. Peniaga-peniaga kecil kata instead of bagi subsidi kepada hanya suri rumah yang mungkin dia masak weekend saja sebab dia kerja bagi kepada peniaga-peniaga yang jual makanan ni sebab sekarang ni mereka nak beli paket-paket minyak pun susah dan juga even nelayan macam saya buat kebun kerang sekarang ni nak beli minyak untuk diesel sampan semua nelayan nelayan yang peserta-peserta yang 141 yang dapat TOL baru ni mereka nak kena form syarikat pula sebab ada kekangan daripada KPDNHEP tak boleh nak beli minyak untuk untuk sampan-sampan mereka. Walaupun kita dah buat tiga Jeti pendaratan kerang dan siap bulan Oktober jadi ada kekangan-kekangan macam ni lah yang lagi satu juga persatuan pekebun sayur telah minta untuk tubuhkan depo diesel di Ara Kuda di pusat tanaman kekal dan yang tu saya guna kita guna saya guna peruntukan saya untuk bagi tapi masih ada kekangan-kekangan di mana subsidi tidak diberi kepada maknanya untuk beli minyak diesel pun semua ni dikawal. Jadi mereka memohon supaya pekebun sayur boleh beli minyak diesel dan juga nelayan-nelayan boleh beli dan juga peniaga-peniaga kedai-kedai makan boleh beli, peniaga kecil yang tepi-tepi jalan pasar malam tu boleh beli kalau ini berlaku dan InsyaAllah kita punya masalah kos tinggi makanan dan sara hidup tu akan berkurangan dan lagi satu projek yang kita telah buat ialah kita telah buat pertandingan pelan induk stesen pertanian Relau sebab stesen pertanian Relau ni ada 64 ekar dan pertandingan ini adalah untuk membangunkan stesen ini menjadi lembah silikon pertanian di Pulau Pinang supaya mereka di Pulau Pinang ni dapat tengok yang sebagai contohnya lah padi, padi kita adalah hasil tertinggi sekali di Malaysia iaitu purata pada 2021 ialah 5.66 metrik tan per hektar hasil tertinggi walaupun kita adalah sebuah negeri kecil berbanding dengan Kedah ke Perak ke tapi pengeluaran padi kita adalah yang tertinggi. Jadi untuk stesen pertanian Relau ni dari Master Plan itu kita telah adakan mengumumkan pemenang Y.A.B. Ketua Menteri pada 6 Oktober dan telah memberi hadiah tunai merupa RM30,000 kepada pemenang pertama iaitu Sedusun Tech Valley, Muhammad Ihsan dari Bukit Mertajam dan pemenang kedua RM15,000 dan pemenang ketiga RM7,000 adalah seorang petani adalah seorang petani yang lepas iaitu petani pekebun durian dia dapat
nombor ketiga untuk Master Plan pertandingan Master Plan untuk transform, transform Relau. Jadi kami telah mengadakan perbincangan bersama dengan pihak juri iaitu dari Persatuan arkitek Persatuan Ilam landskap arkitek dan juga MBPP bahagian planning dan juga Jabatan Pertanian dan lain-lain lagi. Jadi kami membuat keputusan supaya Master Plan Design yang telah menang ini Sedusun tech Valley dan juga yang lain-lain yang baru yang dicadangkan ini dapat direalisasikan dilaksanakan di Pulau Pinang melalui process smart patnership untuk menghasilkan detail design yang akan diterajui oleh pemenang tudung Sedusun Tech Valley itu Muhammad Ihsan dan akan mengambil idea-idea dan cadangan-cadangan yang terbaik semasa, semasa submission 20 submission
Penanti, Penanti…
ya, ya, ya…
5 minit sahaja.
5 minit sahaja. Oh, okay.
Dengan cara awak bahas 2 haripun tak habis.
Bukan-bukan. Saya pegang 3 port-folio mohon sangat this is like so important.
Guna acara yang lebih. Lebih ha.
Tapi tadi saya jawab semua soalan tu kan. Saya just before saya lupa saya nak mengucapkan banyak terima kasih kepada Mr Charles dan juga institusi landskap semua yang terlibat dalam pembangunan semula Relau ini. Saya nak juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri itu yang telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM2.63 juta kepada Jabatan Pertanian Pulau Pinang bagi pembayaran sara hidup pembayaran sara hidup sebanyak one-off RM500 kepada 5,262 pesawah, juga kita telah bantuan kepada nelayan RM400 kepada LKIM yang telah kita bank in pada bulan Jun dan telah di bank in kepada 2,204 melayan zon A baru ni dan terdapat 195 lagi nelayan yang tidak masuk dalam senarai pada bulan Januari yang pengarah LKIM telah memohon untuk tambahan iaitu sebanyak RM75,000 lah dan saya telah hantar surat kepada Kerajaan
Negeri untuk menambah 195 nelayan lagi untuk mendapat bantuan RM400 yang telah di bank in. Untuk Kebun Kerang, untuk Kebun Kerang seramai telah memperuntukkan RM1.1 juta untuk membina 3 jeti pendaratan kerang baru, di Sungai Abdul, Sungai Lahat Inding dan juga naik taraf jeti Bagan Ajam yang mempunyai kelengkapan quarter grader dan overhead grace 2 tan dan hanya baru ini mereka minta supaya jeti-jeti pendaratan kerang ni juga ada gerai-gerai makan dan juga ada paip PBA dan juga ada paip air laut supaya boleh membasuh kerang-kerang ini. Oleh itu, lagi satu yang kata projek komuniti penternakan ikan secara lestari dan tidak buang effluence kotor keluar ini kita bagi tahun ini RM310,500 projek farm to farm dengan kerjsama Jabatan Perikanan seramai 25 orang peserta telah menyertai kursus ini mereka ini adalah terdiri daripada kumpulan-kumpulan MPKK dan penduduk. Okay, berkenaan soalan Jeti nelayan Teluk Ipil yang dari Jawi, JPS saya telah turun pada 21 Oktober 22 bersama-sama dengan LKIM dah wakil nelayan Jeti Teluk Ipil dan memang sah jeti itu telah dibina oleh LKIM pada pada 2011 RM79,880 dan LKIM menganggarkan RM500,000 untuk membaiki jeti tersebut. Saya juga telah menghantar surat kepada JPS Pulau Pinang untuk buat lawatan teknikal pada dan JPS telah melawat pada 28 Oktober 2022 ke jeti tersebut dan JPS mendapat memberitahu yang mereka akan memberi ulasan teknikal bagi kerja-kerja menaik taraf jeti di mana melibatkan Resort Sungai Kerian dan cadangan bagi mitigasi menaik taraf tebing Sungai Kerian. Untuk menjawab soalan berkenaan dengan mammogram percuma oleh Yang berhormat Bagan Dalam. Mammogram ini diberikan kepada wanita umur 50 tahun ke 74 tahun dalam masa untuk payudara dan pada 2021 dan juga 2020, 168 orang 2020, 80 orang ini di duit tu disalurkan kepada LPPKNPP semasa kita jadi government pada 2020 sebanyak RM2.658 juta untuk program mammogram Penang seramai 4,240 wanita telah menjalani pemeriksaan mammogram dengan di bawah LPPKN sorry dari tahun 2019 sehingga 2021. Dulu sebelum itu kita buat dengan BP lab dan melibatkan kita panggil briged wanita tetapi selepas itu apabila briged wanita telah digantikan dengan JPWK program mammogram ini telah di di uruskan oleh LPPKN. Okey interms of jawapan kepada pakar psikiatri, soalan daripada Yang Berhormat Berapit okey, okey maknanya bukan hanya daripada ada pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan yang mampu merawat kes dan juga beberapa pertubuhan NGO sebagai contohnya persatuan minda D’home yang turut menyediakan perkhidmatan dan juga sekarang ada apps juga di mana I thing ada 30,000 pesakit akan call dan ada-ada psikiatri akan bantu. Untuk Pulau Pinang dan saya telah menubuhkan untuk menjawab in terms of untuk saringan kesihatan dan juga mental health ini saya telah menubuhkan satu task force komuniti farmasi dan komuniti doktor dan task force ini di mana apa yang kita nak ialah warga Pulau Pinang ni yang tak suka atau pun susah especially golongan yang berpendapatan rendah susah nak pergi ke hospital sebab dia nak kena tunggu dia nak tunggu queue nak tunggu temu janji jadi task force komuniti dan doktor pharmacy ni komuniti farmasi kita di Pulau Pinang ada 305 community pharmacy dan dalam task force ini kami telah membincangkan supaya komuniti farmasi dijadikan dan juga komuniti doktor ni dijadikan tempat di mana mereka tak payah pergi ke hospital awam tetapi maknanya dalam task force melibatkan Jabatan-Jabatan Pertanian di seluruh hospital di Pulau Pinang di mana mereka boleh mengambil ubat di komuniti farmasi yang berdekatan ataupun GP yang berdekatan di kawasan rumah mereka.
Bukan pertanian lah.
Tak, tak ni jawab soalan Bagan Dalam. Pasal saringan kesihatan.
No. Mendapati sebut silap kot tadi YB sebut Jabatan Pertanian yang bagi perkhidmatan ini.
Oh bukan, bukan, Jabatan Kesihatan ya. Tak, sebab saya try to jawab sebanyak soalan yang dibangkitkan.
Sudah lebih masa. Sila rumuskan..
Yang pasal saringan kesihatan ini. Apa yang kita mahu ialah di Pulau Pinang ini supaya mereka yang ada masalah penyakit sebagai contohnya, gula boleh buat saringan gula, kolestrol level, even kalau macam kita nak buat saringan tahap antibody COVID pun kita boleh pergi ke farmasi kita macam saya, saya pergi check create the finger okey saya tau antibody saya sekarang 80 to 90 peratus interms of COVID antibody dan sebab saya sendiri mengetahui yang saya ada sakit jantung bila saya pergi ke komuniti farmasi yang saya tau, oh! maknanya saya punya jantung tak serasi..(gangguan), the point is here, the point is bila kita tengok di Pulau Pinang kita tak mau lambakkan orang yang terpaksa pergi ke hospital and then ini akan menyebabkan hospital tertekan dengan terlampau ramai sangat orang dah penyakit comorbid dan penyakit comerbid kalau kita tengok dari data-data pesakit COVID yang terpaksa, yang meninggal meninggal atau pun yang terpaksa dimasukkan wad hospital adalah mereka yang tua atau pun mereka yang comerbid. Jadi dengan adanya saringan kesihatan yang awal melalui kerjasama pihak swasta dan juga kerajaan maknanya penduduk tidak perlu pergi sebagai contoh lah kalau sakit jantung dia kena pergi ambil ubat dia di Hospital Pulau Pinang sebagai contoh, tidak perlu. Kita boleh pergi ke community pharmacy kita yang dekat untuk ambil ubat…(gangguan).
Yang Berhormat Ahli Kawasan Penanti, sila kemaskan jawapan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri boleh minta penjelasan sedikit?
Bahagian yang mana?
Atas point yang disebutkan tadi untuk yang community pharmacy, point itu, kesihatan. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Penanti kerana tadi dalam bab saringan kesihatan ini dan juga kesihatan mental ini telah memberikan satu jawapan lah khususnya satu inisiatif yang akan dilaksanakan. Cumanya itulah kita pun berharap sebab seperti mama masalah yang di point out oleh Yang Berhormat Ahli Kawasan Penanti itu semua orang crowding the hospital, itu menjadi satu isu dan kita pun ada kenalan doktor-doktor yang berkhidmat di hospital besar itu menjadi sangat tertekan mungkin mereka yang memerlukan bantuan kesihatan mental pula nanti tetapi cumanya saya harap tentang inisiatif yang bagus ini harap kerja-kerja publisiti itu boleh ditingkatkan sebab saya rasa ini juga merupakan kali pertama saya dengar ada task force sebegini, ada inisiatif begini. Saya rasa perlu kita ada satu inisiatif untuk reach out kepada yang ramai sebab kalau saya pun tidak pasti ramai lagi diluar di sana tidak tahu sebenarnya Kerajaan Negeri telah menyediakan inisiatif sebegini. Jadi saya berharap, saya turut menyaran kalau Yang Berhormat Ahli Kawasan Penanti boleh sediakan maklumat atau pun talian ke apa ke atau pegawai yang boleh dihubungi dalam pelbagai bahasa sebab ada mereka pun tidak pasti jadi saya harap bab publisiti ini kita terus perkuatkan untuk kita reach out kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Terima kasih. Just nak bagitahu sekarang ini sebenarnya mana-mana pesakit di boleh minta kepada hospital dia untuk hantar ubat-ubat dia ke community pharmacy tanpa kena bayar. Sekarang ni community pharmacy dia buat servis ini secara percuma dan kami telah membincangkan ada dua isu melibatkan perundangan dari segi federal sebab kita perlu dapat federal kelulusan federal di mana ubat-ubat lebih memudahkan sebab sekarang ini pesakit itu kena mohon, bukan semua pesakit tahu yang di boleh pergi ambil ubat di community pharmacy tetapi kita hendak memudahkan lagi. Jadi kalau kita pegang kerajaan effect Pengarah Hospital pun kata kalau mereka ni boleh pergi ambil ubat katalah cair darah lah, ubat jantung lah, ubat kolestrol ka apa benda just pergi dekat community pharmacy mereka tidak akan terlupa sebab kalau pergi hospital dia hanya bagi sedikit sebab dia tak nak waste ubat tu. Jadi perkara-perkara ini melibatkan prosedur yang di bawah kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga mereka minta supaya community pharmacy ini dia punya ekuiti itu dia mesti ada pharmacist yang bertauliah sebab Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia (USM) adalah pengeluar pharmacist yang terbesar di Malaysia, kita produce 20 percent of the pharmacist di Malaysia. So isu-isu sebab kita tidak hendak orang pergi pharmacy lepas itu dia dapat yang salah..(gangguan).
Yang Berhormat Ahli Kawasan Penanti, boleh sambung ke?
Yang last sekali yang sangat penting yang saya hendak sebut tadi ialah saya tak nak lupa tentang masalah denggi yang tengah naik ni kan sebab kita sekarang kita dah tak ada, tak ada, tak ada apa Perintah Kawasan Pergerakan (PKP) semua tu. Saya nak sebut di sini Kerajaan Negeri telah menyalurkan RM2.8 juta untuk memastikan kesihatan rakyat Pulau Pinang. Projek-projek yang telah dilakukan adalah kita ada satu projek bersepadu untuk mencegah denggi iaitu 115,000 yang kita buat tahun ini di mana ketua Kombi Pulau Pinang telah mendapat inovasi award di peringkat nasional untuk bio gel. Bio gel adalah satu bite
dimana apabila nyamuk dia tertarik dengan bau gula tu dia pergi ke situ dan dia akan sakit macam manusia juga kalau dia makan lebih gula dia akan sakit dan ia sama seperti nyamuk juga dan virus dalam badan bila dia balik ke rumah dia, dia akan menyakitkan orang lain juga. Jadi bio gel ini Doktor Professor Nor Faizah daripada USM telah mendapat gold award dan kita telah buat pertandingan kutip sampah yang mendapat sambutan yang sangat bagus di kawasan wabak denggi di mana penduduk turun beramai-ramai bawa dari tempat yang tak ada lift, Flat Permata di PERDA saya nak ucapkan syabas kepada penduduk di situ menurunkan semua sampah yang macam-macam dan kami bagi point kepada mereka yang menurunkan sampah-sampah yang ditempat denggi. Lagi satu kita juga ada kita ada program AED, kita bagi RM40,000.00, RM10,000.00 tahun ini dan RM30,000.00 tahun lepas dan juga untuk program untuk orang-orang kampung kita telah naikkan pembinaan rumah baru kepada mereka yang ada tanah telah naikkan daripada RM56,000.00 kepada nilai maksimum RM75,000.00 berkuatkuasa pada tahun 2023 dan kita tidak guna syarat-syarat JKM RM260.00, syarat kita guna, kita guna syarat layak ialah syarat B40 untuk layak memohon mendapat rumah baru dah sampai RM75,000.00 dan juga syarat B40 itu untuk di bawah Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan ialah 3170 atau per kapita 581 bermakna kalau lagi ramai dalam rumah itu kita kali dan untuk baiki rumah kita sudah naikkan sampai RM42,000.00 plus RM3,000.00, dan kita juga telah menukar kaedah perolehan menjadi PK2.1 atau pun gotong-royong maknanya penduduk kampung kalau hendak baiki rumah boleh menggunakan tak payah hendak masuk tender dan sebagainya. Ini semua ialah sebab kita mudahkan rumah-rumah kampung dibaiki sebab kita tak nak wiring-wiring lama ni menyebabkan kebakaran dan kita tak nak, kita tak nak penduduk-penduduk kampung mengalami rumah-rumah yang tak selesa dan juga untuk pembangunan luar bandar sebab Projek ZIA telah kawasan projek ZIA Kerajaan Negeri telah wartakan sebagai hutan simpan kekal. Pihak GPS dan bersama dengan persatuan-persatuan nelayan di situ telah mencadangkan projek baru untuk menambah pendapatan nelayan dan juga memelihara paya bakau di situ iaitu Penang Sorbert Mangrove Santuary dengan kos RM6 juta dan saya harap pihak Kerajaan Negeri dan YB. PKN dapat meluluskan projek Mangrove dan Shovert di situ adalah mud flat yang terbesar, lebih besar daripada Hong Kong Mibo iaitu di jeti Sungai Tembus. Okey, dengan sebelum saya akhiri ucapan saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua jabatan-jabatan yang telah membantu Cik Husni dan Encik Jeva dan Encik Hafiz di BPEN, Dato’ Zakuan, CMI, semua DO-DO saya nampak ada di sini yang bekerja keras sebab DO-DO ini dia orang memang jaga kawasan kampung, bila kita banjir, bila kita ada masalah semua DO-DO masalah nelayan ka apa semua dan saya terima kasih kepada semua Pejabat Daerah, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar yang telah banyak membantu saya dan semua syarikat-syarikat yang beri free services yang telah banyak membantu saya. Just hendak kata untuk saya akan edarkan laporan how much money kita dah spend, setengah orang kata apa kita Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah buat, kita ada detail in terms of umur pun berapa yang kita telah bantu untuk veterinar penternak kita 2022 kita telah bantu kita telah spend RM1.0 juta untuk 51 orang dan 2021, RM1.1 juta untuk 84 orang untuk sektor pertanian kita spend RM5.525 juta atau pun actually all together RM9.965 juta untuk pertanian untuk perikanan, untuk perikanan RM12.098 juta dan juga projek-projek in detail ini saya akan edarkan kepada pihak media dan untuk projek Kerajaan Negeri di bawah perikanan kita spend dan juga ya RM15.367 juta dan untuk pembangunan luar bandar RM82 juta. All together yang terima untuk tahun ini RM2.631 juta. Terima kasih, Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Kawasan Penanti. Okey, Yang Berhormat Ahli Kawasan Datok Keramat yang maklumat yang telah pun dah dimaklumkan kepada Dewan no need to repeat.
saya tidak akan panjang lebar tetapi mereka selalu nyatakan saya terpanjang lebar but perlu juga kita nyatakan apa prestasi kita di Negeri Pulau Pinang. Saya ada 3 portfolio yang penting yang pertama ialah perumahan dan dari segi perumahan gembira saya nyatakan daripada Misi Pulau Pinang 2030 kita sudah pun melebihi apa dalam manifesto kita yang saya cuba nyatakan tapi ingin saya ulangi dan peringati semua itulah pencapaian negeri kita. Apabila kita tak ada kepastian di kerajaan pusat, di kerajaan negeri kita ada kepastian we will always have here in Penang that is what has been and will continue to do that because we have the support the people here in Penang and I believe that support will come from all the people in Malaysia, and we will continue dalam pencapaian kita ataupun sasaran kita 220 ,000 unit pelbagai rumah mampu milik. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, kita sudah pun capai sekarang hampir 70 peratus iaitu 140,000 yang saya telah pun nyatakan dan ingin saya nyatakan juga bahawasanya kita selalu mengambil kira apabila kita capai satu pembekalan perumahan dalam sasaran kita, kita juga lihat kepada perumahan skim-skim perumahan awam daripada pelbagai agensi iaitu daripada of course Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang daripada kedua-dua Majlis Bandaraya kita juga daripada pihak swasta. So dari segi itu untuk penyelenggaraan, untuk makluman semua kerana saya tak sebut ini begitu penting untuk saya nyatakan kita telah pun memperuntukkan RM310 juta setakat ini dan kita tak lihat apa kerajaan pusat dahulu buat, kita ada dalam 125 projek yang kita telah minta daripada mereka yang sekarang hari ini tak ada apa pun respond. So, I think itu la pencapaian kita di Pulau Pinang dan saya percaya kita boleh what I said before I go straight away Dato’ Speaker because I don’t want to repeat as you said correctly kepada pagi ini pencapaian kita sebagai satu negeri dalam visi kita 2030 iaitu untuk jadi satu Negeri Hijau very important the first part. Now Dato’ Speaker on that part I’m not mention much tetapi kita sedang lihat bagaimana kita dapat because I this this is the most important things to talk about kita ada satu krisis lklim dan dalam krisis iklim ini kita perlu lihat kepada agenda hijau kita in this climate crisis our green agenda is the most important and I think in Penang we are doing the best we can and we will continue Dato’Speaker...(dengan izin), kita akan teruskan dengan usaha kita dalam agenda ini iaitu number one, as I said kita telahpun ada agenda atau sasaran untuk kita pastikan ada 500,000 pokok ditanam menjelang 2030 sudah pun kita hampir sampai ketahap itu. I thinks I will tell my Chief Minister, saya percaya kita boleh melangkau ataupun mencecahi number itu untuk generasi hadapan kita itulah apa yang kita perlu lihat I see that as the most serius problem that we will faces because the whole world is facing yet but we must be prepared and we are saya gembira nyatakan kita ada dalam perancangan kita Dato’ Speaker beberapa perkara bukan sahaja itu tetapi yang lain we talk about waste management how we can managed better and kita akan buat apa yang perlu I said that I don’t want a repeat tetapi kaedah yang dengan teknologi yang terbaik kita akan lihat. We are working on it, all the daily basic but the generally the general picture Dato’ Speaker, is the climate crisis I think that must be look into and that this is our unit from the local government that is looking and do it...(dengan izin) and again I have said that we have to continue to work and look all of technology and see how we can improve better the system that we have. Terima kasih.
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat. Tadi huraikan secara telitinya tentang apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk kita memerangi lah atau pun melawan isu Krisis Klimak ini tapi saya tertarik apabila Yang Berhormat Dato’ Keramat menyentuh khususnya tentang pokok-pokok yang bakal kita tumbuh di negeri ini selaras dengan sasaran kita lah yang telah kita tetapkan. Cuma di sini saya ingin ambil kesempatan di sini untuk menyeru pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kapasiti juga Jabatan- Jabatan Landskap di kedua-dua PBT misalnya dari segi sumber manusia kakitangan dan juga Aboris yang saya rasa perlu juga bukan sahaja kita nak tumbuhkan pokok ini sahaja kita nak pastikan pokok dan juga sumber alam semula jadi ini kita dapat peliharakan dengan baik. Terima kasih.
Thank you very much. Terima kasih kepada Pengkalan Kota. I think itu satu soalan yang baik yang adalah penting untuk kita jawab dan untuk makluman semua kepada Pihak Berkuasa Tempatan sememangnya kita ada unit Aboris and that not just that tetapi kita juga ada pelbagai agensi lain juga seperti Taman Botani dimana kita lihat kepada Aboris di situ di mana kita dahulu ada yang one of the most actually in the whole world ada lima (5) orang yang terima anugerah sebagai pihak Botanis yang tertinggi diperingkat itu dan Dr Saw, Dato’ Dr Saw Ling Guan beliau merupakan yang berada di Taman Botani Pulau Pinang. CM so Dato’ Speaker, what I want to say is kepada Pengakalan Kota for sure kita akan teruskan usaha kita kalau kita sudah pun buat sebegitu rupa sememangnya kita akan teruskan dan kita akan teruskan kerana di Pulau Pinang kita satu negeri yang mempunyai Agenda Hijau itu dan kita akan sentiasa lihat sekiranya kita boleh untuk mendapat Aboris tetapi the problem is Dato’ Speaker, this category of work is not easy to get the man power that is the problem but we will look into it but we are looking into it. Kita akan pastikan Agenda Hijau kita di Pulau Pinang akan dipeliharakan. Terima kasih.
Terima kasih dan terima kasih kepada Datok Keramat dan saya nak berhenti rehat dan Ahli-ahli Yang Berhormat kita bersidang semula pada jam 2.00 petang nanti. Ya. 2.00 petang nanti.
Dewan ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.
Dewan bersambung semula pada jam 2.00 petang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat kita berada dalam Sesi Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker. Boleh saya menarik perhatian. Saya ingin mengambil kesempatan ini…(gangguan).
Duduk-duduk. Duduk dulu, bagi saya start dulu. Saya belum start lagi. Nak jadi champion pergi Putrajaya. Bukan di sini. Ahli-ahli Yang Berhormat kita berada dalam Sesi Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023. Saya mempersilakan Ahli Yang Berhormat Padang Lalang.
Terima kasih Tuan Speaker. Terlebih dahulu saya mewakili Bagan Dalam untuk mengucapkan tahniah kepada Presiden PH yang telah, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 untuk Malaysia.
Yang Berhormat, satu minit saja. Encik Satees kalau saya beri you kebenaran Bagan Dalam, Kebun Bunga dok tunggu. Pasal semalam pun dia sudah sampai Putrajaya. Sekarang mungkin dia akan minta kebenaran saya untuk pergi ke Putrajaya. So, sambung Yang Berhormat.
Terima kasih. Ya, kita memang sudah tunggu lama lah untuk menerima berita baik ini. Dan saya harap kerajaan baru ini akan menjadi satu kerajaan yang adil, kerajaan yang bersih, kerajaan yang inklusif. Jadi saya pun ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang atas Pembentangan Bajet Tahun 2023 yang begitu komprehensif dan inklusif kepada semua golongan masyarakat di Pulau Pinang. Melalui ucapan bajet tersebut, MMK Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam telah diluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada PWDC dan RM1.76 juta Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) dan RM1.3 juta kepada Penang Harmony Corporation atau HARMONICO. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang telah membangkitkan soalan mengenai portfolio saya, seperti yang semua sedia maklum sejak MMK Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam diwujudkan pada tahun 2020 saya
dapat melaksanakan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri kepada golongan sasaran yang lebih besar. Terdapat dua (2) agensi pelaksanaan yang memainkan peranan penting di bawah MMK saya ini, iaitu HARMONICO sebagai agensi pelaksana dan juga pelaksana untuk MMK Hal Ehwal Bukan Islam dan PWDC yang memainkan, merupakan agensi pelaksana bagi MMK Pembangunan Sosial. Kalau kita lihat nama PWDC ini pun sudah ada perkataan wanita. Kerana pada awalnya dia ditubuh iaitu pada Tahun 2011 untuk mempromosikan keterangkuman gender dan isu-isu wanita. Tetapi kini PWDC juga akan turut bersama Kerajaan Negeri untuk meluaskan skop bagi menangani isu-isu sosial di Negeri Pulau Pinang. Oleh itu saya ingin juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas penambahan peruntukan yang telah diluluskan kepada PWDC dan juga kepada HARMONICO supaya inisiatif di bawah MMK saya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat prihatin dan komited dalam usaha untuk memperkasakan masyarakat dalam aspek pembangunan sosial, ekonomi dan kepimpinan serta tidak melupakan kepentingan dalam keharmonian beragama bagi mewujudkan sebuah negeri yang inklusif dan sejahtera. Perwakilan Wanita dalam PRU-15 ini, walaupun sudah hampir 65 tahun kita merdeka, namun kita masih belum merapatkan jurang gender dalam politik khasnya. Kerajaan Negeri terus komited untuk memperkasakan golongan wanita dalam Perwakilan Politik di Negeri Pulau Pinang sebagai satu usaha merapatkan jurang gender. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, indeks jurang gender Pulau Pinang di dalam pemerkasaan politik adalah 0.055 pada tahun 2020 di mana 1.0 merupakan penanda aras kesaksamaan. Bagi menjawab soalan YB. Bukit Tambun berkenaan status kerusi tambahan untuk wanita sahaja atau Top-Up Women Additional Seats atau pun TWOAS, Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian terhadap isu ini dan kini juga telah mengedarkan kami juga telah mengedarkan kertas putih TWOAS kepada Sidang DUN yang lalu. Buat masa sekarang segala penambah baikan dalam proses untuk dilakukan agar TWOAS 2.0 boleh dilaksanakan dengan lancar. Saya berharap Ahli-ahli Dewan yang mulia ini akan turut menyokong TWOAS 2.0 demi mewujudkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang inklusif, prihatin dan tiada yang terpinggir, sejajar dengan Sustainable Development Goals 2030: Leaving No One Behind. Pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini terdapat calon wanita yang bertanding berjauhan dengan keluarga iaitu yang dari Penang, YB. Gan Ai Lee, dia bertanding di Perlis. Dan dia merupakan satu-satunya pembangkang di situ, saya rasa pada waktu ini. Calon yang hamil iaitu 7 month pregnant, Yeoh Bee Yin dan juga calon wanita yang telah keguguran kehamilan iaitu di Bentong, Pakatan Harapan, Young Syefura. Walau bagaimanapun mereka masih berdedikasi untuk menjalankan tugas demi rakyat dan negara. Saya bawa isu ini ialah untuk menunjukkan bahawa ini memang merupakan perbezaan di antara kaum wanita, kaum ibu dan kaum bapa, ya. Kerana kaum ibu selalunya juga mereka di expected untuk menjalankan, menjaga keluarga dan kanak-kanak dan ada satu tanggungjawab yang mereka tidak boleh elakkan iaitu to carry the babies. Dan dalam keadaan sebegitu memang challenger mereka adalah lebih dari segi fizikal dan juga mental. Memang lebih. Itula yang apabila saya katakan kita perlu adakan affirmative action seperti TWOAS. Ini bukan kerana wanita lemah atau pun wanita, mengapa tak adil, mengapa perlunya mekanisme seperti ini. Ini kerana untuk, mereka yang, untuk menjalankan tugas untuk to carry the babies, and to jaga the babies, to breastfeed the babies. Ini memang akan mengadakan kesan kepada mereka dalam karier dan juga dalam politik. Beban berganda yang dimaksudkan di sini adalah seperti komitmen terhadap keluarga dan faktor kehamilan dan menghalang, yang menghalang wanita berkecimpung dalam bidang politik dan ekonomi. Kita belum lihat dengan jelas bahawa semakin tinggi jawatan dalam hierarki pembuat keputusan, semakin rendah jumlah wanita yang menggalas jawatan tersebut. Amat sukar untuk seorang wanita mengimbangi tanggungjawab serta peranan mereka sekiranya tiada sebarang bentuk sokongan yang diberi oleh orang di sekelilingnya. (Dengan izin), we should
look beyond the saying that behind every successful man is a woman. But instead, we should say that beside every successful man there is a strong and supportive woman. The other way around also true, correct. So that is called kesaksamaan. Status di Malaysia pada tahun 2018, 33 daripada 222 kerusi di Parlimen telah dimenangi oleh calon wanita dan ianya membawa kepada 15 peratus sahaja. Manakala Pilihan Raya Umum Ke-15 iaitu baru-baru tamat ini, hanya 30 daripada 222 kerusi dimenangi oleh wanita. Ada dua kerusi lagi belum ditanding. Dan ianya membawa kepada 13.6 peratus sahaja. Peratusan Perwakilan Wanita di Dewan Rakyat merosot jika dibandingkan dengan Pilihan Raya yang lalu. Jadi yang kata tak perlu mekanism yang special, dia even naturally will increase to 30 percent. Itu akan mengambil 136 tahun Dato’ Speaker. Ini memang sudah dikira di…(gangguan).
Itu mengikut kuantiti.
Kalau ikut kuantiti Ia satu measurable. Justeru, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah afirmatif untuk levelring, level the playing ground, the playing field’ bagi memberi peluang kepada golongan wanita melibatkan diri secara adil dalam perwakilan politik. Saya bangga Negeri Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang melaksanakan dasar mentetapkan minimum 30 peratus wanita di MPKK pada tahun 2017 dan telah mencapai sasaran pada tahun 2021. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Parti DAP Kebangsaan telah berjaya mencalon 15 wanita untuk bertanding, untuk bertanding kali ini dalam PRU. Ini merupakan jumlah wanita yang paling banyak di antara semua parti. Dan di antara 15 itu, 10 nya sudah menang. 10 intotal DAP menang 40, 40 kerusi. 10 out of 40 ia merupakan 25 percent.. Dia saya rasa dia pun merupakan satu angka yang boleh dibanggakan, walaupun belum sampai 30 peratus lagi. Dan di Pulau Pinang, PH telah memenangi tiga kerusi oleh wanita, 3 out of ten. Jadi kita sudah mencapai 30 peratus. Bukan kerana kita sudah capai 30 peratus, jadi kita aah sudah cukup aah. Bukan. Kalau kita capai 30 peratus, mungkin pada PRU akan datang, kita boleh naikkan percentage ini kepada 40. Jadi saya nak tanyalah, kepada PH di Pulau Pinang kerana kita pun ada performance yang baik. Jadi, sebagai usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan lebih ramai wanita dalam bidang politik, satu platform telah dilaksanakan melalui Sidang Wanita bertujuan untuk meningkatkan pencalonan wanita bukan sahaja di Dewan Undangan Negeri tetapi, juga di Dewan Rakyat. Inisiatif ini telah memasuki tahun ketiga, dan telah berjaya melatih 505 orang peserta dari pelbagai latar belakang. Inisiatif yang dilaksanakan ini dapat membuktikan bahawa golongan wanita juga mampu memikul tanggungjawab dalam bidang politik sekiranya diberi peluang. Dengan ini, saya ingin menjemput semua Ahli Dewan yang mulia ini untuk menghadiri Sidang Wanita tahun ini pada hari Sabtu ini.
Sistem Kuota. Setakat ini, hanya Parlimen di 14 buah negara mempunyai perwakilan wanita yang lebih daripada 45 peratus dan negara-negara tersebut telah mencapai matlamat meningkatkan peratusan perwakilan wanita melalui tindakan afirmatif action atau pun pengenalan polisi.
Menurut laporan Parlimen Australia yang bertajuk “Quotas for Women in Parliament”…(dengan izin), lebih daripada 10 negara didalam dunia ini telah menggunakan sistem kuota sejak tahun 1990 untuk meningkatkan penglibatan golongan wanita dalam bidang politik. Banyak negara mendapati bahawa sistem kuota merupakan mechanism yang paling berkesan dalam penambahan perwakilan wanita dan mempercepatkan kesaksamaan gender dalam arena politik. Antara negara yang berjaya mencapai kesaksamaan gender dalam politik melalui pelaksanaan sistem kuota adalah: (1) New Zealand, perwakilan wanita yang pada tahun 1997 adalah 29.2 peratus tetapi, sekarang ialah 50.8 peratus. Perkara ini dapat direalasasikan dengan berjaya kerana Parti Buruh (Labour Party) di New Zealand telah membuat pindaan kepada Perlembagaan Parti pada tahun 2013 supaya sekurang-kurangnya 45 peratus perwakilan adalah kaum wanita dan peratusan tersebut ditingkatkan kepada 50 peratus pada tahun 2017. (2) Australia juga mengambil pende, pendekatan yang sama. Parti Buruh di Australia mengenakan kuota pada tahun 1994 secara mandatori dengan mengenakan 35% kuota untuk calon wanita yang bertanding dalam pilihan raya sebelum tahun 2002. Pada tahun 2015 parti tersebut telah meningkatkan peratusan perwakilan wanita kepada 45 peratus sebelum 2022 dan 50 peratus pada tahun 2025. Jadi, selalunya ada orang tanya mengapa tetapkan kepada 30% saja. Mengapa tidak 50 peratus?. Kerana disini, kita belum capai yang minimum itu 3 peratus. Jadi, what for you want to talk about 50? So, when we capai 30 peratus, we can talk about 45, we can talk about 50. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, Satu lagi kejayaan yang dipat, yang dapat dibuktikan melalui sistem kuota adalah di United Arab Emirates (UAE), sebuah negara Arab yang tidak mempunyai satu pun perwakilan wanita dari tahun 1997. From 1997 because the inter, inter parliamentarian the, the, the organization inter parliament union yang major the number of women in parliament hanya start in 1997. So, from 1997 hingga 2005, di UAE tak ada seorang pun wanita dalam dia punya parlimen. Tapi kini dia telah mencapai setinggi 50 peratus from zero to 50 percent. Ini adalah kerana pada tahun 2019, mantan Presiden UAE telah mentitahkan pelaksanaan kuota mandatori 50 peratus dan parlimen mereka telah mencapainya di mana 20 daripada 40 kerusi telah diduduki oleh wanita. Ini telah menjadikan UAE sebagai 5 negara (Top 5) teratas yang mempunyai perwakilan wanita tertinggi. Jadi very fast, very berkesan sekiranya kita gunakan polisi seperti ini.
Yang Berhormat.
Ya.
Kembali ke Pulau Pinang.
Ya, ini mestilah tengok ke dunia nanti kita kembali ke Pulau Pinang. Pelbagai, ya. Pelbagai kajian telah membuktikan negara-negara ini maju dan dari segi ekonomi dan sosial setelah parity gender dicapai di Parlimen. Menurut kajian “The Empowerment of Women in Political Parties and Office” oleh Dr. Ummu Atiyah dari Universiti Utara Malaysia. Ahli Dewan Undangan wanita lebih banyak menyuarakan isu-isu sosial dan tadbir urus yang baik berbanding Ahli Dewan Rakyat lelaki. Sebagai contoh, sebagai contoh Rang Undang-Undang Gangguan Seksual telah mengambil 20 tahun barulah dia sampai ke Parlimen dan diluluskan kerana ini merupakan satu dia dilihat sebagai satu Rang Undang-Undang yang disokong oleh wanita untuk wanita. Tetapi saya rasa semua, semua lapisan rakyat pun di, dikesani will be affected if your, if your home somebody is being sexually harass, you will be affected as well. Jadi, inilah menunjukkan bahawa sekiranya kita ada lebih ramai perwakilan wanita dalam Dewan Undangan, dalam Parlimen, isu-isu yang berkaitan dengan penjagaan dan keselamatan sosial bagi golongan ibu tunggal, ibu tinggal dan kanak-kanak dan juga warga mas, warga emas, turut dapat dibawa dengan baik oleh Ahli Dewan Rakyat wanita dan juga Ahli Dewan di sini. Saya sudah pantaulah bahawa kali ini hanya berapa orang saja yang membawa isu-isu seperti ini. Selalunya ialah dibawa oleh YB. Sungai Pinang. Kali ini ada.
Berapit.
Ada, ada di YB. Kumaresan. Dia ada bawa child abuse, children abuse. Jadi saya rasa adalah kalau kita menambah ramai perwakilan wanita, jadi sini akan lebih inclusive dan balance. Ada orang kata tanya untuk kali ini, untuk menubuhkan kerajaan yang baru, semua negotiated, semua parti. Semuanya lelaki. Saya rasa dimana-manapun seperti itulah. Dalam, dalam peace negotiation pun selalunya adalah lelaki saja. Jadi dia keras sangat. There’s no balance. Jadi di sekarang United Nation kata kalau untuk peace negotiation, dia mesti ada wanita kerana dia membawa perseptif yang tidak sama yang mungkin akan lebih senang untuk mencapai persetujuan.
YB. Padang Lalang.
Yes.
Saya tak berapa setuju dengan analogi tersebut. Sebab sejarah pernah lihat ada juga pemimpin-pemimpin wanita yang begitu keras. Saya bagi satu contoh seperti di Sri Lanka, semasa I think YB. Perai nanti boleh membantu. Semasa Chantrika menjadi Perdana, Presiden Peace of semua usaha untuk dapatkan satu usaha damai telah terbantut kerana beliau. Dan juga kita lihat di India sendiri, The Iron Women, Indira Gandhi yang beliau telah mengambil satu keputusan untuk hantar tentera ke dalam golden temple yang menjadi satu
isu yang menjadikannya terbunuh sendiri dalam insiden. So, saya rasa ini perspektif individu, bukan lelaki atau perempuan. Ini tak termasuk dalam gender. Ini pandangan sayalah.
Okay. Saya rasa ada point jugalah. Tetapi sekiranya kalau lebih ramai gender balance, saya rasa keputusan akan berlain. Tapi di yang contoh yang diberi itu hanya seorang wanita sahaja. Dalam environment…(gangguan).
Dua. Dua wanita.
Yang, yang dalam environment male dominants mereka saya rasalah. Mereka pun perlu mengikut the dominants culture. Itu saya, pandangan sayalah. Bukan senang, actually if you if kalau YB., YB. Bagan Dalam seorang dalam 10 orang meeting cara, cara YB. nak cakap pun saya rasa pun akan berlainan. Samalah. The dominant at that time. Saya amat bersetuju dengan saranan Ketua Menteri untuk menggunakan ‘bottom’s up approach’ dalam menyelesaikan masalah rakyat. Tetapi bagi peningkatan perwakilan wanita dan juga perwakilan minority dalam politik pula saya rasa kita harus menggunakan pendekatan yang berbeza sedikit iaitu bottoms up approach dan juga top down approch. Bottoms up approach dapat dicapai melalui pelaksanaan program manakala top down approach adalah melalui inisiatif Penang Top-Up Women-Only Additional Seats (TWOAS), ataupun polisi ataupun mekanisime seperti di UAE satu polisi satu term saja dia sudah capai 50 peratus. Maka ini adalah cara untuk mengatasi jurang gender perwakilan wanita di dalam politik. Saya percaya bahawa TWOAS mampu membawa kita ke arah itulah. Walaupun dia bukan dia bukan satu solution yang perfect tapi sebelum kita ada solution yang perfect saya rasa TWOAS boleh membantu. Perkembangan Sosial Masyarakat. Pada Sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu, saya telah memaklumkan bahawa MMK Pembangunan Sosial akan memberi penekanan kepada dua (2) perkara penting iaitu Pembangunan Awal Kanak-Kanak dan Penuaan Aktif or active aging. Dua (2) perkara ini menjadi asas kepada semua perkara yang berkait rapat dengan usaha pembangunan sosial. Sekiranya aspek kesejahteraan kanak-kanak dijaga, ibu bapa akan sejahtera. Jika ibu bapa sejahtera, warga emas pun sejahtera. Ini menjadi asas kebahagian dan kesejahteraan masyarakat dan keluarga. Jadi dalam perkembangan awal kanak-kanak kita ada, sudah adakan International Early Years Conference. Sebagai EXCO Pembangunan Sosial, saya sangat berbesar hati dalam memberi sokongan terhadap penganjuran persidangan Antarabangsa SEGi-WhyteHouse Early Years. Persidangan ini membawa tema “Memupuk Kesejahteraan Secara Holistik di Peringkat Awal Kanak-Kanak” dan telah diadakan dalam bulan Ogos tahun ini. Penglibatan dan penyertaan yang efektif di kalangan guru, pengendali dan ibu bapa merupakan faktor penting dalam meningkatkan kesedaran dan kemahiran tentang kesejahteraan holistik kanak-kanak. I think many parents did not realized children are different from the adult. We must not treat children as miniature adult. We have to take cares of their mental, the mental situation and their emotion. They are different from us. Thats why we need this educator di Taska perlu dilatih. Jadi ibu bapa pun mesti dilatih ataupun mengambil tahu tentang aspek ini.
Sebagai makluman Ahli-ahli Dewan, persidangan ini dapat memberi peluang kepada para guru untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan dari aspek penyampaian pendidikan awal kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Pengendali juga boleh memahami cara mengendalikan pusat jagaan kanak-kanak milik mereka. Tidak dilupakan ibu bapa yang turut terlibat juga boleh menambah ilmu dan kemahiran keibubapaan dalam kehidupan berkeluarga.
Jadi Whytehouse Education Group Sdn Bhd juga telah membangunkan sebuah platform pembelajaran dan pengajaran dalam talian iaitu Preschooleducator.com. Platform ini bertujuan untuk berkongsi ilmu berkaitan pendidikan awal kanak-kanak melalui video-video yang disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan teknik mendidik anak-anak. Portal pembelajaran ini merupakan suatu panduan yang bermanfaat kepada guru-guru prasekolah dan sesuai juga bagi ibu bapa yang mempunyai anak berumur enam tahun ke bawah. Kita juga menerbitkan satu sebuah buku panggil Baby Sensory Book. Tahun pertama kehidupan adalah tahap yang paling genting dan penting bagi perkembangan bayi. Sudah tentunya pada fasa ini setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi atas kepentingan ini, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bekerjasama dengan Whytehouse Education Group dan menerbitkan Baby Sensory Edition Book, yang merangkumi aktiviti interaktif yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga bersama bayi berumur 0 hingga 12 tahun. Buku ini dapat melengkapkan ibu bapa dengan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan lagi kefahaman tentang kepentingan proses perkembangan sensori dalam pertumbuhan kanak-kanak.
Untuk makluman Ahli Dewan, kelahiran bayi di Pulau Pinang adalah seramai lebih kurang 20,000 orang bayi setiap setahun. Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencetak sejumlah 20,000 naskah sebagai usaha bagi memastikan ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata boleh mendapat senaskah buku ini sebagai panduan awal. Buku ini merupakan gift of equal start…(dengan izin), kerana Kerajaan Negeri yakin bahawa setiap bayi mempunyai hak permulaan hidup yang sama dan juga merupakan hadiah kepada semua bayi yang dilahirkan di negeri Pulau Pinang daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sejak dilancarkan pada Ogos 2022, lebih daripada 14,000 naskah buku telah diedarkan ya. So jadi sesiapa yang ingin mendapat satu minat dapat satu bolehlah hubungi pejabat saya ya. Saya rasa kita memang semua tahu ya, keperluan taska dan pusat jagaan di Pulau Pinang dan dimana-mana pun. Ini adalah sangat penting untuk membolehkan kaum ibu pergi bekerja dengan senang hati. Jadi pada tahun ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan geran sebanyak RM 300,000 bagi pertubuhan TASKA dan PJKK. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Baru serta RM300,000 lagi bagi geran naik taraf taska dan PPJK sedia ada untuk mereka yang charge bayaran kurang daripada RM500 sebulan. Jadi usaha ini merupakan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan selamat bagi kanak-kanak di Negeri Pulau Pinang termasuk juga golongan yang terpinggir, B40 khasnya. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong inisiatif penubuhan Taska dan Tadika sebagai pendidikan awal kanak-kanak. Sangat-sangat penting untuk mereka yang dibawah 7 tahun sebelum pergi ke sekolah rendah. Tahun-tahun inilah yang akan menentukan masa depan kanak-kanak ini. Jadi kita selain daripada kita ada Taska D’Komtar sudah beberapa tahun dan kita akan kita dalam pelaksanaan sekarang untuk menubuhkan Taska D’Komtar 2.0 satu lagi kerana ramai yang dalam waiting list. Kita pun sudah ada Tadika Whythouse di Tech Dome dan ini semuanya dalam bayaran yang di subsidi oleh Kerajaan Negeri atau pun jabatan-jabatan. Hasrat saya ialah supaya kita boleh membanyakkan lagi sekiranya, sekarang ialah Pakatan Harapan sudah menjadi kerajaan di Pusat, Saya harap peruntukan dan dasar yang baru boleh digubal supaya kita memperbanyakkan pusat jagaan kanak-kanak supaya membolehkan ibu
bapa pergi ke kerja dengan senang hati dan juga untuk pembangunan kanak-kanak ini kerana ramainya kanak-kanak yang terbiar yang tidak dijaga di rumah yang ibu bapa tak mampu jaga mereka dengan baik. Sekiranya pergi ke pusat jagaan kanak-kanak mereka akan dijaga oleh educator yang sudah dilatih. Jadi ini adalah baik untuk semua pihak juga baik untuk majikan kalau majikan adakan pusat jagaan, taska kerana budak-budak, kanak-kanak pada hari ini akan menjadi human resource pada dua puluh tahun yang akan datang. Kalau kita jaga semua kita punya future human resource dengan baik nanti kita tak kurang dah. Kita tidak akan kekurangan human resource atau pun talent. Jadi kita mesti kita, we have to invest in them while they are still young don’t wait until they are already ten years old, eleven years old, thirteen years old. Sometimes they is already too late.
Jadi saya nak maklumkan satu berita yang baik, semalam saya pergi ke Micron yang dia sudah adakan satu industry driven childcare yang pertama di Batu Kawan. Micron bekerjasama dengan TalentCorp dengan PWDC dan juga The Whythouse mewujudkan Taska untuk pekerja-pekerja company ini. Saya rasa saya menggalakkan semua company, semua syarikat untuk mewujudkan Taska untuk pekerja-pekerjanya supaya kita menjaga ekonomi. Kita juga jaga talent, the future talent. Jadi saya harap juga kita akan ada satu polisi di pusat untuk menetapkan semua majikan harus mengadakan one form or another of Taska supaya anak-anak pekerja mereka dijaga dengan baik, kerana pusat jagaan yang berdekatan dengan tempat kerja ini memudahkan ibu bapa yang bekerja di sana untuk menghantar anak-anak dan terus ke tempat kerja. Saya harap modul ini akan dicontohi oleh syarikat-syarikat lain sebagai strategik mengekalkan bakat tempatan malah mengangkat jenama syarikat sebagai syarikat berprihatin kepada pekerja. Untuk pengetahuan Ahli Dewan pusat jagaan ini telah ditubuh ya dengan bantuan geran dari Kerajaan Pusat, Labour Kementerian Human Resources dan kita Kerajaan Negeri pun ada bagi sedikit insentifnya untuk menunjukkan bahawa kita memang nak semua syarikat untuk mengadakan pusat jagaan dan saya I believe in order to have more pusat jagaan kanak-kanak dia mesti dikongsikan dan beban or the cost mesti kongsikan oleh majikan dan kerajaan dan ibu bapa supaya dia sustainable.
Yang Berhormat Padang Lalang. Dato' Speaker, Berapit di sini. Berapit kena lebih tinggi baru boleh dinampak. Terima kasih Dato’ Speaker. Saya amat tertarik dengan Yang Berhormat apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Lalang memang pun sebagai seorang ibu, saya selalu pun kalau nak pergi kerja, kena memastikan anak saya dijaga dengan baik. Ini satu kemestian bagi semua, bukan saja ibu, saya rasa bapa pun sama. Jadi untuk, ada bapa setuju tak setuju? Setuju. Jadi saya ingin mencadangkan kalau untuk, demi menggalakkan lebih banyak syarikat supaya mendirikan, adakan childcare center di dalam syarikat atau pun kilang-kilang, mungkin Kerajaan Negeri kita boleh fikirkan satu cara yang lebih kreatif, adakah kita boleh adakan pertandingan dan sebagainya supaya mereka yang mendirikan childcare center dengan SOP yang ditetapkan mungkin boleh masuk ke dalam pertandingan ini. Dan sebagai Kerajaan Negeri bukan saja insentif, adakah kita boleh bagi kepujian kepada mereka. Itulah cadangan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya minta. Yang Berhormat Padang Lalang, saya setuju dengan pandangan saya daripada, pandangan rakan saya dari Berapit. Saya minta satu saja, sedang kita sudah ambil Kerajaan Persekutuan, saya harap dasar-dasar yang sedia ada yang dipraktikkan oleh Kerajaan Negeri jangan kita bagi terus kepada kata yang ini sudah akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan sebab kita tidak tentu sebab ada
program-program sebelum itu yang kita pernah laksanakan, kita percaya dan telah beri kepada Kerajaan Persekutuan dan bila mereka tukar mereka telah menghentikannya. Ada program-program seperti itu. So saya harap saya pun sokong dan kalau boleh kita perlu beri penghargaan kepada syarikat-syarikat yang mewujudkan child care center dalam, saya sendiri tau, MBSP ada, MBPP saya tidak pasti dan agensi-agensi Kerajaan Negeri perlu menjadi the leaders. Semua agensi negeri kita, PDC, PBA perlu tubuhkan childcare center, itu pertama, then kita boleh menggalakkan sektor swasta dan saya harap, EXCO akan buat satu keputusan untuk mewajibkan semua agensi negeri untuk sediakan childcare center dengan subsidi daripada Kerajaan Negeri. Ini cadangan saya.
Bukan daripada Padang Lalang, bapa.
Okey, terima kasih.
Yang Berhormat Berapit kata Pusat Khidmat pun kena start dulu.
Saya rasa sekiranya ada keperluan, boleh start di mana-mana tapi macam mana nak start, saya rasa dia perlu you have to think about aware la, you cannot have one side of shoes for all. So sama dengan ini juga, because keperluan ialah you, kalau you nak hire seorang, dia kena jaga 3 orang barulah dia boleh cover kosnya, sekurang-kurangnya. Jadi ini adalah, dia ada cost factor lah. Kalau kita ada duit, bolehlah kita boleh buat semua ini kerana kita punya dana ada terhad, jadi kita buat apa yang paling diperlukan dahulu. Sebenarnya memang ada peruntukan untuk semua agensi kerajaan untuk menubuhkan taska di dalam pejabat atau tempat kerja. Yang saya tau, bahawa peruntukan tahun ini pun belum habis lagi. Jadi adalah baik sekiranya perlu saya rasa perlu buat satu kajian feasibility sama ada perlu sekiranya ada perlu saya rasa, saya menggalakkanlah Pengarah atau ketua agensi untuk mengambil inisiatif untuk mewujudkan Taska ini. Memang dia baik untuk produktiviti tapi kita akan berusaha ya? Dalam usaha kerjasama pintar (smart partnership) khasnya DI dalam pembangunan sosial kerana kita baru wujudkan MMK Pembangunan Sosial dan kita belum adakan satu agensi yang baru. Kita gunakan PWDC juga, jadi kita tambahkan staff sekiranya kita perlukan. Tapi kita strategi pendekatan yang pejabat kami, saya yang guna ialah bekerjasama dengan NGO-NGO kerana NGO dia ditubuhkan untuk perkara-perkara yang spesifik. Mereka yang sangat prihatin, they are very passionate, umpamanya WCC, dia very passionate dengan membantu women in crisis. Jadi passionate dan cara dia bekerja itu, dia tidak boleh diganti, tak boleh comparelah kalau kita hire pekerja saja. Jadi hubungan dan jalinan kerjasama Kerajaan Negeri dengan rakan-rakan strategik dapat membantu dalam mencapai Mission Penang2030 juga selaras dengan SDG 17 iaitu ‘Partnership For The Goals’. Jadi, seperti baru-baru ini kerajaan, pejabat saya dan juga MBPP kita sudah bekerjasama dengan Buddhists Tzu-Chi Merits Society Malaysia dalam penubuhan Pusat Komuniti Padang Tembak, dia telah sangat memanfaatkan komuniti di situ, khasnya golongan B40…(gangguan).
Yang Berhormat Padang Lalang, dua minit lagi. You have to gulung, fast.
Okey. Saya have to gulung.
Gulung up.
Lima minit bagilah. Okey, jadi saya amat menghargai usaha dan kerja yang dijalankan oleh pihak NGO yang bergiat aktif dalam memberikan khidmat kepada komuniti seperti Home Dynamic, Agape, D’ Home Mental Health Association dan Snehem Malaysia dan juga seperti Pertubuhan Rose Charities Malaysia and Senior Citizens’ Association Penang dan of course WCC. Jadi ini adalah caranya kita akan terus bekerjasama dengan NGO-NGO yang memang sudah aktif. Sedikit lagi, saya tidak akan pergi ke active aging kerana sudah banyak sudah cakap ya dalam soal jawab. Dalam MMK Hal Ehwal Agama Selain Islam. Selain isu-isu pembangunan sosial dan dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri, perkara-perkara berkaitan keharmonian kaum dalam kepelbagaian beragama juga amat diambil perhatian demi memastikan Negeri Pulau Pinang dapat membangun dalam suasana yang aman, inklusif dan harmoni. Jadi peranan Penang Harmony Corporation atau HARMONICO dalam membina dan mempromosi konsep keharmonian beragama, kita mengadakan beberapa program. Jadi yang program ada satunya ialah Kempen Eksplorasi Keagamaan. Kita memang very diverse tetapi ada Buddhist tidak pernah ke Kuil India, ada Hindu yang tak pernah pergi ke surau, tak pernahlah visit each other. Jadi kalau tak kenal, dia memang tak sayang. Jadi kita mau, kita semua kenal bukan saja kenal agama diri sendiri tetapi juga kenal agama jiran kita, agama kawan kita dan semuanya, supaya kita faham apakah adab mereka, supaya tak ada misunderstanding dalam every day kita punya life ya. Jadi kita ada eksplorasi, kita akan mengadakan program ini. Dan sampai hari ini, HARMONICO telah menghasilkan 10 siri produk eksplorasi keagamaan yang telah dipaparkan di pelbagai social media. Melalui Kempen Eksplorasi Keagamaan ini, seramai 387,000 orang telah menonton melalui social media. Ini bukan saja orang Penang tengok, boleh tonton, orang Malaysia tapi seluruh dunia dapat tonton video ini. Dan juga pelbagai program sampingan juga telah diadakan secara fizikal dengan kerjasama pihak sekolah, universiti, pertubuhan keagamaan serta pertubuhan pelancongan. Jadi kita menggunakan pendekatan ini juga smart partnership dengan pertubuhan-pertubuhan yang memang juga minat dalam bidang yang sama. Dan kita membangunkan Sistem e-RIBI, saya rasa semua ADUN sudah tau tentang ini kerana dia telah menjemput semua untuk memberi keterangan. Jadi sebagai sebuah negeri yang memacu ke arah peningkatan kualiti hidup berteraskan Mission dan Vision Penang2030, aspek pembangunan perlu diseimbangkan antara kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial. Inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui MMK Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam adalah bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat Negeri Pulau Pinang dapat dicapai secara menyeluruh dan inklusif. Walau bagaimanapun, tanggungjawab ini bukan terletak di bahu Kerajaan Negeri semata-mata tetapi ia juga memerlukan penglibatan aktif dari semua golongan masyarakat termasuk jabatan/agensi kerajaan, agensi-agensi swasta mahupun NGO.
Justeru, saya menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat supaya dapat bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dalam menggembleng tenaga untuk mencapai kesejahteraan rakyat. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini kerana memang mereka selalu memberikan respond yang sangat baik kepada program-program ini. Akhir kata, saya merakamkan terima kasih…(gangguan).
Yang Berhormat Padang Lalang, saya ada satu isu yang saya telah timbulkan. Saya nak tanya penjelasan tentang…(gangguan). Ya betul, saya bagi laluan kepada Ketua Pembangkang, sekarang akan jadi unity.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Padang Lalang. Saya cuma tertarik dengan apa yang dibangkitkan tentang Penang HARMONICO Corporation. Hasrat dan niat ini cukup baik kerana kita di negara kita ini Islam adalah agama rasmi dan agama lain boleh melaksanakan dengan bebas atau pun dengan mengikut cara masing-masing. Cuma saya rasa ada benda, perkara-perkara yang perlu didetailkan atau pun didalami dari segi kita nak mengadakan program-program yang berkaitan dengan, kalau pemahaman agama itu saya rasa okey cuma mungkin program-program lain itu, saya rasa yang menyentuh tentang isu-isu hukum dan sebagainya, saya rasa perlu dirujuk kepada pihak Majlis Agama Islam. Saya takut dia jadi isu sensitif, saya takut benda tu. Saya takut kalau benda-benda itu kita, bagi kita tidak sensitif bagi sesetengah pihak dia mungkin sensitif. Jadi saya rasa benda tu, pelaksanaannya baik cuma rujuk kembali kepada pihak Majlis Agama atau pun Jabatan Agama untuk pelaksanaannya supaya tak menimbulkan satu perkara yang menimbulkan, sekarang ini macam-macam, boleh diviralkan dan sebagainya, takut jadi isu. Contohnya isu yang diviralkan masa pilihanraya, isu azan, benda ni. Jadi jenuh saya nak jawab. Kita dah jawab, dah bersidang dalam Dewan, cakap pasal tu dan saya rasa tak timbul masalah pun cuma enakmen itu tak dikuatkuasakan, tidak ada masalah. Jadi kefahaman ni, benda-benda macam ni perlu diperjelaskan dan dirujuk kepada Majlis Agama Islam, hal-hal yang berkaitan dengan antara agama ini perlu dirujuk supaya tidak ada masalah yang timbul. Saya minta, terima kasih.
Dan Sungai Dua juga ada hak nak tuntut satu kerusi sebelah sini kalau mau.
Ya, terima kasih kepada pandangan itu. Dan memang kita selalunya berhati-hati dan kita memang sangat sensitif kepada semua agama. Tapi hanya ada pihak-pihak yang tertentulah mau memainkan isu-isu seperti ini. Tapi saya mengucapkan terima kasih kepada perhatian YB. Pembangkang, Ketua Pembangkang…(gangguan).
Yang Berhormat Padang Lalang.
Ya, saya merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan dan cadangan yang telah diberikan…(gangguan).
YB. Padang Lalang, saya belum habis lagi. Saya nak dapatkan rekod dalam Dewan juga tentang isu yang saya timbulkan semalam. Keganasan rumah tangga. Kita nampak pihak polis apabila ada laporan dibuat tidak bersungguh-sungguh, saya tak cakap seluruh institusi polis itu sendiri tapi ada pegawai-pegawai yang tidak sensitif. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah dinyatakan 102 orang pegawai polis juga telah diberi kursus first support point tetapi saya rasa ini tidak cukup. Semua pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam kes-kes jenayah perlu diberi pendedahan tentang first support point ini. Jangan bila ada suami pukul isteri atau isteri pukul suami jangan cakap ini masalah keluarga pergi settle. So kalau dibiarkan sebagai settle, settle satu hari boleh sampai pergi ke kes bunuh pun ada, pernah nampak. So kita minta Kerajaan Negeri ambil satu inisiatif boleh mengadakan perbincangan dengan pihak polis untuk memberi lebih pendedahan sebab saya sendiri pernah lihat bagaimana kes-kes seperti ini dilayan dengan cara yang tidak patut. So saya minta Kerajaan Negeri ambil the initiative untuk lead usaha ini.
Terima kasih dengan pandangan ini saya rasa pihak PDRM selepas CPO yang baru datang memang dia sudah bertambah baik. Respon kepada semua kes-kes keganasan dan gender-based violence memang semakin baik tapi there's always room for tambah baik jadi kami akan berusaha untuk menambah baik lagi. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Lalang. Dipersilakan Yang Berhormat Perai.
Speaker lupa dari mana saya datang.
Tak, tak lupa.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Sebelum saya mulakan penggulungan saya dengan izin Dato' Yang Di-Pertua saya mengucapkan tahniah kepada seorang tokoh politik iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ke-10 Malaysia. Beliau sebenarnya jadi Perdana Menteri Ke-5 tetapi ini tidak berlaku dan saya juga mengambil kesempatan ini supaya semangat perpaduan ini
memang sudah pelihara dan saya minta Ketua Pembangkang datang saya sini duduk dengan semangat perpaduan.
Nelson Mandela Malaysia…(ketawa).
Dato’ Yang Di-Pertua, saya tidak akan dapat ini kertas saya ini tebal sikit, saya tidak akan sentuh perkara-perkara yang umum. Saya akan terus pergi kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan dan juga komen-komen di Dewan ini untuk apa ini oleh kerana kesuntukan masa dan oleh kerana kita menghabiskan apa ini mesyuarat Dewan pada hari ini.
Sekejap.
Saya boleh mulakan sekarang? Berkaitan cadangan Yang Berhormat Padang Lalang supaya Kementerian Pendidikan Malaysia ini mahupun Jabatan Pendidikan Negeri dalam mendidik para pelajar dari awal lagi mengenai gangguan seksual. Saya menerima baik cadangan ini dan bersetuju bahawa pendidikan adalah medium yang terbaik untuk memberi kesedaran mengenai isu ini sejak kecil. Untuk makluman Yang Berhormat, JPN bekerjasama dengan Women Center for Change (WCC) bagi menyebar luaskan modul dan video tentang sentuhan 'Okey Tak Okey' kepada guru bimbingan kaunseling untuk disampaikan kepada murid-murid. Modul ini memberi pendedahan kepada murid mengenai bulatan batas pergaulan dan tentang sentuhan yang dibolehkan dan tidak dibolehkan agar murid terhindar daripada gangguan seksual. Saya berharap program seumpama boleh dipertingkatkan oleh pihak JPN dan juga diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak peringkat pra sekolah. Menjadi tanggungjawab kita bersama dalam melindungi generasi muda daripada segala anasir buruk yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Bagi soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun mengenai peluang pekerjaan bagi graduan-graduan dari bidang lain selain bidang STEM ingin saya jelaskan bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah negeri berasaskan industri. Maka kebanyakan peluang pekerjaan yang ditawarkan di sini adalah berkaitan STEM yang seiring dengan keperluan industri. Kita pada masa kini sedang menghadapi isu kekurangan tenaga bagi menampung permintaan bagi pihak industri yang semakin meningkat dan terpaksa mengambil langkah seperti Penang Internship Subsidy Programme kepada syarikat-syarikat tempatan untuk membuka peluang latihan industri dan seterusnya menarik bakat-bakat dari seluruh negara untuk mendapatkan pengalaman bekerja di tempat. Namun begitu ini tidak bermakna peluang-peluang pekerjaan dalam bidang lain tidak diberi tumpuan. Kerajaan Negeri melalui Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang, Pusat CAT melaksanakan pemadanan kerja untuk membantu pencari kerja dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan daripada majikan, syarikat serta mempromosikan peluang-peluang pekerjaan di Pulau Pinang. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menganjurkan ekspo kerjaya serta menyokong usaha PERKESO dalam mengadakan Karnival Kerjaya Jamin Kerja bagi mengisi kekosongan jawatan semasa kepada semua golongan pencari kerja khususnya Pulau Pinang.
Yang Berhormat Batu Lancang telah menyarankan bahawa pembangunan modal insan Negeri Pulau Pinang perlu seiring dengan pembangunan negeri. Saya menerima baik sasaran beliau serta menekankan bahawa hala tuju pembangunan modal insan di Pulau Pinang adalah sejajar dengan perkembangan dunia dan keperluan pasaran tenaga kerja dan disebabkan itulah tumpuan kita ada kepada bidang STEM sepertimana yang telah saya jelaskan tadi. Yang Berhormat Bukit Tengah dan Bayan Lepas telah membangkitkan isu berkaitan penempatan pekerja asing dan tindakan yang telah diambil oleh pihak Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang (JTK). JTK Pulau Pinang terhadap majikan yang menempatkan pekerja asing di kawasan perumahan penduduk tempatan dan tidak membuat sebarang pemantuhan terhadap mereka yang mengakibatkan isu sosial dan mengganggu penduduk tempatan. Di sini saya ingin jelaskan bahawa bidang kuasa JTK mengenai perakuan penginapan pekerja adalah sepertimana yang termaktub dalam Akta Standard Minimum Perumahan Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta 446. Akta ini tidak menghalang penginapan pekerja di kawasan perumahan penduduk tempatan. Walau bagaimanapun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan satu ketetapan bahawa kawasan perumahan dibenarkan untuk didiami oleh golongan pekerja asing tempatan dengan bersyarat kawasan kediaman telah diklusterkan sebagai penginapan bersifat sementara melalui Garis Panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja Di Negeri Pulau Pinang Tahun 2022. Bagi mematuhi ketetapan ini, JTK Pulau Pinang telah menetapkan permohonan-permohonan perakuan penginapan yang dikemukakan oleh para majikan dan penyedia penginapan berpusat perlulah mendapat kelulusan daripada PBT telah terlebih dahulu. JTK Pulau Pinang telah mengeluarkan ketetapan PBT berkenaan kawasan kediaman penduduk tempatan dijadikan penginapan pekerja. JTK Pulau Pinang juga tidak mengeluarkan sebarang Sijil Perakuan Penginapan kepada mana-mana permohonan yang melibatkan kawasan kediaman tanpa kelulusan PBT sejak bulan Oktober 2021. Berkaitan usaha yang diambil oleh JTK Pulau Pinang dari segi penguatkuasaan terhadap isu gangguan yang ditimbulkan oleh pekerja asing, JTK Pulau Pinang mengamalkan pendekatan untuk membantu agensi-agensi Kerajaan Negeri dengan menasihati para majikan dan penyedia penginapan dalam mengatasi masalah kacau ganggu ini. Justeru itu Kerajaan Negeri menyarankan agar JTK Pulau Pinang bersama agensi kerajaan yang terlibat boleh meningkatkan usaha pematuhan dan penguatkuasaan bagi perkara ini. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pulau Tikus yang telah menyatakan bahawa negara kita kini berdepan dengan isu brain drain. Saya bersetuju dengan kenyataan dinyatakan oleh Yang Berhormat bahawa antara faktor utama yang menyebabkan penghijrahan tenaga mahir keluar negara adalah nilai mata wang Malaysia yang kian merosot serta laluan kerjaya yang baik di luar negara. Namun begitu perkara ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana kesannya adalah sangat negatif serta mampu mencacatkan kemajuan negeri dan negara secara keseluruhan. Tapi isu brain drain ini banyak di perbincangan tapi dianggarkan oleh bahawa 2 juta pekerja Malaysia ini atau warganegara Malaysia ini keluar dari Malaysia ke negara-negara yang memberi peluang. Tapi juga wujud di samping itu reverse brain drain oleh kerana pemindahan teknologi dan pemindahan pekerja yang suatu masa ketika kerja di negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat oleh kerana pemindahan teknologi, oleh kerana perpindahan syarikat-syarikat ke Asia ataupun ke Amerika mana-mana, maka berlaku apa yang dikatakan sebagai reverse brain drain. Saya tidak ada angka-angka untuk menunjukkan bahawa cuma apakah apa ini kesiginifikan reverse brain drain. Perkara ketiga yang perlu disentuh juga adalah nomadism. Nomadism adalah perkara di mana seorang pekerja mahir dia boleh kerja mana-mana di dunia. Walaupun dia berpusat di Amerika Syarikat atau berpusat di London atau tempat kerja dia sana tapi dia sebenarnya tidak perlu duduk sana mungkin dia boleh dengan laptop saja dia boleh ada dekat mana-mana dunia dan saya mendapati bahawa banyak negara mungkin termasuk Malaysia memberi kelonggaran visa kepada mereka yang boleh berpisah katakan di Malaysia dapat visa kelonggaran kerja dan sebagainya. So ini proses nomadism ini adalah di mana seorang
pekerja ini akan kerja tapi kerja ini secara fizikal dia duduk di Malaysia Kuala Lumpur atau pun Pulau Pinang ataupun kerja di sini, mungkin duduk sini mungkin kerja di Singapura dan sebagainya. Kejadian ini adalah satu fenomena yang kita perlu lihat supaya melihat sama ada ini telah apa ini melonggarkan atau pun telah apa ini merupakan satu fenomena yang ada mitigasi terhadap brain drain. Oleh yang demikian kerajaan negeri mempergiatkan usaha mengekalkan bakat-bakat negeri kita dan menarik bakat keluar Pulau Pinang melalui program biasiswa Penang Future Foundation (PFF) untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hab bakat. Program ini mensyaratkan pemegang biasiswa untuk bekerja di Pulau Pinang dalam organisasi pilihan mereka sama ada di sektor swasta atau awam. Penang CAT Center juga membuat jangkauan kepada institut pengajian tinggi di seluruh negara bagi berkongsi peluang-peluang pekerjaan di negeri ini di samping mempromosikan inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan bakat-bakat. Ini dari perkembangan globalisasi di mana kini isu brain drain telah berevolusi kepada brain seculation. Kerajaan Negeri turut menyokong usaha TalentCorp dalam memperkenalkan program dan inisiatif untuk memudahkan cara kepulangan diaspora kembali ke Malaysia. Yang Berhormat Pulau Tikus turut menekankan bahawa peluang pekerjaan di Pulau Pinang perlu mengutamakan penduduk tempatan terlebih dahulu sebelum pertimbangan diberikan kepada pekerja asing. Ingin saya menjelaskan di sini bahawa pengambilan pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan antara langkah yang diambil dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing adalah pelaksanaan dasar yang memperuntukkan mana-mana syarikat yang ingin ambil pekerja asing atau ekspatriat dikehendaki mengiklankan jawatan kosong di portal MyFutureJobs sebelum memohon Pas Pekerjaan dengan Jabatan Imigresen. Dasar ini dapat mengawal pengambilan pekerja asing dan tidak secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan. Isu ini memang wujud apabila ramai yang cari kerja tapi sekarang ini oleh kerana kekangan tidak ada pekerjaan, maka saya tidak tau sejauh mana ini dapat diaplikasikan terutama di sektor swasta.
Bagi permohonan Yang Berhormat Batu Uban untuk mendapatkan peruntukan Kerajaan Negeri untuk membina sebuah padang permainan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Subramaniam Barathee, saya mohon agar Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Kerajaan Negeri, mungkin boleh mengenalpasti adakah tanah berhampiran supaya Kerajaan Negeri akan meneliti permohonan tersebut dan akan memberi pertimbangan yang sewajar dengan ketersediaan peruntukan bagi perkara ini.
Bagi soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua berkaitan agihan peruntukan Kerajaan Negeri kepada Sekolah-sekolah Mubaligh, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Agama, telah pun saya jelaskan perkara ini di dalam sidang DUN yang lepas. Memang maklumat ini adalah, butir-butir semua ada, data ada. Namun begitu, memandangkan perkara ini dibangkitkan sekali lagi oleh Ketua Pembangkang, maka akan saya perjelaskan semula. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan tahunan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah ini adalah bagi tujuan meningkatkan kemudahan fizikal dan pembangunan sekolah. Secara amnya, kriteria penyaluran peruntukan ini adalah berdasarkan keperluan yang mustahak seperti aspek keselamatan, menaik taraf kemudahan yang tidak lengkap dan jumlah pelajar. Perbezaan dalam pengagihan peruntukan antara sekolah-sekolah ini adalah disebabkan oleh jumlah sekolah, pelajar dan guru serta keperluan yang berlainan di bawah suatu kategori sekolah.
Speaker, itu saja, itu saja respon saya kepada soalan-soalan yang dibangkit dan juga kepada komen-komen yang telah dibangkitkan. Saya memendekkan apa ini penyampaian saya oleh kerana kesuntukan masa kita pun mau balik cepat hari ini. Okey.
Tidur awal..lah.
Dengan itu saya terus apa ni …menyokong, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Perai.
Y.A.B. Ketua Menteri:
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, selaras dgn peraturan 6A(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini dilanjutkan sehingga semua urusan selesai.
Ada sokongan?
Saya mohon menyokong walaupun saya nak balik cepat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengumumkan usul di bawah peraturan 16A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 24 November 2022, Khamis, sehingga semua urusan selesai. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “Ya”.
Ahli-ahli Dewan:
“Ya”
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, katakan “Tidak”. Lebih suara bersetuju, usul dipersetujui. Dipersilakan Ahli Yang Berhormat daripada Pinang Tunggal.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Tuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan-Tuan, Puan-Puan.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas limpah kurniaNya yang menghimpunkan kita pada hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-14, Negeri Pulau Pinang. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan ke atas kesempatan untuk mengulung perbahasan dan sampaikan ucapan penggulungan bagi isu-isu berkaitan portfolio ini yang telah dibahaskan oleh Ahli Yang Berhormat, ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 sepertimana yang telah bentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Harapan dan juga seluruh rakyat Malaysia dengan selesainya episod pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang baru (Ahli Dewan menepuk meja).
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, rakan-rakan seperjuangan saya, yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama Islam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi di Pulau Pinang selaras dengan Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas komitmen yang berterusan dalam pentadbiran agama Islam bagi merealisasikan agama Islam dan syiar Islam terpelihara di negeri ini.
Penyediaan peruntukan bagi tahun 2023 ialah sebanyak RM75.08 juta bagi tujuan mempertingkatkan pembangunan agama Islam amatlah membantu dalam menjaga kemaslahatan seluruh umat Islam di Negeri Pulau Pinang. Melalui peruntukan ini, Kerajaan Negeri dapat menambahbaik dan melaksanakan pelbagai pembangunan dari segi pembinaan dan naik taraf masjid, surau dan sekolah agama, bayaran bantuan pendidikan untuk sekolah agama, bayaran bagi guru Kelas KAFA Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan pegawai masjid, peruntukan mengurus Jabatan Negeri berkaitan Hal Ehwal Agama Islam, peruntukan bagi pelaksanaan program dan majlis agama serta perbelanjaan lain-lain berkaitan Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Pulau Pinang.
Seperti yang semua sedia maklum, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menganjurkan pelbagai program dan majlis rasmi agama peringkat Negeri Pulau Pinang. Antara yang boleh saya sebutkan di sini ialah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul dan Festival Nasyid. Bagi tahun 2023, untuk Kerajaan Negeri akan menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dengan peruntukan bajet sebanyak RM3.52 juta. Peruntukan ini adalah daripada peruntukan bajet keseluruhan untuk Hal Ehwal Agama Islam. Majlis-majlis dan program keagamaan ini adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri bagi meraikan peristiwa-peristiwa penting dalam Kalendar Islam di samping memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara sesama manusia. Melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, perancangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2022 sehingga 2025 adalah untuk membangunkan sebanyak tujuh (7) buah masjid di negeri ini selain daripada beberapa buah masjid yang sedang dalam pembinaan pada waktu ini. Jumlah peruntukan yang dibiayai bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM18 juta.
Menjawab persoalan YB Sungai Dua berkenaan isu penyampaian dakwah kepada golongan bukan Islam, golongan, daripada golongan bukan Islam kepada orang Islam, saya maklumkan di sini bahawa penggubalan enakmen syarak yang berkaitan sedang diuruskan oleh satu Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri dan buat masa ini telah memutuskan untuk menunggu atau melihat model Akta yang sama bagi Wilayah Persekutuan yang akan dibentangkan di Parlimen tidak berapa lama lagi.
YB Sungai Dua juga memohon penjelasan berkaitan tentang pendaftaran tahfiz di Tasek Gelugor. Daripada 15 buah tahfiz, hanya lima (5) buah tahfiz yang berdaftar. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang sedang mengemaskini data dan maklumat tahfiz tidak berdaftar di seluruh negeri termasuklah di Kawasan Tasek Gelugor. Ini bertujuan untuk memudahkan tahfiz berkenaan untuk didaftarkan sebagai sebuah tahfiz yang sah mengikut Enakmen Pengawalan Sekolah Sekolah Islam (SSI) 1989. Pihak Jabatan ini juga telah membuka ruang kepada tahfiz yang berdaftar untuk bekerjasama dengan Institusi dan Pusat Latihan Teknikal seperti Institusi Kemahiran Tinggi Perda, Kolej Komuniti, ILP dan Program bersama Zakat Pulau Pinang agar para pelajar tahfiz mendapat peluang meningkatkan latihan dan kemahiran teknikal. Pihak Kerajaan Negeri akan membantu tahfiz yang tidak berdaftar bagi melengkapkan semua keperluan yang berkaitan seperti keselamatan, status tanah dan hubungan dengan pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, Yayasan Islam Pulau Pinang telah mengambil inisiatif membantu pelajar-pelajar tahfiz untuk menduduki SPM dengan melaksanakan program Iltizam Huffaz. Program yang mendapat tajaan Zakat Pulau Pinang ini telah bermula pada 2 Julai 2022 di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Penaga dengan penglibatan awal seramai 36 orang pelajar tahfiz di Pulau Pinang dan 8 orang guru pakar dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Kelas ini dilaksanakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bertitik tolak daripada pelaksanaan program Iltizam Huffaz ini, pihak Yayasan Islam Pulau Pinang melihat keperluan untuk pihak kerajaan membantu pelajar tahfiz dengan menyediakan satu pengajian tahfiz di peringkat menengah yang lebih tersusun dan sistematik serta mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang bertujuan untuk mewujudkan kurikulum pendidikan tahfiz yang sesuai dengan pendidikan arus perdana selain menggalakkan institusi tahfiz swasta melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz, Kurikulum Bersepadu Dini atau persijilan TVET bagi memastikan pelajar tahfiz dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Yayasan Islam Pulau Pinang kini sedang mengkaji beberapa model di negeri-negeri lain untuk dijadikan panduan dan asas. InsyaAllah pihak Yayasan Islam akan mengemukakan cadangan yang menyeluruh bagi memperkasakan pengajian tahfiz di Pulau Pinang. YB. Penaga juga bertanyakan berkenaan peruntukan pembangunan, adakah mencukupi atau tidak? Sukacita saya memaklumkan kita mengamalkan pengurusan berhemah. Kalau diberi satu lembah sekalipun, kita akan minta satu lembah lagi. Pada setiap tahun JHEAIPP menerima peruntukan Pembangunan di bawah P13 yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan pembangunan. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah membelanjakan peruntukan yang disalurkan setiap tahun dengan purata prestasi perbelanjaan melebihi 95 peratus iaitu penggunaan yang optimum.
Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sungai Dua juga, kenapa masih ada kekosongan bagi jawatan Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang? Saya ingin rumuskan di sini bahawa jawatan Pengarah JHEAIPP mula kosong apabila Pengarah JHEAIPP sebelum ini ditempatkan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pembangunan mulai 01 Mac 2022. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengenalpasti calon-calon yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri atas perkenan Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Dimaklumkan juga bahawa calon pengganti telah diluluskan dan dalam Tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi tujuan urusan penempatan secara peminjaman memandangkan jawatan Pengarah adalah secara post terbuka.
Berkenaan dengan penukaran Imam-Imam / pegawai di JHEAIPP yang juga ditimbulkan oleh YB. Penaga, suka saya jelaskan bahawa pusingan kerja jabatan dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004 - Panduan Pertukaran Pegawai Awam bertujuan membangunkan dan meningkatkan kepelbagaian kemahiran di samping pendedahan kepada tugas baharu. Pusingan kerja dirancang dan
dilaksanakan dengan teliti, dengan telus, dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan dan tempoh masa di jawatan yang sama.
Penjelasan, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Pinang Tunggal berkaitan dengan isu pelantikan Jawatankuasa Qaryah yang baru lepas. Adakah benar Jawatankuasa Qaryah yang dilantik akan menjalankan tugas termasuklah Bendahari dan sebagainya pada awal tahun depan, tidak semasa dilantik? Maknanya penguatkuasaan tugas tu akan dilaksanakan pada bulan 1, sepatutnya bila dilantik tu terus melaksanakan tugas dan menjalankan kerja setelah dilantik tapi saya tak pasti betul atau tidak? Saya dengar macam tu.
Baik, memang memang betullah. Jawatankuasa yang ada sekarang adalah berkuatkuasa sehingga 31 Disember dan senarai, nanti saya akan sentuh kemudian sebab ada soalan daripada Yang Berhormat lain tentang perkara tersebut. Saya teruskan persoalan seterusnya YB. Penaga adalah berkenaan menyenaraihitamkan beberapa pendakwah di negeri ini. Kerajaan Negeri melalui MAINPP telah menyenaraikan 16 orang pendakwah di dalam Surat Pekeliling yang telah diedarkan tidak berapa lama dahulu. Penganjur masjid, surau dilarang untuk menjemput penama-penama yang telah disenaraikan tersebut untuk menyampaikan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu dengan mengambil kira beberapa faktor berikut tetapi bukanlah disenaraihitamkan. Faktornya yang pertama, mereka sering menyampaikan ceramah dan kuliah dengan tidak memiliki Tauliah Mengajar Agama Negeri Pulau Pinang dan yang keduanya terdapat aduan awam terhadap mereka dan pada masa yang sama terdapat pertanyaan daripada pengurusan masjid untuk menjemput mereka, walaupun mereka tidak mempunyai tauliah. Jadi sebab itulah mereka disenaraikan untuk menasihati Pentadbir-Pentadbir Masjid tentang perkara tersebut. Kerajaan Negeri tiada halangan untuk penganjur menjemput penama-penama tersebut atau mana-mana pihak sekiranya memiliki Tauliah Mengajar Agama Negeri Pulau Pinang atau memohon kebenaran penganjuran program yang boleh dibuat melalui JHEAIPP dengan mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan pada bila-bila masa. Berhubung dengan lantikan AJK Qaryah yang baharu, sepertimana yang dibangkitkan oleh YB. Penaga, ingin dimaklumkan bahawa proses lantikan seperti mana yang telah ditetapkan oleh MAINPP bermula daripada pemilihan calon-calon AJK daripada Qaryah untuk dikemukakan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah dan itu telah pun diselesaikan. Sekarang berada di peringkat tapisan akhir untuk dikemukakan oleh JHEAIPP kepada Majlis Agama Islam untuk kelulusan. Beberapa cadangan nama telah ditapis di peringkat JHEAIPP kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Tatacara Pemilihan Calon Jawatankuasa Qaryah Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 hingga 2025 dan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Qaryah Dan Pegawai Masjid Negeri Pulau Pinang 1997 (Pindaan 2003). Jadi pemakluman ini telah diberitahu sejak sebelum pemilihan berlangsung. Penyampaian Tauliah dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Disember 2022 ini dan lantikan akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2025. Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Khaira Ummah 2030 Pemacu Pembangunan Umat Islam Pulau Pinang. Khaira Ummah 2030 yang kini memasuki tahun ketiga kewujudannya sebagai pemacu kejayaan umat Islam di negeri ini. Bertindak sebagai rakan seiring dan sejalan dengan Penang2030, Khaira Ummah 2030 telah membantu merintis kepada pencapaian cemerlang pentadbiran Islam Pulau Pinang. Cabaran yang dihadapi dalam usaha membina ummah yang berkualiti atau pun Khaira Ummah 2030
bukanlah suatu perkara yang mudah. Pembangunan dan pendidikan awal perlu diperkukuhkan dengan sebaiknya bermula daripada kelompok kecil dalam keluarga. Penerapan nilai-nilai murni perlu dipupuk secara berterusan daripada semua pihak dalam usaha melahirkan masyarakat terutamanya generasi muda yang berkualiti untuk membangunkan negeri dan negara secara keseluruhannya. Menjawab soalan YB. Sungai Dua berkenaan jumlah peruntukan yang sedikit untuk Khaira Ummah 2030 dan dibahagikan untuk pelaksanaan 8 program, suka saya jelaskan di sini Khaira Ummah 2030 adalah merupakan sebuah pelan strategik yang bersifat sebagai koordinator ataupun menyelaras terutamanya kepada program-program yang sedia ada supaya ianya lebih berkesan dan sampai kepada sasaran yang tepat. Oleh itu, Khaira Ummah 2030 cuba dilaksanakan dengan kos yang optimum. Kebanyakan program-program adalah apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh agensi-agensi utama pentadbiran Islam dengan pengubahsuaian untuk meningkatkan kesesuaian dan keberkesanannya…(gangguan).
Mohon penjelasan, dengan izin Yang Berhormat Timbalan Speaker. Tentang program Khaira Ummah, kita tahu Khaira Ummah ini melahirkan satu masyarakat yang baik yang saya percaya paksinya ada beberapa elemen tapi saya tegaskan di sini adalah elemen muafakat itu. Kita tak mahu masyarakat hari ini terbawa dengan sentimen perkauman yang dimainkan terutamanya ketika pilihanraya baru-baru ini , fitnah terhadap agama, fitnah yang merosakkan hubungan sesama kaum itu perlu dihentikan. Jadi apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah program Khaira Ummah ini untuk melahirkan masyarakat sesama Muslim dan juga sesama rakyat pelbagai kaum dalam Pulau Pinang ini supaya tidak ada persengketaan kaum, supaya tidak ada fitnah yang melibatkan api perkauman ini dimainkan lagi dalam negeri Pulau Pinang. Saya percaya ayat-ayat Al-Quran banyak mengariskan sifat-sifat muafakat ini. Antaranya “orang mukmin itu berukhwah, bersaudara” tetapi kenapa banyak video-video fitnah dimainkan ketika pilihan raya yang membolehkan mewujudkan satu sentimen perkauman yang boleh memecah-belahkan masyarakat dalam Negeri Pulau Pinang, juga dalam Malaysia ini. Tapi Alhamdulillah dengan pelantikan Anwar Ibrahim PM ke-10 pada hari ini, kita jelas menunjukkan bahawa politik yang dibawa oleh Pakatan Harapan itu mengatasi politik kebencian perkauman yang dibawa oleh pihak lawan. Jadi saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri tentang apakah langkah-langkah yang diambil untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang memastikan anak-anak kita, generasi muda tidak terbawa-bawa dengan api perkauman yang sedang dimainkan hari ini? Terima kasih.
Terima kasih Permatang Pasir tentang komen yang diberikan. Khaira Ummah melangkaui daripada elemen perhubungan masyarakat malah dia mempunyai segenap perkara yang berkaitan dengan umat Islam. Bukan sekadar hubungan di antara orang Islam dan bukan Islam malah ia juga merangkumi sosial dan pembangunan ekonomi termasuk segala aspek. Jadi antara perkara yang kita tekankan juga adalah mengutarakan Islam membawa Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin dan saya percaya dengan adanya program-program sambungan dan daripada apa yang dibawa oleh Kerajaan sebelum saya menjadi EXCO dengan tema Islam sebagai agama yang bawa Rahmat dan apa yang diperkatakan oleh Permatang Pasir itu dapat kita laksanakan dan di dalam program Khaira Ummah ini dapat kita teruskan di dalam program Khaira Ummah ini, InsyaAllah.
Jadi saya berharap akan mendapat sokongan daripada semua pihaklah di dalam kita melaksanakan program-program Khaira Ummah dan pada masa-masa yang akan datang. Jadi untuk menyambung persoalan YB. Sungai Dua saya dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Islam Pulau Pinang telah menubuhkan sebuah pusat pembangunan komuniti yang dikenali sebagai Baitul Hikmah yang telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2022. Baitul Hikmah ini memberi penekanan kepada membantu pelajar sekolah serta remaja tidak bersekolah dalam menyediakan satu ruang yang selamat untuk belajar, bermain dan bersosial dengan kawalan dan pemerhatian sukarelawan yang terlatih. Objektif penubuhan Baitul Hikmah ini adalah untuk mencegah masalah sosial dan memperkukuhkan penghayatan agama dalam kalangan belia. Pelaksanaan program di pusat ini adalah berbentuk pendidikan, kemahiran serta program yang memfokuskan kepada aspek rohani dan jasmani kepada remaja dan belia. Antara program dan kemudahan yang telah disediakan adalah seperti kelas mengaji Al-Quran, kelas kemahiran, kaunseling serta sudut bacaan dan ICT. Satu lagi komponen teras anak muda adalah pelaksanaan KAFA Menengah Pulau Pinang yang telah dirintis pelaksanaannya pada tahun 2019. Menjelang tahun 2023, Yayasan Islam Pulau Pinang akan mengembangkan program ini di 39 lokasi baru menjadikan jumlah keseluruhan KAFA Menengah Pulau Pinang pada tahun depan adalah 50 buah. Ini adalah berdasarkan respon yang positif daripada masjid-masjid dan surau-surau yang menyatakan kesediaan dan minat yang tinggi untuk membekalkan KAFA Menengah Pulau Pinang di tempat mereka. Soalan selanjutnya daripada YB. Sungai Dua yang mohon perkongsian tentang Teras Tarbiyah. Wakaf Pulau Pinang telah diamanahkan untuk melaksanakan insentif pengajian ilmu berkitab di seluruh Masjid Pulau Pinang. Projek dengan kerjasama Bahagian Takmir, PMS Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan pihak masjid. Ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat bertujuan untuk menyediakan bahan rujukan di kalangan jemaah yang berada dalam majlis ilmu supaya pengajian lebih berkesan. Menjawab pertanyaan YB. Penaga berkaitan dengan Hospital Islam Pulau Pinang, suka saya terangkan di sini bahawa cadangan bagi membangunkan Hospital Islam Pulau Pinang telah bermula pada tahun 2016 dengan Majlis Pecah Tanah projek tersebut telah disempurnakan pada 11 Disember 2016. Namun begitu pihak YIPP selaku pemilik projek telah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan dana memandangkan kos projek yang besar iaitu RM280 juta. Pelbagai usaha dilaksanakan ketika itu bagi mendapatkan dana dan pinjaman namun tidak berhasil. Pada tahun 2020, YIPP telah disusun semula supaya penyertaan dan penglibatan Kerajaan Negeri lebih dekat dalam projek ini. Majlis Agama Islam Di Pulau Pinang pula ditugaskan untuk mengawal perjalanan YIPP. Pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan projek ini menerusi pendekatan baru namun menghadapi kesukaran akibat wabak COVID-19 yang merencatkan usaha tersebut. Dalam masa yang sama pihak YIPP menghadapi tuntutan perundangan yang perlu diselesaikan. Namun begitu pihak Kerajaan Negeri telah meminta pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan untuk membantu YIPP untuk meneruskan projek ini. Suka saya maklumkan bahawa pihaknya telah mendapat kelulusan yang diperlukan untuk pembangunan seperti Kebenaran Merancang dan lain-lain kelulusan berkaitan. Oleh yang demikian, pihak Mesyuarat Lembaga Pengarah YIPP telah bersetuju untuk melaksanakan Request for Proposal bagi memanggil syarikat-syarikat yang berminat untuk sama-sama membangunkan projek ini. InsyaAllah pihak YIPP dan PDC sedang dalam proses akhir untuk mengiklankan RFP tersebut. Ini merupakan salah satu usaha pihak Kerajaan dan saya menyeru agar semua pihak, semua umat Islam dapat bersama-sama berganding bahu untuk merealisasikan usaha murni ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua Dewan, MMK Koperasi. Agenda memperkasakan Koperasi Negeri Pulau Pinang terus diberikan perhatian serta tumpuan utama dalam usaha memberi sumbangan positif terhadap sosio-ekonomi dan sosial kepada masyarakat Pulau Pinang. Daripada Peruntukan MMK Koperasi yang telah dibelanjakan sepenuhnya bagi inisiatif pelaksanaan program pembangunan yang merangkumi program pengukuhan dan pemantapan terutamanya koperasi sekolah, koperasi qaryah dan koperasi komuniti, di samping itu tumpuan pelaksanaan program usahawan koperasi belia dan beliawanis juga diberikan perhatian melalui beberapa siri bengkel latihan yang sudah mula dilaksanakan. Pada tahun ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun kedua berturut-turut meneruskan pemberian bantuan ke Penang2030 COOP Grant. Geran ini bertujuan bagi merangsang dan membantu ekosistem ekonomi koperasi yang lebih mampan serta kompetitif dalam menghadapi cabaran ekonomi global. Pihak Kerajaan Negeri melalui MMK Koperasi telah menyalurkan bantuan kepada 34 buah koperasi di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2022 yang akan memberi manafaat kepada perkembangan ekonomi di Pulau Pinang. Dengan penyaluran dana bantuan ini bagi setiap tahun, Kerajaan Negeri dapat membantu 20 hingga 30 koperasi yang aktif bagi merancakkan pembangunan ekonomi rakyat di negeri ini. Dalam usaha memperdaya dan memperkasakan ekonomi masyarakat, Kerajaan Negeri melalui MMK Koperasi dengan kerjasama ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pulau Pinang sedang mempergiat usaha bagi meningkatkan penubuhan Koperasi Qaryah Masjid dan Surau di Negeri Pulau Pinang. Usaha ini bukan tertumpu kepada penubuhan koperasi sahaja tetapi juga menghidupkan dan mengaktifkan koperasi-koperasi yang telah wujud dalam usaha merealisasikan masjid dan surau sebagai One Stop Centre memperdayakan masyarakat. MMK Pemerkasaan Komuniti, sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) merupakan jentera Kerajaan Negeri yang paling hampir dengan masyarakat. Sebarang permasalahan atau keperluan projek di suatu kawasan akan diterima oleh MPKK dan dimajukan kepada jabatan yang bertanggungjawab. Sehingga kini sebanyak 375 MPKK telah diluluskan di seluruh Negeri Pulau Pinang dengan implikasi kos berjumlah RM9.15 juta pada tahun 2022. Sehingga 30 November 2002 sebanyak 375 MPKK telah diluluskan penubuhan dengan seramai 5,640 ahli MPKK. Bagi mengiktiraf tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh MPKK, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembayaran elaun kepada Bendahari MPKK sebanyak RM300 sebulan dan kenaikan Elaun Kehadiran Mesyuarat daripada RM50.00 kepada RM100.00 sebulan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2022 yang lalu. Dengan mengambil kira kenaikan ini peruntukan sejumlah RM12.98 juta akan disediakan untuk MPKK pada tahun 2023. Di samping itu, Yang Berhormat Bukit Tambun meminta penjelasan mengenai penyertaan masyarakat melalui MPKK. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, setakat ini Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pusat Penang2030 di 15 KADUN dan 9 buah pusat dalam perancangan untuk ditubuhkan di negeri ini. Pusat ini berkonsepkan shared space di mana ianya boleh dimanfaatkan secara optimum bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan, pembangunan sosial dan pemerkasaan komuniti. Pusat ini juga merupakan platform untuk memperkasakan rakyat Negeri Pulau Pinang dan inisiatif untuk mendekati anak-anak muda dari segi iliterasi digital, media, sivik, etika, kesihatan dan kewangan serta kemahiran berkaitan. Pusat ini adalah dilengkapi dengan peranti pembelajaran digital seperti komputer, kemudahan jalur lebar dan lain-lain. Mungkin juga boleh memainkan peranan seperti yang disoalkan oleh YB. Permatang Pasir tadi. Takaful Kemalangan Peribadi Berkumpul. Kerajaan Negeri di bawah portfolio Pemerkasaan Komuniti telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Takaful Kemalangan Peribadi secara berkumpulan (Group Personal Accident Takaful) untuk ahli MPKK di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah melantik Etiqa Insurans dan Takaful bagi menyediakan takaful kemalangan tersebut. Takaful kemalangan ini melibatkan seramai 5,400 orang ahli MPKK. Takaful kemalangan peribadi ini berkuatkuasa dari 1 Mei 2021 bagi tempoh satu tahun dan akan diperbaharui selepas tamat tempoh takaful berkenaan.
Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan, sebelum mengakhiri penggulungan saya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang komited dalam menjalankan amanah dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan dan melaksanakan dasar serta perancangan di bawah portfolio saya. Izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, semua Pejabat Daerah Dan Tanah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Anggota Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga, pengurusan masjid-masjid dan surau-surau serta semua jabatan-jabatan, agensi-agensi dan institusi-institusi yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana mengemukakan pelbagai sudut pandangan dan inisiatif yang sama mahupun berbeza tetapi masih relevan demi kebaikan semua. Semoga segala usaha dapat diteruskan lagi bagi mendapat menyokong segala kemajuan dan kemakmuran di Negeri Pulau Pinang, Pulau Mutiara ini. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullah. Terima kasih, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal. Dipersilakan Yang Amat Berhormat Padang Kota.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Pulau Pinang, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Semoga Datuk Seri akan membawa Malaysia ke masa depan yang lebih cerah dan gemilang. Saya ingin juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023. Segala cadangan dan komen yang dibangkitkan ketika perbahasan sememangnya akan diambil kira untuk penambah baikan selaras dengan hasrat kita untuk merealisasikan tema belanjawan Negeri Pulau Pinang tahun 2023 iaitu “Pembangunan Mampan Mensejahterakan Rakyat”. Dato’ Yang di-Pertua, Seperti mana yang telah saya bentangkan dalam ucapan belanjawan tahun 2023. Pada tahun 2021 ekonomi Pulau Pinang telah mencapai kadar pertumbuhan tertinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia iaitu pada kadar 6.8 peratus dan sumbangannya kepada KDNK negara meningkat kepada 7.1 peratus. Peneraju pertumbuhan utama bagi Negeri Pulau Pinang adalah sektor pembuatan yang meningkat 12.4 peratus, disokong oleh kepesatan dalam industri yang berasaskan eksport iaitu produk elektrik, elektronik dan optikal. Dalam usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan dan melaksanakan pembangunan yang mampan, Kerajaan Negeri perlu menangani tiga cabaran utama yang terdiri daripada tanah untuk perindustrian, sumber air bagi menampung keperluan masa depan dan isu modal insan. Salah satu pendekatan penting yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani cabaran
tersebut adalah melalui visi Penang2030. Empat tema utama iaitu meningkatkan taraf hidup serta kualiti hidup penduduk, mengembangkan saiz ekonomi demi meningkatkan pendapatan isi rumah, memperkasakan rakyat demi mengukuhkan sistem masyarakat sivil dan pelaburan dalam pembangunan alam semula jadi agar lebih berdaya tahan, dilihat dapat melonjakkan lagi potensi Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan di rantau ini. Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa setiap wakil rakyat ataupun pemimpin wajib berjiwa rakyat dan sentiasa menyelami setiap denyut nadi rakyat tanpa mengira latar belakang ideologi politik demi membangunkan negara berlandaskan keadilan, lebih-lebih lagi dalam aspek agihan peruntukan yang saksama. Justeru itu, kerjasama yang baik harus berterusan dan sentiasa wujud antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, bagi memastikan setiap agenda pembangunan negeri dan seterusnya pembangunan negara amnya dapat dilaksanakan secara inklusif dan holistik dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Perlu diingatkan, penolakan rakyat kepada kerajaan yang memerintah sebelum ini disebabkan ia tidak lagi dilihat mampu mempertahankan dan mengamalkan nilai politik jujur dan adil dalam urusan pemerintahannya. Misalnya pada 13 September 2021 Kerajaan Persekutuan dan pihak Pembangkang telah memeterai Memorandum Persefahaman Tranformasi dan Kestabilan Politik yang bertujuan untuk mengenepikan segala perbezaan politik dan memastikan segala usaha pemulihan negara berjalan dengan baik dan efektif. Usaha ini perlu diteruskan pada masa hadapan agar segala perancangan pembangunan dan penyelesaian kepada masalah rakyat mampu dilaksanakan hasil sokongan dan sumbangan kedua-dua belah pihak. Kerajaan Negeri memerlukan sokongan peruntukan daripada pihak Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur berskala besar, bukan sahaja di kawasan Seberang Perai malah di seluruh Negeri Pulau Pinang Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Tambun, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) kini dilihat kritikal bagi mengurangkan kejadian banjir yang berlaku. Projek RTB baharu seperti RTB Lembangan Sungai Jawi perlu dilaksanakan segera di samping cadangan projek RTB di beberapa kawasan lain yang dilaporkan masih berlaku kejadian banjir. Sokongan peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Persekutuan juga diperlukan bagi menyelesaikan isu kesesakan jalan raya yang semakin meruncing di Negeri Pulau Pinang. Projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (Penang Transport Master Plan) mampu menyelesaikan masalah ini khusus dengan menyediakan sistem pengangkutan awam yang efisien sekaligus mengurangkan kebergantungan penduduk negeri ini terhadap kenderaan persendirian. Sebagai langkah proaktif Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah jawatankuasa di peringkat pentadbiran yang bertujuan untuk mengenal pasti isu melibatkan hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuk seruan untuk pengagihan sumber yang lebih saksama dan menyelesaikan isu-isu bertindih antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Laporan yang disediakan oleh jawatankuasa ini telah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Kerajaan Persekutuan Dan Negeri, Jawatankuasa Kerjasama Semua Negeri dan Jawatankuasa Penambah baikan Persekutuan Dan Negeri di peringkat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Justeru satu usul mengenai penubuhan jawatankuasa (select committee) akan dicadangkan oleh saya nanti dan Kerajaan Negeri berharap agar cadangan-cadangan yang diberikan oleh jawatankuasa tersebut kelak akan mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan untuk kepentingan Negeri Pulau Pinang khasnya dan Malaysia amnya. Dan saya juga bercadang untuk mendapat temujanji dengan Perdana Menteri yang baharu untuk membangkitkan isu-isu Negeri Pulau Pinang yang memerlukan perhatian dan tindakan daripada Perdana Menteri yang asal dari Negeri Pulau Pinang.
Yang Berhormat Bukit Tambun juga memohon penerangan lanjut mengenai tema keempat dalam visi Penang2030. Dalam ucapan bajet saya iaitu melabur dalam persekitaran fiskal bagi meningkatkan daya tahan. Dari segi aspek ini tema ini merujukkan kepada cabaran-cabaran daripada climate change dan oleh itu kita perlu menyediakan negeri kita supaya lebih climate resilient dari segi menghadapi pelbagai cabaran seperti air, paras air laut yang meningkat dan ini akan menyebabkan banjir di banyak kawasan yang rendah di seluruh Negeri Pulau Pinang misalnya dan juga heat wave suhu yang semakin meningkat. Inilah cabaran-cabaran daripada climate change yang kita hadapi dan oleh itu kita perlu melabur atau pun melaksanakan infrastruktur-infrastruktur bagi menyiapsediakan negeri kita bagi menangani cabaran-cabaran climate change ini termasuk melaksanakan projek-projek infrastruktur, menyediakan bekalan air dan elektrik, menjalankan projek-projek tebatan banjir dan memajukan pengangkutan awam, melaksanakan inisiatif hijau, penggunaan renewable energy, melaksanakan green building index, green economy dan green agenda yang sudah pun diusahakan oleh Penang Green Council. Itulah contoh-contoh di mana kita perlu menjadi climate resilience bagi menghadapi cabaran-cabaran daripada climate change. Bagi projek-projek infrastrukur yang kritikal yang perlu dilaksanakan segera, pembangunan rangkaian pengangkutan awam bersepadu dan lebuh raya amat diperlukan untuk meningkatkan aksesibiliti serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Saya cuma ingin menegaskan apa yang sudah pun diutarakan oleh Yang Berhormat EXCO Tanjong Bunga mengenai projek-projek pengangkutan awam seperti Light Rail Transit (LRT), Pan Island Link 1 (PIL 1) dan kebiasaannya projek-projek sedemikian akan mendapat pembiayaan dana daripada Kerajaan Persekutuan dan kita akan memasukkan perkara ini sekiranya dapat membangkitkan isu-isu ini dengan Perdana Menteri yang baharu. Bagi merealisasikan matlamat projek Bayan Lepas LRT (BLLRT), sebenarnya Kerajaan Negeri juga telah kemukakan permohonan untuk mendapat dana daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak tiga (3) kali berturut-turut melalui Rancangan Malaysia Ke-12. Justeru, Kerajaan Negeri akan menyusuli semula kepada Kerajaan Persekutuan yang baharu bagi projek-projek infrastruktur yang kritikal ini bagi memastikan projek-projek ini dapat dilaksanakan segera dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang kian meruncing untuk meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri percaya pembinaan lebuh raya masih perlu dilaksanakan meskipun terdapat perancangan pelaksanaan LRT kerana peralihan daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam sahaja tidak berupaya menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di negeri kita. Malah perubahan ini tidak boleh dijangka akan berubah dalam tempoh masa yang pendek. Oleh itu, pelaksanaan projek Pan Island Link 1 (PIL1) sangat diperlukan pada masa hadapan bagi mengalihkan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan Jalan Masjid Negeri. Selain Bayan Lepas LRT, Kerajaan Negeri juga akan sedang berusaha melaksanakan komponen-komponen lain di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang paling diperlukan pada masa ini ialah Jajaran Rel George Town – Butterworth. Ini masih belum diumumkan sebelum ini Jajaran Rel George Town – Butterworth tetapi kita masih menunggu pencadang syarikat gergasi tempatan maksud Malaysia untuk membentangkan cadangan mereka kepada pihak kerajaan, sudah pun dibentangkan konsep tetapi ianya mengambil masa dan dengan perubahan Kerajaan Persekutuan kita harap projek ini juga dapat diberi perhatian dan dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan yang dialami di Jambatan Pulau Pinang setiap hari. Justeru, Kerajaan Negeri amat berharap agar Kerajaan Persekutuan yang baharu dapat membantu dan memudahkan pelaksanaan projek-projek yang telah lama dirancangkan.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa peka dan prihatin berkaitan keperluan rakyat Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian bagi menyemarakkan lagi kempen LovePENANG dalam kalangan rakyat negeri ini, Siri Jelajah LovePENANG telah diadakan yang membabitkan keseluruhan 13 kawasan Parlimen di Pulau Pinang. Siri jelajah ini dimulakan dengan Parlimen Bukit Bendera pada 6hb Jun 2022 dan berakhir dengan Parlimen Tanjong sebenarnya pada hari Parlimen dibubarkan. Sepanjang siri jelajah ini berlangsung, saya telah menerima beberapa cadangan program dan projek yang merangkumi projek infrastruktur sukan, fasiliti, pembaikan masjid dan sebagainya. Kerajaan Negeri telah meneliti permohonan tersebut dan penelitian lanjut akan dilaksanakan pada 12 Disember nanti untuk pertimbangan yang sewajarnya ke atas cadangan-cadangan tersebut dengan mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Malahan, sebahagian cadangan yang melibatkan projek-projek kecil telah pun dilaksanakan. Saya berkeyakinan semua cadangan program dan projek ini dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Umumnya, siri jelajah yang turut memperoleh maklum balas positif daripada komuniti setempat akan diteruskan dan diperluaskan membabitkan KADUN-KADUN dalam tempoh yang terdekat. Pusat Penang2030, saya ingin memetik ucapan perbahasan Yang Berhormat Bayan Lepas berkaitan terdapat permohonan untuk mengambil alih bangunan lama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yang Cheng, Bayan Lepas sebagai Pusat Penang2030 dan Perpustakaan Digital untuk kemudahan masyarakat terutamanya untuk penduduk di sekitar Bayan Lepas bagi tujuan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan, pembangunan sosial dan pemerkasaan komuniti. Untuk pengetahuan semua, bangunan lama SJKC Yang Cheng tersebut yang berada di atas Lot 505 dan Lot 1193, Mukim 9, Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya, sebelum ini pernah dipohon oleh Lembaga Pengurusan Pusat Pendidikan Al-Itqan Pulau Pinang pada tahun 2018 untuk dijadikan sebagai pusat pengajian sementara sehingga bangunan sekolah baru disiap bina pada 2023. Namun, cadangan tersebut telah ditangguhkan. Meskipun begitu, Yang Berhormat Bayan Lepas adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk pengambilalihan ini dan Kerajaan Negeri akan meneliti dan mempertimbangkannya setelah lawatan tapak diadakan dengan mengambil kira status kekukuhan bangunan tersebut, implikasi kos dan faktor-faktor lain yang berkaitan. Dato’ Yang di-Pertua, Pentadbiran Kerajaan Negeri sejak tahun 2018, memberi fokus kepada pembangunan yang seimbang antara kawasan Pulau dan juga Seberang Perai. Kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan lestari yang seimbang di kedua-dua kawasan adalah melalui Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP 2030) yang telah diwartakan pada 24hb Oktober 2019. RSNPP 2030 ini diterjemahkan oleh Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dalam bentuk peta cadangan guna tanah dan pelan-pelan tindakan terperinci. Tata cara proses penyediaan Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas telah mengambil kira semua input yang melibatkan data penduduk terkini, keadaan fizikal dan aktiviti semasa guna tanah dan diunjurkan mengikut pola (trend) pembangunan semasa sehingga tahun 2030. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) melaksanakan pembangunan negeri melalui kaedah-kaedah berikut iaitu Pelan Strategik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang memfokuskan kepada pertumbuhan kawasan pembangunan baharu berorientasikan ‘Bandar Hijau dan Pintar’ dan peningkatan nilai aset serta penggerak bagi inisiatif Kerajaan Negeri yang seimbang, Pelan Induk Pembangunan Bandar Cassia yang melibatkan kombinasi pembangunan bercampur dan bersepadu melibatkan perumahan, komersial, pendidikan, perubatan dan perindustrian.
Perancangan pembangunan di Bandar Cassia Technology Park (BCTP) dan Batu Kawan Industrial Park 3 (BKIP 3) bagi memastikan penawaran tanah industri kepada pelabur mencukupi untuk industri-industri yang dimajukan atau pun promoted industries yang terdiri daripada ‘Electrical & Electronics (E&E), Electronics Manufacturing Services (EMS), Light Emitting Diodes (LED), Medical Devices, Aerospace, Semiconductor, Automotive dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan. Seterusnya Kajian pembangunan Penang Science Park South (PSPS) sebagai kawasan untuk industri am dan makanan (hab halal). Pembangunan hab logistik melibatkan sebahagian tanah BKIP 3 dan Penang Science Park South dan penekanan kepada konsep Environmental Social Governance (ESG) dan Sustainable Development Goals (SDG) dalam peringkat perancangan guna tanah di kawasan pembangunan Kerajaan Negeri melalui PDC. Elemen “work, live, learn, and play” serta “green, safe, and smart” di kawasan pembangunan baharu bagi memastikan ekosistem, sosial, fasiliti dan peluang pekerjaan mengikut reformasi pasaran dan revolusi pembangunan hartanah seiring dengan konsep ESG dan SDG. Batu Kawan merupakan salah satu kawasan katalis pertumbuhan pesat Seberang Perai dan sememangnya banyak industri tertumpu di kawasan ini. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sedang membangunkan kawasan ini sebagai kawasan industri utama. PDC buat masa ini sedang giat membangunkan Taman Perindustrian Batu Kawan, Batu Kawan Timur dan Penang Science Park South. Taman-taman industri baharu ini akan menambah jumlah kawasan industri seluas 1,800 ekar sekali gus menarik minat pelabur asing dan terutamanya pelabur tempatan seawal pengoperasiannya pada suku pertama tahun 2023. Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun berkaitan cadangan penukaran status hak milik daripada pajakan (leasehold) kepada pegangan kekal (freehold) bagi Perumahan Kos Rendah dan Sederhana Rendah di bawah Kerajaan Negeri yang melibatkan hak milik strata. Untuk melaksanakan sebarang pembangunan semula atau penukaran leasehold kepada freehold bagi perumahan skim hak milik strata, skim hak milik strata yang berkenaan perlu ditamatkan terlebih dahulu dengan mematuhi peruntukan Seksyen 57(1) Akta Hakmilik Strata 1985. Proses ini mesti melibatkan persetujuan semua pemilik petak, pemaju/tuan tanah dan persetujuan pemegang gadaian dan Perbadanan Pengurusan. Jika sekiranya terdapat salah seorang pemilik petak yang tidak bersetuju, maka permohonan ini tidak dapat diteruskan. Selain itu, kos-kos yang terlibat di dalam proses ini seperti kos pindah milik, kos juruukur, kos pemegang gadaian dan kos-kos lain yang terlibat juga adalah tinggi. Perkara ini memerlukan kajian dan pindaan kepada Seksyen 57(1) Akta Hakmilik Strata sebelum dapat dilaksanakan. Justeru, buat masa ini, Kerajaan Negeri akan melaksanakan penukaran hak milik pajakan kepada pegangan kekal bagi rumah Kos Rendah (dan Kos Sederhana Rendah tidak berstrata terlebih dahulu. Bagi status sistem Perkhidmatan Tanah Setempat Dalam Talian Pulau Pinang (PgLAND), pembangunan sistem tersebut telah bermula pada 1 September 2022 dan kini berada pada fasa terakhir. Pelaksanaan sistem PgLAND dijangka dilaksanakan secara berfasa bermula pada Januari 2023 dan serahan melalui kiosk boleh mula pada bulan Februari 2023. Dato’ Yang di-Pertua, Ekonomi digital adalah salah satu aspek penting yang perlu diberi penekanan untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar. Kerajaan Negeri melalui Penang Institute (PI) telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif seperti berikut: (a) Penang Institute merupakan initiator bagi Digital Penang yang mana Penang Institute memainkan peranan untuk merangka fungsi dan objektif serta turut terlibat dalam penubuhan Digital Penang sebagai agensi Kerajaan Negeri baharu yang
memberi penekanan kepada projek-projek digital serta ekonomi digital dalam negeri; (b) Di bawah Visi Penang2030, Penang Institute bersama Think City dan Digital Penang telah membantu membentuk Inisiatif Creative Digital District untuk memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi digital di kawasan Herritage George Town dengan kolaborasi dari pusat-pusat pengajian tinggi di Pulau Pinang. Di bawah inisiatif ini juga, terdapat beberapa projek tumpuan lain yang sedang dirangka termasuk pembentukan hab digital bagi industri kesihatan di Batu Kawan. Di samping itu, terdapat juga inisiatif pembangunan komuniti yang memberi tumpuan kepada peningkatan digital literacy dalam kalangan penduduk negeri Pulau Pinang. Libat urus bersama industri untuk pendigitalan operasi industri pembuatan sedang dilakukan melalui Digital Penang;
(c) Penang Institute turut mengusahakan satu portal dalam talian iaitu Vocational Penang untuk digunakan oleh orang ramai terutamanya pelajar dan belia sebagai one-stop portal bagi segala informasi berkaitan dengan pendidikan vokasional yang terdapat di Negeri Pulau Pinang secara fisikal mahu pun atas talian. Antara kursus jangka pendek yang dikenal pasti termasuk kursus kemahiran digital;
(d) Penang Institute sedang merancang satu siri bengkel pendidikan berfokus kepada impak ekonomi digital dan aplikasi teknologi digital untuk golongan pemimpin dari pelbagai sektor termasuk sektor pendidikan, politik, dan sebagainya yang bakal bermula pada tahun 2023;
(e) Penang Institute bersama Multimedia University mencadangkan satu Street Food Hawker Sustainability Framework yang merangkumi Apprenticeship, penjaja sebagai Food Heritage, Custodian dan kemahiran digital. Di samping latihan yang dijalankan oleh Digital Penang, platform digital yang mudah digunakan seperti rakaman kisah kejayaan juga telah dicadangkan untuk menggalakkan penjaja lain untuk pendigitalan perniagaan mereka;
(f) Kajian Penang Institute juga mencadangkan supaya kerajaan mengundang multinational software houses untuk beroperasi di Pulau Pinang bagi membantu dan merangsang pembangunan bakat digital tempatan berkualiti serta pembangunan software houses tempatan. Sebagai tambahan, operasi regional atau ibu pejabat yang bertempat di Pulau Pinang turut dapat menarik bakat digital ke Pulau Pinang.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Penaga, dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana. Pusat ini merupakan satu pusat logistik untuk menempatkan atau menyimpan segala barang atau aset bagi tujuan pengurusan bencana di Negeri Pulau Pinang. Anggaran kos bagi penubuhan pusat ini adalah sebanyak RM6.5 juta yang meliputi komponen bangunan setingkat berkeluasan 14,000 kaki persegi, dataran parking bagi kelengkapan lori dan jentera lain ketika bencana dan juga satu ruang helipad. Projek pembinaan pusat ini akan dilaksanakan atas tanah milik kerajaan di dalam Daerah Seberang Perai Tengah iaitu di Jalan Chan Ewe Pin Mukim 14.
Pembangunan Clan Jetties, perbahasan Yang Berhormat Pengkalan Kota berkenaan dengan perancangan jangka panjang bagi kawasan Clan Jetty memandangkan kawasan tersebut menjadi tarikan utama kepada pelancong dengan lokasi yang agak strategik berhampiran terminal. Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan Yang Berhormat untuk Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) mengambil alih pengurusan premis dan bangunan di sekitar kawasan Clan Jetty. Modal pengurusan di Pengkalan Weld akan digunakan bagi kawasan Clan Jetty, di mana tanah yang berkaitan akan diberi milik kepada CMI dan bangunan komersial di atas tanah tersebut akan disewakan kepada penghuni asal untuk tempoh tertentu melalui satu dokumen perjanjian secara sewaan atau pajakan. Dengan kaedah ini, Kerajaan Negeri akan memastikan bangunan-bangunan di kawasan Clan Jetty diselenggara dengan baik. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Belanjawan Tahun 2023 merupakan pembentangan kali kelima sejak saya menerajui tampuk pemerintahan negeri Pulau Pinang dan sememangnya cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri adalah berbeza setiap tahun. Namun, dengan hasil komitmen yang tidak berbelah bagi daripada barisan Ahli EXCO Kerajaan Negeri yang membentuk jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak, membolehkan Kerajaan Negeri menjalankan amanah untuk membangunkan negeri dan rakyat Pulau Pinang.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan EXCO Kerajaan Negeri dan seluruh anggota perkhidmatan awam Negeri Pulau Pinang dan juga Kerajaan Persekutuan yang selama ini telah memberi komitmen yang amat tinggi dalam merealisasikan misi mencapai sasaran di bawah empat (4) Tema dan 16 Inisiatif Strategik - Visi Penang2030. Sesungguhnya, visi ini akan dijadikan sebagai pegangan dan hala tuju Kerajaan Negeri untuk mentadbirkan negeri ini pada masa kini dan masa hadapan. Semoga Belanjawan Tahun 2023 ini akan menjadi titik kebangkitan kita untuk bersama-sama memulihkan ekonomi dan memacu negeri Pulau Pinang ke peringkat yang lebih tinggi selaras dengan moto Kerajaan “Negeri Hijau dan Pintar Berteraskan Keluarga, Inspirasi Negara”. Kemajuan negeri ke puncak jaya, Rakyatnya gigih memajukan negeri, Pesat membangun transformasi berjaya, Mencipta nama memenuhi visi. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat maka kita telah pun sempurnakan sesi pergulunggan kita atas Rang Undang-Undang Perbekalan untuk tahun 2023 dan usul anggaran yang telah pun kita kemukakan. Cuma untuk satu lagi makluman kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, malang sekali Yang Berhormat Sungai Pinang telah pun dikesan positif dan beliau tidak dapat bersama dengan kita pada sesi petang hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2023 dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “Ya”.
Ahli-Ahli Dewan; “Ya”.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri; Yang tidak bersetuju katakan ”Tidak”. “Ya” lebih banyak.
Rang Undang-Undang bernama sesuatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.
Terima kasih. Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan di dalam Jawatankuasa.
Jadual.
Kepala B.01, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan RM223,783,804.00. Bahawa jumlah wang sebanyak RM223,783,804.00 untuk Kepala B.01, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B.02, Pejabat Tanah dan Galian RM16,115,951.00. Bahawa jumlah wang sebanyak RM16,115,951.00 untuk Kepala B.02, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B.03, Pejabat Daerah dan Tanah Pejabat Daerah Timur Laut RM7,734,934. Bahawa jumlah wang sebanyak RM7,734,934.00 untuk Kepala B.03 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B.04 Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya - RM7,745,511.00. Bahawa jumlah wang sebanyak RM7,745,511.00 untuk Kepala B.04 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B.05 Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara RM9,258,759.00.00. Bahawa jumlah wang sebanyak RM9,258,759.00 untuk Kepala B.05 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B.06 Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah RM9,001,174.00. Bahawa jumlah wang sebanyak RM9,001,174.00 untuk Kepala B.06 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B.07 Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan RM7,902,681.00. Bahawa jumlah wang sebanyak RM7,902,681.00 untuk Kepala B.07 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Seterusnya kepala B0.8 Jabatan Pengairan dan Saliran RM48,246,166.00. Bahawa jumlah wang sebanyak RM48,246,166.00 untuk Kepala B.08 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B.09 Jabatan Perhutanan RM3,965,758.00. Bahawa jumlah wang sebanyak RM3,965,758.00 untuk Kepala B.09 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B10, Jabatan Taman Botani RM5,513,295.00. Bahawa jumlah wang sebanyak RM5,513,295.00 untuk Kepala B.10 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B12 Jabatan Kerja Raya RM42,039,172.00. Bahawa jumlah wang sebanyak RM42,039,172.00 untuk Kepala B.12 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B13 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam RM22,408,819.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM22,480,819.00 sahaja untuk Kepala B13 adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B14 Jabatan Kebajikan Masyarakat RM10,920,507.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM10,920,507 sahaja. Untuk Kepala B14 adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B15 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, RM4,825,523.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM4,825,523.00 sahaja untuk Kepala di B15, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B16, Jabatan Kewangan Negeri RM493,020,910.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM493,020,910.00 sahaja untuk Kepala B16, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B17, Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM7,452,370.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM7,452,370.00 sahaja untuk Kepala B17, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B18, Jabatan Pertanian RM8,972,767.00 sahaja. Bahawa jumlah Wang sebanyak RM8,972,767.00 sahaja untuk Kepala B18, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B19, Jabatan Mufti RM3,251,703.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM3,251,703.00 sahaja untuk Kepala B19, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B20, Jabatan Kehakiman Syariah RM9,954,317.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM9,954,317.00 sahaja untuk Kepala B20, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Kepala B21, Jabatan Pendakwaan Syariah RM1,546,620.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM1,546,620.00 sahaja untuk Kepala B21, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Terima kasih.
Fasal 1.
Fasal 1 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Fasal 2.
Fasal 2 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sumber sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.
Terima kasih. Tajuk penuh dalam fasal yang mengundangkan, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Dewan bersidang semula.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023, telah pun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini, sekarang dibacakan untuk kali yang ketiga serta diluluskan.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan, “Ya”.
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Dan yang tidak bersetuju, katakan “Tidak”. Lebih banyak dipersetujukan. Lulus.
Enakmen Perbekalan Tahun 2023, maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang berbunyi bahawa “Dewan ini
meluluskan perbelanjaan sebanyak RM326,758,158 yang tertera di dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2023 yang telah dibentangkan sebagai Risalah Dewan Undangan Negeri Bilangan 4 Tahun 2022 dan menetapkan bahawa jumlah yang tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam anggaran pembangunan tahun 2023 itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “Ya”.
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Yang tidak bersetuju, katakan ‘Tidak”. Dipersetujui semua.
(6)(a) Usul daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Sila, Yang Amat Berhormat.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini meluluskan usul cadangan satu Jawatankuasa Pilihan mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan ditubuhkan mengikut Peraturan 102 - Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk menyiasat dan melaporkan ke atas semua perkara berkait atur kerja operasi dan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi menambah baik tadbir urus dan perhubungan Negeri dan Persekutuan supaya ia lebih cekap, bertanggungjawab, adil dan saksama. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan ini adalah perjuangan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kuasa-kuasa dalam bidang pengangkutan awam, kebajikan sosial, alam kitar serta peruntukan yang lebih adil daripada Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang terkandung dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Yang Ke-14. Dengan ketidaktentuan politik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan cabaran pasca pandemik COVID-19 yang menjejaskan semua aspek kehidupan rakyat telah memperlihatkan betapa pentingnya keperluan penurunan kuasa serta penstrukturan semula kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Jawatankuasa Khas ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan spesifik dalam hubungan Persekutuan dan Negeri yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk seruan pengagihan sumber yang lebih adil. Matlamat utama Jawatankuasa Hubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri ini, umumnya adalah untuk meningkatkan sistem Persekutuan Malaysia dengan mengiktiraf kepentingan dan keperluan bagi pemerkasaan kuasa Kerajaan Negeri serta meningkatkan hubungan antara Persekutuan dan Negeri. Objektif penubuhan jawatankuasa ni adalah:
(i) Mengkaji isu dan dasar Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dan projek-projek yang memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Pusat di bawah Perlembagaan Persekutuan; (ii) Menuntut penurunan kuasa dan serta hasil daripada Kerajaan Persekutuan untuk menambah autonomi bagi Kerajaan Negeri; (iii) Bagi menuntut agihan peruntukan yang lebih adil supaya Kerajaan Negeri dapat memainkan peranan dalam Pembangunan Negeri; dan (iv) Menuntut lebih ketulusan dalam akaun Kerajaan Persekutuan dan perbincangan secara lebih terbuka mengenai cara perkongsian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Senarai Ahli Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan adalah seperti berikut: (a) Yang Berhormat Profesor Dr. P. Ramasamy - Pengerusi (b) Yang Berhormat Dato’ Muhamad Yusof bin Mohd Noor – Ahli (c) Yang Berhormat Gooi Hsiao-Leong - Ahli (d) Yang Berhormat Satees A/L Muniandy - Ahli (e)Yang Berhormat Lee Khai Loon - Ahli (f) Yang Berhormat Muhammad Faiz bin Faiza; - Ahli (g) Yang Berhormat Khaliq Mehtab bin Mohd Ishaq - Ahli (h) Yang Berhormat Mohd. Yusni bin Mat Piah - Ahli (i) Yang Berhormat Teh Lai Heng – Ahli Selaras dengan aspirasi tinggi dan sebagai persediaan dalam menghadapi krisis serta cabaran ekonomi masa depan, Kerajaan Negeri telah menugaskan pelaksanaan kajian ini bagi mengenalpasti decentralization boleh dicapai dengan cepat, berjaya serta sistematik. Adalah diharapkan Jawatankuasa Pilihan ini dapat menggalakkan penyelarasan perundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi memastikan pentadbiran pengurusan berkesan serta demokratik untuk rakyat Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Maka jelas Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi perbahasan atas usul yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat yang mengenai penubuhan satu Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan di bawah Peraturan 102 - Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri
Pulau Pinang dan saya nak minta Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin menyertai sesi perbahasan, dipersilakan. Yes, Bukit Tengah dulu. Sila, Bukit Tengah.
Terima kasih Dato’ Speaker membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini. Yang terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang akan mengambil angkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ke-10 Malaysia. Ini cukup bersejarah semasa kita bersidang ini, bahawa Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengambil angkat sumpah untuk menubuhkan satu Kerajaan Perpaduan. Beliau telah pun sepertimana yang ramai tahu, melalui satu perjuangan dan pengorbanan demi negara selama 20 tahun lebih dan dengan adanya sekarang, dengan adanya finally beliau menjadi, akan menjadi Perdana Menteri, maka kita harapkan negara kita akan melihat perubahan-perubahan yang lebih baik dan positif dan saya yakin dalam masa depan yang mencabar ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan pemimpin yang terbaik untuk memimpin Malaysia dalam masa yang mencabar ini. Dato’ Speaker, Dengan perubahan kerajaan sekarang dan dengan adanya satu kerajaan baru, dan dengan adanya satu Perdana Menteri baru yang kita harap lebih friendly kepada Negeri Pulau Pinang. Maka dan juga untuk satu Malaysia ni maka adalah harapan bahawa actually usul yang difailkan, usul yang dibawakan hari ini menjadi lebih penting dan lebih relevan untuk membawa perubahan yang kita nak untuk meningkatkan hak-hak negeri kita di Pulau Pinang dan bukan saja di Negeri Pulau Pinang saya nak tegaskan disini, tetapi juga untuk seluruh negara sekiranya usul ini yang cukup penting diluluskan. Kita akan menjadi negeri pertama di seluruh Malaysia untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan sebegini. You be the first, then we will lead dan kita harap dengan adanya satu jawatankuasa yang sebegitu penting ini maka, kita juga boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Untuk menubuhkan satu jawatankuasa sebegini, bagi menanggani ketidakseimbangan hak-hak dan juga pengagihan kuasa dan dana diantara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri-Negeri. Saya ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Kerajaan Negeri kerana telah pun mengambil alih usul ini yang asalnya yang telah pun difailkan oleh saya, untuk menjadi satu usul kerajaan. Kalau kita lihat, memang sangat-sangat perlu kita untuk ada satu Jawatankuasa Pilihanraya, Federal State Relation untuk memulihkan semangat atau pun roh federalismE yang kita lihat untuk sekian lama ini, hak-hak atau pun kuasa-kuasa negeri di seluruh Malaysia menjadi terhakis dan juga terpinggir. Ini bukan satu persoalan retorik tetapi, telah pun dibangkitkan satu sentimen yang dibangkitkan oleh negeri-negeri lain selain daripada Negeri Pulau Pinang. Kita pernah dengar, you know Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan ini, sebelum ini pernah menyatakan bahawa negara kita adalah negara yang paling centralized, walaupun sebenarnya satu Negara Persekutuan. But we are one of the most centralized federation in the world. Dan beliau sebelum ini telah pun meminta supaya lebih banyak kuasa diagihkan kepada negeri-negeri. Sama juga di Johor, bulan Jun kita dengar Sultan Johor meluangkan, meluahkan perasaan kecewa kata pada masa itu kalau tak jaga Johor dengan baik, bahawa dia akan bawa Selangor keluar, I mean Johor keluar daripada Malaysia. Seolah-olah beliau berasa bahawa Negeri Selangor, Johor ini dianaktirikan. So, ini bukan satu-satu isu yang apani restricted kepada Pulau Pinang but it is a issue that affects the whole of Malaysia. Dato’ Speaker, kita dalam lima (5) hari ini mendengar
sepanjang ucapan-ucapan daripada EXCO-EXCO semasa penggulungan bagaimana begitu banyak aspek pentadbiran negeri kita adalah tertakluk kepada peruntukan yang diturunkan atau pun kuasa-kuasa kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat. Jadi, adalah masa tibanya untuk kita ada satu jawatankuasa sebegini bagi kita boleh menyiasat seluruh operasi dan regovernants right, cara operasi dan governants antara Federal dengan Negeri supaya kita boleh bukan sahaja menuntut satu agihan kuasa, penurunan kuasa yang lebih adil. Tetapi, juga peruntukan yang lebih adil kepada Pulau Pinang. Kita tahu Dato’ Speaker, sebelum ini dan diumumkan kita menyumbang, kita menyumbang banyak dari segi ekonomi daripada ekonomi kita kepada negara, pertubuhan negara. KDNK 7.1 peratus dalam jumlah ringgit it is RM98 billion kita menyumbang setiap tahun kepada GDP negara. Jadi, apa yang kita terima balik? Ketua Menteri sebelum ini, tahun lepas menyatakan daripada peruntukan pembangunan bajet tahun lepas sahaja RM75.6 bilion, kita hanya dapat 1.3 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan. Dato’ Speaker, jadi adalah sangat penting untuk kita meluluskan menubuhkan jawatankuasa ini supaya kita boleh buat siasatan, kita boleh panggil akademik-akademik, kita boleh memanggil agensi-agensi kerajaan untuk kita boleh siasat balik kerja apani atur kerja agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dengan Negeri untuk meningkatkan lagi perhubungan baik Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri supaya kita boleh membangun dengan lebih baik. Saya nak nyatakan disini adalah hak untuk setiap negeri untuk membangunkan negeri masing-masing mengikut aspirasi warga negeri itu termasuk Pulau Pinang. Pulau Pinang kita mungkin kita ada aspirasi kita untuk membangunkan negeri ini mengikut aspirasi penduduk yang melantik kerajaan mereka. And we must be given the ruang, we must be given enough resources. Kita mesti diberikan enough powers untuk melaksanakan aspirasi kita di Pulau Pinang. Dato’ Speaker, saya nak katakan di sini seperti Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telahpun nyatakan, ini memang satu langkah a follow up for the manifesto of Pulau Pinang. Dan sebelum manifesto itu, memang nyatakan bahawa kita nak memartabatkan hak Negeri Pulau Pinang. Dan sebelum ini memang adapun satu jawatankuasa ditubuhkan untuk membuat satu laporan yang khusus mengenai permasalahan dan isu Federal State Relation untuk Negeri Pulau Pinang. Dan tiga (3) cadangan yang telahpun di dicadangkan oleh jawatankuasa itu. Yang pertama adalah untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Acommission, A National Level Commission on Federal State Relation to investigate melihat semula seluruh rangka for example Perlembagaan. Kita tau dalam perlembagaan sekarang ini banyak daripada perkara-perkara dalam perlembagaan khususnya on issue of taxes, most of the most important taxes, hasil-hasil pencukaian yang paling besar adalah dikutip oleh Kerajaan Persekutuan. Dan negeri-negeri ditinggal dengan hasil-hasil kutipan atau pun resources on land matters very insignificanance yang, yang biasanya tak cukup untuk membangunkan negeri-negeri. We have been, we have heard from the Ketua Menteri memang setiap tahun baru-baru ni juga we are incurring a deficit bajet because it is just not enough. Apa yang kita boleh kutip, dan kenapa pada masa yang sama, kita disekat daripada meminjam, meminjam duit daripada institusi-institusi untuk membangunkan projek-projek infrastruktur. Dalam perlembagaan negeri-negeri, tidak dibenarkan untuk meminjam duit, kewangan atau meminjam bank, duit bank hanya sekiranya mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan. Dan pada masa apabila, pada masa apabila kita menjadi Kerajaan
Persekutuan Harapan untuk 22 bulan memang kita lihat ada perubahan-perubahan yang lebih positif. Dato’ Speaker, masa itu Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan satu jaminan pinjaman yang dipohon oleh Kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM2.5 bilion untuk melaksanakan projek LRT. Tetapi apabila Kerajaan Harapan jatuh, Kerajaan Persekutuan apa yang mereka buat, mereka tarik balik jaminan, the the loan, the loan, the bon that was given assured given to the Penang State Government to carry out this project. Maka, tidak kiralah mana-mana kerajaan yang ditubuhkan sama ada Kerajaan Perikatan Nasional atau pun Perikatan Barisan Nasional atau pun Harapan, apa yang kita nak melihat berlaku di Malaysia adalah hak-hak negeri dihormati dan diberi ruang untuk membangunkan negeri masing-masing mengikut aspirasi mereka tanpa, tanpa gangguan atau pun sekatan daripada Kerajaan Persekutuan yang kita lihat sebelum-belum ni yang selalu dibuat, dilakukan. Kalau kita nak tengok sejarah Dato’ Speaker, banyak-banyak kes I rasa Dato’ Speaker is mungkin sekatan masa untuk kita nak kalau nak ucap panjang atas isu ni. Ya tidak lama lagi kita akan. Jadi Dato’ Speaker, saya akan just rumuskan bahawa saya percaya bahawa kalaulah kita tubuhkan Suruhanjaya I mean jawatankuasa ni, sudah tentu kita boleh melihat my lasting is that seluruh working arrangement between Federal State Relation on Finance, Health, Social Welfare, Education, Pendidikan, Road Work Disaster Management, Flood Litigacy dan sebagainya. Dan ini akan meningkatkan lagi ke pertanggungjawaban dan efficiency good governance dan juga akan memberi kesedaran dan kefahaman di antara Agensi-Agensi Kerajaan dan pihak awam berkait dengan isu Federal dan State Relation dan dengan itu saya memohon untuk menyokong usul ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Bukit Tengah, dan jemput KOMTAR.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya bangun untuk bahas usul yang dicadang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan mengenai perhubungan Negeri dan Persekutuan. Ini memang satu cadangan yang bagus pada sidang-sidang DUN yang lepas saya telah banyak kali membangkitkan ketidaksamarataan layanan Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Negeri yang mana Kerajaan Negeri sering dianaktirikan. Projek Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat disabotaj. Saya memperjuangkan Konsep Decentralization di mana penurunan kuasa serta penstrukturan semula kuasa antara Persekutuan dan Negeri agihan peruntukan yang lebih adil dan menambah otonomi bagi Kerajaan Negeri. Dengan pengumuman Dato’ Seri Anwar Ibrahim anak Pulau Pinang, sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, maka kita berharap Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat. Kerajaan Negeri sememangnya lebih peka dan faham isu-isu Pengangkutan Awam, Perumahan Awam, Kebajikan Masyarakat dan Alam Sekitar. Walaupun apa yang saya sebut di atas, ini semua di bawah bidang kuasa Persekutuan. Tetapi sebagai kerajaan yang berjiwa rakyat serta bertanggungjawab, Kerajaan Negeri telah sediakan Penang Transport Master Plan (PTMP) untuk menyelesaikan masalah trafik yang kian kritikal. Kerajaan Negeri menyediakan Rumah Mampu Milik, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Kos Rendah, Skim Sewa Beli untuk mereka yang tidak mampu mendapatkan pinjaman bank, bagi mereka yang ingin memiliki sebuah rumah di Negeri Pulau Pinang, dan penuhi
impian pemberimilikan kediaman sendiri. Kerajaan Negeri juga mulakan program AES untuk membantu kerajaan, untuk membantu Keluarga Miskin Tegar. Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan dana untuk membantu sekolah-sekolah untuk menjalankan Projek Pembaikan dan Naiktaraf demi keselamatan pelajar-pelajar. Semua ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat Pulau Pinang. Saya berharap melalui Jawatankuasa ini, boleh menuntut balik 10 peratus cukai hasil yang dikutip dari Negeri Pulau Pinang. Ini adalah penting demi pembangunan negeri kita yang mampan. Saya yakin jikalau semua objektif-objektif penubuhan Jawatankuasa ini dapat dicapai. Penurunan kuasa agihan hasil yang adil, peruntukan yang saksama maka, the future of Penang is bright. Visi Penang2030 akan lebih senang dicapai. Dengan ini saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat KOMTAR.
Yang Berhormat. Dato’ Speaker.
Ya, sila. Pengkalan Kota.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kerana turut diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul untuk mencadangkan satu Jawatankuasa Pilihan mengenai perhubungan Negeri dan Persekutuan. Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Apabila kita berbicara khususnya tentang hubungan di antara Negeri dan Persekutuan, khususnya dalam konteksnya di Pulau Pinang ini, ia ada satu hubungan yang saya kirakan agak menariklah. Sebab kalau kita teliti dari segi aspek sejarah, memang salah satu faktor yang utama khususnya untuk rakyat Pulau Pinang, apabila mereka membuat keputusan kepada parti manakah yang mereka ingin mengundi menjelang pilihan raya itu, ini adalah satu aspek yang menarik sebenarnya di mana ada di kalangan rakyat Pulau Pinang mereka rasa mereka perlukan sebuah Kerajaan Negeri yang ada hubungan yang erat dan rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan disebabkan faktor ini jugalah, pimpinan sebelum ini, pimpinan Kerajaan Negeri sebelum ini terpaksa mengambil keputusan politik. Malahan untuk menyertai barisan atau pun koalisi yang menjadi Kerajaan Persekutuan. Itu adalah apa yang perlu dilalui oleh pimpinan yang terdahulu ini. Tetapi mitos ini saya percaya telah dipecahkan menjelang tahun 2008 di mana buat pertama kalinya apabila masa itu Pakatan Rakyat telah berjaya untuk menubuhkan kerajaan di Negeri Pulau Pinang ini. Kita lihat kita mampu untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik seperti mana tadi rakan saya daripada KOMTAR telah menjelaskan inisiatif-inisiatif yang diadakan, yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang walaupun ini semuanya bukan tanggungjawab kita, malahan macam pembekalan perumahan mampu milik dan juga dari aspek pembekalan pengangkutan awam ini sebenarnya semua ini bukan di bawah
tanggungjawab Kerajaan Negeri. Tetapi di atas dasar prihatin di atas faktor keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap keperluan masyarakat dan rakyat di Pulau Pinang ini, kita sanggup untuk menggunakan dana, menggunakan simpanan dan peruntukan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kerja-kerja ini. Tapi saya rasa untuk kerjasama apabila kita berbicara tentang hubungan di antara Negeri dan Persekutuan, saya rasa politiklah menjadi faktor yang utama. Saya yakin mungkin pada masa itu, kita dilihat sebagai Negeri Pembangkanglah. Mula daripada tahun 2008, 2013, 2018 bukan, kita telah berjaya menubuhkan Kerajaan di peringkat Persekutuan. Tapi dalam masa itu, saya rasa salah satu pertimbangan mungkin sumber atau pun peruntukan itu tidak sampai ke Negeri Pulau Pinang disebabkan oleh fahaman politik. Tapi saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, sebenarnya di dalam Dewan yang mulia inilah, pada tahun 2016, saya masih ingat masa itu Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang juga ada di Dewan yang mulia ini, itu kali pertama kita mengadakan satu usul bersama di antara pihak Kerajaan Negeri bersama dengan Pembangkang Pulau Pinang untuk kita buat satu usul kepada Kerajaan Persekutuan atas isu perumahan mampu milik dan juga kadar penolakan pinjaman bank berhubung dengan penawaran perumahan ini. Itu saya rasa adalah satu kerjasama pada masa ketika itu, mungkin semua orang akan lihat dia sesuatu yang baharu, dia sesuatu yang tidak pernah diadakan di dalam konteks arena politik negara Malaysia ini. Tapi hari ini kita seolah-olahnya pun perlu menyiapkan diri, mempunyai kesediaan untuk menghadapi satu koalisi kerajaan atau pun Kerajaan Perpaduan di mana parti politik yang mempunyai fahaman yang tidak langsung sama sekali akan perlu bekerjasama untuk menubuhkan Kerajaan untuk meneruskan kerja-kerja pentadbiran ini. Jadi untuk Jawatankuasa Pilihan Mengenai Hubungan Negeri dan Persekutuan ini, saya rasa salah satu tanggungjawab yang utama untuk jawatankuasa ini, saya rasa kita perlu yakinkan kepada Kerajaan Persekutuan di mana naratif bahawasanya Negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang maju, yang telah dibangun secara pesat. Saya rasa itu adalah satu kerja utama jawatankuasa ini untuk meyakinkan Kerajaan Persekutuan jangan gunapakaikan naratif itu. Di Pulau Pinang kita memerlukan sokongan, kita memerlukan peruntukan yang sewajarnya, yang setimpalnya bagi kita membangunkan Negeri Pulau Pinang. Jangan lupa, rakyat Pulau Pinang juga, rakyat Malaysia yang kita tercinta ini. Ini adalah salah satu cadangan yang ingin saya bawakan dan satu lagi, saya juga berharap jawatankuasa pilihan ini yang ditubuhkan, bukan sahaja dapat melihat kepada hubungan di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan tetapi juga boleh fokus kepada hubungan di antara Kerajaan-Kerajaan Negeri juga. Misalnya dengan Kerajaan Negeri Kedah dengan Kerajaan Negeri Perak khususnya dari segi untuk kita mengatasi isu bekalan air di Sungai Muda dan juga Perak Raw Water Transfer Scheme yang kita selalu bangkit di dalam Dewan ini jugalah. Kita berharap hubungan yang erat, hubungan kerja dan menjadikan negeri-negeri jiran kita, rakan strategik kita, bukan untuk demi kepentingan politik atau apa, tetapi melalui langkah dan strategik ini, kita dapat membahagiakan dan mensejahterakan rakyat-rakyat khususnya di bahagian Wilayah Utara ini. Jadi saya harap cadangan-cadangan saya ini dapat diambil oleh jawatankuasa yang bakal ditubuhkan nanti dan dengan kata-kata itu saya mohon menyokong.
Terima kasih. Sila Bagan Dalam.
Dato’ Yang di-Pertua, saya akan habiskan secara ringkas sebab semua pun nak lihat istiadat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut berbahas dalam usul cadangan Jawatankuasa Pilihan Mengenai Hubungan Negeri dan Persekutuan ini. Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri kerana juga telah mencadangkan nama saya untuk menganggotai Jawatankuasa Pilihan ini. Dato’ Yang di-Pertua, seperti yang kita tahu, federalisme adalah satu konsep power sharing dan bukannya satu konsep power concentration tetapi kita lihat dalam enam dekat lepas, terlalu banyak kuasa-kuasa negeri telah dipusatkan oleh Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini dan saya pun tidak boleh menyalahkan sesuatu individu untuk perkara ini tetapi dari tahun 60-an, perkara ini telah berlaku sampai sehingga sekarang, kita sudah menjadi negeri-negeri sudah hilang kuasa, kebanyakan kuasa kita diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan. Ini pertama. Salah satu aspek, saya nampak seperti rampasan kuasa atau pun pemusatan kuasa adalah Dewan Negara kita, Dewan Negara kita apabila ada diasaskan lepas merdeka. The merdeka senate after the formation of Malaya, Independent of Malaya, patutnya, sepatutnya menjadi council of the state di mana suara negeri lebih banyak daripada lantikan Kerajaan Persekutuan di mana asalnya keahliannya hanyalah 50, di mana setiap negeri di Persekutuan harus mencalonkan ataupun memilih dua (2) orang Senator dan ini akan menjadi satu council yang the check and balance council for the Dewan Rakyat tetapi Dato’ Yang di-Pertua, kita nampak apa yang telah terjadi dalam sejarah. Dari 50 ditambah ke 58, 68, 69, sekarang keahliannya adalah 70 orang. Di mana hanya 26 orang dilantik oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Negeri dalam Persekutuan dan 44 lagi dilantik atas cadangan Kerajaan Persekutuan dan ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan dalam proses demokrasi kita telah menjadi, saya boleh nyatakan, mengambil sikap dictatorial. Mereka nak menentukan segala-galanya dalam Persekutuan. Dan tanpa 2/3 di Dewan Negara, Perlembagaan Persekutuan juga tidak boleh dipinda. Dan kita nampak hak-hak negeri dalam perkara ini sudahpun dirampas oleh Kerajaan Persekutuan yang sebelum-sebelum ini. Berlaku dalam 50 tahun. Dato’ Yang di-Pertua, Perlembagaan Persekutuan adalah perjanjian di antara negeri-negeri untuk membina Persekutuan ini. Apabila kita bercakap tentang Sabah Sarawak, kita ada MA63. Untuk negeri-negeri lain dalam Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan lah asas kita untuk dalam pembinaan negara ini tetapi segala hak yang pernah ada dalam Perlembagaan Persekutuan, satu persatu kita telah hilang kerana pemusatan kuasa dan juga rampasan kuasa daripada negeri dengan amendment of the constitution to change the composition of the Senate, Dato’ Yang di-Pertua. Saya mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa ini dan saya merasakan satu langkah yang betul di mana Penang, Pulau Pinang boleh menjadi satu contoh kepada negeri-negeri lain untuk bersuara mengenai hak-hak negeri dan mengambil alih kuasa-kuasa yang telah dirampas daripada negeri-negeri dalam 50 tahun ini. Dan saya akan memberikan komitment saya supaya kita boleh bersuara untuk hak negeri bukan saja untuk Negeri Pulau Pinang tetapi untuk semua negeri dalam Persekutuan ini. Dato’ Yang di-Pertua, dengan itu saya menyokong usul ini. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya sudah tiada yang ingin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan, saya nak mempersilakan Yang Amat Berhormat untuk membuat penggulungan. Sila.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul. Saya merasakan pembentangan usul ini merupakan satu cumulation, jeritan, rayuan dan sebagainya yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri sejak 15 tahun dahulu dan mungkin sebelum itu pun sebagai Pembangkang yang sememangnya dalam 60 tahun Persekutuan Malaysia ini menuju kepada centralization dan bukan pengkongsian kuasa sebagai satu model pembinaan negara dan sudah sampai masanya kita membawa isu ini untuk dibahaskan, untuk dibawa kepada Kerajaan Persekutuan bersama-sama dengan negeri-negeri yang lain. Sebenarnya sebelum usul ini dibentangkan memang satu jawatankuasa kecil sudah pun dilantik termasuk Yang Berhormat Saudara Gooi Hsiao-Leung dari Penang Institute dan seorang pakar Dr. Francis Law dari Aliran telah bermesyuarat dan menyediakan satu buku hasil daripada beberapa bulan kajian bersama oleh panel ini yang sememangnya walaupun bukan satu buku yang tebal tetapi satu introduction kepada isu ini yang boleh kita manfaatkan. Dan kita berharap jawatankuasa ini yang dipengerusikan Professor Yang Berhormat Perai serta ahli-ahli yang dilantik akan memainkan peranan dan membawa isu-isu penting dan saya lihat ini masa yang paling sesuailah dengan perubahan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kita berharap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu akan melihat isu ini sebagai isu yang penting, satu perkara yang juga perlu ditransformasikan di Malaysia supaya kita ada satu sistem federalisme yang lebih sihat, kukuh untuk pembangunan negara kita. Jadi dengan itu, sekian terima kasih dan saya serah balik kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Amat Berhormat dan maka Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi penggulungan pun selesai. Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota bahawanya satu Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan ditubuhkan mengikut Peraturan 102 - Peraturan-Peraturan Majlis Undangan Negeri Pulau Pinang untuk menyiasat dan melaporkan ke atas semua perkara berkait atur kerja operasi dan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi menambahbaik takbir urus dan perhubungan Negeri dan Persekutuan supaya ia lebih cekap, bertanggungjawab, adil dan saksama dengan senarai Ahli Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan di berikut: 1) Yang Berhormat Profesor Dr. P. Ramasamy - Pengerusi 2) Yang Berhormat Dato’ Muhamad Yusof bin Mohd Noor – Ahli 3) Yang Berhormat Gooi Hsiao-Leong - Ahli 4) Yang Berhormat Satees A/L Muniandy - Ahli 5) (e)Yang Berhormat Lee Khai Loon - Ahli yang keenam Yang Berhormat Muhammad Faiz Faizal sebagai Ahli, yang ketujuh Yang...(gangguan).
Pembetulan Yang Berhormat Dato’ Speaker, should be Fadzil not Faizal, Yang Berhormat Faiz Fadzil.
Oh! Dia silap 6) Yang Berhormat Khaliq Mehtab bin Mohd Ishaq - Ahli 7) Yang Berhormat Mohd. Yusni bin Mat Piah - Ahli dan yang terakhir, yang kesembilan Yang Berhormat Teh Lai Heng sebagai Ahli dipersetujui. Ahli yang bersetuju katakan “Ya”.
Ahli-ahli Dewan:
“Ya”.
Yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. Usul dipersetujui semua. Yang Amat Berhormat tidak nak menangguhkan Dewan?
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan sekarang.
Sokongan?
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan dan usul telah mendapat sokongan.
Maka Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas semua yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan dan penggulungan. Semua yang telah memberi kerjasama sepanjang perjalanan persidangan Dewan kali ini. Dengan ini, Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Dewan ditangguhkan pada jam 5.17 petang.