Pulau Pinang · 27 November 2023
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 258 turns · 42,660 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Lim Guan Eng (Air Putih), Gooi Hsiao-Leung (Bukit Tengah)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Bacaan doa.
“Bacaan Doa”
Soalan lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin menjemput Yang Berhormat Permatang Pasir.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 38.
38. Adakah laluan keluar masuk kondominium Green View
Seberang Jaya ke Taman Wakaf Setee Aishah telah
digazetkan?
(a) Apakah laluan keluar masuk ini telah mendapat
persetujuan penduduk? (b) Adakah Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah
membenarkan tanah wakaf dijadikan laluan keluar
masuk untuk projek tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Ahli Kawasan Yang Berhormat Permatang Pasir di atas soalan yang ke 38 berkenaan dengan isu keluar masuk Kondominium Greenview Seberang Jaya ke Taman Wakaf Seetee Aisah. Adakah telah digazetkan? Apakah laluan keluar masuk ini telah mendapat persetujuan penduduk dan adakah Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah membenarkan tanah wakaf dijadikan laluan keluar masuk untuk projek tersebut? Perkara ini berlaku sekitar pada tahun 2014 lebih kurang 10 tahun yang lalu, jadi berdasarkan rekod Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang laluan keluar masuk Kondominium Greenview, Seberang Jaya ke Taman Wakaf Seetee Aisah adalah tanah wakaf dan tidak digazetkan atau diserahkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bilangan 5 2013. Namun terdapat bantahan daripada penduduk, bantahan mereka telah dikemukakan ke pihak Lembaga Rayuan Pulau Pinang walau
bagaimanapun telah dibatalkan kerana perayu gagal hadir menghadiri sebutan kes pada 12 Januari 2017. Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada 20 Januari 2014 telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Kerja Raya JKR mengenai persetujuan keizinan jalan tersebut digunakan oleh orang awam bagi tujuan pendaftaran jalan tersebut dalam Malaysia Rekod, Malaysian Road Record Information Sistem, MARRIS bagi mendapatkan peruntukan penyelenggaraan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan kepada pihak JKR. Walau bagaimanapun, bagi memastikan tiada kacau ganggu kepada penduduk di Taman Wakaf Seetee Aisah semasa kerja–kerja pembinaan dijalankan, pihak Majlis Agama Islam telah menurunkan tandatangan bagi membenarkan pemaju menggunakan tanah lot 200 yang di depan itu untuk tujuan laluan sementara tersebut semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan. Jadi ada surat yang bertarikh 3 Jun 2014 daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sendiri pada 3 Jun 2014 kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai berkenaan dengan pembangunan 76 unit rumah teres dua tingkat dan 9 unit kedai di atas lot 144, jadi berkenaan dengan surat ini dinyatakan bahawa tapak tanah lot 144 Taman wakaf Seetee Aisah adalah tanah wakaf dan seperti mana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bilangan 5 2013 tanah ini tidak dibenarkan untuk pindah milik kepada mana-mana pihak. Namun begitu, mengikut surat Majlis Agama Islam bertarikh 20 Januari 2014 yang dialamatkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya dan disalinkan surat ini kepada pihak MPSP pada masa itu, pihak MAINPP telah pun memberi keizinan jalan Taman Wakaf Seetee Aisah digunakan oleh orang awam bertujuan untuk pendaftaran di bawah MARRIS. Jadi aduan sekali lagi daripada penduduk sekarang ini, jadi justeru pada 19 November saya bersama dengan Setiausaha Majlis Agama turun meninjau jalan tersebut bersama-sama dengan wakil penduduk. Jadi pihak MAINPP akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kerajaan Tempatan MBSP bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih harmoni diantara pemaju dan penduduk. Jadi sebab ada surat daripada majlis dan keputusan Jawatankuasa Fatwa sendiri bahawa tidak dipindah milik tapi surat ini diserahkan kepada JKR untuk tujuan penyelenggaraan dan didaftarkan di bawah MARRIS. Jadi untuk laluan awam, jadi daripada asas itu la jalan itu boleh diguna pakai untuk orang awam jadi saya kira dengan jawapan yang saya berikan ini ia adalah isu berkaitan dengan bukan isu perundangan, bukan isu berkaitan dengan fatwa tetapi berkaitan dengan keharmonian penduduk la. Maknanya kondominium itu dah siap dibina dan menggunakan laluan jalan yang didaftarkan di bawah MARRIS.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Jadi apa yang berlaku sekarang ini adalah bila tanah wakaf itu diberi laluan kepada kondominium dan kondiminium itu bukan hak, bukan berkaitan majlis dan jadi pertikaian pertikaian yang berlaku ialah apabila jalan itu digunakan ia adalah tanah wakaf yang pertama, yang kedua ia akan berlaku lambakan trafik sebab sekali ganda daripada penduduk di Taman Wakaf Seetee Aisah. Yang ketiga kemungkinan berlaku lambakan kereta sebab kondiminium ini biasanya kereta tak cukup parking jadi soalan saya jadi soalan saya adakah pihak Majlis Agama akan menyelesaikan masalah pertikaian yang berlaku diantara penduduk dan Wakaf Seetee Aisah.
Itulah yang saya jawab tadi nombor satunya dia walaupun dia tanah wakaf tapi dia berkaitan dengan keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa dia tidak boleh dipindah milik sahaja tapi laluan itu boleh dibuka untuk laluan awam sehinggakan berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa tersebutlah kelulusan diberikan oleh Yang di-Pertua Majlis Agama Islam itu sendiri pada ketika itu di sebelah sana lah Dato’ Salleh Man pada tahun 2014 dan mengeluarkan surat ini kepada MARRIS untuk didaftarkan sebagai laluan awam dengan tujuan penyelenggaraan jalan itu kalau ada kerosakan apa di bawah tanggungan apa ni JKR jadi atas faktor itu surat ini diguna pakai untuk kebenaran merancang bagi mendirikan konduminium bersebelahan yang dinamakan sebagai Greenview, Greenview la kondiminum itu. Sebab itu la saya sebut disini bahawa dengan atas alasan itu pihak Majlis Agama Islam akan membuat perbincangan semula secara harmoni la diantara penduduk dan juga dengan pemaju bersama-sama dengan Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya mencari jalan yang lebih harmoni untuk menyelesaikan masalah ini dan ada laluan di depan itu yang diberikan kebenaran sementara di atas lot 200 tadi iaitu tanah itu pun tanah Majlis Agama dan saya dimaklumkan tanah itu bukan tanah wakaf iaitu tanah baitulmal saya dimaklumkan begitu jadi mungkin kita boleh buat perbincangan yang mencari yang sebut oleh Yang Berhormat Permatang Pasir juga win win diantara pemaju dan juga penduduk di situ.
Terima kasih. Saya nak jemput Air Putih. Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 39. 39. Nyatakan senarai tanah-tanah 'Penang Development Corporation' (PDC) yang diberikan kepada pihak swasta untuk dibangunkan semula sebagai tanah perindustrian untuk menarik pelaburan. (a) Adakah PDC tetap akan memainkan peranan utamanya membuka dan membangunkan tanah perindustrian sama ada dengan sendirinya atau secara usaha sama (joint venture)?.
Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Air Putih sehingga kini Perbadanan Pembangunan Pulau Pinanag atau PDC tidak pernah memberikan tanah kepada pihak swasta untuk dibangunkan sebagai Taman Perindustrian. Perkara ini berlaku disebabkan oleh Bank Tanah Perindustrian PDC terletak dilokasi yang strategik dan dapat dipasarkan kepada pelabur-pelabur kategori promoted industries, namun begitu PDC kini menghadapi kekangan untuk membangunkan kawasan perindustrian baharu yang dikenali sebagai Batu Kawan Industrial Park 2 kerana faktor lokasi dan persekitaran yang tidak kondusif. Oleh itu, PDC berhasrat untuk berkolaborasi dengan syarikat swasta untuk membangunkan sebahagian daripada PKIP 2 supaya mengurangkan risiko dan kos di pihak PDC. PDC telah berjaya membangunkan sembilan taman perindustrian di Pulau Pinang bagi memastikan eko-sistem sektor perindustrian yang mampan mampu dicapai. Bagi merealisasikan matlamat ini PDC akan terus memainkan peranannya sebagai peneraju pembangunan utama kawasan industri di Pulau Pinang walaupun kini terdapat beberapa pemaju swasta yang turut terlibat dalam bidang ini. Berbekalan pengalaman dan kemahiran selama lebih 50 tahun PDC yakin bahawa kawasan perindustrian yang dibangunkan akan terus menjadi tumpuan pelabur asing dan tempatan. PDC akan membangunkan sendiri tanpa penglibatan pihak swasta bagi kawasan-kawasan yang strategik. Cadangan kolaborasi dengan pihak swasta hanya bagi kawasan yang kurang strategik berisiko tinggi dan kos yang tidak kompetitif. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas jawapan bahawa PDC akan teruskan peranan utamanya untuk membangunkan tanah perindustrian. Bolehkan Yang Amat Berhormat menyatakan jumlah tanah perindustrian yang masih sedia ada untuk menarik bukan sahaja pelabur-pelabur asing tetapi juga pelabur-pelabur tempatan kerana ini menjadi satu isu kepada banyak itu pelabur kerana kekurangan tanah yang sedia ada dan pada masa sama tentang cadangan untuk buat kali pertama PDC tidak membangunkan tanah perindustrian tetapi bersedia kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta, adakah ini merangkumi joint venture ataupun penjualan terus kerana kalau joint venture mungkin dapat mengelakkan daripada menyalahi akta pengambilan tanah kalau penjualan terus mungkin akan jadi isu sama ada ia menyalahi akta pengambilan tanah dan akhirnya Dato’ Yang di-Pertua berkaitan dengan penjualan tanah kepada UMECH Construction yang telah pun dibatalkan adakah kelulusan diberikan Lembaga Pengarah PDC kepada UMECH Construction atau UMECH Land pada 28 November 2022 dan 9 Februari 2023. Terima kasih.
Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhomat Air Putih atas soalan tambahan. Untuk makluman Dewan yang mulia sebenarnya tempoh hari saya ada memberi jawapan ketika ini PDC sedang menumpu perhatian kepada Bandar Cassia Technology Park serta East Batu Kawan yang boleh diberi nama PKIP 3 selepas satu dua dan tiga tetapi dibahagian East Batu Kawan yang menyediakan lebih kurang 800 ekar untuk dimajukan sebagai Taman Perindustrian tetapi mengikut fasa-fasa sebab bagi Bandar Cassia Technology Park memang ianya boleh mula pembinaan pada tahun ini juga, sehingga 2025 sebab kerja-kerja earthwork dan infrastruktur asas sudah pun dimulakan dan sudah pun ditawarkan kepada pelabur yang pertama. Manakala bagi east Batu Kawan ianya dalam peringkat earthwork yang dimulakan pada pertengahan tahun ini. Dan akan mengambil masa sedikit dan tanah-tanah berkenaan boleh ditawarkan selepas mungkin 2025, apabila kerja-kerja tambakan tanah dan kemudahan asas dapat disediakan. Sepertimana kita jawab dasar PDC adalah memastikan pada setiap tahun, kita ada sekurang-kurangnya 200 ekar untuk ditawarkan. Dan disamping itu kerja-kerja untuk menyediakan tanah-tanah yang dikenal pasti, dan diambil untuk disediakan secara berfasa-fasa. Soalan kedua, berhubung dengan Akta Pengambilan Tanah, itu sebablah dalam kes UMECH dari hari pertama sehingga kini, kita menggunakan istilah kolaborasi. Dan kita bukan menggunakan istilah penjualan sebab atas isu yang dibangkitkan, di mana pengambilan tanah adalah untuk PDC memajukan taman-taman industri. Tetapi melalui konsep kolaborasi, maka PDC masih ada peranan dalam tanah-tanah berkenaan ya supaya ianya tidak melanggari Akta berkenaan. Berhubung dengan bahagian ketiga, memang Lembaga pada Februari tahun ini, apa yang ditawarkan adalah kepada UMECH Land. Sebenarnya dalam mesyuarat pada bulan November lagi, apabila UMECH dijemput untuk membentangkan secara lebih terperinci cadangan mereka, kepada sebahagian Ahli-Ahli Lembaga yang dipilih untuk menerima taklimat itu. Pada masa itu, sudah pun dimaklumkan rundingan seterusnya adalah menggunakan identiti UMECH Land. Dan ini pun berdasarkan kepada surat daripada UMECH Construction kepada PDC pada bulan Ogos lagi. Bahawa mereka ingin meneruskan rundingan dengan menggunakan UMECH Land satu entiti di bawah kumpulan UMECH yang sebenarnya mempunyai pengarah dan juga shareholding yang sama. Jadi, itulah keputusan yang dibuat oleh lembaga. Mungkin dalam minit, tajuk minit PDC mereka tidak mengganti tajuk itu dari UMECH Construction kepada UMECH Land. Tetapi, dalam surat tawaran itu memang ditandatangani dengan UMECH Land dan kemasukan Sunway ke dalam syarikat itu, itupun syarikat UMECH Land dan bukan UMECH Construction.
Terima kasih. Saya nak jemput Yang Berhormat Air Itam, sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 40. 40. Menjelang tahun 2040, Pulau Pinang akan mempunyai kadar warga emas terbesar di Malaysia di mana sekitar 26.2% daripada penduduk akan berusia 60 tahun atau lebih. Berikan maklumat tentang persediaan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan senaraikan dasar-dasar serta rancangan yang berkaitan secara terperinci
Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan daripada Air Itam. Jadi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP, sedang berusaha dalam menjadikan Pulau Pinang sebuah Bandar Mesra Usia yang terangkum dari segi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. MBPP telah diterima menjadi ahli Global Network of Age Friendly Cities and Community oleh World Health Organization WHO pada 28 Julai 2023. Inisiatif ini adalah kerjasama diantara MBPP, PWDC dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Antara usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mewujudkan Bandar Mesra Warga Emas adalah seperti berikut, A-Dua sesi libat urus yang melibatkan 70 orang pegawai kerajaan dan badan bukan kerajaan telah diadakan pada bulan Januari tahun ini, untuk mengenalpasti pencapaian Pulau Pinang sebagai Bandar Mesra Usia. B-Satu kaji selidik melibatkan 1,500 dan 1 orang responden di daerah Barat Daya dan Timur Laut telah dilaksanakan dari bulan Februari hingga Jun 2023. C-Pelaksana inisiatif Bandar Mesra Usia Penang Island telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam Program Age Friendly Environment Echo yang merupakan satu program mentor-mentee oleh WHO dan International Federation on Ageing IFA pada bulan November 2023. Dan D-Mesyuarat Libat Urus Pelan Tindakan Strategik akan diadakan pada Disember tahun ini untuk membincangkan dan mendraf pelan tindakan untuk Pelan Tindakan Bandar Mesra Usia iaitu untuk Penang Island. Jadi pada tahun depan, Pelan Tindakan Bandar Mesra Usia Penang Island akan dimuktamadkan. Pelan ini berteraskan lapan domain yang telah ditetapkan oleh WHO dalam merangka program-program yang melibatkan Age Friendly Cities demi mewujudkan persekitaran yang menggalakkan penuaan aktif dan sihat. Pelaksanaan pelan tindakan ini adalah bersama pihak MBPP. Tempoh pelan tindakan ini adalah sepanjang tahun 2024 sehingga 2025, yang memberi fokus kepada empat domain seperti berikut, A-Memberi pelbagai pilihan perumahan bersesuaian untuk warga emas ya, dalam sistem perumahan. B-Menjadikan warga emas sebagai golongan penting dan bernilai kepada komuniti iaitu saling menghormati dan keterangkuman sosial. C-Menyediakan akses dan perkhidmatan yang pelbagai kepada golongan warga emas dalam komunikasi dan informasi.
Dan D-Memudahkan akses kesihatan dan sokongan kepada warga emas iaitu sokongan masyarakat dan perkhidmatan kesihatan. Jadi selain ini, satu pelan hala tuju penuaan aktif telah diwujudkan untuk menyediakan akses dan peluang kepada setiap golongan terutamanya warga emas, untuk terus menjalani kehidupan yang aktif sepanjang proses penuaan. Pelan hala tuju ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu A-Fasa kesedaran, B-Fasa Integrasi dan C-Fasa Kemampanan. So, dalam menjayakan pelan hala tuju ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama PWDC, Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga iaitu JPWK dan NGO menjalankan program-program advo, advokasi dan aktiviti dalam meningkatkan penglibatan warga emas dalam gaya hidup seharian. Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, turut memainkan peranan penting dalam menjaga kesejahteraan warga emas. JKM melalui perkhidmatan di Bahagian Warga Emas membantu Pertubuhan Bukan Kerajaan dalam mewujudkan pusat aktiviti yang boleh menghimpunkan warga emas bersama dengan golongan yang lebih muda dari pelbagai bangsa dan latar belakang, serta menjalankan aktiviti yang bersesuaian di situ. Jadi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), ialah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampaian sosial iaitu reaching out dan pembangunan kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dengan agensi keluar kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan. Selain ini, di peringkat persekutuan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara diwujudkan sebagai satu mekanisme pelaksanaan dasar berkaitan warga emas dan penuaan penduduk. Bahagian Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat, merupakan sekretariat kepada majlis ini yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Peranan majlis ini adalah seperti berikut, A-Menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan warga emas negara. B-Membangunkan program dan strategi untuk mendidik masyarakat bagi meningkatkan kesedaran berhubung dengan warga emas. C-Membuat syor kepada kerajaan mengenai penjagaan perlindungan pembangunan dan kesejahteraan warga emas. D-Mengesyorkan kepada kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin kesejahteraan warga emas. Dan E-Menasihati kerajaan mengenai isu-isu warga emas termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa, mengumpul data dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan berkaitan warga emas. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang. Terdapat 2 soalan tambahan. Untuk pelaksanaan dasar Bandaraya Mesra Usia dan Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif, mohon nyatakan jumlah peruntukan kewangan yang telah disediakan untuk tujuan di atas dan juga kaedah penurunan peruntukan dasar penuaan aktif. Adakah Pejabat KADUN dapat upayakan dasar ini ataupun aktiviti yang akan menanggung kos Pelaksanaan Dasar Mesra Usia. Soalan kedua saya, di dalam jawapan bertulis ada disebut penglibatan NGO untuk turut melaksanakan dasar tersebut bersama-sama. Mohon terangkan kaedah dan syarat Kerajaan Negeri dalam memilih NGO yang terlibat. Terima kasih.
Sila.
Ya, terima kasih kepada Air Itam dalam soalan tambahan ini. Mengenai Dasar Bandar Mesra Usia dan Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif. Ingin dimaklumkan bahawa setakat ini Kerajaan Negeri belum mempunyai dasar tertentu bagi Bandar Mesra Usia dan Penuaan Aktif. Pulau Pinang mengambil pendekatan yang lebih pramaktik dengan berpandukan kerangka kerja bandar mesra usia, iaitu kerangka ini lebih jelas dan holistik akan digunakan untuk merangka pelan tindakan strategik. Lebih daripada itu, apabila kita berada dalam komuniti rangkaan WHO, kita bakal mempelajari amalan terbaik atau (dengan izin) the best practices daripada rantau ini dan merata dunia. Jadi untuk inisiatif Bandar Mesra Usia, sebanyak RM400 ribu.
Yang Berhormat.
Telah diperuntukkan.
Kos dan mekanisme.
Ya.
Bekerjasama dengan NGO. Dua.
Itu ialah soalan kedua.
Dua.
Saya jawab yang pertama.
Sila.
Dan Peruntukan RM400 ribu telah diperuntukkan untuk consultation dari Malaysia Healthy Ageing Society MHAS. Jadi jumlah ini disalurkan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun mengikut pencapaian yang telah dipersetujui dengan PWDC. Jadi, melalui sesi libat urus dengan pemegang-pemegang taruh termasuk agensi Kerajaan Persekutuan, negeri dan tempatan bersama-sama dengan NGO-NGO dan pihak swasta. Pada bulan Disember ini, kita akan mengenalpasti pelan tindakan keutamaan atau dan program atau projek yang akan dijalankan serta bajet yang diperlukan, yang pasti kejayaan pelaksanaan inisiatif Bandar Mesra Usia ini perlu kerjasamalah dan penglibatan Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini serta pemimpin-pemimpin akar umbi seperti KRT, MPKK dan JPWK. Jadi untuk soalan kedua. Soalan kedua ialah tentang penglibatan NGO. Adakah macam mana dalam pemilihan. Jadi, tiada kaedah khusus dalam pemilihan kerana kami menyambut baik mana-mana NGO yang berminat untuk menjadi sebahagian dalam daripada inisiatif ini, terutamanya yang beri perkhidmatan kepada warga emas. Jadi, melalui penglibatan NGO-NGO sebagai rakan strategik, Kerajaan Negeri akan dapat memahami keperluan golongan warga emas dengan lebih baik. Terima kasih.
Pulau Betong. Sila, Pulau Betong.
Soalan 41. 41. Apakah status pembinaan asrama warga asing di Teluk
Kumbar? (a) Berapakah jumlah pekerja warga asing yang akan ditempatkan di situ? (b) Adakah kerajaan bercadang untuk mengubah lokasi pembinaan ke tempat lain?
Ya.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Pulau Betong mengemukakan soalan yang bagus untuk saya jawab. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang telah meluluskan dua permohonan bagi Pembinaan Asrama Pekerja di kawasan Teluk Kumbar. Seperti berikut, Permohonan mendirikan satu blok bangunan asrama pekerja 27 tingkat yang terdiri daripada ruang kedai enam unit di aras satu, kemudahan reaksi di aras satu, dua dan 26 tingkat asrama pekerja melibatkan 512 unit di atas Lot 1859, 1860, 1865, Tingkat Teluk Kumbar, Mukim 9, Teluk Kumbar oleh Tetuan Chong Company Sdn Bhd. Permohonan perlingkungan semula dari Zon Perumahan Am, Zon Rizab Pantai dan Zon sedia Jalan Sedia Ada kepada Zon Perniagaan Am dan Penambahan Ketinggian Bangunan daripada maksima 5 tingkat kepada 30 tingkat untuk Pembangunan di atas Lot 1435, 1437, Mukim 9, Teluk Kumbar oleh Tetuan Zantalite Enterprise (M) Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, sehingga kini Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP hanya menerima Permohonan Kebenaran Merancang PKM daripada Tetuan Chong Company sahaja pada 27 haribulan Jun 2023 dan permohonan tersebut masih dalam proses pertimbangan. Untuk menjawab pertanyaan Pulau Betong soalan tambahan iaitu soalan nombor a iaitu berapakah jumlah pekerja asing yang ditetapkan disitu. Untuk makluman Pulau Betong berdasarkan kelulusan yang telah diperakukan di Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang anggaran sebanyak 32,680 orang pekerja warga asing atau pun warga tempatan akan ditempatkan di kawasan Teluk Kumbar dan sehingga kini lokasi lot 1859, 1860, 1865 Tingkat Teluk Kumbar, Mukim 9, Teluk Kumbar yang dikemukakan oleh Tetuan Chong Company Sdn Bhd bagi projek bangunan asrama pekerja adalah masih sama selaras dengan keputusan Perakuan Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang pada 25hb Jun 2022. Sebarang cadangan pemindahan lokasi perlu dirujuk kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk pertimbangkan semula dan juga untuk maklumanPulau Betong kalau hendak pindah sesuatu pembangunan ke lokasi yang baru itu tertakluk kepada tuan tanah atau pun tertakluk kepada pemaju. Terima kasih.
Tambahan.
Sila.
Soalan tambahan.
Pulau Betong dahulu.
Jadi saya hendak dapatkan gambaran berapa kadar pekerja asing di Teluk Kumbar mengikut negara contohnya daripada Indonesia berapa, Bangladesh berapa dan juga apa pandangan Yang Berhormat daripada pihak pemikir iaitu Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang telah pun meminta agar kerajaan negeri mengalih pembinaan asrama pekerja asing dari Teluk Kumbar ke zon industri Batu Kawan.
Bagi saya jawab Pulau Betong dimana kalau hendak dapatkan data-data mengikut negara buat sementara saya tidak dapat bagi tetapi kalau Pulau Betong semasa ucapan penggulungan last week memang saya telah bangkitkan isu ini agak penting dimana di Pulau Pinang sehingga 31hb Oktober 2023 sejumlah 147,344 pekerja asing yang berdaftar di bawah Imigresen yang dapat pas lawatan kerja sementara iaitu PLKS dimana 69,859 orang iaitu pekerja asing yang dapat sijil perakuan penginapan pekerja iaitu COA yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja dan untuk makluman Pulau Betong 30,956 masih belum menerima COA masih belum menerima sijil perakuan penginapan pekerja dimana 30,950 orang ini dia memang dia duduk dekat kawasan perumahan atau pun kawasan yang tidak dapat permohonan tidak dapat perakuan daripada Pihak Berkuasa Tempatan untuk majikan mereka buat permohonan untuk mendapatkan COA daripada JTK. Untuk makluman Pulau Betong harus ingat 46,529 pekerja asing yang masih belum mengemukakan permohonan COA dimana 46,000 ini kita tidak pasti kedudukan mereka ada dekat mana oleh sebab itu banyak bantahan banyak aduan masuk ke PBT dimana taman-taman ini diduduki oleh pekerja asing dan ini akan menjadikan satu isu kacau ganggu oleh sebab itu Kerajaan Negeri menyokong pembinaan untuk asrama pekerja sama ada bagi pekerja asing atau pun bagi pekerja tempatan dan harus ingat seperti apa yang saya katakan kalau kita hendak pindahkan sesuatu pembinaan atau pun sesuatu projek jangan kata asrama pekerja asing atau pun asrama pekerja kalau kita hendak pindahkan sesuatu projek ke tempat lain kita kena berdasarkan tuan tanah dan pemaju kalau pemaju ada tanah dekat tempat lain maka dia boleh buat permohonan. Kalau hendak pindah pergi Batu Kawan kita harus ingat di Bayan Lepas kita ada kawasan perindustrian tidak semestinya pekerja duduk Batu Kawan hendak kerja
Bayan Lepas setiap hari mereka kena duduk bas dan datang Bayan Lepas, betulkan Pulau Betong. Terima kasih
Mohon mencelah Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua dan EXCO Jawi soalan saya berkenaan dengan Taman Kuala Sungai Pinang sebanyak lima (5) buah banglo yang telah diduduki oleh pekerja-pekerja asing ini sama ada mereka ini mempunyai COA dan PLKS begitu juga dengan bangunan banglo tersebut yang mana sebelum ini kita difahami tidak mendapat OC dan yang keduanya di Taman Green Ville Air Puteh begitu juga pekerja-pekerja asing ini menduduki dua (2) buah banglo di belakang Taman Green Ville Air Puteh Balik Pulau bukan Air Putih Tanjung jadi Air Puteh
T.E.H.?
Jadi kita hendak tahu sama ada PBT mengetahui keadaan meraka atau pun mengambil maklum tentang kedudukan mereka ini yang mana mereka ini selalunya masuk ke kampung-kampung dan sebagainya untuk menangkap ikan dan sebagainya jadi kita agak apa ni khuatir kerana menimbulkan permasalahan kepada penduduk setempat. Terima kasih.
Terima kasih.
Untuk menjawab soalan tambahan daripada Teluk Bahang saya memang ucapkan terima kasih kepada Teluk Bahang dimana Teluk Bahang sendiri pun khuatir kedudukan bagi pekerja warga asing yang duduk merata-rata tempat, betulkan Yang Berhormat Ahli Kawasan Teluk Bahang, oleh sebab itu di negeri Pulau Pinang kita mewujudkan satu garis panduan iaitu TLQ Temporary Labour Quarter dan garis panduan TLQ ini kita tengah buat pemindahan dan dan garis panduan TLQ ini memang kepada semua kawasan perumahan memang kita tidak benarkan okey dan untuk makluman Teluk Bahang dimana kalau kata lima (5) banglo yang
diduduki oleh pekerja asing itu memang kita tidak benarkan sebab pekerja asing ini kalau yang hendak tentukan dapat PLKS atau tidak ini terpulang kepada Penguatkuasa Imigresen, Imigresen ada hak untuk tangkap buat tangkapan sekiranya mereka secara pekerja asing yang tidak mempunyai atau pun mempunyai PLKS maka penguatkuasaan adalah tertakluk kepada Imigresen. Untuk jawab kepada Teluk Bahang di mana kedudukan warga asing yang ditempat kawasan strata title okay apartmen atau pun bangunan yang bertingkat di bawah kawasan common area strata title dimana dalam GP TLQ kita memang ada beberapa syarat, kita akan saya akan mengadakan satu sidang media dalam minggu ini sebab GP yang terbaru ini kita sedang mengkaji di mana kita faham di kawasan contoh kalau di kawasan strata title yang memang langsung abandon…(dengan izin) yang memang kita kata yang terbiar okay kawasan strata title bangunan strata title yang memang yang terbiar itu memang kalau contoh kawasan saya Jawi, Taman Sinar Indah satu bangunan yang memang terbiar sebelum ini tetapi dengan adanya pekerja-pekerja disewa oleh majikan untuk memberi tempat kediaman bagi pekerja-pekerja asing maka kawasan itu dengan well management……(dengan izin) dengan melengkapi segala pemudahan asas dan juga menjaga kawasan itu dengan bersih maka kita akan lihat sekiranya bagi pekerja asing bagi pekerja-pekerja tempatan yang ingin menduduki di kawasan strata title maka kita perlu mendapatkan surat akuan atau pun surat kebenaran daripada management community iaitu perbadanan pengurusan bagi kawasan tersebut dan kita baru boleh merujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk memberi surat sokongan bagi majikan atau pun agen-agen kepada pekerja asing untuk memohon COA daripada JTK. Ini cuma untuk Temporary Labour Quarter iaitu kita akan bagi tiga (3) tahun selepas tiga (3) tahun tidak akan mempertimbangkan segala permohonan. Terima kasih
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya hendak...(gangguan).
Soalan seterusnya Penanti.
Tuan Spekaer, ini bukan soalan ini termasuk cadangan sekali.
Tidak boleh cadangan, soalan sahaja.
Okay tidak apa, tidak apa soalan saja, berkenaan Yang Berhormat Ahli Kawasan Teluk Kumbar tadi sebab kita tahu kemasukkan.
Penanti, Kawasan Penanti soalan seterusnya.
Oh bukan yang ini tetapi sekejap sahaja sebab di Teluk Kumbar kita ada 15,000 penduduk jika masuk 32,680 warga asing akan timbul bermacam-macam masalah.
Penanti, soalan seterusnya soalan Penanti juga.
Oh Kawasan Penanti juga. Jadi soalan saya nombor 42 Tuan Speaker tapi kalau hendak jawab boleh kot Tuan Speaker, itu dia hendak jawab. 42. Apakah asas dan garis panduan mengenai larangan mengajar/ berdakwah di atas 16 pendakwah di Pulau Pinang termasuk Ustaz Kazim Elias berikutan arahan daripada pihak berkenaan serta mengambil keputusan bagi tidak lagi mengajar di Pulau Pinang?
Tidak boleh. Sila.
Baik terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Penanti soalan 42 dan soalan 46 dan soalan 75 saya mohon izin daripada Yang di-Pertua saya rangkum sekali kerana ia masih berkisar berkaitan dengan tauliah dan saya telah pun menjawab dalam penggulungan 46. Apakah kriteria pemberian tauliah sementara kepada penceramah jemputan di masjid-masjid atau surau-surau di Pulau Pinang? (a) Senaraikan nama penceramah kontroversi yang dihalang untuk menyampaikan kuliah di masjid-masjid seluruh Pulau Pinang. (b) Senaraikan penceramah yang memohon tauliah sejak tahun 2018 hingga 2022 tetapi belum diluluskan sehingga sekarang. 75. Nyatakan SOP permohonan untuk mendapatkan tauliah menyampaikan kuliah di masjid dan surau di negeri Pulau Pinang. (a) Senaraikan jumlah yang berjaya mendapatkan tauliah dan jumlah yang memohon dari tahun dari 2018 hingga 2022 mengikut setiap daerah.
Cuma bagi rumusan sudah.
Baik, soalan 42 juga berkaitan dengan apakah asas dan garis panduan telah saya jawab dalam ucapan penggulungan saya berkaitan dengan ini adalah Kaedah 13, ia ada tujun (7) perkara itu jadi telah saya jawab berdasarkan kepada Enakmen Kaedah 13. Soalan 46 daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Bakap apakah kriteria pemberian tauliah juga telah saya jawab dan soalan b. itu senaraikan penceramah yang memohon tauliah sejak tahun 2018 tebal kalau hendak disenaraikan penceramah itu, jadi daripada 2018 sehingga 2022 senarai jumlah penceramah yang berjaya mendapat tauliah mengajar Agama Islam Negeri Pulau Pinang mulai tahun 2018 sehingga tahun 2022 yang telah saya maklumkan dalam ucapan penggulungan saya sejumlah 1793 tetapi bagi tempoh 2018 sehingga 2022 adalah seramai 753 dimana perinciannya tahun 2018 seramai 67 orang lulus temuduga, 42 orang tidak lulus temuduga dan 59 orang tidak hadir temuduga. Tahun 2019 seramai 132 orang lulus temuduga, 70 orang tidak lulus dalam temuduga dan 143 orang tidak menghadiri temuduga. Jadi keseluruhan bagi 2019, 345. 2018 tadi 168 orang, tahun 2020 seramai 41 orang lulus temuduga 38 orang tidak lulus dalam temuduga 36 orang tidak menghadiri temuduga menjadikan jumlah keseluruhan tauliah bagi tahun 2020 adalah seramai 115 orang. Tahun 2021 seramai 22 orang lulus temuduga 18 orang tidak lulus dan 30 orang tidak menghadiri temuduga menjadikan jumlah keseluruhan permohonan tauliah 2021 adalah 78 orang. Tahun 2022 kehadiran calon adalah penuh seramai 22 orang lulus temuduga dan 25 orang tidak lulus dalam temuduga menjadi jumlah keseluruhan permohonan tauliah bagi tahun 2022 adalah seramai 47 orang. Bagi soalan lisan 75 daripada Yang Berhormat Kawasan Pinang Tunggal. Soalan yang sama juga berkenaan dengan jumlah yang berjaya mendapat tauliah daripada 2018 hingga 2022. Setelah membuat penyelarasan antara satu sama lain, saya ingat soalan tidak bertindih. Jadi, (b) senaraikan nama panel penemuduga tauliah yang ini saya jawab. Panel penemuduga tauliah tidak dilantik di setiap daerah sebaliknya penemuduga tauliah adalah dilantik berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 118 Sub Seksyen 1, Majlis hendaklah melantik satu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang hendaklah terdiri daripada Mufti sebagai pengerusi. Dua, tidak kurang daripada 3 orang dan tidak lebih daripada tujuh (7) orang yang mempunyai pengalaman pengetahuan dan kepakaran yang sesuai. Dan senarai jawatankuasa berkenaan adalah seperti berikut, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Keduanya yang berdasarkan kepada tidak melebihi tiga (3) orang tidak kurang daripada tiga (3) orang dan tidak lebih daripada tujuh (7) adalah Yang Bhg Dato’ Rosli bin Osman, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Prof. Madya Dr. Atikullah bin Abdullah yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang merupakan Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Ustaz Ahmad Hashim Al-Hafiz, Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran (KITAB), Ustazah Rohayati binti Daud iaitu mantan Penyelaras Program Intervensi Kaunseling iaitu Kaunselor USM, Ustaz Mohamad Salmi bin Suhaimi iaitu Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang sekarang ini Ketua Unit Penyelidikan di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ustaz Subki bin Muhammad pada masa itu adalah pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun dan seterusnya adalah Ustaz Muhammad Hanif bin Omar @ Wahab iaitu KPP Bahagian Dakwah JAIPP. Itu saja.
Terima kasih. Sila, Penanti dulu.
Tindakan drastik yang dibuat hari ini di bawah YB EXCO Agama walaupun dikatakan mengikut garis panduan dan peraturan. Kita sudah berbincang panjang lebar benda ini dua tiga hari lepas. Jadi apakah jaminan yang ada bagi memastikan peraturan dan enakmen tersebut tidak disalahguna untuk kepentingan politik? Baik itu sahaja.
Menjawab kepada persoalan berkenaan dengan tidak disalahguna ia berdasarkan kepada kaedah 13 yang saya jawab tadi iaitu setelah diberi tauliah berdasarkan kepada 13 setelah memperoleh tauliah atau bagi mereka yang telah sedia memegang tauliah juga masih perlu mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah kaedah 13. Ada tujuh perkara berdasarkan kepada itu tidak menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak menyentuh apa-apa perkara yang berhubung dengan kebesaran, tidak menyinggung perasaan mana-mana kaum, tidak menghina perkara khilafiah, tidak menyentuh isu-isu politik kepartian, tidak menyentuh peribadi orang perseorangan dan hendaklah mematuhi apa-apa peraturan dan juga dasarkan kepada jawapan yang saya berikan tadi berkenaan dengan Jawatankuasa Pengawasan Tauliah yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah yang mereka ini tidaklah terlibat dengan mana-mana kegiatan dan juga parti politik secara langsung yang saya sebutkan tadi di mana ahlinya adalah terdiri yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah dan juga terdapat Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri, Dato’ Rosli Osman, Prof. Madya Dr Atikullah bin Abdullah, Ustaz Ahmad Hashim Al-Hafiz Pensyarah Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Kaunselor USM, ahli fatwa juga ustaz dan mereka ini tidak terlibat dengan mana-mana politik secara politik kepartian dan sememangnya dari sudut prosesnya akan pergi kepada Jawatankuasa Pengawasan Tauliah Pengajaran Agama Islam dan tidak terlibat dengan mana-mana politik kepartian.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya pertama, tadi mendengar angka yang agak tinggi yang gagal itu. Untuk yang gagal itu adakah mereka diberitahu sebab kegagalan dan adakah mereka dipanggil untuk kali kedua? Soalan kedua ialah apakah usaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk memudahkan urusan mendapatkan tauliah?
Urusan permohonan tauliah, proses untuk mendapatkan tauliah ini tidak dibuat di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ia dilakukan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang di bawah Pengarah Jabatan Agama Islam dan di bawah Jabatan Dakwah. Mereka yang gagal akan dibenarkan untuk memohon semula dan mengambil peperiksaan semula yang setelah saya maklumkan dalam sesi penggulungan dalam ucapan saya berkenaan dengan kategori-kategori yang tertentu. Ada yang di kalangan mereka tidak mahir dalam bab-bab yang tertentu tidaklah perlu untuk memohon kategori (d) yang merangkumi ke semua bahagian dikatakan tauliah untuk semua bahagian. Dari sudut untuk penambahbaikan kehadapan ini kita akan menambahbaikkan dari sudut permohonan secara atas talian, secara online kita sedang untuk usaha bina permohonan online dan Insya Allah apabila selesai bina permohonan secara talian ini baharulah proses itu macam kita mohon universitilah, dalam tempoh seminggu tahulah lulus, borang sedang diproses. Sekarang pun ada time frame tetapi secara manual.
Terima kasih. Mungkin satu lagi. Ya, sila Sungai Bakap.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, untuk EXCO daripada Batu Maung. Jadi tentang tauliah ini, bagaimana pula dengan orang-orang politik yang mana sebelum itu ada satu surat menyatakan Yang Berhormat apa tidak dibenarkan memberikan kuliah di masjid atau surau walaupun mereka ada tauliah. Cuma pertanyaan saya, definasi ahli politik tu adakah termasuk yang telah menjadi Yang Berhormat ataupun yang biasa bertanding sebab kita hendak jelas benda-benda tersebut. Terima kasih.
Terima kasih.
Baik, berkenaan dengan adalah ahli politik. Ini adalah ahli politik yang tidak dibenarkan iaitu ahli politik yang memegang jawatan sebagai wakil rakyat. Itu yang pertama dan yang kedua ahli politik yang bertanding belum menang bukan kalah dan diberi tempoh tertentulah umpamanya dalam peraturan yang dikeluarkan dalam tempoh lima (5) tahun tidak dibenarkan untuk memberi kuliah dan juga ceramah. Itu dari segi peraturan yang telah diluluskan sama ada
ahli politik yang bertanding di negeri ini ataupun di negeri-negeri yang lain bagi mengelakkan kerana tidak dapat dielakkan kerana pemantauan yang dilakukan dalam perkara yang melibatkan perkara kaedah 13 perkara 5 tidak menyentuh isu-isu politik kepartian berlaku juga walaupun dikatakan tidak tapi melalui pemantauan dia menyentuh juga tentang kepartian maka dia melanggar kaedah 13 perkara 5 sebab itulah peraturan itu dibuat dan diluluskan.
Terima kasih.
Tambah satu lagi. jadi saya Batu Maung ada menyatakan ahli politik yang bertanding dan siapa yang kalah dalam masa 5 tahun kan nanti selepas ini jumpa saya sebab saya memang ada ahli politik yang masih belum menang tapi memberi kuliah di tempat saya sendiri di kawasan Sungai Bakap. Terima kasih.
Okey terima kasih. Saya jemput Bagan Jermal. Sila.
Dato’ Speaker, soalan saya soalan 43. 43. Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil langkah untuk mengkaji semula semua sistem perparitan misalnya yang melebihi 30 tahun supaya boleh dinaik taraf untuk menampung kapasiti hujan masa kini?
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Jermal. Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui PBT sememangnya memberi perhatian kepada sistem perparitan khususnya perparitan yang melebihi 30 tahun supaya boleh dinaik taraf untuk menampung kapasiti hujan masa kini. Antara langkah awal yang telah diambil adalah seperti penyediaan senarai kawasan keutamaan hotspot banjir. Seterusnya juru ukur bertauliah akan dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pengukuran asas serta penyediaan pelan utiliti dasarkan keutamaan kawasan-kawasan hotspot tersebut. Pelan rekabentuk kemudiannya akan disediakan secara sama ada kedalaman di PBT bagi kajian berskala kecil atau lantikan perunding bagi kajian berskala besar untuk menaik taraf sistem perparitan yang berkenaan. Peruntukan bagi melaksanakan hasil kajian akan dimohon melalui Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir dan juga kepada Kerajaan Persekutuan mengikut keutamaan kawasan-kawasan tersebut. Walau bagaimanapun pelaksanaan projek adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan yang diperolehi. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan Tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga. Kita sudah maklum penaiktarafan adalah sangat penting kerana bukan sahaja boleh meminimakan banjir kilat dan juga ada akan membantu dalam lagi satu hal kerana kita boleh lihat persamaan hotspot-hotspot denggi. Hotspot-hotspot denggi kebiasaannya adalah taman perumahan lama sebagai contohnya di kawasan saya Taman Melur. Kita sedia maklum, longkang lama akan mendap dan itu akan menjejaskan gradian dan menyebabkan takungan air di mana menyediakan satu tempat yang amat sesuai untuk pembiakan nyamuk aedes. Jadi soalan saya adalah adakah Kerajaan Negeri menyediakan bajet khusus untuk tujuan ini untuk menyelesaikan dua-dua masalah, satu ialah banjir kilat dan pada masa sama dengan pembiakan nyamuk dari puncanya kerana saya rasa fogging dan juga gotong-royong adalah satu pendekatan yang reaktif dan saya rasa kita perlulah melakukan pendekatan preventive is better than cure dan juga one stone two birds’ yang lebih berkesan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Kerajaan Negeri ada beberapa sumber peruntukan untuk melaksanakan penaiktarafan perparitan. Ia bergantung kepada pemilik agensi pemilik sistem perparitan tersebut contohnya kalau longkang itu milik JKR maka sebagai agensi pemilik JKR akan menyediakan dan sumber peruntukkan itu ia boleh datang daripada beberapa source. Contohnya dia ambil daripada permohonan negeri ataupun di peringkat PBT pun ia ada peruntukan yang khusus contohnya MBSP kalau tidak silap saya RM300,000.00 setahun yang disediakan untuk menaik taraf sistem perparitan lama tapi selain daripada itu agensi pemilik contohnya PBT ataupun JKR ataupun JPS pun boleh juga boleh membuat permohonan peruntukan terus kepada Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir yang di mana cadangan tersebut akan diteliti dan sekiranya diluluskan maka peruntukan akan diberi untuk membuat kerja-kerja penaitarafan tersebut.Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Katakan macam kawasan saya ada 17 kawasan taman yang sudah melebihi 30 tahun adakah maksudnya akan semua diambil untuk buat kajian dan juga
bagaimanakah keutamaan diberikan? Adakah case by case basis, adakah kita perlu minta baru akan dipertimbangkan untuk kelulusan.
Saya rasa perkara itu boleh dibincangkan dengan pihak Majlis ataupun Ahli Majlis juga dan sekiranya diperlukan satu apa ini planning yang lebih terperinci untuk 17 kawasan tersebut maka boleh dibuatlah tapi cuma hendak buat sekaligus 17 itu saya rasa kos itu agak tinggi Yang Berhormat. So mungkin kita boleh merancangkannya dari segi timeline dan sebagainya. Minta dengan Yang Berhormat Jawi juga.
Tidak mengapa. Gaji hari ini gaji Jawi separuh bagi dekat Tanjong Bunga sebab Tanjung Bunga jawab soalan dia. Okey seterusnya hendak jemput Seberang Jaya. Seberang Jaya tidak ada dan saya tidak dimaklum maka soalan ini sememangnya akan di langkau tidak boleh jawab cuma amat sayanglah sebagai peringatan kepada Semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di sini selagi anda tidak berada di dalam Dewan, soalan lisan anda tidak akan dijawab. Sayanglah Dewan tidak dapat dengar soalan dan Dewan juga tak dapat dengar jawapan itu amat sayang sekalilah dan walaupun tempoh hari yang lalu ada juga Yang Berhormat yang tidak hadir, namun mereka ada bagitahu memaklum kepada Speakerlah tapi yang Seberang Jaya, dia tak maklum kepada saya. Kalau masuk pun saya tak mau bagilah. Okey, saya nak mohon, siapa? Soalan 45, sila. Bukit Tengah. Teguran yang sama juga kepada Bukit Tengah dia tak tapi apa nama Bukit Tengah semalam ada bagi tahu.
Kita ada bukti ni.
No. Sebab dia ada, apa nama kematian saudara dia, so sudah maklum kepada saya. Tapi teguran mesralah. Sungai Bakap, sila. Oh, 46 tadi telahpun dijawab bersekali dengan soalan 42lah. So soalan ini juga telah dijawab. Maka saya nak jemput Sungai Dua.
Tuan Speaker dan seterusnya Ahli Dewan Undangan yang saya kasihi sekalian, soalan saya ialah soalan nombor 47. 47. Sejauh manakah pembuangan sisa loji rawatan air (LRA) Bukit Toh Alang di Sungai Kulim memberi kesan terhadap air yang dipam di Rumah Pam Mak Sulong untuk simpanan air mentah di Empangan Mengkuang? (a) Apakah persediaan Kerajaan Negeri menghadapi fenomena El Nino yang menjejaskan bekalan air untuk penduduk Pulau Pinang?
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat.
Yang ini PBT juga ke?
Yang ni bukan, yang ni PBA.
Oh.
Dato’ Speaker, jadi untuk menjawab soalan Yang Berhormat, berdasarkan pada perhatian PBA setakat ni, tiada masalah yang berpunca daripada kesan-kesan sisa pembuangan daripada Loji Rawatan Air Bukit Toh Alang. Setakat inilah Yang Berhormat. Ini kerana loji rawatan itu pun, loji rawatan yang kecil, ia cuma 40 MLD. Sisa pun tak banyak. Lagipun untuk makluman Yang Berhormat daripada Sungai Kulim itu, di Rumah Pam Mak Sulong tu kita hanya menggunakannya 3 bulan dalam setahun. Hanya semasa musim hujan lebat. Selain daripada itu kerana paras air Sungai Kulim tidak cukup, tidak cukup tinggi, maka kita tidak akan pam. Ini kerana sekiranya kita pam, dia akan menjejaskan dari segi pengairan dan sebagainya. Jadi untuk soalan yang kedua Yang Berhormat, El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan kering, merupakan cabaran kepada seluruh dunia untuk membekal air bersih. Projek pembesaran Empangan Mengkuang telah dilaksanakan untuk meningkatkan kapasiti dari 20,000 juta ataupun 20 bilion liter ke 86 bilion liter air. Projek ini telah disiapkan pada tahun 2017 dan pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga dalam proses untuk memastikan Kerajaan Persekutuan terus melaksanakan Fasa 2C yang membolehkan penyaluran air mentah sebanyak 1000 MLD ke Loji Rawatan Air Sungai Dua. Dengan adanya penyaluran tersebut maka kita boleh memastikan Loji Rawatan Sungai Dua tu boleh berfungsi secara optimum walaupun berlaku apa-apa seperti pencemaran kepada Sungai Muda. Selain itu, Kerajaan Negeri akan terus mengadakan rundingan bersama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk pastikan Projek Air Perak-Pulau Pinang dapat dilaksanakan dengan kadar segera juga. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Tuan Speaker dan juga Tanjong Bunga, berkenaan dengan sisa loji rawatan air ni bukan saja hari ini, saya terlupa untuk nak bangkitkan di Sungai Dua juga sebab pembuangan sisa ni menyebabkan parit ataupun paritlah, kita guna bahasa kampung kita panggil parit, jadi terkambus menyebabkan orang kata apa, Sungai Mati Perai tu dia tak boleh terkambus. Dulu sungai tu, sungai yang dalam. Baru-baru ini pun kerja pembersihan yang dilakukan saya lihat maknanya pengorekan tidak dilakukan, yang menyebabkan maknanya sisa-sisa itu bertambah orang kata padan sungai orang kata jadi cangkat dan bila berlaku hujan lebat akan mengakibatkan jadi banjir. Saya, maknanya saya perlukan supaya perhatian diberikan kepada apa nama, isu ini.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Sebenarnya isu ini sudah dalam perhatian PBA, isu sisa ataupun sludge yang terhasil daripada proses rawatan dan PBA sebenarnya telah ada perancangan untuk membuat sludge management ataupun pengurusan sludge dan saya dimaklumkan bahawa kontraktor baru sahaja dilantik supaya boleh mengatasi masalah inilah, terima kasih.
Terima kasih. Sebelum saya meneruskan, baru saya terima maklumat bahawa walaupun saya bagi teguran kepada Yang Berhormat Seberang Jaya tapi sebenarnya dia ada maklum kepada Yang Berhormat Ketua Menteri bahawa dia tak boleh hadir dan pergi ke klinik dan akan balik 11.30 tapi dia silap bagilah, saya sepatutnya dia maklum kepada Setiausaha Dewan ataupun kepada saya sudahlah. Dia, dia tak tahu, ini teguran lagi kena kuat sikit, tak tahu siapa yang jaga Dewan. Okeylah, kita maafkan Seberang Jaya sebab dia nak pergi ke kliniklah. Okey, dan saya nak menjemput Yang Berhormat Penaga. Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Penaga nombor 48.
48. Berapakah peruntukan setahun Kerajaan Negeri kepada
ADUN-ADUN Kerajaan Negeri bagi setiap DUN?
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Penaga. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Ahli-ahli Dewan dari kerajaan adalah seperti berikut. Akaun Khas KADUN RM200,000.00, Projek Pembangunan Masyarakat
P16(02) RM120,000.00 dan Program Khas dan Latihan P16(03) RM180,000.00. Jumlah RM500,000.00.
Terima kasih. Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Kota yang telah memberi jawapan berkaitan dengan soalan saya, peruntukan tahunan Kerajaan Negeri kepada ADUN-ADUN Kerajaan bagi setiap DUN. Cuma di pihak Pembangkang ini, peruntukan itu tidak diberi dan kami hanya diberi untuk infra pun, setahun RM60 ribu. Senario ni saya lihat kalau zaman dan Yang Berhormat Padang Kota pun mungkin pernah melalui situasi sebagai Pembangkang masa era BN mentadbir negeri Pulau Pinang ini, begitu pedih, rumit dan sukar apabila peruntukan tidak disalurkan. Untuk masa terdekat ataupun kita mengambil senario perubahan iklim politik negara kita dan ke arah demokrasi yang lebih telus sebagaimana hari ini kalau kita melihat kepada negeri jiran kita di sebelah utara ataupun di sebelah selatan, Yang Berhormat Menteri Besar Kedah berani mengambil tanggungjawab dan keputusan untuk menyalurkan peruntukan sama rata kepada semua wakil-wakil rakyat sama ada Kerajaan ataupun Pembangkang dan begitu juga dengan Menteri Besar Negeri Perak juga mengambil pendirian yang sama. Jadi saya nak, soalan saya kepada Yang Berhormat Padang Kota, mungkin polisi yang dibuat itu adalah polisi penggal lepas yang diwarisi daripada Yang Berhormat Air Putih itu sebagai timbalan, Air Putih sebagai timbalan, sebagai Ketua Menteri, mungkin polisi itu diambil daripada penggal lepas, patutnya polisi itu perlu diubah. Dan saya nak tanya, soalan saya adakah Yang Berhormat Padang Kota mempunyai keberanian untuk mengubah polisi yang telah dibuat oleh mantan Ketua Menteri terdahulu sebab keberanian tu perlu ada untuk mengubah polisi yang telah pun dibuat dan akhir saya nak bagi satu pantunlah kepada Yang Berhormat Padang Kota, “Pisau Tajam mengenai kaki, darah tumpah mengalir ke lantai, walaupun kita berlainan parti, demi rakyat peruntukan mohon diberi”.
Pantun balik.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Penaga. Untuk jawapan kepada Dewan yang mulia ini, keberanian saya adalah untuk mengekalkan peruntukan sehingga ia dikaji semula.
Okey. Saya nak minta apa nama Yang Berhormat Permatang Berangan. Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker, negeri Johor negeri Sembilan, soalan saya nombor 49. 49. Nyatakan usaha dan pelan tindakan Kerajaan Negeri dalam memastikan keterjaminan makanan untuk rakyat Pulau Pinang terutama dalam memperkasakan sektor tanaman padi, sayur-sayuran, penternakan dan nelayan.
Terima kasih Dato’ Speaker.
Dah jawab di penggulungan boleh rumuskan ya.
Okey. Dalam penggulungan saya, saya dah membahas begitu banyak cumanya saya nak lampirkan tiga gerak kerja yang akan dibawa untuk sesi yang akan datang, tambahan tiga itu yang pertama adalah berkenaan tentang Projek Digitalisasi Agromakanan Pulau Pinang. Kita akan digitalkan pertanian ini dan dalam masa yang sama, ia membantu penternak, pengusaha dan juga pihak-pihak yang terkait ini untuk lebih efisyen dalam mengenalpasti stok makanan kita berada di tahap mana dan juga membantu Kerajaan Negeri untuk merancana tentang keterjaminan makanan. Yang kedua kita menggalakkan penggunaan IOT iaitu (dengan izin), Restructuring and Digitalizing Paddy Farming iaitu nak memastikan bahawa pengeluaran padi ini dikeluarkan secara optimum dengan menggunakan teknologi IOT. Kita akan laksanakan di peringkat Negeri Pulau Pinang di keseluruhan negeri Pulau Pinang secara berperingkat dan juga dengan izin pihak pemilik tanah dan yang terakhir kita akan buat Projek Pusat Ruminan Bersepadu Negeri Pulau Pinang dan juga Pusat Pengeluaran Makanan Ruminan Negeri Pulau Pinang secara bersepadu, berperingkat dengan bantuan Kerajaan ataupun Kementerian KPKM. Terima kasih.
Terima kasih. Ya, sila Permatang Berangan.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Berapa lamakah stok bahan mentah, makanan asas kita ini dapat bertahan sekiranya berlaku bencana, contohnya kemarau panjang, banjir besar, mesti kita ada stok. Food security itu mesti ada kan? Berapa lama yang kita ada stok? Stok ini untuk bertahan berapa lama?
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan. Sebenarnya di peringkat Kerajaan Negeri kita tidak ada data yang secara langsung sebenarnya. Sebab itu kita sedang menggiat untuk melaksanakan Projek Digitalisasi Agromakanan ini. Daripada situlah kita boleh create ataupun kita boleh kenalpasti tentang keterjaminan makanan kita, berapa jumlah stok makanan sedia ada dan juga boleh menjangkakan apa yang akan berlaku, enam bulan, tiga bulan akan datang. Terima kasih.
Terima kasih. Sila.
Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi. Dan saya ingin tanyakan adakah, apakah cadangan untuk pengeluaran ternakan ikan sangkar dalam laut dan juga sangkar air payau kerana ini adalah satu industri yang agak besar, sebelum COVID, nilainya adalah hampir, bukan hampir, ialah lebih RM700 juta. So, itu adalah satu industri yang amat bernilai bagi Pulau Pinang dan adakah beliau mencadangkan untuk memperkenalkan digitalisasi seperti yang disebutkan tadi, sama ada Yang Berhormat pun telahpun berjumpa dengan penternak-penternak ikan sangkar dan juga air tawar dan juga air payau supaya kita dapat membangunkannya. Dan kita pun ada satu apa ni, Bangsa-Bangsa Bersatu Fish. Macam mana boleh meminta mereka untuk membantu pihak kerajaan supaya dapat memperluaskan dan mengembangkan industri ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Air Putih. Kerajaan Negeri, kita dah merancang ataupun kita sedang menyiapkan kertas putih iaitu Kertas Zon Industri Akuakultur Pulau Pinang iaitu mengazetkan kawasan-kawasan ini terhadap ataupun kepada pemain-pemain industri ikan sangkar ini. Yang mana sekarang ini ada lima, dan juga kita akan tambahkan lagi kawasan-kawasan yang kita boleh perbanyakkan lagi pemain-pemain industri ini. Betul apa kata Yang Berhormat Air Putih itu, di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima hasil yang tinggi dan juga negeri Pulau Pinang antara negeri yang tertinggi di dalam penghasilan ataupun industri ikan sangkar ini dan saya akan teliti cadangan Yang Berhormat Air Putih untuk bantuan daripada pihak luar khususnya pemain-pemain industri ikan sangkar ini. Terima kasih.
Terima kasih, saya nak jemput Pinang Tunggal, sila.
Terima kasih Dato’ Speaker, Salam Penang 2030, soalan saya nombor 50.
50. Bilangan penduduk di DUN Pinang Tunggal meningkat secara drastik, apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membina klinik kesihatan di DUN ini? (a) Berapakah nisbah seorang doktor berbanding penduduk di Pulau Pinang dan di DUN Pinang Tunggal sekarang? (b) Apakah usaha akan dilakukan jika nisbah tersebut tidak tercapai?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada rakan saya, maaf suara, semalam harimau kumbang baham tok gajah. Maaf, hari ini suara kurang sikit. Terima kasih kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pinang Tunggal berhubung dengan isu di mana tentang pembangunan klinik di kawasan Pinang Tunggal. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang masih dalam perancangan untuk membina sebuah klinik kesihatan di kawasan Pinang Tunggal. Perancangan ini memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Kementerian Kewangan Malaysia. Namun demikian, Skim Perubatan Madani yang telah diperkenalkan di semua daerah di negeri Pulau Pinang di mana semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari golongan B40 adalah layak untuk mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta yang berdaftar dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, di Daerah Seberang Perai Utara sebanyak 19 Klinik Perubatan Swasta kini menawarkan Skim Perubatan Madani dan angka ini dijangka meningkat dengan penglibatan lebih banyak Klinik Perubatan Swasta setempat yang akan memanfaatkan penduduk khususnya di sekitar kawasan Pinang Tunggal. Soalan Yang Berhormat Pinang Tunggal juga menanyakan tentang nisbah doktor khususnya di kawasan Pulau Pinang ini. Untuk makluman Yang Berhormat Pinang Tunggal, kita tidak mempunyai nisbah mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri, tetapi untuk makluman Dewan Yang Mulia, nisbah jumlah doktor berbanding dengan penduduk di kawasan Pulau Pinang ini adalah sebanyak 1 kepada 405 penduduk. Dan syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia ataupun dengan izin (World Health Organization) bagi keadaan nisbah doktor berbanding dengan penduduk yang disyorkan oleh WHO adalah 1 kepada 500 penduduk. Jadi untuk kes ataupun situasi di negeri Pulau Pinang ini sebenarnya kita lebih baik daripada syor yang dikemukakan oleh (World Health Organization) dimana 1 doktor boleh menyampaikan perkhidmatan kepada 405 penduduk di negeri Pulau Pinang ini. Namun demikian perancangan bagi menambahkan perkhidmatan kesihatan awam termasuk dari segi penambahan anggota kesihatan senantiasa dilakukan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Ok, saya nak sentuh tentang pembukaan Setia Fontaines yang akan mewujudkan 10,000 rumah dan pembukaan Bertam Pinggiran yang akan mewujudkan 2,500 rumah. So, kalau rumah pun dah 12,500 dengan penduduk 3, 4 orang satu rumah. Dia akan meningkat sekali ganda penduduk sekarang ni. So, apa tindakan EXCO dalam hal ini untuk kita ikut ratio tu.
Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal, sepertimana tadi yang saya jawab tadi, kita tengah lihatlah sekiranya terdapat pertambahan penduduk di sesetengah kawasan sememangnya ia akan menjadi salah satu faktor untuk kita mempertimbangkan supaya kita dapat mewujudkan lebih banyak kemudahan kesihatan awam di kawasan setempat. Namun demikian untuk jangka masa kini sepertimana yang tadi saya bangkitkan khususnya di kawasan Daerah Seberang Perai Utara, buat masa kini kita sudah ada 19 Klinik Perubatan Swasta yang menawarkan perkhidmatan perubatan. Boleh kita katakan secara percuma khususnya golongan yang disasarkan iaitu golongan B40. Jadi saya pohon, bukan saja pada Yang Berhormat Pinang Tunggal dan kepada rakan-rakan kita yang ada dalam dewan ini boleh merujuk kepada laman sesawang Skim Perubatan Madani dan merujuk dan membantu rakyat-rakyat di kawasan kita khususnya mereka di dalam golongan B40 ini untuk mendapatkan rawatan secara percuma untuk Skim Perubatan Madani ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Berapit sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan 51. 51. Nyatakan status dan pelan infrastruktur stesen pengecasan kenderaan elektrik dalam negeri. (a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengggalakkan penggunaan kenderaan eletrik?
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya ingat stengah gaji Jawi.
Kena bagi juga.
Kena bagi. Lebih ni. Saya punya jawapan pun semua KT. Yang Berhormat di peringkat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), garis panduan petak pengecasan kenderaan elektrik dan prosedur permohonan pemajuan telah dibentangkan pada MPFN. Ia telah dipersetujui untuk pemakaian dan pelaksanaan di semua PBN dan PBT. Garis panduan ini akan dibentangkan di peringkat Jawatankuasa Perancang Negeri bagi kelulusan pemakaian di kedua-dua PBT. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan pihak Kerajaan Persekutuan dan juga pemain industri dalam usaha menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di Pulau Pinang. Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah memasang tempat pengecasan motosikal elektrik percuma di kawasan-kawasan milik PBT di bahagian Pulau dan juga Seberang Perai. Mengadakan sesi libat urus bersama pihak industri dengan mengadakan sesi-sesi perbincangan dan pembentangan berkaitan kenderaan elektrik. MBPP telah membuat panggilan RFP Fasa 1 bagi pemasangan stesen pengecas EV di 26 lokasi bagi seluruh kawasan pentadbiran MBPP di mana RFP ini masih dalam peringkat penilaian. Pemasangan ini akan melibatkan tempat letak kenderaan oleh MBPP, On Street Parking dan juga tempat letak kenderaan premis MBPP yang merangkumi DC dan AC Charging Station. Kerja-kerja pemasangan stesen pengecas EV dijangka akan dimulakan pada suku pertama tahun 2024. MBSP pula telah menyediakan tapak mengecas kereta elektrik di tapak letak kereta kakitangan di Menara Bandaraya, Bandar Perda. Menggalakkan pemaju bagi penyediaan station charge kenderaan elektrik di beberapa kawasan kemudahan awam di Seberang Perai dan juga memudahcara urusan kelulusan pelan diperingkat permohonan kebenaran merancang. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Terima kasih atas jawapan dan soalan tambahan saya adalah memandangkan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri hijau. Jadi demi mencapai Sustainable Development Goals, Kerajaan Negeri yang hijau bertaraf antarabangsa. Apakah cabaran kita sekarang yang menghadapi untuk menambah stesen pengecasan EV ini dan juga apakah KPI yang Kerajaan Negeri dalam 1 tahun ataupun 2 tahun supaya boleh melebihkan penggunaan kenderaan EV. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Berapit. Saya jawab soalan yang kedua terdahulu. Di bawah Penang2030 kita dah letakkan, menetapkan KPI untuk menyasarkan sebanyak 500 EVCB ataupun EV Charging Bay menjelang tahun 2030. 500 untuk seluruh negeri lah. Okey, soalan yang pertama cabaran tu Yang Berhormat, di peringkat Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan kita cuma boleh mewujudkan tempat-tempat letak kenderaan di kawasan milik kita. Untuk kawasan milik swasta, yang tu terpulang kepada pihak swasta. Cuma dari segi perancangan, garis panduan yang kita buat yang telah diluluskan oleh KPKT, kita boleh mewajibkan beberapa EVCB di pemajuan-pemajuan baru. Selain daripada itu, sekiranya kita nak wujudkan DC Charging maka keperluan tenaga elektrik juga adalah salah satu faktor yang perlu diambil kira. Contohnya kalau kita nak buat DC Charging, dia mengambil memerlukan tenaga elektrik yang banyak. Maka 1 substation perlu
dibina. Kalau AC Charging yang tu mana-mana pun boleh buat Yang Berhormat. Cuma dia masa pengecasan tu agak lamalah Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya nak jemput Bagan Dalam. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Soalan saya soalan nombor 52.
52. Apakah usaha jangka masa pendek yang akan diambil untuk mengatasi isu kesesakan jalan raya yang teruk di seluruh negeri Pulau
Pinang khususnya dari Butterworth dan Seberang Jaya menghala ke seberang Pulau seperti Bayan Lepas dan George Town?
Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Bagan Dalam, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya, khususnya dari Butterworth dan Seberang Jaya menghala ke Pulau seperti Bayan Lepas dan juga George Town. Langkah-langkah dan usaha jangka masa pendek yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Pada masa sekarang Rapid Penang mempunyai 237 buah bas yang beroperasi di Pulau Pinang. Bilangan bas akan ditambah secara berperingkat mengikut keperluan bagi penyediaan perkhidmatan yang lebih efisyen dan berkualiti serta merangkumi laluan-laluan sosial. Di samping itu Kerajaan Negeri telah membiayai sepenuhnya Pas Mutiara bagi penggunaan perjalanan tanpa had secara percuma bagi semua pengguna harian. Menyediakan Perkhidmatan Bas Percuma (CAT) dalam kawasan Pusat Bandar George Town bagi mewujudkan sistem pengangkutan yang efisyen dan juga menggalakan penggunaan pengangkutan awam. Ketiga menyediakan perkhidmatan Bas CAT Bridge di 2 laluan iaitu dari Bayan Baru ke Seberang Jaya, dan ulang-alik dan juga Bukit Mertajam ke KOMTAR. Keempat, penyediaan Perkhidmatan BEST atau Bridge Express Shuttle Transit (BEST KOMTAR) bagi kakitangan yang bekerja di KOMTAR. Ini juga membantu menyelesaikan masalah kesesakan dari Butterworth dan Seberang Jaya menghala ke Pulau. Melaksanakan beberapa tindakan untuk mengurangkan kesesakan yang dihadapi oleh pengguna khususnya antara laluan Lebuhraya Juru-Sungai Dua dengan perkara seperti berikut. Mengkonfigurasi semula garisan jalan di lokasi tertentu di antara Juru- Sungai Dua untuk menambah jumlah lorong daripada 3 lorong ke 4 lorong. Mengurangkan konflik atau masalah weaving pergerakan kenderaan daripada jalan susur memasuki ke laluan utama. Seperti memasang New Jersey Barrier supaya pergerakan kenderaan lebih lancar. Pengguna lebuh raya yang menuju ke Perai-Butterworth mempunyai pilihan untuk menggunakan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth bagi mengelakan kesesakan di jajaran Lebuhraya antara Sungai Dua ke Perai. Membuat hebahan maklumat kepada pengguna lebuhraya menerusi media sosial, elektronik dan juga variable massage signboard mengenai situasi semasa keadaan trafik supaya pengguna dapat
merancang perjalanan. Melaksanakan sistem RFID di Plaza Tol. Penjajaran semula garisan jalan di kawasan seperti berikut. Persimpangan masuk ke Jambatan Pulau Pinang arah selatan KM 138.7 bagi penjajaran semula garisan jalan untuk laluan 5 lorong. Persimpangan Jambatan Pulau Pinang arah selatan KM 139.5 hingga ke KM 140.2 bagi penjajaran semula garisan untuk jadikan 3 lorong. Kawasan sebelum keluar Tol Juru Arah Utara dengan membuat pelebaran laluan sebagai storage lane. Kawasan Hentian Sebelah Juru Arah Utara ke susur keluar Jambatan Pulau Pinang dengan penjajaran semula garisan jalan untuk menjadikan 4 lorong. Susur keluar daripada Jambatan Pulau Pinang ke susur keluar Masjid Seberang Jaya sebelah utara dengan pelebaran susur dan penjajaran semula garisan jalan. Meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan kerjasama dengan pihak Polis untuk mengawal lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dan persimpangan lain. Dan akhir sekali, menyediakan perkhidmatan feri bot laju untuk penumpang dan penunggang motosikal dari Georgetown ke Penang Sentral. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Dan Bukit Tambun, sila.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan yang ke 53.
53. Huraikan kapasiti harian pengeluaran air terawat di Loji
Sungai Dua. (a) Huraikan kapasiti efektif air bulanan di Empangan
Teluk Bahang dan Empangan Air Itam. (b) Apakah status loji rawatan air di Empangan Mengkuang dan laluan air ke Loji Sungai Dua? (c) Perincikan status projek tangani bekalan air di SPS.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Bukit Tambun. PBA selaku operator Loji Rawatan Air telah merekodkan bahawa kapasiti harian pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua adalah di dalam purata 983.4MLD. Ini berdasarkan tahun lepas. Berikut adalah rekod kapasiti efektif air bulanan Empangan Air Itam dan Teluk Bahang berdasarkan rekod bacaan pada setiap hujung bulan. Saya ingat ini dalam jadual. Banyak perangkaannya. Saya bagi kat Yang Berhormat lah secara bertulis. Tapi yang terkini saya baca untuk Oktober, Air Hitam 81.5% dan Teluk Bahang 94.4%. Yang saya tahu sekarang ini dan meningkat lagi lah. Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui PBA telah melaporkan bahawa Loji Rawatan Air di Empangan Mengkuang adalah dalam fasa reka bentuk akhir, final design review oleh perunding yang dilantik oleh PBA. Perubahan kepada reka bentuk asal dilakukan agar Loji Rawatan Air baru di Mengkuang adalah berdasarkan konsep Taman atapun PBA nak panggilnya Mengkuang Park. Mempunyai nilai estetik dan juga mesra alam. Perubahan reka bentuk ini dilakukan tanpa mengabaikan objektif sebenar LRA Mengkuang iaitu
untuk menghasilkan 114MLD air terawat. Manakala projek pembinaan kerja-kerja penyaluran air mentah dari Stesen Pam Mak Sulung ke terusan Sungai Dua, sudah siap. Dalam testing and commissioning seperti yang saya laporkan tempoh hari. Dan ini akan dijangka untuk meningkatkan kapasiti air kita untuk menyalurkan kepada LRA Sungai Dua sebanyak 600MLD lah. Yang Berhormat, selain daripada itu Kerajaan Negeri sedang, terus mendesak Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Fasa 2C iaitu baki 400MLD dan juga untuk membina rumah pam baru iaitu Rumah Pam Lahar Yooi. Yang ketiga untuk soalan c, Yang Berhormat. Kerajaan Negeri ataupun PBA telah merangka beberapa projek infrastruktur pembekalan air untuk mengatasi masalah bekalan air di SPS seperti berikut. Yang pertamanya Loji Rawatan Air mudah alih Taman Sungai Duri Indah, dalam fasa pengujian. Saya rasa Yang Berhormat Dato’ Speaker yang ini semua saya dah sebut last week apabila ditanya oleh Yang Berhormat Sungai Bakap. Selain itu, untuk tambah. Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk membina Loji Rawatan Air Sungai Kerian Fasa 1 di SPS dengan kapasiti rawatan air sebanyak 114MLD juga untuk menangani permintaan air yang tinggi secara khusus di SPS. Terima kasih Yang Berhormat.
Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker terima kasih jawapan daripada Tanjong Bunga. Kita sedia maklum bahawa projek air Perak, Pulau Pinang hanya dapat beroperasi dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya semua rundingan berjalan lancar. Namun begitu, Pulau Pinang terutamanya Seberang Perai Selatan pada ketika ini dan juga 10 tahun akan datang menghadapi isu kekurangan air. Sehingga pada ketika ini ulasan PBA menjadi penentu dalam kelulusan permohonan kebenaran merancang dalam pembinaan kilang atau projek perindustrian di Seberang Perai Selatan terutamanya di Batu Kawan sebelum kita kemukakan permohonan kebenaran merancang di BKIP 2, dan BKIP 3. Dalam jawapan Tanjong Bunga sebentar tadi bahawa kita masih lagi menunggu kelulusan pihak persekutuan tentang projek Rumah Pam di Lahar Yooi Fasa 2C. Kalau persekutuan masih lagi tidak menjalankan projek ini, dan projek rumah pam Sungai Kerian hanya melibatkan 114 mld. Adakah kita mampu mengharungi cabaran dalam 10 tahun akan datang. Selain daripada perincian status penaiktarafan kecil di SPS ini, apa cara lain untuk kita mengharungi cabaran ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang berhormat Bukit Tambun. Kita Yang Berhormat Dato’ Speaker sebenarnya semua projek-projek yang kecil ini akan membantu SPS dalam jangka masa pendek dan jangka masa sederhana pula ialah LRA Sungai Kerian. So kalau 114 mld itu telah siap Yang Berhormat Dato’ Speaker, maka sebenarnya isu di SPS selesai lah. Because dia akan cukup. Tapi selain daripada itu, sekarang ini PBA telah pun minta PDC untuk mengenakan 25% internal recycling supaya dalam semua pemajuan baru kilang-kilang baru yang dibina air
tersebut kalau dia boleh dikitar semula dia akan mengurangkan beban ke atas air daripada pihak PBA. Ini akan membantu untuk mengurangkan dan pada masa yang sama kita ada projek-projek yang saya telah sebut tadi yang dalam penggulungan minggu lepas pun, apa ni, bukan penggulungan tapi dalam menjawab soalan lisan minggu lepas pun ada sebut. Selain daripada itu kita ada Bukit Panchor yang sudah mula 10 mld dan juga projek-projek lain yang tadi Yang Berhormat pun sebut lah loji rawatan air Mengkuang juga akan membantu. Itu adalah tambahan 114 mld. Yang saya tak sebut dalam jawapan saya tadi adalah loji rawatan air yang dicadangkan di Sungai Muda juga. Jadi tiga loji rawatan air 114 mld sedang dirancang oleh Kerajaan Negeri. Ini Sungai Dua pula akan dinaiktaraf, yang itu akan menambah juga dalam 100 mld. Jadi kita boleh melihat dalam jangka masa pendek ke sederhana. Tambahan sebanyak 3 hingga 400 mld. Yang ini sebenarnya sudah cukup untuk meet our demand sehingga tahun 2030. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih maka Ahli-Ahli Yang Berhormat, satu jam tiga puluh minit untuk soalan lisan telah pun tamat dengan selaras dengan Sub Peraturan 26 (7) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sila Yang Amat Berhormat.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-Ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi. Juga Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan peraturan 6A (1), Peraturan- Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, saya mohon supaya masa persidangan hari ini dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Maka ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah peraturan 6A (1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 27 November 2023 hari isnin sehingga jam 6.30 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan “Ya”.
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan tidak. Kita terima dan persetujui usul ini. Di samping itu, sementara kita lanjutkan masa sehingga 6.30 petang, maka saya juga nak mengumumkan bahawa kita akan henti rehat untuk makan tengah hari dan dalam jangkaan 12.30 hingga ke pukul 2 lah nanti. Maka ahli-ahli Yang Berhormat kita berada dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan tahun untuk 2024 dan usul anggaran
pembangunan tahun 2024. Maka saya nak menjemput ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Mungkin saya bagi Yang Berhormat ketua pembangkang. Sila.
Assalamualaikum warahmatullahi dan selamat sejahtera. Alhamdulillah. (bacaan potongan ayat Al-Quran). Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua dan juga ketua pengarah jabatan dan agensi. Seterusnya dengan izin speaker saya mengalukan rombongan daripada Dewan Muslimat yang berkunjung ke Dewan pada kali ini. Seterusnya tuan-tuan yang saya kasihi sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang di- Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya berbahas bagi ucapan Bajet 2024 yang telah pun disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 24 haribulan November 2023 yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 8 (bacaan potongan ayat Al-Quran). Firman Allah Taala yang bermaksud dan jangan sekali-kali kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum sehingga mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kerana berlaku adil adalah terlebih hampir kepada takwa. Dan firman Allah SWT lagi, (bacaan potongan ayat Al-Quran), agar harta itu tidak hanya berlegar, beredar di antara orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu, di dalam Islam kita diajar agar berlaku adil kepada semua termasuk kepada sesuatu kaum yang kita tidak sukai. Islam melarang pembolotan dan monopoli harta oleh orang kaya. Bahkan memerintahkan supaya pengagihan dilakukan dengan adil. Adil menurut Islam ini tak sama dengan fahaman barat yang mana yang menafsirkan kesamarataan. Pihak barat menafsirkan iaitu lah adil ialah kesamarataan. Definisi Islam terhadap adil iaitu lah (bacaan ayat Al-Quran) meletak sesuatu kena pada tempat. Ada pepatah yang menyebut letak apa nama ni kamu potong baju biar lah berpadanan dengan tubuh badan kamu. Saiz baju yang kita nak beri kepada seseorang mestila sepadan dengan ukuran badan dia. Dengan izin, saiz badan Telok Ayer Tawar, dia ada saiz dia tersendiri. Kerana nak dibandingkan dengan saya. Saya XL dia mungkin saya ingat berapa tak tau.
Jangan sindir. Jangan sindir.
Ini saya nak buat satu perbandingan. Tak sama. Jadi baju saiz baju yang diberikan kepada saya, kalau diberikan kepada Telok Ayer Tawar mungkin tak adil. Lebih-lebih lagi kalau sahabat kita rakan kita daripada Pengkalan Kota, kalau bagi baju dia kepada Telok Ayer Tawar tak adil pasal tak boleh pakai. Begitu juga halnya kita bagi baju teluk belanga kat anak laki-laki, bagi baju kurung kat anak perempuan itu adil. Jangan kerana kita nak ikut tafsiran barat, sama rata, kat anak laki pun kita bagi baju kurung, kat anak perempuan pun kita bagi baju kurung. Itu bukan adil.
Adil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Iaitu bagi teluk belanga kepada anak laki-laki, bagi baju kurung kepada anak perempuan. Itu adil. Adalah tidak adil diberikan kepada semua orang satu saiz baju sahaja. Tak adil kita kena buat baju mengikut satu saiz. Nyata disini ialah takrif adil mengikut Islam lebih tepat dan sempurna. Tuan Yang di-Pertua, kemenangan di dalam pilihanraya bukanlah seperti mana menang judi, kemenangan judi ini, semua yang jadi taruhan itu jadi milik pemenang sebaliknya kemenangan di dalam pilihanraya ialah untuk kemenangan untuk menegakkan Kerajaan. Untuk menunaikan amanah dan melaksanakan keadilan. Janganlah mengamalkan politik penjajahan yang membolot hasil mahsul dan menekan serta memeras rakyatnya. Seperti yang didedahkan oleh Allah SWT menerusi firmannya di dalam firman (bacaan ayat Al-Quran). Maksudnya "Telah berkata oleh Maharani Balqis (dalam responnya terhadap surat yang diutuskan oleh Nabi Allah Sulaiman AS kepadanya) Dia menyatakan sesungguhnya raja-raja (yang pernah dia saksikan) apabila mereka menakluki sesebuah negeri atau negara maka mereka memusnahkannya dan menjadikan ahlinya (rakyat negeri itu) yang mulia-mulia menjadi hina, demikianlah yang telah mereka lakukan." Jadilah pemimpin kerajaan yang menunaikan amanah dan melaksanakan keadilan, jangan mengamalkan politik penjajah yang sangat rakus. Maka harta khazanah kerajaan mestilah diurus dengan sebaik-baiknya. Berilah hak kepada yang berhak demi kebaikan dan kemakmuran dikongsi bersama supaya perjalanan kerajaan dan negeri ini akan mendapat keberkatan. Di sini saya ingin menyeru kepada kerajaan dalam memberikan peruntukan mesti adil. Adil kepada semua komuniti kaum, semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama dan kedudukan mereka. Peruntukan kepada ADUN-ADUN pembangkang mestilah diberikan secara adil untuk memenuhi persamaan hak asasi sebagai wakil rakyat yang dipilih secara sah. Setiap ADUN ada peranannya dalam membantu rakyat ditempatnya yang memerlukan bantuan. Janganlah sampai "genggam tak tiris " kata perpatah orang tua-tua yakni kedekut. Biarlah " rahmah” barulah sesuai dengan sifat Madani. Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Ketua Menteri yang dilihat kali pertama perbelanjaan yang melebihi RM1 billion berbanding pendapatan sebanyak RM533.08 juta, defisit sebanyak apa nama ini RM514.5 juta iaitu bersamaan dengan 55%. Belanjawan dilihat defisit bermula tahun 2011 sehingga lah masuk kepada tahun 2024 menyebabkan rizab semakin mengecil atau tabungan semakin menjatuh sehingga iaitu lah RM1.67 bilion pada 15 November 2023. Trend ini sangat tidak sihat kepada kewangan negeri Pulau Pinang. Jika strategi ini berterusan maka dibimbangi kewangan Kerajaan Negeri tidak lestari untuk jangka masa yang panjang. Saya ingin tahu apa solusi kerajaan dalam mengisi tabungan rizab dan mengecilkan deposit untuk masa yang akan datang. Hasil penjualan tanah untuk menampung permintaan terhadap kerajaan adalah satu langkah yang menyebabkan kita semakin kehilangan aset yang berharga di negeri ini, jangan sampai semua tanah negeri ini akan tergadai kepada pihak yang lain. Kerajaan Negeri boleh mengusahakan tanah kerajaan dengan kaedah Private Public Partnership (PPP) Usahasama Sektor Kerajaan dan Swasta. Tanah dimiliki oleh kerajaan yang diusahakan oleh syarikat swasta sebagai timbal balas maka pihak swasta atau membayar konsesi kepada kerajaan. Tuan yang di-Pertua, daripada bacaan saya keluaran dalam negara kasar KDNK bagi Negeri Pulau Pinang ialah sebanyak 5.1% pada tahun 2018 menurun 3.8% pada tahun 2019, naik kembali kepada 5.6% pada tahun 2020, terus meningkat pada tahun 2021 dengan kadar
6.8% dan terkini melonjak kepada 13.1% untuk tahun 2022. Saya amat setuju dengan ucapan Tuan Tun Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang sebelum ini yang mohon agar peruntukan pembangunan dari Persekutuan dapat dinaikkan kepada negeri memandangkan Pulau Pinang telah berjaya melonjakkan KDNK negeri ini dari 6.8% kepada 13.1% yang memberi manfaat kepada negara. Lonjakan KDNK pada tahun 2022 sangat tinggi berbanding dengan tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 6.3%, persoalan saya kenapa lonjakkan ini sangat tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya jika dilihat KDNK sebelum musim COVID-19 pun tidaklah setinggi KDNK kepada tahun 2022 bukankah pada ketika ini pentadbiran negara diurus oleh Perikatan Nasional. Ini menunjukkan betapa Kerajaan Perikatan Nasional bertindak secara adil ketika mentadbir negara tanpa mengira latar belakang parti politik negeri. Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Bajet 2024 ada disebut bahawa Kerajaan Negeri juga telah menerima kelulusan peruntukan dana daripada Bank Dunia untuk melaksanakan projek seperti mana Urban Greening bagi pembinaan Pocket Park. Persoalan saya adakah peruntukan ini satu pinjaman atau geran? Berapakah dana yang terima oleh pihak Kerajaan Negeri daripada projek ini? Apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Bank Dunia untuk dana ini? Saya risau dalam perbelanjaan negeri yang telah deposit selama 11 tahun berturut-turut seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Menteri sebelum ini akan berkekalan apabila Kerajaan Negeri terpaksa membayar pinjaman yang dibuat kepada Bank Dunia. Tuan Yang di-Pertua, daripada apa yang saya faham dalam ucapan Bajet 2024, InvestPenang dan Penang Development Corporation (PDC) memainkan peranan utama dalam menyokong pertumbuhan industri. Persoalan saya penasihat khas pelaburan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap ahli lembaga pengarah InvestPenang, Datuk Seri Lee Kah Choon telah meletakkan jawatan pada 2 Oktober lalu ketika pelaburan sedang meningkat di Pulau Pinang. Kenapa beliau meletakkan jawatan adakah beliau sudah diganti? Saya mohon penjelasan. Saya agak terkejut apabila menyemak buku laporan PDC yang disediakan kepada kami kenapa rumah-rumah yang dibina oleh PDC dijual dengan harga yang mahal. Saya tidak pelik sekiranya projek tersebut dijual kalau saya tidak pelik kalau projek seumpama itu yang dijual oleh pihak swasta rumah-rumah yang mahal itu dijual oleh pihak swasta tetapi kalau projek daripada anak syarikat Kerajaan Negeri jual rumah yang mahal, ini agak pelik kerana anak syarikat kerajaan sepatutnya membantu kerajaan untuk maknanya memberikan solusi kepada permasalahan perumahan yang kita hadapi di Negeri Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan dari ucapat Bajet 2024, dalam usaha kerajaan untuk menilai kebolehlaksanaan pembaharuan semula skim scheme redevelopment, 5 skim atau 5 tempat telah dikenal pasti untuk dilaksanakan skim ini iaitu di Mahsuri 5 Point Blok, Daerah Barat Daya, Taman Free School, Daerah Timur Laut, Rumah Pangsa Padang Tembak, Daerah Timur Laut, Rumah Pangsa Mak Mandin, Daerah Seberang Perai Utara dan Rumah Pangsa Siakap, Daerah Seberang Perai Tengah. Saya ingin tahu dengan lebih lanjut yang pertama, berapa peratus dari pembangunan baharu itu adalah untuk Rumah Mampu Milik? Yang kedua, apakah tawaran untuk penduduk asal-penduduk asal tersebut? Yang ketiga adakah penduduk asal akan kembali ke kawasan asal atau pun dipindahkan ke kawasan yang lain selepas daripada pembangunan semula? Yang keempat adakah mereka akan ditawarkan kediaman baharu yang lebih luas atau ketika kediaman baharu yang lebih luas dan ada juga mendapat pampasan? Yang kelima di manakah mereka akan tinggal sementara waktu
pembinaan berjalan? Jika di rumah sewa, maka sewa perlu dibayar oleh kerajaan sehingga rumah kekal siap? Saya mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan berkaitan dengan 4,738 peluang pekerjaan baharu daripada 60 projek yang dicatatkan oleh MIDA pada tahun ini daripada Januari sehingga Jun 2023. Sektor apakah yang menyediakan peluang pekerjaan ini dan adakah pekerjaan tersebut untuk pekerja tempatan ataupun pekerja asing. Saya mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik kepada Penang Skills Development Centre (PSDC) yang menjadi institut latihan terulung di negeri Pulau Pinang yang membolehkan industri tempatan mendapat tenaga kerja yang sesuai untuk syarikat mereka. Saya difahamkan pelajar di PSDC ini sentiasa menjadi rebutan industri apabila mereka tamat pengajian. Saya ingin tahu lebih lanjut bidang-bidang yang ditawarkan oleh PSDC dan apakah syarat-syarat kelayakan untuk masuk ke sana? Apakah terdapat biasiswa khas Kerajaan Negeri kepada mereka memandangkan peluang mereka untuk mendapat kerja adalah cerah dan secara tidak langsung ini membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri, saya mohon penjelasan. Di samping menyediakan tenaga kerja yang sesuai untuk syarikat-syarikat yang memerlukan, suka juga untuk saya mencadangkan kepada kerajaan agar menyediakan peruntukan khas di dalam modal insan untuk melahirkan profesional keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam mencegah kemalangan di tempat kerja berdasarkan data statistik daripada Jabatan Statistik tahun 2022 menunjukkan Pulau Pinang antara negeri kelima tertinggi dari segi kadar kemalangan pekerjaan ataupun kadar kecederaan iaitu sebanyak 3.35% setahun atau seramai 2,925 orang pekerja. Kerajaan perlu meletakkan sasaran agar kadar kemalangan pekerjaan ini dapat diturunkan. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan apa yang diucapkan oleh Ketua Menteri dalam ucapan Bajet 2024 baru-baru ini, pemasangan kamera litar tertutup CCTV adalah sebanyak 1,217 unit CCTV yang telah dipasang oleh kedua-dua PBT iaitu 1,019 CCTV dipasang di kawasan Pulau manakala 198 CCTV dipasang di Seberang Perai. Soalan saya mengapa terlalu banyak CCTV ni dipasang di Pulau berbanding di Seberang Perai. Di kawasan manakah kebanyakan CCTV dipasang? Ada apakah kejayaan daripada pemasangan yang banyak CCTV ni? Saya nak mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, jumlah kutipan dia yang diperolehi melalui platform e-pembayaran di kesemua 56 pasar awam di Pulau Pinang adalah sebanyak 4.1 juta transaksi bernilai RM39,771 juta. Satu nilai yang cukup banyak dan rancak dibuat oleh mereka yang berniaga di pasar awam. Soalan saya adakah kutipan ini melibatkan jumlah sewa unit premis pasar atau transaksi jual beli? Adakah 56 pasal ini termasuk Pasar Awam Teluk Kumbar yang masih lagi orang kata tidak diupgrade, pasar di Bayan Lepas dan juga di Sungai Dua. Saya belum saya setakat ni masih lagi belum guna transaksi tanpa tunai ni di pasar, di market masih lagi dok bawa duit, untuk dibelanjakan di pasar tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 bilion bagi pelaksanaan projek Aliran Transit Ringan (LRT) Pulau Pinang ke Seberang Perai. Saya ingin tahu lebih lanjut adakah jumlah RM10 bilion ringgit ini adalah pinjaman atau geran daripada Kerajaan Persekutuan. Adakah jumlah ini cukup untuk membina LRT yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai, ditambah dengan jajaran LRT yang telah diluluskan dalam Pulau yang menghubungkan KOMTAR ke Bayan Lepas dan seterusnya ke Seberang Perai, saya mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan projek PSI apa nama Penang Silikon Island atau pun Penang South Island atau pun Penang South Reclamation, saya ingin tahu daripada manakah batu-batu dan juga pasir-pasir yang akan digunakan untuk projek ini diambil? Adakah pasir dan batu dari projek-projek kuari yang akan dikaji oleh Kerajaan Negeri yang dijawab yang disebut untuk digunakan bagi tujuan projek perumahan? Adakah projek itu juga tujuannya ialah untuk iaitu lah penambakkan PSI seperti mana yang saya sebutkan tadi. Adakah perancangan pengurusan air di negeri ini mengambil kira pulau yang akan dibina ini memandangkan air terawat daripada Perak mengambil masa 6 sehingga 10 tahun. Kita risau negeri ini akan mengalami krisis air seperti yang dinyatakan dalam ucapan Bajet 2024 sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi. Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Ketua Menteri juga Kerajaan Negeri telah menerima peruntukan sebanyak RM25 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pemuliharaan pengurusan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Satu nilai yang logik memandangkan menjaga warisan memerlukan satu kos yang besar dan agar terus kekal relevan sebagai warisan. Persoalan saya ialah bagaimana warisan yang lain yang terdapat di negeri ini. Ada dua masjid di Sungai Dua yang disenaraikan sebagai bangunan warisan iaitu Masjid Tuan Haji Rashid di Sungai Dua dan juga Masjid Tuan Samad juga di Sungai Dua. Berapakah peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada masjid-masjid ini untuk mereka supaya kekal sebagai warisan yang tidak ditelan oleh zaman. Saya selalu bersolat di masjid ini. Masjid ni bumbung dia lama dah dan bumbung dia pun reput dah, bila jadi bangunan warisan kita tak boleh sentuh, tak boleh buat ikut suka nak kena renovate tetapi saya diberitahu oleh pengerusi mengatakan mereka setakat ini belum menerima apa-apa iaitu peruntukan daripada dari pihak Heritage ataupun daripada pihak kerajaan melalui Penang Heritage. Kita harap maknanya Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini supaya janganlah maknanya warisan kolonial sahaja dijaga, warisan Melayu yang telah bertapak lebih awal daripada warisan kolonial lebih awal daripada kedatangan Francis Light di sini. Lembah mana daripada apa nama daripada Butterworth sehinggalah ke Kepala Batas merupakan lembah yang didatangi oleh para ulamak yang berulang-alik daripada Mekah untuk menuju ke sini sehinggakan mereka yang berulang-alik tu, mereka kahwin dengan orang tempatan menjadikan itulah kawasan tersebut kaya dengan ulamak dan juga keturunan para alim ulama yang terdiri daripada kawasan tersebut adalah merupakan kawasan yang sangat kaya dengan pusat didikan satu ketika dahulu, yang datang daripada pelbagai pelusuk di rantau Asia ini untuk datang mengaji ataupun memondok di kawasan-kawasan tersebut, banyak tokoh-tokoh besar yang ada di kawasan begitu juga dengan sejarah kapal haji, yang lenyap begitu sahaja bagaimana perjalanan ataupun kenderaan dahulunya yang membawa para jemaah haji untuk menunaikan haji di Mekah hari ini telah tidak ada, semakin dilupakan sejarah. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik juga kepada Biasiswa Future Foundation (PFF) yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT. Saya ingin tahu lebih lanjut daripada 700 penerima berapa ramaikah yang menerima mengikut pecahan kaum dan juga DUN. Serta berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka. Bidang apakah, bidang apa yang boleh, apa nama ni para pemohon memohon biasiswa ini dan apakah syarat-syarat untuk anak Pulau Pinang memohon PFF ini dan saya mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan sebanyak 98.50 juta bagi penyediaan geran kepada anak-anak syarikat, badan berkanun, badan berkanun negeri dan lain-lain agensi, saya ingin tahu lebih lanjut geran apakah yang disediakan dan siapakah yang menerima geran ini dan saya mohon penjelasan daripada pihak Kerajaan. Sekadar itulah saja yang dapat disebut di dalam perbahasan pada kali ini dan ada perkara-perkara yang lain mungkin saya akan mengambil bahagian dalam perbahasan perbahasan sepanjang perbahasan ini dijalankan untuk kita menyuburkan iaitu amalan demokrasi di dalam Dewan yang mulia ini supaya perjalanan Kerajaan Negeri ini dan akan berjalan dengan betul dan selaras dengan tujuan dan objektif penubuhannya. Sekadar itu sahaja, yang baik kepada Allah dan kekurangan daripada saya akhiri dengan (bacaan doa) assalamuaikum WBT dan selamat sejahtera. Terima kasih.
YB..
Terima kasih.
Speaker, mohon.
Penanti. Sila
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dato’ Speaker, Pulau Pinang adalah negeri anugerah daripada Allah SWT kerana kedudukan geografinya yang sangat strategik dari segi ekonomi. Dari segi sejarah Pulau Pinang telah menarik perhatian pedagang-pedagang dari timur dan barat untuk bertapak dan berdagang.
Oleh itu adalah satu kegagalan, gagal sekiranya Kerajaan yang memerintah tidak dapat meneruskan kejayaan faktor tarikan ini untuk menyahterakan kehidupan segenap lapisan rakyat status quo perkembangan rakyat yang positif adalah sesuatu dengan izin by before and expected dari mana-mana kerajaan yang memerintah. Dato’ Speaker seperti yang dimaklumkan tadi oleh Ketua Pembangkang kita amat tertarik dengan dana bank dunia untuk projek Urban Greening dan Pocket Park. Sekiranya dana ini adalah satu liabiti ataupun dalam erti kata lain pinjaman yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri guna pakai dana ini harus mengikut panduan yang ditetapkan oleh, bagi mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan, persoalannya timbul bagaimana store management juga boleh diklasifikasikan sebagai Urban Greening. Bila mana retention pond dilihat sebagai Pocket Park. Mungkin bank dunia telah memberikan lampu hijau tetapi dengan maklumat yang terhad seperti jumlah dana dan status jana adalah penting supaya rakyat kepada amnya dapat manfaat daripada dana ini. Peningkatan ekonomi serta pertanian sebanyak 3.4% berbanding 13.1% pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang dan jauh lebih rendah daripada perkembangan ekonomi sektor pembuatan dan perkhidmatan contohnya tidak memberikan impak sama rata kepada rakyat Pulau Pinang terutama para petani dan nelayan. Kerajaan harus meningkatkan usaha kerja dan
perhatian mungkin 200% kepada penyumbang sektor ini yang terdiri daripada golongan B40 demi melonjak kedudukan ekonomi mereka. Program-program seperti petani pelapis dan tabung usahawan tani harus dikaji semula supaya impak lebih positif dan ketara. Sektor ini tidak harus di anak tirikan dengan sokongan bagai melepaskan batuk di tangga. Dato’ Speaker, kita melihat versi Penang2030 sebagai suatu inisiatif penting untuk meletakkan matlamat kerajaan pada garis masa yang realistik. Ia juga harus dianggap sebagai work in progress dengan ruang untuk penambahbaikan. Kesemua 8 keutamaan adalah bidang-bidang yang membantu melonjakkan paradigma sosial ekonomi rakyat akan tetapi penekanan khusus juga harus diberikan kepada pembangunan rumah kediaman dan persekitaran yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Inisiatif strategi itu harus mengambil kira pecahan kumpulan ekonomi antara B40, M40 dan T20 dan keperluan khusus mereka. Pembangunan projek perumahan tidak harus hanya berpaksikan keuntungan korporat tetapi juga tanggungjawab sosial korporat dan kerajaan. Hari ini majoriti rakyat terpaksa tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yang sempit 300 ke 400 kaki persegi dalam tekanan kos dan saiz keluarga. Pelancaran PPR bagi golongan bujang yang sangat kritikal harus dipercepatkan demi membantu pertumbuhan ekonomi dari segi bekalan tenaga kerja. Oleh itu sekali lagi penekanan ke atas bidang perumahan rakyat harus menjadi agenda utama pembangunan ekonomi negeri. Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri harus pertimbangkan kaedah-kaedah yang lebih sesuai dan efektif dalam mengaur-aurkan program-program komuniti, modal insan dan keusahawanan IKS dan belia supaya jaringan media meliputi keseluruhan masyarakat dengan lebih luas. Penggunaan buletin digital, sesawang portal Kerajaan Negeri, soc med atau sosial media dan teknik-teknik pemasaran digital akan dapat membantu menyasarkan program-program kepada golongan yang perlu. Program-program seperti persidangan industri SMART dan SME Centre, i46 fun (tidak jelas), founders greek 6 programmes GET, Tech Dome Penang, Techlympic Malaysian Digital CDD, ESG Incubation hard, SME 100, Penang CAT, PFF, semua tema kursus-kursus PSDC, PISP BAES dan lain-lain. Buat masa ini adalah dikhuatiri program-program ini hanya tertumpu kepada segelintir daripada masyarakat yang majoritinya tidak cakna terhadap program-program rakyat semasa. Mengikut laporan hanya 40% ataupun 17 daripada 41 KADUN telah menggunakan sistem disc secara aktif apakah kerana kelemahan pada sistem disc yang perlu diberi perhatian kita tidak mahu program dan inisiatif seperti ini berakhir sebagai dengan izin white elephant. Projek pemasangan gentian optik ke seluruh Pulau Pinang adalah langkah penting pemerkasaan kehidupan digital rakyat Pulau Pinang. Persoalannya apakah pelan tindakan selepas fasa 4 untuk merangkumi kawasan Seberang Perai yang kelihatan ketinggalan dari segi pembangunan digital dan apakah pemasangan gentian optik ni menggunakan dana Kerajaan Negeri atau MCMC. Dato’ Speaker program BAES adalah penting untuk memastikan setiap golongan masyarakat tidak ketinggalan dan dibantu demi kelangsungan hidup. Program yang bermatlamatkan PGK harus dikaji semula kerana tekanan inflasi dan kenaikan kos sara hidup sejak 2016, kalau kita tengok laporan mengatakan bawah ia diambil pada tahun 2016 dah berapa tahun sampai ke hari ini masih lagi boleh diguna pakai ataupun tidak kajian tersebut. Dan perbelanjaan 3.7 juta atau pun 0.35% daripada kos pengurusan 2024 perlu diberi perhatian serius. Dato’ Speaker, Pulau Pinang telah mencatatkan bajet defisit sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan hari ini sejak 2020 contohnya jumlah defisit pendapatan ke atas perbelanjaan negeri adalah melebihi 2.1 bilion, perbelanjaan kos pengurusan 1047 juta untuk
bajet 2024 adalah dua kali ganda hasil pendapatan yang memberikan defisit 514 juta iaitu defisit tertinggi setakat ini. Sekiranya kerajaan adalah telus dan berhemat sekiranya kos pengurusan yang dicatat sehingga November 2023 sebanyak 709 juta digunakan sebagai kayu pengukur jadi jumlah sehingga Disember tahun ini dianggarkan sekitar 773 juta status quo berbanding anggaran kos pengurusan 2023 sebanyak 989 juta. Jadi mengapakah kos pengurusan 2024 harus hampir 35% lebih dari tinggi kos pengurusan sebenar 2023. Di atas peningkatan kuota pengurusan ini Kerajaan Negeri menganggarkan penambahan hasil pendapatan sebanyak 10 juta kos pengurusan naik 274 juta. Hasil pendapatan naik 10 juta, jadi bankrupt Pulau Pinang Dato’ Speaker. Jadi harapan kami Dato’ Speaker supaya Kerajaan Negeri meneliti semula pelan kos pengurusan sebenar yang perlu untuk 2024 dan mengambil inisiatif banyak mungkin 400% tak tahu untuk menimbulkan ataupun menambahkan hasil pendapatan kerajaan supaya defisit dapat dikawal dengan lebih baik, ketirisan dipantau dan dihapuskan, kecekapan pengurusan ditingkatkan, kawal selia diwujudkan untuk setiap projek berimpak tinggi. KPI dengan izin Key Performance Indekator ditetapkan, disemak secara berkala oleh juruaudit luaran di bawah PAC, pembentangan report card dan tindakan-tindakan susulan yang harus dibuat demi pengurusan kewangan negeri yang lebih cekap, mantap, amanah, jujur, efektif dan telus. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Penanti. Saya sila Bukit Tambun.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, rakan-rakan seperjuangan, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan selamat pagi dan salam sejahtera. Saya berasa bersyukur atas peluang yang diberi untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2024 di Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker berdasarkan jangkaan hasil tahun 2024 berjumlah 533.08 juta membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukanlah sebuah negeri yang kaya. Selain itu cadangan bajet pembangunan tahun 2024 berjumlah 374 juta juga mencerminkan bajet Kerajaan Negeri adalah berjumlah 374 juta juga mencerminkan bajet Kerajaan Negeri adalah begitu daif. Lebih rendah daripada bajet pembangunan sesebuah universiti awam di Malaysia ini. Apa yang lebih mencemaskan kita ialah Bajet 2024 dijangka mengalami defisit sebanyak 514.53 juta dimana akan dibiayai daripada rizab Kerajaan Negeri termasuk akaun amanah disatukan yang hanya berbaki 1.67 bilion pada tahun 2, sehingga 15 November tahun 2023. Pada tahun 2022 kita memiliki 1.859 bilion pada tahun 2021 kita memiliki 2.17 bilion bererti penurunan setiap tahun. Ini bererti akaun amanah disatukan akan habis sekiranya negeri menghadapi defisit yang berturutan pada masa akan datang. Unjuran ini memang merisaukan ini sebab, itu sebab saya bertubi-tubi mendesak Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan yang besar untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur menangani isu kesesakan banjir kilat dan juga bekalan air. Bukan sengaja nak mendesak Kerajaan Persekutuan, lihatlah akaun kita. Oleh itu pada pagi yang mulia
ini saya ingin berbahas secara terperinci terhadap pembelanjaan mengurus perbelanjaan pembangunan dan juga usaha penjanaan pendapatan baharu. Dato’ Speaker, perbelanjaan mengurus akan meningkat sebanyak 58.13 juta kepada 1.047 bilion pada tahun 2024 di bawah peruntukan mengurus 2024 sejumlah 205.9 juta adalah bagi emolumen di mana 10 juta lebih tinggi berbanding tahun 2023. Sejajar dengan era digital, Kerajaan Negeri, pentadbir tanah dan juga Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan eTanah online submission, ePemabayaran dan pelbagai permohonan atas talian. Sehubungan itu, penstrukturan perjawatan dalam sektor awam wajar dijalankan. Kita bukan nak buang penjawat awam, kita nak penstrukturan semula. Itu penting. Jawatan yang tidak relevan boleh dimansuhkan dan penjawat awam sedia ada perlu ada pendedahan terhadap teknologi maklumat dan pengetahuan digital melalui latihan dan kursus. Pelaksanaan latihan ke arah peningkatan kemahiran penjawat awam bukan saja memastikan mereka lebih berdaya saing malah boleh mengurangkan pengambilan tenaga baru. Generasi abad 21, anak-anak kita perlu dibudayakan dengan pendidikan STEM sejajar dengan arus pemodenan teknologi akan datang dan mampu menceburi sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sekiranya perkembangan ini berlaku, sektor elektronik, elektrik, jentera dan peralatan, saintifik dan perubatan serta teknologi hijau dapat mengurangkan kebergantungan kepada warga asing seperti hasrat Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Tiadalah timbul isu Pulau Betong tentang bantahan terhadap pembinaan CLQ di Bayan Lepas. Dato’ Timbalan Speaker juga boleh tidur lena sekiranya anak-anak kita dapat mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh warga-warga asing. Dato’ Speaker, perbelanjaan, pemberian dan kenaan bayaran tetap iaitu dalam (4,000) kalau ikut seperti yang diedarkan kekal sebagai komponen terbesar daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus iaitu 622.59 juta. Meningkat sebanyak 44.37 juta berbanding tahun 2023. Antaranya adalah program kebajikan negeri termasuk iSejahtera yang telah menelan belanja 110.54 juta. Peningkatan sebanyak 12.19 juta berbanding tahun 2023. Sudah tiba masa lah Kerajaan Negeri membuat kajian secara komprehensif agar memastikan iSejahtera ini hanya memanfaatkan golongan bersasar. Saya sedia maklum bagi Kerajaan Negeri ataupun orang-orang politik kalau sesuatu kebajikan atau sesuatu program yang memanfaatkan rakyat nak tarik balik memang akan hilang populariti. Oleh itu, satu kajian komprehensif perlu dijalankan. Ini terletak di bawah bahu Yang Berhormat Sungai Pinang sebagai EXCO Pembangunan Sosial, kita perlu membuat penelitian. Kita tidak mampu lagi untuk berbelanja sewenang-wenangnya. Mengenai penyediaan geran.
Mohon pencerahan.
Machang Bubuk sudah bantah dah.
Bukan-bukan. Saya, terima kasih Bukit Tambun yang telah membangkitkan satu perkara yang begitu sensitif tapi amat kritikal untuk dipertimbangkan dan saya rasa sudah 15 tahun Kerajaan Pakatan Harapan dan sekarangnya Kerajaan Perpaduan memerintah dan juga Kerajaan Pusat juga sedang meneliti semula subsidi-subsidi sasaran ini. Adakah Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan atau melihat semula tentang pemberian-pemberian skim iSejahtera ini kepada kelompok yang sasaran sahaja dan tidak lagi memberikan kepada semua pengundi Pulau Pinang yang layak. So itu satu cadangan yang bagus dan saya mohon Kerajaan Negeri memandang serius tentang perkara ini memandangkan kekangan kewangan yang ada pada Kerajaan Negeri.
Terima kasih Machang Bubuk. Memang satu cadangan yang baik tetapi mungkin nanti apabila surat khabar memaparkan cadangan saya, saya akan menjadi…(gangguan) orang yang dikena tembakan.
Machang Bubuk di belakang.
Machang Bubuk di belakang tak apa. Mengenai penyediaan geran kepada anak-anak syarikat, badan berkanun negeri dan lain-lain agensi, sukacita sekiranya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dapat memperincikan agihan geran berjumlah 98.5 juta ini. Walaupun perbelanjaan mengurus meningkat setiap tahun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus berjaya mengekalkan pengurusan kewangan yang berintegriti dengan penerimaan sijil bersih daripada Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan pada tahun 2022. Dato’ Speaker, di sini saya ingin menekankan bahawa pengiktirafan sijil pendapat tanpa teguran adalah merujuk kepada pengurusan kewangan secara berhemah dengan perbelanjaan tanpa ketirisan bukan bermakna kerajaan Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan kaya. Saya menekankan sekali lagi Pulau Pinang bukan sebuah kerajaan yang kaya.
Faham-faham.
Anggaran hasil…(gangguan) kena cakap lagi.
Ulang lagi bagi orang yang perlu dengar, dengar.
Ya. Dato’ Speaker dan sidang Dewan. Anggaran hasil yang boleh dikutip pada tahun 2024 hanya sekadar 533 juta di mana akan mengalami defisit sebanyak 514 juta. Hasil 553, 533 tapi defisit 514 juta. Saya ingat Perai dia tengok akaun ini dia ketawa sebab dia dalam dunia korporat lebih daripada 30 tahun tetapi ini realitinya. Kita akan mengalami defisit sebanyak 540 juta berbanding perbelanjaan mengurus sejumlah 1.047 bilion. Anggaran defisit ini seperti yang saya sebut tadi bakal menghakis Akaun Amanah Disatukan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri perlu serius dalam menerokai penjanaan pendapatan baharu. Pertama, pembukaan tanah perindustrian oleh PDC dan swasta. Tanah perindustrian baharu ini akan meningkatkan bayaran permohonan tanah, bayaran pendaftaran tanah dan cukai tahun pertama serta cukai tahun berulang sekiranya bangunan industri itu telah siap. Pada pendapat saya, ladang kelapa sawit dan getah tidak lagi economic dalam konteks negeri Pulau Pinang atas kekangan skala ekonomi, economic of scale, kekurangan tenaga kerja dan tekanan permintaan tanah perindustrian. Kita perlu sedia maklum pertanian ini dibahagikan kepada kalau ikut rancangan struktur kita ada ladang perladangan jelapang padi yang tidak boleh disentuh langsung, kawasan ternakan itu ayam, kambing, lembu, babi, kawasan ternakan dalam kolam seperti yang disebutkan oleh Air Putih sebentar tadi dan juga kita ada taman kekal. Tanaman kekal pengelola makanan. Oleh itu, di sini dalam konteks ini bagi saya di negeri Pulau Pinang, kelapa sawit dan getah wajar dilonggarkan untuk perlingkungan semula atau diubah terus dalam rancangan tempatan pula. Kedua, saya menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri untuk mencalonkan Kompleks Hutan Simpan Paya Laut di pesisir pantai Penaga ke Telok Ayer Tawar sebagai flyway site network. Destinasi eko pelancongan baru ini akan menarik lebih ramai pelancong antarabangsa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ini akan mendorong lonjakan mendadak dalam sektor perkhidmatan terutamanya subsektor perhotelan, pengangkutan, peruncitan makanan dan minuman. Sehubungan itu, Yang Berhormat Perai dan Yang Berhormat Paya Terubong perlu memastikan pencalonan ini berjaya dan infrastruktur sokongan dibangunkan. Dato’ Speaker saya, yang ketiga saya juga menyokong cadangan Kerajaan Negeri untuk mewartakan kawasan benting tengah termasuk Pulau Gazumbo sebagai sanctuary marine middle park. Kejayaan pewartaan ini akan merancakkan perkhidmatan water taxi yang sudah lama tertangguh. Pengenalan water taxi bakal mewujudkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan marin menerusi island hopping yang melibatkan Taman Negara iaitu Pantai Kerachut sanctuary marine middle park middle banks, Pulau Aman, Pulau Gedung, Pulau Jerejak, Pulau Rimau, Pulau Kendi dan juga kawasan flyway site network yang disebutkan tadi. Pulau-pulau milik kerajaan boleh dibuka RFP untuk pembangunan produk pelancongan yang boleh menjana pendapatan. Soalan tentang pemilikan pulau-pulau di Pulau Pinang ini saya telah saya ajukan sejak tahun 2018. Tibalah masa kita untuk mengkaji mengekspoiltasi atau menjalankan pembangunan menerokai penerokaan pulau-pulau ini. Terima kasih. Terima kasih kepada Bagan Jermal. Keempat, Kerajaan Negeri perlu agresif mempelopori tenaga boleh baharu (TBB)
untuk menjana pendapatan baharu selain mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan penjimatan bil elektrik premis-premis kerajaan. Kelima memandangkan berlaku perubahan pola permintaan perumahan di Batu Kawan, bakal 23 fasa pembangunan Rumah Mampu Milik ini perlu dirancang semula. Kita ada 25 fasa untuk pembinaan 11,800 unit Rumah Mampu Milik. Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dan PDC wajar merancang perumahan yang mampu dimiliki golongan M40. B40 memang kita perancangan berterusan. Tibalah masa kita untuk menjaga golongan M40 terutamanya golongan juruteknik dan juga pembantu jurutera yang tidak layak membeli perumahan mampu milik dan tidak mampu milik membeli perumahan yang lebih harga yang lebih tinggi atau perumahan mewah yang dibangunkan oleh pemaju swasta. Melalui keuntungan yang bakal diperolehi ini, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dan PDC boleh membangunkan perumahan mampu milik di lain-lain kawasan yang lebih memerlukannya. Semua tumpu kat Bukit Tambun yang lain pula cemburu. Sebahagian kecil sebahagian baki fasa pembangunan ini juga boleh dibangunkan Skim Perumahan Sewa Khas bagi golongan belia atau bujang sini miliki tanah untuk melaksanakan skim ini. Dato’ Speaker dan sidang Dewan, walaupun bajet pembangunan tahun 2024 meningkat sebanyak 47.96 juta kepada 374 juta ia masih tidak setimpal dengan status negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang telah pesat membangun. Bajet pembangunan yang disifatkan sebagai bajet kacang putih oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berbanding bajet Kerajaan Persekutuan disebabkan anggaran pemberian Kerajaan Persekutuan hanya sekadar 21.6 juta. Nak buat satu jalan lebuhraya bertingkat di Sungai Dua ke Juru pun tak mampu. Daripada 374 juta anggaran pembangunan tahun 2024 hanya RM35,826,510.00 diperuntukkan kepada JKR. Oleh itu, memang saya tidak berani lagi menaruh harapan kepada JKR untuk menyelesaikan atau menaik taraf jalan-jalan yang menghadapi kesesakan lalu lintas pada tahun hadapan. Sekiranya peruntukan berskala besar tidak lagi tidak diluluskan oleh Kementerian Ekonomi, ini bermakna penduduk Pulau Pinang akan terus menerus dengan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak. Dalam Bajet Pembangunan 2024, di bawah VOT P01, adalah didapati bahawa peruntukan bagi projek Gurney Bay telah meningkat daripada 60 juta kepada 80 juta, peruntukan bagi PTMP telah meningkat daripada 17.23 juta kepada 21.23 juta. Bolehkah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menjelaskan perbelanjaan peruntukan bagi Gurney Bay dan tempoh peruntukan akan datang. Dalam ucapan Bajet, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyebut projek ini akan siap sempurnanya pada tahun 2025. Apakah pulangan kewangan sekiranya projek ini boleh membawa pulangan kewangan kepada Kerajaan Negeri apabila projek ini siap sepenuhnya. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga dipohon memberi penerangan lebih terperinci tentang peruntukan bagi PTMP. Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai Bajet bagi pembangunan sukan dan kawasan lapang, walaupun berkurangan daripada 18.9 juta kepada 15.3 juta bagi tahun hadapan, adakah Kerajaan Negeri ataupun Perbadanan Pengurusan Kompleks Sukan dan Kawasan Lapang mampu still sustained atau mandiri terutamanya melalui pembangunan Batu Kawan Sport City dan pembangunan semula Kompleks Sony di Seberang Jaya pada masa-masa akan datang. Dato’ Speaker, dalam carta anggaran perbelanjaan tahun 2024, pecahan peruntukan bagi Jabatan Pertanian adalah 6.93 juta dan Jabatan Veterinar adalah 4.6 juta. Yang Berhormat Pantai Jerejak diminta mengelola lebih jelas tentang penggunaannya. Selain itu, dalam perkara 119, mukasurat 78, dalam ucapan Bajet, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Kerajaan Negeri
telah menyalurkan sebanyak 1 juta kepada Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang untuk mempergiatkan industri kerang. Di sini saya ingin mendapat penjelasan peruntukan ini adalah pada tahun ini atau anggaran pada tahun hadapan, dan juga Yang Amat Berhormat juga Yang amat Berhormat Ketua Menteri juga dipohon memaklumkan jumlah peruntukan kepada Jabatan Perikanan sebab dalam carta itu tiada kepada Jabatan Perikanan. Kita sedia maklum bahawa Pulau Pinang merupakan penyumbang pengeluaran hasil akua kultur tertinggi dalam negara ini iaitu berjumlah 681.2 juta pada tahun 2022. Oleh itu, sektor akua kultur memerlukan lebih perhatian daripada Kerajaan Negeri bukan saja kepada industri penternakan kerang tetapi juga merangkumi industri ternakan dalam sangkar, ternakan dalam kolam dan juga nelayan. Seterusnya saya akan mengajukan soalan-soalan tambahan kepada Yang Berhormat - Yang Berhormat EXCO, tentang CCTV, Ketua Pembangkang telah highlight. Kedua, memasangkan gantian gentian optik kawasan pulau sudah memasuki fasa ketiga, fasa keempat akan dalam sedang dalam perancangan. Di manakah perancangan dan jangkaan pelaksanaan infrastruktur telekomunikasi terutamanya pemasang gentian optik ini di Seberang Perai. Ketiga, mengikut rekod Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang sehingga September 2023, hanya terdapat 1,784 pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia di Pulau Pinang. Adakah angka ini memberangsangkan Yang Berhormat Batu Maung. Pada pengetahuan saya, banyak usahawan bumiputera tidak memiliki Persijilan Halal sebab mereka menganggap proses ini agak susah dan membebankan dan apabila saya membeli belacan di Pulau Aman saya memberi kepada kawan-kawan saya di Kuala Lumpur, mereka terima dengan was-was. Saya perlu memberi penerangan belacan ini dibuat, diproses oleh melayu muslim. Tak da sijil halal.
Melayu buat halal la.
Mana tau, dia mana tau.
Melayu buat mesti halal.
Saya dari Pulau Pinang (gangguan).
Melayu…YB Tambun dia mesti halal, dia tak da tak halal. Kecuali minyak ditipu oleh kilang cina atau kilang depa (gangguan) baru dia tak halal…
Tarik balik, Tarik balik.
Telok Ayer Tawar.
Tarik balik.
Telok Ayer Tawar.
Tarik balik, Tarik balik.
Tarik balik.
Tarik balik.
Tarik balik Dato’ Speaker ni. Apa ni.
Dato’ Yang di-Pertua,
Cina saja tau tipu aa. (gangguan).
Telok Air Tawar, tarik balik perkataan …
Eeh. Telok Ayer Tawar supaya tarik balik.
Saya tarik balik, okay, okay.
Jangan la macam tu.
Telok ayer Tawar tidak faham…(gangguan)
Cakap tak serupa bikin.
Apa yang saya sampaikan.
Pengiktirafan.
Barang yang saya beli dengan melayu nak beri kepada kawan melayu, mereka mana tau saya beli dengan melayu sebab tak da sijil halal. Kalau pengunjung pergi ke Pulau Aman, mereka beli, mereka makan tanpa was-was. Maksud saya kita perlu membantu usahawan kecil.
Ya.
Di kawasan desa untuk mendapat persijilan halal, itu saya sudah bangkitkan lama. Kita perlu membantu usahawan kecil terutamanya usahawan bumiputera di kawasan desa, itu saja. Kita akan teruskan, saya mengucapkan tahniah kepada PWDC kerana mengadakan sidang wanita, penubuhan JPWK di setiap DUN, menyempurnakan dasar keluarga selamat, memuktamadkan garis panduan pusat jagaan ibu selepas bersalin dan bayi, memudahcarakan pemutihan tadika dan taska. Oleh itu, tanggungjawab Yang Berhormat Sungai Pinang sekali lagi untuk merangka garis panduan rumah jagaan warga emas. Saya sudah umur dekat 50 tahun, 10 tahun lagi saya perlu masuk rumah jagaan warga emas. Oleh itu, sama-samalah Sungai Pinang kita perlu merangka satu garis panduan yang komprehensif dan pada masa yang sama, saya mencadangkan kita merancang perkampungan warga emas di Balik Pulau dan Batu Kawan, untuk kita bersara nanti, untuk semualah rakyat Pulau Pinang. Seterusnya Pulau Pinang merupakan negeri berstrata dan Kerajaan Negeri telah memperuntukan 348.5 juta untuk menyelenggara skim-skim perumahan berstrata. Masalah perumahan berstrata ini adalah ketidakcekapan dan kekurangan penyelenggaraan bangunan dan kemudahan-kemudahan kegunaan bersama. Oleh itu, saya menyeru PBT terutamanya MBSP untuk memperkasakan Jabatan COB agar membantu penubuhan dan mengaktifkan JMB dan Perbadanan Pengurusan. Keenam, tapak Pesta Pulau Pinang adalah hak milik Pejabat Kewangan Negeri, apakah perancangan untuk membangunkan semula tapak ini agar lebih berdaya saing di samping menjenama semula Pesta Pulau Pinang. Ketujuh, mengenai pembangunan modal insan selain PSDC, Penang Science Cluster dan Tech Dome, adakah Kerajaan Negeri bercadang menjalinkan hubungan lebih erat atau kerjasama dengan WCOE dan Withdrop Campus yang juga menawarkan kursus TVET di Batu Kawan ini. Dan akhir sekali saya ingin mencucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya Batu Maung kerana kita telah memulakan Masjid Bandar Cassia pada awal November ini. Ini, masjid ini saya memperjuangkan sejak tahun 2019. Akhirnya kerja-akhir pembinaan telah dimulakan. Persoalan saya di sini dalam carta perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2024, Jabatan Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diperuntukkan 210,480,000 adakah peruntukan ini merangkumi projek-projek penaiktarafan kecil surau dan masjid sedia ada. Ini penting sebab, kebanyakan Jawatankuasa Masjid dan Surau sentiasa mengajukan permasalahan ini kepada ADUN-ADUN kawasan untuk memberi peruntukan penaiktarafan. PKN sedia maklum peruntukan kepada ADUN memang kecil tidak mampu untuk kita melaksanakan projek-projek penaiktarafan ini. Oleh itu, mungkin tugas atau tanggungjawab ini kita perlu khususkan di bawah Portfolio Batu Maung dan sebagai kesimpulannya, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan semua ketua-ketua jabatan kerana sentiasa memberi bantuan dan sokongan sepanjang saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat Bukit Tambun untuk tahun keenam. Sekian, terima kasih saya memohon untuk menyokong.
Terima kasih Ahli Berhormat dari Bukit Tambun. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dan kita akan bersidang semula pada jam 2.00 petang nanti. Tak cukup masa untuk you …
Saja bagi panas sikit, tidak tak berenti.. (gangguan).
Dewan ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.
Dewan bersambung semula pada jam 2.00 petang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita sambung ke sesi perbahasan. Disilakan KOMTAR.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, salam sejahtera, salam Penang2030, salam Malaysia Madani. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah membentangkan satu bajet defisit yang paling besar dalam sejarah negeri Pulau Pinang iaitu RM514.52 juta. Ini disebabkan tiada penambahan dalam hasil tahunan negeri malah perbelanjaan negeri meningkat setiap tahun. Sebenarnya mengurus sebuah negara atau sebuah negeri tak boleh berbanding dengan mengurus sebuah syarikat. Bajet defisit kadang-kadang perlu demi kebaikan atau kebajikan rakyat dan pembangunan negeri. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sering mengulang bahawa kebanyakan kutipan hasil cukai telah disalurkan kepada Kerajaan Pusat dan bukannya Kerajaan Negeri walaupun Negeri Pulau Pinang sentiasa dikatakan sebagai sebuah negeri yang maju, (dengan izin) but a developed state is not equal to a rich state. Walaupun Negeri Pulau Pinang sentiasa berada di kedudukan teratas sama ada di tempat 1, 2 atau 3 di Malaysia dalam bayar cukai namun ianya amat mendukacitakan bahawa apa yang diperuntukkan kepada negeri Pulau Pinang adalah tidak setaraf dengan kedudukan yang dicapai iaitu di tangga kiraan 1, 2, 3 dari bawah. Alasan yang selalu diberikan oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lepas adalah Pulau Pinang sudah maju, Pulau Pinang elok dah, Pulau Pinang mampu berdikari dan Kerajaan Pusat bolehlah fokus kepada negeri yang kurang maju.
Saya amat berbesar hati apabila saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-10 dan beliau telah membawa penambahbaikan kepada keadaan sebegini. Baru-baru ini Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM10 billion untuk melaksanakan projek LRT dan RM100 juta lagi untuk Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Akan tetapi usaha-usaha ini masih tidak mencukupi kerana Pulau Pinang sudah lama dianaktirikan terutama dalam bab peruntukan. Kebanyakan infrastruktur di Pulau Pinang masih jauh ketinggalan jika berbanding dengan bandar antarabangsa yang lain. Oleh itu KOMTAR berharap agar barisan pimpinan Kerajaan Negeri boleh terus berusaha untuk mendapatkan peruntukan yang lebih besar dari Kerajaan Pusat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di sini KOMTAR ingin mengambil Xiamen di China sebagai contoh. Pada tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 Bandar Berkembar George Town dengan Xiamen yang telah dimeterai sejak tahun 1993. Hubungan ini bukan sahaja dicerminkan dalam pertukaran dan kerjasama dalam bidang seperti budaya, ekonomi dan pendidikan tetapi juga mempunyai persamaan yang unik terutamanya dari aspek kesenian.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga telah menerajui delegasi Lawatan Kerja Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke Xiamen, China pada bulan September lalu. Jika kita lihat balik 30 tahun dahulu pimpinan Xiamen pada masa itu telah mengadakan rombongan ke Pulau Pinang untuk belajar dari kita tetapi selepas 30 tahun, jikalau Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini dapat meluangkan masa untuk melawat ke Xiamen, anda semua pastinya akan kagum dan tertarik dengan pembangunan yang begitu pesat dan moden. Sekarang kita pula yang perlu mengadakan lawatan untuk belajar dari Xiamen.
Apakah rahsia di belakang pembangunan Xiamen yang begitu pesat ini? Xiamen telah diiktiraf oleh Negara China sebagai Zon Ekonomi Khas, di antara empat terawal iaitu pada tahun 1980. Kerajaan Negara China telah memberikan fokus utama dalam memajukan pembangunan Xiamen. Kerajaan China juga telah menyalurkan sumbangan yang mencukupi kepada Xiamen untuk memastikan pembangunan Xiamen diberi keutamaan.
Pembangunan yang pesat bukan sahaja dapat memanfaatkan Xiamen tetapi juga membantu dalam membangunkan kawasan-kawasan sekeliling, menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di bandar-bandar berdekatan. Pada pengetahuan saya, Xiamen mempunyai penduduk asal yang tidak ramai iaitu kira-kira 500 ribu orang sahaja pada tahun 1980 dan jumlah populasi kini telah naik secara mendadak dan mencecah hingga 4.3 juta orang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, balik Xiamen ke Pulau Pinang, KOMTAR berharap Kerajaan Pusat boleh menukar persepsi yang sedia ada terhadap Pulau Pinang, sebenarnya jika Pulau Pinang tidak dianaktirikan dan sebaliknya diberi perhatian secara sepenuhnya, Pulau Pinang akan mencapai tahap kemajuan yang lebih tinggi dan dapat bersaing dalam peringkat dunia dengan bandar-bandar antarabangsa yang lain.
Semakin Pulau Pinang menjadi maju, semakin banyak bantuan yang Pulau Pinang boleh menghulurkan kepada negeri-negeri berdekatan seperti Kedah, Perak Utara, Perlis dan Kelantan supaya berkembang maju bersama-sama. Kerajaan Persekutuan perlu membuang pemikiran sebegini iaitu negeri yang maju tidak memerlukan sokongan daripada Pusat berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Kerajaan Persekutuan haruslah memberi sokongan penuh serta terus memajukan Negeri Pulau Pinang dan bukan menolak tanggungjawab itu kepada Kerajaan Negeri atau sektor swasta.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan saya terhadap Kerajaan Pusat yang menepati janji untuk meluluskan Projek Pembesaran dan Menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA). Kos projek ini akan dibiayai oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan dijadualkan untuk bermula kerja pada bulan September 2024 serta dianggarkan memerlukan masa 48 bulan untuk disiapkan. Memandangkan lapangan terbang merupakan pintu masuk utama untuk para pelancong asing memasuki Pulau Pinang, maka kita perlu memastikan tanggapan pertama yang kita berikan kepada para pelancong adalah positif. Pada tahun 2019, PIA telah menerima sebanyak 8.3 juta penumpang setahun, lebih daripada kapasiti asal iaitu 6.5 juta penumpang setahun. Jika bukan disebabkan pandemik selama dua tahun, maka saya percaya angka ini adalah lebih tinggi lagi. Dengan itu saya ingin menggesa MAHB untuk melaksanakan kerja menaiktaraf ini secepat mungkin. Tambahan pula berita bagus dari Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong China, India dan negara-negara Asia Timur. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, duti hiburan merupakan antara satu sumber pendapatan untuk Negeri Pulau Pinang. Sebelum berlakunya pandemik, Kerajaan Negeri telah mengutip duti hiburan sebanyak RM14.2 juta pada tahun 2019. Pada tahun 2021, disebabkan oleh pengaruh pandemik, kutipan duti hiburan mengalami pengurangan yang serius dan kita hanya dapat mengutip duti hiburan sebanyak RM800 ribu sahaja. Juga kerana Kerajaan Negeri telah mengecualikan duti hiburan untuk membantu industri pelancongan pada tempoh masa itu. Pada tahun 2022, keadaan ekonomi semakin bertambah baik dan kita berjaya mengutip duti hiburan sebanyak RM1.63 juta. Saya berharap agar Kerajaan Negeri boleh melaksana, melakukan usaha-usaha untuk menggalakkan konsert walaupun ada pihak yang nak stopkan konsert, penayangan filem, penubuhan taman tema dan aktiviti-aktiviti hiburan yang sihat di Negeri Pulau Pinang. Usaha-usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil cukai hiburan malah juga dapat meningkatkan industri pelancongan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung ianya membawa pengaruh yang positif kepada ekonomi-ekonomi yang lain seperti memberangsangkan lagi perniagaan hotel, restoran, teksi, kedai-kedai cenderahati dan sebagainya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2024 telah pun mengumumkan bahawa kadar duti sebanyak 25% akan dikecualikan sepenuhnya bagi persembahan pentas oleh artis tempatan. Pengurangan kepada 5% duti hiburan juga diberi bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator. Kerajaan Pusat juga akan melaksanakan pengurangan kepada 10% duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya melakukan kajian dan melaksanakan kadar duti yang dicadangkan oleh Kerajaan Pusat sebagai satu salah satu usaha untuk menggalakkan artis-artis untuk mengadakan lebih banyak aktiviti hiburan atau persembahan di Negeri Pulau Pinang. Akan tetapi Kerajaan Negeri juga perlu menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi seperti ruang persembahan atau venue yang bertaraf antarabangsa untuk memenuhi keperluan sebegini. Konsert-konsert yang besar selalunya diadakan di Selangor. Kita mesti belajar juga daripada Kerajaan Selangor untuk memajukan Pulau Pinang dalam sektor hiburan. Berkuatkuasa 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2026, Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk mengurangkan kadar duti hiburan daripada 25% kepada 5% ke atas setiap
bayaran masuk ke taman tema di Selangor selama lima tahun. Sepanjang tahun lalu juga, Kerajaan Selangor turut memberikan pengecualian duti hiburan selama setahun untuk bayaran masuk pertunjukan pentas bertiket bagi artis tempatan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang unik dengan populasi yang pelbagai. Menurut statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, untuk tahun 2022, 43% warga Pulau Pinang terdiri daripada kaum Cina, manakala pada kadar 10% warga Pulau Pinang terdiri daripada kaum India. Tapak Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) merupakan tapak ibadat yang perlu disediakan oleh pihak pemaju sewaktu mereka membangunkan mana-mana tempat perumahan untuk kegunaan penduduk setempat seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat pematuhan permohonan kebenaran merancang Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi pihak pemaju yang tidak dapat menyediakan tapak tersebut, mereka dikehendaki membuat sumbangan kepada Tabung RIBI. Kerajaan Negeri akan menggunakan sumbangan tabung ini untuk menyediakan tapak yang bersesuaian dan memperuntukkan sumbangan bagi kerja-kerja pembaikan dan pemindahan rumah-rumah ibadat. Memandangkan Tabung RIBI akan digunakan untuk menyediakan tapak RIBI, maka saya berharap agar Kerajaan Negeri boleh giat mencari tapak RIBI yang sesuai dengan menggunakan dana tersebut. Saya juga mencadangkan supaya tanah-tanah saku (pocket land) yang kerajaan memiliki, yang tidak digunakan boleh dikuat tukar guna kepada tapak RIBI jika tanah itu sesuai. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagai Ahli Kawasan KOMTAR, saya tidak pernah melepas peluang untuk membangkitkan isu-isu KOMTAR dalam setiap Sidang DUN. Hasrat rejuvenasi KOMTAR sentiasa dalam hati saya. Jumlah pengunjung yang datang ke KOMTAR telah meningkat selepas Pusat Transformasi Bandar (UTC) beroperasi di KOMTAR. Selain projek UTC, PDC juga menjalankan projek menaik taraf KOMTAR Walk. Projek ini juga menerima sambutan hangat sehingga PDC perlu menyediakan dua unit yang baru untuk menampung permintaan peniaga yang ingin membuka kedai baru di KOMTAR Walk. Saya telah banyak kali bercadang kepada PDC supaya melantik konsultan untuk membantu dalam penjenamaan semula KOMTAR serta menentukan hala tuju yang lebih jelas terhadap di rejurenasi KOMTAR. Rujuk kepada jawapan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, terhadap soalan bertulis saya nombor 4, saya dengan sukacita ingin berkongsi dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa pihak PDC telah menerima cadangan saya. Dan telah membuat perbincangan dengan beberapa konsultan hartanah untuk tujuan rejuvenasi KOMTAR dan kini dalam perancangan untuk melantik konsultan bagi membuat kajian pengezon semula di KOMTAR. Ini bagi memastikan segala aktiviti promosi dan sewaan di KOMTAR, selari dengan keadaan semasa serta membantu dalam peningkatan pengunjung dan perancangan penganjuran aktiviti perniagaan serta acara disana. PDC akan panggil sebutharga untuk membuat pelantikan konsultan ini dalam masa terdekat. Saya mengalu-alukan keputusan PDC ini. Dan saya berharap pihak pengurusan PDC juga melibatkan saya sekali dalam kemaraan rejuvenasi KOMTAR, supaya bersama-sama dapat memajukan dan membolehkan kegemilangan bangunan KOMTAR. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, lagi satu isu di kawasan KOMTAR yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini. Pada minggu yang lepas, semasa membahas ucapan terima kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, saya juga ada
sentuh perkara mengenai stesen bas KOMTAR yang mana masalah gelandangan telah dapat dikurangkan. Dan syabas saya ucapkan kepada EXCO yang bertanggungjawab. Merujuk kepada jawapan soalan bertulis saya nombor 21, Kerajaan Negeri telah menaiktaraf stesen bas KOMTAR pada tahun ini dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP. MBPP telah memperuntukkan sebanyak RM37,800.00 untuk kerja mengecat semula tiang-tiang sedia ada, menaiktaraf pengcahayaan dengan menukar lampu jenis HSPV kepada jenis LED, menggantikan tempat duduk jenis konkrit kepada tempat duduk jenis stainless steel dan juga memperuntukkan sebanyak RM50,000.00 untuk menaiktaraf lantai interlocking sedia ada. Ini sememangnya adalah usaha-usaha yang bagus. Malangnya permintaan yang saya seringkali utarakan iaitu membina tandas awam di stesen bas masih tidak diterima. Malah jawapan bertulis yang saya terima adalah tiada dalam perancangan. Bas stesen KOMTAR merupakan antara hab pengangkutan penting bagi bas-bas Rapid Penang di Pulau Pinang. Waktu perkhidmatan bas biasa bermula dari jam 6.00 pagi sehingga paling lewat jam 11.45 malam. Pada waktu itu, bangunan KOMTAR sudah ditutup. Jadi, bagaimana pengunjung dapat menggunakan tandas? Jangan kita lupa, bahawa Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling maju di Malaysia. Jikalau hab pengangkutan terpenting di George Town pun tidak mempunyai tandas awam, bagaimana kita hendak beritahu kepada orang ramai bahawa kita adalah Bandar Bertaraf Antarabangsa. Saya bukan nak minta pihak berkuasa untuk membina tandas yang bertaraf BMW yang apa disebutkan oleh menteri. Saya cuma agar pihak yang berkenaan atau pihak yang bertanggungjawab, boleh mengkaji semula untuk membina satu tandas awam yang boleh digunakan oleh orang ramai di stesen bas KOMTAR. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup sekali lagi KOMTAR ingin merayu kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya boleh memberi geran tetap iaitu 20% daripada hasil cukai dari negeri Pulau Pinang yang telah dibayar kepada Kerajaan Pusat. Sebagai contoh, syarikat-syarikat dan rakyat Pulau Pinang telah membayar cukai sebanyak RM10 bilion kepada Kerajaan Pusat maka, Kerajaan Pusat perlu menyalurkan balik sebanyak RM2 bilion kepada Pulau Pinang. Dan RM2 bilion ini adalah tidak termasuk peruntukan infra dan pembangunan, peruntukan yang diberi setiap tahun. Marilah kita semua mendoakan berita yang agak penting iaitu kajian terbaru Petronas terhadap Lembangan Langkasuka yang menunjukkan potensi hybokardon, hybo, hidrokarbon berada dalam pembentukan pra terdiri lebih dalam yang belum teruji. Saya berharap kita akan menerima perkembangan yang positif. Maka negeri kita akan memperoleh hasil baru untuk menjalankan pembangunan negeri dan menjaga kebajikan rakyat. Kemajuan negeri ke puncak jaya, pemimpinnya gigih membangunkan negara, pesat membangun transformasi berjaya, mencipta nama hingga ke antarabangsa. Dengan ini, saya menyokong.
Terima kasih KOMTAR. Seterusnya saya persilakan.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.
Ahli kawasan Berapit.
Ya.
Sila.
Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan yang kepada tuan-tuan dan puan-puan yang bersama kami dalam Dewan ini. Saya ucap, Saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Anggaran Pembangunan 2024 yang telah berjaya dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Dato’ Speaker, isu pertama yang ingin saya sentuhkan juga adalah ekonomi konsert. Saya menyambut baik dengan cadangan Yang Berhormat KOMTAR yang telah sebut tadi. Tapi, ingin saya berhuraikan sedikit. Selepas wabak kian berpudar, kelihatan pelancongan luar negara membawa pemulihan yang hebat. Malah ia juga membawa kesan kepada peningkatan ekonomi konsert. Tahun ini, ramai penyanyi dan kumpulan muzik telah membuat persembahan di dalam dan luar negara. Kumpulan muzik yang terkenal daripada UK, Cold Play juga baru sahaja menyelesaikan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Menurut satu laporan, pemulihan konsert adalah tran global sekarang khususnya boleh dilihat sebagai pesat pada tahun ini, dan membawa kesan ekonomi yang menakjubkan. Contohnya, harga tiket konsert Cold Play dari harga RM228.00 hinggalah RM3,088.00 lebih tinggi daripada gaji sesetengah bilangan. Walaupun berharga tinggi tetapi, masih ramai yang beratur panjang mendapatkan tiket sambil produk-produk sampingan. Dan juga ada permintaan hotel, F&B dan sebagainya. Sebagai contoh, Taylor Swift penyanyi USA yang telah mulakan Jelajah Dunianya pada Mac tahun ini. Dan dijangka mengadakan 131 konsert di dunia. Kesan ekonomi di USA sahaja telah meneka-teka setinggi USD 5 bilion iaitu bersamaan dengan RM2.34 bilion. Angka ini adalah lebih tinggi daripada keluaran dalam negeri kasar iaitu KNDK di banyak negara. Disamping itu, terima kasih. Jadi, saya sambungkan.
Teruskan, teruskan.
Disamping itu, untuk melihat gaya Taylor terdapat terdapat juga golongan besar yang menggunakan pelbagai cara untuk merebut tiket. Bloomberg memanggil masjid besar ini sebagai "kesan swiftonomics". Ada sambutan baik.
Sungai Acheh.
Tentang perkara ini. Dengan pendek kata, faedah ekonomi daripada industri hiburan terutamanya konsert dalam lebih cepat dan berkesan berbanding dari industri semikonduktor, yang memerlukan pelabur yang pelaburan yang tinggi dalam jangka masa yang lebih panjang. Bukan semua tempat berpotensi menjadikan hab hiburan seperti ini, yang seperti yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Komtar. Ia haruslah di bandar yang terkenal, mempunyai kemudahan, pengangkutan awam ke hotel dan sebagainya. Dan buat masa sekarang, Konsert Mega yang disambut lebih 10,000 orang hanya dianjurkan di Kuala Lumpur sahaja. Tetapi, saya berpendapat bahawa Pulau Pinang ini merupakan satu negeri yang sangat berpotensi, sebab negeri kita bukan sahaja terkenal di dunia malah mendukung kebebasan dan ketidaksamaan serta menghormati satu sama lain. Menurut Buku Bajet Negeri Pulau Pinang 2024, anggaran cukai tiket wayang yang dipungut sebanyak RM16,350,000,00. Manakala cukai tiket pertunjukan hiburan dan juga cukai pementasan pentas hanya RM10,000.00 sahaja. Ini menunjukkan masih ada ruang yang besar bagi kita membangunkan industri konsert. Jadi, saya menyeru bahawa supaya negeri kita mengadakan satu dewan bertaraf antarabangsa yang dapat memuat lebih daripada 10,000 orang. Tambahan lagi negeri kita akan membina LRT, jadi saya mencadangkan Dewan Besar seharusnya menyambung dengan connect menyambung dengan sistem LRT bagi kesan trafik yang besar. Akan tetapi sebelum dewan besar dibina siap, jangan kita lepaskan peluang keemasan ini untuk menarik hasil dana yang lebih ia daripada gelombang konsert yang boleh memberi insentif dan juga sokongan kemudahan kepada konsert antarabangsa. Jadi, saya berharap Kerajaan Negeri boleh juga menkaji bagaimana kita dapat manfaat daripada kesan ekonomi konsert ini. Pelancongan negara China hari ini ada berita daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa pelancong negara China akan menepati pengecualian visa 30 hari untuk melawat negara ini, mulai bulan depan. Dengan ini dijangka peningkatan pelancong China akan membantu dalam industri pelancongan Malaysia. Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang digemari oleh pelancong negara China, atas keindahan Pulau Pinang, budaya kesesuaian cuaca, bahasa dan makanan.
Pada, Julai tahun ini Public Invest Research dalam laporannya berkatakan pembukaan semula sempadan China menyaksikan kemasukan luar biasa sebanyak 178,000 pelancong China ke Malaysia pada suku pertama. Dan saya ada keyakinan dengan pengecualian cukai mulai bulan depan akan lebih lagi masuk ke Malaysia. Namun, memandangkan trend kedatangan pelancong yang begitu menggalakkan dan dalam pemulihan semula pelancongan, macam mana kita menarik pelancong dari negara China memasuk ke singgah lebih hari di Pulau Pinang berbanding dengan negeri yang lain. Saya ingin menyeru supaya Pulau Pinang dapat membuat satu persediaan termasuk menyediakan persekitaran yang lebih mesra, cantik, bersih kepada mereka sebab ada ramai pelancong negara China mempunyai kuasa membeli belah iaitu purchasing power yang boleh bersinggah lebih lama di Pulau Pinang. Menurut surat khabar Al-Ahram iaitu surat khabar daripada Egypt, negara Egypt. Di negara Egypt bukan sahaja melancarkan pakej pelancongan khas kepada untuk pelancong China. Namun, optimunkan pengalaman, perjalanan pelancongan China ke Mesir. Tempat pemandangan terkenal seperti Pyramid dan tempat lain. Ada pertunjukan bunyi dan juga cahaya dilengkapi dengan bahasa Cina, membolehkan pelancong China lebih memahami sejarah dan budaya yang berkaitan dengan tempat-tempat indah itu. Dan tarikan bersejarah yang diterangkan dalam Bahasa Cina akan meningkatkan rasa penyertaan dan juga pengalaman pelancong daripada negara China. Dan ini akan menarik lebih ramai daripada golongan pelancong negara China supaya masuk ke tempat tersebut. Dan Dato’ Speaker, Timbalan Dato’ Speaker Saya ingin menyentuh juga perkara cabaran ESG yang akan kita hadapi. Penerapan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus iaitu ESG telah menjadi faktor utama dalam pasaran pelaburan hari ini. Istilah ESG mulai diperkenalkan sejak 2004, tahun 2004 dalam satu report yang ditajukkan “Who Cares, Win” oleh United Nations dan prinsip ini telah diperluas dan diutamakan oleh United Nations sejak tahun 2020 dan juga merangkumi Sustainable Development Goals (SDGs) sehingga tahun terkini. Mekanisme penyesuaian sempadan karbon iaitu CBAM satu perjanjian dengan Kerajaan Europe untuk menggalak mengelakkan kebocoran karbon akan dimulakan pada tahun 2026 dan secara berperingkat sepenuhnya menjelang 2034. Menjelang tahun 2025, suruhanjaya akan menilai risiko kebocoran karbon bagi barangan yang dikeluarkan di negara Europe yang bertujuan untuk dieksport ke negara bukan Europe dan seterusnya penilaian ini akan dipakai di rantaian bekalannya iaitu supply chain. Negeri Pulau Pinang mempunyai lebih daripada 4000 perusahaan kecil dan sederhana iaitu SME yang terlibat dalam produk dalam sektor pembuatan terutamanya dalam sektor elektronik dan juga semikonduktor. SME kita tidak akan dikecualikan dalam rangkaian bekalan ini yang memerlukan standard CBAM. Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus memberi fokus dalam penyediaan satu platform atau one stop center yang dapat memberi satu pencerahan terhadap penetapan konsep ESG dalam operasi mereka. Saya difahamkan Penang Green Agenda iaitu PGA yang dilancarkan pada tahun 2021 seiring dengan misi Penang 2030. Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah memberi tumpuan kepada industri hijau dan program industri hijau Pulau Pinang atau dikatakan Penang Green Industry Program ini yang diperkenalkan oleh Penang Green Council pada tahun 2022 bertujuan untuk membantu sektor industri terutamanya bidang elektrik dan elektrikal.
Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Dua, cabut bateri, cabut bateri. Kalau bunyi lagi cabut bateri.
Memperbaiki prestasi alam sekitar dan produktiviti. Melalui program ini, Pulau Pinang berusaha menjadi hab industri hijau dan mampan memang melalui Program Industri Hijau telah menganjurkan aktiviti dan bengkel pembangunan kapasiti ESG di kalangan kerajaan swasta, industri kewangan MNC, LLE, LLC, SME dan sebagainya tetapi masih tidak mencukupi sebab CBAM akan dimulakan pada tahun 2026 hanya 2 tahun untuk persediaan sahaja. Maka saya ingin bercadang kerajaan negeri untuk menyediakan dana alam sekitar, sosial dan telus urus iaitu satu dana ESG bagi membantu SME untuk memulakan komitmen ESG. Program Green Industry Pulau Pinang boleh dipertingkatkan lagi dan menjadi satu one stop center ESG iaitu ESG hab kepada semua SME di Pulau Pinang yang memerlukan bantuan dari segi dana atau kegunaan pakai konsep ESG. Ekonomi hijau akan menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi global dan Pulau Pinang akan terus boleh memimpin dalam bidang ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri pendidikan ekologi semula jadi yang sekarang boleh nampak kian dibangunkan di Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang bertuah, kaya dengan sumber semula jadi, pembangunan, tempat pendidikan ekologi semula jadi oleh kerajaan mempunyai pelbagai kepentingan yang bagi pembangunan mampan dan juga pemeliharaan alam sekitar, saya menyambut baik dengan cadangan Kerajaan Negeri mencalonkan Kompleks Hutan Simpan Paya Laut di pesisir pantai Penaga sehingga ke Teluk Ayer Tawar sebagai kawasan 'Flyway Shift Network'. Sebuah tapak persinggahan burung-burung pantai hijrah ini adalah pertama di Semenanjung Malaysia dan kedua dalam negara selepas Sarawak. Cadangan kawasan middle bank dilindungi dan juga dijenamakan sebagai Sanctuary Marine Middle Bank adalah satu cadangan yang sangat baik. Middle bank ini bukan sahaja mempunyai biodiversiti marin yang tinggi tetapi dengan lokasinya berhampiran dengan pusat bandar Pulau Pinang. Saya bersetuju juga dengan cadangan daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tambun yang tadi sentuh tentang perkara ini tetapi saya nampak cadangan ini bukan sahaja dari segi ekonomi pelancongan tetapi saya nampak kedua-dua cadangan ini adalah baik untuk menjadikan hab pendidikan ekologi semula jadi bagi semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar dan keluarga sama ada aktiviti memerhati burung atau dikenali sebagai bird watching atau aktiviti memahami rumput laut dan juga pelbagai spesis laut kedua-duanya juga dapat mempertingkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian alam sekitar membantu individu memahami tentang ekosistem dan juga antara hubungan antara spesis laut atau burung, flora dan fauna dalam ekosistem melalui pembangunan tempat di pendidikan ekologi semula jadi ini kerajaan dapat memainkan peranan utama dalam membentuk masyarakat yang lebih peka terhadap alam sekitar dan juga menyumbang kepada tujuan pembangunan mampan menjadikan bangunan usang sebagai tempat ekonomi kreatif kepada generasi muda. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri yang kini terdapat bangunan-bangunan warisan kategori 2 di Tapak Warisan Georgetown yang memerlukan perhatian daripada Kerajaan Negeri. Menurut laporan daripada surat khabar Guang Ming Daily, terdapat 4 buah bangunan warisan kategori 2 di Campbell Street pada September tahun ini telah runtuh disebabkan tidak dibaik pulih dalam keadaan dan dalam
keadaan yang rosak. Keadaan ini bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada penduduk kita malah juga membawa imej negatif kepada Tapak Warisan George Town. Saya difahamkan sejak Pusat Kecemerlangan Warisan GTWHI telah dilancarkan pada 7 Julai tahun lepas. Pusat ini telah menganjurkan lebih 350 sesi konsultasi, sesi taklimat pendidikan dan juga sesi demonstrasi praktikal kepada pemilik bangunan warisan komuniti setempat, kontraktor dan sebagainya. Pusat ini boleh menjadikan satu contoh amalan yang baik yang boleh dilakukan untuk bangunan warisan kategori 2 berdasarkan keperluan dan keadaan tapak dan bangunan mengikut garis panduan Rancangan Khas Georgetown. Bangunan warisan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Saya berpendapat pusat ini boleh dimajukan agar mampu memberi lebih banyak maklumat dan juga program kesedaran berkaitan dengan warisan kebudayaan kepada golongan masyarakat. Sehubung itu, saya bercadang kan bahawa pihak kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil alih dan juga mengambil pulihkan bangunan usang berpotensi yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan juga ubahsuai guna mereka sebagai tambahan kepada pusat kecemerlangan warisan. Bangunan yang dibaik pulih boleh dijadikan sebagai tempat untuk orang ramai belajar dan juga penyelidikan warisan kebudayaan demi mengatasi masalah sedia ada. Contohnya daripada perubahan iklim, kekurangan bahan asas, masalah anai-anai, bangunan ini juga boleh menjadi satu sandbox yang memberikan manfaat dan juga memberi sokongan kepada warga generasi baru iaitu orang muda untuk mulakan rezeki mereka dalam ekonomi kreatif yang berasaskan unsur warisan kebudayaan negeri kita memerlukan lebih lagi tempat bagi ekonomi kreatif seperti Hin Bus Depot yang mengadakan pameran setiap hujung minggu hujung minggu dan bangunan lapang yang kita sekarang sedia ada juga boleh dibangunkan supaya menjadikan tempat bukan sahaja kepada generasi muda menjual barangan kreatif dan pada masa yang sama juga menjadi satu tempat pameran kesenian. Contohnya, pelajar universiti boleh ada satu tempat membuat pameran kepada orang awam. Di sini saya ingin menyentuh juga bangunan yang bersejarah tetapi di luar kawasan UNESCO Georgetown. Contohnya, rumah Mantan Ketua Menteri Tan Sri Wong Pow Nee yang berlokasi di Bukit Mertajam mempunyai nilai warisan yang berharga namun tidak dijaga. Rumah tersebut berdekatan dengan Pasar Awam Bukit Mertajam dan kita telah menyambut satu berita baik di tahun lepas iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengumumkan akan memperuntukkan RM23 juta bagi bina semula Pasar Awam Bukit Mertajam. Projek tersebut melibatkan pembinaan 5 komponen utama yang akan mula tahun ini dan akan disiap tahun 2026 dan saya percaya dia akan projek ini akan menghidupkan semula imej Pekan Bukit Mertajam. Saya harap Kerajaan Negeri ambil peluang ini untuk revive semula kawasan Pekan Bukit Mertajam dan tidak lupa juga dengan rumah mantan Ketua Menteri Tan Sri Wang Pow Nee yang merupakan satu ikonik kepada Pekan Bukit Mertajam dapat sokongan daripada Ahli Yang Berhormat Ahli Kawasan Padang Lalang.
Ringkaskan, ringkaskan nak habis dah.
Ini menyentuh tentang memperkasakan ibu bekerja. Golongan ibu yang ingin kembali ke tempat kerja menghadapi banyak cabaran. Namun, saya tahu nanti ada juga golongan bapa juga akan bagi saya tahu masalah yang sama menyambut baik terutamanya yang berkaitan dengan penjagaan anak. Penyediaan perkhidmatan penjagaan anak yang berpatutan dan peluang pekerjaan yang fleksibel adalah sangat penting. Kerajaan boleh bekerjasama dengan sektor swasta untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan anak dan meninjau semula piawaian iaitu standard pendaftaran taska keluarga dengan sokongan kewangan, perubahan dalam garis panduan dan sebagainya. Walaupun sekarang terdapat garis panduan untuk mendaftar taska keluarga tetapi standard mungkin standard itu tidak menggalakkan dan saya mengharapkan satu penyelidikan untuk menunjukkan bahawa saya dapat tahu satu penyelidikan telah menunjukkan bahawa wanita menghadapi sindrom beban berganda iaitu menjaga anak-anak dan kanak-kanak dan juga menjaga orang tua ibu bapa.
Beban Yang Berhormat, beban.
Beban.
Bukan beban, beban ini dia kurang cerdik.
Beban, minta maaf, beban yang berganda iaitu menjaga kanak-kanak dan juga menjaga orang tua dan ibu bapa terutamanya penjagaan anak selepas bersalin saya tidak pasti sama ada Kerajaan Negeri teruskan inisiatif tahun ini iaitu memberi peruntukan yang lebih kurang RM800,000.00 setahun untuk memanfaatkan 592 kanak-kanak di 124 taska pusat jagaan kanak-kanak dan juga tadika. Saya difahamkan walaupun skim ini tidak banyak tetapi mendorong perusaha taska dan tadika dan juga pusat jagaan kanak-kanak untuk dapat memberi perkhidmatan sosial mereka sekali gus juga memastikan satu pendidikan yang satu prasekolah yang sentiasa tercermin terjamin dan usaha ini seharusnya diperluas lagi saya harap supaya menggalakkan penjaga rumah juga berdaftar dalam sistem ini dan juga membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan juga pada masa yang sama dapat juga menormalisasikan standard prasekolah. Saya ingin menyentuh juga tentang status pelan pembinaan bangunan baru Dewan Undangan Negeri yang saya bahaskan dalam perbahasan saya dalam minggu yang lepas. Saya minta supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan lah supaya kita ada satu pelan ini yang telah disentuh telah disebutkan pada beberapa tahun yang lepas namun saya tidak mendapat status dan juga maklum balas sehingga kini dan akhir kata Kerajaan Negeri perpaduan adalah satu
harapan bagi rakyat Pulau Pinang kita harus memperkasakan warga Pulau Pinang dari semua aspek dan teruskan Pulau Pinang memimpin. Dengan ini saya mohon menyokong.
Terima kasih Berapit. Silakan Permatang Berangan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi rabbil ‘alamina, washolatu was salaamu ‘ala asyrofil anbiyaa-i wal mursaliina sayyidina wa maulaana muhammadin, wa ‘ala aalihi wa shohbihi ajma’iin. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pertama sekali, Permatang Berangan ingin mengajak semua agar kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang diberikan pada kita semua. Terima kasih kerana memberi kesempatan pada Permatang Berangan untuk membahas Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri pada Jumaat lepas yang menumpukan ke arah merealisasikan Visi Penang2030, Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara demi kemakmuran bersama. Daripada Bajet tersebut, kita dapati berkembangnya KDNK Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2022 melebihi pertumbuhan KDNK nasional pada kadar 13.1 percent berbanding 6.9 percent dari tahun sebelumnnya berjumlah RM112.1 bilion. Sektor pembuatan pula menjadi penyumbang pada pertumbuhan ekonomi tertinggi iaitu pada kadar 15.9 percent berbanding tahun sebelumnya 12.4 percent diikuti sektor perkhidmatan dengan mempamerkan pertumbuhan memberangsangkan pada kadar 11.3 peratus. Begitu juga dengan sektor-sektor lain seperti pembinaan, pertanian, perlombongan dan pengkuarian. Dato’ Timbalan Speaker, Permatang Berangan merupakan DUN kedua tertinggi mempunyai ramai keluarga miskin selepas Penaga. Oleh itu Permatang Berangan sangat menyokong supaya Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (BAES) ini dapat diperluaskan dan diberi penekanan. Usaha untuk membantu keluarga miskin ini perlu ditingkatkan supaya hasrat untuk menoktahkan kemiskinan dapat direalisasikan. Sehingga Oktober 2023, seramai 1,011 Ketua Isi Rumah Miskin telah dibantu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.7 juta. Permatang Berangan percaya lebih ramai Ketua Isi Rumah Miskin yang perlu dibantu dan usaha ini perlu diteruskan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Apalah guna negeri yang maju dan pesat pembangunannya tetapi rakyatnya miskin dan masih ramai yang tidak terbela. Dato’ Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menyatakan untuk memberi pertimbangan khusus kepada pemohon pembeli rumah yang gagal mendapat pinjaman bank. Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah menyasarkan sebanyak 22,000 unit rumah mampu milik untuk ditawarkan melalui kaedah sewa beli atau rent to own (dengan izin) tetapi malangnya sehingga kini hanya sebanyak 4,191 unit rumah mampu milik yang di bawah kaedah ini dikenal pasti untuk ditawarkan kepada rakyat Pulau Pinang iaitu kira-kira 19 peratus daripada sasaran 22,000 unit tadi. Oleh itu, Permatang Berangan sangat
berharap agar Kerajaan Negeri dapat memberi tumpuan khusus bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Dato’ Timbalan Speaker, menyentuh tentang pembangunan luar bandar, Permatang Berangan mencadangkan agar Kerajaan Negeri menumpukan lebih perhatian kepada pembangunan di luar bandar terutama pembangunan di kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan yang agak ketinggalan berbanding pembangunan di kawasan Pulau. Selain dari itu, program bina rumah selain daripada program bina rumah baru dan baik pulih rumah rakyat miskin yang dinaikkan dari RM56,000.00 kepada nilai maksimum RM75,000.00 serta bantuan peralatan di setiap daerah berjumlah RM50,000.00 di bawah Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi peniaga kecil yang miskin. Permatang Berangan amat berharap supaya Kerajaan Negeri dapat menyediakan peruntukan tambahan untuk prasarana seperti jalan, gerai-gerai penjaja dan pusat kegiatan ekonomi untuk masyarakat. Hal ini perlu agar pembangunan infrastruktur, pembangunan sosio-ekonomi dan pembangunan modal insan di kawasan luar bandar selari dengan pembangunan yang berlaku di kawasan bandar. Dato’ Timbalan Speaker, berkaitan dengan kelestarian alam sekitar. Permatang Berangan menyokong dan menyambut baik Agenda Hijau Pulau Pinang 2030. Dengan mengamalkan kemampanan dalam mencapai pembangunan lestari dan memelihara alam sekitar yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi lestari. Oleh itu, kualiti hidup rakyat perlu ditingkatkan sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negeri. Permatang Berangan ingin menyarankan supaya Kerajaan Negeri dapat memulihkan sungai-sungai yang tercemar teruk di negeri Pulau Pinang terutamanya Sungai Kereh dalam kawasan saya yang telah lama tercemar. Pencemaran sungai ini telah memberi imej yang buruk terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan menyebabkan kualiti hidup rakyat terkesan dan terjejas. Tindakan tegas perlu diambil untuk menyelesaikan masalah pencemaran ini bermula dari sumber pencemaran itu berlaku. Dato’ Timbalan Speaker, Permatang Berangan amat menyokong inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu ke arah memastikan bekalan makanan negara mencukupi. Permatang Berangan percaya jumlah pelaburan yang besar dan banyak peruntukan yang telah dibelanjakan untuk Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan ataupun TKPM di Ara Kuda, TKPM Mayfield, Taman Agro Batu Kawan dan Taman Pertanian Agro Park di Permatang Pauh. Oleh itu, Permatang Berangan ingin mencadangkan supaya semua projek di atas diisytiharkan sebagai Tapak Kekal untuk pengeluaran agromakanan bagi memastikan keterjaminan makanan untuk negeri Pulau Pinang. Begitu juga dengan kawasan-kawasan sawah padi, turut dikekalkan dan dihalang dari dibuat sebarang pembangunan di kawasan sawah padi. Permatang Berangan juga ingin mencadangkan agar amalan pertanian yang baik dititikberatkan bagi menjaminkan hasil produk pertanian yang kekal selamat untuk digunakan. Pembangunan penggunaan teknologi moden juga perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya hasil pengeluaran dapat ditingkatkan serta dapat meminimakan kebergantungan kita kepada tenaga buruh asing. Penggunaan drone misalnya telah berjaya meningkatkan kecekapan kerja di sawah padi.
Dato’ Timbalan Speaker, Permatang Berangan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas kejayaan merekodkan hasil purata pengeluaran padi tertinggi dalam negara sejak enam tahun berturut-turut. Ahli-ahli Dewan menepuk meja.
Iaitu dari tahun 2018 hingga 2023. Tahniah kepada seluruh pesawah padi dan kakitangan Agensi-agensi Pertanian yang terlibat dalam melakarkan kejayaan ini. Permatang Berangan percaya masih ada ruang untuk kita meningkatkan lagi hasil padi ini sekiranya segala masalah yang dibelenggu oleh pesawah dapat diatasi dan dikawal sebaik mungkin. Industri asas tani perlu juga diberi tumpuan supaya industri hiliran dapat dikembangkan dan petani dapat menjana pendapatan tambahan hasil dari tambah nilai atau dengan izin value added terhadap hasil pertanian yang dikeluarkan. Dato’ Timbalan Speaker, peningkatan harga makanan ternakan sangat ketara sekarang ini. Ramai penternak mengeluh tentang peningkatan harga makanan haiwan ternakan terutama penternak yang membela haiwan ternakan secara feedlot. Oleh itu, Permatang Berangan ingin menyarankan supaya Kerajaan Negeri melihat isu ini secara mendalam dan mencari alternatif bagi membantu penternak mengurangkan kebergantungan kepada makanan ataupun dedak ternakan yang ada di pasaran. Amat dibimbangi sekiranya kos makanan haiwan ternakan ini terus meningkat, ramai penternak tidak dapat bertahan dan akan menjejaskan industri ternakan yang ada. Dato’ Timbalan Speaker, sekali lagi tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana berjaya menjadi penyumbang kepada pengeluaran hasil akuakultur tertinggi dalam negara. Seterusnya, hasil keseluruhan berjumlah RM1.8 bilion melalui sektor perikanan. Permatang Berangan menyokong segala langkah untuk membantu nelayan seperti mendapat bantuan pukat dan lain-lain. Bantuan alat pengesan ikan juga sangat bermanfaat dan dapat membantu nelayan menangkap ikan dengan cekap dan berkesan sekiranya dapat dipertimbangkan. Di samping itu, Permatang Berangan juga mencadangkan supaya bantuan kepada nelayan-nelayan sungai juga tidak dilupakan. Permatang Berangan tidak ada laut dan tidak ada pantai, cuma ada sungai sahaja. Itupun ada yang tercemar teruk dengan najis babi. Ikan pun tak boleh hidup dalam Sungai Kereh yang tercemar ini. Akhir sekali Dato’ Timbalan Speaker, ada satu berita yang sedih yang baru berlaku di dalam DUN Permatang Berangan pada tengah hari tadi di mana satu kebakaran telah berlaku melibatkan Sekolah Ma’hadul Azhar Pokok Sena yang menyebabkan sebahagian bangunan maahad ini telah terbakar teruk dan punca kebakaran dan jumlah kerugian belum dapat ditaksirkan. Oleh itu saya akhir sekali mohon untuk menyokong. Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Permatang Berangan. Dewan merakamkan rasa simpati atas kejadian sekolah Ma’hadul Azhar di Permatang Berangan dan kita harap pengurusan dapat bersabar dan Insya Allah sama-sama kita sbantu. Dan seterusnya Batu Lancang. Kita tukar-tukar blok Kerajaan blok Pembangkang. Dipersilakan Batu Lancang.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat barisan EXCO Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua dan wakil-wakil Jabatan Negeri, kawan-kawan dari media. Salam Harapan, salam 2030 dan salam Madani. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan Belanjawan 2024 Negeri Pulau Pinang oleh Ketua Menteri pada Jumaat lalu. Ekonomi Pulau Pinang bertumbuh 13.1 peratus pada tahun 2022 berbanding 6.9 peratus pada tahun sebelumnya dengan nilai KDNK sebanyak RM112.1 bilion. Seperti lazimnya sektor pembuatan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang tertinggi. Jangkaan hasil tahun 2024 berjumlah RM533.08 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.1 bilion menjadikan Belanjawan 2024 mengalami defisit sebanyak RM514.53 juta. Walaupun nilai defisit Belanjawan kali ini bertambah sebanyak RM47.41 juta berbanding dengan tahun lalu namun saya percaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berikhtiar dan berusaha untuk melonjakkan pembangunan negeri di samping memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara. Pulau Pinang juga terus berada pada landasan yang kukuh apabila berjaya menarik kemasukan pelaburan baharu berimpak tinggi sepanjang tahun lalu di sebalik ketidaktentuan ekonomi global. Justeru Kerajaan Negeri komited dan serius dalam usaha mempelopori penjanaan pendapatan baru menerusi lain-lain sumber demi terus memacu pembangunan negeri ini secara menyeluruh. Kerajaan Negeri beriltizam meneruskan inspirasi dan gagasan Visi Penang2030 ke arah merealisasikan Pulau Pinang sebagai Negeri Pintar Dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Seterusnya memastikan Visi Penang2030 berada pada landasan yang betul sebagai aspirasi dan penghargaan kepada 3,867 penjawat awam negeri Kerajaan Negeri memberi bantuan khas kewangan di BKK setengah bulan atau minimum RM1,000 yang dibayar pada Disember ini melibatkan peruntukan RM6.1 juta. Bayaran sebanyak RM300.00 juga akan diberikan kepada penyelia dan Guru-Guru Kelas Agama dan Fardhu Ain KAFA, Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta guru-guru serta Staf Sekolah Persendirian Cina pada masa sama Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru Tadika Islam Negeri Pulau Pinang turut mendapat bayaran sama melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah hampir 1 juta. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, satu berita yang mengujakan kita semua apabila Petronas dilaporkan telah memulakan kaji selidik seismik 2D multichain luar persisir baharu di kawasan Utara Selat Melaka dekat perairan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis
untuk meneroka dan memetakkan potensi hydrocarbon di block terbuka PM 320 dan PM301 Lembangan Langkasuka. Kaji selidik yang telah dijalankan sedang dijalankan ini telah dimulakan pada Oktober 2023, dijangka tamat pada akhir Disember tahun ini. Hasil penemuan ini nanti akan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang kajian potensi medan minyak dan gas berkualiti tinggi dekat perairan Pulau Pinang. Ini semestinya sesuatu yang mengujakan kita semua sekiranya penemuan ini positif Pulau Pinang akan meneroka sumber ekonomi baru iaitu minyak dan gas yang mana sumber bahan mentah ini dapat menyumbang pendapatan berbilion ringgit setahun dalam bentuk cukai kepada Kerajaan Negeri. Sudah pasti dengan sumber ekonomi ini bakal membantu memacu dan memajukan lagi pembangunan negara kita. Sarawak contohnya hari ini dikenal sebagai negeri yang memperoleh pendapatan tertinggi di Malaysia iaitu menerusi hasil minyak dan gas yang mencecah kira-kira RM4 bilion setahun. Justeru jika pencarian galian ini menjadi nyata kemungkinan besar kewangan Pulau Pinang akan terjamin sepertimana Sarawak. Seperti apa yang kita lihat defisit Negeri Pulau Pinang pada belanjawan kali ini ialah berjumlah RM500 juta tetapi sekiranya sekiranya negeri mempunyai sumber pendapatan daripada cari gali minyak dan gas kita tidak khuatir dengan defisit sedemikian kerana ia akan membantu Pulau Pinang sepertimana Sarawak. Sudah pasti Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akan menggunakan sumber pendapatan daripada minyak dan gas untuk membangunkan infrastruktur baharu yang serta menaik taraf kemudahan sedia ada di Pulau Pinang. Rakyat di negeri ini juga akan terjamin pada masa depan untuk tinggal tinggal di sini dan mempunyai kemakmuran ekonomi. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan di sini untuk membangkitkan isu kes-kes kacau ganggu oleh mereka yang menunjukkan gejala tiada siuman. Seringkali apabila kami menerima aduan awam berhubung tingkah laku individu-individu tersebut sememangnya terdapat kekeliruan dari segi SOP-SOP bagaimana hendak menguruskan kes berkenaan. Contohnya apabila pihak polis dihubungi isu yang sering timbul adalah individu yang disyaki kurang siuman tersebut tidak melakukan apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang cumanya tingkah laku mereka tidak berapa sesuai dalam konteks masyarakat kita. Selain itu, apabila pihak polis bertindak setelah menerima aduan dengan menghantar kakitangan kesihatan psikiatrik individu kurang siuman ini akan muncul semula beberapa hari kemudian dan mendatangkan kacau ganggu. Beberapa isu dalam pengendalian kes ini di mana ada antara individu yang disyaki kurang siuman ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan sah, lantas sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan kepastian berhubung dengan situasi ini. Apakah SOP yang sewajarnya bagi mengendalikan kes-kes ini? Apakah kerjasama atau persefahaman antara agensi-agensi yang berlainan dapat diselaraskan bagi mengendalikan aduan-aduan sedemikian? Ini kerana orang kurang siuman jika dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mereka juga tidak mengambil tindakan. Sebaliknya memaklumkan itu di bawah tanggungjawab polis dan Jabatan Kesihatan Negeri. Masalah-masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan baik jika tidak ada SOP yang jelas. Akhirnya masalah tersebut akan berbalik semula kepada masyarakat apabila orang kurang siuman melakukan perkara seperti menconteng dinding, tidur di kaki lima atau luar rumah kedai, membuang air besar atau kecil merata-rata tempat, menjerit dan menakut-nakutkan dengan kayu atau pisau, membuang sampah, membuat kacau di jalan raya dan bermacam lagi kelakuan mereka.
Saya masuk ke warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU). Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan program kebajikan i-Sejahtera pada tahun 2010 hingga sekarang termasuk Program Penghargaan Warga Emas, Program Ibu Tunggal, Program Suri Emas, Anak Emas, bantuan OKU, bantuan teksi dan bas sekolah. Sepanjang tempoh ini, hingga Jun 2023 jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi bayaran Program Kebajikan i-Sejahtera adalah sebanyak RM400.29 juta. Dalam Belanjawan 2024 Negeri Pulau Pinang perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap kekal sebagai komponen terbesar mencakupi 59.43 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus sejumlah 110.45 juta bagi program-program kebajikan negeri termasuk i-Sejahtera. Sebagai ADUN Batu Lancang sejak tahun 2018, pusat khidmat saya telah menerima banyak maklum balas daripada penduduk. Salah satunya tentang i-Sejahtera, bantuan OKU. Saya difahamkan bantuan tersebut di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat bukan pejabat daerah. Setakat yang tahu masa pembayaran program penghargaan warga emas dan bantuan OKU tidak sama. Penerima Program Penghargaan Warga Emas selalunya menerima wang dahulu dan kemudian baru datang untuk bantuan OKU. Sebenarnya ramai golongan OKU yang berusia lebih 60 tahun. Penerima bantuan OKU pernah datang ke pejabat saya bertanya mengapa semua warga, kesemua wang Program Penghargaan Warga Emas telah dibayar tetapi wang bantuan OKU masih belum diterima kerana mereka sudah berusia lebih 60 tahun. Saya berpandangan terdapat masalah dalam kaedah pemberian ini kerana bagi Bantuan Ibu Tunggal dan Bantuan Suri Emas apabila mereka apabila mereka telah mencecah umur 60 tahun mereka akan ditukar ke Program Penghargaan Warga Emas secara automatik tapi bantuan OKU tidak menggunakan kaedah yang sedemikian. Bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar JKM dapat bekerjasama dengan pejabat daerah untuk menukarkan program penerimaan bantuan OKU secara automatik ke Program Penghargaan Warga Emas apabila mereka mencapai umur 60 tahun. Ini dapat mengurangkan ketidakadilan yang dirasai oleh warga emas dalam bantuan OKU ini. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya masuk ke soalan Belanjawan 2024. Saya ada banyak soalan hendak menanya di sini dengan izin. Susunan dengan pembentangan bajet minggu lalu, saya ada beberapa pertanyaan tentang Bajet Negeri Pulau Pinang pada tahun 2024 yang memerlukan pencerahan berikut.
Adalah soalan-soalan yang saya akan kemukakan mengikut pecahan-pecahan. Pada muka surat empat (4), dalam buku bajet ini dan muka surat 3 ringkasan anggaran hasil tahun 2024 kod 81000 tajuk Pulangan Balik Perbelanjawan. Dinyatakan di sini untuk tahun 2022 adalah RM19,015,432.27 juta tetapi tahun 2023 telah turun kepada RM13,123,166 juta. Mengapa anggaran tahun 2024 turun sehingga RM4,595,232 juta jika dibanding dengan tahun 2022 dan tahun 2004. Perbezaan yang ditunjukkan sebanyak RM14.4 juta. Soalan saya mengapa beza begitu besar. Pada muka surat 4 kod 61102 Tajuk Cukai Tanah Tahun Pertama Pendapatan yang ditunjukkan pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM9,701,498 juta tetapi anggaran bagi tahun 2024 pula hanya RM240,000 juta sahaja? Bolehkah diberikan sebab apa atau alasan mengapa pendapatan cukai tanah tahun pertama turun begitu banyak? Pertanyaan saya berikut adalah berkenaan perkara berikut. Kod 62000 Tajuk Cukai Tidak Langsung, Kod 62801 Tajuk Cukai Tiket Wayang, Kod 62802 tajuk Cukai Tiket Taman Tema, Kod 62803 Tajuk Cukai Tiket Pertunjukan Hiburan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
Penjelasan. Saya bukan mahu kacau Batu Lancang berucap sebenarnya kacau juga. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat bukan salah tetapi amalan dia perkara ini perlu sepatutnya dibangkitkan dalam peringkat jawatankuasa sebab mengandungi butir-butir. Apabila sampai peringkat itu dewan ini dalam peringkat jawatankuasa maka kepala satu bla bla bla….. itu masa Yang Berhormat bangkitkan isu sedemikian. Itu semua MP-MP tahun ini sudah sampai dalam perbahasan bajet tapi kalau bukan banyak saya rasa tidak apa tapi jangan habis satu buku.
Okey, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sebab saya tiada dalam jawatankuasa itu. Memang ada dalam buku bajet. Penting, banyak saya hendak tanya sebab ada kekeliruan di sini. Perbezaan agak banyak kalau boleh saya minta diberi pencerahan.
Saya masuk ke yang lebih penting, saya bangkitkan ada tentang cukai yang baru yang tidak pernah nampak di dalam tahun 2022 dan tahun 2023 memang tidak cukai ini. Saya tanya mengapa 2024 adanya cukai sebegini. Okey, saya ringkaskan saya amat tertarik dengan tentang dividen tajuk kod 75020 dividen daripada pelaburan saham dan syer. Saya pasti banyak ADUN di sini sangat mereka pun tidak tahu apanya dividen dan syer yang dipegang oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya percaya semua ADUN pun tidak tahu. Biar saya mendapatkan pencerahan daripada EXCO nanti tengok siapa yang jawab. Saya hendak tahu dari kod 75202 Tajuk Dividen Dari Pelaburan Saham Dan Syer Anggaran Tahun 2024, RM8 juta. Soalan saya, apakah jenis saham yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri? Adakah saham yang dimiliki ini pernah mengalami kerugian? Siapakah penasihat atau jawatankuasa yang menentukan penjualan dan pembelian saham-saham tersebut? Saham-saham ini dibeli atau dipegang tetap untuk dividen sahaja? Sila nyatakan nama, nilai pembelian pada masa itu dan nilai semasa sekarang saham-saham yang kerajaan negeri milik pada masa ini.
Saya ingat kita perlu tahu saham-saham daripada siapa penasihat atau jawatankuasa yang akan beri nasihat boleh beli ataupun boleh pegang selama-lamanya untuk dapat dividen. Dividen itulah 8 juta agak tinggi so saya hendak tahu juga nilai dalam saham itu berapa banyak. Aset daripada kerajaan itu berapa besar pelaburan itu.
Saya ingat banyak ADUN hendak tanya soalan-soalan ini. Tidak apa saya boleh ringkaskan ataupun boleh bagi saya peluang untuk tanya beberapa jabatan. Saya ingat dua jabatan, Jabatan Veterinari. Saya nampak di Jabatan Veterinari di muka surat 129 Jabatan Veterinari, Perkhidmatan Veterinari dengan kod 6 tajuk Perternakan Industri Unggas Anggaran Perbelanjaan Tahun 2022 adalah 505 tetapi untuk tahun 2024 hanya 200. Saya hendak tanya mengapa perbelanjaan ini menurun? Adakah penternak ayam, itik dan angsa tidak perlu lagi bimbingan daripada Jabatan Veterinari ataupun saya difahamkan aspek keterjaminan makanan menjadi kebimbangan pada peringkat nasional dan global?
Untuk yang seterusnya kod 15 tajuk Kompleks Ibu Pejabat Veterinari sebanyak RM1 juta untuk Anggaran Perbelanjaan Tahun 2024. Sila huraikan, apakah perbelanjaan ini. So untuk muka surat 132 P18 Jabatan Pertanian, Kod 10 tajuk Pembangunan Industri. Industri Tanaman Buah-Buahan Anggaran Perbelanjaan Tahun 2023 adalah RM500,000 manakala bagi perbelanjaan tahun 2024 adalah 850,000. Soalan saya, saya hendak tahu apakah jenis buah-
buahan yang ditanam dan di manakah ia diusahakan serta berapakah pendapatan bersih daripada hasil tanaman ini. Yang Berhormat Dato’ Timbalan di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan belanjawan saya sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang terlibat dalam sesi perbahasan pada kali ini dan sekian terima kasih dan saya mohon menyokong.
Terima kasih Batu Lancang dan seterusnya kita persilakan Telok Ayer Tawar.
Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas ruang dan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan negeri Pulau bajet negeri Pulau Pinang bagi tahun 2024. Dikesempatan ini, saya saya juga ingin mengucapkan tahniah pada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mewakili seluruh penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri dan juga Telok Ayer Tawar atas membentangkan Belanjawan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2024 dengan penuh jayanya tempoh hari. Biarpun kita dari parti berlainan sebagai seorang wakil rakyat saya akan sentiasa menyokong sebarang usaha kerajaan demi kebaikan warganegara warga Pulau Pinang. Dato Timbalan Speaker Yang Speaker, seperti mana yang kita semua sedia maklum pada tahun lepas KDNK Negeri Pulau Pinang telah berkembang melebihi pertumbuhan KDNK Nasional malah Pulau Pinang juga telah mencatat penubuhan KDNK yang mengatasi negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Perkara ini menjadi satu kebanggaan buat kita semua dan saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk terus memastikan ekonomi negeri kita terus berkembang maju. Namun sedemikian peningkatan ini sebahagian besarnya berpunca dari sektor pembuatan iaitu dari 12.4 peratus pada 2021 ke 15.9 peratus pada tahun 2022. Hakikatnya adalah peningkatan ini tidak memberi kesan yang besar pada hidup seharian rakyat terutamanya penduduk rakyat Pulau Pinang di kawasan desa seperti di KADUN Telok Air Tawar Seberang Perai Pulau Pinang. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, di sini saya melihat wujudnya ruang untuk penambah penambahbaikan terutamanya dari aspek dasar dan pendekatan dasar-dasar yang dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan yang seimbang di kawasan bandar dan di kawasan luar bandar. Sebagai contoh sektor pelancongan mempunyai potensi yang cukup besar untuk bantu membangunkan pembangunan ekonomi yang lebih seimbang seperti mana kita semua sedia maklum jumlah penumpang antarabangsa yang tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang PIC telah meningkat ke angka 629,476 orang pada tahun yang lalu. Begitu juga dengan rekod jumlah tetamu hotel daripada pelancong asing yang untuk tahun ini yang telah meningkat secara drastik kepada 1.32 juta orang pada tahun 2021 ke 5.58 juta orang pada tahun 2022.
Kita kena ingat bahawa sebahagian besar daripada pelancong ini adalah pelancong dari luar negara jiran dan serantau yang memang sedia biasa dengan gaya hidup kita di kawasan desa. Mengapa Kerajaan Negeri tidak cuba untuk merencana satu strategi pembangunan industri pelancongan berdasarkan konsep-konsep pelancongan seperti komtemporari seperti pelancongan agro ataupun pelancongan berasaskan komuniti terutamanya untuk kawasan-kawasan desa yang berada di bahagian seberang. Usaha ini perlu dilihat sebagai satu strategi serampang dua mata yang mana mampu membantu Kerajaan Negeri mencapai berapa beberapa sasaran. Pertama bila kita memberi tumpuan tambahan untuk mewujudkan lebih banyak kawasan tarikan pelancong secara lebih menyeluruh ke kawasan-kawasan luar bandar kita akan dapat bantu mengurangkan kesesakan jalan raya di bahagian pulau. Kita semua disini sedia maklum berapa teruknya kesesakan jalan raya yang boleh menjadi di yang boleh terjadi di bahagian pulau terutamanya pada musim cuti sekolah atau perayaan sehinggakan perjalanan sekadar 10 kilometer pun boleh makan masa sehingga satu jam. Sebagai contoh awal tahun ini, kita cuti Tahun Baru Cina kira-kira 2.4 juta kenderaan telah dianggarkan untuk masuk ke Pulau Pinang, ketika Hari Raya Aidilfitri pula sebanyak 3 juta kenderaan telah dianggarkan untuk masuk ke Pulau Pinang. Kita perlu ingat sebahagian besar daripada mereka bukan bukan kah bukan ke negeri kita semata-mata untuk sambut perayaan namun juga untuk bercuti jadi bila mana lebih banyak lagi kawasan tumpuan pelancongan diwujudkan di bahagian seberang sepertinya lebih ramai akan bermula beralih ke sana dan sekaligus bantu untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. Kedua adalah dari sudut ekonomi ketidak seimbangan ekonomi di antara penduduk di bahagian pulau dan bahagian seberang masih kekal ketara. Bila masa kita melaksanakan strategi ini saya yakin kesan limpahan ekonomi akan turut dirasai secara lebih seimbang terutamanya oleh rakyat negeri Pulau Pinang di kawasan-kawasan desa. Merupakan satu fenomena yang penting dalam bidang pelancongan pada tahun 1984, Gitelson dan Crompton merupakan orang pertama yang mengiktirafkan kepentingan lawatan ulangan dan sumbangannya mereka berpendapat kawasan pantai sangat memerlukan lawatan pelbagai pelancong untuk berkembang bagi memenuhi hasrat tersebut kepelbagaian aktiviti perlu dilaksanakan untuk menjadikan kemeriahan suasana yang di alami pelancong Telok Air Tawar mengambil satu langkah pendekatan dengan memohon agar kawasan persisiran Pantai Bagan Ajam berkekalan berdekatan jeti nelayan dan Bagan Dalam perlu diberi penekanan pembangunan industri pelancongan secara tidak langsung menjana pendapatan ekonomi Pulau Pinang. Pelancong negeri dan juga secara tidak langsung membantu ekonomi rakyat ekonomi rakyat yang terkait sebagai contoh kita lihat baru-baru ini viral di media sosial sebuah perusahaan anak muda tempatan bernama Laman Tok Mah di tempat di Kampung Pokok Tampang Tasek Gelugor. Konsep utama perusahaan ini adalah untuk menawarkan kopi dan menunya klasik dalam suasana rumah tradisional. Bukan sahaja itu Laman Tok Mah ini juga menawarkan pengalaman kehidupan kampung secara lebih menyeluruh dengan tawaran pakej istimewa seperti berbasikal dan menikmatai keindahan alam dan sawah padi. Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi-agensi perlu boleh sepatutnya boleh menjadikan Laman Tok Mah sebagai antara kawasan tarikan pelancong di bahagian Seberai Perai yang menawarkan para pelancong pengalaman hidup desa masyarakat Melayu secara menyeluruh. Dengan adanya inisiatif-inisiatif seperti ini kita dapat tarik lebih ramai pelancong ke bahagian Seberang Perai mana secara tidak langsung akan bantu memperkasakan lagi ekonomi tempatan dan secara tidak langsung mengurangkan jurang pembangunan ekonomi di
kawasan bandar dan di luar bandar Pulau Pinang. Ketiga adalah demi sudut mempromosikan budaya komuniti setempat negeri kita Pulau Pinang mempunyai komposisi penduduk yang cukup unik dengan berbilang kaum agama dan budaya untuk pelancong-pelancong asing terutamanya dari negara-negara Barat kini menjadikan satu faktor tarikan yang cukup besar mereka bukan sahaja ingin belajar namun juga ingin cuba merasakan sendiri gaya hidup kita. Dalam soal ini saya fikir adalah wajar untuk Kerajaan Negeri mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan satu kawasan perkampungan khas untuk masyarakat Melayu Pulau Pinang seperti Chew Jeti untuk masyarakat kaum Cina dan juga Little India untuk masyarakat India. Kerajaan Negeri mungkin boleh senaraikan pendekkan beberapa kawasan perkampungan masyarakat Melayu yang sedia ada dan kemungkinan bekerjasama dengan agensi pembangunan bumiputera serta PERDA dan MARA untuk membangunkan kawasan tersebut untuk sebagai kawasan pelancongan berasaskan komuniti. Dengan ada strategi-strategi seperti ini saya cukup yakin kita dapat memastikan kita dapat memperkasakan lagi sektor pelancongan sebagai antara penyumbang utama kepada KDNK negeri disamping memastikan hasil limpahan ekonomi yang dijana benar-benar sampai kepada rakyat diluar sana. Dato’ Timbalan di-Pertua, di kawasan setempat ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah mengumumkan hasrat untuk menjadi Hutan Simpanan Paya Laut yang bermula di persisiran pantai Penaga hingga kawasan ke sendiri kawasan saya sendiri Telok Air Tawar sebagai kawasan Flyway Site Network, Flyway Site Network sebuah tapak persinggahan burung-burung pantai berhijrah di bawah forum East Asian Australasian Flyway. Ini bakal menjadi yang pertama di semenanjung Malaysia dan kedua dalam negara selepas Bako-Buntal Bay Flyway Site Network selepas penubuhan rasmi Flyway Site Network ini akan menjadi hab ekopelancongan yang baru di Pulau Pinang yang mampu menarik minat pelancongan dalam negeri dan luar negeri. Dato’ Timbalan di-Pertua, selain memberi tumpuan kepada pembangunan projek, pelancongan baru saya juga berpandangan kita perlu memberi terus berusaha untuk memperkasakan kawasan tumpuan pelancong yang sedia ada terutamanya di kawasan-kawasan desa di sekitar bahagian Seberang Perai sebagai langkah mengimbangi pembangunan ekonomi di peringkat negeri selaras dengan gagasan Penang2030. Sebagai contohnya kita boleh memberi tumpuan kepada usaha-usaha memperkasakan Hutan Pelajaran Air Itam dalam seperti river cruise Sungai Dua, pelancongan sekitar Pantai Robina dan sebagainya. Ini penting agar kita dapat menggunakan sumber-sumber alam semula jadi yang sedia ada yang sudah pun menjadi tarikan pelancong dengan sebaik mungkin untuk pembangunan ekonomi. Sehubungan ini, sehubungan itu saya memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menjelaskan apakah strategi-strategi yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan untuk mencapaikan matlamat ini dan beberapakah jumlah peruntukan yang akan disediakan menerusi Belanjawan 2024 ini untuk merealisasikan agenda ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya melihat usaha pembangunan, usaha membangunkan sektor pelancongan sebagai antara tunjang utama ekonomi negeri kita perlu bergerak seiring dengan usaha pembangunan infrastruktur yang sewajarnya untuk menarik minat lebih ramai pelabur dan pengguna secara amnya. Ini penting terutamanya dalam konteks pembangunan kawasan-kawasan tarikan pelancong di kawasan desa yang masih berdepan dengan isu pembangunan infrastruktur yang ketara. Sebagai contoh masih mendapat
kawasan-kawasan pelancongan terutamanya di kawasan-kawasan desa yang berdepan dengan isu connectivity, (dengan izin). Saya mohon Kerajaan Negeri menjelaskan, apakah usaha yang akan dilaksanakan terutamanya dari aspek pembangunan infrastruktur untuk memperkasakan agenda ini. Sebagai contohnya adakah Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk menyediakan kemudahan bas percuma kepada para pelancong untuk ke kawasan-kawasan tarikan pelancong di kawasan desa ini. Perkara seperti ini sudah, sudah tentunya akan memudahkan pergerakan pelancong dan sekaligus menggalakkan lebih ramai pelancong biar dari dalam negeri atau dari luar negara. Untuk menjadikan kawasan-kawasan tarikan pelancongan di desa sebagai pilihan mereka. Begitu juga soal pembangunan industri kecil, sederhana di kawasan desa yang menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan dan produk yang dapat mempromosikan Pulau Pinang sebagai negeri pilihan orang ramai untuk melancong. Saya menyambut baik pengumuman Kerajaan Negeri untuk terus menyokong pembangunan industri kecil dan sederhana IKS melalui InvestPenang dan PDC. Antara inisiatif yang telah dikenalpasti sebagai pemangkin kepada agenda ini adalah diwujudkan Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS (SMART) di bawah InvestPenang yang berperanan sebagai one stop centre. Pembangunan IKS melalui tawaran khidmat nasihat, pengiklanan dan pelaburan sejak penubuhannya pada tahun 2010, SMART telah memberi khidmat nasihat kepada lebih 2600 usahawan dan syarikat. Manakala lebih 610 syarikat tempatan telah berjaya didaftarkan dalam di kategori atas talian InvestPenang. Untuk tujuan pemasaran dan mencari pelaburan, saya lihat kedua-dua inisiatif ini menjadi support system, (dengan izin) dalam usaha untuk mencapai sasaran ini. Namun sedemikian perlu diperkasakan lagi agar inisiatif-inisiatif ini dapat memberi peluang yang lebih baik dan lebih besar kepada segenap usahawan kecil sederhana di Negeri Pulau Pinang. Ini bermaksud agensi-agensi pelaksanaan dasar-dasar ini perlu turun padang dan bergerak secara lebih aktif terutamanya di kawasan-kawasan desa untuk mengenal pasti lebih ramai usahawan IKS agar mereka juga dapat membantu secara lebih menyeluruh untuk membangun dan perniagaan mereka selaras dengan strategi untuk membangunkan industri pelancongan di kawasan desa. Dengan itu, para usahawan IKS di kawasan luar bandar terutamanya di sekitar bahagian Seberang Perai turut dapat menerima manfaat yang lebih yang lebih langsung agar mereka juga dapat dan memainkan peranan sebagai pemegang taruhan utama dalam pembangunan ekonomi negeri melalui industri pelancongan. Sehubungan dengan ini, Dato’ Timbalan Speaker, saya memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan peruntukan tambahan kepada agensi atau institusi yang dinamakan dengan tanggungan jawab ini supaya mereka dapat bergerak secara lebih aktif dalam mencapai sasaran ini. Melalui inisiatif ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah berjaya membangunkan Pusat IKS Pulau Pinang di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas untuk membantu usahawan-usahawan baru dan sedia ada di Pulau Pinang bagi mengurangkan kos operasi mereka dengan menyediakan ruang operasi, kemudahan bilik mesyuarat, bilik pantri, lif-lif kargo, ruang utiliti, pengawal dan kamera pengawasan pada kadar sewa bersubsidi. Saya berharap sebuah pusat sebegini turut akan dibangunkan di bahagian Seberang Perai untuk agar usahawan-usahawan kecil dan sederhana dari bahagian turut dapat menikmati inisiatif seperti ini. Biarpun kos beroperasi di kawasan sebelah Seberang jauh lebih rendah berbanding dengan di kawasan sebelah Pulau, sudah tentu dengan adanya lebih banyak pusat-pusat IKS seperti ini, Kerajaan
Negeri dapat membantu memperkasakan sektor IKS di Negeri Pulau Pinang secara lebih menyeluruh. Dato’ Timbalan Speaker, saya melihat Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada tempoh hari sebagai sebuah action plan yang cukup berpotensi. Biarpun begitu, saya berpandang terlebih banyak tumpuan diberi kepada aspek pembangunan sektor-sektor ekonomi baru sehinggakan pembangunan sektor ekonomi sedia terutamanya di kawasan desa seolah-olah dianaktirikan. Walaupun Pulau Pinang semakin hari semakin pesat membangun kita tidak boleh sama sekali hanya memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan bandar. Kita juga perlu memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pembangunan kawasan-kawasan luar bandar agar kita dapat mencapai matlamat pembangunan yang seimbang secara lebih aktif. Dengan, Dato’ Timbalan Speaker, saya memohon agar cadangan-cadangan yang saya diketengahkan ini akan diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya oleh Kerajaan Negeri. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Telok Ayer Tawar. Seterusnya, Ahli Kawasan Air Itam dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Salam sejahtera, Salam Penang2030, Salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan tahun 2024 di dalam Dewan yang mulia ini. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan belanjawan minggu lepas. Di sini saya ingin membangkitkan beberapa perkara berhubung belanjawan ini untuk perhatian sekalian. Untuk perkara pertama dalam perbahasan ini adalah isu makro belanjawan. Kedudukan ringgit kini lesu dan tidak menentu. Pada 24 Januari tahun ini, nilai ringgit ke USD adalah RM4.24 dan pada 27 Oktober nilai pertukaran Ringgit ke USD adalah RM4.77. Dalam 10 bulan ini nilai Ringgit menurun sebanyak 50 sen berbanding USD. Ini bersamaan penyusutan sebanyak 11.7%. Kadar inflasi negara kini terapung di antara 1.9% dan 2% pada suku keempat. Air Itam percaya, jabatan telah memulakan penyediaan Belanjawan 2024 seawal suku kedua tahun ini. Ketika itu nilai Ringgit masih kukuh, akan tetapi sekarang Ringgit semakin melemah. Barang mentah, peralatan dan lain-lain pasti akan naik harga. Ini bermaksud perolehan sebenar jabatan pada tahun depan sekurang-kurangnya akan 10% lebih mahal. Kepada jabatan yang tersenarai di belanjawan ini, dalam keadaan ini, apakah langkah yang akan diambil untuk memastikan perbelanjaan dan perolehan mencapai sasaran walaupun barang harga akan naik pada tahun depan. Saya faham ini adalah di luar jangkaan. Adakah mutu, (dengan izin), kualiti barangan yang bakal dibeli menurun, menurun ataupun bilangan perolehan akan dikurangkan kerana jumlah wang yang diluluskan tidak lagi mencukupi akibat kelemahan Ringgit dan inflasi. Air Itam yakin isu pokok ini akan dihadapi oleh semua jabatan dan agensi kerajaan, jadi di sini saya minta jabatan dan agensi di Dewan ni mengemukakan kaedah penyelesaian dalam sesi penggulungan.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, perkara kedua adalah keterjaminan makanan. Ini isu asas kehidupan rakyat. Air Itam mengambil maklum Kerajaan Negeri juga memandang berat perkara ini. Merujuk buku belanjawan, helaian kedua, muka surat 118 di bawah tajuk besar, Anggaran Pembangunan Tahun 2024, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hanya diperuntukkan RM4.6 juta bersamaan 1.2% dari jumlah keseluruhan. Jabatan Pertanian diperuntukkan RM6.9 juta bersamaan 1.8% dari jumlah keseluruhan. Peratusan terkumpul hanya 3%. Satu angka yang sangat kecil untuk memikul tanggungjawab yang gergasi ini. Ini tidak seimbang. Untuk makluman Dewan. walaupun nisbah sara diri, self-sufficiency ratio (SSR), (dengan izin), ayam telur, itik dan daging telah mencapai sasaran, tahniah JPV. Namun jabatan masih perlu menjalankan kerja pemantauan dan kawalan penyakit yang berterusan supaya SSR dapat dikekalkan. Peruntukan yang mencukupi adalah penting untuk memastikan matlamat dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2025 di Pulau Pinang tercapai dan peratusan agihan dana perlu mencermin kesungguhan kita dalam menangani isu yang asas ini. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, pada masa yang sama sektor perladangan bernilai tinggi yang dapat menjana hasil kepada kerajaan juga perlu diberi perhatian. Saya merakamkan tahniah kepada JPV atas kejayaan peningkatan pengeluaran sarang Burung Walit sebanyak 1.14 tan dari tahun 2020 sebanyak 7.79 tan ke 8.93 tan bersamaan 14%. Saya berharap JPV boleh mensasarkan peningkatan EBN bersih sehingga 20 tan menjelang tahun 2025 yang bersamaan nilai barangan siap sebanyak RM168 juta. Saya ingin mengesyorkan pendekatan peningkatan kemahiran, (dengan izin) upscaling pemasaran berkesan dan penerapan teknologi bagi mencapai matlamat ini. Mohon jabatan memberi ulasan dalam penggulungan juga. Untuk perkara ketiga dalam perbahasan, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas pembukaan Pusat Transit Gelandangan yang pertama di Pulau Pinang. Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri juga kepada masalah gelandangan iaitu pengemis, kutu rayau dan orang papa di KADUN Air Itam. Air Itam sekarang merupakan pusat tumpuan ramai pelancong yang berkunjung ke tempat terkenal seperti Bukit Bendera, Kuil Kek Lok Si dan juga kepada penjaja-penjaja Michelin dan lain-lain juga. Oleh yang demikian, Air Itam secara tidak sengaja telah menjadi lubuk gelandangan. Mereka ini datang dari luar kawasan untuk mengambil kesempatan mengemis derma daripada pelancong asing. Kejadian seperti ini memberi tanggapan negatif kepada pengunjung dan pelawat dari luar negeri dan juga orang tempatan. Ini melukakan imej baik Pulau Pinang pada tetamu kita. Kegiatan orang ramai, orang papa, peleser dan orang kurang waras yang menimbulkan kegusaran kepada orang awam yang mengunjungi tempat itu dan menimbulkan kacau ganggu. Air Itam memohon agar kerap kali agensi yang berkaitan antaranya JKM, MBPP, PDRM, RELA, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Kesihatan dan lain-lain untuk menjalankan operasi bersepadu menyelamat bersama, jabatan-jabatan ini telah diberikan punca kuasa di bawah Akta Orang Papa tahun 1977 yang menggantikan Akta Kutu Rayau tahun 1965 dan seksyen 27(C) Akta Kesalahan Kecil 1955. JKM pada tahun depan telah diperuntukan RM11.3juta dengan pemberian dan kenaan bayaran tetap sebanyak RM8 juta, saya mengambil maklum ini adalah RM200,000 kurang dari tahun 2023 namun saya mohon dengan kelulusan belanjawan ini pihak JKM akan melaksanakan tindakan segera dan memanfaatkan Pusat Transit Gelandangan yang baru bagi menyelesaikan masalah yang telah saya bangkitkan.
Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, untuk perkara yang keempat adalah berhubung perkembangan pelancongan di Air Itam, seperti yang diketahui KADUN Air Itam semakin terkenal di peta dunia dengan penganugerahkan terbaru Michelin untuk nasi itik di Astaka Pasar Air Itam pada masa kini Air Itam mempunyai 7 tempat menarik yang ternama iaitu Bukit Bendera, yang kedua Hutan Simpan Biosfera UNESCO yang ketiga Empangan Air Itam yang keempat Tugu Peringatan Perang Dunia, mee kari di atas jambatan, Kuil Kek Lok Si, Nasi Kandar Kampung Melayu dan laksa di pasar Air Itam, kalau di dunia ada 7 tempat tarikan pelancongan yang terkenal dan diberi nama sebagai The 7 Wonders Of The World saya ingin menjenamakan 7 tempat pelancongan Air Itam sebagai The 7 Tourism Wonders Of Air Itam (dengan izin). Terdapat banyak lagi tarikan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai tempat pelancongan di sini saya ingin mencadangkan satu litar basikal pelancongan Air Itam, untuk makluman litar 21km ini bermula dari pasar Air Itam melalui jajaran Kuil Kek Lok Si ke empangan Air Itam Bukit Bendera dia juga melalui jajaran di KADUN Air Putih, litar basikal pelancongan Air Itam boleh dimajukan litar basikal Shimanami Kaido di Jepun yang terkenal sebelum ini pemasangan alat AED telah dilaksanakan di jajaran laluan basikal Pasar Air Itam dan Empangan Air Itam saya memohon supaya Kerajaan Negeri di bawah EXCO Kesihatan untuk menambah AED di jajaran kawasan yang belum diluputi. Pemasangan lampu jalan bagi kawasan yang kurang cerah dan pemasangan telefon kecemasan bagi kawasan yang tiada liputan talian telefon bimbit ini akan menjadikan kawasan tersebut lebih selamat dan sesuai untyk dibangunkan sebagai tempat pelancongan. Air Itam memohon Kerajaan Negeri untuk mempergiatkan promosi pelancongan Air Itam dan saya mengalu-alukan penggunaan The 7 Tourism Wonders Of Air Itam (dengan izin) sebagai penjenamaan yang baru dan kreatif bagi tujuan tersebut. Air Itam memohon supaya mengadakan libat urus bersama penduduk agensi dan pejabat KADUN berhubung perkara ini dan menyalurkan dana yang mencukupi bagi menjayakan hasrat tersebut, usaha ini mampu membawa lebih ramai pelancong ke Air Itam dan secara langsung mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, untuk perkara terakhir iaitu merujuk kepada pendidikan pada tahun 2022 sejumlah RM4.18 juta telah disalurkan kepada sekolah mubaligh dan sekolah jenis kebangsaan oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini RM2.39 juta disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada sekolah tamil, dalam perbentangan belanjawan Jumaat lepas oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tidak dinyatakan secara khusus peruntukan yang bakal disalurkan kepada sekolah tersebut secara terperinci mengikut kategori sejak tahun 2008 Kerajaan Negeri telah memperuntukan sejumlah wang bagi membantu sekolah tersebut namun tahun ini tiada pengumuman dibuat semasa perbentangan belanjawan. Oleh kerana itu, saya telah menekan tadi di perkara satu bahawa Jabatan Kewangan perlu memberi butiran terperinci di bawah perkara pemberian dan berkenaan bayaran tetap saya memohon supaya Kerajaan Negeri memberi maklumat berhubung agihan peruntukan tersebut sekiranya masih ada. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya mengakhiri dengan serangkap pantun ‘‘Pulau Pinang negeri berdaulat sejarahnya beratus tahun tercatat, penduduknya rajin dan bersemangat, rakyatnya gagah setia dan taat”
maka dengan ini menyokong ucapan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 Dan Usul Anggaran Pembangunan 2024 Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas, sekian terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih Air Itam dan silakan Ahli Kawasan Pengkalan Kota. Silakan.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi kerana saya diberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan, iaitu Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 yang baru dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada hari Jumaat lalu. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, George Town diiktirafkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO sejak tahun 2008. Rakyat negeri Pulau Pinang amat bersyukur dan bangga dengan pengiktirafan ini kerana status ini telah merangsangkan ekonomi negeri kita, terutamanya pada sektor perkhidmatan dan sektor pelancongan. Pelancong-pelancong, sama ada dalam atau luar negeri mengunjung ke negeri Pulau Pinang dan bandar George Town untuk melihat (dengan izin) streetscape tapak warisan dunia ini. Saya mengalu-alukan pelaksanaan dasar pengecualian visa oleh negara China di mana pemegang passport biasa oleh warganegara kita tidak perlu lagi memohon visa untuk melawat ke negara China mulai 1 Disember 2023 buat selama satu tahun. Pada waktu yang sama, warganegara daripada negara China juga dibenarkan untuk melawat ke negara kita selama 30 hari tanpa visa. Ini merupakan satu berita baik yang dapat merangsangkan sektor pelancongan kita, khususnya negeri kita yang berinklusif dan terkenal dengan kebudayaan, makanan dan tapak warisan dunia. Saya yakin bahawa Yang Berhormat Paya Terubong akan sudah tentunya ada rancangan dan strategi untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai pilihan utama kepada para pelancong dari negara China dalam itinerary perjalanan mereka kerana negeri kita mempunyai beberapa penerbangan terus ke China. Negeri kita mempunyai bangunan-bangunan warisan berkategori satu dan kategori dua yang amat bernilai dan bersejarah. Namun, terdapatnya bangunan-bangunan warisan di bandar George Town telah terbengkalai dan usang. Sejak tahun 2018 sehingga kini, terdapat sebanyak 88 buah bangunan yang berusang dan 92 buah bangunan di dalam keadaan yang kurang memuaskan di sekitar bandar George Town. Saya berterima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang mengambil inisiatif membantu untuk memperbaiki bangunan yang usang demi keselamatan orang awam dan juga memeliharakan bangunan-bangunan kategori dua yang bernilai ini. Hakikatnya, selain daripada pemilik-pemilik yang berada di luar negeri ataupun mereka yang tidak dapat dikesani, kebanyakan pemilik-pemilik dan penghuni-penghuni di tapak warisan George Town ini menghadapi kekangan untuk menyelenggara bangunan kategori dua ini. Oleh sebab kos yang untuk menyelenggarakan bangunan kategori dua ini adalah amat tinggi dan memerlukan untuk memenuhi syarat-syarat garis panduan bangunan warisan termasuk menggunakan bahan mentah yang asal untuk pembaikan dinding ataupun bumbung.
Pematuhan syarat-syarat ini telah menyebabkan kos penyelenggaraan lebih tinggi daripada bangunan biasa. Justeru, ramai pemilik merasa tidak berbaloi ataupun tidak larat untuk menyelenggara bangunan warisan dan membiarkan saja bangunan mereka dalam keadaan yang kurang memuaskan dan tidak selamat. Secara amnya, permohonan kelulusan ini mengambil masa berbulan-bulan untuk mendapatkan kelulusan di setiap peringkat teknikal. Sistem birokrasi ini bukan saja melambatkan proses permohonan kelulusan, tetapi juga meningkatkan fi professional dan menyusahkan setiap pemohon, ini menyebabkan banyak kes dilaporkan di mana kerja-kerja dijalankan tanpa permit tanpa kelulusan berlaku terhadap bangunan-bangunan warisan. Demi satu rancangan buat jangka masa panjang untuk memastikan status tapak warisan dunia UNESCO George Town ini dipertahankan, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah memperkenalkan pelbagai jenis garis panduan pembangunan yang dapat merangsangkan pemeliharaan bangunan warisan sedia ada atau pembangunan in-fill land (dengan izin). Dengan apa yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat dalam belanjawan 2024, saya amat menyambut baik dengan rancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akan mempergunakan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk tujuan pemuliharaan dan pengurusan tapak warisan dunia UNESCO George Town bagi mengukuhkan nilai keunggulan sejagat tapak warisan dunia. Sebenarnya ini juga merupakan salah satu soalan bertulis yang saya kemukakan kepada Kerajaan Negeri dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat dan Kerajaan Negeri yang menghantar mesej yang cukup jelas kepada pemain industri termasuk UNESCO bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyokong dan mendokong pemeliharaan tapak warisan dunia. Saya amat bersetuju dengan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membantu pemilik-pemilik bangunan warisan yang ada hasrat untuk menyelenggara bangunan warisan milikan mereka, dengan adanya inisiatif kerajaan disediakan, saya yakin bahawa ramai pemilik-pemilik bangunan warisan yang ada rancangan untuk membaik pulih bangunan warisan mereka yang dalam keadaan kurang memuaskan, akan menyambut baik dengan inisiatif Kerajaan Negeri sekiranya cadangan pemberian insentif ini dapat direalisasikan. Kerajaan Negeri juga boleh mempertimbangkan untuk meringkaskan proses permohonan kelulusan pembaikan dan pemuliharan bangunan warisan, termasuk meringkaskan birokrasi yang rumit supaya pelaksanaan kerja-kerja pemuliharaan atas bangunan-bangunan warisan dapat dimulakan kerjanya dalam masa yang singkat. Satu program moratorium pemutihan juga boleh dipertimbangkan bagi memutihkan kerja-kerja yang telah dijalankan tanpa kelulusan atas bangunan warisan sekiranya pemilik- pemilik bangunan warisan ini sudi menampil ke depan dan memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berkenaan dengan usaha kerajaan kita dalam mengukuhkan nilai keunggulan sejagat tapak warisan dunia, saya dengan rendah dirinya memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa kerja pemeliharaan Jeti-jeti Klan di Pengkalan Weld telah pun dijalankan atas inisiatif dan usaha wakil rakyat kawasan Parlimen dan KADUN dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Tanah dan juga Jabatan Perhutanan. Papan jeti di Pengkalan Weld mengalami kepenatan bahan ataupun dikenali sebagai “Material Fatigue” (dengan izin) dari masa ke masa dengan sebab digunapakai oleh penduduk tempatan, sama ada berjalan kaki, berbasikal bermotorsikal. Setelah negeri kita menerima pengiktirafan status tapak warisan dunia UNESCO, Jeti-jeti Klan di Pengkalan Weld turut menjadi tempat tumpuan pelancong-pelancong. Keadaan ini telah
menyebabkan tempoh hayat papan jeti dipendekkan kerana overloaded (dengan izin) dan lebih kurang setiap 4 atau 5 tahun, sesebuah jeti harus diganti baru papan jetinya berdasarkan rekod sebelum ini. Pada penggal yang lalu, atas usaha wakil rakyat Pakatan Harapan, iaitu mantan Yang Berhormat Pengkalan Kota dan mantan Yang Berhormat Tanjong (iaitu Yang Amat Berhormat Padang Kota), papan jeti di Lee Jeti, Tan Jeti, Ong Jeti, dan Yeoh Jeti telah dipelihara dan diganti baru. Bagi penggal ini pula, kita ada dua lagi Jeti Klan, iaitu Chew Jeti dan Lim Jeti yang tengah dijalankan kerja-kerja menggantibaru papan jeti masing-masing. Saya merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong atas sumbangan peruntukan sejumlah RM400,000 bagi membiayai kerja-kerja tersebut demi keselamatan dan keselesaan penduduk tempatan dan pelancong juga. Pada waktu yang sama, Pengkalan Kota sendiri sudah pun menerima permintaan lagi untuk membantu penduduk-penduduk di Tan Jeti dan Lee Jeti kembali kepada Tan Jeti dan Lee Jeti lagi untuk kerja penyelenggaraan yang sama, kerana tempoh hayat papan jeti yang diganti baru pada penggal yang lepas sudah menjadi satu kitaran buat 5 tahun. Saya menyentuh contoh-contoh di atas, adalah untuk memaklumkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di mana kita sebagai wakil rakyat, sebagai Kerajaan Negeri Pulau Pinang senantiasa memainkan peranan bagi menyokong rakyat negeri Pulau Pinang, termasuk menyelenggara harta benda tapak warisan dunia. Sehingga hari ini pun masih kita dapat kesan bukti-bukti di mana Yang Amat Berhormat Padang Kota membiayai peruntukan untuk memasangkan tiang-tiang elektrik di jeti-jeti klan juga. Justeru, saya berbesar hati dengan pengumuman belanjawan tahun 2024 dan semoga urusan tersebut dapat direalisasikan pada tahun depan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan usaha Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf kaki lima di tapak warisan dunia UNESCO George Town di bawah peruntukan RM25 juta ringgit oleh Kerajaan Persekutuan. Saya pernah sebut tentang kaki lima di bandaraya kita adalah tidak setara ketinggiannya di dalam Dewan Yang Mulia ini pada minggu lepas dan saya bersyukur kerana Kerajaan Negeri juga mengambil berat terhadap masalah kaki lima yang mempunyai ruangan besar untuk dinaiktarafkan. Saya berbesar hati sekiranya syor saya yang dibangkitkan dalam perbahasan untuk membina tanjakan jalan diantara premis adalah yang mempunyai ketinggian kaki lima yang berbeza ini dapat dipertimbangkan. Saya berasa gembira dengan pengumuman peruntukkan RM10 Bilion Ringgit bagi Projek LRT oleh Kerajaan Persekutuan juga. Pelaksanaan ini pasti akan membawa manfaat kepada penduduk-penduduk di Pengkalan Kota dan menyenangkan keadaan lalu lintas antara Bayan Lepas ke George Town ke Tanjung Bungah dan ke Seberang. Saya sedia maklum bahawa tapak pembangunan Fasa 5 KOMTAR yang sudah lama dikosongkan adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada station ataupun terminal yang bakal dibangunkan bawah Projek LRT. Terdapatnya lebih 20 buah bangunan Kategori 2 yang usang dikosongkan bertahun-tahun ini di tapak Fasa 5 KOMTAR. Saya berpandangan bahawa sekiranya bangunan-bangunan tersebut bernilai warisan dan tidak akan dirobohkan ataupun di tempat ke semula ke lokasi lain, maka Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk membaik pulih bangunan-bangunan tersebut bagi tujuan kemasyarakatan dengan segera tanpa menunggu lagi Projek LRT yang bakal dilaksanakan dalam masa beberapa tahun ini. Kedua-dua Projek LRT dan juga pembaikpulihan bangunan kategori 2 yang usang boleh dijalankan serentak supaya rakyat dapat dimanfaatkan lebih awal lagi dengan kegunaan bangunan-bangunan kategori 2 tersebut. Saya mengesyorkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan Tapak RIBI di tapak pembangunan Fasa 5 KOMTAR
kerana terdapatnya permintaan yang tinggi tapak RIBI di kawasan George Town, Daerah Timur Laut. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Negeri kita pada 23 Februari 2023 telah mendapatkan dana sejumlah US Dollar 10 juta daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi bertujuan membiayai Program Adaptasi Perubahan Iklim, dengan nama projek (dengan izin) Nature Based Climax Adaptation Program for the Urban Areas of Penang Island (NBCAP). Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana berjaya terpilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu antara persaingan negara-negara, antara persaingan negara-negara membangun lain di peringkat antarabangsa. Saya yakin bahawa Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang berkenaan akan memakai dana tersebut demi menghijaukan lagi persekitaran alam dan memberi lebih tumpuan dalam daya tahan sosial yang selaraskan dengan Visi Penang2030. Saya tertarik dengan data yang dibekalkan oleh Yang Berhormat Perai melalui jawapan kepada salah satu soalan bertulis saya. Dimana sejumlah wang 3.175 juta US Dollar akan diguna pakai untuk mengurangkan kesan Pulau Haba, Bandar George Town dan Bayan Lepas. Sebagai salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan George Town, Pengkalan Kota mengalu-alukan projek tersebut untuk menanam pokok dan mewujudkan lagi Taman Pocket yang berorientasi iklim-micro. Taman Pocket yang telah banyak diperkenalkan oleh Kerajaan Pulau Pinang selama 15 tahun ini, yang pentingnya disambut baik oleh rakyat dan komuniti di kawasan masing-masing. Saya menyokong atas konsep menjadikan tanah lapang sebagai Taman Pocket yang berorientasi iklim-mikro dan pada waktu yang sama mewujudkan lagi tempat riadah kepada rakyat di negeri Pulau Pinang. Kalau kita lihat di Taman Armenian yang sedia ada, ramai yang telah membawa ahli keluarga mengunjung ke Taman Armenian pada waktu petang dan waktu malam. Tetapi pada waktu yang sama terdapatnya staf-staf yang bekerja di pejabat yang berdekatan dengan taman tersebut membawa makanan ke taman tersebut untuk makan tengah hari pada waktu rehat. Salah sekumpulan antara lain adalah kakitangan daripada Georgetown World Heritage Incorporated. Saya rasa ini adalah satu trend yang bagus di mana kita harus memperkenalkan bagi pengetahuan orang ramai supaya yang lain turut ikut dan usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam Agenda Penghijauan ini tidak akan disia-siakan sahaja. Sebahagian peruntukkan daripada projek ini akan dipakai untuk menanam pokok di sepanjang jalan yang akan melengkapi pokok sedia ada bagi memperkenalkan pokok teduhan di tempat letak kereta. Ini merupakan satu cadangan yang baik. Dimana pokok-pokok dan tanaman dapat bantu menurunkan haba persekitaran dan memberi teduhan untuk mengatasi cuaca panas dan yang kita hadapi di negeri kita. Cuma dari segi rancangannya perlu diperhaluskan sebelum tanaman, sebelum ditanamkan. Berdasarkan pengalaman pokok-pokok yang ditanam sama ada oleh Pihak Berkuasa Tempatan ataupun individu seringkali mendatangkan kacau ganggu kepada penduduk dan persekitaran. Daun-daun kering, ranting pokok dan dahan jatuh dari masa ke masa telah memusnahkan bangunan, kereta dan ada juga yang menyebabkan kecederaan orang awam. Akar umbi yang besar turut merosakkan perparitan, permukaan jalan dan laluan pejalan kaki. Inilah masalah-masalah dan kekangan yang dihadapi oleh Bandaraya kita. Jenis pokok yang ditanam oleh sesetengah pihak pemaju juga tidak bersesuaian dan tidak menyumbangkan banyak dari segi penghijauan dan teduhan kepada sosial kita. Bila saya sentuh dengan detik ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada MBPP yang bekerja kuat demi memastikan pokok-pokok di sebelah pulau diselenggara dengan baik dan seringkali dalam respon yang
cekap setelah menerima aduan daripada kalangan rakyat. Kalau saya dibenarkan untuk memberi komen, tanah-tanah kerajaan yang bukan di bawah seliaan pihak MBPP seperti tanah Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah, CMI, PDC, JPS dan sebagainya tidak dapat dijalankan amanah oleh MBPP secara terus. Dan ini telah mendatangkan kacau ganggu awam yang tidak dapat ditangani akibat pokok-pokok dan tanaman. Jadi saya memohon supaya rancangan yang teliti harus disediakan seperti apakah jenis pokok yang sesuai ditanam di sesuatu kawasan. Dan adakah kemampuan dan kemahiran Pihak Berkuasa Tempatan dapat menampung permintaan yang tinggi dari segi kerja penyelenggaraan pokok 5 sehingga 20 tahun selepas anak pokok ditanam buat masa sekarang. Berdasarkan maklumat yang dibekalkan, terdapatnya 2.725 juta US Dollar telah disalurkan untuk projek larian air hujan dan pengurusan banjir. Saya dengan penuh ikhlasnya memohon dan merayu antara amaun peruntukan ini sebahagiannya dapat disalurkan untuk mengatasi isu banjir berkala di Pengkalan Kota akibat isu pemasangan air laut yang berpunca daripada pemanasan global. Penduduk-penduduk tempatan yang berdensiti tinggi ini pasti akan bersyukur dan menyambut baik dengan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang prihatin kepada rakyat ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya amat terkejut apabila saya mendapat maklum balas bahawa Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang tidak ada rekod kerja penaiktarafan ataupun penurapan jalan-jalan di kawasan lebuh raya mereka dan juga Pintasan Pengkalan Weld. Dalam 10 tahun yang lepas, kawasan ini dulu dibina oleh pihak PDC. Jalan-jalan di sekitar Pintasan Pengkalan Weld tidak diserah kepada pihak MBPP. Justeru MBPP tidak berhak untuk menjalankan sebarang kerja naik taraf di kawasan tersebut apabila permintaan dikemukakan kepada mereka. Pihak PDC mempunyai banyak projek pembangunan dan perumahan sejak dulu sampai sekarang. KADUN Pengkalan Kota mempunyai 2 skim perumahan bertanah yang dibangunkan oleh pihak PDC. 1, di Pintasan Cecil, satu lagi di Pintasan Pengkalan. Oleh sebab jalan-jalan di kawasan perumahan yang dibangunkan oleh pihak PDC tidak diserahkan kepada pihak MBPP, maka jalan-jalan tersebut tidak dapat dinaiktarafkan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 10 tahun ini. Dan saya dengan sesungguhnya memohon jasa baik pihak PDC untuk memberi pertimbangan khas memandangkan penduduk-penduduk di kawasan tersebut adalah salah satu kelompok yang paling awal mendiami di rumah-rumah pembangunan PDC berpuluh-puluh tahun sebelum ini sehingga hari ini. Harap PDC dapat mengambil inisiatif untuk menurapkan jalan-jalannya yang sudah teruk permukaannya demi keselamatan orang awam dan menaik taraf sistem perparitan di kawasan persekitaran tersebut supaya larian air itu berfungsi baik dan tidak menjadikan tempat pembiakan nyamuk dan lain-lain serangga perosak. Program-program Kebajikan Negeri seperti program i-Sejahtera telah menelan belanja sebanyak RM110.45 juta ringgit setiap tahun. Sungguhpun amaun ini besar, tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang senantiasa prihatin kepada rakyat tetap menyalurkan bajet ini demi memastikan kebajikan rakyat jelata dipeliharakan. Dalam satu soalan saya, soalan bertulis saya mengenai Program Sumbangan Wang Penghargaan kepada Bapa Tunggal. Saya diberi jawapan, saya diberi jawapan bahawa Kerajaan Negeri buat masa sekarang tidak mempunyai cadangan lagi untuk memperluaskan bantuan i-Sejahtera untuk merangkumi kategori Bapa Tunggal ini. Bapa Tunggal memainkan peranan yang penting dengan tanggungjawab yang besar bagi memikul beban. Bukan beban. Beban keluarga atas diri sendiri nya. Sungguhpun bapa tunggal itu lelaki tetapi juga merupakan satu perwatakan yang disanjungi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengamalkan dasar keterangkuman gender yang mengutamakan keseimbangan
dan kesaksamaan gender. Saya menyeru supaya kategori bapa tunggal harus dirangkumi dalam program i-Sejahtera sekiranya kedudukan kewangan negeri mengizinkan kerana bapa tunggal adalah tidak berbeza dengan ibu tunggal sahaja dari segi peranan untuk mendirikan anak-anak mereka masing-masing. Ini dapat menunjukkan Kerajaan Negeri mengamalkan prinsip dan juga memberi penghargaan yang bermakna kepada golongan bapa tunggal ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti tersebut dalam Ucapan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota, negeri kita tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk menjanakan pendapatan negeri. Belanjawan tahun depan turut dilaporkan dengan defisit. Akan tetapi pada waktu yang sama, negeri yang kita sayangi ini mempunyai pimpinan Kerajaan Perpaduan yang mengendalikan pentadbiran dan pengurusan dengan baik, berintegriti dan juga berhemah. Berdasarkan trend tahun ini, perbelanjaan sebenarnya adalah jauh berkurang daripada bajet iaitu sebanyak RM280.27 juta ringgit di jimatkan dalam perbelanjaan mengurus setakat 15 November 2023. Justeru saya amat yakin dan berharapan dengan barisan pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, negeri kita yang tercinta ini akan tetap terus maju jaya. Jangan kita lupa akan saranan Yang Amat Berhormat, sama-sama kita mendoakan sumber hidrokarbon dan unsur rare earth ini dapat ditemui dan diterokai suatu hari nanti dengan dengan cara yang selamat dan penting sekali tanpa menjejaskan alam sekitar yang sedia ada kita. Semoga Negeri Pulau Pinang sentiasa diberkati. Dengan ini Saya memohon untuk menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Kota. Dan seterusnya saya menjemput Machang Bubuk. Dipersilakan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam sejahtera, Salam Penang2030, Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang telah memberi ruang kepada saya untuk membahas dalam Bajet 2024 ini. Syabas dan tahniah kepada Ketua Menteri yang telah membentangkan Bajet 2024 yang begitu komprehensif serta mengambil kira apa yang terbaik untuk negeri Pulau Pinang dalam menuju ke Penang2030. Dato’ Yang di-Pertua, masa depan Negeri Pulau Pinang akan ditentu oleh 2 perkara. Yang pertama, adakah, sama ada Pulau Pinang dapat sustain the core advantages dalam persaingan geopolitical dan geostrategic. Kedua bagaimana kita dapat membina daya tahan sama ada kita dapat menangani cabaran daripada climax change, kesihatan, keterjaminan makanan dan juga pembangunan ekonomi yang mampan. So, dua perkara ini sekiranya kita dapat menangani dengan baik, maka kita dapat memaju ke masa depan yang lebih cerah untuk negeri Pulau Pinang. Maka saya rasa, Negeri Pulau Pinang kita perlu melabur dalam masa depan negeri kita. So, untuk melabur dalam masa depan, negeri kita, maka infrastruktur yang perlu untuk membangunkan negeri kita itu amat penting. So, bagaimana kita dapat membina infrastruktur yang berdaya tahan akan menentukan bahawa sama ada kita dapat terus menyesuaikan dan juga bertumbuh dalam keadaan perubahan iklim dan juga ekonomi yang tidak menentu ini. Saya nak membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu Enakmen yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini iaitu Enakmen Pinjaman Negeri Pulau Pinang Bank dan Sumber Kewangan Lain 2017 iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang
memang diberi kuasa untuk membuat pinjaman untuk membiayai pelaburan, pelaksanaan pembangunan fizikal ekonomi dan sosial bagi negeri Pulau Pinang. Dan pembangunan infrastruktur ini, juga merupakan satu pelaburan jangka masa panjang. So, kita di Dewan ini sejak mula kita bersidang sehingga hari ini, kita sentiasa mendesak atau menunggu peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Selain daripada kita mendesak dan menunggu, kita juga boleh mempertimbangkan atau juga boleh mula mencari jalan berusaha untuk mendapatkan pinjaman daripada bank-bank bagi membiayai projek-projek pembangunan infrastruktur yang kita perlu lakukan. Kenapa kerana negeri Pulau Pinang, kerajaan kita mempunyai pengurusan kewangan yang cemerlang dan juga kita merupakan negeri yang mempunyai pinjaman yang paling rendah di seluruh Malaysia. So, ini adalah satu rekod yang cemerlang yang boleh kita membuat pinjaman agar cadangan-cadangan, projek-projek yang penting, critical infrastructure ini boleh bagi kita lakukan. Antaranya, perkara yang selalu kita bangkitkan termasuk penukaran paip air PBA yang sudah usang dan bocor dan hari itu Ketua Menteri juga ada menyebut kita memerlukan peruntukan yang begitu tinggi untuk menukarkan paip tersebut. So, maka, adakah kerajaan juga boleh memikirkan supaya, ya boleh, kita juga boleh membuat pinjaman agar paip-paip air PBA ini boleh dapat ditukar dalam masa yang terdekat ini. Dan satu isu lagi, macam pembangunan infrastruktur di BKIP 2. Hari itu, Ketua Menteri juga ada sebut bahawa sekiranya pihak yang nak membangunkan tanah BKIP 2 itu perlu menanggung kos pembinaan infrastruktur yang tinggi. Tapi kita juga boleh berfikir dengan sebaliknya adakah kita boleh membuat pinjaman jika PDC boleh membuat pinjaman untuk bangunkan infrastruktur tersebut, maka, tanah itu akan boleh dijual, bukan dijual lah kerana Kerajaan Negeri, tanah PDC itu tidak boleh dijual. Boleh di JV atau diusaha niagakan dengan pihak swasta supaya tanah-tanah tersebut dapat dibangunkan. So, ini adalah salah satu contoh yang dimana kita perlu bertindak dengan lebih awal supaya bukan sekadar pembinaan atau pembangunan infrastruktur itu semata-mata adalah kos, tapi dia adalah kos permulaan yang boleh mendatangkan pulangan yang lumayan pada masa yang akan datang. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga amat gembira kerana sementara kita mengetahui bahawa kedudukan kewangan di negeri Pulau Pinang ini kita memang ada belanja yang, belanjawan yang defisit dan tapi kita juga difahamkan bahawa ini Langkasuka Basin termasuk di Perairan Pulau Pinang kita ada terima berita baik bahawa hidrokarbon memang ada disana dan juga kita ada menerima jawapan daripada Perai bahawa negeri Pulau Pinang juga ada ray earth element. So, ini di kawasan Teluk Bahang, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Bukit Panchor. Semua ini ada itu non-reactive, non-radioactive ray earth element yang kira-kira 1.7 juta tan metrik dengan nilai sekitar US Dollar 21 bilion. So, saya rasa perkara ini memang macam seolah-olah satu berita yang baik dan tadi juga ada ramai yang menyebutkan tentang perkara ini mungkin boleh kita mendatangkan satu hasil yang lumayan untuk negeri Pulau Pinang. Saya rasa kita tak boleh tunggu durian runtuh lah atau tunggu royalti sahaja tetapi untuk negeri Pulau Pinang, saya rasa satu perkara yang perlu kita mengambil kira iaitu peranan Kerajaan Negeri atau Anak-anak Syarikat Negeri juga perlu mengkaji atau mengusahakan dalam bagaimana untuk mengekstrak mineral ini. Macam ini Kerajaan Negeri dia bukan sekadar hanya tunggu royalti atau tunggu pulangan tapi mengambil usaha juga saya nak mengambil contoh ini di Negeri Selangor, kita difahamkan macam Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB), mereka Negeri Selangor tubuhkan KSSB ini untuk menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan juga sumber-sumber mineral.
So, mereka telah memperluaskan perniagaan mereka untuk menceburi dalam industri baru dan juga menawarkan perkhidmatan seperti perundingan, inovasi digital, infrastruktur perdagangan, perlombongan dan juga pembangunan air mineral melalui anak syarikat itu. So, saya apa, kenapa saya berkongsi tentang perkara ini, saya rasa saya mencadangkan supaya kerajaan perlu menubuhkan satu state company untuk melihatkan kepada perkara ini dan bukan hanya sekadar tunggu dan juga mendapat tunggu dapat royalti sahaja tapi kita kena berusaha sebab ini adalah di tanah di dalam negeri Pulau Pinang. Dan kita perlu, saya setuju dengan tadi apa yang Pengkalan Kota sebut, Kerajaan Negeri perlu ada strategi untuk optimise untuk penemuan-penemuan sumber-sumber mineral ini dan juga minimizing kesan-kesan negatif yang akan berlaku bertemu bila perkara ini dilakukan.
Pencerahan Machang Bubuk.
Bukit Tambun.
Dato’ Timbalan Speaker, sebenarnya dalam sesi perbahasan semasa kita mengubah, meminda Enakmen CMI, saya juga pernah mencadangkan Kerajaan Negeri perlu menubuhkan anak-anak syarikat yang lebih bersifat enterprise agency tetapi ada pihak yang menyangka bahawa sebagai sebuah kerajaan kita tidak patut berkecimpung dalam perniagaan. So, apakah pendapat Machang Bubuk tentang dilema ini. Adakah kita wajar teruskan berperanan sebagai semata-mata sebagai kerajaan ataupun kita boleh berkecimpung sebagai enterprise agency.
Terima kasih Bukit Tambun. Saya rasa suka tak suka, kita sudah terlibat dalam business termasuk apabila PDC boleh start jual rumah, kita ada Badan-badan GLC yang juga ada menjalankan aktiviti business tersebut. PDC antaranya salah satu ini. So, ini yang penting adalah bagaimana pengurusan hasil tersebut dan bagaimana hasil itu dipulangkan kepada pembangunan dan juga kebaikan untuk rakyat negeri Pulau Pinang. Saya rasa itu perkara yang paling asas yang perlu kita pastikan. Dan ini sebalik kepada contoh yang saya tadi nak sebut, macam di negeri Pulau Pinang, kita juga ada banyak sungai-sungai yang ada pasir. Apabila kita ada, bila kita nak menyelenggarakan sungai-sungai tersebut, kita ada juga bagi kepada syarikat-syarikat swasta untuk membuat lombong pasir di negeri Pulau Pinang ini. Sekiranya kita ada satu syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, untuk mengawal atau juga menguruskan semua aktiviti-aktiviti lombongan pasir yang sudah terbukti ia perlu diadakan mengikut masa, skala masa, maka ia dapat dikawal selia dengan baik. So, ini adalah salah satu saya nampak anak syarikat ini berperanan begitu penting bukan sekadar pasir dan sekarang kita ada hidrokarbon, ada ray earth, semua ini perlu diurus dengan baik agar masa depan negeri kita dapat terjamin.
Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi saya isu yang saya nak bangkitkan disini adalah tentang tanah 1MDB di negeri Pulau Pinang. Saya ada tanya soalan bertulis kepada Kerajaan Negeri tentang status tanah 1MDB di negeri Pulau Pinang. Ada tiga (3) bidang tanah di Pulau Pinang adalah dimiliki oleh 1MDB tetapi jawapan yang telah saya terima adalah tiada apa tanah yang didaftarkan atas nama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Pulau Pinang. Maka saya pun rasa begitu hairan kerana pada sidang DUN. Penggal DUN yang lepas. kita pernah menerima jawapan lisan daripada Ketua Menteri pada 9 Ogos 2018 bahawa Pegawai Tanah dan Galian (PTG) telah menerima surat daripada peguam yang bertarikh 14 April 2018 yang memaklumkan bahawa syarikat 1MDB RE, tu real estate lah, Air Itam Sendirian Berhad telah menukar nama mereka kepada Air Itam Properties Sendirian Berhad. Maksudnya sudah tak ada 1MDB betul, tapi tanah itu masih ada. Cuma, pemilik tanah tersebut telah tukar kepada Air Itam Properties Sendirian Berhad. Saya difahamkan Dato’ Yang di-Pertua, tanah-tanah tersebut telah dimasukkan leaveat pendaftar untuk menghalang sebarang urusan jual beli atas tanah-tanah tersebut. Persoalan saya, selain daripada masukkan leaveat, apakah jalan penyelesaian yang menang-menang untuk pihak swasta atau pihak pemilik tanah dengan pihak kerajaan bagi membangunkan tanah tersebut, tanah-tanah tersebut untuk kepentingan orang ramai. Saya difahamkan pada penggal-penggal yang lepas, tanah tersebut perlu dibangunkan sebagai tanah Rumah Mampu Milik. So, adakah kerajaan merancang untuk menjadikan tanah-tanah tersebut untuk dibina Rumah-Rumah Mampu Milik. Satu lagi Dato’ Yang di-Pertua, tanah di Taman Manggis, tanah di Taman Manggis juga, saya juga ada tanya soalan bertulis yang isu tentang tanah Taman Manggis ini. Tanah Taman Manggis ini, dia terletak di suatu tempat yang begitu strategik di dalam George Town dan tanah itu telah diberi milik kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) untuk tujuan hospital. Hospital 66% untuk dijadikan hospital dan 34% daripada tanah pembangunan tersebut perlu pembangunan service suite atau hotel dan hotel dan hotel tu bukan untuk tujuan dijual kepada orang ramai. So, pada 20 Julai 2010, Lembaga Perolehan mengikut jawapan yang saya terima ini, Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju menerima tawaran tender KLIDC ini dengan syarat-syarat. Satu syarat yang dikenakan ke atas pihak KLIDC ini iaitu perlu mengemukakan pelan merancang untuk KM Kebenaran Merancang bagi pembangunan Pusat Perubatan Pakar dari MBPP dalam tempoh satu (1) tahun ya dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh surat setuju terima. Kedua, ia juga perlu menyiapkan pembangunan Pusat Perubatan Pakar dalam tempoh 3 tahun dari tarikh surat setuju terima. So, saya soalan saya persoalan saya adalah sejak tanah tersebut diberi milikan kepada KLIDC sudah lebih 13 tahun, tanah tersebut masih tak ada apa-apa aktiviti lagi. So saya soalan saya adalah, adakah bayaran jualan tanah tersebut telah dibayar sepenuhnya oleh KLIDC? Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas isu di mana jika pihak pemilik tanah itu tidak iaitu KLIDC tidak mematuhi syarat-syarat yang telah dikenakan ke atas pemberi milik tanah tersebut. So saya minta supaya Kerajaan Negeri boleh memberi pencerahan ke atas tanah di Taman Manggis ini. Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil perhatian kepada kepada Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung. Dalam ucapan bajet Ketua Menteri juga ada menyebut tentang satu dasar total solution ya untuk pengurusan sisa pepejal ini. Saya juga difahamkan MBSP Majlis Bandaraya Seberang Perai telah mengambil alih operasi Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sejak 1 Ogos 2022. Saya soalan saya adalah berapakah kos operasi yang perlu ditanggung oleh MBSP setiap bulan untuk pengurusan sisa pepejal di Pulau Burung
ini dan juga apakah rancangan Kerajaan Negeri ke atas tapak pelupusan sampah ini memandangkan dalam ucapan bajet Ketua Menteri juga ada sebut total solution itu termasuk adakah waste to energy akan dibina dan jika ia dibina adakah ada satu road map bilakah ia akan mula dijalankan? Dato' Yang di-Pertua, juga bersangkut-paut dengan pengurusan sisa pepejal, kita juga di negeri Pulau Pinang kita ada satu lagi Tapak Pelupusan Jelutong ya. So, yang Tapak Pelupusan Jelutong ini yang dulunya kita pernah cadangkan nak buat bina dewanlah, Dewan Undangan Negeri di atas Tapak Pelupusan Jelutong ini. So saya juga ingin tahu ada apa-apa rancangan masa depan untuk Tapak Pelupusan Jelutong ini memandangkan tanah itu juga satu tanah yang terletak di tempat yang begitu strategik dan apa usaha Kerajaan Negeri dalam memuliharakan Tapak Pelupusan Jelutong ini? Dato' Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya yang saya ingin juga mengambil perhatian Dewan ini iaitu tentang satu SJK(C) Lim Chong Eu. Saya ada bertanya soalan bertulis saya tentang status apakah status terkini tentang cadangan untuk membina sekolah tersebut di kawasan Alma di kawasan Machang Bubok dan mengikut apa yang telah dijawab oleh kerajaan iaitu tiada sebarang permohonan pembinaan sekolah baru dikemukakan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan ini yang satu perkara yang saya juga ingin mendapat pencerahan daripada Kerajaan Negeri kerana berita SJK C Lim Chong Eu ini telah timbul pada 2000 I think 2019, 2019 dan kita juga pernah mendapat berita yang amat menggembirakan di mana mengikut apa yang kita difaham adalah ada pihak pemaju yang ingin menawarkan tanah untuk pembinaan sekolah tersebut tetapi kita tak tahu apa status tentang rundingan dengan pihak pemaju yang ingin menawarkan tanah tersebut dan saya di sini juga ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri apakah usaha yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pembinaan sekolah ini dapat di jalankan.
Dato' Yang di-Pertua, ini satu isu lagi yang saya nak berkongsi di sini iaitu tentang isu asrama pekerja di Teluk Kumbar. Saya juga telah tadi pagi tadi ada menerima jawapan lisan daripada EXCO dan saya di sini saya juga ingin meminta supaya sama ada kita boleh diberikan satu laporan tentang kajian Social Impact Assessment apa yang telah ditemui dalam Social Impact Assessment itu dan bagaimana mitigasi-mitigasi yang telah dicadangkan memandangkan ada isu yang termasuk kesesakan lalu lintas dan juga masalah sosial yang akan berlaku di kepada penduduk-penduduk setempat. So saya mencadangkan supaya kita perlu menangani perkara ini dengan lebih berhati-hati supaya implikasi tersebut dapat kita menanganinya dengan baik. Akhir kata Dato' Yang di-Pertua, dulu kita selalu menyatakan bahawa antaranya punca masalah atau kekangan kewangan Kerajaan Negeri adalah disebabkan kita adalah Pembangkang di Pusat. Namun dengan sekarangnya kita ada Kerajaan Perpaduan di Pusat maka kita sepatutnya mempunyai lebih banyak kelebihan untuk bekerjasama, kolaborasi dengan Kerajaan Persekutuan. Kita tidak boleh terlalu complacent ya kita perlu berusaha untuk mencari penyelesaian dengan lebih inovatif dan juga kreatif bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh rakyat kita. Walaupun kita ini ke negeri yang kecil ya tapi kita perlu juga memastikan bahawa kita kena kurangkan kerenah birokrasi dan juga mempercepatkan kelulusan-kelulusan permit dan juga kita kena keluarkan atau remove the outdated policies ya. Dato' Yang di-Pertua, saya rasa kita demokrasi ini adalah satu, satu sistem yang membantu kita untuk mencapai satu sistem yang adil, yang saksama, yang equitable ya kepada kita semua. So kita perlu memastikan bahawa demokrasi tersebut adalah dapat really memberi satu memastikan bahawa demokrasi itu berfungsi untuk rakyat kita. So dengan kata-kata itu sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan juga semua
kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan yang sepanjang ini memberi kita satu kerjasama dan juga membantu kita memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Dengan kata-kata itu saya mohon menyokong, terima kasih.
Ya, terima kasih Machang Bubok dan dipersilakan Bagan Dalam.
Terima kasih.
Bagan Dalam minta keras sedikit sebab petang-petang ni timing dia low sikit.
Bagi hangat sikit.
Bagi hangat sikit.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker, Salam Perpaduan, Salam Penang 2030 dan Salam Malaysia Madani. Inbhame Sulgha Ellorum Valghe (dengan izin). Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang Undang Perbekalan 2024 di dalam Dewan yang mulia ini. Dato’ Timbalan Speaker, rekod membuktikan bahawa pada tahun 2022, negeri Pulau Pinang telah mencatat pertumbuhan ekonomi KDNK yang membanggakan melebihi pertumbuhan KDNK negara dan negeri-negeri lain di Malaysia. Pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang telah dicatatkan pada 13.1 peratus, berbanding dengan 6.9 peratus pada tahun sebelumnya dengan nilai KDNK sebanyak 112.1 bilion. Sektor pembuatan mencatatkan peningkatan sebanyak 15.9 peratus pada tahun 2022 berbanding dengan 12.4 peratus pada tahun sebelumnya. Hal ini membuktikan bahawa Pulau Pinang masih lagi kekal signifikan sebagai sebuah destinasi tarikan pelabur khususnya dalam bidang industri elektronik dan elektrik (E&E), jentera dan peralatan (M&E), saintifik dan perubatan, serta peralatan industri. Pulau Pinang mampu menjadi destinasi alternatif bagi pelabur antarabangsa di era ketidakseimbangan geopolitik di Eropah, persaingan pasaran ekonomi dunia antara Amerika Syarikat dan Republik China serta ketidaktentuan ekonomi dunia. Lantaran itu, amatlah penting bagi Pulau Pinang memastikan ease of doing business di Pulau Pinang (dengan izin) di pertingkatkan dengan memperkasakan peranan InvestPenang
sebagai One Stop Centre bagi urusan-urusan pelesenan, pembinaan kilang dan kemudahan sokongan lain. InvestPenang seharusnya memainkan peranan dalam menyelaras bersama agensi-agensi Persekutuan dan Negeri seperti MITI, MIDA, PBT, PDC dan sebagainya. Pemantapan Penang Skill Development Centre (PSDC) dalam Pembangunan upskilling dan reskilling bagi menyediakan talent pool yang boleh menyokong Industri di Pulau Pinang. Penjenamaan semula PBT dalam penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan asas kelas pertama seperti kebersihan bandar, pengurusan trafik, pengurusan parkir, pengurusan utiliti, pengurusan banjir, penyelenggaraan jalan dan pengurusan bandar yang seimbang. Oleh yang demikian, adalah wajar sekiranya Kerajaan Negeri boleh menganjurkan rundingan bersama Kerajaan Persekutuan menerusi Taman-taman Perindustrian sedia ada dan baharu bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai salah sebuah Special Financial Zone atau Zon Khas Kewangan di Utara. Di samping itu, adalah wajar bagi Kerajaan Negeri untuk menjalankan kajian bagi mewujudkan Pihak Berkuasa Tempatan yang baharu di Seberang Perai Selatan dan Barat Daya bagi menguruskan pembangunan pesat di Batu Kawan serta pembangunan yang bakal dijalankan di PSI. Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan sebanyak 11.25 peratus pada tahun 2022 manakala sektor pelancongan mencatatkan peningkatan ketibaan penumpang antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) secara ketara. Pulau Pinang mengekalkan status sebagai pengeksport utama Malaysia, menyumbang 34.6 peratus daripada jumlah eksport negara sehingga September 2023. PIA memainkan peranan sebagai saluran eksport terbesar di Malaysia. Justeru itu, adalah wajar bagi Kerajaan Negeri mempertimbangkan bagi mewujudkan Terminal 2 Penang International Airport (PIA2) khas untuk kargo dan bukan semata-mata membuat pengembangan Lapangan Terbang sedia ada. Pembangunan PIA2 dicadangkan dibuat di Batu Kawan atau di PSI serta dihubungkan PIA dan PIA2 melalui perkhidmatan express train serta jajaran LRT. Pembangunan PIA2 ini mampu melonjakan pertumbuhan sektor pembuatan, sektor perdagangan, sektor pelancongan serta sektor perkhidmatan di Pulau Pinang sekaligus mampu meningkat KDNK Negeri Pulau Pinang dan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah hab ekonomi yang penting di Rantau Asia Tenggara. Dato’ Timbalan Speaker, syabas diucapkan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas kecemerlangan membangunkan negeri Pulau Pinang menjadi antara negeri yang maju di Malaysia. Antara projek-projek mega yang masih dalam fasa pembangunan seperti Projek Gurney Wharf, Projek Pintasan Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Projek Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), Projek Pembangunan Andaman di Tanjung Bungah, Projek Pembinaan Penang Hill Cable Car pada suku kedua tahun 2024. Projek-projek ini dalam usaha memenuhi keperluan pembekalan tenaga elektrik seiring dengan pembangunan yang pesat di bahagian Pulau Pinang, TNB juga melaksanakan sebuah projek yang bernilai RM500 juta bagi pembangunan Projek Pengukuhan Bekalan Elektrik Pulau Pinang yang dijangka siap pada suku keempat 2024 dan dijangka mampu membekalkan 2,000 megawatts dalam usaha mengekalkan kestabilan bekalan elektrik di Pulau Pinang sekali gus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai bidang perindustrian, pembangunan infrastruktur, pengangkutan dan pelancongan.
Dato’ Timbalan Speaker, LRT Pulau Pinang yang dijangka memulakan pembinaan pada suku pertama 2024 merupakan satu projek yang dinanti-nantikan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan komitmen dengan memperuntukan dana sebanyak RM10 Billion bagi pembangunan LRT Pulau Pinang menerusi Bajet 2024. Projek ini bakal menjadi turning point buat pengangkutan awam dan pengurusan trafik di Pulau Pinang. Projek ini juga bakal menjadikan Pulau Pinang setaraf dengan pembangunan di negara-negara maju di seantero dunia. Projek-projek mega ini bukan sahaja bermanfaat buat rakyat Pulau Pinang bahkan membuka peluang pekerjaan yang baharu bagi menampung keperluan rakyat Pulau Pinang. Di samping itu, dengan pembangunan projek-projek ini, aliran ekonomi di Pulau Pinang akan menjadi semakin rancak dan berkembang seiring dengan pembangunan negeri. Syabas sekali lagi diucapkan buat Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas pentadbiran negeri yang sangat baik dan berkesan seiring dengan prinsip tadbir urus berteraskan CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus). Dato’ Timbalan Speaker, kajian yang sedang dijalankan oleh syarikat minyak dan gas multinasional negara mengenai perkara pemetaan hydrocarbon seismic 2D di lautan Selat Utara Melaka untuk mengeksplorasi potensi hydrocarbon oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sorry, di Pulau Pinang adalah satu berita yang mengembirakan untuk kita semua. Sekiranya berhasil, ia akan menjadi satu lembaran sejarah yang baharu buat negeri Pulau Pinang. Sektor minyak dan gas (oil & gas) merupakan sektor yang memerlukan tenaga berkemahiran tinggi dan mampu membuka peluang pekerjaan baharu bagi golongan profesional di Pulau Pinang. Justeru itu, Pulau Pinang hendaklah bersedia dalam menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang menyokong perkembangan sektor ini di samping pembangunan talent pool bagi membekalkan tenaga kerja yang sepadan. Pembangunan Penang South Island A hendaklah mengambil kira perkembangan eksplorasi sektor ini supaya industri berasaskan minyak dan gas mampu diperkembangkan di Pulau Pinang. Dato’ Timbalan Speaker, lagi satu, penemuan potensi Rare Earth Elements atau REE di Pulau Pinang yang di mana EXCO Perumahan dan Alam Sekitar telah mengumumkan pada 25 November 2023 bahawa penemuan Rare Earth Element (REE) anggaran 1.7 juta metrik tan bernilai hampir RM100 bilion di Pulau Pinang yang melibatkan empat kawasan iaitu Teluk Bahang, Balik Pulau, Bukit Mertajam, dan Bukit Panchor di Nibong Tebal. Perkara ini hendaklah diperinci dengan lebih teliti kerana melibatkan kawasan-kawasan yang sedang giat membangun disamping lokasi-lokasi yang telah dizonkan sebagai kawasan hutan simpanandan kawasan sensitif alam sekitar. Hal ini seharusnya dibincangkan bersama agensi-agensi yang memainkan peranan utama dalam pentadbiran tanah dan perancangan bandar di Pulau Pinang seperti Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta lain-lain agensi berkaitan. Walaupun sektor perlombongan REE mampu menjadi satu lagi loncatan ekonomi buat negeri Pulau Pinang, kita tidak sepatutnya menggadaikan keselamatan dan nyawa rakyat kita. Saya menggesa kerajaan untuk menjalankan kajian yang terperinci khususnya dari segi impak projek ini kepada alam sekitar, sebelum sebarang kelulusan diberikan untuk projek ini. Saya ingin bertanya kepada EXCO Perumahan dan Alam Sekitar, apakah penemuan Environmental Impact Assessment untuk projek ini kalau ia telah dijalankan? Apakah langkah-langkah yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menjamin keselamatan rakyat?
Kerajaan Negeri seharusnya melihat semula Rancangan Tempatan yang belum diwarta oleh kedua-dua PBT untuk memperincikan perkara ini. Seterusnya, sebelum keputusan untuk penerokaan atau perlombongan dibuat, satu enakmen yang bersesuaian hendaklah dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini bagi memperincikan langkah-langkah kawalan keselamatan dan alam sekitar digariskan. Dato’ Timbalan Speaker, Dasar Peralihan Tenaga Negara, National Energy Transition Policy (dengan izin). Dalam usaha mencapai kelestarian tenaga, Kementerian Ekonomi telah menetapkan dua sasaran utama dalam Dasar Peralihan Tenaga Negara iaitu sasaran pertama penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 70% menjelang tahun 2050. Dengan komitmen untuk mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga fosil, disasarkan penghasilan dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui mampu dipertingkatkan sehingga mencapai 70% menjelang tahun 2050.
Dan sasara kedua peningkatan kecekapan tenaga sebanyak 20% menjelang 2050. Kerajaan Persekutuan juga berkomitmen untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga sebanyak 20% menjelang tahun 2050. Meskipun, Kementerian Ekonomi telah menggariskan 10 projek pemangkin, namun sehingga kini belum ada sebarang perancangan pembiayaan projek-projek tersebut dan juga mekanisme insentif yang ditawarkan. Meskipun demikian, Kerajaan Negeri perlu mengambil kesempatan dalam memastikan pelaksanaan dasar ini di Pulau Pinang dipergiatkan bagi menambahbaik pembekalan tenaga boleh baharu bagi menampung keperluan negeri Pulau Pinang. Saya juga ingin sarankan kepada EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, apakah status pencapaian untuk sasaran 1 dan sasaran 2? Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan kita boleh mencapai kedua-dua sasaran tersebut menjelang 2050? Dato’ Timbalan Speaker, satu lagi isu yang saya ingin utarakan ialah peruntukan kewangan bajet tambahan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi 28 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Pulau Pinang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat 28 sekolah tamil di negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 7 buah di sebelah Pulau dan sebanyak 21 di Seberang Perai. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana sejak bulan Mei 2008, Pulau Pinang merupakan satu satunya negeri di Malaysia yang berjaya membentuk Jawatankuasa Khas Sekolah Tamil Pulau Pinang untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh sekolah Tamil di negeri ini dan mengesyorkan langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran serta meningkatkan infrastruktur sekolah Tamil terutamanya yang terletak di kawasan luar bandar. Mulai tahun 2009, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan peruntukan bajet kepada semua sekolah Tamil di negeri ini sehingga kini. Kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah sekolah vernacular yang dibina pada zaman penjajahan yang mana bukan bantuan penuh Kerajaan Persekutuan seperti mana sekolah kebangsaan. Kebanyakan sekolah Tamil tidak menerima bantuan dana daripada Kerajaan Persekutuan. Peruntukan sebanyak RM2 juta yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang setiap tahun jika dibahagi secara purata dengan 28 sekolah amatlah kurang sekali bagi menampung kos pengajaran serta pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Penambahan jumlah pelajar di sekolah Tamil yang ketara di mana keperluan asas sekolah dari segi semua aspek dalaman serta luaran turut meningkat, need base demi mencapai hasil yang cemerlang, excellent outcome (dengan izin). Penambahan peruntukan bajet dapat membantu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam memperbaiki teknik pengajaran
serta pembelajaran mata pelajaran yang kini melibatkan kos yang tinggi bagi pihak sekolah dan membebankan ibu bapa serta guru-guru terutamanya yang dari golongan B40. Saya sesungguhnya percaya adalah tidak adil, tidak munasabah dan tidak wajar untuk mana-mana sekolah di mana pelajar ketinggalan akibat kekurangan keperluan yang wajib dalam sistem pendidikan dengan istilah no student shall be left behind (dengan izin). Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon budi bicara serta pertimbagan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya memberi pertimbangan yang sewajarnya bagi penambahan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam bajet negeri yang akan datang.
Dato’ Timbalan Speaker, saya juga ingin mencadangkan Bagan Dalam sebagai hab pengangkutan awam dan logistik utama untuk pembangunan ekonomi Pulau Pinang. Pada awal 70-an, Bagan Jermal merupakan hab perindustrian utama di Seberang Perai manakala Bagan Dalam merupakan hab pengangkutan yang terpenting dalam memangkin pertumbuhan industri di Pulau Pinang. Namun, dalam era pembangunan yang pesat di Pulau Pinang, Butterworth telah dipinggirkan dan tidak diambil kira dalam pembangunan utama negeri. Justeru itu, adalah wajar diberikan nafas baharu dan penumpuan bagi pembangunan semula Bagan Dalam ke arah menjadi hab pengangkutan awam dan logistik utama negeri Pulau Pinang. Di antaranya ialah Pembangunan Penang Sentral. Penerusan dan pemantapan pembangunan di Penang Sentral adalah langkah penting dalam mengukuhkan peranan Penang Sentral sebagai hab pengangkutan awam bersepadu bagi wilayah utara. Pembangunan Penang Sentral hendaklah diteruskan dengan dilengkapi jaringan LRT, ETS, KTM Komuter, kemudahan feri tradisi, Terminal Bas Bersepadu, Jaringan Keretapi Barangan (freight train) di sampingan jaringan jalan raya dan lebuh raya yang akan menghubungkan terus ke Lebuhraya Utara Selatan. Adalah diharapkan, Kerajaan Negeri mengadakan rundingan bersama Kerajaan Persekutuan dalam meneruskan pelaksanaan rancangan pembangunan Penang Sentral. Dan yang kedua pembaharuan Penang Port dan North Butterworth Container Terminal (NBCT). Penambahbaikan Penang Port dan NBCT adalah strategik bagi memperluaskan kapasiti pengendalian pengangkutan barangan. Penambahbaikan ini harus memberi tumpuan kepada kecekapan operasi, peningkatan keupayaan pengendalian kargo, dan peningkatan fasiliti logistik. Dengan mengekalkan standard antarabangsa, Penang Port akan dapat terus menjadi pintu masuk logistik yang utama, menyokong ekonomi negeri dan memudahkan perdagangan antarabangsa. Dan yang ketiga, penambahan gudang di Bagan Dalam. Penambahan gudang-gudang di Bagan Dalam adalah langkah praktikal untuk menangani peningkatan kemasukan dan pengeluaran barangan melalui Penang Port dan NBCT. Gudang yang canggih dan berkesan dapat mempercepatkan proses penyimpanan dan pengedaran barangan, serta mengurangkan kesesakan logistik. Inisiatif ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam rantaian bekalan, memberi manfaat kepada perniagaan tempatan dan pedagang antarabangsa. Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan seharusnya mengenal pasti Bagan Dalam sebagai hab pengangkutan awam dan logistik utama bagi Pembangunan Ekonomi Pulau Pinang. Rancangan Tempatan hendaklah mengambil kira keperluan pembangunan gudang di Bagan Dalam. Dan yang keempat, pembangunan kawasan di Bagan Dalam. Pembangunan kawasan Bagan Dalam secara menyeluruh boleh melibatkan integrasi pelbagai sektor seperti perumahan, perdagangan, rekreasi, perindustrian dan pengangkutan. Pembangunan ini harus
mengambil kira keperluan penduduk setempat dan memastikan kelestarian alam sekitar. Dengan menyediakan ruang yang baik terancang untuk perniagaan dan perkhidmatan, kawasan ini boleh menjadi pusat ekonomi yang dinamik, yang memberikan pelbagai peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi yang mapan. Dato’ Timbalan Speaker, melalui langkah-langkah ini, Bagan Dalam bukan hanya menjadi pusat pengangkutan awam yang berkesan, tetapi juga menjadi pusat logistik utama yang akan menyokong pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang. Pembangunan ini harus seiring dengan aspirasi untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi utama untuk pelaburan dan perniagaan, serta memastikan kelestarian dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur. Dato’ Timbalan Speaker, Bajet Tahun 2024 Negeri Pulau Pinang dihasilkan dengan mengamalkan prinsip outcome, memberikan tumpuan kepada keberhasilan perancangan negeri untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Komitmen Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek dan program demi memacu pertumbuhan sosio ekonomi negeri, sejajar dengan Visi Penang2030 amatlah dipuji. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah membentangkan Bajet 2024 dengan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.047 bilion bagi tahun 2024 di mana jangkaan defisit meningkat kepada RM0.514 dan kutipan hasil dijangkakan terus menyumbang sebanyak RM0.533 bilion. Kendatipun, defisit dijangka dibiayai melalui akaun amanah disatukan yang berbaki RM1.67 bilion. Namun, adalah diingatkan kepada pihak Kerajaan Negeri nilai defisit yang dicadangkan adalah sebanyak 96.4% daripada pendapatan bagi tahun 2024. Peratusan ini adalah sangat tinggi dan berkemungkinan akan menjejaskan kedudukan fiskal Kerajaan Negeri bagi tahun-tahun mendatang akibat pengurangan rizab simpanan kerajaan. Justeru itu, dinasihatkan agar Kerajaan Negeri mengamalkan perbelanjaan yang berhemat dan mengambil langkah-langkah penjimatan yang sewajarnya bagi memastikan kemampanan kewangan Kerajaan Negeri terus terpelihara di samping dapat memastikan pembangunan berterusan demi kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu mengambil kira isu-isu urbanisasi, kesan perubahan iklim, keterjaminan makanan, keterjaminan air dan pengurusan trafik yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi. Kesejahteraan warga Pulau Pinang hendaklah menjadi asas kepada wawasan Penang2030 dalam menjadi wacana pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dato’ Timbalan Speaker, saya mohon menyokong Bajet 2024.
Terima kasih Bagan Dalam dan seterusnya jemput Permatang Pasir.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Ada pantun?
Ya.. ada Dato'. Alhamdulillah. (Bacaan Doa). Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Exco Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat Yang Berhormat, ketua-ketua dan ketua pengarah jabatan dan agensi. Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi. Ada pantun, Salah hamba (kurang jelas) Permatang Berangan mohon berbahas. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya turut berbahas Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2024. Dato’ Yang di-Pertua, di dalam kita mengejar cita-cita untuk negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara, kita juga kena sedari dan menginsafi bahawa ekonomi negeri yang ini dipacu tidak meminggirkan golongan bawahan dan golongan miskin tegar. Walaupun kita punya KDNK kita berkembang melebihi pertumbuhan KDNK Nasional, dan negeri-negeri lain. Hakikat sebenarnya defisit perbelanjaan negeri terus meningkat sejak tahun 2020. Tahun 2020 kita punya defisit sekitar RM273.5 juta. Tahun 2021, kita punya defisit RM403.8, tahun 2022 RM449.8, tahun 2023 RM467.12, dan tahun 2024 meningkat kepada RM514.52. Dan apakah punca utama peningkatan ini? Adakah kerana Kerajaan Negeri dalam mengejar sasaran negeri maju dan berteknologi tinggi membelanjakan jumlah yang besar sedangkan hasil negeri yang terhad. Atau Kerajaan Pusat mengabaikan Kerajaan Negeri dalam arus pembangunan negeri seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan pada jumaat lepas. Saya mohon penjelasan. Peluang pekerjaan. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian tentang 67 projek dan 4,738 peluang pekerjaan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Apakah jaminan Kerajaan Negeri bagi memastikan peluang pekerjaan itu diperolehi oleh rakyat tempatan dan bagaimana cara untuk memastikan peluang itu mendapat manfaat adalah pekerja tempatan berbanding dengan warga asing? Dato’ yang di-Pertua, pada penghujung tahun 2022, dan awal tahun 2023, Pulau Pinang melalui InvestPenang telah melaksanakan misi-misi pelaburan ke negara-negara bersasar seperti Singapura, Korea Selatan dan beberapa buah negara di Eropah dan dari misi pelaburan ini, apakah hasil yang diperolehi dan berapakah syarikat yang berminat untuk membuat pelaburan di negeri ini? Taman Teknologi Bandar Cassia yang menawarkan sebanyak 250 ekar tanah perindustrian baharu dan para pelabur dijangka dapat memulakan 16 projek pembinaan kilang mereka di situ. Daripada 16 kilang tersebut, saya ingin mengetahui berapakah jumlah kilang yang telah didirikan dan telah mula beroperasi. Dato’ yang di-Pertua, dalam usaha para usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) meningkatkan peluang perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka (gangguan).
Oh ship. Tadi...sebab tadi sebut Singapore tadi. Kita boleh pi Singapore lah. (Gangguan) Okay teruskan, teruskan.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam usaha para usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) meningkatkan peluang perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka, apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu usahawan IKS ini. Di laman sesawang InvestPenang saya dapati disenaraikan profil syarikat dan saya dimaklumkan sehingga kini sebanyak 610 syarikat telah berdaftar dalam direktori ini. Saya ingin memohon penjelasan daripada 610 yang berdaftar ini, berapa banyak syarikat kah yang telah mendapat peluang perniagaan bersama dengan pelabur asing? Kita juga berharap agar kerajaan tidak lupa kepada sektor Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) yang banyak diusahakan selama ini. Saya mohon agar Kerajaan Negeri menyenaraikan usaha-usaha dan langkah Kerajaan Negeri bagi memacu sektor ini. Dato’ Yang di-Pertua. Dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan pusat-pusat kawasan, Dewan Undangan Negeri KADUN di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah melancarkan sistem digital, Integrated Service Centre (ISC) di 40 KADUN seluruh negeri. Sehingga kini hanya 17 KADUN sahaja telah menggunakan sistem ini secara aktif. Saya mohon penjelasan kepada YB Exco, mengapa lagi 23 KADUN ini tidak menggunakannya? Adakah kerana mereka bimbang kepada data-data yang disimpan itu tidak selamat? Dato’ Yang di-Pertua. Sebanyak RM10.18 juta diperuntukkan untuk pembinaan ubahsuai penambahbaikan masjid dan surau di Pulau Pinang dan RM 718,250 untuk memperkasakan Islam dengan penganjuran majlis-majlis peringkat negeri. Saya mohon penjelasan YB. Exco, berapakah peruntukan untuk usaha-usaha dakwah dan apakah Kerajaan Negeri berhasrat menyumbang peruntukan kepada NGO-NGO dakwah Islam di Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua. Dalam kita mengejar kemajuan negeri, jangan kita lupakan kawasan luar bandar yang masih lagi kekurangan kemudahan infrastruktur seperti jalan, longkang, parit. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan mereka yang berada di luar bandar dapat berkongsi kemajuan bersama. Tuan Yang di-Pertua. Daripada jumlah 42 penerima manfaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.23 juta senaraikan jumlah rumah baru yang dibina dan senaraikan berpakah jumlah yang baik pulih dan apakah syarat-syarat utama untuk permohonan pembinaan rumah? Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang ini terkenal dengan CAT. Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Dalam laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada tahun 2022. Salah guna kuasa terima rasuah membimbangkan. Bertajuk, tajuklah. Salah guna kuasa terima rasuah membimbangkan di Pulau Pinang. Dalam laporan Harian Metro pada 29 September 2022 SPRM telah menerima 919 aduan daripada jumlah itu, 312 menerima suapan dan 147 kes salah guna kuasa dan baki adalah tuntutan palsu. Umum ketahui gejala rasuah ini juga menyebabkan negeri terdedah dan berpotensi besar kehilangan keyakinan para pelabur di peringkat global dan menyebabkan kerugian kepada negeri. Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berapakah jumlah kakitangan awam yang telah diambil tindakan di negeri Pulau Pinang sepanjang tempoh 2018 sehingga 2023 akibat rasuah dan apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan slogan CAT direalisasikan, bukan sekadar slogan sahaja. Tuan Dato’ Yang di-Pertua. Saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas peruntukan dan sumbangan kepada guru-guru KAFA, guru sekolah agama, guru tahfiz dan guru pondok. Saya juga mengharapkan agar Kerajaan Negeri juga tidak melupakan guru-guru Al-
Quran yang mengajar di masjid-masjid, surau dan di rumah-rumah walaupun Zakat Pulau Pinang ada memberi sumbangan dengan membuka permohonan melalui pengerusi masjid. Cadangan saya lebih baik Kerajaan Negeri memperuntukkan bajet sebagai menghargai jasa mereka dalam mengajar Al-Quran kepada masyarakat. Dato’ Yang di-Pertua, dalam kita ingin mencapai kelestarian alam sekitar, kita juga perlu mengimbangi pembangunan agar tidak mengganggu ekosistem hidupan liar. Ini bagi mengelakkan binatang liar ini mengganggu dan merosakkan tanaman di persekitaran penduduk. Jadi contoh yang berlaku di Permatang Pauh lah, cerita bab babi, babi hutan banyak berkeliaran dalam kampung di hampir semua kampung lah, babi-babi banyak berkeliaran. Jadi, bila kita tebang hutan untuk pembangunan pastikan bahawa ada tempat binatang liar untuk tinggal. Ekonomi digital. Dato’ Yang di-Pertua, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang mana sebanyak 1,217unit CCTV telah dipasang oleh kedua-dua PBT iaitu 1,019 CCTV di kawasan Pulau dan 198 CCTV di Seberang Perai. Berapakah kos penyelenggaraan dan apakah usaha kerajaan dalam memastikan semua CCTV ini berfungsi dengan baik? Saya ingin mengetahui kontraktor yang terlibat untuk kerja penyelenggaraan CCTV ini. Aplikasi Penang Smart Parking (PSP) yang telah digunakan secara meluas oleh warga Pulau Pinang sejak ia dilancarkan secara perintis pada tahun 2019. Dengan jumlah muat turun setakat 22 Oktober 2023 adalah sebanyak 1.2 juta. Aplikasi ini juga difahamkan digunakan secara aktif oleh 262,778 pengguna. Seperti yang disebut PSP telah merekodkan jumlah kutipan tempat letak kereta sebanyak RM68.66 juta bagi kedua-dua PBT dengan pecahan di Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP sebanyak RM45.7 juta dan kutipan di Majlis Bandaraya Seberang Perai MBSP adalah berjumlah RM23 juta. Soalan saya adakah kutipan ini dikirakan berdasarkan tambah nilai yakni top-up setiap pengguna atau berdasarkan jumlah parking jumlah bayar parking. Jadi sekian sahaja yang dapat saya sampaikan. Sekian saya mohon menyokong.
Terima kasih. Permatang Pasir yang turut menyokong. Silakan Kebun Bunga.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga rakan-rakan seperjuangan dalam Dewan yang mulia ini. Saya mohon untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi negeri Pulau Pinang. Tadi kita dengar Dato’ Timbalan Speaker, tadi kita dengar ramai rakan-rakan yang telah bangkitkan defisit yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam bajet 2024. Perbelanjaan untuk bajet 2024 ini bernilai RM1,011,170,179.00. Cuma saya difahamkan sumbangan balik daripada Kerajaan Pusat kepada negeri Pulau Pinang hanya berjumlah RM21 juta. Kalau dilihat sumbangan pemberian Kerajaan Persekutuan berdasarkan tahap pembangunan ekonomi infrastruktur dan juga kesejahteraan hidup, mungkin Kerajaan Negeri boleh memberi penjelasan kepada Dewan yang mulia ini, apakah inidikator-indikator yang diambil kira oleh Kerajaan Negeri dalam memberi sumbangan balik kepada negeri.
Saya rasa indikator yang sama dipakai oleh Kerajaan Persekutuan kepada semua negeri-negeri supaya kita dapat faham kenapa jumlah sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah hanya berjumlah RM21 juta kalau dibandingkan sumbangan ekonomi negeri Pulau Pinang kepada Persekutuan. Dato’ Timbalan Speaker, pada tahun 2024 Perbelanjaan Mengurus ialah RM1.04 bilion iaitu akan meningkat 58 juta. Bagi saya jika aktiviti dan juga program-program yang dijalankan adalah memberi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat maka tidak salah untuk Kerajaan Negeri meningkatkan Perbelanjaan Mengurus. Sebab Kerajaan Negeri bukanlah syarikat korporat yang hanya bermotifkan keuntungan. Matlamat utama sebuah kerajaan adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti dan projek yang baik untuk rakyatnya dan juga saya memberi penghargaan kepada Kerajaan Negeri dalam penggunaan ataupun pengurusan dana kewangan yang baik dan mengikut tata kelola yang sempurna sehingga mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara. Dato’ Timbalan Speaker, cadangan saya kepada Kerajaan Negeri ialah bagi meringankan bebanan kewangan terutama RM100 juta yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam program ataupun skim I-Sejahtera, mungkin Kerajaan Negeri boleh mentransformkan skim-skim ini kepada satu program rangkaian keselamatan sosial yang lebih efektif bagi saya terutama seperti sumbangan I-Sejahtera yang memberi sumbangan kepada suri rumah mungkin kita boleh menggalakan suri rumah ini untuk mencarum dalam PERKESO ataupun EPF yang pada futurenya akan memberi sumbangan ataupun memberi pulangan yang lebih lumayan daripada kita hanya bayar RM100.00 satu tahun.
Dato’ Timbalan Speaker, di sini juga saya ingin mengutarakan satu isu kepada Kerajaan Negeri sebab saya lihat tidak dibangkitkan di dalam bajet, dalam Manifesto Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang telah dimenterai untuk melaksanakan Program Mempelai Emas iaitu RM500.00 kepada pasangan yang kahwin sebab ketika kempen PRN, saya selalu berceramah dan saya memberi jaminan bahawa selepas ini semua yang berkahwin akan dapat RM500.00. So saya nak kepastian adakah program ini akan dijalankan pada tahun 2024 dan juga apakah implikasi kewangan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Dato’ Timbalan Speaker,
Kebun Bunga dah kahwin belum.
Sudah. Dato Timbalan Speaker, saya nak alih kepada isu suntikan vaksin HPV. Mengikut laporan berita difahamkan bahawa mengikut Timbalan Menteri Kesihatan, terdapat 820,000 pelajar yang tercicir dalam suntikan vaksin HPV ini melalui Program Imunisasi Kebangsaan terutama pada tahun 2020 dan 2021 di mana negara menghadapi COVID, pandemik sekolah ditutup dan juga bekalan vaksin yang berkurangan di pasaran dunia. So saya nak tahu juga di negeri Pulau Pinang ini berapa ramai lagi pelajar yang tidak mengambil vaksin HPV ini. Kalau mengikut garis panduan daripada KKM pelajar perempuan yang berumur 13 tahun di setiap sekolah akan diberi suntikan vaksin sebagai langkah lindungi kanser servik di mana kanser servik ini adalah kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita muda. Dan juga pengesanan terhadap kanser ini adalah pada 40%. Pengesanan kanser ini pada tahap 3 dan 4 sebab itu kepentingan suntikan vaksin ini akan memberi langkah yang awal untuk membendung
wanita-wanita muda daripada menghadap penyakit kanser servik. So saya nak tahu jumlah pelajar di Pulau Pinang yang belum lagi mendapat suntikan vaksin HPV ini supaya tidak ada yang tercicir dan juga dia tidak menjadi bebanan perubatan kepada negara pada masa yang akan datang. Dato’ Timbalan Speaker, semasa penggulungan YB EXCO Kerajaan Tempatan, saya tidak berpeluang untuk bertanya tetapi soalan ini, so saya mengambil peluang ini untuk tanya kepada YB EXCO, sebelum ini saya ucapkan tahniah kepada MBPP, Majlis Bandaraya Pulau Pinang kerana mendapat pengiktirafan dunia dalam perkhidmatan terutama penghargaan khas Bandar Mampan Tahun 2023, Anugerah Penarafan Bandar Pintar Malaysia dan juga Anugerah Financing Sastainable Urbans. Saya ucapkan tahniah dan penghargaan kepada MBPP. Ini bermakna mutu perkhidmatan MBPP adalah bertambah baik dan diiktiraf di masyarakat dunia. Walau bagaimanapun saya rasa masih ada ruang untuk ditambah baik terutama saya bagi contoh kontraktor pembersihan perlulah jalankan kerja-kerja pembersihan mengikut jadual yang telah ditetapkan bukan ada aduan ataupun ada complaint daripada MPKK, Pejabat ADUN baru diambil tindakan. Berkenaan aduan ini saya nak bangkitkanlah isu-isu ada sesetengah pegawai MBPP yang selalu disclosekan maklumat pengadu kepada pesalah. Saya juga salah seorang daripada mangsa dalam isu ini. So saya berharap MBPP akan terus praktik keprofessionalan dalam menjalankan tugas dan perlulah melindungi pengadu yang memberi maklumat. Saya saran supaya MBPP menambah baik sistem aduan yang sedia ada dan tidaklah bagi bocor dengan begitu senang. Dalam Dewan yang mulia ini juga saya ingin mendapat kepastian daripada MBPP juga bahawa adakah surat yang ditulis oleh YB ADUN ataupun YB Parlimen akan dipertimbangkan oleh MBPP supaya dalam pengurangan kompaun, pengurangan denda ataupun pengurangan ataupun tidak diambil tindakan. Sebab selalunya Pusat Khidmat saya akan didatangi oleh pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan PBT ini supaya YB bagi surat kepada mereka dan mereka akan bagi kepada MBPP. Kalau mengikut mereka ini adalah saranan daripada MBPP, so saya nak dapatkan kepastian di sini adakah surat ini akan memberi satu jaminan bahawa diambil kira dalam mereka dalam mengurangkan kompaun ataupun denda kesalahan-kesalahan yang mereka hadapi. Dato’ Timbalan Speaker, pelancongan, Kerajaan Pusat sebelum ini telah bagi VOA kepada pelancong dari Negara China. Semalam, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah mengumumkan pengecualian visa kepada pelancong daripada negara China dan juga India untuk masuk ke Malaysia selama 30 hari. Saya rasa ini tentu akan rancakkan sektor pelancongan di Pulau Pinang. Cuma persoalannya adakah Kerajaan Negeri sedia untuk menerima lambakan pelancong dengan kelengkapan di lapangan terbang yang lebih elok. Saya tidak ingin berbahas dalam infrastruktur tetapi kelengkapan yang saya maksudkan di sini adalah seperti penerangan-penerangan, sign board-sign board dan juga akan ditempatkan penterjemah-penterjemah bahasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang supaya pelancong-pelancong yang masuk ke Pulau Pinang ini mereka akan dapat menikmati perkhidmatan yang lebih berkualiti. Dan juga dalam mempromosikan industri pelancongan di Pulau Pinang ini, agresif manakah Kerajaan Negeri akan mengambil inisiatif ataupun langkah sejajar dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini. Selain itu, saya juga nak bangkitkan satu isu berkenaan dengan tempat parking di Lapangan Terbang Antarabangsa. Saya menerima banyak aduan daripada pengguna tempat bangunan parking itu di mana sistem parking itu menyusahkan pengguna-pengguna yang untuk parking kereta. Mungkin Kerajaan
Negeri boleh melihat balik ataupun berbincang dengan MAHB untuk menambah baik sistem-sistem parking supaya senang untuk membuat pembayaran. Dato’ Timbalan Speaker, saya beralih pula kepada isu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Kerajaan Persekutuan telah tubuhkan Jawatankuasa STEM ini bagi mengatasi beberapa isu yang perlu diselesaikan terutama ketidak padanan graduan dalam bidang ini. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pengajian Tinggi dan juga MOSTI. Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah hantar 300 pelajar dan mahasiswa untuk sertai pertandingan techlympics anjuran MOSTI di mana pada tahun lepas, negeri Pulau Pinang adalah juara dan untuk tahun ini, kita masih menunggu so saya berharap tahun ini negeri Pulau Pinang juga akan memenangi juara. Cuma berdasarkan kajian kesedaran awam mengenai STI Sains, Teknologi dan Innovasi di Malaysia pada tahun 2022 yang dijalankan oleh MOSTI didapati peratusan pelajar sertai aliran STEM dari tahun 2017 hingga 2022 mencatat penurunan iaitu daripada 45% turun kepada 40.9%. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, Pulau Pinang sebagai negeri yang jadi tunjang kepada pembangunan industri berteknologi tinggi seperti semikonduktor, apakah langkah yang lebih agresif dalam menarik minat pelajar untuk sertai dalam bidang STEM ini. Kolaborasi antara Tech Dome Digital Penang, Penang Science Cluster dan juga agensi-agensi lain yang terdapat di Penang perlu untuk memastikan bahawa usaha ini dapat mencapai matlamatnya terutama dalam dunia sekarang yang kita menitikberatkan pengajian STEM ini. Dato' Timbalan Speaker, kawasan pesisir dan juga laut sememangnya sebuah ekosistem yang padu dan saling berkolerasi secara timbal balik. Hutan di Pulau Pinang ini terdiri daripada pelbagai dan satu ialah hutan paya laut. Mengikut statistik di dunia ini hanya ada 4% hutan paya laut dan Pulau Pinang bernasib baik kerana kita ada hutan paya laut ini. Mengikut kajian hutan paya laut berjaya menyerap karbon di atmosfera dan menguraikan karbon yang tersimpan melalui proses dekomposisi. Berdasarkan kepentingan hutan paya laut ini dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewartakan lebih banyak hutan simpanan kepada hutan paya laut sebagai hutan simpanan di negeri ini seperti yang diumumkan sebelum ini sebab berdasarkan rekod sekarang ini hanya ada 381.4 hektar hutan paya laut yang telah diwartakan sebagai hutan simpanan di negeri ini iaitu hanya 7% sahaja daripada hutan simpanan dan keluasan hutan paya laut ini turut merosot dari 1,967 hektar pada tahun 2017 ke 1,050 hektar pada tahun 2020. So sebagai apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan bahawa hutan paya laut ini tidak akan lagi merosot dan diwartakan sebagai hutan simpanan. Dalam keterjaminan isu keterjaminan makanan saya ucapkan penghargaan dan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya memastikan secara 6 tahun berturut-turut menjadi pengeluaran padi yang tertinggi di negeri ini, iaitu sebanyak purata setiap tahun 5.7 metrik tan tetapi angka ini tidak bermakna kalau rakyat di Pulau Pinang tidak dapat menikmati beras yang lebih murah. So apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan bahawa rakyat di negeri ini akan menikmati beras yang lebih murah dibandingkan dengan negeri lain kerana kita pengeluaran tertinggi di kebangsaan. So saya nak langkah yang akan diambil oleh Kerajaan negeri termasuk adakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan kilang beras sendiri supaya rakyat Pulau Pinang ini dapat menikmati beras yang lebih murah. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri, Dato’ Timbalan Speaker dalam menghadapi penuaian populisasi, adakah Kerajaan Negeri akan mengtransfomkan Pusat Penang 2030 ke satu entiti yang ada lebih fokus kepada
urusan ataupun program-program kepada warga emas, kita ada MPKK yang menjaga kebajikan semua rakyat, JPPP yang menjaga urusan anak muda, JPWK yang menjaga urusan wanita. So sebagai negeri yang akan menerima impak yang tinggi dalam penuaian ini, adakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan juga satu entiti untuk memastikan bahawa kita dapat menghadapi cabaran ini dengan lebih sempurna dan dapat mengeluarkan ataupun mewujudkan dasar-dasar dan juga program yang memastikan penuaian ini tidak akan menjadi masalah yang lebih besar kepada Negeri Pulau Pinang. Dato’ Timbalan Speaker, sebagai akhirnya saya mengalih kepada isu-isu di kawasan yang saya tidak sempat habiskan ketika perbahasan pada minggu lepas. Di sini saya ingin cadangkan kepada Kerajaan Negeri dalam Skim Bantuan Peralatan. Skim Bantuan Peralatan ini Kerajaan Negeri akan memberikan tiga, maksimum 3,000 kepada penerima untuk membeli peralatan perniagaan, peralatan perniagaan dan kelulusannya tertakluk kepada Jawatankuasa FGD Focus Group Basmi Kemiskinan Daerah di mana jawatankuasa ini hanya akan mesyuarat satu bulan sekali sahaja, Dato’ Timbalan Speaker. So proses itu dia akan ambil masa ada sehingga 2 bulan, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengurangkan red tape ini di mana mungkin kelulusan hanya diberikan oleh Pegawai Daerah ataupun pegawai-pegawai tertentu supaya tidak perlu melalui jawatankuasa sebab RM3,000 ni tidak...(gangguan).
Minta laluan Kebun Bunga. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin menambah kepada apa yang dicadangkan oleh Kebun Bunga bahawa pada ketika ini memang proses kelulusan bantuan peralatan ini mengambil masa yang terlalu lama. Pada ketika kelulusan itu diperolehi mungkin pengusaha tersebut telah membeli peralatan tersebut dan sudah tidak berkaitan ataupun dengan tanpa bantuan daripada kerajaan mungkin mereka tidak dapat meneruskan perniagaan. Kebanyakan pemohon ini memang adalah antara peniaga kecil yang betul-betul memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan. Oleh itu saya menyokong Kebun Bunga agar Kerajaan Negeri mempercepatkan proses pertimbangan dalam perkara ini.
Terima kasih Bukit Tambun. Saya setuju dengan kawan saya sebab memang sekarang proses dia ambil masa sehingga 2 bulan. So kalau 2 bulan mungkin benda tu mungkin dia dah tak perlu so saya berharap pertimbangan yang wajar daripada Kerajaan Negeri supaya dapat memendekkan masa permohonan dan juga kurangkan red tape ini. Isu terakhir adalah saya ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri bagi memastikan terutama PBT bagi memastikan pemaju-pemaju yang membuat sebarang rumah projek perumahan dapat memenuhi keperluan infrastruktur yang telah mereka janjikan sama ada dalam Kebenaran Merancang KM. Salah satu isu di mana daripada di Persiaran Halia 3 projek jalan ini tidak siap dari Tri Pinnacle ke Mont Residence walaupun dia telah dimasukkan dalam Kebenaran Merancang tetapi pemaju tidak siapkan projek projek jalan ini dan menyebabkan kawasan perumahan ini selalunya, kenderaan yang terlalu banyak dan kesesakan jalan berlaku.
So saya berharap selepas ini kawalan yang lebih ketat daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa pemaju-pemaju dapat melaksanakan projek-projek infrastruktur yang telah mereka perlu dalam Kebenaran Merancang ini. Itu saja perbahasan saya daripada saya mohon menyokong Rang Undang-Undang ini. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.
Terima kasih Kebun Bunga. Dipersilakan Seri Delima.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Selamat Petang, Salam Sejahtera, Salam Penang 2030, Salam Malaysia Madani saya tujukan kepada Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat ahli-ahli Exco, rakan-rakan ADUN, Ketua-Ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu terima kasih saya ingin ucapkan kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan usul anggaran pembangunan 2024 di dalam dewan yang mulia ini. Kesempatan ini saya ingin melafazkan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah membentangkan Belanjawan Tahunan Negeri Pulau Pinang 2024 yang komprehensif, progresif dan mantap merangkumi pelbagai aspek pembangunan meskipun defisit bajet tahun ini lebih besar berbanding tahun lalu. Oleh itu saya yakin bahawa pentadbiran di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat ini akan memastikan setiap sen yang dibelanjakan menghasilkan manfaat margin yang optimum kepada rakyat. Sijil Bersih yang diberikan oleh Ketua Audit Negara kepada Kerajaan Negeri adalah bukti kerajaan ini berintegriti. Belanjawan mengembang ini dilihat mampu memacu ekonomi Pulau Pinang dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global. Strategi-strategi yang diambil seperti pembangunan Gurney Bay, pengubahsuaian dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam, pewujudan kawasan lapang baharu dan penyediaan lebih banyak rumah mampu milik sememangnya meningkatkan daya saing ekonomi negeri dan pada masa yang sama tidak mengabaikan aspek daya huni dan daya maju rakyat. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, menyelusuri gelombang cabaran global dari segi geopolitik, kesihatan awam dan perubahan iklim yang mendadak Kerajaan Pulau Pinang telah merangka satu pelan yang cukup menyeluruh dalam belanjawan ini yang bersifat melindungi masa hadapan rakyat ataupun future-proof dengan izin, ucapan saya kali ini terbahagi kepada 5 aspek utama iaitu Cakna Pendidikan, Cakna Kelestarian, Cakna Kebajikan, Cakna Kreativiti dan Cakna Ekonomi. Nombor satu, Cakna Pendidikan. Pendidikan merupakan aspek yang amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang future-proof. Pulau Pinang mempunyai banyak institusi berkualiti tinggi dan setiap mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri. Saya menyambut baik keputusan mahkamah rayuan yang memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular dan penggunaan Bahasa Mandarin serta Bahasa Tamil di sekolah berkenaan adalah berpelembagaan.
Mahkamah memutuskan bahawa penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular tidak melanggar Perkara 5 kebebasan diri, Perkara 8 hak kesamarataan, Perkara 10 kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, Perkara 11 kebebasan beragama dan Perkara 12 hak berkenaan pendidikan Perlembagaan Persekutuan. Berhubung dengan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bervisi jauh dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan satu-satunya Kerajaan Negeri di negara ini yang secara sistematik memperuntukkan dana khas kepada pelbagai sekolah vernakular termasuk sekolah Tamil, Cina, Mubaligh, sekolah menengah persendirian dan sebagainya sejak tahun 2009. Sehubungan dengan itu pada tahun 2024 Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akan memperuntukkan lebih daripada 10 juta kepada pelbagai sekolah untuk menyokong infrastruktur sekolah-sekolah di Pulau Pinang. Saya ingin menyeru supaya isu sekolah vernakular tidak dipolitikkan lagi dan usaha Kerajaan Negeri boleh dijadikan contoh dan teladan yang baik untuk negeri lain. Ahli-ahli Dewan menepuk meja. Kedua, Cakna Kelestarian, saya amat berbangga sebagai warga Pulau Pinang bahawa kerajaan kita senantiasa cakna terhadap aspek kelestarian. Pengangkutan awam yang efisyen amat penting dalam agenda kelestarian ini. Hal ini demikian kerana menurut Agensi Tenaga Antarabangsa IEA dalam kajiannya pada tahun 2019 penyumbang gas rumah hijau kedua terbesar di Malaysia dengan kira-kira 50 juta tan metrik adalah daripada pengangkutan. Bayangkan 50 juta tan metrik adalah seberat 150 bangunan Empire State Building di New York. Oleh itu kita perlu meningkatkan penggunaan mod pengangkutan yang lebih hijau bagi merealisasikan pelaburan sebanyak 21 juta untuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, kerajaan juga boleh meneroka penggunaan kenderaan elektrik serta meluaskan jaringan pengangkutan air melalui jalan laut yang telah diwar-warkan. Sistem pengangkutan awam air yang komprehensif sememangnya sesuai dengan geografi Pulau Pinang yang dikelilingi laut. Oleh itu, saya ingin bertanya apakah status perkhidmatan teksi air ataupun water taxi yang pernah dicadangkan sebelum ini. Perkhidmatan teksi air ini yang menghubungi kawasan Straits Quay, Georgetown dan Batu Maung juga merupakan pelengkap kemudahan pengangkutan malah ia tidak mengganggu kelancaran lalu lintas serta mampu menjadi alternatif tarikan buat pelancong. Bahkan ia juga memberi manfaat kepada penduduk setempat sebagai alternatif pengangkutan selain bas seterusnya cenderung untuk kurangkan penggunaan kenderaan sendiri. Oleh itu saya berharap Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan perluasan sistem teksi air ke lebih banyak kawasan seperti Seberang Perai, Telok Kumbar dan Batu Feringgi bagi memastikan penduduk-penduduk di kawasan ini turut diberi alternatif pengangkutan awam. Selain itu, mengambil maklum bantuan khas kepada pembeli motosikal elektrik yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebanyak 2,400 dalam Belanjawan 2024, usaha-usaha harus ditingkatkan untuk menggiatkan pemilikan motosikal elektrik dengan menyediakan lebih banyak point pengecas bateri serta tempat parkir khas untuk motosikal elektrik. Selain itu, usaha kerajaan untuk memastikan Negeri Pulau Pinang terus menjadi negeri yang mesra basikal harus diteruskan untuk membantu mengurangkan pengeluaran karbon. Walaupun laluan basikal telah disediakan sepanjang 205 km di seluruh kawasan pulau merangkumi 45 km laluan basikal khas, adakah ia akan diperluaskan lagi dan pelan induk laluan basikal dilihat semula untuk menjadikan negeri kita the first cycling state in Malaysia yang betul-betul mesra basikal.
Dalam aspek penjanaan tenaga pula, kerajaan perlu meneliti untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu pusat penjanaan tenaga solar kerana kedudukannya di Khatulistiwa dengan purata 2473 jam penerimaan cahaya matahari yang menerima haba suria yang mencukupi sepanjang tahun. Ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada arang batu dan minyak secara signifikan. Pada masa sama selaras dengan pandangan daripada Yang Berhormat Menteri Ekonomi kita penghuni-penghuni rumah yang bercadang untuk memasang panel solar juga harus diberi insentif untuk meringankan kos pemasangan dan begitu juga dengan pemaju-pemaju perumahan yang bercadang untuk menjadikan bumbung-bumbung rumah di projek mereka sebagai ladang solar mini, bahkan juga di semua premis termasuk sekolah, kilang dan pusat komersial yang lain. Tenaga yang dijana oleh panel-panel solar persendirian ini boleh dijual semula kepada kerajaan bagi melengkapi bekalan elektrik grid nasional kita. Oleh itu ia membawa keuntungan kepada pihak yang memasang panel solar, kerajaan serta alam sekitar. A win-win situation for all (dengan izin). Ketiga. Cakna kebajikan. Dalam misi mewujudkan bandar berteraskan keluarga dan berdaya huni tinggi, agenda kebajikan wanita tidak boleh diabaikan. Bak kata pepatah tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia. Saya ingin menyambut baik usaha PWDC, cadangan kerajaan untuk memantapkan lagi keselamatan dan maruah wanita melalui program First Support Point amatlah terpuji bagi menyelamatkan lebih ramai wanita daripada menjadi mangsa dera. Keharmonian rumahtangga sememangnya penting untuk memperkasakan kaum wanita. Namun untuk melengkapi kebajikan psiko-sosial wanita khususnya suri rumah dan ibu tunggal juga perlu dilindungi dari segi kebajikan ekonomi. Oleh itu saya berpendapat sebagaimana dengan peruntukan khas Penang i4.0 Seed Fund yang diuruskan oleh investPenang saya berpendapatan bahawa kerajaan harus menyediakan geran pemula yang bertindak sebagai sokongan kredit mikro memulakan perniagaan untuk golongan wanita. Kita juga perlu mewujudkan satu ekosistem keusahawanan wanita yang kompetitif. Negeri Selangor contohnya mempunyai Liga Usahawan Wanita Selangor yang memberikan komuniti sokongan untuk peniaga wanita. Persoalannya, di Pulau Pinang adakah kita mempunyai liga usahawan wanita sendiri dalam perancangan dan bilakah kita akan melaksanakan liga usahawan kita. Sokongan berbentuk bimbingan mahu pun perkongsian dengan peniaga berpengalaman amatlah penting untuk membolehkan wanita-wanita yang ingin berniaga memperkukuhkan kemahiran, pengetahuan dan keyakinan diri mereka. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Beralih kepada satu lagi aspek penting dalam kebajikan rakyat, kesihatan. Peningkatan kes pneumonia yang tidak diketahui di wilayah Beijing dan Liaoning di Utara China menimbulkan kerisauan kita. Walaupun siasatan daripada WHO menyakinkan sejagat bahawa kes-kes ini berpunca daripada jangkitan patogen-patogen yang sedia ada namun hakikatnya ia telah membawa kepada kesesakan di hospital kerana penyakit pneumonia kali ini cenderung membawa kesan buruk terhadap kanak-kanak. Oleh itu kita di Pulau Pinang haruslah bersiap siaga meningkatkan kapasiti hospital awam kita, serta menggerakkan hospital swasta untuk bekerjasama dengan hospital awam untuk menerima pesakit melalui proses decanting, bekalan ubatan terutamanya ubat bius, ubat demam, ubat selsema perlu ditambah dan pengawasan penyakit pneumonia haruslah ditingkatkan. Sekiranya perlu Jabatan Kesihatan juga harus mengenal pasti dan menyiapkan lokasi hospital lapangan yang bertujuan menampung situasi lambakan pesakit seperti mana ketika gelombang pandemik delta pada pertengahan 2021. Kerajaan Negeri jugak haruslah mendesak Kementerian Kesihatan secara agresif untuk menaik taraf kemudahan wad dan
fasiliti kesihatan di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Bukit Mertajam. Kemudahan klinik-klinik komuniti serta klinik-klinik desa juga perlu dipertingkatkan. Keempat. Cakna kreativiti. Dato’ Timbalan Speaker. Keunikan seni bina George Town yang menerima pengaruhnya daripada Britain, Belanda, Perancis, China dan Timur Tengah sememangnya meletakkannya di kedudukan yang sesuai sebagai lokasi penggambaran filem. Dua minggu yang lalu sebuah filem bertajuk The Locksmith ditayangkan di pawagam di seluruh negara. Filem ini dibintangi beberapa bintang terkemuka Hong Kong dan juga bintang tempatan. Lebih membanggakan, pengarah director Wu Peoi Ji adalah anak kelahiran Pulau Pinang. Dengan seni bina dan lanskap bandar yang menarik serta kualiti hidup yang agak tinggi Pulau Pinang sebenarnya berpotensi untuk menjadi tuan rumah kepada syarikat-syarikat perfileman antarabangsa selaku tapak operasi perfilemannya di Asia Tenggara. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar proses permohonan perfileman dapat dipermudahkan seperti memberi potongan ataupun pengecualian cukai serta perkhidmatan sokongan proses perfileman yang profesional yang secara tidak langsung mempamerkan kecantikan negeri kita di pawagam-pawagam ataupun kaca televisyen seluruh dunia serta merancakkan lagi ekonomi negeri ini. Selain itu kerajaan perlu juga aktif dalam menarik pelaburan untuk mewujudkan satu hab media dan seni kreatif antarabangsa yang bersepadu di negeri ini. Hab ini boleh diintegrasikan dalam projek pembangunan baru umpamanya projek Penang South Island Project, The Light ataupun Gurney Bay. Iktibar boleh diambil oleh projek Media City UK di Manchaster di mana kawasan pelabuhan yang telah malap dan terabai dibangunkan semula dengan studio-studio televisyen, studio-studio filem berserta kondominium, hotel dan juga tempat riadah. Saya menyambut baik pembangunan The Light khususnya bakal menempatkan galeri seni Ling Xiang Xiong yang apabila siap akan menjadi ikon baharu dan boleh dimanfaatkan lagi bagi mewujudkan satu hab kreatif yang menempatkan studio grafik, studio perfileman dan studio muzik dari dalam mahupun luar negara sekali gus mewujudkan satu ekosistem kesenian yang aktif di situ. Jika direalisasikan cadangan saya ini bakal menjadikan The Light IJM Waterfront tumpuan aktiviti kesenian rantau Asia Tenggara. Pada masa yang sama kemudahan konvensyen, perhotelan dan kediaman yang turut dibangunkan boleh menarik lebih ramai peminat seni untuk berkunjung ke The Light serta menjadikannya destinasi kediaman yang sesuai untuk penggiat seni yang bertapak di situ. Kelima. Cakna ekonomi. Berkait dengan cakna ekonomi mutakhir ini warga Pulau Pinang pastinya gembira dengan tiga khabar baik. Pertamanya kelonggaran yang diberikan oleh Kerajaan China dari segi pengecualian visa untuk lawatan kerja dan percutian tidak melebihi 15 hari dan dasar timbal balik Kerajaan Persekutuan yang membenarkan warga China bercuti atau berurusan di Malaysia tanpa visa sehingga 30 hari. Keduanya kajian seismik potensi penggalian hidro karbon dijalankan oleh syarikat PETRONAS di dua blok plate tectonic berhampiran Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Ketiganya mengenai Pulau Pinang ada deposit (REE) Rare Earth Element bernilai hampir 100 bilion yang ditemukan di empat (4) kawasan di negeri Pulau Pinang. Mengenai khabar pertama, seluruh warga Pulau Pinang pastinya menyambut baik dasar positif yang dilancarkan oleh Kerajaan China di ambang tahun ke 50 jalinan hubungan diplomasinya dengan Malaysia serta dasar timbal balik oleh Kerajaan Persekutuan kita. Kelonggaran visa antara kedua-dua negara ini selama tempoh satu tahun akan datang bermula 1 Disember 2023 akan membuka lebih banyak peluang untuk negeri kita meneroka peluang-peluang pelaburan baharu yang muncul di China dan pada masa yang sama mensasarkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan menarik golongan pertengahan mahupun elit.
Agensi-agensi berkepentingan seperti investPenang, PCEB dan PETACE perlulah mula melipat gandakan promosi di China serta meneroka peluang rundingan dengan lebih banyak syarikat penerbangan China untuk memulakan penerbangan terus ke bandar-bandar utama seperti Shanghai, Beijing, Chongqing. Kerajaan Persekutuan pula wajar memainkan peranan menggotakan janjinya untuk memperluaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sesegera mungkin untuk membolehkan negeri ini berdaya saing sebagai hab penerbangan di utara Malaysia sekali gus menarik lebih ramai pemastautin bernilai tinggi untuk program MM2H. Khabar keduanya, potensi hidro karbon di kawasan plate tectonic Langkasuka Basin di sekitar pulau kita. Berita ini telah menimbulkan bayangan bahawa Pulau Pinang mungkin berkembang lebih maju dan menjadi ibarat Dubai atau Qatar dalam masa terdekat. Walaupun pencapaian impian ini bergantung kepada pengesahan kewujudan sumber minyak di kawasan tersebut ia juga bergantung kepada pengagihan royalti minyak oleh Kerajaan Persekutuan. Oleh itu saya ingin menyeru kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya sahih terdapat simpanan hidro karbon di sekitar pulau kita negeri Pulau Pinang mestilah, mestilah diberikan agihan royalti minyak yang setimpal dan dibenarkan memperolehi keuntungan percukaian daripada galian tersebut. Ahli-Ahli Dewan menepuk meja. Kelima. Kesimpulan, sudah sampai terakhir okey. Tuntasnya Belanjawan 2024 pulau ini…Pulau Pinang ini jelas mencerminkan betapa Kerajaan Negeri komited untuk meningkatkan daya maju dan kualiti hidup penduduk Pulau Pinang. Namun begitu defisit kerajaan harus diberi perhatian. Oleh itu kerajaan harus memastikan setiap projek yang dibangunkan mulai sekarang dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat. Pada masa yang sama kita harus menerokai pendapatan alternatif bagi mempelbagaikan sumber dana kita. Dengan itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Okey, terima kasih Seri Delima dan seterusnya saya jemput Ahli Kawasan Batu Uban. Silakan.
Terima kasih, terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Penang2030 dan salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya juga ingin mengucapkan terima kasih juga kepada semua kakitangan kerajaan dan juga agensi atas komitmen mereka untuk membangunkan negeri Pulau Pinang ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih jugak kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Sebelum itu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan juga syabas kepada Penang FC kerana semalam telah menang dengan Pahang 3-2. Ahli-Ahli Dewan menepuk meja.
Tahniah saya ucapkan kepada pengerusi kita Yang Berhormat Padang Lalang dan juga Ahli-ahli Lembaga yang lain kerana ini satu kemenangan yang dinanti-nantikan dan kita ada baki dua perlawanan lagi dengan Terengganu dan JDT dan kita mohon rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk datang ke stadium untuk sokong, hah. itu kena tanya dengan..ya Yang Berhormat Padang Lalang (ketawa). Kita balik semula kepada ucapan bajet Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menzahirkan ucapan tahniah saya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana telah membentangkan satu belanjawan yang boleh saya katakan terbaik untuk rakyat Pulau Pinang walaupun dalam keadaan negara yang berdepan dengan kesan ekonomi global yang tidak menentu akibat daripada perang dagang dan juga ketidakstabilan politik dunia. Saya memuji Kerajaan Negeri kerana perkembangan pertumbuhan KDNK negeri yang mencatat RM112.1 bilion, iaitu melebihi pertumbuhan KDNK nasional malah juga mengatasi KDNK negeri-negeri lain dalam negara Malaysia ini. Syabas saya ucapkan kepada Pulau Pinang dan secara lazimnya sektor utama seperti letronik dan juga elektrik E&E, jentera dan juga peralatan AME, perkhidmatan dan juga pelancongan telah menyumbang kepada perkembangan positif terhadap enonomi negeri ini. Dan Pulau Pinang juga terus berada pada landasan yang kukuh apabila berjaya menarik kemasukan pelaburan yang baru, yang berimpak tinggi sepanjang tahun lalu di sebalik ketidaktentuan ekonomi global. Ini semua sudah tentu faktor kestabilan politik negeri Pulau Pinang, infrastructure yang bagus dan mampan, dan juga penyediaan modal insan yang meluas dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi melalui Penang STEM, Penang Science Cluster, Tech Dome dan juga institusi vokasional dan juga lawatan-lawatan luar negeri oleh pimpinan Kerajaan Negeri telah berjaya menarik pelaburan yang lebih besar dan luas di negeri Pulau Pinang ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Namun, Kerajaan Negeri seharusnya perlu memastikan bahawa pelaburan ini terus kekal kerana kita juga mengalami persaingan bukan saja di dalam negeri mahupun luar negara seperti Singapore, Indonesia, Vietnam dan juga Thailand. Oleh yang demikian, saya dengan ini ingin menggariskan lima (5) strategik yang seharusnya diberi fokus oleh Kerajaan Negeri untuk kita menarik pelabur dan juga mengekalkan pelaburan ini. Yang pertama, kita harus mewujudkan persekitaran perniagaan yang stabil dan boleh diramal kerana persekitaran perniagaan yang stabil dan juga yang boleh diramal antara perkara penting pelabur mempertimbangkan untuk melabur. Ini bermakna Kerajaan Negeri perlu mempunyai rangka kerja kawal selia yang telus, undang-undang dan dasar polisi yang jelas dan juga pelaksanaan dasar yang konsisten dan saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Perpaduan kerana kita dapat mengekalkan kestabilan politik di negeri Pulau Pinang dengan mengekalkan kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum yang lepas. Dan kedua, Kerajaan Negeri harus mempertimbangkan menawarkan pelbagai insentif dan juga pelepasan cukai dan saya menyokong juga cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Air Putih di dalam Dewan Rakyat iaitu Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan zon kewangan di negeri Pulau Pinang bagi memacu pembangunan dan juga merancakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan. Dan saya percaya insentif ini juga akan menyokong pelaburan di negeri Pulau Pinang ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, yang ketiga adalah soal yang penting iaitu kita harus membangunkan tenaga kerja mahir dan juga separa mahir. Kerana, tenaga kerja mahir adalah penting untuk kita menarik pelaburan asing. Pulau Pinang merupakan tapak bagi industry E&E dan M&E seperti yang saya sebut tadi dan juga Pulau Pinang juga dikenali sebagai Lembah Silikon Timur. Oleh yang demikian, saya memohon Kerajaan Negeri dapat memberikan fokus
khusus bagi menyalurkan peruntukan yang lebih besar terhadap program Pendidikan, latihan, pembangunan dan juga kemahiran tenaga pekerja di negeri ini bagi memastikan Kerajaan Negeri bersaing dalam pasaran global serta menarik dan juga mengekalkan bakat-bakat muda. Sebab itu, kita perlu memberikan Dato’ Timbalan Speaker, fokus yang lebih besar terhadap STEM ini. Kerana sejak kebarangkalian ini selepas pancah dan juga pandemik COVID. Kita mendapati bahawa ramai lepasan sekolah sekarang ini tumpu kepada sektor gig economy seperti rider, food delivery dan sebagainya. Walaupun sektor gig economy ini memang menawarkan satu gaji yang besar, komisyen yang besar. Tetapi bagi masa depan tenaga kerja dan juga masa depan negeri Pulau Pinang itu sendiri. Saya lihat kita harus melihat kehadapan dan juga kita perlu melihat semula kerana berdasarkan rekod daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri lebih kurang 300,000 pelajar lepasan SPM tidak mahu sambung belajar dan saya tidak pasti di Pulau Pinang ini berapakah data perlepasan pelajar-pelajar SPM ini yang tidak mahu sambung belajar dan sebagainya. Namun, demikian saya ingin mengetahui. Apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya untuk kita mengatasi isu ini? Kerana ianya memberi kesan kepada sumber manusia dan ada banyak faktor juga mungkin pelajar-pelajar ini tidak berminat untuk sambung belajar selepas SPM mungkin faktor kemiskinan, faktor keluarga ataupun dia tidak berminat untuk sambung belajar ataupun dia tidak dapat belajar dalam bidang yang dia nak menceburi. So, kita perlu ada satu perancangan khususnya Kerajaan Negeri kalau boleh kita bekerjasama dengan sektor-sektor swasta yang lain supaya kita dapat memastikan kita juga memberi mereka skill (dengan izin) supaya tenaga-tenaga kerja ini dapat kita membekalkan untuk masa depan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kita juga harus melabur dalam infrastruktur seperti rangkaian pengangkutan, bekalan tenaga dan air, dan teknologi komunikasi untuk mewujudkan persekitaran yang menarik dan juga meningkatkan kualiti rakyat menjadikan negeri ini tempat tinggal dan bekerja yang lebih menarik. Dan projek LRT yang sudah lama ditangguhkan juga harus dimulakan dengan segera tidak tahu sekarang ini berada di tahap yang mana. Begitu juga dengan projek-projek infrastruktur seperti lebuh raya juga perlu dimulakan dengan segera dan juga memastikan projek tersebut menepati tempoh pelaksanaan. Kita tahu bahawa projek LRT ini mencecah kos lebih daripada 10 billion. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya memohon kepada Kementerian Pengangkutan untuk mempertimbangkan peluang juga kepada kontraktor-kontraktor tempatan untuk mengambil bahagian dalam proses pelaksanaan projek LRT ini nanti. Kerana kita juga keutaman harus diberikan kepada kontraktor-kontraktor tempatan terlibat dalam projek mega ini dan juga sekaligus dapat mereka juga dapat menyumbang kepada ekonomi negeri. Saya juga menzahirkan penghargaan juga kepada Kerajaan Negeri atas kejayaan berunding dengan Kerajaan Negeri Perak bagi kita mendapatkan bekalan air terawat bagi menjamin kelestarian pembekalan sumber air yang berterusan kepada pengguna domestik dan juga pengguna industri di Pulau Pinang ini. Dan berkenaan dengan telekomunikasi saya rasa rangkaian 5G juga harus diperluaskan kerana kita sering menerima aduan bahawa apabila berada di bangunan yang lebih tinggi di strata kadang-kadang kita connectivity itu tidak begitu baik dan juga selalunya apabila kita melalui jambatan kedua juga rakan-rakan kita mengalami gangguan telekomunikasi ini. Saya rasa Kerajaan Negeri perlu melihat kepada perkara ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga perlu membina hubungan antarabangsa yang kukuh malahan, kita juga harus menerokai peluang-peluang yang baharu, dengan pembesaran lapangan terbang ini. Kerajaan Negeri harus menambah bilangan penerbangan terus kapal terbang daripada negara-negara yang lain. Saya telah bangkitkan dalam perbahasan saya sebelum ini tentang the direct flight (dengan izin) negara-negara yang mempunyai kapasiti penduduk yang ramai dan juga kita melihat peluang-peluang ekonomi yang boleh kita capai. Kita juga perlu memperhebatkan juga promosi berkenan Pulau Pinang juga di peringkat antarabangsa ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri mengenai cadangan pembinaan sebuah Dewan Undangan Negeri yang baru. Dalam Bajet 2024 tidak dinyatakan maka saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat memberikan tumpuan terhadap projek ini. Di mana saya percaya Dewan yang mulia ini juga dimaklumkan cadangan ini juga sudah lama diutarakan buat sekian lama. Saya kadang-kadang kesian juga melihat situasi kesesakkan yang dihadapi oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini kerana sempit juga dan juga kita juga perlu berkongsi jugak socket. Kena berebut tiga (3) ADUN kena berebut untuk menggunakan caj telefon dan juga laptop. Kesian juga, kesian lah kami…
Tambah socket…
Kita perlu berkongsi tiga orang dapat satu saja dan kadang-kadang penggunaan itu kami kena tunggulah bergilir-gilir. Maka saya rasa ni satu keperluan juga apabila kita melihat kita mempunyai satu Dewan Undangan Negeri yang baharu yang lebih besar lagi dengan kapasiti tempat letak parking dan juga kesesuaian. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu isu yang sering kali dibincangkan iaitu isu diskriminasi sewa rumah. Yang ini seringkali kita mendengar rungutan berlakunya diskriminasi masalah perkauman dalam pasaran hartanah iaitu karana ada khususnya yang ini melibatkan masyarakat kaum India. Khususnya, anak muda, pelajar dan mereka yang baru berkahwin. Apabila mereka hendak menyewa rumah daripada landlord dan sebagainya mereka akan menghadapi kesukaran kerana tuan rumah tidak mahu memberi sewa kepada masyarakat India dan sebagainya. Saya rasa isu ini rungutan ini perlu diambil perhatian.
Oleh yang demikian, saya ingin mengsyorkan kepada Kerajaan Negeri khususnya Yang Berhormat Perai kalau boleh kita dapat mewujudkan satu akta sewaan kediamaan bagi menitik noktahkan isu diskriminasi ini. Dan penyewaan sebarang hartanah tidak haruslah mengambil kira etnik ataupun nak latar belakang kaum. Kerana kita di negeri Pulau Pinang ini adalah negeri yang cakupi semua segmen masyarakat dan juga tidak ketepikan mana-mana kaum.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin juga bertanya mengenai cadangan dasar penglibatan 30% wanita dalam Dewan Undangan Negeri iaitu Top-up Women Only Additional Seats (TWOAS). Saya ingin tahu “Apakah status 30% wakil Dewan Undangan Negeri wanita ini?” menerusi pelantikan sekiranya kuota 30% itu tidak dapat dicapai melalui Pilihan Raya Umum. Maka hari ini saya bawa juga suara wanita dalam Dewan ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Batu Uban juga ingin mengetahui sama ada Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri juga. Penambahan kerusi DUN ini bukan atas faktor politik tetapi atas kepentingan rakyat, demografi dan juga golongan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan tersebut. Penambahan kerusi DUN itu akan membantu meningkatkan taraf hidup serta memudahkan pembangunan sesebuah DUN berdasarkan kepada kepentingan sosial dan ekonomi. Sekiranya Kerajaan Negeri tidak ada perancangan dalam masa terdekat ini.
Saya ingin memohon agar Kerajaan Negeri juga dapat mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada wakil rakyat bagi memudahkan perancangan dan juga memastikan bantuan dapat disampaikan kepada semua wakil rakyat yang diwakili. Tak mau sokong ka? (bunyi ketukan meja). Sebagai contoh di Batu Uban juga saya mempunyai lebih kurang 43 ribu pengundi dan juga jumlah kediaman yang tinggi iaitu bangunan strata ada lebih 131 dan ini tidak mengambil kira projek pembangunan yang baru yang sedang dilaksanakan dan juga dalam proses perancangan.
Dan juga sekolah-sekolah.
Macam mana
Dan juga sekolah-sekolah. Minta sumbangan dekat YB…
Betul dan juga sekolah-sekolah. So sekarang saya ada sebelah (11) sekolah apabila kita ada perancangan yang baru mungkin sekolah-sekolah juga akan bertambah dan juga penduduk kapasiti penduduk juga akan bertambah. Maka saya rasa peruntukan yang kita ada sekarang ini dengan mengambil kira kenaikan kos dan sebagainya saya rasa tidak mencukupi. Oleh yang demikian, saya berharap peruntukan tambahan ini dapat di pertimbangkan bagi pembangunan dan juga kesejahteraan rakyat Pulau Pinang ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu yang terakhir ingin saya membawa ialah satu isu iaitu kelulusan pembinaan asrama pekerja di kawasan Teluk Kumbar. Kawasan Dato’ Timbalan Speaker juga. Saya, apa yang kita bimbang walaupun projek ini telah mendapat kelulusan tetapi kebanyakan penduduk di situ dia bimbang dengan cadangan binaan kerana cadangan kawasan binaan tersebut adalah betul-betul di antara kawasan perumahan yang sudah padat dan juga terdapat kebanyakkan rumah kos rendah dan juga sekolah rendah dan juga masjid yang berdekatan. Dan penduduk risau mungkin ini akan membawa kepada isu sosial dan juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas juga dan yang paling dibimbang ialah akan hilang dan lokasi daya huni yang baik untuk penduduk setempat.
Maka, saya berharap Kerajaan Negeri akan mempertimbang semula kelulusan ini supaya apa-apa pembinaan yang melibatkan hostel pekerja ini dapat mengambil kira juga tentang isu-isu ataupun demografi kawasan yang terlibat. Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Batu Uban. (ketukan meja). Okey, Ahli Dewan sekalian. Hari ni kita tangguhkan (bunyi ketawa) Sidang Dewan kita hari ni dan akan disambung pada pukul 9:30 pagi esok Insya-Allah. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian.
Dewan ditanguhkan pada jam 6.15 petang.