Pulau Pinang · 30 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 81 turns · 13,283 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Lim Guan Eng (Air Putih), Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina Merican (Bertam)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, bacaan doa.

Timbalan Setiausaha Dewan

”Bacaan Doa”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Setiausaha Dewan pun sudah. Ahli-Ahli Yang Berhormat, maka kita semua masih dalam sesi penggulungan atas Usul Rang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan 2024. Maka, saya nak mempersilakan Yang Berhormat Batu Maung untuk membuat penggulungan. Sila.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Terima kasih pada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya diberikan kesempatan untuk menyampaikan ucapan penggulungan bagi portfolio Pembangunan Agama Islam, Pendidikan & Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang Kelima Belas. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang atas Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan 2024 sempena Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada 24 November yang lalu. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan, dan terima kasih juga kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjawab soalan-soalan tambahan yang telah dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pembentangan Bajet 2024 oleh Yang Berhormat Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri memperlihatkan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan dan kesejahteraan rakyat terus ditingkatkan melalui empat teras utama Visi Penang2030 iaitu penambahan kualiti hidup, peningkatan pendapatan isi rumah, penyertaan masyarakat serta peningkatan daya tahan kearah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara-demi kemakmuran bersama. Pulau Pinang telah terbukti sedang berada di

landasan yang betul, melalui kejayaan menarik kemasukan pelaburan baharu berimpak tinggi sepanjang tahun lalu. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA, melaporkan Ekonomi Pulau Pinang bertumbuh sebanyak 13.1% pada tahun 2022 berbanding 6.9% pada tahun sebelumnya, dengan nilai KDNK sebanyak RM112.1 bilion. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya telah menyentuh semasa sesi penggulungan ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun, mengenai Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan agensi-agensi di bawahnya seperti Zakat Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa KITAB Pulau Pinang serta inisiatif mempromosi penuaan sihat melalui Darul Hanan. Inisiatif Penang Islamic Digital Library dan Al-Hady Centre di bawah kendalian Kolej Islam Teknologi Antarabangsa KITAB Pulau Pinang juga telah saya ulas. Izinkan saya untuk meneruskan sesi penggulungan ini, dengan memfokuskan kepada agensi utama Kerajaan Negeri di bawah portfolio MMK Pembangunan Agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang JHEAIPP. Bagi mengelakkan kekeliruan ramai mengenai tugas dan ruang kuasa antara MAINPP dan JHEAIPP, ingin saya jelaskan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang itu, ditubuhkan menurut kuasa Seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam Tahun 1959 bagi menasihati Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertua Agong dalam perkara berkaitan dengan Agama Islam. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang merupakan pembuat dasar, manakala Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pula merupakan agensi pelaksana dasar yang selari dengan enakmen yang diluluskan di Dewan Yang Mulia ini dan diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, JHEAIPP telah ditubuhkan dengan tujuan mentadbir dan memastikan hal-hal yang bersangkutan dengan Agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1959. Hal ini sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri, yang perlu menitikberatkan hal ehwal Agama Islam seperti yang termaktub dalam Bahagian 1 Perkara 3 Perlembagaan Malaysia. JHEAIPP ditugaskan untuk meninggikan dan mengembangkan syiar Islam khususnya, supaya kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan terjamin dan terpelihara. Beberapa objektif telah digariskan di bawah Pelan Strategik JHEAIPP 2021-2025 iaitu, Memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada masyarakat. Membentuk kepimpinan yang berwibawa dan melahirkan tenaga pengurusan yang terlatih, berketerampilan, dedikasi dan berhikmah. Dan Menghasilkan sistem pengurusan yang berteraskan nilai dan etika Islam. Dengan kekuatan anggota seramai 293 orang, melibatkan tujuh bahagian iaitu Bahagian Dakwah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Bahagian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Halal, Penguatkuasaan dan Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan, JHEAIPP komited untuk mengambil tindakan pelaksanaan yang proaktif sejajar dengan perancangan yang telah ditetapkan di dalam tujuh teras yang telah digariskan iaitu, Memperkukuhkan dakwah secara menyeluruh berasaskan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Memperkasakan Pengurusan Pendidikan yang holistic untuk melahirkan insan yang berdaya saing, berilmu dan berakhlak mulia. Memperkasakan tadbir urus institusi masjid dan surau untuk kesejahteraan masyarakat. Memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang syariah bagi membangunkan khairu ummah. Memperkasakan pengurusan organisasi dan pembangunan fizikal untuk kelestarian Jabatan. Dan Memperkukuhkan Sistem Pengurusan Halal. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, melalui Ucapan Bajet 2024 yang dibentangkan oleh

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM21.48 juta untuk kegunaan maksud Pembangunan di bawah P.13 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2024. Peruntukan ini merangkumi pembangunan bagi tujuan pembinaan, pembaikan dan naik taraf masjid, surau dan sekolah agama. Di bawah butiran membina, membaiki dan mengubahsuai masjid dan surau tahun 2024, juga telah diperuntukkan bagi perbelanjaan untuk melaksanakan empat buah masjid baru iaitu Masjid Taman Sungai Dua Utama di Sungai Dua, Butterworth, Masjid Lama Sungai Kechil di Nibong Tebal, Masjid Bandar Putra Bertam di Kepala Batas dan Masjid Bandar Cassia di Batu Kawan. Manakala terdapat dua projek sambungan iaitu Masjid Papan Kampung Pertama serta Masjid Jamek Nurul Hidayah Sungai Lokan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan prinsip perkongsian kos bagi projek-projek menaiktaraf serta bina baharu masjid yang dibiayai secara bersama mengikut nisbah 60:30:10. 60% daripada kos keseluruhan pembinaan masjid, dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, 30% oleh Kerajaan Negeri manakala 10% dibiayai melalui kutipan sumbangan atau wakaf daripada orang ramai. Permohonan-permohonan pembaikan masjid dan surau di kawasan Yang Berhormat, boleh dikemukakan oleh pihak kariah melalui Pejabat Agama Daerah dan akan diproses tertakluk kepada peruntukan sedia ada. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh JHEAIPP di bawah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau bagi tahun 2023, adalah seperti Program Iftar Jamaie dan Program Jejak Al Qadar di masjid-masjid terpilih telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan bagi mengimarahkan masjid. Kursus Pemantapan Pentadbiran dan Pengurusan Kariah yang melibatkan penyertaan seramai 860 orang peserta terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari kariah bagi memantapkan lagi urus tadbir masjid di Pulau Pinang. Menyediakan perkhidmatan kaunseling / khidmat nasihat di masjid-masjid terpilih sekitar Negeri Pulau Pinang di bawah Baiti Jannati Care telah dilaksanakan bermula bulan Mei tahun 2022, sehingga kini dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan emosi dan mental masyarakat terutama dalam berhadapan isu-isu kekeluargaan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri terus komited dalam memastikan anak-anak di Negeri Pulau Pinang ini, terus diberi Pendidikan Agama yang sewajarnya dan saya yakin Sekolah Agama Rakyat merupakan wadah membentuk budaya dan akhlak mulia dikalangan pelajar-pelajar. Justeru itu, sebanyak RM7.4 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri di bawah butiran Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan membina baharu, menaik taraf serta pembaikan. Pada tahun 2024 ini, tiga buah sekolah baharu bakal dibina iaitu Sekolah Agama Rakyat Nurul Falah, Taman Berjaya di Nibong Tebal, Sekolah Agama Rakyat Madrasah An-Najah, Kampung Selamat serta Sekolah Agama Rakyat Masjid Bandar Baru Ayer Itam. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah menaik taraf 16 buah Sekolah Agama Rakyat, Sekolah KAFA serta Sekolah Islam dan komitmen ini akan diteruskan pada tahun 2024 dengan peruntukan yang diluluskan berjumlah RM1 juta. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh JHEAIPP, di bawah Bahagian Pendidikan bagi tahun 2023 seperti Program Bantuan Sekolah Agama Rakyat bagi memperkasakan Pendidikan Islam di Negeri Pulau Pinang. Contohnya, bentuk bantuan yang meliputi kos pengurusan sekolah termasuk bil-bil utiliti, kos program dan latihan, dan bantuan elaun semua guru-guru sekolah. Sumbangan Al-Huffaz, sebagai satu usaha dalam menghargai para Huffaz di Negeri Pulau Pinang sekaligus dalam melahirkan lebih ramai huffaz dan dapat memartabatkan Al-

Quran. Pada tahun 2023, seramai 630 orang Huffaz telah menerima sumbangan sebanyak RM500.00 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM315,000 daripada Kerajaan Negeri. Dengan komitmen yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini, diharap dapat merancakkan lagi pembangunan institusi-institusi keagamaan di seluruh Negeri Pulau Pinang seiring dengan Visi Penang2030 agar Pulau Pinang menjadi sebuah negeri yang mampan, inklusif dan berdaya saing. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dalam memperkukuhkan dakwah secara menyeluruh di negeri ini. Bagi tahun 2024, sejumlah RM718,250.00 telah diperuntukkan bagi penganjuran Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri yang antaranya adalah seperti penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran, Majlis Hafazan Al-Quran, Festival Nasyid, sambutan Maal Hijrah serta Maulidur Rasul. Manakala RM762,550.00 telah diperuntukkan di bawah Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama Islam bagi tujuan pelaksanaan program-program berkaitan hal ehwal Islam. Pada tahun 2023, dengan jumlah peruntukan yang sama, pelbagai program telah dilaksanakan yang merangkumi aspek-aspek seperti pemantapan kariah dan masjid, keluarga cemerlang, pemantapan akidah dan dakwah, remaja dan masalah sosial, forum perdana dan karnival halal, pendidikan dan penerbitan. Kerajaan Negeri yakin usaha dakwah ini akan lebih berkesan dan sampai di segenap lapisan masyarakat sekiranya dilaksanakan secara berganding bahu dengan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri telah menganjurkan program-program dakwah dengan kerjasama NGO-NGO yang berkaitan seperti IPSI, Jaringan Mualaf Malaysia, Gabungan Dakwah Malaysia, Hidayah Centre Foundation dan Pertubuhan Sinar Mutiara. Program-program yang dijalankan adalah melibatkan Street Dakwah, Muallaf Sharing di masjid serta kelas pengajian termasuk juga program-program yang melibatkan komuniti LGBT. Selain itu, NGO seperti IPSI, JMM, GDM dan HCF turut menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Dakwah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang menjalankan aktiviti dan program dakwah kepada pelbagai golongan sasaran. Kerajaan Negeri akan meneruskan kerjasama ini bagi tahun 2024. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh JHEAIPP di bawah Bahagian Dakwah bagi tahun 2023 seperti Program Saat Aku Bergelar Jenazah yang dianjurkan khusus untuk golongan LGBT bagi memberi bimbingan dan panduan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera, Program Street Dakwah melibatkan kerjasama dengan Bahagian Penguatkuasaan dan pertubuhan-pertubuhan NGO bertujuan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa selain memberi kefahaman dan penerangan berkaitan peranan dan fungsi jabatan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan pensijilan halal di bawah Bahagian pengurusan Halal JHEAIPP, adalah dimaklumkan bahawa prosedur dan standard pensijilan halal Malaysia adalah merujuk kepada konsep Halalan Toyyiban yang digariskan oleh hukum syarak. Oleh itu, ianya adalah mengambil kira dua aspek utama iaitu aspek halal mengikut perspektif syarak dan juga aspek toyyiban yang mencakupi keselamatan, kebersihan, kualiti dan etika pengurusan. Permohonan Pensijilan Halal Malaysia adalah bersifat sukarela. Statistik Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia di Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun adalah seperti berikut, pada tahun 2021, jumlah permohonan 1,015 dan jumlah pemegang pada tahun 2021 menjadi 1,435, pada tahun 2022, jumlah permohonan 1,031, menjadi jumlah pemegang 1,729 dan sehingga Oktober 2023, pada tahun 2023, jumlah permohonan sebanyak 920, menjadikan jumlah pemegang sehingga Oktober sebanyak 1,809. Peningkatan jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia ini memberikan gambaran positif mengenai kesedaran peniaga atau usahawan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk kategori produk mereka. Bahagian Pengurusan Halal, JHEAIPP sentiasa proaktif dalam

mempromosikan kesedaran halal secara berkala kepada pemain industri sama ada secara kendiri atau melalui kerjasama agensi-agensi pembimbing seperti LKIM, MARA, FAMA, MARDI, PERDA, TEKUN Nasional dan lain-lain. JHEAIPP juga sentiasa terbuka memberikan khidmat nasihat secara langsung kepada syarikat yang berminat untuk memohon Pensijilan Halal Malaysia sama ada secara bersemuka, telefon, e-mel atau lain-lain saluran yang bersesuaian. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di peringkat Persekutuan juga kini sedang menambahbaik dan menaik taraf sistem MYeHALAL supaya bersifat lebih mesra pelanggan. Usaha ini diharap dapat membantu meningkatkan lagi jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia di Pulau Pinang khususnya. JHEAIPP juga telah melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia (ISPHM) 2.0 iaitu kelulusan permohonan SPHM yang lengkap dalam 30 hari bekerja bermula 1 November 2023. Ini selaras dengan hasil kajian JAKIM dan hasrat Kerajaan bagi mempercepatkan proses kelulusan SPHM tanpa membelakangkan aspek integriti dan perundangan negara. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab beberapa persoalan dan soalan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Merujuk kepada soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, pihak kariah Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua telah mengemukakan permohonan bagi pembaikan bumbung dan pendawaian elektrik kepada Pejabat Perdana Menteri. Pihak Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang juga telah mengemukakan ulasan berkaitan permohonan tersebut pada bulan Oktober 2023 yang lalu dan perkara ini dalam tindakan dan pertimbangan Pejabat Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tiada halangan untuk mempertimbangkan permohonan tersebut pada tahun 2024 tertakluk kepada peruntukan yang sedia ada. Bagi kerosakan di Masjid Abdul Rashid, Sungai Dua pula, sehingga kini tiada permohonan yang diterima oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, pihak JHEAIPP melalui Pegawai Tadbir Agama akan membuat siasatan susulan bersama pihak Jawatankuasa Masjid berhubung perkara tersebut. Menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Penaga. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengadakan pelbagai siri kursus kepada pimpinan jawatankuasa kariah masjid bagi memberi pendedahan berkaitan usaha mengimarahkan masjid-masjid di Pulau Pinang. Melalui kursus-kursus ini, jawatankuasa kariah diberi pendedahan dengan pelbagai bentuk program masjid yang memenuhi kehendak setiap peringkat anak kariah. Antara kursus yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri ialah Kursus Pemantapan Pentadbiran dan Pengurusan Kariah Masjid-masjid Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 pada 7 hingga 8 Jun 2023 dan 14 hingga 15 Jun 2023. Setiap Pejabat Agama Daerah juga melaksanakan Bengkel Pemantapan Pengurusan Jawatankuasa Kariah Peringkat Daerah sebagai pendedahan secara lebih terperinci dalam hal ehwal perancangan dan pelaksanaan pengurusan, pentadbiran dan pengimarahan masjid. Selain itu, pengerusi-pengerusi kariah juga telah dihantar untuk menghadiri Kursus Pengurusan Institusi Komuniti Luar Bandar (Fokus Masjid) pada 24 hingga 26 Oktober 2023 bertempat di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi Selangor. Kerajaan Negeri juga telah mengadakan audit penarafan masjid secara berkala sejak tahun 2006 bagi memastikan semua masjid di Pulau Pinang sentiasa mengorak langkah ke arah pembaharuan dan penambahbaikan dari masa ke semasa. Bagi menimba pengalaman dalam pengurusan masjid, lawatan-lawatan penanda aras ke masjid-masjid yang telah tular dari segi pengimarahan telah dilaksanakan. Antaranya Lawatan penanda aras oleh Jawatankuasa Kariah Masjid Sungai Duri, Sungai Chenaam dan Sungai Acheh ke Masjid Al-Busyra Merbok Kedah pada 10 Jun 2023, lawatan penanda aras oleh Masjid Negeri Pulau Pinang ke Masjid Sharifah Fatimah Jitra Kedah yang telah mendapat Anugerah Masjid Malaysia JAKIM dan Masjid Al Busyra Merbok Kedah pada 6

September 2023, Program Jelajah Masjid Madani Daerah Timur Laut ke masjid-masjid terpilih negeri Melaka pada 10-12 November 2023 dan lawatan penanda aras Masjid Daerah Seberang Perai Selatan ke Masjid Al Busyra Merbok Kedah dan Masjid MADAD Sungai Petani Kedah pada 21 November 2023. Menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah berkaitan butiran Projek Pembinaan Masjid Permatang Tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Pembinaan Masjid Kariah Permatang Tinggi akan dibangunkan di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang iaitu di Lot PT141, Mukim 14, Seberang Perai Tengah. Projek ini akan mengambil masa selama 130 minggu bermula pada 12 Oktober 2024 dan dijangka siap pada 12 April 2027. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini adalah berjumlah RM7 juta dan dilaksanakan secara perkongsian kos dimana komitmen Kerajaan Negeri berjumlah RM3.5 juta manakala peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan berjumlah RM2.5 juta dan sumbangan pihak kariah berjumlah RM1 juta. Projek ini masih di peringkat reka bentuk konsep oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang selaku agensi pelaksana. Masjid Kariah Permatang Tinggi ini dapat menampung seramai 1500 orang jemaah dalam satu-satu masa setelah siap kelak. Menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pinang Tunggal berkaitan ketiadaan bekalan air di Surau Kampung Pinang Tunggal Tepi Sungai. Untuk makluman Yang Berhormat, semakan awal Pejabat Agama Daerah Kepala Batas mendapati status surau ini tidak mempunyai jawatankuasa dan tidak digunakan serta belum berdaftar dengan JHEAIPP. Isu kemasukan bekalan air difahamkan berkaitan dengan status pelupusan tanah dan tandatangan tuan tanah tapak surau berkenaan. Bagaimanapun, Pejabat Agama Daerah Kepala Batas akan menyusul segera perkara ini bersama wakil penduduk, Yang Berhormat sendiri selaku Yang Berhormat Kawasan, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi menyelesaikan isu ini supaya surau berkenaan dapat digunakan. Menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Machang Bubuk berkaitan status terkini cadangan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Machang Bubuk iaitu SJKC Cheong Eu. Menurut semakan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, tiada permohonan pembinaan sekolah baharu dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang seperti yang dinyatakan dan Jabatan tiada maklumat mengenai pembinaan SJKC yang baharu tersebut. Semua perancangan untuk pembinaan sekolah baharu adalah menjadi tanggungjawab pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman bersama juga, penubuhan sekolah baharu adalah di bawah kuasa Menteri Pendidikan sepenuhnya selaras dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), dan mana-mana sekolah baharu yang ditubuhkan adalah berstatus sekolah kerajaan. Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, kepada Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri yang banyak membantu menjayakan dasar Kerajaan Negeri. Tidak lupa juga kepada semua penjawat-penjawat awam daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, termasuk semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama kepada saya untuk menggalas amanah selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Pembangunan Agama Islam, Pendidikan & Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat, serta ADUN Batu Maung. Saya yakin dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam memacu pembangunan Pulau Pinang melalui pembentangan bajet ini

sejajar dengan Visi Penang2030. Bajet yang bersifat ekonomi manusiawi adalah bertepatan dengan kerangka dasar baharu negara ke arah “Membangun Malaysia Madani”. Semoga terus maju, mampan dan makmur “Untuk Negeri Kita”, insha-Allah. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Batu Maung. Terima kasih dan saya nak menjemput Yang Amat Berhormat untuk membuat penggulungan. Sila.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam Penang2030 dan salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang mulia ini, ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media serta tuan-tuan puan-puan yang saya hormati sekalian. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mengambil bahagian dalam Sesi Perbahasan Rang Undang-Aundang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan tahun 2024. Segala cadangan dan komen positif yang dibangkitkan ketika perbahasan sememangnya akan diambil kira untuk penambahbaikan selaras dengan hasrat kita untuk merealisasikan Visi Penang2030 Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA telah melaporkan bahawa ekonomi Pulau Pinang bertumbuh sebanyak 13.1% pada tahun 2022 berbanding 6.9% pada tahun sebelumnya dengan nilai KDNK sebanyak RM112.1 Bilion Ringgit. Ini menjadikan KDNK Negeri Pulau Pinang bukan sahaja berkembang melebihi pertumbuhan KDNK Kebangsaan, malah mengatasi ke negeri-negeri lain dalam negara. Antara elemen pendorong kepada peningkatan KDNK Pulau Pinang pada tahun 2022 yang tinggi berbanding tahun 2021 ini adalah peningkatan aktiviti pelancongan dengan kehadiran tetamu hotel daripada pelancong asing melonjak daripada seramai 5.58 juta orang pada tahun 2022, berbanding 1.32 juta orang pada tahun sebelumnya. Selain itu terdapat lonjakan dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman, penginapan, utiliti, pengangkutan dan maklumat dan komunikasi. Untuk menjawab Yang Berhormat Batu Lanchang mengenai pelaburan Kerajaan Negeri, sukacita dimaklumkan bahawa pelaburan Kerajaan Negeri dalam pasaran saham adalah melalui pegangan saham beberapa syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu Petronas Dagangan Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Axiata Berhad, Malaysia Airport Holdings Berhad, PBA Holdings Berhad dan Maxis Berhad. Sehingga tempoh 27 November 2023, Kerajaan Negeri memperolehi pulangan dividen berjumlah RM8,510,456.02 ke atas saham-saham yang dipegang ini. Nilai kos saham-saham tersebut adalah sebanyak RM233,964,73.19. Manakala nilai pasaran keseluruhan saham-saham tersebut di Bursa Malaysia pada 27 November adalah sebanyak RM362,855,907.82. Sekiranya saham-saham tersebut dijual mengikut harga pasaran Kerajaan Negeri akan dapat RM362 juta itu dan ini memberi lebihan atau keuntungan yang berjumlah sebanyak RM128.89 juta ringgit.

Tetapi memandangkan pelaburan melalui saham ini membawa pulangan setiap tahun, maka kita tidak bercadang untuk menjual supaya dapat satu nilai penjualan yang mencecah RM360 juta ringgit. Tetapi disimpan untuk menerima dividen setiap tahun. Saham-saham ini dimiliki oleh Kerajaan Negeri melalui belian ke atas tawaran Langganan Terbitan Awal atau IPO dengan harga saham ditetapkan oleh syarikat yang membuat penyenaraian di Bursa Malaysia. Cadangan dan keputusan melalui pembelian atau penjualan saham perlu diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Bagi saham Maxis yang dipegang oleh Kerajaan Negeri Ia adalah belian saham melalui peruntukan daripada Akaun Amanah Kumpulan Wang Amanah Pelaburan Negeri Pulau Pinang. Bagi tujuan pentadbiran akaun Amanah Kumpulan Wang Amanah Pelaburan Negeri Pulau Pinang, Satu jawatankuasa ditubuhkan sebagai lembaga diwujudkan sejak berpuluh tahun lagi. Sebarang bentuk pelaburan yang menggunakan Akaun Amanah Kumpulan Wang Amanah Pelaburan Negeri termasuk cadangan melabur dalam ekuiti atau saham perlu dibentangkan untuk perbincangan dan keputusan ahli lembaga iaitu LKAPP. Begitu juga keputusan bagi pemberian atau pelupusan saham yang akan dilaksanakan ianya berdasarkan keputusan mesyuarat LKAPP. Ahli LKAPP terdiri dari Pengerusi iaitu Ketua Menteri dengan tiga ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri. Serta seorang pegawai dari Jabatan Kewangan Negeri sebagai setiausaha. Sehingga kini saham-saham ini dipegang bagi mendapat pulangan dividen yang menyumbang kepada hasil negeri. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, dua buah syarikat dilantik untuk menjadi penasihat kepada pihak Kerajaan Negeri dan mereka diperuntukkan satu jumlah wang dalam lingkungan RM20 – RM30 juta ringgit untuk mereka buat pelaburan dalam bursa saham dan mereka akan membentangkan laporan kepada jawatankuasa atau lembaga ini di dalam setiap quarter untuk mendapat arahan daripada lembaga ini sama ada nak jual saham-saham berkenaan atau nak lain-lain halatuju yang ditetapkan dan disampaikan kepada dua buah syarikat ini. Kita baru-baru ini pun memutuskan jual saham Astro. Sebab kita mendapati Astro sekarang pun nilai dia adalah semakin kurang kerana langganan Astro ataupun dengan persaingan daripada medium-medium yang lain, maka kita mendapati lebih baik mungkin saham-saham lain dipertimbangkan. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah berkaitan perancangan Kerajaan Negeri dalam menjana pendapatan dan cadangan hasil pelaburan bagi memberi pulangan semula kepada negeri. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kewangan Negeri sentiasa mengkaji peluang untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam pasaran kewangan melalui simpanan tetap dan lain-lain instrumen kewangan yang bersesuaian. Ini pun satu jenis pelaburan daripada pihak Kerajaan Negeri di mana pada lazimnya dan purata fixed deposit yang disimpan dalam bank- bank akan menghasilkan pulangan dalam lingkungan RM50 juta setahun. Iaitu simpanan daripada kumpulan wang yang kita adakan. Tetapi kalau reserve kita semakin kurang pulangan dari fixed deposit itu juga akan kurang. Jadi penting kita perlu juga mengekalkan paras simpanan supaya dapat memberi pulangan dari segi faedah setiap tahun yang merupakan good money sebab RM50 juta atau lebih kurang itu dapat dihasilkan melalui fixed deposit yang disimpan dalam bank. Itupun satu hasil kepada Kerajaan Negeri. Pertimbangan-pertimbangan akan melihat risiko-risiko pelaburan yang wujud tetapi dapat memberi pulangan atau hasil yang stabil dan mampan kepada Kerajaan Negeri melalui lebihan kewangan yang ada. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dalam usaha untuk meningkatkan dan menambahbaikan sumber pendapatan negeri.

Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Bukit Tengah dan juga hasrat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri semasa Ucapan Perasmian Dewan Undangan Negeri pada 17hb November baru-baru ini mengenai Sovereign Wealth Funds. Seperti sedia maklum di Malaysia. Kerajaan Malaysia juga pernah menubuhkan Khazanah Nasional Berhad atau dikenali sebagai Khazanah. Dalam hal ini Kerajaan Negeri pada 50 tahun dahulu ada tubuhkan Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang sebagai satu wadah untuk menjana hasil melalui pelaburan dan dengan meneroka bidang-bidang seperti hartanah dan sebagainya untuk menjana pendapatan kepada Perbadanan dan juga kepada Kerajaan Negeri. Memang kita tahu bahawa ada soalan berhubung dengan peranan GLC. Banyak GLC yang memerlukan geran. Dan saya akan menjelaskan satu demi satu nanti tujuan GLC itu, berapa geran diberikan. Ada GLC ditubuhkan bukan semata-mata untuk melakukan perniagaan tetapi untuk mempromosikan dasar-dasar, menganjurkan kempen-kempen kesedaran untuk majukan agenda negeri. Jadi walaupun kita harap setiap GLC itu dapat menjana hasil kepada pihak yang memberi geran itu tetapi setakat ini bukan banyak GLC yang dapat memainkan peranan ini. Melainkan mungkin PDC sepatutnya boleh memainkan peranan ini. PBA, Penang Hill Corporation ada sedikit. Dan saya akan lihat satu demi satu untuk menerangkan peranan mereka. Kerajaan Negeri percaya bahawa PDC dan juga anak-anak syarikat yang lain sentiasa komited untuk menyumbang semula kepada Kerajaan Negeri. Dan dalam ucapan saya pun mengharapkan GLC ini akan melihat aspek enterprise bagaimana dapat menjana hasil daripada peruntukan yang diberikan kepada mereka. Sesungguh pun begitu, cadangan yang dikemukakan oleh Tuan Yang Terutama Tun adalah bernas dan akan dikaji dari kesemua aspek sebelum tindakan proaktif diambil bagi membolehkan pendapatan negeri dijana dengan lebih baik. Kerajaan Negeri juga menyambut baik cadangan mewujudkan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang seperti mana di negeri Johor. Dalam penggulungan tempoh hari saya pun juga telah menerangkan bahawa ini perlu dikaji memandangkan di bawah jurisdiction Kerajaan Persekutuan. Namun sebagai satu usaha untuk merancakkan lagi pembangunan Negeri Pulau Pinang dan persoalan yang dibangkitkan oleh Bukit Tambun memang perlu dilihat walaupun kita membangunkan sektor pembuatan, pelancongan. Kalau special financial zone tidak menghasilkan kepada negeri tetapi sebaliknya memberi hasil kepada Persekutuan maka apa yang kita bincangkan sepanjang dua minggu ini pun tidak dapat membantu negeri menangani kekangan kewangan yang membawa kepada defisit. Jadi itu pun perlu dilihat dan kita akan memerlukan Kerajaan Persekutuan membantu sebab membabitkan banyak perkara khususnya insentif-insentif percukaian. Dato’ Yang di-Pertua dan ahli-ahli Yang Berhormat, Bajet 2024 disediakan berdasarkan pendekatan bajet berasaskan hasil atau outcome based budgeting dengan menitikberatkan keberhasilan yang menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri secara amnya. Walaupun menyedari limitasi kemampuan fizikal negeri yang memperlihatkan jurang defisit yang semakin melebar, Kerajaan Negeri tetap komited merangka dan melaksanakan projek dan program untuk memacu pertumbuhan sosioekonomi negeri dan seterusnya memastikan Visi Penang2030 berada pada landasan yang betul. Pada kali ini saya ucapkan terima kasih kepada Dewan yang mulia ini, kepada ahli-ahli Yang Berhormat kerana dengan pembentangan defisit yang begitu besar yang mungkin terbesar, kita semua menyedari hakikat yang saya nyatakan sebelum ini walaupun pembangunan ekonomi baik, investment kita tertinggi, KDNK tadi pun kata paling baik berbanding dengan negeri-negeri tetapi hakikatnya hasil kita tidak mencukupi untuk memastikan komitmen kita untuk membawa

pembangunan dapat diseimbangkan dan saya amat tertarik dengan pandangan dan ulasan Yang Berhormat Bertam, dia pun meringkaskan, Yang Berhormat meringkaskan cabaran yang kita hadapi kekangan kewangan yang kita hadapi tetapi di samping itu kita dapat melihat prestasi yang baik dalam dari segi pembangunan ekonomi dan juga program-program kebajikan sosial dan lain-lain adalah untuk memanfaatkan rakyat kita dan ekonomi kita maka hala tuju kita, kita perlu memastikan pembangunan diteruskan seperti sedia sediakala, mungkin lebih baik ditambahbaikkan tetapi pengurusan kewangan itu perlu kita meneroka sumber-sumber yang baharu supaya kita dapat memainkan peranan ini dengan lebih berkesan. Ini selalu saya tekankan dalam mesyuarat di peringkat Persekutuan dan saya berharap I will no longer be the lone voice dalam mesyuarat-mesyuarat sedemikian sebab negeri-negeri lain juga menghadapi kekangan yang sama misalnya Kelantan. Nasib baiklah selama ini kita tak pernah kata kita tak ada wang untuk membayar gaji seperti Kelantan. Kita pun tak ada pinjaman yang baharu kita masih bayar kalau nak bayar yang baki pinjaman kepada hutang, hutang kepada Persekutuan dalam lingkungan 40 lebih juta sahaja kalau nak bayar kita terus boleh bayar tetapi itu dibayar mengikut jadual 4-5 juta setahun dan kita akan mengambil masa sedemikian. Jadi dari segi hutang kepada Persekutuan memang dalam keadaan yang terkawal berbanding dengan banyak negeri yang hutang kepada Persekutuan sehingga berbilion-bilion ringgit, Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang tak ada hutang atau pun ada hutang yang paling rendah berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Kerajaan Negeri tidak menafikan bahawa bajet yang dibentangkan ada defisit berjumlah RM514 juta berbanding dengan defisit tahun 2023 iaitu untuk tahun ini yang berjumlah RM467 juta dengan penambahan defisit RM47.41 juta. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira semua komitmen Kerajaan Negeri dan anggaran hasil tahun 2024 yang terhad berjumlah RM533.08 juta maka bajet defisit ini tidak dapat dielakkan apabila kita melihat pembelanjaan mengurus berjumlah RM1.047 bilion perlu dibajetkan untuk memastikan jentera pentadbiran negeri beroperasi dengan efisien, menyediakan platform yang kondusif untuk menjana semula aktiviti ekonomi negeri dan memastikan program kebajikan serta bantuan rakyat dapat diteruskan itu saya cuba terangkan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Penanti, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Negeri pada tahun 2024 adalah lebih tinggi berbanding dengan 2023 adalah disebabkan oleh peningkatan emolumen serta pelarasan harga kontrak perolehan kerajaan. Pelarasan harga kontrak perolehan kerajaan adalah disebabkan oleh kenaikan kos bahan mentah serta pelaksanaan perintah gaji minimum. Jadi itu pun, membolehkan kontraktor atau supplier yang ada perjanjian dengan negeri menuntut tambahan kerana pelaksanaan perintah gaji minimum di seluruh negara. Selain itu, kos pengurusan negeri turut meningkat disebabkan oleh faktor-faktor luar kawalan seperti peningkatan tarif utiliti khususnya elektrik yang meningkat dengan banyaknya bukan mengimpak kepada sektor industri ataupun komersial tetapi untuk Kerajaan Negeri pun ianya membawa kepada peningkatan bayaran kepada utiliti-utiliti, sewaan dan bahan bakar. Menjawab kepada Yang Berhormat Seberang Jaya mengenai peruntukan dan perbelanjaan kepada Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang atau CMI, pada masa kini peruntukan dan perbelanjaan CMI adalah selaras dengan Pekeliling Kewangan sedia ada di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Bajet Mengurus dan Bajet Pembangunan. Selepas CMI diperbadankan sepenuhnya dan Kumpulan Wang Disatukan diwujudkan dengan akaun sendiri maka penyata kewangan akan disediakan secara tahunan. Kita mengaku walaupun CMI sudah ditubuhkan banyak tahun tetapi sehingga sekarang ianya dalam urusan

kewangan itu diparkirkan dipark di dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri maka tidak ada penyata yang berasingan sebab apa yang diterima hasil untuk CMI dimasukkan dalam Jabatan Kewangan Negeri apa yang perlu dibelanjakan adalah disalurkan melalui geran atau peruntukan. Maka kita sedang menuju untuk mengadakan akaun sendiri dan penyata kewangan akan dibentangkan seperti lain-lain badan yang diwajibkan. Kerajaan Negeri akan menampung defisit tahun 2024 daripada reserve Kerajaan Negeri termasuk Akaun Amanah Disatukan yang berbaki 1.67 bilion pada 15 November. Menjawab kepada soalan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Kerajaan Negeri akan melaksanakan beberapa langkah bagi mengisi reserve negeri yang semakin berkurangan dengan meningkatkan jumlah terimaan hasil negeri dan mengurangkan jumlah tunggakan hasil negeri. Usaha bagi menambah kutipan hasil dilaksanakan melalui beberapa kaedah, oleh kerana skop hasil kita adalah terhad, apakah usaha untuk menambah hasil masih terkongkong dalam skop itu melainkan kita dapat meneroka sumber yang baharu. Skop yang saya nyatakan adalah berkaitan dengan meningkatkan kutipan hasil cukai tanah dan cukai petak, melakukan semakan cukai tanah di bawah Seksyen 101 Kanun Tanah Negara dan melancarkan Portal PenangLand yang bermatlamat memudahkan orang awam untuk melakukan urusan berkaitan dengan cukai tanah dan cukai petak secara atas talian maka kalau ada sistem yang memudahkan orang akan dapat bayar dan kita dapat menerima hasil berkenaan. Selain itu, terdapat cadangan pengkelasan semula tanah desa ke tanah bandar reclassification to town land dari kampung land, sebab ini tak pernah dikaji buat beberapa dekad. Adakah kita tahu bahawa Bayan Baru masih tanah desa walaupun sudah 40 tahun sudah menjadi satu bandar satelit yang amat maju tetapi pegangan lot-lot itu masih ditarifkan sebagai tanah desa yang akan dikenakan cukai yang lebih rendah berbanding dengan tanah-tanah bandar seperti George Town, maka di seluruh negeri Pulau Pinang memandangkan tak pernah ada exercise untuk mengelas semula tanah-tanah desa dan tanah-tanah bandar sedangkan dalam 30 tahun ini banyak kawasan sudah jadi bandar. Relau, Paya Terubong, Bandar Baru Air Hitam, Seberang Jaya, mungkin Tambun, mana siapa rela kawasan mereka ditarifkan sebagai bandar maka ini sebenarnya sudah kita sudah kita selesaikan exercise ini dua tahun dahulu tetapi sebagai kerajaan yang prihatin tak mungkin PRN datang, kita tangguhkan keputusan untuk melaksanakan reclassification tanah ini supaya ini pun menjadi satu sumber yang tambah kepada Kerajaan Negeri. Bukan boleh membawa berbilion-bilion mungkin 20-30 jutalah sekiranya kawasan-kawasan tertentu diklasifikasikan sebagai tanah bandar. Ini satu perkara yang sudah kita lakukan tempoh hari kita katakan lanjutan kepada pegangan, itu pun boleh mendatangkan hasil kepada negeri. Walau apapun seperti saya kata ianya masih terbatas kepada lingkungan hasil tanah itulah susahnya sebab hasil tanah akan membebankan rakyat, jadi kita pun melakukan secara berhemah ataupun kita pindah reclassification juga melibatkan pindah sempadan kalau bandar itu terkongkong kepada Gelugor katakan dia boleh diperluaskan untuk merangkumi mungkin IJM itu sudah jadi bandar, kita boleh memperluaskan pentarifan bandar ke satu kawasan yang lebih luas. Itu antara perkara yang sudah pun diselesaikan menunggu pelaksanaan sahaja. Kerajaan Negeri komited dan serius dalam usaha mempelopori penjanaan pendapatan baharu menerusi lain-lain sumber demi terus memacu pembangunan negeri secara menyeluruh antaranya eksplorasi dan pemetaan hydrocarbon cimide membabitkan sumber minyak atau gas yang berkualiti tinggi kini sedang dijalankan di perairan Pulau Pinang.

Walaupun Yang Berhormat Air Putih kata kita tak ada hak untuk mengenakan cukai penjualan petroleum dan sebagainya mungkin dari segi royalti dan lain-lain, kita tidak boleh putus asalah, kalau tak ada enakmen ka, ordinan ka itulah perlu dibuat untuk dapat menerima manafaat daripada usaha ini. Selain itu Kerajaan Negeri memang dari dulu lagi menerokai peluang-peluang pelaksanaan projek secara kerjasama awam dan swasta PPP yang boleh menjana hasil kepada Kerajaan Negeri. Memang misalnya CMI banyak menggunakan kaedah ini di mana tanah tanah negeri yang diletakkan pemilikan kepada CMI akan ditawarkan untuk disewa di pajak untuk dilaksanakan projek supaya usaha private-private, Public Private Partnership ini akan dapat menjana hasil kepada CMI. Projek Gurney Bay yang telah menarik minat Ahli-Ahli Dewan yang Mulia ini, keseluruhan kos projek adalah sebanyak 221 juta ringgit. Kos projek ini telah mula diperuntukan sejak tahun 2022 dan bagi bajet 2024, 80 juta diperuntukkan sebab ianya dilaksanakan dan mengambil masa tiga atau empat tahun untuk disiapkan jadi mengikut jadual kita perlu peruntukkan wang untuk menghabiskan kerja yang sudahpun dikenal pasti dalam setiap tahun. Jadi bagi tahun ini, tahun hadapan bajet 80 juta perlu disediakan dan kita harap projek ini akan memberi impak positif kepada ekonomi negeri dan macam mana menjana kita belanja 220 juta untuk Gurney Bay bukan wang yang kecil tetapi adakah kita boleh commercialize aktiviti dan ruang di Gurney Bay supaya kita dapat bukan kata nak untunglah nak ambil balik apa yang kita melabur dalam melaksanakan projek itu. Walaupun ia sesuai dengan Visi Penang 2030 mempelbagaikan kemudahan sukan rekreasi, kesenian, kebudayaan sejajar dengan UN Habitat, SGG Go dan sebagainya tetapi aspek komersial perlu dilihat untuk memastikan sekurang-kurangnya kos pemeliharaan, kos maintenance tapak dapat diperoleh daripada aktiviti aktiviti komersial dalam Gurney Bay itu. Di dalam Gurney Bay mungkin Yang Berhormat yang memantau projek ini mendapati ada dua kawasan yang masih tidak ditambak, ia masih ditakrifkan sebagai waterbody sebab ianya tidak di tambun kerana sebab-sebabnya, tetapi apabila kontrak ini ditawarkan salah satu waterbody yang di ada keluasan sebanyak 6.95 ekar dan waterbody yang ke 2, 7.91 ekar, kini kerja-kerja tambakan berlaku pada waterbody B yang menjadi sebahagian daripada kontrak Gurney Bay manakala waterbody A akan juga kita usahakan tambakan supaya kita dapat menghasilkan 14.6 ekar lagi yang menjadi milikan Kerajaan Negeri selain daripada apa yang dirancang dalam kontrak Gurney Bay itu dan harap kerja-kerja tambakan boleh di sempurnakan dalam 18 hingga 24 bulan ini dan ianya akan dijadikan land bank kepada Kerajaan Negeri untuk diputuskan apa yang perlu dilakukan atas land bank daripada tambakan yang terkini ini dan kita anggarkan nilai pasaran bagi 2 bidang tanah ini akan bernilai 800 juta ringgit berdasarkan kepada anggaran harga pasaran sekarang. Jadi kita akan memutuskan bagaimana ianya menjadi satu hasil yang penting dalam dua, tiga tahun ini supaya kalau kita terus berdifisit sekurang-kurangnya dengan hasil ini kita boleh bernafas semula. Lain-lain aktiviti komersial yang memang sepanjang dua tahun ini banyak syarikat nak cadangkan supaya saya nak buat ini, buat itu untuk mengoptimumkan nilai komersial Gurney Bay termasuk membina The Eye of Penang, Building Tower, Floating Ferry, Ferry Wheel, Theme Park dan sebagainya tetapi ini masih tidak diputuskan sebab bagi saya, saya mahu lihat kerja-kerja di Gurney Bay yang asal itu disempurnakan sebelum kita lihat boleh kita sekarang lihat sebab dalam satu setengah tahun ini kita akan sempurnakan semua kerja-kerja Gurney Bay maka kalau dianggap sesuai kita akan mengadakan Request For Proposal supaya CMI dapat menjemput syarikat-syarikat yang berminat untuk mengkomersialkan sebahagian, kita tak mahu tujuan asal untuk menjadi Public Reclaration Area dalam Gurney Bay menjadi satu Theme Park pula, itu bukan niat kita jadi mungkin sebahagian kecil di sepanjang 2,3 km persisiran pantai itu

ada komponen-komponen yang dapat menarik pelancong, pelawat, penduduk kita untuk menikmati apa yang kita bangunkan di Gurney Bay. Semestinya melibatkan penempatan semula astaka makanan Gurney Drive ke satu astaka yang baru, yang ikonik dan bertaraf antarabangsa. Jadi cadangan Yang Berhormat Pulau Tikus untuk adakan 1 GLC lagi mungkin memandangkan CMI boleh memainkan peranan ini kita cadangkan CMI menerajui usaha ini buat ketika ini dan mungkin tidak perlu pada ketika ini untuk menubuhkan satu lagi GLC untuk melihat aspek-aspek komersial dan juga aspek aspek penyelenggaraan kemudahan-kemudahan di Gurney Bay ini. Bajet Pembangunan Tahun 2024 yang dicadangkan berjumlah RM374,718,160.00 bagi 9 Jabatan Negeri seperti perincian di risalah Nombor Tujuh Tahun 2023. Sumber bagi perbelanjaan pembangunan ini adalah melibatkan punca negeri sebanyak 353.12 juta dan pemberian Kerajaan Persekutuan yang dianggarkan sebanyak 21.6 juta ringgit. Bajet Pembangunan Tahun 2024 adalah meningkat sebanyak 47.96 juta atau 14.68% berbanding dengan tahun sebelumnya. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga unjuran 21 juta yang jangka diterima daripada Kerajaan Persekutuan bagi 2024 bagi maksud Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dari jumlah itu 20.553 juta diberikan oleh Kerajaan Persekutuan berdasarkan kepada tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup. Pemberian tahap oleh Kerajaan Persekutuan adalah berdasarkan kepada kriteria- kriteria tertentu seperti populasi dan tahap pembangunan di setiap negeri di bawah Persekutuan Malaysia. Manakala sebanyak 1.05 juta diunjurkan bagi pelaksanaan ecological fiscal transfer for biodiversity conservation atau EFT yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Sebagai makluman selain daripada peruntukan bagi Bajet Pembangunan Negeri, Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan peruntukan MARRIS, kita memang tahu ada peruntukan MARRIS iaitu Malaysian Road Records Information System yang bertujuan untuk menyelenggara jalan-jalan negeri seperti mana dihujahkan oleh Yang Berhormat Tanjung Bunga tetapi baru terkini ini, skop kriteria untuk menggunakan MARRIS itu pun sudah ditambah skop dia seperti untuk membaiki tebing, lereng dan sebagainya selain daripada memperbaiki jalan mungkin longkang dahulunya tak boleh sekarang ni pun boleh kan sebab ia sebahagian daripada rizab dan kalau lereng pun akan menjejaskan jalan sekiranya tidak dibenarkan menggunakan MARRIS untuk memperbaikinya. Jadi kita ucapkan ribuan terima kasih lah bukan kita tak dapat, kita dapat dengan menggunakan MARRIS Yang Berhormat Tanjung Bunga, JKR dan lain-lain jabatan pun boleh bernafas dengan menggunakan wang ni setiap tahun kita boleh melaksanakan banyak kerja-kerja pemeliharaan, penyelenggaraan di seluruh Negeri Pulau Pinang dan kita pun dapat satu peruntukan 25 juta ringgit untuk Tapak Warisan Dunia UNESCO ini setelah peruntukan yang pertama 2009, ini kali kedua kita dapat peruntukan ini bersama dengan Melaka. You can see from this Kerajaan Persekutuan pun mungkin sumber kewangan pun amat mencabar sehingga tapak warisan dunia 15 tahun kemudian baru dapat peruntukan sekali lagi. Itupun sepanjang 15 tahun ini kita perlu menggunakan dana negeri untuk memelihara dan menjaga status Georgetown World Herritage ini. Kejayaan pembangunan dan pemulihan ekonomi yang dicapai sehingga kini adalah hasil usaha bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, suka tak suka perlu sebutkan jugalah, Kerajaan Persekutuan harap dapat membantu kita kerana kita mahu berganding bahu

demi memastikan projek-projek dan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat dapat dilaksanakan. Penyediaan peruntukan kepada inisiatif berimpak tinggi juga merupakan salah satu strategi dalam merangsangkan pertumbuhan ekonomi negeri. Saya ingin menegaskan bahawa halatuju visi Penang 2030 adalah selari dengan hasrat RMK ke-12. Di kesempatan ini saya mewakili Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas kerjasama yang telah diberikan dan diharap agar hubungan ini berkekalan dan dapat dieratkan lagi pada masa hadapan. Bagi projek transit aliran ringan LRT yang sekian lama kita nanti-nantikan kita berharap apa yang diumumkan 10 bilion ringgit bagi pelaksanaan akan menjadi kenyataan sebab ianya dapat membantu menjuraikan kesesakan lalu lintas dan juga seterusnya menarik minat kepada pelancong serta pelabur ke negeri kita. Walau bagaimanapun adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri untuk memastikan keutamaan diberi dalam meluluskan peruntukan yang lebih tinggi oleh Kerajaan Persekutuan supaya program, projek dapat dilaksanakan dengan segera, banyak projek perlu disegerakan dan kita berharap perkara ini. Saya sering bangkitkan melalui mesyuarat-mesyuarat di Persekutuan seperti Mesyuarat Majlis Kewangan Negeri dan lain-lain yang melibatkan Kementerian Kewangan Negeri. Kita pun melihat kerjasama dan kolaborasi dengan Kerajaan Pusat amat penting maka Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri akan berusaha mengadakan platform networking dengan pimpinan di Kementerian-kementerian Persekutuan supaya kita boleh duduk dengan wakil-wakil kementerian diperingkat SUK dengan KSU dan lain-lain melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Sumber Asli, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pelancongan, Menteri Pelancongan syok dengan Negeri Pulau Pinang. Dia mahu membantu Negeri Pulau Pinang, the bottom line apa yang Pulau Pinang mencapai is part of the national figure betul atau tidak. Investment kita kata RM10 bilion it add on the national figure untuk menunjukkan kepada dunia, Malaysia adalah satu destinasi pelaburan yang mesra ease of doing business dan sebagainya dengan keyakinan ianya akan generate investment-investment yang tambah. Tourist arrival di Pulau Pinang 3 juta, 5 juta, 8 juta, tidak apa its add on to the national figure jadi bukan kita tidak menyumbang kepada pencapaian di peringkat Kebangsaan tetapi kita perlu sumber dan resources untuk membantu Pusat mencapai angka-angka yang baik. Jadi harap Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri akan mulakan networking, bengkel-bengkel atau pun perjumpaan dengan Kementerian jemput mereka ke Negeri Pulau Pinang jemput mereka makan durian, nasi kandar supaya boleh bincang dapat peruntukan yang lebih di bawah RMK dan di bawah rolling plan yang seterusnya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta Dato’ SUK juga bawa mereka mai dewan.

Y.A.B. Ketua Menteri: Mai Dewan buat apa?

Yang di-Pertua (Speaker)

Mai tengok Dewan yang kecil ini.

Y.A.B. Ketua Menteri: Itulah peranan yang boleh dimainkan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri bersama dengan pasukan pentadbiran di BPEN, di Pejabat Kewangan Negeri di peringkat officer level maka banyak boleh berlaku, sekiranya ikhtiar bersama dapat mencapai hasil yang terbaik. Kerajaan Negeri juga menyahut cadangan baik dengan baik cadangan Yang Berhormat Sungai Dua, Ketua Pembangkang supaya mempertimbangkan seperti lain-lain mempertimbangkan pemberian peruntukan yang adil kepada wakil-wakil pembangkang. I won’t be making any decision today tetapi ianya akan diteliti dan disemak semula berdasarkan kepada keadaan kewangan sebab tahun depan pun tidak dibajetkan macam mana kita hendak luluskan termasuk back bencher kita pun sama juga pendirian sama memang tidak dibajetkan dan akan ditimbangkan apabila sesuai. Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Bukit Tambun telah membangkitkan dan Yang Berhormat Berapit pun ada soalan berhubung dengan GLC atau pun anak-anak syarikat, badan-badan berkanun negeri dan agensi-agensi yang menerima geran. Geran adalah untuk kegunaan perbelanjaan mengurus dan kalau memerlukan peruntukan untuk projek-projek pembangunan ianya akan diuruskan di bawah Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri yang melihat keperluan projek-projek. Tetapi dalam banyak GLC dan agensi tak banyak melakukan projek-projek pembangunan. Golongan sasar yang menerima manfaat daripada geran-geran ini adalah berdasaskan kepada fungsi anak syarikat atau Badan Berkanun itu sendiri sebagai contoh golongan sasar yang menerima peruntukan daripada Penang Women Development Coorporation (PWDC) adalah daripada golongan wanita dan program-program berhubung dengan institusi keluarga, kebajikan, OKU, gelandangan dan sebagainya yang memang GLC atau agensi ini ditubuhkan untuk tujuan berkenaan. Berdasarkan bajet tahun depan sebanyak RM98.5 juta disediakan untuk diberikan sebagai geran so it is big money about 20 percent from our bajet to be given to the GLC, jadi GLC diharapkan boleh pandang saya dengan amat serius Seberang Jaya boleh memainkan peranan yang amat penting sebab Seberang Jaya ada soalan kalau GLC itu terlalu banyak ada penindihan mungkin boleh digabungkan supaya jimat geran atau peruntukan itu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini senarai di bawah adalah geran-geran yang diterima oleh agensi atau badan-badan negeri Penang Global Tourism RM7 juta, Penang Global Tourism ditubuhkan kita tahu pada zaman kita tidak bersama dengan Persekutuan, kita perlu ada agensi pelancongan penggalakan pelancongan kita. Jadi Penang Global Tourism diberikan RM7 juta selain daripada pengoperasian, maka kebanyakkan wang ini digunakan untuk menganjurkan aktiviti promosi, pengiklanan sampai memberi insentif kepada syarikat penerbangan bukan sepanjang waktu lah untuk memulakan direct flight ke Negeri Pulau Pinang, kita pun menggunakan dana ini untuk memberi insentif kepada syarikat penerbangan datang ke Pulau Pinang. Kita bagi insentif mungkin 1-2 juta untuk mulakan perkhidmatan direct flight. Itulah contoh-contoh peranan yang dimainkan oleh Penang Global Tourism dan RM7 juta disediakan. Penang International Convention and Exhibition Bureau yang merupakan satu badan yang berkaitan dengan pelancongan tetapi mengkhususkan kepada promosi dan menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi International Convention and Exhibition (MICE) dan sebagainya RM5 juta. Kalau hendak lihat penindihan ada sedikit penindihan dan kalau sasaran untuk gabung saya lihat 2 badan ini menjadi pertimbangan untuk bergabung. 3. Goergetown World Heritage and Incorporated tadi saya katakan after 15 years we get another allocation from the federal tetapi disamping itu kita perlu memberi peruntukan RM3 juta untuk pengurusan dan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti, program-program dan bagi

penganjuran Georgetown Festival RM1 juta diperuntukkan. Penang Women Development Coorporation memainkan peranan penting dalam memajukan agenda wanita dan pembangunan sosial RM2 juta. Harmonico itu satu badan yang di bawah portfolio agama selain Islam untuk mengadakan program-program bagi agama-agama selain Islam RM1.3 juta Digital Penang sebuah GLC yang fokus kepada pembangunan digital dan ekonomi aktif RM4 juta disini saya boleh lihat ada potensi untuk memainkan peranan komersial di bawah portfolio Yang Berhormat Tanjung Bunga, Digital Penang mungkin boleh mainkan peranan menjana hasil daripada aktiviti dan kolaborasi dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan lain-lain, ada potensi untuk menjana hasil. Penang STEM sebenarnya melibatkan industri dan banyak aktiviti ditaja atau disponsor oleh industri tetapi kita masih peruntukan RM600 ribu. Penang Science Cluster sama konsep dia lebih kurang RM800 ribu. Jadi hasil dia impak dia amat besar tetapi oleh kerana peranan industri kita dapat jimatkan peruntukan sebab mereka membiayai sebahagian besar daripada penganjuran aktiviti-aktiviti bagi memajukan STEM di Negeri Pulau Pinang. Tech Dome di KOMTAR itu sama kita mengendalikan satu muzium sains dengan cuma peruntukan RM850 ribu sahaja berbandingkan dengan science center di banyak negeri atau bandaraya mungkin perlu belanja berjuta-juta tetapi sekali lagi peranan industri digembelingkan untuk menaja program-program di Tech Dome. Penang Green Council kita semua tahu peranan dia adalah untuk memajukan agenda hijau sekarang ESG adalah perkara yang penting melibatkan industri SME untuk embrace prinsip-prinsip ESG sebab kalau SME kita tidak dapat mematuhi ESG maka mereka mungkin dikeluarkan dari senarai pembekal MNC yang sendirinya perlu mematuhi ESG di peringkat antarabangsa, jadi Penang Green Council menerima RM2 juta tetapi RM2 juta itu sememangnya dengan head count 30 orang tinggal bukan banyak untuk melaksanakan program tetapi dengan kemampuan yang ada itu rasakan semua agensi pandai-pandai menggunakan peruntukan ini secara optimum dan melibatkan kerjasama dari pihak swasta untuk menaja program sebahagian program kita. Penang Youth Development Coorporation RM1.5 juta, saya tidak ulas peranan sebab EXCO sudah banyak cakap sepanjang sesi ini lagi pun saya pun bukan dalam lingkungan belia lagi. Satu lagi semua akan minat juga “Haria Penang Haria” satu kali jerit haria menelan RM1-2 juta, kita peruntukan RM8 juta kepada Penang FC Sdn Bhd. Itu syarikat miliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Dahulunya ia bukan ia satu persatuan dengan dasar yang baru Malaysia League Football League maka semua perlu dikendalikan oleh kelab tidak lagi oleh persatuan. Tetapi apakah keputusan negeri do we take our hand off sebab bola sepak adalah sukan rakyat, kita tidak boleh walau pun kita tidak capai prestasi yang baik-baik tetapi sebagai satu wardah menyatupadukan rakyat, kita masih perlu menyokong bola sepak dengan lapan juta ringgit untuk kendali satu pasukan liga dan dua pasukan di peringkat belia dan President Club. Bukan kita ada wang yang banyak untuk terus menyokong Penang FC tetapi atas pertimbangan ia satu sukan rakyat tapi ada tanya basketball bukan sukan rakyatkah? Sepak takraw bukan sukan rakyatkah? Itu pun menjadi satu soalan kepada EXCO Belia dan Sukan macam mana kita dapat membantu pertubuhan-pertubuhan sukan yang lain mencapai prestasi yang terbaik. Jadi saya dimaklumkan oleh kerana ingin mengurangkan beban negeri kita sudah mula rundingan atau perbincangan atau mempelawa syarikat-syarikat sama ada mahu melabur dalam Penang FC. Kita rela menyerahkan sebahagian ekuiti dalam Penang FC kepada syarikat-syarikat yang berminat. Seberang Jaya boleh? Ada minat? …..(ketawa). Itu untuk mengurangkan beban negeri.

Seterusnya Penang International Halal Hub, 1.8 juta untuk pelbagai inisiatif. Penang Transport Master Plan kita ada sebuah syarikat yang diberi nama Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. Perbadanan ini, syarikat ini menelan perbelanjaan yang besar RM8 juta sebab terlibat juga dengan kerja-kerja pengambilan tanah, pengambilan dibiayai oleh negeri dan lain-lain sebab tambakan projek tambakan pun sudah mula maka itulah peruntukan yang diperlukan untuk menampung kos-kos permulaan projek-projek berkenaan. InvestPenang sudah sebut oleh ramai Yang Berhormat. InvestPenang memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan dan mengekalkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan. Ada masa lagi?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada, sampai esok pun boleh …..(ketawa).

Y.A.B. Ketua Menteri: Tetapi dapat peruntukan sedikit sahaja. RM1.8 juta tengok. Tetapi PDC juga menyalurkan peruntukan RM1.8 juta. Fifty-fifty, fifty daripada negeri, fifty dari PDC. Maksudnya InvestPenang memerlukan RM3.6 juta bagi memainkan fungsi dan peranan yang penting. Kita belanja dengan berhemahlah walaupun tiap-tiap tahun agensi ini akan minta saya mahu tambah dua juta, tambah 3 juta tetapi biasanya kita nasihat mereka belanja dengan berhemah dan cuba mencari jalan melibatkan swasta bagi membiayai sebahagian daripada kos Penang Institute think tanks yang disokong oleh Kerajaan Negeri RM5.5 juta. Yayasan Islam Pulau Pinang RM1.6 juta, Perbadanan Perpustakaan Negeri RM8 juta, Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang RM5 juta pun tidak cukup tetapi kita cuma mampu memberi RM5 juta. Ini satu lagi syarikat yang berpotensi untuk menjana hasil dan kita akan menunggu ada beberapa kemudahan di letak di bawah Perbadanan sampai Stadium Batu kawan kita pun serah kepada dia buat konsert terpulanglah macam mana nak menjana hasil? Kalau tidak ada hasil sekurang-kurangnya penganjuran aktiviti dapat gunakan untuk maintenance jangan negeri pun perlu keluarkan peruntukan untuk maintenance. Kita ada beberapa Dewan yang diusahakan dan diletak di bawah Perbadanan Stadium harap dapat menjana hasil sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah peruntukan yang perlu kita berikan. Lembaga Wakaf Hindu sebenarnya kita sudah meningkatkan peruntukan kepada RM2 juta daripada RM1.5 juta. Lembaga Perumahan dapat RM13 juta. Jangan huhu ha. Ini harap peralihan sahaja sebab Lembaga Perumahan baru ditubuhkan dalam tidak sampai dua tahun dan memang mengambil peranan daripada mengambil alih peranan dari Pejabat Perumahan sebahagian tanggungjawab masih perlu diambil alih oleh Perbadanan Perumahan tetapi sejak di bawah Yang Berhormat Datok Keramat sekarang di bawah Perai serta pengurusan lembaga mempunyai wawasan yang jauh dan memaklumkan bahawa dalam mungkin tiga tahun mereka tak perlu menerima peruntukan dari negeri lah sebab melaksanakan projek-projek dan sebagainya, menjadi agen kutipan pembayaran daripada pemaju yang tidak menunaikan sesetengah syarat dan sebagainya. Don’t give us any more money we will give you money in future. Saya harap setiap agensi boleh cakap macam itulah. Lembaga Muzium RM2 juta, Majlis Sukan Negeri RM12 juta, satu badan NGO Penang Philharmonic yang mengendalikan orchestra menerima sumbangan RM250,000 setahun dari dulu lagi kita menyumbang. Georgetown Conservation and Development Corporation RM1 juta. Ini adalah satu badan yang ditubuhkan

bersama CMI dengan Think City untuk melihat kepada kerja-kerja pemulihan aset-aset di tapak warisan. Apa yang kita lihat Fort Cornwallis kembali sedang dibaikpulih. Northern Sea Front di Esplanade, Sea wall dan sebagainya adalah antara projek-projek yang dilaksanakan oleh George Town Conservation Development Corporation tetapi pembiayaan projek adalah melalui peruntukan pembangunan negeri ada sebahagian dibiayai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Itu sahaja. Saya berharap Dewan yang mulia ini, dapat melihat secara positif peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi ini. Walaupun menelan geran dan peruntukan RM98 juta tetapi pencapaian negeri Pulau Pinang pada kini selain daripada jentera kerajaan negeri dan agensi Persekutuan dan agensi negeri dan Persekutuan mungkin pun tidak dapat melaksanakan antara banyak fungsi-fungsi yang boleh dimainkan oleh agensi-agensi yang saya sebutkan tadi. Jadi ini dapat kita lihat hasil negeri Pulau Pinang menjadi sebuah negeri yang dipandang sebagai negeri yang maju dan bukan dari segi pembangunan ekonomi sahaja, pembangunan sosial, pengurusan perkhidmatan bandar raya dan sebagainya menjadi satu contoh dan tauladan kepada negeri-negeri yang lain. Berhubung dengan soalan atau isu yang dibangkitkan oleh Berapit. KPI disediakan untuk semua kakitangan GLC ini demi memastikan pencapaian dan halatuju tercapai. Kenaikan gaji adalah berdasarkan prestasi kerja dan pencapaian tahunan termasuk KPI yang ditetapkan, rekod kehadiran yang baik, prestasi tanpa tindakan disiplin dan sebagainya. Dan kenaikan gaji adalah dalam lingkungan berdasarkan kriteria yang disebut atas di antara dua peratus hingga sepuluh peratus daripada gaji pokok dan hampir kesemua mereka adalah dilantik di bawah kontrak. Itu pun satu isu. Berhubung dengan dia bukan jawatan yang tetap kadangkala pegawai ini nak buat pinjaman bank mereka lihat lantikan kontrak sahaja. Itu pun mereka tidak layak. Jadi kita hadapi isu modal insan dalam agensi ini juga sebab mereka di lantik di bawah kontrak dua tahun tiga tahun. Berapit juga membangkitkan sama ada ganjaran diberikan kepada pengerusi dan ahli-ahli lembaga GLC boleh dikatakan selain dari PDC dan PBA, lain-lain GLC bukan semua pun cuma membayar allowance menghadiri mesyuarat di antara RM250 kepada RM 400. Itulah yang dapat diberikan dan setiap agensi lebih-lebih pun ada tiga hingga empat mesyuarat dalam satu tahun saja lah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Tapi saya dimaklumkan lebih banyak dari ADUN …...(ketawa). Ini terpulang kepada jawatankuasa Dewan yang di bentuk nanti …...(ketawa). Yang Berhormat Machang Bubuk ada tanya tentang projek Taman Manggis di George Town adalah dimaklumkan kepada Dewan bahawa projek ini merupakan projek pembangunan hospital. Komponen dia 66 peratus manakala service suites and hotel 34 peratus, di Taman Manggis oleh Kuala Lumpur International Dental Centre atau KLIDC melalui proses perolehan tender terbuka. Tanah yang didaftarkan adalah pegangan pajakan negeri yang tidak boleh dipindah milik, cagar, pajak, pajakan kecil atau sebarang bentuk urusniaga melainkan mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri seperti mana-mana tanah juga lah sama syarat. Syarikat ini

telah membayar sebanyak RM10,323,459.42 sen merangkumi pelbagai pembayaran tetapi projek ini masih tidak berlangsung setakat ini. Bukit Tambun telah membangkitkan tentang perancangan untuk tapak pesta Pulau Pinang supaya ianya lebih daya saing di samping menjenama semula pesta. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat beberapa cadangan untuk mempergiatkan lagi aktiviti ekonomi dan sosial dan mempelbagaikan apa yang boleh dilakukan sepanjang tahun seperti Bazar Ramadan, Aidilfitri, Ekspo jualan produk-produk tempatan, urban street dinning, ruang seni komuniti dan sebagainya tetapi untuk makluman Dewan ini walaupun saya tak tahu patut atau tak patut umumkan saya minta Tanjung Bunga putuskan. Rancangan untuk tapak pesta memang ada berhubung dengan projek LRT yang memerlukan tapak berkenaan untuk sebahagian daripada laluan dan sebagainya lah. Detail akan dimuktamadkan oleh MRT Corp nanti. Yang Berhormat Machang Bubuk juga menanya tentang tanah yang pada satu ketika didaftarkan di bawah 1MDB ya. Tanah ini melibatkan tiga lot di daerah Timur Laut, Bandar Ayer Itam. Ketiga-tiga hak milik pada satu ketika didaftar atas nama 1MDB RE. RE saya rasa Real Estatelah. RE (Air Itam Sdn. Bhd.) dan lepas itu ditukar nama kepada Ayer Itam Properties Sdn. Bhd. pada 17 April 2018. Yang Berhormat akan tanya, mengapa boleh tukar nama. Ada kaveat kan? Tukar nama berlaku pada 17 April. Kaveat cuma diletakkan pada 11 Julai, beberapa bulan kemudian dan itulah keadaan sekarang dan pernah berlaku notis penyitaan dan kaveat pendaftar yang didaftarkan atas permintaan SPRM bagi siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Untuk makluman Dewan yang mulia dan Yang Berhormat, proses kaveat hanya menghalang urusniaga dan tidak menghalang pembangunan. Maksudnya nama yang menjadi pemilik, dia boleh masuk pelan kebenaran merancang tetapi sama lulus atau tak lulus, itu lain cerita lah. Kaveat cuma menghalang urusniaga atas tanah mereka sahaja tetapi pemilik masih boleh memohon untuk kelulusan kebenaran merancang tetapi setakat ini memang tak adalah. Sekiranya ia menjadi harta Kerajaan Persekutuan maka, terpulanglah kepada MOF ka atau mana-mana badan yang mengawal harta kerajaan untuk melakukan apa yang perlu atas tanah yang amat luas di pekan Ayer Itam ini yang tetapi melibatkan encompasses beratus-ratus setinggan.

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, beberapa negeri di Malaysia termasuk Kedah, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Johor dilaporkan mempunyai sumber Rare-Earth Element atau REE atau unsur nadir bumi yang berpotensi sebagai sumber pendapatan negeri masing-masing. Yang Berhormat Bagan Dalam, membangkitkan isu ini dan untuk makluman, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah meluluskan negeri Perak iaitu di kawasan Kenering, daerah Krik Gerik sebagai projek perintis. Pelaksanaan projek ini telah melalui beberapa proses pra kelayakan antaranya termasuk melaksanakan kajian EIA. Penyediaan garis panduan serta beberapa syarat konsultasi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Mesyuarat Majlis Mineral Negara dan Mesyuarat Majlis Tanah Negara telah diadakan dan dibincang kerana di peringkat Pusat telah setuju dengan penyediaan Garis Panduan Pengeluaran Mineral Nadir Bumi iaitu Rare-Earth Element. Namun pihak Kementerian masih belum mengedarkan kepada negeri-negeri dan kemungkinan sedang dimurnikan syarat-syarat yang patut dimasukkan. Dokumen SOP ini menjelaskan secara holistik mengenai rantaian aktiviti perlombongan dan prosedur yang perlu dipatuhi agar aktiviti yang

dijalankan menepati kehendak perundangan dan keselamatan yang berkaitan. Prosedur ini ditetapkan bagi memelihara kemampanan industri perlombongan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk serta perlindungan terhadap alam sekitar. Yang Berhormat Prai telah memberi jawapan berhubung dengan perkara ini dan, mengikut laporan berdasarkan kajian persampelan (sampling) di beberapa lokasi seperti Teluk Bahang, Balik Pulau dan di sekitar Nibong Tebal oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), didapati Pulau Pinang juga mempunyai sumber nadir bumi yang mempunyai nilai tertentu. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sedang mengatur perbincangan dengan JMG untuk mendapat khidmat nasihat. Pada masa ini, Pulau Pinang telah mempunyai Enakmen Mineral, Pulau Pinang 2001 yang telah dikuatkuasa pada 1 Januari 2006. Bagi melancarkan pelaksanaan Enakmen Mineral ini, Peraturan-Peraturan Mineral Pulau Pinang perlu diwujudkan yang antara lainnya diperlukan bagi penetapan fi, sewa dan royalti dan kaedah memungutnya, penetapan kesalahan yang boleh dikompaun dan kaedah bagi mengkompaunkan kesalahan, kebenaran remitan, rebate atau tangguhan pembayaran sewa dan fi, penetapan kuasa dan kewajipan pegawai di bawah Enakmen, menetapkan kandungan mana-mana kajian kebolehlaksanaan, pelan pemulihan, pengukuran, pelan, laporan dan apa-apa taksiran lain yang perlu bagi maksud Enakmen, penetapan aktiviti yang tidak dibenarkan dalam sesuatu reserve mineral dan membuat peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang pada amnya menguatkuasakan peruntukan Enakmen Mineral. Dengan jawapan ini kita memang tidak buat apa-apa keputusan sebab kita pun tak pernah menerima apa-apa laporan yang rasmi daripada jabatan yang berkaitan. Yang Berhormat Bukit Tengah juga membangkitkan tentang status terkini satu kes mahkamah di mana plaintif-plaintif terdiri daripada empat pihak iaitu Batu Tiga Quarry, Koperasi Gabungan Negeri Pulau Pinang, Persatuan Nelayan Kawasan Seberang Perai dan Syarikat Barkat Sdn. Bhd. yang menyaman Pentadbir Tanah SPT dan Kerajaan Negeri. Untuk makluman Dewan, status terkini kes ini masih berjalan dan difahamkan tarikh perbicaraan seterusnya adalah pada bulan Disember tahun ini juga. Pengurusan air banyak kali dibangkitkan pada mulanya fokus Kerajaan Negeri adalah untuk mendapat air mentah daripada negeri Perak. Namun selepas beberapa siri perundingan dan surat menyurat kepada negeri Perak, Kerajaan Negeri tidak mendapat maklum balas yang positif dalam isu pembelian air mentah ini. Namun begitu, break through yang dicapai adalah Perak telah menyatakan kesanggupan untuk menjual air terawat kepada Pulau Pinang. Apabila penjualan melibatkan air terawat, maka semestinya air perlu dirawat terlebih dahulu di Perak sebelum dijual kepada Pulau Pinang. Kerajaan Negeri tiada pilihan lain selain meneroka semua sumber-sumber yang ada agar dapat mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap sumber air dari Sungai Muda dan Yang Berhormat Tanjong Bunga banyak menghuraikan tentang isu ini dan harap Yang Berhormat Penaga juga dapat faham bahawa PBAPP memang meneroka sumber-sumber baharu yang berpotensi untuk dijadikan sumber bekalan air di negeri Pulau Pinang tetapi apa pun, kajian kebolehlaksanaan perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi memastikan keperluan-keperluan teknikal dari segi kualiti dan kuantiti sumber tersebut sesuai untuk dijadikan sumber air. Yang Berhormat Ketua Pembangkang ada menyebut tentang peletakan jawatan Yang Berbahagia Datuk Seri Lee Kah Choon sebagai Penasihat Khas Pelaburan Kepada Ketua Menteri semasa ucapan Yang Berhormat. Bukan sahaja penasihat tetapi melibatkan Ahli

Lembaga PDC dan Invest Penang. Ianya berlaku berikutan dengan hasrat Dato’ Seri yang lama berhasratlah untuk undur diri daripada jawatan berkenaan khususnya pada tahun 2022 bagi mengelakkan satu situasi konflik kepentingan (conflict of interest) selepas Dato’ Seri dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah kepada beberapa syarikat termasuk Federal Oats Mill Sdn. Bhd., Aemulus Holdings Bhd., L&P Global Bhd. dan Nation Gate Holdings Bhd. Jadi, beliau sendiri merasakan lebih elok tidak lagi memegang jawatan berkenaan sebab dia pada ketika itu memang lebih berminat untuk setelah 15 tahun, he like to pursue his other interest. Namun saya sendiri minta beliau menangguhkan peletakan jawatan sehingga selesainya PRN. Maka selepas selesainya PRN, Yang Berbahagia Dato’ Seri Lee Kah Choon telah buat permohonan semula untuk peletakan jawatan berkenaan dan saya terima peletakan jawatan itu sebab saya minta dia tunggu sampai selepas PRN. Jadi saya menerima peletakan jawatan itu pada bulan September tahun ini. Kerajaan Negeri menyambut baik dan saya ucapkan terima kasihlah penghargaan kepada Dato’ Seri Lee Kah Choon atas khidmat beliau kepada pembangunan negeri Pulau Pinang khususnya dalam bidang pelaburan bersama-sama dengan PDC dan Invest Penang. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan projek rejuvenasi KOMTAR oleh pihak PDC yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Komtar bagi kemajuan dan kegemilangan bangunan KOMTAR. Kerajaan Negeri melalui PDC akan sentiasa melibatkan pemegang taruh dan Yang Berhormat KOMTAR di dalam perancangan dan pelaksanaan rejuvenasi KOMTAR. Saya tau Yang Berhormat KOMTAR memang kecewa sebab sudah sekian lama berusaha oleh PDC, KOMTAR masih tidak boleh mencapai kegemilangan yang diharap-harapkan. Berkaitan dengan soalan tambahan Yang Berhormat Air Putih berhubung dengan perubahan kolaborasi PDC dengan UMECH Construction, kepada UMECH Land, pertukaran rundingan ini telah dibentangkan dan dimaklumkan oleh pihak UMECH dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas dan Mesyuarat Khas bertarikh 28 November 2022, dan seterusnya dibentangkan oleh Pengurusan PDC dalam Mesyuarat Lembaga pada 9 Februari 2023. Justeru, kenyataan bahawa perkara ini tidak dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat adalah tidak benar. Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam Memperkasakan Rakyat Untuk Memperkukuhkan Penyertaan Awam melalui Strategik Inisiatif C2 – Meningkatkan Penyertaan Belia, Wanita dan Warga Emas dalam Kehidupan Masyarakat, Kerajaan Negeri komited untuk menerajui inisiatif utama bagi mengadakan program pembelajaran sepanjang hayat yang berkonsepkan bimbingan dan latihan sepanjang tahun. Yang Berhormat Machang Bubuk juga ingin tahu tentang penubuhan Pusat Penang2030 yang berperanan sebagai pusat guna sama literasi digital bagi menjalankan aktiviti pembangunan sosial dan pemerkasaan komuniti yang melibatkan agensi, jabatan, GLC di negeri Pulau Pinang ini. Sebagai penutup, Dato’ Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, pelbagai cabaran perlu dilalui seiring tanggungjawab berat yang digalas demi memastikan Pulau Pinang terus menjadi sebuah negeri maju di samping mencapai kedudukan ekonomi jitu serta cemerlang. Namun, dengan hasil komitmen yang tidak berbelah bagi kepada semua pemimpin, jabatan, agensi dan GLC yang membentuk jaringan kerjasama pelbagai pihak membolehkan Kerajaan Negeri menjalankan amanah untuk membangunkan negeri dan kemakmuran rakyat negeri Pulau Pinang. Usaha dan objektif yang disasar oleh Kerajaan Persekutuan melalui Konsep Malaysia Madani akan didukung di peringkat negeri dan diterjemahkan dalam Visi Penang2030. Semoga Bajet Tahun 2024 ini akan menjadi titik kebangkitan kita untuk sama-sama memulihkan ekonomi

dan memacu negeri Pulau Pinang ke peringkat yang lebih tinggi selaras dengan Visi Penang2030, Negeri Pintar dan Hijau, Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Saya juga ambil kesempatan ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang ambil bahagian serta kepada rakan-rakan EXCO yang telah memberi penggulungan bagi menjawab dan mengkongsikan maklumat demi pengetahuan dan pemahaman Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Satu ucapan penggulungan yang amat komprehensif khasnya kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang baru, penuh dengan informasi, fakta mahupun hala tuju pembangunan negeri Pulau Pinang. Saya rasa semua telah pun dengar dengan teliti dan seterusnya, maka ingin saya memaklumkan kepada Dewan disebabkan portfolio pertanian telah pernah dipromote dan diprovoke semalam, maka EXCO Pertanian ingin belanja makan durian selepas kita selesai semua urusan mesyuarat nanti. Maka Ahli-Ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2024 dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-Ahli yang bersetuju katakan “Ya”.

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Kita setuju semua.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan di bawah Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Jadual.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dengar.....(ketawa) Kepala B.01 Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan, RM230,165,381 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM230,165,381 sahaja untuk Kepala B.01, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Kalau tak ya, tak ada gaji. Kepala B.02 Pejabat Tanah dan Galian, RM16,415,344 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM16,415,344 sahaja untuk Kepala B.02, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.03 Pejabat Daerah dan Tanah, daerah Timur Laut, RM8,341,511 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM8,341,511 sahaja untuk Kepala B.03, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.04 Pejabat Daerah dan Tanah, daerah Barat Daya, RM7,886,426 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM7,886,426 sahaja untuk Kepala B.04, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.05 Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Utara, RM10,022,568 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM10,022,568 sahaja untuk Kepala B.05, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Memang ya, kalau SPU tak ada, yilek. Kepala B.06 Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Tengah, RM9,837,854 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM9,837,854 sahaja untuk Kepala B.06, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.07, Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Selatan, RM7,973,377 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM7,973,377 untuk Kepala B.07, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran, RM49,523,666 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM49,523,666 sahaja untuk Kepala B.08, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.09, Jabatan Perhutanan, RM4,208,905 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM4,208,905 sahaja untuk Kepala B.09, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya, Kepala B.10, Jabatan Taman Botani, RM5,512,266 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM5,512,266 sahaja untuk Kepala B.10, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.12, Jabatan Kerja Raya, RM43,705,415 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM43,705,415 sahaja untuk Kepala B.12, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.13, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, RM23,893,450 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM23,893,450 sahaja untuk Kepala B.13, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya, Kepala B.14, Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM11,380,452 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM11,380,452 sahaja untuk Kepala B.14, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.15, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, RM5,174,750 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM5,174,750 sahaja untuk Kepala B.15, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.16, Jabatan Kewangan Negeri, RM544,753,065 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM544,753,065 sahaja untuk Kepala B.16, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada bantah?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Ada soalan bukan bantahan. Yang ni saya nak tanya tapi tak dapat, tanya sini. Untuk B.16 itu, saya nak tanya satu saja, Program Khas atau Latihan Khas sebanyak 10 juta akan digunakan pada tahun 2024. Apanya Latihan Khas itu? Amaun yang besar ten million.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila kalau ada yang nak jawab. Sila, pencelahan. Program dan Latihan Khas yang menelan 10 juta.

Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Batu Lancang, ia melibatkan pemberian kepada ADUN untuk dibawah B.16 program.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay. Dengar ya, Batu Lancang.....(ketawa) Okay, saya nak teruskan dan saya nak baca sekali lagi ya untuk B.16 ya, Batu Lancang. Dengar, saya nak continue, Batu Lancang. Hello? Saya baca sekali lagi ya.

Kepala B.16, Jabatan Kewangan Negeri, (gangguan) RM544,753,065 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM544,753,065 sahaja untuk Kepala B.16, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.17, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, RM7,918,494 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM7,918,494 sahaja untuk Kepala B.17, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.18, Jabatan Pertanian, RM9,541,287 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM9,541,287 sahaja untuk Kepala B.18, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.19, Jabatan Mufti, RM3,524,189 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM3,524,189 sahaja untuk Kepala B.19, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.20, Jabatan Kehakiman Syariah, RM9,433,079 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM9,433,079 sahaja untuk Kepala B.20, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.21, Jabatan Pendakwaan Syariah, RM1,958,700 (Ringgit Malaysia: Satu Juta, Sembilan Ratus Lima Puluh Lapan Ribu, Tujuh Ratus Sahaja) untuk Kepala B.21 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pada Fasal 1 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang – Undang?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 2 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang – Undang?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Setiausaha Dewan

Rang Undang - Undang bernama 'Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi Tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka, tajuk penuh dan fasal yang mengundangkan adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang - Undang?

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan bersidang semula.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang - Undang Perbekalan Tahun 2024, telahpun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang - Undang ini sekarang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang - Undang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan. Ahli - ahli yang bersetuju katakan 'Ya'.

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. Ahli-ahli Dewan menepuk meja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Aaa..kena sebutlah, yang lebih banyak dipersetujui. ”Ya” ,ya dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbekalan Tahun 2024. Maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang. Ahli-Ahli Dewan menepuk meja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka Rang Undang - Undang telahpun dibacakan bagi kali yang ketiga dan telahpun diluluskan. Okay, seterusnya masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang berbunyi 'Bahawanya Dewan ini meluluskan Perbelanjaan sebanyak RM374,718,160.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Tujuh Puluh Empat Juta Tujuh Ratus Lapan Belas Ribu Satu Ratus Enam Puluh sahaja) yang tertera di dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2024, yang telah dibentangkan sebagai Risalah Dewan Undangan Negeri Bilangan 7 Tahun 2023 dan menetapkan bahawanya jumlah yang tersebut hendaklah diguna bagi tujuan - tujuan yang ditetapkan dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2024 itu. Ahli - ahli yang bersetuju katakan 'Ya'.

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan 'Tidak'. Ya, lebih banyak lah. Ya, lebih banyak usul dipersetujui.

Setiausaha Dewan

7C(I). Usul daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini membuat ketetapan, bahawa Ahli-ahli yang berikut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan untuk Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas. Yang Berhormat Muhammad Fauzi bin Yusoff sebagai Pengerusi dan Ahli-ahlinya ialah Yang Berhormat Teh Lai Heng, Yang Berhormat Heng Lee Lee, Yang Berhormat Wong Yuee Harng, Yang Berhormat Tan Hooi Peng, Yang Berhormat Joshua Woo Sze Zeng, Yang Berhormat Goh Choon Aik, Yang Berhormat Lee Khai Loon, Yang Berhormat Bukhori bin Ghazali, Yang Berhormat Zulkefli bin Bakar. Tugas Jawatankuasa ini adalah untuk memeriksa sebarang kira-kira dan laporan Juruaudit Negara yang telah dibentangkan kepada Dewan ini atau lain-lain perkara yang dirujukkan oleh Dewan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa diberi kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau mendapatkan dokumen atau risalah-risalah. Jawatankuasa hendaklah melaporkan kepada Dewan Undangan Negeri dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang ialah usul bahawa Dewan ini membuat ketetapan, bahawa Ahli-ahli yang berikut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan untuk Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas. Satu, Yang Berhormat Muhammad Fauzi bin Yusoff sebagai pengerusi dan Ahli-ahlinya ialah Yang Berhormat Teh Lai Heng, Yang Berhormat Heng Lee Lee, Yang Berhormat Wong Yuee Harng, Yang Berhormat Tan Hooi Peng, Yang Berhormat Joshua Woo Sze Zeng, Yang Berhormat Goh Choon Aik, Yang Berhormat Lee Khai Loon, Yang Berhormat Bukhori bin Ghazali, Yang Berhormat Zulkefli bin Bakar. Tugas Jawatankuasa ini adalah untuk memeriksa sebarang kira-kira dan laporan Juruaudit Negara yang telah dibentang kepada Dewan ataupun lain-lain perkara yang dirujukkan oleh Dewan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini diberi kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau mendapat dokumen atau risalah-risalah. Jawatankuasa hendaklah melaporkan kepada Dewan Undangan Negeri dari semasa ke semasa. Ahli - ahli yang bersetuju katakan 'Ya'.

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan 'Tidak'. Semua persetujui usul ini.

Setiausaha Dewan

7C(II). Usul daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini membuat ketetapan, bahawa Ahli-ahli yang berikut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas. Satu, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri sebagai pengerusi dan Ahli-ahlinya ialah Yang Berhormat Teh Lai Heng, Yang Berhormat Ong Ah Teong, Yang Berhormat Wong Yuee Harng, Yang Berhormat Chee Yeeh Keen, Yang Berhormat Gooi Hsiao-Leung, Yang Berhormat Kumaresan a/l

Aramugam, Yang Berhormat Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, Yang Berhormat Amir Hamzah bin Abdul Halim @ Md. Hashim, Yang Berhormat Nor Zamri bin Latiff, Yang Berhormat Azmi bin Alang. Tugas Jawatankuasa ini adalah untuk menimbang sebarang hal yang dirujuk kepadanya yang ada kaitan dengan hak dan kebebasan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau mendapatkan dokumen dan risalah. Jawatankuasa hendaklah melaporkan kepada Dewan Undangan Negeri dari semasa ke semasa.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang ialah usul bahawa Dewan ini membuat ketetapan, bahawa Ahli-ahli yang berikut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri sebagai pengerusi dan Ahli-ahlinya ialah Yang Berhormat Teh Lai Heng, Yang Berhormat Ong Ah Teong, Yang Berhormat Wong Yuee Harng, Yang Berhormat Chee Yeeh Keen, Yang Berhormat Gooi Hsiao-Leung, Yang Berhormat Kumaresan a/l Aramugam, Yang Berhormat Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, Yang Berhormat Amir Hamzah bin Abdul Halim @ Md. Hashim, Yang Berhormat Nor Zamri bin Latiff, Yang Berhormat Azmi bin Alang. Tugas Jawatankuasa ini adalah untuk menimbang sebarang hal yang dirujukkan kepadanya yang ada berkaitan dengan hak dan kebebasan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau mendapatkan dokumen dan risalah. Jawatankuasa hendaklah melaporkan kepada Dewan Undangan Negeri dari semasa ke semasa. Ahli - ahli yang bersetuju katakan 'Ya'.

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan 'Tidak'. Usul dipersetujui semua.

Setiausaha Dewan

7C(III). Usul daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini membuat ketetapan, bahawa Ahli-ahli yang berikut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan untuk

Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan sebagai pengerusi dan Ahli-ahlinya Yang Berhormat Teh Lai Heng, Yang Berhormat Joseph Ng Soon Siang, Yang Berhormat Heng Lee Lee, Yang Berhormat Wong Yuee Harng, Yang Berhormat Kumaresan a/l Aramugam, Yang Berhormat Lee Boon Heng, Yang Berhormat Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, Yang Berhormat Mohd Yusni bin Mat Piah, Yang Berhormat Mohd Shukor bin Zakariah, Yang Berhormat Muhamad bin Kasim. Tugas Jawatankuasa ini adalah untuk menimbang sebarang hal yang dirujuk kepadanya yang melibatkan kemudahan dan keselesaan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Jawatankuasa ini tidak berkuasa, mengapa tidak? Jawatankuasa ini tidak berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau mendapatkan dokumen dan risalah-risalah melainkan Dewan ini memutuskan sebaliknya. Jawatankuasa hendaklah dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri dari semasa ke semasa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Masalah yang kita hadapi sekarang ialah usul bahawa Dewan ini membuat ketetapan, bahawa Ahli-ahli yang berikut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan untuk Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri sebagai pengerusi dan Ahli-ahlinya ialah Yang Berhormat Teh Lai Heng, Yang Berhormat Joseph Ng Soon Siang, Yang Berhormat Heng Lee Lee, Yang Berhormat Wong Yuee Harng, Yang Berhormat Kumaresan a/l Aramugam, Yang Berhormat Lee Boon Heng, Yang Berhormat Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, Yang Berhormat Mohd Yusni bin Mat Piah, Yang Berhormat Mohd Shukor bin Zakariah, Yang Berhormat Muhamad bin Kasim. Tugas Jawatankuasa ini adalah untuk menimbang sebarang hal yang dirujukan kepadanya yang melibatkan kemudahan dan keselesaan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Jawatankuasa ini tidak berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau mendapat dokumen dan risalah-risalah melainkan Dewan ini memutuskan sebaliknya. Jawatankuasa hendaklah melaporkan kepada Dewan Undangan Negeri dari semasa ke semasa. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan 'Ya'.

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan 'Tidak'. Usul dipersetujui semua.

Setiausaha Dewan

7C(IV). Usul daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Y.A.B. Ketua Menteri: Ini tugas lima tahun sekali sahaja. Maksudnya membawa usul bukan kerja jawatankuasa. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini membuat ketetapan, bahawa Ahli-ahli yang berikut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat untuk Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan sebagai pengerusi dan Ahli-ahlinya ialah Yang Berhormat Phee Syn Tze, Yang Berhormat Joseph Ng Soon Siang, Yang Berhormat Kumaran a/l Krishnan, Yang Berhormat Chee Yeeh Keen, Yang Berhormat Lee Khai Loon, Yang Berhormat Lee Boon Heng, Yang Berhormat Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, Yang Berhormat Mohd Sobri bin Saleh, Yang Berhormat Nor Zamri bin Latiff, Yang Berhormat Izhar Shah bin Datuk Arif Shah. Tugas Jawatankuasa ini adalah untuk menimbang sebarang hal yang dirujuk kepadanya yang ada kaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Jawatankuasa ini tidak berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau mendapatkan dokumen dan risalah-risalah melainkan Dewan ini memutuskan sebaliknya. Jawatankuasa hendaklah melaporkan kepadanya kepada Dewan Undangan Negeri dari semasa ke semasa.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Masalah yang kita hadapi sekarang ialah usul bahawa Dewan ini membuat ketetapan, bahawa Ahli-ahli yang berikut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat untuk Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas:-1. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri sebagai Pengerusi; dan Ahli-ahlinya ialah 2. Yang Berhormat Phee Syn Tze 3. Yang Berhormat Joseph Ng Soon Siang 4. Yang Berhormat Kumaran a/l Krishnan 5. Yang Berhormat Chee Yeeh Keen 6. Yang Berhormat Lee Khai Loon 7. Yang Berhormat Lee Boon Heng 8. Yang Berhormat Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

9. Yang Berhormat Mohd Sobri bin Saleh 10. Yang Berhormat Nor Zamri bin Latiff 11. Yang Berhormat Izhar Shah bin Datuk Arif Shah Tugas Jawatankuasa ini adalah untuk menimbang sebarang hal yang dirujukkan kepadanya yang ada berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Jawatankuasa ini tidak berkuasa memanggil orang hadir dihadapannya atau mendapatkan dokumen dan risalah-risalah melainkan Dewan ini memutuskan sebaliknya. Jawatankuasa hendaklah melaporkan kepada Dewan Undangan Negeri dari masa ke semasa. Ahli - ahli yang bersetuju katakan 'Ya'.

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan 'Tidak'. Usul dipersetujui semua.

Setiausaha Dewan

7C(V). Usul daripada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini membuat ketetapan, bahawa Ahli-ahli yang berikut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Perlembagaan untuk Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas:-1. Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi; dan Ahli-ahlinya ialah 2. Yang Berhormat Ong Ah Teong 3. Yang Berhormat Phee Syn Tze 4. Yang Berhormat Tan Hooi Peng 5. Yang Berhormat Kumaran a/l Krishnan 6. Yang Berhormat Joshua Woo Sze Zeng 7. Yang Berhormat Goh Choon Aik 8. Yang Berhormat Gooi Hsiao-Leung 9. Yang Berhormat Muhammad Fauzi bin Yusoff 10. Yang Berhormat Bukhori bin Ghazal 11. Yang Berhormat Zulkefli bin Bakar

Tugas Jawatankuasa ini adalah untuk menimbang sebarang hal yang dirujuk kepadanya yang ada kaitan dengan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang ialah usul bahawa Dewan ini membuat ketetapan, bahawa Ahli-ahli yang berikut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Perlembagaan untuk Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas:-1. Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi; dan Ahli-ahlinya ialah 2. Yang Berhormat Ong Ah Teong 3. Yang Berhormat Phee Syn Tze 4. Yang Berhormat Tan Hooi Peng 5. Yang Berhormat Kumaran a/l Krishnan 6. Yang Berhormat Joshua Woo Sze Zeng 7. Yang Berhormat Goh Choon Aik 8. Yang Berhormat Gooi Hsiao-Leung 9. Yang Berhormat Muhammad Fauzi bin Yusoff 10. Yang Berhormat Bukhori bin Ghazal 11. Yang Berhormat Zulkefli bin Bakar Tugas Jawatankuasa ini adalah untuk menimbang sebarang hal yang dirujukkan kepadanya yang ada kaitan dengan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Ahli - ahli yang bersetuju katakan 'Ya'.

Ahli-Ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan 'Tidak'. Usul dipersetujui semua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau mengikut jadual Mesyuarat, kita ada ucapan penangguhan. Namun,

memandangkan ucapan penangguhan itu telah pun ditarik balik oleh Yang Berhormat dari Pulau Tikus, maka tiadalah ucapan penangguhan kali ini. Sila.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selepas 10 hari bersidang, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan sekarang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Mau tangguh ka?

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan dan usul telahpun mendapatkan sokongan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, esok masih ada. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama semua sepanjang perjalanan persidangan Dewan ini. Dengan ini, Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Terima kasih.

Dewan ditangguhlan pada jam 12.05 tengah hari.