Pulau Pinang · 21 November 2023
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 286 turns · 38,817 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Goh Choon Aik (Bukit Tambun), Azmi bin Alang (Telok Ayer Tawar)
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.
“Bacaan doa”.
Soalan lisan.
Sila Yang Berhormat Kebun Bunga.
Terima kasih Dato’ Speaker, Pak Ali mendayung sampan, Auntie Lim molek lagi bersopan, Kebun Bunga tanya soalan 8, Isu scammer yang tiada kesudahan. No. 8. Berapakah kes yang direkodkan di Pulau Pinang berkaitan dengan penipuan atas talian atau pelbagai jenis 'scam' pada tahun 2023 berbanding tahun 2022? (a) Jika berlaku peningkatan, apakah langkah pihak berkuasa dalam menangani isu ini dengan efisien?
Y.A.B. Ketua Menteri: Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Itu jawapan saya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kebun Bunga yang kemukakan soalan lapan dan untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan rekod pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat peningkatan sebanyak 45 peratus penipuan dalam talian pada tahun 2023 berbanding pada tahun 2022. Statistik menunjukkan sejumlah 1,632 kertas siasatan melibatkan penipuan dalam talian dibuka pada tahun 2022. Manakala sejumlah 2,363 kertas siasatan penipuan dalam talian dibuka pada tahun ini sehingga 30 haribulan September. Bagi menangani isu ini dengan efisien, pihak PDRM telah melaksanakan beberapa langkah yang strategik dan berkesan seperti berikut, aplikasi Semak Mule. Semak Mule merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
PDRM bagi memudahkan orang ramai membuat semakan ke atas nombor akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dalam siasatan polis. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Platform Google Play atau melalui carian laman sesawang RMP atau Royal Malaysian Police. Orang ramai juga dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi ini sebelum membuat sebarang transaksi kewangan dalam talian. Kedua, Pusat Respon Scam Center, National Scam Response Centre (NSRC) yang merupakan satu One Stop Agency atau One Stop Centre yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM untuk orang ramai atau mangsa scam berhubung melalui talian bebas tol 997. Fungsi utama NSRC ialah bagi menerima aduan orang ramai mengenai scam terutamanya mangsa scam yang baru membuat transaksi kewangan secara online. Pusat ini berupaya untuk menyekat transaksi wang mangsa melalui kerjasama dengan pihak institusi kewangan. Pusat ini juga beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga jam 8.00 malam. Mangsa scam boleh menghubungi bank masing-masing, sekiranya berlaku kejadian scam selepas jam 8.00 malam. Pusat ini juga akan membuat penjejakan kewangan atau money trail dan berpeluang mengembalikan wang kepada mangsa sekiranya wang itu masih ada melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada. Ketiga, kempen Pencegahan Jenayah Komersial. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang dari semasa ke semasa sentiasa mengadakan kempen pencegahan dalam talian melalui program-program seperti ceramah, pameran, Sembang Santai, Meet & Greet dan hebahan melalui media sosial. Antara sasaran kempen ini yang menjadi tumpuan adalah seperti jabatan-jabatan kerajaan, sekolah-sekolah, masjid-masjid dan rumah ibadat, kilang-kilang atau badan-badan swasta serta hebahan secara giat melalui laman facebook jabatan. Ia juga telah menjalankan pelbagai jenis kempen pencegahan yang berjumlah 385 sepanjang tahun ini. Terbaru juga kita mendapati Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang telah bekerjasama dengan EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa bagi membuat hebahan kempen ini melalui paparan papan iklan LED di Negeri Pulau Pinang, sebagai satu platform atau landasan bagi menyampaikan makluman kepada orang ramai berkenaan isu scam. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Padang Kota, cuma soalan saya, soalan tambahan saya ialah kita sedar bahawa mangsa-mangsa scammer ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk professional. So, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menganjurkan satu kempen secara, kempen kesedaran secara besar-besaran di Negeri Pulau Pinang sebab kalau kita lihat kepada statistik ia menunjukkan kepada peningkatan yang mendadak, maksudnya sehingga 30 September, 2,300 kes berbanding dengan 2022 hanya 1,600 kes. So, kempen kesedaran ini mungkin boleh melibatkan kesemua kawasan-kawasan di DUN, 40 DUN supaya mangsa-mangsa, penduduk-penduduk di Pulau Pinang tidak menjadi mangsa scammer ini. Sebab mengikut laporan berita memetik statistik daripada PDRM, George Town merupakan daerah ataupun kawasan yang paling tinggi scammer mencatatkan kerugian scammer yang paling tinggi di negara ini. Itu soalan saya. Sekian terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Kebun Bunga atas soalan tambahan. Seperti mana dalam jawapan, kita mendapati Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang bagi tahun ini sahaja telah mengadakan 385 aktiviti kempen untuk mencegah scam ini. Dan saya percaya ini akan diteruskan dan cadangan Yang Berhormat akan ditimbangkan. Manakala selain daripada mengadakan kempen kesedaran, tindakan-tindakan tambahan mungkin boleh dijadikan sebagai satu kesedaran, seperti melaksanakan penguatkuasaan, meningkatkan penguatkuasaan undang-undang termasuk tangkapan dan buat tuduhan di mahkamah. Maka itupun menjadi satu kesedaran kepada umum baik scammer ataupun mangsa, sesiapa yang terlibat, kalau didapati salah ditangkap, boleh dituduh di mahkamah. Untuk meyakinkan bahawa pihak berkuasa bertindak untuk menangani isu ini. Dan seterusnya kerjasama di Peringkat Nasional dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Bank Negara Malaysia di mana kedua-dua agensi ini boleh membantu dalam siasatan seperti rangkaian internet dan sistem perbankan (banking). Kerjasama di peringkat antarabangsa pula melalui Financial Intelligence Units untuk menyekat transaksi dana di peringkat antarabangsa. Jadi kalau mereka tidak senang dapat wang scammer itu pun mungkin perlu fikir lah, sama ada usaha mereka berbaloi atau pun tidak. Memang ada banyak jenis jenis scam atau penipuan secara talian atau diiktirafkan sebagai jenayah siber dan ia berlaku apabila pelakon itu mempunyai niat dah dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian yang berterusan. Scam telefon juga senang berlaku iaitu melalui panggilan telefon oleh sindiket yang menyamar sebagai penguat kuasa, selalu berlaku saya panggil dari mana-mana agensi, saudara ada satu kes cepat-cepat hubung siapa-siapa dalam telefon itu, dan selalunya dalam scam ada dua faktor psikologi yang dimainkan, ketamakan, ketakutan itu menyebabkan mangsa itu kalau tamak senang jatuh kepada scam itu, kalau takut pun tersabit dalam apa-apa tindakan undang-undang dia pun mungkin ditipu dan keluarkan wang untuk kautim dikatakan selesai kes-kes yang mungkin tak berlaku pun. Selain itu scam cinta, love scam, itupun satu aktiviti scam yang berlaku melalui media sosial di mana sindiket menggunakan identiti individu lain untuk memperdayakan mangsa. Selalunya menyamar sebagai juruterbang, tentera..(gangguan).
Speaker ada?
Y.A.B. Ketua Menteri: Jurutera, peniaga, bukan Speaker la, mungkin artis, penyanyi itulah VIP-VIP menggunakan gambar Yang Berhormat dalam sepanduk untuk menyakinkan mangsa-mangsa bahawa dia sokongan VIP-VIP. Syarikat ini kukuh ada sokongan VIP dan sebagainya. Itu menyebabkan mangsa jatuh kepada scam-scam dan e-Dagang memang selalu berlaku di mana tawaran stok terhad, harga rendah dari pasaran dan sebagainya. Scam pinjaman yang tak wujud berlaku juga, kita melaburkan pada satu skim tetapi ianya satu pelaburan yang tidak wujud dan sebagainya menggunakan maklumat peribadi untuk dari bank data perbankan mangsa melalui aplikasi laman web dan sebagainya untuk menipu. Scam tawaran kerja sambilan, banyak ramai warga kita ditipu untuk kerja di mana, di Thailand, Myanmar, Cambodia dan sebagainya. Itu pun satu jenis scam dan pendek kata If it is too good to be true it is a scam. Kalau terlalu baik itu tak mungkin dia boleh dalam 1 hari pulangan dari investment itu invest RM1.00 esok dapat
RM5,000.00 to good to be true maka itulah panduan kepada kita, jangan senang jatuh kepada sweet talk scammer-scammer yang berkenaan.
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker, saya tertarik sedikit berkenaan soalan tentang scam. Saya ada sedikit pertanyaan bahawa tentang penjualan data ataupun isu kebocoran data peribadi dan kita Kerajaan Negeri juga mempunyai satu database tentang bantuan-bantuan yang telah kita berikan melalui i-Sejahtera dan sebagainya. Maka saya ingin tahu tentang sistem perlindungan data peribadi oleh Kerajaan Negeri ini. Kerana kita lihat sekarang ini berlaku penjualan data-data peribadi even sektor-sektor kerajaan juga terjejas, maka saya ingin tahu tentang sistem perlindungan kita. Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Batu Uban. Isu cyber security sudah menjadi satu isu yang penting di mana apakah sistem yang kita pakai sekarang ada orang lain ada sistem yang lebih canggih dan lebih baik dari kita dan pernah berlaku di peringkat negeri Pulau Pinang pun berlaku data-data itu dihack oleh hacker dan sebagainya. Jadi menjadi wajib kita senantiasa buat pelaburan dalam cyber security supaya kita dapat melindungi diri daripada hacker-hacker yang mungkin menggunakan data peribadi yang disimpan oleh pihak kerajaan bagi tujuan-tujuan yang tidak baik mereka.
Terima kasih. Seterusnya saya nak menjemput Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, Telok Ayer Tawar telahpun maklum kepada saya bahawanya Yang Berhormat bersama dengan Yang Berhormat Penanti tidak dapat hadir pada mesyuarat pada pagi ini. Maka soalan nombor sembilan (9) akan dilangkaukan. Saya nak jemput Yang Berhormat Sungai Puyu. Sila.
Selamat pagi Dato’ Speaker. Soalan saya soalan 10. No. 10. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi jangka masa panjang dan pendek untuk mengatasi masalah kekeruhan di Pusat Rawatan Air Sungai Dua apabila setiap kali berlaku hujan lebat mahupun banjir di kawasan sempadan Kedah sehingga menyebabkan bekalan air bersih di seluruh Pulau Pinang terjejas teruk?
Terima kasih Dato Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Puyu. Untuk maklumat Yang Berhormat, PBA telah melaksanakan perancangan jangka pendek dan juga panjang untuk mengatasi masalah kekeruhan di Loji Rawatan Air Sungai Dua yang berlaku
ekoran hujan lebat mahupun banjir di kawasan selatan Kedah sehingga menyebabkan bekalan air bersih di seluruh negeri Pulau Pinang terjejas teruk. Antara usaha yang dilaksanakan adalah projek penyaluran air mentah daripada Rumah Pam Mak Sulung kepada Loji Rawatan Air Sungai Dua dengan kos peruntukan sebanyak RM72.4 juta ringgit oleh Kerajaan Persekutuan dan projek ini baru sahaja siap dan dalam fasa testing and commissioning Dato’ Speaker. Sepertimana semua sedia maklum Empangan Mengkuang hanya berfungsi sebagai empangan strategik iaitu untuk keperluan semasa musim kemarau ataupun musim kering yang berpanjangan serta apa-apa kecemasan yang berlaku kepada Sungai Muda. Sehingga kini tahap kapasiti pelepasan air menerusi Empangan Mengkuang adalah sebanyak 300mld. Namun dengan siapnya projek yang saya sebutkan tadi iaitu kerja pemindahan air, maka jumlah mld yang boleh dipindahkan daripada Empangan Mengkuang kepada Loji Rawatan Air Sungai Dua adalah sebanyak 600mld iaitu tambahan 300. Walau bagaimanapun Loji Rawatan Air Sungai Dua memerlukan kira-kira 1,100mld untuk memastikan bahawa 1,000mld dapat dihasilkan air terawat. Kita punya keperluan setiap hari Dato’ Speaker adalah lebih kurang 800 lebih mld tetapi kita perlu menghasilkan 1,000 kerana ada non-revenue water yang hilang. Jadi 1,000 adalah boleh dikatakan safe spot lah Dato' Speaker. Oleh yang demikian, kita masih memerlukan sekurang-kurangnya 400mld daripada Empangan Mengkuang untuk dipindahkan kepada Loji Rawatan Air Sungai Dua untuk kita nak mendapatkan penghasilan yang optimum. Jadi Kerajaan Negeri sedang memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan pelaksanaan projek yang seterusnya iaitu tambahan 400mld daripada apa ni Empangan Mengkuang kepada Loji Rawatan Air Sungai Dua. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat. Selain daripada kebergantungan kepada Empangan Mengkuang, apakah cadangan alternatif yang sedang dirancang atau sedang dilaksanakan untuk mengurangkan risiko bekalan air bersih terjejas akibat daripada banjir di kawasan sempadan Kedah.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Sebenarnya ekoran daripada kejadian insiden, beberapa insiden yang melibatkan kawasan Lembangan Sungai Muda terjejas dan kemudian menjejaskan kapasiti Loji Rawatan Air Sungai Dua untuk menghasilkan air terawat. Maka PBA telah pun menyediakan satu Pelan Pengurusan Krisis Sungai Muda ataupun Sungai Muda Crisis Management Plan sebagai satu cadangan alternatif supaya kita dapat mengurangkan kebergantungan terhadap Empangan Mengkuang. Dan antara yang dicadangkan oleh PBA adalah penyelesaian berbentuk kejuruteraan (engineering solution), contohnya PBA sedang melihat kepada kerja-kerja pra-rawatan air mentah. Ini melibatkan pra-penapisan dan juga air mentah sebelum memasuki Loji Rawatan Air Sungai Dua dan tujuannya adalah untuk menyingkirkan zarah dan juga mendapan daripada air mentah dari Sungai Dua. Yang kedua, ada juga cadangan untuk membuat off river storage iaitu takungan air pinggiran sungai yang juga dipanggil TAPS. Dan ini kira-kira dalam kalau boleh kita nak menyediakan off river storage sebanyak 1,000 atau 1,500mld iaitu mencukupi untuk backup selama 24 hingga 36 jam. Dan kemudian backup ini, yang kita simpan di tepi sepanjang jajaran sungai dapat kita pam ke dalam terusan Sungai Dua untuk digunakan apabila perlu. Lagi satu Engineering Solution yang dicadangkan oleh PBA adalah untuk menaik taraf modul rawatan air
di Loji Rawatan Air Sungai Dua kerana pada ketika ini kita dapat merawat air sehingga 1,000mld dari segi turbidity. Dan sekiranya melebihi daripada 1,000 kita terpaksa stop. Tapi kalau kita menaiktarafkan modul rawatan tersebut, maka mungkin kita boleh merawat ntu yang lebih tinggi sehingga 2,500 pun boleh Dato' Speaker. Tetapi tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan dan juga kos. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Speaker, saya ada tertarik dengan apa penjelasan yang diberikan oleh YB. Tanjong Bunga tadi. Tadi YB. Tanjong Bunga menyatakan bahawa kita perlu menaik taraf sistem pemindahan air dari Mengkuang Dam ke Loji Rawatan Air di Sungai Dua. Sekiranya kita boleh tambah sehingga 1,000mld, adakah ini bermaksud kita sudah tidak perlu bergantung kepada Sungai Muda? Sekiranya Empangan Mengkuang boleh mencapai tahap 1,000mld, adakah yang sedia ada sekarang kita mengambil air sekarang dari Sungai Dua, adakah kita sudah boleh bebas daripada bergantung kepada Sungai Muda?
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Dia sebenarnya betul dalam masa-masa kecemasan sekiranya kita dapat 1,000 mld daripada Empangan Mengkuang dapat disalurkan kepada Loji Rawatan Air Sungai Dua, maka dalam keadaan kecemasan sekiranya berlaku apa-apa kekeruhan yang teramat tinggi kepada Sungai Muda, maka kita boleh hentikan intake dari Sungai Muda dan menggunakan air daripada Empangan Mengkuang menerusi Terusan Sungai Dua sehingga air daripada Sungai Dua tu baik lah. Tapi itu tidak bermaksud kita boleh tidak menggunakan Sungai Dua. Yang Empangan Mengkuang adalah Empangan strategik untuk backup, dia bukan untuk digunakan secara harian oleh Loji Rawatan Air Sungai Dua. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya nak jemput KOMTAR. Soalan. (gangguan). Ketua Pembangkang, soalan tambahannya cuma boleh dihadkan tiga. So, kita telah pun tiga soalan tambahan. Sila saya nak jemput KOMTAR.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Selepas 5 tahun dapat saya tanya soalan lisan sekali lagi. So, soalan saya nombor 11. No. 11. Senaraikan aktiviti-aktiviti penjualan tanah oleh Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan seperti PDC dan CMI melalui kaedah rundingan secara terus. (a) Mengapakah Kerajaan Negeri menggunakan kaedah rundingan secara terus dan bukannya kaedah pembukaan tender terbuka?
Sila.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Kerajaan Negeri telah menubuhkan Perbadanan Ketua Menteri atau CMI bertindak untuk, bertujuan untuk bertindak sebagai agensi yang proaktif dan produktif dalam menjana pendapatan bagi mempertingkatkan ekonomi negeri kita. CMI perlu memaksimakan nilai strategik aset, menjana hasil pendapatan melalui konsep Public Private Professional Partnership melalui aset sedia ada iaitu tanah dan bangunan Kerajaan Negeri yang diberi milik kepada CMI. Fungsi utama CMI adalah untuk menyewa dan memajak tanah milikannya kepada syarikat swasta untuk tempoh yang tertentu. Terdapat satu urusan tanah yang dilaksanakan secara rundingan terus oleh CMI iaitu Island Hospital pada tahun 2018. Pada 1 Disember 2018 tanah berkenaan yang berkeluasan 6.4 ekar telah didaftarkan di bawah Hospital Island Sdn. Bhd. untuk cadangan Penang Medical City dengan harga jualan sebanyak RM156.44 juta ringgit dan pajakan 99 tahun berdasarkan nilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Di samping itu, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang atau PDC telah melaksanakan lima (5) penjualan secara kaedah rundingan terus dari tahun 2008 sehingga September 2023 seperti berikut: (1) Projek penjualan tanah seluas 30 ekar dan 13.5 ekar di Batu Kawan, SPS oleh Paramount Corporation Bhd. bagi tujuan pembinaan Kolej Universiti dan pembangunan bercampur. Perjanjian ini telah ditandatangani pada 25 Mac 2014 dan 11 Mei 2015. Projek ini dijangka siap pada tahun 2030. (2) Projek penjualan tanah seluas 245 ekar di Batu Kawan juga boleh Aspen Vision Land Sdn. Bhd. bagi tujuan pembangunan bercampur. Perjanjian ini telah ditandatangani pada 3 September 2014 dan projek ini dijangka siap pada tahun 2024. (3) Projek One Auto Hub di tanah Perindustrian Batu Kawan oleh PKT Logistics Malaysia Sdn. Bhd. bagi tujuan industri, institusi dan komersial seluas 70 ekar. Perjanjian ini telah ditandatangani pada 8 Oktober 2013 dan 28 April 2015 dan projek ini dijangka siap pada tahun 2028. Ada sebahagian siap. Dia mengikut fasa-fasa. (4) Projek penjualan dan pembangunan tanah seluas 30.02 ekar di Bandar Cassia, Seberang Perai Selatan kepada Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Merits Malaysia bagi tujuan pembangunan institusi. Perjanjian ini telah ditandatangani pada 26 Jun 2019 dan projek ini dijangka siap 2034. (5) Projek kolaborasi Pembangunan Taman Industri BKIP 2 seluas 558.96 ekar di Mukim 11 SPS Changkat Byram kepada Umech Land Sdn. Bhd. bagi tujuan industri dan pembangunan bercampur. Perjanjian ini telah ditandatangani 27 September Namun, perjanjian ini ditamatkan berdasarkan kepada keputusan Lembaga PDC, Mesyuarat Lembaga PDC Bilangan 4 2023 pada 16 Oktober 2023. Berikut adalah justifikasi penjualan secara rundingan terus. (1) Hospital Island dibenarkan melaksanakan projek menaik taraf hospital swasta di seluruh negeri dan Hospital Island adalah satu-satunya hospital swasta di Jalan Teoh, Daerah Timur Laut, George Town. Selain itu, cadangan untuk menjalankan projek naik taraf hospital di tapak berkenaan adalah selari dengan fokus Kerajaan Negeri untuk mempromosikan pelancongan perubatan di Pulau Pinang.
Salah satu syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapat permit dan lesen, Hospital Island perlu menyediakan sambungan fizikal dan pentadbiran antara bangunan lama dan baharu iaitu antara bangunan dan tanah yang sedia ada dengan tanah CMI pada masa itu yang berhampiran dengan hospital berkenaan. Justeru, atas justifikasi-justifikasi tersebut, Kerajaan Negeri melalui CMI memajakkan tanah kepada Hospital Island secara rundingan terus berdasarkan kadar nilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. (2) Pembangunan yang membawa kepada komponen catalyst dan berimpak tinggi. (3) Penjenamaan dan imej yang dibawa oleh pelabur dalam membangunkan sesuatu pembangunan seperti kompleks beli belah terulung dan prestij, institusi pendidikan bertaraf antarabangsa, institusi perubatan kesihatan, penyelidikan yang khusus. (4) Impak pembangunan ke atas persekitaran. (5) Kawalan keuntungan dan recurring income ke atas pembangunan yang melibatkan sektor swasta dengan penambahan nilai atau aset kepada agensi atau Kerajaan Negeri. (6) Projek-projek yang dibawa ke misi pelaburan luar negara. (7) Kawasan pembangunan yang mempunyai isu-isu khas dan perlu diselesaikan atau dilupuskan bagi menjana pendapatan serta mengurangkan holding cost. (8) Pembangunan yang menawarkan perkhidmatan kemasyarakatan dan kemanusiaan. Terima kasih.
Terima kasih. KOMTAR sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Kota. Ada dua soalan tambahan, adakah semua harga reserve atau harga jualan berdasarkan nilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Soalan pertama. Soalan kedua, adakah Kerajaan Negeri akan terus menggunakan kaedah jualan secara terus bagi aktiviti penjualan tanah yang akan datang? Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat KOMTAR atas soalan tambahan. Seboleh-bolehnya penetapan harga reserve adalah berpandu kepada penilaian oleh JPPH. Tetapi bagi kes UMECH, kita menjawab kelmarin ada beberapa kaedah ataupun faktor yang lain yang ditimbangkan iaitu kos tanah apabila pengambilan itu berlaku, kos infra dan kos kerja tanah yang perlu dilaburkan atas tanah yang raw ataupun masih belum dibangun. Kos overhead iaitu holding cost, faedah pinjaman seperti diterangkan kita buat pengambilan dengan menggunakan dana pinjaman bank yang perlu kita memberi membayar dari semasa ke semasa. Nilaian tanah itu pada masa-masa depan, perbandingan harga transaksi sekitar sebab kawasan Byram itu aktif dengan pembelian dan penjualan.
Kita rujuk kepada transaksi-transaksi lot-lot yang berdekatan dan juga pandangan jurunilai di bawah panel PDC sebab PDC sendiri pun terlibat dalam kes mahkamah dengan tanah-tanah milikan yang kita melalui proses pengambilan. Jadi, semua fakta-fakta itu diambil sebagai perbandingan dan kita juga ambil kira faktor persekitaran. Byram dekat dengan Tapak Pelupusan Sungai Burung. Itulah antara beberapa faktor tambahan untuk pengurusan menetapkan harga reserve dalam kes ini. Sepertimana diterangkan sebelum ini, PDC menggunakan tiga kaedah dalam urusan hartanah, iaitu melalui tender terbuka, melalui RFP dan melalui rundingan terus. Ekoran dari apa yang berlaku dengan kes UMECH, pihak Kerajaan Negeri telah mengarahkan PDC untuk menetapkan satu garis panduan meletakkan kriteria-kriteria. Bilakah kita boleh menggunakan kaedah tender terbuka? Di bawah keadaan mana kita adakan request for proposal dalam keadaan mana rundingan terus boleh diadakan sebab rundingan terus dibolehkan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan dan PDC juga telah membentangkan garis panduan ini kepada mesyuarat lembaga yang baru-baru ini tetapi sebagai tambahan kepada kriteria-kriteria ini, saya mengarahkan juga dan disokong oleh lembaga, tender terbuka sememangnya akan diiklankan, request for proposal juga perlu diiklankan, rundingan terus kita pun tetapkan perlu diiklankan juga sebagai satu pemakluman kepada dunia kita ada cadangan ada tanah untuk tujuan pembangunan, sesiapa yang minat bolehlah tertakluk kepada kaedah-kaedah yang ditetapkan membida ataupun membuat cadangan kepada PDC untuk tujuan mendapat projek berkenaan.
Terima kasih, saya nak menjemput Permatang Pasir. Sila Permatang Pasir.
Selamat pagi Tuan Speaker. Dato’ Speaker. Minta maaf. Soalan saya nombor 12. No. 12. Senaraikan tanah perkuburan Cina serta keluasan yang ada di Parlimen Permatang Pauh. (a) Apakah ada keperluan lagi untuk membuka lot tanah perkuburan Cina yang baru di Parlimen Permatang Pauh?
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya jawab soalan nombor 12 daripada saudara Permatang Pasir. Berdasarkan data geospatial guna tanah semasa di bawah seliaan PlanMalaysia Pulau Pinang, senarai tanah perkuburan cina dan keluasan yang terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh adalah seperti berikut; (1) Chinese Cemetery Jalan Berapit, keluasannya 40.0131 hektar, (2) Chinese Cemetery Penanti, 27.6639 hektar, (3) Kwangtung Cemetery, 5.0343 hektar,
(4) Grace Memorial Park, 8.3742 hektar, (5) Sebahagian Taman Kenangan Blissful Nirvana iaitu 7.7789 hektar. Jumlahnya adalah 88.8644 hektar.
Untuk status bagi keperluan untuk menambah lot tanah perkuburan Cina yang baharu di kawasan Parlimen Permatang Pauh hanya dapat dimuktamadkan setelah kajian kemudahan tapak perkuburan agama Islam dan agama selain Islam bagi Negeri Pulau Pinang oleh PlanMalaysia Pulau Pinang. Melalui kajian ini, satu garis panduan akan dikeluarkan bagi membantu perancangan tapak perkuburan supaya lebih teratur serta mematuhi prinsip-prinsip perancangan dan pembangunan sejagat. Kajian ini juga akan melihat secara terperinci terhadap bentuk kawalan perancangan bagi tapak-tapak perkuburan Islam dan selain Islam serta pertambahan kawasan atau ruang adalah berdasarkan unjuran keperluan pada masa akan datang.
Terima kasih. Saya nak jemput Yang Berhormat Air Putih.
Terima kasih Air Putih ingin tanyakan soalan nombor 13. No. 13. SPAN mengkategorikan Empangan Air Mengkuang sebagai empangan air berisiko tinggi. Apakah tindakan mengatasi kelemahan ditimbulkan oleh SPAN demi menjaminkan bekalan air berterusan dan kukuh kepada rakyat Pulau Pinang? (a) SPAN mencadangkan pemindahan air antara empangan, adakah PBA bersedia membina saluran air khusus memindahkan air daripada Empangan Air Itam kepada Empangan Teluk Bahang?
Terima kasih. Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Air Putih atas soalan. Sebenarnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Putih mengenai Empangan Mengkuang yang dikatakan berisiko tinggi, perkara ini telah pun dibawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan juga Perubahan Iklim semasa lawatan beliau ke negeri Pulau Pinang dan sebenarnya risiko tinggi yang dimaksudkan itu bukanlah risiko tinggi dari segi ada kecacatan struktur ataupun ada kelemahan pada struktur. Tetapi sebenarnya menggambarkan risiko sekiranya berlaku apa-apa kepada Empangan Mengkuang kerana Empangan Mengkuang itu merupakan satu empangan yang strategik bagi negeri Pulau Pinang.
Jadi, saya pun faham sekiranya berlaku kekeliruan di kalangan orang awam mengenai perkara ini. Yang Berhormat, projek pembesaran Empangan Mengkuang sepertimana Yang Berhormat pun maklum, telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri pada September 2022 dan telah berjalan dan beroperasi dengan baik di bawah PBA. Sehingga kini Empangan Mengkuang
tidak menghadapi sebarang isu usia, kelodak atau pun struktur empangan dan masih dapat menampung kapasiti air sebanyak 86.4 bilion liter untuk negeri Pulau Pinang.
Empangan Mengkuang berfungsi sebagai empangan strategik sepertimana saya sebut tadi semasa musim kering atau musim kemarau dan juga akan digunakan juga semasa berlakunya apa-apa kepada Sungai Muda dan seperti juga yang telah saya sebut dalam jawapan tambahan tadi, kita punya kapasiti untuk menyalurkan daripada Empangan Mengkuang akan bertambah dalam masa yang terdekat kerana 300 mld yang tambahan itu sedang dalam testing and commissioning, jadi akan menjadikan kita punya kapasiti 600 mld untuk disalurkan kepada loji rawatan Sungai Dua menerusi terusan Sungai Dua.
Saya rasa yang lain untuk soalan bahagian kedua, selain daripada itu, selain daripada itu Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan barrage Sungai Muda yang baharu untuk menggantikan yang lama di bahagian Negeri Pulau Pinang. Ini adalah juga untuk menyokong meningkatkan tahap pengekstrakan air mentah daripada Sungai Muda ketika musim hujan kerana kalau tidak kita punya empangan lagi rendah, air itu akan lari ke dalam laut. Untuk soalan yang kedua Yang Berhormat iaitu mengenai pembinaan air dari Empangan Air Itam kepada Empangan Teluk Bahang, buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan lagi lah berdasarkan kepada keputusan yang lalu. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Dato' Speaker. Soalan tambahan. Boleh?
Bagi Air Putih dahulu.
Ya, terima kasih Dato' Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli EXCO atas jawapan yang diberikan dan perlu kita lihat macam mana kita boleh minta SPAN, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sekiranya bukanlah empangan air berisiko tinggi, bolehkah ia dikeluarkan dari senarai ini kerana dilabelkan sebagai empangan air berisiko tinggi sedikit sebanyak telah menjejaskan imej negeri dari segi pengusaha dan juga pembekal air kepada rakyat di Pulau Pinang. Saya telah pun berbincang dengan Pengerusi SPAN iaitu Charles Santiago. Tetapi beliau masih bertekad menyatakan empangan air Mengkuang berisiko tinggi dan menyatakan ia telah mencatatkan markah yang agak tinggi iaitu 71 peratus yang menyebabkan ia dilabelkan berisiko tinggi dan sebab ini seperti Yang Berhormat sebut memang benar, bukan lah struktur, bukanlah beban yang berlebihan menyebabkan ia bahaya tapi dari segi ancaman ke atas bekalan air. Oleh itu kalau kita nak kurangkan atau nak keluarkan ia daripada label berisiko tinggi adalah perlu bahawa Mengkuang boleh memenuhi fungsi sebagai satu strategik reserve untuk memenuhi fungsi sebagai strategik reserve seperti yang dinyatakan adalah perlu bahawa untuk
masa kecemasan air dapat disalurkan daripada empangan air Mengkuang kepada Loji Rawatan Air Sungai Dua tapi sehingga sekarang kita tahu ia hanya boleh menampung kira-kira 600 mld dan sebenarnya 1200 mld di sini yang saya rasa perlu kalau kita tak mahu empangan air Mengkuang dilabelkan sebagai salah satu daripada tujuh (7) empangan air berisiko tinggi di Malaysia.
Air Putih. Soalan tambahan.
Ya, itulah. Kalau kita tak mahu ia dilabelkan sebagai empangan air berisiko tinggi adalah perlu kita minta daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan 1200 mld kepada LRA Sungai Dua kalau tidak ia sentiasa akan dalam tersenarai yang saya rasa tidak akan memberikan nama baik kepada Kerajaan Negeri dan juga Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Pada dasarnya Kerajaan Negeri bersetuju bahawa 600 mld memang tidak mencukupi dan oleh kerana itu Kerajaan Negeri sebenarnya meminta agar Kerajaan Persekutuan menunaikan apa yang telah dijanjikan dahulu iaitu sebenarnya sebahagian daripada projek besar, pembesaran Empangan Mengkuang itu ia sepatutnya pemindahan air itu 1000 mld yang dijanjikan tapi pada mulanya diberi 300 mld kemudian ditambah pada tahun ini baru siap kepada 600 mld masih tidak mencukupi dan Kerajaan Negeri pun setuju dan telah pun membangkitkan isu ini kepada Menteri sendiri dan kita harap Yang Berhormat pun boleh bantu di pihak Parlimen untuk mendapatkan projek tersebut. Terima kasih.
Terima kasih. Sila.
Tuan Yang Di-pertua, terima kasih kepada EXCO. Saya hendak tanya berkenaan dengan ada kaitan dengan itulah hasrat untuk menambah paras air takungan air kepada 1000 mld di Empangan Mengkuang ini. Sejauh mana ketahanan Empangan Mengkuang ini apabila berlaku gempa. Berapa skala Richter dari sudut keselamatan? Tahap ketahanan empangan ini mungkin peningkatan air apa nama ini daripada 400 kita takung sekarang ini, 300, 400 nak naik, nak tingkatkan kepada 1000 mld jadi ketahanan empangan harus maknanya kita ambil kira. Kalau pecah empangan itu, hancur habis kawasan Penanti tidak tahu apa akan jadi mungkin masuk Sungai Dua dah semua orang Penanti. Begitu juga Empangan Teluk Bahang, kalau berlaku semua Teluk Bahang itu hanyut masuk dalam laut habis. Ini juga maknanya harus diingatkan. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya rasa itu semua diambil kira apabila pemantauan dibuat untuk memastikan adakah empangan-empangan ini berisiko tinggi dari segi struktur dan telah disahkan oleh Menteri sendiri bahawa empangan-empangan di Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai risiko dari segi strukturnya. Maksudnya dari segi ketahanan untuk menakung air yang mengikut reka bentuknya tidak menjadi masalah Yang Berhormat. Jangan risau.
Y.A.B. Ketua Menteri: Penjelasan sikit kerana saya tak mahu Ketua Pembangkang silap faham. Apa yang dikatakan 300 mld, 600 mld ditambah ke 1000 mld adalah untuk dilepaskan bukan untuk disimpan kepada loji Sungai Dua. Disalurkan yang sedia ada apabila berlakunya banjir lumpur misalnya air dari Mengkuang akan dilepaskan so kita tidak dapat extract air dari Sungai Muda kita pakai air yang bersih dari Mengkuang untuk mengganti yang tidak boleh digunakan dari Sungai Muda. Bukan kita simpan 300 tambah 600 tambah 1000. Apa yang ada setiap hari kita lepaskan 1000 mld sebab kapasiti Sungai Dua 1200 untuk dirawat. Jadi ianya bukan setiap hari macam Machang Bubuk kata dia bukan digunakan sebagai empangan harian cuma dalam keadaan krisis sahaja.
Terima kasih. Saya hendak menjemput Yang Berhormat Air Itam.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 14. No. 14. Berapakah stesen pengecasan untuk motosikal elektrik telah dipasang di sekitar Pulau Pinang? (a) Adakah sebarang perancangan untuk menambah stesen pengecasan tersebut? (b) Apakah kadar penggunaan stesen pengecasan tersebut sejak ia dipasang di lokasi yang dinyatakan?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga terima kasih Yang Berhormat Air Itam. Untuk makluman Yang Berhormat, stesen pengecasan untuk motosikal elektrik telah dipasang di 10 lokasi sekitar Pulau Pinang iaitu sembilan (9) di bahagian Pulau dan satu (1) di Seberang Perai dengan jumlah 23 unit plug pengecasan. Senarai lokasi stesen-stesen pengecasan yang disediakan oleh PBT adalah seperti berikut, Astaka Persiaran Gurney, Kompleks Makanan Medan Renong, Padang Kota Lama, First Avenue Mall, Kompleks MBPP Lebuh Pantai, Kompleks Desiran Tanjung, Tanjung Tokong, Astaka Batu Lanchang, Kompleks Sri Selera Bayan Baru, Bukit Jambul Kompleks, Kompleks Bukit Gedung dan juga Jalan Betik, Seberang Perai Tengah. Berdasarkan Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik ataupun EVCB Electric Vehicle Charging Bay dan prosedur permohonan pemajuan yang telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 18 September 2023 pemasangan EVCB ini adalah untuk motosikal bagi pembangunan sedia ada adalah mengikut permintaan dan bagi pemajuan baru adalah digalakkan penyediaan minimum 1 EVCB untuk
kenderaan motosikal di setiap pembangunan tapi saya yakin rakan saya Yang Berhormat Jawi sedang melihat pada garis-garis panduan ini dan mungkin akan menambah lagi keperluan minimum untuk petak EVCB. Oleh yang demikian, selaras dengan Malaysia Low Carbon Mobility Blueprint 2021 hingga 2023 dan juga Visi Penang2030 Kerajaan Negeri melalui kedua-dua PBT akan terus menggalakkan pemasangan stesen pengecasan motosikal elektrik di sekitar kawasan Pulau dan juga di seluruh negeri Pulau Pinang. Soalan kedua Yang Berhormat, kadar penggunaan stesen pengecasan motosikal elektrik yang telah dipasang sebenarnya hanya boleh diperolehi sekiranya meter elektrik khusus dipasang tapi oleh kerana ia hanya menggunakan plug yang biasa setakat ini MBPP tiada maklumat mengenai kadar penggunaan memandangkan ia berkongsi meter dengan kawasan di sekitar. Manakala di MBSP pula meter khusus dan berasingan digunakan dan kadar penggunaan setahun dianggarkan dalam RM550.00. Terima kasih.
Terima kasih Tanjong Bunga. Soalan tambahan saya. Selain daripada skim galakan pengguna am motosikal elektrik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang cadangan insentif yang mungkin diberikan untuk menggalakkan penggunaan motosikal EV di negeri Pulau Pinang? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Sebenarnya isu motosikal EV ini adalah satu yang kita boleh sifatkan sebagai low hanging fruit kerana setengah daripada semua kenderaan berdaftar di negeri Malaysia ini adalah motosikal so dalam erti kata lain sekiranya kita boleh bayang bahawa 50 peratus daripada kenderaan-kenderaan berdaftar dapat ditukarkan daripada menggunakan internal combustion engine kepada electric vehicle maka kita boleh mencapai dari segi pengurangan greenhouse gas emission dan juga penggunaan fossil fuel dan untuk memutuskan EV dia adalah lebih senang untuk orang memiliki kerana kosnya tidak begitu tinggi kalau nak banding dengan kereta EV yang lebih mahal. Namun begitu, selama ini Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai sebarang dasar khusus kepada untuk menggalakkan penggunaan motosikal EV cuma untuk kereta ada. Oleh itu, pada bulan Mac tahun ini sebenarnya Dato’ Speaker, Penang Institute telah menganjurkan satu meja bulat di Kuala Lumpur yang telah saya pengerusikan dan juga dihadiri oleh semua pihak yang berkepentingan seperti industri EV dan juga daripada pihak kementerian agensi-agensi Kerajaan Persekutuan termasuk agensi-agensi yang bertanggungjawab dan juga turut dihadiri oleh Timbalan Menteri MITI sendiri Yang Berhormat Liew Chin Tong. Jadi dalam sesi meja bulat tersebut, kita bangkitkan keperluan untuk Kerajaan Persekutuan memberi insentif bagi penggunaan motosikal EV dan Alhamdulillah dalam Pembentangan Belanjawan 2024, Yang Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan bahawa akan ada rebat tunai sebanyak RM2,400.00 bagi pembelian motosikal elektrik dengan syarat orang yang beli itu mempunyai pendapatan kurang daripada RM120,000.00 setahun. Jadi ini adalah satu usaha yang baik sebagai permulaan agar negara Malaysia ini ramai lagi boleh berpindah menggunakan motosikal EV berbanding dengan motosikal combustion engine tapi dari segi Kerajaan Negeri kita telah menyediakan tempat pengecasan secara percuma untuk sesiapa yang menggunakan EV motosikal. Namun begitu mungkin dari
segi kalau nak bagi insentif seperti rebat dan sebagainya, saya rasa lagi sesuai sekiranya Kerajaan Persekutuan yang bagi sebab Kerajaan Negeri pun tidak mempunyai peruntukan kewangan yang begitu besar. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan. Izinkan saya soalkan berkenaan dengan apa yang kita bincang pada hari ini adalah motosikal EV. Jadi merujuk kepada soalan bertulis saya juga adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambahkan stesen EV charging untuk kenderaan bermotor beroda empat dan selain itu untuk e-scooter. Skuter elektrik (dengan izin) yang berkeliaran di sekitar George Town khususnya adakah mereka dikira sebagai kenderaan EV dan dibenarkan untuk membuat charging atau mengecaskan kenderaan mereka di stesen-stesen yang sedia ada oleh MBPP? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, untuk jawapan ringkasnya adalah ya, kita Kerajaan Negeri memang mahukan supaya EVCB charging bay ini boleh ditambah di seluruh Negeri Pulau Pinang. Dia juga selaras dengan apa yang kita hendak capai dan dalam Visi Penang2030 ada KPI juga dalam untuk meningkatkan EV charging bays ini dan dari segi skuter ini dia sebenarnya dikategorikan sebagai micro mobility dan dari segi charging infrastruktur biasanya dia akan disediakan oleh dia punya vendor yang kena sedia seperti di Kuala Lumpur kita lihat ada vendor yang memiliki e-scooter ini yang dapat digunakan oleh orang awam dan dia sememangnya terdapat dia punya tempat pengecasan yang tersedia. Kalau Yang Berhormat maksudkan yang dimiliki oleh individu itu saya rasa sekiranya itu milik kita, kita boleh caj di rumah ataupun boleh juga sekiranya dia menggunakan chip-in plug seperti biasa dia boleh guna juga yang disediakan oleh MBPP dan juga MBSP.
Terima kasih Dato’ Speaker, saya hendak membuat sedikit penjelasan tentang e-skuter ini. Untuk makluman semua e-skuter ini memang tidak dibenarkan di atas jalan raya Akta Pengangkutan Jalan Raya di mana atas usaha MBPP kita sedang kaji di mana kita akan buat satu kajian di Bayan Baru kita akan start dengan e-skuter secara micro mobility supaya kita dapat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menggalakkan orang awam kawasan sekitar itu untuk menggunakan e-skuter. Untuk makluman semua sekiranya kita nak wartakan kawasan tersebut untuk diguna pakai dengan e-skuter kita perlu dapat kebenaran daripada MOT supaya kawasan tersebut dapat digazetkan sebagai penggunaan bagi e-skuter.
Terima kasih. Pulau Betong. Sila.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor 15. No. 15. Apakah langkah bagi menggalakkan pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana statistik menunjukkan ramai pelajar lepasan SPM tidak berminat untuk menyambung pelajaran? (a) Berapa ramaikah pelajar lepasan SPM yang menyambung pelajaran bagi tahun 2021 dan 2022? (b) Apakah langkah kerajaan bagi mengatasi masalah ini?
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pulau Betong yang bertanyakan soalan nombor 15 berkenaan dengan apakah langkah bagi menggalakkan pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana statistik menunjukkan ramai pelajar lepasan SPM tidak berminat untuk menyambung pelajaran. Dari data menunjukkan daripada tahun 2020 seramai 115,939 yakni 35.16 peratus dan pada tahun 2021 seramai 48.74 peratus pelajar lepasan SPM memilih untuk tidak menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi antara langkah-langkah yang telah diambil bagi menggalakkan pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut : Penganjuran Karnival Kerjaya Success Peringkat Negeri yang diadakan sejak tahun 2022. Di dalam Karnival Kerjaya Success, sebanyak 70 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) telah hadir membuat pameran. Semua pelajar tingkatan empat, lima dan enam dijemput hadir ke karnival ini. Karnival Kerjaya Success berjaya membantu murid mendapatkan maklumat dan peluang melanjutkan pengajian berdasarkan cita-cita dan kecenderungan minat belajar. Bagi tahun 2022, seramai 9,522 orang murid telah hadir ke Karnival Kerjaya Success dan pada tahun 2023, seramai 9,723 telah hadir. Selain daripada itu, semua Unit Bimbingan Dan Kaunseling menganjurkan pameran kerjaya di setiap sekolah pada setiap tahun. Dalam pameran kerjaya peringkat sekolah, Unit Bimbingan Dan Kaunseling akan menjemput antara 20 hingga 30 IPTA, universiti awam iaitu IPTS dan ILKA hadir. Bagi menambah pelajar, murid menyambung ataupun murid menyambung pengajian, semua sekolah menengah akan dimaklumkan tentang pelaksanaan program “Jom Masuk U” di bawah kendalian Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar akan dibawa oleh guru ke Program “Jom Masuk U” Zon Utara yang telah dilaksanakan pada 27 dan 28 Mei 2023 di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah. Pemerkasaan sesi bimbingan kelompok kerjaya menyambung pengajian selepas SPM dan STPM juga dilaksanakan oleh semua guru bimbingan dan kaunseling di bawah fokus 3 pendidikan kerjaya murid dan program lawatan ke lokasi institusi pengajian tinggi juga dilakukan dalam program jaringan pintar antara sekolah dengan institusi pengajian dalam negeri. Unit Hal Ehwal Murid juga telah menjalinkan hubungan pintar dengan Politeknik Seberang Perai, Kolej
Komuniti, GiatMARA, UITM Pulau Pinang, USM Pulau Pinang dan UNIMAP, Perlis. Unit HEM juga mengadakan perkongsian pintar dengan kolej-kolej di bawah institusi kerajaan. Jadi bagi menjawab soalan (a) Berapakan jumlah pelajar yang menyambung ke peringkat yang lebih tinggi di Pulau Pinang berdasarkan rekod Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui sistem e-Profile, kerjaya murid e-PKM untuk Negeri Pulau Pinang, seramai 11,227 orang pelajar telah menyambung pengajian pada tahun 2020 dan seramai 10,425 pelajar pada tahun 2021. Kutipan data penuh pada tahun 2022 hanya akan diperolehi selepas 8 Februari 2024.
Terima kasih
Soalan tambahan
Sila.
Daripada kadar itu, berapa peratus kah antara kaum yang menyambung pelajaran di peringkat tinggi dan jumlah pelajar yang mendapat biasiswa berdasarkan kaum?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan itu berkaitan dengan soalan bertulis, saya jawab dalam soalan bertulis, ada dalam laptop.
Satu (1) lagi soalan, boleh?
Sila.
Terima kasih tadi saya lihat jawapan yang diberi tu dan usaha dan ikhtiar yang dibuat oleh Yang Berhormat dan Kerajaan Negeri amat komprehensif. Cuma saya nak bangkitkan tentang ada satu kelompok dan ini adalah satu perkara yang dilaporkan oleh OECD. Kelompok ini dipanggil NEET. NEET ini maknanya Not In Employment, Not In Education and Not In Training dan ini juga menjadi salah satu daripada. Selain daripada yang kita lihat pelajar yang lepasan SPM, apakah ada usaha dan juga rancangan Kerajaan Negeri untuk melihat sama dengan belia dan sukan untuk melihat kelompok-kelompok NEET ini dengan membina database, pengkalan
data supaya mereka tidak ketinggalan dan juga terlepas pandang menjadi kelompok yang berada dalam blind spot.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Bertam. Berkenaan dengan soalan dan juga pandangan yang saya kira berkenaan dengan kelompok tersebut. Dalam konteks itu, saya rasa Kementerian Sumber Manusia juga mempromosikan berkaitan dengan TVET bagi mengenal pasti kelompok-kelompok ini digalakkan untuk belajar melibatkan kursus jangka pendek sambil bekerja, sekurang-kurangnya sijil kemahiran dan pendidikan dan latihan teknikal seperti TVET. Jadi atas pandangan dan cadangan dan mungkin Kerajaan Negeri boleh mengambil langkah-langkah, mengambil kira kelompok ini dalam hal yang melibatkan sekurang-kurangnya sijil TVET kepada mereka.
Terima kasih. Soalan seterusnya soalan 16 daripada Yang Berhormat Penanti. Penanti sedia maklum telah pun memaklum bahawa beliau tak dapat hadir maka soalan itu dilangkau. Saya nak menjemput Bagan Jermal.
Tuan Speaker. Soalan saya soalan nombor 17. No. 17. Pulau Pinang mempunyai ekosistem pembuatan semikonduktor yang mampan, terutamanya tertumpu pada pemasangan dan pengujian (manufacturing). Sektor ini telah menjadi kuasa dominan di Pulau Pinang selama lima (5) dekad. Apakah inisiatif yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk merangsang perkembangan dan potensi syarikat reka bentuk cip di Pulau Pinang?.
Selamat pagi. Terima kasih kepada Dato’ Speaker dan rakan saya daripada Bagan Jermal atas soalan beliau iaitu 17 berkenaan satu perkara penting ekosistem pembuatan semiconductor di Pulau Pinang di mana kita merupakan satu daripada hab selama lima (5) dekad dan apakah inisiatif kita berkenaan secara khusus potensi syarikat reka bentuk cip di Pulau Pinang. Dato’ Speaker, secara menjawab soalan Yang Berhormat. Inisiatif yang kita ambil melalui Invest Penang. Untuk merangsang perkembangan dan potensi syarikat reka bentuk cip di Pulau Pinang pelbagai. Antara lain adalah seperti berikut, Dato’ Speaker. Iaitu menjalankan promosi pelaburan dan mesyuarat secara bersasar di luar negara dan ini kita dapat beri tumpuan kepada syarikat-syarikat baru yang mempunyai cadangan untuk datang ke Pulau Pinang untuk melabur dan juga syarikat sedia ada yang mempunyai plan-plan perkembangan, Dato’ Speaker. Inisiatif misi promosi pelaburan ke negara sasaran, I think semalam Dato’ Speaker telah dengar daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga telah menyatakan beberapa lawatan ke pelbagai negara di seluruh dunia untuk mendapat pelaburan daripada mereka adalah antara lain Amerika Syarikat, The Europeon Union (Kesatuan Eropah), Jepun, Taiwan among others, Dato’ Speaker. Yang mana kita cadang agar ia dikekalkan sebagai satu destinasi Pulau Pinang dikekalkan sebagai destinasi pilihan pelabur dalam sektor reka bentuk cip.
Nombor dua, Dato’ Speaker. Kita juga mengadakan pelbagai persidangan khas yang menjadi platform untuk memberi informasi pengetahuan dan perkongsian idea kepada semua pemain industri dalam sektor reka bentuk cip dan ini adalah satu perkara yang boleh membantu semua pemain industri berkomunikasi antara satu sama lain dan membantu sektor ini kepada satu tahap yang lebih tinggi untuk membantu dan memupuk pendekatan baru dalam teknologi reka bentuk cip. Di Pulau Pinang actually Dato’ Speaker, just for your information kalau boleh, kita ada 350 MNC Multinational Company seperti mana Yang Amat Berhormat kata semalam kita ada hampir 4,000 small medium enterprises yang mana kita di Pulau Pinang saya lihat satu ekosistem baik yang mana semua bekerjasama antara satu sama lain bukan secara silo. So we talk about chips. Every one works together in any particular component that you have even Dato’ Speaker your phone might I ask question, do you know how many chips in your phone? I can ask everyone here do you know how many chips in your phone? No one knows, right? Satu handphone tu ini ada sekurang-kurangnya 80 cip dalam satu handphone. Dan satu handphone itu 80 cip itu tak datang daripada satu syarikat. Dia datang daripada pelbagai dan kita buat satu produk itu. That’s what I’m trying to say. Dan itu lah kita hendak buat di Pulau Pinang dan kita ada hala tuju yang jelas apa yang kita nak buat terus. Saya teruskan Dato’ Speaker. Kita juga akan pastikan keperluan prasarana disediakan khusus untuk para pelabur dan sedia ada dengan terus yang baru dan juga sedia ada dengan terus melabur dan membangunkan pelbagai projek seperti Penang Cybercity, Dato’ Speaker. Sehingga kini, Dato’ Speaker, 11 buah fasiliti pejabat dan prasarana telah dibina untuk penuhi permintaan syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ekonomi digital. Antara dia adalah Dato’ Speaker, Global Business Service as we all known, BS kita ada satu di Mayang dan kita juga ada satu (1) di GBS di Mahsuri melalui PDC dan beberapa projek swasta juga Dato’ Speaker seperti One Precint Living Eastern Tower dan pelbagai yang lain yang sedang kita bangunkan. PDC juga dalam pembinaan dua (2) lagi ruang pejabat GBS by the sea dan juga GBS Tech Space di Bayan Lepas di mana kedua-dua bangunan pejabat ini Dato’ Speaker bakal sediakan luas lantai sebanyak 360,000 kaki persegi dan yang akan dilengkapi lebih daripada 800 lot parking kereta bertingkat. Fasiliti ini dijangka kita siap pada akhir tahun depan iaitu 2024 dan akan membuka lebih kurang 2 hingga 3 ribu pekerjaan peluang pekerjaan baru dalam sektor ini, sektor reka bentuk cip. Seterusnya Dato’ Speaker, kita juga akan perkukuhkan kerjasama dengan agensi Kerajaan Pusat seperti Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) dengan memulakan operasi selain ditawarkan insentif yang sesuai dan juga merangsang perkembangan syarikat reka bentuk cip di Pulau Pinang. Usaha-usaha ini akan membolehkan Dato’ Speaker, pihak MDEC untuk hubungkan kita melalui InvestPenang dan pelabur berpotensi dan membantu Kerajaan Negeri untuk menarik minat pelabur baru yang berpotensi dan pastikan ease of doing business ataupun kesenangan jalankan perniagaan di Pulau Pinang akan diteruskan dan akhir nya Dato’ Speaker, kita juga selain daripada apa yang saya tekan tentang MDEC, kita akan terus jalinkan kerjasama kita dengan Pusat. Seperti MDEC dan juga semua agensi lain juga di sini di Pulau Pinang seperti PSDC dan kumpulan focus GBS seperti mana saya nyatakan ada berapa projek dan program yang sudah pun dan sedang dilaksanakan dan kita sudah pun ada satu pelan atau pun perancangan menubuhkan Penang GBS Industry Academy yang telah pun kita lakukan pada 2022 yang mana ini akademi ini menawarkan peluang untuk meningkatkan skill dan melatih semua individu untuk memberi nilai tambah serta melengkapkan mereka dengan skill yang perlu oleh pihak majikan yang secara langsung secara tidak langsung Dato’ Speaker membantu kerajaan melahirkan lebih ramai bakat baru di masa hadapan adalah satu perkara yang begitu penting. Seperti mana saya nyatakan tadi, apabila kita satu hab industri yang terbesar di Asia Tenggara kita Silicon Valley Of The East, maka itu yang begitu penting. Itu sedang diberikan
perhatian yang khusus oleh saya sekarang dalam portfolio saya baru. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Datok Keramat.
Tambahan kepada Yang Berhormat. Terima kasih atas pencerahan yang begitu komprehensif. Cuma soalan tambahan saya memandangkan keseriusan dan kekurangan ketara pereka bentuk cip ini, adakah Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan pemberian insentif kepada syarikat pembuat semikonduktor sedia ada untuk menggalakkan mereka untuk memacu kepada apa value chain ini dengan melatih bakat-bakat baru daripada jurutera-jurutera sedia ada dalam company ataupun syarikat mereka. Terima kasih.
Terima kasih pada rakan saya atas soalan tambahan tersebut. Saya tak akan mengambil terlalu banyak masa Dato’ Speaker. Just a very quick one. I think just secara perspektif supaya kita faham apa yang sedang berlaku. Daripada kalau kita lihat pada sektor manufacturing of chip, it is the bigger picture, payung dia adalah sektor E&E di Pulau Pinang iaitu electrical and electronics in Penang di mana 2022 Dato’ Speaker, kita melihat Pulau Pinang ada satu eksport sebanyak RM341 bilion iaitu 58 peratus keseluruhan Malaysia and kita di Pulau Pinang apabila saya nyatakan kita industrial hub kita mempunyai daripada MNC Semicon to be very specific because of my rakan saya punya soalan tadi. Kita mempunyai ataupun di Pulau Pinang menapakkan 3 daripada global top 10 semicon leaders by sales in Penang, for your information and we have on top of that I can go into very much detail maybe in gulung I will give you we have medtech medical technology and so far very-very detail all here in Penang but your question is very important question. Apabila kita sebut tentang hendak menginsentifkan sektor ini supaya mereka terus meningkatkan pelaburan mereka di Pulau Pinang sememangnya kita akan buat sedemikian rupa.
Dato' Speaker, cabaran terbesar kita adalah cabaran apabila ada permintaan you know in demand and supply sort of situation that we have in capitalistic society everybody now want to come to Penang because we have the infrastructure here Dato' Speaker, so the problem now for us is this bakat and my friend Dato' Speaker, Yang Berhormat daripada Bagan Jermal tanya soalan yang begitu penting. Bagaimana kita hendak incetivise mereka supaya berada di sini atau yang ramai lagi datang ke sini? Of course kekangan tanah Dato' Speaker, Yang Amat Berhormat telah pun secara panjang lebar berikan beberapa cadangan perancangan kita untuk masa hadapan yes tetapi yang lain sekarang soalan yang terpenting mereka hendak bakat dan itulah apa yang insentif yang saya sebut yang kita boleh buat Dato' Speaker, that is how we can incetivise it because when that is that talent who pool maka mereka akan datang kerana itu lah mereka cari. So sekarang tadi rakan saya Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri saya nyatakan ada program seperti TVET. Bukan itu sahaja saya juga pengerusi tiga badan iaitu STEM Penang Science Cluster and Tech Dom), kita ada pelbagai program saya hendak nyatakan apabila kita talk about incentive to meningkatkan bakat supaya ada talent pool untuk industri datang ke Pulau Pinang. Kita sudah pun adakan 2,550 bengkel STEM di mana kita telah pun latih Dato' Speaker, 435,000 pelajar untuk masuk ke dalam program-program sains, teknologi, engineering dan
matematik supaya mereka boleh datang ke industri yang memerlukan bakat mereka. So itu adalah satu daripada caranya.
Okey, sila rumuskan jawapan.
That’s all.
That’s all. Sila. Terima kasih. Seberang Jaya sila.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua . Ada ubi ada batas ada budi boleh dibalas rakyat menanti jawapan balas soalan saya nombor 18. No. 18. Apakah pendirian Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa janji untuk membela semua peringkat penduduk negeri ini dengan cara memastikan dan meminta supaya wakil-wakil rakyat dari Pembangkang dapat turut membantu menyelaraskan keperluan dan aduan rakyat? (a) Apakah jaminan agihan peruntukan perbekalan dan pembangunan merangkumi kawasan yang diwakili pembangkang turut akan diberikan? Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih kepada Yang Berhormat Seberang Jaya atas soalan berhubung dengan peruntukan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Kerajaan Negeri di bawah perpaduan sememangnya sentiasa membela semua peringkat penduduk di negeri ini. Sebagai wakil rakyat, Ahli Yang Berhormat boleh membawa masalah atau permintaan daripada rakyat kepada jabatan atau agensi kerajaan yang sentiasa bersedia membantu rakyat dengan mengamalkan no wrong door policy. Tiada apa-apa perbezaan antara penduduk di kawasan pembangkang atau pun penduduk di kawasan kerajaan kerana semuanya merupakan rakyat negeri kita. ADUN pembangkang akan menerima peruntukan sebanyak RM60,000 di bawah peruntukan P16 (02), projek pembangunan masyarakat pada setiap tahun untuk dinikmati oleh rakyat di KADUN masing-masing.
Soalan tambahan. Merujuk kepada para ke-9 dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri yang telah memberi nasihat agar amanah dan tanggungjawab yang diberikan seharusnya digalas dengan penuh integriti, dedikasi dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini. Saya merasakan oleh itu, inilah peluang sebenarnya bagi Kerajaan Negeri untuk mempamerkan kebijaksanaan, kematangan bagi mencapai integriti yang dipesan oleh Tuan Yang Terutama Tun diadakan kerjasama dua hala yang berterusan dengan Ahli-ahli Yang
Berhormat pembangkang terutama di dalam agihan peruntukan perbekalan dan pembangunan secara sama rata kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah diberi mandat tak kira di pihak kerajaan ataupun pembangkang. Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk lakukan sedemikian seperti mana yang telah diamalkan oleh kerajaan di negeri Perak, Kerajaan Perikatan Nasional di Perlis, Kedah dan Kelantan, Terengganu tidak ada pembangkang. Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Setakat ini apa yang diujarkan oleh Tuan Yang Terutama membayangkan pendirian Kerajaan Negeri juga dan setakat ini apa yang dapat diperuntukkan adalah seperti diumumkan tadi.
Saya mendengar ucapan ataupun kenyataan daripada Ketua Menteri tentang ADUN pembangkang mendapat RM60,000 dan kerajaan RM500,000. Kalau begini bermakna rakyat di dua gabungan berbeza ini will not enjoy the same thing lah (dengan izin). Rakyat hat yang pembangkang dapat RM60,000 sahaja tetapi rakyat yang hat kerajaan dapat RM500,000 di mana keadilan di sini sedangkan semua ini rakyat Pulau Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri: Memang ada perbezaan di antara anggota kerajaan dan wakil-wakil pembangkang sehingga di Persekutuan pun sehingga kini tidak ada peruntukan disediakan untuk wakil-wakil pembangkang. Di Pulau Pinang sudah banyak tahun kita menyediakan peruntukan kepada pihak pembangkang walaupun ada perbezaan pendirian politik.
Terima kasih. Saya hendak jemput Bukit Tengah, sila.
Terima kasih Yang di-Pertua Speaker. Soalan saya soalan 19. No. 19. Nyatakan butiran dan skop terperinci rancangan projek transit aliran ringan (LRT) Pulau Pinang. (a) Bagaimanakah projek LRT akan menjadi pemangkin kuat dalam pembangunan masa depan negeri secara keseluruhannya?
Terima kasih Dato' Speaker. Dato' Speaker, saya minta izin untuk menjawab soalan ini secara serentak bersama-sama dengan soalan 67 dan juga 72 kerana soalannya sama Dato' Speaker.
No. 67 Apakah perincian mengenai rancangan pembangunan LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai berjumlah RM10 billion serta kaedah pelaksanaannya? No. 72. Apakah perkembangan terkini projek LRT di Pulau Pinang? (a) Syarikat manakah yang akan terlibat dan berapa lamakah projek ini akan mengambil masa untuk disiapkan? (b) Terangkan bagaimana projek ini akan dibuat bawah tanah dan di dasar laut.
Yang Berhormat seperti mana Yang Berhormat sedia maklum projek LRT sudah pun diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan pada masa ini pelaksanaan projek LRT Pulau Pinang ini sedang menunggu keputusan daripada pihak Kementerian Pengangkutan dari segi pemuktamadan kaedah pelaksanaan dan juga perincian teknikal. Contohnya dari segi jajaran dan juga lokasi stesen LRT. Justeru, segala perincian tentang kos dan kaedah pelaksanaan serta tarikh pemulaan projek adalah bergantung kepada keputusan pihak Kementerian Pengangkutan tapi berdasarkan kepada maklumat yang kita ada Kerajaan Persekutuan telah pun memutuskan agar MRT Corporation Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan akan dilantik sebagai agensi pelaksana, pemilik aset serta operator yang akan melaksanakan projek LRT Pulau Pinang dan kita juga maklum bahawa tender telah pun ditawarkan untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian kebolehlaksanaan dan kini dalam fasa kajian tersebut dan kita pun mengharapkan bahawa kajian tersebut akan siap pada awal tahun hadapan dan kemudian daripada itu boleh lah kita mendapat maklumat yang lebih mengenai projek tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sila.
Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan yang diberikan. Projek LRT ini memang satu projek yang sudah lama ditunggu oleh rakyat Pulau Pinang. Satu projek yang besar yang kita semua berharap akan menjadi satu kejayaan untuk masa depan Pulau Pinang dan sebelum ini memang ada juga pengumuman bahawa projek ini juga akan diexpanded kepada di Seberang Perai dalam laporan berita cuma tidak ada lagi butiran yang detail yang diberikan.
Jadi soalan saya Yang Berhormat adalah setakat mana Kerajaan Negeri juga terlibat dalam kajian yang sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan atas projek ini feedback yang diambil daripada Kerajaan Negeri atas planning projek ini dan soalan yang kedua adalah sebelum-sebelum ini pun projek seperti ini pernah dijanji dan kemudian di tarik balik. Jadi apakah keterjaminan kita bahawa Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Itu soalan tambahan yang sangat penting dari segi keterjaminan itu kerana saya rasa rakyat Negeri Pulau Pinang pun sudah bukan baru kita dengar mengenai projek LRT malah pada tahun 2007, 2008 pun masa itu telah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan pada waktu itu namun tidak dilaksanakan. Pun begitu Kerajaan Negeri mempunyai kepercayaan dan keyakinan 100 peratus terhadap kepimpinan Kerajaan Persekutuan kini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan beliau sendiri pada bulan Mei telah datang ke Pulau Pinang semasa rumah terbuka Malaysia Madani dan telah membuat pengumuman bahawa Kerajaan Persekutuan akan membiayai projek LRT Negeri Pulau Pinang secara sepenuhnya dan susulan daripada pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tersebut lawatan kerja telah dibuat oleh Menteri Pengangkutan ke Negeri Pulau Pinang dan kemudian daripada itu telah disusuli dengan siri perbincangan antara Kerajaan Negeri dengan MRT Corp. iaitu agensi pelaksana. Jadi boleh dikatakan di sini Kerajaan Negeri sememangnya terlibat bukan sahaja daripada itu, selama beberapa tahun ini Kerajaan Negeri telah pun membuat banyak kajian-kajian banyak dari segi technical feasibility semuanya telah dibuat dari segi jajaran telah pun diluluskan secara bersyarat oleh agensi pengangkutan awam darat. Semua hasil kita telah pun diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu mereka dan kita pun harap bahawa projek ini dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat lah. Jaminan yang paling elok adalah projek ini dimulakan dengan dalam masa yang terdekat. Sekiranya projek ini dimulakan maka masa itu lah kita boleh tidur dengan aman Dato' Speaker, dengan kepercayaan bahawa projek ini akan berjaya dilaksanakan untuk rakyat Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terima kasih.
Dato' Speaker, soalan tambahan. Sebelum ini Kerajaan Negeri telah melantik melalui model PDP kepada SRS Consortium. So apakah peranan SRS Consortium dalam projek LRT ini?
Terima kasih. Itu juga soalan yang baik, dia sebenarnya Dato' Speaker, betul mengikut kepada perjanjian yang telah pun ditandatangani di antara Kerajaan Negeri dengan syarikat SRS Consortium, SRS Consortium memainkan peranan sebagai Projek Delivery Partner ataupun PDP pada projek tersebut tetapi pada waktu itu projek itu adalah projek Kerajaan Negeri. Kini projek telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan maka satu keputusan dasar perlu dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mengenai hala tuju dan juga peranan pihak PDP tersebut dan apa-apa pun segala usaha yang telah dibuat, dilaksanakan oleh PDP, saya rasa akan diambil kira oleh
Kerajaan Persekutuan dalam keputusan mereka dan Kerajaan Persekutuan secara lazim mempunyai beberapa pilihan Kerajaan Persekutuan boleh terus dengan model PDP ataupun Kerajaan Persekutuan boleh membayar pihak PDP atas segala kerja yang telah pun dilaksanakan ataupun Kerajaan Persekutuan juga boleh memberi peranan yang lain kepada pihak PDP sepertimana yang telah dilakukan dalam projek MRT 2 yang di mana PDP telah ditukarkan kepada turnkey contractor. Jadi sebenarnya pilihan untuk Kerajaan Persekutuan itu ada beberapa pilihan dan terpulang kepada kebijaksanaan Kerajaan Persekutuan untuk memilih pilihan yang terbaik lah untuk projek tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Soalan ini telah bergabung dengan soalan-soalan yang lain. So saya nak minta kalau ada soalan tambahan daripada Yang Berhormat yang bersabit dengan LRT. Memang sudah lengkaplah. So waktu penggulungan nanti itu pun sila ringkaskan atau pun skip. Okey, tepat jam. Ahli-ahli Yang Berhormat 1 jam 30 minit untuk Soalan Lisan telah pun tamat selaras dengan Sub Peraturan 26 (7), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada Soalan-soalan Lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, maka kita sambung balik dalam sesi perbahasan atas usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun yang telahpun berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini. Dan saya nak sambung dengan mempersilakan Ahli-Ahli yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Air Putih, sila. 25 minit dari sekarang.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin ucapkan tahniah ke atas semua ADUN daripada Parti DAP, PKR, UMNO, AMANAH, PAS dan Bersatu yang telah berjaya dipilih oleh rakyat. Dan di sini, kita harap mereka boleh menjalankan tugas dengan seberapa baik yang boleh. Saya juga ingin ambil kesempatan untuk mengulangi peringatan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bahawa dalam ucapan perasmiannya, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berdaulat di bawah Perkara 1 (2), Perlembagaan Persekutuan di mana keabsahannya tidak patut dipertikaikan. Kita semua telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mempertahankan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan harus menentang sebarang usaha untuk mencabuli kedaulatan negeri dan mengancam Pulau Pinang. Khususnya daripada Menteri Besar Kedah yang bersifat rakus mengeluarkan bahasa kesat dan lucah. Beliau ini bukan sahaja mengancam kedaulatan dan keabsahan Negeri Pulau Pinang tetapi juga aliran air Sungai Muda yang secara semulajadinya masuk ke dalam negeri Pulau Pinang.
Kita semua mesti memperteguhkan niat, membulatkan hati dan secara sebulat suara menentang ancaman ini termasuk sebarang ancaman bekalan air yang telah pun terputus sekurang-kurangnya dua kali selepas bekalan air mentah daripada Sungai Muda terganggu. Demi mengelakkan ancaman bekalan air mentah terputus berulang-ulang kali daripada pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Adalah perlunya Perbadanan Air Pulau Pinang (PBAPP) mencari sumber bekalan air mentah baharu dalam Negeri Pulau Pinang dan juga daripada luar Negeri Pulau Pinang khususnya Negeri Perak. Bekalan air mentah boleh diperolehi daripada empangan air Mengkuang yang boleh menampung 86.4 bilion liter air. Dengan kapasiti rawatan air mentah sebanyak 1.2 hingga 1.3 bilion liter air setiap hari di Loji Rawatan Air Sungai Muda. Ini bermakna, empangan air Mengkuang dapat menampung keperluan air Pulau Pinang sepanjang 80 hari. Ini dah memadai kerana yang kita perlukan hanya sekadar waktu kecemasan. Bila ada gangguan bekalan air mentah sepanjang beberapa hari. Bila gangguan air mentah Sungai Muda sebelum ini, pihak agensi Kerajaan Persekutuan khususnya SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) telah pun menjalankan siasatan dan mengambil tindakan. Masalahnya ialah saluran air sebanyak 1.2 hingga 1.3 bilion liter daripada empangan air Mengkuang ke Loji Rawatan Air Sungai Dua, diperlukan. Kini PBAPP hanya ada paip air yang boleh salurkan 600 juta liter air mentah daripada empangan air Mengkuang ke Loji Rawatan Air Sungai Muda. Paip air baharu diperlukan untuk salurkan 600 juta liter air mentah lagi daripada empangan air Mengkuang yang dianggarkan kosnya sebanyak RM200 juta agar dapat memenuhi keperluan harian pengguna Pulau Pinang sebanyak 1.2 bilion liter air di Loji Rawatan Air Sungai Muda. Kerajaan Negeri harus berusaha mendapatkan kelulusan projek paip air baharu daripada Kerajaan Persekutuan sekurang-kurangnya RM200 juta untuk menyalurkan air mentah daripada empangan air Mengkuang ke Loji Rawatan Air Sungai Dua. Saya syorkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sendiri berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyegerakan kelulusan projek baru air paip baru daripada empangan air Mengkuang sebanyak RM200 juta ini. Projek RM200 juta ini adalah tambahan daripada geran sebanyak RM1.2 billion daripada Kerajaan Persekutuan yang diluluskan untuk pembesaran empangan air Mengkuang selepas Kerajaan Negeri bersetuju dengan penghijrahan aset air PBAPP kepada Perbadanan Aset Air Berhad pada tahun 2011. Daripada geran RM1.2 bilion ini, sebanyak RM745.5 juta telah pun dibelanjakan. Tinggal baki RM454.5 juta yang belum dibelanjakan. Baki RM454.5 juta dicadangkan dibelanja untuk tiga projek berikut yang masih tunggu permohonan daripada Kerajaan Persekutuan iaitu :
(1) Membina Loji Pam Air di Lahar Yooi, Sungai Muda sebanyak RM200 juta untuk mengisikan empangan air Mengkuang yang membolehkan air mentah dipam daripada Sungai Muda ke empangan air Mengkuang. (2) Membina beras air baru di Rantau Panjang sebanyak RM200 juta untuk memudahkan pengepaman air mentah ke empangan air Mengkuang pada musim kemarau. (3) Menjalankan projek 1.5 bilion liter air simpanan iaitu Sungai Muda Off River Storage Scheme (ORSS) sebanyak RM70 juta seperti mana yang dicadangkan oleh SPAN berhampiran dengan Lahar Tiang untuk mengelakkan gangguan bekalan air mentah daripada Sungai Muda berulang-ulangan. Dato’ Yang di-Pertua, keseluruhan projek sebanyak RM654.5 juta ini penting untuk menjaminkan bekalan air bersih kepada pengguna dan perniagaan di Pulau Pinang. Keadaan bekalan air di Pulau Pinang ini menjadi sedikit genting selepas SPAN telah menyenaraikan empangan air Mengkuang sebagai salah satu daripada tujuh (7) buah empangan air berisiko
tinggi di Malaysia iaitu tiga (3) di Melaka, dua (2) di Kedah, satu di Johor dan satu di Pulau Pinang. SPAN menyatakan empangan air Mengkuang adalah empangan air berisiko tinggi disebabkan oleh ancaman ke atas bekalan air bersih yang terjamin. Kenyataan sedemikian telah mengejutkan orang awam kerana empangan air Mengkuang baru siap dibina pada tahun 2017 dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2020. Ia telah menjejas sedikit imej negeri Pulau Pinang yang mempunyai reputasi menguruskan air yang paling baik di negara. Seperti SPAN, kerap kali mengulangi bahawa masalah bekalan air akan mengancam kemasukan pelaburan dan harus diberikan keutamaan. Projek air sebanyak RM645.5 juta ini akan dapat mengurangkan masalah bekalan air dan juga empangan air Mengkuang yang kini dihadapi di Negeri Pulau Pinang. Di samping itu SPAN juga membangkitkan keprihatinan ke atas masalah empangan air yang berusia dan uzur. Contohnya empangan Air Itam, berusia 61 tahun sejak ia mula beroperasi pada 1962 dan kita tau apabila ia berpanjangan, maka dari segi kapasiti akan timbul masalah dan pemeriksaan yang kerap perlu dijalankan ke atas struktur, kestabilan dan keutuhan struktur empangan tersebut. Semua tau empangan Air Itam adalah dekat dengan kita. Kalau ada apa-apa berlaku, amat bahaya sekali. Untuk meringankan beban dan tekanan struktur, satu cadangan telah dibuat pada tahun 2017 yang telahpun diluluskan untuk membina paip air menyalurkan air mentah berlebihan daripada empangan Air Itam ke empangan Telok Bahang. Masa itu kos dijangka sebanyak RM50 juta dan boleh juga mengurangkan risiko melepaskan air mentah daripada empangan Air Itam sekiranya penuh kerana apabila melimpah keluar mungkin menyebabkan banjir di banyak kawasan penempatan dalam Bandaraya George Town. Kini kapasiti air adalah sebanyak 85 peratus di empangan Air Itam, 97 peratus di Empangan Telok Bahang dan 91 peratus di empangan air Mengkuang. Sekiranya empangan Telok Bahang penuh dan perlu melepaskan air, ia boleh dilepaskan ke laut tanpa menjejaskan tempat penempatan atau menyebabkan banjir. So ini berbeza kalau kita lihat Empangan Air Itam dan Mengkuang dan kita pun tau bahawa sumber air sekarang amat penting. Mengapa kita perlu bazirkannya kalau boleh, alihkan sumber air mentah daripada Air Itam yang kita tau adalah istimewa sekali, mengapa makanan Pulau Pinang begitu sedap dan lazat ialah kerana air daripada Empangan Air Itam. Khususnya saya ingat, nasi kandar, semua orang pun tahulah, tak payah cerita panjang dekat sini. Dan juga lain-lainlah, char kuew tiau dan sebagainya. Sebab kita semua pun sudah lapar sikit. Tekanan air yang rendah, juga di sini saya nak sebut juga tekanan air yang rendah. Boleh menyebabkan bekalan air di beberapa kawasan perumahan terjejas dan permohonan pembangunan beberapa pemaju di Batu Kawan dan Ladang Byram ditolak atas alasan tak cukup air. Saya tahu beberapa ADUN pun ada menghadapi masalah sedemikian dalam kawasan masing-masing. Mengapa ada tempat tak ada air. Ada tekanan air yang amat rendah sampai satu dua tempat dia selalu menghadapi masalah tersebut yang tidak dihadapi sebelum ini. Dan ini kononnya adalah berlaku dan difahami disebabkan keadaan paip usang yang bocor dan tidak membenarkan tekanan air ditetapkan terlalu tinggi kerana kalau air, paip air bocor, tekanan terlalu tinggi, ia akan jadi lebih teruk. Tapi kalau tekanan air tak cukup tinggi, ia tak boleh sampai ke kawasan-kawasan perumahan tertentu. Sampai saya mendapat aduan bahawa ada beberapa permohonan pemaju di kawasan Batu Kawan atau Ladang Byram ditolak kerana PBAPP tak boleh jamin berikan bekalan air. Ini sesuatu yang saya rasa tidak boleh diterima dan tak pernah berlaku di Pulau Pinang. Kita harap perkara ini boleh dah diberikan perhatian dengan memperbaiki itu paip air yang bocor dan usang supaya tekanan air yang mencukupi dapat ditetapkan supaya boleh sampai ke rumah-rumah tersebut. So masalahnya kita ada stesen pam yang cukup, kita tau. Kalau kita sebut tentang air, bukan saja perlu air mentah, loji rawatan air, stesen pam pun penting kerana tanpa stesen pam, macam mana ada tekanan cukup untuk hantar ke rumah-rumah? Tapi kalau paip air itu bocor sangat, dia tak boleh menahan tekanan air yang
tinggi ini. So ini menjadi satu masalah yang perlu diatasi oleh pihak PBAPP. Saya ingin rujuk kepada Non-Revenue Water yang ada kaitan dengan air paip yang bocor. Kalau kita lihat tentang peratusan NRW atau Non-Revenue Water telah naik daripada 19.9 peratus pada tahun 2015 kepada 26.3 peratus pada tahun 2022. Ini adalah satu kenaikan yang agak tinggi tapi mungkin ada pihak yang cakap masih bawah 30 peratus. So tak sebegitu, itu membimbangkan. Tapi saya rasa kita tidak boleh berpuas hati dengan peratusan NRW 26.3 peratus ini berbanding dengan kurang daripada 20 peratus sebelum ini. Semata-mata kerana ia di bawah 30 peratus kerana kalau kita tidak memperbaiki paip air maka ia akan menjadi lebih teruk dan serius lagi dan ini akan menghalang kita meninggikan atau menetapkan tekanan air mencukupi supaya air boleh sampai kepada semua pengguna di kawasan perumahan masing-masing. Dato’ Yang di-Pertua, projek empangan air Mengkuang sebanyak RM654.5 juta ini adalah perlu untuk mengatasi masalah kecemasan secara jangka masa pendek dan pertengahan. RM654.5 juta ialah baki RM454.5 juta daripada geran RM1.2 bilion yang masih belum belanja habis dan RM200 juta iaitu yang baru supaya kita boleh salurkan air daripada Empangan Mengkuang untuk menjadi sekurang-kurangnya 1.2 bilion liter air dapat digunakan pada waktu kecemasan supaya rakyat Negeri Pulau Pinang tak menghadapi masalah itu kekurangan air. So ini dapat mengatasi masalah kecemasan secara jangka masa pendek dan pertengahan tapi untuk jangka masa panjang kita perlu ada satu sumber bekalan air mentah yang baru. Di sini ada cadangan projek permindahan air mentah Sungai Perak tapi malangnya negeri Perak tidak bersetuju untuk menjual air mentah. Sebaliknya Menteri Besar Perak telah mengumumkan akan menjual air terawat kepada Pulau Pinang di mana loji rawatan air akan ditempatkan di Negeri Perak bukan di negeri Pulau Pinang. Ini luar biasa dalam aspek keselamatan air kerana untuk sesuatu negeri yang menggunakan air itu biasanya loji rawatan air terletak dalam negeri tersebut. LRA atau Loji Rawatan Air harus diletakkan dalam negeri Pulau Pinang. Inilah kali pertama loji rawatan air diletakkan dalam negeri selain daripada negeri yang menggunakan airnya secara akhirnya atau ultimate consumer. Biasanya loji rawatan air akan terletak dalam negeri pengguna seperti di Melaka. Di Melaka air mentah disalurkan menerusi paip air daripada negeri Johor ke empangan air itu juga atau pun Selangor. Selangor daripada Pahang disalurkan untuk loji rawatan air di Negeri Selangor dan untuk negara asing macam Singapura pun serupa air mentah daripada Negeri Johor untuk loji rawatan air dalam negara Singapura. Tak kan Pulau Pinang mendapat layanan yang lebih kurang.
Y.A.B. Ketua Menteri: Penjelasan.
Sila.
Y.A.B. Ketua Menteri: Apa yang disebut oleh Air Putih tidak menyebut satu fakta hakiki iaitu perbezaan antara air mentah dan air terawat. Negeri-negeri yang disebutkan membekalkan air mentah dan cadangan untuk Perak adalah terawat itulah perbezaan hakikinya.
Ya. Itu yang saya sebut bahawa memang Menteri Besar Perak telah pun mengumumkan nak berikan air terawat kepada Negeri Pulau Pinang. Kalau kita nak kita nak air mentah kerana lebih murah lah tapi kerana Perak tak mau jual dia jual air terawat. Okey tak ada pilihan tapi sekurang-kurangnya loji rawatan air harus diletakkan dalam negeri Pulau Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri: Itu yang saya cuba jelaskan. Mengapa ia tidak ditempatkan di negeri kita. Lain-lain negeri yang disebut pun sebab dia terima air mentah. Loji rawatan itu boleh dalam negeri masing-masing tetapi kita terima air mentah yang sudah dirawat, air sudah dirawat di Perak lagi. Jadi apakah keperluan loji satu lagi di Pulau Pinang untuk merawat sebab air yang diterima sudah dirawat.
Itu lah sebab saya syorkan kalau kita boleh letakkan loji rawatan air di negeri Pulau Pinang supaya dari segi keselamatan air dapat terjamin dan pada masa yang sama kalau ada timbul tentang pengurusan ini boleh dibincang secara bersama atau boleh diuruskan secara bersama seperti yang berlaku dekat Selangor berlaku dekat Melaka dan juga berlaku dekat Singapura. Biasanya kalau kita sebut tentang keselamatan air ia patut diletakkan dalam negeri yang merupakan optimal consumer dan kita harap bahawa perkara ini boleh dibincangkan demi kepentingan rakyat dan juga Negeri Pulau Pinang.
Boleh saya mencelah dan saya kira point yang dibangkitkan oleh Air Putih itu ada some validity kerana dari segi soal security dan juga soal keterjaminan macam mana kita menerima bekalan air yang kita tidak ada control over. Saya nak tanya apakah mungkin boleh diusahakan kalau nak buat rundingan semula diminta supaya Federal Intervention. Mungkin dilihat dengan orang kata model-model yang telah berlaku dalam tiga negeri yang sebagaimana yang disebut tadi Pahang ka Selangor tetapi WTP dia dari di SSP Sungai Selangor sebab saya pun pernah terlibat dengan dalam masa zaman sewaktu saya politik pada Tun Abdullah. I think the point by Sungai apa nama dari Air Putih you have got the good valid cuma saya minta mungkin setuju ataupun tidak kita minta Federal Intervention.
Baik terima kasih. Terima kasih atas persetujuan ini kita harap perkara ini boleh dibincang dan dirundingkan dengan lebih lanjut lagi kerana di sini kalau kita letak dekat negeri lain rakyat pun boleh rasa resah bahawa harga terawat air terawat yang dijual di Negeri Perak tinggi dijangka sampai seringgit lima puluh sen seliter berbanding dengan kadar air tiga puluh dua sen seliter sekarang. Ini jauh berbeza so sekiranya LRA atau Loji Rawatan Air dikuasai penuh oleh negeri Perak apakah jaminan kadar harga air tidak akan dinaik dengan sewenang-wenangnya. Kita tahu sekiranya pengurusan dalam loji rawatan air di sesuatu negeri kurang baik dan kadar air tidak boleh dinaikkan kerana ikut perjanjian. Ia mungkin akan tutup atau kualiti air yang dibekalkan atau dirawat mungkin akan terjejas kerana kuasa ke atas loji rawatan air bukan di tangan kita tapi di tangan negeri lain.
So dalam aspek ini adalah penting bahawa hak dan kepentingan rakyat dalam negeri Pulau Pinang terus dijaga kerana sekurang-kurangnya LRA atau loji rawatan air mesti ditempatkan di Pulau Pinang dan satu struktur bayaran air kepada Negeri Perak yang munasabah boleh dirundingkan dengan lebih lanjut dengan Negeri Perak. So itulah dalam aspek itu rawatan air yang saya rasa sesuatu untuk masa depan dan saya memang setuju ini penting untuk memastikan jaminan air sehingga 2050 untuk 30 tahun yang akan datang tapi sekiranya kita hilang kuasa untuk menentukan bukan sahaja dari segi air tapi dari segi mutu ini adalah sesuatu yang membimbangkan. Berkaitan dengan kontroversi penjualan hektar tanah di Ladang Byram di mana fasa pertama sebanyak 559 hektar tanah dengan harga RM26.53 sekaki persegi dijualkan secara rundingan terus dengan UMECH Construction Sdn Bhd. Saya harap bahawa pihak pengurusan dapat memberikan penjelasan penuh kepada laporan khas daripada The Edge Malaysia yang bertajuk Batu Kawan deal raises question that must be answered yang disiarkan pada 16 haribulan Oktober 2023. The Edge dikenali sebagai surat khabar yang berani mendedahkan skandal iaitu skandal 1MDB dan dianggap sebagai sumber yang boleh dipercayai berkaitan dengan projek-projek berkontroversi. Sungguhpun projek ini akhir dibatalkan soalan–soalan ini yang ditimbulkan dalam laporan The Edge ini harus dijawab agar memastikan kemelut ini tidak akan berulang lagi. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga harap bahawa pihak pembangkang akan bekerjasama dengan pihak kerajaan termasuk ADUN-ADUN backbencher di sini supaya kita berbahas berdasarkan perkara yang benar. Saya agak kesal bahawa semasa perbahasan Yang Berhormat daripada Bagan Dalam ada timbul perkara berkaitan dengan saya di mana saya dikaitkan dengan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan perlu juga diambil kesempatan oleh ADUN-ADUN seakan-akan ini adalah satu berita benar. Saya nak tegaskan di sini ini adalah satu berita palsu. Yang Berhormat Pinang Tunggal pun tahu kita dah lama dalam Dewan yang mulia ini. Ini tidak benar sama sekali. Saya harap jangan ungkit perkara ini kerana ini tidak benar. Saya kira nak cuba saya akan bertindak balas. Jangan bawa perkara yang fitnah.
Boleh minta laluan.
Sila Ketua Pembangkang.
Apakah apa nama ini Air Putih boleh bersetuju dengan buku ini yang menjadi rujukan kepada yang apa nama yang dimaksudkan itu iaitu Ahli Parlimen Kepala Batas bukan kata itu sahaja tapi banyak lagi. Saya ingat mana ada mungkin ada fakta yang banyak yang sarat yang salah adakah perlu maknanya diambil tindakan kepada orang yang mengarang buku ini. Ini lah ini yang menyebabkan maknanya perkara yang tak sepatutnya berlaku inilah puncanya penyebaran berita palsu. Adakah perlu buku ini diambil tindakan dan buku ini oleh KDN dan sebagainya? Bersetuju atau tak bersetuju. Bersetuju untuk ditarik ini untuk diambil tindakan dan saya nak tanya pada Dewan yang mulia pada hari ini dan ini lah punca dia kalau kita makna bersetuju bahawa ini adalah berita palsu setuju tak untuk supaya pihak yang berkuasa untuk mengambil tindakan kepada buku ini yang menyebabkan isu atau polemik ini yang timbul. Terima kasih
Yang Berhormat Ketua Pembangkang dapat buku ini dari mana? Boleh bagi tau Dewan yang mulia ini tak. Dapat buku ini daripada mana?
Kalau YB nak nak pun boleh dapat. Tak ada masalah.
Bukan saya dapat boleh dapat tetapi Yang Berhormat dapat dari mana. Saya nak tahu.
Saya bila timbul isu kontroversi ini kita dapat tahu dari mana ambil sumber ini. Kita tanya jadi dia kata rupanya dia ambil sumber daripada ini yang kita boleh dapat dalam pasaran.
Ya tapi Yang Berhormat Kepala Batas tak pernah mengakui secara umum. Ini lah sumbernya. Dia tak sebut langsung secara umum.
Cuma sekarang ini saya dedahkan.
Bila kita tanya mananya bukti dia tidak pernah sebut.
Dalam Dewan yang mulia ini.
Dato’ Speaker mohon mencelah.
Bagi pada Yang berhormat. Bagi pada Yang Berhormat.
Ini dari segi mana Yang Berhormat.
Bagi mana Yang Berhormat.
Jadi kalau kata.
Bagi dulu….(gangguan)
Hello hello helo hello. Speaker di sini. Ya hello.
Dato’ Speaker. Boleh saya...
Seorang-seorang. Logiknya isu ini perlu selesai di peringkat Parlimen tapi memandang Air Putih namanya disebut saya bagi chance sedikit sahaja. Yang lain semalam pun sudah bahas waktu saya bukan mempengerusikan. Kalau saya mempengerusikan itu pun saya tak akan bagi panjang lebar. Ya. Bertam sebut kerana ada logo.
Dak dak saya nak explain sebab semalam nama saya disebut. Saya Air Putih memang saya simpati apa yang berlaku pada Air Putih dan saya secara prinsip, prinsip two wrongs doesn’t make a right. Kalau salah yang sana salah juga kalau saya tulis benda salah tetap salah cuma saya nak maklumkan sedikit bahawa isu berkaitan dengan tohmahan kepada Air Putih ini bukan berlaku di situ sahaja. Ia berlaku di laman sesawang sejak 2014 lagi di bawah Al Bangi Al Kuhcing. Di bawah darah satria..(kurang jelas) maknanya available di mana-mana. Sampaikan bila saya baca ini suatu dulu saya tak pernah baca buku itu pun. Saya heran orang PAS baca buku tu. Saya baca saya fikir-fikirkan tengok entah-entah betul kot cuma Speaker bezanya ialah saya tak bercakap, saya tak berhujah sebab apa sebab Tuhan saya ajar saya dalam Quran dia sebut .... (potongan ayat Al-Quran) “Bila takut, check dulu takut-takut”. “Bila ditimpa” (potongan ayat A’-Quran) “Takut ditimpa musibah dengan kejahilan”. (potongan ayat A’-Quran) “Maka kamu akan jadi orang apa nama, orang yang menyesal”. Saya bila dibangkitkan isu ni dahulu pun, saya beri komen. Saya kata “If You Say Something, You Must Own Up”. (kurang jelas) respectabily. (Ahli Dewan menepuk meja) “If you think that is right, Stand up fight”. “But, if you find that is wrong, Stand down and tender apology”. Saya bagi contoh. (dewan menepuk meja)
Ketua Pemuda UMNO 2019, mohon maaf kepada Nga Kor Ming sebab menggelarkan beliau “Chin Peng”. This is an honourable thing to do. Dalam carian saya (potongan ayat Al-Quran) “Semua anak Adam melakukan kesilapan berulang-ulangkali”. Bukan orang PAS saja boleh dah keluar hadis tau. (potongan ayat Al-Quran) “Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan, ialah orang yang melakukan pembetulan kepada kesilapan tersebut”. Jadi.
Okey.
Saya mohon maaf. Kalau saya terfikir dahulu Air Putih ada kaitan.
Ini floor saya. Tak saya, saya. Nanti, nanti. Saya bagi kemudian. Floor saya. Duduk dulu. Ini kena ikut peraturan. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Bertam ini. Kerana memang beliau adalah seorang ahli politik yang berprinsip dan bermaruah. Kerana berteguh, berpegang kepada kebenaran dan menolak membelakangkan kebatilan. Dan saya rasa itulah perbezaan dan pihak kami dan dekat sana. Yang selalu suka bergelumang dalam fitnah. Dan saya nak jawab Ketua Pembangkang. Beliau sebut, wah ini daripada BN. Saya nak nyatakan di sini. Saya ada bincang dengan Tok Mat, Timbalan Presiden UMNO. Di Parlimen, saya tanya adakah Yang Berhormat sedar tentang buku yang, Yang Berhormat Ketua Pembangkang tunjuk ini. Uuu, dia sangat suka buku ini. Saya ada tanya. Tok Mat cakap, beliau tidak tahu tidak ada pengetahuan langsung tak tau tentang buku ni. Dan lagi, Presiden UMNO apabila ditanya oleh Yang Berhormat Jelutong di Parlimen secara terbuka yang gunakan tohmahan, fitnah ini semua buta sejarah. Itu disebutkan oleh Presiden UMNO Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri 1. Tapi sekarang Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Kepala Batas berdegil masih nak gunakan fitnah dan tohmahan ini. Adakah parti PAS, adalah parti mainkan fitnah sedemikian.
Boleh? Ini kita berbincang tentang ialah dimana, dimana orang kata apa sumber rujukan yang terletak betul. Kita tak boleh. Kita tak boleh maafkan ini. Kalau ini perlu untuk diambil tindakan, inilah orang ataupun pihak yang bertanggungjawab yang….(gangguan).
Tak. Tak kan Yang Berhormat tahu?
Untuk mengambil tindakan….(gangguan).
Tak kan Yang Berhormat tak tau. Kalau ada gunakan rujukan yang fitnah. ….(gangguan).
Bila Yang Berhormat menjadi mangsa keadaan.
Yang salah. Itu pun salah.
Nantilah dulu.
Takkan anda tak tahu ini. Yang Amat Berhormat Ketua Pembangkang kena fahamlah. Kita ucap dalam Bajet. Kalau kita hujah dalam Bajet, takkan kita akan gunakan rujukan yang palsu. Betul tak? Saya rasa Yang Berhormat Ketua Pembangkang pun tak akan buat sedemikian. Kalau gunakan itu rujukan yang palsu, bahan rujukan yang palsu, malulah. Betul? So, itu sebab bila Ketua Pembangkang berucap saya percaya Yang Berhormat akan cakap berdasarkan yang berfakta. Yang benar. Bukanlah fitnah. Bukanlah tidak berasas. Bukanlah yang palsu, sampai buat serangan peribadi ke atas saya dan keluarga saya. Boleh dak macam ini? Saya seorang insan, seorang manusia. Adakah ini dibenarkan di bawah Islam? Kawan saya bagitau saya, fitnah lebih teruk daripada bunuh seseorang. Apakah dosa ini?
Yang Berhormat. Atas….(gangguan)..
Adakah dosa ini dibenarkan?
Ya, ya betul.
Okay.
Atas dasar itu. Atas dasar itu.
Mana boleh. Mungkin lupa.
Dak. Dak.
Duduk.
Tuan Yang di-Pertua….(gangguan).
Saya dah dengar.
Kerana dia, dia membuat tuduhan yang yang begitu ni. Ini bahan kempen yang kita, kita tidak bersetuju dengan ni.
Saya, saya dah selesai esok. Okay.
Apa nama….(gangguan).
Saya tak buat tuduhan. Saya dituduh.
Air Putih, yalah. Saya kata Air Putih….(gangguan).
Haa. Ini pun nak belit-belitkan. Saya dituduh. Saya cakap buat tuduhan. Apa ni?
Air Putih. Dia….(gangguan).
Yang lain.
Ketua Pembangkang.
Yang lain. Duduk.
Sudahlah. Sudahlah.
Yang lain duduk.
Air Putih….(gangguan).
Air Putih. Air Putih. Rumuskan.
Air Putih, dia terlalu prejudis dengan….(gangguan).
No. No. No. Yang lain saya tak nak dengar. Yang ini sudah luar bidang saya. Baik saya.
Hormati itu.
Ya. Ya. Ya.
Arahan.
Kalau tak ada, saya pun nak henti.
Ya, saya nak landing.
No. No. No.
Bukan. Bukan. Bukan pasai ni.
Saya nak landing. Saya nak landing.
Landing. Landing.
Saya nak landing.
Dato’ Speaker, nanti-nanti….(gangguan).
Bahas.
Bukan. Bukan. Bukan pasai yang, yang buku ni. Bukan. Bukan….(gangguan).
Minta maaf.
Ucapan tadi. Ucapan tadi.
Minta maaflah.
Ucapan tadi. Ucapan. Ucapan….(gangguan).
Okey. Okey. Okey.
Saya kena bagi laluan.
Bagilah sikit.
Kalau saya tak bagi laluan ni, tak boleh nanti. Duduk dulu. Saya nak patuhi arahan Speaker, supaya kita rujuk kepada perbahasan nanti. Saya akan ucap, you boleh tanya tentang apa yang sebut dalam perbahasan saya.
Air Putih, sila.
Saya nak landing dah. Saya nak sokong.
Sudah?
Kerana banyak, banyak ganggu, banyak tergendala.
Sudah jadi datuk, gembira sangat ataupun….(gangguan).
Diucapkan terima kasih.
Macam manapun, rumuskan.
Ya. Ya. Ya. Ya. Kerana ini, ini adalah satu harapan baru untuk itu cucu saya. Sekarang dapat datuk pun rasa lain sikit. Tapi, saya ucapkan bukan sahaja sokongan, tapi juga penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Tun yang sudi merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri pada 17 haribulan November dan kita harus sahut saranan beliau, bahawa kita mau lihat Pulau Pinang sebuah negeri yang cemerlang dan juga maju untuk semua rakyat. Dan ini hanya boleh dilakukan sekiranya kita berpegang teguh kepada apa yang benar. Dan di sini saya sekali meminta Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada pembangkang. Ini bukanlah sesuatu permulaan yang baik, bila kita menggunakan fitnah untuk menyerang parti-parti lawan. Kita tak mau ini berlaku dalam Dewan yang mulia ini, dan saya sekali lagi minta marilah kita bersatu sebagai anak Negeri Pulau Pinang. Mempertahankan, memelihara dan juga memperjuangkan nasib negeri dan rakyat kita. Melawan kepada siapa yang mengancam keabsahan dan kedaulatan Negeri Pulau Pinang. Marilah kita tunjuk kita benar-benar anak Negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Air Putih. Penaga, sama juga. Jaga timing.
Okey. Bismillahirrahmanirrahim (potongan ayat Al-Quran). Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera pembuka kata lidah bicara. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua memberi izin perbahasan Penaga. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua dan pengarah jabatan-jabatan dan agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas atau usul ucapan terima kasih pada ucapan Yang Terutama Dato' Seri Utama Tun Ahmad Fuzi bin Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri sempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kali ke-15 pada Jumaat 17 November 2023 yang lalu. Permulaan perbahasan Dato’ Yang di-Pertua, Penaga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Penaga yang telah memberi kepercayaan pada saya untuk mewakili mereka di dalam Dewan yang mulia ini bagi penggal atau pun kali yang kedua sebagai wakil rakyat. Dan InsyaAllah saya akan terus memberi khidmat terbaik kepada pengundi-pengundi di Penaga dan saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pengundi Penaga sebab dalam Pilihan Raya Negeri yang diadakan tempoh hari, enam negeri maka Penaga mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi.
Nombor satu daripada seluruh DUN-DUN yang bertanding di enam negeri, Penaga merekodkan peratus yang keluar mengundi adalah 82.1 peratus. Ini menjadikan Penaga, DUN yang mencatatkan rekod tertinggi peratusan keluar mengundi. Disusuli dengan nombor duanya, N04 Permatang Berangan dan nombor tiganya N05 Sungai Dua, Pulau Pinang. Ketiga-tiga kawasan ini dipegang oleh Perikatan Nasional. Dan terima kasih kepada seluruh pengundi yang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Penaga dan rakan-rakan. Kalau akhir sidang DUN penggal lepas, saya masih ingat mewakili Perikatan Nasional dalam Dewan yang mulia ini hanya saya seorang, Penaga. Setelah empat (4) ADUN rakan saya daripada BERSATU telah dikeluarkan daripada Dewan selepas usul yang telah kita bincang untuk mengosongkan empat kerusi tersebut, maka hanya tinggal Penaga mewakili Perikatan Nasional. Tetapi kali ini Penaga masuk dengan 10 rakan-rakan yang baru. Ini satu perkembangan yang menarik. Dato' Yang di-Pertua, saya juga nak mengambil apa yang telah disentuh dan yang disebut oleh Tun ketika mana memberi ucapan terhadap sokongan kita kepada Palestin dan juga rakyat Palestin. Kita semua bersolidariti bersama dengan rakyat Palestin. Yang hari ini kalau melihat kepada statistik yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan Palestin di Gaza, jumlah ataupun angka yang terkorban makin meningkat setiap hari. Kalau disebut dalam ucapan Tun lebih kurang dalam 10,000 tetapi terkini angkanya adalah 13,300 yang terkorban, yang syahid. Daripada 13,300 itu di kalangan kanak-kanaknya adalah seramai 5,600 kanak-kanak termasuk bayi yang baru dilahirkan. Dan daripada 13,300 itu di kalangan kaum wanita, ibu-ibu kita yang terkorban adalah seramai 3,550 orang. Manakala statistik yang cedera adalah seramai 31,000 di Gaza. Itu tidak termasuk di sebelah tebing barat di Al-Quds yang difahamkan lebih daripada ataupun hampir 3,000 orang. Daripada jumlah 31,000 yang tercedera itu, 75 peratusnya adalah di kalangan kanak-kanak dan wanita. Ini yang sangat menyedihkan kita. Palestin bukan isu agama, bukan isu
bangsa. Tapi Palestin adalah isu kemanusiaan sejagat, yang kita melihat Palestin hari ini bukan isu peperangan tetapi, isu pembunuhan kejam rejim zionis ini membunuh. Kalau isu peperangan yang bertempur itu ada di kalangan tentera-tentera yang terkorban itu di kalangan tentera sama ada di sebelah Israel Zionis atau pun di sebelah Briged Qassam di Gaza. Tapi, ini adalah isu pembunuhan apabila kita melihat daripada 31,000 ataupun 13,300 yang terkorban itu lebih daripada separuhnya adalah di kalangan kanak-kanak dan kaum wanita. Dalam masa yang sama, Dato’ Yang di-Pertua, kelmarin seluruh dunia mengadakan sambutan ataupun menyambut Hari Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan yang diadakan di Johor Bahru kelmarin dengan tema “Hak Kami, Masa Depan Kami”. Bagaimana kita melihat keadaan kanak-kanak di bumi Palestin khususnya di Gaza, bagaimana masa depan mereka? Konflik peperangan ini menyebabkan mereka tidak boleh bersekolah bahkan mereka kehilangan ayah, kehilangan ibu, kehilangan ahli-ahli keluarga tersayang mereka. Inilah kebiadapan Israel, ganasnya Israel yang telah menjajah bumi Palestin. Ya, sebab itu Dato’ Yang di-Pertua kita perlu merakamkan dalam Dewan yang mulia ini saya mencadangkan agar adanya satu usul yang boleh dikemukakan oleh pihak kerajaan dan insya Allah pembangkang akan menyokong sepenuhnya untuk kita menyatakan dengan tegas kebersamaan kita, solidariti kita bersama dengan Palestin dan kita menyatakan dengan tegas kita membantah apa yang telah dilakukan oleh rejim zionis terhadap wanita-wanita, kanak-kanak di bumi Gaza. Mereka bukan sahaja memusnahkan kawasan ketenteraan tetapi masjid dibom, gereja dibom, sekolah bahkan hospital sehingga keamanan hospital dibom lebih daripada 500 yang terkorban dan yang terkorban itu sebahagian doktor-doktor yang sedang merawat orang-orang yang sudah parah. Sebab itu Dewan yang mulia ini kita menyarankan bahkan kita mendesak agar Kerajaan Malaysia mengambil keputusan dan juga mengambil pendirian tegas untuk memastikan bekalan makanan dan ubat-ubatan boleh dibawa masuk ke Gaza melalui pintu Rafah yang bersempadan dengan Mesir yang hari ini kita difahamkan pintu itu masih belum dibuka secara rasmi. Bayangkan 2000, 2 juta penduduk Gaza, 2 juta penduduk Gaza yang memerlukan makanan setiap hari 500 kontena untuk 2 juta penduduk Palestin yang berada di Gaza. Setakat yang kita dapat maklumat yang terima oleh kerana saya juga diamanahkan sebagai Pengarah Secretariat Aid For Palastine yang menggabungkan lebih daripada 150 NGO, kita dapat maklumat bagaimana kontena yang dibawa masuk kena makanan daripada bermula peperangan pada 7 Oktober lepas sehinggalah sampai ke hari ini hanya baru 700 kontena yang berjaya dibawa masuk, sedangkan penduduk Gaza memerlukan 500 kontena setiap hari untuk bekalan makanan mereka. Mereka dikepung di segenap penjuru. Kalau dulunya disebut Gaza. Gaza ni bumi yang kecil, lebih kecil daripada negeri Perlis di utara semenanjung negara kita, separuh daripada negara Singapura bayangkan dikepung di segenap penjuru disebut sebagai penjara terbesar dunia Gaza tapi hari ini istilah itu sudah tidak diguna bukan lagi sebagai penjara terbesar dunia tetapi merupakan perkuburan terbesar di dunia sampai ke peringkat tanah perkuburan juga tidak terlepas daripada sasaran dibom dan dibedil oleh rejim Zionist. Sebab itu saya kira bukan saja di negara kita yang mengadakan Himpunan Aman Demonstrasi untuk menyatakan kita bersama-sama dengan rakyat Palestin bahkan negara-negara barat juga dia tidak bersetuju dengan keputusan ataupun pendirian rasmi negara mereka yang menyokong rejim Israel. Dato’ Yang di-Pertua, saya nak beralih kepada isu yang kedua yang saya nak bahaskan dalam sidang Dewan pada pagi ini adalah berkaitan dengan isu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan juga Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang berada di bawah EXCO Agama daripada Yang Berhormat Batu Maung.
Ada tiga (3) benda yang saya nak sentuh yang pertama berkaitan dengan tauliah yang telah keluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Yang kedua berkaitan dengan lantikan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Yang ketiga berkaitan isu lantikan Pengerusi Kariah-kariah. Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu tauliah ini, yang sangat menyedihkan kita bagaimana guru-guru hari ini di masjid-masjid, di surau-surau, guru-guru yang sudah sekian lama mengajar lebih bahkan ada yang lebih daripada 20 tahun, 25 tahun tiba-tiba disebabkan isu tauliah ini mereka tidak dibenarkan untuk menyampaikan kuliah sedangkan mereka adalah tuan-tuan guru yang kita hormati. Saya dihubungi oleh beberapa jawatankuasa masjid yang menyatakan rasa kesal dan rasa bersalah apabila mereka diminta bahkan diarahkan untuk menghubungi guru-guru, ustaz-ustaz yang mengajar memaklumkan pada tuan-tuan guru mereka bahawa kuliah mereka diberhentikan. Mereka menyatakan bagaimana kami nak sampaikan mesej tersebut sedangkan adab kita dengan guru. Kita yang memanggil mereka kita yang menjemput mereka, kita yang nak mengambil ilmu daripada mereka. Tiba-tiba kami diminta untuk menghubungi guru tersebut dan memaklumkan bahawa kuliah dihentikan disebabkan tidak ada tauliah. Guru-guru yang mengajar pondok biasa sebagai contoh di Masjid Dato’ Sheikh Adnan, Pekan Penaga, tujuh (7) orang guru yang telah lama mengajar di situ diberhentikan. Kalau saya tidak dibenarkan untuk menyampaikan kuliah atas alasan orang politik, baik saya boleh terima tak apa, kita boleh fokus untuk kerja-kerja sebagai wakil rakyat, sebagai YB. Ini guru-guru daripada tujuh (7), duanya daripada pondok yang sememangnya saya pernah belajar di sana sekian lama Madrasah Misbah Al-Falah ataupun disebut dengan Pondok Lanai, Baling Kedah. Tuan guru oleh kerana tidak ada tauliah diberhentikan sedangkan kita tahu paling tidak pun adanya ehsan kita kepada mereka ataupun budi bicara kita kalau mereka tidak ada tauliah dah lama mereka berkhidmat dah lama mereka mengajar, apa salahnya pihak Majlis Agama keluarkan tauliah untuk mereka. Ini Adab. Bagi guru mereka tiada masalah, bagi ustaz-ustaz mereka tidak ada masalah tak dijemput diberhentikan biasa mereka boleh mengajar di tempat lain tapi anak-anak kariah yang rugi. Anak-anak kariah yang rugi bagaimana bayangkan kalau tujuh (7) guru yang diberhentikan bermakna dalam bulan tersebut 7 malam tidak ada kuliah agama yang nak disampaikan kepada anak-anak kariah yang sememangnya dahagakan ilmu agama untuk memastikan segala amal ibadah yang mereka lakukan benar-benar menepati dengan ajaran Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Isu tauliah syarat dipinta, Dah dapat tauliah kuliah dihalang, Penang elok dah lagu mana cerita, Ilmuan menjauh mohon diselesaikan.
Saya harap perkara ini diberi perhatian oleh EXCO, Yang Berhormat EXCO Agama….(gangguan).
Penaga, mohon mencelah. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu tauliah ini, marilah sama-sama kita merenung kepada sepotong hadis Nabi Sallallahualaihi Wasalam, Nabi Sallallahualaihi Wasalam bersabda ‘Qun a’liman’ jadilah kamu orang alim, kalau kamu ada ilmu sampaikan ilmu. ‘Au muta’aliman' atau pun jadi orang penuntut ilmu. Kalau tak ada ilmu, cari ilmu. 'Aumustami’an' atau pun orang yang mustamik yang mendengar kuliah. Orang yang
mengaji ilmu ni ada kitab, nak catit, orang yang kadang-kadang dia dengar ya, jadi mustamik pendengar masih bagus lagi. 'Au Muhibban', orang yang kasih, orang yang kata apa bagi sumbangan orang supaya proses ini berjalan. ‘Wala takun qa’ misan’ jangan jadi orang yang kelima, pihak yang ke lima ‘Watahlik’, binasa. Jadi orang alim pun tidak, jadi penuntut ilmu pun tidak, jadi pendengar pun tidak, jadi orang yang suka kepada ini pun tidak, maka dia binasa. Bukan binasa apa, dia binasa dan juga dia membinasakan orang lain juga menyebabkan orang lain tak dapat ilmu menyebabkan maknanya suasana ni menjadi tidak tentu hala sedangkan perkara ni proses ni berjalan begitu lama dah. Takkan lah makna kata boleh mengambil tindakan drastik tanpa memikirkan implikasi yang akan berlaku kepada masyarakat kita.
Okey.
Sekarang ni, sikit aje lagi…. kita ada teknologi moden kalau sekiranya penyampai-penyampai kuliah ni mereka melakukan kesalahan-kesalahan Ambillah kesalahan kepada mereka sekarang ni boleh rekod orang mengajar ni kalau ada kesalahan kesalahan mereka panggil mereka dan juga ambil tindakan kepada mereka, mohon.
Dah ke?
Terima kasih pada Yang Berhormat Sungai Dua ya, boleh masukkan sebahagian daripada ucapan saya atas apa yang telah diperingatkan oleh Yang Berhormat daripada Sungai Dua. Itu yang saya sebut makna ada budi bicara kita tidak mahu permasalahan masyarakat seummah yang melibatkan kepentingan umat Islam seluruhnya tanpa mengira fahaman politik kita disekat tetapi ahli politik di sebelah pihak kerajaan dibenarkan. Ini pun tidak adil sebab itu kita perlu berlaku adil. Saya mungkin boleh bersetuju dan mungkin respon nanti ataupun dalam pergulungan, EXCO Agama boleh menyebut memang satu kesalahan ada dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, tidak ada tauliah ketika mana menyampaikan agama tu ataupun mengajar tapi paling tidak ada budi bicara. Mereka ni sudah lama bukan 20 tahun ada yang dah 30 tahun ada yang tauliahnya Negeri Perak, tapi di Penang kena pohon semula. Kalau mereka dah ada tauliah di negeri lain, apa salahnya, saya sebut tadi budi bicara, offer bagi tauliah oleh kerana mereka mengajar bukan saja di negeri mereka tetapi juga negeri-negeri jiran yang memanggil dan menjemput mereka untuk menyampaikan ceramah paling tidak pun bagilah kebenaran khas. Ini yang sangat menyedihkan dalam bulan ni awal bulan baru-baru ni difahamkan di masjid sebagai contoh Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh menjemput penceramah Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, tiba-tiba last minute yang mana poster telah dikeluarkan orang sudah bersedia untuk hadir tiba-tiba last minute difahamkan oleh kerana tidak ada tauliah, isu tauliah ini dibangkitkan jadi kuliah ataupun jemputan ceramah tu terpaksa dibatalkan dan penganjur terpaksa menanggung rugi. Saya tahu adanya enakmen tapi atas budi bicara salah mengajar tanpa tauliah ini didenda, tengok sini Dato’ Yang di-Pertua, RM5,000.00 Kalau tak salah RM5,000.00 denda atau penjara tiga (3) tahun. Ini sama dengan kesalahan kes liwat ni. Liwat pun 5,000.00 juga. Wahab
ni, apa dia, lebih kurang sama (gangguan). Jadi benda ni lah yang saya minta supaya mohon diselesaikan dengan segera. Kemudian Dato’ Yang di-Pertua, saya nak beralih kepada isu yang saya sebut tadi iaitu isu yang keduanya berkaitan dengan lantikan Setiausaha kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Ini juga di luar daripada kebiasaan atau tradisi. Pengumuman pelantikan Datuk Haji Rosidi Hussain bagi Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang baru ini amat mendukacitakan latar belakang beliau yang merupakan seorang aktivis parti politik dan pernah bertanding berapa kali dalam pilihan raya 2013 di DUN Penaga. Masa tu dia rakan kita, saya masih ingat dan baru-baru ni bertanding di DUN Penanti dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 baru-baru ni kalah. Kini dilantik ke jawatan penting di institusi Islam yang utama di negeri ini. Belum pernah terjadi dalam sejarah aktivis parti politik mengisi jawatan tersebut. Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh individu, individu-individu yang mempunyai latar belakang perkhidmatan awam di kalangan kakitangan perkhidmatan awam kebiasaan tradisinya Pengarah JAIPP, Jabatan Agama Islam akan menjadi Setiausaha kepada Majlis Agama Islam, tapi ini tidak berlaku kalau pun mungkin dengan pertindihan jawatan itu, Pengarah Jabatan Agama nak fokus lagi dia sebagai Setiausaha Majlis Agama agak sukar membebankan apa tidak wujudkan satu (1) post, wujudkan apa dia, satu (1) post yang boleh diletakkan penjawat awam untuk bertugas ataupun duduk di bangku Setiausaha Majlis Agama Islam dan gajinya sebagaimana gaji penjawat awam yang lain. Mungkin itu kita boleh lakukan demi untuk memperkasakan ataupun memastikan Majlis Agama Islam ini berjalan sebagaimana dikehendaki oleh umat Islam di Negeri Pulau Pinang. Jadi belum pernah berlaku jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh orang yang ada latar belakang perkhidmatan awam sesuainya fungsi legislatif yang digalas oleh agensi tersebut bahkan pelantikan sebegini tidak pernah berlaku di negeri-negeri lain termasuk di Selangor dan juga di Negeri Sembilan. Justeru, adakah ini yang dimaksudkan dengan reformasi institusi yang dilaung-laungkan, menunggang apa sahaja termasuk institusi agama demi matlamat politik sempit. Ni mungkin panas ataupun tak puas hati bila kalah dalam pilihanraya, jadi ada dengki, permusuhan. Ini yang membimbangkan kita sedangkan institusi ini adalah institusi yang melibatkan kepentingan seluruh umat Islam bukan sahaja parti-parti politik tertentu.
Apabila bertiup angin utara, Berlabuh cepat supaya selamat, Apabila hidup ingin sejahtera, Jauhkan sifat dengki dan khianat.
Pasang surut berhenti dulu, Sudah pasang baru berangkat, Orang patut menghormati guru, Ajaran dipegang ilmu diingat.
Ke Pekan Penanti naik kereta, Jumpa si miskin memberi zakat, Hormatilah para guru kita, Agar ilmu mendapat berkat.
Jadi dalam isu Majlis Agama Islam ini saya minta supaya diberi perhatian dan sememangnya kita melihat dan sememangnya kita tidak bersetuju apabila orang politik diletakkan di bangku Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Mampukah umat Islam seluruhnya meyakini bahawa kepentingan mereka akan senantiasa terbela dengan cara ini? Jika di negeri lain, institusi ini diletakkan di bawah naungan dan pengawasan Sultan ataupun Raja melambangkan ketinggian dan kebebasan badan ini, justeru, kami merafak sembah memohon ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agung selaku Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang bersama dengan TYT. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang melihat perkara ini dengan lebih dekat dan bertindak sesuai dengan peranan baginda. Dato’ Yang di-Pertua, saya nak beralih kepada isu lantikan Pengerusi-pengerusi Kariah yang sememangnya isu ini juga menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan anak-anak kariah di kalangan umat Islam khususnya, tersebut, di kariah masing-masing. Dalam lantikan sebelum ini dan isu ini pernah kita bahas juga dalam Sidang Dewan yang lepas. Ada 12 Pengerusi Kariah yang telah dipilih oleh anak-anak kariah tetapi dinafikan kemenangan mereka dan tiba-tiba pihak Majlis Agama lantik orang-orang lain dengan alasan-alasan diberi saya ada data, dan saya tengok kadang-kadang tidak munasabah. Sebelum diadakan mesyuarat pemilihan Jawatankuasa Kariah, anak-anak kariah hadir ke masjid untuk memilih, ada wakil daripada Jabatan Agama sepatutnya kalau individu tersebut sudah disenaraihitamkan perlulah diambil peluang dan kesempatan ketika mana berlangsungnya mesyuarat, agar anak-anak kariah tidak melantik ataupun memilih individu yang mempunyai senarai hitam ataupun diblacklist ini tidak disebut, ini tidak diperingatkan, bila anak kariah lantik, naik nama mereka telah dipilih, tiba-tiba nama mereka digugurkan dan dilantik dengan lain sebagai Pengerusi Kariah Masjid At-Taqwa, Masjid Bertam Indah oleh kerana lawan ketika itu adalah Timbalan Ketua Menteri I mantan, Dato' Zakiyuddin lawan dengan seorang lagi calon pengerusi Ustaz Zawawi. Maka, bila Ustaz Zawawi menang dan akhirnya nama juga digugurkan dan ini juga saya kira mungkin dendam tak puas hati dan seumpamanya, tidak sepatutnya berlaku dalam institusi yang kita nak menjaga kariah dan juga kepentingan umat Islam bersama dan sampai ke hari ini pun Ustaz Zawawi ini, dia bekas Imam, dia Imam di situ. Ini pun satu yang perlu kita lihat. Ada yang dah ada tauliah tapi tak dibenarkan juga untuk menyampaikan kuliah di Pulau Pinang ada yang dah ada kuliah.
Sebagai contoh Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias ketika mana kita mengadakan Sambutan Maulidur Rasul yang saya juga terlibat sama dengan TYT. turun malah Timbalan Ketua Menteri I juga ada dia yang menyampaikan kuliah memberi syarahan berkaitan dengan Maulidur Rasul, kita semua mendengar adakah dia mengajar ajaran sesat? Adakah dia mengajar aliran salah oleh kerana berlainan aliran politik tiba-tiba walau pun ada tauliah tetapi dia tidak dibenarkan lagi untuk menyampaikan kuliah agama di masjid-masjid di Negeri Pulau Pinang. Ini yang sangat menyedihkan saya Dato’ Yang di-Pertua dan saya minta perkara ini diberi perhatian oleh EXCO Agama kita yang baru. InsyaAllah minta buat satu perubahan kalau benda ini baik InsyaAllah kita bagi sokongan kalau benda ini tak baik kita takut hanya penggal ini sahaja berada di kerusi tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak pergi kepada isu seterusnya iaitu isu tempatan, tapi saya bawa isu peringkat negeri saya nak pergi pada isu tempatan kerana masa mungkin tidak mengizinkan. Yang pertama Dato’ Yang di-Pertua, saya nak menyentuh berkaitan dengan isu nelayan dan juga isu pesawah. Data pun lari banyak dah. Yang pertama, dengan masalah isu pesawah di Penaga dan juga isu nelayan di DUN Penaga sebab Penaga ini komuniti dia, dua (2) komuniti terbesar adalah pesawah dan juga nelayan dan nelayan yang ada lima (5) unit nelayan di Penaga termasuklah unit nelayan Kuala Muda, Bakau Tua, Pulau Mertajam, Sungai Tembus dan pekan Penaga. Dalam isu masalah pesawah ini Dato’ Yang di-Pertua, bekalan padi benih sah atau disebut dengan PBS, padi benih sah di pasaran sekarang ini berada di situasi yang amat kritikal terutamanya di Pulau Pinang di negeri kita. Sukar untuk diperolehi walau pun telah dijanjikan bekalan benih oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk dibekalkan pada PPK tetapi sehingga ke hari ini masih belum diterima oleh PPK, ahli EXCO yang bertanggungjawab ambil maklum dan nanti tengok mungkin boleh bincang di peringkat kementerian.
Banyak tanah sawah telah dibajak di Penaga ini dalam situasi terkini ini sekarang dah turun kita boleh tengok tetapi tidak mampu buat apa-apa akibat ketiadaan benih disebabkan masalah ini ada pesawah yang terpaksa membeli benih di pasaran gelap, hak sah tak ada dia terpaksa beli di pasaran gelap dengan harga dengan jauh lebih tinggi iaitu RM65.00 satu (1) beg berbanding harga pasaran RM45.00 satu (1) beg bagi benih padi , benih sah. Sudah tentu harga ini memberi tekanan kepada pesawah yang sudah mengalami tekanan kewangan kerana kos sara hidup dan harga barangan tinggi pada masa ini dengan keadaan kos sara hidup yang meningkat barang-barang naik subsidi ayam juga telah dipotong ditiadakan, pesawah terpaksa menanggung kos untuk pembelian benih padi.
Selain itu juga, harga padi benih sah ini dilihat sentiasa naik sehingga meresahkan pesawah. Benih padi ataupun padi benih yang sah ini pula Dato’ Yang di-Pertua, sentiasa naik bukan makin turun tapi naik sentiasa naik yang meresahkan mereka. Sebagai contoh pada tahun 2020 harga padi benih dari RM28.00 bagi 20 kg satu (1) beg di pintu kilang naik kepada RM31.00, RM3.00 setiap satu (1) beg. Setelah itu harga ini terus naik kepada RM35.00 bagi kuantiti yang sama dan hari ini harga naik kepada RM40.00 di pintu kilang, di pintu kilang dan dijual kepada pesawah pada harga RM45.00 satu (1) beg. Di pintu kilang RM40.00 mai dekat pesawah-pesawah, pesawah beli dah naik kepada RM45.00 satu (1) beg.
Dalam tempoh tiga tahun harga benih telah naik melebihi 68 peratus manakala harga padi hanya naik 10 peratus harga padi benih naik sampai 68 peratus harga padi pula naiknya hanya 10 peratus kalau sebelum ini diberi subsidi 1 tan RM1,800.00 dan diturunkan pula kepada RM1,500.00. Kos ini belum lagi dikira kos pembelian racun yang perlu ditanggung oleh pesawah untuk mengatasi masalah makhluk perosak seperti tikus, kesing serta siput gondang dan sebagainya.
Begitu juga dengan meningkatnya kos operasi yang meningkat berkali ganda sewaan sawah dan kos sewa jentera yang turut naik memberi kesan yang sangat mendalam kepada pesawah-pesawah yang rata-rata merupakan golongan berpendapatan rendah. Diharap pihak kerajaan, EXCO yang bertanggungjawab mengambil cakna masalah yang dihadapi oleh pesawah yang saya kira bukan sahaja di DUN Penaga bahkan di DUN-DUN lain yang juga terlibat.
Dato’ Yang di-Pertua, masalah yang kedua adalah masalah tanah jerlus di kawasan oleh petak sawah. Pada musim pertama penanaman padi pada tahun ini sebanyak keseluruhan 275 hektar sawah padi di Penaga terutamanya di Kampung Pasir Gebu, Seri Pantai dan Permatang Keriang, tidak dapat dituai kerana mengalami masalah tanah jerlus, purata hasil padi bagi pesawah telah turun sehingga 25 ke 75 peratus malahan ada pesawah yang tak mampu menuai
padi yang ditanam hanya mampu melihat sahaja hasil padi yang banyak lagi cantik di dalam bendang disebabkan masalah tanah jerlus ini. Masalah ini sudah berlarutan semenjak selama tiga musim dan musim kali ini adalah musim yang terburuk bagi para pesawah sebab keadaan hujan hari ini kebanyakan pesawah yang terkesan dengan masalah ini telah mengambil keputusan untuk menangguhkan usaha untuk bersawah pada musim akan datang disebabkan kekurangan modal dan pelbagai faktor lain yang terpaksa dihadapi. Diharap pihak Kerajaan Negeri dapat membantu memberi sumbangan, paling tidak pun one-off kepada pesawah yang terlibat ini dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dapat berganding bahu bersama pesawah bagi menyelesaikan masalah tanah jerlus ini agar tidak lagi berulang di masa hadapan dan sekali gus dapat meningkatkan lagi tahap sara diri beras di Pulau Pinang. Kita nak pastikan beras ini cukup. Hari ini keterjaminan makanan pun jadi isu negara kita, beras tak ada tak pasti EXCO yang bertanggungjawab, pertanian kena tengok sampai ke hari ini nak beli beras tempatan tak ada di pasaran, malam saya balik nak beli beras masuk kedai runcit yang ada hanya beras putih import, beras putih import. Kami wakil rakyat nak bagi sumbangan nak bagi bantuan musim hujan ada rumah-rumah yang dinaiki air nak buat hamper beli beras, terpaksa beli beras import. Satu (1) kampit yang 5kg pun harga dah ke RM22.00 ke RM25.00. Mana pergi beras tempatan ini? Dah berapa bulan dah beras tempatan ini, tak tahulah kalau EXCO yang terlibat dia ada stok, mungkin stok itu akan dihantar ke Kemaman dalam masa terdekat, jadi kita di Negeri Pulau Pinang rakyat yang nak dapatkan beras tempatan…(gangguan).
Mencelah sikit boleh ya.
Sila-sila.
Stok tu ada kat Kedah ha Yang Berhomat Penaga? stok kat Kedah.
Okeylah, nanti gulung waktu.
Tak apa nanti gulung. Banyak bulan dah kita duk tunggu beras tempatan tapi yang menghairankan kita beli beras import beras putih import harga RM22.00 balik masak makan rasa beras tempatan, ini yang menghairankan walaupun kita beli dengan harga lebih tinggi daripada beras, beras tempatan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya cuba slow untuk turun bagi menghabisi ucapan perbahasan saya pada pagi ini. Tak apalah saya akan pergi ke minggu depan yang tak sempat cuma satu lagi iaitu lah berkaitan dengan juga tempat-tempat yang perlu dilihat oleh EXCO-EXCO yang terlibat terutama berkaitan dengan pelancongan dan seumpamanya untuk melihat tempat-tempat
yang dikira agak menarik juga di Penaga yang boleh dinaikkan atau ditingkatkan potensi untuk menarik pelancong. Dato’ Yang di-Pertua, Penaga terkenal dengan Kampung Ah Gong, Dato’ Yang di-Pertua boleh pergi tengok Kampung Ah Gong ataupun orang mudah sebut Ah Gong ini payah orang sebut Kampung Agong, Kampung Agong tapi Agong tak duduk di situ yang menjadi destinasi pelancong dari seluruh negara bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan sehingga sampai ke sebelah Selatan Johor yang datang menyebabkan hari cuti Sabtu Ahad memang kesesakan luar biasa berlaku di pekan Penaga itu. Ketua Menteri boleh saya jemput InsyaAllah untuk ke Kampung Agong, maklum juga pada saya ni kadang-kadang EXCO turun, Ketua Menteri tak dimaklumkan itu yang kadang-kadang kita wakil rakyat pembangkang rasa sedih baru ini saya difahamkan Tuan Yang Terutama Tun turun ke Penaga dalam satu program tanam pokok bakau apa tapi tidak dimaklumkan kepada Yang Berhormat ADUN Penaga ini juga menyedihkan. Kita nak bersama insyaAllah nak bersama seperti yang disebut tadi terbuka kita.
Selain daripada Kampung Agong ada juga terdapat Kebun Nira Pak Man ini di Kampung 20. Air yang paling sedap, air nira Dato’ Yang di-Pertua.
Saya tau.
Yang semakin menjadi tumpuan pelancong di samping Pantai Kuala Muda yang menjadi tempat rekreasi orang ramai jadi di pihak Penaga kita nak tahu apakah usaha kerajaan dalam mempromosikan tempat pelancongan ini kami juga ingin tahu sekiranya ada projek pelancongan lain yang disusun oleh kerajaan untuk Penaga.
Yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua berkaitan dengan isu Denai Sungai Kebangsaan di Permatang Bendahara. Saya nak tahu perkembangan projek ini. Kalau tengok dalam soalan bertulis daripada EXCO yang menjawab seolah projek ini mungkin tidak, tidak ada perancangan sedangkan projek Denai Sungai Muda Permatang Bendahari ini telah disempurnakan perasmian dia Denai Sungai ini, telah disempurnakan perasmian dia oleh Timbalan Menteri Sumber Air, ataupun Kementerian KASA lah, Kementerian Air dan Sumber Asli (KASA) telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Menteri KASA ini pada 2 September 2022 dan sampai ke hari ini tempat perasmian itu kalau hari tu elok dah kita dah clear kan dibersihkan kawasan untuk jadikan Denai Sungai Kebangsaan supaya dapat diadakan tempat rekreasi orang boleh beriadah, jogging dan seumpamanya, tapi hari ini dibiarkan. Jawapan yang diberi seolah-olah cadangan bagi lokasi yang bersesuaian untuk jadikan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) adalah berdasarkan peruntukan yang diterima dan komitmen komuniti pembinaan DSK tidak dibenarkan dibina di dalam dataran banjir iaitu kawasan sungai agar struktur DSK tidak rosak sekiranya berlaku banjir. Pembinaan DSK juga perlu mematuhi reka bentuk RTB Sungai Muda supaya objektif pelaksanaan RTB Sungai Muda dapat dicapai dengan pengurangan kawasan dan mangsa banjir. Buat masa ini, tiada Projek Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang khusus dirancang untuk kawasan tersebut. Ini jawapan yang diberi pada soalan bertulis saya berkaitan dengan projek ataupun sungai, Denai Sungai Muda X Permatang Bendahari walaupun dah dirasmikan siap majlisnya tetapi ini jawapan yang terbaru. Saya minta menteri ataupun EXCO yang bertanggungjawab untuk respon kepada apa yang saya bangkitkan.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, saya kira oleh kerana masa tidak mengizinkan. Terima kasih memberi laluan kepada saya untuk sesi perbahasan pada pagi ini boleh nak respond yang Air Putih sikit tadi.
Tak perlu. Tak ada masa.
Tak apa saya pergi untuk minggu depan InsyaAllah. Terima kasih Penaga menyokong.
Terima kasih Penaga. Bukit Tengah sila.
Terima kasih Dato’ speaker membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan usul terima kasih ucapan TYT Tun, saya bermula dengan mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi Pulau Pinang dalam pilihan raya lalu PRN yang telah pun memberikan satu mandat yang jelas dan kuat 2/3 majoriti untuk Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan. Saya menganggap itu sebagai satu, satu keputusan yang jelas mengiktirafkan rekod pentadbiran PH 16 tahun di negeri Pulau Pinang yang telah pun dibuat dan ditadbir dengan cukup baik sekali dan juga saya rasa dalam pilihan raya lalu pilihan warga Pulau Pinang untuk memilih PH adalah satu pilihan untuk kestabilan untuk perpaduan dan untuk melihat kemakmuran Pulau Pinang di bawah PH dilanjutkan, PH-BN minta maaf namun demikian Tuan Speaker, Dato’ Speaker ekspektasi rakyat warga Pulau Pinang kepada Kerajaan PH-BN dan juga Kerajaan Perpaduan adalah amat tinggi untuk kita boleh deliver menunaikan janji-janji yang telah pun dijanjikan dalam pilihan raya dan untuk mengambil Pulau Pinang ke satu tahap yang lebih tinggi dan kita harus memastikan dalam usaha kita membangunkan Pulau Pinang dan negara bahawa tidak ada mana-mana golongan, kaum terasa terpinggir atau pun diketepikan dalam usaha kita membangunkan Pulau Pinang, negara kita, negeri kita berbilang kaum. Secara rumusan ucapan TYT. tahun ini, dia jelas Tun telah pun menyatakan dengan jelas di mana kita hari ini pencapaian kita dan hala tuju yang kita harus untuk cuba disampaikan ataupun ke depan. Kita dengar daripada ucapan ucapan daripada YB-YB yang sebelum ini, hari ini dan semalam pencapaian yang cukup luar biasa di Pulau Pinang. GDP tahun lepas 100 lebih bilion kita sekarang negeri yang paling cepat dari segi pembangunan growth, pertumbuhan ekonomi, income tax negeri kita dilaporkan collection income tax antara yang tertinggi target nya adalah 7 bilion tahun ini. Kita adalah pengeksport yang terbesar untuk negara Malaysia. Jadi dan juga Dato’ Speaker baru-baru ini saya juga telah menerima soalan, jawapan daripada kerajaan yang menunjukkan bahawa dari segi FDI 2008 sampailah suku kedua 2023, FDI kita untuk Negeri Pulau Pinang sahaja RM163 bilion. DDI pada masa yang sama dari 2008 sampai 2023, RM36 bilion berjumlah kesemuanya 200 lebih bilion ringgit, Dato’ Speaker. Peluang pekerjaan berapa Dato’ Speaker, yang diberikan kepada jawapan saya 226,000 peluang pekerjaan telah pun capai dan hasil daripada FDI dan DDI kepada Negeri Pulau Pinang. Dato’ Speaker seperti yang dibangkitkan oleh TYT. pencapaian kita di Pulau Pinang ini, nikmat kita ini, kita harus jaga dengan baik. It is very precious what you have today in Penang.
Apa yang kita capai, apa yang kita dapat hari ini di Pulau Pinang bukan saja dibina dalam satu hari tetapi telah pun mengambil decades 50 tahun untuk kita sampai di tahap hari ini. Kita masih ingat lagi dalam tahun 1969. Pada masa itu kalau kita lihat dari segi poverty amat tinggi sekali 45, 43 peratus. Unemployment higher than national average 16 peratus. Tetapi dalam 50 tahun ini, kita berjaya untuk menurunkan unemployment sampailah tahap 2 peratus. And if you talk of poverty, level of poverty memang anggaran sangat-sangat rendah sekali di Pulau Pinang. And all this was done in a decades of planning. Jadi kita harus dalam usaha kita ke depan selepas pilihan raya pun sudah habis jangan kita lagi mainkan politik jangan kita cuba sabotaj Kerajaan Negeri jangan kita seperti yang tadi Bagan menyatakan jangan kita guna, Air Putih minta maaf menggunakan politik fitnah dan sebagainya dan jangan mempersoalkan, jangan mempersoalkan kedaulatan Negeri Pulau Pinang. Baik lets stop playing politics. Jangan guna lagi 3R dan sebagainya. Dato’ Speaker, dalam kita untuk membangun ekonomi negeri kita, saya diingatkan oleh satu ucapan awal tahun ini oleh TYT dalam satu forum atau pun summit. Future of Penang Summit di G Hotel bulan 3 tahun ini dan di dalam ucapan TYT, Tun telah pun melontarkan satu cabaran dan dia kata bahawa perlu adanya boldness dan ambition ataupun keberanian kepada pihak yang memegang kuasa dan memegang masa depan Pulau Pinang untuk kita boleh stare into the 21st century, eyes of 21st century. Apa maksud itu Dato’ Speaker? Bahawa kita perlu mencari idea-idea baru yang inovatif untuk membawa Negeri Pulau Pinang ke depan. Dato’ Speaker, TYT. sendiri telah pun memberi beberapa cadangan yang agak boleh kata menarik antaranya adalah untuk membawa balik status free port ke port Pulau Pinang. Ini adalah salah satu cadangan yang telah pun dicadangkan oleh TYT Tun. Lagi satu cadangan yang dibawa oleh dia adalah untuk menubuhkan satu sovereign wealth fund untuk Negeri Pulau Pinang, boleh melabur dan menjana pendapatan untuk Negeri Pulau Pinang dan juga daripada Air Putih sendiri ada idea-idea baru untuk memperkenalkan special financial zone. This are all very-very new and interesting idea some of which seperti free port mungkin, ada yang kata nostalgia tetapi kita jangan sekadar mengetepikan idea-idea ini lets put some effort, lets look into it seriously and then see apa yang boleh dibuat dan dirancang daripada cadangan-cadangan yang telah pun dilontarkan. Air Putih sebelum ini apabila beliau telah menjadi sebagai Menteri Kewangan, banyak juga telah pun membantu dari segi apa saya kata extraconstitutional effort di mana pada masa itu cukai tourism atau pun pelancongan sebelum ini tidak pernah dikongsikan tetapi telah pun pada masa itu keputusan dibuat untuk berkongsi bahagian kutipan cukai pelancongan kepada balik kepada negeri-negeri. There are a lot of that can be done, that should be done, dengan izin Dato’ Speaker. Dato’ Speaker dengan mendengar daripada ucapan-ucapan daripada kedua-dua pihak di sini dan di pihak pembangkang satu perkara yang kesemua yang saya rasa boleh bersetuju adalah permintaan ataupun harapan YB-YB atau pun Ahli-ahli Yang Berhormat untuk melihat lebih banyak kuasa diturunkan kepada Negeri Pulau Pinang dan juga lebih banyak dana diturunkan kepada Negeri Pulau Pinang dan sebelum ini, tahun-tahun lepas penggal sidang lalu memang saya mendengar Ketua Menteri kita sendiri yang telah pun berkali dan bukan sekali tetapi lebih daripada sekali beberapa kali menyatakan dan menyentuh bahawa Pulau Pinang antara negeri yang menerima dana peruntukan pembangunan terendah kalau berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Dalam 2021, dia menyatakan bahawa kita hanya memperolehi 1.3 peratus daripada RM75.6 bilion peruntukan untuk pembangunan dan juga pada masa sebelum ini kita mendengar bahawa seharusnya ada review semula tax structure untuk memastikan bahawa agihan public revenue lebih adil dan saksama kepada Negeri Pulau Pinang.
Jadi apakah amaun yang saksama apakah amaun yang adil, bagaimana kita nak pergi menentukan jumlah jumlah ini. Di Sabah kita tahu bahawa memang ada di dalam Malaysia Agreement dan juga di dalam perlembagaan dijanjikan bahawa 40 peratus nett revenue daripada Sabah dikehendaki dipulangkan kepada Negeri Sabah. Tetapi untuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain macam mana pula, memang setakat sekarang memang tidak ada mekanisme untuk menentukan bagaimana income tax, revenue ataupun dari segi sumbangan kepada GDP kah harus dikembalikan dari segi peruntukan kepada Negeri Pulau Pinang. Saya bercadang kepada Kerajaan Negeri supaya kita meneruskan dengan usaha ataupun syor-syor yang sebelum ini yang telah pun dicadangkan satu laporan dalam desentralisasi, enabling decentralisation dalam memperkukuhkan hubungan federal state relation yang telah pun dibuat tahun lepas oleh Kerajaan Negeri dan antara tiga syor dalam laporan tersebut satunya adalah untuk menubuhkan satu suruhanjaya di peringkat nasional untuk mengkaji semula seluruh hubungan kerja antara Persekutuan dengan Negeri dari semua aspek termasuklah bagaimana untuk mengagihkan peruntukan yang lebih adil kepada Negeri Pulau Pinang. Yang kedua adalah untuk menubuhkan satu pilihan select committee ataupun Jawatankuasa Pilihan di Pulau Pinang di mana tugasannya adalah untuk menyiasat dan melaporkan kepada Dewan ini seluruh working arrangement di antara agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri di mana syor-syor yang akan dihasilkan daripada Jawatankuasa Pilihan ini boleh menjadi asas kepada dasar-dasar yang boleh dirangka dan dikeluarkan untuk bagi menguatkan lagi hubungan di antara peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Dan syor yang ketiga Dato’ Speaker, adalah untuk kita ada satu hubungan ataupun collaboration, interstate collaboration Dato’ Speaker, dimana kita boleh bekerjasama dengan negeri-negeri lain kerajaan-kerajaan negeri lain atas isu-isu kepentingan bersama. Tahun lepas memang ada usaha untuk membuat satu perjumpaan dan memang telah pun ditetapkan dimana Ketua Menteri Pulau Pinang akan berjumpa dengan Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan untuk mencari satu jalan collaboration atas isu-isu yang bersama. Landskap politik kita sekarang ini sudah pun, boleh kata sedang bertukar Dato’ Speaker sejak beberapa tahun ini. Kalau kita lihat di Sabah Sarawak mereka memanglah inovasi dan menuntut dan meminta banyak peruntukan dan juga hak kepada negeri-negeri mereka dan saya rasa kita juga di sini juga boleh mengikuti daripada mereka, langkah-langkah yang diambil oleh Sabah dan Sarawak. Kalau kita lihat sekarang di negeri-negeri yang diperintah oleh Perikatan Nasional ada juga State Goverment Four. Satu rangkaian atau blog SG4 yang mereka telah pun tubuh untuk kerjasama dan saya ada bercadang di sini bahawa Pulau Pinang sekarang ini boleh ambil the lead untuk kerjasama yang secara rasmi dengan negeri-negeri yang friendly dengan kita khususnya daripada west coast yang lebih urbanise seperti di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan sampailah kepada Johor. Keenam-enam negeri ini Dato’ Speaker they have a combined GDP of over 700 billion ataupun lebih daripada 50 peratus daripada GDP negara. Kalaulah negeri-negeri ini bolehlah datang untuk berkolaborasi atas isu-isu yang bersama seperti ekonomi seperti pembangunan industri atau pun tourism, interstate collaboration. Saya rasa ini adalah satu usaha yang boleh baik yang kita boleh mempertimbangkan Dato’ Speaker. Saya nak sentuh sikit berkenaan dengan isu Palestin. Saya rasa ini isu juga agak penting dan ini isu adalah isu berkenaan dengan kemanusiaan. Tiap-tiap hari saya tengok Al Jazeera. Tiap-tiap hari apabila kita melihat kemusnahan dan kehilangan nyawa di sana tidak seorang boleh katakan tidak tersentuh dengan apa yang kita lihat di sana. I think this is totally atrocity, it is a war crime, it is genocide (dengan izin). Melihat begitu ramai ibu-ibu yang terbunuh sebegitu saja yang mereka adalah innocent dan mereka tidak terlibat dalam apa-apa pertarungan ataupun peperangan, dan pagi ini saja kita lihat di Al Jazeera, hospital-hospital yang Indonesia Al-Syifa
yang hospital ini semua sekarang dimusnahkan. ICU patient mati sebab tidak ada peralatan, tidak ada electricity tidak ada fuel untuk melaksanakan apa ini mesin-mesin life support system ini. Baby yang tak sampai satu bulan pre-mature babies mati disebabkan tidak ada incubator tidak ada makanan tidak ada ubat dan sebagainya. Mereka dikepung sebegitu saja. Saya rasa bahawa ini adalah isu kemanusiaan yang kita semua seharusnya menyokong 300 peratus. We must see an end to the war, to the occupation, to the killing of the people in Palestine, in Gaza especially (dengan izin), dan dalam keadaan ini saya juga nak katakan yes, ini adalah masa yang cukup sensitive dan boleh membangkitkan perasaan people tend to take side right? (dengan izin), dan saya rasa kita kadang-kadang harus juga apa ini berjaga-jaga.
Bila saya tengok baru-baru ini banyak panggilan dibuat untuk boikot restoran-restoran, perniagaan-perniagaan, kita kena berhati-hati sebab bukan semua perniagaan-perniagaan ini ada link dan menyokong kepada apa-apa yang sedang berlaku di Israel. Saya ambil contoh seperti Zuss Coffee yang baru-baru ini ada juga panggilan untuk boikot mereka yang langsung tak berkaitan dengan Israel dan langsung tidak berkaitan menyokong Israel dalam serangan terhadap Gaza ini dan orang–orang yang kerja di syarikat-syarikat ini adalah orang Malaysia milikan, milikannya adalah orang Malaysia. Jadi kita harus juga berjaga-jaga dan saya rasa lebih banyak usaha perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memperjelaskan keadaan sebenarnya cerita sejarah dan apa yang sedang berlaku di Palestine secara objektif supaya rakyat boleh mendapat berita yang betul dan tepat, Dato’ Speaker. Semalam saya juga dengar daripada dalam perkara-perkara ini Dato’ Speaker kita kena berhati-hati supaya isu Palestin ini tidak dilihat setakat adalah menjadi isu satu kaum ataupun agama. It is an issue in which all are affected by the humanitarian issue and we must all be supportive (dengan izin) Dato’ Speaker. Saya just beberapa lagi isu yang saya nak menyentuh sebelum saya tamat.
Yang satu adalah seperti saya katakan tadi, kita mestilah berperihatin dan sensitif kepada di Pulau Pinang, Malaysia ini kepada pelbagai kaum. There are sensitivities involved (dengan izin). Semalam saya gembira mendengar ucapan daripada Seberang Jaya walaupun saya tak ada saya tengok televisyen beliau telah pun kata bahawa harus ada usaha dalam untuk membina kesefahaman agama-agama bahawa dikatakan bahawa kena ada usaha we expose the different races to the different religion (dengan izin), supaya ada persefahaman yang lebih baik, dan saya dengar juga di mana dinyatakan bahawa mungkin boleh juga ada ajaran mungkin teaching bahawa menjelaskan ayat kafir ini bukanlah satu ayat yang dikatakan derogatory atau insulting kepada orang bukan muslim, ya. Itu yang disampaikan semalam, dan untuk saya, saya menyambut baik kita harus ada lebih banyak usaha untuk menjaga ataupun untuk menerangkan perbezaan agama dan apa itu agama dari segi Islam ke, dari segi Buddhism ke, dari segi Hinduism ke semua kena diberi apa ini kesedaran dan bukan sahaja kesedaran tetapi untuk memahami to understand the sensitivity each bangsa dan kaum di negeri yang kita cintai ini.
Just tiga lagi perkara local, very fast one Dato’ Speaker, very fast. Satu adalah berkenaan dengan saya harap Kerajaan Negeri nanti boleh memberi update berkenaaan dengan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Juru. Pelan ini atau hasil kajian ini telah pun membelanja RM1.7 bilion juta ringgit untuk melihat bagaimana kita memuliharakan Sungai Juru dan memang dalam jawapan yang diberikan kepada saya di bawah Rolling Plan ke-4 untuk projek-projek menjalankan hasil daripada IRBM Sungai Juru saya harap kerajaan boleh memberi update sebab ini satu isu yang penting sebab kita nak lihat Sungai Juru ini di apa ini, direhabilitated (dengan izin) Dato’ Speaker.
Yang kedua adalah berkenaan, kesesakan lalu-lintas yang memang agak teruk di sebelah kawasan Bukit Tengah dan saya rasa dan semalam juga kita dengar dari ucapan Bukit Tambun dia telah pun bangkitkan jalan-jalan utama terdapat masalah kesesakan satu daripada projek
yang saya harap boleh mendapat perhatian selalunya adalah projek pelebaran jalan raya dari Autocity sehingga ke persimpangan perindustrian ringan dekat di apa ini, dekat Juru, ya. Itu ada dua perkara dan lagi satu isu adalah isu berkenaan dengan perumahan ataupun masalah pekerja asing yang ditempatkan di kawasan-kawasan taman perumahan dan saya rasa ini adalah satu isu yang lama. Saya ingin mendapat penjelasan dari Kerajaan Negeri apakah polisi ataupun dasar terkini mengenai penempatan warga asing di taman-taman perumahan dan juga saya menggesa lebih banyak tindakan ataupun usaha pelaksanaan enforcement dilaksanakan terhadap perniagaan-perniagaan warga asing yang haram yang banyak muncul di kawasan saya seperti di Taman Nagasari, Taman Perwira dan di Taman Pelangi dan di tempat-tempat lainnya, dan akhirnya saya juga harap Kerajaan Negeri akan memberi perhatian di dalam satu janji manifesto pilihan raya Tuan Speaker. Kita ada 638 kampung di seluruh Negeri Pulau Pinang. Sebahagian besar duduk di dalam kampung-kampung ini, dan di antara perjanjian manifesto adalah untuk Kerajaan Negeri membuat suatu pelan induk penambahbaikan kampung-kampung untuk melihat bagaimana kita boleh menyusun semula sistem saliran perparitan, fasiliti, perkhidmatan awam., dewan-dewan dan sebagainya. Jadi saya harap Kerajaan Negeri akan melihat dalam perkara ini untuk memastikan pembangunan yang kita bawa kepada negeri adalah seimbang and this is sustainable bukan sahaja di taman-taman yang akan mendapat the comfort of facilities yang bagus tetapi juga di kampung-kampung. Akhir sekali, Dato’ Speaker saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan tak kiralah sama ada daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ataupun jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Tanah Galian (PTG), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang selalu prihatin dan melaksanakan tanggungjawab mereka yang terbaik untuk membawa perkhidmatan yang terbaik kepada warga Pulau Pinang termasuklah PBT-PBT kita ini. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih sekali lagi dan menyokong usul ucapan TYT. Terima kasih Dato’ Speaker.
.Terima kasih Ahli Kawasan Bukit Tengah. Ahli Kawasan Bertam, sila
Bismillahhiramanirahim, assalamualaikum w.b.t, dan Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih tentulah saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya kerana saya turut mengambil bahagian dalam perbahasan usul terima kasih ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Sebetulnya ini adalah ucapan sulung saya di Dewan yang mulia ini. Saya dah pernah berucap sepuluh tahun di Dewan Parlimen namun saya menganggap ini adalah satu benda yang amat bersejarah, bersejarah pada diri saya sendiri selaku ADUN dan juga bersejarah kepada parti saya. Sejarah kerana saya adalah ADUN Bertam yang ketujuh sejak 1974, ADUN yang pertama adalah Dato’ Ahmad Badawi bapa kepada Tun Abdullah sendiri. Sejarah yang kedua ataupun yang bersejarah untuk perkara yang kedua kepada parti saya adalah ini adalah kali pertama sejak 15 tahun UMNO berada di backbencher untuk jadi bersama-sama dengan kerajaan yang telah terbentuk di bawah kepimpinan Y.A.B. Ketua Menteri. dan saya menganggap ini salah satu permulaan yang baik dan sememangnya ia adalah disebabkan dinamika politik ini tidak hanya berada pada tahap yang sama sentiasa. Ada kalanya kita dapat jangka dan ada kalanya di luar jangkaan kita. Kalu kita lihat Pulau Pinang, Pulau Pinang dah melalui lima (5)
gagasan kepimpinan negeri. Peringkat awal adalah peringkat kepimpinan Perikatan Nasional, 1957 hingga 1969 dan kemudiannya Kerajaan Barisan Nasional 1974 sehinggalah 2008. Kemudiannya adalah Kerajaan Pakatan Rakyat semasa itu yang mana parti PAS bersama dengan pakatan dan juga rakan-rakan dalam pakatan sekarang. Kemudian Kerajaan Pakatan Harapan dan hari ini kita lihat sebuah kerajaan baru, Kerajaan Perpaduan, Malaysia Madani dan dalam tempoh tersebut jugalah kita menyaksikan Pulau Pinang melahirkan lima (5) Ketua Menteri bermula dengan Tan Sri Wong Pow Nee kemudian mendiang Tun Lim Chong Eu, kemudian Tan Sri Koh Tsu Kun, kemudian Air Putih sendiri dan yang terakhirnya adalah YB. daripada Padang Kota, dan saya tau dan saya dapat sahkan daripada lima (5) Ketua Menteri ini, dua daripada Ketua Menteri ini yang nombor dua (2) dan nombor empat (4) walau`pun berpangkalkan satu nama Lim mereka bukan sepupu.
Mukadimah yang panjang. Sila, sila
Keduanya saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakyat Bertam lah yang telah memberi mandat kepada saya untuk menjadi ADUN dan tentu sekalilah saya juga ingin merakamkan dan merekodkan di dalam Dewan ini ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada mantan ADUN Bertam iaitu saudara Khaliq Mehtab sahabat saya yang telah menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah yang saya anggap sebagai satu tanggungjawab amanah yang amat berdedikasi kepada rakyat dan penduduk Bertam.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak mulakan perbahasan ini dengan menyatakan berkaitan dengan soal ekonomi bagaimana, sebagaimana yang Ketua Perangkawan Negara pada 17 November yang lalu telah menyatakan bahawa Malaysia mencatatkan pertumbuhan 3.3 peratus bagi KDNK untuk suku tahun ketiga berbanding dengan 2.9 peratus pada suku tahun yang pertama dan ini disokong oleh peningkatan permintaan dalam negeri ini, pasaran buruh yang terus bertambah baik serta aktiviti pelancongan dan pembinaan yang semakin rancak. Demikian juga disokong oleh Gabenor Bank Negara yang mengatakan bahawa ia diunjur berkembang sekitar 4 peratus dan disusuli antara 4 ke 5 peratus tahun depan meskipun dalam persekitran global yang mencabar. Dalam hal ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada Kerajaan Negeri terutamanya di bawah kepimpinan Padang Kota yang telah melakukan pelbagai inisiatif dan ikhtiar dalam memperkukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan dan ekonomi yang kukuh di negara ini. Sebagaimana yang disebut berulang kali oleh ramai di kalangan pembahas, Pulau Pinang ini dikenali sebagai Silicon Valley of The East telah berjaya menjadikan pusat pelaburan global yang terkemuka. Reformasi negeri daripada hanya sebagai hab pembuatan tradisional kepada ekonomi yang didorongkan oleh pengetahuan ataupun (dengan izin), knowledge based economy yang pelbagai merupakan satu pencapaian yang amat luar biasa. Buktinya pada tahun 1972, tahun yang saya lahir. Kita telah menyaksikan lapan (8) syarikat waktu itu dikenali sebagai Eight Samurai telah masuk ke Pulau Pinang sebagai syarikat rintis. Kesan daripada kemasukan Eight Samurai inilah, industri elektrik dan elektronik telah menjadi penjana utama dalam memacu ekonomi Pulau Pinang selama setengah abad yang lalu. Kita dapat lihat betapa tinggi dan juga meningkatnya catatan KDNK, it was so momentous daripada hanya RM964 juta pada 1972 kini KDNK Pulau Pinang melonjak ke RM112.1 bilion
berbanding dengan RM99.1 bilion pada tahun sebelumnya yang merupakan an incremental jump daripada tahun yang lalu. Walaupun ini dilakukan dalam tempoh-tempoh yang begitu mencabar terpaksa berdepan dengan pandemik COVID-19, kedudukan Pulau Pinang terus mencatatkan angka-angka yang cukup luar biasa. Saya nak minta supaya kita ucaplah tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas pencapaian yang luar biasa ini. (Ahli-ahli Dewan menepuk meja) Sebagai pengerusi MATRADE, saya juga nak melaporkan sebab saya lihat dalam banyak ucapan yang dikeluarkan oleh Tuan Yang Terutama, sama ada di hari penyampaian pingat baru ini mahupun hari pembukaan sidang, yang sentiasa dilaporkan adalah pertumbuhan KDNK, yang sentiasa dilaporkan adalah soal pelaburan luar asing. Tapi tak dilaporkan sangat dalam kandungan ucapan beliau berkaitan dengan eksport. Sedangkan salah seorang daripada ADUN di dalam Dewan yang mulia ini adalah Pengerusi MATRADE. Maka saya nak laporkan di sini, bahawa Pulau Pinang merupakan pengeksport terbesar Malaysia dengan share sebanyak hampir 30 peratus ataupun RM450.75 bilion dari jumlah eksport negara keseluruhan meningkat sebanyak 27.2 peratus. Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2023, Pulau Pinang masih lagi setakat bulan lepas, masih lagi mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport terbesar Malaysia, dengan share sudah pun mencecah 30 peratus. Walaupun ada sedikit kejatuhan dari segi nilai dan saya amat optimis kepada prestasi semasa serta angka-angka terkini bahawa Pulau Pinang mampu menjadi negeri pengeksport terbesar di Malaysia pada tahun 2023 kelak. Saya juga ingin berkongsi dengan Dewan yang mulia ini bahawa sebanyak 25 peratus atau RM111.7 bilion nilai eksport Pulau Pinang pada tahun 2022, disumbangkan hanya oleh 50 pengeksport terbesar negeri ini. Daripada 50 buah syarikat ini, 10 daripadanya adalah syarikat yang berstatus MNC yang menyumbang sebanyak 39 peratus ataupun RM44 bilion nilai eksport daripada kumpulan 50 syarikat ini. Dan 10 syarikat MNC ini juga menyumbang kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan eksport Pulau Pinang. Adalah dengan ini, suka juga saya kongsikan bahawa tempoh Januari hingga September 2023 sebanyak 327 syarikat daripada Pulau Pinang telah pun dibantu oleh MATRADE, Program Pembangunan Pengeksport manakala sehingga September 2023, sebanyak 11,960 syarikat seluruh negara telah berdaftar bersama MATRADE dan dari jumlah tersebut 929 syarikat merupakan syarikat yang berasal daripada negeri Pulau Pinang. Sebab itulah saya bangkitkan benda ini sebab ini adalah suatu yang amat-amat menjadi pencapaian kita. Bukan hanya FDI tetapi eksport. Dan eksport di kalangan pengeksport-pengeksport ini yang sepertimana yang saya tanya soalan di peringkat awal pada hari semalam, bahawa terdiri daripada mereka yang terlibat dalam global supply chain dan juga mereka menjadikan kata ruang lantai untuk pewujudan kekayaan baru dapat diluaskan. Sebab itulah saya bertanyakan, apakah perlu kita ada suatu bentuk concentrated effort bukan hanya untuk melihat FDI sahaja tetapi untuk melihat capacity building kepada syarikat-syarikat yang telah tersedia ada, the export ready companies. Agar mereka dapat mengembangkan bukan hanya mereka dapat mengembangkan peluang-peluang pekerjaan, malahan untuk menerokai kata bidang-bidang berteknologi yang lebih tinggi bertukar kepada automation dalam kata depending on high skill workers menjadikan nanti watan anak-anak Melayu Pulau Pinang mempunyai peluang-peluang pekerjaan yang dapat menjana pendapatan yang jauh lebih tinggi. Ini juga sepertimana yang telah dijawab tadi oleh Datok Keramat, berkaitan dengan kekangan talent yang kita ada. Apakah ada keperluan untuk kita lihat Pendidikan TVET yang lebih bersasar kepada skill-skill yang diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu satu perkara yang ingin saya sentuhkan juga adalah berkaitan dengan industri halal dan industri halal ini tidak terhad kepada sektor makanan minuman halal sahaja, tetapi ia juga merangkumi barangan kosmetik, produk-produk penjagaan
diri, produk kesihatan termasuk ubat-ubatan. Nilai industri halal global dijangka mencecah RM22.33 trilion pada 2030 globally. Pasaran industri halal di Amerika Syarikat sahaja telah mencecah AS$723.7 bilion, lebih kurang sekitar RM20.5 trilion di rantau Asia Pasifik, unjuran nilai industri halal adalah RM5 trilion pada 2030 dan di Malaysia sahaja ia adalah RM50.4 bilion. Kerajaan Persekutuan melalui MITI telah melancarkan HIMP 2030 ataupun Halal Industry Malaysia Plan 2030. MIHAS yang baru ini dianjurkan, telah mencatatkan kejayaan yang luar biasa dengan nilai kontrak yang dicatatkan adalah RM3.1 bilion untuk tempoh empat hari mengatasi sasaran RM2.5 bilion pada tahun yang lalu. Lebih banyak PMKS Industri Halal di Pulau Pinang perlu digalakkan untuk merebut potensi besar dalam industri halal ini. Oleh itu penyertaan syarikat-syarikat halal Pulau Pinang dalam ekspo-ekspo perdagangan antarabangsa sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Adalah amat perlu dan penting supaya syarikat-syarikat boleh menerokai peluang-peluang dagang yang ada. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya berkaitan dengan perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan penyertaan syarikat-syarikat halal Pulau Pinang dalam ekspo-ekspo perdagangan antarabangsa serta usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan nilai perdagangan kosmetik dan eksport industri halal Pulau Pinang dan penerokaan peluang-peluang dagangan dan pasaran industri halal peringkat antarabangsa yang disasarkan secara spesifik. Sebagai Pengerusi MATRADE, saya amat-amat orang kata berbesar hati untuk menghulur sebarang bentuk kerjasama yang boleh saya digunakan sementara saya berada di posisi tersebut untuk kepentingan industri halal di Negeri Pulau Pinang. Cuma seperkara yang saya ingin tanya, saya puji Pulau Pinang kerana dalam banyak-banyak negeri, Pulau Pinang ada satu program sendiri, halal SMED, oleh Penang Halal International. Cuma pada mulanya dijadualkan pada 25 dan 26 Oktober tapi saya difahamkan ditangguh mungkin ada pengumuman bahawa akan ada program-program ataupun ada tarikh yang baru. Saya fikir ini adalah peluang yang terbaik untuk kita gemblengkan tenaga bersama dengan MATRADE kerana MATRADE mempunyai 49 perwakilan seluruh negara kebiasaannya kita akan menggunakan satu program apa yang dinamakan International Sourcing Programme di mana kita lakukan business matching daripada premium buyers. Kalau nak mengharapkan PMKS untuk mendapat untuk meneroka dan menembusi pasaran tentulah sukar tetapi MATRADE willing to become connector. Kalau ada program ini, kita, saya rasa bahawa MATRADE boleh bekerjasama untuk membantu dalam mencapai objektif sebagaimana yang telah disasarkan.
Tuan Yang di-Pertua, seperkara yang saya nak sentuh kerana banyak yang telah pun disentuh oleh rakan-rakan yang lain, dah saya fikir kalaupun nak ulang, ia akan menjadikan pengulangan yang berulang. Jadi saya nak sentuh berkaitan dengan isu perumahan. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang meletakkan komitmen penyediaan perumahan mampu milik sebagai salah satu daripada agenda utama termasuklah Agenda 2030 dan saya juga begitu teruja dengan YB. Perai yang menjaga Perumahan yang telah dan komited untuk memperkenalkan bentuk rumah mampu milik yang bernilai RM100 ribu. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan dibawah Yang Berhormat Menteri Nga Kor Ming kerana meneruskan agenda penyediaan Rumah Mampu Milik, atau pun PPR terutamanya di Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, ketika saya menjawat jawatan Menteri KPKT, Pulau Pinang tidak diperuntukkan rumah PPR. Nanti dulu, saya nak jawab, saya yang bawa, saya yang bawa dan melakukan note of changes untuk pastikan dua (2), sekurang-kurangnya dua (2) PPR dibekalkan, diperuntukkan untuk Negeri Pulau Pinang, satu di sebelah Seberang Perai dan satu lagi di sebelah Pulau Pinang. Dan Alhamdulillah dibawah pimpinan Nga Kor Ming, projek ini diteruskan dan ini merupakan salah satu intervensi untuk membantu rakyat untuk memiliki rumah terutamanya mereka yang berada di paras yang paling bawah, B40. Satu di Kepala Batas dan saya faham lagi, satu lagi di Pulau Pinang.
Namun itu, tidak terhenti kerana penyediaan Rumah Mampu Milik ini adalah agenda besar. Agenda yang memerlukan penyelesaian yang secara komprehensif dan saya lihat setiap negeri ada kaedah dari segi konsep model penyediaan rumah mampu milik mereka yang tersendiri. Dalam hal ini, saya ingin berkongsi dalam soal rumah mampu milik ini, saya mengenengahkan tentang soal 4K ini. 4K ini amat penting kerana ia boleh melihat menyaksikan bahawa objektif, tujuan untuk penyediaan rumah mampu milik ini benar-benar menepati sasarannya. Pertamanya adalah ketersediaan, availability. Saya yakin Kerajaan Negeri Pulau Pinang mungkin dah ada, we need to know the stock. Stock of future to be build dan sekarang kalau boleh kita ada pemetaan agar rakyat dapat melakukan kata some forecast tentang keupayaan dan persediaan untuk memiliki dan mendapatkan rumah mampu milik. Itu adalah kes yang pertama. Kes yang kedua adalah kemampuan untuk memiliki, affordability. Sewaktu saya menjadi Menteri, saya telah memperkenalkan indeks harga mampu milik negara. Saya harap ianya diteruskan oleh YB. Nga Kor Ming kerana pada saya affordable di Kuala Lumpur, tak semestinya affordable di Kinabatangan. kalau dalam negeri pun affordable di Ipoh may not be affordable in Gerik. Demikian juga kalau affordable di George Town may not be affordable di Penaga. Harga-harga ini perlu diletakkan, diindekskan dan ia membantu PBT-PBT dan juga antaranya boleh dilakukan incentivisation tentang some compliance requirements pada di tempat-tempat yang boleh dianggap boleh membantu penjualan-penjualan untuk berada pada kos yang lebih munasabah. Ketiganya yang lebih penting adalah access to financing. Access to financing, apa guna kita ada stok, apa guna kita jual rumah RM200 ribu tetapi dari segi soalan pemilikan mereka terbatas, kerana they are not bankable dan ini adalah salah satu yang memerlukan intervention daripada Kerajaan. Kalau di Kerajaan Negeri tertentu, ada juga skim-skim yang telah diperkenalkan. Kalau di negeri Sarawak, dia ada skim-skim yang membawa kepada pembiayaan deposit. Rumah Selangorku, demikian juga rumah di Johor tapi yang saya nak tekankan di sini juga adalah galakan untuk orang muda memiliki rumah. Orang muda kalau memiliki rumah pada RM200 ribu pada usia 25 tahun, imagine mereka meningkat usia tangga gaji mereka juga meningkat. Rumah yang dibeli pada RM250,000 pada tahun pertama, kalau saya ambil empat peratus compounded appreciation by the time tahun ke 10 harga rumah itu mencecah RM300,000 tapi kepada anak muda yang beli sampai ketika umur 35 tahun harga rumah yang dibeli mungkin pembayarannya sudah menurun mungkin tinggal RM150,000.00 sebab setelah 10 tahun. Kalau RM300,000.00 tolak 150 maknanya next to net the net worth is hundred and fifteen thousand. Maknanya apa maknanya that can become the cracker to wealth tapi malangnya untuk anak muda mendapat pinjaman the various at the entry adalah gaji mereka slip gaji sebab itu saya hendak mencadangkan supaya EXCO yang berkaitan untuk bekerjasama dengan SJKP, Skim Jaminan Perumahan Kredit Perumahan atau pun CAGAMAS dan juga dengan dengan syarikat-syarikat kewangan tertentu yang telah mula memperkenalkan konsep-konsep seperti stay park financing sebab bagi memungkinkan bahawa anak-anak muda to own the properties at young. Saya mulakan kempen ketika saya di kementerian own at young sebab inilah memungkinkan mereka akhirnya pada usia 35 tahun mereka sudah ada net worth. Saya sendiri melalui pengalaman pahit pada usia 27 tahun saya cuba beli rumah RM250,000.00 my loan was rejected not knowing 33 years after that this guy was going to be Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan tapi ini adalah benda yang saya lihat bahawa perlu dilihat oleh pihak kerajaan untuk melakukan intervention. Keempatnya ialah yang paling penting adalah kualiti dan kediaman berdaya huni. Saya selalu tekankan biarlah livabity kediaman yang nak dipilih nak beli untuk mampu milik ini mempunyai prasarana-prasarana yang lengkap seperti last bar connectivity, internat acsess, sebab saya lihat dulu PPR Tuan Yang di-Pertua, malangnya ketika COVID kalau kita lihat bila
mana kita semua has been lock down. Di kalangan mereka yang berada di PPR merana walaupun diberi tab free tetapi bila mereka hendak belajar internet access was very poor sebab itu saya fikir bahawa fiber to the unit the quality of PPR ataupun kualiti untuk Rumah Mampu Milik ini perlu diletakkan antara kriteria kalau tidak kita tak hendak supaya Rumah Mampu Milik ini lihat sebagai rumah yang berada pada secondary atau secondary class. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan keterjaminan makanan. Dalam pertemuan saya dengan ketua-ketua unit peladang baru ini di DUN Bertam mewakili 460 orang petani beberapa perkara telah dibangkitkan antara masalahnya adalah peningkatan kos mengerjakan sawah, kesuburan tanah sawah dan isu variety benih padi. Pengumuman harga lantai oleh kerajaan baru-baru ini dan kenaikan RM100.00, 1 tan memberi sedikit kelegaan kepada petani namun bekalan dan harga benih padi sah pula menjadi satu masalah baru kepada petani di beberapa kawasan tanaman padi utama terutamanya di kawasan MADA. Selain daripada itu juga saya difahamkan variety padi yang ditanam oleh pesawah ini kini adalah variety MR297. Variety 297 sudah ditanam selama 10 musim atau lima tahun dan dikatakan sudah sampai ke penghujung hayatnya variety ini tidak lagi sesuai ditanam dan sudah menurun dan pokok padi tidak lagi sekebal dulu kepada penyakit-penyakit dan serangan musuh-musuh padi. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian disarankan untuk mengkaji kemungkinan mendapatkan dan membekalkan pesawah-pesawah Pulau Pinang dengan variety padi yang baru yang lebih sesuai ditanam di Pulau Pinang dan di Seberang Perai bagi mendapatkan hasil padi yang lebih tinggi. Para petani juga berharap Kerajaan Negeri mungkin sebut ketika bajet untuk meneruskan pemberian tunai khas RM500.00 yang dilakukan. Saya puji Kerajaan Negeri antara yang melakukan bantuan kepada pesawah. Pemberian tunai ini telah meringankan kos mengerjakan sawah akibat kenaikan harga-harga input dan saya juga ingin melihat bahawa menyarankan bagi mengatasi masalah bekalan beras tempatan di pasaran Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melaksanakan inisiatif baru bagi menjamin bekalan beras di Pulau Pinang sentiasa mencukupi untuk kegunaan dan memenuhi permintaan rakyat Pulau Pinang terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan B40. Kita boleh ambil contoh-contoh Kerajaan Negeri yang lain contohnya di Terengganu di bawah anak Syarikat Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd. yang membungkus dan mengedarkan hasil padi yang ditanam di Terengganu dengan jenama beras ganu contoh kedua adalah negeri Pahang yang memperkenalkan Beras Makmur dan kalau Terengganu ada Beras Ganu, di Pahang ada Beras Makmur mungkin di Pulau Pinang kita boleh ada Beras Mutiara. Keduanya ialah kaitan dengan Tapak Kekal Pengeluaran Makanan. Tapak Kekal Pengeluaran Makanan Ara Kuda di bawah PERDA pada waktu ini tidak diwartakan oleh Kerajaan Negeri sebagai TKPM ia juga tidak diwartakan sebagai TKPM peringkat Jabatan Pertanian Malaysia. Komitmen Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan setiap tahun dan potongan cukai tanah TKPM Ara Kuda, TKPM Mayfield dan Taman Agroteknologi DOA-PERDA amat disokong namun ia masih tidak memadai untuk menjamin kelestarian bekalan makanan bagi Negeri Pulau Pinang. Oleh itu, saya menyarankan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kalau dapat melihat ini dan mempertimbangkan untuk mewartakan satu kawasan tertentu sebagai Tapak Kekal Pengeluaran Makanan bagi Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah negeri kecil dengan keluasan tanah yang boleh diusahakan sebagai sawah padi dan bagi tujuan kegiatan-kegiatan pertanian amatlah terhad. Justeru Kerajaan Negeri perlu memastikan tiada lagi kawasan sawah padi atau kawasan pertanian ditukar status kegunaan tanahnya. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sampai ke penghujung. Dua saja topik yang terakhir yang saya hendak sentuh pertama adalah Palestin. Semua orang telah sentuh dan saya fikir isu
Palestin ini adalah isu sejagat dan saya tahu kadang-kadang rakan-rakan saya datang daripada bukan kalangan Melayu dan Islam susah hendak melihat ini sebagai satu benda yang relatable dan setiap kali program-program yang dibuat ke atas nama solidariti kepada Palestin lebih dilihat sebagai religious syncretism sebab itulah saya hendak menganjurkan supaya kita di peringkat kerajaan di Pulau Pinang untuk mengadakan program-program ini secara sejagat. Apa yang berlaku di Gaza adalah beyond imagination is the brutal killing of children. Tadi disebut bagaimana disebut oleh Menteri we can kill all the Gaza if we think their terrorist of simpletizers tourist of human shield terrorist tak kan itu boleh justify pembunuhan 8,000 kanak-kanak is a beyond humanity. Untuk makluman, dunia menunjukkan a global solidarity dan juga rejection kepada atrocity that be done by Israel dalam jumlah yang tak pernah dilihat dan lebih-lebih saya hendak memaklumkan di sini lebih lebih lagi yang ditunjuk oleh mereka yang datang bukan daripada agama Islam. Saya dahulu Tuan Yang di-Pertua, bersekolah di negara Kuwait sebab itu saya boleh bercakap Arab tapi ketika saya bersekolah di Kuwait, guru saya yang mengajar Matematik dan Inggeris datang daripada London dan Palestin dan dia bukan Islam. He was a Christian so sebab itulah yang berlaku di Gaza kematian dan juga aggression, a brutal killing, genocidal war ini semua dilakukan bukan against Gaza yang beragama Islam tetapi kerana mereka ini adalah Palestinian sebab itulah saya mengharap bahawa kenyataan yang lebih keras dan juga kebersamaan kita dalam solidariti dapat ditunjukkan agar kita dapat lihat sebab Negeri Pulau Pinang unit daripada negeri lain. Negeri Pulau Pinang mempunyai komposisi bukan Melayu jauh lebih banyak daripada Melayu dan ini akan menjadi satu simbol yang baru bahawa we stand in solidarity with Palestine not on religion united tetapi atas nama humanity. Akhir sekali yang ini pembangkang seronok dengar ini. Saya adalah orang yang berpegang kepada prinsip bahawa kalaulah kita dipilih kita dipilih atas dasar we were honorably elected by rakyat. Bermakna kita diberi penghormatan kita diberi pilih secara bermaruah. Bila kita dipilih secara bermaruah, saya melihat bahawa dalam soal pemberian peruntukan. Sabar dulu tak cakap lagi (ketawa) nanti dulu CM dah bangun dah. Peruntukan saya ingin mengesyorkan bahawa dapat dipertimbangkan. Saya tahu bahawa CM ini kalau lihat pada wajahnya orang yang budiman, orang yang baik, diapit pula oleh TKM yang juga yang budiman jadi kalau dulu waktu saya di kabinet kali pertama kita ada CSA. Saya antara orang yang strong advocate untuk pemberian peruntukan diberi secara sama rata dan saya juga memikirkan bahawa salah satu daripada kita hendak menyubur kemuliaan Dewan ini biarlah Pulau Pinang jadi contoh walaupun Johor dah buat Perak buat tapi Pulau Pinang boleh menjadi contoh bahawa kita menggamit dan mendakap seluruh anggota yang berada di sini baik pembangkang mahupun kerajaan atas nama kesuburan demokrasi yang matang dengan mempertimbangkan peruntukan diberi juga sama rata kepada rakan-rakan kita daripada pihak pembangkang. Jadi dengan kata-kata tersebut saya ucapkan banyak-banyak terima kasih. Tepuk tak kuat pun (Ahli-ahli Pembangkang menepuk meja) Kerajaan tak tepuk (ketawa). Dengan kata-kata tersebut saya ucapkan terima kasih dan tahniah lagi sekali kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas kepimpinan yang cukup hebat dan Bertam mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Bertam. Ya, Pinang Tunggal. Sila.
Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat tengah hari. Yang dihormati Tuan Dato’ Speaker, nak sebut CM, CM tak ada dah, seterusnya EXCO, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri dan seterusnya di pihak kerajaan. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Bertam tadi, ADUN Bertam, terima kasih atas cadagan tadi ini. Jadi, sebenarnya Bertam dengan Pinang Tunggal ini sebelah menyebelah sahaja. Bertam, Pinang Tunggal hanya dipisahkan oleh jalan bayangkan sebelah ini tidak dapat apa-apa, sebelah ini dapat macam-macam, memang tidak adil. Itu rasionalnya. Minta EXCO berkaitan ataupun CM dah tak ada untuk rekodkan. Mana mungkin kita duduk dalam satu tempat yang sama hanya dipisahkan jalan sebelah ini dapat macam-macam, sebelah ini tidak dapat. Orang tidak akan kata ADUN, orang kata kerajaan. Jadi ini pentingnya dipertimbangkan cadangan tadi. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Y.A.B. Ketua Menteri atas pelantikan semula sebagai Ketua Menteri dan tahniah juga kepada semua EXCO-EXCO yang telah dipilih untuk portfolio masing-masing bagi melaksanakan agenda pembangunan di Pulau Pinang ini. Saya hendak mulakan dengan serangkap pantun. Sarapan pagi memakan puri, Puri dicicah bersama kaya, Kita bermesyuarat demi negeri, Moga Pulau Pinang maju jaya. Pilihan Raya Negeri Yang Ke-15 telah mencipta sejarah tersendiri kepada negeri Pulau Pinang apabila 11 Ahli DUN adalah daripada PN ini juga adalah hasrat rakyat Pulau Pinang yang perlu kita hormati bersama. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi di DUN Pinang Tunggal kerana beri saya peluang untuk mewakilkan rakyat untuk penggal kali ini. Mewakili rakyat Pinang Tunggal, saya akan berusaha menyampaikan hasrat penduduk Pinang Tunggal dalam Dewan ini kerana saya yakin dengan saluran rasmi dan proses demokrasi yang kita amalkan bersama. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita berbangga dengan laporan yang menyatakan Pulau Pinang telah mencatatkan pada tahun 2022, ekonomi Pulau Pinang berkembang sebanyak 13.1 peratus. Ini adalah satu peningkatan yang ketara daripada kadar pertumbuhan tahun sebelumnya sebanyak 6.9 peratus dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) direkodkan sebanyak RM112.1 bilion. Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sektor pembuatan terus menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi negeri dengan peningkatan ketara daripada 12.4 peratus pada tahun 2021, ke 15.9 peratus pada tahun 2022. Negeri Pulau Pinang turut mencatatkan sebanyak RM13.7 bilion dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan pada tahun 2022 melibatkan aliran masuk sebanyak 135 projek dengan penjanaan sebanyak 15,752 peluang pekerjaan yang baru. Justeru nilai pelaburan ini wajar dirasai secara saksama bagi warga Negeri Pulau Pinang. Peluang yang dijana melalui pelaburan ini wajar diberi keutamaan kepada anak Pulau Pinang terutama anak-anak bumiputera Pulau Pinang. Oleh itu, saya menyeru agar perhatian serius dan khusus diberikan kepada graduan-graduan anak Pulau Pinang untuk menikmati kemakmuran di Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, selaku wakil rakyat Pinang Tunggal saya amat prihatin dengan projek Penang Technology Park di kawasan saya. Kawasan industri ini adalah berjiran dengan kawasan penempatan penduduk. Keresahan penduduk adalah tentang jenis industri yang akan dimasukkan dalam projek ini. Saya berpegang kepada misi Penang2030 iaitu Pulau
Pinang, negeri berdaya huni terbaik di Malaysia lengkap dengan rangkaian infrastruktur yang efisien, membangunkan modal insan berdaya saing, menjana ekonomi yang dinamik, urus tadbir cekap selaras dengan perlembagaan teknologi ke arah mewujudkan persekitaran yang bersih hijau, selamat dan sihat. Projek ini akan menjana pelaburan dan tentunya mengisi kantung Kerajaan Negeri. Adalah adil untuk Kerajaan Negeri melabur untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan Pinang Tunggal yang akan menjadi laluan, penempatan dan aktiviti sosial ekonomi warga kerja PTP. Justeru warga Pinang Tunggal juga wajar diberi keutamaan dalam mengisi peluang pekerjaan di PTP ini. Warga Pinang Tunggal juga menuntut komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan persekitaran Pinang Tunggal adalah persekitaran yang bersih, yang hijau, selamat dan sihat selari dengan misi Penang2030. Saya ingin melihat komitmen ini diterjemahkan dalam Belanjawan Negeri yang akan dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Jumaat nanti. Yang Berhormat Dato’ Speaker, PTP pasti akan menambahkan aliran trafik di jalan utama di kawasan Pinang Tunggal terutama di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir yang sentiasa sibuk disebabkan kepadatan penduduk ketika ini. Saya memohon kepada pihak Kerajaan Negeri melihat isu kesesakan jalan di laluan ini sebagai isu yang mendesak. Aliran trafik ini akan bertambah buruk apabila ribuan pekerja PTP mula bekerja nanti. Saya mengambil maklum usaha yang telah dijalankan oleh pihak yang berkaitan untuk melebarkan jalan berhadapan PTP ketika ini. Saya mengucapkan terima kasih namun sebagai langkah pre-emptive (dengan izin), pelebaran laluan ini perlu mengambil kira kesesakan di sepanjang laluan ini bermula Tol Bertam serta mengenal pasti laluan altenatif ke PTP. Seperkara lagi berkaitan dengan PTP adalah soal aliran air kumbahan dari PTP ke laluan air keluar yang berdekatan. Ketika ini laluan air tersebut di Lahar Tiang merupakan salah satu hotspot kawasan banjir kerana ia tidak mampu menampung kapasiti air yang banyak terutama bila hujan terlalu lebat. Justeru apabila PTP mula beroperasi jumlah isi padu air pasti akan meningkat dengan ketara yang menyebabkan banjir kilat. Oleh itu saya berharap pihak Kerajaan Negeri akan langkah proaktif dan bersepadu bagi mengelakkan risiko banjir selepas pembukaan PTP.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jumlah pengundi di Pinang Tunggal kini adalah 35,000 orang. Dan jumlah ini akan bertambah dengan ketara apabila projek mega Setia Fontaines dan PTP mula diduduki. Oleh itu wajar untuk DUN Pinang Tunggal mempunyai Klinik Kesihatan bersepadu memandangkan sehingga kini DUN Pinang Tunggal tak ada Klinik Kesihatan. Bayangkan dengan 35,000 pengundi tak ada Klinik Kesihatan. Apatah lagi bila dibuka PTP dan juga Setia Fontaines ia akan mewujudkan 10,000 rumah. Justeru keperluan sebuah Klinik Kesihatan di DUN Pinang Tunggal adalah sangat mendesak. Sistem kesihatan menyaksikan ratio doktor dan pesakit oleh Kementerian Kesihatan bagi tahun 2021 adalah 1:420 di sektor awam serta swasta. Ini adalah data umum daripada Persekutuan. Secara khusus di kawasan Pinang Tunggal yang mempunyai 35,000 pengundi hanya mempunyai Kilinik Desa yang tidak mampu menampung keperluan penduduk. Saya mohon pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bekerjasama dengan KKM untuk membina sebuah Kilinik Kesihatan bersepadu di kawasan Pinang Tunggal. Misi Penang2030 antara lain adalah untuk penduduk PTP untuk penduduk Pulau Pinang yang selamat dan sihat iaitu sangat-sangat berketepatan dan wajar untuk Kerajaan Negeri dibawah Y.A.B. Ketua Menteri membuat permohonan kepada pihak KKM untuk penubuhan klinik ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak sentuh sedikit tentang isu pelarian Rohingya. Semasa saya mula berhijrah daripada Pulau ke Seberang tahun 1997, saya sembahyang Jumaat di Masjid Seberang Jaya. Ketika tu saya nampak masa tu ramai wanita-wanita Rohingya mendukung anak-anak kecil dan perkara tu berulang 1998, 1999. Dan baru-baru ini bila saya solat lagi sekali di Masjid Seberang Jaya, saya tengok keadaan yang sama masih lagi berlaku. Soalnya bagaimana kita mengawal pergerakan kanak-kanak ini? Apa yang jadi kepada anak-
anak yang didukung pada 1997, 1998, 1999? Di mana mereka ketika ini? Adakah mereka semua ini diberikan pendidikan? Kalaulah mereka tidak diberikan berpendidikan kerana mereka bukan warganegara Malaysia. So apa berlaku kepada kita. Orang ini bercampur dengan kita, di kampung-kampung dan di merata pelosok bukan kata di Pinang Tunggal, semua kawasan di Pulau Pinang hatta di Malaysia ini. So saya rasa perlu satu komitmen kerajaan untuk tengok isu ini. Jadi dalam hal ini ada beberapa perkara yang saya nak sentuh tentang isu-isu tempatan ini di Pinang Tunggal. Pertama isu cadangan pembinaan sebuah kilang makanan kucing di Kampung Baru, Pinang Tunggal. Kawasan ini sebenarnya pihak penduduk mendapat surat daripada MBSP supaya hadir sesi bantahan pada 29 November 2022, tahun sudah. Tapi baru ini sampai surat daripada MBSP yang menyatakan bahawa Kebenaran Merancang telah diberikan untuk dibuat kilang makanan di situ, yang akan menempatkan dua (2) biji kilang, satu unit TNB sub-station, satu unit pondok pengawal maknanya satu kawasan yang besar. Penduduk membantah termasuk kariah kerana pembinaan kilang makanan ini dibuat di kawasan kampung. Tentulah akan ada macam-macam masalah pencemaran masalah bunyi macam-macam, masalah bau. Saya amat berharap supaya rayuan penduduk yang akan dibawa kepada MBSP ini diberi perhatian.
Seterusnya berkaitan peruntukan tadi ini, sebenarnya kami sebagai wakil rakyat ni bukan setakat terima permintaan daripada orang awam, daripada masjid, surau tetapi hatta jabatan Kerajaan Negeri, jabatan di bawah Kerajaan Negeri pun minta sponsor daripada YB, bukan RM100.00, RM200.00, tapi RM4,000.00. Bayangkan, jadi kenapa kita sebut peruntukan sebab kita sebagai manusia yang biasa yang menerima permintaan daripada pelbagai pihak. Tuan-tuan bayangkanlah kalau Jabatan Kerajaan pun minta YB. sponsor RM4,000.00, RM5,000.00 di manakah kewajaran? Adakah tuan-tuan ADUN kerajaan setuju tu bagi duit sendiri? Setujukah? Jawab secara ikhlas jawab. Kalau betul tuan-tuan setuju bagi duit sendiri...sikit pun tak apalah, di manakah kewajaran kita diminta untuk sponsor RM4,000.00, RM5,000.00 oleh agensi kerajaan sendiri. Di mana kewajaran, keadilan perlu dilihat bukan untuk disebut sahaja! Betul atau tidak betul? Jadi saya sangat berharaplah supaya tadi ni, saya dengar ADUN Bertam tadi ni kita pertimbangkan bukan kerana apa kita duduk dalam satu komuniti, kita bercakap tentang keadilan bercakap tentang bagaimana membawa satu mesej one team one mind, one for all, all for one. Tunjukkan benda ni sebagai salah satu benda yang perlu dijelaskan lepas ni. Am I right? Jadi kawan-kawan pun sokonglah. Jadi saya harap sangatlah, saya harap sangat lepas ni. Saya boleh sebut macam-macam tentang Air Putih, ini floor saya, hat awal mukadimah sebut tentang hal MB Kedah. Data dia bagus sebab sebut tentang ayaq ni. Mukadimah tu sebut tentang benda tu. Kalau I nak quote orang lain cakap, tak habislah kita. That’s why my floor, I cakap benda fakta sahaja. Tak mau cakap orang mana kata, siapa kata. Will never end one. Jadi dengan izinlah, dengan izin. Jadi saya, akhir khalamlah saya pun short onelah, saya tengok pun kosong banyak ni. Saya bertuah diberi peluang untuk bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan pada semua sahabat-sahabat dalam DUN ini yalah first time ni kita pun jadi gabra juga ni. Yalah jujur saya cakap kita berhadapan dulu depan kita orang biasa dan sekarang ni orang yang memegang kuasa, so bila I cakap orang yang ada kuasa, bila tunjukkan kuasa tu kita redho. Okey na. So saya pun tak mau banyak-banyak ucapan. Saya akhiri dengan..(gangguan).
Cukup, cukup ke? Hari itu mintak jam nak minta tambah minit. Tak mau.
Cukup, cukup, cukup. Tak palah. Tak palah. Actually, banyak tak jadi. Yang penting ialah peruntukan itu wajib. Yang lain semua itu harus. Sekian dulu. Asssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam Penang2030. Pulau Pinang kita punya dan Pinang Tunggal menyokong.
Terima kasih Pinang Tunggal juga. Sila ya Sungai Bakap ya. Sungai Bakap dulu jiran kawasan saya. Sila.
Ahli KawasanSungai Bakap (YB Nor Zamri bin Latiff): Bismillahhirrahmannirrahim. Asssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Barisan EXCO Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terima kasih diberi peluang Sungai Bakap untuk ucapan perbahasan usul. Terima kasih atas ucapan Tuan Yang Terutama Tun Ahmad Fuzi bin Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke 15. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi Sungai Bakap yang telah memilih saya Perikatan Nasional PAS untuk bersama meninggikan perjuangan ini hingga kita layak menerima anugerah Allah SWT. Dato’ Yang di-Pertua, tertarik atas ucapan TYT, Tun Yang di-Pertua pada Jumaat yang lalu, yang begitu menyentuh kebajikan masyarakat dan juga nikmat keamanan, kestabilan politik serta kemakmuran. TYT. Tun juga menyentuh isu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza mengenai kekejaman zionis yang membunuh golongan kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa serta lebih ramai yang kehilangan nyawa dan rumah kediaman mereka. Sungai Bakap menyokong kenyataan TYT. Tun Yang di-Pertua mengecam sekeras-kerasnya dan menggesa agar semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin ditamatkan dengan segera. Dalam ucaptama TYT. Tun Yang di-Pertua, menyeru agar Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat kerap turun padang untuk memperkenalkan dan memperjelaskan dasar-dasar kerajaan. Bagi membolehkan perkhidmatan secara lebih adil dan saksama disampaikan kepada rakyat di negeri ini. Kenyataan ini juga disentuh oleh Bukit Tambun kelmarin, saya menyokong saranan tersebut dan turut sama menyokong pendapat Bukit Tambun bahawa untuk turun bertemu masyarakat bertujuan menjelaskan dasar-dasar Kerajaan Negeri kepada rakyat, penduduk akan mengemukakan seribu satu masalah. Maka dengan itu, sudah pasti mereka ingin disantuni dan dibantu dengan sedikit dana bagi menyelesaikan setiap permasalahan mereka. Jika semua Yang Berhormat disarankan untuk sama berganding tenaga dalam urusan meningkatkan prestasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, apalah salahnya dari segi peruntukan juga, yang berat itu sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing. Memberi sama rata kepada setiap DUN demi keselesaan rakyat. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, biar kami bersakit-sakit dahulu memohon dana dari tuan. Memberi sama adil, memotong sama panjang, saya pinjam ucapan menarik dari Air Itam semalam.
Dato’ Yang di-Pertua, isu seterusnya isu perumahan Taman Halaman Indah. Anak kecil tidak bermain api, namun terbakar hatinya yang sepi, kerajaan mengkaji penuh teliti, bantulah kami yang telah teraniaya ini. Dato’ Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini ingin saya membangkitkan satu isu yang unik, pelik dan luar biasa penyelesaiannya iaitu isu perumahan Taman Halaman Indah di DUN Sungai Bakap. Kenapa saya menyebut unik dan pelik. Kita bila beli rumah secara tunai tetapi dah 13 tahun tidak dapat geran kan pelik kan. Dan nak dapat geran pulak perlu bayar RM21,000, lagi pelik. Okey. Jadi ceritanya lebih kurang macam ni lah. Beli rumah tunai tahun 2010, di Taman Halaman Indah tetapi tidak dapat geran rumah malahan perlu membayar RM21,000 wang tambahan. Seramai 155 pembeli rumah di Taman Halaman Indah secara tunai dengan harga RM69,000 hingga RM80,000 pada tahun 2010 dari pemaju Amal Bersih Sdn. Bhd. dan kini dikenali sebagai Udi Property Sdn. Bhd. Pemaju Udi Property Sdn. Bhd. adalah dilantik oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan pemberian kuasa penuh wakil Power of Attorney. Malangnya, projek ini mempunyai pelbagai masalah untuk disiapkan. Pada tahun 2019 yakni hampir 10 tahun, barulah pembeli mendapat kunci rumah untuk menduduki rumah tersebut setelah campur tangan dan bantuan mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada masa itu iaitu YB. Hajah Zuraida binti Kamaruddin. Pada 23 Oktober 2018, pemaju Udi Property Sdn. Bhd. telah memasuki satu perjanjian pinjaman wang berlesen dalam bentuk schedule money lenders 1951 dengan Champion Score Sdn. Bhd. Udi Property Sdn. Bhd. telah gagal membuat bayaran balik kepada Champion Scores Sdn. Bhd. yang telah membuat tuntutan hutang tersebut melalui prosiding mahkamah bermaksud rumah tersebut telah dijadikan cagaran gadaian. Jadi beberapa mesyuarat telah dijalankan bagi menyelesaikan isu tersebut bersama Kementerian Perumahan Tempatan, (SPNB) Syarikat Perumahan Negara Berhad, Udi Property tetapi tiada apa jalan penyelesaian. Pada 11 Ogos 2023, penduduk sekali lagi telah dikejutkan dengan surat pengesahan dan aku janji mengatakan agar penduduk perlu membayar kepada Udi Properties Sdn. Bhd. Bayaran ini perlu diselesaikan dari 60 hari tarikh surat itu dikeluarkan. Tarikh surat dikeluarkan 11 Ogos 2023 bermaksud dua bulan selepas itu 10 Oktober 2023. Dah berlalu hari ini dah 20 haribulan November 2023. Di mana terdiri dari kaum Melayu 89 unit, kaum Cina 41 unit dan kaum India 4 unit dan pada 13 September 2023, saya bersama wakil Persatuan Penduduk Taman Halaman Indah telah menghantar memorandum kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di perkarangan KOMTAR. Serahan memorandum diterima oleh Setiausaha Sulit Ketua Menteri, 11 September. Bermaksud kita ada masa lagi satu bulan dan bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu penduduk di Taman Halaman Indah tersebut. Jadi objektif penyerahan memorandum tersebut memohon tarikh temu janji perjumpaan bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bagi membincangkan penyelesaian berkaitan isu gadaian tanah 155 pembeli rumah Taman Halaman Indah tetapi tidak dapat juga bertemu. Apabila saya call di pejabat, okey, abang Zam daripada wakil abang Zam hantar e-mel, lepas tu saya hantar e-mel dia kata tukar ayat pula. Tapi kenyataannya apa saja yang kita buat saya tidak dapat bertemu. Saya beranggap mungkin Yang Amat Berhormat Ketua Menteri terlalu sibuk. Jadi tarikh perlu membayar cagaran gadaian berakhir 10 Oktober 2023 dan sehingga kini 65 pemilik rumah telah membayarnya 65. Jadi ada baki lagi lebih kurang 80 lebih dan saya telah dihujani pertanyaan dari pemilik rumah yang meminta bantuan. Bagaimana mencari RM21,000 tersebut. Cukup sedih, terharu atas kesusahan dan kenapa mereka yang tidak bersalah harus menanggungnya.
Terima kasih atas jawapan bertulis EXCO YB. Perai, YB. Dato’ Seri Sundarajoo yang berpengalaman 37 tahun dalam industri perumahan di syarikat antarabangsa juga la, EcoWorld. Jadi saya bacakan ini jawapan bertulis yang saya cukup hargai dan berharap jawapan ini sebenarnya akan direalitikan bukan setakat jawapan sahaja. Saya bacakan, “Berhubung aduan daripada 155 pembeli yang terpaksa menyelesaikan sebanyak RM21,000 seunit berikutan hak
milik telah dicagar, dimasukkan sekatan kepentingan kaveat oleh pihak ketiga yakni peminjam wang berlesen. Unit rumah berkenaan merupakan unit-unit yang telah dijual terus oleh pemaju kepada pembeli mereka sendiri dan secara tunai. Berikutan unit tersebut dijual secara tunai tiada sekatan kepentingan dimasukkan oleh bank pembiaya dan pemaju mengambil kesempatan untuk mencagar unit tersebut bagi membiayai projek. Dalam perkara ini pemaju perlu menyelesaikan pinjaman tersebut bagi membolehkan hak milik dilepaskan.
Selain itu, bagi memastikan kepentingan pembeli terbela, khidmat guaman yang menguruskan proses jual beli tersebut dengan segera membuat pindah milik tanpa membenarkan cagaran dibuat selepas bayaran penuh diterima daripada pembeli. Pemaju Udi Property juga didapati telah digulungkan muflis atas permohonan dari SME Bank di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 Julai 2020 dari Jabatan Insolvensi Malaysia. Penalti juga dikenakan kepada pemaju atas kegagalan mendapatkan senarai nama pembeli potensi dari Kerajaan Negeri.” Jadi inilah jawapan bertulis dan langkah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini. Ini jawapan daripada YB. Perai, EXCO. Kerajaan Negeri sedang meneliti perkara ini terutamanya dari aspek perundangan dan akan mendapatkan khidmat nasihat dari Penasihat Undang-undang Negeri bagi meneliti tindakan dan hala tuju yang boleh diambil bagi membantu pembeli-pembeli yang terlibat untuk menyelesaikan isu ini. Jadi bayangkan, ADUN-ADUN semua yang kita dah 13 tahun perkara ini berlaku sejak 2010. Kita beli rumah tunai tapi sampai sekarang tak dapat geran dan sehinggakan terpaksa pemilik rumah tersebut membayar RM21,000 kepada pemaju tersebut yang telah membuat cagaran kepada Ahlong yang berlesen. Bayangkan dah 13 tahun daripada 2010 dan saya pun telah bangkitkan di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah. PA YB, Jason pada masa tu Halim dan YB. Bukit Tambun pun ada, dan kita berbincang pasal semua benda-benda macam ini. Jadi memang kita terasa sangat isu-isu yang sudah lama berlaku. 13 tahun yang sudah lama bagi saya dan saya pun masa kempen tahun baru ni ja mereka bertemu dengan saya tapi saya tidak menjadikan kempen sebagai isu politik benda tu sebab bila kita kaji balik kenapa dah lama, tak pa lah yang sudah berlalu berlalu cuma tambahan soalan saya kepada jawapan bertulis daripada YB. EXCO, bagaimana yang sudah membayar cagaran gadaian RM21,000 seramai 65 orang tu. 65 orang sudah bayar kepada Udi Property. Supaya mereka mendapat dilepaskan hak milikan dan bagaimana pula yang belum membayar cagaran gadaian. Ada yang kata kena ugut dan ada juga yang ada juga yang WhatsApp kat saya, abang Zam takda ka Agensi Kerajaan yang boleh bantu kami. Kami nak pinjam zakat ka apa ka. Sampai macam tu. Sebab depa dah bayar tunai RM80,000 tapi mereka kena tambah lagi RM21,000. Dan Sungai Bakap berharap penelitian ini ayat daripada EXCO tadi yang akan meneliti dan tindakan dari Kerajaan Negeri benar-benar membantu mereka pembeli yang teraniaya.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu kedua mengenai bekalan air. Betapa terseksa tidak terhingga, Siang malam bercinta lega, Laksana orang haus dahaga, Berjumpa air satu telaga.
Begitulah keadaan penting air di mana jua kita berada. Dan jadi Alhamdulillah, jadi Dato’ saya tujukan kepada EXCO Perai dan kepada YB Zairil pagi tadi saya datang awal, tengok YB Zairil lagi awal dan kebetulan harini saya tanya baju kami tiga orang samalah. Warna biru.
Pakatlah.
Ha pakat. (ketawa) Dato’ Yang di-Pertua.. (gangguan)
Sepupu. (ketawa)
Dato' Yang di-Pertua, air merupakan satu keperluan asas yang tidak ternilai harganya. Kita memerlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia sumber penting dalam menjana pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perikanan dan penjanaan sumber tenaga elektrik. Ketiadaan air atas apa juga sebab dan alasan akan menyebabkan penduduk terhimpit dan menyukarkan menjalani kehidupan harian. Inilah yang berlaku di Mukim 5 Sungai Bakap sejak penghujung tahun 2018. Kawasan kritikal Taman Seruling Emas, Taman Widuri, Sungai Bakap, Kampung Sungai Duri, Kampung Sungai Baung, Permatang Ara, Kawasan Perindustrian Sungai Baru.
Terima kasih kepada EXCO YB. Tanjong Bunga yang telah memberi jawapan bertulis kepada Sungai Bakap. Aduan demi aduan, pertemuan demi pertemuan sejak tahun 2019, selepas pilihan raya pada 12 Ogos. 14 Ogos saya telah bertemu dengan wakil PBA sebab kita bukan setakat janji walau pun kita menjadi pembangkang, saya naik ke tingkat 35 bertemu dengan Encik Zulkifli, Pegawai PBA dan dia menerangkan keadaan-keadaan yang apa yang menyebabkan isu ini berlaku dah sudah lama dan saya juga ucapkan terima kasih kepada CEO PBA pada 14 September. Dia call saya pagi dia kata abang Zam wakil dia telefon, dia kata CEO nak jumpa Abang Zam petang ni boleh tak, petang ni bukan waktu pejabat, saya pun tak apalah dia datang ke tempat saya di Pusat Khidmat dan kami berbincang tentang permasalahan-permasalahan yang berlaku tentang isu air sudah lima tahun jadi terima kasih kepada Tuan Ir Pathmanathan.
Jadi saya baca jawapan bertulis EXCO Tanjong Bunga jawapannya lah. “Kerajaan Negeri melalui PBA Pulau Pinang telah merangka beberapa projek infrastruktur pembekalan air untuk mengatasi masalah krisis air di Mukim 5. PBA Pulau Pinang telah merancang sebanyak empat (4) projek infrastruktur bekalan air dengan kos pelaburan sebanyak RM24.6 juta dan sekiranya projek ini siap ianya akan memberi manfaat kepada 18,066 pengguna secara keseluruhan. Jadi projek yang pertama loji DEF 10 juta liter sehari di Bukit Panchor.” Yang ini dijangka siap Ogos 2023 bukan dijangka siap. Siap dah ni 2023. Lepas tu, yang kedua LRA Kompak 2.4 JLH di Sungai Kerian. Yang ni dijangka siap Januari 2024. Tangki sedutan baharu di Rumah Pam Taman Widuri dan Taman Wellesley yang ini Oktober 2023. Dan yang keempat, dua LRA mudah alih di Taman Sungai Duri Indah dengan jumlah kapasiti 0.25 mld. Ini Jun 2023. Cuma apa yang saya nak sebut di sini tapi nasib baik ayat ni menyelamatkan sedikitlah apa yang dikata jangka siap tu tak siap lagi. Jun 2023 dah ni dah bulan November. Saya sendiri melihat yang ambil daripada teknologi Melaka, LRA mudah alih di Taman Sungai Duri Indah yang boleh menyelamatkan 162 biji rumah ni. Bulan 6 kata siap dah ni bulan 11 tak siap. Air tu pun dah cetek dah. Dan bila saya tanya dia kata tahap PH dia tak menepati lagi sehingga sekarang. Jadi harap dapat diberikan maklumat yang lebih tepat dan yang lebih orang kata menghampirilah, dah bulan 6 ni dah bulan 11, 5 bulan tapi tak buat-buat lagi dan sehingga
sekarang penduduk di Mukim 5 dalam pukul 6.00 petang tu sampai pagi memang tak ada air dah. Kalau buka di Facebook tentang isu air ini, setiap minggu mereka mengeluh lah. Sehinggakan dulu saya sendiri melihat tentang orang nak apa mandikan jenazah pun susah tapi saya ucap jugalah terima kasih kepada PBA sebab dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah yang bersama dengan YB. Jawi, YB Sungai Acheh, YB. apa Bukit Tambun ni kita sebenarnya nak PBA ini memberikan maklumat yang cepat dan tepat. Sebab depa ni kalau tak ada air depa akan telefon YB. pasal apa tak ada air. Dia dah jadi satu masalah kepada kepada kita juga dan saya amat berharaplah daripada PBA untuk apa cepat. Okey, jadi tentang soalan tambahan saya berkenaan kelewatan menyediakan projek benih, berikan tarikh jangka siap yang baharu. Begitu juga apakah langkah Kerajaan Negeri serta PBA dengan penambahan penduduk di Batu Kawan. Sebab saya tanya sendiri kepada Dato’, kepada CEO, apa sebab masalah air ni? Dia kata kurangnya air, kurangnya yang air. Kami di bahagian selatan. Sungai Acheh, Jawi. Abang Zam duduk di Sungai Acheh tapi berkhidmat di Sungai Bakap. Sungai Acheh sekejap okey, sekejap tidak okey juga. Okey, jadi alasan yang diberikan airnya kurang. Tapi kena fikir juga di Batu Kawan di kawasan Parlimen Ketua Menteri, di kawasan Parlimen kita punya Yang Amat Berhormat, yang mana penambahan penduduk di Batu Kawan dengan projek perumahan baru serta sektor pengilangan yang pesat di Batu Kawan menjadikan bekalan air semakin sukar diperolehi. Jadi itu nak kena fikir juga ni, kita nak buat penempatan sampai 14,000 rumah lepas tu dengan kawasan kilang. Baru ni libat urus PDC, ingat dua minggu lepas kat sebelah sini dekat Hotel E&O tu. Saya pun tanya lah juga dekat pihak PDC, dah air sekarang kurang, nak wujud lagi perumahan sampai 14,000 orang dengan kawasan kilang bagaimana menyakinkan kami tentang air. Jadi jawapan yang diberi, dia akan membina 6 tangki, 6 tangki tu kalau asasnya tak ada macam mana nak masuk tangki kan. Jadi minta apa EXCO dan PBA untuk mengkaji benda-benda tersebut. Berapa minit lagi ni Dato’?
Dua minit.
2 minit dah. Allah. Okey, dan last sekalilah, isu banjir kilat di DUN Sungai Bakap. Jika dengar guruh di langit, Air di tempayan dibuang jangan, Deru angin datang menyengit Hati dilamun kerisauan.
Dato’ Yang di-Pertua seterusnya saya ingin membicarakan permasalahan banjir kilat yang sering melanda di kawasan DUN Sungai Bakap. Seperti yang diulas oleh Ketua Pembangkang kelmarin keadaan banjir kilat ini begitu merumitkan sehingga begitu memerlukan kekuatan fizikal dan mental setiap kali pembersihan rumah dilakukan setelah banjir reda. Sungai Bakap dapat rasakan keresahan hati mereka setiap kali hujan turun dengan tidak tentu masa ataupun pada musim-musim hujan lebat. Sehinggakan apabila bunyi guruh sahaja, bunyi guruh sahaja sudah terdetik di hati ni, area mana pula yang nak banjir ni. Jika hujan terus berlarutan, baru ni dalam bulan 10, bulan 11 Kampung Setu, Kampung Pengkalan area Masjid Baru Sungai Bakap, Kampung Pengkalan ni kalau ikutkan, kampung jiran saya ni. Tapi dia tak
mai hari ini, dia sahabat baik saya, YB. daripada Bukit Tambun. Semalam dia duk jual nama saya banyak Sungai Bakap, tapi saya nak jual dia hari ni, dia pula tak dak. Ni Kampung Pengkalan lepas tu jalan raya di Bandar Tasek Mutiara Puteri Gunung, berlaku banjir di kawasan Kampung Besar. Yang ni lagi unik juga. Berlaku banjir di Kampung Besar, saya pergi, memang dah biasalah kita Jabatan Amal, Khidmat Malaysia, bukan setakat kita bagi sumbangan apa semua, kita bersihkan rumah tu sekali. Tapi tuan rumah tu cakap kat saya balik. Abang Zam, Abang Zam tunggu lah lagi dua jam, tunggu Sungai Kecil akan banjir juga. Sungai Kecil tak ada hujan pun. Kampung Hasanah. Kampung Besar tu hujan, tapi dia mengalir ke Sungai Kecil. Jadi bila kita check balik dengan apa perlu buat kajian baliklah perparitan sungai apa semua tu, dan tebatan-tebatan banjir tu. Jadi saya turun bersama Jabatan Amal Malaysia, Khidmat Malaysia ke lokasi, kita buat C&C bersama juga delegasi APM dan juga PDRM. Jadi soalan tambahan saya di sini mengapakah masalah banjir kilat masih belum dapat diatasi? Apakah langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini? Okey lagi satu minit Dato’ ya. Dan yang terakhir, sukan menyatukan kita. Dan sukan bola sepak tetap menjadi pilihan utama sukan popular di kalangan masyarakat. Terima kasih kepada YB. Padang Lalang yang telah memberi jawapan bertulis sebab-sebab kemerosotan pasukan bola sepak Penang FC. Abang Zam sendiri bekas pemain bola sepak, bersama dengan Bukit Tambun. Bukit Tambun ni walaupun kelab, tapi dia dapat mengalahkan Sarawak, dapat mengalahkan pasukan Melaka. Kelab Tambun FC. Jadi kalau boleh bawa dia dalam, di dalam apa di bawah EXCO lah. Cuma sebagai tambahan dalam perbahasan ini, saya ingin bertanya kepada YB. EXCO Padang Lalang yang jawapan bertulis menyatakan lebih banyak pemain tempatan yang akan dipilih oleh pasukan Penang FC serta mengurangkan pemain import. Bagi saya kalau kurang pemain import, pasukan kita akan dibelasah lebih teruk lagi. Kita dah ada import pun baru ni kena 5-0. Tak ada import mungkin 8-0.
Ini boleh minta penjelasan sikit saja, sikit saja. Untuk tambahan kepada. Terima kasih Yang Berhormat daripada Sungai Bakap. Saya ucapkan terima kasihlah kerana begitu prihatin khususnya tentang prestasi Penang Football Club. Tapi sepertimana jawapan bertulis yang saya bekalkan, kalau kita lihat dari segi prestasi memang dari segi pengurusan lah, itu secara langsungnya di bawah pengurusan saya selaku pengerusi kepada Penang Football Club. Dari segi pengurusan tu, saya rasa YB. pun boleh setuju kita dari sebab pengurusan tu kita tiptop. Tapi mengikut apa yang disarankan oleh Yang Berhormat tadi tentang berhubung dengan kita, kalau kita tak gunakan import kita dibelasah kan dengan lebih teruk. Tapi jangan lupa, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat, pernah satu kali PJ City, pasukan PJ City walaupun kini sudah terbubar mereka berjaya menewaskan JDT, di gelanggang JDT, dengan menggunakan pemain tempatan. Jadi saya menaruh keyakinan kepada pemain tempatan kita, kalau kita ada bakat yang baik tempatan, apasal kita nak pakai guna yang mereka yang import. Saya rasa itu YB. boleh setuju dengan saya. Kalau minat bola memang kita sama-sama usahakan. “Haria Penang Haria.”
Okey, dan juga bagaimana nak mencari pemain tempatan tersebut. Dulu zaman saya main bola dulu, kita ada team yang bermain di padang sekolah. Baru ni di dalam Mesyuarat
Pembangunan Daerah dibangkitkan oleh YB. Bukit Tambun. Nak main padang bola sepak sekolah pun tak boleh. Sekarang kita lihat, boleh tapi tidak jadi setiap tiap hari. Padang bola sepak sekolah tu jadikan waktu perlawanan-perlawanan melibatkan Piala Yang Berhormat baru ada. Dulu saya main hari-hari. Pergi tengok sekarang, yang banyak futsal ja. Saya duduk Sungai Acheh ada dua gelanggang futsal, Sungai Bakap pun banyak orang panggil futsal. Saya nak tunggu 9 Sebelah. Saya kata baru ni, Alhamdulillah akan diadakan pertandingan bola sepak 9 sebelah Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. Saya akan hadir pada 24 November ini. Begitu juga di peringkat....apa...(gangguan).
Sungai Bakap, main bola pun ada masa kecederaan dia tak lama.
Apa dia.
Masa kecederaan tak lama.
Owh, tak lama, okey-okey. Saya nak.
Wisel nak tiup dah ni.
Saya nak mendarat dah ni, nak landing dah ni. Jadi,
Penalti.
Jadi, soalan tambahan saya melalui yang (gangguan).
Tak pa.
Bagaimana untuk mendapatkan pemain tempatan. Itu penting lah. Okey, akhiri perbahasan ini saya sertakan sebuah pantun. Dari Seberang Speaker ke kemari, tapi ini speaker ni dari Bayan Baru, Bayan Lepas. Daripada YB. Dato’ Law Choo Kiang.
Dari Seberang Speaker ke mari, Singgah makan di Tanjung Tokong, Ucapan bahas saya sudahi, Sungai Bakap mohon menyokong.
Okey, terima kasih kepada Sungai Bakap. Dan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Ahli kawasan Teluk Bahang. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahita’ala Wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Penang2030. Terlebih dahulu izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya membahas usul terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak sempena Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri kali ini. Sememangnya saya juga tidak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi N40 Teluk Bahang kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil rakyat mereka dan berkhidmat kepada mereka demi membawa permasalahan-permasalahan mereka kepada Dewan yang mulia ini. Tuan Timbalan Yang di-Pertua, isu keganasan dan kezaliman Israel di Gaza telah mendapat ramai maklum balas daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum saya. Walau bagaimanapun isu keganasan dan kezaliman Israel di Gaza merupakan satu konflik yang merupakan konflik pembunuhan. Konflik yang orang kata tidak semata-mata berlandaskan kepada peperangan, tetapi ianya lebih kepada pembunuhan menghapuskan etnik dan meluaskan kawasan-kawasan taklukan mereka. Dengan, selaras dengan nada Kerajaan Negeri yang mengutuk kekejaman rejim zionis ini, saya ingin menyeru Kerajaan Negeri melaksanakan satu perhimpunan solidariti rakyat untuk menzahirkan suara rakyat Pulau Pinang bagi menentang kezaliman. Justeru itu dengan semangat yang disemai melalui Dewan yang mulia ini saya berharap sebarang bentuk kezaliman khususnya kepada kita yang berada di Dewan yang mulia ini hendaklah dihapuskan ataupun dinyahkan dari menjadi manifestasi Ahli-ahli Dewan ini, maksud saya kalau boleh jangan ada kezaliman. Bagilah peruntukan yang sama rata. Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya meningkatkan KDNK sebanyak 6.9 peratus pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM112.1 bilion. Dengan perkembangan ini nyata menunjukkan Kerajaan Negeri
berada di landasan yang betul. Khususnya daripada sektor pembuatan kilang-kilang yang majoritinya terletak di Timur Laut dan Seberang Perai. Kerajaan Pulau Pinang pada hari ini saya lihat lebih fokus kepada kawasan-kawasan yang tradisi dalam bidang E&E. Namun adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang pelan strategik untuk melihat kawasan-kawasan lain yang mampu memberi sumbangan kepada KDNK Negeri khususnya seperti Barat Daya yang juga tidak kurang pentingnya di dalam Pulau Pinang ini. Dari segi sumbangan-sumbangan, Barat Daya juga boleh menyumbang dalam bentuk sektor pelancongan, sektor pertanian dan ekonomi digital sekiranya prasarana seperti inkubator boleh difikirkan bagi membantu bidang-bidang yang dinyatakan ini. Kecemerlangan Kerajaan Negeri mengurus kewangan dengan berintegriti sepertimana Laporan Ketua Audit Negara pada tahun kewangan 2022 dengan baki terkumpul, Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1.859 bilion ini amat-amatlah baik dan saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri di atas kejayaan ini, manakala hutang Kerajaan Pusat yang berbaki RM41.11 juta dan tiada rekod pinjaman baru. Alhamdulillah. Jika Kerajaan Negeri mahu mengekalkan rekod bersih tanpa pinjaman baru rakyat yang berada di kawasan-kawasan yang terpinggir khususnya di kawasan Barat Daya merupakan kawasan yang masih ketinggalan dari segi pembangunan. Walhal Barat Daya juga merupakan sebahagian daripada negeri Pulau Pinang yang perlu menikmati pembangunan yang sama seperti di kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang ini. Justeru itu, saya mengharapkan Kerajaan Negeri lebih komited (dengan izin), dari mengekalkan rekod bersih tanpa hutang tetapi kami di kawasan Barat Daya mengalami berbagai-bagai permasalahan. You want to maintain the record clean tapi kami merana (dengan izin). Umpamanya, dari segi pelajaran, Sekolah Menengah St. George Balik Pulau satu masa dahulu adalah sebuah sekolah yang berprestasi tetapi telah diambil alih oleh paderi-paderi kerana tanah tersebut sekolah tersebut adalah milik mereka. Sekarang ini pelajar-pelajar menengah di Balik Pulau terpaksa berkongsi di dua buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Pondok Upeh dan Sekolah Menengah Seri Balik Pulau, walhal daripada saya mengambil MCE dulu kedua-dua sekolah iaitu Sekolah St. George dengan Sekolah Seri yang hanya yang wujud bagi menampung pelajar-pelajar pada ketika itu. Sekarang tahun 2023 masih dua (2) sekolah lagi. Adakah mampu untuk kita menampung pelajar-pelajar yang khususnya ingin mengambil peperiksaan SPM, MCE dan sekarang ini SPM lah, jadi perlu difikirkan. Saya difahamkan sekolah tersebut melaksanakan dua sesi, pagi dan petang. Di antara sesi pagi dan sesi petang, sesi pagi habis pada pukul 1.00 lebih atau pun pukul 2.00, sesi petang masuk dalam pukul 1.00, masa tersebut amatlah kritikal kepada pelajar-pelajar ini kerana mereka terpaksa mengosongkan bilik darjah dan mereka berada berselerak di kawasan-kawasan lab dan sebagainya. Jadi kita perlu tengok perkara ini, harap Kerajaan Negeri memberi sedikit perhatian kepada permasalahan pendidikan di kawasan Balik Pulau ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sumbangan Kerajaan Pusat meliputi keperluan penjagaan rakyat yang berada di dalam kategori B40 dan M40 terutamanya dalam aspek kesihatan. Perkara ini amat-amat dialukan khususnya kawasan-kawasan yang jurang ekonomi yang agak terbelakang khususnya di kawasan Barat Daya. Pertamanya, permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Balik Pulau untuk mendapatkan khidmat kesihatan di Hospital Balik Pulau mereka terpaksa menunggu begitu lama sedangkan masa tersebut amat kritikal kepada mereka ataupun amat mustahak kepada mereka kalau datang pukul 8.00, pukul 12.00 belum tentu mendapat rawatan daripada khidmat kesihatan. Jadi perkara ini memanglah kita tahu semua masalah semua tempat ataupun semua jabatan mengalami masalah namun kita perlu memberi perhatian yang sewajarnya tentang perkara ini khususnya mereka yang berada dalam kategori B40, M40. Penekanan kepada geostrategik dan geoekonomi. Pertambahan hujan, ekonomi hijau, transformasi digital, dan ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan satu bidang yang baru dan rakyat perlu bersedia untuk menukar paradigma, paradigm shift. Justeru, Kerajaan Negeri
perlu melengkapkan dan menyediakan minda rakyat bagi memenuhi keperluan dan memastikan keupayaan rakyat untuk merebut peluang-peluang ini. Namun sekiranya rakyat masih dibelenggu dengan sistem pelajaran yang serba kekurangan dan kos sara hidup yang menekan, apakah kita bisa mencapai matlamat ini. Tuntutan-tuntutan utama seperti perumahan kos rendah, perumahan mampu milik harus diberi keutamaan supaya rakyat tidak perlu memikirkan permasalahan untuk hidup, umpama pepatah 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Bagaimanakah mereka akan memberi tumpuan kepada meningkatkan taraf kehidupan dan menimba ilmu pengetahuan sebagai persediaan kepada perkara-perkara yang baru ini. Justeru, saya mengharapkan Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada perkara ini demi merealisasikan apa yang disebut sebagai penekanan terhadap geostrategik, geoekonomi, ekonomi hijau, transformasi digital dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Monsun Timur Laut Pulau Pinang dijangka akan menerima sejumlah hujan purata 190 milimeter hingga 290 milimeter pada bulan November dan 90 milimeter hingga 130 milimeter amat memberi kesan kepada penduduk-penduduk khususnya kawasan-kawasan Barat Daya termasuk kawasan Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan juga, kerana kami pada musim banjir amat-amat kritikal kerana mostly kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang mengalami banjir kilat kerana penduduk-penduduk tidak akan selesa khususnya apabila rumah-rumah mereka dimasuki air-air dan merosakkan barang-barang keperluan seharian mereka. Justeru, saya berharap Kerajaan Negeri dapat mengenal pasti permasalahan-permasalahan yang telah diutarakan melalui berbagai-bagai platform seperti Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah dan mesyuarat-mesyuarat yang lainnya yang berkaitan. Faktor-faktor yang telah dinyatakan tadi perlulah mengambil kira tentang perparitan yang sempit fenomena air pasang, longkang-longkang yang tidak diurus dan tidak dapat menampung kepadatan air yang sekali gus apabila musim tengkujuh akan terus membanjiri kawasan-kawasan perumahan. Di samping itu juga, Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, akhir-akhir ini kita melihat banyak kawasan-kawasan perumahan yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan kebanyakannya tidak memberi penekanan tentang perparitan, perparitan yang dimaksudkan ini adalah perparitan daripada taman tersebut ke saluran yang lebih besar sebelum dibuang ke laut. Perlu pihak berkuasa tempatan untuk melihat perkara ini kerana kawasan Air Putih di Balik Pulau merupakan satu kawasan perumahan. Walau bagaimanapun perparitan di kawasan tersebut amat-amat kecil dan apabila hujan lebat dalam masa tempoh sejam kawasan akan terus banjir dan kawasan tempat takungan tidak dapat menampung keperluan air ataupun menampung hujan yang lebat tersebut. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, secara prinsipnya Kerajaan Negeri masih mempunyai ruang untuk meningkatkan keupayaan keseimbangan pengagihan kepada rakyat di Negeri Pulau Pinang secara sama rata. Ini juga termasuk agihan-agihan peruntukan, projek-projek infrastruktur pembangunan, sosial dan kesihatan perlu diingat bahawa kawasan Barat Daya telah dianaktirikan lebih 40 tahun apakah kerajaan masih mahu membiarkan kawasan Barat Daya terus-menerus disisih dari arus pembangunan malah sekiranya kawasan Barat Daya dirancang dan diberi penekanan terhadap pertanian dan pelancongan InsyaAllah dengan adanya durian Balik Pulau saya rasa Balik Pulau mampu memberi sumbangan kepada KDNK Negeri Pulau Pinang. Di samping itu juga, apabila kita menyebut tentang food security, Balik Pulau mempunyai banyak sawah terbiar, mana EXCO, tak ada. Sawah-sawah terbiar ini boleh dimanfaatkan khususnya kepada food security maka Balik Pulau boleh menjadi value added (dengan izin), kepada kerajaan tentang keterjaminan pengeluaran makanan khususnya beras dan memandangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan zoning area khususnya untuk
penanaman saya mohon pihak kerajaan supaya terus mengekalkan zoning ini untuk memberi manfaat kepada kita dalam masa pendek, jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang khususnya untuk kita mengekalkan food security dan akhir sekali saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Teluk Bahang. Landing mengejut ni ……(ketawa)… saya pun terkejut. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Permatang Pasir, dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Alhamdulillah Wassola Tuwassola Rasullillah Waala Alihi Wasohbihi Ajmain Ammabaq. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli EXCO Kerajaan Negeri, sahabat-sabahat Yang Berhormat, ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Salam hamba salam ikhlas Permatang Pasir mohon berbahas. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan, kerana memberi ruang untuk saya berbahas bagi ucapan Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kelima Belas. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan, di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi di kawasan Permatang Pasir yang telah membuat pilihan pada PRN 15 yang lepas dan sekali gus menunjukkan sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional setelah Parlimen Permatang Pauh berjaya dirampas pada PRN Ke-15 menunjukkan bahawa Permatang Pauh ini Parlimen dan tiga DUN juga telah dirampas oleh Perikatan Nasional walaupun tidak dapat menjadi kerajaan tetapi kami akan menjadi pembangkang yang membantu kerajaan InsyaAllah. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan, menghadapi Monsun Timur Laut dalam ucapan Yang Berhormat Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang meminta memberi perhatian serius dan ingatan kepada semua agensi dan jabatan untuk bersiap siaga menghadapi fasa Monsun Timur Laut yang sedang berlaku iaitu pada bulan November dan dijangka berakhir pada bulan Mac 2024. Dalam survei khas Impak Banjir 2022 yang dikeluarkan oleh Ministry Of Economy Department Of Statistics Malaysia, negara kerugian sebanyak RM622.4 juta yang melibatkan kerugian kediaman, kenderaan, premis perniagaan dan perindustrian dan Pulau Pinang mengalami kerugian RM0.2 juta pada tahun 2022. Permatang Pasir tak terkecuali berlaku banjir setiap kali hujan lebat yang akan menyebabkan banjir kilat di kawasan yang sama antaranya Taman Koperasi Guru, Kampung Kota, Kampung Sama Gagah, Kampung Permatang Tengah, Tanjung Putus dan Sama Gagah. Antara punca-punca utama ialah akibat parit dan longkang di bawah penyelenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga di bawah IADA serta longkang-longkang kampung. Jadi setiap kali bila kita bermesyuarat kita akan berkata kita bersedia untuk menghadapi banjir tapi hakikatnya kita kurang membuat preventive untuk menghalang banjir itu berlaku, hujan akan turun banyak pada hujung tahun dan longkang-longkang kita banyak tidak diurus dengan baik terutamanya longkang-longkang kampung, longkang-longkang kampung ini tak tau siapa yang
punya adakah dia diuruskan oleh MPKK atau pun diurus oleh ADUN atau pun diurus oleh Pejabat Daerah. Longkang tidak bertuan jadi bila longkang yang tak bertuan ini dipenuhi oleh rumput dan pokok maka berlaku banjir terutamanya di Kampung Kota yang baru-baru ini telah berlaku banjir. Di Tanjung Putus, parit besar tersumbat menyebabkan banjir di Tanjung Putus akibat kurang selenggara. Tapi ini telah diselesaikan baru-baru ini setelah kita mohon kepada JPS untuk mencucikan dah parit yang besar itu. Di Kampung Kota kita menggunakan peruntukan ADUN yang tak banyaklah juga di Pengkalan Kota juga kita guna peruntukan ADUN setakat yang ada tapi kalau peruntukan ADUN sikit yang dapat kita buat. Jadi kita harap peruntukan untuk longkang kampung ini ditambah dalam bajet akan datang. sama ada diberikan kepada Pejabat Daerah atau pun diberi terus kepada ADUN untuk kita selenggara longkang-longkang kampung. Akibat parit yang tak diurus ini antara yang terkesan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah yang longkangnya sentiasa penuh kita panggil mai Pejabat Daerah tapi depa suruh berhubung dengan MBSP pulak. Kita buat surat kepada MBSP sampai sekarang belum jawab. Mungkin duit tak ada kot saya agak sahaja tapi banjir ini dia masalah sebab apabila air masuk dia akan musnah kusyen, TV, peti ais walaupun dia banjir yang sekejap sahaja…(gangguan).
Permatang Pasir boleh tak mencelah?
Boleh.
Dengan izin Timbalan Yang di-Pertua, kita nampaknya menerima apa kedatangan air hujan yang banyak yang menyebabkan banjir pula melimpah menyebabkan banjir. Apakah Permatang Pasir bersetuju dalam kita dalam isu air kita menghadapi isu air kita mungkin boleh mengkaji penuaian penuaian air hujan untuk dijadikan air untuk dijadikan sumber bekalan untuk kita? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua Ketua Pembangkang, jadi apa saja yang boleh kebaikan orang ramai setujulah saya. Dan isu yang kedua apa yang berlaku di Permatang Pasir ialah dia ada satu isu di mana ada permohonan untuk nak buat apa nak buat tambahan kubur di Kampung Kepala Bukit. Walaupun baru peringkat permohonan penduduk dah maklum akan berlaku di empat tempat, pertamanya mereka nak buat tempat bakar crematorium tempat bakar tapi bila orang complaint pelan ia akan diubah kepada columbarium untuk simpan abu-abu mayat, Tuan Yang di-Pertua, Kampung Kepala Bukit ini di keseluruhannya di Kepala Bukit itu orang Melayu Islam dan di atas itu memang dah ada kubur orang Cina jadi kubur itu dia ditanam eloklah tapi jika ditambah lagi di sebelah kampung sangat berhampiran dengan rumah kampung di belakang masjid di depan tangki simpanan PBA ini menjadi isu bantahan penduduk sampai sekarang ini semalam pun jumpa saya bantah dan terutamanya bila berlaku pembangunan di atas bukit itu tentu dah dia akan buat bangunan ya, YB. Jason berkait dengan Kerajaan Tempatan dia akan buat bangunan dan serapan air menjadi kurang tentu dah air akan turun ke bawah turun ke Kampung Kota turun di bawah Kampung Pelet. Jadi bila penduduk dapat tau hal ini mereka
bantah jadi saya harap Ketua Menteri dan juga ADUN Jawi sebagai EXCO dapat membantulah agar tak jadi sebab apa memang orang kampung memang bantah sungguh-sungguh. Isu yang ketiga yang berlaku di Permatang Pasir adalah isu Green View Condominium, Dato‘ Yang di-Pertua, saya meminta Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai mengambil serius dalam isu laluan projek Condominium Green View yang akan melalui Taman Wakaf Seetee Aisah. Taman Wakaf Seetee Aisah ini adalah milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Penduduk Wakaf Seetee Aisah ini telah menghantar notis bantahan pada 2014 dan pada 2016 pemaju telah mendapat Kebenaran Merancang daripada MBSP dan apabila projek ini hampir siap barulah penduduk tau bahawa laluan kondominium ini melalui laluan Wakaf Seetee Aisah. Pada 9 November 2023 setelah menerima kunjungan daripada pemaju untuk memohon menyelesaikan isu ini sebab penduduk bantah dia buat sekatan tak bagi projek itu jalan kerana mereka telah menanggung kerugian akibat tertangguh disebabkan kabel TNB tak dapat lagi memulakan kerja mereka maka setelah mengutuskan surat daripada semua agensi pada 15 haribulan tapi yang saya kesal yang hadir cuma Pejabat Daerah, pemaju dan penduduk termasuk Pejabat Agama pun tak mai dengan MBSP. Walau bagaimanapun saya merakamkan apa ucapan jutaan terima kasihlah kepada TKM I dan juga YDP Majlis yang telah membuat lawatan pada 19 November untuk mengenal pasti isu yang dibangkitkan. So saya menaruh harapan yang tinggi kepada YDP Majlis Agama untuk dapat menyelesaikan isu ini secara ‘menang-menang’ maksudnya sekarang ini pemaju buat apa kondominium belakang dengan Seetee Aisah dan mereka akan menggunakan akses keluar masuk ke depan Wakaf Seetee Aisah dan tanah ini adalah tanah wakaf, tanah wakaf adalah milik Majlis Agama Islam tapi setelah UDA dia bina Wakaf Seetee Aisah dia telah menyerahkan jalan itu kepada MBSP walaupun dia serah jalan itu kepada MBSP dia tetap milik juga Majlis Agama Islam kerana dia tanah wakaf. Pada tahun 2016 walaupun ada bantahan penduduk tetap juga MBSP meluluskan Kebenaran Merancang. Ketika itu penduduk tak tau penduduk maklum kata surat untuk membantah ini tak sampai jadi bila dah hampir siap saya pun bila dipanggil dah hampir bila dah hampir siap kita mestilah memikirkan bagaimana untuk menang-menanglah, pemaju pun menang, penduduk pun menang, jadi saya serah kepada Majlis Agama Islam untuk menyelesaikanlah saya ambil bola ini saya serahlah sebab apa sebab dia tak mudah tapi pihak kerajaan mungkin ada jalan untuk nak bantu menang-menang penduduk pun gembira pemaju pun gembira sebab pemaju tak sabar dah semalam dia telefon…(gangguan).
Permatang Pasir boleh saya mencelah tak?
Ya ya.
Isu menang-menang ini bukan perkara main-main sebab tanah itu adalah tanah wakaf bukan kita boleh buat ikut suka saja tanah wakaf ini dia ada hukum dia dan juga Majlis Agama Islam ini pemegang amanah bukan untuk melihat kalau benda ini nak diselesaikan paling-paling tidak istibdal iaitu ganti tanah yang bersamaan dari sudut strategiknya dari sudut mananya harga semasa dia mesti difikirkan dan tidak boleh maknanya membuat kita melepaskan kerana faktor
untuk kepentingan orang kampung sahaja ini adalah wakaf perkara yang berkaitan dia mesti berkait dengan hukum melibatkan Majlis Fatwa dan sebagainya. Ini perlu kena rujuk pihak yang berautoriti Majlis Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.
Terima kasih Ketua Pembangkang, Dato‘ Yang di-Pertua, ini adalah isu-isu semasa. Isu pokok di kawasan Permatang Pasir ini bila ada pokok tepi jalan dia ada potensi nak tumbang tapi pokok itu orang tanam. Bila orang tanam MBSP kata bukan pokok dia kan? Bila dia tak mau tebang pokok tu memang bahaya depa nak suruh ADUN tebang? ADUN nak tebang pun tak berani takut nak tebang satgi timpa rumah orang susah. Jadi apa ini saya ingat apa ini MBSP bolehlah ambil kira walaupun pokok orang tapi dia minta untuk ditebang kerana mungkin tumbang kena tiang elektrik tumbang kena tiang Telekom. Di Tanjung Putus dia hampir nak tumbang dah nak tumbang kena wayar Telekom. Saya hubung Telekom depa kata depa kata depa tak ada team tebang pokok tak ada team jadi saya biarlah tumbang biar depa repair barulah takut tumbang atas orang susah jadi isu. Ini juga penting sebab banyak pokok tepi jalan itu bukan milik MBSP tapi pokok itu dah naik tinggi membahayakan orang dan alatan Telekom dan elektrik. Tuan Yang di-Pertua, isu kesesakan lalu lintas dan kesihatanlah. Bila Sungai Dua tu jam? Kereta ini akan masuk Permatang Pauh, Permatang Pauh pun jammed kita tau jam ini tension tambah-tambah apa bila orang pencen keluar nak ronda sebab ada hal keluar pukul 7.00 tu dia punya jem, lepas jalan jammed jumpa pula sekolah sekolah jammed. Sepanjang jalan sekolah jammed jadi saya tau ada jalan yang kita boleh buat altenatif banyak jalan yang kita boleh buat alternatif cari untuk pintas agar orang boleh cepat ke tempat kerja dan masalah jam itu dan di Permatang Pasir ada jalan yang telah dibeli daripada Kampung Tok Elong hingga ke PERDA yang telah dibeli oleh Kerajaan Pusat saya ingat kot Kerajaan Negeri boleh ambil jalan itu untuk shortcut agar tak banyak kereta melalui daripada Kubang Semang ke BM orang yang nak ke PERDA itu boleh pintas usaha daripada Kerajaaan Negeri untuk cari jalan-jalan pintas. Tuan Yang di-Pertua, isu yang lagi satu ialah isu warga asinglah. Jadi di Permatang Pasir ini di ada satu rumah flat yang bila saya pergi check baru ini semua pekerja asing, bila ada penduduk asing penduduk tanya flat ini dibuat untuk orang ramai ka atau untuk pekerja asing jadi bagi pihak saya tapi yang heran flat itu kan dibuat di atas satu paya ada paya dan bila flat dibuat dia tambun bila tambun penduduk kampung banjir sebab longkang yang di depan tu pun longkang kampung. Dan juga kenapa flat itu diberi atau pun didiami oleh warga asing dan saya mendengar bahawa flat itu pun belum dapat OC yang ini kita minta apa minta kepastian adakah flat itu telah mendapat OC? Untuk yang pekerja asing itu saya nak memohon penjelasan daripada YB. EXCO berhubung dengan jawapan bertulis mengenai data pekerja warga asing yang warga asing di sekitar Pulau berjumlah 11,772 dan di sebelah Seberang Perai berjumlah 25,000 perbezaan sekitar 13,228. Adakah kerana jumlah kilang di Seberang Perai jumlah dia lebih daripada di Pulau sebab apa nampak perbezaan dia sangat besar. Dato‘ Yang di-Pertua, isu kilang haram saya memohon penjelasan YB EXCO tentang sebanyak ada enam (6) kilang haram yang beroperasi di DUN Permatang Pasir apakah usaha serius Kerajaan Negeri bagi memastikan kilang-kilang ini beroperasi secara sah dan apakah sebab mereka masih beroperasi walaupun tindakan telah diambil. Bagaimana jika berlaku hal-hal yang bahaya seperti kebakaran atau pun dalam tu, disimpan mercun ke yang pernah berlaku apa meletup di Sungai Buloh. Jadi hal-hal ini, kita mesti memastikan bahawa, pertamanya kita pastikan apa yang dia buat dalam tu. Yang kedua, kenapa masih lagi beroperasi secara haram dan kita memang kita ada pengalaman yang besarlah
bagaimana berlaku di Sungai Buloh, letupan yang sangat kuat pada 7 Mei 1991 sehingga mengorbankan 25 nyawa dan 103 kecederaan. Walaupun dah lama tapi kita perlu belajar, menjadi lebih dewasa dan mengambil pengajaran. Dato’ Yang di-Pertua, isu berita palsu. Saya menyokong penuh ucapan Tuan Yang Terutama, Dato’ Seri Utama Tun Ahmad Fuzi tentang bahaya berita palsu ini yang akan menimbulkan kekeliruan kepada rakyat bukan sahaja tetapi sebenarnya berita palsu ini semua kita semua setuju bahawa memang tak boleh kita sebar berita palsu tetapi ada satu yang penting, jangan kita buat janji palsu pun salah juga. Janji palsu, bila mai pilihan raya, janji macam-macam. Saya tak katalah, pada sesiapa, pembangkang dah? Kerajaan sama. Jadi janji palsu ini banyaklah ketika pilihan raya, hari ini menang, esok. Kemudian tol percuma. Dan saya pun, kita, saya cuma untuk menasihatikan bahawa kita janganlah buat janji palsu, kemudian nanti orang tak percaya. Cakaplah apa saja pun, sungguh. Dia berlaku setiap kali pilihan raya. Jadi saya harapkan sama-sama kita ambil iktibar. Bukan saja, apa, cerita palsu tapi janji palsu juga untuk kita ambil iktibar. Dato’ Yang di-Pertua, saya nak mengulas sikit isu bab MPKK. MPKK Permatang Pasir. Jadi saya menyokong ucapan Ketua Pembangkang yang menyentuh perjalanan Kerajaan untuk apa? Untuk rakyat menikmati kebajikan dan juga kebaikan. Saya ada menerima aduan tentang sikap Pengerusi MPKK di beberapa tempat, di Permatang Pasir yang tak mau layan, tak mau, bila orang nak jumpa, tak mau. Dia kata tempat ini kena jumpa ADUN, jadi kita timbul isulah. MPKK ini, dalam laporan ini telah menerima RM415,200.00 untuk bayaran elaun Pengerusi, Bendahari, Setiausaha. Elaun kehadiran mesyuarat dan elaun mengendalikan mesyuarat. jadi mereka telah terima banyak imbuhan. Jadi walaupun beberapa tempat itu dah kalah, tapi MPKK ini penting. Penting untuk apa? Rakyat, nak mengadulah, nak mengadu. Dan kita harap ADUN pembangkang ini pun boleh kerjasama dengan MPKK. Tak ada masalah sebab kita aduan ini untuk rakyat, bukan untuk apa? Bukan untuk diri sendiri. Sebab apa? Menang kalah ini tak tau. Buat kerja kuat pun boleh kalah juga. Tak tentu tapi yang penting kita buat kerja. Jangan kecewalah. Bila kalah, kalah. Jadi kalahlah. Kalah sebab apa? Angin PN mai melanda, menang. Tak tau nak menang pun. Tau-tau menang. Bila dah menang, kena buat kerja. Sama juga dengan MPKK kan, tak pa kalah kan? Buat kerja. Jadi saya menyerulah. Elaun banyak bagi ini, jalan buat kerja. Mungkin tahun depan akan terima penyelaras, tak pa. Penyelaras pun boleh kerjasama denga ADUN, tak da apa. Sama-sama kita bantu rakyat, yang penting rakyat. Sebab lagi empat (4) tahun tak tau. Mungkin saya ada menang lagi ke, kalah tak tau janji kita buat kerja. Taktau, taktau sebab kita pernah kalah. Pernah menang, pernah kalah. Sebab apa? Sebab apa? Dia ada satu borang, satu borang yang ajaib ini. Apa? Borang yang nak claim, nak claim kariah, nak claim kematian. Dalam borang itu cuma ADUN PH saja yang boleh sign. Pelik kan?
Borang apa?
Cuma ADUN PH saja.
Tak clear, tak clear. Borang apa? Borang nikah?
Boranglah. Mana borang aku pun. Takpa. Kematian ke, kematian.
I-Sejahtera ke?
Bukti ada, nanti saya tunjuk. Mana pi?
Tinggal seminit lagi je.
Okey. Tapi apani, borang tu, dia untuk apa, untuk mengesahkan bila kematian tu kita boleh claim khairat. Dalam borang itu, cuma ADUN PH saja boleh sign, lepas tu penyelaras. Lepas tu, bila orang mai, kita nak tengok eh, nak kena sign tak? Sebab apa? ADUN PH kurang dah. Jadi saya ingat borang itu, tukarlah bagi semua, nak sign saja.
Permatang Pasir boleh bagi laluan? Permatang Pasir.
Okey, okey.
Kerajaan Negeri sebelum ini Kerajaan Negeri menganjurkan satu sesi taklimat berkenaan dengan i-Sejahtera. Dan juga ADUN-ADUN Pembangkang juga dijemput untuk hadir. Saya hadir tapi saya lihat tak ada ADUN Pembangkang yang berminat dengan program i-Sejahtera ini. So saya nak tanyalah mungkin ADUN Pembangkang boleh bersama-sama untuk menjayakan skim i-Sejahtera yang sangat bermakna di Pulau Pinang ini. Terima kasih.
Okey, terima kasih. Untuk kebaikan, tak kiralah semua saja, apa saja arahan Kerajaan Negeri untuk usulkan seminar ke apa bantuan, kita boleh bekerjasama. Sebab apa? Sebab sekarang ini kita mesti fikirkan kepentingan rakyat kan? Tambah-tambah apa? Tambah-tambah usia yang sangat lewat ini, tentu nak buat apa lagi dah? Jadi saya ingat pun untuk nak khidmat dengan rakyat ini, semua kita buat sama-samalah, termasuk yang disebutlah. Kalau dapat bajet
lebih, tentulah lebih kerja kan? Kalau kurang, kuranglah kan? Tapi maklumlah sebagai ADUN, elaun tu habis kat oranglah. Sebab memang kita penting rakyat. Jadi elaun ada, projek ada, tapi banyak longkang, parit yang perlu kita buat. Sebab longkang, parit ini, perlu untuk kita nak menghalang banjir. Dan Permatang Pasir ini dia ada bukit, dia ada sungai yang banyak. Jadi apa, kalau parit itu tak ada, terutamanya dalam kampung, memang apa, memang kita perlukan parit yang baru untuk kita menguruskan air itu. Mungkin dulu rumah tak banyak, sekarang rumah bertambah. Terutamanya rumah yang baru ini, dia tambak rumah hat bawah ini, tenggelam. Jadi parit perlu dibesarkan untuk menghalang daripada banjir. Ini yang perlu kita fikir untuk rakyatlah.
Permatang Pasir celah sikit.
Ya, ya.
Masa dah habis dah, celah macam mana?
Sat je. Saya nak membantu apa yang Permatang Pasir cerita tadi tentang borang permohonan sumbangan pengurusan jenazah kematian. Okey, dalam borang ini yang disahkan oleh, tandatangan oleh ADUN PH/ADUN Parlimen PH. Cuma pertanyaan saya, bagaimana dengan ADUN Barisan Nasional? Sebab dia tulis situ ADUN PH/ADUN Parlimen PH. Okey, terima kasih.
Okey landing Permatang Pasir, landing. Kat luar hujan tu.
Apa yang saya sebutkan benar kan? Benar berlaku. Dalam form itu, ADUN PH saja. Saya tak boleh fikir macam mana apa, macam mana Kerajaan Negeri boleh fikir begini. Sebab apa? Sebab kita bila bangun tidur je politik. Kita bangun-bangun je, politik. Ini bukan kita sebagai apa, sebagai ADUN yang memerintah, sebagai negeri yang memerintah, saya percaya Ketua Menteri tak macam ni. Dia seorang yang bekerja, insya-Allah. Jadi saya harap dia akan bantu kita, bantu kita dalam. Jadi sekianlah, yang dapat saya sampaikan pada hari ini dan Permatang Pasir mohon mencadang.
Menyokong.
Menyokong, mohon menyokong.
Permatang Pasir nak cadang apa lagi ni? Nak CSA dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke? Okey, dipersilakan Ahli Kawasan Permatang Berangan.
Assalamualaikum Warahmatullahita’ala Wabarakatuh….(bacaan ayat Al-Quran). Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, yang dihormati Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk berucap pada petang ini. Dalam perbahasan Ucapan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas. Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan inayahNya, kita semua dapat berkumpul dan menjalankan persidangan di Dewan yang mulia ini dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kali yang Kelima Belas. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua Ahli-ahli Dewan dan seluruh masyarakat Negeri Pulau Pinang yang beragama Hindu. Dan yang menyambut perayaan ini.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, inilah kali pertama saya bersua secara rasmi dalam sidang DUN, Dewan Undangan Negeri. Insya-Allah, melalui sidang Dewan ini, Permatang Berangan akan membawa masalah masyarakat, memberi pandangan dan cadangan serta terlibat dalam mencari penyelesaian terbaik untuk rakyat Negeri Pulau Pinang khususnya di Permatang Berangan. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), jentera Perikatan Nasional dan khususnya kepada 15,905 pengundi yang telah memilih Perikatan Nasional dan memberi peluang kepada saya untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kawasan Permatang Berangan. Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat khususnya dari Perikatan Nasional yang telah dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat di kawasan masing-masing. Kini masa kita untuk bekerja dan melaksanakan tanggungjawab kepada seluruh pengundi di kawasan yang kita wakili tanpa mengira ideologi politik dan warna kulit. Lakukanlah semampu mungkin yang boleh untuk memastikan masyarakat di kawasan kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, harta negara ditadbir dengan adil. Nabi Muhammad, pemimpin yang terpilih. Jika berdiam, isu Hospital di Gaza dibedil. Bak kata Pak Hamka, “Gantilah bajumu dengan kain kapan putih”. Satu ucapan dari As-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin sebelum beliau syahid pada tahun 2004, menyatakan bahawa, “Bumi Palestin dan Masjidil Aqsa bukan milik mutlak orang-orang Arab. Bahkan hak umat Islam seluruhnya dan hak kemanusiaan sejagat yang cintakan keamanan dan menentang kezaliman”. Dunia hari ini dikejutkan lagi dengan pencerobohan Tentera Zionist Israel ke atas Hospital As-Syifa yang merupakan hospital yang terbesar di Bandar Gaza. Hal ini sama sekali tidak boleh diterima. Hospital bukan medan pertempuran. Oleh sebab itulah, kita perlu sepakat dan bersatu hati di dalam Dewan ini untuk memberikan mesej yang jelas bahawa kita bersama-sama
menyokong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia menyokong perjuangan Hamas dan rakyat Palestin daripada penjajah tidak berperikemanusiaan oleh Zionist Israel. Permatang Berangan menjunjung kasih ucapan Tuan Yang Terutama Tun agar sama-sama kita meningkatkan kesedaran tentang apa yang berlaku dan berusaha untuk ke arah membantu Rakyat Palestin bagi menghadapi malapetaka yang sedang dialami ini. Marilah kita sama-sama menggunakan seluruh kekuatan dan saluran yang ada untuk kita membantu Rakyat Palestin. Semua pemimpin tidak kira apa jua latar belakang politik, agama mahupun bangsa perlu melihat isu peperangan di Palestin ini dari segi sejarah dan nilai kemanusiaan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua NGO dan anak-anak muda negeri Pulau Pinang yang telah menganjurkan pelbagai program untuk menunjukkan tanda solidariti kita menyokong rakyat Palestin. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Yang Terutama Tun telah menyuarakan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peruntukan pembangunan yang lebih tinggi bagi membantu melancarkan aliran trafik di Seberang Perai. Permatang Berangan menyokong penuh ucapan TYT. Tun berkaitan dengan permohonan peruntukan ini. Jika Ahli Yang Berhormat yang lain inginkan aliran trafik yang terbaik di kawasan masing-masing, Permatang Berangan juga tidak terkecuali untuk memastikan aliran trafik di Sungai Dua lancar. Aliran trafik di Permatang Berangan perlu terlebih dahulu lancar kerana menjadi penghubung utama laluan warga penduduk setempat dan dari negeri jiran dan kawasan Padang Serai. Ditambah pula dengan pembangunan perumahan yang melebihi 17,000 unit yang sedang rancak dibina oleh Setia Fontaines dan Scientex Sungai Dua. Oleh sebab itulah dijangka akan berlaku kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan di Permatang Berangan terutamanya dari Pekan Tasek Gelugor hingga ke Pekan Sungai Dua. Kebimbangan ini telah dibangkitkan oleh masyarakat setempat ke Pusat Khidmat kami dan saya minta supaya pihak Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan melihat dengan lebih serius tentang dan mengambil langkah yang proaktif untuk memastikan apabila projek ini siap nanti kesesakan trafik yang dijangkakan berlaku itu dapat ditangani sebaik mungkin. Yang Berhormat Dato’Timbalan Yang di-Pertua, pada masa saya berdiri di sini, masyarakat di kawasan saya di Permatang Berangan terutamanya golongan berpendapatan rendah pesawah padi mungkin sedang mengikuti perbahasan ini dan mengharapkan ada penyelesaian dan berita-berita yang boleh mengukir senyuman di wajah mereka. Permatang Berangan merupakan antara kawasan penduduknya yang merupakan golongan B40. Saya ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang terlibat agar dapat membantu mereka untuk keluar daripada kepompong kemiskinan sebagaimana saranan dan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mahu menoktahkan kemiskinan di negara ini. Saya juga ingin sentuh isu berkaitan isu perparitan di kawasan Permatang Berangan yang memberi kesan kepada penduduk apabila berlaku hujan lebat dan banjir kilat. Saya telah turun padang bersama agensi yang terlibat antaranya JPS, JKR, Ahli Majlis, Pejabat Daerah dan Tanah SPU untuk melihat sendiri lokasi dan punca berlakunya masalah ini di kawasan tersebut. Saya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat segerakan mengambil langkah menyemak semula aliran perparitan dan mencari penyelesaian bagi menyelesaikan isu ini kerana kita bakal menghadapi peralihan Monsun Timur Laut yang akan membawa hujan yang lebat. Sepanjang perbahasan dua hari ini kita semua Yang Berhormat membangkitkan isu tentang banjir kilat. Jadi saya rasa perlulah Kerajaan Negeri memikirkan dengan terlebih serius tentang cara-cara penyelesaian bagi menghadapi banjir kilat ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu kesihatan merupakan elemen yang sangat penting kepada kesihatan rakyat. Oleh sebab itu Permatang Berangan juga ingin memohon agar Kerajaan Negeri memberikan keutamaan membantu klinik-klinik desa yang ada di kawasan
Permatang Berangan. Salah satu klinik desa di kawasan saya iaitu Klinik Desa Padang Menora masih lagi berdindingkan kayu dan dimakan anai-anai serta usang. Saban hari ramai golongan wanita dan ibu mengandung mendapatkan rawatan di klinik ini. Oleh itu saya amat bimbang tentang keselamatan petugas dan juga pengunjung di Klinik Desa tersebut. Insya-Allah saya mohon agar YB. EXCO yang berkaitan dapat sama-sama turun padang untuk melihat keadaan Klinik Desa ini supaya kita dapat menyarankan kepada Kerajaan Persekutuan bagi mempercepatkan proses pembinaan semula Klinik Desa ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kegusaran berkaitan dengan industri pertanian padi yang kian terjejas sejak beberapa musim lepas terutama sekali di Permatang Berangan. Saya mengutarakan masalah ini kerana saya juga adalah seorang pesawah padi dan masalah berkaitan dengan pesawah padi ini saya dapat rasai, ya sebab ianya merupakan warisan daripada pekerjaan yang dilakukan oleh orang tua dulu. Ianya berpunca daripada masalah rumpai yang gagal dikawal dengan berkesan disebabkan oleh kualiti racun dan juga pelbagai serangan penyakit kepada sawah-sawah padi. Jadi Permatang Berangan mencadangkan supaya agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor pertanian terutamanya sawah padi dapat membuat kajian dan mengenal pasti punca masalah ini supaya hasil petani yang menanam padi ini dapat ditingkatkan semula dan kita dapat mengurangkan kos bagi pihak petani. Berkaitan dengan isu bekalan air kepada pesawah-pesawah bendang terutamanya di sekitar Seberang Perai Utara kebergantungan kita pada masa ini adalah bekalan air daripada Sungai Muda dan bagi mengairi sawah padi di kawasan Seberang Perai Utara. Saya ingin bertanya apakah langkah alternatif Kerajaan Negeri untuk memastikan sumber bekalan air yang mencukupi untuk kawasan sawah padi di Seberang Perai Utara dan adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk merawat dan membersihkan pencemaran sungai-sungai yang ada tercemar untuk bertujuan digunakan oleh petani khususnya sawah padi yang berada di kawasan seperti Pinang Tunggal, Permatang Berangan dan Sungai Dua? Kebergantungan kita pada sumber air daripada Sungai Muda untuk tujuan bekalan air minuman dan juga pengairan sawah padi, Permatang Berangan ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengambil langkah untuk memulihkan hubungan dengan Kerajaan Negeri Kedah yang merupa jiran kita kerana kita sama-sama memerlukan sumber air daripada Sungai Muda. Jadi tak guna kita negeri yang berjiran bergaduh, bermasam muka, bertegang leher ataupun mewujudkan ketegangan di antara dua kerajaan ini, jadi Permatang Berangan ingin mencadangkan supaya hubungan dengan Kerajaan Negeri Kedah dapat dipulihkan dan dibina hubungan yang lebih baik di masa-masa akan datang.
Permatang Berangan mohon mencelah.
Ya, silakan Sungai Dua.
Saya nak bertanya Permatang Berangan di Permatang Berangan ada Sungai Kereh. Adakah Sungai Kereh tu pesawah-pesawah padi boleh mengambil manfaat daripada air Sungai Kereh yang dikatakan tercemar iaitu dengan najis khinzir yang mana kita tahu penternakan khinzir cukup-cukup banyak di situ yang menyebabkan air di Sungai Kereh tercemar?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Dua Ketua Pembangkang, untuk makluman Yang Berhormat Sungai Dua bekalan air ataupun air yang ada di Sungai Kereh itu tak dapat digunakan untuk pengairan di sawah padi yang ada di Permatang Berangan sebab pencemaran najis babi itu terlampau teruk dan sekiranya digunakan untuk kawasan sawah padi ia akan menyebabkan pokok padi itu menjadi terlebih bahan baja daripada N (Nitrogen) dan pokok padi akan terlalu subur dan kurang mengurangkan hasil buah padi dan isu Sungai Kereh ini saya akan sentuh sebentar lagi pencemaran dan kita harap berkaitan dengan isu petani dan pesawah-pesawah ini, Permatang Berangan berharap Kerajaan Negeri dapat melihat dengan lebih komprehensif untuk memastikan sumber bekalan makanan yang ada di Pulau Pinang terjamin sebab baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan isu beras tempatan di mana kita sebagai kawasan padi tanaman padi terutamanya di Seberang Perai juga menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan beras tempatan. Tak sepatutnya berlaku bekalan beras tempatan ini menjadi hilang daripada pasaran di kawasan yang luas sawah padi dan kita menggesa agensi-agensi terlibat dan juga Kerajaan Negeri dapat memastikan bekalan ini dapat dipulihkan dan dan juga isu berkaitan dengan benih padi yang sekarang ini menjadi masalah seperti yang disebutkan oleh Penaga sebentar tadi. Ianya merupakan beberapa isu yang berkaitan dengan industri padi yang sebelum ini tak pernah berlaku sebelum ini tapi sekarang ini kita pelik ianya berlaku kekurangan beras tempatan, kekurangan benih padi padahal pengeluaran tak berkurang ladang-ladang benih padi pun tak berkurang hasilnya sama tapi di pasaran, benih padi tak ada beras tempatan tak ada. Ini perlu disiasat dan perlu diambil tindakan yang tegas supaya isu hari ini tidak akan berulang di masa akan datang. Sampai sekarang isu benih padi ini masih berlaku dan seperti yang disebut oleh Penaga tadi benih padi ini kalau kita nak beli dengan harga yang disyorkan oleh Kerajaan, RM45.00 sekampit tak ada di pasaran tapi mereka terpaksa beli di pasaran gelap dengan harga RM55.00 hingga RM65.00. Kita mohon pihak agensi boleh turun menyiasat dengan pergi terus kedai-kedai yang membekalkan benih padi ini. Sebab ianya dijual tanpa resit bagi mengelakkan ada bukti bahawa jualan itu melebihi daripada harga yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini merupakan antara faktor-faktor yang telah membelenggu pesawah-pesawah padi yang ada di seluruh Malaysia pada hari ini terutama di Permatang Berangan…(gangguan)..
Permatang Berangan mohon mencelah.
Ya, silakan mencelah.
Apakah Permatang Berangan boleh bersetuju dengan saya bahawa sepatutnya pesawah-pesawah padi dan juga koperasi pesawah padi ini diberikan peluang untuk menuaikan hasil dan seterusnya mereka mengilang padi sendiri dan menjual hasil itu kepada masyarakat setempat, supaya keuntungan itu mereka sendiri yang memperolehinya waktu tak dak makan pun, tak kan la orang yang tanam pokok padi pun jadi masalah bekalan beras. Kita sepatutnya orang berada dalam lingkungan sawah padi yang mana menghadapi masalah beras. Tapi kalau sekiranya
kilang padi yang kecil yang boleh diusahakan oleh masyarakat petani dia akan dapat menjana pendapatan apa nama ni petani dengan lebih baik dan juga efisien kerana maknanya dia tidak dikuasa oleh kartel yang sekarang ni berkuasa, yang berleluasa sehinggakan bekalan padi kepada masyarakat yang mengusahakan padi pun bermasalah. Sekian, terima kasih
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Dua, saya bersetuju dengan soalan yang dikemukakan itu. Cumanya dalam industri padi ini dia ada banyak lesen-lesen yang berkaitan. Kemungkinan YB. EXCO boleh bagi pencerahan ya, lesen untuk menyimpan padi untuk memindahkan padi, untuk menyimpan beras, untuk mengilangkan beras, macam-macam lesen ada. Jadi sekarang ini rasanya menjadi kesalahan kepada petani untuk menyimpan padi sendiri. Untuk membuat benih sendiri, ada akta itu dan untuk membuat beras sendiri pun rasanya perlu ada lesen-lesen yang mesti dipatuhi. Jadi ini merupakan satu kelemahan di mana kalau kita dulu orang tua-tua dulu tiap-tiap rumah ada jelapang padi. Oleh ADUN Permatang Berangan dan Pantai Jerejak?
Esok gulung, esok gulung.
Boleh, boleh menghilangkan atau menghasilkan beras sendiri tapi sekarang ni mungkin dah ada akta dan peraturan-peraturan yang boleh menghalang petani-petani daripada menyimpan dan menghasilkan benih sendiri dan juga menghasilkan beras sendiri. Dato' Timbalan Yang di-Pertua nasib peniaga-peniaga kecil dan penjaja yang mencari makan secara kais pagi makan pagi kais petang makan petang perlu juga diberi perhatian. Pelbagai tekanan sedang dihadapi oleh golongan ini terutama dari segi peningkatan kos bahan mentah tempat perniagaan disaman diarah tutup dan sebagainya. Permatang Berangan ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri menimbangkan penyediaan ruang-ruang perniagaan yang sesuai untuk penjaja dan diberikan lesen-lesen kepada mereka ini. Sekiranya mereka ini dihalang untuk berniaga, saya percaya jumlah kadar kemiskinan akan meningkat dan menyebabkan usaha untuk menoktahkan kemiskinan juga itu gagal dicapai.
Jadi kalau Kerajaan Negeri boleh menyediakan tapak-tapak perniagaan yang sesuai untuk penjaja dan juga memberi lesen. Kita percaya pihak PBT juga akan dapat memperolehi pendapatan tambahan dan kita menyarankan supaya Kerajaan Negeri melalui PBT mengenakan syarat-syarat yang ketat kepada penjaja-penjaja ini. Supaya mereka dapat berniaga dan mematuhi peraturan-peraturan yang ada dan tidak mengganggu lalu lintas dan sebagainya. Tapi perlulah disediakan tempat-tempat kepada peniaga-peniaga ini untuk terus berniaga dan menghasilkan pendapatan. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya isu pencemaran Sungai Kereh, isu ini dah lama berlaku melebihi 40 tahun isu ini telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak dan saban kali disebut dan yang menjadi masalahnya yang untung orang lain, yang merananya adalah penduduk yang ada di sekitar Sungai Kereh. Jadi Permatang Berangan mencadangkan, menyarankan memohon pada Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan yang lebih tegas bagi menyelesaikan masalah ini. Kerajaan perlu membantu dengan bersungguh-sungguh sama ada
melalui undang-undang ataupun menyediakan peruntukan bagi memproses sisa buangan kandang babi ini. Supaya dapat dihentikan dari dilepaskan terus ke sungai. Adalah sangat tidak adil kepada apabila penternak babi ini dapat untung yang tinggi, manakala penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Kereh ini merana menghadapi pencemaran bau dan sebagainya. Oleh itu, Permatang Berangan mohon supaya satu tindakan yang tegas dapat diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bagi menutup ucapan perbahasan saya pada hari ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kerajaan yang telah melaksanakan tugas mereka dengan baik bagi membantu merealisasikan semua matlamat yang telah ditetapkan dan dicapai oleh Kerajaan Negeri. Jutaan terima kasih juga kepada Agensi-Agensi Kerajaan yang telah memberikan kerjasama baik kepada pusat khidmat saya. Saya ingin berkongsi dua rangkap pantun yang dititahkan oleh yang Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam ucapan Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 pantunnya berbunyi:
Gunung Kinabalu sama didaki, Sungai Pahang sama direnang, Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang susah menjadi senang.
Ini titah Yang Di-Pertuan di-Pertuan Agong
Busana tradisi kain bersulam, Warna jingga berawan larat, Cukuplah berpolitik siang dan malam, Fokuskan menjaga kepentingan rakyat. Ini merupakan titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, Tuan Timbalan Yang di-Pertua demi kebajikan rakyat Permatang Berangan tidak akan pernah berhenti bersuara selagi rakyat selagi hayat dikandung badan InsyaAllah saya akan berkhidmat sebaik mungkin. Permatang Berangan memohon menyokong. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Okey, terima kasih. Permatang Berangan dan dijemput Ahli Kawasan Pulau Betong dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim, (bacaan ayat Al-Quran) terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang
Berhormat Dato’ Timbalan Ketua Menteri seterusnya Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat dan semua Ahli Dewan yang dikasihi sekalian. Terima kasih kepada Dato' Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Pulau Betong untuk membahas bagi ucapan di TYT. Yang di-Pertua Negeri sempena Mesyuarat Ke Yang Kedua Pembukaan Persidangan Penggal Pertama DUN Pulau Pinang bagi 15. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Pulau, Pulau Betong mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Pulau Betong yang berjumlah 24,000 jadi saya sangat-sangat sanjungi seluruh rakyat Pulau Betong yang memberikan kepercayaan kepada saya. Semoga saya dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin kerana inilah yang disebut oleh TYT. baharu-baharu ini tentang betapa pentingnya kita sama-sama melaksanakan amanah yang Nabi sebut (bacaan hadis Nabi) "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan ke atas kepimpinannya".
Jadi sama-sama lah kita laksanakan sebaik mungkin kerana di hari akhirat kelak kita akan dipersoalkan nanti tentang amanah yang sama-sama kita pikul bersama. Oleh itu, dalam hadis panjang ada menyebut antara tujuh golongan manusia yang di hari akhirat, akan Tuhan akan jaga mereka mereka tidak akan terkena panasnya terik. Mereka akan dinaungi oleh Arasy iaitu salah satunya kata Nabi (bacaan hadis Nabi) pemimpin yang adil. Insya-Allah kita harapkan semoga kita semua menjadi pemimpin yang adil yang akan melaksanakan segala amanah dengan sebaik mungkin.
Seterusnya Pulau Betong sentiasa bersama-sama dengan TYT. mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang telah dibuat oleh tentera Israel terhadap Palestin. Satu kezaliman yang amat tidak berperikemanusiaan kerana membunuh kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdosa. Dalam Islam, Tentera Islam tidak diizinkan membunuh kanak-kanak, membunuh wanita, membunuh orang tua-tua, tidak boleh begitu juga tidak boleh membunuh flora dan fauna, tidak boleh dimusnahkan haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Begitu juga Islam melarang sama sekali kita memusnahkan rumah-rumah ibadat, gereja, tokong-tokong tidak boleh dimusnahkan kerana itulah etika peperangan dalam Islam. Kita tidak boleh memusnahkan sebarang bentuk rumah-rumah ibadat. Termasuklah juga tempat-tempat kemudahan awam, sekolah, hospital semua tidak boleh dimusnahkan. Tetapi sayang sejuta kali sayang, Tentera Israel, mereka telah memusnahkan seluruh prasarana yang memberikan kemudahan kepada masyarakat Palestin.
Oleh itu, saya sarankan kepada orang-orang Islam, rakyat Islam marilah kita teruskan dengan mendoa kepada Allah SWT (bacaan Hadis) doa senjata orang mukmin. Teruskan membaca Doa Qunut Nazilah pada setiap sembahyang fardhu.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya nak cakap sikit bab isu pendidikan. Saya terpanggil untuk membaca untuk menjelaskan isu pendidikan kerana ini adalah sangat penting kerana isu pelajar SPM ini adalah isu yang sangat-sangat kritikal. Tahun 2020 seramai 115,939 pelajar SPM yang berjumlah 35.16 peratus tidak berminat menyambung pembelajaran mereka. Kemudian jangkaan ini telah meningkat lagi pada tahun 2021 berjumlah 180,680 iaitu melibatkan 48.74 peratus. Manakala tahun lepas 2022 jumlah meningkat lagi 390,000 (72.1 peratus) pelajar tidak menyambung pembelajaran di IPTA dan IPTS. Ini sungguh sangat kritikal walaupun isu ini isu peringkat kebangsaan. Kita mesti ambil cakna, kita mesti ambil peduli isu-isu yang sangat-sangat menakutkan kita.
Oleh itu, saya sarankan sangat-sangat kepada Kerajaan Negeri, disebabkan kita kerajaan di sini sealiran dengan Kerajaan Pusat. Oleh itu, kita kena turun padang kita kena pastikan pengarah-pengarah, Tuan PPD kita. Kita kena gerakkan semua sungguh-sungguh kerana apa, kerana pelajar tidak berminat untuk sambung belajar, kita kena korek, kita kena gali, kita kena pastikan isu ini tidak boleh dipandang sambil lewa…(gangguan).
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong. Yang beri laluan sikit kepada saya, untuk saya juga melihat kepada isu ramainya di kalangan anak-anak kita di kalangan pelajar-pelajar lepasan SPM yang tidak berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagaimana data ataupun statistik yang telah dibentangkan tadi daripada tahun 2020 sehinggalah kepada tahun lepas 2022 yang ianya senantiasa meningkat. Saya nak minta pandangan daripada Yang Berhormat Pulau Betong mungkin boleh bersetuju, kenapa pelajar-pelajar lepasan SPM ini tidak berminat untuk menyambung pengajian. Adakah disebabkan oleh kerana mereka melihat kakak-kakak mereka, abang-abang mereka yang telah pun tamat belajar di peringkat universiti tapi, sampai ke hari ni masih menganggur? Sebab kita kena ingat, di sana data pengangguran dalam negara kita juga tinggi. Mungkin mereka melihat kakak mereka, ataupun abang mereka, rakan-rakan, anak-anak jiran sebelah rumah mereka yang selepas graduate ataupun selepas tamat pengajian di peringkat universiti, mereka sampai ke hari ini masih menunggu pekerjaan. Ada yang buat kerja sampingan, rider dan seumpamanya untuk mendapatkan hasil ataupun duit poket. Dengan sebab itu, saya melihat kerajaan sama ada peringkat negeri ataupun pusat di bawah Kementerian Pendidikan perlu ambil serius soal ini. Dan juga bagaimana untuk mengatasi masalah pengangguran yang begitu ketara dalam negara kita supaya kanak-kanak ini juga, pelajar-pelajar lepasan SPM ini juga berminat untuk menyambung pengajian. Ataupun hari ini mereka melihat mungkin nak dapat income atau pun duit poket, duit kerja mungkin melalui sekarang ni tiktokers pun boleh buat duit. So, mereka kata tak perlulah sambung sampai ke peringkat universiti. Kita dah boleh bekerja ataupun, kita dah buat boleh buat duit selepas daripada tamat SPM.
Terima kasih kepada YB. Penaga. Memang benar. Kita telah pun sedang membuat beberapa tinjauan tentang isu ini, bermakna kita kena pastikan berdasarkan beberapa pandangan daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia menyatakan kebanyakan lepasan SPM berminat untuk bekerja dalam sektor ekonomi (GIG) atau pun E-Hailing. Selain juga ada yang berminat untuk sektor pengilangan, kerja kilang. Seterusnya, impak pasca pandemik juga menyebabkan banyak keluarga yang terjejas seperti sumber pendapatan. Sekali gus ini akan membantut pembelajaran anak-anak. Di samping itu, pelajar juga tidak diberi kefahaman, kepentingan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini saya nak fokuskan. Jadi, saya mendapati bahawa sebenarnya di sekolah, guru kaunseling mestilah diperkasakan dengan sebaik-baiknya. Kerana kita ada satu bukti, kita ada satu data. Ada sebuah sekolah dalam daerah Barat Daya, semua tau 2021 dia kata, pengetuanya kata pada saya masa 2021 pelajar yang sambung belajar cuma 30 peratus sahaja, 2021. Dan data ini meningkat kepada 70 peratus, tahun 2022 selepas guru kaunseling dia memainkan peranan menggarap, membuat sentuhan hati pelajar, memberikan penjelasan tentang kerjaya betapa pentingnya pelajar ni memberikan tumpuan kepada kerjaya mereka selepas SPM, iaitu sambung pembelajaran ke peringkat IPTS / IPTA bermakna selepas itu berlaku satu lonjakan daripada 30 peratus meningkat kepada 70 peratus.
Bermakna semua sekolah, kita sangat-sangat mengharapkan semua pengetua mestilah menekankan kepada peranan guru kaunseling sepenuh masa, mestilah digarapkan, mestilah ditekankan peranan mereka dengan sebaik mungkin. Seterusnya ada pandangan juga menyatakan tentang ketagihan pelajar ini, ketagihan melampau mengenai peranti digital terutama sekali telefon pintar. Ini tak dapat kita nafikan. Telefon pintar ini menjadi penyebab kepada pelajar tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran. Generasi muda lebih tertarik melayan media sosial, bermain permainan dalam talian dan mengikut media sosial sehingga akhirnya mempengaruhi mereka untuk menjadi seperti pereka kandungan bagi meraih pendapatan yang tinggi tanpa belajar ke IPT. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kadar pengangguran tinggi dalam kalangan graduan. Sepertimana yang disebut oleh YB. Penaga tadi, pasca pandemik turut menjejaskan motivasi pelajar SPM untuk menyambung pembelajaran mereka. Kata mereka, "Belajar tinggi-tinggi pun menganggur juga". Ini perkara yang menyebabkan mereka akan terhakis minat untuk pembelajaran. Dato’ Yang di-Pertua, pasaran buruh negara ketika ini memperlihatkan seramai 9.26 juta Bumiputera telah terlibat dalam sektor ekonomi negara. Akan tetapi, sekitar 35.2 peratus sahaja yang memiliki pendidikan tinggi. Manakala 64.8 peratus hanya berkelulusan menengah ke bawah. Ini data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Dato’ Yang di-Pertua, nisbah tenaga mahir. Tenaga mahir ini pengurus, profesional dan juruteknik mengikut kaum berdasarkan populasi kaum menunjukkan kaum Cina mencatat peratus yang tertinggi 37.1 peratus. Manakala kaum India, menduduki tempat yang kedua sebanyak 32.6 peratus. Manakala Bumiputera, berada di tempat yang ketiga 29.1 peratus. Sama-samalah kita harapkan, semoga isu ini dapat kita ketengahkan. Dan kita pastikan, kita kena pergi sampai ke akar umbi untuk sama-sama kita katakan ini dengan sebaik mungkin. Dato’ Yang di-Pertua, TYT. juga telah menekankan isu berhubung dengan warga emas. Tahun 2040, Pulau Pinang antara negeri yang akan merekodkan golongan penuaan tertinggi di Malaysia. Kerajaan mestilah mengambil cakna, mengambil peduli akan kesihatan warga emas yang terdedah dengan pelbagai masalah penyakit dan juga masalah kesihatan. Oleh hal yang demikian, ada lagi 16 tahun Kerajaan mestilah membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk pastikan golongan tua dihargai. Kata Nabi “Bukanlah di kalangan kami orang yang tidak memuliakan orang muda, dan tidak memuliakan orang tua”. Kita kena jaga orang tua, kita kena ingat kita juga satu hari akan jadi orang tua. Jadi, kita kena sentiasa cakna serta sentiasa mengambil peduli akan orang-orang tua. Oleh itu, dalam Islam menekankan seorang anak mestilah menjaga betul-betul orang tuanya. Dalam Al-Quran ada menyebut (bacaan potongan ayat Al-Quran) “Jangan kamu kata pada mak kamu, walau perkataan “Aah” pun tak boleh”. Tak boleh cakap yang menyebabkan terguris hati seorang ibu, terguris hati seorang ayah kerana ditatang hati seorang ibu dan ayah. Dan janganlah kamu menengking mereka, tuhan sebut dalam Al-Quran “Jangan kamu tengking mereka dan katakanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia, perkataan yang sopan, perkataan yang lemah lembut. Itulah anak yang soleh, anak yang solehah, yang menjaga adab ibu dan ayahnya.” Seterusnya, isu PSI. Secara dasarnya, Jabatan Perikanan Malaysia berpandangan Projek PSR atau pun PSI ini akan membawa kerosakan dan kemusnahan ekosistem perikanan di kawasan projek dan di sekitarnya. Dan memberi impak negatif yang sangat besar kepada sumber perikanan sosio-ekonomi nelayan dan jaminan bekalan makanan (food security)..(dengan izin), serta keselamatan makanan (food safety)..(dengan izin).
Jabatan Perikanan Malaysia mengambil serius akan projek pembangunan di laut antara kekhuatirannya, pihak Jabatan Perikanan Malaysia pertama sekali, dia khuatir tentang kualiti air. Bahan buangan dari aktiviti korek pasir, akan dikembalikan ke tempat asalnya dan akan berlakunya kebocoran bahan buangan sewaktu pengangkutan. Proses melombong pasir akan menyebabkan perubahan yang serius pada aliran arus air kekeruhan air, air yang keruh. Parameter air dan kehidupan marin termasuk juvenile dan dewasa. Perubahan tersebut boleh memberi kesan seperti perubahan arah pergerakan ikan dan akan menyebabkan nelayan sukar untuk melakukan aktiviti penangkapan ikan. Pertumbuhan plankton terganggu dan benih-benih ikan dan udang yang bergantung kepada plankton akan terjejas. Bahan-bahan terpendam di dasar laut akan masuk ke dalam perairan, contohnya selut yang boleh menyebabkan gangguan pada insang ikan, hidupan-hidupan marin yang lain dan pukat-pukat nelayan juga akan terjejas. Mengganggu kawasan nursery dan habitat perikanan seperti benih hidupan marin. Ini semua adalah benda-benda yang sangat-sangat diprihatinkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Diharap Kerajaan Negeri dapat cakna, dapat mengambil tahu, mengambil peduli akan isu-isu ini dengan sebaik mungkin.
Yang Berhormat Pulau Betong, mohon mencelah. Berkenaan dengan isu PSI, kelmarin ada beberapa orang yang respond termasuklah rakan kita daripada apa nama ni Pulau Tikus, yang mengatakan beliau mendapati hasil daripada satelit yang mengatakan kawasan tersebut sebenarnya kawasan tidak kaya dengan sumber ikan ataupun sumber hasil laut menggunakan satelit. Dan satelit ini banyak digunakan oleh bot pukat rimau. Pukat rimau memang tak banyaklah. Kerana dia mencerap di kawasan pukat harimau yang duduk, maknanya dia tangkap di laut yang dalam. Nelayan pantai ni, tempat yang nak tambak ni ialah tempat nelayan pantai. Dan kita nak tambak pun bukan nak pi jauh, kat pantai saja. Di antara pulau hat dekat dengan Pulau Harimau. Tu lah kawasan dia, kawasan yang ada aliran air. Yang menjejas pun kepada nelayan pantai. Kita bukan menjejaskan kepada nelayan pukat harimau. Maka, maknanya mungkin ada perkara-perkara yang kita kena ada manipulasi di antara orang yang pro kepada Projek PSI, begitu juga dengan nelayan yang menjadi mangsa. Mereka juga iaitulah mencari dan juga mengkaji. Dan apa yang diperkatakan pada hari ini Pulau Betong, iaitu di tempat kawasan berhampiran juga dengan Telok Bahang sekarang ni Muka Head sedang menghadapi masalah rungutan daripada nelayan. Semalam saya mendapat telefon daripada nelayan, mereka mengatakan berlaku sudah air keruh di Muka Head dan juga mereka juga maknanya menghadapi masalah ni. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Dua.
Minta celah. Okey.
Nak bercakap kena bangun. Dan minta laluan daripada Pulau Betong, Pulau Betong izin, saya izin.
Ya. Pulau Betong izin? Terima kasih Pulau Betong. Terima kasih kepada pertanyaan yang diadakan terhadap isu-isu mengenai PSI. Yang pertama sekali, mengenai satelit imej itu yang ditangkap selama 200 hari. Dan satelit imej ini, sebenarnya kawasan yang dia tangkap gambar tu sangat luas daripada sebelum kawasan lapangan terbang sehingga meliputi Pulau Kendi. Jadi, kawasan yang ditangkap amat luas. Dan selama 200 hari dan daripada analisis satelit itu, dan juga dengan pengesahan daripada MySA mendapati kebanyakan bot-bot nelayan tak kiralah tunda ke atau pun bot-bot nelayan persisiran pantai juga mereka ni aktif dan popular di luar kawasan PSI, itu yang pertama. Yang kedua, selain daripada imej satelit juga ada pantauan secara fizikal selama tiga bulan di kawasan itu dan dapati 80 peratus nelayan tempatan menangkap ikan di luar kawasan projek. Itu yang pertama. Dan yang kedua mengenai tempat itu sebagai satu tempat yang kaya dengan hasil-hasil perikanan kita tidak menafikan. Memang ada hasil perikanan dekat situ. Tetapi, secara objektif dan mengikut data daripada Jabatan Perikanan, nelayan pantai yang paling kemungkinan terkesan daripada projek PSI adalah mereka yang bekerja di kawasan Zon A. Zon A di dalam jarak kira-kira 14.8 kilometer daripada pantai dan jumlah tangkapan Zon A ini menyumbang hanya 1.5 peratus daripada jumlah hasil perikanan Pulau Pinang iaitu ikan tangkapan laut dan akuakultur. Dan kurang daripada 0.1 peratus daripada hasil perikanan negara. Jadi, kawasan laut selatan Pulau Pinang bukan lubuk emas perikanan di utara Selat Melaka. Dan mengenai isu kekeruhan dan juga kerja-kerja mitigasi ini. Fasa pertama adalah fasa persediaan yang melibatkan kaji selidik yang menyeluruh, so pelan penambakan PSI ini dikaji dengan teliti melibatkan pakar bidang ahli akademik dan analisis dan laporan bebas serta input daripada ketua industri. Laporan EIA pada tahun 2019 disediakan…(gangguan).
EXCO ka apa ni?
Sorry sorry minta maaf.
Sikit-sikit. Bagi EXCO jawab. Esok EXCO tidak tahu hendak jawab macam mana esok.
Okey, secara rumusan. Perkara yang telah dibangkitkan sangat penting kerana melibatkan alam sekitar dan juga kepentingan nelayan dan Kerajaan Negeri. Saya rasa dalam kajian kita mendapati kita menolong mereka secara keseluruhan dan mungkin juga akan mempunyai kesan kepada mereka, tapi dari segi pengurusan mereka menerima bantuan Kerajaan Negeri.
Pulau Betong ada dua minit saja lagi.
Okey, terima kasih Pulau Betong.
Terima kasih. Seterusnya sedikit aduan, diminta prihatin kepada semua YB. yang terlibat terutama sekali Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang isu binatang-binatang liar iaitu isu anjing-anjing liar di kawasan Pulau Betong, Kampung Perlis, Sungai Burung, Kampung Genting, Titi Teras. Begitu juga isu babi, isu kera, isu ular. Jadi kita minta pertama sekali anjing-anjing liar ini boleh katakan setiap kampung pada waktu malam melepasi pukul 11.00 malam anjing liar ini berkeliaran. Jadi, kita minta supaya pihak Majlis Bandaraya dapat turun padang untuk menangkap dan sebagainya supaya tidak menyebabkan penduduk dalam keadaan tidak tenang, penduduk dalam keadaan gusar kerana fahamlah anjing binatang najis mughalazah. Jadi kita kena samak dan sebagainya. Begitu juga dengan babi dan baru-baru ini ada seseorang sampai tercedera kerana dikasari oleh pihak binatang yang begitu buas ini. Begitu juga ular-ular yang bahaya, ular tedung dan sebagainya menyebabkan kita kena ambil perhatian supaya keselamatan rakyat kita terjamin. Kita kena ambil cakna, ambil peduli kerana kita kena jaga keselamatan keamanan negara yang kita sayangi ini. Seterusnya isu pihak Pulau Betong juga mengambil perhatian tentang projek penempatan warga asing di kawasan Teluk Kumbar. Kita sangat prihatin tentang isu ini kerana ia mewujudkan masalah baru di kawasan itu sama ada masalah peningkatan jenayah. Begitu juga kesesakan trafik. Setakat ini kita dapati kawasan Teluk Kumbar dan kawasan Sungai Batu kawasan yang sangat-sangat tinggi kesesakan trafiknya. Tambahan pula kalau hari hujan bermakna dua (2) atau pun tiga (3) jam terpaksa kita menunggu terpaksa jalan perlahan-lahan. Jadi kita harap sangat-sangat supaya isu kesesakan trafik ini yang menjadi punca apabila sekiranya warga asing itu ditempatkan di kawasan Sungai Batu dan Teluk Kumbar akan menambahkan lagi kesesakan trafik yang kita sudah pun melaluinya sekarang ini. Begitu juga kita harapkan supaya jenayah dapat kita bendung. Kita dapati kalau sekiranya pendatang asing datang sampai 40,000 dan sebagainya kita dapati kita amat bimbang kes-kes jenayah akan menyusahkan rakyat dan juga akan menjadi punca kepada ketidaksenangan rakyat kita. Oleh itu, kita harapkan semoga semua pihak dapat mengambil peduli tentang isu ini dan semoga Pulau Betong mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi DUN Pulau Betong terutama sekali pengundi-pengundi muda yang memberi kepercayaan kepada PN untuk berkhidmat pada kali ini. Sekali lagi Pulau Betong memberi penghargaan kepada seluruh kakitangan awam dan kakitangan swasta termasuklah pihak keselamatan atas khidmat bakti tuan-tuan dan puan-puan
semua semoga kita dapat teruskan memberikan kebaikan yang paling baik kepada rakyat kita bersama. Pulau Betong mencadang. Assalamualaikum.
Menyokong, menyokong.
Pulau Betong menyokong.
Terima kasih Pulau Betong. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masih ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih belum ambil bahagian dalam perbahasan? Ahli-ahli Yang Berhormat, jika tiada yang tertinggal dalam sesi perbahasan ini maka kita telah selesai sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas pada 17 November tahun 2023. Dengan ini Dewan ditangguhkan sehingga esok pagi jam 9.30 pagi. Sekian, terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 3.36 petang.