Pulau Pinang · 22 November 2023
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 401 turns · 41,929 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat.
“Bacaan doa.” Soalan Lisan.
Soalan Lisan. Saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Sungai Bakap.
Bismillahirrohmanirrahim. Soalan Sungai Bakap, nombor 20. No.20. Jelaskan kronologi krisis air yang berlaku di Mukim 5 Sungai Bakap sehingga menyebabkan penduduk terkesan semenjak tahun 2019. (a) Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini? (b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri hendak bertanggungjawab terhadap rakyat yang terpaksa menanggung bil air walhal air tiada?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dengan Yang Berhormat Sungai Bakap atas soalan dan keprihatinan Yang Berhormat atas isu-isu air di kawasan Sungai Bakap. Ya kita mengakui terdapat masalah untuk beberapa tahun yang lepas ini. Yang Berhormat, kronologi krisis air yang telah berlaku di Mukim 5 Sungai bakap secara khusus semenjak tahun 2019 adalah seperti berikut. Saya akan bacakan sorotan yang utama. Pada tahun 2019, PBA telah mula menerima aduan tekanan air rendah khususnya di waktu puncak daripada penduduk-penduduk di kawasan terutamanya flat Taman Seruling Emas, Taman Seri Seruling dan Taman Widuri. Ini adalah kawasan-kawasan yang Taman Widuri kawasan tinggi kalau Taman Seri Seruling dia di hujung sistem rangkaian paip dan kemudian flat Taman Seruling Emas ini adalah flat lima tingkat yang tidak mempunyai tangki sedutan dan sistem pam. Semakan PBA mendapati bahawa punca berlaku tekanan rendah di paip utama puncanya adalah disebabkan tekanan rendah di paip utama sehingga menjejaskan tekanan sedutan di Rumah Pam Wellesley dan PBA telah pun menyediakan lori tangki air untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas. Pada tahun 2020, PBA juga menyediakan lori tangki air dalam keadaan siap sedia untuk digunakan apabila perakam tekanan PBA mengesan gangguan bekalan air lebih daripada 24 jam dan PBA juga telah menempatkan kakitangan PBA secara bergilir-gilir dan dari semasa ke semasa di rumah pam di kawasan terjejas untuk memantau tekanan air. PBA juga telah mengambil inisiatif dengan pemasangan tangki air statik komuniti di beberapa kawasan.
Pada tahun 2021, PBA telah mempergiatkan pemeriksaan untuk kebocoran kerosakan injap ataupun valve atau air lock dalam sistem saluran utama dan saluran paip dan menjalankan kerja di area jika diperlukan. PBA juga telah membaiki dan mengganti saluran paip dan injap bocor dalam masa yang sesingkat mungkin. Pada tahun 2022, PBA telah mengadakan perjumpaan bersama dengan penduduk dan juga telah menyediakan pelan kontigensi bekalan air 2022 yang sebenarnya khusus untuk memastikan bekalan air itu mencukupi sehingga ke kawasan di SPS tidak akan supaya kawasan di SPS tidak akan mengalami isu tekanan air rendah dan pelan kontigensi ini telah menyenaraikan beberapa projek yang besar dan sedang dilaksanakan. Selain daripada itu, PBA juga telah mengambil langkah dengan membina Rumah Pam Permatang Tinggi pada bulan Oktober 2022 yang telah siap pada Disember 2022. Pada tahun 2023, PBA telah memulakan operasi Rumah Pam Permatang Tinggi pada bulan Januari dan Kerajaan Negeri PBA telah melaksanakan empat (4) projek penyelesaian sementara khusus untuk kawasan-kawasan ini. Yang Berhormat pun sudah maklum semalam saya dengar ucapan Yang Berhormat, Yang Berhormat pun ada berucap mengenai tempat projek jangka pendek ini. Yang Berhormat pun ada membangkitkan mengenai kelewatan yang berlaku di projek-projek ini. Jadi saya pun hendak ambil kesempatan ini untuk bagi sedikit penjelasan berkenaan setiap projek tersebut. Yang pertama adalah loji DAF (Dissolved Air Flotation) iaitu 10 mld di Loji Rawatan Air Bukit Panchor. Ini sudah siap, Yang Berhomat. Yang kedua adalah Loji Rawatan Kompek 2.4 mld di Sungai Kerian, yang ini berdasarkan kepada jawapan yang diberi adalah semalam, Yang Berhormat maklum. Januari 2024 tapi sebenarnya projek ini mengalami beberapa kelewatan isu pengambilan tanah. Jadi tarikh terbaru adalah April 2024. Saya telah semak dengan pihak PBA. Ketiga adalah Rumah Pam Taman Widuri dan Taman Wellesley. Okey untuk Taman Widuri ini dijangka siap pada akhir tahun. Kelewatan ini berlaku akibat kesukaran untuk mendapat kelulusan daripada pihak MBSP untuk menggunakan Lorong Biduri 23 sebagai hendak letak tangki sedutan. Untuk Taman Wellesley pula kelewatan berlaku oleh kerana bantahan daripada pihak TNB kerana jajarannya adalah di bawah talian atas 132 kv. Jadi perkara ini sedang diselesaikan dan kita harap hujung tahun list yang Rumah Pam Taman Widuri itu akan siap. Untuk dua loji rawatan air mudah alih ataupun mobile water treatment plan di Taman Sungai Duri yang ini dalam proses testing and commissioning sudah siap cuma bila kita perlukan testing and commissioning itu memastikan apabila kita buat proses rawatan itu ada sejumlah bahan kimia yang perlu dimasukkan sebagai proses rawatan tapi formula hendak letak berapa banyak itu dia bergantung kepada kualiti air. Jadi itulah testing yang senang dibuat dan dijangkakan pada akhir bulan ini akan siap dan boleh di operasikan. Selain daripada itu Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga melalui PBA merancang untuk membina Loji Rawatan Air Sungai Kerian Fasa 1 dengan kapasiti rawatan air sebanyak 114 mld yang ini projek yang boleh dikatakan jangka sederhana dan projek ini memang akan ada impak yang besar tapi sementara projek ini siap atau pun dimulakan maka semua projek-projek kecil ini akan membantu dulu dan projek ini akan membantu untuk menangani permintaan air di SPS sehingga tahun 2030 dan sekiranya siap akan memberi manfaat kepada 55,000 pengguna. Yang Berhormat untuk soalan terakhir Yang Berhormat PBA pernah menjelaskan bahawa bayaran bil air bergantung pada bacaan meter jadi sekiranya tiada air, maka tiada bacaan meter dan tiada bayaran yang dikenakan ke atas pengguna yang terjejas. Sehubungan dengan itu, kadar bil yang dikenakan adalah berdasarkan bacaan meter dan sekiranya terdapat isu-isu di luar
jangkaan boleh menghubungi pihak PBA untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih kepada YB Tanjong Bunga di atas pencerahan yang diberikan. Terima kasih. Cuma soalan tambahan daripada Sungai Bakap berkenaan dengan loji daripada Negeri Perak itu yang kerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Berapa tahun lagi akan beroperasi? Itu soalan yang pertama. Soalan yang kedua kita juga melihat dari segi pembangunan kawasan Batu Kawan tempat Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan dalam mesyuarat bersama Pejabat Daerah di mana telah dibangkitkan isu daripada PA Batu kawan menyatakan banyak kilang-kilang yang telah call kepada PA tersebut Encik Seri yang menyatakan tekanan air rendah. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, untuk projek air antara Negeri Perak dan Negeri Pulau Pinang perkara ini baru sahaja dimulakan rundingan antara kedua-dua negeri walau pun isu yang berlarutan tapi baru saja mendapat persetujuan daripada pihak Kerajaan Negeri Perak maka mesyuarat yang pertama baru berlangsung pada tarikh 9 November yang lalu yang dihadiri oleh Dato’ SUK kita bersama-sama dengan SUK Negeri Perak dan dijangka sebenarnya projek ini adalah projek yang akan mengambil masa kerana dia melibatkan penggunaan terowong untuk memindahkan air dari Sungai Perak ke loji rawatan air dan kemudian perlu dibina juga infrastruktur untuk menyalurkan air terawat tersebut ke Negeri Pulau Pinang maka dalam jangkaan 6 hingga 10 tahun. Oleh itu, kita hendak buat projek-projek yang lain dulu seperti projek LRA Sungai Kerian dan juga projek-projek LRA lain seperti seperti di Mengkuang seperti di Sungai Muda. Ini semua adalah untuk supaya kita boleh tahan sehingga projek air dengan Perak ini siap. Untuk isu kilang itu Yang Berhormat, semuanya sebenarnya diambil kira apabila kita membuat unjuran-unjuran projek-projek kecil ini adalah bukan sahaja untuk membantu penduduk tapi juga untuk permintaan industri. Jadi semuanya akan dibantu sekali oleh projek-projek yang saya sebutkan tadi itu. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Machang Bubuk.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan tekanan air rendah juga. Saya rasa terkejut dengan apa yang disebutkan oleh Air Putih semalam iaitu antaranya salah satu sebab punca tekanan air rendah itu adalah paip air PBA yang terlalu usang dan bocor yang menyebabkan NRW yang ini juga menyebabkan bahawa tekanan air itu tidak boleh diberikan begitu tinggi. So apa usaha Kerajaan Negeri dalam segi menukar paip-paip PBA yang usang tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Betul. Ia sebenarnya pada dalam beberapa tahun yang lepas ini disebabkan permintaan air telah naik dengan mendadak khususnya sewaktu berlaku PKP apabila berlaku PKP dengan tiba-tiba kita nampak permintaan air telah meningkat dengan begitu banyak dan apabila PBA meningkatkan tekanan air dan didapati banyak paip bocor kerana paip using, paip lama dan tidak dapat menahan tekanan air yang tinggi. Jadi oleh kerana itu PBA pun ada mengambil langkah dengan meluluskan daripada Lembaga Pengarah kita meneruskan RM180 juta untuk program penggantian paip yang lama tapi kalau kita hendak benar-benar menggantikan semua paip yang usang di Negeri Pulau Pinang anggarannya adalah dalam hampir RM2 bilion juga sebenarnya. Banyak paip kita yang sebenarnya sudah melebihi usia reka bentuk dan ini bukan masalah di Negeri Pulau Pinang sahaja masalah di seluruh negara Malaysia. Oleh kerana itu kita mempunyai NRW yang sangat tinggi walaupun Air Putih ada membangkitkan NRW kita sudah mencecah 26 peratus dan sebagainya hakikatnya di negeri lain ada yang 50 peratus ada yang 60 peratus ada yang secara purata adalah 35 peratus. Jadi di Negeri Pulau Pinang masih terkawal. Namun begitu kita pun hendak memastikan tahap NRW itu dapat menurun tetapi pelaburan yang diperlukan untuk penggantian paip ini adalah terlalu besar. Jadi yang RM180 juta ini kita akan fokus kepada kawasan-kawasan yang utama dahulu Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih saya hendak menjemput soalan seterusnya. Soalan tambahan habis. Sila. Soalan yang seterusnya, Sungai Dua. Sila.
Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya ada soalan nombor 21. No. 21. Dengan harga rumah di Pulau Pinang kedua tertinggi di Asia Tenggara dan harga median hartanah yang sepatutnya RM234,072 tetapi berada pada harga RM330,000 ketika ini, bagaimanakah Kerajaan Negeri hendak membantu rakyat Pulau Pinang mempunyai rumah sendiri?.
Sila.
Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan selamat pagi dan hari ini merupakan hari ini dalam sejarah saya kerana saya pertama kali masuk bidang politik daripada korporat dan ini adalah soalan pertama yang saya akan jawab dan soalannya daripada Ketua Pembangkang. Boleh dikatakan hari ini adalah satu hari yang bersejarah bagi saya okey. Sebelum saya jawab saya minta izin Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri untuk melafazkan……..(Bahasa Tamil)……. terima kasih.
Tak faham untuk difahamkan pada yang lain. Faham ? okey, okey …. (ketawa)….
Untuk saya sambung, ini adalah my prayers to allow me that start the speech thank you. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Dua, terima kasih kepada soalan ini berdasarkan laporan terkini Knight Frank menerusi indeks kajian kediaman Asia Pacific separuh pertama 2023 harga kediaman di Pulau Pinang memang meningkat sebanyak 5.78 peratus pada separuh pertama tahun 2023 sekaligus menjadikan bandar kedua berprestasi tertinggi, okey, di Asia Tenggara. Singapura memaparkan kenaikan ketara kos kediaman sebanyak 7.9 peratus dan disusuli oleh Bangkok sebanyak 4.36 peratus data ini memberi gambaran bahawa sektor perumahan dan hartanah di Pulau Pinang sedang berada dalam fasa pemulihan pasca pandemik COVID19 dan pertumbuhan ekonomi yang positif, ini adalah satu berita baik sebenarnya. Selain itu, purata pendapatan isi rumah juga didapati meningkat dan membolehkan rakyat Pulau Pinang memiliki rumah walau pun berada dalam di atas harga median hartanah. Peningkatan harga rumah di Pulau Pinang adalah selaras dengan peningkatan pendapatan isi rumah, ianya dapat diterjemahkan dari data yang dilaporkan oleh laporan pasaran hartanah di Negeri Pulau Pinang untuk sukuan kedua Q2 tahun 2023 yang diperolehi dari pusat maklumat hartanah negara iaitu NAPIC yang menunjukkan bahawa hanya 502 unit daripada 2,901 unit bersamaan 17.3 peratus tidak terjual adalah rumah-rumah yang melebihi harga RM300,000. Kebanyakkan ini tidak dapat dijual oleh kerana pendapatan pinjaman dari bank memang sukar.
Dasar rangsangan sektor hartanah dan kempen pemilikan rumah HOC, (Home Ownership Campaign) bermula pada bulan Jun tahun lepas iaitu 2021, sorry, bermula daripada Jun pada tahun 2021 dan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi memberi lonjakan kepada industri hartanah di Pulau Pinang. Ini memberi satu kesan yang banyak baik kerana semasa selepas pasca pandemik COVID-19 penjualan rumah pun memang sudah slow selepas itu selepas HOC di bawa banyak penjualan rumah kita memang meningkat. Melalui dasar ini harga rumah maksimum telah dikurangkan sebanyak dari 10 peratus di mana harga maksima rumah mampu milik di bahagian pulau diturunkan daripada RM300,000 kepada RM270,000 iaitu tolak 10 peratus dan di Seberang pula harga daripada RM250,000 dikurangkan kepada RM225,000 iaitu tolakan RM25,000 sebanyak 10 peratus daripada RM250,000. Melalui dasar ini rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat dan berjaya memiliki rumah kediaman sendiri. Nisbah harga rumah RM270,000 dan pendapatan menengah Pulau Pinang RM6,502 sebulan ini pada 3.4 merupakan satu angka menunjukkan trend semakin positif kebolehmilikan berbanding RM300,000. So bila harga diturunkan kepada RM270,000 pinjaman pun jadi kurang So, itu menyenangkan orang untuk membeli rumah lagi. Selain itu harga pinjaman rumah mampu milik masih di kawal oleh Kerajaan Negeri pada harga siling RM300,000 melalui Dasar Melestarikan Melariskan dan Mempergiatkan Penjualan Perumahan Jenis Mampu Milik. Walau pun harga hartanah di Pulau Pinang meningkat, kebanyakkannya adalah hartanah yang lebih daripada RM300,000 tetapi walau macam mana pun harga untuk Rumah Mampu Milik ini tidak lah naik harga dia sama juga. Dalam 3 kategori Rumah Mampu Milik A, B dan C, Rumah Mampu Milik A kawasan pembinaannya adalah 650 kaki persegi dan harganya tetap RM42,000 banyak negeri-negeri di Malaysia diseluruh semenanjung sudah pun tidak jual lagi untuk hanya rumah RM42,000 tetapi Penang masih pegang kepada RM42,000 ini yang memang harga rumah ini lebih kurang daripada harga kereta sekarang kerana hendak bina rumah RM42,000 ini kosnya lebih kurang RM130,000 hingga RM150,000, so pemaju memang subsidies tinggi-tinggi lah melalui Kerajaan Negeri untuk menjual rumah ini dengan sebegitu kurang dan ini akan memastikan satu keluarga, satu rumah ya. Rumah Mampu Milik kategori B 750 kaki persegi harganya RM72,500 dan rumah kategori C1 750 kaki persegi dengan kemasan harga permulaannya adalah RM150,000, kategori C2 pula 800 kaki persegi harga jualannya adalah RM250,000 dan kategori C3 pula adalah harga RM300,000 di Seberang pula harganya bukannya RM300,000, di seberang harganya adalah RM250,000. Kerajaan ini juga mengkaji untuk mewujudkan kategori baru iaitu kategori B2. ini kita akan melancarkan dalam tempoh masa yang singkat produk-produk yang kami ada sekarang ini produk yang pertama itu RMA pendapatan jumlah pendapatannya tidak boleh melebihi RM2,500 sebulan, kategori B jumlah pendapatan tidak boleh melebihi RM3,500, kategori C pula pendapatannya tidak boleh melebihi RM8,000 saya memandang ada satu gap yang terlalu besar antara RM3,500 hingga ke RM8,000. Masalah dia adalah anak-anak muda kita yang keluar daripada universiti yang start kerja untuk kali pertama kebiasaannya gaji dia adalah antara RM3,500 hingga RM5,000. So saya wujudkan satu produk baru. Kita akan wujudkan satu produk baru, kita masih dalam perancangan iaitu kategori produk B2 dengan harga RM100,000 dengan jumlah pembinaan 750 kaki persegi ini akan membantu anak muda kita yang baru kahwin atau pun anak muda yang baru bekerja untuk kali pertama so kita akan ada satu kategori tambahan untuk menyenangkan orang memiliki rumah.
Manifesto Perpaduan Pulau Pinang 2023 di bawah tema utama “Perumahan Untuk Semua” iaitu mencapai 220,000 unit perumahan mampu milik. So dalam 220,000 rumah ini kita akan pastikan 10 peratus daripadanya iaitu 22,000 adalah rumah jenis sewa beli itu pun akan menyenangkan orang untuk orang memiliki rumah. Itu sahaja jawapan saya, terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Pertama apa nama ni berkenaan dengan fee…..(dengan izin) yang dikenakan oleh kerajaan kepada pihak pemaju yang memajukan perumahan, itu yang pertama. Yang kedua, apakah Kerajaan Negeri tidak boleh mengecualikan fee yang dikenakan kepada pemaju tujuannya untuk kita menyelesaikan perumahan rakyat yang orang kata yang fokus tertentu sahaja yang miskin, B40 untuk kita pastikan supaya rakyat kita dapat memiliki rumah disebabkan maknanya pemaju perumahan ini terpaksa menanggung kos yang tinggi dia pun hendak untung juga tetapi kalaulah kerajaan boleh mengecualikan fee ni dalam projek-projek yang tertentu sahaja sudah tentulah maknanya apa nama dapat mengurangkan harga rumah dan ini dapat orang kata dan perkara ini akan dapat orang kata apa kembali kepada rakyat kebajikan kepada rakyat, adakah itu boleh direalisasikan.
Terima kasih Ahli Kawasan Sungai Dua memang Kerajaan Negeri sudah pun ada banyak kelonggaran seperti plot ratio telah dinaikkan daripada zaman-zaman dahulu, zaman-zaman dahulu satu ekar boleh buat beberapa unit sahaja. Sekarang Kerajaan Negeri selepas HOC dilancarkan banyak kelonggaran sudah diberi dan juga……..(dengan izin), this is a number game, development is a number game so bila pemaju diberi kelonggaran daripada sekatan density dan plot ratio itu akan bagi…..(dengan izin), economy of scale. Bila pemaju dapat economy of scale dia akan dapat keuntungan daripada produk yang lain itu dan juga RMM ini bila kita ada jenis RMT3 RMMC especially dia akan bagi economy of scale kerana density yang dia bagi itu memanglah tinggi. Saya minta maaf Yang Berhormat Sungai Dua soalan pertama itu saya tidak faham. Boleh ulang sekali lagi?
Fee, jenis fee, fee.
Development charges, okay. Dia ada dua (2) cara, satu adalah mengurangkan development charges, satu lagi adalah bagi kelonggaran pembangunan, saya rasa lebih baik kita bagi kelonggaran pembangunan dari segi density atau pun plot ratio atau lain-lain. Sekian, terima kasih.
Penanti.
Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat jadi apa yang telah dimaklumkan tadi oleh YB Perai tadi tidak ada kedengaran rumah yang di bawah 700 kaki persegi, betul ya? Jadi itu satu benda yang saya rasa mustahak sebab kita hendak kepastian bahawa kalau rumah itu bawah daripada 700 kaki persegi kita akan ada masalah seperti apa yang ada sebelum-sebelum ini dimana rumah ada 2 bilik yang duduk di dalam rumah terpaksa kena turun ke bawah, anak-anak bercampur dengan mat-mat rempit jadi harmoni keluarga tidak tercapai. Jadi dengan usaha untuk rumah yang 700 kaki persegi itu Alhamdulillah bagus cuma dalam kategori tambahan seperti yang YB beritahu tadi di untuk rumah RM100,00, 750 kaki persegi adakah boleh dilaksanakan dengan harga barangan yang begitu mencabar pada masa dan ketika ini ya YB, mohon penjelasan.
Penanti dalam soalan YB. Penanti itu ada jawapan dia lah. Memang sebagai EXCO Perumahan dan juga seorang yang latar belakang daripada dunia korporat terutama sekali dari segi pemaju saya pernah jadi pemaju selama 37 tahun. Semasa saya jadi pemaju biasanya saya complaint kerajaan menyusahkan kita cari makan biasanya, kerana rumah kos rendah ini memang makan banyak kos kita it is very heavily subsidies product. Banyak benda-benda yang kita boleh sebagai Kerajaan Negeri daripada mengurangkan menaikkan harga boleh jadi satu isu yang sensitive sangat. Cuba bayangkan kalau kita henti jual rumah jenis RMA RM42,000, politically very sensitive sebagai satu kerajaan kita tidak mampu buat itu pada masa sekarang tetapi kita ada strategi-strategi lain yang boleh mengatasi masalah ini. Kalau kita memandang kenapa kos pembinaan jadi meloncat, di Pulau Pinang misal kata kuari kita banyak sudah tutup dan Yang Berhormat Penanti pun tahu, Yang Berhormat Penanti tahu kita sudah runding dah haritu, misal kata kalau kuari-kuari ini dibuka semula bekalan produk-produk kuari ini akan mengurangkan kos pembinaan kita. Keadaan sekarang kita beli produk kuari daripada Perak, dari utara rakan kita pun tidak mahu bagi kita lah, so kita kena tengok ke selatan pula so kalau kita bawa dari selatan memang kos dia tinggi, so saya memang sebagai EXCO Alam Sekitar sedang mengkaji macam mana cara kita boleh buka balik kuari-kuari untuk
membekalkan produk-produk kuari yang boleh menurunkan kos pembinaan di Pulau Pinang dan juga banyak benda yang kita boleh buat. Like I said earlier kita boleh bagi dia peluang untuk cari duit lebih sedikit daripada produk biasa yang boleh subsidies untuk produk rumah mampu milik. Sekian terima kasih.
Terima kasi Penaga. Sila.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan Penaga soalan nombor 22. No. 22. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap isu terkini Palestin diserang oleh Israel? (a) Berapakah hasil sumbangan rakyat Pulau Pinang yang terkumpul untuk disalurkan bagi membantu rakyat Palestin? (b) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memahamkan rakyat Pulau Pinang berkaitan isu kemanusiaan dan penindasan terhadap penduduk Palestin ini?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Penang2030 dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Penaga yang bertanyakan soalan 22. “Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap isu terkini Palestine diserang oleh Israel dan berapakah hasil sumbangan rakyat Pulau Pinang yang terkumpul untuk disalurkan bagi membantu rakyat Palestine dan apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memahamkan rakyat Pulau Pinang berkaitan isu kemanusian dan penindasan ini. “ Dato’ Yang di-Pertua dan Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri mengutuk keras peperangan dan penindasan berterusan Israel ke atas rakyat Palestine sehingga kanak-kanak tak berdosa warga tua dan wanita dibunuh dengan kejam setiap hari. Kerajaan Negeri dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bersama rakyat Pulau Pinang telah mengadakan beberapa perhimpunan solidariti bagi menyokong perjuangan rakyat Palestine. Antaranya pada 11 Oktober 2023 Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan kepada semua pengurusan masjid di seluruh Pulau Pinang untuk mengadakan perhimpunan solidariti di Masjid Negeri dan Daerah di samping bacaan qunut nazilah dan solat hajat. Tabung Kemanusiaan Palestine telah dilancarkan pada 11 Oktober 2023 melalui akaun khas Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan arahan kepada seluruh masjid untuk mengumpul dana melalui kutipan dua kali Solat Jumaat pada 13 dan 20 Oktober 2023. Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang turut menghadiri solat jumaat di Masjid Al-Mohsi Simpang Tiga Tasek Gelugor pada 20 Oktober 2023 pada awalnya sasaran kutipan adalah sebanyak RM500,000 sahaja namun demikian pada hari pertama sahaja kutipan telah mencecah sebanyak RM380,000
hasil sumbangan dari Kerajaan Negeri melalui keputusan yang diluluskan oleh mesyuarat EXCO yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, badan korporat, individu dan perseorangan dan alhamdulillah ini menunjukan bahawa rakyat Pulau Pinang prihatin dan menyedari tanggungjawab untuk bersama-sama menyumbangkankan sumbangan ke tabung tersebut. Jumlah kutipan tersebut sehingga 9 November 2023 berjumlah RM1,223,516.28 iaitu melebihi sasaran awal RM500,000 telah diserahkan kepada Pengerusi Palestinian Culture Organization Malaysia (PCOM) iaitu Tuan Badaridiansiam di dalam satu seisi kenyataan media saya sendiri di Majlis Agama Islam pada 10 November 2023. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memahamkan rakyat Pulau Pinang berkaitan isu kemanusiaan dan penindasan terhadap penduduk Palestine ini. Antaranya himpunan solidariti selepas solat jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang pada 13 Oktober 2023. Mengadakan perhimpunan aman menentang kekejaman generalsite Israel ke atas rakyat Plestine pada 28 Oktober 2023 di Padang Brown yang disertai oleh hampir 20 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan pelbagai kaum termasuk juga NGO-NGO bukan islam. Antara NGO yang terlibat adalah Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang (MyCare), Myteran Care Malaysia, Liga Muslim Pulau Pinang, Tamil Foundation Malaysia dan sebagainya. Selain itu pada 29 Oktober 2023 satu himpunan yang dinamakan sebagai himpunan Kasih Gaza solidariti bersama Palestine di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah yang dihadiri lebih 150 pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, Terima kasih kepada YB. Batu Maung atas penjelasan berhubung dengan soalan yang telah saya kemukakan dan saya berpuas hati melihat Kerajaan Negeri juga mengutuk keras atas apa yang berlaku kepada saudara kita di Palestine kekejaman rejim zionis yang bermula daripada 7 Oktober sehingga la sampai hari ini. Soalan tambahan saya yang pertama berkaitan dengan sumbangan atau pun dana yang telah berjaya dikumpul dan tahniah yang melepasi target RM500,000.00 yang difahamkan tadi jawapan telah diberi sehingga 9 November jumlah kutipan adalah melebihi RM1,223,000 satu juta dua ratus dua puluh tiga ribu. Soalan saya daripada jumlah ini berapa peruntukan yang diberi peruntukan khas yang diberi Kerajaan Negeri untuk Palestine selain daripada kutipan-kutipan yang dibuat melalui GLC melalui masjid-masjid pengarahan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam. Ada tak satu program khas daripada Kerajaan Negeri yang jumlahnya berapa digabungkan sekali dengan sumbangan yang telah diterima. Yang kedua soalan kedua berkaitan dengan pandangan la bagi pihak Kerajaan Negeri masa depan Palestine atau apa pandangan atau pun cadangan yang terbaik untuk Palestine kerana saya melihat di sana kalau Perdana Menteri masih Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar masih menekan solusinya adalah two state solution di dijadikan dua negara tapi itu pun saya kira sudah tidak ada relevan dan sememangnya zionis sudah tidak
bersetuju dengan two state solution ini sebab itu menyerang dan mereka nak ambil bumi Gaza. Jadi apa pandangan terbaik la untuk Palestine.
Baik. Berkenaan dengan jumlah sumbangan khas daripada Kerajaan Negeri sendiri sebagaimana yang saya jawab soalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat EXCO yang di pengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebulat suara meluluskan sumbangan khas kepada Tabung Kemanusiaan Palestine ini sebanyak RM50,000.00 dan daripada Majlis Agama Islam iaitu daripada Zakat Pulau Pinang sebanyak RM200,000.00 dan ini menunjukkan bahawa sokongan solidariti daripada Kerajaan Negeri dan rakyat Pulau Pinang berkenaan dengan kezaliman yang dilakukan zionis Israel keatas rakyat Palestine berkenaan dengan isu kezaliman dan juga isu penindasan. Berkenaan dengan soalan tambahan berkenaan dengan pendirian kerajaan kita bersetuju dan bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia berkenaan dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan antaranya adalah two state solution itu yang buat masa sekarang ini adalah itu la cadangan yang diutarakan oleh Kerajaan Malaysia melalui pimpinan Kerajaan Malaysia iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.
Terima kasih dan...
Soalan tambahan.
Ha. Sila.
Adakah dengan apa nama berpegang kepada two state two state yang dikatakan ini.
Two state solution.
Kita mengiktiraf negara Israel kerana dalam passport kita sendiri pun maknanya adalah tempat yang ini itu nak tanya pandangan.
Mungkin ada ini bidang kuasa di Pusat. Cuma jawab yang sebolehnya.
Jawapan yang sama yang saya beri.
Saya nak jemput yang Berhormat Permatang Berangan. Sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker yang segak bergaya. Soalan Permatang Berangan no 23. No. 23. Nyatakan berapakah jumlah wang kutipan dan agihan Zakat Pulau Pinang dan juga bilangan asnaf yang diagih di DUN Permatang Berangan mengikut skim yang diberikan dari tahun 2018 sehingga sekarang. (a) Apakah usaha kerajaan dalam menoktah kemiskinan tegar terutamanya melalui Zakat Pulau Pinang?
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan dan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Permatang Berangan, “Berapakah jumlah wang kutipan dan agihan zakat Pulau Pinang dan juga bilangan asnaf yang diagihkan di DUN Permatang Berangan ini spesifik pasal dok Permatang Berangan mengikut skim yang diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022”, la dari segi agihannya dan apakah usaha kerajaan dalam menokhtahkan kemiskinan tegar terutamanya melalui Zakat Pulau Pinang. Jumlah kutipan dan agihan Zakat Pulau Pinang serta bilangan asnaf DUN Permatang Berangan dari segi jumlah kutipan 2018 dari segi 2018 jumlah kutipan yang berjaya dikutip adalah RM119.8 juta untuk keseluruhan di Negeri Pulau Pinang, 2019 RM121.4 juta, tahun 2020 RM130.9 juta, tahun 2021 RM147.3 juta 2022 RM150.1 juta dan untuk tahun 2023 sehingga setakat sekarang adalah RM106.6 juta. Spesifik bagi DUN Permatang Berangan dari segi jumlah penerima bantuan pada tahun 2018 adalah sebanyak 749, 2019 757 dengan jumlah agihan pada tahun 2018 adalah lapan ratus tujuh puluh lima ribu tiga ratus enam. Pada tahun 2019 jumlah bilangan penerima bantuan adalah 757 dengan jumlah agihan sembilan ratus empat ribu lima ratus empat puluh riga ringgit. Pada tahun 2020 bilangan penerima bantuan adalah 761 dengan jumlah agihan zakat RM817,144.00. Pada tahun 2022 bilangan penerima bantuan 705 orang dengan jumlah agihan zakat
RM942,385.00 dan pada tahun 2023 setakat ini 723 dengan jumlah agihan zakat sebanyak RM879652.00. Peranan zakat Pulau Pinang dalam usaha menohtahkan kemiskinan tegar di Negeri Pulau Pinang dengan mengagihkan bantuan-bantuan mengikut keperluan setiap asnaf khasnya fakir dan miskin melalui beberapa produk iaitu skim agihan sara hidup secara bulanan, skim agihan makanan secara bulanan, skim agihan sara hidup sekaligus, skim agihan bencana alam, skim agihan perubatan sekaligus, skim agihan perubatan secara bulanan, skim penginapan kasih iaitu bina rumah, skim baiki rumah , skim agihan rawatan hemodialysis, skim agihan awal persekolahan dan skim pakaian seragam sekolah. Kesemuanya adalah sebelas produk mengikut keperluan setiap asnaf khasnya fakir dan miskin dan juga Majlis Agama Islam melalui Zakat Pulau Pinang mewujudkan skim agihan baru bersesuaian dengan keperluan semasa asnaf iaitu skim pendawaian elektrik rumah asnaf yang dikenali sebagai SPERA. Jumlah agihan sehingga lapan ribu ringgit untuk melengkapkan prasarana kediaman asnaf iaitu elektrik dan air dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam dan skim agihan sara hidup seperti skim tunai bulanan, skim makanan bulanan dan skim tunai sekaligus dinaikkan nilai agihan sebanyak dua ratus ringgit hingga empat ratus ringgit mengikut had kifayah bermula tahun 2023 dan Zakat Pulau Pinang sentiasa mengkaji kadar mencukupi iaitu had kifayah keperluan asnaf dan kadar had kifayah telah disemak secara menyeluruh pada tahun 2020 dan kadar ini sentiasa dipantau untuk semakan secara tahunan berdasarkan parameter-parameter nilai minimum dan maximum yang telah ditetapkan berdasarkan keperluan semasa yang kadar ini akan diedarkan selepas sesi soal lisan soal sesi soalan lisan ini. Bagi merancakkan pembangunan ekonomi melalui bantuan usahawan dan perniagaan ada beberapa skim yang dilaksanakan oleh Zakat Pulau Pinang iaitu skim agihan projek-projek khas kelestarian asnaf seperti skim peladang nenas asnaf, skim asnaf altergasi timun dan skim rakan grab food rider. Skim agihan keusahawanan asnaf bagi modal bimbingan dan latihan seperti Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang, skim pembiayaan Mikro iTEKAD kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad dan skim Usahawan Berkat kerjasama dengan Al-Ikhsan Sports Malaysia. Fokus kepada pembangunan pendidikan latihan generasi kedua iaitu belia dan juga anak asnaf melalui program tajaan latihan dan juga pendidikan yang mempunyai potensi tinggi iaitu skim dermasiswa pengajian dan permulaan IPT tajaan pengajian tajaan untuk pelajar peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan juga Dr. Falsafah, Program kemahiran dan professional, kursus pengendalian jentera berat kerjasama dengan Akademi Binaan Malaysia dan kursus Profesional Perakaunan kerjasama dengan Malaysia Profesional Accountancy Center (myPAC), program tajaan pendidikan bersama antaranya adalah kursus sijil kemahiran Malaysia (SKM) dengan kerjasama Universiti DRB Hicom, kursus kemahiran kimpalan kerjasama dengan TWI Malaysia, kursus tajaan pengajian perubatan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muazam Shah Kedah Darul Aman dan juga program keusahawanan seperti skim rakan grab food rider. Zakat Pulau Pinang juga bekerjasama dengan agensi bantuan lain dalam program pendidikan yang melibatkan kelas bimbingan, latihan kemahiran dan tajaan pendidikan yang sedang dilaksanakan adalah seperti Kelas Bimbingan Mutiara, Program Didik Cemerlang Akademik, kerjasama bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Program Iltizam Huffaz iaitu program bimbingan persediaan SPM bagi pelajar-pelajar tahfiz iaitu fast track.
Kerjasama dengan Yayasan Islam Pulau Pinang dan KAFA Menengah kerjasama dengan YIPP iaitu Yayasan Islam Pulau Pinang. Program kemahiran dan profesional, kursus pengendalian jentera berat kerjasama yang saya sebut tadi dengan Akademi Binaan Malaysia dan juga kursus profesional perakaunan dengan MYPAC dan juga bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan juga agensi yang mempunyai kepakaran tertentu seperti dengan KITAB sendiri iaitu sebuah IPT Islam milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Kursus sijil kemahiran yang disebut tadi dengan institusi DRB Hicom dan juga kursus tajaan perubatan dengan UNISHAMS Kedah Darul Aman.
Terima kasih.
Soalan Tambahan. Terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Batu Maung. Tadi kita dengar Yang Berhormat telah sebut banyak bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada asnaf. Cumanya Permatang Berangan nak dapat penjelasan sikit berkaitan dengan ada sebelum ini ZPP pernah buat PUZ Mart untuk bagi peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak asnaf bekerja di situ. Rasanya baru ini ada yang ditutup dan sebagainya. Adakah kita Zakat Pulau Pinang berhasrat untuk mewujudkan program-program yang macam ini dalam bentuk projek supaya keluarga asnaf itu dapat pekerjaan dan pendapatan bulanan akan isi rumah akan meningkat dan boleh keluar daripada kemiskinan. Adakah perancangan yang macam itu di masa akan datang?
Baik, sebagaimana dalam jawapan yang saya sebut tadi ada beberapa program yang dilaksanakan oleh Zakat Pulau Pinang bagi mengeluarkan asnaf-asnaf ini sehingga mereka akan menjadi pembayar zakat semula sebgaimana yang saya sebut Skim Agihan Projek-Projek Khas Kelestarian Asnaf, Skim Peladang, Skim Asnaf Fertigasi dalam konteks pertanian lah dan Skim Agihan Keusahawanan Asnaf Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang tadi, Skim Pembiayaan Makro i-Tekad. Berkenaan dengan apa yang di tanya dalam soalan tambahan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan, saya akan berbincang semula dengan Zakat Pulau Pinang berkenaan dengan program-program yang mungkin pada dahulunya berkesan dihentikan mungkin kajian-kajian dibuat semula dengan mencadangkan program-program yang saya sebutkan tadi. Mungkin program-program yang berkesan pada masa lalu boleh dinilai semula dan ditambah baik dalam produk inovasi Zakat Pulau Pinang untuk dikemukakan kepada asnaf-asnaf yang berkaitan.
Terima kasih. Pinang Tunggal.
Soalan tambahan ya. Terima kasih Yang di-Pertua. Kalau tengok pembentangan daripada Batu Maung tadi, saya tak nafikan memang sangat hebat dan sangat menyeluruh. Pelan untuk kita basmi kemiskinan. Cuma saya agak tak pasti kenapa luar sana ramai orang islam yang susah, yang saya tak pasti kenapa. Adakah pihak zakat tidak cakna atau lepa tak pergi, atau kariah yang tak prihatin? Masih ramai yang memberitahu bahawa nak makan tak ada duit, kehidupan tersepit, minta penjelasan lah.
Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Pinang Tunggal. Mungkin kalau kemukakan data kepada saya mudah juga saya bawa benda ini kepada Zakat Pulau Pinang. Ini lebih kepada mungkin cakap-cakap yang kedengaran rungutan-rungutan tertentu dari segi permohonan dan juga proses yang perlu dilalui oleh pemohon-pemohon kepada Zakat Pulau Pinang yang perlu melalui proses-proses tertentu.
Jadi InsyaAllah perkara ini saya akan sampaikan dan akan berbincang melihat apakah tindakan-tindakan perlu kerana dalam konteks zakat ini maknanya (bacaan potongan ayat Al-Quran), maka ambillah harta sebahagian daripada mereka ini, maknanya agih, kutip kena agih. So dalam kes yang melibatkan soalan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Pinang Tunggal saya akan utarakan untuk perbincangan dan melihat apakah punca sebenarnya cakap-cakap yang berkaitan dengan isu ini. Mungkin hanya yang melibatkan soal proses yang mungkin di sana sini mungkin tak cukup dokumen melibatkan tertangguh dari segi proses permohonan dan sebagainya.
Terima kasih. Sila Telok Ayer Tawar.
Soalan tambahan Yang Berhormat Batu Maung, soalan tambahan. Wakaf Pulau Pinang berapa juta kah kutipan 2023 dan dimanakah dilaporkan dan apa strategi wakaf di bawah CEO baharu. Kutipan wakaf dan GLC, kilang dan lain-lain? Sekian terima kasih.
Soalan tak berapa kena dengan …
Terima kasih Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Saya cuba nak menjawab tapi oleh kerana dia di luar konteks daripada soalan asal.
Soalan pokok.
Jadi saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Yang ini pun tak boleh ya. Soalan yang ditanya itu kena based on the soalan pokok ya. Sudah. Pinang Tunggal, soalan yang seterusnya sila.
Terima kasih Dato’ Speaker, pat pat siku lipat, soalan saya nombor 24. No. 24. Apakah status pelarian Rohingya di Pulau Pinang? (a) Senaraikan agensi yang terlibat dalam pemantauan berkaitan kelahiran, pergerakan dan hal ehwal golongan ini. (b) Mengapakah golongan Rohingya ini begitu bebas sehingga boleh membuka perniagaan di negeri ini? (c) Adakah ada usaha memantau mereka?.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman kepada Yang Berhormat Pinang Tunggal, serta Dewan yang mulia ini atas isu status pelarian Rohingya di Pulau Pinang. Berdasarkan semakan dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang, adalah dimaklumkan bahawa jabatan ini merupakan agensi yang terlibat bagi penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin. Walau bagaimanapun, isu pelarian Rohingya merupakan perkara dasar dan masalah kebangsaan yang perlu dirujuk kepada pihak Kementerian Dalam Negeri yang juga membabitkan banyak agensi-agensi dan jabatan persekutuan termasuk pasukan keselamatan dan juga United Nation High Commissioner for Refugee (UNHCR) mengenai golongan Rohingya yang didapati berniaga di negeri ini dan lain-lain tempat, maka isunya adalah penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan yang perlu mengambil tindakan apabila menerima aduan berhubung dengan aktiviti sedemikian. Dan usaha memantau kemasukan golongan Rohingya ke Malaysia khususnya di negeri Pulau Pinang, ianya melibatkan pemantauan oleh pasukan keselamatan melalui dua kaedah masuk iaitu melalui laut dimana agensi berkenaan dasarnya tidak membenarkan pendaratan mana-mana pelarian melalui laluan laut ke Malaysia dan Pulau Pinang dan akan dihalau daripada perairan negara.
Tetapi masalah yang lebih rumit adalah melalui darat. Dimana kita ada sempadan yang panjang di antara Negara Thailand dengan Malaysia dan kebanyakan kemasukan melalui darat bagi golongan Rohingya ini adalah didapati melalui sempadan Thai dan Malaysia yang sentiasa dibantu atau pun dikelola oleh sindiket-sindiket berkenaan yang senang membawa masuk mereka ke Malaysia termasuk Pulau Pinang kerana ada peluang pekerjaan dan sebagainya.
Atau mungkin saudara mara sudah bertapak di Negeri Pulau Pinang yang menggalakkan lain-lain saudara mara mengambil risiko untuk mencerobohi sempadan untuk masuk ke negeri Pulau Pinang. Di Negeri Pulau Pinang kita memang menerima taklimat daripada agensi persekutuan semasa Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri dan nampaknya pada ketika mereka cadang inisiatif untuk mengawal pendaftaran kad-kad UNHCR sebab kad-kad berkenaan senang disalahgunakan dan salah ditafsirkan sebagai satu kad yang membolehkan mereka kerja, hidup dan sebagainya. Sebenarnya kad itu adalah untuk tujuan relocation ke pihak negara yang ketiga dan bukan semata-semata membenarkan mereka berada di mana-mana tempat di negara ini tetapi sebaliknya ia berlaku. Itulah mengapa saya takrifkan sebagai satu isu kebangsaan.
Terima kasih. Saya rasa soalan tambaha.
Saya tak dapat jawapan lagi jawapan untuk B dengan C itu. Untuk B dengan C tak dapat jawapan lagi.
Sudah.
Y.A.B. Ketua Menteri: Sudah jawab.
Sudah, sudah sudah.
Y.A.B. Ketua Menteri: Kalau perniagaan tempatan pihak Berkuasa Tempatan, kalau pemantauan adalah melalui kemasukan lah. Itu yang asas.
Tak kenapa begitu bebas membuka. Mengapakah golongan ini begitu bebas sehingga boleh bergerak. Kenapa bagitu bebas membuka perniagaan? (kurang jelas)
Y.A.B. Ketua Menteri: Tadi sudah saya jawab ada pihak yang salahgunakan kad yang disalahtafsir sebagai pas untuk melakukan apa-apa aktiviti sepatutnya cuma satu kad untuk mendaftar mereka bagi tujuan penempatan semula ke negara ketiga apabila ada peluang sedemikian. Tetapi di mana kita simpan mereka, itu isu pokok lah. Kita tak ada kem-kem seperti zaman pelarian Vietnam, bot Vietnam di mana kerajaan tubuhkan kem-kem untuk menahan pelarian sehingga mereka ditempatkan ke negara ketiga. Tetapi bagi golongan Rohingya, selain daripada ditangkap kalau tak ada kad UNHCR maka dianggap sebagai PATI tanpa izin dan mungkin boleh dihantar balik. Tetapi isu dia hantar ke negara mana sebab status mereka menjadi satu isu yang pokok sebab Bangladesh, Myanmar sememangnya tidak mengiktirafkan mereka sebagai rakyat mereka. Jadi nak hantar mereka kemana? Jadi, itu isu yang menjadi cabaran kepada negara Malaysia.
Yang Berhormat, ini baru soalan tambahan.
Soalan ini nanti saya minta Pinang Tunggal panjang kepada Ahli Parlimen Kepala Batas di bawa ke parlimen. Saya tak terasa soalan ini perlu dijawab sedemikian harusnya di sini.
Soalan tambahan, soalan tambahan. Sorry. Soalan tambahan.
Tak nak bawa ke Ahli Parlimen Kepala Batas? Tanya di Parlimen.
Ini berkait dengan Pulau Pinang. Kita setuju tadi bahawa ini soal kebangsaan, tapi bercakap dengan golongan ini saya amat concern (dengan izin) lah, kalau tengok pendatang dari negara lain, dia tak ada anak pinak. Sekarang ini beranak. Macam saya sebutlah. Fenomena depa dukung anak ni 30 tahun dah. So kalau tidak ada usaha pemantauan kita hanya bergantung pada data yang diuruskan oleh imigresen, kita tak tahu apa yang berlaku di kampung-kampung ni. Soal keselamatan kita penduduk setempat. Soal kebajikan, soal masyarakat, pencemaran, ini yang saya tekankan ini. Tak boleh lepas tangan semua serah kat pusat.
Sudah.
Y.A.B. Ketua Menteri: Walaupun saya ahli Parlimen juga, tapi saya tidak boleh mewakili Kerajaan Persekutuan untuk menjawab. Tetapi ini sememangnya satu masalah kebangsaan. Di mana sudah berpuluh tahun golongan ini bertapak, tetapi saya pun sudah jelaskan kalau nak usir, nak hantar balik, hantar ke mana? Tak ada negara. Mereka ada stateless. Itulah cabaran yang besar.
Kawal, kawal la beranak tu maksud saya.
YB. Speaker. Mohon mencelah YB. Mencelah.
Susah. Ini soalan tambahan.
Y.A.B. Ketua Menteri: Kalau diberi kuasa oleh Dewan ini, saya mahu cadang melantik Yang Berhormat Pinang Tunggal mengawal golongan ini tak akan melahir anak-anak.
Setuju.
Mohon mencelah Yang di-Pertua.
Berapit, sila.
Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor No. 25. No. 25. Nyatakan data mengenai kunjungan pelancong ke Pulau Pinang pada separuh pertama tahun 2023 mengikut negara atau rantau. (a) Adakah terdapat peningkatan atau penurunan berbanding tahun sebelum 2022?
Kita dengar pelancongan. Dia nak sikit.
Terima kasih kepada Yang Berhormat kawasan Berapit. Tuan Speaker, jumlah kunjungan pelancong ke Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada separuh pertama tahun 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 138.37 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun 2022. Jumlah pelancong bagi separuh pertama tahun 2023 ialah 1.68juta, 1,682,094 orang. Manakala bagi separuh pertama tahun 2022, bilangan pelancong direkodkan hanya sebanyak 7ribu, 705,670 orang iaitu peningkatan melebihi sekali ganda more than double melalui ketibaan di lapangan terbang antarabangsa. Ketibaan pelancong mengikut negara, tangga pertama adalah dari negara Indonesia lebihi 163,000 orang untuk tahun dari Januari sampai Jun 2023. Kedua Singapura. Ketiga dari zon Taiwan, keempat China, kelima Thailand, United States, Australia, United Kingdom lain-lain negara Komanwel dan tangga ke 10 ialah Jepun. Jawapan butiran akan diletakkan diatas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soal lisan.
Soalan tambahan.
Sila.
Okey. Terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Terubong atas ucapan ini. Dan saya nampak angka-angka yang diberikan telah menunjuk, menunjukkan industri pelancongan Pulau Pinang berkembang dengan begitu pesat khususnya selepas pandemik. Dan saya tertarik dengan angka itu lebih daripada pembangunan kenaikan peratusan tu lebih 100 peratus kalau banding dengan tahun lepas. Ini telah menunjukkan pelancongan Pulau Pinang ini seolah-olahnya satu indutri yang boleh menyumbang kepada ekonomi Pulau Pinang yang besar. Dan saya ada keyakinan bahawa agensi pelancongan Pulau Pinang iaitu Penang Global Tourism yang merupakan satu agensi yang begitu efisien dalam mempromosi dan memasarkan Pulau Pinang ke mata dunia. Dan soalan saya adalah, apakah pelan Kerajaan Negeri untuk optimakan sumbangan pelancongan kepada ekonomi negeri Pulau Pinang seperti lebih direct flight (dengan izinnya), daripada luar negara ke negeri Pulau Pinang, supaya kita boleh membawa pelancong yang bukan
sahaja dari segi kuantiti tetapi juga menyumbang dari segi kualiti yang boleh bawa impak yang berkesan kepada ekonomi? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Berapit yang utarakan soalan berkenaan kualiti dan juga kuantiti. Dan sejak 3 bulan ini, kita telah menyambut tiga (3) penerbangan terus (direct flight) daripada luar negara ke Pulau Pinang. Kita menyambut dengan water canon salute dan juga kompang pelancong-pelancong asing yang datang dengan in local flight iaitu penerbangan pertama daripada Xiamen Airlines dari Xiamen China, pertama. Kedua dari Qatar Airways melalui bandar Doha. Kemudian kita juga menyambut daripada Bangkok ia satu penerbangan baru daripada Fire Fly, Bangkok ke Pulau Pinang. Dan tiga tambahan tiga penerbangan terus baru-baru ini dalam masa 3 bulan ini. Dan satu lagi dijadualkan untuk Februari 2024 iaitu daripada Fly Dubai. Daripada Dubai akan menerbang terus melalui juga Langkawi ke Pulau Pinang. Oleh itu, tambahan kualiti saya boleh kuantiti saya boleh nyatakan bahawa memang kita sudah melalui satu v-shaped recovery iaitu pada masa lalu pandemik kemudian jatuh ke satu lembah, kemudian naik balik v-shaped recovery yang panjang. Dan semestinya tahun 2023 dan 2024, akan mendatangkan lebih banyak pelancong, bukan sahaja melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Tetapi juga melalui Port Swettenham, Swettenham Pier Terminal kita angkat daripada Port Swettenham juga menambahkan menampakkan penambahan tourist arrival melalui sama ada lapangan terbang dan juga sea port kita. Dan untuk menjawab soalan daripada Berapit, memangnya kuantiti akan menambah dengan lebih banyak direct flight, dengan lebih banyak cruise akan sampai ke Pulau Pinang, itu international arrival. Begitu juga domestic tourist, pelancong-pelancong tourist domestic yang melalui darat juga, juga boleh mencatatkan sememangnya lebih banyak berbanding tahun-tahun lalu. Itu boleh diangka-angka yang ditunjukkan oleh Penang Hill Corporation melalui funicular train yang naik ke Penang Hill kita boleh menampak angka-angka kenaikan yang menggalakkan selepas pandemik. Dan hala tuju pihak bagi portfolio pelancongan melalui Penang Global Tourism dan juga Penang Convention Exhibition Biro (PCEB). Dan antara perancangan produk-produk pelancongan yang high end yang, yang kita boleh promosikan untuk tahun-tahun akan datang yang sedang dilaksanakan, Gurney Bay dengan tarikan pelancongan yang baru dengan Penang Water Front Convention Centre yang sedang dibina oleh dengan oleh pihak swasta yang boleh memuatkan 6,000 peserta sekali dalam satu convention serta taraf antarabangsa bersiap dengan hotel dan juga shopping mall di, di kawasan Water Front Jelutong. Di samping itu juga, terdapat juga seperti Penang Hill Cable Car produk-produk yang baru dengan high end. Dengan hotel-hotel yang baru juga bertaraf lima (5) bintang, bertaraf lima bintang ada ada international five-star juga sedang dirancang. Ada dibawah kumpulan Marriot, dibawah kumpulan Ascott dan sebagainya yang, yang sedang telah telah mengumumkan hasrat mereka untuk melabur dalam industri penghasilan membekalkan five-star hotel yang bertaraf tinggi. Dan baru-baru ini juga Pulau Pinang telah ada disenaraikan dalam dibawah Michelin Guide. Michelin Guide tentang restaurant dan juga F&B yang nanti saya akan huraikan diucapan saya. Dan saya rasa ini semua meninggikan lagi taraf Pulau Pinang untuk menarik pelancong-pelancong bukan sahaja kuantiti tetapi, juga berkualiti yang boleh mereka membelanja
besar. Mereka boleh membelanja besar dengan hotel-hotel dengan restaurant-restaurant dan tarikan pelancongan. So, oleh itu kita perlu menjurus kepada bukan sahaja kualiti dan juga kuantiti. Kita ada acara-acara pelancongan yang diaturkan dari sekarang sampai hujung tahun. Besok saya akan melancarkan George Town Literally Festival. Untuk tahun ini, satu festival kesusasteraan George Town. Dan selepas ini ada juga Latin America Film Festival. Film Festival Latin Amerika dan diikuti juga dengan Penang International Dragon Boat di Telok Bahang Dam pada 2 hingga 3 hari bulan Disember. Diikuti pula dengan Penang Bridge International Marathon pada 17 hari bulan Disember. Dan juga saya tak lupa Penang Fringe, Butterworth Fringe Festival pada 16 sampai 17 di Butterworth. Dan juga Chingay, Perarakan Chingay di Butterworth dan juga Pulau Pinang pada hujung tahun. So, acara-acara diaturkan pada bulan November since sampai Disember yang begitu banyak. Dan saya rasa dengan usaha ini, kita boleh meningkatkan kualiti dan juga kuantiti pelancong datang ke Pulau Pinang. Sekian.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Dato’ Speaker.
Pendek ja. Tahniah atas banyak inisiatiflah. Dan kalendar nampaknya penuh dan jangan lupala jemput kami ADUN-ADUN untuk semua program terutamanya YB. Pinang Tunggal dan YB Telok Ayer Tawar yang cukup minat Chingay ni. Cuma soalan saya, salah satu daripada peningkatan dan kuantiti, itu memanglah flight connectivity. Dan saya dengar tadi banyak flight masuk. Fly Dubai, Qatar Airlines, Doha. Apakah ada dikalangan flight ini yang diberi apa ni dipanggil sebagai free freedom flight right? Maknanya mereka boleh datang, land, turunkan passengers. Kemudian pergi ke third country, ambil dan kemudian ambil juga apa nama di segi penumpang-penumpang kita. Ini akan menyebabkan connectivity tu akan menjadi jauh lebih di terutamanya regenerally. Ini salah satu daripada, daripada apa yang dilihat dapat meningkatkan. So, saya nak tau apakah ada dikalangan flight tu yang dapat free flight freedom right?
Untuk penerbangan yang tadi saya sebut Xiamen Airlines memang dia datang dari Xiamen ke Penang. Untuk Qatar, Qatar Airlines sebenarnya mereka datang melalui Phuket. Melalui Phuket ke Penang. Phuket ialah satu negara lagi. Daripada Fly Dubai ialah Dubai ke Langkawi-Penang. Oleh itu, kita boleh usahakan supaya kita boleh berusaha dengan negara-negara lain macam Langkawi-Phuket untuk supaya sambung ke Timur Tengah. Dan saya rasa Qatar Airlines dan Fly Dubai juga ada satu destinasi yang penting, kerana dia bukan sahaja untuk menyambungkan Timur Tengah ke Pulau Pinang. Tetapi, juga untuk Utara Afrika dan juga Eropah. Mereka boleh sambung datang melalui Doha dan Dubai ke Pulau Pinang. Ya.
YB. Speaker, untuk promosi pelancongan. Saya rasa tadi tak tercatit didalam ucapan YB, berkenaan dengan tambahan produk-produk mungkin produk pelancongan daripada sudut kebudayaan. Daripada berbagai bangsa yang ada di Pulau Pinang, seperti orang Melayu persilatan. Contoh ya. Yang benda-benda lain bersangkut paut dengan kebudayaan masyarakat. Jadi, kalau boleh kita minta pihak pelancongan membuat promosi yang lebih banyak dalam bidang-bidang tersebut.
Tadi, saya tak sebut satu la ya, Pesta Pulau Pinang pada bulan Disember juga. Yang akan juga memperlihatkan pertunjukan silat dan sebagainya, memang popular di Pulau Pinang. Dan nanti untuk apa, nanti saya akan gulung pada hari ini juga, saya akan tambah lagi. Tambah point-point lagi seperti untuk, untuk maklumat Yang Berhormat.
Bagan Dalam, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan nombor 26. No. 25. Adakah benar Pulau Pinang tidak mempunyai bekalan air mentah yang mencukupi? (a) Adakah Kerajaan Negeri telah memastikan semua bekalan air mentah dalam negeri telah dioptimakan penggunaannya? (b) Bolehkah konsep Guillemard Reservoir diperluaskan di negeri kita untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada negeri lain untuk bekalan air mentah?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Bagan Dalam. Yang Berhormat Dato’ Speaker, nampaknya banyak soalan mengenai air yang.
Yang, yang telah pun dijawab.
Ya.
Mungkin. Summarize saja.
Mungkin. Gulung, Speaker. Okey. Yang Berhormat, pada ketika ini negeri Pulau Pinang kita bergantung sebanyak 80 peratus sumber air kita daripada Sungai Muda. Maka, untuk memastikan keselamatan air negeri Pulau Pinang, kita sememangnya memerlukan satu sumber air mentah ataupun air sumber yang baru bagi menampung bekalan air untuk penduduk Negeri Pulau Pinang. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menyusuli cadangan Projek Air Perak-Pulau Pinang dan kerana projek pemindahan air ini mampu untuk menampung keperluan air kita sehingga tahun 2050. Terdapat tiga (3) rasional utama untuk Projek Air Perak-Pulau Pinang ini. Yang pertamanya ia akan mengoptimumkan sumber air mentah sedia ada iaitu Sungai Perak untuk manafaat Pulau Pinang dan juga negeri Perak. Perkongsian sumber untuk pembangunan wilayah dan pertumbuhan sosio-ekonomi ini juga, telah selaras dengan matlamat-matlamat keseluruhan, Northern Region Economic Corridor atau pun (NCER). Kedua, ia juga adalah penyelesaian yang kos efektif. Kenapa, Yang Berhormat? Kos pembangunan Projek Air Perak-Pulau Pinang ini adalah jauh lebih rendah kalau kita nak bandingkan dengan kaedah-kaedah rawatan air yang lain. Contohnya, kalau kita nak buat desalination ataupun penyahgaraman itu cukup mahal. Mahal bukan sahaja dari segi infrastruktur, tapi dari segi tenaga elektrik yang perlu digunakan untuk membuat proses penyahgaraman tersebut. Maka, dari segi kos efektik tu kita mengambil air rawat daripada Negeri Perak pun adalah lebih baik daripada membuat kaedah-kaedah lain. Yang ketiga, projek ini adalah projek penyelesaian jangka panjang kerana seperti saya sebut tadi dia mampu bertahan sehingga tahun 2050. Dan selain daripada peratusan air mentah yang diabstrak daripada Sungai Muda, yang 20 peratus lagi yang kita guna di Negeri Pulau Pinang adalah daripada sumber-sumber air kawasan tadahan di negeri kita, iaitu contohnya Empangan Air Itam dan juga Empangan Telok Bahang.
Ini menunjukkan bahawa semua bekalan air mentah dalam negeri ini, telah pun dioptimakan penggunaannya bagi memastikan bekalan mencukupi untuk kegunaan harian. Manakala Empangan Mengkuang ia adalah empangan strategik di mana kita cuma akan menyalurkan air keluar daripada empangan tersebut untuk digunakan semasa kecemasan ataupun musim kering.
Untuk soalan (b) Yang Berhormat, konsep Guillemard Reservoir merupakan konsep yang diguna pakai melalui kolam-kolam takungan air terawat yang lain seperti mana kolam-kolam takungan air tawar yang lain Kolam Takungan Air Guillemard menyimpan air terawat daripada Loji Rawatan Air Guillemard dan juga Loji Rawatan Air Batu Ferringhi. Walau bagaimanapun konsep tersebut adalah terhad untuk diperluaskan di negeri kita. Ini kerana sumber air mentah bagi LRA Guillemard dan Batu Ferringhi adalah sumber air dari kawasan tadahan air yang berdekatan di persekitarannya. Jumlah kawasan tadahan air yang diwartakan di negeri ini hanya seluas 62.9 kilometer persegi dan hanya dapat menampung kurang 20 peratus sumber air mentah. Jadi macam mana pun negeri Pulau Pinang masih lagi bergantung sebanyak 80 peratus kepada Sungai Muda sebagai bekalan air utama. Oleh yang demikian sekiranya konsep Guillemard Reservoir ini ingin diperluaskan ianya memerlukan kawasan tadahan air yang luas serta muka sauk yang berdekatan bagi memulihkan simpanan air melalui kolam takungan dapat dioptimumkan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga. Berikutan dengan status perkembangan terkini Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS). Boleh saya tahu apakah status terkini?
Terima kasih Yang Berhormat. Projek Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS) ini kita sudah menjenamakan semula. Itu yang saya sebut tadi ya Dato’ Speaker, kita panggil Projek Air Perak - Pulau Pinang kerana apa berdasarkan pada maklumat yang terkini dan juga persetujuan daripada Kerajaan Negeri Perak mereka hanya sanggup untuk menjual air terawat dan bukan air mentah. Oleh itu ada penjenamaan semula projek tersebut dan rundingan sedang berjalan antara dua negeri ini.
Yang Berhormat Speaker, sebenarnya projek air dari Sungai Perak ini bukan satu projek yang baru yang kita dah bincang lebih daripada 10 tahun dan bukan juga satu projek yang kita timbul secara sewenang-wenangnya sebenarnya banyak kajian sudah dibuat. Kajian dari pihak negeri Pulau Pinang, PBA telah buat kajian dan juga dari pihak kementerian. Yang terbaru pada tahun 2022, kementerian masa tu dipanggil KASA telah menghasilkan satu laporan yang dipanggil Laporan Akhir Penilaian option dan kajian pra rekabentuk kejuruteraan bagi cadangan projek Skim Pemindahan Air Sungai Perak untuk bekalan air utara Perak dan negeri Pulau Pinang dan kajian tersebut telah membuktikan bahawa Sungai Perak mempunyai cukup kapasiti boleh
membekalkan sebanyak 1,500 mld kepada negeri Pulau Pinang dan juga utara negeri Perak dan keperluan Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2050 hanya sebanyak 700 mld. Jadi more than enough. Maka sekiranya dapat diabstrak air sebanyak 1,500 tu dia akan membawa manfaat bukan sahaja kepada Negeri Pulau Pinang. Kita perlu 700 yang baki 800 tu boleh digunakan untuk pengairan, untuk kegunaan pengguna di negeri Perak juga. Jadi projek ini adalah projek yang akan membawa manfaat kepada kedua-dua negeri. Dan oleh itu, kita harap dapat dipercepatkan program tersebut, projek tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Bukit Tambun.
Soalan tambahan
Bukit Tambun.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 27. No. 27. Huraikan semua Jalan Persekutuan bawah seliaan KKR di Pulau Pinang. (a) Huraikan status pembinaan Jambatan Nibong Tebal dan penaiktarafan FT001 dalam SPS. (b) Apakah tindakan untuk menangani kesesakan lalu lintas FT006 dari Masjid Sungai Batu ke SJKC Yang Cheng? (c) Huraikan penyelenggaraan jejantas-jejantas pejalan kaki yang merentangi Jalan-jalan Persekutuan.
Terima kasih Yang Berhormat. Ni dari air tukar ke jalan. Yang Berhormat, senarai Jalan Persekutuan di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya di negeri Pulau Pinang adalah seperti di lampiran A yang akan dikemukakan pada Yang Berhormat. Untuk soalan (a), status pembinaan jambatan Nibong Tebal dan penaiktarafan FT001 di SPS sehingga 16 Oktober adalah 40 peratus, 44 peratus kemajuan sebenar di tapak berbanding 32 peratus kemajuan jadual. Ini adalah bersamaan dengan 31 hari awal. Kerja-kerja yang sedang dilaksanakan di tapak adalah melibatkan yang pertama, kerja-kerja struktur iaitu pelancaran rasuk bagi jambatan Sungai Kerian dan persimpangan Jalan Transkrian.
Kedua, kerja-kerja cerucuk jenis spun pada persimpangan Jalan Transkrian. Ketiga, kerja-kerja pemasangan dinding parapet ataupun parapet wall. Keempat, kerja-kerja pemasangan paip PBA. Kelima, kerja-kerja pembinaan takung banjir, kolam takungan banjir. Keenam, kerja-kerja pemampatan jalan ataupun surcharge. Ketujuh, penyediaan jalan lencongan sementara dan kelapan kerja-kerja perobohan tapak sementara projek. Penutupan jalan telah selesai dilaksanakan bagi kerja-kerja pelancaran rasuk di sebahagian jambatan Sungai Kerian dan persimpangan Jalan Transkrian serta kerja-kerja pemasangan paip PBA.
Yang Berhormat untuk (b), cadangan projek menaik taraf Jalan Persekutuan laluan FT006 Teluk Kumbar - Balik Pulau oh jauh pula Yang Berhormat tanya ....(gangguan) ingatkan dah tak dengar dah jalan Teluk Kumbar ini. Cadangan naik taraf dari dua lorong ke empat lorong telah dihantar oleh JKR Negeri Pulau Pinang kepada Cawangan Jalan, KKR dan seterusnya ke peringkat kementerian untuk dilaksanakan. Namun begitu, kita masih lagi menunggu kelulusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan.
Untuk soalan (c) Yang Berhormat, JKR Malaysia mempunyai program pemeriksaan mandatori tahunan jambatan yang melibatkan pemeriksaan jambatan dan jejantas di Jalan Persekutuan dan dijalankan secara berkala iaitu setahun sekali. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada struktur jejantas atau jambatan pihak JKR akan membuat permohonan dalam senarai program penyelenggaraan berkala bukan pavement bagi memastikan struktur jejantas atau jambatan berada dalam keadaan yang baik. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Setiap tahun pihak Kerajaan Negeri akan kemukakan permohonan projek infrastruktur keutamaan kepada Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Kewangan atau Kementerian Ekonomi. Namun begitu, lazimnya hanya satu atau dua yang akan mendapat kelulusan seperti tadi Jalan Teluk Kumbar ini sehingga kini masih lagi tiada jawapan. Oleh itu, apakah tindakan proaktif atau pun mekanisme Kerajaan Negeri untuk menangani situasi sedemikian atau pun Kerajaan Negeri mampu melaksanakan projek yang utama ini secara bersendirian.
Soalan kedua, mengenai Jalan Bukit Tambun FT149 yang juga di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya iaitu peringkat Persekutuan selepas lima (5) tahun permohonan akhirnya mendapat peruntukan daripada Kementerian Ekonomi akan tetapi sekadar RM1 juta sahaja dan Isnin lalu kita telah memulakan percubaan dengan penaiktarafan tersebut. Pada waktu puncak pagi berlaku kekurangan kesesakan akan tetapi pada waktu puncak sebelah petang wujud pula satu bottleneck yang baru iaitu di persimpangan Jalan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak. Dalam keadaan sedemikian adakah Kerajaan Negeri atau pun JKR boleh menggunakan dana negeri untuk menyelesaikan isu sedemikian walaupun jalan ini adalah di bawah Jalan Persekutuan? Maksud saya Kerajaan Negeri boleh menggunakan dana atau peruntukan negeri
untuk melaksanakan jalan-jalan di bawah seliaan Persekutuan. Saya takut ni Dato’ PKN dah tutup mata lah. Dia sedang pandang saya. Bolehkah kita berbuat demikian? Itu sahaja soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Boleh tu boleh, bukan nak kata tak boleh. Bukan tak pernah berlaku juga Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kadang-kadang Jalan Persekutuan apabila ada dapat intervention yang di mana kosnya tidak terlalu tinggi dan mungkin kurang daripada sejuta ringgit dan sekiranya beberapa kali permohonan itu tidak berjaya. Kadang-kadang Kerajaan Negeri juga akan menggunakan dana sendiri untuk melaksanakan intervention tersebut tapi yang paling afdal tu kita dapat daripada Kerajaan Persekutuan kerana jalan tu adalah milik dan diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan. Kalau kita minta banyak pun nanti Dato’ PKN tengok muka pun dah takut nak minta. Tapi untuk yang jalan yang disebut tadi oleh Yang Berhormat, jalan FT149 tu jalan Bukit Tambun, ya kita telah mewujudkan satu u-turn yang baru dedicated u-turn dan kita pun telah melebarkan jalan bagi menambah satu lorong bagi dedicated u-turn cuma terdapat sekarang ni bottleneck yang berlaku kerana selepas u-turn tersebut ada road island yang menjadikan bottleneck kerana kita dah lebarkan sebelum tu tapi bila selepas u-turn tu ada apa ni berlaku road island yang ada di tengah jalan. Jadi mungkin penyelesaian jangka pendek tu kita boleh alihkan road island tersebut. Saya akan bincang dengan pihak JKR untuk melihat kos yang terlibat dan kemudian kita akan cuba dahulu untuk minta daripada Kerajaan Persekutuan. Sekiranya dapat maka selesailah masalah kita. Kalau tidak kita akan bincang dengan lebih lanjut lah di peringkat Kerajaan Negeri untuk melihat macam mana kita boleh selesaikan masalah tersebut. Selain daripada tu, Yang Berhormat tadi ada tanya apa berlaku apabila kita tak mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat biasanya kita akan pohon semula lah Yang Berhormat. Kita akan pohon berkali-kali sehingga dapat dan sebenarnya setiap kali setiap tahun kita pohon pun kita ada wishlist. Wishlist kita ada letak keutamaan juga tapi tak semestinya kita mendapat apa yang kita minta kadang-kadang projek yang tidak diberi keutamaan diluluskan atas sebab-sebab tertentu dan mungkin projek yang diberi keutamaan tidak pula kita dapat. Yang ni saya rasa Yang Berhormat pun boleh cubalah. Kita semua cuba kabel-kabel sendiri untuk menyampaikan hasrat kita kepada Kerajaan Persekutuan. Ya, untuk tahun ni kita dah dapat tiga projek yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu penaiktarafan jalan dari persimpangan BORR ke Permatang Pak Elong. Yang kedua adalah menggantikan jambatan di Barat Daya yang ni sebenarnya kita tak minta tapi diluluskan. Yang ketiga adalah projek naik taraf Permatang Tinggi ke Sungai Juru. Jadi ini pun kita amat cukup berterima kasih lah kepada Kerajaan Persekutuan tapi banyak lagi seperti Teluk Kumbar yang kita minta juga dan kita juga harap dapat diluluskan dalam masa terdekat. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya rasa masa masih ada lagi. Machang Bubuk sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 28. No. 28. Kerajaan digital. (a) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk abad ke-21? (b) Bagaimanakah kerajaan dapat memanfaatkan kuasa teknologi untuk merevolusikan cara kerajaan berkhidmat kepada rakyat? (c) Apakah yang diperlukan oleh negeri Pulau Pinang untuk membangun dengan berjaya dan cemerlang di masa akan datang?
Terima kasih Yang Berhormat. Bukan jalan bukan air. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Dalam meniti arus kemodenan revolusi IR 4.0, Kerajaan Negeri telah memainkan peranan secara aktif dalam membentuk masa depan yang mampan dalam usaha memastikan tiada komuniti yang ketinggalan, Kerajaan Negeri telah memberi tumpuan dalam pembinaan infrastruktur digital yang teguh dan inklusif. Ini termasuk meluaskan akses kepada internet jalur lebar berkelajuan tinggi ke setiap sudut negeri. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melabur dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, membangunkan hab inovasi dan menyokong syarikat pemula ataupun startups serta perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS). Dan dengan menyediakan sumber dan insentif yang diperlukan, Kerajaan Negeri telah merangsang penciptaan teknologi, produk dan perkhidmatan baru yang akan memacu pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan. Dalam bidang pendidikan pula, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu program baru iaitu 42 Penang. Satu program pendidikan percuma kepada rakyat yang ingin meneroka bidang kemahiran digital. Program ini akan menjadi penggerak dalam membangunkan kemahiran digital dan menyumbang kepada teknologi inovasi di Pulau Pinang berdasarkan kepada model pembelajaran Ecole 42 yang telah berjaya di seluruh dunia yang berasal daripada negara Perancis. Memanfaatkan kuasa teknologi adalah penting dalam proses pendigitalan sektor awam bagi meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah mendigitalkan perkhidmatan kerajaan secara atas talian. Sehingga kini sebanyak 113 inisiatif pintar sedang diusahakan bagi mencapai matlamat menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri bertaraf antarabangsa. Ke semua inisiatif ini telah didokumentasikan di dalam Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 8 Disember 2021, selain itu dokumen ini turut menyediakan rangka kerja bagi pembangunan Negeri Pintar di Pulau Pinang bagi merealisasikan Visi Penang2030. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah aplikasi Penang Smart Parking yang dilancarkan pada 19 Ogos 2019 dengan matlamat untuk menukar kaedah pengurusan parkir di bawah PBT menggunakan teknologi. Kerajaan Negeri juga telah melancarkan inisiatif Cashless atau pun tanpa tunai di Pasar Awam di seluruh Pulau Pinang pada 18 Julai 2020 dengan kerjasama 17 institusi kewangan untuk menggalakkan migrasi ke semua pengusaha pasar awam di seluruh Pulau Pinang ke arah penggunaan e-pembayaran. Susulan daripada kejayaan pelaksanaan di pasar awam tersebut,
satu dasar untuk mewajibkan penggunaan perkhidmatan e-pembayaran sebagai satu platform terimaan hasil bagi semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri telah pun diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada September 2020. Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan bagi mempastikan penyampaian perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri dapat dipertingkatkan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membentuk sebuah Negeri Pintar bertaraf antarabangsa. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Negeri ini telah membuahkan hasil, di mana Pulau Pinang telah mencatatkan penggunaan transaksi tanpa tunai kedua tertinggi di Malaysia mencecah 90 peratus hingga Oktober 2023 menurut Syarikat PayNet Sdn. Bhd. dalam Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Cashless Boleh 3.0 yang telah dianjurkan pada Oktober 2023. Soalan yang terakhir Yang Berhormat. Bagi memastikan Pulau Pinang terus membangun dengan berjaya dan cemerlang di masa akan datang, tumpuan harus diberikan kepada pendidikan dan pembangunan tenaga kerja dengan tumpuan kepada pendidikan (STEM) (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta bidang pendidikan dan inovasi khususnya dalam teknologi baru seperti (AI) Kecerdasan Buatan, Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy) dan juga Bioteknologi. Untuk terus menggalakkan perkembangan usahawan dan ekonomi digital di Pulau Pinang, persekitaran yang kondusif untuk syarikat pemula dan usahawan teknologi juga adalah penting. Antara aspek lain yang diberi penekanan oleh Kerajaan Negeri adalah penyediaan infrastruktur digital dan akses jalur lebar untuk menyokong perkembangan digital di negeri ini. Selain itu Kerajaan Negeri juga akan melihat kepada penggalakan inisiatif perkongsian awam-swasta bagi memupuk kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Satu sahaja.
Terima kasih kepada Tanjung Bunga. Soalan saya adalah juga balik kepada MyKADUN yang aplikasi yang telah disediakan oleh Digital Penang. So, boleh bagi satu tau tentang status pelaksanaan aplikasi ini, sejauh mana ia diguna pakai di setiap pusat khidmat dan serta apa isu-isu yang dihadapi semasa penggunaan aplikasi tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai aplikasi MyKADUN yang telah dilaksanakan oleh Digital Penang, setakat ini ke semua 40 KADUN telah pun dihubungi untuk mendapatkan temu
janji untuk membuat demo sistem tersebut dan kemudian 37 daripada 40 KADUN tu sudah menjalani proses roll out. Aktiviti roll out ini melibatkan demo serta pendaftaran akaun pengguna. Dan 23 KADUN pula telah menjalani proses latihan dan di mana satu sesi latihan berpusat telah diadakan di Bilik Latihan Digital, Bilik Latihan Digital Penang pada 26 Oktober 2023. Bagi KADUN yang tidak terlibat dalam sesi latihan bersemuka akan menggunakan modul latihan secara maya. So, kita boleh buat secara online ataupun secara in person juga. Dan selain daripada itu, Digital Penang pun ada mewujudkan satu saluran WhatsApp Channel yang dipanggil Buletin MyKADUN bagi tujuan hebahan maklumat mengenai sistem MyKADUN tersebut. Dan seramai 58 pegawai telah pun didaftarkan dalam saluran tersebut buat masa ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih. Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telahpun tamat selaras dengan Sub Peraturan 26(7), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sila.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat yang bertanya dan akan juga dimasukkan dalam Penyata Rasmi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk maklumat semua, maka hari ini saya akan berhenti rehat dalam jam lingkungan 12.30 untuk sama-sama makan tengah hari. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka kita berada dalam Sesi Penggulungan atas Usul Ucapan Terima Kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang telah pun berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini dan saya nak mohon untuk kita mulakan dengan Sesi Penggulungan. Sila, Paya Terubong.
Ya. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada 17 November yang lalu. Melalui ucapan perasmian tersebut Tuan Yang Terutama Tun telah menyentuh konsep Madani yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Elemen-elemen dalam Malaysia Madani secara tidak langsung akan mencemarkan kestabilan politik di negeri tercinta ini dan seterusnya menjadikan Pulau Pinang destinasi utama kepada para pelancong dalam dan luar negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat prihatin dan komited dalam usaha untuk memartabatkan Negeri Pulau Pinang di seluruh dunia dengan cemerlang bagi memastikan Visi Penang2030 dapat direalisasikan dengan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar iaitu (KDNK) sebanyak 13.1 peratus pada tahun 2022. Sektor Perkhidmatan telah menyumbang sebanyak 46.7 peratus iaitu RM52.4 bilion daripada (KDNK). Susulan pengumuman kerajaan membuka pintu sempadan kepada pelancong antarabangsa bermula 1 April 2022 dilihat memberi impak yang positif kepada sektor pelancongan. Dan tadi saya jawab soalan bahawa ketibaan pelancong antarabangsa di lapangan terbang antarabangsa itu melebihi 136 peratus, more than double. Di samping itu juga subsektor penginapan di Negeri Pulau Pinang merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu 132.3 peratus pada tahun 2022 dan pada tahun 2021 adalah minus 25.9 peratus. Peningkatan kini akan merangsangkan, ini disokong juga oleh data bilangan tetamu hotel daripada Tourism Malaysia yang meningkat seramai 4.3 juta orang atau 322.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga dengan subsektor makanan dan minuman (F&B) yang mencatatkan peningkatan 20.5 peratus. Subsektor ini juga turut menyumbang sebanyak 4.4 peratus kepada sektor perkhidmatan di Pulau Pinang. Oleh itu sama ada melalui angka ketibaan lapangan terbang, ketibaan cruise terminal untuk penginapan dan juga subsektor makanan menunjukkan angka-angka, kita satu pertumbuhan atau recovery yang amat memberangsangkan. Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk tahun 2022 telah mencatatkan perkembangan yang positif dalam industri pelancongan Negeri Pulau Pinang. Maklumat daripada Tourism Malaysia Pulau Pinang mencatatkan kehadiran pelancong sebanyak 5.59 juta iaitu peningkatan sebanyak 4.2 juta bagi tahun 2021. Peningkatan ini satu petanda yang sangat baik kepada pelancongan di negeri ini kerana bilangan pelancong yang melawat ke Pulau Pinang semakin menghampiri bilangan pelancong sebelum Pandemik COVID-19 iaitu sekitar 6.39 juta pelancong bagi tahun 2019. Oleh itu kita masih belum boleh mencecah angka sebelum pandemik tetapi menunjukkan pertumbuhan yang amat positif dengan usaha promosi yang berterusan oleh Kerajaan Negeri melalui Agensi-Agensi Kerajaan seperti Penang Global Tourism (PGT), Penang Convention Exhibition Bureau (PICEB) dan agensi-agensi lain. Sektor pelancongan di Pulau Pinang akan terus menunjukkan perkembangan positif pada tahun ini dan juga tahun-tahun akan datang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Soalan daripada Yang Berhormat Sungai Dua, iaitu Sungai Dua ada tak. Tak da ha. Iaitu tentang perancangan bagi mewartakan Kawasan Perkampungan Warisan Melayu. Yang Berhormat Sungai Dua menyatakan contoh seperti Perkampungan Melayu di Kampung Batu Uban dan menjadikan Masjid Batu uban sebagai bangunan warisan. Untuk makluman Yang Berhormat - Yang Berhormat sekalian, Masjid Batu Uban dibina pada sekitar tahun 1730-an, menjadi bukti penempatan awal orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Namun demikian bangunan Masjid Batu Uban sekarang bukanlah bangunan asal, sekitar tahun 1900, bangunan masjid telah dibina dan struktur asas masjid hanya empat batang tiang seri sahaja. Namun atas kepentingan sejarah, masjid ini telah dimasukkan dalam senarai tentatif sebelum kita angkat sebagai kepada warisan negeri. Memang Kerajaan Negeri berhasrat untuk memasukkan senarai tersebut, tetapi perlu kita ada melalui proses-proses yang perundangan yang dijalankan. Masjid Batu Uban juga telah dipohon untuk disenaraikan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, namun terdapat bantahan daripada pemilik tanah kerana Masjid Batu Uban berada di atas dua bidang tanah iaitu milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan juga milik persendirian. Dan ada bantahan sikit daripada milik persendirian.
Berikut saya juga turut senaraikan Warisan Melayu yang berada di Pulau Pinang yang telah diwartakan dalam proses dan untuk diwartakan. Untuk Masjid Melayu Lebuh Acheh telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai tapak dan bangunan. Begitu juga dengan Masjid Melayu Lebuh Acheh, Masjid Kapitan Keling dan Makam Syed Omar. Ketiga-tiga ini telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Dan juga terdapat beberapa tapak yang telah disenarai pendekkan untuk berpotensi untuk diwartakan sebagai sama ada warisan negeri atau pun warisan negara. Dan antara tapak-tapak tersebut yang berpotensi iaitu bangunan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Masjid Jamek Alimsah Waley, Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, Rumah Teh Bunga, Surau Haji Mahmud Taib atau dipanggil Surau Kubang Semang, Masjid Negeri Pulau Pinang, Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Rumah Tuan Guru Haji Syed Omar bin Jalaluddin, Rumah Tuan Haji Hashim bin Itam atau dipanggil Tuan Haji Hashim Kerani, Kediaman Abdullah Fahim atau dikenali sebagai Rumah Merdeka. Terdapat kategori persembahan seni, persembahan kebudayaan Melayu juga yang berpotensi untuk diwartakan antara lain ialah boria dan juga Ghazal Parti yang begitu menonjolkan terkenal di Pulau Pinang. Dan untuk kategori Warisan Kebangsaan Orang Hidup atau pun WAKOH, Encik Omar bin Muhammad Hashim seorang yang mahir dengan boria dan ghazal parti juga, beliau disenaraikan sebagai Warisan Kebangsaan Orang Hidup yang beliau berasal dari Pulau Pinang. Dan juga terdapat dua lukisan yang berpotensi untuk disenaraikan sebagai kategori lukisan di bawah warisan negeri dan juga kebangsaan iaitu Tanjung Bunga Village yang dilukis oleh Allahyarham Abdullah Arif seorang pelukis yang terkenal dan juga lukisan Limestone yang juga oleh pelukis oleh Abdullah yang boleh dimohon untuk disenaraikan di bawah Negeri Pulau Pinang.
Di samping itu, tadi saya sebut warisan-warisan Melayu atau pun aktiviti kebudayaan Melayu juga diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dan ada banyak saya juga hadir banyak pertunjukan. Baru-baru ini saya pergi juga pergi acara ghazal parti di Bukit Mertajam dan acara boria, pesta boria dan pesta ghazal parti yang dianjurkan di Seberang Perai yang telah dianjurkan dan seperti pada bulan 12 di Pesta Pulau Pinang ada pesta silat yang akan dipertonjolkan di pentas Pesta Pulau Pinang pada bulan Disember.
Selain itu, Yang Berhormat Sungai Dua turut bertanya berkenaan usaha bagi memastikan kawasan-kawasan perkampungan atau pun kampung warisan tidak menjadi mangsa pembangunan. PlanMalaysia telah menyediakan Pelan Induk Kampung Warisan Pulau Pinang yang menyenaraikan sejumlah lebih 600 buah kampung di seluruh negeri Pulau Pinang sebagai kampung warisan yang merangkumi Kampung Nelayan, Kampung Atas Air, Kampung Melayu, Kampung Baru Cina dan Kampung Siam. Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang sedang membuat penelitian bagi setiap kampung untuk tujuan cadangan pendaftaran sebagai Warisan Negeri. Namun kebanyakan kampung telah pun hilang karakter sebagai sebuah kampung tradisi kerana rumah-rumah tradisional telah pun diubah menjadi rumah batu moden. Walau bagaimanapun, daripada pihak Pesuruhjaya Warisan Negeri akan membuat penilaian teliti sebelum pewartaan sesebuah kampung sebagai Kampung Warisan.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Berapit dan juga Yang Berhormat Penaga berkenaan usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pelancongan luar bandar. Dari segi pelancongan, Penang Global Tourism telah mempromosi pelancongan luar bandar di dalam dan di luar negara melalui pelbagai kempen seperti Re-Experience Penang dalam enam (6) cara terbaharu yang termasuk mempromosikan The Other Side of The Island iaitu Balik Pulau dan juga The Opposite Side of The Island, Seberang Perai. Kempen tersebut dipromosikan melalui road show, media sosial serta bahan bercetak. Baru-baru ini juga saya telah pergi ke Singapura untuk
melancarkan enam (6) biji bas dengan iklan-iklan berkenaan dengan tempat-tempat tarikan menarik, bas-bas ini berjalan di seluruh Singapura dan menonjolkan juga bukan sahaja George Town tetapi juga tempat-tempat tarikan di luar bandar di Balik Pulau, di Seberang Perai.
Dan selain itu, Penang Global Tourism atau PGT juga mempromosikan homestay dan aktiviti luar bandar untuk pelancong dan juga pelajar domestik dan antarabangsa. Selain itu, Penang International Food Festival 2023 turut dianjurkan di Seberang Perai seperti di Bertam Vision Park, di Kampung Terus Penanti, Batu Maung dan juga di Batu Kawan. Sebenarnya ada banyak promosi tempat-tempat yang dipromosikan, sebab yang saya pegang ini adalah satu atau pun pamphlet atau brochure untuk Seberang Perai dan antara-antara yang diedarkan dan sama ada online dan juga secara risalah kepada pelancong-pelancong ada empat (4) tajuk utama iaitu sama ada reakreasi sama ada kebudayaan, keagamaan, alam sekitar dan juga sejarah. Untuk kategori reakreasi telah ditonjolkan seperti Kampung Agong yang telah disebut oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sebelum ini berkenaan dengan Icon City, Ikea, Design Village dan Juru Auto City. Di sebelah kebudayaan seperti St. Anne Church, Masjid Abdullah Fahim, Masjid Tuan Samad Permatang Sungai Dua, Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua, Surau Kubang Semang dan juga Sri Sri Radha Krishna Temple, Perkampungan Sungai Lembu dan sebagainya. Satu senarai yang amat panjang berkenaan kebudayaan, keagamaan dan juga sejarah. Sejarah-sejarah seperti Jambatan Merdeka Bumbung Lima, Makam Kerabat DiRaja, Batu Sempadan British Siam di Pinang Tunggal, Butterworth Art Walk dan sebagainya.
Berkenaan dengan nature iaitu alam sekitar telah disenaraikan Taman Rimba Bukit Mertajam, Pulau Aman, Penang Bird Park dan juga Air Itam Dalam, Reakreasi Air Itam Dalam. Oleh itu, pelbagai strategi telah digunakan dan turut kita mempromosikan ecotourism di luar bandar kerana di dalam bandar kita tahu bahawa kita di George Town kita telah dinobatkan sebagai UNESCO Heritage Site di George Town pada tahun 2008. Itu semua kita semua terkenal dan baru ini Pulau Pinang pada tahun 2021 kita telah dinobatkan satu lagi senarai UNESCO iaitu Bukit Bendera (Penang Hill) sebagai UNESCO Biosphere Reserve dan bukan sahaja merangkumi Bukit Bendera tetapi juga Botanical Garden tetapi juga merangkumi Taman Negara di Teluk Bahang dan juga kawasan marin. Oleh itu, untuk ecotourism kita akan juga promosikan ecotourism di Seberang Perai seperti Taman Rimba Bukit Mertajam, Taman Negeri Bukit Panchor, Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Oleh itu tarikan-tarikan seperti rekreasi, alam sekitar, kebudayaan, keagamaan serta sejarah kaya di luar bandar juga akan dipromosikan melalui pelbagai cara.
Yang Berhormat minta pencelahan.
Silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Terubong sebentar tadi, Yang Berhormat bercerita panjang lebar tentang mempromosikan tempat-tempat pelancongan terutamanya di
Seberang Perai. Selain daripada mempromosikan tempat-tempat pelancongan ini, apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri untuk menaik taraf kemudahan awam atau infrastruktur bagi kawasan-kawasan yang tersebut sebentar tadi dan juga apakah insentif daripada Kerajaan Negeri kepada pengusaha-pengusaha produk pelancongan tersebut. Terima kasih.
Dan saya rasa bukan melalui promosi sedemikian dan kita boleh bekerjasama dengan operator-operator berkenaan untuk lihat kerana setiap daripada produk-produk atau pun destinasi pelancongan mereka mempunyai keunikan yang berbeza mereka juga mempunyai cabaran yang berbeza oleh itu adalah baiknya sekiranya kita boleh juga zoom in kepada operator-operator sedemikian untuk lihat bagaimana kita boleh menawarkan bantuan atau pun insentif.
Di bawah Kerajaan Persekutuan ada insentif dana untuk pembangunan tempat-tempat pelancongan. Di bawah Kerajaan Negeri kita tahu, tahun ini kita lebih fokus kepada cable car Bukit Bendera dan juga beberapa produk lain dan kita akan lihat kembali kerana kebanyakan tempat-tempat tarikan adalah private inisiatif. Kita akan lihat balik kita bagaimana kita buat public private partnership iaitu bekerjasama secara kerajaan bersama private untuk lihat mengangkat kedudukan mereka ke tempat-tempat yang lebih tinggi dan itulah seperti saya kata mempunyai banyak-banyak peluang dan juga cabaran dan itu memerlukan dana dan juga masa untuk mendevelop satu produk kepada peringkat antarabangsa. Kerajaan Negeri juga memberi komitmen penuh dalam usaha merancakkan pelancongan luar bandar melalui Penang Tourism Master Plan yang telah menggariskan secara menyeluruh perancangan pelancongan di Pulau Pinang.
Yang Berhormat Air Itam membangkitkan berkenaan dengan Food Tourism atau pun Pelancongan Makanan dan seperti yang kita sedia maklum Dasar Larangan Tukang Masak Warga Asing telah berkuatkuasa beberapa tahun lalu dan untuk dasar tersebut masih kekal bagi premis-premis Pihak Berkuasa Tempatan yang dikawal oleh Pihak-pihak Berkuasa Tempatan. Tetapi sekiranya, sekiranya tukang masak itu berbangsa Jepun beliau mendapat employment pass daripada Kerajaan Persekutuan untuk sebagai bekerja sebagai chef di Japanese restaurant, Saya rasa itu, itu tak ada halangan kerana larangan tersebut hanya kepada premis-premis PBT sahaja. Baru-baru ini juga kita boleh kita telah mendapat pengiktirafan antarabangsa di mana Michelin Guide, Michelin Guide telah mengumumkan penyenaraian 127 premis makanan di bawah Michelin Guide 2023 dan ini hanya pengumuman untuk di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja. Oleh itu, nama Pulau Pinang sudah masuk ke peringkat antarabangsa di mana 66 premis daripada Kuala Lumpur dan 61 premis dari Pulau Pinang telah disenaraikan di bawah Michelin Guide antarabangsa dan dua (2) premis di Pulau Pinang yang restoran sebenarnya telah berjaya menerima pengiktirafan Michelin satu bintang iaitu satu restoran yang masakan Eropah, Au Jardin dan satu masakan nyonya Auntie Gaik Lean yang mendapat Michelin satu bintang.
Manakala, 25 premis yang lain menerima pengiktirafan Bib Gourmand dan 34 premis disenaraikan sebagai Michelin Selected. Ini merupakan pengiktirafan antarabangsa dan di seluruh Malaysia hanya dua (2) tempat yang boleh mendapat pengiktirafan antarabangsa ia di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dan apabila saya menghadiri upacara Gala Dinner di Kuala Lumpur minggu lalu saya telah berkesempatan bertemu dengan Vice President Michelin daripada Europe, Eropah dan beliau telah berbincang dengan saya dan kita akan lihat bagaimana kita meningkatkan lagi tourism, food tourism sebagai satu produk yang unik untuk Pulau Pinang kerana kita mempunyai keunikan makanan Timur yang menarik.
Dan seterusnya dengan persoalan-persoalan tadi saya telah bahaskan berkenaan dengan Pembangunan Pelancongan Pulau Pinang dan tadi saya telah menyatakan bahawa terdapat direct flight penerbangan-penerbangan terus yang sampai ke Pulau Pinang itu satu pencapaian yang bagus dan begitu juga dengan cruise terminal. Cruise terminal, sukacita saya laporkan ketibaan, ketibaan untuk number of international passengers ke Swettenham Pier Cruise Terminal bagi melalui cruise yang besar-besar. Apabila cruise besar-besar datang dengan ribuan penumpang. Pada tahun 2022 kita menerima 439,012 pelancong antarabangsa melalui cruise, international cruise dan pada tahun 2023 dari Januari sampai Oktober kita sudah melepasi 10 bulan ini kita sudah melepasi tahun lalu punya angka iaitu dari Januari sampai 20 Oktober kita sudah mencapai 456,611 penumpang iaitu pelancong dan saya jangkakan apabila sampai hujung tahun ada peningkatan sekurang-kurangnya antara 10 hingga 20 peratus berbanding tahun lalu.
Oleh itu, adalah peningkatan pelancong bukan saja dari kapal terbang tetapi juga melalui cruise terminal dan juga melalui darat. Kita tidak mempunyai angka-angka yang tepat melalui darat kerana mereka melalui jambatan pertama dan jambatan kedua Pulau Pinang kita tidak mempunyai satu cara yang saintifik untuk merekodkan kehadiran sama ada membezakan pelancong ke atau pun penduduk. Oleh itu, seperti saya kata tadi bahawa kita mempunyai satu hadapan yang cerah dan projek-projek yang infrastruktur yang sedang usahakan oleh Kerajaan Negeri sama ada melalui Penang Hill Cable Car bersama dengan swasta Penang Waterfront Convention Centre. Kita bukan sahaja kita akan mengunakan strategi convention menjalankan pelbagai conferences dengan convention untuk menarik pelancong secara pukal maksudnya apabila mereka sampai ke Pulau Pinang menghadiri satu persidangan antarabangsa perubatan dengan doktor doktor atau pun satu persidangan antarabangsa semikonduktor dengan engineer-engineer, jurutera-jurutera bahan yang hadir beratus ratusan orang dan ini akan kita akan usahakan lebih gigih apabila kita merancangkan kalendar-kalendar kita, ada booking tentang Convention Hall kita sampai ke tahun 2031 sampai begitu kerana perancangan convention dan juga conferences. Ini kena diaturkan 2, 3 tahun sampai 5 tahun. Dengan ini saya rasa kita mempunyai tambahan apabila Yang Berhormat-Yang Berhormat perasaan apabila saya menjadi wakil rakyat 15 tahun lalu, saya pertama kali masuk ke Dewan ini 2008. Saya duduk sebelah sana 2008 jarang ada acara antarabangsa di Pulau Pinang. Tetapi sejak lima (5) tahun sekali saya lihat banyak acara antarabangsa yang diadakan di Pulau Pinang sama ada persidangan sama ada pertunjukkan dan sebagainya. Ini menunjukkan status Pulau Pinang sudah naik kepada satu peringkat antarabangsa yang begitu baik dan saya rasa dengan kerjasama semua agensi saya rasa pada tahun-tahun akan datang kita akan mengangkat negeri Pulau Pinang ke satu tahap yang lebih tinggi lagi ke peringkat antarabangsa. Dan dengan ini, saya ucapkan terima kasih untuk input daripada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Boleh sebelum akhiri?
Ya, silakan.
Tadi tak ada..
Dah landing baru nak masuk.
(Ketawa) Tadi tiada peluang Dato’ Speaker.
Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker dan juga Yang Berhormat Paya Terubong atas pelan-pelan tentang pelancongan. Saya nak tahu tentang kerana kita tahu tahun 2026 nanti adalah Tahun Melawat Malaysia dan dijangkakan hampir 26.1 juta pelancong akan datang ke Malaysia. Dan saya hanya nak tahu apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menarik pelancong-pelancong ini bukan saja tertumpu di ibu kota tetapi juga kita datang juga ke negeri Pulau Pinang. Dan dalam ucapan perbahasan saya juga saya ada sebut tadi Paya Terubong memberitahu tentang direct flight dan saya juga ada minta bahawa ada permintaan bahawa direct flight ini daripada Chennai ke Penang, Pulau Pinang atau dari Pulau Pinang ke India kerana kita difahamkan sebelum COVID ada perbincangan dengan operator-operator air lines company tetapi selepas itu telah terberhenti dan saya mohon kerana ramai juga pelancong-pelancong daripada India yang datang ke Malaysia tetapi selalunya mereka akan tertumpu di ibu kota dan juga melawat di negeri-negeri lain. Kalau kita ada direct flight ini mungkin kita dapat bukan saja boost our local industry tourism (dengan izin), tetapi juga ramai juga daripada sini yang ingin pergi ke India mungkin akan senangkan mereka. Dan yang terakhir saya juga, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk kita menganjurkan International event, konsert, program dan sebagainya kerana kita tahu kebanyakannya hanya tertumpu di ibu kota kalau ada peluang. Dulu kita ada menganjurkan Ekspo Karnival Deepavali tetapi difahamkan pada tahun ini semua ekspo-ekspo tersebut telah dibatalkan dan mereka telah pergi ke Negeri Kedah. So saya faham walaupun ada bantahan daripada traders-traders tetapi mungkin kita boleh menganjurkan Ekspo Karnival ini mungkin sebelum Deepavali atau pun bukan dekat dengan Deepavali mungkin enam (6) bulan sebelum Deepavali kerana dengan penganjuran ekspo karnival ini juga ramai pengunjung yang hadir lebih kurang 100,000 bukan saja pengunjung daripada Pulau Pinang tetapi daripada negeri-negeri lain yang bersebelahan. Itu saja. Terima kasih.
Dato’ Speaker boleh?
Nanti. Satu persatu floor.
Okey. Yang Berhormat Paya Terubong. MM2H antara satu produk yang penting kepada negara sebelum pandemic so saya ingin tahu juga apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap MM2H di Pulau Pinang terutama untuk menarik lebih pelancong-pelancong atau pun warga asing yang lebih berkualiti dan juga sebagai satu source of income kepada ekonomi di Pulau Pinang. Terima kasih.
Berkenaan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Batu Uban dan juga Kebun Bunga berkenaan dengan pelbagai isu dan saya telah adakan satu perbincangan atau pun bermesyuarat dengan Menteri Pelancongan baru-baru ini bersama dengan EXCO-EXCO Pelancongan di seluruh negara dan antara isu yang kita bangkitkan ialah Tahun Melawat Malaysia 2026 sebab kenapa Kerajaan Persekutuan menetapkan 2026 ialah Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri berpendapat bahawa kita jangkakan flight assumption iaitu sambungan penerbangan-penerbangan syarikat-syarikat penerbangan mereka perlukan sedikit masa kerana selepas pandemik atau pun ada tempat-tempat tarikan mereka perlukan sedikit masa untuk naik taraf, untuk tambahkan dia punya syarikat penerbangan, perlu tambahkan kapal terbang dan sebagainya. Oleh itu, 2026 adalah satu tahun yang dicadangkan oleh industri pelancongan supaya mereka bersedia. Mereka duduk dua (2) tahun lebih untuk bersedia menerima lebih banyak pelancong lagi dan akan diadakan satu seketeriat yang termasuk juga Kerajaan Negeri, kerajaan pihak Kementerian bersama Kerajaan Negeri supaya tahun 2026 ini ada satu joint effort, satu hubungan atau pun satu usaha bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri supaya promosi boleh dijalankan secara bersama kerana kita semua di bawah payung yang sama sekarang. Dulu kita jarang mungkin kita kerajaan berbeza tetapi semua sekarang kita Kerajaan Perpaduan so semuanya sama, Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, apabila membuat promosi di luar negara sama ada di India, sama di London, sama di Jakarta, China, Singapore dan sebagainya kita akan membuat promosi bersama, di bawah platform Tourism Malaysia kita boleh negeri-negeri akan membuat promosi bersama. Kita akan ambil advantage itu untuk supaya kita boleh promosi bukan sahaja Pulau Pinang tetapi juga destinasi lain di seluruh Malaysia. Mereka boleh datang ke Pulau Pinang selepas itu mereka pergi KL, Sabah, Sarawak dan sebagainya, satu siri promosi yang akan dijalankan melalui payung Tourism Malaysia dan satu seketariat akan ditubuhkan. Dan berkenaan direct flight dan waktu…(gangguan).
Minta-minta celah Dato' Speaker.
Silakan. .
Sebab tadi berkaitan dengan begitu tertarik, saya begitu tertarik dengan yang disebutkan oleh Paya Terubong dahulunya pada 15 tahun yang lepas beliau semasa menjadi EXCO dan juga Ahli Yang Berhormat juga di Dewan ini tidak ada aktiviti antarabangsa yang sebegitu banyak berbanding apa yang diadakan sekarang. Jadi saya ingin membuat saya ada satu keyakinan bahawanya Pulau Pinang ini kita mendukung satu budaya iaitu kebebasan dan juga kita menghormati ketidaksamaan antara semua kaum dan juga kepercayaan. Itu menjadikan kita ada kejayaan hari ini pencapaian kita di industri pelancongan tetapi kalau berbanding dengan negeri-negeri yang semakin menjadi tradisional konservatif sehinggalah melalang orang melalang minuman arak di tempat tertentu dan tidak boleh pakai dan juga bukan tidak boleh pakai saya harus betulkan ayat saya iaitu ada pakaian etika kot iaitu dress code tertentu di tempat-tempat pelancongan atau pun tempat awam. Saya rasa kalau konservatif seperti ini dipakai di Pulau Pinang saya sangat risau Pulau Pinang ini tidak ada pencapaian sekarang dan kita akan backward lagi yang lebih yang mungkin seperti negeri-negeri jiran kita yang saya tak mahu sebut nama tapi saya rasa Ahli-ahli Berhormat di Dewan Yang Mulia ini semua tahu negeri di mana yang negeri yang sekarang kita semua orang kata yang lebih hijau tetapi bukan hijau dari alam sekitar namunnya hijau dari segi minda dan kod etika pakaian dan sebagainya. Jadi, saya ingin tanya dengan Paya Terubong, Yang Berhormat Paya Terubong adakah negeri kita akan terus mendukung kebebasan ini sehinggalah kita teruskan penang lead di industri pelancongan? Terima kasih.
Saya minta Paya Terubong rumus saja.
Yang Berhormat Speaker soalan Berapit tadi tolong perbetulkan ayat dalam bukan melalang..melarang nah melalang bagan lalang... (gangguan) Terima kasih.
Gunakan Bahasa baku…
Paya Terubong sila. Tak ada masa rumuskan....yang lain Ahli-Ahli Yang berhormat kalau anda nak bangkit isu-isu yang tertentu bangkit dalam sesi perbahasan sini sudah masuk penggulungan.
Ya, ya.
Saya rasa you all macam nak bahas sekali lagi. Tak ada.
Ya, ya.
Sila Paya Terubong.
Ya. Berkenaan dengan keterbukaan Pulau Pinang akan sebagai satu destinasi antarabangsa begitu ramai yang tiba melalui kapal terbang dan juga cruises dan kita keterbukaan itu kita perlu buka sama ada melalui pelbagai aktiviti kesusasteraan, pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian dan seperti tadi telah sebut oleh Batu Uban tentang penerbangan terus dari India sebenarnya kita India ialah satu negara yang the most populated nation iaitu bilangan penduduk yang paling besar sudah melepasi China dan baru-baru ini saya bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi, Pesuruhjaya High Commissioner Tinggi India dari Kuala Lumpur saya telah mengutarakan soalan tersebut dan minta bantuan dan Pesuruhjaya Tinggi untuk menghubungi ataupun membuat satu libat urus tetapi angka-angka ketibaan pelancong dari India tangga ke-12, tangga ke-12 iaitu hanya 3,512 pelancong dari India tiba di Pulau Pinang pada Januari sampai Jun 2023 iaitu tangga ke-12 sebabnya ialah kita tidak ada direct flight. Mereka melalui tempat ketiga dan saya rasa sekiranya ada direct flight sama ada penerbangan syarikat penerbangan dari Malaysia ataupun syarikat penerbangan dari India dan saya rasa kita akan nampakkan satu lonjakan yang baik kerana terdapat permintaan atau pun satu tetapi saya juga harus maklumkan Dewan ini apabila saya berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa ini mereka selalu memberitahu saya international crude dan oil price iaitu harga minyak antarabangsa, selalu kata harga minyak mentah antarabangsa mencecahi 86, 87US Dollar setong. Oleh itu tambang kapal terbang bukan lagi murah kerana harga minyak antarabangsa minyak mentah tinggi. Oleh itu, perkiraan atau bisnes calculation perkiraan perniagaan perlu dijalankan oleh syarikat penerbangan tersebut supaya mereka juga boleh memastikan bahawa apabila mereka memulakan penerbangan terus itu mereka boleh mendapat break even dan juga keuntungan sekiranya kerugian tak cukup penumpang juga mereka terpaksa juga cancelling the flight atau pun tidak dapat meneruskan penerbangan terus. Oleh itu, walau bagaimanapun kita akan teruskan usaha dan pihak Kerajaan Negeri akan adakan satu rombongan ke negara India melalui PICEB untuk melihat peluang-peluang menarik lebih banyak sama ada pelancong ataupun orang ramai dan untuk menghadiri konsert ataupun juga convention bukan konsert, convention di Pulau Pinang kerana kita memang satu tempat tradisi ramai convention yang berasal dari negara India mereka suka untuk baru-baru ini kita ada satu convention dihadiri 10,000 orang. Saya hadir ke convention tersebut berucap di convention
tersebut 10,000 orang daripada direct sales daripada India yang mengadakan convention di SPICE, Pulau Pinang dan tentang dengan convention konsert, Batu Uban menyatakan saya difahamkan Pulau Pinang juga ada konsert-konsert India betul? Saya, saya tak hadir konsert itu. Saya difaham ada Pradeep Kumar, is it correct? Pradeep Kumar dan satu lagi Mari Harran, Dewa dan saya rasa itu boleh kita teruskan usaha. Walau pun saya kurang arif daripada konsert bangsa India tetapi saya boleh dapatkan rakan-rakan saya daripada Perai, Batu Uban kita lihat bagaimana kita boleh adakan lebih banyak konsert di Pulau Pinang kerana kita mempunyai convention tempat convention khasnya, tapi konsert-konsert India yang popular untuk pengetahuan Bertam, konsert-konsert India saya rasa sekarang meningkat di Pulau Pinang dan bukan konsert-konsert lain tetapi konsert-konsert India. Saya rasa kita boleh lihat kembali kepada potensi kita untuk menjadi tarikan antarabangsa tentang perkara ini dan saya hargai semua input dan juga cadangan yang Berhormat-Yang Berhormat. Sekian terima kasih.
Sila. Terima kasih Paya Terubong. Saya hendak mempersilakan Pantai Jerejak. Sedia. Bawa senjata. Orang muda tidak perlu.
Minta maaf. Saya memang tidak nampak. Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Law Choo Kiang.
Tidak perlu sebut nama.
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri I, Timbalan Ketua Menteri II, Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua jabatan, Tuan-tuan, Puan-puan yang saya hormati sekelian serta rakan-rakan media yang saya hormati. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Bagi Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada 17 November yang lalu. Melalui ucapan perasmian tersebut TYT. kita telah menzahirkan rasa kesal terhadap jenayah perang yang telah dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Kita sentiasa mendoakan agar konflik dan juga peperangan ini dapat dihentikan dalam keadaan yang segera dan secara tidak langsung memberi keamanan kepada rakyat Palestin.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15. Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri sebenarnya sangat komited dalam memastikan membawa Negeri Pulau Pinang ini di peringkat antarabangsa dan juga dalam negara. Dalam peningkatan keluaran KDNK sebanyak 13.1 peratus pada tahun 2022 sektor pertanian telah menyumbang sebanyak 1.8 peratus iaitu sebanyak 2.1 billion kepada KDNK ini berbanding 2.0 bilion pada tahun 2021. Sektor perikanan telah memberikan sumbangan yang terbesar sebanyak 39.6 peratus dan diikuti dengan sektor tanaman sebanyak 31.7 peratus dan yang terakhir adalah subsektor ternakan sebanyak 28.8 peratus. Dato' Speaker, Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama yang mempunyai visi yang jelas iaitu visi Penang2030. Saya yakin dan percaya bahawa visi ini seharusnya dijadikan sebagai satu kitab atau pun garis panduan yang seharusnya dipegang oleh Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua Jabatan agar program-program yang dilaksanakan ini lebih jelas dan mencapai matlamat melalui tema menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah telah menggariskan inisiatif strategik iaitu memodenkan dan juga mempelbagaikan pertanian mampan. Ada empat (4) strategi yang telah dikenalpasti dalam Penang2030 yang pertama iaitu peningkatan 20 peratus khususnya dalam produktiviti pertanian menjelang Penang2030. Kedua, pertumbuhan sebanyak 100 kebun komuniti ataupun kebun dalam bandar menjelang 2030. Yang ketiga, pelaksanaan penternakan moden dengan menggunakan kandang tertutup bagi ternakan khinzir dan juga unggas, meminimumkan kesan alam sekitar dan; Yang keempat adalah meningkatkan hasil-hasil kerangan dan juga hasil-hasil yang laut. Saya bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan senantiasa memberi fokus terhadap keterjaminan makanan rakyat Negeri Pulau Pinang secara tidak langsung membantu golongan petani, penternak, nelayan bagi meningkatkan pendapatan serta kualiti hidup mereka menerusi polisi dan juga inisiatif yang holistik. Dato’ Speaker, situasi geopolitik dunia terus mencabar dan juga beberapa peperangan yang berlaku khususnya di negara luar telah memberi kesan yang baik kepada negara kita kerana saya yakin dan pasti hari ini orang tertumpu-tumpu terhadap terma keterjaminan makanan. Kalau sebelum ini barang tidak cukup, beras tidak cukup, tidak menjadi fokus utama tetapi apabila berlakunya cabaran seperti peperangan dan juga lain yang telah memberi ancaman dan akhirnya kita sendiri khususnya Kerajaan Negeri akan fokus terhadap produktiviti dalam negeri dan juga negara kita. Saya yakin ia menjadi hikmah kepada kita untuk memberi fokus khususnya dalam bidang pertanian penternakan dan juga perikanan. Alhamdulillah, fokus utama bagi saya selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan agar kadar sara diri lebih tinggi dan juga bekalan makanan sentiasa cukup. Dato’ Speaker, negeri Pulau Pinang merupakan antara negeri yang terawal rebranding (dengan izin), tidak menggunakan pertanian tetapi kita telah menggunakan agro technology maknanya kita hendak meletakkan teknologi ini adalah ilham daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita sendiri hendak menetapkan bahawa teknologi lebih penting untuk memastikan
hasil produktiviti itu meningkat. Bahkan dalam agama Islam sendiri telah turut menitikberatkan jaminan sekuriti makanan untuk semua umat manusia terutamanya golongan yang memerlukan khususnya golongan miskin malah makanan juga merupakan hak asasi bagi semua manusia. Tuan-tuan dan puan-puan, minta maaf sekali lagi, Dato’ Speaker, bagi menyahut Visi Penang2030 antara usaha yang kita fokus adalah untuk memodenkan dan juga mempelbagaikan pertanian mampan dengan menubuhkan sebanyak 100 buah kebun komuniti atau pun kebun dalam bandar menjelang 2030. Dato' Speaker, Kerajaan Negeri telah mencapai sasaran tersebut lebih awal iaitu dengan 110 projek yang melibatkan hampir 1,729 para peserta. Kerajaan Negeri juga amat berbangga kerana penglibatan masyarakat setempat yang aktif mempergiatkan aktiviti tanaman di kebun komuniti masing-masing. Sambutan hangat dan komitmen penduduk setempat mengusahakan kebun komuniti, kebun dalam bandar, membolehkan Kerajaan Negeri mencapai sasar Penang2030 lebih awal di samping dapat membekalkan hasil tanaman kepada komuniti setempat. Aktiviti kebun komuniti ini juga menjadi platform kepada golongan warga emas dan juga suri rumah tangga. Kalau semalam kita dengar selain daripada karaoke yang disarankan untuk warga emas, saya sarankan aktiviti kebun komuniti ini dijadikan sebagai aktiviti utama untuk mengisi masa lapang mereka khususnya kepada warga emas agar ianya lebih bermanfaat dan juga secara tidak langsung memupuk sifat kejiranan dalam masyarakat. Dato’ Speker…(gangguan).
Minta. Yang Berhormat minta pencerahan.
Ya.
Berkenaan dengan urban farming ini. Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri terutamanya Jabatan Pertanian dapat mengekalkan kemampanan pertanian bandar ini? Lazimnya, mungkin just for few months’ or few years dan terbengkalai? Kedua, bagaimanakah kita dapat menaiktarafkan taraf pertanian bandar ini kepada peringkat lebih komersil, boleh membantu memasarkan hasil tanaman mereka. Terima kasih.
Terima kasih Bukit Tambun. Bagi menjawab soalan itu, Kerajaan Negeri melalui MMK Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan sedang berusaha untuk melaksanakan Satu Garis Panduan Pelaksanaan Kebun Komuniti Pulau Pinang secara Bersepadu. Mengikut garis panduan ini kita akan memastikan bahawa setiap aktiviti kebun komuniti ini berjalan dengan lebih tersusun serta bersistematik malah ianya memastikan bahawa penubuhan kebun dan juga aktiviti tanaman ini mengikut peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa serta mengelakkan kejadian kebun
terbiar selepas satu tempoh masa. Makna kata selepas ini, ada tempohnya, ada pesertanya dan akan dipantau oleh ke semua agensi kerajaan, bukan hanya Jabatan Pertanian Negeri malah terkait dengan pihak Kerajaan Tempatan dan juga pelbagai lagi dan kita akan bagi tempoh sekiranya peserta tidak berminat kita akan segera mungkin untuk tarik balik tanah tersebut dan dalam keadaan yang masa yang sama kita juga akan memfokuskan hanya 4 atau 5 jenis tanaman sahaja untuk memastikan nilai komersial itu dapat diwujudkan dan kita akan pasarkan menerusi, koperasi atau pun bantuan daripada EXCO Penerangan dan juga Keusahawanan Luar Bandar YB. Rashidi sendiri. Garis Panduan ini akan meningkatkan komitmen pengusaha kebun komuniti dengan menjamin cara penggunaan tanah dan juga cara tanaman yang sesuai bagi kesinambungan setiap kebun komuniti di tubuhkan. Dato’ Speaker, mengikut data guna tanah semasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2022 jumlah keseluruhan tanah pertanian adalah sebanyak 41,106 hektar yang telah dibahagikan kepada empat (4) jenis yang pertama sawah padi yang berkeluasan 1,269.8 hektar, ternakan 1000.37 hektar, sayur-sayuran 982.3 hektar dan juga buah-buahan sebanyak 2,754.2 hektar. Namun begitu, jangan disangkakan bahawa negeri kecil ini tidak mampu bersaing dengan negeri-negeri yang besar. Hal ini terbukti bahawa Negeri Pulau Pinang mencatat pengeluaran padi yang tertinggi dalam negara kita sejak enam (6) tahun berturut-turut makna kata sejak 2018, 2019, 2020, 2021, 2022 dan yang terkini Negeri Pulau Pinang telah mencatat hasil padi yang tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada keseluruhan pesawah-pesawah, petani-petani, Agensi-agensi Kerajaan termasuklah IADA Pulau Pinang, JPS, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang kerana atas usaha ini. Ramai yang tidak tahu kalau sebut tentang padi saja mereka fokus terhadap Kedah. Hari ini dalam Dewan yang mulia ini saya hendak sebut bahawa Pulau Pinang ini negeri yang kehadapan khususnya dalam teknologi dan juga pengeluaran hasil tanaman padi. Sebanyak 190.8 juta pada tahun 2022 adalah hasil daripada sektor penanaman padi. Daripada hasil yang tinggi ini mampu di capai atas sokongan daripada Kerajaan Negeri. Contohnya pada tahun 2023, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 dalam program-program untuk pembangunan tanaman padi agar pesawah-pesawah padi ini kekal proaktif. Peruntukan tambahan sudah bagi RM500,000.00 ditambah lagi iaitu RM440,000.00 yang telah disalurkan menerusi Jabatan Pertanian dalam usaha membasmi penularan keladi agas dan juga rumpai dalam petak sawah. Saya lampirkan inisiatif atau pun langkah yang lain bagi melaksanakan program-program membantu golongan-golongan pesawah. Yang pertama, baja dan juga pelbagai jenis racun, kawalan perosak. Yang kedua, pembersihan parit ladang atau pun penyelenggaraan saliran untuk mengatasi masalah tanah jerlus. Yang ketiga program kawalan perosak secara bersepadu dan yang terakhir adalah program keladi agas untuk membasmi penularan rumpai secara berleluasa dalam mengurangkan masalah rumpai dalam petak sawah. Dato' Speaker, tidak dilupakan juga seperti yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bertam di mana Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM500 secara one off kepada 5,602 orang pesawah yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang yang menelan kos sebanyak RM2,630.00 yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri. Ini usaha Kerajaan Negeri untuk memantapkan lagi orang kata proses penanaman padi yang terbukti 6 tahun berturut-turut…(gangguan).
Sekali lagi, bacaan angka itu silap.
Eh, RM2,631,000.00 minta maaf ya.
Okey.
Terlalu banyak angka sangat ini.
Saya dengar, jangan main-main.
Dengar ya, saja hendak test Speaker. Minta maaf Dato' Speaker saja hendak test ingat mengantuk apa kan. Bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman dan juga keterjaminan makanan Kerajaan Negeri telah mengusahakan beberapa usaha antaranya adalah memberi sokongan penuh terhadap permohonan tanah TOL sekiranya berlakunya pemohonan untuk aktiviti pertanian. Yang kedua, Jabatan Pertanian menerusi Jabatan Pertanian program-program pembangunan untuk melahirkan petani-petani baru sebab petani selalu kita tengok semua warga emas dengan projek-projek seperti farm to farm ….(dengan izin), farmer to farmer untuk melahirkan golongan-golongan petani muda dan yang terakhir kita bersama dengan Kementerian Pertanian dan juga Keterjaminan Makanan menggazetkan tiga (3) kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan iaitu di Ara Kuda, Mayfield di Tasek Gelugor, dan juga Juru dan yang terakhir Kerajaan Negeri mengambil inisiatif yang rapat iaitu mengekalkan kawasan pertanian khususnya zon jelapang padi sebagai kawasan sensitif alam sekitar. Dato' Speaker, secara rekodnya sebanyak RM5.12 juta hasil daripada ketiga-tiga TKPM ini yang telah diusaha secara bersama oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Untuk tambahan Dato' Speaker, Kerajaan Negeri telah membangunkan Projek Pusat Pertanian Relau yang telah diluluskan di peringkat Kerajaan Persekutuan melalui Rolling Plan RP4 2024 oleh pihak Kementerian Ekonomi yang akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, NCIA sebagai projek sambungan. NCIA bakal membangunkan projek ini yang merupakan kesinambungan daripada Pusat Pertanian Relau yang berjumlah hampir RM50 juta dalam fasa yang pertama. Ada pelbagai lagi fasa dan saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan juga Kementerian Ekonomi kerana memberi fokus kepada pertanian maknanya pertanian adalah masa depan bersama. Projek ini dilihat sebagai salah satu projek di bawah pembangunan lembah silicon pertanian di Negeri Pulau Pinang yang terus memberi fokus terhadap industri pertanian pintar bagi meningkatkan hasil produktiviti pertanian secara optimum.
Projek ini akan dibangunkan dengan mengadaptasikan penggunaan teknologi yang bakal menjadi lokasi agro teknologi dan juga lokasi agro pelancongan. Pada tahun ini sahaja sebanyak RM1 juta telah digunakan bagi tujuan melaksanakan reka bentuk dan akan disusuli dengan proses perolehan secara tender terbuka pada tahun hadapan. Justeru cadangan Yang Berhormat Bertam bagi mencadangkan pewartaan TKPM baru di negeri ini akan dipertimbangkan memandangkan Kerajaan Negeri sedang giat membangunkan projek mega ini. Bagi tanaman buah-buahan sudah pasti kita tahu tanaman seperti durian menjadi tarikan pelancongan dalam negeri ini. Durian yang terkenal di dalam negeri yang telah didaftar seperti udang merah D175, labu D16, duri hitam D200 dan pelbagai klon lagi telah didaftarkan dalam Negeri Pulau Pinang dan yang terkini klon Tupai King, belum lagi rasa, atau pun tupai 226 D214 dan klon mata merah D219. Dikatakan bahawa klon Tupai King antara buah premium yang begitu mahal dalam negara kita, ini patut bangga lah, patut bangga sebab apa ada 43 pokok sahaja dalam negeri ini dan dianggarkan sekilo sebanyak RM120.00, belum cuba lagi ya? Sebagai rakyat negeri Pulau Pinang kita bangga kerana Negeri Pulau Pinang menyumbang kepada produk-produk premium khususnya durian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang kerana telah menerbitkan buku panduan tanaman durian bagi kawasan bercerun yang akan menjadi panduan kepada pengusaha-pengusaha durian, terima kasih juga kepada Kerajaan Persekutuan kerana memperuntukkan begitu banyak bagi proses memperkasakan industri durian di Negeri Pulau Pinang. Dato' Speaker, menjawab pertanyaan Yang Berhormat Penaga, Yang Berhormat Bertam, Bertam mana dia, dan juga Yang Berhormat Permatang Berangan berkenaan tentang kekhuatiran isu bekalan dan juga harga benih padi terlebih dahulu sebagai rekod hasil pengeluaran padi di Negeri Pulau Pinang adalah tertinggi seperti yang saya maklumkan pada tahun 2022 sebanyak 5.05 tan metrik per hektar. Sebagai maklumat juga harga benih padi adalah di bawah pemantauan Pihak Kawal Selia Padi iaitu di bawah seliaan pihak Kementerian Pertanian dan juga Keterjaminan Makanan. Pengeluaran padi, benih utama di Negeri Pulau Pinang adalah di bawah PPK Lahar Buhu dan juga Syarikat Perniagaan Madas Sdn Bhd yang terletak di Bumbung Lima. Pihak Kerajaan Negeri telah mencadangkan kepada Jabatan Kawal Selia Padi ini untuk kerap turun memantau kilang-kilang yang mengeluarkan benih padi sama ada mereka benih ini cukup atau tidak. Selain itu Kerajaan Negeri juga telah memohon atau pun telah membuat permohonan secara bertulis kepada Kementerian KPKM agar dapat menaikkan insentif harga benih bagi membantu pengeluar menanggung kerugian disebabkan peningkatan harga padi benih di peringkat ladang. Bagi masalah kekurangan kuota pengeluaran benih padi di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah keterhadapan dengan mengatasi masalah ini dengan merangka satu pelan tindakan public private partnership bersama syarikat swasta tempatan bagi mewujudkan satu bank benih padi Pulau Pinang menjelang tahun 2024. Sekali gus ia menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Berangan berhubung kerjasama Kerajaan Negeri dan juga pihak syarikat swasta bagi isu pengeluaran benih padi. Makna kata selepas ini Pulau Pinang ada bank benih padi atau pun bank benih padi Pulau Pinang. Cadangan awal ini..(gangguan).
Mohon mencelah.
Ya, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat, berhubung dengan benih padi sebagaimana yang disebut tadi difahamkan akan ada bank benih padi tetapi sekarang ini dalam masa 2,3 hari ini bagaimana yang dimaklumkan oleh pesawah di Penaga memang hendak dapatkan benih padi ini agak sukar dan mereka sekarang ini terpaksa membeli di pasaran gelap dengan harga benih tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran RM45.00 satu beg terpaksa beli di pasaran gelap dengan harga RM65.00 satu beg, sekarang ini petak-petak padi semua sudah ready untuk tanam tetapi benihnya sukar untuk didapati.
Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Penaga, saya tahu masalah itu sangat serius dan juga bukan hanya berlaku pada waktu dan ketika ini, telah berlaku pada awal-awal sewaktu kita membentuk kerajaan. InsyaAllah seperti yang saya maklumkan tadi kita sudah mohon untuk pihak Kementerian KPKM mengambil mencampur tangan kerana ianya bidang peringkat Persekutuan khususnya dalam pemberian kuota benih padi atau pun pemantauan oleh Pihak Kawal Selia Padi yang saya sebut tadi. InsyaAllah saya segerakan usaha ini dan cuba orang kata tekan sikit pihak kementerian untuk buat kerja untuk melihat tentang isu benih padi. Saya akan butirkan lagi tentang sebab dan musabab berkenaan tentang kekurangan benih padi ini. Cadangan untuk melaksanakan bank benih padi ini telah dijalankan pada Oktober 2023 di mana kita merancang mengambil alih kilang Bumbung Lima bersamaan dengan permohonan kuota sebanyak 5,000 tan metrik untuk benih padi sekiranya kita gabung dengan kuota Pusat Pengeluaran Benih Padi iaitu yang sedia ada oleh PPK sebanyak 4,000 tan metrik campur dengan Kerajaan Negeri iaitu Bank Benih Padi Pulau Pinang totalnya adalah sebanyak 9,000 tan metrik bagi pengeluaran benih padi di dalam Negeri Pulau Pinang. Dato' Speaker, menjawab soalan Yang Berhormat Penaga, peratusan hasil keluar padi yang dijadikan benih padi adalah sebanyak 6.52 peratus iaitu sebanyak 7.85 hektar dengan harga semasa stok benih padi iaitu RM45.00 bagi setiap 20 kilogram, tetapi tak dapat dah la. Dengan harga ini saya yakin memang tidak sebab memang apa yang Yang Berhormat Penaga sebut itu betul sekarang ini banyak ke pasaran gelap dengan harga yang sebegini rupa tidak jumpa dah, dia harga yang lebih tinggi. Malah antara faktornya adalah kadar peratusan penolakan di peringkat pemeriksaan ladang sewaktu dekat ladang sudah kena tolak dah yang tinggi, yang itu yang menyebabkan kuota benih padi tidak banyak dan kurang di dalam negeri ini. Justeru peserta ladang benih ini bertindak untuk menjual benih padi kepada kilang beras selain penolakan atau faktor serangan dan juga rumpai dan juga padi angin, boring sedikit lah berkenaan pertanian tetapi Dato' Speaker dan juga Yang Berhormat bolehlah mendengar atau pun tambah ilmu. Selain itu persaingan harga dengan kilang beras juga menawarkan harga yang lebih tinggi iaitu mencapai 1,700 per tan metrik menyebabkan peserta ladang benih menjual hasil padi di luar serta kenaikan kos pengurusan ladang seperti kos racun dan juga upah menyebabkan peserta ladang benih tidak dapat melaksanakan pertanian padi mengikut rice check…(dengan izin), yang
sebenarnya sekali gus tidak mencapai standard piawaian yang telah ditetapkan. Bagi menjawab…(gangguan).
Mencelah sikit.
Sila.
Terima kasih YB EXCO memberi laluan sekali lagi kepada saya dalam isu padi ini sebab saya membawa suara petani-petani khususnya di kawasan Penaga sebab komuniti besar di Penaga ini adalah pesawah. Seperti apa yang disebut tadi memang hendak dapatkan benih padi sah ini memang agak sukar dengan harga RM45.00 so ini membebankan petani apabila terpaksa membeli di pasaran gelap dengan harga RM65.00 dan saya minta juga jasa baik EXCO supaya melihat permasalahan yang dibangkitkan oleh petani juga dalam tempoh tiga (3) tahun, dalam tempoh tiga (3) tahun ini harga benih itu telah naik melebihi 68 peratus manakala harga padi pula hanya naik 10 peratus sahaja jadi pendapatan mereka tidak seberapa tetapi hendak mendapatkan benih itu agak besar amountnya jumlahnya RM sehingga melebihi kenaikan 68 peratus jadi saya minta kepada EXCO yang bertanggungjawab yang mewakili Kerajaan Negeri untuk melihat bagaimana kaedah untuk membantu masalah-masalah ataupun rungutan yang dibangkitkan oleh petani untuk memastikan harga padi juga dinaikkan pada masa akan datang.
Terima kasih Yang Berhormat Penaga kerana perbahasan ini telah memberi ruang kepada masyarakat di luar untuk faham tentang benih padi dan juga beras sebenarnya. Kalau ini dilema yang dialami oleh di peringkat Federal. Kalaulah kita bagi benarkan benih padi harga ditingkat, secara tidak langsungnya harga beras akan meningkatlah. Ini dilema maknanya kita bagi benih padi tingkat, petani happy, petani gembira tapi sudah semestinya harga beras ni akan meningkat, ia akan memberi kesan yang besar adalah rakyatlah. Adakah rakyat akan gembira sekiranya harga beras meningkat. Makna katanya...(gangguan).
La harga beras pun dah naik dah. Beras tempatan pun..
Harga kawalan, harga kawalan maksud saya, ni harga kawalan beras putih yang ditetapkan oleh kerajaan di kawasan,
Ya, harga kawalan, kawalan beras tempatan pun sampai ke hari ni dah berapa bulan dah saya rasa semua boleh bersetuju dan yang ada dalam Dewan pun setuju memang nak dapatkan harga beras ataupun nak dapatkan beras tempatan memang sukar. Yang kita beli hari ini, yang kita makan hari ini adalah beras import jadi, isu kalau harga padi naik menyebabkan beras harga beras juga naik hari ini tak berbangkit apabila beras tempatan sendiri stoknya tidak ada dan rakyat terpaksa membeli. Kalau dulu memang orang kaya saja yang makan beras import, beras putih import, tapi hari ni B40 dan orang susah pun terpaksa, dipaksa membeli beras import.
Terima kasih Yang Berhormat Penaga. Harga beras putih tempatan tak naik harga kawalan. Apa yang saya maksudkan ialah tentang kita memberi kenaikan kepada benih padi, golongan petani gembira tapinya memberi kesan kepada ada desakan berkenaan tentang kenaikan harga beras tempatan putih mesti ada ada kenaikan harga di situ dan akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat setempat. Saya rasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun telah memutuskan bahawa di mana kekal dengan harga tersebut agar beras tempatan KPKM, Menteri KPKM Abang Mat sendiri minta untuk menaikkan harga beras tempat ni, tempatan. Tapi di peringkat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak meluluskan. Maknanya ada perbualan ataupun usaha itu cumanya, cumanya di peringkat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ianya melihat lebih besar iaitu rakyat setempatlah iaitu beras putih tempatan. Terima kasih Yang Berhormat Penaga memberi dan juga ruang untuk perbahasan ini supaya orang lebih jelas tentang padi dan jangan dan juga benih padi. Yang Berhormat ataupun Dato’ Speaker, selain itu persaingan harga dan juga kilang beras yang lebih tinggi mencapai 1,100 tan metrik menyebabkan para peserta dan benih ni menjual lebih tinggi dan juga kenaikan kos pengurusan ladang. Yang Berhormat Bertam, saya sebut tadi kita semuanya menyahut cabaran Yang Berhormat Bertam, cuma saya nak betulkan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bertam, perlu mencontohi negeri-negeri yang mempunyai beras sendiri tempatan cap Ganu yang terkini adalah Negeri Sembilan iaitu cap Meranti. Perkara ini sebenarnya adalah satu program yang tidak menyelesaikan masalah pun. Kerajaan Negeri Pinang sudah merangka untuk membuat Pelan Keterjaminan Makanan Negeri Pulau Pinang iaitu dengan izin Penang Food Security Master Plan 2030 di mana kita ni, nak own lesen membekal ataupun mengedar beras tempatan. Kalau Terengganu ataupun Negeri Sembilan ataupun negeri-negeri lain, mereka tidak pun ataupun tidak memiliki lesen tersebut. Mereka hanya reprint saja bagi duit, print saja sebab itu apabila berlaku krisis makanan ni negeri Johor atau negeri Terengganu ka, Negeri Sembilan ka, negeri Selangor ka juga turut terima tempiasnya iaitu tak ada beras tempatan. Yang Berhormat Penaga sebut tadi, memang tidak ada sejak di negeri-negeri lain mereka dah buat dah mereka sebenarnya tidak menyelesaikan isu ini secara akar umbi dengan hanya reprint saja Beras Cap Ganu lebih kurang macam tu lah.
Yang saya maksudkan Yang Berhormat, bukannya kata untuk semua sekali menggantikan orang kata untuk kekal, itu adalah langkah-langkah kata interim dan juga bersifat interventionist macam mana yang dilakukan oleh beras Makmur, beras Makmur ni dia bukan dia kata dia buat
dia perlu gunakan pengilang atau bawa keluar sendiri, tak, dia ambil beras import kemudian dia subsidiased agar ia setara dengan harga beras apa nama ni tempatan jadi membolehkan kebolehupayaan rakyat untuk beli itu berada pada lantai yang lebih luas. Jadi saya maksudkan begitu mungkin ada satu gesaan dan ketika selain daripada kita ada stok beras lagi mungkin kita boleh perkenalkan beras Mutiara Tapi kalau nak ada pengilang, nak ada lesen, lepas ni boleh kita perkenalkan beras Mutiara. Terima kasih.
Ya, Pantai Jerejak berapa lagi.
Panjang lagi ni.
Sila.
Mohon mencelah, mohon mencelah.
Boleh, boleh sangat.
Satu-satunya kilang, terima kasih Dato’ Speaker, satu-satunya kilang padi di Pulau Pinang ni, adalah Kilang Padi Bernaslah di Paya Keladi. Betul-betul di depan rumah saya. Jadi ramai penduduk pi jual tang tu, dia nak beli beras, jual padi nak beli beras, beras tak da. Ha ni isu ni.
Yang Berhormat Bertam, terima kasih. Saya tidak niat untuk orang kata memberi pandangan negatif tapi saya tadi sebentar tadi saya kata saya nak mengambil menyahut cadangan daripada Yang Amat Berhormat Bertam tadi, sorry minta maaf Yang Berhomat Bertam tadi, iaitu kita Pulau Pinang kita ada bank benih padi kita boleh keluarkan benih sendiri kemudian yang kita nak ada satu lesen atau pun sekarang lesen ni diberikan kepada pihak swasta dan sekarang ni Kerajaan Negeri nak Kementerian ni bagi kepada Kerajaan Negeri own ataupun memiliki lesen sendiri di mana sekarang ni beras tempatan kebanyakan hampir semualah dimiliki oleh pihak swasta. Kalau selepas ni Kerajaan Negeri sendiri ada lesen untuk membekal beras tempatan itu adalah langkah yang baik. Kalau kita repack saja adalah kurang sesuailah dan tidak dapat menyelesaikan masalah keterjaminan makanan dan perkara ini telah di bawa dalam Penang Food Security Master Plan 2030, dan juga cadangan yang Berhormat Bertam tadi pun.
Sekiranya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri boleh bagi subsidi untuk beras import, kita kurangkan kepada beras tempatan pun cukup baik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pinang Tunggal, dasar-dasar berkenaan tentang pengilang atau pun hasil-hasil negeri ini patut dijual kepada pihak mana atau pun boleh dijual ke penduduk setempat ni adalah dasar Kerajaan Federal sebenarnya dan juga lesen-lesen yang dikeluarkan juga adalah lesen Federal. Sepatutnya lah Yang Berhormat Pinang Tunggal sebab tu Kerajaan Perikatan Nasional memegang negara kita ni dalam tebuk atap tu waktu itu, Yang Berhormat, Yang Berhormat sepatutnya sampaikan kepada menteri yang terkait kalau tak sampai kan idea tersebut, kita tidak akan menjadi masalah sebegini rupa yang saya fahamlah sebab kuasa tentang padi ni khususnya barang-barang kawalan ni di bawah kawalan Kementerian atau pun KPKM tu sendiri lah di peringkat Federal. Kita negeri seolah-olah macam dipersalahkan pula kan. Hasil padi tak boleh dikeluarkan atau pun tak boleh terima kepada para penerima di Negeri Pulau Pinang dan dasar itu adalah di peringkat atau pun keputusan di peringkat Federal sebenarnya Yang Berhormat. Silakan.
Yang Berhormat, boleh bagi laluan dak.
Eh…saya tak habis banyak lagi ni.
Aa, tak pa la..kita semua-semua ni.
Kalau saya bagi laluan semua…okeylah..bagilah..bolehlah.
Terima kasih Dato’ Speaker dan juga terima kasih Pantai Jerejak. Walaupun maknanya dasar itu apa nama daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri boleh buat permintaan boleh buat permohonan. Jadi kita tak mahu kita jadi ayam mati dalam kepok. Dari sudut moral …
Yang tu yang saya sebut tadi, saya buat…(ganguan).
Sat, sat dulu. Sat bagi saya habis bercakap. Kita tak mau lambat, serta apa nama ni, banyak provokasi-provokasi ni dalam Dewan ni. Saja la ni, jadi bila timbul provokasi ada orang
nak jawablah kan. Jadi kita harap supaya kita usahakan dia tak mahu jadi macam pepatah kata, ayam mati dalam kepok kita duduk keliling bendang, orang buat bendang, nak makan nasi pun payah, orang duk tepi bendang tak boleh tumpang tuah bendang ada sekeliling tu jadi ini dari segi moralnya nampak teruk kita ni. Sebab tu kena ada usaha, kita biar, maknanya ada langkah positif sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bertam sebentar tadi.
Dah, terima kasih seperti yang saya ulang tadi lah kepada Yang Berhormat Pinang Tunggal sepanjang ni bidang kuasa kerajaan.
Bukan Pinang Tunggal la..
Tak da, saya sebut tadi kat Pinang Tunggal tadi dan saya nak ulang sekali lagi kepada Yang Berhormat Sungai Dua ini bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mendapatkan atau pun berbincang dengan Kerajaan Persekutuan di mana untuk memperkenalkan Enakmen Kawalan Padi yang akan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan di mana padi atau pun hasil Pulau Pinang yang enam (6) tahun berturut-turut tu hampa bagi baliklah kepada negeri kita sendiri. Yang itu yang saya cuba berbincang dengan pihak Kerajaan Persekutuan dan sekali lagi saya nak ulang sewaktu Yang Berhormat Pinang Tunggal bangun tadi, waktu menjadi Kerajaan Persekutuan, Federal tu, waktu tu kenalah maklumkan kepada mereka tapi tak maklumkan pun. Bila datang ke ni gilir kita tak buat bekerja pula iaitu Kerajaan Negeri.
Okey-okey, sambung, sambung-sambung.
Boleh sambung, bagi saya banyak lagi ni tak pa, banyak lagi nanti saya bagi ruang ya. Yang Berhormat menjawab persoalaan Yang Berhormat Penaga Kerajaan Negeri telah menghantar kertas bantuan ataupun cadangan kepada KPKM untuk membantu lokasi-lokasi yang terlibat dengan tanah jerlus ini, saya tahu sebenarnya kawasan-kawasan ini besar iaitu seluas 45 hektar dan juga 18 hektar tak boleh tuai. Saya juga turut bersimpati kepada Yang Berhormat Penaga kerana kawasan beliau menghadapi masalah tanah jerlus. Dato’ Speaker, Yang Berhormat Permatang Berangan juga mencadangkan bahawa Kerajaan Negeri harus memulihkan hubungan dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi memastikan air dari Sungai muda dapat diperolehi saya nak sebut sebanyak 6,155.74 hektar kawasan jelapang padi di Negeri Pulau Pinang menerima manfaat air daripada Sungai Muda.
Yang Berhormat Permatang Berangan, kalau boleh pi bisiklah kat Menteri Besar Kedah ni, jangan bengkeng sangat. Sebab hampir setengah kawasan jelapang padi di Negeri Pulau Pinang ni terima manfaat daripada negeri Kedah. Apa salahnya saya serahkan tugas ni kepada Yang Berhormat Permatang Berangan untuk membantu negeri Pulau Pinang khususnya di kawasan Jelapang Padi. Dato' Speaker…
Habis?
Belum.. belum
Cepat.
Beberapa minit lagi Dato’ Sepaker? Dato’ Speaker, negeri Pulau Pinang antara negeri yang tinggi dalam menyumbang sektor populasi ternakan khinzir. Saya sebut ni sebab banyak soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan. Ianya bukan hanya dapat memenuhi keperluan di dalam negeri ini tetapi ianya juga turut membekalkan kepada di luar negeri ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan Kerajaan Negeri yang pertama memperkenalkan Enakmen Penternakan Khinzir pada tahun 2016 bersama-sama dengan Peraturan 2020. Peraturan ini atau pun Enakmen ini memastikan bahawa ladang khinzir moden harus dilaksanakan di dalam Negeri Pulau Pinang secara tidak langsung menyebabkan bahawa wujudnya zon penampanan, kumbahan sifar kadang, kandang tertutup dan juga amalan perternakan yang baik berdasarkan DEHP. Menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Berangan sebanyak, sebanyak 30, sebanyak 20 kompaun telah dikeluarkan sehingga 30 September 2020 terhadap ladang-ladang yang tidak mematuhi peraturan yang menelan kompaun sebanyak RM152,500 di mana 49 daripada 68 ladang telah mematuhi Enakmen ini dan bakinya akan disusuli by peringkat lah. Pada ketika ini juga menjawab soalan ni pusat rawatan sisa kumbahan biogas telah dijalankan di Perkampungan Valdor dan dalam masa terdekat kita akan laksanakan cadangan ini di Kampung Selamat dalam masa yang terdekat lah dan saya rasa kalaulah Yang Berhormat Permatang Berangan hadir bersama Yang Berhormat Tasik Gelugor tempoh hari, sudah semestinya Yang Berhormat Permatang Berangan boleh dapatkan maklumat yang lebih baik kerana ada lawatan pada 6 November bersama dengan Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang bersama dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Yang Berhormat, Wan Saiful Wan Jan. Beliau mendapatkan info bukan beliau menyelesaikan masalah beliau mendapatkan info daripada Kerajaan Negeri setelah Kerajaan Negeri bertindak untuk mengatasi masalah ni. Dato’ Speaker sekali lagi…(gangguan).
Mohon mencelah. Isu pencemaran ini telah lama berlaku dan baru ni pun pada saya pada hari Ahad baru saya pi makan kenduri di kawasan tersebut masih berlaku pencemaran dan masih teruk dan masih berbau dan sekarang ni kita nak minta tindakan tegas daripada kerajaan kompaun tu satu hal, bagi saya jumlah-jumlah kompaun yang dikenakan tu tak memberi apa-apa kesan kepada penternak. Jadi kalau boleh bukanlah kita nak bebankan kepada penternak untuk menyediakan prasarana, akan tetapi Kerajaan Negeri kena ambil langkah atau inisiatif membantu jugalah untuk menyelesaikan segala kumbahan atau pun sisa daripada najis babi ni daripada dilepaskan ke sungai itu.
Sebab itu..
Dan lagi satu pada perjumpaan hari itu, Permatang Berangan pun tak dimaklumkan tentang lawatan tu. Mungkin di dijemput Ahli Parlimen saja.
Terima kasih, InsyaAllah selepas ini saya kan dia sensitif sikitla, Yang Berhormat Permatang Berangan, sat gi bila kita keluarkan jemputan, hai kenapa ni jemput datang ke ladang khinzir kan. Cumanya ini permintaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor sendiri yang dapat arahan daripada Kementerian KPKM untuk membawa Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk melawat kawasan dan juga cadangan bagi gas sini. InsyaAllah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepanjang kita sedang giat untuk membantu untuk menyelesaikan masalah khususnya di kawasan SPU tersebut.
Okey, Pantai Jerejak duduk rehat. Nanti sambunglah tapi balik nanti 15 minit saja diperuntukkan. Okey, Ahli-Ahli Yang Berhormat maka saya kena tepati janji ya, 12 setengah kita henti rehat dan kita sambung balik dalam jam 2.00 petang nanti. Dua la.
Dewan ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
Dewan disambung semula jam 2.00 petang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.
Dipersilakan Pantai Jerejak untuk membuat penyambungan pergulungan.
Dato' Timbalan Speaker, bangga untuk saya umumkan bahawa kadar sara diri SSR bagi ayam dan juga itik telah melebihi 100 peratus iaitu pada tahun 2021 sebanyak 113.27 peratus dan juga pada tahun 2022 sebanyak 139.11 peratus. Ia bermakna penyumbangan sebanyak RM1.05 bilion pada tahun. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri yang pertama yang melaksanakan Enakmen Perladangan Unggas Pulau Pinang 2020 dan juga Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas pada tahun 2020 dan akan dikuatkuasa Januari 2024. Bermakna di Negeri Pulau Pinang kita mempunyai ladang yang moden untuk ternakan ayam dan juga itik. Kerajaan Negeri juga menyambut baik langkah pengumuman penambatan subsidi dan juga pengapungan harga ayam sejak 1 November. Saya sendiri turun ke padang baru-baru ini di Lotus Butterworth dengan harga RM6.99 sen untuk seekor ayam. Dato' Timbalan Speaker, Negeri Pulau Pinang walaupun kecil ianya merupakan negeri yang tertinggi dalam penyumbangan penghasilan akuakultur yang bernilai RM681.2 juta pada tahun 2022. Secara keseluruhannya sebanyak RM1.18 billion hasil diperolehi dalam sektor perikanan. Negeri Pulau Pinang berada di tempat yang kedua bagi hasil tangkapan laut. Walau pun kita punya pengairan tidaklah begitu besar tetapi kita antara yang tertinggi dalam hasil tangkapan laut. Pelbagai inisiatif oleh Kerajaan Negeri telah diberikan untuk penternakan atau pun perikanan ini sebanyak RM185,000 telah diberikan untuk pembangunan kepada syarikat-syarikat untuk membangunkan bio-sekuriti yang mempunyai sijil myGAP dan berita yang baik juga Kerajaan Negeri akan menyasarkan sebanyak 3,000 tan metrik ikan tuna yang akan dibawa daripada Lautan Hindi dan akan didaratkan di Pelabuhan Pulau Pinang di Dermaga Dalam Butterworth. Untuk semua, untuk Ahli-ahli Dewan untuk pengetahuan semua, Negeri Pulau Pinang antara negeri yang mempunyai pelabuhan ikan tuna yang digazetkan secara sah selain daripada Langkawi. Pulau Pinang ini dua (2), satu (1) di Pulau Pinang satu (1) di Langkawi. Kita patut berbangga mempunyai negeri kecil tetapi usahanya gigih.
Mohon mencelah boleh?
Dato… saya perlu teruskan saya punya ucapan kerana terlalu panjang, celahan tadi telah banyak dah tadi.
Tapi, ada keperluan juga tu. Tadi apa nama Yang Berhormat menyatakan tentang pendapatan lumayan hasil laut…(gangguan)
Bagi saya sambung Dato’, bagi saya sambung Dato’ Speaker, bagi saya sambung. Saya seterusnya nak habiskan, celahan banyak sangat tadi.
Duduk, duduk. Kita akan bagi peluang sebentar lagi.
Untuk inisiatif kerang-kerangan ataupun penghasilan laut, Kerajaan Negeri telah memberi sebanyak RM2.11 juta kepada peserta-peserta kebun kerang yang dimulakan di Daerah Seberang Perai Utara. Kawasan-kawasan Pembangkang ni. Makna katanya, saya nak menjawab jugalah soalan-soalan kepada semua wakil rakyat di bahagian Pembangkang. Kerajaan Negeri ini tidaklah zalim yang disebut-sebut, yang dicanang-canang dalam perbahasan tu. Apa beza pembangkang dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kerajaan, perbezaannya begitu rupalah….(gangguan).
YB, Pembangkang tak pernah sebut kerajaan zalim ni. Jangan provokasi.
Bajet yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sejak daripada awal lagi, tinggi dan kurang sikit berbanding Ahli Dewan Undangan Pembangkang sebab Kerajaan ini disalurkan kewangan terus kepada rakyat seperti yang saya sebut tadi, belum saya sebut lagi tentang inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri misalnya iSejahtera. Banyak penerima-penerima manfaatkan Kerajaan Negeri ini juga datang daripada kawasan-kawasan pembangkang dan yang terkini, Dato’ Timbalan Speaker, saya nak promote saya punya program, kita buat program Hari Penternak/Peladang di kawasan Pembangkang. Makna kata kita tidak meminggirkan pembangunan atau pun apa jua inisiatif, ataupun kewangan kepada kawasan Pembangkang cumanya Kerajaan Negeri ini kurangkan sikit bagi bantuan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang. Banyak inisiatif yang saya boleh kemukakan, mungkin EXCO-EXCO Perumahan juga boleh kemukakan
bantuan-bantuan, senarai-senarai, rumah-rumah mampu milik di kawasan-kawasan Pembangkang. Dato’ Timbalan Speaker, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Telok Bahang, selut yang diambil ataupun dikorek di kawasan Kuala Sungai Pinang dan juga Kuala Jalan Baru, tidaklah dibuang ke dalam laut tetapi diletakkan di kawasan-kawasan penambakan di dalam rizab JPS atau pun ke tapak pelupusan, jauh daripada pemandangan orang awam. Bagi seterusnya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan tentang kesan ekosistem dan juga pengurangan hasil laut atas ekoran projek PSI ini, banyak dah hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Dewan seperti semalam yang disebut oleh Pulau Tikus di mana kawasan PSI ini ialah bukanlah kawasan aktif penangkapan ikan tapi jangan risau Kerajaan Negeri juga telah menyediakan beberapa perkara-perkara untuk membantu nelayan yang terkesan antaranya bantuan ex-gratia sebanyak RM13.3 juta yang telah membantu sebanyak 952 nelayan pada tahun 2021 secara berfasa. Telah diperuntukkan sebanyak RM192,500 kepada nelayan-nelayan yang terkesan. Malah pada tahun ini juga, sebanyak 20 unit bot-bot dan enjin telah diserahkan kepada nelayan-nelayan terkesan dan 12 unit bot-bot dan juga enjin akan diserahkan pada hujung tahun ini. Tuntasnya peruntukan sebanyak hampir RM5 juta diperuntukkan untuk Koperasi Komuniti Pulau Pinang Selatan Berhad bagi memberi manfaat kepada para nelayan dan juga bakal memperkasakan nelayan dan juga komuniti setempat di sekitar Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, saya nak menjawab sedikit tentang persoalan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan bahawa kesan-kesan projek ini tidak memberi kesan yang besar antaranya adalah pertama, pemasangan tirai kelodak, yang kedua pemasangan alat penentuan nilai kelodak dan yang ketiga kerja-kerja penebusan kegunaan tanah akan dihentikan secara serta-merta sekiranya bacaan jumlah pepejal terampai melebihi 30 miligram per liter. Yang Berhormat juga ada menyentuh tentang projek-projek, kesan-kesan projek yang telah dijalankan bermula 2014 sehingga 2020 yang mengakibatkan hasil ternakan ikan atau pun tangkapan ikan ini berkurangan. Dalam data daripada Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, persoalan atau pun hujahan daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang adalah tidak tepat sama sekali. Kalau mengikut data yang sebetulnya adalah peningkatan sebanyak 24 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2014 walau pun lima (5) projek telah dijalankan. Ini data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. Saya menasihatilah semua Ahli Dewan Undangan dalam Dewan yang mulia ini, apabila kita bercakap ini biarlah berdasarkan fakta. Dan kalau kita tak tahu. kita baik, lebih baik mendiamkan diri. Dan saya yakin kita seharusnya perlu menjadi agen pencerahan kepada para-para nelayan ni. Kadang-kadang saya yakin mereka ini yakin kepada wakil-wakil rakyat, tetapi kalau wakil rakyat tidak bercakap perkara yang betul dan tidak menyampaikan perkara yang betul kepada mereka, dan mereka akan terima secara bulat-bulat. Saya mengharapkan kita punya wakil-wakil rakyat sampaikan maklumat ini kepada para-para rakyat di bawah ini agar maklumat maklumat ini dapat… saya nak habiskan sedikit ucapan Saya minta maaf. Ini saya punya floor saya nak habiskan ucapan. Saya tinggal lagi lima (5) minit sahaja lagi…(gangguan).
Mohon mencelah, pasai sebab quote nama saya, quote nama Ketua Pembangkang Saya cukup tak setuju bagi masa tambahan nanti.
Pantai Jerejak tak pa saya boleh consider tambahan.
Boleh ar?
Boleh. Ketua Pembangkang kita bagi hormatlah, Ketua Pembangkang bagi floor dekat dia.
Mungkin, Yang Berhormat, Yang Berhormat tahu tak bahawa bilangan nelayan yang berada di kawasan tu yang terlibat 4,000 lebih berbanding dengan 952 orang nak bagi, kemudian 20 buah bot. Adakah 4,000 lebih nelayan akan dapat macam tu juga? Kemudian dan fakta-fakta jangan ingat nelayan sampai tak reti apa (tak jelas). Ada Pen Mutiara, ada semua yang membuat kajian. Ada kaitannya dengan ini. Sebab itu perlu ada libat urus yang melibatkan antara Kerajaan dengan nelayan. Jangan ingat nelayan tak tau apa. Tentang kawasan tangkapan nelayan pun ada satelit yang membuktikan kawasan tu adalah kawasan yang kaya dengan ikan. Ada dapatan hasil didaratkan di pengkalan nelayan juga di di pengkalan-pengkalan yang lain yang ada data. bukan bercakap kosong. Harap maknanya Kerajaan ambil serius perkara ini. Jangan… YB, YB makna kata sekarang ni sudah jadi Exco, cakaplah makna standard dengan EXCO, jangan cakap macam cyber trooper. Harap jangan ada provoke.
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, saya bercakap berdasarkan dapatan daripada Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang. Bila masa saya sebut, saya ambil data dari cyber trooper. Jangan buat tohmahan sebegitu rupa. Sebagai wakil rakyat, kena cakap macam tu, tak boleh lah buat macam tu. Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang. Betul, tak betul? Bila masa saya ambil data yang ikut cyber trooper?
Okey teruskan.
Saya sebut Yang Amat Berhormat Ketua Pembangkang memaklumkan tiada sumber, boleh semak balik dalam ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Tidak ada sumber yang mengatakan begitu. Saya bukannya nak menjadi juara dalam projek ini, tidak, cumanya saya menasihati bahawa apabila kita bercakap ni biarlah berdasarkan fakta. Kalau ada data tentang Pen Mutiara, bawalah saya boleh mendengar pun. Saya tak menjadi isu pun. Saya tahu dan apa Yang Amat Berhormat Ketua Pembangkang sebut tadi unit bot itu hanya berfasa.
Maknanya bolehkah saya bawa nelayan berjumpa YB EXCO. Dalam Dewan yang mulia ini, saya harap saya akan bawa fakta dan sumber dan juga akan bawa pihak nelayan, ha okey.
Boleh, boleh. Tak ada masalah. Biarlah bercakap berdasarkan fakta dan juga sumber rujukan yang sahih. Boleh-boleh, tak ada masalah tapi janganlah buat tohmahan terhadap saya yang menyatakan saya ini menjawab seperti cyber trooper. Tak bolehlah macam tu.
Okey, teruskan.
Tambahan 3 minit lah.
Boleh, boleh.
Dato’ Timbalan Speaker…
Cuma saya nak inilah, isu-isu tambak laut ini nanti saya harap YB TKM pun dia ada peranan, beliau akan sentuh juga dalam pergulungan.
Saya setuju… Empat (4) minit tambah.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, tapi tadi Ketua Pembangkang kita yang telah merujuk secara peribadi, rakan saya daripada Pantai Jerejak dia ucap macam cyber trooper. Saya rasa Ketua Pembangkang kalau boleh tarik balik lah kenyataan tu (tak jelas). Terima kasih.
Saya harap maknanya yang lain-lain sama juga. Jangan provoke yang lain-lain, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain juga jangan provoke dalam isu-isu yang lain juga. Okey, dengan hormatnya saya tarik balik cyber trooper.
Bukan-bukan. Kita tak provoke, tapi cumanya untuk menjaga....(tak jelas).
Terima kasih Sungai Dua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, secara profesionalnya berhujah sebegitu rupa. Terima kasih banyak sekali lagi. Dan sebagai penutuplah…no...no.. Bagi sayalah penutup. Ni point saya yang terakhir.
Ada lagi, ada point lagi, tak salah sayalah, ada point terakhir sebelum landing tu sebab saya dah janji dengan Ketua Pembangkang isu tuna tadi? Yang nak mencelah tadi? Dah jawab dah? Selesai? Floor, floor.
Saya ni masa ni sikit ja lagi, sebelum saya bagi, saya tengok ramai-ramai daripada Pembangkang tanya soalan banyak kat saya. Soalan daripada luar bandar tak tanya langsung. Duduk mana sekarang ni? Kebanyakkan kawasan luar bandar, sekarang ni saya yang kena attack ni, ni luar bandar ni.
Ketua pembangkang berjiwa besar tarik balik. Saya nak EXCO tarik balik perkataan zalim tu. Tang mana zalim tu?
Dia duduk sini… saya… saya… Yang Berhormat Pinang Tunggal saya dan juga semua-semualah, saya kalau boleh harap anggaplah ambillah ruang dan peluang tanya macam-macam kat dia. Saya ja yang kena ni, kiri, kanan, atas, bawah dan kawasan Pembangkang dala…(gangguan).
Itu itu betul la.
Sabar. Sabar.
Dato’Timbalan Speaker saya minta…(gangguan).
Dekat kawasan pembangkang ini terlibat dalam….(gangguan).
Tarik balik tarik balik belum…(gangguan).
Pantai Jerejak, Pantai Jerejak Pinang Tunggal. Okey kita nak bincang dengan harmoni la. Nak dapatkan…(gangguan).
Tutup tutup tutup nak habis dah ni. Nak habis dah…(gangguan).
Tapi saya pun tak.
Saya menuntut EXCO tarik balik yang zalim tu. (kurang jelas) kat mana zalim tu. Awai-awai sebut zalim.
Saya sebut la. Ada sebut ka saya tak ingat la minta maaf kalau esok kalau ada saya sebut zalim saya tarik. Saya tarik balik…(gangguan).
Dato’ Speaker dengar.Ketua Pembangkang pun tarik balik tadi.
Saya tarik balik perkataan zalim yang kurang senang untuk Yang Berhormat dan yang lain-lain.
Okey. Terima kasih.
Baru betul.
Damai-damai.
Dato’ Speaker.
Aih dah habis dah ni. Satgi zaman YB Rashidi ni tanya macam-macam dekat dia apa benda , tanyak kat dia, luar bandar. Saya sikit ja.
Ada kepentingan berkenaan dengan lesen penangkap-penangkap ikan di pantai. Adakah lesen tersebut dibekukan ataupun macam mana sebab saya mendapat complain daripada nelayan pantai bahawasanya lesen-lesen bot nelayan pantai tidak dibuka atau pun dibekukan.
Telok Bahang kita bagi mencelah atas isu apa yang disampaikan oleh YB EXCO. Lain-lain hal boleh tanya dalam soalan lisan atau pun soalan bertulis.
Tak apa tak apa saya cuba ambil maklumat itu. Itu masalah rakyat. Jangan risau Dato’ Timbalan Speaker. Saya mengambil ini sebagai tanggungjawab saya sebagai EXCO ini adalah
pasal rakyat. InsyaAllah saya akan tengok memang ada, memang ada situasinya berlaku saya baru ini pergi Sungai Acheh, benda yang sama dimaklumkan bahawa ada proses yang nak teliti semula la tentang lesen ini. InsyaAllah saya akan jumpa pihak Kementerian untuk membantu rakyat di kawasan Telok Bahang. Ya. Penutup, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, ai dah bunyi loceng dah tadi mencelah banyak-banyak.
Tiga minit, tiga minit.
Kerajaan Negeri saya nak sentuh tentang koperasi juga berkenaan tentang pembangunan koperasi Kerajaan Negeri cukup cakna dan juga sangat peka terhadap pembangunan koperasi bermula tahun 2022. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri, Timbalan Ketua Menteri 1 yang berusaha untuk mendapatkan dana yang baik kepada pembangunan koperasi yang bermula RM3,000 dalam Program Bantuan Pembangunan bagi pemerkasaan gerakan koperasi Negeri Pulau Pinang. Pada tahun 2023 peruntukan ini telah tambah sebanyak empat ratus lima puluh ribu ringgit lagi dengan 46 buah koperasi di seluruh Negeri Pulau Pinang telah mendapat manfaat. InsyaAllah saya akan memberi fokus kepada golongan belia, koperasi belia dan juga koperasi-koperasi yang melibatkan pertanian, perikanan dan juga penternakan dan akhir sekali Kerajaan Negeri sedang merancang untuk melaksanakan zon industri akuakultur yang melibatkan lima kawasan secara tidak lansungnya memberi manfaat kepada pelabur-pelabur dan juga koperasi-koperasi perikanan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, buah duku buah dokong saya mohon untuk menyokong. Wabilahitaufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.
Terima kasih Pantai Jerejak atas pergulungan dan dipersilakan Perai.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian.
YB, YB.
YB, YB, Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker Timbalan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin saya ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Perai khususnya yang telah memberi mandat kepada saya dan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kerajaan Negeri bagi portfolio Perumahan dan Alam Sekitar. Menjunjung tinggi ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas yang begitu banyak manfaat dan saranan yang begitu komprehensif untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Selain daripada itu tidak la terlambat juga saya ucapkan Selamat Hari Deepavali (ucapan dalam bahasa India),Thank you. Dengan ini rakan-rakan saya pun belajar sedikit ucap saya tahun depan sekurang-kurangnya la. Terima kasih khas saya tujukan kepada Seberang Jaya jiran saya di kawasan yang ucapkan Selamat Hari Deepavali semalam ya. Jangan risau kalau ada masalah dekat jiran pun saya bantu.
Terima kasih.
Macam saya bagi tau lah tak kira political alignment selagi dia datang minta tolong tu, kita tolong la. Ya kita ketepikan political differences, ya. Memandangkan banyak Ahli Berhormat yang berada dalam Dewan ini menggalas mandat buat kali pertama termasuk la saya. Izin saya mulakan ucapan dan penggulungan ini dengan serangkap pantun. Pantun yang agak lama. Dah zaman saya la saya zaman pop yeh yeh Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukan, Ini dari zaman sekolah primary, satu-satu pantun yang saya tak akan lupa pasal saya selalu guna semasa sekolah. Terlebih dahulu izinkan saya mulakan penggulungan ini dengan menjawab perkara-perkara berkaitan portfolio saya bagi perumahan kemudiannya saya akan jawab untuk portfolio saya untuk Alam Sekitar. Pengumuman untuk semua, perumahan mampu milik yang mampan dan inklusif Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Kerajaan Negeri Pakatan Harapan semenjak diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Pulau Pinang telah berusaha gigih sejak 2008 dan mandat ini dibalas kembali dengan tekad untuk berkhidmat sepenuh hati Cekap, Akauntibiliti dan Telus kepada rakyat Pulau Pinang khususnya di bawah portfolio perumahan. Pelbagai inisiatif telah telah sedang dan akan diteruskan diantaranya oleh kerana isu perumahan ini menarik banyak perhatian semua Ahli-ahli Dewan ini saya boleh rasa kerana banyak juga soalan dinaikkan semasa saya jawab soalan tadi. Saya ada panjang sikit nak
cerita pasal rumah ini pasal latar belakang saya pun memang dari bidang pemajuan so banyak inisiatif saya ingin introduce dalam penggal saya di Dewan ini. Satu, selaras dengan saranan yang Tuan Yang Terutama Tun semasa ucapan perasmian untuk yang menumpukan kemajuan yang mampan dan inklusif, Kerajaan Negeri telah menggariskan sasaran menyedia penyediaan sebanyak 220,000 rumah mampu milik dalam agenda Penang2030. Setakat ini 153,544 unit iaitu bersamaan dengan 69.8 peratus telah pun diluluskan dan dengan pecahan RM50,700 telah pun siap 20,449 sedang dibina dan 82,585 dalam perancangan. Pandangan Yang Berhormat Sungai Dua dan Telok Ayer Tawar berhubung lanskap pembangunan di Pulau Pinang telah di dominasi hartanah bernilai tinggi sebenarnya telah ditangani oleh Kerajaan Negeri melalui Dasar Rumah Mampu Milik 100 peratus dan dasar penyediaan Rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah. Bahkan Kerajaan Negeri juga melalui agensi-agensi seperti Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang iaitu PDC dan juga melalui Perbadanan Ketua Menteri iaitu CMI giat meneroka usaha membekalkan Rumah Mampu Milik bagi menampung Pembekalan RMM yang turut dilaksanakan oleh pemaju swasta juga. YB. Penanti, Sungai Dua dan juga dan YB. Bagan Dalam juga menyatakan kos pembinaan yang kian meningkat ekoran desakan ekonomi secara global namun Kerajaan Negeri mengekalkan komitmen dan harga kawalan seunit dengan harga-harga yang saya berkongsi pagi tadi iaitu Rumah Mampu Milik kita masih maintain harga dia dengan harga RM42,000 walau pun kos pembinaannya boleh meloncak sehingga RM130,000 ke RM150,000. Rumah RMM jenis B kita masih maintain RM72,000 walau pun kosnya boleh mencecah sehingga RM150,000.00 kos pembinaannya. Dan juga rumah RMM C harga di Pulau adalah ditetapkan diantara RM150,000 hingga RM300,000 maksima dan di Seberang pula minimum adalah RM150,000 sehingga RM250,000. Dengan sasaran ini…(gangguan).
Dato’ Speaker. Mohon mencelah sikit YB. Boleh?
Boleh boleh boleh. Kawan tanya boleh tak tau saya.
Terima kasih Yang Berhormat Perai tentang penerangan yang diberikan saya juga tertarik bahawa Kerajaan Negeri akan memperkenalkan skim baru iaitu dibawah RM100,000 untuk 750 square feet. Tahniah saya ucapkan kerana ini dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah itu boleh membeli rumah. Tapi, walau bagaimanpun Kerajaan telah menetapkan harga siling untuk rumah mampu milik C iaitu RM300,000 di bahagian pulau dan RM250,000 di bahagian Seberang. Tapi apa yang selalunya yang kami terima adalah bahawa pembeli-pembeli itu dikenakan sekali dengan package oleh pemaju sama ada package renovation dengan tempat letak kereta dan ini bukan menjadi satu opsyen tetapi mereka perlu membeli mereka seperti tiada pilihan lain dan harganya menjadi lebih tinggi.
Maka saya nak tanya disini apakah strategi Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Perai untuk kita mengatasi isu ini kerana saya rasa ada pemaju yang mengambil take advantage (dengan izin) terhadap pembeli ini. Sekian terima kasih.
Okey. Terima kasih Batu Uban. Dia macam ini. Bila Lembaga Perumahan mengeluarkan surat tawaran harga dah ditetapkan dalam surat tawaran itu so bila pembeli itu pergi ke pejabat pemaju dengan surat tawaran ini pemaju itu sepatutnya jual rumah itu dengan harga itu. Kalau dia jual dengan harga yang lain itu criminal. Itu satu kes criminal boleh dilapor kepada polis boleh dilapor dan ambil tindakan mahkamah. Terutama sekali wakil rakyat boleh wakili la. Bila diorang ada wakil rakyat tolong bantu dia. Bantu pembeli-pembeli yang ada masalah macam ini. So sebenarnya apa yang sepatutnya berlaku adalah kita tawarkan rumah itu dengan harga misal kata RM300,000, RM300,000 ini adalah dengan minimum furnishing dengan satu car park. Sekarang orang yang pilih rumah RM300,000 ada dua (2) kereta kebanyakannya rumah kos rendah pon ada dua (2) kereta sekarang so apa diorang nak buat parking tepi jalan tidak so bila ada keadaan macam ini dia akan approach developer atau pun developer akan buat tawaran you kena beli tambahan satu kereta RM30,000 misal kat. Kalau nak buat tambahan furnishing macam grill ka apa benda dibayar so it is supposed to be willing buyer willing seller (dengan izin), itu antara penjual dan pembeli tetapi kalau kita terima aduan daripada pembeli bahawanya pembeli ini dipaksa untuk bayar kos yang tinggi. Itu satu jenayah bagi saya sepatutnya dia laporkan kepada Lembaga Perumahan dan dia boleh juga boleh melapor kepada polis. Ya, so untuk menyenangkan masalah macam itu harap wakil rakyat boleh bantu, complainant itu buat laporan polis ya. Dengan produk-produk ini kami rasa setiap rakyat di Pulau Pinang ini akan ada satu keluarga satu rumah. So banyak lagi kita punya lain, satu lagi yang saya ingin terima kasih kepada YB Bertam tadi kita punya bekas Menteri Perumahan macam mahaguru saya. Dia dari federal walaupun saya lama kerja sebagai pemaju dia controller dia controller policy of house development so dia lebih tahu daripada saya daripada bidang policy making ya. Saya cuma tahu bina. Dia buat polisi. Lain. Dia memang banyak bagus pengetahuan dia dalam perumahan.
Yang Berhormat boleh saya mencelah? Minta izin ya.
Boleh, boleh.
Minta izin ya Tuan Timbalan apa nama Speaker. Adakah maknanya kerajaan nak memastikan bahawa rumah yang akan dibina ini rumah yang berkualiti. Kalau tak salah ada satu rumah yang saya turun di Gelugor, saya tak ingat nama apa dekat dengan market atas tu. Rumah yang atas sekali tu dia bocor. Masalah water proofing yang menyebabkan rumah-rumah yang duduk di tingkat atas itu masuk air dengan banyak dan yang kita bimbang sekali ialah berlaku
perkara-perkara yang tidak diingini isu keselamatan berlaku renjatan elektrik. Apa nama ni kita harap maknanya rumah-rumah yang dibina terutama sekali rumah-rumah flat lah. Apa nama mengambil kira faktor keselamatan kepada penduduk-penduduk ataupun penghuni di rumah berkenaan.
Terima kasih YB. Sungai Dua yang saya sangat hormati kerana yang hantar saya, question yang pertama. So, dia macam ini. Bila rumah ini dijual dari,pemaju jual rumah itu kepada pembeli, dalam surat perjanjian jual beli itu ada defects liability period, sebanyak 24 bulan. Semasa pemaju itu bagi vacant posession kepada pembeli, tak kira lah rumah kos rendah ke rumah kos tinggi. Sepatutnya pembeli itu menjalankan satu pemeriksaan bersama pemaju dan jika rumah itu tak capai kualiti yang sepatutnya dicapai, pembeli itu adalah berhak untuk pulangkan balik kunci kepada pemaju. Dia boleh enggan mau terima kunci itu. Itu hak sebagai seorang pembeli.
Dan misal kata, pembeli itu ambil kunci fasal dia dah puas hati lah. Lebih kurang dah puas hati lah. Dan dalam tempoh 24 bulan, dia tak puas hati dengan finishing, atau pun kebocoran berlaku, atau kerosakan berlaku. Pemaju itu memang ditanggungjawabkan untuk siapkan apa-apa kerosakan yang sepatutnya dia buat. Bukan kerosakan natural wear and tear. Kunci mangga itu rosak tak boleh lah, you hari-hari pulas tak boleh. Kalau dinding retak, kalau plaster crack, kalau bumbung bocor, kalau paip retak, benda-benda macam ini memang under defect liability period. Dia boleh kemukakan kepada pemaju.
So, masa ini memang dia terpaksa buat lah. Jika dia tak buat, dalam surat perjanjian jual beli pun ada retention sum. Bagi notis kepada pemaju dan kalau pemaju tak jalankan kerja-kerja pemulihan kita boleh cari balik lawyer yang buat agreement itu dan kita boleh jalankan kerja itu dengan kita appoint satu kontraktor dan potong daripada itu duit yang dia simpan. Ini memang undang-undang di Malaysia memang protect pembeli. Banyak bagus okey. Macam itu. So macam saya bagitahu tadi, satu lagi kategori produk yang kita nak introduce kepada market kita iaitu jurang di antara rumah RM72,000.00 dengan RM105,000.00 adalah banyak dalam. Bermakna, rumah RM72,000.00 iaitu kategori B, untuk melayakkan diri untuk beli, pendapatan tidak boleh melebihi RM3,500.00 dan kategori yang lagi satu pulak, C1 pendapatan tidak boleh melebihi RM8,000.00. So, the gap is very big. RM3,500.00 dengan RM8,000.00. So, kami di Lembaga Perumahan Pulau Pinang berhasrat nak introduce satu rumah baru iaitu B2 dengan harga RM100,000.00 dan gaji yang dikehendaki untuk layak beli rumah ini tidak melebihi RM5,000.00.
Kalau kita tengok anak-anak kita yang baru keluar dari universiti, kebiasaan gaji dia adalah lebih kurang RM3,500-RM5,000. Produk ini akan melayakkan anak muda kita yang baru keluar dari universiti dan dapat kerja pertama layak untuk beli rumah. So tak payah lah dia tunggu sampai umur 30, 40 nak beli rumah baru. Sepatutnya bila dia dah dapat kerja pertama dia memang boleh layak beli rumah ini. Dan juga untuk golongan B40 dan M40 yang tak qualify untuk produk lain. Kita boleh jual produk ini juga ya. Ini bagi saya something that very close to my heart, saya memang nak buat ini kerana saya rasa golongan yang itu memang tak ada rumah kategori itu. So rumah itu pun akan menampung kos.
YB. boleh celah... YB saya ucapkan terima kasih lah kepada Kerajaan Negeri terutama matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah. Cuma kadang-kadang di pihak bank susah untuk mendapatkan pinjaman walau pun dengan rekod CCRIS yang bersih, bank selalunya untuk mortgage hartanah ini ada yang ketat lah. So, adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memperluaskan lagi formula atau pun produk sewa beli supaya eventually selepas 15 tahun, 20 tahun rumah itu akan menjadi kepada penyewa yang dah lama sewa. Sekian, terima kasih.
Okey, memang saya macam saya bagitahu tadi, dari 220,000 rumah yang kita ingin nak bekalkan mengikut pelan Penang2030, memang 10 peratus dari unit-unit itu adalah kita sewa beli. Iaitu 22,000 rumah akan dibekalkan.
Ada jawapan yang telah disoal dalam soalan lisan. Jadi kita minta jangan ulang-ulang lah. Perai teruskan.
Saya juga ingin terima kasih dengan YB. Bertam berkaitan dengan konsep 4K iaitu ketersediaan kemampuan kewangan dan kualiti akan ambil kira bagi memasti objektif tujuan pembinaan RMM sebenarnya menepati sasaran. Sorry, saya tak jawab soalan tadi yang tak masuk dalam jawapan pagi tadi ada satu. Sorry Tuan Speaker dia ada dua (2) soalan tadi, yang satu saya sepatutnya jawab ya. Dia macam ini, misal kata kita ambil rumah RM42,000.00 ya. Kos pembinaan adalah RM130,000 hingga RM150,000. Tapi bila pembeli ini nak beli rumah ini dia cuma diberi pinjaman sebanyak 90 peratus iaitu RM30,000 lebih lah.
Bagi sebuah bank untuk pinjam RM30,000.00 dan tunggu 30 tahun untuk kutip balik, agak payah lah. So, in most cases bank itu rasa tak payah buat bisnes ini. Sakit kepala. So, sebagai Kerajaan Negeri saya pun cadang nak berjumpa dengan beberapa institusi kewangan dan cuba tengok macam mana kita boleh pakej benda ini supaya kita menyenangkan pembeli ini untuk beli rumah. Untuk berkongsi sedikit pengalaman saya Dato’ Timbalan Speaker, pada zaman saya, untuk beli rumah pada satu masa selepas krisis, asian economy crisis, kita datang dengan satu cadangan, saya dengan rakan saya kita introduce satu program bernama 5/95, pembeli bayar 5 peratus, dan ke semua bayaran termasuk faedah-faedah sehingga ambil kunci ditanggung oleh pemaju.
So dengan cara itu orang-orang yang nak memiliki rumah cuma risau the first 5 peratus. Yang lain semua sehingga rumah siap tak perlu dirisau. So kita boleh saya dengan Lembaga Perumahan masih fikir setiap hari kita ambil otak taruh atas meja fikir macam mana kita nak buat ini ya. So saya rasa, saya rasa rakan-rakan saya dari perumahan pun banyak otak geliga orangnya pandai berpengalaman. Saya rasa kita boleh menggubalkan satu pelan khas for easy entry, for easy ownership. Yang ini saya baru masuk kerja tiga (3) bulan lah Timbalan Speaker, bagi saya sedikit tempoh ya. Saya ada tempoh empat ke lima tahun lagi. Saya pasti saya boleh…(gangguan).
Kira habis tu.
Mungkin la. Mungkin. So saya yakin saya boleh introduce satu pakej yang baru lah. Bagi saya tempoh sikit ya. Okey, let’s answer the question ya. Merujuk kepada soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua ke atas permohonan dalam sistem maklumat operasi pemurnian pendaftaran rumah mampu milik adalah selaras dengan laporan Ketua Audit Negara, LKN Siri 2 Tahun 2019.
Apa yang saya nak berkongsi di sini adalah daripada tahun 2008, sehingga hari ini kita sudah pun ada lebih kurang 43,150 orang yang dah berdaftar secara online dengan Lembaga Perumahan. Tetapinya, setiap kali kita keluarkan surat tawaran, antara surat tawaran itu tak pulang balik kepada kita atau pun tidak diterima sebab dia adalah pendaftaran ini dibuat sejauh 15 tahun dahulu. So kemungkinan ada yang dah hilang kelayakan. Ada yang dah pindah, kemungkinan ada yang tak wujud, kemungkinan ada yang dah bertukar status perkahwinan atau pendapatan. So Lembaga Perumahan pun tahun yang lepas ini dia ada satu skim untuk semak kini. So kami pun sudah heboh-heboh dalam semua social media dan surat khabar, minta semua orang datang untuk kemas kini online. So, yang mengejutkan kita adalah daripada 43,154 orang, Cuma 7,811 orang yang datang untuk kemas kini ya. So 35,400, 35,343 masih kekal dalam sistem maklumat tetapi tidak aktif. So, dia tidak ada merit untuk kita menawarkan sehingga tindakan kemas kini dibuat dalam sistem.
Kerajaan Negeri juga giat turun padang mendekati rakyat untuk menjelaskan dasar dan program termasuk pendaftaran baharu dan kemas kini. Daripada kita tunggu pendaftar-pendaftar ini datang cari kita untuk kemas kini, kita ada buat satu cadangan. Kita tak tunggu pembeli datang cari kita. Kita pergi cari pembeli. Ini adalah KPI Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Sekarang setiap kali ada apa-apa upacara, any kind of public gathering, kita biasanya hantar satu ke dua anggota kita buka satu meja untuk buat pendaftaran, untuk buat kemas kini, untuk check kelayakan.
Ini akan menyenangkan orang-orang yang minat untuk beli rumah itu, check kat tempat itu daripada pergi tingkat 20 di KOMTAR. So hampir setiap minggu staf kita keluar untuk buat pendaftaran. Pada 22 haribulan hingga 24 haribulan Disember, kita nak buat satu ekspo perumahan secara besar-besaran selepas Dewan di Butterworth Arena. So di situ kita akan ada satu ekspo seperti MAPEC, seperti HOC, di mana semua 27 pemaju yang ambil bahagian dalam menyediakan rumah-rumah kos rendah ini atau rumah-rumah mampu milik ini akan dijemput untuk pamerkan rumah-rumah kos rendah atau pun rumah-rumah mampu milik yang dia ada.
So masa itu, orang daripada Seberang Perai, seberang kesemuanya boleh datang ke Butterworth Arena. Lembaga Perumahan 100 peratus akan turun padang sana buka mungkin sepuluh ke dua puluh meja boleh mari check status, boleh check kelayakan, boleh check rumah-rumah yang ada di seberang untuk dimiliki. Dan juga kita akan adakan bersama kita Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga bank-bank bersama kita. Bermakna bila orang yang datang daftar ini, boleh check berapa dia boleh keluar dari EPF, berapa dia layak untuk dapat pinjaman,
it’s a One Stop Center. So daripada kita tunggu dia pergi ke KOMTAR cari kita kat tingkat 20, kita turun cari dia. Inilah inisiatif Lembaga Perumahan. Tambahan lagi Timbalan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Speaker, kalau kita ke KOMTAR hari ini di tingkat lobi level 3, ada 2 meja dengan 2 anggota kita yang duduk sana waktu kerja. So sesiapa yang nak ambil tahu apa-apa information kerana perumahan, tak payah naik ke tingkat 20. Boleh check dekat tingkat 3. Very effective. Apa yang kita buat sekarang adalah bawa IC, bawa salinan gaji cukup. Kita boleh scan sendiri bagi. So kita pun faham pembeli kita iaitu pembeli-pembeli yang nak beli rumah itu bukanlah waras dengan penggunaan online. Kita pun faham. So kita nak bantu especially pak cik–pak cik mak cik–mak cik yang nak check kesian la kita. So kita ambil IC, kita tolong dia scan, kita upload dalam sistem untuk dia. This is first class customer service from Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.
Boleh saya mencelah?
Boleh boleh kawan saya tak apa.
Satu lagi harapan saya ialah perumahan-perumahan yang nak dibina ini mestilah bersifat mesra komuniti, maksudnya kalau dibina di komuniti masyarakat Melayu, biarlah orang Melayu banyak di situ, ini perkara yang perlu kita lihat ini. Masyarakat sedang takut, sedang rimas kalau sekiranya pembangunan yang dibuat di komuniti itu, komuniti itu tidak mendapat faedah ataupun orang di situ yang harap maknanya apa nama pihak perumahan, pihak EXCO dapat melihat benda ini dengan adil supaya komuniti yang mana dibuat pembangunan itulah diberi keutamaan untuk mana memiliki rumah di kawasan itu, terima kasih.
Kalau komuniti itu sudah ada sana kita tak akan nak halau, memang kita akan tawarkan YB. Kerajaan Negeri juga berharap semua ADUN dapat bantu kita, semua ADUN sampaikan mesej saya ini kepada pengundi-pengundi tuan-tuan, YB-YB. Bagitau diorang bahawa kita dah ada kelonggaran ini di mana dia orang boleh pergi ke KOMTAR tingkat 3 atau pun tunggu untuk EKSPO kita ataupun pergi ke pejabat kita di Mak Mandin. Mak Mandin pun kita ada satu pejabat untuk mainland punya orang boleh pergi sana daftar dan buat semak, kini so kita cadangkan sesiapa yang daftar lebih dari tiga (3) tahun sila datang kemaskini balik setiap tiga (3) tahun. So apa yang kita buat sekarang adalah dengan cara buat kemaskini ini kita harap pendaftaran di sistem kita ini will reflect actual, sekarang nampak macam bukan actual lagi nampak memang macam ada pendaftaran, sama ada orang tu ada ka, minat tu ada, kita tak tau. So dengan kemaskini proses kemaskini ini kita akan pastikan semua nama yang kita dapat ini adalah betul
punya nama, so bila kita tawarkan kita akan tawar kepada orang yang akan terima tawaran kita daripada u-turn balik kepada Lembaga Perumahan ya. Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada Pejabat ADUN berkaitan dengan cara proses untuk pendaftaran dan mengemaskini secara atas talian supaya bantuan kepada rakyat dapat sampai dengan lebih muat dan cepat, saya rasa lebih kurang dua (2) minggu yang lepas kita ada satu sesi untuk ADUN-ADUN di KOMTAR. Saya ingat pihak di dua-dua pun blok hari itu saya pun ada present sedikit, sesi itu adalah untuk berkongsi sistem online registration ini okey? So saya betul-betul harap my salesman will be all the ADUN of the respective areas. Kalau setiap ADUN boleh bantu kita sambil bantu rakyat untuk menolong dia untuk daftar, kita lebih suka hati nak jual rumah yang kita ada, tak payah kita nak cari pembeli ya, ini sasaran yang tinggi ini 220,000 rumah.
Mohon mencelah,
Boleh celah saja tak apa.
Okey, boleh Dato‘ Speaker, tadi, diberitahu tadi bahawa actually I ucap terima kasih atas effort EXCO YB ini, YB Perai, minta maaf so saya percaya ini total customer satisfactionlah (dengan izin), tadi di awal tadi sebut tentang effort Kerajaan Negeri tadi untuk membanyakkan rumah mampu milik dengan dapat kerjasama PERDA, PDC kan? Cuma dalam konteks ini saya rasa lah macam di kawasan Kepala Batas, Tasek Gelugor macam tak ada rumah PDC, macam tak adalah rumah PDC, PDC. So adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk PDC buat rumah di kawasan ini dan one more kenapa selama ini tak ada rumah PDC di kawasan ini?
PDC adalah salah satu daripada agensi sahaja, tanggungjawab itu adalah Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang selain daripada PDC, CMI, Ketua Menteri Incorporated pun sama salah satu daripada agensi kita kerana tanah milik ini kadang-kadang CMI punya tanah, kadang-kadang PDC punya tanah, tetapi sekarang kita pun ada join venture dengan diorang ada juga masa bila diorang tak bina, kita ambil tanah tu dan bina so PDC sekarang bukan 100 peratus membekalkan rumah mampu milik. Kebanyakannya dibuat oleh kita ataupun pemaju swasta sebagai kehendak kemajuan biasa bila diorang buat kemajuan biasa yang high end dia pun kena bina yang mampu milik ya. So tidak semestinya PDC, kita adalah kuda di depan, kereta kuda sekarang iaitu Lembaga so kita akan usahakan untuk membekalkan rumah mampu milik yang cukup untuk rakyat Pulau Pinang ya, okey. Okey, isu menyalahgunakan penyewaan rumah mampu milik kepada pihak ketiga yang ini dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat Bagan Dalam dan Bukit Tengah, terima kasih pasal soalan ini, kita pun dah banyak kali pergi tapak check sama ada rumah itu diduduki oleh
yang kita jual rumah atau pun orang lain. Ini adalah satu masalah yang serius bagi saya. Sebenarnya semasa kita jual rumah ini kepada pembeli asal yang layak untuk membeli rumah kos rendah ini memang dia ada pun sign satu undertaking bahawa dia tidak dibenarkan sewa tetapi juga kadang-kadang control dekat tapak itu kekurangan, JMB tak dapat control, management corporation tak dapat control. Benda-benda ini kemungkinan boleh jadi, yang dahulunya kadang-kadang jadi sekarangnya oleh kerana kita tak semak hari-hari selalunya jadi, selalunya jadi. So it is all about enforcement. Kita di Lembaga Perumahan tidak ada penguatkuasa untuk pi cari benda macam ni tetapi kami sudah baru-baru ini satu task force melibatkan pihak berkuasa tempatan, Jabatan Tenaga Buruh dan pelbagai jenis agensi sedang meneliti perkara ini. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri sedang mengkaji keperluan untuk memasukkan sekatan dan syarat nyata bagi mengelakkan rumah mampu milik ini terus disewakan. This is only another taking legally for us to bring to court atau pun nak tarik balik unit itu tak boleh so sekarang kami dengan bantuan Pegawai Undang-Undang Negeri, kaji bagaimana kita nak letak sekatan supaya diorang tak boleh sewa kepada third party yang sewa kepada third party ini okey juga kalau orang tempatan masalah yang kita menghadapi sekarang ini banyak rumah ini disewa kepada foreign worker. Oleh kerana tak cukup bekalan rumah untuk pekerja jadi bila itu jadi orang tempatan tak tahan takut dia keluar dia sewakan rumah itu dan dia cari rumah yang sewa murah dan disewakan ini untuk RM1,000.00 so masalah ini kena diatasi, kalau kita tak atasi masalah ini dia kan sebar macam COVID lah pasal nak sewa dekat luar itu RM500.00 – RM600.00 boleh sewa tapi rumah dia sepuluh orang duduk dia boleh bayar setinggi RM1,000.00 untunglah dia so tapi kita di Kerajaan Negeri membekalkan rumah ini kerana diorang tidak ada rumah kita bekalkan untuk dia duduk tetapi oleh kerana kelonggaran all this long oleh kerana pekerja dah duduk dekat sana orang kita segan nak duduk sana cuba bayangkan rumah sebelah kiri tu Bangla sebelah kanan itu Nepal kita ada anak dara dekat rumah takutlah so orang tinggalkan rumah itu dan dapatkan sewa yang lebih tinggi. So ini adalah satu isu sosial problem yang besar dan boleh jadi lagi serius kalau kita tak control. So di Lembaga Perumahan kita memang mengkaji bagaimana kita nak mengatasi masalah ini dengan introduce mungkin restriction on the title or what ever you know. Apa yang kita boleh buat kita nak buat untuk mengelak benda ini daripada berlaku. Kerjasama antara YB. EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa akan dipergiatkan bagi memastikan isu penempatan pekerja terutamanya warga asing tidak menjejaskan sektor perindustrian di Pulau Pinang. Kalau rumah tidak dibekalkan pekerja itu nak pergi mana kalau pekerja itu tak ada kita bergantung kepada pekerja ini especially E&E, (Electrical And Electronic) punya industri ini bukan buruh kasar yang saya maksudkan ini yang kerja dekat factory yang bukan bukan teruk sangatlah okay lagi kebanyakan perempuan ladies yang bekerja dekat factory pun ada tetapi kita sebagai satu Kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh bagi benda ini berterusan, so kami pun memang dalam proses berunding dengan beberapa pemaju yang dah specialize buat rumah pekerja yang nak buat CLQ, so bila kita bagi kelonggaran kepada diorang dari segi yuran dan proses kelonggaran, proses kelulusan, mungkin lebih ramai orang akan datang untuk bina rumah-rumah untuk pekerja ini. Saya di sini ingin berterima kasih dengan EXCO Kerajaan Tempatanlah kita pun bersama dah selidik banyak dan kita pun telah pergi tengok banyak rumah di mana pekerja asing duduk dan kita pun tengok macam mana kita nak atasi masalah ini bersama.
Yang Berhormat Perai minta pencerahan, bagi yang telah disewakan kepada warga asing atau pun kepada third party mungkin kita boleh melalui enforcement tetapi yang baru ini, cadangan kepada Lembaga Perumahan seperti di Pangsapuri Suria I di Batu Kawan, 520 unit ini kebanyakkan dijual kepada penduduk di luar SPS, Pulau pun ada, Butterworth pun ada menyebabkan unit-unit tersebut memang disewakan kepada third party terutamanya pekerja-pekerja yang bekerja di Batu Kawan dan sekarang tempat tersebut sesak dengan tempat parking di luar pangsapuri. Oleh yang demikian, di sini saya ingin mencadangkan bagi projek akan datang yang dibangunkan oleh Lembaga Perumahan Negeri atau pun PDC dijual kepada waiting list ikut daerah. Kalau rumah tersebut di Bukit Tambun dijual kepada penduduk. Sekarang penduduk di bawah DUN Bukit Tambun mendapat unit berdekatan Machang Bubuk, Vendor di Batu Kawan, yang dapat adalah dari pulau atau pun dari Butterworth dan akan sewa itu sahaja.
Okey, untuk itu jika kita memandang rumah RMM jenis A supply and demand, demand lebih tinggi daripada supply pasal supply kita sikit sahaja untuk RMM A, so bila kita nak undi untuk RMM A susah nak ambil pilihan. Kalau dia minta dia nak dekat Bukit Tambun sahaja belum ada lagi kena tunggu lama lagi. So kita akan tawarkan di Batu Kawan. Kalau dia nak terima, terimalah, kalau tidak dia tunggulah kita bina dekat Bukit Tambun. Ini masalah kita, tetapi kita tak ada masalah ini untuk rumah mampu milik jenis C merata banyak tempat pun ada so kalau ditawarkan sekali nak tolak boleh kalau tak suka lokasilah, kalau tawarkan kali kedua pun tolak boleh, tapi kali ketiga pergi beratur balik.
YB. Perai masalah bukan tolak, tetapi disewakan kepada third party atau pun warga asing. Lazimnya sesiapa yang layak dan dapat kalau dapat di Pulau atau Butterworth mereka akan ambil dan disewakan menyewa. Bukan untuk diduduk sebab sewa RM1,000.00 boleh yang dapat sewaan mereka akan sewa di Bukit Tambun RM600.00 – RM700.00 untuk tinggal sendiri.
Betul, masalah ini kita pun memang faham. Nombor satu, membina rumah-rumah mampu milik ini kena tengok lokasilah. Biasanya pemaju kalau bina, dia mesti bina di atas tanah yang lebih murah, tak kan dia nak bina Rumah Mampu Milik di George Town 100sqft kadang-kadang boleh melambung sampai RM600,000 satu kaki persegi, misal kata di Seberang, kos tanah di Butterworth dengan kos tanah di Simpang Ampat banyak beza. Misal kata dari Batu Kawan ke Simpang Ampatlah daerah yang sama tapi harga banyak tinggi beza so pemaju biasanya akan cari tanah yang lebih murah dan bina dan bila rumah ini ditawarkan kemungkinan dia tak kerja di Simpang Ampat dia kerja dekat Perai so dia rasa ulang alik hari ini susahlah hari-hari so dia sewakan. So untuk mengatasi masalah ini kita kena ada satu rang undang-undang we have to have some enforcement semasa kita jual ataupun dalam suratan hak milik itu bahawanya ada sekatan kepentingan tanah ini tidak boleh disewa dan jika ianya disewa, apa kuasa Kerajaan Tempatan untuk ambil tindakan, ini kena ada, ini makan masa sedikit kita nak selidik dan kita kena
bekerjasama dengan PUU Pegawai Undang-Undang Negeri dan saya yakin kita boleh buat benda ini, bagi kita tempoh sedikit, macam saya cakap tadi baru tiga (3) bulan sahaja banyak kerja kena dibuat ya. Isu penyalahgunaan also we have take care of this. Okey yang ketiga, kepesatan pembangunan juga menyebabkan berlaku situasi pemindaan penduduk atas tanah seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat ADUN Bagan Dalam semalam ya dan Yang Berhormat ADUN Telok Ayer Tawar dan juga ADUN Kebun Bunga. Atas prinsip tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri melalui dasar pengurusan setinggan di tanah-tanah kerajaan telah menetapkan panduan kepada agensi kerajaan dan ianya boleh juga dirujuk oleh pemaju tanah persendirian.
Kerajaan Negeri juga melalui PBT menghendaki penyelesaian setinggan dicapai terlebih dahulu. Kerajaan Negeri juga menetapkan kes-kes setinggan sebagai keutamaan dan menawar penawaran Rumah Mampu Milik tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu.
Sesiapa pemaju yang ingin majukan sebidang tanah itu, semasa dia kemukakan pelan susun atur untuk kelulusan, di peringkat PBT kita akan tahan developer itu jika dia tidak ada persefahaman dengan setinggan yang duduk di sana. So, pemaju itu kena ada Settlement Agreement dengan setinggan yang memang sudah wujud di sana, sebelum Kebenaran Merancang boleh diluluskan oleh Kerajaan Tempatan, I mean PBT ya.
So, ini memang kita ada sistem in place yang juga jaga kepentingan setinggan. Kita tidaklah kerajaan kurang prihatin yang halau orang. Kita nak pastikan setiap rakyat Malaysia ini, terutamanya rakyat Pulau Pinang disediakan dengan rumah walaupun dia setinggan. Pembekalan unit sewa…(gangguan).
YB. Perai, boleh bagi pencerahan sikit? Isu setinggan macam yang saya bangkitkan kadang-kadang rumah yang isu setinggan ni dia dah rosak teruk. Dan memang dah tak boleh didiami. Saya bagi contoh di Hong Seng Estate. Tepi dia tu kubur. Tiap-tiap hari dia tidur, masak pun di tepi kubur. So, macam kes-kes macam ni adakah Lembaga Perumahan akan bagi keutamaan bukan untuk pampasan tetapi, untuk dia beli. Kalau dia mampu. Kalau dia mampu, bolehkah Lembaga Perumahan bagi pertimbangan untuk dia beli. Tetapi, keutamaan kepada dia.
Terima kasih YB. Kan tadi saya dah cakap semua ADUN ni adalah saya punya sales agent. So, ADUN tu kena bawa kemukakan kes-kes macam tu kepada kita. Biasanya kita bagi keutamaan, kalau kes itu betul. Biasanya kita bagi keutamaanlah.
So, pembekalan unit sewa beli. Terima kasih saya ucapkan kepada ADUN Telok Ayer Tawar dan YB. Bertam juga berhubung keperluan unit sewa termasuk Program Perumahan PPR di Pulau Pinang, ya. Di bawah Kerajaan Perpaduan, Pulau Pinang telah menerima kelulusan dua (2) projek PPR yang baru. Satu di Pulau dan satu di Seberang, ya.
Dengan kos RM100juta satu projek, bermakna dua-duanya diluluskan oleh KPKT sebanyak RM200 juta. Yang satunya di Jelutong, satu lagi di seberang, ya. Ini akan membekalkan lebih kurang 1,000 rumah di dua-dua belah, ya. Di Pulau saja kita akan ada lebih kurang 500 unit.
Ini adalah untuk sewa beli, untuk orang yang baru berkahwin ataupun pendapatan rendah sangat. Kita pun ada rumah untuk bujang. Kita pun ada rancangan untuk bujang, bukan bujang mudalah. Bujang yang dah cukup umur nak kahwin, tapi tak kahwin lagi. So, kita ada sediakan rumah macam tu juga ya. Ini semua memang dalam pelan-pelan kita. Kami pastikan kita akan buat.
Saya pasti semua ADUN-ADUN ini betul-betul dengar ucapan saya ini kerana minat sangat dengan rumahlah, ya. Saya faham, ya. Kerajaan Negeri akan terus memohon kepada Kerajaan Pusat untuk membekalkan unit PPR di Pulau Pinang terutamanya di bahagian pulau memandangkan Pulau Pinang adalah antara negeri pembayar cukai yang tertinggi kepada Kerajaan Pusat.
Kerajaan Negeri juga akan sentiasa mencari tanah dan tapak baru untuk dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembangunan PPR. Kerajaan Negeri juga sentiasa mengutamakan harapan kepada rakyat yang mempunyai impian memilik kediaman sendiri khususnya mampu milik pertama, mereka melalui kaedah sewa beli. Sasaran penyediaan sebanyak 10 peratus RMM atau pun 22,000 unit.
Sehingga hari ini kita dah capai lebih kurang 4,191 unit yang bersamaan dengan lebih kurang 19.05 peratus. Dan angka ini akan tingkat lagi dengan perancangan projek-projek baru. Yang kelima, pelaksanaan projek pembaharuan semula jadi, sorry semula Bandar. Projek Pembaharuan Semula Bandar (Rejuvenation Plans for Existing Old Building). Sepertimana yang diutarakan oleh YB. rakan saya Kebun Bunga dan juga Batu Kawan, Batu Uban. Batu Kawan tak dak, Parlimen. Merupakan fokus utama kerajaan. Batu Kawan sudah keluar.
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dalam memastikan pembekalan Rumah Mampu Milik dapat diteruskan selain menyediakan perumahan yang economic dan selesa kepada rakyat Pulau Pinang. Kediaman berstrata di Pulau Pinang juga mulai mencapai tahap usang.
Saiz unit di antara 240 kaki persegi hingga 527 kaki persegi, tidak memenuhi keperluan minimum kediaman, selain merosot struktur bangunan kediaman. Kalau kita pandang, pembangunan-pembangunan Rumah Mampu Milik atau Rumah Kos Rendah atau PPR zaman dulu rumahnya macam sarang burung. Kecil sangat, 300 kaki persegi sehingga 500 kaki persegi…(gangguan).
Mohon celah. Terima kasih Yang Berhormat. Berhormat Berikutan dengan isu rumah setinggan dan juga saiz rumah, saya dapati ada para pemaju-pemaju besar, mereka bila buat satu skim perumahan mereka submit masterplan ini di masa lampau. So, mereka sudah submit tapi mereka continuously renew. Mereka bina rumah yang boleh jual dulu, rumah kos rendah dia bina kemudian.
So, mereka renew plan itu, then kalau kita tengok pelan lama tu, dia empat unit rumah ada satu parking sahaja yang mana tak memang sesuai untuk masa kini. So, isu perumahan-perumahan macam ni harus diambil kira dan juga saiz rumah yang 600 kaki persegi, 617 kaki persegi memang tak relevan sekarang.
So, saya harap perkara ini akan diberi pertimbangan dan dipihak PBT juga bila mereka submit pelan untuk renewal, harap jangan luluskan pelan itu sebab ini satu kaedah yang tak sihat
dan menimbulkan masalah kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya Yang Berhormat-Yang Berhormat di kawasan masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih YB. Bagan Dalam. Benda ni memang saya pernah beritahu memang saya pun faham. Masalah dia Malaysia dari zaman Tun Mahathir ni kita cakap “Malaysia Boleh”. Tapi, biasanya tak boleh. Adakala bahasanya tak boleh. It's all about Enforcement. Kita adalah satu negara yang cukup undang-undang untuk protect semua orang. Tetapi kadang-kadang penguatkuasaan itu kurang sikitlah. So, kalau kita boleh improve kita punya penguatkuasaan, banyak benda kita boleh mengatasi.
Misal kata projek yang YB. Bagan Dalam bagi tahu tadi, projek itu diluluskan lebih 10 tahun dulu. Pada masa itu dasarnya, adalah setiap empat rumah sediakan satu parking. So, pemaju ni pandai pula. Setiap dua tahun dia renew plan, setiap dua tahun dia renew plan sehinggalah dasar dah tukar. Bila dasar dah tukar, memang pelan yang diluluskan tu dengan dasar lama. So, bila dia tak salah ya pasal dia ada pelan yang dilulus.
So, dia membina ikut syarat yang diletakkanlah. Tapi moving forward, moving forward kita nak maju ke hadapan, kita pastikan benda-benda macam ni tidak berlaku, sekurang-kurangnya satu rumah mesti ada satu tempat letak kereta. Kalau dia ada dua kereta, itu dia pergi cari pemaju beli satu lagi tempat letak kereta. Sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab, PBT akan pastikan setiap rumah dapat satu parking lot.
Y.A.B. Ketua Menteri:
Sekali lagi saya diri untuk memberi penjelasan sekiranya ada Yang Berhormat yang menganggap sesuatu yang tak betul, bukan salah dia sebab mungkin tak ada maklumat yang betul. Sebenarnya pagi tadi saya pun dengar dari Pinang Tunggal saya rasa. Jangan meluluskan unit-unit kurang dari 700 kaki persegi. Tadi Yang Berhormat Bagan Dalam juga menyatakan zaman dahulu memang ada kelulusan sampai 550 kaki persegi. Ada, dahulunya.
Tetapi sekarang pun ada. SOHO, Service Apartment dibenarkan untuk pemaju menyediakan unit-unit yang kurang dari 700 bagi pembangunan yang lazim, itu memang ditetapkan sekurang-kurangnya 700. Tetapi, untuk projek perniagaan seperti SOHO dan sebagainya, Service Apartment dibenarkan untuk ada kombinasi dari 300, 400 sehingga 2,000 kaki persegi pun dibenarkan dalam satu blok.
Jadi, saya tak mau orang silap faham. Waahhh, you kata 700 itu dasar kerajaan tetapi tiba-tiba ada kawan yang duduk dalam unit 400 kaki persegi. Jadi, itu diluluskan di bawah Garis Panduan yang berlainan. Saya harap dapat menjelaskan perkara ini.
Mungkin saya nak tambah lagi sedikit penjelasan tentang pembinaan low cost dimana setiap pembangunan dia perlu ada certain percent if more than 150 units, dia perlu sediakan di Seberang Perai, dia perlu sediakan 30 peratus untuk pembinaan low cost. Dimana setiap pembangunan, kalau ada low cost yang diwajibkan untuk pembinaan low cost, maka pemaju itu perlu buat pembinaan dalam fasa satu.
Sekiranya dia ada beberapa fasa lah. Contoh kalau dia nak buat dua apartment, dua blok apartment, maka dalam fasa satu dia kena sediakan low cost. Sekiranya dia tidak berjaya untuk sediakan low cost, CCC kita tak akan bagi. Ada pula yang permintaan untuk fasa dua pembinaan low cost di fasa dua. Tetapi, pemaju itu dia perlu membayar bank guarantee kepada PBT supaya kita dapat pastikan low cost dibina.
Terima kasih untuk penjelasan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan rakan saya Kerajaan Tempatan. Okey, dengan ini kuota pencelahan saya sudah habislah. Saya nak habiskan kertas saya. So, Projek Pembaharuan Semula iaitu URC kita pun dah kenalpasti lima projek ya. Lima projek URC, untuk pembaharuan semula bandar.
Skim-skim lain boleh memohon kepada Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang untuk dikaji kesebolehan. We are looking at. Kita tengok banyak-banyak projek yang kita boleh buat under URC lah. Misal katanya Rifle Range dah lama sangatlah rumah-rumah tu kecik. So, pembinaan pun 3, 400, 500 kaki persegi. Dua bilik, kadang-kadang satu bilik saja.
So, sekarang “Malaysia Boleh” sekurang-kurangnya dua anak dalam satu keluarga. So, kalau dua anak mesti ada sekurang-kurangnya tiga bilik lah rasa saya. So, sekarang rumah mampu milik kita pun semuanya tiga bilik lah.
Walaupun saiz dia 3,650 kaki persegi iaitu rumah kategori A, saya sebagai pemaju boleh bagitau lah dalam 650 kaki boleh bina tiga bilik. Arkitek pun boleh confirmed dengan saya. Boleh, cuma biasanya orang cakap kenapa rumah murah ni dibagi 650 kaki persegi. Jual pun dah RM42,000.00. Kalau nak beli yang lebih besar, mesti ada kemampuan lebih sikitlah. Kerana rumah ini adalah terlalu tinggi subsidi oleh kita. So, kita diaorang kena terima hakikat bahawa inilah yang kita boleh dapat untuk harga itu ya. Walau macammanapun, maju ke depan kemungkinan kita pun masih selidik lagi. Kemungkinan kita nak membesarkan rumah-rumah yang tersebutlah, dalam masa yang akan datang.
Sepertimana saya bagitahu, kalau kos dia nak bina satu biji rumah yang kita jual dengan RM42,000.00 kos dia RM150,000.00, payahlah pemaju nak sediakan rumah banyak sangat. So, kemungkinan kita nak kurangkan kuota itu supaya dia boleh bekalkan rumah-rumah sejenis itu. Yang itu pun sama juga baru tiga (3) bulan, bagi saya masa lebih sikit, ya.
Oleh yang demikian seperti yang dibangkitkan oleh YB. Kebun Bunga yang selalu bangkit banyak pencelahan. Bagi mempercepatkan proses perlaksanaan projek pembaharuan semula bandar ini. Kerajaan Negeri menggesa Kerajaan Persekutuaan untuk menggubal akta ya, kerana bila kita nak buat projek-projek URC ini, banyak akta-akta yang kita kena risau. Semalam YB. Kebun Bunga cakap Projek Mahsuri, projek Mahsuri makan masa 10 tahun dan akan siap dalam masa 100 tahun. Tak adalah YB tak kan masa sampai 100 tahun. Masalah projek ini asalnya diselenggara oleh PDC lama kelamaan kerajaan membuat keputusan lembaga mengambil alih so lembaga dah ambil alih sejak saya saya jadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri baru saya faham kenapa dia lambat. Ada technically isssu due to the (dengan izin), akta yang kita kena
mengatasinya. Jadi ini kita akan berhubung dengan Kerajaan Pusat untuk menggubal akta-akta supaya boleh melancarkan proses beli balik atau equalization. Yang kelima berkaitan permasalahan Taman Halaman Indah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang semalam ya, yang menyebabkan tempat tinggal penduduk tergadai seperti mana dibangkitkan, sorry oleh YB. Sungai Bakap semalam. Kerajaan Negeri mengambil maklum keresahan pemilik unit itu namun permasalahan ini difahamkan telah di ambil tindakan mahkamah di atas pemaju yang terlibat. Kerajaan Negeri sedang meneliti perkara ini terutama dari aspek, banyak pencelahan how much time do I? Berapa lama lagi ?
Terus.terus, tiga (3) minit.
Tiga (3) minit lai okey, saya cuba tidak ada pencelahan lagi ya tolong. Selain daripada itu Kerajaan Negeri memandang serius terhadap perhubungan isu berkaitan yang menyebabkan pembeli terpaksa menanggung masalah ini. Kami memang rasa sedihlah kerana pemaju ini jual rumah itu kepada pembeli-pembeli itu tanpa melalui sistem kita. Dia direct jual kepada orang-orang itu dan dia gadaikan tanah itu kepada Ah long. Ah Long ini tak adalah di bawah tanggungan undang-undang kita itu memang masalah besar sangatlah tetapi kita sebagai satu kerajaan yang perihatin tak akan cuci tangan. Kita meneliti, kami memang berunding dengan Penasihat Undang-Undang (PUU) sekarang tengok macam mana kita boleh bantu ayat yang sedemikian. Sungai Bakap kita bekerja bersama untuk capai matlamat itu. Tengok macam mana kita boleh bantu diorang ya. Ini masalah rakyat walaupun kerajaan atau pun Pembangkang kena bekerja bersama ya. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, harapan rakyat, bantuan berterusan penyelenggaran di skim perumahan awam dan swasta yang layak selain daripada pembekalan rumah mampu milik yang mencukupi kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Aspek penyelenggaraan di skim perumahan awam dan swasta yang layak akan terus diberi perhatian yang serius dan berterusan. Selaras dengan perkara yang dibangkitkan oleh YB. ADUN Batu Uban saya berani berjanji, saya berani berjanji ya bahawa Program Bantuan Penyelenggaraan ini akan berterusan. Sejak 2008 sehinggalah hari ini kita sudah membelanja lebih kurang RM350.9 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan lebih kurang 36,172 kerja penyelenggaran telahpun dilaksanakan ya. Jumlah itu agak banyak. Jumlah itu digunakan untuk menyelenggarakan rumah awam, rumah di bawah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), rumah di bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSP) dan juga Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 peratus Pulau Pinang. Ini saya sebagai pemaju pernah kerja di seluruh Malaysia, Pulau Pinang adalah satu kerajaan sahaja di Malaysia yang ada bekalan program 80 peratus. Biasanya bila rumah itu dah di serah kepada pembeli dan sudah ada management corporation atau pun JMB apa jua kerosakan yang berlaku kepada rumah itu adalah tanggungjawab JMB. Kerajaan tak akan campur tangan tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang membekalkan 80 peratus daripada kos penyelenggaran dan JMB dan iaitu rakyat pemilik itu cuma kena bayar 20 peratus. Ini memang saya rasa kagum lah sebagai EXCO Perumahan di Pulau Pinang. Memang Kerajaan Negeri besar hati nak bantu walau pun rumah itu tidaklah milik dia atau tanggungjawab dia, kerajaan datang
buat. So sejumlah RM350,958,562.97 sudah digunakan untuk 36,172 projek, jenis kerja ya. Saya baru habis perumahan ini Timbalan Speaker.
Ringkaskan
So untuk Alam Sekitar pula tidak ada soalan yang sangat yang saya susah nak jawab. Saya sudah banyak bertulis, kalau dibenarkan saya jawap cara tulis, boleh.
Boleh.
Terima kasih,sekian ucapan saya mohon menyokong. Terima kasih. .
Terima kasih Perai, jadi kita persilakan Ahli Kawasan Padang Lalang.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Pulau Pinang, salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam Penang2030 saya ucapkan kepada semua. Terlebih dahulu ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk ucapkan ribuan terima kasih di atas peluang untuk turut mengambil bahagian di dalam sesi pergulungan untuk usul ucapan terima kasih kepada ucapan Tuan Yang Terutama Tuan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang buat julung kalinya bagi saya sendirilah. Di kesempatan ini juga ucapan terima kasih turut disampaikan oleh saya kepada pucuk pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan di atas kepercayaan yang diberikan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar kepada penggal ini. Selain daripada beralih menjadi seorang wakil rakyat di kawasan Pulau kini sudah beralih di kawasan Seberang Perai, untuk penggal ini juga antara Portfolio Belia Sukan dan Kesihatan menjadi medan utama saya untuk meneruskan perkhidmatan demi Negeri Pulau Pinang yang tercinta ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang telah membangkitkan isu berhubung portfolio di bawah tanggungjawab saya pada sesi perbahasan pada kali ini. Jadi izinkan saya untuk mengambil kesempatan di sini juga untuk menyampaikan laporan berhubung perkembangan terkini bagi portfolio-portfolio yang berkenaan dan sebelum saya memberikan maklum balas kepada
persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan mengikut turutan Belia, Sukan dan diakhiri dengan Hal Ehwal Kesihatan.
Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, Pembangunan generasi belia merupakan sebahagian besar di mana kita pun faham demografi masyarakat di Negeri Pulau Pinang ini belia merupakan satu golongan yang agak besar dan sememangnya menjadi tumpuan utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Namun dengan kemajuan serta peralihan zaman dari segi pembangunan sosial dan pembangunan teknologi. Pendekatan kita untuk menjalinkan perhubungan yang bermakna serta komunikasi golongan belia perlu disuntik dengan inovasi dan pembaharuan semula untuk memastikan generasi belia kita turut terlibat dan menerima manfaat hasil daripada pembangunan dan kejayaaan Negeri Pulau Pinang.
Jadi sehaluan dengan pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan, pembangunan belia di Negeri Pulau Pinang kini kembali ke landasan yang betullah yang sewajarnya dengan kerjasama erat Kementerian Belia dan Sukan serta dasar-dasar holistik yang telah digariskan. Sebagai contoh pelaksanaan dasar kebangsaan seperti Program Rakan Muda yang menampilkan 10 teras gaya hidup iaitu Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Demograsi, Rakan Digital, Rakan Espresi, Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik, Rakan Niaga dan Rakan Perihatin akan diterapkan dan dijadikan sebahagian daripada hala tuju pembangunan belia di negeri Pulau Pinang.
Sejajar juga dengan visi Penang2030 pelbagai inisiatif telah diperkenalkan kepada golongan belia Pulau Pinang yang dikemudikan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang atau pun lebih dikenali sebagai PYDC. Untuk penggal ini PYDC akan memberikan penekanan kepada hala tuju seperti berikut, Yang pertama, memperkasa belia secara inklusif terutanya golongan belia di kawasan luar bandar terutamanya badan belia bukan kerajaan, mahasiswa-mahasiswi serta Jawatankuasa Belia Pulau Pinang dari segi kepimpinan pembangunan dan pengurusan. Yang kedua, kita akan memainkan peranan sebagai penasihat, pembimbing, perunding dan penyokong kepada golongan belia tersasar demi mencatat kejayaan dalam pencapaian-pencapaian utama. Yang ketiga, menjalinkan hubungan erat dengan kementerian, jabatan dan agensi pertubuhan bukan kerajaan serta sektor swasta yang berkepentingan dalam dan luar negara berhubung dengan isu pembangunan diri dan kemahiran dan keboleh pasaran, keusahawanan, kesukarelaan serta kesejahteraan sosial ekonomi golongan belia. Yang keempat, memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan belia cemerlang dan juga berprestasi tinggi. Yang kelima juga menyelaraskan libat urus belia Pulau Pinang secara langsung atau tidak langsung di dalam proses penggubalan dan pelaksanaan dasar serta polisi di peringkat Kerajaan Persekutan mahu pun di peringkat Kerajaan Negeri, dan; Yang keenam memastikan pelaksanaan inisiatif secara berkesan untuk memastikan visi dan objektif utama yang telah digariskan mencapai kejayaan. Jadi Kerajaan Negeri juga yakin di mana dengan penglibatan belia dan sukan serta Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang kini usaha untuk interaksi secara bermakna dapat digandakan lagi dengan pengkhususan di dalam usaha-usaha murni pembangunan belia melalui peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Belia MMK serta PYDC dan
penyelarasan sumber sebegini akan menfaatkan golongan belia Pulau Pinang secara keseluruhan. Jadi untuk penggal ini kita rasa syukur di mana kini tidak ada lagi isu berhubung diskriminasi khususnya peluang yang diberikan oleh golongan belia di Negeri Pulau Pinang ini bukan sahaja melalui Kerajaan Negeri di bawah agensi-agensi yang bertanggungjawab kita memberikan sokongan kepada golongan belia di Negeri Pulau Pinang kini digandakan pula dengan sokongan dan bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Kita akan cuba untuk mengelakkkan pertindihan. Agensi-agensi yang berlainan memainkan peranan yang lain tapi kita cuba menggandakan lagi usaha untuk membantu untuk cuba dari semua aspek untuk kita membantu untuk meningkatkan dari segi pembangunan belia di Negeri ulau Pinang.
Jadi seiring dengan pentadbiran yang sama di peringkat persekutuan dan Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan Perpaduan saya turut ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Y.A.B. Ketua Menteri kerana telah melantik saya mempengerusikan Majlis Perunding Belia Pulau Pinang yang akan berlangsung pada 2 Disember nanti. Setelah sekian lama Majlis Perundingan Belia Negeri Pulau Pinang dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, dulu memang disebabkan berlainan fahaman politik untuk Majlis Perundingan Belia di Negeri Pulau Pinang ini akan dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang akan tetapi, saya telah diberi tanggungjawab tersebut untuk mempengerusikan dan saya yakin itu merupakan satu medan yang baik khususnya kepada pertubuhan-pertubuhan belia untuk menyuarakan isu yang dekat dengan hati golongan belia di Negeri Pulau Pinang ini.
Jadi untuk penggal ini kita nampak itu salah satu perubahan yang amat ketaralah. Jadi untuk isu di bawah belia, saya nak ambil kesempatan di sini untuk menjawab beberapa isu yang timbul ataupun pertanyaaan persoalan yang ditimbulkan oleh rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Yang pertama saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bertam yang telah membangkitkan tentang isu pangkalan data bagi golongan belia dalam kategori (dengan izin), not in employment in education and training atau pun NEET yang disebutkan semalam. Untuk makluman di dalam Dewan yang mulia sememangnya di bawah dasar yang sedia ada misalnya Portal MyFuture Jobs dan Penjana Kerjaya di bawah kawal selia Pembangunan Sumber Manusia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memang ada portal-portal yang sudah sedia ada tetapi untuk maklumat Dewan yang mulia juga Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) turut mewujudkan portal (dengan izin), We Want You! sebagai salah satu saluran untuk membantu dalam pembangunan kerjaya golongan belia dan saya mengambil maklum tentang keperluan untuk kita mewujudkan satu pangkalan data untuk golongan yang saya sebutkan tadi, golongan NEET ini yang dengan kerjasama Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I, Yang Berhormat Batu Maung dan juga Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II, Yang Berhormat Datok Keramat bagi merangkumi aspek ini. Sememangnya kalau kita sebut tentang kerjaya ataupun kita nak membantu golongan belia kita untuk mendapatkan peluang pekerjaan di bawah portfolio Timbalan Ketua Menteri II, di bawah portfolio Timbalan Ketua Menteri I pun kita akan gabungkan usaha sama yang melibatkan tiga orang EXCO dan kita memajukan pangkalan data ini untuk kita lihat kepada permintaan dan juga keperluan golongan belia seperti mana yang disebutkan dalam ucapan Yang Berhormat Bertam. Saya turut berterima kasih kepada Yang Berhormat Teluk Ayer Tawar, Yang Berhormat Penaga yang turut membangkitkan tentang isu peluang pekerjaan untuk golongan belia di
kawasan mereka. Sepertimana tadi saya katakanlah tetapi saya percayalah untuk isu peluang pekerjaan ini nanti Yang Berhormat Datok Keramat, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II akan mengulas dengan lebih banyak. Bukan sahaja saya percaya di dalam ucapan penggulungan beliau dan juga soalan-soalan lisan yang berkenaan berhubung dengan isu peluang pekerjaan ini dengan lebih teliti. Tapi sememangnya Kerajaan Negeri tekad untuk menangani isu ini untuk memastikan golongan belia di negeri kita tidak terpinggir daripada pembangunan ekonomi dan sosial yang dinikmati oleh negeri kita.
Saya turut mengambil kesempatan di sini untuk ucapkan terima kasih kepada rakan saya daripada Seberang Jaya yang telah mencadangkan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat turut terlibat lah dalam perancangan pembangunan belia di negeri kita dan saya ambil kesempatan di sini untuk ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya di sebelah sana. Baharu saja nak sebut sudah masuk, Yang Berhormat Permatang Pasir dan yang Berhormat Telok Ayer Tawar yang turut mengambil bahagian dan menyokong acara-acara yang telah dianjurkan oleh PYDC seperti Youth Entrepreneurship Challenge (YEC) yang diadakan pada bulan Oktober yang lalu dan baru-baru ini juga Merdeka Talent Show.
Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Telok Ayer Tawar datang dan sokong dan bantu untuk memberikan hadiah kepada pemenang-pemenang golongan belia kita yang telah menunjukkan bakat yang istimewa khususnya dari seni persembahan. Memang saya percaya Yang Berhormat Telok Ayer Tawar hari itu tengok itu persembahan memang baik tapi itulah, saya turut menjemput Yang Berhormat Seberang Jaya juga tapi Yang Berhormat Seberang Jaya tak sempat lagilah tak sempat lagi hadir tapi saya yakin kalau masa diizinkan Yang Berhormat Seberang Jaya akan hadir juga tapi saya memberi komitmenlah. Jangan risau sekiranya terdapat…(gangguan).
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, Timbalan Dato’ Yang di-Pertua dalam maksud perbahasan saya. Bukanlah hanya dijemput untuk menghadiri program atau turut serta dalam program-program yang telah sedia dianjurkan. Tetapi maksud perbahasan dalam ucapan perbahasan saya adalah dari segi pembentukan polisi atau pun dasar untuk membangunkan belia-belia dalam negeri ini. Jadi saya harap Ahli Yang Berhormat Padang Lalang yang juga merupakan EXCO memegang portfolio Belia ini dapat memahami secara menyeluruh konteks perbahasan yang saya sampaikan. Terima kasih.
Kita tidak ada masalah yang sebenarnya Yang Berhormat Seberang Jaya. Saya cuma ambil itu point sahajalah. Sepertimana Yang Berhormat Seberang Jaya yang bangkitlah dalam perbahasan. Saya rasa, bagi saya sendiri kita tidak ada isu pun memang saya mengamalkan open door policy untuk pejabat saya dan saya ingin menjemputlah bukan kepada Seberang Jaya sahaja. Kepada semua tak kira di belah kerajaan atau pun di belah Pembangkang sekiranya mempunyai cadangan atau pun idea yang bernas boleh terus berhubung dengan saya. Untuk kita sama-sama berusaha untuk belia kita, itu untuk segmen untuk belia.
Saya nak masuk dalam sukan tapi sebelum saya meneruskan dengan portfolio Sukan. Izinkan saya untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada atlet-atlet Negeri Pulau
Pinang yang telah berjaya mengharumkan nama negara kita di kejohanan Sukan Asia dan Sukan Para Asia yang baharu sahaja melabuh tirai di Hangzhou, China.
Negeri Pulau Pinang dan Malaysia terus, terus menerus melihat kejayaan demi kejayaan dicapai oleh atlet-atlet negeri di persada sukan bertemasya antarabangsa. Yang terbaru dan terkini seperti mana yang saya bangkitkan kejohanan Sukan Asia Hangzhou di mana lapan (8) orang daripada atlet Pulau Pinang daripada 14 orang atlet yang mewakili Kontinjen Negara telah menyumbang enam pingat utama daripada sejumlah enam pingat emas, lapan pingat Perak dan lapan belas pingat gangsa yang dimenangi oleh Negara Malaysia secara keseluruhannya.
Atlet-atlet negara yang baharu adalah seperti saudara Muhammad Arif Afifuddin yang telah memenangi pingat emas dalam acara karate Kumite dan lain-lain. Kalau saya tak silap saudara Muhammad Arif Afifuddin hanya usia 23 tahun memang telah meraikan pingat emas yang keenam untuk negara pada saat-saat akhir dah hari terakhir temasya itu berjaya mengalahkan lawan dia untuk meraikan pingat emas untuk negara kita. Jadi tidak lupa juga seperti yang lain saudara Muhammad Zarif Marican, saudara Muhammad Azlan Alias, saudara Muhammad Syahir Muhammad Rosdi daripada sukan sepak takraw. Walau pun telah menyumbangkan pingat perak, telah masuk final tapi nasib kurang baik kalah kepada pasukan daripada Thailand tapi kita berjaya meraihkan pingat perak untuk negara. Serta tiga (3) orang atlet lagi seperti Zaidatul Husniah Zulkifli dalam acara olahraga, Nurul Aliana Syafika Azizan dalam acara berbasikal dan saudara Ooi Tze Liang dalam acara terjun air.
Keunggulan kita dalam sukan negara tidak terhad hanya pada takat situ sahaja. Dalam sukan Paralimpik Negeri Pulau Pinang turut unggul cemerlang apabila atlet golongan kurang upaya negeri menerusi Zy Kher Lee dan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais turut menyumbangkan kemenangan satu pingat perak, lima pingat gangsa buat kontinjen negara dalam penyertaan Sukan Paralimpik Hangzhou yang baru-baru ini.
Selain itu atlet Negeri Pulau Pinang bukan sahaja menunjukkan kehebatan mereka di peringkat temasya sukan peringkat antarabangsa. Atlet Negeri Pulau Pinang juga mencapai keputusan yang cemerlang di kejohanan peringkat kebangsaan seperti Kejohanan Kebangsaan dan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia atau pun lebih dikenali sebagai MSSM yang berada di bawah pengendalian Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai contoh Kontinjen Gimnastik Artistik telah memenangi 16 pingat emas, 15 perak dan 8 pingat gangsa dan menjadi juara keseluruhan di Kejohanan MSSM. Pasukan Tenpin Boling juga memenangi 16 pingat emas, 10 pingat perak dan 4 pingat gangsa dan menjadikan Negeri Pulau Pinang sekali lagi menjadi Juara keseluruhan dalam Kejohanan MSSM. Tidak lupa juga pasukan bola sepak kita sering kali kita bincang pasal bola sepak kita duk risau mungkin kita tak ada pembangunan dari segi akar umbi. Tapi jangan risau pasukan bola sepak kita turut memenangi pingat perak di dalam Sukan Kejohanan MSSM.
Cumanya perlawanan akhir itu kalah kepada Johor lah. Tapi kita menaruh harapan kepada akar umbi kita juga. Tidak lupa juga sukan tenis memenangi satu pingat emas dan tiga pingat perak serta pasukan hoki wanita bawah 18 tahun memenangi tempat johan dalam Kejohanan MSSM. Tidak lupa juga pencapaian atlet Negeri Pulau Pinang dalam kejohanan peringkat kebangsaan. Atlet Muay Thai telah memenangi enam pingat emas dalam kejohanan Muay Thai Amatur Kebangsaan. Pasukan bola tampar pantai memenangi tempat johan di Singapore National Beach Volleyball. Pasukan karate memenangi 5 pingat emas untuk acara Kata, 4 pingat emas untuk acara Kumite dalam Milo Open Karate Championship. Atlet tinju Negeri Pulau Pinang
memenangi 4 pingat emas dalam Kejohanan Golden Glove Kebangsaan dan pasukan Silambam memungut 7 pingat emas dalam kejohanan Silambam Kebangsaan.
Contoh-contoh ini pencapaian-pencapaian dan kejayaan ini saya ambil kesempatan untuk kongsikan di Dewan yang mulia ini untuk kita mendapatkan satu perspektif yang lebih cerah. Khususnya untuk pembangunan sukan kita. Kita pun faham kalau kata pembangunan sukan ia bukan sesuatu yang boleh kita buat sekelip mata macam itu sahaja. Ia memerlukan masa yang panjang peluang dan juga sumber yang mencukupi untuk kita mencungkil bakat di peringkat akar umbi. Untuk kita memastikan pembangunan sukan ini dapat kita jalankan secara holistik daripada peringkat akar umbi sampailah pada suatu hari nanti. Mereka mempunyai peluang atau pun keupayaan bukan sahaja mewakili Negeri Pulau Pinang. Malah boleh mewakili negara Malaysia di acara peringkat kebangsaan. Itu salah satu yang kita lihat lah dan kejayaan ini….(gangguan).
Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh bagi pencerah.
Saya bagi Kebun Bunga dahulu silakan.
Saya bagi Kebun Bunga.
Yang Berhormat untuk memajukan sukan Yang Berhormat bahawa infrastruktur penting terutama bola sepak dan sukan berair dan juga penganjuran-penganjuran tuan rumah kepada competition international competition. Ada juga adakah Pulau Pinang bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada SUKMA? Supaya kita dapat lengkapkan infrastruktur kita dan juga kita dapat test kualiti yang kita ada di Pulau Pinang ini. Terima kasih.
Saya bagi Sungai Bakap dulu. Tak apa Sungai Bakap dulu nanti saya jawab sekali.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, Timbalan Yang di-Pertua. Jadi saya tertarik tadi tentang sukan bola sepak. Di mana Pulau Pinang telah menjadi naib johan di dalam Sukan Majlis Sekolah-Sekolah Malaysia dan baharu ini pun Piala Emas Raja-Raja rasanya pun naik quarter final. Jadi bermaksud kalau Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia berumur 18 tahun ke bawah. Jadi itu satu yang membanggakan kita untuk Pulau Pinang. Tapi bagaimanakah Yang Berhormat EXCO melihat untuk nak diserapkan ke pasukan negeri yang kita ada. Sebab kelmarin Yang Berhormat EXCO ada menyatakan tahun 2024 kita akan mengambil semua pemain-pemain
tempatan tanpa import. Jadi dah keputusannya bagus naik johan tapi bila masuk ke peringkat negeri yang umur bebas ini. Saya melihat data lapan kali berturut-turut sudah kalah pasukan Penang FA. Jadi minta penjelasan.
Baik saya jawab persoalan yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Sungai Bakap dahulu.
Yang Berhormat boleh saya. Usul satu. Sambung...
Okey-okey baik-baik.
Okey, terutama saya ucap terima kasih pada Yang Berhormat atas memberi sokongan kepada saudara Mohamad Naufal bin Abdullah dan Munesh a/l Gobalakrishnan atas kejayaan mereka masa satu program Super Gaming World Cup Malaysia. Mereka mendapat kejohanan peringkat kebangsaan dan telah ditaja oleh Syarikat (kurang jelas) ke Jepun pada 17 baru-baru ini hingga ke 24 mereka akan balik. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat atas memberi sokongan dan sumbangan kepada mereka. Sekian, terima kasih.
Terima kasih rakan saya daripada Telok Ayer Tawar. Saya nak jawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Bakap tadi. Memang dalam perancangan kami semalam tapi nanti saya akan sampai bahagian untuk Penang FC lah. Tapi semalam apabila saya ketika perbahasan Yang Berhormat apabila saya minta penjelasan sikitlah.
Sebenarnya konteks yang ingin saya sampaikan bukannya kita nak macam 100 peratus kita nak main gunakan pemain tempatan. Kalau rujuk balik kepada jawapan bertulis yang kita bekalkan tadi. Kita nak sebenarnya nak kurangkan kebergantungan kepada pemain import sebab saya rasa saya pun pernah kongsikan bersama dengan Yang Berhormat apabila kita minum di luar. Mungkin ada dikalangan pemain kalau pemain tempatan itu kalau ada berbakat menunjukkan satu prestasi yang tinggi apa salahnya saya rasa. Sepertimana tadi Yang Berhormat bangkit untuk anak-anak kita di kategori MSSM yang telah menjadi naib juara baharu-baharu ini. Sememangnya saya rasa tidak keterlaluan lah kalau kita memberi keutamaan bagi mereka untuk menyerap. Mungkin bukan diperingkat pasukan Liga Super tetapi kita ada lagi skuad untuk Piala Belia dan juga Piala Presiden yang sememangnya kita duk buat kerjalah. Untuk kita lihat bakat-bakat khususnya akar umbi kita sendiri di Negeri Pulau Pinang ini. Untuk kita pastikan mereka
mempunyai satu landasan atau pun peluang yang cerah dalam pembangunan sukan bola sepak ini untuk mewakili Negeri Pulau Pinang.
Jadi untuk soalan yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Kebun Bunga. Sememangnya betul bab infrastructure pun nanti saya akan sampai belum sampai lagi. Tapi itulah kita pun dijangkakan Negeri Pulau Pinang kalau diikutkan turutan memang akan sampai satu hari nanti kita akan menjadi hos bagi penganjuran acara SUKMA Malaysia ini dan sebelum sampai ke masa untuk kita menganjurkan SUKMA itu. Memang saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga untuk kita lihat kepada pembangunan infrastructure sukan, kemudahan sukan di negeri kita dan sememangnya kita ada beberapa perancangan termasuk baharu-baharu ini saya pun sempat mengadakan lawatan kepada tapak di mana Penang Sport Arena (dengan izin), yang akan dibangunkan di kawasan Queens Waterfront di kawasan Queensbay tersebut. Di mana saya turut disertai oleh Pengarah MSN Encik Harry dan juga Pengurus Besar Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang untuk melawat dan memberikan ulasan-ulasan teknikal untuk kita lihat pembangunan infrastructure yang bertaraf tinggi, yang bermutu untuk kita sediakan kawasan-kawasan untuk potensi kita menganjurkan temasya sukan yang bertaraf antarabangsa termasuk juga penganjuran SUKMA di negeri Pulau Pinang ini. Tadi saya sebut tentang untuk pembangunan akar umbi ini, sebenarnya ini, sebenarnya adalah kejayaan dan usaha yang dihasil daripada program latihan sukan yang diselaraskan secara berstruktur bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan di Negeri Pulau Pinang. Dan antaranya 5 perkara utama kita melibatkan program pembangunan atlet elit dan juga pelapis, pemerkasaan kejurulatihan negeri, pembangunan kejayaan dalam menghadapi pertandingan sukan domestik dan kebangsaan, pembangunan pusat sukan yang lengkap serta komprehensif dan pemantapan organisasi persatuan sukan negeri yang seterusnya akan merumus ke arah pembentukkan kontinjen berprestasi tinggi yang berdisiplin dan berdaya saing. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan dua inisiatif untuk mendorong wakil atau pun atlet negeri Pulau Pinang mencapai kejayaan yang cemerlang di peringkat negeri, negara dan antarabangsa. Antara inisiatif yang dilancarkan seperti Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau pun lebih dikenali sebagai SKIMAS yang telah dilancarkan sejak tahun 2014 untuk memberi insentif dalam bentuk kewangan kepada atlet-atlet yang mencapai kecemerlangan pingat dalam temasya sukan, seperti Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Skim tersebut juga terbuka kepada golongan atlet atau pun wakil di dalam temasya Sukan Paralimpik juga. Seperti mana tadi saya bangkitkan pencapaian-pencapaian yang berjaya dicapai oleh atlet negeri kita khususnya di Sukan Asia di Hang Zhou baru-baru ini. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM89,000.00 untuk tujuan pembayaran insentif kewangan kepada atlet-atlet negeri kita ini, sebagai satu galakkan untuk mereka terus maju jaya dalam acara sukan yang diwakili oleh mereka. Dan satu lagi adalah Skim Sukan Awam 2030 Pulau Pinang ataupun dikenali sebagai SAP2030 yang telah dilancarkan pada tahun 2022 dan merupakan satu skim sukan tambahan yang dikenali bagi tujuan meraikan kecemerlangan dan pencapaian individu-individu dari negeri Pulau Pinang dalam kejohanan sukan. Selain daripada kejohanan bertemasya antarabangsa seperti yang ditetapkan di dalam SKIMAS yang macam saya huraikan tadi. SAP2030 diwujudkan untuk memberi dorongan positif dan memberi penghargaan kepada golongan individu atas inisiatif dan tanggungan sendiri yang telah menyertai dan mencapai keputusan yang cemerlang serta mengharumkan nama baik Negeri Pulau Pinang dalam kejohanan yang melibatkan sekurang-kurangnya lima (5) buah
negara. Jadi usaha pembangunan sukan di negeri Pulau Pinang juga melibatkan pembangunan infrastruktur sukan yang lebih kondusif serta perancangan yang lebih menyeluruh seperti mana tadi saya menjawab, rakan saya dari Kebun Bunga. Kerja-kerja menaik taraf dan sebagianya serta pembinaan tempat-tempat rekreasi dan sukan di Pulau Pinang akan dikaji secara menyeluruh berdasarkan permintaan komuniti setempat serta melalui sesi libat urus yang komprehensif. Jadi bagi meningkatkan mutu sukan di peringkat komuniti juga, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah telah menyediakan peruntukan tahunan untuk tujuan bina baru dan naik taraf prasarana sukan antaranya naik taraf gelanggang bola keranjang, membina gelanggang sepak takraw, membina trek jogging, pemasangan lampu limpah dan baik pulih di padang awam. Dan saya rasa bukan sahaja di bawah Pejabat Daerah dan Tanah, usaha ini juga turut disahut oleh Pihak Berkuasa Tempatan kita untuk memastikan prasarana dan kemudahan sukan di negeri kita ini mencapai satu tahap yang memuaskan lah. Namun semua cadangan pembangunan prasarana sukan yang dikemukakan akan melibatkan ulasan teknikal khususnya daripada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang agar piawaian pembangunan prasarana sukan ini selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh pertubuhan induk sukan berkenaan di peringkat antarabangsa. Contohnya apabila kita nak buat padang bola, piawaian itu semestinya perlu mengikut piawaian yang telah ditetapkan di bawah FIFA. Untuk Bola Keranjang, Gelanggang Bola Keranjang, badan induk yang berkenaan adalah FIBA dan World Aquatics yang dahulunya dikenali sebagai FINA untuk tujuan pembangunan kolam renang dan sebagainya. Jadi selaras dengan usaha untuk mengutamakan gaya hidup sihat dan aktif untuk mencapai Visi Penang2030, inisiatif program Sukan Untuk Semua ataupun lebih dikenali sebagai Sport For All, (dengan izin), di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Sukan Negeri Pulau Pinang yang bermula pada tahun 2019 terus menjadi pemangkin kepada pengwujudan program sukan peringkat komuniti kepada seluruh penduduk Negeri Pulau Pinang. Selain daripada itu, dari Januari hingga Oktober tahun ini Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama pelbagai persatuan sukan Negeri Pulau Pinang dan pertubuhan sukan dan rekreasi telah melaksanakan 42 klinik sukan dan program sukan berkomuniti yang disertai oleh seramai 34,845 peserta secara keseluruhannya lah. Jadi konsep Sport For All, kini akan dijenama semula kepada kempen #UntukSukanKita, untuk kita menekankan penglibatan aktiviti sukan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab isu-isu berhubung dengan portfolio sukanlah yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya Yang Berhormat Batu Uban yang telah membangkitkan tentang isu pembinaan bumbung gelanggang sukan di Taman Pekaka dan saya mengambil maklum tentang permohonan yang telah dikemukakan tersebut. Saya memberi komitmen bahawa perkara tersebut akan disusuli dan saya akan mengaturkan satu lawatan tapak bersama dengan Yang Berhormat Batu Uban untuk meninjau isu tersebut. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Bakap yang telah menunjukkan minat terhadap prestasi dan perkembangan Penang FC. Sebelum saya masuk bab Penang FC suka untuk saya berkongsi pada hari ini, kita Penang FC bersama dengan 9 kelab yang lain telah menerima lesen daripada Malaysian Football League (MFL) yang telah dikeluarkan yang mengesahkan Penang FC akan terus bersaing di Liga Super pada musim yang akan datang. Ada dua atau pun tiga kelab yang mendapat kelulusan juga tetapi dikenakan hukuman disebabkan isu-isu pentadbiran tertentu. Tetapi kita rasa bangga sebab pentadbiran pengurusan kelab
Penang FC ini kita senantiasa menunjukkan satu prestasi yang amat baik, di mana lesen pun telah di perolehi tanpa sebarang hukuman kita akan terus bersaing dalam Liga Super yang akan datang. Saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk memperbetulkan fakta sedikitlah. Semalam apabila saya minta penjelasan perbahasan Yang Berhormat Sungai Bakap, saya telah memetik contoh PJ City Football Club, tetapi kalau ikutkan semakan masa PJ City Football Club mengalahkan JDT tu, ada pemain import. Saya akur ada pemain import. Tapi niat saya sebenarnya bukan nak argue lah, tetapi niat saya kita adalah seharusnya mengetengahkan pemain tempatan yang mempunyai bakat dan kualiti. Saya bagi contoh, Penang FC telah mengambil tindakan segera untuk meneruskan perkhidmatan Saudara Muhamad Alif Ikmalrizal Anuar, salah seorang penyerang, pemain penyerang bagi Penang FC. Masih bawah umur 23. Yang untuk musim ini, Liga Super meskipun Yang Berhormat Sungai Bakap kata, “Ayo, kita kalah. Apa Penang FC kalah.” Tapi saudara Muhamad Alif Ikmalrizal telah berjaya menjaringkan tiga gol dalam Liga Super, bukan Liga Belia ataupun Liga Simpanan. Tetapi di dalam Liga Super beliau berjaya menjaringkan tiga gol dan juga merupakan penjaring terbanyak di dalam Kejuaraan Piala ASEAN Football Federation (AFF) Bawah 23 dan dipilih dalam Team of the Tournament, (dengan izin), ketika beliau menyarung jersi Harimau Malaya di peringkat kebangsaan. Jadi, walau bagaimanapun keputusan untuk pemilihan pemain akan diuruskan bersama dengan pengarah teknikal untuk Penang FC yang bakal melapor diri tidak lama lagi dan bersama dengan pasukan jurulatih dan teknikal Penang FC. Tapi saya…(gangguan).
Boleh saya celah sikit.
Boleh-boleh, silakan.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Jadi terima kasih di atas penjelasan yang cukup menarik. Jadi tadi dia sebut nama adik Alif Ikmalrizal yang umur 23 tahun yang mewakili Penang. Cuma apakah langkah YB EXCO agar, biasanya kalau di Penang ni pemain top, tahun depan JDT akan ambil. Selangor akan ambil, contoh seperti Faisal Halim. Dulu top Penang, pergi ke Pahang, pergi ke Terengganu, Selangor. Syameer kan top Penang, sekarang pergi ke Johor. Dan saya juga nak tambah, ini sahabat saya YB. Tambun FC ni, dia pasukan kelab boleh mengalahkan pasukan Sarawak, pasukan Melaka. Apa kata ambil dia punya player siap-siap dulu. Okey, jadi terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Bakap, nanti Yang Berhormat Bukit Tambun jual saya harga tinggi oh, dia punya pemain. Saya menerima saranan Yang Berhormat Sungai Bakap memangnya sebab berikutan dengan pasaran terbuka lah, memang boleh kita gunakan definasi pasaran terbuka khususnya di persaingan Liga Super kita memang dari segi pemain ini siapa
yang boleh menawarkan gaji yang lebih lumayan sememangnya kita pun kita pun tak nak halang lah pemain kalau sekiranya dia diberi peluang untuk menikmati gaji yang lebih tinggi, dia memang ada kebebasan beliau la untuk pilih kelab mana yang beliau sudi untuk wakili. Tapi khususnya di Penang FC ini kita lihat, Penang FC betul sepertimana tadi Yang Berhormat Sungai Bakap kata tadi, kalau kita nak cuba untuk kita simpan pemain-pemain yang berbakat ini sememangnya salah satu unsur atau pun aspek yang paling penting adalah dari segi kewangan atau pun gaji yang ditawarkan. Tapi yang kedua juga saya ingin menarik perhatian juga khususnya untuk Penang FC ini salah satu daya tarikan di mana kelab ini kita dapat berjaya untuk menarik khidmat daripada pemain ini adalah kestabilan kewangan. Meskipun kita bukan kaya-raya, kita tak janjikan gaji bulan bintang. Tapi tiap-tiap bulan cukup hari, tekan ATM dapat gaji. Itu komitmen kita sampai hari ini tidak pernah ada isu tunggakan gaji oleh Penang FC. Itu komitmen kami, dan kami percaya juga itu merupakan salah satu faktor yang dapat kita menarik bakat dan juga kita membangunkan lagi lah permainan kita.
Saya nak alih ke portfolio yang terakhir di dalam kesihatan. So, saya harap untuk bab sukan nanti okey kita kalau ada apa-apa pertanyaan nanti ada satu sesi masa kita bentangkan belanjawan, Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh mengambil bahagian lah dalam sesi perbahasan. Jadi untuk kesihatan, halatuju permohonan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan awam untuk Negeri Pulau Pinang dapat dibahagikan kepada tiga (3) kategori yang utama. Iaitu yang pertamanya pembangunan kesihatan keluarga (primer), yang kedua kawalan penyakit berjangkit dan juga kawalan penyakit tidak berjangkit yang berlandaskan reformasi kesihatan selaras dengan Pembentangan Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Jadi pada penggal ini kerjasama yang erat turut dijalinkan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan pembangunan kesihatan awam di Pulau Pinang dapat bergerak sejajar bagi meningkatkan lagi kapasiti dan daya tahan sistem kesihatan awam kita yang mampu berhadapan sekiranya berlaku lagi krisis kesihatan awam. Harap-harap kita tidak perlu berhadapan dengan krisis kesihatan awam sepertimana musibah COVID-19 yang pernah mendatangkan satu cabaran yang besar untuk, bukan saja untuk Negeri Pulau Pinang, malah untuk seluruh negara Malaysia. Tapi Kerajaan Negeri tekad memberikan komitmen yang baik bagi membantu dalam usaha dan penyelarasan untuk pastikan dasar polisi, agenda dan projek pembangunan infrastruktur kesihatan awam di Negeri Pulau Pinang ini yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dapat mencapai visi dan objektif yang disasarkan. Saya suka untuk menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu kawalan penyakit bawaan vektor iaitu isu Denggi. Sehingga kini jumlah terkumpul bagi kes Denggi di Pulau Pinang adalah sebanyak 6,720 kes di mana negeri ini juga mencatatkan sembilan kematian berikutan kes Demam Denggi yang berjaya direkodkan sehingga minggu epidemiologi yang ke-47 tahun ini. Iaitu data yang terkini sehingga 20 November 2023, jumlah kes terkumpul mengikut daerah adalah seperti berikut. Di Daerah Timur Laut kita telah mencatatkan kes Demam Denggi sebanyak 1,160 kes, Daerah Barat Daya 660 kes, Seberang Perai Utara 439 kes, Seberang Perai Tengah yang menjadi juara 3,286 kes dan Seberang Perai Selatan 1,175 kes. Memang untuk tahun ini antara satu cabaran yang besar untuk kita lihat kepada penyakit kawalan vektor ini adalah kes demam denggi dan pelbagai usaha telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memerangi demam denggi di Pulau Pinang khususnya dengan menggerakkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas denggi bagi mengukuhkan kerjasama antara agensi-agensi yang terlibat secara langsung antaranya Program COMBI atau pun Communication for Behavioural Impact… (dengan izin), dan kawalan demam denggi di peringkat daerah dan negeri.
Saya percaya Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri semua setiap minggu pun ada jemputan untuk menghadiri mesyuarat denggi di peringkat daerah dan ini adalah penting untuk kita memperkasakan dan mobilisasi komuniti dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan demam denggi. Usaha-usaha sebegini untuk menangani ancaman demam denggi telah dirancakkan pada tahun ini di mana saya bagi contoh sebagai perbandingan pada tahun lepas kita hanya berjaya menganjurkan sebanyak 117 program gotong-royong untuk tahun ini sehingga ke minggu epid ke-45 sehingga ke bulan November ini kita telah berjaya menganjurkan sebanyak 563 Program Gotong-Royong iaitu hampir lima kali ganda Program Gotong-Royong Komuniti ini dilaksanakan sebagai usaha memerangi demam denggi. Dan sini saya mengambil kesempatan di sini untuk ucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (MBPP) dan MBSP serta wakil-wakil rakyat semua yang turut menyumbang untuk menjalankan aktiviti gotong-royong untuk kita mengatasi isu demam denggi ini. Saya ucapkan terima kasih dan pada masa yang sama bukan saja kita telah mengambil tindakan untuk menjalankan gotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran kita untuk kita memerangi demam denggi ini tapi pada masa yang sama kita tiada kita tidak ada pilihan. Silakan rakan saya dari KOMTAR.
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Lalang yang panjang lebar katakan how to fight the dengue. So tu kita tahu memang gotong-royong adalah satu kaedah yang yang berkesan tetapi bagaimana Yang Berhormat Padang Lalang untuk menggalakkan orang ramai betul-betul datang untuk gotong-royong dan bukan gotong-royong itu hanya terlibat MPKK, ADUN atau MBSP, MBPP dan Kesihatan saja. Gotong-royong syok sendiri dan bukan gotong-royong betul-betul involvement daripada penduduk setempat. Mereka hanya tengok dekat atas saja tengok you bawah kerja. So jika bila ada makan mungkin akan turun mungkin tak turun juga. So bagaimana Yang Berhormat Padang Lalang akan merealisasikan gotong-royong yang betul-betul bersama-sama gotong-royong.
Terima kasih rakan baik saya daripada KOMTAR.
Minta pencelahan.
Silakan, saya jawab sekali.
Sebab mengenai denggi ini kita tau baru-baru ini kalau tak silap saya ni Nepal atau pun Bangladesh mereka ada satu outbreak di sana di mana ada banyak kematian juga yang berlaku. Jadi saya difahamkan ada satu vaksin yang untuk denggilah yang dinamakan CYD-TDV very
technical term. Mengenai untuk bagaimana kita boleh mencegah denggi ini. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat mengenai macam mana kalau kita adakan vaksin ini untuk menjaga kesejahteraan dan kesihatan warga Pulau Pinang?
Terima kasih rakan saya dari Seri Delima. Sebenarnya kalau nak mencegah wabak ataupun demam denggi ni senang saja tak payah vaksin pun. Kita pastikan persekitaran rumah kita, persekitaran luaran kita kalau kita dapat bersihkan setiap hari ambil 30 minit untuk semak mana ada takung air kita bersihkan tak payah vaksin pun kita boleh elakkan berlakunya kes demam denggi. Tapi saya tertariklah dengan kenyataan yang dihujahkan oleh rakan saya daripada kawasan KOMTAR. Itu menjadi hakikatlah semasa saya menjadi back bencher itulah situasi situasinya apabila kita menganjurkan program gotong-royong bagi makan bagi t-shirt pun kadangkala penyertaan daripada orang ramai tu sebenarnya kurang tapi kita lihatlah dalam aspek ini juga daripada menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian daripada membuat gotong-royong. Sebenarnya isu denggi ini saya rasa semangat kesedaran untuk apabila kita berbincang pasal covid isu covid kita bincang pasal isu Hand Foot Mouth Disease, influenza orang akan takut covid mengakibatkan kematian orang semua panik pakai mask, pelitup muka semua jaga perjarakan tapi sebenarnya denggi tu kadar mati tu sebenarnya kadangkala dia lebih dia lebih mengancam lagi kalau kita lihat dari aspek ini tapi orang kata tak apalah saya tak kena denggi apalah jiran saya kena saya tak kena saya selamat. Itu semuanya perspektif yang salah tetapi di bawah usaha kita untuk memerangi denggi juga selain daripada usaha gotong-royong yang saya bangkitkan tadi kita telah lima kali ganda kita telah menganjurkan kami tidak tetapi tidak pun mempunyai pilihan lain kecuali daripada mengambil tindakan penguatkuasa. Itu antara satu aspek yang penting di mana tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya terpaksa diambil mengikut peraturan dan undang-undang untuk membantu di dalam kawalan wabak demam denggi. Tahun 2022 iaitu tahun lepas kita telah menyaksikan sebanyak 1,757 notis di bawah Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. Dengan jumlah kompaun 1,063 kompaun dikeluarkan. 1,757 tahun lepas itu untuk satu (1) tahun. Tapi untuk tahun ini tak sampai habis lagi sehingga minggu epid ke-45, notis Seksyen 8 yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 2,302 dan bilangan kompaun yang telah dikeluarkan adalah 1,786. Jadi saya rasa Ahli-Ahli Dewan pun boleh fahamlah sekiranya galakkan kaedah ataupun tegak pendekatan yang kita ambil dari segi gotong-royong. Batu Lancang silakan.
Dengan izin YB. Padang Lalang. Saya nak tanya sikit soalan berkenaan dengan gotong-royong tadi itu. Saya tertarik dengan gotong-royong meningkat lima (5) kali ganda, dari 100 kali ke 500 lebih. Saya nak tahu kes-kes denggi itu ada turun tak? Maksudnya daripada tahun depan ini yang kadar gotong-royong itu rendah lima (5) kali ganda. Adakah kes denggi turun lima (5) kali ganda? Itu yang pertama. Yang kedua, gotong-royong…(gangguan), kalau gotong-royong tu berjaya, saya pasti kes denggi juga akan turun (kurang jelas) sebenarnya. Setiap kali kita pergi mesyuarat ada kes denggi berlaku pegawai akan (kurang jelas) minta gotong-royong. Setiap kali minta gotong-royong, tetapi pegawai dari kesihatan negeri tidak pernah turun padang untuk
siasat. Kes kawasan saya, saya tak mahu buat gotong-royong seperti apa permintaan kesihatan kerana pegawai tidak turun padang tengok apa jadi di kawasan itu. Kawasan itu memang bersih apa sampah pun tak ada di sana. Saya pernah mintak pegawai pergi dan turun saya bawa pergi jalan dan tengok di mana hendak gotong-royong. Sampah pun tak ada dalam flat ini apa hendak di gotong-royong. Sepatutnya pegawai kena turun siasat dan cari punca sebenarnya. Pegawai tidak turun. Pegawai… (gangguan) di kawasan Batu Lancang. Kawasan memang bersih kalau tidak percaya saya bawa pergi tengok. Pegawai tidak turun. Saya mohon daripada MBPP, Unit Kesihatan bantu saya turun dan siasat sebab saya tidak dapat masuk ke dalam flat private. MBPP turun dan siasat masuk ke dalam flat akhirnya terjumpa di kawasan tangki air bocor adalah masalah sebenar pembiakan nyamuk. Tapi pegawai tak turun dia hanya beritahu saya gotong-royong setiap kali pergi mesyuarat gotong-royong, gotong-royong sudah bagi tahu apa puncanya gotong-royong tu.
Terima kasih rakan saya dari Batu Lancang. Tadi soalan yang pertama tentang statistik. Sebenarnya kalau kes denggi tak tinggi kita pun tak payah tingkatkan lagi usaha gotong-royong tapi untuk khususnya tahun ini sepertimana yang saya sebutkan di tahun ini agak mencabar dari segi peningkatan denggi. Tapi dia berlainan setiap minggu. Tadi Yang Berhormat Batu Lancang tadi tanya, apakah kesan kalau kita menganjurkan Program Gotong-Royong ini. Saya bagi contoh macam berbanding dengan minggu lepas dengan minggu ini ada penurunan memang ada kes yang begitu turunkan tapi kadangkala juga dia tertakluklah kepada lokaliti yang berlainan. Saya mengambil maklum tentang contoh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat kawasan Batu Lancang tentang memang kalau dari segi kebocoran tangki tu tak guna pun kita buat gotong-royong sebab punca-punca untuk pembiakan nyamuk denggi itu adalah unsur daripada pembocoran tangki tersebut. Saya mengambil maklum dan saya akan menyampaikan mesej ini kepada peringkat jabatan untuk kita melihat mengkaji sepertimana situasi yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Batu Lancang. Tapi saya nak kongsi di sini jugalah masa saya tentang kes denggi pernah ada satu kes yang saya pergi buat lawatan tapi apa yang kita dapati adalah dalam tandas rumah kediaman dia menggunakan tangki air tu membela kura-kura. Saya masuk saya nampak ada kes yang berlaku saya masuk saya bagitahu ini kalau tak kenal awal-awal sudah kira nasib baiklah. Dia gunakan itu sebab mungkin dari segi pemahaman tu tentang air bertakung tu konsep air bertakung tu. Sebenarnya saya rasa itu bukan satu konsep yang susah ataupun sukar untuk kita memahami tapi mungkin dari segi pendidikan tu kita nak tekankan lah khususnya yang ini. Jadi beralih pula dengan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan…(gangguan).
YB, sikit.
Silakan.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, YB..
Padang Lalang sila jaga masa sama.
Okey, dulu kita tengok zaman dalam dulu denggi ni kekurangan. Sekarang kot denggi meningkat. Ini fakta kita tengok rata-rata selalu jadi di taman. Bukan di kampung-kampung denggi selalu di taman-taman denggi yang kena. Ini adalah fakta dia pekerja-pekerja asing terlalu kotor seperti di Pacific saya pergi daripada tingkat 14 buang sampah tauk di bawah. Saya lalu tengok orang terjun kedabom belakang terkejut tengok sampah. Dato’ Seri kan dia tak masuk TV3 pernah masuk. Tapi sama sampai sekarang pun sama. Eloklah sebulan mai bulan dua jadi balik. Inilah punca yang denggi mai yang meningkat denggi ini adalah fakta dia kebanyakkan pekerja asing ni dia duduk di flat-flat dan juga di taman-taman. Dia tak dok di kampung-kampung. Selalu yang terjadi ni kita tengok banyak kawasan taman dan flat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih saya mengambil maklum komen yang diberikan oleh Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Tapi saya rasa ini melibatkan semualah jangan kita pun tunjuk jari untuk menyalahkan warga asing sajalah. Saya rasa semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan yang ada khususnya usaha kita memerangi wabak denggi ini. Saya nak alih kepada Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 iaitu ataupun lebih dikenali sebagai Peka B40. Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berumur 40 tahun dan ke atas serta pasangannya yang berdaftar akan menerima manfaat seperti berikut secara automatik.
Yang pertama, saringan kesihatan di mana klinik. Mana-mana klinik swasta dan Klinik Kesihatan Kerajaan yang berdaftar dengan Peka B40. Yang kedua, bantuan alat perubatan dengan had maksimum sebanyak RM20,000.00 seuumur hidup bagi kategori-kategori alat perubatan yang telah ditetapkan. Yang ketiga, insentif tunai sebanyak RM1,000.00 bagi penerima manfaat yang menghidapi kanser dan menjalani rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan dibayar secara dua fasa iaitu RM300.00 dan RM700.00 yang dibayar secara terus kepada akaun bank penerima. Yang keempat, insentif tambang pengangkutan pada kadar had maksimum RM2,500.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM1,000.00 untuk Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk makluman Dewan yang mulia, sejak pelaksanaan Peka B40 pada tahun 2019 itu dulu semasa Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan kita memulakan skim Peka B40 ini. Jumlah peruntukan yang telah diluluskan dan dibayar dengan faedah-faedah sepertimana
yang saya kongsikan tadi sehingga kini untuk Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut. Untuk saringan kesihatan pertama sebanyak RM2,311,080. Untuk saringan kesihatan kedua, RM1,105,160, bayaran ujian makmal RM1.7 juta, bantuan peralatan perubatan RM18.7 juta. Insentif kepada pesakit kanser RM296,000.00. Insentif pengangkutan RM285,000.00. Ini menjadikan sejumlah besar RM24.5 juta manfaat yang disampaikan secara langsung kepada rakyat negeri Pulau Pinang golongan B40 yang layak menikmati skim PEKA B40 ini. Jadi kita lihat satu dasar yang amat baik di mana melalui skim PEKA B40 ini, kita memberikan keyakinan kepada khususnya mereka di dalam golongan B40 jangan takut jangan risau apabila berhadapan dengan penyakit dijangkiti penyakit, ambillah tindakan untuk menjalankan saringan, ambillah tindakan untuk proses merawat di mana kerajaan pun telah menyediakan banyak skim bantuan untuk membantu dalam segi aspek ini. Walau bagaimanapun data terkini menunjukkan bahawa hanya 16.4 peratus , daripada jumlah B40 di Negeri Pulau Pinang ini hanya 16.4 peratus tu yang telah sekurang-kurangnya menjalankan saringan pertama. Jadi kita ada banyak lagi ruang memang Kerajaan telah menyediakan peruntukan yang secukupnya dan saya pohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bantu menwar-warkan manfaat ini kepada rakyat di kawasan masing-masing. Dan untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan yang berhubung dengan isu kesihatan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan tentang perkhidmatan kesihatan dan perubatan khususnya kepada golongan warga emas. Untuk dasar semua tu, nanti saya yakin Yang Berhormat Sungai Pinang akan jawab tapi saya bangkit atau pun ulas khususnya tentang isu kesihatan awam yang berkait rapat dengan warga emas. Isu ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Delima, Yang Berhormat Berapit dan juga Yang Berhormat Bagan Dalam. Untuk makluman Dewan yang mulia, kemudahan-kemudahan geriatrik kita panggil untuk rawatan atau pun isu kesihatan awam ini untuk golongan warga emas itu kita panggil kemudahan geriatrik lah yang ada di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut : Di daerah Timur Laut, di Hospital Pulau Pinang kita mempunyai Klinik Pesakit Luar Geriatrik dan juga lawatan pakar geriatrik pesakit wad perubatan. Untuk daerah Barat Daya, Hospital Balik Pulau turut menyediakan dua (2) wad geriatrik dengan tujuh (7) katil manakala untuk Seberang Perai Tengah, Hospital Seberang Jaya mempunyai 12 katil geriatrik dalam wad perubatan dan Klinik Pesakit Luar Geriatrik. Hospital Bukit Mertajam mempunyai lapan (8) katil geriatrik dalam wad perubatan dan juga Klinik Pesakit Luar Geriatrik. Bagi Seberang Perai Selatan, Hospital Sungai Bakap turut menawarkan wad geriatrik dengan empat (4) katil dan juga Klinik Pesakit Luar Geriatrik. Manakala rakan strategik kita dari sektor perubatan swasta, Hospital Lam Wah Ee, Sunway Medical Centre dan Loh Guan Lye Specialist Centre turut dilengkapkan dengan pakar geriatrik in house dan pakar geriatrik lawatan. Jadi perkhidmatan perubatan geriatrik ini
Ringkaskan, ringkaskan Padang Lalang. Masa tidak mengizinkan
Okey, cumanya saya nak habiskan yang inilah…
Jangan habis. Bagi rumuskan terus. Masa dah habis
Okey, okey. Untuk isu geriatrik ini memang antara isu ataupun cabaran yang penting adalah isu kekurangan tenaga manusia dalam sektor kesihatan awam memandangkan geriatrik ini melibatkan multidiscipline lah. Jadi isu ini pun kita tengah lihat untuk kita menyediakan lebih banyak lagi perkhidmatan geriatrik ini untuk warga emas kita. Yang Berhormat Batu Uban telah membangkitkan tentang langkah-langkah membendung gejala bunuh diri. Itu adalah amat pentinglah khususnya, dari segi kesihatan mental di mana satu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Kesihatan Mental Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 14 November di bawah Jawatankuasa MMK Kesihatan untuk menyelaraskan isu-isu yang berkait rapat dengan kesihatan mental. Jawatankuasa ini kita melibatkan rakan-rakan daripada pertubuhan bukan kerajaan seperti Befriender’s Penang, I-Life Suicide Prevention Association, Kiwanis Penang Centre, Persatuan Minda D’Home dan PG Care Society untuk kita menyelaraskan semua usaha sama ada dari awam atau pun swasta untuk mengetengahkan isu kesihatan mental. Yang Berhormat Batu Uban turut membangkitkan tentang isu rokok vapelah saya ambil kesempatan di sini untuk memberi ulasan di mana Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia pada hujung minggu yang lalu di kawasan Batu Uban juga. Beliau telah datang ke Negeri Pulau Pinang dan beliau telah memberikan komitmen bahawasanya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok akan dibentangkan sebelum Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15 berakhirlah. Jadi itu kita meneliti perkembangan isu dengan teliti dan kita harap ada perkembangan yang baiklah untuk isu ini. Jadi Yang Berhormat
Akhirnya, akhirnya.
Last sekali ada banyak ini penting untuk hospital.
Masa tidak mengizinkan. Yang mana yang tak dapat jawab kita jawab bagi jawapan bertulis. Saya cadangkan macam tu.
Saya sentuh Bukit Tambunlah. Bukit Tambun sudah tunggu lama. Yang Berhormat Sungai Puyu tak da dalam Dewan tapi Yang Berhormat Bukit Tambun. Yang Berhormat Bukit Tambun
telah membangkitkan isu dan cadangan kemudahan kesihatan dan membina hospital baru di kawasan Batu Kawan dan Sungai Bakap. Jadi Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, untuk Klinik Kesihatan Sungai Bakap, kita telah mulakan, menaik taraf kuarters yang telah bermula pada tahun 2019. Manakala bagi kawasan Bandar Cassia, memang terdapat keperluanlah untuk kita membangunkan Klinik Kesihatan di Bandar Cassia bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara yang sedia ada. Untuk Bandar Cassia, pihak PDC telah mengemukakan cadangan pembangunan Klinik Kesihatan di Bandar Cassia kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang pada 2 Disember 2022 dan siri perbincangan pun, kita telah ambil dan kita akan lihat kepada pembangunan Klinik Kesihatan secara kerjasama awam swastalah
Okey, terima kasih Padang Lalang, terima kasih, terima kasih banyak.
Last, last, last, last, last sekali, last sekali. Jawab isu Telok Bahang.
Boleh jawab secara bertulis sebab kita dah lewat. Saya nak bagi satu peluang lagi kepada EXCO sebelum kita tamatkan 5.15.
Okey baik, baik. Jadi sebagai kesimpulan,
Kita fair and square. Lebih sejam dah.
Sebagai kesimpulan saya akan bagi untuk saya yang tak sempat untuk jawab nanti saya akan bagi secara bertulislah. Jadi sebagai kesimpulan sememangnya pejabat saya mengamalkan dasar open door dan no wrong door policy dan saya memberi komitmen saya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus berhubung dengan saya untuk sekiranya mempunyai cadangan dasar ataupun polisi yang sewajarnyalah. Jadi akhir kata saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu di bawah portfolio Belia, Sukan dan Kesihatan. Jadi dengan kata-kata itu, saya sudahi dengan ucapan terima kasih. Padang Lalang mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Padang Lalang. Dipersilakan Jawi. Padang Lalang pantang dapat mikrofon. Duduk sebelah Kerajaan, selalu duduk sebelah back bencher. Silakan.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di Pertua. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membentangkan ucapan penggulunggan bagi menjawab soalan-soalan tambahan berkaitan isu-isu Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa projek yang telah dibangunkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBSP, MBPP bagi projek Penang Smart Parking (PSP) telah memenangi tempat pertama bagi Anugerah Inovasi Sektor Awam 2023 bagi kategori Trek Infrastruktur pada 7 November 2023 yang lalu. Majlis ini merupakan acara kemuncak bagi pengiktirafan penyertaaan pelbagai agensi sektor awam dalam menghasilkan produk inovasi yang signifikan dan memberi nilai tambah kepada penyampaian Perkhidmatan Awam. Majlis Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2023 bertemakan Malaysia Madani Memperkasakan Inovasi telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kemenangan ini telah menyuntik semangat juang yang lebih tinggi kepada saya dan Kerajaan Negeri untuk terus memberi khidmat dan bakti yang terbaik untuk rakyat Negeri Pulau Pinang. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada BKT dan Pihak Berkuasa Tempatan atas kejayaan ini. Semoga jabatan dan agensi lain dapat menjadikan kejayaan ini sebagai inspirasi untuk mencipta kejayaan-kejayaan lain pada masa akan datang demi Pulau Pinang yang tercinta. Yang Berhormat ADUN KOMTAR telah mencadangkan kajian semula cadangan menghadkan tempoh masa tempat letak kereta ke dua (2) jam bagi sesebuah kenderaan di kawasan sibuk seperti di kawasan Bandar Raya George Town bagi tujuan memberi peluang kepada pengguna lain untuk menggunakan tempat meletak kereta tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat cadangan yang diutarakan tersebut sedang dalam peringkat kajian oleh pihak MBPP di mana pelaksanaan peletakan kenderaan waktu terhad yang dikenali sebagai 1P+1P maksimum dua (2) jam akan diperluaskan di semua kawasan hotspot pentadbiran MBPP. Konsep 1P+1P ini telah diwartakan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta) (Pindaan) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) 2017. Walau bagaimanapun, perkara ini perlu diperhalusi dengan mengambil kira waktu kawalan yang diwartakan di bawah perintah lalu lintas Tempat Letak Kereta berkupon iaitu bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum. Selain itu, Yang Berhormat ADUN KOMTAR turut mencadangkan untuk mengkaji semula petak-petak loading dan unloading untuk dijadikan sebagai tempat letak kereta selepas waktu operasi perniagaan terutamanya di kawasan George Town. Sebagai makluman Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, MBPP telah mewartakan waktu larangan bagi aktiviti punggah-memunggah iaitu loading – unloading di kawasan Bandaraya George Town pada jam 7.00 pagi sehingga 9.00 pagi dan jam 4.30 petang sehingga 7.00 malam setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum. Hal ini bermaksud, aktiviti punggah-memunggah adalah dibenarkan selain daripada waktu yang telah diwartakan tersebut. Pada ketika ini, pihak
MBPP tidak bercadang untuk memberi kebenaran meletak kenderaan di kawasan punggah-memunggah di luar waktu perniagaan kerana dikhuatiri dan akan menimbulkan masalah lain kepada peniaga, misalnya peletakan kenderaan yang melebihi masa sehingga mengganggu urusan perniagaan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat ADUN Bukit Tambun berkenaan status kerja-kerja pembinaan gelanggang bola keranjang berbumbung di Taman Gamelan Indah, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai telah melantik kontraktor dan memulakan kerja-kerja pembinaan pada 9 November 2023. Status kerja di tapak adalah dua (2) peratus. Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada 27 Mac 2024 dengan kos pembinaan sebanyak RM528,975.00. Seterusnya kepada Yang Berhormat ADUN Sungai Dua yang telah menzahirkan kekesalan tentang kompaun tempat letak kereta yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kepada pelawat Pusat Khidmat ADUN Sungai Dua dan Yang Berhormat ADUN Permatang Pasir sendiri, atas kesalahan tidak membayar caj tempat letak kereta. Perkara ini mendapat perhatian Yang Berhormat ADUN Sungai Dua memandangkan kebanyakan pelawat yang berkunjung ke Pusat Khidmat ADUN Sungai Dua terdiri daripada golongan berpendapatan rendah iaitu B40. Untuk makluman semua, kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan tempat letak kereta yang berbayar dan waktu kawalan operasi adalah bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang, setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum. Selain daripada itu, ke semua Pusat Khidmat ADUN yang berada di dalam kawasan tempat letak kereta yang telah diwartakan di seluruh Seberang Perai telah diperuntukkan satu (1) tempat letak kereta khas (Petak Khas) bagi kemudahan operasi Pusat Khidmat ADUN. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya prihatin terhadap kebajikan rakyat terutamanya bagi golongan B40. Kendatipun begitu, perkara ini tidak seharusnya dipandang enteng dan dijadikan sebagai alasan untuk dikecualikan daripada dikenakan tindakan atas kesalahan yang telah dilakukan. Semua pihak adalah terikat kepada peraturan yang sama dan tindakan seharusnya diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Dalam prinsip undang-undang, kita tidak boleh membawa pembelaan tidak tahu akan undang-undang apabila melakukan sesuatu kesalahan. Ini berdasarkan maxim undang-undang ignorantia juris non excusat atau (dengan izin), ignorance of law is not an excuse. Kerajaan Negeri sentiasa berterusan dalam membantu golongan B40. Ini termasuklah juga dengan pemberian diskaun bayaran saman tempat letak kereta melalui program-program dan Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Namun, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan sentiasa memastikan setiap tindakan yang diambil tersebut adalah lebih bersifat untuk mendidik masyarakat. Atas dasar keprihatinan ini juga, kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini juga layak untuk memohon 1 pas tempat letak kereta percuma bagi kenderaan yang didaftarkan atas nama sendiri kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu Yang Berhormat ADUN Sungai Dua turut berpandangan bahawa peniaga-peniaga tempatan seolah-olah dikenakan tindakan penguatkuasaan yang tidak adil berbanding dengan peniaga warga asing. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui kedua-dua PBT sememangnya sentiasa memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan bagi membanteras isu ini. Misalnya PBT bekerjasama dengan pihak berkuasa Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia dengan melaksanakan operasi bersepadu di mana tentulah tindakan akan diambil secara adil berlandaskan lunas undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada yang berkuatkuasa.
Sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan mengenal pasti terdapat perniagaan yang dijalankan oleh warga asing secara tidak sah tindakan yang diambil adalah termasuk mengeluarkan notis mengkehendaki perniagaan diberhentikan serta atau merampas atau menyita premis perniagaan dan mengambil tindakan pembatalan lesen perniagaan yang dimiliki oleh warga tempatan yang disewakan kepada peniaga asing. Kerajaan Negeri sentiasa menggunakan pertimbangan budi bicara kepada penjaja warga tempatan secara realitinya penjaja warga tempatan akan diberikan khidmat rundingan bagi memberi pendedahan awal dan bimbingan yang berterusan bagi memastikan penjaja-penjaja tempatan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Peluang sentiasa diberi oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tindakan penguatkuasaan adalah pilihan yang terakhir sekiranya penjaja-penjaja warga tempatan masih ingkar. Sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Sungai Dua, Yang Berhormat ADUN Machang Bubuk, Yang Berhormat ADUN Ayer Itam berkaitan isu pembersihan perparitan. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, pembersihan perparitan di kawasan tersebut adalah merangkumi dua skop utama iaitu pembersihan sampah terapung dan pembuangan enapan parit. Bagi pembersihan sampah terapung, Pihak Berkuasa Tempatan menjalankan tindakan pembersihan seminggu sekali manakala bagi pembuangan enapan parit pula Pihak Berkuasa Tempatan menjalankan tindakan pembersihan sebulan sekali. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga menjalankan pemantauan sistem perparitan di kawasan taman perumahan secara berkala dan akan memasukkan kawasan tersebut dalam senarai keutamaan hotspot banjir. Pihak Berkuasa Tempatan juga akan terus memberi komitmen dan bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah agensi-agensi kerajaan dalam memastikan isu kebersihan, perparitan diberi perhatian terutamanya oleh MBSP di kawasan taman-taman perumahan di Sungai Dua. Saya mengalu-alukan pihak Pembangkang, Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Pembangkang sampaikan mesej kepada saya sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Antara langkah-langkah persiapan Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan dalam menghadapi musim tengkujuh atau musim banjir di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut; Menjalankan pengoperasian selama 24 jam sehari dan pada setiap hari dalam menghadapi kes-kes kecemasan yang berkaitan bersama Jabatan Pengurusan Krisis, menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala di tempat perangkap sampah, parit perumahan, parit monsun dan kolam takungan dan di kawasan berisiko berlakunya banjir bagi memastikan sistem saliran air tidak terganggu dan tiada kerosakan struktur yang menghalang aliran air. Menjalankan pemantauan secara konsisten 24 jam sehari melalui bilik kawalan pusat di Pusat Intelligent Operations Centre (IOC) MBPP dan MBSP. Membuat pemantauan projek secara bersepadu iaitu OPS Sepadu dan OPS Lumpur ke atas semua projek pembangunan yang melibatkan agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Mineral dan Geosains dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Negeri Pulau Pinang. Memantau keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga Agensi Pengurusan Bencana Negara iaitu NADMA bagi memastikan kakitangan MBPP dan MBSP akan sentiasa bersiap-siaga bagi menghadapi keberangkalian bencana banjir. Seterusnya memeriksa cadangan tapak pembangunan yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat jawatankuasa One Stop Centre (OSC) seperti parit tanah, kolam enapan diselenggara dan cerun-cerun yang telah ditutup dengan plastik bagi memastikan tiada hakisan berlaku.
Menjalankan kerja-kerja pengiraan sistem saliran yang terdiri daripada kerja-kerja pembaikan struktur parit-parit parameter dan parit monsun serta kerja-kerja pembersihan sampah oleh kakitangan MBSP dan MBPP serta kontraktor atau konsesi yang dilantik. Kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf sistem saliran ini adalah diuruskan berdasarkan kepada keutamaan terutamanya melibatkan keselamatan orang awam. Membuat kerja-kerja pembersihan sampah terapung dalam longkang yang dijalankan seminggu sekali. Menjalankan pembersihan parit secara berjadual setiap hari dan memfokuskan kawasan-kawasan hotspot banjir terutama di musim hujan dan penyelenggaraan bagi pembersihan parit monsun juga dilakukan empat (4) pusingan setahun iaitu setiap tiga (3) bulan sekali melalui kontraktor yang dilantik. Memantau, memeriksa dan penyelenggaraan pokok-pokok dengan lebih kerap terutamanya pada musim tengkujuh atau banjir. Menjalankan pemantauan di kawasan rumah pam melalui sistem pemantauan amalan kawalan banjir di kawasan Seberang Perai. Menempatkan anggota yang bertugas untuk standby di luar waktu bekerja yang bertempat di Pejabat Polis sekiranya berlaku hujan lebat. Menjalankan kerja-kerja pengukuran aras dan pemetaan utiliti di kawasan hotspot banjir kilat. Menjalankan kajian dengan melantik perunding bagi penyediaan cadangan mitigasi banjir dan reka bentuk terperinci. Seteruskan menyediakan kenderaan pelbagai jenis seperti forview, open truck, sky lift dan lain-lain khususnya bagi menghadapi kes-kes kecemasan. Sementara itu, lain-lain kenderaan yang digerakan sebagai tambahan. Sekiranya diperlukan, sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan kerja-kerja naik taraf yang berskala besar maka MBPP, MPSP akan mendapatkan peruntukan antaranya peruntukan caruman perparitan daripada Kerajaan Negeri. Peruntukan MARRIS, peruntukan BP1 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Peruntukan daripada pihak berkuasa Pembangunan Pelaburan Malaysia (MAIDA) dan peruntukan PBT sendiri untuk menjalankan projek-projek naik taraf bagi projek pembinaan atau naik taraf sistem saliran. Untuk makluman semua, MBPP dan MPSP kita ada hotline sekiranya menghadapi masalah kecemasan bolehlah menghubungi hotline di MBPP, hotline di MBPP adalah 04-2637637 atau 04-2637000 atau melalui aplikasi WhatsApp Aduan 016-2004082. Di MBSP pula kita ada hotline 1800-886777 ulang sekali lagi 1800-88 6777. Kedua-dua talian hotspot tersebut beroperasi 24 jam sehari termasuk Sabtu dan Ahad serta hari pelepasan am iaitu 24/7. Yang Berhormat..(gangguan).
Minta cerah Yang Berhormat Jawi.
Dipersilakan Berapit.
Saya nak minta phone Jawi bagi semua orang tak bagus lah ..(ketawa), tapi saya rasa amat bersyukur dengan kerajaan Pulau Pinang kita mempunyai sistem yang begitu prihatin kepada rakyat dengan adakan hotline 24 jam daripada Kerajaan Tempatan tetapi saya ingin tanya juga dengan ada hotline sememangnya ia boleh menyelesaikan masalah tempatan
sememangnya tetapi saya berpendapat antara ramai Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini kita masih selalu menerima panggilan yang daripada pelbagai permintaan terutamanya daripada Kerajaan Tempatan seperti masalah longkang dan jalan dan sebagainya. Jadi saya ingin tanya dengan Yang Berhormat Jawi. Apakah keberkesanan hotline itu iaitu bolehkah kita dapat angka berapa orang yang sudah telefon? Boleh bagi satu tempoh supaya kita tahu. Kalau tengah popular kenapa dia tidak popular sama ada mungkin kita perlukan publisiti yang lebih baik dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Berapit. Saya rasa Berapit adalah penggal yang kedua dijadikan ADUN Berapit dan saya percaya juga Berapit mempunyai MPKK masing-masing. Secara umum bagi saya, saya percaya juga MPKK seharusnya adalah akar umbi kita untuk menerima aduan dan salurkan kepada majlis atau pun PBT. Secara umum dengan data yang diminta oleh Berapit, berapa panggilan kita terima, berapa kes yang kita selesai kemungkinan saya akan memberi jawapan secara bertulis. Untuk makluman semua, selain daripada pihak YB-YB daripada Pembangkang, saya percaya ADUN-ADUN ada yang juga berasal Dari Ahli Majlis, kita faham macam mana kita hendak buat aduan. Saya percaya juga ADUN-ADUN penggal yang kedua, penggal yang ketiga mempunyai contact number daripada pegawai-pegawai tertentu. Betulkan? Berapit? Sebab itu saya rasa aduan-aduan daripada...(gangguan).
Yang Berhormat Jawi, boleh?
Ya.
Hendak bercakap kena bangun tapi masa terhad. Saya minta Jawi kalau bagi laluan, bagi laluan sebab masa 4.45 sahaja.
Yang Berhormat Jawi cakap tadi mengatakan pihak Majlis cuci longkang dalam setahun, berapa kali. Baru-barui ni saya ada satu laporan mengatakan pihak Majlis tidak pernah mencuci longkang ini dan saya tanya kontraktor dan juga perumahan di Taman Tun Teluk Air Tawar, ada longkang dan tak pernah cuci.
Longkang itu berapa kaki besar lebar?
Longkang itu 1X2.
Longkang itu 1X2.
Ya. Selepas itu saya bila tanya Perumahan, Perumahan kata pihak Majlis, bila tanya pihak Majlis, pihak Majlis kata Perumahan. I selesai sudah this case. Saya selesai menggunakan peruntukan yang balance RM20,500 itu.
Cuci sendiri?
Tak apa. Pejabat Daerah keluarkan satu invois dan inden untuk selesaikan masalah tapi dah tiga (3) tahun. Terima kasih.
Teluk Ayer Tawar, saya minta Teluk Ayer Tawar WhatsApp saya detail dan di mana kawasan tertentu dan taman-taman tertentu sebab kita kalau hendak bincang sini mungkin panjang lebar. Saya kena dapatkan lokasi-lokasi yang benar di mana kalau sebelum ini saya rasa di di Jawi Golf, Okey. Jawi Golf di bawah Sungai Bakap pembinaan pemajuan tersebut tidak serah kepada Majlis. Jalan tidak serah kepada Majlis, jalan tidak serah kepada JKR maka apabila kita hendak menjalankan tugas kita tak boleh sebab itu saya minta Teluk Ayer Tawar bagilah maklumat kepada saya supaya saya boleh meneliti. Terima kasih. Yang Berhormat ADUN Batu Lanchang.
YB. boleh bagi laluan?
Saya tidak boleh bagi laluan.
Isu penting YB.
Yang Berhormat ADUN Batu Lanchang telah membangkitkan isu jalan yang rosak dan berlubang. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan dengan kerjasama JKR sentiasa komited dalam memastikan jalan yang selamat dan berkualiti kepada pengguna-pengguna jalanraya, Untuk makluman Yang Berhormat, PBT sentiasa memantau dan menyelenggara jalan-jalan di bawah seliaan PBT. Bagi aduan kerosakan jalan, PBT akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam untuk memastikan jalan tersebut dibaikpulih. Kerja-kerja baik pulih jalan yang dilaksana adalah berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP) PBT dengan merujuk spesifikasi JKR selaku pihak berkuasa jalan termasuk kerja-kerja mengecat garisan jalan. Kepada Yang Berhormat ADUN Pengkalan Kota,..(gangguan).
YB, YB?
Duduk duduk Batu Lancang. Jawi tak bagi laluan.
Mencadangkan agar Kerajaan Negeri memfokuskan pada peningkatan penggunaan peranti elektronik bagi pembayaran tanpa tunai. Selain itu, Kerajaan Negeri juga dicadangkan untuk menyediakan kelas terutamanya bagi warga emas. Untuk makluman Yang Berhormat dan sidang dewan sekalian, Visi Penang2030: A Family-Focused, Green and Smart State that Inspire the Nation mensasarkan pendekatan ‘Tiada Golongan Yang Dipinggirkan’ (No One Left Behind). Sebentar ya Batu Lancang? Pendekatan yang sama telah diaplikasikan dalam pembangunan Smart City termasuk penggunaan peranti tanpa tunai dengan mengambil kira keperluan semua lapisan masyarakat termasuk golongan warga emas dan uzur. Antara aplikasi yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dan PBT adalah seperti Penang Smart Parking (PSP), Pearl daripada MBPP dan Aspire daripada MBSP. Kerajaan Negeri dengan kerjasama pelbagai pihak telah mengambil inisiatif-inisiatif bagi memastikan keperluan segenap lapisan masyarakat di negeri Pulau Pinang dipenuhi dengan aspek-aspek mesra pengguna yang selari dengan pembangunan Negeri Pintar seperti berikut; Menyediakan panduan penggunaan aplikasi melalui video dan hebahan secara bertulis, Mendekati warga emas dengan menjalankan program aktiviti sosial di tempat yang kerap dikunjungi golongan ini seperti pasar awam, pasar malam, pusat membeli-belah dan program anjuran Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan, Menyediakan kaunter pertanyaan berkenaan PSP pada setiap hari Khamis di kedua-dua PBT bagi membantu warga emas dan pengguna lain yang mempunyai masalah dalam penggunaan PSP; dan menganjurkan
Penang Smart Parking Senior Citizen Outreach Programme di mana taklimat dan latihan cara penggunaan aplikasi PSP telah diberikan kepada golongan ini. Batu Lancang 30 saat cepat cepat.
Terima kasih YB Jawi soalan saya dalam perbahasan saya adalah berkenaan mutu jalan raya dan spesifikasi apa yang MBPP gunakan. Pada masa sekarang berbanding masa dulu kalau kita lihat jalan yang ada pada masa dulu itu jalan yang tahan lasak dan lama kena hujan tak takut, tapi dengan spek baru, tender yang baru, kita hanya pergi melihat kepada tender dengan kos yang rendah so mutu jalan pun nampak memang rendah. Kita semua nampak dan kena akui sekarang, kalau masa selepas hujan lebat kita akan nampak jalan berlubang kecil-kecil sepanjang jalan. Dari segi mutu yang rendah ini jalan tidak akan tahan lama kerana pada masa sekarang kita hanya lihat harga tender rendah bukan mutu.
Okey Batu Lancang saya ambil maklum tentang kualiti...
Kualiti, kualiti.
Apa yang Batu Lancang maksudkan dalam kemungkinan dalam satu-satu kerja di bawah tender, open tender itu kemungkinan kita tidak semestinya yang harga rendah itu akan memberi kualiti yang bagus untuk satu-satu projek betulkan?
Yes yes.
Saya ambil maklum dan saya akan bincang semula dengan kedua-dua PBT dan kedua-dua Datuk Bandar.
Untuk penjelasan kepada Datuk Bandar.
Sudah tak ada masa Batu Lancang.
Kes akan berlipat ganda lagi jika kita hanya melihat kepada harga tender rendah tapi kualiti itu mungkin tahan 2 tahun sahaja.
Kita ambil maklum, kita akan mengkaji semula okey? Saya memohon maaf disebabkan saya bukan dalam Jawatankuasa Perolehan dan saya akan maklum kepada kedua-dua pihak PBT iaitu MBSP dan MBPP. Yang Berhormat ADUN Seri Delima telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan Seri Delima tak ada ya? Okey.
Tak ada skip.
Saya ingin menjawab soalan ini dengan secara bersekali lagi dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Bukit Tengah, ADUN Seri Delima, ADUN Permatang Berangan dan ADUN Pulau Betong tentang isu kesesakan lalu lintas yang semakin serius di Negeri Pulau Pinang. Sebagai makluman Yang Berhormat, isu kesesakan lalu lintas di negeri Pulau Pinang bukanlah suatu isu yang asing lagi. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang terutamanya di bahagian Pulau. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan isu ini adalah dengan menaik taraf infrastruktur jalan raya sedia ada seperti melebarkan jalan, membina jalan-jalan baharu dan jalan-jalan utama, mewujudkan lebih banyak tempat letak kereta awam bertingkat yang dapat mengurangkan kenderaan parkir di bahu jalan, membuat penyelarasan sistem lampu isyarat bagi mewujudkan green wave dan menaik taraf kemudahan infrastruktur. Selain itu, terminal, hab dan perhentian bas berbumbung baharu juga dilaksanakan, manakala kemudahan infrastruktur sedia ada sedang dinaik taraf secara berperingkat. Yang Berhormat ADUN Batu Uban telah membangkitkan isu berkenaan dengan kedai vape yang beroperasi tanpa lesen di kawasan Bukit Jambul. Berdasarkan rekod daripada pihak MBPP, tiada sebarang lesen dikeluarkan bagi pengoperasian kedai vape. Justeru, tiada maklumat bagi jumlah kedai vape di kawasan Bukit Jambul. Walau bagaimanapun, terdapat juga kedai-kedai yang menjual vape sebarang barang jualan sampingan. Sekiranya Yang Berhormat menemukan mana-mana kedai yang menjual vape secara haram, perkara ini boleh dilaporkan terus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk ambil tindakan selanjutnya.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dalam proses pertimbangan bagi mewujudkan akta atau peraturan yang
khusus untuk memantau aktiviti penjualan vape di kawasan perumahan dan sekolah. Walau bagaimanapun, pihak MBPP akan mempertimbangkan syarat lesen untuk pembukaan kedai vape sekiranya terdapat arahan yang tertakluk di dalam mana-mana akta atau peraturan khusus yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Seterusnya, saya rasa ini saya walau pun Bukit Tengah tak ada tapi ini adalah isu ini penting. Seterusnya, Yang Berhormat ADUN Bukit Tengah juga telah membangkitkan isu lambakan warga asing di kawasan kediaman yang telah menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa terdapat isu lambakan warga asing yang menjadikan rumah-rumah di kawasan perumahan sebagai tempat penginapan pekerja. Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam kalangan penduduk setempat. Justeru, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu Garis Panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja Negeri Pulau Pinang 2017 yang berkuatkuasa pada 21 November 2017. Selari dengan dinamika keperluan pekerja asing semasa, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan membuat penambahbaikan dan pindaan ke atas garis panduan tersebut. Garis panduan yang ditambah baik dan dipinda ini telah diluluskan dan diguna pakai pada 28 April 2022 bagi memenuhi keperluan majikan yang ingin menempatkan pekerja-pekerja mereka di penginapan pekerja secara berpusat iaitu Centralized Labour Quarters (CLQ) dan penginapan pekerja sementara iaitu Temporary Labour Quarters (TLQ) di kawasan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi memastikan pihak syarikat atau majikan mematuhi syarat-syarat spesifikasi yang ditetapkan oleh PBT, Kerajaan Negeri sedang merangka satu lagi Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Untuk Tempoh Sementara di Kawasan PBT Negeri Pulau Pinang. Garis panduan ini merangkumi empat (4) zon utama iaitu yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti penginapan pekerja secara sementara seperti di zon kediaman strata, zon kediaman bertanah, zon perniagaan dan zon perindustrian. Setelah tamat tempoh sementara tersebut, bangunan perlu ditukarkan kepada keadaan dan aktiviti asal dan pekerja yang menghuni bangunan tersebut perlu dipindahkan ke CLQ.
Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, berdasarkan data daripada Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 147,344 orang pekerja asing telah berdaftar untuk mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara iaitu (PLKS) di Negeri Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, 69,859 orang pekerja asing telah mendapat Sijil Perakuan Penginapan Pekerja iaitu (COA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pulau Pinang, 30,956 orang pekerja asing masih belum menerima sijil COA iaitu Sijil Perakuan Penginapan Pekerja kerana Pihak Berkuasa Tempatan masih belum memperakukan permohonan tersebut atas sebab-sebab pematuhan syarat teknikal. Baki sebanyak 46,529 orang pekerja asing yang tidak lagi dapat mengemukakan permohonan COA kepada JTK Pulau Pinang dan dipercayai mereka tinggal secara tidak sah di seluruh Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman semua, dekat Negeri Pulau Pinang, kita masih seperti dalam rekod, kita masih ada 46,529 orang pekerja asing yang masih belum berdaftar dengan JTK untuk dapatkan COA di mana kita tidak dapat mengenalpasti kediaman mereka di mana kedudukan mereka di mana walau pun mereka mempunyai permit yang sah. Justeru, pembangunan CLQ (Centralized Labour Quarters) amatlah penting dalam menampung kesemua pekerja asing dan tempatan yang semakin meningkat di negeri Pulau Pinang demi memastikan isu sosial dalam kalangan penduduk setempat dapat ditangani dengan baik oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak pengusaha atau pun operator penginapan pekerja warga asing yang sedia ada di kawasan kediaman dipindahkan ke CLQ
berhampiran dengan tujuan mengawal dan mematuhi peraturan sedia ada supaya tidak menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat. Langkah ini merupakan komitmen Kerajaan Negeri menangani isu lambakan warga asing di kawasan perumahan. Mereka akan ditempatkan di CLQ yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas dan sokongan seperti sistem kawalan keluar masuk serta berpengawal. Dengan cara ini, diharapkan dapat mencapai keseimbangan antara keperluan pekerja asing dan keselesaan komuniti tempatan. Cadangan Yang Berhormat daripada ADUN Batu Uban tentang meningkatkan penggunaan tenaga solar bagi menjimatkan kos Kerajaan Negeri adalah sangat bernas dan relevan. Sehingga kini, kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan pemasangan panel solar bagi mengurangkan pergantungan sumber elektrik sedia ada. Bangunan-bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang telah dilengkapi dengan panel solar adalah seperti berikut; Bangunan Penguatkuasaan & Pusat Kawalan CCTV Jalan Timah, Kompleks Sukan Bandaraya Relau, Bangunan Pusat Kawalan Vektor dan Veterinar dan Kompleks dan Pasar Bayan Baru. Untuk bangunan-bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang telah dilengkapi dengan panel solar adalah seperti berikut; Ibu Pejabat MBSP, Pejabat Cawangan, Jalan Betek, Bukit Mertajam, Kompleks Sukan Jalan Betek, Bukit Mertajam, dan Kompleks Sukan Bertam di Kepala Batas. Bangunan-bangunan Pejabat Derah dan Tanah yang telah dilengkapi dengan panel solar adalah seperti berikut; Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Selatan, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya dan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Utara. Yang Berhormat ADUN Permatang Pasir telah membangkitkan mengenai isu penambahan Crematorium atau kolabarium Cina swasta di kawasan Permatang Pasir. Status bagi keperluan untuk menambah lot tanah perkuburan Cina yang baharu hanya dapat dimuktamadkan setelah Kajian Kemudahan Tapak Perkuburan Agama Islam Dan Agama Selain Islam Bagi Negeri Pulau Pinang oleh PLANMalaysia@Pulau Pinang. Melalui kajian ini, satu garis panduan akan diwujudkan bagi membantu perancangan tapak perkuburan supaya lebih teratur serta mematuhi prinsip-prinsip perancangan dan pembangunan sejagat. Kajian ini juga akan melihat secara terperinci terhadap bentuk kawalan perancangan bagi tapak-tapak perkuburan Islam dan selain Islam serta pertambahan kawasan atau ruang adalah berdasarkan unjuran keperluan pada masa yang akan datang. Yang Berhormat ADUN Permatang Pasir juga telah membangkitkan mengenai isu enam (6) kilang haram yang beroperasi di kawasan Permatang Pasir. Daripada enam (6) kilang tersebut, hanya empat (4) kilang yang operasi secara haram di mana manakala dua (2) kilang yang merupakan syarikat yang sama tetapi terletak di lot yang berbeza berada dalam senarai pemutihan. Setakat ini, pihak MBSP telah mengeluarkan kompaun dan notis menghentikan aktiviti perniagaan kepada empat (4) kilang tersebut. Seterusnya pihak MBSP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya kilang-kilang tersebut masih beroperasi. Selain itu, isu berkaitan pokok tumbang turut menjadi perhatian Yang Berhormat ADUN Permatang Pasir. Berdasarkan rekod sehingga Oktober 2023, jumlah pokok tumbang di kawasan pentadbiran MBPP adalah sebanyak 240 batang pokok manakala di kawasan pentadbiran MBSP pula adalah sebanyak 394 batang pokok. Terdapat dua (2) situasi bagi kejadian pokok tumbang
iaitu kecemasan dan bukan kecemasan. Bagi situasi kecemasan, Jabatan Landskap PBT akan mengambil tindakan pemotongan, pemangkasan, pembersihan dengan serta-merta diselesaikan dalam tempoh masa 24 jam. Bagi situasi bukan kecemasan pula, setiap aduan yang diterima oleh PBT akan dinilai oleh Jabatan Landskap masing-masing untuk mengenal pasti bentuk tindakan yang wajar diambil iaitu sama ada memangkas atau memotong. Seterusnya kerja-kerja pembersihan atau pengalihan akan dijalankan. Laporan akan disediakan oleh Jabatan Landskap PBT sebagai rekod jabatan. Jika melibatkan kawasan persendirian, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengeluarkan notis kepada pemilik tanah tersebut untuk mengambil tindakan berdasarkan tahap keseriusan kejadian pokok tumbang atau hampir tumbang. Sekiranya situasi pokok tumbang ini berlaku di dalam kawasan persendirian dan mendatangkan bahaya kepada orang awam, maka notis kacau ganggu di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] akan dikeluarkan oleh MBPP kepada pemilik tanah untuk mengambil tindakan. Jika notis tersebut tidak diendahkan oleh pemilik tanah, MBPP akan melaksanakan kerja-kerja pemangkasan, pemotongan dan segala perbelanjaan akan ditanggung oleh pemilik tanah tersebut.
Di mana di MBSP pula, bantuan tindakan pemotongan akan dilaksanakan secara one-off dan kerja-kerja pemotongan sisa pokok tumbang akan dipotong ke bahagian yang lebih kecil. Seterusnya tindakan pembersihan hendaklah diuruskan oleh pemilik tanah sendiri dalam tempoh masa 24 jam. Hal ini adalah isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Permatang Pasir di mana terdapat aduan yang pokok yang bahaya tapi seperti apa yang saya maklum, kita sebagai PBT kalau di kawasan persendirian memang kita menghadapi masalah bila kita menjalankan tugas kemungkinan juga sekiranya pokok itu terjatuh kepada atau pun merosakkan harta benda kepada tuan tanah. Maka pihak PBT terpaksa untuk tanggung segala kos. Maka atas budi bicara di mana kalau sekiranya kita akan menjalankan pemotongan di kawasan persendirian, sekiranya pokok yang memang betul mendatangkan bahaya kepada orang awam, maka kita akan minta tuan tanah untuk mengeluarkan satu surat akur janji atau pun memberi surat take on your risk, akan mengambil tanggungjawab atas kerugian sendiri sekiranya apa-apa berlaku.
Minta pencerahan Jawi. Adakah kita boleh memberi notis kacau ganggu kepada tuan tanah yang memiliki seperti pokok kelapa yang membahayakan atau lain-lain pokok yang membahayakan pengguna jalan raya.
Boleh, boleh.
Sudah maklum tadi dah kan?
Sudah maklum, sudah maklum, memang sudah maklum.
Kita charge kepada..
Ya, ya memang di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 171.
Okey, teruskan Jawi.
Okey.
Kalau nak sambung esok tak apa.
Bagi pengurusan sisa dan pepejal, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) kini sedang memuktamadkan Roadmap Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat perunding Usains Infotech Sdn. Bhd. Intipati Roadmap ini akan mengambil kira proses pengurusan sisa pepejal secara menyeluruh dari segi pentadbiran, kutipan, pemprosesan dan pelupusan akhir. Kerajaan Negeri juga bercadang untuk melaksanakan sebuah Eco Park yang merangkumi beberapa jenis teknologi rawatan sisa pepejal.
Seterusnya, Stesen Pemindahan Sampah Ampang Jajar telah diberikan kepada Syarikat Greenviro Solutions Sdn. Bhd. oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai. Fasiliti tersebut bakal melaksanakan kaedah Waste to Energy menjelang tahun 2025. Di samping itu, station pemindahan sampah Ampang Jajar yang akan dikenali sebagai Integrated Solid Waste Facility dilengkapi dengan sebuah Materials Recovery Facility iaitu MRF yang akan mengasingkan sisa pepejal untuk kitar semula dan selebihnya disalurkan ke Anaerobic Digester sebagai kaedah rawatan sisa yang akan menjana biogas yang boleh ditukarkan kepada tenaga boleh diperbaharui. Perkara ini juga akan mengurangkan jumlah keseluruhan sisa pepejal yang akan dihantar ke kawasan saya iaitu Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sekali gus dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan satu dasar yang telah dikuatkuasakan iaitu pengasingan Sisa Di Punca. Penguatkuasaan dasar pengasingan Sisa Di
Punca telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2019. Walau bagaimanapun, sejak negara ini dilanda wabak COVID-19 amalan tersebut telah semakin berkurang. MBPP dan MBSP akan terus komited dalam memperkasakan dasar pengasingan sisa di punca melalui pelaksanaan program, projek dan kempen kesedaran secara pendidikan mulai Januari tahun depan hingga Jun tahun depan iaitu 2024 dengan kerjasama semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Ahli Majlis dan juga Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu NGO.
Mulai Julai 2024, tindakan penguatkuasaan bersasar akan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan penduduk di Negeri Pulau Pinang mematuhi dasar tersebut yang menyumbang kepada pengurusan sisa pepejal yang efisien, kos efektif dan lestari. Melalui pelaksanaan inisiatif-inisitatif tersebut, pengurusan sisa pepejal di negeri ini akan lebih tersusun, efisien dan kos efektif. Bagi Pelan Induk Guna Tanah Sumber Makanan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang iaitu PLANMalaysia Pulau Pinang dalam proses menyediakan Term of Reference (TOR) bagi Kajian Pelan Induk Guna Tanah Sumber Makanan Negeri Pulau Pinang yang dijadualkan akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Term of Reference ini disediakan mengambil kira input Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta semua agensi kerajaan berkaitan supaya ia menjadi panduan terperinci dalam melaksanakan kajian ini. Pelan Induk Guna Tanah Sumber Makanan Negeri Pulau Pinang akan menggariskan langkah strategik serta penetapan guna tanah sumber makanan bagi memastikan kestabilan sumber makanan Negeri Pulau Pinang terpelihara.
Untuk Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030. Berikut adalah beberapa rasional keperluan untuk melaksanakan kajian semula rancangan struktur. Keperluan perundangan, Rancangan Struktur hendaklah tertakluk kepada kajian semula setiap lima tahun setelah ia berkuat kuasa. Ia selaras dengan Subseksyen 11(1) dan Subseksyen 11(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 di bawah Akta 172. Selain itu, berlakunya pola pembangunan yang pesat bagi keseluruhan Negeri Pulau Pinang. Cadangan bagi kajian semula ini sangat sesuai dilakukan dengan mengambil kira semua aspek-aspek baharu pola pembangunan semasa.
Kemas kini mengikut dasar terkini iaitu proses kajian semula memastikan rancangan struktur mengambil kira dasar, polisi, dan garis panduan pembangunan terkini. Penilaian semula pelaksanaan iaitu penilaian pengukuran tahap pencapaian terhadap pelaksanaan dasar, gambar rajah indikatif, dan langkah-langkah yang telah ditetapkan dibuat melalui Aplikasi eMoSPlan iaitu Elektronic Monitoring Structure Plan. Sistem ini dapat mengenal pasti dan mengukur tahap keberkesanan dan kesesuaian Dasar Strategik Pelaksanaan dan Langkah-Langkah yang telah dilaksanakan dalam Rancangan Struktur sedia ada. Dasar dan polisi yang tidak relevan akan dapat dikesan dan amat membantu di dalam proses kajian semula kelak.
Pembentukan dasar-dasar baharu yang sesuai dengan keperluan semasa dan mempunyai daya laksana. Ini termasuk kemas kini data guna tanah spatial, penelitian semula peta indikatif, penyelarasan kepada Rancangan Fizikal Negara Ke-4, Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara Ke-2, dan akan juga mengambil kira kawasan strategik Master Plan Penang Bay serta kajian-kajian di peringkat nasional dan negeri yang telah diangkat untuk kelulusan di peringkat Jawatankuasa Perancang Negeri.
Sila tamatkan.
Menutupi ucapan penggulungan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta komuniti-komuniti dan institusi-institusi swasta yang telah membantu Kerajaan Negeri untuk melaksanakan dasar-dasar berkaitan Kerajaan Tempatan bagi memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu berkaitan melalui soalan lisan mahupun soalan bertulis. Perkara-perkara yang telah dibangkitkan tersebut akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan melalui portfolio ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua rakyat Pulau Pinang supaya sentiasa menjaga keselamatan masing-masing lebih-lebih lagi semasa musim bencana ini.
Kalau memakai kain pelekat Pergi berjamu ditengok sopan Kalau pandai memimpin umat Negeri maju rakyat pun aman
Dengan ini saya memohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Jawi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 9.30 pagi besok. Sekian, terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 5.15 petang.