Pulau Pinang · 20 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 280 turns · 55,776 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat, bacaan doa.

Timbalan Setiausaha Dewan

“Bacaan Doa”

Setiausaha Dewan

Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum meneruskan agenda mesyuarat, Dewan yang mulia ini ingin merakamkan ucapan selamat datang kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah pun memulakan tugasnya pada 4 Oktober 2023 yang lalu. Selamat datang Dato’. Ahli-ahli Yang Berhormat. Mengikut Sub Peraturan 4A(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya dengan ini mengumumkan Yang Berhormat Muhammad Fauzi bin Yusoff, Ahli Kawasan Sungai Dua telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang. Ahli-ahli Yang Berhormat selaras dengan Perkara 14, pakaian Ahli-ahli, saya ingin menggalakkan pemakaian baju batik berlengan panjang untuk persidangan pada setiap hari Khamis. Pemakaian baju batik ini tidak bukan mandatori tetapi secara sukarela, saya juga ingin mengecualikan pemakaian tali leher bagi pakaian lounge suit. Walau bagaimanapun Ahli-ahli Yang Berhormat boleh memilih untuk terus memakai tali leher mengikut keselesaan masing-masing ya, kalau sejuk sangat pakai lebih baik. Ahli-ahli Yang Berhormat persidangan kali ini sedikit berbeza dengan persidangan-persidangan sebelum ini di mana kita akan menguruskan perasmian penggal dan pembentangan bajet tahun 2024 dalam satu mesyuarat yang sama. Oleh itu saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi perhatian terhadap penyediaan perbahasan anda semua supaya ianya tidak berlaku pengulangan isu dan perkara berbangkit semasa sesi perbahasan nanti. Tempoh masa selama tidak lebih daripada 25 minit akan diberikan untuk perbahasan dan tidak lebih daripada 1 jam untuk penggulungan. Bagi memastikan agenda-agenda dapat diuruskan dengan lancar dan sempurna saya telah mengarahkan supaya Setiausaha Dewan membunyikan loceng 3 minit sebelum tamat tempoh masa perbahasan atau penggulungan yang diperuntukkan dan sehubungan itu apabila loceng telah pun dibunyikan Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah merumuskan perbahasan ataupun penggulungan masing-masing. Harapan saya sama-sama kita bina Dewan Perundangan Negeri yang mampu menyemak dan menimbang cabang eksekutif secara profesional melalui pertanyaan, perbahasan yang berkualiti yang ada substance berkait dengan bidang kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri pada masa yang sama Dewan juga hendak mendengar jawapan dan penggulungan yang profesional, tepat dan padat daripada pihak eksekutif.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dewan ini akan terus bersidang tanpa berhenti rehat, justeru Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menguruskan waktu untuk urusan rehat, makan dan solat mengikut kesesuaian masa masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat pada sesi ini kita akan mempertimbangkan sejumlah 77 soalan lisan, 711 soalan bertulis, 1 rang undang-undang dan 3 usul. Mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai. Sekian terima kasih.

Setiausaha Dewan

Pembentangan Risalah.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon membentangkan di atas meja Dewan Risalah Bilangan 7 hingga 16 tahun 2023 seperti yang tersenarai dalam susunan urusan mesyuarat.

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan, soalan bertulis.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan bertulis telah diletakkan di atas meja Ahli yang bertanya selaras dengan Sub Peraturan 15(1)(h) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan lisan pertama saya ingin menjemput Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Negeri, soalan saya soalan pertama. 1. Huraikan keluasan pentadbiran, hasil tahunan dan perbelanjaan tahunan mengikut daerah di MBSP.

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memecahkan pentadbiran MBSP kepada beberapa PBT? Jelaskan kebaikan dan halangannya. (b) Huraikan bantuan kewangan tahunan kepada MBPP dan MBSP oleh KPKT sejak tahun 2009. (c) Apakah status Deraf Rancangan Tempatan Seberang Perai?

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, untuk menjawab soalan pertama daripada saudara Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tambun, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) adalah merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbesar di Malaysia dengan keluasan pentadbiran 747.81 kilometer persegi. Pentadbiran MBSP adalah meliputi Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) dengan pecahan keluasan seperti berikut, di SPU 267.74 kilometer persegi, di SPT 237.80 kilometer persegi, di SPS 242.27 kilometer persegi. Pendapatan MBSP adalah dikategorikan kepada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan cukai. Hasil cukai termasuklah Cukai Taksiran dan Sumbangan Membantu Kadar (SMK). Hasil bukan cukai pula termasuk bayaran pemprosesan pelan, lesen, permit, sewaan, bayaran kompaun dan perolehan daripada pelaburan. Terimaan Bukan Cukai adalah penerimaan Geran Keseimbangan dan Geran Pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perbelanjaan MBSP pula adalah dikategorikan kepada perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan harta modal. Perbelanjaan mengurus merangkumi perbelanjaan emolumen kakitangan tetap, perkhidmatan dan bekalan, pemberian dan kenaan bayaran tetap dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Perbelanjaan pembangunan pula termasuk pembaikan bangunan serta perbelanjaan kemudahan dan pembaikan kemudahan manakala perbelanjaan harta modal adalah terdiri daripada pembelian kenderaan, alat-alat mesin kejuruteraan dan penggantian mesin. Hasil dan perbelanjaan tahunan sebenar di MBSP bagi tahun 2021 hingga 2023 adalah seperti berikut, pada tahun 2021 adalah lebihan RM19.5 juta, 2022 lebihan RM4.9 juta, 2023 adalah lebihan RM45.4 juta di mana pada tahun 2023 adalah sehingga pada 30 September 2023. Prosedur untuk menggazetkan sesebuah kawasan sebagai kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Pada awalnya, kawasan Seberang Perai telah dipecahkan kepada tiga majlis daerah iaitu Majlis Daerah Utara (MDU), Majlis Daerah Tengah (MDT) dan Majlis Daerah Selatan (MDS). Walau bagaimanapun, ketiga-tiga majlis daerah ini telah digabungkan dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Seberang Perai. Pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan ini telah dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan seterusnya pada 16 September 2019 sekali lagi telah dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). MBSP berpandangan cadangan untuk memecah Pihak Berkuasa Tempatan kepada beberapa PBT adalah tidak berdaya maju dari segi kewangan bagi kawasan Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS). Keadaan Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran sumber kerana kemudahan awam boleh dikongsi, infrastruktur, kakitangan, logistik juga perlu ditambah mengikut daerah dan tidak mendapat economies of scale. Selain itu status taraf bandaraya yang dimiliki oleh MBSP pada ketika ini juga berkemungkinan besar akan hilang

dengan memecahkan pentadbiran MBSP kepada tiga PBT mengikut daerah disebabkan tidak menepati kriteria penarafan bandaraya kepada sesebuah bandar. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, tidak dinafikan masih terdapat kebaikan sekiranya pentadbiran MBSP dipecahkan kepada beberapa PBT. Sebagai contoh pentadbiran sesebuah kawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berfokus, kos operasi yang kecil, masalah lokaliti yang kurang dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, kebaikan-kebaikan yang ada ini tidak mempunyai justifikasi yang kukuh untuk memecah pentadbiran MBSP kepada beberapa PBT. Untuk bantuan dan sokongan kewangan yang diterima oleh MBPP dan MBSP daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak tahun 2009 hingga 2022 adalah seperti berikut, jumlahnya adalah RM140.7 juta bagi MBPP, untuk MBSP sejumlah RM172.3 juta. Jadual teliti akan disampaikan kepada Yang Berhormat selepas ini. Terdapat dua bentuk geran yang diterima oleh MBPP dan MBSP daripada KPKT iaitu Geran Mengurus yang merangkumi Geran Tahunan Berasaskan Kaedah Keseimbangan (GTBKK) dan Bantuan Bayaran Balik Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat. Geran bagi Projek Pembangunan yang diterima oleh MBPP dan MBSP merangkumi projek-projek seperti berikut, di Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Projek-Projek Kecil BP1, Projek Gerai Penjaja: Mykiosk@Kpkt - Pembangunan Gerai dan Kiosk Rakyat Di Bawah Peruntukan Inisiatif Belanjawan, Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) / Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) & Pemerkasa, Tabung Penyelenggaraan Perumahan, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Baikpulih Rumah (PPKB), Naik Taraf Taman Awam Negeri Pulau Pinang di bawah Jabatan Landskap Negara. Bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai, Projek-Projek Kecil BP1, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Program Kesihatan Persekitaran PBT, Pembiayaan Kerja-Kerja Naik Taraf Robina Eco Park Fasa 2, Pemerkasa (JKT), Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM), Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP), Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) - Baik Pulih Rumah Daif, Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon iaitu (GERAK), Program Bandar Selamat, Projek Perintis Pemasangan Perangkap Sampah (SMART), dari jenis GPT, Projek Memulihara Runtuhan Kerja Lama Pagar Teras Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Kerja-kerja Dataran Tsunami di atas Lot 1060 dan 2447, Mukim 1, SPU Pulau Pinang, Kerja-Kerja Menaiktaraf Landskap Taman Bertam Putra, Kerja-Kerja Menaiktaraf Laluan Pejalan Kaki Berbasikal di Kolam Tadahan Basah iaitu di Taman Terkoma, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, Seberang Perai Tengah, Kerja-Kerja Menaiktaraf Rekreasi Sembilang, Kerja-Kerja Menaiktaraf Landskap Taman Bertam Putra. Peruntukan Pembangunan Projek Naiktaraf Landskap Taman Rekreasi Ampang Jajar, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Untuk Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030, kini di peringkat untuk mempertimbangkan Laporan Keputusan Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran. Draf Rancangan Tempatan 2030, di dalam Jawatankuasa Teknikal Perancang Negeri sebelum diangkat untuk kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri. Laporan, Laporan JKS JKSTD Draf Rancangan Tempatan 2030 ini telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Perancangan Pembangunan dan Pengindahan MBSP pada 5 haribulan September 2023 untuk diperakukan dan disahkan oleh, oleh majlis penuh pada 19 haribulan September 2023. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat, Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Jawi kerana memberi jawapan yang begitu komprehensif. Lazimnya, setiap PBT di Malaysia ini hanya merangkumi satu daerah ataupun satu atau dua Parlimen. Tetapi, bagi MBSP kita merangkumi tiga daerah, tujuh Parlimen, 21 KADUN dan di MBPP ada enam Parlimen, 19 KADUN. Dengan perkembangan pertambahan populasi dan pertumbuhan ekonomi dan juga jangkaan persempadanan semula Pilihan Raya menjelang tahun 2026, berkemungkinan besar kawasan DUN di Seberang Perai ini akan melebihi Ahli Majlis MBSP, sebab setiap PBT mengikut Akta Kerajaan Tempatan hanya dimaksimakan 24 Ahli Majlis. Oleh yang demikian, adakah Yang Berhormat Jawi dan juga Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk mengkaji pemecahan dua PBT untuk lima atau 10 tahun akan datang. Soalan kedua, mengenai Draf Rancangan Tempatan. Kita sedia maklum Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030 telah diwartakan 19 Oktober tahun 2019. Tahun depan sudah mencecah lima tahun. Adakah pihak PlanMalaysia ataupun MBSP akan mengadakan kajian semula. Kalau kajian semula dijalankan, adakah wajar Draf Rancangan Tempatan ini digazetkan pada masa terdekat. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Bukit Tambun. Sepertimana yang saya telah jawab sebentar tadi, di mana MBSP berpandangan cadangan untuk memecah Pihak Berkuasa Tempatan kepada beberapa PBT adalah tidak berdaya maju dari segi kewangan bagi kawasan SPU dan SPS. Walau bagaimanapun, cadangan daripada Bukit Tambun kita akan meneliti dan akan mengaji semula tentang memecahkan PBT ataupun Majlis Daerah di kawasan Seberang Perai. Untuk menjawab berkaitan dengan Rancangan Struktur Negeri dan juga Local Plan, Draf Rancangan Tempatan. Sepertimana Yang Berhormat dimaklum, Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 telah diwartakan pada 24 haribulan Oktober 2019. Dan dia juga merupakan dokumen penting dalam pembentukan hala tuju pembangunan tanah di Negeri Pulau Pinang yang disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, [Akta 172]. Apabila sesuatu rancangan pemajuan diwartakan sama ada Rancangan Struktur Negeri atau Rancangan Struktur Tempatan, ia akan menjadi dokumen sah yang perlu diikuti oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dalam memberikan sebarang kelulusan perancangan dan pembangunan. Secara tidak langsung, ia bertindak sebagai kawalan perancangan agar pembangunan yang dilakukan tidak bercanggah dengan perancangan induk. Berkenaan dengan cadangan Bukit Tambun yang ingin menyediakan Rancangan Tempatan seperti yang dikatakan dipecahkan kepada beberapa daerah, sebenarnya Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai pernah disediakan mengikut pecahan daerah masing-masing seperti Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Utara, Rancangan Tempatan Seberang Perai Tengah dan Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Selatan sebelum ini. Namun, Rancangan Tempatan tersebut tidak diwartakan berikutan Jawatankuasa Perancang Negeri telah membuat keputusan supaya menyediakan satu Rancangan Tempatan

sahaja dengan menggabungkan ketiga-tiga daerah tersebut sepertimana pada ketika ini disediakan iaitu Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai. Adalah sebabnya adalah bagi menjimatkan kos penyediaannya dan kesemua daerah tersebut terletak dibawah satu PBT. Untuk makluman juga, peruntukan kos penyediaan Rancangan Tempatan pada ketika itu adalah menggunakan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Bukit Tambun, Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030, yang kini sedang disediakan merangkumi ketiga-tiga daerah iaitu SPT, SPU dan SPS. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perancang Negeri Bilangan 9, 2023 yang pada 20 haribulan Oktober 2023, telah sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan kertas kerja pembentangan keputusan Jawatankuasa Siasatan Tempatan Pendengaran Awam (JSTPA), Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 supaya ia disemak dan diteliti semula. Status terkini dalam masih dalam proses penambahbaikan Laporan Rancangan Tempatan mengikut keputusan Jawatankuasa Siasatan Tempatan Pendengaran Awam. Buat masa ini permohonan-permohonan untuk perlingkungan semula tanah masih diterima dan akan disemak dan diteliti sekali lagi bagi tujuan penyelarasan dalam Draf Laporan 2030. Satu mesyuarat penyelarasan permohonan perlingkungan-perlingkungan terkini dalam Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 yang telah diketuai oleh PlanMalaysia bersama MBSP akan diadakan pada pagi ini, kebetulan pada pagi ini 20 haribulan November 2023. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak silakan Machang Bubuk. Sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya, soalan saya soalan nombor dua. No. 2. Terangkan secara terperinci tentang kronologi isu penjualan tanah di Byram, BKIP2 oleh PDC kepada UMECH. (a) Nyatakan kelemahan / kesilapan dalam proses dan prosedur penjualan tanah sedia ada serta usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menanggani isu ini; (b) Nyatakan peranan dan tanggungjawab PDC dalam usaha membangunkan BKIP2 selain daripada menjual tanah.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk atas soalan nombor dua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi menjawab bahagian (a) tiada kelemahan atau kesilapan dalam proses dan prosedur penjualan tanah kepada UMECH Land Sdn Bhd. Prosedur penjualan tanah adalah selaras dengan amalan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) selama ini iaitu sama ada secara tender terbuka, Request For Proposal ataupun rundingan terus. Dalam hal UMECH, penjualan adalah secara rundingan terus hasil usaha promosi yang dijalankan oleh PDC di Ekspo Dubai 2020 yang telah berlangsung pada 16 hingga 23 Januari 2022.

Syarikat ini adalah satu-satunya syarikat yang menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh untuk menjalankan perniagaan di Pulau Pinang. Sebelum penyertaan Ekspo Dubai, hebahan dan promosi berkaitan projek-projek yang akan dibawa telah dilaksanakan. Projek-projek tersebut juga telah mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Lembaga PDC. Pemilihan UMECH Land Sdn. Bhd. juga melalui proses yang panjang dan telus berdasarkan punca kuasa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, isu perubahan saham oleh pihak UMECH Land Sdn. Bhd. yang berlaku sebelum menandatangani perjanjian adalah perkara yang didapati pertama kali berlaku tanpa sebarang makluman daripada pihak UMECH Land Sdn. Bhd. kepada PDC. Oleh yang demikian, bagi mengatasi perkara yang sama berulang pihak PDC telah membuat pindaan serta-merta ke atas semua surat tawaran yang diuruskan pada ketika ini dengan meletakkan klausa tambahan berkaitan perubahan saham syarikat sebelum menandatangani perjanjian supaya perkara yang sama tidak berulang. Bagi bahagian (b) peranan dan tanggungjawab PDC dalam usaha membangunkan Batu Kawan Industrial Park 2 atau (BKIP2) selain daripada menjual tanah adalah seperti berikut: (i) Memantau pelaksanaan projek berdasarkan jadual yang ditetapkan di dalam surat perjanjian; (ii) Bekerjasama dalam usaha penilaian dan pemilihan pelabur yang akan membeli lot-lot industri; dan (iii) Bekerjasama dalam urusan kelulusan pelan-pelan pembangunan dan mengurus permohonan pemberian milik atau pajakan kepada pelabur apabila selesainya peringkat perjanjian urusan tanah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ya.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah memberi jawapan kepada saya. Saya ada dua soalan. Satunya adalah antaranya satu pertikaian yang besar di luar adalah tentang harga jualan tanah tersebut iaitu RM26.53 sen sekaki persegi dan saya difahamkan perkara ini juga menimbulkan banyak ketidakpuasan di kalangan luar. So, saya nak tau siapakah yang menentukan harga penjualan tanah tersebut, sekiranya kita menjalankan rundingan secara terus? Soalan yang kedua adalah memandangkan tanah Negeri Pulau Pinang ini amat terhad dan kerajaan juga mempunyai tanah-tanah yang amat bernilai. So, apakah strategi bagi Kerajaan Negeri untuk menambahkan Land Bank di Negeri Pulau Pinang untuk masa akan datang dan juga selain daripada membuat tambakan laut, ada apa-apa lagi strategi yang boleh diambil oleh PDC untuk menambahkan Land Bank tersebut. Itu saja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk atas soalan tambahan berhubung dengan penetapan harga jualan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, asas penetapan harga reserved kolaborasi bersama UMECH Land Sdn. Bhd. ditetapkan oleh pihak pengurusan dan diluluskan oleh Lembaga PDC melalui kertas pertimbangan cadangan kolaborasi pembangunan BKIP2 dengan mengambil kira: (i) Kos tanah apabila pengambilan berlaku; (ii) Kos infra dan kos tanah; (iii) Kos overhead; (iv) Faedah pinjaman, sebab pengambilan tanah-tanah ini dibiayai melalui pinjaman bank oleh PDC, maka apabila pembayaran kepada tuan tanah asal melibatkan bayaran pengambilan yang PDC yang menggunakan dana daripada pinjaman bank, oleh itu faedah perlu dibayar mengikut jadual yang merupakan sebahagian daripada kos. (v) Nilaian masa hadapan; (vi) Perbandingan harga transaksi sekitar, (vii) Pandangan Jurunilai Berlesen yang menjadi panel PDC bagi kes-kes bantahan mahkamah di kawasan Byram yang berlaku pada ketika itu; dan (viii) Mengambil kira faktor persekitaran tanah berkenaan. Itulah jawapan kepada bahagian pertama soalan tambahan bagi menghadapi isu tanah terhad memang itulah Negeri Pulau Pinang dikongkong oleh sempadan kita dan memang isu kekurangan tanah yang sesuai untuk tujuan-tujuan pembangunan industri menjadi satu cabaran yang besar. Bukan Pulau Pinang tak ada tanah, memang ada tanah pertanian tetapi menjadi dasar Kerajaan Negeri tidak mengezonkan tanah-tanah pertanian untuk tujuan-tujuan selain daripada pertanian khususnya penanaman padi untuk keterjaminan makanan. Jadi kita perlu fokus kepada tanah-tanah selain daripada tanah-tanah sawah padi sekiranya berlakunya apa-apa pengambilan atau pengezonan tanah- tanah yang sedia ada untuk kegunaan perindustrian. Maka strategi cuma satu Yang Berhormat sudah katakan jangan kira tambakan, tambakan memang satu kaedah yang boleh mewujudkan tanah-tanah yang baharu dan memang tambakan tanah-tanah bukan baharu di negeri Pulau Pinang. Sejak 100 tahun pun dari Weld Quay sampai ke Bayan Lepas, Batu Maung, pesisir pantai merupakan kawasan-kawasan tambakan untuk pelbagai kegunaan sehingga ke hari ini dan PSI yang sedang berlaku juga merupakan merupakan satu projek yang terbaharu dan kerja-kerja tambakan sudah mula 1 September untuk menambah land bank negeri Pulau Pinang. Kalau ianya tidak digunakan tetapi sememangnya digunakan. Kaedah yang seterusnya adalah seperti saya katakan tadi melalui pengambilan dan memang PDC sebagai Perbadanan Ekonomi Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab untuk melihat apakah tanah-tanah yang sesuai pada masa-masa akan datang dalam perancangan jangka masa sederhana dan panjang memang on the look out tanah-tanah yang sesuai. Setelah Batu Kawan habis di mana kita akan meletakkan sasaran kita untuk mewujudkan taman-taman perindustrian yang baharu. Maka kerja-kerja ini diteruskan dan berjalan tetapi kita pun perlu melihat kekangan kewangan PDC sejauh mana kita dapat melalui Kerajaan Negeri buat pengambilan tanah-tanah berkenaan. Sememangnya ada kaedah yang ketiga juga iaitu pihak swasta ataupun pemilik tanah kalau ada hasrat untuk mengezonkan tanah-tanah mereka kepada industri kepada perniagaan maka ianya boleh dipertimbangkan sebagai usaha sektor swasta untuk membekalkan tanah-tanah berkenaan untuk pelbagai tujuan pembangunan. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Teluk Bahang.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua soalan saya soalan nombor tiga. No. 3. Para nelayan di Kuala Sungai Pinang dan Kuala Jalan Baru mengalami masalah pemendapan tambor (selut) yang cetek dan sempit alur lalu sungai ke laut lepas, terutama pada musim air surut. Apakah perancangan jangka pendek dan panjang dari Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Terima kasih kepada Dato’ Speaker, tuan-tuan dan puan-puan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan bahawa masalah pemendapan selut tambor ini yang menyebabkan Kuala Sungai Pinang dan Kuala Jalan Baru merupakan masalah yang berulang Dato’. Dato’ Speaker bagi pihak Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang memaklumkan bahawa isu ini hanyalah menyukarkan nelayan setempat yang melalui kawasan ini dan secara tidak langsung ianya tidaklah memberi kesan negatif terhadap hasil tangkapan nelayan bagi kawasan tersebut. Buktinya pada tahun 2021 sebanyak 17,423.49 tan metrik dan pada tahun 2022 sebanyak 19,705.99 tan metrik. Ini adalah hasil tangkapan yang telah terbukti. Bagi perancangan dalam jangka masa yang pendek Kerajaan Negeri melalui JPS telah melantik kontraktor yang layak pada tahun ini sahaja dua gerak kerja telah dilaksanakan yang bermula 5 Mei sehinggalah November 2023. Yang pertama, gerak kerja dalam mendalam dan membaiki Sungai Pinang khususnya di Pantai Acheh dan juga Daerah Barat Daya Pulau Pinang telah bermula pada 5 Mei 2023 dan berakhir 31 Julai yang menelan belanja sebanyak RM89,900.00 yang dijalankan untuk gerak kerja yang pertama. Tambahan pula sebanyak RM20,000.00 telah diperuntukkan bagi bantuan mesin menarik sampan ini yang telah diberikan kepada My Komuniti Nelayan yang telah diberikan pada tahun 2020 yang akan membantu nelayan di sekitar kawasan tersebut. Tuan-tuan dan puan-puan yang kedua kerja-kerja mengorek dan juga membuang selut minta maaf ya, YB YB ya, Ahli Dewan minta maaf kali pertama selalunya ke program biasa panggil tuan-tuan dan puan-puan. Ahli-ahli Dewan, gerak kerja yang kedua adalah kerja mengorek dan juga membuang selut di kawasan Kuala Jalan Baru Barat Daya Pulau Pinang yang telah menelan belanja sebanyak RM19,950.00 yang bermula 11 Oktober dan berakhir pada 1 November yang diperuntukkan oleh JPS Negeri Pulau Pinang. Tuan-tuan dan puan-puan minta maaf sekali lagi, Ahli-ahli Dewan Negeri, walau bagaimanapun pihak JPS memaklumkan bahawa ianya merupakan fenomena semulajadi dan kawasan tersebut kerap berlaku fenomena air pasang surut. Justeru itu, Inshaallah Kerajaan Negeri sentiasa memberi komitmen bagi kerja-kerja membantu, mengorek dan membuang selut dan pada-pada tahun yang akan datang mengikut keperluan semasa terima kasih dan minta maaf sekali lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seri Delima, silakan. Ada? Okey. Lain kali cepat sikit.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, kerana kita melihat Ahli Majlis (gangguan) tak apa yang saya memberi titik berat kepada perkara ini adalah kerana benih-benih kerang dan benih-benih belitung yang dulunya banyak di kawasan ini telah pupus. Jadi saya ingin menambah soalan saya, syarikat yang menjalankan kerja-kerja mengorek dan membuang selut-selut ini, siapakah yang memantau atau mereka ini tidak dipantau sama sekali? Dan keduanya apakah jarak batu nautika yang dibenarkan kepada kapal-kapal membawa ataupun kontraktor yang membawa selut-selut ini untuk dibuang daripada pantai? Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Terima kasih kepada Teluk Bahang, untuk jawapan yang pertama Pihak JPS Negeri Pulau Pinang sebenarnya pihak yang bertanggungjawab memantau gerak-gerak kerja yang telah diberikan kepada kontraktor kontraktor yang berwajib dan soalan kedua InshaAllah saya akan beri bertulis. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Seri Delima, Sila.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan empat. No, 4. Masyarakat Pulau Pinang semakin menua. Menjelang tahun 2040, kira-kira satu daripada empat orang rakyat merupakan warga emas. Kawasan Seri Delima kini berhadapan dengan situasi yang sama. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mewujudkan bandar mesra warga emas.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih Dato’ Speaker. Kepada Seri Delima yang begitu prihatin tentang isu warga emas. Okey. Kerajaan Negeri telah mengambil langkah melaksanakan Bandar Mesra Usia dalam memastikan kesejahteraan golongan warga emas tidak terabai. Jadi komitmen Kerajaan Negeri terhadap perkara ini dilihat melalui usaha menjadi ahli Global Network of Age Friendly Cities and Communities yang diiktiraf oleh World Health Organization (WHO).

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato’ Keramat. Ganggu saya dengar jawapan daripada Sungai Pinang sambung.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Inisiatif ini adalah hasil kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jadi usaha usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mewujudkan Bandar Mesra Warga Emas adalah seperti perincian berikut iaitu; (a) dua sesi libat urus yang melibatkan 70 orang pegawai kerajaan dan badan bukan kerajaan yang NGO telah diadakan pada bulan Januari 2023 untuk mengenalpasti pencapaian Pulau Pinang sebagai Bandar Mesra Usia. (b) Satu kaji selidik yang melibatkan 1501 orang responden di Daerah Barat Daya dan Timur Laut telah laksanakan dari pada bulan Februari sehingga Jun 2023. (c) Pelaksana inisiatif Bandar Mesra Usia Penang Island telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam program Age Friendly Environment Echo yang merupakan satu program mentor mentee oleh WHO dan International Federation and Aging pada bulan November 2023, dan (d) Mesyuarat Libat Urus Pelan Tindakan Strategik akan diadakan pada Disember 2023 untuk membincangkan dan mendraf pelan tindakan untuk Pelan Tindakan Bandar Mesra Usia Penang. Pada tahun 2024, Pelan Tindakan Bandar Mesra Usia Penang Island para baru akan dimuktamadkan. Jadi pelan ini berteraskan 8 domain yang telah ditetapkan oleh WHO dalam merangka program-program yang melibatkan Age Friendly Cities demi mewujudkan persekitaran yang menggalakkan penuaan aktif dan sihat. Pelaksanaan pelan tindakan ini adalah bersama pihak MBPP. Tempoh pelan ini adalah sepanjang tahun 2024 hingga 2025 yang memberi fokus kepada 4 domains seperti berikut, satu, memberi pelbagai pilihan perumahan yang bersesuaian untuk warga emas iaitu dalam sistem perumahan dan dua, menjadikan warga emas sebagai golongan penting dan bernilai kepada komuniti. Ya, kita kena saling menghormati dan keterangkuman sosial. Ketiga, menyediakan akses dan perkhidmatan yang pelbagai kepada golongan warga emas iaitu berkomunikasi dan informasi. Dan yang keempat, memudahkan akses kesihatan dan sokongan kepada warga emas iaitu sokongan masyarakat dan perkhidmatan kesihatan. Jadi selain ini, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) juga mengambil inisiatif dalam mewujudkan Bandar Mesra Warga Emas. Pihak MBSP telah mensyaratkan setiap permohonan pembangunan di kawasan Seberang Perai perlu mematuhi keperluan reka bentuk sejagat iaitu universal design dalam usaha memastikan kemudahan kepada golongan sasar terutamanya orang kurang upaya, kanak-kanak, ibu mengandung dan warga emas disediakan. Pihak MBSP turut mengadakan Audit Aksesibiliti terhadap bangunan-bangunan awam, di kawasan lapang dan kemudahan masyarakat yang baharu serta sedia ada dalam usaha memberi penambahbaikan kepada kemudahan universal design kepada masyarakat termasuk warga emas. Bagi pembangunan yang sedia ada pihak MBSP telah dan sedang berusaha untuk menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sedia ada seperti dewan dan laluan pejalan kaki yang mematuhi reka bentuk sejagat.

Pihak MBSP juga mengadakan program kesedaran dan libat urus melalui bengkel-bengkel universal design, Project Gender Responsive and Participatory Budgeting iaitu GRPB dan lawatan penanda aras dalam mentransformasikan kawasan Seberang Perai menjadi kondusif kepada semua lapisan masyarakat.

Untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat pula turut memainkan peranan penting dalam menjaga kesejahteraan warga emas. JKM melalui perkhidmatan di Bahagian Warga Emas membantu pertubuhan bukan kerajaan dalam mewujudkan pusat aktiviti yang boleh menghimpunkan warga emas bersama dengan golongan yang lebih muda dari pelbagai bangsa dan latar belakang serta menjalankan aktiviti yang bersesuaian di situ. Pusat Aktiviti Warga Emas iaitu (PAWE) ialah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial iaitu reaching out dan pembangunan kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan. Pelbagai aktiviti atau program disediakan di PAWE seperti berikut, ada program keagamaan, program rekreasi, program terapi dan pemulihan, program ceramah kesihatan dan latihan atau kursus yang bersesuaian. Warga emas yang berminat menjadi ahli boleh mengisi borang pendaftaran ahli di PAWE berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Setakat ini terdapat 6 buah PAWE di Pulau Pinang iaitu PAWE Bukit Mertajam, PAWE Sungai Dua, PAWE Permatang Pauh, PAWE Bayan Baru, PAWE Balik Pulau dan PAWE Batu Kawan. Jadi selain ini, JKM turut membantu dan menyelia penubuhan dan pengoperasian Pusat Jagaan Warga Emas yang dijalankan oleh pihak NGO dan swasta bagi memastikan kesejahteraan warga emas terpelihara. Dan terdapat 30 buah pusat jagaan warga emas yang berdaftar di Pulau Pinang termasuk 14 di dalam daerah Timur Laut. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Connie Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Soalan tambahan Dato’ speaker. Terima kasih YB. Sungai Pinang saudari EXCO atas pencerahan dan jawapan yang diberikan tadi. Cuma soalan tambahan saya adalah apakah buat sementara waktu, apakah kempen inisiatif dan program yang telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memperkasakan warga emas dan juga selalunya apabila kita sebut tentang isu warga emas mereka selalu menghadapi masalah kekangan ekonomi. Jadi apakah usaha yang telah pun diambil dan adakah perancangan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini untuk upskill ataupun re-skill? Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Seri Delima. Soalan yang begitu bagus. Untuk soalan apakah kempen atau inisiatif oleh Kerajaan Negeri. Untuk makluman semua, memperkasakan warga emas dan mengiktiraf warga emas adalah sebagai aset pembangunan negeri, jadi pelbagai program atau kempen telah dijalankan agar warga emas ini tidak terasa terpinggir dan semua faham bahawa keluarga ialah unit asas sesebuah masyarakat. Jadi sejak 2019 Kerajaan Negeri telah menganjurkan Kempen Hari Keluarga Peringkat Negeri melalui PWDC yang dijalankan dan akan membawa pesanan, yang membawa pesanan bahawa keluarga yang harmoni dan kukuh akan membawa kebahagiaan dan kemakmuran demi kesejahteraan negeri. Dan bagi tahun ini Sambutan Hari Keluarga yang bertemakan “Bangkit Bersama”. “Bangkit Bersama” dan mewajibkan penyertaan warga emas dalam aktiviti yang

diadakan. Ini adalah untuk merapatkan jurang antara generasi dalam keluarga, sekali gus meningkatkan kesedaran generasi muda untuk menyantuni warga tua dalam kehidupan seharian. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui MMK Pembangunan Sosial bersama-sama dengan rakan-rakan strategik telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti untuk mempromosikan konsep penuaan aktif. Antara program termasuknya Sambutan Hari Warga Emas yang telah berlangsung pada Oktober 31 tahun lepas, Karnival Jom Hebah! pada Julai tahun ini dan Karnival Warga Emas di USM yang diadakan pada Oktober 1 haribulan tahun ini juga. Dan tambahan juga JPWK setiap KADUN juga turut mengambil bahagian dan menganjurkan pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan warga emas. Melalui penganjuran aktiviti-aktiviti sebegini, warga emas dapat memupuk hubungan sosial di samping mengekalkan kesejahteraan mental dan emosi kendiri. Soalan berkenaan kekangan ekonomi. Salah satu domain dalam inisiatif bandar mesra usia adalah yang penting adalah penglibatan sivik dan peluang pekerjaan yang mampu mengurangkan kekangan ekonomi warga emas dengan memperbanyakkan platform pekerjaan. Jadi pihak Kerajaan Negeri di bawah MMK saya dengan kerjasama PWDC dan Penang Institute sedang mengusahakan satu Pelan Tindakan Pembangunan Sosial iaitu Social Development Blueprint yang merangkumi pelbagai aspek kesejahteraan masyarakat antaranya dari segi peningkatan ekonomi, pembangunan diri, bantuan kesihatan yang lebih menyeluruh dan lain-lain lagi aspek untuk mewujudkan persekitaran yang mampu meningkatkan kualiti hidup dan lebih inklusif. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pengkalan Kota. Sila.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 5. No. 5 Berapakah perbelanjaan tahunan disediakan bagi penyelenggaraan Taman Bandar Arkeologi Sia Boey? (a) Kerja penyelenggaraan tersebut dalam keadaan kurang memuaskan. Nyatakan langkah yang akan diambil bagi memastikan ia bertaraf warisan dunia UNESCO. (b) Terdapatnya permintaan tinggi untuk menyediakan tandas awam di taman tersebut. Adakah PDC mempunyai rancangan untuk membina tandas awam?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Selamat pagi Tuan Speaker. Terima kasih atas soalan dari Pengkalan Kota. Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan kepada PDC sebanyak RM527,760.00 setahun untuk pengurusan dan penyelenggaraan Taman Arkeologi Sia Boey. Ianya diperuntukkan kepada PDC secara tahunan sejak tahun 2020 sehingga kini. Sejak tahun, untuk menjawab soalan bahagian (a), sejak tahun 2019 sehingga kini perbelanjaan oleh PDC adalah sebanyak RM29,130,341.84 bagi penaiktarafan pengurusan dan penyelenggaraan di Taman Arkeologi Sia Boey. Dalam pada itu PDC Setia Urus ataupun singkatannya PDCSU telah dilantik untuk mengurus dan menyelenggara kawasan tersebut. PDC juga dalam proses untuk membuat permohonan geran dari Kementerian Ekonomi bagi pembinaan tandas awam di Taman Arkeologi Sia Boey. Itulah jawapan saya. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan Dato’ Yang Di-pertua, soalan seterus saya adalah, apakah fungsi Taman Arkeologi Sia Boey ini buat sementara waktu selain daripada menjadi sebagai satu taman riadah dan rekreasi kepada orang awam pada siang hari dan juga waktu malam dan adakah Kerajaan Negeri ada sebarang rancangan untuk membuka ruangan di sebelah ataupun tanah lapang di sebelah Taman Arkeologi Sia Boey ini untuk digunakan sebagai tempat letak kereta sementara waktu sementara menunggu Pelan Pelaksanaan LRT dijalankan memandangkan Taman Arkeologi Sia Boey ini menghadapi masalah kekurangan tempat letak kereta yang serius. Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, Tuan Speaker. Terima kasih atas soalan tambahan daripada Pengkalan Kota tadi. Selain daripada menjadi tempat riadah awam Taman Arkeologi Sia Boey ini juga boleh sebenarnya memainkan fungsi sebagai satu pentas seni dan kebudayaan dalam perbandaran. Baru-baru ini saya telah merasmikan Festival Teater Tradisional Utara di Taman Arkeologi Sia Boey dan saya nampak begitu meriah Teater Utara Tradisional, Teater. Festival Teater Utara dengan tarian-tarian tradisional daripada negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Selain itu juga sebelum ini pernah diadakan juga untuk dijadikan Pesta Kebudayaan, Pesta Tanglung dan juga sebahagian daripada acara-acara George Town Festival secara kebudayaan dan kesenian juga pernah ada di Taman Arkeologi Sia Boey. Saya rasa sementara kegunaannya ditentukan kemudian dia dijadikan satu pentas yang penting kesenian dan kebudayaan. Selain, mengenai cadangan Pengkalan Kota tentang tempat letak kereta saya rasa kita boleh mengkaji cadangan tersebut dan saya akan meminta PDC untuk mengkaji cadangan tersebut. Terima kasih atas cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Batu Uban sila.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 6. No. 6. Nyatakan hasil lawatan ke luar negara oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk nilai pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelabur asing terhadap negeri Pulau Pinang. Y.A.B. Ketua Menteri:

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Uban dan Dewan yang mulia ini. Berikut merupakan senarai lawatan pelaburan luar negara yang diatur dan disertai oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2018 sehingga September 2023.

(a) Pekan Raya Sumatera Utara atau Medan Fair di Medan, Indonesia di mana lazimnya Kerajaan Negeri menyertainya dan terkini sesi yang dihadiri pada 16 hingga 18 Mac 2018, 17 hingga 19 Mac 2019 dan 15 haribulan Jun 2023 bagi mempromosikan Pulau Pinang sebagai hab serantau untuk perdagangan, perniagaan dan pelaburan dalam pelancongan perubatan, industri halal, makanan dan minuman, produk kosmetik, produk kesihatan herba, pelancongan, pendidikan Islam di samping mewujudkan hubungan dan rangkaian antara usahawan Pulau Pinang dan Medan serta kawasan di sekitarnya. Satu contoh hasil daripada lawatan adalah perjanjian MoU antara Al-Haddad Malaysia dengan Al-Haddad Marketing Indonesia berjaya ditandatangani. (b) Lawatan kerja delegasi ke Dubai. Lawatan ini diadakan pada 7 hingga 10 April 2019 bagi menerokai potensi industri halal di Pulau Pinang serta peluang kerjasama antara kedua-dua pihak. Impak positif adalah berjaya menandatangani MoU antara Penang International Halal Hub dengan Dubai Airport Free Zone Authority (DAFZA) dan Halal Trade and Marketing Center (HTMC) iaitu sebuah agensi di bawah dasar yang baru ditubuh untuk mempromosi industri halal. (c) Lawatan kerja ke Taiwan ianya diadakan pada 14 hingga 18 Mei 2019 bagi mengukuhkan rangkaian perhubungan dengan syarikat-syarikat Persatuan Teknologi Maklumat di Taiwan dan delegasi berjaya menarik minat peserta antarabangsa untuk menyertai World Congress of Information Technology (WCIT) 2020 yang pada asalnya dianjurkan di Negeri Pulau Pinang. (d) Misi promosi pelaburan ke Taiwan dan Amerika Syarikat berlaku pada 2 hingga 11 Ogos tahun 2019 bagi promosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan untuk industri semi-konduktor, elektrikal dan elektronik, teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT), peralatan perubatan dan industri-industri lain yang berkaitan dengan syarikat-syarikat Taiwan dan Amerika Syarikat. Delegasi ini telah mengadakan mesyuarat bersama pelabur-pelabur yang baharu yang sedang dalam pertimbangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan baharu. Lawatan-lawatan berskala mungkin dalam sekali satu, dua tahun adalah penting untuk meneruskan hubungan baik dengan pelabur-pelabur yang sudah melabur di Negeri Pulau Pinang dan juga untuk mendapat pelabur yang baharu yang mungkin melibatkan rundingan yang panjang sehingga beberapa tahun sebelum satu-satu perjanjian dapat dicapai. (e) Lawatan ke Armenia. Itu untuk tujuan World Congress of Information Technology juga pada 4 hingga 12 Oktober 2019, di mana lawatan ke Armenia mengeratkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan negara-negara yang terlibat dalam WCIT Armenia. (f) Misi Promosi Pelaburan ke Turki. Ianya diadakan sempena Ekspo Halal Turki pada 27 sehingga 19 November 2019, di mana Kerajaan Negeri dapat mengemas kini maklumat terbaharu mengenai peluang pelaburan yang terdapat di Pulau Pinang dan juga mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi kepada para pelabur berpotensi. (g) Penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai, sepertimana dinyatakan sebelum ini, ianya berlangsung pada 15 sehingga 23 Januari 2022 bagi mempromosikan Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan dalam pelaburan dan dalam satu minggu penyertaan delegasi Pulau Pinang, sebanyak lima MoU dan dua MoA telah ditandatangani dengan anggaran nilai sebanyak RM18.1 bilion.

(h) Persidangan World Urban Forum Ke-10 di Abu Dhabi, berlangsung pada 8 hingga 15 Februari bagi mengkaji, meneliti, membincang isu-isu perbandaran yang dihadapi oleh dunia termasuk dasar dunia berhubung dengan Sustainable Development Goals dan sebagainya dan dalam kesempatan itu juga Platform Pelaburan Bandar Raya diwujudkan bertujuan untuk menghubung para pelabur antarabangsa kepada Pulau Pinang dan projek yang kita perkenalkan pada ketika itu adalah projek Projek Penang Bay yang menjadi satu daripada sembilan buah projek yang terpilih untuk dibentangkan di World Urban Forum berkenaan. Daripada beratus cadangan yang diterima oleh penganjur, Penang Bay adalah satu daripada sembilan projek yang dipilih dan hasil utama pembangunan Penang Bay masih berjalan dan harap kita dapat menarik pelaburan di George Town dan Butterworth, masing-masing USD200 juta bagi George Town dan USD1 billion bagi Butterworth. Di samping itu, UN Habitat juga mengadakan perbincangan mengenai macam mana melaksanakan SDG termasuk penyediaan City Prosperity Index yang menilai keberkesanan impak pelaksanaan projek-projek. (i) Seterusnya lawatan ke The Hague and Collection Center Netherlands (CCNL). Lawatan ini berlaku pada 22 sehingga 24 Mac tahun ini yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam proses membawa pulang pecahan 41 rangka manusia Guar Kepah, di mana galeri sedang dibina dan 41 rangka manusia dari Guar Kepah yang selama ini berpuluh-puluh tahun disimpan di CCNL, Belanda akan dipulangkan kepada Malaysia dan diletakkan dalam galeri arkeologi di Guar Kepah nanti. Ini adalah satu good will gesture daripada pihak Belanda yang membiayai kos-kos untuk membawa balik rangka berkenaan dan akan menjadi satu tarikan pelancongan arkeologi di kawasan SPU kelak. (j) Dan seterusnya delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke Fujian dan Xiamen. Pulau Pinang pada tahun ini, 5 hingga 9 September untuk meningkatkan keterlihatan Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan pelabur bagi sektor E&E dan memang sukacita saya maklumkan kepada Dewan, ekoran daripada pergolakan sedunia, khususnya perang dagang di antara US dengan negara China, maka rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Pulau Pinang telah diberi tumpuan oleh pelabur-pelabur berkenaan. Dato’ Yang di-Pertua, secara rumusan, tahap keyakinan pelabur asing terhadap Negeri Pulau Pinang adalah semakin memberansangkan. Pulau Pinang kekal sebagai destinasi pelaburan terunggul dan pengkalan utama bagi para pelabur global untuk mengembangkan perniagaan, sama ada dalam sektor perkilangan mahupun perkhidmatan. Para pelabur juga terus menunjukkan keyakinan untuk melabur di Pulau Pinang kerana kepimpinan kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan untuk mengukuhkan pembangunan ekonomi negeri dan mengekalkan reputasi Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelaburan yang stabil. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Padang Kota atas jawapan yang diberikan tentang hasil lawatan Kerajaan Negeri ke luar negara. Saya ingin bertanya tentang

apakah peranan khususnya Invest Penang untuk memastikan kelancaran pelabur bagi urusan pelaburan negeri Pulau Pinang dan juga kita mengurangkan birokrasi sekiranya mereka hendak datang ke negeri Pulau Pinang ini? Dan lagi satu, saya ingin juga nak tahu, apakah strategi Kerajaan Negeri juga untuk mengekalkan dan juga menyakinkan pelabur asing ini khususnya untuk mengekalkan syarikat-syarikat mereka ini terus berkembang di Negeri Pulau Pinang ini dan bagaimanakah semua pelaburan ini dapat memberi manfaat khususnya kepada masyarakat dan juga negeri dari segi sosial dan juga ekonomi. Contohnya tentang berapakah peluang pekerjaan yang telah tersedia dari segi lawatan yang telah kita buat dan juga pelaburan yang telah masuk ke Negeri Pulau Pinang ini. Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Uban atas soalan tambahan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peranan pelaburan asing dan domestik adalah amat penting sekali untuk masa depan negeri Pulau Pinang. Masa kini, masa dulu, masa kini dan masa depan amat penting sebab kita sudah menjadi sebuah negeri industri dan perkhidmatan dan akan terus bergantung kepada pelaburan-pelaburan ini. Penubuhan Invest Penang adalah tujuan untuk menangani segala birokrasi yang mungkin ada sebab menjadi satu agensi yang dedicated untuk hand holding para pelabur yang datang ke Negeri Pulau Pinang, baik mula daripada peringkat enquiry, persetujuan serta pelaksanaan sehingga mulanya operasi dan pengeksportan membabitkan pelbagai isu, membabitkan pelbagai agensi tempatan, negeri dan Persekutuan. Bagi pelabur yang datang ke Malaysia, kalau karenah birokrasi ini tidak ditangani maka kita akan hilang competitive edge kepada negara-negara jiran yang mungkin sudah melakukan banyak proses untuk memendekkan dan memberi pelbagai insentif untuk menarik pelaburan. Kadang kala, Invest Penang sebagai agensi negeri juga tidak mampu menangani isu-isu di peringkat Persekutuan tetapi sekurang-kurangnya kita selalu bersama dengan pelabur itu dari peringkat awal sehingga pelaksanaan supaya kita dapat membantu mereka menangani isu-isu yang mereka hadapi. Pada hari Sabtu lalu saya pun berjumpa dengan seorang pelabur yang sudah mula, kilang itu pun sudah siap tetapi bekalan elektrik belum ada lagi, contohnya. Yang Berhormat Zairil sila bantu. Itu antara isu-isu dan kekangan yang kita hadapi dengan sources dengan pelaburan di Negeri Pulau Pinang, dua tiga tahun ini maka tekanan terhadap sumber yang kita ada, menjadi satu isu yang penting bagi pelabur, maka isu-isu seperti talents pool, kecukupan utiliti-utiliti dan sebagainya, Invest Penang dan agensi-agensi lain seperti PDC dan Majlis Bandaraya, semua perlu memainkan peranan demi mengwujudkan satu keyakinan kepada pelabur bahawa kita dalam Kerajaan Negeri memandang berat tentang peranan mereka datang melabur ke Negeri Pulau Pinang dan saya percaya dengan supply chains yang kita ada, kita ada ekosistem yang kukuh, menjadi satu tarikan berbanding dengan destinasi-destinasi yang lain. Destinasi yang lain mungkin menawarkan tanah yang percuma tetapi Penang tak dapat menawarkan tanah yang percuma. Kita perlu jual juga tanah itu. Berbanding dengan Vietnam mungkin, dia menawarkan tanah yang percuma tetapi kelebihan kita adalah dalam segi talents pool, supply chains, kita ada 4000 SME yang boleh menyokong MNC yang melabur di sini. Kita ada intellectual property protection yang kukuh, kita ada pekerja yang mahir berbahasa dalam, kemampuan berbahasa dalam beberapa bahasa yang dapat berhubung dengan setiap sudut dunia ini melalui talent-talent kita dan sememangnya kita menerima manfaat dari bukan sahaja dari segi pekerjaan yang berkualiti, tetapi dengan pendapatan yang tinggi maka menjana aktiviti-aktiviti berkaitan seperti permintaan perumahan, perdagangan, komersial, pendidikan,

penyelidikan dan sebagainya. Dan pendek kata, selepas 50 tahun kita berusaha, kita baru meraikan ulang tahun 50 tahun perindustrian di Pulau Pinang, maka hari ini kita berada dalam satu kedudukan yang memberi keyakinan kita untuk terus ke hadapan sebagai negeri yang maju di Malaysia dan di persada antarabangsa. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Bertam.

Terima kasih. Saya berminat bila mana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menjawab dengan penuh passion tentang soal pelaburan. Saya juga nak ambil kesempatan nak ucapkan tahniah sebenarnya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana mengekalkan rentak dan juga momentum yang telah meletakkan Pulau Pinang sebagaimana disebut tadi, salah satu daripada destinasi tarikan utama FDI, last year, we were run 5th after Johor, Sarawak, Selangor dan juga Kuala Lumpur, lot much ahead, ahead than Kedah, of course, tapi soalan saya ialah, kita ada cabaran sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi. Salah satu cabaran utama sekarang adalah reassuring and assuring yang sedang berlaku dengan ledakan yang agak besar sebab bila mana berlakunya COVID, bila mana berlakunya global job political conflict dan juga perang dingin ataupun perang perdagangan antara China dengan Amerika, ia telah menyebabkan banyak syarikat-syarikat semiconductor, especially dan pharmaceutical, medical devices, yang mana Penang adalah pengeluar utama, menyaksikan berlaku assuring daripada China untuk kembali ke negara-negara seperti US dan ada juga berhenti di kawasan-kawasan seperti Vietnam. Dan soalan saya ialah apakah mekanisme dan juga strategi Kerajaan Negeri ini sebab kalau kita nak sediakan, sebagaimana yang Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebut, bukan tanah je kena murah, tapi kita kena ada mid-tier company, company yang boleh terbabit dalam orang kata, global supply chains macam Globetronics, MSC automation, this company yang bukan lagi SME malahan mereka juga adalah sebahagian daripada global supply chains, malahan ada yang telah menjadi first-tier global supply chains. Jadi apakah strategi Kerajaan Negeri untuk memastikan satu cushion, what is the cushion majors, penampan agar bila mana berlakunya assuring atau reassuring wave ini, orang kata, industri-industri di Pulau Pinang tidak terkesan? Kedua, adakah program tertentu yang dianggap sebagai dedicated untuk mid-tier ataupun PKMS ini bagi tujuan menjadikan mereka ini benar-benar mampu berada dalam global supply chains supaya kalau ada lah MNC yang nak datang melabur di sini, they would not have any second thoughts kerana mereka melihat climate is a very conducive one. Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua soalan dari Yang Berhormat Bertam mantan menteri. Soalan yang bukan senang untuk dijawab. Pengerusi MATRADE.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia yang perlu jawab.

MATRADE eksport, this one investment.

Y.A.B. Ketua Menteri: Jangan menambah kerenah birokrasi di sini. Balik kepada cubaan menjawab. Baru-baru ini Presiden Xi Jinping bertemu dengan Presiden Biden. China juga mula runding dengan Australia dan Eropah merupakan kesedaran saya percaya bahawa selama 2, 3 tahun pergolakan itu tidak membawa manfaat kepada dunia. Ada orang yang mencadangkan Banking Global Supply Chain itu dipecahkan. Mampukah dunia ini ada 2, 3 supply chain dalam bidang E&E dan Semiconductor? Sekarang pun banyak gap berlaku dalam supply chain yang ada satunya. Kalau pecahkan kepada 2, 3 supply chain atas pertimbangan geopolitik, maka saya percaya ianya tidak akan mencapai matlamat. Finally we see them coming together to talk and discuss. Mungkin pun atas kesedaran ini tidak mungkin berlaku dan the way forward adalah kolaborasi antara gergasi dunia ini dan tidak akan menyebabkan negeri kecil seperti Pulau Pinang dan Malaysia ini menghadapi impak dia.

Tetapi kita menerima manfaat 2, 3 tahun ini kerana geopolitic conflict juga itu ironi dialah. Tetapi sehingga berubah di peringkat dunia, kita masih menikmati hasil daripada pergolakan antarabangsa ini dan kita perlu sentiasa menggunakan leverage kelebihan kita supaya kita juga tidak bergantung kepada MNC tetapi memajukan local large company kita yang sudah pun maju. Sudah menjadi sebahagian daripada global supply chain dalam semiconductor dan sektor E&E dan saya percaya masa depan semiconductor di Negeri Pulau Pinang adalah amat cerah sekali. Kita ada satu landasan yang amat kukuh. Kita tidak dapat kata kita lepaskan itu sahaja. Sebaliknya kita perlu lihat macam mana deep route semicondutor sektor ini supaya kita akan tidak senang dipengaruhi oleh pergolakan di dunia walaupun semestinya akan menerima impaknya tetapi apabila berlakunya impak itu kita telah seperti semasa pandemik, kita telah menunjukkan betapa pentingnya Pulau Pinang dalam supply chain dunia sehingga dalam pandemik pun sektor yang pertama dibenarkan operasi adalah sektor perkilangan E&E semiconductor sebab kita sudah menjadi sebahagian dari global supply chain yang tidak boleh henti operasinya untuk membekalkan cip dan lain-lain komponen kepada industri-industri di dunia ini.

Jadi, kita berharap kita dapat leverage kelebihan-kelebihan ini supaya kita dapat withstand apa-apa pressure daripada pergolakan politik dan ekonomi sedunia. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Batu Lancang. Okey. Apa?

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Yang Amat Berhormat memaklumkan berkenaan dengan Penang Bay.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, sekarang adalah jawapan untuk (kurang jelas). Okey. Sila.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Sebut tadi berkenaan dengan Penang Bay jadi saya nak tanya berkenaan dengan Penang Bay ini yang melibatkan pelaburan lebih kurang RM1.2 billion di George Town dan Butterworth setahu saya dalam pelan struktur Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terdapat di dalamnya dan mahupun local plan pun tidak tercatit. Jadi adakah ini seakan projek seperti di pulau buatan di Balik Pulau dan ataupun seakan projek Batu Kawan Industrial Park, yang kedua kerana ini adalah melibatkan banyak perbelanjaan. Jadi itu soalan saya Dato’ Speaker.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih kepada Yang Berhormat Penanti. Apa yang saya sebutkan masih dalam peringkat konsep Penang Bay. Melihat kepada potensi bay area di pesisiran pantai George Town dengan Butterworth yang boleh dihubung dengan laut merupakan satu kawasan yang mempunyai potensi untuk menarik peburan jenis bentuk yang baharu khususnya creative dan digital economy. Itulah sasaran kita. Tak mungkin kita bina kilang di George Town atau pun di Butterworth. Jadi industri atau sektor yang kita minat adalah ICT, creative economy yang boleh juga menjadi satu sektor yang membawa banyak manfaat kepada Malaysia bukan perkilangan tetapi tumpu kepada mungkin R&D dan sebagainya dengan creative district yang ada di George Town kita dapat menarik ekonomi yang baharu. Economy Digital yang baharu yang boleh menjadi satu tambahan kepada E&E manufacturing yang kita sedia ada. Itulah tujuan konsep Penang Bay tetapi ianya masih dalam peringkat conceptual. Angka-angka yang saya sebut merupakan potensi tetapi bukan sebenarnya sudah berlaku atau akan berlaku. Tetapi kita akan terus berusaha di bawah George Town Conservation Development Corporation bersama dengan Think City kita akan memastikan langkah-langkah seterusnya dapat diadakan bagi memajukan creative economy di negeri Pulau Pinang juga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Batu Lancang, sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Speaker, soalan saya nombor 7. No. 7. Apakah hala tuju Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di dalam pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan awam untuk Negeri Pulau Pinang khususnya pasca pandemik COVID-19?

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya dari kawasan Batu Lancang yang begitu peka khususnya tentang hala tuju dari segi pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan awam untuk negeri Pulau Pinang khususnya pasca pandemik COVID-19. Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, Dewan yang mulia ini sememangnya kita masih ingatlah, segar dalam ingatan apabila kita dilanda dengan pandemik COVID-19, betapa besarnya cabaran khususnya tentang tekanan ke atas sistem kesihatan awam kita dan susulan daripada itu, di era pasca pandemik ataupun kita disebutkan sebagai endemik zaman sekarang,

hala tuju pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan awam untuk negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut.

Bagi pembangunan kesihatan keluarga, khususnya primer. Pembangunan infrastruktur pasca pandemik COVID-19, klinik-klinik kesihatan yang akan dibina adalah klinik yang mempunyai komponen kawalan infeksi ataupun dengan izin, infection control di mana pesakit yang mempunyai gejala demam akan diasingkan. Di Negeri Pulau Pinang, klinik yang pertama yang akan dibina yang mempunyai komponen kawalan infeksi ini adalah Klinik Kesihatan Mak Mandin. Dan bagi klinik-klinik kesihatan yang sedia ada, ruang seperti fever clinic akan disediakan sebaik mungkin untuk mengasingkan pesakit yang mempunyai gejala demam. Manakala Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk kawalan penyakit berjangkit ataupun dengan izin, communicable disease control.

Penyediaan perkhidmatan kesihatan awam pasca pandemik COVID-19 ini adalah selari dengan usaha Kerajaan Persekutuan melalui kertas putih kesihatan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan di Dewan Rakyat. Dan cabaran sistem kesihatan yang didorong oleh faktor sosial dan persekitaran seperti peningkatan beban penyakit tidak berjangkit, kemunculan penyakit berjangkit yang baharu dan lama serta demografi penduduk yang menua semakin membimbangkan. Jadi, kertas putih kesihatan yang telah dibentangkan akan menjadi dasar utama dan ia akan memfokus kepada reformasi kesihatan, reformasi sistematik untuk menangani keperluan yang mendesak dalam sistem kesihatan. Antara pendekatan yang akan dilaksanakan adalah mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan, mengutamakan perkhidmatan kesihatan primer, mempergiatkan kerjasama awam dan swasta yang efektif bagi mengoptimumkan penggunaan sumber. Tiga, memanfaatkan kemajuan teknologi digital dan keempat, mengoptimumkan perkhidmatan penjagaan hospital. Bagi mempertingkatkan lagi promosi kesihatan dan pencegahan penyakit, kita akan memperkukuhkan fungsi kesihatan awam dengan menekankan perkhidmatan kesihatan preventif dan promotif di semua peringkat umur dengan amalan gaya hidup yang sihat dan pengawalan penyakit berjangkit. Selain daripada itu, kami juga akan mewujudkan sikap tanggungjawab bersama dan koordinasi merentasi pelbagai kementerian dan jabatan bersesuaian dengan konsep health in all policies, dengan izin. Dan kita akan memberikan insentif kepada amalan dan tingkah laku yang pro ataupun membantu dalam pembangunan hal ehwal kesihatan. Jadi, program berasaskan pemerkasaan komuniti, akan memainkan peranan penting juga untuk menggalakkan tingkah laku sihat dalam kalangan penduduk dan mengurangkan prevalence penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetes serta wabak. Kita juga menggalakkan penggunaan vaksin yang efektif dan berkesan supaya penularan penyakit berjangkit dapat dikawal. Komunikasi dan program outreach kesihatan yang lebih baik juga akan memperkasakan masyarakat agar mereka dapat menangani maklumat kesihatan yang salah. Dan juga kita akan berusaha di dalam penambahbaikan dari segi pengumpulan data, perkongsian data klinikal dan penyelidikan serta keupayaan analisis khususnya dalam sistem Maklumat Geografi (GIS) dan artificial intelligence dengan izin yang akan dipertingkatkan untuk mengukuhkan pengawasan penyakit pemantauan dan analisis risiko di peringkat komuniti. Jadi, ini adalah penting untuk kita menyediakan program intervensi kesihatan awam berasaskan bukti seperti program vaksinasi awam, program saringan komuniti dan program pemakanan. Perkhidmatan kesihatan awam juga turut meliputi kesiapsiagaan krisis kesihatan ataupun bencana dan akan dipertingkatkan lagi bagi meramal, mengemas kini dan menyelaraskan keperluan sumber semasa berlakunya krisis kesihatan. Jadi sokongan perundangan yang sewajarnya juga adalah diperlukan bagi mencapai objektif kesihatan awam. Dan selain daripada itu, kita turut akan melaksanakan amalan kesihatan awam yang berasaskan bukti di dalam dasar

perundangan dan peraturan ini turut akan dipertingkatkan. Sumber dan proses untuk menguatkuasakan peraturan kesihatan awam juga akan diperkukuhkan. Manakala kita beralih kepada penyakit tidak berjangkit (non communicable disease) dengan izin. Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan kempen kesedaran awam melaui media massa, program pendidikan di sekolah dan aktiviti komuniti tentang pencegahan. Pengenalan gejala dalam menangani penyakit tidak berjangkit. Risiko penyakit tidak berjangkit adalah multi factoral. Maka pembangunan perkhidmatan kesihatan awam perlu menjurus kepada pemeriksaan kendiri dan kolaborasi dengan pelbagai agensi. Juga kita akan usahakan juga dalam memastikan terdapat tenaga kerja dalam bidang kesihatan yang mencukupi dan terlatih dengan baik untuk mengendali penyakit tidak berjangkit. Jadi, di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan melatih sukarelawan dari kalangan komuniti untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan sebagai agen pengubah kepada komuniti taman dan kampung dengan penerapan dalam program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) dan juga sepertimana yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan semalam, Skim Madani Afiat juga merupakan salah satu program yang berkait rapat dengan penglibatan sukarelawan di dalam komuniti kita. Jadi, program Penang Bebas Asap Rokok (PENBAR) juga diwujudkan untuk mewujudkan jaringan masyarakat yang peka dan prihatin terhadap bahayanya asap rokok kepada kesihatan dan membentuk dan memperkasakan budaya penguatkuasaan kendiri di kalangan perokok dan masyarakat iaitu selaras dengan inisiatif Penang Cleaner, Greener, Safer, Healthier dan pelaksanaan PENBAR khususnya di kawasan George Town ini juga akan mengekalkan status Bandaraya Warisan Dunia dengan pelaksanaan persekitaran bebas asap rokok. Kita turut akan melihat kepada kajian seperti National Health and Morbidity Survey (dengan izin) untuk mengenal pasti penyakit awal dan mengambil tindakan pencegahan yang sewajarnya. Jadi melalui kajian dan surveillance data semua maklumat ini dapat dikumpul dengan cepat dan efisien untuk kita mengenal pasti status kesihatan dan yang akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua kita juga akan meningkatkan lagi akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti meningkatkan kesedaran awam dan menggurangkan penyebaran penyakit tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Speaker soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Sering kali kita memang mendengar ataupun menerima laporan aduan daripada orang awam masa menunggu untuk mendapat rawatan di hospital memang agak lama seperti pesakit luar ataupun di bahagian kecemasan tempat ambil perubatan ataupun yang tunggu jadual untuk pembedahan memang akan mengambil masa yang agak panjang. Apakah tindakan atau strategi yang akan diambil untuk mengatasi isu-isu sebegini?

Daneil Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Lancang. Sememangnya bukan perkara yang kita rasa adalah baharu di mana sering kali kita pun menerima pelaporan ataupun aduan yang dikemukakan oleh masyarakat umum terhadap masa untuk kita menunggu untuk menerima rawatan khususnya di hospital-hospital sekalian. Tapi itu adalah satu isu di mana kita sebenarnya berhadapan dengan pelbagai cabaran dari pelbagai aspek misalnya dari segi tenaga kerja khususnya dari segi jumlah bilangan doktor, jumlah bilangan jururawat, jumlah bilangan pegawai perubatan (MO) yang kini berkhidmat di dalam sistem kesihatan awam kita. Maklumlah Yang Berhormat Batu Lancang kalau isu-isu tentang tenaga kerja ini bukan ia sesuatu perkara yang boleh kita selesaikan dengan menyalurkan peruntukan sahaja. Meskipun ada peruntukan yang secukupnya mungkin kita tidak mempunyai kepakaran dari segi pendoktoran ataupun dari segi jururawat yang mencukupi untuk memperkukuhkan dan mempertingkatkan lagi sistem kesihatan awam kita. Namun demikian, kita juga melihat kepada perancangan jangka masa panjang sepertimana tadi yang saya bangkitkan dalam jawapan sebelum ini dimana salah satu aspek yang amat penting adalah dari segi sistem bagaimana kita menggunakan teknologi pendigitalan yang terkini untuk kita meringankan beban ataupun kita melihat kepada seluruh proses bagaimana kita menyampaikan sistem kesihatan awam kita. Saya bagi contoh buat masa kini di dalam Sektor Perkhidmatan Kesihatan Awam ini jururawat kita masih menggunakan cara manual apabila kita nak ambil suhu pesakit ataupun pesakit-pesakit yang tinggal di dalam hospital masih kita buat kerja manual. Itu jururawat akan pergi membaca suhu menulis tapi di dalam jurisdiction yang lain di dalam pentadbiran yang lain kita telah lihat betapa bagaimana kegunaan Artificial Intelligents dan Internet of Things (dengan izin) (IOT) di mana kita boleh sambungkan pesakit dengan sistem yang lebih canggih dibantu oleh teknologi pendigitalan di mana suhu real time semasa kita boleh ambil untuk pesakit ini dan juga banyak lagi proses yang kita lihat di dalam sektor kesihatan awam kita saya bagi satu contoh kerja–kerja untuk membantu pesakit untuk mandi sebenarnya kita tidak perlu pun jururawat ataupun pegawai yang mempunyai pengetahuan atau ilmu di dalam sektor perubatan kita boleh lihat bagaimana proses ini kita boleh buka juga kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai ilmu di dalam sektor penjagaan kesihatan tetapi juga boleh memainkan peranan yang penting bagi meringankan beban kerja di dalam sektor kesihatan awam. Saya juga ingin suka memetik khususnya bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang tentang masa menunggu dan juga kapasiti yang dihadapi oleh sektor perubatan awam kita di mana baru-baru ini di dalam belanjawan Kerajaan Persekutuan yang telah pun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat sebanyak Ringgit Malaysia, Dua Ratus Juta (RM200 juta) telah pun disediakan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kita menjalankan kerja-kerja penyumberluaran pesakit ataupun (dengan izin) decanting iaitu kita telah sediakan dana di mana sekiranya kapasiti di dalam hospital kita telah penuh kita boleh menyumberluaran pesakit kita kepada hospital-hospital swasta supaya mereka dapat mendapatkan ini rawatan dalam masa yang singkat dan ini adalah usaha secara berkala dan termasuk juga pengenalan Skim Perubatan Madani untuk kita bekerjasama dengan klinik swasta di mana di Negeri Pulau Pinang ini sebanyak 150 klinik swasta yang aktif telah mengambil bahagian di dalam Skim Perubatan Madani di mana kepada mereka di dalam golongan B40 yang merupakan penerima Skim Tunai Rahmah ini mereka bebas masuk tak perlu daftar pergi ke klinik swasta yang telah berdaftar dibawah Skim Perubatan Madani ini untuk menerima rawatan dan mendapatkan ubat secara percuma. Ini adalah salah satu inisiatif dimana pihak kerajaan telah menyediakan bukan sahaja kita nak mengurangkan beban di dalam sektor awam kita tapi kita membenarkan golongan B40 ini untuk menikmati kemudahan kesihatan awam di klinik swasta

dengan kualiti yang lebih baik lagi. Jadi saya harap jawapan saya berikan dapat menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat satu jam tiga puluh minit untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan Sub Peraturan 26 (7) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua jawapan kepada soalan –soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan diatas meja-meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan di dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Pembekalan Tahun 2024.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang pertama. Rang Undang-Undang akan dibaca bagi kali kedua pada 24 haribulan November ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Rang Undang–Undang bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk pekhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat Rang Undang-Undang telah dibacakan untuk kali yang pertama.

Setiausaha Dewan

7a, usul daripada YB Ahli Kawasan KOMTAR.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Yang Berhormat Ahli Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan bahawa kami Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Kedua Penggal Petama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang Kelima Belas pada 17 November 2023. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebelum memulakan sesi perbahasan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk pimpinan Parti DAP kerana memberi peluang kepada saya untuk bertanding di kawasan KOMTAR bagi kali yang keempat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih setinggi dan setulusnya kepada semua pengundi KOMTAR serta semua jentera parti yang memberi sokongan penuh buat saya kerana sekali lagi saya dipilih sebagai ADUN Kawasan KOMTAR untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seperti yang semua sedia tahu dunia dikejutkan dengan berita dan perkembangan tragik di Semenanjung Gaza. Konflik dan peperangan yang masih berterusan telah mengakibatkan kehidupan rakyat Palestin menjadi susah khususnya golongan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa terbunuh serta ramai yang kehilangan nyawa serta rumah kediaman mereka. Jumlah kematian yang meningkat setiap hari di Gaza menyebabkan ruang tanah perkuburan semakin terhad dan jenazah terpaksa dikebumikan dalam keadaan menyayat hati. Konflik di antara kedua buah negara ini telah menyebabkan beribu-ribu mangsa terkorban yang kebanyakannya daripada kanak-kanak kecil dan remaja. Saya sangat memahami bahawa isu terkait Palestin sangat dekat di hati umat Islam dan saya berharap kita semua tidak melihat situasi getir menimpa rakyat negara itu sebagai isu agama semata-mata. Sebaliknya ianya lebih daripada itu. Kita semua harus mengimbau dan mengamati semula proses mengecapi kemerdekaan negara termasuk kesusahan rakyat ketika zaman penjajahan Inggeris dahulu. Pada 30 Oktober yang lalu, Kementerian Pendidikan Palestin mengumumkan sesi akademi 2023-2024 secara rasminya telah berakhir akibat para pelajar sekolah telah terbunuh. Pelbagai reaksi yang diberikan warganet terhadap berita duka ini dan berharap mereka masih lagi ada menerima pendidikan yang lengkap dan berilmu untuk masa depan tetapi apa kan daya. Justeru saya ingin mengambil kesempatan menggesa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk melihat ini dari segi kaedah sejarah dan kemanusiaan. Jangan jadikan isu ini sebagai isu yang membezakan sikap kita terhadap apa itu kemerdekaan. Saya doakan agar semoga konflik dan serangan apa itu serangan tersebut akan segera berakhir. Sama–sama kita doakan kesejahteraan dan keselamatan buat rakyat Palestin yang sedang berjuang. Dato Yang di-Pertua, dalam ucapan Perasmian TYT Tun pada Jumaat yang lepas, Tun telah membuat permohonan secara terbuka kepada Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan

peruntukan pembangunan yang lebih tinggi untuk Negeri Pulau Pinang. Selain peruntukan RM10 Bilion bagi pelaksanaan projek LRT, rakyat Pulau Pinang juga perlu peruntukan Pusat untuk membiayai projek-projek menangani isu kesesakan trafik Juru ke Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan dan kawasan sekitar di Seberang Perai, Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, KOMTAR memang 100 peratus sokong kepada TYT. Tun kerana bukan saya sahaja malah YB-YB yang dalam Dewan yang mulia ini semua menghadapi masalah ini dan penghuni-penghuni di kawasan masing-masing juga terperangkap dalam kesesakan trafik semasa nak merentasi Jambatan Pulau Pinang ke Seberang Perai. Saya ingat Dato Yang di-Pertua juga sama kot. Jikalau pada masa puncak satu jam atau satu jam setengah itu adalah biasa. Masa ini sebenarnya boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti bersama ahli keluarga boleh jumpa kawan atau untuk berehat. Memang terdapat inisiatif penyuraian trafik Seberang Perai oleh Kerajaan Negeri iaitu penambahbaikan persimpangan Juru. Cadangan merangkumi pelebaran jalan pengubahsuaian laluan pertukaran Juru kepada sistem persimpangan Berlian mencajah (Diverging Diamond Interchange) dan penyelarasan masa lampu isyarat di persimpangan Jalan Kebun Nanas dan Jalan Perusahaan. Pembinaan satu lebuh raya bertingkat dari Juru ke Sungai Dua atas Lebuh Raya Utara Selatan yang sedia ada. Anggaran kos projek ini adalah lebih RM 3 bilion maka peruntukan dari Kerajaan Persekutuan adalah amat diperlukan. Masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana kawasan ini merupakan lokasi pertembungan trafik harian yang padat antara 3 negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Situasi kesesakan trafik ini secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap sosio-ekonomi yang mana ianya telah menghadkan pergerakan input sektor perindustrian dan perkhidmatan di sepanjang rantaian yang menjadi laluan pergerakan utama kargo serta penumpang merentasi negeri di bahagian utara. Penangguhan masa operasi secara tidak langsung akan menjejaskan pengoperasian sekali gus memberi kesan terhadap daya saing dan produktiviti secara keseluruhan. Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, KOMTAR ingin dapatkan sokongan dari semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini untuk memberikan sokongan penuh kepada Yang Amat Berhormat dan barisan EXCO untuk cuba sedaya upaya bagi mendapatkan peruntukan daripada Yang Amat Berhomat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk melaksanakan projek ini dengan kadar segera.

Yang Berhomat Dato’ Yang di-Pertua, isu Zon Kewangan Khas kini kian hangat dibincangkan selepas pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Zon Kewangan Khas diwujudkan di Forest City, Johor. Zon Kewangan Khas juga akan menikmati pelbagai insentif termasuk kadar cukai pendapatan khas sebanyak 15 peratus bagi pekerja mahir dan visa kemasukan berbilang. Insentif ini akan merancakkan pelaburan pertumbuhan dan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut. New York, Hong Kong, Singapura dan Tokyo merupakan antara bandar yang paling maju di dunia dan kesemua bandar-bandar ini juga mempunyai status pusat kewangan antarabangsa yang mengambil kedudukan 20 terbaik di dunia. Pulau Pinang telah transformasi dari sebuah kampung nelayan pada tahun 1786 kepada satu bandar pelabuhan yang penting di rantau ini sehingga hilang status free port pada tahun 1969. Pada zaman 70an, Pulau Pinang telah giat dalam pembangunan industri elektrik dan elektronik (E&E). Pada tahun lepas, Pulau Pinang telah menyambut ulang tahun ke 50 perindustrian Penang. Pulau Pinang telah mengalami transformasi yang luar biasa sejak tahun 1972 dengan ekosistem industri yang kuat, teknologi canggih dan penawaran masa depan yang tahan lama. Pada tahun 1972, Pulau Pinang mendirikan zon perdagangan bebas pertama di Malaysia yang menarik pelaburan Multinational Corporation (MNC). MNC telah mepercepatkan perkembangan ekosistem industri yang kuat, memperkuat lokasi negeri ini sebagai sebuah pusat utama untuk sektor pembuatan agar lebih maju. Pulau Pinang juga dikenali sebagai Lembah Silikon Timur,

Siliken Valley of The East kerana menjadi asas pembuatan produk elektronik dan elektrik terpenting serta berkembang di Malaysia dengan perkiraan lima (5) peratus dari eksport semikonduktor global. Untuk terus memperkembangkan sektor perindustrian, Pulau Pinang memerlukan lebih banyak tanah perindustrian untuk memacu sektor pembuatan. Tadi Yang Berhomat Machang Bubuk pun tanya, bagaimana untuk Kerajaan Negeri untuk cari tanah yang lebih untuk perindustrian. Namun, tanah kita adalah terhad untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang kekal maju dan mampan, kita memerlukan perancangan dan arah yang baru untuk mencapai matlamat tersebut. Maka jika Pulau Pinang diberi status Zon Kewangan Khas adalah satu kaedah atau jalan keluar bagi masa hadapan Pulau Pinang. Kerajaan Negeri boleh mencadangkan Penang Institute menjalankan satu kajian yang terperinci agar Pulau Pinang boleh menjadi negeri yang seterusnya mempunyai status zon kewangan khas di utara Malaysia. Saya percaya dengan status ini, pembangunan Pulau Pinang akan rancak ke satu tahap yang baru. Kerajaan Negeri juga boleh bekerjasama dengan universiti, kolej dan institusi pengajian tinggi di Pulau Pinang untuk menawarkan khusus-khusus yang diperlukan oleh sektor perindustrian dan sektor kewangan agar dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk sambung pengajian tinggi di Pulau Pinang dan selepas tamat belajar, boleh terus bekerja di Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menyatakan hasrat beliau untuk memacu Pulau Pinang bagi menjadi sebuah negeri yang hijau serta pintar dan telah membina sebuah rangka kerja untuk mencapai objektif tersebut dalam visi Penang2030 beliau. Antara cabaran utama untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang hijau adalah untuk melupuskan sampah di negeri kita secara mampan. Rakyat Pulau Pinang menjana sebanyak 2500 tan sampah setiap hari dan semua sampah tersebut dihantar ke tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang dianggarkan akan penuh pada tahun 2045. Kita perlu mencari jalan penyelesaian yang kondusif untuk memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah tersebut. Tapak pelupusan sampah Pulau Burung telah menjadi tumpuan orang awam pada awal tahun 2022 akibat daripada kejadian kebakaran di sana yang memakan masa tiga minggu untuk dipadamkan. Ianya menjadi tumpuan sekali lagi pada akhir tahun 2022 apabila terdapat kejadian resapan air larut (leachate) dari kolam takungan ke kawasan rizab paya bakau. Kedua-dua kejadian ini telah membawa kritikan daripada beberapa NGO terhadap Kerajaan Negeri yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak mengendali tapak tersebut secara berkesan serta tidak mencari altenatif lain untuk melupuskan sampah dan bukan hanya bergantung kepada tapak pelupusan Pulau Burung sahaja. Kerajan Negeri telah menyatakan bahawa kita sanggup untuk menggunakan teknologi sisa buangan kepada tenaga, Waste To Enegery (WTE) untuk menyelesaikan masalah sampah di negeri ini sekiranya teknologi incinerator yang moden dan tidak mendatangkan pencemaran yang serius. Pendirian ini selaras dengan visi Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Yang Behormat Nga Kor Ming serta Kerajaan Pusat yang berharap setiap negeri akan mempunyai sebuah loji incinerator untuk melupuskan sisa pepejal negeri masing-masing. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bersetuju dan menyokong cadangan untuk membina sebuah loji incinerator (WTE) di negeri kita bagi mengurangkan sisa pepejal yang perlu dihantar untuk dilupuskan di Pulau Burung. Loji WTE bukan saja dapat melupuskan sisa pepejal secara berkesan, malah pada masa yang sama juga dapat menjana tenaga elektrik untuk kegunaan PBT sendiri atau dijual kepada TNB. Ini bukan sahaja dapat kurangkan pergantungan stesen penjana kuasa tradisi yang menggunakan arang dan gas asli, malah dapat membantu jana pendapatan tambahan untuk Kerajaan Tempatan. Kita faham bahawa kritikan utama terhadap pelaksanaan WTE daripada orang awam dan NGO adalah banyak bahan yang dapat dikitar semula akan dibakar bersama sisa pepejal yang lain. Ianya juga amat sukar untuk

mengasingkan sampah yang selamat untuk di bakar dengan sampah yang akan melepaskan bahan kimia yang bahaya ketika di bakar. Sebenarnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah lama menjalankan usaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam untuk mengitar semula dan kini kadar mengitar semula Negeri Pulau Pinang sudah mencecah 55 peratus. EXCO Kerajaan Tempatan, Yang Berhomat Jawi juga telah putuskan akan menguatkuasakan Dasar Pengasingan Sisa di Punca dengan tegasnya mulai Jun 2024, dengan meneruskan usaha ini bersama-sama warga Pulau Pinang, kita akan dapat meminimumkan pelupusan bahan kitar semula yang akan dihantar ke loji WTE. Selain WTE, kerajaan juga boleh meneroka solar atas laut kerana Negeri Pulau Pinang terdapat perairan laut luas yang mungkin sesuai untuk melaksanakan projek ini. Elektrik juga di jana boleh dibekalkan kepada zon industri yang mana penggunaan elektriknya adalah besar. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sejak Pusat Transit Gelandangan (PTG) beroperasi pada bulan Ogos 2023, aktiviti-aktiviti pengedaran makanan telah dihentikan di bus station KOMTAR dan NGO-NGO dan individu-individu juga diminta menyelaras dengan PTG dan hanya dibenarkan untuk mengedar makanan kepada mereka yang memerlukan di PTG sahaja. Pengaturan ini telah berjaya mengurangkan bilangan gelandangan di bus station KOMTAR dan saya berharap agar jabatan berkenaan dapat memastikan kebersihan dan keceriaan bus station tersebut sentiasa dijaga. Terima kasih terutamanya kepada Yang Berhormat Sungai Pinang, EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam. Beliau pada permulaan projeknya satu hari turun bus station itu sekurang-kurangnya sekali la, Kadang-kadang dua kali untuk memantau situasi itu dan syabas saya ucapkan kepada beliau kerana masalah ini sudah dapat dikurangkan belum hundred percent diatasi. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jawi, EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar Dan Desa juga memberi bantuan untuk mengarahkan pegawai-pegawai PBT untuk station di sana untuk memastikan projek ini berjaya serta jabatan-jabatan yang berkaitan dalam menghulurkan bantuan untuk menangani isu ini. Selain itu, PTG juga diwujudkan sebagai satu pusat latihan untuk memberi latihan kepada mereka yang menginap di PTG dan terdapat kes-kes berjaya ditangani yang mana golongan tersebut berjaya kembali ke pangkuan masyarakat dan disyorkan pekerjaan baru. Walaupun perubahan ini telah membawa impak yang positif, tetapi jabatan berkenaan haruslah mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam menangani isu gelandangan. Di bandar George Town, isu gelandangan bukan saja terdapat di bus station KOMTAR, tetapi termasuklah juga kawasan-kawasan yang lain. Isu ini tidak akan diselesaikan dalam masa yang singkat tetapi memerlukan penyelesaian yang mengandungi langkah-langkah secara menyeluruh. Mengikut statistik, terdapat juga gelandangan yang datang dari negeri lain. Saya berharap isu gelandangan dan kaedah yang dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang boleh diutarakan kepada Kerajaan Persekutuan dan seterusnya menggalakkan penyediaan PTG mengikut data-data di negeri-negeri masing-masing. Semua jabatan perlu memberi kerjasama untuk menyelesaikan masalah secara efektif. PTG merupakan satu tempat yang semata-mata untuk membantu dalam isu gelandangan kepada warga Malaysia. Bagi kategori gelandangan warga asing, atau gelandangan yang kurang siuman, penagih dadah, menghidapi penyakit yang serius pula memerlukan cadangan dan penyelesaian daripada jabatan-jabatan yang lain khususnya EXCO Kesihatan juga, perlu hulurkan tangan semasa perlu bantuan lah. Saya berharap ke semua jabatan ini dapat menubuhkan satu pasukan petugas task force untuk menangani isu-isu yang demikian, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga diminta untuk berbincang dengan NGO-NGO bagi membuat penambahbaikan strategi dan program-program yang boleh diwujudkan oleh PTG.

Selain usaha Kerajaan Negeri, kita juga berharap lebih banyak rakyat Pulau Pinang memahami dan memikul tanggungjawab untuk menjaga kepentingan sesebuah keluarga selaras dengan slogan Penang2030 iaitu Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Setiap keluarga sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga ahli keluarga dan memberi jagaan penuh kasih sayang kepada warga emas dalam keluarga masing-masing. Dengan berbuat demikian, isu-isu gelandangan semestinya dapat dikurangkan. Selain adanya program pembayaran penghargaan warga emas, melalui program i-Sejahtera, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2022, juga melancarkan pelan hala tuju penuaan aktif sebagai garis panduan dalam menggalakkan rakyat negeri ini khasnya warga emas untuk melibatkan diri secara aktif dan menyumbang kepada pembangunan keluarga dan masyarakat. Negeri Pulau Pinang pada masa ini berada pada tangga kedua di belakang Perak sebagai negeri tua. Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia juga menunjukkan pada tahun 2040, rakyat Pulau Pinang berusia 60 tahun dan ke atas akan meningkat kepada 26.2 peratus dan berada pada tangga yang teratas iaitu lebih daripada Perak. Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua…(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Wah…panjang juga ya.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Last lah, last..masuk isu kawasan, so di George Town terdapat banyak petak khas untuk aktiviti loading unloading yang disediakan untuk memudahkan peniaga-peniaga punggah memunggah barang. Namun begitu petak-petak ini tidak digunakan untuk perkara lain selepas waktu perniagaan. Ini merupakan satu pembaziran sebenarnya petak-petak ini boleh dijadikan sebagai tempat letak kereta selepas waktu perniagaan atau waktu yang ditetapkan. Cadangan ini akan dapat menambah tempat letak kereta di kawasan George Town yang mana tempat letak kereta adalah tidak mencukupi serta dapat menumpukan aktivit-aktiviti punggah memunggah dalam waktu tertentu. Saya juga ingin mencadangkan kepada PBT untuk mempertimbangkan dengan mengehadkan masa tempat-tempat letak kereta kepada contohnya satu atau dua jam bagi kawasan-kawasan sibuk tertentu di George Town sebagai contoh jika kebanyakkan pengunjung meletak kereta di kawasan tersebut sepanjang hari, ianya akan mengurangkan peluang pengunjung yang lain untuk mengunjung ke kawasan tersebut. Sebaliknya jika kita mengawal atau mengehadkan tempoh letak kereta ia akan memberi peluang yang lebih buat pengunjung untuk datang ke lokasi itu dan secara tidak langsung dapat membantu peniaga-peniaga untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Tambahan pula polisi ini dapat mengelakkan sebuah kereta yang parkir di tempat tersebut sepanjang satu hari atau dua hari kerana ianya akan menjejaskan aliran pelanggan. Sebagai contoh Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan had masa dua jam maksimum bagi tempat letak kereta di kawasan terpilih untuk beberapa PBT termasuk Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Klang dan lain-lain. Saya berharap kedua-dua PBT di Pulau Pinang dapat mengkaji kesesuaian dan keberkesanan cadangan ini lalu melaksanakannya untuk memanfaatkan masyarakat…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta rumuskan.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Marilah kita menyokong Visi Penang2030 dan bergerak bersama untuk mencapai Visi berkenaan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Pulau Pinang. Sekian, terima kasih. (Ahli-ahli Yang Berhormat menepuk meja).

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya memerlukan pencadang atas usul ini. Penyokong.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya memohon menyokong. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Y.A.B. Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan seperjuangan sekelian, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, selamat pagi dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin panjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersidang dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas. (Ahli-ahli Yang Berhormat menepuk meja). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas perasmian mesyuarat pada kali ini. Dato Yang di-Pertua, pada tahun 2022 ekonomi Pulau Pinang telah berkembang sebanyak 13.1 peratus, nilai KDNK pula direkodkan sebanyak 112.1 bilion, pelaburan sektor pembuatan mencatatkan RM13.7 bilion dengan penjanaan 15,752 peluang pekerjaan baru dan menyumbangkan 16 peratus kepada pelaburan pembuatan negara. Ini tidak termasuk lagi Pulau Pinang merupakan pengeksport terbesar di Malaysia. Dalam bab ini saya memberi ruang kepada Pengerusi MATRADE iaitu Yang Berhormat Bertam untuk mengolah lebih lanjut lagi dalam ucapan beliau. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak lagi membuat pinjaman baru sejak 2016 dan hutang awam Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan telah menurun sebanyak RM4.3 juta iaitu lebih kurang 9.5 peratus. Pengekalan integriti kewangan dan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kukuh telah mendapat pengiktirafan Ketua Audit Negara di mana menerima Sijil Pendapatan Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Tahun 2022. Tahniah Y.A.B. Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Lazimnya dalam peperiksaan, budak yang cemerlang mendapat biasiswa, budak yang sederhana mendapat pinjaman, budak yang agak tidak menonjol dia perlu melanjutkan pelajaran dengan bayaran duit poket sendiri atas tanggungan ibu bapa. Namun demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan sejak perubahan kerajaan pada tahun 2008 sehingga kini. Sehubungan itu, saya ingin merujuk kepada perkara 34, muka surat 13, iaitu menyokong penuh permohonan daripada Tuan Yang di-Pertua Tun supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peruntukan pembangunan yang lebih tinggi untuk Negeri Pulau Pinang seperti yang disampaikan oleh KOMTAR sebentar tadi. Peruntukan yang tinggi ini, untuk, tadi KOMTAR sebut dari Juru ke Sungai Dua, sebenarnya dari lebuh raya dari Jawi ke Sungai Dua dari Jawi ke Juru, perlu perlebaran kepada 6 lane, dari Juru ke Sungai Dua kita buat lebuh raya bertingkat. Itu penting. Kedua,..(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Ini satu example yang tidak baguslah…jangan belajar.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

kita perlu…peruntukan ini juga perlu untuk membuka exit baru iaitu dinamakan Pintasan Sungai Bakap untuk menyambungkan Lebuhraya Utara Selatan dengan Jalan Persekutuan FT01 berdekatan dengan JPJ Valdor. Pihak Kerajaan Negeri dan JKR telah membuat penelitian kajian, kos bukan banyak lebih kurang RM45 juta dan saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Tanjong Bunga telah berkunjung ke Lembaga Lebuhraya dan membuat permohonan dan perbincangan oleh itu diharapkan Kerajaan Persekutuan perlu menurunkan peruntukan ini baik untuk saya, untuk Sungai Bakap dan untuk Jawi. Betul tak?

Nor Zamri bin LatiffPAS · PNSungai Bakap

Sungai Bakap support.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Ketiga, menaik taraf Jalan Persekutuan dari persimpangan Jawi ke JPJ Valdor. Kalau highway kita buat exti JPJ Vlador sehingga persimpangan tol Jawi, kita perlu pelebarkan. Keempat, menaik taraf Jalan Persekutuan FT01 dari Permatang Tinggi ke Sungai Juru. Ini jalan sempadan antara Machang Bubuk dengan Bukit Tengah. Jalan ini perlu dinaik taraf segera. Kelima, meningkatkan Jalan Teluk Kumbar dari SK Sungai Batu ke SJKC Yang Cheng. Bayan Lepas saya tolong tanya soalan ini. Keenam, membina jejambat baru merentangi Lebuhraya Utara Selatan di Jalan Perindustrian Valdor. Kalau bagi sesiapa mengguna jalan ini daripada Iconic Medicare sehingga ke Jalan Persekutuan, jejambat ini perlu dinaik taraf tak perlu kita guna jalan JJ.

Y.A.B. Ketua Menteri: Mana JJ?

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Jalan JJ ini, jalan yang diusahakan oleh ADUN Jawi dari Batu Kawan ke Byram atas usaha dia sendiri. Ketujuh, membina masjid Bandaraya Seberang Perai di Bandar Cassia yang sudah lama tertangguh. Masjid ini kita diluluskan sejak 2018, sehingga kini peruntukan Kerajaan Negeri telah diturunkan tetapi peruntukan Kerajaan Persekutuan masih belum diterima dan juga membina sebuah hospital baru di Batu Kawan. Saya menyokong saranan Tuan Yang di-Pertua Tun untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan warga emas di negeri ini. Tetapi sedihnya dimaklumkan bahawa di DUN Bukit Tambun yang dikatakan serba canggih dan pesat membangun ini tidak memiliki Klinik Kesihatan Kerajaan. Penduduk Batu Kawan, Bukit Tambun, Taman Merak perlu menunggang motosikal, menaiki teksi, menaiki grab ke Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara yang sekarang berada di atas Pasaraya Cmart dan Yang Berhormat Padang Lalang sudah membuat lawatan, terima kasih.

Kita perlukan Klinik Kesihatan sendiri dan lagi sedihnya, hospital kelahiran Y.A.B. Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim iaitu hospital Sungai Bakap berada dalam keadaan daif. Betul tak Sungai Bakap? Sebelum you buat complaint, saya buat complaint dulu. Pada masa yang sama, Jawi juga dilahirkan di hospital tersebut kalau tidak silap.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia private hospital.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Hospital itu kita perlu naik taraf dan pada masa yang sama, hospital Batu Kawan perlu didirikan. Enam tahun sudah berlalu, Menteri Kesihatan silih berganti. Sudah empat Menteri Kesihatan tetapi permohonan daripada mantan Ahli Parlimen Batu Kawan, Yang Berbahagia Kasturi dan juga menteri, Ahli Parlimen Batu Kawan sedia ada dan juga saya sebagai ADUN masih lagi tidak mendapat layanan sewajarnya daripada Menteri Kesihatan baik daripada PH, PN, BN ataupun sekarang Perpaduan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Batu Kawan ada klinik la.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Tak ada, klinik itu telah ditutup.

Yang di-Pertua (Speaker)

Klinik Desa itu sudah ditutup…ooo

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yes. Hanya Klinik Bidan saja. Klinik Satu Malaysia telah ditutup.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Mungkin nak minta inilah Sungai Acheh haa. Dulu zaman Najib ada. Dato’ Yang di-Pertua, selepas kehilangan status pelabuhan bebas pada tahun 1969 seperti yang diolah oleh KOMTAR sebentar tadi, Pulau Pinang telah memasuki era perindustrian elektrik dan elektronik pada tahun 1972 iaitu kita mula dengan Kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 1 kemudian disusuri dengan Zon Perdagangan Bebas Kargo MAS di Kargo Udara Kedua Pulau Pinang, Dermaga Air Dalam, North Butterworth Container Terminal (NBCT).

51 tahun telah berlalu. Pembangunan ekonomi Pulau Pinang yang terlalu bergantung kepada perindustrian elektrik dan elektronik telah menemui bottleneck. Kita memerlukan satu transformasi pembangunan ekonomi di Pulau Pinang ini seperti yang sebentar tadi Yang Amat Berhormat menjawab soalan Batu Uban, kita tidak boleh menawarkan tanah percuma kepada pelabur, kita menghadapi masalah kekangan tanah. Kebanyakan pelaburan di Kulim Hi-Tech adalah selepas mereka tidak mendapat tawaran tanah yang sewajarnya daripada Pulau Pinang. InvestPenang bukan sahaja mempromosikan Pulau Pinang tetapi selalunya terpaksa mencadangkan alternatif kepada pelabur yang memerlukan tanah yang lebih besar ke Kulim Hi-Tech. Kita adik beradik, jangan gaduh.

Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Persekutuan memberi perhatian dan mengkaji secara komprehensif terhadap cadangan Yang Berhormat Air Putih sebelum ini dan juga semasa dalam ucapan oleh Yang Berhormat KOMTAR tentang Zon Kewangan Khas ataupun Zon Ekonomi Khas ini. Ini kita perlu, kita sudah memiliki asas perindustrian yang matang. Kita mempunyai kluster industri. Oleh itu, Zon Kewangan Khas ini akan memancu pembangunan dan merancakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan bukan sahaja untuk Pulau Pinang, bahkan untuk Wilayah Utara dan seluruh Malaysia. Satu di Forest City, Johor, satu di Pulau Pinang.

Saya ucapkan terima kasihlah kepada ADUN-ADUN baru ini yang mereka sudah membuat statement untuk menyokong zon ini semasa membuat sokongan tidak mengajak saya pun, dipinggirkan. Dato’ Yang di-Pertua saya juga menyambut baik seruan Tuan Yang Terutama Tun supaya wakil rakyat ini kerap turun padang bagi memperkenalkan dan menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan menyampaikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat kita di peringkat akar umbi. Menyentuh seruan untuk turun padang ini sebenarnya Tun sendiri semenjak menjadi TYT, beliau telah menjelajah semua DUN bersembahyang Jumaat di masjid yang berlainan. Di DUN Bukit Tambun, TYT sudah pernah turun ke. Pulau Aman, Pekan Lama Bukit Tambun, Masjid Baru Sungai Bakap, Stadium Batu Kawan dan juga Kawasan Perindustrian Batu Kawan. Mengenai perkara ini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menunjukkan teladan yang baik kerana beliau telah menjalankan program jelajah Love Penang di mana turun padang ke semua 40 DUN di Pulau Pinang ini.

Semasa YAB turun padang, peringkat akar umbi akan membuat permintaan dan menyuarakan keluhan. Hasil daripada pengumpulan suara rakyat ini, turunlah peruntukan ke setiap kawasan, di DUN Bukit Tambun, antara yang manfaat yang diterima, YB Kawasan, Dewan MPKK Bandar Cassia telah dinaik taraf sebagai dewan gelanggang badminton. Kedua, sebuah gelanggang bola keranjang didirikan di Taman Tempua. MPKK Bahagian Bukit Tambun pula menerima sebuah bot penumpang pelancong.

Selain itu, 40 petak penjaja jalanan berbumbung didirikan di Jalan Merak Dua. Ini bukan sahaja untuk Bukit Tambun sebenar, Sungai Bakap pun dapat. Mantan ADUN pohon ADUN sekarang mendapat penjaja jalanan berbumbung di Taman Puteri Gunung.

Projek tebatan banjir di Lorong Merak 49, 50 dan 51 pula sedang dijalankan. Gelanggang bola keranjang di Taman Gamelan Indah akan didirikan bumbung. Dalam perkara ini Yang Berhormat Jawi diminta mengesahkan bila tarikh permulaan oleh pihak MBSP. Pergulungan nanti bagi tarikh yang sesuai supaya saya dengan Ahli Parlimen boleh turun untuk membuat Majlis Pecah Tanah.

Oleh itu, saya mengajak tak kira blok kerajaan ataupun pembangkang kita memang perlu sentiasa turun ke padang untuk mendengar suara rakyat, menerima keluhan dan menyelesaikan masalah. Ketua-ketua jabatan semua ada di sini, saya berharap ketua-ketua jabatan daripada semua agensi memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kepada semua ADUN. Bagi saya, saya tak kisah ADUN pemerintah ka, ADUN pembangkang,

kita beri kerjasama untuk memastikan masalah di setempat dapat diselesaikan. Kita perlu menangani dan mengurangkan keluhan rakyat seminima. Itu amat penting. Saya ingin berbalik semula peruntukan Persekutuan selepas mendengar belanjawan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Jumaat depan, kita akan faham mengapa Kerajaan Negeri tidak mampu untuk menangani masalah ataupun melaksanakan projek infrastruktur yang berbilion-bilion termasuk perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.

Dalam RMKe-12, sehingga 23 Oktober 2023, Pulau Pinang hanya menerima 11.96 bilion sahaja. 11.96 billion nak buat apa? LRT sudah dekat berapa bilion?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

100.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

ha.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

100 bilion.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

100 bilion. Tetapi RMKe-12 kita hanya menerima 11.96 bilion, tempat saya nak buat dua jejambat dekat 1 billion dah, betul tak Tanjong Bunga. Tanjung Bunga kalau dia dengar WhatsApp saya, dia memang pening.

Oleh itu, kita perlu bersama-sama tak kira latar belakang politik, bersama-sama tak kira latar belakang politik, tak kira EXCO atau bukan EXCO, kita perlu panjangkan permohonan kita ini kepada Kerajaan Persekutuan untuk turunkan peruntukan memandangkan Pulau Pinang sebagai pengeksport terbesar negara penerima pelaburan asing (FDI) tertinggi di Malaysia. Ini sejajar dengan ucapan TYT bahawa kita baru boleh mempelbagaikan ekonomi kita. Dengan peruntukan yang ada ini, kita baru boleh merealisasikan Visi Penang2030 demi meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan.

Kedua, menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi. mengapa ini perlu? Industri pembuatan perlu ke arah digital dan juga ekonomi hijau. Apabila pembangunan rancak di Batu Kawan ini, masalah kesesakan berlaku. Semalam JKR telah membuat pengubahan Jalan Bukit Tambun iaitu menutup persimpangan empat di persimpangan tol di hadapan Plaza Tol Arah Selatan. Kalau Sungai Aceh nak keluar Tol Bukit Tambun, tak boleh direct ke jalan Paboi tapi perlu la kena belok kiri lepas u-turn. Mengapa kita perlu buat projek u-turn ini dan bukan flyover sebab peruntukan yang kita dapat daripada Kementerian Ekonomi hanya 1 juta, 1 juta juga perlu dibahagi kepada dua projek untuk dapat dijalankan secara sebut harga untuk memastikan kerja dapat dilaksanakan pada penghujung tahun ini. Kalau dapat peruntukan kita akan buat terus flyover tak perlu buat tutup simpang lepas tu buat u-turn dan menyusahkan Datuk Bandar MBSP yang perlu menghantar warden trafik pada 6.45 pagi tadi bersama dengan polis trafik untuk menjaga keselamatan.

Pada ketika pembangunan rancak, pembangunan infrastruktur memang tertinggal dan yang kena marah ialah Ahli Parlimen Batu Kawan dan ADUN Bukit Tambun. Bukan kita tak mahu

buat, kalau boleh Ahli Parlimen guna semua peruntukan Kerajaan Negeri untuk bangunkan flyover. Tapi tak boleh tetapi kita perlu menjaga seluruh Negeri Pulau Pinang dan pada masa yang sama kita perlu memperkasakan pelaburan dalam persekitaran fizikal bagi meningkatkan daya tahan perancangan kegunaan ruang, mengukuhkan mobiliti penyumbangan dan kemudahan digital teknologi pintar. Digital dan kemudahan pintar ini juga memerlukan peruntukan.

Oleh itu, saya sekali lagi memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk menurunkan peruntukan yang sewajarnya kepada Negeri Pulau Pinang. Berkenaan peruntukan negeri, kita bincang dalam sesi menggulung perbahasan bajet. Pada masa yang sama, saya juga ingin bertanya kepada Setiausaha Dewan dan juga mungkin BPEN. Saya selalu hantar 30 soalan bertulis tetapi kali ini tinggal 29 dan soalan yang ditolak itu adalah soalan yang berkenaan dengan data Jambatan Kedua dengan Jambatan Pertama. Soalan ini saya tanya setiap Sidang DUN dari 2018 hingga 2023 tak pernah ditolak. Ini pertama kali ditolak. Data ini penting bukan untuk saya, tetapi untuk pihak JKR dan juga MBSP untuk membuat perancangan aliran trafik dari Jambatan Kedua ke Batu Kawan, Jalan Perusahaan Valdor ataupun melalui Lebuhraya Bandar Cassia ke Jalan Bukit Tambun. Bagi saya, ini bukan isu soalan ini soalan berkait dengan agensi Persekutuan atau agensi negeri, ini soalan yang berkait terus dengan keadaan setempat.

Oleh itu, saya memohon kalau boleh, pihak PLUS dan Syarikat Jambatan Kedua Pulau Pinang dapat memberikan jawapan bertulis selepas bersidang. Secara kesimpulannya, Pulau Pinang dari segi pembangunan ekonomi, berjaya menarik pelaburan pembuatan FDI. Dari segi eksport, dan KDNK, memang kita adalah antara yang terbaik. Seperti yang saya sebutkan tadi, pelajar yang baik kita perlu diberi biasiswa. Iaitu berbentuk peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. Kalau ADUN-ADUN masih lagi tidak cukup kuat saya minta Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri memimpin seluruh Ketua-Ketua Jabatan untuk berunding dengan pihak Kementerian sebab Dato’ SUK pengalaman sebagai KSU. Beliau lebih arif untuk merangka semula bagaimana kita dapat memohon peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan dan mendapat peruntukan yang setimpalnya untuk memanfaatkan rakyat Pulau Pinang. Sekian, terima kasih. Saya memohon untuk menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bukit Tambun…

Y.A.B. Ketua Menteri : Saya pun mahu bahas, Yang di-Pertua selaras dengan Peraturan 6A(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sokongan?

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan dapat 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 20 November 2023 (Isnin) sehingga jam 6.30 petang. Ahli Yang berhormat yang bersetuju katakan “Ya”.

Ahli Dewan Undangan Negeri: “Ya.”

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan “Tidak.” Setuju semua. Semua usul dipersetujui. Sila saya nak sambung dengan sesi perbahasan. Boleh saya jemput Ketua Pembangkang, sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. (Bacaan doa) Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh EXCO Kerajaan Negeri dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Berdirinya saya di sini, di dalam Dewan yang mulia ini adalah sebagai Ketua Pembangkang untuk mengambil bahagian berbahas usul ucapan terima kasih atas ucapan Tuan Yang Terutama Tun Ahmad Fuzi bin Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri sempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kali ke 15 pada 17 November 2023. Tuan yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pengundi-pengundi di Pulau Pinang, khususnya bagi kawasan DUN Sungai Dua yang memberikan kepercayaan kepada kami Perikatan Nasional sebagai wakil rakyat bagi kawasan tuan-tuan sekalian kami akan lakukan apa saja yang terbaik bagi memastikan suara rakyat yang menuntut perubahan Insya-Allah akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Izinkan saya mengawali ucapan ini dengan memetik sepotong ayat daripada Al-Quran firman Allah SWT, (Ayat Quran), “Katakanlah wahai Muhammad: wahai Allah, Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikanlah kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan engkau cabut kekuasaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau muliakanlah sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki di dalam kekuasaan-Mu lah segala kebajikan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” Surah Al-Imran ayat 26 dan 27.

Tuan Yang di-Pertua, kami sebagai pembangkang InsyaAllah akan membawa dua matlamat utama dalam persidangan DUN iaitu yang pertama sebagai semak imbang kepada Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini. Yang keduanya memberi teguran membina kepada Kerajaan Negeri bagi memastikan objektif penubuhan kerajaan dilaksanakan dengan cara yang betul. Objektif penubuhan kerajaan ini adalah selaras dengan firman Allah SWT (bacaan ayat Al-Quran). Sesungguhnya Allah SWT menyeru kepada kamu, ayat ini ditujukan kepada para pemimpin supaya menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila melaksanakan hukuman

maka hendaklah melaksanakannya dengan penuh keadilan. Maka di dalam ayat ini, meletakkan dua perkara yang perlu kita berikan perhatian. Yang pertama ialah menunaikan amanah yakni dengan berintegriti, yang keduanya iaitu melaksanakan keadilan. Ini adalah merupakan objektif kepada penubuhan sesebuah kerajaan ataupun objektif kepada kepemimpinan yang mestilah melaksanakan amanah, menunaikan amanah, berintegriti, yang keduanya iaitu melaksanakan keadilan. Tuan Yang di-Pertua, dalam melaksanakan amanah ini, kita juga telah melaksanakan amanah untuk menjadi khalifah Allah SWT di atas muka bumi. Seperti mana firman Allah SWT (bacaan ayat Al-Quran), “Dan ingatlah katakanlah Allah SWT berfirman kepada malaikat, sesungguhnya kami nak menjadikan di atas muka bumi ini khalifah, maka ulama’ dalam mentafsirkan (bacaan Al-Quran) menegakkan agama dan mengurus dunia dengan agama.” Hadirin Ahli Dewan Undangan Negeri yang saya kasihi sekalian, bila sebut tentang agama maka Islam tidak boleh ditafsirkan dengan makna religion. Ini sangat tersesat dan sangat menyimpang daripada ajaran dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Religion hanyalah memberi makna pada empat perkara. Memberi makna kepada ibadah, rumah ibadah, perkahwinan dan kematian semata-mata. Sedangkan agama Islam mesti dirujuk kepada Ad’din (bacaan Al-Quran) semuanya di sisi Allah dalam Islam iaitu lah (bacaan ayat Al-Quran) itulah cara hidup, way of life yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang mana Islam ini bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada penganut Islam bahkan Islam itu mendatangkan manfaat kepada seluruh manusia bahkan bukan sahaja manusia kepada seluruh alam ini. Seperti mana firman Allah SWT (bacaan ayat Al-Quran), “Tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam, bukan sahaja manusia, manusia bukan orang Muslim sahaja bahkan orang bukan Muslim juga manusia. Bukan sahaja manusia bahkan binatang, bahkan alam sekitar, alam ini semuanya terkandung dalam alam sekalian alam, yang menjadi rahmat di atas utusan Muhammad SAW.” Maka sudah tentulah Islam dapat memberikan solusi kepada semua permasalahan yang dihadapi. Sebab itulah, Islam yang menjadi agama kepada negara Malaysia ini, maka sudah tentulah Islam boleh dipraktikkan dalam semua perkara di dalam negara ini untuk mendatangkan manfaat kepada semua manusia semua rakyat tak kira bangsa tak kira agama yang berada di dalam negara kita khususnya di dalam negeri Pulau Pinang yang tercinta ini. Sudah tentulah tuan-tuan yang dikasihi sekalian, apa yang perlu kita fahami ialah memahami definisi yang sebenarnya. Saya melihat di luar sana bagaimana tanggapan-tanggapan yang diberikan kepada Islam sangat meleset dan sangat tersasar kerana berpandukan kepada definisi sempit tentang religion yang saya sebutkan empat perkara tadi. Sedangkan Islam adalah a way of life yang merangkumi seluruh aspek kegiatan manusia dan sudah tentu ajaran Islam dapat mendatangkan kebaikan solusi kepada semua manusia tanpa mengira agama, tanpa mengira bangsa dan juga mahluk lain. Ini tanpa mengira manusia semata-mata, maka dia mengandungi alam yang kita sedang berada ini. Tuan Yang di-Pertua, janganlah kita nak mengenal sesuatu hanyalah kita melihat daripada beberapa sudut sahaja, berapa dimensi sahaja. Maka langkah yang pertama ialah kita mestilah memahami definisi yang sebenarnya ditakuti kita ni menjadi seolah-olah seorang buta yang nak mengenal gajah. Seorang buta yang nak mengenal gajah. Bila dia raba-raba gajah kena dekat badan dia kata gajah macam batu. Dia pegang gajah kena dekat ekor dia kata gajah macam tali. Dia pegang gajah kena dekat belalai dia kata gajah ni macam paip air. Dia pegang gajah kena dekat kaki dia kata gajah ni macam pokok macam tunggul kayu. Dia tidak memahami tasawur atau pun gambaran sebenar tentang gajah. Sebenarnya gajah itulah semua. Gajah itu ada belalai, belalai gajah macam paip air, badan gajah besar macam batu, ada ekor gajah macam tali. Itulah maknanya tasawur gajah. Begitulah dengan Islam. Sekiranya gagal difahami Islam yang menjadi agama negara ini kita yang berada dalam Malaysia ini maka akan datang bermacam porak-peranda di kalangan kita akibat daripada gagal memahami definisi yang

sebenarnya definisi dia itulah agama yang diturunkan oleh Allah SWT menerusi Nabi Muhammad SAW. Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada TYT yang telah menyampaikan ucapan perasmian pada penggal ini. Maka saya membuat beberapa cerapan dan juga saya membuat beberapa rumusan daripada perkara-perkara yang disampaikan di dalam ucapan itu ada 15 perkara yang saya dapat cerapkan. Yang pertama ialah isu Palestin, yang kedua berkenaan KDNK, yang ketiga berkenaan dengan pelaburan, yang keempat Kewangan Negeri, yang kelima LRT, yang keenam kesesakan jalan raya, yang ketujuh Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga pelabuhan, yang kelapan kesihatan warga emas, yang kesembilan peluang pekerjaan, yang kesepuluh berita palsu, yang ke-11 transaksi tanpa tunai, yang ke-12 Penang Smart Parking, ke-13 kemajuan digital, yang ke-14 Monsun Timur Laut, yang ke-15 sumber bekalan air Perak. Tuan Yang di-Pertua, berbangkit isu Palestin, saya dengan ini mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah memberikan sumbangan sebanyak iaitu RM1,223,516.28 kepada Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia ataupun Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM). Diharap jumlah ini bukan berhenti dekat itu sahaja kita pertambah kerana kita melihat bagaimana kerosakan dan kita melihat bagaimana keadaan Palestin yang begitu teruk yang diganyang oleh rejim Zionis Israel tanpa henti-henti dan mereka melakukan tindakan ini keluar daripada nilai kemanusiaan bahkan maknanya keluar daripada nilai-nilai ataupun norma-norma kemanusiaan itu sendiri. Terlalu banyak yang musnah, terlalu banyak jenayah yang telah dilakukan oleh zionis ini, sejarah mereka, mereka adalah bangsa yang mulia kerana Nabi-Nabi banyak diutuskan daripada kalangan bangsa mereka tetapi mereka juga melakukan jenayah yang besar iaitu telah membunuh Nabi-Nabi yang di utuskan oleh Allah SWT daripada kalangan bangsa mereka sendiri. Mereka juga kita lihat bagaimana di dalam perjanjian-perjanjian dimeterai tidak ada satu pun perjanjian yang mereka patuhi dan perjanjian-perjanjian itu mereka sering khianati dan apakah yang boleh kita harapkan untuk membuat rundingan dengan mereka dalam keadaan mereka tidak mematuhi perjanjian-perjanjian yang mereka sendiri meterai dengan pihak-pihak yang terbabit. Tuan Yang di-Pertua, mudah-mudahan apa yang berlaku di Palestin itu menjadi pengajaran kepada kita supaya perkara-perkara yang buruk jangan kita lakukan di kalangan kelompok kita yang berada di negeri yang tercinta ini. Kita doakan mudah-mudahan iaitu lah mereka yang terkorban ini akan diberi ganjaran sebagai syuhada dan juga kita juga memohon kesejahteraan supaya mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2022 Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan sebanyak RM13.7 bilion dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan melibatkan aliran masuk sebanyak 135 projek dengan penjanaan sebanyak 15,752 peluang pekerjaan yang baru. Saya ingin meminta penjelasan daripada kerajaan adakah peluang pekerjaan ini, adakah peluang pekerjaan ini kepada pekerja tempatan ataupun kepada pekerja asing? Kita melihat limpahan pekerja asing ada di sini, adakah peluang ini kepada pekerja tempatan ataupun sama-sama kongsi dengan pekerja asing, bagaimana sumber manusia ini diagihkan mengikut sektor? Adakah ke sektor pembinaan ataupun perkilangan atau pun lain-lain, jadi saya mohon penjelasan. Saya juga ingin mendapat penjelasan terperinci tentang 67 projek yang diluluskan sehingga Jun 2023 yang berjumlah RM4.258 bilion melibatkan 4738 peluang pekerjaan. Pengangguran di Pulau Pinang pada suku pertama tahun ini yang mencatatkan bilangan penganggur sebanyak 2.3 peratus maka di sektor manakah terdapatnya peluang pekerjaan tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan RM10 bilion bagi pelaksanaan projek LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai dengan kaedah kerjasama awam swasta. Cuma yang menjadi keraguan kepada saya ialah Kerajaan Negeri telah pun menwar-warkan bahawa jajaran LRT ini ialah daripada KOMTAR ke Bayan Lepas sedangkan Kerajaan Persekutuan dalam bajet 2024 baru-baru ini menyebut jajaran LRT ialah dari Pulau ke Seberang Perai, sedangkan jajaran ini bercanggah dengan pelan PTMP. Tujuan PTMP adalah untuk menyelesaikan kesesakan trafik, mana satu yang betul ini? Sama ada jajaran daripada Pulau ke Seberang Perai ataupun jajaran daripada KOMTAR ke Bayan Lepas LRT. Pada saya, saya lebih menyokong jajaran yang menghubungkan Pulau ke Seberang Perai kerana apa kerana pendekatan inilah yang sebenarnya dapat menyelesaikan masalah kesesakan yang dialami oleh rakyat di dalam Negeri Pulau Pinang ini konsep moving people not moving cars. Sepatutnya orang kata diberi penelitian. Jika sekiranya daripada Pulau ke Seberang itu lah dia, iaitu lah sebahagian daripada solusi iaitu lah untuk kita mengurangkan kesesakan kenderaan yang berlaku di waktu puncak sama ada yang berlaku pada awal pagi dan juga di waktu pulang daripada bekerja, mudah-mudahan kalau sekiranya apa nama jajaran LRT hendak dilaksanakan dari sudut keutamaannya ialah daripada Pulau ke Seberang. Siapa-siapa yang duduk belah Seberang hendak mari sini pagi-pagi 1 jam setengah, Dato' Speaker pun sama juga, saya pun sama juga duduk di Sungai Dua, sahabat-sabahat kita, rakan-rakan Yang Berhormat yang duduk di sebelah Seberang mengambil masa, kalau waktu hujan waktu kadang ada accident jadi sudah tentulah akan mendatangkan masalah. Tadi Yang Berhormat Ahli Kawasan Tambun, dia keluar pi dah, dia bincang punya panjang tentang masalah hendak buat yang itu hendak buat apa jambatan lah, hendak buat, punca pasal apa, pasal kesesakan yang dialami begitu teruk dan parah di Negeri Pulau Pinang ini sampai ke tempat saya di Sungai Dua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya kerajaan mempertimbangkan jajaran ini. Saya hendak menarik perhatian kepada Y.A.B. Ketua Menteri supaya memikirkan, ini mari dari sama Kerajaan Perpaduan juga di peringkat Persekutuan. Kita harap tiada isu-isu percanggahan di antara Kerajaan Negeri di Pulau Pinang dengan Kerajaan Pusat. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama, Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin mendapat penjelasan sejauh mana perkembangan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang pertama dari sudut pengambilan tanah, yang kedua dari sudut EIA Environment Impact Assessment, yang ketiga lokasi di manakah yang terlibat dalam projek tersebut, kemudian daripada manakah sumber kewangan untuk membiayai projek ini, saya mohon penjelasan. Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk meneruskan projek terowong dasar laut dalam keadaan kerajaan memperolehi sebanyak RM56 bilion hasil eksport melalui Pelabuhan Pulau Pinang, banyak, RM56 bilion, kalau kita buat terowong laluan kapal bagaimana adakah tidak terganggu laluan kapal maka ia akan mendatangkan satu kesan yang perlu kita kaji kalau sekiranya kerajaan masih lagi mahu untuk membina terowong kita akan maknanya menghadapi satu kesan yang buruk ataupun ia akan menyebabkan pendapatan kita mungkin berkurangan akibat daripada laluan kapal diganggu. Tuan Yang di-Pertua, isu pemanasan global pada dunia hari ini menyebabkan berlakunya pencairan bongkah ais di kutub utara sehingga mengakibatkan berlakunya perubahan iklim secara ekstrem. Kesannya kita terpaksa menerima taburan hujan yang banyak sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Meotrologi Malaysia (MET). Di sini soalan saya sejauh manakah persediaan kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam menghadapi banjir kilat yang bakal berlaku pada Musim Timur Laut ini apakah bentuk kebajikan yang disediakan kepada mangsa banjir? Dulu dalam peralihan monsun bulan 9 yang dahulu pun kawasan saya, kita pun baru menang pilihan raya mula-mula mari ribut, 23 biji rumah tercabut bumbung, tercabut ini, ini ujian pertama kepada saya, yang kedua ujian yang kedua, dalam bulan 9 juga. Dia habis dah?

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia loceng, saya tentukan, sila.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Banjir kilat 120 biji rumah kali yang pertama, kali yang kedua 23 biji rumah, tidak tahulah monsoon ini berapa biji pula. Adakah pihak kemudiannya saya ingin juga memohon penjelasan adakah banjir kilat ini tidak dikira sebagai bencana alam. Kita merujuk kepada Pejabat Daerah mengatakan banjir kilat ini bukan bencana alam sedangkan kerosakan yang dihadapi oleh rakyat sama sahaja banjir besar ka, banjir kilat ka sama sahaja, saya pi melawat saya tengok kasihan, saya tengok kasihan mangsa banjir ini, habis tikar getah kena tukar, peti ais kena tukar, buku-buku sekolah pun habis, kain baju, orang yang susah orang yang duduk di rumah yang kecil, air tenggelam di Kampung Tok Adam, di Kampung Teluk saya lihat kasihan sekali kepada mereka, peruntukan saya dengan peruntukan dengan apa kemampuan yang saya ada saya hanya mampu untuk pergi senyum dan menghulurkan sekampit beras kepada mereka. Adakah pihak Kerajaan Tempatan, agensi kerajaan yang berkaitan mahu menyemak semula perancangan perparitan. Dalam lawatan ataupun libat urus banjir yang saya buat di kawasan khidmat Sungai Dua ini, kita panggil Alhamdulillah agensi-agensi, saya ucapkan terima kasih kepada agensi-agensi yang turun tetapi MBSP tidak turun juga, wakil sampai sekarang tidak turun, sedangkan perparitan dalam taman ini di bawah bidang kuasa MBSP, tidak turun, ada JPS korek parit tetapi bila sampai dekat tanah MBSP tidak boleh hendak korek sebab bukan di bawah bidang dia. Sebab itulah kita perlukan kolaborasi kerjasama daripada semua jabatan, jabatan-jabatan, agensi-agensi perlu bekerjasama untuk memastikan supaya masalah yang dihadapi oleh rakyat ini dapat diatasi dan juga maknanya menyemak perparitan perancangan saliran yang sedia ada yang dilihat sudah tidak efisien lagi yang memerlukan kepada iaitu lah apa nama satu orang kata perobohan dan saya hendak tanya lagi adakah dalam situasi yang kita hadapi kalau kata di Taman Desa Murni itu, semua situ ada orang Melayu ada, orang Tiong Hua ada, orang India ada, semua bangsa ada di situ tenggelam semua, perparitan yang sudah tidak efisien lagi, sekolah menengah dekat Desa Murni itu juga tenggelam. Maka perlu maknanya melihat dan juga mengkaji semula. Apakah kita perlu untuk meluluskan pembangunan-pembangunan baru yang kita lihat pembangunan baru juga akan memberi kesan yang lebih buruk kepada penempatan yang sedia ada ini. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan usaha Kerajaan Negeri dalam mendapatkan air terawat daripada Perak. Ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan krisis air yang sering berlaku di Pulau Pinang terutama di Mukim 5, Sungai Bakap dalam apa nama DUN sahabat saya di Nibong Tebal. Kita menghadapi insiden ketika mana pintu air yang dahulu terbuka yang orang kata terbuka tidak mahu tutup balik ni. Sebanyak 500,000.00 akaun terjejas. Tu singkat dia masa dia. Begitu juga dengan insiden iaitu kepala air banjir di Baling, kita juga terkesan. Kita sangat bergantung kepada 80 peratus daripada Sungai Muda daripada sekiranya kita dapat sumber daripada air Perak, bermakna ini sikit sebanyak orang kata menyelesaikan masalah kita. Di samping itu juga, kerajaan perlu mengkaji mungkin ada mekanisme untuk kita menapis air laut untuk kegunaan industri dan juga kita memastikan supaya air yang bersih dapat disalurkan kepada pengguna domestik yang adalah terdirinya daripada rakyat Negeri Pulau Pinang ini. Namun begitu, ada persoalan yang saya ingin bangkitkan iaitu berhubung dengan perjanjian termeterai di antara kedua negeri ini. Bilakah permulaan pelaksanaan projek ini? Sejauh manakah perancangan tersebut dikatakan ada dikatakan mengambil masa enam

sehingga sepuluh tahun ini, dapat memenuhi keperluan semasa untuk pembangunan sekarang dan masa depan. Kemudian sejauh manakah keadilan mampu dilaksanakan kepada pengguna-pengguna domestik dari sudut jaminan kecukupan bekalan air berbanding dengan sektor komersial dan industri. Adakah tarif air akan dinaikkan dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung bebanan kos sara hidup, saya mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan pembangunan pesat pada hari ini di dalam Pulau Pinang pada hari ini saya ingin ketahui adakah bekalan elektrik mencukupi? Tadi ada dibangkitkan. Ada oleh Yang Amat Berhormat satu kilang sudah siap tetapi, tak masuk elektrik lagi. Tak taulah sama ada cukup ataupun tidak, bekalan elektrik pada masa kini. Bagaimana pembangunan yang dibuat dapat mengelak daripada kekerapan berlakunya gangguan bekalan elektrik. Adakah dengan pembangunan tidak teratur yang mengabaikan spesifikasi mengikut piawaian yang betul, bakal mengancam keselamatan juga keselesaan rakyat. Di sini juga, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga adik Muhammad Darwish Zarif Muhammad Khairi yang terkena renjatan elektrik TNB baru-baru ini di Bayan Lepas. Bersama-sama, bersama kita doakan semoga beliau dapat diselamatkan dan dipermudahkan urusan keluarganya. Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin bangkitkan isu bekalan berkaitan dengan Penang Silicon Island (PSI) atau Penang South Island sebab dia berada di selatan Pulau. Adakah projek ini masih menjadi projek pendanaan kepada Projek PTMP atau pun pulau ini menjadi Projek Ekonomi Kerajaan Negeri. Yang mana satu ni? Mana satu yang betui ni? Kita tak mau projek ni jadi projek tak tau hala. Pasai pa saya kata begitu, tidakkah dengan pelaksanaan Projek PSI ini kita akan kehilangan sumber. Tuan-tuan, para hadirin Sidang DUN yang saya kasihi sekalian, tempat yang kita nak tambak itu tempat yang sangat kaya dengan hasil laut. Bayangkan hasil laut yang di darat iaitu lah dipasarkan yang didaratkan di pasar-pasar Persatuan Nelayan. Dan juga yang didaratkan di apa nama ni di utara Perak, yang didaratkan di Kuala Kedah, yang bot-bot ini pada musim ikan kembung, mereka akan datang untuk memukat di situ. Menunjukkan bahawa betapa kayanya tempat tersebut dengan hasil laut. Ini tinggalkan rod, iaitu nelayan memberi jolokan kepada situ iaitu lubuk emas kepada nelayan. Tetapi, di tempat itulah yang kerajaan nak tambak. Di situlah yang nak buat projek. Berbaloikah kita buat dengan tambak ini dengan iaitu lah musibah kehilangan hasil? Kita perlu memuhasabah, kita telah pun diuji dengan PKP, COVID-19 pada waktu itu semua kegiatan berhenti, transport tak boleh berjalan disebabkan penularan wabak COVID. Bayangkan jika isu keterjaminan makanan kita tidak beri perhatian. Kalau sekiranya kita buat di situ, musnah hasil laut. Kita terpaksa import ikan daripada, daripada Thailand. Kalau berlaku ia musibah seumpama COVID, kita minta berlindung pada Allah SWT jangan berulang. Kalau berlaku la situasi begitu, barang ataupun bekalan daripada Thailand tak dapat masuk, kita tempat kita sudah musnah. Kita tidak ada bekalan, maka kita akan kebuluran. Kita tidak ada orang kata apa jaminan makanan ni sangat penting, sebab itu saya katakan kenapa kerajaan beriya-iya sangat? Nak memusnahkan tempat yang dianugerahkan Allah SWT. Kekayaan, hasil laut yang orang kata yang bukan saja dinikmati oleh orang Pulau Pinang, bahkan Perak utara dan juga Kedah. Itu yang pertama. Yang kedua kesan projek ini yang menyampai golongan nelayan, yang terbabit majoritinya orang Melayu. Nelayan-nelayan ni bukan semua dapat pampasan. No. Di Balik Pulau dapat pampasan dak? No. Di Telok Bahang, dapat pampasan dak? Tetapi, kesannya akan

dirasai semua golongan nelayan. Golongan yang mendapat pampasan hanya di kawasan tertentu yang terlibat dengan projek. Tetapi, hasil daripada tambakan laut. Tambakan laut hari ini, sudah berlaku perlombongan pasir dan selut itu dibuang 12 batu nautika daripada Muka Head. Selut ni barang cair, barang yang boleh dibuang oleh arus. Arus laut ini sangat deras. Pasang surut arus laut membawa iaitu hasil buangan yang menyebabkan berlakunya apa nama pencemaran dan akhirnya ekosistem pembiakan ikan akan terganggu, planktonnya diselaputi dengan selut, mati. Terumbu karang diselaputi oleh selut menyebabkan mati. Makanan-makanan ikan tiada, ikan sekarang ini lari daipada tempatnya. Hari ini hasil pembuangan, kita baru menyaksikan saya mendapat iaitu lah rungutan daripada nelayan ayaq dah jadi keruh dah. Belum ada lagi maknanya insiden-insiden lain, baru ayaq keruh. Dan mereka telah menyatakan ikan telah lari daripada kawasan tersebut hasil mereka, mereka turun berapa hari mereka mendapati bahawa hasil mereka orang kata apa tidak memuaskan maknanya tidak mendapat hasil yang sepatutnya. Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, kita juga perlu melihat kepada tragedi yang telah berlaku kepada nelayan Tanjung Tokong. Projek Tanjung Pinang 1, kemudian tambakan di Gurney Drive mengakibatkan hilang 80 peratus hasil laut di kawasan itu. Saya bukan cakap kosong, ini disahkan oleh FIA. FIA yang kata apa kajian telah dibuat oleh badan berauthority saya hanya mengulangi di sini. Hilangnya hasil laut di kawasan itu. Pembangunan yang dibuat kawasan itu, adakah mendapat kebaikan ataupun faedah kepada nelayan-nelayan di kawasan Tanjung Tokong? Silap-silap Pulau Andaman yang berada di situ pun rakyat nak lintas kot tu pun tak boleh, kerana kawasan itu adalah kawasan (kurang jelas) kawasan yang orang kata menjadi larangan. Adakah rakyat di Paramount, nelayan di Paramount akan mendapat faedah daripada pembangunan atau pun tambakan di Gurney Drive? Nelayan, mereka hanya tau memukat ikan tetapi, hari ini nelayan Tanjung Tokong mereka keluar begitu jauh untuk memukat di dalam kawasan rayau nelayan ini, mereka terpaksa menuju ke Telok Bahang. Tapi, apabila Muka Head pula dijadikan tempat iaitu lah pembuangan hasil ataupun sisa selut ini yang menyebabkan kawasan Telok Bahang juga terancam. Bukan setakat itu, silap-silap arus yang deras ini boleh hanyut sampai ke Pulau Langkawi. Dia akan mendatangkan musibah sampai Pulau Langkawi. Langgar negeri orang lain pula. Sebab tulah kita lihat maknanya reclamation ataupun tambakan laut ini walaupun kita inginkan saya lihat tadi pembentangan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri dan juga beberapa EXCO yang lain tentang pembangunan yang kita mahukan. Dalam masa yang sama kita sedang orang kata apa membunuh peluang-peluang ataupun hasil-hasil yang kita nikmati selama ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam mukadimahnya menyebut firman Allah SWT (potongan ayat Al-Quran) “Jika sekiranya kamu bersyukur dengan nikmat yang dianugerahi oleh Allah SWT, nescaya Allah akan tambahkan kepada kamu”. “Dan jika sekiranya kamu kufur kepada nikmat tersebut” (potongan ayat Al-Quran) “Sesungguhnya azabku sangat pedih,” macam mana azab di dunia iaitulah kita hilang pendapatan. Kita dihadapi dengan bermacam-macam masalah, benarlah firman Allah SWT (potongan ayat Al-Quran) “Timbulnya kerosakan di daratan dan juga di lautan, ialah berpunca daripada tangan manusia yang berkuasa supaya ditimpakan kepada mereka hasil ataupun akibat daripada apa yang telah mereka kerjakan, mudah-mudahan mereka kembali membuat, mereka kembali insaf”. Sebab itulah para hadirin yang dikasihi sekalian, janganlah kita melihat daripada satu dimensi sahaja, lebih-lebih lagi kita sebagai sebuah kerajaan kita sepatutnya berada di puncak melihat di sekeliling di semua dimensi supaya kita membangun dari satu sudut. Tetapi,

sebenarnya kita sedang meruntuhkan iaitu lah kebaikan-kebaikan ataupun tamadun yang ada kepada kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan berkaitan dengan isu penjualan tanah Kerajaan Negeri di Byram di bawah harga pasaran, seterus menjadi kecoh dalam media massa. Jadi, timbulkan oleh banyak pihak termasuklah yang mengejutkan kita ialah ditimbulkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang pada sesi yang lalu. Minta apa nama pencerahan, walaupun tadi apa nama Yang Amat Berhormat tadi telah menyebut, kita minta lagi pencerahan dan persoalannya adakah kelulusan tanah ini mendapat kelulusan daripada Ahli Lembaga Tadbir atau pun Board of Director (dengan izin) yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri sendiri. Sekiranya tak dak masalah, kenapa perlu dibatalkan perjanjian tersebut. Adakah ini berita benar atau pun gelombang berita palsu? Pepatah mengatakan tak tumbuh tak melatah, tak sungguh orang tak kata. Tuan Yang di-Pertua, daripada libat urus ADUN bersama dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) baru ini mendedahkan pendaftaran rakyat Pulau Pinang untuk mendapatkan Rumah Mampu Milik berjumlah dalam lingkungan RM43,000.00 dan yang aktif hanyalah 7,000 orang. Persoalannya? Di manakah 36,000.00 lagi pemohon yang tidak aktif itu? Ada apakah status mereka? Apakah adakah pemohon permohonan mereka ditolak, ataupun mereka sudah dapat rumah, ataupun mereka sudah berputus asa untuk mendapatkan rumah di Pulau Pinang dan mereka mengambil jalan untuk membeli rumah keluar dari Pulau Pinang membeli rumah di Sungai Petani, di Kulim, di apa nama Padang Serai dan sebagainya? Adakah ini menunjukkan bahawa dasar perumahan kerajaan untuk rakyat gagal dan hanya fokus kepada perumahan mewah ataupun mampu tengok sahaja? Pepatah menyatakan “Kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan.” Diharap dalam bab ini kerajaan tidak mengurus negeri ini seperti mana mengurus syarikat sendirian berhad. Kerajaan mesti bertanggungjawab, kita ada rakyat kita mesti melihat isu ini secara serius. Kalau kita turun dari Jambatan Pulau Pinang, di sebelah kanan di pesisiran pantai tu semua rumah untuk orang kaya. Tak daklah harapan orang miskin, rakyat biasa yang berbilang bangsa duduk di Negeri Pulau Pinang ni tak mampu untuk beli rumah tu. Adakah rumah macam tu yang kita fokus untuk buat saja? berbanding dengan rumah yang diminta. Kalau kita kira baki dia 7,000 orang ini, adakah tidak perlu untuk kita melihat kepada permohonan yang ramai ini? Apa KPI dia? Bila masa, tempoh masa untuk rakyat dapat memiliki Rumah Mampu Milik. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu berkaitan dengan warisan Melayu Islam yang selama ini sedar ataupun kita tidak sedar telah pun dipinggirkan daripada Pulau Pinang. Saya sedih kerana Penang Heritage hanya mengutamakan warisan Kolonial, seolah-olah Pulau Pinang ini berbangga dengan penjajah, kita tidak berusaha untuk membetulkan fakta bahawa kependudukan orang Melayu Islam telah berada di negeri ini sebelum Francis Light menjejakkan kakinya di Pulau Pinang. Malah perkampungan Melayu Islam di kawasan Batu Uban telah wujud 50 tahun lebih awal daripada kedatangan Francis Light. Dan ini dibuktikan dengan kewujudan Masjid Batu Uban sehingga hari ini. Yang dibina pada tahun 1734 oleh Nakhoda Nan Intan iaitu Haji Muhammad Salleh. Lebih awal 50 tahun berbanding dengan kedatangan Francis Light ke sini. Malangnya bangunan masjid tertua di Pulau Pinang ini itu tidak diwartakan sebagai Bangunan Warisan Pulau Pinang. Kita percaya sememangnya terdapat masjid lebih awal daripada itu telah dibina namun tidak dapat dikesan kerana ketika Nakhoda Nan Intan berdakwah di Pulau Pinang, beliau dilaporkan bertemu dengan seorang lagi Pendakwah Islam yang telah

berada 30 tahun sebelum kedatangannya di Pulau Pinang, dikenali sebagai Datuk Keramat, hari ini tinggal nama. Sehubungan dengan itu, kami ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya menjadikan kawasan perkampungan Batu Uban di sekitar masjid itu sebagai kawasan warisan dan wartakan bangunan masjid itu sebagai bangunan warisan. Ini adalah bangunan warisan yang terpenting yang menjadi bukti sejarah awal kewujudan masyarakat Islam di Pulau Pinang dan harus dikekalkan warisan. Begitu juga dengan kampung-kampung melayu yang masih berbaki dalam negeri ini, jangan sewenang-wenangnya dihapuskan atas nama pembangunan, untuk menghalalkan. Jangan anggap kampung ini tidak ada nilai. Diharap pelan perancangan pembangunan tidak mengabaikan aspek warisan Melayu Islam ini. Tuan Yang di-Pertua, saya akhirnya di penghujung ini ingin bawa isu tempatan, isu di DUN Sungai Dua. Pertama saya ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan masalah parking. Ada masalah smart parking. Ni cerita tempat saya, cuba bayangkan di Taman Merbau Jaya, taman tu duduk dekat-dekat dengan kampung. Saya buka pejabat di situ. Orang susah yang nak mari berurusan dengan saya kena disaman. Orang mai parking di situ kena saman. Dia dah mari nak berurusan dengan kita, dia dah susah duit pun tak ada, tiba-tiba kena saman pula. Bukan setakat itu, saya sendiri pun kena saman. YB. Amir pun kena saman juga. YB. Permatang Pasir, saya difahamkan kata Pinang Tunggal pun kena saman juga. Habis penggunaan yang dibagi oleh Kerajaan Negeri itu, apa keistimewaannya? Saya difahamkan hanya Ahli Majlis sahaja yang dikecualikan bayaran. Kita dok ingat bila dah ada yang tu tak kena bayar lah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang ni kena check.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yang ni kena check balik. Cuba check balik. Jadi kena pergi bayar pula. Satu lagi kena ada kajian dah, kena buat kajian lah, kajilah keperluan dia. Kesulitan yang dihadapi oleh orang kampung, orang yang miskin, mai parking, lepas tu kena saman. Ialah, orang yang bekerja ini mereka memang buat kerja, kita yang buat dasarnya. Pihak Kerajaan Tempatan perlu melihat perkara ini. Perkara yang kedua ialah berkaitan dengan penguatkuasaan. Penguatkuasa ini yang bertindak begitu agresif la ni. Menyaman peniaga-peniaga tempatan berbanding dengan warga asing, peniaga asing. Sikit bab meja lebih sikit pun kena saman. Peniaga-peniaga kecil tepi jalan pun kena saman. Hari ini orang baru lepas PKP, orang kehilangan pekerjaan. Depa berniaga maknanya bukan nak kaya tapi untuk menyara hidup kehidupan. Tapi diambil tindakan. Kita lihat warga asing buka meja lebih pun tak kena saman. Bahkan kita lihat dalam isu yang ditularkan bagaimana di KOMTAR, peniaga asing bebas untuk menjalankan aktiviti mereka. Mereka tak payah kena cucuk, mereka tak payah ambil lesen. Mereka menggunakan Alibaba, tapi peniaga-peniaga tempatan yang menghadapi masalah disaman oleh pihak PBT. Sebab itulah pihak PBT ni kita ingatkan supaya biarlah ada budi bicara sama. Lihatlah keadaannya, rakyat dan masyarakat sedang susah tidak ada pilihan melainkan itulah usaha dia untuk mencari rezeki yang halal bagi menyara kehidupan keluarga ataupun menambah pendapatan yang sekarang ini sudah tidak cukup untuk menyara keluarga mereka. Perkara yang ketiga, ada yang saya sebutkan tadi iaitu lah memandangkan Sungai Dua ini termasuk dalam hotspot banjir. Tadi saya sebut tadi dalam Monsun Timur Laut dalam peralihan monsun dulu pun teruk kena dah. Jadi saya harap supaya iaitu lah agensi-agensi kerajaan dapat membantu. Terutama sekali MBSP tadi yang saya sebut tadi. Kita buat libat urus, agensi lain

yang turun. MBSP tak turun. Dia kata bukan bidang dia. Kalau bukan bidang, parit-parit dalam taman-taman tu dalam bidang kuasa siapa? Bawah kuasa siapa? Bila mari kat JKR, JKR kata ini Majlis. Bila mari kat sini kata Majlis. Jadi kita pun jadi orang kata apa keliru dengan tindakan yang dilakukan. Kita harap ubahlah, bagilah perhatian bukan maknanya kita menyebut disini maknanya untuk menjatuhkan maruah mereka sebaliknya apa yang kita harapkan ialah kerjasama. Supaya dapat diberikan kepada iaitulah rakyat supaya pemasalahan, kesusahan yang dihadapi oleh rakyat dapat selesaikan. Sebagai penutup ucapan saya, saya ingin ungkapkan kembali kata-kata Bapa Kemerdekaan iaitu lah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Yang Pertama yang berbunyi “Jika anda ingin menjadi orang yang pandai, ingatlah lebih ramai orang lebih pandai daripada anda, jika anda ingin menjadi orang yang kaya, ingatlah lebih ramai orang yang kaya daripada anda, tetapi jika anda ingin menjadi orang yang jujur, percayalah amat sedikit orang yang jujur seperti anda, maka jadilah orang yang jujur dan ikhlas dalam semua tugas yang kita diamanahkan.” Sehingga inilah ucapan saya, saya tutup ucapan saya dengan serangkap pantun, Mentari senja telah tenggelam, Hujan turun mulai terjatuh, Ucapan berakhir dengan salam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian Sungai Dua mohon mencadang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Sungai Dua. Kepada semua Ahli-Ahli Berhormat yang lain, cuma Ketua Pembangkang yang ada keistimewaan saja. Yang lain semua ikut 25 minit sahaja. Ya. Saya nak persilakan Ahli-Ahli Yang Berhormat siapa, Ya. Berapit, sila.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Dan pertama sekali saya ingin ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih atas parti bagi kepercayaan kepada saya, mencalonkan saya di KADUN Berapit dan juga terima kasih kepada pengundi Berapit memberikan kepercayaan dan tidak lupa kita juga terima kasih kepada semua pengundi di Pulau Pinang kerana telah memilih Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan yang memimpin Pulau Pinang dan saya rasa ini membuktikan atas pentadbiran yang baik pada 15 tahun yang lepas, di bawah Kerajaan Pakatan Harapan supaya kita boleh terus memimpin dan saya percaya kita boleh terus memimpin menjadikan Pulau Pinang ini memimpin di Malaysia lagi. Dato’ Speaker, pertama sekali saya ingin sentuh tentang perkara menyediakan tempat kerja bagi trend masa depan kepada anak muda. Baru-baru ini, satu berita amat membimbangkan saya iaitu satu tinjauan Malaysia's 100 Leading Graduate Employers Survey dengan izinnya mendapati sebanyak 56 peratus daripada 37,380 responden bercadang untuk mencari peluang pekerjaan di luar negara selepas tamat pengajian. Apabila ditanya tentang faktor yang mempengaruhi keputusan mereka untuk bekerja di luar negara. Seramai 81 peratus daripada responden menyatakan peluang pembangunan kerjaya di luar negara lebih baik. Data ini membuktikan kebimbangan graduan mengenai kekurangan pembangunan kerjaya kearah yang lebih baik pada pasaran pekerjaan tempatan. Sebagai langkah untuk

mengatasi fenomena ini seharusnya pasaran tempatan perlu mengekalkan lebih peluang pekerjaan bernilai tinggi supaya graduan melihat had maksimum untuk mereka mengembangkan kerjaya dalam bidang yang dipilih. Pulau Pinang mempunyai syarat untuk mengekalkan peluang pekerjaan yang digemari oleh orang muda supaya mencari kerja bernilai tinggi dan juga boleh mengekalkan bakat kita di Pulau Pinang. Seperti yang diucapkan oleh TYT. Pulau Pinang, pembangunan industri pembuatan di Pulau Pinang telah mencapai tahap yang ketara di peringkat Kebangsaan. Pulau Pinang sebagai antara penyumbang tertinggi iaitu dengan sumbangan 16 peratus dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan dalam negara pada tahun yang lepas. Kita mempunyai asas yang baik, tetapi apakah plan bagi masa depan bagi menghadapi cabaran teknologi seperti bidang kecergasan buatan atau AI. Kerajaan Negeri seharusnya lebih fokus untuk mengekalkan kelebihan daya saing Pulau Pinang di industri pembuatan yang lebih maju termasuk kita boleh menubuhkan lagi kluster perindustrian Pulau Pinang, membantu syarikat supaya mengurangkan risiko gangguan rantaian bekalan dan juga pertikaian perdagangan China-Amerika Syarikat dan juga memendekkan masa syarikat itu untuk memasarkan pada kos yang lebih rendah. Dan Kerajaan Negeri secara proaktif menjadikan had pengilangan peralatan berteknologi di hadapan. Kita boleh mendirikan had khusus supaya menarik lebih banyak syarikat dalam rantaian bekalan peralatan berteknologi tinggi terus melabur di Pulau Pinang supaya dapat menggalakkan syarikat multinasional yang menempatkan rantaian berkala mereka di Pulau Pinang. Salah satu tugas utama bagi hak khusus ini adalah boleh meningkatkan lagi rantaian nilai khususnya dalam bentuk litar bersepadu atau dikatakan sekarang reka bentuk IC. Pelbagai dorongan kita boleh berikan untuk menjayakan tujuan ini seperti menyediakan insentif dan sokongan untuk menggalakkan syarikat tempatan dan usahawan mulakan inovasi. Di sini saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Invest Penang kerana telah berjaya mendapatkan syarikat Intel. Salah satu pengeluar cip terkemuka dunia memperluaskan facilities pengeluaran cip mereka di Pulau Pinang. Pelaburan Intel sebagai sebanyak RM30 bilion di Malaysia dan kebanyakan tertumpu di Pulau Pinang. Dan baru-baru ini Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 telah diumumkan oleh Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) supaya membawa pelaburan Malaysia ke arah yang lebih teknologi tinggi dan daripada bidang-bidang yang ditargetkan Pulau Pinang telah pasti mempunyai kelebihan di beberapa bidang seperti elektronik dan elektrik, bateri, EV dan farmaseutikal. Jadi saya harap dengan kerjasama rapi antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Pelan Induk ini supaya kita boleh memanfaatkan kesemua orang. Dato’ Speaker, satu isu yang ramai Ahli Dewan telah menyentuh tetapi ini tidak boleh juga kita lupakan iaitu "Tua Sedang Mengejar Kita". Iaitu satu, kita masyarakat kita sedang menuju ke satu masyarakat menua. Jadi saya ingin sentuhkan sokongan sosial. Isu masyarakat menua semakin penting, menurut laporan menjelang tahun 2040 Pulau Pinang dijangka akan mengalami peningkatan jumlah penduduk tua yang tertinggi di Malaysia. Oleh itu, kita harus tumpukan tumpuan khusus kepada pembangunan dan inisiatif yang bersifat proaktif dalam menyokong keperluan warga emas di negeri ini. Masa kita sebut tentang warga emas tidak kiralah mereka yang sihat atau perlu bantuan dalam kehidupan harian. Warga emas mempunyai satu persamaan iaitu golongan yang tidak bekerja dan mempunyai masa lapang yang banyak. Jadi adalah penting bagi menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka khususnya kepada warga emas yang bujang atau pun tinggal sendiri. Penjagaan golongan warga emas perlukan banyak sumber manusia dan kewangan yang boleh menjadi beban kepada kerajaan. Kita semua faham, akan tetapi sumber masyarakat yang sedia ada boleh juga bantu kurangkan beban kerajaan. Pulau Pinang ini sangat bertuah kita mempunyai banyak NGO yang digelar sebagai masyarakat penyayang. Dan mungkin sampailah satu masa supaya kerajaan boleh ambil langkah proaktif, inisiatif untuk menubuhkan sistem sokongan sosial supaya boleh mendaftarkan

NGO atau Sukarelawan yang sudi memberi bantuan atau sokongan di dalam satu sistem. Dan sistem itu harus dijalankan dalam dua hala iaitu membolehkan golongan warga emas atau golongan minoriti yang perlu bantu berdaftar juga. Dengan sistem sokongan sosial, pekerja sosial dan sukarelawan bukan sahaja bagi bantuan dari segi bagi makanan lah, perubatan, malah juga boleh melawat, meneman mereka, membekalkan perkhidmatan peralatan cuci luka dan juga boleh teman mereka sampai ke klinik. Dan Dato’ Speaker sebab saya mendapatkan satu (1) jawapan daripada soalan bertulis yang mengatakan Jabatan Kebajikan Malaysia iaitu (JKM) melalui Perkhidmatan Komuniti telah memperkenalkan aktiviti sukarelawan khidmat bantu di rumah, dan dalam program ini salah seorang sukarelawan akan diberi khidmat oleh empat (4) klien dan mengadakan bersama dengan JKM dan melalui sesi lawatan ke rumah sekurang-kurangnya dua (2) jam sekali lawatan. Saya rasa amat tertarik dengan perkhidmatan yang diberikan. Dan saya mungkin, saya rasa Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini juga mendapati ini amat menarik sebab itu adalah selalu kita menghadapi, masalah yang kita hadapi. Melalui lawatan ini mereka boleh menyediakan makanan dan minuman, membersihkan diri dan menjadi rakan berbual, menjalankan aktiviti riadah, mengemas dan juga membersihkan tempat tinggal mereka, membasuh dan melipatkan pakaian mereka, teman mereka supaya boleh keluarkan duit daripada bank, membuat pembayaran bil, memberi perkhidmatan fisioterapi yang berkelayakan kepada mereka, kepada orang tua dan memberi latihan praktikal tentang teknik-teknik penjagaan kepada penjaga, memberi galakkan dan latihan, praktikal ke arah gaya hidup yang sihat dan sebagainya. Apa yang saya nak sebut di sini adalah sebab saya rasa kalau dengan perkhidmatan yang begitu rapi ini tetapi mungkin tidak sampaikan secara menyeluruh kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sebab kalau dengan adanya ini saya rasa semua wakil MPKK atau Yang Berhormat akan menyambut polisi ini dengan sangat baik dan kita akan juga ambil participation dalam program ini. Bagaimanapun, saya baru-baru saja tahu ada program ini, jadi saya harap kalau ada program begitu baik, bolehlah sampai kepada kita dan menjemput supaya kita semua boleh serta bersama. Dan bagaimanapun sebab Malaysia ini kita kata warga tua mungkin mereka tidak fasih dalam bahasa, so, jadi saya harap dengan adanya sistem atau katakan sistem sokongan sosial ka atau sistem yang daripada JKM kita boleh adakan sukarelawan yang fasih dalam pelbagai bahasa dan kita agihkan kepada warga emas yang perlukan bahasa tertentu. Dan saya di sini ingin menyentuh sistem yang baik sebenarnya ia boleh integrasikan sumber-sumber masyarakat dan menyediakan kita bertindak lebih efektif menghadapi fenomena negeri menua. Bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Pinang atas usaha dan inisiatif untuk melancarkan Pulau Pinang sebagai Bandar Mesra Usia iaitu “Age Friendly City” dan usaha ini masih diteruskan yang sefaham saya, saya ada keyakinan bahawa Pulau Pinang ini dengan usaha di bawah polisi ini kita akan menuju ke satu masyarakat yang tidak kira dari segi hardware atau software juga akan mesra kepada warga emas. Isu yang seterusnya, ialah kesesakan lalu lintas. Saya bersetuju dengan nasihat TYT. Yang di-Pertua Pulau Pinang berkaitan dengan aliran trafik Seberang Perai mesti diatasi dengan segera supaya tidak memberi kesan yang terlalu ketara kepada pembangunan sosio-ekonomi di negeri ini. Dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan RM10 bilion bagi melaksanakan LRT di Pulau Pinang ke Seberang. Ini memang satu berita yang amat baik yang dinanti-nantikan oleh rakyat Pulau Pinang. Namun, saya turut memahami bahawa projek LRT ini memerlukan pelaburan dan masa yang signifikan. Jadi apakah kaedah jangka sederhana dan pendek bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Pulau Pinang bahagian Pulau dan Seberang yang kian serius? Bila sentuh tentang cara penyelesaian kesesakan lalu lintas, jawapan yang selalu diberikan tidak boleh lari daripada menyediakan pengangkutan awam. Tetapi kita juga menanya walau pun

terdapat pengangkutan awam, kenapa masih ramai pengguna jalan lebih suka memandu kereta sendiri? Bagi menyelesaikan masalah, kita haruslah tahu apa puncanya. Jadi apa yang diperlukan oleh penumpang atau orang awam dalam konteks menaiki pengangkutan awam, adakah kita memahaminya? Sebagai contoh bayangkan perjalanan saya ke tempat kerja saya hanya perlukan masa memandu kereta 20 minit. Tetapi kalau saya naik bas, saya kena ambil masa lebih satu jam. Bagi seorang yang seharusnya menghadapi perjalanan yang setiap hari untuk ulang-alik, kaedah ini mungkin tidak memuaskan. Dan kita belum ambil kira lagi masa diperlukan seorang itu, pergi ke stesen bas, nak berhenti kereta, nak tukar bas. Walau bagaimanapun, saya bagi kredit dan juga memuji usaha Kerajaan Negeri atas mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan bas Rapid Penang secara percuma di seluruh Pulau Pinang melalui penggunaan Pas Mutiara My50. Saya faham target masa depan adalah membolehkan guna MY50 ini kepada pengguna bas dan juga pengguna feri. Inisiatif ini sangat bermakna dalam menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Tindakan ini tidak hanya memberikan peluang kepada penduduk setempat untuk menikmati kemudahan pengangkutan secara ekonomi tetapi juga merangsang minat masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Bagaimanapun, pelbagai-pelbagai bagi meningkatkan kesan galakkan ini adalah disarankan agar dilakukan tinjauan awam untuk mendapatkan pandangan dan juga maklum balas terhadap pengalaman pengguna terutamanya di kawasan perindustrian. Contohnya di kawasan yang mempunyai populasi tinggi seperti KADUN yang mempunyai pengundi yang tertinggi saya faham adalah Paya Terubong, di mana terdapat keperluan untuk memahami di mana populasi tempatan tinggal dan di mana mereka bekerja. Melalui kajian dua hala iaitu bukan sahaja di tempat kediaman tetapi juga tinjauan dilakukan di kawasan perindustrian seperti dikatakan Bayan Lepas atau Batu Kawan yang kian sesak semasa pergi ke kerja dan selepas kerja. Hari Jumaat selepas pukul 5.00 kalau kita nak menuju ke Bayan Lepas, semua orang akan rasa sangat risau, dan kena ambil masa lebih satu jam atau dua jam walaupun singkat sahaja. Itulah masalah yang kita hadapi sekarang. Dan kita dapat membuat penyelidikan secara teliti, kita dapat memahami behavior, tingkah laku pengguna agar dapat menyediakan laluan pengangkutan awam yang mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk. Sebagai contoh, kita boleh menyediakan laluan bas yang sesuai, yang berkesan berdasarkan permintaan kebanyakkan pengguna. Kita tak boleh tentukan satu haluan custom made untuk seseorang. Tetapi atas keperluan yang kebanyakan orang, saya rasa laluan itu boleh disediakan. Dengan mengumpul data yang mencukupi kita dapat menempatkan peratus yang lebih tinggi dalam memenuhi keperluan orang awam. Kita juga dapat menyediakan stesen bas di kawasan-kawasan yang sebelum ini mungkin tiada kawasan stesen bas. Dato’ Speaker, saya berpendapat tabiat menggunakan perkhidmatan awam seharusnya mulai daripada zaman daripada persekolahan. Saya juga percaya bahawa setiap sekolah kebangsaan terutamanya sekolah menengah kebangsaan. Sekolah menengah sepatutnya dilengkapi dengan perkhidmatan bas, tetapi menurut jawapan yang saya dapat daripada soalan bertulis iaitu berkaitan dengan sekolah-sekolah yang tiada perkhidmatan bas awam yang lalu dalam lingkungan 300 meter mengikut daerah. Di sini terdapat 57 buah sekolah tiada laluan bas, perkhidmatan bas awam dan daripadanya 20 buah sekolah adalah sekolah menengah. Saya difahamkan Rapid Penang masa sekarang mempunyai 51 laluan perkhidmatan bas. Tapi saya, tetapi Kerajaan Negeri, apakah usaha kita supaya boleh menyediakan perkhidmatan bas awam di semua tempat sekolah di semua sekolah terutamanya sekolah menengah yang tiada perkhidmatan bas awam. Dan di sini tertarik, saya tertarik dengan satu fakta iaitu hanya sekolah, terdapat enam (6) buah sekolah di daerah Timur Laut yang tiada perkhidmatan bas awam, di daerah SPT pula terdapat 23 buah sekolah, SPS pula terdapat 28 buah sekolah yang tiada perkhidmatan bas awam dalam lingkungan 300 meter. Manakala semua sekolah di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Utara mempunyai akses pengangkutan bas awam. Jadi adalah sampai

satu masa kita boleh kaji supaya semua pelajar di Pulau Pinang ini mendapat perkhidmatan ini secara adil, secara supaya mereka boleh enjoy. Sorry. Supaya mereka boleh menikmati masa persekolahan mereka selepas tuisyen atau pun sebarang aktiviti kokurikulum.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta laluan Berapit. Yang Berhormat Dato' Speaker menyentuh tentang bas awam ini, sebelum ini di Batu Kawan kita ada perkhidmatan CAT yang menghubungkan C-Mart Bandar Tasek Mutiara sehingga ke Design Village, Batu Kawan. Tetapi selepas Pandemik COVID perkhidmatan ini telah dibatalkan. Dan pada masa yang sama tiada perkhidmatan bas awam iaitu bas Rapid Penang di kawasan ini. Dan antara sekolah-sekolah yang tidak mempunyai perrkhidmatan bas awam adalah SMK Batu Kawan, SK Batu Kawan, SJK(C) Keng Koon, SK Taman Merak, SMK Valdor, lebih kurang kawansan-kawasan ini tiada perkhidmatan bas. Sebentar tadi, saya sentuh tentang penduduk dari Batu Kawan ke Klinik Bandar Tasek Mutiara tanpa perkhidmatan bas. Kita imagine, warga emas nak naik mod kenderaan apa ke klinik? Itu sahaja. Terima kasih.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Bukit Tambun dan saya menyokong juga pandangan daripada Bukit Tambun sebab di perkampungan Berapit, ini bukan kali pertama saya sentuh tentang perkhidmatan bas di perkampungan Berapit. Setakat ini sampai sekarang, tiada bas laluan di sana dan orang tua yang telefon saya selalu ada juga minta saya pergi bawa mereka. Bagitau, mereka ada juga telefon saya bagitau, dia kena berbasikal ke bandar. Jadi saya kena mintalah MPKK pergi bawa dia dan sebagainya. Tapi, saya sentuh balik tentang perkhidmatan bas awam yang keperluannya di tempat persekolahan. Tempat sekolah. Contohnya di luar SMK Berapit, apa yang saya di beritahu oleh cikgu, ada juga pelajar mereka ingin ambil tuisyen atau terlibat dalam aktiviti selepas sekolah tetapi mereka tidak boleh melakukannya disebabkan mereka kena ikut bas, private bus, bas persendirian balik rumah. Dan kalau mereka ikut tuisyen itu, mereka tidak dapat balik rumah. Itulah masalah yang kita hadapi sekarang. Dan sebagai Kerajaan Negeri, kita ini berperanan supaya boleh menyediakan memastikan kehadiran bas di setiap sekolah dan terutamanya sekolah menengah. Dan kita dapat membina dan menyemai tabiat penggunaan awam mereka di kalangan generasi muda.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Boleh mencelah?

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Boleh.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Yang Berhormat Berapit. Saya tertarik kepada persoalan perkhidmatan awam khusus bas kepada sekolah dan juga yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun. Sebagai contoh di kawasan saya, di kampung-kampung, di Kampung Kuala Juru, Sungai Sembilang, Bagan Nyor, Bukit Kecil, ada lima (5) kampung dekat kawasan sana yang

sehingga hari ini tidak mempunyai bas yang melalui kampung-kampung itu. So ada beberapa ribu penduduk di kawasan itu yang tidak ada perkhidmatan bas awam. Saya pernah berjumpa dengan Rapid Penang dan pada masa itu mereka memaklumkan kepada saya bahawa antara sebabnya adalah kawasan atau laluan ke tempat sana adalah tidak berkeuntungan, does not bring profit kepada syarikat perkhidmatan bas. Saya nak nyatakan di sini bahawa perkhidmatan awam bas ini adalah satu perkhidmatan awam yang penting, it is almost like human rights. In some services are not there to make profit tetapi sebagai memberi perkhidmatan kepada penduduk. Jadi ada, tetapi masalahnya sekarang, Rapid Penang, adalah di bawah kawal selia Kerajaan Persekutuan. Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa lebih banyak kuasa untuk diturunkan untuk mengenal pastikan laluan-laluan bas ini, bus station ini harus diturunkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan, itu yang saya nak tanya.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Bukit Tengah tetapi sebelum ini saya kena minta masa daripada Dato’ Speaker sebab Yang Berhormat, mereka memang berminat tentang topik bas yang saya sentuh…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa, biar EXCO yang jawab.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Ya, saya setuju sahaja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat…(gangguan).

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Saya kata, saya setuju dengan Bukit Tengahlah tapi saya minta masa daripada Dato’ Speaker, jangan potong masa saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Potong.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Boleh saya celah sedikit?

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Dato’ Speaker, itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Your floor, you tak bagi, semua untuk buat penjelasan pun boleh tapi saya tolak semua.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Boleh?

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Okey, Yang Berhormat, sekejap saja.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Berapit, thank you Dato’ Speaker, bukan, just curiouslah (dengan izin), tadi persoalan yang dibangkitkan oleh Berapit dan disokong oleh Bukit Tambun dan Bukit Tengah. Untuk sayalah, long standing issue (dengan izin), so telah difahamkan tadi selama beberapa tahun. Isu seakan akan, apa itu, daripada Jawi ke Seberang Jaya pun, Bukit Tambun tadi, lama kan? Enam (6) tahun. So sejauh ini, sidang DUN dah enam (6) tahun dah dan adakah benda ini tidak diambil tindakan. Saya heranlah. Mungkin dengan Hokkien kata, …(Bahasa Hokkien).

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Ini sidang DUN juga menunjukkan bakat-bakat bahasa. Itu akan dijawab oleh EXCO, saya rasa. Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh tentang Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar. Saya ingin membawa perhatian sidang ini kepada potensi pembangunan sektor pelancongan di Pulau Pinnag, khususnya di konteks kemajuan di luar bandar yang mencakup kawasan Seberang Perai. Pulau Pinang ini terkenal dengan daya tarikan pelancongan, dan semasa cuti, kawasan sering mengalami kesesakan trafik disebabkan, bukan mereka mau datang sini kerja tetapi kedatangan pelancong dari luar negeri yang ingin merasa keunikan tempat makanan tempatan seperti Laksa Penang, Nasi Kandar Line Clear, Mee Sotong Hameed, Char Kuew Tiaw dan sebagainya. Seiring dengan pertumbuhan jumlah pelancong, terutamanya selepas pandemik, saya difahamkan jumlah pelancong kita sedang balik kepada masa yang puncak di tahun 2019 dan saya ingin menggariskan bahawa kita mempunyai potensi yang besar untuk membangunkan sektor pelancongan di luar bandar. Dato’ Speaker, yang ini yang kalau pelancongan luar bandar hanya Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Seberang, mungkin boleh bagi maklumat yang lebih, walaupun terdapat usaha daripada pihak Kerajaan Negeri untuk mempromosikan tarikan pelancongan di Seberang Perai, masih terdapat kekurangan unsur yang dapat menahan minat pelancong untuk bermalam dan mengekplorasi lebih banyak kawasan di Seberang Perai dan saya cadangkan agar kita merancang satu blueprint masterplan yang teliti untuk memajukan pelancongan luar bandar. Pasa masa yang sama, kita kena pastikan infrastruktur iaitu pengangkutan yang lebih tersusun dan juga efisien untuk memudahkan perjalanan pelancong ke destinasi tersebut agar tidak menyusahkan penduduk setempat. Contohnya, ketiadaan rangkaian pengangkutan awam akan menyebabkan kesesakan lalulintas di kawasan kediaman dan…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Habis?

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Belum, sedikit saja. Tanpa pakej pelancongan yang menyeluruh tidak boleh membawa kesan ekonomi kepada penduduk setempat malah akan membawa masalah harga barangan naik atas permintaan tinggi khususnya makanan. Jadi saya ingin mengusulkan agar kita memfokus perhatian kepada inisiatif seperti menyusun program-program ini yang menarik minat pelabur tempatan. Sebagai contoh, anjurkan pertandingan dan ambil proposal daripada pihak yang bercadang pakej. Saya bukan kata single tarikan tapi pakej bagi pelancongan luar bandar yang secara menyeluruh, yang pemenang Kerajaan Negeri boleh menyediakan insentif atau reward bagi mereka yang kreatif serta memenuhi syarat. Dan Pulau Pinang ini merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di dunia, tambahan lagi dengan promosi kreatif oleh Penang Global Tourism selama ini, saya percaya, pelan pelancongan luar bandar di Pulau Pinang akan berjaya dan akhir sekali, satu point, Dato’ Speaker, tentang dengan, ini berkaitan dengan Dato’ Speaker juga, yang berkaitan dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri. Pelan pembinaan bangunan baru Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebut, sebut.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Ini boleh bagi masa extra. Dato’ Speaker, bangunan Dewan yang mulia ini, telah dibina pada tahun 1820. Kerana usianya yang telah lama, pada tahun 2019, saya bertuah, sebab bersama dengan rakan saya yang di Dewan mulia ini, kita mengalami, kita sendiri menyaksikan kerja-kerja penyelenggaraan yang menyeluruh di Dewan yang mulia ini dan sebanyak empat (4) kali sidang Dewan telah dijalankan di Dewan Sri Pinang. Saya percayalah, tanya dengan rakan-rakan kita, masa itu, semua orang rasa tempat itu lebih selesa. Tak kiralah Yang Berhormat, tidak kiralah Dato’ Speaker yang, pegawai bertugas atau wartawan, sama sebab tempat yang lebih luas. Dan bangunan sini, saya difahamkan telah digunakan sejak 1959. Mulanya hanya terdapat 24 orang Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi kini terdapat 40 orang Yang Berhormat dan mungkin akan perlu menambahkan kerusi di DUN pada masa depan. Dan ruang untuk penggunaan di Dewan ini sangat terhad, saya rasa. Termasuk kita tak ada tempat untuk media, tak ada bilik mesyuarat pembangkang, saya menyuarakan untuk pembangkang juga, dan tempat kubikel tandas yang tidak mencukupi, dewan makan juga sempit. Dan car park tak ada. Saya datang yang first day, saya tak ada tempat parking penuh, dan tadi saya masuk saya rasa yang saya park di satu tempat yang sangat-sangat mencabar skill parking saya tapi sampai akhirnya saya terus berhenti. Jadi kalau nak jadi Ahli Dewan Undangan Negeri di sini, kita kena memahami skill parking. Sampailah tempat kita pindah ke bangunan baru. Dan Dato’ Speaker…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Susah itu, Telok Ayer Tawar, bukan…(ketawa). Sila, sila.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Bilik laktasi adalah satu topik yang saya sentuh beberapa kali di Dewan ini. Kita sampai sekarang tidak ada bilik laktasi individual, terpaksa berkongsi dengan bilik sembahyang (surau). Dan Ahli Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai pejabat sendiri dan tak ada tempat yang sesuai bagi kita bersedia dan berehat supaya kita nak ambil sesi seterusnya. Kita kongsi meja di sini bersama, saya berkongsi dengan Machang Bubok dan Bukit Tengah dan saya tadi saya letak kertas di sini, Machang Bubok pula tanya saya, adakah cukup tempat? Adakah paper saya sampai ke tempat kamu? Tak ada. Jadi saya rasa tempat ini sangat sempitlah. Kalau saya naik berat badan lagi nanti susah saya nak lalu.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB kena jimat. Sila berumuskan.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Ya, dan pada tahun 2015, Yang di-Pertua pada masa itu iaitu Tun Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman bin Abbas, pernah mencadangkan supaya kita boleh bina satu Dewan Undangan Negeri yang baru dan sejak ini telah berlalu lapan (8) tahun. Saya harap kita sepatutnya mempunyai satu Dewan yang lebih moden, memenuhi konsep bangunan hijau dan dilengkapi dengan kemudahan yang lebih baik. Ada beberapa pihak yang mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri dibinakan di bahagian Pulau dan ada juga di Seberang. Tapi bagi saya, tak kiralah di mana, saya harap kita boleh dapat tau statusnya, status untuk bangunan, status untuk bangunan Dewan Undangan Negeri akan datang dan saya di sini saya ingin sentuh satu perkara iaitu pelebaran, projek pelebaran Jalan Kulim. Saya ada tanya soalan tetapi saya rasa jawapan itu mungkin kita kena dapat lebih teliti, Jalan Kulim ini bukan terletak di kawasan Berapit tetapi daripada Machang Bubuk sehinggalah ke Berapit dan juga melangkau ke Padang Lalang adalah satu jalan yang sangat besar walaupun nama Kulim tetapi berada di Bukit Mertajam. Dan sampai sekarang kita tidak nampak perkembangannya sampai bila kita boleh siap projek itu. Projek pelebaran Jalan Kulim dan jalan, saya tanya tentang Jalan Kampung Besar sebab dia sambung bersam telah disenaraikan di Projek Rancangan Negeri Pulau Pinang 5, yang lama dan reka bentuk terperinci telah disiapkan lama, tetapi JKR Pulau Pinang sedang menunggu kelulusan peruntukan daripada JKN iaitu Jabatan Kewangan Negeri untuk pembinaan serta mengambil balik tanah, ambil balik tanah untuk projek tersebut. Jadi saya rasa ini kena sebabnya sudah lama dan sangat-sangat sesak. Jadi saya minta status yang lebih terperinci dan juga saya harap rumah rehat di Bukit Mertajam ini, kita telah sentuh perkara ini sudah lama, di Dewan yang mulia ini daripada hak miliknya, daripada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah SPT, sekarang sampailah kepada CMI, tetapi kita masih belum ada lagi satu pelan dan saya selalu ditanya oleh penduduk sebab tempat itu adalah lokasi yang sangat-sangat baik, tidak kiralah dia nak dipakai sebagai parking untuk sekolah, parking untuk Hospital Bukit Mertajam atau satu hub untuk orang muda sebab di sana ada ramai pelajar, kita perlu ada satu status atau satu perancangan dan jawapan yang diberikan adalah anggaran kos untuk membangunkan semula rumah rehat Bukit Mertajam tersebut adalah RM20 juta. Saya rasa RM20 juta ini, kalau menjadi satu kos yang sangat tinggi kepada Kerajaan Negeri, bolehkah kita juga bagikan penyertaan daripada private sector supaya boleh bersama-sama kita untuk memajukan tempat itu, jangan membiarkan sahaja dan jangan menjadi satu masalah kepada masyarakat setempat.

Dan secara kesimpulan, saya merasa polisi dengan konsep sediakan payung sebelum hujan akan lebih mengukuhkan lagi kedudukan Pulau Pinang ke tahap optima di pelbagai aspek. Impian kita, bukan sahaja menuju ke Visi Penang 2030 malah kita bercita, berhasrat terus menjadi negeri memimpin di Malaysia selama-lamanya. Dengan ini sekian terima kasih saya memohon untuk menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Berapit. Cuma sedikit ya sebelum Batu Lancang. Untuk Yang Berhormat - Yang Berhormat khasnya yang baharu nanti anda akan perasan bahawanya banyak isu yang anda mungkin akan bawa itu telah pun dijawab di sesi lisan di sebelah pagi dan hari ini kita sudah pun lihat tujuh (7) soalan lisan telah dijawab kemungkinan besar dalam isu yang anda nak bawa itu telah pun ada yang dijawab tak kira separuh ka sepenuh ka jenis itu saya nak mohon waktu anda bahas itu elak la untuk panjang lebarkan supaya you ada masa untuk bawa isu yang lain supaya anda boleh bawa isu yang lebih daripada itu. Sila, sila Batu Lancang. Batu Lancang habis itu Penanti. Ha ok fair. Start you tolong Penanti duk tunggu.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Okey. Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Dato Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kerajaan, kawan-kawan dari pihak media. Salam Harapan, Salam 2030 dan Salam Madani. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Saya dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan usul terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan yang dibentangkan pada Jumaat yang lalu sepertimana disebut Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua, hasrat rakyat Pulau Pinang yang selama ini ternanti-nanti untuk menyaksikan projek jajaran LRT akhirnya tercapai apabila Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk melaksanakan projek tersebut. Dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 13 Oktober 2023 yang lalu, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 bilion bagi pelaksanaan Projek LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai dengan kaedah kerjasama awam swasta. Bagaimana pun, Pulau Pinang masih memerlukan peruntukan tinggi bagi membiayai projek-projek menangani isu kesesakan trafik seperti di kawasan Sungai Dua, Lebuhraya Utara Selatan dan kawasan sekitar di Seberang Perai dan juga di bahagian pulau. Menurut Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan eksport Malaysia bernilai RM295 bilion adalah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang manakala RM56 bilion lagi melalui Pelabuhan Pulau Pinang. Oleh itu, sekiranya aliran trafik di Seberang Perai ini tidak diatasi dengan segera, ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembangunan sosioekonomi di negera ini. Turut diberi penekanan ialah bagaimana Pulau Pinang boleh memperkasakan pertumbuhan hijau dan ekonomi hijau, transformasi digital serta ekonomi pengetahuan meskipun terdapat krisis dan cabaran geostrategik dan geoekonomi yang dihadapi pada masa kini, Negeri Pulau Pinang telah mengalami pertumbuhan dan pembangunan yang ketara, dengan menumpukan kepada

kemajuan yang mampan dan inklusif, merangkumi pembangunan infrastruktur, penambahbaikan kemudahan awam dan sistem pengangkutan. Yang Berhormat Yang di-Pertua Pasca Pilihan Raya Negeri, Gabungan Pakatan Harapan – Barisan Nasional Pulau Pinang mencatatkan kemenangan bagi membentuk kerajaan negeri yang baru apabila menang 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri yang ke-15 yang lepas. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat di Pulau Pinang apabila meletakkan keyakinan untuk Kerajaan Perpaduan mentadbir. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penduduk DUN Batu Lancang kerana memberi sokongan kepada saya sejak PRU 14 dan kemenangan lebih besar pada PRN 15 lepas. PRU 14 yang saya mendapat kemenangan 20,615 undi dengan jumlah yang keluar mengundi seramai 23,370 dengan majoritI 18,208 undi. Pada PRN-15 kali ini jumlah undi kemenangan lebih besar iaitu 21,796 undi dengan majoriti 19,931 walaupun yang keluar mengundi seramai 23,848. Dalam kedua-dua PRU-14 dan PRN-15 pihak lawan juga kehilangan deposit mereka. Ini adalah satu kepastian terhadap sokongan yang diberikan penduduk Batu Lanchang amat mengkagumkan dan dengan kemenangan tersebut membawa saya kembali ke DUN Batu Lancang. Kemenangan kali ini adalah kemenangan besar untuk penduduk DUN batu Lancang. Sejak Suruhanjaya Pilihanraya memperkenalkan pendaftaran pemilihan automatik dan kelayakan pengundi pada usia 18 tahun tetapi tempoh menunggu untuk mendpatkan pengesahan status mengundi ini masih lama. Pada PRN lepas, ada belia yang lahir pada bulan Mei tetapi sehingga pada bulan Ogos masih tidak boleh mengundi kerana nama mereka tidak tersenarai dalam sistem mengundi SPR. Oleh itu, sistem sedia ada yang terpakai pada SPR perlu dikemaskini. Kedua, masalah yang selalu berlaku adalah tidak keseragaman kerana setiap saluran atau tempat mengundi ada arahan yang berbeza. Contohnya ada saluran yang membenarkan anak kecil masuk bersama ibu iaitu pengundi-pengundi tetapi ada tempat atau saluran tidak dibenarkan langsung. Ketidakseragaman ini nampak kecil tetapi boleh menimbulkan masalah misalnya kepada ibu-ibu atau bapa yang terpaksa membawa anak kecil bersama kerana tiada pengasuh atau penjaga di rumah. Ketiga kes kad pengenalan pengundi digunakan individu lain masih berlaku dan dilaporkan. Kali ini kejadian berlaku di kawasan saya DUN Batu Lancang yang mana dua pengundi telah membuat laporan bahawa kad pengenalan mereka digunakan oleh orang lain. Saya telah pergi ke saluran berkenaan untuk membuat pemeriksaan dengan pegawai tempat mengundi dan memang mengesahkan nama pengadu itu telah dipotong bermakna telah membuang undi. Sebaliknya penama yang sebenar masih belum mengundi. Kejadian sama juga berlaku semasa Pilihan Raya Umum PRU pada November tahun ini. Ini contoh kes yang dilaporkan sendiri kepada saya tetapi kita tidak tahu kemungkinan ada kes-kes lain. Media melaporkan polis menerima 42 laporan berhubung penggunaan kad pengenalan milik individu lain dalam proses pengundian pada PRN ke-15 lalu. Laporan tertinggi diterima di Selangor dengan 16 kes manakala sembilan kes sama dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang lapan cases, Terengganu lima, Negeri Sembilan tiga dan Kelantan satu kes. Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 7, Akta Kesalahan Pilihan raya 1954. Oleh itu, saya mencadangkan supaya SPR meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat semasa hendak mengambil kertas undi supaya dapat merakam jika ada individu lain menggunakan kad pengenalan orang. Ini juga adalah kejadian jenayah dan berniat jahat.

Sekiranya ada rakaman CCTV, kita boleh mengesan individu yang berbuat demikian selain memudahkan lagi proses siasatan kebiasaanya apabila berlaku kes kad pengenalan digunakan, pegawai tempat mengundi akan meminta mangsa membuat laporan polis untuk disiasat. Cadangan lain pula ialah SPR juga boleh meletakkan alat membaca kad pengenalan (IC Reader) sepertimana yang digunakan oleh pihak bank pada setiap saluran untuk mengesahkan identiti pengundi itu adalah pemegang kad pengenalan yang sah. Jika di Malaysia bukan lagi ketinggalan zaman atau terkebelakang dalam soal teknologi maklumat (IT), maka diharap SPR dapat berbuat sesuatu pada PRU 16 yang akan datang. Lumba motosikal haram dan kemalangan. Saya ingat pada 17 Julai tahun lalu, kita dikejutkan dengan satu kejadian kemalangan maut pada pukul 4.30 pagi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke pusat bandar membabitkan beberapa motosikal yang disyaki menyertai kegiatan lumba haram. Beberapa penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu merempuh antara satu sama lain. Dalam kejadian itu, dua kereta Perodua Myvi dan Proton Waja turut dirempuh dari arah belakang oleh kumpulan penunggang motosikal berkenaan. Empat maut dan tiga cedera parah di mana mangsa-mangsa yang maut pula masih muda iaitu berusia sekitar 19 hingga ke-25 tahun, malah ada yang mempunyai anak kecil. Kesemua magsa berasal dari Pulau Pinang dan Kedah. Bekas Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisistant Komisioner Soffian Santong, dalam kenyataan kepada media memaklumkan sebelum kejadian pihak polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan pasukan trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut sudah membuat rondaan awal sebagai tindakan pencegahan aktiviti lumba haram itu. Perancangan bagi menangkap individu yang terbabit dalam lumba haram itu juga sudah diatur sebelum berlaku kejadian. Pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua DUN 14 (Nov 2019), saya juga telah membawa isu kegiatan lumba motosikal haram ini. Golongan kaki lumba atau dikenali sebagai Mat Rempit gemar memboceng motosikal dengan laju dan tidak mengikut undang-undang jalan raya. Antara aksi yang dilakukan seperti menundukkan badan semasa berlumba, memotong kenderaan awam secara zig-zag serta menguji kelajuan antara satu sama lain. Aksi-aksi ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga mendatangkan bahaya kepada pemandu lain. Antara lokasi popular Mat Rempit berlumba ialah di Persiaran Bayan Mutiara, Batu Uban, Lebh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Bayan Lepas dan Padang Kota di bahagian pulau dan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Seberang Perai. Kumpulan Mat Rempit ini akan datang ke kawasan pulau terutamanya pada malam minggu untuk berlumba. Ada antara mereka yang datang dari luar Pulau Pinang termasuk dari Kedah dan Perak. Kehadiran kumpulan Mat Rempit ini turut menggangu ketenteraman selain mendatangkan bahaya kepada orang awam dan banyak aduan diterima berhubung tingkah laku mereka. Berdasarkan operasi pihak berkuasa, ramai dalam kalangan Mat Rempit yang ditahan berusia belasan tahun dan masih bersekolah. Kesalahan berlumba haram disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan berbahaya dan boleh dihukum penjaran lima tahun serta denda sehingga RM15,000. Bentuk hukuman ini sebenarnya berat, tetapi seolah-olah tidak menggerunkan Mat Rempit walaupun pihak polis melakukan operasi mengawal kegiatan Mat Rempit. Namun ia perlu lebih kerap dilakukan termasuk memperlihatkan kehadiran polis di lokasi-lokasi lumba haram sebagai langkah pencegahan. Saya juga berpandangan pendekatan mendidik tentang bahaya berlumba haram ini wajar ditekankan kepada golongan muda seawal di sekolah rendah. Golongan sasar ini perlu diberi kesedaran bahaya lumba haram termasuk menjadi korban kemalangan. Walaupun tidak suka tetapi saya percaya kejadian ini bukanlah yang terakhir berlaku sekiranya tiada langkah-langkah tegas diambil. Justeru, saya ingin memohon pada

Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Pusat agar berbuat sesuatu demi nyawa golongan muda ini tidak kira agama atau bangsa. Kita juga tidak mahu imej Pulau Pinang mendapat gambaran buruk seperti tempat Mat rempit menunjukkan aksi. Media pada 9 Ogos 2022 melaporkan, bahawa pihak berkuasa akan menggunakan strategi baharu dalam menangani isu mat rempit dan lumba haram iaitu dengan merakam wajah pelaku yang terlibat sebelum menahan mereka untuk tindakan lanjut. Kenyataan ini dibuat Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia pada waktu itu, Datuk Isham Ishak bagi mengurangkan risiko bahaya kepada anggota polis dan JPJ yang melakukan operasi di lokasi perlumbaan haram termasuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Kata beliau, Pulau Pinang akan menjadi model untuk projek perintis tersebut sebelum dibuat secara nasional iaitu diguna pakai ke seluruh negara. Jadi selepas setahun kenyataan telah dikeluarkan itu saya ingin tahu apa status cadangan tersebut sama ada telah digunakan atau belum? Jika sudah sejauh mana keberkesanannya. Memang kita ada dengar berita ini memang sampai sekarang tidak ada aksi, so saya mohon kalau ada apa-apa sila maklum kepada kami. Isu lohong dan jalan berlubang. Isu jalan rosak di Pulau Pinang telah lama dibangkitkan beberapa pihak namun sehingga kini, masalah berkenaan masih belum diselesaikan dengan baik. Lebih membimbangkan, banyak kemalangan jalan raya dikatakan berlaku akibat jalan raya rosak selain disebabkan kuaditi tampalan jalan. Sehubungan itu, saya menggesa PBT dan JKR Negeri Pulau Pinang menubuhkan pasukan pemantauan untuk memeriksa keadaan jalan raya serta kerja penampalan jalan oleh kontraktor yang dilantik. Ini antara aduan rakyat yang kerap saya terima. Syarikat utiliti misalnya menjalankan projek berdekatan jalan raya dan menurap semula selepas kerja selesai, malangnya ia tidak dilakukan dengan sempurna. Keadaan ini membahayakan pengguna khususnya penunggang motosikal. Oleh itu, PBT dan JKR mesti perlu memandang serius selaku pihak berkuasa mereka boleh mengarahkan kontraktor bertanggungjawab untuk menurap semula jalan tersebut. Sebagai pengguna jalan raya yang membayar cukai setiap tahun, apa hak kita sekiranya ditimpa kemalangan. Bolehkah kita saman kerajaan kalau jalan rosak berlubang mengakibatkan kerosakan kenderaan atau kecederaan tubuh badan? Orang awam sebenarnya boleh memfailkan saman terhadap kerajaan di bawah Seksyen 5 di dalam Akta Prosiding Kerajaan 1956. Tetapi, anda perlu memenuhi kriteria bagi pemfailan saman tersebut kerana saman atas kecuaian memerlukan bahan bukti yang mencukupi supaya pampasan boleh dituntut dari pihak cuai. Memetik berita daripada Free Malaysia Today, seorang pemilik kenderaan, Dr Fahrurrazi Hamid memandu pada waktu malam di Jalan Sungai Long berhampiran Taman Perniagaan Budiman, Selangor pada September 2020 apabila keretanya berlanggar lubang jalan menyebabkan tayar dan rim kiri belakang keretanya rosak. Beliau terpaksa menggantikan keempat rim dan dua tayar dengan kos keseluruhan RM3,580.00.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta celah Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Silakan.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Sebab Dato’ Speaker, isu berkaitan dengan surface jalan saya amat tertarik sebab saya setiap kali melalu hampir setiap hari kita memandu melalui tempat yang tidak not even tidak serata. Ini merupakan satu perkara yang sangat common di Pulau Pinang dan saya tidak pasti kenapa kita sebab semasa kita untuk tar semula jalan raya sememangnya ada keperluannya untuk korek tar yang lama keluar. Tetapi apa yang saya nampak adalah tar akan menjadi semakin tinggi malah lagi tinggi daripada rumah kediaman sampai ada rumah yang masuk air sebab paras jalan terlalu tinggi. Saya tidak tahu kenapa tar kita tidak dikorek dan menjadikan rata dan juga semasa mereka turap balik jalan yang berlubang dan sebagainya, dia tidak boleh seolah-olahnya kita seperti kita menjahit baju, boleh menjahit tempat yang berlubang sahaja. Sememangnya dia kena ada satu plan yang lebih komprehensif dan juga saya ingin bagi satu share kongsikan satu cerita saya ada seorang kawan, selepas dia menghadapi accident, memandu sendiri balik ke rumah selepas dari hospital. Sepanjang jalan itu beliau marah kan kepada keadaan jalan sebab setiap kali melalui tempat yang tidak even not even yang tidak serata, betapa sakitnya kecederaannya pada badan dan saya sendiri mengalami keadaan macam ini semasa saya hamil sebab saya morning sickness sangat-sangat serius. Kalau jalan keluar sahaja di tempat atas jalan, saya mesti ada beg untuk saya muntah. Jadi saya juga setuju dengan apa yang diucap oleh Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato’ Speaker, YB. Berapit dah ambil dua minit saya tambah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ada 10 minit lagi tak sampai.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih saya memang setuju dengan YB Berapit keadaan jalan raya kita ini memang teruk! saya akan sentuh nanti tentang keadaan jalan raya yang tidak baik berbanding dengan masa dulu. Saya sambung seperti apa yang telah Dr. Fakhrurrazi Hamid yang telah membuat saman kepada kerajaan pada masa itu. Beliau kemudiannya memfailkan tuntutan terhadap Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan hanya ditawarkan RM1,430.00 daripada Takaful Malaysia Berhad iaitu syarikat insurans majlis tempatan berkenaan. Sebagai pampasan disebabkan permintaan jumlah disemak ditolak akhirnya beliau memfailkan tuntutan ke mahkamah. Dalam pembelaan peguam MPKJ mengatakan pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelenggara semua jalan bawah bidang kuasa dan menafikan liabiliti. Peguam mendakwa pemanduan melulu Fakhrurrazi yang menjadi punca kejadian dan menyatakan bahawa tuntutan penggantian keempat-empat rim adalah kerana penggayaan yang tidak adil kerana hanya 1 rim yang rosak.

Akhirnya majistret Nor Firdaus Rosli memutuskan MPKJ bertanggungjawab atas kerosakan yang dialami kereta Fahrurrazi. MPKJ diperintahkan membayar tuntutan sebanyak RM2,980.00 merangkumi kos 4 rim, 1 tayar, pelarasan semula chamber dan caj tunda. Majistret berkata kejadian berlaku pada waktu malam dan mana-mana pemandu tidak menyedari untuk mengelak lubang. Jadi selepas ini jika anda mengalami masalah sama mungkin tindakan dibuat oleh saudara Fakhrurrazi ini boleh dicontohi untuk menuntut hak masing-masing. So, inilah saya bagi contoh untuk rakyat Pulau Pinang kita ada hak untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan yang mencuai dan tidak menjaga jalan raya untuk orang awam. So ini satu contoh yang saya

bawakan. So itu hak-hak yang ada kepada rakyat. Sebab itu saya harap PBT cuba bangun dan buat selayak yang boleh. Yang ini memang kes lama dan kita saya dah bangkitkan banyak kali tentang isu jalan raya di Pulau Pinang ini makin lama makin teruk. Bukan makin lama makin bagus. Makin lama makin teruk. Saya bersambung ya. Sehubungan ini saya juga berharap diadakan satu SOP setiap kawasan atau jalan yang berlubang mesti disiap dibaiki dalam 24 jam selepas diadukan demi keselamatan pengguna. Ia juga demi kebaikan JKR dan PBT supaya tidak dikenakan tindakan seperti saman pengguna.

Selain itu, jalan berlubang, jalan mendapan yang menyebabkan lubang benam juga perlu diberi perhatian. Pada 2 Oktober 2022 pengguna jalan raya di Jalan Bagan Lalang Butterworth gempar apabila terbentuk satu lubang besar di tengah jalan bersaiz sebuah kereta dipercayai akibat mendapan tanah di kawasan saluran pembentungan Indah Water Konsortium. Mujurlah tidak sebarang kecelakaan berlaku. Menurut kajian Firma Pendidikan Pemandu (Zutobi), Malaysia di kedudukan 12 negara memiliki kualiti jalan teruk, kualiti jalan di Malaysia merosot sebanyak 5 peratus dalam lima tahun kebelakangan ini dan merekodkan jumlah kematian jalan raya kedua tertinggi iaitu 22.76 bagi setiap 100,000 orang. Penilaian ini berdasarkan empat faktor iaitu kualiti jalan raya, penambahbaikan kualiti jalan raya, kematian jalan raya dan saiz jaringan jalan raya. Laporan berasingan yang disiarkan Zutobi pada Mei tahun lalu itu meletakkan Malaysia antara 10 negara paling bahaya untuk pemandu selain Thailand, India, Argentina, Amerika Syarikat dan Afrika Syarikat. Saya juga ingin membangkitkan keadaan kualiti jalan sekarang di kawasan pulau atau pun di seberang. Terlalu banyak bezanya kita boleh nampak tar-tar baru yang ditar di jalan raya tidak tahan lama seperti dahulu. Baru sahaja siap, tetapi permukaan tar mula pecah selepas hujan. Jika dahulu kualiti tar jalan akan tahan sehingga lima (5) tahun tanpa kerosakan. Tetapi sekarang berbeza dan terpaksa diturap semula.

Kemungkinan besar kerana tender projek apabila PBT atau JKR hanya melihat pada tawaran kerja dengan nilai terendah dan bukan kualiti kerja. Faktor kedua, pihak kontraktor mendapatkan bekalan tar dari seberang, kerana tiada kilang mengeluarkan tar di pulau. Jadi faktor jarak dan masa meyebabkan tahap kepanasan bahan tar ini menurun lalu mengurangkan kualiti tar tersebut berbanding dahulu.

Punca ketiga ialah kebanyakan kerja-kerja menurap jalan dilakukan pada waktu malam iaitu selepas pukul 10.00 malam, jadi saya pasti pada masa itu tidak ada kawalan atau pemantauan daripada pegawai-pegawai PBT untuk melihat kualiti tar pada masa itu. Saya ingat semua dah tidur pada waktu malam itu. Justeru, saya cadangkan MBPP perlu diadakan spesifikasi yang lebih tinggi untuk kualiti jalan tar. Boleh kita lihat dalam tempoh 10 tahun ini kualiti jalan tar di pulau sangat teruk berbanding dahulu. Kebanyakan jalan-jalan tar tidak dikorek semula sebelum diturap. Sebaliknya kontraktor menurap terus jalan menjadikannya berlapis-lapis. Ini menyebabkan kualiti tar tidak tahan lama apabila hujan lebat batu-batu tar akan pecah keluar. Ini membuktikan kualiti jalan tar yang dibuat oleh kontraktor yang diberikan kontrak kerja ini memang tidak berkualiti. Saya sendiri melihat perkara ini semasa melawat kawasan-kawasan jalan yang baru diturap. Saya berharap PBT atau JKR menetapkan spesifikasi kualiti yang lebih tinggi pada jalan tar di pulau. Di samping itu, satu jalan penyelesaian perlu dicapai bagi mengelakkan syarikat utiliti mengorek jalan yang baru diturap. Baru satu hari atau satu minggu diturap, jalan itu akan dikorek oleh syarikat utiliti. Datang mengorek dengan pelbagai alasan misalnya melakukan kerja kecemasan, ini masalah yang sering berlaku di pulau sejak berpuluh tahun. Soalannya, adakah pihak PBT memikirkan satu cadangan bagaimana mengelakkan perkara sebegini berlaku misalnya semua laluan pejalan kaki boleh digunakan untuk menanam kabel utiliti baru dan bukannya di atas jalan utama.

Ini juga boleh mengelakkan kemalangan kerana kesan daripada kerja-kerja utiliti ini menjadikan permukaan jalan yang diturap semula selepas itu lebih teruk,berbonggol dan tidak rata. Ini membahayakan pengguna jalan raya. Begitu juga kualiti cat yang digunakan pada garisan jalan apabila cepat pudar selepas beberapa bulan menyebabkan ia perlu dicat semula. Apakah sebenarnya yang menyebabkan punca kemerosotan kualiti sebegini? Kualiti tar dan kualiti cat garisan ini bukanlah isu kecil. Mungkin pihak JKR dan PBT boleh memberi penjelasan tentang ini. Kerja berkali-kali untuk penyelenggaraan seperti ini pasti memakan kos yang lebih tinggi dan berganda berbanding dengan tender yang rendah, PBT hanya melihat kepada tender yang rendah sahaja. Kita tidak lagi utamakan kualiti pada masa sekarang. Saya berharap PBT atau pun JKR lihat balik kepada kualiti tar, bukan lihat kepada kos tender yang murah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Batu Lancang ada seminit untuk rumuskan perbahasan.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Saya akur. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan saya, perbahasan saya sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat pada sesi perbahasan pada kali ini. Sekian terima kasih dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Teima kasih Batu Lancang. Dipersilakan Penanti.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mungkin tak mengambil masa yang panjang seperti yang disarankan oleh speaker tadi apa yang telah dicakapkan mungkin tak perlu diulang kembali.

Jadi, saya rasa banyak perkara yang telah dimaklumkan. Walau bagaimanapun, terlebih dahulu saya ingin dengan takzimnya mengcapkan terima kasih kepada Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan dasar yang dizahirkan di Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15 di Dewan ini pada 17 November yang lepas. Bagi pihak saya dan rakan-rakan dari pembangkang, kami menzahirkan rasa terharu dan amat terkesan dengan ucapan Tuan Yang Terutama berkaitan rakyat dan Negeri Pulau Pinang yang menyentuh perihal arah untuk memajukan negeri dan arah tuju negeri ke tahun 2030. Antara inti pati ucapan Tuan Yang Terutama adalah kemajuan ekonomi yang ketara di Pulau Pinang. Yang sebelum ini hanya 6.9 peratus tapi meningkat ke 13.1 peratus pada 2022 dan kejayaan pengurusan kewangan yang baik. Alhamdulillah dengan kejayaan ini.

Namun kita juga dikejutkan dengan isu-isu yang perlu diperjelaskan oleh Kerajaan Negeri dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran seperti dalam permasalahan rancangan industri Batu Kawan yang kedua. Yang perlu dimaklumkan permasalahannya kepada rakyat kerana projek ini juga terlibat dalam Visi 2030 Pulau Pinang. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, visi dan misi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk jadikan negeri Pulau Pinang negeri hijau dan pintar menjelang 2030. Visi dan misi ini perlu dimaklumkan dengan lebih jelas agar rakyat faham apa yang dilakukan. Apa itu visi, apa itu misi. Niat yang baik

perlu disokong. Namun perlaksanaan harus difahami oleh rakyat kerana hari ini jika ditanya kepada rakyat apakah misi, apakah visi Kerajaan Negeri Pulau Pinang banyak yang mungkin tidak dapat menjawab persoalan itu. Kerana penerangan yang tidak jelas dan tidak mencukupi dimaklumkan kepada rakyat. Rata-rata rakyat tidak tahu kerana portal Kerajaan Negeri sendiri pun bila saya lihat tadi pun masih lagi tercatit untuk jadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau dan pintar dan targetnya adalah tahun 2023, tetapi telah dipanjangkan sehingga ke tahun 2030. Apakah kelemahan di situ menyebabkan kita dapat baca bahawa misi dan visi itu tidak dapat dicapai perlu kita dapat penerangan yang lebih jelas daripada Kerajaan Negeri.

Daripada sudut perumahan, harga rumah mampu milik perlu diteliti dan dipastikan keupayaan rakyat memiliki rumah-rumah tersebut. Harga rumah bernilai RM400,000.00 adalah tinggi dan tidak termampu oleh rakyat Negeri Pulau Pinang yang memang itulah harga yang sentiasa berada di pasaran hari ini. Kita sedar akan kenaikan harga barang-barang mentah seperti batu dan pasir, tambahan pula kita difahamkan susah mendapat daripada negeri jiran kita iaitu Kedah. Tetapi untuk kita di peringkat Perikatan Nasional boleh menjadi juru runding atau pun juru bicara untuk mendapatkan harga yang lebih murah atau pun untuk mendapatkan bekalan bahan-bahan tersebut daripada Negeri Kedah. Malahan daripada apa yang telah kita difahamkan oleh EXCO Perumahan, bahan-bahan mentah ini amat diperlukan sekali untuk kita membantu menurunkan harga rumah yang dibina di Pulau Pinang. Jadi, pengumuman oleh Exco Perumahan, tawaran maksimum rumah RM100,000.00 adalah memang sesuatu yang baik dan kalau boleh kita merealisasikan harga tersebut. Cuma masalah dia kalau nk buat rumah dalam RM100,000.00 kalau keluasan dia dalam 600 kaki persegi, ia akan membawa permasalahan sebab kita faham bahawa rumah yang ada dua (2) bilik ini memang bukan sesuai untuk dihuni. Bayangkan satu keluarga, mak dan bapa dah satu bilik, lepas tu dia punya anak ada lelaki dan perempuan. Jadi untuk tidur memang menjadi masalah untuk berkongsi bilik jadi akhirnya budak-budak ini, anak-anak ini, akan duduk di tangga-tangga flat untuk baca buku, untuk menjalankan aktiviti-aktiviti. Malam-malam mereka akan turun ke bawah bercampur dengan golongan-golongan remaja yang mungkin tidak dapat bekerja atau pun tidak dapat belajar dan mempunyai aktiviti-aktiviti yang tidak baik. Ini adalah kesan sosial yang dihadapi jika kita nak buat rumah dengan harga yang murah tetapi keluasan dia tak mencukupi jadi kita cadangkan kalau boleh biarlah dalam 700 kaki persegi dan pastikan mempunyai tiga (3) bilik. Daripada segi infrastruktur dan prasarana negeri, apabila Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM10 ribu juta atau pun RM10 bilion kepada Kerajaan Negeri, maka perlulah ianya diuruskan secara berhemah. Umum mengetahui bahawa perbelanjaan tersebut tertumpu kepada pembinaan LRT di kawasan pulau namun perlu diingatkan bahawa Pulau Pinang terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu bahagian Pulau dan Seberang jadi di kawasan Seberang Perai kita harap tidak diabaikan kerana ada masalah-masalah juga di situ seperti banjir, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Timbalan Yang di Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita juga berharap, kita memberi beberapa cadangan yang kita akan utarakan kepada pihak Kerajaan Negeri seperti yang pertama, kita perlu memberi penekanan dalam peruntukan yang kita selalu dengar bahawa kita akan diberi peruntukan. Jadi walau bagaimanapun, hari Jumaat ini kita akan ada pembentangan kewangan tetapi kita nak peringatkan di sini bahawa peruntukan yang diberikan wajar dibuat tanpa sebarang diskriminasi, okay ia amat penting kerana demi kemajuan Negeri Pulau Pinang pengagihan dari segi kewangan dan peluang yang diberikan haruslah sama rata dan adil kepada semua Ahli Yang Berhormat. Jadi kita berharap jurang perbezaan untuk mengagihkan peruntukan biarlah sebaiknya tu sama banyak lah. Jadi seterusnya dari sudut aktiviti kerohanian dan keagamaan, baru-baru ini ceramah-ceramah agama telah disekat tanpa dimaklumkan dengan sebab yang kukuh. Sekatan yang

dibuat terhadap penceramah bebas haruslah dilonggarkan. Penceramah-penceramah telah pun memaklumkan bahawa di negeri-negeri lain mereka tidak menghadapi masalah yang sama seperti di Pulau Pinang. Perkara ini amatlah sensitif dan harus dipertimbangkan dengan sangat teliti sebelum melakukan apa-apa sekatan kerana akan menimbulkan kemarahan rakyat. Saya bercakap berkenaan dengan ceramah oleh penceramah-penceramah agama Islam kita yang baru ini disekat kebebasan mereka untuk berceramah dan kita amat berharap penjelasan yang jelas diberi kenapa mereka tidak dibenarkan berceramah di sini dan yang terakhir adalah mengenai tender-tender yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri. Tender secara terbuka perlulah dibuat untuk menjamin ketelusan pemerintahan negeri. Tidak boleh ada dasar pilih kasih, mengutamakan kroni yang hanya akan memakan diri dan mengakibatkan pihak Kerajaan Negeri mendapat tanggapan negatif oleh rakyat dan juga pelabur-pelabur luar. Dato’ Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir kalam marilah kita sama-sama berganding bahu tanpa mengira parti politik demi membangunkan Negeri Pulau Pinang yang kita cintai. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Penanti. Silakan Air Itam.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri , Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk memgambil bahagian dalam perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini. Sebelum saya memulakan perbahasan ini, izinkan saya untuk megucapkan tahniah kepada semua Ahli Dewan, baik yang baru atau pun yang lama. Semoga dalam penggal baru ini kita akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik sebagai Yang Berhormat yang telah diberikan sokongan dan kepercayaan oleh rakyat Pulau Pinang termasuklah kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua yang dulu memang duduk sebaris, sekarang duduk di depan. Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini adalah berhubung cadangan untuk mewujudkan Zon Kewangan Khas, (dengan izin) Special Financial Zone singkatannya ‘SFZ’ di Pulau Pinang yang telah dizahirkan oleh Ahli Dewan Rakyat Kawasan Bagan yang juga ADUN Air Putih pada 13 September. Terdahulu pada 25 Ogos, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Zon Kewangan Khas akan diwujudkan di Semenanjung Selatan iaitu di Iskandar Puteri, Johor. Maka adalah sangat penting untuk diwujudkan satu SFZ di Pulau Pinang kerana Pulau Pinang merupakan negeri perdagangan dan perusahaan yang utama di Semenanjung Utara, lengkap dengan pelabuhan, lapangan terbang antarabangsa, institusi Pendidikan tinggi dan kemudahan bertaraf dunia. Ini juga akan memastikan Negeri Pulau Pinang kekal berdaya saing dalam menarik pelaburan antarabangsa sebagai negeri yang tidak berapa bergantung kepada hasil khazanah alam umpamanya perlombongan dan pembalakan untuk menjana ekonomi tempatan dengan itu SFZ adalah teras utama bagi memperkasakan kemampuan Pulau Pinang dalam mewujudkan jaringan perniagaan dan peluang pekerjaan bermutu kepada penduduk tempatan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sekiranya pertimbangan untuk membangunkan SFZ di Johor adalah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Republik Singapura seperti yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri maka kita harus membahagi sama adil, memotong sama panjang. Oleh yang demikian, atas pertimbangan yang sama juga Pulau Pinang adalah satu negeri yang sesuai untuk membangunkan SFZ kerana kita terletak di dalam lingkungan Kawasan Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle, (dengan izin). Ini akan melengkapkan peranan Pulau Pinang di dalam IMT-GT yang bertujuan untuk merangsang integrasi ekonomi merentas sempadan dalam enam (6) bidang keutamaan iaitu pembangunan prasarana, pertanian dan perikanan, perdagangan, pelancongan, pembangunan sumber manusia dan perkhidmatan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua saya mengenang kembali pembatalan Pelabuhan Bebas Cukai Pulau Pinang pada tahun 1969 oleh Kerajaan Persekutuan. Masih boleh terbayang kekecewaan para peniaga, pengusaha dan penduduk negeri ini pada zaman itu bagai air mata jatuh ke perut. Kelulusan SFZ Pulau Pinang oleh Kerajaan Persekutuan pada zaman sekarang adalah ibarat sirih pulang ke gagang buat negeri kita. Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi, ke mana tumpahnya rezeki kalau tidak ke negeri ini. Saya hendak ketengahkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pembentukan SFZ Johor telah disahkan dalam masa 275 hari pentadbiran Kerajaan Perpaduan Madani. Maka saya ingin menyeru Kerajaan Negeri untuk mengemukakan perencanaan tindakan berkala (dengan izin) action plan dalam kadar segera supaya kita dapat memantau perkembangan terkini usaha SFZ Pulau Pinang. Selaku Kerajaan Negeri yang cekap saya mengesyorkan bahawa sewajarnya gagasan ini boleh terlaksana dalam masa yang sama. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perkara kedua yang hendak saya bangkitkan adalah satu rencana Kerajaan yang sangat penting untuk seluruh warga Air Itam. Perkara ini adalah berkenaan prasarana pengangkutan Jalan Pintasan Air Itam - Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di bawah Pakej 2 Komponen Jalan Utama dan laluan ketiga BLRT. Untuk makluman, Pihak Berkuasa Negeri telah mengadakan mesyuarat kemajuan bulanan secara berkala yang diuruskan oleh Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. (PIC) dengan tujuan memantau perjalanan kemajuan projek. Berdasarkan maklumat terkini, pembangunan prasarana tersebut telah selesai 44.32 peratus. Terdapat lima (5) butiran utama yang diteliti dalam mesyuarat tersebut iaitu pengambilan tanah, kawalan mutu dan pematuhan kerja, pengurusan alam sekitar, keselamatan tapak dan pengawasan lalu lintas. Terdapat dua perkara mendesak berhubung pengurusan alam sekitar yang telah diketengahkan oleh penduduk berhampiran tapak pembinaan. Pertama, adalah berhubung air lumpur dan kelodak yang mengalir ke jalan sewaktu hujan seperti yang telah disebut oleh Yang di-Pertua Negeri berkenaan iklim tengkujuh. Berdasarkan laporan tinjauan cuaca yang disiarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 31 Oktober, jangkaan jumlah hujan Pulau Pinang pada bulan November dianggarkan berada pada tahap purata sebanyak 190 hingga 290 milimeter. Oleh yang demikian, saya memohon Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. dengan segera upayakan pasukan penyelenggara untuk sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi memastikan langkah-langkah dan kawalan hakisan dan kelodak seperti perangkap kelodak, pagar lumpur dan waste thru dengan izin, terurus pada musim tengkujuh ini agar kejadian air lumpur melimpah ke kawasan perumahan dan membanjiri jalan raya dapat dihindari. Perkara berhubung dengan pengurusan alam sekitar yang kedua adalah pengawasan bunyi. Untuk makluman, pemantauan yang dijalankan pada dua waktu iaitu siang dan malam. Takat bunyi yang dibenarkan dengan izin, equivalent continuous sound pressure level adalah 65 decibel pada waktu siang dan 60 decibel pada waktu malam. Ada gangguan bunyi diterima dari penduduk berhampiran juga yang terletak di tapak pembinaan seksyen dua. Bacaan pengawasan bunyi terkini di kawasan tersebut adalah 60 decibel pada waktu malam. Oleh kerana bacaan decibel tersebut mencecah tepat pada tahap garis yang dibenarkan, pihak pembinaan perlu

memberi perhatian yang berat kepada masalah ini dalam melaksanakan kawalan yang sewajarnya supaya kejadian kacau ganggu dikurangkan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Jalan Pintasan Air Itam - Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang sedang dibina merupakan projek prasarana terbesar di kawasan Parlimen Bukit Gelugor. Ia merangkumi DUN Paya Terubong, Air Itam dan Seri Delima. Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas kemudahan ini. Lebuh raya tersebut dijadualkan siap pada 31 Januari 2025 ia ini bermaksud dalam masa 14 bulan lagi pengguna jalan raya akan menikmati perjalanan yang lebih lancar dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu. Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus yang telah disiap dibina pada 2022, Januari 2022 menyambungkan Bukit Jambul dan Balik Pulau ke Paya Terubong. Namun kesalinghubungan jalan ini terputus di antara dua (2) lebuh raya utama yang menghubungkan daerah Barat Daya ke Timur Laut iaitu jalan Pintasan Air Itam dan Lebuhraya Bukit Kukus. Selaku lebuh raya tertinggi di negara. Ini kerana bahagian kedua dan ketiga Lebuhraya Bukit Kukus di Paya Terubong yang bakal bertemu di Air Itam adalah melalui jajaran tanah pembangunan dua (2) syarikat pemaju pembangunan swasta. Oleh yang demikian, pembinaan lebuh raya tersebut ditanggung oleh kedua-dua pemaju sebagai syarat terikat untuk pembangunan hartanah mereka. Menurut laporan Buletin Mutiara pada 16 Februari 2022, lebuhraya ini yang dipertanggungjawabkan kepada PLB Lands Sdn. Bhd. dan Geo Valley Sdn. Bhd. telah mencapai kemajuan kira-kira 20 peratus dan dijangka siap pada tahun 2025 juga. Akan tetapi sehingga hari ini sejauh mana pelaksanaan pembinaan tersebut masih menjadi tanda tanya. Kerajaan Negeri perlu memastikan pihak pemaju swasta tersebut menyiapkan bahagian kedua dan ketiga Lebuh Raya Bukit Kukus supaya Paya Terubong mengikut takwim ketersambungan pengangkutan jalan di pulau ini lengkap dan lancar. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perkara ketiga adalah keterjaminan bekalan air terawat negeri. Pada tahun ini sahaja,dalam masa sesingkat tiga (3) bulan kita telah dihantui gangguan bekalan air secara besar-besaran sebanyak dua (2) kali. Sekali pada 14 Mei dan sekali lagi pada 29 September lalu. Dari 1 Januari hingga ke hari ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang iaitu PBAPP telah mengutuskan sebanyak 1,122 notis awam gangguan bekalan air di kawasan khususnya serata negeri. Gangguan ini berpunca dari paip bocor, kerja penyelenggaraan, naik taraf dan lain-lain. Paras air tidak berhasil (dengan izin), Non Revenue Water (NRW) Pulau Pinang adalah 23.6 peratus pada tahun 2021. Seawal tahun 2000 NRW adalah sebanyak dua puluh tiga perpuluhan tiga (23.3) peratus. Menurut arkib, jawapan kepada soalan Dewan Undangan Negeri pada tahun 2001, ketika itu, PBA menyasarkan pencapaian paras NRW lapan belas peratus menjelang tahun 2005 dan lima belas peratus menjelang tahun 2010. Maka untuk menjangkau matlamat tersebut, PBAPP telah memperuntukkan anggaran belanjawan tahunan lebih kurang RM10juta. Kita telah melangkaui tahun sasaran di mana kedudukan NRW pada hari ini. Apabila belanjawan tahun semasa 2023 disemak, Jabatan Kewangan Negeri di bawah butiran projek Pihak Berkuasa Air telah merencanakan dua (2) perbelanjaan projek mengurangkan NRW bernilai RM20juta dan RM24juta. Jumlah besar terkumpul adalah RM44juta di mana agihan berperingkat tahunan tergabung adalah sebanyak RM2.2juta pada tahun yang sama. Berdasarkan arkib jawapan DUN juga, jelas bahawa setelah usaha selama 23 tahun dari pentadbiran terdahulu hingga sekarang, kita bukan sahaja tergelincir daripada landasan sasaran asal NRW, bahkan NRW kian merosot sedikit demi sedikit. Bekalan air kini juga semakin tidak menentu dan tekanan air seringkali rendah. Contohnya sesetengah kawasan di Air Itam, kerap digalak ganggu tekanan air rendah malah bekalan terputus secara mengejut tanpa sebarang pemberitahuan awal daripada PBAPP. Gejala ini menyusahkan kehidupan harian. Pada masa yang sama, ia juga merugikan segenap lapisan perusahaan dari hulu ke hilir melangkaui perniagaan seperti kedai makanan, penjaja, rumah penginapan atau pun hotel, gedung membeli

belah, pusat asuhan kanak-kanak, bengkel, loji pembuatan dan kilang. Barangkali kita dipersalahkan permasalahan ini kepada perubahan iklim, bencana alam dan kejadian luar jangka. Namun hakikat yang ternyata adalah kesulitan kehidupan harian yang timbul tetap menyusahkan penduduk di Pulau Pinang. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya yakin ramai yang menerima berita bahawa Pulau Pinang bakal peroleh air terawat dari Perak. Seperti yang dilaporkan di Sinar Harian pada 14 November lalu. Namun saya terkedu apabila mendapati bahawa perancangan ini hanya akan terlaksana dalam tempoh masa 8 hingga 10 tahun, susulan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak. Bekalan air terawat dari Perak adalah jalan penyelesaian jangka masa panjang. Akan tetapi ia tidak mampu menyelesaikan kesulitan air di jangka masa dekat sekiranya berlaku kemarau dan kegagalan mengejut loji air PBAPP seperti kejadian pada Julai, 2022. Harga air yang bakal disalurkan oleh Negeri Perak juga menimbulkan persoalan, adakah tarif air akan kekal seperti mana sekarang iaitu harga yang berpatutan atau sebaliknya. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya menyarankan supaya penyelesaian jangka masa pendek perlu tersedia. Penyediaan penyelesaian jangka masa pendek apabila berdasarkan mampu berkembang menjadi penyelesaian jangka masa panjang. Masalah NRW perlu ditangani kerana ini mampu membasmi ketirisan hasil air terawat, mengurangkan kerugian kewangan PBAPP. Memastikan bekalan lancar dan tekanan air kekal mampan. Kita boleh mengambil pendekatan kerjasama PINTAR, pihak swasta dan awam (dengan izin), Smart Public And Private Partnership di mana pihak swasta melabur modal permulaan tanpa membebankan kewangan kita untuk selenggara, baik pulih, rombak rawat (dengan izin), maintenance, repair and overhaul paip – paip uzur dan loji PBAPP. Penjimatan hasil air dari pengurangan NRW boleh diagihkan sesama PBAPP dan pihak swasta sebagai pulangan. Dengan cara ini, kita menurunkan perbelanjaan awam dan menang mendapat manfaat dari kesepakatan tersebut. Pendek kata, cadangan kerjasama ini adalah bersandarkan kontrak berasaskan pencapaian prestasi (dengan izin), Performance Based Contract. Sebagai mana dihuraikan dalam Garis Panduan Perbendaharaan PVC yang berkuatkuasa 1 Julai 2022. PVC berperanan menentukan julat ganjaran dan remedi bagi setiap pencapaian prestasi sebenar syarikat swasta atau kontraktor sama ada berbentuk kewangan atau pun bukan kewangan. Maka saya memohon Kerajaan Negeri dan pihah berkuasa yang berkenaan untuk mengkaji dan utamakan untuk cadangan ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perkara keempat yang saya ingin adalah saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengendali makanan di dalam negeri Pulau Pinang atas penganugerahan terbaru yang diterima dalam panduan Michelin (dengan izin), Michelin Guide kepada dua belas (12) tempat makan di Pulau Pinang. KADUN Air Itam juga tidak ketinggalan dalam kejayaan ini apabila pengendali Nasi Itik di Astaka Pasar Air Itam adalah antara yang dinobatkan pengiktirafan tersebut. Difahamkan juga bahawa ini merupakan kali pertama yang mana gerai makanan di Astaka Majlis Bandaraya Pulau Pinang mendapat penganugerahan Michelin. Kini, Air Itam memiliki dua (2) tempat makan yang diiktiraf Michelin menjadikan Air Itam sebagai pusat pelancongan makanan dengan izin Food Tourism yang mesti dikunjungi. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pengiktirafan bertaraf antarabangsa seperti ini sukar untuk diperolehi. Ia juga bermaksud makanan tempatan kita bertaraf dunia. Oleh yang demikian, bagi memastikan kejayan kita berkekalan dan tidak telucut dari senarai Michelin, saya ingin mengangkat semula dasar melarang tukang masak asing (dengan izin), nya No Foreign Cook Policy bagi pengendali makanan yang menghidangkan makanan tempatan. Terdapat lima (5) matlamat utama dasar itu iaitu pertama, adalah untuk memastikan mutu dan kejituan (dengan izin), autenticity makanan tempatan terpelihara. Kedua, mengurangkan kebergantungan perniagaan makanan tempatan kepada tenaga kerja asing. Ketiga, membendung persaingan tenaga kerja asing dengan tenaga kerja tempatan dalam bidang

perniagaan makanan tempatan. Keempat, memelihara dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk tukang masak tempatan. Kelima, memastikan hanya pengusaha dan tukang masak tempatan mendapat manfaat dari pengiktirafan ini. Perkembangan dan kejayaan industri makanan tempatan di peringkat antarabangsa yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri. Maka saya mengesyorkan supaya pihak berkuasa yang berkenaan untuk upayakan dasar tersebut demi kepentingan rakyat tempatan. Dato’ Timblan Yang di-Pertua, perkara kelima adalah isu berkenaan kerja raya. Sukacita dilaporkan bahawa cadangan pembinaan laluan basikal di kawasan Air Itam telah siap. Perincian projek ini merangkumi pembinaan laluan basikal sepanjang satu perpuluhan sembilan kilometer di atas jajaran rizab Sungai Dondang, naik taraf laluan pejalan kaki sepanjang lapan (8) kilometer, naik taraf parit, pemasangan papan tanda dan logo basikal dan akhir sekali pemasangan ramp dan tangga untuk penunggang basikal melintas jalan. Projek ini melibatkan tender bernilai RM787.267.00 dan sebutharga bernilai RM 453,333.00. Jumlah besar terhimpun sebanyak RM1,240,600. Tiga (3) matlamat utama projek ini adalah pertama, memberi kemudahan matlamat, kemudahan selamat kepada pelajar untuk berbasikal ke sekolah. Ini melibatkan jajaran sepanjang enam belas sekolah di Air Itam. Kedua, menyediakan kemudahan bagi menggalakkan kegunaan basikal sebagai pengangkutan sifar jejak karbon. Ketiga, menggalakkan gaya hidup sihat beriadah dan bersukan. Saya merakamkan penghargaan kepada MBPP kerana berjaya melaksanakan projek ini dengan baik. Walaupun kemudahan awam ini siap di media mengikut jadual, akan tetapi kerja kita tidak bernoktah di sini. Seterusnya adalah hal-hal berhubung selenggaraan, (dengan izin), maintenance. Di sini saya ingin memohon Kerajaan Negeri untuk menyediakan dana yang mencukupi supaya kerja selenggaraan dapat dilaksanakan dari masa ke semasa. Dalam menyentuh perkara yang sama pada Sidang Dewan yang lepas iaitu pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua DUN Keempat Belas pada tahun 2019, saya telah membangkitkan soalan berkenaan penyediaan dana khas untuk setiap KADUN bagi penyelenggaraan awam yang berada di bawah bidang kuasa penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kerajaan Negeri menjawab bahawa peruntukan Kumpulan Wang Amanah MARRIS (dengan izin), Malaysia Road Record Information System yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan di salurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan jabatan-jabatan negeri bagi melaksanakan penyelenggaraan jalan-jalan negeri. Pada tahun 2018, sejumlah RM55 juta telah disalurkan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai dan RM20juta disalurkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Dalam hal ini, dukacita dimaklumkan bahawa dengan peralihan tiga (3) masa tiga (3) tahun, lazimnya haus dan lusuh (dengan izin), wear and tear tidak dapat dielakkan. Banyak jalan dan bahu jalan di kawasan Air Itam yang perlu dibaiki semula dan di naik taraf. Oleh yang demikian, saya mohon Kerajaan Perpaduan Madani Negeri untuk mendapatkan dana yang mencukupi dari Kerajaan Persekutuan bagi kerja naik taraf yang telah disebutkan tadi. Berdasarkan rekod yang lepas, saya menyeru supaya dana yang bakal diagihkan kali ini akan dibahagikan dengan lebih saksama antara kedua-dua PBT. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perkara terakhir iaitu perkara keenam yang hendak saya dibangkitkan adalah saya ingin merakamkan penghargaan kepada dan terima kasih kepada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri yang telah bertungkus lumus merealisasikan hasrat Penang2030. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Yayasan Islam Pulau Pinang telah melaksanakan Program Penting Pembangunan Insan di KADUN Air Itam iaitu Kelas Bimbingan Pulau Pinang mengajar yang membantu literasi dan neumerasi murid sekolah rendah di sekitar Air Itam. Saya juga berharap pihak Yayasan Islam Pulau Pinang dapat membuka kelas KAFA Menengah di KADUN Air Itam yang dijangka akan dapat membantu meningkatkan penghayatan agama kepada pelajar sekolah menengah. Untuk makluman Dewan, Kelas Bimbingan Pulau Pinang mengajar telah memberi manfaat kepada seramai lima puluh pelajar Islam di KADUN Air Itam setiap minggu setiap bulan. Kelas KAFA Menengah pula sekiranya dapat dilaksanakan pada

tahun depan, diunjurkan akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh (250) pelajar yang beragama Islam di KADUN Air Itam. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sesungguhnya selepas lima belas tahun kepimpinan kita di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah membawa perubahan dan pembaharuan berlandaskan gagasan pentadbiran yang cekap, yang cermat, dasar berterangkuman, tindakan yang cekap dan telus, rakyat Pulau Pinang kekal yakin bersama kita dan menyandarkan harapan masa hadapan kepada kita. Marilah kita sama-sama berganding bahu mengotakan janji dan memartabatkan mandat rakyat. Izinkan saya mengakhiri dengan serangkap pantun : Ombak Laut Besar Dan Kecil Tiram Mutiara Termakan Kail Negeri Maju Tanah Berhasil Pimpinan Jujur, Telus Dan Adil

Dato’ Timbalan Yang di-Ppertua, maka saya dengan ini menyokong ucapan perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelima Belas Negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Air Itam menepati masa.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Dato’ .. sini Dato’ Speaker. Saya Boleh tak saya minta mencelah, tadi tak sempat nak mencelah cuma sedikit sahaja boleh tak saya tambah

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ketawa

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Boleh

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Masa sudah habis.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Dah habis.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Sudah habis?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Nanti dibincang masa makan.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Tuan Speaker

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dipersilakan YB Pengkalan Kota

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul. Terima kasih ke atas Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang di Dewan yang mulia ini buat julung kali pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelima Belas ini. Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Deepavali kepada semua individu yang meraikannya dan semoga majlis perayaan Hari Deepavali yang bakal dianjurkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurnanya.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Visi Penang2030 yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah banyak berusaha dalam implimentasi kaedah pembayaran tanpa tunai. Sungguh pun dunia kita dilanda pandemik wabak COVID-19, sebelum itu Kerajaan Negeri Pakatan Harapan buat masa itu pun mengambil kesempatan perintah kawalan pergerakan untuk memperkasakan penggunaan pembayaran tanpa tunai. Antara inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri sewaktu pendemik, agensi-agensi pembayaran tanpa tunai diperkenalkan ke pasaran di negeri kita. Dan kerajaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana iaitu SME tetapi juga keperingkat akar umbi termasuk penjaja dan peniaga kecil di pasar-pasar awam dan tapak penjaja awam. Saya masih teringat dengan usaha-usaha Yang Berhormat Datuk Keramat di mana beliau seringkala mengadakan sidang media di pasar awam untuk mengalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai sepanjang tempoh pandemik. Akan tetapi dengan kadar pengunaan pembayaran tanpa tunai yang semakin tinggi kes jenayah penipuan pun melambung dan menurut satu kajian selidik yang dijalankan oleh UTAR, UiTM dan juga HPI iaitu Huayan Policy Institute yang baru-baru diumumkan hampir 40 peratus daripada responden dengan kajian selidik tersebut pernah berdepan dengan percubaan penipuan seperti laporan yang telah diumumkan baru-baru sahaja buat petang semalam dan berdasarkan maklumat pihak PDRM rekod amount penipuan yang terlibat oleh rakyat negeri Pulau Pinang adalah pernah mencapai RM1juta ringgit dalam tempoh masa satu minggu sahaja. Data-data ini menunjukkan jenayah penipuan kini adalah berada di tahap scamdemic menurut pakar di Pusat Penyelidikan Sosial dan Polisi Universiti. Penipuan melalui pembayaran tanpa tunai bukan saja disebabkan ketamakan seseorang kerana ia berlaku di mana-mana sahaja, termasuk pembelian harian seperti membeli makanan di atas talian dan tanpa mengira seseorang individu itu daripada kategori T20 atau pun B40. Mungkin antara kita yang berada dalam Dewan yang mulia ini pun pernah berdepan dengan percubaan penipuan. Sungguh pun kawalan ke atas kes jenayah penipuan ini adalah di bawah Kerajaan Persekutuan dan pihak PDRM namun kita sebagai Kerajaan Negeri yang

menuju ke arah sebuah negeri pintar, saya berpendapat bahawa Kerajaan Negeri ada tanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran orang awam supaya orang awam tersedar dan mahir dalam penggunaan teknologi yang terkini iaitu pembayaran tanpa tunai. Selaras dengan visi Penang2030 Negeri Pintar Berteraskan Keluarga, saya bercadang supaya lebih banyak tumpuan dan usaha dapat ditaruhkan kepada untuk mempertingkatkan tahap penggunaan perantis elektronik ataupun pintar, pembayaran tanpa tunai, penempahan e-hailing dan lain-lain aplikasi teknologi. Golongan akar umbi yang tidak mengambil inisiatif untuk memakai aplikasi teknologi terkini sebahagian besar daripadanya adalah disebabkan mereka bimbang terperangkap atau pun tertipu oleh lubuk penipuan. Kelas-kelas ringkas boleh disediakan khususnya kepada golongan warga emas di mana mereka tidak tahu macam mana bermulanya pemakaian perantis pintar kerana anak-anak mereka sibuk keluar mencari rezeki kat luar dan tidak ada masa yang mencukupi untuk mengajar menunjuk ajar kepada mereka supaya macam mana kita boleh pakai dan ikut dengan aplikasi teknologi yang terkini. Satu kes di mana saya nak menarik perhatian adalah sepasangan warga emas gagal membeli makanan di restoran fastfood kerana mereka tidak tahu macam mana nak memakai kios penempahan restoran elektronik tersebut di restoran tersebut ini merupakan kes yang amat kesian. Dan jenayah penipuan pasti akan menggugat kestabilan ekonomi dan memperlahankan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas pelaksanaan pembayaran tanpa tunai dan menuju ke arah negeri pintar. Kita harus mengambil langkah proaktif dalam membanteras jenayah penipuan dengan mempertingkatkan kesedaran rakyat Pulau Pinang yang kita semua kasihi. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, ingin saya menyentuh tentang isu penuaan penduduk di Negeri Pulau Pinang ini juga. Seperti kita sedia maklum melalui ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Negeri Pulau Pinang akan mempunyai populasi penuaan tertinggi antara negeri-negeri lain menjelang tahun 2040. Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus memberi fokus terhadap isu penuaan ini dan mengamalkan lagi banyak dasar penuaan aktif kepada golongan warga emas kita dan sebelum ini kita memang ada Program Penghargaan kepada warga emas melalui program I-Sejahtera iaitu memberi sumbangan wang sebanyak RM100 ringgit kepada golongan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas dan program ini telah pun disambut baik oleh kalangan rakyat negeri Pulau Pinang dan juga nilai insentif tersebut juga dinaikkan dari RM100 ringgit ke RM200 ringgit. Terdapat banyak kes di mana warga emas bergelandangan di luar khususnya di KOMTAR dan Tokong Kuan Yin atau pun di atas jalan raya. Punca utama bukan sebab mereka tidak mempunyai kediaman sendiri. Kebanyakan antara mereka mempunyai keluarga dan juga rumah cuma mereka lebih suka untuk bergelandangan di luar berjumpa dengan kawan-kawan dan memenuhi masa harian mereka dengan aktiviti-aktiviti di luar rumah. Sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat menyediakan tempat yang bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti atau pun program yang sesuai atau pun digemari oleh golongan warga emas saya percaya bahawa mereka turut akan menyertai dan dimanfaatkan di bawah dasar penuaan aktif Kerajaan Negeri kita. Pusat Transit Gelandangan merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi mengatasi isu gelandangan di negeri kita. Di sini ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Sungai Pinang kerana berjaya mengoperasikan Pusat Transit Gelandangan yang terletak di KADUN Pengkalan Kota iaitu di persimpangan Jalan CY Choy dan juga Gat Jalan Magazine. Usaha-usaha Yang Berhormat Sungai Pinang dan juga Yang Berhormat Jawi atas menangani isu gelandangan di bas terminal KOMTAR telah menjadi satu teladan baik kepada saya sebagai ADUN baru di mana isu gelandangan ini dapat ditangani dalam masa yang singkat setelah pengoperasian Pusat Transit Gelandangan yang baru-baru ini bermula.

Kini Pusat Transit Gelandangan bukan sahaja memainkan peranan sebagai tempat penginapan kepada mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi ia juga telah menjadikan satu tempat penemuan kepada golongan warga emas untuk bertemu, bergaul mesra dengan kawan-kawan mereka di bawah satu bumbung. Ramai antara penduduk-penduduk di KADUN Pengkalan Kota telah melawat ke Pusat Transit Gelandangan untuk berselera dengan makanan yang sedap yang disediakan oleh pengusaha Pusat Transit Gelandangan dan mereka bertemu dengan kawan-kawan mereka dari masa ke masa. Golongan warga emas memerlukan ruangan, memerlukan topik, hobi dan penemanan untuk memenuhi masa harian, dengan adanya setinggi-tinggi 40 peratus daripada keseluruhan pengundi di KADUN Pengkalan Kota yang merupakan golongan warga emas. Saya menyeru supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat menyediakan lagi ruangan-ruangan sebegini dan juga menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti permainan catur, bowling padang ataupun dikenali sebagai lawn bowling (dengan izin), sesi karaoke, kelas-kelas yang ringkas, sesi karaoke yang sihat untuk keluarga, kelas-kelas yang ringkas seperti penggunaan peranti elektronik dan transaksi pembayaran tanpa tunai yang seperti saya sebut tadi dan sebagainya untuk meningkatkan kehidupan yang sihat dan berkualiti kepada golongan warga emas dan di samping itu kita boleh mempromosikan penuaan aktif di negeri kita. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, pembangunan infrastruktur pejalan kaki walkability dan accesssibility (dengan izin), adalah mustahak di negeri Pulau Pinang bagi memupuk tabiat yang baik untuk berjalan kaki dan kurangkan jejak karbon, saya merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah banyak berusaha mempertingkatkan tahap infrastruktur pejalan kaki selama 15 tahun ini. Walau bagaimanapun, terdapatnya ruang penambahbaikan lagi yang boleh dilaksanakan demi kebaikan rakyat Negeri Pulau Pinang. Kebanyakan rumah kedai di negeri Pulau Pinang mempunyai kaki lima yang bertujuan sebagai laluan pejalan kaki berbumbung bagi membenarkan orang awam berjalan di atas kaki lima tanpa khuatiri dengan cuaca panas atau pun cuaca hujan, namun ada banyak antaranya susah diakses dengan sebab ketidakrataan laluan kaki tersebut antara setiap premis. Pejalan kaki harus berwaspada terhadap tahap jalan ataupun road level (dengan izin), yang berlainan ketinggiannya antara premis dan ia juga menjadikan satu masalah kepada warga berkerusi roda atau pun pelancong dengan bagasi mereka kerana tidak dapat akses melalui kaki lima berbumbung tersebut dan harus terpaksa berjalan di atas jalanraya. Keadaan ini disebabkan setiap premis mempunyai reka bentuk tersendiri berdasarkan kehendak pemilik buat masa dulu. Saya berpendapat bahawa sekiranya ke semua kaki lima khususnya di tapak warisan dunia UNESCO George Town dapat diselaraskan dengan ketinggiannya ataupun membina tanjakan antara kaki lima yang berlainan ketinggiannya maka jumlah panjang laluan pejalan kaki yang mampu di jalan atau pun walkable (dengan izin), di negeri kita pasti akan mencapai satu tahap baru. Usaha ini tidak melibatkan sejumlah bajet yang besar dan Kerajaan Negeri juga boleh mempertimbangkan untuk memberi insentif kepada pemilik-pemilik atau pun pengusaha-pengusaha yang premis yang sudi menjayakan projek tersebut bersama dengan Kerajaan. (dengan izin), Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua this is a low hanging fruit jadi ini bukan saja boleh mendatangkan keselesaan antara pejalan kaki dan warga berkerusi roda tetapi ia juga turut akan menjadi satu kejayaan dan tonggak pencapaian kepada Negeri Pulau Pinang kita dalam pembangunan infrastuktur pejalan kaki. Saya mengambil masalah yang dihadapi oleh KADUN di Pengkalan Kota sebagai satu contoh. Selain daripada apa yang saya sebut tadi di mana golongan warga emas berjalan kaki melawat ke Pusat Transit Gelandangan, golongan warga emas ini suri rumah dan penduduk-penduduk di sekitar kawasan Gat Lebuh Macallum juga berjalan kaki merentas komuniti ke Pasar Lebuh Cecil ke Jalan C.Y. Choy, Sungai Pinang, Pengkalan Weld, Lebuh Pantai atau pun sebaliknya. Mereka berbuat begitu kerana demi kehidupan harian termasuk mereka yang nak menghantar kanak-kanak pergi ke sekolah atau pun kelas bimbingan. Kalau kita lihat, antara

tempat-tempat yang saya sebut tadi merupakan komuniti-komuniti yang berlainan tetapi sebenarnya mereka menghubungkan antara sesama lain connecting to each other the community (dengan izin). Jadi, antara semua ini tidak disambungkan melalui infrastruktur yang memenuhi keperluan bagi mereka yang berjalan kaki atau pun menunggang basikal. Sekiranya tempat-tempat yang tersebut tadi dapat disambungkan dengan wujudnya laluan penjalan kaki atau pun laluan basikal yang berbumbung atau pun dengan lintasan lampu isyarat pejalan kaki yang selamat, saya yakin ramai penduduk sekawasan terutamanya golongan warga emas, pelajar-pelajar dapat dimanfaatkan kerana laluan berbumbung itu dapat mengatasi masalah cuaca panas atau pun hujan seperti di bandar Kuala Lumpur, di Singapura dan juga di Bukit Tambun seperti YB. Bukit Tambun yang sebut tadi. Bukan sahaja inisiatif pembangunan laluan berbumbung ini akan mendapatkan sambutan baik daripada rakyat Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga dapat mengalakkan lagi ramai orang untuk berjalan kaki, menunggang basikal dari satu tempat ke tempat lain tanpa kenderaan bermotor dan ini dapat mengurangkan emisi karbon ke persekitaran sekiranya ia diimplimentasi ke seluruh Negeri Pulau Pinang dengan projek perintis bermula dari KADUN yang paling kecil di negeri kita iaitu KADUN Pengkalan Kota. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, saya menjunjung saranan Tuan Yang Terutama di mana kita harus peka terhadap perubahan cuaca terkini. Saya faham Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan sebelum ini telah membiayai peruntukan sebanyak RM400 juta ringgit bagi melaksanakan projek tebatan banjir demi menambahbaikkan isu banjir di beberapa kawasan, ada sesetengah pihak yang seringkala mengkritikkan Kerajaan Negeri bahawa 15 tahun yang selama ini Pakatan Harapan memerintah Negeri Pulau Pinang langsung tidak membuat apa-apa saja untuk membangunkan negeri kita, betulkah kenyataan ini? Adakah ini kisah-kisah yang benar? Saya rasa tidak, sebab projek tebatan banjir dengan jumlah kos melebih RM400 juta ringgit ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Harapan yang berjaya menambahbaikkan kawasan-kawasan hotspot banjir, konsep retention pond (dengan izin), telah banyak membantu untuk mengatasi masalah banjir khususnya di kawasan perumahan seperti Jalan Lim Eow Thoon seperti di persimpangan Jalan Van Praagh dan peparitan monsun yang dinaiktaraf dalam beberapa tahun ini juga banyak membantu dalam mengatasi isu banjir di sekitar George Town. Syabas Kerajaan Negeri Pulau Pinang. (Ahli-ahli Dewan menepuk meja) Namun isu kenaikan paras air laut yang disebabkan olek krisis iklim telah menjadi semakin serius. Menurut pertubuhan Meteorologi Sedunia, paras air laut mencatat rekod tertinggi pada tahun 2022 dan dua kali ganda berbanding tempoh sebelum ini yang membawa kepada jumlah peningkatan lebih 10 sentimeter sejak awal 1990-an berdasarkan penjelasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disebabkan oleh pemanasan global. Isu kenaikan paras air laut ini telah mendatangkan ancaman terhadap kehidupan penduduk yang berdekatan dengan persisiran pantai. Negeri kita mempunyai persisiran pantai yang panjang tanpa mengira di sebelah Pulau atau pun di sebelah Seberang. Ayuh bersama-sama kita sediakan payung sebelum hujan. Kerajaan Negeri harus menelitikan isu kenaikan paras air laut yang diakibatkan krisis iklim terkini, memperkasakan lagi inisiatif penghijauan melalui Agenda Hijau Pulau Pinang 2030 yang sedia ada dan memperkenalkan cara-cara negeri kita mengatasi masalah kenaikan paras air laut ini juga. Dan pada waktu yang sama, ingin saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini di mana di bawah KADUN Pengkalan Kota khususnya di hujung Gat Lebuh Macallum, tempat letak kereta Pangsapuri Pelangi, tanah tambun Lebuhraya Merdeka, sekitar Clan Jetties di Pengkalan Weld, menghadapi isu banjir berkala akibat pemasangan air laut. Pemasangan air laut yang berjadual bulanan telah membanjiri tapak-tapak berdekatan dengan pesisiran pantai seperti saya sebut tadi di KADUN Pengkalan Kota,

sungguhpun tidak berhujan. Saya rasa keadaan ini berlaku di Seberang juga. Di sekitar Taman Inderawasih dan kawasan industri Perai, disebabkan berdekatan dengan Sungai Perai juga. Dan air laut bertakung di atas jalan raya, dan telah memasuki ke bangunan rumah, bangunan kedai dan juga kilang-kilang. Ia mengakibatkan pelepasan air ke laut tidak dapat terjadi dan mengakibatkan sistem perparitan yang sedia ada gagal berfungsi. Apa yang khuatiri adalah isu kenaikan paras air laut dengan kadar yang mendadak ini akan mengakibatkan keadaan isu banjir berkala di pesisiran pantai ini menjadi lebih teruk lagi. Saya merayu kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengambil berat terharap isu banjir berkala yang kerap berlaku di KADUN Pengkalan Kota dan mengambil langkah sama ada menaikkan ketinggian paras tanah di tapak tersebut, mendirikan penghadang air laut atau memasang valve perparitan kerlipan sehala ataupun dikenali sebagai non return flap valve at drainage (dengan izin), bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kawasan selama ini. Untuk makluman semua, high tide adalah 2.8 meter lebih kurang tetapi SOP yang sedia ada adalah untuk tanah, paras tanah kita hanyalah lebih kurang 2.4 atau pun 2.5 meter sahaja. Jadi ada satu gap yang besar sekiranya high tide berlaku, maka isu banjir akibatkan pemasangan paras air laut tadi yang saya sebut itu, akan terjadi. Dan Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Negeri Pulau Pinang bukan sahaja terkenal dengan makanan. Negeri kita juga terkenal dengan keinsanan yang baik. Ini kerana masyarakat kita yang inklusif dan harmoni sungguhpun kita daripada latar belakang yang berlain, warna kulit yang berlainan, tetapi ini tidak membezakan kita daripada menggelarkan diri sebagai Anak Pulau Pinang. Kerajaan Negeri turut menubuhkan Pusat Harmoni Pulau Pinang atau pun dikenali sebagai HARMONICO sejak tahun 2021 bagi menyelaraskan segala urusan rumah ibadat bukan Islam dan melaksanakan pelan dan dasar bagi mempromosikan masyarakat yang inklusif dan harmoni di negeri kita. HARMONICO telah memainkan peranan secara aktif dalam penyelarasan isu-isu RIBI dan seringkala menjadi titik rujukan kepada semua organisasi rumah ibadat bukan Islam. Di Negeri Pulau Pinang, ada banyak rumah ibadat bukan Islam tidak mempunyai satu tapak yang dimiliki oleh persatuan atau pun organisasi mereka diri sendiri. Kebanyakan RIBI ini ditubuhkan di tapak sewaan, di dalam rumah, di kampung atau pun mana-mana tempat saja tanpa jaminan ataupun perlindungan daripada satu alamat tetap. RIBI-RIBI ini menghadapi masalah di mana mereka harus mencari tapak RIBI supaya organisasi mereka dapat dikekalkan di sesuatu tapak buat selama-lamanya tanpa khuatiri dengan perintah pindah oleh pemilik bangunan sewaan masing-masing. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menetapkan dasar tapak RIBI dan telah pun menawarkan tapak RIBI yang tersedia kepada RIBI-RIBI di dalam negeri kita. Akan tetapi, terdapat banyak RIBI yang memohon tapak tersebut tetapi sehingga kini masih tidak dapat ditawarkan mana-mana tapak RIBI lagi. Dan permintaan yang tinggi ini harus diteliti oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana banyak lagi organisasi RIBI tengah diarahkan untuk mengosongkan tapak mereka oleh pemilik-pemilik persendirian yang disewa oleh mereka. Sebagai contoh, di KADUN Pengkalan Kota, sungguhpun kawasan DUN ini adalah bersaiz paling kecil tetapi di sini terdapat beratus-ratus tokong atau pun kuil saiz besar dan kecil. Sejak bulan Ogos sehingga kini, lebih kurang 10 pihak RIBI telah saya bertemu dan antara perbincangan tersebut adalah berkenaan dengan pencarian tapak RIBI baru untuk ditempatkan semula dan untuk tokong-tokong atau pun kuil-kuil tersebut. Seperti kita sedia maklum, tanah di negeri kita adalah terhad. Jarang kita dapat mencari tanah kosong untuk ditawarkan sebagai tapak RIBI. Jadi saya merayu kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menetapkan dasar baru bagi menangani isu ketidakcukupan tapak RIBI bagi menampung permintaan yang tinggi di negeri kita. Kalau kita lihat, terdapatnya bangunan-bangunan yang dikosongkan atau usang selama ini dan telah mendatangkan kacau ganggu kepada persekitaran dan juga penduduk-penduduk sekawasan. Izinkan saya bercadang kepada

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya boleh untuk mempertimbangkan kebolehlaksanaan melalui pengambilan tanah atau pun mekanisma yang lain untuk mewujudkan tapak RIBI baru kepada mereka yang memerlukannya, termasuk kedai-kedai usang atau pun tanah komersial. Kita seharusnya mengiktirafkan dan membenarkan RIBI dikendali di tanah komersial ataupun di rumah kedai memandangkan negeri kita menghadapi kekurangan tanah yang diwartakan sebagai tapak RIBI. Jadi untuk saya gulung, akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua wakil rakyat yang memenangi kerusi di Pilihanraya Negeri yang baru-baru ini tanpa mengira parti politik dan semoga Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat mempertahankan hak asasi rakyat negeri Pulau Pinang, bersuara di Dewan yang mulia ini demi rakyat dan juga pengundi-pengundi masing-masing, bersama-sama kita memberi fokus pada penggubalan dasar-dasar yang memanfaatkan kesemua pihak bagi memastikan kestabilan politik dan perkembangan ekonomi negeri ini dapat diteruskan demi kebaikan seluruh warga Negeri Pulau Pinang seperti saranan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dalam ucapan perasmian beliau. Dengan ini, saya memohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Pengkalan Kota. Walaupun bertubuh kecil tetapi berjiwa besar, saya amat tertarik dengan perbahasan yang amat lancar sekali. Terima kasih. Dijemput Telok Ayer Tawar.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang saya hormati Dato’ Timbalan Speaker. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan untuk berucap dalam Sidang Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kali Kelima Belas pada hari ini. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penggundi KADUN N.06 Telok Ayer Tawar yang telah memberi kepercayaan untuk menjadikan saya wakil rakyat mereka di Dewan yang mulia ini. Insya-Allah, saya akan menunaikan amanah ini dengan sebaik mungkin untuk memastikan kepentingan warga KADUN N.06 Telok Ayer Tawar sentiasa terjamin. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, EXCO-EXCO Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Ucapan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dalam istiadat perasmian Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri tempohari cukup dekat di hati saya. Dengan beberapa isu yang telah disentuh oleh Tuan Yang Terutama Tun, sebahagian besarnya adalah berhubung kepentingan dan kebajikan rakyat Negeri Pulau Pinang yang dikasihi. Jelas di sini, peri pentingnya kedudukan Tuan Yang Terutama Tun dan Toh Puan untuk terus memayungi negeri tercinta kita ini. Dalam usaha kita untuk membangunkan negeri kita, kita jangan lupa soal tanggungjawab bersama kita semua terhadap kebaikan dan kepentingan manusia sejagat. Tuan Yang Terutama Tun dalam ucapan perasmiannya telah menyentuh sedikit sebanyak tentang keperihatin yang dilalui oleh saudara-saudara kita di Semenanjung Gaza, terutamanya golongan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa yang terbunuh akibat konflik dan peperangan yang berterusan. Di sini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang telah melancarkan Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin pada 9 Oktober 2023 yang mana telah berjaya mengumpulkan sumbangan orang ramai sebanyak RM1.22 juta. Alhamdulillah, sumbangan ini telah pun disampaikan kepada Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia tempoh hari. Atas usaha ini,

saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih. Semoga sedikit sebanyak sumbangan ini dapat membantu meringankan musibah yang terpaksa dihadapi saudara-saudara kita di sana. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam pada itu, kita juga tidak terlepas dari menunaikan tanggungjawab kita pada rakyat negeri kita. Dalam ucapan perasmian tempohari, Tuan Yang Terutama Tun telah menyentuhkan soal Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang telah melaporkan peningkatan ketara dalam pelaburan berkaitan sektor pembuatan di Negeri Pulau Pinang yang telah meningkat dari 12.4 peratus pada tahun 2021 ke 15.9 peratus pada tahun 2022. Sudah tentu, sebagai seorang rakyat Pulau Pinang saya menyambut baik perkara ini. Namun adalah juga tanggungjawab saya di Dewan yang mulia ini untuk memastikan supaya peluang pekerjaan yang dijana melalui peningkatan dalam pelaburan ini adalah untuk manfaat rakyat negeri tercinta kita ini. Dengan pelaburan sebanyak RM13.7 billion yang diluluskan pada tahun 2022 melibatkan 135 projek dalam sektor pembuatan yang dijangka untuk menjana sebanyak 15,727 peluang pekerjaan baharu. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan sebahagian besar peluang-peluang ini untuk dinikmati oleh warga Pulau Pinang. Misalnya di kawasan saya sendiri, terdapat ramai anak-anak muda yang masih belum mempunyai pekerjaan yang tetap malah terpaksa menyertai sektor ekonomi gig untuk memastikan mereka dapat teruskan kehidupan seharian mereka. Saya berharap Kerajaan Negeri akan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap perkara ini. Ini penting untuk memastikan usaha Kerajaan Negeri pada hari ini untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai kuasa ekonomi yang penting di peringkat serantau bergerak seiring dengan usaha memartabatkan lagi kehidupan dan kebajikan warga Pulau Pinang yang tercinta. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Tuan Yang Terutama Tun dalam ucapan beliau telah turut menyentuh akan perlunya untuk semua agensi dan jabatan untuk terus bersiap siaga bagi menghadapi fasa Monsun Timur Laut yang kini sedang berlangsung, iaitu bermula November 2023 sehingga Mac 2024. Saya menyokong penuh perkara ini dan memohon kepada Y.A.B. Ketua Menteri agar kesemua agensi dan jabatan yang berkait berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tertinggi untuk menjalankan tugasan mereka dengan sebaik mungkin dalam mendepani cabaran Monsun Timur Laut, selaras dengan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia yang menjangkakan negeri Pulau Pinang untuk menerima jumlah hujan bulanan pada julat purata di antara 190 milimeter hingga 290 milimeter pada bulan ini dan di antara 90 milimeter hingga 130 milimeter pada Disember 2023. Isu ini juga amat berkait rapat dengan cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan saya terutama di Taman Wira dan Bagan Belat yang terpaksa mengharungi banjir dari semasa ke semasa. Musibah banjir ini memberi kesan yang mendalam terhadap sebahagian besar penduduk di kawasan saya. Sehubungan dengan ini, saya memohon kepada Kerajaan Negeri supaya segerakan gerak kerja tebatan banjir di kawasan-kawasan yang dikenali sebagai red spot (dengan izin), agar rakyat tidak terpaksa berdepan lagi dengan isu-isu banjir yang berterusan. Saya menyambut baik gerak kerja agensi dan jabatan berkaitan untuk berada dalam tahap kesiap siagaan yang tertinggi, namun saya merasa tindakan ini adalah bersifat negatif dan bukannya positif. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat, saya memohon agar langkah-langkah yang bersifat positif seperti projek tebatan banjir ataupun pembesaran longkang untuk dipermudahkan saluran-saluran air, di samping mengelakkan risiko banjir kilat akibat taburan hujan yang tinggi.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya menyambut baik kerjasama erat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang telah membantu sedikit sebanyak dalam mempercepatkan proses pelaksanaan projek-projek pembangunan demi kepentingan rakyat negeri tercinta kita ini.

Misalnya melalui Belanjawan 2024 yang dibentangkan tempoh hari, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM10 billion untuk melaksanakan projek LRT di Pulau Pinang ke Seberang Perai. Namun sedemikian, masih ada beberapa projek pembangunan infrastruktur yang saya terpandang perlu diberi perhatian sewajarnya. Misalnya, di kawasan saya sendiri pengguna terpaksa berdepan dengan kesesakan bermula dari Bagan Ajam lagi dengan adanya peningkatan dalam jumlah kenderaan persendirian. Malah, Bekas Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohamad Zain sendiri melalui satu laporan akhbar telah berkata bahawa sebanyak tujuh (7) jalan di negeri ini telah dikenal pasti sebagai kawasan yang sering sesak dan sering berlaku kemalangan pada awal tahun ini. Antaranya ialah Jalan Teluk Ayer Tawar, Jalan Bagan Luar, Jalan Persekutuan Perai, Jalan Kulim dan beberapa jalan lagi. Isu yang sama juga dihadapi oleh pengguna laluan Bagan Ajam - Bertam. Walaupun jarak laluan Ini kira-kira 11 kilometer sahaja, namun pengguna terpaksa berdepan dengan kesesakan, terutamanya pada waktu puncak yang berpanjangan sehingga 30 minit hingga 60 minit untuk mereka melepasi lebih kurang 11 kilometer. Atas kesedaran ini, saya memohon kepada Kerajaan Negeri agar tumpuan juga diberi kepada usaha untuk membesarkan jalan ini. Perkara ini penting untuk memastikan pembangunan infrastruktur awam bergerak seiring dengan pembangunan taraf kehidupan rakyat supaya rakyat tidak terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. akhir sekali, saya ingin kemukakan satu lagi permohonan kepada Yang Berhormat Ketua Menteri sendiri agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memberi geran tanah kepada penduduk Kampung Tersusun di DUN Telok Ayer Tawar. Mereka telah duduk di situ begitu lama, hampir 50 tahun kerana pengambilan BORR, perjalanan dipersisiran pantai dipindahkan mereka ke sana dan ada setengah pindah ke Bagan Ajam. Maka mereka duduk di situ begitu lama dan mereka pun dah tuntut tamat permit. Mereka duduk lebih kurang lagi tinggal lapan (8) tahun dan saya minta pihak Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, rata-rata penduduk Kampung Tersusun ini sudah pun menginap sekian lama di sana, namun masih belum menerima geran mereka. Saya berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan yang prihatin akan memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap perkara ini. Di samping itu, saya juga ingin memohon kepada Yang Berhormat Ketua Menteri supaya Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan pembinaan lebih banyak rumah mampu milik untuk manfaat warga Pulau Pinang di DUN Telok Ayer Tawar. Mengambil perkara ini, di kawasan Telok Ayer Tawar, 70 peratus orang Melayu kebanyakan duduk di rumah sewa terutama nelayan-nelayan. Mereka menyewa rumah dan juga kebanyakan mereka duduk di tanah property yang telah dibeli oleh developer, developer, dulu-dulu hingga tok nenek mereka hingga sampai sekarang mereka duduk situ. Mungkin developer belum memajukan tanah itu. Maka mereka masih duduk. Ini saya bawakan usul ini agar Kerajaan Negeri agar membina rumah PPRT untuk mereka. Mengambil kira kos hidup yang semakin hari semakin meningkat, adalah penting untuk kita memastikan rakyat negeri tercinta kita ini, terutamanya golongan muda mempunyai aset yang lebih baik terhadap perumahan mampu milik. Untuk laporan terkini Knight Frank Asia Pacific yang telah diterbitkan baru ini, harga kediaman di Pulau Pinang didapati meningkat sebanyak 5.78 peratus dalam tempoh enam (6) bulan pada tahun ini berbanding dengan peningkatan sebanyak 0.34 percent sahaja di Kuala Lumpur. So, bermakna di Pulau Pinang lebih tinggi. Selaras dengan perkembangan ini, saya menyambut baik pengumuman Yang Berhormat Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada 23 Julai, 23 Jun (maaf) 2023, baru ini untuk membina 1,000 unit rumah menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) membabitkan peruntukan 200 juta Ringgit Malaysia.

Namun sedemikian projek PPR ini hanya akan dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri di Jelutong di bahagian Pulau manakala di Kepala Batas di bahagian Seberang Perai. Saya mohon pertimbangan Kerajaan Negeri agar kawasan-kawasan ini di pulau-pulau, di Pulau Pinang turut diberi perhatian yang sewajarnya dalam pelaksanaan projek ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup tirai, saya dikesempatan ini sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengundi saya di KADUN Telok Ayer Tawar yang telah memberi saya peluang untuk mengangkat suara mereka di Dewan yang mulia ini. Saya nak sentuh sikit Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apabila Tambun sahabat baik saya ini, dia kata kita ni saudara, tadi dalam ucapan saudara-saudara, sahabat, sepupu, saudara, sepupu-sepupu, saudara di atas ucapan Yang Berhormat Tambun, lain bapak lain mak, tapi satu Pulau Pinang dipimpin oleh Yang Berhormat Ketua Menteri. Walaupun di belah nuh kerajaan, di belah ni pembangkang tapi bila kita kata, kita saudara, kita sepupu, peruntukan, kita bagi sama banyaklah. Sudah dah kita kata kita adik-beradik, kalau kita bukan adik-beradik, tak apa, ambil 30 bagi 70 tapi bila kata saudara, sepupu, Yang Berhormat Ketua Menteri.

Y.A.B. Ketua Menteri: Haha, bagi sesuku.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Hahahaha. Itulah sedikit sebanyak yang saya sampaikan perbahasan pada kali ini. Insyaallah, saya akan terus menjadi suara mereka di peringkat tertinggi pentadbiran Negeri ini, untuk memastikan kebajikan dan kepentingan kesemua penduduk di Telok Ayer Tawar sentiasa terjamin. Dengan itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengakhiri ucapan gulung saya di Dewan ini dengan ucapan terima kasih. Saya mohon menyokong. Sekian Wabillahitaufik Wassalamualaikum Warahmatullah.

.Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Telok Ayer Tawar. Dan seterusnya Machang Bubuk dipersilakan, 3.10 pm ya. Dua (2) minit. Are you ready? Baru cari? Bagan Dalam ready? Kita bagi laluan Bagan Dalam, boleh? Silakan.

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Salam sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Inbame Sulgha Ellorum Valghe dan Salam Perpaduan kepada semua (dengan izin). Dato’ Timbalan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan buat pertama kalinya di Dewan yang mulia ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang Ke-15 pada 17 November 2023. Semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Toh Puan senantiasa dalam keadaan yang sihat walafiat agar dapat terus memimpin negeri Pulau Pinang ke landasan yang lebih maju, makmur dan sejahtera untuk rakyat.

Tuan Yang Terutama Tun telah merasmikan Pembukaan Dewan Undangan Negeri untuk memulakan persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15 yang bersejarah ini selepas menyaksikan jajaran baru politik negara, iaitu Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15, turut diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin negeri kita yang tercinta. Ianya memastikan pemerintahan Kerajaan Persekutuan dan Negeri berjaya disatukan sekali lagi di bawah satu gabungan kepartian yang baru kali ini.

Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk di kawasan Bagan Dalam terutamanya kerana telah memilih saya sebagai ADUN kawasan tersebut. Saya akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan sebaiknya. Saya juga ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang yang ke-15, Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow atas kejayaan beliau memimpin jentera Kerajaan Perpaduan untuk memenangi PRN Ke-15 dan mengekalkan jawatan beliau untuk terus memimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk penggal kedua. Saya masih ingat dengan jelas lagi mengenai kempen “Penang Try Kalih” oleh pihak pembangkang dan Pengerusi Perikatan Nasional yang mengatakan bahawa mereka boleh merampas tampuk kepimpinan Negeri Pulau Pinang semasa Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang pada Jun yang lepas. Hakikatnya, mereka hanya berangan-angan kerana kita telah berjaya untuk mengekalkan majoriti dua pertiga di Negeri Pulau Pinang dengan memenangi 29 kerusi dan lebih 66.5 peratus daripada undi majoriti walaupun peratus keluar mengundi yang lebih rendah. Angka ini hampir sama dengan PRN-14 di mana Pakatan Harapan telah meraih sebanyak 67.2 peratus dan menandakan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan tidak sesekali terhakis. Dengan kemenangan ini, saya yakin Negeri Pulau Pinang akan dibangunkan dengan lebih pesat dan lebih mampan demi kemakmuran rakyat Pulau Pinang. Ayuh semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang mulia ini, marilah kita mengamalkan politik khidmat. Dari rakyat kita dipilih, dan kembali ke rakyatlah harus kita berkhidmat. Kita harus pastikan pilihan rakyat kita betul dengan mempamerkan prestasi yang lebih baik daripada sebelum ini. Dato' Timbalan Speaker, tahniah juga atas pelantikan Dato' Timbalan Speaker untuk penggal yang pertama. Saya yakin pengurusan Dewan Undangan Negeri telah mempamerkan banyak kemajuan di bawah pimpinan Dato' Yang di-Pertua, dan juga Dato’ Timbalan Speaker yang baru akan terus ditambah baik sebagai simbol demokrasi yang terunggul dan institusi tertinggi dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Hari Jumaat yang lepas, dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun, beliau berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat memberi keutamaan kepada Negeri Pulau Pinang mengenai pembangunan infrastruktur dan dana peruntukan tambahan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan warga emas di negeri ini. Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia telah menunjukkan bahawa Pulau Pinang akan mempunyai peratusan tertinggi penduduk berumur 60 tahun ke atas di Malaysia menjelang tahun 2040, meningkat dengan mendadak daripada 14.87 peratus pada 2020. Sebagai persediaan untuk ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) telah memeterai perkongsian awam-swasta selama tiga tahun dengan Malaysia Healthy Aging Society (MHAS) untuk memperkenalkan Projek Bandar Mesra Warga Emas (dengan izin), Age-Friendly City Project. Projek ini akan menggunakan garis panduan WHO dalam melaksanakan, memantau dan melaporkan pelan tindakan projek tersebut. Matlamat utama projek ini adalah untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar mesra warga emas

dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan penduduk dari semua peringkat umur dan kemampuan. Pendekatan bandar mesra warga emas tidak akan dapat dicapai tanpa penglibatan orang awam dan kerjasama dengan komuniti tempatan, khususnya kumpulan umur yang disasarkan. Penilaian asas akan dijalankan untuk meneroka keramahan bandar kita kepada warga emas mengikut lapan domain di bawah Rangka Kerja Bandar Mesra Warga Emas Global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Data yang dikumpul kemudiannya akan digunakan untuk melibatkan pihak berkepentingan yang berkaitan melalui platform yang sesuai. Tujuan menyertai rangkaian Global Bandar dan Komuniti Mesra Warga Emas adalah untuk membolehkan kita berkongsi dan bertukar maklumat untuk penghasilan projek Bandar Mesra Warga Emas dengan lebih baik serta perkongsian amalan yang berjaya dan berkesan. Dato’ Timbalan Speaker, daripada tinjauan saya, bandaraya Ipoh telah menyertai inisiatif ini semenjak tahun 2019. Kita sebenarnya telah banyak ke belakang dan perlu memperkasa inisiatif ini supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi penuaan negeri kita dalam masa lebih kurang 10 tahun lagi. Lebih dikesali, projek yang saya sebutkan tadi, tidak melibatkan Seberang Perai yang mempunyai bilangan penduduk yang jauh lebih tinggi berbanding dengan bahagian Pulau. Saya menggesa YB. Sungai Pinang, YB. Jawi dan YB. Padang Lalang untuk segera mendalami isu ini dan mengambil tindakan pantas untuk memastikan Seberang Perai tidak ketinggalan dalam inisiatif ini. Kita hendakkan semua warga emas kita di bahagian Pulau dan juga Seberang Perai dalam menikmati tahap hidup yang lebih selamat, selesa, sihat dan aktif. Inisiatif-inisiatif seperti saringan kesihatan warga emas, klinik warga emas dan sebagainya boleh diperkasa demi memfokuskan kepada kehidupan dan kesihatan yang berkualiti serta berupaya mempromosi penuaan sihat dalam kalangan warga emas di negeri ini. Dato’ Timbalan Speaker, dalam ucapan perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Ke-15, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ada menyebut tentang gelombang berita palsu. Tuan Yang Terutama Tun telah mengingatkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab agar tidak menyebarkan maklumat atau melemparkan tuduhan dan kritikan tidak berasas terhadap Kerajaan Negeri, khususnya tanpa sebarang usul periksa yang kukuh dan jelas. Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan tuduhan liar dari Yang Berhormat Ahli Parlimen Kepala Batas semasa beliau berkempen untuk PRK Kemaman. Beliau telah menyatakan bahawa Lim Kuan Yew, Lim Kit Siang dan Chin Peng adalah sepupu. Beliau juga mendakwa bahawa Lim Guan Eng, mempunyai hubungan persaudaraan dengan Chin Peng, Lim Kuan Yew, Anthony Loke, Teresa Kok, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham…(gangguan).

Muhammad Fauzi Bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Perkara ini adalah perkara yang sudah pun berada di mahkamah…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sebentar, sebentar. Pembangkang. Ketua Pembangkang. Sekejap, untuk bangun…(gangguan).

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Umum diketahui, nama keluarga kaum Cina banyak menceritakan tentang asal usul keluarga, corak penghijrahan dan sejarah suku-suku kaum Cina. Kejahilan dan pengetahuan

Yang Berhormat Ahli Parlimen Kepala Batas yang cetek tentang masyarakat Cina telah menimbulkan persoalan mengenai kelayakan beliau untuk menjadi wakil rakyat sorry, Ahli Parlimen kepada rakyat Kepala Batas yang mempunyai lebih kurang 15% atau 12,000 pengundi kaum Cina. Dakwaan serius Yang Berhormat Ahli Parlimen Kepala Batas bahawa Yang Berhormat Air Putih mempunyai tali persaudaraan dengan mendiang Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), adalah amat menjijikkan dan semata-mata untuk merosakkan reputasi beliau. Fitnah dan kata-kata provokasinya harus diambil tindakan tegas oleh pihak polis…. (gangguan)......Yang Berhormat Ahli Parlimen Kepala Batas juga….(gangguan),

Muhammad Fauzi Bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Mohon mencelah. Apa yang dicakap adalah berdasarkan pada buku ni. Ni lambang apa? (gangguan)...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya minta dua-dua untuk duduk. (Gangguan)... Saya minta satu orang sahaja bercakap. Okay, sekarang ni floor adalah Bagan Dalam. Sila duduk, sila duduk. (Gangguan)...

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Ini menunjukkan Sungai Dua juga percaya kepada apa fakta yang dibawa…(Gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ketua Pembangkang, sila duduk. Batu Lancang sila duduk. Bagi bertenang. Bagan Dalam sekarang….(Gangguan)

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Timbalan Speaker, saya hendak mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada Yang Berhormat Pinang Tunggal dan Yang Berhormat Penaga sama ada mereka bersetuju dengan Yang Berhormat Ahli Parlimen Kepala Batas dan menyokong beliau dalam isu ini? Adakah motif beliau memfitnah dan mengheret Yang Berhormat……(tidak jelas)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Dalam, Bagan Dalam Standing Order. Saya telah dimaklumkan bahawa untuk dibawa ke mahkamah….(Gangguan)

Azmi Bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang Berhormat Bagan, boleh tak isu ini kita tidak bawa ke dalam Dewan yang mulia ini. Benda ini telah dibawa ke mahkamah akan bawa ke mahkamah kita minta lebih baik…(Gangguan), hari dalam Dewan biar kita bercakap benda-benda yang berfaedah untuk negeri Pulau Pinang tak payah kita bawa isu-isu orang lain… (Gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Duduk, duduk. Okey, Bagan Dalam tolong sikit. Tolong sikit yang ni bukan mahkamah atau pun…(Gangguan)

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Saya berharap rakyat kita jangan menjadi golongan yang lebih cenderung mempercayai berita palsu atau tidak tepat serta berlumba-lumba untuk menjadi johan bagi menularkan berita-berita sedemikian. Gelombang berita palsu ini bukan sahaja mampu mengganggu gugat kestabilan ekonomi negeri ini, malah turut menghakis keamanan dan keharmonian rakyat. Kita tidak hendak melihat keadaan di mana nanti O Peng, Teh Peng, Milo Peng dan Ham Chin Peng, pun semua akan menjadi saudara mara kepada Chin Peng. Silap-silap nanti, YB Jelutong pun bakal digelar dua pupu kepada Chin Peng. So, kita tak mau perkara ini berulang….(gangguaan). Bagi saya habiskan dulu. Dato’ Timbalan Speaker, urbanisasi dapat memberikan kesan yang signifikan terhadap pengusiran displacement, dengan izin komuniti berpendapatan rendah. Berikut adalah beberapa kesan utama urbanisasi yang mungkin mengakibatkan pengusiran komuniti berpendapatan rendah. Satu, kenaikan kos sara hidup. Urbanisasi sering dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup, terutamanya kos perumahan. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan peningkatan sewa atau harga rumah, yang mungkin terlalu tinggi untuk komuniti berpendapatan rendah. Yang kedua, pengambilan tanah untuk pembinaan semula. Pembangunan bandar yang pesat boleh membawa kepada pengambilan tanah oleh pihak berkepentingan untuk pembinaan semula kawasan tersebut. Komuniti berpendapatan rendah mungkin terpaksa berpindah kerana tanah mereka diperlukan untuk projek-projek pembangunan yang lebih besar atau infrastruktur seperti jalan raya. Pengusiran mungkin menyebabkan ketidaksetaraan akses kepada perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, dan kemudahan awam. Komuniti berpendapatan rendah yang terpaksa dipindahkan mungkin menghadapi kesukaran untuk mencari tempat berteduh baru mengikut kemampuan kewangan mereka dan berhampiran dengan perkhidmatan penting. Pengusiran juga boleh membawa kepada kehilangan keperibadian dan ikatan komuniti yang telah dibina selama bertahun-tahun. Komuniti berpendapatan rendah sering kali mempunyai hubungan yang rapat, dan pengusiran boleh memecahbelahkan hubungan ini. Yang lagi satu ialah gentrifikasi. Gentrifikasi di mana kawasan yang dahulu dihuni oleh komuniti berpendapatan rendah mengalami peningkatan harga hartanah dan perubahan sosio ekonomi, dapat menyebabkan pengusiran secara tidak langsung kerana komuniti berpendapatan rendah tidak mampu lagi mengekalkan kehidupan di kawasan tersebut. Dato' Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, hal ini sedang berlaku di KADUN Bagan Dalam di mana pemaju perumahan menindas penduduk-penduduk kampung dengan mengarah penduduk dipindahkan tanpa memberikan cadangan pemindahan dan pampasan yang setimpal. Hal ini adalah tidak wajar dan memerlukan tindakan dasar yang tegas di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pengurusan urbanisasi yang berkesan perlu mengimbangi kepentingan pembangunan dan menjaga keperluan komuniti berpendapatan rendah. Inisiatif untuk menyediakan perumahan kos rendah atau mampu milik, meningkatkan akses kepada perkhidmatan asas serta melibatkan komuniti dalam proses pembangunan boleh membantu mengurangkan kesan displacement, (dengan izin), dan memastikan bahawa urbanisasi berlaku secara inklusif.

Selain itu, Kerajaan Negeri perlulah mewujudkan mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan Rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah tidak disewakan terutamanya kepada warga asing. Hal ini kerana ia menjejaskan peluang warga tempatan yang kurang berkemampuan untuk mendiami rumah kos rendah atau sederhana tersebut. Pembangunan kawasan-kawasan luar bandar amatlah diperlukan, tetapi pada masa yang sama haruslah dipastikan bahawa hak pemilikan rumah warga tempatan turut terpelihara. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri seharusnya berkemampuan bagi menjalankan aktiviti pembasmian sewaan rumah-rumah kos rendah atau sederhana rendah kepada warga asing dan menyita rumah-rumah berkenaan dan menyerahkannya kembali kepada warga Pulau Pinang yang layak. Dalam hal ini, saya mengalu-alukan kenyataan Yang Berhormat Perai pada 5 Oktober di akhbar Sinar Harian yang menyatakan bahawa beliau tidak membenarkan Rumah Mampu Milik (RMM), kos rendah dan sederhana disewakan sama ada kepada warga asing atau tempatan. Sesungguhnya, tindakan drastik ini akan mengembalikan rumah-rumah tersebut kepada warga Pulau Pinang yang lebih berkeperluan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Perai, apakah anggaran peratusan Rumah Mampu Milik (RMM), kos rendah dan sederhana yang disewakan sama ada kepada warga asing atau tempatan? Apa rancangan jangka masa pendek dan panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan kita dapat membendung fenomena yang tidak sihat ini? Hak pemilikan rumah merupakan hak asasi yang perlu dilihat dengan teliti oleh Kerajaan Negeri agar kesejahteraan warga Pulau Pinang akan terpelihara di samping meningkatkan taraf hidup masyarakat. Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh tentang isu pengangkutan dan trafik. Pulau Pinang merupakan hab pengangkutan wilayah utara seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Fizikal. Oleh yang demikian, isu penguraian trafik di Seberang Perai terutamanya Bagan Dalam, hendaklah diselesaikan bagi memastikan Penang Sentral mampu menjadi hab pengangkutan awam yang efektif dan berkesan buat Negeri Pulau Pinang serta wilayah utara jika dibangunkan mengikut perancangan asal. Setiap kali, saya melalui Butterworth, Butterworth Outer Ring Road (BORR) (dengan izin), saya akan berasa sedih kerana telah lama fasa-fasa pembangunan Penang Sentral terbengkalai. Saya berharap, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada isu dalam penggal ini juga. Untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas, beberapa cadangan seperti berikut perlu dipertimbangkan: i. Sistem Pengangkutan Awam yang Berkesan: Meningkatkan rangkaian pengangkutan awam, menyediakan perkhidmatan yang lebih kerap dan menyeluruh boleh merangsang penggunaan pengangkutan awam. Tumpuan harus diberikan kepada ketepatan masa dan kekerapan pengangkutan awam serta ekosistem last mile connectivity, (dengan izin), yang lebih kondusif; ii. Pengurangan Penggunaan Kenderaan Peribadi: Kerajaan harus mendorong perkongsian kenderaan dan mewujudkan sistem yang lebih berkesan seperti parkir percuma di lokasi strategik untuk mengelakkan mengelapkan, (sorry) menggalakkan inisiatif ini; iii. Pembangunan Infrastruktur: Meningkatkan dan menyelaraskan infrastruktur jalan raya, termasuk menaiktaraf lebuh raya, mewujudkan jalan alternatif, dan sistem pengurusan trafik pintar; iv. Penyelarasan Masa Bekerja:

Mempromosikan fleksibiliti masa bekerja dan penggunaan teknologi untuk mengurangkan keperluan untuk bergerak pada waktu puncak. Inisiatif Bekerja Dari Rumah yang begitu popular semasa pandemik COVID-19 juga boleh diperkasakan; v. Pendidikan Awam: Kesedaran akan impak kesesakan dan pendidikan awam mengenai modaliti pengangkutan alternatif perlu dipertingkatkan; dan vi. Penggunaan Teknologi: Pemantauan teknologi seperti Aplikasi Lalu Lintas Pintar dan Sistem Pengurusan Trafik Pintar boleh membantu menyebarkan maklumat dan mengurangkan kesesakan.

Kombinasi pelbagai pendekatan ini, boleh membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan. Selain itu, jajaran LRT seharusnya disambung terus ke Penang Sentral selaras dengan peranan Penang Sentral sebagai Hab Pengangkutan Wilayah Utara. Adalah diharapkan, Kerajaan Negeri mampu mengkaji semula dan mengutamakan Penang Sentral dalam melaksanakan Penang Transport Master Plan terutamanya Projek LRT yang bakal memulakan pembinaan pada tahun 2024. Perkhidmatan Feri Warisan atau feri yang boleh membawa kereta adalah wajar untuk dikembalikan. Hal ini kerana selama lebih 30 tahun, warga Pulau Pinang telah biasa dengan perjalanan menggunakan feri tersebut sama ada ke bahagian Pulau Pinang atau ke Seberang Perai. Dengan ketiadaan feri yang mampu membawa kereta, aliran trafik semakin meningkat di jajaran Sungai Dua sehingga ke Jambatan Pulau Pinang. Hal ini semakin menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan warga Pulau Pinang, terutamanya apabila musim perayaan atau cuti umum. Kemasukan kenderaan ke Negeri Pulau Pinang meningkat 50 peratus menjelang hari cuti. Tanpa sistem pengangkutan alternatif, hal ini menyusahkan rakyat tempatan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan Kerajaan Negeri dapat memberikan cadangan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan agar mengembalikan semula perkhidmatan feri tersebut di Pulau Pinang. Satu lagi mod pengangkutan awam yang mampu memberikan anjakan kepada Negeri Pulau Pinang adalah Water Taxi. Seberang Perai, khususnya mempunyai beberapa batang sungai utama yang mampu memberikan penyelesaian kepada isu pengangkutan awam di Pulau Pinang. Kaedah pengunaan Water Taxi haruslah dilihat semula dengan kajian terperinci untuk pelaksanaan segera di beberapa lokasi strategik yang dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan efektif. Kajian yang terperinci serta kerjasama awam dan swasta diperlukan bagi memacu industri Water Taxi di Pulau Pinang. Sekaligus, memangkin visi Penang2030 iaitu Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Yang Pintar dan Mesra Alam yang memberi tumpuan kepada nilai kekeluargaan untuk menjadi sumber inspirasi negara. Dato’ Timbalan Speaker, untuk makluman, kalau tak silap hari ini adalah hari yang ke 100 saya terpilih sebagai ADUN Bagan Dalam. Banyak telah saya pelajari setakat ini, dan saya akan kongsikan pencapaian saya sepanjang 100 hari ini dalam masa terdekat di sosial

media. Beberapa perkara yang telah saya kongsikan tadi, adalah demi kepentingan rakyat Bagan Dalam secara khususnya dan Negeri Pulau Pinang secara amnya. Saya akhiri ucapan sulung saya ini dengan ucapan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Dalam nak bagi laluan ka?

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Kepimpinan parti….(gangguan).

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tadi janji nak bagi sebelum berhenti.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Yang juga semua yang telah menyokong sepanjang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Dalam.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Termasuk keluarga saya.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Mencelah. Mencelah. Mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sila.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Ya. Sebab Yang Berhormat sebut tadi. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam dan terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Tu tadi Yang Berapit sebut tadi ya. Nak buat baru ni, tengok ni. Nak berdiri payah ni. (ketawa). Okay, saya kurang pasti apa keperluan Yang Berhormat Bagan Dalam untuk mengutarakan isu YB. Parlimen Kepala Batas. Sebab perkara ini telahpun saya terang dua tiga kali telahpun buat laporan polis. Dan Ahli Parlimen Kepala Batas telahpun dipanggil ke Bukit Aman untuk siasatan. Dan pihak PAS Pulau Pinang sendiri telah jelaskan untuk PAS Pusat untuk uruskan benda ni. Jadi, kita tengok saranan Tun sendiri dalam ucapan perasmian tu, dia nasihatkan kita kerja dalam satu pasukan.

Jadi, di Dewan yang mulia menyaksikan sendiri tadi ni. Keluar isu ni, semua nak bangkit. Tentulah kita semua ada kita punya stand sendiri. Tu rugilah kalau kita buang masa benda-benda yang begini. Betui tak betui. Jadi, yang kedua ni Yang Berhormat Bagan Dalam, same goes to you bila sebut “Mimpi Di Siang Hari”. Tagline kita “Penang Try Kalih”, kita faham. Demografi Pulau Pinang ni tak sama yang lain. Hakikatnya dalam PRU 15 baru ni, kita kena terima hakikat gelombang-gelombang yang disebut oleh Ahli Parlimen Bagan gelombang hijau, dia gelombang. Sebenarnya gelombang yang hakikat ni gelombang orang Melayulah. So, di Penang ni, satunya negeri yang seat dia majoriti bukan Melayu, kita tak sebut kalih. Kita sebut try kalih. Jadi apa kewajaran untuk sebut di Dewan tentang kita “Mimpi Di Siang Hari”. Jadi saya rasa, saya minta tarik baliklah. Jadi, tak bestlah ayat-ayat gini kita guna sesama kita.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey. Masa, masa terhad. Minta Pinang Tunggal, err Bagan Dalam tolong ada dua ni. Dua isu.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Boleh saya mencelah.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Ya, dipersilakan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Kan tadi Ketua Pembangkang telah pun membangkitkan bahawa isu ini adalah subjudis bahawa perkara ini telah pun dibawa ke masuk ke dalam mahkamah. Tetapi pada hakikatnya hanya laporan polis dibuat, siasatan dijalankan dan memang ada kenyataan bahawa surat peguam, notis tuntutan akan dikeluarkan. Namun perkara ini belum lagi sampai di mahkamah. Jadi, bila kita menyatakan bahawa perkara ini telah pun di sampai di mahkamah, ini boleh mengelirukan Dewan ini supaya perkara ini tidak boleh diperbahaskan. Yang kedua, saya nak ingin nak katakan saya amat bersetuju dengan apa yang dibawa oleh Bagan Dalam. Isunya bukan isu seolah-olah apa yang dinyatakan. Tetapi, niat sebalik statement itu dibawa adalah dilihat sebagai satu isu yang memainkan perkauman. Itu yang kita dalam Dewan yang mulia ini nak mempertahankan sebagai kita tak sokong politik perkauman. Kita tak sokong politik perpecahan. (Ahli Dewan menepuk meja). Kita nak jaga kemuliaan dan keharmonian kesemua pelbagai bangsa dan kaum di Pulau Pinang yang telah pun dinasihatkan oleh TYT Tun untuk kita pelihara dengan baik. Jadi, saya nak tanya balik kepada….(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Nak tanya sapa pula ni YB?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya nak tanya balik. Adakah pihak pembangkang menyokong politik berpecah belahan yang memainkan perkauman untuk mendapat sokongan pengundi. Itu yang saya nak tanya. Kalau statement itu tak benar, adakah kita akan terus untuk menyokong? Itu soalan saya.

Boleh saya mencelah untuk menjawab.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Floor, floor Bagan Dalam. Bagi celah?

Boleh bagi laluan sekejap.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Timbalan Speaker. Sekejap aah. Saya akan bagi laluan, bagi saya habiskan dulu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seminit ja.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Tujuan saya membawa isu ini kerana seperti yang dinasihatkan oleh TYT. Tun dalam ucapan beliau, gelombang berita palsu ini bukan saja di peringkat kebangsaan tapi di peringkat negeri juga. Ianya amat membahayakan dan tidak sihat. So, saya ingin tidak ingin perkara yang berlaku di Parlimen berlaku di Dewan Yang Mulia ini. Sebab itu saya membawa isu ni dan memberi satu penyedaran.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, clear. Saya faham.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Itu maksud saya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Membawa isu ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Then, ada. Next.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Okey.

Boleh beri laluan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sebelum habis.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Okey, sebelum habis ada satu lagi.

Laluan dulu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Laluan ke tak mau. Ataupun saya nak habiskan.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah.

Terima kasih pada Yang Berhormat Bagan Dalam. Saya lebih rindu mantan ADUN Bagan Dalam yang lepas. Satees. Selalu dia mencelah jika mana saya berbahas. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Terima kasih pada Dato’ Timbalan Speaker dan terima kasih juga pada rakan saya YB. Bukit Tengah. Dan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Bagan Dalam tadi dan sememangnya saya juga boleh bersetuju dengan Bukit Tengah. Kalau sekiranya kes ini ataupun isu yang melibatkan Ahli Parlimen Kepala Batas masih belum sampai perbicaraannya di mahkamah dan boleh kita perhalusi ataupun kita bahaskan dalam Dewan yang mulia ini, maka saya bersetuju. Dan saya juga bersetuju dengan Bagan Dalam atas isu maklumat ataupun berita palsu yang disebarluaskan yang semestinya diambil perhatian ataupun tindakan oleh Pihak Berkuasa. Saya sangat bersetuju. Dan apabila kita meneliti apa yang berlaku itu, dia berpunca daripada bahan kempen yang dilakukan oleh rakan kepada…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, saya rasa stop di sini.

Bahan kempen.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Stop.

So, kalau kita nak stop atau pun kita nak hentikan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Maklumat ataupun.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga. Masa, masa Bagan Dalam sudah habis.

Perlu didesak supaya ditarik balik., selagi mana tak didesak banyak ni. Kita baru bangkitkan satu isu tu. Banyak lagi ni.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Dalam PH dan seumpamanya kalau kita gunakan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga, Penaga.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Speaker.

Kempen.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Saya juga nak tau.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sekejap-sekejap. Bagi saya bercakaplah.

Berita palsu ni.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga, saya pun ada dalil juga. Nak bagi halalkan.

YB. Bertam, sepatutnya kena ambil perhatian dan kalau boleh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Buku Bahan Kempen yang mereka jadikan untuk menangi Pilihan Raya dalam PRU yang lepas.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey. Duduk, duduk. Okey. Saya, apa yang perlu kita faham isu yang dibawa oleh Bagan Dalam adalah untuk mengambil semangat kita membanteras, membantah berita palsu. Itu sahaja. Hal rujukan itu bukan hal kita. Kan, hal rujukan itu sepatutnya yang membuat berita palsu tulah yang bertanggungjawab. Okey. Jadi, saya ingat Bagan Dalam sebab rujukan itu bukanlah rujukan yang sohih ataupun payah cakaplah kan. Okay, bagi laluan tolong habiskan dah 3.40pm dah ni.

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Habaq menyokong saja.

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Saya ingin habiskan sedikit saja. Kalau isu ini dibawa oleh orang biasa, saya akan tidak memperbesarkan. Tetapi Ahli Parlimen Kepala Batas seorang yang memegang Ijazah Doktor Falsafah (PHD) sepatutnya haruslah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Cukup, cukup. Okey.

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Sumber-sumber yang beliau bawa.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey. Sila tamatkan. Sila tamatkan. Sila tamatkan dan menyokong.

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya tak dengar. Lagi sekali.

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Dengan ini saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bagan Dalam. Seterusnya. Mic.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tadi ada sedikit masalah teknikal.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Takpa, takpa. Kita faham.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

So, terima kasih atas memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul. Terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Saya berasa begitu tertarik dengan ucapan perasmian TYT. yang penuh dengan visi dan juga hikmah kerana ia telah memberi satu halatuju dan juga membina satu menggariskan cabaran-cabaran masa depan untuk Negeri Pulau Pinang ini. TYT. nak ingin menampak Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih bersih, hijau, selamat, sihat dan juga berdaya tahan. Nasihat TYT. kepada semua Ahli-Ahli Deaan termasuk juga melaksanakan core business kita. Core business kita adalah untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga kita perlu mengemukakan cara-cara penyelesaian yang bernas dan juga berkesan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat di Negeri Pulau Pinang ini. Dan bagi menjadikan Negeri Pulau Pinang sebuah negeri yang strategik dari segi pelaburan dan juga pembangunan ekonomi. Negeri Pulau Pinang nak jadi destinasi pelaburan dan juga dia perlu ada satu strategi dan juga inisiatif yang holistik, perlu diambil oleh Kerajaan Negeri. Antaranya perkara yang paling kritikal adalah paling asas dan juga kritikal adalah infrastruktur seperti yang jalan raya, rangkaian pengangkutan serta kemudahan logistik seperti lapangan kapal terbang antarabangsa perlu dinaik taraf agar kita dapat menampung keperluan semasa. Kita perlu membina lebih banyak critical infrastructure supaya kita dapat menyelesai atau menangani isu-isu keselamatan, kesesakan lalu lintas seperti yang telah dibincangkan diutarakan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat tadi iaitu bahagian Tol Juru sehingga Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara – Selatan. Tadi YB. Bukit Tambun nak memanjangkan lagi sampai ke Tol Jawi untuk supaya ada isu elevated highway ini memang perlu dibina supaya kita dapat menyediakan satu asas pembangunan yang lebih mampan lagi untuk pembangunan ekonomi pada masa akan datang dan projek ini saya memang mengharapkan Kerajaan Persekutuan

dapat memberikan peruntukan tersebut kepada Negeri Pulau Pinang supaya ia dapat dilaksanakan dalam masa yang secepat mungkin.

Dato’ Yang di-Pertua, antaranya isu dalam pembangunan infrastruktur ini salah satu cabaran besar adalah pengambilan balik tanah, kos pengambilan balik tanah yang tinggi dan disebabkan nilai tanah di Negeri Pulau Pinang ini juga meningkat dengan perkembangan masa. So maka ini adalah salah satu cabaran yang besar termasuk isu Jalan Kulim yang saya juga telah membangkitkan pada sesi-sesi yang lepas penggal yang lepas di mana Jalan Kulim tadi YB. Berapit juga ada sebut Jalan Kulim yang sudah lama tidak dilebarkan yang yang masih telah mengalami kesesakan lalu lintas yang begitu serius dan kedua-dua belah Jalan Kulim khasnya di Cherok Tok Kun di Machang Bubuk, Machang Manis tempat-tempat di kedua-dua belah Jalan Kulim ini sekarang juga ada rancangan untuk pembangunan yang akan datang. So sekiranya Jalan Kulim tidak dapat dilebarkan dan saya juga difahamkan kos untuk mengambil balik tanah itu juga memerlukan satu jumlah peruntukan yang besar. Maka saya berharap Jalan Kulim ini dapat diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan supaya ia dapat dilaksanakan bagi menangani isu kesesakan lalu lintas ini.

Antaranya cabaran yang kedua dalam pembinaan infrastruktur seperti jalan raya ini adalah pemetaan utiliti atau utility mapping. Ya, kita sentiasa berdepan dengan satu isu di mana apabila sesuatu projek pembangunan infrastruktur itu nak dijalankan kita akan berdepan dengan ada pengalihan utiliti yang mengambil masa dan juga kos yang tinggi. So sudah sampai masanya untuk Kerajaan Negeri dan juga pihak JKR untuk membuat maping utiliti-utiliti yang ada supaya kita boleh mengetahui bagaimana untuk mengelakkan semasa perancangan pembangunan infrastruktur kita boleh untuk mengelakkan proses mengambil masa yang begitu tinggi dalam pengalihan utiliti tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang memang memerlukan sistem pengangkutan yang moden dan canggih serta infrastruktur digital dalam era artificial intelligence yang untuk menyambungkan individu dan business-business dengan peluang yang ada. Dalam usaha menuju ke visi Penang2030 kita perlu memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dan juga pelaksanaan projek-projek critical infrastructure ini dapat disegerakan dan juga berkesan. Negeri pintar dan juga hab inovasi dalam ucapan TYT. yang juga menyentuh tentang mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat perlu dipertingkatkan dengan kerajaan perpaduan di negeri dan juga di peringkat Persekutuan yang telah diterajui oleh gabungan yang sama maka saya percaya bahawa banyak usaha dan program kerajaan dapat disalurkan kepada rakyat dengan lebih berkesan. Antaranya salah satu perkara yang telah dikemukakan oleh pihak Kerajaan Negeri iaitu inisiatif MyKADUN iaitu digital integrated service center yang telah di kemukakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Kita difahamkan memang MyKADUN ini satu aplikasi yang baru dan memang ia adalah satu perkara yang perlu dibangunkan supaya dilengkapi dengan pelbagai maklumat-maklumat yang diperlukan dalam kita membuat keputusan dalam kita memberikan bantuan yang lebih efektif kepada rakyat.

So dalam Pusat Khidmat ADUN-ADUN atau wakil rakyat kita selalu didatangi dengan pengundi atau penduduk yang datang untuk berjumpa atau untuk meminta bantuan tapi rekod yang kita ada yang kita kutip itu tidak di integrate secara langsung sebelum ini. So saya berharap dengan ada MyKADUN ini ia bukan sekadar untuk mengintegrasikan sistem eAduan, iSejahtera, ePintas atau eRumah tapi ia juga perlu mengintegrasi dengan sistem-sistem yang di bawah agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti PERKESO mereka ada MySynergy. Bagaimana kita boleh integrate dengan MySynergy itu ya, dan bukan sekadar itu kita juga perlu mengkaji dan juga memulakan bagaimana ia boleh juga kita mengguna pakai sistem Pengkalan Data Utama (PADU) yang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Persekutuan supaya maklumat-maklumat rakyat yang memang layak untuk mendapat bantuan. Kita di Pusat Khidmat Kerajaan Negeri juga boleh mendapat akses kepada maklumat-maklumat tersebut. So saya rasa cabaran MyKADUN itu amat

besar perlu meng-integrate kan semua saluran-saluran yang boleh kita memberi bantuan macam Sumbangan Tunai Rahmah yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Semua rakyat perlu pergi ke LHDN untuk memohon tapi ada masalah kebanyakkan mereka akan datang ke Pusat Khidmat. Kita di Pusat Khidmat tak dapat akses kepada sistem untuk permohonan STR ini.

So bagaimana kerajaan boleh Kerajaan Negeri boleh menyelaraskan perkara ini untuk memudahkan rakyat mana-mana yang sudah layak sepatutnya kita mengurangkan karenah birokrasi termasuk kita perlu mengambil kira tahap kecelikan IT di kalangan rakyat itu yang masih memerlukan bantuan dan juga bimbingan daripada pihak kerajaan. So saya mohon perkara ini boleh diambil berat dan juga dapat kita mengeluarkan satu app atau satu aplikasi yang boleh kita memudahkan Pusat Khidmat serta memudahkan rakyat untuk mendapatkan bantuan dan juga maklumat-maklumat yang diperlukan oleh mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi juga yang sudah tiba masanya untuk kita menjadikan negeri kita sebagai satu negeri yang resilience atau berdaya tahan. Dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun juga ada sebut tentang bersiap siaga untuk menghadapi peralihan Monsun Timur Laut. Saya difahamkan dan kita juga difahamkan bahawa Kerajaan Negeri juga ada menubuhkan Unit Pengurusan Bencana (UPB) yang telah ditubuhkan, I think beberapa tahun yang lepas dan saya ingin meminta supaya Unit Pengurusan Bencana ini amat penting dan bagaimana ia dapat menggemblengkan satu usaha yang untuk mengurus dan juga menyelaras segala aktiviti yang berkaitan dengan crises responses dan juga emergency punya pengurusan bencana ini. So kita perlu ada analyzing real time weather data, adakah kita ada sistem tersebut macam sistem Penang Alert dan juga aplikasi GeoBencana yang saya difahamkan akan diuruskan oleh Unit Pengurusan Bencana tapi sejauh manakah ia sudah dapat digunakan oleh kita dan juga oleh rakyat supaya mereka rakyat akan mendapat maklumat-maklumat yang sahih dan juga dapat membuat persiapan seperti untuk berdepan untuk kawasan-kawasan yang hotspot banjir, mereka boleh memastikan bahawa mereka bersiap sedia ya, dan adakah kita sudah memastikan semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ya di kawasan-kawasan hotspot ini sudah bersiap sedia untuk dilengkapi dengan pelbagai peralatan. Semua ini ya kita perlu memastikan bahawa Unit Pengurusan Bencana dapat menyelaraskan perkara-perkara ini bukan sekadar untuk di jabatan-jabatan yang berkaitan tetapi juga untuk menyiapsiagakan rakyat kita untuk berdepan dengan masalah ini.

Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas siapnya pembinaan Kolam Takungan Alma yang baru-baru ini YB. Tanjong Bunga telah merasmikan Kolam Takungan Alma yang saya rasa paling besar di Negeri Pulau Pinang lah. Jika bukan di Negeri Pulau Pinang pun paling besar di Seberang Perai Tengah dan memang Kolam Takungan Alma ini adalah idea dan cadangan semasa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menjadi EXCO tebatan banjir dan memang ini satu projek yang telah dinanti-nantikan dan ia juga melibatkan kos yang pengambilan balik tanah dan juga kos pembinaan yang tinggi. So saya rasa begitu gembira kerana saya mampu untuk melihat projek ini siap dan saya berharap projek ini dapat mempertingkatkan daya tahan komuniti kita serta keupayaan kita beradaptasi dalam climate change yang semakin mencabar.

So dengan itu saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru supaya pihak-pihak yang berkenaan MBSP, JPS untuk memastikan semua penyelenggaraan parit sungai semua perlu dilakukan dalam masa yang segera dan pastikan semua rumah-rumah pump berfungsi kolam takungan dapat berfungsi dengan tahap yang optimum. So, itu hasrat daripada saya. Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya ingin bawa di sini adalah tentang Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme. Dulu kita kata raw water, tadi kita juga dalam ucapan TYT. kita difahamkan ada satu perkembangan yang begitu menggalakkan selepas begitu lama ia dalam keadaan badlog. Idea ini dikemukakan sejak 2012, tapi itu hanya tinggal, hanya kekal sebagai satu konsep sahaja tapi belum dapat dilaksanakan atas faktor-faktor yang tertentu dan

saya begitu gembira kerana kita at least, kita ada some breakthrough di mana Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju untuk menjual air terawat. Air terawat itu, of course it will be more expensive than raw water. So soalan saya, soalan saya adalah, adakah kos air terawat itu akan diperbincangkan dan implikasi kewangan bukan sekadar untuk rakyat di Negeri Pulau Pinang tapi implikasi kewangan itu untuk masa sampai 2050. Berapa kos dia yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri atau rakyat Negeri Pulau Pinang ini dan saya nampak perjanjian ini akan begitu berimpak tinggi dan juga akan memberi kesan yang begitu besar kepada Negeri Pulau Pinang ini. So saya mohon supaya semua rundingan untuk perjanjian dengan Negeri Perak itu, boleh juga dimaklumkan dalam sidang DUN supaya semua wakil rakyat juga boleh mengetahui apa butir-butiran perjanjian tersebut dalam dari segi sebelum perjanjian tersebut dimeterai. So saya rasa ini penting kerana ini adalah perkara yang akan melibatkan masa depan negeri kita dan juga rakyat di Negeri Pulau Pinang ini. Dato’ Yang di-Pertua, soalan, bukan soalan, ancaman maklumat palsu terhadap demokrasi. Tadi kita Bagan Dalam juga ada menyebutkan tentang maklumat palsu atau berita palsu, saya rasa sudah tibanya masa kita untuk ada penggubalan undang-undang. Di Negeri Pulau Pinang kita ada Enakmen Kebebasan Maklumat yang telah juga boleh dikatakan negeri yang paling awalnya kita adakan Freedom of Information Act dalam Pulau Pinang ini. Tapi kita dalam kebebasan maklumat ini, kita juga perlu sekarang kita tau ada juganya berlaku banyak isu-isu sampai TYT. menggunakan istilah gelombang berita palsu, maksudnya tsunami. Gelombang, itu wave begitu hebatnya. So bagaimana kita dapat dari segi laws maker, how are we going to face these challenges selain daripada kita hanya sekadar tak boleh sebar maklumat palsu, tak pasti jangan sebar, jangan kongsi, itu saja, itu hanya satu saranan tapi apa tindakan yang boleh kita ambil sebagai sebuah kerajaan di negeri, bagaimana kita boleh menangani isu ini dengan lebih cekap dengan menggunakan kuasa-kuasa yang sedia ada supaya kita boleh mengawal keadaan ini. Menangani keadaan ini dan bagi saya, saya rasa jabatan dan juga agensi-agensi kerajaan khasnya di Negeri Pulau Pinang kita memang mengamalkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). So antaranya cara yang paling berkesan bagi saya untuk melawan gelombang berita palsu ini adalah dasar transparency. Rakyat boleh terpedaya kerana mereka tidak mendapat maklumat yang sahih. Mereka tidak dapat maklumat-maklumat yang benar maka adalah tanggungjawab bagi kerajaan untuk memastikan maklumat-maklumat yang sahih itu dapat disampaikan kepada penduduk dan juga rakyat yang di luar. Kita perlu lebih responsif, tak boleh satu isu sudah berlaku, kita tunggu 2-3 hari baru respond. Jika macam itu, itu sekarang social media hanya sekelip saja, satu klik saja sudah boleh seluruh dunia boleh tau. So bagaimana pentingnya bagi Kerajaan untuk come out with the responds? Supaya rakyat boleh tidak dikelirukan dan orang yang cuba mempermainkan, menyebarkan maklumat-maklumat tersebut juga tidak dapat membuat sedemikian. So saya mohon semua jabatan dan juga agensi-agensi kerajaan khasnya apabila berlakunya macam okey, ada orang kata macam JKR, kadang kala, dia kata jambatan itu sudah retak, bahaya. Ini jika sudah disebarkan dalam social media, pihak JKR kena keluar cepat come out with statement, tak boleh tunggu 2-3 hari. Macam ini, jika kita tunggu 2-3 hari, berita palsu itu akan disebar 2-3 harilah dan orang akan tertipu, terpedaya dengan itu. So we have to come out with very quick, responsive dan juga bagi maklumat-maklumat yang tepat. Selain daripada kita hanya panggil orang tak mau kongsi, ini susah kita nak kawal orang untuk sebarkan maklumat-maklumat palsu. Kesimpulannya, Dato’ Yang di-Pertua, kita nak membina Negeri Pulau Pinang untuk menjadi sebuah negeri yang berdaya tahan, yang dapat kita mampu untuk adapt, response dan juga recover daripada cabaran-cabaran seperti bencana, crisis, seperti apa yang berlaku apa sebelum ini, Pandemik COVID19. Saya ucapkan syabas dan tahniah kerana di bawah pimpinan Ketua Menteri, kita Negeri Pulau Pinang bangkit semula dengan begitu baik. Ekonomi negeri kita bangun dengan baik. Kita boleh dikatakan satu negeri yang boleh bangkit dengan prestasi

pencapaian ekonomi rakyat kesan pandemik itu tidak begitu besar terhadap rakyat di Negeri Pulau Pinang ini. So ini satu perkara yang perlu kita teruskan, kita tidak mampu mengawal cuaca, kita tidak dapat menjangka bila akan berlaku lagi pandemik yang akan datang, namun kita dapat bersiap sedia untuk membina negeri kita untuk minimize the impacts of, the negative impacts ke atas rakyat dan juga infrastruktur yang kita binakan itu. Saya memahami bahawa kejayaan sesuatu projek itu, kerajaan itu banyak bergantung kepada pelaksanaan dan yang teliti dan juga berkesan. Dengan tekad dan semangat yang bersatu, saya yakin negeri Pulau Pinang akan terus maju dan menjadi sebuah negeri yang berdaya tahan. Dengan itu, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Machang Bubuk. Dipersilakan Kebun Bunga.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Menjadi ADUN hampir 100 hari Kebun Bunga mohon perhatian diberi. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana berjaya dilantik sebagai Timbalan Speaker dan ucapan terima kasih saya juga kepada pimpinan daripada Parti Keadilan Rakyat terutama di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana telah memilih saya untuk menjadi calon di Kebun Bunga dan seterusnya menang dan menjadi wakil rakyat kepada penduduk di N.24 ini. Saya berharap seperti seruan TYT, saya mampu untuk menggalas tugas ini dan memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat dan juga pengundi di N.24 ini.

Dato’ Timbalan Speaker, krisis di Gaza adalah melangkaui agama dan bangsa. Isu yang utama sekarang ialah isu kemanusiaan. Di mana kanak-kanak dan wanita yang kurang mampu di Gaza tidak mendapat pembelaan dan juga khidmat kesihatan yang sepatutnya. Angka kematian semakin meningkat dan mencecah hampir 10,000. So saya menyahut seruan Tuan Yang Terutama Tun supaya satu penyampaian penyelesaian yang komprehensif dan tuntas dapat segera bagi menamatkan peperangan ini yang mengorbankan nyawa orang yang tidak berdosa.

Dato’ Timbalan Speaker, dalam tempoh satu bulan saya sebagai wakil rakyat, saya dikejutkan di Kebun Bunga terdapat empat kematian dalam rumah iaitu warga emas yang tinggal berseorangan. Saya rasa isu ini sangat sedih dan sangat serius kerana mereka meninggal dunia tanpa disedari dan hanya disedari selepas pegawai perumahan melawat ke rumah untuk membuat kutipan maintenance fee. So dalam kita menuju seperti yang diberitahu oleh rakan-rakan saya, isu penuaan pada tahun 2040, saya ingin bertanya apakah langkah yang lebih proaktif daripada Kerajaan Negeri bagi mengawal dan juga membendung isu-isu seperti ini tidak lagi berlaku. Saya difahamkan oleh Jabatan Kebajikan, terdapat beberapa program terutama Sukarelawan Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) tetapi saya difahamkan program ini kurang mendapat sambutan kerana insentif yang disediakan oleh pihak JKM adalah tidak tinggi iaitu hanya sekitar RM50.00 untuk satu bulan. So menjadi isu besar sukarelawan ini untuk berkunjung ke rumah-rumah orang tua ini. Dan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh JKM pun terlalu banyak sehingga 10 kriteria, penyediaan makanan, pembersihan diri, menjadi rakan bual, aktiviti riadah, bantu bayar bil elektrik, memberi latihan, so terlalu banyak dan ini telah menjadi satu cabaran kepada sukarelawan ini untuk terus berkhidmat dalam program KBDR (Sukarelawan Khidmat Bantu di Rumah) ini. So saya berharap JKM dan Kerajaan Negeri mengambil serius tentang

perkara ini supaya kita sudah tentu tidak mahu melihat warga asing yang berseorangan ini meninggal dunia dalam rumah tanpa disedari. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tadi saya tertarik dengan jawapan daripada YB. EXCO tentang PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas) tetapi sangat malang, Timur Laut masih tidak ada satu PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas). Semua daerah sudah ada tetapi Timur Laut masih belum ada. Kesukaran untuk penubuhan PAWE ini kerana ia perlu daftar dengan ROS. Ini menyebabkan mereka yang berminat untuk menubuhkan PAWE ini mempunyai sekatan dan cabaran sebab mereka perlu daftar dengan ROS. So saya berharap pertimbangan yang wajar daripada Kerajaan Negeri supaya jadikan PAWE ini seperti entiti MPPK, JPWK atau pun JPPP yang tidak perlu daftar dengan ROS. Walaupun saya tau pendaftaran dengan ROS ini adalah untuk menyenangkan penyaluran dana untuk aktiviti tetapi kalau MPKK kita boleh buat, saya rasa PAWE pun kita boleh buat dan untuk makluman, selepas saya berjumpa dengan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Timur Laut, saya menawarkan untuk mewujudkan satu PAWE di Padang Tembak dan saya berharap PAWE ini akan menjadi perintis supaya kita tidak perlu pendaftaran ROS diadakan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang kerana pada awal tahun ini telah berjaya laksanakan Projek Pembaharuan Semula Bandar (URC) di kawasan Mahsuri. Walau bagaimanapun, untuk makluman Dewan yang mulia ini, projek pembaharuan semula Mahsuri ini telah mengambil masa hampir 10 tahun untuk dilaksanakan. Walaupun dengan hanya 300 unit rumah sahaja untuk dipindahkan. 10 tahun kalau dibandingkan dengan Padang Tembak yang mempunyai 9 flat dengan 3,653 unit, kalau kita nak buat projek URC di Padang Tembak kalau mengikut garis masa di Mahsuri maksudnya kita perlu 100 tahun untuk melaksanakan projek ini. So saya berharap pertimbangan dan juga saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri bahawa boleh mengambil langkah yang lebih proaktif untuk mewujudkan RUU pembaharuan semula bandar seperti yang diadakan di Singapore. Pada 4 September yang lepas, Menteri KPKT telah umumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan mewujudkan akta pembaharuan semula bandar. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh mengambil langkah yang lebih awal supaya kita memastikan RUU ini adalah bersesuaian dengan persekitaran di Pulau Pinang sebab selalunya pertimbangan Kerajaan Persekutuan dalam projek pembaharuan bandar ataupun URC ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Selangor terutama Lembah Klang. So pada 10 tahun yang lepas Kerajaan Negeri telah mengadakan Enakmen anti Lompat Parti dan 10 tahun kemudian Kerajaan Persekutuan telah mengikut, so saya berharap Kerajaan Negeri dapat wujudkan RUU Pembaharuan Semula Bandar ini. Asasnya ialah saya telah meneliti guardline yang telah dipakai oleh Lembaga Perumahan Negeri. Untuk 1 projek URC ini dapat dijalankan kesemua penduduk ataupun ownership unit itu mereka perlu menandatangani untuk setuju. 300 unit kita telah ambil masa 10 tahun so untuk 3000 unit ini saya rasa itu satu cabaran yang besar untuk semua 3000 unit bersetuju dengan projek URC ini dan juga saya tidak membantah sesi penglibatan atau pun engagement LPNPP dengan penduduk tetapi sesi yang terlalu banyak ini akan melambatkan proses pelaksanaan projek URC dan juga kita tahu bahawa penduduk-penduduk memang akan mempunyai lebih banyak karenah so kita nak memenuhi semua tuntutan penduduk ini adalah mustahil. So saya berharap dengan adanya RUU Pembaharuan Semula Bandar ini kita dapat pastikan bahawa projek URC ini dapat dilaksanakan dengan lebih cepat sebab persekitaran ekosistem, persekitaran kehidupan ekosistem di Padang Tembak adalah tidak lagi sesuai dijadikan sebagai satu tempat untuk didiami cuba bayangkan daripada 3653 unit ini yang dibina pada tahun 1960 dengan keluasan-keluasan yang paling besar adalah 416 kaki persegi dan memanglah keluasan macam ini ia tidak hanya menimbulkan keadaan di rumah tetapi masalah-masalah sosial.

Saya bagi contoh, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan telah usahakan satu gelanggang basketball di sebelah blok A Padang Tembak. Tetapi yang malangnya selepas 1 minggu gelanggang basketball ini dibina, sekarang dengan apa pagar-pagar besi itu telah diroboh dan dijual oleh penduduk-penduduk di sana so secara taktiknya saya rasa Kerajaan Negeri perlu memandang serius kepada projek URC di Padang Tembak ini, saya tahu komitmen Kerajaan Negeri dalam projek URC di Taman Free School (1,128 unit), Flat Mak Mandin (820 unit), Taman Siakap SPT (120 unit). Keseluruhannya termasuk Padang Tembak adalah 6,021 unit tetapi saya pohon sangat Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian yang serius kepada projek-projek URC ini di Padang Tembak. Saya tahu dari segi struktur bangunan itu sebab ia menggunakan teknik German, negara German. Struktur bangunan memang tidak ada masalah tetapi secara persekitaran untuk kehidupan ini memang masalah besar di Padang Tembak. Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin mengalihkan ke isu kesesakan jalan di negeri ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah luluskan peruntukan 10 bilion untuk projek LRT. Saya percaya projek ini akan menjadi komponen yang penting dalam menyelesaikan isu kesesakan di jalan raya tetapi langkah Kerajaan Negeri juga ada penting bagi melengkapkan atau pun secara total kurangkan kesesakan lalu lintas. Langkah yang saya maksud ini bukanlah polisi-polisi yang besar tetapi mungkin kita boleh belajar daripada negara-negara jiran Thailand, seperti Thailand dan Indonesia iaitu kita kurangkan keberadaan kenderaan di atas jalan. Suka saya sarankan supaya Kerajaan Negeri melaksanakan ketentuan iaitu nombor plat ganjil dan genap yang boleh berada di jalan mengikut hari-hari tertentu ataupun parking-parking di petak-petak PBT supaya kita kurangkan keadaan kenderaan yang berada di jalan raya. Dato’ Yang di-Pertua, dalam isu kesesakan ini saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu (1) isu satu (1) pengumuman oleh PBT MBPP pada tahun 2018 iaitu untuk melaksanakan projek jalan bawah under pass di Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma. Projek ini diumum pada tahun 2018 dan Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut telah mulakan pengambilan tanah (land acquisition) yang telah berjaya semua tetapi saya dimaklumkan bahawa projek ini masih belum mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat, hampir 200 milion. Saya nak tanya kepada PBT MBPP, kenapa projek ini diumum sedangkan tidak mendapat peruntukan lagi dan pengambilan tanah telah dilakukan. Jawapan daripada MBPP adalah mereka akan memohon melalui Rancangan Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Tetapi projek ini telah diumum pada 2018 dan ini memberi harapan yang kosong kepada pengguna jalan raya. So pengguna jalan raya bertanya kepada saya terutama penduduk di Mount Eskrine bilakah jalan ini akan dilakukan. Saya rasa satu semak perlu diadakan prosedur untuk menyemak prosedur di pihak PBT supaya tidak mengumumkan projek yang belum lagi mendapat peruntukan dan dalam perkara ini pengambilan tanah telah dilakukan Dato’ Timbalan Speaker, so saya berharap PBT lebih sensitif terhadap isu-isu seperti ini dan tidak memberi harapan yang kosong kepada pengguna jalan raya.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Pulau Pinang sudah mempunyai ekosistem perindustrian yang lengkap dan sempurna selepas 50 tahun zaman perindustrian di Pulau Pinang. FDI yang masuk ke negeri ini pada tahun 2022 adalah sebanyak 9.7 bilion antara yang tertinggi pernah dicatat di negeri ini. Industri E&E dan semiconductor terus menjadi penjana utama kepada pencapaian ini dan saya rasa pencapaian pada tahun lepas mungkin sedikit sebanyak tempias daripada pergolakan geopolitik dunia terutama antara China dan US yang memberikan peluang kepada pelabur untuk melabur di negara seperti Malaysia. Minggu lepas di sidang APEC di San Francisco, kita telah melihat bahawa Presiden China dan US telah bertemu dan saya rasa keadaan tegang di antara kedua negara ini akan reda dan adakah saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, adakah ini akan memberi kesan kepada sektor perindustrian terutama FDI di Pulau Pinang dan apakah langkah yang Kerajaan Negeri akan ambil untuk memastikan bahawa

terutama SME di Pulau Pinang ini akan terus terlindung daripada kesan ini dan tidak sesekali menjejaskan ekosistem perindustrian di Pulau Pinang. Dato’ Timbalan Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada rakan dari Berapit kerana telah berbicara panjang mengenai sistem bas rapid di Pulau Pinang dan saya setuju dengan Berapit bahawa jajaran jalan yang bas rapid ini masuk tidak merangkumi kawasan-kawasan yang tertentu dan saya rasa ini mungkin disebabkan oleh bentuk muka bumi dan juga bas rapid yang terlalu besar untuk mereka masuk ke kawasan-kawasan tertentu. So adakah Kerajaan Negeri ataupun Rapid Penang akan mengenakan bas yang lebih kecil supaya boleh masuk ke kawasan-kawasan perumahan dengan mini bus ini supaya Rapid Penang dapat masuk ke kawasan-kawasan perumahan. Saya bangkitkan sebab saya mendapat beberapa cadangan daripada penduduk-penduduk di kawasan saya terutama Persiaran Halia yang menuntut supaya Rapid Penang masuk ke kawasan mereka dengan menggunakan bas yang lebih kecil.

Dato’ Timbalan Speaker, Taman Botani merupakan sebuah taman flora yang memelihara keunikan dan keindahan alam semula jadi di negara ini. Taman yang berusia 100 tahun ini adalah sangat penting kepada sebagai tempat rekreasi di negeri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan semua, pemeliharaan dan pemuliharaan lebih kurang 10,000 jenis tumbuhan di taman ini adalah bergantung sepenuhnya kepada dana daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kadang-kadang melalui permohonan Jabatan Taman Botani, mereka akan menyalurkan dana. So, dan saya difahamkan juga Jabatan Taman Botani ini tidak tergolong dalam mana-mana portfolio MMK. Soalan bertulis saya telah dijawab oleh EXCO portfolio Kerajaan Tempatan. So saya tidak pasti adakah Jabatan Taman Botani ini sekarang tergolong dalam MMK Kerajaan Tempatan tetapi saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri bahawa kalau boleh diperbadankan Jabatan Taman Botani supaya pengurusan Taman Botani ini akan lebih profesional dan berkesan dan seiring dengan projek cable car yang akan dilaksanakan di persekitaran Taman Botani. Kerajaan Negeri juga boleh mengambil peluang ini untuk mempertimbangkan supaya Jabatan Taman Botani atau pun selepas diperbadankan mempunyai income untuk memastikan bahawa pemulihan Taman Botani ini akan menjadi lebih berkesan. Untuk makluman semua, setiap tahun secara purata Kerajaan Negeri akan membayar, akan menyalurkan dana satu juta untuk tempoh last year 1.7 juta dan ini adalah sangat kurang kalau dibandingkan dengan Taman Botani seperti di Australia dan England dan juga untuk projek pemulihan hanya lebih kurang 600,000 setahun, ini bermakna Taman Botani ini, dia boleh guna lebih kurang tak sampai 6,000, tidak sampai 60,000 untuk satu bulan, dengan untuk memangkas atau pun pokok dan juga membaiki tandas, jalan, bukit dan adalah tidak mencukupi. Saya berharap pada Jumaat ini ada berita yang baik daripada Kerajaan Negeri kepada Jabatan Taman Botani ini. Dato’ Timbalan yang di Speaker saya setuju sangat dengan rakan saya dari Machang Bubuk dan Bagan Dalam mengenai isu berita palsu. Saya rasa sudah sampai masanya Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan akta bagi membendung isu-isu berita palsu ini sebab sangat terkilan sehingga sekarang masih ramai yang percaya bahawa azan tidak dibenarkan di Pulau Pinang. So saya rasa ini adalah satu satu usaha yang berterusan daripada Kerajaan Negeri dan dengan kerjasama Jabatan Penerangan SKMM untuk mewujudkan satu akta atau enakmen dari negeri ini bagi memastikan bahawa isu-isu berita palsu ini dapat lah dibendung dengan efektifnya. Tuan-tuan dan puan-puan seterusnya saya ingin ke satu perkara yang mungkin tidak menarik tetapi saya rasa sangat penting dalam dasar perubahan iklim negara pada tahun 2009. Kerajaan telah menggariskan beberapa inisiatif terutamanya dalam usaha mengurangkan emisi karbon. Saya juga ingin tahu bahawa apakah langkah yang lebih proaktif daripada Kerajaan Negeri dalam memastikan bahawa pengurangan emisi karbon ini dapat dilaksanakan. Jawapan daripada Kerajaan Negeri menunjukkan bahawa Pulau Pinang telah dipilih sebagai projek printis

“Malaysia Forest Conservation Certification Protocol” (MFCC) yang akan di bangunkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Dalam MFCC ini saya ingin tahu apa lebih lanjut di manakah projek-projek ini akan dijalankan dan Kerajaan Negeri juga memberitahu bahawa hutang paya laut akan juga dalam pertimbangan untuk dijadikan sebagai carbon oxide trading. So apakah inisiatif-inisiatif daripada Kerajaan Negeri supaya lebih ramai syarikat-syarikat besar ok mengambil bahagian atau pun korporat-korporat yang mengambil dalam projek ini? Kalau dari segi dari segi Kerajaan Persekutuan saya di fahamkan bahawa syarikat besar yang mengambil dalam projek ini akan diberi faedah pinjaman yang lebih rendah di dalam bank-bank yang berkenaan. Adakah Kerajaan Negeri akan memohon bahawa akan melaksanakan bahawa pengecualian cukai-cukai Kerajaan Negeri kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek ini. Dato Timbalaan Speaker isu saya ada banyak lagi…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey sekali.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Isu-isu setempat yang ingin saya tahu juga apakah pendirian Kerajaan Negeri dalam pembangunan di tanah Kelab Lumba Kuda. Sebelum ini kita dikejutkan dengan projek PDCC pada zaman 1MDB. PDCC ini telah pun “Penang Global City Centre” telah pun ditamatkan tetapi memandangkan tanah Kelab Lumba Kuda ini adalah sangat berharga dan saya terdapat ura mengatakan bahawa Kelab Lumba Kuda telah ingin menamatkan operasi mereka dan tanah ini akan menjadi rebutan kepada syarikat-syarikat besar. Saya ingin bertanya apakah peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan bahawa tanah ini akan dimanfaatkan sepenuhnya tetapi bukan lah untuk projek-projek yang boleh mengganggu persekitaran penduduk-penduduk di sekitarnya. Yang terakhir Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada isu saya rasa isu ini penting iaitu isu monyet yang berkeliaran di Taman Botani, Ladang Hong Seng, Ladang Lada kerana monyet ini telah attack pengunjung-pengunjung di Taman Botani dan juga di Taman Belia dan juga penduduk-penduduk yang tinggal di Ladang Hong Seng dan juga Ladang Lada sehingga mendatangkan kecederaan kepada mereka. So saya ingin tahu apakah langkah Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perlindungan Hutan Liar dan juga Taman Negara iaitu Perhilitan dalam mengatasi masalah ini? Memasang perangkap bagi saya sangat lah tidak sesuai kerana secara jujur kita perlu mengakui bahawa sana adalah merupakan habitat asal kepada monyet ini. So apakah langkah yang lebih proaktif daripada Kerajaan Negeri seperti mewujudkan habitat buatan manusia kepada monyet supaya mereka tidak berkeliaran di kawasan ini. Dato’ Timbalan Speaker kesempatan ini juga saya juga ingin merayu kepada…(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Masa sudah habis.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

1 minit lagi Dato’ Timbalan Speaker, supaya YB. Exco Perumahan ada untuk memboleh mempertimbangkan penduduk-penduduk di kawasan Ladang Hong Seng dan di Ladang Lada bagi mereka keutamaan untuk mendapatkan rumah kos rendah Kerajaan Negeri. Pada pentadbiran lepas telah diberi kelonggaran kepada penduduk-penduduk di Ladang Hong Seng

dan Ladang Lada untuk mendapatkan rumah kos rendah ini iaitu di Taman Kristal kalau tidak silap saya iaitu di berhampiran dengan Ladang Hong Seng. So saya berharap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan supaya penduduk di sana dapat diberi keutamaan. Tujuan ialah kerana…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Persekitaran rumah adalah tidak sesuai lagi untuk diduduki. Saya berharap pertimbangan yang sewajar daripada YB Exco saya akhiri ucapan saya dengan saya pohon untuk menyokong ucapan TYT. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey. Terima kasih Kebun Bunga dan daripada mana. Seri Delima boleh?

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dato’ Timbalan Speaker, Ahli-ahli EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kepada Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani salam Penang2030. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam perbahasan usul terima kasih kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini ingin untuk mengucapkan terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana memberi mandat sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini Kerajaan Perpaduan dengan menghasilkan majoriti 2/3 kerusi dalam Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin melafazkan penghargaan saya kepada warga Seri Delima yang keluar undi pada 12 Ogos 2023 dan memberi mandat kepada saya untuk mewakili suara mereka di dalam Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih Seri Delima atas sokongan padu anda. Dato’ Timbalan Speaker, sejajar dengan syor TYT. Tun mengenai isu di Gaza saya juga ingin menyeru dan menggesa agar semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku di Gaza dapat ditamatkan sekarang. Baru-baru ini saya terlintas IG Instagram seorang wartawan yang kini berada di Gaza. Namanya Moktaz Aizaza yang melaporkan perkembangan terkini melalui media sosial beliau dan daripada pencerahan yang disampaikan melalui lensa kamera beliau kita boleh lihat secara terperinci bagaimana ramai nyawa terutamanya wanita dan juga kanak-kanak yang tidak berdosa dan bersalah telah terkorban akibat daripada peperangan ini. Oleh itu, secara tulus ikhlas saya berharap gencatan senjata iaitu ceasefire dapat dicapai secepat mungkin agar pendamaian dan keamanan dapat diambil kembali menyinari kawasan tersebut. Dato’ Timbalan Speaker, selaras dengan saranan TYT. untuk menjadikan Visi Penang2030 sebagai petunjuk utama dalam setiap dasar program atau strategi penyampaian perkhidmatan saya juga mempunyai satu konsep yang saya utarakan berdasarkan Visi Penang2030 untuk kawasan Seri Delima yang berteraskan tiga prinsip iaitu yang berdaya huni,

berdaya cipta dan berdaya maju. Liveable, Innovative, Progressive (dengan izin), dan bagi perbahasan hari ini saya akan menyentuh tentang tiga kemesraan yang perlu ada dalam sebuah bandar berdaya huni yakni mesra warga emas, mesra komuter dan mesra perpaduan. Satu mesra warga emas dalam ucapan TYT. Tun, Tun telah menyentuh tentang isu populasi penuaan di Pulau Pinang di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang meramalkan bahawa menjelang 2040 Negeri Pulau Pinang akan mempunyai populasi penuaan tertinggi di Malaysia dan dalam artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada September 19, 2023, masalah penuaan masyarakat ini diibaratkan bom jangka masa yang menanti untuk meletus. Oleh itu, masanya sudah tiba untuk memikirkan penyediaan ruang dan penjanaan ekonomi mesra warga emas dan mewujudkan satu bandar yang betul-betul mesra warga emas. Untuk meringankan beban kesihatan warga emas pengukuhan sektor kesihatan harus dititikberatkan selain daripada menambah baik kemudahan dan peralatan di hospital-hospital awam di Pulau Pinang. Penyediaan klinik-klinik khas yang menjurus khusus kepada masalah kesihatan warga emas boleh dipertimbangkan untuk setiap daerah atau KADUN.

Dato’ Timbalan Speaker, untuk makluman insiden penyakit kanser dalam kalangan warga emas semakin meningkat. Menurut Panduan Penjagaan Kesihatan Warga Emas yang diterbitkan oleh KKM pada tahun 2008 kejadian kanser dalam kalangan warga emas yakni mereka berusia 60 ke atas adalah 10 kali ganda lebih daripada golongan muda dan dalam situasi ini mencegah adalah lebih baik daripada mengubati (dengan izin), prevention is better than cure oleh itu saya sarankan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan satu mekanisme bekerjasama dengan sektor awam ataupun sektor swasta memperbanyakkan program pemeriksaan kanser seboleh-bolehnya secara percuma yang bersasar kepada warga emas. Pada masa yang sama setiap KADUN perlu meluncurkan inisiatif untuk menggalakan penuaan secara aktif ataupun active ageing sebagaimana yang dipratikkan oleh warga emas di Seri Delima, kumpulan-kumpulan senaman diwujudkan yang mana mereka menganjurkan program-program riadah seperti latihan Taici, Zumba, Yoga, senamrobik dan sebagainya dan saya rasa berbesar hati dan juga amat berbangga kerana sesetengah warga emas saya di Seri Delima telah lama mempratikkan konsep active ageing ini. Ini dapat direalisasikan kerana terdapatnya kemudahan riadah dan sosialisasi seperti taman dan gelanggang di KADUN Seri Delima. Namun di sini saya ingin mencadangkan supaya konsep Taman Deria atau pun sensory gardens (dengan izin), Dato’ Timbalan Speaker yang diguna pakai agak luas di United Kingdom dan juga di Amerika Syarikat, boleh diwujudkan juga di kawasan Seri Delima. Kajian yang dilakukan oleh Haley Collins seorang terapis mengenai impak taman deria terhadap warga emas yang menghidap dimentia mendapati mereka yang didedahkan kepada taman deria selama 4 minggu mengalami peningkatan kualiti hidup berbanding mereka yang tidak. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak taman-taman deria atau pun saya lebih suka memanggilkannya sebagai healing park yang mempunyai ciri-ciri rangsangan yang unik bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat warga emas. Dato’ Timbalan Speaker, selain itu bagi memastikan golongan warga emas dapat terus kerja dan berbakti secara bermakna, Pulau Pinang harus berganjak ke arah menghasilkan satu ekosistem ekonomi warga emas yang rancak dengan sistem sokongan yang kukuh. Kita boleh mengambil iktibar daripada negara jiran Singapura yang telah mengaktifkan program Employment Support for Seniors (dengan izin), dalam program ini kerajaan menyediakan perkhidmatan bimbingan kerjaya dan padanan kerja untuk penduduk berusia 50 tahun dan ke atas. Selain itu jika kita lihat di Singapura setiap kawasan mempunyai pusat-pusat komuniti khusus untuk warga emas. Saya ingat kita di sini juga boleh menyediakan sokongan Komuniti melalui aktiviti-aktiviti sosial dan kesihatan bersama persatuan-persatuan NGO dan sukarelawan. Yang tadi Yang Berhormat Exco Sungai Pinang dalam jawapan lisan menyebut tentang (PAWE) Pusat Aktiviti Warga Emas dan beliau berkata terdapat enam buah PAWE di Pulau Pinang. Tapi

saya selepas meneliti senarai tersebut sama dengan Kebun Bunga kita mendapati kesemuanya terletak di Seberang saja, jadi saya berharap PAWE ini juga boleh diwujudkan di Pulau jangan pinggirkan Pulau, okey. Jadi selain itu, di Jepun satu contoh kerajaan yang dapat dilihat daripada usaha skuad ini adalah skim keusahawanan irodori di Kamikatsu dimana sebuah masyarakat yang purata usianya 70 tahun telah menerima sokongan untuk menggiatkan industri menghasilkan daun hiasan yang dikenali sebagai Tsumamono. Tsumamono ini untuk makluman Yang di-Pertua Timbalan Speaker, apabila kita pergi restoran Jepun daun itu yang letak di bawah Sashimi itu Tsumamono. Jadi melalui program ini petani daun hiasan telahpun menerima keuntungan mencecah 10 juta Yen setiap tahun. Manakala dalam satu kajian yang dijalankan oleh Yohel Inaba pada tahun 2013 mendapati petani-petani yang menceburi industri Irodori melaporkan lebih kurang masalah kesihatan. Jelaslah bahawa dengan penglibatan aktif dalam bidang ekonomi warga emas bukan sahaja mempunyai kemampuan sara hidup yang lebih tinggi malah kecergasan dan kecerdasan mereka akan bertambah baik. Dato’ Timbalan Speaker perkara yang kedua yang saya nak bangkitkan adalah mengenai mesra komuter. Pulau Pinang menjadi tumpuan bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan malah sebagai pusat perindustrian dan perdagangan antarabangsa. Oleh itu, tidak hairanlah yang mempunyai bilangan komuter yang begitu tinggi yang seterusnya menimbulkan isu kesesakan lalu lintas di kawasan Taman Tun Sardon di bawah KADUN Seri Delima saya memerhatikan sendiri keadaan lalu lintas di sana memang sangat sesak dan setiap pagi hari bekerja pastinya banyak kenderaan yang membentuk suatu barisan sepanjang satu (1) kilometer dari kawasan rumah pangsa Taman Tun Sardon sehinggalah lampu isyarat Hilir Pemancar ke Jalan Sultan Azlan Shah dan keadaan dibincangkan lagi dengan bilangan kenderaan yang banyak dari arah Bayan Lepas yang membentuk bottle neck lampu isyarat tersebut. Walaupun saya berasa amat berbesar hati pihak Kementerian KPKT telahpun memperuntukkan RM1 juta untuk menaik taraf Astaka Taman Tun Sardon untuk tahun depan. Saya memohon juga supaya kajian lalu lintas dijalankan secara keseluruhan di Taman Tun Sardon yang kian sesak. Daripada pemerhatian bekas Ketua polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily salah satu sebab berlakunya isu kesesakan lalu lintas ini adalah kurangnya kesedaran warga Pulau Pinang mengenai konsep perkongsian tunggangan lift sharing (dengan izin), tujuh (7) daripada sepuluh (10) kenderaan di atas jalan mempunyai hanya pemandu bersendirian. Oleh itu, tiba masanya kerajaan menganjak paradigma rakyat terhadap berkongsi kenderaan dan meneliti kemungkinan menawarkan insentif untuk perkongsian tunggangan. Sebagai permulaan kita boleh meneladani UK (United Kingdom) dari segi menggalakkan usahawan-usahawan tempatan untuk mewujudkan Car Pooling Apps perkhidmatan sebegini akan memadankan pengguna yang ingin menuju ke tempat yang sama dengan seseorang pemandu berdaftar sekaligus mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan. Terdapat pelbagai aplikasi seumpama ini di UK contohnya Lift Share dan juga Blablacar. Bercanggah dengan persepsi awal syarikat-syarikat ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan di Pulau Pinang terdapat sinar harapan bahawa perkhidmatan perkongsian tunggangan akan berkembang. Baru-baru ini perkhidmatan van kumpool telah dilancarkan di kawasan Sungai Dua dan Batu Uban. Selain itu, saya juga ingin menyambut baik langkah Rapid Penang untuk malancurkan perkhidmatan bus on demand atau pun demand response transit mulai tahun hadapan. Diharapkan perkhidmatan-perkhidmatan ini dapat diperluaskan dan dipromosikan secara giat untuk membudayakan amalan perkongsian tunggangan. Seterusnya, ketiga mesra perpaduan mengambil maklum nasihati TYT, Tuan Yang di-Pertua Negeri untuk menegakkan kesahihan dan kebenaran demi keamanan dan kestabilan. Saya ingin menyeru semua pemimpin baik dari pihak Kerajaan mahu pun pembangkang serta

warga Pulau Pinang secara amnya untuk mewarwarkan hanya maklumat yang telah disahihkan dan tidak mencipta atau menyebarkan khabar palsu semata-mata untuk membuatkan sentimen kebencian terhadap pihak-pihak tertentu. Bersangkutan dengan saranan di atas saya tidak saya rasa saya tidak ingin berhasrat untuk berulang sekali apa yang dikatakan oleh Bagan Dalam tadi. Saya ingin menyatakan bahawa saya sokong apa yang dibangkitkan tadi. Apa yang saya nak bangkitkan di sini sebenarnya adalah mengenai isu berita palsu ataupun fake news ini saya ingat di jangka masa hadapan isu ini akan bertambah serius dan rumit kerana diamalkan bahawa cabaran penularan kepintaran buatan atau pun Artificial Intelligence (AI) akan merubah landskap komunikasi awam. Jika dimanfaatkan Artificial Intelligence (AI) mampu meningkatkan daya cipta penyebaran maklumat secara berkesan. Namun begitu jika disalahgunakan misalnya untuk menyamar individu tertentu melalui teknologi deep fake tidak mustahil perspektif warga Pulau Pinang dan juga seluruh dunia akan dikaburi dengan dusta dan tohmahan sehinggakan realiti dan fantasi sukar untuk dibezakan. Oleh itu, Kerajaan Negeri haruslah bersiap siaga untuk melawan perang maklumat palsu yang akan tercetus dengan penularan AI ini. Tadi Machang Bubuk ada sebut tentang response system. Saya ingin menyatakan sokongan saya. Saya ingat kita perlu we have to act fast more so especially when it comes to the Artificial Intelligence era. Dato’ Timbalan Speaker, akhir kalam saya dengan rasa rendah diri berharap segala cadangan dapat diteliti dan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Sama-samalah kita berganding bahu sama-sama kita junjung amanah rakyat ketepikan perbezaan politik memastikan Pulau Pinang terus maju sampai ke tahap Antarabangsa bahkan mampu dikenal seantero dunia dengan itu saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Seri Delima. Seterusnya, Batu Uban dipersilakan…

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya rasa saya tidak akan mengambil masa yang panjang kerana kali ini kita akan ada dua kali perbahasan tu esok saya akan simpan juga sikit tips-tips untuk perbahasan yang akan datang. Salam Sejahtera dan Salam Penang2030 saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Timbalan di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya pada petang ini untuk mengambil bahagian dalam ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan sempena perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah dipilih dalam pilihanraya Dewan Undangan yang lepas dan juga di samping itu yang saya rasa kita juga masih dalam mood perayaan juga kerana keunikan Malaysia ni kita sambut perayaan ini untuk satu (1) bulan maka saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua kaum India yang menyambutnya. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua saya ingin merakamkan sekalung tahniah kepada YAB. Ketua Menteri kita dan juga barisan kepimpinan Kerajaan Negeri di atas rekod pencapaian negeri yang begitu cemerlang sekali dengan menghasilkan kemajuan ekonomi yang ketara khususnya

bagi Negeri Pulau Pinang ini. sejak Pakatan Harapan dan sekarang ni adalah di bawah Kerajaan Perpaduan kita telah memerintah Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dan kita lihat bagaimana pembangunan dari segi ekonomi, dari segi infrastruktur dan juga dari segi sosial dan juga pendidikan telah berkembang dengan baik di Negeri Pulau Pinang ini dan pagi ini juga dalam soalan yang saya bangkitkan mengenai pelaburan yang masuk ke Negeri Pulau Pinang ini hasil daripada lawatan-lawatan luar negara yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bersama dengan barisan kepimpinan EXCO yang kita lihat satu pencapaian yang cukup memberangsangkan. Mungkin akan ada suara-suara di luar yang mengatakan Kerajaan Negeri ini sering melakukan lawatan ke luar negara dan mengatakan ia telah mengadakan lawatan sambil belajar ataupun lawatan sambil bercuti. Tetapi hari ini hakikatnya kita dapat satu jawapan yang jelas bahawa Kerajaan Negeri sejak tahun 2018 hingga sekarang dalam program-program Kerajaan Negeri yang ke luar negara ini telah membuatkan satu hasil dan di mana kita membawa pelaburan dan juga pelaburan ini juga memberi peluang dan juga membuka ruang-ruang terutamanya peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk di Pulau Pinang ini dan saya rasa dengan Pulau Pinang semestinya kekal sebagai destinasi pilihan pelaburan asing khususnya (FDI) dan juga pelaburan langsung domestik iaitu (DDI). Sekarang ni kita tahu dengan iklim politik global berlakunya dengan perang dagang antara negara-negara kuasa besar seperti China dan juga Amerika Syarikat. Mungkin Kerajaan Negeri harus mengambil peluang ini dan juga membuka pintu seluas-luasnya untuk membawa pelabur-pelabur ni yang sedang mencari destinasi untuk melabur dan kita boleh mengambil peluang ini untuk menarik lebih ramai. Pelabur asing untuk melabur di negeri Pulau Pinang sekaligus kita juga akan menyediakan peluang pekerjaan dan juga dapat meningkatkan pendapatan ekonomi negeri kita ini. Dato' Timbalan Yang di-Pertua Saya ingin membawa satu isu yang boleh saya katakan semakin membimbangkan kerana kita boleh melihat berlakunya trend peningkatan dalam kes bunuh diri atau pun cubaan bunuh diri kerana baru-baru ini pada 24 Oktober 2023 ada dua (2) kes percubaan bunuh diri iaitu yang berlaku di lokasi hotspot iaitu jambatan Pulau Pinang. Saya pernah bawa dalam sidang penggal yang lepas apakah langkah yang perlu kita ambil dari segi Kerajaan Negeri dan juga agensi-agensi lain untuk kita membendung gejala cubaan bunuh diri yang sering kali berlaku di jambatan kedua atau pun di jambatan Pulau Pinang yang pertama dan dalam jawapan bertulis saya, saya juga dimaklumkan bahawa berdasarkan kes yang dilaporkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 391 kes bunuh diri telah direkodkan antara pada tahun 2022 sehingga Oktober 2023. Sekiranya melihat kepada statistik umur berlaku peningkatan kes bunuh diri. Ini juga membimbangkan kerana kebanyakannya juga melibatkan golongan muda yang berumur antara 19 hingga 45 tahun. Maksudnya kes-kes sama ada kes bunuh diri atau pun cubaan bunuh diri ini juga melibatkan golongan anak muda ini dan saya rasa kita sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang proaktif kita juga perlu melihat semula ataupun mencari satu kaedah penyelesaian bagaimana kita nak membendung ataupun memberikan apa bantuan khususnya kepada mereka yang mengalami gangguan emosi ini.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat bahawa masalah kesihatan mental ini serta tekanan emosi adalah antara isu kesihatan awam yang semakin menjadi di negeri ini. Isu ini juga tidak boleh dipandang remeh dan usaha untuk mencegah harus dilaksanakan dengan lebih drastik oleh Kerajaan Negeri dengan bantuan daripada agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Polis Diraja Malaysia. Contohnya, kita boleh menyediakan perkhidmatan tele-kaunseling dengan memberikan bantuan sokongan emosi dan juga psikososial serta intervensi awal krisis dapat membantu mereka yang mengalami gangguan emosi ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menekankan isu tentang isu kes bunuh diri ini kerana dalam golongan kita juga mungkin saudara kita atau pun rakan-rakan kita juga mengalami isu gangguan emosi dan juga mental dan selalunya kita tengok ini sebagai satu ‘taboo’ kerana apabila kita

bercakap seseorang itu mengalami gangguan mental dan sebagainya mungkin masyarakat merasakan orang ini perlu mendapatkan rawatan mental dan sebagainya tetapi kita perlu lihat isu ini boleh terjadi kepada sesiapa juga sama ada isu melibatkan dia mengalami masalah keluarga, masalah kewangan, masalah pekerjaan dan sebagainya tetapi kita sebagai Kerajaan Negeri saya rasa kita perlu bertindak dan juga kita perlu memastikan bahawa kes-kes gangguan ataupun kes-kes cubaan bunuh diri ini kita boleh menurunkan kadar statistik dan juga membantu mereka untuk memberi kaunseling.

Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk kita mengubah kepada penggunaan tenaga solar. Tenaga solar ini kita lihat adalah satu perkara yang even Kerajaan Malaysia juga mencadangkan supaya kita menggunakan tenaga solar ini. Maka saya ingin mencadangkan supaya semua bangunan Kerajaan Negeri mahu pun GLC dapat menggunakan atau pun mengoptimumkan penggunaan tenaga solar ini bagi kita membuat penjimatan tenaga kos tenaga elektrik dan secara puratanya mungkin Kerajaan Negeri boleh berjimat berjuta ringgit dalam penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui ini.

Saya tidak tahu, saya tidak ada statistik berapakah penggunaan tenaga elektrik kita untuk setiap bangunan. Contohnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri ini kita menggunakan aircond, lampu dan juga bangunan-bangunan lain yang berkaitan dengan kerajaan di KOMTAR. Kita boleh mencuba menggunakan tenaga solar ini di mana ini juga boleh memberikan kita penjimatan dari segi kos kepada Kerajaan Negeri dan saya nak mencadangkan Kerajaan Negeri boleh juga boleh mencuba satu projek perintis iaitu floating solar (dengan izin), di loji rawatan air atau pun di empangan bagi menjana bekalan elektrik kepada operasi Perbadanan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang. Mungkin ini adalah satu perkara yang baru tetapi saya rasa di negeri-negeri lain atau pun di negara lain contohnya di Singapore, di Jepun rasanya floating solar dibuat di atas empangan ini telah dilakukan dan baru-baru ini saya rasa Kerajaan Negeri Melaka juga kalau tidak silap saya dan juga Kerajaan Negeri Perak juga telah membuat kajian supaya solar terapung ini boleh diletakkan di empangan. Saya faham, di empangan ini selalunya dia ada isu sensitif kerana itu adalah air terawat, air minuman mentah tetapi mungkin dengan Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan beberapa syarikat luar negara yang berminat dan mempunyai kebolehan dari segi kapasiti teknologi dan juga kewangan untuk melaksanakan projek ini dan saya rasa projek ini juga boleh dilaksanakan dan baru-baru ini Indonesia juga telah menceburi dalam mencuba untuk sistem solar ini.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya masuk ke isu kawasan sikit. Saya juga ingin membawa isu kekurangan tempat letak kereta untuk projek perumahan khususnya rumah kos sederhana rendah dan juga kos rendah. Dengan peredaran masa, saya rasa penggunaan kenderaan persendirian ini sudah menjadi satu keperluan kepada semua orang. Mungkin dulu, 20 tahun yang lalu, 25 tahun yang lalu, apabila kita membina rumah kos sederhana rendah, LMC atau pun LC, kita rasakan ketika itu kebanyakan pembeli adalah golongan B40 dan dia mungkin tidak mempunyai kenderaan tetapi pada trend pada masa kini, saya rasa kenderaan ini sudah menjadi satu keperluan kepada semua dan saya tengok kebanyakan isu ini juga membawa kepada isu-isu sosial kerana ada perebutan, ada yang cop parking dan juga boleh melibatkan pergaduhan. Di kawasan saya, saya mempunyai lebih kurang 131 bangunan strata mungkin kedua terbanyak selepas Paya Terubong di kawasan Pulau ini. So, memang saya tahu banyak isu-isu yang timbul di kawasan ini contohnya di kawasan LMC dan juga LC apabila kita tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi untuk penduduk setempat.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada Dewan ini supaya Kerajaan Negeri dapat memberikan penekanan dan juga fokus dalam sebarang perancangan yang melibatkan pembangunan rumah kos sederhana rendah dan juga rendah. Dasar dan juga polisi semasa Kerajaan Negeri berkaitan dengan skim perumahan harus diteliti semula dan juga mendapatkan input dari semua pihak supaya ianya memenuhi keperluan semasa, the current situation (dengan izin), dan saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan

terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan Tabung Penyelenggaraan, maintenance bagi membantu flat-flat kos sederhana rendah dan juga rendah di KADUN Batu Uban dan sepanjang saya menjadi wakil rakyat, saya rasa Batu Uban telah mendapat manfaat yang cukup bagus dan saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada Datok Keramat yang telah membantu banyak di mana pada penggal pertama saya, saya 44 projek dengan kos sebanyak 16.1 juta telah diterima daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ini merupakan satu-satunya tabung yang terdapat di seluruh Malaysia di negeri kerana Pulau Pinang saja yang menyediakan tabung ini khasnya untuk kita membantu rumah-rumah kos rendah dan juga kos sederhana rendah di negeri Pulau Pinang ini.

Saya tahu mungkin ramai akan tertanya kenapa Batu Uban dapat banyak tapi awal-awal saya dah bagitau, I am the second highest after Paya Terubong dan kebanyakan flat-flat di kawasan saya sudah berumur lebih kurang 25 tahun ke atas. So, banyak isu yang timbul seperti kerosakan lif, bumbung bocor, roofing, waterproofing dan sebagainya. So, dengan adanya bantuan daripada Kerajaan, tabung Kerajaan Negeri ini, maka saya bersyukur kerana dapat menyelesaikan beberapa isu di kawasan dan saya juga berharap untuk penggal kali ini juga, Kerajaan Negeri juga akan terus membantu menyalurkan peruntukan kepada KADUN Batu Uban.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan konsep projek pembaharuan semula bandar, URC oleh Kerajaan Negeri di Skim Perumahan Taman Free School dan juga Mahsuri seperti yang disebut oleh rakan saya daripada Pantai Jerejak tapi walau pun projek ini mengambil..eh.. Kebun Bunga, maaf, Kebun Bunga. Walau pun projek Mahsuri yang terletak di Pantai Jerejak ini mengambil masa yang cukup panjang, 10 tahun, tapi mungkin saya rasa ada beberapa isu yang boleh diselesaikan kerana ini adalah projek pertama, pilot project yang dijalankan mungkin akan ada beberapa cadangan dan juga bantahan daripada penduduk tetapi saya rasa projek ini adalah projek yang bagus kerana seperti yang saya sebut, dulu masa kita buat perancangan mungkin ada flat-flat seperti tempat letak kereta, fasiliti kita ada kekurangan kerana di kawasan saya juga sama. Saya juga ingin memohon kepada Kerajaan Negeri urntuk mempertimbangkan juga kawasan Flat Hamna Sungai Dua dalam projek URC ini kerana Flat Hamna ini terletak di Sungai Dua, dia ada 10 buah blok, flat lima tingkat dan juga merupakan kawasan yang sangat padat kerana flat ada dua (2) bilik saja dengan keluasan lebih kurang 600 square feet dan dengan peredaran masa sekarang, apabila ada pertambahan ahli keluarga dan saya rasa sudah tidak sesuai lagi. Ada banyak isu yang timbul di situ dari isu management pengurusan tidak dapat dilakukan dengan baik kerana tidak ada satu sistem mungkin kalau ada lif kita boleh letak access kad, boleh block, dan kita boleh ada gated community. Ini dia terbuka, maka ramai yang tidak membayar maintenance dan sebagainya, jadi tidak teratur. Maka saya merasakan kalau ada projek pembaharuan semula bandar ini dapat dilakukan di kawasan Flat Hamna ini, ini adalah satu kawasan prime area, saya rasa kita dapat membawa pembaharuan dan kita juga dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa kepada Kerajaan Negeri untuk membina sebuah bumbung untuk gelanggang bola keranjang, di Taman Desa Baru, Taman Pekaka. Permohonan ini sudah dibuat pada penggal yang lepas, saya berharap YB. Padang Lalang, EXCO Belia dan Sukan yang baru akan meneliti cadangan dan juga permohonan ini demi kepentingan pembangunan sukan khususnya di kawasan KADUN Batu Uban ini.

Saya juga ingin menyentuh tentang gejala vape yang kini meningkat melibatkan golongan pelajar sekolah dan juga anak muda. Saya memohon Kerajaan Negeri untuk memantau aktiviti penjualan vape tanpa kawalan ini khususnya di kawasan perumahan dan juga berhampiran dengan sekolah. Di KADUN Batu Uban, pembukaan kedai vape yang baru juga terlalu banyak seperti cendawan yang baru tumbuh tetapi saya terkejut juga kerana dalam jawapan soalan bertulis yang diberikan kepada saya oleh EXCO yang berkaitan tetapi ini maklumat daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengatakan bahawa MBPP tidak mengeluarkan sebarang lesen

untuk pengoperasian kedai vape setakat ini di kawasan KADUN Batu Uban justeru itu tiada maklumat bagi kedai vape di lokasi Batu Uban.

Tetapi apabila saya google, vape shop in Bukit Jambul ada, dengan keluar nama dengan signage sekali saya boleh tunjuk lokasi mana yang beroperasi sebagai kedai menjual barangan vape ini. Justeru saya pun ada soalan adakah kedai-kedai ini beroperasi tanpa lesen daripada Majlis ataupun mereka membuat permohonan lesen perniagaan dengan menggunakan ‘loopholes’ syarat perniagaan Majlis dan saya mohon perkara ini dapat disiasat, dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dapat mengambil satu tindakan kerana kita tahu di Parlimen ini sekarang hot tentang isu polisi merokok GEG ini. Tetapi di sini saya hanya meminta agensi yang terlibat untuk memantau kerana saya lihat budak-budak sekolah sekarang ini sudah membawa vape ke dalam kawasan sekolah dan juga di luar sekolah. Kedai yang beroperasi ini saya minta MBPP untuk pergi membuat pemantauan. Seterusnya mengenai banjir kilat di Halaman Sentosa, Minden Height dan juga di hadapan Alora Hostel. Saya rasa isu ini sudah berlaku lebih satu dekad sejak saya menjadi Ahli Majlis saya kini saya menjadi ADUN untuk penggal yang kedua. Isu ini tidak dapat diselesaikan dan barang kali apabila saya bangkitkan dalam Dewan ini dan jawapan yang saya terima adalah masih membuat kajian (gangguan), kajian tebatan banjir tetapi tiada satu total solution. So saya sangat berharap bahawa isu ini dapat diselesaikan dalam penggal ini saya sebagai wakil rakyat kerana isu ini juga telah berlarutan begitu lama. Contohnya di hadapan Alora Hostel itu memang kalau berlaku banjir kilat kalau kereta Viva atau Myvi memang tenggelam. Memang tidak boleh pakai dah jalan itu. So isu ini juga saya minta untuk diselesaikan secepat mungkin dengan bantuan daripada Yang Berhormat Tanjong Bunga.

Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya juga ingin mendapatkan status terkini penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Chennai kerana terdapat banyak permintaan supaya penerbangan terus ini dapat dilaksanakan. Saya difahamkan Kerajaan Negeri telah mengadakan rundingan dengan syarikat penerbangan dari India dari tahun 2018 dan persetujuan juga telah dicapai pada tahun 2019. Namun disebabkan Pandemik COVID-19 yang melanda pada tahun 2020 menyebabkan proses seterusnya tergendala dan syarikat penerbangan telah membuat rombakan. Saya berharap Kerajaan Negeri akan meneruskan perbincangan ini untuk mendapatkan penerbangan terus dari Chennai ke Pulau Pinang kerana juga terdapat banyak permintaan daripada rakyat dan kita juga mengalu-alukan penglibatan penerbangan terus dari operator-operator penerbangan yang lain bagi merangsangkan industri pelancongan di negeri ini kerana pada tahun 2026 ditetapkan sebagai Tahun Melawat Malaysia dan di jangka 26.1 juta pelancong akan melancong ke Malaysia. Oleh yang demikian saya berharap Kerajaan Negeri akan mengambil peluang ini untuk kita mempromosikan produk pelancongan khususnya di Negeri Pulau Pinang ini.

Dato' Yang di-Pertua sebentar tadi Ketua Pembangkang Sungai Dua ada menyentuh…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Batu Uban masa sudah sampai janji tadi tak sampai 2 minit peluru sudah habis ni.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Dua minit Dato’.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seminit sahaja.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Okey, ada menyentuh tentang Masjid Batu Uban yang merupakan masjid terawal dan yang tertua di Negeri Pulau Pinang yang terletak di bawah KADUN saya iaitu di Batu Uban. Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pembangkang kerana mencadangkan supaya masjid ini dijadikan sebagai tapak warisan. Namun demikian untuk makluman Ketua Pembangkang dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat ingin saya maklumkan bahawa ketika saya menjadi wakil rakyat pada penggal yang lepas saya telah pun membangkitkan keperluan untuk mengiktiraf masjid Batu Uban ini sebagai bangunan warisan di dalam Dewan yang mulia ini. Boleh check dengan hansard dan saya juga dimaklumkan EXCO Agama ketika itu Dato’ Zakiyuddin bahawa proses-proses penarafan Masjid Batu Uban sebagai Tapak Warisan sedang giat dilakukan dan saya berharap EXCO yang baharu iaitu Yang Berhormat Dato’ Batu Maung selaku Exco Agama yang baharu akan melihat semula perkara ini dan juga meneruskan proses pengiktarafan ini dan saya sendiri akan follow up dan juga mendapatkan status terkini dan yang paling akhir Dato' Timbalan di-Pertua, saya sebelum saya mengakhiri ucapan…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tiga kali akhir dah ni.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Sekalung Tahniah kepada Yang Berhormat Sungai Pinang (tiada di dewan) kerana mengambil beberapa langkah strategik dan beliau sendiri telah turun padang bagi menyelesaikan isu gelandangan terutamanya di terminal bas Komtar kerana kawasan KOMTAR kini kita lihat lebih bersih dan juga lebih selamat. Apabila ada pusat transit yang menyediakan tempat tinggal untuk gelandangan maka saya ucapkan syabas kepada YB. Sungai Pinang dan saya juga mengesyorkan Kerajaan Negeri akan memberi juga lebih penekanan dalam bidang Sains dan Teknologi iaitu STEM kerana pendidikan STEM adalah amat penting kerana Negeri Pulau Pinang perlu menyediakan modal insan terutamanya skill workers untuk kita menampung syarikat-syarikat di negeri Pulau Pinang sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Uban dipersilakan Bagan Jermal.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan usul terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Izinkan saya mengucapkan Iniya Deepavali Nalvazhthukkal kepada semua rakan-rakan meraikannya perayaan yang bermakna ini. Dan saya ingin di sini mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memberikan peluang saya untuk bertanding dan seterusnya terima kasih kepada pengundi-pengundi kawasan DUN Bagan Jermal yang memberikan sokongan yang padu kepada PRN yang lepas barulah saya hari ini boleh jadi ADUN Bagan Jermal.

Dato’ Speaker, jikalau bumi Palestin ditindas oleh rejim yang kejam yang sudah jelas membawa kepada kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang tidak berdosa, saya sangat bersetuju bahawa bukan semua negara boleh menikmati keharmonian, keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati terutamanya di bumi bertuah yang dinamakan Pulau Pinang ini. Oleh itu, kita bersama-sama tidak kira fahaman politik haruslah berpolitik secara matang demi membangunkan negeri yang kita cintai ini. Oleh itu, saya menyeru kepada semua wakil pihak kerajaan mahupun pembangkang, jangan sekali-kali menggunakan modal politik murahan untuk mendapatkan politic mileage (dengan izin), dengan untuk kepentingan diri sendiri kita semua seharusnya sehati sejiwa mempertahankan nilai-nilai murni demi keharmonian, kesejahteraan semua penduduk Pulau Pinang. Saya percaya jikalau kita semua boleh berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara, nescaya kita semua boleh hidup dengan aman dan damai. Dari segi ekonomi saya yakin Pulau Pinang telah menikmati kemakmuran dari segi pembangunan ekonomi yang pesat dan juga pada masa yang sama menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor pengilangan dan salah satu sektor pengilangan adalah ekosistem pembuatan "semikonduktor" yang mampan terutama tertumpu pada pemasangan dan pengujian atau pun manufacturing (dengan izin). Sektor ini telah menjadi kuasa dominan di Pulau Pinang selama lima dekad dan eksport Pulau Pinang dalam sektor ini adalah lebih kurang lima peratus daripada eksport global. Bukan itu sahaja pada tahun 2022 juga semiconductor devices and integrated circuit (ICs) (dengan izin), menyumbang kepada 65.2 peratus daripada eksport Malaysia dalam kategori elektrikal dan elektronik yang bersamaan jumlah eksport sebanyak 386.89 bilion. Ini menunjukkan betapa pentingnya sektor industri pembuatan semikonduktor dan cip dan kepada negeri Pulau Pinang yang kita cintai.

Penang, sorry, Pulau Pinang mempunyai ekosistem pembuatan semikonduktor yang mampan terutamanya tertumpu kepada pemasangan dan pengujian. Sektor ini telah menjadi kuasa dominan dan namun kita perlu menyedari bahawa pembuatan dan pemasangan mewakili bahagian pertengahan hingga bawah rantai nilasemikonduktor. Terdapat peluang besar bagi Penang untuk memperluaskan kehadiran dalam sektor reka bentuk cip atau pun cip design (dengan izin), yang terletak di bahagian puncak ekosistem semikonduktor. Reka bentuk cip adalah pasaran yang menguntungkan yang boleh membawa pelbagai manfaat kepada ekosistem Penang yang sudah sedia ada termasuk pekerja yang lebih mahir terlatih dan gaji yang lebih kompetitif berbanding dengan sektor lain.

President, Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA) Dato’ Seri Wong Siew Hai turut menyatakan kepentingan untuk memberi tumpuan kepada sektor reka bentuk cip dalam temuramah beliau pada International Semiconductor Executive Summit South East Asia 2023 (ISES SEA 2023) yang berlangsung pada awal November tahun ini. Oleh kerana itu, kita tidak boleh sesekali leka atau pun berada dalam comfort zone kita (dengan izin) kerana berdasarkan data terkini dari bulan Julai adalah semakin jelas bahawa sektor reka bentuk cip di Amerika Syarikat di jangka menghadapi kekurangan serius 67,000 pekerja cip menjelang tahun 2030.

Pada masa yang sama semua syarikat reka bentuk cip di Pulau Pinang kini menghadapi kesukaran untuk berkembang disebabkan kekurangan bakat reka bentuk cip yang ketara. Dalam konteks ini adalah sangat penting untuk Pulau Pinang untuk menyelidik sama ada Kerajaan Pulau Pinang telah mengambil langkah proaktif untuk mengatasi isu yang mendesak ini. Kerajaan Sarawak telah mengorak langkah telah memulakan program dengan tujuan khusus untuk memupuk 500 bakat dalam reka bentuk analog dan ujian ICs setiap tahun.

Selain itu Vietnam telah membuat pelaburan besar dalam sektor ini yang telah menghasilkan lebih banyak syarikat reka bentuk cip berbanding Malaysia. Presiden Vietnam, Vo

Van Thuong juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan sebuah syarikat pereka cip semasa APEC Summit untuk menyokong Pusat Inkubator (IC) bagi syarikat Da Nang IC, untuk menyediakan platform untuk jurutera-jurutera mencari peluang pekerjaan dalam industri semikonduktor dalam mahupun di luar negara.

Mengambil kira bahawa Pulau Pinang menyediakan peluang mewujudkan komuniti reka bentuk cip terbesar di Malaysia adalah sangat penting untuk menentukan sama ada kerajaan telah merancang dan melaksanakan inisiatif untuk mengatasi isu kekurangan bakat yang serius ini. Ini bukan hanya untuk memastikan Pulau Pinang kekal bersaing dan mempunyai kelebihan daya saing atau pun competitive advantage (dengan izin), tetapi juga untuk mengelakkan ia ketinggalan dalam sektor reka cip bentuk cip. Apa yang sedang berlaku di Amerika Syarikat boleh dijadikan rujukan dan pengajaran supaya langkah konkrit boleh diambil sebelum kita ketinggalan dalam bidang reka bentuk cip yang merupakan asas penting dalam bidang pembuatan cip.

Kita juga menghadapi saingan dalam Malaysia terutamanya Sarawak, Negeri Sarawak yang telah mengorak langkah dalam industri sektor reka bentuk cip ini. Apa yang saya ingin sampaikan adalah Pulau Pinang sebagai penyumbang utama ada lebih kepada pembuatan cip yang merupakan lower value chain atau pun back end (dengan izin), daripada kita rasa selesa dengan keadaan kita sekarang. Ayuh kita mengorak langkah untuk membawa Pulau Pinang kepada higher value chain atau front end (dengan izin), untuk mengekalkan competitive advantage atau pun competitive edge dalam sektor pembuatan cip yang akan menawarkan penyelesaian sehenti atau pun One Stop Solution (dengan izin), supaya semua pelabur tidak perlu teragak-agak untuk ke tempat lain melainkan Pulau Pinang untuk melabur dalam sektor ini.

Jika kita tiada tanah yang percuma untuk diberikan kepada orang at least (dengan izin), kita ada kepakaran untuk mengekalkan semua pelabur di sini atau pun menarik lebih banyak pelabur untuk masuk ke dalam negeri kita. Kena bagi mereka rasa kalau dia tak masuk ke Negeri Pulau Pinang tu rugi dia bukan rugi kita. Persoalannya adalah adakah Kerajaan Pulau Pinang mempunyai sebarang rancangan untuk mengatasi masalah kritikal ini? Apakah saluran rasmi yang boleh digunakan untuk berinteraksi dengan syarikat-syarikat reka bentuk cip di Pulau Pinang dan kolaborasi untuk mengukuhkan sektor ini sekaligus memperkasakan ekosistem yang lebih kukuh. Adakah mana-mana komuniti yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan sektor ini. Agensi-agensi sedia ada PSDC, PenangInvest terlalu memberi tumpuan kepada pembuatan manufacturing dan plus tiada tumpuan khusus untuk sektor reka bentuk cip yang sangat penting dalam ekosistem pembuatan cip. Di sini saya ingin merayu supaya satu agensi khusus yang hanya memberikan tumpuan khusus untuk mengkaji bagaimana sektor reka bentuk cip boleh diperluaskan dalam usaha mencari bakat-bakat baru dalam industri ini kerajaan boleh menandatangani memorandum dengan pakar reka bentuk cip untuk melatih lebih banyak jurutera-jurutera supaya bidang ini boleh terus menyinar pada masa yang akan datang. Kita perlu berusaha lebih gigih supaya Pulau Pinang terus menjadi peneraju dalam bidang semiconductor dan cip ini. Pada masa yang sama di mana ada usaha memastikan pertumbuhan digital terus digiatkan tidak dapat dielakkan bahawa semakin banyak urusan boleh dibuat melalui platform digital sebagai contohnya speedbiz, Penang Smart Parking, I-Sejahtera dan sebagainya secara keseluruhannya implimentasi ini ada satu inisiatif yang bagus di mana kita boleh meringankan kebegantungan kepada sistem manual di mana kita perlu bergantung kepada tenaga kerja yang perlu ditempatkan di kaunter dan juga yang inisiatif ini juga boleh mengurangkan penggunaan borang permohonan kertas yang lebih mesra alam, ini saya sokong. Namun begini kita tidak harus lupa kepada golongan yang kurang pengetahuan tentang dunia digital ini terutamanya golongan warga emas, saya menyeru supaya agensi seperti Penang Digital boleh memperluaskan inisiatif untuk mengadakan seminar atau kelas untuk mendidik lebih ramai

golongan warga emas untuk berurusan dengan menggunakan platform internet untuk membuat permohonan atau mengemaskini permohonan mereka secara online. Sebagai permulaan kita juga boleh melatih Pegawai-pegawai Seranta yang berkhidmat di pusat KADUN dengan train the trainer (dengan izin), dengan mengunakan dummy account di mana mereka boleh faham bagaimana proses permohonan secara keseluruhan supaya Pegawai Seranta boleh melatih mereka yang kurang fasih untuk mengunakan sistem permohonan yang sedia ada. Ini penting kerana jika Pegawai Seranta itu sendiri tidak faham aliran permohonan itu maka adalah sukar atau susah untuk mereka menerangkan kepada yang mereka kurang fasih bagaimana untuk mengunakan sistem sedia ada ini. Dato‘ Speaker, saya faham memang susah kalau nak melaksanakan semua sistem ini kerana terdapat pelbagai agensi yang menggunakan sistem yang berbeza tetapi kita bolehlah bermula dengan beberapa permohonan online yang dekat dengan hati kita warga Pulau Pinang kita sebagai contoh permohonan online untuk memohon lesen perniagaan baru atau pun pembaharuan lesen perniagaan, I-Sejahtera, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan sebagainya. Tuan Speaker, untuk memastikan sebuah komuniti terus bahagia dan sejahtera semestinya mereka tidak boleh terasa gusar ataupun terancam terutamannya pada masa musim Monsun Timur Laut di mana Pulau Pinang dijangka menerima jumlah hujan yang tinggi di antara 190ml hingga 290ml pada bulan November dan 90ml hingga 130ml pada bulan Disember. Kita sedia maklum bahawa banyak kawasan rendah yang akan terjejas apabila air laut pasang dan sesuatu kawasan itu menerima jumlah hujan yang tinggi dalam masa yang singkat yang akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Di sini saya ingin memberikan kredit kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Utara dan Kerajaan Negeri yang telah membantu meminimalkan berlakunya banjir kilat di Gerbang Mak Mandin II, Taman Sri Nasib, Mak Mandin yang mengunakan pendekatan kreatif ini penting kerana kita menggunakan kos yang paling rendah untuk memberikan impak yang paling tinggi. Justeru itu telah dilaksanakan satu sistem perparitan monsun yang telah meminimalkan bukan sekadar itu sahaja sebab isu ini telah berlaku semasa setiap kali banjir kilat ini berlaku semasa hujan yang lebat dan telah menghantui penduduk di sana selama lebih 20 tahun. Jadi saya ingin berterima kasih kepada EXCO YB. Zairil, EXCO untuk Infrastruktur, Pengangkutan Dan Digital kerana saya menerima baik daripada jawapan soalan bertulis bahawa telah diluluskan satu perutukan sebanyak RM100,000.00 untuk menghubungkan satu parit monsun itu dengan longkang bypass di gerbang Mak Mandin II. (sila tepuk sat lah, kredit kepada dia). Jadi sekaligus yang usaha ini telah mengurangkan risiko sekali lagi mengurangkan risiko banjir kilat kepada tahap yang paling minimal. Apa yang saya ingin sampaikan adalah pendekatan sebegini patut dicontohi oleh semua agensi berkenaan yang menguruskan sistem aliran iaitu menggunakan kos yang terendah untuk memberikan impak positif yang tertinggi dalam meminimalkan isu banjir kilat. Ini adalah contoh sinergi antara agensi-agensi kerajaan seperti MBSP dengan JPS di mana mereka jumpa isu itu mereka bincang dan mereka selesaikan dengan cara yang sangat komprehensif dan pendekatan yang kreatif. Jadi saya juga berharap usaha sebegini boleh diperluaskan kepada kawasan rendah di kawasan Bagan Jermal terutamanya di 17 kawasan di mana perparitannya sudah melebihi 30 tahun seperti jawapan bertulis daripada EXCO YB. Jason H’ng. Jadi saya ingin macam mana okay saya ingin menyeru supaya kajian yang lebih teliti boleh diadakan kerana kita tau longkang yang sudah 30, 40 tahun ini tidak dapat menampung lagi air hujan terkini. Jadi saya harapkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh memberi satu perhatian yang khusus kepada isu ini dan kalau boleh setiap tahun menyediakan satu bajet mengikut keutamaan untuk menyelesaikan isu ini satu persatu jadi saya ingat saya hanya ada beberapa isu di sini sahaja dan saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Dato‘ Speaker kerana memberikan peluang saya untuk berbahas dan saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bagan Jermal jadi, dipersilakan ada Wakil Rakyat YB-YB yang nak berbahas? Terima kasih Pulau Tikus.

Joshua Woo Sze ZengDAP · PHPulau Tikus

Salam Sejahtera kepada Dato‘ Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua Speaker Yang Berhormat-Berhormat dan Anggota Sekretariat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi dalam ucapan perasmian beliau yang lalu telah menyatakan beberapa pencapaian Kerajaan Negeri seperti pertumbuhan KDNK yang tertinggi dalam negara dan pencapaian pelaburan asing FDI yang paling banyak di Pulau Pinang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan seluruh pasukan Kerajaan Negeri yang telah berkhidmat sejak tahun 2018 yang berusaha tanpa henti dalam mencapai pembangunan ekonomi ini. Pada hari ini saya ingin membincangkan isu yang semakin penting dalam konteks pembangunan mampan di negeri kita iaitu penyesuaian iklim di Pulau Pinang dengan kepelbagaian alam semula jadi dan kehidupan bandar yang pesat Pulau Pinang tidak terkecuali daripada cabaran iklim global. Oleh itu penyesuaian iklim bukan lagi satu pilihan tetapi suatu keperluan yang mendesak. Kita perlu mengenalpsti sektor-sektor yang paling terkesan dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk melindungi masyarakat infrastruktur dan juga ekonomi negeri. Ini bukan saja melibatkan pembangunan fizikal yang lebih pintar tetapi juga melibatkan perubahan dalam cara kita berinteraksi dengan alam dan perancangan bagi mengusahakan pembangunan negeri. Pelaburan dalam infrastruktur penyesuaian iklim bukan hanya untuk masa kini tetapi ia merupakan warisan yang kita akan tinggalkan kepada generasi akan datang dengan menguatkuasakan strategi penyesuaian iklim yang holistik kita mampu mengurangkan risiko banjir risiko bencara memastikan peluang pekerjaan yang bergaji tinggi dapat diwujudkan dan merancang pembangunan bandar pintar dan mesra alam. Pulau Pinang sebagai negeri yang terbuka kepada globalisasi dan pertubuhan ekonomi perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan pembangunan mampan yang berterusan. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, saya setuju dengan ucapan Tun bahawa kemajuan negeri berteraskan pembangunan mampan dan inklusif merangkumi pembangunan infrastruktur. Penambahbaikan kemudahan awam dan sistem pengangkutan, pembangunan lestari bukan lagi satu konsep yang asing tetapi sebuah keperluan yang semakin mendesak dalam menghadapi cabaran ekonomi global dan persekitaran yang semakin kritikal. Salah satu aspek penting dalam melaksanakan pembangunan lestari adalah melalui pembinaan infrastruktur yang mampan. Ini merangkumi pelbagai aspek, termasuk penggunaan bahan yang mesra alam, penjimatan tenaga dan pengurangan impak kepada alam sekitar. Projek seperti pembangunan Silicon Island merupakan satu contoh pembinaan infrastruktur mampan. Projek tersebut bukan sahaja dirancang bagi mewujudkan tanah baharu untuk pengembangan industri IR 4.0 tetapi juga mengutamakan pembangunan sosial terutamanya di kalangan komuniti nelayan serta memelihara alam sekitar dan juga kehidupan marin melalui skim Pengurusan Impak Sosial (Social Impact Management Plan) dan Pelan Induk Pengimbangan Ekologi (PSI Ecology Offset Masterplan).

Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim iaitu (United Nations Intergovernmental Panel on Climate Change – UN IPCC) telah menghasilkan Laporan Khas pada 2019 yang menyatakan bahawa tebus guna tanah adalah kaedah yang maju untuk mengatasi kenaikan paras laut dengan mengambil kira “kekurangan tanah, tekanan penduduk dan bencana.” Laporan itu juga menyatakan bahawa "penambakan tanah adalah teknologi matang dan berkesan yang boleh memberikan tahap keselamatan yang boleh diramalkan." Penambakan pulau baharu di Maldives telah dipetik dalam laporan UN IPCC sebagai contoh projek tambakan yang berteraskan adaptasi iklim. Selain itu, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Development Programme – UNDP) membiayai projek penambakan laut di Tuvalu. Inisiatif ini membantu negara itu membina daya tahan iklim dengan menebus tanah baharu yang lebih tinggi untuk menangani kenaikan paras laut. Satu lagi kajian yang dijalankan di Jerman, Belanda dan Maldives mendapati bahawa penambakan laut ialah strategi untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut terutamanya di pantai bandar. Kajian ini diterbitkan pada tahun 2020 dalam jurnal Climate Change. Selain itu, satu lagi penyelidikan yang diterbitkan pada tahun ini 2023 yang disediakan oleh sekumpulan saintis penyesuaian perubahan iklim yang diketuai oleh Dr. Sally Brown, iaitu penyelidik kanan di Agensi Alam Sekitar United Kingdom dan pengarang utama dalam Laporan Khas 2018 UN IPCC. Kajian dia menunjukkan bahawa kerja penambakan dapat memenuhi keperluan masyarakat dan ekonomi selama berbilang abad. Banyak tempat melaksanakan penambakan tanah untuk mewujudkan tanah baharu yang boleh didiami dengan kaedah adaptasi iklim. Contoh, Denmark, Singapura, Scotland, Belanda, Jepun, Qatar, Korea Selatan, Kiribati, Hong Kong, Jerman, Thailand, Finland, Italy, Vietnam, Taiwan dan Poland. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, tebus guna tanah bukan sesuatu yang asing di Pulau Pinang. Banyak infrastruktur penting, mercu tanda, taman awam dan kawasan perumahan di Pulau Pinang hari ini dibina di atas tanah tambakan. Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dibina di atas tanah tebus guna di sepanjang pantai timur Pulau Pinang yang bermula pada tahun 1999. Lebuh raya ini memanfaatkan antara 50,000 hingga 65,000 pengguna jalan raya setiap hari, termasuk mereka yang bantah pembangunan tambakan di Pulau Pinang. Penambakan di sepanjang pantai timur di tengah Pulau Pinang telah mewujudkan Persiaran Karpal Singh dan juga Bandar Sri Pinang. Perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah seperti Pinang Court 1 dan 2, Desa Pinang 1 dan 2 telah dibangunkan di atas tanah tambakan untuk menyediakan unit mampu milik untuk lebih 2000 keluarga. Tanpa tambakan di situ 2000 keluarga tiada rumah. Masjid Al-Bukhary yang indah yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2019 juga dibina di atas tanah tambakan di situ. Selain senarai pembangunan yang dinyatakan tadi terdapat penambakan lain di Pulau Pinang seperti Esplanade Padang Kota Lama, Pengkalan Weld, Persiaran Gurney, Seri Tanjung Pinang 2 di Tanjung Tokong dan Queens Water Front di hadapan Queens Bay Mall. Semua ini adalah dibina di atas tanah tambakan sebab Pulau Pinang adalah negeri yang kedua terkecil dalam negara kekurangan tanah untuk pembangunan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan projek tambakan, Penang South Island sekarang dan projek pertama di bawah PSI adalah Silicon Island. Terdapat pandangan yang tidak tepat mengenai projek tambakan kononnya keselamatan makanan negeri terjejas. Berdasarkan imej satelit yang diambil dalam 200 hari dan pengesahan bebas daripada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) didapati kawasan penambakan PSI bukanlah kawasan tumpuan nelayan menangkap ikan sebaliknya nelayan lebih aktif menangkap ikan di luar kawasan PSI. Selain itu, ada juga andaian bahawa kerja-kerja penambakan di Pulau Pinang telah memberi kesan negative kepada tangkapan ikan dan keselamatan makanan. Hakikatnya data

daripada Jabatan Perikanan menunjukkan tiada penurunan yang konsisten dalam tangkapan ikan dari tahun 2014 sehingga 2020. Malah tangkapan ikan pada tahun 2020 adalah 24 peratus lebih tinggi berbanding 2014 walaupun terdapat 5 projek tambakan (Seri Tanjung 2, Gurney Bay, Light Waterfront, Esplanade dan Queens Waterfront) yang dijalankan pada tempoh tersebut. Oleh itu, dakwaan bahawa penambakan di Pulau Pinang memberi kesan buruk terhadap hasil perikanan adalah tidak berasas. Data telah menunjukkan bahawa projek-projek penambakan di Pulau Pinang tidak memberi kesan kepada keselamatan makanan negeri. Di bawah PSI, Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) telah dilaksanakan untuk memperkasakan komuniti nelayan melalui pelbagai inisiatif. Berikut adalah 10 contoh: (1) Pemberian bot yang serba lengkap, lebih besar dan lebih selamat dengan enjin berkuasa ; (2) Menawarkan latihan jurumudi professional percuma ; (3) Menyedia tuisyen dan biasiswa percuma kepada anak-anak nelayan ; (4) Mewujudkan peluang pekerjaan baru dengan pendapatan yang stabil dan faedah pekerjaan seperti insuran dan KWSP. Nelayan-nelayan yang telah diambil kerja dalam projek PSI sekarang mempunyai gaji bulanan yang stabil dapat merancang belanjawan mereka, dilindungi oleh insuran syarikat dan mempunyai jaminan persaraan melalui KWSP ; (5) Menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk ex-gratia ; (6) Membina jeti baru dan menaik taraf kemudahan darat ; (7) Menyediakan peluang akuakultur untuk meningkatkan keselamatan makanan negeri. Beri seekor ikan kepada orang, esok dia akan lapar lagi. Ajar dia pancing, esok dia boleh tangkap ikan. Memperkenalkan dan membantu dia menceburi akuakultur, dia boleh menjadi usahawan, tauke atau bos makanan laut ; (8) Menubuhkan koperasi dengan peruntukan 5 juta untuk melindungi kebajikan komesial nelayan (9) Mewujudkan peluang perniagaan untuk masyarakat setempat ; (10) Melepaskan 2 juta benih ikan dan udang, meletakkan tukun tiruan bagi mewujudkan habitat marin baru dan melaksanakan kajian bersama pakar-pakar dari USM untuk menambah baik ekologi marin. Selain itu, kajian impak sosial yang dijalankan untuk PSI mendapati bahawa 79 peratus penduduk tempatan Pulau Pinang termasuk nelayan meyokong projek pembangunan itu. 74.8 peratus nelayan menyatakan persetujuan dengan projek PSI. Malahan apabila kelulusan awal untuk penilaian impak alam sekitar PSI dibatalkan, terdapat petisyen yang ditandatangani oleh 435 nelayan yang mengesa Kerajaan Negeri supaya meneruskan projek pembangunan PSI ini. Tambahan lagi semasa tempoh public display paparan umum penilaian impak alam sekitar (EIA) dalam tahun 2022 Jabatan Alam Sekitar menerima maklum balas yang yang sangat positif terhadap PSI dengan 93 peratus daripada maklum balas yang direkodkan menunjukkan sokongan. Secara ringkasnya, pembangunan PSI tidak akan memberi kesan besar kepada nelayan dan aktiviti perikanan, tambahan pula inisiatif PSI yang digariskan dalam pelan pengurusan impak sosial dan bertujuan untuk memperkasakan komuniti nelayan tempatan dan memajukan pembangunan mereka serta membangunkan sektor perikanan mampan dari akuakultur. Projek ini merupakan satu-satunya pembangunan mampan mega di Malaysia yang berdasarkan konsep adaptasi iklim seperti yang diutarakan oleh UNIPCC. Melalui projek Silicon Island Pulau Pinang

telah menjadi contoh dalam pembinaan infrastruktur mampan yang tidak hanya memenuhi keperluan masa kini tetapi juga melindungi kepentingan generasi akan datang. Pulau Pinang memerlukan lebih banyak infrastruktur yang mampan dan holistik bagi memastikan pembangunan yang berterusan demi kesejahteraan negeri. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pengurusan dan pembinaan jalan raya tidak hanya menyediakan sistem pengangkutan yang lebih cekap tetapi juga membantu mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Infrastruktur mampan yang dibina bersama sistem pengangkutan awam yang efisien dan mesra alam adalah penting dalam pembangunan lestari. Antara cadangan yang harus dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri adalah pembinaan pengurusan rangkaian jalan raya yang mampan. Kita telah pun mendengar banyak YB-YB dan rakyat yang membangkitkan masalah mengenai kesesakan trafik di Pulau Pinang. Kawasan saya di Pulau Tikus tidak terkecuali dan turut terkesan daripada kesesakan jalan. Antara sebab utama adalah kekurangan rangkaian jalan raya yang strategik dan sistem pengangkutan awam yang cekap tetapi untuk membangunkan dua eko sistem mobiliti ini memerlukan pembelanjaan yang berbillion-billion. Jadi masalahnya bukannya kita tiada pakar atau perancangan untuk menyelesaikan isu kesesakan jalan tetapi kita tiada wang yang cukup. Sebagai contoh, perancangan untuk melebarkan jalan Mount Eskine yang telah dibangkitkan oleh YB. Kebun Bunga tadi yang akan dapat memanfaatkan penduduk-penduduk di kawasan Pulau Tikus, Kebun Bunga, Tanjong Bunga dan juga penguna-penguna jalan tersebut tidak dapat dilaksanakan walaupun tanah yang diperlukan telah pun diperolehi. Tentu Kerajaan Negeri boleh mohon dana daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semua projek infrastruktur ini tetapi tiada kepastian bahawa permohonan kita akan diluluskan. Oleh sebab itu, sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri untuk mengkaji dan memberi pertimbangan untuk melaksanakan satu ekonomi mobiliti yang mampan. Ekonomi mobiliti adalah satu konsep yang menggunakan pembinaan subsidi silang iaitu cross subsidy untuk mengumpul dana daripada pengguna supaya dapat membiayai pembinaan dan pengurusan rangkaian jalan raya dan menyediakan pengangkutan awam yang cekap dan akhirnya memanfaatkan penguna. Satu contoh ekonomi mobililti yang boleh diberi pertimbangan adalah fi carbon or carbon fee yang akan dikutip daripada pengguna jalan untuk menyediakan laluan khas untuk kegunaan bas awam dengan menyediakan rangkaian pengangkutan awam rendah carbon dan pengurusan jalan raya mampan yang dibiayai oleh kutipan daripada kutipan fi karbon kita boleh mewujudkan satu ekonomi mobiliti yang mendorong masyarakat memilih pengangkutan awam, mengurangkan kesesakan jalan raya dan kesan karbon. Perancangan seperti Pan-Island Link 1 (PIL1) yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Jambatan Kedua Pulau Pinang harus diberi pertimbangan untuk dibiayai dengan kaedah cross subsidy. Pulau Pinang memerlukan laluan khas untuk bas supaya penguna dapat sampai ke destinasi mereka tanpa tersangkut dalam kesesakan trafik. PIL satu boleh menyediakan laluan khas untuk bas menghubungkan enam kawasan strategik yang mempunyai kepadatan penduduk dan penguna jalan raya yang tinggi iaitu kawasan Gurney, Jalan Utama, kawasan Paya Terubong, Relau, Jalan Tun Dr Awang, dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berdekatan dengan Jabatan Kedua Pulau Pinang. Dengan menggunakan PIL1 bas-bas awam akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih cekap, lebih tepat pada masa dan lebih cepat kepada ramai penduduk di kawasan-kawasan sepanjang lebuh raya tersebut. Ini akan menyakinkan lebih ramai orang untuk memilih pengangkutan awam. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri harus memberi pertimbangan untuk melaksanakan projek PIL1 melalui konsep ekonomi mobiliti untuk mengurangkan kesesakan trafik dan meningkatkan pengunaan pengangkutan awam.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sejak 2008 Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menanam lebih daripada 300,00 pokok yang baru, menambah baik sistem perparitan dan juga mitigasi banjir serta melindungi rizab hutan negeri. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu terus memikirkan cara-cara baru bagi melaksanakan langkah-langkah adaptasi iklim untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Pembangunan infrastruktur mampan seperti wujudkan ekonomi mampan untuk mendanai projek pengangkutan awam dan pengurusan jalan raya harus diberikan pertimbangan. Terima kasih kerana memberi perhatian. Mari kita sama-sama berusaha untuk membina Pulau Pinang yang mampan dan lestari untuk semua. Dengan ini saya memohon Dewan menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Pulau Tikus dan sekarang saya persilakan Sungai Puyu.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih. Salam sejahtera Timbalan Dato’ Speaker dan ahli-ahli yang dihormati. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Pulau Pinang atas nasihat kepada semua ahli politik untuk hentikan perbezaan dan kepentingan politik untuk membina sebuah Kerajaan Perpaduan. Semua yang ada di Dewan yang mulia ini termasuk diri saya telah menerima amanah daripada tuhan untuk kita sama-sama bantu orang tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama. Syukur TYT. telah dilantik menjadi pemimpin yang baik dan telah menasihati kita. Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas nasihat dan bimbingan yang diberikan. Timbalan Dato’ Speaker, sehingga hari ini seluruh dunia khususnya Malaysia, hadapi cabaran di mana sudah menjadi pertukaran dan status apabila orang yang mampu sudah menjadi golongan B40. Iaitu kos kehidupan dan nilai gaji tidak selaras dengan kenaikan harga barang. Peperangan di negara luar juga telah memberi kesan kepada beberapa aspek penting di negara termasuk kenaikan harga barang. Perkara ini harus diambil perhatian serius oleh Kerajaan Negeri bagi menangani bebanan kos sara hidup. Timbalan Dato’ Speaker, kita juga hadapi cabaran apabila negara-negara Barat yang tidak ada pendirian, kekal dalam isu peperangan di negara luar. Jika kita mahukan keamanan, semua negara mesti sokong. Keamanan dan tidak hanya memihak kepada satu pihak sahaja. Saya berdiri di sini berdoa supaya ada keamanan di seluruh dunia dan hentikan peperangan serta pembunuhan. Timbalan Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri juga harus memberi perhatian kepada sektor pendidikan. Saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah memperkenalkan kursus bekerja sambil belajar. Saya difahamkan kursus sijil diploma ini juga telah mendapat pengiktirafkan Ini kerana telah memperkenalkan kursus bekerja sambil belajar. Saya difahamkan kursus sijil diploma ini juga telah mendapat pengiktirafan dan diterima oleh seluruh dunia. Saya harap semua masyarakat khususnya penduduk di Pulau Pinang dapat mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan ini. Timbalan Dato’ Speaker, saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan yang telah bertindak cepat dan pantas untuk memberi bantuan kepada masyarakat. Dikesempatan ini saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan pusat aktiviti warga emas di setiap Kawasan Parlimen. Untuk pengetahuan Kerajaan Negeri di Pulau Pinang ada satu NGO iaitu Penang Safe yang telah bersusah-payah dan bertindak cepat memberi bantuan kecemasan di seluruh negeri ini dengan cepat. Ini adalah wira-wira masyarakat. Mereka juga berdepan cabaran bahaya apabila tidak ada undang-undang yang memihak kepada mereka semasa

melindungi atau cuba menyampaikan bantuan kecemasan kepada pada mangsa. Sebagai contoh apabila mereka sedang menjalankan bantuan kecemasan seperti Cardiopulmonary resuscitation (CPR) atau Automated External Defibrillator (AED) dan tidak dapat seratus-peratus menyelamatkan nyawa adakah mereka boleh dilindungi daripada sebarang tuduhan. Maka Kerajaan Negeri perlu mempertimbangkan suatu perlindungan atau akta sebagai jaminan. Bukan sahaja NGO ini bahkan kepada anggota-anggota Bomba sukarela juga mungkin berdepan nasib sama. Timbalan Dato’ Speaker, saya tidak bercadang untuk mengambil masa yang panjang. Saya Akhiri ucapan perbahasan saya dengan jutaan terima kasih. (Ahli-ahli Dewan menepuk meja)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Puyu…

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Dengan ini saya mohon sokong…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Puyu. Jadi saya buka lagi jika ada wakil rakyat pembangkang. Kalau tidak kita terus ke pergulungan. Seberang Jaya? Okey. Terima kasih.

Izhar Shah Bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Dato' Yang di-Pertua atas kesudian memberikan saya ruang untuk terlibat langsung dalam perbahasan bagi membahaskan ucapan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam hormat kepada semua ahli-ahli Dewan yang dihormati. Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dan inayahNya. Kita semua dapat berkumpul dan menjalankan persidangan di Dewan yang mulia ini dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15. Sebelum saya teruskan ucapan perbahasan saya. Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini bagi turut mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada ahli-ahli Dewan dan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang yang beragama Hindu dan yang menyambut perayaan ini. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua dan ahli-ahli yang berhormat sekalian inilah kali pertama kita bersua secara rasmi dalam mesyuarat di Dewan yang mulia ini. Saya percaya di Dewan yang mulia ini kita akan membincangkan permasalahan rakyat yang sering dibangkitkan kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat oleh rakyat di kawasan masing-masing. sebegitu juga Seberang Jaya tidak ingin ketinggalan dalam mengutarakan, memberi pandangan dan cadangan serta terlibat dalam mencari solusi yang terbaik bagi mengatasi permasalahan yang berlaku di kawasan Seberang Jaya. Malah akan turut menyuarakan pandangan berkenaan isu dan polisi untuk manfaat rakyat negeri Pulau Pinang dan juga tanah air yang kita cintai ini. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua kerusi yang ini saya duduki ini adalah kerusi yang cukup bersejarah. Bahkan, bak kata Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua semasa mesyuarat pertama bagi mengangkat sumpah tempoh hari. Kerusi ini merupakan kerusi yang cukup bertuah kerana kerusi ini pernah diwakili oleh ayahanda saya sendiri dan ahli Yang Berhormat sebelum ini dari Perikatan Nasional. Alhamdulillah, Perikatan Nasional dapat

mempertahankan kerusi ini untuk kekal milik Perikatan Nasional. Syukur segala puji dan ketentuan ini adalah daripada kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Saya memohon izin untuk mengambil ruang bagi menzahirkan setinggi-tinggi rasa penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi kawasan DUN Seberang Jaya yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Telah turun mengundi pada 12 Ogos 2023 yang lalu bagi meraikan sistem demokrasi negara kita. Terima kasih saya ucapkan khususnya kepada 20,877 pengundi yang telah memilih Perikatan Nasional dan memberi peluang kepada saya untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kawasan Seberang Jaya. Tidak lupa kepada seluruh jentera di setiap peringkat daripada parti-parti gabungan dalam Perikatan Nasional dari parti Bersatu, parti PAS dan juga Gerakan serta para relawan yang telah sama-sama gambleng usaha dan tenaga menyantuni segenap lapisan masyarakat. Namun, saya sedar tanggungjawab sebagai wakil rakyat bukanlah hanya kepada pengundi yang mengundi kita sahaja. Malah saya ingin menyatakan komitmen dalam Dewan yang mulia ini bahawasanya sebagai wakil rakyat kawasan Seberang Jaya kita akan sampaikan khidmat, akan santuni dan akan bantu sedaya mampu seluruh warga Seberang Jaya tanpa mengira ideologi politik dan warna kulit. Dan saya percaya pendirian ini akan turut diterapkan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Perikatan Nasional yang lain. Sebegitu juga diharapnya oleh ahli-ahli Yang Berhormat dari blok kerajaan. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, pada Pilihan Raya Umum Negeri Pulau Pinang yang telah berlangsung baru-baru ini, telah menjadi sebuah manifestasi bahawasanya telah mula berlaku angin perubahan daripada kalangan rakyat Negeri Pulau Pinang yang kini merasakan Penang Belum elok…(gangguan). Maka sebab itu majoriti rakyat di Negeri Pulau Pinang khususnya buat masa ini ialah di sebelas kawasan ini dan hampir bilangan majoriti rakyat di beberapa kawasan lain telah mula memberi peluang dan telah berubah untuk memberikan mandat kepada Perikatan Nasional bagi mewakili kawasan mereka. InsyaAllah, tak mustahil selagimana kami dari saf oposisi ataupun pembangkang ini di bawah pimpinan Yang Berhormat Sungai Dua sebagai Ketua Pembangkang yang turut dibantu secara rapat oleh Yang Berhormat Penanti selaku pengerusi Bersatu Negeri dan sembilan (9) ahli Yang Berhormat dari Perikatan Nasional yang lain serta rakan-rakan yang berada dalam gabungan Perikatan Nasional di luar. Secara konsisten mengangkat hak dan membawa suara rakyat maka Perikatan Nasional tidak mustahil akan mampu mentadbir kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa akan datang…(gangguan). Tak mustahil, tak mustahil. Dulu satu kerusi boleh jadi 11. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, saya percaya bahang pilihanraya sepatutnya sudah pun berlalu saya juga ingin mengambil ruang dan kesempatan ini untuk secara rasminya di Dewan yang mulia ini bagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota sekali lagi telah diberi mandat untuk mentadbir dan memimpin Kerajaan Negeri sebagai Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang. Saya percaya sekiranya polisi-polisi dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri yang menjunjung keadilan yang menghormati kehendak pengundi yang tidak menindas dan tidak berlaku zalim kepada rakyat Negeri Pulau Pinang khususnya di 11 kawasan yang diwakili Perikatan Nasional. Kami dari blok pembangkang akan terus menjalankan tugas sebagai rakan yang membina untuk menyemak imbang dan memberikan teguran membina kepada pihak Kerajaan Negeri. Lantas saya ingin syorkan kerjasama dua hala adalah perlu untuk mencapai aspirasi dan matlamat serta visi negeri ini demi rakyat Negeri Pulau Pinang. Usahlah diamalkan pemahaman emosi dalam menyusun sebarang hasrat bagi mencapai matlamat. Bak kata pepatah “Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya”.

Kita berharap Yang Amat Berhormat Ketua Menteri usahlah terperangkap dengan tindakan beberapa pemimpin politik yang lebih suka mengamalkan pecah perintah dan akibatnya akan lebih terbelenggu dengan permainan politik syok sendiri yang artificial dan tidak akan berkekalan. Maka jika Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ikhlas seperti mana yang dinyatakan dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang anggaplah saf oposisi ataupun pembangkang ini sebagai rakan dan bukannya musuh termasuk dalam aspek agihan peruntukan dan lain-lain. (Ahli-ahli Dewan ketawa) Amatlah besar aspirasi rakyat negeri Pulau Pinang ini yang mengharapkan wujudnya kestabilan dalam pentadbiran yang ingin melihat aspirasi negeri dapat diterjemahkan dengan kesungguhan daripada pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan Negeri agar tidak digugat oleh mana-mana pihak. Agar sebarang polisi dan manfaat dapat dicapai dan dirasai secara menyeluruh oleh rakyat di negeri ini. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat dikasihi. Kesemua hampir menyentuh tetang isu Gaza. Dalam pekembangan tragik di semenanjung GAZA eloklah kita gunakan hukum akal dari sudut isu kemanusiaan sejagat dan saya ingin mengajak semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pelbagai parti berikrar untuk membela nasib rakyat Palestine dan janganlah kita cuba untuk mengeluarkan kenyataan atau melakukan tindak tanduk yang lebih berpihak kepada Israel Zionis yang secara terang-terangan adalah merampas tanah milik Palestine. Adalah lebih baik kita sebagai ahli-ahli Yang Berhormat turut bersama dengan rakyat pada masa kini dalam apa jua bentuk tunjukkan tanda sokongan kita kepada rakyat Palestine dalam mempertahankan hak dan tanah mereka. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, pada para ke-30 agar idea-idea baharu dapat dipertimbangkan bagi meningkatkan serta mempelbagaikan jumlah dan unsur pendapatan tahunan yang diterima Kerajaan Negeri. Ini turut bermakna Kerajaan Negeri terutamanya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri harus mengambil ruang untuk menerima pandangan dan cadangan diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang dengan pendekatan untuk kurang bermain politik tetapi lebih kepada memberikan sokongan, membuka ruang dan mempermudahkan apa-apa sahaja idea serta permintaan yang diketengahkan secara holistik dalam semua aspek. Setakat ini saya ingin memohon agar dapat diberikan pencerahan penuh. Serta dapat dikaji semula tentang peranan-peranan syarikat-syarikat GLC (Government-Linked Companies) Kerajaan Negeri agar tidak berlaku pertindihan-pertindihan fungsi dengan jabatan-jabatan kerajaan sedia ada. Agar boleh berlaku penjimatan dari segi aspek kewangan Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, saya juga amat berharap ada satu langkah proaktif daripada Kerajaan Negeri bagi memastikan projek-projek yang telah lama dirancang dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Seperti mana yang telah pun dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini ada yang dah 6 (enam) tahun ada yang dah berdekat telah lama dirancang namun belum dilaksanakan. Sebegitu juga seperti contoh dalam kawasan DUN Seberang Jaya, pembangunan semula projek di kampung Bagan Serai yang telah lama tertunggak, yang telah lama tidak jalankan bahkan mengikut kefahaman saya nilai pampasan yang penduduk sekarang ni terima amatlah tidak bertepatan dengan kadar nilai sewaan pada hari ini. Harap Kerajaan Negeri dapat memberikan perhatian penuh dan yang sewajarnya untuk membantu pemaju atau pun agensi berkaitan dalam mengatasi masalah ini. Sehubungan dengan itu, melalui soalan lisan saya dan penekanan yang telah diucapkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pada perenggan ke-34 sepertimana juga yang telah banyak dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Tindakan segera harus diambil bagi mengatasi kesesakan lalu lintas daripada Tol

Juru atau pun bak kata Yang Berhormat Bukit Tambun dari Tol Jawi daripada Jambatan Pulau Pinang, Kawasan Perindustrian Perai menghala ke Sungai Dua. Cadangan saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Machang Bubuk untuk dibina elevated highway amat-amatlah diperlukan dari jalan susur ke Seberang Jaya juga perlu dipertimbangkan bagi mengatasi kesesakan Jalan Permatang Pauh iaitu daripada bulatan Bukit Tengah sehinggalah ke Pekan Permatang Pauh yang merentasi beberapa laluan di Kampung Belah Dua, Kampung Pertama, Taman Haji Mohamad Amin, Kampung Permatang Janggus dan beberapa lagi perlu diberi penekanan khusus seperti mana walau pun saya telah difahamkan bahawasanya penaiktarafan laluan ini telah disenaraikan dalam RMK - Rolling Plan Keempat dengan tajuk ‘Naik Taraf Laluan Persekutuan FT3111’. Saya sedar mungkin ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, akan tetapi kita berharap agar Kerajaan Negeri dapat memainkan peranan yang aktif dan proaktif dan memahami bahawa ianya ialah sebuah keperluan yang mendesak yang perlu diselaraskan tindakan sewajarnya.

Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun, Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang, pada para ke 40 telah menyentuh mengenai “2023 The Global Chinese Economics And Technology Summit di Shenzhen, China”. Persoalan yang ingin saya bangkitkan, apakah sebenarnya perancangan dan hala tuju Kerajaan Negeri serta pencapaian yang telah dicapai setakat ini terutamanya dalam konteks ke arah memperkasakan pertumbuhan teknologi dan kemakmuran serantau khususnya pasca ucaptama Tuan Yang Terutama Tun, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di summit berkenaan. Kita berharap ianya dapat dicerakinkan dan dikongsikan kepada rakyat negeri Pulau Pinang khususnya dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati, Islam is a way of life (dengan izin), seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Sungai Dua selaku Ketua Pembangkang tadi, saya ingin sarankan adalah elok agar Kerajaan Negeri dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mempertingkatkan aktiviti dan kaedah pemahaman mengenai interpretasi dan kefahaman setiap agama termasuk agama Islam bersesuaian seperti mana saranan Tuan Yang Terutama Tun, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dalam para ke 53 dalam konteks untuk meuar-uarkan berita yang tepat dan sahih agar isu-isu sensitif dapat dirai dengan sebaiknya demi kelangsungan keamanan dan kesejahteraan di negeri ini. Bagi umat Islam, apa yang dinyatakan dalam kitab suci Al-Quran sebagai contoh dalam Surah Al-Kafirun dengan jelas di ayat pertama surah ini telah menyentuh bahawa orang bukan Islam atau non muslim sebagai kafir. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna perkataan kafir ini menghina non muslim dan seperti mana di dalam surah ini juga di ayat keenam yang bermaksud ‘untukmu agamamu dan bagiku agamaku’. Oleh itu, jika timbul kekeliruan dalam pemahaman bagi setiap antara satu agama yang lain eloklah jangan disentuh oleh mana-mana satu agama terhadap agama-agama lainnya agar keharmonian sesama masyarakat akan terus dipelihara tanpa tindakan-tindakan atau kata-kata, ucapan-ucapan yang boleh menimbulkan unsur provokatif.

Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, dalam kesungguhan kita semua membahaskan ucapan atau pesanan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, suka untuk saya nak merujuk kepada perenggan ke 59 yang telah memberi penekanan yang sangat jelas tentang keperluan untuk melaksanakan perkhidmatan teras atau core business yakni amanah yang diberikan dengan menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada stakeholders (dengan izin), terbesar di negeri ini iaitu rakyat Negeri Pulau Pinang. Ianya juga turut bermakna bahawa pegawai-pegawai, Ketua-ketua Jabatan di semua peringkat, tidak perlu gentar kepada ‘political master of the day’ kerana setiap jawatan yang kita pegang termasuk kami Ahli-ahli Yang Berhormat ini adalah satu kebertanggungjawaban dan bukannya satu keistimewaan sehingga kita terpaksa timbul rasa curiga terpaksa menidakkan

bagi melaksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat terutama apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang.

Sedarkah Kerajaan Negeri juga bahawa di sebalik slogan-slogan yang megah, masih ada kelompongan dalam kalangan masyarakat kita khususnya beberapa masyarakat yang terpinggir atau pun marginalized baik dari kaum Melayu, Cina bahkan kaum India dan lain-lain yang memerlukan pembelaan terhadap kesusahan mereka. Bantuan yang ada mempunyai terhad ataupun limitasi untuk membantu. Saya menyeru Kerajaan Negeri untuk tidak terlalu selesa merasakan bahawa ‘Penang elok dah’. Golongan masyarakat yang terpinggir ini perlu dititikberatkan. Libatkanlah badan-badan NGO yang ada dalam Negeri Pulau Pinang seperti contoh Malaysian Hindu Sangam, Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Komuniti Malaysia malah NGO-NGO lain yang berasaskan kebajikan dan perpaduan kaum, wajar dilibatkan sama untuk menubuhkan taskforce bagi mengkaji kaedah bagaimana untuk membantu golongan yang dipinggirkan ini.

Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, air, seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang dan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Air merupakan sumber asli yang amat penting. Soalan yang saya ingin ketengahkan dalam Dewan yang mulia ini, tambahan kepada persoalan-persoalan yang juga diketengahkan sebentar tadi. Apakah jumlah air terawat dari segi nilai ringgit dan target volume dari tahun ke tahun yang akan dibeli oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Kerajaan Negeri Perak? Sehubungan dengan itu, bagaimanakah status berkenaan tuntutan Kerajaan Negeri Kedah mengenai sumber air yang digunakan oleh Negeri Pulau Pinang? Adakah ada apa-apa perundingan jangka panjang yang telah dijalankan dan bagaimanakah hala tuju mengenai kegunaan sumber air dari Negeri Kedah sekarang dan pada masa hadapan? Sudah tentu persoalan yang dibangkitkan ini adalah menepati dengan persoalan yang sering timbul dalam kalangan masyarakat di negeri ini. Dan kita amat berharap ianya dapat diberikan pencerahan penuh supaya segenap lapisan masyarakat di negeri kita ini tidak perlu dibelenggu dengan polemik air yang seperti semua sedia maklum merupakan sumber yang amat penting bagi kita.

Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pemuliharaan alam sekitar dan kegunaan renewable energy serta pengamalan artificial intelligence (AI), big data, automation dan robotics (dengan izin), harus menjadi nadi di dalam perancangan dan hala tuju Negeri Pulau Pinang dari sekarang.

Tambahan kepada apa yang dicadangkan dan saya turut bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh yang Berhormat Batu Uban, penggunaan floating solar panel (dengan izin), di beberapa empangan-empangan di negeri ini boleh dikaji dan dipertimbangkan bagi membantu menjana tenaga elektrik dan menyumbang ke arah renewable energy negeri. Sebegitu juga kaedah preventive maintenance juga harus diguna pakai dengan seluas-luasnya supaya pembaziran terhadap kos pembaikan dapat dikurangkan seperti contoh di rumah-rumah pam, laluan-laluan utama air yang disalurkan oleh PBA dan pelbagai fasiliti lain yang akan memberikan kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada rakyat yang terpaksa menanggung kesannya sekiranya berlaku failure atau ketidakupayaan untuk berfungsi. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, topik ini sangat dekat dengan saya. Sebagai seorang wakil rakyat yang saya percaya termuda pada penggal ini, saya percaya sudah tentu ada perjuangan yang akan dibawa oleh saya demi kepentingan golongan belia dan remaja. Pendidikan, kemudahan fasiliti sukan, kerjaya, peluang perniagaan, peluang pekerjaan, perumahan, kebajikan, masalah sosial dan salah guna dadah, penerapan nilai-nilai murni sejagat termasuk agihan peluang ekonomi di dalam inisiatif untuk membantu dan memperkasakan kaum belia seperti mana dalam segmen-segmen yang saya nyatakan tadi. Kerajaan Negeri harus mengambil sikap color blind dan harus melibatkan belia dan remaja dalam pelbagai pembentukan dan pengenalan inisiatif Kerajaan Negeri. Saya syorkan Kerajaan Negeri boleh mengambil

langkah atau pun inisiatif secara rentas parti daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat dan pemimpin-pemimpin muda daripada parti-parti politik dalam negeri ini.

Dalam Dewan yang mulia ini juga, kita ada agak ramai yang Ahli-ahli Yang Berhormat umurnya di tahap masih muda bawah 40 seperti Yang Berhormat EXCO sendiri, Yang Berhormat ADUN Pantai Jerejak, rakan-rakan daripada Sungai Puyu dan di belakang saya ini..

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Speaker sama, speaker, jangan lupa..

Izhar Shah bin Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Speaker mungkin yang ada had.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Muda lagi, kita muda lagi…

Izhar Shah bin Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Ataupun yang mana-mana young at heart. Yang Amat berhormat Padang Kota pun angkat tangan. Kita percaya Yang Amat Berhormat Padang Kota young at heart. Maka libatkanlah, libatkanlah dalam sesi libat urus jika perkara ini dapat dilaksanakan InshaAllah pembentukan dan pelaksanaan agenda pembangunan belia di negeri Pulau Pinang ini akan lebih dirasai oleh segenap lapisan belia dalam negeri yang kita cintai. Harap Yang Berhormat EXCO pertimbangkan.

Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, saya masuk ke permasalahan dalam kawasan saya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ada seminit je lagi…

Izhar Shah bin Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Minta tambah sikit sebab yang paling muda dan paling terakhir hari ni. Balik pun sangkut jammed. Sebagai wakil rakyat kawasan Seberang Jaya, sudah pasti banyak permasalahan yang telah saya utarakan melalui soalan-soalan bertulis dan lisan. Antara yang perlu diberi penekanan dan pertimbangan khusus, perancangan serta pelaksanaan solusi bagi mengatasi beberapa masalah yang sering dibelenggu warga Seberang Jaya. Seperti yang telah saya sebutkan sebelumnya, isu kesesakan lalu lintas amatlah perlu diatasi segera. Selain daripada itu, saya amat hargai beberapa projek Rancangan Tebatan Banjir yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan dalam kawasan Seberang Jaya diharapnya akan selesaikan masalah banjir yang dihadapi.

Namun yang demikian, perlulah ada tindakan kawal selia yang komprehensif dan aktif daripada agensi yang berkenaan terhadap kerja-kerja yang dibuat oleh pihak kontraktor yang dilantik bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan sepanjang projek penaiktarafan itu berlangsung.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap Kerajaan Negeri akan mencari satu kaedah bagi membantu naik taraf rumah pangsa dalam kawasan Seberang Jaya yang teramat perlu untuk dinaik taraf. Dari segi pendawaian semulanya, pengecatan bangunan, penggantian tangki air seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Uban, roof waterproofing dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Dalam Kawasan Seberang Jaya ini, umumnya mungkin hanya melihat ke arah perancangan pembangunan yang agak pesat di antara dua kawasan bandar besar dalam kawasan Seberang Jaya. Namun kawasan ini terdiri juga daripada tidak kurang daripada tujuh (7) kawasan kampung, 7 (tujuh) kawasan kampung seperti Kampung Belah Dua, Kampung Pertama, Kampung Permatang Janggus, Kampung Permatang Nibong, Kampung Solok Terubuk, Kampung Sutera, Kampung Jalan Baru, Kampung Tersusun Jalan Baru, Kampung Besar dan beberapa kawasan kampung yang lain yang amat memerlukan perhatian dari segi infrastruktur asas untuk dinaik taraf perparitannya, keperluan lampu-lampu jalan yang baharu bagi menjamin keselamatan penduduk dalam kampung. Saya amat berharap Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi yang berkaitan dapat sama-sama memberikan perhatian agar diseimbangkan peruntukan bagi menangani permasalahan-permasalahan di kawasan bandar, pinggir bandar dan juga di luar bandar.

Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri perbahasan saya ini, saya ingin mengambil kesempatan dan ruang dalam Dewan yang mulia ini untuk melafazkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri dan Pusat termasuk agensi-agensi yang berkaitan. Tidak lupa juga kepada semua frontliners daripada kalangan anggota keselamatan, pegawai-pegawai kesihatan dan semua petugas di segenap peringkat dalam Majlis Bandaraya dan Pejabat Daerah termasuklah kepada semua jabatan yang terlibat yang telah mencurahkan bakti dan menjalankan khidmat hanya kerana Allah S.W.T. Pesanan ini yang sering ayah saya pesan kepada saya, untuk kita amati bersama juga ‘…Ingatlah kita hanya perlu takut kepada Allah S.W.T. dan bukan kepada political master of the day (dengan izin).. Harap dapat dilakukan sesuatu kepada yang memerlukan dan di dalam sesuatu perkhidmatan itu harus ada keikhlasannya. Berkhidmat lah dengan penuh keikhalasan kerana Allah S.W.T. Hanya kepada Allah S.W.T. kita berserah dengan ini saya mohon menyokong dengan teguran, cadangan dan pindaan seperti mana yang dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Seberang Jaya. Ahli-ahli mesyuarat sekalian persidangan pada hari ini ditangguhkan sehingga besok pagi jam 9:30. Sekian.

Dewan ditangguhkan pada jam 6.30 petang.