Pulau Pinang · 23 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 283 turns · 40,298 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat. Bacaan Doa.

Timbalan Setiausaha Dewan

“Bacaan Doa.”

Setiausaha Dewan

Soalan Lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita bersidang semula dengan soalan lisan. Yang Berhormat Teluk Bahang, sila.

Muhamad Bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 29. No. 29. Faktor utama berlakunya kejadian banjir kilat yang berpanjangan di kawasan Telok Bahang adalah disebabkan ketidaksempurnaan infrastruktur dan sistem saliran yang kecil serta kerap tersumbat. Adakah pihak kerajaan mempunyai sebarang perancangan atau pelan jangka pendek dan panjang bagi mengatasi masalah tersebut?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Speaker dan Yang Berhormat Teluk Bahang. Untuk makluman Yang Berhormat, pelan jangka pendek Kerajaan Negeri melalui JPS untuk mengurangkan risiko dan kesan banjir kilat di kawasan Teluk Bahang adalah penyelenggaraan sungai secara berkala pada setiap tahun dan juga kerja-kerja pembaikan kecil melalui peruntukan mengurus negeri. Bagi pelan jangka masa panjang pula, JKR telah siap melaksanakan pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan kotak pembentung (box culvert) di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang dan akan dirasmikan dalam masa terdekat tapi dah jalan dah buka Yang

Berhormat. Pembinaan jambatan baru ini secara langsung telah mengurangkan risiko banjir di kawasan rumah pangsa Jalan Hassan Abas. Selain daripada itu JKR pun telah melaksanakan beberapa penaiktarafan jambatan di kawasan Teluk Bahang contohnya Kampung Rawai dan juga di Kampung Nelayan. Selain itu RTB Teluk Bahang juga akan dilaksanakan untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan hotspot Teluk Bahang dan juga di Sungai Pinang. Projek-projek RTB ini dalam fasa kajian reka bentuk. Bagi mengurangkan risiko banjir dan mengatasi masalah sistem saliran dalam kampung dan jalan yang kecil dan tersumbat, Kerajaan Negeri akan menyelaraskan kerjasama secara menyeluruh melibatkan MBPP, JKR dan juga JPS serta PDT DBD. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Saya nak seterusnya menjemput.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Soalan tambahan boleh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila. Teluk Bahang ya.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yang di-Pertua, seterusnya apa nama ni Tanjung Bunga. Saya orang Teluk Bahang. Sebab tu saya terpanggil juga untuk respon bab Teluk Bahang. Saya orang kampung Sungai Rusa. Datuk nenek apa nama Yang Berhormat Ketua Menteri pun saya difahamkan ada juga mari dari kampung tu juga. Pekan ya. Dia duduk di pekan, saya tau. Jadi bila sebut tentang banjir kilat di kawasan Teluk Bahang ini, dia jarak di antara bukit dengan laut ni dekat. Jadi ada masalah air pasang, Pertembungan air pasang dengan air yang turun daripada bukit ini dia bertembung. Jadi memerlukan pam pada ketika pertembungan di antara air pasang dengan air yang turun daripada bukit. Pertembungan itu saya lihat oleh kerana penarahan bukit dilakukan secara orang kata apa secara besar-besaran yang menyebabkan tidak ada zon penampan, pokok-pokok kayu dan hutan sebenarnya menjadi penampan. Kadar serapan air iaitu 60 peratus. Dan selebihnya 40 peratus dialirkan ke dalam sungai apabila berlaku penarahan, pembotakkan bukit ini menyebabkan air turun dengan laju dan juga volume air yang masuk ke dalam parit atau pun longkang ini melimpah sebab apa, sebab longkang, parit yang ada pada hari ini tidak mampu untuk menampung kepada lebihan atau pun aliran air yang deras itu. Sebab itu maknanya, adakah pihak kerajaan melihat bahawa di puncak, di kawasan puncak ini perlu maknanya kita kawal supaya jangan berlaku penarahan bukit ini. Dia juga akan menjejaskan, kepada masalah air kita. Air di Titi Kerawang pun boleh jadi masalah kalau sekiranya di atas Bukit Bendera tu pun dilakukan aktiviti-aktiviti penarahan yang orang kata apa, yang menyebabkan bekalan air terganggu. Sebab zon penampan ini, hutan simpanan in,i perlu untuk membekalkan air. Air yang turun, hujan ini, dia akan diserap oleh pokok kayu dan juga tanah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, soalan?

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Soalan saya, apakah kerajaan apa nama mengambil perhatian kepada masalah penarahan bukit yang menyebabkan aliran air yang berlaku dengan deras sehingga longkang tidak dapat menampung air sepenuhnya?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang atas soalan. Semestinya Kerajaan Negeri mengambil serius perkara tersebut, malah dari segi pembangunan atas lereng bukit itu kita mempunyai garis panduan yang sangat ketat. Bukan senang kalau kita nak buat apa-apa pemajuan di atas bukit di Negeri Pulau Pinang ini. Selain daripada itu kita juga kadang-kadang mempunyai masalah di bukit atau pun clearing dibukit yang dibuat secara haram. Itu pun yang menjadi masalah juga. Yang kini kita cuba untuk memantau melalui PBT, melalui Pejabat Daerah. Cuma kadang-kadang perkara tu berlaku tanpa diketahui oleh Kerajaan Negeri, tetapi sekiranya kita dapat tahu, sememangnya tindakan akan ambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Dari segi pembangunan, semua jenis pembangunan di Negeri Pulau Pinang kita memang menitikberatkan ya perkara-perkara seperti kita akan pastikan dalam garis panduan apa-apa pembangunan pun dari segi pre-development dengan post-development dia punya air larian dia tak boleh melebihi. Maksudnya dengan adanya kemajuan tersebut air larian yang akan terhasil daripada pembangunan tersebut tidak boleh melebihi yang asal. Jadi semua reka bentuk kita akan buat untuk memastikan perkara itu terjaga termasuk dengan mewajibkan pembinaan On Side Intension Point. Ini untuk semua pemajuan baru, kalau yang lama-lama itu yang jadi masalah, sebab yang lama-lama tidak mempunyai garis panduan yang begitu ketat, tetapi yang baru kita mengikutkan masma yang dikeluarkan oleh JPS. Kita pun ada garis-garis panduan dalam PBT, ini semua untuk memastikan pemajuan yang baru tidak akan menjejaskan. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seri Delima. Sila.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke-30. No. 30. Isu brain drain semakin serius di negara kita, apakah strategi yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan supaya bakat kita akan bertetap di Pulau Pinang?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Speaker dan rakan saya daripada kawasan Seri Delima atas soalan ini berkenaan dengan isu Brain Drain. Which is very important for us here in Penang. Dato’ Speaker, untuk menjawab soalan tersebut, pembangunan modal insan merupakan faktor kritikal dalam penjanaan dan seterusnya bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara. Ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi adalah amat penting Dato’ Speaker, untuk menyokong peralihan semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensifikasikan pengetahuan teknologi dan inovasi. Menuju ke arah ini Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah merangka dasar dan hala tuju yang komprehensif dan holistik agar kita dapat capai kelebihan daya saing dalam menarik dan mengekalkan bakat-bakat muda. Pulau Pinang seperti mana semua sekian tahu merupakan sebuah negeri yang berasaskan industri elektronik dan pembuatan di mana of course kita digelar Silicon Valley of the East as I said Dato' Speaker. Maka kita di Pulau Pinang memerlukan lebih ramai bakat teknikal yang terlatih untuk menyokong industri sedia ada di Pulau Pinang dan menarik pelaburan langsung asing atau pun FDI yang baru. Dan selain daripada itu banyak Syarikat Multinasional atau Multi Nasional Company (MNC) di Pulau Pinang di mana kita mempunyai 350 di peringkat ini dan sedang membesar. Mempunyai matlamat kepelbagaian dan inklusif dalam tenaga kerja mereka Dato' Speaker. Bagi memenuhi permintaan ini Kerajaan Negeri melalui beberapa agensi Pusat Science, Technology, Engineering and Mathematics atau pun (STEM) melalui agensi seperti Penang Science Cluster telahpun melancarkan pelbagai program Dato’ Speaker. I just give one example. Girls in Engineering and Technology bagi menggalakkan para pelajar perempuan sekolah menengah atas untuk menceburi pengajian dan kerjaya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Infact I just intended the program that was hosted by INTEL just few days ago for this program. Selain itu Dato’ Speaker, peranan Tech Dome Penang juga bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pendidikan sains yang interaktif namun turut menganjurkan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang sains dan teknologi. Dan banyak sememangnya dalam tempoh saya berada, banyak program. As we speak right now they are also hosting two multinational companies program for students at their facility Dato' Speaker. Melalui pendekatan yang praktikal dan mudah, Tech Dome Penang mendorong minat pemikiran inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar. Program-program seperti Ahli Teknologi Muda (AI), Robomania, Penang Digital Literacy Camp dan Innospark Penang turut banyak membantu dalam menyemarakkan pengetahuan STEM. Dan ini Dato’ Speaker dan antara lain program. Ada banyak lagi. But this few examples I can give. Now, berkenaan pencapaian kita di Tech Dome Penang, kita telah jalankan 2,550 Bengkel STEM yang melibatkan lebih daripada 435,000.00 pelajar daripada lebih daripada 200 buah sekolah di Pulau Pinang. Dan juga daripada semenanjung Malaysia. Pada tahun 2022 Dato’ Speaker, Tech Dome telah menyelaraskan penyertaan peserta dari Pulau Pinang ke Pertandingan Techlympics yang dianjurkan oleh MOSTI atau pun Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan Kontinjen Pulau Pinang telah memenangi anugerah Kontinjen terbaik di Malaysia. Kita juga ada Penang Skills Development Centre atau pun dikenali sebagai PSDC yang kekal memainkan peranannya sebagai sebuah Institut Latihan terulung di Pulau Pinang, Dato’ Speaker. Tumpuan PSDC adalah untuk membolehkan industri

tempatan mendapat tenaga kerja yang sesuai. Extremely important for our eco system, that the important aspect from this question which I would like to thank Seri Delima for asking. And giving attention to it, (dengan izin). Oleh yang demikian PSDC menawarkan pelbagai kursus jangka masa pendek dan panjang serta seminar-seminar dalam bidang teknikal, soft skills dan teknologi maklumat bagi mewujudkan satu pasaran tenaga kerja yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. Dan pada waktu yang sama Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan penubuhan Perpustakaan Digital yang mana kita semua tahu bahawa yang pertama pada tahun 2018 I think di Penang Free School. Dan sekarang kita ada empat di bahagian Pulau dan juga bahagian Seberang. Kita juga sedang, selain daripada penubuhan perpustakaan digital kita juga kita juga hendak lihat kepada pembekalan kemudahan jalur lebar 5G di 88 buah sekolah di Negeri Pulau Pinang. Di Pulau Pinang kita ada lebih 80 buah sekolah, I think dalam 100 lebih, 170 lebih. Tetapi ada satu senarai sekarang di mana dengan kerjasama pihak swasta, kita pilih 88 sebagai satu permulaan di mana perpustakaan di dalam sekolah akan di convert, diubahsuai menjadi perpustakaan digital Dato' Speaker.

Projek ini adalah seperti mana saya nyatakan tadi, satu projek usahasama dengan pelbagai pihak, swasta juga NGO dan pihak industri dan kita akan lihat kepada lebih banyak in fact telah mula beberapa sekolah telah pun sekarang mempunyai rangkaian bersama dengan Penang Digital Library because mereka sudah ada fasiliti, tak perlu kita nak bina lagi satu bangunan untuk satu lagi digital library in fact kita ada digital library Islam juga for your information Dato' Speaker, yang kita yang pertama di negara kita di Pulau Pinang and I coming to the end, baru-baru ini we got STEM of course I mention many program just now, we have got TVET also I mention quite a lot but we have one latest program Dato' Speaker, I just want to share with everyone iaitu Program Technical Skills Learning or TSLL which as baru sahaja melalui Tech Dome dan STEM Penang, kita ada perbincangan in fact sudah pun come to advance stage di mana kita mempunyai ini adalah satu program inovatif baru yang akan menekankan penguasaan kemahiran teknikal dengan inplementasi STEM melalui aktiviti praktikal untuk tingkatan 4 dan 5. Now, tingkatan 4 dan 5 is extremely important period because that is when they will make decision as to hala tuju mereka dalam carrier path mereka four and five. Actually, kita mula di tingkatan 3 actually for STEM projek. So TSLL is a wider project were by we also concentrating on form 4 and form 5. So that for our first year I think kita mempunyai satu hasrat Dato' Speaker untuk daftar 1,800 pelajar di bawah program TSLL ini Dato' Speaker so kesemua inisiatif ini Dato' Speaker adalah selaras dengan Visi Pulau Pinang 2030 iaitu agar kita menjadi satu negeri pintar, hijau, berfokuskan keluarga yang insiprasikan negara dan segala momentum Negeri Pulau Pinang dalam bidang pendidikan, pembangunan modal insan, sains akan kekal bagi tahun-tahun yang akan datang dan akan diperkasakan in fact agar kita menjadi satu aspirasi kepada seluruh negara Malaysia. Sekian, terima kasih Dato' Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih jawapan.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Soalan tambahan, terima kasih atas pencerahan dan jawapan yang diberi oleh YB. EXCO dari Datok Keramat mengenai soalan saya tentang bagaimana kita boleh memastikan

bahawa bakat-bakat kita terus menetap dan menyumbang di Pulau Pinang. Tadi Yang Berhormat sebut tentang STEM, Tech Dome, PSDC, Digital Library, TVET dan sebagainya boleh nampak banyak usaha yang telah pun dilakukan. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya soalan tambahan saya, adakah apakah tindakan dan usaha oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan supaya bakat-bakat kita ini yang berada di luar negara misalnya di Singapura, di Hong Kong, China dan negara-negara barat untuk kembali ke Malaysia khususnya ke Pulau Pinang terutamanya untuk golongan yang berkemahiran tinggi dan juga professional dan berdasarkan statistik yang saya mendapat, sebanyak 1.3juta warga Malaysia yang kini bekerja dan menetap di Singapura dan sebenarnya ramai kawan-kawan saya juga bekerja di situ dan walau pun penjarakkan itu jauh tapi hati mereka sentiasa sangat dekat dengan Pulau Pinang. Ini dapat terbukti apabila setiap kali ada Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Negeri, mereka pasti akan kembali untuk mengundi sama Barisan Nasional, Pakatan Harapan kini Kerajaan Perpaduan untuk memastikan supaya pentadbiran di Pulau Pinang…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan sudah.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Okey, baik untuk memastikan Pulau Pinang sentiasa dalam pentadbiran yang baik jadi soalan saya adalah adakah Kerajaan Pulau Pinang berhasrat untuk memberi insentif untuk golongan ini supaya mereka dapat kembali dan terus menetap dan menyumbang di Pulau Pinang dan selain itu dalam sektor pembuatan, in term of job creation Yang Berhormat apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk memastikan kita mempunyai peluang pekerjaan yang mencukupi, terima kasih.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Okey, terima kasih Dato' Speaker dan terima kasih rakan saya daripada Seri Delima. Of course kita sudah pun melihat kepada isu brain drain di mana ada banyak sebab mengapa pelajar-pelajar kita apabila menceburi mana-mana kerjaya mereka selepas selesai dengan pendidikan mereka, pergi ke negara lain kerana di situ Dato' Speaker, one of the main reason because of different in the currency so apa yang kita dapat di sini kita boleh dapat dalam 2-3 kali ganda di situ, Singapore being one example but is no longest Singapore now we are talking about competition with places like Vietnam Dato' Speaker, you know, they are we have this problem Dato' Speaker iaitu apabila kita mempunyai satu hub industri begitu besar di sini maka kita juga ada kemahiran di sini. Jadi the problem is this dengan izin pinching of workers mereka datang, they go hit head here in Penang and try to pinch workers to go to their country to serve their industry. So the question is this just for your information just perspective so we are understand when I come to specifically responding. I have saya ada satu laporan daripada Invest Penang Dato' Speaker di mana daripada 2011 sehingga 2020, 2022 sorry 2011 – 2022 dalam bidang manufacturing kita iaitu pembuatan di Pulau Pinang kita telah pun menarik pelaburan 172 billion dan ini translate (dengan izin), Dato' Speaker kepada job creation as you mention just now

170,000 di dalam sektor manufacturing sahaja Dato' Speaker so we have to get the perspectif right? So is not like there is no one in the industry there is what we are looking di Pulau Pinang sekarang apabila kita nak sebut kita by silicon valley of the east kita lihat pada teknologi tinggi high tech yang akan secara of course naturally akan membawa kepada satu peluang untuk pekerja-pekerja dalam bidang tersebut mendapat lebih pendapatan yang lebih, so that is where we are hidden and dengan itu kita harap maka orang-orang Malaysia atau pun orang-orang Pulau Pinang yang telah pergi ke luar negara akan berubah fikiran mereka. Now you also mention one very important thing and you did mention Singapore I got no issues about Singapore of course ia satu negara maju we all know that but in Singapore the cost of living is very high kita boleh ada pendapatan tinggi tetapi cost of living dia begitu tinggi nak sewa rumah susah, so I give you one simple example you know when I was Perumahan we already look at this problem and we wanted to see how we can thinks the workers back, now one of the problem is when the come to Penang apabila mereka sampai di sini Dato' Speaker, mereka akan lihat kepada bab perumahan.How to afford? So that is very important and in Penang when I was in Perumahan, we look at that and we insisted Invest Penang in fact they came to see us because that was one challengers and now we have inisiative by giving them priority I think my friend were understanded that….(gangguan) kita sudah pun peratusan kita telah pun..(gangguan) bantulah Dato' Speaker so I think itulah apa salah serba banyak program atau pun usaha kita untuk tarik balik brain drain ataupun atasi isu brain drain tersebut Dato' Speaker, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Pengkalan Kota, sila.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 31, terima kasih. No. 31. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menarik bakat bagi industry di Negeri Pulau Pinang? (a) Apakah status permintaan dan bekalan bakat yang mahir pada tahun 2023? (b) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendidikan Tvet dan Stem?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Terima kasih kepada Dato' Speaker atas soalan daripada Pengkalan Kota berkenaan usul connected so I were trying not to repeat quite connected di mana secara khusus ingin saya nyatakan kita ada satu pusat yang dipanggil Career Assistant and Talent atau pun CAT yang berperanan untuk tambah baik urusan melibatkan Pembangunan Modal Insan melalui kempen My Penang, My Workplace yang bertujuan untuk membantu golongan pencari kerja bagi mendapatkan pekerjaan dan seterusnya memperolehi sumber pendapatan yang terjamin. Antara peranan utama Pusat CAT adalah untuk memberikan khidmat fasilitasi berkaitan hal-hal pemadanan kerja atau pun job matching antara pihak majikan dengan individu pencari kerja.

Dengan adanya beberapa pelan perancangan Dato' Speaker, akses terhadap peluang pekerjaan melibatkan industri-industri di Pulau Pinang dapat ditawarkan dan dihebahkan kepada semua pencari kerja di Malaysia khususnya anak jati Pulau Pinang dan ada pelbagai inisiatif tadi saya dah sentuh I just quickly go thru of you antara lain inisiatif tersebut untuk menarik dan mengekalkan bakat di Pulau Pinang. Satu, mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi kerjaya di mana kita ada beberapa program seperti outreach programe dengan Institusi Pengajian Tinggi bagi memberikan kesedaran kepada para pelajar dan juga pencari kerja di Malaysia khususnya di Pulau Pinang mengenai peluang-peluang pekerjaan yang terdapat di negeri ini. Number two, pelaksanaan program subsidi latihan industri iaitu Penang Internship Subsidy Programme (PISP) Dato' Speaker di mana pelaksanaan program ini bertujuan sebagai salah satu peluang kepada para pelajar di Malaysia bagi mengikuti program latihan industri di syarikat-syarikat yang berkelayakan di samping memperolehi kadar elaun bulanan yang menarik. Of course number three, we also know Dato' Speaker is, pelaksanaan program biasiswa Penang Future Foundation or better know as PFF di mana ia lah satu program penawaran biasiswa daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada rakyat Malaysia khususnya anak jati negeri yang cemerlang dan layak untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai satu hab bakat di mana Program PFF ini Dato' Speaker adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira kaum, agama dan jantina. Setelah berjaya menamatkan pengajian yang ditaja, pemegang biasiswa dikehendaki bekerja di Pulau Pinang dalam organisasi pilihan mereka sama ada di sektor awam atau pun di sektor swasta. Number four, we have programme yang bermanfaat seperti Program My Next, Career Comeback di mana ini kita kerjasama dengan pihak Northern Corridor Implementation Authority iaitu Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA), TalentCort Malaysia dan Perkeso dengan melaksanakan hebahan bagi program-program berkaitan pekerjaan melalui saluran komunikasi sedia ada seperti laman sesawang Invest Penang dan CAT. Kerjasama ini membolehkan Pusat CAT tersebut di Pulau Pinang menyalurkan sebarang pertanyaan mahu pun permohonan daripada golongan sasaran pencari kerja terus kepada pihak yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada. We also have, the last one I just want to point is Youth Entrepreneurship Challenge 4.0 National Level which is 2023 di mana Dato' Speaker mewujudkan peluang kepada usahawan belia yang bercita-cita tinggi dalam bidang keusahawanan dan menjelang tahun 2023 Dato' Speaker, pasaran buruh Pulau Pinang kita lihat telah kembali kepada prestasi sewaktu pra-pandemik iaitu kadar pengangguran Dato' Speaker ini penting telah turun daripada suku tahun kedua 2020 sebanyak 4.3 percent kepada suku tahun kedua 2023 kepada 2.1 percent which is very half where the unemployee rate is concernt iaitu sejajar dengan kadar pra-pandemik iaitu dalam rantau 2 peratus. Menurut penerbitan Big Data Analytics: Job Market Insights oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, suku tahun pertama 2023 telah mencatatkan pertumbuhan bilangan jawatan kosong dari tahun ke tahun sebanyak 18.4 peratus juga Dato' Speaker menurut penerbitan Penang Talent Prospects Survey 2023 : Surging Demand for Engineering and IT Talent kita lihat ada permintaan bakat kejuruteraan dan teknologi maklumat dalam sektor pembuatan dan industri semikonduktor di Negeri Pulau Pinang yang dijangka akan meningkat kepada satu kadar

tahunan 30 peratus from 2023 to 2026 and that is a big jump that we are looking forward to, so we have rangkaian as i said just now. STEM yang dianggotai oleh PSDC, Science Cluster, Tech Dome, Digital Library and Penang Math Platform which I did not mention just now, is also one of the big agencies yang memainkan peranan dalam menghasilkan bakat yang dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dan kita ada banyak program I won't read all of them but I will just go thru its teras dia, kita ada STEM showcase every year, we have the Inovasi Coolest Project of Malaysia, we have Pusat Sains Interaktif Tech Dome and everyone I am sure have visited and then we are also looking at high tech as I mentioned just now and I dont want to repeat. That is our priority and what we are looking at and we have many programmes for pelajar kita di Tingkatan 4, 5 i also have mentioned this just now and we also.. this is important maybe I want to mention, kita juga hendak beri perhatian kepada guru, Dato’ Speaker kerana apabila kita hendak bakat kita perlu ada guru. Kita sedang melihat bagaimana kita boleh tingkatkan lebih guru yang dapat cungkil bakat-bakat ini yang kita hendak untuk industri. So, we have several programme to that in fact as well, student is one thing but the teacher also we want to give them some royalty. Kita ada beberapa pertandingan lain seperti National Think Math and then of course Minggu Sains Negara I think it starts the day after tomorrow in Penang we have Science Fair, Penang International Science Fair. We are looking at about 60,000 participants over the weekend, 25 and 26 which I have already announced. Dengan itu saya ucapkan terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua. Saya terima kasih kepada YB Datuk Keramat atas jawapan yang cukup halus sekali, izinkan saya tanya, memandangkan Kerajaan Perpaduan telah ditubuhkan sejak tahun lalu di Peringkat Pusat dan kini mempunyai satu hala tuju bersama dengan Kerajaan Negeri kita, jadi adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mendapatkan atau pun memohon sebarang bantuan atau pun sokongan daripada Kerajaan Persekutuan untuk memupuk modal insan bagi anak Pulau Pinang menerusi kolaborasi antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat atau pun sama ada Kerajaan Pusat dah sedia untuk membiayai sebarang program atau pun sumbangan kepada Kerajaan Negeri dalam bidang pendidikan TVET atau pun STEM untuk memenuhi permintaan dan juga bekalan bakat yang mahir ini? Terima kasih.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

YB. Speaker boleh saya tanya soalan, lepas tu biar EXCO jawab dua sekali.

Yang di-Pertua (Speaker)

No. One by one.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Ya, that's a very good question in fact telah di.. Dalam Bajet 2023 Malaysia Madani Dato' Speaker just want to repeat Datuk Seri Anwar Ibrahim our Prime Minister said di mana Kerajaan Pusat akan memperuntukkan RM6.7 billion untuk program-program TVET di mana ini adalah peratusan, 11 peratus daripada keseluruhan Bajet Pendidikan, education budget and 7 Kementerian akan ambil bahagian dalam menyalurkan peruntukan tersebut kepada 87 institusi di seluruh Malaysia. So yes, your question is very inportant, we are hoping and we are following up that Penang akan diberikan juga lah peruntukan tersebut, dan itu sahaja untuk number. The other important thing yang ditekankan oleh Perdana Menteri adalah sudah pun dicadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak swasta Dato’ Speaker supaya boleh memperkasakan dan ada lebih program-program itu dan mereka juga akan bantu melalui agensi-agensi di Kerajaan Pusat. Itu jawapan saya. Thank you very much.

Yang di-Pertua (Speaker)

Penanti.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Terima kasih Dato’ Speaker, saya cuma nak maklum berkenaan bakat-bakat mahir yang dimaklumkan tadi oleh YB. EXCO sebab kalau kita cakap berkenaan bakat-bakat mahir ini di Pulau Pinang kita tidak mahu ada persaingan di antara rakyat di Pulau Pinang, budak-budak sekolah kita yang belajar kemahiran ini tetapi hari ini apabila kalau di Pulau Pinang ini kita pergi ke kedai kereta, kedai repair kereta, kedai cat kereta kita dapati banyak pekerja-pekerja asing yang mempunyai kemahiran untuk buat kerja seperti itu yang mana ini menyaingi pekerja-pekerja mahir di tempat kita. Jadi soalannya apakah Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif atau usaha untuk menangani kebanjiran pekerja-pekerja mahir daripada luar yang mengambil tempat pekerja-pekerja mahir daripada Negeri Pulau Pinang ini? Itu sahaja.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Terima kasih kepada rakan saya daripada Penanti atas soalan itu. Sememangnya kita ada number pekerja-pekerja asing yang ada di sini di mana secara rasminya kalau saya tidak silap adalah dalam 80,000, but of course secara tidak rasmi mungkin ada yang tidak sah itu yang masih ada di luar di situ, tetapi seperti mana saya nyatakan apabila kita sebut tentang hal dan bab bakat tersebut kita di Pulau Pinang industri yang kita ada sememangnya ada kekurangan pekerja yang berbakat tersebut, bakat berkemahiran tinggi di mana the demand is more than the supply Dato' Speaker. In fact, it is around the 10 orang ada permintaan untuk 10 jurutera tersebut mungkin kalau mereka nasib baik boleh dapat 4. This is the jurang dia. Gap, so there is a mismatch. So sememangnya kita beri perhatian kepada bakat-bakat daripada bukan sahaja Negeri Pulau Pinang tapi di seluruh negara juga. Now that is the different apabila kita hendak tangani soalan daripada Penanti yang menyatakan kita perlu ada satu program untuk lihat bagaimana kita boleh berhentikan pembanjiran pekerja-pekerja asing yang juga ada kemahiran

dia. Tetapi I want to also give one example Dato’ Speaker kebanyakan factory yang saya pergi sekarang mereka menjurus kepada apa ini dalam appointment of their engineer and so forth kepada bakat lokal, local talent, in fact the percentages of their engineers some up the ladder requires that skills from overseas is very minimal, just for your information. That is where the high tech industries are concern and our MNCs and so forth and our local company as well that is in this area. Thank you, Dato,’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya saya nak jemput Batu Uban

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Dato Speaker soalan saya soalan nombor 32. No. 32. Penang Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM) ialah sebuah organisasi utama yang dimulakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghimpunkan lima (5) organisasi pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang disokong oleh Kerajaan Negeri di bawah ekosistem sinergi yang menawarkan rangkaian penuh program dan aktiviti berkaitan STEM bagi melengkapkan sistem pendidikan formal yang bertujuan mencetuskan minat terhadap STEM. Ia juga membantu merancang segala inisiatif, program utama dan aktiviti baharu yang memerlukan penajaan. Pada masa ini, Penang STEM sedang berusaha menghasilkan bakat dalam bidang STEM/Technical & Vocational Education & Training (TVET) di Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Datok Keramat, sebelum ya, if jawapan itu lebih kurang sama then sila rumuskan secara ringkas.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Agree. This one is a bit different, the first two just now almost the same (gelak) this one is basically peranan agensi itu. So, I will be fast. Just now was different. It is related to the bakat and the like. So Dato’ Speaker thank you kepada rakan saya daripada Batu Uban di mana soalan senang iaitu peranan agensi-agensi seperti yang saya dah sebut tadi lah panjang lebar STEM, Penang Science Cluster and Tech Dome, the three main one. Now for your information Dato’ Speaker Penang STEM as ini Science, Technology, Engineering, Maths is an organsation utama yang dimulakan oleh Kerajaan Negeri untuk menghimpunkan 5 organisasi pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang disokong oleh Kerajaan Negeri di bawah ekosistem sinergi yang menawarkan rangkaian penuh program dan aktiviti berkaitan STEM bagi melengkapkan pendidikan formal yang bertujuan mencetuskan minat terhadap STEM dan ia juga membantu dalam merancang segala inisiatif program utama dan aktiviti baru yang memerlukan penajaan. Pada masa ini, Dato’ Speaker Penang STEM sedang berusaha menghasilkan bakat dalam bidang STEM dan TVET as

I mentioned just now. This is STEM peranan. Dalam Penang Science Cluster pula Dato’ Speaker ia menawarkan pendekatan inovasi dan Makerspaces untuk para pelajar sekolah menengah dalam bidang reka bentuk teknologi dan inovasi dan PSC memberikan inspirasi kepada para pelajar melalui program Sains dan Teknologi berasaskan enquiry di mana kita menyokong penubuhan Maker Lab di sekolah-sekolah di Pulau Pinang untuk menggalakkan pembelajaran mata pelajaran STEM dengan pendekatan yang menyeronokkan dan praktikal, dan misi PSC oleh yang demikian adalah untuk mewujudkan satu saluran dan platform penghasilan bakat di Pulau Pinang dengan mencetuskan minat pelajar dalam Sains dan Teknologi termasuk mewujudkan budaya inovasi dan keusahawanan di kalangan anak muda. And the third one Tech Dome Dato’ Speaker, merupakan satu-satunya Pusat Sains di Penang di mana kita bukan sahaja mempamerkan alat pameran sains dan teknologi malah memiliki kepentingan yang luas dalam bidang pendidikan pembangunan dan modal insan dan inovasi. Ia menyajikan Pusat Pendidikan Sains Interaktif kepada pengunjung tanpa mengira usia that also very important, di mana kita ada banyak pameran dan aktiviti setiap hari di mana kita ada perancangan semua sekolah di Pulau Pinang akan at least once akan datang ke situ dengan pelajar-pelajar mereka. Dan pencapaian organisasi dapat diterjemahkan, saya very quickly as it is quite lengthy as well. I will be very quick for 2018 Program Coding for All, coding telah melatihkan sejumlah 180,000 orang pelajar dengan 2,000 orang guru. Dan kita ada sebanyak 123 sekolah di Penang yang telah dilengkapi dengan Maker Lab dengan 101 buah telah menerima pembiayaan daripada Kerajaan Negeri dan turut terlibat dalam misi menghantar pelajar terpilih ke program peringkat antarabangsa seperti First Tech Challenge di Houston, Texas, dan Belt and Road Maker Camp di China dan PSC juga telah menganjurkan Pameran Sains Antarabangsa Pulau Pinang I just mentioned that just now which is happening this weekend dengan penyertaan about 40 to 60 this year is around 60 thousand is our target, pengunjung. Selain itu penganjuran pelbagai program dan acara yang bertujuan untuk memupuk bakat dan menangani ketidaksamaan dalam seperti Tech Start, First Step Challenge Girl Engineering and I mentioned just now dan Inclusive STEM. So secara keseluruhan untuk beberapa program yang saya nyatakan tadi kita lihat penyertaan pelajar adalah sehingga 130,000 orang setahun dan ini melibatkan usahasama dengan pelbagai pihak iaitu daripada industri, NGO dan pertubuhan-pertubuhan. Tech Dome pula sejak 2016 I've said this before 2015, 250 bengkel STEM yang dianjurkan mereka involving 435,000 pelajar Dato’ Speaker dan Tech Dome telah menerima lebih daripada 1.1 juta kunjungan daripada pelajar dan orang awam dan of course dengan itu berjaya membantu dan mengiringi pelajar-pelajar sekolah ke pertandingan peringkat antarabangsa dan kita telah memenangi banyak anugerah, I mentioned just now, one also kontinjen terbaik Techylympics Malaysia 2022. Selain itu dua (2) pasukan yang dihantar Tech Dome telah pun memenangi anugerah dalam Culiver 2022 iaitu Best Artificial Intelligent and Machine Learning Project Award in 2022. Pertandingan ini menghimpunkan Dato’ Speaker sejumlah 100,000 pasukan daripada 65 buah negara dan Tech Dome juga telah dilantik sebagai agensi peneraju MOSTI iaitu Kementerian untuk menjalankan Minggu Sains Negara di Pulau Pinang daripada 2018 hingga kini. MSN merupakan salah satu inisiatif Kementerian MOSTI dalam usaha menyemarakkan aktiviti inovasi dan kreativiti negara di kalangan rakyat. Dan program ini actually Dato' Speaker very important menyokong DSTIN iaitu Pelan Tindakan Dasar Sains,Teknologi dan Inovasi Negara yang adalah daripada tempoh 2021 hingga 2030 this is a National Plan, which we are supporting yang menggariskan Dato’ Speaker pelaksanaan pelbagai inisiatif program dan aktiviti

dalam usaha memanfaatkan sains dan teknologi ke arah pertumbuhan sosio ekonomi negara. Tambahan lagi Dato’ Speaker, Tech Dome Penang juga telah disenaraikan di dalam The Malaysia Book of Records untuk Robomania pada 2019 untuk bilangan peserta-peserta sebanyak dalam acara pembelajaran interaktif dan robotik. Dan kita juga telah menubuh, menubuhkan Konsortium Pendidikan AI yang pertama untuk menerajui pendidikan AI di Wilayah Utara. Sekian, terima kasih Dato’.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi?

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Ada satu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jawapan tak cukup.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Keramat atas penerangan yang cukup bagus tentang STEM. Saya ada soalan tentang Tech Dome. Kita lihat bagaimana ramai yang telah mendapat manfaat terutamanya pelajar-pelajar sekolah, dimaklumkan lebih 180,000 student yang telah menyertai Tech Dome. Soalan saya, bagaimanakah penyertaan syarikat-syarikat multinasional khususnya dan juga peranan mereka dalam Tech Dome sama ada mereka memberi geran. Dan juga Kerajaan Persekutuan juga, berapakah jumlah geran yang diberikan untuk Tech Dome kerana kita diberitahu bahawa Penang lah satu-satunya Kerajaan Negeri yang mempunyai fasiliti seperti Tech Dome. Terima kasih.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Dato’ Speaker, tadi saya telahpun rujuklah kepada bantuan peruntukan akan diberikan oleh pihak Pusat RM6.7bilion untuk pelbagai program STEM yang termasuk program yang dianjurkan oleh agensi kita Tech Dome. So, that is one.

Number two, of course when you talk about how we are but, bagaimana kita dapat kerjasama dengan pihak-pihak swasta because dia ada industri, Dato’ Speaker. So, that’s very important question. Mereka sememangnya ada banyak program, untuk juga membantu program-program kita dibawah STEM Penang Science Cluster dan juga Tech Dome. Where, latihan diberikan kepada banyak pelajar dimana mereka membiayai. Mereka bantu membiayaan program-program tersebut bukan sahaja untuk Tech Dome. Tetapi, tiga agensi keseluruhan ini. Infact like I mentioned just now as we speak Dato’ Speaker, Tech Dome the particular program by for school student I think is about 300 today, sedang di dibiayai oleh dua pihak MNC. So, this is how an example as how we assist. Terima kasih, Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak jemput Yang Berhormat.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Satu soalan tambahan. Boleh? Yang, Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepada soalan yang baguslah. Kalau tak, soalan tak bagus. Silalah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okey, setakat manakah Datok Keramat apabila pelajar-pelajar kita membawa harumkan nama Negeri Pulau Pinang ke antarabangsa, satu produk-produk yang program yang depa buat daripada pelajar-pelajar terutama yang baru-baru ni satu pelajar dari sekolah Dato’ Onn. Mereka buat alam sekitar itu, dan mereka telah ke Jepun, baru-baru ni pada 17 dan akan balik 24. Pelajar ni di sponsor oleh Syarikat Jepun di Malaysia bawa pergi ke Jepun untuk presentation produk yang depa buat di Malaysia ni. Adakah mereka ni balik, pihak kerajaan mengambil mereka sebagai ikon atau pun letak mereka di mana. Hari ini kita tengok rata-rata pelajar kita yang pandai-pandai last balik, habis begitu. Mereka dah terumbang-ambing, tidak siapa yang guideline mereka untuk maju ke depan. Apakah sepertinya balik kita ada satu bengkel untuk depa atau pun, macam alam sekitar atleast kita di Pulau Pinang bagus untuk alam sekitar ni. Depa boleh buat recycle water untuk syarikat Jepun boleh ambil mereka ke Japan untuk bagi orang Japan tengok produk yang depa buat ini. Jika depa balik, apakah tindakan kita kepada mereka. Sekian, terima kasih Datok Keramat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Terima kasih. Saya tertarik pada Teluk Ayer Tawar sebut Sekolah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Datuk Onn.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Ya, because di bahagian Seberang. In fact, that is the school that I ada 6 sekolah yang memenangi pertandingan for the…(gangguan).

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

My area.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Your area. Ya. That was the one program the girl, girls. So, I went for that presentation of recognition pengiktirafan kepada mereka daripada sekolah tersebut dimana Intel yang menganjurkan program tersebut. Of course the other five schools that also, menjawab soalan bagaimana kita beri pengiktirafan kepada mereka. That is one. Number two of course the most important apabila bakat-bakat Ini kembali, mereka akan diserapi kepada industri. Kita akan beri mereka tumpuan dan priority keutamaan. There is no doubt about that. That is happening right now, in fact I give you one more example before end ada satu pekerja daripada satu MNC saya pergi. Dia umur dia dalam 30 lebih saja, ataupun mungkin kurang daripada 30. Very young girl, engineer. Dia ada 120 pattern dalam nama dia. In just a few years of working and that is what we call talent. And we have it here in Penang. Tapi, memang kita akan iktirafkan. I take what Dato’ said just now, very importantly because it is extremely important because cara itu kita dapat pastikan mereka terus dengan kita di Pulau Pinang. Thank you very much.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Batu Lancang, sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ speaker, soalan saya nombor 33. No. 33. Apakah usaha yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandaraya Pintar (Smart City). (a) Nyatakan peruntukan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai Smart City.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan yang bagus dari Batu Lancang dimana “Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri supaya menjadikan sebuah Negeri Bandaraya Pintar iaitu Smart City”. Dalam mencapai hasrat untuk menjadi sebuah Negeri Pintar Bertaraf Antarabangsa, selaras dengan Visi Penang2030 Family Focus Green and Smart State That Inspire the Nations, Kerajaan Negeri telah melancarkan dokumen Agenda Negeri Pulau Pinang, Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang pada 8 haribulan Disember 2021. Penerbitan dokumen ini merupakan satu dokumen yang amat penting bagi merekodkan perjalanan Negeri Pulau Pinang kearah menjadi sebuah Negeri Pintar Bertaraf Antarabangsa dan untuk dijadikan rujukan semua pihak terutamanya bagi merealisasikan 4P iaitu Private, People, Public, Partnership dalam era revolusi industri 4.0 dapat tercapai. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menetapkan pelan implementasi hala tuju Negeri Pintar yang merupakan pelan pelaksanaan cadangan-cadangan inisiatif, inisiatif pintar bagi mencapai hasil yang disasarkan berdasarkan penambahbaikan dan naiktaraf program dasar, urustadbir dan infrastruktur digital yang perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri bermula daripada tahun 2020 sehingga 2030, adalah seperti berikut; Nombor satu, Peringkat Asas iaitu pada tahun 2020 hingga 2021. Peringkat untuk mengenalpasti masalah pembandaran bagi membolehkan penyediaan dasar dan program dilakukan. Pada peringkat ini, warga Pulau Pinang akan didedahkan dan dilibatkan dalam pembentukan, pembentukan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar. Nombor dua, Peringkat Pembangunan iaitu pada tahun 2022 hingga 2024. Peringkat untuk merangka perubahan supaya sesuatu pelan dan strategi dapat dilaksanakan secara lebih teliti dan teratur. Pada peringkat ini, setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih mampan dan berkesan. Yang ketiga, Peringkat Penambahbaikan iaitu pada tahun 2025 hingga 2027. Peringkat penambahbaikan beraspirasi untuk memperkukuhkan prestasi inisiatif pintar sedia ada bagi memastikan pelan jangka masa panjang dapat dilaksanakan dan dicapai dengan lebih berkesan. Nombor empat, Inisiatif Keutamaan. Inisiatif Keutamaan merupakan inisiatif yang dibeli penekanan untuk dilaksanakan bagi mencapai hasil yang disasar, berdasarkan keadaan semasa ekonomi dan sosial Negeri Pulau Pinang. Inisiatif keutamaan yang dilaksanakan ini juga, bertujuan untuk mempersiap dan memudahkan rakyat Negeri Pulau Pinang untuk menjalani kehidupan norma baharu menerusi penggunaan solusi pintar dan teknologi terkini. Sehingga Oktober 2002, sebanyak 113 inisiatif pintar telah direkodkan dengan pecahan 51 inisiatif telah dilaksanakan, 37 inisiatif sedang dilaksanakan di mana 25 lagi inisiatif masih dalam perancangan. Senarai inisiatif-inisiatif pintar dan kejayaan inisiatif-inisiatif tersebut adalah seperti di Lampiran A yang akan diletak di atas meja Yang Berhormat Batu Lancang selepas sesi soalan lisan. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan Revolusi Industri ke-4, perkhidmatan kepada rakyat perlu disampaikan dengan lebih cepat dan cekap dengan menggunakan teknologi yang berkonsepkan end-to-end serta berasaskan AI iaitu Artificial Intelligence dan Internet of Things iaitu IOT.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri menekankan penggunaan teknologi pintar bagi meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan jabatan dan agensi negeri terhadap kumpulan sasar masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Bandar Pintar Negara (MBPN) telah meluluskan cadangan penarafan Bandar Pintar Malaysia sebagai sebahagian daripada pelaksanaan rangka kerja Bandar Pintar Malaysia 2019 hingga 2025. KPKT memaklumkan penarafan ini bertujuan mengiktiraf peranan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah melaksanakan inisiatif Bandar Pindar berpandukan indikator dalam Malaysia Standard, ISO 37 122:2019. Penarafan Bandar Pintar Malaysia terdiri daripada empat tahap iaitu Smart City Early Adopter, Developing Smart City, Leading Smart City, Visionary Smart City. Pada tahun 2023, penarafan dimulakan dengan tahap permulaan Bandar Pintar iaitu Smart City Early Adopter, Developing Smart City, Leading Smart City dan Visionary Smart City. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan telah memastikan agar Pulau Pinang mencapai taraf bandar, Bandar Pintar apabila kedua-dua PBT di Pulau Pinang iaitu MBSP dan MBPP telah berjaya mencapai taraf Bandar Pintar bagi tahap satu iaitu Smart City Early Adopter seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan pada 9 haribulan November 2023 yang lalu. Kerajaan Negeri buat masa ini, dalam perancangan untuk mewujudkan Penang Urban Observatory Platform (PUOP) yang merupakan satu Sistem Pemantauan Perbandaran di peringkat negeri yang mengintrasikan pelbagai platform data analitik agar pengurusan data negeri lebih komprehensif, inklusif dan berkesan bagi mencapai pembangunan mampan untuk kesejahteraan masyarakat. Sistem ini juga akan memantau trend perbandaran mampan di peringkat negeri, terutamanya bagi aspek pengurusan sumber dan pembangunan negeri yang seimbang…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Belum habis lagi jawapan?

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Banyak lagi. Saya akan, saya akan singkatkan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang dalam perancangan untuk menubuhkan Penang Centre of Excellent yang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam latihan penyelidikan dan inovasi yang bertaraf dunia terutamanya dalam Pembangunan Bandar Pintar di Pulau Pinang. Bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif pintar di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri mengutamakan konsep Private Funding Initiative iaitu (PFI) yang merupakan usaha bersepadu di antara Kerajaan Negeri dan sektor swasta yang bertujuan untuk membiayai Projek Infrastruktur Sosial.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila. Tak dak dah?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya sudah singkatkan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini caranyalah kalau you tanya soalan yang terlalu general, kadang-kadang you dapat jawapan yang sebegini. Tapi, namun jawapannya boleh disediakan lebih, lebih ringkas dan tepat lagilah. Tak apalah, sama-samalah kita lihat. Ya, Batu Lancang. Soalan tak cukup lagi ya jawapan?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terlalu banyak sangat. Saya pun pening.

Yang di-Pertua (Speaker)

Faham, nah tengok. Yang ini masalahnyalah. Jawapan terlalu panjang, YB pun pening.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Saya tanya simple saja. Tapi, panjang pula jawapan itu. Okay. Soalan tambahan saya adalah, apakah halangan atau cabaran yang utama bagi Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Pintar? Dan kedua, adakah kerajaan akan memastikan semua lapisan masyarakat khasnya golongan warga emas dapat membiasakan diri apabila kerajaan memperkenalkan Smart City dan Smart Parking secara menyeluruh? Kebolehsuaian golongan warga emas amat membimbangkan dan mereka rasa dipinggirkan dengan lebih cepat dalam transformasi Smart City kerana ada antara mereka tidak dapat menggunakan telefon pintar dengan baik. Soalan ketiga saya, adakah sebarang cadangan untuk trafik. Trafik Pintar dalam pulau ini, kita memang tahu kesesakan trafik adalah satu masalah besar untuk rakyat di Pulau Pinang.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

YB. Speaker, berkenaan dengan Smart City. Jadi dia selalu, Smart City ni dia akan menjurus ke arah dia panggil Dark City.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Panggil apa?

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Dark City. Maknanya sampai satu peringkat di tempat kerja pun sampai tidak ada lampu. Ditutup pekerja tidak ada. Jadi akan sampai ke peringkat itu jadi adakah perancangan yang dibuat hari ini akan menuju ke arah dipanggil Dark City itu daripada Smart City sebab dalam perancangan saya ingat ada lima (5) tempat yang hendak diusahakan jadi kita tahu daripada apa yang kita dok tengok hari ini pekerja-pekerja pun cari kerja pun tidak ada, lepas itu kita hendak cuba gantikan bekerja dengan teknologi Smart City. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Penanti, nanti lain kali kali biar saya uruskan soalan tambahan daripada YB. yang terlebih dahulu.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey. Saya jawab soalan tambahan daripada Batu Lanchang. Memang kita menghadapi cabaran atau pun halangan utama bagi menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri pintar. Antara cabaran utama dalam merealisasikan Pulau Pinang sebuah negeri pintar adalah seperti berikut. Semasa penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur telekomunikasi peralatan perisian pintar yang rumit dan memerlukan kos yang tinggi. Kesukaran dan proses integrasi sistem sedia ada untuk menghasilkan analisis data bermanfaat penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan inisiatif pintar dan penggunaan teknologi baharu keperluan untuk mengekalkan pilihan tradisi dan manual bagi golongan sosial inclusiveness dan warga emas serta orang kurang upaya cabaran dalam mendapatkan kerjasama dari komuniti dan mendidik komuniti ke arah mengadaptasikan persekitaran pintar dalam kehidupan harian. Di mana untuk memastikan semua lapisan masyarakat khususnya bagi golongan uzur dapat membiasakan sendiri apabila kerajaan memperkenalkan Smart City ataupun Smart Parking. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan program-program untuk membantu orang awam termasuk dalam golongan orang kurang upaya dan warga emas yang tidak mempunyai kemahiran digital untuk menggunakan aplikasi seperti Penang Smart Parking. Antara inisiatif telah dilaksanakan adalah seperti berikut menyedikan tiket letak kereta secara e-kupon sebagai inisiatif pembayaran yang boleh dibeli daripada ejen-ejen yang dilantik untuk memudahkan pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar. Setakat hari ini, sebanyak 480 ejen yang menjual e-kupon telah dilantik di seluruh Pulau Pinang di mana 271 di Pulau dan 209 ejen di bahagian Seberang Perai. Untuk mendekati warga emas dengan menjalankan program dan aktiviti sosial di tempat yang telah dikunjungi golongan ini seperti di pasar awam, pasar malam, pusat membeli-belah dan menyediakan kaunter pertanyaan berkenaan dengan Penang Smart Parking pada setiap hari Khamis di kedua-dua PBT. Menganjurkan Penang Smart Parking Senior Season Outreach Program di mana taklimat dan latihan cara penggunaan aplikasi PSP telah diberikan kepada golongan ini dan menganjurkan program-program lain seperti Penang Smart Parking Senior Season Outreach Program yang telah dilaksanakan bersama Persatuan Ros Charity pada 2 Februari 2020 bertempat di Pusat Sumber Digital Warga Emas.

Saya juga menggalakkan ADUN-ADUN, Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kita, apabila kita katakan sebagai untuk menuju kepada negeri pintar, tidak dinafikan golongan khususnya bagi warga emas memang menghadapi masalah apabila mereka jangan kata hendak pergi pakai komputer tetapi smartphone pun mereka kemungkinan mereka akan menghadapi masalah. Mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di Dewan ini kita boleh menganjurkan program, latihan, bengkel untuk menggalakkan golongan warga emas untuk mempelajari how to use a smartphone. Jangan kata PSP mungkin juga kita akan how to use apps to make a payment….(dengan izin) buat bayaran TNB, PBA dan juga dari segi kes scammer yang begitu banyak. Sekarang kita harus menyampaikan atau pun satu awareness program untuk golongan-golongan khususnya bagi golongan warga emas. Saya hendak jawab apa Penanti. Saya hendak ingatkan semua apabila kita menuju ke negeri pintar seringkali apabila kita hendak menaik taraf khususnya bagi telco atau pun infrastruktur bagi satu untuk 5G, seringkali kita akan menghadapi cabaran iaitu penduduk daripada sekitar akan bantah. Apabila kita tanpa telco atau pun alat-alat komunikasi ini kita tidak boleh menuju ke sebuah negeri yang pintar. Di mana infrastruktur yang tidak dapat digalakkan. Contoh kalau hendak adakan CCTV nak adakan sebagai traffic light yang dapat control untuk keseluruhan kita perlu ada CCTV untuk kawal keseluruhan seperti contohnya di Guangzhou, China. Kita dapat lihat daripada apps handphone kita, kita dapat lihat tinggal berapa saat daripada lampu merah akan tukar kepada lampu hijau. Di mana mereka telah integrated the system, hold traffic system melalui 5G. Di mana Dark City saya rasa di Negeri Pulau Pinang kita tidak mungkin adakan Dark City. Saya harap YB. Penanti dan juga YB-YB. yang berada di dalam Dewan ini marilah kita bekerjasama apabila ada permohonan untuk membina telco atau pun alat-alat komunikasi. Kita harus go in the detail meneliti dengan kawasan-kawasan tersebut. Jangan kata ada itu sebab ada radiation penduduk bantah tapi saya pernah buat percubaan melalui EMF, memang tidak ada masalah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Sila, saya hendak jemput Kebun Bunga. Sila.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Soalan nombor 34. No. 34. Pemulihan ekonomi Pulau Pinang selepas post-pandemic. (a) Industri apakah yang menjadi penyumbang besar terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Pulau Pinang? (b) Adakah Kerajaan Negeri akan teruskan usaha atau pakej rangsangan ekonomi yang diwujudkan sebelum ini? Jika ya, perincikan.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Kebun Bunga. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan Yang Berhormat, berdasarkan (a) kepada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia Ekonomi Pulau Pinang bertumbuh sebanyak 13.1 peratus pada tahun 2022 berbanding 6.9 peratus pada tahun sebelumnya dengan nilai KDNK RM112.1 bilion berbanding dengan RM99 bilion tahun

sebelum ini. Pertumbuhan ini adalah melebihi pertumbuhan nasional iaitu 8.7 peratus. Berikut adalah industri yang menjadi penyumbang besar kepada KDNK Pulau Pinang. Satu, sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK dengan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhannya. Mengekalkan pertumbuhan dua angka iaitu 15.9 peratus. Kedua, sektor perkhidmatan pula menyumbang sebanyak 46.7 peratus pada tahun 2022 berbanding 47.5 peratus pada tahun sebelumnya. Sektor ini juga mencatatkan pertumbuhan dua angka iaitu 11.3 peratus berbanding 2.1 peratus pada tahun 2021. Itu pada tempoh pandemik. Ini disokong dengan lonjakkan dalam subsektor perdagangan borong dan runcit makanan, minuman penginapan serta utiliti pengangkutan maklumat dan komunikasi. Ketiga, sektor pembinaan penyumbang ketiga kepada ekonomi negeri Pulau Pinang terus kekal positif dengan pertumbuhan sebanyak 7.9 peratus. Manakala ke empat sektor pertanian turut berkembang sebanyak 3.4 empat peratus. Kelima, sektor perlombongan dan kuari memulih kepada 7.9 peratus berbanding penyusutan 6.6 peratus pada tahun sebelumnya. Secara keseluruhan Dato’ Yang di-Pertua, ekonomi Pulau Pinang menyumbang sebanyak 7.4 peratus kepada ekonomi Malaysia. Sumbangan ini meningkat 0.3 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 7.1 peratus dan ia kekal dikedudukan kelima kepada ekonomi negara. Untuk soalan bahagian (b), sememangnya Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk melaksanakan pemulihan ekonomi selepas pandemik dengan memberi penekanan kepada inisiatif-inisiatif yang selaras dengan Visi Penang2030. Saya tidak cadang menjawab inisiatif ini sebab dalam sesi penggulungan bagi program peningkatan ekonomi dalam sektor pertanian Yang Berhormat Pantai Jerejak sudah menjawab dengan panjang lebar manakala bagi inisiatif pembangunan modal insan dalam bidang STEM, Yang Berhormat Datok Keramat jawab dengan lebih panjang lebar tadi. Sekian, terima kasih.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Yang Amat Berhormat Padang Kota, dalam menghadapi keadaan geopolitics yang tidak menentu dan juga infrastruktur daripada Kerajaan Pusat terutama projek ECRL yang akan memberi kesan kepada industri ekonomi di Pulau Pinang. So, bagaimana atau pun apakah strategi Kerajaan Negeri bagi memastikan bahawa daya saing ekonomi terutama sektor pembuatan di Pulau Pinang ini terus mampan dan berdaya saing untuk masa jangka panjang.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih kepada Yang Berhormat Kebun Bunga yang membangkitkan satu soalan yang amat penting bagi masa depan ekonomi negeri Pulau Pinang. Di mana saya pun sudah cuba menjawab semasa soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bertam, di mana kita merasa syukur tetapi tidak complaisant bahawa kita ada 50 tahun sejarah industri pembuatan E&E dan sektor-sektor berkaitan di Negeri Pulau Pinang yang menyebabkan kita mempunyai kelebihan competitive edge berbanding dengan lokasi-lokasi atau destinasi pelaburan yang baharu tetapi sememangnya lokasi-lokasi baharu ini sedang mengejar dan mungkin menawarkan insentif-insentif yang lebih menarik berbanding dengan kita. Sepanjang sesi ini kita banyak bincang bagaimana Pembangunan Modal Insan adalah betapa penting sebab tanpa modal insan apa-apa pelaburan yang dapat kita tarik masuk tidak akan dapat direalisasikan sekiranya kita tidak memastikan modal insan ini mencukupi. Jadi strategi yang seterusnya kita mempunyai kekuatan dalam sektor semikonduktor E&E dan sedang mengembang kepada subsektor-subsektor yang berkaitan maka ini hala tuju mungkin yang seterusnya kita perlu upskill daripada pembuatan proses kita perlu melihat tentang RND design dan sebagainya yang boleh menjimatkan penggunaan sumber-sumber yang terhad tetapi menjaminkan peluang-peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi dan bernilai tinggi kepada ekonomi kita. Jadi ini terbukti dengan walaupun ada pergolakan yang disebut oleh Yang Berhormat dari segi enquiry tempat daripada para pakar pelabur maka kita menyaksikan peningkatan pada keseluruhannya tetapi cabaran kita adalah bagaimana kita translate enquiry itu kepada pelaburan yang yang dapat benar-benar melalui proses itu dengan tumbuhkan kilang-kilang, mulakan mengambil pekerja bekerja di negeri kita supaya ianya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada keseluruhannya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Tak ada soalan yang seterusnya saya nak jemput Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Tanya khabar sat. Tanya khabar sat. Speaker sampaikan salam untuk dia.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sorry, sorry tengah dok jawab ada orang meninggal tat sat. Okey, yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 35. No. 35. Perjanjian Kerajaan Negeri dengan pemaju Rayston Consortium Sdn. Bhd. bagi pelaksanaan projek di pesisir pantai Bagan Ajam. (a) Apakah status terkini berhubung perjanjian tersebut? (b) Apakah manfaat yang diterima oleh Kerajaan Negeri dan penduduk setempat terutama para nelayan yang berisiko terjejas pendapatan mereka?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar atas soalan berhubung dengan Rayston. Saya ambil kesempatan ini untuk buat pindaan atau pun membetulkan maklumat, syarikat yang dinamakan oleh Yang Berhormat dalam soalan Rayston Consortium Sdn. Bhd. Tetapi perjanjian Kerajaan Negeri dengan syarikat itu sebenarnya bernama Rayston Consortium (Butterworth) Sdn. Bhd. Jadi bukan dengan syarikat yang dinamakan dalam soalan. Untuk menjawab bahagian (a), Dato’ Yang di-Pertua, perjanjian tambahan iaitu perjanjian ketiga antara Kerajaan Negeri dengan Rayston Consortium (Butterworth) Sdn. Bhd. (RCSB) telah ditandatangani pada 25 Mei tahun 2022 di mana perjanjian ini menggariskan keluasan kawasan baharu untuk pembangunan RCSB dan tebusguna kawasan pelabuhan oleh pihak Kerajaan Negeri. Perjanjian tambahan kali ini juga menggariskan jangka masa pensiapan pindaan pelan induk berserta kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dalam masa 18 bulan daripada tarikh perjanjian iaitu berkuatkuasa pada 1 haribulan Jun 2022 dengan perjanjian tambahan ini, kita dapat menangani isu perjanjian yang sebelum itu yang tak ada timeline untuk mula timeline untuk completion. Maka walaupun perjanjian ini ditandatangani dalam zaman 90-an, tak ada apa-apa yang berlaku selain daripada pembinaan Lebuhraya Butterworth-Kulim itu. Bahagian penambakan tak ada timeline pun. Jadi dengan perjanjian ini kita meletakkan timeline dari segi permohonan kelulusan hingga bilakah projek itu perlu siap. Itulah kelebihan apa yang kita dapat capai dan ia merupakan susulan daripada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 30 Mac 2022 dan disahkan pada 6 April 2022 yang meluluskan kawasan konsesi itu pun melibatkan perubahan dari segi kawasan dia. Dan terkini adalah 10 hektar untuk gantian tanah Kerajaan Negeri, 272 hektar serahan untuk kemudahan awam, 90 hektar serahan tanah kepada Kerajaan Negeri dan tinggalnya 210 hektar untuk syarikat berkenaan iaitu jumlahnya 582 hektar.

Selain itu, syarikat itu tidak lagi diberi tanggungjawab sebagai pemegang konsesi bagi tebus guna kawasan untuk pelabuhan dan aktiviti pelabuhan yang berjumlah 243 hektar. Di mana sebelum ini 26 hektar telah ditebusgunakan untuk North Butterworth Container Terminal (NBCT). Keluasan 243 hektar ini bagi konsesi projek tambak laut yang dikhaskan untuk pelabuhan dan aktiviti-aktiviti berkaitan sekarang telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Jadi itu satu kelebihan bagi pihak Kerajaan Negeri kita dapat sebahagian dari tanah. Perjanjian sebelum ini mungkin tak ada lah. Kerajaan Negeri sedang menjalankan perbincangan lanjut dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bagi pelaksanaan perancang tebus guna di kawasan tersebut.

Lanjutan itu, pihak syarikat perlu menyiapkan projek tebus guna tanah ini dalam tempoh enam (6) tahun selepas mendapat kelulusan-kelulusan tersebut, dan Kerajaan Negeri akan memperoleh pulangan tanah seluas 90 hektar. Sehingga kini sebarang pelan pembangunan sama ada pindaan pelan induk atau pun Pelan Kebenaran Merancang untuk tebus guna tanah bagi keluasan baharu untuk projek tambak laut di Bagan Ajam masih belum dikemukakan kepada Plan Malaysia Pulau Pinang. Pelan induk baharu yang berdasarkan konsep pulau sedang diperkemaskini dan kajian-kajian yang diperlukan kini adalah seperti Social Impact Assessment, Environmental Impact Assessment (EIA) yang sedang dijalankan semula untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri. Penyediaan SIA dan EIA yang baharu oleh syarikat ini juga perlu mengenalpasti tindakan mitigasi dan langkah-langkah dalam menangani isu sosial sama ada di peringkat perancangan, pembinaan atau peringkat operasi bagi projek ini.

Bahagian (b), sebarang pelan pembangunan sama ada pindaan pelan induk atau kebenaran merancang untuk pembangunan tanah ini akan dinilai secara menyeluruh berdasarkan kepada dasar dan peraturan yang berkuatkuasa melibatkan semua pihak kepentingan dan agensi atau jabatan teknikal yang berkaitan. Ini adalah untuk memastikan sebarang cadangan pemajuan tidak menyebabkan berlakunya masalah persekitaran yang tidak diingini termasuk kesan sosial dan ekonomi serta mematuhi piawaian dan garis panduan perancangan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Dan ada? Tak ada ya? Puas hati? Yang Berhormat Sungai Puyu sila.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya 36. No. 36. Apakah dasar-dasar dan langkah yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi membantu warga emas dan golongan miskin menghadapi cabaran e-kerajaan dan e-ekonomi? Contohnya penggunaan telefon pintar untuk membuat bayaran, jika orang tua yang tidak tahu guna alatan elektronik seperti ini dan tidak berkemampuan, pasti akan ketinggalan

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila. First time lah.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih YB Sungai Puyu. Apakah dasar-dasar dan langkah yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi membantu warga emas dan golongan miskin menghadapi cabaran e-kerajaan dan e-ekonomi. Contohnya penggunaan telefon pintar untuk membuat bayaran. Jika orang tua yang tidak tahu guna alat elektronik seperti ini dan tidak berkemampuan, pasti akan ketinggalan. Ini soalan dia. Kerajaan Negeri maklum akan kekangan yang dihadapi sebahagian golongan terutamanya golongan emas dan golongan miskin dalam era digital ini. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan bagi mengatasi cabaran ini adalah pelancaran program “Dah Digital” oleh Digital Penang yang bertujuan meningkatkan literasi digital dan penggunaan teknologi asas dalam kalangan masyarakat khususnya warga emas dan golongan miskin.

Antara fokus utama program “Dah Digital” ini adalah untuk mengggalakkan penggunaan e-dompet dan memperkenalkan aplikasi kerajaaan seperti Penang Smart Parking, Pulse, Aspire, Mysejahtera, i-Sejahtera, e-Rumah dan lain-lain. Kelas-kelas pendedahan yang dijalankan melalui program klinik digital di bawah program “Dah Digital” ini menawarkan model pembelajaran yang mudah difahami dan interaktif.

Sehingga kini sebanyak 385 kelas telah dijalankan disertai oleh seramai 7,533 orang peserta memberikan peluang pembelajaran digital yang meluas. Kerajaan Negeri melalui pihak

berkuasa tempatan juga telah melaksanakan program-program untuk membantu orang awam termasuklah golongan orang kurang upaya dan warga emas yang tidak mempunyai kemahiran digital untuk menggunakan aplikasi PSP.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut, menyediakan tiket letak kereta secara e-kupon sebagai inisiatif pembayaran yang boleh dibeli daripada ejen-ejen yang dilantik untuk memudahkan pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar setakat ini. Sebanyak 480 orang ejen e-kupon telah dilantik di seluruh Pulau Pinang. Melibatkan 271 ejen di kawasan pulau dan 209 ejen di kawasan Seberang Perai.

Mendekati warga emas dengan menjalankan program-program aktiviti sosial di tempat yang kerap dikunjungi. Menyediakan kaunter pertanyaan berkenaan PSP pada setiap hari khamis di kedua-dua PBT. Seterusnya menganjurkan Penang Smart Parking Senior Citizen Outreach Program di mana taklimat dan latihan penggunaan PSP telah diberikan kepada golongan ini. Melaksanakan kaji selidik bagi mengetahui permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh golongan ini dengan penggunaan PSP dan menambah hubungan baik fungsi PSP dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan memberikan kemudahan kepada semua pihak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih YB. EXCO atas jawapan tersebut. Dato’ Speaker, soalan tambahan saya, program e-kupon dan e-bayaran sudah pasti ada masalah iaitu ramai warga emas yang tidak tahu guna telefon pintar dan orang miskin tak mampu beli telefon pintar. Adakah Kerajaan Negeri sedar masalah ini? Apakah cadangan Kerajaan Negeri selain daripada program-program yang dilaksanakan Digital Penang melibatkan golongan kurang berkemampuan, miskin dan orang tua ?

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Tuan Speaker, saya rasa soalan ini dan jawapan ini dah kita berulang. Tadi saya tengok 33 dah menjawab tapi saya ringkaskanlah Dato’ Speaker. Berkenaan dengan e-kupon dan e-bayaran yang sudah pasti ada masalah di kalangan warga emas yang tidak tahu menggunakan telefon pintar dan orang miskin tidak mampu beli telefon pintar.

E-kupon dan e-bayaran adalah perkhidmatan yang telah diperkenalkan melalui projek sistem tempat letak kereta atau smart parking dan boleh juga bagi yang tidak mampu untuk mengguna telefon pintar, pihak PBT memudahkan dengan membuat bayaran melalui ejen e-kupon seperti yang saya bercakap tadi. Yang keduanya, pembayaran dilakukan oleh rakan-rakan atau keluarga yang mempunyai telefon pintar itu dari segi soalan nombor satu.

Yang keduanya, apakah cadangan Kerajaan Negeri selain daripada program-program yang dilaksanakan ? Digital Penang melibatkan golongan kurang berkemampuan, miskin dan orang tua. Saya rasa saya dah saya ada jawab tadi dalam program-program yang dilaksanakan

oleh Penang Digital. Iaitu menjalankan program penerangan kepada orang awam, warga emas di pasar-pasar milik majlis. MPSP mewujudkan kaunter siber di setiap kaunter. MPSP menubuhkan team “tanya saya” bagi membantu tunjuk ajar kepada pelanggan-pelanggan yang mengguna perkhidmatan ini. MBPP melaksanakan program jelajah bersama dengan pihak ROSE Charities untuk memberi kesedaran da npenerangan kepada warga emas dan akhirnya MBPP menjalankan kerjasama dengan ADUN-ADUN yang berminat untuk program ini dan juga ADUN Seri Delima memang antara yang terlibat dalam program ini. Sekian, terima kasih.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Soalan tambahan Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tadi sebut tentang golongan warga emas yang tak expose kepada 'e' apa itu system semua lah. So selepas dibuat, semua ‘e’ lah. So selepas dibuat semua inisiatif yang baik ini, berapa peratus kadar yang kita dapat turunkan?

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Soalan ini soalan detail. Maksud dia diturunkan peringkat macam mana?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Maksud dia kalau dulu ni kata 100 orang yang tak tahu, selepas semua inisiatif yang dibuat ini, berapa peratus yang dapat kurangkan?

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Kita tengok perkembangan macam ini. Kalau ramai yang tak tahu program ini ialah program yang dijalan sentiasa oleh pihak kerajaan dan kita bersedia bekerjasama dengan pihak-pihak pejabat ADUN. Sepatutnya inilah maklumat yang perlu kita sampai kepada masyarakat dalam persediaan kita untuk menghadapi smart city dan kena ada smart parking lah dah smart city. Betul ka tak betul? Jadi kita kena ada urusan dan untuk detail punya penurunan nanti pihak MBPP akan ada dalam ucapan penggulungan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah gulung dia. Okey saya nak jemput satu lagi boleh ? Apa nama KOMTAR sila.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 37. No. 37. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat Pulau Pinang dapat memiliki kediaman sendiri? (a) Nyatakan statistik senarai menunggu permohonan RMM mengikut kategori.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang telah digulungkan itu tidak…boleh lah..maklum ringkas.

Maklum Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, sebenarnya soalan ini dibahagikan kepada 2 bahagian yang satu ini apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dan saya sudah pun jawab semasa soalan yang nombor 1 semalam dan bahagian yang kedua itu nyatakan statistik senarai menunggu permohonan RMM pun saya sudah bagi tahu semasa penggulungan. Saya rasa lebih baik daripada saya membuang masa ulang sekali lagi, saya buka floor untuk soalan kalau ada. Sekian terima kasih.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Yang Berhormat Yang di-Pertua, so kerana tanya soalan tak tahu jawapan sudah diberi kerana soalan ini dihantar lebih awal tetapi saya ada soalan tambahan. So, adakah Lembaga Perumahan akan menawarkan rumah ikut priority system so selain daripada OKU, single mother itu saya memang faham. So contohnya pemohon yang berkahwin dan mempunyai anak, so akan lebih priority kepada pemohon yang berkahwin. Pemohon yang berkahwin lebih priority daripada pemohon yang bujang so itu adalah soalan tambahan saya.

Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan KOMTAR, memang ada masa ya Yang Berhormat Yang di-Pertua, cepat. Memang kita ada satu sistem yang (kurang jelas) the category of people, kita sudah introduce satu sistem yang kita namakan HOPE di mana tawaran akan ditawarkan mengikut giliran pendaftaran, okey itu kategori satu. Kategori yang kedua ini macam yang Yang Berhormat Ahli Kawasan KOMTAR bagi tahu keutamaan diberikan kepada segelintir masyarakat that is for OKU'S and married people always given priority compares to bachelor, we do have I just took office saya masuk ke pejabat ini 3 bulan baru lepas baru 99 hari bagi masa sedikit bagi saya ya. Memang saya pun perlu masa sedikit saya sudah pun mula mengemas kini sistem yang sedia yang cukup baik, saya cuba improve sedikit saya janji akan diuruskan dalam masa yang singkat. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Yang Berhormat Yang di-Pertua, last, last. Kelmarin Yang Berhormat Ahli Kawasan Perai sebut bahawa PDC adalah agensi di bawah JPN, PDC agensi di bawah JPN kan? Jabatan Perumahan Negeri…(gangguan).

No, no, semalam saya bagi tahu agensi-agensi negeri adalah Lembaga Perumahan, PDC dan CMI

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okey, so saya difahamkan PDC punya rumah murah, murah daripada rumah yang dikeluarkan oleh jabatan apa ini? Lembaga Perumahan Negeri ini, saya difahamkan rumah PDC lebih murah daripada, tidak betulkah?

Tidak, tidak pernah saya dengar pun. Tidak pernah saya dengar pun pasal bila PDC buat memang PDC buat secara joint venture sepatutnya lebih mahal daripada yang dibekalkan oleh kerajaan lah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Dalam taklimat yang saya dengar di E&O itu rumah PDC murah daripada yang lain itu.

Okey, boleh, faham?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Ahli Kawasan Pinang Tunggal, nanti sembang luar.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tidak, tidak, maksud saya, saya hendak balik kepada soalan kelmarin ini, kenapa PDC tidak buat rumah di kawasan yang luar bandar ini dia hanya tumpu di bandar. That is my question lah.

PDC akan buat di mana dia memiliki tanah sahaja kalau dia tidak memiliki tanah di luar bandar dia tidak buat dia buat cuma atas tanah dia, cuma kita di Lembaga pergi cari tanah, tanah-tanah yang dimiliki kerajaan itu kita buat tidak kira di dalam bandar atau luar bandar. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit sudah pun tamat untuk sesi soalan lisan dan sila.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-Ahli yang bertanya dan dimasukkan dalam Penyata Rasmi dan satu lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, selaras dengan Peraturan 6A(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri saya mohon supaya masa persidangan hari ini dilanjutkan sehingga, tadi ada gangguan saya mahu baca 12 tengah malam tetapi sebenarnya 6.30 petang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sokongan?

TimbalanKeetua Menteri I

Saya mohon menyokong

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 23 November 2023 hari Khamis sehingga jam 6.30 petang, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju katanya ya.

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan “Tidak”, tidak dengar. Kita setuju dengan usul ini dan makluman juga dengan lanjutan masa ini nanti kita mungkin boleh lah kita makan tengahari dalam jam 12.30 tengahari.

Ahli-Ahli Yang Berhormat maka kami, kita berada dalam sesi pengulungan sekali lagi dan saya hendak menjemput Ahli EXCO untuk bangun untuk buat penggulungan. Ya, Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Pinang, sila.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Puan-puan dan Tuan-tuan yang saya hormati sekalian. Selamat pagi dan salam harapan salam Penang2030 salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu izinkan saya menyatakan rasa simpati dan takziah kepada mangsa-mangsa di Gaza melibatkan bayi baru lahir, wanita, warga emas, kanak-kanak dan ramai lagi. Saya mendoakan agar genjatan senjata dapat dicapai dengan segera supaya kedamaian dapat kembali menyinari kawasan tersebut. Sebagai usaha untuk turut bersolidariti bersama mangsa Palestin saya ingin menjemput semua untuk menyertai acara "Larian Palestin 5 kilometer" anjuran Masjid Al-Bukhary di KADUN Sungai Pinang pada 10 Disember 2023 ini. Bersama-sama kita hadir untuk memberi sokongan dan bersolidariti untuk mangsa-mangsa di Palestin. Sebelum melanjutkan isi perbahasan saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah berjaya dalam pilihanraya baru-baru ini. Dengan izin Tuhan, kita dapat berkumpul kembali di Dewan ini, menyatukan wajah-wajah baru dan yang sudah dikenali, semuanya berdedikasi untuk memajukan Pulau Pinang dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mengutarakan isu-isu berkaitan dengan portfolio saya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan parti dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada saya untuk menerajui portfolio MMK Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya akan membuka ucapan ini dengan menyentuh mengenai portfolio MMK Pembangunan Sosial terlebih dahulu. Salah satu tumpuan utama di bawah MMK ini adalah penuaan aktif. Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, Pulau Pinang tergolong dalam kategori negeri yang menua. Ini kerana peratusan penduduknya berusia 65 tahun dan ke atas mencapai 7.7 peratus di mana 7 peratus merupakan penanda aras iaitu benchmark…(dengan izin), sebagai negeri menua. Kenaikan jumlah warga emas terutamanya di Pulau Pinang akan membawa kesan yang significant terhadap pembangunan sosial ekonomi dan kedudukan fiskal negeri sekiranya perhatian serius tidak diberikan terhadap isu ini. Namun begitu golongan warga emas berhak menikmati hak sama rata tanpa mengira latar belakang melalui sokongan yang berterusan dari aspek penjagaan kesihatan, kebajikan dan sosial ekonomi untuk menghadapi hari tua dengan penuh martabat. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Kawasan Seri Delima, Yang Berhormat Ahli Kawasan Berapit, Yang Berhormat Ahli Kawasan KOMTAR dan Yang Berhormat Ahli Kawasan Pengkalan Kota kerana mengajukan soalan berkenaan warga emas ini. Saya merasa bangga kerana para Ahli Yang Berhormat menunjukkan keprihatinan terhadap kesejahteraan warga emas serta semua juga maklum menjelang tahun 2040 Pulau Pinang dijangka menjadi salah satu negeri dengan populasi warga emas terbanyak di Malaysia.

Jadi sebagai usaha untuk menghadapi cabaran negeri menua, Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif pada tahun 2022 bagi mengiktiraf dan memperkasakan warga emas sebagai aset pembangunan negeri. Plan ini memberi fokus kepada pelaksanaan program, mempertingkatkan jaringan kerjasama dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan serta penggubalan dasar yang mampan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial, fizikal dan psikologi warga emas. Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu Fasa Kesedaran, Fasa Integrasi dan Fasa Kemampanan. Di bawah pelan ini, pihak Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) akan bekerjasama dengan Malaysia Healthy Ageing Society (MHAS) dalam merealisasikan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Mesra Usia menjelang fasa terakhir pelan ini pada tahun 2025. Sejajar dengan visi Penang2030 yang menekankan konsep Negeri Pintar dan Hijau yang Berteraskan Keluarga sebagai Inspirasi Negara, Kerajaan Negeri telah melancarkan inisiatif Bandar Mesra Usia di Pulau Pinang. Inisiatif ini adalah pendekatan holistik yang mengambil kira 8 domain utama, meliputi persekitaran sosial dan alam bina. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan inisiatif Bandar Mesra Usia yang dijalankan secara berperingkat untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang mesra bagi semua lapisan masyarakat terutamanya warga emas. Pelan tindakan strategik dan komprihensif ini akan diformulasikan pada bulan Disember 2023 untuk diaplikasikan dan dilaksanakan pada tahun 2024 dengan tujuan utama untuk mengiktiraf bahagian sebelah Pulau ya, Negeri Pulau Pinang sebagai Bandar Mesra Usia pada tahun 2025. Bagi makluman Yang Berhormat Ahli Kawasan Bagan Dalam serta semua Ahli Dewan, saya ingin menegaskan bahawa Seberang Perai tidak dipinggirkan sama sekali, pelan untuk mengiktiraf Malis Bandaraya Seberang Perai sebagai Bandar Mesra Usia akan dimulakan pada tahun 2024. Pulau Pinang, bahagian Pulau telah dipilih sebagai projek perintis dalam menjalankan kajian mendalam berdasarkan Kerangka Kerja Bandar Mesra Usia, World Health Organization (WHO). Jadi melalui pengalaman dan ilmu yang telah diperolehi dari pelaksanaan inisiatif ini bersama MBPP Kerajaan Negeri dengan sokongan PWDC akan bekerjasama rapat dengan MBSP untuk memastikan MBSP juga mencapai pengiktirafan sebagai Bandar Mesra Usia. Pada masa hadapan kita semua akan berasa bangga melihat Pulau Pinang bukan hanya sebuah negeri yang mesra usia tetapi juga sebuah negeri yang memelihara kepentingan semua lapisan masyarakat termasuk warga emas, orang muda, dewasa, orang kurang upaya, wanita dan lelaki. Kita semua kini berada di ambang peralihan menjadi masyarakat yang menua dan dengan itu, adalah penting untuk kita meningkatkan mobiliti dan mempertimbangkan peluang peningkatan kemahiran yang berterusan bagi warga emas. Perkara ini jelas diberi keutamaan dalam Manifesto Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang terbaru di mana ianya telah dicadangkan supaya sekurang-kurangnya satu Pusat Warga Emas aktif di setiap daerah ditubuhkan bagi tujuan ini. Pada masa ini, terdapat 6 pusat Aktiviti Warga Emas iaitu PAWE yang sedang beroperasi di Pulau Pinang. Namun diakui bahawa terdapat keperluan untuk mendirikan sebuah PAWE di daerah Timur Laut dan perkara ini akan direalisasikan dalam masa terdekat. Kerajaan Negeri bertekad untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam memperkasa PAWE di Pulau Pinang bagi memastikan ianya lebih mudah diakses, meriah dengan program–program yang berimpak dan menjadi sebuah tempat yang kondusif bagi warga emas. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kebun Bunga, kami menyedari terdapat batasan tertentu seperti keperluan untuk pendaftaran ROS bagi mengendali PAWE,

dan saya akan membawa isu ini kepada perhatian pihak Kementerian untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya. Saya juga mengambil perhatian terhadap ucapan Yang Berhormat Seri Delima. Di Pulau Pinang, kita juga memiliki pelbagai kemudahan lain seperti Pusat Penang2030, Dewan MPKK dan Rukun Tetangga dan lainnya yang semuanya berpotensi besar untuk digunakan dalam program-program warga emas. Jadi saya berharap kita juga turut menggunakan fasiliti yang sedia ada ini untuk memanfaatkan golongan warga emas dan sini saya ingin sentuh tentang Dasar Keterangkuman Gender. Saya menghargai seruan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang mengajak Ahli-ahli Berhormat untuk lebih aktif turun padang dalam memperkenalkan dasar-dasar kerajaan. Ini penting untuk memastikan perkhidmatan yang adil dan saksama untuk rakyat. Dasar Keterangkuman Gender Pulau Pinang yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang pada 7 haribulan Mac 2019 merupakan salah satu contoh dasar yang telah diperkenalkan melalui inisiatif turun padang dengan kerjasama oleh semua pihak dan telah berjaya dilaksanakan di peringkat MBPP dan MBSP. Dasar ini sejajar dengan Visi Penang2030, bertujuan untuk mewujudkan kesaksamaan gender di semua aspek tanpa membezakan etnik, agama atau status sosio-ekonomi. Dasar Keterangkuman Gender telah menjadi asas kepada Bajet Penyertaan Rakyat dan Responsif Gender iaitu Gender Responsive Participatory Budgeting (GRBB). Model Pulau Pinang yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan di beberapa kawasan termasuk kawasan saya Sungai Pinang. Model ini yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa kini perlu lebih dirakyatkan. Gender Responsive Participatory Budgeting ya (dengan izin), (GRBB) membolehkan Ahli-ahli Berhormat menggunakan pendekatan partisipasi dalam merancang bajet dan pembangunan dengan mengambil kira pandangan rakyat. PWDC, sebagai agensi pelaksana, telah merancang program-program turun padang yang santai dan informatif. Inisiatif-inisiatif ini termasuklah kumpulan tumpu bincang "Habaq Mai" yang telah membuahkan hasil dalam pembangunan beberapa taman di Pulau Pinang. Selain itu, program advokasi Dasar Keterangkuman Gender juga telah menerbitkan komik "Cerita Anak Penang" yang membahas stereotaip gender, dan Bedah Komik yang menjadi platform interaktif bagi membincangkan isu gender. Strategi mendekati rakyat melalui aktiviti turun padang ini adalah penting dan perlu dijalankan seiring dengan perubahan zaman. Sebagai usaha dalam menyambut baik pendekatan seperti di atas, Kerajaan Negeri telah melancarkan Dasar Keluarga Selamat, ia merupakan satu dasar yang menyediakan sistem sokongan melalui First Support Point.. (dengan izin), kepada mangsa keganasan rumah tangga. Inisiatif ini telah diwujudkan sejak tahun 2020 dan masih konsisten digiatkan sehingga ke hari ini. Tujuan utama penubuhan First Support Point adalah untuk menyampaikan bantuan segera kepada mangsa keganasan rumah tangga dengan membuat membuat kes rujukan kepada pihak yang bersesuaian. Sehingga hari ini, sebanyak 387 First Support Point yang terdiri daripada peserta daripada Pusat Khidmat ADUN, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan agama, ahli Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga iaitu (JPWK) dan lain-lain jabatan, seperti Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Pejabat Daerah dan Tanah, dan juga agensi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya dilatih.

Selain itu, sebanyak 24 sesi kesedaran telah dijalankan sepanjang tiga (3) tahun sejak dasar ini dilancarkan. Sesi ini telah dihadiri oleh lebih kurang 1,600 peserta yang terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan, Institusi Pendidikan dan Badan Keagamaan. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerjasama yang terus konsisten menyokong program-program di bawah dasar ini dan menyebarkan mesej hentikan keganasan berasaskan gender. Saya yakin bahawa usaha untuk membanteras keganasan rumah tangga adalah penting untuk membina komuniti yang sihat dan bahagia. Ia turut memerlukan usaha kolektif daripada individu, institusi dan komuniti untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan bebas dari keganasan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PWDC juga menjalankan kempen Penang Goes Orange (PGO) peringkat negeri sejak tahun 2014 sebagai usaha memberi kesedaran untuk menghentikan semua jenis keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Tahun 2023 adalah tahun ke-10 Kempen Penang Goes Orange dianjurkan, dan tema yang dipilih adalah “Hentikan Buli” berikutan dengan peningkatan kes buli di sekolah yang kian melarat. Maka saya menjemput semua Ahli Berhormat untuk turut bersama ke pelancaran Kempen Penang Goes Orange, pada hari Sabtu ini, 25 haribulan November, di Padang Kota Lama jam pukul 4.30 petang. Saya ingin sentuh tentang MMK Kebajikan iaitu Pusat Transit Gelandangan, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kini saya ingin menyentuh mengenai MMK Kebajikan, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Berapit dan Pengkalan Kota bagi komen-komen positif berkaitan Pusat Transit Gelandangan. Pusat Transit Gelandangan merupakan satu usaha Kerajaan Negeri untuk membantu dan mendaya upayakan golongan gelandangan di Pulau Pinang. Saya akui bahawa isu gelandangan masih belum selesai namun saya percaya dengan usaha pelbagai pihak, Kerajaan Negeri mampu menangani isu ini dengan lebih efektif. Justeru, saya menerima baik cadangan Yang Berhormat ADUN KOMTAR dalam mempertimbangkan menubuhkan satu task force untuk mengendalikan golongan gelandangan dengan penglibatan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai agensi utama. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pengkalan Kota berkaitan mentransformasikan golongan gelandangan kepada sumber tenaga yang produktif, ingin saya maklumkan bahawa pihak JKM berkolaborasi dengan jabatan kerajaan lain seperti Jabatan Tenaga Kerja dan PERKESO untuk penempatan pekerjaan yang bersesuaian selain daripada memberi perkhidmatan kaunseling untuk membuat pemadanan pekerjaan. Saya menyambut baik usul yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Berapit agar Kerajaan Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat lebih menggalakkan promosi program-program di bawah JKM seperti Program Khidmat Bantu Di Rumah kepada orang awam bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam program tersebut. Di Pulau Pinang, program Khidmat Bantu Di Rumah dilaksanakan oleh pertubuhan sukarelawan Majlis Pusat Kebajikan Se-Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Terdapat 64 sukarelawan yang membantu 256 klien JKM yang terdiri daripada golongan warga emas dan juga OKU yang dibiayai melalui Kerajaan Persekutuan. Permohonan tambahan sukarelawan atau warga emas JKM dilakukan melalui permohonan geran tahunan. Isu warga emas yang meninggal dunia secara keseorangan, seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga, merupakan insiden yang menyayat hati. Kerajaan Negeri akan meneliti kaedah untuk mengelakkan perkara ini berlaku dengan kerjasama pihak JKM dan badan bukan kerajaan.

Saya yakin, bagi membendung perkara-perkara seperti ini berulang lagi kita harus membangunkan satu sistem sokongan sosial bersama NGO, sebagai rakan strategik bagi memastikan masyarakat kita saling menyokong, sihat, berdikari, dan bersatu padu, terutamanya bagi warga emas. Contohnya di Jepun, mereka mengamalkan Sistem Community-based Integrated Care sebagai kaedah penglibatan warga emas secara aktif dan produktif dalam komuniti. Di Pulau Pinang juga, Tzu Chi dan Penang Care Alliance merupakan contoh NGO yang aktif dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas, termasuk melalui program kitar semula dan perkhidmatan penjagaan di rumah. Kerajaan Negeri menggalakkan lebih banyak NGO untuk berganding bahu dengan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan penyertaan sosial warga emas. Pusat Khidmat ADUN juga memainkan peranan penting sebagai agen sokongan komuniti, menyediakan platform untuk aktiviti kemahiran, pendidikan, dan kesihatan. Selain itu, pengambilan warga emas sebagai tenaga kerja, seperti yang dilakukan oleh MBPP, dapat membantu mereka berdikari dan mempertingkatkan harga diri. Akhirnya, nilai budaya Asia dan Malaysia seperti filial piety harus ditekankan sebagai penghargaan kepada warga emas. Ini penting untuk memperkukuhkan nilai-nilai masyarakat kita dan menghargai sumbangan warga emas dalam kehidupan kita. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan yang saya hormati, izinkan saya menghujahkan mengenai portfolio Hal Ehwal Bukan Islam. Sebagai usaha untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan Perbadanan Harmoni Pulau Pinang iaitu HARMONICO pada Mac tahun 2021. HARMONICO berperanan sebagai agensi pelaksana dan penggerak dasar dan inisiatif berkaitan Hal Ehwal Agama Bukan Islam di Negeri Pulau Pinang bawah Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Bukan Islam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Penubuhan HARMONICO dan Pusat Harmoni merupakan satu milestone penting dalam menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memastikan kebebasan beragama ditegakkan seperti yang termaktub bawah Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan. Pelbagai aktiviti eksplorasi dan intrepretasi keagamaan telah dilaksanakan semenjak pelancaran Street of Harmony Seberang Jaya. Setakat ini, Street of Harmony Seberang Jaya telah menerima lebih daripada 1,000 pengunjung dan juga telah diiktiraf sebagai salah satu tapak pelancongan yang wajar dikunjungi ketika berada di Negeri Pulau Pinang. Kini, HARMONICO mengambil inisiatif dalam mengadakan program “Jelajah Harmoni Seberang Jaya” dengan kolaborasi bersama Arts-Ed untuk mendedahkan segenap strata masyarakat, khususnya golongan belia untuk berkunjung dan mengenali pengalaman keagamaan, kebudayaan dan kesenian yang terkandung dalam kepelbagaian agama di Malaysia dan terutamanya di Street of Harmony Seberang Jaya. Program ini akan diutarakan oleh 11 fasilitator yang terlatih berserta pihak pengurusan rumah-rumah ibadat di Street of Harmony Seberang Jaya untuk mengiringi belia yang mengambil bahagian dalam aktiviti penjelajahan rumah ibadat agar mereka memahami perbezaan antara agama yang ada di Malaysia lalu menghayati makna dan erti “Harmoni Dalam Kepelbagaian Agama”.

Untuk makluman semua, empat (4) sesi program perintis telah diadakan pada bulan Julai dan September 2023 yang lepas melibatkan 50 orang anak muda. Sesi Pertama “Jelajah Harmoni Seberang Jaya” akan dimulakan pada 25 November 2023 dan diikuti dengan empat sesi yang berterusan sehingga hujung tahun ini dengan anggaran penglibatan seramai 100 orang belia yang akan didedahkan dengan keunikan Street of Harmony Seberang Jaya. Maka, saya menyahut seruan Yang Berhormat Seberang Jaya dalam usaha ini dan menjemput untuk turut bersama bagi memeriahkan lagi program “Jelajah Harmoni Seberang Jaya” pada 25 November ini dan Saya menyambut baik cadangan dan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Pengkalan Kota dalam isu Kekurangan Tapak Rumah Ibadat Bukan Islam di Negeri Pulau Pinang. Tapak RIBI yang terhad serta pertimbangan makanisime dalam mewujudkan tapak RIBI yang baharu akan diperhalusi dan dikaji di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Hal Ehwal Bukan Islam. Satu Jawatankuasa Dasar Rumah Rumah Ibadat Bukan Islam di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan akan dibentuk untuk menetapkan strategi penyelesaian yang bersepadu dan menyeluruh. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengkaji semula garis panduan dan prosedur penyelarasan tapak RIBI dengan lebih efektif. Maka, cadangan Yang Berhormat Pengkalan Kota supaya Kerajaan Negeri meneliti dalam menempatkan RIBI di rumah kedai dan tanah komersial akan turut dipertimbangkan bersama pihak-pihak berkaitan. Seperti mana yang ditekankan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah, perpaduan adalah kunci keharmonian untuk mengekalkan..(gangguan).

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Minta laluan sikit.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Okey silakan.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang berkenaan dengan RIBI ini, saya nak maklumkan juga kerana kebanyakannya tanah-tanah RIBI yang diberikan adalah tapak yang tidak sesuai kerana apabila tapak itu tidak sesuai juga menerima pelbagai bantahan dari segi penduduk dan adakalanya RIBI itu tidak terletak dengan kerana ada RIBI yang diberi bersebelahan dengan TNB, Indah Water punya subseksyen dan sebagainya. Maka saya berharap Kerajaan Negeri sebelum menerima sesuatu sebuah tapak RIBI itu akan membuat satu kajian yang dalam dan juga kesesuaian tapak tersebut lah.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Batu Uban. Memang isu ini dibangkitkan banyak kali sebab tentang tapak RIBI yang disumbangkan daripada pemaju memang tak sesuai. Banyak yang tak sesuai. Maka saya perlu ingatkan bahawa bila pegawai atau daripada PBT yang menerima sumbangan RIBI daripada pemaju kena teliti bahawa kesesuaian tapak RIBI tersebut. Jadi kalau tak sesuai, cari sampai yang sesuai. Okey, terima kasih.

Jadi seperti mana yang ditekankan Yang Berhormat Bukit Tengah, perpaduan adalah kunci keharmonian untuk mengekalkan keharmonian negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Saya menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat serta semua lapisan masyarakat dapat bersama-sama meningkatkan usaha dalam memelihara keunikan dan keistimewaan yang kita miliki ini agar keharmonian yang dikecapi ini dapat berkekalan. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, Program Kewarganegaraan Pulau Pinang juga akan diteruskan pada tahun 2024. Program ini bertujuan untuk mengemukakan permohonan kewarganegaraan, daftar lewat sijil lahir, daftar lewat kad pengenalan, permohonan berkaitan kes-kes ke Imigresen dan juga lain-lain permohonan yang berkaitan status kerakyatan Malaysia. Sehingga 30 haribulan September tahun ini seramai 3,967 individu telah dibantu melalui program ini. Di mana 4 peratus, sebanyak160 kes permohonan diterima daripada penduduk luar dari Pulau Pinang. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan program kewarnegaraan Pulau Pinang ini juga tersebar ke luar negeri dan dilihat sebagai satu program yang memberi harapan kepada rakyat untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan kewarganegaraan. Akhir kata saya merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan dan cadangan yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian berkaitan portfolio di bawah tanggungjawab saya. Kereta datang setengah gerbong, Mengangkut penumpang di kawasan Jelutong, Pulau Pinang negeri pendorong, Dengan ini saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Pinang. Silakan Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Aiii ada rehal juga harini. Ada rehal juga. YB. Fahmi punya pinjam.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Pinjam dengan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Lepas ni saya pun nak pinjam juga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Pantai Jerejak.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Silakan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Lepas ni Sungai Acheh nak pinjam pula. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Izinkan saya meluahkan kesyukuran kerana sekali lagi diberi amanah untuk mewakili kawasan Tanjung Bunga, serta sekali lagi diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital. Saya juga ingin menyampaikan rasa syukur kerana Dewan yang mulia ini dapat sidang dengan lancar dan sempurna pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang ke-15 sehingga ke hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas kerjasama yang diberikan khususnya yang prihatin membangkitkan isu mengenai portfolio Infrastruktur, Pengangkutan dan juga Digital. Kerajaan Negeri ternyata komited dalam penyediaan infrastruktur yang terbaik selari dengan kepesatan pembangunan yang berterusan di negeri kita ini. Usaha ini dilakukan secara berterusan dan berperingkat demi menjamin keselamatan dan keselesaan rakyat Negeri Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua, pada masa kini kadar penembusan jalur lebar mudah alih di Pulau Pinang telah mencatatkan peningkatan sebanyak 169%, melebihi kadar Nasional iaitu 133.3 peratus, manakala bagi kadar penembusan jalur lebar tetap ataupun wired broadband. Kita punya adalah sebanyak 58.6%, melebihi Nasional iaitu 49.1 peratus. Kelajuan jalur lebar mudah alih pula di negeri ini adalah sebanyak 51.74mbps secara purata berbanding dengan kelajuan Nasional 48.1mbps. Bagi peratusan liputan rangkaian Internet 4G sehingga bulan Oktober, liputan internet di kawasan berpenduduk adalah sebanyak 99.85 peratus. Kadar liputan ini juga melepasi sasaran Nasional iaitu 96.96 peratus menjelang hujung 2023. Kerajaan Negeri dengan kerjasama MCMC sedang berusaha bagi menyelesaikan masalah liputan 4G yang masih kurang memuaskan di sesetengah kawasan. Sebanyak 116 struktur pemancar baharu telah siap dibina dan beroperasi, serta sebanyak 2,044 pemancar sedia ada telah siap dinaik taraf ke rangkaian 4G. Kerja-kerja menambahbaik liputan masih lagi diteruskan bagi memastikan liputan 4G dapat memenuhi keperluan penduduk terutama di kawasan luar bandar dan kampung. Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui BKT bersama-sama dengan DNB dan juga MCMC, PBT, JKR, PTG, semua yang terlibat sedang dalam pelaksanaan pembangunan rangkaian komunikasi 5G. Sehingga 30 September, kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negeri Pulau Pinang telah mencapai 73.4 peratus dengan 316 tapak pemancar telah tersedia dengan liputan 5G daripada jumlah keseluruhan 469 yang dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun depan. Harapan dan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri pintar bertaraf antarabangsa, kini berada dalam landasan yang betul. Kerajaan Negeri akan terus komited dalam membangunkan infrastruktur komunikasi yang baik dan mesra pelabur serta juga memenuhi keperluan dan kehendak teknologi semasa. Kerajaan Negeri juga telah

melaksanakan pelbagai inisiatif dan usaha menyediakan negeri ke arah negeri digital. Antaranya adalah dengan pembangunan modal insan dan keusahawanan digital melalui Projek Kreatif Digital District, ESG Incubation Hub, SME100 Digital Champion, Founder’s Grit Seed Program dan lain-lain lagi oleh agensi Digital Penang. Dalam memperkasakan ekonomi digital kreatif pula, atau pun kreatif digital ekonomi. Kerajaan Negeri melalui Digital Penang telah pun menandatangani perjanjian kerjasama dengan bersama Sunway Education Group dan juga Khazanah Nasional Berhad untuk menubuhkan 42 Penang di Creative Digital District. Haritu saya dah sebut perincian dalam jawapan soalan lisan, maka saya tak perlu lebih terperinci di sini. Selain daripada itu Kerajaan Negeri juga amat menggalakkan peningkatan kemahiran di kalangan SME melalui Program SME Go Digital yang mendidik para peserta mengenai pengetahuan asas dan pemahaman IR4.0 bagi memastikan pengusaha bersedia mengadaptasi ke arah digital. Kerajaan Negeri juga telah bekerjasama dengan MBAN atau pun Malaysia Business Angel Network dalam usaha meningkatkan pertumbuhan dan kejayaan syarikat pemula atau pun start-ups. MBAN telah menubuhkan cawangan di Pulau Pinang yang akan memudahkan syarikat-syarikat pemula untuk mendapatkan modal permulaan bagi perniagaan mereka.

Dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan pusat-pusat KADUN di Negeri Pulau Pinang, kita pun telah melancarkan MYKadun atau pun Digital Integrated Service Center. Sistem ini sehingga kini 17 KADUN telah pun sedang menggunakan sistem ini secara aktif. Saya harap maklumat ini menjawab pertanyaan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun berkenaan dengan pemerkasaan teknologi digital di negeri ini. Sebagai tambahan untuk menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri, portfolio digital telah diwujudkan dan diamanahkan kepada saya oleh Y.A.B Ketua Menteri dan kita kini sedang dalam proses menubuhkan Jawatankuasa MMK Digital yang akan memainkan peranan untuk memantau meneliti dan mengkoordinasi pelaksanaan projek-projek pembangunan teknologi digital di negeri Pulau Pinang yang merangkumi pembangunan telekomunikasi, inisiatif digital sektor awam, inisiatif digital ekonomi, inisiatif bandar pintar dan juga pemerkasaan komuniti.

Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri juga amat peka kepada isu kesesakan lalu lintas yang dihadapi oleh rakyat negeri ini. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan melalui JKR dan juga PBT dalam merancang dan melaksanakan penambahbaikan dari segi infrastruktur bagi mengatasi masalah ini. Yang Berhormat Kebun Bunga ada tanya berkenaan Mount Erskine Under Pass. Sebagai makluman Yang Berhormat, proses pengambilan tanah telah pun siap dilaksanakan. Peruntukan bagi pembangunan projek tersebut kita mohon melalui MBPP di bawah RMK-12 sejak awal tahun 2020 lagi. Dan yang terkini, kita pohon sekali lagi melalui Rolling Plan Kelima dan sekiranya permohonan tersebut diluluskan maka kerajaan, maka MBPP bersedia untuk mengiklankan projek dengan segera dan projek tersebut dijangka mengambil masa 42 bulan dari segi pembinaan sekiranya diluluskan Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat KOMTAR, Kerajaan Negeri sedia maklum akan masalah kesesakan lalu lintas di persimpangan Juru ke Sungai Dua. Dia baru masuk. Yang merupakan laluan penting bagi tiga negeri, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Inisiatif kini dalam perancangan oleh pihak NCIA. Untuk mengatasi masalah ini adalah pembinaan lebuhraya bertingkat Juru ke Sungai Dua. Dia sebenarnya cadangan lebuhraya ini bukan baru, ia terkandung dalam National Highway Plan. Jadi kita telah highlight perkara ini kepada NCIA dan NCIA pun bersetuju untuk bawa untuk membentangkan cadangan projek lebuhraya

bertingkat dari Juru ke Sungai Dua ini ke perhatian Kementerian Kewangan. Jadi kita masih menunggu kelulusan. Dan saya harap. Sebab kalau nak banding dengan semua projek-projek lain, projek inilah yang akan mempunyai impak paling besar dari segi kesesakan lalu lintas di Seberang Perai. Kena buat usul. Sebagai makluman Yang Berhormat juga, dalam usaha menyuraikan trafik di kawasan tersebut, JKR akan melaksanakan projek naik taraf Jalan Kebun Nenas, Jalan Chian Heng Kai ke persimpangan Jalan Song Ban Kheng melibatkan penaiktarafan jalan kepada konsep persimpangan berlian mencapah atau pun diverging diamond interchange. Projek ini akan dilaksanakan dalam dua (2) fasa bermula pada tahun 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028. Kita spread out dia punya peruntukan supaya beban tidak terlalu berat ke atas Dato’ PKN kita. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Tambun….(gangguan).

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Yang Berhormat penjelasan sikit, yang tadi cakap diamond diverging interchange itu, so bermaknanya peruntukan sudah ada. Kerja nak jalan kan. You cakap dua (2) fasa ma. So, kita dengar jawapan tu macam sudah nak jalan projek ini.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, kita masukkan dalam bajet pembangunan negeri secara kecil-kecilan lah. So, every year kita akan buat sikit-sikit, kita akan mula road widening dulu sepanjang jalan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sikit-sikit dulu, KOMTAR, lama-lama jadi bukit.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Kadang-kadang projek trafik jika nak selesaikan untuk keseluruhan. Sikit-sikit dia tak ada impact tau. Sikit-sikit lagi kerja akan bebankan pengguna jalan raya. Kita ada PMX.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sila-sila Tanjung Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Tapi kita tak boleh buat secara keseluruhan juga at one go. Sebab dari segi praktikal implementation sekarang pun dah sesak terlalu banyak. Tapi kita nampak actually dalam sepanjang jalan tersebut, dia punya kesesakan one of the main cause is dia punya bottle neck. Kerana tiba-tiba lorong dia jadi lebih kecil, kurang lorong dan kemudian dia akan besar balik. So, kita akan cuba buat intervention dari segi dahulu. Kemudian bila dah selesai baru kita reconfigure persimpangan tersebut untuk dijadikan diamond, diverging diamond dan tujuan kita nak buat diverging diamond itu adalah untuk mengurangkan fasa lampu isyarat di persimpangan

tersebut. Kita dari segi peruntukan tu, kita dah bincang. JKR telah bincang dengan BPEN, bincang dengan Kewangan Negeri (JKN) dan jadual pelaksanaan itulah yang telah dipersetujui. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Tambun bangkit mengenai penaiktarafan Jalan Persekutuan di kawasan Jawi, Machang Bubuk, Sungai Bakap, Valdor dan kawasan-kawasan lain, yang ni semua Yang Berhormat kita ada mohon pada Kerajaan Persekutuan. Contohnya kita mohon menaiktaraf FT001, Persimpangn Permatang Keling, Seksyen 720 ke Jambatan di atas Sungai Junjung dan juga ini semua kita masuk dalam Rolling Plan Keempat lah. Berkenaan usaha Kerajaan Negeri dalam mengatasi kesesakan lalu lintas di KADUN Ayer Tawar pula, Telok Ayer Tawar, JKR telah mohon peruntukan untuk melaksanakan projek naiktaraf Jalan Tunggal FT01, dua (2) lorong kepada empat (4) lorong, Jalan Berkembar dari Persimpangan BORR ke Permatang Pak Elong. Yang ni berdasarkan maklumat tidak rasmi, kita dengar projek ni, besar kemungkinan mendapat kelulusanlah, namun kita perlu menunggu surat rasmi daripada pihak Kementerian Kerja Raya. Yang Berhormat Permatang Berangan, Kerajaan Negeri mengambil maklum hasrat yang Berhormat supaya tindakan proaktif diambil untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Pekan Tasek Gelugor ke Sungai Dua, dan kita akan minta agensi-agensi berkaitan untuk mengambil perhatian. Kerajaan Negeri juga mengambil maklum atas saranan Permatang Pasir untuk wujudkan jalan pintas dari Kubang Semang ke Bukit Mertajam. Perkara ini juga akan dibawa ke perhatian agensi yang berkaitan.

Seterusnya, saya menyambut baik saranan oleh Yang Berhormat Batu Lancang berkenaan pemantauan kerja-kerja pembaikan jalan raya oleh JKR dan PBT. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan akan menambah baik kaedah-kaedah pemantauan, pelaksanaan kerja di tapak dari semasa ke semasa bagi memastikan kontraktor tidak menimbulkan kacau ganggu kepada komuniti setempat. Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Berapit, Bukit Tambun dan juga Bukit Tengah yang bangkit mengenai perkhidmatan bas dan isu lalu lintas. Pengangkutan bas di Negeri Pulau Pinang dioperasikan oleh Rapid Penang dengan kekuatan terkini sebanyak hampir 200 bas di atas jalan setiap hari. Mengenai cadangan Yang Berhormat Berapit, agar semua kawasan sekolah dan kawasan pelancongan khususnya di Seberang Perai diliputi dengan perkhidmatan bas. Saya menyokong cadangan ini dan akan menyampaikannya pada operator bas. Untuk maklumat Yang Berhormat, laluan-laluan bas akan dikaji terlebih dahulu dan sudah tentu kawasan sekolah merupakan must go point yang sentiasa dipertimbangkan sebagai kawasan keutamaan. Yang Berhomat Berapit dan Bukit Tengah bangkit mengenai penyelesaian jangka pendek sementara menunggu LRT siap. Kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang sememangnya tidak asing lagi dan banyak usaha yang kita buat, namun begitu kita di Negeri Pulau Pinang ni hanya bergantung kepada perkhidmatan bas. Sebagai sistem pengangkutan utama dan disokong dengan perkidmatan teksi dan juga e-hailing. Inilah pilihan yang kita ada buat masa sekarang dan sudah tentu kita akan pastikan perkhidmatan bas akan lebih efficient antara cadangan yang sedang dipertimbangkan adalah untuk kita nak pertimbangkan untuk mewujudkan bas lane, dedicated bas lane mungkin pada waktu puncak di sesetengah jalan, tapi perkara ni sedang dikaji dan akan disusuli dalam masa terdekat.

Saya ambil maklum cadangan Yang Berhormat Kebun Bunga agar perkhidmatan bas dapat masuk ke kawasan perumahan menggunakan bas yang lebih kecil. Yang Berhormat Bukit Tengah bangkit mengenai laluan perkhidmatan bas yang tidak ada di kawasan kampung. Untuk

makluman Yang Berhormat, perkara ni telah diutarakan pada pihak Kementerian Pengangkutan dan juga Prasarana Malaysia Berhad, malah apabila Yang Berhormat Menteri Pengangkutan sendiri datang ke Pulau Pinang, perkara ini juga telah di apa ni telah disampaikan kepada beliau mengenai hasrat Kerajaan Negeri supaya Rapid Penang boleh menggunakan bas yang lebih kecil, tapi di sini, suka saya maklumkan juga terdapat satu (1) perkhidmatan baru yang dipanggil Kumpool yang telah mula di Bayan Baru dan akan diperluaskan. Saya harap yang di mana dia menggunakan van yang lebih kecil mungkin I think 20 hingga 15 yang di mana dia adalah on demand boleh dipanggil dan akan menunggu, akan mengambil penumpang di kawasan apa ni stesyen-stesyen telah ditentukanlah tapi boleh ikut apps untuk order dan kemudian boleh gunakan. Yang ni kita panggil Demand-Responsive Transit (DRT) dan saya difahamkan dan dimaklumkan oleh Rapid Penang bahawa Rapid Penang sendiri akan memperkenalkan service yang sama dengan menggunakan bas yang lebih kecil lah, mini bas atau pun van dan juga menggunakan Konsep DRT. Jadi ni pun kita tunggulah pelaksanaanya daripada pihak Rapid Penang. Dato’ Speaker, Yang Berhormat Sungai Dua telah bangkit berkenaan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Sebagai makluman, Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama MAHB (Malaysia Airport Holdings Berhad) sedang melaksanakan proses pengambilan tanah selaras dengan kelulusan yang diperolehi, di bawah Rolling Plan Keempat, RMK12 dengan peruntukan sebanyak RM93 juta. Walau bagaimanapun, buat masa ini, tiada maklumat berkaitan senarai lot tanah yang terlibat memandangkan kerja-kerja ukur sedang dimuktamadkan. Setakat ni, MAHB telah memperolehi Kelulusan Kebenaran Merancang dan juga Pelan Bangunan dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Manakala bagi pembiayaan pula, pihak MAHB kini sedang dalam proses untuk menentukan kaedah pelaksanaan dan mekanisme pembiayaan projek tersebut. Dia sebenarnya MAHB memerlukan kebenaran daripada pihak Kementerian Kewangan selaku dia punya parent body, dia kena bentang dia punya Capital Recovery Mekanisme, mechanism dan defend as sekiranya dipersetujui oleh Kementerian Kewangan, maka dia boleh teruskan dengan proses untuk membuat, mengumpul dana sama ada melalui Sukuk dan sebagainya, dan tapi dari segi pelan-pelan dengan PBT semuanya dah dipersetujui malah telah diluluskan, maka kita harap projek tersebut boleh dimulakan pada tahun depanlah Yang Berhormat.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat Tanjong Bunga, mengenai lapangan terbang ini, memang ini juga soalan saya sejak tahun 2018 dan adakah berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat tadi, projek ini akan dilaksanakan sendiri oleh MAHB dan bukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Kedua, isu kesesakan, kita perlu laksanakannya dengan segera. Kalau tak boleh seperti tadi cadangan KOMTAR, mungkin sudah tiba masa untuk kita buat satu usul dalam Sidang DUN ini untuk mendesak Kerajaan Persekutuan tak kira dia satu aliran atau bukan satu aliran kita tidak boleh lagi memberi peruntukan sikit-sikit lama-lama, kereta tak boleh jalan. Dari segi perkhidmatan awam, dari segi penaiktarafan jalanraya, perkhidmatan LRT, bas awam, lapangan terbang, kita memerlukan satu (1) peruntukan yang berskala besar serta merta sebab Yang Amat Berhormat Ketua Menteri walaupun sudah tiga (3) kali duduk satu kereta dengan Perdana Menteri, tetapi masih lagi kita tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih, terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Itu saja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tanjong Bunga sebelum jawab, saya nak peringatkan Tanjong Bunga yang bertanya isu kesesakan Jalan Teluk Kumbar, tolong jawab sekali.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya nak cadangkan macam ni, Yang Berhormat Bukit Tambun kalau boleh tolong wakilkan bincang dengan Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Tambun. Dari Bukit Tambun ke Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Memang dibincangkan kalau kalau boleh selesai saya tak kan utarakan dalam Dewan yang mulia ini. Dewan yang mulia ini merupakan pentas paling utama dan paling straight forward untuk membawa mesej, anak Pulau Pinang kepada Kerajaan Persekutuan, itu saja.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Saya setujulah untuk buat usul mungkin kerajaan boleh buat satu (1) usul. Ini adalah masalah yang serius untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat kerana trafik itu tak kira you siapa, agama apakah, politik apa, dia akan sangkut dekat sana kecuali you ada riderlah. Rider kadang-kadang pun sangkut juga.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey. Sila Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya faham, saya faham semua yang diutarakan oleh Yang Berhormat semua, dia kita bukan tak dapat, kita dapat LRT telahpun diumumkan peruntukan sebanyak 10 bilion ringgit Dato’ Speaker, itu bukan jumlah yang kecil. Lapangan terbang pun sudah diumumkan. Kita harap September boleh mula dan CM selalu kata tambah tiga (3) bulan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita memang dapat tapi sudah tentu saya setuju yang kita perlu lebih macam saya sebut tadi projek-projek contohnya lebuh raya bertingkat dari Juru ke Sungai Dua, saya rasa itu satu projek yang amat penting. Kalau boleh dia sepatutnya diberi keutamaan yang kritikal lah. Jadi saya harap perkara ini dapat ni, mungkin kali keempat (4) CM jumpa dengan PM dalam kereta ada…….(gangguan) peluang yang lebih cerah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Naik kereta lain pula. (ketawa)

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Bukit Tambun kena masuk sekali. Okey, terima kasih. Saya teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sila sila.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Speaker, Yang Berhormat Sungai Dua ada bangkit mengenai kecukupan bekalan elektrik lantaran kepesatan projek pembangunan di negeri Pulau Pinang. Sebagai maklumat Yang Berhormat, TNB mempunyai perancangan berterusan bagi memastikan kapasiti bekalan elektrik ditingkatkan selaras dengan peningkatan permohonan di Negeri Pulau Pinang. Antara projek utama adalah pembinaan talian atas grid 275 kilovolt (KV), 275 KV dari Seberang Perai ke Gelugor dengan kapasiti talian sebanyak 2,000 megawatt (MW) yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada bulan Oktober tahun depan. Dalam tempoh lima (5) tahun akan datang juga, TNB mempunyai perancangan untuk membina enam (6) buah PMU, Pencawang Masuk Utama yang baru di seluruh Negeri Pulau Pinang bagi menambah kapasiti bekalan termasuk di kawasan Batu Kawan dan juga Penang Science Park.

TNB juga akan terus melabur dalam projek-projek penambahbaikan sistem bekalan seperti merentang kabel baru mengganti peralatan lama dan membina sistem automasi. Sebagai makluman Yang Berhormat pada tahun 2018, indeks SAIDI atau pun indeks pengukuran daya harap bekalan merekodkan 64 minit purata gangguan setahun bagi setiap pengguna. Pada tahun 2023 pula, indeks ini telah turun di bawah paras 40 minit gangguan bagi setiap pengguna. Dengan pelaburan yang berterusan diharap prestasi bekalan elektrik di Pulau Pinang akan sentiasa bertambah baik.

Dato’ Speaker sebagai sebuah negeri perindustrian, Pulau Pinang bukan hanya menerima impact daripada segi pertumbuhan ekonomi, malah turut mengalami pertambahan kepadatan penduduk dan bilangan kenderaan saban tahun. Maka infrastruktur yang setimpal perlu diberikan untuk menyokong permohonan ini. Berkenaan isu air lumpur sewaktu hujan dan gangguan bunyi melibatkan kerja-kerja pembinaan jalan pintasan Air Itam, ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, yang dibangkitkan oleh Air Itam, pihak kontraktor telahpun mengambil tindakan dalam menangani isu air lumpur tersebut dengan melaksanakan langkah-langkah mitigasi segera. Pihak kontraktor telah membuat kerja-kerja pembersihan serta merta di kawasan limpahan air lumpur dan bagi mengurangkan impact kejadian, pemasangan beg pasir ataupun sandbag bagi mengawal dan menapis air larian permukaan yang mengandungi pasir dan kelodak turut dilaksanakan. Di samping itu, Pegawai Alam Sekitar projek tersebut juga akan memantau keadaan di tapak secara berterusan khususnya semasa hujan. Bagi mengelakkan kejadian berulang, dalam tempoh jangka masa sederhana, pihak kontraktor akan menambahbaik pelaksanaan pelan kawalan hakisan tanah dan sediment atau pun ESCP dan best management practices melibatkan penyelenggaraan yang berterusan. Selain itu, kerja-kerja membaik pulih dan membesarkan kolam kelodak ataupun sediment basin di tapak turut akan dilaksanakan termasuk penambahan perangkap kelodak di kawasan yang berisiko tinggi untuk limpahan air lumpur. Dalam masa yang sama, pemantauan oleh pihak berkuasa iaitu MBPP, JPS dan juga JAS, Jabatan Alam Sekitar turut dilaksanakan secara berkala melalui operasi Ops Lumpur. Berhubung isu gangguan bunyi, pihak kontraktor telah mengambil tindakan dengan mengenal pasti paras bunyi terkawal di kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja pemecahan batu, pihak kontraktor juga sentiasa memastikan waktu kerja di tapak selaras dengan waktu yang dibenarkan. Di samping itu, pihak kontraktor akan mengawal kerja-kerja di tapak mengikut hari dan masa tertentu sama ada cuti umum atau selepas waktu bekerja. Selain itu, bagi mengawal bunyi, pemasangan penghalang bunyi atau pun (noise curtain) di kawasan sensitif seperti di kawasan berkependudukan tinggi terus dipertingkatkan.

Yang Berhormat Sungai Dua ada tanya mengenai terowong bawah dasar laut juga, pelaksanaan projek tersebut akan dipertimbangkan setelah pelan induk pembesaran North Butterworth Container Terminal oleh pihak Suruhanjaya Pelabuhan dimuktamadkan dijangka pada Disember tahun ini. Berdasarkan ulasan daripada pihak suruhanjaya yang diterima oleh Kerajaan Negeri, kelebaran kawasan navigasi kapal di kawasan perairan di sebelah utara pelabuhan, dia memerlukan sebanyak 2.2 kilometer perlu dikekalkan untuk memastikan ruang navigasi yang selamat untuk pergerakan kapal. Dengan terdapatnya trend ke arah pembinaan kapal yang lebih besar dan saiz kapal yang optimum antara 13,000 unit bersamaan dengan 20 kaki atau pun TEU 13,000 hingga 15,000 TEU untuk memasuki atau singgah di pelabuhan. Kapal-kapal ini dijangkakan mempunyai sarat air atau pun draft maksimum sebanyak 16 meter manakala kedalaman minimum yang selamat untuk laluan kapal-kapal bersaiz ini adalah 23 meter dari aras dasar laut. Oleh yang demikian, antara pertimbangan projek terowong dasar laut ini adalah juga perkara-perkara yang saya sebutkan tadi dan juga kedudukan jajaran terowong agar tidak menjadi halangan kepada pemanjangan dermaga dalam pelan ini pembesaran NBCT tersebut. Walau apapun, kita perlu tunggu dahulu sehingga laporan akhir disiapkan oleh pihak Suruhanjaya Pelabuhan dan kemudian kita akan mengadakan perbincangan dua hala antara Kerajaan Negeri dan juga Suruhanjaya Pelabuhan untuk kita pastikan apa hala tuju terowong bawah dasar tersebut.

Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan status projek PSI atau pun Silicon Island untuk maklumat Yang Berhormat, susulan dari penerimaan kelulusan EIA pada 21 Julai 2023, penambakan Silicon Island telah dimulakan pada bulan September dengan kerja pemasangan boya yang menandakan kawasan tapak projek dan tirai kelodak (silt curtain) yang mengawal serta menangani serakan kelodak semasa kerja penambakan berjalan. Setelah tirai kelodak selesai dipasang, kerja pengisian pasir juga telah dimulakan di tapak. Sehingga kini lebih kurang 3 ekar tanah telah pun terbentuk di tapak Silicon Island. Timbalan Dato’ Speaker dan boleh main bola. Padang bola, saya ingat dalam 2 ekar so dah boleh adakan satu game..(gangguan).

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Dato’ Timbalan Speaker, boleh saya nak tanya dari sudut tambakan laut yang tadi dibuat, perlombongan pasir sudah dibuat, kelodak yang dibuang 12 batu nautika daripada Muka Head itu, sekarang ni telah menyebabkan air jadi keruh, nelayan-nelayan di Teluk Bahang telah pun merungut hasil tangkapan mereka agak terjejas, jadi apakah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk maknanya melihat perkara ini dan juga maknanya dari sudut kebajikan kepada nelayan terjejas dengan apa nama situasi ini, terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua, saya akan minta pihak Penang Infra Corporation iaitu selaku agensi yang bertanggungjawab untuk melihat perkara tersebut namun yang saya maklum adalah semua pihak kontraktor akan mengikut semua yang telah diluluskan, semua pelan yang telah diluluskan dalam Environmental Management Plan (EMP) dan juga EIA maksudnya mana-mana kawasan yang telah pun dipersetujui untuk kita nak buang kelodak dan sebagainya semuanya akan ikut pelan, sekiranya tidak mengikut pelan itu adalah pelanggaran syaratlah jadi saya akan minta agensi kita untuk memastikan tapi yang saya difahamkan juga buat setakat ini tidak ada selut lagi yang telah dibuang sebab kita sedang baru saja menggunakan pengisian pasir dan buat masa ini saya belum menerima apa-apa berita mengenai kelodak atau pun selut, sekiranya ada sila maklumkan dan kita boleh periksa, terima kasih Yang Berhormat.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yang Berhormat Tanjong Bunga, saya nak tanya confirm kawasan yang dikorek tu sudah tentu bila pengorekan berlaku, maka dia ada juga orang kata apa menghasilkan apa kelodak dan juga apa-apa yang mendapan yang berlaku tu dia akan dibawa oleh arus, saya ingat kemungkinan kalau tidak belum lagi dibuang mungkin hasil korekan itu menyebabkan debu-debu pasir atau pun selut dihanyutkan oleh arus yang menyebabkan apa yang diperkatakan oleh nelayan Telok Bahang.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Baik terima kasih Yang Berhormat, saya akan periksa perkara itu. Tadi saya ya, mengikut perancangan projek Yang Berhormat, parcel yang pertama yang akan siap di Silicon Island

adalah parcel yang kita kenal pasti sebagai kawasan industri dan dijangka siap pada Disember 2025. Silicon Island yang berkeluasan sepenuhnya 2,300 ekar pula, kita jangka siap tambak pada tahun 2032. Maksudnya dalam masa 9 tahun baru akan siap secara keseluruhan tapi mana yang siap dulu tu kita akan mungkin boleh digunakan lebih awal lah Yang Berhormat, kita akan buat secara berfasa. Berkaitan dakwaan Yang Berhormat Sungai Dua dan juga Pulau Betong berkenaan kerosakan persekitaran laut akibat projek PSI, saya nak tegaskan di sini bahawa laporan EIA bagi projek telah pun diluluskan dan laporan tersebut telah dikemukakan kepada orang awam, kita dapat maklum balas dan telah diteliti oleh pihak JAS sebelum diberi kelulusan dan berdasarkan pada kelulusan tersebut seperti saya sebut tadi, Kerajaan Negeri wajib untuk mematuhi semua syarat-syarat yang diletak iaitu 71 syarat keseluruhannya. Antaranya adalah dengan menjalankan (SIMP) ataupun Social Impact Management Plan untuk manfaat nelayan dan juga Pelan Induk Pengimbangan Ekologi PSI. Pelan Induk Pengimbangan Ekologi ni sangat penting dan telah disyorkan dalam laporan EIA untuk mewujudkan habitat baru hidupan laut dan meningkatkan stok ikan untuk menggalakkan kelestarian sektor perikanan. Saya bagi beberapa contoh inisiatif di bawah pelan induk ini contohnya penanaman pokok bakau, pelabuhan tukun dan unjam, pelepasan benih ikan dan udang, pembinaan garis pantai mesra alam ataupun ecological coast dan pembinaan garis penyediaan dana untuk kajian dan pendidikan berkaitan dengan laut dan perikanan. Semua ini kita sedang usahakan, Kerajaan Negeri yakin pelaksanaan pelan induk ini akan membuahkan hasil untuk kebaikan semua khususnya komuniti nelayan dan yang juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan program penanaman bakau dan juga pelabuhan tukun tiruan dan unjam. Selain itu, langkah-langkah kawalan alam sekitar juga sedang dilaksanakan di tapak PSI dengan teliti termasuk pemantauan kekeruhan secara langsung atau pun real-time monitoring, pemantauan kualiti air, udara, bunyi dan getaran yang dilaksanakan oleh perunding bebas, pemantauan biologi marin perikanan dan akuakultur yang dilaksanakan setiap suku tahun oleh perunding serta audit alam sekitar setiap suku tahun oleh juruaudit yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar, juga ada pemeriksaan mingguan untuk menjamin pematuhan syarat EIA.

Sebagai maklumat Yang Berhormat, Projek Silicon Island ini direka dengan mengutamakan pematuhan terhadap ESG untuk menangani isu perubahan iklim serta dibangunkan selaras dengan Visi Penang2030 selain daripada UN Sustainable Development Goals (SDG), Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) dan juga Low Carbon Cities Framework (LCCF). Semua standard-standard antarabangsa kita gunakan dalam proses penambakan dan reka bentuk penambakan projek ini Yang Berhormat untuk memastikan kita bukan sahaja nak membina sebuah pulau yang bertaraf antarabangsa tetapi kaedah pembinaan tersebut juga kita nak ikut standard-standard antarabangsa Yang Berhormat.

Pembangunan Silicon Island ini menyasarkan pengurangan karbon sebanyak 50% menjelang 2030 dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif hijau antaranya penggunaan tenaga-tenaga boleh diperbaharui ataupun renewable energy di Green Tech Park, penggunaan kenderaan awam elektrik, basikal dan juga pengangkutan air, penyediaan 20 peratus tanah Silicon Island untuk mewujudkan taman awam, terusan air, tanah bencah, dataran banjir dan bioswales. Pembinaan bangunan tenaga amat rendah ataupun super low energy buildings dan juga perancangan bandar yang mempunyai reka bentuk responsif iklim, pengurangan permintaan air mentah melalui penggunaan loji rawatan air, penuaian air hujan dan alat penjimatan air serta pengurangan sisa di tapak pelupusan melalui program kitar semula, proses pengkomposan dan penguraian makanan.

Diharap penerangan panjang lebar ini dapat menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pelaksanaan projek Silicon Island akan memberikan kesan yang minimum kepada alam sekitar dan juga komuniti setempat.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Timbalan Speaker, Yang Berhormat Tanjong Bunga saya nak bertanya apakah faedah yang boleh diperolehi oleh nelayan dan komuniti tempatan di atas pulau tersebut dari sudut orang kata apa hartanah atau pun kependudukan komuniti nelayan dan komuniti masyarakat yang berada di kawasan situ, terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Yang Berhormat seperti yang saya sebut tadi, kebajikan golongan nelayan khususnya dan juga komuniti setempat telah diambil kira dalam kita punya SIMP (Social Impact Management Plan) dan juga Pelan Induk Pengimbangan Ekologi yang saya sebut tadi, projek ini akan mengambil masa 9 tahun untuk siap dan dalam sembilan tahun ini banyak peluang pekerjaan juga yang telah disediakan untuk nelayan-nelayan dan juga selain daripada itu, terdapat banyak program-program sebahagian daripada SIMP tu adalah bayaran ex-gratia bantuan yang kita bagi dari segi bot, dari segi kewangan, dari segi bantuan tuisyen percuma untuk anak-anak dan juga pembentukan satu koperasi untuk melayan supaya mereka pun boleh dapat peluang pekerjaan. Saya rasa Silicon Island ni akan membawakan banyak manfaat bukan sahaja kepada komuniti setempat Yang Berhormat Dato’ Speaker, Silicon Island ni adalah masa depan negeri Pulau Pinang dia sepertimana dahulu pada tahun ‘72 bila kita mewujudkan Bayan Lepas sebagai free industrial zone pertama di negara Malaysia begitulah juga kita lihat Silicon Island ni untuk masa depan Negeri Pulau Pinang kita untuk menjanakan pekerjaan-pekerjaan yang bernilai tinggi, yang dapat yang berpendapatan tinggi untuk memastikan kita ada masa depan yang cerah untuk anak-anak kita Yang Berhormat. Kita nak pastikan semua tu, saya dah jawab Yang Berhormat.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Satu lagi, terima kasih Timbalan Speaker dan juga Tanjong Bunga. Apa jaminan kerajaan kepada komuniti yang berada di kawasan itu tidak berhijrah disebabkan projek Penang Silicon ini? Disitu, adalah komuniti masyarakat Melayu bukan jaminan kerajaan bahawa komuniti di situ dengan kehadiran projek ini komuniti disitu terpaksa berhijrah atau pun terpaksa lari…(gangguan)..

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Tiada siapa yang akan dipaksakan berhijrah Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya rasa ini adalah suatu dakwaan yang mengelirukan, perkara ini tidak akan berlaku pun ya pemaksaan untuk keluar memang tidak akan berlaku komuniti setempat tu kita akan jaga malah untuk melayan pun kita akan sediakan tak silap saya sebahagian daripada pakej adalah juga untuk melihatkan kepada apa ni pembangunan rumah mampu milik juga untuk manfaat mereka juga dan peluang-peluang pekerjaan yang akan dijana semasa pembinaan dan juga selepas

siapnya Pulau Silicon Island ni juga akan membawa manafaat kepada komuniti setempat yang itu akan menjadi tempat-tempat kerja mereka bila kita kata kita buat industri itu ada peluang pekerjaan bila kita buat pembangunan lain komersial dan sebagainya juga ada peluang-peluang perniagaan, peluang-peluang pekerjaan yang akan dijana oleh projek ini, Yang Berhormat. Okey ada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Ada lagi?

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Minta maaf, Timbalan Yang di-Pertua, saya nak dapat sedikit penjelasan. Setakat hari ini berapa jumlah nelayan yang sudah pun dibayar pampasannya dan kita dapat makluman ada nelayan yang di kawasan Balik Pulau khususnya di kawasan Kuala Sungai Pinang dan Pantai Acheh tidak mendapat pembayaran. Terima Kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Setakat ini Yang Berhormat, 266 yang telah mendapat bayaran dan kita mempunyai jadual pembayaran mengikut fasa juga. Fasanya mengikut juga keutamaan. Ya, kita ada kategori-kategori nelayan dia akan mendapat pampasan pun akan ikut kepada kelayakan mengikut kategori mereka. Saya rasa Dato’ Speaker sangat arif mengenai perkara ini dan juga terlibat dalam Taskforce Nelayan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Taskforce Nelayan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Prosesnya akan berterusan Yang Berhormat sehingga selesai projek tersebut. Ok Dato’ Speaker saya terus kepada tajuk yang seterusnya iaitu pengairan dan saliran. Yang Berhormat Bukit Tengah telah bangkit berkenaan dengan perkembangan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Juru ataupun IRBM Sungai Juru, Integrated River Basin Management. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mengguna pakai IRBM Sungai Juru melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 9 Disember bukan yang apa ini yang terbaru. Dan JPS telah merancang dan menjalankan projek-projek dengan merujuk pelan tindakan yang digariskan oleh IRBM ini. Antara projek yang sedang dirancang adalah Reka Bentuk Terperinci bagi Cadangan Tebatan Banjir di Sungai Permatang Rawa Bahagian Hulu di Kampung Tanah Liat, SPT. Sekarang dalam fasa akhir kajian perunding. JPS juga telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan Projek Pembinaan dan Pembaikan Ban Pantai di Pantai Mak Minah di kawasan Juru, SPT dan statusnya adalah tender telah diiklankan pada Oktober 2023 dan akan ditutup pada 28 November. Jadi projek itu akan dilaksanakan, Yang Berhormat. Sebagai makluman Yang Berhormat juga, JPS telah memohon peruntukan dalam RP5, Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi Projek Pemuliharaan Sungai Juru. Berkenaan dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan berkaitan isu bekalan air Sungai Muda untuk pengairan sawah padi sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan isu tersebut dan sentiasa mengambil tindakan proaktif dengan menyediakan pam-

pam bergerak ke lokasi yang dikenal pasti menghadapi masalah bekalan air. Berkaitannya, pihak IADA Pulau Pinang kini sedang dalam melaksanakan satu kajian sumber bekalan air Pulau Pinang bagi mengenal pasti kawasan yang berpotensi sebagai sumber bekalan air tambahan. Hasil daripada kajian ini kita akan teliti kesesuaian dan melaksanakan mengikut cadangan daripada kajian tersebut.

Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri juga komited dalam pastikan projek-projek tebatan banjir dirancang dan dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan kesejahteraan rakyat negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Pinang Tunggal, berkenaan dengan banjir di kawasan Pinang Tunggal sebagai makluman Yang Berhormat, JPS sedang melaksanakan kajian Reka Bentuk Terperinci di Lembangan Sungai Lahar Endin. Dan kajian reka bentuk ini telah mula pada 23 Oktober dan dijangka siap tahun depan pada bulan September.

Berkenaan pertanyaan Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan definisi banjir kilat. Dia sebenarnya banjir kilat ini didefinisikan sebagai kejadian banjir yang berlaku dan surut dalam tempoh kurang dari enam jam disebabkan hujan bersifat setempat. Ini adalah definisi mengikut JPS Malaysia, Bahagian Saliran dan Mesra Alam. Dan banjir kilat sememangnya tidak dianggap sebagai satu bencana. Ini adalah kejadian yang berlaku dalam tempoh yang singkat, membabitkan sejumlah kecil mangsa dan tiada kemungkinan untuk merebak. Ini berdasarkan kepada definisi dalam arahan nombor 20, Majlis Keselamatan Negara. Oleh itu, banjir kilat tetap tidak dianggap sebagai bencana walaupun kita setuju kerosakan yang dihadapi oleh rakyat mungkin agak teruk juga tapi dari segi definisi itu Yang Berhormat.

Kerajaan Negri turut mengambil maklum isu banjir kilat di kawasan Sungai Bakap, melibatkan Kampung Sethu, Kampung Masjid, Kampung Pengkalan, Kampung Besar dan Kampung Sungai Kechil. JPS telah merangka tindakan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang bagi menangani masalah banjir di kawasan tersebut. Contohnya, JPS telah melaksanakan kerja membaik pulih tebing Sungai Jawi bersebelahan jalan Ladang Sungai Jawi Bakar pada tahun ini dengan kos RM460,000 sebagai langkah mitigasi jangka pendek bagi mengurangkan kejadian banjir di kawasan Kampung Sethu, Kampung Masjid dan juga Kampung Pengkalan. Manakala bagi Lembangan Sungai Bakap pula, kerja penyelenggaraan dengan kos sebanyak RM299,000 serta kerja naik taraf sistem hidromekanikal dan elektrikal Rumah Pam Changkat Sungai Bakap dengan kos sebanyak RM170,000 telah pun dilaksanakan tahun ini oleh JPS.

Bagi mengurangkan isu banjir di Kampung Besar dan Kampung Sungai Kechil, JPS telah melaksanakan kerja membaik pulih saliran Sungai Kechil berdekatan demgan Kampung Baru Sungai Buaya dengan kos sebanyak RM99.9 ribu dengan dan juga tambahan kepada tu, kerja mendalam dan membaiki Sungai Kechil dengan kos sebanyak RM127,000 Yang Berhormat. Bagi tindakan mitigasi jangka panjang pula Yang Berhormat, Kerajaan Negeri, bukan, Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan untuk pelaksanakan dua projek RTB yang besar di kawasan tersebut iaitu RTB Lembangan Sungai Jawi dan kosnya Yang Berhormat, dua ratus tiga puluh juta ringgit. Jadi satu projek yang amat besar lah dalam kawasan Yang Berhormat. Dan juga RTB Sungai Kechil yang bernilai RM16.5 juta juga sebuah RTB yang agak besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, Monsun Timur Laut dijangka akan memberi kesan terhadap kawasan-kawasan rendah khususnya di Balik Pulau. Merujuk kepada pertanyaan oleh Yang Berhormat Teluk Bahang, JPS telah melaksanakan siasatan tapak di kawasan Teluk Bahang dan mendapati sistem perparitan di kawasan tersebut kurang sempurna menyebabkannya berpotensi untuk tidak berfungsi dengan optimum. Justeru, Kerajaan Negeri melalui agensi yang

berkaitan akan meneliti perkara ini dengan lebih mendalam dan melaksanakan rancangan-rancangan penambahbaikan berdasarkan keperluan semasa dan ketersediaan peruntukan.

Kerajaan Negeri juga menyedari hakikat bahawa sistem perparitan sedia ada kurang mampu untuk menampung kadar alir air akibat perubahan iklim serta pembangunan pesat yang berlaku kini. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mewajibkan kepada semua pemaju untuk mematuhi garis panduan Saliran Mesra Alam Edisi ke-2 atau pun MSMA bagi sebarang permohonan pembangunan baharu di Negeri Pulau Pinang. Konsep yang diterapkan dalam garis panduan ini adalah kadar air selepas pembangunan post-development mestilah menyamai atau tidak boleh melebihi kadar alir air sebelum pembangunan atau pun pre-development. Ini adalah bagi menjamin kadar alir selepas pembangunan tidak menyumbang kepada pertambahan air larian permukaan ke sistem saliran. Kolam takungan banjir juga turut dibina di lokasi yang dikenal pasti untuk membantu menampung lebihan air yang berlaku agar kita dapat meminimumkan kebarangkalian berlakunya risiko banjir.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan peruntukan tahunan melalui Peruntukan Pembangunan dan Mengurus Negeri bagi mengatasi masalah banjir dan JPS sudah tentu senantiasa membuat perancangan dan perangkaan bagi projek-projek di seluruh negeri Pulau Pinang. Sekiranya ada berlaku mana-mana banjir ataupun masalah saliran mungkin boleh dibangkitkan kepada jurutera-jurutera....(gangguan).

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, ya.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Saya nak respond jawapan YB Tanjong Bunga atas banjir kilat di DUN Pinang Tunggal. Saya sedia maklum banjir kilat yang di Lahar Tiang tu memang hotspot dan JPS memang dalam kerangka action plan. So apa yang saya utarakan ialah bila PTP ini bila dia operasi air PTP ini dia akan pi ke sungai tu. So apakah action plan dalam kita nak menghadapi air PTP ini. PTP kawasan besar tu. Penang Technology Park tu. Currently memang JPS ada action plan untuk atasi banjir kilat sedia ada tu tapi bila pembukaan PTP ini dia melibatkan air pi lagi banyak. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Tanjong Bunga.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tanjong Bunga tolong ringkaskan...

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Selain daripada projek RTB, projek tebatan banjir saya difahamkan juga JPS ada mengadakan program ramalan dan amaran banjir yang akan diadakan di Pulau Pinang. So saya nak tahu keberkesanannya program ini terutama di kawasan yang memang projek RTB pun tak boleh selesai masalah banjir untuk kurangkan kerugian harta benda kalau berlaku banjir.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya JPS di peringkat kebangsaan ada akan melancarkan satu sistem baru sebagai satu early flood warning system lah yang saya rasa akan menambah baik sistem yang sedia ada. Sedia ada memang ada system Yang Berhormat Dato’ Speaker, cuma dari segi improvement tu diperlukan dan saya difahamkan akan dilaksanakan dalam masa terdekat lah. Untuk DUN Pinang Tunggal, Yang Berhormat, saya akan semak dengan JD SPU dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat lah. Terima kasih.

Okey Dato’ Speaker dah minta ringkaskan. Saya rasa di sini isu yang terakhir, Yang Berhormat Permatang Berangan berkaitan sistem perparitan juga. Sebagai makluman Yang Berhormat, hasil dari lawatan oleh JPS dan Yang Berhormat sendiri didapati bahawa sistem saliran dan perparitan tepi jalan bawah seliaan JKR di Jalan Pokok Sena adalah tidak disambungkan ke sistem saluran di bawah seliaan JPS. Maka Kerajaan Negeri akan pastikan perkara ini dapat perhatian daripada agensi yang berkaitan dan tindakan sewajarnya akan diambil dalam masa terdekat lah Yang Berhormat. Saya akan check follow up juga isu ini.

Jadi Yang Berhormat semua, inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri menunjukkan komitmen penuh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah banjir kilat di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha untuk merancang dan melaksanakan projek-projek yang bersesuaian dengan sumber-sumber peruntukan yang tersedia dalam memastikan kesan akibat banjir dapat diminimumkan. Dato’ Yang di-Pertua, akhir kata daripada saya, Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan pembangunan infrastruktur, pengangkutan dan digital di Negeri Pulau Pinang dilaksanakan dengan kaedah yang paling cekap dan lestari bagi kemaslahatan bersama. Justeru, Kerajaan Negeri berharap semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta, semua ADUN-ADUN baik pembangkang atau kerajaan dan juga setiap lapisan masyarakat dapat bekerjasama dan sentiasa menyokong setiap inisiatif Kerajaan Negeri bagi membangunkan dan memajukan negeri Pulau Pinang ke arah mencapai visi dan Misi Penang2030. Sekian terima kasih dan saya mohon menyokong. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Tanjong Bunga. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian persidangan kita ditangguh untuk berhenti rehat dan akan disambung semula pada jam 2.00 Petang.

Dewan ditangguhkan padajam 12.30 tengah hari.

Dewan bersambung semula pada jam 2.00 petang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-Ahli yang Berhormat sekalian kita sambung ke sesi pergulungan, dipersilakan Sungai Acheh

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Bismillahhiramanirrahim, Assalamualikum w.b.t, salam perpaduan, salam Malaysia Madani, Salam Penang2030. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, Turun ke bendang demi beras Sekarang tak sempat, dah jadi YB Petang-petang pergi berbahas Kenalkan diri, saya Haji Rashidi

Asyik datang Padang Kota Datang untuk jalankan kerja Perpaduan bersatu sepakat sejuta Pembangunan dikongsi demi rakyat kita.

Izinkan saya untuk mulakakn sesi pergulungan ini dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Pulau Pinang yang telah memilih tampuk kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menerajui dan memulihara negara dan negeri yang dicintai. Melalui pentadbiran baharu yang di pilih secara demokrasi saya percaya Kerajaan Perpaduan merupakan kerajaan yang lebih cakna dalam membela rakyat dan sentiasa prihati terhadap keluh kesah rakyat.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang khususnya pengundi-pengundi di Sungai Acheh kerana memberi mandat kepada saya untuk mewakli suara rakyat di negeri ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YAB Timbalan perdana Menteri yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang atas amanah dan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Terima kasih juga sahabat saya, dia tidak ada hari ini Ahli Kawasan Bertam, terima kasih jugalah kerana meberi laluan kepada saya dan semua EXCO-EXCO atas kerjasama. Saya juga berjanji pada 16 Ogos 2023, bahawasanya amanah rakyat didahulukan, prestasi kerajaan diutamakan. Tuan-tuan, Timbalan Speaker, UMNO dah lama tak masuk dalam Kerajaan Perpaduan Negeri Pulau Pinang. Seingat saya 2008 kita hilang kuasa selepas 15 tahun kita kembali bersama Kerajaan Negeri dan apa yang saya dapat lihat satu kemajuan yang cukup hebat di negeri Pulau Pinang ini tuan-tuan dan setelah dua (2) bulan hampir ke tiga (3) bulan bersama dengan Kerajaan Negeri saya dapat rasakan kerjasama yang cukup erat tentang kemakmuran yang kita miliki hari ini adalah untuk rakyat Pulau Pinang. Seterusnya tuan-tuan adalah sejarah UMNO dah di beri kepercayaan untuk bersama dengan Kerajaan Negeri, insya-Allah saya mewakili Parti UMNO dan masih mewakli orang melayu Pulan Pinang kita masih lagi insya-Allah kita bersama dengan rakan-rakan yang ada di pusat pentadbiran bersama dengan rakan EXCO yang lain kita akan memberi bantuan insya-Allah apa kebajikan yang ada pada negeri kita akan sampaikan kepada orang melayu Pulau Pinang. Kita akan pastikan orang Melayu kita tidak akan ketinggalan di dalam arus pembangunan yang akan datang. Suka di sini untuk saya mengambil ruang dan peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan bukan kerajaan yang telah bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah, siang dan malam dalam usaha membantu merealisasikan harapan rakyat Pulau Pinang bagi menuju visi Penang2030.

Sebelum saya menyentuh pergulungan secara khusus, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Tun. Timbalan Speaker yang dihormati, saya yakin dan percaya dengan kepimpinan baharu di peringkat Persekutuan, semua agensi dan jentera kerajaan akan bergerak seiring sebagai satu pasukan demi membela kepentingan rakyat di negeri ini. Seperti semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam mengamalkan dasar Cekap, Akauntibiliti dan Telus. Elemen-elemen ini merupakan tiang seri dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dalam membela rakyat. Kepentingan rakyat sentiasa menjadi wadah perjuangan Kerajaan Perpaduan. Saya ingin menyeru kepada seluruh Ahli Dewan bersama-sama menjayakan Visi Penang2030 bagi membentuk sebuah negeri mesra keluarga, pintar dan hijau. Sepanjang saya berada bersama Kerajaan Negeri pelbagai kebajikan diperkenalakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Timbalan Speaker, Semalam saya berbincang dengan rakan dari luar Negeri Pulau Pinang dan mereka mengakui apa kelebihan kebajikan yang Kerajaan negeri Pulau Pinang telah ditawarkan. Subsidi, bantuan pendidikan, bantuan kebajikan, anak emas, warga emas dan yang lain-lain yang setengahnya tak dapat di negeri lain-lain. Cuma persaingan kita kelebihan kita dengan Negeri Selangor tentang kebajikan kita adalah pesaing antara Negeri Selangor yang menawarkan kebajikan kepada rakyat dan ini kita tidak boleh nafikan.

Seterusnya Timbalan Dato’ Speaker saya masuk dalam portfolio saya dalam perdagangan. Merujuk kepada Perbentangan Bajet 2023 yang bertemakan Pembangunan Mampan Rakyat oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, jelas memperlihatkan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan dan kesejehteraan rakyat terus ditingkatkan melalui empat (4) teras utama Visi Penang2030 iaitu penambahan kualiti hidup, peningkatan pendapatan isirumah, penyertaan masyarakat serta peningkatan daya tahan.

Kerajaan Negeri memahami denyut nadi rakyat yang menghimpit rakyat Pulau Pinang khususnya berkaitan kos sara hidup. Hal ini juga menjadi sebahagian dari tugas saya untuk memastikan kos sara hidup ini ditangani dengan sewajarnya. Isu ini sangatlah dekat di hati saya, di mana saya sendiri datang daripada kawasan luar bandar yang tidak asing dengan isu kos sara hidup. Oleh hal yang demikian, sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa bersama-sama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN).

Pihak KPDN telah menjalankan Program Jualan Rahmah (PJR) sebagai inisiatif bagi membantu golongan B40 dan M40 serta golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan. Jualan rahmah ini menawarkan harga diskaun bermula daripada 10 hingga 30 peratus lebih berpatutan daripada harga pasaran biasa. Sepanjang Februari sehingga Oktober 2023, program ini telah dijalankan sebanyak 472 kali melibatkan 13 buah kawasan parlimen yang merangkumi 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan anggaran jumlah pengunjung seramai 465,450 orang sehingga 22 November 2023. Timbalan Tuan Speaker, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya dimaklumkan oleh pihak KPDN Pulau Pinang, Perancangan Program Jualan Rahmah bagi bulan Disember 2023 dicadangkan untuk dijalankan sebanyak 40 kali merangkumi keseluruhan kawasan DUN di negeri Pulau Pinang. Oleh itu saya ingi memaklum jika ada di antara Ahli-Ahli yang Berhormat menghantar permohonan ke pejabat saya dan insya-Allah kita akan uruskan untuk masa akan datang. Seterusnya tentang pembangunan usahawan. Program-program Pembangunan Keusahawanan adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam menggalakkkan dan memantapkan pembangunann keusahawanan yang lebih tersusun dan holistic dalam kalangan rakyat tempatan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan. Kerajaan Negeri melalui agensi negeri dan pusat berkaitan turut berkeinginan melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang akn bertindaak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negeri kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi dan ke arah pencapaian Penang2030 di bawah Pencapaian Inisiatif Strategik B4 iaitu membina ekoistem yang memupuk industri kreatif dan perkhidmatan perniagaan khusus.

Melalui Mesyuarat MMK Pembangunan Keusahawanan, saya telah mendapat taklimat daripada ke semua jabatan serta agensi yang merupakan ahli kepada MMK pembangunan Keusahawanan. Pelbagai akses kepada bantuan, pinjaman, geran, lain-lain insentif telah

dibentangkan kepada saya dan saya sebagai orang baru yang memerajui portfolio ini kata Dato’ Sri Rajoo, baru sembilan puluh sembilan hari, suka memaklumkan…(gangguan).

Nor Zamri bin LatiffPAS · PNSungai Bakap

Boleh saya mencelah. Terima kasih pada Timbalan Speaker, terima kasih pada YB. EXCO dari Sungai Acheh saya tertarik tentang taklimat berkenaaan jualan rahmah dan menyatakan ADUN mana nak buat perlu menghantar permohonan. Jadi adakah termasuk dengan ADUN Pembangkang seramai 11 ADUN ini dan sebelum ini pihak FAMA pun ada datang bertemu dengan saya di Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap dan menyatakan kalau ada nak buat jualan rahmah perlu ada keluar bajet lah tapi memandangkan kita tidak ada bajet, jadi itu soalan saya nak tanya kepada YB-YB EXCO. Terima kasih

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, terima kasih Ahli Kawasan Sungai Bakap., sebab tu saya kata tadi kena buat permohonan dan kita cubalah sebaik mungkin kita uruskan benda itu dan kita boleh bincang insya-Allah bagaimana cara yang kita akan dapat bantuan macam mana kita nak peruntukan. Sebagaimana Sungai Bakap cakap tadi tentang FAMA dan sebagainya saya sendiri berurusan dengan FAMA dan kita memang telah ada bajet sendiri untuk program dengan FAMA dengan yang lain-lain jabatan, tapi kita mungkin ada guna hari ini peruntukan kerajaan yang boleh kita masuk semua kawasan. Boleh Sungai Bakap tara tu.

Suka saya maklumkan bahawa MMK Pembangunan Keusahawanan sedang dalam fasa merangka suatu agenda pemerkasaan usahawan yang akan diumumkan dalam masa yang terdekat. insya-Allah kita akan mengumpul semua jabatan-jabatan yang terlibat. Hari ini kita tahu banyak yang usahawan-usahawan yang duduk di bawah jabatan dan ada setengah semua jabatan dia masuk dan semua peruntukan dia dapat. Jadi kita akan selaraskan satu data dan insya-Allah kita akan perkenalkan satu sistem yang boleh kalau ada pertanian mungkinlah dia akan pi dekat contohnya kita ada MARA, kita ada PERDA dan insya-Allah benda itu kita sedang uruskan. Saya berharap ini akan menjadi pelengkap kepada visi Penang2030 seterusnya memperkemaskan lagi elemen pembangunan keusahawanan di negeri ini. Timbalan Speaker, mengambil kesempatan ini, saya juga suka untuk menguar-uarkan mengenai Skim Pinjaman (SPH) Negeri Pulau Pinang iaitu program kerjasama di antara Kerajaaan Negeri dan PDC dalam menawarkan pinjaman perniaagaan sebagai modal tambahan kepada usahawan mikro di sekitar Pulau Pinang. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang tahun 2023 Kerajaan Negeri melalui Skim Pinjaman Harapan (SPH) telah menyalurkan pinjaman sebanyak RM26,941,630.40 yang memanfaatkan 1,488 peminjam di seluruh Pulau Pinang. Terdapat pelbagai kategori perniagaan antaranya ialah perniagaan atas talian, perniagaan food truck, gerai makanan minuman dan banyak lagi.

Jadi tuan-tuan dan puan puan inilah salah satu usaha Kerajaan Negeri lakukan dan peminjam juga mestilah mempunyai syarat-syarat yang tertentu jangan hari ni kita cerita hari ni kita semua kena pinjam syarat tak cukup. Itu satu masalah, yang tu tuan-tuan kena berhati-hati sebagai YB.

Timbalan Speaker, untuk makluman semua Ahli-Ahli Yang Berhormat pada tahun 2023 sahaja Kerajaan Negeri melalui agensi utama Pembangunan Keusahawanan Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Penang Halal International (PHI) telah membelanjakan sejumlah RM1,721,000.00 bagi pelaksanaan dan penyertaan program promosi dan pemasaran produk usahawan dalam dan luar negara.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Bertam berkenaan penyertaan syarikat Pulau Pinang dalam expo berkaitan halal di peringkat antarabangsa. Untuk makluman Ahli Dewan, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyertai Ekspo Osaka 2025, Jepun yang akan diadakan pada bulan April 2025 sehingga Oktober 2025. Antara salah satu tema yang akan diketengahkan adalah berkaitan Halal Ecosystem…(dengan izin).

Timbalan Yang di-Pertua, di mana Kerajaan Negeri akan memulakan gerak kerja kearah persediaan awal bermula dari sekarang dalam pemilihan syarikat-syarikat serta usahawan yang berpotensi untuk menembusi pasaran halal dunia.

Pesta Pulau Pinang. Ni syok dengar ni. Timbalan Yang di-Pertua, Pesta Pulau Pinang merupakan suatu wadah pemasaran yang telah mula dianjurkan seawal tahun 1966. Ia menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi kunjungan warga luar Pulau Pinang untuk berkunjung ke Negeri Mutiara ini khususnya pada pengakhiran setiap tahun. Pada tahun ini, program ikonik negeri ini bakal mencipta sejarah penganjuran buat kali yang ke-55. Umumnya, Pesta Pulau Pinang ini terdiri daripada penyertaan daripada jabatan dan agensi kerajaan seperti MBPP, PDC, Jabatan Pertanian, PERDA, FAMA dan lain-lain. Kian tahun, penganjuran Pesta Pulau Pinang ini mula dimanfaatkan oleh usahawan-usahawan daripada pelbagai latar belakang untuk memasarkan produk-produk keluaran mereka dan ianya nampak kesungguhan dan keberanian usahawan untuk mengetengahkan hasil keluaran mereka.

Nor Zamri bin LatiffPAS · PNSungai Bakap

YB, lagi sekali mencelah boleh, ya? Terima kasih Timbalan Speaker jadi tadi YB Exco ada menyebutkan tentang selaraskan pinjaman ataupun dalam bentuk geran kan? Daripada MARA ke, daripada Jabatan Pertanian. Cuma persoalannya ada usahawan tu yang dapat sampai empat (4), lima (5) agensi. Itu nombor satu dan nombor dua saya sendiri pernah menegur pada usahawan yang mana dia dapat bentuk geran tapi lepas tu dia jual. Jadi bagaimana kita nak atasi benda tersebut sebab kadang kesian kepada orang yang sepatutnya dapat tapi bila dah dapat sampai empat (4), lima (5) tu dia dapat mesin, apa mixer apa semua, lepas tu dia pun jual dan saya pun kata tak boleh jual ni, ini hak kerajaan sebab diberikan oleh kerajaan dan bagaimana untuk mengatasi masalah untuk nak memantau tu? Terima kasih.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Sungai Bakap seperti saya maklum tadi, kita akan selaras dengan jabatan, kena perlu ada satu kalau nak collaborate semua, dengan agensi kerajaan. Saya dah jumpa untuk makluman, banyak yang dia ada data untuk jabatan dia sendiri dan kadang-kadang yang terkini ni dia tidak boleh bagi secara detail. Ini adalah salah satu usaha kita. Walaupun hari ini kalau di peringkat negeri kita dah memang dah nampak benda tu dah lebih terperinci, terutama di bahagian Pejabat-pejabat Daerah, memang kita detail setiap bantuan yang kita bagi kita akan pantau untuk peringkat negeri dan Insya-Allah benda ni saya kena, memang kita akan bawa ke peringkat pusat daripada jabatan-jabatan, daripada pusat-pusat Insya-Allah. Terima kasih.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Yang Berhormat Sungai Acheh, saya hargai usaha Yang Berhormat Sungai Acheh untuk kumpulkan maklumat-maklumat usahawan ini untuk dijadikan satu database dari segi penerimaan bantuan dan juga geran-geran daripada agensi-agensi berkaitan. Cuma saya harap skop usahawan, skop bidang usahawan itu tidaklah terlalu terhad hanyalah kepada bidang-bidang tertentu sahaja seperti contoh F&B, fabrik dan sebagainya. Memandangkan kita juga ramai usahawan-usahawan dalam bidang-bidang lain, dalam bidang pembuatan termasuklah pencetakan dan lain-lain. Jadi, kita harap skopnya itu turut diperluaskan, terima kasih.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Seberang Jaya. Memanglah itu yang telah kita bincangkan dan Insya-Allah kita akan details kan perkara-perkara ini dalam masa yang terdekat. Tang mana tadi ni. Kemegahan penganjuran Pesta Pulau Pinang ini juga dapat dilihat melalui penyertaan pavilion antarabangsa seperti pavilion daripada negara Indonesia yang dikenali sebagai Pavilion Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Acheh yang turut serta dalam pavilion daripada negeri Thailand. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kewangan Negeri di atas penganjuran Pesta Pulau Pinang ini, dan saya secara peribadi mengharapkan penganjuran ini akan sentiasa dapat diteruskan agar penduduk Pulau Pinang khususnya para usahawan dapat menjadikan sebagai batu loncatan dalam pemasaran barang-barang tempatan. Tuan-tuan, kita juga bagi pihak daripada usahawan kita dah untuk tahun ini…(gangguan).

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Dato’, boleh?

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Boleh, sila.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Dato’. Terima kasih juga kerana bagi goodies bag kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat mempromosikan produk usahawan tempatan. Saya ucapkan terima kasih. Dato’ Speaker, saya tertarik dengan Pesta Pulau Pinang, penganjuran Pesta Pulau Pinang ni kerana Pesta ni pun terletak di kawasan saya juga di KADUN Batu Uban. Saya mengalu-alukan penganjuran Pesta Pulau Pinang ini kerana kita tahu saban tahun ni, setiap tahun Pesta Pulau Pinang ini juga menarik ramai pengunjung tempatan dan juga pengunjung luar tetapi seringkali apa maklum balas yang saya terima adalah berkenaan dengan harga jualan gerai apabila peniaga-peniaga atau pun usahawan tempatan ini dia nak mengambil bahagian untuk menjual barangan sepanjang penganjuran Pesta Pulau Pinang ini, harganya terlalu tinggi dan saya juga pernah bangkitkan isu ini bersama dengan (tak jelas). EXCO YB Sungai Acheh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Harga apa? Harga sewa ka harga barang?

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Harga sewa, harga sewa dan harga barang juga tinggi sebab harga sewa yang terlalu tinggi, dia ada entry fee juga, maka harga barang pun tinggi, harga satu minuman pun boleh mencecah RM5 dan ke atas, so, ini adalah isu yang perlu kita lihat dan selalunya peniaga-peniaga tempatan kurang mendapat peluang. Tapi kali ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Acheh kerana Batu Uban juga diberikan tiga (3) orang usahawan diberikan peluang untuk berniaga sepanjang tapak pesta ini dengan kos ditanggung oleh Pejabat YB. Sungai Acheh. Terima kasih saya ucapkan juga. Kerana. Walau bagaimanapun, pada untuk jangka masa yang panjang, saya berharap pemilihan peniaga-peniaga ini perlulah kita beri fokus bukan sahaja orang tempatan tetapi juga daripada warga mereka yang meniaga di Pulau Pinang ini kerana kebanyakannya sekarang kita lihat dia melalui proses tender di mana ramai peniaga daripada luar yang mendapat peluang ini. So, saya rasa kita boleh lihat Ini perkara ini juga dan untuk rancangan, saya nak tahu juga rancangan jangka masa panjang untuk tapak pesta ini kerana kita lihat sekarang kegunaan tapak pesta hanyalah setahun sekali sahaja tetapi kita ada satu kemudahan yang baik, tempat yang besar dan tetapi saya lihat kegunaan Itu kurang. Kita hanya menggunakannya untuk setahun sekali sahaja untuk penganjuran Pesta Pulau Pinang ini. So, saya nak tahu Yang Berhormat Sungai Acheh rancangan jangka panjang kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sila Sungai Acheh.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Batu Uban. Dia memanglah, kalau gerai ini bagi sewa kepada orang tempatan, dia sewa kepada orang lain dia secara automatik akan jadi mahal. Daripada yang kita maklum, saya rasa taklah mahal sangat. Sepatutnya kalau bertukar dua (2) tangan dia sub pula, dia bagi ke tangan kedua, tentulah jadi mahal dan saya akan mintalah Pejabat Kewangan kita akan pantau untuk tahun ini dan Insya-Allah tahun depan kepada pihak-pihak ADUN yang berminat boleh maklum awal supaya tahun ni kita dah terlewat kita dapat pun tak banyak, perbincangan kita ini di hujung-hujung waktu. Jadi kita dapat sikit, jadi kita bagi pada kawan-kawan yang dekat dulu dan Insya-Allah untuk apa memberikan galakkan kepada usahawan-usahawan tempatan, YB-YB yang yang berminat boleh maklum kepada kita tapi bagi awal sikit. Okey. Itu untuk apa gerai dan untuk perancangan masa depan Insya-Allah kita akan bincang dengan tuan tanah. Saya bukan tuan tanah, saya cuma jadi orang tengah memang kita dah ada permulaan perbincangan Insya-Allah saya rasa benda tu boleh ke arah yang positif. Okey. Boleh tera tu,okey? Pembangunan Luar Bandar. Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang kecil dan padat dengan fokus utama pada sektor perindustrian dan perkhidmatan, ianya mungkin mempunyai keperluan pembangunan luar bandar yang berbeza berbanding dengan negeri-

negeri yang lebih luas dan terpencil. Namun begitu, pembangunan luar bandar di Pulau Pinang boleh difokuskan kepada beberapa aspek utama dan antara fokus utama dalam pemerhatian saya adalah aspek pembangunan infrastruktur luar bandar. Pembangunan luar bandar juga di Negeri Pulau Pinang menampakkan perkembangan yang sangat baik menerusi komitmen yang diberikan oleh jabatan dan agensi yang khusus terkait di luar bandar. Saban hari, keperluan memasukkan elemen-elemen teknologi bagi pembangunan luar bandar adalah menjadi keperluan selari dengan peredaran masa yang pantas dalam pembangunan teknologi. Menerusi MMK Luar Bandar yang diterajui oleh saya, penekanan dalam menyebar luas penggunaan teknologi terutama dalam hal pembangunan infrastruktur luar bandar adalah menjadi agenda utama bagi penggal ini selari dengan hasrat Yang Amat Berhormat Ketua Menteri melalui Visi 2030. Memetik kata daripada Tuan Yang Terutama Tun semasa ucapan Perasmian Dewan, kerjasama yang erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah penting untuk memastikan projek pembangunan dan infrastruktur yang dirancang akan dapat dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan supaya rakyat dapat menikmati manfaatnya. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih, setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di atas pemberian peruntukan bagi pembangunan infrastruktur luar bandar berjumlah RM500,000 di dalam Mesyuarat Penyelarasan antara Yang Amat Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) yang turut dihadiri oleh saya pada 11 Oktober 2023 yang lalu. Saya turut mengambil kesempatan ini menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan agar Kerajaan Negeri memberi perhatian bagi mengeluarkan penduduk daripada kesusahan di kawasan Permatang Berangan. Untuk makluman Yang Berhormat Permatang Berangan dan Ahli Dewan sekalian, Kerajaan Negeri telah menyediakan platform khusus melalui lima (5) Jawatankuasa Focus Group Discussion Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah bagi membincangkan isu-isu kesejahteraan rakyat di mana setiap Ahli Dewan Undangan Negeri merupakan Ahli Jawatankuasa tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa tersebut diadakan dalam setiap bulan atau dua (2) kali sebulan bagi tujuan menyelaras bantuan oleh pelbagai agensi dan Badan Bukan Kerajaan kepada pihak yang memerlukan bantuan. Sebarang cadangan berkaitan usaha pelaporan golongan sasar atau pemberian bantuan akan dipertimbangkan melalui mesyuarat, di mana Kerajaan Negeri telah menurunkan kuasa kepada Jawatankuasa tersebut yang dipengerusi oleh Pegawai Daerah untuk membuat sebarang keputusan berkaitan pemberian bantuan atau hal-hal berkaitan selepas siasatan ke atas individu yang terbabit. Justeru, mohon Yang Berhormat Permatang Berangan untuk memanfaatkan platform tersebut. Timbalan Yang di-Pertua, iltizam saya bawakan bagi kesemua portfolio yang diterajui oleh saya adalah melalui libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan. Justeru itu, beberapa siri Jelajah Dialog Luar Bandar Sejahtera akan dimulakan seawal tahun 2024 dan akan melibatkan Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya yang berada di luar bandar. Melalui sesi jelajah dialog ini, kesemua pandangan dan idea dapat dibawa ke Mesyuarat MMK Luar Bandar dan saya sendiri memberi jaminan akan memantau segala isu-isu berbangkit yang berada dalam tindakan agensi dan jabatan yang berkaitan. Timbalan Yang di-Pertua, saya selaku Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar ingin menyatakan komitmen saya di dalam Dewan yang mulia ini untuk membuka ruang rundingan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada di blok

kerajaan mahupun pembangkang untuk mengemukakan apa jua cadangan, jaringan kerjasama yang ada dalam bentuk penganjuran, penyertaan atau penglibatan program berkaitan portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh terus berunding dengan saya dan Insya-Allah saya akan mempertimbangkan segala permohonan yang akan dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua, walaupun berada di penghujung penggulungan ini, ianya tetap berada perkara utama di hati saya. Saya ingin mengambil kesempatan pada sidang kali ini untuk menyuarakan rasa prihatin mendalam terhadap situasi isu Palestin yang semakin tegang dan mencemaskan. Ini isu yang berlarutan di kawasan tersebut memerlukan perhatian segera dan tindakan berkesan daripada masyarakat antarabangsa. Ketidakstabilan dan keganasan yang terus berlanjutan di Palestin telah memberi kesan yang serius terhadap kehidupan sehari-hari rakyat Palestin. Menyaksikan penderitaan, kesulitan yang dihadapi oleh mereka, terutamanya kanak-kanak dan wanita, adalah sesuatu yang menyayatkan hati. Situasi politik yang rumit telah mencetuskan ketidakadilan dalam kalangan penduduk Palestin. Saya menyeru kepada rakyat Pulau Pinang khususnya dalam kalangan kita selaku Ahli-ahli Yang Berhormat tanpa mengira fahaman politik untuk bersatu hati dalam isu penindasan di atas Palestin ini. Ini bukan hanya tentang Palestin, tetapi juga tentang keadilan global dan kemanusiaan. Kita harus bekerjasama untuk memastikan hak asasi manusia dihormati dan untuk mencapai kedamaian yang berkekalan di kawasan tersebut. Keamanan dan kesejahteraan rakyat Palestin harus menjadi keutamaan bagi komuniti antarabangsa. Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri yang banyak membantu menjayakan dasar Kerajaan Negeri. Tidak lupa juga kepada semua penjawat-penjawat awam daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, termasuk semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri yang banyak membantu sama ada secara langsung atau pun tidak langsung serta banyak membantu dan memberi bekerjasama dan saya menggalas amanah selaku Pengerusi MMK Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar serta ADUN Sungai Acheh dalam merealisasikan serta melonjakkan ketahanan ekonomi negeri ke arah pencapaian Visi Penang2030. Sebelum saya mengundur diri pesanan buat diri saya sendiri, bekerjalah Yang Berhormat sepenuh hati mertabatkan Negeri Perpaduan Madani, tuan-tuan selaku sebelum penutupan dan saya mohon kita bekerjasama di dalam ruang dan peluang yang kita ada pada hari ini sama ada pihak kerajaan atau pihak pembangkang kita sama-sama di amanah untuk bertanggungjawab dan ada isu yang boleh kita berbincang dengan panjang lebar dan ada isu yang sensitif yang perlu kita perbincangkan dalam golongan-golongan yang tertentu. Inilah kali pertama saya berada di Dewan ini, sejarah saya berada di sini, sejarah juga yang membawakan saya yang tidak fikir tidak pernah terfikir tuan-tuan. 95 saya masuk dalam politik akhirnya pada hari ini saya berada dan pada hari pertama saya dapat melihat bagaimana perbincangan yang kita bawa janganlah menumpu pada suatu kelompok yang kecil kerana kita nak membawa negeri kita ke arah kemajuan yang perlu diingat mati yang perlu diambil oleh semua bangsa yang ada di sini dan saya tahu politik yang ada di Pulau Pinang ini adalah politik yang lebih tertumpu kepada bangsa dan hari ini kita sedar UMNO dulu satu ketika dulu pun cukup kuat dengan perkauman dan sebagainya dan UMNO jugalah kalau saya lihat hari ini 70 peratus yang ada di Dewan ini tidak sangka, saya tidak sangka saya hendak luah sikit saya tidak

sangka hari ini sebenarnya masih berada orang-orang kita di Dewan, bermakna orang Melayu tidak ditinggalkan oleh kerajaan Pulau Pinang. Jadi kita berpijaklah di bumi yang nyata dan hari ini kita bekerja sama kita bekerja sama dalam arus untuk membina dan memaju bangsa kerana kalau kita tak membawa rakyat-rakyat kita pengikut-pengikut kita di luar sana maka kita akan ketinggalan dengan maklumat-maklumat yang sedia ada Insya-Allah oleh itu seperti yang saya saya maklum tadi saya menawarkan diri untuk menuntut ikatan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk sama-sama dalam urusan di bawah portfolio saya bersama dengan ADUN-ADUN dan kita akan membawa penerangan tentang perkembangan negeri yang harus yang wajib kita sama-sama ambil kesempatan, semoga kita tidak ketinggalan dengan arus pembangunan yang akan datang. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Tuan Timbalan Speaker, okey.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dah turun dah.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Bukan nak komen apa, cuma nak bagi sedikit, sedikit saja hendak bersama-sama kita dengar tadi yang bercakap tadi kawan kita juga ya untuk membangunkan negeri Pulau Pinang kelmarin pun kita dengar daripada Air Putih sama juga ya tapi dalam soal ini bila kita semua bercakap nak memajukan bersama-sama negeri Pulau Pinang bila sembang bab peruntukan tak sama, jadi itulah

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sebentar lagi Penanti boleh masuk dalam penggulungan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Bersama-samalah kita eh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya ucapkan terima kasih kepada Sungai Acheh kerana

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Saya hendak tambah sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tidak boleh dah, tidak boleh dah. Yang ini bukan floor dia. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Sungai Acheh kerana sudi memberikan kita goodies buatan tempatan buatan tempatan, terima kasih banyak-banyak atas usaha cuma satu ADUN tu dia buat aduan dia tidak terima yang belakang, yang belakang, yang belakang YB Rashidi, ADUN Bayan Lepas, 1 tidak ada. Okey dipersilakan Datok Keramat. Kena bahagi 2.

Selamat petang, salam sejahtera, salam Pulau Pinang 2030, salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih kerana memberi saya peluang pada petang ini untuk membuat sedikit perbahasan terhadap ucapan perasmian oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi tempohari seperti mana semua tahu dan baru saya diperingati Sungai Acheh ada ramai yang kita berada di sini ini ucapan julung kali kita, juga untuk saya Dato' Speaker. Dato' Timbalan Speaker ucapan julung kali saya dalam portfolio baru saya sebagai Timbalan Ketua Menteri di bawah Modal Insan, Sains dan Teknologi. Walaupun sebelum ini 10 tahun saya ucap hal-hal dan bab perumahan dan bab Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa but this is also my first time but we move quickly apabila dalam portfolio dahulu kita, kita selalu dengar permintaan daripada portfolio atau pun EXCO memegang portfolio saya sekarang sebelum ini dan kita tahu apakah cabaran-cabaran, apakah isu-isu dan saya akan cuba sedaya upaya. Pagi tadi Dato' Timbalan Speaker, saya ada tiga (3) soalan lisan di mana saya percaya banyak maklumat telah saya kongsikan dan saya tidak berhasrat untuk ulangi semua dia tetapi sekiranya ada apa-apa pertanyaan saya bersedia untuk cuba sedaya upaya untuk membalas. Jadi balik kepada ucapan oleh Tun tempoh hari dalam ucapan beliau ada dinyatakan beliau di mana beliau sentuh berkenaan portfolio saya, di mana diminta supaya kita mengambil langkah proaktif merangka satu pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi untuk pelbagai usaha kita dalam bidang Sains, Teknologi dan Pembangunan Modal Insan dan itu saya ambil iktibar semestinya itu kita akan buat dan sudah pun kita mula, saya sudah pun dalam tempoh 99 hari dalam portfolio baru ini melawat kepada banyak fasiliti seperti factory dan MNC dan juga ada perbincangan dengan pelbagai agensi yang mempunyai di bawah payung mereka semua agensi-agensi lain seperti PSDC dan sebagainya. Of course Invest Penang telah beri banyak taklimat kepada kita dan kita sedang dalam proses blueprint tersebut. Sepertimana saya nyatakan saya dalam memegang portfolio ni saya merupakan Pengerusi 3 GLC yang penting iaitu Penang Science Cluster, Penang STEM 4.0 dan juga Tech Dome dan ini juga kita telah pun ada perbincangan awalan supaya kita ada satu blueprint yang teguh yang menyeluruh yang holistik untuk satu tempoh sekurang-kurangnya sehingga matlamat kita di bawah 2030 dapat kita capai untuk portfolio-portfolio khusus tersebut. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya terus kepada perbahasan yang telah dilakukan dan saya cuma hendak cuba ringkaskan beberapa Yang Berhormat kita yang telah pun menyentuh tentang isu di bawah portfolio saya, yang pertama Dato’ Timbalan Speaker, Yang Berhormat Sungai Dua ada bangkit mengenai isu pengangguran di Pulau Pinang dan bertanyakan mengenai sektor-sektor yang terdapatnya peluang pekerjaan untuk atasi dan tangani isu tersebut. Saya merujuk kepada penerbitan big data analytics job market insights oleh Jabatan

Perangkaan Malaysia, pagi tadi saya ada sebut tetapi sekarang saya akan khusus kepada Sungai Dua mungkin dia akan balik nanti sekejap di mana saya dimaklumkan daripada laporan itu Dato’ Timbalan Speaker bilangan kekosongan jawatan yang diiklankan online dalam talian untuk negeri Pulau Pinang adalah 25,937 jawatan dan yang penting adalah kita lihat suku tahun pertama tahun 2023 telah mencatatkan suatu pertumbuhan jawatan kosong tahun ke tahun sebanyak 18.4 peratus daripada jumlah jawatan tersebut direkodkan bahawasanya sejumlah 2,143 jawatan kosong adalah daripada sektor pembuatan di mana actually this is mempunyai permintaan yang terbesar dimana kita sedang lihat bagaimana kita boleh buat lebih program agar ia dapat diisi dengan segera dan bagi sektor perdagangan borong dan runcit 1,125 jawatan kosong untuk sektor tersebut. Dato' Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua, Berapit, Yang Berhormat Berapit ada bertanyakan mengenai peluang kerjaya kepada graduan yang mana pasaran tenaga kerja tempatan perlu disediakan ataupun menyediakan peluang pekerjaan bernilai tinggi berbanding di luar negara. I think, I ada ulas sedikit pada pagi tadi di mana ada banyak pertanyaan tentang BR1M-BR1M di mana ada negara-negara lain jiran-jiran kita yang mengambil bakat-bakat mahir kita untuk bekerja di situ. I have mention a big just now in the morning tetapi kita akan teruskan melihat bagaimana kita boleh pastikan mereka mengambil tempat mereka di Pulau Pinang and I think seperti mana saya nyatakan kehadiran 350 multinational company di Pulau Pinang dengan hampir 4,000 SME’s di Pulau Pinang iaitu perniagaan kecil dan sederhana adalah bukti yang menunjukkan Pulau Pinang adalah satu tarikan sehingga seperti mana saya nyatakan, saya ulangi kita silicon valley of the east bahagian timur and ini adalah pengiktirafan kedayasaingan kita sebagai satu hub industri di rantau ini dan saya percaya as my Chief Minister selalu nyatakan we are 50 tahun dalam bidang ini dan sememangnya dalam 50 tahun, lima (5) dekad tersebut banyak pencapaian yang telah pun kita lihat sehingga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga telah menyatakan kita ada Industrial Park tradisi kita di Bayan Lepas Free Trade Zone, kita juga ada Industrial Park baru kita di Batu Kawan dan kita lihat ada beberapa tapak yang lain yang kita lihat dalam perancangan jangka masa sederhana dan panjang kita akan juga kita harap ia menjadi industrial park untuk kita perform….(dengan izin), permintaan daripada industri-industri yang hendak labur di negeri Pulau Pinang. So we have to start making plans we have made plans one of the ways as my Chief Minister has said is kita bekerja sama juga dengan pihak swasta di mana kita telah identify beberapa tapak yang akan dijadikan Industrial Park tidak lama lagi Dato’ Timbalan Speaker. Saya teruskan apabila merujuk kepada ucapan daripada Tun Tuan Yang Terutama, kita memandang serius terhadap kepentingan dan keperluan modal insan atau pun bakat untuk industri dan ia akan seperti mana saya nyatakan kita akan di peringkat Pulau Pinang come out with satu dasar dan hala tuju like I said holistik yang adalah selaras dengan dasar tenaga negara. Kita ada beberapa dasar di peringkat pusat yang mana kita hendak selaraskan supaya kita boleh kerja bersama-sama mereka supaya kalau ada bantuan yang boleh diberikan oleh pusat kepada usaha kita di Pulau Pinang dalam hal ini, maka we have to work together with them. Kita sedang mengaturkan beberapa perbincangan dan mesyuarat dengan beberapa Kementerian seperti Kementerian MOSTI dan sebagainya yang saya sebut tadi dalam ucapan saya ada beberapa pemodal insan of course human resources kita sudah pun ada perbincangan dan kita akan pergi ke Putrajaya untuk halusikan lebih usaha kita sini di Pulau Pinang. Saya juga ingin menyatakan apabila but saya rujuk kepada Yang Berhormat Batu Uban yang membangkitkan penekanan bidang STEM untuk menampung permintaan syarikat I will not go into the details by three (3) jawapan lisan ada terlalu banyak number dan sebagainya but we have had many programe, banyak program telah pun kita laksanakan, sedang dan akan

laksanakan di mana kita ada gabungan bersama dengan pihak swasta juga dengan beberapa organization yang lain dalam pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan an Math which is STEM di mana Kerajaan Negeri dalam usaha kita bekerjasama dengan pihak-pihak tersebut akan memberi mereka satu sokongan yang memang kuat because this is part and parcel of our agenda untuk di bawah 2030 untuk menjadi satu negeri pintar Dato’ Timbalan Speaker, so it is very important that that work, that we work together with all this different parties, we are doing it at the very aggressively Dato’ Speaker…(dengan izin). Like I said tadi dalam ucapan saya can we just give an example untuk TVET vocational training kita sudah pun 2550 bengkel melibatkan hampir setengah juta pelajar yang telah pun dapat menikmati program tersebut dan ia tidak berhenti di situ lah. It is a daily continuing affair dan kita akan teruskan and it is thing like this Dato’ Speaker (dengan izin) yang akan kita masukkan dalam blueprint yang lebih holistik tersebut kerana blueprint is something untuk masa depan. Tetapi actually bukan kita hendak mula hari ini, sudah pun ada banyak pelbagai program.

Kalau pagi tadi dalam jawapan lisan if I think my Chief Minister and also Dato’ Speaker was looking at my jawapan and on a pelbagai contoh program yang ada. If I wanted to put the entire program hundred percent there Dato’ Speaker, sampai sekarang pun mungkin saya tak habis. So I it is probably five percent of what I put I was talking to Batu Uban and just joking them I said you come to my room and we can go through you are in some of my community anyways, so it will take too long I don't want to take up too much time Dato’ Speaker…(dengan izin). So I will just go so. Program-program seperti itulah satu contoh yang saya bagi kerana nombor dia besar kita akan sediakan pelbagai insentif untuk menarik lagi pendidikan dan pembangunan bakat. Very important because that is another very important beberapa pandangan pagi tadi berkenaan apa insentif yang kita hendak beri.

Ada banyak yang saya telah pun nyatakan tadi dan kita perlu I said pertingkatkan lebih insentif tersebut. Supaya kita boleh dapat. See last time Dato’ Speaker apabila saya berada dalam portfolio perumahan. I give that as an example because dia berbeza dalam beberapa hal yang begitu ketara. Di Pulau Pinang. Hasrat kita dalam 2030 untuk capai 220 ribu unit pelbagai jenis rumah mampu milik. Kita sudah capai 70 peratus, apabila saya datang ke portfolio baru saya. Which is about 165,000 that was the last count when I left housing. Now that is affordable housing itu perumahan mampu milik because demand masih ada.

Di Pulau Pinang satu soalan konsisten selalu mereka akan kata not affordable. Kita lihat banyak skim perumahan. Malam kita you melalui dia semua gelap what does that mean, itu bermaksud mungkin yang yang tinggi-tinggi itu dia orang beli untuk pelaburan. So di situ ada over supply the demand is not there mungkin orang tak mahu beli dan duduk. This is very relevant to where I am today kerana ada mismatch on the other end. Ada permintaan yang besar tetapi pembekalan bakat itu kurang, so that is my job now so we are looking at bagaimana kita hendak bridge the gap if I can…(dengan izin). How do we do that so that will be my agenda number one so that we can assist existing industry and possibly industry that not possibly in industry that world becoming they are looking for Penang as my Chief Minister said this is the position that we have to concentrate on.Silakan.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat saya mendengar panjang lebar dan jawapan yang komprehensif daripada pagi jawapan-jawapan soalan-soalan lisan Datok

Keramat. Kita semua akui Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini akui memang ada ketandusan bakat dalam industri kita dan juga dalam negeri kita. Cuma pertanyaan saya, persoalan saya adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan khusus untuk relocate golongan yang berada dalam gig ekonomi. Kerana dalam golongan ini bukanlah mereka tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Ada di antara mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang baik. Jadi adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan khusus untuk menawarkan program-program yang seperti yang disebutkan oleh Datok Keramat supaya mereka dapat reskilling ataupun upskilling dan boleh ditempatkan mereka ke dalam sektor-sektor yang ketandusan bakat ini. Terima kasih Datok Keramat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Thank you very much rakan saya daripada Seberang Jaya. Sememangnya dalam usaha kita untuk mewujudkan lebih bakat supaya boleh masuk ke industri, kita lihat kepada pelbagai sektor one of them of course is gig economy now that is an example itu contoh yang baik yang diberikan. Di mana bukan macam mereka tiada kemahiran actually some of them lagi mahir daripada beberapa jurutera dan sebagainya. Tapi mereka pilih untuk masuk ke dalam gig economy. You know because they say it is a quick fix you can make money quickly itu gig economy lah you all are we all know what that means. So the question is how do we tarik mereka supaya boleh masuk ceburi diri dalam program-program seperti STEM, TVET dan sebagainya. So that like you say very important for me and very correctly said upskilling we want to do that you see. Walaupun mungkin mereka sudah ada pun pendidikan mungkin kepada form tingkatan 5 dan sebagainya. Kita tidak mahu mereka berhenti di situ, so kita ada banyak program dengan especially industry Dato’ Speaker, Dato’ Timbalan Speaker. Just now I mention one thing in the morning one of my questions very relevant to this how do you pull them you see. Apabila kita nak latih pelajar kita supaya ada bakat dan upskilling mereka. Apa yang kita perlu, kita perlu ada guru. Now Dato’ Timbalan Speaker sometimes that is kekangan kita. Tak cukup guru yang boleh latih mereka agar mereka capai satu tahap kemahiran yang diperlukan dalam industri. So what do you so we see we have to address the isu kita perlu tangani the issue we don't have to go far.

Saya lihat kepada pelbagai kita ada banyak source if I can say untuk get people to train the pelajar ada mana Dato’ Speaker, Dato’ Timbalan Speaker. Tak perlu pergi jauh kalau kita ada 350 MNC, kita ada 4000 SME di Pulau Pinang. Sudah pun ada tapak dia di sini siapa yang kerja di situ? Jurutera expert-expert dalam industri tertentu itu. So kita sudah pun mulakan beberapa program di mana industri fasiliti tersebut mereka ada satu program dalaman. Quite a few already now in fact they are looking one site on site they want to bina universiti but dalam tapak bukan sahaja training college yang sudah ada banyak it is come to that point in Penang so that is where we need to have more awareness program dan kita sedang buat itu dan saya mengalu-ngalukan semua Yang Berhormat kalau ada keperluan untuk adakan program di kawasan kita masing-masing maklum pada saya. So I can get you connected with industry cause they are also very willing dan hendak pergi untuk ke tempat-tempat untuk beri lebih kesedaran kepada semua yang…(gangguan).

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Mohon mencelah Yang Berhormat. Tadi apa yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat banyak berkisar berkenaan dengan TVET dan Engineering saya rasa kilang-kilang semua ini. Tapi saya rasa servis industri patut juga dipertimbangkan sebab contoh kita di Pulau Pinang negeri pelancongan banyak hotel di sini. Saya nak ambil contoh hotel, student yang buat intern di kebanyakan hotel 3 bintang atau pun 5 bintang hari ini kebanyakannya daripada luar. So these student from overseas from daripada Philippines daripada Indonesia, Thailand tak ada lagilah. Tapi 3 bintang ke 5 bintang hotel ini. Jadi mereka ini diambil untuk membuat latihan kalau dalam Engineering di panggil latihan dalam loji atau pun practical training tetapi kita kata intern enam (6) bulan. Bawa datang daripada Indonesia ke sini untuk bekerja di sini. Jadi apa hal dengan institusi-institusi service industry kita di sini yang mengajar budak-budak kita macam mana nak masak, nak jaga hotel apa semua. Jadi satu pendekatan perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan bahawa pelajar-pelajar kita disini diberi ruang untuk membuat latihan di sebalik mengambil pelajar-pelajar daripada luar baik itu saja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ringkaskan ya.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Ya, saya ringkaskan Dato’ Speaker. Sememangnya saya beri tumpuan khusus kepada industri kerana ini adalah Sains Teknologi but you are absolutely right rakan saya daripada Penanti. Dalam perbincangan tadi saya dah kata Penang Science Development (PSDC) kita ada satu perbincangan di mana roundtable pertama bukan sahaja industri teknologi yang sampai ke ke bilik kita termasuk servis industri dan kita setuju dengan Penanti bahawa kita tidak boleh dalam modal insan we also have to look into a bigger picture, so certainly the discussion ada di situ. Kita ada kita akan teruskan perbincangan tersebut. Tapi saya juga tertarik dengan point yang diambil tadi iaitu kalau boleh industri tersebut selain daripada training mereka melatih mereka untuk mendapat lebih bakat dan sebagainya juga membantu dari segi peruntukan by giving for instance as mentioned internship, giving grand, dan sebagainya dan untuk makluman semua Dato’ Timbalan Speaker dan semua yang hadir. Sememangnya ada banyak factory-factory yang sudah pun ada program-program sedemikian rupa yang boleh kalau mereka minat datang ke situ kita buat latihan kita bagi dia juga sedikit what we call allowance apabila kita sedang belajar tersebut and then kalau dia minat terus dia akan teruskan kerjaya dia di situ. So it is a big ecosystem that we are looking at but these are all very important component dalam ekosistem. Saya ucapkan terima kasih atas pandangan tersebut Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Teruskan, teruskan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Mohon mencelah Yang Berhormat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat kena tengok masa sama. Saya takut tak sempat nak habis Yang Berhormat punya penggulungan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Balik 7.30 pun tak apa. Yang Berhormat EXCO terima kasih atas usaha Kerajaan Negeri. Cuma saya nak tanya tentang PSDC, sejauh mana pencapaian dia dalam melahirkan new talent PSDC sejauh mana pencapaian dia dalam membina modal insan. Maksudnya katakan yang attend 10. Adakah 10 yang mencapai tahap. And then saya nak sebut sebenarnya when we are talking about talent management saya pernah bekerja di Intel, Motorola dan Hewlett Packard. Memang sejak 1990 lagi memang factory ini memang ada buat talent management in fact dia buat dengan kerjasama Kerajaan Negeri cuma I tak sure lah kenapa kita masih lagi kekurangan talent hari ini. Kita masih lagi beyond kekurangan.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Kerana industri sudah banyak begitu tambah secara mendadak dan itulah permasalahan dia. That's why I said supply and demand is all about that so apabila kita ada permintaan banyak kita and that is because of industry yang sudah pun begitu mendadak sekarang di Pulau Pinang dan akan terus. Maka kita juga perlu sediakan pembekalan bakat tersebut and I agree with you it is nothing new and the I'm very happy to know you have worked in Intel, Motorola and so for, they have such programs you have absolutely right so we will continue and your question on PSDC what have they done. PSDC mereka melihat kepada banyak fasiliti dan industry factory-factory kilang-kilang dan juga berbincang dengan mereka tentang apa permintaan mereka, in fact this is the letter from PSDC dengan pelbagai permintaan yang terkini semasa isu-isu semasa mereka. Di mana saya akan bincang bukan sahaja peringkat Pulau Pinang but when I go to kementerian, so they have been on the of course tetapi tak mencukupi I tak boleh nafikan itu but kita akan teruskan usaha kita that is the reason why as I say just now Dato’ Timbalan Speaker very important for us at this point in time to come out that blueprint so we know exactly hala tuju kita and that is what I will do we are working very very aggressively on this and we hope by the next sitting I can give you some positive report on that particular blueprint.

Dato’ Speaker I'm going to end already. Because I said most of it this morning anyway I want to give opportunity the rest. So kita akan teruskan dengan beberapa agensi yang saya nyatakan yang besar tadi STEM, PSDC again it's always there the science cluster Tech Dome, Digital Libraries, Penang Platfrom dan pelbagai agensi lain. These are some of the yang lebih besar dan merekalah yang akan bantu Kerajaan Negeri dalam Visi, Misi hasrat objektif kita untuk hasilkan lebih bakat-bakat dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri-industri bertaraf dunia kita yang sudah pun bertapak di Pulau Pinang and I got a whole list here tapi tadi pagi saya sudah baca sebanyak apa ni event-event yang sedang dan akan berlaku. Please come to the Penang International Science Fair pada hari Sabtu dan hari.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

SPICE.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Di SPICE, correct Dato’. 25th and 26th. Kita jangka hampir 60,000 akan hadir. So, it's a very big event. And the I mean if Ahli-ahli YB nak sponsor pelajar dari sekolah pergi, please you can let me know I will I will make the arrangement. This is a very good platform untuk membuka mata dia, beri kesedaran kepada anak-anak muda kita. Mereka masa hadapan kita. So, sebagai penutup Dato’ Speaker dan Timbalan Speaker, terima kasih kerana memberi saya ruang tadi untuk menyatakan sepatah dua. But, saya punya office for your information to all my new friends from this side and also that side, saya is a no close door policy. Literally my office, the door is open. Sometimes I ask the contractor. Why don’t you take the door out? Because, very difficult must tutup buka, you know. Tak payah pintulah, itu kali. So, what I'm trying to say is any time if you need me to assist, please come and see me. Dengan kata-kata itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih pada Datok Keramat dan seterusnya saya jemput Ahli Kawasan Batu Maung. Dipersilakan. Baca kitab lagi. Orang ketiga baca kitab ni.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baca kitab.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dipersilakan.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri yang Ke-15 pada petang dalam Dewan yang mulia ini.

Dato’ Yang di-Pertua, Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada 17 November yang lalu. Seperti mana ucapan Tuan Yang Terutama Tun, mengharapkan Pulau Pinang mengekalkan nikmat keamanan, kestabilan politik dan ekonomi, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat rakyat Pulau Pinang kerana buat julung kalinya memilih Kerajaan Perpaduan yang merangkumi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mentadbir negeri ini dengan mengekalkan kemenangan majoriti 2/3 pada pilihanraya umum, pada Pilihan Raya DUN ke-15 yang lalu. Pada hari ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang merupakan Presiden parti yang saya wakili untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu di N37-DUN Batu Maung. Dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi dan rakyat di Batu Maung yang telah memberi mandat kepada saya untuk mewakili suara mereka di Dewan yang mulia ini. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang diberi tanggungjawab meneruskan tugas bagi penggal ketiga. Ucapan tahniah ini juga, saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang telah berjaya membentuk Kerajaan Negeri iaitu Kerajaan Perpaduan di Negeri Pulau Pinang. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai Timbalan Ketua Menteri I dengan diamanahkan sebagai Pengerusi MMK Pembangunan Agama Islam, Pendidikan & Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat. Berbekalkan pengalaman sebagai ahli akademik dan Pentadbir universiti dan kolej melebihi 23 tahun termasuk hampir empat (4) tahun di Kolej Islam Teknologi Antarabansa (KITAB), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sebagai Rektor, insya-Allah saya berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan dan inayah di dalam menjalankan amanah baru yang diberikan kepada saya, sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan Yang Berhormat EXCO, hari ini hari yang ke 99. Esok hari yang ke 100, insya-Allah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Tuan Yang Terutama Tun melahirkan kekesalan di atas kekejaman dan tindakan keganasan terhadap rakyat Palestin di Gaza. Kerajaan Negeri mengecam segala bentuk tindakan Zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan dalam melakukan jenayah perang terhadap masyarakat awam Palestin. Ini bukanlah isu agama semata-mata, tetapi ianya lebih bersifat isu kemanusiaan sejagat. Kita berdoa agar konflik dan peperangan yang berlaku ini dapat dihentikan serta merta. Sebagai tanda solidariti ke atas rakyat Palestin, Kerajaan Negeri melalui MAINPP telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin pada 13 Oktober 2023. Selain mengarahkan seluruh masjid mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah setiap Solat Jumaat.

Sepanjang kutipan dana ini dijalankan, beberapa aktiviti diadakan seperti Himpunan Aman Solidariti Rakyat Palestin di Perkarangan Masjid Negeri, Pameran Khas sempena memperingati GAZA Palestin turut diadakan di perkarangan Masjid Jamek Simpang Tiga, Tasek Gelugor yang dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Selain itu, Himpunan Kasih Gaza yang menghimpunkan ratusan pertubuhan NGO bagi menyatakan solidariti kepada Palestin diadakan di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda pada 29 Oktober 2023 dan sebelum itu pada 19 Oktober, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh YAB. Ketua Menteri telah membuat keputusan menyatakan sokongan solidariti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas rakyat Palestin dengan menyumbang sebanyak RM50,000.00 kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin. Ahli Dewan menepuk meja. Sejumlah RM1,223,516.28 telah berjaya dikumpul melalui sumbangan termasuk dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, ahli-ahli korporat, kakitangan kerajaan dan swasta dan orang ramai telah diserahkan kepada Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) yang diwakili oleh Tuan Badereddin Seyam selaku Pengerusi PCOM pada 10 November lalu. Untuk makluman Yang Berhormat Telok Ayer Tawar yang tak ada, berkenaan dengan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin ini masih dibuka dalam pertanyaan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Jadi Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin ini masih dibuka untuk sumbangan orang ramai sehingga satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Izinkan saya untuk menggulung ucapan perbahasan Tuan Yang Terutama Tun menyentuh beberapa agensi Islam di bawah MMK Pembangunan Agama Islam. Pertamanya berkaitan dengan Zakat Pulau Pinang yang merupakan agensi penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Tuan Yang Terutama Tun ada menyentuh tentang Pelaburan Langsung Asing iaitu (FDI) sebanyak RM9.7 bilion atau 71 peratus daripada aliran masuk pelaburan pembuatan bagi tahun 2022. Manakala baki berjumlah RM4 bilion atau 29 peratus merupakan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) yang diterima oleh Pulau Pinang. Ramai yang tidak menyedari bahawa pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang berkait rapat dengan peningkatan kutipan zakat. Malahan data telah menunjukkan sejak Kerajaan Negeri diambil alih pada tahun 2008 oleh Pakatan Rakyat, prestasi kutipan zakat melonjak naik dari tahun ke tahun. Data menunjukkan bahawa kutipan zakat pada tahun 2008, adalah sebanyak RM42 juta sahaja. Manakala pencapaian kutipan zakat pada tahun 2014 selepas 4 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pada tahun 2008, melonjak kepada RM76.5 juta mencapai hampir 50 peratus prestasi peningkatan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tadbir urus yang cekap dan pembangunan ekonomi yang mampan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah menyumbang kepada peningkatan zakat tersebut. Prestasi kutipan zakat pada tahun 2022 pula, adalah sebanyak RM150.5 juta, peningkatan hampir 50 peratus dari tahun 2012, selepas 10 tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat dan kemudiannya Pakatan Harapan. Peningkatan 2022 ini, menunjukkan peningkatan yang meningkat berbanding tahun 2021 iaitu sebanyak RM147.7 juta.

Prestasi kutipan zakat oleh Pulau Pinang selama lima (5) tahun menunjukkan trend yang meningkat setiap tahun. Selain itu, prestasi pembayar zakat harta juga pada tahun 2022 mencatat peningkatan sebanyak 77,895 orang berbanding pada tahun 2021 iaitu sebanyak 75,746 orang. Kejayaan Zakat Pulau Pinang dalam menguruskan kutipan dan agihan Zakat Pulau Pinang merupakan manifestasi profesionalisme agensi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk memberi manfaat kepada ummah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Tuan Yang Terutama Tun turut menyentuh tentang usaha Pulau Pinang memacu kemajuan digital dalam menjadikan negeri ini sebagai sebuah hub inovasi dan teknologi digital. Zakat Pulau Pinang tidak terkecuali menyambut hasrat Kerajaan Negeri yang selari dengan Visi Penang2030. Zakat Pulau Pinang telah menetapkan hala tuju yang kukuh terhadap agenda pendigitalan. Pengurusan zakat dalam usaha mengungguli dan mewujudkan keseimbangan sosioekonomi ummah melalui sistem pengurusan zakat yang profesional dan berteknologi. Beberapa inisiatif strategik telah dibangunkan, bagi menggerakkan inovasi dalam operasi kutipan dan agihan zakat. Keberhasilan inisiatif strategik digi digitalisasi pengurusan Zakat Pulau Pinang telah dicapai dengan pembangunan Portal zakatpenang2u.com dan aplikasi dalam talian iaitu MaiZAKAT yang memacu kutipan zakat secara optimum dan permohonan agihan zakat yang lebih efisien. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Institusi yang kedua adalah Wakaf Pulau Pinang yang merupakan agensi penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Merujuk kepada Ucapan Perasmian Tuan Yang Terutama Tun, menyatakan bahawa Negeri Pulau Pinang telah mengalami pertumbuhan dan pembangunan yang ketara dengan menumpukan kepada kemajuan yang mampan dan inklusif. Kewujudan Wakaf Pulau Pinang sebagai salah satu agensi di bawah MAINPP merupakan inisiatif yang baik, dalam memastikan pengurusan Wakaf yang mampan dan inklusif di Pulau Pinang. Wakaf Pulau Pinang adalah salah sebuah agensi di bawah MAINPP yang ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 2018, setelah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 7 April 2015. Antara fungsi dan peranan Wakaf Pulau Pinang adalah menjalankan tanggungjawab membangun dan menguruskan harta wakaf. Termasuk menjalankan pelaburan, penyelidikan dan penguatkuasaan ke atas harta tersebut. Wakaf Pulau Pinang turut menjalankan kerja-kerja promosi dan publisiti, bagi mengumpul dan menambah Dana Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan lain-lain bentuk wakaf. Wakaf Pulau Pinang telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan, apabila mencatatkan kutipan wakaf tunai tertinggi pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM3,510,33.75 berbanding tahun 2019 iaitu hanya RM329,725.00 Selain itu, pembangunan hartanah wakaf di pulau pinang mempunyai beberapa lokasi seperti Wakaf Alimsah Walley, Lebuh Chulia, Wakaf

Kapitan Keling Lebuh Buckingham, Wakaf Seetee Aisah Seberang Jaya, Pangsapuri Wakaf An-Nur Teluk Ayer Tawar, Pangsapuri Wakaf Siti Hajjah Norijah Sungai Nibong Dan Pangsapuri Wakaf Mohamed Hashim Seberang Jaya. Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, Institusi yang ketiga iaitu Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) yang merupakan Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh MAIPP. Menyentuh ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun yang menyatakan bahawa usaha yang tulin dan kukuh perlu diberikan bagi merealisasikan aspirasi dan matlamat visi Penang2030 sebagai sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara. KITAB Pulau Pinang ialah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh MAIPP yang telah beroperasi sejak 2005. KITAB ini adalah kesinambungan dari Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Pinang yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 1995. Pelan Strategik KITAB 2020 sehingga 2030 ini adalah seiring dengan hala tuju dan visi Kerajaan Negeri iaitu menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau dan pintar menjelang 2030. Matlamat KITAB dalam melancarkan pelan strategik ini adalah untuk menjadi sebuah pusat kecermerlangan islam terpilih di rantau ASEAN menjelang 2030 dengan memunculkan KITAB sebagai IPT Islam dengan kerjasama Universiti luar negara di negeri Pulau Pinang dengan jenama KITAB Smart City Campus di Bandar Cassia Batu Kawan menjelang 2030. Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, Menyentuh ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun berkaitan dengan inisiatif untuk menyokong pertumbuhan kepada ekonomi digital kewujudan Penang Islamic Digital Library (PIDL) yang merupakan sebuah projek khas Kerajaan Negeri yang diposisikan di KITAB Pulau Pinang melahirkan sebuah persekitaran dan ekosistem keilmuan yang moden dan kondusif. Pengoperasian dan pembukaan PIDL kepada pengguna telah bermula pada 1 Mac 2022. Perasmian PIDL pula telah berlangsung pada 26 Mei 2022 bersama-sama dengan sambutan Jubli Perak KITAB dan perasmian Al-Hady Centre yang merupakan pusat kajian dan pemikiran ketamadunan islam Negeri Pulau Pinang di mana Al-Hady Centre ini mengambil nama sempena seorang tokoh tajdid pendidikan di Negeri Pulau Pinang pada abad yang lalu iaitu Syed Sheikh Al-Hady. PIDL merupakan sebuah perpustakaan yang memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada orang awam. PIDL merupakan kesinambungan daripada penubuhan empat (4) perpustakaan digital oleh Kerajaan Negeri dalam usaha meletakkan Pulau Pinang sebagai sebuah pusat kecemelangan sains dan teknologi yang unggul. Menjadi perpustakaan Islam secara maya berkonsepkan moden pertama dibangunkan di Pulau Pinang, Penang Islamic Digital Library menyediakan lebih daripada 1,800 bahan bacaan islamik secara digital dalam fasa pertama operasi. Kemudahan yang disediakan ini dilihat dapat meningkatkan produktiviti, ilmu pengetahuan sekali gus mempercepat usaha kita untuk memperkasakan matlamat dalam mewujudkan ekosistem dan komuniti pintar, berteknologi serta berpengetahuan tinggi. Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, Menyokong ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun berkaitan pembangunan infrastruktur atau dana peruntukan tambahan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan warga emas di Negeri Pulau Pinang dengan inisiatif-inisiatif seperti saringan kesihatan warga emas, klinik warga emas dan sebagainya boleh diperkasa demi memfokuskan kepada

kehidupan dan kesihatan yang berkualiti serta berupaya mempromosi penuaan sihat dalam kalangan warga emas di negeri ini. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menyediakan Kompleks Darul Hanan sebagai pusat penjagaaan warga emas di Pulau Pinang. Kompleks ini dibina bertujuan untuk penempatan dan penjagaan warga emas muslim yang tiada waris atau waris yang tidak berkemampuan dari segi kewangan iaitu miskin. Darul Hanan mula beroperasi secara rasmi pada 01 Februari 2010 dengan menerima kemasukan 9 orang penghuni sahaja. Sehingga Oktober 2023 jumlah penghuni adalah seramai 95 orang yang terdiri daripada 32 lelaki dan 63 wanita. Sepanjang tempoh operasi Darul Hanan Pulau Pinang yang bermula secara rasmi pada 1 Februari 2010 sehingga Oktober 2023 Darul Hanan Pulau Pinang telah menjaga dan mengurus warga emas muslim serama 1,000 orang. Darul Hanan berjaya dijadikan sebagai pusat jagaan yang terbaik dengan memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas Islam yang memerlukan terdiri daripada golongan asnaf, tidak mempunyai waris dan turut membantu warga emas yang mempunyai waris. Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab beberapa persoalan dalam perbahasan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, semoga penjelasan saya ini tidak memanaskan Dewan. Penerangan ini supaya memuaskan hati semua pihak untuk tujuan memperkasakan pentadbiran dan juga pembangunan institusi-institusi Islam termasuk institusi Masjid. Terlebih dulu izinkan saya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penanti berkenaan beberapa penceramah dan pengkuliah agama islam dihalang memberikan ceramah kuliah di negeri ini, tidak hanya kepada negeri Pulau Pinang beberapa hari sebelum ini juga kedengaran kita di negeri-negeri yang lain termasuk di Negeri Pahang, Negeri Selangor juga negeri jiran kita. Jadi dalam konteks Pulau Pinang ini ialah sebuah negeri yang berdaulat. Hal Ehwal Agama Islam Negeri ini ditadbir oleh pihak berkuasa negeri iaitu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut enakmen yang diluluskan di Dewan yang mulia ini pada tahun 2004. Ini sebagai orang akedemik dia follow sahaja ini, saya akedemik esok baru nak capai 100 hari sebagai ahli politik iaitu sebagai EXCO yang menjawat jawatan Pembangunan Agama Islam sungguh pun ahli politik tetapi terikat dengan enakmen yang dibahaskan di Dewan Undangan Negeri pada tahun 2004 yang diluluskan diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk dilaksanakan. Jadi Pulau Pinang sebagaimana yang saya sebut ini sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Penaga juga kita perlu memahami dalam konteks fungsi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan ada sebuah jabatan yang dinamakan sebagai Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang iaitu JHEAIPP dalam konteks untuk menguatkuasakan apa-apa yang berkaitan dengan peraturan dan juga kaedah di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam ini. Jadi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau pun JHEAIPP beza ya, JHEAIPP dan MAINPP takut keliru menerusi bahagian dakwah merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab di dalam memastikan kelangsungan pengkuliah dan penceramah yang mengajar di negeri Pulau Pinang mempunyai tauliah mengajar. Usaha ini dilakukan bersama-sama dengan pihak MAINPP dari sudut polisi dan juga dasar bagi memenuhi peraturan dan kaedah yang telah digariskan menurut enakmen pentadbiran agama islam Negeri Pulau Pinang 2004. 2004 dah ada enakmen ini.

Kaedah 8 (1), Kaedah-Kaedah Pentadbiran, aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran agama Negeri Pulau Pinang pada tahun 1998 memperuntukkan bahawa seseorang itu layak diberi tauliah untuk mengajar sekiranya berkelulusan pengajian tinggi Islam daripada universiti tempatan atau luar negeri yang diiktiraf oleh MAINPP, berkelulusan daripada institusi pengajian agama tempatan yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang atau...bagi air, terima kasih. Atau yang ketiganya berkemahiran dalam hukum syarak. Jadi saya sebagai orang akedemik ni yang baru beralih sebagai EXCO ini, kami di universiti pun ada juga berkaitan dengan ini maknanya pensyarah-pensyarah yang nak mengajar di universiti mesti ada permit mengajar yang perlu memohon kepada Kementerian Pengajian Tinggi berdasarkan kepada Akta 555, 1995 tak kira orang itu profesor ka, profesor ulung ka nak mengajar di IPTS di bawah Akta 555 walaupun sehebat mana ulamak mana di dalam universiti perlu mempunyai permit mengajar berdasarkan kepada Akta IPTS 555….(gangguan).

Minta laluan sedikit.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Sekejap saya nak jawab kepada nanti saya akan bagi sebab nanti saya bagi sebab banyak ini. Berdasarkan kepada enakmen sebab itu saya kata menerang, menerang base on enakmen sahaja. Saya akan sampai kepada apa yang diutarakan oleh YB. Penaga berkenaan dengan budi bicara. Berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang ini kalau saya baca satgi janganlah samakan dengan peruntukan undang-undang yang lain sebab dia dibahaskan di DUN. Jangan samakan dengan bila sebut nanti tentang hukuman itu ialah kita selalu dalam bab-bab yang lain apa ini enakmen ini undang-undang. So kita janganlah macam seolah-olah mempertikai mempersendakan pula. Maknanya yang termaktub dalam enakmen yang diluluskan dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Seksyen 119(1). “Mana-mana orang yang mengajar agama islam atau apa-apa aspek tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan ini”. Enakmen saya sebut enakmen ya ustaz dan “Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya”. Jadi jangan samakan dengan yang lainlah sebab ini Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Hari itu saya tak bangun untuk minta tarik balik walaupun ada aspek yang sedikit membandingkan dengan saya tak mau sebut perkataan itulah sebolehnya kita tidak menyebut berkaitan dengan peruntukan yang ada ini dan samakan hukuman dengan perkara yang lain sebab ini dah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kaedah 13 dalam kaedah pentadbiran aktiviti yang berkaitan dengan Pengajaran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1998 memperuntukkan bahawa setiap orang yang telah diberi tauliah mengajar di bawah kaedah 12 berkaitan tauliah mengajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut. Banyaklah syarat dia saya pun baca tak boleh nak hafal sampai hari ini. Jadi dia dalam Jabatan Agama Islam ni dia ada enam (6), daerah berbanding dengan pejabat daerah ada lima (5) jadi kita ada enam di pejabat agama daerah ini ada enam, so enam dan diketuai oleh Pegawai Tadbir Agama enam daerah, di Kepala Batas sahaja dibahagi dua Seberang Perai Utara dibahagi dua di Kepala Batas dan Butterworth. Kaedah 13 ini syarat-syarat dia, dia kata tidak

menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah. Yang kedua tidak menyentuh apa-apa perkara yang berhubung dengan kebesaran, kemuliaan, kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja sebagai ketua agama negeri, tidak menyinggung perasaan mana-mana kaum, adat resam dan budaya penduduk tempatan yang boleh membawa ketegangan kaum dan agama, tidak menghina perkara-perkara khilafiah yang terdapat dalam empat mazhab, tidak menyentuh isu-isu politik kepartian, tidak menyentuh peribadi orang perseorangan dan hendaklah mematuhi apa-apa peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk keselamatan dalam negeri. Sehubungan itu, bahan atau isi kandungan yang disampaikan semasa ceramah sepatutnya tidak melanggar mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perkara satu sampai tujuh (7) tadi untuk mengelak timbulnya kontroversi atau menjadi isu dalam masyarakat. Jadi saya selaku Timbalan Ketua Menteri I saya habiskan ayat ini yang diamanahkan sebagai pengerusi MMK Pembangunan Agama Islam sejak mengangkat sumpah pada 16 Ogos 2023, tidak pernah saya keluarkan arahan sebagaimana kenyataan media saya dua (2) kali saya sebut bila ditanya kepada saya oleh media, saya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang mana-mana individu untuk menyampaikan kuliah di negeri ini. Sebaliknya surat pemakluman, surat makluman pengstrukturan kuliah dikeluarkan adalah berdasarkan kepada enakmen kaedah dan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Agama Islam berdasarkan kepada enakmen dan juga peraturan. Maka berdasarkan kepada ini pegawai-pegawai tadbir agama telah menjalankan tugas tanpa campur tangan daripada pihak saya sendiri Pejabat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

Boleh?

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Sila.

Yang Berhormat Batu Maung boleh berehat seketika mengambil angin nafas saya nak respon terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Ketua Menteri 1, YB Batu Maung atas berkaitan dengan isu tauliah yang telah dibangkitkan dan memangnya saya bawa dalam sidang Dewan apabila melihat keadaan di luar sana yang menyebabkan kepentingan umat Islam sedikit menjadi keadaannya kucar-kacir atau pun tidak berapa elok apabila isu tauliah ini dibangkitkan. Memang saya bersetuju dan sememangnya apa-apa tindakan kita merujuk pada enakmen disebut oleh Yang Berhormat Batu Maung. Enakmen memang sekian lama 2004 lagi. Bermakna kalau 2004 sampai ke hari ini dah berapa belas tahun. Adakah EXCO Agama sebelum ini tidak melihat kepada enakmen? Mereka tidak melihat tetapi tindakan yang mereka buat ada budi bicaranya. Tidak agresif sebagainya yang berlaku hari ini, terlalu agresif. Semua masjid-masjid, surau-surau telah diarah untuk memberhentikan ustaz-ustaz, tuan-tuan guru yang sekian lama mengajar apabila mereka tidak mempunyai tauliah sebagaimana saya sebut tadi. Di dalam Islam apatah lagi dalam kita berguru, ada adab supaya ilmu yang kita pelajari itu

ada barakahnya. Ketika kita makan tadi pun, saya bersama dengan YB. Batu Maung berbicara tentang adab. Hendak makan di depan orang tua-tua kita pun dulunya kita tidak boleh ambil nasi ambil makan sebelum orang tua kita, ayah kita, emak kita memulakan makanan itu terlebih dahulu. Inikan pula adab dengan guru. Mereka sudah sekian lama. Saya bersetuju kalau yang melibatkan politik atau pun ada guru-guru yang dia tidak terlibat dalam politik. Guru agama, guru pondok sebagai contoh mungkin Yang Berhormat Batu Maung boleh merujuk, ada dua guru daripada pondok yang didatangkan daripada pondok Lanai, Baling yang mengajar di Masjid Datuk Sheikh Adnan, pekan Penaga. Ini guru pondok dan mereka juga guru saya. Saya belajar ilmu nahw sarf itu dengan guru tersebut. Mereka ini orang warak, tawaduk. Dijemput untuk menyampaikan ilmu, mereka hadir. Kalau suruh berhenti pun mereka berhenti tapi yang rugi sebab mereka mengajar ilmu tauhid. Mereka mengajar ilmu tasawuf yang kebiasaan guru-guru lain tidak mampu untuk mengajar sebagaimana ajaran guru-guru tersebut.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Soalan?

Saya hendak sebut yang pertama berkaitan dengan tauliah. Ada guru-guru yang ada tauliah tapi tidak dibenarkan untuk mengajar di negeri Pulau Pinang. Itu yang pertama. Yang kedua, tauliah yang di sebut tadi hendak dapat tauliah mesti melalui bidang agama. Saya melihat senarai yang ada tauliah, ada juga yang bukan ada agama tetapi ada tauliah. Ini juga perlu diberi penjelasan. Kalau saya hendak sebut sebagai contoh satu saya hendak kod sebagai contoh adalah mantan Timbalan Ketua Menteri I juga ini bukan bidang agama, engineer tetapi ada tauliah. Itu yang saya hendak tekankan.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Sebab itu saya tidak beri laluan tadi sebab saya akan sampai kepada jawapan itu tetapi tidak apalah bagus juga Yang Berhormat bertanya. Boleh saya rehat sat. Baik saya tidak mahu ulang berkenaan dengan itu, saya akan sampai sebab benda Yang Berhormat tanya itu benda ulang daripada perbahasan yang Yang Berhormat tanya dan saya akan sampai kepada situ.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, betul.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik, dari sudut, dia ada SOP dia mendapat tauliah ini tidak susah pun saya baru dua bulan sahaja dan sebulan tu baru dok tengok office lah. Sehingga saya tunggu sampai 17 Oktober. Saya dapat tauliah 17 Oktober 2023, bukan tauliah, watikah daripada setelah kelulusan daripada MMK. So akhirnya, diangkat ke Pejabat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, so saya dapat watikah itu pada 17 Oktober. Jadi baru lebih kurang dalam sebulan lebihlah. Jadi saya melihat dalam perkara-perkara tertentu dan saya setuju juga dalam beberapa hal yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua jangan bangkit, saya petik dia bangkit pula. Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan ada benda-benda yang boleh kita buat penambahbaikan yang saya lihat benda itu sebab tu saya sebut bahawa sebagaimana yang di sebut oleh rakan-rakan EXCO saya, EXCO yang membentangkan tadi juga baru 99 hari jadi 99 hari kalau tengok dalam konteks mendapat watikah pelantikan ini baru sebulan. Aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran saya akan improve insya-Allah. Baik, bila di sebut tentang yang ada tauliah yang tidak boleh mengajar maknanya yang saya sebut ada enam daerah tadi. Enam (6) daerah ada Pegawai Tadbir Agama (PTA) yang memastikan pengawasan kaedah 13 yang tujuh perkara tadi dan berkemungkinan ada false ada terjatuh di dalam tujuh perkara tadi yang dinilai oleh Pegawai-Pegawai Tadbir Agama sehingga mereka dihalang untuk memberikan kuliah. Itu adalah penilaian yang diberikan kepada Pegawai Penguatkuasa. Selalu saya bagi perumpamaan begini, Akta Pengangkutan 1987 semua orang kena ada lesen kereta. Lesen kereta bawa semua orang ada lesen kereta. Bawa melelong kena tangkap dengan polis so yang tangkap itu polis, JPJ. Tidak bolehlah telefon EXCO dan juga Menteri untuk lepaskan benda itu. Beginilah juga dalam konteks enakmen. Kalau kata makna penguatkuasa pegawai itu adalah PTA, Pegawai Tadbir Agama. Jadi, dia mengeluarkan arahan itu berdasarkan kepada penilaian di bawah Jabatan Agama Islam dan berdasarkan kepada enakmen dan juga peraturan. Bila dia kata tidak boleh makna tidak bolehlah dalam konteks, saya sendiri memang dihubungi berkenaan dengan berapa kuliah yang ditahan hari itu. Saya kata saya tidak ada kuasa di bawah enakmen dalam konteks budi bicara pun untuk melepas setelah dinilai oleh Pegwai Tadbir Agama (PTA). Saya cuba cari tidak ada pun kalau ada tak apa saya ada budi bicara. Tak apa Yang Berhormat Penaga, saya akan sampai situ. Simpan sat. Baik, jadi saya serah begitu. Jadi dia akan pergi kepada budi bicara dalam konteks permohonan tauliah nanti. Dekat mana dah pun saya dah terlepas dah. Baik, selain itu, berdasarkan enakmen itu 1183 nanti saya ingat kita boleh buat edaran pun baca dalam Jabatan Agama Islam web pun ada senarai pengkuliah-pengkuliah dan penceramah. Kalau ikut 118 subseksyen 3 ini, memperuntukkan bidang kuasa Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Sahibus Samahah Mufti yang mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Pengajaran Agama Islam dalam memberikan tauliah bagi maksud Pengarajan Agama Islam atau apa-apa perkara tentang Agama Islam dan kuasa untuk menarik balik tauliah jika berlaku pelanggaran di bawah Jawatankuasa Pengawasan Pengarajan Agama Islam yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat Jawatankuasa Pengarajan Agama Islam turut mengambil kira penceramah yang mempunyai tauliah daripada negeri lain dalam membuat pertimbangan memberi tauliah kepada pemohon. Namun hendaklah memenuhi kriteria dan syarat mengajar di bawah kaedah 13 yang disebut tadi. Tentu dalam pengetahuan Yang Berhormat bahawa tidak ada mana-mana negeri, Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Selangor tadi saya sebut yang berlaku di Pahang baru-baru ini dan negeri-negeri lain akan memberikan secara budi bicara pengajar yang memegang tauliah Negeri Pulau Pinang untuk mengajar di negeri-negeri tersebut tanpa tauliah daripada negeri berkenaan. Misalnya, saya bagi misal, ini berlaku. Ini berlaku. Misalnya baru-baru ini seorang penceramah yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ada tauliah dari Negeri Pulau Pinang dihalang menyampaikan ceramah di Kedah. Dah sampai di depan masjid pun namun di atas dasar memahami bahawa isu tauliah merupakan syarat Jabatan Agama Islam Negeri Kedah maka beliau menerima keputusan dengan hati yang terbuka dan beliau balik serta tidak ada isu yang ditimbulkan oleh penceramah tersebut malahan oleh

penyokong-penyokong beliau. Tidak ada timbul kenapa tauliah tidak bagi, konsert bagi. Ini sekarang diedarkan benda ini. Tidak ada kena-mengena pun. Jadi kenyataan Yang Berhormat Penaga bahawa penceramah, pembangkang disekat ini pun dalam ucapannya itu, ini persoalan bagi saya jawab. Nampak macam tekan mic. Disekat sebaliknya penceramah kerajaan dibenarkan adalah bersifat tuduhan semata-mata bahkan boleh mengelirukan Dewan yang mulia ini kerana isu tauliah ini melibatkan semua individu dan tidak timbul soal kepartian. Setakat Oktober 2023 dimaklumkan bahawa jumlah pemegang tauliah mengajar agama Islam di Pulau Pinang adalah seramai 1,793 dan saya oleh kerana baru dan saya panggil KPP Dakwah untuk bertanyakan tentang ada tidak senarai pengkuliah-pengkuliah dan ceramah yang dapat tauliah ini diuar-uarkan menerusi laman sesawang Jabatan Agama Islam ada. Jadi tak timbul mengatakan bahawa bila orang yang tidak ada tauliah ini diminta untuk berhenti seketika sehinggakan tidak mengimarahkan masjid bahkan ada 1,793 orang yang masjid boleh menjemput yang mempunyai tauliah, 1,793 masjid ada 215. Takkan satu masjid sampai semalam lima (5) orang pensyarah. Jadi ada 1,793. Baik, yang penceramah-penceramah dan pengkuliah yang belum ada tauliah termasuk yang disebutkan oleh Yang Berhormat Penaga tadi kita ada menghubungi juga buat proaktif selepas keputusan kita kata stop seketika untuk proses tauliah dan ada di kalangan mereka ini rasa segan dan silu. Kita faham. Dia kata saya ini mengaji pun tidak habis, pondok pun tidak habis, empat senawi pun tidak habis tapi mengajar lama dah, hendak mohon ini rasa segan. Yang saya sebut tadi ada tiga (3). Perkara 1, 2 dan 3 iaitu memahami hukum syarak. Jadi, insha-Allah maknanya kakitangan dan juga pegawai Jabatan Agama Islam kita akan buat untuk membantu permohonan itu disegerakan dan kita proses bahkan dalam mesyuarat pertama saya dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 14 November yang lalu kerana benda ini pending lebih kurang dalam saya ingat dalam 80 permohonan dalam tahun ini disebabkan pilihanraya Mesyuarat Majlis Agama Islam tidak bersidang Jawatankuasa Pengawasan Tauliah ini telah membuat kelulusan, diangkat kepada saya akhirnya 60 orang telah diluluskan yang terbaru ini dan mengikut syaratnya dalam tempoh 14 hari kita telah umumkan. Bila kita umumkan, ada yang mesej kepada saya terima kasih YB. Terima kasih kepada saya buat apa. Saya ikut proses sahaja. Jadi berlaku dari segi proses itu.

Mencelah sedikit lagi.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya.

Baik, terima kasih Dato.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Tidak jawab lagi.

Tidak, saya hendak sedikit sahaja masalah isu tauliah dan apa yang disebut tadi oleh Dato’ tadi. Memang saya setuju dan memang dilihat tindakan. Kita baru selesai PRN bulan Ogos dan YB. Dato’ pun baru diangkat sebagai TKM I memegang portfolio EXCO Agama dan dalam tempoh terdekat isu makna sekatan kepada guru itu semua masjid dan saya…(gangguan).

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Perkataan sekatan-sekatan itu saya tak berapa setuju.

Dan saya ada lebih kurang 10 masjid yang saya minta nama-nama guru-guru yang diberi dan saya lihat dan saya tanya saya juga menghubungi pihak Pegawai Tadbir Agama di daerah-daerah, kenapa tidak kenapa disekat atau pun kenapa dihalang guru yang telah sekian lama mengajar tiba-tiba diberhentikan. Siapa yang bertanggungjawab dan istilah yang mereka sebut kami dikambing hitamkan. Jadi siapa yang tangan siapa itu sehingga mereka juga di peringkat Jabatan Agama atau pun PTA di kambing hitam seolah mereka yang buat kerja tetapi arahan daripada orang lain yang tidak di sebut nama-nama. Itu yang pertama. Kedua, sepertimana saya sebut, kita ambil konsepnya oleh kerana dia meresahkan masyarakat kita. Masyarakat umat Islam di semua daerah bukan hanya di sebelah Seberang Perai Utara tetapi di semua masjid-masjid. So kita mengambil pendekatan biarlah walau pun tidak ada tauliah tetapi atas ehsan budi bicara benarkan dan dalam masa yang sama kita offer mungkin YB. Dato’ EXCO boleh tengok, bagi peluang untuk mereka dapatkan tauliah mereka dan meneruskan pengajian mereka di masjid-masjid tersebut sebab ini, keadaan hari ini situasi di masjid-masjid memang sangat meresahkan dan kita pergi mana-mana pun termasuk…(gangguan).

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Saya faham dah.

Ya. Sampai saya ada orang bagi pantun untuk saya sampaikan kepada YB Dato’ Timbalan Ketua Menteri 1, saya hendak baca dua rangkap pantun. Yang pertama, “Hari panas jangan kelaut, Kalau kelaut akan tergalang, Hati panas jangan diturut, Kalau di turut akal pun hilang. Bagaimana titi tidak akan beralih, tiang patah lantainya rosak, Bagaimana umat tidak bersedih, Baru berkuasa sudah bongkak”. Itu saya sampaikan.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dia kena faham dari sudut pentadbiran dan juga pengurusan berbeza dalam konteks dikatakan sekatan dan sebagainya. Jadi saya tidak jawablah pantun itu. Berapa kali nanti dok ulang benda yang sama saja sebab dalam konteks kategori Yang Berhormat Sungai Dua. Untuk

makluman, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pembahagian tauliah mengajar ini semenjak 2012 ada empat kategori. Kategori A mengajar agama dan ceramah umum. Kategori B, mengajar fardhu ain. YB Pinang Tunggal boleh minta untuk kategori B tapi tidaklah sebab ahli politik. Kategori C, mengajar Al-Quran dan tajwid. Kategori D, semua kategori A, B, C. Jadi ada empat kategorilah. Kalau di sebut berkenaan dengan kenapa orang ini adalah engineer tapi dia faham agama pada masa yang sama dia boleh berceramah umum dalam kategori A umpamanya. Dia ada berapa kategori. Kadang-kadang itu, dia tidak capai untuk pergi kepada Al-Quran dan tajwid, dia pergi minta kategori D duduk tidak lepas yang itu. So bila masuk dia dari segi tajwid tidak boleh. Saya dah tengok dah dari segi pemarkahan yang diberikan mengikut soalan-soalan based soalan kategori. Jadi berhubung isu pergantian sebelum itu YB Sungai Dua.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

YB Batu Maung. Speaker. Kenapakah ahli politik yang tidak boleh sampai kuliah, sedangkan bidang yang kita mengaji dulu adalah bidang agama, bukan kita hendak sampai politik. Kita sampai agama, mengaji berpandu kepada kitab. Sekarang ini kita ada teknologi moden boleh tangkap itu dan ini. Kita harapkan pada, saya ahli politik dalam bab politik ini kita reti cara-cara tindakan ahli politik. Kita jangan kita harap maknanya macam pepatah orang tua-tua kata “sebelum duduk jangan belunjur” biar mana keputusan itu munasabah dan juga ada dia punya ini

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang itu kan keputusan tambahan yang itu berdasarkan kepada enakmen dan juga kaedah. Ada dari sudut kepartian. Baik berhubung dengan isu kepartian ini juga isu panas ini. Penggantian pengerusi masjid yang telah dipilih oleh qaryah oleh pihak MAINPP yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penaga, dia tak panas kalau tak bangkit, kalau bangkit dia jadi panas la sebab benda ni pun dah settle lama dah dan jadi Majlis Agama Islam telah menggunakan peruntukan dalam kaedah Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid Negeri Pulau Pinang 1997 Pindaan 2003 Bahagian III dalam urusan pelantikan Pengerusi Masjid.

Jadi, perkara 4.2 kaedah tersebut memperuntukkan bahawa “Jika MAINPP tidak berpuas hati dengan mana-mana nama yang disyorkan, MAINPP bolehlah minta dikemukakan nama-nama yang lain, atau melantik mana-mana anak qaryah bagi qaryah masjid itu yang pada pandangannya adalah layak untuk menjadi Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Qaryah”. Jadi berdasarkan kepada Laporan Khas Pemilihan Jawatankuasa Qaryah Pulau Pinang pada 30 Disember 2022, MAINPP berpendirian bahawa calon tapi disebut juga saya ingat saya tak mau sebut nama biar saya sebut umum la. Ada yang ditukarkan itu mempunyai alasan-alasan tertentu yang disebut oleh YB. Penaga ia merujuk kepada Masjid At-Taqwa lah, Masjid Taqwa. Jadi diberi alasan oleh Majlis Agama Islam untuk Majlis Agama Islam mengekalkan beliau sebagai Imam Utama. Itu alasan yang diberikan oleh Jawatankuasa dalam Laporan Khas Pemilihan Jawatankuasa Qaryah. Ada yang umur dah lebih 65 tahun, ada syarat-syarat dialah.

Jadi berhubung pelantikan, habislah bab pengerusi itulah jadi dari sudut pengurusan ke hadapan ini saya akan melihat dari sudut berkenaan dengan Jawatankuasa Qaryah dia dalam konteks pemilihan Qaryah Masjid ini isu ke hadapan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Mohon Dato’ YB, mohon mencelah.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Tak habis lagi, CM nak bentang pula..

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sat, sat, sikit-sikit bagi chance lah.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Okey, seminit. Terus soalan..

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Dato’ dan Dato’ Speaker sebabnya saya nak perbetulkan statement tadi.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang mana?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Isu pengguguran seperti qaryah ini tak settle lagi sebab ada sebilangan isu qaryah telah di bawa ke mahkamah, bawa ke..

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Kalau tak settle kita tunggu mahkamah putuskan. Baik saya teruskan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sat, sat. Sikit lagi.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

tak settle lagi.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tak pa lah, saya nak perbetul. Kedua nak tambah sikit lagi, tentang budi bicara ni, nak tokok sikit. Cuma budi bicara ini, dia macam ni, orang yang sama yang buat rule tu yang tiba-tiba hentikan kuliah kerana tiada tauliah, orang yang sama ja. Sebab apa yang disebut oleh YB Penaga tadi (kurang jeles) bayangkan sebuah masjid yang ada 30 kuliah tiba-tiba tinggal jadi lapan, tujuh.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Kerana tiada tauliah.

YB.. Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Faham, faham.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Tak apa kita akan proses balik. Kita akan proses.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sikit-sikit lagi..

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Saya tak mau ulang jawapan yang sama…(gangguan).

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

. Lain-lain, dengar sat. Please, please. Dia macam ni ada asatizah yang dah 30 tahun mengajar, 20 tahun tak kan tak boleh pikiaq bab ni.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya, boleh pikiaq.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

20 tahun kalau dia salah.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dia akan pergi ke hukum syarak, tauliah kita akan bagi dalam bentuk yang melibatkan fast track (tidak jelas) saja

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Faham, dia dah mai dah. Di mana kita punya…(gangguan).

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Itulah budi bicaranya. Permohonan dilanjutkan so kita akan proses permohonan itu dengan segera…(gangguan).

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Faham tapi…(gangguan).

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dan kita akan ikut based on Enakmen 2004 kita akan percepatkan permohonan dan kita akan bagi tauliah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

. Maksud saya Dato’ yang Batu Maung ini. Bagi saya, depa dah mai dah, depa dah mengajar 20 tahun dah.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Saya bagi contoh. …(gangguan).

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tak kan PTA tak boleh pikiaq bab ni. Kalau betul lah PTA ikut arahan ni, saya tak faham ni.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pinang Tunggal, okey TKM I pun jawab soalan lebih kurang sama.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Saya dah jawab, baik saya pergi isu yang panas juga sebab dibangkitkan jadi panas kalau tidak dia tak panas. Berhubung pelantikan Setiausaha Majlis Agama Islam yang baharu bermula 18 Oktober rakan di sebelah sana jugalah, bermula 18 Oktober 2023 tapi kita terang. Pelantikan beliau berdasarkan kepada Seksyen 16 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 iaitu dilantik dengan mengikut peraturan dan kaedah pelantikan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui permohonan iklan perjawatan terbuka dan lulus

proses temuduga. Di mana panelnya pun terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang ada dalam Dewan ini yang mulia juga.

Pelantikan beliau telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pengesahan minit mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Beliau berpengalaman selama 8 tahun sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Adalah bekas CEO, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang dan peguam cara. Pengalaman beliau amat bersesuaian dengan bidang tugas Setiausaha MAINPP. Sekali lagi, saya nak sebut di sini juga dalam Perkara 16 Enakmen mungkin setengah orang berkata ia bersifat akademiklah bila saya baca ini tapi kena faham juga. Majlis Agama Islam dalam Fasal 16 Enakmen Pentadbiran Agama Islam ini, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang hendaklah melantik seorang menjadi Setiausaha Majlis. Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dasar bukan membuat dasar, menjalankan dasar dan ketetapan bagi Majlis Agama tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Yang di-Pertua kepadanya. Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat-menyurat dan dokumen Majlis dan hendaklah dalam apa hal lain menjalankan apa-apa tugas yang dikenakan ke atasnya oleh enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Yang di-Pertua. Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis Agama Islam dan mengambil bahagian dalam pertimbangan telitiannya tetapi tidak berhak mengundi. Baik.

Mencelah sikit sahaja.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya.

Mencelah sikit sahaja Dato’. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih YB Dato’ Batu Maung, memang saya tengok kepada enakmen itu ada dengan saya juga cuma yang dibangkitkan sebagaimana yang saya sebut lah keresahan sebab institusi tertinggi agama Islam ni iaitu Majlis Agama Islam perlu dipelihara dan perlu dijaga kita tidak nak ada unsur-unsur campur tangan orang-orang politik tetapi apabila orang politik dilantik ke jawatan Setiausaha Majlis Agama ini, ini yang menyebabkan ramai yang tidak bersetuju sebab…(gangguan).

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik, saya faham soalan…(gangguan).

Sebab Dato’ Rosidi ini orang politik pernah bertanding dua tiga kali…(gangguan).

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik-baik saya jawab. …(gangguan).

Dan dilihat terbaik untuk jawatan terus Dato’ Rosidi ini adalah Setiausaha PKR Negeri itu memang salah.. Setiausaha Majlis Agama memang tak betul.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik saya jawab, jadi dalam konteks ini Yang Berhormat Penaga menyatakan apabila mengaitkan pelantikan SU MAINPP sebagai pelantikan politik adalah tidak benar sama sekali bahkan jawatan YDP MAINPP sendiri disandang oleh ahli politik yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Agama sama ada oleh pimpinan Keadilan, UMNO atau PAS sendiri yang pernah menjawat jawatan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam adalah politik yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Agama Islam yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda.

Jadi jangan melihat seseorang itu dengan pandangan politik kepartian, lalu menafikan apa jua kelebihan yang ada pada diri seseorang dengan fungsi yang ada berdasarkan kepada enakmen Setiausaha Majlis tidak boleh membuat keputusan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang apabila neraca kita segala-galanya dikaitkan dengan parti politik maka ummah akan ketinggalan.

Menjawab soalan dari Yang Berhormat Bukit Tambun iaitu tentang status terkini pembinaan Masjid Bandar Cassia dan sumbangan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Projek Membina Baharu Masjid Bandar Cassia telah bermula pada 1 November 2023 dan dijangka siap pada 30 April 2025 di atas tanah PT5949, Mukim 13, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Tambun, masjid ini dibangunkan secara perkongsian kos di antara Kerajaan Persekutuan berjumlah RM3.5 juta, Kerajaan Negeri berjumlah RM3.5 juta dan pewakaf sebanyak RM3.0 juta dengan jumlah kos keseluruhan pembangunan masjid ini berjumlah RM10 juta. Masjid ini juga dapat menampung seramai 2,100 jemaah dalam satu-satu masa. Pada masa kini, kerja-kerja awalan di tapak seperti pemasangan hoarding, papan tanda projek serta kerja cerucuk telah dilaksanakan. Kontraktor yang telah dilantik bagi melaksanakan projek ini adalah Lebar Bakti Sdn. Bhd manakala agensi pelaksana bagi projek ini adalah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (ICU).

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menjawab soalan daripada Yang Berhormat Air Itam berkaitan dengan penubuhan Sekolah KAFA Menengah di kawasan Dewan Undangan Negeri yang ini berkaitan dengan yang diuruskan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang. Saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat soalan yang berkaitan dengan masjid warisan Yang Berhomat Batu Uban menyatakan bahawa adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi mewartakan kawasan perkampungan-perkampungan warisan Melayu seperti di Batu Uban dan Masjid Batu Uban sebagai kawasan iaitu masjid iaitu bangunan warisan, telah dijawab dalam ucapan penggulungan Yang Berhormat Paya Terubong. Namun, ingin saya menambah bahawa terdapat bantahan sebenarnya daripada waris pemilik tanah yang tidak berpuas hati berkaitan penukaran tanah ke atas nama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Jabatan Warisan Negara telah menerima surat peguam daripada waris pemilik tanah dan fail

telah dibuka di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Pada masa ini proses pewartaan telah ditangguhkan oleh Jabatan Warisan Negara sehingga mendapat keputusan daripada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berkaitan status tanah masjid tersebut.

Yang Berhormat Teluk Bahang menyeru Kerajaan Negeri untuk mengadakan perhimpunan solidariti sebagai bantahan dan untuk menentang kezaliman. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan terus menggalakkan agar setiap Jumaat untuk mengadakan solat hajat dan qunut nazilah, bahkan Tabung Bantuan Kemanusiaan anjuran MAINPP dan Kerajaan Negeri ini diteruskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh berkenaan dengan isu perpaduan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pasir berkenaan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung bekerjasama dengan semua ADUN tanpa mengira perbezaan politik. Untuk makluman Yang Berhormat, MPKK adalah jentera Kerajaan Negeri di peringkat bawah yang berperanan untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka berperanan untuk merancang dan melaksanakan pelan pembangunan kampung dengan penglibatan komuniti setempat menggunakan pendekatan bottom-up approach ke arah mewujudkan kampung yang maju sejahtera. Bagi kawasan yang tidak mempunyai ADUN kerajaan atau wakil kerajaan, mereka akan bekerjasama rapat dengan penyelaras KADUN yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Yang Berhormat tidak dihalang untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh di akhir-akhir waktu yang diberikan kepada saya ini berkenaan dengan portfolio Pendidikan dan Pengajian Tinggi. Dengan pengalaman sebagai ahli akademik selama 23 tahun, saya melihat portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada saya ini merupakan satu portfolio yang baik untuk memacu Pulau Pinang ke hadapan sebagai hub pendidikan antarabangsa.

Harapan saya untuk melihat kolaborasi Institusi Pengajian Tinggi Swasta tempatan dengan universiti dari luar negara agar dapat membawa masuk lebih banyak program-program yang berkualiti yang diperlukan oleh pasaran dan industri melalui program berkembar, Twinning Programme dan program kerjasama dengan universiti-universiti luar negara ke Pulau Pinang. Perjalanan transformatif ke arah meningkatkan landskap pendidikan Pulau Pinang akan sentiasa dipastikan melalui jalan yang sejajar dengan Visi 2030. Pernah dikenali sebagi Silicon Valley of The East, Pulau Pinang sebagai pelopor di dalam bidang digital dan STEM akan membuka ruang kerjasama di antara pemain industri di Pulau Pinang dalam usaha merealisasikan sistem perpustakaan digital ke sekolah. Usaha ini juga akan direalisasikan ke sekolah-sekolah agama Islam terpilih di Pulau Pinang dengan pelaksanaan sistem Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan tajaan pihak swasta. Saya yakin dengan kerjasama erat barisan EXCO Kerajaan Negeri dan agensi-agensi negeri dan swasta, perkembangan landskap pendidikan digital di Pulau Pinang dan juga STEM dapat dicapai. Seterusnya sekolah-sekolah di Pulau Pinang tidak akan ketinggalan dalam sasaran pembangunan pendidikan Pulau Pinang ke arah mencapai Visi Penang2030.

Sebagai penutup, akhir kata sebagai sebuah negeri yang memacu ke arah peningkatan kualiti hidup berteraskan Misi dan Visi Penang2030, Kerajaan Negeri sentiasa komited melalui usaha bersepadu dan kolaboratif antara semua pihak dalam mewujudkan keseimbangan dan kestabilan ekonomi dan sosial, di samping memartabatkan nilai dan akhlak moral yang tinggi dalam kalangan penduduk di negeri ini. Saya yakin dengan usaha Kerajaan Negeri memacu pembangunan Pulau Pinang sejajar dengan Visi Penang2030 serta penerapan kerangka dasar

baharu negara ke arah Membangun Malaysia Madani mampu melahirkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar bersifat manusiawi yang lebih mampan dan makmur, insha-Allah.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua pihak agar menghormati dan meraikan perbezaan pendapat dan kepelbagaian agama dan bangsa dalam negeri ini agar keharmonian dan keamanan dapat dinikmati ke arah pembangunan tanah air melalui keterangkuman dan kesaksamaan sebagai teras utama. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Batu Maung dan saya mensilakan Yang Amat Berhormat untuk buat penggulungan.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Salam Sejahtera dan Salam Penang2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Terima Kasih atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Dewan ini di Majlis Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada 17 November 2023. Tadi kita kata meraikan 100 hari sebagai Ahli Dewan ini, saya imbas kembali dan Google, saya mula masuk Dewan ini duduk di sana 12,076 hari dahulu iaitu 33 tahun 23 hari dahulu saya menjadi Ahli Dewan ini, Pengkalan Kota jadi sudah amat lama ya, jadi Pengkalan Kota ada 32 tahun lagi (Ahli-ahli Dewan ketawa dan menepuk meja). adi Pengkalan Kota ada 33 tahun lagi. Terdapat banyak pandangan bernas dan konstruktif yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bagi membantu Kerajaan Negeri dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negeri ini. Dato’ Yang di-Pertua, pembentukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada ketika ini adalah hasil daripada keputusan Pilihan Raya bagi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15 di mana Ahli-ahli Dewan yang mewakili DAP, Parti Keadilan Rakyat, Barisan Nasional dan Parti Amanah Negara buat pertama kalinya telah bergabung di bawah payung Kerajaan Perpaduan dengan kemenangan majoriti dua pertiga. Dan juga ada 11 Ahli-ahli dari Parti Pembangkang. Saya yakin dan percaya bahawa hasrat semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini adalah untuk memastikan kemajuan negeri dan kemakmuran rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Selaras dengan itu, seluruh jentera Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan serta agensi-agensi akan bekerjasama bagi memastikan pencapaian yang cemerlang di dalam menepati janji-janji Manifesto Perpaduan Pulau Pinang 2023.

Pada hari ini, dengan penuh rasa kesyukuran, saya ingin berkongsi pencapaian sehingga bulan Jun 2023 bagi manifesto yang kita telah janjikan pada PRU Ke -14 tahun 2018. Sebanyak 61 manifesto telah ditepati dengan pencapaian sebanyak 92.4 peratus. Tahniah kepada barisan Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli bagi penggal lepas yang bertukus-lumus dalam menjayakan pencapaian ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri yang sentiasa memberikan kerjasama yang erat dan teguh. Antara tunjang utama yang menyumbang kepada pencapaian ini adalah berkaitan pelaksanaan projek infrastruktur yang mana Pakej 1 - North Coastal Paired Road iaitu Jalan Berkembar dari Tanjung Bunga ke Teluk Bahang akan diteruskan sebagai usaha penguraian kesesakan lalu lintas pada masa ini. Malah, Pakej 2 iaitu Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam pula dijangka akan siap pada 2025. Bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) yang sekian lama kita nanti-nantikan, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi pelaksanaan jajaran dengar baik-baik, jajaran dari Lapangan Terbang Antara Pulau Pinang ke KOMTAR dan seterusnya ke Seberang Perai. Itu untuk menjawab Ketua Pembangkang. Bayan Lepas, KOMTAR dan sambung ke Seberang Perai. Itulah jajaran dari MRT Corp, jajaran asal negeri sampai KOMTAR saja lah. Projek ini dilihat akan memberi impak kepada menangani kesesakan lalu lintas dan seterusnya menarik minat kepada pelancong serta pelabur ke negeri ini. Dalam usaha memperbanyakkan lagi penyediaan pusat rekreasi kepada rakyat, ikon terbaharu iaitu Gurney Bay sedang giat dibangun. Fasa satu projek ini iaitu melibatkan sebuah taman pesisiran awam dengan ruang hijau terbuka dijangka siap dan dibuka kepada orang awam dalam tempoh terdekat ini. Selain itu, terdapat usaha dalam memodenkan pengurusan sisa pepejal menerusi Kajian Roadmap Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Pulau Pinang 2050 yang bakal mengenal pasti, mengkaji, meneroka teknologi kaedah rawatan, meneliti perancangan serta operasi dan seterusnya menyediakan sebuah pelan pengurusan yang holistik. Desentralisasi kuasa kepada Kerajaan Negeri, saya perlu pandang ke Bukit Tengah yang sekian lama kita berjuangkan khususnya oleh Bukit Tengah juga telah memperlihatkan hasil melalui penubuhan Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan pada 24 November 2022. Jawatankuasa khas ini akan mengenal pasti permasalahan spesifik dalam hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, termasuk isu-isu pengagihan sumber agar lebih adil. Dan kita sukacita melaporkan setelah Kerajaan Perpaduan Persekutuan mengambil alih, maka hubungan antara Negeri dan Persekutuan telah bertambah erat dan kita mula menerima peruntukan dan perhatian.

Dato’ Yang di-Pertua, Visi Penang2030. Pencapaian cemerlang negeri Pulau Pinang pada hari ini tidak terhasil dengan sendirinya. Pembentukan dasar yang kukuh serta arah tuju yang jelas oleh Kerajaan Negeri adalah berpaksikan kepada Visi Penang2030. Bersandarkan kepada tagline “Negeri Hijau dan Pintar, Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara”, matlamat dan sasaran yang jelas ditetapkan dengan mengambil kira harapan, pandangan dan idea seluruh segmen masyarakat dalam mewujudkan keseimbangan dan kestabilan ekonomi dan sosial serta memartabatkan nilai dan akhlak yang tinggi di kalangan penduduk negeri kita. Di samping itu, ia memastikan perancangan dasar dan pembangunan akan mengambil kira bahagian Pulau dan Seberang Perai secara menyeluruh.

Terdapat empat (4) tema yang dinyatakan di dalam Visi Penang2030 iaitu meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan, menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah, memperkasakan rakyat bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dan melabur dalam persekitaran fizikal bagi meningkatkan daya tahan atau resilience kita.

Visi ini telah dilancarkan pada 29 Ogos 2018 dan disusuli dengan buku panduan visi pada 27 April 2019. Setelah lima (5) tahun kita bertungkus-lumus dan berganding bahu, hasil titik peluh bersama ini telah membawa kita ke arah pencapaian sebanyak 47 peratus daripada keseluruhan inisiatif strategik Visi ini yang mana sebanyak 210 projek dan program telah dijalankan atau masih dalam pelaksanaan.

Terdapat tiga (3) fokus utama iaitu Inisiatif Setempat, Inisiatif Pembinaan Komuniti dan Inisiatif Penglibatan Industri. Melalui Inisiatif Setempat, usaha setempat dikenal pasti sebagai titik fokus untuk membangunkan negeri kita misalnya melalui usaha mewujudkan Daerah Digital Kreatif di George Town, menaik taraf Padang Kota Lama, membangunkan santuari marin di Middle Bank, Gurney Bay dan Penang Bay. Seterusnya, Inisiatif Pembinaan Komuniti melibatkan usaha memperkasakan penduduk secara keseluruhan termasuk melancarkan Kempen LovePENANG yang menyeru semua rakyat untuk bertindak bersama-sama membina semula dan maju ke hadapan untuk Pulau Pinang yang lebih gemilang, pasca pandemik COVID-19.

Kerajaan Negeri juga membangunkan komuniti bersama-sama dengan Pejabat KADUN, Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, MPKK, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang, Perbadanan Belia Pulau Pinang, Penang Green Council, Digital Penang, Penang Science Cluster, Pusat Aktiviti Warga Emas dan Penang STEM bagi menjalankan program berteraskan pendidikan, sains, teknologi dan digital, kepimpinan belia, alam sekitar serta perubahan iklim.

Manakala, yang terakhir adalah Inisiatif Penglibatan Industri yang memfokuskan pembangunan bakat dan masa depan industri semikonduktor, taman-taman perindustrian dan daerah digital swasta di Pulau Pinang seiring dengan Revolusi Industri 4.0.

Kerajaan Negeri juga mengguna pakai sistem pemantauan Dashboard Penang2030 untuk memantau prestasi dan pencapaian program dan projek-projek ini. Setiap Inisiatif Strategik di bawah Visi Penang2030 dipimpin oleh seorang Champion EXCO dan dibantu oleh seorang Champion Officer untuk memastikan setiap program dan projek dapat dilaksanakan.

Sebanyak empat (4) bengkel yang berdasarkan empat (4) tema utama Visi ini akan diadakan pada awal tahun 2024. Tujuan bengkel ini adalah untuk mengkaji semula dan menambah baik program, projek mahupun polisi Kerajaan Negeri yang sedang atau akan dilaksanakan bersama barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu. Untuk makluman Yang Berhormat Penanti, Kerajaan Negeri sentiasa memberi penerangan dan penjelasan terhadap Visi ini secara meluas dan mendalam kerana ia perlu dihayati, diserap dan diterjemahkan dengan jelas kepada setiap lapisan masyarakat dan institusi pentadbiran Kerajaan Negeri. Usaha ini telah dilakukan melalui pelbagai sesi penerangan dan sesi libat urus. Antaranya termasuk sesi yang melibatkan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Parlimen, dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan agensi di peringkat negeri dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak berkepentingan, MPKK dan sebagainya. Sesi-sesi berkenaan telah menjelaskan matlamat dan hala tuju visi ini supaya pihak-pihak yang terlibat mendapat gambaran jelas mengenai fungsi dan peranan masing-

masing. Terkini, sesi Penang2030 Onboarding telah diadakan dari 3 hingga 5 November baru-baru ini bersama-sama dengan semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang merupakan team yang baharu meminpin Kerajaan Negeri.

Usaha-usaha Kerajaan Negeri akan diteruskan lagi dengan mengadakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak pada masa hadapan. Selain itu, pameran mengenai visi ini sentiasa diadakan di dalam acara-acara rasmi Kerajaan mahupun swasta untuk mewar-warkan mengenai visi ini. Antaranya termasuklah Pesta Pulau Pinang, Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, dan lain-lain majlis.

Pelbagai aktiviti komuniti yang dijalankan oleh Yang Berhormat ADUN di seluruh Pulau Pinang supaya penduduk setempat dapat lebih memahami visi ini. Kempen LovePENANG merupakan cetusan aspirasi Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menyusun semula pembangunan komuniti pasca pandemik COVID. Usaha yang merangkumi program yang memerlukan penyertaan komuniti secara bersasar bertujuan membangkitkan semula moral dan semangat dalam kalangan rakyat negeri Pulau Pinang. Kempen LovePENANG ini telah bergerak ke peringkat akar umbi secara progresif dengan sokongan Ahli-Ahli Yang Berhormat di seluruh negeri Pulau Pinang dan turut menekankan mengenai penerangan mengenai visi ini. Selain itu, saluran media sosial juga aktif membawa berita-berita berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri dalam menjayakan visi ini. Aktiviti promosi dan penyebaran maklumat akan lebih aktif pada tahun hadapan melalui pelbagai medium publisiti seperti media sosial, media cetak dan sebagainya.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyambut baik saranan daripada Yang Berhormat Air Itam yang mencadangkan supaya diwujudkan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang seperti mana di Johor. Zon Kewangan Khas dilihat sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan dan merancakkan industri pelaburan, pertumbuhan dan aktiviti ekonomi negeri kita atau sesuatu bandar atau kawasan. Hal ini kerana kos-kos seperti pengurusan, pendidikan, kesihatan, perniagaan adalah lebih berpatutan di kawasan yang dikategorikan sebagai Zon Kewangan Khas dengan bantuan dan inisiatif daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun begitu, Kerajaan Negeri memerlukan kajian yang lebih komprehensif sebelum memutuskan untuk mewujudkan zon ini. Sekiranya Kerajaan Negeri memutuskan sokongan Kerajaan Persekutuan adalah penting sebab ianya di bawah bidang kuasa dan jurisdiction Kerajaan Persekutuan dan ianya juga melibatkan pelbagai insentif percukaian. Pembangunan ekonomi. Berkaitan dengan soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang Bubuk dan Yang Berhormat Sungai Dua berhubung dengan isu jualan tanah kepada UMECH Land Sdn. Bhd. penetapan harga reserve kolaborasi antara PDC dengan UMECH Land telah ditetapkan berdasarkan sudah pun saya jawab tempoh hari, berdasarkan asas kos tanah, kos infra dan kerja tanah overhead, faedah pinjaman, nilaian masa depan, perbandingan harga transaksi kawasan sekitar, padangan juru nilai berlesen yang terlibat dalam kes-kes mahkamah di Byram dan juga tanah itu berada dalam keadaan "as is where is basis". laitu keadaan semasa di atas lapangan. Dan satu isu yang dibangkitkan tetapi setakat ini kita ingin menjelaskan tentang isu kos infrastruktur dan kerja-kerja tanah yang perlu diwajibkan kepada pembeli sebab Jawatankuasa Perancang Negeri dan juga dalam joint venture agreement di antara dua pihak ini telah menyatakan dengan jelas pembeli adalah bertanggungjawab atas perbelanjaan infrastruktur di tapak itu.

Dan didapati memang untuk menghubungkan Byram dengan Batu Kawan sebuah jambatan yang agak panjang dan juga jalan-jalan diperlukan supaya ianya dapat di sambungkan. Ada orang mempertikaikan kita kata ia menelan satu dua ratus juta ringgit untuk membina projek ini atau kemudahan ini. Ada yang kata mungkin dua puluh tiga puluh juta boleh tetapi untuk makluman Dewan ini sebenarnya sebelum keputusan kolaborasi pihak ketiga PDC sendiri sudah pun panggil tender untuk membina jabatan ini. Ada memasuk tidak, kena istiharkan kepentingan tapi tidak jadi lah. Jadi kita sudah batalkan.

Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri

EXCO tak boleh berniaga.

Y.A.B. Ketua Menteri: Itu sebelum lah tapi ini dipanggil pada tahun 2020 untuk melihat apakah sebenarnya kos membina jambatan dan jalan-jalan menghubungkan dua kawasan ini.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Padang Kota boleh mencelah.

Y.A..B. Ketua Menteri: Sekejap haa, anggaran PDC dua ratus dan sembilan juta. Tender yang terendah dua ratus lapan juta, yang tertinggi dua ratus tiga puluh enam juta dan harini saya dapat overall layout plan dan apa yang saya sebut itu cuma fasa pertama kononnya ada fasa kedua tak masuk dalam tender itu. Kalau di masuk dalam tender itu fasa dua, saya pun dimaklumkan another one hundred two hundred juta menyebabkan kos ini RM300, RM400 juta perlu dipikul oleh pembeli pihak ini supaya ianya dapat ditawarkan kepada kilang-kilang yang masuk kalau tak ada infrastruktur ini maka tanah itu tak berguna. Itulah sebab banyak pihak mempertikaikan mengapa harga jualan rendah, dikatakan rendah tetapi kos-kos ini adalah tanggungjawab yang membeli bukan tanggungjawab PDC, PDC memang cuba nak bina sendiri pada awalnya tetapi akhirnya lihat dengan kos ini maka dengan keputusan menangguh kita pun membatalkan projek ini. Ya, Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yang Berhormat Padang Kota, Speaker saya membaca kenyataan akhbar rasa pelik juga dengan polemik yang ditimbulkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri sendiri pada sesi lalu. Kemudian dalam sesi soal jawab juga dibangkitkan oleh Air Putih dan juga ADUN kepada kerajaan. Ini adalah satu benda yang pelik. Adakah ini merupakan satu konspirasi untuk nak menjatuhkan apa nama Padang Kota kita tak tau lah…(gangguan), tarik balik konspirasi tapi heran juga.

Y.A.B. Ketua-Menteri: Saya sudah berada sini 12,000 hari, saya boleh tahan juga lah. la dan keputusan semua dibuat oleh Lembaga PDC untuk meluluskan kolaborasi ini pada mesyuarat 9 Februari 2023. Peranan pengurusan adalah membuat cadangan, syor, pertimbangan terletak kepada Ahli-Ahli Lembaga itu pada 9 haribulan Februari 2023. Sebelum isu ini dicetuskan lagi tetapi, setelah isu ini dicetuskan lembaga putuskan untuk membatalkan. Itu keputusan dibuat pada Oktober 2023. laitu bulan sebelum ini oleh satu barisan Lembaga Pengurus, Pengarah yang ada keanggotaan yang baharu selepas pilihan raya sudah perlu ganti beberapa maksudnya mantan TKM I, mantan TKM II, Dato’ Seri Halim dan sebagainya pertu diganti oleh Ahli-Ahli Lembaga yang baru. Ahli Lembaga yang baru pun mendapati urus niaga ini adalah berdasarkan tata kelola yang betul. Yang mana pada Februari, Lembaga Pengarah putus untuk meluluskan. Pengarah baru ini pun mendapati tak melanggar tetapi mesyuarat lembaga ini memutuskan untuk membatalkan. Yang Berhormat Sungai Dua, ada sebut saya ingat kalau tak ada salah mengapa batalkan kita perlu jelas. Kita batalkan bukan kerana tata kelola salah. Kita batalkan kerana kemasukan ekuiti yang baru oleh Sunway yang memegang 70 peratus tidak diumumkan kepada PDC. Itulah sebab kita membatalkan perjanjian ini di mana di bawah syarat memang kedua-dua pihak ada hak berkenaan dan kita menggunakan hak itu untuk membatalkan kerana tidak memaklumkan perubahan ekuiti dalam svarikat berkenaan dan setelah PDC pulangkan wang yang dibayar maka dianggap selesailah perkara ini. Seterusnya, Dato Yang di-Pertua….(ganggguan).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Ketua Menteri minta pencelahan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah memberi penjelasan. Saya cuma ada satu solan tambahan. Kerana memandangkan perjanjian yang asal. Yang menampak begitu mendatangkan banyak manfaat kepada pembangunan untuk negeri kita dan kita telah batalkan perjanjian ini. So what is next? Apa yang kita akan buat untuk pembangunan di Ladang, BKIP 2 ini dan apa tindakan remedy yang ada dibincang oleh Lembaga Pengurus PDC tentang isu ini dan itu soalan saya. Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Okey, terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Sebenarnya saya sudah pun jawab hari itu tetapi saya ulangkan apa yang apa Lembaga Pengarah putuskan. Selain dari menamatkan perjanjian ini. lembaga juga mengarahkan pengurusan membentangkan satu garis panduan yang jelas. Saya pun sudah jawab di PDC kita gunakan tiga (3) kaedah. Tender terbuka, request for proposal dan juga rundingan terus. Semua dipakai di PDC jadi kita tak ada satu garis panduan dalam keadaan mana dalam projek apa, kita boleh pakai kaedah A, kaedah B, atau kaedah C. Jadi dengan keputusan lembaga pengurusan telah menyediakan satu garis panduan untuk dipertimbangkan oleh lembaga dan lembaga seperti saya jawab. Walaupun apa kaedah pun diwajibkan untuk iklankan projek-projek atau cadangan supaya menjadi pemakluman kepada dunia mana-mana pihak yang mahu boleh mengemukakan bida kepada PDC.

Kedua, kita pun mengambil tindakan yang sewajarnya dimana dalam perjanjian-perjanjian yang baharu kita mahu memasukkan klausa bahawa sebarang perubahan dalam ekuiti sesebuah syarikat yang kerjasama dengan PDC sekiranya berlakunya perubahan ekuiti perlu dimaklumkan kepada PDC sebelum ianya dikuatkuasakan. Jadi ini antara beberapa perkara tindakan untuk menyelesaikan kelemahan kalau ada dalam pengurusan tender-tender seperti ini.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Ketua Menteri, cuma saya ada...(gangguan).

Y.A.B. Ketua Menteri: Ada yang belum jawab. Ya, selain daripada apa yang saya nyatakan tadi maka kita tidak melepaskan BKIP 2. Ianya melibatkan beratus hingga billion ringgit yang sudahpun dilaporkan oleh PDC dalam pengambilan tanah. Kita sudah belanja RM1.0 billion lebih bukan UMECH saja lah ada lain-lain tanah masih ada. Jadi kita perlu meneruskan rancangan dan kita pun sudah putuskan kita akan meneruskan usaha melalui kaedah-kaedah yang ditetapkan supaya kita masih boleh memajukan tapak ini untuk tujuan industri. Mana-mana pihak yang kata kita jual tanah itu dengan murah bolehlah membida, memberi cover yang lebih baik. Jangan lupa perlu bina jalan jambatan empat ratus juta. Jangan lupa masukkan dalam pengiraan.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

That is why CM. Thats why soalan saya adalah saya rasa proses yang nanti PDC buat tiga (3) proses itu buka tender semua itu sudah dijalankan apabila tiada orang yang membida. Adakah kita akan minta balik UMECH untuk masukkan tender sekali lagi atau dia sudah tidak berminat lagi atau adakah rundingan semula untuk menjayakan projek ini. Itu yang soalan ya saya hendak tanya.

Y.A.B. Ketua Menteri: Saya rasa proses itu tak mungkin berlaku sebab obligasi perundangan masing-masing sudah ditamatkan dengan tamatnya perjanjian. Kalaulah andai kata kita ada tender yang baharu mana-mana pihak termasuk UMECH ka Sunway ka mana-mana boleh ya dipelawa untuk masuk sekiranya tak ada orang yang berminat mau tak mau PDC perlu meneruskan projek itu atas sumber dan dana sendiri itu kita tak boleh biarkan sebillion ringgit hartanah tanah industri dibiarkan begitu. Jadi kita perlu juga melihat macam mana the way forward untuk memajukan tanah yang amat diperlukan untuk menjana industri di Negeri Pulau Pinang. Saya sambung Yang Berhormat, memandangkan sumber tanah negeri Pulau Pinang semakin terhad, Kerajaan Negeri melalui PDC telah membangunkan beberapa strategi untuk kesinambungan kelestarian pembangunan ekonomi dengan beberapa kaedah yang kita usahakan. Saya meneruskan dengan menjawab kepada Yang Berhormat Batu Uban bagi memastikan Pulau Pinang kekal menjadi hab pelaburan tempatan dan antarabangsa, Kerajaan Negeri melalui Invest Penang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaburan di Pulau Pinang dan salah satu program yang dilaksanakan adalah hand holding

programme di mana pelabur baharu yang ingin beroperasi di Pulau Pinang akan diberi khidmat nasihat, sokongan dan facilitation untuk memudahkan penubuhan syarikat perniagaan mendapat lesen-lesen yang berkaitan membina, menyewa bangunan kilang yang baharu dan pendek kata the east is doing business perlu dapat membantu pelabur menangani masalah mereka. Selain itu, Invest Penang juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti MDEC, PSDC, GPS Focus Group dan sebagainya untuk memperkasakan industri perkhidmatan juga. Tadi ada seorang Yang Berhormat menyatakan selain dari pembuatan, perkhidmatan itu penting, perkhidmatan berkaitan dengan pembuatan itu satu sektor yang kita cuba kembangkan seperti medical tax, global business outsourcing dan sebagainya. Terdapat pelbagai perancangan Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelabur dan mengekalkan syarikat yang telah melabur di Pulau Pinang antaranya membangunkan taman-taman industri yang baharu bertaraf antarabangsa seperti di Taman Teknologi Bandar Cassia Batu Kawan Timur, Science Park North dan South sedang digiat rancang dan dibangunkan. Taman taman industri baru ini akan meningkatkan jumlah kawasan industri melebihi 800 ekar bagi menampung jumlah permintaan tanah industri yang tinggi oleh pelabur asing dan tempatan. Mengikut pengalaman di PDC dan Invest Penang kita seharusnya ada satu land bank dalam lingkungan 200 ekar setiap tahun. Kalau kita jual 100, 150 ekar kita baki 50 ekar, tetapi di samping itu kita usahakan untuk siapkan kemudahan dan menambah untuk selesa menghadapi permintaan kita sepatutnya ada land bank dalam lingkungan 200 ekar. Jual 100 baki 100, di samping itu kita usaha dan pastikan kita ada land bank untuk membekalkan kepada pelabur-pelabur. Jadi kita sekarang selesa sebab dalam land bank dan beberapa tapak yang kita usahakan kita ada lebih kurang 800 ekar yang melebihi satu paras yang selesa. Selain daripada memfokuskan kepada industri elektrik dan elektronik, Kerajaan Negeri juga memberi fokus menjadikan Pulau Pinang sebagai hab teknologi perubatan atau medical teknologi membangunkan rangkaian bekalan supply chain untuk peralatan pembuatan bahagian hadapan front and manufacturing equipment dan menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta reka bentuk di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga membantu dan menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan terlibat dalam rantaian nilai global untuk menggerakkan rantaian nilai or move up the value chain serta memantapkan ekosistem yang sedia ada. Saya rasa tidak perlu ulangi beberapa perkara yang sudahpun banyak kali dijawab oleh rakan-rakan saya. Satu elemen penting dalam menarik minat pelabur baru dan mengekalkan pelabur sedia ada adalah sistem pengangkutan yang holistik, kita tau atau Bukit Tambun, Bukit Tengah semua ahli-ahli di Seberang Perai menghadapi isu yang semakin rumit sebagai Ahli Parlimen pun saya menghadapinya bersama-sama dan menekankan EXCO bertanggungjawab untuk membantu. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, melalui pelaksanaan Penang South Reclamation kita pun jangka pelaburan dalam bidang baharu akan meningkat sebab 700 ekar dari Silicon Island ini akan dijadikan Green Technology Park untuk menarik pelabur-pelabur dalam teknologi yang baharu dan akan mewujudkan peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat jelata. Kerajaan Negeri berhasrat untuk mempertingkatkan mutu hidup komuniti nelayan melalui projek ini dan pelbagai faedah dan bantuan telah diberikan sepertimana dihujahkan oleh Yang Berhormat Tanjong Bunga.

Pembangunan tanah. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyambut baik syor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Teluk Ayer Tawar berkaitan pemberian geran tanah kepada penduduk kampung tersusun di Telok Ayer Tawar namun berdasarkan kepada semakan semula Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara mendapati bahawa pertanyaan merujuk kepada Kampung Contoh bukan Kampung Tersusun di Telok Ayer tawar yang terletak di Mukim 9, SPU dan lot-lot tanah di kawasan tersebut adalah tanah milik dengan tempoh pegangan selama 60 tahun. Kebanyakan hak milik tersebut akan tamat pada tahun 2048. Maksudnya ada 20 lebih tahun memandangkan isu yang dibangkitkan adalah geran tanah. isu ini tidak berbangkit memandangkan penduduk-penduduk di kawasan ini telah mempunyai hak milik tanah. Sekiranya terdapat penduduk yang masih belum menerima hak milik tanah atau pemilik tanah ingin melanjutkan tempoh pegangan, permohonan boleh dikemukakan kepada Pentadbir Tanah di daerah masing-masing. Untuk makluman Dewan yang mulia ini pada awal tahun ini Kerajaan Negeri sememangnya sudah memutuskan dasar lanjutan pegangan atau pajakan. Semua pegangan baik 30 tahun, 60 tahun, 99 tahun boleh pohon untuk dilanjutkan pegangan. Walaupun 30 tahun tak ada halangan pohon lanjut sehingga 99 tahun dan Kerajaan Negeri memberi diskaun premium yang agak baik iaitu bagi kegunaan kediaman 90 peratus diskaun diberikan untuk premium, bagi komersial 80 peratus, bagi industri 70 peratus tetapi ada perbezaan mengikut modal dan bilangan pekerja dan lain-lain syarat yang akan ditentukan oleh Invest Penang. Maka di Negeri Pulau Pinang sesiapa juga tak perlu tunggu sampai luput kalau baki 20 tahun, baki 30 tahun boleh juga dipohon untuk lanjutan. Itulah satu keistimewaan di Negeri Pulau Pinang. (Ahli-ahli Dewan menepuk meja). Kita membantu rakyat jelata untuk to have a sense of belonging 30 tahun pun boleh lanjut 60 tahun tak bermasalah. Harap ada banyak atau ramai yang menyahut lah peluang yang diberikan. Kalau kerajaan ini tidak ada tak tau lah dasar ini tukar atau tidak. Saya masa itu saya pun tak boleh janji lah. Seterusnya Yang Berhormat Kebun Bunga, menimbulkan isu berhubung dengan tanah di Kelab Lumba Kuda yang akan tamat pengoperasiannya. Sekarang judi kuda pun tak laku dah, bukan usaha PAS la ya, sebab kemajuan teknologi online. Dari segi permohonan tanah Pihak Berkuasa Negeri pada 11 November 2021 telah meluluskan permohonan serah balik dan pemberian semula tanah ini di bawah Seksyen 204D Kanun Tanah Negara bagi Lot 28, 403 dan 728, Seksyen 2, Bandar George Town, Timur Laut daripada Penang Turf Club bagi tujuan pembangunan bercampur. Berdasarkan kelulusan ini tapak yang digunakan sebagai padang lumba kuda dan golf dikekalkan penggunaan sebagai seperti sedia ada. Lanjutan daripada kelulusan tersebut pemohon kemudiannya telah kemukakan permohonan Pinda Syarat Nyata bagi tapak padang lumba kuda dan golf sahaja kepada perniagaan sahaja dan permohonan ini telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 27 September 2023. Manakala berkaitan penamatan operasi kelab lumba kuda, pihak Kerajaan Negeri tiada makluman berhubung dengan perkara ini memandangkan tanah yang terlibat adalah tanah milik dan terpulang kepada pemilik tanah bagi menentukan perancangan bagi tanah tersebut. Isu keselamatan. Dato’ Yang di-Pertua, rintihan daripada insiden-insiden bencana alam luar biasa dalam negeri khususnya banjir yang telah mengakibatkan kerosakan harta benda, Kerajaan Negeri telah lulus penubuhan Unit Pengurusan Bencana di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan 10 perjawatan pada 23 Februari 2022 untuk mewujudkan medium yang boleh menggembeling kerjasama semua pihak bagi menguruskan isu berkaitan perancangan, kesediaan, kesiapsagaan dan pemulihan dalam bencana.

Yang Berhormat Machang Bubuk juga menimbulkan isu ini dan sukacita dimaklumkan unit ini berusaha mengurus dan menyelaras segala aktiviti berkaitan bencana dan unit ini telah berjaya melaksanakan beberapa pencapaian yang significant antaranya penubuhan pusat logistik kemanusiaan bencana dengan anggaran kos RM6.5 juta di Bukit DO SPT. Sebelum ini di negeri Pulau Pinang tidak ada depoh sedemikian, kita perlu gunakan depoh simpanan keperluan bencana di Bidong, Kedah. Tetapi dengan tindakan ini kita ada satu pusat logistik dekat dengan Negeri Pulau Pinang di dalam negeri Pulau Pinang supaya ianya boleh digunakan sebagai stor simpanan keperluan bencana di bawah. Ya, pada tahun 2025 ia akan siaplah pada tarikh ini dan harap ianya akan diseliakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mengenai pengurusan ayaq atau air soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang Bubuk, Seberang Jaya dan Sungai Dua berkaitan air terawat dan rundingan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Negeri Perak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perbincangan dan rundingan di antara Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah diadakan pada 9 November baru-baru ini. Antara fokus perbincangan tersebut adalah mendapatkan persetujuan dasar dan membina persefahaman bagi pembelian air terawat dari Negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak telah setuju secara prinsip untuk menjual air terawat kepada Negeri Pulau Pinang. Perbincangan dan susulan lanjut perlu diadakan bersama dengan Negeri Perak bagi membincangkan secara terperinci berkaitan dengan kos pembelian air terawat tersebut kerana perkara ini perlu diteliti secara teknikal. Walau bagaimanapun, harapan kedua-dua negeri sudah semestinya untuk memastikan pelaksanaan projek ini dapat dimulakan dengan kadar segera dan Kerajaan Persekutuan perlu memberi keutamaan dalam meluluskan peruntukan supaya projek ini dapat dimulakan dengan segera demi kepentingan kedua-dua negeri bagi memastikan manfaat dalam penyelesaian jangka masa panjang untuk memenuhi permintaan air sehingga tahun 2050 tercapai, termasuk bagi Negeri Perak, di bahagian utara. Projek ini memerlukan pembinaan infrastruktur yang sangat kompleks di mana melibatkan pembinaan terowong, satu terowong untuk dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang ya, mesti memantau terowong ini. Terowong air dari Sungai Perak sehingga ke opsyen-opsyen yang perlu diputuskanlah. Opsyen sama ada pergi ke Bukit Merah, ke Sungai Kerian, dan ada satu opsyen lagi akan diputuskan oleh pasukan teknikal. Tetapi semestinya melibatkan sebuah terowong dari dekat Tasik Chenderoh ke bawah. Pembinaan terowong penyaluran air mentah. Kerja-kerja pembinaan rangkaian paip air mentah, dan pembinaan loji rawatan air yang baharu. Pembinaan ini memerlukan penyiapan kemudahan infrastruktur di sebelah negeri Perak terlebih dahulu bagi membolehkan penyaluran air terawat dapat disalurkan ke Pulau Pinang. Pulau Pinang seterusnya akan menyediakan kolam takungan untuk simpanan air dan sistem perpaipan retikulasi bekalan air untuk dibekalkan terus kepada pengguna yang terlibat. Seperti mana dinyatakan oleh Yang Berhormat Tanjong Bunga, projek ini akan mengambil masa lapan (8) hingga 10 bukan senang. Pada asalnya kita kata kita mahu projek ini siap 2025 dalam perancangan dan fikiran negeri Pulau Pinang yang memulakan buat kajian sejak tahun 2009 lagi. Tetapi sekarang pun sudah 2023. Kalau boleh siap dalam 2030 pun kita bersyukurlah. Kerajaan Negeri melalui PBA sentiasa meneroka untuk melihat sumber-sumber baharu yang berpotensi untuk dijadikan sumber bekalan air bagi Negeri Pulau Pinang termasuk menggunakan air laut melalui kaedah desalination dan kitar semula air sisa, itu berhubung dengan lepasan IWK untuk kegunaan industri jangan risau ya. Kumbahan dari IWK akan dikitar semula untuk kegunaan industri. Kalau air itu digunakan ada air yang dikitar semula katakan 100

mld bekal kepada kilang, maka kita jimat 100 mld lah kita tak perlu bekal kepada kilang, bekal ke rumah Yang Berhormat dan lain-lain kawasan.

Zulkefli Bin BakarBERSATU · PNPenanti

Mintak laluan la YB...(GANGGUAN).

Y.A.B. Ketua Menteri: Bukan air kumbahan ya...(gangguan) air terawat itu.

Zulkefli Bin BakarBERSATU · PNPenanti

Bila YB bercakap berkenaan dengan ayaq.. air..ayaq jadi kalau di Penanti tu kita ada banyak kuari lama dah tak digunakan jadi..ayaq di situ memang banyaklah. Jadi kalau boleh digunakan tempat tersebut boleh kita buat sebagai ayaq gunaan domestik pun boleh kot.

Y.A.B. Ketua Menteri:

Bukan semua ayaq boleh menjadi air minum….(gangguan). Tapi PBA akan melihatnya kalau sesuai. Dalam kiraan kita tak berapa sesuailah.

Batu Kawan boleh saya tolong jawab soalan tu...(gangguan).

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Padang Kota, Padang Kota.

Padang Kota sorry…(gangguan).

Y.A.B. Ketua Menteri: Sebab rakan saya mahu jadikan…(gangguan).

Kuari.

Y.A.B. Ketua Menteri: Kuari semula. Adooi (Gangguan) Itu..itu..itu sebab.. …(gangguan).

Pasai apa, saya selalu tengok Ketua Menteri ni berada di Batu Kawan kerana saya di bawah Parlimen dia. Padang Kota minta maaf ya. Okay saya pun sudah.. kami pun sudah tengok apa lagi kita boleh guna tanah ini untuk ya. Memang itu adalah satu cadangan untuk gunakan tanah ini untuk kolam takungan air yang boleh diguna pakai tetapi bila kita nak buat kolam-kolam takungan semacam itu kita mestipun ada pelan di mana air akan salir jika penuh. Malangnya di keliling tanah itu adalah dimiliki oleh orang dan tanah perumahan. Nak buat saliran kalau overflow itu memang payah sikitlah. Tambah lagi, tambah lagi kalau kita nak buat land acquisation untuk over flow itu keadaan tanah itu sekarang tak cukup lagi, kena korek lagi, korek lagi dalam, baru boleh takung air yang cukup. Kedalaman sekarang ini memang cetek tak cukup air untuk ditakung sehari pun tak boleh pakai itu so memang ada dalam cadangan kita macam saya pernah cerita dengan Penanti, nombor satu, kalau kita buka kuari tu balik kita akan kurangkan beban kos construction kepada pemaju yang akan membantu dia orang bekalkan lebih kos perumahan kos rendah dan mampu milik ya. Mungkin..mungkin idea Penanti ini boleh pakai guna dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang, mungkin sepuluh tahun ke dua puluh tahun selepas kita korek cukup supaya kolam tu boleh takung air yang cukup untuk tahanan sekurang-kurangnya untuk jangka masa yang panjang. Sambil kita cari tanah untuk saliran dia kalau ada over flow. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak semestinya, dia kena ada satu level yang diperluluskan oleh jawatan atau pun jabatan yang teknikal. Dia tak boleh sewenang-wenangnya korek sampai tak terhenti no.

Y.A.B. Ketua Menteri: Okey..walau apa pun, kajian kebolehlaksanaan perlu dilaksanakan baik desalunation kitar semula sisa air atau pun menggunakan kuari untuk takung air perlu diadakan kebolehlaksanaan kajian dia untuk menentukan dari segi kualiti dan kuantiti sumber air. Satu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Putih berhubung dengan Mengkuang Dam, saya bercadang merumuskan isu ini iaitu Mengkuang Dam dibina pada tahun 85 sebagai Empangan Kemarau Strategi dan ianya dibesarkan pada 2000 sebelum 2020 lah tetapi walaupun dikatakan sudah siap, apa yang sudah siap itu cuma dua (2) komponen daripada empat (4), lima (5) komponen. Ya, empangan itu diperluaskan tetapi komponen-komponen yang lain masih belum disempurnakan dan masih menunggu peruntukan. Kita ada baki RM600 lebih juta yang belum dibelanjakan dalam projek ini. Cuma sebahagian wang dibelanjakan sekarang tanggungjawab sememangnya kita sudah banyak kali menuntut daripada Kementerian untuk meneruskan komponen-komponen yang lain supaya setelah siapnya semua komponen ini barulah Empangan Dam itu dapat memainkan fungsi dengan sepenuhnya. Fungsi yang pertama adalah menyalurkan air mentah yang disimpan di Mengkuang Dam kepada loji Sungai Dua apabila loji Sungai Dua tidak dapat extract air dari Sungai Muda. Jadi kalau tak ada air mentah maka operasi Sungai Dua perlu diberhentikan, tetapi dari Mengkuang

sekarang sudah ada satu paip berkapasiti 300 mld. Dalam bulan Januari akan siap paip yang kedua tambah 300 jadi 600 mld tetapi Sungai Dua memerlukan 1200 maka dengan siapnya dua pun, cuma dapat membekal 600 mld, berbanding dengan Sungai Muda 1200 mld. Maka ada satu komponen lagi membina 400 mld lagi. Kalau boleh bina 600 mld campur dengan 600 yang siap, 1200 lah itu terbaik sekali lah. Tetapi kita masih usaha supaya Kementerian dapat melaksanakan projek ini. Projek-projek yang dinyatakan bukan projek baru sepatutnya sambungan dari satu pakej. Tidak boleh disifatkan sebagai permohonan yang baharu sebab memang dalam pakej yang asal cuma tidak dihabiskan sahaja. Jadi, isu yang dibangkitkan adalah isu inilah supaya Mengkuang Dam boleh memainkan fungsi dengan baiknya maka komponen-kompenan yang tak habis itu perlu disiapkan. Di samping ini, kita merasakan walaupun Empangan Mengkuang siap ianya boleh mengurangkan ancaman pada musim kemarau tetapi ianya bukan satu penyelesaian yang menyeluruhlah. Apa yang diperlukan sebenarnya adalah projek air Perak dan Pulau Pinang iaitu lebih penting, itu pentinglah bukan Mengkuang tak penting tetapi projek air Perak dan Penang adalah penting untuk menambah daya tahan air kita, keselamatan air kita di Negeri Pulau Pinang. Di samping menunggu projek siap kita pun tak boleh tunggu. Kita sudah mula usaha 2009, mau habis 2025, sekarang pun dekat-dekat 25. Oleh itu kita putuskan kita perlu melaksanakan lapan (8) projek water contigency plan. Di samping menunggu bila siap kita akan membina loji rawatan yang baharu dan sebagainya untuk memastikan dalam 2028 atau 2030, apabila kelapan-lapan projek contigency plan ini siap maka sebenarnya akan menambah 400 lebih mld sehari berbanding dengan permintaan kita dari Perak 700, dengan laksananya lapan (8) projek ini boleh bekal hingga 400 lebih, jadi pergantungan itu dikurangkanlah. Walau pun tak cukup, tetapi kita buat apa yang boleh untuk menambah kedaya, kedaya tahanan kita dari segi air dan satu projek akan siaplah. Di loji rawatan Sungai Dua Yang Berhormat Teluk Bahang ya ingat jemput Ketua Pembangkang sebab kawasan Sungai Dua. Loji rawatan yang baru akan siap pada bulan Januari itu akan menambah kapasiti air untuk disalurkan ke consumer lah. Mengenai Non-Revenue Water (NRW) itu pun sudah dijawab oleh Yang Berhormat, tetapi apa yang kita nyatakan bukan kita tak mau merendahkan NRW kita kepada satu paras yang lebih selesa tetapi ianya perlu digantikan paip-paip simen abestos yang ada 30 puluh tahun 50 puluh tahun yang tak pernah ditukar dan sudah melebihi jangka hayat ya. Dan dianggarkan kita perlu RM2.2 bilion untuk mengganti 1200 km paip di Negeri Pulau Pinang. Jadi apa yang kita boleh buat tahun 2024 kita menyediakan peruntukan RM250 juta start for something ya dan akan boleh kita ganti 138 km saja, ok la not to bad la, two hundred and fifty million untuk tukar paip, kawasan mana akan ditentukan oleh PBA lah. Penutup, dengan berbekalkan hasrat yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan melipat gandakan usaha untuk mencapai perkara-perkara seperti berikut, mencapai 100 peratus janji yang diberikan dalam Manifesto, B, mempercepatkan pencapaian Visi Penang2030, C, memberi fokus untuk pembangunan ekonomi mempromosikan Pulau Pinang sebagai tempat pilihan pelabur baharu dan mengekalkan pelabur yang sedia ada.

D, mentadbir Negeri Pulau Pinang dengan Good Governance atas prinsip Cekap, Akauntibiliti dan Telus dan E, memastikan serta menjaga kebajikan rakyat negeri Pulau Pinang. Satu perkara penting yang dilafazkan oleh Tuan Yang Terutama Tun dalam Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelima Belas adalah perpaduan yang menyatupadukan masyarakat Malaysia berbilang kaum, agama dan keturunan. Segala kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri akan menjadi tidak bermakna sekiranya perpaduan yang kita kekalkan selama ini tergugat. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengekalkan perpaduan masyarakat agar keharmonian dapat dinikmati dan diwarisi kepada generasi akan datang. Selain itu, sokongan yang padu dari Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan kepada barisan kepimpinan Kerajaan Negeri turut ditagih agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seluruh anggota perkhidmatan awam Negeri Pulau Pinang yang selama ini telah memberi komitmen yang amat tinggi dalam merealisasikan misi mencapai sasaran Visi Penang2030 dan lain-lain perancangan di Negeri Pulau Pinang. Sesungguhnya, visi ini akan dijadikan sebagai pegangan dan hala tuju Kerajaan Negeri untuk mentadbir negeri ini pada masa depan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong. Ahli-ahli Dewan menepuk meja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat selesailah sesi penggulungan kita dan masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul, “Bahawa kami Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas pada 17 November 2023 yang lalu di persersetujui”. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “Ya”.

Ahli-ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Maka usul dipersetujui sebulat suara. (Ahli-ahli Dewan menepuk meja). Ahli-ahli Yang Berhormat maka Dewan ditangguhkan dan kita bersidang semula esok 24 November 2023 jam 9.30 pagi esok.

Dewan ditangguhkan pada jam 5.05 petang.