Pulau Pinang · 27 May 2024
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 281 turns · 55,636 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Bacaan doa.
Dewan bersidang semula.
Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Selamat pagi dan salam sejahtera, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, dimaklumkan Dewan ini amat sedih baru-baru ini pada 24 Mei 2024 kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri bin Latif. Beliau mula berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Kawasan Sungai Bakap pada 13 Ogos 2023. Ucapan takziah dipanjangkan kepada ahli keluarga beliau dan semoga mereka tabah dengan dugaan ini. Sebagai tanda hormat Dewan, ingin saya menjemput Yang Berhormat-Yang Berhormat yang beragama Islam sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. (Ahli-ahli Dewan berdiri untuk Tafakur/Bacaan Al-Fatihah).
Ahli-ahli Yang Berhormat, turut dimaklum bahawanya mendiang Tuan Wong Hoong Keat telah meninggal dunia pada 23 Disember 2023. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan Kampung Kolam yang kini dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri Kawasan KOMTAR dari 1982 hingga 1986 dan Allahyarham Dato’ Mohammed Yusoff bin Abdul Latib @ Latiff telah meninggal dunia pada 16 Januari 2024. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Kawasan Sungai Dua dari 1990 hingga 1995. Oleh itu, para hadirin saya mohon untuk bertafakur selama 1 minit. Para hadirin diminta berdiri. (Ahli-ahli Dewan berdiri untuk Tafakur/Bacaan Al-Fatihah). Hadirin sila duduk.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita meneruskan agenda mesyuarat untuk hari ini, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan selamat datang kepada Yang Berusaha Tuan Abdul Kahar bin Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan untuk Bahagian Pengurusan yang telah mula menjalankan tugasnya pada 19 Februari 2024 yang lalu. Selamat datang dan selamat bertugas juga diucapkan kepada Encik Azizal bin Ahmad yang telah dilantikkan sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang
bermula 7 Februari 2024. Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi persidangan kali ini tempoh masa selama tidak lebih daripada 20 minit akan diperuntukkan untuk semua Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat dimohon untuk menyusunkan agenda-agenda, pengisian perbahasan dengan lancar dengan sempurna. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan akan terus bersidang tanpa waktu rehat. Oleh yang demikian, Ahli-ahli Yang Berhormat diminta untuk menguruskan masa sendiri termasuklah waktu makan, waktu solat, mengikut kesesuaian masing-masing. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada sesi kali ini kita akan mempertimbangkan sejumlah 80 soalan lisan, 789 soalan bertulis dan dua (2) usul. Mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai.
Pembentangan Risalah.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon membentangkan di atas meja Dewan, Risalah Bilangan 1 hingga 5 Tahun 2024 seperti yang tersenarai dalam Susunan Urusan Mesyuarat.
Soalan-soalan. Soalan bertulis.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Jawapan kepada soalan-soalan bertulis telah diletakkan di atas meja ahli yang bertanya selaras dengan Sub Peraturan 15(1)(h), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih.
Soalan lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya kita berada dalam sesi soalan lisan. Saya nak mempersilakan Yang Berhormat Machang Bubuk.
Perbahasan Soalan-Soalan LisanQuestions
Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar-pelajar SPM yang sedang menduduki peperiksaan SPM, menerima keputusan SPM. All the best. All the best. Dan soalan saya, soalan nombor 1.
No. 1. Semiconductor Strategic Plan.
(a) Sejauh manakah penglibatan Kerajaan Negeri dalam
pembentukan pelan yang dipelopori oleh MITI?
(b) Apakah punca dan sebab pelabur integrated circuit (IC)
design projek memilih Selangor?
(c) Terangkan usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan Pulau Pinang
kekal kompetitif dalam pembangunan sektor semikonduktor di
peringkat antarabangsa.
Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Machang Bubuk atas soalan tentang Semiconductor Strategic Plan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelan yang sedang dibangun adalah bertujuan memberi hala tuju industri semikonduktor di dalam negara supaya industri ini terus berkembang kepada aktiviti lebih bernilai tambah dan negara kita kekal sebagai tarikan pelaburan berkualiti di masa hadapan. Dalam melaksanakan hala tuju ini, peranan Kerajaan Negeri adalah penting terutamanya dalam memastikan masalah penubuhan kilang dan operasi syarikat sentiasa dipermudahkan di peringkat daerah dan negeri serta diberi sokongan kemudahan utiliti dan infrastruktur yang terbaik dan memenuhi aspirasi negara berlandaskan ekonomi hijau. Mesyuarat pasukan petugas Strategik Semikonduktor Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 24 April baru-baru ini telah membincangkan mengenai kerangka dan hala tuju pelan ini. Buat masa ini, pelan ini masih dalam proses fasa pembangunan MITI dan Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan dan jalinan kerjasama bagi menjayakan pelan ini.
Bagi soalan (b), antara punca dan sebab para pelabur Integrated Circuit Design memilih Selangor melalui pengumuman baru-baru ini adalah mengikut laporan kerana insentif yang ditawarkan melalui inisiatif Malaysia Semiconductor Accelerator and IC Design Park atau dikenali sebagai Selangor Hub yang diterajui Kerajaan Negeri Selangor
menerusi Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Selangor dikatakan telah menerima geran sebanyak RM60 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan telah berjaya menarik modal teroka atau venture capital global untuk bekerjasama dengan mereka bagi menawarkan dana khas di bawah inisiatif ini. Kerajaan Negeri Selangor juga dikatakan telah menyalurkan RM65 juta kepada SIDEC bagi menguruskan Taman Perindustrian IC Design di Selangor. Walau bagaimanapun, Pulau Pinang masih menjadi hab utama bagi pelabur Intergrated Circuit atau IC Design memandangkan sebahagian besar pelabur IC Design adalah berpengkalan di Pulau Pinang berbanding Selangor yang baharu memulakan inisiatif menarik pelabur dari sektor ini.
Jawapan kepada (c), antara usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan Pulau Pinang kekal kompetitif dalam pembangunan sektor semikonduktor di peringkat antarabangsa termasuk berikut:
(i), Menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu hab global dalam bidang berteknologi tinggi. Selain daripada terus mengembang aktiviti E&E dan semikonduktor yang sedia ada, Kerajaan Negeri memberi fokus dalam membangunkan rantaian bekalan atau supply chain untuk Peralatan Pembuatan Bahagian Hadapan (Front-End Manufacturing Equipment) dan menggalakkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Design and Development (D&D) di Pulau Pinang. Menggalakkan serta membantu lebih banyak syarikat tempatan melibatkan diri dalam rantaian nilai global untuk menggerakkan rantaian nilai atau move up the value chain serta memantapkan ekosistem sedia ada. Selain itu, kerajaan juga memupuk penyelidikan dan pembangunan, penggunaan teknologi dan inovasi terutamanya berkait dengan aspek pendigitalan kerana langkah ini mampu mengubah struktur perindustrian bernilai tinggi, mampan dan memberi manfaat kepada penjanaan pekerjaan mahir serta berpendapatan tinggi.
(ii), Memastikan Pulau Pinang mencapai sasaran untuk menjadi negeri yang berorentasikan ESG atau Environmental, Social and Governance. Ini kerana ESG kini menjadi salah satu daripada faktor penentuan pemilihan tapak pelabur berpotensi terutamanya dalam sektor semiconductor. Lokasi yang memenuhi piawaian ESG kini mempunyai kelebihan dalam proses pemilihan tapak (site selection). Kerajaan Negeri senantiasa menggalakkan para pelabur untuk mengamalkan konsep hijau apabila mereka ingin membina kilang yang baru ataupun membuat pengubahsuaian bagi kilang yang sedia ada. Konsep hijau yang dimaksudkan ini adalah seperti reka bentuk bangunan yang menerapkan ciri-ciri green building index, campus style ada unsur-unsur rain harvesting, natural ventilation system, penanaman pokok-pokok di sekitar kawasan kilang dan juga mengamalkan aktiviti kitar semula dalam proses pembuatan;
iii. Pihak Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang berusaha untuk membangunkan Taman-Taman Perindustrian baharu bertaraf antarabangsa, antaranya termasuk Taman Teknologi Bandar Cassia, Taman Perindustrian Batu Kawan 3 dan Penang Science Park South. Taman-taman
perindustrian baru ini akan menambah jumlah kawasan perindustrian melebihi 800 ekar bagi menampung jumlah permintaan tanah perindustrian yang tinggi oleh para pelabur asing dan tempatan.
iv. Memantapkan perlaksanaan Hands Holding Programme dengan memastikan kemudahan menjalankan perniagaan atau ease of doing business di Pulau Pinang kekal kompetitif berbanding dengan pesaing-pesaing yang lain. Ini termasuk membantu para pelabur baharu mencari lokasi pilihan, lokasi pilihan bagi memulakan operasi dan menjadi pemudah cara antara pelabur dengan agensi Persekutuan dan Negeri dalam aspek pemberian insentif, bantuan permohonan visa ekspatriat, pengambilan pekerja baharu dan sebagainya.
v. Mengumumkan pelan untuk mewujudkan Penang IC Design and Digital Park di Taman Perindustrian Bayan Lepas. Projek seluas 42.5 hektar ini terdiri daripada dua (2) fasa dan menawarkan sejumlah sejuta kaki persegi ruang pejabat premium untuk menarik dan menempatkan projek berimpak tinggi merangkumi reka bentuk IC, R&D dan juga perkhidmatan perniagaan global (GBS), pelaburan teknologi digital dan ekosistem ekonomi digital kitaran. Antara perancangan yang akan dilaksanakan melalui Penang IC Design and Digital Park di Bayan Lepas ini adalah seperti menyediakan ruang pejabat premium kepada pelabur-pelabur IC Design, memastikan keperluan prasarana yang disediakan di sini sesuai untuk para pelabur IC Design dan Digital. Ini termasuk memastikan bangunan yang disediakan itu mempunyai kemudahan infrastruktur dari segi pembekalan elektrik dan komunikasi seperti broadband yang kompetitif, ruang lantai yang sesuai bagi menjalankan aktiviti berkaitan IC Design dan persekitaran perniagaan yang kondusif yang diperlukan untuk bangunan berstatus Malaysia Digital, memperkenalkan kadar sewa bersubsidi untuk ruang pejabat yang dimiliki oleh PDC khususnya kepada pemain tempatan IC Design. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk insentif dan geran bagi meningkatkan ekosistem IC Design dan Digital. Inisiatif ini akan dimasukkan dalam pakej insentif lengkap yang akan diumumkan kemudian dan seterusnya.
vi. Menyediakan perancangan strategik untuk menarik bakat baharu dengan mengekalkan bakat sedia ada dalam reka melalui pelbagai inisiatif yang ditawarkan seperti Penang Future Foundation Scholarship, Penang GBS Industry Academy dan sebagainya. Bagi lepasan SPM kita menyambut baik sekiranya ada sebahagian ingin menuju ke teknologi dan akan menjadi sumber modal insan yang baru kepada industri kita.
vii. Mempromosikan Pulau Pinang ke luar negara dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur di sini dan antara negara yang bakal diberi tumpuan dalam misi pelaburan adalah Amerika Syarikat, Taiwan, Singapura dan Eropah.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah menjawab soalan saya. Seperti yang disebut oleh Ketua Menteri tadi antaranya satu cabaran besar bagi Negeri Pulau Pinang adalah bagaimana kita, kita hanya tumpu kepada back end dalam industri semi conductor ini dan tadi Ketua Menteri juga ada sebut tentang R&D. Saya hendak tahu apakah usaha yang konkrit atau peruntukan yang tertentu yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan atau melabur dalam R&D dalam sektor semi conductor ini dan soalan yang kedua untuk soalan ini adalah juga bagaimana kita kerana Selangor dapat RM60 juta daripada Kerajaan Pusat untuk membina IC Design Circuit Park ini.
Adakah Kerajaan Negeri sebelum ini juga ada membuat permohonan yang seperti ini daripada Kerajaan Persekutuan atau baru kita sekarang dalam pelan strategik yang kita nak buat ini baru kita nak memohon sekarang, boleh? Itu soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Kawasan Machang Bubuk atas soalan tambahan. Peranan Kerajaan Negeri melalui PDC dalam menggalakkan aktiviti R&D di Negeri Pulau Pinang dalam sektor E&E termasuk memajukan beberapa bangunan demi disewa kepada industri-industri khususnya dalam bidang R&D, GBS dan yang berkaitan. Dan sememangnya selain daripada PDC ada sektor-sektor swasta yang juga menyediakan ruang bagi tujuan yang sedemikian dan bagi sektor IC Design ini seperti mana diterangkan sebelum ini sebenarnya di Negeri Pulau Pinang sudah pun ada banyak syarikat, banyak dalam erti kata ekosistem kita di dalam negara mungkin ada 20 buah syarikat MNC dan tempatan yang ada aktiviti IC Design dan dari 20 syarikat ini boleh dikatakan 18 buah syarikat adalah berpengkalan di Negeri Pulau Pinang jadi sememangnya seperti saya katakan we already have a strong ecosystem in IC Design cuma kita mengucapkan tahniah kepada Negeri Selangor yang sudah mulakan inisiatif untuk menarik syarikat-syarikat tertentu ke negeri Selangor melalui inisiatif antara beberapa pihak dan mengenai insentif-insentif saya percaya ada syarikat tempatan yang akhirnya disenaraikan dalam bursa saham juga pernah mendapat insentif daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu syarikat-syarikat tempatan memperluaskan dan
memperkukuhkan keupayaan mereka dan memperluaskan perniagaan mereka untuk mendapat kerja-kerja daripada bukan di Malaysia sahaja tetapi di peringkat global. Maka kita akan senantiasa meneruskan usaha ini dan kini ada dua buah bangunan yang kita umumkan sempena pengumuman penubuhan IC Design Park di Bayan Lepas. Dua bangunan yang baru akan siap dalam beberapa bulan lagi yang apabila penyewa-penyewa diumumkan, sekarang kita tidak dapat umumkan sebab non disclosure pada peringkat ini kita akan dapat tahu dari penyewa yang sebenarnya datang dari syarikat yang sudah bertapak di sini ada komponen-komponen design dan kita akan memastikan sektor ini akan terus berkembang untuk menyokong aktiviti-aktiviti berkaitan dan memperkukuhkan supply chain ecosystem semiconductor di Malaysia dan di negeri Pulau Pinang. Terima kasih.
Terima kasih, saya ingin ucapkan tahniah kepada pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tentang penubuhan satu Penang IC Design Digital Park di Pulau Pinang di mana akan ditawarkan build up areas sebanyak satu juta kaki persegi berbanding dengan apa yang ditawarkan di Puchong sebanyak 42,000 kaki persegi dan saya rasa sekiranya ditawarkan insentif-insentif yang serupa yang diberikan atau ditawarkan oleh CDEC ataupun di Selangor saya pasti bahawa syarikat-syarikat IC Design akan juga memilih Pulau Pinang. Yang saya hendak betulkan sedikit apa yang disebutkan oleh rakan saya dari Machang Bubuk sebenarnya RM65 juta yang ditawarkan, bukan RM65 juta, RM60 juta yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan bukanlah untuk membina bangunan, itu bangunan sudah ada, yang mereka tawarkan ialah untuk buat itu EDA tools, infrastructure server, mpw testing tools and training. So ia bukan dari segi hardware, ini adalah dari segi software ditawarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan tentu apa yang ditanyakan tadi oleh Yang Berhormat Machang Bubuk ialah adakah permohonan serupa dibuat kepada Kerajaan Persekutuan ialah untuk RM60 juta untuk software telah pun dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan itu yang ditanya oleh Yang Berhormat Machang Bubuk, so kita pun nak tahu apakah status kemajuan kerana selepas pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Apakah langkah-langkah yang diambil supaya insentif RM60 juta daripada Kerajaan Persekutuan samakan dengan insentif RM65 juta daripada Kerajaan Negeri sama seperti apa yang ditawarkan oleh negeri Selangor dapatlah dilaksanakan secepat mungkin supaya syarikat-syarikat ini.
Yang Berhormat Ahli Kawasan Air Putih, soalan tambahan.
Ya, ya, bila? Itu yang saya tanya. Sabar sikit Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, so bilakah ini dapat dilaksanakan supaya kita dapat setanding dengan apa yang diperkenalkan oleh negeri Selangor. Sekian terima kasih.
Saya harap Air Putih pun sabar sedikit sebab sepertimana saya jawab tadi pakej-pakej ini sedang diusahakan dan akan diumumkan apabila siap tetapi kita tidak menunggu siapnya pakej tetapi meneruskan dengan beberapa usaha dengan mengumumkan juga IC Design Academy yang akan berpengkalan dalam Penang Skill Development Centre iaitu kolaborasi dengan beberapa industri termasuk untuk menyediakan EDA Tools dan sebagainya supaya ini akan menjadi satu kemudahan untuk upskill, reskill modal insan yang berada di Negeri Pulau Pinang dalam sektor ini termasuk dalam satu acara baru-baru ini kita pun mendengar pandangan dari practitioner atau pengamal IC Design tempatan yang sebenarnya kebanyakan mereka atau semuanya adalah jurutera-jurutera yang menerima latihan atau sudah berkhidmat dengan syarikat gergasi seperti Intel mereka memang dahulunya bertugas di Intel tetapi kerana ada peluang mendapat insentif dan sebagainya mereka keluar daripada Intel dan menubuhkan syarikat-syarikat IC Design misalnya sebab memang kita ada pakar-pakar yang berkhidmat di kilang-kilang.
Bilakah pakar-pakar tempatan ini dapat keluar dari kilang-kilang untuk menubuhkan syarikat sendiri. Itu kita akan berusaha untuk mewujudkan techno entrepreneur di kalangan jurutera-jurutera yang mungkin berupaya untuk berdiri di atas kaki sendiri menubuhkan syarikat dengan mungkin beberapa orang jurutera, menubuh syarikat IC Design, itulah yang kita juga ingin melihat macam mana insentif-insentif sedemikian dapat mencetuskan satu usaha untuk menggalakkan pakar-pakar tempatan kita yang berkhidmat dengan MNC katakan boleh keluar dari tempat kerja sekarang untuk menjadi techno entrepreneur dengan menubuhkan syarikat seperti dua tiga kes yang berjaya sehingga disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia ini datang dari negeri Pulau Pinang, anak Pulau Pinang yang pernah berkhidmat dengan INTEL tetapi mendapat peluang untuk menubuh syarikat dan kini akan menuju ke arah yang lebih cemerlang. Harap ini pun menjadi satu eko-sistem yang kukuh yang ingin kita galakkan di kalangan modal insan tempatan untuk menjadi entrepreneur dalam bidang-bidang yang khusus ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Bukit Tambun, sila.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan saya soalan nombor 2.
No. 2. Sejauh manakah Kerajaan Persekutuan akan membiayai projek penaiktarafan LTAPP dan pembinaan LRT?
(a) Huraikan status kedua-dua projek tersebut di atas.
(b) Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan jajaran LRT atau BRT dari Penang Sentral ke Nibong Tebal menggunakan model PTMP?
(c) Huraikan perancangan penggunaan keuntungan daripada projek tebus guna Silicon Island.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun yang telah menanyakan soalan mengenai dua projek yang kritikal bagi kerajaan, bagi Negeri Pulau Pinang iaitu Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Negeri Pulau Pinang dan juga Projek LRT Laluan Mutiara. Untuk makluman Yang Berhormat, projek pembesaran lapangan terbang dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM1 bilion dan akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) melalui mekanisme kewangan yang dipersetujui antara Kementerian Kewangan dan pihak MAHB. Manakala untuk projek LRT, kos pembinaan dianggarkan dalam lingkungan RM10 bilion hingga RM13 bilion dan akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.
Yang Berhormat, status Projek Pembesaran LTAPP ataupun lapangan terbang, pihak MAHB telah mengadakan sesi perbincangan bersama dengan pihak Kerajaan Negeri pada bulan Mac tahun ini dan telahpun membentangkan pelan penaiktarafan dan pembesaran. Tender pra-kelayakan ataupun pre-qualification tender telahpun diiklankan pada 8 Mac dan juga telah ditutup untuk mengenal pasti kontraktor bersesuaian bagi melaksanakan projek ini. Kerja-kerja pembinaan dijangkakan akan bermula pada suku ketiga tahun 2024. Untuk status Projek LRT, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telahpun dilantik oleh Kerajaan Persekutuan sebagai pemaju dan juga pemilik aset bagi Projek LRT Pulau Pinang Laluan Mutiara dan mereka telahpun memulakan proses perolehan dan pemeriksaan awam untuk Segmen 2 iaitu dari KOMTAR ke Penang Sentral pula akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini. Pemeriksaan awam bagi jajaran Pulau Silikon ke KOMTAR tidak perlu dilaksanakan semula kerana ia adalah jajaran yang sama seperti yang telahpun ditentukan sebelum ini. Setelah proses perolehan dimuktamadkan, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada suku pertama tahun 2025. Pembukaan keseluruhan laluan dijangka akan beroperasi pada tahun 2030.
Yang Berhormat juga tanya soalan (b) Projek PTMP merupakan strategi pengangkutan jangka masa panjang bagi negeri Pulau Pinang dan sedang dilaksanakan secara berfasa. Fasa utama adalah pelaksanaan Laluan Mutiara yang sedang berlangsung iaitu LRT dari Pulau Silikon ke Penang Sentral, Butterworth melalui
KOMTAR. Justeru, mengenai soalan Yang Berhormat mengenai Laluan Permatang Tinggi ke Batu Kawan, ia adalah satu cadangan juga dalam PTMP untuk menghubungkan kawasan perindustrian dan perumahan ke stesen KTM di Simpang Ampat dan Laluan Raja Uda Bukit Mertajam serta boleh dilanjutkan ke Seberang Jaya dan juga Nibong Tebal. Cuma dari segi perancangan jajaran dan sistem semuanya kita akan kaji mengikut jadual masa lah, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana sekarang ini fokus kerajaan adalah untuk memastikan Projek Laluan Mutiara dapat dilaksanakan. Soalan terakhir Yang Berhormat, apabila Projek PSR (Penang South Reclamation) iaitu nama asal bagi pembangunan Silicon Island dicadangkan, Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk menggunakan hasil jualan tanah tambakan untuk membiayai pelaksanaan pembangunan lain, khususnya komponen-komponen dalam PTMP.
Oleh itu, melalui pegangan Penang Infrastructure Corporation dalam syarikat Silicon Island Development Sdn Bhd, Kerajaan Negeri boleh menggunakan 30 peratus keuntungan jualan tanah bagi Silicon Island untuk membiayai pelaksanaan pembangunan lain pada masa depan. Namun begitu, kelulusan penggunaan keuntungan jualan tanah tersebut akan diteliti lagi oleh Kerajaan Negeri memandangkan Silicon Island akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk siap dan pada fasa ini adalah fasa membelanjakan duit. Jadi duit nak masuk tu kena tunggu lagi beberapa tahun dan kemudian bila telah dimuktamadkan dan ditentukan berapa banyak keuntungan dan semuanya telahpun diberi kepada pihak-pihak masing-masing, maka pada waktu itu kita boleh merancang untuk menggunakan kewangan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada Tanjong Bunga atas penerangan yang teliti. Cuma tentang soalan pertama saya, sebab kita hanya dimaklumkan tentang penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ini hanya melibatkan RM1 bilion, apa sebenarnya skop penaiktarafan? Sepertimana kita sedia maklum, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang memang menghadapi masalah dari segi kaunter daftar masuk, titi udara dan pintu berlepas. Kedua, apabila Lapangan Terbang Antarabangsa dinaiktarafkan, MAHB hanya terlibat dalam pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa. Siapakah yang akan menaiktaraf Jalan Sultan Azlan Shah dan juga Jalan Tun Dr. Awang yang menghubungi Bayan Baru dan juga kawasan sekitarnya ke lapangan terbang? Soalan ketiga, sebelum ini, boleh tiga?...(gangguan).
Dia angkat peluang ini untuk yang lain.
Sebelum ini, kita menggunakan Silicon Island sebagai model untuk membiayai PTMP tetapi apabila MAHB mengambil alih tanggungjawab Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Kementerian Pengangkutan mengambil alih pembinaan LRT iaitu lebih kurang RM10 bilion hingga RM13 bilion. Oleh itu, tibalah masa Kerajaan Negeri mengalihkan tanggungjawab daripada Pulau ke Seberang untuk menjalankan kerja-kerja penaiktarafan pengangkutan awam ini serentak dengan pembinaan LRT dari Penang Sentral melalui Butterworth ke Bertam seperti yang dicadangkan oleh Air Putih sebelum ini dan juga dari Penang Sentral melalui Auto City Bukit Tengah, Batu Kawan dan tiba di Nibong Tebal, DUN Jawi. Itu saja, sekian, terima kasih.
Nanti dalam sesi perbahasan tajuk ini.(ketawa). Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker, dan saya ambil maklum juga nanti dalam perbahasan, kita dah jawab hari ini, tak payah nak jawab lagi. Soalan pertama mengenai skop pembesaran lapangan terbang. Ini adalah soalan yang baik. Dia sebenarnya skop yang paling utama adalah pembesaran dari segi terminal capacity. So pada keadaan sedia ada, lapangan terbang kita telah direkabentuk untuk kapasiti 6.5 juta penumpang setahun. Tapi kita telah mencecah 8 juta. Jadi untuk fasa pembesaran kali ini, MAHB mencadangkan untuk menaikkan kapasiti penumpang sehingga 12 juta penumpang setahun. Jadi hampir dua kali gandalah Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, projek pembesaran ini terbahagi kepada tiga pakej pekerja.
Yang pertamanya adalah pakej pertama, enabling ancillary buildings iaitu pengalihan dan juga pembinaan semula bangunan-bangunan yang terjejas kerana kita memerlukan, kita akan panjangkan terminal maka dia akan makan kawasan civil aviation dan juga control tower yang baru dan juga Jabatan Met. Jadi semuanya kena dibina semula. Jadi untuk pakej pertama, dia telah melaksanakan tender dan dijangkakan SST pada bulan Julai. So selepas kontraktor mendapat SST pada bulan Julai, dia boleh mula kerja pada suku ketigalah tahun ini.
Pakej kedua bagi projek ini adalah apron parking yang di mana SST dijangka pada akhir tahun ini, bulan Disember dan pakej ketiga yang akan dilaksanakan pada tahun depan dijangka SST pada September 2025 adalah terminal baru yang akan dibina serta pengubahsuaian terminal sedia ada dan dijangka siap projek ini dalam masa tiga tahun tapi MAHB telah memaklumkan bahawa apabila terminal baru yang dibina siap, walaupun kerja-kerja pengubahsuaian dilaksanakan dalam terminal lama, kita boleh menggunakan terminal yang baru. Jadi dia akan merancang untuk memastikan airport masih akan berlangsung sudah tentu dan yang di mana, mana yang siap, boleh guna terus. Jadi ini
adalah perancangannya dan sepertimana Yang Berhormat tanya mengenai apakah yang akan dinaiktaraf dalam terminal tersebut, sudah tentu penambahan dari segi kaunter daftar masuk, kaunter Imigresen dan juga Kastam sebab kita sedia maklum antara isu yang dihadapi dalam lapangan terbang adalah kesesakan di tempat-tempat tersebut. So itu telah diambil maklum oleh pihak MAHB dan projek pembesaran ini akan objektifnya adalah untuk melicinkan urusan penumpang apabila kita menaiktaraf dan menerima banyak lagi penumpang kelak.
Soalan kedua mengenai isu trafik, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebenarnya apabila MAHB membentangkan pelan pembesaran ini kepada MBPP, kepada Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan juga agensi-agensi dalam OSC dan sebagainya, syarat-syarat telahpun dikenakan termasuk syarat untuk melaksanakan kajian TIA. Dan hasil daripada itu, ada dua langkah penyelesaian jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang bagi kawasan tersebut. Untuk jangka masa pendek, kita telah memasang lampu isyarat dan juga menyusulkan kenderaan dari Jalan Tun Dr. Awang terus ke Jalan Sultan Azlan Shah tanpa melalui bulatan dan bagi kenderaan yang ingin menuju ke Bayan Lepas ataupun Teluk Kumbar, boleh menggunakan persimpangan bertingkat u-turn di hadapan Sekolah SJK(C) Chung San. Untuk tindakan jangka panjang, ada beberapa, yang pertamanya JKR telahpun meletakkan syarat ke atas perunding di projek pembesaran lapangan terbang ini dan juga Projek Mitsui yang akan datang untuk melaksanakan kajian TIA yang lebih teliti serta RSA untuk menyelesaikan isu.
Lagi satu yang saya lupa tambah dari segi jangka pendek juga adalah kita telah mensyaratkan u-turn juga kepada pemaju di kawasan tersebut iaitu Tetuan Ideal Development. U-turn ini akan dibina di Jalan Tun Dr. Awang berdekatan dengan bulatan yang sedia ada.
Selain daripada itu, JKR Pulau Pinang juga telah mengangkat cadangan projek menaiktaraf dan membina jejambat di Jalan Persekutuan FT 006 iaitu Jalan Sultan Azlan Shah bermula dari seksyen 13.2 sehingga sekysen 15.8 serta pembinaan underpass di bulatan Jalan Tun Dr Awang menuju ke Lebuhraya Sungai Nibong. Tapi ini semua kita belum mendapat buat kelulusan ataupun berita.
Yang Berhormat Dato' Speaker, soalan yang terakhir, saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun tapi jangan lupa Yang Berhormat apabila projek LRT Laluan Mutiara diambil alih oleh Kementerian Pengangkutan, lapangan terbang dilaksanakan oleh MHAB, kita telah mengurangkan penambakan daripada tiga (3) pulau ke satu (1) pulau sahaja. Dan sebenarnya Dato' Speaker, dalam perancangan kita, keuntungan-keuntungan yang paling besar adalah daripada Pulau B dan C bukan Pulau A, kerana apa, Pulau A adalah pulau yang di mana kita akan sediakan tanah perindustrian, peluang-peluang pekerjaan mungkin juga Pusat Pentadbiran Negeri dan sebagainya.
Juga Pulau A terjejas dengan flight path. Maksudnya bangunan di Pulau A tidak boleh tinggi sangat. Jadi dari segi keuntungan daripada Pulau A tidak begitu besar. Pulau A adalah pulau untuk menjanakan peluang pekerjaan untuk industri masa depan di negeri
Pulau Pinang . Jadi kita sebenarnya menjangkakan keuntungan tidak begitu besar. Pulau B dan Pulau C sebenarnya yang akan dapat menguntungkan Kerajaan Negeri dan kemudian duit hasil daripada Pulau B dan C itu yang kita sebenarnya nak guna untuk melaksanakan infrastruktur- infrastruktur yang besar. Tapi macam mana pun, apa apa keuntungan daripada Pulau A, insyaAllah akan kita optimumkan untuk perancangan infrastruktur negeri Pulau Pinang . Terima kasih.
YB Batu Lancang. Sila.
Dato’ Speaker, soalan saya nombor 3.
No. 3. Apakah status terkini Projek Rehabilitasi dan Pembangunan di Tapak Pelupusan Sampah Jelutong?
(a) Adakah laporan EIA, SIA dan FIA projek tersebut telah mendapat kelulusan?
(b) Adakah Kerajaan Negeri merancang mewujudkan Integrated Solid Waste Management Center atau menyediakan kemudahan MRF dan fasiliti memproses sisa domestik dan sisa pembinaan di bahagian Pulau?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya menjawab soalan 3 bagi saudara Batu Lancang. Pihak PLB Engineering Berhad sedang dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Kesemua kelulusan dijangka diperolehi pada suku ketiga tahun 2024. Setelah kesemua kelulusan diperolehi, peringkat seterusnya adalah permulaan kerja-kerja rehabilitasi, pembangunan bercampur akan dibina di atas tapak tersebut setelah kerja rehabilitasi selesai. Untuk menjawab soalan a, bagi status bagi ketiga-tiga laporan iaitu penilaian impak sosial, penilaian kesan perikanan iaitu FIA dan penilaian impak alam sekitar EIA adalah seperti berikut. EIA telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk dapatkan kelulusan. SIA telah mendapatkan kelulusan. FIA telah memperolehi ulasan yang diperlukan.
Bagi jawab soalan b, buat masa sekarang, tiada perancangan untuk mewujudkan sebuah fasiliti pengurusan sisa pepejal bersepadu di bahagian Pulau kerana perancangan asal Kerajaan Negeri bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai adalah untuk mewujudkan fasiliti yang dilengkapi loji waste to energy iaitu WTE dan teknologi-teknologi berkonsepkan sisa sifar sifar sisa di Fasa 3.
Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung melalui Request For Proposal (RFP). Walau bagaimanapun, perancangan di Tapak Pelupusan Pulau Burung masih tertangguh kerana Kerajaan Negeri bersama kedua-dua PBT dalam proses berunding bersama Kerajaan Persekutuan bagi menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 iaitu Akta 672 di negeri Pulau Pinang . Hasil kajian dan proses rundingan tersebut akan menentukan hala tuju pembangunan fasiliti pengurusan sisa pepejal bersepadu di Negeri Pulau Pinang ini.
Dato Speaker. Soalan tambahan.
Boleh. Sila.
Saya difahamkan PLBE telah mendapat kontrak ini sejak tahun 2020. So saya nak tahu, berapa kali dah berapa kali EOT telah diberikan kepada pihak PLBE ini. Itu soalan pertama saya. Soalan kedua saya, berapakah jumlah amount VG yang dibayar oleh PLBE kepada Kerajaan Negeri sebagai jaminan kemampuan untuk melaksanakan projek ini. Yang ketiga adalah adakah IIRC di Tapak Pelupusan Sampah Jelutong telah mendapat kelulusan daripada agensi berkenaan dan bilakah ia akan mula beroperasi.
Terima kasih Batu Lancang. Bagi soalan tambahan yang begitu cabaran bagi saya. Latar belakang berkaitan dengan tapak pelupusan Jelutong di mana satu Joint Development Agreement iaitu JDA bagi pelaksanaan penutupan selamat (TPSJ) Tapak Pelupusan Sampah Jelutong. Penyediaan tapak bagi pelupusan sisa buangan bahan binaan dan marine clay yang dan pembangunan di tapak yang telah direhabilitasi telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan PLBE pada 21 haribulan Februari 2020. PLBE disyaratkan memperolehi kesemua kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan termasuk EIA, TIA, SIA untuk kerja pemulihan di TPSJ tidak lewat daripada 18 bulan dan tarikh perjanjian dari tarikh perjanjian. PLBE juga disyaratkan untuk mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan dan memulakan pengoperasian IIRC dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perjanjian. Kelulusan EOT adalah seperti perincian berikut. Kelulusan jabatan dan agensi berkaitan terdapat 3 EOT telah diberikan kepada PLBE. EOT yang pertama adalah sehingga 12 haribulan Disember 2021. EOT yang kedua sehingga 5 haribulan Jun 2023. Dan EOT yang ketiga adalah sehingga 30 haribulan Jun 2024. Bagi projek IIRC, 4 EOT telah diberikan. EOT yang pertama 14 haribulan Jun 2021. EOT yang kedua 23 Oktober 2021. EOT yang ketiga 6 haribulan Jun Disember 2022 dan EOT yang keempat adalah 6 haribulan April 2024. Syarikat PLBE perlu mengemukakan BG iaitu Bank Guarantee sebanyak Ringgit Malaysia 26 juta kepada Kerajaan Negeri pada 30 haribulan Jun 2024.
Sehingga hari ini, masih CCC bagi IIRC masih belum diperolehi kerana terdapat dokumen yang belum dikemukakan oleh perunding PLBE. Terima kasih.
Soalan tambahan….(gangguan)
Untuk rekod….(gangguan) saya bekas EXCO untuk…(gangguan). Just a very a quick one. Apabila kita hendak lihat pada bagaimana kita hendak mara ke hadapan yang penting adalah kita hendak mara kehadapan dan saya selalu nyatakan bahawa kita hendak buat sedemikian apa dengan teknologi yang terkini. So when you talk about what you talking about now I think we have to relook into it. Kerana…(gangguan), I’ve said it before, but let us just put it on record, I think we cannot go on like this. We cannot go.
I cannot let it by this. Sila. Apa nama, Telok Bahang sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
No. 4. Pesta Pulau Pinang 2023 pada bulan Disember yang lalu diketahui umum tidak mendapat sambutan.
(a) Mengapakah Pesta Pulau Pinang dianjurkan pada hujung tahun sedangkan umum tahu ianya adalah musim tengkujuh. Apakah tindakan Kerajaan Negeri?
(b) Agensi pelaksana masih di bawah Pejabat Kewangan Negeri, mengapakah tidak dipertanggungjawabkan kepada EXCO?
Terima kasih.
Okey. Terima kasih daripada soalan lisan daripada ADUN Teluk Bahang. Menjadi amalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menganjurkan Pesta Pulau Pinang pada setiap hujung tahun. Walau bagaimanapun, selepas pasca pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri mendapati bahawa telah berlakunya perubahan dalam tempoh dan jadual cuti persekolahan yang sedikit sebanyak turut mempengaruhi bilangan pengunjung ke Pesta Pulau Pinang.
Dulunya sepanjang bulan Disember kita cuti sekolah. Sekarang cuti sekolah telah dipendekkan pada penghujung Disember. Sejak tahun 1966, Pesta Pulau Pinang merupakan acara tahunan berprestij yang diadakan pada musim cuti persekolahan setiap hujung tahun. Faktor musim tengkujuh dan perubahan citarasa masyarakat berikutan peredaran masa berkemungkinan menyumbang kepada faktor yang menyebabkan Pesta Pulau Pinang tidak lagi meriah seperti dahulu. Tambah pula tarikh cuti persekolahan bukan lagi pada penghujung tahun selepas berlakunya pandemik COVID-19. Peka dengan perubahan yang berlaku, Kerajaan Negeri akan meneliti dan menyemak waktu penganjuran Pesta Pulau Pinang agar lebih bersesuaian bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Pesta Pulau Pinang.
Berkenaan dengan soalan (b) yang ditanya yang diketengahkan oleh ADUN Teluk Bahang, setiap tahun Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang sebagai pemilik dan pengurus kepada pengoperasian Tapak Pesta telah diberikan mandat untuk menganjurkan Pesta Pulau Pinang. Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan perancangan dengan komited untuk menjayakan penganjuran Pesta Pulau Pinang yang merupakan ikon kepada Negeri Pulau Pinang ini. Pada tahun 2023, bagi membuka peluang kepada peniaga- peniaga yang baru menceburi bidang perniagaan, Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif dengan menjalinkan kerjasama dengan EXCO Perdagangan Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar bagi menjayakan penganjuran Pesta Pulau Pinang yang penganjur sedia ada iaitu Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang telah mempunyai pengalaman dan kapasiti yang mencukupi bagi pelaksanaan Pesta Pulau Pinang yang akan datang. Pada masa yang sama yang YB EXCO-EXCO telah bersedia untuk memberi kerjasama dan bantuan kepada pihak Jabatan Kewangan Negeri dari segi koordinasi bersama agensi berkaitan, usahawan serta idea-idea bagi memberikan perspektif baharu bagi penganjuran Pesta Pulau Pinang.
Justeru itu, sebagai pemilik kepada tapak pesta dan kesediaan pegawai serta kakitangan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang yang telah berpengalaman menganjurkan Pesta ini sejak tahun 80-an sehingga kini. Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang akan terus menggalas tanggungjawab sebagai penganjur yang akan berhubung rapat serta bekerjasama dengan EXCO-EXCO yang berkaitan bagi perkongsian input untuk penambahbaikan Pesta Pulau Pinang pada tahun ini. Ini adalah jawapan saya. Terima kasih.
Sila YB.
Dato’ Yang di-Pertua. Adakah Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang mempunyai satu anjakan paradigma terhadap penyewa-penyewa khususnya dari segi booth yang disewakan kepada peniaga-peniaga agar ianya lebih moderate ataupun lebih
ditinggikan nilainya daripada pada masa ini kita menyewakan kepada penyewa-penyewa yang menjual karpet, dan menjualkan benda-benda yang tidak berapa tinggi nilai- nilai dari segi ekonominya.
Apa kata sekiranya kita bawak seakan-akan ataupun setaraf dengan kita punya DSA ataupun penganjuran Pesta itu lebih berimpak ataupun lebih bernilai tinggi dibandingkan dengan taraf yang kita ada pada masa kini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih atas cadangan dan juga persoalan dari kemukakan dari ADUN Telok Bahang ini dan pihak Jabatan Kewangan Negeri akan meneliti cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, saya ingin menambahkan bahawa Pesta Pulau Pinang bukan sahaja berbentuk keusahawanan, bukan sahaja berbentuk perniagaan.
Ianya ada elemen-elemen kesenian dan kebudayaan yang dipertonjolkan dalam pentas utama ada aktiviti-aktiviti kesenian, kebudayaan yang dianjurkan hampir setiap hujung minggu dan selain daripada itu, Pesta Pulau Pinang juga bukan sahaja menganjurkan aktiviti dalam premis tersebut. Saya bagi contoh perarakan Chingay Pesta Pulau Pinang yang merupakan perarakan yang sangat termasyhur sebenarnya ianya membawa nama Pesta Pulau Pinang 80an dahulu apabila ada perarakan daripada Padang Brown Dato’ Keramat sampai Padang Kota Lama. Dia menggunakan Pesta Pulau Pinang itu. Oleh itu pentas di tapak Pesta Pulau Pinang ini bukan sahaja perniagaan keusahawanan memupuk juga kesenian dan kebudayaan dan saya rasa itu la hala tuju daripada Kerajaan Negeri dan saya menghargai cadangan Yang Berhormat Telok Bahang ini dan saya akan meminta pejabat Jabatan Kewangan Negeri untuk meneliti cadangan-cadangan untuk meninggikan membawa nilai yang lebih tinggi lagi kepada pengunjung dan juga peniaga dan juga peserta-peserta Pesta Pulau Pinang. Terima kasih.
Saya nak tanya adakah Yang Berhormat-Yang Berhormat kunjung ke Pesta Pulau Pinang. Ada. Yang ada angkat tangan. Oh ramai yang tak ada. Ya kena pergi Pi Mai ke Pesta Pulau Pinang baru kita komen dan dapatkan barang yang lebih baik.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan. Sila
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Berkenaan dengan soalan tambahan kepada berkenaan dengan Pesta Pulau Pinang. Bersediakah sebenarnya Kerajaan Negeri turut mempertimbangkan untuk anjurkan Pesta Pulau Pinang alternate di Pulau dan juga di Seberang. Jadi itu soalan tambahan.
Terima kasih atas persoalan tersebut daripada Seberang Jaya dan untuk perkembangan masa depan premis tersebut kita juga ada pertimbangan baru ada faktor-faktor baru kerana jajaran LRT yang merupakan faktor terbaru yang perlu kita pertimbangkan. Walau bagaimanapun itu belum dimuktamadkan. Kawasan-kawasan tersebut sebenarnya telah menjadi satu transit oriented development yang premis yang sedia ada. Oleh itu cadangan-cadangan baru belum dimuktamadkan dan barangkali kita boleh boleh memikirkan ke hala itu sejajar dengan bukan sahaja dari Bukit Tambun kata Seberang Jaya menanyakan dan masa depan kerana premis tersebut hanya satu tempat tetapi apa yang penting ialah pengisian dia pengisian dia bagaimana dengan arrangement pengisian pentas kebudayaan kesenian dengan booth-booth keusahawanan dia boleh diadakan di mana-mana tempat di Pulau Pinang sekiranya ada tempat-tempat yang bersesuaian yang kita fikir boleh menjadi satu tapak yang baru pada masa depan selepas kita mempertimbangkan jajaran baru LRT. Terima kasih.
Tapak yang boleh dipertimbangkan. Telok Air Tawar. Betoi la.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 5.
No. 5. Tapak Ekspo Seberang Jaya dibiar sepi dan tidak diguna pakai.
(a) Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengaktifkan semula sebarang aktiviti di tapak tersebut seperti sebelum ini dijalankan ekspo perniagaan atau Ekspo Agro Bazar?
Terima kasih.
Terima kasih Telok Ayer Tawar dan Yang di-Pertua Dato’ Speaker, Yang Berhormat Ketua Menteri dan rakan-rakan. Sebelum ini Jabatan Kewangan Negeri telah
dipertanggungjawabkan untuk mengendali dan menguruskan Tapak Ekspo Seberang Jaya dengan anggaran seluas tujuh belas hektar sebelum diberi milik kepada PDC pada tahun 2023. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang PDC sedang menyediakan beberapa opsyen pelan rejuvenasi bagi tapak Ekspo Seberang Jaya. Bagi memastikan perlaksanaan yang terbaik bagi kawasan ini kajian dan perancangan peringkat awalan sedang dilakukan pada masa yang sama juga pihak PDC juga sedang terlibat dengan beberapa perbincangan dan penelitian bersama pemaju dan pelabur yang berpotensi untuk tujuan tersebut.Berkaitan dengan FAMA Negeri Pulau Pinang hanya menyewakan sebahagian daripada Lot Tapak Ekspo Seberang Jaya yang ini 0.77 hektar daripada PDC untuk pembinaan Pasar Tani Kekal Seberang Jaya dengan kadar RM6,709 sebulan bagi menyediakan ruang pasaran kepada usahawan-usahawan untuk menjalankan perniagaan ini. Ini adalah perancangan dan masih dalam perancangan kalau ada cadangan-cadangan daripada pihak kawan-kawan tolong majukan dan mungkin kita boleh bawa dalam pembangunan yang akan datang. Terima kasih.
Dato’ Speaker soalan tambahan. Yang Berhormat Sungai Acheh Tapak Ekspo ini telah tertinggal begitu daripada tahun 2018 atas atas pucuk kepimpinan yang ada sekarang mengambil alih tapak Kerajaan maka terbiar Tapak Ekspo itu macam gajah putih tertinggal di situ dengan tidak ada aktiviti dewan yang telah kita bina itu beratus-ratus ribu ringgit tidak digunapakai habis rosak dan juga disitu dewan itu tiap-tiap malam program badminton ada ada kutipan untuk dewan. Hari ini kita tengok terbiar begitu buka bumbung buang bumbung, nampak rangka mencacatkan pandangan orang lalu di highway ini orang nak pergi Kedah Perlis dan pergi ke Siam Siam ini orang tiap minggu pergi orang kalih tengok Seberang Jaya orang nampak bumbung serupa macam apa Padang Bola jadi.
Okey. Soalan?
Jadi kita minta Yang Amat Berhormat Sungai Acheh ini sebagai EXCO fikirlah untuk kebaikan di situ pasai apa dulu kita buat Ekspo Pertanian buat mai gajah lembu besar-besar budak-budak boleh tengok bawa mai buah nangka besar-besar harini buah nangka pun orang tak boleh tengok bawak mai kambing bawak mai macam-macam.
YB soalan?
Iaitu saya minta Yang Berhormat perbaikan tempat itu hidup kan semula Ekspo Seberang Jaya seperti yang telah lalu. Sekian terima kasih
Cadangan ka soalan tu. Okey.
Saya pun tak tau cadangan ka soalan. Takpa apa-apa InsyaAllah kita ulas sedikit selepas tanggungjawab saya sebagai EXCO memang kita ada perbincangan dengan pihak PDC apabila saya dimaklumkan tapak tersebut adalah pihak PDC dan perbincangan seperti yang saya maklum tadi perbincangan ini bukan boleh sembang dalam masa satu dua hari ia melibatkan kos yang terlalu tinggi dan insyaAllah kalau ada cadangan-cadangan yang perlu kita ketengahkan dalam masa yang terdekat boleh kita majukan bersama dengan perbincangan kita dengan PDC insyaAllah saya rasa kita boleh majukan tempat itu. Terima kasih.
Seberang Jaya. Seberang Jaya kena tanya la.
Dato’ Speaker, Izin Dato Speaker. Saya.
Yes.
Saya nak nyatakan satu perkara just very short kerana ini melibatkan seluruh kita di mana apabila kita sebut tentang perkara tersebut ia melibatkan tenaga mahir kita dan bagaimana kita boleh maju ke hadapan dan saya ingat Dato’ Speaker itu begitu penting kepada negeri kita.
Ya Seberang Jaya. Tanya soalan tambahan. Thank you Datok Keramat.
Pertama saya nak ucapkan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan pada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar kerana cukup prihatin dengan fasiliti dan prasarana yang berada dalam kawasan DUN Seberang Jaya. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Telok Ayer Tawar tadi tapak ini berada di betul-betul tengah-tengah intersection pelbagai jajaran highway.
Jadi soalan tambahan saya adakah Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan sama ada untuk memberi nilai tambah kepada pembangunan semula pembangunan rejuvenasi tapak ini nanti untuk dijadikan sebagai hab pengangkutan pintar di mana akan adanya integrated warehouse termasuk menjadi port mesra rakyat kepada e-hailing dan p-hailing riders kerana pada masa kini tapak itu dilihat lebih sesuai kerana berdekatan kawasan perindustrian dan kawasan business park di sebelahnya di Sunway jadi saya harap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan cadangan tersebut dan soalan sedikit lagi boleh ka Kerajaan Negeri turut melibatkan ADUN Kawasan jika hendak membincang tentang projek rejuvenasi tapak tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Seberang Jaya pandangan dan pendapat Seberang Jaya, insyaAllah kita akan ketengahkan dan saya sentiasa terbuka dan bersama dengan YB Seberang Jaya boleh datang dan boleh ambil temujanji bila-bila masa dan insyaAllah kita akan ketengahkan pandangan dan cadangan tersebut bersama dengan pihak PDC. Terima kasih.
Terima kasih. KOMTAR. Sila
Terima Kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 6.
No. 6. Bilangan syarikat multinasional dan SME semakin bertambah di Pulau Pinang. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan kita mempunyai bakat berkemahiran tinggi yang mencukupi untuk memenuhi keperluan industri pembuatan dan perkhidmatan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat KOMTAR sebab-sebab berlaku peningkatan defisit Kerajaan Negeri adalah kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa komited untuk meningkatkan sumbangan dan bantuan kepada rakyat Pulau Pinang melalui pelaksanaan pelbagai program dan projek prihatin rakyat. Antara program utama adalah seperti berikut Peruntukan Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Peruntukan Khas bantuan segera Projek Kecil
Masyarakat dan Projek Khas dan Latihan Khas. Kedua caruman tahunan kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri sebanyak RM240 juta bagi menampung pelaksanaan projek-projek pembangunan negeri. Ketiga program I-Sejahtera yang merangkumi sumbangan kepada warga emas dan waris, ibu tunggal dan waris, anak emas dan ibu emas melalui semua Pejabat Daerah dan Tanah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi tahun 2024 Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM49.8juta sehingga 30 April. Selain itu Kerajaan Negeri masih meneruskan bantuan kepada pemandu teksi, operator bas sekolah dan penarik beca yang berdaftar dengan mengambil kira komitmen tersebut Kerajaan Negeri dijangka akan membelanjakan sebanyak hampir RM80juta pada tahun ini. Keempat Kerajaan Negeri masih meneruskan komitmen memberi geran tahunan kepada anak-anak syarikat dan badan berkanun Kerajaan Negeri sebanyak RM98.5juta bagi merancakkan pelaksanaan program-program yang memberi faedah yang tidak langsung iaitu tidak bersifat monetary kepada Kerajaan Negeri. Kelima Kerajaan Negeri menyediakan allowance-allowance kepada pegawai - pegawai masjid, Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) dan Jawatankuasa Pembangunan Belia Pulau Pinang (JBPP) sebanyak RM15.25juta. Keenam sumbangan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Mubaligh sebanyak RM15juta. Ketujuh peningkatan secara tetap perbelanjaan mengurus jabatan-jabatan negeri selain daripada pemberian dan majlis-majlis rasmi. Kelapan program-program rasmi negeri yang nilai purata RM3juta setahun. Sembilan bayaran luar jangka seperti perintah mahkamah berkaitan tuntutan mantan Yang Berhomat ADUN dan ada beberapa kes-kes tanah di mahkamah yang perlu dibayarkan pampasan apabila perintah mahkamah memihak kepada pihak yang menuntut. Ini dijangka mengambil peruntukan sebanyak RM20juta pada tahun ini juga menyedari bahawa rezab negeri yang akan digunakan bagi menampung unjuran defisit negeri Majlis Mesyuarat Kerajaan telah meluluskan kertas bilangan sembilan tahun 2024 bertarikh 13 Mac berhubung strategi mengurangkan pengurangan unjuran defisit negeri tahun 2024 dan penetapan siling bajet tahun 2025 berdasarkan kedudukan Penyata Kewangan Negeri Pulau Pinang pada 31 Disember 2023 dan unjuran aliran tunai negeri tahun 2024 yang antara lain melibatkan tindakan-tindakan berikut penjajaran semula bajet mengurus tahun 2024 daripada RM1.047 billion kepada RM863.11juta. Kedua memberi keutamaan kepada perbelanjaan Berkanun berbanding perbelanjaan tidak berkanun negeri.Pelaksanaan sekatan perbelanjaan di atas objek sebagai atau OS tertentu bagi memoptimumkan langkah-langkah penjimatan.
Seterusnya mengutamakan peruntukan akaun amanah atau Kumpulan Wang Amanah berbanding peruntukan mengurus negeri kepada jabatan berkenaan dan seterusnya melibatgandakan usaha dan inisiatif untuk meningkatkan hasil negeri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Kota. Apa yang disebutkan kebanyakan projek prihatin yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Kota itu, ini dilaksanakan sejak 2009. Walaupun jumlah itu ditambahkan setiap tahun menjadikan perbelanjaan kerajaan meningkat, tetapi jika kita teruskan dengan perbelanjaan ini dan rizab Kerajaan Negeri digunakan untuk menampung defisit setiap tahun, so jika satu hari rizab kita sudah habis dan perbelanjaan masih meningkat, so bagaimana Kerajaan Negeri untuk menguruskan perkara ini.
Cadangan yang baik yang juga diutarakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dalam ucapan di mana Yang di-Pertua Negeri meminta Ahli-ahli Yang Berhormat memberi idea-idea yang baru untuk melihat penjanaan hasil yang baharu untuk negeri Pulau Pinang . Kita tahu bahawa perbelanjaan akan meningkat setiap tahun, kita pun akan menghadapi kenaikan gaji yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi peringkat Persekutuan,kita melihat ia akan menambah bebanan sehingga berbilion-bilion ringgit. Tetapi di peringkat negeri pun bukan kurang. Dari pengiraan Jabatan Kewangan Negeri, kita pun melihat satu senario penambahan sebanyak 36 juta bagi penjawat awam negeri dan mungkin PBT-PBT sekiranya juga mengikuti jejak langkah untuk menambah gaji seperti diumumkan maka ini merupakan tambahan perbelanjaan yang perlu dipikul oleh pihak Kerajaan Negeri.
Jadi untuk mengawal keadaan kita perlu melihat: satu mengawal perbelanjaan yang susah dikawal dan kedua untuk meningkatkan hasil yang bukan senang dijanakan dan itu memerlukan perancangan yang rapi, disiplin kewangan yang tinggi, pematuhan garis panduan atau pun menggunakan sumber-sumber kewangan yang ada untuk mencapai impak yang paling tinggi bagi negeri Pulau Pinang . Kita bersyukur bahawa pembangunan Negeri Pulau Pinang tidak bergantung semata-mata kepada tak sampai sebilion pun Kerajaan Negeri mampu membelanja setiap tahun tetapi bergantung bersama kepada saluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui projek-projek infrastruktur kalau ada projek yang boleh dibiayai oleh Persekutuan maka dari situlah negeri boleh jimat peruntukan yang sama tanpa membelakangkan kepentingan rakyat untuk mendapat projek-projek di kawasan masing-masing dan yang pentingnya kita ada satu sektor swasta yang amat dinamik.
Negeri Pulau Pinang selalunya digelarkan sebagai negeri maju berbanding dengan negeri-negeri yang lain kerana pembangunan industri, ekonomi, komersial, hartanah semua rancak khususnya dalam banyak tahun kebelakangan ini yang memberi satu gambaran wow Negeri Pulau Pinang sudah kaya. Selalunya saya hadir mesyuarat di Putrajaya, Kerajaan Persekutuan sebelum ini sebelum Perpaduan selalu anggap begitu Negeri Pulau Pinang sudah maju, kaya, tak perlu bantuan Persekutuan tetapi sedangkan kita punya akaun menunjukkan terhad juga perbelanjaan kita terhad dan kita memang berharap semua pihak dapat bekerjasama menyumbang untuk mencapai apa yang kita lihat di Negeri Pulau Pinang bukan semata-mata daripada Kerajaan Negeri
juga, dari PBT, dari agensi Persekutuan, dari pihak swasta, dari pelabur semua memainkan peranan yang penting tetapi bagi Kerajaan Negeri kita perlu memastikan penjanaan hasil yang baru dan juga perbelanjaan kita dapat dikawal supaya defisit tidak bertambah setiap tahun. Sudah banyak tahun kita menghadapi defisit dan kita membiayai melalui rizab kita seperti Tuan Yang Terutama kata sampai bila rizab kita dapat menampung defisit ini. Itu soalan yang amat mencabar. Pihak Kerajaan Negeri sudah bincang isu ini sejak akhir tahun yang lepas dan sambung perbincangan tahun ini untuk memastikan kita dapat sumber yang mencukupi bagi tahun ini dan juga merancang satu Bajet 2025 yang selesa yang dapat kita menampung melalui hasil-hasil yang dapat kita kutip tanpa menjejaskan kepentingan membawa pembangunan kepada rakyat jelata. Banyak projek yang diumumkan oleh Yang Berhormat Tanjong Bunga tadi adalah hasil daripada Persekutuan, sumber Persekutuan, sumber PFI dari pihak swasta. Ini perlu kita teroka juga sebab kalau ada pihak yang melaksanakan projek-projek penting, kita sendiri dengan kedudukan kewangan tak mampu juga untuk melaksanakan projek berbilion-bilion ini. Jadi kita bersyukur hari ini di bawah Kerajaan Perpaduan, Negeri Pulau Pinang sudah mula menikmati perhatian yang kita tegar selama ini dan mendapat banyak projek yang dapat diluluskan dan harap ada projek-projek lain yang boleh juga diluluskan untuk pelaksanaan di negeri kita.
Soalan tambahan.
Sila.
Melalui apa yang dimaklumkan oleh YAB Ketua Menteri tadi salah satu sebab defisit adalah berkenaan dengan i-Sejahtera. Kita tahu defisit tadi, YB bagi tahu peruntukan Majlis, caruman RM240juta bahkan terlibat juga dengan i-Sejahtera, bila kita bercakap bab i-Sejahtera membawa maksud itu adalah duit Kerajaan Negeri dan duit rakyat tetapi apabila kita bercakap berkenaan dengan i-Sejahtera apabila kita download borang daripada komputer bahkan kalau ke pejabat-pejabat untuk ambil borang isi untuk i-Sejahtera, kenapa wakil rakyat daripada Pihak Pembangkang tidak diiktiraf sebab di sini dia ada tulis wakil Kerajaan Perpaduan, Pegawai Penyelaras KADUN, Penghulu, ADO, CADO, Pegawai JKKK tetapi wakil rakyat daripada Pembangkang tidak ada, tidak diiktiraf bahkan kita ni bercakap berkenaan dengan duit daripada Kerajaan Negeri ha itu soalan dia.
Sila.
Okey, saya ambil maklum dan minta EXCO berkenaan membangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk menambah baik apa yang kurang.
Sila, saya nak mohon Yang Berhormat Pulau Tikus.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 7.
No. 7. Apakah kadar denda harian yang dikenakan ke atas syarikat Teto Engineering Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam pembinaan projek Gurney Bay sekiranya mereka gagal menyiapkan kerja seperti dijadualkan?
(a) Apakah jumlah keseluruhan denda yang telah dikenakan ke atas syarikat kontraktor tersebut?
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan nombor 7 bersama dengan soalan nombor 34 iaitu berkaitan dengan Gurney Bay.
Boleh.
Untuk soalan nombor 7. Pemajuan Gurney Bay adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyediakan kawasan Taman Rekreasi Awam kepada orang awam. Projek Pembangunan Gurney Bay ini dilaksanakan secara berfasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Pada 29 Mac 2022, Kerajaan Negeri telah melantik Syarikat Teto Engineering Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Tarikh mula projek adalah pada 31 Mac 2022 dan tarikh siap asal adalah pada 30 Mac 2023 bagi Fasa 1. Kerajaan Negeri telah memberi tempoh lanjutan masa atau extension of time (EOT) iaitu EOT pertama dari 30 Mac 2023 sehingga 29 Mei 2023, EOT yang kedua adalah dari tarikh 29 Mei 2023 sehingga 4 Julai 2023 dan EOT ketiga dari 4 Julai 2023 sehingga 30 November 2023. Kelulusan EOT diberikan kepada kontraktor adalah disebabkan kerja-kerja tambahan bagi struktur seawall, revetment works dan rock excavation bagi kerja-kerja cerucuk. Projek Gurney Bay Fasa 1 telah siap dan dibuka untuk kunjungan orang awam bermula pada 4 Februari 2024 iaitu lewat dari tarikh asal yang ditetapkan. Kelewatan kontraktor menyiapkan projek ini menyebabkan denda dikenakan kepada kontraktor iaitu Syarikat Teto Engineering Sdn. Bhd. Kadar denda harian yang dikenakan ke atas syarikat tersebut
kerana gagal menyiapkan kerja seperti yang dijadualkan adalah sebanyak RM24,756.27 sehari bagi Fasa 1, manakala bagi projek Fasa 2 pula adalah sebanyak RM83,613.59 untuk sehari. Untuk menjawab soalan 7(a), jumlah keseluruhan denda untuk projek Fasa 1 yang telah dikenakan ke atas Syarikat Teto Engineering Sdn. Bhd. adalah sebanyak RM1,609,157.55 atau bersamaan dengan 65 hari kelewatan.
Bagi menjawab soalan 34, pemajuan Gurney Bay adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyediakan kawasan Taman Rekreasi Awam kepada orang ramai. Projek Pembangunan Gurney Bay ini dilaksanakan secara berfasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Kerajaan Negeri telah melantik Syarikat Teto Engineering Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Projek Gurney Bay Fasa 1 telah siap dan dibuka untuk kunjungan orang awam bermula pada 4 Februari 2024. Bagi Projek Gurney Bay Fasa 2 pula, ia dijangka akan siap dibina pada tahun 2025. Projek Gurney Bay ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, antaranya taman permainan, taman untuk sukan luncur, ruang gerai penjaja, dek melihat sudut pandang selatan, tandas awam, tempat letak kenderaan (TLK) bagi kereta, bas dan motosikal terbuka dan juga tempat letak kereta bertingkat. Kemudahan-kemudahan yang akan disediakan dalam Projek Gurney Bay Fasa 2 adalah seperti berikut: untuk tempat letak kereta jumlah - 736 petak, tempat letak bas - 12 petak, tempat letak motosikal - 176 petak, ruang gerai perniagaan - 134 unit, F & B dan 17 unit Retails & 3 unit Kiosk, untuk surau ada 1 ruang dan juga untuk tandas ada 7 ruang. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Air Itam sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 8.
No. 8. Peruntukan KPKT, berapakah peruntukan telah disalurkan kepada MBPP dan MBSP untuk melaksananakan projek pembangunan pada tahun 2023 dan 2024?
(a) Senaraikan projek yang telah diluluskan di bahagian Pulau dan Seberang.
(b) Setakat ini, berapa projek telah dimulakan dan apakah status kemajuan semasa?
Tak ada orang yang nak tanya Gurney Bay, di luar tanya banyak, sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Air Itam. Untuk menjawab soalan Air Itam, Kerajaan Negeri melalui kedua-dua PBT sentiasa menjalinkan hubungan kerjasama yang erat bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam memastikan penyampaian perkhidmatan perbandaran yang diberikan oleh PBT adalah terbaik untuk rakyat dan seiring dengan hala tuju. Melalui kerjasama ini, pelbagai projek dan program telah dirancang dan dilaksanakan bagi bertujuan untuk membantu dan memajukan kawasan PBT melalui proses pembangunan fizikal dan sosioekonomi bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Projek-projek yang dilaksanakan merupakan projek-projek people-centric mengikut skop seperti berikut: satu, Projek Infrastruktur - Komponen projek yang terlibat adalah seperti membina dan menaik taraf parit dan longkang, laluan pejalan kaki dan lampu jalan. Kedua, projek kemudahan awam. Komponen projek yang terlibat adalah seperti membina dan menaik taraf dewan serbaguna, kemudahan sukan dan rekreasi, pondok bas dan tandas awam. Projek sosioekonomi. Komponen projek yang terlibat adalah seperti membina dan menaik taraf premis perniagaan, pasar, baja dan gerai makanan. Keempat, program bantuan membaik pulih atau menyelenggara perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah swasta.
Program pembasmian kemiskinan bandar. Program yang dilaksanakan adalah untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar yang mensasarkan isi rumah daripada golongan B40. Terdapat 3 program atau pun projek utama yang dilaksanakan iaitu program baik pulih rumah daif di bandar, projek rumah sejahtera yang memberi bantuan bina baharu rumah dan program pemerkasaan ekonomi komuniti bandar bagi meningkatkan kemahiran keusahawan kumpulan sasar supaya mereka mampu mendapat pekerjaan atau mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi. Seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan. Bagi tahun 2023 dan 2024, jumlah peruntukan yang telah disalurkan ke MBPP dan MBSP adalah seperti berikut: Tahun 2023 di MBPP RM7.6 juta, di MBSP RM3.8 juta. Pada tahun 2024, sehingga kini di MBPP adalah RM7.7 juta, sorry RM8.7 juta di MBPP dan di MBSP adalah RM15.35 juta.
Untuk menjawab soalan (a), projek yang telah diluluskan di kawasan pentadbiran MBPP dan MBSP bagi tahun 2023 hingga 2024 adalah sebanyak 149 buah projek. Saya mohon Ahli Yang Berhormat Air Itam boleh merujuk Lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Bagi menjawab soalan (b), setakat ini bilangan projek yang telah diluluskan di bawah MBSP adalah sebanyak 78 buah projek, sehingga kini terdapat sebanyak 40 projek telah siap sepenuhnya, 37 buah projek dalam peringkat pelaksanaan yang merangkumi 4 buah projek sedang dilaksanakan kerja-kerja di tapak dan 33 buah projek dalam proses perolehan jabatan. Dan hanya satu projek masih belum mula dan berada di peringkat perancangan reka bentuk. Di MBPP pula bilangan projek diluluskan adalah sebanyak 68 buah projek. Terdapat 62 telah siap sepenuhnya manakala baki sebanyak 24 buah projek adalah dalam peringkat pelaksanaan yang merangkumi dua projek sedang dilaksanakan kerja-kerja di tapak dan 22 projek dalam proses perolehan jabatan. Terima kasih.
Soalan tambahan, Dato’ Speaker. Terima kasih Jawi. Soalan tambahan saya. Berapa perkampungan baru Cina yang terdapat di Negeri Pulau Pinang dan berapakah peruntukan KPKT telah disalurkan untuk pembangunan perkampungan Cina di Pulau Pinang ini dan berapa projek di perkampungan baru Cina yang telah dilaksanakan pada tahun 2023. Terima kasih.
Terima kasih, Air Itam. Di Negeri Pulau Pinang terdapat 14 kampung baru Cina. Kesemua 14 ini adalah di bahagian Seberang Perai. Saya ucapkan terima kasih Air Itam membawa isu ini walaupun Air Itam di sebelah Pulau. Thank you very much. Jumlah peruntukan KPKT telah disalurkan kepada pembangunan kampung baru Cina ini terdapat dua projek. Dua projek mega projek iaitu kerja-kerja menaik taraf Medan Selera perkampungan Berapit, Bukit Mertajam dengan kos lebih kurang RM480,000.00. Kedua, kerja-kerja pembinaan struktur berbumbung gelanggang bola keranjang dan kerja berkaitan di Sungai Udang, Nibong Tebal, di bawah kawasan Sungai Acheh dengan kos lebih kurang RM460,000.00 dan kerja-kerja di bawah peruntukan KPKT di perkampungan baru Cina, saya di sini untuk memaklum setiap kampung baru Cina boleh mendapatkan peruntukan ataupun memohon sejumlah RM200,000.00 untuk satu projek di satu-satu kampung baru Cina di bawah peruntukan KPKT dan tahun ini memang keempat belas kampung baru Cina ini telah memohon dan ada beberapa pun telah diluluskan. Terima kasih.
Terima kasih. Saya masih boleh mohon Yang Berhormat Permatang Pasir.
Dato’ Speaker, soalan saya nombor 9.
No. 9. Apakah ada perancangan untuk menaik taraf parit-parit atau longkang kepada monsoon drain di Kampung Kota, Kampung Pengkalan Tambang dan Kampung Permatang Tengah?
Terima kasih.
Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pasir atas soalan dan sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang terlibat untuk kes ini adalah Pejabat Daerah Dan Tanah SPS sentiasa memberi perhatian dan juga mengambil tindakan terhadap aduan-aduan yang diterima daripada Pusat Khidmat ADUN, MPKK dan juga orang awam khususnya yang melibatkan isu infrastruktur. Pejabat Daerah memantau keadaan parit dan longkang di kawasan kampung dari semasa ke semasa bagi memastikan fungsi adalah teratur dan baik. Hasil siasatan pula akan disemak dengan agensi-agensi teknikal yang berkaitan contohnya JKR, JPS atau pun MBSP untuk melihat keperluan semasa keadaan di tapak. Setiap projek yang ingin dilaksanakan termasuklah naik taraf parit, naik taraf parit juga adalah tertakluk kepada kebenaran tuan tanah. Isu di kampung biasanya yang kita alami adalah isu mendapat kebenaran daripada tuan tanah. Untuk tahun 2023, Pejabat Daerah SPS telah melaksanakan tiga kerja penyelenggaraan dan naik taraf di kawasan tersebut.
SPT.
Oh, sorry. Terima kasih Dato’ Speaker. SPT. SPT telah pun melaksanakan tiga projek. Saya bacakan iaitu yang pertama, kerja membersih dan mencuci longkang dan kerja berkaitan di Kampung Pengkalan Tambang, Permatang Pasir. Kedua, kerja membersih dan mencuci longkang dan kerja berkaitan di Kampung Kota, Permatang Pasir dan ketiga, kerja-kerja membina pagar dan pintu gerbang Makam Diraja Kampung Kota serta kerja-kerja berkaitan di Kampung Kota, Permatang Pasir. Ini adalah tiga kerja yang telah pun siap dilaksanakan pada tahun 2023 untuk yang akan datang Yang Berhormat, Pejabat Daerah SPT juga mempunyai perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf parit dan longkang di Kampung Kota dan juga Kampung Pangkalan Tambang. Permohonan peruntukan telah pun dibuat kepada Projek Infrastruktur Madani ataupun PRISMA dan juga MARRIS. Kerja-kerja naik taraf tersebut akan dilaksanakan setelah peruntukan diluluskan. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Sila.
Jadi keseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar. Infrastruktur ini adalah penting untuk kita hendak mencapai Visi 2030 negeri pintar. Hendak jadi pintar ini kalau apa, kalau bila hujan saja banjir. Susah hendak jadi pintar. Soalan saya hendak tanya, adakah kajian secara komprehensif telah dibuat untuk kampung-kampung atau pun kawasan-kawasan yang selalu berlaku banjir agar banjir dapat diatasi sebaik mungkin.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita ada melaksanakan di setiap daerah iaitu sebuah Pelan Induk Saliran bagi setiap daerah dan setiap lima tahun kita juga akan update laporan tersebut. Jadi saya pun tidak boleh ingat sangat untuk Daerah SPT bila yang last kita siapkan tapi dalam update yang terbaru itu, saya akan minta juga JD untuk melihat kepada kawasan-kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan Sub Peraturan 26(7) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang .
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi juga.
Terima kasih.
Ada satu usul, Dato' Yang di-Pertua.
Sila.
Perbahasan Usul Terima Kasih Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau PinangMotion
Selaras dengan Peraturan 6A(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang , saya mohon supaya masa persidangan hari ini dilanjutkan sehingga jam 6:30 petang.
Ada sokongan?
Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 27 Mei 2024 hari Isnin sehingga jam 6:30 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ya, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju katakan tidak.
Ahli-ahli Yang Berhormat:
Ya.
(Ketawa) Lebih suara bersetuju. Usul dipersetujui.
Usul daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tambun.
Sila.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Saya memohon mencadangkan bahawa kami, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan
Negeri Pulau Pinang Yang Ke-15 pada 24 Mei 2024. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Salim berlegar di hujung muara, seronok mencari sarang burung tempua, salam madani pembuka bicara, selamat bersidang untuk semua.
Dato’ Speaker, pertamanya saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas komitmen untuk menyediakan peruntukan bagi Projek Air Perak-Pulau Pinang bagi membolehkan air terawat dari negeri Perak dapat dibekalkan dari Sungai Perak ke Pulau Pinang bagi mengatasi masalah bekalan air di Pulau Pinang menjelang tahun 2030. Walau bagaimanapun, saya memohon pihak PBA perlu lebih proaktif untuk mempercepatkan pelaksanaan loji rawatan air kompak iaitu melibatkan lebih kurang 2.4 juta liter sehari di Sungai Kerian dan juga loji rawatan air fasa pertama yang melibatkan lebih kurang 114 juta liter sehari juga di Sungai Kerian yang akan memanfaatkan lebih kurang 55 ribu pengguna di Seberang Perai. Oleh itu, bolehkah saya mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Tanjung Bunga tentang status kedua-dua projek ini. Pada ketika penduduk Seberang Perai Selatan terutamanya DUN Sungai Bakap dan Daerah Barat Daya, DUN Bayan Lepas menghadapi gangguan bekalan air dan juga masalah tekanan air rendah, kenaikan bil air telah menimbulkan kemarahan penduduk Pulau Pinang. Walaupun pihak PBA berkali-kali memberikan penjelasan tentang kenaikan air saya masih berpandangan bil sehingga mencecah iaitu kalau tier utama iaitu 40 meter padu meningkat daripada 22 sen sehingga 62 sen iaitu 181%, tier kedua, 30 meter padu daripada 46 sen kepada RM1.17 sen iaitu meningkat lebih kurang 154% dan bil seterusnya daripada 68 sen meningkat sehingga RM2.07 sen meningkat lebih kurang 204%. Bagi saya ini adalah keterlaluan dimana rata-rata penduduk Pulau Pinang marah maka marah maki hamun terhadap wakil rakyat dan juga Kerajaan Negeri sampai dah tahap maki hamun, itu kemarahannya.
Oleh itu, saya memohon jasa baik PBA mengkaji semula caj dia iaitu daripada 22 sen naik 50% sehingga 33 sen sahaja. Bagi tier kedua daripada 46 sen meningkat sehingga 92 sen iaitu naik 100% dan selebihnya bagi sesiapa yang nak guna lebih daripada tu, perlu menanggung kenaikan lebih kurang 150% iaitu RM1.70. Saya mengusulkan caj sedemikian adalah kerana penggunaan air untuk 70 meter padu pertama merupakan penggunaan asas untuk setiap rumah, itu penggunaan asas. Penggunaan asas ini kita boleh naik tetapi kenaikan perlu munasabah bagi mana-mana keluarga mengggunakan air lebih daripada 70 meter padu perlu menanggung caj maksimum. Kita perlu menjaga penjimatan air sebab Pulau Pinang menghadapi masalah kekurangan air. Oleh itu, kita perlu jaga penggunaan asas anak Pulau Pinang, di samping menghukum sesiapa yang membazir air. Pada masa yang sama, warga Pulau Pinang juga merasai bebanan bil PBA dwibulan, iaitu dua (2) bulan sekali selepas kenaikan tarif air secara mendadak.
Saya memahami bahawa PBAPP mengeluarkan sebahagian bil secara dwibulan sejak dikorporatkan pada Mac tahun 1999 atas pertimbangan penjimatan kos. Namun demikian, saya sekali lagi menyeru PBAPP mengkaji semula sistem pengeluaran bil
secara bulanan. Kalau ingin mengambil kira penjimatan kos, kecekapan kos, tibalah masa untuk PBAPP membuat e-billing sejajar dengan paperless, dasar paperless Kerajaan Negeri Pulau Pinang . Telefon bimbit kita, TM, credit card kita semua dimaklumkan bil secara elektronik melalui sms atau emel. Tibalah masa untuk menyahut dasar Kerajaan Negeri iaitu dasar paperless. Dato’ Speaker, berkat berkongsi kereta YAB Ketua Menteri dengan YAB Perdana Menteri setiap kali lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Pulau Pinang, akhirnya mungkin bincang dalam kereta akhirnya Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan dimana yang disebutkan oleh Tanjong Bunga sebentar tadi, proses tender telah ditutup dan akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh MHAB. Selain itu, satu lagi projek mega di Pulau Pinang yang telah lama dinanti-nantikan iaitu pembinaan LRT dengan kos lebih kurang 10 hingga 13 bilion juga telah diluluskan dan akan ditanggung sepenuh oleh Kementerian Pengangkutan.
Terima kasih Kerajaan Persekutuan (Ahli-ahli Dewan menepuk meja). Memandangkan jawapan Yang Berhormat Tanjong Bunga sebentar tadi ke atas soalan tambahan, saya masih belum memuaskan hati dan masih belum menyakinkan saya. Dato’ Speaker, saya perlu sekali lagi menaruh harapan kepada Kerajaan Negeri untuk menggunapakai model PTMP bagi melaksanakan projek pengangkutan awam dari Bertam, Butterworth, Penang Sentral, Auto-City, Batu Kawan sehingga ke Nibong Tebal, setuju tak semua? Setuju.. setuju okey, yang orang Pulau tak sokong.
Yang ini warm-up untuk ceramah PRK ke?
Kita semua sedia maklum bahawa kesesakan lalu lintas di Seberang Perai terutamanya Lebuh Raya Utara Selatan dari Sungai Dua ke Jambatan Pulau Pinang pada waktu puncak pagi dari Bukit Tambun ke Sungai Dua pada waktu puncak petang, Jalan Bukit Tambun, Jalan Batu Kawan, Jalan Perusahaan Valdor, Jalan Persekutuan dari Bukit Tengah sehingga Nibong Tebal kini berada dalam keadaan kronik, perkataan yang suka digunakan oleh Bukit Tengah, kronik (ICU). YAB Perdana Menteri memang sudah lebih faham selepas menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan. Ketua Menteri, minta maaf.
Bila nak jadi Perdana Menteri?
Tarik balik.
Tarik balik, minta maaf. Di sini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Tanjong Bunga, tolonglah, tolonglah, tolonglah selesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Seberang Perai ini. Saya perlu mengulangi tiga (3) kali tolong. Penaiktarafan bottleneck-bottleneck tersebut perlu dilaksanakan serta merta dan perancangan sistem pengangkutan awam di Seberang Perai wajib dimulakan sekarang, sekarang, sekarang. Tak boleh tunggu lagi, tak boleh tunggu Silicon Island jual tanah lapan (8) tahun kemudian, kita perlu rancang sekarang.
Sidang Dewan sekalian, Pulau Pinang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Padang Kota terus menjadi destinasi pelaburan utama dimana laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia iaitu MIDA bagi tahun 2023, memaparkan Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan sebanyak 71.9 bilion. 71.9 bilion dimana 61.7 bilion adalah daripada pelaburan langsung asing (FDI) manakala, pelaburan langsung domestik menyumbang 10.2 bilion. Perkembangan pelaburan yang begitu rancak ini telah menyebabkan kawasan perindustrian sedia ada sudah tidak mampu untuk menampung permintaan pelaburan yang bertali arus ini. Oleh itu, saya menyokong penuh keputusan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk meneroka tanah perindustrian baru seluas lebih kurang 3,000 ekar di Seberang Perai.
Bagi memastikan pembangunan perindustrian Pulau Pinang terus berdaya saing dan mampu menerima pelaburan yang lebih berkualiti ataupun value added. Di sini, saya mencadangkan bahawa kawasan perindustrian baru ini perlu dibangunkan sebagai Smart Industrial Park dengan penerapan teknologi 5G, AI, IOT, Cloud Computing, Big Data Analysis dan juga Smart City Solution Service. Kita tidak boleh lagi membangunkan perindustrian secara konvensional.
Dato’ Yang Di-Pertua Negeri, bagi mempercepatkan…(gangguan).
Dato’ Yang di-Pertua Dewan saja.
Dato’ Yang di-Pertua Dewan.
Jangan naik pangkat saya, bahaya.
Dia sudah mau pi Parlimen
Dia nak test ada mengantuk ka semua.
Bagi mempercepatkan kelulusan projek-projek pembangunan terutamanya perindustrian, baru-baru ini Majlis Bandaraya Seberang Perai telah melancarkan Seberang Perai Express and Effective Development MBSP (SPEED MBSP). Melalui SPEED MBSP ini pengeluaran kelulusan pelan, permulaan kerja pembinaan, pengeluaran CCC, pembelian lesen telah diberi lebih pantas, lebih singkat daripada piagam yang telah ditetapkan. Di sini, saya menyokong penuh SPEED MBSP kerana ia membolehkan interaksi yang berkesan antara pelabur dengan MBSP dan memudahkan kerja-kerja pembinaan dan akhirnya kelulusan diberi mengikut garis masa yang telah ditetapkan tanpa kelewatan. Inisiatif ini juga merupakan satu inisiatif MBSP bersama KPKT di bawah Program Ease Of Doing Business. Persoalan saya di sini hanya lah, adakah SPEED MBSP boleh diperluaskan kepada pembangunan berbentuk skim atau bukan terhad kepada cadangan pemajuan sesebuah kilang sahaja. Sebab sekarang lebih kepada sesebuah kilang sahaja. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada MBSP, tahniah kepada Yang Berhormat Jawi.
Sidang Dewan sekalian, sejak Sidang DUN pertama, saya menjadi wakil rakyat, saya telah bertanya soalan tentang kedudukan kewangan negeri dan mengulangi persoalan yang sama dalam setiap sidang dewan, setiap dewan saya mesti menyentuh tentang kedudukan kewangan. Bukit Tambun juga tidak pernah tidak menyentuh mengenai kedudukan kewangan Kerajaan Negeri dalam setiap ucapan perbahasan. Saya memahami bahawa Kerajaan Negeri telah dan akan menerapkan disiplin dalam perbelanjaan secara berhemat, namun ia tidak upaya untuk menampung keperluan naik gaji tahunan. Kenaikan gaji tahunan, kenaikan kos, bekalan dan juga keperluan untuk menggantikan harta modal yang tidak lagi ekonomik. Justeru, baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan Negeri seperti yang disebutkan oleh tadi KOMTAR dan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, memang tidak dapat menampung defisit perbelanjaan yang berlarutan ini sekiranya tiada peningkatan hasil yang mendadak dalam beberapa tahun akan datang.
Habis?
Saya memang faham EXCO-EXCO mengeluh apabila peruntukan mereka dipotong 50%. ADUN-ADUN Pembangkang menuntut peruntukan yang sama dengan kami (Ahli-ahli Dewan menepuk meja), rakan-rakan saya pula meminta kenaikan peruntukan, GLC-GLC sesak nafas apabila peruntukan dikurangkan. Namun, kita perlu
berdepan dengan realiti bahawa Akaun Hasil Disatukan Negeri sedang berkurangan setiap tahun, macam air low pressure pula. Oleh itu, saya, saya menyahut, menyaran rakan-rakan seperjuangan sekalian untuk menyahut saranan Tuan Yang Terutama TYT untuk memberi tumpuan dan mengemukakan pandangan serta cadangan bagi meningkatkan hasil negeri dan seterusnya meningkatkan prestasi fiskal negeri dalam masa terdekat.
Kerajaan Negeri, Dato’ SUK, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri perlu mempergiatkan usaha menggandakan hasil sumber pendapatan negeri. Dalam pembentangan Bajet 2024 pada 28 November tahun lalu, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menegaskan bahawa Kerajaan Negeri komited dan serius dalam usaha mempelopori penjanaan pendapatan baru menerusi lain-lain sumber. Oleh itu, pada hari ini saya memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk memaklumkan Sidang Dewan mengenai hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil terutamanya keuntungan pembiayaan dan perolehan pelaburan Kerajaan Negeri bagi tahun 2023 dan juga apakah sumber pendapatan baru yang telah dijana bagi lima tahun, lima bulan pertama tahun 2024. Dato’ Speaker, Bukit Tambun juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan isu-isu setempat dalam Dewan yang mulia ini. Adakah JKR akan melaksanakan penaiktarafan Persimpangan Jalan Bukit Tambun dan Jalan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak? Kedua, adakah pihak MBSP akan menaik taraf Lorong Cegar 1, Taman Cegar, Simpang Ampat? Apakah status permohonan untuk reka bentuk Jalan Perusahaan Valdor sejurus kerja-kerja ukur dilaksanakan. Keempat, apakah status projek-projek penaiktarafan bekalan air jangka pendek dan sederhana di SPS selain daripada yang saya sebut tadi di Sungai Kerian. Apakah status? Kelima, apakah status pengambilan tanah bagi penyambungan jalan antara Bandar Tasek Mutiara dengan Hijauan Hills? Keenam, merujuk kepada jawapan kepada soalan bertulis pertama saya, 1(c) iaitu yang dijawab oleh Yang Berhormat Batu Maung, Batu Kawan sebenarnya mempunyai lima surau tetapi jawapan saya tertinggal ada dua surau iaitu Surau Al-Falah di Halaman Seroja dan Surau Al-Mustaqim di Pangsapuri Suria 1 tidak dijawab. Mohon dikemukakan jawapan bertulis semula kepada saya.
Roti arab kuah kari, Sedap dimakan tambah lagi,
Dewan kehilangan Abang Zamri, Penggantinya perlu dicari lagi.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga seluruh ahli keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.
Saya juga ingin menyeru kepada mana-mana pihak yang bakal bertanding di PRK Sungai, DUN Sungai Bakap berkempenlah secara berhemah dan jangan sesekali menabur fitnah atau mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama sebab DUN Sungai Bakap jiran saya. Akhir kata, bersama-samalah kita beriltizam dalam meneruskan aspirasi dan gagasan Visi Penang2030 iaitu ke arah merealisasikan Pulau
Pinang sebagai Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Semua anggota Perkhidmatan Awam di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri perlu berdiri teguh di bawah naungan Tuan Yang Terutama Tun dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh berintegriti demi memastikan seluruh rakyat Pulau Pinang akan terus hidup aman dan harmoni.
Sekian terima kasih. Bukit Tambun memohon untuk mencadang.
Terima kasih. Baik, saya perlu penyokong usul. Sila.
Terima kasih.
Batu Lancang.
Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya memohon menyokong.
Kepada rakan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri, kawan-kawan dari pihak media dan pelajar-pelajar dari Sekolah Heng Ee. Salam Sejahtera, Salam Harapan dan Salam 2030.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita bersidang dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Pulau Pinang Kelima Belas. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama, Tuan Yang di-Pertua Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas perasmian mesyuarat pada kali ini. Dato’ Yang di-Pertua, gangguan bekalan air luar jangka sering melanda Pulau Pinang menyebabkan rakyat terpaksa berdepan dengan situasi ini sehingga menjejaskan aktiviti seharian. Pada awal tahun ini, misalnya berlaku gangguan air berjadual pada Januari lalu akibat operasi pembaikan paip bocor di dasar laut, di dasar Sungai Perai yang menjejaskan kira-kira 500,000 pengguna manakala pada Disember tahun lalu juga berlaku gangguan bekalan air selama beberapa hari kerana kerja-kerja pembaikan saluran paip juga di Sungai Perai. Justeru, komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan peruntukan bagi Projek Air Perak-Pulau Pinang bagi membolehkan air terawat dapat dibekalkan dari Sungai Perak ke Pulau Pinang sepertimana yang diucapkan Tun, Yang di-Pertua Tun dalam ucapannya Jumaat lalu adalah berita yang sangat bermakna. Perdana Menteri mengumumkan perkara tersebut semasa Majlis Penutup Program Madani Rakyat Zon
Utara pada 5 Mei 2024 yang lalu. Pengumuman ini secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan Kerajaan Madani pada hari ini dalam menangani krisis bekalan air untuk jangka masa panjang bagi penduduk negeri Pulau Pinang .Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula telah memulakan langkah awal dengan mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Negeri Perak pada 9 November 2023 lalu serta beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Ekonomi sebagai langkah strategik bagi mengatasi masalah bekalan air di Negeri Pulau Pinang menjelang tahun 2030. Sehubungan ini, saya ingin merujuk perkara 15, muka surat 10 iaitu menyokong penuh permohonan Tuan Yang di-Pertua Tun supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang diberi kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap 93 projek di bawah Rolling Plan Kelima Tahun 2025, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi negeri Pulau Pinang . Kesemua projek ini melibatkan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM17.7 bilion dan peruntukan diperlukan bagi tahun 2025 adalah berjumlah RM2.8 bilion. Ini sejajar dengan rekod dan prestasi kecemerlangan yang dikecapi oleh negeri ini. Dato’ Yang di-Pertua, dalam mendepani cabaran modal insan dan ketandusan bakat serta pekerja mahir di negeri ini, kita perlu melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif. Apa yang pasti, hasrat ini dapat direalisasikan melalui peningkatan kualiti pendidikan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik iaitu STEM, Kecerdasan Buatan (AI) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memberikan pendedahan dan peluang kepada generasi muda untuk meneroka serta menjalani latihan di beberapa institusi pengajian atau pendidikan yang menawarkan kursus bersesuaian. Lebih daripada 37 Memorandum Persefahaman iaitu MOU telah ditandatangani dengan institusi pengajian yang terpilih dan satu Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Nasional telah dibentuk di antara Kerajaan Negeri dengan Human Resource Development Corporation bagi mencapai matlamat menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai salah satu daripada 30 ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pada 7 Mei lalu, negara kita dikejutkan dengan insiden sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur tumbang menyebabkan seorang pemandu peribadi maut dihempap pokok tumbang itu ketika dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya. Kejadian semasa hujan lebat kira-kira jam 2.00 petang itu turut menyebabkan dua lagi cedera. Pokok tumbang ini menghempap 17 kenderaan dan landasan monorel. Kejadian ini juga menyebabkan kerosakan fasiliti awam di kawasan itu termasuk perhentian bas di tepi laluan berkenaan. Video kejadian ini juga ditular di media sosial. Empat hari kemudian iaitu pada 11 Mei, dua batang pokok dipercayai berusia puluhan tahun tumbang sebelum menghempap lima kenderaan di Jalan Macalister, George Town. Kejadian itu turut menyebabkan kereta milik Karen Lo jenis Cherry Omoda yang baharu saja dibeli dua minggu lalu mengalami kerosakan. Difahamkan ketika kejadian, beberapa pemilik kenderaan bersama keluarga baru sahaja beredar ke restoran yang terletak beberapa meter dari lokasi. Hujan lebat serta angin kuat menyebabkan sebatang pokok tumbang dan hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof di Jalan Pinang, Kuala Lumpur pada 13 Mei lalu. Bagaimana pun, pokok terbabit tidak mengenai kenderaan yang dinaikkan Ketua Menteri Melaka, namun kereta pengiring polis jenis Proton X70 yang berada pada hadapan sekali
terkena pokok yang tumbang dalam kejadian 3.26 petang itu menyebabkan cermin belakang kenderaan terbabit pecah selain kerosakan pada bahagian belakang badan kenderaan.
Sebelum itu, pada 3 April di Seremban, Negeri Sembilan, seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok tumbang yang melintang jalan. Kejadian di Kuala Lumpur, George Town dan Seremban ini adalah yang terbaru. Manakala beberapa kejadian pokok tumbang pernah berlaku di Pulau Pinang sepanjang beberapa tahun lalu. Antaranya pada 10 Jun 2023, seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu. Kejadian pada jam 1.15 pagi itu turut menyebabkan beberapa mangsa lain mengalami kecederaan, manakala dua buah kereta jenis Mercedes Benz dan Perodua Myvi termasuk dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 dan Avantis turut mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang. Pada 27 April 2021, seorang lelaki maut selepas kenderaan Proton Wira dinaikinya dihempap sebatang pokok berketinggian 10 meter dan ukur lilit dua meter yang tumbang merentang jalan dalam kejadian pukul 9.38 pagi di Jalan Perak iaitu terletak di KADUN Batu Lancang. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Sebuah kren daripada MBPP digunakan untuk kerja-kerja pengalihan pokok. Seperti biasa apabila berlaku insiden di negara ini, banyak pihak mula bersuara termasuklah jabatan kerajaan dan kementerian. Dalam insiden ini di Kuala Lumpur, kita boleh melihat membaca pelbagai laporan yang disiarkan media antaranya media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaleha Mustafa mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menubuhkan pasukan petugas bagi meneliti kes pokok tumbang. Di bahagian Pulau Pinang pula, kita nampak YB EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa mengadakan sidang akhbar, akhbar tentang isu pokok juga. Menurut MBPP pada tahun ini, PBT itu telah melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja penilaian risiko pokok iaitu…(dengan izin), tree risk assessment yang menyelenggarakan pokok di Jalan Utama, Jalan Burma, Jalan Kelawai, Jalan Perak dan Jalan Macalister dengan bilangan pokok sebanyak 1,190 pokok. Laporan penilaian ini dijangka siap pada penghujung bulan Julai 2024 dan tindakan akan siap pada Disember ini.
Menurut MBPP lagi, pemeriksaan pokok ini diadakan sekali setahun bagi setiap pokok mengikut sistem PeTIS jabatan dan rondaan dijalankan secara rawak bergantung kepada cuaca. Soalan saya, pemeriksaan setahun sekali ini adakah cukup selamat untuk pengguna jalan raya? Setakat Januari hingga Mei tahun ini, MBPP telah melaporkan sebanyak 111 kes pokok tumbang dilaporkan. Manakala menurut data MBSP, antara Januari 2024 hingga 9 Mei 2024, sebanyak 384 batang pokok kes tumbang telah dilaporkan. Ke semua kes yang dilaporkan adalah pokok milik Majlis yang berada dalam kawasan tanah persendirian dan kawasan agensi jabatan kerajaan. Ini bermakna kedua-dua pihak MBPP dan MBSP merekodkan sebanyak 495 aduan pokok tumbang dalam masa 5 bulan sahaja. Ini bermakna setiap bulan ada nya 100 batang pokok yang tumbang setiap sebulan atau 3 batang pokok tumbang sehari mengikut perkiraan dan data yang diberikan.
Saya juga ingin berkongsi jumlah tuntutan melibatkan kejadian pokok tumbang dari tempoh 2019 hingga 2022. Bayaran pampasan ini dibuat oleh MBPP sahaja kerana data MBSP saya tidak dapat. Adalah sebanyak RM287,629.26 termasuk satu kes pampasan kematian. Baru-baru ini pihak kontraktor MBPP telah menunjukkan proses kerja penilaian Risiko Pokok Level 3 yang menggunakan dua kaedah iaitu Picus Sonic Tomograph dan Imi Resi PD Seri untuk menguji tahap pereputan pokok yang dinilai. Kedua-dua kaedah ini adalah sama untuk mendapatkan bacaan pereputan dalam batang pokok, cuma output bacaan sahaja berbeza. Kedua-dua alat ini juga adalah batasan, cuma jika menggunakan 2 alat ini lebih mudah untuk membuat analisasi. Resi boleh mengesan pada jarak 30cm sahaja. Bagi batang pokok besar menggunakan Resi ada batasan, tapi Resi boleh diguna untuk periksa bahagian akar yang mana alat Picus tidak boleh dibuat. Mengikut rekod sebanyak 314 batang pokok yang telah berusia 90 tahun ke atas di Daerah Timur Laut. Secara keseluruhannya terdapat 40,000 batang pokok di bahagian pulau. Di sini saya juga ingin bertanya sekiranya pokok yang telah dikacau atau diganggu terutamanya pada bahagian akar dan batang seperti telah terkeluar lalu terkena jalan, terkena parit, akibat kerja-kerja pelebaran jalan atau di laluan pejalan kaki sehingga merosakkannya. Pihak kontraktor misalnya akan memotong akar-akar ini. Adakah akar-akar yang telah dipotong itu boleh dikenal pasti menggunakan dua kaedah tersebut? Sebab saya difahamkan jika akar-akar telah dipotong maka pokok tersebut tidak lagi mempunyai kekuatan untuk mencengkam tanah, ini memberi risiko untuk tumbang. Kita banyak melihat kerja-kerja seperti ini dibuat, di mana pokok-pokok di tepi jalan terpaksa dipotong akarnya demi menjalankan kerja-kerja misalnya pelebaran jalan ataupun pelebaran parit sama ada akar pokok itu dipotong dengan kebenaran atau tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Saya mengesyorkan pihak Kerajaan Negeri atau PBT memberi komitmen yang bersungguh-sungguh terhadap pokok-pokok yang telah diperiksa menggunakan kaedah-kaedah yang disebutkan tadi dan telah disahkan mendapati pokok-pokok ini sebagai bahaya, maka ia perlu dibuang atau ditebang serta merta tanpa menunggu atau melalui proses permohonan pemotongan melalui OSC atau Jabatan Perancang Bandar MBPP. Ini kerana proses permohonan tersebut memakan masa lama antara 1 hingga 2 bulan sebelum diberi kelulusan. Sebaliknya setelah diperiksa dan disahkan merbahaya oleh pakar atau arboris bertauliah maka pokok merbahaya itu perlu dipotong dengan hanya mendapat kelulusan Dato’ Bandar. Ini kerana nyawa penduduk adalah lebih penting daripada segalanya, jadi kita tidak boleh berkompromi apabila melibatkan keselamatan awam sebelum terjadinya nahas pokok tumbang…(gangguan).
Habis pokok?
Yes…
Okey.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua saya mengalih kepada isu hangat hari ni…
Pokok..(gangguan)
Memodenkan infrastruktur air kita adalah mustahak. Memodenkan paip lama, tapak rawatan dan empangan bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan tetapi juga meningkatkan kapasiti kita untuk menyimpan dan mengedarkan air dengan berkesan. Peningkatan infrastruktur ini adalah penting untuk mengurangkan kerugian akibat kebocoran dan memastikan sistem bekalan air yang efisien. Selari dengan itu, kita mesti melaksanakan langkah-langkah pemuliharaan air yang kukuh. Kempen kesedaran awam juga dapat mendidik penduduk dan peniagaan tentang amalan penggunaan air yang bertanggungjawab. Manakala teknologi pengurusan air pintar boleh memantau corak penggunaan, mengesan kebocoran dan mengoptimumkan rangkaian pengedaran secara langsung. Tidak dinafikan bahawa langkah-langkah meningkatkan kecekapan pengurusan air memerlukan dana dan kenaikan tarif air baru-baru ini akan digunakan untuk menaiktaraf infrastruktur air kita. Walaupun peningkatan tarif juga mampu mengurangkan pembaziran air dan mengurangkan penggunaan air per kapita Pulau Pinang, kita juga perlu mengambilkira kesan kenaikan tarif air terhadap orang ramai. Pulau Pinang yang dulunya merupakan negeri mempunyai air yang paling murah dan bersih, kini telah dipintas oleh Terengganu yang mempunyai tarif air paling murah sekarang. Negeri jiran kita, Perak juga memperkenalkan struktur tarif air yang baru. Apa yang membezakan adalah komitmen mereka untuk meringankan beban kewangan rakyat melalui subsidi. Pendekatan ini telah menjadikan tarif air Perak lebih rendah daripada tarif kita. Kita pun sepatutnya perlu memastikan rakyat Pulau Pinang tidak terbeban dengan kesan kenaikan tarif air ini.
Mulai 1 Mei tarif baru air di Perak ialah 75 sen setiap meter padu iaitu naik 5 sen berbanding hanya 70 sen sebelumnya. Kenaikan 5 sen itu melibatkan penggunaan sehingga 20 meter padu sebulan manakala caj bagi penggunaan 21 hingga 35 meter padu ditetapkan pada kadar RM1.08 berbanding RM1.03 sebelum ini. Penetapan kadar tarif air baharu air di Perak adalah jauh lebih rendah berbanding kadar purata 22 sen yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Penetapan tarif baharu berkenaan bagaimanapun tidak menjejaskan program air percuma 25 meter padu sebulan untuk golongan sasar dan program air percuma 20 meter padu untuk rumah ibadat. Bagi mengurangkan kesan perubahan tarif kepada pengguna domestik, Lembaga Air Perak (LAP) memberikan rebat pada kadar 40 sen setiap meter padu bagi
penggunaan sehingga 10 meter padu pertama sebulan iaitu bersamaan RM4 sebulan. Dengan rebat berkenaan, kadar purata tarif bagi penggunaan sehingga 20 meter padu dapat dikurangkan kepada hanya 55 sen sahaja bagi setiap meter padu berbanding 75 sen sekiranya tanpa rebat. Perbandingan rebat air yang diberikan kerajaan Pulau Pinang dengan negeri Perak jauh berbeza yang mana pengguna air di Perak lebih beruntung. Di Pulau Pinang, PBA memperkenalkan 2 rebat bersasar iaitu Rebat Mesra Keluarga dan Rebat Mutiara. Rebat Mesra Keluarga diberikan kepada golongan B40, pendapatan isi rumah RM2,250 sebulan atau ke bawah, bilangan isi rumah 8 orang atau lebih dan rebat RM10 sebulan untuk bil air. Saya ingat rebat ini memang sedikit orang akan dapat manfaat kerana isi rumah itu kena kurang RM2,250 dan mempunyai lebih dari 8 orang dalam keluarga itu. Seterusnya, Rebat Mutiara pula diberikan kepada penerima Skim e-Kasih, pendapatan isi rumah RM1,035 sebulan dan ke bawah serta rebat RM10 sebulan untuk bil air. Dalam pemberian rebat bil air ini ternyata Pulau Pinang tewas kepada negeri Perak.
Sebenarnya, rakyat tidak bantah kenaikan tarif air baru Pulau Pinang tetapi rakyat membantah kenaikan yang mendadak sehingga 200 peratus. Untuk itu saya mencadangkan kepada PBA agar pertama, perkenalkan kenaikan tarif secara berperingkat-peringkat ataupun tahun demi tahun. Kedua, penggunaan kiraan meter padu pertama ditambah daripada 40 kepada 50 penggunaan manakala meter padu kedua daripada 30 ke 40. Cadangan ketiga ialah supaya bacaan bil air dua bulan sekali ditukar kepada setiap bulan. Dengan kaedah yang dicadangkan ini ia dapat mengatasi keluhan rakyat. Ini kerana bayaran dua bulan itu menjadikan bayaran yang dibayar pengguna meningkat. Sebagai contoh, tarif lama RM35 kalau mengikut tarif baru ini lebih kurang lebih RM100 ke RM150 bil yang baru ini. Jadi, jika bacaan dibuat sebanyak 2 bulan sekali ia akan memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Sebagai contoh, jika pengguna itu bergaji RM2,500 sebulan dia perlu membayar bil air sebanyak RM50 sahaja setiap bulan, tetapi jika dikira dua bulan sekali jumlah yang dia kena bayar 2 bulan adalah RM100. Beban yang perlu ditanggung ini sangat dirasai rakyat. Sehubungan itu, saya memohon kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya memberikan rebat bil air yang berpatutan kepada rakyat bagi mengurangkan beban kewangan. Rebat sepertimana yang diberikan Kerajaan Negeri Perak kepada rakyatnya adalah contoh terbaik untuk mengurangkan sebahagian bil air yang dibayar rakyat. Sebagai Wakil Rakyat saya menyuarakan permohonan ini sebagai mewakili suara rakyat agar kerajaan memberikan rebat air kepada mereka. Saya mohon agar caj bil air dikira setiap bulan sebab ia akan mengurangkan beban bayaran berbanding 2 bulan sekali kerana jumlah bilnya menjadi lebih tinggi.
Kerajaan Negeri juga dicadangkan memperkenalkan kembali Surcaj Penjimatan Air atau ‘Water Conservation Surcharge’ yang pernah diperkenalkan di Pulau Pinang suatu ketika dahulu sebelum dimansuhkan. Sesiapa yang membazir air boleh dikenakan caj lebih tinggi, jadi PBA boleh mengaplikasikan kaedah kepada pengguna yang tidak berhemah dan membazirkan penggunaan air berbanding isi rumah biasa. Saya percaya kaedah caj tambahan ini boleh diterima rakyat kerana caj bil air lebih tinggi dikenakan kepada pengguna yang tidak tahu menjimatkan air. Saya sebagai Wakil Rakyat hanya menyuarakan masalah rakyat ini kepada Dewan yang mulia ini untuk perhatian Kerajaan
Negeri dan PBA serta dibahas, dan seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat. Saya juga difahamkan PBA merupakan sebuah syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia (Public Listed Company), justeru saya berpandangan adalah tidak munasabah PBA menaikkan tarif air kepada penduduk Pulau Pinang untuk mendapatkan dana daripada rakyat bagi menaik taraf infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan. Sebaliknya, jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain yang tersenarai di Bursa, syarikat itu perlu menggunakan dana sendiri atau mencari jalan mendapatkan dana sendiri untuk menaikkan taraf perkhidmatan dan kemudahan sebelum membuat keputusan menaikkan caj. Jadi, saya berpandangan keadaan menjadi terbalik dengan PBA ini, tidak sepatutnya mereka berbuat demikian. Untuk jangka masa panjang 5 tahun atau 10 tahun, tarif yang tinggi yang telah dinaikkan ini menjadi keuntungan besar PBA selepas semua infrastruktur dinaik taraf, maka keuntungan besar ini akan jadi dividen kepada pemegang saham bukan rakyat. Oleh itu, PBA sebagai sebuah ‘private listed company’ yang juga sebagai sebuah syarikat yang memonopoli air tidak patut mengaut keuntungan dari rakyat kerana rakyat tidak ada pilihan lain untuk memilih penyedia utiliti air selain PBA.
Setiap syarikat yang tersenarai dalam Bursa boleh membuat pembiayaan ekuiti ataupun (dengan izin)…equity financing iaitu proses mendapatkan modal melalui penjualan saham. Syarikat mengumpul wang kerana mereka mungkin mempunyai keperluan jangka pendek untuk membayar bil atau memerlukan dana untuk projek jangka panjang yang menggalakkan pertumbuhan. Peningkatan daripada pemegang saham sedia ada. Boleh juga melakukan private placement kepada pemegang saham baru. Mereka juga boleh mendapatkan pembiayaan luar. Sumber yang tersedia seperti bank atau beberapa institusi kewangan lain. Justeru, PBA sepatutnya mempunyai cara lain untuk meningkatkan dana, mempunyai banyak sumber sebagai sebuah syarikat tersenarai dalam Bursa dan bukannya menaik tarif air untuk mendapatkan dana dan menaikkan infrastruktur mereka. Saya ingat ini adalah terbalik kerana sesebuah syarikat kena mempunyai dana sebelum menaikkan tarif memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat negeri Pulau Pinang . Saya ingat ini perlulah diteliti semula oleh PBA kerana sehingga sekarang tarif air dinaikkan tapi dari segi servicing yang kita terima ini memang adalah di kelas yang terendah. Kita selalu terima aduan tentang isu kes-kes low pressure, kes-kes kebocoran dan banyak tempat yang tidak dapat terima air. Saya ingat yang paling terkesan adalah Teluk Bahang.
Barat Daya.
Barat Daya yang terkesan sekali. Di sini saya sambung. Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua tentang isu TNB pula juga adalah satu yang amat terkesan untuk rakyat di seluruh Malaysia pada masa sekarang ini. Surcaj Faktor Kuasa ataupun (dengan izin)…power factor surcharge terutamanya memberi kesan kepada semua pelanggan TNB disebabkan oleh jentera yang lebih lama atau jenis motor/transformer/balast
pencahayaan tertentu yang mungkin menyebabkan faktor kuasa yang lebih rendah. Dengan mengecaj PFS, TNB berjaya mengurangkan kerugiannya tetapi ini tidak membantu menyelesaikan punca masalah yang akan terus membazir elektrik dan tidak memberi manfaat kepada alam sekitar terutamanya apabila bahan api yang tidak diperbaharui digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Saya juga difahamkan dengan adanya Surcaj Faktor Kuasa ini bil elektrik biasa akan meningkat sebanyak 20 peratus. Memandangkan TNB tahu perniagaan mana yang menghadapi isu ini apabila mereka boleh mengenal pasti perniagaan ini untuk mengenakan PFS, (Power Factor Surcharge), mereka sebaliknya harus mendidik dan menasihati pengguna ini untuk menggunakan jentera alternatif yang lebih cekap dan bermanfaat kepada alam sekitar. Kemenangan tiga kali ganda untuk perniagaan TNB dan persekitaran berbanding sekarang, PFS hanya menghukum perniagaan hanya TNB menang tetapi kerugian perniagaan dan persekitaran.
Pemasangan meter pintar bertujuan untuk memperkasakan penggunaan dengan data penggunaan yang akan membantu mereka mengubah gaya penggunaan elektrik. Bagaimanapun, dengan sebilangan besar pengguna menghadapi bil elektrik yang lebih tinggi selepas pemasangan meter pintar, keyakinan pelanggan terhadap meter pintar kini sangat rendah. Kenaikan bil elektrik TNB mula dirasai apabila cukai perkhidmatan (SST) sebanyak 8 peratus dikenakan kepada pengguna domestik berbanding 6% sebelumnya. Bagaimanapun, TNB memaklumkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt sejam (kWj) atau tidak melebihi RM231.80 dan ke bawah tidak dikenakan cukai SST. Ini melibatkan 85% pengguna domestik. Kadar baru ini bagaimanapun akan memberi kesan kepada kira-kira 1.2 juta isi rumah yang menggunakan 601 hingga 1,500 kilowatt sejam. Kerajaan telah meluluskan skop perkhidmatan yang dikenakan cukai dan meningkatkan kadar cukai kerajaan untuk melonjakkan kedudukan fiskal negara. Bagaimanapun tiada jaminan tidak berlaku kenaikan bil elektrik kepada 85 peratus pengguna domestik ini kerana TNB telah memperkenalkan Surcaj Faktor Kuasa, misalnya bila cuaca panas isi rumah lebih kerap menggunakan pendingin hawa termasuklah pada waktu malam. Malah bukan pelik ada rumah mempunyai dua (2) hingga tiga (3) pendingin hawa termasuklah rumah di flat dan rumah di kampung. Kadar penggunaan elektriknya juga berbeza mengikut horsepower unit pendingin hawa yang lebih besar menggunakan lebih kilowatt elektrik. Jadi, ini meningkatkan bil elektrik melebihi RM220 sebulan. Jika, kita juga bimbang kesan kenaikan cukai perkhidmatan kepada bil elektrik komersial seperti kedai, kilang dan gudang akhirnya akan disalurkan pula kepada pengguna iaitu rakyat. Kos tambahan ini akan membebani rakyat. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam sesi perbahasan kali ini. Sekian, terima kasih dan saya memohon menyokong.
Terima kasih Batu Lancang. Ahli-ahli Yang Berhormat maka kita berada dalam sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 pada 24 Mei yang lalu. Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa yang ingin mengambil bahagian dahulu? Sila Sungai Dua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua dan juga Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian.
Saya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sebagai Raja Permaisuri Agong.
Pada kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang telah menaungi negara selama lima (5) tahun yang lalu dengan penuh cabaran, adil dan bijaksana. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak yang telah menyampaikan ucapan perasmian di dalam persidangan DUN bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, bagi Penggal Yang Kedua yang ada ini. Tuan Speaker, kemudiannya saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mantan ADUN Sungai Bakap, Allahyarham Abang Zam yang telah meninggal dunia pada Jumaat lepas. Saya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 selepas persidangan pada hari Jumaat lepas. Saya bergegas ke Hospital Seberang Jaya dan sempat menemui beliau dalam keadaan yang sangat kritikal pada ketika itu dan sempat mentalkinkan kepada beliau dan selepas saya meninggalkan beliau untuk pergi menunaikan sembahyang Jumaat, lapan minit selepas itu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kita hadiahkan bagi yang Islam kita hadiahkan Fatihah kepada Almarhum, Al-Fatihah. (Bacaan doa). Semoga roh beliau ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Para hadirin yang sekalian, giliran kematian ini akan berlaku kepada semua manusia. Semua manusia. Orang yang terdahulu daripada kita telah pun meninggalkan kita, semua kembali sama ada yang ada nama yang tidak ada nama, yang ada jawatan tidak ada jawatan. orang kecil ataupun orang besar, semuanya kembali kepada Allah SWT, kembali meninggal dunia. Kullu nafsin dzaiqatol mautu, tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai mati dan ainama tak yudrikkumul-mautu walau kuntum jim musyayyadah, di mana saja kamu berada kematian pasti akan menemui kamu sekalipun kamu berada di planet buruj ataupun di menara yang tinggi maka kamu tidak akan dapat melarikan diri apabila tiba ajal kamu. (Bacaan ayat al-quran), apabila tiba ajal kamu, kamu akan dimatikan dan tidak terdahulu barang sesaat dan tidak akan ditangguhkan barang sesaat.
Mati adalah pasti, hidup InsyaAllah seperti mana yang dikehendaki oleh Allah. Panjang mana umur kita lama masa lama mana kita berada di atas muka bumi ini iaitu adalah untuk diuji. Di dalam Islam diajar iaitu lah kita di dalam menuju kematianlah kita hidup (bacaan ayat Al-Quran) dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menyerah diri kepada Allah SWT mengisi kehidupan menuju kematian dengan sebaik-baik iaitu lah aktiviti-aktiviti yang boleh menjadikan bekalan untuk kita berkelana di alam abadi iaitu di alam akhirat. InshaAllah, kami di peringkat pembangkang akan meneruskan lagi perjuangan ataupun kesinambungan perjuangan Allahyarham Abang Zam di DUN Sungai Bakap bagi membela kebajikan masyarakat di sana.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kita sudah berada dalam Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15 dalam tempoh 10 bulan bermula daripada tarikh angkat sumpah sebagai ADUN. Kami di blok pembangkang akan meneruskan peranan untuk melaksanakan semak dan imbang dalam usaha mencapai dua (2) objektif yang utama penubuhan kerajaan iaitu menunaikan amanah dan menunaikan ataupun menegakkan keadilan. Berdasarkan kepada firman Allah SWT (bacaan surah An-Nisa ayat 58), “Sesungguhnya Allah Taala menyuruh kepada kamu, ayat ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin supaya menunaikan amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia maka Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhanNya itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Taala Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”.Saya mengucapkan tahniah kepada empat (4) agensi Kerajaan Negeri yang menerima anugerah di Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2023). Walau bagaimanapun masih banyak yang perlu diperbaiki oleh kerajaan terutama dalam menjaga hubungan dengan masyarakat dan juga menjalankan hubungan juga dengan ADUN-ADUN pembangkang yang dipilih oleh masyarakat. Sehingga kini surat yang saya hantar yang bertarikh 18 September 2023 untuk mengunjungi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang masih tiada response sampai hari ini. Tak ada response pasal apa, pasal saya pembangkangkah? Pasal pembangkangkah? Kita nak buat kunjungan ke Majlis Bandaraya Seberang Perai yang mendapat pengiktirafan. Surat ada bukti surat ada di sini.
Saya juga telah menghantar surat kepada Timbalan Ketua Menteri I selaku Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada tarikh 15 Februari 2024, juga tiada response. Begitu juga surat yang dihantarkan kepada Pusat Urus Zakat ataupun Zakat Pulau Pinang yang memaklumkan akan bagi tarikh untuk lawatan dan kunjungan hormat tapi sampai sekarang tak ada tarikh, belum ada tarikh lagi. Surat yang saya hantar pada 26 September 2023. Namun sehingga ke saat ini belum ada lagi tarikh. Kita nak buat kunjungan ada perkara-perkara yang kita nak bincang tapi kenapa yang payah sangat ni. Apa masalahnya? Kita dalam pentadbiran patutnya ada surat bagi kena balas, kena response. Kalau tak response ni apa cerita.
Mohon pencelahan sikit.
Ya, sila.
Terima kasih YB Sungai Dua atas apa yang telah disebut tadi dan saya juga terkilan apabila diberitahu berapa surat yang telah diutus oleh Ketua Pembangkang yang tidak mendapat response untuk dikunjungi termasuklah daripada Timbalan Ketua Menteri I. Jadi saya nak penjelasan adakah surat itu dibalas dan tarikhnya tak dapat diberikan ataupun tiada response langsung, sama ada melalui surat ataupun email dan seumpamanya. Dan kalau kita lihat situasi sedangkan Padang Kota sendiri Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita boleh menerima kunjungan daripada blok pembangkang masa sesi sidang lepas. Jadi kalau Ketua Menteri sendiri boleh menerima kunjungan kita yang diketuai oleh Ketua Pembangkang kenapa tidak dengan Timbalan Ketua Menteri I dan lain-lain agensi.
Terima kasih Penaga. Ada yang response, ada yang tak response langsung. Ada yang response tapi tak bagi tarikh, response akan bagi tarikh tapi tak bagi tarikh.
Tuan Yang di-Pertua, penjawat awam merupakan tulang belakang dalam menjalankan peranan dan objektif kerajaan. Gerak kerja mereka yang professional akan melicinkan pentadbiran dan hasilnya akan dirasai oleh seluruh rakyat di negeri Pulau Pinang . Malangnya terdapat sebahagian penjawat awam yang tidak dapat bertindak secara professional kerana menerima tekanan daripada pihak atasan. Sebagai contohnya pihak sekolah diberi amaran agar tidak menerima kek, terima kek pun sempena Hari Guru daripada ADUN-ADUN Pembangkang dalam sekolah kawasan kita, kita nak bagi kek nak menghargai kepada guru-guru tu pun tak boleh bagi, tuan-tuan tengok ni, arahan. Apalah punya politik macam ni kita tak tahulah. Begitu juga pegawai-pegawai kerajaan ditekan agar tidak bergambar dengan kami ADUN-ADUN. Nak bergambar pun tak boleh, Lailaha Illallah. Awat jadi sampai tara tu punya takut. Dahsyatnya kami.
Saya pun boleh lah.
Gambar dimuat naik dalam sosial media yang telah diarahkan supaya turun. Bawa turun buang bawa keluar buang upaya dipadamkan di delete. Tidak pelik apabila Indeks Kebebasan Media Dunia untuk Malaysia jatuh 34 anak tangga ke kedudukan 107 berbanding dengan 73 pada tahun lepas apabila diperintah oleh mereka yang tidak berani
ditegur dan menggunakan kuasa mereka untuk menghalang info daripada pembangkang kepada rakyat, boleh rujuk, boleh rujuk kepada Astro Awani Berita Malaysia. Seakan-akan kami ini macam dengan penjenayah kami ini macam penjenayah sampai macam tu sekali. Perkara ini tuan-tuan yang dikasihi sekalian, politik ini politik kitar semula, politik ini didedahkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran firman Allah S.W.T (bacaan ayat Al-Quran) memperbodoh-bodohkan oleh firaun akan kaum dia sama ada tekan depa, sama ada ugut mereka arahkan mereka sehinggakan orang yang sepatutnya produktif boleh bekerja boleh menghasilkan ini jadi tak produktif jadi bodoh. (Bacaan ayat Al-Quran) dengan sebab itu mereka taat akan dikau, innahum, sesungguhnya mereka itu kalau orang mengaji bahasa arab ini satu penegasan (ayat Al-Quran) juga mana satu penegasan khauman fasiqin ialah kaum yang rosak. Sebab itulah kita membuat teguran di dalam Dewan yang mulia ini supaya...(gangguan)
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh mencelah sedikit?
Boleh, sila.
Sedarkah Ketua Pembangkang ada satu gambar ketika suatu lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Terengganu baru-baru ini background gambar tu tanpa gambar Perdana Menteri di Terengganu, apa komen Ketua Pembangkang terhadap isu ini.
Terhadap apa?
Tidak ada gambar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika Perdana Menteri bersama dengan Menteri Besar Terengganu.
Yang itu kena tanya orang Terengganu, tanya orang Pulau Pinang tak boleh hendak habaq. Politik ini adalah merupakan politik gimbaran, politik gimbaran ini adalah politik jamu telur ayam, adakah patut hantar orang pi check di sekolah hantar ini, ini adalah perkara yang sangat tak patut ketinggalan zaman dah tindakan seumpama ini. Tuan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, habis dah setakat itu bab penjawat awam ini kita harap diambil perhatian. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu sedar bahawa masyarakat di Pulau Pinang pada hari ini menghadapi tekanan kerana kos barang yang
meningkat. Data daripada agensi statistik negara Malaysia menunjukkan bahawa Pulau Pinang ialah negeri yang tertinggi inflasi dalam negara pada April 2024 di mana nilai inflasi daripada di negeri ini ialah 3.2 peratus berbanding purata inflasi negara sebanyak 1.8 peratus untuk tahunan Pulau Pinang adalah di tangga kedua di bawah negeri Sarawak. Tiga (3) kategori inflasi yang tertinggi di negeri ini sehingga bulan April ialah yang pertamanya perumahan, utiliti, gas dan bahan api yang lain sebanyak 6.5 peratus. Restoran dan perkhidmatan penginapan sebanyak 4.3 peratus dan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan lain perkhidmatan sebanyak 3.3 peratus boleh rujuk di dalam apa nama press yang telah memberikan apa nama ini hasil kajian kajian mereka. Kesan kemerosotan nilai ringgit, kenaikan kos utiliti seperti elektrik dan bahan api, kenaikan cukai SST daripada enam ke lapan peratus dan kenaikan kos bahan mentah yang digunakan menyebabkan peniaga terutamanya peniaga kecil dan sederhana terpaksa menaikkan harga barangan mereka bagi menampung kos perniagaan mereka. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada pengguna yang terpaksa membeli barang pada harga yang lebih tinggi ataupun tidak berbelanja untuk hendak menjmatkan wang. Perkara ini boleh dilihat di mana peniaga-peniaga Bazar Syawal di Tingkat 3, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) yang mengalami kerugian ketika berniaga di bulan Ramadan yang lalu, ada yang menyatakan tahun ini adalah tahun yang paling teruk dalam sejarah perniagaannya di ruang legar tersebut sejak lebih daripada 30 tahun. Sehingga ini Kerajaan Negeri dilihat gagal menyediakan pelan untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang yang sedang dihadapi oleh rakyat pada hari ini.
Tuan Speaker, harga barang-barang kita ini kita yakin semestinya akan terus melonjak apabila subsidi minyak ditarik balik oleh Kerajaan Persekutuan yang akan dimulakan dengan penarikan subsidi diesel tidak lama lagi. Ayat muzium, “Hari ini kita menang, esok minyak turun”. Turun sungguh turun dalam tangki. Tak boleh, sepatutnya dimasukkan dalam sillibus pelajaran sejarah, dimasukkan dalam muzium dah, tak ada kerana tak boleh dilaksanakan oleh orang yang berkata. Di mana formula-formula yang dicanang selama ini untuk membantu rakyat sebelumnya memang yang sebelum menang menjadi kerajaan banyaklah formula-formula yang dicadangkan. Kami berharap agar kerajaan yang memerintah hari ini agar lebih serius turun ke bawah menyelami betul-betul masalah ini dan menyediakan solusi yang dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat dan rakyat yang ada pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, lebih teruk lagi ketika mana harga barangan semakin meningkat berlaku kesukaran rakyat di negeri ini untuk mendapatkan ataupun membeli beras tempatan di pasaran. Kita boleh turunlah ke pasar raya-pasar raya yang ada pada hari ini dan lihat berapa banyak pasar raya yang ada jual beras tempatan di pasaran. Saya yakin kebanyakan tidak ada, apalah yang kita hendak banggakan dengan hasil pengeluaran padi yang tertinggi dalam negara ini selama 6 tahun berturut-turut sekiranya penduduk negeri sendiri termasuk di kalangan pesawah padi dan orang yang berada di sekeliling sawah padi itu terpaksa membeli beras import kerana tiadanya beras tempatan di negeri sendiri. Ibarat pepatah menyatakan “ayam dikepuk mati kelaparan”, tempat tanam padi kita tidak boleh makan beras tidak boleh makan hasil yang kita tanam. Kita terpaksa makan beras hasil import, itulah hakikatnya yang berlaku.
Daripada data yang saya perolehi hasil pengeluaran padi negeri ini adalah sebanyak 5.11 tan metrik pada tahun 2018, 5.49 metrik tan pada tahun 2019, 5.24 metrik tan tahun 2020, 5.68 metrik tan tahun 2021, 5.44 metrik tan tahun 2022 dan turun sedikit pada tahun 2023 dengan 5.22 metrik tan dan pada tahun ini oleh kerana kemerosotan hasil yang tinggi yang dialami oleh pesawah padi khususnya pesawah padi yang berada di dalam kawasan Sungai Dua depa mari jumpa dengan saya dan menyatakan modal sekurang-kurangnya untuk mendapatkan modal bagi satu relong, satu relong bendang ini ialah sebanyak 5.3 tan kalau tidak dapat 5.3 tan, kalau tak dapat 2.3 tan maka tidak dapat modal, tidak dapat modal dah. Hari ini ada yang mendapat bawah daripada 2 tan padi, pesawah-pesawah padi ini mengalami kerugian pada tahun ini. Daripada data yang saya perolehi, tahap sara diri atau pun SSL pada tahun 2022 ialah sebanyak 68.62% keperluan rakyat di negeri ini, dimanakah beras-beras tempatan ini yang sepatutnya memenuhi 60 peratus keperluan negara? Keadaan ini cukup menyusahkan rakyat sehingga umat Islam di negeri ini menjadi bingung untuk hendak membayar kadar zakat, zakat fitrah, zakat fitrah tiap-tiap tahun kita kena bayar jadi rakyat di negeri ini bingung memandangkan kadar zakat fitrah dibayar mengikut jenis beras yang dimakan. Akhirnya Mufti terpaksa kena bersuara menyatakan hukum harus bayar pada kadar rendah yang ditetapkan memandangkan keadaan terdesak. Jadi sebab dok makan beras import tadi tak tahu orang pun pening kepala nak bayar beras macam mana, nak bayar beras mahal jenuh nak keluar duit yang banyak pula. Orang Islam ini anak ramai, minta maaf berbanding dengan orang Tionghua jenuh kami apa nama ni anak ramai paling kurang pun kalau dekat sini berapa dah, kalau ADUN Penaga pun banyak dia banyak anak, dia produktif. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan dalam mengurus keperluan beras yang menjadi makanan asas negara ini. Bukan sekadar menyusahkan rakyat pada fizikal hatta memberi kesan kepada hukum yang perlu ditunaikan oleh umat Islam di dalam negeri ini. Sebab itulah adakah dalam masalah pengurusan beras ini kerajaan gagal mengawal kartel-kartel beras yang berleluasa sehinggakan beras ini tang mana dia bawa pi pun kita tak tahu sehinggakan kita terpaksa kena makan beras import.
Tuan Yang di-Pertua, apabila menyebut tentang beras kita tidak boleh melupakan kebajikan pesawah-pesawah padi yang menyediakan sumber makanan asasi kepada kita. Para pesawah hari ini mengalami masalah yang perlu dipandang serius oleh kerajaan, hasil padi mereka yang mereka usahakan tidak menjadi kebelakangan ini telah menyebabkan mereka mengalami kerugian dan pendapatan mereka terjejas seperti mana saya sebutkan tadi satu relong padi perlu mendapatkan 2.3 tan untuk mendapat modal kerana bawah daripada itu rugi. Sekarang ini mereka tidak, hasil yang mereka perolehi daripada musim ini kurang daripada 2 tan jadi pesawah padi dia nak buat sauk hendak buat pula dalam keadaan mereka rugi maka apakah langkah-langkah diambil oleh kerajaan untuk membantu petani-petani ni, kebajikan kepada petani-petani ataupun pesawah padi. Berdasarkan kiraan pesawah kos penanaman padi RM3,350.50 untuk satu relong sawah padi itu modal dia untuk mendapatkan keuntungan bagi satu relung pesawah padi ini mereka perlu mendapatkan hasil melebihi 2.3 tan, namun hasil yang diperolehi rata-rata pesawah padi pada hari ini adalah di bawah 2 tan. Masalah benih padi pula menjadi mahal jika sebelum ini boleh dapat dalam RM35.00 untuk satu beg benih padi namun sekarang untuk mendapatkan satu beg benih padi harga mencecah sehingga RM80.00. Itu belum mengambil kira tiada bekalan benih dan kualiti benih padi
yang rendah, saya ingin tahu apakah usaha kebajikan pesawah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua, kita berpindah pula kepada masalah air di mana dalam Islam ini Nabi S.A.W bersabda (Bacaan ayat Al-Quran) “Manusia bersekutu di dalam tiga (3) perkara. Yang pertamanya padang peragutan rumput, yang keduanya pada air dan juga yang ketiganya pada api”. Maka sudah tentulah tiga perkara ini perlu diberikan perhatian serius kerana tiga perkara ini dikongsi oleh semua manusia tak kira kanak-kanak ataupun dewasa tak kira apa bangsa tak kira apa agama semua yang katakan manusia ni perlukan kepada air maka air perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. Kerajaan mestilah menitikberatkan kebajikan kepada rakyat dalam isu air ini, apabila kita berbicara tentang keperluan asas kita perlu sedar bawa Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang sentiasa mengalami masalah bekalan air, paling ketara berlaku gangguan bekalan air tahun ini pada bulan Januari yang lalu apabila hampir satu Pulau Pinang melibatkan 590,000 akaun pengguna mengalami masalah ketiadaan air. Baru berapa hari saja tukar valve habis jadi kelam kabut kita satu Pulau Pinang ini, daripada LRA keluar daripada LRA Sungai Dua ada valve yang bocor yang perlu diperbaiki bila hendak perbaiki berapa hari saja tapi menjadi orang kata gempak-gempita habis satu Pulau Pinang. Saya tengok dalam satu ini berapa MP dan juga ADUN-ADUN daripada kerajaan buat satu tulis surat kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri nampak kritikal sepatutnya duduk sama-sama berbincang bagi mencari solusi tapi ini kita tak tahulah mungkin orang kata atas desakan rakyat, rakyat ini maklum sahaja kawasan, kawasan saya tak berapa banyak rumah-rumah flat ini, rumah pangsapuri tapi mungkin belah-belah Tanjung sana banyak rumah bayangkan macam mana air nak disedut naik ke atas orang yang duduk di atas bagaimana dia mendapatkan bekalan air, tangki-tangki yang nak dibeli tong tong yang dibeli untuk mengisi air yang besar-besar takkan nak beli timba tak cukup kena beli tong besar, bila beli dahlah kos dia mahal kemudiannya bila dah beli nak tauk pi tang mana nak pi sumbat tang mana nak pi taruh tang mana selepas tak digunakan. Ini menjadi masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan rakyat kita, ialah isu air. Sebab itulah sepatutnya kerajaan mempunyai persediaan dalam bab gangguan air. Itu belum lagi krisis air kita baru gangguan kalau krisis air, SPAN boleh arahkan tanker daripada Kedah untuk bantu. SPAN boleh arahkan tanker daripada Perak untuk datang untuk bantu apa menyalurkan bekalan air tetapi oleh kerana gangguan air, gangguan, bermakna kita sepatutnya merancang, sepatutnya kena merancang bagaimana kita nak orang kata apa nak memberikan atau menyalurkan bekalan air kepada rakyat kita dalam masalah gangguan bekalan air yang kita tahu iaitulah kita nak repair valve. Kita tahu dah tapi sejauh mana bantuan diberikan kepada rakyat. Saya rasa saya duk Sungai Dua ni tak besarlah sangat bila repair, repair air sampai kat saya dulu, tak ada masalah sangat. Tapi jangan kata tidak ada masalah. Bila valve dah repair tekanan menjadi tinggi pula, beberapa biji rumah di Sungai Dua utama di kawasan saya balik-balik banjir di rumah mereka kerana apa, kerana valve yang kuat itu menyebabkan kepala paip di dalam rumah mereka tercabut. Ada joint paip dan rumah mereka tercabut sehinggakan berlaku banjir dalam rumah mereka.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masalah apa nama ni air ni saya difahamkan daripada jawapan Parlimen oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, kerugian
daripada krisis ataupun gangguan bekalan air tempoh hari adalah sebanyak RM10 juta ringgit. Saya mohon agar kerajaan dapat menjelaskan kerugian ini mengikut sektor yang terlibat. Sejauh manakah Kerajaan Negeri membantu mereka yang mengalami kerugian ini terutamanya peniaga-peniaga kecil yang terpaksa menutup perniagaan mereka disebabkan ketiadaan bekalan air. Penduduk-penduduk pula terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli bekas-bekas air yang besar seperti mana saya sebutkan tadi, tiada tempat untuk simpan bekas tersebut apabila tidak lagi digunakan. Mengapa tiada rebat atau tiada rebate daripada PBA disebabkan banyak kerugian yang dialami oleh rakyat. Terdapat juga kawasan-kawasan yang berterusan sentiasa ada masalah ketiadaan air. Contoh jelas kita lihat masalah tiada bekalan air yang sering berlaku di kawasan Barat Daya Sebarang Perai Selatan lebih spesifik lagi kita boleh lihat masalah bekalan air yang berlarutan lebih lima (5) tahun berlaku di Mukim 5 terutamanya Taman Widuri dan sekitarnya sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan.
Ya saya teruskan. Masalah ini telah diperjuangkan oleh Allahyarham Abang Zam mantan ADUN Sungai Bakap sebelum ini. Sejauh mana PBA melihat masalah ini sebagai satu masalah yang serius bagaimana sekiranya masalah ini berlaku di tempat kita sudah tentu kita mahu agar masalah ini diselesaikan dengan segera. Baru empat (4), lima (5) hari pun kita kelam kabut dah, ni depa lima (5) tahun, Tuan Speaker masalah air Pulau Pinang tidak sekadar terhenti disitu. Kenaikan tarif air sepertimana diperkatakan oleh rakan-rakan, rakan-rakan ADUN sebentar tadi Kerajaan Persekutuan menaikkan tarif elektrik pada tahun ini telah menambahkan lagi tekanan kepada rakyat. Rata-rata rakyat mengadu kenaikan bil air meningkat dua kali ganda seperti mana disebutkan tadi dalam bil mereka yang terbaru. Bil air yang dikira dua (2) bulan sekali telah memberi kesan teruk kepada rakyat apatah lagi kepada rumah-rumah yang mengalami masalah kebocoran paip dalam tanah. Dua bulan kalau berlaku bocor dalam tanah tak dapat dikesan baru 2 bulan baru nak dapat detect, baru nak detect atau boleh ada kesan. Bila kesan itu kena kena bil berjalan dan sudah tentulah kena bayar. Saya sendiri yang mengalami. Bila dapat bil tiba-tiba RM9,000., RM9,000 saya pi sewa rumah di Sungai Dua nuh buka. Rupa-rupanya paip itu di bawah beam sana tak dapat dikesan di berdekatan dengan sungai dari tidak tidak dapat dikesan aliran air kebocoran di mana. Tau tau mai bil RM9,000, sementara nak repair naik RM11,000. Allah taktau nak habaq, jenuh kita. RM11,000, RM11,000 elaun tu melayang macam tu saja. PBA tolong ambil perhatian lah. Ni mau kena orang susah, kena orang lain macam mana? Banyak yang sekian kena, kebocoran.
Bangun mencelah.
Bil mereka melambung apabila dikira kebocoran selama dua bulan.
Sungai Dua.
Sebab tu kita mencadangkan supaya, supaya biarlah bacaan itu sebulan sekali. Dah la kalau kata ada kebocoran ataupun apa-apa yang tak dapat dikesan, sebulan dengan dua bulan ni mana lama. Dua bulan lama lagi. Kalau 2 bulan dia kira, lebih teruk lagi lebih parah lagi. Ya sila Pulau Betong.
Terima kasih pada Sungai Dua. Sekarang kita hendak maklumkan Yang di-Pertua, makluman yang terkini sehingga hari ini, Balik Pulau iaitu flat Taman Seri Indah masih tidak mendapat air. Jadi kita harap semoga PBA dapat mengambil tindakan dengan drastik kerana sehingga hari ini flat Taman Seri Indah blok 1, blok 2 sehingga blok 6 masih ketiadaan air. Terutama sekali yang berada di tingkat atas, air tidak dapat naik. Kita harap keprihatinan PBA sangat-sangat diharapkan semoga dapat ditangani dengan segera. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit lagi menyambung tentang isu air ini, dimana PBA ni, operator air yang tak mengalami kerugian sebenarnya. Seperti mana sahabat kita katakan tadi sebab DUN kita kata tadi disenaraikan di bursa saham, tak rugi. Sepatutnya kita jangan guna alasan ayaq kita rendah, harga air kita rendah kita nak penaik. Sepatutnya kita berbangga kerana kita air kita rendah dan kita boleh memberikan kebajikan kepada rakyat sepatutnya kita bangga. Dan sepatutnya kita mengikut langkah Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan 20 meter padu air kepada rakyat. Percuma. Selangor tu sama-sama Kerajaan Perpaduan juga kan, kalau boleh kita contohi itu adalah sebaik-baiknya. Walaupun dia bagi pada zaman Pakatan Rakyat dulu ni. Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah penduduk rata-rata di Sungai Dua, baik di mana-mana saya pergi, menyatakan tidak puas hati dengan kenaikan 200% bilangan bil air ini. Penduduk orang kata apa rata-rata di kampung ni merasa tertekan sungguh dengan kenaikan ini. Kami juga ingin tahu perkembangan usaha Kerajaan Negeri Perak untuk menjual air terawat kepada negeri kita. Dalam sidang DUN yang lepas, kita sudah termaklum bahawa kerajaan Perak telah bersetuju untuk menjual air terawat kepada kita namun mengambil masa beberapa tahun untuk nak disalurkan ke negeri kita. Namun pada awal Mei ini, Perdana Menteri kita telah datang ke Pulau Pinang dan berkata dan beliau menyatakan Perak setuju menjual air ke Pulau Pinang serta akan disegerakan. Adakah ini bermaksud kita akan mendapat air dalam tempoh yang terdekat, apakah garis masa penyaluran air ini kepada kita, mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, sungai adalah sumber utama bekalan air mentah, namun rata-rata sungai di Pulau Pinang didapati tercemar. Lembangan Sungai Perai antara contohnya yang tercemar tahap tiga. Antara punca pencemaran sungai ini ialah disebabkan oleh pembuangan najis babi tanpa kawalan
daripada ladang ternakan. Sungai Kereh, sungai yang semua diketahui bahawa sungai yang tercemar teruk dengan najis babi. Dia bukan dekat Sungai Kereh saja, Sungai Kereh mengalir-mengalir daripada Permatang Berangan masuk ke Sungai Dua, masuk ke dalam kawasan saya. Di Lahar Yooi kalau kita pergi tengok, saya menjemputlah kepada semua-semua pemimpin untuk turun tengok. Turun tengok betapa teruknya pencemaran. Ikan pun tak boleh hidup. Ikan pun teruk.
Turunlah.
Kemudian apa nama ni, dia bukan itu saja dia mengalir sampai masuk dalam, dalam sungai Perai lalu kot apa nama tempat, apa nama ni rekreasi, rekreasi di apa nama ni Air Hitam Dalam. Tempat orang nak pi berkelah lalu situ tempat itu tercemar. Perkara ini sudah lama dibangkitkan. Ada solusi yang saya dengar telah dicadangkan oleh pihak kerajaan namun masih gagal untuk diselesaikan sampai ke hari ini. Maka perkara ini ditanggung ataupun dialami sendiri oleh masyarakat yang berada di Permatang Berangan, Sungai Dua. Mereka yang mengalami kerugian terdiri daripada nelayan Sungai Petani dan juga zon pelancongan Air Hitam disebabkan masalah ini. Selain itu juga nelayan sungai memberitahu, mereka memberitahu saya tentang jambatan di Chai Leng Park. Saya rasa tempat Dato’ speaker, Dato’ speaker duduk situ, Chai Leng Park ini yang merentasi sungai Perai menjadi punca aliran air sungai tersekat dan juga bebanan-bebanan sampah yang terlekat di situ oleh kerana jambatan tersebut dibuat ada macam dengan terowong. Nelayan-nelayan sungai pun kalau nak melintasi itu kalau air tinggi depa tak boleh lintas. Maka perlulah ada satu kajian dan juga mungkin kena ada satu rancangan baru untuk menaiktarafkan jambatan tersebut supaya laluan air itu lebih mudah dan juga orang yang nak melalui, nelayan yang nak melalui kawasan tersebut dapat melintasi tanpa ada sekatan. Dahulunya air laut masuk, bila air laut masuk, air masin masuk dia merawat sungai itu sebenarnya, merawat. Hari ini nelayan bagitahu sungai Perai semakin sempit. Kalau turun dia kata tambok. Tambok faham tak ni Pulau Pinang, tambok ataupun lumpur. Lumpur ni sampai sekerat ni. Dulu tak ada. Lumpur sampai sekerat ni. Jadi kalau ayaq laut masuk dia akan, dia akan aliran air akan jadi baik ataupun dia akan merawat sungai itu menjadi yang baik. Maka dengan sebab itulah maknanya, penaiktarafan jambatan Chai Leng Park itu yang selama ini menghalang, menghalang aliran air ataupun laluan air ini dengan dengan baik perlu dinaik tarafkan.
Sungai Dua, celah sikit.
Ya, sila.
Terima kasih, Dato’ Speaker. Cuma saya nak clarify lah, apa disebut tadi tentang pencemaran sungai dan lain-lain tu, adakah EXCO-EXCO yang berkaitan sedar ataupun aware mengenai ni hal ini.
Saya rasa isu ni lama telah pun orang kata apa dibahaskan, hatta ada satu penyelesaian yang saya dengar datangnya daripada Dewan yang mulia ini. Iaitu solusi untuk penternakan moden kepada khinzir ini. Kita tak tahu kenapa ia tidak boleh dilaksanakan dan kita melihat masalah ini belum boleh diselesaikan sampai setakat ini.
Tuan Yang di-Pertua, habis berkenaan dengan pencemaran air sungai. Apabila kita menyentuh tentang pendapatan tidak mencukupi terutamanya dalam kenaikan harga barang, takrif elektrik serta air, saya ingin mengetahui apakah status menoktahkan miskin tegar di Pulau Pinang. Sepertimana yang semua sedia maklum, Perdana Menteri telah mengisytiharkan Pulau Pinang akan mencapai status sifar miskin tegar pada bulan Jun ini.
Adakah masih relevan istilah miskin tegar yang merujuk kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM1,169 sebulan. Berdasarkan kos pembelian makanan bagi isi rumah dengan empat ahli keluarga, adakah dengan pendapatan isi rumah satu keluarga ini cukup untuk menghantar semua anak ke sekolah, membayar bil utiliti serta menyediakan makanan yang cukup untuk sebulan? Mohon penjelasan. Jika kita kira secara mudah, seorang anak diberi lima (5) ringgit untuk ke sekolah pada hari ini. Empat orang sudah 20 ringgit, sebulan ada 20 hari. Sebulan 20 hari waktu sekolah ataupun hari persekolahan. Satu keluarga perlu membelanjakan 400 ringgit untuk duit sekolah sahaja. Satu nilai yang cukup besar bukan hanya bagi miskin tegar sahaja hatta kepada golongan M40 ataupun M40 pada hari ini pun tidak mencukupi. Tuan speaker, apabila menyebut tentang kemiskinan antara perkara yang kita tidak boleh elak berbicara tentangnya ialah berkenaan dengan isu zakat. Ini kerana mereka terkandung dalam golongan asnaf yang boleh menerima zakat. Melalui firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud, “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin, amil-amil yang menguruskannya dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri dan orang-orang yang berhutang dan orang yang belanjakan pada jalan Allah SWT dan orang-orang musafir (yang keputusan), yang putus duit dalam perjalanan. Ketetapan hukum demikian ialah sebagai satu ketetapan yang datangnya daripada Allah. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” Saya amat risau apabila instrument zakat ini seolah-olah menjadi alat untuk berpolitik di negeri ini dan amalan sebelum ini semua ADUN termasuk pembangkang dilibatkan dalam menyenaraikan dan mengagihkan barang zakat pada bulan Ramadan. Kalau kita lihat kepada senarai skim agihan zakat tahun 2024 mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri, yang merupakan apa nama, soalan bertulis, jawapan kepada soalan bertulis kepada ADUN Penanti, saya melihat Sungai Dua, Sungai Dua tak ada seorang pun penerima. Kosong. Awat? Pasal
Ketua Pembangkang ka? Pasal Pembangkang ka? Ini senarai tuan-tuan, bukti. Ini betul kan? Betul. Pulau Tikus pun kosong, tak apalah Pulau Tikus bukan orang ni, tempat bukan Orang Islam. Tapi Sungai Dua, Sungai Dua masyarakat Islam ada di sana. Kenapa sampai jadi sampai sebegini? Saya amat risau. Namun suasana berbeza pada tahun ini apabila ADUN-ADUN Pembangkang tidak dilibatkan dalam menguruskan pembahagian zakat. Dulu Ustaz Yusni, dulu ADUN Penaga, dapat tak? Dapat. Mai tahun ini tak dapat, kami tak dilibatkan, tak panggil kita, tak pun panggil pejabat apa ni, sebab apa nama, masyarakat-masyarakat kita ataupun rakyat kita datang ke pusat khidmat ini, mereka adalah orang miskin. Zakat itu bukan untuk kami. Bukan untuk kita, untuk mereka, untuk mereka yang mustahik zakat, yang boleh menerima zakat. Apa masalah maknanya kami, kita orang kata menguruskan pengagihan zakat, apa masalahnya. Sebab itulah adakah cara ini Kerajaan Negeri melaksanakan keadilan kepada masyarakat di DUN pembangkang?
Tuan Yang di-Pertua, Apabila menyentuh bab pendapatan, saya juga ingin menyentuh tentang isu yang berkaitan dengan Penang Silicon Island ataupun PSI. PSI ini baru-baru ini saya turun, saya turun sendiri untuk tengok setelah mana saya menerima rungutan daripada nelayan-nelayan. Saya turun, saya naik perahu di Pengkalan Sungai Batu, naik perahu dan pergi tengok. Dari Pengkalan Sungai Batu itu, dulunya tak ada selut. Selut yang seumpama macam kalau kita nak tolak simen nak buat kepala simen tu kan, macam itulah keadaan air dia. Saya bawa sendiri untuk tuan-tuan tengok ni, tu dia ni. Ini bukan saya bercakap kosong ni, ni selut dia. Selut yang orang kata melanda di Pengkalan Sungai Batu baru empat bulan, orang kata apa, ditambak dah buat, buat dah tapi kenapa mitigasi ini menyebabkan orang kata apa, selut ini terlepas dan mengancam dan juga menyebabkan berlaku pencemaran. Itu yang kita pertikaikan. Kita sudah berbahas dan juga dan langkah-langkah diambil, ada EIA, DIA dan sebagainya. Syarat-syarat yang telah diletakkan untuk membolehkan pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar. Kita kena tau, kita berbelanja berbilion ringgit, kita kena tau di sana ada orang-orang yang terkesan hasil daripada ini. Nelayan-nelayan, golongan miskin, mereka mencari makan, itulah peluang mereka yang ada tetapi lihatlah bagaimana kedatangan selut ini. Tuan-tuan boleh nak hidup? Kalau lepas ikan ini boleh nak hidup dak dalam macam ini, macam ini punya keadaan selut macam ini, boleh lepas tak? Ada nelayan jawab, dia duk Teluk Kumbar, dia jawab bab Sungai Batu buat apa? Teluk Kumbar tu memanglah muara sungai air itu, dia keluar kelumbaq kotor tu, tapi ini Sungai Batu. Ini, yang saya ambil ni Sungai Batu. Sebab itu saya ingin tau berapakah kandungan pepejal terampai ataupun suspended solid (SS) di kawasan PSI bagi tahun ini. Adakah kandungannya masih lagi dalam skala yang dibenarkan dalam EIA ataupun sebaliknya. Daripada keadaan yang saya lihat dan mendapat maklumat daripada nelayan-nelayan di sana, saya dapati keadaan selut yang saya sebutkan tadi menyebabkan sumber laut semakin berkurangan.
Tuan Pembangkang, boleh saya mencelah?
Ini memberi kesan yang buruk kepada nelayan pantai yang terpaksa mencari ikan di tempat yang lebih jauh ataupun tempat orang lain. Dia terpaksa pergi jauh lagi. Dulu sekejap saja nak sampai ke tempat itu.
Mencelah Tuan Pembangkang.
Sila-silakan.
Okey. Dato’ Yang di-Pertua, hasil daripada isu yang dibawa oleh Ketua Pembangkang tadi mengatakan selut terdapat di kawasan-kawasan PSI menyebabkan adakah di situ menyebabkan nelayan-nelayan yang menangkap ikan di kawasan tersebut terpaksa pergi jauh daripada kawasan sekitar tier satu dan tier dua tidak boleh menangkap ikan terpaksa pergi kepada tier tiga, yang mana tier tiga ini tidak diberi pampasan langsung. Jadi adakah disebabkan hasil daripada selut-selut ataupun kekotoran yang berlaku daripada tambakan itu menyebabkan nelayan-nelayan tidak mendapat hasil di kawasan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Telok Bahang. Tuan Speaker, saya dimaklumkan hasil menurun mendadak. Saya turun waktu saya turun hari itu, saya tanya sendiri kepada orang yang sedang memukat. Saya tanya berapa kali labuh dah? Dia kata dua kali dah. Berapa ekor dapat? sembialn (9) ekor udang saja yang dapat. Itu sendiri, saya tanya sendiri. Tuan-tuan boleh saya jemputkan untuk turun sendirilah tuan-tuan tengok. Kita tengok dari jauh ni tak jadi. Tengok sendiri betul ke tak betulkah saya pembohong, Ketua Pembangkang bohong ka? Turun sendiri tengok. Saya ingat Batu Maung pun kawasan terlibat, kena turunlah, pi tengok berapa biji bot yang bagi katanya bagi pampasan berapa biji bot yang turun pergi ke laut? Atau belayar di atas darat sahaja. Berapa banyak lesen-lesen yang telah dibatalkan oleh perikanan oleh kerana tak turun ke laut? Jadi ini sandiwara nelayan dan juga ni sandiwara kepada PSI ini cukup maknanya menggusarkan kita melihatkan mana orang yang paling teruk yang kena adalah daripada kalangan nelayan. Saya, ayah saya orang, saya pernah menanya jadi nelayan, tapi oleh kerana saya tak boleh jadi nelayan ni sebab saya mabuk tu yang command saya sikit ni. Tapi adik-adik saya, keluarga saya, tokwan saya semua orang nelayan. Jadi cerita tentang nelayan ini ada dalam hati saya, menyentuh saya. Saya tau tentang nelayan. Saya tau tentang macam mana keadaan nelayan. Sebab itulah tuan-tuan yang dikasihi sekalian, kita nak buat ialah kita nak ekonomi kita baik tapi dalam masa yang sama kita kena ingat pencemaran kita kena tangani. Kalau kita tidak mahu maknanya
perkara ini berlaku dan terus berlarutan dan juga merugikan kepada rakyat kita sendiri maka kita kena tangani perkara ini supaya mitigasi tu janganlah sampai selut tu keluar. Kawal betul-betul. Kalau keluar sampai peringkat mencemarkan, kita kena berhenti projek itu. Buat maknanya ketatkan lagi langkah mitigasi supaya selut-selut ni tidak, orang kata tidak mencemarkan lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah kepada isu yang lain. Saya juga ingin membangkitkan isu berkaitan dengan asrama pekerja warga asing yang terletak di Teluk Kumbar. Saya menerima aduan rakyat di sana dan terus mendesak agar projek ni tidak dijalankan memandangkan projek ini akan memberi impak yang cukup negatif di sana daripada pelbagai sudut. Sudut jalan rayanya, dari sudut, apa nama, sosial masyarakatnya di sana, semuanya jadi masalah hari ini. Bayangkan bagaimana laluan jalan raya cukup bermasalah. Difahamkan daripada kalangan yang membantah ini adalah daripada termasuk parti politik, semua parti politik kecuali DAP je takdak. PKR pun turut membantah, UMNO pun turut membantah. Banyak yang lain turut membantah. Tau tentang bagaimana ADUN, apa nama ni ADUN Bayan Lepas sendiri pun membantah. Masyarakat di sana termasuklah maknanya persatuan PIBG sekolah-sekolah, termasuk juga saya tengok hari itu ada daripada tokong pun ada membantah juga. Menunjukkan bahawa kawasan di situ adalah sangat kritikal dan juga laluan di situ sangat kritikal yang mana saya rasa relevant lah bantahan mereka itu.
Kalaulah di Juru boleh dibatalkan buat asrama pekerja di sana, takkan di Teluk Kumbar tak boleh juga. Kita buat, kita batal ini untuk kebaikan kepada penduduk-penduduk yang berada di Teluk Kumbar. Dan saya mendapat maklumat tentang iaitulah bilangan pekerja asing yang berada di Pulau Pinang ini, 80 ribu berada di Pulau, 80 ribu berada di Seberang, lebih kurang 160,000 orang berada di Pulau Pinang ini. Esok kita buka Pulau Silikon, pekerja tempatan kita ataupun pekerja asing yang kita nak bawa mai, nak tambah pekerja, sebagai pekerja. Kita katalah nak melahirkan, apa nama dapat memberikan peluang pekerjaan, pekerjaan kepada orang asing ke orang tempatan? Kalau orang asing juga, makna mari membawa masalah kepada kita. Dalam masa yang sama kita nak menghidupkan industri, dalam masa yang sama kita mendatangkan masalah hari ini. Diberitahu di Farlim pun, masyarakat di Farlim pun mengeluh dengan keadaan bagaimana, orang kata lambakan pekerja asing berada di sana. Dan saya juga maknanya ingin mengambil kesempatan ini untuk saya mencadangkan, mencadangkan kepada masalah juga yang kita hadapi iaitu adalah masalah wanita-wanita yang bekerja sampai empat shif. Eloklah bagi dua shif. Bagi pekerja asing tu kerja di shif yang lain. Wanita-wanita hari ini kita lihat bagaimana prestasi keluarga itu sangat mencemaskan kita. Berlaku penceraian dan sebagainya, anak-anak yang terbiar, biarlah wanita hanya kerja dua shif. Biarlah shif malam, shif yang lain pekerja asing kita bagi depa bekerja. Dah pekerja banyak supaya dia menyumbang kepada iaitulah keutuhan keluarga di Negeri Pulau Pinang tanpa mengira bangsa dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan lagi iaitulah isu yang berkaitan dengan kesesakan di Sungai Dua, lapangan terbang tadi banyak yang bercakap dah, saya tak mau cakap dah. Lebih kurang sama cuma lapangan terbang ini sudah tentu ada pengambilan tanah maka di sana ada tak pengambilan tanah yang dibuat serta berapa pampasan yang diberikan kepada tanah-tanah yang terlibat. Saya beralih kepada
kesesakan Sungai Dua hingga Seberang Jaya. Dalam ucapan pembukaan Tuan Yang Terutama juga, dikatakan bahawa pada sidang lepas lagi, Tuan Yang Terutama telah membangkitkan untuk Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan beberapa permohonan bagi Negeri Pulau Pinang khususnya berkaitan dengan isu kesesakan trafik ke Sungai Dua. Saya ingin tahu apakah status yang dibangkit oleh TYT ini? Apakah projek yang akan dijalankan dan berapa peruntukan yang akan diturunkan? Untuk pengetahuan Tuan Speaker, kesesakan berlaku ini dari Padang Menora, daripada Tasek Gelugor sampailah ke lebuhraya. Pagi-pagi waktu sesak, pagi ini waktu tu cukup teruk, jammed. Memandangkan itulah, mereka yang menggunakan jalan itu mai daripada Padang Serai menggunakan jalan itu juga menyebabkan jadi jammed ataupun jadi kesesakan yang sangat teruk di jalan-jalan tersebut. Jadi kita harap kerajaan memberikan perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, apabila menyebut tentang LRT, Tuan Yang Terutama ada berpesan agar projek ini dijalankan tanpa menidakkan atau mengabaikan kehijauan alam sekitar serta peniaga kecil dan sederhana di kawasan yang bakal dirancang. Saya ingin tahu apakah terkandung dalam EIA yang perlu diketahui oleh umum agar projek ini tidak memusnahkan alam sekitar. Adakah EIA yang digunakan ialah EIA yang terbaharu ataupun masih menggunakan EIA lama yang tidak melibatkan pemanjangan jajaran stesen sehingga ke Penang Sentral. Adakah jajaran itu hanya berhenti di Penang Sentral tak masuk ke Seberang Jaya tempat yang kronik seperti yang diperkatakan oleh rakan-rakan saya dari ADUN-ADUN tadi. Tuan Yang di-Pertua, mengapakah projek jajaran ini tidak mengambil kira kesesakan dan lokaliti yang terbabit di sebelah Seberang Perai terutamanya bermula di Batu Kawan melalui Seberang Jaya sehinggalah ke Sungai Dua.
Kemudian, saya beralih pula kepada isu yang lain. Dalam kita merancakkan pembangunan di negeri ini, antara perkara yang kita tidak boleh abaikan ialah bab keselamatan di dalam negeri ini agar pelancong tidak takut untuk datang ke negeri kita. Daripada data yang saya perolehi hanya berlaku lima (5) penculikan daripada tahun 2018 di negeri ini, di mana semuanya melibatkan warga asing. Setahun satu (1) kes kecuali pada tahun 2022 yang tiada kes penculikan. Tahniah kepada pihak PDRM kerana sentiasa giat menjalankan pemantauan dari segi maklumat dan risikan dalam usaha mencegah jenayah ini berlaku di dalam negeri ini. Walau bagaimanapun, berita lelaki menceroboh dan menyerang anggota di Balai Polis Datuk Keramat amat merisaukan rakyat tentang keselamatan mereka, keselamatan mereka apatah lagi kejadian ini berlaku selepas kejadian Balai Polis Ulu Tiram diserang yang menyebabkan dua anggota maut dan satu parah ditembak. Perkara ini bukan hanya melibatkan balai polis, hatta kejadian pemain kelahiran Pulau Pinang, Faizal Halim yang disimbah asid telah meningkatkan kebimbangan rakyat.
Kami di peringkat Pembangkang menolak sebarang bentuk keganasan demi rakyat dan berharap siasatan dapat dilakukan segera agar kejadian seperti ini dapat dibendung di masa hadapan dan keselamatan rakyat dijamin agar mereka tidak berada dalam ketakutan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu tempatan dan kawasan saya ,dalam kawasan saya. Isu peniaga, isu berkenaan dengan peniaga di pasar Sungai Dua mengalami masalah apabila hujan lebat sehingga menyebabkan barangan peniaga tersebut basah dan rosak, pasar itu hujan mari habis barang-barang basah rosak habis. Saya harap pihak kerajaan kena lihat perkara ini. Diharap pihak MBSP yang menguruskan pasar tersebut dapat mengadakan sesi dialog bersama dengan peniaga-peniaga di sana untuk mengetahui masalah lebih lanjut macam-macam yang mereka mari adu kepada saya di antaranya tak ada kipas angin dalam tu, hangat, peniaga-peniaga sebut yang meniaga di situ. Jadi diharap supaya pihak kerajaan melihat perkara ini. Kemudian, Tuan Speaker saya beralih kepada isu tanah perkuburan di Sungai Dua. Di mana kariah Sungai Dua dan sekitarnya mengalami masalah tanah perkuburan Islam yang tidak dapat menampung lagi jenazah baru yang ada (kurang jelas). Dalam masjid, masjid apa nama ini Haji Rashid tak boleh tampung dah, terlalu padat sangat tanah perkuburan sehinggakan jenazah-jenazah yang berada di Sungai Dua terpaksa dibawa untuk pergi jauh nu. Sekarang ini masjid ataupun kariah-kariah yang sebelum ini menerima, mereka telah mengeluarkan surat tak boleh nak terima dah sebab di kariah mereka sendiri pun sudah padat sedangkan tanah sudah pun diperuntukkan dekat dengan Sungai Dua, ada satu (1) bendang pengambilan sudah dibuat sebanyak empat (4) ekar. Saya harap apa nama ini, pihak Majlis Agama Islam segera, menyegerakan. Ini satu perkara yang sangat, sangat diperlukan. Hari ini orang di sana selalu mai jumpa saya dan bercakap isu ini dan diharap supaya dapat diselesaikan supaya disegerakan, dipermudahkan segala urusan-urusan kalau sekarang ini dah ambil tanah kalau kita ada ataupun diberi kebenaran orang boleh tambun dan kita boleh buka untuk maknanya sumbangan-sumbangan wakaf-wakaf daripada orang ramai supaya tanah dapat ditambak dan dapat digunakan secara berperingkat-peringkat di tanah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit lagi saya tak banyak dah ada sedikit lagi namun saya kena sebut juga saya menerima aduan daripada pemohon-pemohon di Lesen Pendudukan Sementara Di Atas Tanah Kerajaan Tanah Lot Di Lot 4003 Petak B Mukim 16 Daerah Seberang Perai Utara untuk tujuan pertanian tanaman kontan. Semua permohonan mereka ditolak, ditolak permohonan mereka dan mereka dikenakan duit ataupun caj sebanyak RM130.00 ditolak dan duit tak dikembalikan. Kita tak tau apa kaedah ini kalau dapat dia proses kan bayar duit itu tak apa, ini bayar duit dah minta buat permohonan kena bayar RM130.00 ditolak duit itu hangus begitu saja. Saya ingat perkara ini tak berapa nak betul la sepatutnya kalau dapat nak proses ambil RM30.00 patut, tapi ini nak buat permohonan kena, kena bayar dah RM130.00. Saya bukan cakap kosong tuan-tuan, ni saya ada, dia bagi kepada saya ni. Saya ingat benda ini semua kena tengoklah. Ini tanah dia yang depa bagi kat saya tengok, ini bayaran dibuat di pejabat tanah, ini apa nama surat-surat permohonan mereka yang ditolak tapi hangus duit RM130.00 pun hangus sekali. Saya ingat kena tengok baliklah macam mana, apa nama tata kelola ini nampak peliklah. Kemudian, saya beralih pula kepada masalah yang hadapi di kawasan saya, sikit lagi ya Tuan Speaker ya, mohon. Iaitulah masalah banjir kilat, masalah banjir kilat masih berlaku di hotspot DUN Sungai Dua. Punca utama dilihat disebabkan oleh sistem perparitan yang perlu diperbaiki dan diatasi dengan segera. Baru-baru ini pun banjir, Allah kesian saya tengok rumah tu saya pergi tengok sekerat pinggang, pasal apa pasal masalah perparitan sampah orang kata apa tersangkut di
pintu-pintu air dan sebagainya. Ini pun satu masalah juga sikap bagaimana kita nak mendidik masyarakat kita ini supaya jangan duk buang sampah ataupun tender-tender yang orang kata diberikan kepada pemesin-pemesin rumput ini dia mesin rumput, dia tinggal dia tak ambil rumput tu, last-last sekali rumput itu bila mari hujah dia masuk ke dalam ini dan tersumbat. Sepatutnya bab tender ni angkut sekalilah dengan sampah tu jangan hanya mesin rumput saja rumput ditinggalkan akhir sekali rumput itu yang menyebabkan menjadi sumbatan dan ataupun berlakunya apa nama longkang itu tersumbat.
Kemudian, saya beralih pula kepada tandas dan surau. Atas permintaan dan rungutan bila mari ke sini Jambatan Pulau Pinang ni semua orang fobia, fobia apa? Jammed. Saya pun nak mai tadi tu dari Sungai Dua sangkut atas jambatan berapa lama, jammed. Nak balik pula pun sangkut dengan jammed sat ni kita balik sat ni pun pukul 6:00 sat ni tu waktu puncak tu. Jenuh. Jadi, selepas daripada jambatan tu ada tempat orang kata apa tempat dipanggil tempat rehat tu patutlah di situ dibuat surau dan patut dibuat tandas. Oh, sangkut jammed ni kalau nak terkencing mau buang, tak tahulah macam mana kita nak ni orang yang ada penyakit lagi teruk, orang tua-tua lagi teruk, macam mana ni duduk dalam kereta ni kalau kita ada tempat tersebut saya rasa ada tanah kawasan tu. Kerajaan boleh berunding dengan apa nama dengan pemegang konsesi dan sebagainya ataupun yang melibatkan Kerajaan Pusat untuk maknanya menyediakan apa kerana pihak pemegang konsesi ini untung, patut depa buatlah tandas, Jambatan Pulau Pinang Kedua ada tandas kan sebelum masuk. Kita keluar daripada jambatan ada tempat tu kosong banyak dalam kawasan lapang, buatlah tandas di situ buatlah surau. Ada orang sangkut sampai tak boleh nak sembahyang. Maghrib waktu dia pendek kalau tersangkut lagi terlepas waktu Maghrib. Jadi eloklah dia buat surau di situ dan juga dikaji kalau kita buat surau pun, orang semua tala ke situ jadi jammed juga tapi kita kena tengok, kena kaji macam mana cara pelaksanaan dan supaya ia dapat orang kata menyelesaikan ataupun memberikan solusi kepada penguna-penguna jambatan ini.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Speaker saya nak bawa satu berkenaan dengan cadangan satu cadanganlah, cadangan daripada saya sendiri setelah mana saya kemukakan usul, usul saya ditolak dan diminta supaya saya mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini, iaitu mewujudkan jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa PAC. Menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan Hal Ehwal Agama Islam dan Melayu maka saya mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini untuk mewujudkan jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa PAC bagi bincangkan isu-isu dalaman Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Mereka ini semua pelantikan jawatankuasa khas ini adalah melalui jawatankuasa, mesyuarat jawatankuasa tetap PAC. Perlantikan ahli jawatankuasa khas ini dicadang dan dipersetujui oleh anggota tetap, Jawatankuasa PAC. Untuk kalau dikata, dirasakan ada keperluan dalam menangani ataupun nak audit badan-badan yang berkaitan dengan Agama Islam berkaitan dengan institusi Zakat, baitulmal, masjid dan sebagainya. Ini adalah isu dalaman patutnya orang Islam saja yang mengaudit dia. Ini, saya cadangkan supaya jawatankuasa ini apabila nak bertindak dalam hal sedemikian jawatankuasa bolehlah kita membawa dalam mesyuarat PAC dan PAC memutuskan wajar ataupun tidak untuk
jawatankuasa itu bertindak yang terdiri daripada orang Islam sahaja. Habis itu, saya cadang memandangkan saya lihat semenjak daripada saya menjadi pengerusi PAC saya telah pun mempengerusikan dua (2) mesyuarat dan saya telah melihat perkara ini dan saya rasa wajar untuk saya cadangkan dan saya harap maknanya mendapat pertimbangan kerana kita dilantik ataupun kita di dalam Dewan Undangan Negeri, maka kita bawa dalam Dewan Undangan Negeri untuk kita memberikan cadangan. Saya rasa ada yang boleh bersetuju tak? Siapa yang setuju boleh bangkit tak? Boleh berdiri tak? Saya nak tengok siapa yang bersetuju. Setuju nampak ada kewajaran, yang lain semua ada yang mungkin bersetuju dalam hati dia tetapi tak berani nak bersetuju pasal pembangkang kemukakan tak taulah. Jadi, saya rasa wajar sebenarnya bukan kita nak buat ni tapi kita juga akan membawa dalam jawatankuasa dan dipersetujui oleh anggota PAC dan juga boleh dicadangkan oleh siapa-siapa kalau perlu kan. Ini cadangan saya.
Kemudian yang terakhirnya, Tuan Speaker sebelum menutup ucapan saya pada kali ini, saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu kemanusiaan Palestin, saya berharap agar kita terus bersolidariti mengutuk kekejaman, kezaliman yang dilakukan oleh Israel kepada penduduk Palestin. Status terkini seramai 35,984 orang syahid termasuk 15,000 orang kanak-kanak manakala 10,000 orang masih hilang, seramai 80,643 orang sekurang-kurangnya cedera dan serangan di Palestin ini masih diteruskan oleh Israel. Tuan Speaker, setelah ucapan-ucapan yang telah saya sebutkan di dalam Dewan yang mulia ini, maka sekadar itulah yang dapat saya sampaikan dan saya mohon menyokong dan saya akhiri dengan (bacaan doa) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Terima kasih Ketua Pembangkang. Ya, Pengkalan Kota. Sila bahas.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Terima Kasih ke atas ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 ini. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan penghargaan kepada pelajar-pelajar dan pihak sekolah SMJK Heng Ee Cawangan atas lawatan sambil belajar daripada mereka sebentar tadi.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan juga seorang anak Pulau Pinang, saya rasa bersyukur dengan prestasi kewangan Negeri Pulau Pinang yang tersebut dalam ucapan perasmian Tuan Yang Terutama di mana prestasi kewangan negeri kita adalah lebih baik jikalau berbanding dengan negeri-negeri lain di mana Kerajaan Negeri melaksanakan strategi Pengurangan Unjuran Defisit Negeri Tahun 2024 yang mampu mengawal bajet dan perbelanjaan di peringkat Kerajaan Negeri termasuk agensi-agensi kerajaan dan syarikat milikan kerajaan GLC. Orang awam mungkin tidak tahu di mana kebanyakan Mesyuarat, Sesi Libat Urus Kerajaan dan sebagainya telah dijalankan dengan secara ringkasnya dan
urusan rasmi ke luar negara juga turut dikurangkan demi memastikan perbelanjaan digunapakai dibidang yang lebih membawa manfaat dan kebajikan kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Sungguhpun Kerajaan Negeri berusaha mengawalkan dan mengurangkan perbelanjaan duit rakyat, namun rakyat masih mengalami masalah kenaikan kos sara hidup yang amat membebankan rakyat. Sebagai Wakil Rakyat, saya menerima suara rakyat di mana caj bil elektrik kekeluargaan melambung tinggi kebelakangan ini. Ini dipercayai sebab musim panas beberapa bulan berturut-turut telah mengakibatkan kegunaan bekalan elektrik naik, dan mengakibatkan caj bil elektrik kekeluargaan dinaikkan lebih kurang enam puluh (60) peratus secara amnya. Saya faham Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak beroperasi di bawah Kerajaan Negeri, namun saya harus menjalankan amanah untuk menyampaikan suara rakyat kepada Dewan Yang Mulia ini dan semoga pihak TNB dapat menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi rebat khas kepada rakyat, khususnya golongan B40 sewaktu musim panas di mana kegunaan bekalan elektrik melambung. Selain daripada caj bil elektrik yang tinggi, kini rakyat Negeri Pulau Pinang turut menghadapi isu kenaikan kadar bil air juga. Rakyat terasa beban berat kerana kos sara hidup harian, iaitu caj air dan api melambung daripada amaun bayaran sebelum itu tidak dinafikan terdapatnya segelintir pengguna air yang tidak menggunakan air dengan jimat dan cermat, mereka menganggapkan air itu sumber semula jadi dan adalah tidak bermasalah untuk diguna pakai sewenang-wenangnya.
Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dengan kenaikan kadar air kebelakangan ini, pihak Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang harus mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka. Saya telah menerima beberapa aduan mengenai ketepatan meter air dan aplikasi PBAPP yang tidak dapat memaparkan bil air sebenar pada zaman revolusi industri 4.0 ini. Saya berpendapat bahawa PBA sebagai sebuah syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia dan juga sebuah syarikat milikan kerajaan, sekurang-kurangnya harus mempertingkatkan fasiliti-fasiliti pengguna akhir, ataupun (dengan izin) end-user facility seperti tersebut tadi. Dari segi ketepatan pengiraan dan operasi bacaan meter pula, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini di mana salah sebuah keluarga yang terdiri daripada 5 orang, penggunaan air selama satu tahun yang lepas adalah dalam lingkungan 65 tahun 65 meter padu sehingga 70 meter padu sahaja akan tetapi, bil air sejurus sebelum kenaikan kadar air pula tercatat hanya 38 meter padu sahaja dan pada bil seterusnya, iaitu selepas kenaikan kadar air, pula mencatat setinggi 106 meter padu yang mengenakan caj sebanyak RM134.42. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ke semua bil air dalam tangan saya adalah bacaan sebenar, is a actual reading…(dengan izin), jika kita campurkan penggunaan air 38 meter padu dengan 106 meter padu maka kalau kita bahagi dengan dua, kita akan mendapat purata penggunaan sebanyak 72 meter padu setiap bil dwibulanan dan di mana bacaan ini jatuh dalam lingkungan penggunaan biasa dan normal berdasarkan corak penggunaan yang lepas selama ini dalam tangan saya jadi insiden sebegini telah menyebabkan pengguna tersebut dan rakyat Negeri Pulau Pinang menimbulkan keraguan dan hilang keyakinan terhadap Pihak PBA dari segi operasi bacaan meter tersebut.
Rakyat pasti akan silap fikir di mana pihak berkenaan sengaja menahankan bacaan penggunaan air dari kadar asal dan terkumpul baki penggunaan air pada bil selepas kenaikan kadar air dan saya yakin pihak PBA tidak akan berbuat demikian, tetapi insiden sebegini telah memburukkan nama dan reputasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Rakyat tidak akan salahkan PBA, tetapi Kerajaan Negeri yang pula dipersalahkan secara buta-butanya. Isu ini telah saya rujuk kepada pihak PBA sebelum saya membangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini, namun saya belum menerima sebarang maklumbalas daripada pihak PBA. Saya berharap dengan perkara ini dibangkitkan untuk perhatian Dewan, pihak PBA sekurang-kurangnya dapat menelitikan insiden tersebut dan mengira semula caj bil air dengan betul dan mengeluarkan bil air baru kepada pengguna tersebut dalam insiden ini. Sebarang pembayaran lebihan harus dikreditkan untuk bil yang akan datang, rakyat tidak patut menanggung kerugian yang bukan di bawah tanggungjawab atau kecuaian mereka, dan pada waktu yang sama Kerajaan Negeri adalah tidak berdosa dan tidak patut menjadi target yang dipersalahkan atas isu teknikal sebegini. Dato' Yang di-Pertua, kehidupan asasi rakyat, selain daripada bekalan elektrik dan air, pembetungan juga merupakan sektor yang penting dan tidak boleh diabaikan sahaja. Kita dimaklumkan bahawa rangkaian sistem pembekalan elektrik kini dalam fasa penaiktarafan, dengan adanya kabel baru yang disambungkan dari Seberang ke Pulau, maka kabel-kabel TNB bawah tanah turut harus digantibarukan bagi menampung bekalan elektrik voltan tinggi untuk dibekalkan kepada kesemua kawasan termasuk kawasan Bandaraya. Sama juga bagi sistem bekalan air, rakyat Pulau Pinang sedia maklum melalui beberapa pengumuman daripada pihak PBA di mana terdapatnya beberapa kos beberapa projek dan kerja-kerja naik taraf adalah dalam rancangan untuk memastikan bekalan air adalah mencukupi dan senantiasa dalam tekanan air yang cukup kuat kepada para pengguna buat masa depan. Kerja-kerja penggantian paip air besar bawah tanah turut dijalankan di beberapa tempat seperti sebagai persiapan berfasa demi sasaran rangkaian sistem bekalan air yang berdaya saing setara dengan kadar caj terkini dan juga memenuhi jangkaan orang awam terhadap PBA.
Sistem pembetungan di negeri Pulau Pinang , terutamanya di kawasan sekitar Bandaraya George Town juga harus dinaik tarafkan supaya sistem pembetungan ini dapat menampung keperluan yang tinggi buat masa kini. Sistem pembetungan sedia ada telah berusia berpuluh-puluh tahun dan telahpun usang. Sudah pastinya kapasiti paip pembetungan sedia ada di bawah tanah tidak lagi dapat menampungkan sisa-sisa yang semakin banyak memandangkan begitu banyak bangunan tinggi yang baru telah didirikan sejak tahun 1990an sehingga hari ini. Saya difahamkan rangkaian sistem pembetungan bawah tanah menghadapi pelbagai masalah teknikal termasuk pengaliran sisa pembetungan yang bertentangan arah gravity, pengaliran sisa dari paip bersaiz besar ke paip bersaiz kecil dan sempit dan lain-lain lagi isu teknikal. Kesemua ini menunjukkan sistem sedia ada sudah usang dan tidak lagi sesuai untuk dikekalkan pada zaman tahun 2020an ini. Kebanyakan paip pembetungan yang berkarat sehingga berlakunya kebocoran telah mendatangan masalah sosial kepada komuniti setempat, ada yang menghadapi masalah sisa pembetungan melimpah ke permukaan jalan, melalui mangkuk tandas dan sebagainya. Inilah masalah yang dihadapi oleh rakyat kita dan patutnya ditangani dengan kadar segera. Saya berterima kasih kepada pihak Indah Water Konsortium (IWK) yang mengambil tindakan bagi mengatasi isu pembetungan
yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di KADUN Pengkalan Kota sebelum itu. Walaupun isu ini turut dilengahkan beberapa bulan sudah, namun tetap mereka menangani secara jalan alternatif melalui teknik pintasan, ataupun bypass (dengan izin). Teknik pintasan ini sebenarnya tidak menyelesaikan isu pembetungan yang tersumbat dan melimpah keluar, tetapi cuma membiarkan sisa-sisa mengalir ke sistem peparitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jalan alternatif ini cuma mengatasi masalah para pengguna IWK daripada sisa-sisa terlimpah keluar, tetapi sisa-sisa pembetungan sepatutnya mengalir ke sistem tertutup yang khas bertujuan untuk pembetungan dan bukannya bypass ke peparitan biasa milikan PBT.
Di sini saya juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan PBT yang sudi meluluskan jalan alternatif tersebut bagi mengutamakan keselesaan rakyat Pulau Pinang. Jadi saya berharap IWK dan Kerajaan Negeri boleh bekerjasama bagi menyelesaikan isu IWK yang dibangkitkan secara menyeluruh dan mendalam di mana sistem rangkaian paip pembetungan bawah tanah satu Negeri Pulau Pinang harus dinaiktarafkan dengan kadar segera. Saya juga berharap Kerajaan Persekutuan dapat meluluskan peruntukan untuk membiayai kerja naiktaraf sistem paip IWK yang dapat memanfaatkan rakyat Negeri Pulau Pinang secara amnya. Dato’ Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di mana Program Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari anjuran Yayasan Amal TYT Pulau Pinang dan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar sempena Hari Bumi itu telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records. Ini adalah selaras dengan Visi Penang2030 yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Terdapatnya sebuah tanah tambun baru di sebelah Pangsapuri Pelangi, Gat Lebuh Macallum, KADUN Pengkalan Kota yang dikategorikan dengan tujuan sebagai tanah rekreasi setakat saat ini. Tanah tambun tersebut telah siap pada beberapa tahun yang lalu dan adalah di dalam keadaan terbiar kosong sehingga hari ini. Isu pencerobohan berlaku dari masa ke semasa, saya memohon supaya sempadan tanah tambun ini dapat ditutup dengan pemasangan hoarding dan sebagainya bagi memastikan tanah kerajaan tidak dicerobohi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telahpun membuat kajian secara menyeluruh dan bersedia dengan konsep yang mencukupi bagi peringkat persiapan awal, untuk menjadikan tanah tambun tersebut sebagai sebuah taman rekreasi yang dapat menampungkan permintaan rakyat Negeri Pulau Pinang yang gemar dengan aktiviti rekreasi. Antaranya, terdapatnya sudut memancing, trek jogging sepanjang persisiran Pantai, Lorong basikal yang menyambung ke Persiaran Karpal Singh sehingga ke Queensbay, pentas terbuka (dengan izin) amphitheatre untuk anjuran program persembahan komuniti, Kawasan senaman yang khas untuk warga emas dan belia, taman permainan kanak-kanak termasuk golongan kanak-kanak OKU, kawasan lapang yang sunyi untuk meditasi, zen dan yoga, zon tanaman pokok dan bunga yang bersesuaian untuk berkelah dan menjalankan aktiviti kekeluargaan, tempat letak kereta yang mencukupi dan penting sekali, sebuah jambatan yang membolehkan unit “cari dan selamat” ataupun (dengan izin) search and rescue (SAR) untuk menjalankan operasi kecemasan, termasuk pihak bomba, polis marin dan lain-lain agensi berkaitan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, setiap kali berlakunya kes SAR, pihak berkuasa harus pergi sampai tapak Polis Marin untuk menurunkan bot-bot mereka. Ini amat mengambil masa khususnya apabila keadaan lalu lintas menjadi teruk pada waktu puncak. Sekiranya sebuah jambatan bertaraf tujuan penyelamatan dapat diwujudkan di kawasan Bandaraya George Town, maka ia pasti akan berfungsi dan memudahkan operasi SAR untuk masa depan. Saya yakin saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa lokasi tanah tambun dan akses ke tapak adalah bersebelahan dengan kawasan perumahan bangunan berstrata yang majoritinya terdiri daripada golongan B40 dan warga emas. Kawasan perumahan ini digelar KADUN yang berkepadatan tertinggi di seluruh negara, terdapatnya melebihi 20 buah bangunan berstrata di kawasan hanya seluas 0.3km persegi sahaja, dan ini tidak termasuk lagi rumah kluster dan bangunan komersial sedia ada. Justeru, adalah tidak bersesuaian untuk melancarkan projek pelaburan besar komersial, kerana ia akan memberi impak besar dan kesan negatif kepada komuniti tempatan dari segi kesesakan lalu lintas, pencemaran bunyi dan sebagainya. Kehidupan harian komuniti tempatan akan terjejas sekiranya projek Pembangunan komersial ataupun industri diluluskan di kawasan Gat Lebuh Macallum, melainkan projek penghijauan taman rekreasi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Halatuju perancangan taman rekreasi yang disediakan oleh Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang ini adalah berdasarkan Visi Penang2030, iaitu negeri pintar dan hijau, berteraskan keluarga inspirasi negara. Nak pintar, ada kepintaran, ia memberi tumpuan penuh kepada ruang untuk aktiviti kekeluargaan juga dan sudah tentunya satu tempat yang cukup hijau sekali dengan pelbagai jenis pokok dan bunga. Saya faham kedudukan kewangan negeri buat masa kini memberi tumpuan pada sektor-sektor lain. Namun, menjunjung saranan Tuan Yang Terutama Tun dalam Ucapan Perasmian, Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan sektor swasta untuk merealisasikan Projek Taman Rekreasi ini bagi mewujudkan satu ekosistem pelaburan yang mesra perniagaan, kondusif dan dinamik. Saya dengan sesungguhnya memohon kepada Kerajaan Negeri, untuk memberi sokongan penuh kepada projek yang memanfaatkan rakyat Negeri Pulau Pinang khususnya komuniti di sekitar Jelutong dan George Town tanpa mengira warga emas, kanak-kanak, belia ataupun golongan awam. Biarlah projek ini dijalankan dengan permulaan Request for Proposal..(dengan izin), melalui mekanis mekanisma kerjasama awam-swasta ataupun Public Private Partnership (PPP). Saya yakin, bahawa pastinya ada beberapa pihak daripada sektor swasta yang senantiasa bersiap sedia untuk menyokong dan menyahut Dasar Kerajaan Negeri demi kebaikan masa depan Negeri Pulau Pinang yang berhasrat untuk mencapai indeks kebahagiaan yang lebih tinggi.
Dengan adanya kerjasama dan sokongan daripada sektor swasta, maka Projek Penghijauan yang berteraskan keluarga tersebut dapat direalisasikan tanpa membelanjakan bajet Kerajaan Negeri yang besar. Dan akhir kata, izinkan saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Sungai Bakap. Saya ingin menegaskan bahawa, latar belakang pendidikan ataupun dimana seseorang wakil rakyat mahupun calon itu bersekolah sama ada beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan ataupun Sekolah Vernacular adalah tidak patut menjadi satu isu yang harus
dipersoalkan. Sebagai seorang pemimpin dan wakil rakyat, tanggungjawab itu adalah untuk membantu kesemua jenis aliran sekolah dan memastikan setiap pelajar mempunyai hak untuk menerima pendidikan dibawah keadaan yang selamat dan selesa. Kita boleh membuat lawatan ke Sekolah. Kerajaan Perpaduan yang berkonsep Malaysia Madani, tidak halang sesiapa sahaja untuk memasuki ke kawasan sekolah. Akan tetapi, terdapatnya satu garis panduan untuk lawatan ke sekolah dimana orang-orang tertentu seperti orang kenamaan dan Ahli Politik untuk memasuki ke kawasan sekolah, harus membuat permohonan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum memasuki ke sekolah. Dan untuk lawatan secara ad-hoc adalah tidak dibenarkan sama sekali. Ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar kita ataupun guru-guru kita, dapat menjalankan tugas mereka dari segi pendidikan dan pembelanja belajar dalam keadaan yang selamat tanpa terganggu oleh orang luar ataupun pihak ketiga.
Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, negeri kita mewarisi sistem persekolahan untuk pelbagai kaum termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Vernacular dan ini adalah tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan dan semua pihak patut menghormati kenyataan ini. Kita juga tidak patut menjadikan jantina ataupun penampilan seseorang sebagai isu terutamanya di dalam bidang politik ini. Saya mengambil contoh di negeri Pulau Pinang , pemimpin-pemimpin politik dan wakil-wakil rakyat bersikap cukup matang untuk menjalankan amanah rakyat, berbahas dengan berhemahnya dan berkhidmat kepada rakyat tanpa memainkan isu penampilan ataupun ketinggian seseorang individu. Kita sebagai wakil rakyat adalah bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian dan kepelbagaian dalam masyarakat negara yang tercinta seperti tersebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini. Justeru, saya berbesar hati dan berharap bahawa perkara seperti apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, tidak akan berulang lagi pada mana-mana Pilihan Raya Kecil pada masa depan khususnya Pilihan Raya Kecil yang bakal dilangsungkan di KADUN Sungai Bakap. Jadi, dengan ini saya memohon menyokong.
Terima kasih Pengkalan Kota. Dan seterusnya saya nak persilakan. Ya. Ya. Yang Berhormat Berapit, sila.
Terima kasih Yang di-Pertua Speaker kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Isu yang akan dibangkitkan, bukan isu pertama dibangkitkan di Dewan Mulia ini. Tetapi, saya berpendapat saya bukan orang terakhir iaitu berkaitan dengan isu kenaikan tarif air. Sejak kenaikan tarif air pada 1 Februari tahun ini, dan pengguna menerima bil berdasarkan tarif baru mulai Mac 2024. Yang Berhormat-Yang Berhormat telah menerima banyak aduan berkaitan dengan caj tinggi. PBAPP sendiri juga menerima sebanyak 2,292 kes aduan melalui laporan janaan daripada sistem mereka. Pihak PBAPP dan Kerajaan Negeri seharusnya mempertimbangkan segera bagi mengkaji semula sistem pembilan dan juga melihat segala sudut atau kelemahan yang ada
sehingga menyusahkan rakyat. Pelbagai cadangan telah diberikan sama ada melalui media dan juga saluran yang lain mensampaikan menyampaikan kepada PBA. Saya bukan membantah langsung terhadap kenaikan tarif air, tetapi saya minta kenaikan dibuat secara berperingkat. Janganlah bebankan rakyat dengan kenaikan 100% dan lebih. Ada yang mencatat, ada yang complaint ada sampai 200 peratus. Walaupun alasan kenaikan tarif air yang diberikan oleh PBAPP adalah untuk mengganti dengan paip air yang lama, dan juga 31 tahun tiada kenaikan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, Yang Berhormat yang tadi yang sentuh berkaitan dengan pelbagai cara untuk kurangkan kadar tarif air seperti yang tadi dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu Lanchang bahawa PBAPP bukan syarikat sekadar pentingkan keuntungan, tetapi mempunyai tanggungjawab masyarakat.
PBA monopoli pembekal air, pengguna Pulau Pinang tak ada pilihan yang lain untuk mendapatkan sumber air selain daripada PBA. PBA seharusnya naik taraf kemudahan dan perkhidmatan pelanggan, barulah layak untuk naik tarif air. Penambahbaikan infrastuktur dibuat sekali, tetapi pengutipan hasil dari pengguna adalah selama-lama. Selepas infra siap, apa yang dikutip oleh PBA seolah-olah pendapatan tulen dan adakah itu untuk manfaatkan pegawai atasan PBA atau Lembaga atasan di PBA Holdings? Demi tidak memberi pandangan negatif kepada orang awam, atas kadar tarif air naik, atas kebaikan orang sendiri di PBA, saya mencadangkan PBA supaya bagi satu jaminan bahawa gaji, bonus pegawai atasan seperti CEO, COO, dan juga Ahli Lembaga Pengarah atas teratas PBA Holdings yang menerima elaun khas sebanyak RM47,600.00 sebulan. Pendapatan mereka hanya boleh dikaji semula atau dinaikkan selepas paip diganti, semua paip diganti sekurang-kurangnya 70 peratus, dan juga NRW (Non-Revenue Water) di mencapai kurang daripada 13 peratus. Supaya tidaklah bagi gambaran kepada orang awam, bahawa kesemua orang atasan ini menaikkan pendapatan sendiri daripada duit awam, duit orang awam. Jaminan ini seharusnya diberikan.
Di samping itu, satu pelan kenaikan mutu perkhidmatan PBA wajib dikemukakan, iaitu berkaitan dengan jangka masa penggantian paip, kawasan yang diliputi, NRW yang akan dicapai dan sebagainya. NRW Pulau Pinang hanya 17.6% pada tahun 2017. Kadar NRW naik hampir 10% pada tahun 2022 iaitu mencapai 26.3 peratus yang ini betul-betul mengejutkan kita. Walaupun kita diberitau paip telah lama, kena diganti tetapi dengan pengurusan yang baik saya rasa NRW boleh dikurangkan. Saya bagi contoh, NRW Negara Denmark hanya 6 peratus. Dan ibu negaranya iaitu Copenhagen hanya 7 peratus, dan 11 peratus paip air adalah diguna lebih 100 tahun. Dato’ Speaker, 67 peratus paip air telah digunakan lebih 60 tahun. Kejayaannya ini membuktikan bahawa dengan satu penyelenggaraan dan pengurusan yang betul, yang baik saluran paip lama masih boleh dikekalkan dalam keadaan yang baik. Ini kena diurus daripada orang professional. Kalau keberkesanan pengurusan PBA seperti daripada Denmark, saya rasa aduan orang awam terhadap tarif air naik, juga akan dikurangkan. Secara ringkas, saya minta Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula kadar rebat, diskaun yang jelas supaya meringankan rakyat bagi rakyat yang memerlukan perkhidmatan air ini. Semoga saranan ini disambut baik oleh PBA dan dapat disampaikan melalui Dewan yang mulia ini.
Projek Transit Aliran Ringan (LRT), terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang meluluskan pembinaan LRT dengan kos RM10 bilion sehingga RM13 bilion. Jajaran LRT ini dirancang sepanjang 28 kilometer tak silap saya, dari Pulau Silikon ke Penang Sentral, Butterworth dan akan mempunyai 22 stesen. Warga Seberang Perai agak kecewa dengan pengumuman tersebut yang mengabaikan kita. Pertumbuhan dan juga kesesakan lalulintas di Seberang Perai kian bertambah adalah satu hakikat. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga sentiasa mengingatkan kita, masa depan Pulau Pinang sebenarnya terletak di Seberang Perai. Tetapi, kenapa LRT sampai Penang Sentral sahaja? Saya harap Kerajaan Negeri boleh panjangkan pandangan dari warga Seberang Perai kepada Perdana Menteri, supaya mempertimbangkan lagi peruntukkan supaya LRT meliputi kawasan Bukit Mertajam dan juga kawasan utama di Seberang Perai yang lain. Jika tidak dapat dilaksanakan pada peringkat ini, ia boleh dijalankan di peringkat seterusnya. Sekurang-kurangnya dengan komitmen dan gambaran fizikal yang diberikan, barulah kita nampak masa depan Pulau Pinang terletak di Seberang Perai.
Dato’ Speaker, saya ingin buat satu cadangan mempastikan sumber diagihkan secara agih adil. Saya syabas kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pengumuman Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital. Ini memang satu projek yang strategik dan menjaminkan masa depan negeri kita. Pelan ini sangat bergantungkan kepada sokongan bakat berkualiti tinggi. Saya mengalu-alukan dengan Akademi Reka Bentuk Cip Pulau Pinang ditubuhkan, untuk melatih dan juga mempertingkatkan kemahiran jurutera reka bentuk IC melalui latihan praktikal dan akademik. Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden baru-baru ini mengumumkan satu tarif cukai terbaru daripada 25 peratus sehinggalah 100 peratus terhadap barangan daripada Negara China yang masuk kepada Negara Amerika Syarikat. Berkenaan termasuk 50 peratus dinaikkan untuk produk semikonduktor. Keadaan ini dijangka akan memanfaatkan negeri kita sebab penyesuaian rantaian bekalan global menyebabkan banyak syarikat antarabangsa mencari pusat pengeluaran alternatif dan Pulau Pinang, dengan infra yang kukuh dan bakat yang melimpah, berada di ambang peluang perkembangan yang belum pernah terjadi. Jadi peluang pekerjaan akan ditambah, tanah-tanah industri akan dijual seperti hot cake…(dengan izin)nya. Namun kita haruslah bersedia demi melindungi syarikat tempatan kita. Kemasukan pelabur asing secara besar-besaran boleh, boleh menyebabkan ketegangan terhadap sumber, infrastruktur termasuk air dan elektrik, serta penggunaan bakat tempatan. Oleh itu, adalah penting untuk melindungi pembangunan mampan syarikat-syarikat tempatan dan sumber yang ada. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu menetapkan satu standard piawaian dan dasar kemasukan yang ketat untuk memastikan syarikat asing yang masuk supaya tidak merosakkan ekosistem tempatan, sambil memperkukuhkan sokongan kepada syarikat tempatan untuk meningkatkan daya saing mereka. Secara keseluruhannya, Pelan Reka Bentuk Litar Bersepadu dan Taman Digital Pulau Pinang adalah satu projek pembangunan yang penuh potensi dan tepat pada masa.
Sama juga dengan projek Pulau Silicon dan juga Gurney Bay kedua-duanya berpotensi menyumbang memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi dan masa depan untuk negeri Pulau Pinang . Namun sambil menikmati manfaat pembangunan kita
mesti berwaspada untuk memastikan sumber diagihkan secara adil dan syarikat tempatan berkembang dengan sihat demi memastikan kemakmuran jangka panjang Pulau Pinang. Hab Pendaratan Tuna Negeri Pulau Pinang kembali sebagai kegemilangan bagi Hab Pendaratan Tuna satu berita yang telah dinanti-nantikan lama. Memang sekitar tahun 80-an Pulau Pinang terkenal dengan pendaratan ikan tuna tetapi aktiviti ini semakin berkurangan apabila ramai pengusaha ikan tuna beralih ke negara yang lain. Dengan pulangan industri ini bukan sahaja industri ikan tuna di Pulau Pinang boleh dibangunkan sebagai sumber kekayaan baru malah industri-industri pekeliling seperti pelancongan, F&B dan keperluan oleh ahli-ahli pakar ikan tuna yang sepanjang bulan beroperasi di Lautan Hindi juga boleh menetap di Pulau Pinang. Faedah Perindustrian Ikan Tuna boleh merujuk seperti ada di Negara Jepun. Yaizu Fish Market di Jepun terkenal dengan hasil ikan tuna di samping menjadikan fish port atau pasaran ikan yang sibuk yang menarik pelancong yang melawat atas menikmati tuna segar peniaga inovatif juga mencipta souvenir atau produk makanan sampingan dengan hasil ikan seperti ikan kering, snek sampailah ais krim berjenis ikan. Jadi hasil ikan ini telah menjadi salah satu punca pendapatan kepada penduduk di sana. Saya bercadang dengan Hab Pendaratan Tuna didirikan Kerajaan Negeri boleh berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan peluang latihan menangkap ikan tuna bersama-sama dengan nelayan tempatan selain menghasilkan produk makanan yang berkaitan dengan ikan tuna.
Dato’ Speaker saya ingin bersentuh tentang solar terapung. Saya menyambut baik semasa saya membaca berita berkaitan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang mencadang merancang untuk membina ladang solar iaitu floating solar di Empangan Mengkuang. Ladang Solar Terapung. Peralihan Tenaga Boleh Baharu (TBB) memang satu arah tuju yang tidak boleh dielakkan dalam globalisasi ini. Isu mengurangkan pelepasan karbon adalah satu hal yang penting di dunia selain daripada perkara ESG, CBAM, kita juga tidak dapat elakkan diri daripada satu akta baru daripada USA iaitu Clean Competition Act yang sedang dikaji oleh mereka. Buat masa sekarang, TNB juga cuba meneroka sistem solar terapung bagi memenuhi keperluan tenaga hijau kepada pengguna-pengguna iaitu kepada syarikat gergasi yang memerlukan green energy di laporan saham mereka. Ada negara sampai kena import tenaga hijau daripada negara jiran.Jadi saya cadangkan saya mengesyorkan bahawa Kerajaan Negeri merebut peluang ini berbincang dengan pihak TNB dengan Ladang Solar Terapung yang akan dibina biarlah kita hasil tenaga hijau yang bernilai tinggi dan jual balik kepada TNB dan bukan dipakai seolah-olah off set penggunaan elektrik sahaja. Maksudnya kita beli elektrik biasa dari TNB dengan harga pasaran dan kita jualkan tenaga hijau yang lebih tinggi daripada harga elektrik biasa kepada TNB.
Saya diketahui satu set up cost untuk Ladang Solar Terapung ini adalah lebih tinggi tetapi ia juga jangka hayat yang lebih panjang. Jadi ada peluang juga kerjasama daripada kerajaan dengan pihak swasta supaya menjana hasil bersama-sama atas pembinaan Ladang Solar Terapung. Selain daripada menjana elektrik sistem ini juga mempunyai kelebihan yang boleh saling menguntungkan termasuk mengurangkan penyejatan air dan juga pertumbuhan alga, menjimatkan sumber tanah yang berharga dan meningkatkan kecekapan penjanaan kuasa panel solar. Menurut berita November
tahun lepas, TNB tengah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk meneroka potensi sistem solar terapung di sekitar kawasan Skim Hidroelektrik, Empangan dan juga Takungan Sungai Perak. Menurut TNB ia bakal dilaksanakan menerusi kerjasama TNB dengan syarikat berkaitan dengan Kerajaan Negeri Perak Maju Perak Holdings Bhd untuk membangunkan projek Taman Solar dengan kapasiti 100 megawatt di negeri itu. Kalau ini boleh dicapai di Negeri Perak saya rasa tiada masalah di Negeri Pulau Pinang dengan keadaan empangan Mengkuang yang stabil. Jadi dengan saranan daripada TYT Tuan Yang di-Pertua Negeri juga cadangan ini saya rasa bukan sahaja dia membantu kita mengukuhkan komitmen kita terhadap objektif alam sekitar ESG malah ia juga ini boleh mendapatkan hasil kepada Negeri.
Dato’ Speaker saya ingin sentuh tentang satu perkara Tandas Mesra. Saya ingin kongsikan satu cerita daripada abah yang bertajuk demi anak bapa redah masuk tandas wanita nak tukar lampin. Sesak atau sunyi tetap tak selesa, terbayang ada panik menjerit. Seorang lelaki yang bersama dengan isteri hamil dan anaknya masuk ke kompleks shopping. Anaknya perlu tukar lampin dan si bapa ingin jaga isteri yang hamil supaya tidak perlu angkat barang yang berat dan juga mendukung anak dia tetapi so dia suruh dia tunggu tetapi dia asyik mencari tempat itu dan terkejut pula bilik tukar lampin adalah di tandas wanita dan dia perlu masuk pintu dengan papan tanda tandas perempuan dan turut menempatkan kemudahan untuk bayi dia bersebelahan akhirnya si bapa itu berjaya tukarkan lampin.
YB Machang Bubuk ada pengalaman dengan senyuman yang saya rasa, dengan penuh kerisauan jeritan dari pengguna tandas awam kepada bapa itu. Kisah benar ini viralkan pada tahun 2022 dan ceritakan zaman sekarang tugas tukar lampin bukan tugas untuk kaum ibu sahaja tetapi kini golongan kaum bapa setuju juga bertanggungjawab untuk menukarkan lampin anak. Jadi janganlah kita abaikan keselesaan kaum bapa. Demi mencapai misi Penang2030 yang berorientasikan keluarga kemudahan mesra yang menyenangkan keluarga tidak bolah diabaikan termasuk kemudahan untuk golongan bayi. Saya pada mula-mulanya saya sendiri ingatkan semua projek awam yang baru telah mewajibkan bilik tukar lampin bayi adalah satu kewajipan tetapi selepas saya buat rondaan terkejutnya saya baru tahu projek baru bagi projek sekeluarga seperti Taman Gurney Bay, Taman Aneka dan juga Wood Heaven Park, sebenarnya semuanya tak ada kemudahan tukar lampin. Dengan pendek kata kita mempunyai kemudahan untuk sekeluarga tetapi kita tak ada kemudahan untuk bayi. Kalau bapa atau ibu bawa la bayi kena la cari tandas sendiri untuk mereka. Dengan ini saya mencadangkan Kerajaan supaya mewajibkan semua projek yang berkaitan dengan orang awam dilengkapi dengan tandas mesra tidak kira wanita lelaki bayi atau OKU dan saranan saya sebagai ibu dapatlah satu tempat tukar lampin yang lebih selamat dengan bertali pinggang keledar lembut dan bukan di atas jubin yang keras dan ingatlah mesti ada tempat letak wet tisu. Masalah tempatan yang ingin saya sampaikan iaitu pelebaran Jalan Kulim dan Jalan Kampung Besar. Masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Kulim semakin serius. Ini telah lama menghantui warga tempatan. Semasa lepas sekolah penduduk terpaksa sesak di atas Jalan Kulim mungkin kadang-kadang 20 minit untuk 1km disebabkan ada empat (4) buah sekolah atas jalan tersebut iaitu SRJK (C) Kim Sen, SK Convent, SMK Convent dan juga Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin. Bayangkan betapa seriusnya
kesesakan lalu lintas mulai jam petang pukul 1. Masa itu emas, saya telah ditanya bertahun-tahun oleh penduduk tempatan bilakah masalah boleh dikurangkan tetapi tak ada jalan gantian bagi Jalan Kulim ke Pekan Bukit Mertajam. Jadi pengguna jalan raya terpaksa menghadapi masalah yang sama tahun demi tahun. Saya faham pelebaran Jalan Kulim perlukan satu peruntukan yang tinggi jadi saya harapkan Kerajaan Negeri masukkan projek ini sebagai projek yang penting kepada Kerajaan Persekutuan dan dapatkan kemaskini bilakah pelebaran ini boleh dijalankan disamping menunggu peruntukan saya harap juga lebar la Jalan Kampung Besar. Ini merupakan satu short cut kepada Berapit, Penanti dan BKE highway dan tidak perlukan satu peruntukan yang setinggi seperti Jalan Kulim.
Dato’ Speaker ingin saya sentuhkan Asrama Hotel Summit Bukit Mertajam asrama warga asing iaitu saya dapat jawapan daripada Dewan ini sejumlah 1251 orang warga asing dihuni di dalam Hotel Summit BM dengan biliknya hanya ada 189 dengan puratanya satu bilik dihuni dengan 6.6 orang saya tidak pasti adakah ini dia memenuhi hak asasi pekerja la. Ini kena disiasat dan saya dengan terkejutnya sebab program ini dijalankan pada tahun ini Januari tetapi tidak ada bantahan diberikan dengan bantahan diberikan sebab ini hanya berdasarkan garis panduan pelancaran penginapan pekerja sementara TLQ tetapi dengan seribu lebih warga asing di sana dan di belakang Summit adalah bus station main bus station untuk Bukit Mertajam saya sering ditanya oleh warga di tepi iaitu dari penduduk daripada Kampung Aston dan Taman Aston kenapa ini terjadi dan saya tidak tahu sampai la sekarang saya dapat jawapan dan saya rasa saya nak tanya di Dewan ini kalau ini sebagai sementara sahaja. Jadi dia sementara sampai bila dia akan ditutup dan lagi satu adakah sosial impak telah dikaji dengan dengan masuk penghuni seribu lebih orang. Dan juga saya ingin sentuh keperluan tandas ibu hamil di KK Ibu dan Anak Berapit di KK Klinik Kesihatan Berapit terdiri dia ada Klinik Biasa, Klinik Ibu dan Anak dan juga Klinik Pergigian dan mulai bulan ini disebabkan tandas dinaiktaraf jadi kesemua enam tandas itu semua ditutup dan sekarang tinggal hanya dua tandas, dua unit tandas bergerak sahaja di sana. Tetapi adalah sangat susah dan satu cabaran yang sangat besar bagi ibu yang hamil pergi sana untuk membuat urine test iaitu ujian kencing, mereka terpaksa beratur bersama pesakit yang lain dan menghadapi risiko yang tinggi mungkin dijangkiti oleh virus dan sebagainya dan adalah sangat tidak selesa saya minta supaya Jabatan Kesihatan bertimbangla keperluan ibu yang hamil supaya bagi satu keselesaan kepada mereka bagi la tandas khas kepada ibu yang hamil sekurang-kurangya dua-dua buah unit. Saya rasa bukan kes ini sahaja untuk masa yang depan Jabatan Kesihatan seharusnya lebih sensitif terhadap keperluan ibu. Dengan ini saya mohon menyokong.
Terima kasih Berapit. Seterusnya kita persilakan Bukit Tengah.
Terima kasih Dato’ Speaker membenarkan saya mengambil bahagian dalam ucapan TYT perbahasan ucapan TYT pada petang ini. Dato’ Speaker ada beberapa
perkara yang saya ingin sentuh pada hari ini. Saya bermula dengan satu isu yang saya rasa adalah sangat diambil berat oleh warga Pulau Pinang dan juga seluruh Malaysia iaitu adalah berkaitan dengan apa yang sedang berlaku di Gaza. Saya walaupun ini adalah satu isu antarabangsa tetapi di Dewan yang mulia ini juga pada sesi lalu bulan November semasa kita bermesyuarat kita telah pun meluluskan disini satu usul secara unanimous sebulat suara untuk menunjukkan solidariti bersama dengan warga penduduk Palestine pada masa November lalu dan sejak berlakunya enam bulan ini melalui enam bulan ini kita melihat keadaan di Palestine sekarang ini sedang kian merosot setiap hari sehingga hari ini Tuan Speaker 36,000 rakyat warga penduduk di Gaza telah pun boleh dikatakan dibunuh dan hilang nyawa mereka dan hampir sebahagian separuh daripada mereka adalah perempuan dan kanak-kanak. 60 percent rumah-rumah mereka ini di Gaza telah pun dimusnahkan sekarang. 80 peratus daripada penduduk seluruh Gaza sekarang, kita panggil sudah menjadi displaced, terpaksa untuk dipindah. Right. Dan kalau kita lihat infrastruktur asas penting untuk hidup setiap hari sekarang ini. Seperti air, elektrik, ubatan, semuanya tak ada. It is a living nightmare, hell untuk warga di Gaza. Baru-baru ini Dato' Speaker, Israel rejim Israel bermula daripada awal bulan Mei telah pun meningkatkan lagi serangan mereka. Sekarang di Rafah. Rafah merupakan sebagai tempat terakhir perlindungan warga Palestin. Awal-awal Israel mengarahkan supaya penduduk Israel Palestin ini semua pindah ke selatan pergi ke Rafah tampat yang selamat, tapi apabila berlaku sekarang Israel bermula pula untuk menyerang tak henti-henti nak memusnahkan penduduk di Gaza, di Rafah.
Dan apabila kita melihat perkara-perkara ini berlaku dalam surat khabar, dalam berita dalam youtube, ini amat-amat menyakit hatikan. Jadi, baru baru ini ada perkembangan baru, dua perkara yang cukup signifikan iaitu yang pertamanya pada 20 haribulan Mei ICC (International Criminal Court) Mahkamah Antarabangsa Jenayah pertama kali Pendakwa Raya Ketua Pengarah dia Chief Prosecuter Karim Khan, selepas melihat kes ini membuat siasatan telah pun sekarang memohon untuk mengeluarkan satu waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel kerana melakukan jenayah war crimes and crimes against humanity. Tak pernah berlaku. Dan saya dan percaya semua kita dalam Dewan yang Mulia ini menyokong usaha yang telah pun dimulakan oleh Chief Prosecuter Criminal International Court. For the first time, tetapi walaupun itu berlaku kita juga lah saya merasa agak disappointed lah, dukacita kenapa sebab Amerika Syarikat yang sepatutnya menjadi satu pihak berkuasa yang mempunyai pengaruh yang besar yang boleh menghentikan apa yang sedang berlaku di Israel. Presiden beliau, Presiden United States telah pun keluar mengecam keputusan atau pun usaha ICC mengeluarkan arrest warrant ini. Tak sepatutnya berlaku untuk saya, Amerika Syarikat telah pun hilang moral standing mereka, hilang nak kata mereka ini hari ini adalah leader of the free world apabila mereka sendiri melakukan foreign affairs mereka secara hipokrasi. Inilah yang sedang berlaku. Dato' Speaker, perkara yang kedua yang sekarang berlaku yang cukup signifikan di Gaza adalah tiga (3) hari lalu pada 24 haribulan Mei. Untuk yang tidak tahu, tapi saya rasa memang ramai yang tahu, Dato’ Speaker, negara Afrika Selatan telah pun memulakan satu tindakan terhadap Israel di International Criminal Court, Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Genocide Convention. Ini adalah pertama kali kita lihat sekarang ICJ digunakan bukan sahaja nak tangkap nak buat kes terhadap negara-negara yang katakan tak dak demokrasi, tak dak kerajaan yang dipilih.
Dia mengambil tindakan terhadap negara Israel, right yang disokong oleh Amerika Syarikat dan baru-baru ini disebabkan apa yang berlaku di Rafah, Mahkamah ICJ yang dipilih jangan kita lupa, hakim-hakim ini, ICJ dipilih oleh 193 negara dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mereka mempunyai ekspertis yang cukup hebat, hakim-hakim daripada Amerika Syarikat pun ada, Britain pun ada. Mereka membuat keputusan 24 hari bulan Mei. Apa itu. Dia buat keputusan supaya mengeluarkan satu perintah mengarahkan negara Israel untuk serta-merta hentikan serangan ketenteraan terhadap Rafah dan Palestin. Dato' Speaker, tak pernah berlaku. Bukan sahaja begitu, mahkamah juga mengeluarkan perintah-perintah yang seterusnya consequential orders antaranya untuk mengarahkan Israel membuka lintasan utama. The main crossings di mana pembekalan barangan bantuan seperti makanan, ubat dan humanitarian aid boleh sampai kepada warga Palestin. Sebab memang sekarang ini kalau kita lihat UN Secretary General sendiri kata warga Palestin sedang menghadapi ancaman. Mass starvation and famine. Kebuluran dan kelaparan. It is a very very severe situation in Gaza’s right now. Jadi, Dato’ Speaker, saya amat terima kasih lah kerana pagi tadi bersama-sama dengan ADUN-ADUN daripada bukan sahaja daripada pihak kita di sini tetapi juga daripada Penaga dan juga daripada Seberang Jaya bersama dengan Bagan Dalam dan juga Machang Bubuk dan Batu Uban. Kita telah pun bersama-sama secara bipartisan mengadakan satu press conference untuk yang pertama menyokong tindakan ICJ mengeluarkan perintah menghentikan serangan military terhadap Rafah termasuk saya minta....(gangguan)....potong pula saya punya masa ini.
Pagi tadi bersama juga dengan Yang Berhormat Timbalan Speaker, kita bersama-sama secara bipartisan mengeluarkan kenyataan bahawa kita menyokong-menyokong keputusan daripada ICJ dan kita mengecam tindakan Israel. Kenapa. Walaupun perintah daripada ICJ telah pun dikeluarkan 24 haribulan Mei, tetapi Israel ini Presiden apa ini Netanyahu ini Perdana Menteri masih tetap mengarahkan tenteranya untuk terus hentam lagi tak henti dengan military operation mereka di dalam Rafah ini. Langsung tak boleh diterima. Jadi, kita haraplah kita ada file satu motion hari ini kepada Dato’ Speaker untuk kita boleh mendapatkan sokongan daripada Dewan yang Mulia ini supaya kita boleh bersama-sama menunjukkan solidariti kita untuk warga di Palestin. Itu isu pertama saya Dato’ Speaker. Tadi saya dengar daripada, saya ingin beralih sedikit lah, saya nak mengucapkan takziah juga kepada Yang Berhormat keluarga Yang Berhormat Sungai Bakap yang baru meninggal dunia. Dan juga walaupun ini satu masa yang mencabar untuk keluarga beliau, saya harap lah dan berdoa mereka akan melalui masa yang susah ini dan boleh mengatasi segala cabarannya. Saya tidak mengenali YB Sungai Bakap secara peribadi dengan sangat baik dan rapat, I mean saya pernah jumpa dan cakap dengan beliau semasa bersidang DUN, memang seorang yang cukup friendly lah, dan daripada kawan-kawan yang saya bercakap dengan dan perkara yang diberitahukan kepada saya memang dia ini seorang yang suka membantu masyarakat dan buat banyak kerja-kerja NGO dan aktivis dan sebagainya. So, saya rasa ini merupakan satu kehilangan untuk kita dalam Dewan yang mulia ini, dan juga tadi saya dengar daripada YB Pengkalan Kota dia ada memberi sedikit nasihatlah dia kata jangan kita membenarkan apa yang berlaku KKB berlaku di Sungai Bakap nanti semasa Pilihan Raya Kecil. Sudah tentu Dato’ Speaker Pilihan Raya Kecil ini adalah satu Pilihan Raya
yang cukup penting untuk Kerajaan Perpaduan. Ini PKR ini, Pilihan Raya Kecil ini (gangguan) PRK ini…(gangguan), kepentingannya sama seperti KKB kepada Selangor pada masa itu. So, ini menjadi satu ujian litmus test yang cukup penting untuk Kerajaan Perpaduan dan sudah tentu saya juga berharaplah bahawa kita dalam masa berkempen kesemua kita ini dalam parti-parti masing-masing akan bersaing dengan cara yang professional atas dasar kritik kerajaan tak apa, tetapi mengguna kritikan atas isu dasar dan kekurangan tetapi janganlah kita nanti menjatuhkan diri kita untuk memainkan politik perkauman, politik agama.
Janganlah mensoalkan qualification pendidikan calon, ataupun menyoalkan sekolah-sekolah aliran. Sekolah-sekolah aliran ini memang sudah menjadi satu sistem pendidikan negara kita. Right. Tak boleh lagi dicabar. Jangan ada pihak-pihak lagi yang ingin mencabar sekolah-sekolah aliran vernakular di Malaysia ini. Jadi saya harap kita akan bertanding secara baik dan saya sudah tentu saya percaya bahawa kalau kita boleh tunjukkan pencapaian Kerajaan Negeri sudah tentu kita akan menang Sungai Bakap nanti. Dan juga saya nak katakan di KKB poster boy dalam Pilihan Raya ia calon tapi memang banyak penekanan diberi kepada Menteri Besar. He was the main poster boy yang pergi merata-rata tempat untuk kempen bagi Kerajaan Perpaduan. Right. Di Pulau Pinang sudah tentu muka itu poster boy itu juga akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kita. Jadi dalam masa yang kritikal ini, saat yang kritikal ini, saya berharaplah pimpinan ahli-ahli daripada parti-parti komponen PH sama ada PKR ataupun Amanah atau DAP, kita mesti menunjukkan sokongan dan perpaduan padat belakang Ketua Menteri Pulau Pinang kita untuk kita menangkan Sungai Bakap nanti Dato’ Speaker.
Kempen pilihan raya arr?....(gangguan)....
Dato’ Speaker, yang saya nak sentuhkan di sini, adalah permintaan dalam ucapan TYT. Dia telah pun membangkitkan satu persoalan yang cukup penting sekali, dan dia telah pun mengajak supaya dalam sidang kali ini semua ahli yang berhormat dapat mengemukakan pandangan-pandangan serta cadangan bagaimana kita boleh meningkatkan hasil negeri. Saya rasa ini adalah satu isu yang cukup penting sekali dan seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Menteri, dalam sidang lalu pun kita pun membangkitkan dan membahaskan isu ini. Saya sendiri pun banyak selalu membahaskan isu ini. Tetapi hakikatnya Dato’ Speaker, apa sahaja yang kita nak lakukan di Pulau Pinang, kita kena tengok balik struktur sistem pentadbiran negara kita yang kita tahu di antara satu dunia ini kita mempunyai sistem yang paling centralized sekali. Kebolehan kemampuan negeri untuk mendapat hasil itu adalah amat terhad berbanding dengan kuasa yang ada diperingkat pusat.
Itu adalah permasalahan yang paling besar. Dan kalau kita tak menangani isu ini, maka kita pada satu jangka masa yang panjang tak akan selesaikan isu bagaimana nak meningkatkan hasil pendapatan negara. Sebagai satu contoh ya, saya nak katakan di
sini, dan banyak kali telah pun dibahaskan, ya, kita boleh membawa banyak-banyak projek ke Pulau Pinang. Kita boleh adakan pusat-pusat hub-hub ICT dan sebagainya. Kita boleh buka hub ini, projek itu, tetapi apabila kita menarik semua projek-projek ini sudah tentu dia akan menjana ekonomi, sudah tentu akan mendapat pekerjaan tetapi Kerajaan Negeri satu sen pun tak akan dapat daripada projek-projek ini. Sebab semua kutipan hasil akan dikembalikan kepada peringkat Pusat. That is the elephant in the room. Dan kita kena selesaikan isu ini. Dan untuk saya satu saja, kita mesti ada Fiscal Decentralization. Kita mesti ada satu sistem di mana Kerajaan Pusat hendaklah mengembalikan hasil pendapatan yang diterima daripada negeri secara saksama. Dato’ Speaker, ada TYT ada kata bagi cadangan. Apa cadangan. Jadi apa yang kita perlu buat. Banyak yang boleh perlu kita buat. Banyak yang kita boleh buat. Saya nak bagikan satu contoh. GST dalam tahun 2018 Kerajaan Pusat mengutip RM41 billion. Di negara-negara lain seperti di Australia, di Brazil dan banyak negara lain lagi, GST yang dikutip akan dikembalikan, dikongsi kepada negeri-negeri. Daripada RM41 billion ini Dato’ Speaker, baru-baru ini saya tengok ada satu artikel yang dikeluarkan oleh Yusof Ishak Institute Disember 2023. Dia ada bagi cadangan. Dia tengok GST dia kata kalau kita hanya buat kiraan GDP negeri mengikut GDP negeri. Katakan Pulau Pinang GDP di negeri kita dalam tahun 2022 adalah RM120 billion, kembalikan 1% daripada GDP negeri kepada kita RM1.2 billion. Selesai defisit kita, Dato’ Speaker. Selesai. Untuk 14 negeri keseluruhan kalau kita ambil satu-satu GDP, KDNK ini, kita campur semua ini, pun berapa, RM14 billion saja, Dato’ Speaker. Untuk Negeri Pulau Pinang kita dapat RM1.2 billion. Bajet 2024 apa kita, Bajet Pulau Pinang? Bajet kita nak belanja RM1.4 billion, cukup. Hasil yang kita dapat anggaran untuk 2024 adalah RM500 juta. Cukup dah. Kita boleh melaksana, menjalankan, mengurus negeri kita tanpa bergantung kepada mana-mana pihak pun, Dato’ Speaker. Sebelum ini kita selalu kata bangga bahawa Negeri Pulau Pinang antara negeri yang paling kurang sekali hutang kepada Kerajaan Persekutuan. Dalam ucapan T.Y.T pun ada dinyatakan hutang kita RM36 juta. Tetapi dengan peningkatan setiap tahun perbelanjaan kita yang tak cukup daripada hasil untuk cover perbelanjaan itu, mungkin satu hari rizab akan habis dan kita akan menjadi sangat tergantung kepada Kerajaan Persekutuan. Yang ini kita tidak mahu lihat berlaku, Dato' Speaker. Saya masih ingat lagi...(gangguan)
Pohon penjelasan.
Ya.
Okey, Terima kasih Bukit Tengah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan cadangan yang telah diberikan oleh YB Bukit Tengah di mana Deficit Decentralization ini. Saya juga difahamkan sebelum DUN dibubarkan pada penggal yang lepas memang ada satu jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan dalam sidang ini untuk
melihat balik hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. So, bolehkah saya tahu juga adakah YB Bukit Tengah juga ada maklumat bahawa apa yang status, apakah status dengan jawatankuasa khas ini dan adakah ini Fiscal Decentralization juga adalah sebahagian dalam agenda perbincangan dalam jawatankuasa tersebut, pohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubok. Memang sebelum ini, sebelum pembubaran DUN ada satu jawatankuasa Select Committee yang ditubuhkan untuk melihat hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dan itu adalah usaha Kerajaan Negeri untuk menubuhkan jawatankuasa ini yang kita semua mengalu-alukan. It’s was very welcome dan kita semua sokong dan saya juga berharaplah bahawa Kerajaan Negeri boleh teruskan untuk sebab memang dalam terma lalu the Select Committee sudah terma dia, penggal dia sudah habis kan. So, mungkin kena tubuhkan balik dan saya harap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk menubuhkan balik jawatankuasa ini yang cukup penting yang boleh membuat kajian-kajian dan cadangan-cadangan kepada kerajaan dan juga Kerajaan Persekutuan untuk bagaimana kita boleh mengurus negeri dengan lebih baik, bagaimana Kerajaan Pusat ada bidang-bidang yang boleh turunkan kuasa kepada Pulau Pinang dan juga turunkan lebih banyak dana kepada Pulau Pinang itu satu-satunya.
Saya untuk isu ini Dato’ Speaker, I just nak summarize yang saya nak katakan di sini adalah saya berharap satu aspek yang saya rasa yang kita mungkin boleh melawan dan menuntut daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang dicadangkan dalam artikel ini adalah untuk mendapat sebahagian daripada Consumption Tax ataupun SST yang sedang dikutip di peringkat Kerajaan Persekutuan. Dijangka bahawa dalam tahun 2024, Kerajaan Persekutuan akan mengutip RM34 billion. That is the amount. No, for the whole country. RM34 billion dan kalau kita lihat bajet ataupun hasil pendapatan untuk Kerajaan Persekutuan satu untuk 2024 dianggarkan adalah RM300 billion. RM34 billion, kalau separuh daripada tu, kongsi balik kepada negeri-negeri, tak sampai pun 10% daripada apa yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan. Saya rasa perkara-perkara ini harus dilihat dan dituntut oleh kerajaan kita, Dato’ Speaker. Inilah antara perkara-perkara yang saya rasa seperti yang dicadangkan oleh TYT bolehlah meningkatkan hasil kita. Kalau kita di Pulau Pinang, rakyat Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang kita berusaha keluarkan peluh dan titik air mata untuk memajukan, mengembangkan Pulau Pinang dan meningkatkan KDNK, GDP untuk apa. Kalau kita tak dapat balik daripada Kerajaan Persekutuan. GDP Pulau Pinang RM120 billion, maksudnya ini adalah hasil pengeluaran, usaha penduduk Pulau Pinang, perniagaan-perniagaan Pulau Pinang. Bagilah 1 peratus balik kepada Pulau Pinang. RM1.2 billion, sudah cukup dah. Bersetuju tak Yang Berhormat. Jadi itu isu yang berkenaan dengan Fiskal Disentralisasi.
Untuk isu-isu tempatan, Dato’ Speaker sebelum ini dalam sidang lalu saya pernah membangkitkan isu kuari di Bukit Juru. Yang sangat dibantah oleh penduduk-penduduk sebab cadangannya adalah untuk mengembangkan kuari yang sedia ada untuk menjadi satu kuari yang besar. Mungkin pada masa itu Kerajaan Negeri dia terlepas pandang dan
tidak memberi jawapan. Dan saya harap kali ini semasa penggulungan Kerajaan Negeri bolehlah memberi penjelasan, apa status sekarang permohonan untuk menjalankan kuari ini. Sebab penduduk memang bantah dan juga ada kes yang juga telahpun dibawa ke mahkamah untuk menentang jalan-jalan kuari ini. Sebelum ini. Jadi saya harap Kerajaan Negeri nanti boleh memberi penjelasan. Jadi dengan itu saya mengakhiri perbahasan saya dan memohon untuk menyokong ucapan T.Y.T. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Bukit Tengah dan silakan Air Itam.
Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Selamat Petang, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini. Salam sejahtera Ahli-Ahli Dewan. Terlebih dahulu saya ingin merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan tinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia binti Al-Marhum Sultan Idris Shah atas pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVII. Patik dan sekalian rakyat berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kekal bersemayam di singgahsana dengan segala kemuliaan dan kebesarannya dan dilanjutkan usia. Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.
Sebagai mukadimah Dato' Yang di-Pertua, mutakhir ini seluruh negara mengagumi perutusan terkini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah disampaikan. Walaupun dalam segala pembatasan ekonomi sedunia dan kekangan dalaman, Kerajaan Madani yang dikemudi PMX telah menghimpunkan wahana kukuh demi kesejahteraan serata rakyat. Semboyan perjuangan untuk perubahan dan reformasi diteruskan dengan menumpukan pengambilan tenaga kita bersama. Bagi mengatasi segala rupa ketirisan, penyelewengan, pemborosan, masih lantang dibicarakan dan dilaksanakan di peringkat makro. Pentadbiran pusat terbukti bahawa usaha ini membawa penjimatan berbillion ringgit yang dapat dimanfaatkan untuk mengangkat kebajikan rakyat. Maka pada bicara saya akan berusaha untuk menterjemahkan gagasan madani di peringkat mikro supaya boleh dicerminkan di dalam dasar pelaksanaan dan pengurusan pada peringkat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Dato’ Yang di-Pertua, saya turut mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas peruntukan dana persekutuan yang telah disalurkan kepada Kementerian Pengangkutan khususnya untuk pembinaan Projek Transit Aliran Ringan dengan kos RM10 billion hingga RM13 billion. Akan tetapi saya mendapati bahawa jajaran Projek LRT tersebut tidak melalui kawasan Air Itam. Maka
kami penduduk Air Itam ingin memohon kepada Kerajaan Negeri dan Kementerian Pengangkutan supaya mempertimbangkan pembinaan cabang jajaran ke kawasan Air Itam yang merupakan kawasan ketumpatan penduduk yang tinggi dan kian meningkat agar ia juga dapat mempergiatkan ekonomi tempatan dengan adanya jajaran LRT ke sini.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam perkara pertama saya ingin mengemukakan cadangan berhubung peningkatan hasil negeri seperti yang telah diseru dalam Ucapan Tuan Yang Terutama. Ingin saya ketengahkan terlebih dahulu bahawa perkara yang paling asas untuk kutipan hasil sebagai sesebuah badan pentadbiran adalah punca kuasa. Ini bererti kita ada dua pilihan iaitu pertama, sama ada mana-mana hasil yang dikutip adalah bersandarkan enakmen dan punca kuasanya telah wujud. Atau kedua, adalah kita meneroka kutipan baru melalui enakmen baru iaitu punca kuasa baru diwujudkan bagi membolehkan kutipan hasil baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Saya ingin menggariskan satu prinsip utama kepada Dewan ini bahawa sebagai kerajaan prihatin dalam usaha untuk meningkatkan hasil negeri kita harus memastikan ia tidak menambah beban kepada kelangsungan hidup masyarakat. Sebagai contoh, jika cukai atau levi tersebut memberi kesan kepada peningkatan harga barangan keperluan harian itu harus dielakkan. Dalam hal ini saya ingin mencadangkan supaya hasil cukai hiburan ditingkatkan dan pada masa yang sama enakmen hiburan ditambah baik bagi menggalakkan kegiatan ekonomi kreatif dan hiburan di negeri Pulau Pinang . Pada masa yang sama cukai hiburan tidak menjejaskan kos sara hidup asas. Kita dapat melihat sebagai mana negara jiran kita dalam penganjuran beberapa acara hiburan dan konsert oleh penyanyi terkemuka yang telah berjaya menjana RM1.7 billion kepada industri pelancongan mereka. Pulau Pinang mempunyai kemudahan MICE, stadium dan perhotelan yang tersedia yang harus dimanfaatkan dengan sebetulnya supaya bukan sahaja Kerajaan Negeri menerima hasil cukai hiburan tetapi limpahan peluang perniagaan juga dapat dimanfaatkan oleh usahawan kita. Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua perbahasan ini adalah berkenaan perkhidmatan bekalan air. Satu hal yang berkait langsung dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan khususnya PBA Holdings Berhad. Dahulu kata kita cukup berbangga dengan Pulau Pinang sebagai negeri yang memiliki perkhidmatan air termurah dan terbaik di seluruh negara. Namun bermula tahun lepas disusuli awal tahun ini bahkan bulan ini gangguan bekalan air makin hari makin menjadi sehingga orang ramai merasakan bahawa peristiwa tiada air dan tekanan air rendah adalah satu kebiasaan hidup. Bermula 1 Januari hingga sekarang dalam masa 5 bulan sahaja sebanyak 337 gejala gangguan bekalan air telah dilaporkan sebahagian besar melibatkan kejadian paip pecah. Ahli-ahli Dewan yang dihormati, tidak suka untuk kita saling membayangkan semula kesusahan kita bersama penduduk KADUN masing-masing ketika bekalan air terputus beberapa bulan yang lalu. Kita tidur tak lena mandi memang tak basah.
Dato’ Yang di-Pertua, pada Februari PBA melaporkan kepada bursa jumlah keuntungan tahunan 2023 sebanyak RM32 juta antara itu pada April dalam dokumen cadangan pembelian balik sahamnya dilaporkan PBA Holdings mempunyai dana pendapatan terkumpul syarikat akhir tahun 2023 sebanyak RM80 juta. Dato’ Yang di-Pertua, sekiranya PBA mempunyai duit terkumpul dan keuntungan yang berlebihan bukankah keutamaan dana tersebut adalah untuk dimanfaatkan supaya mutu
perkhidmatan dapat diperbaiki, tekanan air dapat dipulihkan dan bekalan berterusan sentiasa terjamin. Anggota PBA perlu jelas dengan tanggungjawab utama dan peranan hakiki mereka. PBA sebagai syarikat air tunggal negeri ini mempunyai tanggungjawab moral kepada rakyat Pulau Pinang. Jangan sampai anggota atasan syarikat enak berenang dalam keuntungan rakyat pedih sengsara dalam kehausan. Perlukah PBA diingatkan piagam pelanggan mereka komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan bekalan air di Negeri Pulau Pinang kerana ironi ini apabila dibayangkan keadaan air terputus Ahli-ahli Yang Berhormat bersama penduduk terpaksa beratur di panas terik menanggung tong air pada masa yang sama pemegang share PBA riang-ria merayakan keuntungan saham yang lumayan. Nasib hidup antara dua darjat.
Dato’ Yang di-Pertua, pada suku keempat tahun 2023, PBA Holdings Bhd melaporkan kerugian sebanyak RM12 juta. Suku kedua 2023 kerugian sebanyak RM3.2 juta jumlah kerugian terkumpul melebihi RM15 juta. Dato’ Yang di-Pertua, apabila penjawat awam melakukan sesuatu kesalahan kecuaian sehingga mengakibatkan kerugian kerajaan siasatan akan dijalankan kemudiannya tindakan tatatertib dan surcaj dikenakan namun dalam kerugian PBA Holdings ini adakah sebarang siasatan atau tindakan yang pernah diambil terhadap kakitangan pengurusan atasan PBA Holding? Adakah kita pernah melakukan siasatan untuk mengesan punca kerugian tersebut. Adakah adil apabila pegawai atasan PBA Holding yang bergajikan korporat ditidak apakan. Gambaran yang sangat berbeza apabila dibandingkan dengan penjawat awam kita yang berdedikasi yang bergaji sederhana namun cukup berdisiplin mematuhi peraturan-peraturan JPA. Oleh kerana itu saya amat menyokong peningkatan gaji penjawat awam baru-baru ini yang diumumkan. Dato’ Yang di-Pertua, maka apa jenis kawalan peraturan dan ikatan seperti yang diamalkan oleh JPA yang boleh dilaksanakan terhadap PBA Holdings supaya pengurusan atasan PBA Holdings akan menjalankan tugas dengan lebih cermat dan bertanggungjawab. Perdana Menteri kita sentiasa menekankan usaha berterusan untuk membanteras ketirisan dan rasuah, amalan yang boros dan membazirkan wang rakyat mesti dihentikan. PBA Holdings belum menjawab kepada kita kerugian ini.
Dato’ Yang di-Pertua, gejala kerugian berjuta-juta PBA terlepas tidak disiasat seolah-olah diremehkan tetapi rakyat yang terhimpit B40 dihukum dengan bil air yang tinggi atas alasan hendak mengumpul modal bagi memperbaiki perkhidmatan PBA. Saya cadangkan supaya Jawatankuasa Kira-kira Kerajaan Negeri meneliti perkara ini. Teguran demi teguran telah lantang disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini namun mereka membakul sampahkan harapan kita. Dato’ Yang di-Pertua, dalam hal ini juga masyarakat telah mempertikaikan kaedah pengiraan bil air yang dilakukan dua bulan sekali adalah tidak adil kerana peningkatan bil air yang mendadak dengan bil yang dibuat dengan setiap dua kali maka kos perbelanjaan keluarga yang dikenakan juga meningkat. Hal ini menjadi lebih nyata apabila baru-baru ini media melaporkan penduduk bangkit membantah susulan menerima bil air terbaru yang melonjak sekali ganda. PBA seharusnya melakukan pengiraan bil air setiap bulan seperti TNB dan pembekal perkhidmatan utiliti yang lain.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara ketiga adalah berhubung fi hotel Pulau Pinang atau dalam istilah pentadbiran dikenali sebagai fi Kerajaan Tempatan. Oleh yang demikian, perkara ini adalah berkait dengan MMK Pelancongan dan dua Kerajaan Tempatan iaitu MBPP dan MPSP. Untuk makluman Dewan pada tahun 2014 hasil kutipan ini diperakaunkan secara suku tahun ke dalam akaun amanah fi Kerajaan Tempatan Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan dalam akaun amanah disatukan di bawah Subseksyen 9(1) Akta Tatacara Kewangan Tahun 1957 secara suku tahun. Kedua-dua PBT iaitu MBPP dan MPSP bertanggungjawab untuk memantau kutipan bayaran termasuk mengeluarkan notis jika pengusaha hotel gagal mengemukakan kutipan. Fi ini telah dikenakan kepada penginap pada kadar RM3.00 sebilik semalam bagi hotel empat bintang dan lima bintang dan RM2.00 sebilik semalam bagi yang lain-lain. Fi ini telah diperkenalkan semula pada tahun 1 Julai tahun 2022 selepas berakhirnya Pandemic COVID-19 pernah dilaporkan pada tahun 2022 bahawa hasil kutipan fi tersebut mampu menjana hasil sebanyak RM5 juta setahun kepada Kerajaan Negeri. Saya difahamkan melalui bacaan jawapan dan hansard Dewan yang lepas bahawa hasil ini akan digunakan bagi tujuan pembangunan pelancongan di mana satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dengan keahlian yang terdiri daripada Yang Berhormat MMK Pembangunan Pelancongan, Yang Berhormat MMK Kerajaan Tempatan dan juga Pengurus Besar Penang Tourism Sdn Bhd dan wakil-wakil daripada pengusaha-pengusaha hotel di Pulau Pinang telah diwujudkan bagi membincangkan penggunaan kutipan hasil fi tersebut. Pagi ini saya menerima jawapan bertulis dan berhubung fi hotel. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Saya mohon supaya Kerajaan Negeri menjawab soalan bertulis dengan tepat jawapan yang diberi terlalu umum seolah-olah tidak diteliti dengan serius maka saya mengulang soalan tersebut pada perbahasan ini. Sehingga tahun 2023, kita tidak dimaklumkan perkembangan terkini jumlah kutipan hasil ini mengikut tahun dan butiran-butiran yang berkenaan di mana ke mana dan untuk tujuan apa duit tersebut telah dibelanjakan supaya memanfaatkan pembangunan bidang pelancongan dan perhotelan. Memandangkan kutipan ini adalah melalui dua Kerajaan Tempatan adakah perbelanjaan untuk mempromosi program atau pembangunan adalah diperuntukkan mengikut kawasan PBT masing-masing yang setimpal dengan pecahan nisbah kutipan mereka. Benarkah hasil ini digunakan untuk tujuan yang lain selain pelancongan? Adakah hasil kutipan ini setimpal dengan belanjawan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada sektor tersebut sebelum ini. Kerajaan Negeri dan agensi yang berkaitan perlu melaporkan kepada Dewan perbelanjaan yang terperinci fi tersebut dan menjustifikasikan bagaimana segala perbelanjaan yang dimaksudkan telah memberi manfaat kepada negeri kita.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam hal yang masih bersilang kait Penang Convention And Exhibition Bereau (PCEB) melalui laporan tahunan yang diterbitkan pada Februari telah dengan penuh bangga melaporkan kejayaan biro tersebut kerana memberi impak yang hebat kepada ekonomi tempatan sebanyak RM601 juta pada tahun 2023. Ini adalah satu nilai gergasi yang telah dipetik oleh agensi kerajaan tersebut dan tidak dapat dinafikan bahawa pengakuan sumbangan jasa PCEB yang sangat gagah dan berani akan tetapi Dato’ Yang di-Pertua, PCEB tidak mengemukakan justifikasi kaedah pengiraan yang membolehkan ia menyatakan kejayaan sumbangan tersebut benar-benar bernilai RM601 juta kepada sektor tempatan. Saya juga tertanya-tanya apa
pembuktian yang telah dikemukakan oleh pihak pengurusan PCEB untuk mengambil kira bahawa sumbangan nilai RM478 juta kepada korporat tempatan pada tahun 2023 adalah hasil daripada PCEB sendiri semata-matanya. Saya difahamkan sektor swasta juga berusaha hempas pulas untuk mempromosikan perniagaan mereka dengan mengeluarkan duit belanja sendiri apa-apa piawaian yang digunakan oleh PCEB untuk melaporkan angka ini kepada orang awam dan Dewan ini. Sejauh mana program yang dilaksanakan oleh PCEB pada tahun 2023 benar-benar dengan mengemukakan bukti yang berasas dan masuk akal bahawa itu adalah hasil kejayaan PCEB dan RM601 juta boleh diambil kira sebagai hasil usaha PCEB. Saya faham bahawa agensi sentiasa mencari dahan-dahan untuk berpaut bagi menghadapkan belanjawan mereka namun EAI bukan menentu KPI yang terbaik untuk menilai kejayaan. PCEB harus menggunakan kaedah yang lebih telus jujur dan transparent untuk membuat laporan tahunan.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara keempat adalah berkenaan harga makanan dan minuman di astaka dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak serasi dengan nilai rendah sewaan tapak yang dikenakan. Dalam bahasa mudah sewa gerai Majlis murah tapi makanan dah minuman di astaka mahal. Perkara ini adalah berkait dengan MMK Kerajaan Tempatan MBPP dan MBSP. Dato’ Yang di-Pertua, telah bertahun-tahun sewaan gerai-gerai di bawah PBT kekal murah dan rahmah. Bayaran yang dikenakan dengan kadar serendah purata bermula dari RM8.00 ke RM250.00 sebulan akan tetapi makanan dan minuman yang dihidangkan kepada rakyat kita di sana tidak murah dan tidak rahmah. Saya terkejut apabila menerima aduan orang awam bahawa ada gerai yang sebagai contoh menghidangkan masakan terkenal Pulau Pinang iaitu char kuetiau dari RM8 sepinggan sama harga dengan gerai di makanan swasta. Harga makanan yang dihidangkan di bawah PBT seharusnya 10 hingga 20 peratus murah dari gerai swasta. Dato’ Yang di-Pertua, PBT mengenakan bayaran gerai dan lesen tapak menjaja pada kadar yang rendah dengan harapan pelanggan tempatan dapat menikmati limpahan dari penjimatan tersebut. Bayangkan bahawa sewa gerai penjaja di tapak swasta boleh mencecah beribu ringgit dan ke atas sebulan. Ini adalah tidak adil apabila penduduk tempatan yang makan di astaka dan gerai di PBT dengan tujuan untuk berjimat cermat dikenakan harga makanan yang tinggi. Saya faham bahawa sebelum ini kos bahan mentah telah naik namun demikian penjaja tidak seharusnya menggunakan kejadian tersebut sebagai peluang untuk menaikkan harga hidangan mereka sambil mengaut keuntungan yang tidak munasabah terutamanya yang berniaga di tapak milik PBT. Di samping itu, pada waktu sekarang terdapat bahan makanan asas yang dikawal untuk bahan makanan yang tidak dikawal kita kini mula stabil.
Oleh yang demikian, penjaja-penjaja ini harus mempertimbangkan keadaan sosial ekonomi masyarakat tempatan penjaja di tapak PBT seharusnya lebih bertimbang rasa kerana mereka telah mendapat nikmat sewa yang begitu murah selama bertekad lama. Mereka perlulah memikirkan keadaan hidup masyarakat ini yang semakin terhimpit ketika ekonomi masih lesu. Saya mencadangkan supaya pihak PBT bersama jabatan di bawah Kementerian Pengguna dan Kos Sara Hidup menjalankan pemantauan dan operasi bersepadu untuk memberi khidmat nasihat kepada pengusaha gerai PBT seperti mana yang dinyatakan oleh Kementerian KPDN mempunyai asas melalui mekanisme yang sedang berkuatkuasa bagi memastikan keuntungan yang ditentukan atau diperolehi oleh
peniaga bagi sesuatu barangan yang dijual adalah munasabah berasaskan kepada data maklumat penentuan keuntungan yang lepas.
Dato’ Yang di-Pertua, saya sarankan supaya dilaksanakan operasi yang telah saya cadangkan dengan perjanjian takwim tindakan pihak jabatan sekiranya ada peniaga yang masih mengenakan harga yang tidak munasabah PBT perlu mempertimbangkan tindakan di mana PBT tidak menyambung sewaan tapak gerai tersebut kepada pihak yang ingkar dan memberi peluang kepada peniaga baru yang lebih berhati perut untuk mengambil alih. Dato’ Yang di-Pertua, dalam hal yang berkaitan juga saya ingin mengangkat perkara berhubung dasar melarang tukang masak warga asing di gerai dan astaka PBT. Isu ini pernah dibangkitkan seawal tahun 2014. Tujuan utama dasar ini adalah dua pertama adalah menjaga punca pendapatan dan peluang pekerjaan warganegara tempatan khususnya anak Negeri Pulau Pinang kedua adalah menjaga imej Pulau Pinang sebagai syurga makanan dan memelihara ketulenan selera makanan tempatan terutamanya apabila Pulau Pinang semakin terkenal sebagai destinasi pelancongan makanan selepas menerima pengiktirafan badan antarabangsa seperti Michelin Guide. Oleh yang demikian, saya menyaran supaya PBT menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen untuk melakukan tinjauan kelapangan bagi memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kerajaan Negeri perlu menyediakan satu jadual lawatan naziran yang berkala kepada semua kawasan sasar. Maka saya mohon Kerajaan Negeri untuk mengulas dan memberi jawapan berhubung perkara ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perkara kelima adalah perkara yang sangat penting berhubung belanjawan negeri. Pada sidang yang lepas, kerajaan telah membentangkan Belanjawan Tahun 2024 di khalayak Yang Berhormat sekalian ia dibahas dan diluluskan sebulat suara oleh semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini namun, pada bulan lepas atas kiraan kewangan dan perbendaharaan bahawa hasil negeri tidak mencukupi maka, banyak jabatan dan agensi diheret ke meja runding untuk tindakan pemotongan dan pengurangan bajet secara wajib. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, apabila satu-satu belanjawan diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini dan kemudiannya diwartakan ia adalah satu ikatan janji dan komitmen kami sebagai kerajaan kepada rakyat bahawa usul bajet yang telah dibahaskan akan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat. Sekiranya selepas dibahas, ditulis dan diwartakan usul ini dan apabila perbendaharaan kemudiannya mengubah/ mengolah belanjawan tersebut, ia seakan-akan telah meremeh-temehkan suara Dewan. Proses penyediaan satu-satu belanjawan dilakukan secara terperinci dengan libat urus semua jabatan ada yang seawal suku ketiga selepas rundingan demi rundingan, mesyuarat demi mesyuarat barulah persetujuan dicapai. Ini semua hasil usaha bertungkus-lumus berjam-jam, berhari-hari dan berbulan-bulan para pegawai jabatan masing-masing. Sia-sia saja kerja jabatan ini dan sia-sialah perbahasan belanjawan Ahli-ahli di dalam Dewan yang mulia ini. Saya mengambil maklum penerangan YAB Ketua Menteri pada sesi soal jawab pagi ini bahawa selain dari perbelanjaan mengurus dan pemberian, Kerajaan Negeri juga terpaksa menanggung bayaran luar jangkaan tuntutan mahkamah berhubung kes-kes tanah yang dianggarkan bayaran pampasan sebanyak RM27juta. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, ini boleh dianggap sebagai satu kerugian besar kepada rakyat yang berpunca
dari pengendalian hal-hal kemajuan dan rundingan terus tanah yang mana Kerajaan Negeri telah gagal menguruskan dengan baik. Pemotongan belanjawan ini telah mengurangkan dana yang boleh dimanfaatkan untuk penggunaan dan pembangunan rakyat maka dalam erti kata lain ini telah membelakangkan rakyat. Kerajaan Negeri perlu mengambil iktibar dari kesilapan tersebut dan memastikan kerugian sia-sia seperti ini tidak akan berlaku lagi.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, untuk perkara keenam adalah mengenai Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah memainkan peranan yang sangat penting sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang terutamanya melalui pembangunan bandar baharu di Bandar Cassia, Batu Kawan seluas 6,326 hektar iaitu yang ketiga selepas Bandar Bayan Baru dan Bandar Seberang Jaya. Tahniah kepada PDC dan Kerajaan Negeri atas usaha berterusan untuk merancakkan lagi pertumbuhan sektor perindustrian yang melalui cadangan pembangunan tiga (3) lagi taman perindustrian di Batu Kawan yang melibatkan kos pelaburan termasuk pembangunan infrastruktur yang berjumlah RM3.2bilion. Penghargaan juga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melancarkan Projek Batu Kawan Industrial Park 3 (BKIP 3) yang turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan pimpinan EXCO Kerajaan Negeri baru-baru ini. Walaupun pembangunan Taman Perindustrian Batu Kawan yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu namun masih ada beberapa masalah dan kelemahan yang masih gagal ditangani oleh pihak PDC yang menjadi tumpuan aduan penduduk tempatan dan pemain industri di kawasan tersebut contohnya masalah lampu jalan yang tidak berfungsi di Science Park yang saya percaya mungkin disebabkan oleh kerosakan sendiri mahupun vandalism sudah lama masalah ini berlarutan tetapi pihak PDC seperti tidak mampu untuk baik pulih kerosakan tersebut. Keadaan jalan pada waktu malam yang gelap juga sudah pasti sangat berbahaya. Perkara ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan pengguna terutamanya bagi kaum wanita yang sering menggunakan laluan tersebut seorang diri pada waktu malam untuk ulang-alik balik kerja.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, selain itu bekalan air juga merupakan satu keperluan yang sangat penting di kawasan perindustrian dan saya difahamkan pihak PBA telah mensyaratkan untuk PDC membina 6 kolam takungan, reservoir (dengan izin) di kawasan tersebut. Apakah gunanya jika kita berbelanja begitu banyak untuk pelaburan di Batu Kawan tetapi kita hadapi satu cabaran besar kerana kekurangan dan tiada bekalan air yang mencukupi di kawasan tersebut. Ini sudah menjadi satu kebimbangan kepada pihak PBA kerana sekiranya berlaku gangguan bekalan air, seluruh kawasan Perindustrian Batu Kawan juga akan terputus bekalan air dan sektor perindustrian terutamanya pasti akan terjejas teruk. Kita boleh mengambil iktibar dan contoh daripada insiden-insiden yang pernah berlaku pada sebelum ini yang melibatkan loji rawatan air di Sungai Dua dan ia telah menjejaskan ramai pengguna di negeri ini. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak PDC dapat mengambil perhatian serius terhadap aduan-aduan dan kelemahan yang telah dibangkitkan supaya ia dapat memberi jaminan kepada semua pemain industri di Batu Kawan bahawa bekalan air sentiasa mencukupi dan tidak akan mengakibatkan kerugian besar kepada Kerajaan Negeri. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada masalah lampu di Science Park dan pembinaan reservoir di Batu Kawan, pihak PDC juga hendaklah memberi perhatian sewajarnya terhadap isu Indah Water
Konsortium yang masih belum ditangani supaya semua orang dapat menikmati hidup dalam keadaan yang bersih. Pihak PDC hendaklah memastikan supaya masalah berkaitan loji IWK ini tidak berlarutan terlalu lama sehingga boleh menyebabkan pencemaran yang teruk kepada kawasan sekitar.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sebagai penutup telah panjang dan lebar saya mengupas hal-hal berkepentingan untuk negeri, pentadbiran dan rakyat. Saya menyeru supaya pentadbiran Kerajaan Negeri meneliti dengan baik dan mengulas dengan sebaik mungkin setiap perihal yang telah disebut. Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya ingin menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas ADUN Sungai Bakap Allahyarham Nor Zamri Latiff. Jasa beliau sebagai seorang ADUN dan pemimpin masyarakat akan sentiasa dikenang. Maka, saya dengan ini memohon menyokong Usul Terima Kasih kepada Tuan Yang Terutama untuk Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas Negeri Pulau Pinang . Sekian, terima kasih.
Terima kasih Air Itam, seterusnya kita persilakan. Bangun Penanti.
Baik, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat terlebih dahulu saya ingin dengan takzimnya mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan ini bagi sidang pada kali ini. Kami di pihak Pembangkang seringkali menerima keluhan dari rakyat tempatan dan penyokong-penyokong di tempat kami mahupun penduduk-penduduk di sekitar seluruh negeri Pulau Pinang akan beban mereka yang sedang berhadapan dengan masalah kenaikan kos sara hidup, kenaikan kos barangan asas yang meningkat secara mendadak dan tarif air yang datang secara serentak. Oleh itu, saya ingin menyampaikan kegusaran yang sedang dihadapi oleh rata-rata masyarakat Pulau Pinang, seluruh lapis masyarakat dari pelbagai latar belakang menghadapi masalah yang sama dari golongan peniaga kecil hinggalah ke peringkat seterusnya. Harga makanan naik, harga sayur naik, bil api dan air pun naik. Ini subsidi minyak pula nak ditarik. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah dan membantu rakyat dalam hal ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, topik yang hangat sidang DUN kali ini tarif air naik, harga barang naik kita juga ingin penjelasan daripada Kerajaan Negeri terutama sekali mengenai tarif air yang hangat dibincangkan pada sidang kali ini yang meningkat terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat dan insiden paip air di Sungai Perai yang bocor berulang kali menyebabkan pengguna di lebih 60 kawasan menghadapi gangguan bekalan air tanpa amaran. Ini satu masalah apabila tanpa amaran dia jadi dengan terkejut menyebabkan masalah dihadapi oleh peniaga-peniaga dan penduduk-penduduk. Jadi apakah jaminan daripada Kerajaan Negeri bahawa perkara ini tidak akan berulang dan saya menyokong saranan dan cadangan daripada YB Air Itam tadi agar PBA ini dipanggil
oleh PAC untuk memberi sebab dan musabab yang lain kenapa benda-benda ini terjadi. PAC belah sini belah kanan saya. Okey, saya pun jawatankuasa PAC jadi kita panggil kita dapat mandat daripada Dewan bukan apa untuk memperbaiki YB-YB untuk memperbaiki.
Seperti yang disampaikan oleh akhbar dan media massa pada pertengahan tahun lepas negeri kita mengalami peningkatan dari segi jenayah komersial sebanyak 82.7 peratus yang membawa nilai kerugian sebanyak RM53juta yang mengalami peningkatan juga adalah jenayah penipuan secara atas talian atau dikenali sebagai scam…..(dengan izin). Oleh itu, kita berharap agar pihak berkuasa dapat bertindak cepat dan proaktif dalam menghadapi isu ini. Bersempena dengan Hari Belia 15 Mei yang lalu, kita haruslah bekerjasama rapat dengan golongan belia yang akan menggalas tanggungjawab kita pada masa akan datang. Program Pemantapan Belia haruslah dikuatkan terutamanya dalam bidang perniagaan dan memberi penambahbaikan dalam ekonomi setempat mahupun negeri kita dengan aktiviti lumba haram di kawasan lebuhraya BKE, lebuhraya Sungai Dua, kawasan Perindustrian Bayan Lepas, jadi anak muda kita ini terdedah kepada bahaya dijangka memberi kesan buruk kepada negeri maka haruslah kita mencari titik persamaan dengan golongan belia dalam bekerjasama kita untuk membanteras gejala negatif ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, satu isu yang agak hangat juga sekarang ialah lambakan pekerja asing yang meningkat secara ketara. Perkara ini telah menjejaskan banyak tempat termasuk pengusaha kebun sayur tempatan kerana pekerja asing ini juga telah menjadi penanam sayur lepas itu peniaga sayur dan lepas itu menjadi peniaga dan penjual sayur di market, di pasar-pasar malam dan di kedai-kedai runcit dan kita anggarkan seperti Ketua Pembangkang maklumkan tadi terdapat lebih kurang 150,000 pekerja asing yang menetap di tempat-tempat kawasan penempatan yang kita kata haram. 80,000 di sebelah Pulau dan bakinya adalah di Seberang Perai. Oleh itu, kita berharap Pihak Berkuasa Tempatan dapat adakan satu perancangan dan garis panduan yang lebih terperinci untuk membanteras penempatan-penempatan haram ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terdapat data yang diperolehi dari Pusat Penyelidikan Ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Teluk Kumbar seperti yang diumumkan oleh LKIM menyatakan sewaktu permulaan aktiviti penambakan laut, terdapat peningkatan yang ketara dalam hasil tangkapan udang iaitu mencecah 3,381.07kg dan 4,725.7kg, data-data ini amat mencurigakan tidak seperti yang disuarakan oleh nelayan-nelayan yang mengatakan mereka mendapat hasil yang berkurangan apatah lagi nak bertambah, maklumat yang dinyatakan oleh LKIM juga tidak selaras dengan apa yang para nelayan mendapat maklumbalas apabila mereka ingin memperbaharui lesen, lesen nelayan di agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan seperti tidak mendapat memperbaharui lesen kerana hasil laut semakin berkurangan maka, jumlah nelayan tak boleh ditambah lagi jadi kita ingin memohon pihak LKIM untuk mengeluarkan data-data yang penting, terkini setepat yang mungkin secara lebih terperinci untuk pengetahuan umum.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dah Ahli-ahli Yang Berhormat, isu pengambilan tanah rakyat oleh Kerajaan Negeri sehingga kini mereka tidak dibayar pampasan juga
menjadi masalah seperti di Kawasan DUN Penanti di Guar Jering, Kampung Terus, Jalan Mengkuang Berapit. Jadi sampai bila rakyat perlu menunggu bayaran yang mereka sepatutnya terima. Isu kilang haram dan gudang haram di Pulau Pinang terdapat sebanyak 488 buah kilang haram, satu Negeri Pulau Pinang dikenalpasti masih aktif beroperasi dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan okey, PBT Pulau Pinang kalau kita ikut daripada apa yang saya dimaklumkan DTL 41, DBD 57, SPU 149, SPT 155, SPS 86 menjadikan jumlah kilang haram sebanyak 488. Dan di DUN saya di DUN Penanti, sahaja terdapat sembilan (9) gudang haram yang dikenal pasti siap nama alamat dan nama syarikat. Tetapi, kita tidak tahu kenapa tidak diambil tindakan. Jadi, kita berharap penguatkuasaan PBT untuk mengawal situasi ini agar tidak berterusan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang melanggar undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, mohon dijelaskan juga sejak ditubuhkan Program i-Sejahtera oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang , beraka berapakah wang yang telah dibelanjakan dan sumber kewangan Kerajaan Negeri untuk membiayai Program i-Sejahtera ini. Kalau sumber kewangan untuk Program i-Sejahtera ini daripada Kerajaan Negeri, maka kita harap wakil-wakil rakyat pembangkang pun boleh diiktiraf untuk menandatangani borang-borang permohonan program di dalam Program i-Sejahtera ini. Saya walaupun kita dah cakap tadi, saya bercakap juga sebab untuk direkodkan dan untuk makluman soalan-soalan saya dalam bentuk lisan tak dapat dimasukkan ke dalam buku, saya tak tahu kenapa. Tapi pihak IT sedang memeriksa sebab dia kata tak tekan, tapi kalau tengok dalam komputer dah masuk. Tapi nampak gaya soalan saya tidak ada dalam buku tapi, tak apa saya bercakap di sini.
Jadi, berkenaan i-Sejahtera ini mungkin kita dapat penjelasan selepas ini. Tuan Speaker, apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu tuntutan pampasan tanah macam saya sebutkan tadi ini saya sebutkan lebih terperinci. Di Mukim 18 Mengkuang Berapit dan Mukim 12 Guar Perahu ke Kampung Terus yang telah digunakan sebagai jalan awam sejak tahun 1970 an. Tapi sampai hari ini, tidak dibuat apa-apa bayaran. Tuan Speaker, kerajaan juga harus memberi perhatian kepada pembangunan infrastuktur luar bandar terutama di kawasan yang kerap berdepan dengan banjir yang teruk terutama sekali di kawasan-kawasan daerah SPT di Permatang Pauh, Permatang Pasir dan Seberang Jaya. Jadi, apakah matlamat pembangunan yang cantik yang diluluskan oleh PBT. Bangunan yang moden dibina di situ tetapi akhirnya penduduk terpaksa membersihkan rumah mereka akibat kesan banjir. Jadi, adakah sekadar menunjukkan kemewahan walhal pada musim hujan terdapat golongan yang terkesan dengan hujan yang berpanjangan dan mengakibatkan banjir. Kita mohon Pihak Berkuasa Tempatan lebih mengambil kira untuk meluluskan setiap projek di kawasan tersebut dengan mengambil kira masalah-masalah ini. Jadi, Dato Speaker Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat akhir kalam marilah kita semua sama berganding bahu tanpa mengira parti politik demi membangunkan Negeri Pulau Pinang yang tercinta. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Penanti. Seterusnya, dipersilakan Bagan Dalam.
Terima kasih Dato’.
Silakan.
Yang di Pertua. Minta maaf suara tak berapa baik. Okey, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030 dan juga Salam Perpaduan kepada semua. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada arwah ADUN Sungai Bakap Allahyarham Nor Zamri Latiff. Semoga keluarga arwah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini. Marilah kita sama-sama meluangkan sedikit masa untuk berdoa dalam kepercayaan masing-masing agar roh arwah ditempatkan di kalangan yang beriman.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan di Dewan Yang Mulia ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15 pada 24 Mei 2024. Semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Toh Puan senantiasa dalam keadaan yang sihat walafiat agar terus memimpin Negeri Pulau Pinang ke kelandasan yang lebih maju, makmur dan sejahtera untuk rakyat. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pada masa yang sama saya juga turut mengucapkan tahniah kepada saudari Pang Sok Tau yang telah memenangi Pilihan Raya Kecil di Kuala Kubu baru pada 11 Mei 2024 yang lalu. Tahniah Parti Pakatan Harapan yang mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia dan telah menang dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baru. Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Program Penanaman Satu Juta Pokok dalam sehari sempena Hari Bumi pada 22 April 2024 yang lalu. Saya berharap program penanaman pokok ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang untuk mengurangkan gas rumah hijau demi kesejahteraan Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pengembangan jajaran LRT ke kawasan Seberang Perai dengan Penang Sentral sebagai hub pengangkutan Wilayah Utara. Sidang Dewan yang dimuliakan, marilah kita sama-sama menghargai kepentingan pengembangan jajaran LRT ke kawasan Seberang Perai. Usaha ini bukan sahaja akan membawa perubahan besar kepada landskap pengangkutan di Negeri Pulau Pinang tetapi, juga membuka lembaran baru dalam usaha memperkukuhkan sistem pengangkutan awam di Wilayah Utara. Penang Sentral yang berkemampuan dijadikan sebagai hub
pengangkutan Wilayah Utara, akan menjadi titik pertemuan strategik bagi pelbagai bentuk pengangkutan seperti bas, teksi, feri dan kini LRT. Ini akan memastikan kemudahan akses yang lebih baik serta meningkatkan keselesaan perjalanan bagi para pengguna. Pengembangan jajaran LRT ke Seberang Perai akan memberi banyak manfaat, antaranya mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan adanya sistem pengangkutan awam yang efisien penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan. Ini seterusnya akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjadikan perjalanan lebih lancar dan cepat.
Yang kedua, meningkatkan kualiti hidup. Sistem LRT yang cekap akan mengurangkan masa perjalanan dan memberi lebih banyak masa berkualiti kepada rakyat untuk diluangkan bersama keluarga dan aktiviti lain. Yang ketiga, meningkatkan ekonomi. Akses mudah ke kawasan Seberang Perai akan menarik lebih banyak pelabur dan pelancong, sekaligus merancakkan ekonomi tempatan. Ini juga akan membuka peluang pekerjaan baru kepada penduduk setempat. Dan yang keempat mesra alam. Pengangkutan awam yang menggunakan tenaga elektrik seperti LRT adalah lebih mesra alam dan membantu menggurangkan pencemaran udara. Oleh itu, sambungan tenaga elektrik perlu mencukupi bagi memastikan pengguna elektrik dalam sistem LRT tidak terganggu. Dan yang kelima, kesalinghubungan yang lebih baik. Penang Sentral sebagai hub pengangkutan akan memastikan kesalinghubungan yang lebih baik antara kawasan-kawasan penting di Wilayah Utara menjadikannya lebih mudah bagi rakyat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Saya percaya bahawa dengan usaha bersama dari semua pihak, pengembangan ini akan menjadi satu kejayaan besar dan membawa manfaat yang berpanjangan. Dan dapat menjadi langkah positif dalam meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan kepada Negeri Pulau Pinang dan seluruh Wilayah Utara. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kaedah menambah baik pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang . Pengurusan kewangan yang cekap adalah kunci kepada pembangunan dan kemakmuran negeri kita. Izinkan saya berkongsi beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menambahbaik pengurusan kewangan negeri kita. Di antaranya peningkatan ketulusan dan akauntabiliti, kita perlu memastikan semua perbelanjaan kerajaan adalah telus dan boleh diaudit melalui penggunaan teknologi seperti sistem perakaunan elektronik dan portal maklumat awam. Rakyat dapat memantau dan menilai perbelanjaan kerajaan dengan lebih mudah. Yang kedua, penggunaan teknologi dalam pengutipan cukai dengan memperkenalkan sistem pengutipan cukai secara dalam talian, kita boleh meningkatkan kecekapan dan mengurangkan ketirisan. Ini juga akan memudahkan rakyat untuk membayar cukai mereka dengan lebih cepat dan mudah. Yang ketiga, pemantapan bajet berasaskan prestasi, setiap jabatan dan agensi kerajaan perlu diukur berdasarkan prestasi mereka dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Bajet berasaskan prestasi, memastikan setiap peruntukan digunakan dengan berkesan dan memberikan pulangan yang optimum kepada rakyat. Yang keempat, pengurangan pembaziran. Setiap sen yang dibelanjakan perlu diuruskan dengan berhemat. Program Pengurangan Pembaziran perlu diperkenalkan di semua peringkat kerajaan, termasuk melalui latihan dan kempen kesedaran untuk para kakitangan awam. Dan yang kelima, meningkatkan pendapatan negeri. Selain daripada cukai, negeri perlu mencari sumber pendapatan alternatif. Ini boleh termasuk pelaburan dalam sektor strategik,
pengembangan industri pelancongan dan kerjasama dengan sektor swasta untuk pembangunan infrastuktur. Dan yang keenam, pembangunan modal insan. Melatih dan mengembangkan bakat dalam bidang kewangan dan pengurusan adalah penting. Kerajaan Negeri perlu menyediakan program latihan berterusan, kepada para kakitangan agar mereka sentiasa bersedia menghadapi cabaran kewangan semasa. Dan yang terakhir, peningkatan kesedaran kewangan. Meningkatkan kesedaran kewangan di antara kakitangan, kalangan kakitangan Kerajaan Negeri untuk memastikan penggunaan kewangan yang efisien dan berhemat serta meningkatkan kecekapan dan ketelusan. Dengan melaksanakan kaedah-kaedah ini, saya yakin bahawa kita dapat menambahbaik pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang. Seterusnya memastikan pembangunan yang mampan dan kesejahteraan rakyat. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, cadangan seterusnya ialah untuk penambah peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Seperti yang kita maklum, ADUN memainkan peranan yang kritikal dalam memastikan pembangunan dan kebajikan di kawasan masing-masing. Dengan peruntukan yang mencukupi, ADUN dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif dan memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat. Izinkan saya berkongsi beberapa sebab mengapa penambahan peruntukan ini diperlukan.
Yang pertama pembangunan infrastuktur, banyak kawasan di Pulau Pinang memerlukan pembangunan infrasrtuktur seperti jalan raya, bekalan air bersih dan fasiliti awam yang lain. Peruntukan tambahan akan membolehkan ADUN mempercepatkan projek-projek ini demi kesejahteraan rakyat. Projek Kebajikan Sosial, peruntukan tambahan akan membolehkan ADUN melaksanakan lebih banyak program kebajikan sosial seperti bantuan kepada golongan miskin, warga emas dan orang kurang upaya. Ini akan memastikan tiada rakyat yang terpinggir dalam arus pembangunan. Dan yang ketiga, peningkatan pendidikan dan latihan. Dengan peruntukan yang lebih besar, ADUN dapat menganjurkan lebih banyak program pendidikan dan latihan untuk golongan belia serta masyarakat umum. Ini termasuk kelas tuition, kursus kemahiran dan bengkel pembangunan diri yang akan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. Pengurusan bencana dan kecemasan, penambahan peruntukan juga penting bagi menghadapi situasi kecemasan seperti banjir, kebakaran dan bencana alam yang lain. Dana tambahan akan membolehkan ADUN menyediakan bantuan segera dan efektif kepada mangsa bencana. Yang kelima, penyelenggaraan dan pembaikan fasiliti awam. Peruntukan yang mencukupi akan memastikan fasiliti awam seperti taman permainan, pusat komuniti dan kemudahan sukan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan oleh rakyat. Dan sokongan kepada usahawan tempatan. Dengan dana tambahan, ADUN dapat menyediakan bantuan dan insentif kepada usahawan tempatan termasuk peniaga kecil dan sederhana. Ini akan membantu merancakkan ekonomi setempat dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Cadangan penambahan peruntukan ini adalah satu pelaburan jangka panjang yang akan memberi pulangan yang besar kepada rakyat dan negeri Pulau Pinang . Saya berharap agar cadangan ini dapat dipertimbangkan dengan serius, dan dilaksanakan demi kepentingan bersama pada masa yang akan datang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kepentingan pembangunan Urban Transformation Center (dengan izin) UTC di Seberang Perai. UTC atau Pusat Transformasi Bandar
adalah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan awam yang efisien dan bersepadu di bawah satu bumbung. Ini termasuk perkhidmatan kerajaan sektor swasta dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan oleh rakyat. Izinkan saya berkongsi beberapa kepentingan pembangunan UTC di Seberang Perai yang boleh memberi manfaat kepada hampir lebih dari satu juta warga Seberang Perai. Ianya akan memudahkan akses kepada perkhidmatan awam, dengan adanya UTC rakyat dapat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti pendaftaran kad pengenalan, pembaharuan lesen memandu dan urusan cukai dalam satu lokasi. Ini akan menjimatkan masa dan kos perjalanan bagi penduduk Seberang Perai. Ianya juga akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan. UTC akan menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan pantas kerana semua agensi berkaitan ditempatkan di satu lokasi. Ini akan mengurangkan birokrasi dan meningkatkan kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan. Dan ianya juga akan menyokong pertumbuhan ekonomi setempat di mana pembangunan UTC akan menarik lebih ramai pengunjung dan pelabur ke Seberang Perai. Ini akan merancakkan ekonomi setempat dan membuka peluang peniagaan serta pekerjaan baharu untuk penduduk tempatan. Dan juga penyediaan kemudahan komuniti di mana UTC bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kerajaan tetapi juga pelbagai kemudahan lain seperti pusat kesihatan, pusat latihan dan ruang niaga. Ini akan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memenuhi keperluan harian mereka dengan lebih baik. Dan UTC juga akan menggalakkan inovasi dan transformasi digital di mana UTC akan dilengkapi dengan teknologi terkini untuk memudahkan urusan digital. Ini akan menggalakkan penggunaan teknologi dalam kalangan rakyat dan perniagaan tempatan, seterusnya memacu transformasi digital di Seberang Perai. Dan UTC juga mampu menjadi pusat pembangunan sosial dan komuniti bagi pelbagai aktiviti sosial dan komuniti. Program-program seperti bengkel latihan, ceramah kesihatan dan aktiviti kebudayaan dapat dijalankan untuk memperkasaan komuniti setempat. Dan yang terakhir ianya akan mengurangkan kesesakan di bandaraya Seberang Perai dengan adanya UTC di Seberang Perai, beban perkhidmatan di pusat bandar Seberang Perai dapat dikurangkan. Ia akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mudahkan pergerakan rakyat antara kedua-dua kawasan.
Oleh itu, saya amat menyokong dan menyeru untuk pembangunan UTC di Seberang Perai sebagai satu langkah penting untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memacu kemajuan ekonomi setempat. Saya berharap agar projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat yang besar kepada seluruh komuniti di Seberang Perai. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, dalam ucapan perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelima Belas, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas komitmen untuk menyediakan peruntukan bagi Projek Air Perak-Pulau Pinang bagi membolehkan air terawat dapat dibekalkan dari Sungai Perak ke Pulau Pinang. Namun begitu, bekalan air ke Pulau Pinang masih belum mencukupi. Kita berdepan dengan beberapa cabaran dalam pengurusan air di Pulau Pinang. Antaranya adalah peningkatan permintaan air akibat pertumbuhan penduduk dan pembangunan pesat. Perubahan iklim yang memberi kesan kepada sumber air serta infrastruktur yang memerlukan penambahbaikan. PBA Pulau Pinang perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk menangani cabaran-cabaran ini demi memastikan kelangsungan bekalan
air kepada semua pengguna terutamanya selepas tarif air telah dinaikkan di Negeri Pulau Pinang. Dengan kenaikan tarif air baharu-baharu ini PBA Pulau Pinang wajib berusaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pengguna. Ini termasuk PBA Pulau Pinang perlu memastikan bahawa bekalan air tidak terganggu dan sentiasa memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Mereka juga perlu menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik termasuk penyelesaian aduan dengan lebih cepat dan efisyen serta menyediakan maklumat yang jelas dan mudah difahami mengenai tarif dan penggunaan air. PBA Pulau Pinang juga perlu melaksanakan program pendidikan dan kesedaran awam mengenai kepentingan penjimatan air dan cara-cara mengurangkan penggunaan air. Ini akan membantu pengguna memahami kepentingan pengurusan air yang berkesan dan menyokong langkah-langkah yang telah diambil. PBA Pulau Pinang juga perlu memberikan pelaporan yang telus mengenai penggunaan dana dan kemajuan projek-projek yang dilaksanakan. Ini akan meningkatkan kepercayaan rakyat kepada PBA Pulau Pinang dan menunjukkan bahawa dana tambahan daripada kenaikan tarif digunakan dengan baik. PBA Pulau Pinang perlu memastikan bekalan air yang berkualiti dan berterusan untuk generasi sekarang dan yang akan datang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas inisiatif untuk memperkenalkan Program Sejati Madani yang akan memanfaatkan komuniti setempat dengan menjana pendapatan sampingan dan membantu meningkatkan sosio ekonomi komuniti. Beberapa perkara yang telah saya kongsikan tadi adalah demi kepentingan rakyat Bagan Dalam secara khususnya dan Negeri Pulau Pinang secara amnya. Akhir kata saya berdoa semoga Negeri Pulau Pinang dan seluruh rakyat negeri ini terus memperolehi perlindungan dan sentiasa dilimpahi dengan keamanan dan kemakmuran yang berterusan. Justeru itu, untuk memastikan kita mencapai Visi Penang2030, maka marilah sama-sama kita berganding bahu demi pembangunan Negeri Pulau Pinang yang mampan dan berkualiti. Saya akhiri ucapan saya ini dengan ucapan ribuan terima kasih atas peluang yang telah diberikan. Terima kasih kepada semua yang turut menyokong dan mempercayai saya. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Bagan Dalam dan seterusnya saya persilakan, siapa? Bangun dulu, silakan Telok Ayer Tawar.
Bismillahi rahmanir rahim, Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Rakan-rakan pimpinan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan salam takziah kepada sahabat kita YB Abang Zamri yang telah meninggalkan kita pada sidang dewan kita ini. Sebelum saya membuka bicara, anak dara bersanggul lentang, datang dari Pulau Mutiara, pemanis kalam selamat petang, awal Bismillah pembuka bicara. Terlebih dahulu saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut
mengambil bahagian untuk bersama-sama membahaskan ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kelima Belas baru-baru ini. Dalam kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih bagi pihak rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri KADUN Telok Ayer Tawar kepada Tuan Yang Terutama Tun yang telah mencerminkan kepedulian dan kepekaan beliau terhadap kebajikan rakyat Negeri Pulau Pinang dengan satu ucapan yang cukup bermakna dalam perasmian sidang Dewan baharu-baharu ini.
Dato’ Yang di-Pertua, seperti mana yang kita semua sedia maklum, Negeri Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang cukup penting dalam sektor pelancongan. Saya menyambut baik tindakan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan orang ramai terutamanya di peringkat global dengan mengemaskini produk pelancongan sedia ada sebagai daya tarikan baharu. Meliputi keindahan alam, makanan lazat serta warisan kebudayaan dan seni yang unik selaras dengan pengumuman peruncit terkemuka, United Kingdom Post Office yang telah menamakan Pulau Pinang sebagai tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia dan Holiday Money Report edisi 2024 yang turut mengangkat Pulau Pinang sebagai destinasi keempat terbaik di Asia. Biarpun begitu, saya masih melihat wujudnya satu jurang yang cukup besar di antara tumpuan yang diberi oleh pihak berkuasa dalam memperkasakan industri pelancongan. Di kawasan bandar dan di luar bandar, perkara ini bukan sahaja membuatkan penduduk terutamanya rakyat Pulau Pinang di kawasan luar bandar dan juga terlepas peluang ekonomi yang dijana melalui industri ini malah memberi kesan yang besar terhadap pembangunan industri tersebut sendiri yang masih bertumpu di kawasan bandar semata-semata terutamanya di George Town. Dalam mendepani masalah ini, saya menyeru kepada Kerajaan Negeri supaya segera merangka satu pendekatan yang lebih adil dan saksama terutamanya kepada pengusaha-pengusaha kecil, sederhana yang turut memainkan peranan yang sangat penting dalam ekosistem industri pelancongan negeri kita. Langkah memperkasakan industri pelancongan yang telah merangkumi sektor pelancongan di kedua-dua kawasan luar bandar dan bandar ini adalah sangat penting dalam merealisasikan agenda Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang mampan dari segi ekonomi di peringkat serantau dan di peringkat antarabangsa.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam pada masa yang sama, saya ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri untuk terus memberi keutamaan pada usaha memperkasa para pengusaha kecil, sederhana dan terutamanya mereka yang berkecimpung dalam ekosistem industri pelancongan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, industri perusahaan kecil, sederhana IKS memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkasakan keterjaminan, kelangsungan ekonomi negeri kita. Sebahagian besar IKS di Pulau Pinang turut berperanan sebagai feeder (dengan izin) kepada industri yang lain. Jadi sememangnya saya lihat wujudnya satu keperluan untuk Kerajaan Negeri memberi tumpuan yang lebih tersusun dalam usaha ini terutamanya bagi IKS dalam industri pelancongan. Sehubungan ini, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk
mewujudkan satu direktori digital yang akan mengumpulkan maklumat kesemua IKS ini untuk dipaparkan kepada pengguna di peringkat serantau dan dalam negeri. Portal ini akan menjadi bahan rujukan bukan sahaja kepada pengguna di peringkat industri, malah juga kepada pengguna orang persendirian yang berhajat untuk melancong ke Pulau Pinang dengan adanya direktori digital ini, kita bukan sahaja akan memudahkan urusan para pengguna yang terdiri daripada pelbagai latar belakang malah pada masa yang sama kita juga akan membantu mengembangkan IKS dalam industri pelancongan secara tersusun dan rapi.
Dato’ Yang di-Pertua, Tuan Yang Terutama Tun dalam ucapan beliau, telah turut menyentuh tentang usaha Kerajaan Negeri bagi mempergiatkan industri pelancongan melalui inisiatif untuk melindungi dan memelihara tapak warisan bagi pengekalan status kewarisan dunia UNESCO George Town terutamanya di kawasan tumpuan. Saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri yang telah mengambil inisiatif dengan menaik taraf kawasan ruangan awam dan mewujudkan pelbagai produk pelancongan berteraskan warisan selaras Northern Seed Round Master Plan dan rancangan kawasan khas George Town. Cuma saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya ruang awam ini bukan sahaja digunakan untuk mempamerkan produk-produk pelancongan semata-mata namun juga perlu mencerminkan kepelbagaian yang menjadi teras kepada kehidupan seharian kita di Malaysia. Saya mencadangkan supaya ruang awam ini juga menyediakan platform-platform bagi golongan artisan ataupun penggiat seni untuk menyediakan karya-karya dalam pelbagai bentuk, misalnya dalam bentuk lukisan mural ataupun sebagainya yang mencerminkan adat resam, kepercayaan dan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia, terutamanya di Pulau Pinang. Dalam usaha kita menyambut kehadiran Tahun Melawat Malaysia 2026, jangan kita lupa sekali melupakan elemen kepelbagaian dan terus menjadi kekuatan kita sebagai sebuah negara.
Dato’ Yang Di-Pertua, selain isu-isu ini, saya juga berhajat untuk membangkitkan kepada perhatian Kerajaan Negeri beberapa isu yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di KADUN Telok Ayer Tawar. Antara lainnya adalah keperluan perumahan awam dan golongan yang kurang berkemampuan. Biarpun saya sedia maklum bahawa terdapat beberapa projek skim perumahan awam di bawah kawalan selia Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, kawasan berdekatan seperti Mak Mandin, saya juga sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk mengadakan satu skim perumahan awam di KADUN Telok Ayer Tawar. KADUN Telok Ayer Tawar merupakan antara kawasan yang sedang mengalami pembangunan pesat. Perkara ini memberi kesan secara langsung terhadap kenaikan kos hartanah, terutamanya golongan yang kurang kemampuan yang masih menyewa. Mereka terpaksa membayar 700 hingga 1000 Ringgit Malaysia hanya untuk menyewa. Sehubungan ini, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk segerakan menjalankan kajian dan mempertimbangkan permohonan saya untuk dibina sebuah projek perumahan awam yang boleh disewa pada kadar yang lebih berpatutan oleh golongan yang kurang kemampuan, terutamanya penduduk di KADUN Telok Ayer Tawar. Secara tidak langsung, perkara ini juga membantu Kerajaan Negeri untuk mencapai agenda “Perumahan untuk Semua” yang menjadikan teras utama Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan perumahan rakyat
di negeri ini. Selain itu, saya juga ingin membawa kepada perhatian Kerajaan Negeri tentang keperluan mendesak perkhidmatan bank di KADUN Telok Ayer Tawar. Rata-ratanya penduduk di KADUN Telok Ayer Tawar perlu pergi jauh untuk mencari ATM yang terdekat. Sebagai sebuah kawasan yang telah mengalami kemajuan pesat, saya fikir kekurangan perkhidmatan ATM di KADUN Telok Ayer Tawar bukan sahaja memberi satu gambaran yang buruk malah juga memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat di sana. Oleh itu, saya memohon kepada Kerajaan Negeri untuk segerakan mengadakan perbincangan dengan institusi-institusi kewangan seperti bank untuk menyediakan perkhidmatan ATM di KADUN Telok Ayer Tawar bagi keselesaan penduduk setempat. Sebagai ADUN kawasan, sudah tentu saya sedia membantu sebaik mungkin untuk merealisasikan usaha ini.
Dato’ Yang Di-Pertua, dengan ini, saya mengakhiri ucapan saya pada kali ini dengan harapan isu-isu yang saya bangkitkan ini akan diberi perhatian yang sewajarnya oleh Kerajaan Negeri. Walaupun di KADUN Telok Ayer Tawar merupakan kawasan pembangkang, saya berpandangan Kerajaan Negeri harus terus memberi peluang pembangunan yang sewajarnya kepada penduduk di kawasan itu. Sebelum saya mengakhiri bicara ini, saya merangkap satu rangkap pantun.
Pergi berkelah di Pulau Jeram, Menambat rakit di atas jerami,
YAB Ketua Menteri janganlah rasa geram, Berilah peruntukan sama kepada kami semua.
Sign dulu MoU.
Banyak kelok ke penarik, Kelok tumbuh pohon kuini,
Perkara yang elok bawalah balik, Perkara yang tak elok tinggallah disini.
Sekian, wabillahi taufiq wassalamualaikum warahmatullah.
Mencelah sikit Tuan Speaker, kita ingat YB kena jawab pantun-pantun tu.
YB, sat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau nak bercakap tolong bangun sebab saya tak nampak, saya cari merata tak nampak. Jadi, dia punya Peraturannya, nak bercakap, bangun. Kita bagi ruang, Insya Allah. Terima kasih Telok Ayer Tawar dan sekarang kita mempersilakan Sungai Puyu.
Terima kasih, salam sejahtera. Dato’ Speaker, pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff yang telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya pada 24 Mei lalu. Saya doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Walaupun berlainan ideologi politik, sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan besar dalam dunia politik khususnya di Pulau Pinang dan pasti dirasai terutama oleh penduduk di DUN Sungai Bakap yang telah diwakilinya pada Pilihan Raya Negeri yang lalu.
Dato’ Speaker, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan bagi menyokong usul terima kasih ke atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas. Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dalam ucapannya telah menyentuh pelbagai aspek secara tuntas dan asas yang kukuh untuk membawa negeri ini melangkah dengan lebih yakin dan gagah menuju ke era yang lebih cemerlang melalui urus tadbir yang Cekap, Accountable dan Telus (CAT). Ini telah menjadi prinsip urus tadbir Negeri Pulau Pinang sejak Tahun 2008 lagi. Bertunjangkan amanat yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, ia telah menyemarakkan lagi semangat dan aspirasi serta peringatan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, memenuhi segala permintaan dan keperluan, menggalas dengan ikhlas segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita oleh rakyat melalui proses demokrasi.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Chow Kon Yew dan barisan Exco Kerajaan Negeri kerana telah mempamerkan kualiti kepimpinan yang berani, bijaksana dan berpandangan jauh untuk memacu Negeri Pulau Pinang ke arah sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan Keluarga Inspirasi Negara dalam usaha menuju pencapaian Visi Penang2030.Sejak tahun 2008, Pulau Pinang telah memperjuangkan pentadbiran berintegriti, kebajikan rakyat, kelengkapan infrastruktur dan pembentukan sebuah rantaian ekosistem yang sangat baik. Kini, Pulau Pinang sedang menerajui teknologi pendigitalan serta inisiatif bandar pintar berlandaskan pembangunan sumber insan untuk menjadi sebuah negeri yang terus cemerlang.
Dato’ Speaker, dalam usaha menerajui teknologi pendigitalan ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan portal ePintas iaitu salah satu medium yang membolehkan orang
ramai untuk membuat aduan, komen, teguran, cadangan dan pertanyaan terhadap perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri dan mengagihkannya kepada agensi atau jabatan berkaitan untuk diambil tindakan. Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan portal aduan melalui ePintas ini. Berapakah jumlah aduan yang telah direkodkan sejak pelaksanaannya dan daripada jumlah itu, berapakah aduan yang telah diselesaikan? Bagaimanapun, saya harap semua agensi dan jabatan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing dan tempoh masa tindak balas terhadap setiap aduan yang dilaporkan menerusi apa jua medium. Ini termasuklah aduan-aduan melalui pejabat ADUN, pejabat Ahli Parlimen dan pejabat Penyelaras KADUN demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan untuk pembangunan yang lebih lestari, terutama melibatkan soal keselamatan pengguna dan hal-hal kecemasan yang lain.
Dato’ Speaker, saya difahamkan Pulau Jerejak yang ditutup pada sebelum ini telah pun mendapat kelulusan untuk pembangunan semula dengan melibatkan pembinaan 1,200 unit rumah kondominium mewah serta pembinaan sebuah jambatan yang akan menghubungkan Pulau Jerejak dengan Queensbay.Sekiranya cadangan ini benar, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah memperkenalkan satu dasar iaitu pembinaan jambatan tanpa kutipan tol. Walau bagaimanapun, hanya kenderaan jenis elektrik (EV) saja akan dibenarkan memasuki kawasan Pulau Jerejak. Motosikal dan kenderaan lain adalah tidak dibenarkan untuk melalui jalan-jalan di sekitar kawasan berkenaan yang akan melibatkan jajaran sepanjang 13 kilometer. Saya juga difahamkan, Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan satu lagi dasar iaitu Smoke Free Island iaitu Pulau Tanpa Rokok di Pulau Jerejak ini nanti. Ini adalah satu lagi dasar yang cukup baik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Persoalannya, siapakah yang akan diberi kuasa untuk memantau dan menguatkuasakan segala dasar yang akan diperkenalkan nanti. Saya juga ingin tahu, adakah pihak Kerajaan Negeri akan menyediakan kenderaan jenis elektrik untuk kemudahan golongan OKU dan apakah kemudahan pengangkutan lain yang akan disediakan di kawasan berkenaan untuk manfaat dan tarikan kepada pelancongan tempatan serta luar negeri ke Pulau Jerejak. Pada masa sama, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk membina sekurang-kurangnya enam (6) jeti kecil di sekitar kawasan Pulau Jerejak sebagai kemudahan kepada aktiviti memancing dan tarikan baru di kawasan berkenaan.
Dato’ Speaker, sebelum ini Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menandatangani Joint Development Agreement (JDA) untuk melaksanakan rehabilitasi di Tapak Pelupusan Sampah Jelutong. Saya mohon pihak Kerajaan Negeri dapat nyatakan dalam Dewan ini apakah cara yang dicadangkan untuk pelaksanaan rehabilitasi tapak pelupusan sampah tersebut. Saya juga mohon pihak Kerajaan Negeri nyatakan berapakah jumlah tan metrik sampah yang terdapat di sana, berapakah jumlah sampah yang telah dilupuskan dan berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk pelaksanaan rehabilitasi tapak pelupusan sampah tersebut dan bila ia akan mula dilaksanakan? Sekiranya pelaksanaan rehabilitasi ini berjalan dengan lancar, apakah keuntungannya kepada kerajaan dan berapakah jangkaan hasil pendapatan yang boleh diterima Kerajaan Negeri? Saya difahamkan perjanjian itu turut merangkumi penyediaan
tapak baru bersifat kekal bagi pembinaan sisa bahan binaan dan marine clay di tapak yang telah direhabilitasikan. Tahniah Kerajaan Negeri kerana telah mengambil suatu pendekatan pembangunan semula di kawasan tersebut. Dalam hal ini, saya juga nak mohon Kerajaan Negeri nyatakan apakah cara yang akan digunakan dan apakah kerja-kerja pembangunan marine clay yang terlibat? Apakah cadangan-cadangan tambah nilai dan kemudahan yang akan dibuat untuk mewujudkan marine clay nanti?
Dato’ Speaker, selain itu saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri apakah cadangan oleh bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang , Tuan Yang Terutama Tun Abdul Rahman Abbas yang mencadangkan pembinaan sebuah bangunan DUN yang baru juga termasuk dalam rancangan pembangunan semula di tapak pelupusan sampah di Jelutong. Hal ini kerana bangunan DUN yang sedang kita gunakan ini telahpun digunakan sejak tahun 1959 dan ia telah direkabentuk pada ketika itu untuk menampung keperluan 24 orang Ahli Dewan Undangan Negeri bersidang. Tetapi jumlah Ahli Dewan pada ketika ini sudah bertambah kepada 40 orang dan tidak lagi sesuai untuk menampung jumlah semua Ahli Dewan termasuk wakil-wakil agensi serta jabatan kerajaan. Kerajaan Negeri harus meneliti cadangan tersebut secara bersungguh-sungguh kerana ini juga mungkin akan melibatkan pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri yang baru dalam satu bangunan yang sama. Insiden-insiden kecemasan yang pernah berlaku di KOMTAR sehingga menimbulkan suasana panik dan kurang selesa di kalangan orang awam dan kakitangan kerajaan juga harus diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri. Dalam pada itu, keperluan ruang kerja baharu dengan mengambil kira keperluan pertambahan kakitangan jabatan kerajaan juga menjadi faktor kepada tambahan untuk pembinaan pusat pentadbiran baharu, selari dengan pembangunan semasa. Saya mohon Kerajaan Negeri nyatakan apakah status cadangan tersebut, berapakah kos pembinaannya dan bilakah kerja-kerja pembinaan bangunan yang baru akan mula dilaksanakan.
Dato’ Speaker, pada perkembangan lain, situasi semasa demam denggi khususnya di Pulau Pinang juga hendaklah diberi perhatian sewajarnya bagi membendung peningkatan kes yang lebih tinggi. Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang , jumlah kes terkumpul pada tahun 2024 untuk tempoh sehingga minggu epid ke 19 atau sehingga 11 Mei 2024 telah mencatatkan sebanyak 2,034 kes dengan dua (2) kematian. Berbanding pada tahun 2023 untuk tempoh masa yang sama telah mencatatkan sebanyak 3,918 kes demam denggi dengan enam (6) kematian. Walaupun ia menunjukkan trend mengecil sehingga minggu epid ke 19, tetapi situasi demam denggi ini dijangka akan meningkat lebih tinggi pada masa akan datang sekiranya tidak dibendung lebih awal. Di kesempatan ini, saya ucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Kesihatan Daerah yang telah banyak membantu menganjurkan aktiviti gotong royong bersama masyarakat di kawasan setempat, pembersihan serta pelbagai inisiatif lain dalam aspek pembasmian dan pencegahan denggi.
Dato’ Speaker, bagi mengatasi peningkatan kes demam denggi ini, Pihak Berkuasa Tempatan juga hendaklah memainkan peranan pencegahan bersama. Sebagai contoh, mungkin kita boleh laksanakan langkah pengawalan bermula dari Stor Sitaan Direktorat
Penguatkuasaan MBSP. Jika di kawasan Seberang Perai Utara, kita ada satu stor sitaan barang rampasan di Permatang Tengah. Di sana, ada banyak kenderaan buruk, kenderaan terbiar dan pelbagai barangan perniagaan yang disita. Kemungkinan akan ada tempat-tempat dan kenderaan buruk yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Saya ingin tahu berapakah jumlah kenderaan buruk dan terbiar yang masih tersimpan di sana setakat ini dan apakah cadangan untuk pengosongan stor berkenaan. Adakah kerana kita tidak mempunyai suatu akta atau peraturan yang membolehkan kenderaan terbiar dan disita terlalu lama ini untuk dilupuskan hak? Di sini saya nak cadangkan supaya setiap kenderaan yang disita pihak PBT hendaklah disertakan bersama maklumat pemilik kenderaan dalam laporan polis yang dibuat sebelum dibawa ke stor simpanan. Kita boleh mulakan dengan pemberian notis kepada pemilik kenderaan untuk buat tuntutan kenderaan tersebut dalam suatu tempoh. Jika gagal, kenderaan tersebut boleh dilupuskan hak. Pada pandangan saya, perkara ini wajar dipertimbangkan pihak Kerajaan Negeri sebagai usaha untuk mengawal dan membendung situasi demam denggi di Pulau Pinang seterusnya dapat mengosongkan stor sitaan berkenaan.
Dato’ Speaker, di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Jawi, yang juga merupakan EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa yang telah mengambil tindakan segera untuk turun padang menyelesaikan aduan berkenaan penggunaan lampu mata arah oleh Pasukan Bomba Sukarela semasa pemeriksaan PUSPAKOM. Isu yang timbul adalah Pasukan Bomba Sukarela tidak dibenarkan menggunakan lampu mata arah berwarna merah dan biru, mereka hanya dibenarkan penggunaan lampu warna merah sahaja. Hasil perbincangan Yang Berhormat Jawi, semua jentera bomba PBS dibenarkan untuk terus menggunakan lampu mata arah sedia ada, tetapi jentera bomba yang baru perlu menggunakan lampu berwarna merah sahaja. Berdasarkan Garis Panduan Penggunaan Lampu Mata Arah dan Siren yang disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yang telah dikemaskini pada Ogos 2022, kenderaan bomba adalah dibenarkan menggunakan lampu mata arah berwarna merah dan biru, manakala kenderaan ambulan adalah menggunakan lampu berwarna merah sahaja. Sehubungan itu, saya berpandangan satu dasar yang jelas hendaklah diperkenalkan agar tidak menimbulkan kekeliruan bukan sahaja di kalangan pasukan bomba, malahan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Saya juga berharap pihak kerajaan dapat memberi pertimbangan agar semua jentera Pasukan Bomba Sukarela boleh terus kekal menggunakan lampu mata arah berwarna merah dan biru seperti sedia ada.
Dato’ Speaker, selain itu saya juga ingin membangkitkan soal penggunaan e-invois yang akan dilaksanakan secara berperingkat. E-invois merupakan representasi dalam bentuk digital yang mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen tradisional. Contohnya butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai dan jumlah keseluruhan yang direkodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian. Ini adalah satu cadangan yang baik, tetapi pelaksanaannya hendaklah diberi penelitian semula dan kajian terlebih dahulu kerana bukan semua sektor sesuai menggunakan e-invois ini dan bukan semua peniagaan mampu membeli aplikasi atau peranti e-invois, khususnya peniaga pasar awam, pasar malam dan penjaja kecil di
tepi jalan. Dalam hal ini, saya merayu supaya pelaksanaan e-invois ini dapat diberi pertimbangan semula supaya kecualikan pelaksanaannya melibatkan peniaga pasar awam, peniaga pasar malam dan penjaja kecil di tepi jalan supaya ia tidak menjejaskan perniagaan mereka.
Dato’ Speaker, sebelum akhiri ucapan, saya ingin menzahirkan ucapan penghargaaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang sangat prihatin terhadap isu kesesakan trafik ke Sungai Dua, di Lebuh Raya Utara-Selatan. Pada masa yang sama, saya juga berharap pihak kerajaan dapat mengambil suatu tindakan serius terhadap aktiviti lumba haram yang semakin membimbangkan pada setiap malam hujung minggu di susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Dua dan Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth di Bagan Ajam. Sudah banyak kemalangan dan kematian dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan akibat daripada aktiviti lumba haram ini. Penguatkuasaan yang lebih ketat dan berterusan mungkin dapat membendung aktiviti tersebut. Dato’ Speaker, saya akhiri ucapan perbahasan dengan serangkap pantun, Hari Raya Haji semakin tiba, kuih raya jangan lupa diborong, sekian dulu perbahasan saya, Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.
Terima kasih Sungai Puyu. Kita persilakan Batu Uban.
Terima kasih. Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua Dewan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Usul Terima Kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas pada 24 Mei 2024 yang lepas.
Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini ingin menzahirkan ucapan tahniah saya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas kepimpinan serta jentera pentadbiran Kerajaan kerana mencatatkan RM71.9 bilion dalam pelaburan yang diluluskan meliputi sektor seperti pembuatan dan perkhidmatan dan sekaligus menobatkan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan utama mengatasi negeri-negeri lain dalam negara ini. Pagi ini juga di dalam Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri memaklumkan Kerajaan Negeri akan terus berusaha bagi memastikan Pulau Pinang kekal kompetitif dalam pembangunan semikonduktor pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Dato’ Yang di-Pertua, oleh yang demikian saya berpendapat bahawa Kerajaan Negeri juga harus memberi penekanan dan juga menambah pelaburan dari segi modal insan iaitu human capital (dengan izin). Pembangunan modal insan ini merupakan faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negeri. Ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi adalah penting untuk menyokong
pengaliran semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensifkan pengetahuan teknologi dan inovasi seperti AI. Oleh itu Kerajaan Negeri harus mengambil langkah agresif dengan memperluaskan latihan dan serta memperkukuhkan dalam bidang penyelidikan dan juga inovasi upskill dan juga reskill bagi mengekalkan bakat bakat di negeri ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua umum tahu bahawa cabaran besar yang bakal dihadapi oleh kita semua adalah bagaimana Kerajaan Negeri boleh menarik jurutera-jurutera Malaysia yang kini bekerja di luar negara untuk kembali bekerja di Negeri Pulau Pinang ini. Kita tahu bahawa kebanyakan mereka-mereka yang mempunyai potensi keluar ataupun berhijrah ke luar negara contohnya ke Singapore dan bekerja di situ. Tetapi bagaimana kita sebagai sebuah negeri, Negeri Pulau Pinang di mana perkembangan industri semiconductor dan juga industri-industri yang lain maka kita perlulah buat apa mencari satu penyelesaian bagaimana kita nak membawa semula mereka-mereka yang berpotensi ini untuk kembali bekerja di Negeri Pulau Pinang ini. Dan hari ini kita lihat keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) telah keluar dan ramai anak-anak kita ataupun pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan yang baik. Tapi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik saya ingin memberitahu bahawa jangan berputus asa kerana ini adalah satu permulaan dan kita sebagai Kerajaan Negeri kita juga perlu grab pelajar-pelajar ini dengan menyediakan latihan-latihan ataupun latihan vokasional kepada mereka, supaya mereka ini nanti bolehlah memenuhi permintaan kilang-kilang ataupun industri di Negeri Pulau Pinang ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, walaupun sejak beberapa tahun ini Kerajaan Negeri mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dari segi pelaburan luar negara. Namun kita juga perlu ada pelan strategik dan juga perancangan dalam persaingan pelaburan khususnya dari negeri jiran yang lain. Bagaimanakah kita nak kekal kompetitif dan mengatasi cabaran ini? Adakah Kerajaan Negeri mempunyai tanah yang mencukupi untuk pembukaan Industrial Estate yang baharu (dengan izin) dan apakah langkah segera yang diambil bagi mengatasi kekurangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri. Saya percaya PDC, sebagai sebuah agensi pembangunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang penting dan telah diamanahkan untuk menerajui pertumbuhan negeri selama lebih 50 tahun, secara konsisten harus merancang dan juga melaksanakan pembangunan komprehensif untuk memastikan business sustainability untuk Negeri Pulau Pinang ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil ruang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada YAB Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, kerana telah memberikan peruntukan untuk pelaksanaan Projek LRT di Negeri Pulau Pinang yang sudah lama dinanti-nantikan oleh rakyat negeri ini. Saya sebagai ADUN Batu Uban juga gembira dengan pengumuman berita gembira ini kerana jajaran LRT dan juga stesen LRT juga akan memberikan kelebihan dan juga kemudahan kepada penduduk khususnya di KADUN saya Batu Uban. Namun Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memberikan cadangan saya terhadap jajaran LRT terutamanya kawasan yang dilalui di kawasan Batu Uban. Dengan mengambil kira jajaran stesen yang lebih strategik saya telah mengemukakan cadangan supaya jajaran LRT ini melalui kawasan Jalan Sungai Dua dan satu stesen dapat
ditempatkan di hadapan pintu masuk utama Universiti Sains Malaysia di Jalan Sungai Dua. Cadangan ini adalah setelah kita mengambil kira kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan tersebut dan juga permintaan untuk kemudahan stesen LRT. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dan MRT Corp. untuk mengkaji semula jajaran LRT terutamanya di kawasan Sungai Dua yang juga akan memberikan manfaat kepada penduduk di sekitar Taman Pekaka, Flat Hamna, Batu Uban dan juga pelajar USM. Saya percaya dengan adanya kemudahan LRT ini ianya akan mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menjadikannya pilihan yang cekap. Untuk itu kita harus memastikan jajaran yang dicadangkan akan memberikan keselesaan terutamanya kepada pengguna. Walaupun stesen LRT mungkin memerlukan sedikit berjalan kaki, sekiranya ia bersambung dengan baik ke bentuk pengangkutan awam yang lain, ia akan menjadikannya sangat mudah. LRT ini perlu menjadi pengangkutan pilihan orang ramai, maka jajaran yang dicadangkan haruslah menepati keperluan pengguna kerana we are moving people, not cars.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menzahirkan penghargaan saya kepada Kerajaan Negeri atas kejayaan berunding dengan Kerajaan Negeri Perak bagi mendapatkan bekalan air terawat bagi menjamin kelestarian pembekalan sumber air berterusan dan mengambil kira keperluan permintaan air yang semakin meningkat daripada pengguna domestik dan juga pengguna industri di Pulau Pinang. Namun demikian, apa yang membimbangkan kepada pengguna. Adakah bil air akan meningkat sekali lagi setelah projek pemindahan air dari Sungai Perak ini dilaksanakan memandangkan Kerajaan Negeri Perak hanya akan menjual air terawat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBAPP juga perlu menyediakan peruntukan bagi kos penyediaan infrastruktur dan sistem pembekalan air terawat yang akan disalurkan melalui Loji Rawatan Air Kerian. Maka sebarang kajian peningkatan bil ini hanya akan membebankan kepada pengguna. Saya mohon penjelasan lanjut daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang . Kerana di Dewan ini kita lihat di sesi pagi dan tengah hari tadi ramai rakan-rakan Yang Berhormat telah membahaskan tentang satu isu yang mustahak iaitu isu peningkatan bil air dan saya juga sebagai Wakil Rakyat juga menerima banyak aduan dan juga pendapat daripada orang ramai maka ada di luar yang tertanya-tanya adakah bil air ini akan dinaik semula ataupun dikaji semula setelah kita memulakan projek air terawat yang akan kita ambil daripada Sungai Perak nanti kerana ini semua akan melibatkan kos.
Jadi saya berpendapat bahawa PBA harus mengkaji dan kita jangan hanya mementingkan tentang keuntungan semata-mata kita juga ada tanggungjawab kita CSR kepada pengguna juga. Kerana kita percaya isu kegunaan ataupun isu ketirisan air ini kita boleh we can tackle the issue sekiranya kita memberi pendidikan kepada pengguna dan juga ada cara-cara yang lain. Tetapi dengan hanya meningkatkan bil air ini maka saya rasa ini juga akan memberi kesan yang amat teruk juga kepada pengguna. Terutamanya pengguna domestik dan juga mereka yang tergolong daripada golongan B40 maka saya minta PBA untuk melihat semua cadangan-cadangan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum membuat apa-apa keputusan dan mereka juga perlu mengadakan dialog bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi bil dan sebagainya.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga perlu membina hubungan antarabangsa yang kukuh malahan, kita juga harus menerokai peluang-peluang yang baharu dengan pengumuman pembesaran lapangan terbang. Kerajaan Negeri juga harus menambah bilangan penerbangan terus kapal terbang daripada negara-negara yang lain. Promosi berkenaan Pulau Pinang juga harus diperluaskan lagi di peringkat antarabangsa. Saya juga ingin bertanya dalam Dewan yang Mulia ini. Pada sidang yang lepas juga saya bangkitkan tentang keperluan ini. Apakah perkembangan mengenai penerbangan terus daripada Pulau Pinang ke India seperti yang saya bangkitkan dalam sesi sidang yang lalu dan saya dimaklumkan bahawa akan ada satu lawatan rasmi Kerajaan Negeri ke India untuk berbincang mengenai perkara ini. Maka saya ingin bertanya, apakah status lawatan tersebut? Kerana kita lihat ada banyak peluang-peluang daripada bahagian Selatan India dan juga bahagian Utara India di mana ramai yang berkunjung ke situ dari segi tourist dan juga dari segi business trip jadi saya rasa peluang ini perlu kita ambil. Kerana dulu kita memang ada satu penerbangan terus daripada Pulau Pinang ke Chennai tetapi atas-atas faktor-faktor yang tertentu penerbangan itu telah diberhentikan. Saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri kerana saya faham baharu-baharu ini Kerajaan Negeri telah melakukan satu mengadakan satu lawatan rasmi ke Negara India semata-mata untuk berbincang mengenai perkara ini maka saya nak tahu apakah status lawatan tersebut. Selain itu, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang peruntukan tambahan untuk Wakaf Hindu saya faham sekarang ini kita juga mengalami we need to squeeze to our bajet ada potongan bajet. Tetapi Wakaf Hindu ini adalah satu wakaf di bawah Kerajaan Negeri dan juga mempunyai beberapa kuil yang dijaga oleh Wakaf Hindu ini. Kita juga bukan sahaja menjaga kuil tapi Wakaf Hindu baharu-baharu ini telah mengambil inisiatif baru iaitu memberi bantuan untuk pesakit-pesakit dialisis nak buat satu dialisis centre. Itu adalah cadangan daripada Wakaf Hindu dan kita juga memberikan bantuan-bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar dan sebagainya. Maka saya memohon kepada Kerajaan Negeri kerana dengan adanya bantuan ataupun geran yang diberikan sebanyak RM2 juta ringgit setahun dapat dipertingkatkan lagi supaya banyak lagi bantuan-bantuan yang boleh kita lakukan. Kerana sekarang pun kos telah meningkat pengurusan kuil-kuil ini juga memerlukan satu bajet yang tinggi juga.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa satu isu yang serius sekarang iaitu penggunaan Mushroom Vape ini. Sekarang satu isu yang amat serius juga dalam kalangan pelajar sekolah dan juga belia. Mushroom Vape ini adalah sejenis vape berperisa mushroom ataupun ganja yang mampu memberikan khayalan kepada penggunanya dan peranti vape perisa mushroom ini juga dipercayai boleh diperolehi dengan mudah di internet dan menyebabkan punca semakin ramai belia menjadi penagih dadah. Sebagai sebuah negeri yang maju, saya amat berharap Kerajaan Negeri memandang serius berkenaan isu ini dan akan bekerjasama bersama dengan agensi penguatkuasaan bagi membanteras dan mengambil tindakan segera terhadap gejala baharu ini dalam kalangan belia. Penguatkuasaan dari segi penjualan di kedai dan internet juga harus dipantau oleh oleh pihak berkuasa. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya pergi ke isu kawasan. Batu Uban merupakan tempat untuk perniagaan, terdapat banyak tempat-tempat menarik seperti kedai makanan di tepi laut, dan juga kawasan-
kawasan tumpuan orang ramai. Namun, terdapat juga penjaja yang tidak memiliki lesen perniagaan yang sah daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), tetapi mereka hanya mempunyai tagging sementara sahaja. Ada di antara mereka ini telah meniaga untuk tempoh yang lama sebelum berlaku pembangunan di kawasan tersebut. Namun setelah terdapat pembangunan penjaja ini telah diminta dipindahkan ke tempat lain tanpa ada sebarang kawasan perniagaan yang bersesuaian dan juga berdekatan yang dibina oleh MBPP.
Justeru saya mohon MBPP untuk tidak hanya mementingkan pembangunan eksklusif tetapi mengambil kira juga situasi dan juga kepentingan peniaga kecil dan sederhana di kawasan tersebut tanpa menidakkan dan juga mengabaikan mereka. MBPP seharusnya mendapatkan input saya selaku ADUN di kawasan tersebut. Ini juga merupakan gesaan YAB Perdana Menteri yang mahu nasib peniaga, penjaja lebih dibela oleh PBT. Saya juga mohon PBT untuk mengadakan garis panduan yang baharu bagi restoran yang berkonsepkan kontena. Konsep kontena ini mungkin baharu di sini tetapi bagi di luar negara ianya adalah satu tarikan bagi pelancong. Pulau Pinang sebagai negeri yang memberikan keutamaan kepada sektor pelancongan seharusnya memberikan ruang kepada peniaga restoran untuk mempelbagaikan konsep kedai demi untuk merancakkan industri pelancongan di negeri ini selaras dengan tema Penang2030. Ini juga berpotensi dijadikan sebagai satu produk pelancongan yang mampu menjadi tarikan baru dan sekaligus memberi impak positif kepada ekonomi negeri dan saya minta MBPP untuk tidak hanya menggunapakai garis panduan yang lama kita dalam era yang baharu, kita juga perlu melihat semula polisi-polisi ataupun garis panduan yang lama kerana saya juga faham Ahli-ahli Majlis mengadakan lawatan juga ke luar negara mungkin banyak benda yang boleh kita belajar dan perkara baik boleh kita buat di sini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada EXCO yang berkaitan berkenaan dengan pembinaan (dengan izin)…slip road, AC dan DC Lanes di persimpangan Taman Century. Sepatutnya pembinaan slip road ini perlu mengikut cadangan yang diutarakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang hasil daripada Traffic Impact Study, Laporan TIA pada tahun 2011. Namun pemaju Warisan Pinang Sdn. Bhd. membina AC dan DC mengikut spek yang bukan diluluskan oleh MBPP pada tahun 2011 dengan pelbagai alasan yang diberikan antaranya mereka menghadapi masalah pengubahan utiliti di tapak, perlu mengubah pokok besar dan juga masalah jalan yang sempit.Namun pertanyaan saya sekiranya pemaju lain boleh disyaratkan untuk pelebaran jalan dan juga pembangunan infrastruktur yang lain, kenapa pemaju ini tidak boleh berbuat demikian. Projek perumahan Triuni Residences mempunyai tiga (3) blok dengan 552 unit rumah. Pertambahan penduduk ini juga akan memberikan sosial impak kepada keseluruhan kawasan tersebut yang mana akan menggunakan jalan akses yang sama. Saya mohon Kerajaan Negeri dan PBT untuk mengkaji semula kesesuaian ini sebelum mengeluarkan CCC kepada pemaju tersebut dan akhir kata saya juga ingin menyampaikan salam takziah saya pada seluruh keluarga arwah, ADUN Sungai Bakap yang telah meninggalkan kita dan dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Batu Uban. Sekarang kita persilakan Permatang Pasir. Silakan.
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera. Alhamdullillah wasala tawasalam wa’ala rasulillah wa’ala hi sohbihi ajmain amabaq.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh barisan EXCO Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat Yang Berhormat, semua pengarah-pengarah jabatan dan agensi seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Salam hamba salam ikhlas, Permatang Pasir mohon berbahas, terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan ucapan Tuan Yang Terutama Tun Ahmad Fuzi bin Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri sempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15 pada 24 Mei yang lalu.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan serta ketua-ketua jabatan dan agensi negeri di atas kesudian bertemu dan berbincang berkaitan dengan permasalahan rakyat. Saya mengharapkan agar amalan ini tersubur dimasa-masa akan datang dan juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga sahabat seperjuangan saya, ADUN Sungai Bakap, Allahyarham Yang Berhormat Nor Zamri bin Latiff yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat tanggal 24 Mei 2024 akibat penyakit yang dialami beliau selama sebulan yang lalu. Khidmat beliau yang sangat berdedikasi kepada rakyat Sungai Bakap tidak dapat dinafikan lagi. Semoga beliau ditempatkan bersama para sadikin, syuhada dan para solihin, Amiin Ya Rabal A’lamin.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya terus kepada isu tempat saya. Saya ingin menarik perhatian berkaitan dengan isu pembinaan tempat simpanan abu mayat dan perlebaran kubur cina di Kampung Kepala Bukit. Saya minta projek ini perlu diteliti dan dikaji semula kerana berada dalam kawasan persekitaran kampung melayu yang telah menyebabkan kegelisahan penduduk. Buktinya penduduk kampung telah dua kali berdemontrasi membantah projek ini malahan ia turut dihadiri penduduk setempat termasuk pemimpin dari Kerajaan Perpaduan. Ini bukan masalah cina, ini masalah kubur. Untuk perhatian Dato’ Yang di-Pertua, kubur cina ini berada dalam kampung melayu tidak seperti kubur cina yang berada di Berapit ataupun yang berada di Sungai Lembu, yang jauh dari penempatan. Projek pembinaan tempat simpan abu mayat ini dan perlebaran kubur cina di Kampung Kepala Bukit tersebut berada di kampung yang dikelilingi 100% oleh orang melayu. Jadi perlebaran kubur ini akan menghampiri dengan penempatan penduduk yang sedia ada dan kesan pembinaan blok bangunan di atas bukit itu juga perlu diambil kira, juga berpotensi akan menyebabkan lagi banjir kilat yang sedia ada jika projek tersebut tidak diuruskan dengan baik sistem perparitan. Saya ulang,
mendesak dan merayu agar projek ini tidak diteruskan bagi pihak orang kampung dan jika ada sebarang pembangunan hanya melibatkan lot tanah yang sedia ada dan bukan membuka lot-lot tanah baru.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengambil perhatian dewan yang mulia ini berkaitan dengan isu banjir yang melanda di beberapa tempat di DUN saya akibat pembangunan dan perancangan yang dibuat dengan tidak sempurna. Antara lokasi yang terjejas ialah Kampung Paya Dalam yang berpunca dari projek pembangunan oleh Sunway Properties. Menurut penduduk kampung, sejak 50 tahun lalu mereka mendiami kampung tersebut, inilah kali pertama banjir ini berlaku. Begitu juga banjir di kawasan Kampong Permatang Janggus yang semakin memburuk akibat projek Golden Village Poperties kerana perparitan yang tak sempurna. Impak kepada banjir ini juga menyebabkan kerugian harta benda, kepada masa apatah lagi kejadian ini berlaku secara berulang kali. Adakah pihak pemaju akan menanggung kerugian ini. Saya berharap mana-mana pihak yang meluluskan projek ini perlu kajian mendalam dan pemantauan oleh pihak-pihak berkuasa terutamanya MBSP bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang sama berulang. Jadi saya harap berlaku pemantauan bila berlaku bermula projek itu.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, hasil pemantauan saya banyak kampung yang dilanda banjir kilat antaranya juga disebabkan ketiadaan parit monsun contohnya di Kampung Kota, Permatang Janggus dan juga di Sama Gagah. Bilakah banjir kilat di kampung-kapung dapat diatasi. Adakah kerajaan bercadang membuat parit monsun untuk menghalang daripada banjir tidak berlaku, apatah lagi dengan pertambahan rumah-rumah baru di jalan kampung. Jadi saya harap satu kajian yang komprehensif perlu dikaji dan dilaksanakan sewajarnya. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, projek Green View Condominium masih lagi menjadi polemik kepada penduduk Taman Wakaf Siti Aisyah berhubung laluan keluar masuk dan kerja pengorekkan pemasangan kabel di Taman Wakaf Siti Aisyah. Saya mengharapkan agar permintaan penduduk untuk bersemuka dengan pihak Majlis Agama Islam dan MBSP dapat dipertimbangkan segera agar isu ini dapat dinoktahkan dan tidak berlarutan. Antara kemarahan penduduk adalah disebabkan surat bantahan bertulis pengorekkan kabel yang mereka hantar kepada MBSP bertarikh 21 Mac 2024 tidak dilayan dan tidak diberi jawapan. Pada 28 April, saya telah menerima aduan daripada penduduk kerja-kerja pengorekkan telah dijalankan dan berlaku sedikit ketegangan antara penduduk dan kontraktor sehingga melibatkan kehadiran pihak polis. Setiba saya ke lokasi, Alhamdulillah ketegangan itu berjaya dikendurkan dan saya terus menghubungi Setiausaha Majlis Agama Islam untuk mendapatkan penjelasan. Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada Dato’ Ustaz Rosidi Hussain kerana membantu menjelaskan isu pengorekkan parit ini. Saya berharap isu keluar masuk utama Condominium Golden View dapat diselesaikan dengan segera dan dijelaskan kepada penduduk.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu kesesakan lalu lintas terus diperkatakan oleh masyarakat sejak sekian lama tanpa ada tindakan yang drastik dan holistik oleh Kerajaan Negeri, di DUN Permatang Pasir antaranya jalan Permatang Tok Kandu ke Sama Gagah kini bertambah sesak di waktu puncak tambahan pula dengan perumahan baru,
Pangsapuri Prima dan Golden Village Property dan beberapa projek yang lain telah dan akan menambahkan lagi kesesakan yang ada. Jalan Abdul Kadir Tanah Liat ke Penanti juga mengalami kesesakan yang teruk di waktu puncak. Juga di simpang Tiga Berapit Kampung Paya yang perlu kepada pembesaran jalan. Apakah sudah ada tindakan dan langkah daripada kerajaan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di lokasi ini yang saya katakan. Turut sempat, amat mengharapkan ada perubahan kerana mereka dah lama menanggung permasalahan ini dan tanpa ada pernyelesaian. Saya harap pihak berkuasa dapat membantu mengatasi permasalahan ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya memohon penjelasan daripada YB EXCO tentang kilang haram di DS Polimer yang beroperasi di DUN Permatang Pasir. Apakah tindakan serius Kerajaan Negeri bagi memastikan kilang ini menghentikan operasi dan apakah sebab mereka masih berdegil beroperasi walaupun pelbagai saluran aduan telah dibuat. Mengapa mereka begitu kebal sehingga tiada tindakan penutupan kilang diambil walaupun secara jelas ianya beroperasi secara haram. Saya sendiri bersama dengan pengadu telah bertemu dengan YB EXCO pada tarikh 20 Mac untuk mengadukan masalah ini.
Tindakan sudah ambil dah.
Tidak, tidak… masih berjalan kilang. Kilang masih operasi. Okey, namun begitu saya amat kesal kilang tersebut masih beroperasi seperti biasa sehingga hari ini. Untuk maklumat Dato Yang di-Pertua, kilang ini hanya berjarak 10 meter daripada rumah kediaman keluarga Cik Yap Bee Kee dimaklumkan kepada saya bahawa ibu bapa dia, ibu bapa Cik Yap Bee Kee ini terkena penyakit akibat pencemaran dari kilang tersebut dan berikut ada kronologi tindakan pada 30 November, pengadu datang berjumpa dengan pusat khidmat, 4 Disember kita hantar surat kepada Pejabat Daerah, MBSP, Jabatan Alam Sekitar. 21 Disember memanjangkan aduan sekali lagi kepada MBSP secara online, 19 Januari MBSP mengeluarkan notis mengosongkan bangunan. Dalam tempoh 30 hari pada Januari sekarang dah apa, dah Mei dah, 22 Januari menghantar surat kepada Jabatan Teknikal dan Dasar, MBSP untuk diambil tindakan terhadap kilang tersebut. 6 Februari terima surat daripada Pejabat Daerah menyatakan kes ini diluar bidang kuasa pejabat Daerah. 19 Mac menerima surat daripada Setiausaha Bandaraya menyatakan MBSP merancang untuk mengambil tindakan penguatkuasaan meruntuh bangunan tersebut dalam masa terdekat. Ini Mac, 20 Mac saya bawa pengadu berjumpa dengan EXCO, 16 Mac kita mendesak kepada Setiausaha Bandaraya untuk menyegerakan tindakan merobohkan kilang tersebut kerana tempoh mengosongkan bangunan telah berakhir selama dua (2) bulan. 8 Mei, kita hantar lagi surat kepada Datuk Bandar, bagi memanjangkan surat bantahan kilang haram daripada 8 orang penduduk di sekitar kilang tersebut, berserta dengan tandatangan mereka.
Jadi Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, dalam jawapan yang bertulis bahawa terdapat 484 kilang haram diseluruh Pulau Pinang dan terdapat 115, 115 buah di SPT
saja. Ni banyak-banyak..banyaklah, banyak. Saya ingat cuma kilang tu saja. Saya berharap satu kajian dibuat terhadap kilang haram ini jika membawa bahaya kepada manusia dan alam sekitar maka wajarlah ia ditutup. Jika tidak, suruh atau paksa mereka mengambil lesen agar Kerajaan Negeri dapat hasil lah, dapat hasil tapi yang saya heran, saya heran, yang saya heran macamana PBA, PBA pun dimasukkan ke kilang haram, dalam nombor 253. Saya pun heran PBA pun haram jugak. Perbadanan Air Pulau Pinang dimasukkan dalam kategori kilang haram. No 23 Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. Tiada alamat. Saya pun tak tau mungkin betul ke salah ke tak tau. Tapi ini adalah jawapan daripada Jawapan Bertulis. Ini, ini buktinya Jawapan Bertulis. Tapi saya tak tau mungkin salah kot saya rasa salah. Saya pun terkejut macam mana boleh PBA haram.
PBA hantaq ayaq haram kot…(gelak)
Ini saya kena tarik saya tak bohong ini Jawapan Bertulis
PBA supply ayaq haram…(gelak)
Saya pun tak tau, dukacita..dukacita. Dato’ Yang di-Pertua. Selaras dengan pengumuman YB Menteri Ekonomi pada 20 Mei 2024 di mana Kerajaan Persekutuan telah menghapuskan kilang baru untuk Bumiputera sebaliknya diganti dengan pinjaman. Soalan saya apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan Bumiputera yang masih ketinggalan berbanding dengan kaum lain dan agensi manakah yang perlu yang bertanggungjawab membantu usahawan Bumiputera di Pulau Pinang dalam usaha untuk meramaikan usahawan Bumiputera yang mampan serta apakah program terkini untuk meningkatkan jumlah usahawan Bumiputera. Dan jugak memohon dari YB EXCO mengatakan jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada usahawan-usahawan Bumiputera di Pulau Pinang mengikut sektor jika ada. Saya berharap agar usahawan-usahawan ini turut dibantu dan diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri terutamanya usahawan-usahawan baru.
Dato’ Yang di-Pertua. Saya selaku ADUN Permatang Pasir merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat MPKK di Permatang Pasir yang memberikan kerjasama yang sangat baik dalam memberikan khidmat kepada rakyat untuk mencapai Visi Penang2030. Kita perlu faham di mana waktu kita berpolitik dan di mana waktu kita bekerja untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama seperti yang disebut oleh Tuan Yang Terutama pada sidang DUN yang lalu. Perkhidmatan teras ialah
core business kita iaitu amanah yang diberikan dengan menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini. Saya mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan pihak MPKK di DUN saya demi kesejahteraan seluruh rakyat Permatang Pasir. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan orang kampung saya Batu Maung, Dato’ Mohamad bin Abdul Hamid yang kerap turun ke Permatang Pasir, terima kasih. Dan jugak ke Permatang Pauh. Dan sini saya harap secara umumnya berlakulah limpahan ke tempat saya dan jugak di Permatang Pauh. Saya juga ingin memohon kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri agar mempertimbangkan P16 yang diperuntukkan ini, RM60,000 tak cukup dah habis dah, RM60,000 tak cukup sebab kawasan kampung saya banyak banjir kena buat parit longkang banyak, jadi kepada RM120,000, kerana ia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan rakyat apatah lagi dalam cuaca yang tidak menentu yang amat memerlukan peruntukan tersebut. Saya mengharapkan agar permohonan saya dapat di, diambil perhatian oleh Yang Amat Berhormat selaku Ketua Menteri yang bijaksana. Jadi saya yang akhir kali…(GANGGUAN).
Permatang Pasir saya nak celah sikit.
Okey, okey.
Permatang Pasir tau dak untuk statistik ni ada 80 peratus kilang haram di sebelah Seberang Perai berbanding di sebelah Pulau. Ni 20 peratus saja. Mungkin ada..ada.
Kalau nak tanya, tanya biar cukup lah..(gelak) tanya biar cukup…
Yang keduanya memang betul lah sebagai ahli PAC saya tengok di sini PBA disebut sebagai antara dalam kilang haram so..satu benda sepatutnya tidak boleh dilepas di dalam ni la kenapa ia berlaku.
Minta, mintak YB Pinang Tunggal…Minta saya tengok.
Jadi saya..saya nak landing ni….(gangguan).
Permatang Pasir boleh tanya dak..
Boleh..boleh.
Permatang Pasir kata tadi peruntukan tu 60 ribu? Untuk..untuk projek-projek tak cukup kalau kita mintaklah bagi pada EXCO ni hat 60 ni kita tukaq pada Perbekalan 60 ringgit tak mampu kita buat apa
RM 60,000.
RM60,000 nah, haa.. nah, kita minta kalau boleh kita untuk tukaq untuk pembekalan (ketawa)….(gangguan).
Okey Permatang Pasir…
Okey. Apa ni.. saya ada satu pantunlah, pantun. Sebab apa dah Speaker minta pantun (gelak).
Pulau Pinang punya Ketua Menteri Orangnya baik tak terperi
Bukannya banyak tak boleh bagi Demi rakyat yang Dato’ kasihi.
Okey sekian terima kasih. Saya akhiri… menyokong.
Terima kasih Permatang Pasir. YB EXCO. Okey saya minta kerjasama lah daripada urusetia yang menjawab soalan supaya pastikan soalan itu dijawab dengan tepat, jika tak dijawab dengan tepat tak kiralah daripada pembangkang atau daripada pihak kerajaan inilah jadinya PBA pun jadi ada tu dalam senarai haram. Jadi saya tak nak hal-hal ini berlaku lagi..aa. senarai kilang haram mengikut daerah di Negeri Pulau Pinang Lampiran A, PBA punya soalan nombor, Soalan Bertulis nombor 22. Untuk yang PBA punya dia ada nombor senarai 253 Seberang Perai Tengah. Jadi mintalah urusetia yang menjawab bagi pihak EXCO atau Yang Amat Berhormat Ketua Menteri supaya lebih hati-hati sebelum jawapan diberikan kepada wakil rakyat-wakil rakyat yang bertanyakan soalan sama ada Soalan Bertulis ataupun Soalan Lisan dan saya minta jawapan ini diperbetulkan kembali supaya tidak dirujuk sampai bila-bila sebab yang di digazetkan dan dimasukkan dalam kita punya hansard. Ya, dipersilakan Bagan Jermal.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan usul terima kasih kepada ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak bagi Mesyuarat Penggal Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kali ke 15 ini. Di sini saya juga ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah Nor Zamri Latif, ADUN Sungai Bakap di atas pemergiannya, semoga diberi kekuatan dan kesabaran ketika keluarganya menempuh ujian ini.
Dato’ Speaker. Saya sangat bersetuju dengan saranan Tuan Yang Terutama Tun untuk mengurangkan defisit di Negeri Pulau Pinang memerlukan pendekatan yang holistik dan bersepadu, yang melibatkan pelbagai aspek seperti pengawalan perbelanjaan, menambah pendapatan, pengurusan kewangan yang baik melalui strategi pengurangan unjuran defisit negeri tahun 2024. Malah apa yang lebih penting adalah untuk meningkatkan pendapatan negeri untuk terus menjalankan projek-projek berimpak tinggi yang akan memberikan manfaat kepada seluruh penduduk Pulau Pinang secara khususnya. Kita sedar untuk meningkatkan pendapatan Negeri Pulau Pinang dan pada masa sama menjadi satu ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh masa 10 tahun seperti hasrat yang telah dinyatakan oleh TYT, kita perlu fokus dalam dua sektor yang penting iaitu reka bentuk cip dan kecerdasan buatan iaitu (AI). Kedua-dua sektor ini sangat berkait rapat kerana kita memerlukan cip yang mempunyai algorithme yang cekap untuk fungsi AI dan kesemua peranti yang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita sebagai contohnya telefon bimbit, komputer dan sebagainya yang memerlukan fungsi AI akan dikawal oleh algorithme cip tersebut.
Kita sedar bahawa industri cip akan meningkat dua kali ganda dari tahun 2018 sebanyak 446 bilion kepada satu trilion pada tahun 2030 menurut sumber daripada Applied Materials dan semua itu dalam USD sorry tadi terlupa nak sebut. Amerika
Syarikat telah pun memberikan geran secara agresif melalui US Chip Act bagi tujuan bidang R&D dan pembuatan semi konduktor. Ini melibatkan jumlah, sejumlah geran kepada tujuh syarikat yang berjumlah USD29,297,000,000.00 ini menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan Amerika Syarikat melabur untuk memastikan syarikat-syarikat tersebut terus berdaya saing dan menerajui bidang semi konduktor ini. Untuk memacu industri reka bentuk cip ini selain daripada Penang Chip Design Academy yang memberikan pendidikan mengenai reka bentuk cip kita juga perlu melabur dalam incubator reka bentuk cip yang boleh menghasilkan start-up yang boleh berdaya saing dalam industri reka bentuk cip. Namun cabaran yang dihadapi oleh start-up…(dengan izin), ada cost entry point…(dengan izin), yang tinggi sehingga berpuluh juta untuk menghasilkan satu cip yang berkualiti tinggi.
Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan satu pusat incubator yang boleh menyediakan satu persekitaran kondusif di mana pemegang taruh boleh diberi akses kepada infrastruktur state of the art dan peralatan yang canggih, EDA, yang diperlukan untuk reka bentuk cip yang tidak dapat semestinya diakses oleh pereka cip individu atau pun start-up yang berskala kecil. Apa yang lebih penting adalah pereka-pereka cip ini mendapat bimbingan daripada mentor yang berpengalaman, sokongan teknikal serta input yang berguna untuk mengatasi segala cabaran dan menambah baik reka bentuk cip mereka. Pusat incubator juga memainkan peranan dalam menghubungkan pemain industri pelabur yang paling penting pelanggan yang berpotensi kepada start-up baru ini. Di sini saya berpendapat Kerajaan Negeri, ini boleh tambah sikit pendapatan boleh memainkan peranan sebagai pelabur kepada start-up yang menjadi pemegang saham dalam start-up tersebut. Ini akan memberikan pulangan lumayan sekiranya cip yang telah direka bentuk ini mendapat sambutan yang tinggi dalam pasaran. Ini sudah tentu boleh menjana pulangan yang menawan kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya boleh dilaburkan dalam sektor yang lain.
Kerajaan Negeri juga boleh mengkaji untuk menerusi koperasi yang diselia oleh GLC untuk mewujudkan PPP (Public Private Partnership) di mana pemain industri boleh bekerjasama antara satu sama lain untuk meningkatkan produktiviti dan perkongsian sumber untuk menghasilkan pulangan yang lebih tinggi. Sektor-sektor yang dimaksudkan adalah perikanan dan pertanian. Seperti dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun saya amat bersetuju supaya Negeri Pulau Pinang mengembalikan zaman kegemilangan sebagai hub pendaratan tuna. Kerajaan Negeri juga boleh mengkaji untuk menubuhkan satu jawatankuasa pemandu seperti yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pemandu Beras Pulau Pinang atau pun melalui koperasi untuk turut terlibat dalam industri ini yang memberikan pulangan yang lumayan. Melalui PPP (Public Private Partnership) Kerajaan Negeri boleh memanfaatkan kelebihan lokasi sebagai hub pendaratan tuna dan pada masa sama melabur sebagai pemegang saham ataupun jawatankuasa pemandu atau koperasi untuk membantu ahli-ahlinya yang berpengalaman dalam sektor perikanan dari segi penyediaan kapal laut dalam dan peralatan. Penjanaan pulangan pulak akan dibahagi balik mengikut peratusan saham. Ini juga akan mewujudkan situasi menang-menang antara Kerajaan Negeri dan juga ahli-ahlinya dalam koperasi ataupun jawatankuasa pemandunya. Sama juga kepada pertanian di mana mekanisme yang sama boleh diguna pakai tetapi fokus adalah pada penanaman hasil tani yang bernilai
tinggi seperti tanaman herba, bawang, halia dan sebagainya. Ini adalah peluang di mana pemain industri dibantu dari segi modal manakala kerajaan pulak boleh mendapat pulangan dari segi kewangan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dalam kedua-dua sektor tersebut.
Selain itu, Kerajaan Negeri boleh mengurangkan pergantungan import bagi bahan-bahan tersebut dan pada masa sama mengawal, mempunyai kuasa untuk mengawal harga bahan-bahan tersebut apabila berfungsi sebagai pengeluar bahan-bahan tersebut. Timbalan Dato’ Speaker dari segi perumahan pulak saya ingin mengucapkan syabas kerana ada inisiatif baru iaitu menandatangani isu kemampuan dan kepelbagaian perumahan atau pun addressing housing affordabbility and diversity (dengan izin). Di sini saya hanya ingin mengatakan bahawa faktor kemampuan memang adalah keutamaan tetapi kita tidak harus memandang enteng isu kualiti dalam penyediaan perumahan tersebut. Kita perlu pastikan pemaju yang dilantik perlu membina skim perumahan mampu milik yang berkualiti tinggi. Saya berharap Kerajaan Negeri mewujudkan mekanisma pemantau yang lebih serius terhadap skim mampu milik ini sewaktu fasa pembinaan untuk mengelakkan atau meminimakan kecacatan pembinaan semasa penyerahan kepada pembeli.
Di sini saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai skim berstrata. Kita harus akur bahawa yuran penyelenggaraan adalah amat penting untuk kerja pembersihan dan segala fasiliti dalam sebuah sesebuah skim berstrata. Satu aspek penting yang selalu terlepas pandang adalah sinking fund dengan izin sebagai reserve untuk pembaikan kerosakan yang lebih besar sebagai contohnya tangki air bumbung ataupun lif. Pemasalahan yang dihadapi kebanyakan skim berstrata terutamanya skim kos rendah dan sederhana adalah kutipan yuran maintenance fee ataupun yuran penyelenggaraan yang tidak konsisten. Ini menyebabkan kerja penyelenggaraan dan pembaikan tidak dapat dilakukan kerana kekurangan dana. Oleh itu, saya menyarankan supaya agensi berkaitan harus memantau status kewangan setiap skim berstrata dan mewajibkan supaya sebahagian yuran penyelenggaraan perlu diketepikan dan dimasukkan didalam tabung sinking fund yang berasingan. Dalam masa yang sama agensi yang berkaitan perlu memberikan khidmat nasihat kepada Badan Pengurusan ataupun MC ataupun Badan Pengururusan Bersama yang dipanggil JMB bagaimana untuk mengatasi isu hutang yuran penyelenggaraan supaya MC dan JMB tidak terbeban dengan isu hutang yuran penyelenggaraan sehingga menjejaskan fungsi dalam perihal pembersihan pembaikan mahupun penyelenggaraan bangunan. Ini bagi memastikan pengurusan kewangan sihat supaya MC atau JMB dapat berfungsi secara optima dalam pengurusan bangunan berstrata. Sudah tentu keadaan merosot bangunan disebabkan isu hutang ini tidak adil bagi mereka yang membayar yuran penyelenggaraan tepat pada setiap bulan. Pihak berkaitan juga perlu mengkaji menguatkuasakan akta yang lebih efektif termasuk Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) untuk menyita unit yang berhutang untuk memastikan penduduk-penduduk di skim berstrata menjalankan kewajipan mereka sebagai penghuni di skim berstrata. Ini penting untuk memastikan skim berstrata kekal bersih diselenggara dengan baik dan mewujudkan satu persekitaran yang bersih dan sejahtera untuk semua penghuni di sesebuah skim tersebut.
Pulau Pinang mempunyai banyak aspek yang dapat menarik pelaburan asing supaya memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan. Pulau Pinang sebagai Kawasan Perindustrian Bebas Cukai juga mempunyai infrastruktur yang diperlukan oleh pelabur asing seperti contohnya Lapangan Terbang dan Pelabuhan. Oleh itu, infrastruktur seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) memainkan peranan yang penting. Dalam ucapan perasmian Tun Yang Terutama Tuan Yang Terutama Tun telah mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek pembesaran LTAPP dan sedang dalam proses pra tender kelayakan oleh MAHB. Kelayakan kontraktor adalah amat penting di mana bahan pembinaan sepatutnya mempunyai kualiti yang bertaraf antarabangsa supaya imej negeri boleh dijaga. Disamping itu, saya rasa perkhidmatan mesra pelanggan amat penting sekali. Ini adalah first time impression… (dengan izin), seperti yang diketahui semua LTAPP merupakan laluan penerbangan antarabangsa yang utama dan akan menerima pelancong dan pengunjung daripada seluruh dunia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Multilingual…(dengan izin), merupakan aspek yang penting dan kita perlu melatih sebahagian kakitangan supaya fasih dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa yang sering digunakan oleh pelancong Antarabangsa. Penambahan kaunter perkhidmatan pelanggan dan memastikan kakitangan terlatih untuk membantu penumpang dengan kadar segera adalah amat penting. Pengurusan untuk pelancong beratur dengan menggunakan sistem pengurusan barisan yang cekap juga penting untuk mengelakkan kesesakan di kaunter pemeriksaan keselamatan, pintu laluan masuk dan keluar dan pindahan imigresen serta laluan masuk dan keluar kastam. Selain itu, latihan berkala perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan dalam aspek layanan pelanggan, pengurusan situasi kecemasan dan kecepatan dan kecekapan operasi.
Seterusnya dari sektor pelancongan kita perlu mengekalkan budaya asal dan keunikan Negeri Pulau Pinang kita yang berjaya menarik perhatian para pelancong. Kita perlu menggiatkan promosi pelancongan dengan menonjolkan budaya sejarah, tarikan semula jadi dan sebagainya dan sepatutnya Negeri Pulau Pinang yang dikenali sebagai syurga makanan pada tahun 2014. Kerajaan telahpun melaksanakan pada masa itu pengharaman warga asing sebagai tukang masak di gerai penjaja bagi mengekalkan keaslian ataupun keunikan rasa tempatan. Akan tetapi adakah penguatkuasaan masih agresif atau diambil demi menjamin keaslian rasa makanan tempatan. Ini penting kerana ramai yang mengunjungi Pulau Pinang semata-mata untuk menikmati makanan yang sedap sekiranya gerai ini diuruskan oleh warga asing adakah kualiti dan rasa makanan masih terjamin. Ini persoalannya.
Mohon mencelah.
Ya, silakan.
Saya tertarik dengan isu pengendalian gerai-gerai makan oleh warga asing Dato’ Speaker. Adakah Yang Berhormat berpendapat bahawa ramai pengunjung yang datang ke Pulau Pinang untuk menikmati makanan Pulau Pinang seperti char keow teow adalah disebabkan mereka nak makan char keow teow yang dimasak oleh orang Penang bukan warga asing? Sama juga kalau kita pergi nak makan nasi campur ka apa di kampung ka bayangkan kita lihat kalau bukan orang tempatan yang buat tetapi warga asing. Jadi adakah dan ini akan menjejaskan imej kita sebagai satu food centre right yang kita sangat terkenal bukan sahaja di rantau Malaysia tetapi diseluruh dunia sama ada perlu ada penguatkuasaan supaya dimana ada gerai-gerai yang mereka tak buat business sendiri dan bagi warga asing buat license mereka harus ditarik balik. Bersetuju tak?
Ini saya amat bersetuju dan saya boleh kata 100% la setuju dengan tindakan agresif la terhadap orang yang mengalibabakan lesen dia kepada warga asing. Jadi disini saya juga bersetuju bahawa Yang Berhormat tadi.
Minta mencelah.
Celah lagi. okey okey.
Okey, okey. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Saya mungkin topik berkaitan dengan makanan itu menjadi topik kegemaran semua orang. Saya ini mengingatkan saya dahulunya dipenggal yang dahulu Dewan ini pernah bangkitkan daripada Yang Berhormat jiran saya Machang Bubok berkaitan dengan Penang makanan Pulau Pinang supaya kita cuba memohon untuk dapatkan untuk dimasukkan sebagai warisan budaya yang bukan fizikal iaitu dimasuk masuk kepada intangible melalui UNESCO dan masa itu Yang Berhormat Machang Bubok juga pernah mempengerusikan jawatankuasa itu saya saya tidak pasti dengan progress jawatankuasa itu tetapi adakah Yang Berhormat Bagan Jermal juga menyokong supaya satu jawatankuasa boleh diteruskan supaya kita boleh terus memaju ke arah ini.
Saya bukan sahaja menyokong tetapi saya mendukung usaha ini agar boleh dilakukan secepat mungkin dan kita dapatkan tengok jawapan daripada EXCO la mengenai perkara ini. Boleh la. Jadi saya rasa tadi seperti yang kita katakan memang mereka datang untuk merasa sendiri teknik masakan kita yang orang Pulau Pinang ini.
Jadi kalau warga asing ini dia nampak sama tapi macam mana pun same same but different maksudnya macam mana you nampak sama pun rasa dia tak akan sama sebab cara pengendalian rempah ka apa semua kan itu bahan-bahan mentah itu semua pun tak sama. Jadi saya amat bersetuju dengan penyataan daripada YB Berapit dan juga Bukit Tengah mengenai perkara ini. Terima kasih atas celahan. Okey jadi benda ini bila kita touch on this kualiti kan ia tentu akan menjejaskan identiti Pulau Pinang sebagai food haven ataupun syurga makanan pada masa akan datang. Jadi saya harap Kerajaan Pulau Pinang memandang serius hal ini dan mengambil tindakan segera supaya tidak terlambat. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna. Jadi Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang terletak di Pantai Barat Semenanjung dan juga sama dengan negeri lain yang menghadapi cabaran untuk memastikan bekalan air yang mencukupi untuk penduduk dan kegunaan sektor industri. Selepas dua gangguan pada tahun ini jadi ia memang menjejaskan kita boleh lihat menjejaskan kehidupan harian pengguna di dua daerah yang lebih teruk terjejas.
Kerajaan Negeri dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) perlu mempunyai rancangan yang lebih komprehensif dalam menyelesaikan masalah gangguan bekalan air. Sebagai contohnya Kerajaan Pulau Pinang boleh bekerjasama dengan pihak swasta sekali lagi melalui PPP, saya sudah ulang tiga kali PPP dalam mengawal non- revenue water (NRW) yang semakin meningkat disebabkan isu kebocoran paip, penyambungan haram serta ralat dalam pengendalian data sebagai contohnya meter. PBA boleh mengkaji satu makanisma bersama pihak swasta yang berminat untuk mengatasi semua isu-isu tersebut dan tumpuan diberikan terutamanya kepada isu kebocoran paip. Dengan ada makanisma yang canggih dalam mengesan kebocoran paip, NRW dapat dikurangkan dengan signifikan dan seterusnya akan membawa membawa kebaikan kepada semua pihak.
Seterusnya hasil penjimatan daripada pengurangan NRW ini boleh dibahagi sama rata di antara Kerajaan Negeri dan pihak swasta. Ini tentu akan mengurangkan beban Kerajaan Negeri untuk menggantikan keseluruhan paip yang menelan perbelanjaan yang begitu tinggi. Selain itu, kaedah desalination atau penyahgaraman adalah salah satu cara untuk menjana bekalan air yang bersih daripada sumber air laut. Sebagai contoh Singapore telah mempunyai lima loji desalination dan air yang dijana itu memang sudah terbukti memang bebas daripada pencemaran dan seterusnya digunakan sebagai sumber air yang kegunaan seharian dan juga dalam sektor perindustrian. Walau bagaimanapun pembinaan loji desalination ini…(dengan izin), bukan la langkah yang mudah dan penilaian yang komprehensif perlu dilakukan. Projek ini memerlukan kerjasama antara Kerajaan Tempatan, Negeri, Persekutuan dan juga sektor swasta kerana pembinaan akan projek yang secara efisyen dan berkesan adalah penting untuk memastikan kejayaan projek ini. Antara contohnya loji desalination memerlukan pelaburan yang besar dan operasi yang tinggi. Jadi saya harap Negeri Pulau Pinang sebagai satu penyumbang cukai yang begitu banyak kepada Persekutuan dapat la meminta geran daripada Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan loji desalination sebagai pilot projek we dont mind to be the guinea pig tak apa sebagai pilot projek kita berani mencuba kalau kaedah yang ini memang dapat berjaya jadi kita boleh
diperluaskan kepada semua negeri-negeri lain yang turut menghadapi cabaran yang sama.
Jadi lagi satu ialah aspek yang perlu dikaji adalah seperti tadi disebut oleh YB Berapit adalah pembinaan Ladang Solar Terapung seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negara Indonesia bersama Syarikat Masdar dari UAE dimana Ladang Solar Terapung sebesar 14 padang bola sepak telah dibina atas permukaan air empangan. Ini bukan sahaja dapat membekalkan renewable energy yang bersih dalam bentuk bekalan elektrik kepada lebih kurang 50,000 unit rumah malah ia dapat mengurangkan kadar penyejatan air permukaan empangan. Inisiatif ini sekaligus dapat menjana tenaga elektrik yang bersih serta mengurangkan kehilangan air akibat proses penyejatan ketika musim kemarau. Kerajaan Negeri melalui usaha ini boleh kaji supaya melalui pelaburan ini Kerajaan Negeri dapat memainkan peranan sebagai IPP (Independent Power Producer) bagi menjana pendapatan. Jadi saya rasa kerana masa pun tidak mengizinkan, jadi akhir kata jangan kita semua mengharapkan keputusan yang berbeza dengan melakukan perkara yang sama. Kita perlu mengorak langkah membuat perancangan dan keputusan yang think out of the box or even think without the box untuk demi mengurangkan defisit dan mencari hasil yang baru untuk terus bangunkan negeri yang tercinta ini. Dengan ini saya memohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Bagan Jermal. Sekarang dipersilakan Machang Bubuk. Dipersilakan.
Okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Penang2030 dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua untuk memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri. Pada DUN ini adalah tempat yang paling sesuai untuk kita membincangkan cabaran dan peluang yang penting bagi kita menentukan masa depan Negeri Pulau Pinang yang tercinta kita. Dan Pulau Pinang merupakan satu negeri yang kecil tetapi pembangunan ekonominya yang pesat dan serta banyak menyumbang kepada pembangunan negara kita. Dan kita sekarang berada di persimpangan yang kritikal di mana kita, kerajaan dan juga wakil-wakil rakyat di sini berusaha untuk mengubah Negeri Pulau Pinang untuk menjadi negeri kita ini lebih maju dan juga lestari. Dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan beberapa projek yang penting untuk pembangunan negeri Pulau Pinang . Antaranya adalah yang naik taraf Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang, pembinaan LRT dan Perak Water Transfer Scheme yang juga telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita pada awal bulan tadi.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam usaha melaksanakan projek-projek tersebut, saya ada beberapa persoalan yang saya rasa begitu penting untuk dijawab dan juga ditangani dengan baik oleh Kerajaan Negeri, khasnya bagi projek LRT yang dijangka akan menelan peruntukan sebanyak RM10 bilion hingga RM13 bilion walaupun ia akan ditanggung
sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan tetapi kita juga perlu mengambil kira apabila LRT siap dibina, kos-kos operasi itu akan ditanggung oleh siapa? Ini satu persoalan yang amat penting, kita tahu negeri kita, Kerajaan Negeri kita sekarang mengalami defisit yang kian meningkat setiap tahun. Sejak tahun 2020, kita telah terpaksa mengguna rizab Kerajaan Negeri untuk menampung defisit tersebut. So bagaimana kita boleh memastikan bahawa apabila LRT itu siap dibina kos operasi itu bagaimana dan siapa yang akan menanggung kos tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, kita juga ada terima concern daripada pihak NGO yang saya rasa itu juga sangat penting untuk kita berbincang. Ada pemimpin-pemimpin NGO yang di luar yang menyatakan bahawa kemungkinan LRT ini bila siap dibina, satu tahun akan membawa defisit sebanyak RM600 juta. 600 juta Ringgit Malaysia itu bukan satu angka yang kecil kita punya defisit. Sekiranya angka RM600 juta ini perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri setiap tahun, kita punya defisit akan bertambah lebih lagi. So saya minta supaya Kerajaan Negeri boleh memperjelaskan tentang perkara ini untuk sama-sama kita memahami apa yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan juga rakyat Negeri Pulau Pinang ini. Dan salah satu persoalan yang juga ditimbulkan oleh pihak NGO adalah apabila kos operasi yang tinggi dan ridership yang lebih rendah daripada yang dijangkakan. So bagaimana, ya saya juga tertanya-tanya, mereka menuduh Kerajaan Negeri, macam mana/kenapa terlalu obses sangat dengan LRT? Kenapa tidak pula memilih Autonomous Rapit Transit (ART) atau BRT Bus Rapit Transit (BRT) yang dikatakan yang dikatakan oleh pihak NGO di mana ia 10 kali ganda lebih murah daripada LRT. So, itu satu persoalan yang saya rasa juga penting untuk kita jawab supaya ia dapat kita sama-sama mencari kebaikan untuk semua.
Saya juga ingat masa penggulungan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada sesi yang lepas iaitu LRT sebab kita akan buat elevated. Tapi ART dan juga BRT itu masih perlu mengguna landasan atau jalan yang sedia ada. So yang masalahnya adalah, I think pihak NGO juga tidak memahami bahawa ada kekangan dari segi ART itu. ART, dia masih guna jalan yang sama atas jalan yang sama dan bukan elevated, so jika macam itu kita masih akan menghadapi masalah yang sama di mana penumpang-penumpang tidak dapat sampai ke destinasi dalam masa yang terdekat. Tapi saya rasa penjelasan itu kena dibuat oleh Kerajaan supaya lebih orang boleh faham sebab jika tidak ia seolah-olahkan kerajaan memilih satu projek yang menelankan perbelanjaan yang tinggi dan tidak memilih jalan yang resolusi yang lebih murah ini. Dan saya ada juga satu soalan lagi yang daripada pihak saya di mana kita juga adakah kerajaan juga mempertimbangkan cadangan daripada NGO-NGO iaitu mengambil kira kos efektif bagi setiap mode pengangkutan yang akan dibina tersebut. So LRT, ART dan juga BRT kos, sejauh manakah kos efektif untuk setiap mode pengangkutan tersebut. So saya nanti minta EXCO yang terlibat boleh menjawab persoalan-persoalan tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua perkara yang saya nak bawa seterusnya dalam sidang DUN ini adalah tentang satu soalan bertulis saya yang berkaitan dengan Sungai Perak. Sungai Perak Water Transfer Scheme ini satu projek yang memang kita menanti-nantikan. Tapi last year kita juga dikejutkan oleh satu laporan di Sinar Harian, di mana Sungai Perak antaranya, I think 11 sungai di Malaysia ini yang dikesan bahan kimia cap jari dan benzol(a)pyrena. Itu yang boleh membawa penyakit kanser kepada pengguna-pengguna air itu. So Sungai Perak boleh dikatakan mengikut kajian laporan Sinar Harian tersebut
boleh dikatakan boleh sudah ada contaminated jika sudah contaminated bagaimana kita nak ambil air daripada sana. Tapi soalan saya apakah implikasi berita ini, penemuan ini ke atas projek Sungai Perak Water Transfer Scheme yang bakal dilaksanakan. Tapi jawapan itu tidak dijawabkan, kita faham memang jawapan adalah Kerajaan Negeri akan memastikan ia berjaya. Tapi kita juga kena mengambil kira bahawa isu Sungai Perak itu telah dicemar, bagaimana kita nak pastikan ia adalah selamat untuk kegunaan orang Pulau Pinang pada masa yang akan datang?
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ada, saya juga ingin mengambil bahagian dalam isu kenaikan tarif air. Saya rasa hari ini kita juga banyak berbincang tentang kenaikan isu tarif air ini. Tetapi bagi saya, saya ada sedikit komen terhadap apa yang PBA buat itu. Saya rasa PBA amat lembab dari segi penjelasan kepada orang ramai. Bayangkan wakil-wakil rakyat di sini juga tidak setuju dengan tarif air itu dan saya pun tahu PBA adalah monopoli, suka tak suka ya kita perlu perkhidmatan PBA. Tapi cara penjelasan itu tidak dibuat dengan baik. Sampai hari ini, saya tak nampak ada apa-apa advertisement atau pengumuman, public announcement yang kreatif melalui infografik ke untuk memperjelaskan kepada rakyat kenapa kita kena naikkan tarif. Bagi saya setakat kenyataan media itu, itu tidak dapat mencapai kepada sasaran. Ini adalah salah satu yang saya tengok kelemahan PBA dari segi berkomunikasi dengan rakyat. Jika dengan komunikasi dengan wakil rakyat juga tidak begitu memuaskan, bagaimana kita nak mengharapkan PBA untuk berkomunikasi dengan rakyat yang di bawah yang sedang marah ini. So saya minta supaya PBA ini perlu come-out with communication plan. Selepas pengumuman kenaikan tarif langsung tidak ada communication plan. Apa yang kita lihat hanya dijawab dengan kenyataan-kenyataan media sahaja. So itu memang tidak cukup. Ini sekarang zaman sosial media, rakyat mendapat maklumat semua melalui sosial media. Kita bagi kenyataan media, kita nak rakyat faham itu susahlah saya rasa. So ini saya harap PBA boleh membuat penjelasan yang lebih
Minta celahan, YB Machang Bubuk.
Okey, boleh ya.
Dato’ Speaker, saya amat sokong dengan pandangan Machang Bubuk disebabkan komunikasi yang lemah daripada PBA bukan untuk kali ini sahaja tapi saya nak mintak pandangan dengan Machang Bubuk semasa sekatan air yang dahulu berlaku bukan sekali tetapi dua kali. Memang pun rakyat datang cari kita, barulah kita nak carikan sebab-sebab, kenapa tidak ada air. Yang kali pertama adalah disebabkan banjir daripada Baling dan kali kedua sebelum sekatan air belum bagi secara puas hati. Memang ada kelemahan di situ, jadi sangat sokong dengan pandangan daripada Machang Bubuk. Komunikasi mereka harus ditambah baik. Terima kasih.
Terima kasih, sahabat saya daripada Berapit yang setuju dengan saya bahawa PBA perlu menambah baik tentang komunikasi. Tak boleh hanya anggap ini sebagai satu monopoli. Saya buat pun tak apa, saya naikkan tarif, ok. SPAN sudah lulus then saya buat saja. Apa rungutan bantahan daripada rakyat kita macam tak perlu jawab. Yang saya tengok jawab banyak juga daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Ya, so ini memang tidak mencapai kita punya expectation di mana PBA kena lebih proaktif dan juga lebih kreatif dari segi komunikasi dengan rakyat ini dan saya juga tertanya-tanya dalam World Water Day yang baru-baru ini, apa satu kenyataan yang diberikan oleh PBA iaitu pemasangan 2,000 unit smart meter ini baguslah smart meter yang akan menelan kos sebanyak RM2.5 juta dan akan dipasang di Balik Pulau. Saya tak pasti kenapa pada hari itu, you nak sebut tentang pemasangan smart meter. Sekarang tarif air naik.
Dan Dato’ Yang di-Pertua, you tau berapa unit, berapa harga untuk smart meter ini? Satu unit RM650.00, yang meter yang sekarang kita guna di rumah ini hanya RM67.00. Okey, jika kita tak ada apa-apa isu, kita paip-paip kita tidak usang, paip kita semua sudah dalam keadaan yang baik, kita tak perlu pasang apa-apa pam di kawasan-kawasan yang menghadapi tekanan yang rendah, takpa kita ada boleh buatlah. Ini boleh dijadikan satu smart meter untuk tunjukkan betapa kita advanced dalam teknologi ini. Tapi, pada masa kita sekarang kita PBA sedang menghadapi kata paip usang, ada banyak tempat tekanan air tak cukup, tak ada pam, kita pergi pasang smart meter. Keutamaan itu saya tidak nampak. Ya, what is your priority? Bukan pasang smart meter, now is you had have to tell us what are you going to do dengan tekanan air rendah itu. Apa yang you boleh buat, jika NRW itu sudah earned 25% ke atas. Paip-paip yang usang itu, bila you nak buat? You kena bagitau itu. Bukan pergi bagitau, ooh kita akan pasang 2,000 smart meter di Balik Pulau.
Balik Pulau, saya rasa Dato’ Speaker pun tau apa isu mereka. Dia, mereka bukan nak smart meter. Mereka nak air, betul? So, itu yang saya rasa keutamaan itu perlu ditanggani terlebih dahulu. Jika tidak, kita seolah-olah boleh dinampak kita out of touch. Apa yang berlaku on the ground, kita buat sesuatu yang berbeza dengan expectation daripada rakyat. So, itu saya harap PBA perlu mengambil langkah-langkah yang serius untuk meyakinkan rakyat kenapa you boleh menaikkan tarif. Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk tanya kepada Kerajaan Negeri sebab pada sidang yang lepas, kita juga ada membahas tentang paip-paip yang usang ini dan PBA memerlukan satu peruntukan yang tinggi untuk menukar paip-paip yang usang ini, paip-paip air yang usang ini. So, bagaimana kita nak buat? Apakah road map itu? Dan di mana kita nak dapat peruntukan itu? Ya, adakah ia melalui sukuk atau Green Bon? Adakah dia nak kita nak kutip dana daripada Bursa Saham? Apa langkah-langkah yang akan dijalankan oleh PBA. So, kena bagi kita satu penjelasan hala jangka masa panjang selain daripada sungai air Perak ini. So, itu yang persoalan-persoalan yang saya harap nanti pihak EXCO Kerajaan Negeri boleh menjawab.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan jawapan pada pagi tadi daripada EXCO Jawi berkaitan dengan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong. YB Jawi ada sebut tentang tanya EOT. EOT yang telah dikeluarkan kepada pihak PLB engineer ini. Dan persoalan saya adalah, apakah masalah sebenarnya? Ya, yang dihadapi oleh PLB ini yang sudah berkali-kali kita bagi EOT, masih boleh tidak melakukan apa-apa lagi. Dan jawapan, jawapan daripada EXCO Jawi dimana pagi tadi ada sebut juga pihak PLB Engineering Bhd sedang dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Apa masalahnya? Adakah kelulusan itu ya, kita kita faham walaupun projek ini adalah JV, adalah projek kerjasama di antara pihak swasta dan Kerajaan Negeri.
Ya, kita ada tandatangan Joint Development Agreement diantara pihak kerajaan dengan pihak PLB. Ya, tapi mengapa selalu EOT diberikan. Tapi seolah-olah PLB tidak melakukan apa-apa yang positif atau mengikut apa yang telah ditetapkan dalam JDA. Ya, yang telah di ditandatangani dimeterai. Dimeterai oleh kerajaan dan juga PLB ini. So, saya nak tau apa sebenarnya? Kenapa EOT itu diberi berkali-kali, tapi masih tak ada, tak ada perkembangan yang meyakinkan. Dan juga, saya juga terkejut dengan terkejut saya amat terkejut. Dengan bank guarantee ya, bank guarantee RM26juta itu pada jawapan tadi pagi tadi. Saya sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, saya nak tanya soalan tambahan. Tapi YB itu, Batu Lancang dia sudah tanya tiga soalan. So, saya ambil kesempatan perbahasan saya untuk tanya soalan yang saya nak tanyalah. Ya so, bukan saya, saya nak tau bahawa dalam proses, PLB dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan. Dan saya, saya nak tau bukankah PLB dan Kerajaan Negeri telah terikat dalam JDA ini, Join Development Agreement. Saya memang sokong bahawa, walaupun dia kerjasama dengan kerajaan, tak bermaksud dia tak perlu dapat apa-apa kelulusan boleh terus jalan, jalankan projek. Masih perlu melalui proses permohonan dan juga kelulusan mendapatkan kelulusan.
Tapi, apakah, apakah terma-terma dalam JDA ini yang boleh kita mengikat PLB ini untuk melaksanakan, melaksanakan projek tersebut. Jika dia tidak mematuhi perjanjian-perjanjian yang telah kita tetapkan, adakah dia akan didenda mengikut hari? Macam EOT-EOT yang kita bagi kepada Gurney Bay. Aah, kita boleh dapat balik atau tidak? So, all semua ini saya minta supaya Ahli EXCO Jawi boleh jawab. Dan last question untuk perkara ini adalah, sekiranya-sekiranya bank guarantee itu yang perlu dibayar oleh PLB sebelum 31 Jun 2024, haa, ya ya ya 30 Jun. Sorry, sorry. 30 Jun 2024, apakah kontigensi plan oleh Kerajaan Negeri? Ya, jika PLB tidak bayar bank guarantee tersebut? Adakah kerajaan akan meneruskan projek pemulihan, pemuliharaan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong itu.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan sekejap saja untuk membangkitkan isu tempatan iaitu Jalan Omar Bukit Minyak dan Jalan Rozhan, Pakej Dua. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang telah sedang melaksanakan Projek Pelebaran Jalan dari Kota Permai sehingga Bukit Minyak Utama. Dan projek itu pun berjalan dengan lancar, dan saya mengambil kesempatan ini untuk memberi satu penghargaan yang tinggilah kepada Kerajaan Negeri dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Dan saya juga ingin mengambil kesempatan
ini untuk memohon supaya Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan ya, Projek Pakej Dua dimana yang di akan disambung dari Desa Palma sehingga ke Jalan Rozhan. Dan memang dari jawapan YB Tanjong Bunga bagi soalan bertulis (27) saya, memang kos memang projek tersebut telah dimasukkan oleh JKR. Cuma, cuma belum diluluskan. So, saya mohon agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan ya adalah bottomneck yang perlu kita tanggani supaya kelancaran itu dapat dilakukan.
Dato’ Yang di-Pertua, yang terakhir saya ingin membangkitkan tentang satu perkara di mana ini adalah peluang keemasan untuk Kerajaan Perpaduan di negeri Pulau Pinang . Sejak 2008, walaupun masa itu saya belum jadi Wakil Rakyat di Dewan, tapi kita boleh sentiasa tengok lihat atau dengar kenyataan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa itu, di mana kita sentiasa dianaktirikan, dipinggirkan haa oleh Kerajaan Persekutuan. Tapi, sekarang kita bersyukur kerana kita sekarang adalah kerajaan yang sama. Kerajaan yang perpaduan. Dan kita hanya tinggal tiga tahun setengah sahaja, untuk peluang keemasan ini Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini kena tingkatkan kerjasama untuk pastikan projek-projek yang telah kita bersetujukan perlu dilaksanakan. Dan saya harap sangat-sangat mengharapkan supaya kita semua di DUN ini, tak kiralah barisan kerajaankah, back bencher ka atau pihak pembangkang kita mengambil peluang keemasan ini untuk sama-sama kita bersama dengan Ketua Menteri kita dan bersama-sama mendokong Perdana Menteri kita untuk membangunkan negeri Pulau Pinang. Untuk memastikan bahawa kesejahteraan rakyat itu dijaga dan bukan sekadar menoktahkan kemiskinan tapi kita juga nak supaya Negeri Pulau Pinang ini akan menjadi lebih maju dan lebih makmur lagi. Dan saya harap kita semua kurangkan politicking ya, tumpukan masa kita untuk betul-betul berkhidmatan untuk rakyat dan beperjuangkan agenda Malaysia Madani yang telah diwawasankan oleh, digagaskan oleh Perdana Menteri kita. Dengan kata-kata itu, saya memohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Machang Bubuk. Saya persilakan Kebun Bunga.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum saya memulakan ucapan, mungkin saya boleh mohon untuk naikkan suhu aircond di Dewan ini. Sini sangat sejuk, Dewan ini sudah dingin. Kita kena panaskan sikit. Selamat Petang, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan juga Salam Penang2030. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan EXCO, Ketua-ketua Jabatan dan juga rakan-rakan Ahli Berhormat sekalian. Saya mulakan ucapan perbahasan saya, perbahasan terima kasih ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri hari ini dengan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Nor Zamri Latiff iaitu ADUN Sungai Bakap yang telah meninggalkan kita buat selamanya.
Saya sempat mengadakan bertemu, mengadakan perbincangan perbualan dengan YB Abang Zam semasa sidang yang lepas. Dan topik kami banyak menjurus
kepada isu-isu kawasan dan juga bola sepak. Walaupun pertemuan kami singkat, tetapi saya hargai persahabatan dengan Abang Zam. Sekali lagi ucapan takziah kepada keluarga YB Abang Zam dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, isu kenaikan air oleh PBA menjadi hangat pada sesi Dewan kali ini, saya nak saya faham keperluan-keperluan kenaikan tarif air oleh PBA terutama apabila saya membaca laporan daripada SPAN bahawa untuk produce ataupun proses air terawat permeter padu adalah bersamaan dengan RM1.75 dan kos yang dikenakan oleh PBA sebelum kenaikan adalah RM0.22 dan selepas kenaikan adalah RM0.62 yang bermula pada Februari tahun ini dan juga peningkatan pengunaan air di Pulau Pinang untuk tempoh 25 tahun ini telah meningkat 72.9% sudah tentu saya rasa ini akan memberi tekanan-tekanan kepada PBA terutama dari segi kos maintainance dan infrastuktur yang tinggi, ramai yang berpendapat bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk kenaikan tarif air memandangkan keadaan ekonomi yang lembab akibat daripada pergolakan geopolitik dunia tetapi hakikatnya Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua tidak ada masa yang sesuai untuk melaksanakan dasar unpopular seperti ini.Walau bagaimanapun kita boleh ambil apa yang telah diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Dato‘ Seri Utama Anwar Ibrahim iaitu Perdana Menteri baru-baru ini berkenaan dengan pelaksanaan penyelarasan subsidi diesel yang akan dibuat terlebih dahulu dan diikuti oleh petrol. Ya sekarang bukan masa yang sesuai tetapi tidak ada masa yang lebih sesuai lagi.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi penerangan lanjut bahawa beliau tidak mahu memperkenalkan cukai baru yang boleh menambah beban rakyat tetapi melalui penyelarasan subsidi yang akan memberi manfaat kepada rakyat golongan B40. Saya rasa langkah yang sama diambil oleh Kerajaan Negeri tetapi saya menyerulah saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Machang Bubok bahawa PBA perlu meningkatkan mutu perkhidmatan terutama dalam penyampaian maklumat dan informasi-informasi kepada pengguna dengan pantas dan juga cekap sebagai contoh apa yang tadi saya ucapkan bahawa subsidi kepada penggunaan masih diberikan kepada penggunaan oleh PBA ataupun Kerajaan Negeri kepada penggunaan air tetapi tidak disalurkan secara berkesan ataupun diterima oleh rakyat diluar sana dan mereka hanya akan berasa bahawa kenaikan ini merupakan satu bebanan kepada mereka penyampaian maklumat dan juga komunikasi daripada PBA adalah sangat tidak berkesan dalam isu ini saya juga setuju bahawa wakil rakyat telah menjadi spoke person kepada PBA untuk menerangkan kenaikan-kenaikan tarif air. Selain itu mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan juga menjadi bahan bual menjadi kemarahan kepada penduduk terutama tekanan air yang rendah seperti di mukim 5 SPS dan juga kawasan selatan pulau kawasan Dato‘ Timbalan Speaker...(gangguan).
Ada masa dua minit.
PBA perlu, dua minit ya minta maaf. PBA perlu mempertimbangkan untuk memberi rebate dalam kadar tier one ini kepada pengguna-pengguna yang terjejas dengan
perkhidmatan yang PBA berikan. Sebelum peningkatan kadar air ini saya diberitahu oleh PBA bahawa ada skim rebate yang akan diberi kepada golongan B40, ramai yang datang ke pajabat saya terutama di Padang Tembak untuk mendaftar tetapi akhirnya semua tidak berjaya kebanyakkan tidak berjaya dengan alasan diberi mereka tidak ada dalam senarai eKasih. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, eKasih ini senarai dia tidak banyak so saya berharap PBA boleh pertimbangkan jangan hanya gunakan senarai eKasih sahaja sebagai rujukan tetapi boleh diintegrated dengan senarai lain seperti yang senarai JKM ataupun senarai i-Sejahtera data yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri sendiri. Kesempatan ini saya ingin memberi pujian kepada Pengurus Besar TNB Pulau Pinang iaitu Dato' Ismail Lathifi Teh yang telah jelajah ke semua Pusat Khidmat wakil rakyat untuk memberi penerangan kepada wakil rakyat penerangan yang lanjut berkaitan pemasangan smart meter TNB, isu tarif elektrik iaitu pemotongan subsidi dan juga segala masalah yang ada berkaitan dengan TNB. Usaha sebegini seeloknya dipraktiskan oleh pengurusan tertinggi PBA di mana PBA adalah anak syarikat Kerajaan Negeri.
Minta pencelahan. Terima kasih sahabat daripada Kebun Bunga. Saya juga nak tanya sama ada ada wakil PBA pada hari ini atau tidak sekarang ada atau tidak? Ada. Okey, okey. Terima kasih. Cuma saya rasa semua ini perlu disampaikan kepada pihak atasan PBA itu.
Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, kalau TNB sebagai anak syarikat Kerajaan Pusat boleh lakukan. Saya rasa tidak ada masalah untuk anak syarikat Kerajaan Negeri melakukan perkara yang sama kita juga tidak ada masalah untuk wakil rakyat membantu PBA tapi sebelum kita membantu PBA saya harap PBA juga boleh membantu wakil rakyat. Bagilah kami maklumat-maklumat yang terperinci dan juga tepat sebelum kita boleh sampaikan kepada rakyat di luar sana. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, kesempatan ini saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Pakatan Harapan amnya dan juga Parti Tindakan Demokratik (DAP) khususnya atas kemenangan yang menyakinkan di PRK Kuala Kubu Baru pada 11 Mei yang lepas yang diwakili oleh calon Kerajaan Perpaduan. Kemenangan ini sangat significant dan dengan isyarat jelas daripada pengundi yang mahu mengekalkan Kerajaan Perpaduan sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan. Saya ingin menarik perhatian kepada undi awal yang diperolehi iaitu undi Polis dan juga Tentera. Calon Kerajaan Perpaduan telah perolehi undi polis...
Kebun Bunga boleh saya mencelah?
Ya, boleh.
YB Yang di-Pertua Dewan dan YB Kebun Bunga, saya harap perkara ini lebih mirip kepada politik jadi tidak perlulah dibincangkan di sini. Terima kasih.
So sebagai ahli politik saya akan membincang isu politik. Undi polis meningkat kepada 84 peratus daripada 26 peratus. Undi tentera meningkat kepada 50 peratus daripada 16 peratus. Peningkatan ini menunjukan..(gangguan).
Dato‘ Yang di-Pertua.
Tiada salah dalam peraturan pun, sila-sila.
Peningkatan ini menunjukkan dasar Kerajaan MADANI yang cakna kebajikan anggota kakitangan kerajaan terutama dari segi peningkatan kualiti kuarters tempat kediaman oleh tentera dan juga polis dan juga pengumuman peningkatan gaji sebanyak 15 peratus yang akan bermula pada Disember tahun ini disambut baik oleh kakitangan kerajaan. Dato‘ Yang di-Pertua, kakitangan kerajaan memainkan peranan penting dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat oleh itu kebajikan dan tahap gaji mereka perlu di selaras mengikut perubahan zaman 13 peratus bukan angka yang besar jika kita bandingkan dengan kadar inflasi negara untuk tempoh 10 tahun ini tetapi saya juga maklum bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.
Oleh itu, Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, saya berharap Pulau Pinang dapat mengambil langkah yang sama dengan Kerajaan Persekutuan supaya kita semak juga peningkatan kepada kakitangan kerajaan. Di Pulau Pinang, kerajaan kita kejayaan kita mendapat pelaburan tertinggi pada tahun 2023. Pujian Ketua Audit Negara, Anugerah Integriti yang diterima oleh SUK, Penang Hill Corporation, Perbadanan Perpustakaan dan MBSP merupakan simbolik kepada prestasi kerja kakitangan yang baik serta dedikasi.Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga sarankan peningkatan ini tidak diberi secara automatik tetapi berdasarkan prestasi kerja kakitangan kerajaan seranan yang sama saya tujukan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebagai Kerajaan Perpaduan di negeri segala tindakan yang diambil oleh kita mestilah stand guided and guarded dengan prinsip Kerajaan Persekutuan. Perkara ini penting supaya tidak wujud dua (2) prinsip yang berbeza yang akan menghakis keyakinan pelabur dan memberi isyarat salah berkenaan dengan kestabilan politik yang sedang diusahakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, dalam tempoh 15 bulan pentadbiran Kerajaan MADANI bawah Yang Amat Berhormat Dato‘ Seri Utama Anwar Ibrahim sebanyak dua (2) mega projek telah diumumkan. Pertama, Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang dijangka menelan perbelanjaan sehingga RM1.5 billion. Kedua ialah Projek Light Rapid Transit yang dianggar antara RM10 billion hingga RM13 billion. Ini menunjukan Pulau Pinang kembali mendapat perhatian persekutuan di mana projek mega yang terakhir dengan dana persekutuan saya rasa ialah Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan kos RM4.5 billion.Projek mega mampu menjana peluang pekerjaan dan juga menghidupkan rantaian ekonomi pada industri berkaitan tetapi saya berharap sama ada Kerajaan Persekutuan atau negeri perlu memastikan bahawa syarikat tempatan terutama SME juga dapat menikmati peluang perniagaan daripada projek ini tidak kira projek infra ataupun sistem ataupun maintenance dapat dinikmati oleh syarikat tempatan daripada Pulau Pinang. Dato‘ Timbalan Speaker, saya juga ingin bangkitkan berkenaan dengan Tech Dom. Saya melawat ke Tech Dome baru-baru ini saya kagum dengan cara pengurusan yang tertib dan teratur oleh pengurusan, walau bagaimanapun dana yang diterima oleh Tech Dome daripada Kerajaan Negeri adalah sangat sedikit iaitu hanya RM850,000 Dalam masa yang sama bajet tahunan yang diperlukan oleh Tech Dome adalah berjumlah RM4.2 juta ini bermakna Tech Dome perlu mencari baki RM3.35 juta. Di sini saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberi fokus yang lebih kepada Tech Dome kerana ia bukan sahaja platform untuk memupuk minat pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap STEM tetapi juga berpotensi sebagai tarikan pelancongan seperti Pusat Sains Negara dan juga Pusat Sains Petronas. Dalam usaha, di samping itu dalam usaha Kerajaan Negeri melahirkan modal insan STEM, Tech Dome sepatutnya diberi peranan dan ruang yang lebih besar lagi kerana kita semua sedar bahawa pendidikan STEM ini seharusnya kita bermula dari kecil.
Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih ke isu-isu kawasan saya. Pada sidang yang lepas saya membangkitkan isu penuaan penduduk yang akan dialami oleh Pulau Pinang menjelang 2040 di mana mengikut statistik suku daripada penduduk di Pulau Pinang akan mencapai usia warga emas pada tahun tersebut. Keadaan penuaan penduduk ini lebih ketara di flat Padang Tembak pada masa kini dan selepas beberapa isu saya bangkitkan terutama dalam penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB EXCO Kebajikan YB Sungai Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang serta Pejabat Kebajikan Daerah Timur Laut yang telah berusaha bersama pasukan khidmat saya untuk mewujudkan PAWE di Padang Tembak. Berkat usaha ini PAWE telah mendapat kelulusan dan peruntukan sebanyak RM100,000 telah diterima untuk tujuan pengubahsuaian bangunan MPKK Padang Tembak yang akan dijadikan sebagai pusat nanti kita akan membina infra yang lebih mesra warga emas serta membeli peralatan fisioterapi yang sesuai diguna oleh penduduk nanti. Sudah tentu pusat ini akan menjadi instrument penting dalam menghadapi isu penuaan penduduk. Walau bagaimanapun, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, PAWE ini hanyalah penyelesaian jangka pendek kepada penduduk di Padang Tembak. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini suasana dan keadaan persekitaran tempat tinggal di Padang Tembak yang mempunyai 3,600 unit rumah berusia setengah abad ini tidak lagi sesuai untuk didiami oleh warga emas. Bukan
saja infrastruktur yang tidak mesra warga emas malahan kebersihan di seluruh flat dan juga keluasan unit juga tidak lagi sesuai. Ini ditambah dengan tiada ciri-ciri keselamatan yang memuaskan maka projek pembangunan semula bandar merupakan jalan penyelesaian yang tuntas kepada isu ini. Saya diberitahu oleh Lembaga Perumahan Pulau Pinang bahawa proses telah dimulakan tetapi untuk complete keseluruhannya ia akan mengambil masa 15 tahun. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, 15 tahun merupakan tempoh yang panjang, tiga penggal DUN dan pada ketika itu saya tak pasti siapa ADUN Kebun Bunga lagi. Oleh yang demikian, saya berharap langkah yang lebih proaktif akan diambil oleh Kerajaan Negeri sementara menunggu penggubalan Akta Urban Redevelopment oleh KPKT di Persekutuan, antara cadangan saya kepada Kerajaan Negeri adalah PPP, Public Private Partnership daripada pihak swasta. Saya percaya inisiatif ini bukan saja dapat meringankan beban Kerajaan Negeri malahan pelbagai cadangan menarik boleh diperolehi dan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Harapan besar saya agar Kerajaan Negeri pertimbangkan dengan serius kaedah ini, kita tak perlu mengikut model yang telah dilaksana di Mahsuri ataupun Taman Free School kerana Padang Tembak kita perlu mengambil kira keunikan dan kepadatan penduduk yang ada di Padang Tembak, different scenario so saya berharap Kerajaan Negeri akan memandang serius kepada seruan saya ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pada 25 Mei yang lalu iaitu Sabtu lepas, akhbar The Star dalam front pagenya telah melaporkan tanah Penang Turf Club PTC dengan keluasan 80 hektar akan dijualkan. PTC akan menganjurkan satu mesyuarat tergempar bersama semua ahli PTC pada 10 Jun ini dan satu resolusi untuk penjualan tanah dijangka mendapat persetujuan sebulat suara. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, tanah sebesar 80 hektar adalah sangat besar dan jika dijual saya rasa dia mungkin merupakan antara nilai tertinggi land deal di negeri ini dan di mana dia dijangka akan mencapai RM6.5 bilion mengikut nilai pasaran. Pembangunan semula di kawasan sebesar ini akan memberi implikasi kepada kawasan berdekatan terutama Jalan Batu Gantung, Jalan Scotland, Jalan Utama. Implikasi ini bukan saja dari segi perubahan persekitaran kediaman rumah tetapi juga dari segi sosial serta kesesakan lalu lintas. Maka saya berharap Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah ataupun PTG, MBPP serta agensi lain yang berkaitan dapat memberi perhatian dan alert dengan land deal ini. Ya, perubahan status tanah dari rekreasi kepada komersial di tanah seluas 80 hektar ini akan memberi pulangan yang banyak kepada Kerajaan Negeri. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, selepas ini Kebun Bunga akan menjadi penyumbang dana terbesar kepada Kerajaan Negeri. Ini idea yang saya bagikan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tetapi kalau mengikut pengiraan saya dengan nilai square feet 700 komersial rekreasi 100, RM700 untuk komersial RM100 untuk rekreasi, premium tanah yang akan diterima oleh Kerajaan Negeri adalah melebihi 1 billion. Saya berharap aspek sosial dan juga aspek-aspek lain akan diberi pertimbangan yang sewajar oleh Kerajaan Negeri. Jangan luluskan projek pembangunan di tanah ini dengan sewenang-wenangnya kita perlu mengambil kira faktor-faktor yang terdapat di sana. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya perhatikan di laman web sosial facebook MBPP, jika dimuat naik isu berkaitan penundaan kereta usang maka akan mendapat like yang banyak serta komen pujian daripada netizen. Ini menunjukkan bahawa isu kereta usang ini merupakan isu yang penting kepada masyarakat di Pulau Pinang dan termasuk di KADUN Kebun Bunga. Oleh itu, suka saya
mencadangkan kepada Kerajaan Negeri ataupun PBT bahawa kita boleh mengswastakan penundaan ataupun penghapusan kereta usang ini dengan mengubah enakmen atau undang-undang kecil yang memberi punca kuasa kepada Kerajaan Negeri atau PBT untuk melaksanakan urusan ini. Perkara ini dipraktikkan di negara maju seperti Singapura dan China, kita boleh pelajari daripada mereka dan ini juga adalah cadangan saya kepada Kerajaan Negeri untuk menambah pendapatan Kerajaan Negeri. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya rasa itu saja ucapan. Saya akhiri dengan serangkap pantun. Dari rumah ke pasar raya, beli Starbucks untuk teman, selesai sudah ucapan saya, pohon perhatian dan tindakan. Sekian, Kebun Bunga pohon untuk menyokong.
Terima kasih Kebun Bunga. Dia promosi Starbucks pula. Okey, dijemput Pulau Tikus.
Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, YAB Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO, YB-YB dan pegawai-pegawai bertugas. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga ADUN Sungai Bakap YB Zamri. Semoga semua ahli keluarga dikurniakan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini untuk membangkitkan beberapa perkara ataupun cabaran yang perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri. Yang pertama, isu hala tuju dan rangka kerja Kerajaan Negeri. Yang kedua, isu pembangunan modal insan dan peluang pekerjaan dan yang ketiga, pembaharuan bandar. Dewan ini mengambil maklum mengenai situasi kewangan Kerajaan Negeri yang semakin tertekan. Kos pentadbiran, pembangunan, peruntukan wakil rakyat dan bayaran bantuan kepada rakyat semakin meningkat setiap tahun namun hasil Kerajaan Negeri tidak meningkat selaras dengan jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Seperti yang dinyatakan oleh Tuan Yang Terutama dan ucapan beliau, wakil rakyat disaran mengemukakan cadangan bagi meningkatkan hasil Kerajaan Negeri dan saranan Tun adalah amat penting dan harus dipandang serius kerana keadaan kewangan negeri perlu dinaikkan supaya perbelanjaan dapat diterus ditampung dan pembangunan negeri dapat diteruskan dan rakyat terus diberikan bantuan maka dalam hal ini saya ingin memberi satu cadangan kepada kerajaan. Kerajaan Negeri harus mewujudkan satu unit penggerak khas untuk meneliti dan mengkaji hala tuju pentadbiran ini bagi menghasilkan satu kerangka baru yang dapat membawa Kerajaan Negeri ke arah menjadi sebuah Kerajaan Keusahawanan, (minta izin)…Entrepreneurial State. Unit ini bukan sekadar membuat kajian dan merangka kerangka tetapi juga berfungsi sebagai sebuah jawatankuasa yang diberi mandat untuk menggerakkan pelbagai inisiatif yang dapat menjana hasil kepada Kerajaan Negeri. Sekarang terdapat syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri iaitu GLC seperti Penang Development Corporation dan Penang Hill Corporation yang menjanakan hasil bagi Kerajaan Negeri. Terdapat juga GLC lain yang tidak menjana hasil. Unit penggerak khas yang dicadangkan harus
dipertanggungjawabkan untuk meneroka peluang baru dalam masa 6 bulan untuk kedua-dua jenis GLC bagi menghasilkan perancangan yang teliti dan konstruktif untuk menjana hasil tambahan. Kerajaan Negeri perlu melangkau ke dalam dunia keusahawanan dengan lebih agresif supaya dapat memastikan kewangan negeri mencukupi bagi menanggung perbelanjaan untuk rakyat. Selain itu, unit ini juga perlu mencari titik persamaan dan peluang kerjasama di antara pihak kerajaan dan pihak swasta bagi menggalakkan lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan tanpa implikasi kewangan yang besar kepada Kerajaan Negeri. Pembinaan infrastruktur jalan, taman rekreasi, pusat komersial, rumah mampu milik, kompleks pasar pagi juga boleh dilaksanakan melalui kolaborasi di antara kerajaan dan pihak swasta.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, modal insan adalah tunjang utama dalam ekonomi negeri. Kesejahteraan dan kemakmuran negeri bergantung kepada kelangsungan modal insan di Pulau Pinang. Berbilion-bilion wang pelaburan asing mencurah masuk ke sini disebabkan adanya modal insan tempatan yang sesuai selain faktor-faktor lain. Berjuta-juta pengunjung melawat Pulau Pinang disebabkan tarikan-tarikan pelancong yang diwujudkan oleh bakat-bakat tempatan. Ratusan initiative committee yang memanfaatkan masyarakat dijalankan setiap tahun oleh bakat-bakat kita. Justeru pembangunan modal insan harus diberikan keutamaan. Selama ini Kerajaan Negeri giat menggalakkan anak muda menceburi bidang STEM; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pada masa yang sama pelajar-pelajar STEM yang sedia ada menghadapi masalah kekurangan peluang pekerjaan. Empat bidang STEM bukannya sama relevan dalam pasaran kerja. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Penang Institute, 90 peratus pelajar dalam bidang Kejuruteraan dan Sains Komputer bermula bekerja dalam enam bulan selepas tamat pengajian tetapi dalam kalangan graduan bidang Sains Gunaan iaitu Applied Science hanya 54 peratus yang mula bekerja dalam tempoh yang sama. 90 peratus dari bidang Kejuruteraan dan Sains Komputer berbanding dengan 54 peratus dari bidang Sains Gunaan. Data ini menunjukkan bahawa pelajar kursus berkaitan teknologi dan kejuruteraan adalah lebih senang mendapat pekerjaan berbanding dengan pelajar sains. Pelajar-pelajar yang mengambil Kursus Sains seperti Kimia dan Fizik di universiti tempatan risau akan prospek kerjaya mereka. Pelajar Ijazah Sarjana dalam bidang Sains juga tidak pasti apakah peluang pekerjaan yang ada selain daripada menjadi pembantu makmal di institusi pendidikan.
Oleh demikian, saya menggesa Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan modal insan negeri memberikan tumpuan kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda bidang Sains dan Matematik. Pusat Kerjaya dan Bakat Negeri Pulau Pinang iaitu Penang Career Assistance And Talent Centre atau CAT Centre harus meneroka cara-cara baru atau mewujudan inisiatif baru bagi membantu pelajar-pelajar sains dan matematik mendapatkan peluang pekerjaan yang relevan. CAT Centre seharusnya mewujudkan senarai pekerjaan industri dan sektor berkaitan yang memerlukan graduan bidang Sains. Adalah amat kasihan kepada anak-anak muda yang belajar jurusan Sains selama 4 tahun tetapi tidak mendapat pekerjaan yang berkaitan dengan Sains di Pulau Pinang selepas tamat pengajian. Pada masa yang sama CAT Centre ataupun agensi di bawah Kerajaan Negeri berkaitan boleh membantu merapatkan jurang di antara pasaran kerja dan kursus-kursus Sains di institusi pendidikan dengan mewujudkan platform yang membolehkan
kedua-dua pihak berinteraksi. Usaha-usaha ini sangat penting supaya modal insan dalam negeri boleh mendapat peluang pekerjaan di Pulau Pinang tanpa perlu berhijrah ke luar negara demi rezeki.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sering kali kita mendengar isu-isu mengenai kesesakan trafik, pokok tumbang, tanah yang terhad, banjir kilat dan masalah bekalan air. Semua isu-isu ini mempunyai hubung kait dengan keadaan bandar kita yang sedia ada iaitu infrastruktur, geografi bandar lama dan perancangan bandar yang telah diwarisi. Kenapa jalan raya kita sesak? Salah satu sebab adalah kerana pembesaran jalan tidak dapat dilakukan di banyak jalan kerana kewujudan bangunan-bangunan yang sedia ada. Kenapa banyak pokok kita tumbang? Salah satu sebab kerana pokok lama besar dan bahaya di sekitar jalan dan bandar. Kenapa tidak dapat bina lebih banyak rumah kediaman mampu milik? Salah satu sebab kerana tanah yang sedia ada tidak dioptimumkan kegunaanya. Kenapa banjir kilat berlaku? Salah satu faktor disebabkan pembesaran sistem parit tidak dapat dilaksanakan kerana keadaan geografi bandar yang sedia ada. Kenapa kekurangan bekalan air? Salah satu sebab kerana teknologi dan cara tadahan air terkini tidak dapat di bina dalam keadaan bandar yang sedia ada. Walaupun jumlah kereta penduduk dan pelancong semakin meningkat namun persekitaran yang telah terbina agak sama dan tidak mempunyai kapasiti untuk menampung peningkatan ini.
Oleh demikian, saya menggesa Kerajaan Negeri mula memberi perhatian dalam usaha pembaharuan bandar (urban renewal). Kerja pembaharuan bandar adalah berskala besar yang boleh menukar geografi bandar yang sedia ada supaya dapat menghadapi tekanan peningkatan jumlah penduduk. Ia bukan sekadar membina semula satu atau dua bangunan tetapi melibatkan pembangunan satu bandar yang baru di atas tapak lama yang potensinya masih belum lagi dioptimalkan.Inisiatif pembaharuan bandar akan menelan kos yang tinggi tetapi hal ini boleh diatasi dengan kolaborasi di antara kerajaan dan pihak swasta. Dengan pembaharuan bandar, maka jalan yang kecil dapat dilebarkan. Tempat letak kereta yang mencukupi boleh disediakan. Bandar hijau dapat dirancang dengan pokok-pokok saiz sederhana yang selamat ditanam dengan penyediaan pejalan kaki berbumbung. Sistem perparitan yang berkapasiti besar dan sistem tadahan air moden yang dapat mengurangkan beban paip PBA yang sedia ada. Yang lebih penting, inisiatif pembaharuan bandar berskala besar ini juga boleh mewujudkan pembangunan yang berteraskan transit, iaitu transit oriented development yang juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang cekap. Dengan ini saya memohon menyokong.
Terima kasih Pulau Tikus. Untuk makluman ahli mesyuarat sekalian, kita akan tangguhkan persidangan kita kepada besok hari 9.30 pagi dan untuk makluman juga, makanan untuk malam ini akan siap pukul 6.30 petang.
Boleh sambung.
Boleh habis?
Boleh. Boleh.
Okey. Jangan lambat sangat. Jangan 30 minit. 6.25.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Selamat Petang dan Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Dato’ Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua Jabatan serta Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam Perbahasan Usul Terima Kasih kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang .Saya juga ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Sungai Bakap atas pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu utama yang ingin saya bawa kepada perhatian dalam Dewan yang mulia ini adalah mengenai projek Jalan Pintasan dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang dikenali sebagai Package 2. Sebagai wakil rakyat, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa suara rakyat ke dalam Dewan yang mulia ini agar suara mereka didengari dan ini selaras dengan manifesto saya yang saya edarkan dalam Pilihan Raya Negeri tahun lepas. Sebelum saya memulakan kritikan dan mengecam kontraktor berkenaan saya ingin menegaskan di sini bahawa Seri Delima menyambut baik projek ini yang bakal memendekkan masa perjalanan dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu atau sebaliknya daripada sekarang 40 minit kepada sekitar 5 minit. Ini tentunya satu projek yang amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Sebagai wakil rakyat, saya sering memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkenaan berhubung dengan projek ini kerana ini merupakan projek Kerajaan Negeri
Pulau Pinang yang dapat membawa manfaat kepada rakyat dalam jangka masa panjang. Namun begitu, kegagalan kontraktor dalam pelaksanaan projek ini telahpun membawa pelbagai isu berbangkit yang meresahkan komuniti setempat. Terdapat banyak insiden yang telah berlaku yang menggugat dan menggoncangkan keyakinan rakyat terhadap projek ini. Sejak projek ini bermula, pelbagai isu yang telahpun timbul dan di antaranya, pertama, isu banjir lumpur yang kerap kali berlaku yang telahpun mengotorkan jalan raya dan menyusahkan penduduk-penduduk setempat dan pengguna-pengguna jalan raya. Dan gambar yang saya tunjukkan ini, Dato’ Timbalan Speaker adalah gambar yang berlaku baru-baru ini pada 16 haribulan Mei di Seri Delima. Dan saya juga difahamkan Farlim sebenarnya juga menghadapi isu yang sama di mana seorang pelajar sekolah menengah jatuh dari motosikal apabila melalui kawasan tersebut.
On site retention pond ataupun kolam takungan di tapak adalah komponen penting dalam pengurusan air hujan. Perkara ini haruslah diambil kira sejak permulaan projek. Namun, walaupun isu banjir lumpur telahpun berlaku di Taman Tun Sardon tahun lepas yang telahpun merosakkan perabot penduduk setempat. Kini perkara yang sama turut berulang di kawasan lain. Ini menjadi kerisauan penduduk setiap kali hujan lebat. Kedua, isu pencemaran udara akibat habuk yang melampau sehingga penduduk saya terpaksa menutup tingkap, pintu pada setiap masa. Ketiga, isu retakan cracks bangunan berdekatan akibat getaran dari projek ini sehingga penduduk-penduduk datang ke office saya dan minta pampasan dari saya.
Bagi ka. YB bagi?
Itu rahsia... (Ahli-ahli Dewan ketawa)
Keempat, isu letupan batu yang sering terpelanting ke projek perumahan berdekatan dan kes terbaru adalah yang berlaku pada 17 haribulan April yang merosakkan Pangsapuri Jay Series dan juga Kingfisher yang berdekatan. Syukur kepada Tuhan kerana tiada kecederaan mahupun kehilangan nyawa berlaku. Tetapi sekiranya ada kematian, soalan saya bagaimanakah kita nak menjawab kepada orang awam? Dan juga untuk makluman semua, baru tadi 4.30 petang, saya terima aduan lagi. Sebuah jentera penggali escavator tergelincir dan terjatuh (overturn) di Cangkat Delima 2 dan hampir terhimpit sebuah kenderaan penduduk setempat. Di sini, saya ingin menggesa supaya siasatan diambil dengan segera. Keselamatan penduduk setempat tidak boleh dikompromi, tidak boleh dikompromi, tidak boleh dikompromi dan saya ini belajar dari Bukit Tambun. Kelima, isu gangguan bunyi yang berterusan dan mengganggu ketenteraman penduduk khususnya pada hari Ahad dan juga hari cuti umum. Walaupun isu kerja-kerja pembinaan yang dijalankan pada hari Ahad dan hari cuti umum telahpun dibangkitkan dan disoalkan beberapa kali, baik dalam mesyuarat mahupun secara peribadi secara mesra, pihak kontraktor memaklumkan bahawa kerja-kerja tersebut
adalah kerja-kerja kecemasan mitigasi, emergency mitigation work yang perlu dilakukan. Namun, kita perlu mempersoalkan kebenaran kenyataan ini. Adakah ini benar-benar kerja kecemasan atau sekadar alasan untuk mengejar balik masa projek yang ketinggalan dan tertangguh itu. Penting untuk mendapatkan penjelasan yang telus dan memastikan bahawa kepentingan kesejahteraan penduduk setempat tidak dikompromi.
Tiga kali (merujuk kepada kenyataan tidak dikompromi)
Empat dah. Kerja-kerja mitigasi, pada pendapat saya boleh dilakukan setiap hari dalam waktu kerja yang dibenarkan dan bukan setiap hari sehingga kerja lebih masa yang ditetapkan. Terdapat kaedah dan jadual yang boleh diambil untuk memastikan keselamatan dan gangguan yang minimum, meningkatkan lah jumlah tenaga kerja pada waktu siang boleh mempercepatkan proses dalam waktu bekerja biasa. Adalah penting supaya kontraktor tersebut menghormati hak penduduk kami dan beroperasi dalam sempadan undang-undang dan etika yang ditetapkan oleh peraturan tempatan. Selain itu, susulan daripada beberapa mesyuarat berkenaan, kontraktor telahpun diarah untuk memberi info berkenaan kepada pejabat KADUN. Namun isu yang sama turut tertimbul di mana bukan sahaja KADUN tidak terima apa-apa maklumat malahan yang lebih melampau lagi mereka sesuka hati melanjutkan kerja-kerja pembinaan bila-bila masa dan mana-mana suka sehingga larut malam 12.30 pagi. Persoalannya, mengapakah perkara ini boleh berlaku dan pihak agensi mana yang perlu membuat pemantauan? Bagi saya berdasarkan pemantauan saya, cara projek ini dijalankan seolah-olah tiada regulator langsung. Mengapa kontraktor tidak diambil tindakan walaupun berkali-kali melanggar peraturan. Tidak keterlaluan jika saya katakan kontraktor ini melampau apabila kenyataan media saya pun dikeluarkan pada 21 haribulan Mei, Selasa dan hari Rabu merupakan hari cuti umum iaitu Wesak Day dan mereka telahpun diarahkan untuk kerja-kerja housekeeping sahaja dari 9.00 pagi sehingga 3.00 petang tetapi pada keesokan hari, pada pukul 8.30 pagi mereka rancak melakukan kerja machinery. Inilah yang saya gelar pelampau dan tidak menghormati undang-undang. Tidak menghormati Kerajaan Negeri Pulau Pinang . Adakah itu satu cabaran terhadap Kerajaan Negeri? Mengapa kontraktor ini boleh begitu angkuh dan ego sehingga hilang kawalan?
Tanpa etika kerja, saya memang khuatir dan juga bimbang adakah projek ini akan berakhir dengan kejayaan yang diharapkan ataupun akan terus menimbulkan masalah dan kerisauan yang lebih besar. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, projek ini merupakan projek mega yang menelan kos perbelanjaan RM850 juta duit rakyat. Projek ini perlu ditangani dengan cukup profesional dan sebaik-baiknya supaya rakyat berkeyakinan dengan projek ini. Projek ini adalah projek kerajaan dan seharusnya dilaksanakan dengan lebih baik, lebih transparent dan mengikut piawaian yang ditetapkan dan haruslah memberi kerjasama yang lebih baik dan rapat dengan ADUN-ADUN berkenaan. Saya menyeru agar pihak kerajaan meneliti perjanjian yang ditandatangani dengan kontraktor berkenaan sekiranya masih timbul lagi isu-isu berkaitan keselamatan, kecuaian dan
ketidakpatuhan, maka tindakan tegas dan drastik perlu diambil dan segala permasalahan diselesaikan sewajarnya. Sekiranya pihak pemaju projek masih degil, adakah mereka akan disenaraihitamkan, dilucutkan kontrak ataupun dibiarkan terlepas?
Dengan prestasi mereka sekarang, adakah kerajaan masih yakin untuk menawarkan projek Pakej 1 dan Pakej 3 kepada kontraktor berkenaan. Saya sarankan jika masih tiada penambahbaikan, kita ada bagi peluang, jika tiada, masih tiada penambahbaikan dari segi kualiti dan kerjasama maka perjanjian bagi projek 1 dan 3 perlu dikaji semula supaya kontraktor yang lebih berpengalaman dan yang mematuhi peraturan boleh mengambil alih kerja-kerja pembinaan yang berskala besar ini. Nyawa, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat tidak boleh digadaikan dalam sebarang projek infrastruktur jika kita benar-benar ingin membangunkan Pulau Pinang ini secara lestari. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, selepas 10 minit saya spent untuk mengecam kontraktor yang degil, izinkan saya beralih ke topik lain.
Teruskan, teruskan.
Seri Delima menyambut baik projek.
Senyum balik, senyum balik.
Projek infrastruktur yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan termasuk Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga Projek Transit Aliran Ringan LRT. Lapangan terbang merupakan imej utama bagi sesebuah bandar dan sudah tiba masanya untuk pembesaran tersebut.Berdasarkan statistik setakat Oktober 2023, sejumlah 5.17 juta pelancong direkodkan hadir dan bermalam di Pulau Pinang. Peningkatan sebanyak 40.2 peratus berbanding dengan tahun 2022. Selain itu, dengan pelanjutan kemasukan warga China tanpa visa sehingga ke hujung tahun 2025, telah ada peningkatan yang mendadak iaitu 49 peratus berbanding dengan sebelum pengecualian visa dari segi pelancong warga China ke Pulau Pinang dan saya melihat pelanjutan ini sebagai peluang emas untuk negeri kita menarik lebih banyak pelancong dan pelabur daripada tanah besar China. Sehubungan dengan itu, usaha projek pembesaran lapangan terbang ini perlu dipercepatkan untuk menampung permintaan dan keperluan semasa dan akan datang. Saya juga berpendapat projek pembesaran lapangan terbang ini bukan hanya sahaja terkait dengan saiz lapangan terbang itu sendiri tetapi dapat merangkumi teknologi pengurusan yang dapat memberi wow factor (dengan izin) kepada seluruh warga Malaysia dan pelancong asing.
Dengan reka bentuk lapangan terbang yang menarik dan berunsur kreatif, penggunaan teknologi yang moden dan canggih ini serta bilangan autogate yang lebih banyak maka diharapkan agar isu kesesakan dapat dielakkan. Malah ianya mampu menjadi satu lapangan terbang yang setaraf dengan lapangan terbang antarabangsa seperti Jepun, Korea, Singapura dan sebagainya. Satu lagi komponen yang amat penting adalah reka bentuk tandas sedia ada diharapkan dapat menyamai lapangan terbang bertaraf dunia selaras dengan slogan “BMW” (Bersih, Menawan dan Wangi) yang dilaungkan oleh Kementerian KPKT. Selain itu, toilet ratio ataupun nisbah tandas lelaki dan perempuan haruslah diberi perhatian. Walaupun piawaian tandas Malaysian Standard 2015-2017 telah pun diluluskan pada tahun 2019 di peringkat MBPP, saya tahu sebab waktu itu saya Ahli Majlis, di mana nisbahnya adalah 1:1.3 Maksudnya penyediaan tandas wanita perlu melebihi tandas lelaki sebanyak 30%. Namun berdasarkan pemerhatian saya, piawaian tersebut tidak dikuatkuasakan. Sebagai contoh, saya difahamkan bilangan tandas wanita perempuan di Gurney Bay adalah sama seperti bilangan tandas lelaki sedangkan ini projek penting dan projek baru kerajaan. Pada hemat saya, masalah kekurangan tandas untuk golongan wanita bukan satu perkara yang baru di mana sering kali kita boleh lihat bahawa masa menunggu untuk menggunakan tandas wanita adalah lebih panjang terutamanya di bangunan awam seperti lapangan terbang ataupun kompleks membeli-belah. Oleh itu, bagi memendekkan masa menunggu untuk menggunakan tandas maka bilangan tandas wanita di tempat-tempat awam perlulah ditambah...(gangguan)
Minta celah Seri Delima.
...sebagai pengiktirafan. Sila.
Saya menyokong Seri Delima tentang kes ini. Perkara ini bukan perkara baru, saya rasa sebab satu prinsip yang sangat penting. Mungkin policymaker iaitu pihak yang membuat polisi terhadap bentuk tandas itu kekurangan wanita. Mereka tidak faham kesusahan wanita. Ya tidak tahulah tetapi saya rasa mungkin kita kena mencadangkan supaya Kerajaan Negeri untuk lain kali semua projek baru yang perlukan arkitek kah atau orang yang membuat keputusan itu kena masuk wanita baru tahulah keperluan wanita. Jadi saya menyokong Seri Delima.
Terima kasih Berapit atas sokongan anda. Memang betul sekali saya nampak sebagai dasar pembuat dasar walaupun perkara ini saya pernah pun bangkitkan dalam di bawah PBT apabila saya jadi Ahli Majlis dan telah pun diluluskan tetapi tidak
dikuatkuasakan. Jadi saya berharap mungkin YB KT boleh bantu untuk melihat semula perkara ni.
Boleh boleh. Saya pun turut sokong.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan supaya piawaian tandas Malaysian Standard sedia ada perlu dikuatkuasakan oleh PBT secara ketat di kemudahan sibuk seperti lapangan terbang, kompleks beli-belah. Nisbah tersebut dapat dipertingkatkan kepada 1:2, maksudnya jika ada tiga buah tandas lelaki maka perlu ada enamlah buah tandas wanita seperti yang dicadangkan oleh International Building Code. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, negara kita amat terdedah kepada kesan kenaikan paras laut. Pada masa yang sama kedudukan kita di kawasan khatulistiwa menjadikan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun tetapi muktahir ini cuacanya telah pun menjadi lebih panas daripada biasa akibat perubahan corak tiupan angin dan kawasan tekanan tinggi. Perubahan-perubahan tersebut membawa kepada gelombang haba yang amat terik. Di Timur Tengah pula, kita dapat melihat kesan perubahan iklim melalui hujan lebat secara tiba-tiba yang mengakibatkan banjir kilat yang menggelami...(gangguan)
Menenggelami.
.. menenggelami Dubai 2 bulan yang lalu. Sehubungan dengan itu, kesemua projek infra kita perlu mengambil kira, (dengan izin)…extreme weather and extreme conditions supaya projek LRT, projek lebuh raya, Projek Kereta Kabel Bukit Bendera itu semua adalah kalis perubahan iklim, climate proof (dengan izin). Dengan melihat konsep bandar lestari Masdar berhampiran Abu Dhabi, saya tak pernah pergi lah, saya amat kagum dengan kebolehan pihak UAE dalam membangunkan sebuah bandar yang benar-benar lestari daripada padang pasir yang kontang. Masdar City merupakan contoh terbaik bagaimana teknologi moden dan komitmen terhadap kelestarian boleh digabungkan untuk mencipta persekitaran bandar yang mesra alam dan efisien. Masdar City telah berjaya mengintegrasikan pelbagai aspek teknologi hijau dan inovasi dalam pembangunan bandarannya dengan penggunaan tenaga solar, penggunaan air kitar semula dan juga pengangkutan hijau. Untuk makluman, tiada enjin pembakaran digunakan di Masdar City. Mereka menggunakan kenderaan elektrik untuk semua keperluan pengangkutan termasuk sistem transit cepat dan bas elektrik yang memastikan tiada pelepasan karbon dari pengangkutan dan juga mengguna pakai reka bentuk mesra pejalan kaki pedestrian easekind dan basikal, memberi peneduhan yang mencukupi dengan mengambil kira cuaca panas sepanjang masa di Masdar City. Selaras dengan saranan TYT Tun tentang kehijauan alam sekitar, Pulau Pinang saya ingat boleh
mengambil iktibar dari Masdar City dan memastikan projek-projek pembangunan masa hadapan seperti Silicon Island, Gurney Bay boleh mematuhi piawaian mesra alam dan mengurangkan kesan karbon.
Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan Laporan MIDA, rekod pelaburan Pulau Pinang merupakan negeri yang tertinggi di seluruh Malaysia iaitu 71.9 bilion. Namun nilai pelaburan ini tidak sejajar dengan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang telah pun dalam keadaan defisit. Dengan penuh takzim kepada amanat TYT pada hari Jumaat lalu, saya ingin mengesyorkan agar penstrukturan semula kewangan dijalankan sesegera mungkin dan perbelanjaan negeri dilaksanakan dengan berdisiplin mulai sekarang. Pembelian aset serta pelaksanaan projek-projek pembinaan hendaklah berasaskan keperluan yang mustahak. Di sini saya juga mengesyorkan agar majlis-majlis keramaian dianjurkan secara berhemah dan tidak mendatangkan pembaziran kewangan yang besar.
Seterusnya, saya ingat cadangan yang seterusnya mungkin tidak popular dan sebenarnya pernah dibangkit juga oleh Bukit Tambun sebelum ini. Namun sudah tiba masanya saya ingat Kerajaan Negeri boleh mengkaji semula syarat-syarat pemberian insentif di bawah i-Sejahtera. Dengan realiti kesulitan kewangan hari ini kita harus memastikan insentif diberikan secara ekuiti dengan mensasarkan golongan yang benar-benar memerlukan. Dan pada tahun ini, Kerajaan Negeri dijangka akan membelanjakan sebanyak 50 juta untuk program i-Sejahtera dan kajian dan penilaian perlu dilakukan sementara waktu bagi memulihkan keafiatan fiskal negeri kita. Selain pengurusan fiskal yang berhemah, tiba masanya juga mempelapori sumber pendapatan baru dengan keruncingan masalah perubahan iklim yang saya huraikan tadi, Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan pelaksanaan cukai pencemaran seperti di UK, Denmark, Jepun terhadap industri-industri yang mendatangkan pencemaran. Bukan sahaja langkah ini dapat mengekang pencemaran yang lebih teruk malah dapat menyumbang kepada dana pembangunan kerajaan. Tambahan pula, pada awal tahun ini kita telah menerima khabar baik mengenai kemungkinan wujudnya sumber nadir bumi (REE) dan juga potensi hidrokarbon di sekitar pulau kita. Namun begitu, sehingga hari ini tidak kedengaran sebarang perkembangan baharu mengenai kajian feasibility penerokaan sumber-sumber tersebut. Saya ingat rakyat semua ternanti-nanti dengan perkembangan terkini mengenai perkara ini dan berharaplah dengan wujudnya sumber semula jadi ini maka mampu menambah satu lagi sumber pendapatan yang dapat mendatangkan berbilion-bilion ringgit, InsyaAllah kepada Pulau Pinang setiap tahun. Akhir sekali, saya berpendapat segala cadangan dan syor yang dikemukakan adalah bertujuan untuk renungan dan pertimbangan kita bersama. Hanyalah dengan meneliti buah fikiran yang dilontarkan serta menilai pencapaian yang dikecapi secara kritikal barulah kita dapat merencanakan perubahan yang bakal memacu kita ke hala tuju pembangunan yang mampan, mantap dan progresif. Dan sebelum mengundurkan diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun boleh?
Ahli-ahli Dewan:
Boleh.
Dewan Ditangguhkan
Bunga di taman harum mewangi, Kuntum indah menawan hati,
Seri Delima terus lestari, Demi pertiwi yang kita sayangi,
Selamat Hari Raya Haji, Seri Delima ucapkan wo aini. Dengan itu, saya mohon menyokong.
Terima kasih kepada Seri Delima. Jadi pada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat kita ditangguhkan ke esok pagi jam 9.30. Mesyuarat ditangguhkan.
Dewan ditangguhkan pada jam 6.25 petang.