Pulau Pinang · 28 May 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 283 turns · 35,289 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Bacaan doa.

Soalan Lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi soalan lisan. Persilakan Yang Berhormat Sungai Puyu.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Selamat pagi Dato’ Speaker. Soalan saya soalan 10.

No.10. Bermula 1 Mei 2022, Kerajaan telah menguatkuasakan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada semua majikan yang mengambil lima orang pekerja atau lebih. Berdasarkan perintah tersebut, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meminda sebahagian syarat kelayakan menyewa rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menetapkan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1,500?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila.

Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Salam Penang2030 saya ucapkan semua. Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Soalan saya soalan 10. Pada masa kini, syarat penyewaan PPR dan rumah sewa di Pulau Pinang adalah dengan jumlah pendapatan isi rumah sebanyak RM1,500.00 sebulan. Syarat ini memang rendah kalau dibandingkan dengan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat melalui KPKT iaitu isi rumah di bawah RM3,000.00. Kerajaan Negeri sedang dalam pelarasan pendapatan isi rumah agar selari dengan Nilai Pendapatan Garis Kemiskinan dan pengkelasan isi rumah mengikut kategori miskin tegar dan B40 terkini. Kajian semula dalam penetapan had kelayakan pendapatan isi rumah bulanan ini akan diteliti sepenuhnya sebelum ianya diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk

kelulusan. Sehingga tarikh 30 April 2024, sebanyak 940 orang berdaftar untuk menunggu untuk rumah jenis sewa. Pada kini, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sedang meneliti dan mengemaskini data-data permohonan melalui Sistem Maklumat Perumahan (SMP) dan Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan dasar-dasar baru pada penghujung tahun ini selaras dengan visi Penang2030 di mana Kerajaan Negeri menyasarkan untuk membekalkan sebanyak 220,000 rumah mampu milik, di mana 10 peratus daripadanya iaitu 22,000 unit untuk dijual secara sewa beli. Sebagai kerajaan yang prihatin, kami ingin setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya satu rumah dan walaupun rumah PPR ini diberi secara sewa untuk tempoh maksima cuma tiga (3) tahun. Mengharapkan status ekonomi keluarga itu meningkat dan dapat memiliki rumah melalui sekurang-kurangnya skim sewa beli. Bayaran bulanan sewa beli adalah lebih kurang 10 peratus daripada pendapatan bulanan seisi keluarga dan sebagai Kerajaan Negeri, kami walaupun sedia menyediakan rumah untuk sewa, jangka masa panjang kami harap setiap rakyat Pulau Pinang boleh memiliki rumah sekurang-kurangnya dengan cara sewa beli. So kami sasarkan lebih kurang 22 ribu rumah ini dijual secara sewa beli kepada penduduk-penduduk Pulau Pinang. Sekian jawapan saya, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Sejak pelaksanaan perintah gaji minimum RM1,500.00 sebulan, sudah tentu ramai penghuni tidak lagi layak untuk menyewa di perumahan PPR kerana telah melebihi syarat kelayakan yang ditetapkan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. So gaji sedia ada pun mereka tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga walaupun suami dan isteri bekerja. So apakah cadangan dan usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan nasib golongan B40 ini terbela dan dapat terus menyewa di perumahan PPR?

Okey, terima kasih. So sepertimana saya bagitahu tadi, Kerajaan Negeri sedia menyewakan rumah ini kepada kategori sedemikian selama tiga tahun dengan harapan besar bahawa ekonomi status, ekonomi keluarga itu boleh meningkat dalam tempoh tiga (3) tahun. Jika tidak dapat, dia boleh memohon untuk tempoh tiga (3) tahun lagi ya dan juga kami harap dalam tempoh tiga campur tiga tahun itu, kalau usaha status ekonomi

keluarga itu memang boleh dipertingkatkan dengan diri sendiri ya. Kalau tidak boleh lagi, memang miskin tegar sangat, yang keperluan, Kerajaan Pulau Pinang prihatin untuk selidik semula. Kalau ada keperluan, tambahan tiga tahun lagi. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Kebun Bunga sila.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Selamat pagi Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 2. Sorry, soalan nombor 11. Nombor dua untuk pagi ini.

No. 11. Setakat manakah proses perbincangan Kerajaan Negeri dengan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk mengambil alih projek kutipan sampah dan pembersihan di Pulau Pinang serta apakah jaminan jika diambil alih oleh SWCorp, ia tidak menjejaskan mutu perkhidmatan sedia ada?

Dijawab bersama:

No. 30. Adakah Kerajaan Negeri akan menerima pakai Akta 672 bagi mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Pulau Pinang?

(a) Apakah kelebihan dan kekurangan menerima pakai Akta 672?

(b) Sekiranya Kerajaan Negeri menerima pakai Akta 672, apakah opsyen bagi kakitangan PBT yang terjejas?

No. 41. Pelaksanaan Akta 672 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

(a) Apakah keputusan Kerajaan Negeri untuk mengguna pakai Akta ini?

(b) Senaraikan kelebihan dan kelemahan Akta ini sekiranya diterima pakai.

(c) Jelaskan status atau masa depan staff yang bekerja di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran.

Yang di-Pertua (Speaker)

Awal pagi semua nak test ada yang mengantuk.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan nombor 11, nombor 30 dan juga nombor 41 yang kesemua semua berkaitan dengan Akta 672. Bagi menjawab soalan 11, Kerajaan Negeri telah menghantar satu surat mengatakan hasrat untuk membuka rundingan bagi menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), di negeri Pulau Pinang pada 30 Mac 2024. Proses rundingan masih di peringkat di mana Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengemukakan data-data berkaitan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dijalankan sepanjang tahun 2021, 2022 dan 2023.

Syarat rundingan yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan PBT sepanjang proses rundingan adalah untuk memastikan tahap mutu perkhidmatan serta kekerapan kutipan dan pembersihan awam setara atau lebih dengan apa yang sedang dilaksanakan di negeri Pulau Pinang sekarang ini. Bagi menjawab soalan 30 dari Batu Lancang, Kerajaan Negeri telah menyatakan hasrat untuk membuka rundingan bagi pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri Pulau Pinang melalui keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Bilangan 7, Tahun 2024 bertarikh 28 Februari 2024. Dan surat hasrat rundingan pemakaian Akta 672 daripada pihak Kerajaan Negeri kepada pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bertarikh 26 Mac 2024. Bagi proses rundingan tersebut dijangka mengambil masa selama enam bulan sebelum satu keputusan dapat dimuktamadkan. Bagi jawab soalan (a), kenaikan dan kekurangan penerimaan pakai Akta 672 adalah seperti di Jadual 1.

Untuk kebaikan, peruntukan bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Pembangunan dan pengoperasian Loji Waste to Energy (WTE) akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Pelantikan syarikat yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai syarikat konsesi. Dan keburukannya adalah caruman tetap oleh MBPP dan MBSP. Penambahan caruman bagi kawasan-kawasan baharu. Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak terlibat dalam perancangan fasiliti sisa pepejal. Kerajaan Negeri dan pihak PBT tertakluk kepada Akta 672 dan peraturan-peraturan baharu. Bagi menjawab soalan (b) untuk Batu Lancang, proses rundingan pemakaian Akta 672 akan turut melibatkan sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Opsyen-opsyen yang bagi kakitangan PBT akan diperincikan semasa sesi libat urus tersebut kelak.

Untuk menjawab soalan 41 bagi Batu Uban, bagi jawapan untuk soalan (a), Kerajaan Negeri telah menyatakan hasrat untuk membuka rundingan bagi pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di Negeri Pulau Pinang melalui Mesyuarat MMKN Bilangan 7, Tahun 2024, 28 Februari 2024 dan satu surat hasrat rundingan pemakaian Akta 672 daripada pihak Kerajaan Negeri kepada pihak JPSPN bertarikh 26 haribulan Mac 2024. Proses rundingan tersebut dijangka ambil masa selama enam bulan sebelum satu keputusan dapat dimuktamadkan bagi kelebihan dan kelemahan seperti apa yang telah saya katakan sebelum ini bagi semasa dijawapan bagi pihak Batu Lancang.

Dan untuk menjawab soalan (c), Kerajaan Negeri dan pihak PBT masih dalam proses kajian dan rundingan bersama pihak JPSPN iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi cadangan pemakaian Akta 672 di Negeri Pulau Pinang. Salah satu proses rundingan pemakaian Akta 672 melibatkan sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Awam, opsyen-opsyen bagi kakitangan PBT akan diperincikan semasa sesi libat urus tersebut kelak. Terima kasih.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Soalan tambahan. Bilakah, saya nak tau, bilakah rundingan ini akan tamat dan keputusan akan dibuat? Adakah dalam tahun ini, ataupun tahun depan. Soalan kedua saya ialah kalau kita nak wujudkan satu syarikat konsesi, boleh tak kita tak perlu ada syarikat gunapakai Akta 672 ini dan dana daripada SWCorp diteruskan salur kepada PBT lah, dua PBT di Pulau Pinang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Bertam. Saya izinkanlah. Kalau diikut biasa setiap kali ada jawab soalan tambahanlah. Sila.

Pertama saya ucapkan terima kasih dan saya rasa, orang kata penjelasan yang baik. Saya rasa memanglah kata menggunapakai Akta 672 ini akan memberi keuntungan kepada Kerajaan Negeri kerana obligasinya dipindah kepada Kerajaan Pusat. Bebanan kewangan, pengurusan berpusat dan sebagainya. Namun yang paling penting sebagaimana yang disebut tadi ialah penekanan tentang tripartite agreement antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dengan PBT membolehkan penentuan syarikat-syarikat konsesi itu boleh dilakukan oleh peringkat negeri, satu.

Kedua, adakah perbincangan tentang kerangka perjanjian tripartite ini sudah dilakukan, satu dan keduanya salah satu daripada kita nak menuju kepada apa yang disebut sebagai green and smart adalah untuk kita mengamalkan circular economy, ekonomi kitaran yang pada waktu ini di Pulau Pinang masih dilihat mungkin masih lagi agak terkebelakang. Kita masih bergantung kepada two length field. So bilakah, adakah orang kata, Yang Berhormat EXCO telah ataupun Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran bilakah agaknya kita boleh mencapai zero waste two length field?

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, sila.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey, terima kasih. Bagi saya menjawab soalan Kebun Bunga di mana bilakah kita akan bermula untuk menerima pakai. Seperti apa yang saya maklum dalam jawapan jelasnya proses rundingan tersebut dijangka untuk mengambil masa selama enam (6) bulan. Selepas perbincangan ataupun selepas rundingan satu keputusan muktamad akan dibentang kepada MPSA, kepada semua ADUN-ADUN, termasuk juga kedua-dua PBT dan perlu dapat kelulusan di bawah MMKN. Dan sekiranya kita tidak menerima pakai Akta 672, maka kita tidak harap sebarang peruntukan daripada SWCorp untuk disalurkan kepada Kerajaan Negeri. Bagi saya jawab soalan daripada Bertam, di mana memang rundingan masih belum mula lagi dan kita perlu ambil masa untuk meneruskan rundingan supaya kita dapat manfaat untuk menjaga daripada kebajikan pekerja-pekerja kita, dari segi implikasi kewangan untuk Kerajaan Negeri di mana kita faham apabila kita menerima pakai 672 ini memang satu peruntukan yang besar akan disalurkan daripada pihak Persekutuan di bawah SWCorp untuk kita melaksanakan, contoh seperti apa yang saya sebut tadi, sebagai pembangunan dan pengoperasian Loji Waste to Energy memang akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Dan sasaran ataupun sasaran kita untuk menuju ke zero waste iaitu kita akan menggunakan waste to energy. Memang kita dapat lihat banyak teknologi-teknologi yang wujud di seluruh dunia dan teknologi-teknologi ada yang dapat menghasilkan walaupun kata zero waste tapi masih ada masih ada waste yang perlu untuk sekiranya kita menggunakan teknologi waste to energy, waste to energy ataupun iniserator memang ada teknologi-teknologi yang dapat sampai zero waste tetapi ada juga perlu menghasilkan sedikit waste untuk kita doing as a sanitary landfill untuk ditutup dalam landfill yang akan ditentukan tetapi teknolgi yang zero waste ini memang ada wujudnya dan the end product is the ash will become crystal is a another product is consider zero waste. Terima kasih.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Soalan Tambahan Dato'. Terima Kasih Jawi. Saya hanya ingin tahu sekiranya Kerajaan Negeri katakan la telah bersetuju untuk mengguna pakai Akta ini apakah terma ataupun syarat kontrak tersebut berapa lama kontrak tersebut dan adakah ini ada hanya one way sahaja apabila kita dah adopt Akta ini adakah kita boleh u turn atau sebaliknya.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey soalan yang bagus sebenarnya. Saya percaya sebelum ini memang ramai risau apabila kita mengatakan Akta 672 ini. Memang Akta 72 ini sebelum ini memang tidak pihak kepada Kerajaan Negeri apabila kita menerima pakai memang ada banyak yang kita terikat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan. Walaubagaimanapun, kita apabila kita nak masuk dalam rundingan bersama JPSPN of course kita ada syarat-syarat untuk pihak kepada Kerajaan Negeri seperti apa yang dimaklumkan ada yang takut apabila nanti tukar kerajaan dan syarat-syarat akan ditetapkan tapi kita kena lihat kita kena lihat sebelum ini negeri-negeri yang telah menerima pakai Akta 672 ini walaupun Kerajaan Persekutuan dah bertukar tetapi mereka tetap ikat dengan syarat mereka. At same time, saya percaya dalam rundingan yang akan datang kita akan pastikan seperti

apa yang saya sebut tadi kebajikan manfaat dari segi implikasi kewangan untuk pihak kepada Kerajaan Negeri dan kalau nak tanya saya bila dalam konsesi ini akan diikat semasa kita menerima pakai Akta 672 ini saya rasa ini masih awal lagi saya masih tidak ada jawapan sebab rundingan belum kita mula lagi dan kemungkinan selepas rundingan mungkin kita boleh dapatkan satu keputusan muktamad dan masa itu baru la saya akan boleh untuk memberikan jawapan yang lebih tepat pada saudara Batu Uban.

Yang di-Pertua (Speaker)

Machang Bubuk dulu.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli EXCO Jawi tadi dalam jawapan EXCO ada sebut tentang kebaikan iaitu tentang peruntukan bila kita tandatangan Akta 672 kita akan dapat peruntukan daripada pusat. Sekarang kita tak ada buat masa kini kita belum tandatangan tapi kita juga dapat melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan baik tanpa peruntukan daripada pusat. So apakah apakah peruntukan yang di sebut tadi untuk apa sebab buat apa yang kita tau adalah walaupun kita sign kita masih PBT masih kena bayar kepada SWCorp atau anak syarikat konsesi yang akan dilantik kemudian dia tidak bermaksud PBT punya cukai tafsiran tak perlu di bayar kepada untuk kos pengurusan sisa pepejal ini so ini saya nak tau sebab kita perlu tau la dan kedua, soalan kedua.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Soalan lagi.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Ya. Ini soalan kedua adalah kenapa dahulunya pihak Kerajaan Negeri pada 2008 kita tidak ingin menandatangani atau menerima pakai ini Akta 672. Saya rasa Air Putih juga sangat jelas pada masa itu kita selalu negeri Pulau Pinang nak sebut decentralized tapi kita sendiri yang menyerahkan kuasa pengurusan sisa pepejal itu kepada pusat. Kerajaan Pusat so bukankah ini sudah bercanggah dengan kita nak supaya kedaulatan negeri dan juga kuasa negeri itu tidak diserah kepada Kerajaan Pusat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. bahas.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Of course kita harap Kerajaan Pusat boleh bagi tanpa kita ya itu soalan saya.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey. Terima kasih Machang Bubuk. Saya rasa saya jawab soalan yang pertama berkaitan dengan peruntukan. Saya rasa Machang Bubuk bukan dari Jawi kalau Machang Bubuk ingat tak Machang Bubuk pernah bangkit sampah-sampah yang berlaku di sampah haram di kawasan Bukit Teh tanpa pengiraan Machang Bubuk kena dan Ahli-Ahli Mesyuarat kena kena kita kena faham landfill tapak pelupusan di Pulau Burung kita menghadapi masalah yang besar. Machang Bubuk bukan Jawi. Jawi yang berada di kawasan Pulau Burung. Pulau Burung memang kita menggunakan teknolgi yang lama sanitary landfill untuk terus tambus terus tutup. Mengapa kita nak mengarah ke arah teknologi yang baru supaya kita dapat memanjangkan hayat landfill kita. Landfill di Pulau Burung ada 350 hektar tak kan la kita nak ambil 300 ataupun 200 hektar itu untuk jadikan sebagai tapak pelupusan sampah. Kita boleh jimatkan kawasan tersebut supaya kawasan tersebut kita boleh membangunkan dengan menggunakan teknologi yang baru. Dari segi peruntukan saya nak maklumkan di sini tipping fee di MBSP di kedua-dua PBT RM35.00 kalau kita nak buat incinerator sekurang-kurang RM70.00 kita tidak mampu selain daripada Ahli-Ahli Mesyuarat bersetuju untuk naikan cukai pintu naikan hasil maka kita boleh untuk buat pengiraan di landfill kalau tidak kalau kita nak pakai incinerator memang kita tak mampu kita tak mampu untuk menuju ke arah tersebut.

Oleh sebab itu, apabila kita menerima pakai Akta 672 tipping fee yang tertinggi ya setahu saya di Negeri Sembilan adalah RM96.00 yang dibeli oleh JPSPN. Sekiranya kita bayar RM35.00 tipping fee yang the balance itu JPSPN akan topup SWCorp akan topup bagi kita. Okey, yang kedua tentang pembersihan saya rasa pembersihan pengiraan pembersihan dia berlainan ok dia ada kadar-kadar la ikut secara BQ apa yang di beri kepada daripada SWCorp itu dan apa yang di kira on the ground kedua-dua PBT itu memang apabila kita lihat that why I kata perlu bagi masa untuk kita masuk rundingan dulu baru kita akan dapat satu angka ataupun jangkaan yang yang amount itu jumlah yang kita untuk menuntut daripada pihak SWCorp atau pihak JPSPN itu adalah berpihak kepada kita. Contoh mungkin kita kita mohon RM300juta tetapi perbelanjaan kita kurang daripada RM300juta itulah yang kata perlu bagi masa untuk bagi pihak kita teruskan rundingan supaya peruntukan dari segi peruntukan dari segi pentadbiran dari segi penguatkuasaan ini masih belum kita bincang lagi that why saya mohon supaya satu tempoh masa untuk bagi pihak BKT yang dipimpin oleh Encik Husni yang berada di sini untuk untuk lead for discussion.

Berkaitan dengan soalan yang saya suka dengar juga di mana mengapa dulu kita tak terima bukan sekarang Kerajaan Perpaduan, Machang Bubuk kena harus ingat apabila kita Kerajaan Perpaduan KPKT pintu sudah buka rundingan kita boleh terus runding kalau kita tidak dapat runding apa mengapa kita nak nak runding sama mereka sebab kita ada peluang untuk runding maka kita akan terus runding sama KPKT supaya manfaat yang boleh kita dapat kita harus dapat kalau Kerajaan Pembangkang dulu pintu dah tutup nak bincang pun tak boleh nak minta ini pun tak boleh minta itu pun tak boleh mengapa kita nak runding saya pun setuju dengan Air Putih masa itu tak mau terima…(gangguan).

Dulu Bertam tak buka pintu.….gangguan.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Mantan masa mantan KPKT saya tak pasti masa itu pintu ada buka atau tidak saya rasa masa itu tak buka masa itu tak buka oleh sebab itu saya harap Ahli-Ahli Mesyuarat kita perlu bagi masa untuk teruskan rundingan supaya kita sama-sama bangunkan dari segi faktor sisa pungutan sisa pepejal ataupun pembersihan di negeri Pulau Pinang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Mantan EXCO tak perlu.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Saya cuma nak hendak bagi tau saya sudah dalam penggal beberapa penggal saya dalam penggal-penggal tersebut merunding dengan lima (5) menteri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Okey.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Lima (5) menteri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya tau. KOMTAR. Sila sila.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Pintu tak buka pasal itu.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Sekarang saya sudah buka pintu itu. Saya mau tau siap. Jangan main-main.

Yang di-Pertua (Speaker)

KOMTAR sila. Ini isu yang perlu semua ambil maklum dan suka saya buka untuk soalan tambahan lagi.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jangan bincang pintu. Bincang Akta 672. Okey, so Jawi sudah jawab panjang lebar cuma kita nak tahu pada 2008 didapati lapan (8) negeri sudah ambil pakai Akta 672 so selepas itu sudah lebih daripada 15 tahun so adakah perbandingan perkhidmatan yang diberi oleh syarikat konsesi itu adakah lebih bagus lebih baik daripada existing mereka PBT yang provide kan servis itu la so ini boleh dijadikan satu kriteria satu consideration point untuk Penang nak ambik Akta 672 ka tak mau.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih. KOMTAR memang kita ambil maklum apa yang kebimbangan kerisauan daripada KOMTAR di mana seperti apa yang saya katakan konsesi-konsesi yang tiga (3) konsesi yang mengurus kelapan (8) negeri pada zaman-zaman dulu memang masa itu dengan syarat-syarat yang tertentu saya percaya BKT dan kedua-dua PBT telah melawat ke beberapa negeri yang sedang ataupun menerima pakai 672 ini dan keburukan dan kebaikan kita ambil maklum dan kita akan bawa data-data ini sebagai rujukan untuk kami untuk pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang semasa buat rundingan dengan JPSPN.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila. Blok pembangkang tanya.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

YB Speaker sebab dulu pintu tutup jadi kita nak jawab pun kita tak boleh jawab mungkin buka sikit.....(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi. Isu yang besar cuma saya terima lima (5) hingga enam (6) soalan sahaja.

Tapi YB Speaker tak betul. Saya tulis surat semua termasuk pada Chow untuk jemput masuk 672 dan Jagdeep boleh percaya lima (5) menteri menteri paling bagus menteri ….(kurang jelas). Saya nak betulkan...(gangguan)

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya saya cuma nak betulkan pada masa itu konsesi hanya diikat kepada tiga (3) sahaja. Saya nak betulkan pada masa itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini saya ingat dah dah.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Dato Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Peraturan tapi …(gangguan) duk puji.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Dato Speaker saya nak jawab apa yang Bertam tadi katakan walaupun pintu sudah buka tetapi terikat juga dengan tiga (3) konsesi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak cukup besar pintu itu dibuka tak cukup besar.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Dia dia kelonggaran itu tak beri sebab masa itu dia dia terikat dengan tiga (3) konsesi sahaja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Apa EXCO ada kata pintu kunci itu. Tuan speaker pintu tu macam pintu Dewan tu la. Kalau nak masuk kena tolak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Balik balik.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Balik balik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan soalan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Soalan tu. Adakah selain daripada itu kerajaan tidak mencari alternatif yang lain sekarang ini ada syarikat-syarikat kitar yang kitar semula sampah menyelesaikan masalah ini banyak apakah kerajaan tidak melihat alternatif itu untuk menyelesaikan masalah kita.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih memang apa yang saya katakan tadi buat sementara memang segala pengiraan pembersihan pengurusan sisa pepejal memang dibawah PBT sendiri dan apabila kita nak menuju ke arah menggunakan teknologi yang yang baru maka kita perlu lihat dari segi segala faktor-faktor terutamanya bagi dari segi implikasi kewangan. Apabila kita hendak melabur satu WTE bukan murah. Sekurang-kurang perlu sekurang-kurangnya RM500 juta untuk menguruskan 1,000 metrik tan per day. Oleh sebab itu, kita kena lihat segala faktor-faktor untuk apabila sebelum kita menerima pakai Akta 672 ini...(gangguan). Boleh sila.

Tiada nafilah sebab Jagdeep jadi bukti. Cuma saya hendak maklumkan bahawa saya memang mengharapkan sangat agar menerima sebab salah satunya ialah ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan kebaikan. Terutamanya penggunaan-penggunaan tentang cukai-cukai baru antaranya ERP. ERP ini dipanggil Extanded Responsibility Producer macam air inilah. Di syarikat ini they are not producing water yang kita tidak tahu, they are also producing waste. They are producing waste. This is waste but they never get paid for deliver pay. Mereka tidak bayar. Dulu kita nak buat ERP tidak boleh kerana akta bercanggah 672 dengan akta yang tidak menerima 171. Dengan adanya penseragaman 672 sebersama maka yang tadi dikatakan ekonomi kita akan dapat berlaku. Ini menunjukkan membuktikan Bertam sudah buka pintu seluas-luasnya.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Bertam. Apabila Bertam bangkit perkara ini memang semalam saya kalau tidak silap Seri Delima juga dah bangkit untuk mengutip hasil pencemaran kan Seri Delima? Saya rasa apabila Seri Delima semalam semasa perbahasan membangkitkan, cadangkan untuk kutip hasil pencemaran hasil pencemaran if not mistaken (dengan izin) dan saya teringat juga Bertam pernah bangkit perkara ini apabila sembang dengan saya tentang khususnya bagi perkara ERP ini. Memang saya ambil maklum. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seberang Jaya.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Sebab Dato' Yang di-Pertua dah cuit tadi Pembangkang, jadi saya hendak tanya juga jika terimanya mengguna pakai Akta 672 ini, apakah nasib pekerja- pekerja kedua-dua PBT ini? Minta kalau boleh diberi pencerahan.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Seberang Jaya. Jawapan pun tadi saya sudah bagi semasa Batu Lancang yang tanya untuk soalan (b). Proses rundingan pemakaian Akta 672 ini akan turut melibatkan sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Awam observerser bagi kakitangan PBT akan diperincikan semasa sesi libat urus dijalan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey jika tidak ada saya hendak mempersilakan Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor 12.

No. 12. Nyatakan kos Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong dan kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri, nama syarikat yang diberikan kontrak dan adakah syarikat ini berasal dari Pulau Pinang dan kalau tidak mengapa?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, sebelum menjawab Kerajaan Negeri sekarang bersikap terbuka dengan hati terbuka minda terbuka. Untuk menerima pandangan-pandangan secara terbuka untuk menjawab soalan 12 berhubung dengan Karnival Madani Rakyat berdasarkan keputusan Jemaah Menteri berhubung penganjuran Program Madani Rakyat 2024 semasa mesyuarat pada 7 Februari 2024 telah setuju agar Program Madani Rakyat ini diperluaskan kepada beberapa zon di negeri dalam Malaysia yang terpilih dalam memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk lebih memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu dilaksanakan oleh Kerajaan Madani dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Melalui Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Program Madani Rakyat berkenaan bertarikh 29 Februari telah menetapkan Negeri Pulau Pinang sebagai tuan rumah bagi penganjuran program zon utara mewakili negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kerajaan Pulau Pinang bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia atau MOT. MOT adalah kementerian peneraju telah menganjurkan Program Madani Rakyat Zon Utara pada...(gangguan) 3

hingga 5 Mei 2024 bertempat di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Tapak Pesta Pulau Pinang merupakan lokasi program yang telah dipilih memandangkan ketersediaan tapak yang lengkap bersama kemudahan infrastruktur yang diperlukan bagi memastikan perbelanjaan program tidak melangkaui peruntukan yang ditetapkan.

Untuk makluman Dewan sebanyak 196 perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan telah bekerjasama di dalam program ini di mana ini merupakan satu program berskala Kebangsaan justeru jumlah siling peruntukan bagi pelaksanaan program ini adalah sebanyak RM3.2 juta. Di mana kos ini akan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebagai tuan rumah melalui perkongsian kos bersama kementerian peneraju iaitu Kementerian Pengangkutan. Untuk makluman Dewan, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri telah membentangkan dan meluluskan pelaksanaan program ini dengan siling peruntukan sebanyak RM2 juta, bahagian Kerajaan Negeri. Dimaklumkan juga perbelanjaan keseluruhan yang di kongsi bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan MOT iaitu sebanyak RM3,700,316.48 manakala terdapat kos asing yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi membiayai aktiviti Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti aktiviti sukan dan forum agama yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM127,004.84. Sehubungan ini, kos peruntukan keseluruhan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk program ini adalah sebanyak RM1,977,163.08 iaitu RM22,836.92 kurang dari peruntukan siling RM2 juta itu. Syarikat yang dilantik adalah Chili Hot Shoes Asia Sdn Bhd dan syarikat terpilih mempunyai alamat berdaftar di Petaling Jaya, Selangor. Pemilihan Syarikat Chili Hot Shoes Asia Sdn Bhd ini telah di buat selaras dengan tatacara kewangan dan perolehan berkaitan selepas ke empat-empat syarikat iaitu dua syarikat tempatan dan dua (2) syarikat luar Pulau Pinang melaksanakan pembentangan masing-masing.

Pemilihan Syarikat Chili Hot Shoes Asia Sdn Bhd adalah berdasarkan faktor-faktor berikut. Satu, kos yang ditawarkan berpatutan dalam lingkungan bajet yang diluluskan MMK dan paling menguntungkan Kerajaan Negeri. Kedua, mempunyai pengalaman setara dalam penganjuran majlis program rasmi kerajaan yang berstatus kebangsaan. Ketiga, konsep program yang dibentangkan dan dicadangkan adalah menepati keperluan dan kehendak jabatan penganjur iaitu MOT dan Kerajaan Negeri. Keempat, kesuntukan masa persediaan program yang memerlukan pelantikan segera syarikat pengurus acara atau event manager dilaksanakan. Untuk makluman juga, kriteria utama yang ditetapkan dalam pemilihan syarikat adalah syarikat yang terpilih haruslah memastikan sekurang-kurangnya menggunakan 50% perkhidmatan daripada vendor tempatan iaitu dalam negeri Pulau Pinang sendiri agar perkembangan dalam pasaran kewangan negeri Pulau Pinang dapat dirasai dan semakan terkini mendapati syarikat yang dilantik telah pun mendapat perkhidmatan vendor tempatan dari negeri Pulau Pinang sebanyak 60% untuk perkhidmatan utama seperti perkhidmatan percetakan, perkhidmatan fabrikasi, reruai, agensi dan kerajaan, perkhidmatan vendor, penjaja jualan makanan dan beberapa perkhidmatan yang berkaitan. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya hendak tanya bilangan pengunjung ke atas Program Madani Rakyat kerana bilangan yang hadir adalah begitu ramai sehingga ramai yang datang berpusu-pusu dan juga dari segi itu tender yang telah diberikan adakah ia merupakan tawaran yang paling rendah atau kerana ia mempunyai kepakaran yang tertentu itu sebab ia dipilih? Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ya, untuk jawapan kepada soalan pertama, sasaran bilangan pengunjung adalah 200,000 tetapi dalam tiga hari berkenaan kita mencatatkan kehadiran sehingga 285,000 lebih dan sudah melepasi sasaran yang ditetapkan dan setakat ini pun lebih ramai pengunjung berbanding dengan Karnival Madani di zon-zon yang sudah pun mengadakan karnival berkenaan. Saya tidak ada jawapan sama ada ianya paling rendah daripada empat tender itu tetapi tadi penjelasan atau pertimbangan telah pun dinyatakan antaranya kos yang ditawarkan berpatutan dan juga dalam lingkungan bajet yang ditetapkan serta pengalaman dalam menganjurkan majlis rasmi kerajaan yang berskala atau status kebangsaan dan konsep program yang dibentangkan telah menepati kehendak MOT dan Kerajaan Negeri dan memandangkan kesuntukan masa sebab keputusan untuk menganjurkannya pun negeri di beri saya rasa kurang dari sebulan untuk menganjurkan satu program yang berstatus kebangsaan dengan sasaran 200,000 dan kita bersyukur atas kerjasama semua pihak pengunjung yang dapat menerima manfaat daripada Karnival Madani Zon Utara ini mencecah 285,000 dan kita pun ucapkan terima kasih kepada semua agensi negeri, pusat termasuk penyertaan daripada negeri Perlis dan juga negeri Kedah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seri Delima, sila.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 13.

No. 13. Projek Pakej 2 : Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Ekspres Tun Dr Lim Chong Eu.

(a) Apakah status pembinaan laluan setidakat ini dan bila dapat disempurhendakan?

(b) Mengenai kejadian aktiviti letupan batu yang berlaku di Pangsapuri Jayseries, bagaimana pihak Kerajaan Negeri memastikan agar kejadian ini tidak akan berulang?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Delima. Yang Berhormat, setakat ini ini kerja-kerja pembinaan sedang giat dilaksanakan di semua seksyen sepanjang 6 km jajaran Pakej 2, melibatkan kerja-kerja seperti piling, pembinaan jejambat, kerja-kerja tanah, kerja-kerja turapan jalan dan sistem saliran, kerja pemotongan dan pengukuhan cerun serta pembinaan tembok penahan RE wall. Status kemajuan kerja sehingga Mac 2024 ialah 53 peratus berbanding 61 peratus jadual manakala projek dijangka siap disempurnakan pada akhir 2025.

Yang Berhormat, kejadian yang berlaku adalah berpunca daripada kerja-kerja letupan batu di mana sebahagian kecil percikan tanah merah ataupun laterite telah menyebabkan kerosakan pada sebahagian fasiliti dan juga kereta di kawasan kondomium. Bahan tanah merah adalah merupakan lapisan keselamatan yang diletakkan untuk mengelakkan ledakan batu dalam proses kerja-kerja rock blasting. Kejadian yang berlaku adalah kejadian di luar jangka dan amat dikesali dan Kerajaan Negeri telah pun mengarahkan (Penang Infrastructure Corporation) (PIC) untuk mengeluarkan arahan kepada pihak kontraktor untuk mengambil beberapa langkah dan tindakan dalam memastikan kejadian letupan tidak berulang. Berikut adalah tindakan dan langkah yang telah diambil. Pertamanya mengurangkan kedalaman drilling dan kuantiti bahan-bahan letupan daripada kadar biasa. Kedua, memperluaskan perimeter letupan prosedur keselamatan yang telah diluluskan oleh pihak JMG. Ketiga, membuat analisa yang lebih terperinci mengenai kemungkinan kewujudan air pocket sebelum kerja letupan dilaksanakan. Keempat, melaksanakan real time monitoring sebelum dan selepas letupan. Kelima, menggunakan specialized blasting mat untuk mengurangkan sebarang risiko di kawasan sekeliling. Terima kasih.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Dato' Yang di-Pertua, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga atas pencerahan dan juga jawapan yang diberi tadi sebenarnya untuk isu ini dalam sesi perbahasan saya kelmarin telah pun panjang lebar saya huraikanlah tentang isu ini jadi saya akan ringkaskan. Sebenarnya Seri Delima menyambut baik projek ini yang bakal memendekkan masa perjalanan dari sekarang 40 minit dapat dikurangkan ke sekitar lima minit apabila projek ini disiapkan tapi ada juga banyak masalah yang tertimbul akibat projek ini seperti tadi Yang Berhormat memberi penjelasan tentang isu letupan batu yang merosakkan pangsapuri juga ada banyak isu-isu sampingan seperti banjir lumpur, pencemaran udara, pencemaran bunyi dan juga kacau ganggu. Dan seperti apa yang sedia maklum hari Ahad dan juga hari cuti umum merupakan hari rehat

untuk semua. Tapi beberapa kali saya bangkitkan, soalkan kepada pihak kontraktor ini, apa yang mereka jawapan yang diberi adalah itu, itu kerja-kerja yang dijalankan pada setiap Ahad ataupun hari cuti umum adalah kerja-kerja mitigasi ataupun emergency mitigation work. Jadi soalan saya adalah adakah itu benar-benar kerja mitigasi kecemasan ataupun sekadar alasan yang diguna oleh kontraktor tersebut untuk mengejar balik jadual yang sudah pun ketinggalan dan dimanakah pihak pemantauan sepanjang masa ini. Saya nak tanya Yang Berhormat Tanjong Bunga, adakah Tanjong Bunga setuju memang ada kelemahan dari segi pemantauan dan bagaimana kita boleh mempertingkatkan dan juga ditambahbaikkan dari segi pemantauan dan jika kontraktor ini masih degil lagi adakah tindakan drastik akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sekian.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima Kasih Yang Berhormat Seri Delima. Berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan, baru dibangkitkan oleh Seri Delima yang juga dibangkitkan dalam ucapan perbahasan semalam. Isu-isu kacau ganggu yang berlaku sebagai kesan sampingan daripada projek ini akan dan telah pun kita menangani, contohnya isu melaksanakan kerja di luar waktu dalam mesyuarat tapak yang terbaru, kita akan mengadakan monthly progress meeting Dato’ Speaker dan saya telah mempengerusikan mesyuarat yang terbaru yang dimana kita telah memberi arahan yang jelas. Yang pertamanya kita telah mengambil tindakan untuk memberi notis henti kerja kerana didapati bahawa telahpun berlaku kerja-kerja yang bukan kerja-kerja mitigasi di kawasan seksyen yang berkenaan. Maka arahan henti kerja telah dikeluarkan. Dan kita telah memberi arahan yang jelas di mana apa-apa kerja-kerja mitigasi yang perlu dibuat pada luar waktu bekerja, yang tu perlu diberi kepada pihak Pihak Berkuasa Tempatan untuk diberi kebenaran bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. Dan PBT mempunyai kuasa untuk pergi untuk membuat lawatan bagi memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan itu sebenarnya adalah kerja-kerja mitigasi. Dan jika didapati bahawa kerja-kerja yang dilaksanakan itu bukan kerja-kerja mitigasi sudah tentu tindakan yang seterusnya akan diambil iaitu notis henti kerja ataupun kompaun dan sebagainyalah.

Jadi secara tegas saya rasa Yang Berhormat pun ada dalam mesyuarat tersebut kita telah memberi arahan yang tegas kepada pihak kontraktor. Berkenaan dengan dari segi pemantauan Yang Berhormat ini adalah projek design and build yang di mana pemantauan dilaksanakan oleh perunding dan juga kita mempunyai pengarah projek iaitu Pasukan Khas daripada JKR Malaysia. Dan saya akan pastikan bahawa pengarah Projek Pasukan Khas yang sepatutnya menyelia kerja ini akan diberi apa ni sumber-sumber untuk melaksanakan pemantauan yang lebih ketat. Mungkin sebelum ini. Sebab ini adalah projek jajaran 6km yang di mana kerja-kerja sedang berlangsung di seluruh jajaran 6km Yang Berhormat. Ini bukan tapak kerja yang kecil seperti membuat pembangunan di tapak yang contained. Ini adalah tapak kerja 6km panjang. Jadi dari segi pemantauan tu saya pun harap dapat diperketatkan dan kita akan bincang dengan pasukan khas juga macam mana kita boleh meningkatkan dari segi pemantauan kerana bukan senang nak memantau di seluruh jajaran sekaligus. Terima kasih Yang Berhormat.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Dato’ Speaker, soalan tambahan saya. Sebab ia melibatkan Air Itam juga. Terima kasih Tanjong Bunga. Soalan saya, saya nak tanya apakah peranan pihak kontraktor dalam kerja mitigasi dan juga apabila banjir lumpur berlaku. Sebab kita nampak kerap kalinya apabila hujan berlaku, hujan lebat berlaku banjir lumpur akan berselerak di sepanjang Lebuhraya Thean Teik dan dalam hal ini kebanyakkan pembersihan dibuat oleh pekerja daripada MBPP. Adakah kontraktor patut yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja pembersihan tersebut, terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Air Itam. Dalam mesyuarat yang sama juga saya telah membangkitkan mengenai isu banjir lumpur yang telah berlaku. Ini kita mendapati adalah terdapat kekurangan dari segi (ESCP) Erosion Sediment Control Plan dalam tapak kerja tersebut yang dimana langkah-langkah telah diambil pada hujung minggu yang lalu saya pun telah mendapat laporan semua sediment-sediment pond, check dam dan sebagainya telah pun di dalamkan, diperluaskan dan dibina bagi menangani isu banjir lumpur sewaktu hujan lebat. Dari segi tanggungjawab dia sebenarnya kita pun telah minta pihak kontraktor yang telah pun berurusan dengan pihak Bomba Sukarela untuk mendapat bantuan sekiranya berlaku lagi banjir lumpur dan sebagainya. Maka kita telah memberi arahan supaya pihak kontraktor membantu dari segi pembersihan, sebab kita tak boleh nak mengharapkan PBT sahaja dan pihak kontraktor pun telah berurusan untuk mendapat bantuan juga daripada pihak PBS. Jadi dengan lebih manpower, kita harap dengan apa ni itu boleh dilaksanakan dengan lebih baik. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Batu Uban. Sila.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan nombor 14.

No. 14. Cadangan asal Kerajaan Negeri adalah membina tiga pulau untuk membiayai projek infrastruktur. Memandangkan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembiayaan sepenuhnya untuk projek Light Rapid Transit (LRT).

(a) Apakah rasional tambakan Pulau A, B dan C diteruskan?

(b) Berapakah peratus dari segi tanah kepada Kerajaan Negeri hasil daripada tambakan?

(c) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan tanah yang diserahkan?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Batu Uban. Susulan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 Mei 2023 bahawa Kerajaan Persekutuan akan membiayai penuh pelaksanaan Sistem LRT di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengurangkan skop pembangunan Penang South Island. Maka Kerajaan Negeri telah mengumumkan pada 11 Mei, bahawa penambakan Pulau B dan Pulau C tidak akan diteruskan pada masa ini. Dalam erti kata lain daripada 3 pulau kita hanya akan menambak satu. Rasional untuk tetap meneruskan pembangunan sebuah pulau yang kini lebih dikenali sebagai Silicon Island adalah keperluan Negeri Pulau Pinang untuk menangani kekurangan tanah bagi kegunaan industri khususnya dengan hubungan langsung kepada ekosistem sedia ada di Bayan Lepas dan juga lapangan terbang antarabangsa dan juga rangkaian Lebuhraya Utara Selatan. Silicon Island diwujudkan untuk pembangunan industri, komersial, perumahan dan juga sebagai tarikan pelancong bagi memenuhi keperluan Pulau Pinang untuk 40 tahun akan datang. Umum mengetahui bahawa Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas adalah pelaburan antarabangsa yang popular khususnya dalam sektor pembuatan E&E dan Pembangunan Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi (Green Tech Park) di Silicon Island akan memperluaskan FIZ Bayan Lepas ini. Sebab dia betul-betul di selatan FIZ Bayan Lepas.

Untuk memenuhi keperluan pelabur yang ingin mengembangkan operasi mereka dan juga menarik pelabur baru. Khususnya kita nak fokus pada aktiviti-aktiviti industri bernilai tinggi seperti IC Design, Research Design and Development (D&D), High Tech Manifacturing Assembly and Testing Advance Packaging, Automated Equipment Test Medical Devices dan AI dan sebagainya Dato’ Speaker. Maka boleh dikatakan bahawa Green Tech Park akan menjadi pembangunan utama di Silicon Island dan berperanan penting sebagai pemangkin ekonomi, penjana hasil serta pencipta peluang pekerjaan bagi Pulau Pinang dalam jangka masa panjang. Projek tersebut juga akan meningkatkan daya saing negeri kita sebagai pengeluar produk E&E penting di dunia dan juga memperkukuhkan reputasi Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of The East. Melalui Silicon Island, Pulau Pinang dijangka akan menjana impak KDNK sebanyak RM1.1 trillion ringgit, menarik jumlah pelaburan sebanyak RM74.7 billion dan menghasilkan 220,000 peluang pekerjaan dalam 30 tahun. Projek Silicon Island adalah projek penambakan milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dan ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri membangunkan sebuah projek tembakan secara langsung untuk tujuan menjamin pertumbuhan ekonomi jangka panjang Pulau Pinang. Keluasan tanah Silicon Island sebanyak 2,300 ekar. Dan adalah hakmilik penuh 100 peratus Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Selaku pemilik projek, Kerajaan Negeri juga berhak menentukan kegunaan tanah di pulau yang sedang ditambak. Namun, sebahagian besar hasil jualan perlu menampung kos penambakan dan juga kos infra. Selebihnya dikategorikan untuk tanah lapang yang termasuk kemudahan awam serta lain-lain perancangan dalam sebuah perancangan bandar termasuk hub pengangkutan, Rumah Mampu Milik dan sebagainya. Kerajaan Negeri merancang untuk menggunakan tanah Silicon Island untuk tujuan-tujuan yang

berikut. Daripada 2,300 ekar, 888 ekar untuk pembangunan infrastruktur rangkaian biru hijau, kemudahan awam iaitu public spaces. Kedua, kawasan perindustrian sebanyak 720 ekar, ketiga perumahan termasuk mampu milik 388 ekar, pembangunan bercampur sebanyak 164 ekar dan komersial 139 ekar. Harap jelas, terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, sila.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Berkenaan dengan projek Pulau Silikon ini kita difahamkan Geotechnical Consultant ada tiga (3) Klang Valley, Dato’ Oon and Partner dan daripada negeri sendiri daripada Jabatan Kewangan Negeri. Jadi soalannya konsultan-konsultan ini dipilih oleh siapa. Kerajaan Negeri ataupun syarikat itu sendiri. Dan perlukah projek yang begitu besar sebegini mengambil kira untuk menggunakan khidmat konsultan-konsultan daripada luar negeri untuk kerja-kerja mendapatkan sijil daripada geotechnical ini.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa dalam projek ini kita mempunyai banyak peringkat-peringkat dan dia bergantung kepada konsultan mana yang dilantik di peringkat yang mana. Sebab sekiranya kita mengambil konsultan-konsultan yang terlibat dalam reka bentuk contohnya, ini semua telah dilantik secara langsung oleh pihak PDP. Tetapi juga ada konsultan-konsultan yang telah dilantik sebagai usaha sama bersama dengan Kerajaan Negeri melalui Silicon Island Development Sdn. Bhd. iaitu syarikat usaha sama yang di mana Kerajaan Negeri mempengerusi syarikat tersebut dan juga mempunyai saham. Maka semua itu adalah lantikan secara bersamalah. Jadi dia apa ni untuk konsultan-konsultan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat, Geotech tu saya tidak pasti, saya perlu semak Dato' Speaker. Untuk memaklumkan sama ada dilantik oleh SID ataupun dilantik oleh PDP RS Consortium. Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Soalan tambahan Dato’ Speaker. Terima kasih tentang penjelasan daripada Tanjong Bunga. Cuma sebelum ini EIA untuk Silicon Island ini kita mendapat kelulusan ketiga-tiga pulau dan kini telah dikurangkan kepada 1 pulau. Adakah Pulau B dengan Pulau C ini akan selama-lamanya tidak ditambak, itu soalan pertama.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Soalan pertama.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Soalan kedua, saya masih lagi tentang ini keuntungan. Walaupun Tanjong Bunga sudah menjawab semalam sebab kita dari segi tambakan laut mungkin kita perlu tanggung kos tambakan dan juga pembinaan infra lebih kurang 880 ekar. Adakah masih lagi terdapat keuntungan dari segi projek Pulau A ini. Kalau ada, apakah kegunaannya, itu saja.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Yang pertamanya sebenarnya saya nak maklumkan bahawa kelulusan EIA adalah setiap pulau mempunyai kelulusan asing yang kita mohon secara serentak dan kelulusan kita dapati adalah untuk semua. Maksudnya sekiranya kita melaksanakan Pulau A sahaja dia mempunyai kelulusan tersendiri, jadi tidak menjadi masalah dia tidak ada kesan terhadap permohonan EIA tersebut sebab kita telah asingkan. Untuk B dan C kelulusan tu masih sah tapi Kerajaan Negeri untuk masa ini telah mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan atas nasihat daripada Kerajaan Perpaduan yang kita terima.

Jadi buat masa ini memang tidak ada perancangan untuk melaksanakan tambakan bagi Pulau B dan Pulau C. Untuk isu keuntungan tu, Yang Berhormat memang betul, apa-apa hasil yang kita dapat daripada Silicon Island ini yang pertamanya kita kena bayar dari segi kos penambakan, kos infrastruktur itu semua dahulu. Dan sekiranya ada keuntungan yang berlebihan sepertimana Yang Amat Berhormat CM tadi sebut mungkin kita boleh melaksanakan projek-projek infrastruktur di kawasan-kawasan lain di negeri Pulau Pinang termasuk Seberang Perai, terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, cukup….(gangguan)

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cukup….(gangguan).

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Saya minta lah...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah cukup tiga.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Satu lagilah, saya minta...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

(Ketawa) Tak boleh, saya kena patuh Peraturan Mesyuarat.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Sebab keperluan, projek ni besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak pa, nanti waktu penggulungan boleh lah buat pencerahan sikit. Bertam sila.

Dato' Speaker orang yang ada class, soalan saya nombor 15 (Ahli-ahli Dewan ketawa).

No. 15. Apakah jaringan keselamatan sosial yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani insiden-insiden 'jatuh miskin mengejut' akibat kehilangan sumber pendapatan, kerja dan kematian pencari rezeki tunggal Isi Rumah luar jangka?

(a) Selain Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar, terdapat juga kategori IR 'Mudah Miskin'. Bagaimana Kerajaan Negeri menangani kelompok rakyat ini?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Dato' Speaker yang ada class dan juga kepada Bertam yang ada class juga dan terima kasih ya atas keprihatinan ADUN Bertam tentang isu jaringan keselamatan sosial yang disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah melalui bantuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti Tabung Bantuan Segera Negeri (TBSN) dalam bentuk wang tunai secara one-off dengan jumlah maksimum RM500 ribu, eh RM500.00. Bantuan ini, tadi kata ada class kan, saya nak naikkan class sikit tapi belum sempat lagi. Cuma sekarang adalah RM500.00 sahaja dan bantuan ini boleh disalurkan kepada keluarga atau individu yang memerlukan bantuan segera untuk menampung keperluan asas kehidupan harian.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga membantu dari segi kewangan melalui skim Bantuan Agenda Ekonomi Saksama iaitu BAES yang bertujuan untuk meringankan beban sesebuah keluarga yang tidak mampu dan berkeperluan bagi membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup yang lebih berkualiti. Pendapatan Per Kapita (PPK) RM260 ribu wah, hari ini banyak ribu-ribu yang saya nak sebutkan, okay RM260.00 digunakan bagi menentukan kelayakan dan pertimbangan skim BAES. Sekiranya layak, kadar bantuan BAES yang akan dibayar adalah kadar minimum RM100.00 hingga RM1,300.00 maksimum sebulan, mengikut kaedah pengiraan yang ditetapkan di dalam Dasar BAES. Untuk makluman, terdapat juga bantuan peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang dilaksanakan melalui setiap JKM Negeri, termasuk JKM Pulau Pinang yang boleh dipohon mengikut keperluan dan kelayakan seperti berikut: Tabung Bantuan Segera Persekutuan (TBSP), Bantuan Kanak-kanak (BKK), Bantuan Warga Emas (BWE), Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya, Bantuan Orang Kurang Upaya Yang Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan Alat Tiruan/Sokongan dan Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Bagi individu yang kehilangan pekerjaan, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memainkan peranan membantu menerusi Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang iaitu Pusat CAT yang ditubuhkan sejak tahun 2009. Jadi salah satu inisiatif yang dilaksanakan di bawah Pusat CAT adalah kempen “My Penang, My Workplace” yang bertujuan membantu golongan yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan melalui pemadanan jawatan bersesuaian antara pencari kerja dan syarikat majikan. Selain itu, Kerajaan Negeri turut mempromosikan penggunaan laman MYFutureJobs yang merupakan sebuah portal pekerjaan nasional Malaysia di bawah pengendalian PERKESO. Portal ini bertujuan untuk menghubungkan pencari kerja dengan majikan secara efisien menggunakan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan iaitu AI (Artificial Intelligence) dan algoritma pemadanan. Selain itu, MYFutureJobs juga menyediakan khidmat kaunseling kerjaya, bantuan mobiliti dan perlindungan keselamatan sosial bagi individu yang kehilangan pekerjaan. Sebagai tambahan, mulai 1 Januari 2018, pihak PERKESO juga telah memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan iaitu SIP bagi meringankan beban pekerja yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya mereka merupakan pencarum PERKESO dan memenuhi kelayakan, pemohon boleh menerima elaun tunai sebanyak RM600.00 sebulan bagi tempoh 3 hingga 6 bulan, sementara mencari pekerjaan yang baru.

eKasih merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) hanya mengandungi data bagi kategori isi rumah miskin dan miskin tegar sahaja. Jadi sejak kategori pendapatan mengikut isi rumah B40, M40 dan T20 diperkenalkan, kategori Isi Rumah ‘Mudah Miskin’ tidak lagi digunakan. Secara umumnya, isi pendapatan kategori adalah seperti berikut: T20 iaitu RM11,820.00 ke atas, M40 ialah RM5,250.00 hingga RM11,819.00, B40 adalah dalam kategori RM5,249.00 ke bawah. Jadi terdahulunya, kategori Mudah Miskin golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK bermaksud threshold iaitu level di bawah RM1,500.00 bagi kawasan bandar dan RM1,000.00 bagi kawasan luar bandar.

Oleh itu, mengikut kategori pendapatan isi rumah, kategori Mudah Miskin dikira dalam kategori B40 (B1) golongan satu iaitu jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM2,560.00. Jadi bagi membantu golongan di bawah kategori B40, antara langkah proaktif yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri adalah seperti berikut: Bantuan kewangan secara bulanan melalui skim BAES, Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin di bawah Pejabat Daerah dan Tanah untuk membantu menampung kos-kos perbelanjaan atau membaik pulih rumah kediaman, Inisiatif Pendapatan Rakyat iaitu IPR di bawah Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula menawarkan pelbagai latihan dan bimbingan keusahawanan, bantuan modal permulaan perniagaan dan lain-lain. Skim Pinjaman Harapan (SKH) di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang iaitu PDC ada menyediakan saluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan peminjam, Program i-Sejahtera yang merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah. Program i-Sejahtera yang merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan, oh itu telah sorry, dan jadi ini adalah untuk setahun sahaja.

Jadi Kerajaan Negeri juga menerima baik inisiatif Kerajaan MADANI memperkenalkan Program Sejahtera Komuniti Madani iaitu SejaTi MADANI yang bertujuan untuk mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi di peringkat komuniti. Program tersebut menawarkan program latihan pekerjaan, kursus celik kewangan dan program pembangunan keusahawanan untuk komuniti setempat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang, EXCO. Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini isu adalah bagi saya amat penting kemiskinan kerana isu ini ditekankan sangat oleh PM ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim, tambah pula agenda untuk menoktahkan miskin tegar. Walaupun saya lihat menoktahkan miskin tegar itu, Dato’ Speaker adalah satu keazaman yang kuat daripada Perdana Menteri, hakikatnya di akar umbi itu adalah suatu benda yang amat relatif dan kadang-kadang sukar untuk dicapai. Dan demikian juga di Pulau Pinang pun dah disasarkan 1hb enam ni, 1hb ni maknanya tak ada dah miskin tegar. Tapi itu adalah kata pada asas yang kita lihat tetapi pasti secara realiti dan dinamiknya ia akan muncul lagi. Saya nak berkongsi sedikit sebelum saya pergi ke soalan ya. Bulan Ramadan Dato’ Speaker, saya hadir 12 jenazah, orang mati. Daripada 12 jenazah ni, 4 orang 60 tahun ke atas manakala yang 8 orang semuanya 45 tahun ke atas. Seorangnya saya ada minta kebenaran untuk sebut nama, Allahyarham Saiful, Bukit Mertajam dari kawasan Penaga, bergaji RM4,000.00 tahun lepas. Hidup dalam keadaan tentu selesa ada 2 anak, seorang baru masuk Sekolah Sains dengan isteri yang tak bekerja. Dia tidak sangka pun setahun selepas itu dia akan mati

kemalangan iaitu dalam sekitar 4 bulan yang lalu. Dalam masa seminit sahaja, kehidupan mereka sudah bertukar menjadi kelam sebab tu saya kata kategori Mudah Miskin dan demikian juga dalam kata dalam data-data yang dikeluarkan oleh eKasih, the integrity of data ni masih lagi menjadi curiga. Kalau Zakat saya rasa kalau fakir, dia dah sampai 4190, if I'm not mistaken tapi kalau di peringkat apa nama eKasih dia 3000, itu campur dengan yang bukan Melayu. Bererti ada contentions in term of figure. Dan sebab tu saya berfikiran bahawa ada keperluan untuk Kerajaan Negeri mungkin melihatkan bahawa sudah tiba dan masa dan saat ketikanya walaupun ada eKasih di peringkat nasional, mungkin kita membina pangkalan data kita sendiri untuk membasmikan kemiskinan tegar dan kemiskinan ini. Sebab Nelson Mandela said dia kata bahawa fighting against poverty is not an act of orang kata charity, it is an act of justice. Nelson Mandela said that in England so ini bukan suatu benda yang merupakan charity tapi ini merupakan satu keadilan…..(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Bertam.

...untuk memastikan keadilan, bukan Parti Keadilan. Soalan saya ialah pangkalan data, satu. Kedua, sekarang ni United Nation telah menggunakan satu lagi dipanggil multi-dimensional poverty, kemiskinan tak diukur lagi dari segi duit je. Kemiskinan diukur juga dari segi akses kepada perkara-perkara lain. Akses kepada nutrition, UNICEF kita kata anak-anak kita yang dari BPR tak dapat nutrition. Akses kepada quality opportunity of the education, bukan education, quality opportunity baru. Akses kepada hygiene, saya pun terkejut Dato’ Speaker bila my daughter came back from New Zealand, they formed satu group dan dia bawa satu agenda kata period poverty….(gangguan) kemiskinan haid. Saya kata eh apa kena-mengena haid dengan kemiskinan? Rupanya ini adalah satu agenda dan ini semua boleh orang kata adalah isu-isu sejagat dan saya fikir adakah satu dari segi perlu dilihat bahawa biarlah Pulau Pinang berinspirasikan keluarga tu sebab tu saya suka tu, itu perlu diletakkan salah satu dia ialah kita melihat aspek-aspek multi-dimensional poverty sebagai ukuran dalam kita menangani kemiskinan tegar mahupun kemiskinan di negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, sila.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Bertam. Memang saya setuju, isu miskin tegar itu dia memang satu miskin tegar nombor dia memang satu nombor yang dinamik, kalau untuk dia ada kerana perubahan kalau kata perubahan kerana kemalangan seperti yang dikatakan tadi kemungkinan sesebuah keluarga sebab ketua isi rumah mengalami kemalangan ataupun perubahan ekonomi ataupun penceraian juga akan mengakibatkan

keluarga ini jatuh ke dalam kategori miskin tegar, jadi miskin tegar tu kita selalu untuk pandangan rakyat ramai ialah pergi berilah bantuan bantuan dalam cash tetapi memang saya setuju sekarang bukan sahaja dari segi bantuan cash sahaja saya rasa kita perlu memberi selain daripada itu untuk menjadikan mereka lebih berdikari iaitu usaha-usaha negeri, Kerajaan Negeri kita ada banyak program, program yang tadi saya sebutkan selain daripada juga ada Program IPR untuk kemahiran mereka skills yang saya rasa yang sangat penting ialah untuk golongan muda supaya mereka boleh terkeluar daripada miskin tegar dalam pendidikan kita perlu fokus on pendidikan dan ini semua adalah usaha semua usaha bukan sahaja daripada Kerajaan Negeri daripada semua pihak. Saya rasa komuniti memainkan peranan yang sangat penting jadi kemungkinan keluarga ini dalam keadaan yang tertekan tetapi kalau tidak dikesan oleh siapa-siapa pun mereka akan terus jadi terus hidup dalam keadaan yang terkesan itu.

Maka saya serulah, saya pohonlah bahawa semua golongan masyarakat supaya kita bersama-sama menjadi lebih sensitif lagi prihatin dan seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ahli Kawasan Bertam, memang miskin tegar itu dari banyak-banyak faktor juga hygiene, nutritious, quality of life, accessibility dan juga yang period poverty itu yang itu period poverty itu sudah beberapa tahun Yang Berhormat Ahli Kawasan Seri Delima pernah mengadakan program kempen untuk what is it call period poverty ya kita juga ada menderma kepada even sangat sedih juga jika kita katakan bahawa seseorang wanita itu dia tidak mampu untuk membeli pad bila waktu perlukan kegunaannya jadi saya rasa ini adalah isu dan masalah daripada kita semua bahawa semualah kita memberi perhatian komuniti kita ada MPKK, kita ada Relanita, kita ada semua Rukun Tetangga samada semua memberi perhatian lebih sikit tanya sahaja, tanya bila kita nampak keluarga ini macam tak ada sedikit macam tak maybe how do we say that luar biasa sedikit kan keadaannya kemungkinan macam why terlalu senyap or something jadi kita berilah kasih sayang kita kan. Pulau Pinang ini terkenal dengan kasih sayang daripada rakyat jadi kita ada banyak charity kebajikan golongan-golongan ini yang boleh memberi bantuan bersama juga jadi we work together and then we send our love to all these…(dengan izin), kepada keluarga-keluarga kepada individu-individu yang perlukan bantuan daripada kita.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Yang Berhormat Ahli Kawasan Penaga sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Tambahan boleh tak?

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya hendak dengar soalan Yang Berhormat Ahli Kawasan Penaga. Sila masuk

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri cergas lagi bertenaga, nombor 16 soalan Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat Kawasan Penaga.

No. 16. Nyatakan jumlah duit tawakuf yang tidak dibelanjakan sehingga tahun 2023.

(a) Senaraikan perbelanjaan dari tahun 2018 hingga kini serta perancangan MAINPP untuk menggunakan duit tawaquf ini.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Penaga, terima kasih Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Soalan daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Penaga berkaitan dengan yang disebut tentang jumlah duit tawaquf yang tidak dibelanjakan sehingga tahun 2023 dan diminta untuk senaraikan perbelanjaan dari tahun 2018 sehingga kini serta perancangan Majlis Agama Islam bagi penggunaan tawaquf ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri berkenaan dengan dana tawaquf ini, dana tawaquf ini adalah istilah yang digunapakai di Pulau Pinang dan ia bukan satu istilah yang diseragamkan diseluruh negeri. Dana tawaquf ini adalah lebih tepat dari segi takrifannya adalah dana lebihan, dana lebihan zakat yang belum diagihkan pada tahun semasa dan sehingga saya bagi walaupun soalan itu tanya sehingga tahun 2023 saya bagi data sehingga Mei 2024 lebihan wang zakat yang belum agihkan terkumpul sehingga Mei 2024 adalah berjumlah RM123,104,140.70, jadi senarai perbelanjaan tawaquf hingga Mei 2024 meliputi perbelanjaan bagi Elaun Tambahan Guru KAFA, kalau dari segi detail perinciannya dia banyaklah kalau saya hendak sebut disini dari sudut elaun tambahan guru KAFA pada tahun 2020 adalah RM3,015,000.00 tambahan dan Bantuan Khas COVID-19, yang kita alami pada tahun 2020 dan 2021 umpamanya pada tahun 2020 sendiri melibatkan jumlah yang besar RM6,641,397.00 bagi tahun 2021 RM2,286,100.00 dan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang menggunakan dana tawaquf ini Naik taraf Pusat Haemodialisis Zakat (PHZ) Tasek Gelugor, Program Tunas Usahawan - SME Corporation, Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan, Bangunan Asrama Pelajar Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang yang saya sendiri pada ketika itu sebagai Direktor KITAB memohon untuk pembangunan asrama KITAB yang dalam tempoh penubuhannya 20 tahun tidak mempunyai bangunan asrama, Penang Islamic Digital Library, Seminar Kefatwaan, Program KAFA Menengah, Pentadbiran & Pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Bantuan Awal Persekolahan, Pangsapuri Asnaf Wakaf Seetee Aisah di Seberang Jaya, naik taraf infrastruktur Pusat Latihan Zakat (PULAZA) di Pantai Acheh, naik taraf infrastruktur Inapan Kasih Sayang, van Klinik Kesihatan Bergerak, Perabot-perabot Sekolah Agama Rakyat, rumah warden Darul Hidayah bawah Teluk Ayer Tawar di Permatang Tok Gelam, sumbangan van jenazah Masjid Daerah dan juga Masjid Negeri, Program Pulau Pinang Mengajar, Program Iltizam Huffaz, van/truck dakwah,

pembiayaan pembelian sistem Masjid Pro, ada soalan lisan berkenaan dengan Masjid Pro juga diambil daripada dana tawaquf dan pembiayaan Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. Perinciannya adalah dalam lampiran yang akan diletakkan di atas meja Ahli Yang Berhomat Ahli Kawasan Penaga selepas soalan lisan ini. Disamping itu, perancangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam memanfaatkan dana tawaquf juga kerana sehingga bila saya ambil alih jawatan ini saya melihat bahawa jumlah itu terkumpul sebagaimana yang saya sebut tadi dan dari sudut zakat ini kita kena agih, maka dia ada proses untuk agih dengan menggunakan dana tawaquf ini ia bukan dimasukkan dalam belanja tahunan, belanja pengurusan melalui proses-proses yang saya akan sebutkan sekiranya diminta nanti. Dalam memanfaatkan dana tawaquf antaranya adalah perbelanjaan pembangunan asrama pelajar Mesir di Kaherah, sudah tentu Yang Berhormat Ahli Kawasan Penaga mengetahui berkenaan bangunan asrama kita di Kaherah itu, Pangsapuri Asnaf Wakaf Seetee Aisah dimasukkan sekali lagi, naik taraf Pusat Latihan Zakat (PULAZA), naik taraf infrastruktur Inapan Kasih Sayang, pembelian bas Inapan, naik taraf Pusat Haemodialisis Zakat (PHZ), pusat pengumpulan dan jualan produk asnaf, pembelian produk asnaf, Tabung Bantuan Kemanusiaan juga dan tambahan lagi ke atas pembiayaan sistem Masjid Pro, pembelian hartanah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), kuarters Darul Hanan di Pongsu Seribu dan cadangan pembelian tanah Mengkuang Titi, tebus balik tanah di Tanjung Tokong, pembelian tanah di Seberang Perai Selatan (SPS) antara cadangannya baik pulih dan Program Pendidikan Al-Mashor dan cadangan pembinaan dewan bersebelahan Masjid Kampung Rawa dan pembaikan fasiliti bangunan lama bila siap bangunan yang baru kita hendak repair bangunan yang lama asrama pelajar Pulau Pinang di Mesir. Jadi perinciannya ada di dalam lampiran yang akan diserah Yang Berhomat selepas soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Batu Maung atas jawapan yang telah diberi berkaitan dengan dana tawaquf dan saya melihat dan ini juga adalah satu keistimewaan untuk orang Islam berkaitan dengan skim atau pun zakat yang wajib dikeluarkan bahkan setiap tahun. Haul dia setiap tahun bermakna tahun ini kita kutip kita agihkan tahun depan akan ada lagi bila tiba haul dia. Sebagaimana yang telah diberi tadi jawapan terlalu banyak dana tawaquf ini dengan saya sebut sekali lagi atas apa yang telah dijelakan tadi adalah berjumlah RM123,104,000.00.

Saya melihat dana ini terlalu besar dan sepatutnya pihak Majlis juga melihat untuk pembangunan atau pun untuk meningkatkan lagi kehidupan rakyat khususnya dikalangan orang Islam sebab di sana yang ramai miskin termasuk miskin tegar sebagaimana yang disebut Yang Berhormat Ahli Kawasan Bertam tadi Penaga antara kawasan atau pun DUN yang ramai miskin dan juga miskin tegar kalau campur antara

dua (2) antara miskin tegar ini lebih daripada 1400 keluarga. Sepatutnya sedikit daripada dana tawaquf ini dimanfaatkan untuk kebaikan umat Islam termasuk membeli aset-aset dan seumpamanya untuk masa depan kita. Jadi soalan saya Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri apakah proses kelulusan perolehan dana tawaquf ini, apakah proses kelulusannya dan adakah Jawatankuasa Fatwa dirujuk dalam setiap proses kelulusan tersebut.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Saya jelaskan di sini bahawa Majlis Agama Islam ini adalah sebuah badan berkanun yang tertakluk kepada audit daripada Jabatan Audit Negara setiap tahun dan termasuk di bawahnya adalah agensi-agensi di bawah Majlis Agama Islam yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat termasuklah Zakat Pulau Pinang ini dan sebelum ini Majlis Agama Islam telah menerima sijil tanpa teguran bagi penyata kewangan setiap tahun maknanya baguslah dari segi audit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara ke atas Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Jadi dari segi prosesnya yang di tanya oleh Yang Berhormat Ahli Kawasan Penaga tadi berkenaan dengan penggunaan dana tawaquf jadi pada tahun 2018 setelah ini biarlah kita beritahu disini. Teguran sama dan juga nasihat daripada Jabatan Audit Negara berdasarkan kepada laporan dana terkumpul dana tawaquf ini jadi dana lebihan ini terjadi sebab kutipan zakat ini dia banyak pada bulan 12 jadi bila tutup saja tarikh pada 31 haribulan 12 pada tahun tersebut tidak dapat diagihkan malahan maknanya RM10 juta kadang-kadang yang masuk itu pada bulan 12 jadi di bawa kepada tahun seterusnya macam tahun 2024 ini dana lebihan zakat yang belum diagihkan RM7 juta sebab kita masukkan yang kata sebelum Mei itu yang sebelum ini dalam RM100 beberapa belas juta ditambah lagi RM7 juta jadi kalau kita bahagi dengan RM123 juta ini sudah berapa tahun perancangan itu tidak dibuat dengan secara teliti berkenaan dengan tawaquf dan secara perancangan rapinya setelah mendapat teguran pada tahun 2018 itu, lepas itu COVID-19 tahun 2020 selepas COVID-19 itu maka bermulalah dan keputusan daripada sahabah urus zakat iaitu Lembaga Pengarah dan dipersetujui oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang supaya anggaran bajet belanjawan tawaquf ini tidak disekalikan makna berasingan daripada anggaran belanjawan mengurus tahunan agihan zakat dipersetujui oleh MAINPP dan prosesnya mestilah melalui kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah. Maknanya dari sudut tawaquf ini lebihan itu bila hendak guna dia bukan tertakluk kepada belanjawan pengurusan tapi dia mesti di bawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang kadang-kadang sampai bengkel ataupun Mesyuarat Jawatankuasa Khas diadakan untuk putuskan sendiri berkenaan dengan penggunaan dana tawaquf yang saya sebutkan tadi saya juga ada pengalaman dalam membentangkan untuk penggunaan dana tawaquf bagi bangunan asrama KITAB itu kalau saya pernah ambil PhD ini rasa macam ambil PhD sekali lagi viva dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri maknanya bukan mudah untuk melepasi bagi penggunaan tawaquf ini. Dari segi prosesnya maka kita menerima cadangan-cadangan daripada jabatan-jabatan dan juga agensi dan dibawa masuk ke Zakat Pulau Pinang dan diangkat ke jawatankuasa-jawatankuasa tertentu kalau yang melibatkan aset dan juga hartanah akan dibawa masuk dalam jawatankuasa aset dan juga hartanah yang mempunyai ahli-ahli keahlian daripada jabatan-jabatan kerajaan umpamanya JKR dan sebagainya ada

dalam jawatankuasa tersebut. Kalau yang melibatkan berkaitan dengan pendidikan dia akan dibawa masuk dalam jawatankuasa pendidikan diperinci, diperhalusi, dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut. Bila diluluskan dalam jawatankuasa-jawatankuasa itu diangkat ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang oleh Ahli-Ahli Fatwa di negeri Pulau Pinang dibahaskan, dibincangkan, dibentangkan oleh orang yang membawa cadangan tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Apabila dihukumkan harus penggunaan dana lebihan tersebut oleh Jawatankuasa Fatwa, Fatwa hanya menghukumkan harus ia belum lagi dari segi kuasa eksekutifnya akan dibawa ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang tapi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang tidak boleh membuat keputusan penggunaan dana tawaquf sekiranya tidak diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Ia cadangan daripada Yang Berhormat Penaga berkenaan kemiskinan tegar itulah yang kita lihat apabila dari sudut pentadbiran baru ini kita melihat antaranya ada disebut juga oleh Yang Berhormat Bertam tadi. Kalau sebut tentang 4,100 itu kalau di Zakat Pulau Pinang tak refund, miskin itu adalah lebih kurang RM1850. RM1850 fakir kita ambil 50% daripada miskin. Maknanya lebih kurang dalam RM900. Bila RM900, bukan 1400 keluarga, 5000 lebih keluarga di Pulau Pinang yang kita agihkan. Makna range dia ada daripada lebih kurang daripada 400 sehingga 1500 lah mengikut kedudukan keluarga tersebut.

Dan saya ucapkan terima kasih kepada YB Penaga atas cadangan tersebut dan kita akan edarkan tadi yang saya sebut lampiran ini memang dalam senarai itu termasuk bantuan COVID itu juga termasuk orang-orang yang miskin tegar pada (tak jelas) 2020 dan juga 2021 malahan masih ada lagi sehingga sekarang dan dari segi laporan dashboard Penang2030 pun, nak capai 1 haribulan 6 ni, tapi kita baru 66% dan ia memang subjektif. Disebut oleh YB Bertam tadi, harini dia harini dia 4000, esok dia boleh jadi miskin tegar. Bila dia dapat pula SOCSO, dia keluar maknanya keluarga dia dapat SOCSO umpamanya kerana suami dia bekerja dalam proses ia nak dapat SOCSO itu, dia miskin lepas itu dia dapat balik SOCSO, dia keluar daripada miskin tegar. Begitulah seterusnya maknanya mesti dipantau dari segi peratusan kemiskinan tegar di masa ke semasa.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan Tuan Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Last.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Okey. Bila kita bercakap dengan tawaquf ini, banyak sangat penerangan itu. Baguslah itu kita boleh dengar. Kalau kita ikut tahun 2013 saya rasa dok ada RM25juta duit tawaquf. Hari ini dok ada RM123juta. Jadi, kita tengok daripada sudut orang kata

apa, istilah dia kutip dan agih. Agih kepada golongan asnaf, fakir miskin, a’mir, mualaf dan lain-lain lagi. Cuma hari ini kita rasa sistem pentadbiran yang dibuat ini masih lagi kurang berkesan. Banyak rungutan dari rakyat akan keberkesanannya. Kita faham, orang Islam kita kena jaga benda-benda macam ini dan kita cuba cara yang terbaik untuk nak memperelokkan keadaan. Maka ianya perlu diawasi dan dipantau dengan lebih terperinci. Jadi soalannya, bolehkah kita menerima cadangan daripada Pengerusi PAC sebelum ini bahawa di bawah PAC itu sendiri dibentuk satu jawatankuasa khas yang mana kerja dia untuk mencari cara-cara yang terelok, macam mana kita nak terang kepada rakyat dan cara kita nak awasi dan setiap Ahli Jawatankuasa PAC ini jawatankuasa kecil ini dilantik oleh jawatankuasa yang ada. Makna dia hantar wakil seorang orang Islam duduk dalam itu untuk kita berbincang dan kaji benda-benda macam ini. Sekian, terima kasih.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingat saya nak jawab dalam masa ucapan penggulungan…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti penggulungan…(gangguan). Sini bagi yang ringkas.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Sedikit sahaja. Saya jawab satu ja. Makna dasar kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam bahawa Laporan Kewangan yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan juga oleh audit dari segi firma, tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi, saya akan lanjutkan dalam perbahasan penggulungan saya nanti.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Memandang Ahli-ahli Yang Berhormat, satu jam tiga puluh minit untuk soalan lisan pun telah tamat, selaras dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan. Sila Yang Amat Berhormat.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Maka kita berada dalam sesi perbahasan lagi atas usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun dan telah

Perbahasan Usul Terima Kasih Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau PinangMotion

Yang di-Pertua (Speaker)

melafazkan ucapan kepada dewan ini. Maka saya nak menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian. Sila Air Putih. Sila.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Ucapan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Ya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga ADUN Sungai Bakap yang kembali kepada rahmatullah pada 24 Mei ini. Semoga keluarga beliau dapat menghadapi dugaan dan cabaran dengan penuh tabah hati di bawah redha Tuhan Allah Yang Maha Pengasih. Saya ingin mula ucapan menjunjung kasih ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dengan melahirkan penghargaan atas keprihatinan beliau semasa menjemput pandangan bagi meningkatkan hasil negeri.

Ini dicerminkan dengan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan Negeri Pulau Pinang telah menyusut secara mendadak sebanyak 825juta ringgit. Dalam tempoh empat (4) tahun daripada 1154.84 juta ringgit pada tahun 2019 kepada 330juta ringgit pada tahun 2023. Adalah perlu urus tadbir CAT Cekap, Akauntabiliti dan Telus diperkukuhkan demi meningkatkan hasil negeri agar terlepas daripada perangkap defisit kewangan fiskal. Satu (1), CAT mewajibkan tender terbuka dilaksanakan. Tender terbuka boleh memaksimumkan hasil atau pendapatan ataupun mengurangkan kos serta menghapuskan persepsi salah laku atau pilih kasih kepada kroni tertentu. Contohnya, kontroversi penjualan 559 ekar tanah di Ladang Byram, Batu Kawan secara rundingan terus atau direct nego oleh PDC sebanyak RM646juta ringgit. Menjadi tanda tanya oleh banyak pihak dan surat khabar The Edge yang mempersoalkan mengapa tender terbuka tidak dijalankan agar dapat hasil yang lebih tinggi. Akhirnya, Kerajaan Negeri terpaksa tunduk kepada desakan awam dan membatalkan penjualan tanah secara direct nego dan menjalankan tender terbuka. Semalam dalam jawapan bertulis kepada ADUN Kebun Bunga, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyatakan ada tujuh (7) buah syarikat pembida-pembida untuk tanah seluas 559 ekar. Ini yang dijangka akan dijual dengan harga sebanyak RM780 juta. Harga tender terbuka sebanyak RM780 juta adalah RM134 juta atau 21 peratus lebih tinggi daripada harga penjualan asal direct nego sebanyak RM646 juta.

Jelas rakyat Pulau Pinang untung lebih RM134 juta hanya dengan mengadakan tender terbuka. Ini menimbulkan menimbulkan kemusykilan mengapa urusan direct nego diadakan pada awal-awal lagi sehingga membelanjakan wang yang sia-sia untuk pergi ke Dubai mencari pembeli. Sungguh pun pembeli Dubai dicari, yang dijual bukanlah syarikat Dubai, tetapi ialah sebuah syarikat Dorman Malaysia UMECH Land Sdn. Bhd. The Edge Malaysia dalam laporannya pada 10 Januari 2024 yang bertajuk Turkey’s Of The Year: A Hush Hush Land Deal in Batu Kawan dan dua (2) bekas Ahli Lembaga Pengarah PDC juga mempertikaikan kelulusan Lembaga Pengarah PDC menjual 559 ekar tanah kepada UMECH Land Sdn. Bhd. pada 9 Februari 2023. Menurut mereka, Lembaga Pengarah PDC tidak meluluskan penjualan tanah kepada UMECH Land Sdn. Bhd. tetapi kepada NTT Land iaitu UMECH Construction Sdn. Bhd.

Dengan kata lain, mereka mendakwa Kerajaan Negeri dan PDC silap bila menandatangani surat perjanjian jual beli tanah dengan UMECH Land Sdn. Bhd. kerana menyalahi undang-undang. Apakah tindakan akan diambil ke atas dakwaan dua (2) bekas Ahli Lembaga Pengarah dan laporan The Edge ini sama ada Lembaga Pengarah PDC memberikan kelulusan kepada UMECH Land Sdn. Bhd. atau UMECH Construction Sdn. Bhd. agar kedudukan sebenarnya dapat dikenal pasti. Kedua, selain daripada keperluan tender terbuka urus tadbir CAT mewajibkan pemantauan dan penyeliaan serta pengurusan projek yang rapi dan profesional diharuskan. Kegagalan menjalankan kerja sedemikian menyebabkan projek pembangunan Gurney Bay sebanyak RM175 juta jadi bermasalah. Saya difahamkan kos projek meningkat kepada RM247 juta bila kos tambakan laut diambil kira. Semasa menjawab soalan semalam, Ahli EXCO Kerajaan Negeri untuk Kerajaan Tempatan Yang Berhormat Jawi telah menyatakan untuk Fasa Satu, sungguh pun tiga (3) lanjutan masa sebanyak sepanjang 122 hari telah diberikan kepada kontraktor, ia masih lewat disiapkan dan denda lewat untuk 65 hari sebanyak RM1.6juta dikenakan.

Apakah kecacatan yang masih wujud dan sedang diperbaiki untuk Fasa Satu ini. Yang lebih membimbangkan ialah tahap kemajuan kerja untuk Fasa Dua yang amat lewat dan membimbangkan sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada kontraktor dapat menyiapkan kerja dengan baik dan mengikut jadual. Apakah status kemajuan kerja dan pembayaran yang dibuat sehingga kini. Pada asalnya projek ini dijalankan bersama pihak swasta secara PPP Public Private Partnership. Bila ia diambil alih keseluruhannya oleh Kerajaan Negeri, proof of concept harus disediakan. Malangnya, proof of concept tidak dijalankan dan kos nya sebanyak RM275juta tidak disemak dengan pakar perunding kerajaan yang bebas iaitu independent price checker. Pakar perunding dilantik secara terus seperti arkitek, arkitek landskap, jurutera awam dan struktur, jurutera mekanikal dan elektrik, jurukur bahan, jurutera marine pantai dan tambakan serta consultant alam sekitar. Tidak ada pengurus atau penyelia projek sehingga masalah berikut timbul. Satu (1), tempat permainan playground rosak sebaik ia siap dibina. Dua (2), tidak ada sistem sprinkler dalam reka bentuk sehingga rumput disiram air dengan hos air. Ketiga (3), keretakan (dengan izin) concrete slacks due to lack of chlorine. Keempat (4), tidak ada longkang monsun dalam reka bentuk. Kelima (5), kegagalan pakar perunding memberikan item bila kuantiti di queue dan verition orders menyebabkan siling kontrak naik daripada 200juta ringgit kepada RM247juta.

Dan yang terakhir, pelantikan NSC, Nominator Sub Contactor bukan oleh main contractor menimbulkan banyak masalah pembayaran dan waktu kerja. Di sini, saya ingin melahirkan penghargaan kepada Ahli EXCO Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Jawi yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membetulkan kecacatan dan masalah yang timbul. Kami harus berikan sokongan penuh kepada beliau untuk mengambil segala langkah termasuk menggantikan kontraktor sekira perlu untuk menyelamatkan projek bermasalah ini. Tepuk meja lah. Ketiga, urus tadbir CAT menggalakkan pengurusan dan perancangan cukai dijalankan agar mengurangkan pendedahan pembayaran cukai. Ini penting untuk menambahkan hasil kepada kerajaan. Mengikut jawapan bertulis kepada

saya, PDC telah membayar cukai sebanyak RM5.8juta untuk tempoh masa sepanjang 10 tahun di antara 2008 hingga 2017.

Akan tetapi, pembayaran cukai telah melonjak lima (5) tahun kebelakangan ini daripada 2018 kepada 2022 kepada RM204juta. Dengan kata lain, pembayaran cukai PDC untuk lima (5) tahun 2018 ke 2022 telah melonjak 35 kali ganda kepada RM204juta berbanding dengan pembayaran cukai 10 tahun 2008 hingga 2017 sebanyak RM5.8juta. Saya difahamkan pengurusan dan perancangan cukai yang diamalkan sebelum ini tidak dijalankan selepas tahun 2017 menyebabkan beban cukai yang begitu tinggi kepada PDC untuk tahun mulai 2018. Tolong bayangkan, betapa baiknya kepada PDC sekiranya ada kira-kira RM200juta untuk dibelanjakan untuk projek pembangunan. Sudah tentu elevated reservoir, elevated reservoir yang dapat dibina di Taman Perindustrian Batu Kawan sekiranya ada RM200juta ini yang boleh menyelesaikan masalah terputusnya bekalan air di kawasan itu termasuk di kawasan Sungai Bakap. Di samping itu, berapa banyakkah consent fi untuk urusan tanah yang dihutang kepada PDC yang masih belum dibayar, saya difahamkan ia melibatkan jumlah yang amat besar dan ia mencerminkan bukan sahaja kedudukan awam, kedudukan kewangan fizikal yang tenat tetapi membebankan kewangan PDC.

Sebelum ini wang consent fi selalu dibayar kepada PDC dan bilakah ia akan dilakukan. Keempat urus tadbir CAT memerlukan prestasi kerja yang efisien, berkesan dan baik. Banyak ramai wakil rakyat merasa kurang puas hati dengan kenaikkan tarif air yang tinggi kerana kurang puas hati dengan PBAPP baik dalam aspek perkhidmatan mahupun komunikasi kepada orang awam. Bila elaun bulanan Ahli Lembaga Pengarah PBA Holdings hanya RM1,000 ke RM1,500 tetapi ada elaun bulanan sebanyak RM47,600 kepada seorang Ahli Lembaga Pengarah untuk kerja separa masa ia dianggap tidak munasabah. Buat kali pertama PBAPP pula menghadapi bekalan air terputus beberapa hari yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kelima, urus tadbir CAT mengharuskan pelaburan kepada masa depan menerusi pendigitalan, itulah sebabnya Pulau Pinang amat perlukan satu IC Design dan Vision Park. Pulau Pinang adalah pemimpin dalam pengeluaran cip semiconductor dengan membekalkan tujuh peratus bahan dunia dan 20 peratus kepada permintaan Amerika Syarikat.

Pulau Pinang digelarkan digelarkan sebagai Malaysia Silicon Valley kerana kemajuan dalam pembuatan back-end yang merangkumi packaging ENTST, EMS (Electronic Manifactoring Services) serta ATE (Automatic Test Equipment. Front End Manifacturing Equipment) merupakan bahagian back-end bukanlah front-end, yang Pulau Pinang perlu dirikan ialah front-end merangkumi research and development, IC Design and wafer fabrication. Oleh demikian insentif sepertimana yang ditawarkan oleh Selangor amat diperlukan iaitu RM60juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk software seperti EDA iaitu Electronic Design Automation dan RM65juta daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk perbelanjaan pengurusan sewa dan gaji. Pakej insentif serba ini, akan membolehkan bukan sahaja 18 buah syarikat IC Design yang sedia ada di Pulau Pinang terus kekal di sini tetapi akan menarik juga lebih banyak syarikat serupa daripada luar negeri.

Dalam ucapan perasmian, Tuan Yang Terutama membayangkan Kerajaan Negeri bercita besar berhasrat menjadi Pulau Pinang sebagai salah satu daripada 30 ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh 10 tahun. Ia memang satu cita-cita besar untuk Pulau Pinang menjadi salah satu 30 ekonomi terbesar di dunia. Kini Pulau Pinang mempunyai GDP yang keempat besar di Malaysia bukan yang terbesar di Malaysia. Saya rasa adalah lebih realistik untuk Pulau Pinang menjadi ekonomi kedua terbesar di Malaysia daripada salah satu daripada 30 ekonomi terbesar di dunia. Cita-cita menjadikan Pulau Pinang ekonomi kedua terbesar di Malaysia boleh tercapai sekiranya Pulau Pinang juga ada satu zon kewangan khas seperti Forest City di Johor Baharu. Zon kewangan khas ada special financial zone dikenal pasti sebagai enjin pertumbuhan utama pelonjakan ekonomi negeri Johor kepada persada yang lebih tinggi.

Saya tidak faham, saya kurang faham mengapa kajian terperinci dan perundingan dengan pihak-pihak peniaga perlu dijalankan, bila cadangan zon kewangan khas telah mendapat sokongan dari semua pihak termasuk Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina dan India. Bolehkah Kerajaan Negeri sebut pihak mana atau persatuan mana yang menentang permohonan zon kewangan khas untuk negeri Pulau Pinang. Saya percaya pembangkang pun sokong mendirikan zon kewangan khas di Pulau Pinang. Setuju tak, setuju tak, setuju tak, tak ada penentangan. Zon kewangan khas di Johor Baharu menawarkan kadar cukai konsesi, kelulusan visa pekerjaan yang lebih lancar dan satu pusat satu pusat henti untuk permohonan kewangan. Sekiranya Kerajaan Negeri memohon dan mendapat kelulusan ia akan menjadi satu catalyst economy yang menarik bukan sahaja dana modal tetapi juga untuk aspek berbakat masuk ke dalam negeri Pulau Pinang.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan sebanyak RM3.3juta untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bagi tahun 2024, di sini saya juga ingin mohon peningkatan yang sama RM3.3juta diberikan kepada RIBI yang amat kurang peruntukan ini. Saya harap ini boleh disokong supaya kita jaga semua, kita jaga semua rakyat Pulau Pinang. Saya percaya juga sekali lagi, pembangkang pun tidak ada bantahan dalam aspek ini juga. Betul tak, tak ada bantahan. Terima kasih, terima kasih tak ada bantahan. Kerana kita harus pendekatan yang baru iaitu janganlah kita terikat dengan isu-isu ekstremisma dan juga perkauman. Selepas kita lihat insiden yang menakutkan di mana pengganas menyerang Balai Polis di Ulu Tiram di Johor dan disusuli dengan seorang yang cuba menyerbu masuk ke Balai Polis Datuk Keramat dekat sini sahaja di Pulau Pinang dan cuba merampas submachine gun, nasib baik polis dapat menghalang dia dan menahannya. Saya nak ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak polis dan pada masa yang sama melahirkan perasaan takziah kepada keluarga dua (2) anggota polis yang terkorban di negeri Johor. Saya rasa mereka memang menjalankan tugas untuk memastikan keselamatan dan juga keamanan untuk negara kita semua. Terima kasih. Itulah yang kita hendak, marilah kita jangan kita disekat oleh ideologi yang sempit, harus dengan hati dan minda terbuka. Kita jaga semua orang selagi mereka warganegara Malaysia, saya rasa kita ada tanggungjawab untuk memperjuangkan hak mereka. Tentu untuk warga asing lain cerita tapi untuk warganegara Malaysia kita harus menganggap mereka bukan sahaja warga negeri Pulau

Pinang tapi juga warganegara Malaysia. Disini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Air Putih, seterusnya saya nak jemput ya Seberang Jaya, sila.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya iwal mursalin, wa ala alihi washohbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kepada semua rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat para dan kepada para penjawat awam yang gigih dan komited serta kepada rakyat negeri Pulau Pinang yang dikasihi yang turut mengikuti sesi ini secara langsung.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sat Seberang Jaya, Ahli-ahli Yang Berhormat untuk hari ini saya akan berhenti rehat untuk semua makan tengahari ya, sila sambung sorry ya.

Izhar Shah bin Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Kalau saya terlajak, kalau saya terlajak masa tu mohon maaf la nah, kan lambat sikit. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, atas segala peluang dan ruang yang diberikan kepada Seberang Jaya untuk terlibat langsung dalam perbahasan bagi membahaskan ucapan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah kurnia dan inayahNya, kita dapat berkumpul dan bersidang dalam sesi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelima Belas.

Sebelum saya melanjutkan perbahasan, saya ingin mengambil sedikit ruang dalam Dewan Yang Mulia ini untuk sampaikan salam takziah kepada keluarga Yang Berhormat Sungai Bakap. Kita kehilangan seorang insan yang sangat komited dalam memperjuang, membela dan membantu masyarakat setempat khususnya dalam kawasan DUN Sungai Bakap dan kawasan Nibong Tebal secara amnya. Sama-sama kita terus titipkan doa kepada seisi keluarga Allahyarham Yang Berhormat Nor Zamri Latiff atau lebih mesra dikenali sebagai YB Abang Zam, semoga Allah SWT sentiasa limpahi rahmat dan mempermudahkan segenap urusan keluarga. Ruang dan kesempatan di Dewan Yang Mulia ini juga, saya ingin ungkapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar SPM 2023, khususnya pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah menengah dalam kawasan DUN Seberang Jaya, yang telah menerima keputusan SPM pada 27 Mei 2024 kelmarin.

Kepada adik-adik, ini ialah permulaan chapter baharu dalam kehidupan. Sama ada keputusan yang diterima itu baik atau cemerlang, ataupun tidak seperti apa yang kita inginkan, usah putus asa. Bulatkan tekad, teruskan usaha, untuk terus menimba ilmu,

InsyaAllah Allah SWT akan mempermudah segenapnya. Kelmarin ada pantun berkenaan raya haji, hari ini saya nak ambil ruang untuk ucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada semua jemaah haji dari kawasan DUN Seberang Jaya dan Negeri Pulau Pinang pada tahun ini. Kita mendoakan semoga tetamu-tetamu Allah akan dikurniakan kesihatan yang baik dan keselamatan serta dipermudahkan untuk menyempurnakan haji yang mabrur. Termasuk kepada rakan Ahli Yang Berhormat kita, iaitu Yang Berhormat Pinang Tunggal yang bakal berangkat tidak lama lagi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya sahut dan senada dengan Yang Berhormat Bukit Tengah, penindasan dan pembunuhan secara besar-besaran dengan penuh kekejaman dan kezaliman terhadap saudara-saudara kita di Palestin masih berlangsung dan berlarutan. Sehingga kita sendiri dapat lihat masyarakat dunia telah melancarkan pelbagai reaksi dan tindakan, menganjurkan himpunan-himpunan aman, menggerakkan gerakan memboikot produk atau servis sekutu zionis Israel sebagai tanda solidariti dan untuk memberi tekanan kepada zionis dan sekutunya agar dihentikan kegiatan yang tidak berperikemanusiaan ini. Seberang Jaya ingin menyeru dan mengajak seluruh rakyat negeri ini untuk terus berikan tekanan dalam apa jua bentuk dan cara selagi mana ia tidak melanggar apa-apa faktor perundangan. Sebegitu juga, kita berharap pihak Kerajaan Negeri tidak menghentikan usaha untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat, dan memberi sokongan kepada Palestin serta turut mengecam tindakan zalim zionis Israel.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, beberapa bulan saja lagi, InsyaAllah akan genaplah setahun bagi kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat secara rasmi dipilih oleh majoriti pengundi di kawasan DUN masing-masing bagi penggal ini. Saya ingin mengambil ruang ini, untuk zahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua kakitangan awam, daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan sehinggalah peringkat negeri dan daerah, yang telah sedaya upaya membantu, melaksanakan tanggungjawab tanpa tunduk dan gentar kepada sebarang arahan ‘Political Master of the Day’. Terima kasih kerana laksanakan tanggungjawab atas kesedaran ianya bukan suatu keistimewaan sehingga terpaksa menidakkan bagi melaksanakan apa-apa yang dikehendaki oleh rakyat khususnya apa yang telah dibangkitkan oleh kami Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soal kenaikan tarif air ini, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah bangkitkan, serta telah kemukakan juga banyak pandangan yang baik. Saya menyokong segala pandangan tersebut, kerana sebagai wakil rakyat kawasan DUN Seberang Jaya, Saya juga tidak terkecuali, turut menerima pelbagai rungutan serta aduan dari warga Seberang Jaya. Oleh itu, saya ingin mendesak supaya PBAPP dan Kerajaan Negeri mengambil tanggungjawab dan bertindak dengan menghadam terlebih dahulu keluh kesah yang dirasai oleh rakyat, jika terpaksa juga ianya dinaikkan, lakukanlah ia secara berfasa, supaya rakyat di negeri ini, pada saat dan ketika kos kehidupan yang semakin meningkat, tidak dibebani dengan kegusaran untuk membayar bil air yang mahal. Saya ingin beralih sedikit ke konteks yang agak serupa, iaitu kenaikan kadar sewa premis sebuah agensi kerajaan yang dinaikkan secara mengejut dan mendadak. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya difahamkan oleh

usahawan-usahawan yang menyewa di premis milik sebuah agensi kerajaan iaitu PERDA, tentang kenaikan kadar sewa premis yang dinaikan kepada hampir dua kali ganda. Seperti yang saya tekankan tadi, bukan semua dapat mengharungi cabaran ekonomi masa kini dengan selesa. Maka saya ingin memohon jasa baik, Yang Berhormat Sungai Acheh untuk membantu dan melakukan intervansi, agar dapat dikaji semula keputusan kenaikan ini, kerana jika terpaksa juga dinaikkan atas faktor-faktor tertentu, lakukanlah ia kenaikan ini secara berfasa atau berperingkat, dalam jangka masa yang selesa kepada para usahawan dan penyewa. Yang Berhormat Sungai Acheh kalau dengar mohon dapat dibantu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya lihat termasuk pada Yang Berhormat Air Putih tadi pun begitu concern dengan situasi defisit perbelanjaan Kerajaan Negeri, walaupun dilihat seolah-olah boleh lagi ditampung oleh baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan ini, saya rasa sudah sampai masanya Kerajaan Negeri harus melakukan Prudent Financial Study Analysis…(dengan izin), Dato’ Yang di-Pertua dan menyusun semula keutamaan perbelanjaan serta merancang pendapatan tambahan dari sumber-sumber lain termasuk GLC milik negeri dan tidak hanya bergantung melalui hasil cukai dan bukan cukai sahaja. Kita faham dasar kerajaan masa kini ialah ke arah non-profit activities dan GLC-GLC ini ditubuhkan ke arah merancakkan sosioekonomi negeri ini. Sebab itu saya pernah bangkitkan pada sidang yang lepas untuk menggesa dan meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula peranan-peranan GLC dalam negeri kita. Ada yang bertindih fungsi, ada yang sepatutnya boleh memainkan peranan sebagai profit centre kepada Kerajaan Negeri dan bukannya cost centre semata-mata. Perlunya ada drivers dalam GLC-GLC ini dan bukannya hanya passengers yang bergantung harap kepada peruntukan dana negeri, wang rakyat. Tidak ada gunanya jika perbelanjaan untuk pengiklanan, penerbitan tabloid dan buku pencapaian serta acara-acara sambutan dibiar diguna dana rakyat termasuklah dilakukan lawatan-lawatan ke luar negara yang rakyat tidak merasai apa hasilnya.

Kesemua warga dalam Dewan ini mengimpikan sesuatu dari kedudukan kewangan negeri yang lebih baik. Saya percaya termasuklah Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua yang mungkin dah pasang impian untuk bersidang dalam bangunan DUN yang baru. Satu lagi, takkan lah sehingga pegawai-pegawai daerah pun tidak ada peruntukan khas sekurang-kurangnya RM100,000 ke RM200,000 setahun yang boleh diatur dan diguna pakai melalui kuasa Pegawai Daerah. Walaupun ada peruntukan melalui ADUN Kerajaan, Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan sedikit peruntukan yang ada pada ADUN Pembangkang tetapi tiap-tiap kawasan dan keperluan setempat adalah berbeza-beza. Maka cadangan yang saya ketengahkan ini seharusnya dijadikan sebagai preliminary actions (dengan izin) untuk membolehkan Kerajaan Negeri bernafas dengan lebih selesa. Kita harap Kerajaan Negeri mempunyai political will yang tinggi untuk melaksanakan tindakan mendesak ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sepertimana yang disentuh oleh Tuan Yang Terutama Tun mengenai penyediaan Draf Rancangan Tempat Penang Southern Island 2050 dan Kajian Pelan Induk Perindustrian Negeri Pulau Pinang serta Kajian Perancangan Pembangunan Strategik Penang Bay.

Soalan yang saya ingin ajukan ialah tahap manakah kesediaan Kerajaan Negeri untuk memperlebarkan usaha mengenai pembelaan terhadap kaum Melayu dan Bumiputera di negeri ini terutama di tempat-tempat yang sedang dibangunkan seperti di Silicon Island dan Penang Bay. Saya khuatir pembangunan demi pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan, keberadaan dan pembelaan kepentingan untuk kaum Melayu dan Bumiputera ini di negeri ini akan dilihat seolah-olah terabai. Maka saya ingin cadangkan dan ketengahkan kepada Kerajaan Negeri supaya mempertimbang untuk mewujudkan Malay Enclave Cultural Village dan Malay Related Industries atau apa-apa yang terkait dengannya contohnya rumah-rumah seperti seni bina perkampungan Melayu moden dan seni bina kebudayaan Melayu serta industri seperti kilang batik moden, kilang pembuatan keris moden, kilang pembuatan alat muzik Melayu tradisional, kilang berasaskan makanan laut seperti keropok-keropok, kilang handicraft seperti pembuatan samping dan tanjak. Pelbagai lagi contoh yang berkaitan.

Kerana walaupun dalam lokasi rancaknya pembangunan di sekitar Silicon Island dan Penang Bay, harapnya apabila ditambah dengan cadangan yang saya kemukakan ini maka akan dapat membuka lebih banyak ruang serta produk-produk pelancongan baharu termasuk disuntik dengan nilai tambah usaha untuk mengangkat pembelaan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera di negeri yang kita cintai ini.Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang adalah dijangka menjadi negeri kedua terpantas dalam penuaan populasi di mana dijangka hampir suku daripada populasi negeri ini hampir berada pada umur 60 tahun ke atas pada tahun 2040. Rata-rata dalam Dewan ni pun tak terkecuali lah, kecuali saya dan beberapa Ahli Yang Berhormat lain belum lagi 60 pada masa tu.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Belum sampai.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Belum sampai. Akan sampai. Soalan saya, apakah langkah-langkah yang akan dan telah diambil selain daripada inisiatif Bandar Mesra Usia berpandukan rangka kerja WHO ini? Adakah tawaran tempat letak khas dan percuma boleh ditawarkan kepada semua warga emas? Adakah pembukaan kaunter khidmat khas di semua Jabatan Kerajaan Negeri boleh dibuka? Adakah boleh disediakan tapak penjaja mesra warga emas? Adakah juga boleh diberikan pengecualian cukai tanah? Adakah juga boleh diberikan pengecualian cukai pintu diberikan kepada warga emas yang tinggal sebatang kara di rumah dan tidak ditemani waris? Seberang Jaya mohon diberi pencerahan seterangnya. Di samping itu, waktu menunggu di semua hospital dan klinik-klinik kesihatan negeri harus dicari jalan untuk ditambah baik agar warga emas tidak disukarkan dengan waktu menunggu yang begitu lama untuk mendapatkan rawatan dan lain-lain. Saya juga ingin tahu status projek rintis penyumberluaran bekalan ubat ke farmasi komuniti yang telah diwujudkan, di manakah lokasinya dan berapakah jarak-jarak yang dirancang dengan setiap klinik kesihatan yang ada?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengenai pembelaan kaum wanita. Saya mohon supaya dapat disenaraikan bajet dan perbelanjaan termasuk jumlah peserta wanita yang telah berjaya mendapat pendapatan dari program bimbingan dan pewujudan rangkaian sokongan di antara usahawan-usahawan yang telah dijalankan. Tolong berikan senarai program dan outcome serta di manakah dan apakah kedudukan peserta-peserta ini sekarang? Saya sependapat dengan Yang Berhormat Batu Uban khususnya yang menyentuh pembelaan kepada peniaga-peniaga kecil dalam negeri. Saya nak sentuh lebih ke arah pembelaan terhadap kalangan golongan wanita, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan belia-belia yang menganggur. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil supaya suatu memorandum persefahaman dapat diilhamkan dengan usahasama dengan PBT-PBT dan Pejabat Daerah supaya golongan-golongan ini tidak dihantui oleh pihak penguatkuasaan sekiranya mereka perlu berniaga di anjung rumah masing-masing, di tepi-tepi jalan atau menjaja secara bermusim hanya semata untuk menumpang mencari rezeki tambahan. Saya berpendapat sepatutnya Kerajaan Negeri membantu golongan ini dengan memberikan bimbingan secara holistik dan pendekatan dengan penuh santun untuk diterangkan mengenai syarat-syarat untuk memperoleh lesen-lesen berniaga atau jika boleh diberikan lesen-lesen khas seperti yang pernah dilakukan oleh mantan Menteri Wilayah, Yang Berbahagia Tan Sri Annuar Musa di Kuala Lumpur melalui DBKL.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan sukan. Terima Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari ada Sungai Dua turut prihatin tentang insiden yang telah berlaku kepada seorang pemain boleh sepak anak jati Permatang Pauh, Pulau Pinang iaitu pada saudara Faisal Halim atau lebih mesra dengan gelaran Mickey. Apa yang telah berlaku terhadap Faisal Halim adalah suatu insiden yang tidak sepatutnya berlaku terutama apabila negara kita ini cukup sinonim dengan keharmonian dan keamanan. Sama-samalah kita doakan semoga Faisal Halim dan keluarga akan terus cekal dan tabah, dikurniakan kesihatan dan kesembuhan agar dapat kembali beraksi di pentas bola sepak tanah air. Saya juga ingin mengambil ruang Dewan yang mulia ini untuk ucapkan tahniah kepada pasukan takraw negara yang telah mencatat keputusan yang cukup cemerlang dalam kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw baru-baru ini. Oleh yang demikian, berkaitan dengan pembangunan sukan dalam negeri. Saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri mempunyai strategi khusus untuk memantau dan seterusnya menaik taraf prasarana-prasarana sukan agar anak-anak muda dalam negeri kita ini dapat mengasah bakat dan berusaha untuk maju dalam bidang sukan yang diceburi. YB Padang Lalang angguk tu InsyaAllah dapat diberi pencerahan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya dah sampai untuk menyentuh kawasan dalam DUN Seberang Jaya. Terdapat beberapa bangunan, projek-projek lama, prasarana lama yang dah terbiar atau belum ada progress. Seperti dalam sesi soal lisan, kalau dirujuk dari cadangan yang pernah dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini juga, ada cadangan telah dibuat untuk menjadikan Tapak Ekspo Seberang Jaya sebagai Northern Integrated Transportation Hub cum Agro Exhibition and Business Centre. Cadangan ini saya ketengahkan sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini, kerana selain dari kita dapat mengekalkan kegunaan tanah ini untuk agro related activities, tetapi dapat

juga diberi nilai tambah kemungkinan sebagai salah satu main connection point untuk LRT dari Pulau pinang ke Seberang yang juga boleh kita pertimbang sebagai northern region express bus station termasuk untuk teksi dan pusat integrasi e-hailing dan p-hailing di bahagian Seberang. Dengan cara ini kita dapat dilihat menggerakkan usaha untuk membela golongan e-hailing dan p-hailing agar mereka mempunyai port persinggahan berpusat yang mesra rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan bangunan atau projek lama yang terbiar juga. Saya ingin ajukan soalan kepada pihak Kerajaan Negeri iaitu mengenai Kompleks Bazar Perdana Bandar Perda. Adakah projek ini akan atau telah diambil oleh mana-mana agensi kerajaan? Harap dapat diberi pencerahan dan diadakan suatu tindakan yang komprehensif untuk menghidupkan semula kawasan ini. Sebab sekarang dah jadi paranormal hotspot untuk orang buat siaran langsung cari hantu. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pada sidang yang lepas juga saya ada bertanya dan bangkitkan berkenaan dengan sebuah kompleks fasiliti sukan yang ada dalam Seberang Jaya. Yang Berhormat Padang Lalang, sebenarnya apakah progress mengenai projek penaiktarafan berkenaan Kompleks Sony ini? Kerana jika dirujuk kepada jawapan kepada soalan bertulis sidang sebelum ini tapak tersebut sepatutnya mula kerja naik taraf bermula Disember 2023 tapi tapak tersebut dalam laluan ke rumah saya tiap-tiap hari saya lalu nampak belum ada kerja naik taraf nak bermula. Jadi adakah pelan-pelan yang telah diluluskan sebelum ini masih akan diguna pakai? Jika tidak, adakah Kerajaan Negeri akan membuka RFP baru bagi tujuan kerja naik taraf di fasiliti ini?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kesesakan trafik dalam kawasan Seberang Jaya bukanlah suatu perkara yang baru lagi. Dah jadi sebati disebabkan jalan atau jajaran utama dalam kawasan Seberang Jaya iaitu yang telah menyentuh lebuhraya dari Juru ke Sungai Dua, bulatan Bukit Tengah ke Jalan Baharu, bulatan Bukit Tengah ke Tok Kandu sehingga ke Sama Gagah cukup sesak apabila tiba waktu kemuncak di sebelah pagi dan sebelah petang. Maka jalan-jalan alternatif telah diakses oleh pengguna-pengguna jalan raya. Jalan-jalan alternatif yang diakses ini telah merentasi beberapa jalan-jalan dalam kawasan taman perumahan dan jalan-jalan kampung dan akhirnya menyebabkan kesesakan pula dalam kawasan perumahan dan jalan kampung. Maka dengan itu, beberapa laluan yang telah dikenal pasti yang saya bangkitkan ini. Tambah masa sikit. Amat-amat memerlukan perhatian Kerajaan Negeri untuk diperlebar dan juga dinaik taraf. Antaranya ialah Jalan Kampung Belah Dua, Jalan Kampung Masjid Timah menghala ke Taman Sutera, jalan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn ke Kampung Pertama, jambatan Kampung Utama menghala ke Taman Sutera, flyover Lebuh Jenahak dari Taman Tun Hussein Onn menghala ke Taman Siakap dan Jalan Tenggiri serta jambatan dari Jalan Todak Bird Park menghala ke Chai Leng Park perlu diperlebarkan dan dinaik taraf.

Amatlah diharap supaya Kerajaan Negeri dapat mengkaji serta mempertimbangkan kelulusan untuk menaik taraf laluan-laluan ini agar dapat diberi keselesaan kepada warga setempat dan pengguna jalan-jalan tersebut. Sehubungan dengan itu, saya juga ingin bertanya berkenaan peruntukan MARRIS. Adakah sememangnya telah menjadi amalan untuk disalurkan peruntukan ini secara berfasa?

Saya mohon Yang Berhormat EXCO berikan penerangan terperinci berkaitan penyaluran peruntukan MARRIS secara berfasa ini. Adakah pada tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya? Adakah pada tahun ini dikurangkan nilainya? Saya bangkitkan ini kerana risau dan khuatir sekiranya ianya akan melambatkan usaha jabatan-jabatan berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan. Landing, boleh makan awal...

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Tuan Yang Terutama Tun telah menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memberikan idea-idea tidak kira dari pihak Kerajaan atau pihak Pembangkang dan hubungan simbiosis di antara sektor swasta dan awam untuk mewujudkan ekosistem pelaburan dan pentadbiran bagi meningkatkan produktiviti negeri. Maka eloklah Kerajaan Negeri ini lebih tumpukan kepada pentadbiran yang lebih adil dan berhemah serta penerapan amalan inklusif sepenuhnya, total inclusivity dapat diterapkan dengan amalan dengan lebih telus dan ikhlas Oleh itu, penglibatan ADUN-ADUN Pembangkang amatlah penting bagi mencapai hasrat visi Penang2030. Permatang Pasir ada memohon peruntukan tambahan. Sebegitu juga Seberang Jaya suarakan sekali lagi untuk ADUN-ADUN Pembangkang. Harap dapat dilakukan sesuatu kepada yang memerlukan. Di dalam sesuatu perkhidmatan itu, harus ada keikhlasannya. Berkhidmatlah dengan sepenuhnya keikhlasan kerana Allah SWT. Hanya kepada Allah SWT kita berserah. Dengan itu, saya mohon menyokong dengan teguran, cadangan dan pindaan sepertimana yang dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Seberang Jaya. Seterusnya saya nak jemput, KOMTAR, sila.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Terima kasih Yang Berhomat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Selamat tengahari, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani kepada semua dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul terima kasih ke atas ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di dalam Dewan yang mulia ini.

Pertama sekali, saya menyambut baik hasrat Tuan Yang Terutama Tun seperti yang ditegaskan dalam ucapan perasmian Tun untuk mengemukakan pandangan serta cadangan bagi meningkatkan hasil negeri. Dato' Yang di-Pertua, ramai orang tidak tahu hasil kerajaan datang dari mana, banyak ingat income tax yang dibayar, company tax yang dibayar, SST yang dibayar oleh mereka itu akan jadi hasil negeri. Sebenarnya tidak, sebenarnya hasil Kerajaan Negeri terdiri daripada tiga (3) komponen yang besar iaitu:-

i) Hasil Cukai

ii) Hasil Bukan Cukai

iii) Terima Bukan Hasil

Merujuk kepada Bajet Negeri Pulau Pinang 2024, anggaran hasil negeri Pulau Pinang yang terbesar adalah daripada komponen Hasil Bukan Cukai iaitu sebanyak RM277,924,029 bersamaan 52.13 peratus. Sumbangan yang terbesar adalah Bayaran Permohonan Tanah iaitu sebanyak RM85,150,698 diikuti oleh Faedah Dari Pelaburan Deposit Pasaran Wang iaitu RM55,000,000 dan selepas itu adalah bayaran Pendaftaran Pindah Milik Tanah, Premium Tanah – Tukar Syarat sebanyak, Premium Pemberikan Milikan, Bayaran Khas Tanah selain Faedah Dari Pelaburan Deposit Pasaran Wang, semuanya hasil adalah berkaitan dengan Tanah. Manakala, anggaran hasil cukai negeri Pulau Pinang hanya RM167,909,984 bersamaan dengan 31.50 peratus. Sumbangan hasil yang terbesar adalah Cukai Tanah dan Cukai Petak iaitu RM 136,387,226.00.

Bagi terima bukan cukai, adalah hasil yang tidak berkaitan dengan cukai. Contohnya terima dari Agensi Kerajaan dan Keuntungan Atas Jualan atau Pelupusan Aset. Komponen ini adalah sebanyak RM87,243,242.00 bersamaan 16.37 peratus. Selepas menyatakan angka-angka begitu banyak di atas, saya boleh simpulkan di sini bahawa hasil negeri Pulau Pinang adalah banyak bergantung kepada urusan tanah. Jika kita nak tingkatkan hasil kerajaan, kaedah yang paling cepat adalah kaji semula kadar cukai tanah. Tetapi cadangan ini memang tidak akan mendapat sambutan baik oleh rakyat Pulau Pinang seperti baru-baru ini pengumuman kenaikan bil air oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) walaupun kadar air tidak dinaikkan sejak tahun 2015. Tetapi jika PBA tidak menaikkan kadar air, bagaimana PBA boleh menampung kos operasi yang kian meningkat dan mempunyai dana untuk melaksanakan projek naik taraf supaya bekalan air tidak terjejas. Negeri Pulau Pinang sejak tahun 90-an tidak pernah kaji semula kadar cukai tanah dan ada kawasan yang sudah dibangunkan jadi sebagai bandar tapi masih dikenakan kadar cukai luar bandar. Satu lagi kaedah yang boleh Kerajaan Negeri ambil adalah menjual tanah kerajaan kepada pihak swasta untuk pembangunan dan juga boleh dapat hasil yang besar. Sejak dahulu Kerajaan Negeri pernah menjual tanah kepada swasta seperti kepada Syarikat IJM di Jelutong, Syarikat E&O di Tanjong Tokong semasa pimpinan Barisan Nasional. Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah menjual tanah Bayan Mutiara seluas 103 ekar kepada Syarikat Ivory dengan harga RM1.07 Billion dan pada tahun 2016 jual tanah di Peel Avenue seluas 6.4 ekar dengan harga RM156 juta kepada Hospital Island. Hasil jualan tanah yang diterima telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan negeri dan menambah rizab Kerajaan Negeri.

Selain jual tanah, satu lagi cara yang tidak membebankan rakyat adalah meningkatkan terima bukan hasil. Kerajaan Negeri boleh cuba merayu kepada Kerajaan Pusat untuk memberi geran tunai tambahan sebanyak RM500 juta setiap tahun negeri Pulau Pinang sebagai balasan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang selalu mengukuhkan kedudukannya sebagai penyumbang utama kepada pelabur asing, pelabuhan langsung asing (FDI) dan eksport yang tertinggi dalam Negara, (dalam Mandarin) …(dengan izin), Dato’ Yang di-Pertua. Ramai orang tidak tahu sebenarnya FDI dan eksport yang tinggi, Kerajaan Negeri memang tidak mendapat hasil yang banyak kerana kebanyakan cukai adalah dibayar kepada Kerajaan Pusat. Namun, FDI tetap penting kerana ianya akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, merangsang perniagaan dan keperluan perumahan. Bagi meningkatkan persaingan Kerajaan Negeri,

Kerajaan Persekutuan juga perlu menyalurkan peruntukan yang cukup kepada Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang di-Pertua, orang awam asyik mengadu mengapa kebanyakan projek Kerajaan sentiasa lewat siap atau delay dari tempoh jangka masa yang ditetapkan. Sebenarnya ini bukan satu tanggapan dan sebaliknya ini adalah satu hakikat dan realiti yang berlaku. Sebagai contoh, projek naik taraf tandas di Bangunan Komtar, kontraktor diberi masa tiga (3) bulan untuk menyiapkan tandas tersebut tetapi public tanya-tanya, apa toilet yang upgrade perlu 3 bulan? Tetapi malangnya, tiga (3) bulan yang diberi adalah satu masa yang panjang tetapi kontraktor itu masih tidak dapat menjayakan projek itu dalam masa tiga (3) bulan. Menggunakan masa empat (4) hingga lima (5) bulan. Ini hanyalah satu contoh biasa yang saya gunakan. Masih terdapat juga projek-projek kerajaan yang delay bertahun-tahun. Kerajaan sepatutnya harus meneliti dan memandang serius atas status kerja projek itu. Selain itu, Kerajaan Negeri boleh menyenarai hitam blacklist jika terdapat kontraktor yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga dengan pegawai yang tidak menjalankan pemantauan projek dengan baik, Tindakan tatatertib haruslah dikenakan agar projek dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan sekaligus menjaga imej Kerajaan Negeri. Dato’ Yang di-Pertua, susulan Pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menaikkan kadar gaji penjawat awam kepada 15 peratus, saya berasa ini adalah satu perkara yang datang tidak tepat pada masanya kerana defisit Kerajaan Negeri adalah tinggi. Walau bagaimanapun, saya tetap menyokong usaha ini kerana kerajaan sudah lebih daripada 10 tahun tidak melakukan perubahan struktur gaji kepada penjawat awam. Oleh itu, struktur skim gaji ini haruslah dilaksanakan secara berhemah iaitu think out of the box, how to make it iaitu tidak menambahkan lagi defisit Kerajaan Negeri.

Saya percaya skim gaji yang baru ini semestinya dapat mengalakkan penjawat awam untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Namun begitu, KPI yang bersesuaian juga perlu ditetapkan untuk memastikan penjawat awam sentiasa berkhidmat mengikut garis panduan dan mencapai tahap perkhidmatan yang memuaskan. Bagi penjawat awam yang melanggar peraturan atau tidak menjalankan tanggungjawab dengan amanah sehingga merencatkan usaha membawa kemajuan bagi memberi kesejahteraan kepada rakyat, kerajaan perlu mengambil tindakan tertentu seperti memberi amaran, tindakan yang tegas juga perlu diambil menurunkan pangkat atau membuang kerja demi menjaga nama baik penjawat awam. Saya berharap agar Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) boleh menyokong Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan yang serius terhadap penjawat awam yang tidak mencapai KPI, pecah amanah, melanggar peraturan kerana ini adalah kaedah yang terbaik untuk memulihkan semula imej perkhidmatan awam dengan amalan budaya kerja berintegriti dan berprestasi tinggi. Saya berharap kita semua boleh melihat skim gaji ini dengan lebih holistik jika diperkenalkan di negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, skim gaji baharu ini akan meningkatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri.

Selain itu, saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya dapat mengkaji dan menggunakan teknologi AI bagi mempercepatkan serta memudahkan

kerja-kerja penjawat awam agar dapat mengurangkan bilangan penjawat awam. Bagi pandangan saya, selepas kenaikan gaji ini ianya akan sedikit sebanyak mencetus inflasi. Saya berpendapat bahawa satu cara yang berkesan adalah kerajaan perlu memperkukuhkan nilai mata wang ringgit. Jika ringgit versi USD boleh naik atau dengan bahasa kuat lagi naik 20 peratus maka, barangan import akan lebih murah 20 peratus dan pada masa itu inflasi juga akan lebih kurang. Di negara Malaysia, kita terlalu bergantung kepada produk-produk import. Ini secara langsung akan membawa impak yang besar kepada konsumer dan ekonomi tempatan. Kita harus lebih menggalakkan pembuatan dan penggunaan produk-produk tempatan supaya rakyat Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import.

Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pelannya untuk mewujudkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital, yang menawarkan sejumlah 1 juta kaki persegi ruang pejabat premium untuk menarik dan menempatkan projek berimpak tinggi. Selain itu, Ketua Menteri baru-baru ini juga mengumumkan penubuhan Penang Chip Design Academy untuk memperkasakan negeri Pulau Pinang dalam bidang Reka Bentuk (IC) dan Digital. Saya mengalu-alukan projek-projek ini agar ianya dapat dilaksanakan secepat mungkin. Tetapi usaha-usaha untuk melahirkan bakat-bakat yang mencukupi memerlukan tempoh masa yang agak panjang. Oleh itu, Kerajaan Negeri buat masa sekarang perlu menarik semula minat bakat- bakat warga negeri Pulau Pinang yang bekerja di luar negeri atau luar negara, khasnya memberi insentif dan menawarkan pakej-pakej yang kompetitif. Kerajaan Negeri boleh memohon dengan Kerajaan Pusat supaya dapat memperoleh insentif-insentif untuk melaksanakan inisiatif yang baik ini. Dato’ Yang di-Pertua, di Negeri Pulau Pinang, terdapat banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sentiasa berhasrat untuk menganjurkan program namun menghadapi kekurangan dana. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar mempertimbangkan pemberian peruntukan kepada NGO yang berhasrat untuk menganjurkan program bertaraf nasional atau antarabangsa. Berdasarkan pemerhatian saya, apabila NGO menganjurkan program di Pulau Pinang, ramai peserta dari luar negeri mahupun luar negara menunjukkan minat kerana dapat datang ke Pulau Pinang sambil melancong. Kehadiran peserta ini akan membantu merangsangkan ekosistem pelancongan di Pulau Pinang. Bayangkan satu program dengan 1,000 peserta, maka syarikat penerbangan, hotel, bas, teksi, restoran, kedai cenderamata, tempat tarikan pelancongan, pusat konvensyen dan lain-lain akan dapat manfaat.

Saya mencadangkan insentif sebanyak RM50 bagi setiap peserta untuk program 2 hari 1 malam dan RM100 bagi setiap peserta untuk program 3 hari 2 malam kepada peserta dari luar Pulau Pinang, dengan had maksimum RM100,000 bagi setiap program. Insentif ini boleh diperoleh daripada kutipan fi hotel, dalam Manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, ada menyatakan mengenai peruntukan sebanyak RM2 juta setahun untuk NGO. Dato’ Yang di-Pertua, saya ada membangkitkan isu yang saya ingat banyak orang juga minatlah di dalam Dewan ini, dalam soalan bertulis No 15 yang mana soalannya, bolehkah Kerajaan Negeri selaraskan kelajuan Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Tun Lim Chong Eu pada had 80 km/j dan bukan seperti sekarang yang mana ada sebahagian jalan had kelajuannya adalah 70 km/j. Jawapan yang saya terima daripada

Yang Berhomat Tanjong Bungah adalah penetapan had kelajuan di jajaran lebuh raya ditentukan berdasarkan kepada reka bentuk dan geomenteri jalan. Bagi penetapan had laju lebuh raya, kerajaan menggunakan 85 peratus, iaitu had laju maksimum adalah ditetapkan pada 85 peratus daripada had laju reka bentuk, dalam jawapan juga di sebut bahawa Jambatan Pulau Pinang di reka dengan had kelajuan 100 km/j. Maka jika rayuan saya diselaraskan had kelajuan ke 80 km/j adalah masuk akal serta praktikal kerana ia tidak lebih daripada 85 peratus maksimum kapasiti. Maka, sekali lagi saya merayu untuk kerajaan boleh menyelaraskan had kelajuan Jambatan Pulau Pinang ke 80km/j.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan yang Terutama Tun yang memacu program menanam satu juta pokok dalam sehari melalui Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar. Saya menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan Negeri untuk tanam lebih banyak pokok bagi mengatasi isu pemanasan global. Namun, kita perlu menitik berat jenis pokok yang paling sesuai untuk topografi kawasan tertentu. Contohnya, jikalau pokok di tanam di tepi jalan atau tempat awam, maka perlu memilih jenis pokok yang memberi teduhan yang luas dan ianya memerlukan penyelenggaraan yang minimum serta memastikan akar pokok tidak akan tumbuh terhadap permukaan jalan. Kerajaan Negeri juga perlu memastikan diagnostik kesihatan dilakukan untuk pokok-pokok secara berkala bagi menjamin pokok tersebut masih sihat dan tidak membawa risiko kepada orang ramai terutamanya ketika musim hujan. Dato' Yang di-Pertua, menyentuh isu kawasan pula, sebahagian jalan Lebuh Campbell telah dilebarkan pada tahun 2022 sebagai projek rintis (pilot projek). Selepas projek siap, petak letak kenderaan dan petak punggah memunggah juga telah ditambah dan ianya secara tidak langsung membantu perniagaan di kawasan berkenaan dan ianya mendapat sambutan baik daripada pekedai dan pengunjung. Tetapi saya sering menerima pertanyaan daripada pekedai lain. Bilakah projek yang sama akan dilaksanakan di bahagian lain dekat kawasan tersebut. Ini berikutan pelanggan mereka dikenakan saman dan tayar kereta dikapit akibat kekurangan tempat parkir kereta. Oleh sebab itu, perniagaan peniaga di situ terjejas. Saya menerima berita baik dalam jawapan soalan bertulis saya bahawa kerja-kerja pelebaran jalan ini akan dilaksanakan pada hujung bulan Mei 2024 iaitu dalam jangka ini lah dan dijangka siap pada Oktober 2024.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ada membangkitkan isu premis komersial wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang terdapat di kawasan Lebuh Acheh. Namun begitu, MAINPP memaklumkan bahawa ke semua 19 unit di kawasan itu di sewa. Namun begitu, hasil pemerhatian saya, terdapat beberapa unit kedai mereka sentiasa tutup. Bagi pendapat saya, MAINPP perlu mengkaji semula status sewaan dan jenis perniagaan di unit-unit berkenaan kerana banyak peluang keemasan untuk bumiputera menjalankan perniagaan di kawasan itu. Lokasi itu adalah sangat strategik dan peluang ini harus diambil sebaiknya. Dato’ Yang Di-Pertua, Jejantas Pejalan Kaki Octopus telah dinaik taraf oleh Syarikat Ensignia Construction Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat IGB Corporation Berhad yang berharga RM6 juta sebagai tanggungjawab Sosial Korporat. Kerja-kerja menaik taraf jejantas ini yang melibatkan pengalihan kabel- kabel utiliti, pembinaan tiga (3) buah tangga bergerak, empat (4) buah lif dan pemasangan lampu jenis LED untuk pencahayaan di kawasan jejantas. Tapi malangnya, jejantas ini

tidak mendapat pemeliharaan yang baik dan selalu mengalami kerosakan serta vandalisme. Tangga bergerak dan lift sering mengalami kerosakan, menimbul masalah dan kesusahan bagi pengguna terutamanya golongan OKU serta ianya secara tidak langsung menimbulkan ketidakpuasan hati kepada orang awam yang sentiasa menggunakan laluan di jejantas berkenaan. Saya berasa kecewa terhadap tindakan untuk memperbaiki fasiliti berkenaan yang memakan tempoh masa panjang dengan pelbagai alasan. Sampai ada pengguna jejentas ini membangkitkan jika masalah ini tidak dapat ditangani, adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji untuk merobohkan jejantas ini dan di ganti dengan sistem lintasan pejalan kaki berisyarat untuk melintas jalan seperti di bawah KOMTAR ke Prangin Mall.

Sebelum mengakhiri perbahasan, KOMTAR berharap agar cadangan-cadangan bernas ini dapat diteliti oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri. Dengan sokongan penuh daripada warga negeri untuk menjadikan ianya sebagai negeri yang lestari dan harmoni sejajar dengan Visi Penang2030. Izinkan saya mengakhiri dengan serangkap pantun :

Sebelas tahun sudah bersidang, Berbagai ragam sudah di rakam,

Suka duka berlainan padang, Sudah menjadi asam garam.

Sekian, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB sebelas tahun sini. Okey, Ahli Kawasan Pinang Tunggal. Sebelum kita henti rehat last sila.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Bismilahhirahmanirahim, Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan salam Penang 2030. Kelmarin Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, TKM 1, EXCO, Ketua-Ketua Jabatan dan semua sahabat-sahabat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertama sekali saya ingan merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah atas ucapan saranan dan cadangan dari TYT Tun yang begitu prihatin dalam nawaitu beliau untuk terus membangunkan negeri Pulau Pinang ini.

Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Nor Zamri, ADUN Sungai Bakap, Mantan Sungai Bakap dan juga merupakan rakan sekerja saya. Kami sama-sama kerja di Sony selama hampir 10 tahun. Seterusnya saya ingin maklumkan, terima kasihlah kepada Dato’ Speaker yang memberikan laluan walaupun jadualnya rehat. Saya ingin memaklumkan saya akan menunaikan ibadat haji pada lusa hari Khamis ini, selamat berangkat menunaikan

haji dan saya doakan lah, saya akan doa kan di Mekah nanti agar Yang Berhormat CM, TKM, EXCO dan semualah di dalam ini Allah panjang umur untuk terus bangunkan negeri Pulau Pinang ini. InsyaAllah. Saya juga akan doakan supaya Pulau Pinang terus maju dan makmur, negeri Pulau Pinang bebas dari rasuah, bebas daripada salah guna kuasa dan adil pada semua rakyat dan termasuk Wakil Rakyat lah. La ni Wakil Rakyat berasa macam tak berapa adil jadi saya akan doalah Allah bukakan hati CM dan semua untuk fikirkan kembali. Tadi kita tengok, kemarin disebut oleh wakil Kerajaan. Wakil Kerajaan pun minta supaya ada peruntukan, bayangkanlah kalau wakil kerajaan pun minta peruntukan sebab tak cukup tambah kami ni dianaktirikan peruntukan. Di hadapan saya semoga Allah bukakan hati Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pertimbangkan, bagilah balik bukan bagi balik bagi peruntukan pada kami sebab dia hak masing-masing.

Seterusnya saya nak sentuh sikit isu zakat, ianya bukan isu, hal zakat. Di sebut oleh Ketua Pembangkang kelmarin betapa kita faham zakat di bawah satu institusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang memang terbukti sangat peka dan prihatin dan kita ada good governance…(dengan izin), cumanya bila pengagihan semasa sebelum bulan puasa dan masa bulan puasa masa bakul makanan kita ADUN PN tidak diberikan hak kita. Orang mai pejabat minta dekat kita padahal benda itu diberi kepada pihak lain. Jadi, ia menimbulkan satu masalah untuk kami pula. Jadi kita tak sampai hati nak habaq kata, pi sana semua. Kita tak boleh sebut lagu tu tapi tak buat lagu tu pasal apa kita paham. Sepatutnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang kena hormati demokrasi, kami dipilih…(dengan izin), secara demokratik tetapi pilihanraya yang kita tau sangat panas, nak lahirkan seorang wakil rakyat ni bukan mudah. Tiba-tiba bila kita ambil hak dia bayangkan. Tuan-tuan yang Kerajaan Negeri pun rasa tadi macam mana bila kita ini Kerajaan Negeri, yang pusat tu orang lain, kita rasa bagaimana kita didera, pintu tak dak, pintu ini tak dibuka. Jangan kita apa kita rasa, pula kita pulang pada orang lain. Dunia ini bulat, ibarat bola. Ke depan ni kalau kita set satu naratif yang macam ni, kita pulak di tempatkan sini, macam mana. Kalau kata pihak kerajaan pulak macam mana. So, saya berharaplah kemarin pun ada sembanglah sikit-sikit dengan apa ni Pengerusi Zakat, Chairman Zakat. Kebetulan TKM pun ada tang tu juga, yang syoknya YDP Majlis Agama pun ada tang tu juga. Saya berharaplah supaya review baliklah, katanya ini kelulusan board. Board punya kelulusan supaya tempat-tempat yang ADUN Pembangkang ini serah kepada BERNAS. Kita harap board review baliklah, Insya Allah na, review balik sebab keadilan perlu dilihatlah.

Keduanya isu air ni. Memang semua orang setujulah. Saya pun agak merasa seronoklah bila kita nampak satu kesepakatan semua ADUN, hatta EXCO pun setuju isu air ini, isu yang isu rakyat, isu semua orang. Apabila dia bukan walaupun PBA sebut kata apa ni apa tu kenaikan tu on par ataupun masih rendah dari negeri lain tapi bila bil dia sekali ganda, dua kali ganda, tiga kali ganda, dia membebankan dan tengok apa kita bincang selama ni semua setuju bahawa perlu review semula. Betul tak betul, semua setuju. Aah semua setuju. Sapa yang ..semua setuju bahawa kena review semula. Saya yakin bahawa Kerajaan Negeri akan mendengar masalah inilah dan kalau kita tengok la ni lah sapa yang setuju bahawa kalaulah DUN pada hari ni buat keputusan minta PBA review semula maksudnya mungkin sama ada kekalkan ataupun kita buat satu kadar yang lebih munasabah. Sapa yang setuju bahawa kadar kadar yang yang ada ni

membebankan, bangun, nak tengok. Sapa setuju kadar yang PBA buat ini membebankan, bangun.

Ahli KawasanSungai Acheh (YB Rashidi bin Zinol):

Betullah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Silap,

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Penat, penat la tu.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sapa yang setuju kadar ni tak membebankan ini bangun.Okay, okay. Itu betul tu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Takpa la..sampai habis.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

La semua setuju tak membebankan maksudnya PBA kena take note benda ni, betul tak betul. Ini harta rakyat. Tak pa la, final final, Speaker ambil hat last tu. Saya pun bukan apa, hari ni banyak sangat. Pergerakan-pergerakan, kita pun nak pi dua hari lagi dengan macam-macam ni. Okey, okey. Seterusnya saya nak sentuh sikit beberapa isulah berkait dengan Pinang Tunggal ini. Pertama, jawapan-jawapan daripada EXCO ataupun Kerajaan Negeri sometime kena selidik dulu kan kadang-kadang jawapan itu macam contoh bila saya minta supaya diadakan Pusat Pelancongan di Pinang Tunggal di DUN Pinang Tunggal, saya dapati DUN Pinang Tunggal ni tak banyak pusat pelancongan ataupun destinasi pelancongan. Saya minta disenaraikan maka antara disenaraikan tempat-tempat yang memang satu bukan bawah Pinang Tunggal, di bawah apa ni bawah, bawah ni dia bawah Penaga. Macam Galeri Arkeologi Guar Kepah ni bawah Penaga, Batu Sempadan okey lah, Pantai Kamloon dah tutup 20 tahun dah tapi masih letak sebagai destinasi pelancongan so benda-benda ni sometime pihak pejabat kena tengok check lah, jangan take for granted macam kemarin kan, tu kita ambik, ambik, ambik, tu imej dia tak baiklah. Kita menuju kepada CAT. Okey na.

Satu lagi saya nak sebutlah tentang apa ni banjir kilat ni. Banjir kilat ni, la ni hujan 3, 4 jam, banjir dan kalau dulu ni kalau setiap kali hujan, 3,4 kampung la 5, 6 kampung, 7, 8 kampung dan dia berlaku bukan di DUN Pinang Tunggal ni saja, merata-rata, so saya dapat jawapan dari JPS dia akan buat kekerapan penyelenggaraan. La ni dia buat 5 kali dia akan buat 12 kali so harapan sayalah, lepas ni lepas 12 kali ni maka kalau ada

peruntukanlah, maka kita boleh atasi dan mungkin perlu ada satu study lah kenapa benda yang sama berlaku lagi walaupun dia dok ulang-ulang tu. Apa yang saya dapati ialah jawapan dulu ni kadang-kadang penyelenggaraan ni macam ni. Katakan kita selenggara 6, 5 bulan sekali, 5 kali setahun, silap 5 kali setahun. Kalau masa musim hujan kita selenggara kita ikut jadual dia mungkin satu bulan setengah ataupun dua (2) bulan, kalau mai musim hujan kalau kata selenggara ikut dua (2) bulan sekali pakai dak dia tak boleh. Musim panas, musim air kering ni, enam (6) bulan pun tak pa, tu kena review balik ni walupun saya difahamkan susah sebab nak adjust kontraktor tu payah, tapi dia kena fikirlah, buat apa you senggara benda yang tak perlu senggara, buang duit, betul betul kawan-kawan. Sana lambat pasaipa. You kata you nak senggara based on frequency dua bulan dua bulan, masalah dia ialah you senggara benda yang tak perlu senggara. Am I right? So benda ni kena review, kita tak boleh ikut style lama dah, kena cakna dengan cuaca tu.

Okey, seterusnya saya nak sentuh sikit pasai ni, pasai saya dapati bahawa trek basikal tak da di SPU. Pasaipa, ialah tempat lain trek basikal, tak ada pasaipa? Banyak orang tanya saya ni. Saya tengok data ni banyak di Timur Laut, belambak di Barat Daya, penuh di SPT bila mai SPU tak ada.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia kata you di bendang.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Aa..Bagilah kami bajet, bajet kami buat kat bendang. Bagi bajet.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tu lebih selamat.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Ya la..sampai tak da langsung, tak bolehla macam tu. Tu EXCO berkaitan kena tengoklah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kena kaji.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okey. Kita pergi balik kepada bekalan beras tempatan. Bekalan beras tempatan. Saya, kita pun faham Menteri Kabinet Keterjaminan tersebut bahawa dia tak boleh nak kontrol isu beras tempatan. Tak boleh mencelah hai., tak bagi tak bagi tak bagi. Okey, kita semua tau bahawa isu beras ni semakin kritikal. Rumah saya betul-betul bertentang

dengan kilang beras. The only kilang padi BERNAS in Penang depan rumah saya. Kalau tengok statistik ini, tahun 2020 jumlah padi tan metrik yang dibeli oleh BERNAS 17,000 tan, 2021 - 13,000, 2022 - 13,000, 2023 tahun sudah 9,000 ya dan tahun ini sehingga April 3,000 saja, maknanya lagi empat (4) bulan baru 3,000 tan dan lagi hujung tahun sama ja. Petani ni dia tak mau jual kat BERNAS, tau pasaipa, EXCO tahu kot, tau pasaipa? BERNAS dia pi jual jugak kat orang lain. Ni apa cerita ni. Dak..bukan, benda ni kita kena tengok walaupun mungkin bawah Kerajaan Pusat, bab makanan ini dimakan oleh orang yang dok dalam negeri ni, bukan orang dok di pusat. Jadi, satu lagi yang yang signifikan lah, bila BERNAS ni dia beli padi belah kita, bila dia urus beras, dia ada kuota untuk petani yang dok mai juai tu. Tu la petani dah hilang hak dia untuk beli beras ada kuota tu. Dia tak boleh beli dah tak boleh beli dah beras murah tu. Beras sebab ihsan BERNAS atas sifat ihsan, dia bagi beras murah dekat petani jual dekat dia. La, bila dia tak beli dah, hilang depa ni hat kuota yang depa nikmati ni nelayan-nelayan ni.

Pesawah

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Pesawah, tengokla keliru dah, nak hilang mengantuk. Jadi, dia kalau dia jawapan yang popular dia sebut reta, tak beli kerana dia beli murah, dia betullah tapi di sebalik tu petani yang dok juai padi itu dia hilang hak dia untuk beli beras murah dah atas kuota tu, itu yang menjadi persoalan la ni. Bila tengok yang tu. Jadi, saya haraplah lepas ni tengok kenapa BERNAS orang tak mau juai kat BERNAS, pasaipa, kena tengok. Jawapan sini ialah apa dia usaha kerajaan untuk galakan orang jual kat BERNAS setakat kita kata, kita kata apa ni setakat kita kata mintanya kuasa MPP dia tak ke manalah, dia ada kaedah lebih baiklah.

Seterusnya kesesakan daripada Tol Bertam sampai ke Bertam Putra. Inipun saya hargailah saya pujilah MBSP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang caknalah la dah ada empat (4) lane dah daripada apa tu, daripada ni, daripada Mekarsari sampai ke Masjid Abdullah Fahim siap empat (4) lane. Cuma yang daripada yang jadi bottleneck lagi ialah daripada masjid tu sampai ke Tol Bertam, itu bottleneck. Kalau la tak mula lagi, hat nu dah ada dengan la ni Setia Fountaines pelan dok buat rumah ni. Setia akan lahirkan 10,000 rumah bukan 10 orang, 10,000 rumah. Kita nampak dah bila mai time-time peak ni saya takut sat gi tang tu yang bertembung tu, tang tu tang masjid tu. You bayangkan 8 lanes, four, four tiba-tiba two, two. Ini perlu Kerajaan ataupun EXCO kena tengoklah, kena tengok tak boleh harap pemaju saja. You boleh boh syarat kat pemaju tapi sapa nak verify dia buat tak buat dan bila dia nak buat, hat tu kena tau tu. Tengok Tok Mat pun seriau dah tu. Okey, last but not least, isu vape. Kita pun tau remaja la ni, dulu isap rokok nampak macam, nampak macam tak berapa baguih la… bukan tak bagus tak pa la. Vape ni makin lama kita dapati makin ramai rakyat yang dok isap. Bila tengok data ni kita dapati bahawa, saya minta data supaya disenaraikan premises yang juai vape ni. Bila tengok sini, dia agak-agak abnormal. Kenapa di Batu Kawan ada seperti seventy one premises, Batu Kawan. Tempat-tempat lain 19, 12, 10, 9 saja so kenapa di

Batu Kawan ni ada 71 premises. Adakah orang situ ini satu benda yang bukan pada CM, bukan. Ini …(gangguan).

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Tanya taukeh besar.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Satu.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Adakah ketagihan ataupun hisap vape jatuh kepada luar bandar ka apa ka atau apa ka. Tiba-tiba tempat Batu Kawan 71 kalau tengok sini pun, tengok aa…Bagan pelik Bagan Jermal 15, Bagan Dalam 13, Sungai Puyu 1 padahal sebelah–sebelah tu saja. Ini kena tengok ni sebab kita cakap, saya tau Kerajaan Negeri serius dalam menangani isu, isu mengawal vape ini. Dia benda yang slowly mengancam kedudukan apa ni kesihatan anak-anak kita ni. Kalau kita tak ambil serius dia macam mana. Kenapa Batu Kawan tinggi sangat, kenapa, padahal dia bersebelahan dengan BM, BM pun 18 ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Check tengok.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Check tengok adakah data tak betul. That’s why kata ada banyak lagi ni. Ada data tak berapa tepat ni sebenarnya. Yang saya minta ni lepas ni EXCO you nak submit mai kat kita ni, please be carefully, you must do..

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

17 daripada 71.

Yang di-Pertua (Speaker)

Itu kena betul ya, itu kena EXCO atau pegawai yang menjawab soalan di dalam dalam Dewan kena pastikan semua itu kena tepat kalau tak da, mesti misleading in the house, itu satu yang perlu ingat ya. Saya setuju bahawa jawapan yang diberi mesti, wajib betul.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okey, dia mencerminkan di bawah kita, talk about integriti, professional so dimana benda tu. Ni dok sebut ni saya sayang semua nak pi Mekah ni nak semua seronok ni nak senyum semua kalau boleh ni, senyum sikit.

Lapar ni.

Yang di-Pertua (Speaker)

Lapar.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okey lah, ada lagi, takpa la. Akhir kalam saya ucap terima kasih kepada Dato’ Speaker dan Timbalan Speaker yang bagi laluan walaupun nak rehat dah, jadi saya tadi keluar ada orang mai nak jumpa 2, 3 benda dia tersangkut nak jumpa kawan-kawan pula dah. Lupa aa…apa pun terima kasih atas peluang diberikan dan saya doakanlah lagi sekali supaya negeri Pulau Pinang terus maju dan makmur. Kita kerja satu family, we're family each other satu semua, okey. Apa pun dengan izin, dengan izin. So, akhir sekali, saya ucap terima kasih atas peluang tu dan saya doalah lagi sekali supaya tuhan bagi kat kita kekuatan untuk sama-sama bekerja sebagai satu team dan akhir kalam TKM pun lah sebagai man of the match lah , so dari isu zakat ni, isu-isu zakat, bukan hal zakat, so apa kita bincang tu patutnya menjadi satu input bahawa dia perlu reviewlah. Walhuallam, Assalamualikum, Dato’ saya menyokong ucapan TYT, Wallalhualam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan untuk kita henti rehat, kita sambung balik dalam jam 2.30 petang…

Dewan ditangguhkan pada jam 12. 30 tengah hari.

Dewan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

Setiausaha Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sambung semula sesi perbahasan. Saya mempersilakan Ahli Kawasan Permatang Berangan. Dipersilakan.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh….(ayat Al-Quran). Salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak di atas ucapan semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Di Pertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari 2024 yang mana istiadat pertabalan pula telah dijadualkan di Istana Negara pada 20 Julai ini. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas pada petang ini.

Saya juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga sahabat seperjuangan saya, Allahyarham Yang Berhormat Nor Zamri bin Latiff, ADUN Sungai Bakap yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Mei 2024. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Pemergian arwah adalah satu kehilangan yang sangat besar kepada perjuangan ini. Insya-Allah dengan izin Allah SWT, kami Perikatan Nasional akan mempertahankan kerusi Sungai Bakap untuk meneruskan legasi dan harapan besar yang arwah perjuangkan di DUN Sungai Bakap. Semoga isteri dan seluruh keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian kehilangan insan yang tersayang ini. Pada petang ini juga saya ingin berkongsikan warkah buat Sungai Bakap yang telah ditulis oleh Allahyarham dalam Facebook beliau. Jadi dikongsikan bersama-sama semua yang ada di sini. "Warkah ini saya tuliskan buat sahabat, kawan serta penduduk Sungai Bakap, baik yang mengenali mahupun yang baru mengenali sebagai satu ikhtiar terakhir kerana Allah SWT. Berada di Nibong Tebal ini selama 34 tahun adalah satu tempoh yang sangat panjang. Kerana ini adalah tempat saya mencari rezeki. Inilah tempat yang saya berkeluarga. Inilah tempat saya menabur bakti. Saya sangat maklum dengan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk setempat. Asbab keberadaan inilah saya berada di sini. Baik dari segi alam sekitarnya, airnya mahupun pembangunannya, sungguh ia sangat membekas di dalam hati saya dan keluarga.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan kerana Allah, sungguh tidak tertahan sedihnya apabila nama diangkat sekali lagi sebagai calon bagi mewakili Perikatan Nasional di DUN Sungai Bakap. Di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kami tidak diajar untuk sama sekali untuk meminta-minta jawatan kerana ianya amat berat

sekali untuk dijawab di hadapan Allah SWT. Namun melihat sokongan, dorongan dan doa keluarga, anak muda dan orang ramai, ianya menguatkan saya kembali. Andai kata saya terpilih untuk menjadi ADUN Sungai Bakap pada kali ini, sekali lagi saya memohon untuk sama-sama bergerak dengan saya dan janji saya kepada penduduk Sungai Bakap khususnya adalah saya tidak akan tinggalkan kerja-kerja kebajikan yang telah saya mulakan sebelum berada dalam kancah politik. Kebajikan adalah jiwa saya. Terakhir daripada saya, banyakkanlah berdoa agar Allah beri pemimpin yang terbaik buat penduduk Sungai Bakap. Yang menghargai, Abang Zam, calon DUN Sungai Bakap."

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, merujuk kepada ucapan Tuan Yang Terutama Tun berkaitan isu kesesakan trafik di Sungai Dua, saya ingin membangkitkan sekali lagi berkaitan dengan masalah aliran trafik yang berlaku di DUN Permatang Berangan. Pada masa ini terutama pada waktu puncak keadaan trafik sangat sesak di sepanjang jalan utama dalam DUN Permatang Berangan. Dijangka apabila projek perumahan mega yang dibangunkan oleh Syarikat SP Setia di Bertam dan Taman Scientex Tasek Gelugor dan Scientex Sungai Dua siap, kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan di Permatang Berangan terutama dari Pekan Tasek Gelugor sehingga ke Pekan Sungai Dua akan bertambah parah. Terima kasih kepada jawapan bertulis yang diberikan oleh EXCO tetapi ianya tidak akan menyelesaikan isu kesesakan di laluan ini. Oleh itu Permatang Berangan sangat berharap satu kajian yang komprehensif perlu dibuat bagi melaksanakan pelebaran jalan atau membina laluan alternatif bagi mengelakkan isu kesesakan trafik berlaku dengan lebih buruk pada masa hadapan.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Permatang Berangan juga ingin sentuh dalam isu sistem perparitan di kawasan Permatang Berangan yang menyebabkan selalunya berlaku banjir kilat apabila hujan lebat. Baru-baru ini saya menerima aduan banjir kilat di banyak kawasan seperti di Permatang Indah, Pokok Macang, Lubuk Meriam, Ara Kuda, Taman Cempedak dan banyak lagi kawasan lain yang terjejas. Apabila berlaku banjir kilat kehidupan rakyat terjejas dan rakyat terpaksa menanggung kerugian. Kerosakan harta benda tetap berlaku walaupun tak banyak. Waktu berharga terjejas apabila terpaksa ambil cuti untuk mencuci rumah yang dinaiki air. Salah satu kawasan yang masih berlarutan dengan isu banjir kilat ini adalah di kawasan Taman Cempedak. Saya difahamkan bahawa masalah banjir kilat di kawasan ini telah berlaku sebelum saya menjadi ADUN di kawasan ini lagi. Keadaan tebing tembok yang runtuh sejak dulu lagi dan masih tidak ada tindakan yang diambil adalah faktor utama banjir kilat di kawasan ini berlarutan hingga ke hari ini. Banjir kilat ini berulang saban tahun seolah-olah tiada jalan penyelesaian. Permatang Berangan yakin sekiranya Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang terlibat seperti JPS dan Majlis Bandaraya dapat mengambil langkah proaktif dengan mencuci parit dan sungai dan longkang-longkang yang selalunya mengakibatkan banjir kilat berlaku. Permatang Berangan ingin mencadangkan pada pihak kerajaan agar agensi yang terlibat agar lebih bertanggungjawab memantau dan mengarahkan semua pemaju perumahan yang baru untuk membuat sistem perparitan yang baik di sekitar kawasan tapak projek supaya masalah banjir kilat ini dapat dielakkan dari berlaku.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu pencemaran Sungai Kereh telah lama diperkatakan dan ianya tidak selesai setelah ianya berlaku lebih 40 tahun. Orang kampung di sepanjang Sungai Kereh dah putus harapan untuk melihat isu ini diselesaikan. Kini penduduk perumahan Scientex pula banyak menyuarakan aduan berkaitan masalah pencemaran di Sungai Kereh ini. Oleh itu sesuai dengan wawasan Negeri Pulau Pinang, Wawasan 2030 untuk melestarikan alam sekitar, jadi Permatang Berangan sangat berharap isu ini dapat dimuktamadkan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Permatang Berangan.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, hasil padi bagi musim kedua 2023 di kawasan Permatang Berangan dan Daerah Seberang Perai Utara terjejas dengan sangat teruk. Kebanyakan pesawah mengalami kerugian. Rata-rata pesawah memperolehi hasil padi kurang dari 2 tan bagi satu relong. Titik pulangan modal seperti yang disebut oleh Ketua Pembangkang kelmarin adalah 2.3 tan hasil padi bagi satu relong. Jadi kebanyakan pesawah pada musim kedua 2023 telah mengalami kerugian.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Permatang Berangan, boleh mencelah?

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Berapa, apa kos-kos yang apa nama, yang menyebabkan sampai 2.3 tan baru dapat modal ni? Kos apa satu relong, satu relong sawah padi ni melibatkan kos apa sampai makna kena dapat 2.3 tan baru dapat modal?

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Terima kasih kepada Ketua Pembangkang, Sungai Dua. Kos untuk melaksanakan sawah padi untuk satu relong pada musim sekarang ini, ianya melibatkan jentera pembajak, benih padi, kerja-kerja upah meracun, kerja-kerja membayar sewa tanah dan sebagainya dan apabila dikira keseluruhan kos-kos ini. Kita ada buat bengkel dengan kelompok-kelompok padi di Permatang Berangan. Hasil ataupun kos keseluruhan pesawah untuk satu relong lebih kurang RM3,300.00 setelah diambil kira semualah, upah sewa tanah, bajak, jentuai dan sebagainya. Jadi 2.3 tan itu merupakan titik pulangan modal bagi setiap pesawah untuk satu relong. Kehidupan pesawah lebih malang lagi dengan peningkatan harga benih padi baru-baru ini. Ini akan diburukkan lagi sekiranya berlaku kenaikan upah jentuai, pembajak dan peningkatan harga racun dan sebagainya. Begitu juga dengan wujudnya pelbagai musuh padi seperti siput, tikus, karah ulat, bena perang, bakteria dan perubahan cuaca yang di luar kawalan kita. Permatang Berangan menggesa Kerajaan Negeri memberi tumpuan khusus masalah pesawah padi ini

sebelum ianya membarah dan menyebabkan pesawah putus asa dan tidak mahu lagi menanam padi kerana ianya tidak menguntungkan dan tidak menjamin masa depan mereka.

Permatang Berangan.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya.

Boleh?

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya.

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Berangan memberi laluan. Celahan saya dalam sesi perbahasan Permatang Berangan berkaitan dengan isu padi, pesawah. Saya juga terpanggil sebab Penaga juga ramai di sana pesawah-pesawah yang sekarang ini sedang mengerjakan sawah mereka. Dalam penggal ataupun sesi perbahasan sidang DUN yang lepas saya telah bangkitkan berkaitan dengan padi benih yang kenaikannya agak mendadak kepada sekampitnya RM40.00 ke RM45.00. Sekarang ini saya tak pasti mungkin Permatang Berangan boleh confirm padi benih, sekarang ini sekampit berapa itu yang pertama.

Yang kedua, saya juga mendapat maklumat daripada pesawah-pesawah di Penaga, padi benih yang tidak ada kualiti menyebabkan mereka terpaksa kalau satu relung itu mungkin empat (4) ke lima (5) kampit padi benih ini terpaksa digunakan lebih sebab padi benih itu tidak ada kualiti. Jadi minta pandangan daripada Permatang Berangan.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Terima kasih kepada Penaga. Untuk makluman semua harga benih padi yang ditetapkan yang terbaru ini telah dinaikkan di pintu kilang, pintu loji benih adalah sebanyak RM54.00, ya RM54.00 di pintu loji pembuatan benih tetapi apa yang disampai kepada petani atau pesawah harga di kedai ia sampai ke RM62.00 dan ke RM70.00 berdasarkan variati padi ya.

Dan kualiti, berkaitan dengan kualiti benih padi ini juga ada isu berkaitan dengan kualiti ini di mana pihak pesawah selalu mengadu kualiti benih padi yang dibekalkan kepada pesawah ini kadang-kadangnya tak berkualiti macam benih lama, apabila direndam dia akan keluar air susu maknanya benih itu benih lama dan sekiranya ini berlaku petani akan mengalami kerugian dua kali semasa serak padi dan kebanyakan kos-kos yang dilibatkan bertambah. Petani sebelum nak serak padi dia kena bajak, tarik kayu, bajak dua kali, tarik kayu sekali, bubuh racun siput kemudian baru serak benih padi tapi kalau benih padi itu tak tumbuh, petani terpaksa tarik kayu sekali lagi ya kos lagi terlibat di situ petani terpaksa beli benih yang baru untuk direndam dan ditabur lagi kos yang terlibat dan juga racun siput terpaksa disembur balik untuk memastikan benih padi itu dapat tumbuh dengan sempurna. Itulah kos-kos yang selalu berlaku yang jarang kita memahami kesulitan yang dihadapi oleh pesawah.

Menyambung pada perbahasan tadi, sebelum ini pesawah pun pernah membiarkan tanah sawah menjadi terbiar ataupun orang utara panggil tanah jadi rang ya sekitar tahun 1970-an. Pada masa itu, pesawah padi meninggalkan kerja sawah padi ini disebabkan oleh serangan tikus yang tak dapat dikawal dengan berkesan jadi kita bimbang sekiranya masalah, masalah yang dihadapi oleh pesawah ini tak dapat kita bantu pesawah akan mengalih kepada kerja yang lain dan kita sektor keterjaminan makanan kita menghasilkan beras ini akan terjejas. Permatang Berangan berharap pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mempertimbangkan bantuan one-off sebanyak RM1,000.00 bagi setiap pesawah untuk membantu pesawah memulakan tanaman padi di musim yang baharu ini. Musim lepas tak dapat balik modal untuk memulakan musim ini rata-rata pesawah ada masalah untuk memulakan kembali tanaman padi di musim yang baharu. Kalau dulu Kerajaan Negeri ada bagi one-off RM500.00 untuk semua pesawah jadi harapan Permatang Berangan agar Kerajaan Negeri juga pada kali ini dapat mempertimbangkan bantuan one-off ini untuk membantu pesawah-pesawah kita.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu kemiskinan sangat dekat di hati saya, dilahir dan membesar di kampung yang ramai orang miskin. Saya sangat memahami kesusahan dan kepayahan orang-orang miskin ini. Pulau Pinang adalah sebuah negeri maju tetapi apalah ertinya status kemajuan tersebut sekiranya masih ramai rakyat yang miskin dalam negeri ini. Permatang Berangan adalah kawasan kedua tertinggi jumlah orang miskin selepas Penaga, setuju Penaga? Ini ikut senarai e-KASIH. Permatang Berangan amat menyokong hasrat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara kita. Oleh itu, sejauh manakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membantu rakyat miskin ini keluar dari belenggu kemiskinan. Permatang Berangan merasakan bahawa rakyat miskin bertambah miskin dengan peningkatan kos sara hidup yang berlaku sekarang ini. Harga beras naik, beras tempatan masih hilang dalam pasaran, bil elektrik pun naik, bil air pun naik melebihi 100%. Rata-rata rakyat Pulau Pinang mengeluh dan memikirkan kesan-kesan yang akan dihadapi oleh mereka dalam meneruskan kehidupan ini. Permatang Berangan menggesa Kerajaan Negeri mempercepatkan keluaran beras tempatan Cap Feri bagi memastikan rakyat yang susah akan terus mendapat bekalan beras tempatan. Begitu juga dengan peningkatan harga air terawat dapat dikaji semula dan tarif baru nanti tidak membebankan rakyat terutamanya orang miskin.

Persoalannya isu kemiskinan rakyat pada hari ini mampukah mencapai angka sifar walaupun tidak jelas apakah langkah yang telah atau sedang atau yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi mencapai agenda besar ini. Permatang Berangan belum nampak usaha-usaha ke arah ini sedang dilaksanakan dengan berkesan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu kemudahan asas seperti jalan mini tar, longkang, sangat mendesak di kampung-kampung. Banyak jalan mini tar yang telah rosak dan memerlukan kos pembaikan segera. Begitu juga dengan permohonan jalan mini baru yang perlu dibuat begitu juga dengan pembinaan longkang-longkang yang lebih sempurna untuk memastikan kebersihan dan kesihatan rakyat di kampung lebih baik.

Oleh itu, Permatang Berangan mencadangkan supaya lebih banyak peruntukan dapat diberikan bagi mencapai hasrat tersebut tetapi malangnya banyak permohonan yang telah dibuat tidak diluluskan terutama di kawasan pembangkang. Permatang Berangan juga mengharapkan pihak Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan agensi yang terlibat untuk memperhalusi kedudukan pemasangan pili bomba terutamanya di kawasan kampung. Hal ini kerana dua musibah kebakaran telah melibatkan 100% rumah penduduk terbakar disebabkan oleh ketiadaan pili bomba semasa Bomba datang untuk melakukan kerja-kerja memadam kebakaran. Rumah pertama ialah Encik Abdul Rahman bin Siddiq dan rumah adiknya di Lahar Yooi pada 10 Mac 2024 dan rumah kedua Encik Shukri di Jalak Atas pada 27 April 2024. Permatang Berangan mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mangsa-mangsa kebakaran tersebut. Dua anak muda yang hebat juga iaitu saudara Hafiz Mahamad yang telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM30,000.00 kepada mangsa dan saudara Faris Azri yang menghadiahkan sebuah kereta Alza kepada mangsa kebakaran di Kampung Lahar Yooi. Kedua-dua anak muda ini adalah influencer dalam Tiktok, kita tahulah dia orang ini influencer dan buat content yang untuk tarik perhatian, tapi inilah jasa yang dibuat oleh anak-anak muda yang berjaya sebagai influencer ini sanggup memberi sumbangan sebanyak RM30,000.00 dah juga sebuah kereta untuk mangsa-mangsa kebakaran ini. Terima kasih kepada dua-dua anak muda ini.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bekalan elektrik di luar bandar, akhir-akhir ini banyak aduan diterima berkaitan dengan permohonan bekalan baru kepada TNB. Permohonan elektrik ini, tidak dapat diluluskan disebabkan bekalan elektrik tidak mencukupi di kawasan-kawasan tersebut. Pihak TNB telah mensyaratkan supaya satu tapak disediakan bagi membolehkan TNB membina compact sub. Kita di Pulau Pinang ini bukannya ada banyak tanah untuk diserahkan kepada TNB untuk tujuan ini. Oleh itu, pihak kerajaan perlu melakukan intervensi bagi menghadapi masalah penyediaan tapak compact sub ini bagi membantu, permohonan-permohonan baru untuk membina rumah ini. Banyak rumah-rumah baru yang dibina di kawasan Permatang Berangan tak dapat bekalan elektrik disebabkan bekalan elektrik tidak cukup. Satu garis panduan yang jelas perlu diberikan kepada pemaju-pemaju tanah lot kediaman persendirian supaya pemaju-pemaju tanah lot persendirian ini dapat menyediakan satu lot untuk dibina compact sub bagi tujuan diserahkan kepada TNB.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Substation.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya, substation. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu masjid dan surau daif. Pihak masjid dan surau di Pulau Pinang ini ada yang dalam kategori daif, banyak kemudahan asas yang masih belum sempurna. Masjid dan surau ini tidak mampu untuk melakukan pembaikan sendiri kerana hasil kutipan tak seberapa tak cukup untuk sara diri. Banyak masjid dan surau ini telah memohon peruntukan untuk pembaikan dan selenggaraan tapi malangnya tidak diluluskan atas alasan jumlah peruntukan terlalu sedikit. Oleh itu, Permatang Berangan ingin mencadangkan pada Yang Berhormat Batu Maung untuk melihat secara serius tentang permohonan ini bagi mewujudkan suasana yang lebih selesa, ceria dan mesra jemaah supaya program perimarahan di masjid dan surau yang daif ini dapat dibuat dengan lebih rancak lagi insya-Allah. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini. Di Permatang Berangan, pada suatu ketika dahulu mempunyai satu kawasan riadah iaitu Taman Rekreasi Tok Keramat, Padang Cempedak, Tasek Gelugor. Banyak program telah dilaksanakan di situ. Antara program yang pernah dilaksanakan di situ ialah latihan pengukuhkan alat penafasan oleh Balai Bomba Penyelamat Tasek Gelugor pada 15 Januari 2019 dan Program Forest Bathing Siri 4 2019 anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai pada 24 Ogos 2019. Pusat rekreasi ini juga menjadi tumpuan penduduk setempat untuk beriadah bersama keluarga terutama pada hujung minggu. Ketika ini kawasan ini telah terbiar dan tidak terurus kerana tidak diselenggarakan dengan baik. Jika DUN Teluk Ayer Tawar ada Taman Robina Park, Bertam ada Vision Park jadi di Permatang Berangan adakah penduduk nak beriadah di Sungai Kereh…(gangguan), Sungai Kereh. Oleh itu, Permatang Berangan mencadangkan Kawasan Pusat Rekreasi Padang Cempedak ini dinaiktarafkan dan diberi nafas baru untuk masyarakat setempat beriadah.

Akhir sekali, Permatang Berangan mengharap Kerajaan Negeri pada hari ini bersikap dengan lebih matang dan adil dalam pengagihan peruntukan pada seluruh rakyat tanpa mengira kawasan pembangkang atau sebaliknya. Janganlah disebabkan perbezaan fahaman politik, sebahagian rakyat dianaktirikan. Yang sengsaranya adalah rakyat dibawah sana. Sekian, Permatang Berangan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Permatang Berangan.

Mohd. Sobri Bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sekejap. Tadi Permatang Berangan ada sebut hal surau dan masjid daif. Tetapi dibuat secara umum.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagi saya lebih baik Permatang Berangan fokuskan surau mana, masjid mana sebab dia akan menggambarkan seluruh Penang diabaikan.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jadi, saya minta Permatang Berangan.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Nanti saya akan bagikan senarai.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Secara khusus.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dengan EXCO untuk menjawab dalam penggulungan nanti.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Okey. InshaaAllah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Permatang Berangan dan silakan Telok Bahang.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Bismillah hirohmanirrahim. Assalammualaikum Warrah Matullahi Wabarakatuh. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Padang Kota, Yang Berhormat Timbalan Batu Maung, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ketua-ketua Jabatan Negeri Pulau Pinang, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahas pada petang yang berbahagia ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Ibrahim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas pelantikan sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja Pemaisuri Agong yang ke-17.

Dan tidak lupa juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak di atas Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15, pada 24 Mei yang lalu. Di samping itu juga, tidak lupa saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada Allahyarham Yang Berhormat Nor Zamri Bin Latiff yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Mei yang lepas. Semoga keluarga Allahyarham sabar menerima dugaan daripada Allah SWT ini.

Dato’ Yang Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan peruntukan berjumlah RM21.48juta bagi maksud Pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Hasil daripada peruntukan itu, Kerajaan Negeri akan membina lapan buah masjid baru yang kesemuanya terletak di bahagian Seberang. Manakala di bahagian Pulau, tidak satu pun yang dibina. Saya mengutarakan ini kerana, berasa agak terkilan kerana jawapan bertulis Yang di-Pertua Majlis Agama Islam berkaitan Lot 110, Mukim 4, Daerah Barat Daya yang tanah telah didaftarkan di atas nama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 23 Oktober 2008 dan telah dimasukkan permohonan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang tidak langsung diberi, diberi ruang ataupun diberi sebarang permohonan untuk membina masjid tersebut.

Manakala pada iaitu PT 134, Mukim 4, Daerah Barat Daya iaitu sebuah tanah yang telah didaftarkan pada 2 Januari 2022, yang mana ianya adalah untuk pembinaan surau di kawasan Taman Botanic City Bandar Baru Air Putih, dan benda ini juga telah dipohon melalui Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ataupun melalui Pejabat Agama Islam Daerah dan Pejabat Agama Islam Daerah telah memberi jawapan bahawa peruntukan tidak ada pada masa kini, dan ianya akan dibawa pada tahun hadapan. Saya mengutarakan ini kerana, surau yang digunakan pada masa kini adalah tidak selamat kerana terdapat sebatang pokok besar yang merintangi bumbung surau tersebut. Rantingnya berada betul-betul di atas bumbung surau ini. Bayangkan sekiranya hujan lebat, bumbung tersebut ataupun ranting tersebut patah terus menimpa

para jemaah yang sedang menunaikan kewajiban pada ketika itu. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah.

Satu perkara lagi iaitu terdapat sebuah masjid di Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau yang mengalami bumbung bocor. Perkara ini pun telah diangkat pada Februari 2024 yang lalu. Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Agama Daerah memaklumkan tiada peruntukan pada tahun ini, dan akan dibawa kepada tahun hadapan. Saya memaklumkan disini kerana plaster siling telah mula jatuh berguguran. Saya takut, sekiranya musim hujan lebat plaster siling tersebut akan terus menimpa ataupun jatuh menimpa para jemaah di dalam masjid tersebut. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sedang mengarak langkah di dalam mempelbagaikan aktiviti dan program produk-produk pelancongan di negeri ini. Adalah difahamkan seramai 5.17 juta pelancong, telah direkodkan hadir dan bermalam di Pulau Pinang pada tahun 2023, iaitu peningkatan sebanyak 40.2 peratus berbanding tahun 2022. Pulau Pinang telah menjadi destinasi pelancongan perubatan, medical tourism. Ini kerana kos perubatan di Malaysia adalah yang termurah, jika dibanding dengan negara-negara luar. Saya ingin memetik sumber daripada “American Medical Association and Medic Bank Private Figures from 2006 and 2007 Financial Years Price”…(dengan izin), telah melakarkan di dalam jadual mereka iaitu bagi tujuan heart bypass ataupun pembedahan jantung, Malaysia mengenakan USD9,000. Manakala Singapore mengenakan SGDollar18,000, India mengenakan USDollar9,300, United States America mengenakan US130,000 dan Australia mengenakan Australian Dollar $33,340 ringgit. Jika figure ini diambil kira, bermakna Malaysia masih lagi termurah.

Disamping itu juga, kita tehak kita lihat satu lagi operation iaitu knee replacement, penukaran apa itu lutut. Bagi Malaysia hanya USD8,000 Singapore 13,000, India 8,500, USA 40,000 United State Dollars dan Australia, Australian Dollar U$20,089 ringgit. Dan ini juga menunjukkan bahawa Malaysia masih lagi termurah. Justeru Kementerian Kesihatan perlulah melihat produk ini sebagai satu produk yang boleh mengangkat Pulau Pinang berada terus di atas di dalam carta tumpuan pelancong pada tahun 2024. Yang mana pelancong kesihatan turut menjadi penyumbang kepada pendapatan negeri Pulau Pinang melalui Levi yang dikenakan kepada hospital swasta di negeri ini. Di samping itu, saya ingin memetik sedikit bagi negara negeri kita ini yang akan menghadapi populasi penuaan. Isu kesihatan tidak akan lari daripada orang tua-tua termasuklah kita satu masa nanti. Daripada Malaysia Today Januari 30 2023 berdasarkan CodeBlue survey terdapat 1,600 government doctors, pharmacist, dentist, medical assistant, nurses dan persatuan a lot have care worker’s nationwide iaitu dibuat di seluruh negara…(dengan izin). CodeBlue mendapati profesional di dalam perkhidmatan kesihatan seluruh negara pada masa ini, mempunyai perasaan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan disebabkan terutamanya situasi sistem penjagaan kesihatan dan medical di Malaysia. ..(gangguan).

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Boleh minta penjelasan sedikit sahaja.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Ya.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sedikit tentang fakta yang di, diambil. Terima kasih Yang Berhormat Telok Bahang. Tadi saya memang teruja apabila…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

EXCO.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sikit sahaja untuk berdasarkan fakta on menggunakan data yang dipersembahkan oleh CodeBlue tersebut. Mungkin saya boleh minta perhatian Yang Berhormat Telok Bahang, sebab CodeBlue yang buat survey tu dia berdasarkan dia bukan mengikut saluran yang betul. Dia hanya sebuah portal berita yang menjalankan kajian. Jadi, daripada sumber mana pihak mana yang membuat survey itu, sehingga kini kita pun tidak pasti. Memang CodeBlue memetiklah. Tapi dia tidaklah kata identiti siapa yang dia buat. Jadi, mungkin lebih berhati-hati apabila kita memetik data ataupun informasi tersebut. Terima kasih.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Okey. Terima kasih EXCO Kesihatan…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat disarankan untuk bangun untuk buat bantahan menyalahi peraturan. Jika perlu. Jika kata fakta ini tidak betul, guna fakta yang betul.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Bukan, bukan. Jangan risau. Jangan Risau. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bukan saya nak kata fakta yang digunakan oleh Yang Berhormat Telok Bahang tak betul. Dia, beliau Yang Berhormat memetik daripada sebuah portal berita itu tidak masalah. Cumanya apabila kita gunakan maklumat ataupun data daripada portal berita itu, kadang kala kena hati-hati sebab dia bukan daripada saluran yang betul. Kalau kita gunakan data ataupun maklumat daripada Kementerian Kesihatan, okay.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tapi, cumanya itu….(gangguan).

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Tapi, minta maaf.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tak apa, tak kisah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tidak pasti jangan kongsi.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Ya. Tetapi benda ini dikeluarkan di ‘Malaysia Today’ bertarikh Januari 30, 2023. Jadi, kalau sekiranya tidak orang kata liable mengapa dia berani keluar daripada sini. ‘Malaysia Today’. Yes. Bertarikh 30 Januari 2023.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, teruskan.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Okey. Terima kasih. EXCO Pertanian dan Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

EXCO Pertanian pula dah.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

EXCO Kesihatan. Minta maaf. Sorry, sorry. Minta maaf.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Hai, rindu nampak.

Muhamad in KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Okey. Saya teruskan sedikit daripada maklum balas tersebut, terdapat perkara-perkara 73 peratus daripada responden telah memikirkan untuk menamatkan perkhidmatan. 52 peratus menganjurkan ingin menganjurkan demo. Dan 14 peratus tidak bersetuju untuk mengadakan demonstrasi dan mengikut sahaja. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, disebabkan beberapa butir ataupun yang dipetik ini adalah daripada ‘Malaysia Kini’ yang bertarikh 30 Jan 2023 ini. Ada juga yang mengatakan bahawa pembayaran bagi new fresh doktor kita dibayar cuma RM3,500.00 ringgit sebulan. Manakala new fresh doktor di UK dibayar dengan RM13,830.00 ringgit. Dan manakala on call pula dibayar RM200.00 ringgit untuk 28 jam. Jadi, itulah beberapa orang kata perasaan tidak puas hati mereka terhadap sektor kesihatan ini.

Jadi faktor-faktor ini perlulah diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya ingin menjadikan keutamaan faktor kesihatan khususnya di dalam menangani orang tua-tua ataupun isu penuaan yang mana kita perlu memberi lebih helping hand kepada orang tua-tua yang mana kita satu hari juga akan merasa tua. Bagi mempertingkatkan lagi sektor pelancongan di negara ini, di negeri ini amnya dan Balik Pulau khususnya di musim durian ramai pelancong-pelancong telah mula mengunjungi Balik Pulau, pusat-pusat jualan durian di seluruh kawasan di Balik Pulau telah menjadi tumpuan dan pelbagai variety…(dengan izin), dan berbagai harga telah dipamerkan di seluruh kawasan-kawasan Balik Pulau dan ini juga termasuk pelancong dari dalam dan luar negara. Saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri lebih memberi keutamaan untuk highlight ataupun membuat iklan-iklan di dalam media sosial untuk menarik lebih ramai pelancong-pelancong yang gemar kepada durian ini khususnya pada musim sekarang ini iaitu musim buah durian.

Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, usaha merancakkan sektor pelancongan turut dipergiatkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui perlindungan tapak warisan dunia UNESCO George Town seperti North Seafront Master Plan Rancangan Kawasan Khas George Town. Dalam hal ini kawasan kampung-kampung di Balik Pulau perlu diberi penekanan dan perhatian sebagai kawasan warisan dunia UNESCO bagi mengekalkan senario semulajadi suasana perkampungan orang-orang Melayu untuk dihayati oleh masyarakat dunia dan generasi akan datang. Dengan kehidupan yang terdiri daripada pelbagai kaum khususnya Melayu, Cina, India dan lain-lain Balik Pulau tidak mustahil sebagai salah satu produk pelancongan yang unggul di negeri Pulau Pinang ini. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, salah satu lagi projek mega yang sedang dilaksanakan oleh negeri Pulau Pinang iaitu PSI yang bakal menelan belanja RM74.7 billion dan bayaran ex-gratia telah mula dikreditkan bermula 1 September 2023. Setakat ini seramai 557 orang nelayan telah mendapat manfaat daripada pembayaran ini. Saya telah mendapat aduan daripada para nelayan bahawa mereka yang dibayar ex-gratia ini hanya di tahap tier 1 dan tier 2 sahaja manakala hakikatnya nelayan yang berada di tier 3 ini tidak dibayar apa-apa walhal merekalah yang turut terkesan apabila penangkapan di tier 1 dan tier 2 tidak boleh dilakukan dan nelayan-nelayan ini telah pergi kepada tier 3 untuk menangkap ikan jadi mangsanya nelayan-nelayan di tier 3 ini kekurangan hasil laut dan mereka balik dengan tangan kosong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ada lagi?

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Ada lagi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Durian dah luruh.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Diberikan mana, kajian impak sosial yang diputuskan oleh YB berkenaan dengan tier 3 ini tidak terkesan secara asalnya atau secara hakikatnya memang tidak terkesan tetapi cara tersiratnya nelayan-nelayan di tier 3 inilah yang lebih terkesan sebab nelayan-nelayan di tier 1 dan tier 2 terus tinggal tempat depa sebab mereka tau tidak ada hasil tangkapan ikan mereka terus pergi ke kawasan tier 3 jadi tier 3 yang dok menangkap ikan pada masa kini tidak ada ikan tidak ada udang dan mereka balik dengan tangan kosong. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada KKDW kerana telah menyiapkan jalan luar bandar (JLB) iaitu dari Bagan Sungai Pinang dan Kampung Pulau Betong di Daerah Barat Daya yang menelan belanja sebanyak RM82.5juta dari 4 Mei 2018 hingga siap sepenuhnya pada 3 November 2023 namun jalan ini akan lebih bermakna sekiranya terdapat aktiviti yang dijalankan di sepanjang jalan ini khususnya kawasan-kawasan yang menjadi hotspot pelancongan.

Kawasan Pantai Malindo merupakan tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negeri kerana datang melihat matahari jatuh ataupun sunset (dengan izin) yang amat menarik dan disebabkan kawasan ini adalah kawasan nelayan saya ingin mencadangkan pusat jualan ikan bisik sepertimana di Kuala Muda diwujudkan di kawasan ini untuk memberi lebih tarikan pelancong kepada Pantai Malindo. Adalah disarankan pusat penjualan makanan dan infrastruktur-infrastruktur sampingan patut diadakan bagi memudahkan para pelancong datang ke tempat ini khususnya jalan-jalan raya untuk menuju ke tempat melihat sunset ini. Kawasan Balik Pulau juga tidak terkecuali dengan pelbagai kedai-kedai yang menjual pelbagai makanan-makanan tradisi seperti laksa dan mee dan bermacam-macam lagi. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini peniaga-peniaga ini telah mendapat saman daripada pihak MBPP, saya menyeru kepada pihak MBPP untuk memberi ruang masa kepada peniaga-peniaga ini untuk mereka mendapatkan lesen dan diharapkan pihak KKDW dapat mengusahakan tempat yang sesuai untuk mereka menjalankan peniagaan kelak. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, komitmen Kerajaan Negeri yang memfokuskan terhadap kemampuan dan kepelbagaian perumahan yang munasabah dengan kemampuan rakyat amat dialu-alukan. Saya mengucapkan syabas kepada EXCO Perumahan dengan adanya pelbagai jenis kategori rumah ini rakyat dapat menyusun dan merancang keupayaan kewangan bagi mendapatkan bentuk rumah sesuai dengan kemampuan masing-masing. Adalah

diharapkan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dapat mengambil kira Balik Pulau sebagai salah satu sasaran di dalam pelaksanaan projek perumahan ini, umum mengetahui penduduk-penduduk Balik Pulau ini terdiri daripada pelbagai kategori majoriti rakyat Balik Pulau terdiri daripada nelayan, petani, bekerja sendiri dan perkhidmatan awam seperti nurse, guru, MBPP dan pelbagai-pelbagai sektor awam yang lain dan tidak juga dilupakan pekerja-pekerja sektor swasta iaitu perkilangan. Justeru diharapkan Kerajaan Negeri tetap mengadakan rumah PPR ataupun rumah kos rendah untuk golongan B40.

Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, sektor pertanian di Balik Pulau masih boleh menjadi penyumbang kepada negeri Pulau Pinang sekiranya perancangan yang tersusun dan penggemblengan semua sektor khususnya Pejabat Tanah dan Pejabat Pertanian termasuklah Pejabat Pusaka Kecil dapat berganding bahu untuk merealisasikan kerana saya masih optimistik sektor penanaman padi boleh direalisasikan sekiranya tiga faktor yang menjadi halangan ini dapat di atasi iaitu pecah kuasa permilihan pemilikan tanah-tanah pertanian, isu sistem saliran yang lebih dinamik untuk menampung keperluan air di dalam sawah dapat dilaksanakan sistem mengatasi banjir yang berlaku akibat hujan lebat monsun yang sering berlaku di kawasan ini, langkah Kerajaan Negeri bagi mengadakan beras tempatan yang berjenama beras Cap Feri amat sangat bertepatan dengan usaha untuk menebus guna tanah-tanah sawah terbiar di Balik Pulau. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa isu-isu setempat kepada pengetahuan Dewan yang mulia ini agar mendapat solusi yang lebih cepat pertamanya tarif air saya rasa benda ini telah dibicarakan oleh semua Ahli-Ahli Mesyuarat, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri tentang isu kenaikan air saya tidak payah menyentuhlah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kenaikan bil air.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Ya kenaikan bil air, kenaikan tarif air ya. Cuma saya mohon supaya pemeriksaan bil yang dibuat dua bulan sekali itu dibuat tiap-tiap bulan. Isu makhluk perosak babi hutan wild boar…(dengan izin), dan kera yang sekarang ini bukan sahaja mengganggu tanaman-tanaman tetapi telah melarat umpamanya kepada rumah-rumah pangsa apartment khususnya di Taman Prestij Kuala Jalan Baru sehingga kepada mencuri pakaian dan makanan, justeru saya memohon Jabatan Hidupan Perhilitan untuk merangka satu mekanisma yang boleh mengurangkan gangguan makhluk perosak terhadap tanaman dan harta benda penduduk di Balik Pulau bukan lagi mengadakan kaedah lama iaitu tangkap di sini buang di sana tangkap di sana buang di sini itu adalah perkara yang tidak apa orang kata menyelesaikan masalah. Kos sara hidup yang semakin meningkat bukan sahaja di Balik Pulau tapi di seluruh negara, justeru adalah diharapkan supaya Kerajaan Negeri melalui KPDNKK sentiasa memantau harga barang-barang keperluan yang kadang kala tiada di dalam pasaran.

Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, isu jalan raya yang berada dalam keadaan tidak selamat juga amat membimbangkan khususnya penduduk di kawasan Barat Daya ini sebagai contoh jalan raya diantara Pondok Polis Sungai Pinang dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang perlu diturap kembali kerana terdapat jalan-jalan yang pecah dan berlubang di mana telah mengakibatkan penunggang motosikal jatuh dan cedera. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, kawasan pekan dan kampung di Teluk Bahang adalah pekan lama justeru terdapat banyak pokok-pokok besar yang perlu ditebang ataupun dipangkas bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Justeru, saya berharap pihak dan agensi yang berkaitan dapat mengambil tindakan segera di dalam menangani isu ini kerana kebanyakan pokok-pokok ini berada di dalam tanah kerajaan justeru pihak MBPP perlu memastikan pelaksanaan ini dijalankan dengan seberapa segera. Dato‘ Timbalan Yang di-Pertua, sektor agrikultur negeri Pulau Pinang berada di dalam kedudukan yang ketiga tertinggi di negara ini sumbangan sebanyak 70,000 tan atau bersamaan dengan nilai ringgit malaysia RM1 billion sektor ini merupakan satu sektor yang boleh meningkatkan pendapatan negeri dan diperkembangkan ke secara lebih meluas lagi iaitu sektor menjadi hub kepada ikan tuna. Di samping itu juga penternakan ikan air tawar juga boleh di kawasan-kawasan kampung untuk memberi pendapatan kepada apa ini penduduk-penduduk kampung yang mempunyai minat dalam penternakan ikan air tawar dan untuk perbahasan saya yang terakhir adalah berkaitan dengan pendaratan ikan tuna tadi iaitu hub Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mengembalikan hub pendaratan tuna di negeri ini Kerajaan Negeri sepatutnya telah mengendalikan hub pendaratan tuna ini pada tahun 2010 dulu bila mana syarikat perikanan tuna ingin melabur di Pulau Pinang untuk membina hub tersebut.

Namun Kerajaan Negeri tidak memberi penekanan terhadap permohonan syarikat tangkapan tuna dari negera Jepun sehingga menyebabkan syarikat tersebut telah mengalih operasi mereka ke Indonesia dan pada masa ini Indonesia merupakan sektor tangkapan tuna yang terunggul di dunia. Faktor ini telah menyebabkan negeri Pulau Pinang kehilangan pendapatan seperti pendapatan hasil pengangkutan, perkhidmatan utiliti, tempat memproses ikan-ikan tuna sebelum dihantar ke negara-negara jepun dan negara-negara lain dan akhir sekali pendapatan daripada penjualan minyak diesel kepada bot-bot yang digunakan untuk menangkap ikan disamping membaik pulih bot-bot yang mengalami kerosakan adalah satu pendapatan yang besar kepada negeri Pulau Pinang. Hub penangkapan ikan tuna ini adalah nilai tinggi di dalam sektor pemproseskan ikan tuna kerana ianya termasuk produk-produk hiliran di samping memberi peluang pekerjaan ia turut menyumbang pendapatan kepada penduduk Pulau Pinang justeru saya menyokong sepenuhnya untuk mengadakan hub pendaratan tuna di Pulau Pinang Produk-produk hiliran di samping memberi peluang pekerjaan, ia iturut menyumbang pendapatan kepada penduduk Pulau Pinang. Justeru, saya menyokong sepenuhnya untuk mengadakan hub pendaratan tuna di Pulau Pinang dan akhir sekali saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmaitullahita'ala wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Telok Bahang. Dipersilakan Pulau Betong.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin...(bacaan doa).

Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, seluruh ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan YB, Ketua-ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas bagi ucapan TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kali Ke-15. Pulau Betong mengucapkan takziah kepada keluarganya Allahyarham Yang Berhormat Nor Zamri bin Latiff. Kita mendoakan agar kubur Allahyarham Nor Zamri menjadi Raudhaitul Jannah (taman-taman syurga). Akhirnya kita mengharapkan semoga Allahyarham YB Nor Zamri dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus. Amin amin ya rabbal alamin.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan sedikit pantun.

Budak-budak bermain guli, Bermain guli di Padang Kongsi,

Pulau Betong tampil berdiri, Menyampaikan hasrat rakyat yang murni.

Pertama sekali saya hendak mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang mencatatkan tiga sekolah terbaik di Pulau Pinang atau kita panggil top three dalam Penang SPM. Sekolah pertama SMK Bukit Jambul, mendapat GPS 1.53. Tahniah pengetua SMK Bukit Jambul. Seterusnya nombor dua SMKA Al Irsyad mendapat 1.74 GPS. Apa itu GPS? Gred purata sekolah lagi kecil lebih baik manakala sekolah yang ketiga top three ialah SMK Jit Sin mencatat 1.98 GPS. Tahniah calon yang mendapat semua A ada A plus, ada A minus dan A, seramai 755 calon. Kita sangat-sangat bersyukur dan calon mendapat semua A plus, ini bukan mudah hendak dapat semua A plus semua A plus semua subjek seramai lima calon. Kita ucapkan tahniah kepada Tuan Pengarah JPN Pulau Pinang iaitu Tuan Haji Said bin Hussein dan tahniah kepada semua PPD, tahniah kepada semua pengetua sekolah dan tahniah kepada semua calon SPM dan ibu bapa yang telah melahirkan insan-insan cemerlang dalam SPM 2023.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya hendak sebut sedikit isu kebakaran yang sangat menyayat hati yang berlaku di Balik Pulau pada tarikh 25 Mei. Sebab apa sangat menyayat hati itu kerana menyebabkan tiga mangsa meninggal dalam kes kebakaran yang berlaku di Pekan Kongsi, Balik Pulau Pulau Pinang. Saya rasa sangat tersentuh kerana ibu Noorul Saida, seorang anak lelaki, Mohammad Ibrahim dan juga seorang

anak perempuan anak bongsu iaitu bernama Jasmin meninggal dalam kebakaran tersebut. Sekarang ini yang tinggal hanya seorang sahaja anak mereka yang bernama Rashideen, Rashideen sahaja yang tinggal, tinggal sebatang kara, tinggal sehelai sepinggang. Apabila ditanya kepada dia, adakah kamu ada adik-beradik lain? Tidak ada adik-beradik lain. Adakah kamu ada kawan-kawan? Kawan-kawan pun tidak ada. Jadi kita sangat-sangat prihatin dan kita bukan hanya simpati kita kena empati kena masuk ke dalam hatinya. Apabila ditanya kepada JKM. Apa JKM boleh bagi kepada mangsa kebakaran? JKM kata kami boleh bagi kain pelikat dan juga wang sebanyak RM300 dalam permulaannya. Sepatutnya kita minta JKM menyediakan tempat tinggal kerana beliau dalam keadaan sebatang kara dan sehelai sepinggang. Apa pun tidak ada semua hangus termasuk sijil ijazah dia. Ijazah dia berlulusan dari UNITEN sudah pun terbakar. Kita minta keprihatinan JKM turun padang dan pastikan kena hantar pegawai-pegawai kaunseling untuk memberikan moral support kepada dirinya. Ingat, silap-silap dia boleh bunuh diri pasal apa? Pasal dia sudah rasa tidak ada siapa yang hendak bersama dengan dia. Tidak ada adik-beradik lain, tidak ada kawan semua. Dia hanya seorang diri dan sebatang kara. Kita sangat-sangat mengharapkan JKM ambil cakna hal ini jangan memandang sepi. Bersama-samalah kita menghadiahi Al-Fatihah kepada tiga mangsa yang meninggal. Al-Fatihah...(bacaan).

Kita ucapkan juga tahniah kepada Tuan Faris iaitu Ketua Balai Bomba, Kampung Terang yang telah menjalankan tugas dengan kompeten dengan penuh kesungguhan kerana dapat memadamkan api dalam masa yang pantas dan kita ucapkan tahniah kepada seluruh pasukan Bomba Penyelamat Kampung Terang dan semua pegawai termasuklah Pasukan Bomba Sukarela Gertak Sanggul dan sebagainya yang datang turun padang membantu memadamkan kebakaran. Sama-samalah kita mendoakan kepada Allah SWT semoga Rashideen akan terus hidup dalam keadaan tenang dan diberikan kekuatan oleh Allah Taala untuk menjadikan manusia yang hebat pada suatu hari nanti. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan isu binatang liar. Pertama sekali isu anjing. Isu anjing ini boleh dikatakan kita mendapat aduan daripada semua kampung dalam Pulau Betong. Kampung Terang, Kampung Simpang Empat, Kampung Perlis, Pulau Betong, Titi Teras, Kongsi, Pondok Upeh. Boleh dikatakan semua kampung mengalami masalah anjing liar ini. Kemuncaknya berlaku pada 22 Mei tepat 9:00 malam seorang ibu tengah menaiki motosikal tiba-tiba lalu seekor anjing dan menyebabkan ibu tersebut bersama dengan anaknya yang berumur 6 tahun jatuh dan tercedera yang amat malang anak tersebut bernama Nur Alisya Zahra binti Muhammad Firdaus berumur 6 tahun bersekolah di prasekolah Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh Pulau Betong di Pulau Betong patah dua-dua rahangnya ini dan seluruh badannya itu mengalami kelukaan. Cuba bayangkan sidang DUN yang dikasihi, kalau sekiranya dia mati, bagaimana? Siapakah yang akan bertanggungjawab? Siapa yang akan rasa peritnya keperitan? Jadi kita kena berhati-hati. Minta sangat-sangat pihak Majlis Bandaraya ambillah tindakan yang paling drastik di kawasan Pulau Betong khususnya dan juga kawasan Kampung Perlis yang begitu banyak anjing ini.

Seterusnya kita masuk kepada isu monyet, binatang yang kedua. Monyet pun jadi masalah di Pulau Betong. Jadi kita nak bagitau kepada seluruh sidang DUN pada hari ini ada seorang pemilik ladang kuda Countryside Stable yang bernama Encik Wan Ehsan

dan Puan Hamidah Lim Countryside ini berada di kawasan Pantai Malindo, bermakna salah sebuah tempat yang menjadi pusat pelancongan yang tersohor di Balik Pulau. Kita mintalah EXCO Pelancongan berilah tumpuan kepada Pantai Malindo. Kita tengok Countryside Stable ini baru-baru ini telah masuk dalam RTM. Masuk dalam RTM masuk TV pada tanggal 17 Mei 2024. Disitulah ramai orang boleh belajar cara menaiki kuda, boleh belajar hal ehwal bab kuda. Kita boleh dapat pelbagai input tentang kuda. Berdasarkan hadis nabi, nabi menyebut riwayat daripada Imam Bukhari dan Muslim, "Ajarilah anak-anak kamu berkuda. Mula-mula nabi sebut berkuda dulu, ajar anak-anak kamu berkuda, bermain pedang, berenang dan memanah". Jadi minta Majlis Bandaraya sekali lagi pastikan monyet-monyet ini tidak mengganggu kawasan pelancongan. Kita harap semoga bilangan monyet yang terdapat di kawasan Countryside Stable ini kadang-kadang tidak dapat terkawal kerana apa berkeliaran di sekitar kawasan Countryside Stable. Kita amat membimbangkan kerana, dia mengancam secara ganas, dia mengancam keselamatan pengunjung dan mengancam keselamatan pelancong. Macam mana pelancong hendak datang? Bila tengok monyet banyak…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Monyet bawah Perhilitan YB.

Oh, Jabatan Perhilitan. Okay. Minta Jabatan Perhilitan dapat cakna perkara ini. Setiap hari monyet-monyet ini akan mengotorkan kawasan pelancongan ini kerana apa dia mengambil daripada sampah-sampah dalam tong-tong dan dia akan menyebabkan kawasan tersebut tercemar dengan sampah sarap dan monyet-monyet ini juga bergerak dan berlari-lari di kawasan bumbung bangunan dan menyebabkan pengunjung rasa panik dan tidak merasa tenteram berada di kawasan Countryside Stable ini. Seterusnya binatang yang ketiga yang juga menyebabkan tercalar kawasan Balik Pulau, kawasan Pulau Betong iaitu tupai kerana musim buah durian sudah pun bermula. Sudah bermula musim buah durian tapi sekarang ini masih mahal. Insya-Allah bulan 6 nanti dan penghujung bulan 7 akan turun harga nanti. Jadi kita dapat makluman bahawa pemilik-pemilik dusun durian agak rasa mengeluh kerana apa mereka mengeluh kerana banyak gangguan daripada tupai-tupai yang berkeliaran yang merosakkan buah-buah durian di atas pokok terutama sekali kawasan Kampung Genting dan kawasan Pulau Betong. Diminta sekali kepada pihak Jabatan Perhilitan bantulah untuk menyelesaikan masalah tupai yang menyerang kawasan Pulau Betong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tupai bawah Perhilitankah?

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Minta mencelah sikit boleh YB?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tupai, Pertanian.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Saya hendak tahu sebab tadi Dato’ Timbalan Speaker, saya hendak tahu yang tadi ada sebut monyet, selepas itu tupai yang sebut Balik Pulau, Pulau Betong kan? Tempat itu lebih kepada kawasan perhutanankan? Jadi orang kata tempat itu habitat merekakan, so kita yang mengancamkan tempat mereka la ni pula kita hendak mengadu kan mereka yang mengancamkan tempat kita pula. Jadi saya mohon pencerahan daripada YB betulkah kita hendak halau mereka balik ke tempat mereka di samping itu kita yang mengancamkan habitat mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pengkalan Kota. Rumah Timbalan Speaker pun ada.

Sekarang musim durian jadi kita hendak ambil perhatian kepada aduan-aduan daripada pihak yang menjual buah-buahan durian ini jadi masalahnya mereka kata tupai-tupai inilah menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Jadi kita kena ambil caknalah benda ini kan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu doktor veterinar, setiap daerah mempunyai Pejabat Veterinar. Cuma yang masalahnya semua pejabat veterinar ini hanya mempunyai Penolong Pegawai Veterinar, tidak ada doktor, tidak ada Doktor Veterinar. Cuba bayangkan kalau sekiranya berlakulah di Balik Pulau binatang yang kita sayangi, binatang yang kita begitu ambil berat binatang tersebut tiba-tiba dia sakit kritikal, mana mungkin penolong pegawai veterinar boleh membuat pembedahan. Betul tak. Tak boleh buat pembedahan kerana dia kata dia tidak ada kepakaran. Surgery dia cuma boleh buat minor. Major dia tak boleh buat. Jadi kita kena buat macam mana. Kita kena adakan, kita kena wujudkan setiap daerah kena diwujudkan Doktor Veterinar yang benar-benar layak dan benar-benar mempunyai kepakaran. Jadi kita sangat-sangat mengharapkan semoga isu ini diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya agihan zakat. Zakat sebenarnya bukan milik Kerajaan Negeri. Zakat bukan milik Kerajaan Negeri. Zakat milik umat Islam. Oleh itu dia tidak boleh dipolitikkan. Setuju tak? Dia tidak boleh dipolitikkan kerana apa? Semua orang bayar zakat. Tak kisahlah parti pembangkangkah, parti kerajaankah, orang yang tidak ada partikah. Semua umat Islam wajib membayar zakat. Tidak siapa pun kecuali tidak ada siapa kecuali, selagi dia mengaku dia Islam kerana ia merupakan Rukun Islam. Kita harap perkara ini diambil berat oleh EXCO Agama. Jadi jangan sekali-kali Kerajaan Negeri menganaktirikan YB-YB Pembangkang kerana YB Pembangkang dipilih oleh rakyat dan juga termasuk umat Islam. Sepatutnya setiap YB tidak mengira sama ada parti kerajaan ataupun parti pembangkang diberi hak untuk mengagihkan zakat kepada semua asnaf yang berhak menerimanya. Contohnya program back to school.

Rakyat datang berhari-hari, berminggu-minggu, bertubi-tubi datang ke pejabat kita, nak minta nak beli baju, nak minta nak beli kasut sekolah, nak minta segala keperluan sekolah anaknya itu. Dia perlukan wang, tapi mana kami mampu nak selesaikan semua permintaan. Kerana apa? Kerana tidak diberikan hak untuk agihan zakat. Begitu juga semasa Hari Raya, duit raya zakat, duit raya zakat berjumlah RM5.82 juta, RM5.82 juta untuk 7,000 asnaf, satu (1) sen pun YB Pembangkang tidak diberi untuk agihan. Macam mana keadilannya? Mana nak hashtag, zakat hashtag, wakaf yang disebut adil dan ehsan mana dia?

Pulau Betong. Minta pencelahan sikit. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Pulau Betong memberi laluan untuk celahan dan saya tertarik juga. Ramai di kalangan rakan-rakan juga membangkitkan soal zakat ini yang sebagaimana yang ditegaskan oleh Pulau Betong bahawa zakat adalah hak keseluruhan umat Islam. Kita dapat daripada orang Islam dan diagihkan juga kepada asnaf-asnaf di kalangan orang Islam. Dengan pengagihan zakat yang telah dibangkitkan tadi telah dipolitikkan sehingga kita yang diangkat oleh rakyat secara rasmi yang telah mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat tiba-tiba dinafikan hak pengagihan dan diberi kepada Pejabat Penyelaras KADUN untuk pengagihan. Apabila pengagihan ini dipolitikkan, setuju atau tidak Pulau Betong, saya bimbang takut tahun depan, tahun-tahun mendatang akan memberi kesan negatif. Dan mungkin kalau tahun ini ada yang membayar zakat kepada kita negeri Pulau Pinang, takut mereka beralih ke negeri yang lain dan kutipan itu akan merosot daripada tahun ke tahun. Jadi boleh bersetuju ataupun tidak?

Okey. Terima kasih kepada YB Penaga. Jadi memang kita tak dapat nafikanlah kalau sekiranya terus-menerus isu ini tidak ditangani dengan adil. Kita takut kutipan zakat selepas ini akan berlakunya penurunan. Jadi kita merayulah kepada EXCO Agama, ambillah cakna hal ini ikutlah firman Allahutaala (petikan ayat Al-Quran) Al-Ma'idah, ayat yang kedua, “Tolong-menolonglah kamu dalam hal apa, kebajikan dan takwa jangan tolong kata tuhan, jangan tolong, jangan bantu, dalam hal apa, dalam hal dosa dan juga permusuhan”. Jadi kita harap semoga kita dapat mengambil tindakan yang paling adil, tindakan yang paling ehsan supaya semua YB diberikan hak tidak ada pihak YB kerajaan diberikan hak istimewa. Sedangkan YB Pembangkang dizalimi haknya.

Seterusnya pembinaan asrama warga asing, Kerajaan Negeri sepatutnya kita sarankan dapat membatalkan bukan menangguhkan projek asrama warga asing di Teluk Kumbar. Sebab ternyata projek ini ditentang oleh semua pihak. Semua pemimpin masyarakat semua menolak. Termasuklah tidak kiralah ahli-ahli politik, NGO, termasuklah pengerusi-pengerusi kariah masjid, surau, pengerusi-pengerusi taman-taman perumahan dan juga orang perseorangan semuanya menolak pembinaan asrama warga asing di kawasan Teluk Kumbar. Jadi kita harap, semoga projek ini dapat difikirkan semula supaya tidak berlaku dan dimaklumkan dalam kita tengok kita check dalam

jawapan bertulis dalam menyebutkan kata projek ini ditangguhkan. Tangguhkan sampai bila? Kita nak tahu jugalah. Ada cadangan daripada pihak kerajaan untuk mengubah ataupun membuat tempat lain dalam pembinaan asrama warga asing ini. Cuba kita tengok figure ini. Figure ini tentang jumlah warga asing yang sudah ada dalam kawasan Penang ni. Cuba kita fikirkan berapa banyak? 151,116 oh! banyaknya 115,116 jumlah pendatang asing ataupun warga asing. Yang paling ramai sekali warga Bangladesh, berjumlah 43,054. 43,000 warga asing Bangladesh. Begitu juga warga negara Nepal yang kedua, Nepal yang kedua berjumlah 38,456. Antara kes jenayah yang dilakukan oleh warga asing dari tahun (2020 hingga 2023), kes bunuh – 85 kes, kes rogol – 26 kes, kes curi motosikal – 48 kes, kes pecah rumah – 102 kes, kes merusuh – 157 kes, kes ugutan jenayah – 94 kes dan kes cabul sebanyak 64. Tak takut lagi kah? Warga asing sampai mencalar dan mengganggu gugat keamanan negeri kita, yang kita sayangi ini. Cukuplah, banyaklah kes jenayah yang mereka buat tak kanlah kita nak bagi lagi ruang untuk mereka meneruskan aktiviti negatif ini. Kita harap, kita ambillah pegangan firman Allahutaala (petikan ayat Al-Quran) "Jangan kamu sengaja mencampak diri kamu kepada kebinasaan".

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya MAIPP keluarkan garis panduan larangan bekerja yang terlibat dengan arak. Kata Nabi (petikan ayat Al-Quran/Hadith) "Arak itu, ibu segala kejahatan", arak itu ibu maksiat”. Nabi menyebut 10 golongan yang dikutuk oleh Allahhutaala kerana terlibat dengan arak. Siapa dia 10 golongan itu? Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya. pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya. Semua terlibat. Jadi kita harap, anak-anak Islam, pastikan diberikan garis panduan pekerjaan. Terutama sekali yang bekerja di 7Eleven dan juga di kawasan pusat shopping complex ataupun kita sebut pusat membeli belah, supermarket. Kita harap ambil caknalah hal ini, jangan kita tak ambil berat kerana kita takuti gaji yang mereka dapat, ada unsur-unsur haram, kerana apa? Kerana bergaul, bercampul gaul di antara yang halal pun ada yang haram pun ada. Kita sangat sedihlah, anak-anak Melayu kita yang kerja di 7E, boleh dikatakan ramailah, ramai-ramai. Kita harap semoga diberikan panduan, diberikan garis panduan tentang dimanakah mereka boleh bekerja untuk mendapatkan rezeki. Kita harap rezeki mereka, rezeki yang halal.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Betong, landing time.

Boleh sikit lagi tak Dato'?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Landing time.

Okey. Dan akhirnya, Projek Luar Bandar Sungai Pinang ke Pulau Betong. Kita harap projek ini menelan belanja yang begitu besar. RM82.5juta. Tapi yang sedihnya, projek ini indah khabar dari rupa. Kerana apa saya sebut begitu. Kerana banyak kes-kes lumba haram. Kes lumba haram banyak berlaku dalam jalan luar bandar yang menghubungi antara Sungai Pinang dan Pulau Betong. Budak-budak ramai yang main moto up motor, racing dan sebagainya. Kita haraplah pihak PDRM ambil cakna hari ini. Sila pantau dengan lebih serius kawasan jalan luar bandar ini yang menghubungi Sungai Pinang dengan Pulau Betong supaya kita dapat menangani isu kemalangan ini kerana banyak kes kemalangan parah berlaku di kawasan ini. Akhirnya serangkap pantun:

Anak soleh jadi harapan

Jadi harapan ayahanda dan bonda

Pulau Betong akhiri ucapan

Moga mendapat jawapan bermakna.

Pulau Betong mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Pulau Betong. Dipersilakan Penaga.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh dan salam sejahtera, selamat petang. (Bacaan doa).

Kanak-kanak berlatih bola

Agar sepakan tidak terbabas

Terima kasih Timbalan Dato’ Yang di-Pertua

Memberi laluan Penaga berbahas

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, tak dilupakan kepada Pengarah-pengarah jabatan dan agensi seterusnya kepada tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada Penaga untuk turut serta dalam sesi perbahasan bagi merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh TYT pada hari Jumaat yang lepas 24 Mei ketika membuka Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas. Jadi Dato’ Timbalan Yang di-Pertua saya nak pergi dulu

kepada isu-isu local Penaga sebelum daripada saya nak masuk kepada isu-isu negeri, state dan juga nasional, dan juga antarabangsa, InsyaAllah.

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak IADA dan juga Jabatan Pertanian. Jadi saya mewakili pesawah-pesawah di kawasan Penaga terutamanya di Kelompok Padi Pasir Gebu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang dan juga Jabatan Pertanian kerana mengambil cakna mengenai permasalahan tanah jerlus yang dibangkitkan sebelum ini dalam sidang yang lepas yang telah saya bangkitkan. Dengan segala bantuan dan khidmat nasihat daripada pegawai-pegawai yang sentiasa turun membantu. Alhamdulillah masalah tanah jerlus dapat diatasi dan petak-petak pesawah yang ditinggalkan selama dua musim sebelum ini dapat diusahakan semula. Yang ini terima kasih jugalah dekat EXCO Pantai Jerejak. Kali ini saya tak serang dia. Terima kasih. Peruntukan yang besar melibatkan kerja-kerja meracun, membaja, perataan, membina parit landai dan pengaturan, menzahirkan keazaman yang tinggi ditunjukkan oleh agensi-agensi yang terlibat untuk membantu pesawah. Sesungguhnya bantuan berterusan sebegini daripada pihak IADA dan Jabatan Pertanian amatlah ditagih agar pengeluaran padi dan beras di negeri ini, di negeri kita ini dapat ditingkatkan dan secara tidak langsung menjamin sekuriti makanan negara.

Yang kedua, saya juga nak mohon kepada Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau dengan lebih serius kegiatan menambak kawasan sawah padi yang semakin hari semakin berleluasa di Seberang Perai Utara khususnya di DUN Penaga. Jika kita lihat di beberapa kawasan di SPU terutama sekali di Penaga banyak sawah-sawah padi yang telah ditambak kerana ini menyebabkan jelapang padi di negeri Pulau Pinang semakin menyusut. Kita akui memang ada pihak MBSP meletakkan notis dan papan tanda di beberapa kawasan tetapi hakikatnya pemaju-pemaju masih lagi giat menambak sawah-sawah padi seolah-olah tiada kesudahan. Diharap ada tindakan yang lebih tegas bagi melindungi jelapang padi negeri Pulau Pinang ini.

Yang ketiga Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Penaga juga nak bangkitkan berkaitan dengan isu setempat di Pengkalan Bongor iaitulah penghadang titi ataupun jambatan daripada Jalan Lahar Kepar nak masuk ke Lahar Minyak ada titi dan penghadang itu telah pun patah, runtuh hilang. Dah dua kali diganti. Ini mungkin disebabkan titi tu sempit kalau ada lori yang masuk maka dia tak lepas. Penghadang itu akhirnya jatuh. Jadi kita minta kalau tidak dibina semula penghadang maka saya minta pihak JKR dapat melihat untuk pelebaran titi di Pengkalan Bongor tersebut.

Yang keempat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan padang futsal di Kampung Guar Tuan Syed, ini di Padang Lalang mungkin boleh tengok sebab saya kira padang futsal ini telah dibina ketika mana kita mengambil Kerajaan Negeri 2008 atas Pakatan Rakyat ketika itu dan kita telah membina sebuah padang futsal yang tidak berbumbung dimanfaatkan oleh masyarakat setempat terutama di Kampung Guar Tuan Syed. Tapi hari ini sudah terbiar dengan pagarnya juga telah runtuh dan menjadi tempat lepak, saya bimbang ini juga antara port yang digunakan untuk penagih-penagih dadah.

Dengan sebab itu saya minta supaya dinaik taraf padang futsal tersebut mungkin boleh dijadikan dewan tertutup untuk kegunaan ataupun aktiviti masyarakat khususnya di kalangan anak-anak muda. Dan untuk pengetahuan Dato’ Timbalan Yang di-Pertua juga di pekan Penaga ada satu Dewan Orang Ramai yang terbakar tahun lepas yang masih belum dibaik pulih ataupun diganti dengan dewan baru. Saya lihat perkara ini juga dapat dilihat untuk manfaat masyarakat setempat khususnya di pekan Penaga sebab dewan ini dulu di kalangan remaja-remaja bermain badminton di dalamnya tetapi tahun lepas terbakar dan sampai ke hari ini dibiarkan tanpa adanya baik pulih ataupun nak diruntuhkan dan dinaikkan semula bangunan yang baru.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga terpanggil oleh kerana kita melihat ketika sesi sidang Dewan kali ini semua Ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan juga telah menyampaikan takziah kepada sahabat kita Yang Berhormat ADUN daripada Sungai Bakap. Dan saya juga nak merakamkan dalam Dewan yang mulia ini ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Yang Berhormat Abang Zam kita yang beliau telah menghembuskan nafas terakhir tengah hari pada hari Jumaat yang lepas, 24 Mei dan pada waktu pagi semasa perasmian persidangan ada juga di kalangan rakan-rakan Yang Berhormat bertanya kepada saya dan kita menyebut bahawa keadaan kesihatannya agak merosot. Allah lebih menyayanginya ketika mana kita sedang menunaikan solat Jumaah ada hari Jumaat tersebut dan kemudian yang kita dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Abang Zam kita. Kita bersedih dan ditambah kesedihan lagi mungkin kita semua bersimpati dan kita bersedih Abang Zam dia daripada kalangan ataupun Yang Berhormat daripada Blok Pembangkang. Bayangkan selepas dia menang dalam Pilihan Raya Umun ke-15 yang lepas sampai dia menghembuskan nafas yang terakhir. Bagaimana dia membantu rakyat di Sungai Bakap. Ada masalah dia turun. Masalah air yang sekian lama tidak boleh diselesaikan di Taman Widuri. Bagaimana dia cuba untuk menyelesaikan permasalahan air di taman tersebut bersama-samanya masyarakat bila berada bila berlakunya banjir kilat, ada rumah-rumah yang dimasuki air maka dia bersama dengan sahabat-sahabat yang lain, sukarelawan, khidmat masyarakat turun untuk membantu. Dalam keadaan peruntukan tidak ada dan dalam keadaan peruntukan tidak diberi tetapi khidmat beliau tak pernah beliau abaikan. Selagi mana beliau mampu dia terus berkhidmat kepada masyarakat dalam keadaan dinafikan peruntukan. Inilah yang menyedihkan kita dan akhirnya dia telah meninggalkan kita. Pun begitu InsyaAllah perjuangan Yang Berhormat Abang Zam kita InsyaAllah akan diteruskan dan rakyat yang melihat dia punya nadi denyutan nadi Abang Zam yang sentiasa bersama dengan rakyat. InsyaAllah akan terus memastikan agar kawasan ini diwakili oleh InsyaAllah wakil rakyat yang sama dengan Abang Zam, InsyaAllah. Saya nak sebut tuan-tuan, bagaimana kami daripada Pembangkang yang telah kita banyak kali kita sebut walaupun tidak diberi, dinafikan peruntukan tetapi sebagai wakil rakyat kita juga mengambil tanggungjawab untuk terus membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Anak merpati disambar helang,

Terbang tinggi ke dalam huma, Harimau mati meninggalkan belang,

Manusia mati meninggalkan nama.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Moga Allahyarham InsyaAllah dapat berehat bersemadi di alam kubur dan semoga dijadikan kuburnya taman syurga dan dibangkitkan InsyaAllah di hari akhirat kelak bersama dengan para solihin, golongan mutakin dan juga bersama dengan para anbiya wa syuhada InsyaAllah.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga terpanggil untuk melihat apa yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan sebelum daripada saya berkaitan dengan kos sara hidup rakyat yang makin meningkat. Barang naik, tarif air naik semua terkejut. Kalau sebelum ini raya terkejut alamak!! raya kali ini banyak alamak taraif air naik, alamak!! bil TNB pun naik, subsidi diesel bersasar. Subsidi bersasar ini bagi saya tak ada subsidi lah nanti. Sayur naik, SST alamak!! SST pun naik daripada 6 peratus kepada 8 peratus. Alamak!! lagi beras tempatan pun sampai ke hari ini tak ada dah berapa bulan dan kita dah bangkitkan dalam sidang yang lepas. Rakan-rakan yang lain pun ada juga bangkitkan beras tempatan hilang di pasaran. Pergilah ke pasar raya Mydin ke Dato’ daripada Bertam kita tak akan jumpa sangat terhad. Sedangkan sebelum ini ada. Wallahu a’lam. Saya difahamkan orang kata beras tempatan ada cuma beg plastik beras tempatan tu tak ada. Jadi terpaksa diganti dengan beg plastik import. Bukit Tambun kena ingat. Sebab beras yang kita beli beras import rasa dia lebih kurang sama sebagaimana beras tempatan. Jadi inilah yang berlaku yang saban hari setiap hari kita turun kita berada bersama-sama dengan masyarakat, bersembang minum kopi inilah benda-benda yang diminta untuk kita bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini berkaitan dengan kos sara hidup yang makin meningkat, barang-barang naik, dengan tarif air naik semua dah sebut, karen elektrik, subsidi bersasar, diesel nanti harganya akan naik melonjak, SST dinaikkan, masalah beras tempatan, masalah bahan-bahan yang bersubsidi makin kurang dan makin tiada di pasaran yang sangat menyukarkan untuk warga tempatan mendapatkan bahan-bahan tersebut.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga nak sebut berkaitan dengan pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini, tata kelola yang telah dibuat ataupun telah diberi. Dalam masa yang sama saya melihat hari ini kita masih lagi mengamalkan politik kuno ataupun politik hutan. Kita tidak betul-betul mempraktikkan demokrasi sebagai sebuah negara ataupun negeri yang mengamalkan demokrasi yang sepatutnya diberi hak berlaku adil kepada semua. Ini tidak Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. 16 Mei sambutan Hari Guru yang kita ucapkan tahniah terima kasih kepada guru-guru yang setiap kita ini ada guru. Lau la murabbi, ma 'araftu rabbi. Kalau tidak kerana guru-guru kita sendiri pun tak kenal Allah, tak kenal Tuhan, kita sendiri pun tak ada ilmu tapi guru jasa mereka. 16 Mei sambutan Hari Guru yang kita nak ambil peluang ambil kesempatan nak bagi kek kepada guru-guru

yang mengajar mendidik anak-anak kita itu pun sebagai yang disebut oleh YB Sungai Dua, Ketua Pembangkang. Nak masuk ke sekolah pun tidak dibenarkan hanya sekadar untuk menghantar kek sempena demngan sambutan Hari Guru. Ini politik zaman firaun. Politik kuno. Jangankan nak masuk ke sekolah-sekolah, yang terbaru Persatuan Nelayan juga tuan-tuan terlibat. Saya rasa sedih…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga kasar sangat tu. Firaun tu. Tarik balik.

Baik saya menghormati Dato’ Timbalan. Saya turunkan sikit. Persatuan nelayan saya sedih sebab apa tuan-tuan sebab Penaga dia ada lima unit nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan Seberang Perai dan kita ada unit-unit pesawah, kelompok-kelompok pesawah dan kita ada unit nelayan di Penaga, di bawah ataupun dalam kawasan DUN saya ada lima (5) unit nelayan. Unit nelayan Sungai Tembus, Pekan Penaga, Kuala Muda ada unit nelayan Bakau Tua, Pulau Mertajam tapi yang menyedihkan dan unit-unit nelayan ini Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, apabila mereka nak buat program ka apa, mereka akan datang minta sumbangan daripada kita. Dan kita tak sebut kami tak ada peruntukan minta maaf tak beri. Paling tidak pun bagi duit, duit poket kita Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Mungkin lepas ini saya claim dengan Dato’.

Tiba-tiba satu surat diberi kepada saya dimaklumkan “Larangan perasmi program-program di bawah Persatuan Nelayan Kawasan dan unit-unit nelayan daripada kalangan ahli politik bukan kerajaan”. Persatuan Nelayan Kawasan Seberang Perai dia punya letterhead kepala surat dia minta, “Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan dan menjadi kelaziman kepada mana-mana persatuan nelayan kawasan dan unit-unit nelayan menjemput individu tokoh yang berpengaruh untuk merasmikan program-program khususnya di kalangan ahli politik, ADUN Negeri ataupun Ahli Parlimen di kawasan masing-masing. Oleh itu, pihak tuan adalah dilarang untuk menjemput individu, tokoh dari kalangan ahli politik”, ADUN Negeri ataupun Ahli Parlimen yang bukan daripada Kerajaan Persekutuan semasa bagi tujuan tersebut selaras dengan arahan pendaftar persatuan nelayan. Ini yang sangat sedih tuan-tuan. Saya nak turun nak jumpa dengan rakan-rakan di kalangan ketua-ketua unit pun tuan-tuan payah. Program yang mereka buat tuan-tuan untuk minta sumbangan dengan kita pun kita nak pergi, jangankan nak jemput nak suruh rasmi nak jemput pun mereka tak berani sebab apa? Sebab ada surat arahan yang sememangnya tuan-tuan ini adalah benar. Arahan yang telah diberi.

Itulah yang sangat menyedihkan kita tuan-tuan termasuk dalam soal yang dibangkitkan oleh rakan-rakan yang lain, pengagihan zakat tahun ini tak pernah berlaku sebelum ini. Tak pernah berlaku. Penggal lepas walaupun ADUN Pembangkangnya tiga (3) orang daripada Sungai Dua, Permatang Berangan dan saya Penaga tetapi pihak Zakat menghormati kita juga. Datang ke Pusat Khidmat saya dan minta daripada pegawai saya untuk senaraikan nama-nama asnaf yang akan diberi bantuan oleh pihak Zakat bukan dapat daripada kita pun tetapi kita senaraikan. Kita cari asnaf-asnaf dalam

kawasan kita untuk pengagihan dan kita tak agih pun barang tu tak sampai sekarang ini semua ambil melalui IC. Bawa IC pergi ke kedai, ke Mydin, ke mana tuan-tuan bagi IC boleh ambil barang kalau dia telah dimasukkan ke dalam sistem. Bukan kita buat majlis di Pusat Khidmat kita, tidak. Tetapi kita yang diminta untuk mencari dan mendapatkan asnaf-asnaf. Tiba-tiba tahun ini ketika mana bulan Mac yang lepas anak-anak kita nak masuk sekolah ada program back to school nak kembali balik ke sekolah dalam bulan Ramadan untuk pengagihan sempena dengan Nur Ramadan Nur Kasih nak beri sumbangan tiba-tiba kita tidak dilibatkan, yang dilibatkan hanya Penyelaras KADUN di DUN-DUN yang dikuasai oleh Pembangkang, ini yang sangat menyedihkan. Di mana tatakelolanya. Tatakelola ke tatakelolah. (Kurang jelas) Tatakelolanya. Ini saya lihat.

Dan begitu saya juga tengok Dato’ Yang di-Pertua dalam bajet yang telah dibentangkan memang kita semua sedia maklum bajet negeri kita defisit. Tetapi saya tengok dan saya lihat banyak pembaziran yang berlaku, banyak pembaziran terutama sekali berkaitan dengan program-program rasmi yang melibatkan EXCO dan perbelanjan program ke luar negara. Ke luar negara. Tak tahulah berapa banyak pelaburan-pelaburan yang boleh dibawa masuk tapi daripada soalan yang saya kemukakan dan mohon saya nak tahu berapa bajet, berapa duit yang telah digunakan untuk lawatan-lawatan rasmi daripada EXCO-EXCO ke luar negara daripada tahun 2020 sehingga tahun ini tuan-puan, lebih daripada RM2juta yang telah dibelanjakan, sedangkan saya dapat maklumat daripada sahabat-sahabat ada yang bajet di jabatan-jabatan, bajet agensi yang dipotong, yang dah dibentang dalam persidangan bajet kita tahun lepas tapi ada yang dipotong. Ada yang diminta untuk berjimat sampai bajet pakaian pun Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kena potong, bajet pakaian. Mungkin sebelum ini RM300 dipotong kepada RM100..RM160 …..(gangguan)

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang Berhormat Penaga, boleh saya nak tanya sikitlah? Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya nak tanya pada ADUN Penaga yang mengatakan EXCO-EXCO ke luar negara tu yang habis membelanjakan tu daripada jabatan mana tu Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat jelaskan.

Jangan tanya Penaga tanya EXCO. Senarainya ada tapi kalau nak sebut satu-satu, panjang masa saya nanti Dato' Timbalan Yang di-Pertua kata tak cukup masa. Ada dijawab secara detail oleh YAB Ketua Menteri ada dengan saya. Banyaklah EXCO-EXCO yang terlibat yang saya kira kalaulah agensi, jabatan pun kita minta supaya berjimat. Nak buat program pun tak boleh buat program diluar, mesti di premis kerajaan, di hotel-hotel tak boleh nak pergi ke hotel kat Bukit Tambun pun tak boleh mesti di premis kerajaan sebab apa, sebab langkah berjimat. Perbelanjaan kita defisit tetapi tengok daripada EXCO-EXCO perbelanjaan keluar negara tu agak besar. Itu juga boleh dilihat sebab kita juga bertanggungjawab ni wang rakyat. Bajet pakaian yang disebut ada yang kena potong, kena jimat, program yang nak dibuat tidak boleh di luar, premis kerajaan sahaja. Ada jabatan-jabatan negeri yang bajetnya ditarik balik walaupun telah dibentang.

Ini yang sampai pada kita. Jadi saya nak supaya kita juga dapat berjimat dan semua kita samada di peringkat EXCO dan lainnya berjimat dan duit itu kita gunalah untuk manfaat dan kebaikan rakyat di bawah kita lebih utama.

Begitu juga Dato’ Timbalan Yang di-Pertua berkaitan dengan ada berapa isu yang saya nak bangkitkan pagi tadi ataupun dalam sesi perbahasan oleh ADUN Air Putih membangkitkan soal bagaimana keselamatan negeri kita juga rasa tak selamat apabila berlaku isu pencerobahan ke atas Balai Polis Datuk Keramat yang berlaku kalau tak salah saya pada 19 Mei yang lepas, 2 hari ataupun 3 hari selepas daripada insiden yang berlaku di Ulu Tiram. Saya nak sebut isu ni kerana saya melihat daripada laporan yang telah diberi bahawa individu yang telah menceroboh dan cuba merampas sub machine gun, cuba merampas senjata anggota polis itu adalah individu yang berada di bawah pengaruh alkohol. Mabuk kalau dalam istilah mudahnya mabuk, yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari Pulau Betong isu arak, isu arak dan saya pun dalam sidang yang lepas banyak kali dah dia bangkitkan isu arak ni yang apabila berada di bawah pengaruh alkohol atau mudahnya mabuk, banyak insiden-insiden yang berlaku kalau dulu hanya sekadar merempuh sebagai contoh saya pernah bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini pada 26 Oktober 2019, bagaimana seorang wanita mabuk yang telah merempuh pekerja MBPP, Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang sedang bekerja sapu sampah di tepi jalan tiba-tiba dirempuh oleh seorang wanita mabuk yang mengakibatkan kematian. Ini kes 2019. Ada kes 2020. 10 Februari sebelum COVID, COVID pada 18 Mac ini 10 Februari ada kes dua (2) sahabat maut dirempuh pemandu mabuk. Ini di jalan Lingkaran Luar Butterworth. Ini melibatkan apa dia orang-orang yang berada di bawah pengaruh alkohol. Penggal lepas saya telah bangkitkan kalau pun dalam Islam semua orang tahu sememangnya arak ini diharamkan, sememangnya arak diharamkan, dan ibu segala maksiat kerana disebut oleh rakan saya dari Pulau Betong, tetapi menghormati hak agama lain. Dia tidak sama macam judi. Judi ni boleh katakan semua agama mengharamkan sebab tu di Kelantan mengharamkan judi, termasuk di Kedah, di Terengganu, Perlis tapi arak oleh kerana ada agama lain yang membenarkan, bukan ada agama lain yang menggunakan arak dalam upacara keagamaan, maka kita menghormati paling tidak saya nak minta kepada Kerajaan Negeri supaya buat satu dasar atau pun polisi sama ada nak menghadkan jualan arak, menghadkan premis-premis sebab dalam soalan yang pernah saya kemukakan, soalan bertulis yang saya pernah kemukakan pada tahun persidangan 2019 disebut oleh Yang Berhormat EXCO Datuk Keramat ketika itu, jumlah premis ataupun kedai arak yang terdapat di negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 464 premis. Ini banyak besar jumlahnya sebab itu kita mesti kurangkan dan kalau boleh had minum di rumah ataupun di premis……(gangguan) sebab kalau...(gangguan).

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Penaga. Mungkin Yang Berhormat Penaga terus mencadangkan tentang pengenalan dasar ke arah sama ada untuk mengehadkan jualan arak ataupun bolehkah Yang Berhormat Penaga bersetuju sekiranya kita untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri menggerakkan dahulu pameran-pameran betapa mudaratnya alkohol ini yang berlebihan. Kalau dilihat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia ada unit Alkohol Dan Penyalahgunaan Substans yang boleh mungkin

Yang Berhormat Padang Lalang mulakan dulu pamerannya di Sidang DUN ini memberi exposure ….(dengan izin) kepada Ahli-ahli Yang Berhormat terlebih dahulu supaya kita dapat terangkan kepada masyarakat kita tentang mudaratnya alkohol yang berlebihan. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya Seberang Jaya. Penaga setuju, sebab bimbang juga ada yang di bawah pengaruh alkohol nanti mengamuk dalam dewan, habis kita. Ini nasib baik yang berlaku insiden di balai polis eh pergi ke balai polis kalau dia pergi ke rumah YB-YB, Yang Berhormat Padang Kota takpa mungkin ada pengawal keselamatan, pergi ke Telok Ayer Tawar habis, dia bukan rampas submachine gun, pisau pun boleh membunuh. Jadi saya bersetuju dan mungkin nanti Padang Lalang boleh respon dalam penggulungan supaya kita nak keselamatan, jaminan, semua yang hadir, yang ada di bawah pengaruh alkohol...(gangguan)

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya mohon mencelah. Tadi Penaga ada membangkitkan dengan isu keganasan tadi di Balai Polis. Insiden ini juga berlaku di Ulu Tiram, nak minta sikit respon mungkin ada persamaan ataupun ada apa-apa yang boleh diberi respon dengan izinlah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga, masa dah terhad, fokus pada isu….(gangguan)

Terakhir dari barisan Pembangkang saya minta lebihan masa sikit, saya ambil masa Pinang Tunggal tadi. Lepas ni saya bagi pada rakan Bertam sampai jam 5.00. Terima kasih kepada Sungai Dua, Ulu Tiram. Ya insiden di Ulu Tiram serangan balai polis juga kalau di Datuk Keramat dia individu tu di bawah pengaruh alkohol, Ulu Tiram saya tengok dan saya lihat fakta yang diberikan pun bercanggah antara Ketua Polis Negara yang menyebut individu….(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga, saya fikir tak perlu sentuh la isu kerana dalam siasatan polis….(gangguan)

Polis kata JI terlibat, menteri kata kita tunggu jawapan rasmi….(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sudah, sudah. Okey. Stop

Apapun keganasan memang kita tolak dan kita tak nak extremis ka, ganas ka cukup dengan reformasi yang kita buat 1998. Itu ganas sikitlah, turun di jalan raya, reformasi tapi sekarang ni era reformasi telah berakhir. Saya dengan Padang Kota turun Perhimpunan Bersih, itu memang jadi itu dulu, sekarang politik matang dan sejahtera biar dalam keadaan stabil, harmoni semua kita raikan budaya kita dan juga agama kita. Itu yang saya nak respon kepada soalan daripada ataupun celahan daripada Sungai Dua.

Saya minta tambahan masa sikitlah. Oleh kerana banyak sangat mencelah dalam perbahasan saya, baik begitu juga Dato' Timbalan Yang di-Pertua, soal selain daripada isu di bawah pengaruh alkolhol sebab tu saya minta sebagaimana disebut oleh Seberang Jaya supaya kita hadkan Kerajaan Negeri mesti ada polisi dan dasar yang mengehadkan premis dan mengehadkan masa minum. Mungkin di rumah atau pun selepas jam 12.00 di tempat awam, di luar tak boleh sebab kalau mereka dah minum keluar mabuk, pandu kereta mungkin hari ini kena orang lain suatu hari mungkin kita ini dilanggar ataupun ahli keluarga kita, maka tidak ada kesudahan dan penyesalan itu takkan berakhir. Kita sangat bimbang dalam soal orang-orang yang di bawah pengaruh alkohol ini. Saya nak sebut juga Dato' Timbalan Yang di-Pertua berkaitan dengan isu juga yang dibangkitkan yang ini perlu dilihat sebagai orang Islamlah sebagai orang Islam mungkinlah Yang Berhormat boleh bersetuju dengan sedikit apa dia perkara yang berlaku dalam sambutan Festival Hari Muzium Antarabangsa Pulau Pinang yang tercemar sikit apabila ada diviralkan tengok dalam TikTok perempuan yang mengurut bukan mengorat, mengurut lelaki dan ini kalau bagi rakan-rakan lain tak ada masalah tetapi sebagai orang Islam kita ada maruah. Walaupun Paya Terubong telah respon tu adalah juru teknik kesihatan dan seumpamanya tetapi bagi orang Islam mungkin YB EXCO Agama boleh respon juga, hal mungkar ini dari sebesar-besar kita cegah, sehingga sekecil-kecil mungkar itu pun kita halang dan kita cuba kawal dan kita cegah kerana kita senantiasa berpegang dengan perintah Allah dalam Al-Quran ….(bacaan ayat Al-Quran) “Hendaklah kamu satu ummah yang senantiasa menyeru ke arah kebaikan, ajak orang ke arah kebaikan”. Dalam masa yang sama dengan makna kita sentiasa menyuruh untuk manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Jadi apa-apa yang bertentangan dengan ajaran Islam sentiasa kita cuba bendung walaupun disebutnya tadi yang urut itu perempuan dia juru teknik kesihatan tetapi bagi kita orang Islam lelaki urut lelaki, perempuan urut perempuan.

Dato' Yang di-Pertua, yang terakhirlah. Oleh kerana banyak saya nak sebut, meraikan masa dengan rakan-rakan kita yang lain pun, nak balik hari cuti kalau boleh Sidang Dewan ditamatkan awal disebabkan anak-anak di rumah tak tau nak pi mana, kita tak boleh nak bercuti. Jadi Dato' Yang di-Pertua, yang terakhir saya nak cadangkan oleh kerana peranan Yang Berhormat ni amat penting ahli Yang Berhormat dan hari ni kita nampak peranan kita agak terhad, sudahlah banyak agensi-agensi yang kita tak

boleh dilibatkan ADUN-ADUN Pembangkang terhad, saya nak mencadangkan supaya mana-mana negeri-negeri yang lain telah buat dan telah laksanakan dia itulah Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya nak cadangkan daripada dua (2) kali setahun kepada minima tiga (3) kali setahun. Di Kedah tiga (3) kali setahun, di Perak juga tiga kali setahun bahkan di Selangor tiga (3) kali setahun, baik di Kelantan, di Terengganu baik di Pahang. Makna persidangan itu minimanya tiga (3) kali setahun, sekurang-kurangnya apa juga permasalahan bawahan, rakyat kita boleh bawa dan kita bincang penyelesaiannya dalam Dewan Undangan Negeri apa. Ini kalau dua (2) kali setahun, ia sekadar tidak lebih dari enam bulan takut terbubar, jadi oleh itu tidak ada makna. Sebab itu, saya mencadangkan Dewan yang mulia ini boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan untuk persidangan Dewan Undangan Negeri ditambah daripada dua kali setahun kepada minimanya tiga (3) kali setahun….(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tadi minta kurang hari persidangan, ni tambah pula.

Tak larat pula, minimanya tiga (3) kali setahun. Jadi Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya kira sekadar itulah yang dapat saya kemukakan dalam sesi perbahasan untuk sidang kali ini, masa tidak mengizinkan, terima kasih kepada semua dan Penaga juga mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Penaga dan kita persilakan habis, dipersilakan Bertam, bukan sesi penggulunggan.

Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa) dan Assalamualaikum. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, rakan-rakan Ahli EXCO, sahabat- sahabat back benchers dan juga teman-teman daripada opposition benchers. Saya seperti manalah di peringkat awal ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana diberi peluang kerana untuk terlibat dalam perbahasan. Ucapan terima kasih ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Saya pun tak tahu kenapa diminta supaya menjadi yang terakhir sekali untuk bahas.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Back benchers.

Dalam dewan ni kebiasaannya ada tiga (3) golongan saja satu ada front benchers, satu dia ada back benchers, satu lagi dia ada opposition benchers. Tapi saya diletak tengah-tengah barang kali mungkin saya jadi middle benchers. Untuk menumpulkan sebarang ketajaman yang boleh menjadi pertembungan dalam pandangan antara kedua-dua devide of the bench. Saya dah terlibat dalam politik lebih daripada 27 tahun. Saya jadi Setiausaha Politik seawal usia 27 tahun. Ahli Parlimen selama 10 tahun, Timbalan Menteri 3 tahun, Menteri 3 tahun , duduk di Parlimen duduk di…, jadi saya dapat lihat bagaimana perbahasan-perbahasan yang dilontarkan antara belah pembangkang dan juga belah kerajaan.

Tapi apa yang saya lihat yang pertama sekali ialah ini adalah yang kita apa orang kata medan yang paling penting Dewan yang mulia ini lah yang akan menjadi penentu untuk kita nak bina negara ataupun negeri. Negeri kita yang berdaulat. Negeri ini bukan dibina oleh pihak front benchers sahaja ia dibina oleh semua termasuk Pembangkang. Sebab itu pada peringkat awal saya sebagaimana yang lain dan juga saya tak mahu ketinggalan untuk merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh belas dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sebagai Raja Permaisuri Agong.

Demikian juga saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan di samping merafak setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada yang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah dan kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Hajj yang telah menaungi negara tercinta kita dengan penuh bijaksana dan dengan penuh keadilan sepanjang tempoh pemerintahan baginda dalam keadaan suasana politik yang amat-amat mencabar. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah kepada sahabat kita yang telah pun pulang ke rahmatullah Nor Zamri ADUN Sungai Bakap. Saya berkesempatan pergi bertemu dengan isteri beliau Musalmah dan walaupun tidak lama perkenalan kita perkenalan saya dengan beliau. Tetapi beliau adalah seorang yang mempunyai perwatakan yang amat-amat lembut dan ketiadaan beliau di kerusi tersebut merupakan satu kehilangan dan kita doalah mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama para solihin mukminin dan diletakkan di dalam sentiasa dalam dakapan maghfirah daripada Allah S.W.T.

Dan selain daripada itu, Dato’ Yang di-Pertua saya mengamati ucapan yang telah dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama baru-baru ini. Antara perkara pertama yang beliau sebut adalah beliau zahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Inilah juga benda yang saya sebut ketika penggal pertama, saya kata di kala negeri kita mempunyai keterbatasan sumber-sumber untuk kita luaskan lantai pendapatan kita.

Maka kita hanya ada kita hanya ada industri-industri yang dianggap sebagai high growth dan juga high value. Namun kita mempunyai orang kata scarcity of land tanah-tanah yang makin berkurangan menyebabkan pendapatan-pendapatan negeri agak terbatas. Tapi satu strategi yang penting adalah kita boleh adakan hubungan baik dengan federal. Sebab apa sebab kita berperdana menterikan seorang yang hatinya orang Penang, minda dia orang Penang, jiwa dia Penang, heart, mind and soul he is Penangite. Maka sebab itulah benar kita dapat limpahan 10 hingga ke 13 bilion untuk LRT, kita dapat hampir 1.5 bilion dan jangan lupa dulu ketika kita ada seorang lagi Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di zaman 2004 ke 2009. Kita dapat limpahan banyak juga kita dapat jambatan baharu hampir 4 bilion kita dapat lapangan terbang pembesaran yang pertama 1 bilion kita dapat Penang Central 2.7 bilion, BORR apa nama ni empangan 500 juta. Sebab apa sebab kita berperdana menterikan seorang yang datang daripada negeri kita sebab itulah saya mengambil kesempatan yang sama juga saya nak rakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ambil kesempatan dan ambil apa yang sempat. Agar kita tidak ketinggalan dalam tempoh yang berbaki sebelum berakhirnya penggal pada PRU yang kelima belas ini.

Tuan Dato’ Yang di-Pertua selain daripada itu saya juga nak sebut lagi sekali saya pernah sebut kat Ketua Menteri lah kita selalu sebut Pulau Pinang kita selalu sebut pasal soal pelaburan FDI ataupun DDI. Dan baharu ini pun dalam ucapan TYT disebut benda yang sama dan sebanyak 71.9 bilion menjadikan kita ini destinasi antara yang utama. Antara dalam negara kita yang nombor lima tapi kita jarang sebut satu perkara bahawa kita adalah negeri yang menjadi penyumbang eksport nombor satu negara. Tepuk tangan sikitlah. Kita dah capai satu trillion Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, 1 trilion tiga tahun berturut-turut dan daripada 1 trillion 30% disumbang oleh negeri ini. Maknanya setiap wang ringgit 30 sen come from Penang. We should be proud. Sebab itu saya harap dalam ucapan setiap kali TYT maklumkan benda itu. Sebab ini adalah usaha keras yang dilakukan oleh pihak-pihak Kerajaan MITI dan dilakukan oleh MATRADE yang chairman dia yang dok ada dalam Dewan ni… (Ahli-ahli Dewan menepuk meja). Malahan saya nak maklumkan untuk untuk tahun lepas kita catatkan 1.426 trillion now Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kalau nak datang MATRADE pejabat saya datang kita cakap trillion sahaja. Kalau nak cakap billion pergi ke MIDA, kalau mahu cakap trillion datang ke MATRADE. Kita dah tak bercakap billion-billion dah Insya-Allah tahun ini pun kita akan cuba usaha untuk capai lagi sekali 1.5 trillion.

Ini sebab saya sebut ini adalah kerana Pulau Pinang adalah menjadi penyumbang utama kepada kejayaan. Kejayaan yang menjadikan negara yang diterajui di bawah Perdana Menteri yang ke-10 ini dan sebab itulah saya menganggap bahawa pada empat (4) bulan yang pertama tahun ini sahaja eksport meningkat kepada 477 billion dan Insya-Allah esok dorm akan keluar Penang mencatat hampir lagi sekali mencatatkan 30 peratus daripada jumlah tersebut iaitu 130 billion lebih. Ini menjadikan Penang berada ranking nombor satu mengatasi Selangor negeri yang mempunyai banyak kilang mengatasi Sarawak mengatasi Johor.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Bertam boleh minta celah.

Boleh celah lah berapa banyak pun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Timbalan Speaker tadi Bertam sebut tentang trillion yang kita sumbangkan kepada Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi apa yang didapat oleh Pulau Pinang kalau Lapangan Terbang Antarabangsa hanya 1 bilion dan LRT 13 bilion, kita sumbang trillion tapi yang dapat hanya billion. Oleh itu, apa komen Bertam tentang tidak ketidak seimbangan ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bertam ka MATRADE ni?

Saya setuju sangat, lagi dua (2) tahun hantar saya balik ke Parlimen.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Awal Bertam kempen, awal.

Tuan Yang di-Pertua seperkara lagi saya nak tekankan adalah berkaitan apa yang saya dah bangkit tadi. Tapi saya nak ulangkan semula tentang kemiskinan. Saya menganggap kemiskinan ini adalah satu isu yang never ending struggle tak mungkin berakhir. Sebenarnya bila Allah Taala wujudkan sebuah kemiskinan dia nak bagi rahmat kepada umat tersebut. Baharu ada masyarakat yang mempunyai jiwa kasih dan sayang dan bila ada jiwa kasih dan sayang maka rahmat Allah Taala pun turun. Sense of loving and caring adalah salah satu daripada how we get the blessing from god. Sebab itulah orang kata kadang-kadang kita lihat, pernah saya dengar satu cerita di zaman Saidina Umar. Bila mana Saidina Umar lihat ada satu benda yang dianggap orang kata memerlukan bantuan beliau dan orang tidak kenal dia sebab dia adalah khalifah nombor dua the second rightly guided caliphate dan dia oleh kerana jajahan empayar dia besar tak macam kita sekarang tak ada gambar orang tak kenal dia.

Dia minta isteri dia Umi Kalsom iaitu anak Saidina Ali untuk pergi tolong. Tapi saya suka ayat ini dia kata dekat isteri dia (ayat Al-Quran) wahai Umi Kalsom kamu nak tak aku nak beri satu perkara yang kamu tak buat apa tapi Allah mai hantar pahala. Macam

kita lah, kita kadang-kadang duduk dalam rumah dah susah ada orang meminta. Orang mai minta tolong ketuk sebenarnya itu Tuhan hantar pahala dekat kita.

Demikian juga keberadaan orang miskin sebab itulah saya tekankan tadi bahawa fighting against the poverty ini is not the act of charity ini bukan kerja charity this is act of justice satu keadilan yang disebut oleh Nelson Mandela. Dan saya tekan ini sebab apa saya anggap bahawa ada keperluan untuk kita melihat balik semua sebab angka-angka yang telah dikeluarkan Dato’ Timbalan Yang di-Pertua adalah angka-angka yang begitu tidak ada integriti dari segi data. Sat data kata banyak ni, tadi Timbalan Ketua Menteri baru sebut tadi bagaimana fakir laut jumlahnya lebih banyak pendapatannya 900. Bagaimana kita perlu ada keseragaman untuk negeri kita integration. Sekarang kita dah ada banyak dah sistem-sistem (AI) Artificial Intelligent, kita ada Big Data Analytics. Bayangkan saya pernah lihat satu sistem kalau ada mati ja dia akan trigger, intelligently can tell you that family is red flag he is become poor dan it will be a real time of attendance the problem (dengan izin) this is world yang kita tinggal sekarang. Tak perlu lagi kita nak biar sampai, sebab ada di kalangan orang miskin terutamanya di kalangan bangsa Melayu dan bangsa India.

Mereka ini terdiri daripada the poor the passive poor. Orang yang pasif, orang yang tak mahu keluar tak mahu campur dan akhirnya mereka berada dalam blind spot yang tak dapat bantuan. Sebab itulah saya masih lagi beranggapan kalau lah EXCO Sungai Pinang bahawa kita boleh fikir untuk bentuk bangunkan satu pengkalan data yang intelligence enough to have a tracking system untuk population kita. Bukan ramai pun kalau kita nak pusatkan hanya 5,000 di antara mereka yang miskin ini membolehkan kita untuk benar-benar melihat mereka dapat diberi pembelaan secara lebih tuntas dan kemiskinan ini adalah kemiskinan yang bukan saja berlaku di negara kita berlaku di merata-rata. Jadi Dato’ Yang di-Pertua selain daripada itu sekali lagi saya nak tekankan juga pasal berkaitan dengan Akta tadi 672 ataupun Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, yang dia kata saya tak buka pintu tuh. (Gelak) Saya geram ni tapi dia takleh jawab la ni kan. Tak boleh jawab, jawab pergulungan nanti. Tak boleh (gelak). Saya buka tentatif peraturan mesyuarat dia tak boleh bangun lagi. Sebenarnya untung kalau kita berada di 672. Saya beri salah satu sebabnya ialah saya dapat saya tengok hah pendapatan MBSP RM 315juta pada 2022 lah lama sikit. Untuk kebersihan dan kehijauan maknanya untuk orang kata pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam RM 146 juta, demikianlah jumlah dia tinggi tapi bila kita implore atau pun kita adopt Akta 672, ia akan membolehkan obligasi itu berpindah ke pusat satu, keduanya, jumlah yang dibayar oleh PBT tak berubah dah, kekal selamanya.

Kedua, untuk domestic collection saya boleh bercakaplah sebab saya yang pernah buat dasar tu, untuk domestic collection. Kalaulah PBT dia bayar RM6 ke RM8 saja, RM6. …(gangguan) RM6. Kalau di bawah 672, RM14.80. Dia membolehkan economy of skill untuk melakukan frequency of collection jauh lebih banyak, two plus one. Bukan itu compactor jauh lebih sophisticated dan malahan macam mana disebut tadi oleh EXCO bahawa kalau ada care packs selepas ini, kalau ada pembinaan sel-sel baru untuk sisa pepejal tak lagi ditanggung oleh Kerajaan Negeri, wajarnya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat. Maka sebab itulah saya melihat bahawa Akta 672 ni, saya tadi saya call

Amiruddin Selangor. Selangor is giving seriously talk of accepting it. Selangor negeri yang maju pun memikirkan sebab lebih banyak untung. Dan kalau kita nak buat WTE (Waste To Energy). Ya betul Waste To Energy tu bukan semuanya kata..menjadi letrik dia akan ada lebih kurang 15 dia panggil black ashes. Tadi nak kata black ashes tapi black ashes tu boleh pergi ke off taker boleh diguna kepada industri-industri tertentu. Maknanya kita boleh mencapai zero waste to the landfill satu ketika nanti cuma kita perlu ada satu pelan induk, letakkan sasaran agar kita benar-benar menjadi negeri yang dikatakan smart dan bijak.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada itu jugak saya beranggapan bahawa antara yang penting untuk saya tekankan adalah sikit pasal isu perumahan. EXCO Perumahan kata kalau boleh jangan sentuh langsung (ketawa). EXCO Perumahan tu bagus dia buat kerja bagus dah. Cuma saya suka tekankan perumahan ini ialah untuk menggalakkan anak-anak muda to own at young, saya buat kempen Own At Young. Own At Young ni maknanya kalau mereka boleh masuk awal entry maka mereka akan menambah net worth mereka. Saya bagi contoh kalau seorang yang berusia 25 tahun boleh memiliki rumah 200 ribu pada usia 25 tahun. 10 tahun daripada sekarang, daripada tarikh tersebut bererti beliau berumur 35 tahun, setiap tahun lazimnya the appreciation of the assets is 5 percent, kalau compounded pada usia 35 rumah yang 200 ribu tu sudah bernilai 350 ribu tetapi hutang dia tentu sudah berkurang menjadi 150 ribu. Bayangkan 150 ribu dengan 350 ribu. Automaticly the net worth of that person become two hundred thousand, maknanya apa? Maknanya debt, hutang can become creator to wealth. Hutang boleh menjadi pencipta kepada kekayaan. Tapi apa masalahnya? Masalahnya anak-nak muda nak masuk kat entry level susah. Sebab tu saya nak sarankan EXCO, kalau boleh buat satu jaringan dengan bank. Dia ada cara yang kita panggil step-up financing, makna dia masuk pada awal di peringkat yang mana dia mampu dan escalation berlaku bila mana sebab gaji dia akan naik. Saya sendiri umur 24 minta loan bank from one bank tak boleh sebutlah, ditolak, not knowing bahawa lagi 20 tahun saya akan menjadi Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (gelak). Sebab apa sebab because of orang kata the deposit..(Bunyi Loceng) eh nak habis dah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Nak abis dah.

So saya minta mungkin kalau boleh kita tekankan benda tu agar orang kata Own At Young ni membolehkan anak-anak muda dapat memiliki rumah. Jadi Dato’ Yang di-Pertua akhir sekali, akhir sekali saya nak sentuh jugaklah benda yang berkaitan dengan Islam. Sebab tu saya pakai ini nih. Sebab duduk belah sini ni, saya tengok-tengok saya sorang saja Melayu. Itu pun kalau depa, itupun kalau depa kata saya Melayu…(gangguan). Depa ni kalau harap kat depa ni depa kata saya mamak. Tapi Islam ni yang ditekankan juga oleh TYT yang pertama saya ucapkan tahniah dan terima kasih pada Kerajaan Negeri kerana peruntukan yang diletakkan jumlah yang cukup orang kata besar untuk pembinaan-pembinaan masjid.

Saya dengar keluhan daripada Parti Pembangkang tentang berkaitan soal-soal masjid dan sebagainya. Saya nak cerita satu benda bukan saya nak pertahankan orang kampung saya ni. Timbalan Ketua Menteri ni orang kampung saya. Saya nak cerita terus-terang kadang-kadang bila masjid tak boleh buat lagi bukan ditolak, bukan tak dipertimbangkan, belum diluluskan lagi. Saya suruh pi mintak Masjid Al-Jamiul Badawi untuk dah lama sangat nak buat besar. Tau dak Masjid Jamek Ul-Badawi tu dok kat mana. Bapa saya lapan belas tahun jadi setiausaha kepada Masjid Al-Jamiul Badawi, pada Pak Lah. Kubuq bapa saya di situ, kuboq mak saya di situ, kuboq bapak Timbalan Ketua Menteri di situ, kuboq tok dia di situ, tapi bila saya mintak kat dia atau pun pengerusi mintak untuk buat, dia kata tak boleh lagi sebab peruntukan tak ada. Dia akan usahakan RMKe-13. Saya tak kata dia tak pertimbangkan. Sebab tu bila kita bercakap sesuatu tu saya harap kadang-kadang kita cari titik-titik pertemuan. Bila kita buat penghujahan kita cakap sesuatu tu kadang-kadang ia membentuk satu dakwaan. Kalau dalam kaedah fiqh dia panggil kata.. (petikan ayat Al-Quran) Bukti perlu diberi pada orang yang mendakwa dan orang kata dan apa nama.. dipanggil apa yamin dipanggil apa..sumpah kepada orang yang menafikan. Dan kita tak boleh nak kata macam saya tengok kalau tak boleh jumpa dengan Timbalan Ketua Menteri, buat lagi…saya pun tak pernah pi jumpa pejabat dia, saya tak pi pun padahal saya senior dia dan apa nama yang kata seratus ringgit apa bagi duit zakat apa Nur Ramadhan wallahi a’zim saya dilaknat kalau saya tipu, satu sen pun saya tak pi bagi kat orang, semua masuk dalam bank, sebab apa, sebab takkanlah saya nak ambik kredit terhadap zakat yang diberi atas derita orang-orang tertentu. Betul dak tuan-tuan. Ini ikhlas. Kadang-kadang kita berlaku pertembungan atas ketidakfahaman. Dalam surah dalam tentang zakat ni ia bercakap banyak dalam surah kalau tak silap At-Taubah tu…(gangguan).

Mencelah sikit..

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua terima kasih. Rakan saya, YB Bertam. Saya nak respon sikit atau pun sikitlah penambahan ataupun penjelasan berkaitan dengan zakat ni yang dibangkitkan tadi. Kita juga tak akan ambil kredit cuma yang dibangkitkan tadi adalah soal pengagihan yang dulunya diraikan jugak ADUN-ADUN pembangkang untuk mengagihkan atau pun untuk dapatkan nama-nama asnaf dan kita serah kepada zakat untuk mereka uruskan. Itu saja.

Saya setuju kalau betul adalah senarai nama-nama yang layak yang dihantar tapi tak dilayan oleh zakat saya rasa itu berdosa tapi kena ada buktilah. Tapi setakat kita nak

kena pi bagi atas dasar kita nak kredit politik saya rasa yang tu kita tak usah sebut sebab zakat ni Allah Taala buat cukup cantik. Sebab tu lah kata…(petikan Al-Quran) betul..sebab apa sebab tujuan menyucikan dan membersihkan. Kan lepas tu Tuhan kata.. (petikan Al-Quran) tapi Iast sekali dia kata …(petikan Al-Quran) itu adalah fardu daripada Allah Taala. Takkanlah kita nak jadikan ini sebagai isu, kesian kita tengok kadang-kadang kita pi bahas benda ni walhal rakan sahabat kita tak berapa nak faham sangat. Benda ni benda yang patut kita boleh bincang dan kita jadikan ia kekuatan. Saya anggap bahawa ada kadang-kadang orang kata, yang bayar banyak duit zakat adalah PN. Tak boleh kata macam tu. Saya nak tanya tuan-tuan…(gangguan).

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bertam mintak celah sikit eh..

Ahh bolehlah..(gelak)

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bukan kita kata BN dapat banyak. Kita kata selama ini agihan tu bagi kepada pembangkang, prihatin pada pembangkang. Kita pun tak nak untuk kita, kita nak bagi kepada rakyat kita sebagai wakil rakyat di kawasan kita. Rakyat kita ada yang susah yang mai jumpa kita, tetapi di pihak zakat tak bagi peluang kepada kami untuk submit nama. Itu yang kami pertikaikan sekarang ni. Yang Berhormat terima kasih.

Baik saya kata tu sebab saya dengar sendiri dalam apa nama..dalam isu masa ketika press conference kata..tidak keterlaluan kata kalau kami dipilih oleh orang Islam orang ramai kata antara yang membayar zakat lebih tu adalah PN, tak perlu politik sampai tahap tu. Saya nak cerita tau dak berapa banyak muzakki, Telok Ayer Tawar, muzakki ni maknanya orang yang bayaq zakat. Tau berapa…(gangguan), berapa orang. 50.. ni saya dapat 49 ribu..50 ribu yang 11 orang ni yang sokong ni semua 150 ribu, takkan nak kata 100 ribu lagi penyokong PN tak bayaq zakat. (suara ketawa) Dak contohnya la kan…(suara ketawa)

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kita tak kata penyokong tak bayaq zakat, cuma kata setiap orang Islam wajib dibayar zakat. Itu bukan..agama-agama lain dia tak perlu bayaq. Di dalam kawasan kami dan kawasan Dato’ sendiri pun ada bangsa lain.

Dak saya tak kata bangsa lain, bangsa kita ni…muzakki kita. Sebab tu antara pembayar zakat yang paling banyak adalah pemotong-pemotong gaji. Saya bukan nak

jatuhkan, nak aibkan sapa tapi saya nak kata mari kita bersama. Potong gaji pun kadang-kadang..saya potong gaji dah. Kalau boleh semua wakil rakyat di sini potong gaji jadikan tauladan. Potong gaji dak lagi kita, potong gaji masuk dalam zakat. Banyak gaji la (Gangguan).

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Potong gaji kat mana..(gangguan)

Sebab..sebab itu akan memberi gambaran bahawa kita bersama, dalam soal agama kita bersama. Jadi tuan-tuan dan puan-puan akhir sekali yang ni pun saya nak mohon ampun dan maaf kalau kata-kata saya ini barangkali tidak disukai oleh orang kata atau tidak digemari oleh pihak kerajaan tapi saya mempunyai prinsip bila mana kita dipilih we were honorably elected by people and we must also be honourable enough untuk melayan kata mereka yang diberi mandat secara honourable . Saya ketika saya menjadi menteri saya antara dan saudara Khairi dan a few other antara yang menyokong untuk kita berilah, kita pertimbangkanlah. Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang dok baca tu, pertimbangkanlah, kalau boleh peruntukan kepada pihak Pembangkang. (Ahli-ahli Dewan menepuk meja) Banyak tu aje boleh tepuk.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bertam, inilah pemimpin yang kita cari… (Ahli-ahli Dewan menepuk meja)

Mudah-mudahan, mudah-mudahan, mudah-mudahan

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Bertam yang bagi ya…(gangguan) Bertam yang bagi.

Mudah-mudahan..

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagi laluan Bertam. Bertam tak maklum lagi nak bagi berapa…(gangguan)

Mudah-mudahan (gangguan) mudah-mudahan…semua ni jadi Perpaduan (suara ketawa ramai) Biiznillah. Biiznillah Sungai Bakap kita menang…(Ahli-ahli Dewan

Dewan Ditangguhkan

menepuk meja). Hangpa tak tepuk pulak dah….(ketawa) hangpa ni pun satu…Jadi..begitulah, saya ambil peluang dan masa dalam yang terbatas ini. Saya harap saya dapat menumpulkan sebarang bentuk ketajaman pertembungan antara dua-dua bila mana ada satu isu-isu kan kadang-kadang kita ada Dato’ Seri Anwar selalu sebut ayat bagus kita dok kata clashes of civilizations tapi satu lagi penting adalah the clashes of ignorence, pertembungan sebuah kejahilan. Kita tak tau dia, dia tak tau kita. Dulu tak kenal saya, dulu Lim Guan Eng tak kenal saya tapi la ni dia tengok muka saya, tengok mata saya oh rupanya Dato’ Reezal ni baik orangnya (suara ketawa ramai) Jadi..terima kasih banyak..Bertam mohon untuk menyokong… Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih kepada Ahli Kawasan Bertam. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat kita telah selesai memberikan ruang kepada 27 Ahli-ahli Yang Berhormat untuk sesi perbahasan dan maka telah selesailah sesi perbahasan dan InsyaAllah kita akan tangguhkan mesyuarat kita ke esok pagi jam 9.30 bagi sesi soalan lisan dan juga penggulungan. Terima kasih semua.

Dewan ditangguhkn pada jam 5.00 petang.