Pulau Pinang · 29 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 371 turns · 39,227 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Ahli-Ahli Yang Berhormat bacaan doa

Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri

“Bacaan Doa”.

Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kita beralih kepada sesi soalan lisan ingin saya maklumkan kepada Dewan bahawanya pada hari ini 29 November dan esok 30 November pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka kaunter di luar Dewan persidangan berdekatan dengan dewan makan untuk semua Ahli Yang Berhormat untuk membawa masalah berkaitan komunikasi di kawasan masing-masing kepada pihak MCMC. Kaunter akan dibuka bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang maka Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh menggunakan platform yang disediakan untuk sampaikan aduan atau pun masalah berkaitan kepada pihak MCMC. Terima kasih dan sesi soalan lisan. Kita mula dengan Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Bakap. Sila.

Nor Zambri bin LatiffPAS · PNSungai Bakap

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri soalan nombor 71. No. 71. Senaraikan bilangan pemohon kewarganegaraan dan bilangan permohon yang telah diluluskan bersadarkan asal negara pemohon dari tahun 2021 hingga kini. (a) Senaraikan syarat-syarat yang melayakkan mereka memohon warganegara Malaysia. (b) Senaraikan pihak dan agensi yang terlibat dalam meluluskan kewarganegaraan ini di Negeri Pulau Pinang. (c)

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Selamat pagi soalan daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Bakap berkenaan dengan kewarganegaraan. Jadi berdasarkan kepada rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

sebanyak 17,113 permohonan kewarganegaraan daripada pelbagai perkara telah diterima bagi tempoh Januari 2021 sehingga Oktober 2023, daripada jumlah tersebut 188 permohonan telah diluluskan, 864 permohonan telah ditolak dan 16,061 permohonan sedang diproses. Daripada 188 permohonan yang diluluskan, 40 permohonan daripada negara asal Indonesia, 16 permohonan dari negara asal India, 5 permohonan daripada negara asal Filipina dan 127 permohonan dari negara-negara lain. Ingin dijelaskan bahawa jumlah kelulusan yang dinyatakan adalah daripada permohonan yang diterima bagi tempoh tersebut sahaja dan jumlah itu tidak termasuk permohonan yang diterima, diproses dan diluluskan pada tahun sebelumnya. Sehingga Oktober 2023, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berjaya mengeluarkan sebanyak 10,381 keputusan permohonan kewarganegaraan atau 103.8 peratus melebihi sasaran KPI iaitu 10,000 permohonan yang ditetapkan. Proses pertimbangan permohonan akan diteruskan sehingga semua permohonan dapat diberi keputusan, jadi untuk penganugerahan kewarganegaraan Malaysia merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan. Dalam mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan Malaysia beban untuk membuktikan kelayakan untuk dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia ini pula adalah di bawah tanggungjawab setiap pemohon dan proses pertimbangan adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Bahagian 3, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuatkuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan Imigresen. Syarat-syarat wajib kelayakan wajib untuk warga asing memohon kewarganegaraan seperti berikut iaitu kewarganegaraan melalui pendaftaran. 1. Di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan bagi isteri kepada warga negara Malaysia dengan syarat-syarat berikut: a) Suami kepada wanita warga asing berkenaan bertaraf warga negara Malaysia; b) Perkahwinan masih wujud dan berterusan; c) Perkahwinan yang didaftarkan mengikut perundangan bertulis di Malaysia; d) Pemohon telah memenuhi tempoh pemastautinan melebihi 2 tahun sebelum Tarikh

permohonan; e) Berminat untuk bermastautin secara tetap; dan f) Berkelakuan baik; 2. Di bawah Perkara 15(2) permohonan boleh dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau bapa atau penjaga mana-mana orang yang di bawah umur 21 tahun maka kerajaan boleh menyebabkan orang itu didaftarkan sebagai warga negara jika sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapanya sekarang atau pada masa kematiannya seorang warganegara.

3. Di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan bagi individu berumur bawah 21 tahun dalam keadaan khas adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Di bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan bagi individu berumur 18 tahun dan ke atas yang dilahirkan di Persekutuan sebelum hari merdeka dengan syarat-syarat berikut: a) pemohon telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh tidak kurang daripada

5 tahun dalam masa 7 tahun sebelum tarikh permohonan b) berniat untuk bermastautin secara tetap; c) berkelakuan baik dan; d) mempunyai pengetahuan asas dalam Bahasa Melayu.

5. Dan tentang kewarganegaraan melalui penaturalisasian. Kewarganegaraan melalui penaturalisasian di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan dengan syarat-syarat berikut : a) berumur 21 tahun atau lebih; b) pemohon telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh tidak kurang daripada

10 tahun dalam masa 12 tahun sebelum tarikh permohonan; c) berniat untuk bermastautin secara tetap; d) berkelakuan baik dan; e) mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang mencukupi;

Dan permohonan kewarganegaraan dikemukakan secara berasingan dengan kandungan maklumat dan dokumen sokongan yang berbeza-beza. Maka hasil penilaian dan pertimbangan juga adalah berbeza mengikut keperluan. Bukti dan fakta kes berdasarkan maklumat yang diberikan. Fakta dan maklumat bukti yang dikemukakan oleh setiap pemohon akan diteliti mengikut giliran yang sewajarnya sebelum keputusan dikeluarkan. Pertimbangan yang teliti perlu dilaksanakan bagi memastikan taraf kewarganegaraan Malaysia diberikan kepada individu yang benar-benar layak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan tanpa menjejaskan aspek keselamatan, kepentingan negara dan warga negara sedia. Justeru penglibatan, kerjasama dan komitmen pelbagai agensi seperti PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Konsulat Negara Asing dan agensi-agensi lain yang berkaitan diperlukan dalam proses permohonan kewarganegaraan. Sejak tahun 2013, Kerajaan Negeri Pulau pinang telah memperkenalkan program kewarganegaraan Kerajaan Negeri sebagai satu usaha untuk membantu menyelaraskan isu kewarganegaraan yang dihadapi oleh penduduk Pulau Pinang yang tidak mempunyai taraf kerakyatan Malaysia. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Tanya yang sabit dengan bidang kuasa Kerajaan Negeri sahajalah kalau tidak ada soalan ini saya rasa banyaknya bidang kuasa Persekutuan sepatutnya soalan ini perlu ditolak. Sila

Nor Zambri bin LatiffPAS · PNSungai Bakap

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan pencerahan cuma sebagai soalan tambahan tadi disebut 17,000 telah memohon sejak tahun 2021 dan sehingga kini cuma 188 permohonan diluluskan. Jadi soalan saya daripada 188 itu adakah faktor perkahwinan atau pun faktor yang lain yang diluluskan permohonan ini adakah majoritinya faktor perkahwinan atau pun faktor yang lain. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Menteri Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri, sila, tidak ada, macam mana hendak jawab, tidak boleh.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Jabatan Pendaftaran Negara jadi kita kena rujuk ke sana untuk dapatkan yang lebih detail. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta maaflah yang ini kena dapat jawapan di Parlimen. Dan saya hendak menjemput soalan 72 telah pun dijawab bersama dengan soalan 19 tempoh hari yang lalu dan Yang Berhormat Penaga dipersilakan.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan Yang Berhormat Ahli Kawasan Penaga nombor 73. No. 73. Apakah perkembangan terkini projek hospital patuh syariah di BayanBaru? (a) Apakah pelan Kerajaan Negeri dalam memastikan oprijek ini dapat disiapkan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan yang bertanya Yang Berhormat Penaga. Berkenaan dengan perkembangan terkini Projek Hospital Patuh Syariah di Bayan Baru, apakah plan Kerajaan Negeri dalam memastikan projek ini dapat disiapkan. Penubuhan pembinaan Hospital Islam Pulau Pinang yang dianggarkan telah mencecah RM300 juta tertangguh selepas kontraktor yang dilantik sejak 2018 gagal menyiapkan projek berikutan isu dana dan ketiadaan pelabur untuk membiayai projek berkenaan. Jadi Yayasan Islam Pulau Pinang sedang mendapatkan rakan strategik yang baru sama ada dari

dalam atau luar negara. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah dilantik sebagai Project Management Consultant bagi melaksanakan kajian dan kaedah pelaksanaan terbaik bagi membolehkan projek ini diteruskan. Jadi buat masa sekarang ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang sedang distrukturkan semula yang akan dianggotai oleh para professional dalam bidang berkaitan.

Zulkifle Bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, bila kita bercakap berkenaan projek-projek pembinaan seperti hospital yang dicadangkan seperti apa yang dipersoalkan tadi oleh sahabat saya, dalam bentuk pembinaan ini selalunya kita tahu ada dia punya keselamatan dia. Jadi kita minta Kerajaan Negeri peka dalam keadaan ini contoh kita semalam kita dikejutkan dengan kematian 3 orang pekerja di Batu Maung apabila pembinaan logistik bangunan tersebut runtuh. Jadi ini melibatkan tanggungjawab dan pekerjaan SHO (dengan izin) Safety Health Officer yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan tersebut sekarang kita dapati banyak SHO-SHO ini menggunakan lesen dia untuk katakan dia jaga satu tempat walhal dia menjaga banyak tempat, jadi benda ini perlu dilihat daripada struktur imbasan daripada Kementerian Dalam Negeri di Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan tambahan yang tidak berapa berkaitan dengan soalan pokok.

Zulkifle Bin BakarBERSATU · PNPenanti

Untuk makluman sebab benda ini terjadi Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, mati ini 3 orang ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya saya tahu, saya tahu.

Ambil pandangan daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Penanti.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Ahli Kawasan Permatang Berangan sila.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan Yang Berhormat Ahli Kawasan Permatang Berangan nombor 74.

No. 74. Senaraikan bilangan kelulusan lesen penjaja di Pulau Pinang dari tahun 2018 hingga 2023 mengikut bangsa dan DUN. (a) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu memudahkan urusan mendapatkan lesen tersebut?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri bagi saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Permatang Berangan. Perincian bilangan kelulusan lesen penjaja di Pulau Pinang dari tahun 2018 hingga tahun 2023 mengikut bangsa dan DUN adalah seperti di lampiran A yang akan diletakkan di atas meja yang Berhormat selepas sesi soalan lisan. Kerajaan Negeri...

Yang di-Pertua (Speaker)

Tolong tanya khabar kepada kawan.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Khabar baik Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan komited dalam membantu memudahkan penjaja mendapatkan lesen melalui inisiatif seperti berikut : 1) Memudahkan proses pengeluaran lesen permit kepada penjaja

peniaga kecil; 2) Menyujudkan garis panduan yang boleh diakses melalui laman

web PBT bagi dijadikan panduan kepada penjaja dan peniaga kecil dalam menjalankan perniagaan; 3) Memberikan keutamaan kepada peniaga-peniaga di tepi jalan

untuk mengisi kekosongan ruang niaga dimiliki oleh PBT

melalui sesi temuduga ruang niaga yang diadakan setiap bulan; 4) Memberi taklimat dan sesi konsultasi kepada penjaja-penjaja di

tapak; 5) Mengadakan Program Mesra Pelanggan yang dikenali santai

peniaga bagi membantu peniaga-peniaga untuk menukarkan

konsep atau bentuk perniagaan kepada truck makanan dengan

menyelaras perjumpaan peniaga-peniaga bersama agensi

kewangan berkaitan dan penyediaan truck makanan;

6) Mensyaratkan kepada mana-mana pemajuan baharu di Pulau

Pinang berkenaan keperluan menyediakan ruang niaga di

lokasi yang strategik berdasarkan keperluan di sesuatu lokaliti; 7) Mewujudkan lokasi penempatan semula penjaja tepi jalan

bagi lokasi-lokasi yang bersesuaian dan tidak menimbulkan

halangan atau kacau ganggu kepada orang awam; 8) Memberi khidmat nasihat semasa penyerahan notis terhadap

penjaja tanpa lesen. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan seterusnya soalan 75 telah pun dijawab bersama dengan soalan 42 tempoh hari yang lalu dan saya hendak menjemput soalan 76.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 76.

76. Nyatakan bilangan dan jenis GLC di bawah Kerajaan Negeri. (a) GLC di Pulau Pinang telah memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan projek dijalankan. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan, meningkatkan 'job security' dan memastikan bakat GLC dapat kekal berkhidmat di agensi masing-masing dan terus menyumbang kepada pembangunan negeri?.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Berapit. Saya jawab bagi mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Baik, pada masa kini terdapat 15 GLC di bawah Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang dan satu GLC di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang (SSI). Senarai ke semua 16 GLC seperti di lampiran iaitu Penang Global Tourism Sdn. Bhd., PGC Strategies Sdn. Bhd., PWDC, PYDC, Digital Penang, Penang Stem, Penang Science Cluster, Georgetown Conservation and Development Corporation Sdn. Bhd., George Town World Heritage Incorporated Penang, Cooperated Penang Text Center, Penang Halal International, Penang FC, Penang Infrastructure dan Penang Harmoni dan bagi SSI adalah investPenang. Bagi memastikan kebajikan jaminan pekerjaan dan bakat GLC dapat kekal berkhidmat di agensi masing-masing dan terus menyumbang kepada pembangunan negeri, Kerajaan Negeri telah membuka ruang dan peluang kepada setiap GLC untuk melantik pegawai-pegawai yang berkhidmat selama dua tahun dan ke atas yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan memberangsangkan serta mencapai petunjuk prestasi utama yang ditetapkan untuk diberi pertimbangan bagi meneruskan kontrak untuk sesuatu tempoh yang lebih panjang atau boleh terus diserap untuk berkhidmat secara tetap di GLC yang berkaitan.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan platform bagi menghantar pekerja-pekerja yang berpotensi tinggi untuk menghadiri atau menjalani latihan yang berkaitan dengan fungsi dan tugas masing-masing di dalam organisasi. Kerajaan Negeri juga turut menyediakan geran tahunan bagi setiap GLC yang merangkumi perbelanjaan bagi pembayaran gaji dan emolumen serta manfaat bagi setiap kakitangan di GLC. Gaji yang ditawarkan adalah setaraf dengan sektor swasta iaitu lebih kompetitif berbanding dengan gaji mengikut skim pencen. Ini adalah untuk memastikan setiap GLC dapat menyelaraskan agenda dan fokus kepada penyampaian perkhidmatan dengan lebih baik. Langkah-langkah ini bukan sahaja untuk meningkatkan jaminan kerja dalam kalangan pekerja GLC tetapi juga bagi mengekalkan bakat dan mempertahankan pekerja yang berkemahiran tinggi untuk terus berkhidmat dan menyampaikan perkhidmatan dengan lebih baik dan cemerlang.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan saya adalah memandangkan GLC di negeri Pulau Pinang ini bukan berunsur keuntungan iaitu non-profit semua berbentuk non profit. Jadi adakah KPI ada diadakan supaya untuk menjadikan satu benchmark. Macam mana pencapaian mereka barulah kita ada standard untuk kenaikan gaji dan keistimewaan yang diberikan dan sebagainya disebabkan kalau mereka mengikut dengan izin salary increment mengikut standard Kerajaan Negeri adalah berlainan. Maksudnya sebab GLC dibentukkan untuk kita kurangkan proses redtape dan proses yang panjang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Sudah semestinya apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kawasan Berapit berkenaan dengan adakah mempunyai KPI-KPI tertentu dalam penentuan dan penilaian dan GLC di bawah Kerajaan Negeri ini sudah semestinya menggunakan amalan-amalan the best practices dalam penilaian-penilaian untuk kenaikan gaji tahunan dan mempunyai KPI-KPI tertentu yang dikenakan kepada setiap pekerja bagi dalam setiap penilaian iaitu disebut sebagai appraisal scheme.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tiada? Dan seterusnya Bagan Dalam.

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Selamat pagi Yang Berhormat Speaker. Soalan saya soalan terakhir nombor 77. No. 77. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri pelancongan di DUN Bagan Dalam? (a) Bandar Butterworth merupakan antara bandar lama di negeri Pulau Pinang yang kaya dengan bangunan warisan serta masjid dan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) yang bersejarah. Adakah Kerajaan Negeri akan mempromosi bangunan tersebut sebagai tarikan pelancongan?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Selamat pagi. Terima kasih kepada ADUN untuk kawasan Bagan Dalam dan untuk promosi pelancongan Penang Global Tourism ataupun singkatannya PGT, mempromosikan tarikan di DUN Bagan Dalam di Butterworth dan Seberang Perai melalui pelbagai aktiviti pemasaran dan promosi. Antara aktiviti promosi adalah penting untuk mengukuhkan promosi pelancongan Pulau Pinang di pasaran antarabangsa dan domestik sebagai sebagai platform untuk pemain industri tempatan berhubung ke pasaran antarabangsa untuk menawarkan pakej pelancongan serta meningkatkan ketibaan pelancongan di Pulau Pinang. Selain itu, PGT juga menggalakkan dan mencadangkan syarikat-syarikat acara untuk menganjurkan lebih banyak acara di kawasan Butterworth sebagai contoh Penang International Food Festival telah dianjurkan di kawasan Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi dan Butterworth Festival akan dianjurkan pada pertengahan Disember akan datang. Di samping itu juga, pelbagai acara dan sama ada kebudayaan kesenian dan ataupun selainnya telah dianjurkan juga di Penang International Convention Cultural and Arts Centre atau singkatannya PICCA ataupun nama lainnya Butterworth Arena. Untuk promosi pelancongan, PGT telah mempromosikan bangunan-bangunan warisan di Butterworth termasuk masjid dan Rumah Ibadat Bukan Islam melalui media sosial, risalah, video dan pameran pelancongan. Selain itu, PGT juga turut mengadakan familiarization trip ataupun FAM trip kepada wakil media dan ejen pelancongan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada para pemain industri pelancongan mengenai Butterworth. Pendedahan ini juga membolehkan mereka memperolehi pengetahuan yang lebih mendalam untuk berkongsi dengan pelanggan dan pembaca mereka serta meningkatkan promosi terhadap kawasan tersebut. PGT juga turut mempromosikan tempat-tempat di Butterworth sebagai lokasi fotografi pra perkahwinan bersama juga dengan Minor Basilica Of St Anne, Bukit Mertajam dan tempat-tempat pelancongan lain melalui Persatuan-Persatuan Perancang Majlis Perkahwinan Tempatan. Itu jawapan saya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong. Soalan tambahan saya, bolehkah Kerajaan Negeri mempromosikan konsep heritage trail untuk bangunan-bangunan bersejarah di kawasan Seberang Perai seperti bandar Butterworth juga mempunyai pelbagai restoran dan gerai makanan terkemuka seperti Restoran Nelayan Terapung Ujung Batu, Restoran Tokyo, Rojak Tonggek berhampiran Klinik Kesihatan Butterworth dan juga Nasi Kandar Bawah Pokok dan sebagainya. Bolehkah Kerajaan Negeri mempromosikan destinasi ini dengan konsep seperti Butterworth Food Trail …. (dengan izin).

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Strategi PGT ialah kita kebanyakannya kita untuk pasaran antarabangsa dan saya juga rasa itu cadangan yang baik dan terdapat banyak permintaan daripada YB-YB semua kawasan, 40 kawasan semua hendak promote, semua hendak promote. Oleh itu, tapi kita kena tumpu kepada yang betul-betul boleh menarik perhatian pelancong-pelancong. Oleh itu, saya menerima cadangan daripada Bagan Dalam dan saya boleh juga cadangkan semua Yang Berhormat bahawa kalau ada boleh juga atas inisiatif ADUN-ADUN sendiri menggunakan media sosial dan sebagainya promote food heritage trail di kawasan masing-masing. Food trail di kawasan masing-masing dan juga pelbagai trail di kawasan masing-masing supaya mengangkat kawasan masing-masing sebagai tempat tarikan untuk domestik dulu kemudian baru boleh naik kepada peringkat antarabangsa sekiranya dia telah sampai ke tahap yang amat menarik maka pihak Kerajaan Negeri tentunya akan menjadikannya satu fokus yang amat besar bukan sahaja di kawasan Bagan Dalam tapi kawasan-kawasan lain. Itu sahaja jawapan daripada saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih. Maka, Ahli-ahli Yang Berhormat kesemua 77 soalan lisan telahpun dijawab dan saya mengucapkan terima kasih kepada mereka Yang Berhormat yang bertanya dan EXCO yang menjawab. Sila.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan terletak di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.Maka, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi penggulungan atas Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2024 dan saya hendak mempersilakan Yang Berhormat yang hendak menggulung. Sila, Pantai Jerejak.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bismillah hirrahmanirrahim. Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 1, Timbalan Ketua Menteri 2, Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan, puan-puan dan juga rakan media yang mengikuti ucapan penggulungan perbahasan untuk belanjawan pada kali ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam Penang2030, Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang atas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 dan juga Usul Anggaran Pembangunan 2024 sempena Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada 24 November yang lalu. Menerusi ucapan tersebut Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha bagi memastikan agensi atau jabatan yang berkaitan meningkatkan lagi hasil pengeluaran dan juga kualiti produk untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi di negeri Pulau Pinang. Dato' Speaker, jumlah keseluruhan belanjawan pada 2024 adalah berjumlah RM12.43 juta berbanding peruntukan yang telah disalurkan pada tahun 2023 sebanyak RM14.52 juta. Walaupun berlaku sedikit penurunan akibat defisit sebanyak 14.4% namun Kerajaan Negeri khususnya MMK Agroteknologi Keterjaminan Makanan dan juga Pembangunan Koperasi atau singkatannya AKP akan terus memberi komitmen dan juga berusaha untuk memanfaatkan setiap sen yang telah diberikan untuk kemaslahatan bersama. Saya berikrar dan juga berjanji untuk memastikan bahawa penyaluran kewangan bagi tahun 2024 ini akan dinilai kembali di bawah portfolio ini agar setiap wang yang telah dibelanjakan ini dipulangkan balik dalam bentuk GDP kepada negeri serta memberi kepada peningkatan hasil pendapatan ataupun gaji kepada setiap penerima belanjawan pada 2024 ke tahap yang lebih baik. Justeru program ataupun yang tidak lagi releven ataupun tidak lagi membantu Kerajaan Negeri akan di nilai kembali. Sebelum saya mendalami gulungan belanjawan saya ini sedikit respon saya terhadap ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang hujahan awal Yang Berhormat Ketua Pembangkang berkenaan tentang adil, belanjawan pembahagian belanjawan, saya beranggapan bahawa ucapan tersebut seperti Belanda meminta tanah. Saya yakin penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah jelas dan juga justeru daripada cempedak biarlah nangka, daripada tidak biarlah ada. Dato’ Speaker pada tahun 2024 peruntukan sebanyak RM6.93 juta akan disalurkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang yang akan meneruskan kesinambungan 16 buah projek termasuklah dua projek membaik pulih dan juga menaik taraf infrastruktur pengoperasian jabatan. Manakala, RM4.6 juta pula akan disalurkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi projek-projek pembangunan pengeluaran ternakan termasuklah pembangunan industri ruminan serta program kesihatan dan juga kebajikan haiwan. Pada tahun 2024 juga sebanyak RM500,000.00 ribu untuk program (dengan izin) farmer to farmer akan diteruskan manakala sebanyak RM 400,000.00 ribu ringgit akan diperuntukan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bagi menaik taraf jeti pendaratan ikan di Sungai Chenaam, Nibong Tebal. Lepas ini Sungai Acheh boleh

berterima kasih kepada Kerajaan Negeri lah peruntukan telah diberikan sebanyak RM400,000.00 ribu. Ini sekaligus telah menjawab ataupun menjawab Yang Berhormat Bukit Tambun berkenaan tentang jumlah peruntukan yang disalurkan pada tahun 2024. Untuk maklumat tambahan juga kepada Yang Berhormat Bukit Tambun sebanyak 1 juta telah diperuntukan kepada Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bagi mempergiatkan lagi industri kerang di mana peruntukan ini telah diperuntukan pada tahun 2023. Justeru, Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan program ini termasuklah inisiatif berkenaan tentang Bantuan Pukat kepada nelayan yang berdaftar pada tahun 2024 pada yang akan datang. Maklumat tambahan juga kepada Bukit Tambun sebenarnya peringkat Kementerian Persekutuan melalui KPKM juga telah menyalurkan belanjawan sebanyak 16.6 juta kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuklah Jabatan Perikanan Pulau Pinang. Dato’ Speaker, Insiatif Pendapatan Rakyat IPR melalui Kementerian Ekonomi telah dilancurkan ataupun dilancarkan pada Februari 2023 yang bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar, miskin dan juga golongan B40 untuk menjana pendapatan mampan. Menerusi inisiatif pertanian di bawah kategori Inisiatif Usahawan Tani iaitu INTAN, golongan yang boleh memohon adalah terdiri daripada syarikat pertanian, rantaian peruncitan makanan, pengeksport, agensi-agensi kerajaan yang terkait serta koperasi. Justeru, Kerajaan Negeri amat berharap agar kita dapat mendapatkan kebaikan daripada pelaksanaan inisiatif ini ibarat air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan, gula tertumbuh pada kanji. Dato’ Speaker, bagi memperkasakan Agromakanan Pulau Pinang, saya tidak berhasrat untuk mengemukakan secara terperinci tetapi saya akan bercakap separa secara sepintas lalu.Pertama, Kerajaan Negeri akan melancarkan Projek Digilitasasi Agromakanan yang akan memperolehi data-data petani, penternak dan juga nelayan yang akan membantu Kerajaan Negeri untuk melihat stok makanan yang sedia ada. Ini telah membantu ataupun menjawab hasrat Yang Berhormat Permatang Berangan iaitu Kerajaan Negeri boleh lah menyatakan stok bekalan makanan serta kita boleh menyekakan langkah awal bagi isu ketidakcukupan bekalan makanan yang mungkin berlaku dan kerajaan Negeri akan boleh bertindak. Yang kedua, Kerajaan Negeri juga akan mempergiatkan lagi projek-projek yang menggunakan internet teknologi internet of things (dengan izin) IOT serta projek-projek bagi menambah produktiviti padi yang telah saya sebut pada pergulunggan yang awal. Ketiga, dalam sektor penternakan juga kita akan menjalankan Projek Pusat Ternakan Ruminan Bersepadu Negeri Pulau Pinang serta Pusat Pengeluaran Makanan Ruminan Pulau Pinang yang sedikit sebanyak membantu para penternak dan terus menjawab persoalan Yang Berhormat Permatang Berangan mengenai apakah langkah Kerajaan Negeri dalam membantu penternak menghadapi kenaikan makanan ternakan, justeru program dan juga projek yang dicadangkan dapat membantu penternak secara kolektif dalam pengurusan dan juga pengoperasian industri ternakan di dalam Negeri Pulau Pinang. Keempat, Bank Benih Padi Pulau Pinang. Cadangan awal telah dihantar dengan pengambil alihan kilang benih padi di Bumbung Lima berserta permohonan kuota sebanyak 5,000 tan metrik dan sekiranya kita peroleh permohonan ini sebanyak 9,000 tan metrik akan diperuntukan di dalam Negeri Pulau Pinang dan inisiatif ini sejajar dengan cadangan Yang Berhormat Sungai Puyu untuk mewujudkan inisiatif-inisiatif untuk membantu industri beras di Negeri Pulau Pinang. Yang kelima, Ladang Pintar. Kerajaan Negeri di bawah MMKKP sedang berusaha bekerjasama dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan juga JKP Sdn Bhd di mana kita

telah membawa pelabur-pelabur yang terkait untuk membawa sistem ladang pintar ini untuk diusahakan dalam Negeri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan Dato’ Speaker tanah yang dicadangkan untuk kita laksanakan ladang pintar ini adalah di kawasan Penaga. Minta izin kawasan Penaga Yang Berhormat Penanga untuk kita melaksanakan industri pertanian ini tanah milik JKP sebanyak 34 hektar di sana dan kita akan usahakan ladang pintar ini dan kewangan akan diusahakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia insyaAllah saya berdoa bahawa ladang pintar ini dapat dilaksankan sebaik mungkin tanah milik JKP Sdn Bhd dan juga kewangan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan saya berharap agar kerjasama erat antara pihak berkaitan khususnya termasuklah Kerajaan Persekutuan ini di anggap sebagai isi dengan kuku terus berada di landasan positif dan membuahkan hasil. Keenam, Projek Gudang Keterjaminan Makanan. Saya akan kupas sedikit lebih lanjut tentang program ataupun projek ini. Projek ini akan melibatkan beras putih tempatan, minyak masak dan juga gula yang akan berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kita akan memohon lesen barang kawalan barang kawalan ini adalah beras putih tempatan termasuklah minyak masak dan juga gula untuk memberi keupayaan kepada Kerajaan Negeri mengawal barangan kawalan ini dan mengagihkan kepada rakyat tempatan. Dato’ Speaker apabila Kerajaan Negeri mempunyai lesen ini sedikit sebanyak kita boleh mencipta beras tempatan sendiri di mana sekiranya kalau KOMTAR nak buat beras cap KOMTAR kita buat beras cap KOMTAR, kalau Seberang Jaya hendak buat beras Seberang Jaya kita akan buat beras cap Seberang Jaya dan ianya akan memberikan manafaat kepada rakyat di Negeri Pulau Pinang. Kita akan bekerjasama dengan pihak kerajaan ataupun pihak kerajaan sedia ada pada saat dan juga ketika ini kita telah memilih FAMA Negeri Pulau Pinang iaitu di kawasan Perai sebagai gudang untuk memproseskan beras ini dan juga kita telah menilai beberapa kriteria untuk membantu Kerajaan Negeri untuk menjalankan perkara ini. Langkah seterusnya Kerajaan Negeri akan menghantar permohonan kepada Jabatan Kawalan Selia Padi Negeri Pulau Pinang dan akhirnya akan mendapat kelulusan daripada pihak kementerian. Saya sudah bertemu dua mata bersama dengan menteri beliau bersetuju bahawa Kerajaan Negeri sepatutnya mengambil langkah sebegini seperti ini beliau akan mengambil pihak BERNAS untuk bersua muka untuk memastikan bahawa harga yang diperolehi oleh BERNAS daripada BERNAS lebih murah berbanding pengusaha-pengusaha swasta agar Kerajaan Negeri mampu memberikan beras tempatan yang lebih baik. Sekali lagi saya nak tegaskan bahawa konsep dan juga kaedah ini dia berbeza berbanding negeri-negeri yang lain kalau negeri-negeri lain sebelum ini yang saya sebut tadi adalah mereka ini repair king ataupun mereka memberi subsidi terhadap beras tersebut tetapi kali ini Kerajaan Negeri akan memegang lesen barangan kawalan beras tersebut maknanya ia ianya lebih berakar umbi lah bukan bersifat populis ataupun bersifat yang lebih jangka masa pendek dan sekiranya kita mempunyai lesen ini sekiranya kita mohon 5 ribu tan metrik beras kita mempunyai kawalan 5 ribu tan metrik pada satu-satu masa. Maknanya makna kata la kalau beras tak ada ni Kerajaan Negeri boleh tengoklah atau boleh memantau perkara ini tak dak lah nak kata semua masalah akan dapat diselesaikan sekiranya Kerajaan Negeri memegang lesen ini tetapi sedikit sebanyak membantu selepas ini ketering Umi Sekha ka, kedai-kedai nasi kandar dil uar ni ka support la memberi sokong lah Kerajaan Negeri beras Kerajaan Negeri minyak Kerajaan Negeri dan juga gula Kerajaan Negeri tetapi untuk minyak masak dimaklumkan

Nor Zamri bin LatiffPAS · PNSungai Bakap

Dato’ Speaker.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Oleh pihak saya habiskan ayat saya sebelum Yang Berhormat masuk saya dimaklumkan bahawa kepada pihak Kementerian KPDNHEP bahawa kuota minyak masak pada saat ini telah habis. Sudah habis. Sekiranya ada kekosongan ataupun syarikat swasta yang telah di batalkan lesen Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh lah menghantar permohonan tersebut. Dipersilakan.

Nor Zamri bin LatiffPAS · PNSungai Bakap

Terima kasih kepada YB EXCO. Cuma tadi saya tertarik tentang ladang pintar bersama JKP yang akan dibuat di Penaga. Cuma soalan saya siapa yang akan mengusahakan sawah tersebut.

Mohon mencelah.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Okey.

Baik terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih YB ADUN Pantai Jerejak, saya melihat pergulungan yang telah di buat tadi dan berkaitan dengan bahan-bahan bersubsidi beras, minyak yang kelmarin juga saya telah bangkitkan soal beras tempatan memang sukar dalam masa dewasa kini untuk masyarat ataupun rakyat khususnya B40 mendapatkan bekalan beras tempatan di kedai-kedai runcit dan begitu juga dengan minyak yang telah di sebut tadi kuotanya telah habis dan selain daripada beras tempatan selain daripada minyak paket bersubsidi yang disediakan oleh kerajaan juga masalah gula yang perlu di lihat sebab sekarang ini nak dapatkan gula bersubsidi dia mesti disekalikan dengan gula premium satu gula bersubsidi kena ambil satu gula premium yang harganya empat ringgit lebih. Jadi dulunya tak pernah berlaku sebagaimananya hari ini so nak minta juga EXCO untuk melihat isu bahan-bahan bersubsidi ini.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Terima kasih seperti yang saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri sedang buat projek gudang keterbegena makanan ini ia termasuklah minyak masak dan juga gula untuk kita memberi keutamaan kepada Kerajaan Negeri untuk kita memasarkan produk tersebut. Menjawab persoalan Yang Berhormat berkenaan tentang apa yang ladang pintar tersebut pihak mana pihak ini adalah pihak swasta iaitu cultivated pihak swasta pihak cultivated dia telah memperkenalkan satu teknologi iaitu menanam tanaman sayur-sayuran bukan di dalam kawasan padi ini berkenaan tentang ladang pintar menanam sayura-sayuran. Beliau menanam dalam satu kapsul yang kecil

dan juga penggunaan tanah yang sedikit dan juga air yang sedikit so projek swasata ini telah dijalankan di daerah Klang lah Selangor mereka dan buat dah tapi diperingkat swasta cumanya telah dikemukakan kepada pihak kami untuk dilaksanakan di dalam Negeri Pulau Pinang dan permohonan ini telah dihantar kepada Kementerian Kewangan Malaysia dan juga tanah diperolehi di kawasan JKP sendiri lah. So, Alhamdulillah pihak MOF telah memberi komitmen untuk membantu kewangan dalam program ini la. Program ini telah menyelesaikan masalah di Pulau Pinang iaitu kekurangan tanah yang kedua penggunaan air lebih kurang kurang berbanding tanaman sayur-sayuran sekarang ini. Produk-produk yang dikeluarkan adalah produk yang berkualiti tinggi seperti tomato ataupun tanaman sayur yang yang mempunyai kualiti yang tinggi kita boleh menentukan saiz mereka kita boleh tentukan kualiti dan akan dihantar ke negara-negara luar seperti Dubai dan Singapura. Sambung Dato’ Speaker berpindah pula berkenaan tentang terkaitnya penurunan sara diri SSL padi daripada 63.71 peratus kepada 61.56 peratus adalah disebabkan beberapa perkara antaranya adalah serangan perosak seperti benang perang, ulat pengorek batang, siput gondang, ulat daun dan kesiang. Didapati sebayak 30.22 peratus daripada 68 lot daripada keseluruhan hasil mempunyai serangan perosak. Kedua pengemaskinian presel padi menggunakan sistem MakGeo padi dan yang ketiga terdapat masalah tanah jerlus yang mengakibatkan hasil tidak dapat dituai seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Penaga. Namun beberapa langkah yang telah diambil seperti yang telah saya ulas dalam ucapan gulung saya minggu lepas, dan untuk memastikan kadar sara diri ini tidaklah menurun pada tahun 2024. Sekali lagi saya ulang, antaranya adalah inisiatif input iaitu baja dan juga pelbagai jenis racun kawalan perosak, inisiatif pembersihan parit ladang ataupun penyelenggaraan saliran dan juga kawalan perosak secara bersepadu dan terakhir adalah Program Keladi Agas. Tertarik untuk saya menjawab berkenaan Yang Berhormat Bertam, di Negeri Pulau Pinang data yang diperolehi di kawasan padi masih mempunyai 12,105 hektar di empat (4) daerah. Saya perincikan yang pertama, di daerah Seberang Perai Utara sebanyak 8,144 hektar. Yang kedua, Seberang Perai Tengah 2,398 hektar dan daerah Seberang Perai Selatan 1,267 hektar dan di daerah Barat Daya sebanyak 295 hektar. Untuk pengetahuan semua, Dato’ Speaker sebenarnya Pulau Pinang boleh menjadi negeri yang tinggi dalam produktiviti padi adalah hasil daripada usaha mantan Perdana Menteri Yang Berhormat Ahli Parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Badawi. Sebenarnya pada zaman beliaulah, banyak tanah-tanah ditebusguna untuk kawasan-kawasan padi khususnya di kawasan Parlimen Kepala Batas dan juga banyak peruntukan telah diperuntukkan untuk memperbaiki saliran-saliran di kawasan-kawasan padi. Justeru sekiranyalah, saya nasihatkan kalaulah ada orang-orang kampung di sini yang nak tukar guna tanah daripada jelapang padi ke rumah ka ataupun tanah perindustrian ka, saya nasihatkan janganlah. Sebab Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak di kawasan jelapang padi, tapi saya agak kecewa sekiranya ada pihak yang cuba untuk tukar kawasan padi ni kepada kawasan-kawasan perumahan. Banyak di kampung-kampung kita, misalnya di Permatang Pauh ka misalnya dikawasan-kawasan Kepala Batas ka, banyak orang-orang melayu kita ni yang tukar kawasan jelapang padi ini kepada perumahan. Saya rasa keadaan ini sangat mendukacitakannya, mendukacitakan sekiranya ada. Saya menasihati semua orang kampung kita janganlah buat perkara sebegitu rupa, sebab kerajaan telah memperuntukkan peruntukan yang begitu banyak untuk memastikan bahawa kawasan jelapang padi ini terjaga dengan lebih baik. Seterusnya, untuk menjawab juga berkenaan tentang Program Smart Sawah Berskala Besar ada juga menurut maklumat IADA Negeri Pulau Pinang memulakan bahawa perkara-perkara seperti kawasan masalah tanah jerlus, keadaan cuaca serta serangan penyakit hawar

bulir ni bakteria menyebabkan program-program ini terbantut yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bertam, Yang Amat Berhormat Bertam berkenaan tentang hasilnya menurun dari tahun ke tahun. Faktor-faktornyalah yang saya sebut tadi. Kerajaan Negeri memandang serius berkenaan tentang isu ini, Insya-Allah kita akan berbincang dengan pihak IADA Pulau Pinang untuk melaksanakan langkah kawalan dengan kerjasama di peringkat Kementerian Pusat.

Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga melalui portfolio MMK AKP ini merencana untuk menubuhkan sebuah Syarikat JSC yang memberi fokus terhadap Agro Teknologi. Banyak program-program yang akan, yang akan dibuat oleh pihak MMK AKP ini termasuklah Ladang Pintar, termasuklah Projek Digitalisasi, Projek Keterjaminan Makanan, Gudang Makanan dan juga lain-lain, dan insya- Allah saya juga cuba berusaha untuk merealisasikan perkara ini agar perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik. Iaitu telah menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bertam tentang cadangan mewujudkan pihak bertanggungjawab sebagai Special Purpose Vesiline SPF (dengan izin) bagi pelaksanaan penanaman padi serta penyelarasan hasil padi ataupun beras secara pengurusan berpusat. Yang Berhormat Teluk Bahang turut mengambil berat tentang hasil pengeluaran raja buah di dalam ataupun di dalam negeri kita. Dalam sesi ucapan gulung saya, setelah mewar-warkan tentang pelbagai buah yang telah diperkenalkan dalam kawasan Negeri Pulau Pinang. Bagi menjaga kualiti dan juga standard durian negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri telah mendapat pensijilan MyIPO pada tahun 2026 daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia bagi Durian Balik Pulau. Pada tahun hadapan, insya- Allah Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang akan membuat permohonan semula pada MyIPO untuk Durian Balik Pulau. Jangan risau, Yang Berhormat. “Jenama kita, Hak kita”. Sedaya upaya kita akan mempertahankan hasil bumi Pulau Mutiara ini. Dato’ Speaker, Menjawab persoalan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, berkenaan tentang pembangunan industri Pelancongan Agro yang berasaskan komuniti, ataupun kawasan desa di kawasan seberang. Untuk maklumat Yang Berhormat, di Permatang Pauh kita ada satu projek di panggil Permatang Pauh Agropark yang dibangunkan bermula pada tahun 2018 di Lot 331 dan juga di Lot 498, Mukim 19, daerah Seberang Perai Tengah. Dengan keluasan yang sebanyak 9.07 hektar dan juga keluasan bertanam sebanyak 7.28 hektar, seramai enam peserta terlibat dan salah seorang peserta juga telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record dengan First Vanilla Smart Farm in Malaysia pada tahun 2020. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM393,977.00 telah disalurkan pada tahun awal tahun tersebut, dan anggaran jualan hasil daripada program ini sebanyak RM762,591.10 bermula 2021 sehinggalah 2023. Insya-Allah Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, saya mengambil cadangan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar untuk membangunkan industri Pelancongan Agro selain daripada kawasan Permatang Pauh, kita akan juga lihat di kawasan Kepala Batas dan juga kawasan Telok Ayer Tawar khususnya Yang Berhormat, Insya-Allah. Yang Berhormat Air Itam juga ada mencadangkan tentang bagaimana ataupun cadangan untuk meningkatkan kemahiran, kaedah pemasaran dalam sektor perladangan khususnya industri Sarang Burung Walit. Sebagai maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah melancarkan Garis Panduan Seragam Sarang Burung Walit Mentah untuk Dagangan ataupun dikenali sebagai GARUDA pada tahun 2019 untuk tujuan memberi rujukan kepada pemain industri ini. Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan menambahbaik ataupun meneliti semula garis panduan ini untuk tambahbaik agar sesuai dengan kehendak pemain industri serta pemegang taruh yang berkait dengan industri semasa. Seterusnya, menjawab persoalan Yang Berhormat Batu Lancang berkenaan tentang kewujudan pengurangan belanjawan dalam sektor industri unggas khususnya ayam dan juga itik. Untuk pengetahun Yang Berhormat, ini adalah anggaran belanjawan tidaklah ianya berkurang

dan juga ada pembahagian-pembahagian sektor-sektor ini saya yakin di peringkat Jabatan Veterinar, memandangkan Kerajaan Persekutuan juga turut memberi subsidi tambahan kepada penternak komersial yang terlibat di dalam negeri ini dan inisiatif ini akan diteruskan untuk tahun 2024. Saya memberi jaminan bahawa 100% bagi pelaksanaan 2024, untuk memastikan bahawa pembelanjaan di setiap sektor ini akan seimbang mengikut keperluan-keperluan semasa.

Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Air Putih, berkenaan tentang cadangan untuk membangunkan dan juga meningkatkan lagi industri penternakan ikan laut ataupun ikan air payau, saya bangga untuk menyebut bahawa kita mempunyai enam (6) lokasi iaitu yang pertama, Sungai Udang, kedua Pulau Aman, ketiga Batu Maung, keempat Pulau Betong, yang kelima Teluk Bahang dan juga yang seterusnya Pulau Jerejak dengan hasil untuk ikan sangkar air payau sebanyak RM1.84 juta dan juga sangkar ikan air tawar sebanyak RM704,288.00. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Perikanan Negeri akan ataupun telah menyusun program-program perkembangan akuakultur bagi membantu usaha akuakultur sedia ada. Pada tahun 2023 sahaja, sebanyak RM119,190.00 telah diperuntukkan bagi menyalurkan bantuan kepada pengusaha ikan ternak, pengusaha pembenihan ikan dan juga pengusaha ikan hiasan dalam bentuk input dan juga peralatan. Sekali lagi saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat Air Putih, saya akan meneruskan ataupun saya akan memikirkan perkara yang lebih baik untuk membantu industri ikan sangkar. Oleh kerana pulangan mereka kepada Kerajan Negeri sangat tinggi, saya melihat bahawa Kerajaan Negeri akan memberi fokus utama kepada pemain-pemain industri ikan sangkar. Tambahan pula berkenaan tentang penambahbaikan ikan sangkar ini, pada tahun-tahun sebelum ini sekiranya kita ingin memohon lesen SKL kita seharusnya memohon tanah ataupun kena masuk Mesyuarat Landcom tiap kali kita nak memperbaharui lesen SKL. Tetapi bermula zaman saya, setelah memperbaharui prosedur yang baru di mana permohonan baru sahaja yang harus masuk dalam Mesyuarat Landcom. Lesen-lesen yang seterusnya, tahun demi tahun akan dimasukkan dalam jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya sendiri sahaja. Sebelum ini susah, kalau nak masuk Landcom, enam bulan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yang Berhormat, mohon mencelah.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Ya.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Mohon mencelah. Tadi Yang Berhormat (dengan izin) Speaker, tadi Yang Berhormat menyebut tentang penternakan ikan sangkar tadi menyumbang kepada dikira satu sumbangan yang banyak. Saya tanyalah mengikut penternak ikan sangkar ni, berapa orang mengikut pecahan kaum, yang mengusahakan penternakan ikan sangkar sekarang ni.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya akan bagi jawab bertulislah tentang kaum. Tapi, persoalan saya balik pada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, apakah relevannya kita nak membahagikan bahawa pemain industri ini adalah daripada pelbagai kaum. Adakah...

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya ni (dengan izin) Tuan Speaker.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Apa relevannya?

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Tujuan mengetahui.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Okay.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Untuk melihat keupayaan dan peluang.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Okay.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kepada nelayan-nelayan ni sebab ternakan ikan sangkar ni modal dia besar.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Okay.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Dan juga kita lihat, makna peluang yang ada kepada nelayan untuk mengusahakan penternakan ikan sangkar sebab tu kita tanya dari sudut itu. Untuk kita nilai dari sudut keupayaan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sebab tu saya tanya.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Dan juga kita tak mau perkara ni.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Dia Cina ka, India ka.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Dia Melayu ka, dia Kadazan ka, dia Dusun ka, apa ka semua kita tak pernah pinggirkan. Persoalan ni persoalan yang saya rasa apa, apa relevannya nak membahagikan tentang kaum? Kalaulah Yang Berhormat kata sepatutnya Kerajaan Negeri mengambil berat pihak-pihak nelayan yang ada ni untuk membawa mereka kepada industri ikan sangkar, saya boleh terima. Tetapi, kalau Yang Berhormat Ketua Pembangkang bangun tanya soalan pecahan kaum, saya rasa Yang Berhormat ni tidak relevan dan juga cuba memecahbelahkan rakyat Negeri Pulau Pinang khususnya.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

YB Speaker, saya rasa soalan tu soalan bertanya berkenaan dengan pecahan. Bukan soalan untuk dicakap berkenaan dengan dipinggirkan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tanya balik.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Tak dak dipinggirkan

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Apa relevannya?

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Kita cuma nak tahu. Kalau dah tak boleh, tak dak masalah boleh jawab lepas tu letak senarai tu.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Apa relevannya soalan tersebut.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Relevan dia macam yang dimaklumkan oleh Ketua Pembangkang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah. EXCO (kurang jelas).

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tak dak relevannya sepatutnya. Apa relevannya.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ni, Yang Berhormat EXCO.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Melayu ka, Cina ka.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang Berhormat EXCO. (kurang jelas) You jangan cuba provoke. You jangan cuba provoke. Kita tanya pecahan, kalau you tak boleh jawab.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tak, saya sebut tadi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

You jangan provoke kata.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Apa relevannya.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Berkaum. Pecahan (kurang jelas) You yang provoke.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Promote? Promote ka Provoke?

Yang di-Pertua (Speaker)

Duduk. Duduk.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Provoke.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cukuplah. Cukuplah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Provoke untuk nak bagi (kurang jelas) perkauman (kurang jelas). Jawab pecahan sudah. Kalau tak boleh, jawab tak boleh. (kurang jelas)

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Yang Berhormat, provoke ke promote.

Yang di-Pertua (Speaker)

Duduk. Duduk.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Provoke ka promote.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pantai Jerejak. Duduk. Haa. Saya adil. Yang sudah tanya pun, sudah dapat jawapan bahawa EXCO akan jawab dalam bertulis. Sudah! Selesai. Pantai Jerejak.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

(kurang jelas) Ucapan saya. Saya bukan promote. Saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pantai Jerejak. Pantai Jerejak boleh promote aqua culture. Jangan provoke aqua culture.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Promote pun boleh, tak da masalah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah. Okay, saya nak teruskan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Dato’ Speaker, nasihat atau tidak saya teruskan ni. Okay. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sambung aah sambung aah. Saya bangga untuk mengatakan bahawa Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri kita akan melaksanakan zon industri akuakultur di dalam Negeri Pulau Pinang. Saya mengambil ataupun saya menyeru semua nelayan-nelayan ka ataupun mana-mana pihak, daripada semua segenap kaum India, Cina, Melayu untuk menyertai program ini. Ha, program ini iaitu Zon Industri Akuakultur Negeri Pulau Pinang. Setakat ini kita ada 6 kawasan. Dan kalau ada penambahan daripada kawan-kawan kita di kawasan-kawasan yang lain, insya-allah dengan 200% saya akan turun untuk memastikan bahawa kawasan ini akan terlibat. Pertama di pengairan Sungai Udang Daerah Seberang Perai Selatan, yang kedua pengairan Pulau Aman Bukit Tambun di Daerah Seberang Perai Selatan, pengairan Batu Maung Daerah Barat Daya, pengairan Pulau Betong Daerah Barat Daya, pengairan Teluk Bahang di daerah Barat Daya dan yang terakhir ialah di Pulau Jerejak di kawasan Daerah Timur Laut. Sekiranya Yang Berhormat di kawasan-kawasan yang lain sekiranya ada cadangan untuk menambah baik untuk membantu nasib nelayan-nelayan ini untuk memasuki industri akuakultur ini Kerajaan Negeri membuka pintu seluas-luasnya. Macam Yang Berhormat mana disebut ya. Dia terus buang pintu ya. Yang Berhormat Datok Keramat. Membuka pintu, kalau boleh dia nak buang pintu. Kita nak mengambil, kita nak membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk memasuki zon industri akuakultur ini. Janji jangan pintu belakang ya.

Menjawab persoalan Yang Berhormat Pulau Betong berkenaan tentang langkah. Minta maaf, minta maaf. Kerajaan Negeri bagi memulihkan semula pendapatan di kawasan, sekitar pendapatan nelayan, di sekitar kawasan yang terjejas akibat timbunan selut di kawasan KADUN Pulau Betong. Yang Berhormat. Jangan puntung berasap jua. Kita telah maklumkan, panjang saya berhujah, bertulis siap berkenaan tentang isu selut ini, saya harap Pulau Betong ambil cakna lah tentang penggulungan saya dan juga jawapan saya bertulis. Dan apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat juga tentang nelayan tidak boleh turun ke nelayan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya, rakan-rakan saya di kawasan Pulau Betong pun bagi tahu bahawa Pengerusi Ketua Unit Nelayan Pulau Betong “Pak Chat” sendiri pada Isnin lepas, dia turun kelaut. Dia kalut-kalut beli kuih sebab nak pergi turun ke laut. Makna katanya sekarang ni adalah nelayan ni turun

ke laut. Kalau tentang selut kita tahu ianya adalah fenomena ataupun faktor semulajadi. Insya-allah Kerajaan Negeri dengan bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran akan membantu para-para nelayan itu. Seterusnya Yang Berhormat Penaga bagi membangkitkan berkenaan tentang langkah Kerajaan Negeri. Isu 2,000 para nelayan di KADUN Penaga menghadapi masalah kenaikan harga pukat iaitu RM97.00 kepada RM145.00 serta pukat nelayan kerana selut lumpur disebabkan Projek Tambakan Laut. Saya nak tanya Yang Berhormat Penaga. Selut daripada projek tembatan laut ni projek mana Yang Berhormat Penaga. Kalau boleh Yang Berhormat Penaga jawab. Bolehlah saya sambung saya punya persoalan ni. Silakan.

Baik. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini gulung ka tanya balik.

Pantai Jerjak ya. Baik.

Fahmi Bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya takut, Dato’ Speaker saya jawab benda yang salah. Boleh nak clarify daripada Penaga.

Nelayan dan saya kerap turun ke laut juga bersama dengan nelayan. Semua 5 unit nelayan di Penaga tu memang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan saya. Dan yang terbaru baru ini dalam video Tiktok kalau tengok tu memang saya dipanggil dan saya turun tengok keadaan pukat mereka yang rosak teruk akibat daripada siput-siput dan juga keadaan selut yang terlalu banyak. Difahamkan ini adalah daripada tambakan laut. Kalau.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tambakan laut mana.

Mungkin projek yang telah.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Jangan mungkin, jangan mungkin. Saya tak mahu mungkin.

Ia projek.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Jangan mungkin. Sebut jelas.

Projek PSI yang sedang dibuat.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Okey, saya jawab. Saya jawab ya. Saya hairan dan juga pelik Yang Berhormat. Projek PSI ini untuk korekan selut ini hanya bermula pada tahun yang keempat. Sekarang ni kalau tahun keempat kalau kita kira 2027. Selut tu baru dikorek pada 2027. Selut mana PSI, mana mai ni. Tu yang saya nak tanya tu. Selut, kalau kata selut PSI tadi projek untuk korek selut PSI ini bermula pada tahun 2027. ….(Gangguan).

Bukannya tapak asas.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tak mai lagi. Pasal apa dia bangkit tak mai, benda yang tak mai.

Tapak asas dah buat dia dah buat ke belum. Tapak asas dia buat ke belum.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Dak, bukan. Kalau Yang Berhormat Penaga sebut selut daripada projek A, B lain saya fahamlah. Tapi kalau Yang Berhormat Penaga bangkitkan ini adalah berkenaan tentang projek selut PSI. Belum start lagi. Untuk korekan selut, belum lagi Yang Berhormat. Makna kata Yang Berhormat menipulah. Betul tak. Sorry.

Yang Berhormat saya minta. Yang di-Pertua.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Mengelirukan Dewan. Mengelirukan Dewan.

Ini tarik balik.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tarik balik kenyataan menipu.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tarik balik perkataan menipu tu. …..(Gangguan).

Maklumat yang saya dapat daripada.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tarik balik.

Saya sebut tambakan laut. Kalau tidak PSI pun tapak asas tak dibuat mungkin daripada.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Janganlah sebut mungkin. Dalam Dewan yang mulia ini kena sebut benda yang jelas.

Ini telah dibangkitkan oleh nelayan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sebut benda-benda yang jelas sahaja Yang Berhormat Penaga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tak boleh mungkin, mungkin. …..(Gangguan).

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Tuan Speaker, …(gangguan). Untuk PSI

Yang di-Pertua (Speaker)

Cuma satu.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Jabatan Perikanan sudah keluar.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Macam ni Yang Berhormat. Baca tak. Baca tak.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ini baca ni.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Baca, tak baca saya tanya.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Baca ni. Ni semua ni.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Siapa promote, siapa provoke ni.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah-sudah.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya nak cakap, saya nak berbahas dalam benda yang berfakta. Sebab tu sebelum saya meneruskan saya punya ucapan, saya tanya soalan daripada Penaga. Selut ni datang daripada mana. Satgi saya jawab salah, saya tak naklah mengelirukan Dewan seperti Yang Berhormat sebut.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Tuan Speaker. Ini bukan promotion, ini bukan provocation. So, dia ada different. Sekarang apa yang kita cakap berpandukan daripada laporan yang dibuat oleh third party. Parti ketiga juru runding EIA.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Yang Berhormat Penanti. Jauh, jauh sebut. Apa yang berkenaan ……(gangguan).

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Selut Tuan Speaker kalau kita korek, memang koreklah tu. Tak kira pembangunan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Yang Berhormat Penanti saya faham.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Jadi kena korek.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Dia korek ni 2027.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Jadi ini laporan daripada juru runding.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Ini-ini.

Yang Berhormat.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Nak promote atau nak provoke saya tak tau lah.

Yang Berhormat Pantai Jerejak saya nak tanya.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya dok tegoq Berapit yang jadi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Teluk Air Tawar.

Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Telok Air Tawar.

Kalau selut tu bukan daripada projek tersebut, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat. Selut tu datang dari mana. Memang banyak, dan har ini saya nak turun dengan Yang Berhormat.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya nak habaq sini Yang Berhormat.

Hari ni saya nak turun dengan Yang Berhormat ke unit nelayan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sat saya dapatkan data sat.

Yang Berhormat boleh pilih. Selut-selut tu datang daripada mana? Siput-siput yang tersangkut di bot, di pukat nelayan tu datang daripada mana? Kalau tak korek.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Okey, sebab tu saya tanya soalan tadi Yang Berhormat. Selut ini datang daripada mana. Kalau Yang Berhormat sebut, kalau Yang Berhormat sebut tadi, kalau Yang Berhormat sebut tadi daripada projek tambakan laut iaitu projek di SPU ataupun projek Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth saya boleh terima.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Kalau.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tapi Yang Berhormat sebut mungkin PSI.

Mungkin nelayan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Jawapan dia salah.

Mungkin nelayan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Jawapan yang salah dan juga telah mengelirukan Dewan. ….(gangguan).

Mungkin nelayan dapat maklumat dari projek lain. So, kalau PSI.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, okey, okey.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Betul, betul tapi bukan selut PSI. Jangan mengelirukan Dewan. Betul, 2 projek tu betul.

Saya tak mengelirukan Dewan.

Yang di-Pertua (Speaker)

None of your business. Duduk.

Saya tak kelirukan Dewan, saya sebut pihak nelayan cakap.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Jangan mengelirukan Dewan Yang Berhormat Penaga. Jangan mengelirukan Dewan. ….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau Speaker berdiri. ….(gangguan). Ha.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya, Dato’ Speaker saya sambung balik. ….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Penaga. Saya bela. Ini duduk.

Dato’ Yang di-Pertua saya sebut bagi pihak nelayan yang cakap.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya faham rintihan daripada nelayan tu. ….(gangguan). Saya sebut tadi betul la selut …(gangguan). Ahli Yang Berhormat Penaga …(gangguan). Betul.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pantai Jerejak.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Kawasan yang lain saya setuju, tapi Yang Berhormat Penaga sebut, projek selut dari projek PSI. Sedangkan ianya bermula pada tahun tahun 2027. ….(gangguan). Salah. Sebab tak ada. ….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Pantai Jerejak. Duduk-duduk dulu.

Saya bagi tau pada nelayan selut-selut tu. ….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Penaga. Duduk dulu.

Kita boleh bagi tau pada nelayan macam tu. ….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Secara umumnya saya nak bagi teguran lah. Belah sini pun kena tegur sikit. Belah sini pun kena cubit sikit ya. Yang EXCO jawab saja yang ditanya. Jangan perlekehkan hak, jangan perlekehkan hak mereka nak tanya. Biarpun ADUN daripada pembangkang. Okey, tapi, namun, jangan akan kesempatan untuk ini provoke lah. Okeylah, ini Telur Air Tawar pun sejenis.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya sambung ya. Dato’ Speaker untuk menjawab Yang Berhormat Penaga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, okey. Sila. Yang ni kalau ada masalah kita selesaikan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Gurau-gurau je.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau tak pasti, kalau tak pasti nanti waktu minum kopi, pi dapat maklumat. Okey.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Yang Berhormat Penaga.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Kalau begitu kita pun bergurau juga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Duduk-duduk.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Yang Berhormat Penaga, Kerajaan Negeri

Yang di-Pertua (Speaker)

Duduk-duduk.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Akan meneruskan pemberian pukat-pukat yang telah dilaksanakan pada 2023 Insya-Allah saya akan mengusahakan untuk pemberian pukat-pukat ataupun perkara-perkara yang berkait lah untuk membantu nelayan khususnya di kawasan Penaga. Nampak, walaupun kita marah tadi kita memberi juga sokongan kepada nelayan di bawah ni.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jawab saja lah.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Yang Berhormat Permatang Berangan bertanya berkenaan tentang nelayan sungai. Untuk maklumat Jabatan Perikanan telah melaksanakan program pelepasan benih udang galah dan ikan air tawar sejak tahun 2016 dengan kos bernilai sebanyak RM378,000.00. Inisiatif ini telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan yang telah mendatangkan hasil sebanyak RM7.72 juta sepanjang tempoh 7 tahun ini. Kawasan sungai yang terlibat adalah Sungai Muda di Daerah Seberang Perai Utara, Sungai Perai di Daerah Seberang Perai Tengah dan Sungai Kerian di Daerah Seberang Perai Selatan. Sumber perikanan ini sangat penting kerana ianya menjadi sumber rezeki kepada 331 orang nelayan sungai atau kita dipanggil juga sebagai nelayan darat. Dan saya sendiri juga turun ke bawah untuk melepaskan benih udang yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang kepada awal bulan yang lepas. Dato’ Speaker. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Pembangunan Koperasi sentiasa komited untuk membawa kemajuan kepada negeri Pulau Pinang. Cadangan penyelesaian bagi memperkasakan koperasi-koperasi bermula dengan koperasi masjid-masjid daerah di seluruh negeri iaitu lima akan dilaksanakan dengan kerjasama MMK Pembangunan Agama Islam TKM 1 kita serta kekanda kita Sungai Acheh MMK Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar untuk menyeragamkan koperasi bermula di masjid daerah-daerah yang dipengerusikan oleh Tuan DO. Dan juga selain itu kita akan merancangkan sebuah ataupun (1) satu MOU bagi perjanjian persefahaman akan dilaksanakan bagi menyeragamkan pengisian program ini dengan peruntukan RM450,000.00 akan diteruskan untuk membantu koperasi-koperasi khususnya koperasi-koperasi yang aktif ini. Sebagai penutup Yang Berhormat, nak landing dah ni, tak mahu gaduh-gaduh ya. Yang Berhormat Dato' Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini cari pasal.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Asal adalah benih, sesuatu usaha tentu ada hasilnya. Akhir kata sebagai sebuah negeri yang memacu ke arah peningkatan kualiti hidup berteraskan Misi dan juga Visi Penang2030, Kerajaan Negeri sentiasa mempertingkatkan segala usaha dengan memberikan sepenuh perhatian kepada sektor pertanian, perikanan, penternakan dan juga koperasi bagi meningkatkan keberhasilan yang berkualiti tinggi. Saya ingin menyampaikan sekalung penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas segala peruntukan yang telah diberikan. Hutang emas dapat dibayar. Hutang mati, dibawa mati. Sekian,

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha. Hutang mati.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Hutang budi, dibawa mati. Minta maaf.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tadi Teluk Air Tawar silap, tadi Teluk Air Tawar silap.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Ni, ni saja nak testing ni, takut mengantuk. ….(gangguan). Sekian saya menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih Pantai Jerejak. Terima kasihlah bantu memanaskan Dewan. Okey, Ai Jawi. Yang lain semua tak nak ya.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya pinjam Padang Lalang , Perai dulu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Owh, I ingat tak mau gulung.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Sebagai pembuka bicara saya mengalu-ngalukan Ucapan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang Beraspirasikan Visi Penang2030 Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara demi kemakmuran bersama. Sesungguhnya ceritera politik Negeri Pulau Pinang sejak Pilihanraya Umum tahun 2008 penuh dengan warna-warni bak kollam di Pesta Deepavali. Bertitik tolak daripada itulah bermula dinamika politik di negeri ini. Dimulai dengan Kerajaan Pakatan Rakyat seterusnya Kerajaan Pakatan Harapan dan kini di bawah Kerajaan Perpaduan. Hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan yang begitu mampan, kita telah berjaya muncul sebagai negeri perindustrian moden yang berpendapatan tinggi. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival, (dengan izin) serta kesejahteraan rakyat terus meningkat, lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif lagi mencabar, marilah kita melipatgandakan usaha bagi mengurangi kesenjangan ekonomi antara rakyat, menambah baik daya saing melalui penggunaan kreativiti dan inovasi, serta menjulat usaha penciptaan kekayaan yang baharu berasaskan sifat keupayaan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya integriti, perpaduan, keamanan, kestabilan dan keharmonian. Marcapada ini menyaksikan, sekalipun kejayaan yang dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, rasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh. Sememangnya, Kerajaan Perpaduan yang telah dipilih oleh rakyat Negeri Pulau Pinang ini, akan terus menggembleng tenaga dan berusaha memelihara rakyat negeri ini daripada kancah perkauman serta meletakkan noktah terhadap usaha-usaha pihak yang menggunakan politik sebagai identiti untuk memecah-belahkan masyarakat. Ini adalah selari dengan idea MADANI

yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, di mana istilah MADANI itu merujuk pada tatakelola yang adil, terangkum dan mengangkat martabat insani. Menelusuri sejarah umat Islam di Madinah, yang dipimpin oleh Nabi Muhammad dan didukung oleh warganya yang berbilang kaum dan agama, iaitu masyarakat yang mengacu pada dasar-dasar manfaat buat warganya yang disebut al-khayr (bermaksud lebih baik, kebaikan dan kebajikan), ia tidak jauh berbeza dengan kehidupan masyarakat majmuk di Negeri Pulau Pinang. Keunikan fabrik sosial Madinah ditandai dengan Sahifah Madinah (Perlembagaan Madinah) yang diungkapkan…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Macam dengar EXCO Agama dok buat gulunglah. Ini apa cerita?

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sebagai “serba terangkum dan sejagat” (dengan izin), truly inclusive dan universal, boleh dijadikan pedoman dan batu asas dalam melonjakkan lagi martabat rakyat serta kemampanan ekonomi negeri ini. Saya percaya, tema dan dasar ini bukan sahaja masih relevan, bahkan merupakan imperative sebagai pendekatan yang menyeluruh demi Negeri Pulau Pinang yang tercinta ini bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang lestari dan juga prihatin kepada rakyat dari segi rohani dan jasmani. Sebelum saya mengorak langkah dengan lebih jauh dalam menoktahkan persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, saya sebagai EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancang Bandar & Desa, izinkan saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan memberikan pencerahan yang didambakan, terutamanya isu yang paling banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat iaitu isu penginapan pekerja. Yang Berhormat ADUN Pulau Betong, telah mengemukakan soalan bertulis, soalan lisan tambahan yang berkenaan dengan isu penginapan pekerja. Pulau Betong telah melontarkan pertanyaan mengenai kadar atau jumlah pekerja asing mengikut kewarganegaraan di Pulau Pinang. Setakat Oktober 2023, berasaskan data terkini daripada Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang, seramai 147,344 orang warga asing telah berdaftar untuk mendapatkan PLKS. Kerajaan Negeri tiada maklumat mengenai statistik pekerja asing mengikut kewarganegaraan. Untuk Yang Berhormat ADUN Pulau Betong juga telah memohon untuk pencerahan mengenai status pemindahan pembinaan asrama pekerja asing di Teluk Kumbar ke Zon Perindustrian Batu Kawan. Soalan ini saya telah jawab semasa soalan tambahan. Seterusnya, Yang Berhormat ADUN Teluk Bahang telah membangkitkan isu penginapan pekerja di kawasan kediaman yang semakin berleluasa di Negeri Pulau Pinang, khususnya di kawasan-kawasan yang berikut iaitu di Taman Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau dan Taman Greenview, Air Putih, Balik Pulau. Soalan ini juga saya telah jawab semasa soalan lisan. Untuk Yang Berhormat ADUN Batu Uban dan Machang Bubuk telah membangkitkan isu CLQ di Teluk Kumbar dan ingin pencerahan yang lebih lanjut tentang kajian impak sosial bagi pembangunan CLQ tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, Jabatan Perancang Bandar & Desa Pulau Pinang (PLANMalaysia@Pulau Pinang) telah meluluskan satu Laporan Kajian Impak Sosial bagi Projek CLQ Teluk Kumbar pada 10 November 2023. Kajian tersebut merangkumi beberapa dasar perancangan utama iaitu:

i) Menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan kondusif sebagai tempat tinggal, bekerja, beriadah dalam membentuk masyarakat harmoni, penyayang dan budaya murni; ii) Melaksanakan strategi pembangunan mampan bagi mencapai pembangunan perumahan yang berkualiti dan agihan penduduk yang saksama; iii) Menyediakan perumahan atau penginapan yang sempurna di lokasi yang sesuai untuk pekerja-pekerja warga asing khususnya, bagi warga tempatan amnya mengikut garis panduan yang digunapakai agar mudah dikawal selia oleh majikan dan pihak berkuasa; iv) Memastikan persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi negeri yang mampan, berdaya saing dan bernilai tinggi melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan sokongan yang bersesuaian; v) Mempertingkatkan aktiviti perindustrian dengan kemudahan sokongan infrastruktur dan kemudahan asas bertaraf dunia; vi) Menggalakkan pembangunan taman perindustrian berserta bangunan kilang dengan kemudahan sokongan yang lengkap serta penggunaan teknologi tinggi.

Untuk Yang Berhormat ADUN Berapit telah mencadangkan untuk membaik pulih pemuliharaan tapak warisan di kawasan Padang Lalang.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Jawi, minta pencerahan. Tentang kajian impact, social impact assessment yang telah dikongsikan oleh YB. Jawi tadi, saya nak kepastian, adakah kajian tersebut juga mengambil kira tentang bantahan-bantahan yang telah dibuat oleh penduduk yang sekitar di kawasan sana? Dan tadi YB. Jawi juga sebut, laporan ini telah diluluskan oleh PlanMalaysia pada 10 November 2023. Maksudnya awal bulan ini sahaja. Adakah laporan itu juga disiarkan kepada orang ramai dan apa cadangan-cadangan mitigasi yang diberikan oleh kajian impak, sosial impact assesment tersebut terhadap bantahan-bantahan yang telah dikemukakan oleh penduduk. Dan soalan terakhir adalah adakah penduduk-penduduk yang membantah tersebut ada menfailkan rayuan kepada Lembaga Rayuan, yang membantah projek tersebut. Itu sahaja daripada saya, thank you.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Machang Bubuk. Untuk makluman Machang Bubuk, social impact assessment di bawah PLANMalaysia Pulau Pinang, keputusan ini akan dikemukakan semasa pemaju mengemukakan kebenaran merancang dan segala rayuan daripada penduduk semasa satu km diluluskan ataupun dikemukakan ke PTD, sorry ke MBPP atau MBSP, penduduk-penduduk bolehlah membuat rayuan terus kepada Lembaga Rayuan terhadap projek tersebut. Untuk makluman tentang maklumat ataupun keputusan daripada SIA ini sama ada akan disia-siakan, saya akan buat semakan dengan PLANMalaysia dan saya akan kemukakan kepada Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

YB. Jawi, saya rasa ini penting kerana saya rasa ada pertikaian terhadap laporan social impact assessment tersebut. So dan juga saya rasa penduduk-penduduk yang di sekitar, mereka juga ingin tahu apa, adakah sama ada impact assessment tersebut, address the issue, the concern that raised up by the residents. So itu saya rasa sangat penting untuk memberi penerangan yang sewajarnya kepada penduduk-penduduk yang khasnya, yang di sekitar tapak pembinaan tersebut. Itu yang cadangan saya.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya ambil maklum daripada Machang Bubuk terhadap isu-isu yang dibangkitkan iaitu berkaitan dengan keputusan SIA sama ada, ada catat ataupun ada ambil maklum perkara-perkara yang dibangkit ataupun dibantah oleh penduduk kawasan. Saya akan buat semakan dengan PLANMalaysia dan saya akan kemukakan kepada Machang Bubuk secara bertulis. Untuk Yang Berhormat ADUN Berapit telah mencadangkan untuk membaik pulih pemuliharaan tapak warisan di kawasan Padang Lalang. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Seberang Perai menyambut baik cadangan Yang Berhormat tersebut. Lanjutan itu, pihak MBSP telah mengambil inisiatif untuk menjalankan Kajian Semakan Semula Inventori Warisan Ketara Seberang Perai bermula pada tahun 2024 sehingga 2025. Kajian semakan semula inventori warisan ini dijalankan seperti berikut:

i) Menentukan kategori bangunan warisan bagi tujuan memudahkan cadangan pemuliharaan berdasarkan kriteria kelayakan penentuan bangunan warisan dan tapak warisan yang telah dikenal pasti;

ii) Menghuraikan kepentingan nilai-nilai warisan setiap bangunan

warisan dan tapak warisan serta memudahkan tindakan pemuliharaan dijalankan

pada masa hadapan.

Yang Berhormat ADUN Pengkalan Kota telah mencadangkan moratorium bagi memudahcara pelaksanaan pemulihan bangunan warisan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, MBPP sememangnya dalam perancangan untuk pelaksanaan bagi memudahcara pemulihan bangunan warisan melalui program moratorium sepertimana yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat ADUN Pengkalan Kota. Program Moratorium tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2024. Saya rasa ini perkara ini memang Pengkalan Kota sudah ambil maklum awal-awal. Kerajaan Negeri sentiasa berhati-hati dan memberi perhatian serius berkenaan isu kebocoran maklumat pengadu kepada orang awam sepertimana yang disarankan oleh Yang Berhormat ADUN Kebun Bunga supaya sistem aduan di MBPP dinaiktaraf. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, MBPP sentiasa membuat pemeriksaan berkala ke atas sistem aduan yang diguna pakai bagi memastikan keterjaminan keselamatan maklumat dalam sistem aduan. Pada ketika ini, pihak MBPP sedang membangunkan modul baharu saluran aduan melalui “Pearl One Touch Penang App” yang akan ditambah baik fungsi, ciri antara muka serta ciri keselamatan data. Sekiranya Yang Berhormat ADUN Kebun Bunga mendapat maklumat boleh kemukakan kepada saya, pegawai mana yang membocorkan maklumat daripada pihak Yang

Berhormat ADUN Kebun Bunga. Saya akan ambilkan tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawai yang melanggar etika mereka. Selain itu, Yang Berhormat ADUN Kebun Bunga juga turut melontarkan pertanyaan mengenai kadar denda atau kompaun tempat letak kereta, sama ada boleh dikurangkan sekiranya mempunyai surat sokongan daripada Yang Berhormat Kawasan atau tidak. Di sini, saya hendak tegaskan bahawa tiada pengurangan diberikan walaupun terdapat surat sokongan memohon pengurangan kadar denda atau kompaun tempat letak kereta dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kawasan. Ini kerana setiap denda atau kompaun yang dikeluarkan adalah berdasarkan kadar kompaun yang telah ditetapkan di bawah Akta dan Undang-undang Kecil yang berkenaan atau Perintah Sistem Tempat Letak Kereta (MBPP) 2014.

Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambil berat akan keluh kesah rakyat berkaitan denda atau kompaun tempat letak kereta ini. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan memberi diskaun bayaran denda atau kompaun tempat letak kereta melalui program-program iaitu seperti Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan oleh pihak PBT. Yang Berhormat ADUN Machang Bubuk telah mengajukan soalan berkaitan kos yang perlu ditanggung oleh MBSP bagi mengoperasikan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, sejak 1hb Ogos 2022, MBSP telah mengambil alih pengurusan dan pengoperasian dari Syarikat PLB Terang Sdn. Bhd. sehingga bulan November 2023. MBSP telah membelanjakan sebanyak RM18,969,473.50 (Ringgit Malaysia Lapan Belas Juta, Sembilan Ratus Enam Puluh Sembilan Ribu, Empat Ratus Tujuh Puluh Tiga dan Lima Puluh Sen) termasuk kos pengoperasian Leachate Treatment Plant (LTP) bagi merawat leachate. Yang Berhormat ADUN Machang Bubok juga telah bertanyakan tentang keadaan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong. Untuk makluman, Projek Rehabilitasi dan Pembangunan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong adalah berdasarkan Joint Development Agreement (JDA) yang telah ditandatangani oleh pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri iaitu BPEN selaku wakil Kerajaan Negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai pengurus projek dan Syarikat PLB Engineering Berhad (PLBE) sebagai pelaksana projek pada 21hb Februari 2020. Perancangan masa hadapan TPSJ adalah untuk rehabilitasi tapak pelupusan tersebut bagi tujuan pembangunan bercampur di tanah yang telah direhabilitasi. Kaedah dan proses yang akan dijalankan bagi proses rehabilitasi adalah save, closes, mining dan sorting. Yang Berhormat ADUN Bertam pula telah memohon pencerahan mengenai perancangan bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke TPS Pulau Burung. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mempunyai dasar dan projek bagi pengurangan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan seperti Dasar Pengasingan Sisa di Punca dan Dasar Penjana Bayar. Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan dasar-dasar tersebut dilaksanakan dengan sebaiknya.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menyarankan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggubal dasar-dasar baharu seperti Dasar Pembungkusan dan Dasar Extended Producer Responsibility (EPR) bagi mewujudkan rasa tanggungjawab bersama pihak pengeluar. Salah satu projek yang sedang dilaksanakan oleh Projek Menaik Taraf Stesen Pemindahan Sampah Ampang Jajar di bawah seliaan Majlis Bandaraya Seberang Perai. Stesen tersebut akan dilengkapi dengan teknologi yang boleh merawat sisa organik dengan menggunakan teknologi anaerobic digestion iaitu AD. Projek ini dijangka dapat melencongkan sehingga 90% sisa yang dihantar ke TPS Pulau Burung menjelang tahun 2029. Selain itu, Kerajaan Negeri akan membuka satu RFP di TPS Pulau Burung bagi mewujudkan teknologi yang dapat merawat dan memproses sisa pepejal. Selanjutnya Yang Berhormat ADUN Bertam juga telah bertanya sekiranya Kerajaan

Negeri bercadang untuk menyerahkan pengurusan sisa pepejal kepada Kerajaan Pusat dengan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672]. Akta 672 telah dikuatkuasakan di beberapa negeri termasuk Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang dan Johor. Namun begitu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menguatkuasaan akta tersebut. Keputusan ini telah memberi peluang kepada Kerajaan Negeri untuk menentukan hala tuju dan perancangan masa hadapan bagi pengurusan sisa pepejal di Pulau Pinang mengikut keperluan semasa dan kesesuaian tempatan. Yang Berhormat ADUN…(gangguan).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Minta pencerahan tentang RFP untuk Pulau Burung. Tadi YB. Jawi ada sebut tentang kerajaan telah keluarkan RFP untuk akan so bolehkah saya tau apa yang kita akan minta datang untuk buat. Adakah ia sebagai satu waste-to-energy atau apa-apa yang dalam rancangan kerajaan, bagaimana kita nak rehabilitasi tapak tersebut dan juga melupuskan sampah-sampah yang ada.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okay, terima kasih Machang Bubok. Bagi membuka RFP di Pulau Burung sememangnya kita bagi untuk mewujudkan teknologi yang dapat merawat dan memproses sisa pepejal bergantung dengan cadangan terbaik daripada syarikat-syarikat yang menyertai RFP ini dan pelbagai teknologi yang sedia ada di pasaran boleh digunakan seperti incinerator, anaerobic digestion dan teknologi-teknologi waste-to-energy dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang efisien, kos yang efektif dan lestari di negeri ini. Memang kita semasa selepas pembukaan RFP ini kita akan menilai keseluruhan syarikat-syarikat yang datang untuk menyertai projek tersebut dan kita akan buat keputusan melalui tender board yang di bawah kedua-dua PBT.

Selain itu, Yang Berhormat ADUN KOMTAR turut mencadangkan untuk pembinaan tandas awam di Terminal Bas KOMTAR sebab ADUN KOMTAR dia beberapa penggal dia susah hati apabila tandas tidak dapat dibina. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui MBPP sedang mengkaji semula keperluan pembinaan tandas awam tersebut yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN KOMTAR.

Yang Berhormat ADUN Sungai Dua telah membangkitkan, Sungai Dua tak ada, membangkitkan bilangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan Pulau melebihi dari kawasan Seberang Perai. Untuk makluman Yang Berhormat dan ahli-ahli Dewan sekalian, kriteria-kriteria yang diambil kira dalam pemilihan lokasi untuk pemasangan CCTV ditentukan oleh PBT dengan nasihat pihak Polis Diraja Malaysia iaitu PDRM berdasarkan statistik kekerapan berlakunya jenayah di sesuatu kawasan dan persimpangan jalan yang mempunyai aliran trafik yang tinggi bagi tujuan kawalan lalu lintas. CCTV juga dipasang di kawasan-kawasan hotspot seperti kawasan berbukit bagi memantau kejadian tanah runtuh serta kawasan banjir.

Selain itu, Yang Berhormat ADUN Sungai Dua menyentuh berkenaan dengan pembayaran jual beli dalam transaksi tanpa tunai. Seiring dengan era digitalisasi, masyarakat negeri ini juga tidak ketinggalan dalam mengasimilasikan budaya digital dalam kehidupan seharian termasuklah penggunaan e-tunai. Dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah cashless state, Kerajaan Negeri amat menggalakkan usaha jabatan dan agensi melalui pelaksanaan integrasi sistem, pendigitalan proses kerja,

penggunaan Internet of Things (IoT), pengukuhan keselamatan siber, penggunaan analisis data raya (BDA), cloud computing, machine learning dan blockchain. Ketiga-tiga pasar iaitu Pasar Awam Teluk Kumbar, Pasar Awam Sungai Dua dan Pasar Awam Bayan Lepas merupakan pasar milik persendirian dan pihak MBPP tidak menguruskan pasar berkenaan. Untuk makluman, pihak MBPP juga melaksanakan kempen pembayaran tanpa tunai secara kerjasama dengan pihak seperti Bank Negara Malaysia dan penyedia perkhidmatan kewangan.

Yang Berhormat ADUN Pulau Betong juga membangkitkan isu penambahan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaran jalan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia iaitu MARRIS yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa ke Jabatan Teknikal Negeri termasuk PBT dan JKR. Agensi-agensi ini terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan negeri dan jalan-jalan di bawah seliaan PBT serta jalan-jalan kampung yang diselenggara oleh Pejabat Daerah dan Tanah. Peruntukan yang disalurkan bergantung pada peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan serta keperluan berbeza oleh Jabatan-Jabatan Teknikal Negeri. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri telah pun mencadangkan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia untuk menambah peruntukan MARRIS pada tahun 2024. Sekiranya MOF bersedia untuk menambah peruntukan MARRIS kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2024, maka Kerajaan Negeri tiada masalah untuk menyediakan peruntukan tambahan.

Yang Berhormat ADUN Pinang Tunggal telah membangkitkan isu penempatan kilang di kawasan perkampungan kampung Pinang Tunggal. Untuk makluman Yang Berhormat, MBSP tidak membenarkan sebarang aktiviti industri di Zon Kampung melainkan industri desa di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, aktiviti industri di kampung adalah tertakluk kepada kelulusan perlingkungan semula dari Zon Kampung ke Zon Industri oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri iaitu JPN dan perlu mematuhi syarat-syarat lain seperti melalui EIA, TIA dan sebagainya. Yang Berhormat ADUN Pinang Tunggal juga menyentuh isu kebersihan dan susun atur pasar awam di Negeri Pulau Pinang yang perlu dinaik taraf dan ditambah baik. Bagi menjawab isu tersebut, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah menyusun atur jadual pembersihan pasar awam setiap hari dengan menggunakan kaedah manual dan mekanikal seperti scrubber machine untuk cucian lantai pasar. Selain itu, jentera seperti art gully emptier juga telah digunakan untuk pembersihan parit yang tertutup di pasar awam secara berkala. Untuk makluman Yang Berhormat, Pihak Berkuasa Tempatan secara berperingkat sedang menaik taraf pasar-pasar awam melibatkan susun atur pasar awam, kemudahan pusat sampah dan lain-lain yang berkaitan.

Yang Berhormat ADUN Pulau Tikus telah menyentuh mengenai cadangan untuk menjadikan tanah terbiar milik Kerajaan Negeri atau PBT sebagai tapak letak kenderaan yang diambil alih oleh syarikat swasta, di samping boleh menjana pandapatan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan mengambil kira cadangan tanah terbiar milik kerajaan dalam pengurusan aset untuk dijadikan tapak letak kenderaan sekiranya bersesuaian. Yang Berhormat ADUN Bukit Tambun telah mencadangkan supaya Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MBSP diperkasakan bagi menyemak pembangunan skim perumahan di kawasan Seberang Perai. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyambut baik akan cadangan tersebut. Jabatan COB terlibat sebagai ahli mesyuarat Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) di mana ulasan dan syarat-syarat kelulusan perlu dikemukakan sebelum sesuatu pembangunan skim perumahan strata diluluskan. Saya percaya Yang Berhormat Bukit Tambun hasrat untuk memperkasakan COB adalah membantu untuk mewujudkan semula atau pun mengembalikan Management Committee (dengan izin) iaitu Perbadanan Pengurusan di sesebuah bangunan strata di mana saya kedudukan Bukit Tambun dan Jawi saya rasa kita sama menghadapi masalah yang sama,

banyak low cost yang dibina 20 tahun yang lalu nampaknya tertinggal oleh penduduk-penduduk dan tanpa ada satu badan pengurusan untuk menjaga kawasan mereka. Oleh sebab itu, memang kita ambil maklum tentang cadangan daripada Bukit Tambun. Yang Berhormat Bukit Tambun telah mengutarakan mengenai perancangan dan jangkaan pelaksanaan gentian optik di Seberang Perai. Untuk makluman Yang Berhormat, pemasangan gentian optik ini merupakan salah satu inisiatif yang telah dibangunkan oleh pihak MBPP. Setakat ini MBSP tiada perancangan untuk pelaksanaan pemasangan gentian optik disebabkan pihak MBPP, gentian optik ini adalah tujuan untuk mengabungkan keseluruhan CCTV di seluruh Pulau. Yang Berhormat ADUN Bagan Jermal telah menyentuh isu perparitan lama di kawasan perumahan Bagan Jermal sehingga menyebabkan banjir kilat dan peningkatan kes denggi. Kerajaan Negeri melalui MBSP telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi berdasarkan aduan. MBSP juga membantu Kementerian Kerajaan Malaysia dalam tindakan penguatkuasaan dan kawalan jika berlaku wabak. Peruntukan tahunan sebanyak RM300,000.00 telah disediakan oleh MBSP bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan taman perumahan di seluruh Seberang Perai. Pelaksanaan kerja-kerja naik taraf ini adalah berdasarkan perancangan dan keutamaan keperluan untuk dilaksanakan. Selain itu, MBSP juga akan memohon peruntukan kepada Kerajaan Negeri melalui MMK Tebatan Banjir bagi pelaksanaan projek-projek menaik taraf parit yang melibatkan peruntukan berskala besar. Yang Berhormat ADUN Bagan Jermal juga telah melontarkan pertanyaan mengenai status naik taraf perparitan lama di Bagan Jermal. MBSP telah menyenaraikan sepuluh buah taman perumahan lama di kawasan Bagan Jermal yang berada dalam senarai keutamaan mitigasi banjir bagi Taman Kerapu kerja-kerja penaiktarafan parit telah dilaksanakan secara mitigasi jangka pendek dan kajian secara menyeluruh sedang dilaksanakan bagi penaiktarafan rumah pam dan parit. Bagi Taman Bunga Raya kerja-kerja mitigasi sedang dijalankan di tapak dijangka siap pada 5 Disember 2023. Bagi kawasan taman-taman perumahan yang lain yang masih dalam proses penyediaan cadangan mitigasi banjir melalui kerja pengukuran aras dan penyediaan cadangan reka bentuk terperinci.

Yang Berhormat ADUN Permatang Pasir telah mengajukan soalan berkaitan jumlah kos penyelenggaraan CCTV di negeri Pulau Pinang. Kos penyelenggaraan CCTV di kawasan MBPP bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM1,301,778.60 manakala di kawasan MBSP pula adalah berjumlah RM816,000.00 sahaja. Bagi kawasan pentadbiran MBPP, kontraktor yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan CCTV pada tahun 2023 adalah Datasonic Technologies Sdn. Bhd. dan Hi-Security & Consultancy Service Sdn. Bhd. Manakala bagi kawasan pentadbiran MBSP pula adalah Terra Matrix Sdn. Bhd. Kontraktor-kontraktor tersebut dilantik berdasarkan proses perolehan yang dibuat secara tender terbuka.

Yang Berhormat ADUN Permatang Pasir juga membangkitkan persoalan mengenai sumber keuntungan Penang Smart Parking. Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa keuntungan PSP (Penang Smart Parking) dikira berdasarkan bayaran Tempat Letak Kereta yang telah dibuat oleh pengguna melalui aplikasi, manakala amaun tambah nilai ke dalam e-dompet aplikasi PSP pula tidak dikira sebagai keuntungan. Yang Berhormat ADUN Penaga telah menyokong mengenai senarai lokasi Electric Vehicle Charging Station di negeri Pulau Pinang. Setakat ini terdapat sebanyak sembilan (9) buah stesen pengecasan EV di kawasan pentadbiran MBPP. Perinciannya adalah seperti berikut, Astaka Persiaran Gurney, Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama, 1st Avenue Mall, Kompleks MBPP Lebuh Pantai, Kompleks Persiaran Tanjung, Tanjung Tokong, Astaka Batu Lanchang, Bangunan Penguatkuasaan Jalan Timah, Kompleks Sri Selera Bayan Baru, Bukit Jambul Kompleks dan Kompleks Bukit Gedung.

Di mana bagi kawasan pentadbiran MBSP terdapat sebanyak enam (6) buah stesen pengecasan EV iaitu..

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sudah jawab dalam soalan. Saya pun boleh hafal.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey, mengakhiri penggulungan ini, sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input-input yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesungguhnya, Bajet 2024 negeri Pulau Pinang merupakan wahana untuk kita berdebat, seterusnya membuahkan idea-idea bernas demi menjulang semula ekonomi negeri Pulau Pinang ke tahap yang selayaknya. Saya yakin, kita semua di sini mahukan yang terbaik buat negeri Pulau Pinang yang tercinta dan atas kesedaran inilah kita cuba merungkai setiap permasalahan ekonomi dan rakyat dengan sebaiknya melalui Bajet 2024. Cari ubat di kedai Sensih, sakit tekak tercekik tokua, sekian dahulu terima kasih, Bajet 2024 untuk semua. Dengan ini, saya memohon untuk menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Jawi. Sila, Yang Berhormat Perai.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Speaker, Yang Berhormat Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, tuan-tuan dan puan-puan. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa syukur kerana kita dapat bersama-sama membahas ucapan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berkaitan Rang Undang-Undang perbekalan tahun 2024 dan usul anggaran pembangunan tahun 2024 pada 24.11.2023 yang lalu. Kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa komited dan serius dalam agenda perumahan di negeri ini sebagaimana yang ditetapkan dalam Visi Pulau Pinang2030 di bawah inisiatif-inisiatif strategi A1 iaitu menangani isu kemampuan dan pelbagaian perumahan. Komitmen ini juga merupakan salah satu Manifesto Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang 2023. Amanat dan tanggungjawab terus dipikul dengan penuh tanggungjawab beraspirasi Visi Penang2030 Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara Demi Kemakmuran Bersama. Terlebih dahulu izinkan saya memulakan pergulungan ini dengan menjawab perkara-perkara berbangkit berkaitan Portfolio Perumahan dahulu. Kemudian diikuti oleh Portfolio Alam Sekitar. Untuk Perumahan, Yang Berhormat Dato' Speaker, Kerajaan Negeri, Pakatan Harapan, semenjak diberi manafaat oleh rakyat untuk mentadbir negeri Pulau Pinang…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Mandatkan, manafaat?

Mandatkan, sorry. Telah berusaha gigih sejak 2008 dan mandat ini dibalas kembali dengan tekad untuk berkhidmat sepenuh hati, Cekap, Akauntabiliti dan Telus kepada rakyat Pulau Pinang. Khusus di bawah Portfolio Perumahan, pelbagai inisiatif telah sedang dan terus, akan diteruskan antaranya bagi menjawab persoalan. Kebanyakkan soalan yang dibangkit saya sudah pun jawab semasa penggulungan saya yang lepas.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih.

So saya nak cuba merumuskan dengan singkat ya. Dengan izin, in the interest of time ,I would like to just go through quickly. Because I think soalan-soalan ini saya dah banyak kali dah jawab. So saya nak gulungkan ini cepat untuk bagi laluan kepada rakan-rakan yang belum gulung ya. Saya pun sudah dapat kebenaran Dato’ Speaker tadi. Okey, mengenai NAPIC report yang banyak unit, bawah RM300 ribu tak jual itu saya pun dah bagi keterangan ya. Sebenarnya, yang tak jual bawah RM300 ribu tu tak sampai pun 20 peratus lebih kurang 17 peratus sahaja. Dan kebanyakan unit ini tidak dapat jual pun atas sebab tak dapat pinjaman loan. Malangnya, saya pun tengok rumah-rumah jenis RM42 ribu pun, kadang-kadang pembeli nak cari duit RM4,200 sebagai duit muka pun tak ada. So kes-kes macam tu kita cari rumah yang untuk sewa beli ka apa yang dia orang mampu la ya. Kadang-kadang kita kena sejauh zakat, kita minta zakat bayarkan duit muka dulu. Kita bantu dia orang la ya. Inilah cara-cara yang kita bantu sebagai Kerajaan Negeri yang prihatin. Yang Berhormat Dato' Speaker, pelaksanaan projek pembaharuan semula bandar seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua. Memang kita ada beberapa projek. Kita dah kenal pasti lima (5) projek sebab di mana sebab kenapa kita mengenal pasti lima (5) projek ini adalah projek-projek ini dah agak lama. Dan pembinaan keluasan lantai pun agak kecillah. Zaman-zaman dulu memang antara 240 kaki persegi hingga 525 kaki persegi. Yang tak praktikal kepada zaman sekarang. So kita akan membina balik dan memastikan rumah-rumah ini ada sekurang-kurangnya keluasan lantai sebanyak 650 kaki persegi. Di mana kita boleh masih memuatkan 3 bilik untuk keluarga yang tak besar sangat ya.

Yang Berhormat Dato' Speaker, bagi kebolehlaksanaan projek pembaharuan semula bandar ini, komponen pembangunan yang akan dibangunkan akan terdiri daripada pembangunan campur, di mana Kerajaan Negeri perlu menyediakan unit gantian dengan nisbah 1:1 secara percuma. So dalam projek-projek yang kita dah kenal pasti untuk pembangunan semula, jika ada penghuni di sana, kita kena ganti balik rumah yang baru satu ya. Kalau rumah tu dulu kecil. Biasanya rumah dulu kecil, rumah yang baru ni sekurang-kurangnya 650 kaki persegi memanglah besar ya. Adakala masa rumah-rumah ini, dia orang boleh duduk sambung duduk sehingga projek baru tu siap di kawasan yang sama. Dan bila dah siap dia orang pindah. Adakala masa tapaknya kecil sangat di mana pemaju yang ditawarkan projek ini kena cari tempat untuk disewakan untuk penduduk-penduduk ini duduk tempoh masa sehingga bangunan baru tu siap ya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi perumahan yang dibangunkan oleh Perbadanan Bangunan (PDC) yang dikatakan mahal dan tidak selaras dengan peranan PDC sebagai salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri, PDC juga adalah agensi yang melaksanakan pembangunan secara menyeluruh

untuk projek-projek yang joint venture yang PDC jalankan, dia pun tidak dilepaskan daripada tanggungjawab dia dimana dia kena sediakan Rumah Mampu Milik. So PDC pun memanglah menyediakan Rumah Mampu Milik, jika dia buat joint venture konvensional dengan pemaju lain ya. Pulau Pinang juga sebagai sebuah negara bersrata memberi perhatian khusus kepada penyelenggaraan skim-skim perumahan awam dan swasta yang layak. Sejak 2008 hingga kini sebanyak RM348.5 juta telah diperuntukkan untuk menyelenggara skim-skim perumahan ini dan ia akan terus dilaksanakan agar terus berdaya huni. Memang kita tak akan berhenti untuk penyelenggaraan projek-projek yang dah siap. Sehingga hari ini lebih kurang 348 juta sudah diguna pakai dan Kerajaan Negeri masih berkomited untuk sambung menyelenggara bangunan-bangunan lama ini.

Yang Berhormat Dato' Speaker, pandangan YB Penanti berhubung penekanan khusus kepada pembangunan rumah kediaman dan persekitaran yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Inisiatif strategi A1 harus mengambil kira kumpulan ekonomi antara B40, M40 dan juga T20. Kerajaan Negeri mengambil maklum berkaitan perkara di atas dan akan terus memastikan pembangunan perumahan di Pulau Pinang akan diterus akan disediakan secara seimbang dan dibangunkan secara holistik dan mengambil kira keperluan masyarakat setempat. Seperti mana semua sedia maklum, pembangunan Rumah Mampu Milik adalah perumahan yang bersubsidi yang perlu disediakan dan ditanggung oleh Kerajaan Negeri atau pemaju swasta yang ingin membangunkan perumahan di Pulau Pinang. Oleh yang demikian, bagi membolehkan sesuatu pembangunan dapat dilaksanakan secara holistik terdapat juga komponen-komponen perumahan mahal yang perlu dibangunkan bagi subsidi silang kepada perumahan Rumah Mampu Milik. So, walaupun pembangunan di Pulau Pinang ini ada juga permohonan kos tinggi, so pemaju ini terpaksalah sediakan rumah-rumah kos mampu milik secara subsidi yang tinggi juga ya. Yang Berhormat Penanti, Yang Berhormat Sungai Puyu, Yang Berhormat Seberang Jaya juga memohon agar pembekalan unit Program Perumahan Rakyat iaitu PPR harus dipercepatkan. Dimana penekanan khusus kepada perumahan rumah kediaman dan persekitaran yang sesuai. Memang kita usahakan dan kita akan sambung usaha dan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat. Agenda Perumahan Rakyat harus menjadi agenda utama pembangunan ekonomi negeri. Yang Berhormat Dato' Speaker, merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun, di mana terdapat perubahan kepada pola permintaan perumahan terutama di Batu Kawan. Seperti semua sedia maklum, mengikut Pelan Induk Pembangunan Rumah Mampu Milik oleh PDC di lokasi Batu Kawan, kami memang ada 25 fasa dan kita akan bina Rumah Mampu Milik sejumlah 11800 unit. So ini adalah jumlah yang agak besar di lokasi Batu Kawan. Batu Kawan pun pesat membangun. Kilang-kilang pun hampir dah siap. Kebanyakan pekerja cari rumah dekat sana. So keperluan rumah tu agak tinggi dan kita akan melaksanakan projek ini bersama PDC. Walau bagaimanapun, berdasarkan halatuju terbaru Kerajaan Negeri yang mana ianya diselaraskan dengan Penubuhan Lembaga Perumahan negeri Pulau Pinang, PDC hanya akan meneruskan pelaksanaan bagi fasa pembangunan yang telah mula dilaksanakan. Baki fasa-fasa lain akan di serahkan kepada Lembaga Perumahan untuk merancang semula pembangunan di kawasan tersebut berdasarkan keperluan semasa. Kami dalam proses rundingan untuk ambil alih tanah daripada PDC supaya Lembaga boleh main lebih peranan yang lebih important di sana. Ianya juga termasuk penyediaan Skim Perumahan Sewa Khas bagi golongan belia dan bujang seperti mana yang dibangkitkan oleh yang Berhormat Bukit Tambun dan dan Yang Berhormat Sungai Puyu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga dan Yang Berhormat Sungai Puyu, pemaju-pemaju perumahan adalah digesa untuk menyiapkan kemudahan infrastruktur yang disyaratkan dalam Pelan Kebenaran Merancang ya.

So, kemudahan-kemudahan awam perlu disediakan oleh pemaju-pemaju di mana jika tidak disediakan, CCC tidak akan dikeluarkan ya. Ini Pihak Berkuasa Tempatan akan memastikan semua keselesaan, semua kemudahan disediakan sebelum CCC dikeluarkan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan Yang Berhormat Perai.

Boleh.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Tentang tadi, rent to own, terima kasih kepada penjelasan Yang Berhormat Perai. Memang di Batu Kawan kita masih lagi mempunyai 23 fasa, ada tanah yang ready. Oleh itu, berdasarkan satu projek yang sedang dijalankan di Taman Tambun Jaya, Taman Dato’ Speaker, memang mendapat sambutan yang hangat. Oleh itu, saya memohon jasa baik Lembaga Perumahan Negeri dan YB Perai untuk memulakan projek sewa beli ini dengan kadar yang segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka kebanyakan B40 tidak mampu membayar wang permukaan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Perai tadi.

Terima kasih YB. Bukit Tambun. Kita berkongsi latar belakang yang sama. Oleh kerana itu YB. pun ada keminatan yang sama dengan saya. Hari ini adalah hari ke 103 saya masuk pejabat ya. Jauh lagi. Memang impiannya tinggi, banyak benda saya ingin nak buat dalam tempoh ini dan kita berusaha sama tak kira Kerajaan ke Pembangkang ya untuk majukan perumahan untuk Penang, people of Penang. Isu diskriminasi kaum dalam sektor penyewaan rumah sewa kepada masyarakat India juga dibangkitkan oleh YB. Batu Uban. Negeri Pulau Pinang adalah terdiri daripada pelbagai etnik, kaum dan keturunan dan keseluruhan masyarakat ini telah hidup harmoni setelah sekian lama. So isu, tiada isu berkaitan perkauman harus diketengahkan terutamanya dalam sektor perumahan. Semua rakyat Pulau Pinang layak memilih tempat berteduh sama ada unit kediaman sendiri atau unit sewaan ya. Kami tidak ada undang-undang lagi tapi biasanya manusia tak sama perangai kadang-kadang berlaku sesuatu insiden yang kategorikan satu bangsa yang tidak diminat untuk disewakan, itu biasalah semua bangsa pun ada jenis orang ni. So ini bukanlah isu yang besar sangat yang kita kena berdebat hari ini. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa tiada akta khas berkaitan penyewaan rumah mengambil kira etnik atau latar belakang kaum dan perkara ini seharusnya tidak terjadi di dalam negara kita khususnya di Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri menyambut baik berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh YB. Seri Delima mengenai hasrat pemilik-pemilik unit kediaman untuk memasang panel solar bagi menjana tenaga elektrik tambahan selain tenaga yang dibekalkan. Memang baru-baru ini banyak pemaju yang bina rumah, yang kosnya agak medium high

memasangkan panel-panel ini supaya individu boleh bekalkan elektrik dan jual kepada TNB di mana dia dapat penolakan bil bulanan ya. Ini adalah satu idea yang bagus dan kita akan usahakan ini ya. Cuma panel-panel ini bukanlah murah sangat nak pasang, so kita tak bolehlah nak pasang untuk rumah yang medium cost below. Kemungkinan untuk high cost dan juga untuk pangsapuri boleh, kerana pangsapuri bumbungnya agak lebar, boleh diusahakan dan management corporation atau JMB boleh dapat manfaat melalui penjimatan elektrik. Pemaju-pemaju juga turut digalakkan untuk memasang panel-panel solar ini pada setiap projek baru ya sepertimana banyak projek sudahpun diusahakan di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga akan mengkaji memberi insentif tambahan kepada projek-projek yang ada membekalkan elektrik solar ya. Kerajaan Negeri juga akan memberi insentif kepada bangunan-bangunan yang ada sertifikasi GBI Gold. So memandangkan Penang Going Green kita mengalakkan aktiviti-aktiviti macam ini yang berkenaan pembangunan perumahan juga. Yang Berhormat Sungai Puyu juga membangkitkan berkaitan media yang melaporkan projek RMM bernilai lebih RM200,000.00 di Tasek Gelugor berada di dalam keadaan yang mengecewakan dan perumahan tersebut telah dapat CCC. Seperti mana saya beritahu dalam penggulungan saya yang lepas, memang saya pun ada dapat aduan ini, memang projek ini nak cakap tak cantik langsung tidaklah, memang ada defect-defect yang boleh diterima oleh arkitek yang mengesahkan CCC. Tetapi seperti mana dalam surat perjanjian jual beli, pembeli itu ada hak untuk tidak terima kunci rumah itu kerana ketidakpuashatian kualiti rumah itu. Pemaju itu, pembeli itu boleh pulangkan kunci kepada pemaju dan senaraikan benda-benda yang tidak puas hati dan bagi tempoh kepada pemaju untuk membetulkan sebelum penyerahan kunci boleh berlaku.

Yang di-Pertua (Speaker)

Habis?

Sikit lagi. Bagi isu tunggakan PPR Taman Bagan Jaya. Ini saya kena jawab kalau tidak rakan saya marah sama saya. Telah menerima, Lembaga sudahpun terima tujuh rayuan yang melibatkan tunggakan sewa dan selenggara sebanyak RM40,052.00. Saya sudahpun pengerusikan satu mesyuarat dua minggu yang lepas di mana saya juga jemput ADUN-ADUN yang berkenaan di kawasan-kawasan penghuni-penghuni yang berhutang, tak bayar dengan kita. So kita pun ada satu strategi macam mana nak bantu dia orang untuk bayar balik secara ansuran ya. Kita ambil duit muka sikit dulu, lepas tu yang balance tu secara ansuran kita ambil. Ini akan menyenangkan penghuni di sana untuk bayar secara ansuran, daripada kita tekan sejumlah, kadang kala ada yang hutang sampai RM8,000.00 hingga RM10,000.00 ribu pun ada. So kita bantu dia orang ya. Kerajaan Negeri faham akan kekangan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk dalam menyelesaikan isu tunggakan tersebut. Saya ingin, Dato’ Yang di-Pertua Speaker, saya ingin berkongsi sedkit pasal alam sekitar ya, yang tadi tu perumahan. Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga, memuliharaan dan memeliharaan alam sekitar merupakan salah satu aspek yang menjadi keutamaan bagi Kerajaan Negeri yang dapat dilihat menerusi Pelan Strategik Guna Tanah di dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 bagi memelihara keseimbangan

pembangunan serta kepentingan jangka panjang penggunaan tanah negeri termasuklah kawasan perhutanan ya. Kami sebagai Kerajaan Negeri memang prihatin atas penjagaan alam sekitar ya. Sehingga kini, sorry, bagi meneruskan komitmen di atas ke atas pewartaan Hutan Simpanan Kekal di negeri ini, Jawatankuasa MMK Alam Sekitar Pulau Pinang telah bersidang pada 11 haribulan September 2019 dan telah mengenal pasti 38 lokasi kawasan hutan paya di dalam tanah Persekutuan dan tanah milik agensi yang melibatkan keluasan 1,619.22 hektar yang sesuai untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal. Sehingga kini, seluas 676.48 hektar yang merangkumi lapan kawasan hutan paya telah diwartakan pada tahun 2022 melalui siaran Warta 1291 bertarikh 15 Disember 2022. Manakala baki 942.74 hektar sedang dilaksanakan terperinci secara berperingkat untuk proses pewartaan. Justeru keluasan hutan paya laut negeri Pulau Pinang yang diwartakan pada Akta Perhutanan Negara 1984, Akta 313 telah bertambah daripada seluas 381.04 hektar pada tahun 2019 kepada 1,057.52 hektar. Ini adalah peningkatan sebanyak hektar pada tahun 2000 iaitu 17.44 peratus adalah hutan paya laut daripada jumlah keseluruhan 6,663.25 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pun tak nak lah panjang lebar nak ulang putar balik macam banyak kali ya. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Permatang Berangan ya yang membangkitkan usaha Kerajaan Negeri untuk memulihara sungai. Kerajaan Negeri sentiasa memasti kelestarian alam sekitar Pulau Pinang selaras dengan Visi Penang2030 bagi Tema A, Meningkat Daya Huni dan Menambah Baik Kualiti Hidup melalui Inisiatif Strategi A2, Meningkatkan Keselamatan Awam Secara Berterusan ya. Akhir kata, saya, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker kerana telah menjalankan tugas dengan sebegitu sabar. Yang kita pun memerhatikan beberapa minit yang lalu. Sebegitu sabar dan sikap adil dengan izin so calm and professional. Saya juga ingin mengajak semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini untuk terus bersama Kerajaan Negeri khususnya melibatkan portfolio Perumahan dan Alam Sekitar demi memastikan perumahan mampu milik rakyat dan kehijauan alam sekitar dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat pada masa hadapan. Sepertimana yang saya kata saya bagi tau tadi tak kira Kerajaan ataupun Pembangkang, kita bersama in the interest of the people of Penang maju ke hadapan. Sekian terima kasih, dengan ini saya mohon menyokong.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Speaker, saya mohon mencelah. Saya pun nak ucapkan yang sama kepada Tuan Speaker kerana banyak bersabar pagi ini ya. Apa yang dicakapkan oleh EXCO tadi berkenaan dengan kemudahan infra untuk sesuatu projek sebelum kita nak buat adalah mustahak. Saya nak ambil contoh yang saya cakap tak sempat habis dua hari lepas, iaitu berkenaan dengan projek perumahan di Teluk Kumbar, Sungai Batu ya, yang mana hari itu saya maklumkan kepadatan penduduk di situ sebanyak 15,000 orang, lebih kurang. Lepas itu kita nak buat perumahan untuk menempatkan lebih 32,000 penduduk di situ warga asing, menjadikan populasi di situ sekitar 40,000 lebih. Kalau hari ini kita tengok, kalau nak pergi ke Sungai Batu saya rasa jammed cukup teruk dekat hujung tu, dekat bottleneck (dengan izin). Jadi itu satu benda yang perlu ditangani sekarang maknanya memperbesarkan laluan tersebut supaya apabila 40,000 orang penduduk

duduk dekat situ, dia tidak akan jadi masalah sebab sekarang memang masalah. 15,000 orang duduk kat situ pun dah masalah. Itu berkenaan dengan infra ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, tak apa lah, dua minit saya bagi.

Terima kasih YB Penanti. Bila kita bangunkan perumahan untuk pekerja kita kena cari lokasi yang di mana tidak ada populasi yang sudahpun ada populasi yang besar. Kalau kita menempatkan pekerja ini di kawasan yang populasi sudah cukup besar, memang kita akan menghadapi masalah ini. Tambahan lagi di koridor sebelah sana, Teluk Kumbar sehinggalah Balik Pulau ataupun sampai ke Telok Bahang ada banyak peluang-peluang kemajuan seperti begini yang kebaikan menempatkan pekerja di sana adalah dia orang tak memiliki kenderaan, biasanya dia orang tak memiliki kenderaan dan pusat penempatan untuk pekerja-pekerja ini biasanya diangkut dan hantar menggunakan bas ya. Ini akan mengurangkan beban trafik atas jalan raya, so kalau tidak kita kena cari tempat lain yang lebih boleh dimajukan di mana populasi kurang. Kita rasa koridor itu bagus, saya ambil tahu saya faham masalah sosial kemungkinan ada tetapi itu akan diuruskan oleh management body yang akan uruskan tempat duduk pekerja-pekerja ni. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan saya nak jemput Padang Lalang. Sila.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Suara kembali sedikit untuk terus beraksi hari ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini ingin saya ucapkan terima kasih di atas peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 dan juga Usul Anggaran Perbelanjaan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 24 November yang lalu. Sebelum saya meneruskan dengan ucapan penggulungan saya ingin saya lafazkan ucapan takziah khususnya kepada mangsa yang terlibat di dalam sebuah kemalangan di sebuah tapak pembinaan yang berlaku semalam. Dan di mana kami memberi komitmen saya telah berhubung dengan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Kami memberi komitmen yang sepenuhnya khususnya di Hospital Pulau Pinang untuk menyampaikan rawatan dan bantuan kepada mereka para-para mangsa untuk mempermudahkan lah situasi yang dihadapi oleh mereka. Namun demikian Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pada saat kita lakukan persediaan untuk menghadapi tahun 2024 ingin saya menarik perhatian Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di mana untuk tahun-tahun yang lalu khasnya apabila negeri Pulau Pinang berhadapan dengan krisis kesihatan. Misal katanya COVID-19 Dewan yang mulia ini lah yang kita telah berjaya belanjawan untuk kita menentang krisis kesihatan tersebut sehinggakan negeri Pulau Pinang berjaya untuk mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 13.1 peratus. Saya rasa itu apa peranan

yang dimainkan oleh Dewan yang mulia ini di mana negeri Pulau Pinang boleh dikatakan antara sebuah negeri yang pulih daripada musibah COVID-19 terpantas di negara Malaysia ini. Jadi berhadapan dengan situasi masa kini khususnya keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu, usaha yang berganda perlu digemblengkan untuk memastikan sosio ekonomi negeri kekal di atas landasan yang baik serta memastikan hasil pembangunan negeri ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum ataupun agama. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya alih ke isu berhubung dengan portfolio belia. Seperti mana yang saya bangkitkan tadi di mana usaha kita adalah untuk memastikan semua lapisan masyarakat di negeri Pulau Pinang terutamanya golongan belia tidak tertinggal daripada menikmati pembangunan sosio ekonomi yang dinikmati oleh negeri kita. Salah satu usaha yang bakal diadakan untuk tujuan pembangunan belia dalam hal ini adalah Siri Jelajah Belia. Konsep siri jelajah yang dirangka ini akan dilakukan dengan skala yang lebih mikro iaitu di peringkat kawasan kampung supaya satu pendekatan yang lebih bermakna dan rapat dapat kita jalinkan bersama dengan golongan belia khususnya mereka di kawasan kampung. Cadangan konsep siri jelajah ini akan melibatkan pengisian dari segi pameran maklumat dan informasi terkini oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Dan antara objektif dan visi yang ingin dicapai melalui siri jelajah ini adalah untuk menyantuni golongan belia di kawasan setempat untuk kita Kerajaan Negeri memahami secara lebih teliti masalah dan isu yang dihadapi oleh golongan ini seperti isu pendidikan, isu peluang pekerjaan yang rakan-rakan saya di sebelah sana kerap membangkitkan juga, dan juga pembangunan sosial serta masalah yang dihadapi oleh kawasan setempat juga. Selain daripada Visi Penang2030, dasar Rakan Muda yang dikemudikan oleh Kementerian Belia dan Sukan juga akan dititikberatkan dalam pengisian program dan siri jelajah ini akan sampai ke kemuncaknya apabila menjelang penganjuran Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Pulau Pinang yang dijangka berlangsung pada bulan Mei tahun 2024.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, suka untuk saya kongsikan salah satu dasar yang baharu yang diperkenalkan untuk penggal ini di mana jawatankuasa MMK Belia yang bersidang pada 7 hari bulan November telah memperkenalkan dasar baharu untuk menyokong pembangunan belia khususnya dari segi penganjuran program dan aktiviti yang berupaya untuk meningkatkan kapasiti golongan belia di negeri kita. Dasar Dana Pembangunan Belia ini yang dicadangkan oleh Majlis Belia Negeri Pulau Pinang saya ambil kesempatan di sini ucapkan terima kasih kepada Majlis Belia Negeri Pulau Pinang yang telah mengambil iktibar daripada Dana Sukan Komuniti yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan, di mana kita akan membuka permohonan kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia ataupun dengan izin ROY serta sayap-sayap belia ataupun pemuda di bawah pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi penganjuran program peningkatan kapasiti belia untuk negeri kita. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang ataupun lebih dikenali sebagai PYDC akan diberi tanggungjawab sebagai urus setia bagi mengendalikan permohonan untuk dana ini yang akan dimulakan pada tahun hadapan. Dan di sini saya mengumumkan sebanyak RM100,000.00 akan disediakan bagi Dana Pembangunan Belia ini sebagai permulaan bagi menyokong inisiatif pembangunan belia secara holistik ini. Di sini saya ingin mengajak rakan-rakan Ahli Yang Berhormat bukan sahaja di sebelah kerajaan malah di sebelah pembangkang sekiranya terdapat pertubuhan-pertubuhan belia yang ingin mengadakan program yang berupaya untuk meningkatkan kapasiti belia boleh melakukan

permohonan kepada Dana Pembangunan Belia yang akan dibuka nanti. Nanti maklumat secara teliti kita akan siapkan dan nanti pihak PYDC akan berhubung dengan semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya terus beralih ke portfolio sukan. Bertemakan visi untuk 'Melangkaui jangkaan 2024, expect the unexpected - beyond expectation' dengan izin, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang kini dalam rangka persediaan bagi atlet-atlet SUKMA negeri untuk mengambil bahagian di Sukan Malaysia 2024 yang bakal dilangsungkan pada 17 hingga 24 Ogos 2024 di wilayah Sarawak. Sasaran kontinjen negeri adalah untuk melihatkan kepada keupayaan pasukan SUKMA negeri meraih sejumlah 40 butir pingat emas dari 37 jenis sukan yang dipertandingkan di mana setiap persatuan sukan negeri, jurulatih sukan negeri dan atlet-atlet yang terpilih dalam sukan-sukan yang dipertandingkan telah disasarkan dan disaran untuk menyumbang sekurang-kurangnya sebutir pingat emas dalam setiap acara sukan jenis kategori individu yang disertai dan berusaha untuk memenangi medal kemenangan sekurang-kurangnya sebutir pingat gangsa dalam acara sukan berpasukan bagi sukan-sukan yang akan dipertandingkan kelak. Bagi merealisasikan hasrat ini, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah menggariskan strategi tumpuan utama pelaksanaan sukan berprestasi tinggi yang berteraskan kepada empat teras utama iaitu teras pertama, memperbanyakkan kemenangan pingat emas di Sukan Kebangsaan serta Sukan Terbuka yang disertai mulai tahun 2023 hingga 2024 dengan memberi tumpuan penuh dan fokus terhadap program latihan dan anjakan prestasi pembangunan yang dilaksanakan bagi atlet-atlet dan dari kategori sukan-sukan individu. Saya ingin kongsikan ini salah satu teras di mana kita sudah memula tahun ini kita menggalakkan atlet-atlet SUKMA kita untuk mengambil bahagian di dalam sukan peringkat kebangsaan dan kejohanan sukan terbuka dan ia terbuktilah di mana untuk Karnival Sukan Wanita 2023 yang berlangsung pada 3 hingga 7 September di Selangor, Pasukan Hoki Wanita Pulau Pinang telah menjuarai tempat pertama manakala pasukan bola jaring menduduki tempat ketiga dan pasukan bola sepak wanita menduduki tempat yang keempat. Wanita sokong sikit. Hebat-hebat belaka wanita kita. Manakala untuk kejohanan tenpin boling terbuka Sarawak 2023, pasukan tenpin boling negeri kategori bawah 21 tahun berjaya membawa pulang satu emas dalam kejohanan yang disertai. Kejohanan skuash CIMB National Junior Circuit 2023 pada 6 hingga 10 September, atlet SUKMA negeri juga berjaya memenangi tempat pertama dalam kategori pertandingan. Kejohanan Catur IGB Dato Arthur Tan Malaysia Open Chess Championship 2023 pada 27 Ogos hingga 4 september juga menyaksikan atlet Pulau Pinang berjaya membawa pulang tiga butir pingat emas dan satu butir pingat gangsa. Kejuaraan Silat Pra Remaja Pulau Pinang jangan main-main. Kita menitik beratkan juga sukan tradisi khususnya sukan silat ini untuk Pasukan Pulau Pinang. Pasukan Silat Pulau Pinang berjaya memenangi dua butir emas, satu perak dan empat gangsa. Pada Piala Kejohanan Tinju, tinju ini saya nak kongsikan sukan tinju ini sememangnya merupakan lombong emas bagi negeri Pulau Pinang di mana kejohanan Tinju Empat Penjuru Perlis 2023 kita berjaya memenangi dua pingat emas. Sukan Gimnastik Artistik Majlis Sukan Sekolah Malaysia, pasukan Pulau Pinang memenangi 16 emas, 15 perak dan (8) lapan Gangsa. Thailand International Judo Championship satu emas, dua gangsa dan terakhir sekali kejohanan Olahraga Terbuka Persatuan Olahraga Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negeri-Negeri Sembilan dan MILO 2023 kita juga berjaya membawa balik tiga butir pingat emas, dua butir pingat perak dan lima butir pingat gangsa. Itu antara kejayaan

kita dan kita akan teruskan sehingga tahun 2024 sehinggakan lah kita meraih kejayaan menjelang SUKMA 2024 di Sarawak nanti.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Mohon mencelah Speaker.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sila YB Yang Berhormat Penanti.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Ya tadi YB berkata berkenaan dengan peruntukan untuk RM100,000 setiap untuk setahun ataupun untuk setiap KADUN ataupun macam mana peruntukan tersebut setiap permohonan sebanyak RM100,000 dan saya juga dimaklumkan bahawa untuk setiap KADUN sebanyak 40 KADUN akan disediakan pusat sukan. Jadi sejauh manakah pencapaian kita dalam pembinaan pusat-pusat tersebut. Adakah ia merangkumi untuk semua dan adakah ia juga boleh melibatkan ahli-ahli sukan di kalangan OKU untuk turut serta. Sekian.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Penanti. Saya rasa Yang Berhormat Penanti ada dua isu tadi yang dibangkitkan satu adalah tadi berhubung dengan Dana Pembangunan Belia yang saya maksudkan. Untuk RM100,000 itu yang dicadangkan sebagai permulaan itu untuk tempoh satu tahun. Tetapi kita akan lihat pada bagaimanakah reaksi ataupun sambutan yang diterima dan sekiranya perlu saya rasa kita boleh mempertimbangkan untuk meningkatkan lagi dana yang terlibat. Dan isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penanti, terdapat dua isu. Satu adalah pusat belia yang di bawah semua KADUN itu di bawah manifesto Kerajaan Perpaduan. Satu lagi memang konsep tu adalah gym rakyat. Gym rakyat lah di dalam 40 KADUN juga. Itu tidak termasuk dalam dana yang saya sebutkan tadi itu akan kita uruskan secara berasingan untuk kita menggemblengkan lebih banyak sumber untuk kita majukan dan saya menyambut baik saranan Yang Berhormat Penanti untuk kita melibatkan khususnya atlet-atlet kelainan upaya dan sememangnya untuk Kerajaan Negeri kita tidak ada perbezaan. Bagi atlet yang biasa dan juga atlet kelainan upaya, layanan yang diberikan adalah setimpal dan sama. Sebagai contoh baru-baru ini untuk pencapaian di sukan Asia di Hangzhou yang skim insentif yang diterima oleh atlet biasa dan atlet kelainan upaya adalah sama. Kita tidak membezakan mereka. Terima kasih Yang Berhormat Penanti. Untuk teras kedua, saya teruskan kepada tadi ada empat teras. Kedua adalah kita memperkasakan jurulatih sukan negeri khususnya mereka terbabit dengan sukan-sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan SUKMA, sukan fokus dan juga lain-lain sukan yang memberikan kepada pendedahan kepada penambahan ilmu-ilmu kesukanan terkini, perluasan dalam pendedahan kemajuan taktikal dan teknikal permainan serta perkongsian berterusan melibatkan penggunaan elemen-elemen sains sukan terkini. Sebagai contoh baru-baru ini saja kita telah berjaya menganjurkan satu simposium sport excellent dengan izin, di mana kita telah menjemput pensyarah daripada University of Taipei, pensyarah juga daripada negara Australia

yang pernah menjadi sebahagian daripada pasukan olimpik dan untuk negara Australia untuk datang ke Pulau Pinang berkongsi ilmu dan juga perkembangan terkini khususnya bagaimana kita melibatkan sains dan teknologi dalam aktiviti sukan untuk mempertingkatkan lagi prestasi atlet-atlet kita khususnya dari segi pemakanan, itu adalah amat penting dan di mana Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang juga, kini kita telah mula untuk memberikan supplement-supplement (dengan izin) kepada atlet-atlet kita sebagai persediaan untuk meningkatkan lagi prestasi mereka. Manakala teras ketiga, kita turut meningkatkan jumlah bilangan atlet-atlet dalam latihan skuad pelapis SUKMA ataupun pembangunan akar umbi secara berterusan dan tanpa henti untuk meluaskan bakat-bakat sukan negeri yang berkebolehan untuk mewakili negeri Pulau Pinang ke sukan-sukan bertemasya peringkat kebangsaan dan antarabangsa menjulang nama Pulau Pinang dan Malaysia. Dan terakhir yang keempat, kita mengukuhkan urustadbir dan penglibatan langsung persatuan negeri, sukan negeri dalam pembangunan sukan negeri serta memastikan berlakunya transformasi positif yang berkekalan di dalam pengurusan pentadbiran untuk kita merancakkan lagi pembangunan sukan untuk negeri kita. Jadi untuk memastikan kejayaan di SUKMA yang akan datang, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sepertimana di bawah belanjawan ini, kita telah memperuntukan sebanyak RM3 juta untuk penyediaan Kontinjen SUKMA Sarawak 2024 yang merangkumi pembekalan peralatan pertandingan untuk pasukan negeri dan pelbagai perbelanjaan yang merangkumi perbelanjaan kontinjen negeri untuk ke Sarawak termasuk kos penerbangan, penginapan urusetia, sewaan kenderaan, pembekalan pakaian kontinjen negeri secara keseluruhannya. Dan saya nak kongsi sedikit SUKMA di Sarawak ada peralatan ataupun perkakas yang kita perlu kirim lebih awal sebab ada barang-barang sukan yang kita tak boleh bawa atas kapal terbang. Kita kena sediakan kontena untuk hantar terlebih dahulu. Misalnya untuk sukan pelayaran, bot-bot semua itu kita perlu ambil kira juga untuk sediakan kontena dan hantar satu kali ke Sarawak. Itu yang meningkatkan kos yang terlibat tapi saya haraplah, saya mohon agar rakan-rakan Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri dapat turut memberikan sokongan padu anda untuk menjayakan usaha-usaha ini untuk sukan kita, untuk negeri kita. Silakan Ketua Pembangkang.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Mohon mencelah Tuan Speaker dan terima kasih kepada EXCO. Saya nak Tanya, tadi saya lihat maknanya pembentangan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan ini memang menelan belanja yang besar. Adakah maknanya Kerajaan Negeri juga mencari sponsor untuk maknanya menaja sukan-sukan ataupun atlet yang terlibat dengan sukan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Dan berapakah jumlah bajet ataupun belanjawan yang dibelanjakan kepada atlet ini dan juga melibatkan projek-projek ataupun pertandingan-pertandingan yang disertai oleh apa nama atlet yang pelbagai yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang sememangnya dari segi penajaan, memang kita turut mengamalkan sebab kalau ikutkan berdasarkan jumlah belanjawan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri, memang tidak cukup untuk kita memajukan lebih daripada 37 jenis sukan di negeri kita. Tetapi saya ambil kesempatan di sini untuk ucapkan terima kasih kepada persatuan-persatuan sukan negeri juga mengambil inisiatif sendiri untuk memberikan lagi suntikan semangat kepada para atlet untuk kita mencapai satu kejayaan dalam acara sukan yang

kita anjurkan dan bagi menjawab isu tentang kita menyediakan kos untuk membiayai atlet-atlet ini untuk menyertai sukan-sukan berprestij ini. Ya, memang melalui Majlis Sukan Negeri kita memberikan sedikit sebanyak insentif melalui persatuan-persatuan sukan negeri tetapi saya macam saya katakan tadi lah, dari segi penajaan ini memang itu adalah usaha yang berterusanlah. Saya bagi contoh senang sahaja, katakanlah bajet tadi yang saya sebutkan untuk RM3 juta, sebenarnya pada tahun-tahun yang lalu Kerajaan Negeri hanya menyediakan lebih kurang belanjawannya RM10 juta untuk Majlis Sukan Negeri untuk kita memajukan sukan di negeri Pulau Pinang ini. Tapi pasukan water polo, saya nak bagi tahu water polo di Singapura, bajet dia lebih tinggi daripada kami sudah, ada di antara negeri seperti negeri lain juga, dia ada secara pengkhususannya, ada dana yang tambah. Tapi saya rasa satu usaha public private partnership kita kerjasama untuk sama-sama memajukan sukan di negeri kita. Itu adalah hala tuju yang sewajarnya lah. Saya nak berikan maklumbalas kepada isu-isu yang dibangkit tapi Yang Berhormat Bukit Tambun tak ada di dalam Dewan, Yang Berhormat Seri Delima, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Seri Delima berkaitan dengan laluan basikal sepanjang 205 kilometer di kawasan Pulau ini, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang sememangnya mempunyai perancangan untuk memperluaskan lagi laluan basikal di mana MBPP mempunyai perancangan untuk menyambung laluan basikal dari Rizab Sungai Dondang berdekatan dengan projek perumahan Shineville sehingga ke Jalan Masjid Negeri Dan KOMTAR. Itu Memang dekat dengan di bawah parlimen Bukit Gelugor jugalah. jadi pada masa kini juga, pihak MBPP sedang menyediakan laluan basikal di kawasan Bayan Baru dan Bayan Lepas. Pembinaan laluan basikal ini akan dilaksanakan secara berperingkat. Tapi untuk maklumat Yang Berhormat Seri Delima dan juga Dewan yang mulia ini, bukan sahaja saya rasa tujuan atau objektif kita adalah untuk menambah lagi lebih banyak tapi juga perlu mengambil kira tentang kos penyelenggaraan yang sewajarnya. Saya rasa buat masa kini 205 kilometer tu sememangnya menjadikan negeri Pulau Pinang salah satu negeri yang mempunyai laluan basikal yang boleh dikatakan antaranya yang paling kondusif tetapi yang penting adalah kita menitikberatkan juga dari segi kos penyelenggaraan untuk memastikan laluan basikal ini senantiasa berada di satu tahap yang memuaskan. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seberang Jaya yang telah membangkitkan khususnya tentang isu pembangunan bola sepak di negeri kita. Tapi untuk Yang Berhormat Seberang Jaya untuk jawapan kepada Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony tu, saya rasa saya pun telah memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Jadi, saya tak ambil kesempatan ini untuk… tadi sembang kitapun tepi sembang nanti kopi kita boleh sembang lagi. Tapi untuk pembangunan bola sepak, ini memang jadi hangat lah. Selain daripada menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang setimpal, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui badan induk bagi sukan bola sepak di negeri kita iaitu Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang kita telah menganjurkan pelbagai program-program pembangunan akar umbi yang sewajarnya bagi kita membangunkan bola sepak negeri kita. Saya turut mengambil kesempatan di sini untuk ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah mengadakan karnival bola sepak akar umbi, LovePenang pada bulan September 2023, jangan main-main, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun dia bagi sokongan khususnya dari segi pembangunan akar umbi bola sepak itu. Dan manakala usaha untuk menyokong pembangunan ini, kita akan teruskan juga seperti mana tadi saya bangkitkan lah di bawah FAP dan secara khususnya Yang Berhormat Seberang Jaya pun bangkit tentang sukan futsal. Acara futsal akan dipertandingkan juga di Sukan Malaysia Sarawak 2024 yang seperti mana saya kongsikan pada bulan Ogos tahun depan dan kini pasukan futsal SUKMA negeri Pulau Pinang sedang dalam proses persediaan rapi untuk menghadapi SUKMA yang akan datang di

mana sebanyak 26 orang atlet skuad latihan pasukan futsal mengadakan latihan pusat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Kompleks Balik Pulau dari Isnin hingga Jumaat jam 8.00 malam. Nanti Yang Berhormat Seberang Jaya ada senang bawa boots, kita turun join sekali. Manakala untuk Penang FC, peluang yang secukupnya seperti mana tadi saya bangkitkan tentang pembangunan akar umbi, saya di sini ingin menjaminkan peluang yang secukupnya akan diberikan khususnya kepada mereka yang berbakat dari negeri Pulau Pinang untuk menyarung jersi Harimau Kumbang di persaingan Liga Super, Liga Simpanan, Piala Presiden dan Piala Belia. Penang FC kini juga merangka strategi kewangan untuk membuka sebahagian ekuiti pemilikan kepada pihak-pihak yang berminat sebagai usaha untuk meningkatkan lagi daya saing Penang FC dalam arena bola sepak. Ini saya tak mahu masuk panjang lebar tadi tempoh hari dalam banyak jawab khususnya persoalan daripada rakan saya daripada Sungai Bakap. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, portfolio terakhir adalah dalam isu Kesihatan. Bagi memastikan peningkatan dan penyampaian perkhidmatan perubatan dan kesihatan awam, setakat 30 Oktober 2023, sebanyak 67 projek yang telah siap dilaksanakan, 17 projek dalam pelaksanaan dan satu projek lagi dalam proses pra perlaksanaan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Pelaksanaan 85 projek ini termasuk 19 projek naik taraf klinik daif dan satu projek perobohan dan pembinaan semula klinik daif yang merangkumi peruntukan sebanyak RM3.5 juta telah disediakan dan setakat 30 Oktober tahun ini, sebanyak 18 projek klinik daif yang telah di siap dilaksanakan. Mana lagi dua (2) projek masih dalam pra perlaksanaan. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Klinik Desa di Sungai Batu sudah siap. Itu kampung lama Ketua Pembangkang juga. Sungai Batu, nanti sudah siap, nanti kita pergi melawat. Manakala untuk perancangan tahun 2023 yang dicapai antaranya lah perancangan yang telah kita berjaya mencapai sasaran termasuk Perasmian Klinik Kesihatan Bandar Perda pada 17 Julai 2023. Yang Berhormat Seberang Jaya, klinik cantik ya? Okey, dan Perasmian Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau pada 18 Julai juga yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia. Kita sudah tambah, nanti kita akan cuba usahakan lagi untuk kita meningkatkan lagi fasiliti kesihatan kita. Jadi persediaan untuk pembukaan fasiliti kesihatan baru turut menjadikan fokus perancangan tahun 2023 ini dan kita menjangkakan beberapa fasiliti kesihatan baharu yang akan memulakan operasi pada tahun ini ataupun awal tahun 2024 adalah Klinik Kesihatan Jenis 3, Air Putih yang menelan kos sebanyak RM30 juta. Air Putih, Air Putih belah Balik Pulau dan juga Klinik Kesihatan Jenis 6 di kawasan Relau dimana projek ini menelan jumlah kos sebanyak RM3.2 juta. Jadi pada persidangan mesyuarat kali ini, saya turut mengambil maklum tentang keresahan dan juga saranan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, khususnya dari segi kemudahan dan fasiliti kesihatan di kawasan masing-masing. Dan saya akan usahakan, saya akan adakan lebih banyak lagi lah sesi libat urus untuk melihat kepada keperluan setempat dan semasa untuk kita cuba untuk membangunkan lagi lebih banyak fasiliti di kawasan masing-masing. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan penduduk Negeri Pulau Pinang agar menjaga kesihatan dengan cara memilih pemakanan yang lebih sihat dan bergerak aktif bagi mencegahkan obesiti dan seterusnya dapat mengelakkan daripada menghidapi penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan masalah jantung. Untuk bulan Ini, bulan November… Silakan, rakan saya.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih YB EXCO Padang Lalang berhubung dengan kesihatan, saya juga nak ambil perhatian dan nak mohon respond daripada Yang Berhormat EXCO tentang penyakit Tibi, penyakit Tibi. Saya difahamkan tengok dalam akhbar, di Lembah Klang lah dan di ada kes di Cheras termasuk di Pudu, Kuala Lumpur lebih 30 kes, so, di Pulau Pinang juga ramai warga bukan warga tempatan lah. Warga asing yang berada di Pulau Pinang ini. Adakah penyakit ini terkawal ataupun diberi perhatian oleh EXCO lah untuk negeri Pulau Pinang. Ini saya tanya soalan ni, jangan tanya soalan balik pada saya.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih, saya jawab, saya jawab. Jangan risau. Untuk makluman Yang Berhormat tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penaga khususnya tentang satu post yang viral. Saya rasa Yang Berhormat rujuk kepada satu post yang telah menjadi viral di atas social media. Sebenarnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pun telah mengeluarkan kenyataan untuk menyangkal isu itu. Sebenarnya itu kes adalah ada pihak perbadanan pengurusan yang terlalu panik sudah, mereka lihat data yang dikongsikan di dalam aplikasi Mysejahtera sebab yang dimasukkan di Cheras tu adalah untuk keseluruhan daerah Cheras. Luas tu, tempat tu. Tapi mereka ambil data itu, print dalam notice board tampal sana kata kan itu blok ada begitu banyak kes. Jadi itu adalah satu tanggapan yang silap dan saya memberikan jaminan kepada Yang Berhormat Penaga, jangan risau, keadaan Tibi tidak kira di Lembah Klang ataupun di negeri Pulau Pinang, kita dalam keadaan yang terkawal. Jangan risau. Saya teruskan. Hasil pemerhatian kesihatan dan dan morbiditi kebangsaan ataupun dengan izin national health and morbidity survey menunjukkan trend yang meningkat bagi kategori berlebihan berat badan dan obese ini saya risau sedikit. Hasil tinjauan NHMS pada tahun 2019 mendapati satu dalam setiap 2 orang dewasa mengalami masalah ini. Data ini bersamaan dengan prevalence negeri Pulau Pinang bagi kategori berlebihan berat badan dan obese iaitu sebanyak 50.2 peratus manakala kajian NHMS turut menunjukkan trend peningkatan bagi penyakit diabetis iaitu daripada 11.2 peratus pada tahun 2011 kepada 13.4 peratus menjelang tahun 2015 dan meningkat kepada 18.3 pada tahun 2019. Selain itu, karies gigi dalam kalangan kanak-kanak juga, jangan lupa kanak-kanak kita karies gigi juga tinggi iaitu 76.2 peratus pada tahun 2000 dia telah melonjak bagi kanak-kanak masih tinggi iaitu 76.2 peratus pada tahun 2000 dan 71.3 menjelang 2015 untuk kanak-kanak 5 tahun dan ke bawah. Jadi, kita nasihatkanlah kurangkan minuman yang bergula khususnya kepada anak-anak kita untuk menjaga kesihatan mereka. Oleh itu, pejabat saya dengan kerjasama pihak Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada kami untuk menjalankan evokasi kempen kurangkan gula di ruang makan Dewan Undangan Negeri ini. Nanti Yang Berhormat kalau masa rehat makan kita sudah sediakan maklumat khususnya dari segi tag kalori dan juga maklumat khasiat pemakanan yang telah disediakan oleh caterer kita hari ini, jadi

Tambahan sedikit YB EXCO.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Silakan

Saya sangt bersetuju dengan kempen yang telah dibuat itu dan tadi pun saya telah tengok di dewan makan ada diletakkan banting kami menyokong dan komited untuk mengurangkan gula di premis ini, itu langkah yang terbaik cuma sebagaimana yang kita lihat di luar sana kalau kempen penggunaan plastik. Ada hari yang memang tidak diberi plastik untuk pengguna atau pun untuk pembeli. Maknanya Hari Tanpa Plastik

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh Hari Tanpa Makan.

Saya hendak syorkan kepada Yang Berhormat EXCO dalam seminggu ada Hari Tanpa Gula, itu saya cadangkan dan kalau boleh kita mungkin berkongsilah saya lihat..

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, boleh.

Dato' Yang di-Pertua maintain tengok keadaan itu jadi kalau boleh..

Yang di-Pertua (Speaker)

Penaga sama juga.

Dato' Yang di-Pertua berkongsi untuk tips penjagaan kesihatan.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Penaga, itu lah isu itu kita cuba sebab ikutkan khususnya dari segi penggunaan khususnya dari segi minuman yang bergula sememangnya diperingkat persekutuan kita telah memperkenalkan cukai gula there is sugar tax tetapi kita sedia maklum satu can coca-cola sekarang berapa? RM2.20 dijual di kantin anak-anak kita boleh dibeli secara senang. Kalau anak-anak kadang kala dia rasa apa ibu bapa pun ambil pi bayar beli satu coca

cola untuk minum saya rasa itu adalah satu isu yang kita perlu telitikan. Secara peribadilah ini tidak mewakili pendirian Kerajaan Negeri, secara peribadi saya sebenarnya menyokong untuk kita meningkatkan lagi cukai gula tapi saya takut lah nanti pembangkang kata PMX, Kerajaan Perpaduan masuk sahaja ooo harga gula naik, ini cukai gula naik, cukai itu naik tetapi kita kalau lihat secara rasional dari segi penjagaan kesihatan itu saya rasa rakan-rakan disebelah sana boleh bersetuju juga lah. Jangan hentamlah kalau sekiranya terdapat……Setuju ya, baik, untuk kempen yang saya sebutkan tadi ini adalah sebenarnya menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia untuk melaksanakan kempen kurangkan gula dalam makanan dan minuman dengan tagline “gula satu sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik” jadi bagi menyokong usaha ini dipohon Ahli-Ahli Yang Berhormat bantulah sebar luas kempen ini di dalam media sosial masing-masing supaya mesej ini sampai kepada semua pendudukan di Negeri Pulau Pinang ini dan semoga dengan usaha ini kita dapat meningkatkan lagi taraf kesihatan penduduk negeri Pulau Pinang seterusnya melahirkan masyarakat yang sihat sejahtera. Merujuk kembali kepada data yang saya kongsikan khusunya tentang obesiti, diabetis dan lain-lainnya adalah menjadi tanggungjawab saya bukan sahaja untuk memastikan bahawa tahap kesihatan warga Pulau Pinang sentiasa berada di paras yang memuaskan tetapi adalah turut menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri ini sentiasa dalam keadaan sihat walafiat demi merancakkan perkhidmatan Yang Berhormat-Yang Berhormat kepada warga Pulau Pinang di kawasan masing-masing. Justeru dengan itu, setelah berbincang bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan selaras juga dengan dasar yang diamalkan diperingkat Dewan Rakyat, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang akan berhubung dengan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri untuk turut menjalani pemeriksaan kesihatan di fasiliti-fasiliti sukan yang berdekatan

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasiliti sukan?

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Fasiliti kesihatan, maaf. Fasiliti sukan pun kena pergi kehidupan yang aktif, kena cuba lari ya betul Yang Berhormat Paya Terubong. Saya amat berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat boleh melakukan pemeriksaan kesihatan ini bukan sahaja untuk memastikan keadaan fizikal dan mental Yang Berhormat-Yang Berhormat rakan-rakan sekalian berada di satu tahap yang baik tetapi dengan penyertaan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian kita boleh dijadikan satu teladan yang baik kepada rakyat diluar sana untuk turut menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Kita dapat mencegah isu-isu kesihatan ini

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat make sure ia jadi ya, Dewan sudah dengar.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Jadi, jadi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jabatan Kesihatan akan menghubungi Yang Berhormat – Yang Berhormat

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Mohon mencelah. YB mohon mencelah.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Silakan, Yang Berhormat Penanti.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Tahniah kepada penduduk Pulau Pinang kerana penyakit-penyakit berkurangan sebab itu kita mendapat jumlah penuaan yang tertinggi. Jadi saya rasa penduduk Pulau Pinang ini sihat cuma dikalangan orang-orang yang dikatakan sebagai orang tua-tua ni, warga emas kebanyakkannya masih lagi ada yang dok terkencing dalam seluar dia panggil itu maknanya dia perlukan pampers, di tempat saya banyak, banyak tempat yang orang tua-tua ini perlu pampers untuk membuang air kecil. Jadi diperingkat kementerian mungkin dapat disediakan dengan lebih meluas berkenaan dengan bantuan pampers atau pun seluar dalam di dalam kepada warga-warga emas ini.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih saranan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Penanti kita boleh lihat bagaimana kita boleh membantu tetapi buat masa kini ada agensi-agensi seperti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga mungkin pihak Zakat yang juga boleh turut bantulah khususnya bagi mengatasi isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penanti. Akhir, saya masuk maklumbalas kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Lancang walau pun beliau tidak ada tetapi saya rasa ini maklumat yang penting untuk saya kongsikan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri tentang apakah Procedur Operation Standard atau pun dengan izin SOP khususnya kita mengendalikan aduan berhubung dengan individu kurang siuman. Tempoh hari Yang Berhormat Ahli Kawasan Batu Lancang telah bangkitkan dan untuk makluman Dewan yang mulia ini sememangnya di bawah kemudahan psikiatri Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang kes yang melibatkan individu yang disyaki kurang siuman tersebut boleh dirujuk dan untuk kes-kes yang terlibat kelazimannya pihak jabatan akan cuba untuk mengenalpasti sama ada mereka mempunyai ahli-ahli keluarga ataupun sanak saudara untuk membawa individu tersebut untuk menyusuli rawatan yang berkenaan dan untuk makluman Dewan yang mulia pindaan kepada Akta Kesihatan Mental 2001, [Akta 615] telah pun dilakukan dan telah diwartakan pada 11 Ogos tahun ini yang telah membawa kepada beberapa pembaharuan SOP bagi merujuk individu yang disyaki kurang siuman ini.

Pindaan tersebut yang dibentangkan oleh Yang Berhormat saudara Ram Karpal Singh, Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi undang-undang dan reformasi institut di Dewan Rakyat telah menambahkan kluasa bagi terma Pegawai Intervensi Krisis, di bawah Seksyen 11, Akta 615 untuk bukan sahaja kita pada asalnya akta itu pegawai yang berhak untuk membawa orang-orang disyaki mengalami kesihatan mental atau pun kurang siuman ini ke fasiliti kesihatan ini hanyalah pihak Polis dan juga pegawai daripada Kebajikan Masyarakat tetapi untuk pindaan baru-baru ini kita telah memasukkan bukan sahaja pegawai Polis dan Pegawai Kebajikan Masyarakat malah pegawai untuk agensi penguatkuasaan maritime Malaysia, pegawai bomba, pegawai bomba bantuan, pegawai bomba sukarela dan juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut diberikan kuasa untuk membawa orang-orang ini kepada fasiliti kesihatan ini. Namun demikian, bagi kes-kes akut dan bukan jangka masa panjang sememangnya individu tersebut akan discaj lah selepas menerima rawatan tetapi untuk kes yang memerlukan rawatan jangka panjang sekiranya memenuhi kriteria ia akan dirujuk kepada pusat rawatan jangkaan seperti di Hospital Bahagia Ulu Kinta, itu semua tempat orang tau la Tanjung Rambutan. Walau bagaimanapun, saya mengambil maklum keresahan yang diluahkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang dan akan membawa perkara tersebut untuk perhatian Jawatankuasa Kesihatan Mental yang telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa MMK Kesihatan pada 14 November untuk perbincangan selanjutnya. Yang Berhormat Kebun Bunga telah membangkitkan tentang isu vaksin virus papiloma manusia atau pun HPV sebagai langkah pencegahan kepada kanser pangkal rahim atau kanser serviks yang menjadi kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Untuk makluman Yang Berhormat Kebun Bunga, bagi kohort 2021 terdapat sedikit gangguan bekalan vaksin pada ketika itu namun kohort ini yang sekarang ada di tingkatan 3 telah diberikan suntikan vaksin tersebut. Jumlah yang berdaftar bagi kohort 2021 adalah sebanyak 11,456 orang dimana sebanyak 8,147 telah menerima suntikan setakat ini. Bagi kohort 2022 sebanyak 11,363 orang telah berdaftar dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang akan menyelesaikan kohort ini pada tahun hadapan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kini juga di dalam perancangan untuk kita mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk kita pastikan anak-anak kita di luar lingkungan kohort. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat tadi yang saya sebutkan kohort di mana mereka adalah sebenarnya adalah pelajar yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tidak kira lah mereka di institusi pengajian awam atau pun sekolah-sekolah swasta dan lain-lain yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Memang kalau mereka di bawah kategori tersebut Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberikan suntikan vaksin secara percuma manakala mereka yang di luar lingkungan ini khususnya mereka yang mungkin tercicir tidak dalam sistem pendidikan itu memang pihak KKM tengah mengambil inisiatif yang sewajarnya dan akan diumumkan tidak lama lagi, saya mohon sabar, kita akan pastikan semua anak-anak gadis-gadis kita dapat selamat menjalani pelalian HPV ini. Yang Berhormat Seri Delima turut membangkitkan keresahan beliau berhubung dengan situasi lonjakan kes pernafasan yang kini berlaku di negara China berikutan dengan musim sejuk penuh yang pertama di negara tersebut sejak ia melonggarkan sekatan untuk COVID-19. Namun demikian, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiada patogen baru ataupun luar biasa dikesan dalam kes-kes penyakit kebelakangan ini dan untuk makluman Dewan yang mulia berdasarkan pemantauan survelan influenza like illness, ILI dan severe acute respiratory syndrome, SARi di Pulau Pinang sehingga minggu epic ke 47 tidak menunjukkan peningkatan kes jangan risau Yang Berhormat. Manakala untuk jangkitan COVID-19 ini secara puratanya Pulau Pinang kini merekodkan dalam lingkungan 50 hingga 60 kes setiap hari pada

kadar harian dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah memberikan arahan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk memantau dengan rapi institusi-institusi berisiko tinggi seperti rumah warga emas, asrama, penjara, pusat pemulihan penagihan narkotik (PUSPEN), depo imigresen dan fasiliti-fasiliti lain yang berisiko dan mengingatkan SOP COVID-19 yang pernah diamalkan sebelum ini sebagai langkah proaktif bagi menghalang kejadiaan kluster COVID-19 berulang kembali. Tapi saya hendak sarankan jangan rasa sangat risau sebab kita sudah memasuki fasa endemik meskipun ada kes COVID-19 yang telah didaftarkan ia bukan kes yang macam teruk atau parah, ada dikalangan walaupun ada kes COVID-19 ia akan sembuh sebab imunisasi itu sebenarnya ada kecuali..

Yang di-Pertua (Speaker)

Padang Lalang ada berapa lagi?

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sudah habis, penutup, penutup. Kecuali patogen atau pun ada varian yang baru yang akan muncul lah tetapi buat sementara jangan risau. Sebagai penutup Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Akhir kata daripada saya Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan Pembangunan Belia, Sukan dan Kesihatan di negeri Pulau Pinang ini dilaksanakan dengan kaedah yang paling cekap dan lestari bagi kemaslahatan bersama. Diharapkan segala apa yang dibincangkan dan keputusan yang dicapai mampu menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang makmur dan sejahtera. Jadi Kerajaan Negeri turut berharap kepada semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta, Kerajaan Persekutuan bahkan setiap lapisan masyarakat dapat bekerjasama dan sentiasa menyokong setiap inisiatif Kerajaan Negeri bagi membangunkan dan memajukan negeri Pulau Pinang ke arah mencapai visi dan misi Penang 2030. Jadi dengan kata-kata itu sekian terima kasih, Yang Berhormat Padang Lalang memohon menyokong

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Lalang, Ahli-ahli Yang Berhormat maka Dewan ditangguhkan dan kita bersidang semula pada jam 2.00 petang nanti.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Dewan disambung semula pada jam 2.00 petang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum warohmatullah hibarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-ahli mesyuarat sekalian, kita sambung ke sesi penggulungan. Cuma saya nak peringatkan YB-YB EXCO untuk menggulung perkara-perkara yang masih tak disentuh lagi, sebab kita dah gulung kali kedua dan juga soalan lisan pun kita telah habiskan. Jadi silakan Paya Terubong.

Wong Hong WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker dan salam sejahtera, salam Penang2030 dan salam Malaysia Madani. Kerajaan Negeri juga terus komited dalam mengekalkan status Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan pilihan dengan kepelbagaian produk pelancongan yang tersedia di negeri ini dengan gelaran warisan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, dan juga UNESCO Penang Hill Biosphere Reserve dan lokasi-lokasi dipenuhi dengan alam semula jadi dan taman tema berasaskan pertanian dengan bumi subur, luas dan menghijau. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil usaha proaktif dalam menambahbaik tarikan-tarikan pelancongan sedia ada dan selain daripada apa yang disebut dalam Budget Speech Ketua Menteri, lokasi-lokasi pelancongan seperti Penang Waterfront Convention Centre, Gurney Bay yang akan menjadi tumpuan baharu pelancong ke Pulau Pinang. Gurney Bay akan menjadi Iconic Waterfront Destination dengan cadangan konsep pelan induk yang merangkumi empat (4) tarikan utama iaitu Seaside Retail F&B, Water Gardens, Beach and Coastal Grove. Projek tersebut yang dianggarkan bernilai RM221.0 juta dan akan siap sepenuhnya pada awal tahun awal tahun 2025. Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga telah menerima peruntukan sebanyak RM25 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pemuliharaan dan pengurusan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, melalui komponen projek seperti insentif pembaikan dan pemuliharaan bangunan warisan Kategori I dan II, penyediaan lukisan terukur bagi bangunan Kategori I, penyediaan laporan kajian dilapidasi dan pernyataan tatacara kerja bagi bangunan Kategori I, penaiktarafan laluan kaki lima, menaik taraf sistem pencarian jalan, projek pengurangan risiko bencana berasaskan komuniti terhadap warisan budaya, projek pembinaan kapasiti warisan budaya tidak ketara berasaskan komuniti, pelaksanaan aktiviti warisan kebudayaan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan pelaksanaan projek-projek lain. Menjawab soalan dari Yang Berhormat Sungai Dua iaitu tentang peruntukan bagi pembaikan dan penyelenggaraan masjid-masjid lama seperti Masjid Tuan Haji Rashid dan Masjid Tuan Samad di Sungai Dua, yang didakwa telah disenaraikan sebagai bangunan warisan. Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang, kedua-dua masjid ini masih belum diwartakan sebagai bangunan warisan. Namun begitu, Masjid Jami’ul Badawi telah disenaraikan di dalam Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 untuk kerja-kerja pemeliharaan senibina masjid yang merupakan peninggalan warisan sejarah, penaiktarafan kemudahan dan infrastruktur seperti tempat letak kereta dan tandas dan penaiktarafan papan tanda di pintu masuk utama sebagai mercu tanda. Bagi bangunan-bangunan yang telah diwartakan sebagai bangunan warisan, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Warisan Negara menyediakan peruntukan yang boleh dimohon

untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan. Untuk makluman Yang Berhormat, geran RM25 juta ini oleh Kementerian Pelancongan (MOTAC) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhomat Ketua Menteri dalam ucapan pembentangan bajet ada terhad untuk kegunaan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bangunan warisan dalam kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO, George Town sahaja. Menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Tambun, berkenaan dengan pulau-pulau milikan Kerajaan dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta untuk menjana pendapatan negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi mempergiat pelancongan di pulau-pulau di sekitar Pulau Pinang seperti contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat seperti di Pulau Aman, memerlukan banyak penambahbaikan kepada infrastruktur sokongan di pulau-pulau tersebut seperti jeti dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, jeti yang digunakan di Pulau Aman yang turut berfungsi sebagai jeti nelayan serta diselenggara oleh agensi Kerajaan Pusat iaitu pihak Lembaga Kemajuan Ikan iaitu LKIM. Berkenaan dengan soalan-soalan yang dibangkitkan oleh yang beberapa Yang Berhormat antara lainnya Yang Berhormat Berapit, Pulau Tikus, KOMTAR dan beberapa Yang Berhormat lain, berkenaan penganjuran konsert yang begitu mendapat perhatian, ada satu perbahasan semalam isu-isu konsert dan usaha menaik menarik penganjuran konsert artis terkemuka di Pulau Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Penang Convention & Exhibition Bureau atau singkatannya PICEB memberi penumpuan kepada penganjuran acara perniagaan dalam sektor MICE atau singkatannya meetings, incentives, conferences and exhibitions iaitu lebih tumpu kepada mesyuarat, pameran dan persidangan, iaitu lebih tumpu kepada arah itu. Dari segi kapasiti kita, kalau kita lihat Coldplay yang dianjurkan konsert di Kuala Lumpur, di Bukit Jalil Kuala Lumpur, mempunyai kapasiti 80,000 penonton. Dia boleh muat 80,000 penonton di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur dengan sokongan rangkaian LRT yang yang berdekatan. Kapasiti di Pulau Pinang, kapasiti Stadium Batu Kawan adalah 40,000, Stadium Bandaraya di kawasan Datok Keramat 20 lebih ribu dan Spice Arena dengan kapasiti melebihi 10,000 oleh itu kita sebenarnya kalau kita nak anjurkan konsert begitu besar di Stadium Bandaraya Datok Keramat, maksudnya dia kena jammed seluruh Datok Keramat kerana tak ada rangkaian LRT, rangkaian konsert. Kalau di KL, mereka datang dengan LRT so semua boleh muat walaupun... Oleh itu, kita kita kita kurang, penganjur konsert belum menjadi tumpuan promosi buat masa ini, memandangkan infrastruktur sokongan kurang berbanding dengan pesaing-pesaing di rantau ini terutama di Kuala Lumpur. Namun begitu, Pulau Pinang kita masih menjadi destinasi bagi artis terkemuka tempatan mengadakan konsert di sini. Sebagai contoh, artis terkemuka yang juga anak kelahiran Pulau Pinang, Ella. Ella memilih Pulau Pinang sebagai destinasi jelajah konsert Jilid Akhir pada 28 Oktober 2023 baru-baru ini. Saya tak tau sama ada YB-YB ada ada pergi tengok konsert Ella tak. Mungkin tak ada la. Batu Uban juga tak ada, dekat kawasan sana semua. Tapi ada juga konsert-konsert daripada artis-artis India. What was the name, artis-artis India beberapa orang yang datang buat persembahan tahun ini. What the..

Wong Hong WaiDAP · PHPaya Terubong

Dewa, ya ya. Ada ada..

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Predip.

Wong Hong WaiDAP · PHPaya Terubong

Predip, ia antarabangsa ka. I mean India juga la. Boleh kira antarabangsa la dan oleh itu kita juga mampu mengadakan konsert-konsert artis terkemuka tempatan dan juga daripada India, tapi kalau kita nak really international kita tak ada kita tak ada, belum ada economy of scale, maksudnya tak ada economic of skills bersaing dengan Stadium Bukit Jalil yang mempunyai bukan saja rangkaian LRT, ada ekosistem, so ekosistem yang yang yang yang lengkap untuk penganjuran peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, PICEB sedang membuat perancangan untuk menganjurkan Northern Audio Visual Show 2025. Northern AB Show Audio Visual Show yang termasuk pameran, persidangan dan konsert pada tahun 2025 memandangkan ada local manufactures ataupun pembuat tempatan yang menghasilkan produk-produk sound system, high end musical product di Pulau Pinang. Dan menjawab kepada soalan-soalan yang lain daripada Yang Berhormat Pengkalan Kota berkenaan dengan Tapak Warisan UNESCO George Town. Pengkalan Kota dan saya rasa Berapit juga berkenaan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik cadangan mengambil alih dan membaik pulih bangunan-bangunan usang berpotensi yang terdapat dalam Tapak Warisan Dunia George Town dan suai guna bangunan usang tersebut sebagai tambahan kepada pusat kecemerlangan warisan. Sememang negeri negeri Pulau Pinang mempunyai kaya dengan pelbagai bangunan dan tapak yang berpotensi, di George Town terdapat 82 bangunan warisan kategori I dan 3,771 bangunan warisan kategori II dalam tapak warisan Dunia UNESCO, dan pelbagai bangunan bersejarah di luar tapak warisan dunia. Tadi semalam sebut, Ketua Menteri pertama Tan Sri Wong Pow Nee yang yang rumah beliau, namun, sebarang perancangan pengambilalihan bangunan usang yang dipunyai oleh pihak swasta dengan menggunakan peruntukan awam perlu dijalankan dengan perancangan yang menyeluruh untuk memanfaatkan pihak awam. Untuk makluman semua bahawa dan, Kerajaan Negeri telah mengamanahkan George Town World Heritage Incorporated untuk melaksanakan 10 komponen projek di bawah Inisiatif Pemuliharaan dan Pemeliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, melalui Kelulusan Belanjawan Tahun 2023. Antaranya adalah inisiatif geran pembaikan dan pemuliharaan bangunan warisan kategori I dan bangunan warisan kategori II yang akan memanfaatkan pemunya dan penghuni tersebut. Dan dengan menggalakkan pihak pemunya dalam menyertai dalam inisiatif yang penting ini, George Town World Heritage Corporation termasuk bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan mengadakan program pemutihan untuk mempercepatkan proses permohonan permit membaiki bangunan warisan. Ini termasuk kerja-kerja pengecatan, pembersihan dinding luaran dan dalaman, pengeluaran tumbuhan liar di bangunan, pembaikan bumbung, dan penggantian kayu yang rosak dalam bangunan. Manakala bangunan yang belum lagi bertaraf warisan seperti bangunan Tan Sri Wong Pow Nee, perlu melalui proses nominasi warisan dulu dan atas tangan saya untuk makluman-makluman YB-YB Yang Berhormat yang yang baru masuk dewan, yang saya sedang memegang satu Enakmen, namanya Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011, ia satu Enakmen warisan yang diluluskan pada 18 Ogos 2011 dan sayalah yang yang bentang Enakmen ini pada tahun 2011, Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang. Di bawah Enakmen ini, telah dinyatakan bahawa sebarang di bawah Seksyen 21, Perenggan 21, sebarang keputusan penetapan tapak warisan

perlu mendapat rujuk juga kepada tuan punya tanah. Proses ini perlu dijalankan dengan penglibatan pemunya ataupun penghuni tapak itu dimana mereka terjejas boleh membuat bantahan terhadap keputusan penetapan tapak ini dengan menyampaikan notis bantahan kepada Pesuruhjaya dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyiaran notis di bawah perenggan 21, maksud dia ada cadangan nak nak nak namakan tempat ini sebagai tempat warisan, okay, tetapi kita perlu rujuk kepada tuan punya tanah dan juga yang yang yang di kawasan tersebut dan tuan punya tanah mempunyai hak untuk membantah kerana apabila meletakkan menamakan satu tapak sebagai tapak warisan dia ada dia ada dia ada satu dia akan dilindungi di bawah Enakmen ini, dia ada dilindungi kalau di bawah State list, dia akan dilindungi di bawah Enakmen Kerajaan Negeri, Kalau di bawah Warisan Negara akan dilindungi di bawah Akta Warisan Negara. Dan di bawah Akta ini, ada pelbagai perlindungan maksudnya you kena buat renovation, you kena buat ubahsuaian, you kena dapat kelulusan bertulis daripada Pesuruhjaya Warisan dan sebagainya. Ada satu regime yang dilindungi oleh undang-undang oleh itu apabila kita nak menamakan satu tapak warisan dia adalah satu kerja kerja yang yang teliti perlu juga rujuk balik kepada tuan punya tanah. Dan sememangnya Kerajaan Negeri melalui George Town World Heritage Incorporated telah dalam proses mengenalpasti bangunan usang dalam Tapak Warisan Dunia yang berpotensi untuk diguna semula dengan kaedah suai guna semula. Antaranya termasuk gudang di No. 161, Lebuh Victoria, No. 163, Lebuh Victoria, No. 219 Lebuh Pantai yang terletak di atas Lot 702 sampai 705, di mana tapak ini merupakan kepunyaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendirikan sebagai pusat pendidikan warisan. Pembangunan tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan juga menjadi sumber ilmu pengetahuan warisan kepada rakyat Pulau Pinang terutamanya golongan belia. Dan ada diharapkan program sedemikian dapat memberikan nafas baru dan mempergiatkan semula bangunan warisan dengan aktiviti budaya dan sebagai kawasan tumpuan utama pelawat dan masyarakat tempatan melalui matlamat suai guna dan mengorak langkah seiring dengan pembangunan demi kesejahteraan dan kelestarian warisan dalam negeri ini. Soalan Pengkalan Kota berkaitan pembaikan jeti-jeti di Pengkalan Weld. Jeti Chew dan Jeti Lim dalam proses kerja baikpulih. Kerja kerja akan melibatkan pembaikan titi kayu menggunakan kaedah tempatan dan bahan utama yang sama dengan asal iaitu spesis kayu dan kerja di Chew Jeti telahpun siap sepenuhnya dan Jeti Liew Lim dijangka siapa pada 15 Disember 2023. Menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Bakap berkenaan solusi solution bagi menarik minat pengunjung ke Taman Negeri Panchor, Taman Negeri Bukit Panchor, yang berdasarkan peruntukan RM1.39 juta telah diperuntukan melalui Jabatan Perhutanan Negeri sejak 2019 hingga 2023 bagi naik taraf dan kemudahan fasiliti taman tersebut. Selain daripada program-program pembangunan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur sedia ada, Jabatan Perhutanan juga menyediakan program-program pembelajaran menerusi kempen-kempen kesedaran yang telah dianjurkan. Program-program ini dianjurkan secara percuma ini bukan sahaja bertindak sebagai medium pembelajaran terhadap alam sekitar malah sekaligus sebagai promosi kepada taman-taman rimba di negeri tersebut. Sepanjang tahun 2021 hingga 2022, 61 program telah dianjurkan di Taman Negeri Bukit Panchor melibatkan sekolah-sekolah, jabatan kerajaan, NGO dan sebagainya dan seramai 5,067 orang terlibat. Ini menunjukkan taman ini mempunyai pilihan orang ramai dan kebutuhan setiap model pembelajaran yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Selain itu juga bagi ramai Yang Berhormat yang membangkitkan isu pelancongan luar bandar. Bagi ekopelancongan di rimba pula, usaha menaiktaraf taman rimba mampu menjadikan sebagai penggerak kepada peluang-peluang ekonomi setempat yang antara lainnya jeti terapung

di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam Seberang Perai Utara telah dibuka kepada pengunjung aktiviti Sungai Perai (river cruising) pada tahun 2022. Kedua, menaiktaraf tapak semaian kepada pusat pembelajaran tapak semaian Bukit Mertajam di Taman Rimba, Bukit Mertajam. Pembinaan telah selesai dan akan mula dibuka kepada orang ramai bermula Januari 2024. Ketiga, pembaikan cerun dan laluan pejalan kaki ke puncak Bukit Mertajam, Cherok Tok Kun sedang dalam pembinaan dan dijangka dibuka kepada orang ramai pada bulan Jun 2024. Keempat, pembinaan laluan pejalan kaki ke puncak Bukit Panchor. Taman Negeri Bukit Panchor sedang dalam pembinaan secara berfasa dan dijangka dibuka kepada orang ramai pada tahun 2024. Kelima, pembinaan laluan pejalan kaki di sekitar hutan paya laut Balik Pulau hingga di persisiran Pantai Malindo, Kampung Sungai Burung, Balik Pulau sedang dalam pembinaan secara berfasa dan dijangka dibuka kepada orang ramai pada tahun 2024. Oleh itu, kita senantiasa bukan sahaja dalam bandar, di luar bandar kita juga memfokuskan kepada ekopelancongan. Air Itam telah mewujudkan dan tentang seven bundle of Air Itam. Kita ambil maklum terhadap cadangan beliau. Dalam masa yang sesuai kita akan lihat bagaimana untuk mempromosikan berkenan dengan cadangan tersebut. Soalan-soalan Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Sungai Bakap, Seberang Jaya, Telok Air Tawar dan beberapa lagi berkenaan dengan produk pelancongan di luar bandar. Saya sukacita ingin membuat kemaskini kepada semua bahawa kerajaan sedang membangunkan Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah di Kepala Batas. Galeri arkeologi yang menempatkan peninggalan artifak dan cebisan rangka tulang manusia, berusia lebih 5,000 tahun yang akan dibawa balik daripada Belanda. Kita harap boleh tahun depan kita akan dapat siapkan galeri warisan arkeologi Guar Kepah ini. Selain daripada warisan, Kerajaan Negeri juga telah turut merangka strategi untuk sektor ekopelancongan. Terdapat empat (4) Taman Lipur di hutan-hutan taman negeri di negeri Pulau Pinang iaitu Taman Rimba Teluk Bahang, Taman Rimba Bukit Mertajam, Taman Negeri Bukit Panchor dan Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Silakan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Sebelum langkah kepada tajuk lain. Tajuk warisan ini saya ada bertanya berkenaan dengan dua (2) masjid yang termasuk dalam senarai warisan iaitu Masjid Haji Abdul Rashid dengan Masjid Abdullah Samat. Adakah maknanya masjid-masjid ini diberikan peruntukan memandangkan bangunan Haji Rashid ini bumbung pun sudah uzur, reput dan apa nama ini, adakah mana kerajaan akan memberikan peruntukan kepada dua-dua masjid yang tersenarai di dalam bangunan warisan ini. Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Mungkin Sunga Dua lewat masuk. Saya sudah jawab satu muka surat. Saya sudah jawab so tidak perlu saya ulang. Mungkin boleh check hansard ataupun video ucapan saya.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Timbalan Speaker, mohon mencelah.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, silakan.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

YB, dalam menghadapi pemulihan ekonomi ini disebabkan COVID-19, kita dapati industri pelancongan terjejas teruk dan kita dapat rungutan banyak di kalangan pengusaha-pengusaha industri pelancongan apabila membawa pelancong ke Negeri Thailand, ke Siam. Kita di sana diwajibkan menggunakan bas ,kenderaan dan pemandu pelancong yang berdaftar di situ tetapi sebaliknya apabila syarikat pelancongan daripada Thailand bawa orang datang ke negeri kita, mereka ini hanya mendapat kelulusan melalui imigresen sahaja. Bas-bas ini dan pemandu pelancong kita tidak digunakan. Jadi kita dapati di Pulau Pinang ini banyak kelihatan van-van daripada Thailand yang pemandu pelancongnya tidak menggunakan pemandu pelancong di negeri kita. Ini satu benda yang saya rasa patut diberi perhatian dan mungkin ada jawapan daripada pihak EXCO. Okey lagi satu, berkenaan dengan baru-baru ini ada arahan daripada KSN berkenaan dengan Larangan Arahan Kawalan Perbelanjaan Awam kepada semua jabatan kerajaan dan agensi untuk mengadakan kursus, bengkel dan sebagainya di Institut Latihan Awam ataupun di premis-premis milik kerajaan okey dan tidak dibenarkan diadakan di hotel-hotel. Ini ada satu kerugian kerana kita kalau di Pulau Pinang saja kita dok ada 347 hotel berdaftar dan diantaranya adalah 15 yang bertaraf lima bintang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ringkaskan sebab Paya Terubong masuk dalam heritage ini.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Adakah EXCO Pelancongan boleh membantu dalam….(tidak jelas)

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Saya hanya. Okey Terima kasih. Saya jawab ringkas sahaja kerana tidak dibangkitkan semasa perbahasan. Ini soalan tambahan tapi saya cuba jawab. Soalan pertama ialah bahawa perkara ini dikuatkuasa iaitu di bawah Akta Parlimen yang di bawah kawal selia Kementerian Pelancongan bahawa perlesenan terhadap pemandu pelancongan (tour guide) ialah di bawah seliaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, mengikut fahaman saya ialah setiap rombongan ataupun daripada pelancong asing perlu ada licensed tour guide yang berlesen untuk bersama. Perkara ini dikuatkuasakan bukan oleh Kerajaan Negeri tetapi dikuatkuasa oleh Kementerian Pelancongan. Sebenarnya perlu apabila bas-bas yang pelancongan yang bawa dari Thailand ataupun dari Singapura melalui darat, setiap bas tersebut perlu ditemani oleh tour guard berlesen oleh Kementerian Pelancongan dan sebarang penguatkuasaan adalah di bawah MOTAC dan bukan di bawah Kerajaan Negeri. Berkenaan dengan soalan kedua, tentang bagaimana pekeliling terhadap perkhidmatan aktiviti-aktiviti di hotel dan sebagainyakan. Itu adalah penjimatan sementara yang diumumkan

oleh Kerajaan Persekutuan dan pihak hotel sebenarnya mereka bukan sahaja bergantung kepada aktiviti-aktiviti kerajaan. Pihak hotel banyak juga bergantung kepada conference room dan sebagainya. Banyak aktiviti di Pulau Pinang yang ia tidak bergantung kepada kerajaan sahaja dan ia boleh kepada pihak swasta dan sebagainya yang banyak memenuhi banyak conference hall mereka untuk pelbagai aktiviti. Di Pulau Pinang satu (1) tahun, kalau kita kira aktiviti bengkel, seminar dan sebagainya melebihi 1,000 aktiviti setiap tahun. Ada yang berjalan secara serentak. Oleh itu, walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai impak yang besar kepada hotel-hotel tetapi kalau pihak hotel mungkin juga boleh mempertimbangkan memberikan government rate kadar kerajaan yang kompetitif supaya pihak agensi-agensi kerajaan boleh juga menggunakan hotel kalau dengam harga-harga yang berpatutan dan kompetitif. Itu jawapan ringkas saya. Berbalik kepada soalan tentang pelancongan perubatan medical tourism untuk rekod pada tahun 2022, pendapatan daripada sektor pelancongan perubatan iaitu medical tourism di Pulau Pinang mencapai sejumlah RM356 juta (revenue yang generate RM356 juta). Angka ini merangkumi sumbangan daripada pihak hospital swasta yang menjadi 16 hospital swata yang menjadi anggota dalam Penang Center Medical Tourism. Di Pulau Pinang ini kita mempunyai satu (1) sektor yang sangat aktif, medical tourism. Kalau kita lihat, kalau kita lihat banyak juga pesakit-pesakit daripada Indonesia khasnya yang datang untuk berubat di Pulau Pinang singgah ke farmasi-farmasi kita ia akan tulis apotek kalau pergi farmasi di satu tempat dia akan tulis Bahasa Indonesia untuk farmasi. Oleh itu, banyak kita generate, income kita juga daripada pelancongan perubatan. Itu sahaja penggulungan saya daripada Bahagian Pelancongan dan juga Ekonomi Kreatif. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Apa ada apa-apa soalan yang masih tidak dijawab semasa perbahasan? Kalau tiada kita bagi ruang sebab kebiasaannya penggulungan adalah jawapan apa yang YB-YB bahaskan sebelum ini. Kalau tiada, terima kasih Paya Terubong dan seterusnya saya jemput Sungai Pinang. Silakan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih. Dato’ Timbalan Speaker. Yang Berhormat Yang di-Pertua Timbalan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Selamat petang, Salam Harapan, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan bajet yang begitu menyeluruh dan komprehensif. Saya juga menyambut baik segala komen yang constructive dan cadangan bernas dari semua Ahli Dewan Undangan Negeri dalam sesi perbahasan ini. Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan ucapan ini dengan membincangkan isu-isu berkenaan dengan MMK Pembangunan Sosial. Berdasarkan Laporan Jurang Gender Global 2023 oleh Forum Ekonomi Dunia Malaysia kini menduduki peringkat ke 102 daripada 146 negara. Naik satu tangga berbanding tahun lepas. Ini menunjukkan bahawa masih banyak ruang untuk peningkatan terutamanya dalam sektor ekonomi dan politik. Kerajaan Negeri sangat peka dan mengakui pentingnya menangani isu ini. Oleh itu, kami akan terus melaksanakan inisiatif untuk mengurangkan jurang gender yang bersama-sama dengan pemegang taruh dan rakan strategik. Perkara ini bukanlah sesuatu yang dapat diselesaikan dalam jangka masa pendek, ia memerlukan usaha berterusan dan kerjasama daripada semua pihak agar kita dapat mencapai kesamarataan gender. Ini merupakan langkah penting ke arah

kemajuan yang lebih adil dan saksama untuk negeri Pulau Pinang. Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pengiktirafan terhadap perubahan yang dapat dibawa oleh Dasar Keterangkuman Gender untuk manfaat negeri dan rakyat dasar keterangkuman gender mengamalkan dua metodologi utama iaitu pertama Gender Responsive And Participatory Budgeting (GRP) yang memastikan peruntukan pembangunan negeri mengambil kira keperluan khusus golongan lelaki dan wanita berdasarkan prinsip kelompok berlainan keperluan berbeza. Dan kedua, kaedah pengurusan gender seimbang melalui nisbah 40:40:20 di mana 40 peratus wanita, 40 peratus lelaki dan 20 peratus kepada lelaki atau perempuan bagi memastikan kedua-dua golongan lelaki dan wanita diberi peluang yang sama rata dalam perjawatan sektor awam serta mampu membuat keputusan yang peka gender. Dengan pelantikan dan latihan yang telah diberikan kepada 150 pegawai focal point kita akan dapat memastikan penyebaran dan pelaksanaan prinsip-prinsip dasar keterangkuman gender oleh jabatan atau agensi akan dilakukan secara lebih efektif dan meluas. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, dasar keterangkuman gender kini berada dalam fasa kedua yang merangkumi penginstitusian amalan dalam pelan hala tuju dasar keterangkuman gender 2019 hingga 2030. Dalam fasa ini salah satu inisiatif utama adalah pembentukan jawatankuasa dasar keterangkuman gender. Ini merupakan langkah strategik dalam membina struktur yang jelas dan kukuh yang menjadi asas penting untuk pembangunan dan pelaksanaan dasar-dasar yang efektif. Tambahan pula beberapa sesi penilaian dan pemantauan terhadap pelaksanaan projek-projek perintis GRPB telah dijalankan termasuk program-program kaji selidik dan dalam bajet inisiatif-inisiatif yang dirancang ini diharapkan dapat memperkuat amalan dan pelaksanaan dasar keterangkuman gender di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga ke peringkat akar umbi serta memastikan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam usaha menjadikan Pulau Pinang tempat yang lebih inklusif dan kondusif bagi komuniti serta keluarga. Kita sentuh dasar keluarga dan Selamat. Pulau Pinang bergerak maju seiring dengan Visi Penang2030, yang berkomitmen untuk mencipta persekitaran yang selamat bagi keluarga melalui Dasar Keluarga Selamat. PWDC akan meningkatkan penganjuran program kesedaran mengenai keganasan rumah tangga sebagai langkah intervensi awal di peringkat akar umbi atau komuniti. Selain itu, PWDC juga merancang untuk mengadakan sesi Training of Trainers untuk melatih anggota komuniti dalam menangani isu keganasan rumah tangga. Dalam usaha ini, Kerajaan Negeri juga berencana menyediakan tempat perlindungan sebagai bantuan kepada mangsa keganasan rumah tangga. Tempat perlindungan ini sangat penting sebagai sebuah tempat yang menyediakan keselamatan, sokongan, sumber perkhidmatan kaunseling dan bimbingan asas undang-undang bagi individu yang memerlukannya. Di Pulau Pinang, setakat ini hanya terdapat Anjung Singgah yang dikendalikan oleh Yayasan Kebajikan Negara. Namun, kini Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama-sama dengan NGO Persatuan Pembela Wanita Pulau Pinang sedang berusaha untuk menubuhkan pusat perlindungan baru di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, merapatkan jurang gender dalam politik dan ekonomi. Jadi bagi menjawab soalan Yang Berhormat Batu Uban mengenai TWOAS, saya ingin menekankan bahawa berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum dan Negeri di Pulau Pinang, perwakilan wanita masih berada pada tahap yang rendah, dengan hanya 13.5% di Malaysia, dan 10% di Pulau Pinang. Ini menunjukkan adanya jurang besar antara wanita dan lelaki dalam arena politik, suatu perkara yang bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang tetapi juga di seluruh Malaysia. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk memperkenalkan tindakan afirmatif dalam mengurangkan jurang gender ini. Saya mengakui, sebelumnya, kita telah memperkenalkan inisiatif TWOAS yang melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Inisiatif ini memerlukan kajian menyeluruh bagi menilai impak dan implikasi kewangan dengan mengambil kira input pemegang

taruh. Sementara itu, Kerajaan Negeri melalui PWDC akan terus menjalankan program-program pembangunan kapasiti seperti Sidang Wanita. Untuk makluman semua, kejayaan Sidang Wanita jelas dilihat apabila peserta Sidang Wanita menjadi calon pilihanraya di Pulau Pinang dan Kedah bagi Pilihan Raya Negeri yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Salah seorang daripada mereka adalah Yang Berhormat Puan Connie Tan, ADUN Kawasan Seri Delima tahniah. Selain ini, 12 orang alumni Sidang Wanita juga telah berjaya menjadi Ahli Majlis bagi MBPP dan MBSP. Saya yakin, dengan adanya program-program seperti ini, kita akan dapat melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam bidang politik. Bagi jurang gender dalam ekonomi, merujuk kepada Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jurang ekonomi bagi tahun 2022 adalah 0.709, di mana 1.0 adalah penanda aras kesaksamaan. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Seri Delima, Kerajaan Negeri melalui PWDC telah menjalankan program-program usahawan khusus untuk wanita, yang serupa dengan program Liga Usahawan Wanita di Selangor. Antara adalah, Penang Women Entrepreneur Mentoring Programme (PWEMP) yang bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan wanita berjaya di Pulau Pinang. Melalui program ini, peserta akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada mentor usahawan yang berpengalaman. Selain itu, PWDC juga telah menjalankan program Wanita Jana Rezeki yang bertujuan membantu wanita, khususnya ibu tunggal dan golongan B40 dalam menjana pendapatan. Peserta yang terpilih dalam program ini akan menerima dana sebagai sokongan untuk membeli peralatan dapur bagi menghasilkan lebih banyak produk makanan. Program PWEMP dan Wanita Jana Rezeki menyediakan peluang dan platform bagi peserta untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui pameran dan karnival, baik di dalam mahupun di luar Pulau Pinang. Secara purata, pendapatan peserta PWEMP telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam masa empat bulan, yang suatu pencapaian yang memberangsangkan. Jadi saya terus dengan Skim Bantuan TASKA dan TADIKA. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri memahami bahawa salah satu faktor yang dapat membantu golongan wanita, khususnya ibu untuk kembali aktif dalam sektor ekonomi adalah dengan menyediakan pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, dalam menjawab soalan daripada Yang Berhormat Berapit, izinkan saya memberikan sedikit penjelasan tentang skim dan dua jenis bantuan geran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Satu, skim bantuan TASKA dan TADIKA memberikan subsidi yuran sebanyak RM 600.00 setahun iaitu RM50.00 sebulan untuk setiap kanak-kanak, khusus bagi golongan isi rumah B40 yang menghantar anak mereka ke TASKA dan TADIKA dengan yuran maksimum RM500. Geran Penubuhan TASKA dan PJKK baru sebanyak RM300,000 setahun. Geran naik taraf TASKA dan PJKK sedia ada sebanyak RM300,000 setahun, dengan nilai maksimum RM20,000 bagi setiap permohonan. Kerajaan Negeri turut menekankan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dan memahami keperluan ibu bapa yang bekerja di sektor awam dan swasta. Ketersediaan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja tidak hanya membantu menciptakan persekitaran positif bagi ibu bapa yang bekerja, tetapi juga menggalakkan ibu untuk terus berkecimpung dalam dunia kerja, sekaligus menjadi faktor penyumbang dalam pengurangan jurang gender dalam ekonomi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang, melalui kerjasama dengan PWDC dan PDC, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, telah berjaya mendirikan satu lagi TASKA D’ KOMTAR 2.0 bagi menampung keperluan yang kian meningkat dari ibu bapa. Selain itu, hasil kerjasama antara Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) (dengan izin) dan PWDC telah memudahkan syarikat teknologi Micron Technology Incorporation dalam membangunkan pusat jagaan kanak-kanak berdekatan dengan kawasan perindustrian Batu Kawan bagi memudahkan ibu bapa yang bekerja

di kawasan tersebut. Dan garis panduan rumah warga emas banyak yang prihatin dengan isu warga emas, Yang Berhormat Bukit Tambun.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta celah Sungai Pinang, Yang Berhormat Sungai Pinang. Terima kasih atas jawapan tentang insentif yang beri kepada TASKA dan TADIKA iaitu pendidikan awal. Jadi adakah Kerajaan Negeri ada perancangan supaya skim tersebut yang tadi dikatakan kepada TASKA dan TADIKA yang memenuhi syarat diperluaskan. Supaya lebih lagi bilangan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan awal menjadi mendapatkan insentif ini juga. Terima kasih dan adakah ini boleh diperluaskan kepada lima daerah yang supaya lebih sekolah terlibat. Lima daerah di Pulau Pinang sebab saya tidak, saya difahamkan memang ada sekolah-sekolah dari prasekolah pendidikan awal ini mendapatkan insentif ini yang 600 dan 300,000 itu. Tetapi adakah pelan ini akan diperluaskan lagi.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Pelan ini sebab actually adalah untuk seluruh Pulau Pinang seluruh Pulau Pinang.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Adakah peruntukan ini akan dipertingkatkan supaya memanfaatkan lebih ramai golongan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Yang ini kita akan kajilah kita tengok berapakah permohonan yang layak dan boleh diluluskan memang untuk golongan yang patut kita berikan subsidi demikian kita akan teruskan. Terima kasih dan ok garis panduan rumah warga emas. Yang Berhormat Bukit Tambun mengutarakan supaya satu garis panduan komprehensif berkaitan Rumah Warga Emas diwujudkan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah menyediakan satu garis panduan pusat jagaan secara amnya mengikut Panduan Pendaftaran Pusat Jagaan Di Negeri Pulau Pinang tahun 2021 di bawah Kerajaan Negeri. Panduan ini disediakan untuk memudah cara pengusaha pusat jagaan mendapatkan maklumat mengenai kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi untuk menjalankan operasi secara sah sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan selaras dengan visi Penang2030 bagi inisiatif strategik A3. Iaitu untuk memperkukuh sistem penjagaan dan kebajikan di Negeri Pulau Pinang. Cadangan Yang Berhormat Bukit Tambun untuk mewujudkan perkampungan warga emas di Balik Pulau dan Batu Kawan merupakan adalah satu cadangan yang baik dan akan diberi pertimbangan. Sudah tentunya ia merupakan hasrat Kerajaan Negeri untuk mengutamakan kebajikan rakyat dengan menyediakan kemudahan seperti pusat jagaan warga emas bagi golongan yang kurang berkemampuan, seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Machang Bubok. Oleh itu, sebuah institusi di bawah JKM yang bakal dibuka pada tahun 2024 untuk menempatkan warga emas dengan kapasiti seramai 120 orang yang bertempat di Nibong Tebal. Selain itu, terdapat juga tujuh buah pusat jagaan warga emas yang diselaraskan oleh pihak NGO, dan tidak mengenakan bayaran di Pulau Pinang. Ada tujuh pusat ini mereka adalah The Penang

Buddhist Association Senior Citizen’s Homes Care Centre, Little Sisters of The Poor, Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang, Rumah Orang Tua Jubli Perak, Rumah Sejahtera Permatang Tinggi, Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Bertam, Badan Kebajikan Rumah Warga Emas Darul Hanan. Skim i-Sejahtera merupakan satu program yang berperanan sebagai satu sumbangan penghargaan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang yang berbilang agama, kaum dan latar belakang sosioekonomi. Buat masa ini, terdapat lima (5) program kebajikan yang telah diintegrasikan di bawah jenama i-Sejahtera iaitu Program Penghargaan Warga Emas, Program Ibu Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Anak Emas dan Program Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU). Selain itu, sekiranya berlaku kematian ke atas penerima Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Bantuan OKU, waris juga boleh menuntut bantuan khairat kematian secara one-off sebanyak RM1,000.00. Tidak dinafikan bahawa pelaksanaan program ini sejak tahun 2010 menggunakan peruntukan yang tinggi dan kian meningkat saban tahun seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun dan Machang Bubok. Seperti mana yang dijelaskan, program ini merupakan satu program penghargaan kepada penduduk Pulau Pinang dan bukannya berkonsepkan bantuan. Namun begitu, saya menerima cadangan untuk mengkaji semula inisiatif ini bagi memastikan pemberian sumbangan ini adalah disasarkan kepada golongan yang berkeperluan, termasuk kepada golongan bapa tunggal yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Kota dengan mengambil kira kedudukan kewangan negeri. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Batu Lancang berkaitan perbezaan tempoh masa penerimaan sumbangan RM200.00 setahun kepada golongan OKU yang telah mencapai usia 60 tahun dan ke atas. Perkara ini akan diteliti bersama JKM untuk melihat kaedah penyeragaman bayaran seiring dengan Program Warga Emas yang dilaksanakan di bawah Pejabat Tanah dan Daerah. Yang Berhormat Kebun Bunga dan Sungai Puyu juga telah membangkitkan persoalan berkaitan Manifesto Kerajaan Negeri iaitu pelaksanaan Program Mempelai Emas. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri sekalian, Kerajaan Negeri kini dalam tindakan mendapatkan maklumat dan mengkaji penetapan syarat dan implikasi kewangan bagi program ini. Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat dari Pinang Tunggal berkenaan peningkatan bantuan penjagaan bagi Orang Kelainan Upaya yang terlantar atau pesakit kronik terlantar. Saya ingin maklumkan bahawa bantuan ini adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Sebanyak RM500.00 diberikan kepada keluarga atau penjaga pesakit untuk meringankan beban mereka. Bagi tahun 2023 iaitu sehingga Oktober tahun ini, sebanyak RM5,585,500.00 telah diperuntukkan bagi 1,192 kes. Namun begitu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga akan berbincang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meneliti keperluan peruntukan tambahan ini sambil mempertimbangkan implikasi kewangan yang terlibat. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk meminta MPKK atau pemimpin di kawasan masing-masing bagi memainkan peranan dalam mengenal pasti individu yang menghadapi keadaan ini, memantau keadaan mereka, dan melaporkan kepada ADUN masing-masing. Dato’ Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan yang dikasihi, Pusat Transit Gelandangan di Jalan C.Y. Choy merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama MBPP dan Jabatan Kebajikan Negeri Pulau Pinang bagi menangani isu gelandangan di sekitar negeri Pulau Pinang terutamanya di kawasan KOMTAR. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Transit Gelandangan seperti tempat tinggal secara sementara kepada gelandangan sebelum disalurkan atau dirujuk ke agensi kerajaan atau NGO untuk bantuan selanjutnya. Menyediakan kemudahan asas harian seperti tempat untuk membersihkan diri dan mencuci pakaian membantu golongan gelandangan

mendapatkan pekerjaan dan penginapan sementara, menyediakan khidmat runding cara dan kaunseling serta melaksanakan pengisian program motivasi kepada penghuni di pusat transit gelandangan. Pusat ini telah mula beroperasi pada Ogos tahun ini dengan jumlah pendaftaran kini seramai 140 orang pada setiap hari seramai 40 hingga 50 orang tinggal di pusat transit ini sementara tindakan diambil. Disamping itu pusat ini turut menjadi tempat agihan makanan bagi Badan Bukan Kerajaan atau perseorangan kepada golongan gelandangan secara harian terdapat lebih 100 orang gelandangan mendapat agihan daripada NGO yang sentiasa memberi komitmen yang baik kepada Pusat Transit Gelandangan. Isu gelandangan sepertimana yang telah saya jelaskan dalam ucapan penggulungan penggulungan saya adalah satu isu yang memerlukan pendekatan dan kerjasama pelbagai agensi. Yang Berhormat Ait Itam bertanya berkaitan operasi bersepadu yang telah dijalankan bagi mengatasi masalah gelandangan yang memberikan imej buruk terhadap industri pelancongan Pulau Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat, JKM sentiasa menjalankan pemantauan dari masa ke semasa di beberapa kawasan hotspot dan tumpuan pelancong bagi aktiviti pengemisan, pihak JKM sentiasa bekerjasama dan menyertai operasi-operasi bersepadu yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi lain seperti PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan. Berdasarkan rekod JKM jumlah kes yang diselamatkan melalui operasi yang dilaksanakan bagi tahun ini iaitu sehingga Oktober adalah sebanyak 293 orang. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Batu Lancang mengenai pengendalian kes orang kurang siuman tadi EXCO Kesihatan juga telah jawab dengan panjang lebar JKM mengendalikan kes-kes yang melibatkan pengemis dan kutu rayau berdasarkan peruntukan Akta-Akta Orang-Orang Papa 1977 iaitu Akta 183 namun akta ini tidak terpakai kepada kes disyaki mental kes mempunyai masalah kesihatan kronik atau penyakit berjangkit bukan warganegaraan, pemegang kad United Nations High Commisional Commision for Refugees UNCHR, penagih dadah dan kutipan derma tanpa kelulusan. Namun begitu isu orang kurang siuman ini perlu diberi perhatian dan saya sarankan pihak JKM bersama-sama pihak PDRM untuk menyelamatkan kes-kes sebegini dan dirujuk ke Pegawai Perubatan di Hospital Psikiatri. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan Undangan yang saya hormati izinkan saya menghujahkan mengenai portfolio Hal Ehwal Bukan Islam. Sebagai usaha untuk menjaga perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri pada masa ini telah mempunyai dua jawatankuasa khas bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan agama selain islam dan peruntukan kewangan melalui satu jawatankuasa penyelarasan Rumah Ibadat Bukan Islam iaitu RIBI dan jawatankuasa Tabung Amanah Rumah Ibadat Bukan Islam iaitu TARIBI. Kedua-dua jawatankuasa ini berada di bawah seliaan PLANMalaysia@Pulau Pinang dengan urusetia bersama iaitu Perbadanan Harmoni Pulau Pinang HARMONICO. Peranan utama jawatankuasa ini adalah untuk menyelesaikan isu-isu mengenai bangunan agama selain Islam, memperakukan permohonan tanah bagi tapak baru dan penggantian tapak bangunan bagi Rumah Ibadat selain Islam, serta menyalurkan peruntukan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan dan membaik pulih bangunan keagamaan tertakluk kepada jumlah peruntukan semasa yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri terus berkomitmen dalam merancang keperluan penyediaan kemudahan tapak bagi Rumah Ibadat Bukan Islam, secara berpusat seperti yang dilaksanakan di Ampang Jajar dan Street of Harmony Seberang Jaya. Saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa tapak sedia ada yang telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak sesuai digunakan untuk tujuan pembinaan Rumah Ibadat Bukan Islam. Oleh itu, sebagaimana yang telah dibincangkan dalam sesi perbahasan sebelum ini, satu Jawatankuasa Dasar Rumah Ibadat Bukan Islam di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan akan

dibentuk. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab dalam menetapkan strategi penyelesaian yang bersepadu dan menyeluruh, termasuk mengkaji semula garis panduan dan prosedur penyelarasan tapak RIBI agar lebih efektif dan efisien. Berkaitan dengan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat KOMTAR, mengenai pertimbangan penggunaan tanah-tanah saku iaitu pocket land sebagai tapak RIBI, cadangan ini akan dipertimbangkan dengan teliti di bawah jawatankuasa ini. Manakala, ADUN Pengkalan Kota pula mengutarakan cadangan untuk dijadikan tapak RIBI di Kawasan Fasa 5 pembangunan KOMTAR, untuk makluman Yang Berhormat, cadangan bagi tapak tersebut tidak dapat dipertimbangkan kerana kawasan tersebut terlibat dengan perancangan LRT. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat ADUN Seberang Jaya kerana membangkitkan isu yang dihadapi di Streets of Harmony Seberang Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat, pada 9 haribulan Julai yang lalu, satu sesi libat urus antara Kerajaan Negeri bersama wakil rumah-rumah ibadat Streets of Harmony Seberang Jaya telah diadakan untuk membincangkan kemasalahatan komuniti agama di sana. Sesi tersebut turut dihadiri oleh wakil dari PDC. Pelbagai isu seperti keselamatan, aturan lalu lintas serta, urus selia kawasan setempat, serta isu-isu parkir dan naik taraf laluan pejalan kaki seperti yang disebut oleh Yang Berhormat ADUN Seberang Jaya sebentar tadi. Isu-isu ini telah pun dibawa ke perbincangan di Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan RIBI, yang mana di pengerusikan oleh saya sendiri, untuk tindakan sewajarnya oleh jabatan-jabatan serta agensi terbabit. Bagi memudahkan pengendalian dan pengenalpastian rumah-rumah ibadat di Negeri Pulau Pinang, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mendirikan pangkalan data atau inventori Rumah Ibadat Bukan Islam yang menyeluruh dan berpusat. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang HARMONICO telah melancarkan Sistem eRIBI pada 11 Ogos 2022 yang lepas. Sistem eRIBI dilancarkan dengan rangka untuk menjadi pemudah cara bagi menghubungkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pihak RIBI dalam Pengurusan Hal Ehwal Bukan Islam yang lebih berinstitusi, sistematik, dan teratur. Selaras dengan Visi Penang2030, penubuhan Sistem eRIBI merupakan satu anjakan paradigma ke arah Pemodenan dan Pendigitalan dalam Pengurusan Hal Ehwal Bukan Islam di Negeri Pulau Pinang. Sistem eRIBI yang berfungsi sebagai sistem pengumpulan data dan maklumat RIBI akan membantu dalam merancang, menggubal dan melaksanakan dasar, strategik dan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama selain Islam. Untuk merealisasikan visi Penang2030, Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang pintar, sistem eRIBI adalah satu inisiatif yang pasti perlu dilakukan dilaksanakan dalam menuju ke hadapan. Pada masa yang akan datang, semua permohonan peruntukan RIBI sama ada di peringkat KADUN ataupun peringkat negeri, perlu dimohon melalui sistem eRIBI. Sebarang aduan dan isu RIBI juga akan diselaraskan dalam sistem eRIBi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan sistematik. Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui HARMONICO akan menumpukan segala usaha serta tenaga bagi mentransformasikan permohonan secara manual ke atas talian bagi menjamin penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih efektif dan efisien. Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan dan cadangan yang telah diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya berharap dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan membantu saya dan Kerajaan Negeri untuk menambah baik lagi pelaksanaan inisiatif berkaitan portfolio di bawah tanggungjawab saya. Jadi, Kalau mencari buah asam, Biar lebih jangan kurang, Ilmu dituntut usaha berterusan, Prestasi Pulau Pinang kekal cemerlang Dengan ini, saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Pinang dan seterusnya saya jemput kawasan Tanjong Bungah. Dipersilakan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker dan juga terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan bagi tahun 2024 ini. Tanpa membuang masa Dato’ Speaker saya akan terus pada ucapan penggulungan. Dalam usaha mencapai hasrat Penang2030 untuk menjadi sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga yang Menginspirasikan Negara, Kerajaan Negeri sedang memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk menjadikan Bandaraya Pulau Pinang dan Seberang Perai sebagai bandar berdaya tahan terhadap iklim ataupun climate resilient. Bandar berdaya tahan ialah bandar yang mempunyai keupayaan untuk menyerap pulih dan bersedia untuk cabaran masa depan dari segi ekonomi, alam sekitar dan juga sosial. Bandar berdaya tahan menggalakkan pembangunan mampan serta kesejahteraan dan pertumbuhan inklusif. Usaha menjadikan bandar berdaya tahan ini penting bagi memastikan Bandaraya Pulau Pinang dan Seberang Perai kental daripada sebarang gangguan ekologi, ekonomi mahupun sosial dan akhirnya menjadi sebuah bandar yang berdaya huni serta bersifat lestari. Perancangan bandar pada hari ini tidak lagi hanya menumpukan aspek struktur dan pembangunan infrastruktur semata-mata, malah ia perlu melihat keperluan penting aspek kemakmuran, mobiliti sosial dan juga daya tahan ekonomi. Berkaitannya, suka ingin saya memaklumkan bahawa kedua-dua pihak PBT iaitu MBPP dan juga MBSP telahpun dipilih untuk menyertai rangkaian global bandaraya berdaya tahan, iaitu Resilient Cities Network ataupun R-Cities. R-Cities merupakan sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang diterajui oleh bandar-bandar global yang menghimpunkan pengetahuan, amalan, perkongsian dan pembiayaan untuk memperkasakan sesebuah bandar serta membantu mereka membina masa depan yang selamat, saksama dan mampan untuk semua. Penyertaan Bandaraya Pulau Pinang dan Seberang Perai dalam RCities adalah penting dalam usaha mentransformasi Pulau Pinang serta mengurangkan kerentanan ataupun vulnerability terhadap masalah seperti banjir, kekurangan air wabak penyakit serta isu-isu kesesakan lalu lintas, pengurusan sisa, penuaan infrastruktur, dan cabaran tadbir urus. Pulau Pinang merupakan negeri yang kedua menyertai RCities di Malaysia selepas Bandaraya Melaka dan buat masa ini, R-Cities mempunyai keahlian dari hampir 100 bandar dan lebih 40 negara di seluruh dunia. Antaranya adalah Bangkok, Jakarta, London, Melbourne, Nairobi, Rome dan Singapura. Dato’ Speaker, Negeri Pulau Pinang amat terkesan dengan perubahan iklim dan kesan pulau haba bandar ataupun urban heat island effect yang mengakibatkan suhu yang kian meninggi. Pulau Pinang juga terdedah kepada kejadian banjir kerana peningkatan kegiatan pembandaran, hujan lebat, fenomena air pasang dan juga musim tengkujuh dengan banjir terburuk direkodkan pada tahun 2017. Akibat daripada pemanasan global yang sedang berlaku, rekod taburan hujan oleh JPS menunjukkan peningkatan keamatan hujan yang sangat mendadak, daripada purata 31mm sejam pada tahun 90an kepada 183mm sejam pada masa kini iaitu peningkatan enam kali ganda. Bagi memastikan Pulau Pinang bersedia pada setiap masa, Program Ramalan dan Amaran Banjir ataupun PRAB oleh JPS Malaysia dijangka akan beroperasi pada tahun 2024 setelah siapnya projek pembinaan stesen hidrologi, telemetri dan kerja-kerja berkaitan yang

menelan belanja sebanyak RM6.4 juta. Program ini akan memberi manfaat kepada penduduk setempat dengan memberikan makluman awal kepada kawasan yang dikenal pasti berlakunya risiko banjir sejajar dengan objektif PRAB iaitu untuk membuat hebahan banjir monsun dua hari lebih awal dan satu hingga tiga jam lebih awal bagi banjir kilat. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan mengguna pakai sistem yang dibangunkan oleh JPS Malaysia iaitu NAWABS National Water Balance Management System Lembangan Sungai Muda dalam operasi ramalan kemarau. Ianya merupakan sistem pengurusan sumber air yang menggunakan data hydro-meteorological dalam pemodelan hidrologi dan hidraulik bagi operasi ramalan kemarau untuk jangka masa pendek iaitu 14 hari dan jangka masa panjang iaitu 2 bulan. NAWABS juga menyediakan status ketersediaan air, pergerakan air yang masuk dan keluar dalam lembangan dan juga pengauditan air. JPS juga telah dan sedang melaksanakan projek-projek tebatan banjir berimpak tinggi sejak tahun 2018 dengan kos keseluruhan RM150 juta, selain daripada projek-projek di bawah Caruman Perparitan. Untuk kesiapsiagaan menghadapi banjir, Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir telah meluluskan pembelian pam bergerak tambahan dengan kos sebanyak RM4.6 juta untuk 15 buah pam pelbagai kapasiti. Ini adalah tambahan kepada 15 buah pam sedia ada, sekaligus menggandakan bilangan pam bergerak yang boleh digunakan oleh JPS. Dato’ Speaker, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini sedang melaksanakan Penang Nature-Based Climate Adaptation Programme (PNBCAP), iaitu program adaptasi iklim bandar yang pertama di Malaysia. Program lima tahun ini dibangunkan dengan kerjasama antara United Nations Habitat (UN Habitat), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan Kerajaan Negeri melalui MBPP dan JPS dengan dana dalam bentuk geran berjumlah USD$10.0 juta daripada Adaptation Fund Board (AFB) di bawah naungan United Nations. Peruntukan ini diberikan dengan syarat dan tujuan pelaksanaan program yang berkaitan dengan penyelesaian berasaskan alam semula jadi ataupun nature-based solution dan komponen-komponen program ini merangkumi, penghijauan bandar (urban greening), pengurusan air ribut (stormwater and flood management), daya Tahan Sosial (social resilience), kapasiti Institusi (institutional capacity). PNBCAP mengambil kira pendekatan menyeluruh dan kolaboratif, melalui gabungan pelbagai komponen untuk menangani isu 6 perubahan iklim. Rancangan ini akan menjadi rangka kerja dasar adaptasi iklim perbandaran yang pertama di Malaysia dan berpotensi untuk dikembangkan serta disuai guna di bandar-bandar lain di Malaysia dan rantau ini. Pelaksanaan program ini dapat memberikan manfaat dengan meningkatkan keselesaan hidup di bandar, mengurangkan kejadian banjir, dan pengurangan kesan haba di bandar Pulau Pinang. Saya berharap penerangan panjang lebar saya ini dapat menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sungai Dua dan Penanti berhubung perkara ini. Selain itu, antara inisiatif lain Kerajaan Negeri dalam memastikan penyelesaian banjir berasaskan infrastuktur hijau.

Y.A.B Ketua Menteri: Penjelasan tetapi panjang lebar tak jawab soalan yang dibangkitkan samaada itu pinjaman yang perlu di pulangkan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dah sebut tadi SME geran maksudnyan bukan yang mana.

Y.A.B. Ketua Menteri: Sebab dalam jawapan pun kita kata geran tetapi tanya juga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih dia nak lebih jelas.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Terima kasih atas apa nama ni atas keperihatinan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih YAB Ketua Menteri saya rasa cukup jelas Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Selain itu antara inisiatif lain Kerajaan Negeri dalam memastikan penyelesaian banjir berasaskan infrastuktur hijau serta kestabilan alam sekitar terpelihara adalah dengan mengekalkan semua kawasan Hutan Simpanan Kekal, Taman Negara dan kawasan tadahan air berhutan sebagai kawasan perlindungan. Hanya aktiviti dan program mesra alam dibenarkan. Kedua mewartakan semua kawasan-kawasan tadahan air, ketiga meneruskan program menanam pokok di sepanjang jalan dan pantai dan keempat menambah keluasan kawasan perlindungan kawasan semulajadi seperti hutan paya laut, kawasan berhutan dan kawasan hijau di sepanjang sungai. Dato’ Yang di-Pertua, Merujuk kepada pertanyaan oleh Yang Berhormat Sungai Bakap

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Sila, sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Apa inisiatif kepada apa nama ni tempat tinggi bukit ni puncak bukit supaya zon penebat, zon penebat kepada hujan ini atau penampan kepada hujan ini dapat dikekalkan supaya masalah banjir ini orang kata tidak berlaku secara orang kata apa secara buruklah. Extreme dan bila hujan turun di kawasan digondolkan bukit maka tidak ada zon penebat menyebabkan aliran air turun dengan laju, dengan extreme menyebkan berlaku banjir kilat.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat saya rasa hari itu pun saya dah sentuh pengulasan perkara ini. Kita mempunyai beberapa garis panduan dan juga undang-undang di pihak PBT dan juga negeri untuk memastikan apa-apa permohonan di kawasan bukit mestilah tertakluk kepada garis-garis panduan tersebut yang sudah tentu akan mengambil kira dari segi air larian semasa hujan sekiranya ia adalah pembangunan yang tidak sah itu adalah cerita yang lain, dah tentu dia tak ikut garis panduan kalau di buat secara haram so kalau macam tu kita buat penguatkuasaaan Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada pertanyaan oleh Yang Berhormat Sungai Bakap berkenaan kejadian banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Kampung Jawi, Kampung Masjid, Taman Panchor Indah, Kampung Pengkalan, Taman Merak dan juga Taman Penting, Kerajaan Negeri melaksanakan projek tebatan banjir secara berfasa yang merangkumi jangka pendek dan juga jangka panjang. Untuk kawasan-kawasan tersebut Yang Berhormat, bagi kawasan Kampung Jawi, Kampung Masjid, Kampung Pengkalan dan Taman Merak projek-projek yang dilaksanakan bagi jangka pendek adalah seperti berikut, pertama ialah mendalam parit-parit Kawasan Bukit Tambun dengan kos sebanyak RM 81,168.00. Kedua, kerja membaik pulih tebing Sungai Jawi bersebelahan Jalan Ladang Sungai Jawi Bakar dengan kos RM460,493.00. Ketiga, kerja penyelenggaran online storage dengan kos sebanyak RM299,901.50 dan keempat kerja menaiktaraf hidromekanikal dan elektrik rumah pam Changkat Sungai Bakap dengan kos sebanyak RM170,045.00. 23. Sebagai langkah mitigasi jangka panjang, kawasan-kawasan ini juga telah termasuk di dalam pelaksanaan projek RTB Lembangan Sungai Jawi yang dijangka pelaksanaan nya akan mula pada Januari 2024. Ini dalam proses lantikan kontraktor. Projek ini adalah design n build maka dan di bawah Projek Persekutuan design n build maksudnya dia akan mula dengan reka bentuk yang dululah Yang Berhormat bila rekabentuk siap dan akan dibentangkan kelulusan kemudian, kerja-kerja pembinaan akan dijalankan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yang Berhormat boleh saya tanya lagi.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Berkenaan dengan pembersihan sungai saya lihat, saya memantau kerja-kerja dilakukan ada pembersihan sungai di buat tapi tidak ada pengorekan sungai. Sungai dia dah tambor (selut) dah masuk dah, dah jadi cangkat yang dibuang hanya pokok kangkung, buang pokok-pokok, buang rumput tapi sungai tu tak di korek menyebabkan sungai tu cangkat juga. Cangkat, jadi apa nama saya berharap supaya pengorekkan sungai di buat supaya air melalui dengan baik.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih yang Berhormat. Sebenarnya di dalam skop sekiranyanya skop itu termasuk dengan pengorekan sungai sudah tentu dibuat. Sekiranya Yang Berhormat mempunyai maklumat mengenai kawasan yang tidak di buat boleh dipanjangkan dan kita akan minta JPS daerah untuk semak dan sekiranya memmang tidak membuat kerja-kerja tersesebut tindakan boleh di ambil ke atas kontraktor Yang Berhormat. Terima Kasih. Untuk kawasan Taman Panchor Indah dan Taman Penting yang pertamanya ialah mendalam parit-parit Kawasan Nibong Tebal dengan kos sebanyak RM 82,000. Kedua menaiktaraf Hidromekanikal dan Elektrikal rumah pam Sanglang B dan kerja-kerja berkaitan di Daerah Seberang Perai Selatan dengan kos sebanyak RM 175,985.00 dan juga Kerja-Kerja Membaikpulih Tebing di Parit Bersebelahan Jalan Ladang Parit B2 Seberang Perai Selatandengan kos sebanyak RM 449,750.00 dan untuk langkah mitigasi jangka panjang, kawasan-kawasan ini termasuk di dalam pelaksanaan projek RTB Sanglang. Ini juga adalah projek persekutuan dan projek ini dijangka bermula pada awal tahun 2024 iaitu dalam fasa dalam masa sekaranng ini fasa pra-tender. Jadi maksudnya dalam 2024 baru dia nak tender Yang Berhormat. Bagi menjawab pertanyaan oleh Yang Berhormat Pulau Betong pula, sebagaimana yang telah saya jawab dalam jawapan bertulis, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi banjir kilat di Pulau Betong adalah sebanyak RM10.7 juta dengan perinciannya seperti yang telah dimaklumkan jawapan. Berkenaan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Bahang berkaitan projek-projek tebatan banjir yang tidak memberikan impak seperti yang diharapkan, sebagai makluman Yang Berhormat, terdapat 26 lokasi hotspot banjir dan 14 lokasi risiko banjir telah di kenal pasti di Daerah Barat Daya berdasarkan rekod kejadian banjir tahun 2022 oleh JPSPP. Projek mitigasi banjir dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pengurangan kejadian banjir di setiap lokasi serta perbelanjaan bagi projek RTB digunakan secara berhemah melalui keberhasilan projek yang telah siap dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Daerah Barat Daya (DBD) merupakan daerah yang paling banyak menerima peruntukan bagi pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, iaitu dengan jumlah keseluruhan enam (6) projek bernilai RM69.8 juta di mana tiga (3) projek telah siap sepenuhnya, satu (1) projek sedang berjalan di tapak dan dua (2) projek di peringkat pra-tender. Peruntukan melalui Kerajaan Negeri melibatkan tiga (3) projek iaitu RTB Bayan Baru, RTB Sungai Nipah dan juga RTB Sg. Tiram. Manakala untuk melalui Kerajaan Persekutuan yang melibatkan tiga (3) Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), iaitu RTB Teluk Kumbar, RTB Pondok Upeh/Sungai Burong dan RTB Teluk Bahang. Jabatan Parit Saliran (JPS) sentiasa memastikan keberhasilan projek-projek ini dinilai berdasarkan kepada pengurangan kekerapan banjir di kawasan projek yang telah siap dilaksanakan melalui penentuan perubahan status kawasan hotspot banjir di tukar menjadi kawasan berisiko banjir. Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada pertanyaan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah berkaitan projek penaiktarafan jalan di persimpangan Juru, sebagai makluman Yang Berhormat, cadangan Projek Pembinaan Persimpangan Berlian Mencapah, diverging diamond interchange (dengan izin) di Jalan Kebun Nenas/Jalan Chian Heng Kai ke Persimpangan Jalan Song Ban Kheng, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dianggarkan bernilai RM31.7 Juta (tidak termasuk kos Pengambilan Balik Tanah). 11 33. Skop kerja yang akan dilaksanakan tahun depan

adalah kerja-kerja ukur tanah dan reka bentuk jalan. Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan peruntukan RM600,000 untuk tahun hadapan. Cantas pokok pun tak boleh. Berkaitan projek pelebaran jalan di Auto City pula, sebagai makluman Yang Berhormat, pelaksanaan projek di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai agensi pelaksanaan iaitu di Fasa 2 iaitu dari Autocity sehingga ke persimpangan Taman Seri Delima. Manakala, untuk Fasa 3 iaitu persimpangan Taman Seri Delima sehingga ke persimpangan lampu isyarat Jalan Juru yang itu dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kelak. Untuk makluman tambahan, sambungan dari Fasa 2 dan 3 ini iaitu Jalan Kebun Baru ke Juru-Estet yang ni projek ini telah siap dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sijil penyiapan kerja (CPC) telah dikeluarkan pada 15 November 2023. Seperti yang telah saya maklumkan dalam jawapan bertulis, kelewatan kerja bagi projek ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan utiliti sedia ada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang masih dalam peringkat pelaksanan. Status terkini ialah untuk Fasa 2 ialah kerja-kerja pengalihan utiliti TNB, kerja-kerja penanaman paip penyalur dan kerja-kerja pengorekan tanah telah disiapkan. Kontraktor utama kini dalam 12 proses membekalkan kabel untuk pelaksanaan baki kerja-kerja pengalihan tersebut yang akan dilaksanakan oleh Sub-Kontraktor Dinamakan (NSC). Jangkaan keseluruhan kerja-kerja pengalihan utiliti TNB disiapkan di tapak adalah pada Februari 2024. Seterusnya, kerja-kerja pembinaan pelebaran jambatan kecil bersebelahan premis Isuzu (Automotive Corporation Malaysia) Auto City akan dijalankan selepas kerja-kerja pengalihan utiliti TNB selesai dijalankan. Pada masa kini, kemajuan adalah 62% iaitu mengikut jadual seperti yang dirancang dan keseluruhan kerja-kerja pembinaan ini dijangka siap pada Februari 2025. Seberang Jaya ada bangkin mengenai Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS), untuk maklumat Yang Berhormat peruntukan MARRIS sebenarnya hanya boleh digunakan untuk tujuan kerja-kerja penyelenggaraan jalan selaras dengan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri 3.0 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Peruntukan MARRIS tidak boleh digunakan untuk tujuan naik taraf ataupun membina jalan baharu. Ini kerana sebenarnya Yang Berhormat ini adalah peruntukan yang berkanun yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi apa-apa penggunaannya adalah tertakluk kepada Garis Panduan daripada Kerajaan Persekutuan, kita pun tidak boleh mengunakan sewenang-wenangnya dan perlu semua permohonan perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan. Untuk makluman Yang Berhormat juga JKR sentiasa memantau keadaan lalu lintas di Pulau Pinang dan telah mempunyai perancangan untuk menaik taraf dan membina jalan yang baharu untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. JKR juga memohon peruntukan dan komited untuk melaksanakan projek-projek jalan baharu setelah kelulusan diterima. Seterusnya, berkenaan cadangan pembinaan fly-over di kawasan Ampang Jajar seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal, JKR telah memohon peruntukan dalam Rolling Plan Keempat (RP4) RMKe-12 bagi pembinaan Jambatan baru empat (4) lorong bagi menggantikan jambatan lama dua (2) lorong untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Dato’ Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri yang sudi meneruskan pembiayaan Pas Mutiara pada tahun 2024. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sejak 2021 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM15.5 juta keseluruhan untuk subsidi Pas Mutiara sahaja tidak termasuk tambahan RM1.5 juta yang baru diluluskan. Berdasarkan data yang diperolehi, lebih 40% pelanggan Pas Mutiara adalah warga emas dan jumlah ridership telah meningkat kepada hampir 1.3 juta

penumpang sebulan. Kerajaan Negeri juga menyambut baik saranan Yang Berhormat Bagan Dalam, mengenai pewujudan terminal kedua lapangan terbang yang khusus untuk tujuan kargo di Batu Kawan atau di kawasan tambakan. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kementerian MOT, Kementerian Pengangkutan sedang melaksanakan Kajian National Airport Strategic Plan di mana kajian ini berkait rapat dengan cadangan pewujudan lapangan-lapangan terbang baru termasuk penaiktarafan lapangan terbang sedia ada di seluruh negara Malaysia. Walau bagaimanapun, kajian ini masih belum dimuktamadkan. Manakala dari segi kapasiti tempat letak kenderaan, terdapat sebanyak 1,770 petak kenderaan di tempat letak kereta bertingkat yang baru dibuka pada bulan April dan terdapat juga 360 petak kenderaan di kawasan letak kereta terbuka. Kerajaan Negeri yakin MAHB, Malaysia Airports Holdings Berhad akan dapat melaksanakan kerja-kerja di tapak dan penyediaan perkhidmatan yang terbaik akan diberikan kepada semua penumpang. Berkenaan dengan status Projek Teksi Air yang dibangkitkan oleh Seri Delima, MBPP telah menjalankan kajian awal yang telah mengenal pasti lokasi-lokasi jeti yang bersesuaian, untuk dijadikan sebagai tempat mengambil dan menurunkan penumpang. Sehubungan dengan itu, MBP telah memanggil satu RFP bagi melantik syarikat yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan Teksi Air ini. RFP telah diiklankan pada 12 Disember tahun lepas, dan tutup pada 27 Februari tahun ini. Sebanyak dua syarikat telah mengemukakan cadangan melalui RFP, dan beberapa siri pembentangan kepada Jawatankuasa Penilaian Teknikal telahpun dilaksanakan. MBPP telah mengeluarkan satu Surat Niat kepada syarikat yang berjaya, untuk melaksanakan Projek Teksi Air ini. Sekiranya syarikat ini bersetuju dengan syarat-syarat oleh MBPP, maka satu Surat Tawaran akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Projek Teksi Air ini dijangka akan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2025. Berkaitan pewujudan perkhidmatan teksi dari Gurney Bay ke Butterworth seperti yang dibangkitkan oleh Pulau Tikus, berdasarkan kepada Laporan Kajian Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang tahun 2015 di bawah Laporan The Water Transport Pre-Feasibility Study yang Quay, Weld Quay hingga ke Gurney Quay, Gurney Quay hingga ke Tanjung Tokong, dan Tanjong Tokong ke Straits Quay. Daripada laluan feeder ini, pengguna boleh menukar ke laluan utama dari Weld Quay ke Butterworth menggunakan perkhidmatan feri sedia ada. Walau bagaimanapun, ini adalah pelan perancangan untuk masa depan apabila projek ini direalisasikan kelak. Dato’ Speaker, Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Sungai Dua, berkenaan peruntukan RM10 bilion bagi Projek Pembinaan LRT dan seperti mana yang telahpun dijawab dalam soalan lisan, pembiayaan bagi projek ini adalah seperti yang dijanjikan melalui pengumuman dalam Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maksudnya ini pun adalah melalui geranlah ataupun pembiayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, dalam erti kata lain Kerajaan Negeri tidak akan mempunyai obligasi dari segi pembiayaan untuk projek tersebut. Pada masa ini, pelaksanaan Projek LRT sedang menunggu keputusan Kementerian Pengangkutan bagi pemuktamadan kaedah pelaksanaan dan juga perincian teknikal. Merujuk kepada pembiayaan Projek PTMP yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya, projek ini merangkumi komponen pengangkutan awam darat dan laut, lebuh raya dan juga jalan raya baharu yang merupakan strategi pengangkutan jangka masa panjang bagi Negeri Pulau Pinang. Seperti negeri-negeri lain, Pulau Pinang juga mengharapkan bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan khususnya dari segi kewangan untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur yang berskala besar. Malah, Kerajaan Negeri telah membuat permohonan dalam RMK12 bagi pelaksanaan Pan-Island Link 1 yang juga amat penting dalam penyuraian trafik.

Justeru, untuk meringankan beban kewangan pelaksanaan projek serta bagi pertimbangan permohonan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, Projek PIL 1 ini telah dicadangkan dan untuk dibuat secara berfasa iaitu bermula dengan Fasa 1A sepanjang 2.4km menghubungkan persimpangan Tun Dr Lim Chong Eu sehingga ke persimpangan Tun Dr Awang. Fasa 1A ni merupakan projek berimpak tinggi yang dapat menyuraikan kesesakan trafik di kawasan Jalan Tengah, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Dr. Awang dan juga rangkaian jalan di sekitar kawasan FIZ. Kerajaan Negeri akan terus menggesa Kerajaan Persekutuan untuk membiayai Projek PIL 1 melalui permohonan RMK12 di bawah Rolling Plan Kelima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.7 bilion. Kebanyakan komponen PTMP yang lain seperti laluan rel, perkhidmatan pengangkutan air dan jalan raya masih dalam tahap cadangan dan tertakluk kepada semakan, kajian dan kelulusan agensi berkaitan serta ketersediaan peruntukan sebelum dapat dilaksanakan. Sekiranya kita tidak mendapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri haruslah bersedia untuk mempertimbangkan kaedah pembiayaan yang lain seperti pertukaran tanah land swap, cadangan Build, Operate and Transfer with Funding BOTF ataupun PFI Private Financing Initiative ataupun melalui Green Financing untuk kategori Green Infrastructure Projects daripada agensi-agensi luar negara, serta penambakan sekiranya diperlukan demi pembangunan masa depan. Untuk menjawab Yang Berhormat, pembangunan utama di Silicon Island ialah Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi yang kita panggil Green Tech Park dan juga hub Global Business Services yang berkeluasan lebih kurang 730 ekar daripada jumlah keluasan pulau 2,300 ekar. Dengan lokasinya yang strategik berhampiran dengan FIZ Bayan Lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga Jambatan Pertama dan Kedua Negeri Pulau Pinang, Island dijangka akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang dan juga Malaysia serta memperkukuhkan daya saingan kita dalam rantaian sektor elektrik dan elektronik antarabangsa pada masa depan. Mengikut hasil kajian oleh perunding Deloitte, pembangunan Island dijangka akan menyumbang RM1.1 trilion dalam KDNK negara. Menarik FDI sebanyak RM74.7 bilion, dan dianggarkan dapat menghasilkan 200,000 pekerjaan pada masa depan menjelang 2050. Kerajaan Negeri yakin Island akan menjamin pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan Pulau Pinang dan rakyatnya, sehingga tahun 2050 seperti mana FIZ Bayan Lepas yang telah membawa transformasi kepada ekonomi Pulau Pinang selama 50 tahun sebelum ini. Susulan cadangan YAB. Perdana Menteri pada bulan Mei yang lalu, untuk membiayai Projek LRT, maka Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan beliau untuk mengecilkan saiz penambakkan iaitu dengan mengurangkan tiga pulau kepada satu pulau, Yang Berhormat. Walaupun Silicon Island tidak menjadi model pembiayaan Projek LRT, pembangunan tersebut masih berperanan penting dalam pertumbuhan ekonomi. Tanpa wujudnya FIZ Bayan Lepas, yang kini dikenali sebagai Silicon Valley of the East, maka tidak terwujudnya pembangunan industri yang matang dan terkenal di peringkat antarabangsa yang menyumbang kepada ekonomi negara. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan sumber batu dan pasir. Bagi pulau Silicon Island, sumber batuan bagi kegunaan Silicon Island telah dikenal pasti dan akan diambil dari kuari di kawasan Pantai Remis dan Pantai Segari, negeri Perak. Setakat ini tiada cadangan untuk mendapatkan bahan batuan dari negeri Pulau Pinang. Kerja-kerja tambakan telah bermula pada 1 September 2023, dan bekalan pasir laut untuk tambakan Silicon Island diperolehi dari kawasan perairan persekutuan di Perak. Pembekal pasir berkenaan memiliki kelulusan permit untuk mengambil pasir serta kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri bersama PBA telah

mengambil kira keperluan air bagi Silicon Island dan bagi peringkat awal bekalan air terawat berjumlah 25 MLD akan dibekalkan oleh PBA. Jumlah ini adalah mencukupi untuk keperluan Silicon Island sehingga ke tahun 2030. Untuk tahun-tahun yang akan datang, sedang diperincikan lagi Yang Berhormat, belum lagi ke tahap itu. Dato’ Speaker, Berkenaan dengan isu krisis air, menjelang 2030 seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penaga. PBA sentiasa meneroka sumber-sumber baharu yang berpotensi untuk dijadikan sumber bekalan air dan antaranya yang dikenal pasti seperti berikut, kebolehasilan Sungai Kerian untuk sumber air mentah, kebolehasilan Sungai Perai, Air Bawah Tanah Groundwater; kebolehasilan air laut sebagai sumber alternatif ataupun penyahgaraman, kebolehlaksanaan Coastal Reservoir dan juga Kajian Projek Takungan Air Sungai ataupun TAPS serta Water Reclamation untuk non-portable water. Bila kita kata water reclamation ni maksudnya adalah mengitar semula air daripada IWK, contohnya untuk digunakan sebagai bukan air minuman tapi untuk pihak industri. Selain daripada itu, PBA juga mempertimbangkan kaedah penyahgaraman, cuma yang ni kita perlu teliti kerana kosnya yang agak tinggi Yang Berhormat. Merujuk kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Putih, berkenaan Empangan Mengkuang yang dikatakan berisiko tinggi. Hasil semakan dengan SPAN ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, mendapati bahawa penarafan risiko tinggi itu bukan berkaitan dengan struktur seperti mana yang pernah saya maklumkan di sini di Dewan ini. Yang sebenarnya, Empangan Mengkuang ini dikategorikan sebagai risiko tinggi disebabkan kerentanannya dari segi punca sumber air. Ini adalah kerana Empangan Mengkuang adalah empangan strategik dan kawasan Empangan Mengkuang ini bukanlah kawasan tadahan air semula jadi. Dia berlainan dengan Empangan Telok Bahang dan juga Empangan Air Itam. Itu memang adalah kawasan tadahan air semula jadi. Tapi kawasan Empangan Mengkuang ini, bukan. Jadi, bagaimana kita memastikan Empangan Mengkuang ini ada air. Kita pam air dari Sungai Kulim. Jadi, inilah yang dikatakan risiko oleh SPAN oleh kerana Empangan Mengkuang hanya mempunyai satu punca air iaitu Sungai Kulim yang hanya boleh dipam tiga bulan dalam setahun, iaitu dalam musim hujan. Sekiranya tahap air dalam sungai itu tidak mencukupi paras, maka tidak boleh di pam. Oleh kerana itu, ini yang menjadikan risiko tinggi. Oleh itu, Kerajaan Negeri terus mendesak Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan Projek 2C, Fasa 2C iaitu pembinaan Rumah Pam Lahar Yooi. Dengan pembinaan Rumah Pam Lahar Yooi, maka Empangan Mengkuang akan mempunyai dua sumber air. Satu dari Sungai Kulim, Rumah Pam Mak Sulong dan lagi satu daripada Sungai Dua melalui Lahar Yooi. Jadi dengan dua sumber, maka dia akan kita boleh menyingkirkan status kritikal ataupun risiko tinggi yang diletakkan oleh SPAN ini. Tambahan kepada tu, kita juga memerlukan kapasiti pemindahan 400 MLD yang tambahan, Dato’ Speaker sepertimana yang saya telah sebut hari tu. Jadi berkenaan dengan Projek Air Perak-Pulau Pinang, yang ni pun saya dah sebut banyak Dato’ Speaker. Saya rasa tidak perlu diulangi. Kita cuma mengambil maklum semua yang telah dicadangkan, dan Kerajaan Negeri juga memahami keresahan yang dihadapi oleh berkaitan dengan masalah air. Yang Berhormat Telok Bahang, untuk makluman Projek Air Perak-Pulau Pinang ini bukan satu-satunya penyelesaian yang kita sedang melaksanakan seperti yang saya pernah sebut juga. Banyak projek-projek lain yang sedang dilaksanakan, dan juga sedang dirancang semuanya terkandung dalam kita punya Water Contegency Plan yang bernilai sebanyak RM1.18 bilion seperti mana yang pernah diumumkan oleh Ketua Menteri.

Berkenaan dengan bekalan air kepada kilang-kilang pula. Sebagai makluman Yang Berhormat, kilang-kilang baharu telah disarankan untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh SPAN iaitu dengan membina tangki simpanan air dua hari untuk mengelakkan berlakunya masalah bekalan air. PBA juga menyarankan kepada kilang-kilang baharu, untuk memasang injap aliran berterusan ataupun constant flow valve sebagai syarat pematuhan bagi mengelakkan penggunaan air yang lebih daripada keperluan. Merujuk kepada Yang Berhormat Bagan Jermal, mengenai sistem pemantauan dan pengenalpastian lokasi kebocoran paip, PBA sentiasa meneroka teknologi baharu yang bersesuaian dengan operasi syarikat untuk melaksanakan kerja-kerja pengesanan kebocoran di rangkaian paip. Pada masa yang sama, PBA akan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan paip bocor yang dilaporkan mengikut KPI yang ditetapkan oleh SPAN. Kajian terperinci perlu dilaksanakan serta ianya juga memerlukan dana yang besar serta sumber yang mencukupi untuk melaksanakan pemantauan, khususnya melibatkan NRW.

Dato’ Speaker, Isu yang terakhir iaitu Infrastruktur Telekomunikasi dan Digital. Yang Berhormat Bukit Tambun, Penaga dan Penanti tanya mengenai pemasangan gentian optik di kawasan Seberang Perai. Untuk maklumat Yang Berhormat, pelaksanaan projek ini terbahagi kepada dua pelaksana utama iaitu melalui JENDELA ataupun Jalinan Digital Negara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan yang kedua adalah melalui projek-projek swasta atau inisiatif sendiri oleh syarikat-syarikat NFP yang dipanggil network facilities provider. Melalui projek JENDELA, sehingga 30 September 2023 rangkaian gentian optik di premis dan kediaman yang telah dinaiktaraf adalah sebanyak 299,471 buah premis. Bagi projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan sehingga akhir tahun 2025 melibatkan sebanyak 71,206 buah premis dan kediaman di seluruh Pulau Pinang termasuk kawasan Seberang Perai. Pada masa ini, pihak MBSP belum mempunyai perancangan bagi menaik taraf gentian optik seperti yang sedang dilaksanakan oleh pihak MBPP, yang MBPP buat ini Ahli Yang Berhormat sebenarnya adalah untuk menghubungkan semua CCTV yang MBPP ada menggunakan gentian optik supaya imej yang kita dapat adalah lagi jelas, antara masalah yang MBPP hadapi adalah apabila dia menggunakan CCTV yang wireless kadang-kadang imej itu tidak jelas dan bila perlu digunakan tidak dapat digunakan dengan optimum maka MBPP telah melaksanakan penaiktarafan untuk menghubungkan semua lampu isyarat dan juga CCTV mereka dengan menggunakan gentian optik dengan itu mereka akan mendapatkan data yang lebih cepat bukan sahaja laju tapi dengan lebih tepat. Bagi peruntukan yang melibatkan projek Kerajaan Persekutuan, kos pelaksanaan adalah di bawah tanggungjawab syarikat-syarikat NFP yang terlibat. Selain itu, bagi projek yang melibatkan projek pembangunan gentian optik untuk kegunaan sendiri seperti pihak MBPP kos adalah ditanggung oleh pihak majlis sendiri. Seperti mana yang dibangkitkan oleh ADUN Air Itam, Kerajaan Negeri amat komited dalam menyediakan liputan komunikasi yang menyeluruh di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak MCMC sedang mengenal pasti kawasan-kawasan yang mempunyai masalah liputan komunikasi khususnya di kawasan berpenduduk yang padat seperti di Air Itam. Salah satu inisiatif penambaikan yang telah dilaksanakan di kawasan Air Itam adalah dengan pemasangan struktur komunikasi smart street pole, rangkaian 5G yang merupakan struktur pintar dengan kombinasi lampu jalan dan peralatan komunikasi di persimpangan Jalan Ayer Itam dan Jalan Shaik Eusoff. Pelaksanaan penambahbaikan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak MCMC.

Seterusnya Yang Berhormat Batu Uban bangkit mengenai isu gangguan komunikasi di bangunan bertingkat dan jambatan kedua. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil maklum akan perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak MCMC untuk meneliti serta mengambil tindakan yang sewajarnya. Merujuk kepada penggunaan sistem MyKADUN seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penanti, pelaksanaan aktiviti roll-out telah pun bermula pada bulan September dan berakhir pada pertengahan bulan November 2023. Dalam aktiviti roll-out ini, pihak Digital Penang telah membuat kunjungan hormat pada setiap KADUN untuk memberikan penerangan serta membantu dalam pendaftaran akaun pengguna. Sesi latihan juga telah dilaksanakan oleh pihak KADUN dan menurut maklumat terkini sebanyak 24 KADUN telah terlibat dalam sesi latihan dan mula menggunakan sistem MyKADUN. Sesi latihan merupakan aktiviti yang berterusan berdasarkan kesediaan pihak KADUN. Latihan ini amat penting bagi pegawai-pegawai pusat khidmat untuk meningkatkan literasi digital serta penggunaan sistem. Sebagai tambahan manual pengguna dan juga saluran komunikasi juga telah disediakan bagi rujukan dan sokongan kepada pihak KADUN. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pihak Digital Penang kini juga dalam proses penambahbaikan sistem MyKADUN berdasarkan maklumbalas daripada Yang Berhormat sendiri. Bagi menjawab pertanyaan Pulau Betong mengenai penglibatan syarikat bumiputera dalam inisiatif yang dilaksanakan oleh Digital Penang sebanyak tujuh syarikat pemula ataupun start-up bumiputera yang telah diberi bimbingan dan lima daripadanya turut diberi peruntukan geran manakala bagi usahawan kecil wanita dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) sebanyak 19 perniagaan dan syarikat kecil bumiputera telah diberi bimbingan program dan juga geran. Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Digital Penang untuk tujuan pembangunan dan pemerkasaan digital adalah berjumlah RM4.5 juta untuk tahun 2023. Walau bagaimanapun, hasil pulangan masih belum dapat ditentukan kerana inisiatif ini dilaksanakan masih lagi di peringkat awal. Dato‘ Yang di-Pertua, akhir kata daripada saya, Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan pembangunan infrastruktur, pengangkutan dan digital di Pulau Pinang dilaksanakan dengan kaedah yang paling cekap. Diharapkan segala pertanyaan Ahli-Ahli Yang Berhormat telah dapat saya rungkaikan di kesempatan ini. Pelbagai maklumat dan perancangan masa depan juga telah telusuri dan bahaskan, semoga segala perancangan Kerajaan Negeri berhasil dan memberikan manfaat seperti yang diharapkan kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Justeru, Kerajaan Negeri berharap agar semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan dapat kita sama-sama membangunkan dan memajukan negeri Pulau Pinang ke arah mencapai visi dan misi Penang2030 terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Tanjong Bunga, pancung-pancung pun hampir sejam juga potong-potong dan persilakan Sungai Acheh.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiya’I Wal Mursalin Waala Aalihi Wasahbihi Ajmain Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang di-Pertua, Daun selasih di atas para, buat hidangan si anak teruna terima kasih Timbalan Speaker yang bijaksana giliran saya pula menggulung pula depa tulis kita bacalah. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberi kepada saya pada petang ini yang saya dapati semua rakan-rakan Yang Berhormat-Yang Berhormat dari pihak kerajaan dan pihak pembangkang, kepada ketua-ketua jabatan seterusnya media-media, seterusnya petang ini bukanlah masa yang sesuai untuk saya bercakap kerana melihat kepada rakan-rakan semua nampak dah nampak macam keletihan jadi kita cakap jangan ikut teks apabila ikut teks semua akan jadi mengantuk sangat. Timbalan Speaker, berlandaskan visi Penang2030 – Negeri Pintar Dan Hijau Berteras Keluarga Inspirasi Negara. Saya percaya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah membentangkan belanjawan yang inklusif meliputi semua aspek dalam mendepani cabaran dan rintangan yang akan dihadapi pada masa akan datang. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat tahun 2024 akan menjadikan satu medan yang penuh cabaran yang harus diharungi bukan sahaja rakyat Pulau Pinang tetapi seluruh rakyat di dunia ini, percaya atau tidak kita akan didepani dengan krisis ekonomi yang maha dasyat dengan kenaikan harga barang dan sebagainya. Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memulakan sesi penggulungan ini dengan memetik ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri semasa sesi belanjawan 2024. Pada tahun 2022, KDNK negeri Pulau Pinang bukan sahaja berkembang melebihi pertumbuhan KDNK nasional malah mengatasi KDNK negeri-negeri lain dalam negara. Menurut MIDA melaporkan ekonomi Pulau Pinang bertumbuh sebanyak 13.1 peratus pada tahun 2022 berbanding 6.9 peratus pada tahun sebelumnya dengan nilai KDNK sebanyak RM112.1 billion kalau ikut Perdana Menteri dia bunyi billion. Tambahan dari itu, kesemua ini langsung mempamerkan keberhasilan Pulau Pinang sebagai pusat ekonomi yang telah memberikan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi kepada penduduk tempatan dan menjadi contoh bagaimana diversifikasi sektor ekonomi dapat membantu dalam mencapai kemajuan dan kestabilan ekonomi sesuatu wilayah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB Permatang Pasir berkenaan isu dengan usaha kerajaan untuk membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) mengembangkan perniagaan. Seperti yang telah dimaklumkan oleh YAB Ketua Menteri dalam ucapan 2024, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Invest Penang dan PDC sentiasa meneruskan insiatif-inisiatif bagi menyokong pembangunan industri kecil dan sederhana di Pulau Pinang melalui pusat pasaran dengan kadar sewa subsidi kepada para usahawan kecil tempatan. SMART Centre merupakan khidmat nasihat mengenai maklumat-maklumat yang diperlukan untuk memulakan perniagaan, urusan berkaitan permohonan lesen perniagaan, pendaftaran syarikat, inisiatif sedia ada dan sebagainya kepada usahawan IKS. Selain daripada itu, Yang Berhormat pihak-pihak agensi dari Kerajaan Pusat juga ada menyediakan banyak-banyak peluang perniagaan dan ini juga yang perlu kita ambil perhatian kalau kita tengok yang terlalu masyhurnya adalah PERDA, FAMA, Jabatan Pertanian, ICU dan sebagainya jadi saya nak ringkaskan ucapan saya saya harap menjawab pada soalan Permatang Pasir. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sama-samalah dalam merencanakan program untuk membentuk usahawan saya mohon daripada rakan-rakan daripada semua YB-YB yang terlibat terutama di kawasan luar bandar agar usahawan usaha-usaha untuk membina usaha ini sampai

ke bawah kerana saya tau program-program ini tak kebanyakannya semua bermain di atas dan hari ini bila saya di amanahkan Insya Allah saya akan bersama dengan rakan-rakan YB-YB kawasan apabila turun ke bawah bersama jabatan-jabatan bawah kelolaan saya dan bersama dengan rakan-rakan kita yang berjaya Insya Allah kita akan kembangkan program usahawan boleh tera tu Pinang Tunggal? Yang Berhormat saya nak ringkaskan pasal saya tengok saya ada dapat sikit SMS daripada rakan-rakan kita untuk perlajukan petang ini. Kawan saya sosial media bertanya tatsat kepada saya berapa lama? Saya kata pendek ya. Okay untuk makluman semua saya sedang giat mengaturkan sesi libat urus bersama pihak pemegang taruh dalam memastikan Penang Prenuer Agenda ini akan direalisasikan dengan sebaiknya. Pasukan saya sedang merencanakan jelajah dialog luar bandar sejahtera bersama usahawan-usahawan di seluruh Pulau Pinang dalam memastikan saya mendapat input dan permasalahan secara terus dari sumber primer. Sebagai wadah permulaan dalam mengenali semua usahawan-usahawan Pulau Pinang saya melalui MMK Pembangunan Keusahawanan dan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang yakni PERDA akan menganjurkan Himpunan Keusahawanan yang akan diadakan pada 2 Disember 2023 bertempat di PERDA Convention Centre Kubang Menerong, Tasek Gelugor. Melalui program ini, program HIKE ini saya mensasarkan kehadiran seramai 500 usahawan tempatan dari pelbagai sub sektor perniagaan. Saya mengambil peluang ini juga untuk maklum kepada semua Ahli Dewan untuk menjemput usahawan di kawasan masing-masing untuk turut serta, butiran program ini boleh diakses melalui laman Facebook atau Tiktok Lembaga Kemajuan Wilayah PERDA yakni Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Saya membuka ruang ini kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama dengan saya tanpa menghirau warna kulit atau fahaman politik saya percaya agenda ini akan menyatukan kita selaras dengan lirik lagu negeri kita iaitu ‘‘bersatu dan bersama untuk negeri kita‘‘ lagu apa ini ya? Lagu Pulau Pinang yang tu lagu lama yang tu lagu lain yang ini lagu Pulau Pinang.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Mohon celah sikit EXCO, saya celah sikit ya? Nak celah sikit.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Sila.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, sebenarnya saya sangat menghargailah jemputan EXCO Sungai Acheh dalam program-program bawah beliaulah sebab sebelum ini program-program Kerajaan Negeri yang dibuat di PERDA di Kubang Menerong saya tak dimaklumkan jadi saya ucap terima kasihlah atas satu dinamika baru ini terima kasih.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Pinang Tunggal, ini adalah usaha kita tuan-tuan bagi saya dalam usaha kita nak membangunkan rakyat kita tak selepas habis PRN kita dah tak ada kategori – kategori jadi kita nak bangunkan rakyat Pulau Pinang segala semua rakyat Pulau Pinang kita jemput dan Insya

Allah mungkin ada rakan-rakan kita di luar sana akan bersama-sama dengan kita bagi saya untuk memajukan ekonomi dan memajukan rakyat kita kena bersama-sama okay? Semasa sat tang mana dah ni okay tuan-tuan. Tuan Speaker Pesta Pulau Pinang saya nak masuk bahagian Pesta Pulau Pinang semasa penggulungan saya ke atas ucapan perasmian TYT pada minggu lalu saya mendapati terdapat pelbagai cadangan yang dilontarkan oleh kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai cadangan pembaikan dan way forward (dengan izin) untuk memperkasakan penggunaan tapak pesta selain dari kegunaan biasa semasa penganjuran Pesta Pulau Pinang. Berkenaan dengan tapak pesta Pulau Pinang saya ingin mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kewangan Negeri untuk mewujudkan satu takwim tahunan yang menarik sepanjang tahun, saya mengambil positif pandangan YB Batu Uban dalam memastikan kegunaan tapak pesta secara optimum dan bukan sahaja terhad kepada penganjuran pesta Pulau Pinang. Justeru, dengan hati yang terbuka menjemput YB Batu Uban untuk mengemukakan cadangan program-program yang dapat direalisasikan bersama pejabat saya ke arah memperkasakan tapak pesta ini, Insya Allah jika tiada aral melintang saya bersama MMK Pembangunan Keusahawanan akan memastikan tapak pesta ini akan digunakan dengan sepenuhnya. Tuan-tuan saya dah dua malam ke tapak pesta dan kita melihat persediaan usahawan-usahawan daripada luar desa dan sebagainya cukup hebat kita mempunyai makanan-makanan, pengeluar-pengeluar yang kita mempunyai packing-packing yang cukup cantik boleh kita pasarkan keluar. Jadi saya menjemputlah YB – YB kawasan semua bawalah anak-anak buah semua melawat dan lihatlah hasil keluaran orang Pulau Pinang yang boleh kita ketengahkan. Insya-Allah kita bagi pandangan. Pada 6 hari bulan ini adalah hari perasmian. Jadi kita mailah ramai-ramai. Mempunyai pelbagai program, lampu-lampu yang cukup menarik. Tak rugi hanya RM5.00 satu orang. Jadi YB sponsor lah anak-anak buah. Sebagai permulaan kepada langkah ini saya melalui MMK Pembangunan Usahawan akan mewujudkan satu program baru berskala besar yang akan dianjurkan di Tapak Pesta yang turut akan dikelaskan sebagai program ikonik negeri pada masa akan datang. Di kesempatan ini juga suka saya untuk mengambil ruang untuk mewar-warkan berkenaan dengan Pesta Pulau Pinang yang telah mula berlangsung pada 28 November bermula jam petang hingga 10 malam. Suka untuk makluman bahawa Kerajaan Negeri melalui MMK Pembangunan Usahawan telah menaja. Kita telah menaja beberapa lot untuk permulaan. Tak banyak, peruntukan tak banyak tuan-tuan dan Alhamdulillah mendapat sambutan yang cukup hebat dan mudah-mudahan kita dapat mengeluarkan kawan-kawan yang berada di kelompok-kelompok miskin boleh mendapat pendapatan yang lebih. Inilah usaha yang peringkat permulaan yang kita mampu buat. Dan Insya-Allah kita akan teruskan dari masa ke masa. Diharapkan agar platform yang disediakan ini dapat menyuntik semangat peserta terlibat dalam mengeluarkan diri dan keluarga dari belenggu kemiskinan. Ini merupakan antara inisiatif awal saya melalui MMK Pembangunan Usahawan bagi membela nasib penduduk yang berada di bawah paras kemiskinan. Pembangunan Luar Bandar. Tuan Speaker, pembangunan luar bandar ini semestinya amat dekat di hati saya. Kerana saya sendiri merupakan anak watan dari luar bandar. Dari luar bandar ke bandar. Malam saya balik juga keluar bandar. Saya tak duduk di Pulau Pinang. Tetap setia dengan DUN Sungai Acheh. Belakang berlatarkan sawah padi. Masih orang Pulau Pinang tapi tetap di Pulau Pinang. Pertama yang kita akan fokuskan kepada beberapa perkara utama dalam membangunkan luar bandar tentulah untuk mengekalkan infrastruktur yang sedia ada yang perlu diperbaiki dan kerana saya bercakap dengan kawan-kawan daripada jabatan yang terlibat dengan luar bandar. Banyak yang bertanya kita nak buat apa lagi. Saya kata luar bandar ni tak pernah habis. Selagi ada Pembangunan, selagi ada penghuni, ada penduduk. Maka luar bandar sendirinya akan terbentuk sehingga habis kawasan Pulau Pinang. Tetapi ingat tuan-tuan,

pergerakan kalau di Sungai Acheh kita sudah tinggal dalam 20% sahaja lagi kawasan luar bandar yang perlu kita jaga dan kita pastikan kehidupan mereka agak terkawal dan ceria dalam suasana kampung. Yang keduanya membangunkan pusat perniagaan seperti banyak, ramai di kalangan-kalangan YB. kawasan yang merungut tentang luar bandar gerai-gerai tak maju, gerai-gerai yang dibina mati dan sebagainya. Jadi inilah kita turun menjelajah luar bandar Insya-Allah kita akan bangun balik program-program yang sepatutnya kita bangunkan dengan peruntukan yang ada kita akan bantu, tapi jangan minta yang macam-macam. Minta sampai beratus ribu, mati. Kita minta patut badan pada EXCO tuan-tuan. Ketiga Pendidikan dan latihan kemahiran perlu ditekankan. Kesemua ini tuan-tuan saya perlukan sangat sokongan daripada YB -YB kawasan. Kerana YB inilah mempunyai pengaruh yang paling ramai di kawasan. Terutamanya kawan-kawan di sebelah sana. Saya tau, sokongan dan dorongan daripada tuan-tuan untuk memajukan usaha program yang akan dibawa oleh kita dalam membina insan dan pembangunan mesti dapat sokongan. Kerana hari ini kita tahu yang ketinggalan ni siapa. Jadi kita nak cerita tentang apa usaha yang dibawa oleh kerajaan dan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. TVET dan sebagainya, perlu kita harungi bersama. Seterusnya kita sama-sama mencapai kemajuan yang akan dibina oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Saya nak laju sikitlah. Okey, Yang Berhormat sebagai perincian yang dinyatakan terkait juga portfolio YB EXCO berkaitan dengan memastikan Agenda Pembangunan Luar Bandar dapat dimartabatkan. Oleh demikian saya juga akan mengambil kesempatan peluang ini bekerjasama dengan YB EXCO yang berkaitan bagi realisasikan harapan rakyat negeri ini dan mencapai 2030. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam Ucapan Belanjawan beliau Kerajaan Negeri telah meneliti garis panduan program bina baru dan baik pulih rumah miskin, di mana nilai maksimum pembinaan rumah baru telah dinaikkan daripada RM56,000.00 kepada maksimum baharu RM75,000.00. Tuan-tuan RM75,000.00 kalau ikutkan rumah MARA, kalau tak silap saya belum lagi sampai. Mungkin ke tahun depan. Kalau tahun lepas ni kita dah dapat RM75,000.00 Penang mendahului, Penang mendahului boleh tepuk sikit. Berkuatkuasa pada 2023, hal ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri bergerak seiring dengan kos semasa bagi memastikan manfaat yang optimum kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Pada tahun ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM3.1 juta bagi meneruskan kesinambungan program ini. Dan sehingga kini seramai 42 jumlah penerima telah menerima manfaat daripada program ini. Dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM2.23 juta dengan pecahan 22 penerima bagi bina rumah baru dan 20 buah rumah di baik pulih di bawah peruntukan Kerajaan Negeri. Bagi menjawab YB Permatang Pasir berkenaan dengan syarat untuk bagi pembinaan rumah Baharu. Syarat-syarat berkuatkuasa adalah seperti berikut. YB rasanya YB terlibat dalam Mesyuarat Fokus Bersama dengan Pejabat Daerah dan saya sedia maklum benda itu terdapat dalam syarat-syarat yang disediakan AES.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Minta maaf EXCO,

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Permatang Pasir tak ada dalam ni.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Saya Teluk Bahang, Teluk Bahang. Bukan.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Teluk Bahang ya. Yang terlibat, jadi saya ingat saya maklum benda ini Insya-Allah Pejabat Daerah akan mengetuai dan akan memudahkan program ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sememangnya setiap YB kawasan dijemput dalam focus group.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Memang saya dimaklumkan, memang di Pulau Pinang ni kita bagus. Semua YB kawasan kita jemput. Jadi semua akan sedia maklum. Okey, program meningkatkan pemulihan ekonomi bantuan peralatan seterusnya saya juga mendapat aduan daripada agak lambat. Daripada mana saya tak ingat. Lambat, Kebun Bunga. Kerana banyak yang dah minta, seterusnya bila dapat depa dah beli baru. Tapi Insya-Allah setelah kita berbincang saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Kebun Bunga berkenaan proses kelulusan dan pemulihan ekonomi bantuan peralatan yang mengambil masa yang lama. Adakah Kerajaan Negeri akan mengurangkan rektif dengan penyerahan kuasa kepada pegawai daerah dan pegawai-pegawai lain sebagai proses ini dipercepatkan. Kerajaan Negeri telahpun memusatkan kuasa pemberian kelulusan permohonan bantuan peralatan kepada jawatankuasa focus dulu. Jadi secara automatik benda ini akan memudahkan dan mempercepatkan proses. Dan Insya-Allah saya rasa benda ini boleh diselesaikan. Pada masa kini Kerajaan Negeri masih.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

YB EXCO, Boleh sikit. Ya saya faham jawatankuasa focus group basmi kemiskinan daerah FGD. Jawatankuasa ini diadakan mesyuarat satu bulan sekali.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dua bulan.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Oh, dua bulan. So dia akan mesyuarat satu bulan dua kali. Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dua bulan sekali.

Rashidi Bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Eh, dia akan cepat. Sebulan dua kali. Ini dia ikut tempat, kadang-kadang dia mungkin terikat dengan Pegawai Daerah. Apabila bos besar ni dia keluar dari kawasan dan Insya-Allah kita akan bincang untuk percepatkan proses bantuan-bantuan.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Kalau terus bagi kuasa kepada Pegawai Daerah tak boleh.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Eh, memang kita bagi tapi dia ada melalui komuniti kecil. Yang tu kena tanya PKN, kuasa saya melaksana tugas tuan-tuan. Okey. Seterusnya Insya-Allah saya rasa benda ini masalah ini akan dapat kita selesaikan secara perbincangan kita dengan pihak Pejabat Daerah dan bersama PKN. Kita akan memudahkan urusan. Pada masa ini Kerajaan Negeri masih mengguna pakai mekanisme sedia ada bagi memastikan penyelarasan antara agensi dan pemberian bantuan alat-alat tersebut. Hal ini bagi mengurangkan pertindihan pemberian bantuan alat-alat diantara agensi dan memastikan lebih ramai penerima manfaat di bawah program tersebut. Tuan-tuan kadang-kadang kita perlu ambil masa, kerana yang meminta bantuan ini bukan dia minta satu pihak. Kadang-kadang dia minta dengan banyak jabatan. Ada kes daripada perjumpaan saya bersama jabatan, minggu ni dia dapat. Minggu depan dia dapat lagi. Pada jabatan yang lain. So, kadang-kadang kita perlu ambil masa untuk kaji selidik dengan jabatan-jabatan yang terlibat. Itulah usaha yang kita buat untuk menghimpun data-data usahawan dan kita akan rekodkan dan kita hubung kait dengan semua jabatan bermakna kalau dah dapat bantuan itu mungkinlah dia takkan dapat lagi. Seperti yang saya bincang dengan rakan-rakan yang terlibat dengan perniagaan ni. Memang benda ini dia jadi satu masalah bukan takat di Pulau Pinang, dia akan jadi masalah semua negeri. Selain daripada itu juga Jawatankuasa ini juga melalui pihak Pejabat Daerah akan memantau penerima-penerima kepada penerima kita akan pantau. Kerana ini agar mengoptimumkan penggunaan bantuan yang diterima dalam menikmati produktiviti dan pendapatan selaras dengan objektif pelaksanaan program. YB Teluk Bahang telah memohon agar saya memaklumkan kepada YB ADUN kawasan untuk mengemukakan maklumat keperluan bagi pembangunan di kawasan masing-masing. Insya-Allah yang ni saya rasa kita dah sedia maklum dan kita akan usaha kerjasama. Tuan Yang di-Pertua seperti semua sedia maklum, semua YB ADUN dan Ahli Parlimen termasuk pembangkang ada dijemput untuk Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah. Jadi dalam kes inilah perbincangan akan dibuat. Saya turut membuka peluang ini kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk berhubung terus dengan pihak saya bagi menyelaras permohonan pembangunan Rolling Plan 5, untuk tahun 2025 RP 5, Rancangan Malaysia Ke-12 di bawah Kementerian Pembangunan dan Kemajuan Desa dan Wilayah untuk dinilai dan dibentang dalam MMK Luar Bandar sebelum dipanjangkan ke pihak KKDW.

Kalau tuan-tuan ada program-program yang melibatkan dengan KKDW, saya ingat tuan-tuan boleh bentang dan kita bawa ke peringkat atas. Kerana yang ini mungkin yang tak terlibat dengan negeri dan sebagainya. Bagi menyokong dan mendokong semangat pemerkasaan pelajar-pelajar di luar bandar saya ingin mencadangkan untuk memperluaskan untuk penggunakan papan putih interaktif smart board yang dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Justeru itu saya sedang meneliti keperluan di sekolah-sekolah luar bandar ke arah pendigitalan pelajaran agar tidak terasing daripada teknologi semasa. Dan suka saya maklumkan program ini akan mula dilaksanakan seawal 2024. Tuan-tuan seperti kita sedia maklum di sekolah-sekolah luar bandar sekolah kebangsaan dan sebagainya. Kita kekurangan smart board. Banding dengan sekolah-sekolah lain ini kadang-kadang kita tengok rasa letih. Jadi padanlah kita ada peranan masing-masing terutama sekali kalau ikut sekolah-sekolah lain ni dia orang dapat sokongan kuat daripada PIBG. Dan kita terpaksa mencari bantuan. Insya-Allah.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yang Berhormat mencelah. Perkara apa nama ni Sungai Acheh sudi untuk mempertimbangkan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat yang dilihat memang daif lah. Duduknya di memang luar bandar, tak tahulah kata semua pembandaran di semua dah Majlis Bandaraya atau kampung-kampung maksudnya kampung-kampunglah ataupun yang kawasan-kawasan seumpama macam di sebelah Sungai Dua, apa nama ni kawasan-kawasan di dalam Kepala Batas, begitu juga dengan di Balik Pulau. Ada sekolah-sekolah yang masih lagi maknanya dia punya fasiliti yang masih rendah lagilah. Terima kasih. Terima kasih Ketua Pembangkang. Insya-Allah masalah yang dibangkitkan kita akan bincang. Kita tengok apa yang boleh kita bantu melalui KKW dan sebagainya. Mungkin Kerajaan Negeri juga ada peruntukan yang boleh kita bincang ke depan dan saya juga minta di kawasan masing-masing dan saya sendiri di kawasan saya tuan-tuan. Sebenarnya kita ada usaha yang perlu kita buat bersama, yang perlu kita bangun dan kita akan bincang selepas perjumpan saya dengan pihak tuan-tuan, Insya-Allah. YB Penaga, sat na. Ketua YB Pembangkang bercakap terus saya lari tajuk. YB Penaga telah membangkitkan berkenaan dengan kenaikan harga barang dan kekurangan barang-barang yang bersubsidi ke atas kekhuatiran kemungkinan barang-barang tersebut telah disimpan menurutnya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dengan kos sara hidup dalam konteks barangan runcit, barang kawal yang mempunyai elemen subsidi kerajaan adalah minyak dan sebagainya. Dalam erti kata lain tuan-tuan seperti yang kita sedia maklum YB Penaga bangkitkan minyak, gula dan sebagainya. Ini dah memang dah masalah. Bukan masalah setempat. Masalah satu Malaysia dan kita kena realistik benda ni dan saya ni dah lapan tahun ada kedai runcit. Saya tengok memang masalah tu kalau jadi masa tu semua disebab tu akan ada masalah. Jadi tuan-tuan seperti yang saya nak sambut daripada ucapan sahabat saya ni, koperasi okay. Salah satu ini apabila kita sebut usahawan ini adalah usaha untuk membantu pendapatan kita dan seterusnya meringankan kos hidup. Jadi tuan-tuan bolehlah bekerjasama dengan koperasi. Kita gunalah ruang dan peluang ini. Setiap-tiap DUN ada koperasi dan koperasi juga ada bantuan-bantuan yang boleh kita bantu. Sekurang-kurangnya bila kita ada koperasi kita boleh buat tempahan barang-barang keperluan seperti minyak, beras, gula ni dengan ada lesen kita boleh dapat stok yang banyak jadi tuan-tuan pihak YB sendiri boleh membentuk komuniti yang meringankan rakyat setempat. Guna pakailah dan pada masa yang sama kita pihak kerajaan juga mengusahakan dengan jualan rahmah dan sebagainya.

Ini salah satu usaha daripada Kerajaan Negeri juga kita bersama dengan FAMA dan kadang-kadang kita bersama dengan Pertanian. Kita bagi subsidi dan sebagainya untuk meringankan. Ini usaha-usaha yang kita buat daripada pihak kerajaan. Pada masa yang sama juga pihak-pihak YB sendiri mesti ada usaha. Yang kita bantu dengan Kementerian Koperasi dan sebagainya, Insya-Allah. Saya rasa inilah usaha-usaha yang perlu kita teruskan bersama. Tuan-tuan akhirnya setelah menyentuh tentang usahawan, setelah menyentuh tentang KDN, setelah menyentuh tentang luar bandar, sampailah ke daratan yang perlu saya parking sebelum rehat. Sebelum akhirkan ucapan saya penggulungan kali ini saya ingin mengambil ruang dan peluang ini untuk menyatakan ucapan terima kasih dan memohon maaf di atas salah dan silap saya sepanjang perbahasan berlangsung. Saya ingin memohon kepada sahabat-sahabat saya di blok pembangkang untuk turut bersama Kerajaan Negeri dan merealisasikan harapan rakyat menuju Visi Penang2030. Janganlah jadikan perbezaan ideologi politik atau isu bangsa sebagai satu wardah dan membantutkan pembangunan rakyat Pulau Pinang. Suka untuk saya mengambil contoh di negara jiran kita iaitu di Indonesia di bawah pemerintahan Joko Widodo dan akhirnya dapat membentuk satu kerajaan yang kuat. Saya nak pendekkanlah. Banyak sangat kalau saya nak cerita ni. Menyingkap penggulungan saya pada hari ini saya EXCO Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar ingin menyata komitmen saya di dalam Dewan yang mulia ini membuka ruang rundingan kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat sama ada di blok kerajaan mahupun pembangkang untuk mengemukakan apa jua cadangan jaringan kerjasama sama ada dalam bentuk penganjuran, penyertaan, cadangan pembangunan luar bandar, atau penglibatan program berkaitan portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita boleh terus berunding. Dan Insya-Allah saya kan sama-sama, bekerjasama dengan tuan-tuan semua yang terlibat dalam membangunkan masyarakat dan rakyat negeri Pulau Pinang. Insya-Allah akhir sekali...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dua kali akhir dah ni.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh buat pantun dah dua kali akhir.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Akhir sekali ni pantun, pantun akhir. Terima kasih kepada yang mencelah. Ada yang mencelah tadi kan. Terima kasih. Sampai itu saja daripada saya. Yang baik datang dari Allah yang silap datang dari saya. Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Acheh. Dan seterusnya kita jemput Ahli Kawasan Datok Keramat. Dipersilakan.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Selamat petang, Salam sejahtera, Salam Pulau Pinang 2030, Salam Malaysia Madani kepada Dato’ Yang di-Pertua, Timbalan Speaker. Terima kasih kerana beri saya ruang untuk menyatakan berkata sepatah dua berkenaan dalam ucapan penggulungan saya untuk Rang Undang-Undang Perbekalan sempena ucapan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, susulan dan turutan daripada Perasmian DUN Yang Ke-15 oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama kita. Gembira saya nyatakan beberapa perkara selaku Timbalan Ketua Menteri 2 merangkap Pengerusi Jawatankuasa MMK Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi, saya akan terus memberi jaminan bahawasanya Dato’ Timbalan Speaker bahawasanya Kerajaan Negeri sememangnya kita sedang ambil langkah proaktif dalam rangka pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang di dalam portfolio saya tersebut. Ataupun sekiranya saya boleh blueprint. Blueprint for the future of our science and technology in Penang. Itu dinyatakan khusus bukan sahaja oleh Tuan Yang Terutama tetapi juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri saya, baru-baru ini di dalam Penang International Science Fair yang dilangsungkan di Pulau Pinang pada hari minggu lah. Dato’ Speaker, sememangnya lebih daripada 60 ribu yang telah hadir di situ. Kita lihat satu sambutan begitu baik yang menunjukkan itulah teras kita dan apakah kebaikan yang kita ada dalam bidang sains dan teknologi di Pulau Pinang. Dan haruslah kita rebut peluang yang kita ada di tangan kita dan beri kesedaran kepada warga-warga kita yang muda, masa-masa hadapan kita. Bukan senang tetapi adalah satu perkara yang perlu kita buat. Saya lihat of course saya tidak mahu ulangi banyak tetapi semua rakan saya di kalangan kita ada nyatakan satu perkara yang konsisten iaitu apakah yang kita akan buat untuk pastikan ada peluang pekerjaan untuk bukan sahaja rakan kita ataupun anak-anak muda kita tetapi untuk pastikan ada pekerjaan di bidang-bidang industri yang memerlukan bakat-bakat tersebut. I don’t want to repeat Dato’ Timbalan Speaker, tapi yang penting memang kita sepertimana saya mulakan tadi yang penting first of all kita akan pastikan blueprint itu yang sedang dilaksanakan sekarang, sudah pun dirancangkan sedang dalam perancangan dan kita harap dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin. Akan melihat bagaimana kita dapat tangani permasalahan tersebut. Apabila kita lihat kepada perkara berkenaan permintaan bakat dan kemahiran tinggi tersebut, saya terus pergi kepada satu perkara juga. I think we can cut short, I have made a lot of numbers in my speech. Saya dah banyak nombor lah biasanya. I can come to that but yang terpenting Dato’ Speaker, banyak permasalahan yang kita ada boleh diatasi dengan satu cara yang senang iaitu dengan kerjasama dengan Kerajaan Pusat. Di Pulau Pinang kita ada 1.8 juta rakyat warga kita, semua saya nak peringati itu. Di Pulau Pinang kita negeri yang tiga terkecil di seluruh Malaysia, saya nak peringati semua. Tapi di Pulau Pinang walaupun sebegitu rupa kita membayar cukai yang ketiga tertinggi di seluruh Malaysia. Siapa tahu, siapa boleh beritahu saya, rakan saya dari sana. Tau atau tidak, berapa cukai kita bayar kepada Pusat setiap tahun. Tau atau tidak. You orang bayar cukai. Kalau tidak saya akan panggil itu income-tax mari. Berapa kita bayar, tau tak? Not sure. Tak tau. See. Kita 1.8 juta orang saja. Negeri yang kedua ataupun ketiga terkecil. Kita bayar 7 bilion setiap tahun kepada Pusat bukan kepada poket kita. Supaya kita boleh buat kerja yang kita cakap apabila saya gulung

Perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan ini. Saya pun nak kesianlah, rakan saya Puan Dato’ PKN, tapi yang penting kita bayar, kita tak nafikan ataupun kita tak kita pastikan tanggungjawab kita untuk bayar cukai tersebut. Setiap tahun kalau 7 bilion kalau 10 tahun, that is just conservative 70 bilion...

Bukhori Bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Kita tak dapat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Apa?

Bukhori Bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Kita tak dapat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

You want to make my speech or I can continue. I’m getting there. But exactly you see. Kita sependapat am I.

Bukhori Bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sikit, sikit, sikit. Datok Keramat, sikit, sikit.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Go ahead, go ahead, go ahead

Bukhori Bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Because I know what you are trying to say Betapa Kerajaan Negeri merasa sedih, perit dinafikan hak. That’s why now we want you to understand us.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Very good, you are speaking like me those days. You see now the problem is last time saya...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Datok Keramat, teruskan penggulungan.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

My friend, Dato’ Timbalan Speaker, dia tahu, dulu saya hentam dia orang pasal perumahan, sekarang saya mesti hentam juga berkenaan ini. Saya akan. And now I tell you I put everything in perspective for all of my EXCO friends. Sama juga kalau perumahan kita tak dapat mengapa mereka tak bagi duit untuk perumahan. Kita bayar cukai ini untuk apa? You bayar cukai kan, you bayar cukai. Kalau tak bayar you bagi tau. Seluruh rakyat negeri warga Pulau Pinang bayar cukai. Jadi itulah tanggungjawab, kalau kita ada tanggungjawab untuk bayar cukai maka ada tanggungjawab daripada Kerajaan Pusat untuk beri balik kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Betul atau tidak?

Ahli-Ahli Dewan: “Betul”.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Thank you very much. This is what you call Kerajaan Madani. If you can say betul, you please make sure you tell your friends to make sure the money comes back to us

Bukhori Bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

CM please listen, CM please listen.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

CM always listening don’t worry. He has been telling me to say all this. No issue. That’s not our problem at all. I mean it last fifteen years I have been doing this, no issue. So kita teruskan, itulah yang saya kata, kalau itu berlaku, maka it is called, what it called? In any democracy, dalam mana-mana demokrasi, Dato’ Timbalan Speaker. Dalam mana-mana demokrasi, ia adalah dikatakan keseimbangan, proportionality, it is called that. So when there is a payment of a taxation or what it called? reseed of taxation from the people, maka kita perlu bayar balik, beri manfaat balik melalui pelbagai projek-projek awam, perumahan one of them, of course infrastructure my Chief Minister selalu nyatakan dia mengalu-alukan, menunggu agar kita dapat teruskan dengan projek-projek besar kita di Pulau Pinang. Itu begitu penting. Dalam belanjawan kita di Pulau Pinang apa yang kita boleh buat? RM1 bilion kita punya belanjawan pengurusan dan defisit kita setengah, separuh daripada itu. It’s not easy, that’s the reason why kita juga melihat kepada bagaimana Kerajaan Pusat boleh bantu kita dan apabila kita sebut perkara tersebut, saya balik pada apa kita kata, mengapa kita hendak tunggu untuk mereka? kerana kita yang bertanggungjawab. Setiap tahun apabila perlu kita bayar cukai so itulah apa yang kita lihat dan harap dapat diberi balik kepada Pulau Pinang. Dato’ Timbalan Speaker, ada beberapa perkara saya secara cepat hendak rumuskan selain daripada pekerjaan ataupun kerjasama dengan agensi Persekutuan. Kita perlu lihat pada program-program dalam kerjasama tersebut dan saya telah sebut dalam ucapan sebelum ini bahawasanya, dalam satu daripadanya, dari segi sains dan teknologi tadi ada beberapa perkara, even Sungai Acheh tadi, saya punya rakan saya telah nyatakan apabila kita lihat pada

pembangunan kemahiran, program-program seperti STEM, TVET dan sebagainya, actually again kita balik kepada Pusat, ada dana di mana kita akan lihat bagaimana kita dapat lebih dana yang dapat sampai ke Pulau Pinang kerana di Pusat apabila mereka sebut tentang ada dana untuk program tersebut ia adalah untuk seluruh Malaysia tetapi kita perlu lihat bagaimana kita boleh pastikan ia datang ke Pulau Pinang. That is the most importance. So I hope we can get that done here in Penang and that is my job. Saya beri komitmen kepada itu, Timbalan Speaker dan semua rakan saya di sini supaya itu kita boleh dapat kerana RM6.7 bilion telah pun diperuntukkan untuk Program TVET sahaja, untuk keseluruhan Negara Malaysia. So kita lihat bahawasanya ada satu dana yang sedia ada, yang mana kita hendak try to capitalize on, dengan izin Dato’ Speaker. I think also, kalau saya lihat satu perkara yang penting, rakan saya of course daripada Sungai Pinang selalu melopori dan always comes to the front apabila isu-isu wanita so for me, saya lihat bahawasanya kita tidak akan, tidak akan menafikan hak wanita dalam hak ataupun hal atau bab sains dan teknologi dan saya lihat satu perkara yang begitu baik for your information Yang Berhormat Sungai Pinang and Dato' Timbalan Speaker, saya telah nyatakan and I want to repeat, bahawasanya kita lihat ada satu keadaan di mana sekarang hampir 50% mereka yang ada dalam industri, dalam factory-factory, dalam kerja-kerja kemahiran tinggi dan berbakat tu, yang mana kita lihat itu kepentingan yang saya lihat adalah daripada kaum wanita. So saya tak lihat mengapa kita tak mahu pertingkatkannya. Di Pulau Pinang for your information Dato’ Timbalan Speaker dan rakan saya, kita actuallty here di Dewan ini sudah pun ada satu, saya boleh kata, if I’m not mistaken, satu prinsip di mana kita hendak 30% minima, 30% minima semua agensi kita adalah kaum wanita. Kebanyakkan sudah pun melebihi but of course kita masih ada yang belum sampai tetapi kita sedang dengan tegas dan dengan kuat, arah, mara kepada agenda tersebut tetapi saya gembira nyatakan di dalam industri, mereka sudah melebihi itu, sudah lebih daripada 30%. So if that can happen, why can’t we also? So that is the whole point and I think that is a good example. Itu satu perkara yang perlu kita teladani, perlu kita contohi, not easy but if they can do it at that level I don't see why we cannot. At our perkhidmatan awam level, kalau mereka boleh mengapa kita tidak boleh? Saya ingat boleh dan saya percaya itulah satu lagi yang saya harap kita dapat lihat pada secara serius. Saya juga, tadi Sungai Dua ada, berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di Penang Skills Development Centre ataupun PSDC. Sememangnya ada banyak seperti mana saya telah nyatakan. Saya tidak mahu ulang tapi thank you to Sungai Dua untuk tanya soalan itu, very important and of course kita hendak teruskan dengan semua program yang kita ada, kolej-kolej vokasional dan program-program kita yang ada untuk upskilling especially Dato’ Speaker, dengan izin program diploma teknologi dan sebagainya, banyak yang kita ada termasuk di Nibong Tebal. Di mana kita ada program juruteknik semi-pembuatan, semiconductor dan sebagainya. Ini antara lain yang dipelopori oleh banyak akademi ataupun pusat seperti Vitrox, salah satu, ya salah satu fasiliti yang begitu besar di Pulau Pinang. We have the Institut Teknikal Japan-Malaysia (JMTI), dan Kolej Vokasional Batu Lanchang and of course the Universiti Terbuka Wawasan. Antara lain, ini antara lain. Banyak lagi. In fact Dato’ Timbalan Speaker, saya gembira nyatakan dan untuk maklum kepada Dato’, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri saya, saya baru sahaja jumpa satu profesor daripada universiti di satu universiti di Toyoshima, if I’m not mistaken, daripada Tokyo pada hari Isnin lalu di mana beliau seorang anak lelaki atau beliau perempuan, wanita, wanita again daripada Pulau Pinang. Profesor di universiti tersebut dan universiti tersebut sudah pun ada program di mana mereka mengambil pelajar untuk pergi ke kolej mereka untuk latih mereka supaya mereka boleh lepas latihan mereka dan datang balik.

Dan sekarang mereka, dia, beliau sedang bincang tadi apabila jumpa saya, bincang, apabila jumpa saya, sama ada boleh kita buka satu ruang di Pulau Pinang kerana dia sudah, mereka sudahpun itu yang terbesar di seluruh Jepun dan mereka sudah pun ada program dengan JPA, Malaysia tapi mereka kata di Pulau Pinang lagi, lagi dia punya tempat lagi betul, lagi tepat. So mengapa tak boleh? So I said of course can. No issues and some more she is Penangite. So she said no issues so saya sedang bincang dan I, saya akan ambil kepada EXCO dan berbincang dengan Ketua Menteri, apakah hala tuju kita, kita akan, saya akan, saya akan ada, dia akan balik ke Jepun, I think next few days then I would have Zoom and then we will discuss as to what’s going to happen. Dia akan balik pada bulan Januari dan kita akan haraplah satu pusat, itu khusus pada Pulau Pinang dapat dibukakan because apa yang mereka perlu adalah mereka yang hendak pekerja tersebut, which is the problem that we talked about dari mula sampai sekarang itu masalah saya cakap kan? tak ada pekerja yang diperlukan, kita ada permasalahan dengan pembekalan kerja mahir tersebut walhal kita ada daripada seluruh pelusuk bukan saja di Malaysia sekarang, sekarang di seluruh dunia yang hendak bantu kita untuk buat sedemikian rupa. So no issues. So we are going to move forward. This one of the other ways that we are going to move forward, Dato’ Speaker. Juga Seberang Jaya walaupun tak ada, ada selalu nyatakan lah berkenaan upskilling and reskilling, I appreciate Seberang Jaya untuk apa beliau nyatakan tapi kita sudah ada banyak program. In fact apabila tempoh hari saya nyatakan, saya selalu praktikkan ataupun amalkan satu ‘no closed door policy’ kan semua dipelawa untuk jumpa saya, that very next weekend, I mean, that was probably on Thursday or Friday when I say that pada hari kalau tak, ya hari Ahad, saya ada satu dialog dengan NGO-NGO di Seberang dan saya gembira lihat Seberang Jaya hadir, thank you very much, maybe outside having tea but he attended tapi dia lambat, saya nak tegur dia. You know? Tahu tak siapa datang sebelum dia? Siapa boleh bagitahu? Dia punya bapa datang dulu. Kawan baik saya sekarang dia saya punya kawan baik, saya sedang lihat dia dan jaga dia supaya kita kerjasama, semua ini kerja bersama-sama. At the end of the day, itulah hadiah yang kita boleh bagi pada semua, at the end of the day. Tak payah kita nak bising sini, bising sana, no point. Do the work. Get work done. That’s all. Very simple. So thank you to Seberang Jaya for attending the dialog. Banyak yang kita lihat, banyak yang kita akan bantu kepada rakyat secara bersama. Itu saja yang saya nak nyatakan. Dato' Speaker, saya pergi kepada Bukit Tambun, who is also not here but ada bertanya tentang beberapa perancangan kita untuk kerjasama dengan beberapa pusat-pusat fasiliti kita yang mana ingin saya nyatakan dan saya tak mau ulangi, of course all of our program as STEM, TVET, all memang kita ada banyak kerjasama, rangkaian kerjasama dengan banyak factory, fasiliti dan sebagainya. Dato' Speaker, kita akan teruskan dengan tersebut. Pulau Betong if you are here, I also ada nyatakan berkenaan penyertaan jumlah pelajar STEM di Pulau Pinang di mana saya telah pun nyatakan di dalam pelbagai jawapan saya, bahawa kita ada banyak program-program seumpamanya program coding for all sejak 2018 180,000 orang pelajar dan 2,000 orang guru di 123 buah sekolah di Pulau Pinang. Maker Lab, kita ada 101 buah sekolah dengan pembiayaan daripada negeri Pulau Pinang and of course I’ve said berkenaan program-program STEM yang termasuk TVET adalah 2,550 bengkel melibatkan 435,000 pelajar di mana Tech Dome yang menganjurkan program ini actually very amazing. I will be going to Singapore Dato' Speaker and my friends here, next week to visit The Singapore Science and Technology Center and will see apparently one of the biggest in South East Asia. So we will see how we can try and learn the best gets, the best practices from there, we bringing it back, of course Tech Dome is something like that but we are of course small in term of size. But we learn, we will always learn when we go and see from the outside what they are doing.

Tapi di Tech Dome Pulau Pinang saya gembira dinyatakan bahawasanya kita telah menerima kunjungan lebih, Dato’ Timbalan Speaker, 1.1 juta pelajar di Tech Dome sejak pembukaan dia. Is that, that is quite a good number. Saya percaya dan and the size is not as big from what I understand the Singapore Science and Technology Center is not as big as that at all, in fact compared to even Tokyo, which is even the biggest in the whole of this region, we will go and take a look and see how we can maybe enhance, that if that is what we need and we need to enhance it even more. So, for those or listening bond of my agenda is to see how we can make Tech Dome even bigger whenever not just a Tech Dome but whenever Penang Science and Technology Centre, one day and that will happen under my watch and I going get done as soon as possible.

Dato’ Speaker, Dato’ Timbalan Speaker. Ada beberapa perkara lain yang penting. I think Batu Uban, also my friend from Batu Uban mentioned about untuk menarik bakat itu yang penting adalah kita perlu ada dana untuk membantu anak-anak muda kita kan. Bukan kita boleh ada banyak program tapi banyak yang kita tidak dapat masuk atau akses program tersebut kerana kekangan daripada segi dana. And that is a fact lah. Itu hakikat hakiki dia so kita perlu lihat pada isu itu. So we are also looking again holisticly secara holistik Dato’ Speaker, kepada semua peruntukan yang kita ada untuk membantu dari segi peruntukan yang boleh kita berikan kepada mereka yang hendak datang kepada ini seperti yang mana kita sudah ada Penang Internship Subsidy Programme, Penang Future Foundation dan sebagainya yang saya telah pun nyatakan dan beri semua detail dia sebelum ini saya tak dak saya tidak akan pergi kepada semua. Dato’ Speaker sebelum saya akhiri ataupun sudahi ingin saya nyatakan bahawa saya gembira walaupun kita seperti mana saya nyatakan, dengar daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita, bukan senang apabila kita hendak mengurus negeri apabila kita ada satu peruntukan bajet di mana kita lihat bahawasanya ada satu gap yang begitu besar iaitu perbelanjaan mengurus 1.747 bilion ringgit di mana kita akan mengalami satu defisit 514.52 juta ringgit tahun akan datang tetapi saya begitu bangga apabila mendengar apa Ketua Menteri saya nyatakan. Kita akan pastikan setiap usaha kita pada waktu yang akan datang tahun depan akan secara berhemah, secara bertanggungjawab. Saya tahu, rakan-rakan saya dari sana dan dari sini juga tak banyak (ketawa) I’m looking itu, itu konsisten dan dari situ (ketawa) Tuan Timbalan Speaker pun apabila ditanya lihatlah bagaimana kita hendak naikkan gaji kita, semua cakap okay (ketawa) saya lihat video saya pun lihat saya cakap okay, tapi itu bukan okay, bukan pada masa ni. Apabila masa dia tiba maka kita akan lihat pada waktu itulah bagaimana kita bertanggungjawab, berhemah dan itulah apa Ketua Menteri saya nyatakan, satu tepukan kepada beliau. Itulah apa…(Ahli-ahli Dewan menepuk meja). I, saya tak dapat..(suara ketawa) saya pun tak dapat (ketawa) but that is the good right way, you see dalam kalau kita lihat pada any budget any where in the world, that is two thing that is more important. Satu adalah kadar inflasi. Itu perlu kita pastikan that is national kita perlu pastikan terkawal, number one. Number two, kita perlu pastikan bagaimana kita hendak lihat bahawasanya cost, the cost of living can be control that is the most important. Pada akhirnya apabila kita keluar ke sana saya punya rakan-rakan sini semua cakap kita ada jualan rahmah dan sebegini rupa, mengapa ada jualan rahmah? Mengapa? Mengapa perlu? Mengapa? Pasai semua sudah mahal kan? Haa tulah so kalau itu kita boleh pastikan tak mahal tak perlu ada jualan-jualan rahmah kan? It’s like that.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dato’ Keramat tolong gulung sampai habis.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

No, no I (suara ketawa) I’m talking about…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ni macam sesi perbahasan ni…

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

This very important, its about all about belanjawan. Today is belanjawan. I’m talking about something completely different. What is very relevant, Tapi itulah yang berlaku. Dalam UK dia orang mungkin akan kalah kerana kos sara hidup terlalu tinggi. Rishi Sunak mungkin kalah pasal itu sahaja. Dia sudah bawa inflasi turun setengah daripada 10 peratus pada empat peratus tapi kalau empat peratus pun masih tinggilah. Bukan kosong peratus. Jadi dia masih harga dia masih tinggi sama di sini. Itulah apa yang kita perlu lihat tetapi di Pulau Pinang bagaimana kita nak kawal itu tak boleh. Jadi kita harap Pusat and we come back to that Dato’ Timbalan, Tuan Timbalan Speaker. No, we have to ask Pusat also. Now kita Kerajaan Malaysia Madani, mereka juga perlu bantu. They are basic things for the people, and we want to see that happen. Kos sara hidup itu yang terpenting perlu kita pasti dapat ditangani untuk rakyat Madani kita. That is the whole point, kalau itu boleh dibuat Dato’ Speaker saya pasti kita dalam satu hala tuju yang baik. I don’t want a talk too much I think too much I spoken. I can continue but I want tol give sometimes to the rest, my brother is here. Dan kita perlulah bekerjasama, thak you very much to everybody and the especially to my Chief Minister di atas ucapan…

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Aa Dato’ Keramat. Boleh sikit…

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Oh ada orang mahu cakap.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Saya, saya balik kepada STEM, Sains, Teknologi, Engineering and Mathematic. Pendedahan awal tu penting Dato’ Keramat terutama di peringkat sekolah. So untuk tahun depan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membiayai ataupun facilitate pelajar-pelajar sekolah untuk menyertai pertandingan-pertandingan Science ataupun Mathematics even engineering di luar negara supaya mereka dapat pendedahan yang lebih banyak terutama di universiti-universiti yang berprestij di luar negara seperti Pulau Betong beritahu ada yang pergi ke Jepun. So ada rancangan tak Kerajaan Negeri untuk facilitate ataupun membiayai registration fee untuk pelajar-pelajar ni.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Okay, terima kasih saya ucapkan pada rakan saya daripada Kebun Bunga. Sememangnya dalam jawapan saya I think one of my questions saya telah pun nyatakan ada banyak anugerah bukan saja memberi mereka ruang dan peluang untuk menyertai banyak-banyak cara tersebut tetapi mereka telah menang banyak anugerah daripada program-program daripada luar negara tersebut dan kita akan teruskan dengan itu memang kita akan teruskan tetapi saya setuju dengan Kebun Bunga kita perlu pertingkatkan lagi, beri lebih lagi ruang dan peluang pada mereka dan itulah apa saya sedang bincang dengan banyak fasiliti factory industri kita, dan industri kita supaya itu dapat kita lihat we hope that will happen dan saya pasti mereka I from what I hear lah, from what I hear mereka sememangnya gembira untuk buat sedemikian rupa sekarang before itu boleh berlaku kita perlu ada pemupukan kesedaran di kalangan anak muda kita supaya mereka masuk pada apa ni program-program sedemikian rupa science, tech dan sebagainya. A lot of people first of all not aware or secondly Dato’ Timbalan Speaker not interested. This two problem kita ada. So we have to..once we get over that I think that is the based untuk membantu kita for what exactly what you have said, Kebun Bunga. Thank you.

Daneil Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tambahan sedikit Yang Berhormat Dato’ Keramat. Just to add on the point. Untuk bagi menjawab apa yang dibangkitkan oleh rakan kita daripada Kebun Bunga, selain daripada portfolio di bawah Timbalan Ketua Menteri II di mana di bawah PYDC kita turut menyediakan Skim Best Anak Penang bagi memberikan ganjaran kepada anak-anak muda kita yang telah menyertai bukan saja kejohanan dari segi akademik, sains dan teknologi peringkat kebangsaan malah untuk peringkat antarabangsa juga. Kerajaan Negeri sebenarnya menawarkan intensif sebegini dan kita akan adakan satu program penyampaian. Award Scheme Best Anak Penang pada bulan Disember dan kita mengalu-alukanlah kepada mereka yang mengambil bahagian untuk turut serta kejohanan ataupun pertandingan program-program sebegini. Sekiranya mereka memperolehi keputusan yang baik boleh pohon dengan Kerajaan Negeri, untuk tambahan kepada point Yang Berhormat Dato’ Keramat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Okay, terima kasih rakan saya daripada Padang Lalang atas apa yang beliau nyatakan. Actually just for your information Kebun Bunga dan Dato’ Timbalan Tuan Timbalan Speaker kerana telah dibangkitkan. Saya ingin nyatakan kepada saya of course dalam bidang sains, teknologi apa yang terpenting juga adalah jangan lupa modal insan, which is a human talent development itu juga portfolio kita. Dan antara lain Dato’ Speaker adalah keperluan untuk membantu dari segi memberi biasiswa dan sebagainya like Penang Future Foundation (PFF) I’m mentioned just now, The Internship Programme, itu semua antara lain dia. Saya bukan boleh berada di sini Dato’ Tuan Timbalan Speaker, sekiranya saya tidak diberi biasiswa. Ingin saya peringati semua, pada tahun 1987 ayah saya ditahan di bawah Internal Security Act, you can’t remember 1987. 27 Oktober 1987, saya tingkatan lima baru nak pergi kolej untuk baca undang-undang, tiba-tiba dia kena tahan di Kamunting. Office dia satu peguam saja. He is the one man show, office tutup. Saya tak boleh pergi, saya pergi jumpa dia di itu jam dia ada di Hospital Taiping kerana apabila solitary confinement habis 53 hari, dia punya begged, dia tak boleh tidur, so dia

perlu dirawat di hospital. Di Taiping dia kata pada saya, son (dengan izin) son, you go and study dan I ask him (dengan izin) how? Saya plan untuk pergi ke luar negara, tak boleh. Dapat tak kerja mana saya mau pi, tak dak duit. Saya dapat scholarship, saya dapat biasiswa untuk pergi ke Australia. Saya balik dari Australia satu tahun dia masih dalam Kamunting. Lima belas bulan Dato’ Tuan Timbalan Speaker. Dia masih, saya balik saya cakap sekarang saya mau pi buat ijazah so how? Dia cakap you go and study. Itulah begitu pentingnya pendidikan. Walaupun dia ditahan secara kejam, secara tidak adil, dia masih nasihat anak dia, pergi belajar. Itu lagi penting pada dia. (Ahli-ahli Dewan menepuk meja). Nasib baik Tuhan cakap okay bagi lagi satu biasiswa saya pergi ke England belajar undang-undang, tiga tahun saya balik dia sudah keluar daripada Kemunting. Tapi kalau itu tak berlaku rakan saya Pinang Tunggal, I know you wanna ask a question you can ask after this (ketawa).

YB, Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sudah.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

I will not be here kalau itu tak berlaku saya tak kan berdiri di sini saya tak akan jadi peguam, saya tak akan jadi EXCO, saya tak akan jadi ADUN, saya tak akan jadi Timbalan Ketua Menteri pada hari ini.

Y.A.B. Ketua Menteri: Jadi suami.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Suami la, itu memang. That, there is a point, so i’m saying bagi peluang pada semua apabila soalan itu diaju pada saya itulah saya boleh rasa secara peribadi. Apa yang perlu saya buat saya akan buat sedaya upaya saya supaya kita akan pastikan masa hadapan kita, kanak-kanak kita dapat diberi pendidikan yang diperlukan sedaya-upaya saya. Terima kasih. Thank you Dato’.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okay, Datok Keramat.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Bukan soalan, bukan soalan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang berkaitan dengan penggulungan lah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okay, sikit-sikit sahaja very important.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

You tanya sikit tapi YB jawab banyak. Please la..(dewan ketawa)

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okay, promise, no need to answer, no need to answer I cuma nak bagi tau, I cuma nak bagi tau. Ucapan saya kelmarin, petang kelmarin, saya sebut, saya sebut I impress dengan jawapan-jawapan EXCO, kebanyakan ucapan EXCO is very impressive, positive and all call for team work, and you are one of them.

.Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okay, penutup.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

So.

Daneil Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Boleh tukar kerusi, tukar kerusi.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okay, so apa yang harap ialah semangat one team one mind, we work for the better of Penang lah. So, please listen what we request. Thank you.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Saya selalu..

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Datok Keramat sudah dengar..

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Saya selalu mendengar terutamanya Pinang Tunggal. Thank you very much for you compliments.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okay, Datok Keramat thank you very much.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Menyokong?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Saya mohon menyokong Dato’ Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okay, terima kasih Datok Keramat saya juga ucapkan terima kasih banyak banyak kepada semua Ahli Dewan Mesyuarat, sepanjang dua minggu saya menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Speaker dan dengan ini persidangan akan ditangguhkan sehingga 9.30 besok dan akan dipengerusikan lah, dichair oleh Dato’ Speaker. Kita jumpa lagi next.

Dewan ditangguhkan padajam 4.50 petang.