Pulau Pinang · 28 November 2023
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 273 turns · 39,465 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Connie Tan Hooi Peng (Seri Delima)
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, bacaan doa.
“Bacaan Doa”.
Soalan Lisan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita masih dalam sesi soalan lisan dan saya nak menjemput Yang Berhormat Machang Bubuk.
Terima Kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 54. 54. Had tempoh Ketua Menteri dua (2) penggal. (a) Terangkan kewajaran dan kepentingan untuk menggubal Enakmen Bekas Ketua Menteri bagi memastikan Code of Conducts bagi seseorang Bekas Ketua Menteri selaras dengan Perlembagaan Negeri. (b) Nyatakan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh Bekas Ketua Menteri demi kepentingan negeri dan rakyat Pulau Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri: Selamat pagi, salam sejahtera kepada Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan. Untuk makluman Yang Berhormat Machang Bubuk dan Dewan yang mulia, setakat ini masih belum terdapat cadangan penggubalan Enakmen Bekas Ketua Menteri bagi memastikan Code of Conduct seseorang bekas Ketua Menteri sepertimana dinyatakan dalam soalan Yang Berhormat. Bahagian (b), sebagai seorang bekas Ketua Menteri tanggungjawab yang perlu dimainkan adalah memberi sokongan penuh kepada pucuk pemerintahan semasa yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi. Ini termasuk menghormati segala keputusan hala tuju dan juga corak pucuk kepimpinan serta barisan kepimpinan semasa demi kepentingan rakyat serta kedaulatan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhan. Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima teguran dan kritikan dari mana-mana pihak yang disalurkan melalui saluran yang betul dan rasmi. Ianya dianggap sebagai ‘semak dan imbang’ yang boleh memberi manfaat penambahbaikan ke atas
penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Walau bagaimanapun sebarang usaha untuk campur tangan dan mempengaruhi keputusan-keputusan Kerajaan haruslah dielakkan kerana ianya akan merencatkan segala usaha dan perancangan kerajaan demi kebaikan rakyat kita.
Terima kasih. Machang Bubuk.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya tanya soalan ini disebabkan Negeri Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di seluruh Malaysia yang meminda Perlembagaan Negeri untuk menghadkan tempoh Ketua Menteri kepada dua penggal dan kita sedia maklum, dua penggal itu paling maksimum 10 tahun. Tapi selepas 10 tahun, sekiranya seseorang Ketua Menteri, dia sudah tidak boleh memegang apa-apa jawatan tetapi beliau atau bekas-bekas Menteri masih mempunyai peranan dan juga energetic untuk terus menyumbang kepada negeri. So adakah kita Kerajaan Negeri, selaras dengan apa yang kita sudah buat pindaan dekat Perlembagaan, adakah kita akan, bukan sekadar ada pindaan dalam menggubahkan undang-undang tapi juga boleh kita fikirkan adakah menubuhkan Pejabat Bekas Ketua Menteri supaya boleh memainkan peranan seperti yayasan atau memberi kerja-kerja amal atau memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri yang sedia ada. So itu yang saya nak tanya sama ada Kerajaan Negeri ada rancangan untuk menggubahkan ini sebab kita adalah negeri yang pertama, ini experiment case about how are we going to make sure our Ketua Menteri selepas dia bersara dia tidak boleh memainkan, tidak dibenarkan untuk menjawat Ketua Menteri masih boleh memainkan peranan mereka melainkan boleh menjadi Ahli Parlimen atau pergi jadi Menterilah tapi jika tidak apa yang boleh kita buat sebab dia ada seorang bekas Ketua Menteri. Itu saja.
Y.A.B. Ketua Menteri: Satu hari nanti saya juga jadi Bekas Ketua Menteri. Saya rasa isu yang dibangkitkan sama ada Bekas Ketua Menteri ada peranan atau tidak ataupun Perdana Menteri pun setelah tidak menjawat jawatan itu, tidak ada kena-mengena dengan peruntukan Perlembagaan. Peruntukan Perlembagaan Negeri cuma menghadkan seseorang memegang jawatan itu tidak melebihi dua penggal. Perlembagaan itu tidak menghalang orang yang sudah berkhidmat dua
penggal dari melakukan apa pun, tak ada halangan. Kalau halangan, ada halangan undang-undanglah. Itu, itu perkara yang lain. Dalam peringkat negara pun, pada satu ketika saya duduk dalam Dewan Rakyat, di depan mata saya ada Mantan Perdana Menteri. Bukan seorang, dua tiga orang. Datuk Seri Najib, Tun, Ismail Sabri, Muhiddin. Pada satu ketika pun ramai Mantan-Mantan Perdana Menteri tetapi mereka masih boleh meneruskan karier politik mereka berdasarkan kedudukan semasa. Jadi dan saya percaya mereka akan menunaikan apa-apa tanggungjawab sebagai Mantan Perdana Menteri tetapi mungkin ada perbezaan, dalam Perlembagaan tak ada halangan untuk Mantan Perdana Menteri jadi Perdana Menterilah berbanding dengan Perlembagaan di Negeri Pulau Pinang.
Ya?
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Saya nak tanya, kalau, kalaulah seorang Ketua Menteri telah bersara dan tidak lagi menceburi dalam bidang politik, so apakah benefit yang akan…(gangguan).
Keistimewaan.
Keistimewaan yang akan diperolehi? Biasanya Prime Minister, mereka masih lagi mempunyai bodyguard, ada pemandu, semua itu. Saya pernah nampaklah seorang bekas Ketua Menteri iaitu yang lepas, Tan Sri Koh Tsu Koon. Saya nampak beliau seorang yang tidak lagi dikenali oleh rakyat Pulau Pinang. Dia hanya terdiam seorang, jalan seorang. Apa keistimewaan yang akan diberikan kalau mereka telah bersara? Maksudnya saya, Chief Minister yang ada pun tak banyak. Kita kena jagalah mereka.
Y.A.B. Ketua Menteri: Ya, terima kasih. Terima kasih atas soalan tambahan. Kalau saya jawab nak bagi keistimewaan itu saya akan menikmatinya satu hari nanti. Mengikut Akta Saraan, memang setiap Ahli termasuk Ahli MMK termasuk Ketua Menteri akan layak menerima pembayaran mengikut Akta Saraan itu tertakluk kepada jawatan yang dipegang, tempoh perkhidmatan dan sebagainya. Setakat ini saya percaya itulah keistimewaan yang dinikmati oleh seseorang yang sudah sempurnakan perkhidmatan dalam Dewan ini. Yang bagi Ahli-Ahli yang memegang jawatan dalam pentadbiran, maka mereka layak dapat apa yang diperuntukkan dalam Enakmen-Enakmen kita di peringkat negeri. Jadi kita setakat ini, tak ada apa-apa selain daripada yang diperuntukkan oleh Enakmen Saraan Ahli-
Ahli Dewan Undangan Negeri dan Anggota Pentadbiran. Jadi memang ada kalanya politik sedemikianlah apabila dalam jawatan memang dipuja oleh penyokong tetapi apabila tamat perkhidmatan, dia pula memuja penyokong pula. Itu berlaku di mana-mana tetapi setakat ini tak ada apa-apa cadangan untuk melihat kepada keistimewaan yang boleh ditimbangkan untuk Mantan-Mantan Ketua Menteri di Negeri Pulau Pinang.
Soalan tambahan. Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya berkenaan dengan gaji sekarang, gaji terkini oleh yang diterima oleh Ketua Menteri dan juga bilakah tarikh terakhir gaji tersebut dikaji semula? Bilakah tarikh terakhir, rasa sudah lama so saya nak tahu jawapan tersebut. Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Ada pihak yang…(gangguan).
Buat, buat usul sekarang tergempar, saya bagi lulus. Nak naik berapa pun boleh selagi Dewan setuju.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih atas soalan tambahan Memandangkan ini isu yang menarik saya minta Dato’ Yang di-Pertua benarkan lebih banyak soalan tambahan. Gaji yang dinikmati oleh Ketua Menteri, saya rasa dalam lingkungan RM14,000.00. Yang specific, saya tak ingatlah.
Dan jangan silaplah. Cuma lebih RM2,000.00.
Y.A.B. Ketua Menteri: RM14,000.00. Manakala Ahli EXCO RM12,000.00. Plus minus itu angka yang last tiga tu saya tak ingatlah dan saya rasa kali yang terakhir dikaji semula, EXCO pernah dikaji semula dalam 10 tahun yang lepas tetapi semasa kajian semula EXCO, Ketua Menteri pada masa itu tidak memasukkan kaji semula kepada gaji yang diterima oleh Ketua Menteri dan dikekalkan untuk sampai sekarang 20 tahun tak pernah di kaji semula. Dan boleh nampak perbezaan antara Ketua Menteri dengan EXCO dalam lingkungan RM2,000.00 sahajalah tetapi tanggungjawab adalah berlainan. Mungkin Pengkalan Kota nak buat persiapan awal kalau nak ada kaji semula gaji-gaji Ketua Menteri yang lain pada masa tu layak dapat gaji yang lebih besarlah. Terima kasih.
YB, sikit je.
Nak lagi?
Ada-ada, sikit. Kita bercakap berkenaan soal imbuhan gaji Ketua Menteri, saya rasa di sini pun kita tak boleh lupakan juga Speaker pun buat kerja juga. Jadi Tuan Speaker, saya rasa EXCO-EXCO pun berkhidmat juga termasuk wakil-wakil rakyat. Termasuk bukan setakat itu saja, di peringkat bawah termasuk Pengerusi-Pengerusi JKKK, MPKK seterusnya banyak lagi yang berkhidmat untuk rakyat. Jadi cadangan saya kepada Kerajaan Negeri agar mempertimbangkan semula, kalau boleh diberi imbuhan yang sesuai kepada semua yang berkhidmat ini dan dimaklumkan kepada semua. Boleh? Itu saja Tuan Speaker, terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Pegawai Kewangan Negeri akan jawab tak boleh. Memandangkan…(gangguan).
Tunggu kita dapat minyak.
Y.A.B. Ketua Menteri: Memandangkan kita baru membentangkan satu defisit yang begitu banyak, mungkin tidak sesuai kita bangkitkan perkara ini sebab rakyat pun ambil maklum defisit yang besar dan mahu kita belanja dengan berhemah dan kalau rakyat nak beri sokongan untuk sama-sama tahan dalam keadaan sedemikian, takkan kita pula yang melakukan kaji semula gaji-gaji tu. Pada masa itu rakyat pun tak berapa suka dan lihat, tak bermakna kalau beri sokongan, di satu tangan menjerit defisit besar, di tangan lain senyap-senyap nak naik gaji pula. Itu pun bukan satu perkara yang popularlah. Jadi harap menunggu sampai keadaan ekonomi global bertambah baik…(gangguan).
Dan dapat minyak.
Y.A.B. Ketua Menteri: Dapat minyak…(sambung).
Y.A.B. Ketua Menteri: Dapat minyak mungkin pada masa itu lebih sesuai kita bincang semula perkara ini.
Tambahan sikit, sikit saja. Sikit saja. Terima kasih lah kepada Kerajaan Negeri kerana beri.
Soalan tambahan saya ingat sudah 5. Tak boleh.
Kepada seluruh rakyat negeri Pulau Pinang yang bekerja, penjawat-penjawat awam setengah bulan. Tapi kita juga difahamkan macam Selangor, bagi 2 bulan setengah kepada semua penjawat awam yang duduk di negeri mereka ya. Cuma kita teringat apa ni, ahli kawasan Air Putih dulu bekas Ketua Menteri tahun 2008 apabila menang pilihanraya terus memberi membatalkan semua saman-saman, dan parking-parking yang tak dibayar.
Jadi, walaupun dalam keadaan defisit saya rasa dalam empat tahun yang kebelakangan ini kita ada defisit lebih kurang RM2.4 bilion. Tapi dalam belanjawan yang defisit pun saya rasa sebelum ini kita dapat pengecualian kepada semua rakyat negeri Pulau Pinang agar dimansuhkan bayaran cukai, parking dan lesen-lesen. Jadi kalau boleh, kalau boleh pihak Kerajaan Negeri beri pertimbangan dalam soal ini.
Okay nanti. Sudah.
Y.A.B. Ketua Menteri: Sepertimana diterangkan semasa pembentangan, walaupun kita berhadapan dengan defisit yang besar, namun seperti rakan-rakan saya menjawab, sebuah Kerajaan Negeri bukan serupa dengan badan korporat yang bermotivasikan keuntungan. Kalau motivasi kan keuntungan, banyak program yang dapat membantu rakyat tidak akan dilaksanakan kalau mengikut sudut pandangan dan strategi sesebuah syarikat swasta. Tetapi sebagai kerajaan kita perlu satu seimbangan dan rakyat perlu diberi perlindungan dan memberi kebajikan mengenai bantuan khas kepada penjawat awam, memang kita cuma mengumumkan setengah bulan dan sekurang-kurangnya RM1,000. Tetapi ini bukan bayaran yang satu-satunya dalam tahun ini, sebab dalam pertengahan tahun kita pun sudah memberi bantuan khas kepada penjawat awam pada masa itu 0.75 bulan. Maka campur dengan setengah bulan yang diumumkan pada hari jumaat, maka penjawat awam dapat 1.25 bulan yang lebih dari tahun-tahun sebelum ini yang kita biasanya memberikan setakat 1 bulan dan bagi minima bagi penjawat awam di peringkat gaji yang
rendah sedikit, bantuan kewangan pada pertengahan tahun itu adalah sekurang-kurangnya RM1,500 dan kali ini minimanya RM1,000. Maka kalau campur dua pembayaran, mereka mendapat RM2,500 yang juga merupakan rekod dalam negeri Pulau Pinang. Biasanya kita dalam lingkungan mungkin RM2,000 lah. Dua pembayaran. Jadi kali ini kita pun melihat keadaan ekonomi yang mencabar, paras harga naik dan sebagainya. Ini sebagai satu penghargaan untuk meringankan beban para penjawat awam dan bagi swasta pun kita berharap mereka mengambil kira keadaan ekonomi paras harga walaupun keuntungan mereka mungkin terjejas, namun sebagai menghargai sumbangan pekerja-pekerja, kita pun minta mereka timbangkan bayaran kewangan yang dapat membantu pekerja-pekerja mereka menghadapi kekangan hidup dengan paras harga yang naik ketika ini.
Telok Bahang sila. Telok Bahang.
Terima kasih Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 55.
No. 55. Bolehkah perkhidmatan bas Rapid Penang dari Balik Pulau ke Telok
Bahang diaktifkan semula? Ini disebabkan perhubungan aktiviti
seharian boleh berjalan seperti biasa, merangkumi aspek perkhidmatan
kesihatan dan para pelajar sekolah.
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Telok Bahang. Yang Berhormat, perkhidmatan bas Rapid Penang dari Balik Pulau ke Teluk Bahang adalah laluan 501 melalui Jalan Teluk Bahang dengan jarak perjalanan 21.7 kilometer sehala. Berdasarkan data jumlah penumpang yang direkodkan, laluan ini mencatatkan rekod yang rendah dengan purata jumlah penumpang harian bagi tahun 2019, sebanyak 63 orang sehari sahaja dan semakin menurun pada tahun 2020 iaitu sebanyak 28 orang sehari. Pada masa kini pihak Rapid Penang sebagai operator perkhidmatan bas di Pulau Pinang tiada perancangan untuk mengaktifkan semula laluan tersebut.
Namun kajian semula bagi rangkaian laluan iaitu rangkaian laluan berasaskan permintaan ataupun demand based network, planning dijangka akan dilaksanakan pada suku kedua tahun 2024 untuk meningkatkan mobiliti di kawasan yang dikenalpasti termasuk aspek perkhidmatan kesihatan serta mobiliti pelajar ke sekolah. Selain daripada itu, satu inisiatif yang telah dilaksanakan di kawasan Lembah Klang yang bertujuan untuk meningkatkan daya maju dan juga untuk memperluas liputan rangkaian, iaitu demand responsive transit (DRT), DRT ini berfungsi sebagai pelengkap kepada perkhidmatan pengangkutan awam dan bertujuan untuk meningkatkan mobiliti di kawasan yang telah dikenalpasti. Kajian bagi perkhidmatan DRT di Pulau Pinang akan dilaksanakan oleh pihak Rapid pada suku pertama tahun 2024. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Dan saya nak seterusnya mempersilakan Seri Delima. Seri Delima telah pun memaklum kepada saya beliau sakit. So, maka soalan 56 dilangkau dan saya nak seterusnya menjemput Pengkalan Kota.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 57. 57. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap RMM B yang disewa kepada warga
asing bagi projek baru kurang daripada 10 tahun?
(a) Huraikan data RMM B yang disewa kepada warga asing sejakTahun 2018
(b) Adakah pemilik RMM B memiliki rumah lain selain daripada unit disewa kepada
warga asing? (c) Apakah langkah untuk mengelakkan isu berulang?
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker dan juga YB. Pengkalan Kota. Soalan ini berkenaan sama ada rumah-rumah yang dijual kepada kategori A dan B. Bukan B sahaja. A dan B sama ada boleh disewa tak. Bila kita jual unit-unit ini kepada orang yang mampu cuma rumah itu yang berkelayakan untuk beli rumah itu, kami pun ada surat undertaking bersama pembeli itu bahawanya rumah-rumah sejenis ini tidak boleh disewa. So kami dari lembaga memang tak pernah lulus rumah itu untuk disewa dan so yang Bahagian A itu memang saya tak ada statistik kerana kita bukanlah pihak yang luluskan rumah itu untuk disewa kepada pekerja-pekerja asing ataupun kepada pihak ketiga. Adakah pemilikan B, ya soalan B itu jika pembeli itu miliki RMM A, termasuk lah. Ini soalannya untuk B. Tapi sepatutnya A dengan B lah. Kedua-dua kategori ini cuma diberi kepada orang yang betul-betul layak. Kategori B40 dan rumah ini memang tidak boleh disewa dan semasa dia beli memang dia ada sign undertaking bahawanya dia tak akan sewakan rumah itu. Bukan kepada orang asing sahaja, juga orang di sini. So rumah ini dijual atas understanding bahawa untuk kegunaan sendiri. Bahagian C pula apa langkah untuk mengelakkan isu berulang. Memang semasa surat undertaking ini di sign semasa jual beli, memang dia cover lembaga untuk ambil tindakan tegas iaitu boleh dibawa mahkamah dan charge, tetapi undang-undang yang ada ini saya rasa kena diteliti semula lah. Kemungkinan kita nak ada condition yang lebih tegas supaya tidak ada orang-orang yang beli rumah ini cuba untuk sewakan. Setakat sekarang, tidak ada undang-undang untuk rampas balik. Tak ada. Cuma kita boleh charge dia untuk kesalahan salah guna rumah itu. Sekian terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Dato’ Yang di-Pertua. Jadi saya terima kasih kepada jawapan yang dibekalkan oleh YB. Perai. Cuma soalan tambahan saya adalah untuk mereka yang telah menyewakan kepada sama ada orang tempatan ataupun warga asing terutamanya projek-projek baru. RMM kategori B ataupun A yang baru iaitu kurang daripada 5 tahun atau pun 10 tahun. Jadi, adakah kerajaan boleh berdasarkan surat akuan sumpah yang ditandatangani oleh pemilik-pemilik rumah ini untuk sekurang – kurangnya mungkin ambil sedikit sebanyak tindakan seperti menghantar kan notis serve notice ataupun cuba membawa mereka ataupun meminta mereka bertemu duga dengan pegawai-pegawai perumahan supaya kita mewujudkan satu fear factor (dengan izin) untuk memberi amaran kepada mereka yang menyewa kepada pekerja asing dan dapat menghentikan selagi banyak kes baru untuk menyewa lagi kepada orang luar. Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Kota. Bila naik sahaja subjek perumahan Pengkalan Kota adalah saya punya best friend, selalu tanya saya soalan ya. Okay kita ambil maklum soalan ini. Memang undang-undang yang sedia ada. Undertaking yang kita sign itu cukup untuk kita temuduga dia atau pun ambil tindakan sewajarnya. Tapi masalah kita ini di Pulau Pinang satu negeri yang industri, ia semakin giat kita sangat-sangat bergantung dengan pekerja asing lah. So kalau kita nak tegaskan bahawa rumah-rumah ini tidak boleh disewa kepada orang asing ini pun satu masalah juga. Dia mau tidur kat mana. So, sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab, kami pun galakkan banyak pemaju untuk sediakan rumah-rumah untuk Centralise Labours Quarters. Rumah-rumah penginapan untuk pekerja-pekerja kilang dan juga untuk pembinaan dan juga macam semalam kawan saya rakan saya dari Jawi pun jawab. Sekarang kita memang nak pastikan bahawa kita ada rumah-rumah yang cukup untuk pekerja-pekerja industri ini. So, as a temporary measure (dengan izin) kita pun ada satu jenis kategori rumah iaitu TLQ iaitu Temporary Labour Quarters. Memang YB. Jawi dengan giat memang cari bangunan-bangunan yang terbengkalai ataupun bangunan-bangunan jauh daripada bandar yang terbengkalai atau tidak digunapakai kemungkinan nak ubahsuai kan jadi sebagai TLQ sehingga menunggu satu permanent solution di mana kita boleh sediakan rumah yang tetap untuk pekerja-pekerja asing ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih saya nak jemput Batu Uban.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 58. No. 58 Apakah status terkini mengenai sumber air daripada Negeri Perak? (a) Adakah satu analisis kos dan kajian telah dibuat mengenai pegambilan sumber air selain daripada negeri Perak? (b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan sumber air sentiasa mencukupi dengan mengambil kira pertambahan penduduk dan juga Pulau yang baru?
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Batu Uban. Soalan bahagian pertama mengenai status projek pemindahan air Perak - Pulau Pinang saya rasa saya dah banyak kali jelaskan Yang Berhormat Speaker, jadi Bahagian A soalan Yang Berhormat saya jawab. Kerajaan Negeri telah merangka beberapa projek infrastruktur bekalan air melalui pelan kontigensi air mentah 2030 demi memastikan keselamatan bekalan air dan antara projek-projek yang dicadangkan adalah Fasa 2. Bukan sahaja dicadangkan malah sudah ada yang dalam pembinaan. Fasa 2 naiktaraf tangki pemendapan loji rawatan air yang menambah 91 MLD. Pakej 12A, Loji Rawatan Air Sungai Dua, tambahan modul rawatan air baru iaitu tambahan 114 MLD. Fasa 1 loji rawatan air Empangan Mengkuang 114 MLD, Fasa 1 Loji Rawatan Air Sungai Muda 114 MLD. Skim bekalan air Sungai Perai 136 MLD dan Skim Bekalan Air Sungai Kerian, 114 MLD. Selain itu, Kerajaan Negeri dan PBA telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama-sama dengan pakar-pakar dari industri air dan juga akademik dalam meneroka sumber air baru selain Sungai Perak dan pelaksanaan ini memerlukan kajian lebih lanjut dalam menganalisa kos bagi pelaksanaan sumber air baru. Antara perancangan lain untuk meningkatkan kapasiti sumber air adalah melalui water reclamation, iaitu kitar semula gray water. Ground water, coastal reservoir, dan juga off river storage dan juga rain water harvesting.
Untuk Bahagian B Yang Berhormat, selain itu Kerajaan Negeri bersama PBA dalam perancangan meneroka sumber air baru menerusi Skim Bekalan Air Sungai Perai, Skim Bekalan Air Sungai Kerian dan menggesa Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan pelaksanaan projek Fasa 2C bagi melengkapkan pakej pembesaran Empangan Mengkuang dengan adanya inisiatif ini akan membantu negeri kita meminimumkan krisis bekalan air dan seterusnya memastikan sumber air sentiasa mencukupi dengan mengambilkira pertambahan penduduk di negeri Pulau Pinang. Terima kasih.
Terima kasih. Dan saya nak menjemput Yang Berhormat Batu Lancang.
Dato’ Speaker, soalan saya 59. 59. Sebagai hab teknologi dan industri, nyatakan pelaburan sektor pengeluaran dan
pewujudan peluang pekerjaan yang dianggarkan dari tahun
2011 hingga 2022.
(a) Apakah sektor penyumbang utama kepada sektor pembuatan?
(b) Siapa pihak pelabur baru sejak tahun 2019 dan dalam bidang apa?
Selamat pagi dan terima kasih Dato’ Speaker dan rakan saya daripada Batu Lancang atas soalan 59 ringkas sahaja berkenaan apa yang disumbang oleh setiap sektor berkenaan pelaburan ke negeri Pulau Pinang. Dato’ Speaker senarai pelaburan sektor pengeluaran dan anggaran kewujudan pengeluaran daripada pekerjaan daripada 2011 hingga 2022 adalah di Lampiran A ada banyak butiran yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat di mana sektor-sektor penyumbang utama dalam sektor pembuatan adalah seperti berikut Dato’ Speaker. Nombor satu, electric and electronic, nombor dua mesin dan logam, nombor three, nombor tiga peralatan saintifik dan peranti perubatan
Nombor empat produk mineral bukan logam dan juga nombor lima produk logam asas. Senarai pihak pelabur baru sejak 2019 serta bidang berkaitan adalah dalam Lampiran B yang juga akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Terima kasih Dato’.
Terima kasih dan saya nak menjemput Kebun Bunga.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 60.
60. Keganasan rumah tangga. (a) Apakah statistik kes keganasan rumah tangga di Pulau Pinang yang
melibatkan perempuan dan lelaki? (b) Apakah rancangan pihak berkuasa dalam menangani isu ini?
Terima kasih soalan daripada Kebun Bunga tentang keganasan rumah tangga iaitu berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia PDRM, sebanyak 450 kes keganasan rumahtangga telah direkodkan di Pulau Pinang bagi tahun 2022 dan bagi tahun 2023 sehingga September
tahun ini sebanyak 288 kes telah direkodkan. Perincian kes mengikut jantina adalah seperti berikut. Tahun 2022 lelaki 105, perempuan 345 dengan jumlah 450. Dan untuk tahun 2023 sehingga September lelaki 64, perempuan 224 dengan jumlah 288. Keganasan rumahtangga adalah antara isu sosial yang sering berlaku sehingga menjadi norma dalam kalangan masyarakat dan ia dianggap sebagai suatu pergolakan sesebuah keluarga yang wajar diselesaikan tanpa campur tangan pihak-pihak lain. Namun begitu isu ini ditafsirkan sebagai kesalahan jenayah yang boleh ditangkap jadi seizable offense (dengan izin) di bawah Akta Keganasan Rumahtangga (AKRT) [1994 Akta 521] yang dibaca bersama peruntukan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) serta undang-undang bertulis yang lain. Akta 521 telah mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 1996 yang terpakai kepada semua orang dalam Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa, agama, warganegara bagi membendung isu keganasan rumahtangga. Mengambil kira keperluan dan kehendak semasa berikutan peningkatan kes keganasan rumah tangga dalam kalangan masyarakat, Akta 521 telah dipinda pada tahun 2012 dan 2017. Pindaan tersebut melibatkan perluasan takrifan keganasan rumah tangga termasuklah kecederaan psikologi dan emosi selain fizikal. Jadi dalam mempelbagaikan khidmat sokongan yang diberikan kepada mangsa keganasan rumah tangga Dasar Keluarga Selamat negeri Pulau Pinang telah digubal dan dilaksanakan sejak tahun 2020. Sebanyak 387 First Support Point dilatih untuk memberi sokongan awal kepada mangsa keganasan rumah tangga sehingga ke hari ini oleh PWDC dan WCC dengan izin Women Centre for Change. First Support Point ini terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, pusat khidmat ADUN, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pertubuhan agama. Selain itu pelbagai program kesedaran juga dijalankan kepada lebih dari 1,600 orang dalam meningkatkan kesedaran rakyat negeri ini tentang gejala keganasan rumah tangga dan cara mendapat bantuan. Selain daripada penguatkuasaan undang-undang kerjasama agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga adalah penting untuk menangani isu ini. Pelaksanaan program pendidikan latihan kekeluargaan dan khidmat kaunseling secara sistematik dengan kerjasama semua pihak terlibat adalah penting demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan sosial negara. Terima kasih.
Terima kasih. Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya tadi YB. Sungai Pinang menyebut tentang First Support Point yang telah diperkenalkan. Saya nak tahu apakah strategic yang akan digunapakai oleh Kerajaan Negeri supaya skim, program ini First Support Point ini akan tersebar dengan lebih luas dan dapat menangani masalah keganasan rumah tangga. Yang kedua tadi berkenaan dengan Dasar Keluarga Selamat saya difahamkan Polis Diraja Malaysia turut memainkan peranan penting dalam Dasar Keluarga Selamat Pulau Pinang ini so adakah kerjasama ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Kebun Bunga yang prihatin tentang isu warga emas, isu rumah tangga. Tentang strategi yang akan digunapakai oleh First Support Point jadi sekarang Kerajaan Negeri Pulau Pinang memang menyedari keperluan untuk memperluaskan dan mempercepatkan pembinaan kapasiti bagi First Support Point atau titik sokongan pertama. Jadi kita telah mengadakan sesi Kumpulan Tumbuh Bincang iaitu focus point bersama focus group, sorry focus group bukan focus point jadi bersama First Support Point yang telah dilantik dan dilatih jadi ini bertujuan untuk memahami cabaran dan mencari penyelesaian dalam menjalankan tugas mereka sebagai First Support Point. PWDC dan WCC akan bekerjasama dan menyediakan latihan program untuk jurulatih atau training of trainers dan ini akan memastikan proses pembinaan kapasiti dilakukan dengan lebih efektif dan efisien. Dan Tentang kerjasama bersama dengan PDRM, untuk makluman semua telah ada tiga sesi bengkel di bawah Dasar Keluarga Selamat telah dijalankan pada tahun 2022 dan seramai lebih 100 pegawai PDRM telah dilatih untuk lebih memahami cara pengendalian kes-kes keganasan rumah tangga. Jadi kalau kamu mangsa keganasan rumahtangga pergi ke balai polis dia ada satu bilik yang tertentu untuk menangani untuk mangsa itu. Mereka akan bertemu bual dengan mangsa itu tentang kes yang dihadapi oleh mangsa tersebut. Dan selepas perbincangan dengan Ketua Polis Pulau Pinang pada baru-baru ini, latihan ini akan diteruskan pada tahun hadapan agar mangsa serta keluarga mangsa mempunyai ruang dan platform untuk mendapatkan bantuan terutamanya dari pihak berkuasa kerana seperti yang kita sedia maklum keganasan rumahtangga merupakan satu jenayah. Ya, terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat. Dalam tadi pada tahun 2023 keganasan 280 lelaki dan wanita. Yang lelaki tu macam mana dia dapat keganasan tu? Tolong cerita sat. (gangguan)
Ya, yang itu memang keganasan itu tak kira gender. Jadi dia ada yang lelaki, kita kena
Takkan lelaki ada keganasan itu normal atau lelaki yang tak normal. Sekarang ini, laki ini ada macam-macam yang ada keganasan. Ada lelaki yang tak normal dan normal. YB tolong perjelaskan keganasan kepada lelaki tu macam mana. Kalau wanita kita tahu lelaki pukul la, macam-macam la. Yang lelaki kena keganasan daripada wanita atau daripada lelaki. (gangguan)
Contoh memang dia macam keganasan itu dia bermacam-macam. Fizikal ka atau dengan verbal dia pun juga boleh disifatkan sebagai keganasan. Jadi dia macam what we say in Chinese (Bahasa Cina) how to translate (gangguan) dalam language dia macam jadikan kamu dalam keadaan rasa ketakutan. Saya ada juga berdepan dengan satu mangsa keganasan, perang dingin juga (gangguan) the way dia cakap sindiran itu the way macam ‘kamu tu tak layak jadi lelaki la' macam ini pun dia akan lama-lama akan jadi satu keganasan. Lepas tu dia akan trauma lelaki tu dan ada juga ditampar. Memang ada kes-kes daripada …
Telok Ayer Tawar ada jadi mangsa keganasan? tak ada? …..(gangguan)
Telok Ayer Tawar tak boleh jadi. (gangguan)
Ya juga cyber attack seperti dari internet tu kan cyber, so bermacam-macam la, cyber bully, jadi ada ditampar, ada contoh apa? Wahab (gangguan)...
(Gangguan).. Jangan... jangan...
Kita akan beri bantuan tidak kira dia lelaki ka, jadi kita tumpukan selalunya golongan wanita selalunya yang menjadi mangsa. Sekarang sudah tidak sama kan, ada lelaki mereka telah berani untuk menyuarakan bahawa mereka juga adalah mangsa, dulu mereka rasa malu la, kalau bagitau dia akan jadi mangsa keganasan rumahtangga jadi kita beri bantuan kepada semua.
Ok. Siap. Sungai Puyu saya silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya soalan 61.
61. Apakah status terkini Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) bagi
projek terowong dasar laut yang dirancang bermula dari Bagan Ajam sehingga
ke Persiaran Gurney?
(a) Nyatakan secara terperinci kesan sosial kepada penduduk setempat.
(b) Apakah Langkah - langkah mitigasi yang akan dilaksanakan
sepanjang kerja-kerja pembinaan dilaksanakan berdekatan kawasan
perumahan?
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu. Penyediaan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar ataupun Details Environment Impact Assessment DEIA bagi projek Pakej 4 terowong dasar laut yang menghubungkan Bagan Ajam ke Persiaran Gurney masih belum dilaksanakan oleh kerana Kerajaan Negeri masih lagi meneliti dan mempertimbangkan halatuju pelaksanaan projek ini sehingga Pelan Induk Pembesaran North Butterworth Container Terminal oleh pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dimuktamadkan pada Disember 2023. Kesan sosial kepada penduduk setempat akan dikenalpasti dan dikaji secara terperinci semasa penyediaan laporan DEIA iaitu di bawah DEIA dia ada komponen SIA ataupun Social Impact Assessment. Walau bagaimanapun kajian awal terhadap kesan sosial telah pun dijalankan semasa kajian kebolehlaksanaan ataupun fizikal study di mana hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan penduduk bersetuju dengan cadangan projek ini. Selain itu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 31 Mac 2023 telah pun meluluskan cadangan pemuktamadan laporan PFS ataupun pelaksanaan fizikal study bagi pelaksanaan projek ini. Perancangan berhubung kaedah kawalan dan langkah langkah metigasi semasa pelaksanaan projek hanya dapat ditentukan setelah rekabentuk terperinci awalan ataupun preliminary detail design disiapkan. Rekabentuk terperinci ini akan dikemukakan di dalam laporan DEIA dan semua langkah-langkah kawalan akan ditetapkan di dalam kelulusan DEAI tersebut. Langkah-langkah kawalan ini tidak dihadkan kepada kawasan perumahan sahaja namun di sepanjang jajaran projek termasuk kesan kepada ekosistem sosial dan trafik. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat, jikalau projek terowong dasar laut tidak dapat dilaksanakan disebab oleh pembesaran North Butterworth Container Terminal NBCT adakah Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan lain untuk menghubungkan Bagan Ajam sehingga ke persiaran Gurney dengan menggunakan pengangkutan awam seperti water taxi memandangkan hasrat Kerajaan Negeri adalah sentiasa untuk move people not car dengan izin selaras dengan matlamat Penang Transport Master Plan.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu atas soalan yang baik. Isu ataupun masalah dengan projek pembesaran NBCT ini, dia masalahnya untuk jangka masa panjang,
pembesaran pelabuhan itu juga termasuk pembesaran dermaga dan sekiranya mengambil kira jangka masa panjang iaitu sehingga tahun 2050 dia punya perancangan itu dia nak panjangkan dia punya dermaga akan clash dengan jajaran terowong kita. Untuk masa terdekat 2030, 2040.
Actually jangka masa pendek dan sederhana tak menjadi masalah Dato' Speaker. Dia cuma jangka masa panjang. Jadi oleh kerana Suruhanjaya Pelabuhan dia sedang dalam proses untuk memuktamadkan Pelan Induk mereka. Jadi kita tunggu bulan Disember akan siap. Kemudian kita akan bincang balik. Sekiranya didapati bahawa jajaran terowong tersebut akan membantutkan cadangan pembesaran pelabuhan, maka mungkin kita akan pertimbangkan beberapa option yang lain termasuk, tidak dimaksudkan bahawa terowong tidak akan jadi. Mungkin jajaran terowong itu kena ubah, mungkin pergi ke utara sedikit ataupun kaedah lain seperti jambatan boleh juga dipertimbangkan. Selain daripada itu cadangan Yang Berhormat untuk menggunakan water taxi. Itu adalah cadangan yang baik sebab kerana dalam kita punya (PTMP) Penang Transport Master Plan pun ada dirancangkan untuk mengadakan water taxi antara Seberang dengan Pulau. Jadi semua ini adalah pilihan-pilihan yang boleh dipertimbangkan, tapi dia kita kena apa ni one step at the time lah Yang Berhormat. Kita tunggu Pelan Induk dimuktamadkan kemudian kita akan bincang daripada situ.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan ini saya ingat agak sukar sikit untuk Ahli EXCO untuk jawablah.
…..(Gangguan). Betul arr. Tanya saja.
Kerana, kerana soalan ini saya ingat EXCO Pengangkutan sudah banyak kali untuk explain tentang projek terowong dasar laut ini mengapa masih tidak boleh dijalankan. Saya ingat pembangkang-pembangkang, Ahli-ahli yang Dewan ini semua faham tentang apakah perkembangan tentang projek ini. Tetapi di luar sana pembangkang yang, tak mahu ambil tahu. Sudah bagi tahu pun tak mahu ambil tahu. Setiap kali tanya bilakah projek ini akan dijalankan, mana terowong dasar laut. So, apakah usaha atau cara EXCO yang bertanggungjawab untuk ajar ataupun tunjuk kepada orang, itu orang supaya mereka faham tentang isu ini dan jangan merosakkan projek inilah. Susah lah.
Terima kasih Yang Berhormat. Dia masalahnya Dato' Speaker ada orang kita ajar pun dia tak boleh faham. So, saya rasa penjelasan dah diberi, setiap sidang DUN pun kita apa ni kita dah menjelaskan perkara berkenaan dengan projek ini dalam penggulungan saya berkali-kali pun saya dah beri penjelasan seperti Yang Berhormat kata di Dewan ini semua faham. Tapi mungkin di luar ada orang sengaja tak faham. Sengaja tak faham tu kita tak boleh nak membantu Dato’ Speaker. Tapi dari segi penjelasan semuanya ada, Kerajaan Negeri telah mengkomunikasikan perkara ini membuat hebahan setiap kali ada update dan setiap kali ditanya oleh pihak media pun kita ada memberi penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat.
Sila. Ada? Tak ada ya. KOMTAR saya sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan 62. No. 62. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengalakkan lebih banyak penerbangan terus ke Pulau Pinang bagi meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini?
Selamat pagi Dato’ Speaker, terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri DUN bagi Kawasan KOMTAR. Rancangan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih banyak penerbangan terus ke Pulau Pinang bagi meningkatkan sektor pelancongan adalah melalui inisiatif berikut. A, projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang adalah penting untuk mendapatkan lebih banyak penerbangan terus ke Pulau Pinang. Ini kerana ketersediaan slot merupakan salah satu faktor utama untuk mendapatkan penerbangan terus yang baru. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia Airport Berhad, Syarikat Penerbangan dan Pejabat Kedutaan untuk menerokai lebih banyak laluan dan syarikat penerbangan baharu ke Pulau Pinang. Dan juga meningkatkan pemasaran dan promosi untuk mewujudkan lebih banyak kesedaran dan permintaan destinasi yang memberikan keyakinan kepada syarikat penerbangan tentang kemampanan laluan. Dan C, menyediakan sokongan pemasaran kepada syarikat penerbangan. Itu jawapan saya. Terima kasih.
Soalan tambahan. Apakah kekangan yang dihadapi semasa EXCO untuk pergi untuk dapatkan penerbangan terus ke Pulau Pinang. Dan adakah insentif akan di bayar kepada syarikat penerbangan untuk menggalakkan penerbangan terus boleh lebih berjaya.
Terima kasih. Soalan yang amat baik daripada ADUN KOMTAR. Baru-baru ini saya telah pergi ke ITB China dan telah membuat courtesy call kepada 2 syarikat penerbangan iaitu China Eastern Airlines di Shanghai dan Juneyao Airlines di Shanghai juga. Dan kita telah berbincang dengan beberapa syarikat penerbangan yang lain. Dan apa kekangan, menjawab soalan kekangannya pada masa ini kebanyakan range kita ialah 4 jam penerbangan. Maksudnya apabila 4 jam penerbangan ke Pulau Pinang, terus penerbangan mereka menggunakan kita panggil, Narrow Body Aircraft yang lebih, contohnya Boeing 737 mungkin boleh muat 170 lebih orang. Dan kalau yang penerbangan melebih 4 jam pergi ke Shanghai, pergi ke Qatar, pergi ke tempat yang lebih jauh sikit melebihi 4 jam daripada jarak itu, dia memerlukan wide body aircraft yang kita, seperti Boeing 777 yang boleh muat melebihi 300 orang. Yang kerana keperluan petrol atau fuel yang berlainan. Oleh itu, untuk perjalanan yang lebih jauh perlu ada kapasiti penumpang yang lebih untuk memenuhi aircraft. Untuk memenuhi kapal terbang itu. Kalau syarikat penerbangan mereka bukan beroperasi secara kebajikan ataupun charity. Boleh bagi you free ticket. Dia tidak, dia beroperasi secara business. Dia beroperasi, dia kena merancang dia punya ROI, dia kena rancang bagaimana setiap penerbangan, loading dia berapa. Dia punya pemakaian fuel dia berapa. Kerana harga, saya selalu disebut dalam International Fuel Price mencecah melebihi US Dollar $80 se tong. Dan semua ini merupakan suatu pertimbangan kepada syarikat penerbangan sama ada ingin membuat penerbangan terus ke Pulau Pinang. Dan di samping itu juga, bukan sahaja pertimbangan dari syarikat penerbangan tetapi juga kita ada dalam Malaysia Aviation Commission ataupun Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dengan singkatannya (MAVCOM). Kita mempunyai, kita panggil Bilateral Air Service Agreement dengan banyak negara. Banyak negara kerana kita mempunyai hak dari segi berapa kerap, berapa kapasiti seats per week dalam setiap direction. Kerana ada negara-negara mereka mengamalkan protectionism, perlindungan. Kalau dia bagi AirAsia, syarikat penerbangan Malaysia terbang terlalu banyak ke negara tersebut, maka dia punya syarikat penerbangan tak boleh tumbuh. So, dia ada hak dari segi itu dan juga ada hak dari segi berapa penerbangan boleh terbang ke Malaysia. Semua pertimbangan ini merupakan pertimbangan dan juga kawal selia daripada Syarikat Penerbangan Malaysia iaitu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia itu (MAVCOM). Dan saya rasa apabila menjawab tadi tentang insentif. Kita sebenarnya apabila kita bercakap dengan syarikat-syarikat penerbangan baru-baru ini yang berjaya meneruskan penerbangan terus ke Pulau Pinang Xiamen Airlines, Qatar Airlines dan Fly Dubai. Kita sebenarnya, kita ada satu kerjasama dari segi bersama syarikat penerbangan untuk mempromosi, membantu mereka mempromosikan penerbangan mereka supaya kita boleh ada satu win-win situation. Baru-baru ini juga saya nampak Fly Dubai di Dubai mereka telah memasang satu billboard atas inisiatif mereka sendiri untuk, bahawa mereka akan terbang ke Pulau Pinang. Oleh itu, nama Pulau Pinang sudah naik itu billboards-billboards di Dubai kerana mereka ada direct flight ke Penang. So, dengan kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dengan sedemikian kita boleh, tetapi kita perlu seperti kata lapangan terbang kita perlu seperti dirancang, perlu diperbesarkan supaya boleh menerima kapasiti-kapasiti seperti yang bertambah dengan syarikat-syarikat penerbangan dengan slot-slot yang keemasan.
Kerana apabila airlines mereka juga bukan sahaja kepentingan ekonomi, mereka juga pentingkan slot penerbangan. Kalau dia slot tengah malam mungkin dia kira-kira dia tak dapat keuntungan yang besar mungkin dia tak dapat loading yang besar, mungkin dia tidak mempertimbangkan. Itu pelbagai pertimbangan yang perlu dibuat dan kita akan terus berusaha untuk mendapatkan lebih banyak penerbangan terus. Tetapi juga ada syarikat-syarikat sebelum penerbangan terus mereka telah ada seperti chartered flight. Beberapa di seperti di negara China ada beberapa chartered flight yang terbang ke Pulau Pinang. Chartered flight maksudnya ialah menyewa, syarikat agensi pelancongan menyewa kapal terbang itu membawa sekian nombor pelancong. Tetapi tidak berjadual. Maksudnya ada pelancong yang melalui agensi pelancongan ini mereka boleh buat chartered flight untuk ke Pulau Pinang. So, pelbagai cara kita usahakan sama ada chartered flight, sama ada direct flight. Kita akan terus memastikan bahawa sektor pelancongan kita akan tumbuh dengan sihat itu sahaja. Terima kasih.
Ada lagi.
Boleh satu lagi. Terima kasih EXCO yang memberi penjelasan. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan Visa, Tanpa Visa 30 hari negara China negara India. So, adakah EXCO sedia untuk dapatkan lebih banyak penerbangan terus dari China dan India.
Buat masa ini, saya jawab negara India dulu. Buat masa ini kita tak ada penerbangan terus. Hanya semua kena melalui Kuala Lumpur. Oleh itu, dalam masa jangka pendek kita mungkin tidak dapat merasai impaknya. Tapi untuk China kita ada dua penerbangan terus iaitu dari Xiamen dan Guangzhou Southern Airlines dan Xiamen Airlines. Dan kedua-dua airlines itu mempunyai puluhan penerbangan domestik ke seluruh negara China. Oleh itu mereka boleh terbang dari Beijing, Xiamen, Pulau Pinang. Dan saya rasa dia ada impact, kita dia ada impact yang akan membawa kepada kedatangan pelancong lebih banyak tetapi kita juga perlu lihat kepada jadual kerana bulan 12 tak ada cuti umum yang panjang di negara China. Cuti umum yang panjang ialah bulan, Tahun Baru Cina pada hujung bulan Januari dan juga bulan Mei apabila Hari Buruh negara China ataupun hari bulan Oktober apabila ada tujuh, lapan hari. Yang itu kita boleh rancang untuk peak season. Peak Season mereka, saya telah membuat perancangan untuk melawat ke Xiamen pada awal tahun depan untuk mempereratkan lagi hubungan industri pelancongan dari Pulau Pinang dan ke Xiamen kerana kita memang ada direct flight dan juga saya bercadang untuk bersama PICEB untuk membuat kunjungan roadshow di negara India untuk mengunjungi sektor- sektor pelancongan dan juga penerbangan di negara tersebut untuk menambahkan
lagi, mempereratkan lagi susulan daripada pengumuman Visa Free yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita.
Terima kasih. Saya nak mempersilakan Yang Berhormat Permatang Pasir.
Dato’ Speaker, soalan saya nombor 63. No. 63. Apakah status rumah Pangsa Pasir Indah di DUN Permatang Pasir telah mendapat kebenaran menduduki?
(a) Adakah projek PPRT atau asrama warga asing?
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bagi jawab soalan 63, Kebenaran Merancang yang diberikan bagi pemajuan mana-mana rumah kos rendah iaitu RMM (A) dan rumah kos sederhana rendah RMM (B) jelas menyatakan kawalan penjualan unit perlu melalui Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga telah menetapkan syarat-syarat permohonan unit RMM (A), RMM (B) hendaklah dihuni oleh pemilik. Iaitu owner occupied selaras dengan keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah terutamanya bagi golongan B40. Mengikut rekod, Rumah Pangsa Pasir Indah memperolehi sijil penyiapan dan pematuhan iaitu (CCC) pada 30 hb Mac 2017. Keseluruhan skim meliputi 124 unit RMM (A) berkenaan telah dijadikan asrama pekerja asing dan bertentangan dengan syarat Kebenaran Merancang. Pemaju didapati gagal mendapatkan senarai nama pembeli daripada Kerajaan Negeri untuk tawaran unit RMM (A) tersebut. Pemaju juga didapati telah menandatangani satu perjanjian dengan agen untuk dijadikan asrama pekerja. Walau bagaimanapun.....(bersambung)
Untuk dijadikan asrama pekerja. Walau bagaimanapun, MBSP Majlis Bandaraya Seberang Perai telah mengambil tindakan mahkamah terhadap pemaju yang menjalankan aktiviti asrama pekerja di bangunan RMMA Taman Pasir Indah. Di bawah Seksyen 28(2) Akta Perancangan Bandar 1976 Akta 172, Mahkamah Sesyen Jenayah (2) Butterworth pada 6 Januari 2023 telah mengenakan denda sebanyak RM20,000.00 kepada pemaju iaitu Jana Utama Sdn Bhd di bawah Seksyen 20, Akta Perancangan Bandar 1976, Akta 172, Mahkamah Sesyen Jenayah (2) Butterworth pada 6 Januari 2023 telah mengenakan denda sebanyak RM55,000.00 kepada pemaju yang sama.
Untuk jawab soalan (a), Taman Pasir Indah merupakan unit RMMA dan telah dijadikan asrama pekerja asing merujuk kepada dasar Kerajaan Negeri RMMA yang telah dibina oleh pemaju swasta tidak dibenarkan untuk ditukar menjadi asrama pekerja asing. Kerajaan Negeri telah mengesah agar aspek perundangan diteliti, dipinda atau diwujudkan bagi menangani masalah penyewaan unit kediaman RMMA dan RMMB kepada pihak ketiga terutamanya kepada warga asing.
Pada masa ini tiada sebarang kluasa di bawah Akta Pemajuan Perumahan, Kawalan dan Perlesenan Akta 118 atau mana-mana peruntukan undang-undang yang mensyaratkan unit kediaman termasuk RMMA, RMMB perlu dihuni oleh pemilik itu sendiri. Melalui Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT Bilangan 1 Tahun 2001 bertarikh 23 Mac 2021 unit RMM atau PPR tidak boleh dijadikan asrama pekerja.
Namun hala tuju berhubung perkara ini adalah menjurus kepada sekatan kepentingan dalam syarat nyata dan pindaan kepada akta sedia ada untuk memastikan semua perkara mengikut landasan undang-undang yang diperuntukkan berbanding pekeliling yang dikeluarkan.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Walaupun semua tindakan mahkamah telah diambil tetapi sekarang ini rumah pangsa itu masih lagi dihuni oleh pekerja asing, apakah tindakan seterusnya?
Untuk makluman Permatang Pasir, seperti semalam pun saya telah bangkitkan di mana pekerja-pekerja yang mempunyai PLKS itu mereka perlu mendapatkan sijil COA daripada JTK. Sekiranya tiada kebenaran daripada PBT untuk mereka rujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja maka mereka tidak dapat COA di mana saya percaya kilang-kilang, kilang-kilang yang mempunyai banyak pekerja-pekerja sama ada pekerja asing atau pun pekerja tempatan yang ingin menduduki TLQ atau pun CLQ perlu buat permohonan CLA.
Maka apabila mereka tidak ada sokongan, tidak dapat sokongan daripada pihak PBT maka mereka tidak dapat untuk memohon sijil COA di mana di bawah MBSP kita telah memberi masa sehingga tempoh masa sehingga 31 Disember 2023 iaitu tahun ini semua pekerja-pekerja asing yang duduki di Taman Rumah Pangsa Pasir Indah ini perlu dikeluarkan dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBSP sekiranya pemaju masih ingkar kepada syarat-syarat yang kita tetapkan. Terima kasih.
Terima kasih. Air Putih, Air Putih tidak ada di dalam Dewan, soalan dilangkau dan apa pula, Air Itam.
Terima kasih Dato' Speaker, soalan saya soalan nombor 65. No. 65 Berapakah unit peranti defibrilator luaran automatik (AED) yang telah dipasang sehingga kini di seluruh negeri Pulau Pinang? Nyatakan secara terperinci jumlah unit yang dipasang oleh Kerajaan Negeri dan pihak NGO masing-masing. (a) Apakah sasaran pemasangan AED yang akan disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh lima (5) tahun yang akan datang?
Ribut-ribut bawa pukat,
Melihat gelung di Selat Melaka,
Kita hidup tanda muafakat,
tolong-menolong tanda sejiwa,
Padang Lalang Jawi berpisah tiada. Saya akan bantu Padang Lalang untuk membaca jawapan dia bagi soalan 65 disebabkan Padang Lalang tidak ada suara, tidak sihat.
Maaf Dato' Speaker, tidak dapat jawab, maaf.
Ya betul, boleh.
Boleh ya, Dato' Speaker.
Bukan berpura-pura.
Terima kasih sebab hari itu harimau kumbang tumbangkan tok gajah.
So saya kena test baru tahu. Okay sila sila, boleh.
Terima kasih. Bagi menjawab soalan 65, sehingga kini terdapat 168 AED telah di pasang di Pulau Pinang oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang manakala bagi Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebanyak 21 AED iaitu 3 AED dipasang oleh MBSP, 18 AED dipasang oleh MBPP. Bagi pemasangan oleh NGO setakat ini adalah sebanyak 200 unit AED bermula daripada tahun 2016 sehingga kini SEPERTI di bawah kelolaan pihak NGO Penang Health Safe Society.
Terdapat 45 unit AED akan dipasang pada masa akan datang iaitu di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Pemasangan dan penempatan mesin AED adalah mengikut keutamaan dan panduan dari segi tindak balas, kadar insiden, aktiviti berisiko tinggi dan lokasi kepadatan penduduk yang tinggi. Manakala terdapat 48 AED yang sedang dipasang oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBPP adalah seperti di lampiran, YB. Air Itam nanti kita akan sampaikan lampiran.
Satu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa CPR AED Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 14 November 2023 di bawah Jawatankuasa MMK Kesihatan untuk meneliti serta merangka dasar yang berkait rapat dengan isu keberkesanan pemasangan AED di negeri Pulau Pinang. Antara aspek yang akan dipantau melalui jawatankuasa tersebut adalah mengkaji semula lokaliti pemasangan AED agar liputan alat AED dapat disebarkan secara berkesan.
Kedua, memastikan latihan penggunaan AED dan CPR diselaraskan mengikut piawaian bagi semua program latihan yang akan dilaksanakan kepada orang awam. Ketiga, memberi pengiktirafan kepada pembekal alat AED yang bertauliah serta memastikan latihan selepas jualan after sales training, after sales training (dengan izin) dan perkhidmatan selepas jualan, after sales service (dengan izin) bagi setiap alat AED yang dipasang. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato' Speaker, terima kasih juga kepada Jawi yang jawab bagi pihak Padang Lalang. Saya ada satu soalan tambahan tak tahu tak pasti boleh tolong jawab tak. Memandangkan banyak AED yang telah dipasang di sekitar Pulau Pinang, soal pokok sekarang adalah selepas dipasang adakah sebarang perancangan yang disusun oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan maintenance service memastikan bahawa barang-barang AED ini dapat digunakan apabila dalam kecemasan sebab ini selalu berlaku apabila kita boleh buat satu projek tetapi selepas tu siapa yang akan menanggung kos penyelenggaran ini. Terima kasih.
Okay terima kasih Air Itam. Bagi menjawab soalan tambahan Air Itam, sepertimana yang saya katakan tadi di bawah usaha EXCO Kesihatan EXCO Padang Lalang memang satu jawatankuasa iaitu CPR AED Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 14 November 2023 seperti dimaklum bahawa memberi pengiktirafan kepada pembekal alat AED yang bertauliah serta memastikan latihan selepas jualan iaitu after sale training dan after sales service dan untuk tanggungan kepada kos maintenance iaitu pengiraan kos penyelenggaraan adalah tertakluk kepada pihak yang memasang. Terima kasih.
Soalan tambahan, tapi soalan tambahan saya adalah sesuatu kerjasama di antara MMK Kesihatan dan juga Kerajaan Tempatan, jadi saya rasa soalan ini adalah sesuai ditanya sekarang. Saya ingin tanya memandangkan AED adalah sesuatu yang sangat penting yang sekarang di bawah kesedaran kita dan tetapi di bawah undang-undang yang lama memang sememangnya saya tidak nampak ada satu kewajipan bagi bangunan kediaman seperti apartment, flat iaitu high rise building yang mewajibkan AED dipasang.
Jadi saya ingin tahu di bawah adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan supaya AED diwajibkan dipasang di bangunan-bangunan baru atau tempat awam. Terima kasih.
Terima kasih Berapit. Bagi menjawab soalan tambahan Berapit, di MBPP memang kita sudah ada garis panduan untuk pemasangan AED di kawasan komersial, di kompleks sukan dan di dewan-dewan yang semasa mereka mengemukakan Kebenaran Merancang memang disyaratkan untuk memasang AED manakala di MBSP masih dalam peringkat untuk analisis ataupun peringkat untuk pindaan garis panduan. Di MBSP kita juga akan buat pindaan kepada garis panduan untuk memastikan semua kawasan komersial berdasarkan unit yang dibina dan dewan dan kompleks sukan perlu mengadakan pemasangan AED pada masa yang akan datang. Memang garis panduan ini ini tadi apabila Padang Lalang bincang dengan saya memang garis panduan ini memang kita sedia maklum dan maklumat pun saya sudah dapat. Terima kasih.
Okey.
Tempat kediaman kalau service apartment memang dizonkan sebagai komersial so memang perlu diadakan, kepada kawasan perumahan berstrata memang akan dipertimbangkan apa yang dicadangkan oleh Berapit. Terima kasih.
Dato' Speaker, soalan terakhir saya, ini tentang nyawa. Soalan tambahan saya tadi, telah dimaklumkan tentang jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengendali kerja-kerja susulan, adakah bajet juga akan disediakan kepada jawatankuasa tersebut untuk penyelenggaraan memandangkan banyak yang telah dipasang oleh NGO sebab kita tahu selepas seketika masa tiada orang akan mengambil tanggungjawab terhadap mesin-mesin ini dan apabila dalam kecemasan hendak guna untuk menyelamatkan nyawa kalau pack itu tidak dapat digunakan siapa yang akan dipertanggungjawabkan. Terima kasih.
Perkara ini akan dilihat di bawah Jawatankuasa MMK segala penyelenggaraan sekiranya pemasangan AED tanpa kawalan ataupun tanpa jagaan, saya rasa Jawatankuasa MMK akan lihat dan akan di bawah peruntukan MMK kita akan ambil tanggungjawab untuk melihat keseluruhan.
Puas hati? EXCO Kesihatan tidak berapa sihat, gaji sehari perlu dibayar kepada Yang Berhormat Jawi. Pulau Betong, sila Pulau Betong.
Dato' Yang di-Pertua, soalan 66. No. 66. Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah laluan tertutup akibat timbunan tanah selut di semua kuala dalam DUN Pulau Betong? (a) Adakah kerajaan memberikan peruntukan tambahan atau peruntukan khas bagi mengatasi masalah ini memandangkan kejadian ini berulang setiap tahun?
Terima kasih.
Terima kasih Dato' Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong. Untuk mengatasi masalah laluan tertutup akibat timbunan tanah selut di kuala dalam kawasan DUN Pulau Betong, JPS telah melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pengorekan dan juga pembuangan selut yang telah siap dilaksanakan pada 1 November 2023, kerja-kerjanya seperti berikut: kerja-kerja mendalam, membaiki sungai di Pantai Acheh, Sungai Pinang serta lain-lain kerja berkaitan dan juga kerja-kerja mengorek dan membuang selut beting pasir di muara Kuala Jalan Baru.
Walau bagaimanapun, kawasan berkenaan terlibat dengan air pasang surut yang menyebabkan selut atau tambun atau beting pasir akan sentiasa berlaku. Kerajaan Negeri
mengambil maklum akan perkara ini dan akan melakukan kerja-kerja pengorekan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan. Yang Berhormat, JPS sentiasa memantau keadaan sungai dan kuala di seluruh Pulau Pinang untuk memastikan kejadian-kejadian seperti ini dapat dielakkan.
Peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengorekan adalah berdasarkan kepada perancangan tahunan JPS Pulau Pinang. Pemberian peruntukan tambahan atau peruntukan khas adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa negeri. Terima kasih Yang Berhormat
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Apakah langkah kerajaan untuk memulihkan semula pendapatan nelayan di kawasan sekitar yang terjejas akibat timbunan selut di semua kuala dalam DUN Pulau Betong.
Soalan tidak berapa berkenaan dengan soalan pokok.
Luar bidang kuasa saya, yang ini akan bincang dengan Yang Berhormat yang duduk belakang...(bersambung)
Soalan tak berapa berkenaan dengan soalan pokok.
Luar bidang kuasa. Saya yang ni akan bincang dengan Yang Berhormat yang duduk belakang saya Pantai Jerejak, kemudian bagi makluman kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Saya dimaklumkan nelayan tiga hingga empat bulan tak dapat turun ke laut.
Okay. Ambil maklum dan seterusnya soalan 67 telah pun dijawab sewaktu soalan 19 dijawabkan. Maka saya nak seterusnya menjemput soalan Bagan Jermal.
Dato’ Speaker soalan saya nombor 68. No.68. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan kerja pembinaan kontraktor terutamanya melibatkan skim perumahan kos rendah, kos sederhana dan mampu milik dilaksanakan mengikut skop dan berkualiti?
Terima kasih Dato’ Speaker, Terima kasih Bagan Dalam Bagan Jermal. banyak sangat bagan di bagan laut Parlimen bagan banyak bagan. Ok soalan jawapan saya kepada soalan Bagan Jermal adalah Kerajaan Negeri sangat mengambil serius berkaitan dengan kualiti yang melibatkan pembangunan perumahan terutamanya rumah mampu milik semasa
Pengulunggan.
KMB luluskan dan Pelan Bangunan diluluskan konsultan-konsultan akan ditentukan untuk mengambil alih daripada sana ya semasa pembinaan konsultan-konsultan yang dia point itu ada tugasannya untuk memastikan bahawa bangunan-bangunan itu dibangun seperti mana diluluskan oleh Kerajaan Tempatan oleh oleh PBT ya dan Kerajaan Negeri sudah menetapkan bahawa kita nak letak syarat minimum score QLASSIC. QLASSIC adalah satu standard quality ya yang yang sudah ditentukan oleh Kerajaan Negeri dari segi QLASSIC kalau 70 peratus itu memang kira baik la ya semasa saya di dunia korporat itu terletak antara 80 hingga 90 itu lain lah itu rumah satu juta dua juta punya yang ini 70 is is not average its way above average (dengan izin). So konsultan-konsultan ini ditugaskan supaya memastikan kualiti dia sampai seminimun 70 peratus ya so dan juga jika kualitinya tidak bagus konsultan yang dia point itu diberi kuasa untuk menahan kerja itu daripada sambung ataupun berhenti keluarkan surat architect cert yang beri kuasa kepada pemaju itu untuk kutip duit untuk peringkat yang dah siap itu daripada bank atau institusi kewangan ya. So dan juga bila bangunan itu dah sampai peringkat nak hand over dan siap nak di serah kepada pembeli itu superintendent officer iaitu arkitek yang berkenaan itu yang
sepatutnya dapatkan CCC ada tugasannya bahawa dia kena pastikan memang kualiti itu cukup baik dengan minimum 70 peratus QLASSIC jika tidak sama dia ada hak untuk hentikan kerja itu. Sebagai pembeli jika dia terima hak rumah itu dengan kualiti yang rendah misal kata kurang dari 70 peratus ataupun pembeli itu tak puas hati dengan kualiti rumah itu memang seperti mana saya bagi tahu dalam tempoh hari pembeli itu memang ada hak untuk tuntut untuk ganti rugi dia misal kata rumah itu tidak dibina secara sepatutnya dibina pembeli itu melalui lawyer peguam yang dilantik boleh tulis kepada pemaju memberitahu bahawa rumah itu tidak sampai paras yang sepatutnya dia pergi dan jika dalam tempoh 14 hari dia tak ambil apa-apa tindakan. pembeli itu memang ada hak sendirian mengikut surat jual beli surat jual beli untuk melantik kontraktor sendiri untk mengatasi defect-defect yang sekian dan biasanya biasanya semasa CCC dikeluarkan rumah itu memang bagus kerana PBT pun dah check juga juga jabatan-jabatan berkenan yang bagi kelulusan pon dah check dah so sepatutnya rumah itu ok misal kata lepas tangan semua orang ini pembeli itu memang ada hak memang undang-undang memang protect pembeli-pembeli kita. Sekian terima kasih
Terima kasih
Mohon. Kita memang sedia maklum memang banyak kontraktor yang memberikan kualiti yang bagus untuk skim perumahan kos rendah, sederhana dan juga mampu milik mampu milik tapi kita tidak boleh nafikan ada juga "Escapee" terjadi terutamanya pada bahagian bumbung dan juga water proofing yang kita tak boleh detect defect melalui mata kasar saja.
Jadi saya bertanya soalan ini kerana memang ada precedent case di kawasan di mana bumbung yang baru tiga tahun, waterproofing baru tiga tahun tapi nampak macam serupa sepuluh tahun saya tau Dato’ Seri pon aware of this jadi saya nak bertanyakan soalan adakah cadangan untuk melanjutkan defect liability bagi skim-skim tersebut terutama bagi bahagian bumbung dan juga waterproofing ini kerana saya rasa ini perlu kerana untuk macam skim perumahan ini kan mereka pun kurang mampu.
la jadi kalau nak mereka selepas liability defect mereka kena ambil tindakan undang-undang sendiri memang saya rasa itu tak menolong mereka langsung la sebab mereka memang perlukan pertolongan untuk rumah kos rendah tetapi sebaliknya sudah menyusahkan mereka pulak so saya nak tanya Perai. Terima kasih.
Okay, terima kasih Bagan Bagan Jermal saya selalu silap bagan. Okay, saya ambil maklum projek ini kita nak cakap 100 peratus rumah yang disiapkan itu 100 peratus baik pun tidak betul la mesti ada satu dua yang kekurangan. Okay, seperti mana projek itu saya rasa dia pakai metal deck dia pakai metal deck so biasanya bumbung sebegitu dia ada satu lagi layer yang dipanggil sensorlation.
So bila bumbung itu bocor ataupun air resab kemana-mana dia jatuh atas sensorlation dia mengalir jatuh lain tempat so kita tak taw punca punca kebocoran dia dimana ini biasala kalau kalau bumbung dia adalah flat roof konkrit ini memang fores lama kelamaan kalau air tertakung memang boleh resab ke dalam dan keluar di satu tempat yang lembab so memang waterproofing akan dibuat semasa flat roof punya structure is involve ya tandas.
Yang Berhormat tadi saya cakapkan bukan waterproofing untuk bumbung untuk tandas setiap unit.
Kalau di tandas macam itu biasanya sebelum jubin dipasang memang kontraktor itu perlu apply satu layer waterproofing membranes selepas itu baru dia akan letak jubin macam saya bagi tahu tadi kalau jubin bagus pun tempat dimana air salur ke dalam yang daun paip itu tepi tepi itu masih simen dia tak ada tiles walaupun waterproofing saya ingat Bukit Tambun faham bahas saya la so tempat saluran dia itu memang dia konkrit so kemungkinan untuk resab di sana adalah tinggi ok masalah dia kecil sahaja tapi boleh nampak besar bila effect dia jadi pasal dia mengalir dalam konkrit dan dia akan sebar kemana-mana dan satu rumah boleh bocor ya.
Back back to soalan pokok.
Kami mengambil maklum kami ambil maklum benda ini masalah ini dan kami akan berhubung dengan kontraktor yang sekian dan tengok macam aman kita nk improve kualiti ini ataupun minta tambahan defect liability period.
Soalan tambahan
Seberang Jaya.
Terima kasih Dato’ di-Pertua. Soalan saya soalan 69 69. Adakah Kerajaan Negeri masih mengamalkan prinsip 'Competency,
Accountability & Transparency' (C.A.T.) dalam pentadbiran Kerajaan Negeri?
(a) Jika ya, adakah Kerajaan Negeri akan melaporkan dalam Portal Rasmi
Kerajaan Negeri semua keputusan mesyuarat EXCO dan agensi-agensi
Kerajaan Negeri termasuk minit keputusan mesyuarat Majlis-majlis
Kerajaan Tempatan? Y.A.B. Ketua Menteri: Untuk makluman Yang Berhormat Seberang Jaya dan Dewan Yang Mulia ini keputusan Mesyuarat EXCO dan Agensi-Agensi Kerajaan Negeri termasuk Minit Keputusan Mesyuarat Majlis-Majlis Kerajaan Tempatan adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 memberikan definisi perkataan rahsia rasmi sebagai apa-apa suratan yang dinyatakan di dalam jadual dan apa-apa makluman atau yang berhubung dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi maklumat dan bahan lain seperti mana yang boleh dikelaskan sebagai rahsia besar, rahsia sulit atau terhad mengikut mana-mana berkenaan oleh seorang Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik dibawah seksyen 2b akta ini. Seksyen 2b memperuntukkan kuasa kepada Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri untuk melantik mana-mana pegawai awam melalui suatu perakuan dibawah tandatangannya untuk mengkelaskan atau clasify apa-apa suratan rasmi, makluman atau bahan sebagai rahsia besar, rahsia sulit terhad mengikut mana-mana yang berkenaan. Manakala seksyen 2C pula memperuntukkan kuasa kepada Menteri atau pegawai awam yang dipertanggungjawabkan dengan apa-apa tanggungjawab tentang mana-mana Kementerian, Jabatan atau mana-mana Perkhidmatan Awam atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri atau Ketua Pentadbiran yang menjaga Hal Ehwal Pentadbiran sesuatu negeri untuk pada bila-bila masa mengkelaskan semula atau di clasify apa-apa suratan yang dinyatakan di dalam jadual atau apa-apa suratan rasmi makluman atau bahan. Sebagaimana yang telah dikelaskan selepas pengkelaskan semula itu suratan bahan atau makluman tersebut adalah terhenti menjadi rahsia rasmi. Justeru sebarang salah laku dengan melanggari perkara berkaitan akan disiasat mengikut seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972. Oleh yang demikan, Yang Berhormat serta Dewan yang Mulia ini Minit Mesyuarat Majlis Majlis Mesyuarat Negeri MKKN tidak boleh dimuat naik ke dalam portal rasmi Kerajaan Negeri kerana masih bertaraf rahsia.
Seberang Jaya tak nak. Saya nak bagi chance lagi sebab saya ketidakhadiran Yang Berhormat Seberang Jaya itu selepas saya selepas semak sebenarnya telah pun maklum kepada Setiausaha Dewan. Ya. Saya tarik balik teguran mesra saya kepada Seberang Jaya.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Y.A.B. Ketua Menteri:
Yang Berhormat pun kata.
Saya pun tarik balik.
B. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Sampai kepada saya tak terima apa-apa pun.
Okay, la saya bagi chance tanya pon tak mau. So okay Ada lagi Bukit Tengah. Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan 70.
70. Nyatakan pencapaian dan rancangan masa depan Kerajaan untuk
membangunkan Pulau Pinang sebagai negeri yang paling hijau seperti dalam
sektor awam, perumahan, sumber tenaga yang boleh diperbaharui (RE) dan
kenderaan elektrik (EV).
Terima kasih Dato’ Speaker dan YB. Bukit Tambun, nyata Bukit Tengah sorry nyatakan pencapaian masa depan kerajaan untuk membangunkan Pulau Pinang bagi negeri yang paling hijau seperti dalam sektor awam di Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang ada Penang Green Council salah satu daripada negeri yang ada Penang Green Council banyak usaha-usaha dijalankan oleh Penang Green Council untuk mengatasi isu-isu kehijauan la. Okay, so salah satu daripadanya adalah Penang adalah negeri pertama yang berhenti gunakan straw plastik, plastik beg kita pun start kita mula dengan charge 20 sen untuk plastik beg kemudiannya terus tak guna plastik beg langsung la so Penang sudah maju kehadapan dari segi going Green. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat komited dengan menjadikan Negeri Pulau Pinang sebuah negeri hijau menjelang tahun 2030. Kemasukan pelabur-pelabur besar di Malaysia seperti syarikat teknologi dan kenderaan elektrik EV memerlukan tenaga kemahiran tempatan yang ramai. Industri ini perlu digerakkan oleh tenaga kemahiran tinggi terutama dalam membangunkan sistem aplikasi dan perkhidmatan seperti kecerdasan, buatan AI Alliteration Intelligent justeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi tumpuan dalam meneroka bidang baru khususnya penekanan dalam penekanan dalam penyelidikan pembangunan teknologi serta kejuruteraan AI yang boleh di manafaatkan masyarakat dalam industri. Antara langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memenuhi keperluan industri untuk tenaga kerja mahir dalam bidang EV dan AI termasuk perancangan untuk mengenal mengenal pasti eko-sistem kenderaan elektrik serta keperluan kemahiran untuk setiap peringkat eko-sistem bagi kedua-dua bidang tersebut.
Selain itu Negeri Pulau Pinang mempunyai kepakaran bagi teknologi bateri EV disamping turut mempunyai institusi pengajaran kemahiran mekanik tambahan lagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional iaitu tvet telah direka dan diketengahkan bagi keperluan kemahiran EV dan AI dengan mengambil kira kekuatan sedia ada Negeri Pulau Pinang dalam bidang ini. Sehubung itu Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif dan melaksanakan beberapa inisiatif yang mendepani cabaran modal insan termasuk keperluan industri bagi tenaga kerja inisiatif yang mendepani cabaran modal insan termasuk keperluan industri bagi tenaga kerja mahir dalam bidang AI dan EV. Antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti di lampiran A yang sudah dikemukakan yang diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas sidang sesi soalan ini. Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah memulakan perolehan kenderaan dan motosikal elektrik semenjak 2015 bagi kegunaan penguatkuasaan di sekitar Pulau Pinang. Selain itu kedua-dua PBT juga dalam perancangan untuk membeli kenderaan elektrik sebagai kenderaan kegunaan jabatan mulai 2024 tertakluk kepada prestasi kewangan dan keperluan semasa. Kita akan kemaskini kerana prestasi kewangan tahun ini. Di peringkat PBT pula, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah membuat panggilan RFP Fasa 1 bagi pemasangan stesyen mengecas EV di 26 buah lokasi bagi seluruh kawasan pentadbiran MBPP. Di mana RFP ini masih dalam peringkat penilaian. Pemasangan ini akan melibatkan tempat letak kenderaan MBPP dan tempat letak kenderaan premis MBPP yang akan merangkumi AC dan DC charging station. Kerja-kerja pemasangan stesen mengecas EV di jangka akan di mula pada suku tahun 2024. MBSP pula telah menyediakan tapak Mengecas kereta elektrik di tapak letak kereta kakitangan di Menara Bandaraya Bandar PERDA, Bukit Mertajam. Selain mengarahkan pemaju lain menyediakan stesen charge kenderaan elektrik ini di beberapa kawasan kemudahan awam di Seberang Perai serta memudah cara urusan kelulusan pelan di peringkat permohonan kebenaran merancang. Pada masa sekarang ini banyak pemaju-pemaju persendirian pun memang mengemukakan EV charging station. Pemajuan-pemajuan yang baru-baru ini kebanyakan pemaju memang tawarkan untuk buat EV charging station. Selain daripada itu, di peringkat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Garis Panduan Petak Pengecas Kenderaan Elektrik iaitu GP EVCB dan Prosedur Permohonan Pemajuan telah dibentangkan di Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) Ke-42 pada 18 haribulan September 2023. Ia dipersetujui untuk memakai dan pelaksanakan di semua PBT dikeseluruhan negeri. Garis panduan ini akan dibentang di peringkat Jawatankuasa Perancangan Negeri bagi kelulusan pemakaian di kedua-dua PBT di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk membangun Pulau Pinang sebagai negeri yang paling hijau seperti dalam sektor awam. Perumahan sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu renewable energy. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah melalui pemasangan panel solar di bangunan kerajaan seperti di empat (4) bangunan yang dimilik oleh MBPP dan juga empat (4) bangunan lagi di Seberang Perai. Inisiatif ini merupakan cara terbaik untuk mengurangkan jejak karbon dan pencemaran alam sekitar tanpa melibatkan sebarang pelepasan gas rumah hijau kerana pemasangan panel solar ini dapat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 1,558
tan setahun. Terbaru Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan pemasangan panel solar di 4 Pejabat Daerah dan Tanah seperti berikut iaitu Pejabat Daerah Tanah Daerah Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan juga Seberang Perai Selatan. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan sub peraturan 26 (7) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sila Yang Amat Berhormat.
Y.A.B. Ketua Menteri: Dato' Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat kita berada dalam sesi perbahasan atas Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2024 Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2024. Saya hendak mempersilakan Penaga. Nanti Bukit Tengah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Penang2030. Alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi waashabihi ajmain. Lelah berjalan di tengah pekan, singgah sebentar membeli haruan, terima kasih Penaga ucapkan, Dato’ Yang di-Pertua memberi laluan. Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua dan juga Pengarah Jabatan dan Agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Sekali lagi terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk Penaga berbahas bagi ucapan Bajet 2024 beraspirasikan Visi Penang2030, Negeri Pintar Dan Hijau berteraskan keluarga inspirasi negara demi kemakmuran bersama oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 24 November 2023 yang lalu. Dato' Yang di-Pertua, semenjak saya menjadi wakil rakyat pada tahun 2018 saya dapati Kerajaan Negeri terus mengalami perbelanjaan defisit bermula dari belanjawan 2019 Kerajaan Negeri mengalami defisit sebanyak RM395.69 juta. Diikuti pada tahun 2020, sebanyak RM273.5 juta. Defisit meningkat pada tahun 2021 dengan RM438 juta, tahun 2022 dengan RM449.8 juta dan tahun 2023 dengan defisit RM467.12 juta. Tahun ini pula, apabila di bentang Bajet 2024, perbelanjaan Kerajaan Negeri terus mengalami defisit RM514.52 juta. Defisit yang terus meningkat setiap tahun. Puteri kemasik cantik rupawan, menjadi rebutan sekalian hulubalang, bajet defisit menjadi amalan, rizab negeri makin berkurang. Perkara ini perlu diambil serius oleh Kerajaan
Negeri terutama dalam mencari pendapatan baru agar aset atau rizab negeri tidak terus digunakan oleh kerajaan untuk mencukupkan perbelanjaan. Saya jangkan sekiranya ada pun hasil minyak di sekitar perairan sebelah Utara Pulau Pinang, Kedah dan Perlis perlu mengambil masa untuk negeri memperoleh hasil daripadanya. Dalam ucapan Bajet 2024 saya dapati usaha membangunkan infrastruktur telekomunikasi pemasangan gentian optik akan dilaksanakan di seluruh kawasan Pulau dalam empat (4) fasa. Pembangunan infrastruktur telekomunikasi ini dikatakan akan meningkatkan lagi ketersambungan digital dalam kalangan rakyat dan perusahaan di Pulau Pinang yang akan memangkin perkembangan digital negeri pada masa akan datang. Ingin juga saya tahu bagaimana pula dengan pembangunan infrastruktur teknologi telekomunikasi ini di sebelah Seberang. Bilakah projek ini akan dimulakan memandangkan di sebelah Seberang juga ada rakyat dan perusahaan yang perlu kepada perkembangan digital negeri bagi memastikan pembangunan seimbang antara bahagian Pulau dengan Seberang Perai? Dato' Yang di-Pertua, seiring dengan perkembangan dan kesedaran mengenai carbon reduction Kerajaan Negeri menyatakan sokongan kepada peralihan penggunaan kenderaan elektrik. Kalau dulu kita masih ingat penggal lepas ada kereta terbang, untuk kali ini bagaimana kita melihat Kerajaan Negeri telah memberi dan menyatakan sokongan kepada peralihan penggunaan kenderaan elektrik. Saya ingin tahu sehingga kini berapa banyak tempat pengecasan kenderaan elektrik telah disediakan oleh Kerajaan Negeri dan di mana lokasi pengecasan tersebut? Bagaimana Kerajaan Negeri hendak memastikan tempat pengecasan tersebut tidak digunakan sebagai tempat parking kenderaan biasa memandangkan parking adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh rakyat ataupun penduduk negeri Pulau Pinang dewasa ini. Apakah ada kelebihan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi penduduk negeri yang menggunakan kenderaan elektrik? Mohon penjelasan. Dato’ Yang di-Pertua, dalam ucapan Bajet 2024 ada di sebut bahawa Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghadapi krisis air menjelang tahun 2030 sekiranya penggunaan air tidak diurus dengan mampan dan tiada sumber air mentah alternatif baru. Saya ingin tahu perkembangan terkini perancangan Kerajaan Negeri dalam mencari sumber air mentah alternatif yang baru selain daripada usaha yang telah disepakati untuk mendapatkan atau membeli air terawat daripada negeri Perak dan sebelum ini juga saya dimaklumkan ada perancangan pengoperasian loji menyahgaraman menggunakan teknologi disalinasi secara berperingkat. Apakah usaha ke arah penggunaan teknologi ini? Dato’ Yang di-Pertua, begitu juga saya ingin tahu perkembangan usaha kerajaan yang hendak menggunakan Sungai Perai sebagai sumber air alternatif. Maka adakah usaha dan langkah untuk mewartakan rizab tanah terhadap anak-anak sungai sepanjang Sungai Perai telah dilaksanakan. Mohon jawapan dan juga penjelasan. Dato' Yang di-Pertua, dalam usaha memartabatkan lagi Islam di Pulau Pinang saya lihat perlu ada tiga (3) elemen utama yang berjalan serentak iaitu amal makruf mengajak ke arah kebaikan yang kedua nahi mungkar mencegah kemungkaran dan kejahatan yang ketiga penyelidikan yang berterusan. Saya dapati kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk
menaiktaraf masjid-masjid dan surau-surau di negeri ini dan dimasukkan dalam Bajet 2014 dalam memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi di negeri ini. Saya rasa usaha ini dilengkapkan lagi dengan usaha memakmurkan masjid dan surau-surau yang berada di negeri Pulau Pinang. Perlu ada usaha untuk menarik minat orang Islam terutama di kalangan anak-anak muda untuk memakmurkan masjid dan surau surau dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik sepertimana dilakukan oleh masjid yang popular pada ketika ini di media sosial iaitu Masjid Al Bushro di Merbok, Kedah Darul Aman. Masjid-masjid dan surau-surau juga perlu diamarahkan dengan majlis ilmu yang menjadi cahaya mengeluarkan ummah daripada kegelapan, kejahilan kepada cahaya berilmu pengetahuan. Urusan tauliah perlu dipermudahkan termasuk tauliah sementara bagi ustaz-ustaz jemputan yang jarang dipanggil untuk mengajar di Pulau Pinang. Dalam usaha mencegah kemungkaran, kerajaan perlu menyediakan bajet khas dan memberi maklumat kepada masyarakat khususnya di kalangan orang Islam serta menghalang kejahatan yang perlu di bendung dengan agenda LGBT yang begitu berleluasa hari ini. Kita berharap ada usaha membendung perkara yang terlaknat ini terus berleluasa di kalangan rakyat negeri Pulau Pinang. Dalam usaha kajian yang berterusan saya berharap Al-Hadi Center (AHC) yang bertanggungjawab dalam mengintegrasikan pemikiran dan ketamadunan bagi tujuan pendidikan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan sains dan teknologi (PEST) berdasarkan prospektif Islam dalam menjalankan tugas seperti tujuan penubuhan ini. Saya ingin menarik perhatian EXCO Agama berhubung dengan hal ehwal agama Islam, terutama sekali dalam memberi kesedaran kempen kesedaran untuk melihat kepada fatwa-fatwa yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri dalam soalan bertulis yang saya ajukan kepada YB EXCO dan jawapan yang telah diberikan. Di sana dalam tahun 2020 sehingga tahun 2023. Dalam tempoh tiga tahun bagaimana di sana saya melihat ada tersenarai 22 fatwa yang telah diwartakan di negeri Pulau Pinang. Di antara fatwa ini perlu di beri perhatian oleh Majlis Agama Islam Negeri yang perlu juga diberi perhatian EXCO Agama untuk memastikan fatwa ini sampai ke peringkat akar umbi agar fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan itu benar-benar dapat direalisasikan ataupun diberi perhatian oleh seluruh rakyat khususnya di kalangan orang Islam di Negeri Pulau Pinang. Antara yang menarik yang saya lihat, fatwa yang telah dikeluarkan pada 24 September 2020 fatwa bagi menghalang pembidaahan dan penghinaan kepada amalan-amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah di antaranya jugak pada 24 September 2020 tarikh yang sama fatwa mengenai pengharaman rokok shisha, vape dan rokok elektronik maknanya bagi orang Islam di sana sudah dapat fatwa yang sudah dikeluarkan oleh jawatankuasa. Ada fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa dan telah diwartakan di Negeri Pulau Pinang bahawa pengharaman rokok, shisha, vape dan rokok elektronik ini adalah haram, tapi saya melihat rata-rata khususnya di kalangan anak muda dan yang paling membimbangkan dan juga perlu diberi perhatian oleh Exco Pendidikan adalah bagaimana pelajar-pelajar sekolah di peringkat sama ada peringkat menengah ataupun rendah sudah mula menggunakan vape ketika mereka rehat atau pun berada di luar daripada kawasan sekolah.
Bahkan ada tindakan disiplin yang telah diambil oleh sesetengah sekolah apabila pelajar membawa masuk vape ke dalam kawasan sekolah. Jadi perkara ini perlu diberi perhatian dan sepatutnya penerangan ataupun kempen untuk memastikan fatwa pengharaman ini diberi perhatian oleh umat Islam dan di sana juga ada fatwa mengenai aliran pemikiran liberalisme dan pluralisme agama yang juga perlu diberi perhatian oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian berkaitan isu bagi pengesahan halal dan logo halal kelmarin sahabat saya Yang Berhormat daripada Bukit Tambun juga telah membangkitkan isu soal halal yang perlu diberi perhatian kerana dalam Islam, soal makanan halal dan haram ini adalah perkara yang sangat serius sebab dalam Islam, umat Islam perlu menjaga mereka tidak boleh sama sekali makan makanan yang haram kerana istilah jelas dalam Islam apa disebut oleh Rasulullah S.A.W….(Petikan Al Hadis).. yang halal itu halal Dato’ Yang di-Pertua dan yang haram itu haram. Sebab itu perlu dilihat dan perlu kempen kesedaran kepada umat Islam khususnya peniaga-peniaga yang membuka restoran-restoran ataupun kedai-kedai makan, peniaga-peniaga dan juga pengusaha-pengusaha makanan tidak kesemua pengusaha ataupun tidak kesemua produk keluaran orang Melayu Islam itu halal dan akan dilihat prosesnya, pemprosesan perkara tersebut dan bahan-bahan yang digunakan. Adakah bahan itu bahan yang digunakan itu halal ataupun haram? Kalau bahan yang digunakan itu haram walaupun pengusaha itu beragama Islam, maka produk yang dikeluarkan oleh individu tersebut juga diistilahkan sebagai haram. Sebab itu penting dalam Islam cukup jaga kita boleh makan ayam tapi kena lihat ayam itu disembelih ataupun tidak, halal ataupun haram sebab pemakan Islam dia ada dua istilah yang diguna pakai iaitu makanan yang halal lagi baik halalan toyyiba, halal disudut hukumnya baik disudut kebersihan fizikalnya. Adakah makanan itu elok atau tidak jadi perkara ini perlu diberi perhatian oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang? Di sana ada maklumat yang saya perolehi bahawa terdapat program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Program-program yang dibuat samada acara itu acara rasmi, program-program dan juga kursus-kursus kerajaan yang dihadiri oleh para tetamu dan peserta yang majoriti orang Islam dilaksanakan di premis ataupun di hotel-hotel yang tidak mendapat pengesahan halal. Jadi perkara ini juga perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri kalaulah program ataupun kursus-kursus yang melibatkan orang-orang Islam maka tempat ataupun hotel, tempat itu mesti memastikan makanan yang yang disediakan di premis tersebut mempunyai pengesahan halal ataupun logo halal. Dato’ Yang di-Pertua, dalam kita membicarakan konsep Negara Madani atau Masyarakat Madani setelah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita maka saya juga nak menarik perhatian dalam bajet kali ini untuk Yang Berhormat Padang Kota melihat peruntukan kepada ADUN-ADUN Pembangkang yang perlu diberi perhatian kerana ialah sebagaimana pengalaman yang pernah dikongsi oleh Yang Berhormat Padang Kota juga. Kalau kita melihat sejarah negeri Pulau Pinang pun tak mustahil rakan-rakan yang berada di sebelah sini mungkin suatu hari nanti akan berada di sebelah sana, yang sebelah sana terus beralih ke sini, dengan peruntukan tidak diberi bayangkan bagaimana Padang Kota berkongsi kelmarin kerana saya melihat kepada sejarah dan setiap kerajaan itu tidak kekal selama-lamanya.
Melihat sejarah Negeri Pulau Pinang, kita tidak menjangkakan Kerajaan Barisan Nasional tidak mungkin dapat dikalahkan. Saya masih ingat tahun 1999 PRU yang ke 10, masa itu saya baru nak berjinak dengan politik tahun 1999 era reformasi, hari ini era refornusi, tahun 1999 PRU yang ke 10 di Pulau Pinang ini mencatatkan kemenangan bergaya, kemenangan besar Barisan Nasional memperolehi 37 kerusi dengan Pembangkang hanya 3 kerusi. Satu kerusi daripada DAP, Paya Terubong, satu kerusi PKR, Penanti dan satu kerusi PAS, Permatang Pasir dengan Yang Berhormat Penanti diangkat sebagai Ketua Pembangkang. Itu tahun 1999, tahun 2004, Pilihanraya Umum ke 11 setelah berlaku peralihan Perdana Menteri Malaysia daripada Tun M kepada Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dengan pendekatan yang telah diambil ketika itulah Islam Hadhari pada tahun 2004, kita melihat bagaimana di Pulau Pinang ini 38 kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional dan hanya dua kerusi pihak Pembangkang iaitulah daripada DAP satu kerusi Adun Sungai Puyu, ayahanda kepada YB. kita sekarang ni, YB Poh, dan Adun Permatang Pasir hanya dua orang dan Ketua Pembangkang ketika itu diangkat Adun Sungai Puyu. Itu ketika tahun 2004. Tapi hanya dengan dua kerusi Pembangkang ini pada 2004, kita melihat satu perubahan besar tahun 2008 Pilihanraya Umum ke 12 dengan Pakatan Rakyat ketika itu menguasai 29 kerusi dan Barisan Nasional hanya memenangi 11 kerusi sahaja beralih dari blok kerajaan ke blok pembangkang, hanya 11 kerusi dan kita melihat prestasi PR meningkat tahun 2013 Pilihanraya Umum ke 13 daripada 29 kerusi tambah 1 kerusi lagi dengan PKR menang kerusi Seberang Jaya Dr. Afif menang dan pembangkang dari Barisan Nasional hanya tinggal 10 kerusi. 2013 10 kerusi, 2018 kita melihat kemenangan besar Pakatan Harapan setelah berakhirnya era Pakatan Rakyat dengan PH menguasai 37 memenangi 37 kerusi dan Pembangkang hanya 3 kerusi, 2 kerusi diwakili oleh UMNO, Barisan Nasional dan satu kerusi diwakili oleh Penaga. Awal 2018 Dato’ Yang di-Pertua, saya masuk dewan kerdilnya kami ketika itu hanya kami tiga orang sahaja Pembangkang. Tapi kali ini kita melihat satu perubahan juga berlaku dalam Pilihanraya Umum ke 15 yang lepas, pihak Kerajaan menguasai 29 kerusi dan pihak Pembangkang menguasai 11 kerusi. Ini sejarah yang kita tidak boleh lupa dan sejarah ini mungkin akan berulang maka dalam konteks era Kerajaan Madani, sebab Madani ni konsep dia kalau kita lihat memang diambil Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang mengambil konsep yang telah diasaskan dan dibuat oleh Saidina Nabi kita Muhammad S.A.W. membentuk Kerajaan Madinah yang pertama setelah berlakunya hijrah Rasulullah S.A.W. dan konsep yang diberi penekanan Rasululah S.A.W. itu adalah berlaku adil dengan nabi sebut di awal ucapan baginda ketika mana diangkat sebagai Ketua Negara Madinah menegaskan yang pertama kata Rasulullah (petikan Al Hadis)… sebarkan kedamaian, jangan lagi bermusuh, jangan lagi berseteru, jangan lagi menumpahkan darah, berperang di antara satu sama lain maka era hari ini setelah naiknya Kerajaan Madinah maka Nabi kata…(petikan Al Hadis) sebarkan kedamaian, keamanan ke seluruh pelusuk negeri Madinah itu sendiri dan yang kedua kata nabi …(petikan Al-Hadis). Beri makan kepada orang-orang yang memerlukan makanan maknanya kerajaan itu mestilah kerajaan yang prihatin. Di sana ada rakyat yang memerlukan bantuan, dibantu. Di sana ada rakyat yang memerlukan pertolongan, ditolong. Di sana ada rakyat yang memerlukan tempat kediaman rumahnya tak ada maka diberi, dibiaya untuk dapatkan rumah di sana ada rakyat yang tidak ada pakaian, maka diberi pakai. Ini konsep yang diambil termasuklah dalam kita melakukan sesuatu itu mesti kita berlaku adil.
Ini yang perlu diberi perhatian dalam isu yang saya bangkitkan berkaitan dengan bajet ataupun peruntukan kepada rakan-rakan ataupun kepada ADUN-ADUN Pembangkang. Saya, Dato’ Yang di-Pertua saya ada pengalaman penggal yang lepas tak apa boleh hidup dengan cara tak ada peruntukan tapi rakan-rakan yang baru sampai ada diantara mereka tidur pun mengigau menyebut Padang Kota, Padang Kota. Ini sampai mengigau menyebut Padang Kota. Dan kita yakin Insha-Allah kalau Padang Kota seperti mana saya sebut dalam kelmarin kalau ada keberanian untuk melakukan satu perubahan, sekarang memberi peruntukan yang lebih kalau tidak sama rata pun tak apa, asalkan ada peruntukan lebih mesti ada keberanian dan kalau itu dibuat saya yakin Insya-Allah Pembangkang akan pastikan Padang Kota penggal depan akan terus berada di kerusi tersebut penggal depan Insha-Allah. Saya sebut Padang Kota di kerusi tersebut orangnya tak pasti….(gangguan)
Ini bukan rasuah…..(gangguan)
Ini Padang Lalang EXCO penggal lepas, penggal ini pun EXCO cuma orangnya berbeza…..(gangguan)
Mencelah..sudah..oo, mencelah..sat na sudah cukup masa…gangguan..
Terima kasih Dato’ Speaker, saya tertarik isu yang disebut oleh Yang Berhormat Penaga sebab kelmarin pertemuan dengan Yang Berhormat Padang Kota yang disebut tentang bagaimana benda yang telah diberikan dia akan teruskan. Ialah Pembangkang dapat RM60,000 dan Kerajaan RM500. Kita terima kasihlah, terima kasih. Cuma kita kena ingat dunia ini umpama rodalah. Kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang kita di bawah. Cuba kawan-kawan pun. Jadi kalaulah Yang Berhormat Padang Kota boleh setuju untuk memberikan peruntukan yang sama kepada kami juga, dan Insha-Allah lain kali kalau kami pula di atas (jadi kerajaan) benda tu akan diteruskan sahaja (peruntukan yang sama), terima kasih.
Okey, rumuskan.
Baik, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dari Pinang Tunggal yang telah mencelah. Ia saya bersetuju sebab itu saya sebut Padang Kota perlu ada keberanian walaupun rekod Menteri Besar Selangor telah mendahului disebut keberanian ini ataupun polisi yang telah diubah sebab saya tengok dalam akhbar pada bukan hanya tahun ini bahkan kenyataan akhbar ini Belanjawan Selangor 2022 mengumumkan bagaimana disebut Adun Pembangkang Selangor dapat peruntukan setara Adun Kerajaan kalau dalam kenyataan akhbar. Jelas MB Selangor telah mengumumkan peruntukan ahli Dewan Undangan Negeri Adun Pembangkang di Selangor akan dinaikkan sehingga 400, RM400ribu. Kita kalau pembangkang Pulau Pinang tak banyak pun takpa RM350 ribu pun okey tahun depan berbanding sebelumnya RM150,000 pada ketika itu. Ini Menteri Besar apa dia Selangor dengan dia menegaskan bahawa Menteri Besar Datuk Seri Amirrudin berkata peruntukan Adun Pembangkang Selangor ini diberikan dengan mengambil kira Semangat Kita Selangor jadi kita di sini mengambil kira Semangat Kita Penang, kita Penang begitulah yang diberi perhatian serangkap pantun untuk YB Padang Kota. Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Dato’ Yang di-Pertua, saya nak beralih sikit kepada beberapa isu khususnya di kawasan Penaga. Yang pertama berkaitan dengan masalah isu nelayan yang masih lagi dibangkitkan dan ramai nelayan sebagaimana yang saya sebut dalam perbahasan yang lepas Penaga ada 5 unit nelayan dengan keahlian hampir ataupun lebih daripada 2000 nelayan. Apatah lagi sekarang ni dalam keadaan musim tengkujuh, musim tengkujuh. Ramai para nelayan yang tidak boleh turun ke laut ombak kuat, hujan lebat maka di sana ada masalah yang dihadapi oleh nelayan yang perlu diberi perhatian dan diselesaikan oleh Kerajaan Negeri khususnya Exco yang bertanggungjawab. Yang pertama di antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai kenaikan harga pukat 3 lapis ni, makin naik daripada RM97 ke RM145 sebanis sahaja, daripada 97 ke 145. Ini menjadi trend harga pukat ini dan pukat-pukat lain naik bukan kata setiap tahun bahkan naik kadang-kadang setiap bulan, mereka memukat kadang-kadang pukat tu rosak kena selut dan seumpamanya, kayu-kayu rosak terpaksa diganti. Jadi harga ini setiap bulan meningkat ini sangat membebankan nelayan-nelayan kita. Selain itu juga, pukat-pukat nelayan hari ini mengalami kerosakan diselimuti selut dan cengkerang sedangkan sebelum ini tidak pernah berlaku. Ada satu video saya pernah buat mohon pihak kerajaan siasat kerana saya difahamkan dari para nelayan selut dan cengkerang ini adalah berpunca daripada kesan projek penambakan laut jadi perlu dilihat dan perlu diberi perhatian. Dato’ Yang di-Pertua, saya nak beralih kepada isu Pondok Polis Pekan Penaga. Di Penaga ada empat (4) pondok polis bukan balai polis. Pondok Polis Pekan Penaga, Pondok Polis Kuala Muda, Pondok Polis Permatang Bendahari dan Pondok Polis Bumbung Lima. Masalah yang saya bangkitkan diawal sesi penggal lepas Dato’ Yang di-Pertua, supaya daripada empat (4) pondok polis ini, saya minta supaya salah satunya, khususnya Pondok
Polis Pekan Penaga ini dinaik taraf menjadikan balai polis oleh kerana penduduk makin bertambah, taman-taman makin banyak dibangunkan di Penaga, kekurangan apa dia anggota-anggota keselamatan dan juga masalah report penduduk Penaga, kalau ada apa-apa kes nak buat report, maka report mereka tidak diambil di pondok tetapi terpaksa pergi ke Kepala Batas di IPD untuk buat report polis di Balai Polis Kepala Batas. Perkara ini juga perlu diberi perhatian. Dan yang terakhir Dato’ di-Pertua, berkaitan dengan kos sara hidup. Yang hari ini juga saya kira semua boleh bersetuju bahawa kenaikan kos sara hidup, ketiadaan bahan bahan bersubsidi di pasaran yang masih lagi menjadi isu yang diperkatakan. Bermula daripada, saya jangka tiga (3) bulan yang lepas hingga ke hari ini. Dalam sidang minggu lepas pun saya dah bangkitkan. Ini pun ramai yang datang dan semalam saya dihubungi oleh seorang peniaga. Memaklumkan bahawa untuk mendapatkan stok beras tempatan ini sangat sukar. Di kedai runcit pun tidak ada beras tempatan dan dimaklumkan semalam nak dapatkan stok minyak mentah, minyak bersubsidi, minyak paket juga susah. Sangat susah. Peniaga terpaksa ataupun tuan kedai terpaksa letakkan minyak bersubsidi letak bawah meja dia. Nak beli minyak bersubsidi macam tengok cerita filem P.Ramlee dulu, Ali Baba Bujang Lapok, belacan pun smuggle dari Melaka katanya dia. Dia sorok tidak di tempat terbuka itu pun terhad hanya seorang pembeli satu (1) pack sahaja diberikan. Beras tempatan tak ada sekian lama. Kita makan beras import semua. Dan beras import ni kita tahu harga paling rendah pun kalau yang satu (1) kampit lima (5) kilo, paling rendah harga dia RM21.00. Kalau beras yang 10kg satu (1) kampit, harga paling murah pun RM39.00 ke RM40.00. Jadi rakyat khususnya B40, menunggu-nunggu untuk dapatkan beras tempatan. Tapi hari ini bekalan beras masih belum mencukupi. Tidak ada di pasaran termasuk bahan-bahan yang lain yang saya sebut tadi. Minyak stoknya tidak ada, kadang-kadang kekurangan telur dan juga bahan-bahan yang lain. Sedangkan kita adalah negeri yang ada sawah, kalau Kedahnya jelapang padi. Kita ada padi tapi kita tak ada beras. Kita ada sawit tapi tak ada minyak. Kita ada tebu tapi tidak ada gula. Ini masalah yang dibangkitkan oleh rakyat bawahan khususnya B40. Maka saya melihat perkara ini perlu diberi perhatian dan juga saya bimbang takut di sana ada bahan-bahan ini disimpan. Oleh kerana saya melihat dalam akhbar juga, saya mengikuti secara dekat, perkembangan ini, banyak saya tengok yang ditahan ataupun apabila pihak berkuasa buat operasi, depa dapati, pihak berkuasa mendapati ada bahan-bahan ini disimpan. Contoh dalam akhbar Utusan Malaysia, penganggur ditahan bersama hampir 3000kg minyak masak bersubsidi, ini di Bukit Mertajam. Ditahan bersama dengan 3000kg minyak masak yang bersubsidi dan banyak sebenarnya peniaga sorok 1.6 tan minyak masak package di ruang tamu rumah. Ini juga mendapat daripada akhbar apabila penguatkuasa membuat serbuan dan seumpamanya. Jadi saya lihat disudut penguatkuasaan perlu ditingkatkan lagi untuk memastikan lagi, insyaAllah bekalan ini sampai kepada rakyat bawahan yang senantiasa menanti bahan-bahan bersubsidi ini untuk meringankan kos sara hidup mereka apabila kos itu setiap hari makin naik yang membebankan mereka. Dan disana juga saya nak menarik perhatian, mungkin EXCO boleh jawab juga berkaitan dengan Laporan Audit General 2022.
Penaga. Penaga. Wah Penaga tak dengar saya. Sudah lebih masa.
Ada laporan audit yang saya lihat, bukan Audit Negeri tetapi ini general tahun 2022 boleh search melalui internet. Mendedahkan bahawa baki dana terkumpul sebanyak RM448.80 juta untuk pengurusan program menanam padi tidak digunakan pada tahun lepas. Peruntukan yang ada kerajaan dah keluarkan tetapi program itu tidak digunakan. Disebut di sini dalam laporan audit, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi, General Audit, ini untuk tahun 2022 supaya perkara ini tidak berulang. Menyatakan dana itu dialirkan oleh Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk memberi subsidi dan insentif kepada para petani. Laporan juga menegaskan bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap pembekal baja kerana kelewatan membekalkan barang-barang tersebut untuk tempoh antara 2016 ke 2019. Kelewatan ini telah menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan kumpulan sasaran khususnya kepada pesawah-pesawah padi kita. Bajetnya ada dana telah dikeluarkan tetapi tidak digunakan. Ini pula perlu diberi perhatian agar Pulau Pinang harapnya tidak termasuk dalam apa yang telah didedahkan oleh Audit Negara kita. Dato’ Yang di-Pertua, ada dua tiga lagi isu tak dibenarkan. Saya ambil masa Ketua Pembangkang.
Dah. (ketawa)
Tak boleh? Dia kata nak passing pada saya. Baik, saya menghormati apa yang telah diminta oleh Dato’ Yang di-Pertua, untuk mengakhiri ucapan perbahasan bajet saya pada kali ini, saya akhiri dengan dua rangkap pantun. Kayu cengai hendak dibelah, sangat keras bagaikan jati, kalau ada kata yang salah, jangan disimpan di dalam hati. YB Padang Kota noh. Datuk YDP banyak pengalaman dah penggal ketiga memimpin Dewan, segala masalah kita selesaikan agar Pulau Pinang maju ke hadapan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Penaga. Bukit Tengah, sila.
Terima kasih Dato’ Speaker membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet 2024. Dato’ Speaker, kalau kita membaca ucapan Yang Amat Berhormat sudah tentu ada banyak perkara yang kita boleh meraikan khususnya mengenai pengurusan urusan financial management. Urusan kewangan Kerajaan Negeri. Itu jelas daripada Laporan
Audit Negara dan juga banyak lagi program-program yang telah pun dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Akan tetapi satu (1) perkara yang saya rasa amat besar dan membimbangkan dan yang kita semua harus memberi perhatian sepenuh, adalah hasil berkaitan dengan hasil pendapatan Kerajaan Negeri. Kalau kita membaca daripada ucapan Yang Amat Berhormat, peruntukan bajet mengurus dan pembangunan. Perbelanjaan mengurus tahun ini anggarkan sebagai RM1.4 bilion. Manakala hasil yang dianggarkan akan dikutip untuk tahun ini, tahun 2024 adalah RM533 juta. Kita ambil maklum dan kita tahu bahawa masalah di Pulau Pinang adalah bahawa kerajaan tidak ada banyak hasil. Kerajaan miskin, rakyat seperti yang kita selalu dengarkan kaya tetapi negeri kita tidak ada natural resources. We are not natural resources rich. Kalau kita baru-baru ini nak banding dengan bajet-bajet negeri-negeri lain, yang telah pun dilaporkan, untuk Selangor hasil yang mereka anggarkan untuk kutipan pada tahun 2024 adalah RM2.2 bilion. Empat (4) kali ganda kepada yang kita nak jangka untuk nak dimemperolehi di Pulau Pinang. Sabah, Dato’ Speaker, hasil yang mereka jangka nak dapat ni RM5.7 billion dan kebanyakan daripada hasil mereka juga datang daripada pengendalian port harbour ataupun pelabuhan mereka, mereka dapat hasil. Di Pulau Pinang walaupun kita ada pelabuhan, Penang Port Commission ada juga keuntungan tetapi keuntungan ini tidak disampaikan ke Pulau Pinang tetapi dialihkan balik kepada Kerajaan Persekutuan. Sabah juga ada hak untuk mengutip sales tax. Sales tax mereka anggarannya adalah RM2.5 billion. Pulau Pinang tidak ada kemudahan ataupun kelebihan sebegitu. Sama juga kalau kita lihat hasil negeri Johor. Berapa mereka dapat atau anggar mereka akan dapat RM1.8 bilion dalam tahun 2024 iaitu lebih tiga (3) kali ganda hasil Kerajaan Negeri kita. Jadi saya rasa isu yang paling utama untuk kita adalah bagaimana kita boleh menjana hasil kita. Saya juga sebelum nak pergi ke isu pembangunan, isu hasil itu Dato’ Speaker. Kalau kita lihat balik bajet pembangunan kita juga kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain agak juga sangat kecil. Di Pulau Pinang kita nak cadangkan 374 juta. Untuk Sarawak Dato’ Speaker, 20 kali ganda, untuk pembangunan mereka berhasrat untuk membelanjakan 7.8 bilion untuk peruntukan pembangunan mereka. Selangor, 1.2 bilion. Sabah, 1.3 bilion. Kerajaan Persekutuan bagi kita berapa, 21 juta seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. 21 juta kutipan income tax kita berapa? Yang dianggarkan daripada negeri RM7 bilion untuk Pulau Pinang. 21 juta tak sampai pun 0.3 peratus daripada income tax yang dijanakan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini menunjukkan bahawa ada satu imbalance yang cukup-cukup serius yang perlu ditangani. Dan saya sebelum ini pernah berhujah bahawa kita patut ada satu formula yang jelas, dimana kita boleh mengira bagaimana pengagihan peruntukan ini kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menjadi lebih adil.
Sebab untuk kita ni kita adalah satu negeri yang sangat berjaya, right. We have done so much for the country, GDP dan sebagainya. Dato' Speaker, sebelum ini telah pun dilaporkan dan saya berhujah sekali lagi, 50 tahun sebelum ini, perhatian kita adalah kepada Perindustrian Eksport. 50 years it took us to develop our export industry. Apa yang kita nak lihat sekarang ni ada rancangan kita 50 tahun kedepan, yang saya rasa mesti ada satu keberanian dari segi Pulau Pinang, Kerajaan Negeri untuk bagaimana kita boleh membangunkan Negeri Pulau Pinang sebagai satu (1) pusat ekonomi yang berkuasa,
economic powerhouse. Bukan saja di rantau sini tetapi dibandingkan seperti negara-negara lain seperti Singapura dan Hong Kong. This is not impossible. It can be done. Dan kita mesti juga untuk merancang bagaimana kita boleh menjadi satu negeri yang tidak bergantung kepada Kerajaan Persekutuan. Maksudnya we must have financial independence untuk menentukan hala tuju pembangunan negeri kita sendiri. Untuk berbuat demikian, saya amat tertarik daripada ucapan Yang Amat Berhormat, dimana beliau telah pun dalam ucapan bajet mengatakan ada lapan (8) perkara yang akan diberi tumpuan. Di antara satu daripadanya adalah untuk melihat bagaimana kita boleh menjana sumber pendapatan yang baru. Dan saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah pelan itu? Bagaimana kita akan merancang itu? Kalau kita lihat PDC dahulu dalam 1970-an, Penang tak ada duit tubuh PDC rancangannya adalah untuk nak buat Land Acquisition kena cari cara baru untuk menjana dapat duit, meminjam duit secara private supaya kita boleh buat Land Acquisition, pengambilan tanah untuk dapat satu land bank bagi Pulau Pinang untuk kita boleh berdepan dan maju ke depan. Yang di-Pertua Gabenor telahpun sebelum ini mencadangkan supaya kita boleh tubuhkan satu (1) Sovereign Wealth Fund. Saya harap kerajaan boleh mengambil serius dalam membuat satu kajian berkenaan cadangan tersebut. Kita lihat bahawa di negara-negara lain pun, pun ada yang negeri-negeri yang telahpun menubuhkan Sovereign Wealth Fund untuk melabur, satu (1) body melabur dalam investment-investment yang boleh membawa balik pulang keuntungan kepada negeri. Bukan setakat saja duit itu kita jana, income tax kita jana bagi kepada Kerajaan Persekutuan, negeri tak dapat apa. Seperti yang dicadangkan sebelum ini juga Special Finance Zone. Special Finance Zone ini walaupun, kalaulah boleh ditubuhkan sudah tentu dia akan menjana kekayaan untuk negeri dari segi pekerjaan dan sebagainya tetapi hasil itu balik kepada sana, siapa? Adakah pulang kepada negeri atau dia akan semua diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan kita tidak dapat satu sen pun. Jadi inilah perkara-perkara yang kita perlu lihat. Kalau kita ada satu sovereign wealth fund, kita boleh melabur dalam sektor-sektor yang kita nak memberi fokus kepada for example kita kata kita ada masalahan kemahiran tenaga kerja, so use this fund to invest in our labor shortage to stop brain drain. Kita boleh guna ini juga untuk membangunkan eko ekosistem yang kita selalu sebutkan right? Kerajaan kita memang ada banyak inisiatif kita ada EFG, kita ada SME Gold, kita ada Penang Creative, kita ada 42 Penang. Banyak inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, but if you want to take it to the next level we must have sufficient funds and we must have sufficient kuasa untuk kita boleh mencapaikan impian ini Dato’ Speaker. Dato' Speaker, saya juga merujuk kepada isu seterusnya iaitu kepada dalam ucapan Pembangunan Sosial Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam ya. Saya menyambut baik juga Kerajaan Negeri telah pun menyatakan di sini bahawa dalam kebajikan kita telah pun ada program-program seperti Bantuan Agenda Ekonomi Saksama, BAES dan juga bantuan-bantuan yang telah pun diberikan oleh Jabatan Kebajikan tetapi saya nak cadangkan di sini Dato’ Speaker, garis panduan yang digunakan untuk memberi bantuan iaitu Pendapatan Garis Kemiskinan, PGK 2016 tak terpakai lagi. PGK-PGK 2016 telah pun dinaikkan amount dia kepada RM2,208.00 yang sekarang ditafsirkan sebagai garis kemiskinan. Jadi saya rasa kalau itulah tahap yang telah pun ditetapkan oleh kerajaan sebagai garis kemiskinan, maka bantuan yang harus diberikan oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan harus ditingkatkan sampai amount yang sama Dato’ Speaker.
Dato’ Speaker, saya juga nak sebut di sini dalam topik yang sama tidak ada sebut tentang aging society dalam ucapan tetapi saya tau memang banyak telah pun disebut dan dibahas oleh EXCO Kebajikan dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Cuma saya dan saya juga menyambut baik bahawa Kerajaan Negeri telah pun memaklumkan bahawa satu kajian akan dibuat bagaimana kita akan prepare menyediakan untuk aging society dan bandar mesra usia right? Sedang dijalankan. Cuma saya harap Kerajaan Negeri akan memberi perhatian kepada beberapa aspek apabila membuat kajian ini yang pertama kalau kita lihat di negeri-negeri lain to prepare for health care services. Di negeri-negeri lain mereka ada rumah Seri Kenangan, mereka ada Rumah Ehsan untuk menjaga orang-orang tua yang terabai ataupun tidak kebolehan menjaga mereka sendiri. Di Pulau Pinang tidak ada satu centre pun sebegini. So, jadi kita perlu melihat bagaimana we should increase because one in four people in Penang by 2040 were be over the age of sixty. Who is going to provide this services? Yes, the world man statistic YB Zairil. Ya termasuk kita sendiri di sini, jadi bagaimanakah kita akan menyediakan infrastruktur yang lengkap untuk menjaga warga emas kita nanti di Pulau Pinang. Di negeri Singapura satu Island State mereka ada 220 elderly care center untuk berkhidmat bagi warga emas mereka. Di satu Malaysia 66 ataupun 70 sahaja kalau tak silap saya. Satu Malaysia, jadi di Singapura memang sudah ada rancangan by 2025 mereka nak dua kali ganda health care center ini untuk elderly. Jadi, we have to really push up our ability to look after our older people and not only look after them kita mesti memastikan bahawa mereka mempunyai a dignified quality of life when mereka menjadi tua nanti. Silakan.
Minta pencelahan. Terima kasih kepada saudara Bukit Tengah yang telah membangkitkan satu isu yang begitu penting walaupun sudah banyak diberbahaskan. Tadi saya tertarik dengan apa yang telah dikongsikan oleh Bukit Tengah di negeri Pulau Pinang tidak ada Rumah Kenangan tak ada Rumah Ehsan. So, kenapa ini boleh berlaku padahal warga emas ini ada di Pulau Pinang dan setujukah YB Bukit Tengah bahawa bukan sekadar pusat penjagaan warga emas ini perlu memberikan perkhidmatan yang dignify tetapi juga perlu affordable sebab banyak pusat-pusat penjagaan warga emas ini adalah kena bayar dengan bayaran yang amat tinggi juga yang ramai yang tidak mampu bayar. So, bagaimana kita juga dapat memastikan bahawa ia adalah affordable untuk orang-orang biasa.
Ya, saya amat bersetuju kos jagaan pusat-pusat ini amat tinggi dan satu permasalahan besar yang kita akan hadapi adalah yang kita tahu ada satu tabung di mana ramai daripada rakyat Malaysia tak sumbang kepada KWSP. Ada banyak laporan telah pun dikeluarkan bahawa yang ada sumbang pun kalau mereka nak ambil keluar daripada duit caruman itu tak sampai dua tiga ratus sebulan macam mana nak hidup. Jadi kita mesti ada support system yang sedia ada yang kerajaan yang kena membuat ini untuk support mereka yang tak akan berupaya untuk jaga mereka apabila menjadi tua.
Ini satu problem yang saya rasa it’s going to be a huge problem by 2040 dan saya bersetujulah dan harap bahawa kerajaan juga dalam membuat kajian mereka kena lihat bagaimana untuk menangani kos ini, kos jagaan orang tua dan juga saya tau PAWE pusat-pusat yang kita ada sekarang dia sekarang ini menjadi pusat aktiviti. Kita nak buat tai chi ka nak buat kelas ka semua ada di sana dan ini satu usaha yang bagus. Tetapi saya harap juga services ini boleh dipertambahkan. Maksudnya services yang ada sekarang dalam pusat-pusat ini boleh juga membuat kesihatan. Regular checkup di tempat negara-negara lain actually in South, Amerika mereka ada doktor-doktor yang akan pergi ke dalam kampung-kampung untuk satu-satu rumah seminggu sekali ka sebulan sekali ka untuk to check mereka punya health record dan kalau perlu dirujuk mereka akan dirujuk kepada hospital. We need services and something like that untuk kita boleh ke depan khususnya orang-orang tua yang tidak ada keupayaan untuk ataupun sakit di rumah dan tak dapat keluar ke hospital. Satu isu yang saya ingin juga menyentuh di sini adalah berkenaan dengan kawasan saya of course Yang Amat Berhormat dalam ucapannya ada lah sentuh tentang isu pengkuarian. Pengkuarian, walaupun satu jumlah yang kecil kepada sumbangan Kerajaan Negeri 0.1 percent. Tapi kawasan saya Dato’ Speaker, we have a big problem berkenaan isu kuari di Bukit Juru lot 659, lot 4005 PT9 dan lot 833 Mukim 12 Seperang Perai Tengah.
Ada satu kuari di sana yang rakyat di sana penduduk di sana lima kampung, 2,000 lebih penduduk yang duduk sama telah pun lama membantah terhadap kuari di sana dan apabila mereka memohon sekarang ini nak memperluaskan lagi kawasan kuari sampailah 30 ekar iaitu boleh kata sampai 30 padang bola sebesar itu akan mengkeluarkan pelbagai masalah kepada penduduk di sana. Saya telah pun membantu mereka untuk membantah projek nak membesarkan kuari ini dan bukan setakat itu sahaja Dato’ Speaker, syarikat operasi kuari ini telah pun saman kerajaan lagi sebab pada masa sebelum ini apabila mereka membuat permohonan kepada kerajaan untuk permit 4C kerajaan telah pun menolak permohonan mereka. Mereka saman Kerajaan Negeri untuk dapat ganti rugi. Kes ini masih berlanjutan di mahkamah, jadi saya nak tahu dan nak minta pertanyaan daripada Kerajaan Negeri apakah status terkini? Adakah syarikat ini telah pun membuat permohonan semula untuk 4C ini dan saya nak katakan di sini keuntungan itu bukan segala-galanya kita mesti mengambil kira penduduk-penduduk dan kepentingan mereka. Kalau ada merit dalam aduan mereka we have to address it yang sekarang jalan yang nak keluar daripada kuari itu hanya satu sahaja melalui lima kampung in and out beratus-ratus lori sehari rumah gegaran rosak dan sebagainya. Jadi, saya harap kerajaan bolehlah memberi saya update terbaru mengenai dengan projek ataupun rancangan untuk melebarkan kuari tersebut. Dan saya harap bahawa kerajaan akan juga menolak permohonan tersebut. Ada dua lagi isu-isu yang, yang kawasan yang tak panjang. Sebelum saya beralih ke itu, ada juga saya lihat di sini, di bawah dalam ucapan bajet akhirnya adalah penjawat awam, jentera dan pembangunan negeri ya. Kita selalu juga kena berprihatin, ingat semula jasa perjuangan, dan sepenuh effort telah pun dilakukan kerja mereka di agensi-agensi kerajaan. MBSP telah pun dinaik taraf sebagai satu bandaraya apatah lagi saya harap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan bahawa sumber manusia ini di ke semua lima-lima apa ini pejabat daerah, tingkatkan gred-gred mereka ini haruslah dilihat semula untuk ditingkatkan kita punya DO-DO ini gred mereka tingkatkan, sebab MBSP sudah jadi satu bandaraya dan kita kena
menghargai kita punya penjawat awam yang sentiasa berkhidmat tak kiralah 24 jam there is no nine to five, ada bencana mereka kena keluar juga kan, jaga mereka. Jadi Dato' Speaker, isu yang terakhir saya adalah berkenaan dengan trafik. Saya terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Bunga telah pun sebelum ini menjawablah isu-isu berkenaan dengan interchange, Diamond Interchange Juru yang telah pun dikatakan akan bermula projek ini 2024 dan diselesaikan 2028 kalau tak silap saya. Saya just harap bahawa Yang Berhormat boleh nanti semasa penggulungan berikan maklumat tentang skop. Adakah highway ini dia akan buat satu elevated highway untuk interchange itu dan juga berapakah anggaran kos untuk projek ini sebab kalau tak silap saya dimaklumkan bahawa projek ini akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan bukan oleh Kerajaan Persekutuan. Satu lagi isu, adalah juga dengan projek pelebaran jalan raya di Auto City sehingga persimpangan perindustrian dengan Juru yang juga sudah ada jawapan yang diberikan. Kelambatan itu disebabkan oleh memindahkan tiang-tiang TNB. Jadi soalan saya adalah actually how late are we dalam segi projek ini dan kalaulah ada kesilapan ataupun kalau pihak kontraktor yang dilantik oleh PDC ini mereka yang menyebabkan kelambatan projek ni. Apakah tindakan yang kita akan mengambil terhadap mereka sebab selalu dengar masalah ini selalu akan berlaku di sama juga saya dengar beberapa tahun dulu di Machang Bubuk projek untuk pelebaran Bukit Minyak, Jalan Alma dan jawapan yang diberikan sama juga.
Isu TNB, saya tidak tahu kenapa ini boleh berkali-kali berlaku. So, itu saja dan last last one adalah berkenaan dengan masjid, Masjid Permatang Tinggi yang sekarang sedang diusahakan untuk dibina baru. Saya untuk juga, saya juga untuk ingin meminta butiran tentang projek itu dan ya saya tertarik sebelum ni kita selalu kata akhirnya Tuan Speaker, bahawa kita jokelah all the time that Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita sudah berapa kali ada duduk bersama dalam kereta dengan Perdana Menteri kita dan kalaulah boleh duduk lebih banyak kali, mungkin Kerajaan Negeri kita akan dapat lagi peruntukan dan projek. Banyak kali lagi kan, jadi, saya juga teringat apabila itu disebut, semasa dulu-dulu lagi apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, I masih ingat ada satu ceramah juga yang yang dia dikatakan. Masa itu dia kata, saya tak kisah apa DAP, Lim Kiat Siang ka apa ni, mereka teriak berapa kuat ke, saya pun tak dengar tetapi kalau Koh Tsu Koon bisik sikit-sikit dalam telinga saya, sudah boleh jadi. Jadi huraian saya adalah walaupun saya tau Perdana Menteri kita sekarang ni banyak berusaha untuk membantu negeri-negeri secara saksama tetapi
Dia daripada Penang.
Ha…dia daripada Penang juga, tetapi kita tak boleh bergantung atas hubungan sahaja peribadi. We must have a very, we must have fixed a system yang kita harus tuntut untuk supaya Pulau Pinang boleh terus bermaju, berdikari dan menentu masa depan kita sendiri. Itu saja Dato’ Speaker, terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih Bukit Tengah. Bagan Jermal yang dulu, Bagan Jermal.
Mohon mencelah..
Tadi dia dah bangun.
Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberikan peluang untuk saya turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan 2024 pada kali ini. Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Barisan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan daripada agensi Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan, rakan-rakan media yang membuat liputan, tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti sidang ini secara online. Dato’ Speaker, satu lagi pemangkin ekonomi yang kita tidak boleh terlepas pandang adalah SMEs (Small and Medium Sized Entreprises) yang menawarkan sebanyak 48.2% peluang pekerjaan kepada semua tenaga kerja di Malaysia dan adalah dan Pulau Pinang sendiri mempunyai lebih kurang 4000 SMEs yang telah memainkan peranan supporting supply chain atau rantaian bekalan sokongan kepada MNCs. Bukan sekadar itu, dari segi GDP, SMEs telah menyumbangkan 38% kepada GDP negara Malaysia dan angka ini telah membuktikan sektor ini juga merupakan penyumbang utama kepada GDP negara kita. Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu memberi perhatian dalam memastikan keberlangsungan SMEs dan bukan itu saja, kita kena pastikan mereka terus mempunyai daya saing yang tinggi dan terus memainkan peranan mereka sebagai pembekal untuk rantaian bekalan sokongan untuk MNCs. Kita semua pun ambil maklum bahawa dunia yang semakin menghadapi cabaran krisis iklim, semakin banyak usaha telah diambil oleh syarikat gergasi untuk memastikan pembekal mereka patuh kepada syarat ESG (Environmental, Social and Governance) dengan izin. Bukan sekadar itu, SMEs juga kena patuh kepada memastikan tanggungjawab sosial seperti dalam aspek kesihatan dan keselamatan pekerja di tempat kerja, kesaksamaan dalam memberikan peluang pekerjaan di samping memastikan tatakelola yang baik dalam pentadbiran dan banyak lagi. Ini adalah satu contoh. SMEs juga dibelenggu dengan isu-isu seperti berikut: Satu, shortage atau kekurangan tenaga mahir atau separa mahir. Kalau adapun telah diambil oleh MNCs dan LLCs yang telah menawarkan gaji yang lebih tinggi jadi dalam kata lain SMEs macam satu training ground untuk pekerjanya, selepas tu diambil oleh LMC dan LLCs.
So, nombor dua ada compliance cost di mana SMEs perlu mengikut peraturan industri yang semakin hari semakin mencabar seperti ESG dan RBA. Dalam ESG, mereka menghadapi ketidaktentuan kerana tidak ada hala tujuan yang jelas bagaimana untuk mematuhi semua syarat yang telah digariskan. Cabaran kewangan untuk melaksanakan automasi atau automation yang kos semakin tinggi dan salah satu faktornya adalah kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Sambungan leasehold / pajakan yang akan tamat atau telah tamat tempoh yang akan menelan menelan satu kos yang tinggi. Kita juga sedia maklum bahawa bank tidak akan memberikan apa-apa pinjaman kepada SMEs yang tinggal kurang daripada 10 tahun pajakan, dan sudah tentu ini membebankan SME tersebut untuk membuat keputusan melanjutkan pajakan atau terus terus melabur untuk mengembangkan syarikanya, dan apabila aliran tunai sesebuah SME sudah tidak dapat menampung kos ini mungkin akan mengambil keputusan untuk menjual perniagaannya atau terus akan membuka satu (1) ruang kepada pembeli perniagaan yang mempunyai cash ataupun aliran tunai yang kukuh mengambil kesempatan untuk membeli SME tersebut dengan harga yang rendah dari harga pasaran. Sepertimana mereka take advantage lah dalam kata lain. Seperti kita sedia maklum selepas Pasca COVID-19, ada SMEs yang tidak dapat diteruskan atau gulung tikar kerana sudah tidak mampu bertahan. Secara lazimnya, harga barangan akan naik setiap tahun tetapi MNCs akan meminta cost down setiap tahun. Pematuhan kepada ESG dan RBA yang boleh dikatakan cabaran kerana perlu dipatuhi supaya masih dapat membekal kepada MNCs. Saya faham MNCs mereka tentu ada kelebihan tersendiri dari segi daya saingnya kerana ada insentif seperti Free Trade Zone, Free Industrial Zone yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk menarik minat MNCs untuk melabur dalam negeri kita. Insentif sebegitu memang kurang untuk SMEs. Lebih membebankan lagi apabila pajakan sudah hampir tamat dan memerlukan sejumlah wang yang untuk menyambung pajakan yang membebankan. Jadi di sini, saya ingin cadangkan supaya satu usaha diadakan supaya Kerajaan Negeri boleh memberikan insentif, menimbangkan bukan memberikan, menimbangkan insentif dengan diskaun yang lebih tinggi kepada SMEs dalam pembaharuan leasehold atau pajakan kepada 80%. Apa yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada jawapan beliau, jawapan lisan beliau pada 23 haribulan 11 tu, adalah sebanyak 70% diskaun untuk kategori industri. Untuk menolong SMEs, saya cadangkan supaya diskaun diberikan sebagai contohnya ditingkatkan jikalau ditingkatkan kepada 80% daripada 70%, dengan itu SMEs tersebut telahpun jimat 10% dari segi kewangannya. Di sini, saya sarankan supaya penjimatan tersebut dalam nilai mata wang ini tertakluk kepada syarat bahawa wang yang telah dijimatkan mesti diletakkan dalam satu akaun khas Kerajaan Negeri dan mesti dilaburkan semula dalam 2 kategori yang boleh memberi nilai tambahan atau value added semula kepada SMEs berikut, seperti berikut: (i) Perlaksanaan pematuhan ESG dan RBA; dan (ii) Pelaksana Automation di kilang tersebut. Wang tersebut disaran dibayar terus kepada kontraktor yang melaksana kerja seperti kategori di atas dengan cara yang sewajarnya. Ini sudah tentu dapat memberi satu keadaan
win-win, menang sama di mana penjimatan daripada insentif ini akan digunakan untuk value added untuk value add industri tersebut untuk memastikan kelangsungan industri tersebut dan daya saing mereka. Keberlangsungan SMEs sama penting kerana jikalau mereka tidak dapat bersaing dan gulung tikar, maka mereka yang dalam golongan 48% yang bekerja dengan, bekerja dengan SMEs akan terkesan. Kehilangan sumber pendapatan ini seterusnya akan membebankan Kerajaan kerana perlu menghulurkan bantuan kepada golongan yang telah hilang kerja melalui skim EIS dan sebagainya. Kekurangan SMEs juga akan menyebabkan supply chain kepada MNCs juga akan terjejas dan berkemungkinan MNCs akan meneroka ke negara lain yang boleh membekalkan support supply chain yang lebih stabil. Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu melihat kepada keperluan SMEs supaya terus bersaing, berdaya saing dan terus menjadi tulang belakang dari segi penawaran kerja dan penjana ekonomi kepada negeri Pulau Pinang. Lagi satu adalah Kerajaan Negeri juga boleh menolong untuk menghubungkan SMEs dengan peluang perniagaan dengan MNCs luar negara dengan insentif kepada memberikan insentif kepada SMEs untuk menyertai lebih banyak pameran perniagaan ataupun business exhibition luar negara untuk meneroka peluang kerjasama bagi mengeksportkan produk mereka. Kerajaan Negeri menerusi agensi Kerajaan Persekutuan boleh juga memainkan peranan untuk meneroka bersama para pelabur tempatan untuk untuk peluang perniagaan lain seperti industri makanan, industri kimia dan sebagainya supaya kita tidak terlalu bergantung kepada satu-satu industri terutamanya sektor E&E. Dato’ Seri, untuk Dato’ Seri, sorry. Dato’ Speaker, untuk memastikan negeri Pulau Pinang terus menjadi, maaf maaf maaf terlanjur, terlanjur kata, terus menjadi destinasi pelaburan yang berdaya saing.
Jangan turun pangkat sudah.
Okay, aspek pembekalan air perlu diberi keutamaan. Memastikan keterjaminan bekalan air penting untuk pelabur untuk membuat keputusan untuk melabur di negeri tercinta kita. Jikalau ada risiko kapasiti yang diminta tidak dapat dipenuhi atau risiko gangguan air, sudah tentu akan menjejaskan keputusan para pelabur tersebut. Seperti yang dikatakan dalam ucapan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Kerajaan Negeri telah menyediakan tindakan jangka masa pendek untuk memastikan pembekalan air kepada berterusan kepada 585,740 pengguna domestik dan 91,117 pengguna industri. Akan tetapi, pelan tindakan ini tidak harus hanya tertumpu kepada bagaimana untuk mengekalkan 1000 MLD iaitu permintaan pada masa kini tetapi bagaimana untuk mengurangkan juga NRW (Non Revenue Water) pada ketika ini yang berada pada tahap 27%. Walaupun NRW Pulau Pinang adalah pada tahap yang lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain, kita tidak patut berasa lega lega ataupun comfort zone kerana Pulau Pinang pernah berada di kedudukan yang terendah 11 tahun yang lalu iaitu pada tahap 18.4%.
Kita sedia maklum, salah satu sebab penyumbang kepada NRW adalah kebocoran paip cement asbestos yang sudah melebihi jangka hayat yang memerlukan penggantian dan penggantian paip sepanjang 1200 kilometer memerlukan satu perbelanjaan yang sangat besar iaitu sebanyak 2.2 billion ringgit. Namun di sini saya ingin bertanyakan kepada PBA, adakah PBA sudah meneroka alternatif lain untuk mengesan kebocoran paip tersebut melalui satu sistem yang canggih seperti yang telah dilakukan oleh sebagai contohnya negara jiran kita. Menurut sumber dalam UFW Guide, PUB (Public Utility Board) Negeri Singapura, Negara Negara Singapura telah menggunakan salah satu kaedah yang telah menarik perhatian saya iaitu sebagai contohnya new technology to detect leakage can also be incorporated dengan izinnya Dato’ Speaker, incorporated into the pipeline, such as installing fiber optics cables to detect temperature change resulting from water leakage, and real time pressure monitoring to detect transient changes by sudden breaks in the pipeline. Adakah PBA telahpun mengambil langkah-langkah yang seperti yang telah dilaksanakan di negara Singapura sebelum kita memutuskan untuk membelanjakan wang yang sebegitu besar? Kita macam Singapura pun ada satu pulau dan saya rasa kita boleh ambil rujukan dan juga ambil juga langkah-langkah yang lebih kreatif sebelum kita memutuskan adakah kita akan membelanjakan satu wang yang begitu besar. Jadi kita sedia maklum pengurusan air di Singapura adalah sangat efisien dengan NRW hanya sebanyak 5%. Ini adalah kerana mereka telah meneroka pelbagai kaedah dan monitoring system yang cukup efisien untuk mengenal pasti kebocoran dan membuat pembaikan dalam masa terdekat untuk mengelakkan pembaziran air apabila berlakunya kebocoran. Saya menyeru kepada PBA supaya boleh membuat kajian yang lebih mendalam untuk mengenal pasti kaedah yang mana yang lebih sesuai untuk memantau kebocoran air ini. Ini sangat penting oleh kerana dari data kebocoran air tersebut, PBA boleh mengenal pasti dan membuat keputusan jajaran mana yang selalu memberikan masalah dan memberikan keutama hanya membaiki atau menukar jajaran paip tersebut sahaja. Sudah tentu kalau ini boleh dilakukan, kita masih boleh menukar paip lama secara berperingkat seterusnya mengurangkan beban dan membuat keputusan jajaran mana yang selalu memberikan masalah dan memberikan keutamaan hanya membaiki atau menukar jajaran paip tersebut sahaja. Sudah tentu kalau ini boleh dilakukan kita masih boleh menukar paip lama secara berperingkat. Seterusnya mengurangkan beban kewangan negeri secara keseluruhan. Sudah tiba masanya kita berganding bahu untuk mengurangkan ketirisan air, NRW disebabkan oleh kecurian air oleh itu saya menyeru kepada PBA supaya menggiatkan semula polisi whistleblower di mana insentif disediakan untuk orang yang melaporkan tentang kecurian air. Mereka boleh memainkan peranan untuk supaya ketirisan ini boleh diminimakan seperti kita boleh dapatkan satu contoh. Di mana di negara Kemboja sumber daripada MDPI (dengan izin) Speaker In Phnom Penh, Cambodia, for instance, the public is encouraged to report illegal pipe connections, with rewards offered by the authority to those that do report and penalties given to those who have been found to install illegal pipe connections.Through this policy, the water service providers successfully reduced their NRW rate from 72 per cent in 1993 to only 6.19 per cent in 2008. Jadi ini kita pun boleh terokai salah satu kaedah yang kita boleh terokai untuk mengatasi ketirisan. Adakah kempen saya nak tanya kepada PBA, adakah kempen whistleblower ini masih berjalan dan saya ingin tahu berapa aduan yang telah diterima sehingga kini mengenai
kes kecurian air oleh orang awam. Ini adalah satu contoh inisiatif lah dan yang kita boleh galakkan orang awam supaya mereka boleh menjadi mata dan mulut, manakala PBA menjadi telinga yang mengambil maklum dan seterusnya mengambil tindakan tindakan terhadap isu kecurian air ini. Sekiranya kita dapat mengatasi ketirisan air dan NRW ini kerajaan kita sekiranya kita tidak dapatlah mengatasi kedua-dua isu ini. Kerajaan terpaksa meneroka penghasilan air terawat dengan menggunakan kaedah sebagai contohnya teknologi desalination water yang akan sudah tentu menelan kos yang tinggi dan seterusnya akan menyebabkan peningkatan kepada bil air yang akan membebankan semua pengguna air di Pulau Pinang. Data memberitahu bahawa negeri Kerajaan Pulau Pinang sangat prihatin dalam melalui PBA masih membekalkan bekalan air pada kadar termurah di Malaysia dengan harga 32 sen per 1,000 liter untuk 35,000 liter pertama. Jika dibandingkan dengan negeri-negeri jiran di sini kita boleh nampak dekat dengan kita Perak 71 sen Kedah 67 sen dan lebih jauh di selatan Johor RM1.31 sen. Sebaliknya dari segi penggunaan perkapita domestik kita berada di tangga teratas 307 liter per kapita per hari pada tahun 2022. Ini adalah satu angka yang amat membimbangkan jika dibandingkan dengan penggunaan air per kapita Singapura iaitu sebanyak hanya 158 liter hampir dua kali gandalah. So, saya harap saya nak di sini saya nak, saya berharap penggunaan air domestik pengguna air domestik hargailah air dan gunakanlah air secara berhemah supaya tidak berlaku pembaziran. Kita tidak boleh selalu take for granted bahawa sumber air itu sentiasa akan dibekalkan. PBA perlu mengambil inisiatif dengan memulakan kempen untuk menerangkan kepada penduduk-penduduk, mengapa kita tidak boleh lagi membazir air sewenang-wenangnya dan peka terhadap isu kebocoran air yang menyebabkan pembaziran dan digalakkan untuk melaporkan kebocoran tersebut. Untuk memastikan keselamatan bekalan air kita perlu memainkan semua perlu memainkan peranan kita perlu boleh bermula daripada diri kita sendiri. Seperti dalam kehidupan seharian contohnya, mulakan dengan langkah mudah tidak mencuci perkakas ataupun pinggan mangkuk dengan air yang mengalir. Kita boleh menakung basin dengan basin satu untuk tujuan cuci dengan pencuci cecair. Satu untuk tujuan rinsing untuk membersihkan itu kita boleh memulakan dengan diri kita sendiri. Tapi dari pihak PBT, saya harap mereka boleh terus memantau pusat-pusat penjaja yang saya rasa kadang-kadang memang ada berlaku pembaziran yang besar. Di mana saya tahu, boleh nampak memang mereka akan buka air berterusan untuk mencuci pinggan mangkuk dan perkakas. Mungkin air itu terlalu murah kot di Pulau Pinang. Jadi dengan secara kesimpulannya saya ingin mengatakan bahawa setiap titis air adalah sangat berharga dan kita tidak akan menghargainya sehingga kita dilanda krisis air. Kita sangat bertuah kerana setakat ini tiada satu krisis air yang benar-benar menggugat kelangsungan hidup kita tetapi kita harus beringat ia tidak bermaksud krisis tersebut tidak akan berlaku. Ini kemungkinan berlaku sekiranya kita terus lalai, jadi kita patut bersama-sama memainkan peranan untuk memastikan krisis ini tidak berlaku dan mengambil langkah preventive is better than cure. Dato’ Speaker sudah tiba masanya Bagan secara amnya dan di Bagan Jermal secara khususnya mempunyai satu pusat perniagaan baru di Ampang jajar atau CBD Central Business District yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bagan Yang Berhormat Lim Guan Eng.
Pada ciapan FB beliau pada 10 Oktober perfect 10 semasa perasmian Pejabat KADUN Bagan Jermal. Saya sebagai ADUN Kawasan Bagan Jermal turut berkongsi Visi yang sama dengan beliau. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Ampang Jajar ini boleh dikatakan satu lokasi yang sangat strategik di mana telah tersedianya 1 taman Industri Kecil dan Sederhana. Taman perumahan Taman Kerapu, PPR Ampang Jajar dan terkini adalah Butterworth Arena. Namun ada satu void ataupun kekosongan yang ketara yang akan menghubungkan semua ini. Lokasi ini hanya dilawati ketika adanya aktiviti di Butterworth Arena ataupun program ataupun Taman Kerapu pada waktu kerja. Selepas waktu kerja atau tiadanya aktiviti di Butterworth Arena memang kawasan tersebut akan senyap sepi. Saya tertarik kepada jawapan lisan oleh Yang Berhormat Wong Hon Wai pada 22 hari bulan 11 bahawa 1 Penang Waterfront Convention Centre di kawasan Jelutong dan yang boleh memuatkan sebanyak 6000 orang dan akan dibina dengan hotel bertaraf lima bintang. Jangan lupa Ampang Jajar juga tidak kurang hebatnya kerana dikurniakan satu jajaran persisiran tepi sungai yang mempunyai potensi untuk riverfront yang turut boleh menarik pelancong ke kawasan itu. Kalau ditambah dengan premis perniagaan dan hotel yang terkemuka, saya rasa kawasan itu boleh ditransformasi kepada sebuah kawasan perniagaan aktiviti atau hiburan dan tempat yang memberikan peluang pekerjaan yang sudah tentu dengan aspek-aspek ini ia akan memangkin ekonomi di situ. Saya dengan rendah hati meminta Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, EXCO-EXCO berkenaan dan Kerajaan Negeri supaya boleh memberikan keutamaan kepada kawasan Ampang Jajar ini atas sebab tersedianya populasi yang menyokong untuk menyokong perniagaan di situ. Adanya potensi riverfront sebagai produk pelancongan dan ada Convention Center yang terbesar pada masa kini yang boleh memuatkan lebih kurang 420 meja atau 4,200 orang. Salah satu lagi missing link adalah hotel supaya pengunjung ke convention ini boleh tiba sehari awal sebelum program ataupun berehat semalam selepas program selepas program. Bagi menggalakkan mereka supaya mereka boleh tiba lebih awal 1 - 2 hari. Saya rasa kita boleh add in lagi tambah lagi tarikan seperti riverfront river cruise untuk mereka bersantai. Melalui Smart Public Private Partnership bolehlah kita menampilkan lagi satu kompleks membeli-belah dan satu lagi tarikan seperti Taman Air Escape Park dan saya pasti kalau ada lagi tarikan macam tu, tiada masalah bagi mereka untuk dijadikan short gateway 3 hari 2 malam. Jadi only if we dare to dream and believe in power of dream, impian ini boleh dilaksanakan. Walaupun dream is free but implementation is not, jadi saya berharap satu kajian komprehensif perlu dibuat supaya kawasan 40 ekar ini boleh ditransformasi kepada satu hub industri IKS, hub pelancongan, hub konvensyen dan seterusnya kawasan kediaman yang mampan lagi berdaya huni. Ini kerana kesuntukan masa, saya minta bagi sedikit masa untuk rumuskan. Satu lagi inisiatif untuk melancarkan lagi traffic adalah cadangan untuk melaksanakan satu Flyover Bridge untuk menggantikan satu-satunya jambatan yang menghubungkan Ampang jajar di sebelah Bagan dan menghubungkan Ampang Jajar di sebelah Permatang Pauh untuk menyelesaikan isu terlalu banyak persimpangan yang memerlukan kawasan trafik pengawalan trafik dengan menggunakan lampu isyarat telah membantutkan kelancaran trafik di seluruh Jalan Permatang Pauh.
Jadi untuk mengambil kira jarak dekat dengan Pelabuhan Pulau Pinang yang mengendalikan kargo. Saya juga menyarankan supaya adanya gudang penyimpanan untuk support industri ini. Bagan Dalam support ha. Saya juga meminta Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan satu Perhentian LRT dimasukkan di kawasan ini juga. Kerana kalau boleh saya juga mencadangkan satu Institusi Pelajaran Tinggi bertaraf antarabangsa di kawasan tersebut juga. Jadi untuk melengkapkan CBD ini saya rasa kita boleh adakan satu lagi iaitu tempat letak kereta bertingkat berteknologi tinggi ataupun automated mechanical car park melalui smart public private partnership untuk menjimatkan lagi penggunaan tanah dan seterusnya membantu dalam isu kekurangan tempat letak kereta dan pembangunan untuk menyediakan untuk pembangunan yang pesat pada masa hadapan. Oleh itu, satu TIA, EIA dan SIA perlu dilaksanakan secara komprehensif supaya potensi untuk menambah baik aliran trafik di kawasan itu ini penting dan penyediaan infrastruktur yang mencukupi untuk menyediakannya sebagai satu hub perniagaan, hub rekreasi, hub penyimpanan kargo, hub komersial, hub pembelajaran, hub pelancongan. Dan pada masa yang sama satu tempat yang berdaya huni tempat untuk mereka tinggal yang berdaya huni. Ini juga untuk merealisasikan salah satu manifesto saya supaya kawasan tersebut menjadi satu kawasan tumpuan dengan banyak aktiviti ataupun program yang kita perlu usahakan. Semua cadangan diatas diberikan adalah berlandaskan aspek visi Penang2030 Negeri Pintar Dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Ini adalah gambar rajah area view Kawasan Ampang Jajar yang dimaksudkan dan saya dengan rendah hati berharap supaya rakan-rakan dan juga barisan EXCO termasuk Yang Amat Berhormat Ketua Menteri boleh menyokong usaha untuk mengarus perdanakan pembangunan di kawasan Bagan, Seberang Perai Utara demi kesejahteraan kemakmuran untuk semua. Dengan itu, saya memohon menyokong. Terima kasih semua.
Terima kasih Bagan Jermal dan saya nak menangguhkan Dewan. Untuk kita henti rehat untuk makan tengah hari sat lah dan maka Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ditangguhkan dan kita bersidang semula pada jam 2.00 petang nanti.
Dewan ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
Dewan bersambung semula pada jam 2.00 petang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Ahli-ahli Dewan sekalian kita sambung sesi perbahasan kita. Dipersilakan Sungai Bakap.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera…(Ayat Al-Quran). Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua memberi saya ruang dan peluang dalam Perbahasan Bajet 2024 Negeri Pulau Pinang. Yang Berbahagia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pengarah, ketua-ketua jabatan, agensi kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, memetik ucapan Tun Yang di-Pertua tempohari sebagai pemimpin adalah menjadi tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk bekerjasama dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh negeri kita bagi membina masa depan yang lebih cerah untuk seluruh rakyat Pulau Pinang. Dapat kerap turun padang untuk memperkenalkan dan menjelaskan dasar bagi membolehkan perkhidmatan secara lebih adil dan saksama disampaikan kepada rakyat negeri ini. Insya-Allah Sungai Bakap bersama ADUN Pembangkang memang sedia bekerjasama. Seperti firman yang bermaksud, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”, Surah Al-Maidah, ayat kedua. Visi Penang2030 Negeri Pintar Inspirasi Negara Demi Kemakmuran Bersama. Kita pasti keluarga inspirasi negara yang kita sebagai keluarga dalam Dewan ini dapatlah kiranya peruntukan untuk ADUN Pembangkang walaupun tidak sama rata tetapi dinaikkan kepada angka yang lebih relevan. Ya lah, negeri Pulau Pinang antara ekonomi pesat berkembang sebanyak 13.1% dengan nilai KDNK sebanyak RM112.1 bilion. Jadi Peruntukan Pembangunan diterima selepas Pilihanraya Ke-15, di mana perbekalan, untuk Pembangkang, kita tidak mendapat peruntukan. Jadi Peruntukan Perbekalan ini amat diperlukan oleh rakyat dan apabila peruntukan di kawasan Pembangkang tidak dapat atau jauh jurang perbezaannya maka dengan apakah perkataan yang sesuai yang nak diberikan kepada rakyat. Jadi mohon Yang Amat Berhormat Ketua Menteri fikir-fikirkanlah. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Sungai Bakap mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya meningkatkan ekonomi dalam negeri ini dengan pertumbuhan sebanyak 13.1% pada 2022 berbanding 6.9% pada tahun sebelumnya dengan KDNK sebanyak RM112.1 bilion. Sungai Bakap tidak sependapat dengan ADUN Berapit yang
kelmarin mencadangkan agar ekonomi digiatkan lagi dengan diadakan konsert artis dalam dan luar negara dengan membina dewan yang boleh memuatkan 10,000 orang. Hanya kerana nak cepat dapat dana ekonomi, menjadi konsert sebagai contoh yang diberinya kelmarin iaitu seperti Konsert Coldplay yang telah berjaya dilaksanakan. Jangan kita terlalu ghairah hendak menjana dana sehingga lupa akibat konsert yang bercanggah dengan syariat Islam serta dengan ulasan ADUN Berapit, pemakaian seluar pendek dan skirt. Saya pun tidak faham kenapa dibangkitkan pemakaian tersebut, seluar pendek dan skirt. Di dalam Islam itu bukan etikanya. Jadi saya memohon EXCO Agama, YB. Batu Maung memberi perhatian cadangan ini dan untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini pada bulan lapan atau sembilan, satu Konsert Dangdut Viral, dangdut viral yang dirancang diadakan di Kepala Batas tapi kita telah, di, bukan di Bachok, di Kepala Batas tapi kita membuat bantahan melalui ADUN Bertam dan juga Ahli Parlimen dan memang terbatal dah. Jadi kita tak mahu benda-benda ini dijadikan satu isu yang yang boleh mengganggu-gugat jugalah. Jadi saya sarankan kepada YB.….
Sungai Bakap. Boleh bagi laluan? Saya nak perbetulkan Sungai Bakap bahawa konsert apa, dangdut, apa tu Tiktoker, itu bukan dibatalkan tapi dipindahkan tempat dan akhirnya penganjur tidak mahu teruskan untuk menganjur. Ini tidak bermaksud bahawa konsert itu dibatalkan oleh Kerajaan Negeri. Itu saya kena perbetulkan.
Okey tak apa tapi kenyataannya memang bantahan kita telah, telah buatlah. Okey, jadi…..(gangguan)
Minta celah, minta celah. Yang Berhormat, saya, saya rasa kalau sentuh tentang tadi Konsert Coldplay, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pun beliau berkata, tidak ada masalah dari segi beliau seorang Muslim melihat konsert ini. Tetapi saya tidak faham kenapa konsert boleh jadi satu masalah kepada masyarakat. Manakala yang masyarakat sekarang, masalah yang kita temui bukan konsert tetapi adalah masalah macam mana kita kena mengatasi kerosakan ekonomi dan kita juga ingin juga mendapatkan satu masyarakat yang lebih maju, yang lebih open minded, terbuka, manakala bukan konsert tetapi saya tidak faham kenapa konsert boleh jadi satu punca yang merosakkan masyarakat. Saya rasa ini saya tidak setujulah langsung sekalilah.
Itu pandangan Berapit tetapi pandangan kami sebagai orang Islam berbeza. Dan keluar kenyataan Mufti baru ini, yang pergi konsert tu tidak dibenarkan. Itu Mufti, sebab itu…..(gangguan)
Sungai Bakap. Kenyataan yang Sungai Bakap buat, itu kita berfokus kepada penganut Agama Islamlah?
Ya, berfokus kepada penganut Agama Islam dan hak kami untuk tetap mengadakan juga bantahan. Islam ni bukan sebagai satu agama sahaja tetapi kita lebih daripada..
The way of life.
The way of life, cara kehidupan kita. Okey..…(gangguan)
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Sekejap saja sebab tentang konsert. Saya baru-baru ini pagi saja, saya nampak satu klip di mana satu konsert telah diadakan di Bachok, Kelantan. So, di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. So, apakah pandangan Sungai Bakap terhadap konsert yang diadakan?
Okey. Di Bachok itu, apa yang saya lihat tadi, itu adalah untuk Masyarakat Siam sahaja yang diletakkan di dalam kuil, kuil Siam, tempat yang tertutup. Jadi untuk Islam memang kita tidak…..(gangguan)
Mohon mencelah sekejap. Jadi adakah apa perbezaan dia kalau konsert itu diadakan di dalam satu dewan yang tertutup untuk hanya yang bukan Muslim or what? Apa pandangan Yang Berhormat, apa-apa beza dia? Apa beza dia?
Kalau untuk yang bukan Muslim, terpulanglah. Kalau untuk bukan Muslim. Tapi untuk Muslim, kita memang tidak, tidak dibenarkan. Sebab itu tadi, okey saya pun tak mau mencelah, jangan kacau masa saya…..(gangguan)
Penjelasan sedikit saja. Maksudnya, Yang Berhormat tidak bersetuju di negara ini mengadakan apa-apa konsert termasuk dengan konsert tempatan macam mana? Macam Siti Nurhaliza, penyanyi. So tak boleh juga diadakan ke macam mana?
Okey, sebab, sebab itu tadi saya menyatakan mohon EXCO Agama YB. Batu Maung untuk memberi perhatian. Jadi kita ada EXCO Agama. Macam baru ni di Selangor, yang dibuat Coldplay, pihak Mufti telah mengeluarkan kenyataan tapi Kerajaan di bawah PM masih tetap memberikan. Jadi itu kuasa penuh kepada Perdana Menterilah. Walaupun Mufti, Mufti sendiri telah membuat kenyataan. Jadi untuk seterusnya, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, rumah kediaman yang selesa merupakan salah satu piawaian penting bagi mencapai kebahagiaan seseorang seperti yang disebut dalam Hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, bermaksud, “Dan di antara kebahagiaan individu ialah jiran yang baik, kenderaan yang selesa dan kediaman yang selesa”, Riwayat Ahmad Ibnu Hanbal. Di dalam bajet, di dalam ucapan bajet, muka surat 46, perenggan 71, berkaitan perumahan. Usaha untuk membekalkan perumahan mampu milik berbagai kategori telah mencapai 152,263 unit atau 69.2% bagi RMM (Rumah Mampu Milik) Kategori A, B dan C merangkumi projek siap dalam pembinaan dan dalam perancangan daripada 220,000 unit yang telah disasarkan menjelang tahun 2030. Sungai Bakap bertanya, berapa rumah yang telah siap dan di mana tempatnya, berapa rumah yang dalam pembinaan dan di mana tempatnya? Ada juga permohonan yang gagal mendapat pinjaman bank selepas ditawarkan Rumah Mampu Milik. Ini saya rasa lain bila Dato’ Seri Sundarajoo pandang saya ni.
Sebenarnya semua soalan ini sudah pun dijawab semasa gulungan saya. So, terbangkit sekali lagi soalan-soalan ini berkenaan dengan perumahan…(gangguan).
Kita minta yang mana yang telah dibincang, dibahas di sesi sebelum ini tak perlulah.
Tapi takpe, saya bagi secara bertulis untuk pengetahuan ya?
Jadi 10% daripada 220,000 Rumah Mampu Milik dirancang sehingga 2030 akan ditawarkan di bawah Skim Sewa Beli. Adakah 10% atau 220,000 rumah itu cukup? Berapa
ramaikah yang dijangka tidak mampu mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan? Adakah kegagalan rakyat mendapatkan pinjaman kerana harga Rumah Mampu Milik yang ditawarkan terlalu tinggi berbanding dengan pendapatan mereka. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya pada 14 April 2023 yang dilaporkan di Harian Metro, di mana Pulau Pinang sebanyak 3,593 unit bernilai RM274 bilion tidak lagi terjual, menduduki tangga yang ketiga selepas negeri Johor dan Selangor. Datuk Seri Ahmad Maslan mengambil laporan daripada NAPIC iaitu Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Ada hartanah di bawah harga RM300,000.00 yang masih banyak tidak terjual. Menurut Datuk Seri Ahmad Maslan, punca berlakunya termasuk faktor kemampuan rakyat membeli rumah serta penawaran rumah di lokasi yang tidak menepati permintaan. Jadi Sungai Bakap ingin bertanya, apakah perancangan Kerajaan Negeri agar rumah ini dapat dijual? 220,000 unit rumah mampu Kerajaan Negeri agar rumah ini dapat dijual. Dua ratus dua puluh ribu (220,000) Rumah Mampu Milik disasarkan pada 2023, adakah berada di landasan untuk habis dijual. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Bajet Alam Sekitar. Alam sekitar merupakan salah satu elemen penting yang perlu dibincangkan, sumbernya berkait rapat dengan kehidupan manusia dan semua makhluk ciptaan Allah mestilah alam sekitar merupakan istilah yang selalu digunakan untuk menggambarkan keadaan yang wujud di dunia ini. Jadi Kerajaan Negeri telah menerapkan Agenda Hijau Pulau Pinang 2030. Usaha mengekalkan dan pemulihan kawasan sensitif alam sekitar yang bersih, sihat dan selamat tetapi sayang seribu kali sayang, melihat tahap pencemaran sungai kita yang libatkan Jabatan Alam Sekitar yang melaporkan indeks kualiti air sungai pada 20 Februari 2023 Sungai Pinang Kelas Ketiga, Sungai Perai Kelas ketiga, Sungai Jawi Kelas Ketiga, Sungai Kluang dan Sungai Bayan Lepas Kelas Ketiga. Jadi Sungai Bakap telah menerima jawapan bertulis dari EXCO tindakan yang perlu di ambil, jadi terima kasih kepada YB EXCO yang telah memberikan jawapan bertulis tentang sungai-sungai, tahap pencemaran sungai-sungai tersebut. Jadi cuma tambahan pertanyaan Sungai Bakap terkejut jugalah bila saya membaca kenyataan ini Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khusus untuk mengatasi pencemaran di seluruh sungai di Pulau Pinang. Jadi kalau tidak ada bajet tidak ada peruntukan khusus jadi bagaimana kita nak menjaga alam sekitar tersebut. Bagaimana kita nak menjaga sungai dan dinyatakan juga peruntukan diperolehi daripada bajet Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) tahun 2004 beberapa tahun lepas yang diluluskan sebanyak RM 63 juta. Jadi, tiada peruntukan bagaimana menjamin alam sekitar yang bersih, sihat dan selamat. Dato Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan pelancongan. Dalam ucapan bajet untuk sektor pelancongan banyak dinyatakan area sebelah pulau seperti Penang Water Front Convention Center, Gurney Bay lah, Waterfront Destination, jadi saya yang berada di sebelah seberang terasa juga agar Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada kawasan tumpuan pelancong di Sungai Bakap. Jadi Sungai Bakap. Taman Negeri Bukit Panchor adalah kawasan tumpuan sebenarnya sumber khazanah alam semulajadi serta mempunyai gua kelawar yang boleh menjadi tarikan.
Dengan peruntukan sejumlah RM1.39 juta menerusi Jabatan Perhutanan sejak tahun 2019 hingga 2023 untuk menaiktaraf dan penyelenggaran kemudahan baru menjadikan taman Bukit Panchor menampakkkan, apa dia tu menampak kekemasan, kecantikan dan keindahan taman terjaga. Namun masih belum mendapat sambutan yang baik. Ingat sudah beberapa bulan dalam dua tiga bulan saya kerap jugalah pergi ke Taman Negeri Bukit Panchor ini dan memanglah orang pun tak ada dan memang pun kurang sangat. Kawasan dia memang cantik telah dinaiktaraf jadi antara yang perlu di lihat balik ya bagaimana solusi berdaya saing menarik mengunjung ke tempat itu dan juga sungai yang mengalir terlalu cetek, dulu tempat tu boleh mandi dan jadi kalau kita pergi ke Taman Negeri Bukit Panchor keindahan flora apa semua itu tapi tak boleh mandi orang pon tak mai juga. Jadi minta Kerajaan Negeri melihat bagaimana solusi berdaya saing menarik pengunjung ke tempat tersebut. Dan seterusnya tentang isu banjir kilat yang sering melanda di kawasan Sungai Bakap. Jadi diharap juga Kerajaan Negeri memberikan perhatian yang serius sebab kadang hujan lebat dua jam saja ada empat lima tempat kalau ikut hotspot di sini ada enam kawasan yang menjadi kawasanan iaitu Kampung Jawi, Kampung Masjid, Kampung Taman Bukit Panchor Indah, Taman Merak, Taman Genting begitu juga di Kampung Pengkalan. Jadi itu perlu dilihat jugalah dengan pembangunan yang pesat dan kita juga melihat tebatan banjir dan baru ni kita lihat kawasan tebatan banjir selekoh, dia buat selekoh tapi di sebelah ni langsung tak buat. Jadi air masih berlaku banjir dan yang last sekali Padang Lalang. Hari ini suara dia hilang. Jadi kita ucapkan tahniahlah kepada Padang Lalang pasukan Pulau Pinang baru ini menang empat, tiga (4-3) tu saya kata kat dia kalau you menang you masuk kalau you kalah, berapa tiga dua (3-2) sorry tiga dua (3-2), kalau kalah you tak masuk. Jadi untuk pengetahuan semua memamng saya ada bangkitkan juga di mana pasukan Pulau Pinang kalah lapan kali berturut-turut. Lapan kali kalah berturut-turut dan saya pon ada bertanya di dalam soalan bertulis tentang kemerosotan, tapi bila dia hatar dekat saya menang tiga dua (3-2) dan lawan pasukan yang kuat memang terkejut jugalah. Menang kita rasa ni juga lah cuma saya nak menambahbaikkan lagi tentang pasukan di dalam Pulau Pinang ini yang kini menyertai Liga Super. Dan saya nyatakan juga dan ucapkan juga tahniah pada EXCO YB Padang Lalalng yang telah menyatakan kestabilan kewangan. Penang FC kekal menjadi sebuah pasukan yang bersaing di Liga Super dan tidak berhadapan dengan isu-isu seperti tunggakan gaji kepada pemain dan pengurusan teknikal dan dia juga bagitahu akan mengambil majoriti pemain tempatan, dan cuma saya nak tambah ya kalau boleh bajet tu support jugalah kawan saya pada Tambun FC ni di mana pasukan dia walalupun pasukan kelab berlatih di tepi perumahan sahaja bukan pi padang stadium dan di dalam tempat-tempat yang hebat ada gym tetapi berlatih di tepi taman perumahan sekarang berada di tangga keempat boleh menewaskan pasukan Sarawak, boleh menewaskan pasukan Melaka. Saya memanng ikut perkembangan sebab dia jiran di Sungai Bakap di kawasan saya. Jadi soalan saya di sini
Sungai Bakap tambahan, saya ingin meminta Sungai Bakap untuk turut mencadangkan kepada Padang Lalang turut lihat kepada ekosistem secara menyeluruh bukan hanya tertumpu
kepada Penang FC sahaja. Turut perlu dipandang kelab-kelab akar umbi ini juga FAP yang mempunyai pasukan futsal agak memberangsangkan dan perlu diberi perhatian. Jadi sebab sekarang juga futsal perlu diberi perhatian.
Terima kasih Seberang Jaya, sekarang ni saya melihat dengan tiga tahun berturutan ini Pulau Pinang masuk separuh akhir. Satu team yang kuat yang di bawa oleh bekas pemain negeri Pulau Pinang sahabat saya juga Abdul Gaffur dulu bekas pemain Pulau Pinang. Cuma saya nak tambah di sini, tahap kecergasan para pemain amat mengecewakan kerana pemain tidak dapat bersaing dengan tahap yang setanding. Jadi ini pihak teknikal lah, jurulatihlah perlu mencari bagaimana dapat bersaing. Tiada tempat tetap untuk pemain berlatih. Tak kan pemain Penang FC tak ada tempat tetap. Jadi minta Kerajaan Negeri juga mengambil kira tempat-tempat tersebut. Sebab dia mesti ada satu tempat yang yang strategik untuk melahirkan pemain-pemain bola sepak
Boleh minta pencelahan Sungai Bakap, terima kasih kepada Sungai Bakap dan Seberang Jaya apabila kita cerita pasal bola sepak ini memang tak ada blok kerajaan ataupun blok pembangkang. Ya tentang bola sepak ni memang saya pernah berbahas agak panjang dalam Dewan ini, Kerajaaan Negeri Pulau Pinang telah memberi peruntukan selama I think dah tiga tahun berturut-turut. Saya pernah menegaskan bahawa bantuan kepada Penang FC atau mana-mana kelab tidak boleh di angggap sebagai peruntukan tetapi perlu dilakukakn sebagai satu pelaburan bola sepak ini tidak boleh bergantung penuh kepada dana ataupun peruntukan Kerajaaan Negeri dia perlu self-sustain, dia perlu dilakukan secara profesional dan juga mungkin melibatkan komersial dan yang penting saya setuju dengan tindakan PAC dan perlu memberi tumpuan kepada pemain-pemain tempatan. Bukit Tambun FC daripada dua puluh tujuh (27) pemain, dua puluh empat (24) adalah pemain tempatan. Semua dari Pulau Pinang. Itu saja sekian terima kasih.
Sungai Bakap ringkaskan masa sudah habis
Ya, okey. Terima Kasih Tambun jadi saya amat bersetuju dan cuma saya nak last ending ini untuk sama-sama kita memikirkan juga termasuk EXCO di mana kalau zaman saya dahulu main tahun 95, 96 dahulu ada juga nama-nama bangsa lain. Mey Kok Hong, Doremon, ingat? Bukan doremon kartun tapi cara main dia macam Doremon, laju. Jadi di dalam kita masyarakat majmuk ini kita melihat juga kekurangan daripada bangsa-bangsa lain Cina, India yang bersama di dalam pasukan Penang bukan setakat
Penang tetapi daripada negeri lain. Cuma di Malaysia dah ada Cina dalam dua tiga empat orang. Jadi sekian untuk ucapan saya sekian assalamualaikum w.b.t
Sokong tak sokong?
Menyokong.
Kali ni pembangkang sokong kita. Dulu masa sebelum ni berkecuali. Tak silap saya. Silakan Seberang Jaya.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, maafkan saya, Bismilahhirahmanirahim, assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera dan salam hormat kepada seluruh Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati. Sebelum saya teruskan saya nak ucap terima kasih khas kepada Yang Berhormat Dato Timbalan Yang di-Pertua kerana telah menarik balik teguran mesra pada saya dan saya harap sekiranya diperlukan dapat masa tambahan. Terima kasih. Terima kasih sekali lagi yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua di atas peluang dang ruang kepada saya untuk terlibat langsung sebagai Ahli Yang Berhormat dari saf opposite ataupun pembangkang bagi memenuhi proses semak dan imbang menerusi perbahasaan saya ini ke atas bajet yang telah dibentangkan oleh YAB Padang Kota, Ketua Menteri, Jumaat lalu, sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini saya panjatkan sepenuh rasa puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnya dan innayahNya kita dapat berada di dalam Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, Bertam tak ada, untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke 84 kepada negarawan yang tercinta iaitu Tun Abdulah Ahmad Badawi ataupun Pak Lah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bajet 2024 ini tiada wow factor. Bajet tahun 2024 ini yang dibentangkan ini seperti semua sedia maklum bajet ini ialah bajet defisit dengan pertambahan sebanyak 46.41 Ringgit Malaysia (RM) juta nilai defisit berbanding 2023. Kita
memahami hasrat dan cita Kerajaan Negeri dalam untuk mencapai penjanaan hasil yang lebih baik. Maka Seberang Jaya menyarankan agar bahawa pengalaman tadbir urus yang cekap di bawah kepimpinan YAB Padang Kota dapat terus diamalkan. Ini adalah kerana amalan bajet defisit dengan jumlah yang besar yang kian meningkat setiap tahun ini akan menjejaskan rizab kedudukan Kerajaan Negeri. Saya mengulangi kenyataaan yang di buat oleh YB Penaga ini bukan apa kerana Perikatan Nasional khuatir sekirnya ini terus berlaku takut-takut bila kami ambil alih nanti Kerajaan Negeri tak ada jumlah yang mencukupi dalam rizab Kerajaan Negeri. Tak mustahil, alhamdulillah khuatir sekiranya dan jika ini terus berlaku takut-takut bila nanti kami ambil alih nanti Kerajaan Negeri, ambil alih Kerajaan Negeri nanti tak dak jumlah yang mencukupi dalam rizab Kerajaan Negeri (gangguan). Tak mustahil. Alhamdulillah. Tak mustahil. Tak mustahil. Tak mustahil. Penaga dah terangkan dengan sejarahnya saya cuit sikit saja. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, janganlah di dalam keghairahan kita mengejar hasrat yang berkobar-kobar, perlulah juga kita berhati-hati, bak kata pepatah Melayu, ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Mungkin kita semua dalam negeri ini sedang mengharapkan berita baik sepertimana liputan berita yang bertajuk “Petronas Maps Hydrocarbon Potential Near Langkasuka Basin, yang membabitkan penemuan sumber minyak serta gas yang berkualiti tinggi yang kini sedang dijalankan di perairan Pulau Pinang dan dijangka selesai pada penghujung tahun ini. Namun, haruslah kita berhati-hati kerana keterjemahan kepada “actual expended revenue” (dengan izin) itu mungkin memakan masa yang tidak menentu dan masih dalam kesamar-samaran. Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin bawa ke perhatian Dewan yang Mulia ini, agar satu langkah komprehensif dapat dilakukan berkenaan dengan agensi dan juga GLCs serta badan-badan berkanun dalam Kerajaan Negeri, supaya dana-dana yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam bentuk geran atau pinjaman haruslah dipantau untuk memastikan “projected return to the Penang State” (dengan izin). Sebanyak 15 GLCs di bawah Chief Minister Incorporated (CMI), dan 1 GLC di bawah State Secretary Incorporated (SSI) perlu diberi pemantauan dan diberikan target expected return with the lowest risk factor. Jika membiarkan GLCs ini tidak dapat memberikan pendapatan atau pulangan ataupun hasil kepada Kerajaan Negeri dan hanya bergantung melalui ehsan kerajaan dan juga menerusi sumbangan daripada pihak swasta untuk sebarang inisiatif, program dan aktiviti yang dijalankan, amalan ini amat-amatlah tidak sihat. Lebih baik salurkan sahaja kepada jabatan-jabatan kerajaan.
Daripada 16 GLCs ini, saya percaya sebahagian besar daripadanya boleh digerakkan sebagai satu strategic state owned enterprise & business driver secara dasarnya, yang boleh berpotensi untuk menyumbang secara pukal anggaran seminimal RM50 juta sehingga RM100 ke RM200 juta setahun kepada Kerajaan Negeri serta turut boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan industry & services centre bagi negeri ini. Bak kata Bukit Tambun,perlu self sustained.
Maka, saya ingin bertanya, apakah agensi atau GLCs dibawah naungan Kerajaan Negeri mempunyai dan telah membuat pelaburan atau apa-apa kegiatan perniagaan di luar daripada negeri Pulau Pinang? Jika ada, saya mohon disenaraikan dan dinyatakan dalam Dewan yang Mulia ini. Namun jika tiada, saya juga mohon dapat dinyatakan, mengapa tiada? Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, daripada senarai Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik, saya percaya seorang nahkoda atau pun CEO daripada kalangan yang mempunyai professional experience akan dilantik serta diberikan visi, misi dan outcome yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Saya juga ingin memohon sekiranya dapat disenaraikan mungkin secara bertulis, berapakah dan adakah apa-apa ganjaran yang diberikan kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah bagi kesemua GLCs Negeri Pulau Pinang ini. Selain itu, saya juga ingin memohon supaya laporan audit yang disahkan oleh akauntan bertauliah harus disiapkan setiap tahun dan dibentangkan kepada Dewan yang Mulia ini. Kalau mengikut janji dan prinsip reformasi yang diperjuangkan oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan selama ini, amalan political reward dengan lantikan wakil politik tidak harus dibuat kerana atas dasar kefahaman saya kepada prinsip reformasi tersebut, perkara yang dibuat ini akan menjadi "cost centre” instead of “Profit Centre” kepada GLCs berkenaan. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, laporan tahunan kewangan Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) harus dibentangkan dalam Dewan yang Mulia ini selaras dengan slogan Competency, Accountability and Transparancy (CAT). Sebagai contoh, kita dapati tidak kurang daripada RM3.3 juta dapat dikutip bagi sewaan beberapa tanah SSI & CMI. Saya percaya sudah tentu ada banyak lagi pendapatan-pendapatan oleh SSI & CMI yang seharusnya di bentangkan secara umum kepada Dewan yang Mulia ini. Kerana saya percaya, saya pasti semua Ahli-Ahli Yang Berhormat tak kira daripada blok kerajaan mahupun pembangkang, jika Kerajaan Negeri berjaya melakukan sebegini, maka Kerajaan Negeri ini telah tunjukkan “Good Governance” yang baik. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita semua faham, pentingnya pelaksanaan kepada rancangan-rancangan yang telah ada dalam PTMP. Dan sudah tentulah, kita bersyukur atas penyaluran peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan LRT. Persoalan saya, bagaimanakah dengan pembiayaan untuk membina jajaran-jajaran yang telah dinyatakan dalam PTMP ini? Adakah ianya hanya bergantung kepada projek Silicone Island, PSI sahaja? Jika ya, sejauh mana projek seperti Sillicone Island ini boleh sustained? Dan adakah nanti jika pembiayaan bagi tujuan PTMP ini tidak mencukupi atas beberapa faktor lain, adakah akan dijalankan lagi projek tambak laut untuk mewujudkan pulau-pulau ataupun Sillicone Island yang terbaharu? Itu persoalan saya dan harap diberi penjelasan. Saya berharap dapat diberi penjelasan yang sewajarnya, kerana rakyat Pulau Pinang sememangnya menanti-nantikan kejayaan pelaksanaan PTMP ini. Tambahan apabila datangnya pertambahan kemasukan pelancong nanti, ianya dapat meningkatkan imej negeri yang tercinta ini kerana sedikit sebanyak telah mengurangkan kesesakan dan menambah connectivity dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, menyentuh tentang perumahan, kita hargai usaha yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri untuk belia negeri ini menyewa rumah, namun perlu juga diberi perhatian kepada golongan belia program khas untuk membeli rumah dengan nilai yang berpatutan. Dan kita harap, perkara ini dapat disegerakan demi masa depan yang lebih baik untuk belia negeri kita. Kita juga dapati dan difahamkan bahawa Kumpulan Wang Amanah bagi Perumahan Bumiputera Negeri Pulau Pinang nilainya semakin meningkat dari satu tahun ke satu tahun. Persoalan yang saya ingin kemukan kepada Kerajaan Negeri, apakah tindakan proaktif secara holistiknya yang telah ataupun sedang bahkan yang akan diambil bagi menjalankan projek pembinaan rumah-rumah mampu milik bumiputera dibina? Dan, apakah perancangan untuk memanfaatkan wang amanah ini untuk membeli hartanah baharu untuk dijadikan landbank (dengan izin) bagi tujuan pembinaan perumahan bumiputera kepada rakyat di negeri ini? Saya berharap soalan-soalan ini dapat diberikan pencerahan dan jawapan serta harap dapat dinyatakan juga sebenarnya untuk perumahan bumiputera adakah dibawah portfolio perumahan ataupun akan ada di portfolio luar bandar dan sebagainya. Moga dapat nyatakan juga portfolio manakah perkara ini dapat dilakukan? Sedikit lagi tentang perumahan, ini menyentuh tentang kawasan saya. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada Tema A, dalam visi Penang2030, iaitu untuk Meningkatkan Daya Huni Bagi Menambahbaik Kualiti Kehidupan, kita menghargai buat permulaan ini, penilaian kebolehlaksanaan pembaharuan semula skim atau scheme redevelopment bagi 5 skim yang telah dikenalpasti, dan salah satunya berada dalam kawasan DUN Seberang Jaya iaitu di Rumah Pangsa Taman Siakap. Soalan saya, melalui skim ini, apakah konsep yang akan dibina? Berapakah jumlah unit yang akan disediakan dan apakah jenis-jenis rumahnya? Sebelum pelaksanaan projek ini, saya berharap pihak-pihak berkenaan akan adakan sesi libat urus dengan kesemua stakeholders yang ada, dan saya juga mengesyorkan agar turut dijemput agensi-agensi berkaitan seperti Pusat Urus Zakat, UDA, JKP Sdn. Bhd., PERDA dan sudah tentu PDC. Saya juga ingin ketengahkan ke Dewan yang Mulia ini, bahawasanya redevelopment ini perlulah mengambil kira komposisi kaum dan penduduk sedia ada, agar tidak mengganggu keharmonian yang telah dicapai dan dipelihara selama ini. Diharap juga dapat diberi pertimbangan, dalam fasa permulaan ini juga, agar dapat mengkaji kebolehlaksanaan skim ini di kawasan Taman Sembilang, dimana rumah-rumahnya, rumah kluster yang sudah lama dibina, tidak lagi sesuai dengan visi yang ingin dicapai. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menyentuh tentang perkara Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dimana saya difahamkan mempunyai sejumlah amaun yang signifikan. Persoalan saya, mengapakah masih terdapat banyak jalan-jalan negeri yang berada dalam keadaan kurang memuaskan dan bolehkah wang amanah ini digunakan untuk pembinaan atau mewujudkan jajaran jalan-jalan negeri yang baharu? Sebagai contoh, laluan baharu Butterworth Kulim Expressway Interchange (BKE-IC), menuju persimpangan flyover BKE ke Kubang Semang dan berpandukan jajaran dari simpang di Jalan Permatang Nibong menuju ke Bandar Perda maka saya ingin memohon supaya Kerajaan Negeri dapat terus mengkaji buat kajian yang menyeluruh dimanakah lagi jalan-jalan negeri baharu yang boleh dibina untuk mengelak kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.
Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sekali lagi, seperti yang telah dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama Tun juga dalam perbahasan saya juga dalam ucapan yang amat berhormat Ketua Menteri perlu ada satu tindakan yang serious and urgent agar diadakan express lane ataupun fast lane approach, untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas dari Juru ke Sungai Dua ini yang memberi kesan kepada jajaran ataupun jalan di kawasan Seberang Jaya. Saya nyatakan ini berkali-kali, saya akan nyatakan ini berkali-kali sehingga jajaran itu dapat dibuat. In Shaa Allah. Berapa lama tempoh masa yang perlu ditunggu oleh rakyat negeri Pulau Pinang sehingga Kerajaan Negeri hendak mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan sejumlah peruntukan bagi tujuan ini? This is very important, tolonglah, saya merayu, tolonglah carilah kaedah dan ruang untuk diambil sejumlah dari akaun amanah yang telah ada, bagi menyegerakan agar dapat diberi initial allocation untuk memulakan penyelesaian kepada perkara ini. YAB. Ketua Menteri It is very important Sir, thank you.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sedikit tentang sektor pelancongan sepertimana yang dah disebut oleh Yang Berhormat Sungai Bakap tadi, memetik ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Pulau Pinang memiliki pelbagai jenis permata tersembunyi yang masih belum ditemui, sebagai contohnya, the other side of the island iaitu di Balik Pulau dan Teluk Bahang dan the opposite side of the island iaitu, di Seberang Perai. Lokasi-lokasi ini dipenuhi dengan alam semula jadi dan taman dengan tema berasaskan pertanian dengan bumi subur luas dan menghijau. Sudah tentu ianya merujuk kepada hidden gems yang ada dalam kawasan-kawasan luar bandar ataupun desa. Maka saya ingin bertanya, dan memohon agar ianya dapat dinyatakan dan disenaraikan juga, apakah inisiatif dan perancangan Kerajaan Negeri untuk menggandakan usaha ke arah bagi menggalakkan, mempromosikan dan menjayakan sektor pelancongan desa dan luar bandar? Hal ini adalah kerana, bukan sahaja kita dapat menggalakkan industri pelancongan luar bandar ataupun di desa ini, malah akan turut dapat merangsang ekonomi khususnya kepada usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga di luar bandar.
Perkara ini juga jika diberi perhatian, on the layman’s logic (dengan izin) ianya dapat menarik keluar traffic congestion dari kawasan bandar kerana sektor pelancongan dilihat terlalu tertumpu kepada tourist attractions dalam Georgetown atau kawasan bandar sahaja. Malah, jika ada dasar dan halatuju begini ditetapkan, maka infrastruktur asas juga di kawasan-kawasan luar bandar ini juga dapat diperbaiki dan dipertingkatkan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ucapkan get well soon kepada Yang Berhormat Padang Lalang perkara ini saya akan sentuh sedikit mengenai portfolio beliau. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, dalam konteks pembangunan belia, sudah semestinya kita hendak melahirkan belia di negeri kita yang mampu membawa perubahan. Objektif utama sesuatu inisiatif seharusnya adalah untuk membolehkan dan menyediakan landasan bagi orang muda mengeluarkan potensi mereka tanpa had, sepertimana Perikatan Nasional meletakkan seorang calon muda umur 30 di kawasan yang agak susah untuk menang dan Alhamdulillah berjaya menang. Supaya dapat meneraju impak sosial dan menyuarakan pendapat mereka. Oleh itu, saya hargai beberapa program yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui agensi yang berkenaan seperti PYDC. Dalam konteks program Youth Entrepreneurship Challenge
(YEC), yang saya percaya ini turut berkait rapat dengan usaha yang akan dilakukan oleh Yang Berhormat daripada Sungai Acheh. Seramai 546 orang usahawan belia telah dilahirkan. Persoalan yang saya ingin utarakan ialah, dimanakah 546 orang usahawan belia ini? Adakah Kerajaan Negeri turut mengamalkan handholding method setelah mereka graduate daripada program ini untuk memantau ataupun mempunyai suatu mekanisme untuk memantau kemajuan mereka kerana sejumlah dana telah diperuntukkan, mereka telah menyertai program ini, sepatutnya mereka juga mampu membawa pulangan hasil kepada negeri tak kira besar atau kecil. Kerana kita tidak mahu, apabila telah diperuntukkan sesuatu dana oleh Kerajaan Negeri untuk apa-apa program yang dianjurkan bak kata pepatah Melayu hanya sekadar tuang garam di lautan. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2023, Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan sebanyak RM1.39 juta untuk penubuhan dan program Jawatankuasa Belia Pulau Pinang. Soalan saya, sejauh mana keberkesanan penubuhan JBPP ini? Kerana sejumlah dana itu mungkin boleh dapat dimanfaatkan dan disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang telah sedia ada dalam negeri ini agar mereka dapat diperkasakan gerak kerja organisasi mereka rakyat Pulau Pinang.
Habis dah?
Sat, dapat mesej. Terima kasih Setiausaha Dewan. Rakyat Pulau Pinang sudah tentu tidak mahu sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan hanya menjadi political tools sahaja. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Dalam aspek penaiktarafan fasiliti-fasiliti sukan pula, adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan sejumlah dana sepertimana yang dilakukan pada tahun lalu untuk penaiktarafan gelanggang awam? Dan menyentuh tentang fasiliti sukan, saya ingin meminta pencerahan, dimana saya juga telah bertanya dan dijawab melalui soalan bertulis tentang kemudahan-kemudahan yang akan disediakan di Kompleks Sony Seberang Jaya. Adakah kemudahan-kemudahan yang sedia ada, seperti gelanggang bola jaring, bola tampar, sepak takraw, tennis, dua (2) padang bola sepak serta kawasan lapang berumput yang dijadikan padang latihan berskala kecil oleh komuniti kawasan setempat akan dikekalkan? Saya mohon moga dapat diberi pencerahan selanjutnya. Selain daripada itu, berkenaan dengan usaha penaiktarafan Kompleks Sony ini juga, adakah Kerajaan Negeri ataupun melalui Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah melakukan market survey di kawasan berkenaan? Kerana, mengikut jawapan bertulis akan diwujudkan lagi 18 indoor badminton court sedangkan berdekatan dengan kawasan tersebut telah ada badminton court yang dikendalikan oleh pihak swasta. Jadi mohon dapat diberi penjelasan. Sebegitu juga saya harap dapat diberi perhatian dalam kawasan DUN Seberang Jaya, terdapat beberapa padang yang telah lama tidak diberi perhatian dan dinaik taraf, iaitu antaranya di padang di Taman Sembilang berhadapan dengan Lotus Seberang Jaya. Saya harap Yang Berhormat EXCO dapat mengenal pasti apakah kaedah yang bersesuaian, untuk menaik taraf padang bertaraf “World-
Cup” ini, World Cup sebab sekarang ini padang itu hanya diguna pakai oleh warga asing dan mereka menganjurkan tournament. Berbagai tournament di padang tersebut. Jadi, keadaannya tidak begitu kondusif. Moga dapat diberi perhatian sewajarnya. Point yang terakhir, terakhir ka? Dua (2) yang terakhir. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, saya menghargai pihak Yang Berhormat EXCO Sungai Pinang yang telah mengalu-alukan untuk saya berkunjung ke Harmonico Street di kawasan Seberang Jaya. Sejujurnya, daripada kecil lagi saya sering melalui dan menggunapakai laluan tersebut secara kerap, dan baru-baru ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Keramat, selaku Timbalan Ketua Menteri 2, yang turut memanjangkan jemputan kepada saya selaku ADUN Kawasan untuk hadir dan terlibat sama dalam satu sesi libat urus bersama dengan pimpinan masyarakat India yang dianjurkan di kawasan berkenaan. Oleh itu saya ingin membawa sedikit cadangan ke perhatian Yang Berhormat EXCO, juga kepada EXCO PBT berkenaan dengan Harmonico Street ini, ianya mempunyai potensi bukan sahaja dalam aspek tarikan pelancongan, akan tetapi dalam usaha untuk menterjemah kepelbagaian budaya dan agama yang ada dalam negeri dan negara kita, dan Seberang Jaya sememangnya bertuah, kerana telah ada perkara sedemikian untuk menterjemahkan usaha ini. Maka, saya berharap, dari segi infrastruktur di kawasan sekitar Harmonico Street ini, moga dapat dibantu rumah-rumah ibadat yang ada, dari segi penyediaan tapak parker yang kondusif, dan laluan pejalan kaki yang selesa dan selamat, agar dapat menjamin the best connectivity pada para pengunjung yang berkunjung ke Harmonico Street ini. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, menyentuh sedikit tentang pembangunan modal insan, kita semua sedia maklum usaha gigih yang dilakukan oleh Yang Berhormat Datok Keramat. Namun persoalan saya, adakah apa-apa usaha yang telah direncanakan Kerajaan Negeri secara khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran bakat-bakat yang ada bagi mengisi kelopongan dalam isu ketandusan bakat dalam industri kita. Saya juga telah bangkitkan perkara ini sebelum ini dan cadangan ini dalam celahan saya dalam soalan tambahan kalau tak silap saya, moga dapat diberi pencerahan apakah langkah yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk approach belia yang berada dalam gig-economy bagi menawarkan mereka penyertaan dalam program upskilling ataupun reskilling dan seterusnya menempatkan mereka bagi mengisi kekosongan jawatan yang ada dalam industri. Kerana, betul, sememangnya gig-economy ini ialah satu kaedah untuk mendapatkan pendapatan dengan segera, tetapi demi masa depan belia yang lebih baik, adalah, yang lebih baik dan stabil saya percaya langkah yang saya cadangkan itu harus diambil kira…
Seberang Jaya, Seberang Jaya buat live ka?
Tak. Mesej ja.
Mesej ja? Ok, terus kan.
Saya…
Okey, teruskan. Sebab kami dah ada live dah. TV besar dah.
Saya faham.
Okey.
Sebab teguran itu pernah dibuat oleh ADUN Seberang Jaya, kepada ADUN Seberang Jaya sebelum ini kan?
Okey. Terima kasih.
Saya ada dalam Dewan masa tu, jadi saya ingat. Saya percaya langkah yang saya sebutkan itu harus diambil kira dan direalisasikan. Secara tuntasnya, saya berharap segenap persoalan. Tak perlu tambahan masa, dah nak habis. Secara tuntasnya, saya berharap segenap persoalan dan cadangan yang diketengahkan akan diberi pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya oleh Kerajaan Negeri. Sama-samalah kita berdoa, semoga segenap usaha akan sentiasa dipermudah oleh Allah SWT. Harap dapat dilakukan sesuatu kepada yang memerlukan. Sekali lagi saya ulang ,di dalam sesuatu perkhidmatan itu, harus ada keikhlasannya. Berkhidmatlah dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT. Hanya kepada Allah SWT kita berserah. Dengan ini saya mohon menyokong, dengan teguran, cadangan dan beberapa pindaan sepertimana yang dibahaskan
dalam Dewan yang mulia ini. Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih kepada Seberang Jaya. Kita… kita bagi orang-orang lama. Otai, otai.
Terima kepada orang lama kepada orang lama. Sekarang duduk sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri dengan permintaan, dengan satu permintaan permulaan iaitu bagi pihak semua ADUN Kerajaan agar peruntukan ditambah daripada RM500,000 setahun kepada RM 800,000 setahun, sama dengan negeri Selangor. Memandangkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri dilaporkan mencapai prestasi baik, tidak ada sebab mengapa peruntukan ADUN Kerajaan tidak boleh ditambah demi memberikan menfaat yang lebih baik kepada rakyat. Tambahan peruntukan ini adalah wajar dan juga membalas budi dan sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang atas kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada pengundi kita kepada Kerajaan Perpaduan. Sebagai negeri yang dianggap sama maju dengan Selangor tidak ada sebab kita kalah dari aspek peruntukan pembangunan kawasan. Kalah kepada Selangor dari segi elaun dan ganjaran wakil rakyat tak apa tetapi pantang untuk pengundi kita di Pulau Pinang kalah kepada Selangor dalam aspek peruntukan pembangunan. Pulau Pinang selama ini bangga dengan slogan “Penang Leads” atau “Pulau Pinang Memimpin”. Tanpa sumber semulajadi, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dapat dicatat semata-mata dalam bergantung kepada sumber manusia yang berbakat dan berkemahiran tinggi serta kebolehan Kerajaan Negeri berdasarkan urustadbir CAT - Cekap Accountable dan Telus. Jabatan Perangkaan Malaysia di (DOSM) telah melaporkan bahawa GDP Pulau Pinang adalah sebanyak RM 112 bilion pada tahun 2022 (No. 6 di antara negeri-negeri di Malaysia) digerakkan oleh sektor perkhidmatan sebanyak 47.4% dan sektor pembuatan sebanyak 47.3%. Sumbangan kedua-dua sektor sebanyak 94.7% kepada keseluruhan GDP Pulau Pinang menjadi Pulau Pinang satu-satunya negeri industri di Malaysia. Sektor perkhidmatan memainkan peranan utama dan akan menjadi pemangkin utama masa depan dengan zaman digital dan pendigitalan ekonomi. Sungguhpun sektor pembuatan masih penting, dengan kekurangan tanah industri pembangunan masa depan, kita terpaksa bergantung kepada sektor perkhidmatan. Demi melonjakkan sektor perkhidmatan, adalah perlu satu Zon Kewangan Khas ditubuhkan sama seperti yang diumumkan untuk negeri Johor. Adalah penting Kerajaan Negeri menyokong penubuhan satu Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sama seperti dengan apa yang diumumkan di Johor Bharu. Kalau boleh satu untuk Selatan mengapa tidaknya satu lagi untuk kawasan Utara? Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyatakan perlu sedikit masa untuk membuat kajian. Saya syorkan agar Zon Kewangan Khas disetuju terima dengan segera kerana bukanlah sesuatu yang memudaratkan atau negatif untuk Pulau Pinang dan harus dipersetujui.
Sekiranya Kerajaan Negeri buat permohonan kepada YAB Perdana Menteri dengan sokongan sebulat suara daripada semua ADUN Pulau Pinang termasuk daripada pembangkang, saya rasa tak menentang kan? Zon Kewangan Khas tak menentang kan? Setuju tak? Setuju tak Zon Kewangan Khas untuk negeri Pulau Pinang, setuju tak? Ha, boleh ah? Ok baik. So, kalau setuju. Jelas, sokongan sebulat suara semua ADUN Negeri Pulau Pinang termasuk daripada Pembangkang, maka peluang untuk diluluskan adalah lebih baik dan memanfaatkan masa depan negeri. Memandangkan Pulau Pinang kini mempunyai (dengan izin) “critical mass” dengan asas industri pembuatan yang matang, ini akan memacu pembangunan dan merancakkan pertumbuhan sektor Perkhidmatan bukan sahaja di wilayah utara tetapi untuk seluruh negara. Dengan cukai 15% dan juga visa “multiple entry” (dengan izin) ia akan menarik pekerja berpakaran tinggi dan juga menyekat aliran keluar rakyat Malaysia yang berbakat tinggi. Sektor perkhidmatan harus dirancakkan memandangkan ia memainkan peranan utama dalam menarik lebih banyak pelaburan. Pelaburan dalam sektor pembuatan yang diluluskan berjumlah RM 4.3 bilion pada tempoh Januari hingga Jun 2023, iaitu tempat nombor tiga (3) di belakang Selangor sebanyak RM14.8 bilion dan Kedah sebanyak RM13.2 bilion. Akan tetapi sekiranya keseluruhan pelaburan diambilkira, termasuk sektor perkhidmatan, ranking Pulau Pinang jatuh ke tempat keenam sebanyak RM8.7 bilion untuk tempoh Januari hingga Jun 2023. MIDA - Malaysian Investment Development Authority melaporkan Malaysia berjaya menarik pelaburan yang diluluskan sebanyak RM132.6 bilion daripada Januari hingga Jun 2023. Ranking nombor enam (6) Pulau Pinang di belakang Kuala Lumpur sebanyak RM 31.7 bilion, Selangor sebanyak RM 29.8 bilion, Kedah sebanyak RM 14.6 bilion, Johor sebanyak RM 14.2 bilion dan Sabah sebanyak RM 9 bilion berbanding dengan Pulau Pinang dengan RM8.7 bilion. Sektor perkhidmatan dilaporkan oleh MIDA akan menjadi sumber utama pelaburan dengan 62% pelaburan secara keseluruhan datang daripada sektor perkhidmatan. Oleh sebab itu, adalah perlu untuk satu game changer Sektor Kewangan Khas akan membantu untuk merancakkan sektor perkhidmatan dengan adanya satu Zon Kewangan Khas.
Mintak pencelahan Air Putih.
Sila.
Terima kasih Air Putih telah mencadangkan Zon Kewangan Khas ini untuk satu tempoh masa tetapi bolehkah Air Putih memberi penjelasan yang lebih details, comprehensive tentang cadangan zon ini. Mungkin semua blok pembangkang dah sokong, tetapi mungkin kita semua tak berapa faham tentang apa sebenarnya Zon Kewangan Khas. Kedua, perindustrian kita begitu pesat di Pulau Pinang tetapi pulangan dari segi cukai kepada negeri agak rendah.
Apakah impak dari segi pulangan kepada negeri dari segi kewangan ataupun dari segi cukai sekiranya kita meluluskan dan mengadakan Zon Kewangan Khas ini di Pulau Pinang.
Terima kasih kepada ADUN daripada Bukit Tambun atas soalan yang begitu menarik dan juga begitu cerdik tadi. Memang minat beliau dalam Zon Kewangan Khas adalah begitu meluas. Tentu kalau kita sebut tentang Zon Kewangan Khas, ia boleh meliputi banyak sektor dan juga banyak bidang. Tetapi sekiranya kita nak tambah tokok tambah kita tak boleh melebihi apa yang telah diluluskan untuk Johor Bahru kerana kita harus sama ratakan, apa yang Johor Bahru dapat kita mesti dapat yang serupa tak boleh lebih itu sebab itu terhad kepada apa yang diluluskan untuk Negeri Johor. Setakat ini yang kita fahamkan ialah dari segi percukaian, sistem percukaian ia dipermudahkan dengan kadar yang lebih rendah sebanyak 15% dan juga dari aspek menarik atau membolehkan pekerja-pekerja berkemahiran tinggi khususnya pakar-pakar untuk lebih mudah untuk masuk dengan visa yang panjang untuk tempoh yang panjang dengan visa dengan tempoh yang panjang dan juga ada pelbagai lagi khususnya itu satu one stop centre satu pusat sehenti dari segi kelulusan lesen untuk syarikat-syarikat kewangan. Saya rasa ini adalah sesuatu yang dapat menarik banyak itu syarikat kewangan atau syarikat-syarikat modal untuk datang ke sini dan pada masa yang sama membawa dana dan modal yang banyak masuk ke Pulau Pinang dan juga Malaysia. Saya rasa itulah tujuannya kita nak hasrat kan. Nanti-nanti sebelum saya jawabkan soalan kedua. Jangan bimbang dan yang kedua ialah tentang cukai, itu cukai adalah satu isu yang amat penting tapi dalam aspek percukaian negara kita tahu semua adalah dikembalikan kepada Kerajaan Persekutuan so dari segi percukaian kita hanya boleh mohon daripada Kerajaan Persekutuan dan untuk negeri Pulau Pinang setiap tahun kita bayar 6 hingga 7 billion ringgit yang kita dapat sebelum ini adalah kurang. Sekarang di bawah Kerajaan Perpaduan mujurlah kita ada dapat LRT sebanyak 10 billion, pembesaran lapangan terbang antarabangsa dan sebagainya tapi kita harap ada pengagihan yang lebih munasabah untuk Negeri Pulau Pinang berdasarkan sumbangan cukai yang lebih 7 billion. Sekiranya ada Zon Kewangan Khas, cukai tambah ia jadi milikan Kerajaan Pusat bukan Kerajaan Negeri tapi kita boleh minta bahagian yang lebih besar dan di sini saya ingin rujuk kepada apa yang disebutkan sebelum ini oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri iaitu berkaitan dengan satu akta jualan bagi produk-produk hidrokarbon. Itu adalah niat dan juga usaha ikhlas daripada pihak Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk menambah hasil bagi pada negeri Pulau Pinang tapi dalam sistem perundangan sekarang ini tidak diizinkan. Ia diizinkan untuk Negeri Sabah dan Sarawak kerana ia ditetapkan dan dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan tapi untuk Semenanjung Malaysia tak boleh. Kalau boleh Kelantan dan Terengganu sudah buat awal-awal lagi. So dari segi aspek cukai jualan untuk produk hidrokarbon, negeri Pulau Pinang tak ada kuasa seperti mana yang dimiliki oleh negeri Sarawak dan juga Sabah kerana mereka ada kuasa spesifik di bawah MA 63. Saya rasa Penasihat Undang-Undang pun boleh sahkan perkara ini, betul tak? betul? boleh sahkan perkara ini. Saya tahu kerana semasa saya menjadi Menteri Kewangan, saya juga terlibat dalam Jawatankuasa MA 63 berbincang dengan Sabah dan Sarawak tentang
peruntukan-peruntukan sedemikian yang kita tahu Sabah dan Sarawak memang ada kuasa dari aspek ini yang tidak ada untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Betul? ia, betul. Itulah kedudukan yang ada sekarang. Sila.
Pinang Tunggal.
Terima kasih Dato' Speaker, Dato’ Timbalan Speaker. Air Putih, sebagai pembangkang yang berintegriti kita akan menyokong apa jua yang baik untuk rakyat dan negeri ini cuma tadi apa yang saya faham tadi bila sebut Zon Kewangan Khas saya yakin ia turut merangkumi peruntukan sama kepada pembangkang.
Ini jangan tanya saya. Saya bukan Ketua Menteri. Tanyalah Ketua Menteri, saya bukan Ketua Menteri. Macam itu dekat parlimen sekarang ada Ahli Parlimen Bukit Gantang mengumumkan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini di parlimen. Saya tak tahu itu Pinang Tunggal nak ikut atau tak.
Sebenarnya kalau kita tengok Timbalan Timbalan Dato’ Speaker, Timbalan Dato' Speaker sebenarnya Yang Berhormat PMX telah buat satu precedent yang sangat bahaya. Bayangkan satu hari kalau ada 15, 20 orang dari pihak sana yang buat sokongan kepada belah sini pulak, macam mana?
Itu rezeki andalah. Sekarang PMX. Betul tak? Itu saya tak mau sebut lebih daripada itulah.
Teruskan, teruskan.
Ya, ya.
Orang lama pun 25 minit juga, orang lama pun 25 minit juga.
Ya, ya. Saya minta orang lama tambah sikit la. Ini orang lama kepada orang lama lain. Salah satu sebab mengapa pelaburan pembuatan untuk Negeri Pulau Pinang sebanyak 4.3 billion ringgit, ketinggalan Kedah sebanyak 13.2 billion ringgit untuk bulan Januari hingga Jun 2023 adalah kerana kekurangan tanah industri di Pulau Pinang. Saya difahamkan hanya tinggal 70 ekar tanah industri setiap tahun yang sedia ada untuk dijual untuk tempoh tahun depan dan juga 2025 yang bakinya adalah lot yang tidak elok dari segi bentuk dan saiz yang kecil dan ini juga sedikit sebanyak menjejaskan pelaburan luar negeri. PDC memainkan peranan penting membangunkan tanah industri dengan segera. PDC memang mempunyai rekod yang baik membangunkan sembilan tapak tanah industri hampir 10 ribu ekar. Kini PDC ingin menggunakan kaedah lain menerusi kolaborasi dengan pihak swasta. Inilah kali pertama dalam sejarah PDC, tanah industri tidak dibangunkan oleh PDC sendiri tetapi diswastakan. Sekiranya PDC ingin membangunkan tanah industri secara sendiri PDC boleh membiayainya dengan dana pinjaman sebanyak 1.5 billion ringgit yang diperolehi daripada CIMB pada awal 2018. Adalah diharapkan ia boleh dijalankan secara tender terbuka untuk mengelakkan kontroversi sebelum ini dimana penjualan 559 ekar di Ladang Byram dibuat secara secara langsung kepada Umech Construction Sdn Bhd sebanyak RM26.53 sekaki persegi secara purata. Sejak 2008 sebarang penjualan tanah secara langsung oleh PDC adalah untuk tujuan bukan pembangunan tanah industri dan dijual dengan harga sekurang-kurangnya RM40.00 sekaki persegi. Penjualan tanah sebelum ini bertujuan untuk menjadi pemangkin ekonomi seperti membawa gedung perabot IKEA, universiti-universiti dan bandaraya, perubatan sebanyak 1 billion ringgit Island Hospital dan juga pertubuhan amal society malah tanah 30 ekar yang dijual kepada society adalah dengan harga RM40 sekaki persegi. Saya juga ingin mendapat pengesahan bahawa Lembaga Pengarah PDC pada 28 hari bulan November 2022 dan 9 Februari 2023 telah meluluskan penjualan 559 ekar tanah di Ladang Byram kepada Umech Construction Sdn Bhd dan bukannya Umech Land Sdn Bhd seperti yang dinyatakan dalam Dewan yang mulia ini. Ini kerana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sendiri pernah menyebut secara terbuka di surat khabar bahawa penjualan dibuat kepada Umech Construction Sdn Bhd pada bulan September dan Oktober tahun ini. Saya juga merujuk kepada kenyataan bekas ahli lembaga pengarah PDC yang menegaskan Umech Construction Sdn Bhd tidak pernah timbul atau dibangkitkan baik dalam mesyuarat biasa mahupun dalam Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah PDC ataupun dalam mesyuarat biasa. Hanya Umech Construction Sdn Bhd sahaja dibincangkan. Saya harap pihak pengurusan PDC boleh berdepan perkara ini secara serius, supaya kemelut seperti mana yang dilaporkan dalam surat khabar The Edge boleh dibetulkan dan tidak berulang lagi. Takkan pihak pengurusan PDC nak berdepan dengan wakil rakyat Kerajaan Negeri pun payah. Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri harus berusaha bersungguh-sungguh dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi ancaman bekalan air untuk jangka masa pertengahan dan jangka masa panjang. Saya memang bersetuju bahawa sumber air mentah harian utama untuk negeri Pulau Pinang adalah daripada Sungai Muda dan oleh demikian, aset air mentah
berisiko tinggi di Pulau Pinang adalah Sungai Muda dan bukannya Empangan Mengkuang akan tetapi tanggapan Empangan Mengkuang sebagai Rizab Kemarau Strategik semata-mata menjadi sumber air mentah sokongan kecemasan untuk Sungai Muda tidak diterima oleh SPAN atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang dianggap ia sebagai sumber air mentah. Sekiranya Kerajaan Negeri tidak dapat meyakinkan SPAN maka ia akan terus disenaraikan sebagai salah satu daripada tujuh (7) buah empangan air berisiko tinggi di Malaysia. Ini bukan sahaja menjejaskan imej tetapi juga iklim pelaburan Pulau Pinang yang amat bergantung kepada bekalan air yang stabil. Mahu tak mahu, suka tak suka projek saluran air mentah daripada Empangan Mengkuang ke Loji Rawatan Air Sungai Muda sebanyak 1,200 juta liter sehari mesti dilaksanakan secepat mungkin supaya Loji Rawatan Air Sungai Muda dapat merawat sepenuhnya sewaktu berlaku kecemasan yang ganggu bekalan air mentah daripada Sungai Muda. Bagi SPAN sokongan kecemasan pun perlu bekalkan air mentah 1,200 juta liter sehari daripada Empangan Mengkuang untuk dirawat sepenuhnya oleh Loji Rawatan Air Sungai Muda barulah bekalan air mentah daripada Empangan Mengkuang tidak lagi dianggap terancam oleh SPAN kerana buat masa kini hanya separuh sahaja dapat disalurkan kepada Loji Rawatan Air Sungai Muda, untuk jangka masa panjang sumber air mentah yang baru diperlukan. Kerajaan Negeri telah berusaha menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang membeli air mentah tapi akhirnya hanya dapat membeli air terawat daripada Negeri Perak selepas Negeri Perak enggan menjual air mentah kepada Pulau Pinang. Yang menimbulkan keresahan.
Air Putih bagi pencerahan tentang SPAN. Terima kasih Air Putih, saya nak minta juga pencerahan tentang SPAN ini. SPAN telah mengkategorikan Empangan Mengkuang sebagai satu empangan yang risiko disebabkan tidak dapat sampaikan saluran air mentah ke loji rawatan air di Sungai Muda dan kita sudah difahamkan dalam dewan ini bahawa pakej Kerajaan Persekutuan yang perlu menaik, membuat lagi paip itu masih tidak di janji tersebut tidak masih tidak dikotakan. Ada apa-apa tindakan yang SPAN boleh buat untuk meminta supaya Kerajaan Persekutuan untuk melakukan projek projek tersebut agar Empangan Mengkuang itu tidak akan dikategorikan sebagai satu empangan yang berisiko tinggi. Itu soalan saya, apa SPAN yang boleh buat untuk merealisasikan perjanjian yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan tersebut.
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Machang Bubuk. Perkara ini saya timbulkan dekat parlimen yang juga dengan Pengerusi SPAN. Sungguhpun kita cuba menjelaskan peranan-peranan yang dimainkan oleh empangan air ialah sebagai strategik reserved kemarau tetapi mereka anggap bahawa ia masih dikategorikan sebagai satu empangan air berisiko tinggi kerana bekalan air terancam, dan saya rasa payah untuk
mengubah pandangan oleh SPAN dan mereka pun ada markah, dia ada sistem markah, 71 dia cakap so agak tinggi. Ada tiga (3) di Melaka, dua (2) di Kedah, satu (1) di Johor, satu (1) di Negeri Perak dan bila kita bangkitkan perkara ini di parlimen, saya bangkitkan perkara ini di parlimen Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Air iaitu Yang Berhormat Nik Nazmi beliau menegaskan dan mengulangi apa yang disebutkan oleh SPAN. So saya rasa di sini untuk ubah pandangan SPAN agak sukar sikit. So kita hanya boleh gunakan peluang ini, harap dengan sokongan SPAN dan saya rasa SPAN akan terima juga untuk meminta peruntukan yang lebih ataupun yang segera untuk membuat saluran daripada Empangan Air Mengkuang ke Loji Rawatan Air Sungai Muda supaya dapat mengurangkan risiko ke atas bekalan air. Saya percaya sekiranya perkara ini diusahakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dengan sokongan semua ADUN-ADUN di sini sekali lagi, saya rasa ADUN-ADUN pun akan sokong. Ini air punya hal tak ada politik punya. Pun sokong saya rasa ini akan dipertimbangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai anak negeri Pulau Pinang. So, di sinilah saya rasa perkara pokok kita harus panjangkan perkara ini kepada Perdana Menteri dengan harapan ia dapat perhatian yang sewajarnya. Yang menimbulkan keresahan, ini tentang ini saya balik kepada jangka masa panjang bekalan air jangka masa panjang sehingga 2050. Yang menimbulkan keresahan apabila kita membeli air terawat, tak ada pilihan dia tak mahu jual air mentah, kita beli air terawat. Ialah tentang Loji Rawatan Air ditempatkan di Perak dan bukan di Pulau Pinang. Demi prinsip keselamatan air, water security, ini di mana-mana pun serupa. Loji Rawatan Air harus ditempatkan di Pulau Pinang dan dikuasai atau dikawal selia oleh PBAPP. Sekiranya Loji Rawatan Air nak ditempatkan di Perak pun boleh asalkan Loji Rawatan Air dikuasai dan dikawal selia oleh PBAPP. Sungguhpun berbayar kadar air terawat kepada Perak. Ini serupa Singapura, ramai orang tidak tahu bahawa Singapura menjalankan operasi Loji Rawatan Air di negeri Johor. Singapura memiliki dan menguasai Loji Rawatan Air Johor River Waterworks Kota Tinggi di Johor yang membekalkan air terawat kepada Singapura dan Johor. So, kalau Singapura boleh memiliki dan menjalankan operasi Loji Rawatan Air di negeri Johor, bekalkan ke Singapura, mengapa kita tidak boleh buat yang serupa. Kalau Loji Rawatan Air tidak di negeri Pulau Pinang tentu di negeri Pulau Pinang kita boleh kongsikan kuasa pengurusan. Tapi sekurang-kurangnya kalau nak juga di negeri Perak kawal selia dan juga penguasaan operasi harus juga diberikan kepada negeri Pulau Pinang. Ini adalah untuk keselamatan air. Saya harap bahawa ini harus menjadi pendirian pihak Kerajaan Negeri secara prinsip untuk masa depan anak negeri kita. Supaya dapat menjaminkan keselamatan air untuk negeri Pulau Pinang.
Tolong ringkaskan, YB.
Baik, terima kasih. Ini saya akan ringkaskan. Tadi ada banyak penjelasan. Saya minta maaf. So, itulah sebabnya saya ingin mengulangi syor saya kepada Kerajaan Negeri agar Loji Rawatan Air dikuasai dan dikawal selia oleh PBAPP dan harus ditempatkan di negeri Pulau Pinang. Saya tahu itu bukan perkara yang mudah dan pihak pengurusan telah cuba sedaya upaya tetapi perkara ini adalah berkaitan dengan keselamatan dan juga masa depan negeri Pulau Pinang. Ini satu isu prinsiplah yang saya rasa harus disokong oleh semua ADUN, tak kira pembangkang atau tidak dalam Dewan yang mulia ini kerana ini adalah berkaitan dengan masa depan anak-anak kita. This is the time where we must stand together. Sekian terima kasih.
Terima kasih Air Putih dan seterusnya Pulau Tikus.
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani kepada Dato' Timbalan Yang di-Pertua, kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, rakan-rakan YB. dan petugas di Dewan yang mulia ini. Di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang YB. Sungai Dua atas perkongsian beliau yang menarik mengenai konsep keadilan dalam Dewan yang mulia ini kelmarin. Di sini inginkan saya juga kongsikan salah satu tulisan terawal yang serupa dengan teori keadilan yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang iaitu konsep yang dinyatakan oleh Plato dalam buku beliau yang bertajuk “Republik” ditulis lebih 2400 tahun dahulu. Ahli falsafah yang membentangkan teori tersebut bernama Polemarchus yang berpendapat bahawa keadilan adalah memberi kepada orang apa yang sesuai untuk dia, giving everyone what is appropriate to him. Dan buku Republik antara buku terunggul yang masih dibaca di Fakulti Sains Politik dan falsafah seluruh dunia sehingga hari ini. Dan pandangan Ketua Pembangkang kelmarin mengingatkan saya mengenai teori Keadilan Polemarchus seorang ahli falsafah dari dunia barat yang telah berfikir sedemikian 2400 tahun dahulu. Tidak kiralah manusia datang dari apa jua latar belakang ada juga titik persamaan. Tamadun-tamadun yang hebat tidak semestinya sentiasa bertempur, mereka juga boleh bertembung. Melayu, Cina, India, Serani, Iban, Kadazan ataupun barat ataupun timur, utara dan selatan boleh juga ada titik persamaan. Dalam dunia yang semakin berpecah dengan perbezaan identiti adalah penting untuk pemimpin dan wakil rakyat untuk mencari titik persamaan dan menguatkan lagi persefahaman bagi membangunkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Baik, balik kepada Belanjawan 2024. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terutama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YAB. Padang Kota yang sekali lagi telah membentangkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang. Bajet pengurusan dalam belanjawan tersebut adalah RM1 billion dan peruntukan pembangunan adalah RM374 juta dan belanjawan tersebut merupakan bajet yang mempunyai defisit lebih daripada RM500 juta. Seperti yang telah dimaklumkan oleh YAB. Padang Kota sebab utama jumlah defisit yang besar ini adalah berpunca daripada kekurangan sumber hasil atau pendapatan.
Kebanyakan cukai yang dikutip adalah milik Kerajaan Persekutuan dan pendapatan Kerajaan Negeri hanya datang daripada pengurusan dan jualan tanah tetapi sudah tiada banyak tanah boleh dijual untuk industri atau pembangunan. Justeru Kerajaan Negeri perlu memikirkan cara lain untuk meningkatkan pendapatan. Kita pun dalam beberapa hari ini mendengar mengenai keluhan daripada YB.-YB. di sini bahawa kita kekurangan pendapatan untuk Kerajaan Negeri. Tapi pada masa yang sama juga banyak YB.-YB. mengeluh mengenai kekurangan pembangunan di kawasan masing-masing. Tetapi mungkin pihak pembangkang perlu fikirkan dengan lebih menyeluruh apakah pandangan atau kritikan yang konstruktif untuk membangunkan ekonomi negeri dan pendapatan Kerajaan Negeri kerana apa yang kita nampak dalam 2 minggu ini, pihak pembangkang mengeluh keadaan ekonomi dan pendapatan Kerajaan Negeri yang terhad tetapi pada masa sama bantah mengenai perancangan dan aktiviti yang boleh menjana hasil untuk negeri. Contoh konsert Coldplay di Singapura sebanyak enam kali dengan anggaran pendapatan kira-kira RM350 juta. Jadi Pulau Tikus rasa pihak pembangkang boleh memainkan peranan yang lebih konstruktif sekiranya mempunyai pandangan yang lebih menyeluruh. Adakah mereka mahukan pembangunan, meningkatkan pendapatan atau nak terus nak bantah semua aktiviti atas sebab-sebab tertentu. Seperti yang dimaklumkan... (gangguan)
Pulau Tikus boleh mencelah sat.
Baik.
Apa yang dinyatakan oleh Pulau Tikus dan juga ada beberapa ADUN lain ni, mungkin cara berhibur orang Islam dengan cara orang berhibur dengan orang bukan Islam mungkin ada perbezaan. Maka sudah tentulah apa nama ni bagi non-muslim nak berhibur dengan kelompok mereka tidak ada masalah. Itu tidak. Tapi tempat-tempat yang kita ada orang kata apa ni percampuran, ada kepentingan maka sudah tentulah maknanya kepentingan bersama kena jaga. Maka atas dasar itulah ada bantahan. Bukan bantah sampai orang lain tak boleh buat. Maknanya biarlah dibuat di tempat yang tidak mengganggu kelompok Islam, orang Islam. Ada perkara-perkara yang orang kata mengganggu ketenteraman orang lain, jadi itu yang kita tak mahu. Sebab maknanya orang Islam dia ada sendiri peraturan hidup dia, maka kalau dia diganggu maka itu tidak adil. Kalau nak berkonsert dalam kelompok non-muslim sendiri, silakanlah. Tidak ada masalah tetapi janganlah tempat-tempat yang boleh mendatangkan, orang kata apa menimbulkan perkara yang tidak harmoni. Ataupun mengancam kepada orang Islam sendiri, yang ada cara hidupnya. Itu yang dibantah bukannya bantah maknanya orang nak buat tempat-tempat tersendiri, nak minum arak tempat sendiri, silakanlah. Tapi jangan tempat yang terdedah kepada iaitulah mengajak
orang lain kerana Islam meletakkan (Bahasa Arab). "Menutup pintu kerosakan lebih utama daripada mencari maslahat". Untuk repair-repair, kalau orang dah jadi teruk, nak repair payah. Lebih baik kita tutup dulu. Sebab itulah maknanya dengan izin kepada rakan kita daripada Pulau Tikus, maknanya Islam ada cara hidup dia. Maka janganlah nak buat itu mengganggu perkara yang berkaitan dengan amalan hidup orang Islam itu sendiri. Terima kasih.
Terima kasih. Setuju dan juga okay. Seperti yang dimaklumkan oleh Y.A.B. Padang Kota antara pendekatan Kerajaan Negeri untuk menjana hasil pendapatan baru adalah dengan menggalakkan GLC untuk lebih bersifat enterprising agencies. Di sini izinkan Pulau Tikus mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menggunakan Gurney Bay dengan sepenuhnya bagi menjana pendapatan baru. Gurney Bay adalah seluas 101.8 ekar. Sebuah syarikat seperti Penang Hill Corporation boleh diwujudkan untuk menguruskan Gurney Bay, mungkin dengan nama Gurney Bay Corporation. Syarikat tersebut boleh mengendalikan semua kegiatan dan aktiviti pelancongan, concert outdoor, pertandingan skating, pesta seni dan budaya serta majlis perayaan dengan persembahan pesta lampu seperti Zigong di China yang berjaya menjana pendapatan sebanyak RM16 juta dalam masa tempoh 7 hari. Selain daripada menganjurkan program tarikan baru, syarikat tersebut boleh menguruskan gerai retail, gerai penjaja dan aktiviti komersial pantai seperti kayak, parasailing, ski air dan teksi air ke destinasi lain seperti Pulau Andaman, Pantai Keracut dan juga Butterworth. Dengan adanya teksi air dari Gurney Bay ke Butterworth kita juga boleh dapat mengurangkan kesesakan di Gurney. Sepertimana yang YB. Sungai Dua maklumkan tadi, kita jangan mengacau komuniti atau masyarakat atas menjaga sensitiviti mereka. Tapi Gurney Bay satu ruang yang common area, public spaces di mana pesta-pesta dan juga concert outdoor boleh diadakan dan sesiapa yang ingin datang, boleh datang. Dan pada masa yang sama kita kena fikirkan dengan menyeluruh sebab mengikut rekod dari segi purata pelancong domestik yang datang ke Pulau Pinang mereka hanya membelanja agak-agak RM300.00. Tetapi pelancong daripada luar negara, international tourist yang datang secara purata mereka membelanjakan kira-kira RM2,000.00. Jadi siapa yang kita nak. Pelancong mana yang kita nak. Selalu kita mengeluh mengenai pendapatan negeri kurang, kita memerlukan lebih banyak peruntukan untuk pembangunan. Tetapi adakah kita meletakkan banyak-banyak benda yang mungkin bukan untuk pasaran atau sesetengah segmen dalam masyarakat. Tapi boleh juga membuka kepada segmen yang lain yang tiada masalah supaya hasil yang dapat dijana boleh dikongsi dan dinikmati oleh semua segmen dalam masyarakat di Pulau Pinang. Pembangunan Gurney Bay akan membawa lebih banyak kebaikan untuk negeri tetapi isu kesesakan jalan di kawasan itu juga merisaukan. Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Persiaran Gurney, Pulau Tikus ingin juga mencadangkan syarikat contohlah Gurney Bay Corporation menyediakan Perkhidmatan Bas Perantara yang membawa pengunjung daripada kemudahan Park and Ride George Town dan Tanjung Bungah ke Gurney Bay. Selain itu, pembinaan tempat letak kereta bertingkat harus berpotensi untuk pertambahan tingkat yang baharu apabila kapasiti sedia ada tidak lagi mencukupi. Sekarang terdapat 216 tempat letak kereta di Persiaran Gurney. Fasa 1 Gurney Bay mempunyai 64 lot
dan tempat letak kereta bertingkat. Tempat letak kereta bertingkat di fasa 2 akan mempunyai 736 lot, jumlah keseluruhan tempat letak kereta di kawasan Gurney adalah 1,016 lot. Sekiranya kapasiti tidak mencukupi maka beberapa lagi tingkat tempat letak kereta boleh ditambah. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia dan kekurangan tanah untuk pembangunan dan jual kira-kira 50 peratus tanah di bahagian pulau adalah kawasan bukit dan lebih 40 peratus di seberang perai adalah tanah pertanian, kalau memerlukan tanah untuk pembangunan maka ada keperluan untuk menggunakan kawasan bukit dan tanah pertanian. Tetapi jika kita tidak ingin membangunkan kawasan bukit dan pertanian maka Kerajaan Negeri boleh menyeleraikan semua tanah dan bangunan terbiar yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri, lepas itu boleh mewujudkan sebuah syarikat baru untuk menyewa atau melalui pajakan dengan mengambil tapak-tapak itu untuk dibangunkan dengan cara ini maka tanah PBT dan Kerajaan Negeri yang terbiar boleh digunakan untuk menjana pendapatan dan syarikat tersebut juga boleh bekerjasama dengan pihak swasta untuk membangunkan tanah-tanah dalam senarai.
Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan isu mengenai kerjaya prospek untuk warga Pulau Pinang. Kerjaya prospek ataupun career prospect bukan semata-mata peluang pekerjaan tetapi prospek untuk rakyat membina kerjaya mereka. Prospek kerjaya bukan sekadar mewujudkan peluang pekerjaan tetapi pekerjaan yang mencungkil bakat pekerja serta mengembangkan potensi dan kerjaya mereka. Kejayaan sesuatu negeri tidak hanya diukur daripada pertumbuhan ekonomi tetapi juga usaha dalam pembangunan kerjaya rakyatnya, Kerajaan boleh memainkan peranan utama dalam mencipta ekonomi untuk mewujudkan peluang kerjaya serta menyokong pembangunan kerjaya bagi rakyat terutamanya anak muda. Peluang kerjaya yang baik membawa kepada kesejahtera rakyat sebuah ekonomi yang mampu menyediakan pelbagai peluang pekerjaan membantu dalam mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Kepentingan peluang kerjaya juga berkait rapat dengan stabiliti sosial apabila rakyat mempunyai peluang untuk bekerja dan meningkatkan taraf hidup. Ini mengurangkan tekanan sosial dan ketidak puasan dalam masyarakat. Peluang kerjaya yang berdaya maju membawa kepada peningkatan produktiviti sebuah ekonomi yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan membantu dalam mencipta keseimbangan ekonomi dengan adanya pelbagai sektor pekerjaan, risiko ketidakstabilan ekonomi akibat krisis dalam sektor tertentu dapat dikurangkan. Ini memastikan kelestarian pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa yang panjang. Saya rasa ramai dalam Dewan yang mulia ini sedia maklum mengenai kepentingan mengembangkan kerjaya prospek. Cabarannya adalah bagaimana sebuah Kerajaan Negeri boleh merealisasikannya. Peluang pekerjaan dan prospek kerjaya bukan seperti air hujan yang jatuh dari langit. Senang bagi sesiapa sahaja untuk berkata bahawa Kerajaan Negeri perlu buat demikian tetapi bagaimana melakukannya? Adakah ambil semua orang menjadi penjawat awam tapi bagaimana nak bayar gaji mereka? Cetak wang dan memusnahkan nilai mata wang kita? Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, Dewan ini sedia maklum bahawa ramai YB-YB dalam ucapan perbahasan telah mengesa Kerajaan Negeri membawa pembangunan di kawasan masing-masing termasuk kawasan luar bandar namun begitu apabila Kerajaan Negeri
melaksanakan projek pembangunan ada pihak yang membantah pembangunan contoh seperti pembangunan projek Penang South Island (PSI). Apabila projek ini diumumkan ada yang bantah dengan kuat kerana mereka kata pembangunan industri boleh dijalankan di Seberang Perai yang masih mempunyai tanah industri tetapi apabila projek pembangunan industri diumumkan di Bertam ada pula yang bantah. Oleh itu nampaknya ada kumpulan-kumpulan yang anti pembangunan yang menghasut penduduk untuk bantah apa-apa projek pembangunan. Ada yang mendakwa projek pembangunan meminggirkan masyarakat Melayu, hakikatnya pembangunan seperti PSI adalah penting untuk kesejahteraan jangka masa panjang Pulau Pinang. Setakat ini projek PSI telah mewujudkan secara langsung 156.
Pulau Tikus saya rasa isu ini berulang-ulanglah kalau boleh skip, skipkan PSI saya dah dengar dah....
Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, dalam dunia yang semakin global dan berubah dengan pantas pembangunan....
Okay terus teruskan, jurucakap PSI...
Sebab itu tak apa.
Terus terus.
Dalam dunia yang semakin global dan berubah dengan pantas, pembangunan bakat yang berkualiti adalah suatu keutamaan yang tidak dapat diabaikan pada masa ini kepakaran dalam Sains Teknologi Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) menjadi lebih kritikal seiring dengan keupayaan untuk berkomunikasi dalam bahasa utama rakan dagang. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulas mengenai kepentingan peranan kerajaan dalam membentuk bakat yang mampu bersaing di peringkat global dengan penekanan khusus dalam bidang STEM dan kemahiran bahasa yang diperlukan dalam perdagangan antarabangsa.
Pembangunan bakat menjadi lebih penting berbanding sebelumnya memandangkan pasaran kerja semakin competitive dan mewajibkan pekerja mempunyai kemahiran yang teknikal. Kerajaan Negeri memainkan peranan utama dalam menyediakan ekosistem dan peluang bagi individual untuk membangunkan kepakaran dan bakat mereka. Sebagai contoh Penang Science Cluster telah berjaya memperkenalkan ilmu coding kepada lebih 5,400 pelajar di Pulau Pinang, selain itu melalui projek Girls in STEM Malaysia Penang Science Cluster juga mengajar lebih 4,700 pelajar perempuan untuk menguasai ilmu asas STEM dan program ini bukan sekadar diadakan di Pulau Pinang malah telah membantu pelajar-pelajar di Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan juga Kedah. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada ilmu teknikal STEM, kepandaian dalam bahasa menjadi semakin penting dalam hubungan antarabangsa dan perdagangan global memandangkan enam negara yang mempunyai nilai perdagangan yang tertinggi dengan Pulau Pinang adalah China, Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Jepun maka warga Pulau Pinang perlu memiliki kemahiran bahasa yang relevant dengan negara-negara dagangan utama sebagai contoh nilai perdagangan diantara Pulau Pinang dengan tempat yang berbahasa Mandarin iaitu China, Taiwan dan Hong Kong pada tahun lepas adalah sebanyak RM316 billion. Ini adalah angka yang sangat besar. Justeru Kerajaan perlu memberikan penekanan pada pembangunan kemahiran bahasa yang meliputi Bahasa Mandarin, Jepun dan Bahasa Inggeris. Kebolehan untuk berkomunikasi dengan fasih dalam bahasa yang digunakan oleh rakan dagang utama membawa kepada kelebihan dalam perniagaan dan kerjasama saintifik justeru Pulau Tikus ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan satu kempen 'Trilligualisme"' iaitu mengalakkan orang ramai terutamanya anak muda fasih dalam tiga bahasa seperti bahasa kebangsaan, Bahasa Inggeris dan satu lagi pilihan bahasa utama perdagangan. Kempen tersebut perlu menyediakan program-program penguatkuasaan bahasa yang berkesan termasuk program kecemerlangan bahasa, perancangan khusus bahasa yang efektif dan insentif untuk mempelajari bahasa-bahasa yang dapat digunakan untuk perdagangan. Selain daripada aspek pratikalnya, kemahiran bahasa juga meransang perkembangan mental dan emosi individu yang fasih dalam lebih daripada satu bahasa cenderung mempunyai kepekaan sosial dan kefahaman yang lebih baik terhadap kepelbagaian manusia. Negara-negara yang memberi penumpuan kepada pembangunan bakat dalam STEM dan penguatkuasaan bahasa secara konsisten sering mencapai pencapaian global yang cemerlang dengan ini Pulau Tikus memohon Dewan menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Pulau Tikus kita persilakan tiga sekali ini. Tadi saya tengok Pulau Betong lama berapa kali bangun dah dipersilakan Pulau Betong.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, terima kasih kepada Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-Ketua dan juga Ketua Pengarah Jabatan dan agensi, tuan-tuan dan puan-puan sekalian terima kasih kepada Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang untuk saya berbahas bagi ucapan bajet 2024
beraspirasikan visi Penang2030 Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara Demi Kemakmuran Bersama oleh Ketua Menteri Pulau Pinang pada 24 November 2023 yang lalu. Segmen tentang belanjawan 2024, Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua seperti yang kita termaklum dalam ucapan bajet 2024 Kerajaan Negeri akan membelanjakan sebanyak RM1.047 billion dalam Perbelanjaan Mengurus bagi tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak RM58.13 juta berbanding tahun 2023. Dalam ucapan yang sama juga kita dimaklumkan bahawa jangkaan hasil tahun 2024 hanya berjumlah RM533.08 juta yang akan menyebabkan bajet 2024 negeri Pulau Pinang akan mengalami defisit sebanyak RM514.52 juta. Keadaan rizab Kerajaan Negeri termasuk akaun amanah disatukan yang berbaki sebanyak RM1.67 billion pada 15 November 2023 amatlah merisaukan kerana wang akaun amanah akan terus berkurang sekiranya Kerajaan Negeri tidak mengambil satu tindakan drastik untuk menambahkan pendapatan negeri. Aspek pelancongan Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, kita dimaklumkan Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai lokasi utama pelancongan dalam negara dengan menawarkan pelbagai tarikan pelancongan dan aktiviti pengalaman yang boleh memenuhi sasaran khalayak serta pasaran berbeza. Pulau Betong mencadangkan agar kampung-kampung tradisi Melayu dikekalkan dan diusahakan untuk menjadi tempat pelancongan untuk menjayakan agenda pelancongan di negeri Pulau Pinang contohnya di Pulau Betong ada satu pantai namanya Pantai Malindo. Pantai Malindo ini seluas satu hektar Malindo ini diambil daripada nama sepohon pokok untuk berlindung. Di sini diharapkan semoga Pantai Malindo itu dapat diberikan satu-satu punca ataupun pusat pelancongan yang kondusif antaranya Pulau Betong mengharapkan usaha membangunkan kawasan pelancongan ini mempromosikan hutan paya bakau dan hutan simpan Pulau Betong yang disusun peringkat Kerajaan Negeri diteruskan kerana di Pantai Malindo itulah antara sunset iaitu satu gambaran yang sangat cantik pada waktu senja apabila matahari terbenam memang sangat cantik dan sangat indah.
Minta pencelahan Pulau Betong.
Okay.
Memang saya pernah membuat lawatan ke tempat tersebut tentang projek ini saya perlu merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada mantan ADUN Pulau Betong iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Tuah dan untuk cadangan Yang Berhormat Pulau Betong memang kawasan itu kekurangan tempat letak kereta kalau jalan masuk saja nak keluar memang tak boleh dalam perkara ini saya memohon jasa baik daripada Kerajaan Negeri atau pihak yang berkenaan untuk memandang serius dan membangunkan kawasan ini.
Terima kasih seterusnya segmen pendidikan, Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua seterusnya saya ingin menyentuh tentang generasi muda yang tidak menyambung pelajaran terutama sekali calon SPM khususnya jadi kita harap dengan mempromosikan STEM dapat memberikan satu suntikan satu motivasi kepada pelajar lepasan SPM. Pulau Betong mengharapkan segala program Kerajaan Negeri terutama sekali dalam mempromosikan STEM akan melibatkan ADUN tempatan untuk merancakkan lagi penyertaan masyarakat terutama sekali di kawasan-kawasan luar bandar begitu juga kita harapkan semoga program ini akan amatlah signifikan kepada para pelajar. Bolehksh Pulau Betong dapatkan data mengenai 200 pelajar perempuan yang menyertai Girls in Engineering & Technology berapa ramaikah pelajar dari Barat Daya yang terlibat dalam Program STEM itu? Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, kita harapkan kejadian-kejadian yang tidak diingini tidaklah berlaku dalam kawasan negeri yang kita sayangi ini kerana apa, kerana pendidikan dalam membentuk akhlak dan membentuk moral para pelajar yang kita sanjungi, kita harapkan semoga adalah membentuk akhlak dan membentuk moral para pelajar yang kita sanjungi. Kita harapkan semoga kes ataupun kejadian kemalangan yang melibatkan pelajar 16 tahun yang terbunuh di jambatan Pulau Pinang tidak berulang lagi kerana lebih menyedihkan dua orang tersebut akan melangsungkan perkhawinannya pada hujung tahun ini. Begitu juga Pulau Betong berharapkan pendidikan di negeri ini dapat mengurangkan masalah sosial terutama sekali lumba haram melibatkan belia kita yang kita sayangi.
Data diperolehi menunjukkan ada dua belas tempat hotspot lumba haram di Pulau Pinang, dalam Daerah Barat Daya ada empat (4) hotspot. Begitu juga tiga (3) tempat di Timur Laut, dua (2) tempat di Seberai Perai Tengah, di Selatan dua tempat dan satu tempat di Seberang Perai Utara. Data menunjukkan dari tahun 2018 sehingga tahun 2022 sebanyak 20 kemalangan disebabkan lumba haram ini meskipun jumlah dilihat sebagai tidak lah begitu menakutkan tetapi kita terpaksa menanggung antara benda-benda yang kita kena ambil kira dan ambil prihatin. Begitu juga masalah kebisingan menganggu penduduk untuk tidur terutama sekali anak-anak kecil menyusahkan masyarakat kita dalam keadaan tidak tenteram. Di samping itu diharapkan pihak berkuasa pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini. Begitu juga kita harapkan majlis-majlis ilmu di surau-surau di masjid-masjid di pergiatkan lagi. Oleh itu isu tauliah perlulah dipermudahkan agar lebih banyak majlis-majlis ilmu dapat kita imarahkan di surau-surau dan di masjid-masjid. Seterusnya kempen kesedaran juga perlu diberi dari semasa ke semasa agar belia-belia tidak terjebak dalam lumba haram itu. Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan pembangunan serta pencapaian dalam bidang perkerjaan, Pulau Betong mengharapkan agar usaha ini dapat ditujukan kepada belia yang berada di Negeri Pulau Pinang seperti mana dibahaskan sebelum ini antara punca generasi muda tidak mahu sambung belajar kerana mereka mendapati kakak dan abang mereka tidak mendapat pekerjaan. Oleh itu disarankan supaya diberikan tumpuan kepada anak-anak tempatan untuk mendapat perkerjaan yang terbaik daripada kerajaan.
Seterusnya Projek Penang Seed yang menjangkakan pencapaian pertumbuhan tahunan sehingga 5.8 peratus dengan menarik lebih 10 bilion pelaburan pembuatan dalam tempoh lima tahun dapat melibatkan belia di Pulau Pinang. Seterusnya saya tertarik dengan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam bidang digital seiring dengan Revolusi 4.0 dalam ucapan Ketua Menteri bajet 2024 dikatakan Pulau Pinang sangat komited dalam meneraju industri ekonomi teknologi generasi baru seperti teknologi kecerdasan buatan AI, big data, Agro Food dan sebagainya. Sudah tentu teknologi ini akan melibatkan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang sebagaimana telah dilaksanakan inisiatif tanpa tunai iaitu e-pembayaran, pemasangan kemera litar tertutup, Penang Smart Parking (PSP) dan sebagainya. Malaysia Digital telah mewujudkan lebih 17 ribu pekerjaan bernilai tinggi. Dato’ Yang di-Pertua, boleh dijelaskan 17 ribu pekerja itu berapakah yang datang dari Barat Daya? Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua kita juga harus juga memberikan didikan kepada masyarakat tentang kes-kes penipuan dalam talian yang biasa disebut sebagai scammer. Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa kes penipuan dalam talian naik kepada 45 peratus di Pulau Pinang dengan sejumlah 2,363 kertas siasatan dibuka sehingga 30 September 2023. Lebih menyedihkan apabila Ketua Polis Negeri Sembilan menyatakan bahawa George Town mencatat bacaan tertinggi di Malaysia bagi jumlah kertas siasatan yang dibuka membabitkan penipuan dalam talian sejak Januari sehingga September.
Kita berharap ada peruntukan yang disediakan bagi mengatasi masalah yang merisaukan ini apatah lagi scammer suka mencari sasaran warga emas yang kurang terdedah dengan perkembangan teknologi. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan digital juga saya ingin tahu bilangan syarikat yang terlibat dengan Digital Penang terutama sekali bilangan syarikat bumiputera. Saya juga ingin tahu berapa peruntukan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada Digital Penang dan berapa hasil pulangan yang diperoleh setakat ini. Mohon penjelasan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu setempat dalam bajet 2024 ini saya tidak memperolehi maklumat tentang berapa peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu banjir di Balik Pulau. Saya ingin tahu berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri di bawah DUN Pulau Betong. Pulau Betong sekiranya masih melihat rangka perancangan untuk mengatasi banjir itu dirancang dengan betul supaya bajet dapat dikurangkan dari tahun ke tahun. Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Betong berharap agar dipercepatkan pembinaan lampu isyarat di Simpang Tiga Air Putih, Balik Pulau. Begitu juga Pulau Betong berharap agar bajet ditambah kepada JKR dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk menyelesaikan masalah jalan raya terutama sekali jalan-jalan dalam kawasan kampung kerana jalan itu berada dalam jalan yang tidak ataupun kurang baik dan menyebabkan kemalangan sering berlaku dan menggangu kelancaran trafik. Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya bahagian zakat diharapkan agihan zakat Negeri Pulau Pinang mestilah diagihkan oleh Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN yang beragama Islam perkara ini amat sensitif dalam kalangan pengeluar zakat yang melibatkan orang-orang beragama Islam. Kita sudah berada dalam dalam bulan Jamadilawwal lagi, 3 bulan lagi kita akan menyambut Ramadan oleh itu diharapkan supaya agihan zakat itu tidak melibatkan ADUN-ADUN yang bukan beragama Islam.
Pulau Betong juga ingin mendapat penjelasan tentang jumlah orang fakir dan miskin yang berada di setiap DUN supaya kita dapat membuat ETR, TOV dan ETR yang kita tahu sekarang ini kita berada berapa. DUN Pulau Betong kalau ada 100 orang fakir ataupun orang miskin jadi kita boleh meletakkan dalam masa tiga tahun ataupun empat tahun ataupun lima tahun kita akan letakkan ETR Expected Target Result kita kena pastikan jumlah fakir miskin itu dapat dikurangkan di minimumkan. Dato’ Yang di-Pertua, sehinga ini saja la perbahasan saya pada bajet 2024 dan saya akhiri ucapan saya pada petang ini dengan mengungkapkan pesanan daripada Imam Al-Ghazali kata Imam Al-Ghazali kalau ada seribu orang cemerlang akan kupastikan aku berada salah seorang daripada seribu orang itu kalau seratus orang yang cemerlang akan aku pastikan aku berada salah seorang daripada seratus orang itu kalau sepuluh orang yang cemerlang aku juga akan pastikan aku berada salah seorang daripada itu kalau sekiranya seorang sahaja yang cemerlang akulah orangnya. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatulla hiwabarakatuh.
Telok Bahang. Terima kasih Pulau Betong kita persilakan Telok Bahang.
Terima kasih Yang Berhormat.
Bertam nanti saya ingat kita bagi pergulungan sat lagi. Nak habis dah.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, para EXCO barisan Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri seluruhnya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Rang Undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan 2024. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Pulau Pinang telah mengusulkan satu anggaran perbelanjaan bagi tahun 2024 dengan defisit sebanyak 514.52 juta bagi tahun berakhir 2024 dan pertumbuhan keluaran negara keluaran keluaran dalam negara kasar sebanyak 13.1 peratus pada tahun 2022 berbanding 6.9 peratus pada tahun sebelumnya menggambarkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri berada ditahap yang tidak membanggakan dan tidak stabil secara amnya. Kerajaan Negeri juga memaklumkan bahawa bidang pembuatan E&E dan M&E telah menyumbang sebanyak 85 peratus di negeri ini dan 27 peratus daripada pelaburan Malaysia namun unjuran KDNK ini tidak menggambarkan satu pencapaian kewangan negeri yang keterampilan jika diambil kira defisit yang dihadapi.
Dato’ Yang di-Pertua, Telok Bahang juga ingin menyentuh bidang perkhidmatan yang mencatatkan pertumbuhan berjumlah RM 52.4 bilion pada tahun 2022 dan RM 47.1 bilion pada tahun 2021. Pulau Pinang sememangnya mempunyai daya tarikan dan terkenal dengan pelancongan yang berasaskan F&B, banyak makanan-makanan yang berasaskan konsep India Muslim seperti nasi kandar, mee sotong, mee udang dan pasembur serta sebagainya menjadi daya tarikan kepada pelancong-pelancong luar. Oleh yang demikian bahagian pelancongan Negeri Pulau Pinang semestinya menggunakan kelebihan ini untuk menarik pelancong-pelancong daripada luar dan dalam negeri dan khususnya memberi pengiktirafan kepada pemain-pemain sektor ini. Bidang pelancongan di Pulau Pinang telah berjaya menarik kehadiran pelancong seramai 629,476 orang pada tahun 2022 dan 1.32 juta orang pada tahun 2021. Secara amnya sumbangan bidang pelancongan telah menyumbang kepada KDNK kepada KDNK dan tidak dilupakan juga pelancong-pelancong tempatan yang kebanyakannya menggunakan cuti hujung minggu sebagai tempat beriadah terutamanya di pantai-pantai di Batu Feringhi dan Teluk Bahang boleh meningkatkan keupayaan KDNK Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang merupakan kawasan yang dikelilingi dengan laut dan merupakan destinasi pelancong-pelancong yang gemar dengan tarikan alam semula jadi. Di Balik Pulau terdapat banyak tempat-tempat pelancongan seperti Pantai Keracut, Teluk Kampi, Muka Head yang boleh dipromosikan untuk menarik lebih ramai pelancong di kawasan tersebut. Taman Negara yang mempunyai Flora dan Fauna merupakan produk pelancongan yang berimpak tinggi kerana pokok-pokok yang terdapat di Taman Negara telah berusia beratus tahun. Pulau Pinang juga mempunyai pelbagai permata tersembunyi dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor pelancongan juga pada bulan Jun tiap-tiap tahun ramai orang akan mengingati Pulau Pinang terutamanya pengemar-pengemar durian. Durian Balik Pulau mempunyai cita rasa yang tersendiri lain dari yang lain. Jabatan Pertanian perlu sentiasa memantau standard supaya ianya tidak menjadi barang ciplak kerana contohnya durian daripada Pahang dan Perak sering dijenamakan durian Balik Pulau walhal benda itu adalah tiruan semata-mata. Durian Balik Pulau juga di eksport ke luar negara seperti Cina, Taiwan dan Hong Kong dan lain-lain lagi. Ini menjana pendapatan yang tinggi kepada Negeri Pulau Pinang. Pihak penanam-penanam durian di kawasan Balik Pulau pada tahun ini telah memanggil satu mesyuarat supaya kita membuat ataupun mengklasifikasikan durian Balik Pulau ini sama seperti mana madu ataupun kita bubuh tag di durian tersebut supaya ianya tidak dapat diciplak. Saya berharapkan Jabatan Pertanian membantu di dalam usaha ini untuk merealisasikan apa apa yang dipanggil sebagai membantu di dalam usaha ini untuk merealisasikan apa yang dipanggil sebagai mutiara yang tersembunyi. Dato’ Yang di-Pertua, sektor pembinaan juga meningkat sebanyak 12.9 peratus pada tahun 2021 dengan nilai tambah RM2.5 bilion. Prestasi ini dipengaruhi oleh pertumbuhan nilai kerja binaan dan subsektor pembinaan bangunan. Kerajaan Negeri telah mendapat peruntukan daripada Bank Dunia untuk melaksanakan urban greening, pocket park. Dana tersebut juga digunakan untuk projek storm management. Tetapi apa yang merisaukan Telok Bahang, pokok-pokok bakau sebagai zon penampan di sekitar kawasan ternakan ikan dan udang di kawasan Kuala Sungai Pinang, Kuala Sungai Pinang telah habis ditebang sehingga menampakkan laut. Sekiranya ombak
besar seperti tsunami, dengan mudah akan membadai kampung-kampung di sekitar Kuala Sungai Pinang dan sekiranya terus dibiarkan tanpa pengawasan lambat-laun spesies bakau yang terdapat di situ akan pupus. Kawasan tersebut menjadi terdedah kepada risiko bencana alam sekitar yang besar. Di samping itu juga, penebangan pokok-pokok bakau menjadi halangan kepada nelayan-nelayan apabila kayu-kayu tersebut dibuang di dalam laut. Ramai nelayan telah mengadu tentang permasalahan dengan pengusaha kolam-kolam udang dan ikan yang tidak dikawal. Selepas musim tunaian ataupun pengambilan udang dan ikan, mereka, pengusaha-pengusaha ini akan menggunakan pesticide untuk menghapus makhluk-makhluk perosak sebelum anak-anak udang dan benih baru dimasukkan ke dalam kolam udang. Apa yang membimbangkan adalah racun-racun tersebut kemudiannya dibuang terus ke sungai dan terus ke laut mengakibatkan benih-benih udang dan ikan di laut akan mati dan pupus. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh tentang food security. Food security merupakan salah satu sektor yang amat memerlukan komitmen Kerajaan Negeri di dalam menentukan keterjaminan makanan di negara ini, di negeri ini agar sentiasa berada di landasan yang betul dan dengan pertumbuhan 3.4 peratus sektor pertanian termasuk subsektor perikanan kekal berdaya tahan. Kementerian Pertanian juga telah mengadakan konsep SMART SBB yang merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri bertujuan untuk meningkatkan hasil padi yang mana selama ini telah enam tahun berturut-turut pengeluaran padi di negeri Pulau Pinang mencapai target lima tan per hektar. Sebanyak RM6.3 juta telah diperuntukkan untuk menaikkan taraf teknologi pertanian di Pulau Pinang. Saya juga ingin menyeru supaya Kerajaan Negeri membuat kajian semula berkaitan tanah-tanah sawah terbiar untuk diberi rejuvenation supaya tanah-tanah sawah ini mengeluarkan hasil tambahan kepada sektor pertanian khususnya padi. Dato’ Yang di-Pertua, strategi Kerajaan Negeri, Visi Negeri Pulau Pinang 2030, Kerajaan Negeri telah memperkasakan lapan bidang keutamaan iaitu peluang pekerjaan. Kerajaan Negeri di dalam usaha mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak negeri perlu menekankan supaya rakyat tempatan tidak dianaktirikan. Ini kerana sektor khususnya sektor perhotelan juga mempunyai banyak peluang pekerjaan, namun ianya sekarang ini menjadi rebutan dan idaman pekerja-pekerja warga asing dengan memasukkan ataupun merebut peluang-peluang pekerjaan di sektor hotel. Satu mekanisme yang perlu diberi untuk memberi keutamaan kepada rakyat tempatan perlu diwujudkan agar kelebihan diberi kepada rakyat tempatan. Telok Bahang ingin mengetahui berapakah jumlah peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan selepas lima tahun ianya ditawarkan di dalam pelbagai sektor. Program InvestPenang, Kerajaan Negeri telah melaksanakan promosi-promosi di negara-negara seperti Singapura, Korea Selatan dan negara Eropah. Konsep handholding kepada para pelabur untuk terus menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri tumpuan para pelabur adalah amat dialu-alukan. Sehubungan itu, peranan-peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi Pusat dan Negeri seperti MIDA, MIDEC, PDC, MBSP, MBPP, PBA perlulah sentiasa memberi keutamaan kepada pelabur-pelabur agar mereka sentiasa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan mereka.
Melalui Belanjawan 2024, sebanyak RM10 bilion telah diperuntukkan bagi pembinaan LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai sebagai ketersambungan jaringan pengangkutan di antara tanah besar dan Pulau. Namun, jaringan tersebut masih fall short, maknanya dengan tidak hanya tidak adanya lebuh raya bertingkat di antara Juru dan Sungai Dua bermakna jaringan perhubungan itu masih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Visi 2030 juga memperincikan isu mengenai perubahan iklim. Isu tebatan banjir yang difokuskan kepada kawasan-kawasan yang bermasalah banjir akibat perubahan iklim masih tidak memberikan impak yang sebenarnya khususnya seperti di kawasan-kawasan yang bermasalah banjir di daerah Barat Daya. Dato’ Yang di-Pertua, pembekalan air terawat masih membelenggu negeri ini walaupun Visi Penang2030 telah berjalan secara selama lima tahun. YB EXCO telah memberi penjelasan yang panjang lebar berkenaan dengan kemelut air yang berlaku adalah bersifat sementara saja sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Tambun pada kelmarin.
Tambun, Perdana Menteri Kesepuluh.
Yang Berhormat Bukit Tambun, minta maaf, minta maaf.
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri: (Ketawa)…
Yang Berhormat Bukit Tambun juga kelmarin menyoal berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mengatasi masalah air ini. Yang Berhormat Bukit Tambun juga menyebut tentang permasalahan kilang-kilang baru yang bakal didirikan akan menghadapi masalah ketiadaan air. Kawasan-kawasan baru di Batu Kawan yang sememangnya..
Telok Bahang, isu air dah banyak sentuh dah Telok Bahang. Telok Bahang sebolehnya fokus di tempat sendiri.
Dato’ Yang di-Pertua, di dalam merealisasikan Visi Penang2030 pembangunan komuniti termasuk belia, wanita dan warga emas telah menjadi agenda Kerajaan di dalam memartabatkan golongan-golongan tersebut. Di sini Telok Bahang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas kepada YB EXCO Belia dan Sukan, Padang Lalang kerana Harimau Kumbang telah berjaya mengalahkan Tok Gajah, 3-2.
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri: (Menepuk meja)…
Di samping itu, masih banyak lagi sukan-sukan di negeri ini yang berprestasi rendah seperti takraw, basketball dan sebagainya dan perlu diberi penekanan. Bagi golongan warga emas pula, PAWE yang menjadi pusat sehenti kepada golongan ini perlulah diberi nafas baru terutamanya dari segi perjalanan modul-modulnya yang dilaksanakan. Ini termasuklah penambahan peruntukan sekiranya dapat diadakan oleh EXCO, Sungai Pinang. Because satu masa nanti juga, kita juga akan pergi ke PAWE dan kita berharapkan PAWE memberi yang terbaik kepada kita.
Ada lagi?
Sikit lagi, sikit lagi.
Tu la lompat sampai Jambatan, lepas ke Batu Kawan, Ketua Menteri duk Batu Kawan ja, cerita pasal Teluk Kumbar jalan apa ka…
Hehehe (ketawa)
Lompat jauh sangat.
Okay, pada tahun 2009 telah memperkenalkan Dasar Pembasmian Kemiskinan tegar iaitu AES dan BAES yang memperuntukkan sekurang-kurangnya RM944.00 sebulan. Namun, masih terdapat Ketua Isi Rumah ataupun KIR yang tidak mendapat bantuan sepenuhnya di..ini kerana Pendapatan Garis Kemiskinan RM260.00 telah tidak relevan sepertimana yang diutarakan oleh YB. yang..
Terdapat berapa orang gelandangan yang terpaksa diberi perhatian khususnya di kawasan Balik Pulau. Gelandangan-gelandangan ini walaupun mereka tidak menimbulkan masalah tetapi boleh mendatangkan keadaan tidak senang dengan tingkah laku mereka seperti membuang air besar di tengah-tengah jalan dan di merata tempat serta tidur di kaki-kaki lima kedai. Saya mengharapkan EXCO Sungai Pinang untuk memberi tumpuan kepada perkara ini. Bidang perumahan saya rasa dah banyak disentuh. Pembangunan luar bandar, Dato’ Yang di-Pertua, kawasan Balik Pulau masih berada di dalam kategori luar bandar justeru Program Bina Rumah dan Baik Pulih Rumah Rakyat Miskin perlulah diberi keutamaan kepada penduduk kawasan ini. Saya menyambut baik nilai tambah peruntukan daripada RM56,000.00 ke RM75,000.00 berkuat kuasa 2023 kepada para-para pemohon untuk membaiki rumah ataupun membina rumah di atas tanah sendiri. Kepada projek pembinaan rumah-rumah ini YB. EXCO dipohon untuk memberi maklumat kepada YB.-YB. kawasan bagi memenuhi keperluan di kawasan masing-masing. Saya juga menyeru supaya YB. EXCO Luar Bandar dapat membantu memulihkan ekonomi terutamanya dari segi bantuan peralatan. Banyak peniaga-peniaga yang memohon bantuan-bantuan peralatan ini dan kami agak, orang kata, menunggu sekiranya ada daripada EXCO Luar Bandar untuk membantu para peniaga tersebut. Terdapat banyak kumpulan masyarakat yang masih mengharapkan bantuan dan sokongan terutama kumpulan-kumpulan peniaga kecil dan peniaga di tepi jalan yang berpe (tidak jelas). Saya ingin mengetahui setakat ini, berapa ramaikah peniaga-peniaga yang memperolehi manfaat dari skim bantuan peralatan di luar bandar. Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya merumuskan, saya ingin menarik perhatian terhadap alam sekitar, kelestarian alam sekitar. Matlamat Kerajaan Negeri Pulau Pinang di dalam mengekalkan persekitaran pemuliharaan kawasan, Agenda Hijau Pulau Pinang 2030 dan sejajar matlamat United States, United Nation Sustainable Development 2023 masih terdapat kawasan-kawasan bukit yang telah digondolkan. Perkara ini bertentangan dengan Agenda Hijau Pulau Pinang 2030. Pembangunan pokok-pokok bakau yang tidak dikawal penebangan pokok-pokok bakau yang tidak dikawal di kawasan pantai amat memberi kesan kepada ekosistem kawasan setempat. Apakah pihak Jabatan Hutan ada membuat pemantauan terhadap kecurian pokok bakau di kawasan kuala Sungai Pinang? Taman negara merupakan produk ekosistem yang sentiasa dinamik. Justeru itu mekanisme yang komprehensif termasuk penggunaan drone perlu diadaptasi di kawasan ini bagi mengelakkan penebangan pokok-pokok yang bernilai tinggi. Pencemaran kawasan yang mempunyai banyak sumber makanan seperti pantai yang tercemar dengan najis khinzir haruslah di beri penekanan kerana terdapat rangkaian makanan seperti kerang, siput dan ikan yang menjadi makanan penduduk tempatan telah tercemar akibat daripada najis khinzir yang disalurkan ke dalam laut. Bukit Bendera telah diberi pengiktirafan dunia sebagai tapak rizab biosphere di bawah program manusia dan biosphere man and biosphere UNESCO pada tahun 2021. Saya menyokong penuh Kompleks Hutan Simpan Paya Laut di pesisir Pantai Penaga hingga ke Teluk Air Tawar dijadikan kawasan flyway site network iaitu sebagai tapak persinggahan burung-burung pantai berhijrah di kawasan East Asian-Australisation Flyway Partnership (EAAFP). Kawasan beting tengah atau middle bank di Pulau Pinang merupakan
satu kawasan yang sangat kaya dengan biodiversity marine. Pulau Kazambo merupakan satu-satunya kawasan di Selat Melaka yang mempunyai taburan rumput luas, rumput laut luas dengan berbagai spesies. Justeru khazanah-khazanah ini perlu dijaga dengan baik demi masa depan anak cucu kita. Sekian, Telok Bahang mohon menyokong.
Terima kasih Telok Bahang. Dipersilakan Bertam.
Bismillah hirrohmanir Rahim. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh serta salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Pertama sekali terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengambil bahagian kali ini bagi turut terlibat dalam membahaskan Usul Pembekalan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 atau lebih dikenali sebagai usul belanjawan bagi negeri Pulau Pinang tahun 2024. Peringkat awalnya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Ketua Menteri dan juga Dato' Speaker kerana di waktu pembentangan tersebut didahulukan dengan usul khas berkaitan dengan pernyataan solidariti Kerajaan Negeri yang telah pun di sokong secara unanimous oleh semua ahli-ahli Dewan. Kepada saya ia adalah satu benda yang meletakkan Dewan ini di tahap moral ground yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya menganggap bahawa pembentangan, saya akan memberi masa yang pendek sebab ada lagi dua lagi. Pembentangan yang di buat oleh Yang Berhormat Ketua Menteri baru ini adalah satu pembentangan yang amat-amat comprehensive, baik, cukup rasa dan cukup menyeluruh yang sekaligus menjadi pengisian kepada hala tuju dalam menuju ke 2030. Lebih daripada itu adalah kita juga, Kerajaan Negeri juga berdepan dengan cabaran sebagaimana yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri. Namun walaupun saiz belanjawan kita ialah saiz yang bukanlah saiz yang besar, kita adalah antara saiz yang kecil kalau dibezakan dengan dan Negeri Selangor RM2.5 billion, Kelantan RM1.9 billion, Johor RM1.7 billion malah Kedah lebih sikit kecil pada kita. Namun usaha yang berterusan dengan ikhtiar yang dicari yang dibuat oleh Yang Berhormat Ketua Menteri bersama dengan pasukan EXCO beliau adalah suatu benda yang saya anggap commendable. Suatu benda yang terpuji sebab ada orang juga melahirkan kebimbangan berkaitan dengan defisit. Memang benar kita melihat bahawa kerisauan ini berasaskan kerana kita khuatir deficit yang semakin membengkak ini perlu diimbangi dengan langkah-langkah strategik yang lain agar bukan hanya reserve kita tidak berkurangan tetapi kita boleh meluaskan lantai penjanaan kekayaan dan sumber kekayaan baru negara negeri mahupun dan kaedah-kaedah bagaimana kita boleh memastikan bebanan-bebanan tertentu dalam belanjawan terutamanya membabitkan pembangunan dapat di kongsi bersama oleh Kerajaan Pusat terutamanya. Sebab itulah saya hendak maklumkan walaupun kita ada defisit ia bukanlah asing. Selangor pun ada defisit, malah Selangor defisit tak adalah 330. Kelantan juga deficit. Malahan Sarawak walaupun Sarawak sebenarnya tidak boleh dibandingkan sangat sebagaimana
disebut oleh Air Putih tadi kerana mereka tergolong dalam special arrangement dan mereka terikat dengan MA63 tapi Sarawak juga mencatatkan RM852 bilion dan sememangnya ini bukanlah suatu benda yang asing tetapi saya hendak highlight bahawa apa yang di sebut juga kekal kepada keadaan dan kedudukan posisi yang amat terkedepan dalam banyak hal. Saya sudah sebut dah bahawa eksport kita nombor satu. 34.6 peratus disebut dalam beberapa perkara tapi saya hendak sentuh juga bahawa kita saiz ekonomi kita adalah yang kelima terbesar. Lima sahaja negara atau negeri yang mempunyai saiz ekonomi melepasi 100 bilion. Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Sarawak, Pulau Pinang, Selangor dengan Wilayah Persekutuan memang diketahui kerana berada di ibu negara. Johor berada di sempadan Singapura tentulah ia akan dapat limpahan daripada pembangunan yang berlaku di Singapura. Sarawak mempunyai sebagaimana yang kita sebut tadi. Namun Pulau Pinang satu-satunya negeri yang juga berada dalam kelompok liga tersebut dan bukan itu saja kalau dari segi saiz ekonomi perkapita kalau di tolak Kuala Lumpur di semenanjung sahaja Pulau Pinang mencatatkan KDNK per kapita yang tertinggi iaitu lah 69,591. Malahan kalau kita ambil unemployment rate mengikut Jabatan Perangkaan selain daripada Putrajaya yang saya anggap tidak boleh dibandingkan Pulau Pinang berada pada nombor satu. Itulah 2.1. Ini menunjukkan bahawa bahawa capaian-capaian yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri ini amat membanggakan. Namun ia adalah suatu benda yang kita lihat sebagaimana yang di sebut cabaran. Cabaran kerana kita adalah negeri yang tidak ada sumber. Kita negeri yang semakin hari semakin berdepan dengan scarcity of land keterbatasan untuk membangun untuk perindustrian. Ini memerlukan kebijakan baru untuk kita lihat. Saya yakin bahawa suatu benda boleh dilakukan dalam tempoh-tempoh yang akan datang ini. Memang benar dalam tempoh 15 tahun yang lalu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita berada dalam keadaan yang agak tempang. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat tidak berada pada apa yang disebut sebagai padang yang sama tetapi ini adalah peluang keemasan bila mana kedua-duanya berada pada landasan yang sama. Landasan iaitu landasan perpaduan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Perpaduan juga yang berada di negeri kerana kalau kita hendak terus melakukan banyak lagi anjakan-anjakan kita perlu dokong daripada Kerajaan Pusat. Saya menyokong apa yang disebut dan dilafazkan oleh TYT ketika ucapan. Kita perlu ada strategi engagement untuk terus mendapat limpahan daripada pusat kerana banyak program-program pusat yang dahulunya tidak sampai ke halaman Kepala Batas, Pulau Pinang barangkali disebabkan adalah kekangan-kekangan …..(ketawa). Teringat pula Kepala Batas... adalah disebabkan oleh kekangan-kekangan dari segi hubungan. Namun kali ini saya pasti ia tidak akan menjadi hal sebab kita ada tiga Menteri Besar dalam Parlimen. Kita ada Negeri Sembilan. Kita ada Pulau Pinang kita ada Selangor. Kita ada dua ahli Parlimen di sini. Dalam Dewan ini. Kita ada seorang Menteri. Kita ada 3? Siapa lagi seorang? Dua. Kita ada seorang Menteri duduk dalam Jemaah Kabinet, Nibong Tebal. Malah lebih penting kita punya Perdana Menteri walaupun di Tambun tapi hati dan jiwa dia tetap berakar di negeri Pulau Pinang. Siapa yang ada hati di Pulau Pinang tentu pasti dapat melakukan suatu benda kepada Pulau Pinang. Saya bagi contoh isu perumahan. Saya sebut baru ini isu perumahan. Isu agenda yang saya anggap boleh di puji kerana agenda yang telah disasarkan 220,000 dan setakat ini jumlah yang telah di capai pun agak tinggi tetapi saya sebut pasal PPR. PPR adalah agenda perubahan yang di bawa oleh Kerajaan Pusat.
Dato' Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua PPR ini adalah satu agenda yang benar-benar membantu rakyat di peringkat bawahan B40 and the utmost bottom of B40. Di kala kita menyediakan rumah 100 ribu Perai? Ada juga orang yang diperingkat kampung-kampung di Kepala Batas tidak mampu tetapi PPR ini satu intervention yang cukup special malahan ketika RMK Ke-12 dibuat. Saya sebut ketika mana selepas 2018 waktu itu saya tidak dalam kerajaan tidak ada satu pun PPR yang diperuntukkan untuk negeri Pulau Pinang dan bila saya masuk di dalam kabinet tahun 2020 saya memulakan rentak untuk memasukkan melakukan notes of changes makna peruntukan pembangunan tetap sama tapi saya tukar tempat saya tidak boleh sebut negeri mana yang saya ambil ubah saya bawa mai Pulau Pinang dua (2). Satu di Seberang Perai Utara, satu (1) di Pulau sebab apa? Sebab Bertam orang Pulau Pinang. Dia ada jiwa Pulau Pinang sebab itu dia boleh buat dan sebab bila mana ada rasa kepada negeri. Demikian juga bilamana Tambun menjadi Perdana Menteri selepas sekian lama kita menantikan peruntukkan untuk LRT. Kajian separuh penggal boleh diperuntukkan, diperuntukkan sebanyak RM10 bilion untuk pembinaan LRT dan juga RM100 juta untuk pembesaran lapangan terbang sebab apa sebab Tambun ada jiwa negeri Pulau Pinang. Ini saya masukkan bahawa dalam kekangan kita di Tambun bukan dia….(ketawa). Tambun, Bukit Tambun dia boleh bising sahaja dia tidak ada peruntukan boleh bagi tapi Tambun dia bagi tapi yang saya hendak masukkan ialah inilah antara perkara yang saya hendak ajak di kalangan pasukan Kerajaan Negeri bukan hanya Ketua Menteri saja semua di kalangan ahli-ahli EXCO perlu melihat bagaimana ia boleh membawa limpahan peruntukan. Bayangkan kalau RM398 bilion peruntukan Madani yang telahpun diumumkan oleh Kerajaan Malaysia. Berapa banyak yang boleh dibawa ke sini tapi seperkara yang penting ialah kita sudah berada di penghujung RMK12. Tidak lama lagi akan masuk RMK13, tidak sampai setahun setengah. Di sinilah the challenge of each one of you EXCO banyak lagi peruntukan yang ada sudah boleh di bawa. Ada negeri Tuan Yang di-Pertua peruntukan belanjawan dia jauh lebih rendah dari kita tapi pembangunan berlaku pesat sebab apa semuanya datang daripada pusat. Negeri Melaka umpamanya. Datang daripada pusat. Kita bukan tidak pernah dapat kita dapat jambatan 1, jambatan 2, lapangan terbang, pembesaran lapangan terbang, pembesaran pelabuhan kontena. Ini semua adalah pembangunan-pembangunan strategik yang boleh merancakkan dan merangsangkan kegiatan ekonomi. Demikian juga pembangunan di Kepala Batas. Saya sendiri dilakukan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah waktu itu. Semua itu datang hasil daripada pelaburan dan pendanaan daripada pusat dan sebab itulah saya menganggap bahawa hubungan pusat dan juga hubungan negeri ini boleh diikat dengan lebih kuat dengan pembabitan kalaulah tidak boleh juga guna yang di kalangan mana yang ada hubungan untuk pergi dan akhirnya limpahan ini datang ke negeri Pulau Pinang balik. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya hendak sentuh juga pasal perkara dua, tiga point of concern yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ketika membentangkan belanjawan. Saya rasa yang lainnya much have been said by yang lain saya puji tadi ucapan daripada Seberang Jaya sarat dengan cadangan-cadangan yang baik, very good one walaupun berada di kerusi pembangkang tetapi cadangan beliau dan cadangan yang wajar di ambil perhatian. Seperkara yang saya lihat adalah tentang kesungguhan dan ikhtiar daripada Kerajaan Negeri, komitmen untuk menerapkan konsep ekonomi kitaran ataupun the secular
economy. Ini lebih berkait dengan soal pengurusan sisa pepejal kerana pengurusan sisa pepejal ini adalah salah satu yang menjadi masalah kepada semua negara maju-maju. Kita menjana hampir 2.3 2,300 metrik tan satu hari maknanya dua juta tiga ratus ribu kg dan yang paling bermasalah di Malaysia khususnya di Pulau Pinang antara kandungan sisa pepejal terutama domestik dari segi tahap kelembaban. Kita mempunyai sisa pepejal yang punya kelembapan tahap yang amat tinggi maknanya the wet waste nearly reaching a most fifty percent sebab mana tidaknya dengan nasi kandar, mi goreng menjadikan negara kita ataupun negeri ataupun negara secara keseluruhan mempunyai sesuatu kesukaran untuk memastikan bilamana ia hendak diproses dan hendak dilupuskan dan pada waktu ini kita dapat lihat banyak usaha yang dilakukan oleh negeri Pulau Pinang waste segregation of source tema ini adalah salah satu yang ditekankan Agenda Hijau Pulau Pinang, Penang Green Data, Secular City Project Penang Zero Waste Network namun aspek pengurusan sisa pepejal ini perlu dibuat, ditekankan Agenda Hijau Pulau Pinang, Penang Green Data, Circular City Project, Penang Zero Waste Network. Namun, aspek pengurusan sisa pepejal ini perlu dilihat dalam skop yang lebih menyeluruh. Ia perlu bermula daripada the waste generation kemudian consumption kutipan collection dan rawatan. Dan inisiatif sedia ada yang dilaksana oleh Kerajaan Negeri lebih tertumpu kepada promosi pencegahan penjanaan sampah. Inisiatif ini adalah baik namun ia masih tidak memberi satu ekonomi scale bagi meningkatkan nilai secondary new material. Saya dapat akui bahawa nilai kitar semula memang dah tinggi sehingga mencatatkan 51.18 sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Jauh lebih tinggi daripada kadar nasional iaitu 33 percent tapi satu fakta yang tak dapat kita lari adalah nilai sisa yang pergi ke tapak pembuangan sisa pelupusan meningkat. Dahulunya 1,700 satu metrik tan 2,009 sekarang dah naik sehingga 2,300 dan bererti ini tidak menunjukkan dan kesenjangan data ini adalah memberi suatu tekanan kepada pengurusan sisa pepejal kerana kita nak lihat dalam kita nak menuju ke ekonomi kitaran. Apakah sasaran yang kita letak? Dahulu ketika saya Menteri KPKT antara salah satunya ialah zero to landfill, zero waste to landfill. So bagaimanakah kata peranan ataupun perancangan yang dilakukan oleh KPKT. What is the actual number figures of percentage of waste yang pergi ke dan apakah akan berlaku penurunan? Demikian juga teknologi-teknologi yang sekarang ini yang sebagaimana disebut dalam ucapan tentang soal bukan sahaja WTE yang paling penting adalah antaranya ialah MRF dan juga anaerobic digester yang banyak diguna di negara-negara barat kerana WTE memerlukan kadar apa nama ni pelaburan yang amat tinggi. Tentu sekali lah konsensi juga perlu diberi perancang malahan tipping fee pun masih lagi perlu ditanggung. Dan dalam hal ini juga saya nak tanya apakah again dalam kerjasama pusat dan juga kerjasama negeri, apakah Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengalihkan obligasi pengurusan sisa pepejal ini yang dahulu yang sekarang ini ditanggung oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat melalui penggunaan Akta 672. Sekarang ini ada enam negeri yang telah menandatangani 672. Apakah Pulau Pinang berhasrat agar ia dapat dipindahkan bebanan-bebanan yang sekarang ini ditanggung dan memungkinkan orang kata fiscal tightness yang dihadapi oleh negeri Pualu Pinang ini dapat di lossen out dan akhirnya boleh membantu tentang pembangunan-pembangunan yang lain.
Berikutnya adalah berkaitan dengan pertanian. YB muda kita ada sini. Disebut juga oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berkaitan dengan pertanian tentang bagaimana kita mempunyai adalah negeri yang mencatatkan kadar purata pengeluaran tertinggi tapi itu adalah yield. Tapi hakikatnya bahawa kita telah menyaksikan penurunan SSL. SSL daripada self-sustaining level daripada 63 dah turun jadi 61. Apa maknanya? Maknanya kebergantungan untuk tambahan daripada luar tu makin meningkat. Kalau nak sampai 2030 rakyat populasi makin meningkat tapi tanah tak membesar. Sekarang ini kita ada 12,000 ini pun saya nak tanya YB Pantai Jerejak apakah 12,000 ini adalah last audited one. 12,000 hektar ataupun tanah ini sudah berkurangan. Dan kalau kita ikut dasar yang diletakkan di peringkat pusat, Dasar Agro Makanan 2.0 yang sasarkan untuk sampai SSL 80 peratus. Kalau sekarang pengeluaran kita kalau tak silaplah 120,000 metrik tan setahun. Kalau nak capai untuk 80 peratus kita perlu mencapai sekurang-kurangnya 175,000 metrik tan setahun. Jadi apakah langkah-langkah yang ada yang boleh kita lakukan agarnya penurunan SSL daripada 63 ke 61 ini yang sebenarnya walaupun dua percent tapi ia sedikit sebanyak memberi gambaran yang agak orang kata agak membimbangkan kalau ia tidak dilakukan sesuatu. Dan dibangkitkan juga berkaitan dengan smart sawah berskala besar. Alhamdulillah ia dilancarkan 2022 membabitkan 420 pesawah, membabitkan Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang Berhad, Koperasi Jalan Sempadan Nibong Tebal Berhad, Koperasi Kelompok Padi dan juga Kilang Beras Siong OBL. Namun saya dapat dapatan bahawa ada terdapat penurunan yield iaitu Koperasi Jalan Sempadan Nibong Tebal catatkan purata hasil luar musim yang menyertai sebelum ini menyertai Smart SBB daripada 6.12 metrik tan per hektar ke 4.8. Jadi ini tidak memberi perlambangan bahawa SBB ini telah mencatatkan kejayaan. Saya difahamkan antara salah satu faktor yang tak dapat mencapai sasaran ini adalah perubahan cuaca, tanah jerlus dan juga pengairan daripada sungai. Selain daripada itu juga, kita ingin melihat tentang soal benih. Soal benih, soal racun dan ini juga saya nak maklumkan bahawa kita ada satu kilang PBK Lahar Bubu mengeluarkan benih yang mempunyai kuota 5,000 metrik tan. Pastinya ia lebih mencukupi kerana kita di sini hanya memerlukan 3,080 sahaja. Dan juga ucapan dan jawapan penggulungan oleh Yang Berhormat Pantai Jerejak ketika minggu lalu telah menyatakan hasrat kerajaan ataupun hasrat Kerajaan Negeri ingin menubuhkan SPV dalam beras ataupun padi. Saya rasa itu satu benda yang baik cuma saya nak dapat penjelasan lebih lanjut berkaitan dengan perkara tersebut. Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya nak ucapkan banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kertana ini saya nak sebut sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang datang dan beragama Islam, saya nak ucap terima kasih kerana peruntukan yang diberikan pada Hal Ehwal Agama Islam terus meningkat. Terima kasih banyak. Malahan ia merangkumi hampir 1.6 percent daripada keseluruhan Belanjawan Mengurus. Kalau diambil pengiraan dengan negeri lain pun yang jumlah orang Islam dan orang Melayu jauh lebih tinggi, kita boleh dianggap antara yang juga mempunyai kadar tertinggi. Selangor memberi 1.75 peratus daripada belanjawan, Johor 1.02 jadi untuk tujuan itu saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Dan akhir sekali, saya inigin tegaskan bahawa banyak perkara yang boleh dibawa limpahan pembangunan ini ke Pulau Pinang dan memberi orang kata kelapangan sedikit dari segi fiscal tightness agar Kerajaan Negeri boleh menggunakan untuk tujuan yang lain bila mana ada mengenai intervention atau adanya sumbangan yang lebih kerap daripada atau yang lebih padu daripada pusat. Dan seperti yang saya sebut tadi, kita ada semua mekanisme, kita ada
semua hubungan strategik. Kalau semua ini juga tak boleh lagi jadi saya minta Ahli-ahli Dewan hantar balik Bertam ini pergi ke parlimen. InsyaAllah saya akan pastikan peruntukan tambahan sampai ke negeri kita.
Lebih baik daripada Ahli Parlimen sekarang.
Jadi dengan kata tersebut, terima kasih banyak. Bertam mohon menyokong.
Terima kasih Bertam. Saya silakan Sungai Puyu.
Terima kasih. Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker. Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2024, pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, di atas pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 yang telah menyentuh pelbagai aspek penting demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang secara menyeluruh. Sebagai sebuah negeri atau bandar pintar dan hijau yang berteraskan keluarga inspirasi negara, sudah pasti belanjawan negeri Pulau Pinang pada kali ini turut mengambil kira empat perkara penting dalam mencapai Visi Penang2030. Timbalan Dato’ Speaker, bagi menjayakan Visi Penang2030 ini, sudah tentu beberapa perkara penting telah direncanakan Kerajaan Negeri dengan begitu baik bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri telah menambah baik program-program bantuan kepada warga emas, ibu tunggal, oku dan miskin tegar. Kerajaan Negeri juga secara jelas komited untuk meneruskan bantuan kepada pemandu-pemandu teksi dan pengusaha bas seperti tahun-tahun sebelum ini. Pada masa sama, Kerajaan Negeri turut mengiktiraf peranan pemandu-pemandu e-hailing di Pulau Pinang apabila mereka juga bakal menerima bantuan penghargaan daripada Kerajaan Negeri pada tahun hadapan. Saya juga berharap cakna kebajikan rakyat ini tidak terhenti setakat itu dan tidak pernah melupakan janji-janji dan manifesto semasa Pilihan Raya Negeri yang lalu. Timbalan Dato’ Speaker, saya juga bersetuju dengan hujahan Yang Berhormat Kebun Bunga pada sesi perbahasan semalam yang telah mengingatkan Kerajaan Negeri tentang manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Negeri yang lalu. Antaranya ialah program mempelai emas iaitu pemberian sumbangan RM500 secara one-off untuk setiap pasangan
yang baru berkahwin. Manifesto Pakatan Harapan juga ada mencadangkan pemberian bantuan RM1,000 kepada setiap jemaah haji daripada golongan B40. Selain itu, manifesto Pakatan Harapan turut menjanjikan pemberian sumbangan komputer riba percuma kepada pelajar daripada golongan B40 yang memperoleh tawaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Ini merupakan sebahagian daripada 50 manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Negeri yang lalu dan saya percaya tawaran dan berita gembira ini amat di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Pulau Pinang. Rentetan itu, saya rasa terpanggil dan ingin tahu adakah program-program yang tersenarai dalam manifesto Pakatan Harapan ini akan dilaksanakan pada tahun 2024. Apakah implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri sekiranya program-program ini dilaksanakan pada tahun hadapan apabila belanjawan negeri telah mencatatkan unjuran defisit sebanyak RM514.53 juta. Peningkatan perbelanjaan tahun 2024 berlaku disebabkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam mempergiat program-program yang berorientasikan rakyat, selain mengimbangi keperluan projek-projek pembangunan negeri. Bagaimanapun, manifesto merupakan sebuah mandat yang baru yang bukan hanya menyediakan negeri ini ke arah lonjakan kedua ekonomi baru sejajar dengan landasan ekonomi Madani yang menyasarkan KDNK negara bertambah baik. Malah ia juga terus menyediakan serta mempelbagaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira usia, latar belakang dan juga organisasi. Timbalan Dato’ Speaker, soal kebajikan rakyat adalah satu perkara yang sangat meluas dan rakyat secara keseluruhannya sedang berdepan dengan masalah peningkatan kos sara hidup terutama sekali masalah bekalan beras tempatan yang sukar diperoleh dan berlaku peningkatan harga yang membebankan ramai terutama golongan B40 dan golongan kurang berkemampuan. Apakah langkah dan rancangan Kerajaan Negeri dalam menghadapi isu serta cabaran keterjaminan makanan rakyat, terutama sekali melibatkan soal bekalan beras. So adakah Kerajaan Negeri akan mengambil inisiatif sama seperti Negeri Kelantan yang akan menyediakan peruntukan khas bagi membangunkan kilang padi dan beras untuk mengeluarkan beras tempatan sendiri bagi memenuhi permintaan pengguna khususnya untuk penduduk di Pulau Pinang? Mengambil contoh usaha Negeri Kelantan, dia bukan, ia bukanlah suatu perkara yang baru kerana Negeri Kelantan juga pernah memperkenalkan semula sukatan gantang Baghdad yang pernah digunakan sejak zaman Nabi Yusuf lagi. Kemudian pada zaman pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin untuk menjadi alternatif kepada masyarakat. Sukatan gantang Baghdad ini bermaksud beras dijual dalam kampit mengikut sukatan 1 gantang bersamaan dengan 2.7 kilogram beras. Saya difahamkan, perniagaan beras dalam sukatan berkenaan dengan harga RM7.00 sekampit lebih mudah untuk dijual kepada orang ramai yang boleh menggunakannya sama ada bagi kegunaan sendiri mahupun membayar zakat fitrah atau fidyah khususnya untuk masyarakat beragama Islam. Ia juga boleh digunakan oleh bersedekah.
Timbalan Dato’ Speaker, di kesempatan ini saya juga ingin menyentuh beberapa perkara penting berhubung soal perumahan di Pulau Pinang yang sangat menjadi keperluan bagi seluruh rakyat, khususnya pengundi-pengundi di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri wajar memberi lebih perhatian dalam soal perbekalan unit rumah mampu milik, terutama sekali kepada golongan B40 dan anak-anak muda yang baru mendirikan rumahtangga.
Saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri, pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan dalam mandat yang diberikan rakyat Pulau Pinang kepada kita. Skim perumahan sewa khas bagi golongan belia atau bujang adalah satu cadangan yang sangat baik. Walau bagaimanapun pelaksanaan skim atau program ini wajar diperluaskan di setiap daerah supaya lebih ramai golongan belia atau bujang mampu mendapat manfaat yang sangat baik ini. Setiap insan sudah tentu mengimpikan keluarga bahagia, kerjaya yang baik, kehidupan yang harmoni dan memiliki rumah yang selesa iaitu “rumahku syurgaku, syurgaku”. Selain pelaksanaannya di PPR Jelutong, Kerajaan Negeri mungkin boleh pertimbangkan untuk melaksanakan program yang sama di PPR Ampang Jajar dan PPR Taman Bagan Jaya. Timbalan Dato’ Speaker, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat mencari satu alternatif lain dalam memenuhi permintaan pembekalan unit rumah mampu milik kepada rakyat di negeri ini. Rumah mampu milik yang ditawarkan Kerajaan Negeri pada ketika ini adalah bermula dari harga RM42,000.00 hingga RM300,000.00 bergantung kepada pendapatan isi rumah iaitu suami dan isteri. Kita akui Skim Perumahan Sewa Khas akan sangat membantu terutama kepada golongan belia tetapi sampai bilakah mereka harus sewa dan terus menyewa. Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat memperkenalkan Skim Rumah Rahmah iaitu satu cadangan tawaran harga rumah yang lebih murah bagi membantu golongan B40, golongan kurang berkemampuan dan golongan belia untuk memiliki rumah sendiri. Saya yakin cadangan ini akan lebih membahagiakan dan dapat membantu lebih lebih ramai golongan B40, orang kurang berkemampuan dan belia untuk memiliki rumah sendiri. Timbalan Dato’ Speaker, pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga harus memastikan kualiti pembekalan setiap unit rumah mampu milik yang dibina oleh setiap pemaju adalah berada dalam keadaan yang sangat baik dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Hal ini kerana media pernah melaporkan rintihan dan aduan daripada ramai pembeli projek rumah mampu milik bernilai lebih RM200,000.00 di Tasek Gelugor, diterima dalam keadaan yang sangat mengecewakan. Saya difahamkan, projek perumahan 2 tingkat ini telah pun mendapat certificate of completion and compliance, (dengan izin) dan ramai pembeli telah menerima rumah mereka dalam keadaan yang rosak teruk seperti dinding dan lantai rumah retak, masalah bumbung bocor, pintu rumah rosak, siling runtuh dan paip air bocor. Perkara-perkara seperti ini seharusnya diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pembekalan setiap unit rumah mampu milik sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan, berkualiti dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri juga harus memastikan soal kualiti perumahan Rakyat sentiasa diberi keutamaan termasuk di projek-projek RMM yang lain, PPR dan projek-projek yang akan datang. Timbalan Speaker, selain itu di kawasan saya juga terdapat ramai penghuni projek perumahan rakyat PPR Taman Bagan Jaya di Thamby Kecil berdepan masalah tunggakan sewa yang terlalu banyak. Saya difahamkan satu notis tuntutan telahpun dikeluarkan kepada penghuni-penghuni yang berkaitan supaya menjelaskan jumlah tunggakan mereka dalam masa terdekat. Dalam hal ni saya mencadangkan supaya satu sesi libat urus dan penerangan dapat di adakan bersama pihak Lembaga Perumahan serta semua penghuni-penghuni di PPR Taman Bagan Jaya bagi membincangkan masalah yang berlaku di kawasan perumahan
tersebut. Kita perlu berbincang dan mengenal pasti apakah punca sehingga membawa kepada permasalahan tersebut berlaku. Perbincangan ini wajar diadakan untuk mencapai persefahaman semua pihak. Saya juga merayu sekiranya ada usaha-usaha untuk tindakan penguatkuasaan kepada penghuni di PPR Taman Bagan Jaya ini supaya ditangguhkan dahulu sehingga perbincangan bersama semua pihak diadakan. Timbalan Dato’ Speaker, di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dalam Dewan yang mulia ini kepada pertubuhan bukan kerajaan dan tokoh-tokoh individu di Negeri Pulau Pinang. Mereka telah menyumbang tenaga, kewangan, keikhlasan, kerelaan ruang masa dengan hati cinta kemanusiaan dengan satu tujuan iaitu bagi membantu mewujudkan satu masyarakat penyayang. NGO yang memberi bantuan kewangan dan kerja amal seperti One Hope Foundation, Jeshan, Jit Li Siang, Penang Care, Pertubuhan Penganjur Derma Darah seperti Hui Ying Seh dan banyak lagi. Jasa mereka mesti sentiasa dihargai dan dikenang. Pasukan pergerakan hadapan seperti Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Penang Emergency dan Penang Safe, Rondaan Keselamatan juga merupakan pertubuhan yang mesti diberi penafaran dan lindungan. Saya merayu kepada orang ramai khasnya perusahaan multi-nasional dan syarikat-syarikat antarabangsa untuk memberi sumbangan secara adoption, (dengan izin) atau anak angkat kepada semua pertubuhan berdekatan lokasi kilang mereka sebagai inisiatif untuk bantu-membantu. Saya juga merayu supaya undang-undang, “Good Samaritan Law” dapat diwujudkan khasnya kepada pasukan hadapan ERT (Emergency Respon Team), (dengan izin) sebagai tawaran perlindungan undang-undang kepada orang yang memberikan bantuan yang munasabah semasa kejadian kepada mangsa yang tercedera, sakit dan kecemasan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Lalang yang telah suarakan sokongan dalam perkara ini. Timbalan Speaker, sebelum mengakhiri ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2024, saya berdoa semoga semua pemimpin dapat mengenepikan perbezaan ideologi politik masing-masing dan wujudkan satu suasana perpaduan. Semoga dapat tunaikan kewajipan amanah perkhidmatan terbaik. Semoga kita semua dapat sama-sama menggembleng tenaga dalam usaha menjayakan dasar-dasar Kerajaan Negeri dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Negeri Pulau Pinang. Timbalan Dato’ Speaker, saya akhiri ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2024 dengan serangkap pantun, Berjalan-jalan di Padang Kota, Singgah sebentar beli mee sotong, Sekian dahulu tutur bicara kita, Timbalan Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Dipersilakan Pinang Tunggal. Cuma saya nak peringatkan kita perlu tangguh mesyuarat pada hari ini selewat-lewatnya 5.15, Peraturan Mesyuarat. Jadi kalau nak sambung esok, kita sambung esok. Nak teruskan? Okey, terima kasih, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam manis tanpa gula. Yang Berbahagia Dato’ Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri seterusnya EXCO-EXCO, pegawai-pegawai kerajaan dan seterusnya rakan-rakan ADUN Pulau Pinang. Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada Padang Kota atas pembentangan Belanjawan 2024. Saya tengok apa yang saya nampak Padang Kota orang yang memang istiqomah, maintain. Saya rasa dialah yang paling lama dalam Dewan ini, sepanjang Sidang ini, tahniah. Terlebih dahulu saya amat impressed dengan kebanyakan jawapan-jawapan EXCO semasa penggulungan. Saya nampak very impressive and positive dan menyeru ke arah team work. Tahniah diucapkan. Tuan-tuan dan puan-puan, YB-YB sekalian, terlebih dahulu saya nak ucapkan, saya nak bagitau saya menyokong cadangan Berapit, bukan pasal konsert, tapi cadangan untuk besarkan Dewan ini ataupun buat Dewan yang baru sebab kita sedia maklum, banyak pihak yang meminta saya untuk cakaplah walaupun saya orang yang terakhir berucap, sebab duduk payah di sini, nak lalu payah. Jadi saya mintalah CM pertimbangkan cadangan tu yang kita sokong, rasanya semua sebulat suara ya? Betul? Kita Penang ni unik walaupun Air Putih tadi dia dah, saya expect dia ada tadilah tapi mungkin dia ada kerja lain, dia tak ada. Air Putih, Air Itam, lain kali kalau ada DUN, walaupun Air Putih tadi dia dah…saya aspect dia ada tadi lah, tapi mungkin dia ada kerja lain. Kita ada Air Putih, Ayer Itam lain kali kalau ada DUN baru saya cadangkan Air Hijau pulak. Sebelum saya pergi lebih jauh tentang belanjawan, sebenarnya saya hormati permintaan Speaker untuk tidak ulanglah, benda-benda yang telah diulang, cuma saya nak sentuh sedikit beberapa perkara yang membabitkan DUN Pinang Tunggal lah. Semasa perbahasan yang lalu saya sentuh tentang bagaimana bantahan penduduk dan pihak kariah tentang pembinaan kilang di kawasan kampung. Jadi saya minta untuk EXCO berkaitan untuk follow up lah isu ni. Bantahan telah dibuat dan telah diadakan pertemuan-pertemuan tertentu tetapi nampak hasil masih lagi hasil yang negatif. Saya minta EXCO berkaitan untuk tengok perkara ini. Kedua tentang BPT, Bantuan Pesakit Terlantar. Kita sedia maklum bila orang tu terlantar dia berhak minta dekat JKM sebanyak lima ratus. Saya ada banyak kes-kes yang mendapat permintaan daripada orang di kawasan Kepala Batas khususnyalah. Untuk bagaimana mereka menghadapi kesukaran untuk menjaga pesakit ini. Lima ratus tu sebenarnya termasuk dengan susu yang mahal dan juga dengan pampers. Pampers pun dah dua tiga ratus, saya minta supaya mungkin dalam konteks ni, EXCO berkaitan boleh bawa ke mesyuarat MMK untuk kita tambahkanlah. Tambahkan. Okey, seterusnya saya nak sentuh juga tentang isu surau Pinang Tunggal Tepi Sungai. Surau ini sebenarnya telah pun didirikan lebih tiga tahun, malangnya dia hanya dibuat solat masa musim raya. Sebab dia sebab apa sebab dia takde ayaq. Jadi dia ada banyak isu yang berlarutan dan berkaitan, cuma disebabkan oleh mungkin ada pertindihan dalam melaksanakan apa ni tindakan susulan menyebabkan semua pihak mungkin melepas tangan. Saya minta EXCO berkaitan untuk tengok kenapa perkara ni berlaku hampir tiga tahun dah. Dan surau ni pun bila orang tak mai, dia sebenarnya dah ada usaha untuk supply paip ayaq sendiri, guna boring tu.
Tapi bila guna boring tu ayaq dia kotoq sangat..dan busuk. Jadi akhirnya bila surau orang tak guna, orang masuk curi, curi PA system. Nasib baik ada orang ganti balik. So, saya mintalah lagi sekali saya minta supaya EXCO berkaitan siasat perkara ini kenapa ambik lama masa sangat untuk uruskan. Seterusnya kita nak bagi kepada…saya nak ambil point-point lah, tentang KDNK kita saya bagi pihak Pinang Tunggal, saya ucap tahniah lah pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas beberapa approach berkaitan yang nak tingkat ekonomi lah. Jadi apa pun yang kita buat sebenarnya saya haraplah nilai pelaburan ini wajar dirasai secara saksama untuk semua warga Pulau Pinang. Peluang pekerjaan yang dijana daripada pelaburan ini wajar diberi keutamaan untuk anak-anak Pulau Pinang. Itu yang paling penting. Selain itu, kejayaan pelaburan ini wajar diterjemahkan di peringkat akar umbi khususnya kepada warga kerja Pulau Pinang yang selama ini telah menggerakkan jentera kerajaan dan sektor perkilangan Pulau Pinang dengan menyediakan pakej khas bantuan projek Perumahan Mampu Milik kepada mereka. Maknanya, sebagai tulang belakang kepada kelestarian ekonomi adalah pekerja Kerajaan Negeri dan juga warga-warga industri. Depa berhak diberikan satu pakej untuk mudahkan dapat Rumah Mampu Milik. Dato’ Speaker. Berkenaan dengan Penang SEED. Penang Strategy Economy Ecosystem Development (Penang SEED) saya cadangkan pihak Kerajaan Negeri buat satu pengkalan data untuk graduan anak-anak Pulau Pinang. Peluang pekerjaan yang dijana melalui projek-projek ekonomi ini perlu disasarkan kepada anak Pulau Pinang terlebih dahulu untuk membantu mereka memulakan kehidupan yang lebih penting kekal di bumi Pulau Pinang. EXCO Pembangunan Modal Insan mungkin dapat memainkan peranan dengan mengadakan sasaran khusus pada hari ini, kena ada targetlah. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk hab teknologi perubatan untuk rantau Asia Pasifik. Benar, ia membuka peluang pembangunan rantaian bekalan atau supply chain dan terus menggalakkan aktiviti penyelidikan, R&D dan juga D&D, namun limpahan manfaat projek-projek ini perlu diberi peluang kepada pemain industri yang baru di Pulau Pinang. Oleh itu, saya cadangkan EXCO Pembangunan Usahawan untuk menjadikan sasaran peratusan usahawan tempatan dan bumiputera sebagai indikator kejayaan dalam projek-projek ini. Dato’ Timbalan Speaker. Saya tertarik dengan usaha pihak kerajaan untuk mendigitalkan pasar awam di Pulau Pinang. Jumlah kutipan yang diperolehi melalui platform ini di semua 56 pasar awam Pulau Pinang adalah sebanyak 4.1 juta transaksi bernilai RM39.8 juta. Namun, isu yang lebih mendesak adalah di pasar awam adalah kebersihan, bahan mentah yang segar dan berkualiti dan susun atur yang mesra pelanggan. Justeru, kaedah penjualan di pasar-pasar awam masih di takuk lama dan tak banyak perubahan. Saya agak terkejut apabila perbentangan Belanjawan 2024 ternyata tidak mesra peniaga-peniaga kecil. Setiap projek pembangunan di bandar perlu menyediakan infrastructure untuk penjaja. dan peniaga kecil berniaga dan bukan semata-mata mengutamakan peniaga besar sahaja. Yang lain-lain pun samalah, saya pun tak nak panjangkan…panjangkan ucapan, Cuma saya berharaplah hari ni sebagai orang terakhir, benteng terakhir akan pastikan kedaulatan Pulau Pinang terjaga In Shaa Allah. Saya akhiri dengan sebuah pantun. Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu, Kita bekerja dengan lebih rapat, Tak kira Cina India Melayu.
Ahli-Ahli Dewan menepuk meja.
Sekian dulu. Saya…mohon menyokong.
Terima kasih Pinang Tunggal. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah kita telah selesai perbahasan kesemua 28 orang YB-YB tanpa sorang pun yang ketinggalan kecuali Timbalan Speaker lah.
Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri: (Ketawa)
Jadi..saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang melibatkan diri. Jadi Dewan ditangguhkan pada jam 9.30 pagi besok. Terima kasih semua.
Dewan ditangguhkan pada jam 5.15 petang