Pulau Pinang · 29 May 2024
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 481 turns · 51,171 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh (Datok Keramat), Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina (Bertam), Tan Hooi Peng (Seri Delima), Bukhori bin Ghazali (Pinang Tunggal)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Bacaan Doa.
Soalan lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Bagan Jermal.
Syabas kepada pasukan Yang Amat Berhormat dan Ahli EXCO kerana menjawab berbelas soalan lisan dengan berjaya dan cemerlang. Sekarang tiba soalan Bagan Jermal. Soalan ke-17.
No. 17. Berapakah kegunaan air per kapita untuk tujuan domestik terkini berbanding dengan penggunaan air untuk tujuan bukan domestik (terkini) seperti industri, premis perniagaan dan sebagainya?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal, bagus. PBA telah merekodkan penggunaan purata air perkapita domestik pada tahun 2023 sebanyak 284 liter sehari. Sebagai bandingan purata air perkapita kebangsaan pada tahun 2022 adalah 237 liter sehari. Manakala sasaran kebangsaan adalah 180 liter sehari. Ini menunjukkan bahawa penggunaan air perkapita, pengguna air domestik di negeri Pulau Pinang adalah sangat tinggi berbanding dengan bukan sahaja purata kebangsaan tapi semua negeri-negeri lain di negara kita. Kita yang paling tinggi Yang Berhormat, untuk jumlah penggunaan bukan domestik pula penggunaan air termasuk industri, premis perniagaan dan sebagainya tidak diukur menggunakan air perkapita tapi jumlah yang telah direkodkan pada tahun 2023 adalah 136,395,657 meter padu setahun berbanding dengan penggunaan domestik sebanyak 183,725,917 meter padu. Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Apakah unjuran bagi penggunaan air bagi tujuan domestik atas faktor pertambahan penduduk dan juga kategori bukan domestik kerana kita tahu perkembangan yang sangat pesat dalam industri dan perkilangan menjelang tahun 2030. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Saya tidak ada perangkaan yang membezakan domestik dan bukan domestik tapi maklumat yang saya ada daripada pihak PBA jumlah air, penggunaan air yang kita unjurkan bagi tahun 2030 adalah 1,532 juta liter sehari. Buat masa ini pada hari ini kita punya penggunaan air adalah permintaan air adalah sebanyak lebih kurang 800-850 juta liter sehari menjelang 2030 dengan peningkatan penduduk dengan peningkatan industri dengan ada pulau baru dan sebagainya kita unjurkan dalam 1,005 juta. Untuk memenuhi permintaan yang akan meningkat ini PBA telah pun dah merangkakan projek-projek sebanyak RM1.18 bilion yang kita namakan plan kontingensi air 2030 yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Selain daripada itu Yang Berhormat, PBA juga sedang dan Kerajaan Negeri sedang meneroka beberapa sumber-sumber alternatif juga sebab nak dapatkan jumlah yang begitu besar kita juga selain daripada loji-loji rawatan air dan juga sumber-sumber yang sedia ada kita perlu sumber-sumber yang baru selain daripada sungai mungkin juga kita sedang meneroka contohnya air bawah tanah ground water sebab terkini ada teknologi baru yang dapat mengekstrak air daripada bawah tanah dengan lebih berkesan dan juga lebih selamat yang tidak menyebabkan land subsidence. Dan juga seperti mana Yang Berhormat sebut dalam ucapan perbahasan desalination penyahgaraman air laut itu pun boleh dipertimbangkan sebagai salah satu sumber alternatif. Selain daripada itu, juga kita sedang meneroka coastel reservoir dan juga reservoir ataupun kolam takungan pinggiran sungai TAPS yang dipanggil. Dan akhir sekali juga yang di mana PBA telah pun menandatangani satu MOU dengan pihak IWK adalah untuk kita nak meneroka air kumbahan pengkitar semula mengitar semula air kumbahan ataupun water reclaimation sebagai salah salah satu sumber jugalah seperti mana dilaksanakan di Singapore dan negara-negara lain. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Sila.
Apakah PBA tidak melihat Sungai Perai sebagai salah satu daripada sumber air dan Sungai Perai sekarang ini berada dalam tahap tiga tercermar. Apakah kerajaan atau PBA tidak ada apa nama usaha untuk nak menyelesaikan masalah pencemaran itu supaya air Sungai Perai itu dapat diambil dan dijadikan sebagai sumber untuk apa nama ni menyelesaikan masalah air dalam negeri kita.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Soalan yang baik. Sebenarnya tadi saya ada sebut kita ada Water Contingency Plan 2030 yang di mana beberapa loji rawatan air yang baru akan dibina antaranya di Sungai Muda, di Mengkuang, di Sungai Kerian dan lagi satu yang sedang dipertimbangkan tengah buat study adalah Sungai Perai. Kita menjangkakan Sungai Perai kita boleh dapat dalam 132 mld cuma masalahnya dengan Sungai Perai yang nombor satu Yang Berhormat telah sebut pencemaran tapi pencemaran adalah suatu perkara yang boleh ditangani. Lagi satu adalah Sungai Perai itu air dia kita panggil brackish water iaitu campuran daripada air laut, air garam dengan air tawar. Jadi kos untuk apa ni merawat air brackish ini dia akan lebih sedikit tapi PBA sedang dalam perancangan sudah melantik perunding untuk membuat proposal bagi kita nak menggunakan air Sungai Perai ini jugalah sebab ia adalah memang betul Yang Berhormat sebut tadi antara sumber sungai yang kita ada di negeri Pulau Pinang. Terima kasih.
Soalan tambahan, Dato’ Speaker. Memandangkan tadi Yang Berhormat kata untuk plan contingency air melibatkan 1.18 bilion. Jadi saya nak tahu bagaimanakah Kerajaan Negeri nak dapatkan dana ini untuk menampung kos ini.
Dana ini Yang Berhormat, akan dapat daripada pelbagai sumberlah. Antaranya juga kita ada opsyen untuk mengeluarkan bond sukuk dan juga hasil yang kita dapat setiap tahun daripada PBA juga untuk membuat bayar pinjaman yang kita buat dan juga antara cara lain juga kita akan minta PAAB, Perbadanan Aset Air Berhad untuk membina apa ni daripada projek tersebut tapi bukan percuma Yang Berhormat, kita kena bayar balik tapi dia dengan menggunakan khidmat bantuan daripada PAAB kita boleh melaksanakan secara serentak. Contohnya Sungai Kerian, PBA buat mungkin Sungai Muda kita minta PAAB buat malah untuk Sungai Perai cadangan PBA adalah untuk minta PAAB mengambil alih dan juga membuat loji rawatan tersebut tapi seperti saya sebut PAAB bukan buat percuma, kita kena bayar balik juga. Jadi hasil itu kita kena cari juga untuk membiayai apa ni semua projek tersebut.
Terima kasih. Saya hendak mempersilakan Permatang Berangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 18.
No. 18. Berapakah kapasiti bagi Loji Rawatan Air (LRA) Toh Alang dan senaraikan kawasan yang mengguhendakan bekalan air ini.
(a) Bagaimana kerajaan memastikan bahawa pencemaran Sungai Kulim tak menjejaskan kualiti air dari LRA ini?
Yang Berhormat. Dato’ Speaker, kapasiti pengeluaran terkini di Loji Rawatan Air Bukit Toh Alang ialah sekitar 37 juta liter sehari dan kawasan yang terlibat bagi pembekalan bagi LRA Bukit Toh Alang adalah seperti tersenarai dalam lampiran yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat sebab jenuh kalau hendak baca semua ada 27 lebih, 30 lebih, 40 kawasan. Yang Berhormat, pemantauan dilaksanakan secara bersepadu melalui beberapa agensi dan jabatan kerajaan seperti (BKSA) Bahagian Kawalan Selia Air, Kementerian Kesihatan Malaysia, PBA dan kesemuanya menjalankan pemeriksaan sanitari dan pengambilan sampel air secara berkala bagi memastikan kualiti air di Sungai Kulim berada dalam keadaan yang baik dan kualitinya menepati piawaian yang ditetapkan oleh KKM untuk air minum. Sekiranya didapati kualiti air berada di tahap yang tidak selamat maka kita akan memberhentikan loji rawatan air dan siasatan akan dilaksanakan untuk mengenal pasti punca kepada pencemaran. Bagi memastikan kualiti sungai sentiasa berada dalam tahap optimum dan tidak menjejaskan kualiti air untuk tujuan bekalan, Jabatan Alam Sekitar juga melaksanakan program pengawasan kualiti alam sekitar iaitu EQMP khusus kepada pemantauan kualiti air sungai.
Di bawah program EQMP ini pemantauan kualiti air sungai dilaksanakan melalui persampelan In-Situ dan juga Ex-Situ di stesen kualiti air automatik yang terletak di hulu muka sauk loji rawatan air bagi mendapatkan bacaan parameter utama kualiti air. Untuk Sungai Kulim Yang Berhormat, stesen pengawasan automatik ini terletak di Kampung Tun Sardon iaitu jarak lebih kurang satu kilometer daripada Muka Sauk Tok Alang. EQMP juga merupakan program yang boleh memberikan amaran awal pencemaran di sungai ini dan memerlukan tindakan, tindakan siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi mengenal pasti punca-punca pencemaran sekiranya berlaku. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Apakah air Sungai Kulim ini dipam masuk ke Mengkuang Dam dan kemudiannya disalurkan ke LRA Sungai Dua untuk diproses dan digunakan sebagai minuman ke seluruh rakyat negeri Pulau Pinang? Dan yang kedua, soalan tambahan. Pada 18 Februari 2024 baru-baru ini Pengarah JAS negeri Kedah telah melaporkan bahawa Sungai Kulim ini tercemar dengan najis babi. Kemudian telah dijawab oleh EXCO Pertanian kita pada 19 Februari mengatakan bahawa pencemaran berlaku disebabkan oleh najis itik tapi apa pun pencemaran tetap berlaku dan kita bimbang tentang pencemaran ini.
Apakah langkah-langkah yang telah kita ambil untuk menyelesaikan masalah pencemaran ini daripada terus berlaku dan menyebabkan kita rakyat Pulau Pinang ini minum air yang tercemar tapi memang YB ada sebut tadi tentang kualiti yang kita jaga tapi kalau kita boleh kita hendak jaga sebelum pencemaran itu berlaku. Kita perlu elakkanlah supaya pencemaran tidak lagi berlaku. Dan saya ingin bertanya tentang apakah tindakan perundangan yang telah kita ambil pada penternak-penternak haram ini yang menternak itik di Sungai Lembu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dua soalan yang baik, yang pertamanya bertanya mengenai Sungai Kulim. Adakah ianya satu punca bagi Empangan Mengkuang. Jawapannya ya. Kita mengabstrak air daripada Sungai Kulim melalui Rumah Pam Mak Sulong untuk dimasukkan ke dalam Empangan Mengkuang dan namun begitu, Rumah Pam Mak Sulong ini dia hanya boleh beroperasi semasa musim hujan sebab dia memerlukan air itu dia kena certain level baru sahaja kita boleh pam kerana tidak, air daripada Sungai Kulim itu sebab air di Sungai Kulim itu juga digunakan untuk perairan. Jadi dia kena ikut garis panduan JPS juga jadi apabila dia sampai ke satu tahap air baru kita boleh pam ke dalam Empangan Mengkuang. Jadi bukan sepanjang tahun kita pam.
Untuk soalan kedua, sungai yang tercemar ini dia sebenarnya pencemaran harus ditangani di punca Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat pun maklum kalau kita nak bersihkan sungai hari-hari pun kalau puncanya masih lagi mencemarkan sungai dia memang tidak selesaikan masalah jadi untuk menyelesaikan di punca dari segi penguatkuasaan iaitu boleh dilaksanakan apabila mendapat aduan ataupun apabila mendapati terdapat berlakunya pencemaran maka siasatan akan dilakukan dan sekiranya kita dapat mengenal pasti punca sudah tentu apa-apa undang-undang yang
sedia ada boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Dan pada masa yang sama dari segi perundangan juga kita boleh meningkatkan menggunakan sepertimana kita telah melaksanakan Enakmen Babi di negeri Pulau Pinang untuk meletakkan syarat-syarat yang ketat terhadap ladang babi yang di mana mereka perlu melaksanakan closed system, yang di mana apa-apa discharge yang dikeluarkan daripada ladang mereka dia mesti dirawat dahulu sebelum boleh masuk ke dalam sungai. Dan selain daripada itu seperti mana saya sebut dalam awal jawapan saya, monitoring pengawasan dilaksanakan secara 24 jam, kita mempunyai sensor-sensor yang diletakkan di semua muka sauk berdekatan dengan muka sauk dan juga loji-loji supaya kita mengawal kualiti air sebelum kita merawat. Jadi kalau didapati bahawa dia punya parameter tu telah terlalu tinggi ataupun telah di luar daripada biasa, maka loji itu tidak akan kita akan tutuplah. Kita akan berhentikan sementara sehingga kita memastikan punca. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Pengkalan Kota.
Soalan tambahan.
Pengkalan Kota.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan 19. Terima kasih.
No. 19. Huraikan peruntukan yang disalurkan kepada RIBI mulai Ogos 2023
sehingga kini.
(a) Nyatakan kaedah pelaksanaan di bawah inisiatif pemberian
peruntukan RIBI ini. Adakah ia dijalankan secara adil dan saksama
kepada semua RIBI yang memerlukan peruntukan sedemikian?
(b) Adakah peruntukan yang disalurkan dihadkan untuk upacara
sembahyang? Bolehkah peruntukan diguna pakai untuk menaik taraf
RIBI?
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih pada Pengkalan Kota atas soalan tentang RIBI. Jadi mesyuarat Jawatankuasa Tabung Amanah ataupun Peruntukan Khas Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) negeri Pulau Pinang telah melaksanakan sebanyak
tiga kali ya. Sebanyak 55 permohonan telah diangkat dan dibincangkan oleh jawatankuasa ini dan antaranya 43 permohonan telah diluluskan. Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah diperakukan dan diluluskan untuk kesemua 43 permohonan ini adalah sebanyak RM1,730,000.00. Jadi senarai terperinci bagi RIBI yang telah menerima peruntukan Tabung Amanah RIBI adalah seperti di LAMPIRAN A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Jawatankuasa Tabung Amanah RIBI menilai dan mempertimbangkan kelulusan peruntukan ini berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang dipatuhi oleh pihak persatuan selaras dengan garis panduan Tabung Amanah RIBI iaitu (TARIBI) seperti ulasan daripada agensi teknikal berhubung status tanah, status bangunan dan pendaftaran persatuan. B, fungsi penggunaan peruntukan TARIBI yang diluluskan adalah bagi tujuan pembaikan, penyelenggaraan dan penyediaan tapak seperti mana yang terkandung dalam garis panduan TARIBI dan ianya dihadkan bagi tapak ibadat yang berbentuk bangunan yang disediakan oleh penganut-penganut bagi melaksanakan upacara sembahyang, aktiviti dan perayaan keagamaan. Manakala skop kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan penyediaan tapak yang melibatkan kerja sivil, elektrik dan mekanikal merangkumi satu penstrukturan semula bangunan RIBI. Kedua pembaikan kebocoran siling dan bumbung. Ketiga pembaikan retakan dinding dan lantai jubin. Keempat pembaikan sistem perparitan. Kelima pembaikan dan pemasangan pagar. Keenam penukaran sistem pendawaian dan litar elektrik dan kelapan bantuan kecemasan. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Dato’. Kita tahu, Pulau Pinang terdapat banyak RIBI yang wujud sejak berpuluh-puluh tahun lalu dan ada yang juga melebihi 100 tahun. Lebih kurang 100 tahun lebih. Jadi akan tetapi mereka tidak mempunyai pengiktirafan atau pun permit daripada pihak berkuasa seperti yang disebut oleh YB Sungai Pinang tadi sama ada mereka mungkin status tanah, status taksiran itu tidak ada mempunyai status. Jadi soalan saya adalah adakah peruntukan RIBI yang disebutkan tadi boleh diluluskan kepada RIBI-RIBI seperti yang sebegini. Sebab kerana banyak RIBI yang telah pun wujud lama ini menghadapi masalah kerosakan bangunan khususnya kebocoran dan juga kekukuhan struktur yang mungkin akan mendatangkan risiko atau pun dari segi isu keselamatan kepada penganut-penganut. Dan kes ini merupakan kes kronik dan harus ditelitikan oleh kerajaan, terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Kota. Jadi mengikut, menurut garis panduan permohonan Tabung Amanah ataupun Peruntukan Khas Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa syarat kelayakan yang tadi sebutkan tadi bagi permohonan hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS) atau penubuhan bawah Akta Perlembagaan Malaysia atau Warta Kerajaan dan harus berdaftar dalam Sistem e-RIBI Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Permohonan juga harus mengemukakan dokumen dalam dokumen status pemilikan tanah yang sah atau persetujuan kebenaran guna tanah seperti yang telah digariskan juga. Jadi walau bagaimanapun permohonan yang mempunyai isu sedemikian yang dibangkitkan oleh Pengkalan Kota masih akan diterima dan kita akan proses dan di bawa ke sidang dan mesyuarat perbincangan Jawatankuasa Pasukan Penilaian yang dianggotai oleh pegawai-pegawai jabatan akan bertanggungjawab untuk meneliti permohonan ini serta memberi ulasan teknikal yang sewajarnya. Permohonan sedemikian akan ditapis bawah kaedah case by case, mengikut ketetapan isu atau faktor yang dialami oleh sesebuah RIBI tersebut. Lawatan tapak juga akan disusuli. Semua permohonan oleh RIBI akan disusuli dengan lawatan tapak sebelum kita mengadakan mesyuarat untuk menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan itu. Jadi lawatan tapak akan disusuli oleh dan dilaksanakan oleh urus setia HARMONICO sebagai satu tindakan pengesahan bagi meneliti, mengetahui dan meninjau situasi atau masalah yang dihadapi oleh sesebuah RIBI tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Batu Uban, sila.
Terima kasih Sungai Pinang. Saya ingin nak tahu tentang apabila kita memohon peruntukan RIBI ini adakalanya ia mengambil tempoh yang sangat-sangat panjang. Dan kadangkala rumah-rumah ibadat ini memerlukan peruntukan yang segera kerana kes-kes bencana dan sebagainya. Maka apakah tindakan atau prosedur yang diambil untuk memudahkan peruntukan ini dapat disalurkan dengan segera. Dan yang kedua ialah berkenaan dengan tanah-tanah RIBI ini kita tahu bahawa ada tanah-tanah RIBI ini selalunya apabila diserahkan oleh pemaju dan sebagainya ada yang tidak sesuai, mungkin di atas bukit, kawasan bukit berdekatan dengan Indah Water dan sebagainya. So, apakah penjelasan daripada Yang Berhormat Sungai Pinang terima kasih.
Terima kasih daripada Batu Uban. Ya, kalau jika ada permohonan daripada RIBI kerana kecemasan. Jadi kita ada bantuan kecemasan. Jadi tolong kemukakan permohonan-permohonan itu kepada kita dan kita faham ini adalah permohonan kecemasan. Kita akan mengadakan mesyuarat untuk melaksanakan mesyuarat supaya kita boleh meneliti dan memberi bantuan kecemasan jika layak. Okey. Dan soalan kedua tentang tanah-tanah RIBI yang ini telah dibangkitkan banyak kali. Dan kalau yang ini adalah sebelum tu. Sebelum tu. Kami ada ambil maklum dan juga ini telah ada dibincangkan kerana sebelum itu memang pemaju memberikan tapak-tapak itu yang tidak sesuai dan saya haraplah Kerajaan Tempatan akan meneliti lagi bila pemaju akan menyumbang tapak tersebut, teliti kesesuaian tapak itu, terima kasih.
Terima kasih. Soalan 20 akan dilangkau. Saya nak jemput Pulau Betong.
Pulau Betong, Soalan 21.
No. 21. Berapakah jumlah tangkapan anjing liar di DUN Pulau Betong yang telah dibuat sepanjang tempoh 2022 hingga 2024?
(a) Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak MBPP bagi
menangani masalah ini yang mengganggu persekitaran komuniti
Melayu?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan 21 dari Pulau Betong. Jumlah tangkapan anjing liar di DUN Pulau Betong dari tahun 2022 sehingga bulan April 2024 adalah seperti berikut, tahun 2022 jumlah tangkapan adalah 58 ekor, pada tahun 2023 jumlah tangkapan adalah 64 ekor, sehingga April 2024 jumlah tangkapan adalah 22 ekor.
Bagi menjawab soalan (a) di sini sebenarnya saya lihat soalan yang dibangkitkan adalah apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak MBPP bagi menangani masalah ini yang mengganggu persekitaran komuniti Melayu. Sebenarnya bagi saya ini bukan sahaja di kalangan komuniti Melayu tetapi di kalangan masyarakat setempat. Kerajaan Negeri melalui MBPP sentiasa peka dan menjalankan operasi penangkapan dan kawalan terhadap anjing liar dan terbiar berdasarkan aduan yang diterima di mana pelaksanaannya adalah mengikut Prosedur Operasi Standard iaitu SOP yang telah ditetapkan. MBPP mempunyai dua (2) pasukan yang dinamakan sebagai skuad penangkap anjing liar dan terbiar yang ditugaskan untuk menjalankan operasi penangkapan dan kawalan di Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya. Antara cabaran
yang perlu dihadapi oleh MBPP adalah kesukaran untuk menangkap anjing-anjing tersebut di kawasan-kawasan hutan atau pun berbukit. Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai pada 17 Ogos 2017 antara MBPP dan Independence Aid For Protection and Welfare of Animals (IAPWA) bagi mengawal jumlah populasi anjing liar dan terbiar dengan menggunakan kaedah TNR iaitu Trap, Neuter and Release yang lebih berperikemanusiaan dan berkesan untuk jangka masa panjang dengan memutuskan kitaran pembiakan. Program ini bertujuan untuk mencapai matlamat kawasan pentadbiran MBPP supaya bebas daripada anjing liar dan terbiar bagi menjamin keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan orang awam. Di samping itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri bersama-sama dengan MBPP akan menjalankan satu Kajian Mengenai Persepsi Awam dan Keberkesanan Program TNR untuk anjing terbiar di Pulau Pinang pada bulan Jun tahun 2024.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Adakah benar difahamkan anjing-anjing itu dengan pihak NGO ditangkap selepas itu di release balik. Lepas tu dilepaskan balik dalam tempoh, maksud dia selepas ditangkap, dilepas tu, dilepaskan balik ke kawasan yang ditangkap itu. Kemudian nak dapat juga jawapan, berapa lama tempoh memorandum yang dibuat tu. Okay, sekian terima kasih.
Saya rasa soalan yang dikemukakan sila rujuk soalan nombor 10, soalan bertulis daripada Pinang Tunggal di mana, bagaimana kerajaan mengawal anjing liar di negeri ini. Sebenarnya lebih kurang sama apa yang saya nak jawab disini, Kerajaan Negeri melalui MBPP dan MBSP mengawal anjing liar dengan kaedah-kaedah seperti berikut iaitu operasi tangkapan harian. Usaha bersama komuniti dan pertubuhan-pertubuhan bukan NGO setempat melalui Program Trap, Nueter, Release, manage dan community engagement di mana selepas kita buat tangkapan kita akan menjalankan pemandulan yang terdapat subsidi di klinik veterinar swasta dan juga penglibatan sama ada MBPP dan MBSP dalam program khidmat masyarakat bersama NGO di kawasan pentadbiran masing-masing. Maknanya apabila kita selepas dapat tangkapan anjing ini selain daripada ada pertubuhan NGO untuk menyimpan anjing-anjing berkeliaran ini dan juga
kita akan buat pemandulan supaya populasi pada masa yang akan datang dapat dikurangkan. Itulah yang usaha daripada Kerajaan Negeri supaya kita dapat memantau anjing-anjing yang terbiar ini yang berkeliaran di kawasan masing-masing. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato' selain daripada anjing isu kucing juga mendatangkan kacau ganggu kepada masyarakat dan sesetengah pihak.
Tidak kena dengan soalan pokok.
Adakah PBT akan turut mengambil tindakan terhadap isu kucing yang berkeliaran seperti anjing liar, yes, ya isu kucing sama ada PBT akan ambil tindakan terhadap kucing yang berkeliaran sebab ia lebih kurang sama dengan isu anjing sahaja dan adakah teknik yang disebut oleh YB Jawi tadi akhirnya yang melepaskan mereka kembali ke tapak asal itu. Adakah ia berkesan sebab isu ini adalah isu tertimbul dan dikembalikan ke tempat asal lagi seperti disebut oleh YB Pulau Betong tadi. Terima kasih.
Terima kasih bekas Ahli Majlis MBPP saya rasa isu ini kita perlu mengkaji di mana kucing yang berkeliaran ini memang pihak PBT apabila menerima aduan biasa mereka ada cuba untuk buat tangkapan tapi bukan senang kucing ini tetapi kucing, anak-anak kucing memang mereka ada buat tangkapan dan saya sering juga terima mesej terima aduan selain daripada orang awam mengenai mengadukan bahawa kucing-kucing yang berkeliaran di pasar awam dan juga jangan lupa kita ada satu pertubuhan NGO juga yang kesayangan kucing-kucing ini seringkali menghubungi saya dimana mereka berhasrat supaya kita dapat membantu mereka untuk membuat satu program pemandulan supaya Kerajaan Negeri melalui kedua-dua PBT memberi subsidi kepada pertubuhan mereka khususnya di Padang Tembak. Saya tidak pasti di Padang Tembak memang saya terima daripada group tersebut dimana mereka telah menjalankan tangkapan kucing selain daripada tangkapan anjing. Tangkapan kucing juga mereka hendak menyelamatkan kucing ada kucing yang terbiar itu tercedera dan mereka tangkap kucing tersebut dan mereka membiayai kos rawatan untuk kucing-kucing yang tercedera itu mungkin saya akan kaji apa yang dibangkitkan oleh Pengkalan Kota dan sekiranya Pengkalan Kota sudi untuk menjadikan atau pun sebagai as a lead, bapa angkat sebagai task force ini saya akan teruskan untuk mengadakan satu task force untuk lihat sebab memang selepas sidang Dewan ini sebelum itu saya berjumpa dengan satu group yang penyayang kucing saya telah berjumpa mereka dan cadangan-cadangan daripada NGO tersebut dan saya ambil maklum saya ucapkan terima kasih kepada Pengkalan Kota hari ini telah bangkitkan isu ini. Thank you.
Mohon penjelasan daripada pihak saya sebagai seorang bekas Ahli Majlis, untuk makluman YB Jawi sebenarnya sebagai seorang bekas Ahli Majlis. Thank you.
Sudah jawab. Semua mantan-mantan disini, ada juga mantan EXCO duduk di belakang. Kita alu-alukan. Bagan Dalam saya silakan, Bagan Dalam.
Selamat pagi Dato' Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 22.
No. 22. Apakah statistik tahunan penggunaan UTC KOMTAR sejak ia mula beroperasi?
(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan UTC di kawasan Seberang Perai memandangkan bilangan penduduk lebih ramai di Seberang Perai?
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam berhubung dengan UTC KOMTAR. UTC di KOMTAR atau pun UTC ialah program di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang menawarkan perkhidmatan pelbagai agensi di bawah satu bumbung dan beroperasi melangkaui waktu operasi biasa pejabat Kerajaan. UTC Pulau Pinang telah mula beroperasi sejak 15 Ogos 2020 di KOMTAR, Pulau Pinang.
Sejak pembukaannya sehingga April 2024, UTC Pulau Pinang telah menerima seramai 1,211,721 pelanggan seperti butiran berikut:
Tahun 2020 mulai 15 Ogos 81,771, 2021 meningkat kepada 192,332 itu pun semasa Covid-19, tahun 2022 meningkat kepada 346,399, manakala bagi tahun 2023 ia meningkat lagi kepada 428,074 pelanggan, manakala bagi tahun 2024 sehingga 30 April 2024 seramai 163,145 pelanggan telah menggunakan perkhidmatan di UTC.
Terdapat banyak faktor yang perlu Kerajaan pertimbangkan dalam menubuhkan sesebuah UTC. Berdasarkan Klausa 4 Garis Panduan Penubuhan dan Pengurusan UTC, sewaktu penubuhan UTC baharu, MOF perlu menanggung kos ubah suai, naik taraf bangunan dan menyediakan peruntukan bagi perolehan peralatan khas agensi dan kelengkapan pejabat lainnya yang melibatkan peruntukan yang agak besar. Manakala setelah UTC beroperasi, Kerajaan perlu menampung kos sewaan dan penyelenggaraan ruang pejabat bagi agensi Persekutuan serta kos operasi agensi di UTC seperti bil utiliti, bayaran elaun lebih masa kakitangan dan pelbagai kos berkaitan. MOF pada ketika ini
sedang memberi tumpuan untuk memperkukuhkan dasar dan hala tuju UTC sedia ada bagi menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan termasuk pelaksanaan pendigitalan dalam perkhidmatan awam. Di samping itu, pertimbangan penubuhan UTC baharu perlu mengambil kira kemampuan agensi berkaitan untuk melaksanakan penempatan semula atau redeployment pegawai sedia ada tanpa melibatkan pertambahan perjawatan yang merupakan antara cabaran-cabaran utama yang dihadapi agensi. Justeru, mengambil kira kedudukan dan keutamaan kewangan negara, MOF berpandangan bahawa bilangan 23 UTC sedia ada adalah memadai dan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan UTC yang baharu. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih yang Yang Amat Berhormat di atas jawapan tadi. Okay, kita ambil maklum bahawa kawasan Seberang Perai kepadatan penduduknya lebih tinggi daripada kawasan di sebelah Pulau. So kita menghadapi kesukaran terutamanya warga-warga emas dan golongan tua jikalau mereka hendak datang ke KOMTAR untuk membuat urusan-urusan sekiranya cadangan UTC tidak dapat dipertimbangkan atau ambil masa untuk dilaksanakan sebab dari bahagian saya, saya juga telah membuat surat permohonan terus kepada Perdana Menteri dan MOF. Apakah cadangan Kerajaan Negeri bagi memusatkan perkhidmatan persekutuan mahupun perkhidmatan negeri bagi memudahkan urusan untuk warga Seberang Perai dan apakah usaha yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kepada warga Seberang Perai terutamanya warga emas dapat ditambah baik. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Dalam atas soalan tambahan. Memang amalan pada kini pejabat-pejabat Kerajaan Negeri mahupun persekutuan adalah dipusatkan dalam daerah-daerah berkenaan misalnya di Bertam banyak agensi persekutuan telah pun ditubuhkan pada suatu ketika permindahan dari bandar Butterworth ke Bertam semasa Perdana Menteri datang dari Kepala Batas dan kita percaya ada perkhidmatan boleh diperolehi di pejabat-pejabat daerah yang memangnya ditubuhkan di daerah masing-masing.
Manakala perkhidmatan dari Pihak Berkuasa Tempatan sememangnya ada cawangan-cawangan berkenaan selain daripada ibu pejabat, misalnya PBA yang disayangi oleh ADUN semua kali ini juga ada pusat-pusat operasi di tempat-tempat tertentu untuk memberi perkhidmatan lebih dekat dengan pengguna-pengguna namun kita tahu bahawa ini pun ada kelemahan di mana warga emas khususnya bukan senang untuk mereka pergi ke suatu-suatu tempat untuk menerima perkhidmatan daripada
jabatan dan agensi. Oleh sebab itu hala tuju kepada pendigitalan perkhidmatan kerajaan mahupun swasta misalnya kutipan hasil di pejabat-pejabat, jabatan-jabatan Kerajaan Negeri di KOMTAR hampir ke semua 23 jabatan telah berjayanya memulakan perkhidmatan menerima bayaran melalui online dan ini pun satu kaedah untuk menjadikan kutipan hasil dengan lebih efisyen dan ianya hala tuju ke hadapan maka kita sedang memang dalam apa proses pembaharuan pendigitalan ada golongan-golongan yang tidak dapat sesuaikan diri dalam arus berkenaan dan sememangnya contoh Digital Penang menganjurkan banyak kelas-kelas bimbingan untuk membolehkan golongan warga emas untuk mendapat kelas-kelas untuk menggunakan aplikasi telefon pintar supaya mereka juga dapat melakukan transaksi-transaksi yang mudah-mudah melalui online supaya ini akan menjadi satu hala tuju ke hadapan tetapi kita tahu Yang Berhormat sudah buat permohonan kepada MOF untuk mengadakan sebuah UTC di Butterworth atau pun di Seberang Perai, sukacita dimaklumkan pada satu ketika di SPS pernah ditubuhkan satu Rural Transformation Centre tetapi tidak dapat tahan dan terpaksa juga ditutup pada beberapa tahun sebelum ini memang ada RTC di Seberang Perai mungkin pelanggan pun tak cukup dan mungkin ada kekangan-kekangan yang lain. .
Bagi UTC KOMTAR sebenarnya oleh kerana projek ini diusahakan oleh mantan Menteri Kewangan yang meletakkan syarat yang amat ketat kepada Kerajaan Negeri sekiranya UTC ditubuhkan di KOMTAR. Apa yang saya jawab ini mungkin dipakai untuk negeri-negeri lain tetapi untuk UTC KOMTAR, PDC sebagai pemilik ruang-ruang itu selain juga bertanggungjawab untuk melakukan pengubahsuaian dan adakalanya penyediaan kelengkapan peralatan tertentu untuk membawa UTC ke KOMTAR dan MOF akan membayar sewaan setiap bulan supaya kita dapat pulangan daripada apa yang dibayar terlebih dahulu oleh PDC untuk menubuhkan UTC di KOMTAR. So we have spend more than RM10 million getting the place ready, it should be MOF paying everything but since the MOF datang dari Pulau Pinang, PDC diminta untuk berkolaborasi untuk menjayakan UTC di KOMTAR. Terima kasih.
Bukit Tengah, sila.
Terima kasih Dato', soalan saya soalan nombor 23.
No. 23. Nyatakan pencapaian kerajaan menarik pelaburan FDI khususnya dalam sektor semikonduktor dari tahun 2018 sehingga terkini, dan rancangan terperinci kerajaan seterusnya untuk mengekalkan kedudukan negeri Pulau Pinang sebagai destinasi strategik utama industri semikonduktor Asia Pasifik.
Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tengah berhubung dengan usaha untuk menarik pelaburan Foreign Direct Investment (FDI) khususnya dalam sektor semikonduktor. Seperti lazim, kita semua sedia maklum Kerajaan Negeri melalui Invest Penang sentiasa bergiat aktif dalam mengujudkan persekitaran yang kondusif untuk meningkatkan pelaburan yang strategik sebagai penanda aras bagi mengukur prestasi sektor semiconductor nilai FDI bagi sektor electric dan electronics akan diberi penekanan bagi negeri Pulau Pinang.
Berdasarkan data yang peroleh oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), nilai pelaburan FDI pembuatan yang diluluskan bagi sektor E&E bagi tahun 2018 hingga tahun 2023 adalah seperti berikut: 2018 - RM1.5 bilion, 2019 - RM9.5 bilion, 2020 - RM4.2 bilion, 2021 - RM73.5 bilion, 2022 - RM5.2 bilion, 2023 - RM53.3 bilion. Mungkin Yang Berhormat akan bertanya mengapa kadangkala kita umumkan misalnya bagi tahun 2021 sebenarnya apa yang diumum RM76 bilion tetapi saya nyatakan RM73 bilion sekarang sebab RM73 bilion ini adalah khusus kepada E&E, yang lain-lain mungkin sektor-sektor lain termasuk sektor perkhidmatan. Jadi itulah prestasi yang kita membanggakan sehingga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan yang terkini semalam mengenai pembangunan semiconductor negara kita telah menggunakan contoh negeri Pulau Pinang sebagai usaha untuk menjadi loncatan kepada usaha untuk menjadikan negara Malaysia sebagai semiconductor hub di dunia ini.
Maka, saya sudah pun memberi jawapan pada hari pertama mengenai perkara ini dan saya tidak bercadang untuk mengulanginya itu kita senantiasa menganggap sektor E&E dan semiconductor ini perlu diberi perhatian dan dari berbilion-bilion ringgit yang diumumkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam RM25 bilion sebagai insentif kita juga berharap InvestPenang, PDC dan Kerajaan Negeri dapat membantu usahawan-usahawan di negeri Pulau Pinang untuk mendapat akses kepada insentif-insentif berkenaan supaya kita dapat memperkukuhkan ekosistem kita di negeri Pulau Pinang.
Terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih Dato’. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas jawapan yang telah pun diberikan dan saya turut juga mengambil maklum tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita semalam di mana beliau telah pun menyatakan Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan sebanyak RM25 billion untuk membangunkan The National Strategic Plan For Semiconducters.
Jadi, persoalan saya adalah bagaimanakah, dan sebelum itu saya juga tertarik kepada apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat mengenai bagaimana kita juga nak membantu meningkatkan ekosistem syarikat-syarikat tempatan yang saya rasa adalah sebegitu penting sekali. Sebab kalau kita lihat contoh seperti di Taiwan sekarang, Taiwan merupakan the biggest producer of the semiconducters 60-70% pengeluar seluruh dunia dan juga hi-tech, hi-tech punya chip they control 90% of the market. Jadi persoalan saya Yang Amat Berhormat adalah, apakah langkah-langkah yang Kerajaan Negeri akan mengambil untuk berkolaborasi dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan for us to be able to take advantage of The National Semiconducters Strategic Plan untuk membangunkan, bukan sahaja talent tetapi syarikat-syarikat SME di Pulau Pinang, the eco system supporters of the E&E industry untuk membangunkan mereka menjadi world class syarikat-syarikat SME semiconducters untuk the whole world. Thank you, Yang Amat Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tengah yang prihatin tentang ekonomi di negeri Pulau Pinang. Sepertimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan Malaysia ingin menjadi satu jambatan, a bridge di mana kita dapat membantu syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran dari orang tempatan sendiri yang mengisikan jawatan-jawatan penting dalam kilang-kilang MNC, satu jambatan di mana kita menjadi landasan untuk menarik pelaburan dari luar negara yang dapat menggunakan kepakaran dan kelengkapan ekosistem di Malaysia ini untuk mengembangkan sektor semiconductor ini. Sebab kita memang menjadi satu pusat semiconductor yang penting dalam dunia dan dengan National Strategic Plan bagi semiconductor, kita percaya satu hala tuju yang lebih spesifik telah pun digariskan dan Pulau Pinang sedia memainkan peranan dalam menjayakan National Strategic Plan ini sebab kita memang merupakan negeri yang paling ke hadapan dari segi ekosistem semiconductor dan E&E di Malaysia ini. Dan kita berharap selain daripada mengembang sektor ini menjadi tarikan kepada modal insan yang lebih tinggi nilai dia dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang nilai tingginya dan merancakkan pembangunan hartanah di negeri Pulau Pinang sebab biasanya industri akan mempunyai kesan-kesan limpahan kepada ekonomi termasuk sektor-sektor yang lain terutamanya sektor hartanah, pengangkutan, perkhidmatan, rekreasi dan lain-lain maka ini akan merancakkan pembangunan di negeri Pulau Pinang. Tetapi cuma ada satu kekurangan, hasil daripada pembangunan ini kebanyakan adalah disalurkan kepada Persekutuan. Maka sudah sampai waktunya selain daripada insentif yang diumumkan, sebenarnya saya mahu jawab dalam sesi penggulungan tetapi bolehlah sekarang menarik perhatian bahawa sebenarnya kita perlu kaji semula sistem pengagihan kepada negeri-negeri dalam Persekutuan kalau yang bukan perkara yang asing ada negara memang mempraktikkan, kalau kita boleh minta Kerajaan Persekutuan dari hasil cukai-cukai yang dikutip dari negeri Pulau Pinang sekiranya dapat pulangkan selain dari projek-projek, itu lain cerita, pulangkan 20 peratus daripada cukai yang dikutip dari Pulau Pinang, balik kepada Pulau Pinang, setiap tahun kita pun sudah ada satu bilion lebih.
Sebab saya dimaklumkan Lembaga Hasil dan nilai cuma Lembaga Hasil Dalam Negeri mengutip tujuh hingga ke lapan bilion ringgit cukai daripada negeri Pulau Pinang, lain-lain cukai Pusat mungkin lebih daripada angka ini. Kalau 2 peratus daripada apa yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri katakan 8 bilion, 20% ialah 1.6 bilion ringgit yang semestinya akan memberi satu ruang yang amat besar untuk kita mengendalikan negeri Pulau Pinang termasuk melayan permintaan daripada Telok Ayer Tawar juga. Itulah harapan bahawa dengan rancaknya ekonomi pembangunan semiconductor kita pun dahagakan dana-dana yang penting daripada Pusat di pulangkan kepada negeri supaya kita dapat melaksanakan program dan projek dengan lebih berkesan lagi, terima kasih.
Terima kasih. Sungai Dua.
Terima kasih Dato' Speaker, soalan saya adalah soalan nombor 24.
No. 24. Senaraikan keuntungan/ kerugian tahunan PBA dari tahun 2020 sehingga tahun 2023.
(a) Apakah rasional PBA menaikkan tarif air sehingga 200 peratus yang membebankan rakyat?
(b) Bolehkah bacaan meter air dibuat sebulan sekali supaya kebocoran yang berlaku dapat dikesan lebih awal dan kurangkan bebanan rakyat semasa bayar bil?
Terima kasih Dato' Speaker dan Yang Berhormat Sungai Dua. Dato' Speaker, izinkan saya menjawab secara serentak soalan 24, 32 dan juga 76 yang semuanya berkenaan dengan tarif air.
Boleh.
Terima kasih Dato' Speaker. Yang Berhormat, jumlah kadar keuntungan PBA iaitu Keuntungan Selepas Cukai (Profit After Tax) bagi tahun 2020, 2021, 2022 dan 2023 adalah seperti berikut: untuk 2020 - RM34.21 juta ringgit, untuk 2021 - RM44.03 juta ringgit, untuk 2022 - RM77.89 juta ringgit dan untuk tahun lepas 2023 - RM34.32 juta ringgit. Mengenai tarif air Yang Berhormat, izinkan saya memberi sedikit pencerahan,
Kerajaan Negeri mengambil maklum keluhan berkenaan dengan peningkatan kadar tarif air baru. Untuk makluman semua, kali terakhir semakan tarif air bagi Band Pertama dilaksanakan adalah pada tahun 1993 iaitu 31 tahun dahulu, manakala untuk Band lain ada juga penyelarasan yang telah dibuat last sekali pada tahun 2015, 9 tahun dahulu. Hakikatnya, kadar tarif air lama tidak dapat menampung kos PBA untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan, pembangunan infrastruktur dan juga operasi bekalan air yang amat-amat diperlukan. Saya yakin perkara ini ramai Yang Berhormat pun setuju, saya dengar perbahasan dari Yang Berhormat semua, ramai yang setuju bahawa kadar tarif air lama memang tidak sustainable…(dengan izin), Yang Berhormat. Dan harus juga diingati bahawa tarif asal adalah pada kadar yang amat rendah, amat-amat rendah, yang paling rendah di Malaysia. Jadi, apa-apa kenaikan dari segi peratusan tu sudah tentu akan bunyi tinggi, Yang Berhormat. Bila kita mula dengan base yang rendah dan kita naikkan, peratusan kenaikan itu memanglah tinggi orang dok kata 100 lebih peratus dan sebagainya memang tetapi kita perlu lihat daripada segi kenaikan mutlak.
Kini, kadar purata bagi 35 meter padu pertama iaitu bagi Band 1 dan Band Kedua ialah RM0.85 sen per meter padu, berbanding dengan purata kebangsaan seringgit per meter padu. Dalam erti kata lain, meskipun dengan kenaikan tarif baru ini, negeri Pulau Pinang masih lagi antara negeri yang terendah dari segi tarif air di negara Malaysia. Malah, untuk pengetahuan Yang Berhormat semua hampir separuh daripada semua pengguna air domestik di negeri Pulau Pinang tergolong dalam kategori Band Pertama iaitu membayar bil minima RM12.40 setiap 2 bulan dengan tarif air baru. Dalam erti kata lain Yang Berhormat, separuh daripada rakyat negeri Pulau Pinang hanya membayar RM0.20 sehari untuk bekalan air bersih, RM0.20 sehari Yang Berhormat, untuk 2 bulan RM12.40. Ini separuh daripada pengguna air di negeri Pulau Pinang.
Manakala untuk pengguna Band Kedua iaitu sehingga 35 meter padu air sebulan, untuk 2 bulan 70 meter padu, pengguna akan membayar dalam julat RM27.00 sehingga maksimum RM60.00. Sekiranya kita menggunakan maksimum sampai 70 meter padu dalam 2 bulan maka bilnya adalah RM60.00 ringgit untuk 2 bulan bersamaan dengan seringgit sehari. Band 1 dan Kedua adalah 78% pengguna air di negeri Pulau Pinang. Dalam erti kata lain hampir 80% pengguna air di negeri Pulau Pinang hanya akan membayar maksimum RM60.00 dalam dua (2) bulan bersamaan dengan RM1.00 sehari. Dan di sini izinkan saya juga memberi gambaran, bila kita sebut 70 meter padu, 35 meter padu. Mungkin orang tak faham sangat pun. Banyak 70 meter padu ini Yang Berhormat. Kita ingat tak masa krisis air, kita bawa jumbo tanker yang besar daripada KL. 70 meter padu adalah 70,000 liter air hampir dua (2) jumbo tanker. Berapa banyak air yang kita nak guna Yang Berhormat dalam sebuah rumah.
Cuba bayangkan botol mineral yang besar, ya, bukan yang kecil, yang besar Yang Berhormat. 1.5 liter sebotol. Kalau 70,000 liter air kita guna dalam dua (2) bulan, dia bersamaan dengan 47 hampir 47,000 botol air mineral besar. Saya rasa tak ada rumah yang boleh kita simpan 47,000 botol air mineral besar Yang Berhormat. Dan kalau kita beli air itu dekat pasar cuba kita nak dekat Mydin, berapa banyak kita nak bayar. Saya
ada check dekat Shopee lah bukan dekat Mydin Yang Berhormat, dekat Shopee kalau kita nak bayar, kita nak beli 47,000 botol kosnya RM60,000.00. Tapi kita bayar dekat PBA bukan RM60,000 Dato’ Speaker, RM60.00.
Jadi pendapat Kerajaan Negeri, tarif air negeri Pulau Pinang yang masih lagi antara yang terendah di negara Malaysia adalah tarif yang munasabah. Sekiranya tidak munasabah, Kerajaan Negeri tak akan bersetuju. Bukan sahaja Kerajaan Negeri, SPAN tak akan bersetuju, bukan saja SPAN, Kabinet Malaysia pun tak akan bersetuju Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan kenapa, kenapa perlunya kita menaikkan tarif. Ia adalah untuk memastikan PBA mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk menampung keperluan operasi dan juga pembangunan infrastruktur bekalan air. Di sini ada beberapa projek yang kita nak buat. Tadi pun saya ada sebut. Pelan Kontigensi Air 2030 yang di mana kita nak membina loji-loji rawatan air. Kita nak meneroka sumber-sumber air baru.
Yang Berhormat Sungai Dua minta untuk buat loji rawatan air di Sungai Perai. Yang Berhormat Bukit Tambun, dia dah keluar Dewan dalam perbahasan dia minta loji rawatan air di Sungai Kerian. Kita memang nak buat Yang Berhormat. Depa semua minta senang tapi berapa banyak kos untuk membina sebuah loji rawatan air Yang Berhormat. Duit bukan datang daripada langit. Kita kena cari juga duit..(gangguan)Air datang dari langit.
Cari dari air.
Tapi bukan duit. Masalahnya kita nak membina loji rawatan air, bukan bayar dengan air, kita bayar dengan duit. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya harap faham. Selain daripada loji-loji rawatan air, kita juga nak membina saluran paip Sungai Perai 1,300 per mm yang baru melintasi Sungai Perai. Tambahan saluran paip 400 mld untuk meningkatkan kapasiti penyaliran air dari Empangan Mengkuang ke Loji Rawatan Air Sungai Dua. Ini kita minta daripada Persekutuan, tapi kalau Persekutuan tak bagi juga terpaksa kita buat projek saluran paip dan penggantian saluran paip. Ini isu NRW Yang Berhormat. Ramai Yang Berhormat di sini bangkitkan isu NRW Yang Berhormat Berapit ada sebut. Dia kata dekat Copenhagen, NRW di Copenhagen 6%, tapi Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita nak petik angka itu kita kena bagi gambaran yang jelas dan penuh. Saya nak tanya Yang Berhormat Berapit, adakah Yang Berhormat Berapit tahu berapa banyak tarif air di Copenhagen. Jawapannya RM50.00 per meter padu Yang Berhormat Dato’ Speaker. Di Pulau Pinang kurang daripada seringgit, 50 kali ganda. Kita nak turunkan NRW di negeri Pulau Pinang, kita boleh buat. Saya yakin kalau PBA boleh mengenakan RM50.00 per meter padu, kita pun boleh lawan 6% NRW ini Yang Berhormat. Tak jadi masalah. Tapi dengan kadar tarif air yang kita ada macam mana kita nak buat. Penggantian air paip di negeri Pulau Pinang kita perlukan RM1 bilion ringgit. Kalau kita nak turunkan NRW kita yang dapat kita buat 150 juta sahaja yang YAB CM telah selaku Pengerusi telah meluluskan. Itupun kita dapat mengurangkan sedikit. Tapi
kalau kita boleh tak payah nak kata Copenhagen, Singapore pun berapa banyak tarif air. RM10.00 per meter padu. 10 kali ganda. Kalau kita nak turunkan NRW boleh, kalau kita nak buat infrastruktur baru, nak buat loji rawatan air, boleh Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh, semua boleh buat. Tapi duit…. (gangguan). Jadi tarif air ini kita perlu. Saya harap semua faham. Ini untuk masa depan negeri Pulau Pinang.
Yang Berhormat Bukit Tambun dah masuk. (gangguan) Mintak loji rawatan air…(gangguan). Sedap senang kita nak minta Yang Berhormat Dato’ Speaker kita nak ni, kita nak tu, kita nak tukar ni, tapi duit itu kena cari juga. Ya. Dan tarif air adalah antara mekanisme untuk mendatangkan hasil kepada PBA dan hasil ini akan kita melabur balik dalam infrastruktur dan dalam pengoperasian harian PBA Yang Berhormat.
Soalan kedua Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dato' apa ini Sungai Dua bertanya tentang pengebilan. Sebenarnya PBA telah melaksanakan analisa berkaitan dengan pengebilan secara bulanan dan juga atapun dua (2) bulan sekali dan sebenarnya kita mendapati bahawa terdapat penjimatan sekiranya dibuat secara dua (2) bulan sekali. Ini kerana kita buat secara pro rata Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya bagi contoh lah nak bagi senang faham. Contohnya ada sebuah pelanggan yang menggunakan dalam bulan pertama contohnya dia mungkin bulan itu dia tiada kat rumah sangat, dia hanya menggunakan lapan (8) meter padu air dan bulan kedua mungkin raya ke apa dia guna banyak 38 meter padu air. Jadi untuk bulan pertama dia akan di charge sebanyak RM6.20 dan untuk bulan kedua RM36.16. Jumlahnya adalah RM42.36.
Tapi sekiranya dalam sistem bil dua (2) bulan sekali, kita akan puratakan. PBA akan puratakan dan bilnya hanya akan menjadi RM31.82. Maksudnya ada penjimatan sebanyak RM10.54. Ada pelbagai senario yang kita tunjukkan dalam lampiran nanti akan diberi pada Yang Berhormat Dato’ Speaker tapi dari...(gangguan)tak ada air. Rumusannya Dato’ Speaker, rumusannya sebab PBA mengamalkan prorata ataupun kita mempuratakan bil, maka dia sebenarnya adalah penjimatan kepada pengguna. Pun begitu, dengan pelaksanaan smart meter yang sedang dilaksanakan oleh PBA, apabila dipasang smart meter tersebut, pelanggan boleh memilih pelanggan boleh memilih sama ada ingin di bil secara bulanan ataupun dua (2) bulan sekali.
Jadi option itu akan diberi kepada pengguna. InsyaAllah. Akhir sekali, Yang Berhormat untuk menjawab Teluk Air Tawar. Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu golongan miskin tegar dan B40 untuk melunaskan bil PBA adalah dengan rebate projek perumahan rakyat termiskin, rebate mesra keluarga bagi keluarga yang besar, kampul loan untuk bayaran pendahuluan bagi sambungan meter dan paip air, rebate kebocoran air, bayaran ansuran dan juga subsidi untuk pengguna domestik. Subsidi sebanyak RM116juta bagi tahun 2023. Yang Berhormat, walaupun dengan kadar tarif baru PBA masih lagi akan mensubsidi air domestik di negeri Pulau Pinang. Jadi dia dengan bil apa ni tarif baru bukan kita boleh dapat untung yang begitu banyak pun. Kita masih lagi subsidi.
Dan subsidi ini sebenarnya mengurangkan keuntungan PBA dan subsidi ini juga mengambil wang daripada dana yang boleh digunakan untuk penggantian paip. Jadi tapi
kita pun faham. Kita nak memastikan kadar tarif air di negeri Pulau Pinang bukan terlalu tinggi, kita masih lagi kompetitif antara yang terendah. Jadi untuk memastikan begitu, ya, keputusan telah dibuat untuk menaikkan tarif tapi masih lagi bukan yang tinggi walaupun peratusan itu dia nampak besar tapi masih lagi munasabah seperti mana saya telah jelaskan tadi. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Soalan saya adakah pihak PBA boleh memberikan rebate istimewa kerana apa nama ini lepas pertukaran value, berlaku tekanan yang kuat yang menyebabkan banyak apa kepala-kepala pancur ataupun kepala paip di kawasan Sungai Dua Utama dan di kawasan Sungai Dua ini tercabut dan apabila mereka balik dari kerja, banjir habis dalam rumah. Bermakna banyak air yang keluar dan juga lagi satu berkenaan dengan kebocoran air yang tidak dapat dikesan. Dalam sebab apa? Sebab paip air ini yang dulu-dulunya dalam perumahan bila buat dibuat buh beam. Jadi bocor di buh beam tak dapat dikesan. Jadi penggunaan air yang banyak ada bil-bil yang ada apa nama pengguna-pengguna yang bilnya sampai RM1,000.00 lebih, sampai RM9,000.00 sampai RM11,000.00 makna banyak. Jadi bila nak bayar, sudah tentu orang kata apa banyak jumlahnya dan dengan situasi ataupun dengan insiden yang berlaku selepas daripada pertukaran wharf itu sampai orang kata apa paip dalam Sungai Perai pun bocor. Kalau paip dalam Sungai Perai pun bocor, paip dalam rumah sudah tentulah mengalami masalah yang sama. Apakah pihak PBA boleh apa nama ini memberikan rebat yang istimewa.
Yang kedua berkenaan dengan surcaj penjimatan air. Kadang-kadangnya ada rumah yang ramai orang, ramai orang dan juga ada madrasah-madrasah yang tidak didaftarkan dahulunya meter air itu atas nama madrasah. Sudah tentu ramai yang guna. Begitu juga dengan markas-markas juga penggunaan dia ramai tetapi surcaj penjimatan dikenakan kepada apa nama premis-premis yang banyak orang guna air. Jadi, apa langkah yang diambil oleh PBA dan juga kerajaan dalam perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Berkenaan dengan kebocoran air ini kalau kita ikut kepada Akta dia memperuntukkan bahawa apa-apa kebocoran sebelum kita adalah tanggungjawab pihak PBA ataupun operator air. Dan apa-apa kebocoran selepas kita itu adalah tanggungjawab kepada pihak penggunalah. Tapi saya rasa dari segi case to case tu boleh membuat rayuan juga. Kita juga ada mendapat rayuan-rayuan dari case to case boleh kita lihat sama ada apa-apa rebate atau macam mana pun boleh dilaksanakan tapi kalau kita ikut kepada perundangan itu sememangnya menjadi tanggungjawab pengguna lah.
Ya. jadi kita kena pastikan juga paip-paip dalam rumah kita tidak bocor sekiranya ada berlaku kebocoran itu, kita boleh ini tapi sekiranya berlaku juga bil yang kita dapat beribu-ribu tak mampu nak bayar, kita ada Jawatankuasa Rayuan dalam PBA yang di mana perlu tulis surat dan membuat rayuan, Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat pun boleh membantu mana-mana pengundi yang di kawasan Yang Berhormat boleh tulis surat kepada PBA. Untuk isu rebate istimewa mengenai insiden yang berlaku semasa pemasangan valve itu, yang itu kita tidak ada dan buat masa ini tidak ada perancangan tapi nanti mungkin saya boleh bincang dengan pihak pengurusan PBA untuk melihat berapa banyak kes yang berlaku. Mungkin kalau Yang Berhormat ada maklumat, boleh maklum kepada pihak kami. Kita boleh lihat sama ada kes-kes itu boleh dibantu atau tidak. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Terima kasih Dato' Speaker. Soalan tambahan.
Batu Lancang
Terima kasih kepada YB EXCO yang panjang lebar yang explain tadi tu. Saya ingat kita nampak bandingan dibuat oleh YB EXCO adalah berkenaan dengan sebuah Mercedes dengan Myvi. Bagi pandangan saya. Kalau dikatakan dengan air mineral dengan raw water bandingan itu adalah Myvi dengan sebuah Mercedes-Benz.
Treated water is drinkable.
Saya masih ingat PBA pernah kata air yang masuk ke dalam rumah itu kena masak. Ia tak guanrantee boleh minum. Kita kena masak dulu ataupun baik pasang dulu filter di luar. Pernahkan nampak di press? Pernah kan. Itu bezanya. Di sini saya nak katakan keluhan daripada rakyat memang kita dengar. Kita semua sebagai wakil rakyat di sini, lebih 27 aduan yang bahas dibuat sepanjang dua hari ini, kita memang nampak adanya bantahan kenaikan yang mendadak ini. Kita tidak bantah katakan tarif tidak boleh naik. Boleh. Tapi janganlah begitu mahal dengan 200% sekali. Biasanya semua kita setuju tapi kita minta naik dengan berfasa. Don’t give the burden, bagi burden yang begitu berat kepada rakyat, kita semua terima keluhan rakyat. Memang diorang tak bantah. Di sini juga kita tak bantah, kita nak minta bagi rebate.
Bukan bahas. YB, soalan tambahan.
Kita minta rebate. Bukan saya ada soalan tambahan. Sebab ini dah diterangkan, nanti penggulungan memang tak ada lagi.
Memang tak ada.
Saya kena cakap di sini. Kita minta rebate sahaja. At least rebate kepada public. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Lancang. Pertamanya saya nak sebut dan maklumkan kepada Yang Berhormat Batu Lancang, kualiti air daripada PBA adalah antara yang terbaik di negara Malaysia. Boleh terus minum daripada paip. Saya pernah lihat PBA CEO kita minum terus daripada paip, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Lain kali saya minta CEO buat video dia minum daripada paip, boleh hantar kepada Batu Lancang. Saya pun berani minum, dia memang selamat sebab kita mempunyai pengawasan air, kita ada sensor di semua, di seluruh rangkaian paip PBA yang di mana kualiti air adalah dijamin. Jadi saya rasa perbandingan itu, tak, bukanlah Mercedes dengan Myvi, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kita bincang soal air yang boleh diminum. Maksudnya, perbandingan itu adalah antara yang sama. Yang kedua adalah isu mengenai tarif yang boleh dilaksanakan secara berfasa. Dia sebenarnya pelaksanaan mengenai tarif ini bila dilaksanakan kalau Yang Berhormat ambil maklum dilaksanakan di seluruh negara sebab tarif air, akhirnya diputuskan oleh Kabinet
Malaysia. Dia bukan PBA, esok nak naik, tarif dia naikkan ataupun tahun depan dia nak naik, dia naikkan. Dia perlu melalui satu proses yang susah, kita kena apply dahulu, PBA kena membentangkan OP ya kepada SPAN, SPAN kena luluskan, bawa ke Kabinet dan mungkin ada buat pindaan juga dan kemudian Kabinet akan meluluskan. Dia mengambil masa sebenarnya lama. Tarif yang kita laksanakan ini sebenarnya telah diminta pada tahun 2015 dan kemudian baru sahaja diluluskan, bukan 2015, 2019 dan baru sahaja diluluskan pada tahun 2024 ataupun diluluskan pada tahun lepas untuk dilaksanakan pada tahun 2024.
Jadi dia mengambil masa bertahun-tahun sebenarnya untuk melaksanakan tarif air, apa ni, di penambahan tarif air. Dan Yang Berhormat saya bukan tak setuju pun kalau kita nak menaikkan tarif air secara berperingkat dan tidak menunggu sehingga 30 tahun baru buat. Itu saya setuju dan mungkin untuk masa depan ini kita akan mengamalkan kenaikan tarif air secara berperingkat. Saya tak sebut tiap-tiap tahun Yang Berhormat. Tapi mungkin kenaikan di masa depan kita akan naik sikit-sikit secara berperingkat dan bukan secara mendadak, tunggu 30 tahun baru buat. Itu saya setuju. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Tadi ada sentuh tentang Berapit. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga. Bagi penjelasan yang begitu baik dalam soalan lisan ini yang melalui tadi penjelasan daripada Yang Berhormat Tanjong Bunga barulah saya tahu tentang satu gambarannya lebih luas jadi saya terima kasih. Tapi di sini ada soalan saya, adakah Yang Berhormat setuju dengan komunikasi PBA tidak dilakukan dengan baik? Sebab kenaikan tarif air ini hanya dilakukan melalui sosial media PBAPP sendiri atau melalui sidang akhbar daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya rasa ini terlalu pasif sampailah Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini harus berdiri di Sidang Dewan kali ini untuk membantah. Dan tadi sentuh tentang NRW dan loji air dan juga paip yang perlukan dana, itu kita faham tetapi di sini saya nak tahu adakah komunikasi yang berkesan dari PBA sendiri juga perlukan dana yang tinggi? Kalau tidak macam mana kita boleh mencapai satu komunikasi yang berlebih baik supaya kita tak perlulah membantah dalam Dewan ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Berapit. Yang ini saya setujulah sebenarnya dari segi komunikasi PBA. Dia bukan apa, nak kata tidak memberi pemakluman kepada orang awam tu tidak betul tapi dia hanya menggunakan saluran yang tradisional. Kita sudah duduk dalam abad ke-21, orang dah tak baca newspaper, orang tak baca press statement, orang semua tengok TikTok WhatsApp dan sebagainya. Mungkin PBA perlu mempertingkatkan dari segi komunikasi menggunakan video, menggunakan animasi, menggunakan infografik dan sebagainya selaras dengan cara orang pada hari ini mendapat maklumat. Saya rasa, saya yakin kita buat press statement orang takkan viral dekat WhatsApp tapi kalau buat video dan sebagainya mungkin mendapat sambutan yang lebih baik daripada orang ramai. Jadi yang teguran yang ni saya akan maklumkan
kepada pihak PBA supaya boleh dapat peningkatan dari segi mutu komunikasi. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Sila.
Boleh, pasal Tanjong Bunga sebut Telok Ayer Tawar 32 tadi. Saya tinggal di Sungai Dua, soalan saya nombor 32 tadi. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga, soalan yang bernas, dengan cantik, dengan lawak dan lucu. Ini, saya nak tanya…(gangguan).
PBA bayar PBA, nanti bayar Tanjong Bunga.
Yang Berhormat cakap tadi air ni memang terbaik di Malaysia, Pulau Pinang. Yang Berhormat adakah Yang Berhormat mantau air di…, memang keluar daripada PBA, kualiti yang terbaik, bila masuk ke saluran paip ke rumah-rumah, saluran dah jadi tak baik. Pasai apa? Paip dah lama, rumah yang 100, rumah 60 tahun, rumah yang 40 tahun, paip dia dah memang dah karat. Maka air tu jadi tak baik. Ini pihak PBA mesti kena kaji. Jadi tak boleh cakap kata terbaik, setengah terbaik, sedang terbaik. Inilah saya nampak kan terutama di flat-flat, di flat-flat bila PBA dah naik surcharge air kepada pengguna-pengguna, PBA mesti tengok atas sistem pam air di flat ini kerana pressure tak naik ke tingkat lima dan tingkat enam. Terjadi di Telok Ayer Tawar ni kerap. Tengah tidur pun depa telefon YB, YB air tak dak, tingkat empat, tingkat lima. Hari ni saya minta pihak PBA, EXCO ini Tanjong Bunga kaji benda ini. Dah banyak kali dah benda ini saya maklum, datang seminggu, esok jadi, datang sebulan repair, esok jadi. Terima kasih Tanjong Bunga.
Terima kasih Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Saya rasa daripada soalan Yang Berhormat tadi Yang Berhormat pun faham, betul sebenarnya isunya bukan kualiti air yang keluar daripada PBA. Dia kebanyakan masalah apabila internal pipe yang usang, yang lama menjadi permasalahan bukan saja dari segi kualiti, mungkin paip yang berkarat dan sebagainya tapi juga untuk flat-flat lama yang tidak mempunyai sistem suction tank, yang tidak mempunyai sistem pam untuk menaikkan pressure air ke
atas. Jadi baru-baru ini dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PBA, PBA telahpun meluluskan dana sebanyak RM2 juta yang akan diberi kepada Lembaga Perumahan, tak ada kat sini, untuk mana-mana perumahan-perumahan rakyat boleh memohon bagi membuat penaiktarafan, penggantian paip ataupun suction tank.
Jadi ini adalah sumbangan daripada pihak PBA untuk membantu tapi bukan tanggungjawab PBA untuk pergi membaiki paip dalam rumah orang. Yang itu pihak perumahan boleh buat ataupun pihak Kerajaan Negeri. Jadi itu boleh memohon melalui saluran yang Kerajaan Negeri tetapi PBA juga memainkan peranan CSR dengan memberi sumbangan yang besar, RM2 juta ringgit Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Tanjong Bunga yang memberi penjelasan yang panjang lebar. Mengikut jawapan tadilah, pada tahun 2020 keuntungan RM30 juta lebih, selepas tu RM44, RM77, 2023 adalah RM34 juta, apakah jangkaan keuntungan pada 2024 dengan kenaikan surcharge ini, itu pertama. Kedua kalau di SPS, dua minggu yang lalu COO berjumpa semua ADUN di SPS, memaparkan kawasan hotspot NRW dan pada, bererti berlaku kebocoran atau kecurian air. Pada masa yang sama, Mukim 5 SPS menghadapi ketiadaan air, bagi saya ketiadaan air sudah lebih kurang 6 tahun. Apakah tindakan PBA ini? Pada satu tempat memang berlaku kehilangan air, pada satu tempat lagi langsung tak dak air.
Semalam saya baru dapat aduan, opposite Hospital Sungai Bakap iaitu Taman Rasa Ria, tempat mantan ADUN Sungai Bakap, Doktor Amar, akan tak ada air pada 6.30 hingga 9.30 malam. Ini apakah PBA, apakah tindakan PBA dan ketiga adalah bagi jalan raya selalu kita dapat peruntukan daripada Persekutuan untuk menaik taraf di mana-mana negeri. Adakah dari segi penaik tarafan saluran paip air atau pengubahan paip air yang dah lebih daripada 40 tahun, adakah kita berhak mendapat peruntukan daripada Persekutuan? Seperti baru-baru ini diumumkan oleh Perdana Menteri kalau tak silap saya dari Sungai Perak ke Kerian akan mendapat peruntukan daripada Persekutuan.
Oleh itu adakah Pulau Pinang berhak untuk menuntut penaik tarafan saluran paip utama di Seberang Perai ini atau keseluruhan Pulau Pinang berhak menuntut peruntukan daripada Persekutuan, itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Isunya memang Kerajaan Persekutuan memang ada menyediakan dana untuk penggantian paip tapi dia punya syarat agak ketat, yang di mana, mana-mana operator perlu menunjukkan penggurangan NRW sebanyak 2 peratus, sebelum kita boleh mendapat wang daripada dana tersebut. Dan untuk negeri-negeri yang mempunyai NRW yang sangat tinggi contohnya Kelantan dan Pahang dan sebagainya yang mana NRW lebih daripada 50 peratus, untuk menggurangkan 2 peratus itu senang. Tapi untuk Negeri Pulau Pinang yang di mana NRW sudah rendah berbanding dengan negeri-negeri lain nak mencapai 2 peratus itu
dia sebenarnya agak sukar. Jadi itu adalah halangan dari segi dana yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Yang Berhormat ada minta tadi berapa banyak yang akan kita dengan tarif air baru dijangkakan akan menambah sebanyak RM89 juta ringgit tapi walaupun dengan keuntungan yang lebih itu, kita masih lagi kita jangkakan akan subsidi apa ni, memberi subsidi air sebanyak kalau tak silap RM36 juta, RM70 juta lebih, kurang daripada tahun ini, tahun lepas yang di mana kita mensubsidi sebanyak RM117 juta ringgit tapi masih lagi akan tetap akan subsidi ada juga.
Yang Berhormat, apa lagi tanya tadi? SPS, yes, yes. Untuk SPS seperti mana Yang Berhormat pun mungkin maklum ada beberapa projek jangka masa pendek yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah khususnya di Mukim 5, Yang Berhormat. Contohnya loji rawatan air dissolved air floatation di Bukit Panchor sebanyak 10MLD, RM18.6 juta ringgit telah siap pada 5 Disember, rumah pam di Permatang Tinggi 16MLD, RM800,000.00 ringgit, loji rawatan air mudah alih di Taman Sungai Duri sebanyak RM680,000.00 ringgit, tangki sedutan di stesen pam Taman Widuri sebanyak RM735,000.00 ringgit, tangki sedutan di stesen pam Taman Wessley, turut RM493,000 ringgit, loji rawatan air compact di Sungai Kerian RM6 juta, loji rawatan air compact lagi satu di sungai kerian juga RM4 juta yang dua-dua loji rawatan air compact ini dijangka siap pada akhir tahun ini.
Maksud saya di SPS ini, ada tempat hotspot yang PBA dah kenal pasti berlaku NRW, dan sebahagian lagi langsung tiada air. Kalau boleh selesaikan tanggani isu NRW, mungkin sedikit sebanyak boleh menyelesaikan sebahagian kawasan yang ketiadaan air.
Saya yakin PBA ada. Tapi, saya tidak mempunyai maklumat tersebut. Nanti kita boleh bincang dengan pihak pengurusan. Terima kasih.
Speaker.
Terima kasih. Yang Berhormat, sudah sampai masanya.
Dua minit. Dua minit. Seminit. Seminit.
Penggulungan Oleh Ahli Mmk Bagi Usul Terima Kasih Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di- Pertua Negeri Pulau PinangMotion
Nanti. Tak pa. Itu cara kitalah. Yang Berhormat-Yang Berhormat berhak untuk tanya apa saja. Tapi, juga Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO jawab di sini ya. So, maka yang tak sempat dijawab nanti ada peluang kita di bahagian sesi penggulungan. Yang sudah jawab, tak perlulah.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, maka satu jam 30 minit untuk soalan lisan pun sudah tamat.
Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi, akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Maka Ahli-Ahli Yang Berhormat, selepas kita menyaksikan sesi perbahasan, maka kini kita berada dalam sesi penggulungan atas usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun yang kenan melafaz ucapan di Dewan pada 24 Mei yang lalu. Dan saya nak mempersilakan Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan. Sila Pantai Jerejak. Jaga masa.
Bismillahirahmanirrahim. (bacaan doa). Salam Sejahtera, Salam Penang2030, Salam Malaysia Madani.
Burung kenari hinggap di pohon pinang, Hinggapnya sampai dini hari, Terima kasih diucapkan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Atas ucapan perasmian yang diberikan tempoh hari.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat kerana mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua. Begitu juga saya ingin mengucapkan tahniah setinggi-tinggi tahniah pelajar-pelajar yang telah mengambil keputusan SPM khususnya pelajar-pelajar Pantai Jerejak, di kawasan Pantai Jerejak kawasan saya dan secara umumnya di kawasan di negeri Pulau Pinang dan juga umumnya dalam negara kita.
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Yang Berhormat ADUN Sungai Bakap yang telah meninggalkan
kita. Saya juga ingin ucapkan selamat dalam menunaikan haji buat semua sahabat-sahabat saya serta warga Pantai Jerejak yang telah dipanggil untuk menunaikan haji. Doakan agar saya juga turut dapat dipanggil pada masa-masa yang akan datang. Dato’ Speaker, sebelum saya meneruskan ucapan saya ataupun menggulung sesi kali ini. Pertama, saya ingin menyangkal perbahasan yang sumbang oleh Ketua Pembangkang kerana pada awalnya telah menyindir Perdana Menteri dengan telah memohon naratif yang negatif dan juga salah. Saya ingin tanya pada Ketua Pembangkang, seperti yang disebut ataupun yang disebut dalam ucapan beliau. Saya nak tanya, persoalannya adakah Akta RUU355 masih telah diperjuangkan oleh Ketua Pembangkang. Kalau dulu, lihat Ketua Pembangkang dan juga pasukan Ketua Pembangkang menyebut tentang RUU355. Tapi sekarang, tidak memperjuangkan. Sama seperti saya sebut tadi, dimana pada awalnya perbahasan Ketua Pembangkang telah menyindir Perdana Menteri kita dengan membuat naratif yang salah. Begitu juga berkenaan tentang pembangkang yang awalnya memperjuangkan tentang RUU355, tapi sekarang tidak didengari.
Dato’ Speaker, sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita menghampiri ambang 2030. Modus operandi saya khususnya dalam MMK Agroteknologi, Keterjaminan Makanan Pulau Pinang adalah untuk mencapai kadar sara diri yang tinggi, tanpa mengira strata masyarakat secara holistik serta bekalan makanan sentiasa mencukupi dan juga tidak goyah dalam tekanan arus semasa. Secara tuntasnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, kerana telah meluluskan cadangan bagi mewujudkan beras tempatan berjenama Cap Feri yang sedikit sebanyak membantu golongan B40, dan secara sepanjangnya membantu rakyat di negeri Pulau Pinang. Dengan itu bertitik tolak daripada hal ini, satu Jawatankuasa Pemandu Beras Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan daripada awal sehinggalah sekarang dan dengan wujudnya beras Cap Feri ini, secara tidak langsung menjawab persoalan Yang Berhormat Sungai Dua dan juga Yang Berhormat Permatang Berangan. Prakarsa selama puluhan tahun, saintis dunia diseluruh dunia berusaha mencari solusi bagi meningkatkan kadar fotosintesis supaya pokok dapat ditumbuh dengan lebih cepat dan juga sihat. Solusinya ada kepada Dr. Suraya Abdul Rashid, iaitu anak Malaysia, graduan Imperial College London. Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pasukan beliau iaitu Dr. Suraya Muhammad Abdul Rashid dalam mengaplikasikan hasil kajian beliau di negeri Pulau Pinang, bagi meningkatkan hasil lebih cepat dan juga sihat. Kerajaan Negeri memberi fokus utama khususnya kepada tanaman padi dan juga tanaman kontan. Projek rintis kita akan terus kepada peserta-peserta yang mengambil Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia iaitu (myGAP). Inilah yang disebut sebagai Agroteknologi gabungan teknologi yang kita ambil bersama-sama dengan pertanian, penternakan dan juga perikanan bagi meningkatkan hasil serta kualiti pertanian dalam negeri kita.
Seterusnya, persoalan Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan tentang Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Mengikut Jadual 2, Penang Land Rules 2021…(dengan izin), telah menyatakan bahawa permohonan tersebut akan diproses serta dikenakan yuran dan permohonan ini tidak akan dikembalikan sekiranya permohonan ini telah diluluskan ataupun ditolak. Ianya telah dijalankan ataupun bukan hanya di negeri Pulau
Pinang sahaja, Dato’ Speaker. Ianya diamalkan di negeri-negeri lain misalnya di negeri Kedah dikenakan yuran juga untuk proses LPS ini. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Dua, permohonan LPS bersebelahan Lot 4003 di Petak B, Mukim 16, Seberang Perai Utara telah ditolak atas faktor komentar-komentar, ulasan daripada pihak MBSP dan juga pihak JPS kerana ianya terletak di Sungai Perai. InshaaAllah, sekiranya permohonan di lokasi yang lain dan wajar dipertimbangkan, saya dan juga Jabatan-Jabatan Agensi Kerajaan akan mempertimbangkan khususnya dalam aspek tanah pertanian.
Mohon mencelah.
Silakan.
Adakah Pantai Jerejak tidak sedar bahawa di sepanjang sungai ni ada petani-petani menjalankan apa kegiatan apa nama ni pertanian kontan. Jadi, permohonan tu adalah permohonan tanaman kontan. Tanaman kontan bukan tanaman yang tetap, bukan tanaman yang besar. Kalau nak ada pengambilan kita nak buat apa-apa kerja yang berkaitan dengan sungai maka pihak berkenaan boleh berbuat demikian. Tetapi, kita lihat ada setengah tempat yang tidak ada masalah boleh menjalankan pertanian. Tetapi, di kawasan-kawasan tertentu tak boleh pula. Sedangkan kawasan itu saya turun tengok. Besar kawasan tu, melebihi daripada had apa nama reserved sungai. Jadi, tak kan lah tak boleh depa nak minta? Sebab tulah mereka memohon. Jadi, sebab tulah saya rasa ini apa nama ni Pantai Jerejak, mungkin kalau kata teringin nak tengok kawasan tu boleh turun dengan saya untuk kita bertemu dengan petani-petani untuk tengok kawasan itu.
Okey.
Supaya apa nama rasional tindakan tu.
Okey ya. Terima kasih Dato’ Yang Berhormat Sungai Dua, In Shaa Allah saya teliti permohonan tersebut. Saya tidak sesekali menolak, kerana ia dibuat dalam satu mesyuarat yang banyak, yang besar yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan jabatan. Boleh buat rayuan, saya mohon untuk buat rayuan. In Shaa Allah sekiranya
boleh, saya juga ingin melihat tanah ini diluluskan untuk sektor pertanian. Tiada halangan. Bagi saya, sekiranya boleh dipertimbangkan untuk rayuan, saya harap jabatan agensi kerajaan untuk memberikan kelulusanlah kerana Tanah Lot 4003 ini, Mukim 16, Seberang Perai Utara.
Menjawab persoalan Permatang Berangan, tentang isu serangan perosak di kawasan pertanian iaitu sawah padi. Bagi isu ini, Kerajaan Negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana hampir RM500,000.00 pada tahun ini Kerajaan Persekutuan melalui KPKM telah bersetuju untuk diturunkan kepada Kerajaan Negeri melalui pihak IADA dengan menjalankan pelaksanaan Projek Pertanian Pintar menggunakan teknologi IOT bagi tanaman padi di kawasan jelapang padi di seluruh negeri Pulau Pinang. Sementelah itu, projek ini sekaligus dapat memberi maklumat kepada pesawah-pesawah tentang serangan-serangan perosak serta bencana melalui sistem amaran awal (EMS), dan juga dapat membantu memantau padi mengikut jadual bekalan air dan juga aktiviti mekanisma ladang. Kita percaya dan yakin, dengan pelaksanaan projek ini, yang menggunakan IOT sedikit sebanyak membantu pesawah dalam menanggani masalah ini. Yang Berhormat Sungai Dua, Yang Berhormat Permatang Berangan juga membangkitkan isu benih padi yang mahal. Saya nak tegaskan bahawa dalam negara kita ni ada tiga sektor. Sektor yang pertama adalah sektor Kerajaan Tempatan, yang kedua adalah Kerajaan Negeri dan sektor yang ketiga adalah Kerajaan Persekutuan.
Berkenaan tentang benih padi sah khususnya, khususnya ek ianya terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Saya berada dalam kita, Yang Berhormat-Berhormat berada dalam sektor Kerajaan Negeri dan di bawahlah sektor Kerajaan Tempatan. Semua berkenaan tentang benih padi ini, adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Tetapi, saya tidaklah lepas tangan dalam bertanggungjawab untuk memastikan bahawa isu benih ini dapat ditanggani. Melalui MMK di bawah portfolio saya, saya telah membentuk satu Jawatankuasa Pemandu Industri Padi yang menghimpunkan hampir kesemua agensi dibawah Kerajaan Negeri, dan juga di bawah Kerajaan Persekutuan yang mengabungkan misalnya Jabatan IADA, Jabatan Pertanian, Jabatan Kawal Selia Padi untuk mengatasi masalah benih, isu benih ini. In Shaa Allah, dalam jawatankuasa ini secara bulanan, kita akan bermesyuarat mendapatkan maklumat masalah di bawah termasuklah persoalan-persoalan Yang Berhormat untuk kita mengatasi masalah isu benih.
Ni, mohon mencelah. Berkenaan dengan apa yang.
Seminit. Seminit ja.
Berkenaan apa yang diperkatakan oleh Pantai Jerejak tadi. Apakah tindakan drastik berkenaan dengan isu benih padi ni, sebab sekarang ni pesawah-pesawah padi depa nak mulakan tanam dah. Mereka nak memulakan apa nama ni tanaman padi ini. Kan, jadi apa tindakan drastik yang boleh membantu mereka.
Seperti yang saya ada sebut tadi, kita telah melaksanakan ataupun menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Industri Padi yang merangkumi pelbagai agensi dibawah ni untuk menyelesaikan masalah ni. Dan saya tegaskan tadi, bahawa kuasa ataupun kuasa yang yang sepenuhnya berada di Kerajaan Persekutuan. Kalaulah Yang Berhormat Sungai Dua hantar saya masuk dalam Parlimen ni, In Shaa Allah saya cuba membawa isu ini dan juga menyelesaikan dalam keadaan yang segera. Tak, tak saya sebut.
Tak, Pantai Jerejak…(gangguan).
Saya tak mau nak panjangkan sebab. …(gangguan).
Speaker, (dengan izin) Speaker.…(gangguan).
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan…(gangguan).
Dia, sapa pun boleh jawab. Yang tu…(gangguan).
Dato’, bukan, bukan. Saya…(gangguan).
Tapi, macam mana kita nak membantu. Ni, saya tanya dalam soal.
Saya sebut tadi, saya telah tubuhkan Jawatankuasa Pemandu Industri Padi.
Yalah, kalau tubuh jawatankuasa…(gangguan).
Tak dengar ka? Ada…(gangguan).
Dalam masa terdekat ni, depa nak tanam dah…(gangguan).
Tak kan saya nak pi gegar…(gangguan).
Macam tu jawapan. (kurang jelas).
Saya sebut tadi.
Yang Berhormat Pantai Jerejak.
Jawatankuasa Pemandu Industri Padi…(gangguan).
Duduk. Duduk. …(gangguan).
Dalam membincangkan isu benih padi…(gangguan).
Pantai Jerejak pun duduk dulu ya. Telok Ayer Tawar…(gangguan).
Tapi saya punya floor Dato’ Speaker …(gangguan). .
Tak boleh. Tak boleh…(gangguan).
Yang Berhormat Pantai Jerejak…(gangguan).
Ya, I know your floor but you have to listen to me. Duduk. Duduk. Duduk sat. Yang gulung, saya mintalah gulung dengan sebaik mungkin. Yang meminta tanya pun tanya dengan secara yang baik. Tapi, setiap kali seorang sudah jangan. Jangan…(gangguan).
Ha.
Duduk dulu. Duduk sat ha. Yang gulung, saya mintalah pun gulung dengan sebaik mungkin. Yang minta bertanya, bertanya dengan secara yang baik tapi setiap kali seorang sudah. Jangan beberapa orang berdiri di tempat masing-masing. Susah saya nak control ya. Pantai Jerejak.
Saya sebut tadi, saya gulung dengan hormat dengan sopan dan juga saya bagi ruang kepada mana-mana individu ataupun Yang Berhormat untuk mencelah tapi kalau beginilah caranya saya pun tak boleh kawal dengan masa yang sangat terhad ini. Lanjutan daripada itu, Jabatan Pertanian juga telah mengalakkan stesen pertanian seliaan Jabatan Pertanian yang terlibat dengan aktiviti penanaman padi dalam melaksanakan program ladang benih. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti petani-petani yang baru dalam mengusahakan ladang benih di Negeri Pulau Pinang. Plot-plot baru misalnya di Kompleks Pertanian Bumbung Lima yang keluasannya 24 hektar akan berjalan dalam musim yang kedua 2024 iaitu Mei, sekarang ini. Bagi plot-plot yang lain pula, plot-plot sawah di Stesen Padi Bukit Merah, Permatang Pauh pula
akan didaftarkan sebagai ladang benih dan juga program penanaman dijangka akan bermula pada musim kedua 2025 iaitu Mei 2025 secara tidak langsung meningkatkan pengeluaran BPS dan juga seterusnya membantu dalam pengawalan harga BPS ini. BPS ini ialah Benih Padi Sah. Ini adalah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, bukanlah kita tak buat apa-apa.
Dato’ Speaker, seterusnya menjawab soalan Yang Berhormat Penaga berkenaan tentang isu yang sama. Saya nak sebut sama juga tentang tiga sektor ini kita ada Kerajaan Tempatan, kita ada Kerajaan Negeri dan juga kita ada Kerajaan Persekutuan. Saya baca ya, saya baca apa yang telah dibuat oleh Kawal Selia Padi yang di bawah KPKM. Langkah-langkah yang dibuat, pertama, memantau dan juga mengawal ketat proses kelulusan ladang dan makmal terhadap 12 pengeluar Benih Padi Sah berdasarkan SOP yang telah ditetapkan oleh jabatan dan juga agensi sebelum BPS ini dijual kepada pesawah. Kedua, melakukan risikan dan juga penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan bekalan BPS mencukupi di samping memastikan semua pihak mematuhi ketetapan harga BPS ini dan yang terakhir iaitu yang ketiga, menyarankan pesawah atau mana-mana pihak berkepentingan membuat aduan secara terus kepada cawangan KPB, Pejabat-pejabat KPB Negeri atau melalui agensi seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan juga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sekiranya menghadapi masalah terkait dengan bekalan dan juga isu benih. Selain itu, dalam...(gangguan)
Pantai Jerejak, sikit ja boleh?
Kalau saya kata tak boleh macam mana?
Tak boleh?
Boleh, boleh.
Dalam Dewan ini untuk berbincang, kalau tak bagi tak boleh, lebih baik kita keluar. Ha... Yang Berhormat Pantai Jerejak, plot-plot benih ni adakah pihak Pertanian ini dikaji semula terutamanya kita tengok di Simpang Ampat, Permatang Buloh. Permohonan untuk buat plot benih dan buat dua kali la jadi kilang perabot. Apakah tindakan daripada pihak Pertanian, EXCO Pertanian. Terima kasih.
Persoalannya tadi apa..plot-plot benih yang telah mohon?
Kini telah dibuat dua kali atau tiga kali.
Oleh siapa, dimohon oleh siapa ni, Yang Berhormat?
Ini di pihak, pihak swasta, buat plot benih padi dan mesti dilulus oleh Pertanian.
Okey.
Dia mohon untuk buat plot benih. Tapi dia buat lebih kurang tiga kali atau empat kali yang keluar benih.
Terus dia buat kilang perabot?
Lepas tu buat kilang perabot.
Okay.
Apakah tindakan?
Bagi saya maklumat. Insya Allah Jabatan Pertanian akan mengambil tindakan segera.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sama-sama. Menjawab soalan, menjawab kembali pertanyaan Yang Berhormat Sungai Dua dan juga Yang Berhormat Permatang Berangan berkenaan tentang inisiatif Kerajaan Negeri kepada pesawah-pesawah khususnya di negeri Pulau Pinang. Tahun ini Kerajaan Negeri bersama dengan pihak IADA telah menyampaikan inisiatif sebanyak RM531,000.00 bagi Projek Pengurusan Pemuliharaan Dan Juga Peningkatan Kesuburan Tanah dan insentif ini telah diberikan kepada Daerah Seberang Perai Selatan sebanyak RM185,400.00, Daerah Seberang Perai Tengah sebanyak RM156,800.00 dan kepada Kelompok Padi Pasir Gebu sebanyak RM188,800.00.Saya nak sebut sini bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah memandang enteng kepada kawasan-kawasan Pembangkang dan saya nak sebut sekali lagi usaha-usaha Kerajaan Negeri kepada kawasan-kawasan khususnya kawasan Pembangkang saya sebut tadi, Seberang Perai Selatan dan juga Seberang Perai Tengah termasuklah di kawasan Penanti. Bukan nak sebutkan kawasan Sungai Dua, Ketua Pembangkang. Saya nak sebut di Seberang Perai Tengah seperti Penanti, Seberang Jaya dan juga lain-lain. Usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri diharapkanlah selepas ini dalam Pilihan Raya akan datang boleh lah memihak kawasan-kawasan Pembangkang ini akan beralih kepada Kerajaan Negeri. Tidak cukup dengan itu, peruntukan...(gangguan)
Apa dia ni. Tanggungjawab pun nak kena balasan ka?
...sebanyak RM169.000.00...(tak jelas)
Minta maaf Pulau Jerejak. Tolong jawab soalan, bukan soal untuk kempen mahupun peralihan. Sila Pulau Jerejak. Jangan provoke sampai tera tu. Tak boleh. Pulau Jerejak tolong jawab soalan, bukan soalan dia begitu.
Bagi saya jawab. Bagi saya teruskan saya punya ucapan. Tidak cukup dengan itu peruntukan sebanyak RM169,500.00 turut disampaikan bagi projek pengurusan padi berskala besar kepada dua buah koperasi utama di Seberang Perai Utara. Ha kawasan Pembangkang lagi dan juga Kelompok Paya Keladi sebanyak, sorry, Kelompok Padi Lahar Kepah sebanyak RM129,700.00 dan juga yang saya sebut tadi tentang Kelompok Paya Keladi sebanyak RM39,800.00. Pipit bukan seekor, Jagung bukan sebatang. Jelas
sekali bahawa Kerajaan Negeri tidak sesekali melupakan kebajikan petani dan juga pesawah di negeri ini. Pada hari kedua sesi perbahasan, Yang Berhormat Pinang Tunggal juga membangkitkan isu tentang pesawah padi tidak menjual kepada Padiberas Nasional Bhd (BERNAS). Saya sebut tadi, sama juga jawapan saya BERNAS adalah di bidang kuasa pihak Kerajaan Persekutuan namun Kerajaan Negeri sentiasa melibatkan diri dalam sesi perbincangan di peringkat Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan maklumat terkait dengan dasar-dasar baru serta perubahan yang terkait dalam industri padi, beras terutamanya dalam tujuan membantu golongan-golongan pesawah padi yang terkesan.
Dato’ Speaker, Yang Berhormat Telok Bahang juga ada menyebut dalam perbahasan beliau iaitu cadangan dalam industri penanaman durian khususnya di Negeri Pulau Pinang. Dato’ Speaker, Yang Berhormat, Projek Sedusun Tech Valley dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang menelan belanja hampir RM50 juta yang telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi merupakan suatu inisiatif untuk membangunkan industri durian dalam teknologi yang lebih tinggi. Selain itu, pembangunan projek-projek Durian Valley@Relau dalam kawasan yang saya sebut tadi juga akan menjadikan pusat agro-pelancongan di negeri Pulau Pinang sekali gus menjadikan Wilayah Utara Semenjung Malaysia sebagai sebuah hub durian dan juga ia akan menarik minat lebih ramai pelancong khususnya di dalam negeri mahupun di luar negeri iaitu daripada pelancong China, Singapura dan juga sebagainya. Juga pihak Kerajaan Negeri juga menyahut cadangan yang baik untuk memastikan bahawa promosi industri durian ini dilaksanakan dalam lebih, lebih digital dan juga lebih meluas.
Dato’ Speaker, saya beralih kepada sektor penternakan. Tadi panjang lebar saya sebut tentang pertanian. Menjawab tentang isu-isu sawah padi, kini saya masuk dalam sektor yang kedua iaitu sektor penternakan. Bagi mengukuhkan sekuriti makanan di negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, kita telah mengenal pasti penerima Program Pembangunan Projek Industri Ternakan pada tahun ini yang dianggarkan sebanyak 32 orang dalam peruntukan sebanyak RM612.00. Bantuan secara tahunan ini sebenarnya bertujuan untuk membantu penternak di negeri ini supaya meningkatkan lagi hasil pengeluaran ternakan. Dato’ Speaker, bagi menjawab kenyataan yang dikeluarkan Yang Berhormat Pulau Betong berkenaan tentang perjawatan doktor veterinar di daerah yang tidak, kekurangan doktor-doktor yang menyebabkan sukar untuk melaksanakan rawatan major. Untuk makluman Yang Berhormat, pengisian perjawatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini adalah berdasarkan waran perjawatan yang diluluskan. Pada masa ini, saat ini, telah diluluskan Pegawai Veterinar yang telah ditempatkan di Daerah Timur Laut dan juga kita akan mengajukan di peringkat Persekutuan untuk memastikan bahawa perjawatan ini juga akan diletakkan di kawasan-kawasan daerah seperti Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan juga Seberang Perai Selatan.
Saya mengakui bahawa idea dan cadangan ini sangat baik kerana memang kita kekurangan Pegawai-pegawai Veterinar khususnya di daerah kerana semua tertumpu kepada Ibu Pejabat. Kalau nak buat surgery ataupun operation sukar, kena pergi ke pihak swasta dan ianya menelan belanja yang agak tinggi.
Jangan lupa Daerah Barat Daya.
Ah, sekali Barat Daya. Menjawab persoalan Yang Berhormat Telok Bahang dan juga Yang Berhormat Pulau Betong tentang gangguan binatang liar. Saya mohon Yang Berhormat terus membuat aduan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Pulau Pinang. Saya yakin pihak jabatan sentiasa membuat pemantauan di kawasan aduan yang diterima. Perangkap yang dipasang akan diaktifkan setiap masa dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan di sesuatu kawasan dan saya yakin pihak pegawai-pegawai akan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan juga akan mengambil tindakan-tindakan sekiranya aduan telah disalurkan kepada mereka. Menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Dua dan juga Permatang Berangan. Banyak sungguh soalan saya jawab ya. Berkenaan dengan tentang pencemaran Sungai Kereh dan juga Sungai Perai akibat pelepasan najis bab 1, khinzir, bab 1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah membina satu sistem biogas untuk mengambil semua najis bab1 ini yang berada dalam negeri kita untuk tidak dilepaskan di sungai-sungai lagi.
Saya nak sebut masalah ini bukanlah masalah sekarang, dah lama, puluhan tahun, mereka duduk, bab 1 ni dah lama duduk dekat kawasan-kawasan Valdor, kawasan Kampung Selamat. Mereka duduk dulu dan generasi by generasi puluhan tahun, Kerajaan Negeri hanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang satu-satunya Kerajaan Negeri yang telah melaksanakan Enakmen Penternakan Babi (minta maaf, Bab1) 2016 dan juga Peraturan-Peraturan Penternakan Babi Pulau Pinang 2020 yang telah meletakkan bahawa khinzir ini ataupun bab1 ini berada pada satu, itu apa reban tertutup. Sekarang ini saya ada buat lawatan juga…(gangguan).
Closed house system, closed house system.
Ha...ladang tertutup la, ladang tertutup ha, closed house system di mana bab1 ini dia duduk dalam satu kandang yang manusia pun kadang letak kat dalam tu lah, maknanya duk dalam aircond. Sistem udara yang baik dan juga sistem dischargenya juga sekarang Kerajaan Negeri telah membangunkan satu sistem biogas yang najis-najis ini diambil dan dijadikan sebagai janakuasa, gas dan juga boleh diuruskan sebagai janakuasa dan juga elektrik. Tapi masalah sekarang ini...(gangguan)
Ah, Pantai Jerejak.
Silakan.
Kalau kerajaan buat itu, itu satu usaha yang baiklah saya rasa. Tapi kenapakah pencemaran itu terus berlaku sampai ke saat ini? Sungai Kereh dan juga sampailah sungai yang memasuki lembangan Sungai Perai itu juga orang kata apa tercemar. Masih lagi tercemar.
Mungkin saya. Dato’ Speaker...(tidak jelas)
Saya pun setuju juga dengan apa yang disebut oleh Sungai Dua tadi sebab rungutan daripada penduduk di situ memang pada waktu-waktu tertentu ini masih berlaku pelepasan kumbahan.
Dato’ Speaker.
Dan juga pencemaran bau ia masih berlaku. Kita ucapkan terima kasih di atas inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan untuk membuat ladang tertutup dan sebagainya. Tapi masalah pencemaran itu masih berlaku dan kita mintalah supaya kerajaan membantu penternak. Kita bukan nak suruh tutup kandang. Kita nak minta supaya pencemaran itu yang dikawal supaya masyarakat yang hidup di sekitar itu dapat terhindar daripada pencemaran bau dan sebagainya. Itu matlamat kita bangkitkan. Terima kasih kepada usaha yang telah dibuat.
Terima kasih Dato’ Speaker.
Nak bantu?
Dato’ Speaker.
Saya izinkan bantu.
Saya cuma nak jawab berkaitan dengan enakmen khinzir ini memang telah kuatkuasakan dan di Kampung Valdor kita pun telah mengadakan satu (1) sistem biogas yang dikatakan oleh sahabat saya dan seterusnya kita akan menuju ke Kampung Selamat. Saya akan berjumpa dengan penternak-penternak khususnya Persatuan Penternak di Kampung Selamat pada bulan Jun. Mereka akan datang jumpa saya dan kita sebagai satu inisiatif supaya untuk menggalakkan satu either pyrolysis system ataupun biogas untuk menjana green electric, green energy untuk mengurangkan masalah apa yang dikatakan oleh Sungai Dua, dimana kita akan menggunakan sisa-sisa pembuangan daripada khinzir, daripada ladang tersebut untuk menjana kuasa lektrik dan berikan sedikit masa untuk kami. Di Kampung Valdor kita sudah ada dan saya percaya tidak lama lagi kita akan wujud juga di Kampung Selamat. Terima kasih.
Pantai Jerejak.
Terima kasih. Saya tinggal lagi 30 minit lagi.
Tak ada, tak ada.
Saya tinggal lagi saya berapa minit Dato’ Speaker, keseluruhan.
You carry on.
Okay, carry on. Saya dah bercakap 30 minit …
Sudah 30 minit.
Saya cukup, saya cukup gembiralah dengan keadaan pembangkang juga memahami berkenaan tentang usaha Kerajaan Negeri. Saya suka dengan suasana sekarang harmoni apabila Kerajaan Negeri terangkan dengan baik dan pembangkang pun bagi idea yang baik. Inilah yang kita nak dalam Dewan kita ni.
Jangan provoke sudah.
Tak, tak, betul, betul. Harmoni.
Saya setuju ni, jangan provoke lah. Jangan buat politik Pakcik Kordi, kebudak-budakan tu kita tak mau, buat matang macam orang dewasa.
Saya memberi ucapan terima kasih tentang
Pulau Jerejak..
Hai, sikit, sikit… dia nak masuk juga…aduh
Nak hantar dia pi pulau, Pantai Jerjak minta maaf na. Dato’ Speaker, yang kata close house ni, saya pernah apa mengalami dalam close house ni. Saya bela ayam, saya tau, tapi sekiranya saya tengok yang di Kampung Selamat, sapa ada pi tengok. Depa tak ada track tanker untuk depa bila basuh kandang tu, bila basuh kandang, mandi khinzir tu, apa panggil mandi, air tu depa tak da tank orang kata apa track tank untuk tapis air yang bersih baru buang. Yang ni depa terus direct keluar ke longkang, itu yang kami dapat di Sungai Kereh sampai air hitam tu. Memang walaupun close house ini memang bagus, memang dia, sistem dia memang bagus so kita bela ayam pun sistem dia bagus close house tapi bila kita cuci najis dan apa tu, kita mesti ada tanker dia tu, orang kata track, air tu untuk berapa, berapa berapa lapis baru kita buang. Okey, terima kasih.
Terima kasih, cadangan yang begini kita mau dengar ni. Cadangan yang baik kita ambil maklum untuk kita laksanakan untuk memastikan bahawa, untuk memastikan bahawa Kerajaan Negeri dan juga semua masyarakat negeri Pulau Pinang ini hidup dalam keadaan yang bersih. Saranan-saranan ni kita akan ambil dan kita akan pastikan bahawa tidak akan berlaku perkara ini. Just nak bagi maklumat saja. Pada, kita mempunyai 153 buah ladang khinzir pada tahun 2020 dan juga pada tahun 2024 dicatatkan sebanyak 105 buah saja dan bakinya telah ditutup telah ditutup kerana tidak mengikut garis panduan yang telah kita laksanakan dengan 15 ladang mematuhi syarat sepenuhnya 100% dan juga 88 ladang lulus dengan kadar bersyarat. Makna kata, peningkatan yang baik dan juga urusan Kerajaan Negeri yang baik, di sini saya nak bagi penghargaan yang, yang, yang begitu baiklah kepada pegawai-pegawai kerajaan khususnya Jabatan Veterinar. Mereka inilah pelaksana-pelaksana yang di bawah ini yang senantiasa bertungkus lumus memastikan bahawa Enakmen Penternakan Babi Pulau Pinang ini dilaksanakan dengan baik dengan harmoni. Terima kasih kepada Jabatan Veterinar.
Saya masuk ke dalam sektor perikanan, ketiga, sebelum saya landing itu, koperasi. Dato’ Speaker, sebagai langkah mengambil semula kegemilangan Industri Hub Pendaratan Tuna Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri meneliti cadangan-cadangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak untuk pengetahuan Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam dewan ini, Pulau Pinang satu-satunya negeri yang menjalankan industri ikan tuna. Semua orang tak tau, semua orang tak tau, kalau saya berada di luar konteks ini pun, saya tak tau. Saya nak sebut Pulau Pinang satu-satunya negeri yang masih aktif dalam lokasi yang digazetkan sebagai pelabuhan tuna selain daripada Langkawi. Kita ada dua (2) dalam negara kita iaitu di Langkawi dan juga di Butterworth. Di Pulau Pinang sehingga sekarang, kita satu-satunya negeri yang menjalankan industri ikan tuna. Ini patut dibanggakan kerana walaupun kerajaan atau walaupun negeri Pulau Pinang ini, negeri yang kecil dan juga dia punya keluasan lautan kecil, tapi kita champion dalam pelbagai isu. Tuna ni kita champion lah. Kena memberi pengiktirafan kepada pentadbir-pentadbir.
Pantai Jerejak, berapa keuntungan yang kita perolehi daripada pendaratan tuna ataupun industri tuna yang dinyatakan oleh Pantai Jerejak tadi.
Kita mencatatkan pendaratan tuna untuk setiap tahun menurun. Sekarang ini menurunlah sebab faktor di bawah kita tidak mempunyai satu (1) pendaratan hub tuna yang berspek antarabangsa tetapi ianya melebihi ratusan ribulah dia punya dia punya keuntungan kepada, daripada A sampai Z iaitu dari segi industri daripada pemilikan tuna tersebut, lepas tu daripada pihak penguatkuasa dan juga hinggalah ke akhir yang test port ke negara-negara Japan…(gangguan).
Pantai Jerejak, boleh saya celah sikit, apakah jenis jenis ikan tuna yang kita fokuskan, blue fin ka, red fin ka, jenis-jenis tuna yang kita fokuskan.
Saya akan bagi jawapan bertulis. Saya tak ingat semua jenis-jenis ikan tuna tu, tapi saya sukalah apabila Yang Berhormat-Yang Berhormat tanya tentang jenis ikan, InsyaAllah selepas ni saya akan bagi jenis-jenis ikan yang kita fokus selepas ni. Kalau ada cadangan ikan tuna yang jenis yang kita tangkap ataupun fokus yang lebih mahal boleh cadangkan kepada saya untuk saya bagitau mereka untuk pi tangkap lebih banyak lagi.
Tapi ini satu industri yang besar untuk Kerajaan Negeri perlihat, ataupun fokus seperti juga saya menyahut cabaran dan juga cadangan daripada Yang Berhormat Berapit dan juga Yang Berhormat Telok Bahang untuk memastikan bahawa wujudnya hub pendaratan tuna yang bertaraf antarabangsa, tapi suka diingatkan bahawa kita perlu lihat dari semua aspek. Bukanlah kita hanya kata kita nak tuna, kita boleh buat pelabuhan tuna tapi kita perlu lihat dari semua aspek, dari segi kecetekannya, dari segi pelbagai lagi aspek yang perlu dilihat, dari segi lalu lintasnya, dari segi tanah yang ada dalam Kerajaan Negeri tak semua tanah yang boleh digunapakai tapi tanah-tanah tertentu saja yang kita boleh gunapakai untuk industri tuna.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk pengetahuan Yang Berhormat Berapit, cadangan untuk Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak nelayan untuk kita membantu mereka dalam meningkatkan pendapatan dengan terjebak dalam industri ikan tuna, saya sahut cabaran tersebut tapi umumnya kita tahu bahawa untuk industri ikan tuna ini kita mengambil masa yang lama, dua (2) minggu dia nak kena pergi sana, lepas tu proses penangkapan ikan mengambil masa tempoh tiga (3) bulan untuk nelayan kita, saya rasa kurang sesuai. Tapi sekiranya ada pihak nelayan yang nak terlibat, kita galakan, tapi buat masa ini saya rasa kurang sesuai, tiga (3) bulan depa ni kena keluar. Nak habis dah. Dato’ Speaker, saya teruskan…(gangguan).
Pantai Jerejak, mencelah sikit.
Yang Berhormat bagi saya selesaikan saya punya…(gangguan).
Satu (1) minit. YB Pantai Jerejak, untuk makluman Dewan yang mulia ini, berapa ramaikah nelayan-nelayan tempatan terutamanya yang mempunyai lesen laut dalam
yang berkecimpung dalam industri tuna ini ataupun semuanya daripada luar? terima kasih.
Yang Berhormat, kita di negeri Pulau Pinang, di seluruh negara, kita mempunyai lima (5) hanya lima (5) sahaja pemegang lesen yang boleh mendapat ataupun dalam proses ikan tuna. Lima (5) sahaja dan yang sekarang sedang aktif tinggal satu (1) saja. Dalam lima (5) kita luluskan dalam negara kita tapi untuk saat dan ketika ini hanya satu (1) sahaja pemegang lesen industri ikan tuna yang beroperasi iaitu beroperasi di Butterworth. Makna kata semakin hari semakin berkurangan. Yang Berhormat, terus menjawab berkenaan tentang Sungai Dua, berkenaan tentang masalah selut yang berlaku akibat projek tambakan. Saya nak tegur apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Dua. Semalam, dia sebut 72 syarat EIA sedangkan dalam dokumen yang tepat, adalah 71 syarat yang betul, makna kata Yang Berhormat menipu, bukan menipu, mengelirukan Dewan. Yang Berhormat mengelirukan Dewan, faktanya adalah 71, tapi Yang Berhormat sebut…(gangguan).
Silap satu (1) aih, bukannya silap sepuluh (10) …(gangguan).
Ini mengelirukan Dewan…(gangguan).
Alah…kalau ikut Pantai Jerejak pun cakap pun silap juga.
Tak boleh, tak boleh, dia mengelirukan Dewan, sebab telah dipamerkan dalam sosial media dan juga diambil oleh surat khabar. Setengah surat khabar mengatakan 72 sedangkan dalam syarat EIA ini adalah 71 yang betul. Yang Berhormat…(gangguan).
Apa ni…71 ka, 72 ka yang penting ada tak, ada tak apa nama syarat-syarat dia. …(gangguan).
Seperti yang saya maklumkan bahawa pada 22 Mac 2024, tiada data konsisten dengan penurunan hasil tangkapan atas faktor tambakan yang telah dijalankan. …(gangguan).
Apa, siapa siapa yang ni. …(gangguan).
LKN telah menyebut 22 Mac ini, saya dah sebut Yang Berhormat kalaulah selepas ini dalam Dewan ini bawalah satu laporan saintifik janganlah ambil selut pada manamana hala bawa mai dalam Dewan ini, kita tengok pun tak menyakinkan.
Saya, saya nak ajak turun na, boleh turun dengan saya. …(gangguan).
Kalau boleh sewa bot pun. …(gangguan).
Boleh, boleh turun, alah, sewa bot tu benda tak berapa duit sangat.
Badan yang ketiga untuk buat laporan saintifik dimana penurunan hasil daripada projek tambakan, itu kita boleh terima pakai ataupun kita lebih yakin yang ni dia bawa selut dia bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri. Tidak menyakin, tidak menyakinkan langsung.
Saya nak bawa turun, jom turun, Tuan, Tuan Yang di-Pertua, (gangguan) saya bertanggungjawab dan juga saya nak bawa orang yang dalam Dewan ni ya, boleh turun…(gangguan) kita bawa tuan-tuan pergi.
Yang Berhormat, saya terus dengan perkara yang seterusnya dalam membantu golongan nelayan ini, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah memberi sebanyak RM350,000 untuk kita membeli ataupun melepaskan benih ikan dan juga udang. Menjawab soalan Yang Berhormat Penanti, berkenaan tentang isu lesen nelayan tidak diperbaharui dan juga mengakibatkan jumlah nelayan yang semakin berkurangan. Untuk makluman Yang Berhormat Penanti, Jabatan Perikanan Malaysia telah membekukan semua pengeluaran lesen, Permit Vesel Menangkap Ikan bagi Zon A, B, C sejak tahun 1982, bukan hari ni, tapi sejak 1982 dengan komitmen negara kita terhadap peraturan antarabangsa di bawah Food, And Agriculture Organization dan juga
Sustainable Development Goals (SDG) melalui tema Life Below Water yang menjamin sumber perikanan agar dapat diterokai dengan mampan. Yang Berhormat. …(gangguan).
Yang Berhormat Pantai Jerejak, bot-bot yang. …(gangguan).
Kita juga Jabatan Perikanan sentiasa menjalankan proses pemutihan lesen yang mana tak aktif dalam tempoh tiga (3) tahun ini kita akan mempertimbangkan permohonan-permohonan yang baru.
Yang Berhormat Pantai Jerejak. …(gangguan).
Bagi saya habiskan, saya nak habis masa, saya tak bagi laluan, saya tak bagi laluan, saya nak selesaikan saya punya masalah.…(gangguan).
Kalau tak boleh bagi apa…Yang Berhormat kena bagi laluan. Kalau tidak kita nak selesai masalah ni macam mana. …(gangguan).
Saya sebut….(gangguan).
Yang Berhormat tak bagi laluan satu (1) minit ataupun dua (2) second, bagi laluan, Ketua Pembangkang bagi laluan, kita boleh tambah masa, jangan kita nak pulun habis sampai hari ni, esok hari Khamis ada, Jumaat ada, kita tunggu….. kot tak dak, kita sambung sampai minggu depan.
Tak boleh, tak boleh. Saya 41 minit dah ni, okey. Yang Berhormat, cadangan berkenaan tentang Pasar Bisik di kawasan Yang Berhormat Telok Bahang, kita melihat bahawa ianya kurang bersesuaian, bukan tak boleh tapi kurang bersesuaian kerana terdapat tujuh (7) buah pasar nelayan yang telah, sedia ada di kawasan Parlimen Balik Pulau dan pelaksanaan Pasar Bisik ni sebenarnya tidak akan memberi kelebihan ataupun
keuntungan yang konsisten pada golongan nelayan tetapi sekiranya Yang Berhormat Telok Bahang…(gangguan)
YB Pantai Jerejak, bagi saya mencelah sikit. …(gangguan).
Bagi saya habis dulu.(gangguan).
Pasai, dak, pasai Pasar Bisik ni, bagi sat, sikit ja.
Tak boleh, tak boleh, ha okey boleh.. (ketawa).
YB Pantai Jerejak, Pasar Bisik ni kita adakan, kita wujudkan bertujuan untuk memberi pendapatan yang lebih kepada nelayan dan kita kurangkan orang tengah sebab nelayan yang pergi menangkap ikan, dia balik dia bawa ikan tu, dia letak di depan tu dan terus bisik. Kalau kita. …(gangguan).
Tak payah bisik, boleh tak?
Apa dia.
Tak payah bisik, boleh tak?
Tak boleh lah sebab ada orang tengah, kita nak kurangkan penglibatan orang tengah tu.
Okey, okey, saya saya sebenarnya tak menghalang cumanya saya mendapat jawapan daripada jabatan apa, Jabatan Perikanan sekiranya nak buat tiada halangan tapi pandangan dia kurang menguntungkan tapi rasanya kalau nak teruskan, teruskan, tidak masalah.
Yalah…itulah yang kita minta persetujuan daripada. …(gangguan).
Boleh, tiada halangan, tiada halangan tapi saya nak kupas ja lah, saya nak habiskan saya punya penggulungan, saya kupas panjang sikitlah. Dato’, Yang Berhormat Telok Bahang, saya tiada halangan sekiranya nak buat Pasar Bisik sekiranya nak buat pasar bisik tersebut mungkin ia akan menambah lagi nilai tambah kalau pasar biasa, biasa saja kan tapi rasa pasar bisik semua orang nak datang. Itu terpulang kepada Yang Berhormat Teluk Bahang kita boleh berbincang untuk melaksanakan di kawasan Yang Berhormat Teluk Bahang. Dato Speaker, saya nak menyentuh tentang Yang Berhormat Penanti tentang mempersoalkan data-data yang telah dikeluarkan pihak LKIM. Saya nak terus habiskan ni, sedikit saya nak tambah lebih kurang 10 minit kerana memberi ruang kepada yang lain. Kita, Jabatan Perikanan juga telah menunjukkan bahawa memang ada penurunan di peringkat apa spesies, pendaratan udang iaitu, iaitu Ogos tetapi untuk Oktober, November, Disember 2023 ianya berlaku peningkatan. Walaupun tidak ketara, wujudnya peningkatan. Bagi Koperasi Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah melaksanakan ataupun mengarahkan semua agensi dibawah SKM untuk melaksanakan, mantau dan memastikan bahawa koperasi dijalankan di peringkat negeri, di daerah, di daerah ada lima daerah yang memastikan bahawa golongan-golongan B40 dapat meningkatkan pendapatan mereka menerusi koperasi secara tidak langsung menitikkan noktah kemiskinan khususnya dalam negeri Pulau Pinang. Langkah yang terakhir, langkah yang terakhir oleh Kerajaan Negeri kita telah mengembelingkan enam gergasi, enam buah koperasi dalam negeri Pulau Pinang untuk bergabung bersama Kerajaan Negeri.
Saya, saya listkan yang pertama Koperasi Tunas Muda Sungai Ara, Koperasi Guru Besar SUK Pulau Pinang Berhad, Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang yang mewakili Kluster Pertanian, Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang yang mewakili Kluster Ar-Rahnu, Koperasi Penternak Burung Walit Malaysia bagi Kluster Perindustrian dan yang terakhir Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Kluster Kewangan.
Alhamdulillah, akhir kata daripada saya sebagai sebuah negeri memacu ke arah peningkatan kualiti hidup bermisikan, berteraskan visi Penang2030, Kerajaan Negeri sentiasa fokus kepada sektor pertanian, perikanan, penternakan walaupun kita di hambat oleh industri-industri ENE.
Dato' Speaker, musim durian telahpun tiba Begitu juga manggis dan juga dokong, Majulah negeri untuk semua, Saya mohon untuk menyokong.
Dato’ Speaker, terima kasih, mohon sikit.
Siap dah, siap dah.
Berkaitan dengan ucapan gulungan tadi, saya dapati satu, satu isu yang saya bangkitkan sebelum ni tidak disentuh.
Nanti yang tak sentuh. …(gangguan).
Berkaitan dengan bantuan one off kepada pesawah yang mengalami kemerosotan hasil pada musim yang lepas.
Okey nanti bagi.
Mohon pencerahan.
Nanti, Okey terima kasih Pantai Jerejak, saya nak minta Perai, sila.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Speaker, Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Dewan
Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Terlebih dahulu, saya ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Perai khususnya yang telah memberi kerjasama dan sokongan kepada saya dalam menggalas tanggungjawab saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kerajaan Negeri bagi Portfolio Perumahan dan Alam Sekitar dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri KADUN Perai. Menjunjung tinggi ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Sempena Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke 15, yang begitu banyak manfaat dan saranan yang begitu komprehensif untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Dikesempatan ini, saya juga ingin menzahirkan salam takziah kepada ahli keluarga mantan yang Berhormat ADUN Sungai Bakap yang baru sahaja meninggal dunia pada Jumaat yang lalu. Saya berharap agar ahli keluarga terus tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan ini.
Terlebih dahulu, ingin saya jelaskan bahawa beberapa soalan berbangkit telah pun dijawab semasa dalam dewan semalam dan hari ini saya akan cuba meringkas, meringkaskan penggulungan dengan menjawab perkara-perkata berbangkit sahaja. Oleh yang demikian, saya akan menjawab isu-isu perumahan kemudian saya akan jawab isu-isu alam sekitar. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker, jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun semasa ucapan perasmian yang cakna kepada isu perumahan untuk rakyat Pulau Pinang, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Kerajaan Negeri telah menggariskan sasaran menyediakan sebanyak 220,000 unit rumah mampu milik dalam agenda Penang2030 bagi membantu golongan sasar tersebut. Setakat ini sebanyak 160,744 unit iaitu 73.07 peratus daripada sasaran dibekalkan di Pulau Pinang dalam pelbagai peringkat iaitu 50,700 unit telah siap dibina. Dan 20,547 unit dalam pembinaan dan 89,497 unit dalam pelbagai peringkat perancangan.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga amat berbesar hati dengan ucapan Tuan Yang Terutama Tun yang menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri yang telah mewujudkan satu kategori baharu rumah mampu milik jenis B2 yang berharga RM100ribu dengan keluasan minima 750 kaki persegi tanpa kemasan. Kategori ini akan mengisi jurang yang agak besar sebelum ini, antara rumah mampu milik kategori B yang berharga RM72,500 dengan pendapatan isi rumah maksimum RM3,500 dan RMM C1 yang berharga 150,000 dengan had, dengan had pendapatan isi keluarga maksimum RM8,000. Ianya akan memberi manfaat, termasuk golongan belia berkeluarga, keluarga yang berpendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM5,000 selaras dengan pembangunan, Projek Perumahan Inklusif MADANI. Ia juga kesinambungan kepada pelaksanaan terhadap manifesto perpaduan Pulau Pinang 2023 dibawah tema utama memperkasakan golongan wanita dan belia iaitu memperkenalkan skim perumahan sewa khas kepada golongan belia dan juga bujang. Pembekalan unit sewa dan sewa beli, terima kasih kepada ucapan, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat ADUN Teluk Air Tawar dan juga ADUN Sungai Puyu. Berhubung keperluan pembekalan perumahan awam kos rendah itu, PAKR dan unit sewa termasuk PPR di Pulau Pinang, saya juga ingin mengucapkan juta terima kasih kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan di atas komitmen untuk memastikan kebanyakan perumahan kebajikan perumahan rakyat Pulau Pinang terjamin melalui bantuan-bantuan yang diberikan.
Kerajaan Negeri akan terus memohon Kerajaan Persekutuan untuk membekalkan unit PPR di Pulau Pinang terutamanya dibahagian pulau, memandangkan Pulau Pinang adalah antara negeri pembayar cukai tertinggi kepada Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri juga, akan sentiasa mencari tanah dan tapak baru untuk kemukakan Kerajaan Persekutuan untuk tujuan membangunkan rumah jenis PPR melalui permohonan terkini kepada KPKT dibawah RP 5 tahun 2025 rancangan Malaysia ke 12, Kerajaan Negeri telah mencadangkan beberapa tapak di atas tanah Kerajaan Negeri kepada KPKT bagi pembangunan jenis PPR. Sukacita dimaklumkan, bahawa pihak KPKT telah mengadakan satu sesi pernilaian, penilaian awal di atas tapak-tapak tersebut dan satu tapak telah terpilih untuk sesi lawatan tapak pada peringkat penilaian selanjutnya iaitu tanah yang berada di atas Lot 5381 dan 5395 di Mukim 21 Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang terletak hanya anggaran 14 kilometer dari KADUN Teluk Air Tawar. Projek PPR ini akan menyumbang kepada pembekalan unit-unit rumah ini di kawasan tersebut pihak KPKT akan mengangkat laporan penilaian ke atas tapak tersebut ke Kementerian Ekonomi bagi mendapat kelulusan pembiayaan projek PPR di bawah RP 5 tahun 2025 RM ke 12.
Pelaksanaan projek pembaruan semula bandar, seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga dan Pulau Tikus merupakan fokus utama Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dalam memastikan pembekalan RMM dapat diteruskan selain menyediakan perumahan yang selesa dan selamat kepada rakyat Pulau Pinang. Kediaman berstrata di Pulau Pinang juga mulai mencapai tahap usang dengan unit bersaiz diantara 240 kaki persegi sehingga 527 kaki persegi tidak memenuhi keperluan minimum kediaman selain merosot, kemerosotan struktur bangunan kediaman.Di Pulau Pinang, memang kita ada banyak projek yang sedemikian yang di bentuk untuk keluarga yang kecil pada zaman dahulu yang tidak bawa banyak manfaat kepada pemilik-pemilik harta tersebut hartanah tersebut. So, kami ada cadangan untuk membangunkan semula under program URC kita ya. Lima projek printis URC sedang dan akan dilaksanakan dan di bawah garis panduan pembaharuan semula bandar skim-skim lain boleh memohon kepada kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang untuk dikaji kebolehsanaan, kebolehlaksanaanya seperti mana yang semua sedia maklum kekangan akta sedia ada seperti Akta Pengurusan Strata 2013 (757) dan Akta Hak Milik Strata 1985(Akta 318) dan Akta Pengambilan Tanah 1960 boleh merencatkan proses pelaksanaan projek pembaharuan semula bandar. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada Yang Berhormat Menteri KPKT Yang Berhormat Dato’ Nga Khor Ming di atas inisiatif proaktif beliau dalam usaha pemwujudan Akta Pembaharuan Semula yang dapat mendaya maju projek-projek URC. Oleh yang demikian, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga bagi mempercepatkan proses pelaksanaan projek pembaharuan semula bandar ini Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui KPKT untuk menggubal akta berkaitan pembaharuan-pembaharuan semula bandar ataupun pindaan kepada akta-akta sedia ada tersebut.
Sebagai maklumat tambahan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa di peringkat KPKT telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama agensi-agensi negeri dan persekutuan dalam memuktamadkan draf akhir bagi menggubalkan akta pembaharuan semula bandar. Selain daripada itu, pihak JPBD juga sedang dalam proses menyediakan laporan rancangan khas, kawasan khas iaitu RKK Padang Tembak yang dibawah KADUN Kebun Bunga yang dibangkitkan semalam. Bagi melihat potensi kebolehsanaan projek pembaharuan semula bandar di Padang Tembak dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan. RKK ini akan memberi nilai tambah dan akan memudah, memudahkan pelaksanaan projek pembaharuan semula bandar di peringkat dasar serta dijangka dapat memperluaskan lagi kawasan bagi memperbaharuan semula bandar terutama melibatkan tanah pemilikan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bertam, berkaitan isu pemilikan tanah oleh golongan muda yang kebanyakan berhadap dengan masalah untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan dari intitusi kewangan. Justeru daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad iaitu SJKP telah memperkenalkan skim jaminan kredit perumahan yang memperuntukkan sebanyak RM5 bilion oleh Kerajaan Persekutuan dengan had pembiayaan lebih tinggi bukan sahaja sehingga RM300 ribu sehingga RM500 ribu dengan tempoh pembiayaan yang sebiasanya 30 tahun, di sini dibiar sampai 35 tahun. Terkini skim ini ditawarkan melalui 15 insitusi kewangan utama dalam negara, dengan adanya skim pembiayaan seperti ini, sekaligus dapat membantu bakal pembeli rumah kali pertama khusus golongan muda yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sedang mengaji keperluan menambah baik intipati di dalam garis panduan rumah mampu milik.
Bagi membantu rakyat Pulau Pinang khususnya golongan belia dalam mendapatkan pembiayaan bagi pemilikan perumahan selain ianya dapat memberi insentif-insentif kepada para pemaju yang ingin maju projek-projek perumahan mampu milik di Pulau Pinang supaya projek-projek tersebut berdaya maju. Penambahbaikan serta pinda kepada dasar-dasar garis paduan ini disasarkan kepada diumumkan mungkin tahun depan. Salah satu daripada masalah terbesar sekali untuk anak muda memiliki rumah adalah duit muka sebanyak 10 peratus. So, walaupun kami tawarkan RMM kepada rakyat muda, anak muda kita ni, sukar diorang nak cari duit muka sebanyak 10% dan mengikut surat perjanjian jual beli, pembeli itu terpaksa bayar duit muka sebanyak 10% sebelum boleh menandatangani surat perjanjian jual beli. Ini adalah salah satu daripada faktor dimana anak muda kita tak dapat beli rumah. So, sebagai kerajaan kalau boleh mengatasi dasar ini dengan memberi ruang untuk easy entry kepada anak muda kita, kemungkinan memiliki rumah anak muda itu akan dinaikkan.
Perai minta pencerahan. Dato’ Speaker, baru-baru ini salah seorang pengundi saya telah mendapat tawaran low cost RM42,000 di Bandar Tasek Mutiara. Dan diminta buat pinjaman bank tetapi untuk nak buat pinjaman bank bagi rumah kos rendah RM42,000 bayaran legal fee is about seven thousand, seven thousand. Ini legal fee untuk
pinjaman bank. Oleh itu, disini memang pembeli pertama memang susah nak dapat tawaran rumah low cost. Kedua, bila dapat tawaran susah mendapat pinjaman bank. Apabila dapat pinjaman bank, legal fee untuk sign S&P pinjaman adalah RM7,000 untuk pinjaman lebih kurang dalam RM30,000 lebih sebab dia ada bayar pendahuluan. Oleh itu, dia terpaksa mencari saudara mara untuk bayar cash by ikut progress sebab pembinaan masih dalam progress. Itu masalah yang dihadapi diluar. Itu saja.
Terima kasih.
Perai boleh, boleh saya tanya yang berkaitan. Berkenaan dengan loan ni, apakah perancangan ataupun ada perancangan jangka panjang daripada Kerajan Negeri supaya membantu terutama pemuda pemudi ini untuk membeli mendapatkan pinjaman daripada bank-bank diluar ataupun Kerajaan Negeri akan sediakan satu tanah kepada mereka untuk membuat pinjaman. Terima kasih.
Okey, untuk rakan saya Bukit Tambun saya pun terkejut kerana yuran guaman sebanyak RM7,000. Biasanya, biasanya jumlah pinjaman yang diambil itu adalah yuran guaman 1 peratus daripada pinjaman. So saya pun terkejut juga. Kalau boleh saya mintak tolong pembeli itu cari saya, saya boleh telitikan kerana RM7,000 untuk beli satu biji rumah berharga RM42,000 itu, memang tak munasabah lah ya. Saya rasa yuran guaman yang dikenakan itu agak tinggi. Itu bersamaan rumah harga lebih kurang RM200,000 hingga RM300,000. Something wrong somewhere. Saya harap pembeli itu dirujuk kepada pejabat saya supaya saya boleh bantu dia selanjutnya, okey. Dan untuk rakan saya Kebun Bunga, memang masalah ini kita menghadapi banyak lama lah ya. So macam saya bagitau tadi, duit muka sepuluh 10% tu satu hurdle yang tinggi untuk diorang cross. Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri tidak ada satu skim sebegitu tetapi Kerajaan Pusat memang ada. Masalah kita adalah di negeri, banyak bank yang sanggup bagi pinjaman sebanyak 110% daripada pinjaman rumah itu.
Tetapi masalah dia, pemaju-pemaju yang jual rumah ini, nak duit muka sepuluh 10% dibayar. Ada sebab juga. Bila pembeli ini diberi kelonggaran untuk bayar RM100, RM500 atau RM1,000 sebagai duit muka kemudian surat perjanjian jual beli ditandatangani. Apa akan jadi kalau pembeli itu buat keputusan untuk tarik diri. Pemaju itu akan buang masa yang agak banyak tunggu untuk mengcomplete sale ini. So ini lah masalah dia. Walau macamanapun, kami ingin mengubahsuaikan akta-akta yang sedia ada. Dan kami ada beberapa rancangan yang kita akan announce semasa hujung tahun ini dimana kita akan ada rundingan bersama pemaju juga. Untuk tengok macam mana kita boleh buat kelonggaran bayaran duit muka kepada pembeli-pembeli. Untuk pengetahuan tuan-tuan ADUN disini, semasa saya di dunia korporat, memang kita ada program macam dimana pembeli cuma kena bayar RM500. All you pay is RM500 until
you collect the case. Memang ada skim-skim macam tu yang pernah diluluskan oleh KPKT pada masa yang lepas. Saya bersama Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang memang sedang ada beberapa mesyuarat dengan bank dan juga state holders kita lain iaitu pemaju-pemaju untuk menggubal new term and condition of sale okay. Sambung, dia dah hilang.
Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker, dalam kesempatan ini saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pusat melalui KPKT khususnya Yang Berhormat Tuan Ngar Khor Ming diatas komitmen berterusan peruntukan kelulusan di bawah Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP) kepada perumahan awam berstrata dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia iaitu TPPM kepada perumahan swasta berstrata yang layak sejak tahun 2022. Selain daripada itu, pembekal rumah mampu milik yang mencukupi kepada rakyat negeri Pulau Pinang aspek penyelenggaraan di skim perumahan awam dan swasta yang layak akan terus diberi perhatian yang serius dan berterusan selaras dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal. Disini saya ingin mencatatkan bahawa diseluruh negara, cuma Pulau Pinang sahaja lah yang menghulurkan bantuan untuk menyelenggara rumah selepas dijual kepada rakyat kita. Ini adalah satu inisiatif yang sangat-sangat special kalau banding dengan lain-lain negeri di Malaysia. Antara bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam aspek penyelenggaraan di skim perumahan kos rendah adalah Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80 Peratus Pulau Pinang iaitu TPM80PP yang terbuka sepanjang tahun dibawah seliaan Lembaga Perumahan Pulau Pinang bagi membantu pembiayaan kos penyelenggaraan maksimum sehingga 80% dari jumlah keseluruhan di skim perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah. Sukacita saya maklumkan bahawa negeri Pulau Pinang satu-satunya negeri yang peruntukkan kelulusan bantuan penyelenggaraan bagi perumahan swasta kos rendah dimana tanggungjawab pengurusan dan penyelenggaran dibawah perumahan strata adalah dibawah JMB ataupun MC. Selaras dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta757). Kerajaan Negeri dibawah tadbir urus yang cekap telah membelanjakan sebanyak 369 juta melibatkan 30,489 bilangan kerja dari tahun 2008 hingga Mei 2024.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker, ini saya jawab untuk soalan berkenaan topik alam sekitar. Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar merupakan salah satu aspek yang menjadi keutamaan pihak Kerajaan Negeri. Ini dapat dilihat menerusi plan strategik guna tanah di dalam structure plan negeri RSM Pulau Pinang 2030 bagi memelihara keseimbangan pembangunan serta kepentingan jangka panjang penggunaan tanah negeri termasuk kawasan berhutan. Sebagai makluman Dewan, melalui pembentangan belanjawan 2024, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan pemindahan fizikal ekologi iaitu EFT sebanyak RM200 juta pada tahun 2024 berbanding RM150 juta pada tahun yang lalu untuk melaksanakan memperkasakan usaha Kerjaan Negeri dalam memulihara dan mewartakan kawasan perlindungan. Sehubung itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima ringgit Malaysia RM2 juta pada majlis sesi townhall pelaksanaan EFT dan penyerahan surat peruntukkan EFT pada 20 haribulan Mei yang lalu. Peruntukan ini akan digunakan bagi melaksanakan program dan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan serta kepelbagaian biologi lain. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat,
ADUN Pulau Betong yang membangkitkan isu kacau ganggu haiwan liar termasuk anjing dan kera.
Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhilitan mengambil maklum berkaitan permasalahan ini dan akan mengambil tindakan segera dengan memantau dan menangkap, memasang perangkap di kawasan tersebut. Berkaitan isu yang sama, Jabatan Perhilitan Negeri Pulau Pinang telah menerima aduan di kawasan Kampung Genting, Balik Pulau dan Kampung Pulau Betong. Pemantauan dan kawalan terhadap permasalahan ini telah dilakukan. Bagi isu gangguan tupai terhadap tanam-tanaman seperti yang telah dibangkitkan, Jabatan Perhilitan telah mengenal pasti bahawa spesis tupai yang membuat gangguan merupakan tupai muncung besar (common treeshrew). Haiwan ini dikelaskan sebagai spesis yang bebas dan tidak termasuk dalam Akta Pemuliharaan Hidup Liar. Jabatan Perhilitan juga telah memberi khidmat nasihat mengenai langkah-langkah mencegah pencegahan kepada para pekebun tentang kaedah untuk mengelakkan gangguan tersebut daripada berulang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker, menjawab soalan Yang Berhormat ADUN Seri Delima berkaitan potensi hidrokarbon pada 15 haribulan November 2023, yang ini kalau betul jadi, kalau impian ini jadi kenyataan, Ketua Menteri tak payah risau minta 20% dari Kerajaan Pusat. Tambahan oleh, dan juga rakan saya yang mengeluh takda duit nak bina tangki air dan pusat rawatan air boleh di atasi ya. So this is something very big, kita cuma tunggu kerana masih dalam proses penyelidikan lagi. Petronas telah mengumum bahawa satu tinjauan seismic 2d multiclient baru, new offshore multiclient 2d seismic survey telah dijalankan di kawasan utara Selat Melaka untuk mengeksplorasi dan pemetaan potensi hidrokarbon di blok terbuka iaitu PM320 dan juga PM321, cekungan Langkasuka.
Tinjauan ini akan meningkatkan ketersediaan data seismic yang lebih besar dan komprihensif. Tinjaun tersebut telah bermula pada bulan Oktober 2023 dan telah selesai pada akhir Disember 2023. Manakala proses menganalisa data-data terkumpul dijangka selesai pada Jun 2024. Walau bagaimanapun, sehingga kini, sesi perbincangan diantara Kerajaan Negeri bersama pihak Petronas belum dapat diadakan atas faktor permohonan bagi pihak Petronas untuk melengkapkan proses menganalisa data. Kerajaan Negeri masih dalam peringkat perbincangan untuk memaksimumkan penemuan hidrokarbon di Pulau Pinang berdasarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan oleh pihak Petronas Klang. Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi berkaitan akan berusaha secara sepadu untuk memastikan projek ini memenuhi kehendak serta hasrat Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga sedang menjalankan perbincangan dan penelitian tentang penerokaan bidang perlombongan unsur nadi bumi iaitu REE. Sesi perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan syarikat-syarikat berkaitan telah diadakan dan lawatan ke tapak projek perintis di negeri Perak sedang diatur untuk melihat kaedah pelaksanaan dan manfaat yang akan diperolehi dari segi pulangan hasil kepada negeri secara komprehensif. Ini bagi membolehkan projek kita akan dilaksanakan kelak menepati syarat-syarat serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan bagi menjaga kepentingan alam sekitar. Buat masa sekarang banyak syarikat-syarikat yang mengusahakan projek-projek sebegini berjumpa dengan kita untuk buat presentation dan kami akan buat beberapa lawatan untuk benda ini baru bagi kita so kita pun hendak baca juga hendak tahu juga macam mana kita hendak lanjutkan usaha kita.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker, bagi isu pencemaran Sungai Kereh rakan saya tadi sudah jawab. Isu ini dibangkit oleh Yang Berhormat ADUN Sungai Dua dan Permatang Berangan yang telah dijawab oleh Yang Berhormat EXCO Agroteknologi tadi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker, menjawab soalan yang dibangkit oleh Yang di-Pertua, Yang Berhormat ADUN Bukit Tengah mengenai status terkini tapak kuari di Juru. Untuk makluman Yang Berhormat tapak kuari yang beroperasi di sekitar Hutan Simpanan Bukit Juru telah beroperasi sejak tahun 1950 dan operasi kuari di tapak Lot 3460 telah pun dikeluarkan dari hutan simpanan kekal dan telah diberi milikan di bawah Seksyen 410 Kanun Tanah Negara 1965 melalui Pelan Warta PW288. Pada 20 haribulan Januari 2024, Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan pencabutan pemindahan dan pengangkutan bahan batuan permit 4C bagi PT9 PT4005 iaitu Lot Lama 1545 dan Lot 833 Mukim 12 Seberang Perai Tengah. Pihak Berkuasa Negeri juga telah meluluskan pencabutan pemindahan dan pengangkutan bahan batuan permit 4C bagi PT659 Mukim 12 Seberang Perai Tengah pada 20 haribulan Mac 2024 dan disahkan minitnya pada 2 haribulan April 2024. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada. …(gangguan).
Yang Berhormat saya ingin mencelah dan bertanya.
Belum, nanti.
Sebab ini isu sangat penting kepada kawasan saya. Walaupun saya terima kasih atas jawapan yang diberikan. Tahun lepas saya telah pun bertanya tentang isu ini dan saya agak putus asa or disappointed lah sebab dimaklumkan bahawa keputusan untuk meluluskan 4C dibuat bulan Januari tahun ini. Jadi at least pada masa itu kita pun sudah membangkitkan atau pun saya dalam Dewan ini telah pun membangkitkan bantahan kita walaupun kuari ini dikatakan bermula daripada 1950-an tapi itu adalah pada masa itu sebahagian kecil sahaja di kawasan bukit yang diusahakan yang dimaksudkan dan di bantah oleh penduduk sekarang adalah pembesaran kawasan sampai 30 ekar bukit tersebut dan kita jangan lupa bahawa bukit itu surrounding kuari itu adalah yang pertama seperti disebutkan hutan simpanan yang kita nak jaga.
Yang kedua, jalan yang keluar daripada kuari itu only one access road yang melingkungi lima kawasan kampung di kawasan tersebut yang saya difahamkan mengikut daripada jabatan JAS mereka kata kalau hendak buat kuari you have do not go through residential areas mungkin Bukit Tambun lebih tahu tentang isu ini. Saya juga pada masa sebelum ini nak memaklumkan kita sudah bantah beberapa kali dan saya hendak bawa perhatian kepada surat daripada Jabatan Alam Sekitar yang bertarikh 29
Jun 2021. Pada masa itu pihak kuari ingin memohon untuk 4C dan JAS pada masa itu menolak kata sebab EIA telah pun luput masa dan juga pada masa itu surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dia telah pun meng- highlight bantahan penduduk setempat yang pertama. Yang kedua adalah berkaitan dengan zon penempatan kuari dengan kampung adalah tidak mematuhi ketetapan guidelines fossil thing and zoning of industries and residential area. Yang ketiga, jabatan telah pun menerima petisyen bantahan daripada penduduk alasan-alasan diberi. Yang keempat lain-lain pemerhatian visual terhadap lalu lintas dan jalan raya mendapati kekerapan lori keluar masuk jalan adalah tinggi dan ini menjadi kerisauan terhadap keselamatan. So JAS also had already done their investigation and they found that there was evidence that memang mencemar dan sebagainya. Sebelum-sebelum ini EXCO mantan environment Dato’ Seri YB Phee dia telah pun beberapa kali mengadakan sesi libat urus dengan penduduk and he was very concern about this issue antaranya dia telah pun bertanya kepada pihak kuari he wanted to be very strict what is the risk have be rehabilitation plan sebab projek ini akan mengambil tiga empat puluh tahun. Ia akan musnahkan satu bukit langsung dan dia akan terus untuk menjejaskan.
YB, pendek.
Kehidupan penduduk-penduduk di sana. Jadi saya nak tanya apakah rehabilitation plan and what is the control yang akan dibuat untuk memastikan kesejahteraan keselamatan dan sebagainya daripada impak kuari ini? So saya harap perkara ini dapat dijawab. Terima kasih.
Terima kasih YB. Saya mengambil maklum. Masalah yang kita menghadapi adalah memang kekurangan batuan di industri pembinaan. Oleh kerana kita ada masalah ini kos pembinaan pun naik so ada desakan untuk kita membuka beberapa kilang pada masa itu beberapa kuari pada masa itu dan kita pun bukalah tetapi saya ambil maklum concern-concern YB. Memang bila kita bagi kebenaran kepada kuari-kuari ini memang kita boleh expect to certain level of pencemaran tetapi sebagai Kerajaan kita kena pastikan kerja-kerja penguarian ini di jalan secara profesional tanpa mengganggu kehidupan sebelah, cara hidup orang di sebelah terutama sekali yang YB bangkitkan tadi cuma satu susur jalan jalan dan keluar itu kita kena teliti baliklah. Saya akan panggil untuk satu mesyuarat immediately after this meeting dan saya akan teliti semula apa yang kita perlu buat untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada dan jika perlu kita timbang rasa balik sama ada kita nak membaharui lesen dia pada masa yang akan datang demi rakyat Pulau Pinang. Kita akan timbang rasa. Terima kasih.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak di
atas cetusan idea bagi menganjur Program Penanaman 1 Juta Pokok Dalam Sehari sempena Hari Bumi bagi Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri percaya melalui program ini telah membawa banyak manfaat kepada alam sekeliling seperti dapat mengurangkan kesan gas rumah hijau di atmosfera dan berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dari udara terutama di kawasan yang membangun. Menurut Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation sejuta pokok ini mampu menyerap sebanyak 40,000 tan carbon dioxide setahun selepas pokok-pokok ini matang. Secara langsung program ini dapat mencipta impak yang berkekalan kepada negeri Pulau Pinang sejajar dengan matlamat Pembangunan Mampan 13 dan Environment Social and Governance. Lebih membanggakan program penanaman ini juga telah mendapat pengiktirafan The Malaysian Book Of Record (MBOR) sebagai Largest Simultaneaus Tree Planting. Akhir kata sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker kerana telah menjalankan tugas dengan begitu sabar dan juga bersikap adil. Saya juga ingin mengajak semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini untuk terus bersama Kerajaan Negeri khususnya melibatkan portfolio saya iaitu Perumahan dan Alam Sekitar demi memastikan perumahan mampu milik rakyat dan kehijauan alam sekitar dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat pada masa hadapan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Perai dan seterusnya saya hendak jemput Padang Lalang. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang saya kasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan bagi usul untuk mengucapkan terima kasih di atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada pembukaan Dewan penggal ini. Jadi di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan salam takziah kepada rakan dan ahli keluarga Allahyarham Yang Berhormat Sungai Bakap ataupun lebih mesra dikenali sebagai Abang Zam. Semoga keluarga arwah Abang Zam tabah menghadapi kehilangan ini. Jadi Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, memang bagi saya secara persendirian pemergian arwah memang saya rasalah sebab pada persidangan yang lalu Abang Zam selalu bangkit tentang isu bola sepak. Buat masa kini saya rasa rakan-rakan di sebelah sana hari tu saya sempat sembang dengan Yang Berhormat Permatang Berangan tapi tak berapa arif dalam bola sepak hanya arwah Abang Zam sahaja yang ambil berat tentang bola sepak ini. Jadi di kesempatan ini juga tidak lupa saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet-atlet kita yang akan bertanding di Kejohanan Sukan Malaysia pada tahun ini yang akan berlangsung dari 17 sehingga 24 Ogos di Bumi Kenyalang, Sarawak.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memulakan dalam isu yang berkait rapat dengan Hal Ehwal Belia dahulu. Belia merupakan tonggak utama bagi
negeri ini untuk terus berdaya saing sehingga ke peringkat global. Pulau Pinang juga tidak terlepas untuk meraikan belia-belia di negeri ini bagi melonjakkan prestasi mereka untuk terus berbakti serta mengharumkan nama negeri Pulau Pinang. Oleh itu, Sambutan Hari Belia 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah pun diadakan pada 18 Mei 2024 dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga Majlis Belia Negeri Pulau Pinang diperkarangan Lotus Kawasan Seberang Jaya. Jadi sambutan kali ini juga kita mengadakan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi kategori persatuan, kategori individu lelaki dan juga kategori individu wanita. Susulan daripada itu, sukacita untuk saya maklumkan bahawa untuk pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi kategori individu wanita iaitu saudari Nur Kamiliah binti Khairul Ed'zuan selaku Penolong Setiausaha Persatuan Gerakan Belia 4B Pulau Pinang telah memenangi Naib Johan Anugerah Perdana Belia Negara bagi kategori individu wanita. Jadi syabas dan tahniah kepada saudari Nur Kamiliah. Itulah kejayaan boleh katakan negeri Pulau Pinang kita mampu menghasilkan pimpinan belia yang mampu juga dapat pengiktirafan dan juga anugerah di peringkat Kebangsaan. Syabas dan tahniah. Jadi dengan tema Yakin Boleh, Kerajaan Negeri menaruh harapan ke atas golongan belia dan anak-anak muda kita untuk turut menyumbang kepada pembangunan komuniti masyarakat negeri dan negara dengan keyakinan yang tinggi.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Sambutan Hari Belia yang saya katakan sebentar tadi tidak terhenti pada 18 Mei 2024 sahaja tapi kita juga telah merancang sejak awal tahun lagi Siri Program Jelajah Belia bagi meraikan Sambutan Hari Belia bagi tahun ini juga. Jadi Jelajah Belia ini boleh saya kategorikan sebagai sebuah program yang unik di mana sasaran utama kita adalah untuk mendekati golongan belia dengan lebih dekat di seluruh pelusuk negeri. Sebagai contoh pada 26 Mei baru-baru ini kita telah adakan Jelajah Belia 2024 konvoi bersama dengan anak muda di Teluk Kumbar yang di mana disertai oleh anak-anak muda di sekitar Daerah Barat Daya dan juga disertai oleh Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri juga. Bukan saja pada itu pada 24 Mac 2024, Program Singgah Sahur di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir juga telah diadakan bersama lebih kurang 100 orang golongan belia di kawasan Permatang Pasir telah pun diadakan. Program ini juga turut disertai rakan saya dari Pantai Jerejak. Jadi untuk masa-masa akan datang, kita akan merancangkan lebih banyak lagi program pendekatan seperti ini supaya kita dapat mendekati lagi anak-anak muda, golongan muda di seluruh pelusuk negeri Pulau Pinang. Siri “Jelajah Belia” dilaksanakan secara mikro di peringkat kampung dan di kawasan perumahan. Ini adalah selaras dengan Visi Penang2030 untuk Kerajaan Negeri mendengar suara dan pandangan golongan belia dengan lebih dekat, bagi mengemblengkan anak-anak muda untuk menyumbang dalam penggubalan Dasar Kerajaan yang mampu membantu dan menjaminkan kesejahteraan hidup dan masa depan bagi golongan belia, ini di bawah pelbagai inisiatif kerajaan sama ada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menerusi Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), salah satu dasar baharu yang telah diperkenalkan untuk memperkasakan golongan belia adalah Dana Pembangunan Belia. Dana Pembangunan Belia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyokong pertubuhan-pertubuhan
belia, sayap pemuda bagi pertubuhan yang berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ataupun ROS serta pertubuhan-pertubuhan yang diwujudkan di bawah Akta Parlimen. Suka untuk saya maklumkan bahawa setakat bulan April tahun ini, daripada sejumlah 46 permohonan yang telah dikemukakan dan diterima oleh panel penilaian, sejumlah 38 permohonan pun telah diluluskan dengan melibatkan kos sebanyak RM100,000.00. Jadi program-program yang telah diluluskan peruntukan ini berpaksikan kepada kemahiran, kebolehpasaran, kesukarelawan, berpersatuan, kepimpinan dan pengiktirafan kepada golongan belia.Tidak lupa juga untuk saya memaklumkan disini, Skim Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang ataupun lebih dikenali sebagai skim “Best! Anak Penang” masih diteruskan bagi tahun ini sebagai yang merupakan insentif daripada Kerajaan Negeri untuk memberi dorongan dan penghargaan kepada belia Pulau Pinang yang berjaya memenangi kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jadi, setakat ini sejumlah 484 orang belia telah menerima skim insentif ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM150,618 ringgit sejak tahun 2022.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan pada hari ini juga tidak lupa golongan mereka yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi malahan generasi hari ini adalah generasi kesinambungan dan Kerajaan yang ada pada hari ini, sentiasa berusaha menyediakan landasan untuk mahasiswa dan mahasiswi ini untuk terus membawa negeri Pulau Pinang ke mercu kejayaan. Jadi, bagi merealisasikan aspirasi itu dalam membentuk minda dan sikap generasi baru, kita mesti faham apa naluri mereka sebenarnya dengan cara bukan melalui cara atas ke bawah “top down” akan tetapi dari bawah ke atas “bottom up”. Jadi mahasiwa dan mahasiswi hendaklah diberikan peluang seluas-luasnya, supaya tenaga kreativiti, kemampuan dan kemahiran mahasiswa/mahasiswi ini lebih menyerlah dan menjadikan belia yang mampu melakukan perubahan besar kepada negeri kita. Justeru dengan itu memang di dalam perancangan di bawah Kerajaan Negeri untuk kita melihat seperti mana tadi yang saya bangkitkan tadi, Dana Pembangunan Belia itu khususnya untuk pertubuhan belia. Kini kita sedang merangka satu dana program khas untuk institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta yang menjurus kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang mampu untuk meninggkatkan kapasiti mereka di negeri ini. Yang Berhomat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menjawab isu yang diutarakan oleh YB Sungai Puyu dan YB Pulau Betong…(gangguan)
Mohon mencelah Yang Berhormat Speaker…
Silakan Yang Berhormat Penanti…
Bolehkah YB EXCO juga lahirkan rasa kekesalan di atas kes simbahan asid. Ada? Haa Okey. Sebab dah habis pasal bola ni.
Yang Berhormat Penanti belum ini belia nanti sampai sukan. Belum lagi. Bagi saya ruang…(gangguan)
Mohon mencelah YB, celah sikit YB….
Nampak macam Yang Berhormat Penanti boleh baca minda saya sudah tau. Silakan Yang Berhormat…
Yang Berhormat ini berkenaan pertubuhan-pertubuhan belia di kawasan yang mana mereka ini tidak berdaftar mereka ini adalah menjalankan aktiviti-aktiviti sukan khususnya bola sepak, sepak takraw dan bola tampar. Jadi, ada tak sekiranya mereka memerlukan bantuan yang kita boleh salurkan kepada EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Telok Bahang yang membangkitkan tentang, saya rasa Telok Bahang maksudkan itu lebih menjurus kepada mereka yang ingin menganjurkan program ataupun aktiviti sukan. Tadi dana yang saya maksudkan ia lebih menjurus kepada peningkatan kapasiti keseluruhannya untuk sukan memang di bawah Kementerian Belia dan Sukan kita telah menyediakan dana sukan komuniti iaitu pembiayaan setiap program dalam lingkungan RM5,000 ringgit sehingga RM20,000 ringgit. Jadi saya mengajaklah sekiranya pertubuhan itu kalau boleh Yang Berhormat cuba minta mereka untuk membuat pendaftaranlah sebagai sebuah persatuan yang boleh diiktirafkan untuk memudahkan mereka untuk mengemukakan permohonan peruntukan sebegini. Saya berbalik kepada isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu dan juga Yang Berhormat Pulau Betong tentang isu mat rempit ataupun perlumbaan haram. Isu masalah mat rempit ataupun samseng jalanan ini telah menjadi isu Nasional dan hangat diperkatakan juga. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang telah mengenal pasti beberapa lokasi tumpuan penunggang motosikal berkumpul dan membuat aksi merbahaya dan menyalahi undang-undang jalan raya. Jadi, antara ’hotspot’ kegiatan rempit di negeri Pulau Pinang yang telah dikenal pasti di kawasan Barat Daya: Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Bulatan Bayan Baru, Jalan Mayang Pasir, Jalan
Mahsuri dan juga Jalan Tun Dr. Awang. Manakala di bawah Daerah Timur Laut: Padang Kota Lama, Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Jalan Bukit Gambir, Jalan Sultan Azlan Shah. Di Seberang Perai Utara (SPU): Lingkaran Luar Butterworth di Lebuhraya PLUS, Seberang Perai Tengah (SPT): Lebuhraya PLUS Butterworth-Kulim Expressway(BKE) manakala di Seberang Perai Selatan: Jambatan Kedua Pulau Pinang dan juga Taman Ilmu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat pada tahun ini sehingga April 2024, jumlah saman yang dikeluarkan berhubung masalah rempit ini adalah sejumlah 4,169 dimana sebanyak 150 operasi pun telah dilakukan oleh pihak berkuasa. PDRM telah membuat operasi secara bersepadu bersama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Selain daripada itu, PDRM Pulau Pinang telah membuat operasi seperti pemeriksaan premis kedai yang mengubah suai motosikal dan lain-lain penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada, dan juga membuat operasi bersepadu sepanjang hujung minggu dan sekatan jalan raya oleh pihak trafik serta rondaan secara 24 jam oleh Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB). Jadi kita mengucapkan syabas dan tahniah khususnya inisiatif yang diketuai oleh PDRM ini untuk sebagai usaha kita membanteras isu perlumbaan haram ini. Tetapi di pihak Kerajaan Negeri kita pun sebenarnya faham anak-anak muda kita yang sering kali nak semangat adrenaline itu, semangat untuk menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti sebegini. Sebenarnya ada beberapa penyelesaian yang kita sedang lihat salah satu kita Kerajaan Negeri melalui pengenalan kepada sukan-sukan ekstrim misalnya baru-baru ini Gurney Bay juga kita telah menyediakan skate park di Pokok Sena pun kita ada skate park yang direka bentuk oleh lagenda kita Padin Musa. Memang skate park itu untuk anak-anak muda kita untuk mengejar semangat adrenaline itu. Kita pun faham anak-anak muda banyak di kalangan kita pun masa tu muda pun suka aktiviti-aktiviti lasak sebegini. Jadi kita pun tengah melihat sama ada cadangan untuk kita lihat di kawasan tertentu untuk kita menyediakan litar secara ad hoc bukan litar secara kekal untuk peminat sukan permotoran ini untuk mengambil bahagian kerana itu dalam perbincangan dan kita harap ada perkembangan yang baik dari isu ini.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya alih ke portfolio sukan. Sebagai sebuah temasya sukan berprestasi tinggi dan terbesar dan berprestij di Malaysia, sukan Malaysia telah berjaya melahirkan banyak atlet-atlet muda yang cemerlang di pentas sukan tanah air sehingga mereka dipilih untuk menyarung jersi Negara, mewakili Malaysia ke pertandingan sukan-sukan antarabangsa seperti di Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel mahupun di Sukan Olimpik. Jadi kejayaan ini ditambah gemilang, dimana ada diantara bakat-bakat sukan ini juga telah berjaya menempa nama sebagai jaguh sukan dunia ataupun berada di tampuk ranking dunia sebagai "World Number One Player" ..(dengan izin)..pernah dikecapi oleh Dato' Wira Lee Chong Wei dalam sukan Badminton dan juga Dato' Nicole Ann David dalam sukan Skuasy yang merupakan atlet kelahiran di negeri kita daripada sukan Malaysia yang diketengahkan sejak tahun 1986. Jadi legasi ini seterusnya disambung oleh atlet-atlet generasi baharu yang terdiri dari mereka yang berada dalam Generasi Z iaitu mereka yang lahir dalam tahun 1997 hingga 2010 sehinggalah ke Generasi Alpha seperti Goh Jin Wei dalam sukan Badminton yang bakal mewakili negara kita dalam persaingan Sukan Olimpik yang akan datang di Paris
nanti dan juga Chan Lu Yi daripada Sukan Wushu, Fauzi Khalid Sukan Silat, Ng Chun Chen dan Zarith Imaan dalam Gimnastik, Faisal Halim atau lebih dikenali Mickey dalam Sukan Bola Sepak, Muhammad Arif Afiduddin dalam Sukan Karate, Amir Daniel dalam Sukan Judo, Nurul Aliana Syafika dari Sukan Berbasikal, Farwizah Aina & Nur Auni Maisarah dari Sukan Bola Tampar Pantai dan banyak lagi iaitu mereka adalah atlet yang bersaing untuk negeri Pulau Pinang di peringkat SUKMA lalunya menempah nama di peringkat antarabangsa. Jadi berbaki 80 hari sahaja, SUKMA ke-21 Sarawak 2024 bakal menjelang tiba tidak lama lagi, iaitu sepertimana tadi saya maklumkan 17 hingga 24 Ogos di Wilayah Sarawak yang sinonim dengan panggilan Bumi Kenyalang. Saya percaya, yakin, dan bersemangat untuk menyatakan bahawa Kontinjen Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya akan secara luhur hati, menerima dan menyematkan ucapan daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri yang mendoakan kejayaan gemilang buat Kontinjen Negeri di Bumi Kenyalang dalam ucapan pembukaan perasmian DUN pada 24 Mei yang lalu. Jadi kita sasarkan Bumi Kenyalang kita nak jadikan Bumi Kenyalang Sarawak ini lombong Emas bagi negeri Pulau Pinang dan kita nak pergi ke sana untuk ambil balik pingat Emas untuk kita. Jadi untuk edisi kali ini sebanyak 300…(gangguan)..
Mohon mencelah…
Silakan Yang Berhormat…
Terima kasih Yang Berhormat Padang Lalang. Saya percaya dalam semua aspek kalau nak melatih satu how to say atlet daripada mula sampai akhir memang memerlukan satu peruntukan yang besar untuk dilaburkan. Namun, untuk tahun 2024 ni saya juga melihat laporan yang telah dikeluarkan MSN merupakan salah satu agensi yang peruntukannya telah di slash paling banyak sekali. So, adakah yang ini merupakan satu cabaran kepada pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk terus mengadakan program-program bakat yang boleh membawa lebih banyak pemain atau atlet yang baru untuk meneruskan cabaran Pulau Pinang di peringkat SUKMA ataupun diberikan Sea Game ataupun di peringkat antarabangsa yang lain. Terima kasih…
Terima kasih Yang Berhormat Air Itam di atas pertanyaan tentang khususnya peruntukan yang disediakan di bawah Majlis Sukan Negeri. Ya betul kalau kita lihat memang sukan ini kalau untuk satu pembangunan jangka masa panjang yang secara holistiknya betul. Salah satu aspek yang penting adalah dari segi kewangan tapi walau bagaimanapun melalui penjajaran semula bajet yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang memang kita pun bukan sahaja duduk tanpa mengambil apa-apa
tindakan memang banyak approach ataupun kaedah yang boleh kita laksanakan misalnya kerjasama bersama dengan persatuan sukan kerjasama bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan juga jabatan belia dan sukan negeri di antaranya seperti mana Yang Berhormat sedia maklum tentang dana sukan komuniti dan juga Geran Padanan Sukan (GPS) yang telah diperkenalkan.
Saya nak bagi satu contoh di mana Geran Padanan Sukan iaitu untuk tujuan bagi persatuan sukan menganjurkan program yang bertaraf kebangsaan ataupun antarabangsa. Geran padanan yang ditawarkan itu setinggi RM1 juta. Jadi kita menggalakkanlah persatuan sukan untuk mengambil bahagian inisiatif ini peruntukan yang disediakan ini sama-sama kita memajukan sukan perkembangan sukan di negeri kita ini.Jadi di SUKMA ini, 80 hari lagi saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat juga dapat terus juga menyokong atlet-atlet negeri kita juga untuk sebagai persediaan untuk kita mencapailah sasaran untuk 40 butir pingat emas di Bumi Kenyalang lagi. Bukit Tambun silakan.
Minta pencerahan Dato’ Speaker, Pulau Pinang telah menganjurkan sukan SUKMA pada 25 Mei 2000 dan pada masa itu acara yang diadakan adalah 29 sukan dan lebih kurang 32 acara. Atlet lebih kurang 5,208 dan pada SUKMA yang terkini acara adalah lebih kurang 37 dan atlet hanya 6,694 sahaja tambahan tak banyak. Oleh itu, bilakah Pulau Pinang akan menganjurkan semula SUKMA selepas 24 tahun kita menganjurkan SUKMA di Stadium Negeri Pulau Pinang Batu Kawan dan 24 tahun sudah berlalu. Bilakah kita akan menganjurkan dan bagi sasaran pada tahun 2000 kita memungut 34 emas, yang lalu 30 emas ha so up tadi sasaran 40 emas. Adakah kita mampu mencapai sasaran tersebut? Itu sahaja.
Saya percaya dengan sokongan padu Yang Berhormat Bukit Tambun kita mampu capai jadi saya pohon saya ingin menjemput jugalah Yang Berhormat Bukit Tambun kalau boleh nanti bulan Ogos nanti berilah sokong kepada atlet-atlet kita di Bumi Kenyalang nanti tapi berbalik kepada.. …(gangguan).
Ada tiket kapal terbang kah untuk Bukit Tambun ke Kuching.
Yang Berhormat Bukit Tambun tadi baru saya ajak nak bagi sokongan pula la Yang Berhormat Bukit Tambun minta tiket kapal terbang daripada saya. Tapi saya, saya nak jawab tentang apa cadangan Yang Berhormat Bukit Tambun tentang penganjuran SUKMA itu memang itu salah satu perkara yang kita lihat di mana kalau Yang Berhormat Bukit Tambun masih boleh ingat tadi Yang Berhormat Bukit Tambun petik tahun 2000
kita pertama kali kita anjurkan SUKMA itu memang fasiliti-fasilti sukan itu menjadi aspek yang penting khususnya infastruktur, kemudahan yang sesuai bagi kita menampung keseluruhan jenis sukan yang akan diadakan. Jadi itu memang di dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk kita lihat juga sebagai persediaan kemudahan dan juga fasiliti sukan untuk kita cuba untuk menyediakan satu rangka ataupun base yang baik supaya mungkin dalam masa tahun 2030 ataupun masa yang selanjutnya kita boleh mengemukakan permohonan untuk menganjurkan Sukan Malaysia tertakluk kepada kedudukan kewangan negeri Pulau Pinanglah. Itu salah satu aspek yang penting juga.
Jadi, saya nak alih kepada industri sukan. Itulah tadi kita bangkitkan seperti mana Yang Berhormat Air Itam dan juga Yang Berhormat Bukit Tambun. Cakap pasal sukan, cakap pasal duit dan sen saja sebenarnya ringgit dan sen ini sukan ini ia lebih daripada ringgit dan sen sebenarnya. Industri sukan tanah air juga, kita di atas landasan tersebut berkonsepkan sintesi teras MADANI yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan pendekatan baharu yang direka untuk menangani isu-isu baru dan tidak pastian, Kerajaan Negeri melalui portfolio sukan tekad untuk terus mengemudi arus sukan negeri ke arah penghasilan pencapaian kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan yang berterusan membelakangi segala rintangan yang mendatang. Untuk itu, usaha untuk mempelbagaikan serta memperbanyakkan platform, program dan acara kesukanan jenis rekreasi bagi terus menerus menggalakkan penyertaan masyarakat melalui amalan pembudayaan aktif sukan sihat, rancak dan cergas sepanjang masa melalui jalinan kerjasama serta pengukuhan bersama pelbagai pertubuhan NGO Pulau Pinang tetap akan diteruskan. Jadi Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan semua pihak untuk bersama dengan Kerajaan Negeri dalam membangunkan modal insan yang sihat buat Pulau Pinang. Jadi, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang berteraskan visi ke arah mendokong pelaksanaan visi Penang2030 turut sedang melestarikan sasaran pembangunan sukan berprestasi tinggi di negeri Pulau Pinang yang diasaskan melalui penerapan, yang pertama Pengukuhan Program Pembangunan sedia ada agar seiring dengan keadaan dan kedudukan kewangan dalam tahun semasa.
Yang kedua, mengekalkan kelestarian sukan negeri berteraskan Inovasi, Inklusiviti dan Pembudayaan Sukan Secara Holistik. Ketiga, Pemampanan Skim-Skim Kebajikan dan Daya Saing Atlet SUKMA Negeri melalui platform AtletPenang365. Yang keempat, Mengarusperdanakan Pencarian Atlet Terbaik Negeri secara berterusan setiap masa. Kelima, Memantapkan Pelaksanaan Kod Sukan Selamat, bebas doping dan mengekang amalan manipulasi sukan dari puncak pangkal. Yang keenam, Mengiatkan Pembangunan Mampan ke arah Sukan Malaysia dan selanjutnya sehingga ke Sukan Olimpik. Ketujuh, Pemerkasaan Warga Sukan Negeri melalui teknologi maklumat dan digital dan kelapan Merapatkan kerjasama bersama dengan Pemegang Taruh Sukan Negeri dan Negara. Jadi saya rasa dengan komitmen pelaburan masa, tenaga dan sokongan yang berterusan aspek ini, kita dapat bergerak ke hadapan dengan lebih padu mencapai prestasi yang lebih cemerlang. Saya ingin ucapkan terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan tentang isu penyelenggaraan dan juga pembangunan kawasan lapang dan juga kemudahan sukan di kawasan masing-masing. Jadi, ingin saya maklumkan bahawa pintu pejabat saya selalu buka luas-luas sepertimana Yang Berhormat Jawi kata pintu pejabat saya buka luas-luas jadi saya
mengalu-alukan lah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya ada cadangan untuk pembangunan ataupun penyelenggaraan kawasan tanah lapang ataupun dengan kemudahan sukan sila maklumkan kepada pejabat saya.
Minta pencerahan.
Cari jangan tak cari. Cari.
Okey.
Silakan Bukit Tambun.
Dato’ Speaker, memandangkan Padang Lalang buka pintu seluas-luasnya. Saya ingin mendapat status perkembangan cadangan sport city di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan di bawah Perbadanan sebab kita masih lagi membiayai tanah seluas lebih kurang 100 ekar. Bagi saya ini merupakan satu, mungkin boleh menjanakan pendapatan kepada perbadanan secara khususnya dan kepada Kerajaan Negeri secara amnya.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun, tadi saya kata pintu saya buka luas, jangan cabut pula pintu saya. Tentang cadangan pembangunan sport city memang ada cadangan telahpun dibentangkan di dalam Lembaga Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang di mana kini kita turut melihat kepada kaedah RFP untuk menjalankan konsep pembangunan sport city tersebut. Tadi Yang Berhormat Bukit Tambun sebut tentang penganjuran SUKMA, itu salah satu aspek yang saya percaya kalau stadium negeri kita dapat dipertingkatkan dengan konsep sport city ia akan memberikan satu persediaan Kerajaan Negeri sekiranya pada masa hadapan untuk sebarang penganjuran sukan Malaysia itu adalah satu persediaan yang kita perlu buat masa kini juga. Yang Berhormat Dato’.
Boleh saya mencelah.
Sila, silakan Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Yang Berhormat saya telah mengemukakan soalan bertulis namun saya suka untuk minta respon daripada Yang Berhormat berkenaan dengan masalah di Machang Bubuk, Machang Bubuk pula di Merbau Kudung. Merbau Kudung dalam DUN Sungai Dua yang menghadapi masalah padang bola. Pihak sana, pihak remaja, pihak kampung. Mereka sebelum ini bermain di padang bola di belakang Dewan Besar Sungai Dua tapi hari ini Dewan Sungai Dua di apa nama dinaiktaraf menyebabkan mereka tidak ada tempat bermain. Mereka memohon untuk mereka bermain disitu ataupun mungkin kerajaan boleh menyediakan satu padang bola untuk kegunaan masyarakat kampung di sana.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua, nanti, nanti mungkin saya akan lihat tengok apakah jalan penyelesaian yang sewajarnya untuk kita menyelesaikan isu yang dibangkitkan tersebut. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya nak alih ke bola sepak sikitlah di bawah Penang FC. Demam bola sepak sudah kembali selepas hampir 5 bulan berehat kerana perubahan jadual Liga Malaysia, jadi pasukan Harimau Kumbang ataupun Penang FC juga sedang hangat mempersiap diri untuk mengharungi cabaran Liga Super Malaysia musim 2024/2025, Liga Super yang telah mula pada 11 Mei dan persiapan pasukan sebenarnya kita telah bermula seawal tahun lalu, November tahun lalu. Jadi untuk makluman, ketua jurulatih untuk skuad utama kini dikendalikan oleh coach Akmal Rizal Ahmad Rakhli bekas penyerang kebangsaan kita di mana coach Manzoor Azwira juga diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skuad Penang FC II bagi Piala MFL Bawah 23. Jadi, Penang FC pada musim kali ini melihat satu peluang keemasan untuk kita meletakkan pemain-pemain yang berasal dari negeri Pulau Pinang untuk bermain bagi negeri ini. Untuk makluman, pasukan Piala Presiden (Penang FC III) dan juga Piala Belia (Penang FC IV), kita telah berjaya mencungkil bakat muda di mana lebih daripada 90 peratus pemain adalah anak negeri kita, anak daripada Pulau Pinang.
Musim ini, penjaga gol utama Pulau Pinang, Sikh Izhan Nazrel anak Pulau Pinang juga telah bersetuju untuk bermain bersama dengan pasukan Penang FC secara pinjaman daripada pasukan Selangor FC. Di samping itu, Syamer Kutty Abba, anak jati Pulau Mutiara, yang bermain untuk Johor Darul Takzim FC (JDT FC) juga telah dipinjamkan untuk semusim kepada Penang FC. Jadi suka untuk saya maklumkan untuk skuad masa kini kita ada tiga orang pemain yang telah dipilih untuk mewakili skuad kebangsaan Harimau Malaya. Itu bagi saya satu pencapaian yang baiklah.
Walaupun musim ini baru sahaja bermula, kita rasa amat gembira kerana tiga keputusan awal menentang Sabah FC, menentang Terengganu FC di atas tangga
yang tinggi dan juga menentang PDRM FC, kita seri. Kita tak kalah, kita tak kalah kita seri dan berjaya memungut tiga mata daripada tiga dan kini kita menduduki di tangga ke-7 dalam Liga seperti mana disasarkan musim ini. Target kita adalah untuk 7 dan keatas kita capai sasaran buat masa kini. Dan bukan senang untuk kita bersaing dengan pasukan-pasukan lain yang ada dana yang jauh lebih banyak daripada Penang FC tapi kita berbelanja secara berhemat kita dapatkan pasukan yang kuat kita mampu juga bersaing berlawan gergasi-gergasi besar.
YB boleh mencelah sikit.
Sila.
YB saya tengok isu bola, sukan selain daripada dollar and sen. Saya bagi contoh pemain kebangsaan sebelum ini Baddrol Bakhtiar sekarang ini YB Gurun di Kedah. Dia berasal dari Sarawak tetapi dia bermain dengan Kedah. Saya rasa dana Kedah mungkin tak sebesar Pulau Pinang, tapi dia main lima musim saya rasa hampir enam musim di Kedah. Faisal Halim hanya main satu musim di Penang. So, selain daripada dollar and sen mungkin sense of belong kepada negeri ataupun suasana, latihan berpasukan itu menjadi pendorong kepada pemain ini untuk terus bersama dengan pasukan Harimau Kumbang ini. Mohon komen daripada YB.
Yang Berhormat Kebun Bunga, sebenarnya Kedah mempunyai bajet yang jauh lebih besar berbanding dengan Pulau Pinang, tapi saya setuju. Itu sebab, itu sebab kita pun cuba untuk beriktiar, misal katanya musim ini kita berjaya meminjam balik mungkin tidak terus untuk menawarkan kontrak secara langsung tetapi dengan cara peminjaman Sikh Izhan Nazrel anak Pulau Pinang dan juga Syamer Kutty Abba yang kita, itu susah kita kena pujuk, pujuk. Cuba usaha untuk meminjam kembali ke Penang FC daripada JDT. Itu salah satu langkah yang kita sedang ambil dan itulah. Dukacitanya pada 5 Mei yang lalu, negara kita juga telah digemparkan dengan kejadian yang menimpa pemain Kelab Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid, tadi Yang Berhormat Penanti telah bangkitkan tentang isu itu. Ia jadi peristiwa kemalangan ini yang terjadi kepada Faisal Halim yang juga merupakan anak kelahiran negeri Pulau Pinang, orang Penanti. Beliau baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital selepas lebih 2 minggu berada dalam jagaan rapi doktor pakar. Kami di Penang FC amat berharap beliau akan cepat sembuh dan kembali berkhidmat semula untuk pasukan beliau dan menyarung jersi Harimau Malaya dalam masa terdekat. Jadi, bagi pihak Kerajaan Negeri, kita turut telah menyampaikan saya bersama dengan Tuan Faidrol , Pengarah Perlesenan MBSP yang juga merupakan Ahli Lembaga Penang FC, kita sempat untuk sampaikan sedikit sumbangan kepada
abang Halim lah, bapa kepada Faizal Halim dan kita mendoakan beliau dapat sembuh dan kembali pulih beraksi di atas padang.
Minta pencerahan lagi, sebab pasal bola tak boleh punya, saya perlu berucap juga ha. Tentang bola memang ucapan tahniah sehingga kini tiga perlawanan, belum kalah lagi. Masih belum kalah, tentang ini sebab memang sebelum ini pihak Bukit Tambun FC memang berkerjasama dengan Penang FC tentang pinjaman pemain seperti Marcus Mah yang kini bermain di Bukit Tambun FC. Saya mengalu-alukan pemain-pemain muda daripada Penang FC yang ingin merebut peluang bermain di kancah lebih tinggi saya alu-alukan sebab bagi Bukit Tambun FC minta semua sokong pada 14 Jun ini akan lawan Kedah pada Piala FA. Itu sahaja.
Yang Berhormat Bukit Tambun itu nanti kita pm tepilah. Itu hal ehwal Penang FC dengan Bukit Tambun FC. Saya rasa kita kembali kepada Dewan inilah.
Pembangunan pemain.
Betul-betul.
Sebab kalau tidak pemain simpanan kita jangan jadi macam pasukan gergasi. Mereka beli player lepas tu simpan dalam cold storage. Kita biar pemain simpanan kita atau pelapis kita berpeluang bermain dalam liga. Itu saja.
Jangan risau Bukit Tambun kita boleh bincang itu. Jadi bagi pihak Kerajaan Negeri kita haraplah Faisal Halim dapat kembali beraksi. Dan adalah harapan Penang FC dan semua penyokong negeri Pulau Pinang pada suatu masa yang akan datang tiba tidak lama lagi, beliau akan kembali pulang berkhidmat untuk pasukan Harimau Kumbang. Itu yang kita harapkan seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga kita cuba. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengkalan Kota telah, Pengkalan Kota tiada dalam Dewan. Mungkin nanti saya akan menjawab secara. …(gangguan).
Yang Berhormat. Berkenaan dengan bola sepak saya ingin sentuh sikit. Saya rujuk kepada jawapan bertulis yang diberikan kepada Pulau Betong. Jika, sekarang adanya Penang FC tetapi jangan kita lupa sebelum penubuhan Penang FC adanya FAP. Dan perjalanan FAP ini memang memerlukan dana dan sumbangan orang ramai. Jadi saya tengok di sini permohonan daripada pihak persatuan masih berada di peringkat pertimbangan. Jadi saya mohon pihak Kerajaan Negeri boleh salurkan walaupun tidak banyak tapi boleh salurkan sebagai permulaan mereka untuk kick start aktiviti FAP semula. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya memang kita dalam pertimbangan. Kita tidak lupakan FAP lah Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang yang merupakan antaranya persatuan bola sepak yang tertua di dalam benua kita ini. Jadi jangan risau, itu memang dalam pertimbangan Kerajaan Negeri. Saya pergi ke Seberang Jaya lah memandangkan Yang Berhormat Pengkala Kota tiada dalam Dewan. Yang Berhormat Seberang Jaya telah membangkitkan tentang isu Projek Kompleks Sukan Sony di Seberang Jaya. Dan saya ingin maklumkan konsep pembangunan adalah sepertimana yang dicadangkan tidak ada perubahan daripada pelan cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang telah memperolehi tender tersebut. Pihak mereka juga telah mengambil tindakan awal dari aspek melantik perunding dan juga membuat kajian awal di tapak projek berkenaan. Jadi Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang juga telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pemenang tender tersebut untuk memuktamadkan perjanjian yang melibatkan tiga pihak iaitu di bawah perbadanan stadium, pihak penender dan juga pemilik tanah iaitu Majlis Bandaraya Seberang Perai. Memang didalam progress, cuma kita nak finalize agreement tersebut sebelum kita dapat kick start projek itu. Saya akui memang ada sedikit delay dekat sana, tapi memang projek itu saya pantau dengan rapi lah.
Okey, saya nak ke akhirlah untuk bawah Kesihatan. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kesihatan merupakan satu elemen yang penting untuk kita membina sebuah negara yang berdaya saing, maju dalam suasana global yang kian mencabar ini. Tahap kesihatan yang optimum bukan sahaja meningkatkan jangka hayat populasi malah turut merealisasikan hidup rakyat negeri ini supaya lebih produktif, aktif dan sejahtera. National Health and Morbidity Survey, dengan izin (NHMS) 2023 adalah memfokuskan kepada Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan juga Permintaan Penjagaan Kesihatan (HCD) yang mana matlamat utama tinjauan ini adalah bagi mengumpul data secara rawak terhadap beberapa penyakit tidak berjangkit faktor-faktornya dan seterusnya cara bagi mengawal serta mengatasi penyakit-penyakit ini terus menjadi teruk di negara kita terutamanya di negeri Pulau Pinang. Jadi di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang kita mengambil beberapa langkah yang penting bagi menurunkan prevalens dan juga insiden Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dari terus meningkat di negeri ini.
Jadi langkah awal seperti saringan kesihatan berkala untuk mengesan awal penyakit seperti diabetes dan hipertensi, saringan awal penyakit kanser, pelaksanaan saringan kesihatan berskala besar melalui saringan kesihatan PeKa B40, National Health Screening Initiative dengan izin (NHSI) melalui Program Agenda Nasional Malaysia Sihat turut dipergiatkan lagi untuk mengesan penyakit lebih awal.Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, data kesihatan terkini daripada (NHMS) yang saya bangkitkan tadi sebenarnya menunjukkan satu data yang boleh saya katakan amat merisaukanlah. Di mana prevalens orang dewasa di Malaysia yang obes adalah yang tertinggi di asia tenggara pada 15.6 peratus diikuti oleh negara Brunei pada 14.1 peratus, Thailand 10 peratus dan Indonesia 6.9 peratus. Jadi data yang saya sebutkan tadi kita dapat lihat obesiti telah menjadi sesuatu yang normal di dalam negara kita tidak terkecuali di negeri Pulau Pinang. Jadi peningkatan trend ini sebenarnya merisaukan kita semua. Situasi ini adalah berpunca daripada amalan gaya hidup sedentari dan pembudayaan amalan hidup yang tidak sihat di kalangan rakyat Malaysia. Akibatnya peningkatan kematian pra matang iaitu kematian pada usia dari lingkungan 30 tahun hingga 69 tahun ini kian meningkat.
Jadi ini juga menyebabkan peningkatan kos rawatan dan kehilangan produktiviti negara. Di Malaysia, sebanyak 73 peratus kematian adalah disebabkan oleh penyakit berkaitan pembudayaan hidup yang tidak sihat. Itulah Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, obesiti kita lihat juga akan membawa kepada penyakit diabetis iaitu penyakit membawa kematian yang agak tinggi tidak terlepas juga di negeri Pulau Pinang ini. Statistik menunjukkan penyakit diabetis merupakan salah satu penyakit yang boleh dikatakan “top”. Penyakit yang membawa kematian di mana satu daripada enam orang di Malaysia mempunyai penyakit ini ataupun bersamaan dengan 15.6 peratus rakyat Malaysia. Perkara ini lebih membimbangkan di mana kebanyakan mereka yang berusia 18 sehingga 29 tahun ini sama sekali tidak tahu mereka sedang berhadapan dengan penyakit ini. Jadi penjagaan kesihatan amatlah penting untuk kita tahu status kesihatan kita. Perkara ini juga turut membimbangkan kita di mana mengikut kajian baru-baru ini, data menunjukkan dua (2) daripada setiap lima (5) orang di Malaysia tidak membuat sebarang saringan kesihatan selama setahun. Masing-masing membawa 1,001 alasan antaranya tidak merasakan apa-apa symptom, berasakan diri sihat, tiada masa dan mempunyai masalah kewangan. Tanpa kita sedar negeri Pulau Pinang pula sedang menuju ke arah penuaan dan suka saya memaklumkan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang kita juga merangka inisiatif-inisiatif bagi mengatasi isu tersebut. Antara Program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan dan juga di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat yang dilancarkan sejak tahun 2022 untuk mendorong kita semua menjalankan saringan kesihatan di negeri Pulau Pinang ini, program ini telah menyaring sebanyak 36,000 individu pada tahun 2022. 34,000 individu pada tahun lepas dan juga 17,000 di tahun 2024 setakat bulan Mac tahun ini. Jadi saya ingin menyeru rakyat Pulau Pinang terus menyertai Program Health Screening ini untuk memperkasakan rakyat dalam penjagaan kesihatan dan membolehkan rakyat menimba pengetahuan dan kemahiran dan mengambil tindakan sewajarnya dalam pencegahan penyakit.
Di kesempatan sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyahut jemputan saya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Saya tahu Yang Berhormat Sungai Pinang pun sudah buat. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua pun sudah menjalani pemeriksaan kesihatan. Saya harap ini dapat dijadikan satu teladan dan contoh kepada rakyat diluar sana untuk turut ambil inisiatif untuk buat saringan kesihatan. Jadi untuk menjawab kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit tentang isu tandas bergerak yang disediakan di Klinik Kesihatan Berapit, sebenarnya projek kerja-kerja pembaikan sistem kumbahan di Klinik Kesihatan Berapit bermula daripada 30 April tahun ini dan dijangka siap pada 9 Julai tahun ini juga. Jadi pihak kontraktor telah menyewa dua unit tandas bergerak untuk kegunaan pesakit dan staff Klinik Kesihatan Berapit. Kita faham, memang kalau buat masa kini dua unit saja mungkin tidak cukup untuk menampung keperluan. Tapi saya harap Yang Berhormat Berapit pun faham ini adalah untuk sementara sahaja. Saya akan cuba bincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk kita lihat apakah kaedah yang kita boleh ambil untuk mengatasi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit tempoh hari. Tapi saya nak kongsikan juga pihak pengurusan tandas bergerak itu akan melakukan servis pembersihan setiap hari, pencucian setiap hari, servis berkala tiga kali seminggu lah untuk melihat kepada isu jangkitan.
Terima kasih Padang Lalang, tapi apa yang dirisaukan adalah daripada panel penasihat Klinik Kesihatan Berapit juga yang telah membawakan isu seperti macam mana ibu hamil iaitu wanita yang hamil supaya sebab mereka kena setiap hari, menghadapinya. Semasa saya hamil saya juga pergi ke KK Berapit untuk buat checking dan memanglah tandas itu adalah satu keperluan. Jadi saya harap tidak kiralah, daripada macam mana cara, bolehkah, Yang Berhormat Padang Lalang supaya mempercepatkan proses bolehkah tambah tandas-tandas bergerak mereka dengan lebih unit. Terima kasih.
Baik saya mengambil maklum Yang Berhormat Berapit tentang isu itu. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Penaga dan juga Yang Berhormat Seberang Jaya pun turut membangkitkan tentang isu kemudaratan penggunaan alkohol. Untuk pengetahuan Yang Berhormat bahan health education (dengan izin) sememangnya dicetak dan diedarkan kepada setiap daerah terutamanya di klinik kesihatan daerah. Dalam rangka undang-undang yang sedia ada memang ada had dan batasanlah ke atas penggunaan alkohol sememangnya wujud di masyarakat kita termasuk hukuman dan denda yang parah terhadap penyalahgunaannya. Jadi kempen bahaya penggunaan alkohol ini adalah satu cadangan yang baik dan saya bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan mana-mana pihak ingin berkolaborasi bagi menjayakan kempen seperti ini. Yang Berhormat Batu Uban dan juga Yang Berhormat Pinang Tunggal telah membangkitkan tentang isu penggunaan rokok elektronik ataupun vape khususnya di kalangan anak muda dan remaja. Seperti mana umum sedia maklum pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia mengambil sikap yang tegas berhubung isu ini dan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Rokok Demi Kesihatan Awam 2024 ataupun Akta 852 sepenuhnya pada bulan akan datang bagi mengekang isu itu. Jadi sila anggapkan khususnya orang awam di luar sana ini adalah amaran terakhir di mana sekiranya akta itu diambil dan dikuatkuasakan denda dan hukuman yang agak boleh katakan berkesanlah akan diambil untuk mengekang isu rokok khususnya rokok elektronik ini. Jadi kita akan pantau bersama dengan Bahagian Penguatkuasaan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang kita akan pastikan isu ini akan dapat ditangani dengan baik. Untuk penutup Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, akhir kata sebelum saya ucap akhiri ucapan pada sidang kali ini, Kerajaan Negeri sentiasa akan terus komited dalam membangunkan negeri ini untuk terus maju kehadpan. Kita bersyukur pada penggal ini Kerajaan Negeri sedang berjalan seiring bersama dengan Kerajaan Pusat dan peluang keemasan seperti ini akan kita manfaatkan sebaik mungkin. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang senantiasa menghulurkan tangan membantu negeri kita untuk terus membangun. Saya nak akhir, sudahi dengan satu rangkap pantunlah.
Pulau Pinang Tempat Bertemu, Terbang Tinggi Burung Helang, Kita Bahas Membawa Ilmu, Bangun Negeri Terus Cemerlang.
Jadi dikesempatan ini saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan Salam Pesta Kaamatan kepada rakan-rakan kita daripada Sabah dan juga Hari Gawai rakan-rakan kita daripada Sarawak tidak lupa juga dengan Hari Raya Haji yang akan sampai tidak lama lagi dan juga Pesta Perahu Naga (Bahasa Mandarin) yang bakal tiba pada bulan Jun yang tidak lama lagi. Jadi, dengan kata-kata itu Padang Lalang pohon menyokong.
Terima kasih Padang Lalang dan seterusnya dipersilakan YB Kawasan Jawi.
Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, sidang hadirin dan hadirat sekalian. Selamat petang, Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030. Syukur kehadrat Tuhan kerana dengan izin-nya dapat kita bersama-sama lagi pada rabu yang indah dan berkah ini dalam sesi penggulungan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 ini. Saya juga ingin memanjangkan salam takziah dan belasungkawa atas pemergian arwahyarham Yang Berhormat Nor Zamri bin Latiff, penyandang ADUN Sungai Bakap pada 24 Mei 2024. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Tuhan jua.
Di kesempatan ini juga, saya dengan rasa bangga dan penuh kesyukuran ingin memaklumkan bahawa, pada 29 April 2024, The United Cities and Local Governments Asia - Pacific (UCLG ASPAC) melalui Global Covenant of Mayors for Climate Energy (GCoM) Southeast Asia Secretariat telah menganugerahkan Mitigation and Adaptation Badge 2023 kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) atas komitmen terhadap isu berkaitan perubahan dan penyesuaian iklim.
Kriteria penganugerahan ini dibuat berdasarkan Laporan Tahunan CDP – ICLEI yang dihantar oleh MBSP. Untuk makluman semua, MBSP juga telah menerima anugerah yang sama pada tahun 2022. Justeru, MBSP akan terus komited menjadi sebuah bandar raya mampan dan berdaya huni. Kemenangan ini telah menyuntik semangat juang yang lebih tinggi kepada saya dan Kerajaan Negeri untuk terus memberi khidmat dan bakti yang terbaik kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada MBSP atas kejayaan ini. Semoga jabatan dan agensi lain dapat menjadikan kejayaan ini sebagai inspirasi untuk mencipta kejayaan-kejayaan lain pada masa akan datang demi Pulau Pinang yang tercinta. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, memulakan kalam, sebelum saya menoktahkan persoalan-persoalan yang telah dilontarkan kepada saya, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana telah mengajukan soalan-soalan yang terkait di bawah portfolio saya iaitu Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa. Saya sangat bersukacita untuk menjawab setiap soalan yang terbuku dalam benak fikiran dan sanubari Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Minum kopi tidak bergula,
Dicicip bersama kuih suji,
EXCO KT jawab segera,
Supaya YB-YB tak tertanya lagi.
Daun selasih di atas para, Di buat makan anak teruna,
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kini saya gulung bicara.
Meniti soalan yang pertama daripada Yang Berhormat Bukit Tambun mengenai inisiatif Sistem SPEED Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sama ada boleh diperluaskan ke sektor lain selain daripada sektor perindustrian, di peringkat awal, sistem ini memfokuskan pada pembangunan perindustrian kerana sektor tersebut memberi impak tinggi terhadap penjanaan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Selanjutnya, disebabkan oleh terdapatnya permintaan yang tinggi dalam sektor perumahan komersial serta pembangunan bercampur, pihak MBSP sedang melaksanakan projek rintis SPEED Perumahan yang pertama dan projek ini dijangka akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat iaitu OSC pada
bulan Julai 2024. Manual SPEED ini juga akan dikemas kini bagi memasukkan kategori perumahan, komersial dan pembangunan bercampur.
Untuk Yang Berhormat Batu Lanchang pula telah menzahirkan kegusaran sama ada pemeriksaan pokok berisiko sekali setahun di bawah sistem Penang Tree Inventory System iaitu PeTIS adakah mencukupi atau tidak, serta dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Untuk makluman Yang Berhormat, pemeriksaan Visual Tree Assessment (VTA) pokok dilaksanakan dengan kekerapan sekali pada setiap tahun ke atas pokok-pokok yang berisiko seperti condong, mempunyai ruang pengakaran yang terhad dan kecederaan dan akan di pantau secara berkala oleh Arboris MBPP bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Seterusnya, saya mengambil maklum dan sangat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat supaya kaedah Picus Sonic Tomograph dan digunakan dalam mengatasi isu ‘pokok’ ini. Sebagai makluman Yang Berhormat, pada ketika ini, pihak MBPP menggunakan kaedah Picus Sonic Tomograph dan Resistograph bagi mengesan pereputan di dahan, batang dan banir pokok iaitu bahagian bawah pokok berhampiran dengan akar. Saya akan mencadangkan kepada pihak MBPP untuk turut meneliti penggunaan kaedah IML-RESI PowerDrill Series sekiranya bersesuaian.
Yang Berhormat Sungai Dua telah menyatakan bahawa beliau telah mengirimkan sepucuk surat kepada pihak MBSP bagi mengadakan kunjungan hormat tetapi sehingga kini tiada maklum balas yang diterima. Bagi pihak MBSP, saya memohon maaf atas kekhilafan ini sehingga mendatangkan kesulitan kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak MBSP sentiasa mengamalkan budaya mesra pelanggan dan dasar “No Wrong Door Policy” pintu kita sentiasa terbuka bagi sebarang kunjungan hormat atau lawatan sama ada dari dalam mahupun luar negara demi kemasalahan bersama. Kendatipun begitu, pada 3 Mac 2023, pihak MBSP telah besar hati telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Ahli Parlimen Permatang Pauh, manakala pada 14 November 2023 kami telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Bukhori bin Ghazali, ADUN Pinang Tunggal.
Ini jelas menunjukkan sikap keterbukaan MBSP dalam mencitrakan slogan “Seberang Perai Aspirasi Bandar Masa Hadapan”. Pihak MBSP juga sejak kebelakangan ini menerima banyak permohonan dari pelbagai agensi sama ada kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya. Memandangkan terdapat tugas hakiki yang perlu diutamakan, maka, penjadualan kunjungan hormat atau lawatan terpaksa disusun semula ke suatu tarikh dan masa yang lebih sesuai. Namun, usahlah Yang Berhormat bersedih hati. Pihak MBSP akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas permohonan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat dan bersedia menerima kunjungan hormat tersebut. Untuk maklumat Sungai Dua saya percaya Permatang Pasir semasa menghantar mesej kepada saya di mana beliau juga ingin mendatang ke pejabat saya ada perkara-perkara yang nak berbincang pintu saya terbuka pada bila-bila masa dan Permatang Pasir juga datang dan membawa pengadu-pengadu sekali lagi.
Minta laluan Yang Berhormat.
…untuk kita bincang selesaikan masalah demi masyarakat rakyat kita sila
Saya mengharapkan diantara respon Yang Berhormat EXCO untuk maknakan mengadakan apa nama minta yang Majlis Bandaraya Seberang Perai ini dapat menyediakan satu tarikh yang terdekat untuk kami kunjungi terima kasih.
Saya ulang sekali lagi, namun usahlah Yang Berhormat bersedih hati pihak MBSP akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas permohonan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, jangan risau saya percaya saya akan minta mereka untuk aturkan satu masa bagi yang berhormat supaya satu kunjungan hormat ke MBSP ataupun Yang Berhormat bolehlah datang jumpa saya bila-bila masa untuk kita bincang macam mana untuk kita menyelesaikan masalah terima kasih. Sekiranya pihak MBSP masih teralpa, Yang Berhormat juga boleh mengunjungi Ibu Pejabat MBSP bagi membuat tindakan susulan ke atas permohonan Yang Berhormat sepertimana yang dilakukan oleh pihak Pejabat ADUN dan Ahli Parlimen sebelum ini. Sesungguhnya, isu terkait Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sangat rencam, termasuklah isu yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di Pasar Awam Sungai Dua akibat hujan lebat sehingga menyebabkan barang-barang perniagaan mereka mengalami kerosakan. Lantaran itu, pihak MBSP telah mengatur untuk mengadakan sesi perjumpaan bersama peniaga-peniaga di Pasar Awam Sungai Dua yang direncanakan pada pertengahan tahun ini.
Yang Berhormat boleh mencelah kalau boleh libatkan sama dengan ADUN Sungai Dua dalam pertemuan tersebut terima kasih.
Okey saya ambil maklum, selanjutnya Yang Berhormat Sungai Dua dan Yang Berhormat Permatang Berangan, ada membangkitkan mengenai isu pembersihan perparitan. Untuk makluman Yang Berhormat berdua, pihak MBSP menjalankan kerja-kerja pembersihan perangkap-perangkap sampah yang berada di longkang taman perumahan pada setiap hari. Bagi pembersihan sampah sarap, daun-daun kering, rumput liar yang berada dalam longkang dan parit pula, pihak MBSP menjalankan tindakan pembersihan sebanyak satu (1) seminggu, manakala bagi pembuangan enapan tanah serta selut yang berada di dalam longkang dan parit, pihak MBSP menjalankan
tindakan pembersihan sebanyak satu (1) kali sebulan. Selain itu, pihak MBSP turut menjalankan pembersihan perangkap sampah longkang, scupper drain ketika bencana, hujan lebat dan banjir kilat bagi memastikan aliran air mengalir dengan lancar. MBSP juga menjalankan pemantauan sistem perparitan di kawasan taman perumahan secara berkala dan akan memasukkan kawasan tersebut dalam senarai keutamaan hotspot banjir.
MBSP akan terus memberi komitmen dan bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dalam memastikan isu kebersihan perparitan di beri perhatian serius terutamanya di kawasan taman-taman perumahan di Sungai Dua. Bagi isu pencemaran sungai yang disebabkan oleh ternakan babi pula, Kerajaan Negeri melalui kedua-dua PBT telah mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] serta Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian yang berkaitan. Mana-mana pemilik ladang babi yang melanggar syarat-syarat PBT akan dikenakan tindakan kompaun, notis dan pembatalan lesen mengikut perundangan dan prosedur yang dikuatkuasakan. PBT sentiasa meletakkan isu kacau ganggu daripada ternakan babi sebagai salah satu keutamaaan dalam segenap tindakan penguatkuasaan yang dijalankan. PBT melakukan pemeriksaan dan pemantauan ke atas setiap ladang khinzir di seluruh Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, setiap tindakan yang diambil adalah tertakluk pada jurisdiksi dan ketetapan undang-undang sedia ada. Mengenai isu asrama pekerja asing di Teluk Kumbar,
Minta maaf, minta pencerahan Jawi pasal isu ternakan khinzir Dato’ Timbalan Speaker bolehkah Jawi menerangkan perkembangan terkini loji rawatan berasaskan biomas di Kampong Valdor dan kedua adakah model ini akan digunakan di Kampung Selamat untuk menyelesaikan masalah isu pencemaran di Sungai Kerian itu sahaja.
Bila tadi kita jawab Bukit Tambun tak ada sini, tadi Kampung Selamat kita sudah jawab kita akan kaji dan kita akan lihat sama ada sistem biomas, biogas ataupun biolysis boleh digunakan dan saya pun telah maklum bahawa bulan Jun saya akan berjumpa dengan penternak-penternak dari Kampung Selamat supaya kita lihat kaedah-kaedah kita membantu satu sama lain untuk mengurangkan pencemaran dari segi sungai, pencemaran udara dan kita juga akan meningkatkan dari segi kebersihan alam sekeliling di khususnya di Kampung Selamat balik kepada biomas di Kampung Valdor sebenarnya projek ini di bawah YB EXCO Alam Sekitar dan setahu saya projek ini telah mencapai lebih kurang 80% dan hampir untuk memula untuk beroperasi sepenuhnya disebabkan ASS, ASF African Swine Fever (ASF) sorry disebabkan ASF yang telah berlaku dua tahun yang lalu telah menyebabkan pengurangan populasi khinzir di Kampung Valdor dan apabila pengurangan populasi jumlah khinzir di Kampung Valdor ia akan terus menyebabkan penghasilan waste daripada pigment waste daripada kandang untuk dihantar kepada biogas projek biogas ini dan saya percaya di bawah YB EXCO Alam
Sekitar memang beliau akan mengadakan satu mesyuarat ataupun perbincangan dengan syarikat-syarikat yang beroperasi di Kampung Valdor tersebut so mengenai isu asrama pekerja asing di Teluk Kumbar dimaklumkan semua projek Asrama Warga Asing perlu mematuhi syarat-syarat teknikal yang telah ditetapkan dalam Permohonan Kebenaran Merancang (PKM). Semua permohonan yang dikemukakan perlu melaksanakan Social Impact Assessment (SIA) dan Kajian Impak Lalu Lintas (TIA) Traffic Impact Assessment. Manakala bagi permohonan baharu asrama pekerja yang melebihi kapasiti seramai 10,000 orang pekerja perlu diangkat kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah meluluskan satu permohonan kebenaran merancang bagi cadangan mendirikan satu blok bangunan asrama pekerja 27 tingkat yang mempunyai 512 unit di atas Lot 1859, 1860 & 1865, Tingkat Teluk Kumbar, Mukim 9, Daerah Barat Daya yang telah dikemukakan oleh Tetuan Chong Company Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, kelulusan Kebenaran Merancang (Borang C1) masih belum dikeluarkan oleh MBPP kepada Tetuan Chong Company Sdn. Bhd kerana syarikat ini belum memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah MBSP.
MBPP.
Oh! sorry, MBPP. Dato' Timbalan Speaker dia..
Alert.
Terima kasih dia memang fokus terus. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dimaklumkan juga bahawa Tetuan Zantelite Enterprise (M) Sdn. Bhd. telah mengemukakan permohonan kebenaran merancang asrama pekerja di Teluk Kumbar pada 16 November 2023. Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa Tetuan Zantelite Enterprise (M) Sdn. Bhd. telah menarik balik PKM iaitu Permohonan Kebenaran Merancang tersebut pada 9 Mei 2024. Boleh dapat.
Terima kasih (ketawa).
Boleh dapat Dato' Timbalan Speaker, boleh tepuk meja seorang.
Boleh, boleh.
Bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Penanti dan Yang Berhormat Ahli Kawasan Permatang Pasir mengenai isu kilang haram yang beroperasi di negeri Pulau Pinang, saya mengesahkan bahawa sehingga kini terdapat sebanyak 98 buah kilang haram di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan sebanyak 390 buah kilang haram di kawasan pentadbiran MBSP sebagaimana jawapan yang diberikan bagi soalan bertulis ID481.
Kewujudan senarai nama perniagaan yang diletakkan di atas nama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) kerana bangunan atau pun perusahaan tersebut adalah milik PBAPP yang akan diselaraskan oleh pihak PBAPP. Senarai ini merupakan hasil kerja keras Kerajaan Negeri melalui inisiatif MBSP yang sentiasa berusaha untuk mewujudkan satu pangkalan data bangunan yang telus dan berintegriti, seterusnya mengambil tindakan ke atas bangunan yang tiada kelulusan. Justeru, saya menggesa PBAPP untuk mengemukakan permohonan secara rasmi untuk tindakan selanjutnya. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, lot yang melibatkan PBA ini sebenarnya merupakan loji rawatan air. Loji ini amat penting kerana ia telah lama wujud untuk kepentingan dan kesejahteraan penduduk. Bagi lot-lot yang melibatkan agensi kerajaan seperti PBA ia akan diselaraskan dengan agensi berkaitan. Yang Berhormat Sungai Puyu, sememangnya isu mengenai penerimaan pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] amat mengujakan ramai Ahli Yang Berhormat seperti
Sungai Puyu masuk dah.
Yang Berhormat Kebun Bunga, Yang Berhormat Bertam, Yang Berhormat Batu Uban, Yang Berhormat Seberang Jaya, Yang Berhormat Machang Bubuk yang bertanyakan soalan mengenainya pada hari semalam. Untuk rekod, kesemua soalan tersebut telah saya jawab semasa sesi perbahasan soalan-soalan lisan semalam. Bagi Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Puyu telah bertanyakan berkenaan jumlah kenderaan buruk dan terbiar yang masih tersimpan di stor sitaan direktorat penguatkuasaan MBSP. Untuk makluman Yang Berhormat pihak MBSP melakukan sitaan terhadap kesalahan halangan di bawah Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133 yang mana di bawah Seksyen ini sebarang kesalahan halangan termasuklah halangan kenderaan buruk, halangan barangan perniagaan, halangan binaan struktur dan sebagainya boleh dikenakan tindakan sitaan. Selain
daripada itu sitaan juga dilakukan terhadap kenderaan yang diparkir secara suka hati, secara sesuka hati di bawah peruntukan Seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta 333 iaitu halangan kenderaan di jalan. Berdasarkan rekod MBSP sehingga kini, jumlah kenderaan yang masih tersimpan di Stor Sitaan Direktorat Penguatkuasaan MBSP adalah sebanyak 255 buah kenderaan. Batu Uban tiada, saya langkau. Seri Delima. Yang Berhormat Berapit telah menyuarakan keprihatinan beliau berkaitan dengan Asrama Pekerja Sementara di Hotel Summit, Bukit Mertajam yang didiami oleh para pekerja warga asing. Untuk makluman Yang Berhormat Berapit, Jabatan Tenaga Kerja (JKT) adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan Sijil Perakuan Penginapan (COA) kepada pihak syarikat atau majikan yang memohon sesebuah premis untuk dijadikan sebagai asrama pekerja. Permohonan-permohonan yang dibuat hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sepertimana yang dinyatakan di dalam Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446]. Akta 446 ini telah menguatkuasakan kehendak dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak majikan berkaitan penyediaan perumahan dan penginapan serta kemudahan kepada pekerja. Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan majikan menyediakan tempat tinggal yang mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan. Selain daripada itu, penguatkuasaan ini juga bertujuan mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang selamat, bersih dan kondusif. Justeru itu, pematuhan pada Akta 446 ini akan menjamin dan memenuhi hak asasi pekerja. Yang Berhormat Air Itam telah mencadangkan…(gangguan).
Yang Berhormat Jawi, terima kasih atas penjelasan tetapi soalan saya berkaitan dengan Summit Hotel, Bukit Mertajam yang dijadikan sebagai asrama warga asing juga tersentuh tentang kemasukan lebih 1,200 orang penghuni di dalam hostel itu adalah di bawah garis panduan TLQ yang tanpa dengar bantahan dan sebagai wakil rakyat di tempat tersebut saya sendiri pun tidak tahu sehinggalah selepas Januari tahun ini saya nampak kebanjiran penghuni pendatang asing dan saya telah ditanya-tanya oleh penduduk sekeliling sememang pun tidak ada sesiapa yang beritahu kita. Jadi saya tanya tentang adakah sosial impak juga dikajikan dan sedangkan ini adalah asrama sementara sahaja, jadi dia sementara sampai bila akan ditutup? Saya hendak tahu kesemua ini supaya saya boleh jawab kepada orang tempatan. Terima kasih.
Terima kasih Berapit, untuk makluman semua untuk dasar bagi garis panduan bagi TLQ Temporary Labour Quarter dasar yang baru atau pun garis panduan yang baru telah diwujudkan pada 1 Januari 2024 tetapi semasa waktu pandemik COVID-19 kita memang telah wujudkan TLQ ini tetapi pada tahun ini garis panduan TLQ yang baru ini kita cuma memberikan kelonggaran kepada komersial kepada perindustrian tanpa merujuk kepada ADUN-ADUN kawasan. Sekiranya kepada pengusaha yang hendak memberikan pekerja-pekerja mereka untuk tinggal di kawasan perumahan maka mereka perlu dapat pengesahan atau pun persetujuan daripada ADUN kawasan di bawah permohonan TLQ. Untuk makluman, TLQ tempoh TLQ ini disebabkan satu tempoh bagi
COA adalah tiga tahun oleh sebab itu sekiranya mereka dapat COA mulai tahun 2024 maka tamat tempoh COA adalah sampai 2026. Maknanya pada tahun ini apabila kita mewujudkan garis panduan baru kita menimbangkan disebabkan kemungkinan pada tahun depan iaitu pada tahun 2025 kemungkinan ada warga-warga asing atau pun pekerja-pekerja yang datang, oleh sebab itu kita bagi dalam tempoh 2 tahun ini mereka boleh buat permohonan untuk TLQ di kawasan komersial di kawasan perindustrian. Kalau mereka ada juga wujudnya banyak di bawah strata bangunan strata sebenarnya mereka boleh buat permohonan sekiranya mereka dapat kebenaran daripada JNB atau pun management community mereka saya beri contoh di Taman Pelangi di Juru memang apabila kita buat lawatan kita dapat lihat jelas dari segi pentadbiran dari segi kawalan di sesebuah bangunan empat tingkat strata memang mereka memenuhi dengan kawalan penjaga keselamatan dan dipisahkan untuk lelaki dan untuk wanita dan untuk
Minta pencerahan Yang Berhormat Jawi, saya ulangi lagi pendirian saya sebab saya tidak membantah terhadap apa-apa projek asrama warga asing tetapi di sini disebabkan walau pun Summit Hotel, Bukit Mertajam adalah satu bangunan yang komersial tetapi di sekelilingnya dalam lingkungan lebih kurang 100 meter dia ada penduduk tempatan kesemua penduduk tempatan tidak tahu tentang projek ini termasuk saya sendiri, ini memang hakikat. Jadi adalah saya tanya di sini walau pun dia memenuhi semua keperluan dan sebagainya tetapi dari segi kita komunikasi itu adalah satu kekurangan jadi saya hendak tahu juga adakah sosial impak dijalankan sebab lebih 1,200 orang masuk dia akan menimbulkan kekeliruan dan soalan ditanya dan itu tidak boleh dielakkan dan saya sendiri pun juga kena jawab mereka dan saya rasa kalau adalah satu garis ini panduan yang TLQ yang tanpa dengar bantahan dan sebagainya sekiranya ia boleh dikaji semula supaya orang seperti wakil rakyat tempatan boleh tahu jadi kita senang juga untuk menjawab orang tempatan. Terima kasih.
Terima kasih Berapit, saya ambil maklum. Memang TLQ kita tidak perlu mengadakan SIA atau pun TIA untuk buat satu permohonan-permohonan TLQ walau bagaimana pun kita ambil maklum tentang cadangan daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Berapit untuk lihat balik tentang garis panduan TLQ ini. Berbalik kepada Yang Berhormat Ahli Kawasan Air Itam
Minta pencerahan sikit saja. Tentang TLQ ini sebab Yang Berhormat Ahli Kawasan Jawi pernah umumkan TLQ hanya untuk tempoh masa tiga tahun, akan tetapi bagi CLQ yang ada dipasaran kalau di Bukit Tambun hanya sekarang dua beroperasi satu dapat CCC, dua err satu dalam pembinaan, tiga dalam proses hendak masuk pelan. Oleh itu dalam permohonan PKM ini dan pembinaan mengambil lebih kurang lebih daripada tiga tahun, so adakah sempat CLQ yang bakal di bina ini dapat menampung yang sedia ada di TLQ termasuk yang kalau Bayan Lepas telah ditarik balik, semua telah
dilonggokkan di Bukit Tambun, adakah sempat kita dapat menampung warga asing yang pada sedia kala tinggal di TLQ kerana tiga tahun itu, selepas tiga tahun macam mana. Itu sahaja
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun saya percaya kalau dalam kelulusan KM sebelum ini yang sudah lulus pun ada tetapi cuma pemaju masih belum memulakan pembinaan. Setahu saya kalau di Permatang Tinggi ada satu (1), tahun 2017 di sebelah Taman Markisah, Bukit Minyak memang ada satu (1) di bawah Asas Dunia telah dilulus pada tahun lepas. KM sudah lulus tetapi ini adalah terpulang kepada pemaju. Bila pemaju berhasrat untuk mendirikan, maka saya percaya dia akan dapat menampung. Walau bagaimanapun kita akan lihat pada masa ke semasa untuk menentukan berkaitan dengan PLQ atau mahu pun CLQ. Terima kasih.
Yang Berhormat Air Itam telah mencadangkan supaya tindakan untuk tidak menyambung sewaan tapak penjaja dikenakan kepada penjaja yang meletakkan harga jualan makanan dan minuman yang tidak munasabah ataupun tidak berpatutan. Untuk makluman Yang Berhormat, PBT di negeri Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa, punca kuasa dan tidak mengawal selia berkaitan penetapan harga jualan oleh penjaja. Kendati pun begitu, sekiranya terdapat sebarang aduan berkenaan dengan harga jualan yang tinggi, PBT akan melakukan siasatan dan seterusnya akan menyalurkan maklumat berkenaan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) untuk tindakan penguatkuasaan ke atas gerai-gerai PBT. Bagi isu tukang masak warga asing yang bekerja di gerai dan astaka PBT pula, PBT tidak pernah membenarkan peniaga atau penjaja menggajikan tukang masak warga asing di negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, perkara ini berlaku kerana keingkaran peniaga atau penjaja mematuhi syarat-syarat lesen ataupun premis yang ditetapkan. Tindakan sewajarnya telah diambil oleh PBT seperti mengenal pasti gerai-gerai yang menggajikan tukang masak warga asing. Tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia dan pembatalan lesen perniagaan bagi kes-kes penyewaan kepada warga asing. Saya menyambut baik kalau sekiranya ahli-ahli yang bermesyuarat di sini sekiranya mendapati wujudnya ada warga asing yang menjadi tukang masak boleh lah mengadukan kepada PBT masing-masing supaya kita boleh mengumpul data dan mengambil tindakan selanjutnya.
Seterusnya, izinkan saya menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pasir mengenai pembinaan tempat simpanan abu mayat dan pelebaran kubur Cina di Kampung Kepala Bukit. Saya juga mengambil perhatian sewajarnya berhubung permintaan Yang Berhormat Permatang Pasir supaya perkara ini dikaji dan diteliti semula memandangkan ia berada dalam kawasan yang dikelilingi oleh majoritinya orang Melayu yang beragama Islam. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, permohonan pelingkungan semula daripada Zon Kampung ke Zon Institusi dan Kemudahan Masyarakat bagi Lot 263, 283, 729, 731 dan sebahagian Lot 922, Mukim 3, Seberang Perai Tengah, telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Bilangan 4 Tahun 2024 pada 30 April 2024 dan disahkan pada 17 Mei 2024.
Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan kebenaran merancang dikemukakan, ia akan diproses mengikut prosedur sedia ada di bawah Akta 172 dan juga tertakluk kepada syarat-syarat teknikal agensi-agensi yang berkaitan. Syarat-syarat yang ketat yang bakal dikenakan juga mengambil kira pelbagai aspek, termasuklah isu lokaliti dan bantahan komuniti sekitar yang menjadi pertimbangan sebelum kelulusan diberikan.
Tidak ketinggalan, Yang Berhormat Penanti turut menyoal saya mengenai garis panduan dan perancangan yang terperinci bagi menangani isu penginapan pekerja asing. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggariskan di bawah Garis Panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja di negeri Pulau Pinang pada Tahun 2022 yang diluluskan pada 28 April 2022 berhubung kawasan-kawasan yang dibenarkan untuk pembinaan penginapan pekerja berpusat iaitu CLQ. Di dalam garis panduan ini, zon guna tanah dan jenis bangunan sedia ada yang dibenarkan untuk pembinaan penginapan pekerja termasuklah perindustrian dan perniagaan. Buat masa ini, pihak Kerajaan Negeri sedang mengkaji kesesuaian kawasan industri ringan untuk dijadikan sebagai kawasan penginapan pekerja. Bagi penginapan pekerja di kawasan Tapak Warisan Dunia George Town iaitu UNESCO adalah tidak dibenarkan. MBSP telah menyediakan Garis Panduan Keterlibatan Pekerja ataupun Pembantu di Pusat Penjaja MBSP, Premis Perniagaan Dan Penjaja yang telah diluluskan pada 29 Mei 2017 bagi mengawal penglibatan pekerja warga asing dalam sektor perniagaan di kawasan Seberang Perai. Garis panduan ini sedang disemak semula oleh MBSP selaras dengan perubahan semasa dasar ataupun peraturan di peringkat Persekutuan. Bagi menjawab isu arak yang diutarakan, saya sememangnya memandangkan serius terhadap isu ini dan telah mengarahkan kedua-dua PBT untuk membuat pemantauan dan tindakan tegas atas pelanggaran syarat-syarat.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, sehingga kini syarat-syarat untuk masa penjualan arak sememangnya telah disyaratkan dalam syarat-syarat lesen di mana penjualan arak secara runcit yang diketatkan iaitu dari 10 pagi sehingga jam 9 malam sahaja. Namun, sehingga kini tiada penjualan arak bagi kategori lain seperti rumah awam dan pemborong. Demi keselamatan warga kerja ataupun pengunjung-pengunjung di premis-premis kerajaan terutamanya di KOMTAR, kami akan mengarahkan Bahagian Keselamatan SUK supaya meningkatkan tahap keselamatan seperti melarang individu yang mabuk memasuki premis tersebut. Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pinang Tunggal, sini, Permatang Berangan…(ganguan).
Yang Berhormat, boleh saya mencelah tak, berkenaan dengan arak tadi. 7 Eleven ada mana menjalankan perniagaan mereka 24 jam.
Saya ingin nak membetulkan arak dengan alkohol tak sama. Beer dengan arak tak sama. Beer adalah di bawah..di bawah…(ganguan).
Apa yang tadi YB maksudkan penjualan arak ini.
Arak adalah dikena cukai oleh Kastam di bawah alkohol yang lebih daripada. Saya perlu dapatkan maklumat yang lebih tepat sedikit yang melebihi alkoholnya yang melebihi 15 peratus ke atas. …(ganguan).
Jadi yang dijual di 7-Eleven tu macam mana?
7-Eleven alkohol. It’s different. Jangan, jangan salah faham, jangan silap.
Sebab takrif arak di sisi…(ganguan).
Alkohol di 7-Eleven dan arak itu memang berbeza.
Takrif arak adalah perkara yang memabukkan kami di sisi orang Islam. Tiap-tiap perkara yang memabukkan adalah haram di sisi, jadi kita tidak mahu supaya...
Kita ambil maklum, YB Sungai Dua.
Perkara ini melihat kepada sensitivity umat Islam sebab hanya 7-Eleven boleh dikunjungi oleh siapa saja, terima kasih.
Kita ambil maklum. Terima kasih Sungai Dua, Teluk Bahang. Saya merujuk perbahasan Air Putih mengenai pembangunan Gurney Bay. Sepertimana semua sedia maklum, Fasa 1 telah siap dan telah dibuka kepada or ang awam pada 4 Februari 2024. Manakala, kerja-kerja pembangunan fasa 2 sedang
dilaksanakan dan kini telah mencapai kemajuan 52% di tapak dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025. Pihak JKR bersama perunding memantau rapi kerja-kerja di fasa 2 supaya kelewatan pelaksanaan projek tidak berulang lagi. Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM71,627,929.60 iaitu RM43,526,543.06 bayaran kepada kontraktor utama. Bagi fasa 1, RM 14,216,797.25. Untuk fasa 2, RM29,309,745.81 dan RM28,101,386.54 bayaran kepada NSC iaitu Nominated Sub-Contractor.
Dato’ Yang di-Pertua minta celah. mengenai isu Gurney Bay ini. Gurner Bay telah dibuka selama agak-agak nak sampai empat bulan lah dan bayaran pun telah dibuat. Tetapi masih ada retakan di lantai, okey.
Bagi saya habiskan dulu, terima kasih saya ambil maklum. Mengenai cadangan pelantikan Pakar Perunding Kerajaan yang bebas untuk mengkaji balik anggaran kos projek, pada masa kini, Kerajaan Negeri hanya merujuk kepada anggaran kos yang telah disediakan oleh Juru ukur Bahan yang telah dilantik bagi projek ini. Anggaran kos yang disediakan adalah berdasarkan pelan awalan konsep dan reka bentuk komponen yang telah disedia dan dibentangkan oleh Tanjung Pinang Development Sdn. Bhd. iaitu TPD pada tahun 2016 bersama pihak GDP Architects. Selain itu, anggaran kos ini juga telah disemak oleh Juru ukur Bahan JKR sebelum pelawaan tender dibuat. Yang Berhormat Air Putih turut membangkitkan isu mengenai penyelia projek yang tidak dilantik untuk menyelia projek Gurney Bay. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, pada 3 Jun 2020 Kerajaan Negeri melalui satu dokumen perjanjian telah melantik Tanjung Pinang Development Sdn. Bhd. sebagai Project Management Office bagi memantau projek ini bagi pihak Kerajaan Negeri dan pelantikan Tanjung Pinang Development Sdn. Bhd. adalah tanpa sebarang kos kepada Kerajaan Negeri. Tanjung Pinang Development Sdn. Bhd. masih menyelia projek ini bersama-sama perunding projek bagi pihak Kerajaan Negeri dan menghadiri Mesyuarat Pemantauan Projek.
Saya ingin menjelaskan bahawa, Projek Gurney Bay adalah dilengkapi dengan parit monsun yang dibina bersebelahan dengan broadway yang di sepanjang Gurney Drive untuk memudahkan saliran di kawasan tersebut ke laut dan penyediaan parit monsun tersebut adalah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh MBSP. Saya tidak dapat menafikan bahawa, terdapat keretakan pada concrete slab di fasa 1 dan perkara ini dipandang serius. Fasa 1 kini dalam tempoh Defect Liability Period (DLP) sehingga 3 Februari 2026 dan segala kecacatan yang dikenal pasti sedang dibaiki oleh kontraktor utama.
Minta celah. Ada soalan tambahan lagi. Adakah kontraktor-kontraktor dan juga subcon yang dilantik ini, memandangkan kerja-kerja mereka yang agak teruk lah. Adakah
mereka akan kena blacklist oleh Kerajaan Negeri. Itu yang pertama lah. Dan yang kedua isu retakan ada juga isu-isu mengenai pokok-pokok, jenis pokok yang ditanam semua itu. Kita pun telah menerima banyak aduan daripada orang awam dan apakah tindakan untuk memastikan suasana dan juga tempat di Gurney Bay ini dapat dibangunkan dengan optimumnya. Terima kasih.
Terima kasih Pulau Tikus. Untuk makluman Pulau Tikus pihak JKR selaku Pegawai Penguasa projek telah menguruskan pelantikan NSC iaitu Nominated Sub-Contractor mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan. Untuk projek ini, terdapat empat (4) NSC yang dilantik khas mengikut bidang kepakaran masing-masing dan diletakkan di bawah kontraktor utama iaitu Arissa Engineering Sdn Bhd untuk Soft Landscape, Aizel Construction Sdn Bhd untuk Skate Park & Playground, Rites Sdn Bhd untuk Steel Roof Works dan TPJ Engineering Sdn Bhd untuk Marine Engineering. Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan drastik ke atas kontraktor utama atau NSC yang gagal melaksanakan tanggungjawab pembaikan yang telah dikenal pasti. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pemantauan Projek Gurney Bay yang dipengerusikan oleh saya sendiri untuk meneliti pelaksanaan projek ini. Kerajaan Negeri akan terus memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Mengenai dengan blacklisted kontraktor yang gagal untuk melaksanakan projek-projek mereka. Saya rasa perkara ini kita perlu meneliti segala dari segi perjanjian yang telah ditandatangani. Oleh sebab itu kami telah menubuhkan satu jawatankuasa pemantauan projek Gurney Bay. Saya percaya Pulau Tikus juga dijemput untuk Jawatankuasa Pemantauan Projek Gurney Bay ini. Mungkin kita boleh bincang selanjutnya berkaitan dengan kegagalan dari sesi NSC ataupun kegagalan daripada kontraktor utama. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sudah tiba masanya Dasar Pengasingan Sisa di Punca dikuatkuasakan semula ke arah mencegah pencemaran alam sekitar.
Yang Berhormat, saya nak rujuk kepada Projek Gurney Bay. Tidak boleh dinafikan ada beberapa masalah. Yang pertama adalah apakah status kemajuan kerja untuk fasa 2 sekarang. Ini perkara yang pertama adakah ia lambat, berapa peratusan ia lambat.
Terima kasih Air Putih. Status kemajuan di fasa 2 buat sementara adalah 52 peratus. Kelewatan adalah lebih kurang 25 peratus iaitu lebih kurang kalau tak silap adalah lebih kurang it’s about 70 days.
Dijadualkan 80 peratus siapkan?
Ya.
Tetapi dia hanya sekarang siap 50 peratus.
52.
52, so lewat...
Kelewatan 25 ke atas.. (gangguan)
So lewat 28 peratus.
Ya.
Biasanya sesebuah projek 28 peratus hingga 30 peratus lewat, itu bermakna dia akan kena denda lewatlah dan kalau ikut itu amalan biasa kalau lewat 28% denda lewat, itu bermakna dia tidak akan dapat untung dalam projek ini. Saya ingat YB Bukit Tambun sebagai seorang Surveyor yang pengalaman pun boleh kiralah. Kalau sesebuah kontraktor tak boleh untung dalam sesuatu projek, dia tidak akan serius untuk menyempurnakan projek ini dengan baik so saya rasa perkara ini boleh dipertimbangkan oleh kerajaan kerana nampaknya 28 peratus dia tak ada untung. Kalau dia tak boleh untung dia tak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan projek. Bukit Tambun pun tahulah, seorang surveyor, inilah yang membimbangkan kita kerana kalau ada masalah dalam fasa pertama, fasa kedua akan jadi lebih teruk kerana ia akan melibatkan jumlah wang yang begitu besar. Sehingga sekarang RM71 juta telah dibayar,kan? Yang Berhormat sebut tadi RM71 juta telah dibayar….(gangguan)
Yang Berhormat, projek ini termasuk dalam projek sakit yang perlu diberi perhatian, adakah boleh dikategorikan sebagai projek sakit?
Projek tak sakit, projek masih jalan. Kalau projek sakit dia henti, projek jalan lagi. Jangan kata, saya minta Sungai Dua tarik balik. Projek sakit dia memang sakit.
Saya bukan dakwa, saya tanya.
That’s why I minta you tarik balik. Ini bukan projek sakit, ini projek jalan.
Takkan tak boleh tanya.
Tarik balik, tarik balik.
Saya nak tarik buat apa, saya tanya.
Ini bukan projek sakit. Ini fitnah….(gangguan)
Terus terus, teruskan.
So kalau 71 juta ringgit dah dibayar bermakna ada 100 juta ringgit. Ini yang membimbangkan kerana jumlah wang yang begitu besar yang dibelanjakan kepada kontraktor yang mungkin ada masalah. So di sini adakah pihak Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan ini sebagai last resort lah untuk menggantikan kontraktor kerana memang tahu dia tidak akan untung dalam projek ini dan kalau tidak untung tentu akan timbul masalah dan bila kita bayar, kita bukan sahaja bayar, kita mungkin bayar lebih lagi.
Terima kasih Air Putih. Memang projek ini semasa fasa 1 EOT telah diberikan tiga kali dan ketiga kali kita telah berikan jumlah 122 hari bagi ketiga-tiga EOT ini. Oleh sebab itu, kelewatan di fasa 2 memang tidak dapat dielakkan. Apa yang Air Putih cadangkan kita ambil maklum dan kita akan lihat semasa seperti apa yang saya katakan memang kita ada satu jawatankuasa pemantauan dan kita perlu meneliti perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani di bawah, semasa tahun 2020 di bawah JKR, kita perlu lihat segala syarat-syarat yang telah diletakkan.
Yang terakhir, saya ucapkan terima kasih atas usaha Yang Berhormat Jawi untuk cuba menyelamatkan projek ini, yang kini bermasalah. Dan tentu beberapa isu yang saya bangkit saya akan bangkitkan pada Yang Berhormat dalam jawatankuasa bersama dengan Yang Berhormat Pulau Tikus termasuk seperti tempat permainan rosak sebaiknya siap dibina dan sebagainya. Satu ialah tentang PDP, sekarang adakah perlu untuk kita ada satu project manager. Sekiranya kita serah kepada JKR seperti yang dibincangkan sebelum ini, JKR dia tidak ada kemampuan, dia ada kerja-kerja lain yang lebih banyak untuk jadi PMO projek ini. Tadi disarankan TPD iaitu Tanjung Pinang Developement sebagai PMO untuk projek ini. Tapi satu masa bila ia dibuat secara percuma, bila sesebuah syarikat buat secara percuma dia tak ada tanggungjawab atau obligasi dia jalankan kerja dengan baik. So selalu saya, ini pandangan saya dan pengalaman saya, selalu apabila sesebuah syarikat nak berikan tawaran percuma, kita kena berhati-hati kerana bila dia buat secara percuma, dia tak ada obligasi untuk buat dengan baik kerana dia bagi percuma. So lebih baik kita tetapkan satu bayaran fi so bila dia tak buat dengan baik dia ada obligasi dan tindakan perundangan boleh ambil ke atasnya. Tetapi dengan perkara-perkara lain, saya pun tak mahu buang masa Dewan ini, kita akan bincang dalam mesyuarat jawatankuasa. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Air Putih. Sudah tiba masanya, Dasar Pengasingan Sisa Di Punca dikuatkuasakan semula ke arah mencegah pencemaran alam sekitar dan menjaga keseimbangan ekosistem di samping mengurangkan penjanaan sisa di tapak pelupusan sampah. Dasar ini telah bermula pada 1 Jun 2016 dan dikuatkuasakan pada tahun 1 Jun 2017. Penguatkuasaan semula Dasar Pengasingan Sisa di Punca akan bermula pada bulan 1 haribulan Julai 2024. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan melalui MBPP dan MBSP bagi menguatkuasakan pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa di Punca adalah seperti berikut: mereka akan menjalankan siasatan pada setiap hari Sabtu di premis bertanah dan bertingkat sebagai langkah awal pemakluman dan pendidikan kepada masyarakat awam, pemasangan kain rentang iaitu banner di kawasan kediaman dan kawasan tumpuan orang awam, pengedaran video, poster dan sepanduk yang berkaitan di laman media sosial MBPP dan MBSP melalui Facebook, TikTok serta papan-papan iklan LED di sekitar kawasan
pentadbiran MBPP dan MBSP, memperkasa kesedaran melalui pendidikan awam melalui semua skim termasuk sekolah, institusi, kampung, komersial, kilang, taman perumahan dan kediaman bertingkat, memberikan taklimat kesedaran kepada pihak MPKK, KRT dan juga wakil Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil Pejabat Ahli Parlimen. Sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan ke atas dasar ini, saya telah mengarahkan kedua-dua PBT untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang berkenaan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, semua persoalan yang diajukan telah pun selesai saya jawab. Sebelum mengakhiri kalam saya mengambil kesempatan ini…(gangguan)
Pencerahan sikit. Saya ada tanya soalan apa kenapa, QF25. Kilang haram yang begitu kebal.
Kilang…(ganguan).
Kenapa yang begitu kebal, belum lagi ditutup. Kenapa begitu kebal, itu soalan saya.
Tadi kebetulan saya berjumpa dengan YB Permatang Pasir, saya telah pun jawab. Mungkin Permatang Pasir nak umum dalam Dewan yang mulia ini supaya pengundi-pengundi dapat lihat kebijaksanaan atau kebolehan…(gangguan)
Ya ya, saya mau pengadu tau. Saya mau pengadu tau.
Untuk makluman Permatang Pasir, PBT akan mengikut prosedur-prosedur dan kita kena faham apabila kita ambil tindakan terhadap sesuatu selain daripada ikut notis seperti apa yang Permatang Pasir kata pada bulan, pada tarikh sekian-sekian PBT telah isukan notis untuk mengosongkan struktur ataupun binaan tersebut tetapi saya harap Permatang Pasir bagikan sedikit masa kepada PBT dan bukan satu kes saja untuk PBT nak selesai tapi banyak. Kita perlu ikut susulan dan jangan risau kita percaya apabila ada
notis mengosong sudah dikeluarkan pastinya PBT, MBSP akan menjalankan tugas mereka.
Okey baik, terima kasih.
Okey ya, setuju ha. Terima kasih.
Yang Berhormat Jawi, sikit lagi tentang apa yang KOMTAR bangkitkan tentang Jejantas Pejalan Kaki Octopus. Bukan satu kali saya bangkitkan dalam Dewan ini la, tentang I tak boleh cakap kecacatan projek tetapi projek itu sejak diupgrade so bukan lif rosak adalah escalator rosak. So for the OKU untuk menggunakan jejantas ini, bayangkan dia naik kerusi roda di point A, dia naik sampai ke atas, dia nak turun dekat point B tetapi sampai sana lif itu rosak dia kena patah balik kepada point A dan tak boleh merentasi kawasan tersebutlah. So mungkin satu hari saya jemputlah Yang Berhormat Jawi…(gangguan)
Saya biasa jalan sebab jalan pergi makan tengah hari.
Masalah itu memang Jawi fahamlah tengok macam mana…(gangguan)
Okey, saya ambil maklum apa yang KOMTAR bangkitkan. Sebenarnya, kami akan mengadakan satu perbincangan bersama dengan PBT. Saya difahamkan projek ini sebelum ini di bawah CSR Project, kan. Saya akan mengadakan satu perbincangan dengan PBT berkaitan dengan jambatan jejantas yang dibangkitkan oleh KOMTAR. Semua persoalan yang diajukan telah pun selesai saya jawab…(gangguan) Sebelum mengakhiri kalam, saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang atas kepercayaan yang diberikan kepada saya menerajui portfolio Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa. Juga, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi sama ada kerajaan mahupun swasta, terutamanya Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana telah memberikan kerjasama yang sangat erat serta menunjukkan komitmen kerja yang sangat tinggi dalam
membantu saya mengemudi portfolio yang saya terajui ini. Sesungguhnya tanpa bantuan kalian, saya tidak akan mungkin dapat berlari sepantas ini dalam mendepani segala macam ragam dan rencam duniawi untuk bersama-sama memimpin negeri berdaulat ini ke tahap persada yang lebih sebagai negeri maju yang utuh dan terkehadapan. Sepertimana yang saya petik daripada ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri semasa majlis perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Negeri Pulau Pinang Kelima Belas pada hari Jumaat yang lalu. Segala apa yang telah, sedang dan akan saya lakukan hanyalah “Untuk Negeri Kita”.
Demi maruah bangsa yang gagah, Relaku tempuhi onak duri; Agar Penangku terus megah, Kerajaan Perpaduan tonggak aspirasi.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih…..(gangguan)
Terima kasih kepada Jawi atas penggulunggan sebentar tadi dan terima kasih sekali lagi kepada Jawi atas pengumuman penarikan semula Permohonan Kebenaran Merancang Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar, terima kasih banyak. Seterusnya kita jemput Sungai Acheh.
Okey, pendek ja. Bismillahirrahmanirrahim… Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-pertua, YAB Ketua Menteri, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan seterusnya pegawai-pegawai kerajaan yang ada pada hari ini. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama merafak setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas keizinanNya jua, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas yang bermula dengan Ucapan Perasmian oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak pada Jumaat, 24 Mei 2024 yang lalu telah berjalan dengan lancar. Pada hari yang sama juga, kembalinya salah seorang rakan seperjuangan atau sahabat sekampung saya di Daerah Seberang Perai Selatan, Allahyarham Nor Zamri Latiff, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kembali bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah juga kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Rumah bertiang dinding papan, Tengah laman rumah pengantin, Biar hilang segala harapan, Namun ku tetap berdiri bersama Palestin.
Di kesempatan ini juga, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai situasi semasa di bumi Palestin sekarang. Mereka bermandikan darah, bedilan bom memecah keheningan dan hujan peluru menghantui warganya. Cubit paha kanan, paha kiri terasa jua. Itulah perumpamaan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan majoriti rakyat Malaysia malah masyarakat dunia juga, terhadap peperangan atau genocide…(dengan izin), Timbalan Yang di-Pertua yang berlaku di Palestin sekarang. Kezaliman, penindasan dan keganasan Israel terhadap Palestin. Ini adalah perbuatan keji yang mengorbankan nyawa yang kebanyakannya terdiri daripada wanita, kanak-kanak yang tidak berdosa.
Justeru itu, ayuh semua tidak kira kaum dan agama, kita bersolidariti bersama-sama Palestin membantah tindakan rejim Zionis yang kejam lagi zalim ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar rakyat Palestin mendapat keadilan dan dipelihara oleh Allah SWT. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan di atas segala usaha dan inisiatif yang prihatin dan cakna terhadap keluh kesah rakyat khususnya di Pulau Pinang. Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga sentiasa bekerja keras dalam merealisasikan agenda Malaysia Madani yang menjadi pemangkin kepada keharmonian masyarakat majmuk, pembangunan yang mampan dan tadbir urus yang baik. Sebelum saya menyentuh isi penggulungan ini secara khusus, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri yang menyentuh isu-isu di bawah tanggungjawab saya, khususnya mengenai Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar.
Yang Berhormat Timbalan Yang di- Pertua, peningkatan kos sara hidup merupakan isu yang sekian lama membelenggu rakyat dimana keadaan menjadi semakin parah selepas pasca pandemik COVID-19. Ditambah pula dengan pelarasan semula subsidi elektrik dan di samping kenaikan caj bekalan air terawat telah mempengaruhi kekuatan kewangan rakyat pada bulan-bulan mendatang. Tanpa prejudis, wujud keperluan mendesak bagi kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang untuk membantu rakyat menyerap beban kenaikan kos sara hidup hari ini dan masa akan datang. Dato’ Timbalan Yang di- Pertua, pelaksanaan Jualan Rahmah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia adalah langkah yang usaha jangka pendek untuk membantu rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup tinggi berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang melanda dunia. Sepanjang Januari sehingga 19 Mei 2024, Program Jualan Rahmah telah dijalankan sebanyak 366 kali melibatkan 13 buah kawasan Parlimen merangkumi 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Secara puratanya, Program Jualan Rahmah ini diadakan sebanyak 80 kali dalam tempoh sebulan. Disasarkan sebanyak 960 kali termasuk jualan secara terbuka mahupun secara bergerak merangkumi seluruh kawasan DUN di Negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2024.
Dato’ Timbalan Yang di- Pertua, sepertimana yang telah dimaklumkan semasa ucapan perasmian Sidang Dewan oleh Yang Terutama Tun, beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat di negeri melalui pelbagai kluster dengan mewujudkan kategori Rumah Mampu Milik (RMM), Projek Rintis Penyumberluaran (Outsourcing) Bekalan Ubat Susulan ke Farmasi dan Komuniti (Ubat@Komuniti), mempergiatkan Program Pertanian Bandar ataupun Kebun Komuniti, mewujudkan beras jenama tempatan dengan nama 'Beras Cap Feri' serta Program penajaan Pas Perjalanan Tanpa Had atau lebih dikenali Pas Mutiara. Ini semua adalah program mengurangkan kos hidup rakyat. Bukan itu sahaja, pihak Kerajaan Negeri juga telah terlibat dalam Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Diharapkan agar penyertaan langsung dari pihak Kerajaan Negeri ini akan membantu menangani masalah kos sara hidup khususnya rakyat di negeri Pulau Pinang dalam merangka inisiatif dan kaedah pelaksanaan yang bersifat quick wins sebagai strategi jangka pendek yang memberi manfaat dalam tempoh masa yang panjang melalui kumpulan kerja kluster makanan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, perumahan, utiliti dan pendapatan. Di samping itu, berkenaan isu kenaikan kos sara hidup perlu ditangani dengan mengambil pendekatan yang dasar pelbagai dimensi termasuk langkah-langkah untuk menangani cabaran pembandaran seperti perumahan, kesalinghubungan, peningkatan pendidikan, kesedaran kewangan, serta meningkatkan produktiviti dan pendapatan. Yang penting, usaha lebih gigih perlu ditumpukan kepada peningkatan tahap produktiviti rakyat di Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Yang di- Pertua, Kerajaan Negeri sedia maklum dan tidak menafikan terdapat peniaga yang mengambil kesempatan di atas peningkatan kadar cukai perkhidmatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang melampau di pasaran. Bagi menangani aktiviti mengambil untung yang tidak munasabah atau mencatut ini, pihak KPDNHEP telah menguatkuasakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan. Mana-mana peniaga yang mencatut dan dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(1) boleh dikenakan sehingga 500 ribu ataupun syarikat sehingga seratus ribu bagi individu atau dipenjara selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Justeru itu, pengawalan isu tersebut, pihak KPDN telah menjalankan pelbagai operasi untuk membuat pemeriksaan terhadap premis di setiap daerah. Operasi tersebut ialah operasi Ops Tiris, Ops Menu, Ops Manis, Ops Pantau, Ops Pasar dan Ops Catut dimana terdapat sejumlah 40 kes telah ditangkap oleh pihak KPDN sepanjang operasi dengan pecahan sembilan (9) kes di daerah SPS dan SPT, di SPU empat (4) kes, Timur Laut dan Barat Daya sebanyak 27 kes dan nilai kompaun yang telah dibayar oleh premis juga kini kesemuanya mencapai RM 7,200.00. Pihak KPDN juga Pulau Pinang juga terus melakukan pemantauan, penguatkuasaan di setiap premis bagi memastikan kesemua peniaga mematuhi peraturan ditetapkan selain menjamin keberadaan bekalan makanan dan keperluan. Para peniaga juga diingatkan supaya meletak tanda harga dengan jelas dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Jika pengguna mendapati bahawa terdapat kenaikan harga barangan, pengguna bolehlah membuat laporan dan menyalurkan aduan terus kepada pihak KPDN Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Yang di- Pertua, mengenai Pembangunan Keusahawanan. Program yang dijalankan bersama agensi usahawan bagi Tahun 2024. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan bagi memastikan manfaatkan yang menyeluruh dalam membangun usahawan sekaligus bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negeri berpaksikan visi Penang2030 di bawah Pencapaian Sasaran Inisiatif Strategik B4 iaitu Membina Ekosistem Yang Memupuk Industri Kreatif Dan Perkhidmatan Perniagaan Khusus.
Dari Januari 2024 hingga Mei 2024, jumlah program keusahawanan yang telah dijalankan bersama agensi MMK Pembangunan Keusahawanan adalah sebanyak 230 program. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Mara Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), PDC, PHI, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan pelbagai agensi yang memberi manfaat kepada 1,162 orang usahawan. Perincian bagi program ini adalah seperti berikut. Banyak sangat kot kalau saya nak baca ni. PDC, dua (2) program, 90 usahawan, Penang Halal, dua (2) program, 98, Pejabat MARA, 36 program, 450 orang menerima peruntukan 539,000 ribu ringgit. Disamping itu juga tuan-tuan, PERDA, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang juga terdapat enam (6) program yang melibatkan 129 usahawan. Geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar, RM 10,000 per syarikat bagi pembelian mesin dan sebagainya. Mengambil kesempatan ini, saya juga suka untuk menguar-uarkan mengenai SKIM PINJAMAN HARAPAN yakni di bawah PDC, Kerajaan Negeri iaitu program kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan PDC dalam menawarkan pinjaman perniagaan sebagai modal tambahan kepada usahawan mikro di sekitar Pulau Pinang. Sehingga 24 Mei 2024, seramai 4,204 usahawan mikro Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada SPH ini dengan nilai pinjaman berjumlah RM 29 juta ringgit. Dengan kadar kutipan SPH pada ketika ini 91 peratus. Baki dana setakat ini adalah 5.52 peratus. Bermakna Kerajaan Negeri memang menyokong penuh dengan memberi pinjaman kepada semua usahawan-usahawan yang berkelayakan. Program usahawan ditaja Kerajaan Negeri 2024.
Untuk makluman semua, Yang Berhormat, bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri bersama usahawan-usahawan Negeri Pulau Pinang telah menyertai beberapa program di luar negeri. Teringat apa sebab Seberang Jaya cakap apa kalau pergi luar negara satgi, habis duit banyak. Jadi kita pusing dalam negeri. Kita sahut seruan buat dalam negeri, duit tak habis banyak, YB Seberang Jaya. Yang terbaru, kita terlibatkan dalam Showcase Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Utara yang diadakan pada 24-26 Mei 2024 di Ipoh, Perak. Penyertaan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa bersedia untuk bekerjasama bukan sahaja dengan agensi, malahan dengan negeri-negeri lain juga dalam usaha memperkukuhkan pembangunan usahawanan. Makna kita bawa usahawan-usahawan kita di sini, ke negeri-negeri yang luar. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga amat prihatin dan mengambil berat terhadap keperluan peniaga-peniaga selari dengan sasaran Visi Penang2030 iaitu Penyediaan Infrastruktur dan Fasiliti Lengkap yang merancakkan pembangunan usahawan dengan sasaran 200 ruang perniagaan disediakan oleh Kerajaan Negeri menjelang 2030. Walaupun sasaran yang diletakkan hanyalah 200 unit, tapi Kerajaan Negeri pada hari ini telah berjaya menyediakan 335 unit di bawah seliaan PDC yang merangkumi kawasan
di daerah Seberang Perai Tengah, Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Selatan. Ini tidak termasuk lagi dengan gerai-gerai yang disediakan oleh pihak PBT. Bermakna kepada segi target untuk 2030 ni, memang kita dah capai, penyediaan infrastruktur daripada Kerajaan Negeri. Itu belum juga termasuk daripada gerai-gerai yang disediakan oleh pihak Kerajaan Pusat, daripada PERDA, MIDEC dan sebagainya. Dan InsyaAllah kalau ikut dari segi hakikatnya, sokongan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk usaha ni memang cukup banyak, YB Seberang Jaya.
Cadangan kedai konsep kontena oleh, saya nak pergi kepada soalan-soalan oleh YB ADUN, Batu Uban. Sehubungan dengan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang diutarakan oleh YB Batu Uban berkenaan cadangan untuk mempertimbangkan kedai berkonsep kontena kepada penjaja di Batu Uban yang tidak mempunyai lesen yang tetap. Cadangan tersebut InsyaAllah kita boleh pertimbangkan kerana Batu Uban ni terlibat dengan Kawasan Perbandaran PBT. Kawasan kita, abang PBT kita tak ada. Jadi kita akan ambil kerjasama dengan PBT untuk memudahkan, dan usaha untuk membina kawasan usahawan walaupun melibatkan usahawan, kita memerlukan perancangan yang tidak menyalahi undang-undang. Kita ingat apa YB Batu Uban boleh sama dengan saya, kita bincang konsep yang sesuai untuk kawasan tersebut. Boleh na tera tu? Ok terima kasih Batu Uban. Program, rancangan program usahawan. Seperti kita sedia maklum, program daripada usahawan Pulau Pinang kita akan berjalan seluruh kawasan. Saya menyahut cabaran daripada kawan-kawan yang menyatakan bahawa menjimatkan perbelanjaan, di pada masa yang sama, kita pihak EXCO juga kena potong bajet. Jadi program yang kita bentukkan lebih kepada program dalaman. Membawa pusing kawasan-kawasan, daerah daripada daerah. Kita akan mula menjelajah start bulan tujuh (7) kita akan mula jelajah daripada lima (5) daerah dan di sanalah kita akan membentuk, kita akan membawa usahawan-usahawan kita dan membentuk karnival usahawan untuk memperkenalkan usahawan-usahawan tempatan.
Dan saya memohon kepada rakan-rakan, semua YB kawasan agar terlibat dan membawa usahawan-usahawan kepada program-program yang akan kita adakan dan kita akan maklum. Cuma kita akan mencari tempat yang sesuai. Dan hari ini, saya melihat beberapa tempat yang patut kita bangun bersama, sama ada Pendidikan membenarkan atau tidak. Kita ada Dewan Orang Ramai, kita ada Dewan Pendidikan. Tapi kalau dengan bajet kita yang ada, kalau kita nak buat di kawasan yang hotel dan sebagainya, saya hanya mampu untuk buat sekali ja. Kemudian bajet akan jadi habis, jadi kita ambil peluang dan kesempatan hari ini kita akan pusing ke daerah, kita akan gunakan dewan, dan sekolah-sekolah yang ada, mungkin kita buat kerjasama dengan sekolah dalam usaha membentuk dan membina usahawan muda. Inilah, konsep yang kita bawa, kita akan bergabung dengan Jabatan-jabatan Pusat Bersama Negeri untuk program-programkolaborasi bersama. Mungkin pada masa yang sama, kita perlu sokongan dari pihak-pihak jabatan, sekolah dan sebagainya untuk memudahkan dan menjimatkan perbelanjaan. Jadi, bila jimat kita boleh buat banyak tempat. Tuan-tuan, dalam usaha untuk membina usahawan bukanlah boleh sekaligus. Kalau kita tengok konsep untuk membuat program di hotel dan sebagainya, kita akan terhad. Dan hari ini konsep saya bawa, insyaAllah kita akan pusing. YB-YB boleh tengok, dan boleh bagi pandangan, boleh bagi tempat tapi yang penting mesti ada tempat parking, mudah orang mai sat lagi
jadi macam YB mana yang entah bangkit, soalan meniaga tak ada orang. Ini pengalaman bila kita nak buat karnival usahawan mestilah perlu kawasan yang mudah orang datang, orang ramai dan untuk memajukan kerana usahawan yang akan dapat untung.
Minta.
Sila. Silakan.
Soalan tambahan YB Sungai Acheh. River Cruise di Pengkalan Machang tu selama ni dah hampir tiga, empat tahun beroperasi. Berapa ramaikah pengunjung yang telah menaik bot cruise tu dan berapakah kos perbelanjaan yang telah pihak PERDA keluarkan. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Telok Ayer Tawar. River Cruise tu kalau saya di bawah kelolaan PERDA, betul? Saya baru dimaklumkan, dan kita juga membuat beberapa kali lawatan. Tapi, saya belum dapat saya tak ambillah maklumat sampai berapa orang yang naik, berapa belanja. Jadi, kalau saya tanya benda yang lama ni tak patut sangat kot. Jadi kita cuma fikir, rancang untuk apa benda baru untuk apa yang kita boleh nampak. Dan kalau ada YB ada pandangan baru, saya tau tempat tu dah kita belanja berjuta. Daripada maklumat saya dapat, perbelanjaan dah berjuta. Tapi, dia jadi kurang menarik pasal tak dia tak ramai sangat. Kita pikiaq macam mana, dan insyaAllah mungkin.
Kurang promosi. Bukan kurang. Tapi, kalau kita tengok di Melaka bukan ada beza apa pun. Naik susur sungai tak besar mana. Kalau nak ikut Sungai Pengkalan Machang tu lebih besar pada Sungai Melaka tu. Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya memerlukan. Sebenarnya saya memerlukan keprihatinan semua pemimpin-pemimpin yang ada, termasuklah sahabat-sahabat saya di sebelah sana kalau adalah kawasan-kawasan yang menarik kita perlu berbincang perancangan yang perlu kita buat disana. Dan in shaa Allah, jemput saya mai. Kita boleh tengok pasal, kita dah belanja berjuta daripada makluman saya dapat dah belanja berjuta dan kita akan
membantu dari segi promosi. Mungkin kita boleh buat Pekan Hari ka macam mana ka. In shaa Allah. Seterusnya saya nak pergi ke…(ganguan).
Night market kan?
Ya terpulang. Nanti kita duduk dalam perbincangan kita, kita ke arah ke arah disitu insyaAllah. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga menjawab isu yang dibangkitkan oleh Dewan untuk ADUN Seberang Jaya berkenaan ADUN, berkenaan kadar sewa premis usahawan di bawah PERDA yang meningkat secara mengejut dan mendadak. Seperti tadi, saya jumpa dah ADUN Seberang Jaya. Saya maklum saya memang terlibat dalam orang yang menaikkan harga sewa. Tapi bukanlah saya memang menzalim nah. Disebabkan ini adalah disebabkan tiada kenaikan selama 20 tahun. Dan, kenaikan daripada apa yang kami bincang pun tak la sampai tinggi sangat. Tuan-tuan, banyak sebab yang kita naik. Pertama sekali perbelanjaan dah tinggi untuk maintenance. Kadang-kadang saya tengok sewa, sewa ni sampai tahap kalau ambil duit sewa sebulan tu nak pi repair singki pun tak boleh. Tak lepas. Betul Seberang Jaya? Jadi kenaikan itu ada.
Jadi, insyaAllah kepada mereka yang berasa tertekan dengan kenaikan sewa, boleh buat surat permohonan dan maklum pasal apa nak minta kurang. Kerana dia macam ni. Hidup kita senang, simple. Kalau dah ada, kita bantu. Bagi yang mampu untuk bayar zakat, depa dah usaha boleh bayar cukai pendapatan, bermakna dia mampu untuk bayar. Kecuali yang tak boleh layak untuk bayar zakat pun tak boleh, bermakna kita bantu. Boleh tara tu? Ya. Silakan.
Terima kasih Sungai Acheh. Saya faham dari segi apa yang Sungai Acheh sebutkan, memang kenaikan tidak dapat dielakkan. Cumanya, seperti yang saya sebutkan semalam biarlah kenaikan itu dilakukan secara berfasa. Sikit demi sikit, kerana kenaikan sebanyak RM700.00 mengikut kategori-kategori kedai sebanyak ada yang hampir RM1,100.00, 70% kenaikan. Itu tidak munasabah buat usahawan-usahawan. Tambah dalam pada masa ini, usahawan taklah semuanya boleh bernafas ataupun berniaga dengan selesa. Dan kalau mengikut surat ini, ada usahawan yang terima yang perlu membayar termasuk dengan deposit. Deposit kadar sewaan baru pada bulan Jun, terima dua minggu. Bulan Jun dah nak kena start sewa baru, jadi deposit baru tambah dengan kadar sewa baru dia jadi berbelas ribu jadinya. Jadi, diharap dapat dipertimbangkan semula supaya dapat memberi keselesaan sikit kepada usahawan-usahawan khususnya usahawan Melayu, Bumiputera kita. Terima kasih Sungai Acheh.
Terima kasih Seberang Jaya, InsyaAllah. Saya rasa, saya dah bincang dengan YB Seberang Jaya tentang apa kenaikan tu kita boleh bincang, dan buat surat yang menunjukkan. Dan saya akan membantu, saya bukan hari-hari ada di situ. Tapi, saya akan bantu sebaik mungkin, semampu mungkin kita akan bantu. In shaa Allah. Saya tak mau bukan kerajaan ni, tujuan kerajaan baik Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat mana-mana jabatan bukan untuk menindaskan rakyat. Tapi adalah untuk membantu sebagai pemangkin untuk rakyat atau usahawan untuk lebih maju ke depan. Jangan ‘jegey’ saya teruk sangat, Telok Ayer Tawar.
Okey, seterusnya apa saya rasa tak banyak benda yang disentuh tentang usahawan ni. Sebenarnya bila kenaikan ni ada banyak benda yang kita bincangkan tuan-tuan. Mungkin dan ini saya rasa, satu kita tengok kadang-kadang kita kena terima hakikat hari ini bahawa premis, bengkel, gerai-gerai yang kerajaan bagi kita tak mampu untuk menambah. Kalau zaman dulu, kita boleh tambah kedai, tambah gerai. Kerana hari ini di Pulau Pinang, gerai terhad, bengkel terhad yang disediakan oleh kerajaan. Bermakna bila golongan tu dah boleh maju, dah maju kita bagi untuk generasi yang baru. Inilah satu punca yang kita, yang kita kenaikan harga mungkin untuk orang baru kita akan turun tengok di mana yang perlu. Kerana banyak juga golongan saya tengok, hari ini kita pi tengok dah pakai Alphard, pakai Mercedes dan sebagainya. Tapi, masih duduk di gerai Kerajaan. Dengan apa nilai sewa yang rendah, sedangkan generasi baru yang keluar daripada pusat latihan yang ingin berniaga, mereka dah tak dak tapak. Dan pada masa yang sama juga, kita tak dak gerai yang baru. Jadi ini salah satu sebab jangan, jangan kita memikirkan generasi yang yang muda yang untuk apa memberi peluang kepada mereka untuk memberi apa tapak untuk mula berniaga. Begitu jugalah, saya kata hari ini saya selalu dok bercakap kadang-kadang kita di Kerajaan Negeri ditipu oleh rakyat. Bila dia dah naik, dia dok habaq dia susah. Kalau tanya, bila masa susah. Tapi, sebenarnya hakikatnya dia senang. Tapi, tak semua juga kita tau yang berjaya. Tapi, kita akan bantu in shaa Allah. Okay, boleh faham nah. Telok Ayer Tawar okay?
Okey.
Okey, baik. Terima kasih. Seterusnya tuan-tuan saya terus ke MMK Luar Bandar. Seperti yang kita sedia maklum, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang kecil yang banyak memfokus kepada industri. Namun begitu, pembangunan luar bandar di Pulau Pinang bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang enteng. Justeru ini, saya amat komited dalam pembangunan kawasan luar bandar di Pulau Pinang melalui pelbagai agensi Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan. Antara inisiatif yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bagi memantapkan lagi pembangunan luar bandar di negeri ini adalah melalui “Projek Bina Baru dan Membaiki Rumah serta
Bantuan Alatan” kepada peniaga-peniaga kecil. Program ini diselaraskan melalui kelima-lima Pejabat Daerah di Pulau Pinang. Bagi tahun 2023 sehingga kini, bilangan penerima bagi Program Bina Baru dan Baiki Rumah adalah seramai 63 penerima. Manakala, bilangan penerima bagi bantuan alatan adalah seramai 83 orang.
Saya mengambil maklum dan menyambut baik cadangan daripada ADUN Pulau Tikus, berkenaan cadangan untuk mewujudkan Unit Penggerak Khas yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan kerangka perancangan untuk jadikan usaha-usahawanan bagi menjana hasil kepada Kerajaan Negeri. Cadangan ini akan dipertimbangkan melalui penyelarasan semula struktur dan agensi sedia ada melalui Ahli MMK Pembangunan Usahawanan. Peruntukan Pembangunan KKDW bagi Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah memperuntukkan RM3.5 juta pada tahun 2024 bagi pelaksanaan projek khusus di negeri Pulau Pinang. Pecahan peruntukan ini adalah seperti berikut, Jalan Perhubungan Desa sebanyak satu juta, Program Ameniti Sosial sebanyak dua juta dan Jalan Ladang sebanyak lima ratus ribu. Timbalan Yang di-Pertua. Selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar yang menjadi asas dan tunjang kepada segala inisiatif KKDW, terdapat dua daripada 10 teras utama yang berkait rapat dengan portfolio pembangunan usahawan saya. Dan suka untuk saya perincikan di sini. Antaranya ialah teras ekonomi berdaya saing dan mampan serta keusahawanan pemacu pembangunan ekonomi. Memetik nukilan seorang tokoh nusantara, Hamka pernah berkata ‘Tegakkan cita-cita terlebih dahulu sebelum berusaha’ dan ‘orang berakal hidup itu masyarakatnya, bukan untuk dianiaya’. Oleh yang demikian, antara visi utama saya dalam membangun usahawan di luar bandar ini adalah untuk membuat penyelarasan bersama agensi-agensi negeri dan persekutuan dalam memajukan bidang keusahawanan khususnya di luar bandar.
Justeru itu, saya acapkali mengadakan program-program bersama KEMAS, MARA, PERDA dan RISDA yang merupakan agensi di bawah seliaan KKDW. Agensi-agensi ini juga mempunyai bilangan usahawan di luar bandar yang signifikan untuk dibangunkan. Program SejaTi MADANI. Dikesempatan ini juga, saya ingin menguar-uarkan berkenaan Program Sejati MADANI yang merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023. Peruntukan ini sebanyak RM1 bilion telah disediakan dan di ICU JPM telah diberi tanggungjawab untuk menyelia dan menyelaras program-program ini. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah, untuk memperkasakan aktiviti ekonomi komuniti dan membuka peluang pekerjaan baharu serta peluang peningkatan pendapatan setempat. Dengan pertimbangan pemberian sejumlah geran RM50,000.00 hingga RM100,000.00 bagi setiap komuniti. Permohonan ini boleh dibuat di mana-mana wakil yang terdiri daripada kalangan Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan permohonan dibuat secara atas talian melalui Sistem SejaTiMADANI. Mohon setiap Ahli Dewan untuk membuat hebahan dan memberi sokongan, kepada penyertaan pihak MPKK dalam meningkatkan pendapatan komuniti kerana difahamkan bahawa masih belum ada penyertaan dari komuniti Pulau Pinang.
Bukan setakat MPKK ja yang sedia maklum, apa persatuan penduduk juga mampu untuk membuat. Jadi saya harap ada sokongan, dorongan daripada YB-YB yang kita boleh membantu masyarakat dalam usaha menambah penempatan untuk usahawan dalam bentuk komuniti.
YB, boleh? Dato’ Speaker. Boleh? SejaTi MADANI, berkenaan SejaTi MADANI. Cuma, proses dia untuk permohonan tu sangat, sangat merumitkan. YB, dia ada kertas kerja yang sangat panjang yang perlu dilakukan oleh pemohon. Kalau boleh kita mintalah untuk simplekan permohonan ini supaya lebih ramai minat untuk mohon program ni.
Yang Berhormat Sungai Acheh. Satu soalan. Program ni memang bagus, kita tengok pasal dia bagi geran tanpa bayaran balik. Tetapi, apa yang cakap Tanjong Bunga tu adalah satu fakta.
Kebun Bunga. Kebun Bunga.
Kebun Bunga.
Belum lagi. Tak sampai lagi Tanjong Bunga.
Tu fakta yang remeh tetapi, kita tengok pula dari segi yang boleh memohon tu. Saya cadangkan untuk Sungai Acheh bawa ke tengahkan. Makna NGO pun layak memohon untuk Program Geran MADANI ini. Sekian, terima kasih.
Okey, terima kasih daripada Kebun Bunga dan Telok Ayer Tawar. Saya rasa sambutan okay. Dan Insyaallah, saya akan jumpa dengan ICU kita akan bincang macam mana untuk memudahkan program ini. Tapi sekadar yang saya dapat maklumat tadi, kalau bulan lepas saya dapat baru lima, lima persatuan yang masuk dalam kategori.Tadi ni saya dimaklumkan tak ada lagi. Jadi saya memang betullah apa Kebun Bunga cakap. Saya pun tak jumpa lagi dengan Lembaga-lembaga Pengarah yang terlantik dan in shaa Allah kita akan ada perbincangan untuk memudahkan.
Saya rasa kita kena ambil tahun ini untuk membangunkan komuniti-komuniti yang ada. Jadi seterusnya saya nak ke..seperti yang saya sedia maklum, program-program yang kita bawa untuk tahun ini lebih kepada meringankan perbelanjaan kerana peruntukan-peruntukan yang telah terhad dan saya tidak menjadikan itu satu alasan bila peruntukan dipotong dan saya tidak boleh untuk melakukan tugas sebagai apa…Ahli Majlis Usahawan dan Insya-Allah kita ada sokongan daripada persekutuan, jabatan-jabatan persekutuan yang boleh kita kolaborasi bersama, banyak program-program usahawan yang kita akan teruskan. Inilah peranan MMK Kerajaan Negeri untuk menjadi pemangkin kerana kita sebagai pemangkin kepada jabatan-jabatan untuk bergerak bersama sebagai Kerajaan Perpaduan tidak kira Agensi Negeri atau pun Agensi Persekutuan. Justeru, program-program yang dilaksanakan tidak akan terhenti, dalam tidak akan terhenti dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.
Kerajaan Negeri akan mengambil pendekatan dengan melaksanakan program bersama, di mana program-program ini akan disatukan sekali gus menjimatkan perbelanjaan dan memastikan lebih ramai menerima manafaat daripada program ini. Dan akhir, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Undang-Undang yang banyak membantu dan menjayakan dasar Kerajaan Negeri. Tidak lupa juga kepada Ketua Menteri, dan semua kawan-kawan EXCO, YB-YB yang membantu dalam memberikan pandangan, pendapat untuk kerjasama. Dan termasuk juga kepada semua ketua-ketua jabatan yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam saya menggalas amanah selaku pengerusi MMK Perdagangan Pembangunan Dan Usahawan Luar Bandar. Di sini juga suka saya tegaskan amalan keterbukaan saya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mungkin mempunyai sebarang cadangan kerjasama tidak kira dalam bentuk penyertaan, penganjuran, penglibatan program dan lain-lain yang berkaitan portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Umpama kata pepatah, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pengundi dan penduduk Sungai Acheh kerana sentiasa menyokong segala usaha dan inisiatif saya sepanjang saya menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan terima kasih juga kepada Pejabat Daerah SPS, JKR SPS, IADA dan Pertanian yang menyelesaikan masalah pasal pertanian di kawasan Sungai Acheh. Khususnya kawasan Sungai Acheh ini adalah 60 peratus kawasannya melibatkan kawasan pertanian dan 40 peratus melibatkan nelayan dan sebahagiannya (gangguan) sebahagiannya adalah melibatkan yang bekerja di dalam industri. Dan inilah bila ada kerjasama daripada JPS, JKR, IADA, selesai masalah saya, boleh saya tumpu di Pejabat EXCO. Terima kasih semua. Saya mohon menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah, Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.
Terima kasih kepada Sungai Acheh dan seterusnya saya persilakan Sungai Pinang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat…(gangguan).
Wakil wanita…
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, puan-puan dan tuan-tuan yang saya hormati sekalian. Selamat petang dan Salam Harapan dan Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Yang Terutama di atas ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke 15. Sebelum saya memulakan ucapan, izinkan saya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Nor Zamri bin Latiff, bekas ADUN Sungai Bakap, yang telah meninggal dunia pada 24 Mei 2024. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato Yang Dipertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berucap pada hari ini mengenai isu yang menyentuh portfolio saya iaitu Pembangunan Sosial, Kebajikan, dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Dato' Yang di-Pertua, Portfolio ini bukan sahaja satu portfolio yang besar tetapi ia juga merupakan tanggungjawab yang besar. Ia merangkumi pelbagai kategori komuniti, antara lelaki dan wanita, dari yang muda hingga yang tua, dari kelahiran hingga kematian. Secara langsung, ia berkaitan dengan kesejahteraan komuniti. Portfolio ini meliputi aspek-aspek berikut. Mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti hidup melalui program-program kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Memberikan bantuan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan agar kebajikan masyarakat sentiasa terjaga. Mengurus dan memperkasa komuniti bukan Islam dengan menganjurkan pelbagai program untuk memupuk semangat nilai harmoni, saling menghormati, dan muhibbah. Portfolio ini meneliti hasil yang tidak boleh diukur tetapi ia merupakan aspek penting bagi kelestarian negeri Pulau Pinang. Oleh itu, saya telah memulakan sebuah inisiatif payung yang bertemakan sebagai “Manfaat Rakyat” sebagai panduan bagi semua program dan inisiatif yang akan dijalankan di bawah portfolio saya. Tema ini merupakan sebuah pendekatan tindakan ke atas dasar, program, dan inisiatif yang memberikan pulangan semula terhadap kesejahteraan sosial, ekonomi, kesedaran dan infrastruktur, untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Dengan pendekatan Manfaat Rakyat, kita berusaha untuk memastikan setiap dasar dan inisiatif yang dilaksanakan memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat. Sekadar perkongsian buat Ahli-ahli Dewan semua, terdapat beberapa inisiatif yang telah saya ambil sebagai usaha untuk membawa tema Manfaat Rakyat untuk golongan komuniti. Antaranya adalah dengan penganjuran: Taklimat Manfaat Rakyat yang diadakan untuk berkongsi
tentang inisiatif dan bantuan yang dijalankan oleh pejabat saya dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan agensi-agensi yang berkaitan dengan portfolio saya, seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), HARMONICO dan Unit Kewarganegaraan. ADUN Pembangkang juga dijemput dan turut menghadiri taklimat tersebut. Kami juga menjalankan Jelajah Manfaat Rakyat - Program ini dijalankan untuk membawa bakul makanan kepada keluarga berpendapatan rendah semasa perayaan berdasarkan senarai nama penerima BAES. Semasa Hari Raya Puasa, kami telah melawat beberapa keluarga di semua daerah untuk mendengar masalah mereka dan berusaha membantu menyelesaikan cabaran yang mereka hadapi. Melihat sendiri keadaan keluarga-keluarga ini benar-benar membuka mata saya, dan saya berharap dapat melakukan lebih banyak untuk mereka. Salah satu keluarga yang kami bantu memerlukan pembaikan rumah di atas tanah wakaf di Kampung Makam. Saya menerima berita baik semalam bahawa perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Aset MAINPP untuk mendapat kelulusan sewaan tapak.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Timbalan Ketua Menteri 1 selaku Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dapat memberi pertimbangan sebagai pemegang amanah Tanah Wakaf, mendaftarkan keluarga tersebut sebagai penyewa tapak baru di tanah wakaf Kampung Makam. Dan pihak saya juga merancang untuk menganjurkan sebuah Karnival Manfaat Rakyat untuk mengumpulkan semua inisiatif oleh Kerajaan Negeri di bawah satu bumbung dan supaya ia dapat disampaikan kepada masyarakat setempat. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan mempunyai pelbagai inisiatif dan program yang akan membawa manfaat kepada rakyat dari segi pendapatan, peluang pekerjaan, bantuan bulanan, serta pelbagai skim. Namun, rakyat di kawasan luar bandar atau pedalaman menghadapi cabaran untuk mendapat akses kepada semua skim ini. Oleh itu, di bawah Program Karnival Manfaat Rakyat, saya ingin membawa payung Manfaat Rakyat ini kepada mereka, mewar-warkan program ini kepada mereka, dan memastikan golongan sasaran menerima manfaat daripada skim yang mereka layak. Ini memerlukan usaha bersama bukan daripada kerajaan sahaja, malah daripada Agensi-Agensi Persekutuan, Tempatan, NGO-NGO, pihak-pihak swasta dan komuniti setempat.
Seperti yang telah diucapkan oleh Tuan Yang Terutama dalam ucapannya, negeri kini sedang menghadapi defisit dan pendapatan negeri hanya berjumlah RM500 juta. Kos untuk menampung program i-Sejahtera kini telah mencecah RM50juta. Ini bermakna 10% daripada hasil pendapatan tahunan kita digunakan dan dikembalikan kepada rakyat. 10 % tu dibiayai untuk program I-Sejahtera. Jadi pada tahun-tahun mendatang, jumlah ini dijangka akan terus meningkat. So, Izinkan saya berkongsi sedikit sejarah mengenai program ini. Program ini diperkenalkan pada tahun 2010 sebagai tanda penghargaan apabila pihak Kerajaan Negeri mempunyai lebihan keuntungan dan memutuskan untuk berkongsi dengan rakyat, tanpa mengira status kewangan, asalkan mereka adalah rakyat Pulau Pinang. Namun, Kerajaan Negeri sedar bahawa, sejak program ini diperkenalkan sehingga kini, jumlah peruntukan bagi bantuan kepada rakyat terus meningkat saban tahun. Memandangkan peruntukan kewangan negeri yang agak kritikal, terdapat keperluan untuk kita mengkaji semula program ini. Justeru itu, saya amat menghargai
cadangan Yang Berhormat Seri Delima untuk menumpukan pembayaran kepada golongan tersasar yang memerlukan. Selaku EXCO yang turut melihat kepada isu kebajikan rakyat, Bengkel Pengemaskinian Garis Panduan i-Sejahtera telah diadakan pada 29 hingga 30 April 2024 tahun ini. Salah satu tujuan utama pengemaskinian garis panduan ini adalah untuk melihat syarat-syarat bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Dengan ini, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan bernas ADUN untuk menggunakan dana ini dengan cara yang berhemah, serta dapat meringankan beban kewangan negeri tanpa menjejaskan bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan saya. Kerjasama dengan sektor swasta, kerjasama bersama Rakan Strategik adalah penting sekarang kerana bukan sahaja kita memerlukan dana untuk mengekalkan program-program yang sedia ada. Tetapi juga untuk melibatkan komuniti secara menyeluruh dalam pendekatan yang lebih holistik untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi. Dengan sumber yang dikumpulkan, kita dapat melakukan dengan lebih efisien dan efektif. Sebagai contoh, Yayasan PETRONAS telah menyediakan bakul makanan, manakala Jambatan Kedua Sdn Bhd dan JKP Sdn. Bhd. telah menyumbang pakaian persiapan raya. Selain itu, Smith and Nephew Penang, Telekom Malaysia Sdn. Bhd., serta Pertubuhan Kebajikan dan Upacara Kebumian Barat Daya juga telah menyumbangkan bakul makanan. Tidak lupa juga kepada Pertubuhan Buddhist Tzu Chi dan Zakat Pulau Pinang yang turut banyak membantu dari segi pemberian sumbangan. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi bekerjasama dalam hal kebajikan rakyat. Unit Mutiara Food Bank, yang merupakan kesinambungan program kebajikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, juga telah mengembangkan sayapnya melalui kerjasama dengan sektor swasta dan organisasi bukan untung seperti Food Aid Foundation, Motorola Solution, Stonyhurst International School, LOTUS, Pasar Borang Pulau Mutiara dan Hard Rock Hotel. Unit ini memupuk budaya tidak membazirkan makanan dan berkongsi rezeki dengan menyelamatkan makanan lebihan melalui pengumpulan daripada pasar raya, premis hotel, restoran, dan sebagainya. Makanan ini kemudiannya diagihkan kepada golongan sasaran yang telah dikenalpasti, termasuk rumah kebajikan, pusat pemulihan, pusat bantuan makanan dan badan bukan kerajaan (NGO).
Untuk tahun 2024, antara inisiatif baharu yang sedang dilaksanakan adalah satu, gerobok rezeki yang telah diperkenalkan semasa Ramadan yang lalu dengan meletakkan gerobok di Gurney Plaza bagi menggalakkan pengunjung berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Gerobok ini akan diteruskan di seluruh daerah Pulau Pinang. Program Infak RM1 yang merupakan kolaborasi dengan Badan Bukan Kerajaan bagi kutipan dan pengumpulan dana yang akan digunakan untuk penyediaan makanan secara retort. Kaedah ini memastikan makanan mempunyai shelf-life lama dan boleh disimpan sebagai tabung makanan Kerajaan Negeri untuk diedarkan mengikut keperluan dan permintaan dari masa ke semasa dan Penang World Hunger Day yang dilancarkan pada 28 Mei 2024, dengan kerjasama Green Heroes dan Care Meals bertujuan untuk memberi kesedaran dan mengambil inisiatif untuk mengurangkan kelaparan di kalangan masyarakat. Inisiatif ini menyediakan makanan panas untuk diedarkan kepada keluarga B40 melalui kerjasama dengan syarikat swasta di bawah projek tanggungjawab sosial
korporat (CSR). Kerjasama dengan pelbagai organisasi ini memberi potensi kepada kita untuk menggabungkan sumber-sumber yang ada dan memperluaskan jaringan kita kepada golongan sasaran yang memerlukan. Memandangkan, kita masih membicarakan mengenai bantuan kewangan, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri kepada isu miskin tegar. Perdana Menteri Malaysia, dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang pada 5 haribulan April yang lepas, telah mengumumkan kepada media dengan mensasarkan sifar miskin tegar untuk Negeri Pulau Pinang menjelang 1 Jun. Kerajaan telah mengeluarkan sejumlah 4949 miskin tegar pada April tahun ini. Namun, banyak pihak yang masih keliru berkaitan istilah menoktahkan kemiskinan. Di kesempatan ini, saya ingin menjelaskan bahawa jumlah 4949 miskin tegar tersebut merupakan data yang dikuncikan oleh pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) pada 31 Januari tahun lalu sahaja. Data tersebut dikunci masuk locked-in untuk membolehkan pihak ICU mengenal pasti isu setiap Ketua Isi Rumah dan mencari penyelesaian melalui bantuan yang boleh diberikan oleh lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan.
Namun, kita harus sedar bahawa, sasaran Kemiskinan Tegar Sifar zero hardcore poverty adalah amat mencabar kerana ianya bergantung kepada keadaan ekonomi yang sukar diramal dan kejadian yang mungkin menimpa masyarakat seperti kematian, isu kesihatan, kemalangan, bencana, kehilangan pekerjaan dan lain-lain kejadian yang tidak boleh dijangka. Keadaan luar jangka ini menyebabkan data miskin tegar terus dikemaskinikan dalam sistem e-Kasih kerana proses verifikasi bancian dan proses pemutihan data sentiasa dilaksanakan. Jadi kesukaran untuk melaksanakan pemutihan data serta ketidakseragaman pangkalan data turut berlaku.
Yang Berhormat Sungai Pinang boleh mencelah tak. Sewaktu saya menghadiri taklimat kes pada satu taklimat dan dialog bersama PERKESO digunakan iaitu lah mudah miskin. Mudah miskin ni lepas daripada 25 haribulan, bayar bayar bayar dapat gaji bayar bayar bayar bayar bayar, jatuh miskin. Adakah ini juga di beri perhatian oleh apa nama kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih pada Sungai Dua. Ya memang bukan sahaja miskin tegar yang kita memberi tumpuan yang mudah miskin kan yang kamu maksudkan. Semua adalah dalam kumpulan sasaran kita juga. Jadi Kerajaan Negeri perlu menangani isu ini memandangkan pelbagai jenis bantuan disalurkan melalui pelbagai agensi kepada rakyat Pulau Pinang. Oleh itu, kami percaya bahawa pangkalan data perlu dikemaskini, Ini akan menjadi suatu tindakan proaktif yang akan saya ambil bagi memastikan pewujudan pangkalan data berpusat bagi menyelaras semakan kelayakan dan rekod penerima bantuan dapat direalisasikan dengan kadar segera. Saya juga ingin memetik kenyataan daripada Menteri Ekonomi, iaitu YB Rafizi Ramli yang menjelaskan bahawa kira-kira 25 hingga 30% golongan miskin tegar menolak tawaran menyertai Program Basmi Kemiskinan yang dikendalikan oleh kerajaan. Beliau dalam kenyataannya turut
menegaskan bahawa golongan ini lebih berminat untuk terus menerima bantuan tunai dan kurang berminat terhadap program menjana pendapatan yang dapat membantu kelangsungan hidup bagi jangka masa panjang. Jadi, kita sedar bahawa bantuan tunai ini hanya bersifat bantuan sementara. Izinkan saya tegaskan bahawa we need to do our best to not just give them fish, but to teach them how to fish..(dengan izin), supaya mereka boleh (gangguan) supaya mereka boleh berdikari dan usaha kita lebih mampan.
Pusat Transit Gelandangan. Saya ingin sentuh. Seperti yang saya katakan awal tadi, kita harus memastikan golongan rentan ini boleh berdikari sendiri. Oleh itu, di Pusat Transit Gelandangan, kita melaksanakan pelbagai inisiatif melalui kolaborasi dengan rakan-rakan strategik untuk menganjurkan program dan kemahiran untuk penghuni di sana. Sebagai contoh, kita ada program cuci motor yang memberi peluang kepada penghuni untuk menjana pendapatan. Selain itu, kita juga melaksanakan program job-matching bersama syarikat-syarikat swasta untuk memberi peluang pekerjaan kepada penghuni. Jadi seramai 75 penghuni telah mendapat pekerjaan sebagai pembantu pasaraya, pengawal keselamatan, pekerja am, tukang masak dan sebagainya. Jadi, inilah yang saya maksudkan, jika kita membiarkan penghuni duduk di Pusat Transit Gelandangan tanpa melakukan apa-apa, mereka akan terus bergantung kepada Kerajaan sepenuhnya. Oleh itu, apabila kita memberi mereka pekerjaan, mereka boleh berdikari. Ini secara tidak langsung membangunkan insan ini dan membawa mereka kembali ke komuniti. Selaku EXCO bagi portfolio MMK Pembangunan Sosial, saya ingin memberi pencerahan sekali lagi bahawa pembangunan sosial ini adalah untuk membangunkan seseorang insan. Jika kita melihat sesuatu masalah dan ingin mengaitkannya dengan pembangunan sosial, kita perlu menilai terlebih dahulu sama ada ia memerlukan pembangunan. Inilah peranan MMK Pembangunan Sosial, iaitu untuk terlibat dalam pembangunan aspek-aspek yang memerlukan perhatian dan usaha untuk membangunkan individu dalam masyarakat dari segi dasar dan program ke tahap yang lebih maju.
Salah satu kumpulan sasaran yang diberi fokus melalui MMK ini adalah golongan wanita, oleh itu kami menekankan pendekatan yang lebih strategik untuk membantu wanita dari segi ekonomi dan sosial melalui PWDC. Salah satu program di bawah PWDC yang membantu Pembangunan Wanita kini adalah program PEN-MENTOR. Sebahagian daripada anda lebih mengenali program ini dengan nama PWEMP - Program Mentoring Usahawan Wanita Pulau Pinang. Program ini kini telah dijenamakan semula menjadi PEN-MENTOR kerana ia lebih berkaitan dengan komuniti sebagai program bimbingan. Kerajaan Negeri amat prihatin tentang kenaikan kadar perbelanjaan asas untuk hidup di Pulau Pinang. Bagi membantu ahli keluarga dalam mengukuhkan status kewangan isi rumah, PEN-MENTOR di established sebagai platform untuk membina dan membangunkan golongan wanita dalam menjana pendapatan melalui bidang keusahawanan. Jadi, program ini berhasrat untuk mencapai visi Penang2030 iaitu meningkat pemilikan perniagaan oleh wanita ke tahap 40%. Terima kasih kepada Seberang Jaya dan Bertam dalam keprihatinan terhadap isu ekonomi wanita. Untuk makluman ahli-ahli dewan, Penang Women Entrepreneurship telah dijalankan selama empat (4) tahun dan telah berjaya membina kapasiti 291 peserta di mana ianya berfokus
kepada pemasaran digital, kanvas model perniagaan (business model canvas) dan kewangan keusahawan wanita dalam kategori kecil atau mikro.
Keistimewaan program ini adalah para mentor yang terlibat terdiri daripada usahawan yang berpengalaman. Program ini berjaya meningkatkan pendapatan sebanyak 30% secara purata dalam kalangan peserta. Untuk makluman, sehingga hari ini 282 daripada 291 peserta atau 97% masih aktif dalam keusahawanan ini. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sungai Dua atas cadangannya untuk mengurangkan kitaran syif di kilang yang melibatkan wanita tempatan supaya mereka dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Walaupun ini adalah satu pemikiran yang mudah untuk diterima, iaitu untuk memberi golongan wanita lebih masa bersama keluarga, tetapi saya ingin tekankan sekali lagi bahawa kita perlu melihat peranan wanita sebagai lebih daripada sekadar penjaga.
Saya minta…
Ya.
Hari ini kita melihat masalah sosial berlaku dan semua institusi keluarga pun terancam, saya rasa peranan wanita sangat penting dalam dalam keluarga. Sama ada dia sebagai ibu kepada anak-anaknya atau pun sebagai isteri kepada suaminya. Maka ini adalah satu sangat penting. Sebab itulah saya cadangan saya itu supaya kerajaan melihat benda ini dan kerajaan lah boleh berunding dengan pihak-pihak majikan sama ada di industri atau pun di mana-mana supaya difikirkan satu kaedah yang sesuai atau pun satu peluang untuk kita memartabatkan keluarga. Terima kasih.
Ya. Terima kasih kepada Sungai Dua. Ya, setuju tapi setujukah bukan sahaja peranan ibu penting kepada keluarga atau isteri keperanan isteri kepada suami. Peranan bapa juga penting kepada keluarga, peranan suami juga penting kepada isteri. Jadi, di sini saya ingin katakan peranan ini sepatutnya di pegang oleh kedua-dua lelaki dan wanita, terutamanya sebagai ibu bapa, bukannya hanya tanggungjawab wanita semata-mata. Penjagaan kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama, dengan ini adalah amat penting untuk mendapatkan khidmat sokongan kepada ibu yang bekerja juga. Jadi, bagi menyahut sasaran Rangka Ekonomi MADANI untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita kepada 60% sejak tahun 2013, fokus Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah untuk mewujudkan persekitaran yang mendorong wanita mencapai potensi penuh mereka, agar mereka tidak perlu memilih antara mengejar kerjaya dan menguruskan keluarga.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk menyediakan taska yang bersesuaian khusus buat pekerja yang mempunyai anak. Salah satu usaha ini adalah dengan meningkatkan jumlah taska di tempat kerja swasta dan salah satu contoh adalah pusat jagaan Kanak-Kanak di Micron Technology. Terdapat juga sembilan (9) taska yang beroperasi dalam bangunan kerajaan. Dengan adanya pusat penjagaan kanak-kanak seperti ini, ia dapat membantu ibu-bapa untuk terus bekerja terutamanya dalam situasi ekonomi yang mencabar. Dalam menyediakan persekitaran yang terangkum di Pulau Pinang, Dasar Keterangkuman Gender Negeri Pulau Pinang telah memasuki Fasa Kedua iaitu Menginstitusikan Amalan Dalam Hala Tuju (Roadmap) DKG 2019 hingga 2030. Tahun kelima pelaksanaan dasar ini, laporan lima (5) tahun DKG sedang dalam rangka penerbitan. Selain itu, bagi pengukuhan penginstitusian DKG, satu pembentukan Jawatankuasa Dasar Keterangkuman Gender akan diwujudkan. Jadi sehingga kini, jumlah Pegawai Focal Point Dasar Keterangkuman Gender adalah seramai 150 orang yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang serta Majlis Bandaraya Seberang Perai. Selaras dengan Dasar Keterangkuman Gender, methodologi Gender Responsive & Participatory Budgeting (GRPB) di peringkat Kerajaan Tempatan melalui soal selidik dan Town Hall Bajet Rakyat MBPP Tahun 2025 telah diadakan bagi memastikan perancangan bajet majlis berorientasi rakyat dengan input serta cadangan di ambil kira.
Bandar Mesra Usia. Menurut statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi warga emas di Pulau Pinang telah mencecah 7.7 peratus. Mengikut World Health Organization (WHO) Pulau Pinang sekarang merupakan sebuah negeri menua (Ageing State). Dalam menangani fenomena ini, inisiatif Bandar Mesra Usia Penang Island akan merealisasikan Pelan Tindakan Bandar Mesra Usia. Pelan ini berteraskan lapan (8) domain yang telah ditetapkan oleh WHO dalam merangka program-program yang melibatkan Age Friendly City demi mewujudkan persekitaran yang menggalakkan penuaan aktif dan sihat. Pelaksanaan pelan tindakan ini adalah bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah mengambil langkah melaksanakan Bandar Mesra Usia untuk mewujudkan satu persekitaran yang mesra kepada semua golongan terutamanya warga emas. Langkah seterusnya bagi inisiatif ini, ianya akan dilanjutkan kepada Seberang Perai bersama MBSP. Untuk makluman Seberang Jaya, Pelan Tindakan ini akan meneliti setiap cadangan yang telah dinyatakan dalam sesi perbahasan, yang juga termasuk dalam lapan (8) domain di bawah rangka kerja Bandar Mesra Usia. Disasarkan Pulau Pinang secara keseluruhan adalah Negeri Mesra Usia menjelang tahun 2027.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kebun Bunga atas inisiatif beliau dalam menubuhkan PAWE pertama di Daerah Timur Laut. Pasukan JKM hanya membantu dalam proses permohonan, tetapi inisiatif tersebut merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha ini. Tahniah dan saya berharap pusat ini akan membolehkan warga emas tempatan mempunyai tempat untuk menyertai aktiviti komuniti dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Isu warga emas yang tinggal bersendirian
Minta laluan. Sungai Pinang.
Sila.
Minta laluan Sungai Pinang, terima kasih. Tertarik dengan ageing society. Dengan keadaan sekarang, Pulau Pinang kita menuju ke ageing society dan juga terdapat banyak permintaan juga tentang pusat jagaan khususnya warga emas. Buat masa ini saya difahamkan terdapat garis panduan yang menetapkan kawasan-kawasan tertentu dan dalam lingkungan kawasan tersebut boleh ada beberapa pusat jagaan saja. So saya nak tanya penjelasan Sungai Pinang for the future apakah cadangan kita untuk kita menyokong inisiatif sama ada daripada private sector atau pun daripada Kerajaan untuk kita memperbanyakkan lagi pusat jagaan warga emas ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Batu Uban yang selalunya sangat prihatin tentang isu warga emas. Memang dia ada garis panduan yang tertentu dan lingkungan tu. Tapi ini adalah terletak di bawah Kerajaan Tempatan. Kami memang ada dalam mesyuarat. Telah ada mesyuarat telah meneliti kaedah-kaedah dan garis panduan tentang penubuhan pusat jagaan warga emas. Kita menggalakkan lebih banyak pusat jagaan diadakan sebab, sebab memang banyak kalau ikut amalan yang dulu, oh tidak baik kita hantar ibu atau bapa kita ke pusat jagaan warga emas tetapi kalau kamu biarkan ibu atau bapa kamu bersendirian seorang di rumah, maka dia akan melangkah lebih cepat menjadi ah lebih ah cepat menua kan. Sakit. Cepat tua. Jadi kalau di pusat jagaan, dia ada kawan-kawan, dia ada aktiviti, aktiviti. Maka dia akan lebih aktif dan lebih sihat. Jadi terima kasih kami akan meneliti.
YB, minta izin. Saya ada beberapa pusat jagaan orang tua di Sungai Dua yang saya lawati dan majoritinya daripada Tionghoa dan ada pihak jagaan sana bagi tau saya mereka ada kesulitan dari sudut kewangan bagi nak mengurus pusat jagaan ini. Adakah pihak kerajaan boleh melihat masalah ini yang dihadapi oleh mereka.
Terima kasih. Memang ada banyak pusat jagaan tu sama ada ditubuhkan oleh swasta atau oleh NGO. Ya, jadi memang untuk daripada golongan NGO. Mereka selalu ada kesulitan, mengalamilah kesukaran kewangan. Jadi pihak-pihak macam atau agensi, selalu kita akan mengadakan raise fund, pengutipan dana. Selalu kita juga akan
membantu mereka juga. Kerajaan Negeri berterima kasih kepada mereka pertubuhan sedemikian kerana mereka memberi perkhidmatan secara sukarelawan tetapi apa pun perkhidmatan ini perlukan duit untuk mereka untuk menjalani operasi dan aktiviti. Jadi kita akan tengok dan meneliti bagaimana kita boleh bantu jugak lah. Dengan swasta dan minta juga kilang-kilang atau pihak-pihak yang boleh memberi CSR atau menyumbang juga dana kepada mereka. Terima kasih kepada Sungai Dua.
Minta pencelahan
Oh ya.
Dato’ Timbalan Speaker, apabila selalunya lazimnya kita ada cadangan rumah jagaan ibu selepas bersalin, tadika, taska, rumah warga emas. Apabila ada cadangan, mantan Padang Lalang atau pun Sungai Pinang terpaksa tanggung, tanggung tanggungjawab ini, tubuhkan jawatankuasa untuk merangka garis panduan. Ini tidak sepatutnya di bawah tanggungjawab MMK Pembangunan Sosial. Saya berharap perlu ada sokongan atau perlu di terajui kedua-dua PBT dan melibatkan kalau pusat jagaan selepas ibu bersalin atau pun pusat jagaan warga emas, dia melibatkan kedua-dua PBT dan juga melibatkan kadang-kadang Kementerian Kesihatan. Apabila diterajui oleh MMK Pembangunan Sosial atau pun PWDC, tiada sokongan yang commitment tak cukup kuat, tak cukup commitment sebab perlu arahan mungkin perlu daripada YB EXCO, Kerajaan Tempatan atau pun lain-lain agensi. Kita perlu sokongan padu daripada semua agensi untuk memastikan garis panduan yang dihasilkan itu comprehensive. Terima kasih.
Terima kasih kepada Bukit Tambun. Memang Bukit Tambun bersama saya dalam mesyuarat untuk mengkaji, meneliti garis panduan. Dia memang champion untuk pusat jagaan. Terima kasih saya ucapkan. Dan memang ada banyak kesukaran, kita berdepan dengan kesulitan tentang garis panduan daripada PBT kita. Ha, untuk maklumat semua saya telah..
Minta laluan Sungai Pinang.
Saya belum habis.
Ya, untuk pasal disebabkan pusat jagaan dan juga confinement centre. Sebab perkara ini telah dibawa daripada penggal yang lalu sampai sekarang dan memang hakikatnya adalah kerjasama cross department, kerjasama antara bahagian berlainan adalah satu keperluan. Jadi saya menyeru di Dewan yang mulia ini, mungkin kalau satu kerjasama antara EXCO daripada portfolio yang berlainan, adakah kuasa kena diturunkan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya tidak pasti. Ini adalah satu hakikat iaitu kalau adalah kerjasama di bahagian yang tidak sama memerlukan bukan sahaja authority tetapi juga peruntukan, adalah sesuatu yang hakikat, jadi saya harap dengan harapan besar, saya harap kita boleh dapat jawapan selepas sidang Dewan ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Berapit. Memang ini adalah bidang kuasa ha daripada mana-mana agensi ka dan saya telah membuat lawatan dan kunjungan hormat kepada Kementerian. Memang dia ada masalah. Kalau, kalau dikatakan untuk pusat jagaan selalunya dia terjatuh kepada licence yang akan dikeluarkan adalah daripada JKM, cuma sebelum itu perjalanan itu proses itu dia akan menghadapi kesulitan. Ha, saya juga turut ingin menyerulah bahawa dari proses untuk perancangan ha iaitu yang kita berhadapan dengan masalah. Jadi perlulah kelonggaran daripada Kerajaan Tempatan tetapi cuma untuk isu keselamatan itu there is no compromi ha walaupun kita perlukan kelonggaran garis panduan tetapi keselamatan tu kita kena lihat serius. Dan Bomba memang ada banyak syarat-syarat. Kita terikat dengan syarat-syarat itu. Yang meyusahkan operator dalam penubuhan pusat jagaan mereka, maka ini adalah kita perlu daripada kementerian untuk melihat isu ini. Memang sudah ada beberapa mesyuarat yang daripada beberapa agensi, daripada bomba, daripada JKM, daripada Kerajaan Tempatan, Kesihatan dah berbincang, cuma tengok mana, pihak mana yang boleh beri kelonggaran yang boleh memanfaatkan dan tidak mengenepikan keselamatan penghuni yang tinggal dalam pusat jagaan itu. Ha, kita harapkanlah dan bahawa semua ini kita memberi sokongan sebab memang perlunya. This is the trend right now. Pusat jagaan bukan untuk kanak-kanak sahaja. Sekarang adalah untuk warga emas. Ha, terima kasih kepada Yang Berhormat yang mengambil bahagian.
Minta laluan, minta laluan, isu ini bukan sahaja daripada segi perundangan dan juga garis panduan daripada PBT. Isu ini juga merangkumi sentimen masyarakat di mana kita mendapati bahawa apabila sesebuah tempat itu ingin dibangunkan sebagai satu pusat jagaan terdapat penduduk sekitar yang bantah jadi harap Kerajaan Negeri juga boleh mengadakan satu kempen untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kita perlu menandatangani isu ini sebagai satu negeri. Ya, terima kasih.
Terima kasih, yang itu memang satu pandangan yang sangat bernas dan kita tengoklah lingkungan itu. Jadi sebelum itu kita tengok, Kerajaan Tempatan perlu buat perancangan untuk masa depan supaya, supaya in future kalau ada pusat jagaan ka, atau taska ka di mana nak ditubuhkan, mereka boleh dapat informasi atau syarat-syarat yang tertentu itu boleh mereka membuat perancangan yang lebih baik ha sebab sekarang ada masalah daripada bomba iaitu jika ha just untuk contoh, contoh kita terima aduan bahawa seorang operator taska. Dia menubuhkan pusat jagaannya di atas tingkat satu (1), jadi izinkan jadi komersial. Tapi bila tingkat bawah itu datang buka restoran. Menjadi masalah. Dia datang dulu ha dia beroperasi dulu tetapi mana tau tingkat bawah tu datang buka restoran jadi tak boleh. Jadi bomba tidak akan izinkan walaupun dia telah beroperasi sebelum tu. Jadi masalah ini saya rasa kementerian dan semua agensi tolong bagi tau dengan garis panduan ka atau syarat-syarat itu memudah, memudahkan operator supaya mereka lebih senang untuk mereka menjalankan permohonan mereka atau melengkapkan, melengkapkan syarat-syarat memenuhi syarat-syarat yang disyaratkan okay.
Mana pula. Okey isu. Tadi saya sentuhkan isu warga emas yang tinggal bersendirian juga merupakan sesuatu yang sedang kita beri tumpuan. Seiring dengan Pulau Pinang yang semakin menuju kearah negeri yang menua, akan ada lebih ramai warga emas yang mungkin tinggal sendiri. Jadi walaupun kita mempunyai khidmat bantu di rumah KBDR sumber yang ada telah digunakan sepenuhnya dan tidak dapat memperluaskan perkhidmatan kepada lebih ramai orang yang ingin menyertai program ini. Melihat kepada keperluan yang semakin meningkat, kini kami dalam proses untuk menubuhkan Sukarelawan Komuniti Mutiara iaitu sebuah kerjasama antara Kerajaan Negeri, agensi kerajaan, NGO dan sektor swasta untuk membentuk satu sistem. Ahli-ahli NGO akan mendaftar sebagai sukarelawan untuk kerap melawat warga emas ini dan sebagai ganjaran, kami akan melibatkan sektor swasta untuk menyediakan baucar dan lain-lain ganjaran sebagai penghargaan atas masa dan usaha mereka dalam memberi kembali kepada komuniti. Usaha ini juga dapat membantu menjaga keselamatan komuniti melalui lawatan berkala. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua ahli Dewan untuk turut bersama saya dalam menjayakan inisiatif ini dengan lebih efektif. Ahli-ahli Dewan boleh melibatkan komuniti sukarelawan yang terdiri daripada warga emas aktif, anak muda dan wanita di KADUN masing-masing untuk turut serta dalam Program Sukarelawan Mutiara.
Dasar Keluarga Selamat yang telah diwujudkan sejak tahun 2020 merupakan satu dasar yang menyediakan sistem sokongan melalui First Support Point (FSP) kepada mangsa keganasan rumahtangga. Tujuan utama penubuhan First Support Point adalah untuk menyampaikan bantuan segera kepada mangsa keganasan rumahtangga dengan membuat kes rujukan kepada pihak yang bersesuaian. Tahun ini merupakan tahun yang keempat pelaksanaan Dasar Keluarga Selamat sejak tahun 2020 di mana kita telah berjaya melatih seramai 456 First Support Point di mana 173 merupakan anggota daripada PDRM. Jadi bagi membantu mangsa mendapat bantuan pihak PWDC bersama PeGIS telah menubuhkan aplikasi mudah alih Penang Stop Violence untuk memudahkan
mangsa atau sesiapa sahaja mengenalpasti lokasi First Support Point yang terdekat. Aplikasi mudah alih ini juga telah memenangi Anugerah Geospatial World Excellence di Amsterdam. So pada tahun ini penambah baikkan dan pengemaskinian aplikasi Penang Stop Voilence akan dilaksanakan dan akan diwar-warkan penggunaannya kepada masyarakat terutamanya di platform media sosial, laman sesawang dan sebagainya. Jelajah Harmoni Seberang Jaya adalah satu Modul Pendidikan Eksplorasi di Streets of Harmony Seberang Jaya di Pulau Pinang yang menggunakan pendidikan berasaskan tempat (community – based learning) dan pengalaman (Experiential Learning) sebagai teras program ini. Untuk makluman, Streets of Harmony Seberang Jaya adalah sebuah tapak yang mengumpulkan sembilan buah rumah ibadat di Jalan Todak, Lorong Jelawat 4 dan Jalan Sembilang, Seberang Jaya yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Antara objektif utama program Jelajah Harmoni ini adalah untuk memupuk apresiasi terhadap nilai kepelbagaian budaya, agama dan tradisi dalam kalangan peserta yang terdiri terutamanya daripada golongan belia dan pelajar diantara umur 15 hingga 17 tahun. Program Jelajah Harmoni ini juga melibatkan komuniti-komuniti, rumah-rumah ibadat di Streets of Harmony Seberang Jaya ini, yang membolehkan peserta berinteraksi dengan komuniti-komuniti tersebut secara terus seperti temubual bersama wakil rumah ibadat tersebut mengenai aktiviti-aktiviti rumah ibadat. Jadi teras utama Jelajah Harmoni adalah lebih untuk meneraskan peranan setiap rumah ibadat, terutamanya di Streets of Harmony Seberang Jaya ini sebagai satu ‘community hub’ dan aktiviti-aktiviti mereka yang juga mementingkan kebajikan dan kesejahteraan komuniti di sekitar mereka. Oleh itu, tumpuan Jelajah Harmoni juga adalah untuk peserta mengenali apakan nilai-nilai yang dikongsi merentasi agama dan bagaimana rumah-rumah ibadat ini mengamalkan nilai-nilai tersebut. Lima Sesi Jelajah Harmoni telah diadakan pada tahun 2023 dan pada tahun ini, HARMONICO akan mengadakan 10 sesi Jelajah Harmoni. Setakat ini, 127 peserta telah menyertai program ini.
Sistem eRIBI adalah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang merupakan satu anjakan paradigma dalam merealisasikan pemodenan dan pendigitalan pengurusan hal ehwal bukan Islam agar lebih sistematik dan berinstitusi. Sistem eRIBI mendukung aspirasi sebagai Pusat Sehenti – One-Stop Centre dan pemudah cara yang lebih cekap dan telus dalam penawaran perkhidmatan berkaitan hal ehwal bukan Islam. Fungsi utama Sistem eRIBI adalah sebagai pangkalan data dan inventori maklumat rumah ibadat bukan Islam. Merujuk kepada statistik setakat Mei 2024, jumlah RIBI yang telah didaftarkan dan dikemaskini dalam Sistem eRIBI adalah sebanyak 1,129 buah, di mana mengikut pecahan agama, terdapat 561 buah Tokong Tao, 204 buah Kuil Hindu, 183 buah Gereja Kristian, 128 buah Tokong Buddha, 10 buah Wat Siam / Wat Burma, 6 buah Gurdwara Sikh, dan 37 buah RIBI Agama Lain-Lain. Selain itu, sistem eRIBI turut bertindak sebagai platform permohonan bantuan kewangan Tabung Amanah/Peruntukan Khas Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Pulau Pinang dalam talian. Pihak MMK Hal Ehwal Bukan Islam Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (HARMONICO) akan menumpukan segala usaha untuk mentransformasikan proses permohonan bantuan kewangan secara manual ke atas talian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pelaksanaan sistem ini. Untuk memperbanyakkan sesi
perbincangan berhubung pelaksanaan sistem eRIBI, taklimat sistem eRIBI kepada YB ADUN…(gangguan).
Ringkaskan Sungai Pinang, dua minit.
Okey. Pegawai Pejabat KADUN, dan pihak pengurusan RIBI juga akan dilaksanakan. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan fungsi dan penggunaan sistem ini. Selain itu, pihak HARMONICO akan meneruskan usaha “Sesi Outreach Bersama Pihak Pengurusan RIBI” dan “Kaunter Bergerak Mobile Pendaftaran Sistem eRIBI di Pejabat KADUN” agar memperbanyakkan lagi data RIBI dalam sistem ini. Tambahan pula, pendaftaran sistem eRIBI turut dijadikan salah satu syarat wajib ketika membuat permohonan peruntukan. Langkah ini di harap akan membantu dalam mempergiatkan dan memperbanyakkan lagi sesi perbincangan pelaksanaan sistem eRIBI kepada semua pihak berkepentingan.
Okey habis dah tu. Banyak lagi tu.
Belum-belum.
Okey saya tamatkan.
Ada, ada. Sebelum saya, saya ringkaskan ya.
Jangan ringkas sangat, ringkas terus.
Saya menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Air Putih berkenaan peningkatan peruntukan sebanyak RM3.3 juta kepada RIBI yang memerlukan. Inisiatif sedemikian adalah selaras dengan manifesto yang diutarakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, iaitu menyalurkan sebanyak RM2.5 juta setiap tahun
kepada RIBI melalui Akaun Peruntukan Hal Ehwal Bukan Islam, di bawah Y.A.B Ketua Menteri, demi terus memelihara keperluan RIBI di Negeri Pulau Pinang.
Sekian, wabillah.
Boleh bagilah. Portfolio saya banyak tau. Besar, kebajikan. Kita tentang kebajikan. Saya nak teruskan. So terima kasih. So kami ada Jawatankuasa Tabung Amanah & Peruntukan Khas Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Negeri Pulau Pinang telah memperakui dan meluluskan sebanyak 43 telah diluluskan. Sudah jawab, ya. Jadi sebelum saya sampai ke penutup, saya ingin menjawab dua soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu pertama kepada ADUN Penanti atas soalan yang dibangkitkan mengenai kebenaran pengesahan permohonan dalam borang i-Sejahtera. Izinkan saya menjelaskan kepada Yang Berhormat dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri sekalian bahawa satu kajian semula dan pemutihan ke atas capaian sistem i-Sejahtera telah dilakukan. Pengaktifan semula ID pengguna diberikan secara terkawal dan dipantau sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Yang kedua adalah daripada, Pulau Betong yang memaklumkan mengenai kemalangan kebakaran yang melibatkan 3 orang meninggal dunia. Jadi bantuan JKM dan kaunseling diperlukan untuk mangsa yang terselamat dalam kebakaran tersebut. Saya turut bersimpati dengan insiden yang berlaku. Segala bentuk bantuan akan disalurkan sama ada dalam bentuk kewangan, bantuan moral, kaunseling dan bantuan dari sudut emosi mangsa. JKM telah turun padang pada hari tersebut bila insiden dan JKM akan juga segerakan semua bentuk bantuan yang boleh disampaikan. Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan sekalian, portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada saya ini sukar dilaksanakan oleh saya secara perseorangan kerana amanah ini merangkumi keperluan sosial dan kebajikan rakyat secara keseluruhannya.
Oleh itu, saya amat menghargai sokongan daripada rakan-rakan EXCO dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua pihak termasuk jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, NGO-NGO serta komuniti dan institusi-institusi swasta yang telah membantu Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program-program pembangunan sosial, kebajikan dan hal ehwal bukan Islam demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Pulau Pinang. Portfolio dan amanah ini merangkumi insan yang baru lahir sehingga warga emas di usia senja. Akan tetapi dengan sokongan dan dokongan semua sudah semestinya kita akan mencapai apa yang kita sasarkan walaupun pada saat genting. Mudik kapal kerana nakhoda, dibantu dengan bijaknya juragan, tak kira tua atau muda, tiada siapa akan ditinggalkan. Pergi ke hutan rimba mencari rotan, rotan diambil buat keranjang, inisiatif manfaat rakyat perlu dirancang, untuk rakyat hidup tenang dan senang. Jadi saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Pinang. Oleh kerana seorang wanita EXCO, kita bagi peluanglah. Okey seterusnya kita persilakan Paya Terubong.
Terima kasih Dato’ Speaker, saya bangun membuat penggulungan terhadap topik-topik tourism, pelancongan dan juga ekonomi kreatif yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan. Menurut maklumat terkini daripada Tourism Malaysia, bagi tahun 2023, bilangan kehadiran pelancong yang bermalam di hotel-hotel di Pulau Pinang adalah seramai 7.27 juta orang. Angka ini menunjukkan peningkatan 30.2% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022 iaitu 5.58 juta orang pelancong bermalam di Pulau Pinang. Angka peningkatan positif ini menunjukkan Pulau Pinang sentiasa menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara seiring usaha yang agresif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bersama dengan industrial players untuk mempromosikan Negeri Pulau Pinang terutamanya di mata dunia. Ekoran daripada peningkatan tersebut, hotel-hotel baharu seperti The George Penang, Marriott Hotel telah dibuka dan beroperasi. Terdapat pengumuman juga daripada hotel-hotel baharu akan dibuka dalam tempoh tahun 2024-2026. Antara lainnya Crowne Plaza Penang Straits City di Seberang Perai, HARRIS Hotel di Sunshine Penang, Citadines Tanjung Tokong, LYF Georgetown Penang, Iconic Marjorie Hotel, Intercontinental Penang Resort, The Westin Penang dan Le Meridien Penang Resort. Ini menunjukkan keyakinan operator hotel terhadap perkembangan positif industri pelancongan di Pulau Pinang. Saya baca Tuan Speaker. Hari ini juga Star Metro dengan laporan tiga mukasurat tentang hotel-hotel dan pencapaian tourist arrivals on the rise in Penang. Peningkatan ada tiga muka surat yang bergambar. Kita boleh lihat semua rujuk tentang bagaimana khasnya di peningkatan tourist arrivals di Pulau Pinang dan saya rasa ini satu laporan yang positif dan Star juga, dia tahu saya gulung hari ini, dia buat laporan hari ini juga. Kutipan fi hotel. Ahli-ahli Yang Berhormat ada membangkitkan kutipan fi hotel. Fi hotel diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membiayai program-program pembangunan dan promosi pelancongan di Pulau Pinang. Setiap hotel perlu membuat kutipan fi hotel tiga bintang kadar dia RM2/malam/bilik. Bilik empat bintang ke atas, RM3/malam/bilik. Dan bagi menjawab soalan dan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Itam dan Yang Berhormat KOMTAR, kutipan Fi hotel sejak diperkenalkan adalah seperti berikut, tahun 2014, saya round up to the juta RM3.5 juta, 2015 RM8.6 juta, 2016 RM9.4 juta, 2017 RM9.8 juta, 2018 RM9.6 juta, 2019 RM9.4 juta, 2020 RM3.5 juta, 2021 COVID RM92 sahaja, 2022 RM3.8 dan tahun lalu 2023 RM10.63 juta, 2024 (sehingga April) RM3.7 juta. Oleh itu kita telah mengutip RM72.16 juta. Sepuluh tahun yang kutipan. Bagi menjawab soalan tambahan kutipan fi hotel yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Itam, saya ada letakkan satu jawapan tambahan maklumat kepada Yang Berhormat dan dijangkakan lebih kurang 88% fi hotel adalah dari hotel-hotel di bahagian Pulau, 12 peratus selainnya ialah dari Seberang Perai. Itulah jawapan kepada Yang Berhormat Air Itam. Sebagai usaha mempelbagaikan dan meningkatkan hasil Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri telah memutuskan fi hotel yang dikutip dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan Negeri sebagai hasil negeri. Kerajaan Negeri akan menyalurkan sebahagian peruntukan
daripada hasil tersebut kepada Penang Global Tourism (anak syarikat Kerajaan Negeri), PICEB Sdn Bhd (Anak syarikat Kerajaan Negeri) serta MMK Pelancongan dan Ekonomi Kreatif untuk program-program PBT pelancongan. Bagi tahun 2024, peruntukan sejumlah RM1 juta diberikan kepada MMK Pelancongan dan Ekonomi Kreatif untuk digunakan bagi tujuan program-program berkaitan pelancongan. Itulah jawapan saya kepada Yang Berhormat tentang dengan fi hotel. Sebelum, lepas itu saya move on to cukai hiburan.
Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Air Itam berkaitan cukai hiburan. Dia dI tadbir di bawah Akta Duti Hiburan 1953. Duti hiburan ada satu senarainya, amat panjang saya hanya sebutkan beberap; pementasan drama, tarian, persembahan muzik, pengucapan, sarkas, mainan sukan. Duti hiburan juga dikenakan ke atas pusat hiburan tidak bertiket seperti karaoke, pub, disko, kelab malam, snuker, pusat hiburan keluarga, fun fair, gelanggang kasut roda dan lain-lain pada kadar tertentu yang telah ditetapkan. Oleh itu satu senarai yang amat panjang dan komprehensif. Oleh itu sekarang, kerajaan sedang dalam kajian semula kadar duti hiburan supaya bersesuaian dengan keadaan semasa. Saya move on kepada topik yang seterusnya…(gangguan).
Minta pencerahan. Terima kasih Paya Terubong. Tadi Paya terubong memang maklumkan fi hotel yang dikutipkan keseluruhan lebih kurang RM70.1 million, betul? juta. So berdasarkan daripada kutipan ini dan maklum balas yang telah dimaklumkan bahawa untuk tahun 2024 sebanyak RM1.1 juta sahaja telah diperuntukkan kepada MMK Pelancongan untuk membuat promosi. Adakah Yang Berhormat berasa bahawa peruntukan ini adalah cukup atau seiras dengan apa yang telah dikutip daripada fi hotel ini, terima kasih.
Portfolio Pelancongan bukan satu case center, kita satu profit center, kita sebenarnya generate, kita menjana income melalui hotel fi, melalui pelbagai convention, pameran yang telah diadakan telah menjana sebagai satu sektor yang begitu penting di Pulau Pinang dan selain daripada semiconductor, selain dari kilang-kilang, pelancongan merupakan satu sektor yang perkhidmatan dan pelancongan sektor kedua terpenting untuk Pulau Pinang. Oleh itu, barangkali memang kalau terus tanya kalau kita, fi hotel kita boleh generate RM10 juta, kita hanya dapat 10% sahaja, RM1 juta sahaja. Oleh itu kalau YB YB jangan marahkan saya kalau tak ada peruntukan yang kalau tak ada tak ada support untuk program-program kecil kerana kita perlu fokus kepada program-program yang besar yang program-program seperti seluruh negeri seperti Bon Odori seperti Penang International Dragon Boat Festival seperti Penang Bridge Marathon dan perarakan Chingay dan dan pelbagai-pelbagai program berperingkat negeri. Oleh itu, kita mungkin tidak dapat menyokong kerana pemotongan yang besar ini kita tidak dapat menyokong program-program yang kecil-kecil dikawasan-kawasan Yang Berhormat dan kita lihat dan memang tak cukup saya terus terang memang tak cukup dan dan bukan sahaja dari potong RM1juta tetapi program-program juga kita potong separuh juga seperti
yang didedahkan oleh Bukit Tambun didedahkan kita tak sebut tapi didedahkan oleh kena potong dan GLC-GLC juga dan kita akan menghadapi cabaran kerana kita menghadapi cabaran kerana kita bukan sahaja bersama compete dengan Selangor ka dengan KL kita compete dengan flight Bangkok, Singapore dan Bandaraya-Bandaraya Antarabangsa. Apabila tempat-tempat lain boleh memberikan insentif kerana apabila kita katakan penerbangan terus direct flight kita kadangkala perlu beri insentif marketing fund supaya mereka boleh launched the direct flight ke Pulau Pinang. Kalau tiada marketing fund ini dia tanya saya saya pergi jumpa dia tanya saya dan susah susah nak ada pertemuan.
Mohon mencelah.
Ya silakan.
Tahniah kepada EXCO dan jabatan kerana telah mempromosikan banyak benda berkenaan negeri Pulau Pinang yang menjana pendapatan kepada kita ok. Cuma dalam soal kita mempromosikan negeri Pulau Pinang kita kena berhati-hati sebab saya membuat peringatan ini kerana contoh kata macam ini saya pun tidak tahu daripada mana ini bukan untuk Pulau Pinang ini contoh dia tulis kat sini did you know Malaysia welcome RM25million visitors anally bukan annually jadi maknanya kalau dalam bahasa Malaysia kata mencarut lah bahasa yang tak elok cuma …(gangguan), okey tak apa la tapi jangan terjadi di Pulau Pinang jadi kita kena ada pemantauan daripada sudut mungkin MOTAC ka dengan Pihak Berkuasa Tempatan pastikan benda ini dipantau kerana ini adalah imej negeri kita. Yang kedua dalam membuat promosi ia kita kena buat pemantauan contoh kata macam ini program LGBT menggunakan logo negeri Pulau Pinang ini tahun 2023, 2011 jadi, jadi benda-benda macam ini kita kena berhati-hati ini saya beri kepada kepada EXCO ya nanti. …(gangguan). Ini dia ada logo Pulau Pinang ya tahun 2023 ok semua ini di print out jadi benda macam ini.
Penanti Penanti.
Ya.
Minta kalau boleh nyatakan dari mana dapatkan surat ini.
Ini ada orang hantar pada saya.
Ya saya taw tapi kalau sumber tak betul ….(kurang jelas) akan mengelirukan.
Dia macam ini. Saya bagitau tadi ini untuk memperingatkan kita supaya lebih.
Ya saya faham dan apabila di petik di dalam Dewan mereka akan ingat kita yang buat so kalau boleh maklumkan kepada kita dari mana dapat sumber ini.
Kita tau benda-benda ini boleh di edit ok itu sebab saya katakan tadi memperingatkan kita supaya berhati-hati dalam menjaga promosi keadaan kita jadi saya serah kepada ini boleh bagi kepada EXCO. Itu sahaja EXCO bukan ada apa cuma memperingatkan supaya kuatkuasakan pemantauan.
Okey sampai mana. Okey oleh itu ....(kurang jelas)
Kita perlu satu penjelasan sebelum melanjutkan. Tadi Yang Berhormat Air Itam kata RM70juta dikutip tahun ini dapat RM1juta memberi satu gambaran dari RM70juta yang dikutip cuma RM1juta disalurkan. Sebenarnya RM70juta itu dikutip untuk banyak tahun bukan untuk tahun ini RM1juta. Sebelum ini memang semua yang dikutip disalurkan untuk tujuan promosi dan terus tidak masuk ke akaun hasil tetapi terus kepada Penang Global Tourism.
Terima kasih Ketua Menteri kerana tadi, tadi saya sudah sebutkan ada kerajaan menyalurkan peruntukan daripada hasil tersebut kepada PGT dan juga PICEB dan MMK plus RM1juta kerana untuk Kerajaan Negeri memberikan peruntukan kepada PGT kepada PICEB juga daripada hasil tersebut dan saya rasa yang ini ditunjukkan saya rasa ini ini tidak berasas ini bukan daripada pakej kita. Ini bukan daripada publisiti Kerajaan Negeri oleh kita boleh boleh kita boleh potong daripada handsard kalau boleh yang kedua-dua ini bukan program Kerajaan Negeri ya ini bukan Kerajaan Negeri saya pun
tak tahu mana sumber dia kalau tahu boleh Yang Berhormat bagitahu kepada pemberita ini tiada berkaitan dengan Kerajaan Negeri dan ya.
Dato’ Timbalan Speaker tadi sebut sebab Paya Terubong sebut tentang peruntukan telah dipotong dan lebih tertumpu kepada program yang bertaraf antarabangsa atau peringkat negeri oleh itu saya ingin mendapatnya penjelasan daripada Paya Terubong seperti Penang Marathon. Adakah Penang Marathon ini menjana pendapatan adakah terdapat lebihan pendapatan untuk program ini. Kedua adakah MMK pelancongan boleh lebih tumpu kepada program yang berskala negeri atau antarabangsa ini yang boleh menjana pendapatan bukan sahaja promosi yang kita keluarkan peruntukan sahaja tanpa pulangan secara terus. Jawab.
Paya Terubong.
Ya.
Dari segi berkenaan fi hotel saya juga nak tau adakah ada sistem monitoring untuk kutipan fi hotel ini sebab mungkin ia akan kutip lebih banyak so Paya Terubong boleh dapat lebih banyak semua ini. so ada sistem monitoring tak untuk kutipan fi hotel ini.
Untuk menjawab kepada soalan-soalan tadi. Of course kita boleh menumpu kepada aktiviti bukan sahaja promosi tetapi juga melalui convention dan persidangan dan yang yang boleh menjana penginapan hotel yang, yang boleh supaya peserta-peserta ini boleh memenuhi hotel-hotel di Pulau Pinang. Tapi dia tidak terjumlah kepada hasil Kerajaan Negeri dia boleh terjumlah walau dia duduk di hotel kemudian bayar hotel fi tadi saya kata RM2.00 RM3.00 itu ya come back to the state as hasil la tetapi secara terus secara terus dia belum lagi terjana kepada satu hasil lagi. Untuk Penang Bridge International Marathon kita mempunyai title sponsor daripada Aspen dan Klippa dan semua aktiviti-aktiviti besar kita cuba dapatkan penaja-penaja daripada swasta juga termasuk Bon Odori kita ada penaja dari swasta kita masuk juga Penang International Dragon Boat kita ada penaja dari swasta. Kita kena buat marketing untuk mendapatkan kerana perbelanjaan tersebut juga dipotonglah untuk untuk aktiviti-aktiviti tersebut dan nanti saya akan sebut dalam ucapan seterusnya tentang perkara-perkara berkaitan tersebut dan berkenaan hotel fi sebenarnya dia actually dibawah kutipan PBT, MBPP dan MBSP kemudian disalurkan kepada Jabatan Kewangan Negeri dan saya, saya memang menerima cadangan Yang Berhormat Kebun Bunga kita perlu terima pakai kerana perlu
ada pemantauan yang lebih baik la supaya supaya hotel hotel tidak berlaku dia bukan ketirisan tidak berlaku ketidaklaporan mereka tidak tidak lapor dengan sepenuhnya dan sebagainya. Saya rasa saya akan mengingatkan Jabatan Kewangan Negeri untuk adakan satu mekanisme yang lebih ketat supaya perkara tersebut dapat dijanakan sebagai hasil kepada negeri.
Saya nak tanya kerana supaya kita jelas la tak ada kekeliruan daripada jumlah yang dikutip itu tertakluk kepada bilangan pelancong-pelancong. Tapi apakah peratusan yang akan diberikan kepada pihak PGT ataupun MMK Pelancongan kerana hasrat hotel levi baik di Kerajaan Negeri ataupun peringkat Pusat, peringkat Pusat pun ada hotel levi. Selepas ini dia akan disalurkan kepada Kerajaan Negeri so kita nak tahu hotel levi di Pulau Pinang berapa peratus diberikan kepada pihak MMK dan juga PGT untuk mempromosikan pelancong pelancongan dan juga daripada federal pihak Kerajaan Persekutuan apakah jumlah yang telah dikutip dan berapa banyak yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri dan jumlah yang diagihkan kepada MMK Pelancongan kerana kalau saya tak silap RM10.00 dikenakan untuk setiap bilik oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.
Sepanjang saya menjadi EXCO pelancongan kita cuba dapatkan angka tersebut. Hanya tahun lalu selepas Ogos hanya beberapa ribu ringgit sahaja daripada tourism tax. Tahun ini sahaja belum sampai lagi. Oleh itu daripada kita daripada federal tourism tax angka yang kita dapat hanya beberapa ribu sahaja dan barangkali mereka akan penyaluran mungkin pada hujung tahun dan kita masih kita biasa tak tahu apa angkanya. Oleh itu kita hanya bergantung kepada Ministry of Finance untuk untuk membuat penyaluran tersebut dan berkenaan dengan hotel fi bajet untuk PGT dan bajet untuk PICEB. Bajet untuk PGT plus PICEB dan juga MMK Pelancongan sebenarnya RM10juta yang kita kutip untuk fi hotel ini cukup, I mean dibahagi kepada ketiga-tiga entity ini lebih kurang amount begitu sahaja tak ada termasuk kalau peruntukan untuk PGT kalau saya tak tak silap lebih kurang RM6juta itu hanya cukup untuk operasi-operasi pejabat kewangan dan juga program-program promosi roadshow seperti kita buat roadshow di Xiamen kita buat roadshow di sekarang PGT sedang berada di IPP China di Shanghai kalau saya, saya tak lead leading the delegation kerana saya berada di DUN menteri MOTAC disana dengan beberapa EXCO negeri-negeri lain dan perbelanjaan untuk ITB China roadshow kita di Shanghai datang daripada bajet PGT la. Oleh itu kita tak ada hotel fi seperti tahun-tahun lalu kita ada hotel fi untuk tap on kita ada hotel fi untuk tap on kita boleh buat program-program besar seperti saya bagi jawapan kepada Yang Berhormat Air Itam dulu ada Penang International Food Festival yang dengan gunakan hotel fi RM1.2juta. Kita tak ada kemudahan sedemikian untuk ini. Tahun-tahun lalu kita ada ada seperti ada tahun lalu kita ada 2022 ITB Asia di Singapore membelanjakan RM393ribu menggunakan hotel fi dan sekarang kita tak ada kemudahan sedemikian pada tahun 2024.
Adakah adakah pihak Yang Berhormat akan meminta bahawa hotel levi ini semua yang dikutip akan disalurkan untuk promosi pelancongan seperti mana yang ditetapkan untuk tujuan ini la dan apabila kita kutip levi hotel kita sebut ialah ialah untuk baik untuk promosi itu pelancongan ataupun untuk warisan kan mengekal warisan so dari sudut tujuan ini saya rasa tak jadi masalah tapi kita pun tak tau berapa peratus adakah kesemuanya disalurkan ataupun hanya sebahagian.
Dia dia dimasukan kedalam hasil. Ok tahun lalu kita kutip RM10juta so di dimasukkan tahun ini juga saya jangkakan lebih baik daripada RM10juta. So akan dimasukkan dalam akaun wang disatukan akaun adalah hasil oleh itu dalam hasil tersebut kita ada bajet untuk PGT bajet untuk PICEB bajet untuk MMK Pelancongan dan Ekonomi Kreatif.
Not the full amount la.
Not a full amount la. Dulu kita ada bajet begini tambah RM10 juta so, so itula kita pengurangan daripada RM10 juta kepada RM1 juta itulah, itulah masalah ini yang yang tak pala. Walaubagaimanapun kita akan lihat bagaimana kita boleh menggunakan resources daripada pihak swasta ataupun pihak federal untuk untd sayauk meneruskan kerja-kerja kita. Berkenaan dengan penerbangan terus sehingga harini terdapat 15 bandar antarabangsa yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang, 15 bandar dan bandar antarabangsa ke-16 yang kita akan akan dibuka iaitu Shanghai pada Sabtu ini 31 Mei 2024. Dari pihak laluan domestik, kita mempunyai 8 laluan domestik penerbangan domestik. Jumlah pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang adalah sebanyak 6,979,748 penumpang, meningkat sebanyak 64.5% berbanding dengan 4,242,997 penumpang pada tahun 2022.
Daripada jumlah pergerakan penumpang ini ketibaan antarabangsa telah meningkat sebanyak 156.17 peratus. Tetapi ketibaan , okey, bagi suku pertama tahun 2024, jumlah pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebanyak 1,756,584 penumpang, kurangkan sikit. Domestik adalah berkurangan sikit berbanding dengan tahun yang lalu. Dan jumlah pergerakan penumpang ketibaan antarabangsa pada suku pertama tahun 2024 mencatatkan sebanyak 922,551 penumpang, meningkat sebanyak 27.54% berbanding dengan suku pertama tahun 2023. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Batu Uban, kita telah mengadakan roadshow di India. Januari, saya telah melawat ke India pada Januari tahun ini dan kita telah pergi ke beberapa bandar. Saya telah melawat ke Delhi dan telah berjumpa dengan sebuah penerbangan di India. Dan mereka telah menunjukkan minat yang amat besar dan
kerana selepas COVID banyak syarikat penerbangan perlu membuat tempahan kapal terbang. Mereka kena train pilot, kena train ground workers, stewardess dan sebagainya. Dan mereka menjangkakan ada penerbangan, memulakan penerbangan terus daripada Chennai ke Pulau Pinang dijangka bermula pada bulan Disember 2024.
Ya. Minta pencelahan Dato’ Speaker. Mengenai penerbangan terus adakah pihak kita mempunyai statistik penumpang dari Pulau Pinang ke destinasi tersebut dan sebaliknya. Sebab ini penting untuk menunjukkan sama ada sesuatu penerbangan terus ini menjana pelancongan di Pulau Pinang ataupun menggalakkan orang kita melancong di destinasi tersebut.
Ada pada saya ialah statistik yang ketibaan, ketibaan pelancong-pelancong dan saya mungkin boleh buat sikit analisis berdasarkan permintaan Yang Berhormat dan seperti contoh chartered flight daripada Hainan. Kita ada chartered flight daripada Hainan yang kita pergi ramai, yang the other way kurang.
Jadi rugilah kita.
Haaah yang kurang itu chartered flight lah. We also, tetapi untuk sustain penerbangan terus yang sustainable perlu ada dua (2) pihak. Oleh itu, peluang-peluang seperti di China juga ramai yang kita pergi, ramai yang mereka datang so dia flight seperti yang inaugural flight to Sabtu ini hampir penuh sudah dari Shanghai. First flight from Shanghai hampir penuh sudah. So saya akan pergi ke airport pukul 11 malam dia tiba pada lewat malam. So untuk menyambut in first flight daripada Juneyao Airlines yang akan tiba dari Shanghai. So saya rasa ada dari Timur Tengah juga kita hadapi walaupun kita memulakan penerbangan terus ke Middle East, Timur Tengah, ke beberapa bandar Dubai dan Doha. Kita juga ada menghadapi cabaran kerana kapasiti penumpang yang pergi ataupun datang pun, tidak masih belum sampai kepada hampir penuh lagi. So itulah cabaran kita sama ada,walaupun kita boleh menggalakkan lebih banyak penerbangan terus tetapi kita mesti membantu syarikat penerbangan untuk buat promosi dan marketing supaya terdapat pergerakan penumpang dua-dua hala baru penerbangan itu boleh sustain dan berlanjutan.
Dan berkenaan dengan kapal persiaran dan kapal persiaran juga kita cruises kita juga mendapat satu rekod yang baik kerana bilangan kapal persiaran antarabangsa yang berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier pada tahun 2023 adalah sebanyak 156 kapal, meningkat sebanyak 85.71% berbanding dengan 84 kapal pada tahun 2022.
Dan peningkatan penumpang juga. Terdapat peningkatan penumpang-penumpang antarabangsa di Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier meningkat sebanyak 30.56% tahun 2023 berbanding dengan tempoh yang sama 2022. Oleh itu, ada peningkatan yang bagus. Yang berkenaan dengan muzium. Festival Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan telah diadakan untuk julung kalinya pertama di Pulau Pinang, dianjurkan oleh Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang. Hari Muzium Antarabangsa ini berprestij dihadiri sekitar 1,000 orang pengamal permuziuman dari seluruh Malaysia termasuk juga institusi-institusi serantau dari negara-negara jiran dan antarabangsa. Dan seramai 214,000 orang pengunjung yang telah hadir meriahkan lagi Festival Hari Muzium Antarabangsa pada kali ini di Pulau Pinang. Dan pelbagai acara telah diaturkan. Dan saya mengambil maklum tentang perbahasan oleh Pinang Tunggal. Pinang Tunggal tak ada. Dan saya juga telah menegur jawatankuasa penganjur berkenaan dengan insiden yang telah disebut oleh Pinang Tunggal dan saya harap perkara tersebut jawatankuasa penganjur tidak mengulangi apa yang telah berlaku pada hari itu.
Dan berkenaan dengan arkeologi. Projek Pusat Arkeologi Guar Kepah, ini di Seberang Perai. saya rasa mungkin di kawasan Penaga, sudah dalam pembangunan fasa akhir. Dan Pusat Arkeologi Guar Kepah dijangka siap pada akhir tahun 2024 dengan mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah. Dan ini Pusat Arkeologi Guar Kepah ini berkonsep arkeo pelancongan pendidikan merangkumi pelbagai komponen termasuk ruang pameran interaktif, dewan seminar, tapak timbunan cengkerang, ruang pentadbiran serta kemudahan-kemudahan untuk pengunjung seperti surau dan tandas. Jejak arkeologi kita arkeologi ini kita akan bermula dari Gua Kelam di Perlis, Sungai Batu dan Lembah Bujang di Kedah dan Guar Kepah di Pulau Pinang dan di Lembah Lenggong di Perak. Dan apakah penemuan yang paling besar dalam galeri itu ialah tapak arkeologi itu ialah Penang Women yang dijangka dia punya usia dia punya carbon dating melebihi 5,000 tahun. Oleh itu, kita boleh menyatakan bahawa pada waktu prasejarah telah terdapat pemastautin di kawasan Seberang Perai melebihi 5,000 tahun. Bangunan warisan. Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mementingkan bangunan-bangunan warisan. Dan baru-baru ini Kerajaan Negeri telah memberikan keizinan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 untuk Rumah Teh Bunga, Jalan Hutton untuk sebagai tapak warisan dan prosedur seterusnya akan ialah pewartaan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Buat masa ini, Pulau Pinang mempunyai 11 bangunan warisan negara yang telah diwartakan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Antara lainnya ialah Batu Bertulis Cheruk To’kun, Bangunan Lembaga Muzium Pulau Pinang, Bangunan Municipal (Dewan Bandaraya Pulau Pinang), Menara Jam Besar, Makam Sheikh Omar, Gereja St. George, Masjid Melayu Lebuh Acheh, Masjid Kapitan Keling, Leong San Tong Khoo Kongsi, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Penang Free School dan yang ke-12 ialah Rumah Teh Bunga yang akan diwartakan dan disempurnakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Dan di samping ini, saya ingin berikan update tentang perkembangan tarikan pelancongan. Ramai yang menanyakan tentang pelancongan Projek Cable Car di Bukit Bendera yang akan memulakan pembinaan di tapak merupakan satu tourism product yang kita nanti-nantikan. Begitu juga dengan pembukaan Gurney Bay yang berasaskan di waterfront dengan
cadangan pelan induk konsep Gurney Bay yang telah dibuka kepada pengunjung. Tambahan pula terdapat juga beberapa tarikan lain seperti Ferringi Bay yang the longest beachfront container boulevard di Malaysia, Penang Waterfront Convention Centre yang sedang dalam proses pembinaan dan kerja-kerja pemulihan Fort Cornwallis dijangka siap menjelang suku pertama 2025. Projek ini diusahakan oleh George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC). Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Itam, kaedah Estimated Economic Impact ataupun EEI, atau digunakan oleh PCEB, Penang Convention and Exhibition Bureau dihitung menggunakan indikator yang sama seperti Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MYCEB) dan formula ini diluluskan oleh Jabatan Statistik Negara.
Formula yang digunakan mengira acara kongres atau persidangan terdiri daripada beberapa factor yang disertakan dalam perbelanjaan seharian seperti pembayaran yuran persidangan, pembayaran penginapan di hotel, pengangkutan di sekitar hotel dan destinasi, pembayaran tiket penerbangan, perbelanjaan makanan dan minuman, perbelanjaan membeli belah shopping, perbelanjaan melibatkan pembekal-pembekal yang terlibat dalam acara perniagaan seperti caterer, pencetakan, pemasaran dan sebagainya. Dan kita menggunakan perkiraan EEI ini, dia bukan pengiraan impact ini bukan maksud dia punya kepada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan tetapi kepada keseluruhan ekonomi. Angka-angka EEI ini adalah anggaran kesan kepada keseluruhan ekonomi setempat. Dan pengiraan EEI menurut The Business Events Penang 2023 Annual Review yang dikeluarkan oleh PCEB, pengiraan EEI berjumlah satu bilion adalah anggaran kesan ekonomi kepada 604 acara perniagaan sepanjang 2023 di Pulau Pinang. Dia ada dia mudah statistik dia ada 604 business event di seluruh Pulau Pinang.
Daripada itu, PCEB telah menyokong 66 acara dengan kehadiran 73,843 orang delegasi yang membawa EEI sebanyak enam ratus kosong satu juta, iaitu 53.07% EEI daripada jumlah EEI 2023. Maksud saya ialah apabila event seperti V Conference, I think V Conference ialah satu event oleh sebuah syarikat permasaran antarabangsa. Mereka membuat satu conventional yang besar-besaran di Pulau Pinang. Saya hadir dua kali. Tahun lalu saya hadir bulan September. Kehadiran 9,000 orang delegasi yang daripada antarabangsa dan bukan sahaja daripada India, daripada USA, daripada Europe dan sebagainya 9,000. Oleh itu, pada meraka menganjurkan tiga malam lima malam you know di lokasi Spice Arena. Dan mereka memenuhi hotel-hotel. Mereka memenuhi hotel-hotel, bilik-bilik hotel bukan sahaja di Bayan Baru sampai kepada bandar, sampai kepada Bukit Mertajam juga. Oleh kerana you kena cari beribu-ribu bilik hotel, V Conference kali kedua yang saya hadir bulan ini 6,000 kehadiran daripada delegasi-delegasi antarabangsa dan ini juga memenuhi hotel. So semua kiraan ini ada satu formula mereka kira berapa hotel berapa lama persidangan, penerbangan, caterer dan sebagainya. Kemudian dia event-event sebegini membawa impact besar bukan directly kepada Kerajaan Negeri tetapi kepada local economies kepada apabila kita menganjurkan conferences sebagi contoh kita menganjurkan Penang International Dragon Boat Festival. Hotel-hotel di Batu Ferringhi dan Tanjung Bunga dia akan penuh kerana kita bawa lebih kurang 1,000-2,000 orang peserta dan akan penuhi hotel-hotel tersebut. So itu acara-acara besar, event-event besar ini perlu diteruskan supaya dibawa, membawa peserta-peserta bukan sahaja
tempatan bukan sahaja dari Malaysia tetapi Antarabangsa untuk datang ke Pulau Pinang untuk belanja, untuk memenuhi hotel dan sebagainya. Oleh itu, aspek-aspek menjana kepada ekonomi kita mempunyai formula seperti yang saya kata tadi estimate economic impact.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Ahli Kawasan Teluk Bahang yang membangkitkan, Yang Berhormat Ahli Kawasan Teluk Bahang ada? Oh sorry ya. Menjadikan kampung tradisi di Balik Pulau sebagai kampung warisan di bawah UNESCO. Sebenarnya dia ada 10 kriteria bagi penetapan suatu tapak sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Di Pulau Pinang kita ada George Town kita bersama dengan Melaka dan dia ada 10 kriteria kena ada melambangkan daya kreatif menunjukkan keutamaan pada nilai-nilai kemanusiaan mengandungi perincian ada peradaban wujudnya rasa kekaguman pasal sebuah bangunan wujudnya rasa kekaguman suatu tempat tinggal memiliki kaitan erat pada satu peristiwa ada tradisi tertentu mengandungi fenomena alam luar biasa atau keindahan alam dan estetika wujudnya kepentingan melambangkan peristiwa utama dalam sejarah bumi dan wujudnya ciri-ciri yang memiliki peranan penting secara ekologi dan biologi dan dia ada 10 kriteria, syarat-syarat dia. Oleh itu, sekiranya, sekiranya mana-mana tapak yang boleh memenuhi kriteria tersebut boleh kita pertimbangkan walau bagaimanapun segala penamaan atau pun pencalonan sebagai UNESCO tapak warisan UNESCO perlu juga bukan sahaja melalui Kerajaan Negeri tetapi Jabatan Warisan Negara melalui Jabatan Warisan Negara untuk angkat kepada UNESCO. Oleh itu perlu penuhi syarat-syarat tersebut dan buat masa ini kita masih belum dapat lagi mengenalpasti, walaupun kita kenalpasti beberapa kawasan yang perlu dipelihara dan dikekalkan seperti asal tapi dia masih belum lagi boleh diangkat untuk menjadi tapak warisan dunia dan bagi menjawab soalan Yang Berhormat Ahli Teluk Bahang dan Pulau Betong, Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya telah mengenalpasti beberapa projek yang sesuai dilaksanakan di Pantai Malindo dan telah memohon peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk dilaksanakan Rolling Plan Ke-5 Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun 2025 untuk Malindo dan Pejabat Daerah telah mengemukakan permohonan kepada kementerian dan status terkini ialah masih menunggu keputusan permohonan tersebut dan itu sahaja yang saya ingin sampaikan, saya rasa...(gangguan).
Ada soalan Yang Berhormat Ahli Kawasan Paya Terubong.
Silakan. sila.
Yang Berhormat Ahli Kawasan Paya Terubong, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Yang Berhormat tadi kata kita hendak tarikan daya pelancong hadir ke Pulau Pinang bagi ramai dan juga local pelancong kebanyakkan pelancong ini di Pulau Pinang, di belah Seberang Perai saya nampak Yang Berhormat sebagai EXCO
Pelancongan harus pandang ke depan tengok di daerah Teluk Ayer Tawar. Sekarang, di Teluk Ayer Tawar, tiap-tiap hari Jumaat, Sabtu Ahad di Kampung Tersusun di Teluk Ayer Tawar begitu ramai, hampir kadang-kadang dekat 1000 orang 500 orang di persisir panta itu bawa anak-anak mandi di situ. Makna kita tengok di tempat itu adalah dulu orang pergi Batu Feringghi makna orang Seberang hendak pergi Batu Feringghi jammed maka mereka datang di Kampung Tersusun Teluk Ayer Tawar, ramai sampai ada buat wedding plan lah ada makan candle light malam celebrate semua ada dah di situ. Saya minta Yang Berhormat Ahli Kawasan Paya Terubong pandanglah itu adalah satu tarikan pelancong juga di tempat itu cantik pantai itu di kawasan Teluk Ayer Tawar tetapi dalam jawapan kepada saya bertulis semua jawapan bertulis dari segi pelancongan saya hantar banyak semua jawapan bertulis tapi dari segi ini tadi ada silap maksud dia, Kampung Tersusun itu bukan di belakang Masjid Jamek Teluk Ayer Tawar, Masjid Jamek Teluk Ayer Tawar ini dia di Teluk Ayer Tawar tetapi benda ini biasa tetapi hendak bagi laporan ke bagi yang tepatlah tapi bukan saya yang kata YB Pantai Jerejak kata tadi makna YB Sungai Dua kata lebih satu tak boleh dia kata kita kena jawab dah bagi maklumat dalam Dewan kena tepat tapi yang ini saya tidak bertikaikan cuma saya maklum tetapi bukan saya yang kata, YB Pantai Jerejak yang kata tadi, kita minta, bukan saya yang kata, YB Pantai Jerejak yang kata. Tiga (3) kali saya cakap bukan saya yang kata. YB Jerejak yang kata. Terima kasih YB Paya Terubong.
Kadang-kadang ADUN-ADUN juga sudah tahu jawapan dia tanya juga. Dia hendak uji kita sama ada kita, kadang-kadang kita dari sebelah laut kita tidak biasa tempat-tempat tentang Teluk Ayer Tawar. Kalau nanti kita perbetulkan apa yang silap, itu sahaja. Sekian, terima kasih
Dato’ Speaker, last last. Okey mungkin ini untuk pertimbangan oleh EXCO Pelancongan, baru-baru ini saya juga mendapat tahu daripada seorang rakan dari luar negara sebenarnya bahawa bila dia bagi tahu saya, saya pun terkejut mengenai Bukit Bendera apa yang berlaku adalah rakan ini dia kata dia tanya saya dia tau saya dari Penang, dia tanya saya kamu kenal tak Bukit Bendera? Saya cakap tentulah saya dari Penang lepas itu dia cakap kamu kenal tak Hayao Miyazaki. Aku pun ingat seorang animator yang terkenal Hayao Miyazaki lepas tu saya tanya kenapa? So dia bagitahu sebenarnya di negara dia, China. Banyak orang di sosial media mereka datang ke Pulau Pinang sebab Hayao Miyazaki. Aku pun eh terkejut kenapa? So dia cakap orang yang datang sini mereka buat sosial media marketing mereka sendiri kaitkan suasana dan scenary di Bukit Bendera sedia ada dengan animasi dan komik oleh animator ini dan animator ini memang sangat terkenal di seluruh dunia. Dua karya dia memenang Oscar, best animation. Lepas itu saya pun telefon Penang Hill Coorporation, tanya adakah kamu kenal mengenai isu ini Hayao Miyazaki? Langsung kita tidak tahu and actually this is under current....(minta izin). That’s happening that we don’t know we have a hidden. Kita ada satu benda yang naturally sebagai tarikan di atas seorang yang sangat
terkenal karya dia dan oleh sebab itu mungkin cadangan atau pun pertimbangan EXCO Pelancongan untuk tengok bagaimana untuk leverage on this advantage. Terima kasih
Mungkin kita kena belajar Bahasa Jepun juga, tak berapa tahu. Okey terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Ahli Kawasan Pulau Tikus. Ambil maklum, thank you.
Terima kasih maka saya sila Yang Berhormat Ahli Kawasan Tanjong Bunga
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah kerana sesi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 ini dapat berjalan lancar dari hari pertama sehingga ke hari ini 24 Mei 2024, hari pertama 24 Mei 2024 sehingga ke hari ini 29 Mei 2024 dan pelbagai maklumat dan perancangan masa depan Kerajaan Negeri telah pun kita telusuri dan bahaskan di kesempatan yang ada ini pelbagai soalan juga dan cadangan daripada pihak Ahli-Ahli Dewan telah diutarakan semoga dengan penggulungan saya ini menjawab persoalan-persoalan Yang Berhormat sekalian.
Dato’ Speaker, Penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan rangkaian 5G di Malaysia dilaksanakan oleh syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) di bawah Kementerian Digital sebagai pihak neutral tunggal untuk menyediakan perkhidmatan liputan dan kapasiti 5G secara borong atau pun wholesale kepada pemegang lesen Network Service Provider (NSP). Perancangan pelaksanaan projek penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan 5G di seluruh Malaysia telah disediakan oleh pihak DNB dan dilaksanakan secara berfasa, yang di mana fasa pertama projek iaitu Fasa 1A melibatkan kawasan Klang Valley iaitu Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya dan telah bermula pada tahun 2021. Pulau Pinang pula tergolong dalam Fasa 1B dan bermula pada suku kedua tahun 2022. Sehingga bulan April 2024, sebanyak 414 buah stesen pemancar 5G telah berjaya disiapkan dan beroperasi daripada jumlah keseluruhan 449 yang dirancang. Ini meliputi sebanyak 90.8% kawasan berpenduduk. Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen Kerajaan Negeri sebagai penyelaras utama bersama pihak DNB dengan kerjasama semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri juga menyasarkan kesemua baki lokasi stesen pemancar 5G akan dapat disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun 2024. Selain itu, bagi liputan rangkaian 4G, Pulau Pinang telah mencapai sebanyak 99.88% liputan jalur lebar mudah alih di kawasan berpenduduk. Kerajaan Negeri akan terus komited dalam menambah baik liputan 4G di kawasan yang mempunyai masalah kapasiti dan liputan Internet. Bermula suku kedua tahun 2024, Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan sebuah jawatankuasa yang memantau dan memastikan pembangunan infrastruktur komunikasi dapat disiapkan mengikut jadual dan masa yang telah pun ditetapkan. Dari segi kelajuan purata jalur lebar mudah alih pula, Pulau Pinang telah
mencapai sebanyak 195 Megabits per second (Mbps) melepasi sasaran nasional iaitu 100Mbps di dalam pelan Jalinan Digital Negara.
Seterusnya, pelaksanaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) diterajui oleh Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penambahan sebanyak 38 buah NADI di Pulau Pinang pada 11 errr.. 16 Februari 2024 yang lalu. Kerajaan Negeri mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Komunikasi atas penambahan lokasi NADI ini. Kerajaan Negeri yakin pelaksanaan NADI dapat menjadi pemangkin kepada ekonomi setempat sekali gus mempercepat transformasi digital di Pulau Pinang. Kini, sebanyak tiga (3) buah NADI telah beroperasi di Pulau Pinang iaitu di kawasan Sungai Pinang, Sungai Pinang Barat Daya bukan Sungai Pinang Daerah Timur Laut (DTL), Tasek Gelugor dan Taman Prestij. Sehingga minggu ketiga bulan Mei 2024, sebanyak 11 buah NADI telah disiapkan di KADUN Permatang Pasir, Seberang Jaya, Perai, Bukit Tengah, Machang Bubuk, Berapit, Sungai Bakap, Pengkalan Kota, KOMTAR, Pulau Betong dan Bertam. Manakala 10 buah NADI dijangka akan siap dalam masa terdekat melibatkan KADUN Bagan Dalam, Bagan Jermal, Pinang Tunggal, Sungai Dua, Sungai Acheh, Air Putih, Air Itam, Bayan Lepas, Pulau Tikus dan Batu Maung. Baki 17 buah lokasi NADI masih dalam proses pengubahsuaian premis dan menunggu kelulusan daripada pihak yang terlibat. Kerajaan Negeri menyasarkan baki NADI yang belum beroperasi dapat disiapkan menjelang penghujung bulan Jun 2024. Kerajaan Negeri juga bercadang untuk melancarkan NADI Fasa 2 yang pertama iaitu di KADUN KOMTAR pada bulan Jun ini yang bertempat di Taman Harapan, SP Chelliah. Harapan dan hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri pintar bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2030 selaras dengan visi Penang2030. Kerajaan Negeri akan terus komited dalam membangunkan infrastruktur komunikasi yang memenuhi keperluan dan juga kehendak teknologi semasa.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya ingin mengulas sedikit mengenai salah satu projek strategik Kerajaan Negeri iaitu projek kereta kabel Bukit Bendera yang dilaksanakan secara kerjasama awam swasta (PPP). Dengan jarak 2.7km dan masa perjalanan selama 10 minit, kereta kabel ini bakal menyediakan mod pengangkutan alternatif ke puncak Bukit Bendera yang juga akan mengurangkan kesesakan di kawasan Stesen Bawah Bukit Bendera sedia ada di Air Itam. Ia juga akan menjadi sebagai satu produk pelancongan ikonik di negeri kita. Oleh kerana projek ini melibatkan kawasan sensitif Bukit Bendera, maka ia telah dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 11 Disember 2023 yang lalu dan Majlis telah pun memperaku dan bersetuju terhadap cadangan projek ini tertakluk kepada pematuhan syarat yang telah ditetapkan dan kelulusan di peringkat agensi teknikal serta mengambil kira pertimbangan dan nasihat MPFN. Permohonan Kebenaran Merancang bagi bangunan parkir kenderaan bertingkat juga telah diluluskan secara bersyarat dalam Mesyuarat OSC yang bersidang pada 12 Disember 2023 manakala permohonan Kebenaran Merancang bagi komponen stesen bawah, stesen tengah,
stesen atas dan jajaran kereta kabel telah diluluskan secara bersyarat pada 29 Januari tahun ini.
SIA telah menerima kelulusan pada 27 November 2023 daripada PlanMalaysia@Pulau Pinang dan pihak Penang Hill Coorporation bersama pihak konsesi dan perunding telah mengadakan 18 Focus Group Discussion dan kajian soal selidik serta beberapa sesi secara tidak rasmi telah dilaksanakan mulai 16 Ogos tahun lalu sehingga 10 September tahun lalu melibatkan kumpulan-kumpulan stateholder. Kajian Penilaian Impak Trafik (TIA) telah menerima kelulusan secara bersyarat pada 11 Disember 2023 daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Manakala, Laporan Geoteknikal pula telah menerima surat kelulusan bersyarat pada 11 Januari 2024 daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang (JKRPP). Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) pula telah menerima kelulusan bersyarat pada 16 Januari daripada Jabatan Alam Sekitar dan terkini, Pelan Bangunan telahpun diluluskan pada 24 April. Jadi susulan kelulusan peringkat pertama daripada agensi teknikal yang terlibat, kini penelitian langkah-langkah atau pendekatan semasa sedang dimuktamadkan iaitu EMP ataupun Pelan Pengurusan Alam Sekitar yang merangkumi langkah-langkah dan kaedah pemantauan yang akan diambil semasa tempoh pembinaan bagi memastikan projek tidak memberi kesan buruk terhadap persekitaran telah pun dikemukakan untuk kelulusan Jabatan Alam Sekitar pada 20 Mei. Selain daripada itu, TMP atau Pelan Pengurusan Trafik sedang juga dimuktamadkan oleh perunding. Projek ini mempunyai beberapa komponen yang akan dibangunkan dalam tempoh masa 20 bulan yang dijangka akan bermula pada bulan Jun atau Julai 2024 dan berakhir pada akhir 2025 dan garis masa pembinaan komponen adalah seperti yang dinyatakan tadi. Penang Hill Corporation berganding bahu dengan pihak konsesi projek, Hartasuma Sdn. Bhd. bagi memastikan pelaksanaan projek kereta kabel ini lancar di semua peringkat agar dapat beroperasi sebagai produk pelancongan baharu sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Dato’ Speaker, isu kesesakan lalu lintas. Saya rasa Yang Berhormat semua pun ramai yang bangkit kerana ini adalah antara isu yang dihadapi di negeri Pulau Pinang. Pelbagai inisiatif telah pun dilaksanakan oleh agensi-agensi dalam merancang dan melaksanakan penambah baikan infrastruktur bagi mengatasi masalah ini. Dalam ucapan TYT Tun semasa Istiadat Perasmian, TYT Tun telah membangkitkan isu kesesakan trafik di Sungai Dua dan Lebuhraya Utara-Selatan. Isu ini juga telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, Yang Berhormat Bukit Tambun, Seberang Jaya dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Isu kesesakan dari Sungai Dua hingga ke Juru dan kawasan sekitarnya di bahagian utara, tengah mahupun selatan bukanlah isu baharu dan Kerajaan Negeri amat berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. Sebagai maklumat Ahli Dewan yang mulia ini, KKR ataupun Kementerian Kerja Raya Malaysia kini sedang meneliti cadangan lebuh raya bertingkat dari Juru ke Sungai Dua. KKR kini dalam pelaksanaan Kerja Bancian Trafik Automatik dari Plaza Tol Juru hingga ke Plaza Tol Sungai Dua yang dijangka selesai pada penghujung pada apa ni, dijangka selesai pada bulan ini, Yang Berhormat. Satu Pasukan Khas bagi Kajian Kesesakan Lalulintas dari Plaza Tol Juru ke Plaza Tol Sungai Dua dan kawasan sekitar telah ditubuhkan dan Mesyuarat Teknikal telah diadakan pada 20 Mei
2024. Laporan dan cadangan penyuraian trafik akan disediakan oleh pihak KKR dan dijangka akan dibentangkan kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian dan seterusnya ke Jemaah Menteri setelah siap.
Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun mengenai isu di Jalan Bukit Tambun, sebagai maklumat Yang Berhormat, JKR sedang melaksanakan kerja ukur tanah untuk membina pusingan-U di bawah jejambat serta kerja-kerja pemetaan utiliti bagi tujuan pengalihan utiliti. Pelebaran Jalan Persekutuan dari Bukit Tengah ke Nibong Tebal pula telah diangkat kepada KKR dalam Rolling Plan Kelima (RMK-12) melalui dua (2) projek iaitu pertamanya Projek Menaiktaraf Jalan Tunggal (FT001) dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong, dari Permatang Tinggi (Seksyen 740.4) ke Sungai Juru (Seksyen 746.4), Bukit Tengah dan juga Projek Menaik taraf Laluan Persekutuan (FT001) dari Persimpangan Permatang Keling (Seksyen 720) ke jambatan di atas Sungai Junjung (Seksyen 740), Simpang Ampat, SPS. Seterusnya, berkenaan saranan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya supaya jalan-jalan kampung dan kawasan perumahan yang dijadikan alternatif oleh pengguna dapat dinaik taraf. Sebagai maklumat Yang Berhormat, JKR telah merancang satu (1) projek jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di jalan-jalan yang dinyatakan iaitu Projek Pembinaan Jalan 100 Kaki Carrefour yang bermula dari persimpangan Jalan Masjid Timah ke Sungai Derhaka di belakang Pasaraya AEON Big yang dahulunya dipanggil Carrefour. Tapi sebab masa projek ini dibuat dia masih lagi dinamakan Carrefour maka tajuk projek itu masih dipanggil Carrefour. Projek ini dipecahkan kepada dua fasa. Fasa satu bermula dari Jalan Masjid Timah ke Sungai Derhaka di mana JKR kini sedang dalam proses penyediaan lukisan reka bentuk dan penyediaan dokumen perolehan. Tender projek dijangka akan diiklankan pada bulan Disember tahun ini. Bagi fasa kedua, pelaksanaannya akan dipertimbangkan setelah projek fasa satu siap.
Bagi menjawab permohonan Yang Berhormat Berapit supaya projek pelebaran Jalan Kampung Besar dapat dilaksanakan sementara menunggu kelulusan peruntukan untuk pelebaran Jalan Kulim dari Kerajaan Persekutuan. Sebagai makluman Yang Berhormat, projek tersebut telah dimasukkan dalam senarai projek Rancangan Negeri Pulau Pinang dan JKR telah melaksanakan kajian reka bentuk. Walau bagaimanapun, tanah jalan sedia ada berada dalam Rizab Tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan proses pengambilan balik tanah perlu dilakukan. Kerja penaik taraf jalan tersebut akan dilaksanakan apabila pengambilan tanah dapat diselesaikan. Merujuk kepada kesesakan lalu lintas di Pekan Tasek Gelugor yang disebabkan oleh projek perumahan SP Setia dan Scientex, sebagai maklumat Yang Berhormat Permatang Berangan, isu tersebut dapat dikurangkan dengan pelaksanaan cadangan jalan sehala dari Pekan Tasek Gelugor ke Pekan Sungai Dua. JKR telah melaksanakan kajian lalu lintas dan kini dalam proses lantikan perunding bagi kajian reka bentuk jajaran jalan sehala tersebut. Seterusnya, Yang Berhormat KOMTAR bangkit mengenai penetapan had kelajuan di Jambatan Pulau Pinang. Sepertimana yang saya jawab dalam soalan bertulis, sebenarnya had laju di jajaran lebuh raya adalah ditentukan berdasarkan kepada reka bentuk dan juga geometri jalan dengan pengiraan oleh agensi yang berkelayakan. Penyelarasan had laju tanpa mengambil kira reka bentuk jalan akan membahayakan
nyawa pengguna. Jadi Kerajaan Negeri menyaran agar semua pengguna jalan mematuhi tanda had laju. Dato’ Speaker, Yang Berhormat Telok Bahang...(gangguan)
Yang Berhormat Tanjong Bunga.
Sila, sila.
So maksudnya kekalkan sebahagian 80, sebahagian 70 kerana jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Tanjong Bunga katakan JKR atau Kerajaan akan ambil 85% dan Penang Bridge, design dia maximum capacity 100km per jam, so jika 85 maksimum dia, 80 itu boleh, boleh dipertimbangkan, so sekarang sebahagian 80, sebahagian 70, so jika boleh kita minta selaraskan dia satu Jambatan Pulau Pinang itu, semua 80.
Dia kadang-kadang, ada lebuh raya yang di mana ada ataupun jalan yang di mana ada had-had yang lain di bahagian-bahagian yang lain. Dia sudah tentu ada disebabkan oleh reka bentuknya, Yang Berhormat. Jadi yang ni bukan sesuatu perkara yang kita boleh putuskan dalam Dewan ataupun Kerajaan Negeri yang putuskan. Saya rasa Yang Berhormat, perkara ini biar Jabatan Teknikal yang putuskan dan ada dia punya kebijaksanaan. Sekiranya kita tidak berpuas hati, mungkin kita boleh mengadakan perbincangan yang lanjut bersama Jabatan Teknikal, mungkin Yang Berhormat pun boleh join supaya kita boleh faham sebenarnya apakah isu-isu teknikal yang menyebabkan kenapa ada sebahagian jalan yang mempunyai had laju yang berlainan dan sebahagian jalan, lain. Mungkin di peringkat tu kita boleh bincang. Terima kasih Yang Berhormat yang prihatin. Yang Berhormat Telok Bahang, bangkit mengenai keadaan jalan yang pecah dan berlubang di antara Pondok Polis Sungai Pinang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pinang. Sebagai maklumat Yang Berhormat, kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan tersebut telah pun disenaraikan dalam Program Penyenggaraan Berkala Pavemen Tahun 2024. Walau bagaimanapun, kelulusan peruntukan belum lagi diperolehi dan sekiranya diperolehi, maka kerja-kerja akan dijalankan. Bagi menjawab Yang Berhormat Penaga, jambatan di Pengkalan Bongor. Sebagai maklumat Yang Berhormat, lantikan kontraktor bagi kerja-kerja pembaikan pengadang jambatan yang rosak telah pun dibuat dan kerja-kerja penggantian sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada penghujung bulan Julai. Berkenaan pelebaran jambatan pula, permohonan telah pun diangkat kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan masih menunggu kelulusan.
Seterusnya, berkenaan pembinaan slip road di persimpangan Taman Sentri yang tidak mengikut cadangan dalam Pelan Pengurusan Trafik, yang ni saya rasa Yang
Berhormat Batu Uban, tiada di sini. Tapi nak dijadikan cerita pendek, pindaan terhadap reka bentuk terpaksa dibuat oleh kerana utiliti yang menghalang. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bukit Tambun berkenaan status pengambilan tanah antara Bandar Tasik Mutiara dengan Hijauan Hills, missing link yang telah sejak saya menjadi EXCO 2018 pun, setiap kali penggal DUN bersidang kita akan dengar mengenai missing link ini. Sukacita dimaklumkan Yang Berhormat, baru-baru ini kita telah memenangi kes di mahkamah yang di mana Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah menolak permohonan Judicial Review. Dua, dua permohonan Judicial Review oleh pihak pemaju Palmington Sdn. Bhd. , dan oleh kerana itu proses pengambilan tanah boleh berterusan dan sememangnya sedang berlangsung. Tapi untuk maklumat Yang Berhormat, Palmington telah memasukkan rayuan sekali lagi tapi oleh kerana mahkamah, Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak Stay Order apa ni, permintaan untuk memberi Stay maka kerja-kerja pengambilan tanah boleh dilaksanakan. Jadi sehubungan dengan itu, Pentadbir Tanah SPS telah mengemukakan Borang E, Akta Pengambilan Tanah iaitu Notis Siasatan terhadap Palmington Sdn. Bhd. melalui surat bertarikh 14 Mei. Palmington telah dimaklumkan dan dijemput untuk hadir ke Sesi Siasatan Pengambilan Tanah yang akan diadakan pada 5 Jun yang bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Selatan.
Merujuk kepada permintaan Yang Berhormat Seberang Jaya untuk pencerahan mengenai Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri ataupun peruntukan MARRIS. Untuk maklumat Yang Berhormat, peruntukan MARRIS disalurkan secara berfasa oleh Jabatan Kewangan Negeri kepada jabatan-jabatan yang terlibat berdasarkan terimaan secara bulanan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan. Jabatan-jabatan yang terlibat adalah jabatan-jabatan pemilik jalan contohnya JKR, JPS, MBPP, MBSP serta Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah. Justeru, jumlah penyaluran peruntukan MARRIS adalah berbeza pada setiap tahun bergantung kepada terimaan sebenar daripada pihak MOF dan terimaan ini pula adalah berdasarkan maklumat terkini dalam Sistem MARRIS yang telah pun dikemaskini oleh Kerajaan Negeri dalam penggal yang lalu. Pada tahun 2018, saya telah maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa penerimaan MARRIS pada tahun itu hanyalah RM114 juta. Maka pada waktu tu, Kerajaan Negeri telahpun melaksanakan projek pencerapan jalan untuk mengemas kini kesemua jalan-jalan negeri di Pulau Pinang dan hasilnya peruntukan MARRIS kini telah ditingkatkan dua kali ganda. Bagi tahun 2024, JKN mengunjurkan terimaan sejumlah RM240 juta untuk MARRIS. Kita mula dengan RM100 juta sahaja, 6 tahun yang lalu.
Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri amat berbesar hati dengan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Projek LRT Laluan Mutiara. Bagi menjawab saranan Yang Berhormat Batu Uban, Kerajaan Negeri mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat mengenai dia minta Yang Berhormat minta untuk jajaran melalui kawasan Jalan Sungai Dua, tapi untuk makluman semua, jajaran sedia ada kita ada stesen di tapak pesta dan kemudian satu lagi stesen USM di pintu utama di Jalan Sultan Azlan Shah. Cadangan Yang Berhormat Sungai aaa..Batu Uban tu nak masuk ke Jalan Sungai Dua tu kita telah bincang dalam Bengkel Pemutamadan Jajaran yang telah pun diadakan pada 23 Mei yang lalu, minggu lepas dan didapati bahawa cadangan tersebut akan melalui selekoh yang terlalu tajam (sharp turning radius) dan juga pengambilan tanah di
sekitar kawasan tersebut akan memberikan impact social. Jadi oleh itu, kita akan kekalkan jajaran asal yang kita dapati sebenarnya mempunyai keseimbangan dan ridership pengguna yang baik di kedua-dua belah jajaran. Dan apa-apa pun kita akan pastikan apabila kita melaksanakan LRT ini dia sekali dengan feeder bus system daripada pihak Rapid Penang. Jadi dengan adanya perkhidmatan bas pengantara dia akan menjadi feeder kepada stesen LRT dan juga dalam USM pun ada perkhidmatan bas. Yang Berhormat Air Itam dan juga Berapit ada minta supaya perancangan masa depan untuk LRT diteliti. Yang ni, kita akan sudah tentu Kerajaan Negeri akan terlibat dalam penelitian jajaran fasa masa depan iaitu jajaran Air Itam, jajaran Tanjong Bunga dan juga di Seberang Perai tapi masa belum tiba lagi Yang Berhormat, kita semua sedang fokus dan memberi tumpuan kepada pelaksanaan jajaran pertama iaitu Silicon Island hingga ke Penang Sentral, Butterworth.
Bagi menjawab pernyataan Yang Berhormat Machang Bubuk berkenaan kos operasi LRT dan pandangan NGO. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya secara lazim projek pengangkutan awam dilaksanakan dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Justeru kos pembangunan serta kos operasi adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Sama juga dengan LRT Laluan Mutiara ini. Dia sebenarnya tidak ada kos kepada State, kepada Kerajaan Negeri mahupun dalam pengoperasiannya kelak. Disebabkan dia adalah 100 peratus projek Kementerian Pengangkutan. Dan pemilihan mod pengangkutan yang bersesuaian akan diputuskan selaras dengan keperluan unjuran penumpang serta kos pembangunan dan pengoperasian yang berkadaran dengan kemampuan kewangan bagi memastikan sistem pengangkutan yang dibina adalah mampan bagi mengoptimakan kos pembangunan infrastruktur, pihak Kerajaan akan mempertimbangkan pembinaan secara modular dengan mengambil kira keperluan semasa dan akan datang. Yang ni penting Yang Berhormat sebab bila kita nak pilih sistem LRT kelak, kita nak memilih sistem yang scalable. Maksudnya bukan satu sistem yang macam kalau kita bincang pasal LRT, LRT ini adalah satu sistem light capacity yang di mana untuk unjuran penumpang buat masa ini mungkin dalam masa 10 tahun dia memang mencukupi tapi mungkin dalam masa 20 tahun, 30 tahun kapasiti perlu dinaikkan, dia sudah, kita perlu bina satu sistem baru. Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi kita nak pilih satu sistem yang di mana scalable, kita boleh mula mungkin dengan frekuensi yang lebih kurang dan dengan satu atau tukar train supaya bila kita nak tambah di masa depan kita boleh letak three car train, four car train dan sebagainya. Jadi sistem LRT juga yang akan dipilih tapi pun begitu juga Yang Berhormat, saya tahu ramai yang bila kita bincang isu LRT ini kita bayangkan LRT seperti ti di Kelana Jaya Line. Tapi sebenarnya sistem yang kita lihat untuk Negeri Pulau Pinang, Kelana Jaya ini adalah satu sistem yang sebenarnya medium high capacity, 15,000 hingga 30,000 PPHPD penumpang sejam sahala. Dan ini adalah sistem yang tidak sesuai untuk Negeri Pulau Pinang. It is too high capacity untuk Negeri Pulau Pinang dan kita pun tak akan pilih satu sistem seperti Kelana Jaya Line. Sistem yang kita sedang terokai bersama-sama dengan MRT Corp adalah sistem low to medium capacity. Low to medium capacity dan sistem low to medium capacity ini, dia macam-macam jenis. Semuanya adalah tergolong dalam kategori LRT. Tapi LRT ini, di bawah LRT payung LRT, dia terdapat banyak. Ada LRT sebenarnya sebahagian daripada form of LRT juga, ada RRT, ada APM, AGT, LRV, tram, kesemuanya adalah jenis-jenis LRT tapi jenis mana yang akan dipilih, itu Lembaga
Perolehan di kementerian yang akan memilih kerana ia adalah projek Persekutuan tapi sudah tentu pemilihan itu akan berdasarkan kepada unjuran penumpang dan juga keperluan negeri Pulau Pinang. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Bagan Dalam berkenaan kecukupan sumber tenaga elektrik bagi pengoperasian LRT. Untuk makluman Yang Berhormat, reka bentuk terperinci bagi pembinaan LRT sememangnya mengambil kira penggunaan sumber elektrik yang mencukupi di mana setiap beberapa stesen LRT akan disalinghubungkan dengan Traction Power Sub Station yang akan membekalkan bekalan elektrik kepada sistem tren kelak. Jadi sememangnya sudah diambil kira Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu lapangan terbang, saya telah jawab dalam sesi soalan lisan. Cuma jadi tidak perlu Yang Berhormat saya rasa untuk mengulangi. Yang Berhormat Seri Delima juga membangkitkan isu Pakej 2 yang di mana kebanyakannya telahpun saya jawab dalam sesi lisan. Cuma isu baru yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Delima adalah mengenai jentera jengkaut ataupun excavator yang telah tergelincir di Changkat Delima. Sebenarnya kejadian tersebut berlaku semasa demobilisasi dan dia telah dialihkan semula, diangkat dan diletakkan ke dalam kren. Jadi sebenarnya dia tergelincir daripada treler semasa dia nak letak di atas treler itu, tergelincir dan telah diletakkan balik tanpa sebarang insiden melibatkan orang ataupun harta benda awam. Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai Silicon Island, Yang Berhormat Penanti bertanya mengenai pelantikan perunding. Sebagai makluman Yang Berhormat, perunding adalah dilantik oleh pemaju projek iaitu Silicon Island Development Sdn. Bhd. (SIDSB) dan SRS TC Sdn. Bhd. iaitu kontraktor. Namun, harus diingati bahawa Kerajaan Negeri selaku pemilik projek masih terlibat dalam proses pelantikan perunding melalui penglibatan Penang Infrastructure Corporation (PIC) dalam pegangan syarikat SID (Silicon Island Development) tadi. Pengerusi Lembaga Pengarah SID juga sebenarnya adalah Ketua Pegawai Eksekutif PIC iaitu YBhg. Dato’ Seri Farizan.
Seterusnya, Yang Berhormat Penanti ada bangkit berkenaan kepakaran tempatan dan pakar luar negara dalam bidang geoteknikal. Untuk makluman Yang Berhormat projek penambakan laut adalah satu kaedah yang tidak asing di negeri Malaysia, negara Malaysia. Perunding tempatan mempunyai pengalaman dan kepakaran geoteknikal yang mencukupi untuk melaksanakan kerja dan kajian berkaitan dengan projek penambakan. Kejuruteraan geoteknikal juga adalah bidang yang memerlukan kepakaran tempatan, iaitu perunding yang arif tentang keadaan tanah di sesuatu tempat atau negeri. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh perunding tempatan adalah lebih releven bagi projek-projek penambakan di tanah air berbanding kepakaran dari luar negara. Berkenaan dengan dakwaan Yang Berhormat Sungai Dua berkaitan insiden selut di Pengkalan Sungai Batu. Saya nak maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa kawasan selatan Pulau Pinang ini sebenarnya adalah merupakan kawasan pasang surut ataupun intertidal yang cetek dan berlumpur sejak dari dahulu lagi. Semasa penyediaan laporan EIA, perunding bertauliah telah mengenal pasti keadaan ini. Dan semasa pelaksanaan projek, Kerajaan Negeri menjalankan pemantauan berkala termasuk pemantauan garis pantai dan pemantauan kualiti air. Berdasarkan laporan pemantauan garis pantai yang dijalankan setiap tiga bulan, tiada
sebarang penemuan yang menunjukkan berlakunya peningkatan mendapan di kawasan sekitar projek Silicon Island termasuklah kawasan Sungai Batu. Laporan ini dikemukakan kepada JPS dan turut disahkan hasil penemuannya. Selain itu, pemantauan kualiti air turut dilaksanakan setiap bulan. Pemantauan kualiti air (pepejal terampai atau total suspended solid yang dijalankan sejak September 2023 menunjukkan bacaan tidak melebih tahap yang dibenarkan bagi stesen pemantauan terutamanya di kawasan Sungai Batu. Jadi tidak bermasalah Yang Berhormat. Ada juga dakwaan berkenaan sumber laut berkurangan akibat daripada projek Silicon Island ini. Kerajaan Negeri ingin merujuk kepada kenyataan oleh LKIM pada 22 Mac 2024 yang lalu yang di mana Pengerusi LKIM berkata tidak ada dapatan saintifik yang menunjukkan hasil tangkapan ikan di Pulau Pinang terjejas akibat projek penambakan ini. Menurut beliau, data yang dikumpul dari pusat-pusat pengisytiharan ikan LKIM di Pulau Pinang pada bulan-bulan sebelum dan juga selepas mulanya kerja penambakan menunjukkan hasil penangkapan udang berada dalam pola menaik dan menurun. Pola ini juga dicatatkan di Pusat Pengisytiharan Ikan LKIM Teluk Kumbar yang menjadi pusat utama bagi nelayan di Sungai Batu. Pola ini adalah ketara pada awal bulan September dan Oktober apabila kerja penambakan baru bermula. Pada masa itu, tangkapan udang telah mengalami peningkatan yang ketara sehingga mencecah 3.4 tan metrik dan 4.7 tan metrik masing-masing. Pada bulan Disember pula, hasil tangkapan udang masih kekal tinggi iaitu melebihi 4.0 tan metrik. Berdasarkan dapatan LKIM, kita tidak dapat membuat kesimpulan bahawa penambakan Silicon Island mempunyai kesan kepada aktiviti perikanan di kawasan sekitarnya.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap peka kepada kebimbangan nelayan mengenai mata pencarian mereka. Oleh itu, skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) telahpun dilaksanakan untuk membantu nelayan untuk menambah baik operasi penangkapan ikan mereka. Contohnya, nelayan yang berdaftar untuk menerima SIMP dari Permatang Tepi Laut, Sungai Batu, Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar telah menerima bot baharu yang bersaiz lebih besar iaitu 27 kaki dan enjin yang lebih berkuasa 90-100HP supaya mereka dapat pergi lebih jauh untuk menangkap ikan. Dari aspek ini, aktiviti mereka bukan sahaja tidak terjejas tetapi menjadi lebih baik lagi. Kerajaan Negeri juga percaya bahawa kita semua sedar yang isu kekurangan sumber laut adalah fenomena antarabangsa yang berlaku akibat penangkapan ikan secara berlebihan, perubahan iklim dan juga pelbagai faktor lain. Oleh itu, Kerajaan Negeri amat menggalakkan aktiviti perikanan yang lebih lestari seperti perusahaan ikan sangkar yang boleh diceburi oleh komuniti nelayan. Kerajaan Negeri yakin perusahaan ikan sangkar akan memberi banyak manfaat kepada komuniti nelayan serta menyumbang kepada pemodenan sektor perikanan dan keterjaminan makanan di Pulau Pinang. Dato’ Speaker mengenai isu bekalan elektrik. Isu surcaj faktor kuasa seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang. Ini teknikal sedikit, saya cuba untuk menjelaskan. Sebagai makluman Yang Berhormat, Power Factor adalah indeks yang digunakan untuk mengukur tahap kecekapan penggunaan elektrik. Jadi dia sebenarnya berkisar kepada isu kecekapan tenaga (efficiency of energy). Indeks ini diukur pada julat 0 hingga 1. Pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari kategori Komersial, Industri, Perlombongan dan Pertanian yang mengambil bekalan elektrik tiga fasa digalakkan untuk mengekalkan indeks Power Factor yang tinggi secara konsisten iaitu melebihi 0.85 atau
0.90. Indeks Power Factor yang tinggi menunjukkan tahap penggunaan elektrik yang cekap. Maksudnya kalau Power Factor dia 0.85 dan ke atas, maksudnya dia cekap. Kalau dia kurang dari 0.85 maksudnya tidak cekap. Sebaliknya, indeks Power Factor yang rendah menunjukkan penggunaan elektrik yang tidak cekap atau berlakunya pembaziran elektrik. Ketidakcekapan penggunaan tenaga elektrik boleh menyumbang kepada pelepasan jejak karbon ataupun carbon foot print yang lebih tinggi, seterusnya meningkatkan pemanasan suhu global. Surcaj Power Factor akan dikenakan sekiranya Power Factor Index direkodkan di bawah daripada 0.85. Ini untuk pengguna yang mengambil bekalan elektrik pada tahap 33 kV dan untuk pengguna yang mengambil bekalan elektrik pada tahap 132kV ke atas, indeks yang digunakan adalah 0.90 peningkatan bil elektrik disebabkan power faktor surcaj adalah bergantung kepada perbezaan julat faktor kuasa yang direkodkan berbanding standard minimum 0.85 atau 0.9 bergantung kepada apa yang saya sebut tadi dan kiraan power faktor surcaj adalah seperti berikut untuk index power factor 0.85 hingga 0.75 surcaj adalah 1.5% untuk setiap 0.01 poin untuk index power factor kurang daripada 0.75 surcajnya ada 3 peratus.
Antara langkah-langkah yang disarankan untuk meningkatkan power factor indek supaya kekal dalam julat yang diperlukan untuk elak daripada power factor surcaj adalah seperti berikut memasang kapasitor, kedua mengelakkan daripada pengendalian peralatan elektrik tanpa beban atau di bawah beban yang disyorkan, ketiga mengunakan peralatan elektrik berasaskan motor yang mempunyai power factor index yang tinggi dan keempat mengunakan peralatan elektrik yang diperakui oleh SIRIM dan mempunyai label cekap tenaga. Seterusnya berkenaan isu pengguna yang mengalami kenaikan caj penggunaan setelah pemasangan smart meter. Sebagai makluman yang berhormat TNB memberi jaminan bahawa peningkatan bil elektrik bukanlah disebabkan pemasangan smart meter sebarang perubahan pada bil elektrik adalah disebabkan oleh faktor-faktor ketidaktepatan meter lama dan perubahan dalam corak penggunaan. Meter lama mungkin tidak berfungsi dengan efisien kerana ada komponen meter yang telah usang ataupun ada meter yang telah diusik. Selain itu, perubahan cuaca juga berkemungkinan menyebabkan peningkatan atau pengurangan elektrik dengan penggunaan lebih kerap peralatan elektrik bermotor seperti penghawa dingin, peti sejuk, alat pemanas, mesin basuh dan sebagainya. Smart meter hanya mengukur jumlah tenaga yang digunakan pada setiap setengah jam dan merekodkan bacaan meter secara jarak jauh pengguna boleh melihat maklumat ini melalui portal myTNB untuk membantu mereka menjejak dan mengurus penggunaan tenaga dengan lebih bijak. Pengguna smart meter juga boleh meletakkan had bajet penggunaan bulanan mereka. Ini juga membantu untuk control, mengawal penggunaan elektrik kita.
Juga untuk makluman Yang Berhormat, smart meter tidak mempunyai keupayaan untuk melihat, mendengar atau mengintip pengguna. Smart meter mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan juga adalah selamat dan diluluskan oleh SIRIM dan juga MCMC. Yang Berhormat Batu Lancang juga, sebut mengenai kenaikan tarif elektrik yang membebankan pengguna terakhir. Sebagai makluman Yang Berhormat surcaj power faktor surcaj yang saya sebut tadi hanya dikenakan kepada pengguna komersial dan industri dan bukan kepada pengguna domestik tetapi bermula 1 Mac 2024 cukai perkhidmatan 8% telah dikenakan kepada pelanggan domestik tarif A iaitu mereka
yang mempunyai penggunaan elektrik melebihi 600kWj atau dalam dari segi ringgit 231.80 sen sekiranya bil lebih daripada RM231.00 ringgit maka akan dikenakan cukai perkhidmatan 8% dan tempoh pengebilan ialah 28 hari atau lebih. Sebagai makluman Yang Berhormat, sebelum 1 Mac 2024 pelanggan domestik yang penggunaan elektriknya melebihi 600kWj dikenakan cukai perkhidmatan hanya pada kadar 6% jadi yang naik itu adalah cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8%. Jadi Kerajaan Negeri sememangnya menyarankan semua pelanggan untuk sentiasa mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dan berhemah bagi mengelakkan pembaziran dan untuk elak daripada kena cukai perkhidmatan jadi kita guna kurang daripada RM230 kita boleh jimat sikitlah. Yang Berhormat.
Okey, Yang Berhormat Permatang Berangan ada bangkit isu bekalan elektrik di luar bandar. Dia sebenarnya Yang Berhormat sekiranya ada permohonan yang ditolak itu disebabkan bekalan apa ini TNB ingin memastikan bekalan elektrik yang berkualiti. Tapi kalau ada permohonan yang mendesak boleh dimajukan kepada pihak TNB setelah penaiktarafan sistem dilaksanakan. Tetapi sekiranya terlalu mendesak maka pihak pemohon juga boleh menyerahkan tapak pencawang bagi memboleh TNB menyalurkan bekalan yang lebih berkualiti keperluan tapak pencawang amat diperlukan oleh TNB bagi memastikan pengguna sedia ada tidak mengalami beban melampau ataupun overload dan penurunan voltan apabila pengguna baru di sambung kepada sistem bekalan elektrik sedia. Keperluan pencawang elektrik adalah berdasarkan kepada perancangan sistem beban sedia ada dan tambahan beban akan menjadi masalah dan perlu diselesaikan seperti mana yang saya sebut tadi dengan penaiktarafan sistem di kawasan tersebut. Dato’ Speaker…(gangguan).
Mohon pencelahan
Tanjong Bunga nak tanya banyak lagi ke kalau…(gangguan).
Selepas ini isu air tapi kebanyakan dah sudah diulas semasa sesi soalan lisan Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih kepada Tanjong Bungah, berkaitan dengan bekalan elektrik luar bandar yang saya bangkitkan dalam perbahasan kelmarin. Permohonan-permohonan baru tak dapat diproses disebabkan tak cukup bekalan dipahamkan oleh TNB tak cukup bekalan yag sedia ada, dan pihak TNB memerlukan tapak pencawang ya, memerlukan tapak pencawang. Tapi masalahnya nak dapatkan tapak pencawang tu kalau nak beban kepada pengguna untuk sediakan tapak pencawang memang tak adillah dia memang tak
Dewan Ditangguhkan
ada tapak pun jadi itu yang perlu kita buat kajian atau bersama-sama dengan TNB untuk memikirkan cara mana untuk kita menyediakan tapak pencawang ini untuk membolehkan TNB membuat pencawang baru dan membekalkan tenaga kepada pengguna-pengguna baru yang membuat permohonan. Dan satu lagi berkaitan dengan kesesakan jalan Tasek Gelugor ke Sungai Dua tadi, Yang Berhormat sudah jawab tadi dan sedang dibuat kajian hanya di pekan Sungai Dua. Di pekan Sungai Dua dicadangkan untuk dibuat jalan sehala seperti di pekan Penanti untuk mengelakkan kesesakan di pekan Sungai Dua. Tapi apa yang saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan kelmarin kebimbangan kita tentang kesesakan yang akan berlaku di antara Tasek Gelugor dan Sungai Dua itu apabila Taman Perumahan Setia Fontaines dan Scientex dibuka sepenuhnya di mana dijangka kenderaan akan bertambah dengan banyak sekali dan kesesakkan ini akan bertambah buruk apabila projek perumahan ini telah siap dan dibuka. Jadi saya minta Kerajaan Negeri membuat kajian untuk membuat laluan alternatif ataupun pembesaran jalan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya perlu meneliti perkara ini dengan lebih mendalam dengan pihak MBSP dan juga JKR tetapi setahu saya apabila ada projek besar seperti Setia Fontaines dan sebagainya biasanya traffic impact assessment akan dilaksanakan dan kemudian ada syarat-syarat penaiktarafan yang akan dikenakan terhadap pemajulah. Jadi kita boleh semak untuk projek ini untuk jalan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi adakah penaiktarafan itu disyaratkan dan sekiranya ada ataupun tidak kita boleh mengambil tindakan selanjutnyalah nanti saya ambil maklum daripada Yang Berhormat mengenai perkara ini. Yang isu tidak cukup bekalan itulah, Yang Berhormat mungkin untuk kes ini dia ramai banyak yang menghadapi masalah ini? Yang ini perlu perbincangan yang lebih lanjutlah dengan pihak TNB saya dapatkan info.
YB, yang sedikit itu saya izinkan untuk bawa ke esoklah. I rasa tiga minit tak cukup untuk Yang Berhormat untuk buat penggulungan isu air walaupun telah banyak tapi dengan keizinan pun minta YB esok ringkas memandang juga banyak telahpun penjelasan disampaikan di dalam Dewan ini. Okey Ahli-ahli Yang Berhormat untuk hari ini kita perlu tangguh setakat ini sahaja dan Ahli-ahli Yang Berhormat kita sambung esok 9.30 ya.
Dewan ditangguhkan pada jam 5.13 petang.