Pulau Pinang · 30 May 2024
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 385 turns · 33,312 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Bacaan doa.
Soalan lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita balik ke sesi soalan lisan, sedikit pengumuman, hari ini kita terima kasih kepada Jabatan Pertanian kerana mereka akan mempromosikan Pesta Durian Pulau Pinang di perkarangan Dewan nanti. Yang keduanya, melihat perkembangan saya rasa ke semua urusan mesyuarat boleh selesai hari ini. Maka, saya nak seterusnya ke sesi soalan lisan dan saya silakan soalan 25. Soalan 25 di langkau, dan soalan 26 saya sila.
Dato’ Speaker, soalan saya soalan 26.
No. 26. Terangkan tujuan caj levi hotel Pulau Pinang dan pengutipan mengikut tahun sejak diperkenakan.
(a) Nyatakan pelan kegunaan pendapatan caj levi hotel tahun ini.
Selamat pagi, terima kasih kepada soalan daripada ADUN Kawasan Berapit. Dan yang menanyakan tentang tujuan caj levi hotel. Dan tujuan caj fi hotel Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri, adalah untuk digunakan untuk membiayai program-program pembangunan dan promosi sektor pelancongan di Pulau Pinang. Kutipan fi hotel sejak diperkenalkan, saya telah jawab semalam. Tapi, saya hanya bekalkan maklumat untuk 2022 dan 2023. Untuk tahun 2022, sejumlah RM3.83 juta dikutip untuk fi hotel. Untuk 2023 sejumlah RM10.6 juta dan 2024 sehingga April RM3.7 juta telah dikutip untuk hotel fi. Bermula tahun 2023, fi hotel telah diakaunkan sebagai hasil negeri dan Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan daripada hasil tersebut kepada Penang Global Tourism Sdn. Bhd. PICEB Sdn. Bhd. serta MMK Pelancongan dan Ekonomi Kreatif untuk program-program pelancongan. Bagi tahun 2024 juga, peruntukan tambahan sejumlah
RM1 juta juga diberikan kepada MMK Pelancongan dan Ekonomi Kreatif untuk digunakan bagi tujuan program-program berkaitan pelancongan. Itulah jawapan saya.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Soalan saya adalah memandang sebenarnya semalam daripada pergulungan daripada Paya Terubong, saya juga mendapat jawapan tersebut. Tapi, di sini ada soalan saya memandangkan negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri pelancongan yang memang terkenal. Dan kita juga bergantung pada levi hotel, caj untuk menarik lebih pelancong dengan adanya direct flight yang bagi mereka insentif supaya lebih kapal terbang boleh masuk ke Pulau Pinang. Dan kali ini juga kita dunia ini sedang merebut pelancong daripada negara China dan India. Jadi, soalan saya di sini adalah, macam mana kita dapat menampung direct flight insentif kepada direct flight, berapa direct flight yang kita kena bayar kepada syarikat tersebut untuk tahun ini dan depan. Dan lagi satu soalan, disebabkan tujuan untuk mengutip caj levi hotel Pulau Pinang telah berubah, jadi daripada tahun lepas 2023. Jadi, adakah industri player pelancongan di Pulau Pinang telah di maklum lebih awal, sebelum hasil levi hotel itu ditukar gunakan penggunaannya. Ini daripada soalan saya. Terima kasih.
Semalam apabila terima kasih soalan. Semalam apabila saya menjawab soalan Air Itam, saya kurang mungkin kurang jelas. Oleh itu saya tambah maklumat sikit untuk-untuk hotel fi ini. Sebenarnya untuk tahun 2024 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta kepada Penang Global Tourism, RM3.87 juta untuk PICEB, RM1.2 juta untuk MMK Pelancongan dan RM1 juta tambahan kepada MMK Pelancongan. Oleh itu, jumlah tersebut adalah melebihi RM10 juta. Maksud, maksud saya ialah Kerajaan Negeri memperuntukan wang yang lebih besar daripada hotel fi. Maksud dia kita-kita hotel fi dimasuk ke dalam hasil dan Kerajaan Negeri memperuntukan wang yang lebih besar daripada RM10 juta untuk-untuk seluruh Portfolio Pelancongan termasuk syarikat-syarikat GLC tersebut. Walau bagaimana, itu-itu untuk memberikan jawapan kepada hotel industri supaya mereka tahu bahawa yang kutip et Kerajaan Negeri memperuntukan lebih banyak wang daripada yang dikutip untuk MMK Pelancongan.
Walau bagaimanapun, dia adalah merupakan pengurangan berbanding tahun lalu. Tahun lalu PICEB, PGT dan MMK Pelancongan diperuntukan wang yang lebih banyak. Saya, secara kasar RM15 juta RM16 juta begitu, ada pengurangan lebih kurang RM5-RM6 juta dari angka-angka spesifik mungkin saya bekalkan kemudian. Dan ada-ada pengurangan daripada tahun-tahun lalu. Ini yang kita sebut sebagai pengurangan dan juga pengurangan dari segi akses kepada hotel fi yang dulu RM10 juta sekarang kurang sikit. Kurang daripada RM1 juta. Dan untuk menjawab soalan direct flight, semalam saya telah membuat satu kenyataan. Shenzhen Airlines akan telah memulakan
jualan tiket dan akan memulakan direct flight daripada Shenzhen, China ke Pulau Pinang pada 27 haribulan Julai. Dan Juneyao Airlines hari jumaat ini, esok malam akan ada direct flight from Shanghai ke Pulau Pinang. Dan kita sedang aturkan satu lagi penerbangan dari Hong Kong dan satu lagi juga hujung tahun daripada Chennai, India seperti saya jawab Batu Uban kelmarin. Dan untuk-untuk syarikat-syarikat penerbangan, ada permintaan dari syarikat penerbangan untuk marketing fund kerana ini adalah satu praktis di merata tempat. Kita bukan sahaja berebut dengan dengan Kuala Lumpur ataupun Kota Kinabalu. Tetapi, kita juga bersaing dengan Medan, dengan Singapore dan juga dengan Bangkok untuk pendaratan. Dan oleh itu, kadang-kadang syarikat penerbangan meminta bantuan ataupun dari segi kita panggil marketing fund.
Satu marketing fund supaya mereka boleh akses itu marketing fund untuk promosi, membantu mereka mempromosikan destinasi penerbangan tersebut sama ada di Penang ataupun di negara asal mereka. Supaya mereka boleh menggunakan marketing fund untuk tujuan promosi. Itulah itu, itu memang satu lumrah industri player. Untuk pihak Kerajaan Negeri melalui PGT, kita ada perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan. Kita ada memberitahu mereka pada asal pada awalnya bahawa kalau kelak ada keperluan marketing fund itu, kita perlu penerbangan satu tahun. Maksudnya kena terbang satu tahun, kemudian kita boleh lihat bagaimana kita membantu ataupun ada ada perbincangan sedemikian. Supaya boleh diberikan berperingkat-peringkat seperti ini. Kempen marketing secara berperingkat-peringkat sebegini dan kalau sekiranya dia hanya terbang satu bulan, kemudian tak terbang. Maka maka kita tidak dapat menyalurkan peruntukan marketing fund tersebut. Oleh itu, ada syarikat penerbangan yang yang perlukan funding tersebut. Ada yang tak minta, kerana kita bukan sahaja compete. Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, harus kita ingat bahawa kita bukan sahaja bersaing dengan kita bersaing dengan bandar-bandar antarabangsa di rantau ini. Dan seperti-seperti kita baca dalam surat khabar, Taylor Swift konsert di Singapura. Mereka memberikan insentif berjuta-juta ringgit untuk untuk konsert tersebut. Dan seperti penerbangan juga, pelbagai persidangan juga apabila kita kita beat for convention, convention antarabangsa untuk diadakan di Pulau Pinang sebenarnya kita bersaing dengan Bangkok dengan Singapura. Kita perlu Bangkok beri berapa insentif, dan kita lihat pada sama ada kita boleh match. Kalau tak boleh match, kita mungkin host a dinner, host a dance begitu sahaja. So, kalau kita tak dapat berikan insentif secukupnya maka penganjuran ataupun penerbangan penganjuran convention atau penerbangan ataupun dia akan memberikan pertimbangan untuk tempat-tempat yang boleh memberikan insentif. Oleh itu, walaupun tahun ini kita kurang peruntukan kita akan lihat bagaimana kita manage apa yang kita ada. Dan sekiranya keadaan kewangan bertambah baik, kita akan tambah balik dari segi untuk portfolio pelancongan. Itulah jawapan saya.
Terima kasih. Seberang jaya.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 27.
No. 27. Industri sukan berpotensi untuk membantu menyumbang kepada ekonomi dan juga menyumbangkan hasil kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri seperti contoh industri e-sukan, sukan ekstrem dan lain-lain. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai usaha untuk mengembangkan sektor sukan dalam negeri agar dapat dijadikan sebagai industri ekonomi baharu?
Selamat pagi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menjawab soalan ke nombor 27, yang ditujukan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya. Saya ingin ambil kesempatan disini, untuk ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seberang Jaya kerana telah menanyakan satu soalan yang bagi saya rasa penting berhubung dengan industri sukan khususnya di negeri Pulau Pinang ini. Apabila kita sebut tentang industri sukan, sebenarnya industri sukan bukan sesuatu industri yang asing lagi buat negeri Pulau Pinang. Kita lihat bagaimana industri ini, mengembang seiring dengan aliran masa dan juga kita lihat pada masa kini juga kita nampak kejayaan juga berjaya dikecapi. Bukan kita menjurus secara spesifik terhadap sukan-sukan tertentu, tapi sebenarnya industri sukan ini merangkumi banyak sektor dan industri secara luas dan umumnya. Saya bagi contoh, saya rasa ramai kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat pernah mendengar tentang apparel pakaian sukan “Choii” misal katanya yang berasal dari negeri Pulau Pinang juga ada beberapa syarikat seperti “Kaki Jersi”. Mereka adalah usahawan tempatan, dan mereka telah mengembang kebelakangan tahun ini.
Jadi, Kerajaan Negeri amat komited dan akan meneliti usaha untuk mengembangkan sektor sukan dalam negeri, agar dapat dijadikan sebagai set industri ekonomi baharu, selaras dengan Pelan Industri Sukan Negara yang akan diumumkan pelaksanaannya oleh Kementerian Belia dan Sukan pada masa terdekat. Jadi, pelan tersebut bakal menggariskan beberapa langkah strategi serta inisiatif yang boleh memberi manfaat kepada sektor industri sukan serta dapat menghasilkan pulangan semula kepada ekonomi negara sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan Negara melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan Bilangan 1 Tahun 2024 pada 18 April 2024 yang lalu. Sebab kalau kita lihat secara keseluruhannya industri sukan, ikutkan laporan awal akaun satelit sukan yang kita berjaya catitkan pada tahun 2021, secara keseluruhannya di negara Malaysia industri sukan menyumbangkan sejumlah RM17.5 billion. Manakala tahun 2022, ia telah meningkat sehingga RM19.6 billion. Tetapi kalau kita lihat secara keseluruhan, apakah sukatannya?
Saya bagi contoh, katakanlah kita anjurkan satu acara sukan bertaraf antarabangsa di negeri Pulau Pinang, semestinya sektor penginapan, sektor perhotelan, sektor makanan (F&B) pun akan dapat hasilnya juga. Tapi kadang kala pihak
pelancongan pula akan claim, sebab penginapan tu akan tertakluk di bawah pelancongan. Jadi, buat masa kini memang di Jemaah Menteri mereka tengah kaji satu pelan ini untuk kita lihat bagaimana kita dapat angka yang secukupnya, yang sewajarnya untuk kita kira di bawah industri sukan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Kalau ada?
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO daripada Padang Lalang telah menceritakan telah menjawab tentang pelan dan strategi yang akan dilakukan. Saya zoom in sikit soalan seterusnya, saya merujuk kepada Manifesto ke-30, dimuka surat 15 “Manifesto Perpaduan 2023 untuk mewujudkan Akademi e-Sport di setiap daerah”. Saya khuatir Akademi e-Sport ini hanya akan membelanjakan wang rakyat untuk diwujudkan. Soalan saya, bersediakah Kerajaan Negeri ataupun apakah langkah yang akan atau telah diambil untuk memastikan Akademi e-Sport ini boleh self-sustained. Malah boleh menjana ekonomi hiliran di setiap penubuhan Akademi e-Sport di setiap daerah tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya. Saya ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Seberang Jaya memang pekalah tentang manifesto Kerajaan Perpaduan. Jadi berhubung dengan Akademi e-Sport, e-Sukan tersebut yang dibangkitkan tersebut saya rasa Akademik e-Sukan itu lebih menjurus kepada pembangunan sukan e-sukan secara sendiri. Kalau kita, saya sukalah untuk mengajak Yang Berhormat Seberang Jaya dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat kalau bab pembangunan sukan ini jangan lihat kepada ringgit dan sen saja. Sebenarnya dari segi pembangunan sukan ini kita akan lihat secara holistik secara pembangunannya secara seluruh untuk membangunkan insan, modal insan negeri kita ini.
Saya bagi contoh kalau kita asyik dengan ringgit dan sen saja sebenarnya Kerajaan Negeri tidak perlu juga terus melabur di dalam Penang FC sebab menang ka, kalah ka, kita tetap kena bayar juga tapi kita lihat pembangunannya secara keseluruhan tapi untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya untuk Akademi e-Sport tersebut sebenarnya pihak Kerajaan Negeri kita pun telah kemukakan cadangan bagi pembangunan Akademi e-Sukan itu di dalam Rancangan Malaysia yang akan datang ini tapi saya nak bangkitkan juga tentang khususnya impak pembangunan khususnya dari segi akademi dan juga e-Sukan ini. Kalau kita lihat di sektor ekonomi di negeri Pulau Pinang ini kita ada Intel, kita ada AMD sebenarnya semua sektor ini mereka menerima manfaat disebabkan oleh pembangunan e-sukan juga sebab perkakas yang di minta di pembangunan e-sukan ini untuk desktop komputer yang lebih canggih semua cip mereka inilah sebenarnya yang dapat manfaat. Jadi kita lihat secara
keseluruhan untuk sektor ekonomi di negeri Pulau Pinang sama ada pembuatan ataupun perkhidmatan itu secara keseluruhan. Terima kasih.
Terima kasih. Machang Bubuk, sila.
Boleh minta soalan tambahan? Yang berkaitan dengan industri e-sport, e-sukan, saya teringat tentang pernah ada satu pengumuman dikatakan satu perancangan ada pusat e-sukan akan di buat di Stadium Bukit Mertajam pada tahun lalu. Saya tidak pasti dengan perkembangan jadi saya minta adakah perkembangan.
Untuk makluman Yang Berhormat Berapit, buat masa kini memang kalau diikutkan manifesto kita lihat kepada pembangunan Akademi e-Sukan di setiap daerah di negeri Pulau Pinang ini. Buat masa kini suka untuk saya laporkan untuk Daerah Timur Laut kita sudah ada di KOMTAR dan juga satu lagi iaitu e-Sport kabin di bahagian Seberang Perai Utara. Jadi kita akan lihat memang ada cadangan untuk kita lihat mungkin Akademi e-Sukan kita boleh buat di Stadium di Jalan Betik tapi kita kena lihat kepada kesesuaian lokasi juga di mana ia perlulah satu tempat yang dapat menyenangkan peserta-peserta e-Sukan ini untuk sampai. Jadi kita boleh lihat sepertimana Yang Berhormat Seberang Jaya bangkitkan tadi dengan mengwujudkan Akademi e-Sukan ini mungkin ada industri-industri lain yang boleh attach sekali misalnya F&B. Jadi kita lihat secara keseluruhannya. Terima kasih.
Machang Bubuk, sila.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 28.
No. 28. Penemuan hidrokarbon di Lembangan Langkasuka.
(a) Apakah status terkini berkenaan hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Petronas?
(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral seperti hidrokarbon?
(c) Terangkan usaha dan strategi Kerajaan Negeri optimize penemuan hidrokarbon di Pulau Pinang.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan ini saya sudah pun jawab dalam rumusan semalam semasa sesi pergulungan. Walau macam mana pun saya ingin merumuskan sekali lagi. Terima kasih kepada YB Machang Bubuk. Soalan ini adalah satu soalan yang dalam fikiran setiap rakyat Pulau Pinang bukan saja Ahli-ahli Majlis dalam Dewan ini kerana kalau penemuan ini jadi realiti memang banyak masalah kita dari segi kewangan akan diatasi so Pulau Pinang boleh jadi satu negeri lagi yang kaya dan sepertimana saya beritahu semalam rakan-rakan saya macam rakan yang menubuhkan reservoir untuk mengatasi masalah air, pusat rawatan dan sekian boleh diatasi kalau penemuan ini jadi realisasi dan Penang jadi satu negeri yang kaya salah satu negeri yang kaya di Malaysia. Anyway saya ingin merumuskan juga pada 15 November 2023 Petronas mengumumumkan bahawa pihaknya telah menjalankan satu tinjauan sales mix 20 multiclient baru di kawasan Utara Selat Melaka untuk mengeksplorasi dan memetakan potensi hidrokarbon di blok terbuka PM320 dan PM321 Cekungan Langkasuka. Menurut tinjauan ini akan meningkatkan ketersediaan data sesmek yang lebih besar dan komprehensif. Tinjauan sesmek ini telah pun berlangsung daripada Oktober 2023 hingga Disember 2023 dan proses menganalisa data-data di jangka selesai pada Jun 22 iaitu bulan depan. Sehingga kini sesi perbincangan di antara Kerajaan Negeri bersama Petronas belum belum diadakan lagi kerana Petronas masih merumuskan pencarian dia dan di peringkat negeri, PTG dalam proses menyediakan peraturan-peraturan mineral bagi negeri Pulau Pinang dalam penyediaan draf peraturan-peraturan mineral bagi negeri Pulau Pinang ini PTG akan mengadakan banyak sesi libat urus bersama pelbagai jabatan kerajaan seperti JNG, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan beberapa jabatan lagi dan juga negeri-negeri yang sudah pun ada penemuan sebegini dan dalam proses menggali. Kerajaan Negeri masih dalam peringkat perbincangan untuk memaksimumkan penemuan hidrokarbon di Pulau Pinang berdasar keputusan kajian selidik yang dijalankan oleh pihak Petronas kelak. Kaji selidik penemuan hidrokarbon masih dalam peringkat menganalisa dan pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum sebarang perancangan dan tindakan susulan dapat di ambil. Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi akan berusaha secara sepadu dalam memastikan projek ini memenuhi kehendak serta hasrat Kerajaan Negeri. Harapan kita impian jadi kenyataan dalam jangka masa yang pendek. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Terima kasih Perai yang telah menjawab soalan ini dan memang harapan kita semua untuk mendapat sumber yang baru ini, hasil yang baru untuk negeri kita. Soalan saya adalah tahukah Kerajaan Negeri bahawa baru-baru
ini DUN di Terengganu juga telah meluluskan satu usul di mana mereka sebulat suara menolak Akta Laut Wilayah 2012. Di mana akta tersebut telah menyatakan bahawa hak negeri untuk menerokai sumber dan hasil melalui sempadan meritan negeri sekadar 3 batu nautika atau 5.5 km. So mungkin di Pulau Pinang itu dekatlah dalam 5.5 km maka kita boleh dapat lima peratus daripada hasil penemuan itu sekiranya memang ada hasil di sana. Petroleum kena bagi negeri lima peratus daripada sumber hasil ini. So adakah kerajaan disebabkan semua usaha akan dijalankan oleh Petronas pada sidang yang lepas saya ada juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri bahawa bolehkah atau adakah kita kaji bahawa Kerajaan Negeri boleh tubuhkan anak syarikat untuk soalannya yang kedua saya adalah pengeksplorasian dan pengekstrakan serta pengeluaran penjualan tentang hasil-hasil ini. Saya tahu ini memang perlu kepakaran yang sangat tinggi tapi kita adakah Kerajaan Negeri kena berusaha lebih sikit, kita tak boleh tunggu Kerajaan Persekutuan buat segala-galanya. Bagaimana usaha itu perlu ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri bahawa kita memang bukan duduk tunggu untuk Petronas cari.
Durian runtuh.
Durian runtuh nanti tengah hari dapat durian runtuh tapi ini petroleum, ini bukan durian. So saya harap mungkin Kerajaan Negeri kena tubuhkan satu task force untuk menunjukkan membuktikan kepada Kerajaan Persekutuan kita bukan hanya tunggu saja. Kita sudah mengambil inisiatif yang lebih khasnya dalam rundingan masa akan datang. Bagaimana kita pastikan lima peratus itu at least boleh dikembalikan kepada negeri Pulau Pinang. Itu soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih Machang Bubuk. Saya pun dalam muka surat yang sama dengan Machang Bubuk juga......(ketawa) Muka surat yang sama. Kita pun mengharapkan ......(ketawa) dalam Bahasa Inggeris we are the same page......(ketawa). So memang boleh jawab. First question is penemuan itu, kena jadi realisasi dulu, penemuan ini adalah kita lebih kurang anggaran benda itu ada sana belum tahu lagi. Kedua, kita sekarang dalam proses eksplorasi, bila confirm benda itu ada memang kita perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk menangani di peringkat negeri. Ini kita kena buat tapi i think it still premature, we definately have to do what we suggesting, but we will do into cost. Kena sabar dulu, kita pastikan benda itu memang wujud sana then we start discussing but you are right, we should start preparing ourselves before the wave come. Thank you very much. Terima kasih.
Okey, seterusnya 29. Dipersilakan.
Memandangkan semua orang prihatin terhadap kewangan Kerajaan Negeri, Bukit Tambun bertanyakan soalan nombor 29.
No. 29. Huraikan kedudukan kewangan semasa Kerajaan Negeri.
(a) Jelaskan strategi baru untuk mempelbagaikan pendapatan baru.
(b) Huraikan perbezaan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan berbanding bajet yang diluluskan.
(c) Perincikan peruntukan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri bagi tahun 2023 dan 2024.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya akan menjawab soalan Bukit Tambun dengan penuh keprihatinan iaitu pada dasarnya kedudukan kewangan negeri adalah stabil sehingga 30 April 2024 Kerajaan Negeri mencatatkan terimaan hasil sebanyak RM258.72 juta berbanding perbelanjaan berjumlah RM235.19 juta dalam tempoh yang sama. Oleh itu, terdapat pendapatan atau surplus sebanyak RM23.53 juta setakat 30 April. Namun begitu, berdasarkan belanjawan negeri yang telah dibentang dan diluluskan pada bulan November yang lalu, Kerajaan Negeri menjangkakan defisit sebanyak RM514.52 juta. Hal ini kerana komitmen perbelanjaan Kerajaan Negeri ke arah kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan memandangkan hampir 60 peratus komponen perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri adalah melibatkan pemberian dan kenaan bayaran tetap yang antara lain merangkumi peruntukan ke atas program i-sejahtera, pengangkutan awam serta program dan projek mesra rakyat. Oleh itu, Kerajaan Negeri menguatkuasakan strategi pengurangan unjuran defisit bajet 2024 melalui langkah-langkah kawalan dalaman dan penjimatan dalam perbelanjaan tanpa menjejaskan program atau projek berimpak kepada rakyat. Manakala strategi baru untuk mempelbagaikan pendapatan baru selain dari apa yang diharapkan oleh Yang Berhormat EXCO Alam Sekitar dan Perumahan adalah seperti berikut. Melaksanakan semakan cukai tanah di bawah Seksyen 101 Kanun Tanah Negara. Pihak Berkuasa Negeri mempunyai bidang kuasa untuk menyemak cukai sewa atau tanah bagi tanah beri milik tidak kurang daripada 10 tahun sekali. Cukai tanah di negeri Pulau Pinang telah disemak pada tahun 1970, 1984 dan last sekali 1994 thirty years ago. Kali terakhir semakan adalah sepertimana saya kata 94 tetapi ianya dikuatkuasakan pada 1996. Kedua, maka menggunakan logik Yang Berhormat Batu Lancang kita akan matilah sebab 30 tahun tak semak, kalau nak semak cukai mungkin naik banyak. Itu masalah dia. Sebab 30 tahun tak ada orang mau semak. Saya pun tak tau saya mau semak tak semak. Kalau tak semak, itulah keadaan hasil negeri.
Keduanya, pelaksanaan rebat bagi bayaran tunggakan denda di mana Seksyen 14(1)(j) Akta 828 membenarkan Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat peruntukan mengenai pemungutan, pengurangan, perebatan, pembayaran secara ansuran atau penangguhan berkaitan pembayaran cukai. Cadangan rebat bagi bayaran tunggakan denda ini merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan tunggakan hasil negeri dan menggalakkan pemilikan tanah untuk membayar cukai. Ketiga Pelaksanaan Portal PgLAND yang telah dan sedang dilaksanakan. Mula pada pada 3 Januari 2023 di mana melalui portal PgLAND ini, orang awam dapat melaksanakan pembayaran cukai tanah dan cukai petak, melakukan pembelian dokumen carian persendirian dan rasmi secara atas talian, urusan perserahan dan sebagainya pada bila-bila masa dan ini juga akan dapat meningkatkan pungutan hasil.
Seterusnya pengkelasan semula tanah desa ke tanah bandar. Saya rasa Bukit Tambun sudah dengar jawapan banyak tahun tentang usaha untuk mengkelaskan semula tanah-tanah desa ke tanah bandar. Iaitu kita perlu mewartakan bandar-bandar di Pulau Pinang di bawah Seksyen 11 (D) Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan pindaan bandar sedia ada di bawah atau pun sempadan bandar yang sedia ada di bawah Seksyen 11 (CA) Kanun Tanah Negara (Akta 828). Maksudnya ini pun tak pernah disemak sejak merdeka saya rasa, contohnya pada masa itu Bayan Lepas, pekan Bayan Lepas ditarifkan sebagai bandar tetapi pada masa itu Bayan Baru tak ada lagi. Tetapi dan, bukan tak ada, ada. Diklasifikasikan sebagai desa tetapi dengan perubahan zaman, Bayan Baru lebih maju dari segi pembangunan berbanding dengan Bayan Lepas. Tetapi Bayan Baru masih dikelaskan sebagai desa yang akan dikenakan cukai yang lebih rendah berbanding dengan kelas bandar. Kalau kita dapat Kebun Bunga boleh senyum sebab sekarang wakil Kebun Bunga bukan Bayan Baru. So itulah antara beberapa perkara yang kita teroka untuk menambahkan hasil tetapi sama ada kita akan lakukan atau tidak, kita akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Kita memang ada bengkel dalam satu tahun ini kita selalu fikirkan macam mana kita nak menambahkan hasil dan adakan bengkel untuk semakan kadar prosedur kutipan hasil, mengenalpasti isu-isu melibatkan tunggakan, pengurangan hasil negeri dan sebagainya.
Seterusnya soalan (b) ingin definisi berhubung dengan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Bagi pembelanjaan mengurus sesebuah perbelanjaan semasa kerajaan yang berulang-ulang pada setiap tahun untuk membolehkan pengurusan dan pentadbiran harian kerajaan dapat beroperasi dengan lancar dan berkesan. Ini termasuk perbelanjaan bagi emolumen dan penyelenggaraan. Itu dikatakan perbelanjaan mengurus. Manakala perbelanjaan pembangunan melibatkan perbelanjaan pelaburan kerajaan dalam projek-projek pembangunan ekonomi negara atau negeri dalam konteks kita. Mempunyai tempoh masa yang agak panjang dan melibatkan sesi pembuatan keputusan yang rumit. Satu contohnya projek Gurney Bay, itulah perlu dibiayai melalui perbelanjaan pembangunan dan bukan mengurus sebab dia satu projek one off dan bukan berulang-ulang setiap tahun. Bagi tahun 2024 daripada RM1.47 billion yang diluluskan oleh Dewan, sejumlah RM240 juta ringgit diperuntukkan dari caruman ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri untuk menampung kos pelaksanaan projek-projek pembangunan Negeri Pulau Pinang. Manakala kita dapat hasil daripada
Persekutuan juga dan saya ingin memaklumkan bahagian (c) peruntukan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.
Pada tahun 2023, di bawah 10 jenis pemberian, kita terima RM322.8 juta ringgit dari Pusat. Ini termasuk pemberian mengikut bilangan kepala iaitu jumlah populasi, this is capitation grant. Pada tahun 2023, kita menerima RM25.55 juta dan bagi tahun ini, ia dibayar berfasa-fasa, sehingga kini cuma RM12.85 juta diterima. Jenis kedua ada pemberian bayaran perkhidmatan, kita terima dari Pusat, RM6.2 juta. Sekarang bagi tahun ini masih belum terima. Ketiga pemberian tambahan hasil RM12.01 juta, tahun ini tak terima lagi. Pemberian membiayai perbelanjaan mengurus di bawah senarai bersama mengikut Perlembagaan, ada jabatan-jabatan adalah dalam senarai bersama dan Kerajaan Persekutuan akan membiayai sebahagian daripada perbelanjaan. Tahun lepas kita terima RM20.29 juta ringgit, tahun ini tak terima lagi. Perberian pelancongan, saya rasa ini hotel levy ya, yang kita bincang. Pada tahun lepas seperti Yang Berhormat EXCO menyatakan, kita cuma terima RM1,350.30 ringgit. Saya pun tak tau mengapa, mungkin Setiausaha Kerajaan Negeri boleh semak dengan Kementerian atau MOF mengapa kita cuma terima RM1,350.00 dan tahun ini masih kosong.
Yang keenam, pemberian di bawah pemuliharaan dan pemeliharaan Tapak Warisan Dunia, ini satu one-off sajalah RM25 juta ringgit kita terima tahun lepas. Setelah 15 tahun kita dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia. Kali pertama kita terima RM20 juta pada tahun 2009. RM50 juta diperuntukan, RM30 juta pergi ke Melaka, RM20 juta mai ke Pulau Pinang tetapi melalui Think City. Kali ini, RM50 juta juga diperuntukan, RM25 juta kepada Melaka, RM25 juta kepada Penang. Kali ini terus kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek-projek di Tapak Warisan Dunia. Maka saya percaya tahun ini tak ada lah sebab one-off saja, sekali dalam 15 tahun, Pusat kasihan kita. Ketujuh, pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan rakyat, in short adalah Pemberian Tahap. Tahun lepas kita terima RM20.55 juta. Tahun ini angka yang sama sudahpun diterima. Yang kelapan, MARRIS, itu satu peruntukan yang besar untuk penyelenggaraan jalan raya negeri. Yang Berhormat EXCO telah memberi penerangan yang cukup di mana pada satu ketika kita cuma menerima dalam lingkungan RM100 juta saja. Pada tahun lepas kita terima RM210.95 juta ringgit. Manakala sehingga kini, tahun ini kita cuma terima RM52.79 juta ringgit yang akan dibelanja mengikut projek-projek yang sudah kenalpastikan termasuk aduan daripada Bagan Dalam. Ada banyak kerja perlu dilakukan dengan menggunakan peruntukan MARRIS ini tetapi kita cuma terima sebahagian daripada apa yang sepatutnya. Satu pemberian yang baru adalah ecological fiscal transfer for biodiversity conservation, tahun lepas kita terima RM3.08 juta, tahun ini kita sudah terima pada bulan Mei RM2 juta ringgit dan kesepuluh, pelaksanaan inisiatif projek jaminan makanan, pelancongan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, tahun lepas tak ada, tahun ini masih tak ada. Jadi setakat ini, tahun ini kita cuma menerima RM88.2 juta dari Pusat. So bayangkan Pusat mau kita menjadi ‘power house semiconductor’ tetapi inilah keadaan pemberian daripada Pusat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat jawab dengan begitu prihatin, begitu jelas dan apa yang saya nak sebutkan, sumbangan FD, pelaburan asing kepada Pusat iaitu pelaburan dari segi pembuatan adalah RM71.9 bilion pada tahun 2023. Mengenai eksport Bertam sebutkan, angka trillion dan pada masa yang tidak termasuk lagi cukai pendapatan yang disumbangkan dari syarikat dan juga individu tempatan termasuk Telok Ayer Tawar, antara penyumbang yang besar tetapi apa yang kita dapat sehingga 2024 hanya RM88.2 juta. Tidak, langsung tidak ada keseimbangan. Oleh itu apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menuntut apa yang sepatut. Saya perlu menggunakan perkataan menuntutlah sepatutnya dipulangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menjalankan lain-lain kerja selain daripada MARRIS yang menjaga infrastruktur jalan raya yang lain-lain termasuk bekalan air, electricity dan soalan kedua, saya memang mengikuti rapat tentang kawalan dalaman oleh pihak Kerajaan Negeri terutamanya Dato’ PKN kita kurangkan peruntukan EXCO, peruntukan kepada GLC, memandangkan kita sudah berhasrat untuk nak kurangkan peruntukan kepada GLC, adakah Kerajaan Negeri berhasrat menggabungkan GLC-GLC yang bertindih fungsinya untuk menjimatkan peruntukan. Dan ketiga, pada tempoh lima tahun sejak penubuhan PDC, PDC menjadi agensi yang menjana pendapatan kepada negeri selain daripada membina perumahan mampu milik, adakah CMI boleh dijadikan sebagai satu lagi GLC yang boleh menjana pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Itu saja, sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun yang terus prihatin tentang kedudukan kewangan. Ada empat isu yang dibangkitkan saya rasa memandangkan saya akan buat penggulungan, saya akan cuma menjawab perkara pertama sahaja. Yang lain saya memberi jawapan lebih lengkap nanti, itu Yang Berhormat Bukit Tambun kata kita nak tuntut. Kita terima kasihlah kepada News Straits Times yang telah melaporkan apa yang saya sebutkan semalam, lain-lain surat khabar juga melaporkan tetapi News Straits Times mengambil langkah yang seterusnya dengan temu bual dengan Constitutional Law Expert, Professor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi yang memang merupakan seorang pakar perlembagaan yang mempunyai column yang ditulis dalam STAR setiap minggu. Professor ini menyatakan kita tak boleh gunakan perkataan tuntut. Mungkin requestlah. Request lebih sesuai. Dan sebenarnya ada 2 cara untuk melakukan dia. Bukan untuk negeri Pulau Pinang sahaja, kalau dapat perubahan dasar ianya semestinya untuk semua negeri di Persekutuan. Tetapi Sabah, Sarawak ada provise yang sekarang pun menjadi pertikaian politik Sabah mengapa tak tuntut dan sebagainya. 40% di Sabah mereka layak menerima balik 40%. Saya cuba rayu 20%, tetapi satu permulaan. Bukan kita boleh kata 20% atau 30%. Dan ada dua (2) cara, melalui satu pemindaan perlembagaan sebab Bukit Tengah tak ada. Kita tak ada fiscal decentralization di
Malaysia ini. Semua di pusatkan di Pusat. Maksud pusat adalah untuk memusatkan hasil. Itu peruntukan dalam perlembagaan untuk membolehkan setiap negeri mengkongsikan hasil negara maka pemindaan perlembagaan boleh dilakukan atau kaedah yang kedua yang lebih senang perubahan polisi sahaja. Perubahan polisi, Perdana Menteri boleh menyatakan. Baiklah, memandangkan semua negeri nak memohon maka satu keputusan dasar boleh dibuat mulai tahun 2025 kita akan.
Sekian, sekian.
Melepaskan beberapa peratus lah. Dan Professor ini juga menyatakan perlulah dapat bersetujuan semua negeri. Dan saya akan menerima pandangan ini dan membawa kepada MMK untuk perbincangan. Sekiranya direstu, saya juga akan membawa kepada Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier yang akan berlangsung pada bulan Julai. Saya akan membangkitkan apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri di mana kita akan mau lihat satu perubahan dari segi perkongsian hasil dengan Kerajaan Persekutuan. Kadangkala kita pun kesian dengan Pusat, kita buat banyak usaha untuk menarik FDI tetapi kita sepatutnya tau MNC yang dapat kita tarik diberi pelbagai insentif pengecualian bayar cukai dan berapakah sebenarnya Kerajaan Persekutuan terima daripada bertrillion-trillion pelaburan ini. Melainkan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Itu pun kita gunakan alasan yang sama. Mereka menikmati. Bayan Baru. Sejarah Bayar Baru, 10 years, 5 years status , after 10 years dia buat tambahan kilang lagi 10 tahun hampir selama-lamanya tak ada cukai langsung. Sebab kita mahu mereka datang untuk wujudkan pekerjaan dan merancakkan pembangunan, kita sanggup memberi pengecualian cukai. Itulah dilema yang kita hadapilah. Di Pusat pun ada kekangan. Kekangan kewangan saya tak tahu cadangan saya ini akan dipandang serius atau tidak, atau saya akan di blacklisted atau apa. Sebab Pusat pun menghadapi kekangan. Saya hadir Mesyuarat Majlis Kewangan Negara, pun hutang begitu besar sehingga bertrillion-trillion, sudah mencecah hampir 60% daripada GDP kita. Itulah keadaan negara Malaysia kini. Dan itulah hakikat yang kita perlu terima. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, sudah Ketua Pembangkang. Nanti. Sudah lebih dari dia.
Mungkin, ada sudut yang boleh.
Nanti waktu, nanti CM buat penggulungan. Ada chance lagi. Sebab untuk soalan tambahan, 3 sahaja kita hadkan. Dan soalan 30 telah pun dijawab bersamaan dengan soalan 11, maka saya nak menjemput Telok Bahang.
Terima kasih Yang Berbahagia Dato' di-Pertua, saya silakan dengan sebuah pantun.
Dari Sintok ke Kuala Muda, Pergi Berjalan Mencari Madu, Dato’ Yang di-Pertua, Soalan saya nombor 31.
No. 31. Kos sara hidup dan keterjaminan makanan menyebabkan rakyat amat merasa keperitan hidup pada masa kini.
(a) Apakah strategi yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri di dalam merektifikasi permasalahan ini?
(b) Sejauh manakah tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh agensi-agensi penguatkuasa di dalam menanggani isu- isu ini?
Kuala Muda, bukan kawasan YB sendiri. Kuala Muda, Penaga.
Terima kasih Dato’ Speaker.
Sila.
Bagi mengatasi masalah kos sara hidup yang dikatakan semakin meningkat, Kerajaan Negeri mempunyai 8 strategi. Yang pertama adalah berkenaan tentang 14 projek dan juga program yang memberi fokus kepada kumpulan sasar iaitu petani, belia tani dan juga lain-lain yang mendapat kurangkan sedikit beban kepada hasil-hasil petani
dan juga penternak serta nelayan. Yang kedua Kerajaan Negeri mempunyai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Ara Kuda, dua, dan satu di Batu Kawan. Kita mengesyorkan bahawa kawasan ini terus kekal dengan ditambahkan dengan teknologi untuk meningkatkan hasil sayur-sayuran dan juga tanaman kontan. Secara tak langsung bantu mengekalkan kos sara hidup dan keadaan yang sederhana. Yang ketiga Kerajaan Negeri juga menggalakkan tanah-tanah yang terbiar khususnya di peringkat Kerajaan Negeri serta tanah-tanah terbiar individu untuk mengusahakan pertanian dengan menggabungkan Teknologi (IoT) untuk meningkatkan hasil pertanian khususnya dalam negeri. Yang keempat seperti saya sebut dalam penggulungan saya yang begitu panjang lebar berkenaan tentang pengeluaran Beras Cap Feri yang membantu golongan B40 untuk memperolehi beras yang lebih murah daripada beras import. Yang kelima, mulai 1 Oktober sehingga 30 November sepanjang tahun melalui Jabatan Veterinar kita menguarkan-uarkan supaya pihak penternak datang kepada Jabatan Veterinar untuk mendapatkan bantuan khususnya pada penternak-penternak yang akhirnya akan mengurangkan kos kepada mereka yang akan mengimbangkan kos sara hidup dalam keadaan yang sederhana.
Yang keenam Kerajaan Negeri berusaha untuk mewartakan 6 lokasi di yang akan dijadikan kawasan zon industri akuakultur yang akan memastikan bahawa sumber protein iaitu ikan sentiasa mencukupi yang akan secara tidak langsung akan mengurangkan kos sara hidup. Yang ketujuh, kita setiap tahun menjalankan program pelepasan ikan, benih ikan, udang yang setiap tahun kita buat di beberapa kawasan. Yang kelapan melalui Jabatan Perikanan, kita melaksanakan program pemantauan, kawalan dan juga pengawasan “MCS” bertujuan bagi memastikan ketirisan sumber Perikanan Negara dapat ditangani dan juga ditadbir urus dengan baik. Menjawab soalan yang kedua iaitu (b). Menerusi Kementerian KPDNHEP peranan mereka dalam usaha penguatkuasaan dalam menangani isu kos sara hidup ini telah berlakunya “Ops Pemantauan” yang telah dijalankan seluruh di negeri Pulau Pinang bagi tempoh 12 Mac sehingga 9 April 2024. Sebanyak 17 kes sedang disiasat bagi tujuan kompaun. Manakala nilai rampasan sebanyak RM289,589.40 dengan jumlah pemeriksaan setiap operasi seperti berikut. Pertama “Ops Pantau Harga” jumlah pemeriksaan 2,908. “Ops Pantau Timbang sebanyak 721. “Ops Pantau Bekalan” sebanyak 151. “Ops Pantau Halal” sebanyak 43 kes. “Ops Pantau Barang Tiruan/ Cakera Optik” sebanyak 13 dan yang terakhir “Ops Pantau Jualan Murah” sebanyak 61 kes. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih.
Tambahan Dato’ Yang di-Pertua.
Okey, Boleh.
Faktor nilai ringgit yang menurun merupakan penyebab kepada harga barangan keperluan pada masa kini yang tidak menentu dan tidak stabil. Saya ingin menanyakan kepada MMK Pertanian, adakah peranan Jualan Rahmah yang di laungkan dan di jalankan oleh kerajaan memberi atau pun menampung kos keperluan pada masa kini atau pasar-pasar malam yang telah sedia wujud di banyak kawasan di kawasan kita ini yang lebih memberi peranan ataupun dalam menstabil harga keperluan pada hari ini. Sekian terima kasih.
Menjawab persoalan Yang Berhormat Permatang Berangan, Telok Bahang, minta maaf. Berkenaan tentang Jualan Rahmah, sebenarnya sepanjang Januari, 19 Mei 2024 program ini dijalankan sebanyak 363 kali yang melibatkan 13 buah kawasan Parlimen dan juga 40 kawasan Dewan Undangan Negeri. KPDN Pulau Pinang menyasarkan perancangan Jualan Rahmah ini pada tahun 2024 ini yang dijalankan sebanyak 80 kali yang merangkumi kawasan di DUN-DUN negeri Pulau Pinang. Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat, KPDNHEP telah memberi subsidi sebanyak RM5.00 hingga RM8.00 untuk jualan beras berbanding dengan jualan-jualan pasar malam yang berkemungkinan harga sama. Justeru saya yakin dan percaya bahawa Jualan Rahmah ini adalah jualan yang baik untuk memastikan bahawa kos sara hidup dijaga dengan baik tidak terlalu tinggi. Dan juga di peringkat Persekutuan juga memberi bantuan subsidi yang begitu banyak khususnya kepada Kementerian KPDNHEP untuk memastikan bahawa Jualan Rahmah di jalankan di peringkat kampung-kampung dan juga di peringkat kawasan DUN khususnya di negeri Pulau Pinang terima kasih.
Terima kasih. Soalan seterusnya 32 telah pun dijawab bersamaan dengan soalan 24. Maka saya nak mempersilakan KOMTAR.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 33.
No. 33. Nyatakan jumlah bilangan rumah pangsa yang masih tidak mempunyai tangki air.
(a) Adakah terdapat garis panduan yang menetapkan bahawa setiap rumah pangsa perlu menyediakan tangki air mengikut kepadatan penduduk?
(b) Apakah usaha yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan supaya tangki air dapat dipasang di semua rumah pangsa ini?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Speaker. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada PBT, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dan juga PBA, Kerajaan Negeri tidak mempunyai apa-apa data mengenai jumlah rumah pangsa yang di negeri Pulau Pinang yang tidak mempunyai tangki. Masalahnya ada beberapa jenis. Ada beberapa rumah pangsa yang dibina sebelum akta digubalkan pada tahun 2006. Ada rumah pangsa yang tidak mempunyai tangki besar di atas bumbung. Ada yang tidak mempunyai tangki kecil di dalam unit. Ada yang tidak mempunyai kedua-dua. So, berjenis-jenis masalah tetapi sejak garis panduan digubalkan memang masalah ini sudah diatasi ya. Garis panduan berhubung keperluan rumah pangsa menyediakan tangki air adalah berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air Tahun 2006 dalam kurungan Akta 655. Selain daripada itu dalam Penang Water Authority, Water Supply Rules 1994 item 220 juga ada menyatakan keperluan menyediakan tangki simpanan air sebanyak sekurang-kurangnya 300 gelen bersamaan jumlah simpanan air untuk tempoh sekurangnya 24 jam tertakluk kapasiti keperluan. Bagi rumah teres ataupun rumah pangsa.
Sehingga kini tiada data yang direkodkan bagi rumah pangsa yang tidak mempunyai tangki. Walau macam mana pun sekiranya terdapat rumah pangsa yang tidak mempunyai tangki air dan memerlukan pemasangan tangki air perkara tersebut perlu diusahakan dan dilaksanakan oleh pihak Perbadanan JMB ya ataupun MC. Jika memang wujud masalah-masalah macam ini yang perlu bantuan boleh dikemukakan kepada PBT ataupun kepada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Dato' Yang di-Pertua, sebenarnya mengapa saya tanya soalan macam ini so kadang-kadang orang tanya mengapa flat tidak ada tangki kerana kita menghadapi beberapa kali gangguan air. So tiap-tiap kali kita terima report tengok Bayan Lepas semalam Telok Ayer Tawar kata mereka punya rumah pangsa 5 tingkat, tingkat 1, tingkat 2 dapat bekalan air, tingkat 3 dan ke atas tidak dapat bekalan air. So masalah itu adalah mereka yang tidak mempunyai sistem tangki yang moden atau boleh function bawa air ke atas. So saya harap tengok EXCO mana yang look it seriously untuk membantu rumah pangsa kategori ini untuk memasang jika berlakunya lagi gangguan air supaya mereka sekurang-kurangnya ada 24 jam punya air untuk digunakan. Terima kasih
Terima kasih. So kalau masalah ini adalah masalah pressure, tekanan ya. Pada zaman dahulu memang perumahan di Pulau Pinang kurang dan tekanan air cukup kuat so tidaklah perlu untuk pump station. Air boleh mengalir terus ke rumah-rumah individu terutama sekali yang teres tidak ada masalah ini. Bila ada rumah pangsa adalah satu keperluan untuk ada satu pump station supaya air boleh naik ke atas bumbung yang sepatutnya disimpan dalam satu storage tank di atas bumbung yang boleh mengalir ke unit-unit individu. Peringkat kedua adalah unit-unit individu itu sepatutnya ada tangki sendiri juga so sepatutnya tangki di atas bumbung itu cukup air disimpan untuk lebih dari 24 jam dan tangki individu dalam unit-unit berasingan kena ada satu tangki yang boleh menampung lebih kurang 24 jam juga.
Masalah sekarang adalah tekanan air memang kurang dan ada bangunan-bangunan yang lama yang tidak mempunyai pumping station, tak ada pam so air tidak dapat naik. Misal kata di sebelah Bayan Lepas projek macam Setia Pearl Island memang tangkinya sepatutnya tahan 3 hingga 4 hari tetapi oleh kerana tekanannya kurang air tidak sampai sana dan tidak dapat disimpan untuk jangka masa yang panjang sebegitu. So bagi saya memang tangki itu adalah satu keperluan bukan sahaja untuk rumah pangsa juga untuk rumah teres tetapi rumah-rumah yang dibina lama-lama dahulu memang ada development yang tidak pernah ada tangki tetapi mengikut masa sekarang tangki itu adalah satu keperluan yang mustahak so kalau ada perumahan di mana tidak ada tangki disediakan terutama sekali untuk projek-projek yang lama boleh dikemukakan kepada Lembaga Perumahan atau PBT atau pun kepada PBA. Sekian, terima kasih
Terima kasih.
Soalan tambahan, ramai tangki ya telah dibina dan dipasang sejak berpuluh-puluh tahun dahulu dan tidak pernah atau pun tidak dibersihkan buat satu jangka masa yang panjang. Jadi ini tidak menepati ataupun menemui tahap kesihatan dan kebersihan. Jadi adakah Kerajaan Negeri ada sebarang bantuan atau pun inisiatif untuk membantu kerja-kerja pembersihan ke atas tangki air di atas rumah pangsa yang setelah berpuluh-puluh tahun ini diwujudkan. Terima kasih.
Terima kasih. Macam saya beritahu dalam tempoh masa 2, 3 hari ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah satu kerajaan yang prihatin. Kerajaan Pulau Pinang adalah satu-satunya kerajaan yang menyediakan bantuan penyelenggaraan setinggi 80%. Sepatutnya tanggungjawab ini terletak di atas tangan JMB dan MC. Oleh kerana Kerajaan Negeri ini adalah satu kerajaan yang prihatin, expectation dia terlalu tinggi.
Sepatutnya penyelenggaraan tangki bukan kebocoran ya penyelenggaraan cuci untuk memastikan air yang bertakung yang di simpan itu adalah atas paras kesihatan yang bagus, ini adalah tanggungjawab JMB. Kalau kita ambil semua tanggungjawab JMB tidak perlulah kita ada JMB, Yang Berhormat. So ini adalah tanggungjawab JMB yang JMB kena uruskan. Kalau tidak, saya risau program JMB 80-20 itu mungkin jadi 100-0, so akan jadi satu kos yang sangat tinggi untuk Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.
Dato' Speaker, Dato' Speaker. Boleh saya sambung sedikit, saya ingat saya faham apa yang dibangkitkan oleh YB Pengkalan Kota. Dari segi management, memanglah management dia akan bertukar-tukar. So tidak ada kawalan, tak ada undang-undang yang katakan, bila-bila you kena bersihkan dan submit kepada COB. Itu saja kita nak buat, satu undang-undang daripada COB katakan setiap tahun dua (2) tahun sekali, COB akan check dengan management. Submit to management, submit to COB katakan mereka ada buat setiap 2 tahun sekali, itu sahaja.
Terima kasih Dato' Speaker. Disebabkan COB bawah KT, kita ambil maklum.
EXCO ambil maklum sudahlah. Dia Perumahan.
Saya ambil maklum, sebenarnya Dato' Yang di-Pertua, soalan ini bukan soalan Perumahan pun. Ini adalah soalan berkenaan KT tetapi saya ambil lah...(gangguan)
Soalan general. Saya pun boleh jawab.
...saya ambil lah, saya jawab saya pun bantu jawab juga tetapi walau macam mana pun kita ambil maklum. Sepatutnya flushing perlu dibuat setiap beberapa tahun supaya tidak ada kekotoran yang mengalir ke dalam rumah, kita ambil maklum ya. Terima kasih YB.
Terima kasih Perai, thank you Perai. Soalan seterusnya 34 telah pun dijawab bersamaan dengan soalan 7 maka saya nak menjemput Air Itam.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan 35.
No. 35. Bekalkan rekod serta usaha untuk menarik lebih banyak konvensyen serta pameran untuk diadakan di Pulau Pinang?
(a) Apakah impak dan pulangan yang dibawa terhadap ekonomi negeri Pulau Pinang?
Ya terima kasih kepada Air Itam. Kerajaan Negeri melalui agensinya Penang Convention and Exhibition Bureau (PICEB) telah memperkenalkan Pulau Pinang dan pemain industri dengan mengadakan acara perdagangan di Pulau Pinang seperti Penang International Travel Exchange (PITE). PICEB membawa buyers yang terdiri daripada penganjur, syarikat-syarikat pembekal dan Destination Management Company (DMC) daripada seluruh dunia untuk mengadakan sesi business to business (B2B) bersama rakan-rakan industri di Pulau Pinang. PICEB bersama pemain industri serta gabungan Malaysia Convention & Exibition Bureau (MYCEB) membida untuk menganjurkan kongres peringkat antarabangsa di Pulau Pinang. Pulangan kepada ekonomi negeri Pulau Pinang adalah dari segi Expected Economy Impact (EEI), EEI ini merupakan pengiraan impact ekonomi secara keseluruhan. Bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan tetapi impact langsung kepada industri dan sub sektor berkaitan penganjuran sesuatu acara itu. Angka-angka EEI adalah anggaran kesan kepada keseluruhan ekonomi setempat. Menurut The Business Event Penang 2023 Annual Review, pengiraan EEI berjumlah RM1.03 billion adalah anggaran kesan ekonomi kepada penganjuran 604 acara perniagaan sepanjang 2023 di Pulau Pinang. Daripada itu, PICEB telah menyokong 66 acara dengan kehadiran 73,843 orang delegasi yang membawa EEI, Expected Economy Impact sebanyak RM601 juta iaitu 53.07% EEI daripada jumlah EEI 2023 di Pulau Pinang. Itu sahaja jawapannya.
Terima kasih.
Dato' Speaker, terima kasih Paya Terubong. Memandangkan banyak EEI yang boleh di bawa oleh PICEP, apakah hala tuju masa depan untuk memperbanyakkan lagi konvensyen serta pameran di negeri Pulau Pinang?
Terima kasih Air Itam. Sukacita saya melaporkan juga, pihak swasta telah sedang membina satu convention centre yang baru iaitu Penang Waterfront Convention Centre oleh IJM di Jalan Tun Lim Chong Eu Expresway, dekat dengan Tun Lim Chong Eu Expressway yang mempunyai convention centre dan akan dijangka siap pada tahun 2025 dan akan ada fasiliti hotel dan pusat membeli belah. Dengan itu, kita Pulau Pinang akan selain daripada SPICE, ada tambahan juga Penang Waterfront Convention Centre. Tambahan juga di sebelah Butterworth, kita ada PICA - Penang International Convention Centre di Butterworth dan ini menambahkan kapasiti dari segi ruang dan juga lokasi untuk convention centre. Oleh itu, PICEB sedang bekerjasama dengan convention-convention centre yang sedia ada dan yang baru bina, yang sedang dibina untuk memuatkan jadual-jadual mereka kerana apabila mereka siap 2025 ini sudah ada persidangan-persidangan ataupun konvensyen ataupun pameran yang sedang dalam jadual kerana kita tidak boleh tunggu dia siap baru ada persidangan. Kita sedang membantu konvensyen centre ini. Dengan ini, dia akan membawa pulangan dari segi ketibaan antarabangsa, dari segi penginapan, pelbagai sektor ekonomi, catering, shopping dan local tourism dan sebagainya. Itulah yang kebaikan kita dengan menggalakkan aktiviti-aktiviti lebih banyak pameran dan juga konvensyen di Pulau Pinang.
Terima kasih dan saya nak menjemput Permatang Pasir.
Dato' Speaker, soalan saya nombor 36.
No. 36. Apakah usaha-usaha bersepadu melahirkan usahawan di kalangan Bumiputera?
(a) Senaraikan agensi yang terlibat dan bentuk bantuan yang disalurkan.
Mewakili Yang Berhormat YB Rashidi Zinol, menjawab soalan Permatang Pasir, kita mempunyai 10 agensi yang membantu khususnya golongan usahawan dalam kalangan bumiputera.Yang pertama, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Peningkatan dan juga Pemulihan Ekonomi iaitu bantuan peralatan di peringkat daerah, kesemua daerah wujud program ini yang diperuntukan sebanyak RM3 juta bagi usahawan kecil yang layak dan diluluskan...(gangguan)
Sat, sat, sat tengok angka itu...RM3,000.00.
RM3,000.00, minta maaf. Saya ingat total jumlah, minta maaf. Bantuan sebanyak RM3,000.00 sesuatu bantuan kepada usahawan kecil yang diluluskan melalui Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah. Kedua, Penang Halal International (PHI) yang membantu usahawan bumiputera untuk mendapatkan permohonan persijilan halal dan juga diberi ruang untuk ke dalam Ekspo Perdagangan tempatan serta antarabangsa. Yang ketiga, menerusi Penang Woman Development Corporation (PWDC), Penang Women Entrepreneur Mentoring Programme serta Wanita Jana Rezeki yang hampir melibatkan 80% peserta dalam kalangan bumiputera. Yang keempat, Penang Development Corporation (PDC) sejak 2009 yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri menjadi agensi pelaksana yang menawarkan Skim Pinjaman Harapan (SPH) dengan pinjaman sebanyak RM5,000.00, serendah RM5,000.00 dan maksimum RM50,000.00.
Yang kelima, Digital Penang yang sentiasa menerima penyertaan dari kalangan usahawan bumiputera dalam memajukan industri mereka khususnya di peringkat digital. Yang keenam, PERDA iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang yang menyediakan sokongan asas kepada usahawan mikro sebagai platform membantu golongan usahawan bumiputera seperti agensi-agensi SME Corp, MATRADE, MIDF dan sebagainya, dalam konteks masing-masing di peringkat yang lebih tinggi. Antara program yang dilaksanakan oleh PERDA iaitu Program Sokongan & Pemerkasaan Usahawan PERDA (SPEAR), Program Desamall dan juga Skim Pembangunan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB). Yang ketujuh, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor (NCIA) melalui Program Dana Usahawan NCER sebanyak RM144.8 juta telah diperuntukan dengan hampir 9 buah syarikat bumiputera yang berdaya saing tinggi dengan menawarkan sebanyak 397 peluang pekerjaan oleh syarikat bumiputera. Yang kelapan, melalui MARA telah melaksanakan Program Penang Entrepreneur Development Initiative (PEDI) dengan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (ICU JPM) dan juga MARA telah melaksanakan Program Jom Sokong Lokal yang bermula pada Februari 2023. Yang kesembilan, TEKUN Nasional, di sini saya tahu semua tahu tentang TEKUN. TEKUN Nasional juga telah menyediakan kemudahan pembiayaan tanpa cagaran khususnya kepada usahawan mikro terutamanya usahawan bumiputera yang ditingkatkan maksimum kepada maksima RM100,000.00 dengan tempoh bayaran balik sehingga 120 bulan, ada 2 ada tanpa cagaran dan juga cagaran. Dan yang terakhir Amanah Ikhtiar iaitu hampir RM26 billion pada tahun 2023 dengan 320,000 orang usahawan yang majoritinya adalah golongan bumiputera yang menerima manfaat ini, terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih.
Makluman.
Sila.
Apakah usaha-usaha yang apa sebab dia banyak jenis (tak jelas) ini. Apakah usaha yang apa yang dapat apa bentuk karnival atau pun untuk menerangkan usaha ni kepada rakyat untuk menerangkan usaha-usaha ni yang dilakukan rakyat yang mana rakyat boleh manfaat sistem ni. Ok, faham tak. Apakah usaha-usaha atau pun bentuk karnival untuk turun ke bawah untuk menerangkan usaha-usaha ini.
War-warkan.
Saya akan bagi jawapan bertulis tentang program-program yang lebih detail yang telah diusahakan oleh 10 agensi ini. Sekiranya saya sebut sini dia terlalu umum, saya akan bagi jawapan bertulis. Terima kasih.
Terima kasih dan seterusnya saya nak jemput Sungai Puyu, sila.
Terima kasih, soalan saya 37.
No. 37. Apakah tatacara pengurusan aduan dan tempoh masa yang ditetapkan pihak JKR bagi menyelesaikan setiap aduan?
(a) Nyatakan jumlah aduan yang diterima JKR sejak Januari 2023 sehingga 30 April 2024 di kawasan Parlimen Bagan.
(b) Daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah aduan berjaya diselesaikan, dalam proses dan gagal diselesaikan? Nyatakan kenapa gagal.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Puyu atas soalan. Yang Berhormat tatacara pengurusan aduan adalah berdasarkan kepada piagam pelanggan Jabatan Kerja Raya yang dikeluarkan oleh JKR Malaysia. Tempoh tindakan penutupan semua aduan awam di bawah tanggungjawab JKR adalah dalam tempoh 30 hari dari tarikh aduan di terima, yang di mana pencennya seperti berikut.
Akuan penerimaan aduan adalah satu hari bekerja. Maklum balas pada aduan dalam tujuh (7) hari bekerja dan penutupan aduan dalam 30 hari bekerja. Manakala bagi pengurusan aduan yang bukan dibawah tanggungjawab JKR, tempoh tindakan diambil adalah seperti berikut. Yang pertama, akuan penerimaan aduan satu hari bekerja. Yang kedua, maklum balas tujuh hari bekerja. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat di kawasan Parlimen Bagan, JKR telah menerima sebanyak 11 aduan dari tempoh Januari 2023 hingga April 2024. Daripada 11 aduan yang diterima sebanyak enam (6) telah diselesaikan, dan lima (5) lagi akan diselesaikan setelah peruntukan diterima. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Banyak pagar besi itu barrel di hadapan SMK Bagan Jaya, Butterworth dan di sepanjang Jalan Ong Yi How telah rosak dan sangat bahaya kepada orang ramai khususnya pelajar-pelajar sekolah. Dalam tempoh 30 hari tindak balas tetapi aduan pagar besi di hadapan SMK Bagan Jaya sudah dilaporkan lebih tiga (3) bulan. So mengapakah tindakan pembaikan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan dan sila nyatakan sebab-sebab dan anggaran masa sesuatu aduan dapat diselesaikan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kadang-kadang Yang Berhormat yang melambatkan proses juga kadang-kadang proses perolehan ataupun menunggu peruntukan. Untuk kes SMK Bagan Jaya ini, saya dimaklumkan bahawa JKR sementara menunggu kelulusan permohonan peruntukan telah mengambil beberapa tindakan awal dengan meletakkan barrier lah. Pun begitu, saya juga dimaklumkan bahawa permohonan kepada MARRIS telah pun dibuat, cuma belum mendapat kelulusan, saya akan semak dengan Jurutera Daerah (JD) di kawasan SPU untuk melihat mengapa terlalu lama perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tanjung Bungah. Soalan yang saya nak jemput Kebun Bunga.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 38.
No. 38. Adakah Kerajaan Negeri dalam penggal ini akan melaksanakan penggubalan Perlembagaan Negeri untuk memasukkan fasal Fixed Term supaya satu penggal Dewan Undangan Negeri ditetapkan untuk tempoh lima tahun dan tiada pembubaran yang boleh dilakukan oleh Ketua Menteri kecuali dengan syarat tertentu yang lebih ketat?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan dari Yang Berhormat Kebun Bunga dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk memindah Perlembagaan Negeri untuk mewujudkan penggal tetap atau fix term Dewan Undangan Negeri selama lima (5) tahun. Proses pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah terletak di bawah kuasa Yang di-Pertua Negeri, sebagaimana yang termaktub dalam perkara 19, Perlembagaan Negeri. Terima kasih.
Terima Kasih.
Soalan tambahan, Dato’ Speaker soalan ini ditanya kerana dia sama seperti yang telah Dewan Yang Mulia ini ambil ketetapan untuk fix kan Ketua Menteri kepada dua penggal. So, dua penggal 10 tahun, so kita perlu memastikan bahawa kesinambungan dasar-dasar Kerajaan Negeri itu ada. Sebagai contoh seperti sebelum ini Air Putih telah laksanakan dasar 80:20 untuk rumah, MC dan JMB dan di continue, di teruskan oleh Ketua Menteri yang ada sekarang. So, kita tidak mahu dasar Kerajaan Negeri ini tidak tidak ada kesinambungan apabila wujud mungkin DUN akan dibubar lebih awal daripada yang sepatutnya. Itu mungkin Yang Amat Berhormat Ketua Menteri boleh bagi komen.
Terima kasih Dato Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kebun Bunga. Sekiranya Yang Berhormat Kebun Bunga meneliti Perlembagaan Negeri, dua (2) penggal bagi Ketua Menteri bermaksud satu (1) penggal di mula kira apabila selepas Pilihan Raya dimana kerajaan ditubuhkan sehingga ia dibubarkan. Itu dikira satu penggal multiply by two menjadi dua (2) penggal. Walaupun dalam perlembagaan memperuntukan tempoh satu (1) penggal adalah lima (5) tahun tetapi dalam
perlembagaan pun menyatakan tak ada halangan sekiranya dibubarkan. Oleh itu Yang Berhormat mencadangkan pindaan, jadi dua (2) penggal baik bagi kerajaan mahupun Ketua Menteri tidak bermaksud 10 tahun, ia cuma bermaksud dua (2) penggal dengan definasi penggal iaitu dari penubuhan kerajaaan sehingga pembubaran dewan dikira sebagai satu penggal baik lima (5) tahun atau pun tiga (3) tahun ianya dikira sebagai satu penggal.
Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat yang menjawab soalan ini. Saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat satu senario di mana macam Pilihan Raya Umum yang lepas apabila kerajaan Perikatan Nasional membubarkan DUN pada Parlimen pada 2022 iaitu surprise resolution. Tak sampai lima (5) tahun Pusat sudah bubarkan. Adakah negeri akan ikut serentak walaupun macam negeri kita belum sampai lima (5) tahun lagi. Katakan kerajaan yang akan datang, yang sekarang yang akan membubarkan pada lebih awal daripada 2027. Adakah Kerajaan Negeri yang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat juga akan bubar sekali kerana memandangkan yang masih belum sampai penggal tempoh lima (5) tahun lagi. Apa pandangan daripada Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Machang Bubuk, berpandu kepada penjelasan saya yang berpandukan kepada Perlembagaan Negeri, maka saya sudah pun menjelaskan apa maksud penggal dan senario yang dikatakan oleh Yang Berhormat, saya akan jawab apabila senario ini menjadi realiti.
Terima kasih dan seterusnya saya nak jemput Air Putih, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor 39.
No. 39. Nyatakan sebabnya Konsert Viral Lagu TikTok pada 30 September 2023 di Dewan Millenium dibatalkan dan kemudian dilaporkan akan dipindahkan ke Batu Kawan, apakah statusnya dan kerugian atas pembatalan ini?
Ya Tuan Speaker, Terima kasih kepada soalan Air Putih berkenaan dengan Konsert Viral Lagu Tiktok yang dijadualkan pada 30 September tahun 2023 di Dewan Millenium dibatalkan kerana pihak penganjur dari pihak swasta bersetuju untuk memindahkan lokasi penganjuran ke Stadium Batu Kawan berikutan terdapat bantahan daripada pihak tertentu. Walau bagaimanapun, penganjuran konsert di Stadium Batu
Kawan tidak diteruskan berikutan permasalahan dokumentasi daripada agensi teknikal lain yang tidak dapat disediakan oleh pihak penganjur. Sehingga kini, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) tidak menerima sebarang permohonan baru daripada penganjur untuk menjalankan penganjuran konsert berkenaan di Seberang Perai. Sekiranya pihak penganjur mengemukakan permohonan yang lengkap, maka pihak MBSP akan memproses mengikut tatacara yang sedia ada. Kerugian yang ditanggung oleh MBSP adalah sebanyak, sedikit sahaja RM20.00 iaitu bagi bayaran lesen hiburan sementara. Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat berkaitan jumlah kerugian yang ditanggung oleh pihak penganjur kerana pihak penganjur adalah pihak swasta, itu sahaja.
Terima kasih, ada soalan.
Terima kasih, jawapan daripada Yang Berhormat daripada Paya Terubong. Memandangkan bahawa kita ada tiga Pusat Konvensyen yang besar iaitu satu ialah SPICE Convention Centre, kedua ialah Butterworth Arena yang ketiga ialah Pusat Convention Waterfront yang akan siap pada tahun depan. Adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai satu pusat untuk konsert-konsert supaya kita dapat menarik itu penghibur-penghibur daripada peringkat antarabangsa untuk datang ke Pulau Pinang. Kalau boleh mengapa tidaknya mendapat atau memperolehi penghibur-penghibur terkenal di dunia seperti Taylor Swift atau pun Adele untuk datang ke Pulau Pinang kerana ia akan menjadi satu pemangkin ekonomi dan juga dapat memberikan manfaat kepada rakyat Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih kepada soalan Air Putih ini dan baru-baru ini PICEB telah menganjurkan Northern Audio Visual Show di Amari Hotel dan juga ada satu konsert terbuka di rooftop di SPICE Garden, dan ini merupakan satu usaha iaitu menambahbaikkan dan menumbuhkan ekosistem dari segi Audio Visual di peringkat utara semenanjung dan itu telah berjaya dianjurkan pada bulan April. Dan sebelum ini juga seperti saya beritahu, Dewan ini pada sidang lalu bahawa telah terdapat beberapa konsert telah di anjurkan di SPICE tahun lalu sama ada konsert daripada artis tempatan atau pun artis daripada India. Walau bagaimanapun, kita masih belum dapat menjadi satu eko sistem yang baik untuk konsert antarabangsa.
Kerana konsert antarabangsa seperti Taylor Swift, pelaburan dari segi kerajaan sangat besar. Insentif yang diberikan oleh kerajaan sangat besar dan begitu juga, dengan rangkaian pengangkutan awam yang sangat cekap kerana satu konsert yang besar 80,000 orang, 100,000 orang konsert tersebut kalau di Bukit Jalil 80,000 orang. Kalau kita 80,000 orang di kita tak ada tempat sebegitu besar dan juga kita tak ada rangkaian pengangkutan yang begitu cekap untuk menghantar 80,000 orang pergi ke satu konsert.
Itulah antara cabaran kita hadapi. Walau bagaimanapun, kita telah berbincang dengan Penang Waterfront Convention Centre yang baru yang akan bakal ditubuhkan dan mereka berpotensi juga untuk menarik konsert-konsert, kita tak sampai peringkat Taylor Swift la. Tapi kalau artis-artis yang berpotensi daripada Korea ka daripada Jepun ka, you know daripada K-pop ka dan Korea begitu, i mean saya rasa itu berpotensi boleh muat 30,000, 20,000 orang, 30,000 orang, i mean itu memang boleh sekiranya Waterfront Convention Centre siap ini memang ada, ada ikhtiar dekat kerjasama daripada swasta dan kerajaan. Lihat bagaimana kita nak angkat Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi dari segi penganjuran konsert, itu jawapan saya.
Soalan tambahan, adakah pihak EXCO melihat di samping ada konsert-konsert yang boleh diterima ada konsert-konsert yang menyentuh sensitiviti umat Islam, orang melayu dalam negeri ini. Terima kasih.
Saya rasa kita apabila kita kata artis antarabangsa kita lihat kepada mutu nyanyian mereka, cara persembahan mereka dan kita tidak itulah lebih fokus kepada itu. Dan itulah jawapan saya, ya.
Terima kasih apa nama Paya Terubong. Maka Ahli-Ahli Yang Berhormat, satu jam 30 minit untuk soalan lisan telahpun tamat selaras dengan Sub Peraturan 26 (7) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-Ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih maka Ahli-Ahli Yang Berhormat, masih kita berada dalam sesi penggulungan dan semalam kita masih mendengar penggulungan daripada Tanjong Bunga.
Tuan Speaker. Sebelum daripada itu, saya nak tanya sikit. Berkenaan soalan-soalan lisan yang tidak dijawab ini adakah akan dibekalkan ataupun dijawab dan juga diberikan atas meja.
Penggulungan Oleh Ahli Mmk Bagi Usul Terima Kasih Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di- Pertua Negeri Pulau PinangMotion
Semua akan di bagi jawapan. Tidak ada masalah. Itu semua akan dapat jawapan, ya dan semalam kita sempat henti di Tanjong Bunga dan masih ada sebahagian yang belum membuat penggulungan. Saya bagi sedikit masa lagi untuk Tanjong Bunga untuk habiskanlah sebahagian itu.
Terima kasih Dato’ Speaker. Sedikit masa mencukupi. Berkenaan dengan isu pembelian air perawat dari negeri Perak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua. Yang Berhormat SUK telahpun memulakan langkah awal dengan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Perak pada bulan November tahun lalu dan terkini kita terdapat satu taklimat pembangunan pada 5 April 2024 kepada YAB Perdana Menteri. YAB CM juga telah mohon supaya Kerajaan Persekutuan menjadi pemudah cara dalam memastikan pelaksanaan projek dapat dimulakan dengan segera. Dengan mengambil kira keperluan permintaan air yang semakin meningkat di negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri dalam ucapan di Majlis Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara dan juga Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di Tapak Pesta pada 5 Mei yang lalu yang di mana beliau telah menyatakan bahawa Tuanku Sultan Perak serta Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju untuk membekalkan air dari Sungai Perak melalui pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park. Fasa Pertama projek ini akan masuk ke Seberang Perai termasuk Nibong Tebal dan juga Sungai Bakap. Namun begitu, perincian garis masa masih belum dibincangkan secara terperinci kerana Kerajaan Negeri Perak sedang dalam usaha untuk mendapatkan peruntukan bagi memulakan Projek Fasa Pertama.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah bersedia dari segi tapak untuk pembinaan kolam takungan ataupun reservoir dan juga paip pembekalan untuk menerima air terawat dari negeri Perak. PBA juga sedang dalam tindakan untuk menyelesaikan proses pengambilan balik tanah bagi lot-lot yang terlibat. Jadi, Kerajaan Negeri sememangnya sudah memulakan forward planning lah Yang Berhormat untuk pastikan apabila projek tu siap, kita sudah bersedia di belah negeri Pulau Pinang untuk infrastruktur-infrastruktur paip dan juga kolam-kolam takungan. Projek pemindahan air Sungai Perak merupakan projek jangka masa panjang bagi memenuhi permintaan air menjelang 2050. Di samping itu, seperti mana yang saya telah sebut, PBA turut mengambil pelbagai inisiatiif untuk melaksanakan contohnya Pelan Kontingensi Air 2030 dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.18 billion. Isu-isu lain Dato’ Speaker, saya telah jawab dalam soalan lisan contohnya isu di SPS, NRW. Merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Machang Bubuk, berkenaan laporan pencemaran air di Sungai Perak yang terkeluar dalam laporan akhbar Sinar Harian.
Untuk makluman Yang Berhormat, laporan akhir kajian yang dilaksanakan oleh perunding yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan pada waktu itu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan kini dikenali sebagai PETRA, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan bahawa kapasiti air Sungai Perak mencukupi untuk
pembekalan air kepada utara Perak dan juga Pulau Pinang bagi memenuhi permintaan air menjelang tahun 2050 untuk kedua-dua wilayah utara Perak dan juga Pulau Pinang. Laporan tersebut juga tidak menyatakan bahawa terdapat masalah dengan kualiti air. Justeru, Kerajaan Negeri mengambil pendirian untuk menerima laporan akhir kajian oleh kementerian yang berasaskan kepada kajian dan persampelan yang telah dibuat disitu di lokasi tersebut oleh pakar-pakar yang bertauliah. Tapi macam mana pun, sekiranya seperti mana sungai-sungai lain juga, sumber-sumber air mentah juga sekiranya berlaku apa-apa pencemaran, kita mempunyai protokol-protokol dan prosedur-prosedur untuk menangani masalah tersebut apabila ianya berlaku. Tapi buat masa ini, segala kajian dan juga persampelan yang telah dibuat di Sungai Perak menunjukkan bahawa ia adalah sungai yang sesuai untuk dijadikan bekalan air mentah.
Untuk menjelaskan berkenaan insiden kebocoran paip di Sungai Perai, untuk makluman Yang Berhormat Penanti, kedudukan paip di bawah permukaan sungai telah menyukarkan kerja-kerja pembaikan paip berbanding dengan kerja pembaikan kerja di daratan. Dalam waktu menanti kita menunggu lencongan paip siap, air masih perlu disalurkan bagi memastikan penduduk di Daerah Barat Daya mendapat bekalan air. Oleh itu, pengepaman air melalui saluran tersebut yang menjangkau 60 meter padu per jam menyebabkan paip itu tidak dapat bertahan dan telah mengalami hakisan yang teruk dan kemudian berlaku kebocoran semula seperti mana yang kita maklum. Itu yang terjadi sebenarnya Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Dua telah bangkitkan isu mengenai bekalan air di Blok 1 hingga Blok 6 Flat Taman Indah. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya PBA telah membuat satu pemeriksaan di tapak blok flat tersebut pada 3 dan 4 April bersama-sama dengan wakil JMB Flat Taman Seri Indah dan pada 9 Mei, PBA telah sekali lagi membuat pemeriksaan dan hasil pemeriksaan di tapak mendapati bahawa tekanan di tapak meter mencapai tekanan minimum iaitu 10 meter padu sejam sebagaimana yang ditetapkan oleh SPAN. Taman Sri Indah terdiri daripada enam (6) blok flat lima (5) tingkat dan kesemua blok mempunyai tangki bumbung tetapi tidak mempunyai tangki sedutan ataupun suction tank dan juga pam seperti mana yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Perai.
Semasa pemeriksaan di tapak, tekanan yang direkodkan di setiap meter utama adalah 20 meter padu sejam. Dengan tekanan air sebanyak 20 meter padu sejam, sebenarnya air boleh masuk ke dalam tangki simpanan di atas bumbung tanpa pam. Cuma, semasa pemeriksaan telah didapati bahawa di Blok 6 mempunyai masalah. Jadi, isunya bukan kesemua Blok tapi di Blok 6. Dan PBA telah pun menasihati pihak JMB untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas sistem perpaipan dalaman. Dia sebenarnya isu paip dalaman Yang Berhormat dan bukan daripada PBA kerana bila kita buat pemeriksaan, mendapati bahawa dia punya tekanan itu mencukupi.
Dato’ Yang di-Pertua.
Sila.
Kita dapati bukan hanya Blok 6 sahaja. Jadi kita harap PBA dapat menangani dengan drastik kerana sehingga minggu lepas boleh dikatakan Blok 6, Blok 5 bersama. Begitu juga dengan Blok 3 dengan Blok 4. Mereka terpaksa memasang pam. Kalau tidak, air tidak ada. Jadi kita minta sangat-sangat kepada PBA pastikan isu ini kena ditangani dengan segera. Begitu juga dengn Flat Lily, Lily juga mengalami masalah yang sama. Lori tank sentiasa berada di kawasan Flat Lily. Kita harap tiga (3) flat, Flat Lily, Flat Taman Seri Indah dan juga Flat Hijau. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong. Kita sememangnya sedia maklum berkenaan isu khususnya di Flat Lily, Taman Seri Indah dan juga Flat Hijau. Dia masalah yang pertama adalah seperti saya sebut tadi, semua flat-flat ini tidak mempunyai suction tank dan juga pam. Tapi mana yang dah pasang pam itu, Alhamdulillah harap-harap masalah dapat diselesaikan. Oleh itu, PBA seperti mana yang telah saya sebut semalam telah memberi sumbangan RM2 juta kepada Lembaga Perumahan dan mungkin ini dapat dipohon oleh flat-flat yang tersebut untuk mendapatkan dana bagi pembelian atau pun pemasangan suction tank atau pun pam di mana yang perlu. Saya juga mengambil maklumlah. Dia mungkin kadang-kadang juga semasa pemeriksaan dilakukan, mungkin pada waktu itu tekanan okay tapi mungkin ada waktu dalam sehari itu ada yang tekanan itu agak rendah. Jadi, itu pun satu isu yang perlu kita lihat. Selain daripada itu, di kawasan tersebut PBA sememangnya ada perancangan juga untuk membuat reservoir tambahan iaitu di Bukit Kenara dengan kos sebanyak RM20 juta. Cuma sekarang ini sangkut sedikit dengan hal pengambilan tanah. Tapi kita sedang menyelesaikan dengan Pejabat Daerah dan Tanah supaya kita dapat mempercepatkanlah. Saya dah maklum pada PBA, minta percepatkan sedikit pembinaan reservoir di Bukit Kenara. Jadi itu akan dapat menyelesaikanlah isu di kawasan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’…(tidak jelas) Kita dapati tekanan rendah memang masalah di kawasan Balik Pulau. Ini terbukti semasa Pasukan Bomba dan Penyelamat yang diketuai oleh Tuan Faris. Tuan Faris ada menyatakan memang benar semasa mereka melaksanakan pemadaman api itu mereka ada melaksanakan kebakaran itu, mereka dapati memang tekanan rendah jadi itulah antara proses yang melambatkan untuk mereka selesaikan api yang marak dalam isu kebakaran di Pekan Kongsi, Balik Pulau. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk isu pengebilan secara bulanan, saya telah mengulas dalam sesi lisan. Untuk menjawab Yang Berhormat Bukit Tambun berkenaan status pelaksanaan pembinaan LRA kompak dan juga LRA Fasa Pertama di Sungai Kerian, PBA sedang dalam pelantikan kontraktor untuk membina LRA kompak berkapasiti 2.4 mld di kawasan tersebut dan proses pengambilan tanah telah diselesaikan pada bulan Februari 2024. Sekarang ini dalam proses melantik kontraktor. Berkenaan projek cadangan pembinaan LRA Sungai Kerian yang berkapasiti 114 mld, PBA dalam proses mengiklankan tender projek tersebut dan juga serentak dengan iklan tender, kita juga dalam proses pengambilan balik tanah bagi tujuan tersebut.
Dato’ Speaker, Yang Berhormat Air Itam bangkit mengenai punca kerugian PBA pada tahun 2023 sebanyak RM3.2 juta. Sebagai makluman Yang Berhormat, sebenarnya kerugian selepas cukai pada tahun 2023 adalah disebabkan oleh peningkatan cukai tertunda atau pun deferred tax. Ekoran sekatan penggunaan elaun pelaburan semula atau pun reinvestment allowance yang telah dihadkan kepada tujuh (7) tahun. Namun begitu, sebagai makluman Yang Berhormat, PBA masih lagi Berjaya mencapai keuntungan sebanyak RM34.4 juta pada tahun 2023. Dato’ Speaker, untuk isu pembetungan yang telah dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat untuk Kawasan Perindustrian Batu Kawan, PDC telah melantik kontraktor bagi kerja pemuliharaan dan pembaikan paip pembetungan melibatkan jalan-jalan utama Fasa Satu yang mengalami kerosakan akibat daripada pemendapan tanah dan juga paras air bawah tanah yang tinggi. PDC juga kini dalam proses melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja pemulihan dan pembaikan paip pembetungan Fasa 2 dan Fasa 3 yang melibatkan sebahagian jalan-jalan utama dan jalan-jalan sekunder. Beberapa siri perbincangan telah dijalankan di antara PDC, SPAN, IWK bagi menyelesaikan isu ini. PDC juga telah memberikan jaminan kepada IWK dan SPAN…(gangguan).
YB.
…bahawa terima kasih. Sila
Air Putih (YB Lim Guan Eng):
Saya hanya nak tanya tentang itu penggantian paip. Adakah benar bahawa ada paip asbestos yang saya tidak saya telah tak berapa ingat berapa panjang itu paip asbestos mungkin berapa ratus atau ribu kilometer di mana ia telah berusia lebih 60 tahun. Apakah rancangan untuk menggantikan paip asbestos kerana apabila ia berusia begitu lama. Ia boleh merupakan satu ancaman kepada kesihatan mereka yang gunakan ataupun minum air daripada paip-paip asbestos ini. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Air Putih.
Yang Berhormat Tanjong Bunga.
Nanti satu demi satu.
Nak tanya boleh boleh.
Baik jawab sekali. Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga. Saya ucap terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga dengan jawapan yang begitu lemah lembut sekali dalam dalam ini saya tengok jawapan yang begitu manis sekali Yang Berhormat jawab tidak ada tekanan saya tengok dalam Dewan ini. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat, apakah yang berlaku di Sungai Perai di Ampang Jajar baru-baru ini yang paip pecah dah diperbaiki tak sampai sebulan bocor lagi, dua kali bocor paip itu kita akan merugikan kos air kita terbuang. Apakah bila pihak kontraktor untuk memperbaiki itu, adakah kita kaji dan post-mortem balik bila mereka buat? Saya tengok kita merugikan kos itu pasal kita buat dua kali. Sila Yang Berhormat tolong nyatakan berapa kerugian dan kos kita buat baik yang bocor itu. Sekian terima kasih Yang Berhormat.
Baik terima kasih. Saya jawab Yang Berhormat Air Putih dulu. Dalam rangkaian paip PBA keseluruhannya di negeri Pulau Pinang kita masih ada banyak lagi paip AC dan juga asbestos cement dan juga paip-paip lain yang lama galvanized air pun ada dan kalau tak silap saya untuk AC paip dalam 2,200 kilometer kebanyakannya di Seberang Perai juga dan kita nak menggantikan semua paip tu bukan tak boleh tapi menggunakan dana yang banyak jadi kita ada keutamaan ada dia punya jadual untuk membuat penggantian yang terkini RM150 juta telah pun diluluskan untuk khsususnya untuk penggantian paip dan kita akan menggantikan berdasarkan kepada kawasan-kawasan sudah tentu kawasan yang bocor dahulu dahulu dan kemudian mana-mana paip-paip yang uzur dan lama akan digantikan Yang Berhormat.
Untuk isu yang telah berlaku, saya perlu dapatkan lah saya tak ada perangkaannya dari segi berapa banyak kerugian yang kita alami dan juga kos saya tak ingat sebenarnya untuk pembaikan yang telah berlaku dia sebenarnya sebab dia paip
bawah sungai seperti mana yang saya sebut tadi Dato’ Speaker dan bila kita nak baiki tu dia memerlukan penyelam. Dia masuk dari Sungai Perai kita tahu, Sungai Perai bukan sungai yang jernih dia sungai air dia macam teh tarik lepastu memang tak ada orang kata visibility Dato’ Speaker, bila penyelam itu masuk dia apa ni dia nak repair pun dia menggunakan sentuh-sentuh ja Yang Berhormat nak cari dia punya lubang dia tak nampak dan tambahan pada itu ada buaya juga Yang Berhormat. Jadi kita memerlukan perhilitan untuk apa ni standby dengan senapang takut ada buaya menyerang penyelam ada buaya lain di darat. Jadi risikonya amat tinggi dan nak buat kerja dalam sungai pun amat susah dan apabila dia ya pertama kali dia dia meletakkan clamp dapati tidak berjaya dan kemudian terpaksa dibuat lagi jadi penyelesaiannya sebenarnya bukan untuk membaiki paip, penyelesaiannya kena buat bypass yang baru. Kita buat paip yang baru jadi disebabkan itu mengambil masa dan clamp itu hanya bersifat sementara dan bypass sementara pun telah pun dilaksanakan tapi untuk perancangan masa depan Yang Berhormat, PBA akan membelanjakan kalau tak silap saya RM30 juta atau lebih untuk membuat sistem saliran yang baru bypass yang baru bukan di apa ini bawah dasar sungai lagi kita buat atas sungai menyeberangi beberapa kawasan di Sungai Perai jadi itu akan dilaksanakan pada tahun depan ya kita sedang dalam proses perolehan dan reka bentuk supaya ini akan menyelesaikan masalah dijangka masa panjang dan semasa kita membuat pembaikan paip dan bypass sementara itu kita buat bypass sementara disebabkan paip bersaiz 1350 mm itu kita tidak ada stok. Paip ini bukan kita boleh pergi kedai DIY pastu nak beli besar 1350 ini kita kena order daripada kilang jadi pada waktu yang berlaku kebocoran itu kita memang tak ada stok kita cuma ada dalam stok itu paip 600 mm jadi kita guna dua dua paip 600mm tapi memang tak mencukupi lah disebabkan itu.
So sekarang ini kita nak buat bagi elok di Ampang Jajar dan juga di beberapa lokasi lain sepanjang Sungai Perai. Kita akan gantikan paip yang bawah dasar laut itu dengan paip yang menyeberangi laut supayanya supaya di masa depan kalau berlaku kebocoran kalau di daratan memang senang kita nak repair senang kita boleh nampak kita boleh buat apa ni apa ni pembaikan tapi bila di bawah dasar laut yang bawah dasar sungai yang sememangnya tak ada visibility itu Yang Berhormat memang susah susah dan sukar. Ada lagi.
Yang Berhormat. Satu lagi.
Ada lagi.
Yang Berhormat Tanjong Bunga saya tengok Yang Berhormat Tanjong Bunga ni jawab saya ni saya terpegun senyum manis pasal apa Dato’ Keramat masih setia lagi dalam Dewan. Masih menunggu dengar hujah-hujah Tanjong Bunga ni. Alhamdullilah
saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat Tanjong Bunga apabila berlaku penukaran paip di Sungai Dua baru-baru ini yang telah kita lakukan hampir lebih kurang empat (4) hari dan lima (5) hari mana kita berbincang dengan PBA maka PBA kata tidak ada masalah untuk depa supply air kepada pengguna-pengguna semasa itu semasa berlaku pembaik baik pulih paip tetapi yang berlaku selepas itu berlaku kepada di kawasan-kawasan kami nak minta air sampai sari tak sampai tanker tapi saya ucap terima kasih kepada Sungai Puyu la jiran saya bila saya tak ada air saya tanya dia you ada tanker dia hantar mai.
Alhamdullilah terima kasih Sungai Puyu belakang saya ni tetapi kita next time apabila kita akan berlaku penukaran-penukaran yang paip kita kena lebih berhati-hati dan kita mesti apa kata susun kita tu untuk pengguna-pengguna jangan lah bagi pengguna-pengguna complaint dia tak complain pada PBA dia complaint pada wakil rakyat. Wakil rakyat akan jadi mangsa bila lori tak sampai mereka duk tunggu air itulah jadi masalah pada kita. Kita pun dah bagi tapi keperluan rakyat ini air ini memang kewajipan mustahak untuk rakyat kegunaan macam-macam. Ya terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga.
Terima kasih Yang Berhormat Telok Air Tawar. Dia sebenarnya Dato’ Speaker gangguan yang berlaku apabila kita menukar valve di Loji Rawatan Air Sungai Dua adalah gangguan berjadual. Maksudnya bila kita kata gangguan berjadual kita telah memberi pemakluman notis sebulan lebih awal dan sepatutnya orang yang menerima notis itu boleh menyimpan air sekurang-kurangnya 24 jam. Jadi mengikut garis panduan SPAN tanker hanya akan di apa ni di mobilize setelah 24 jam yang pertama jadi dalam masa hari yang pertama itu sepatutnya setiap rumah itu sudah ada sedikit bekalan air untuk hari yang tersebut di rumah saya sendiri pun saya ada simpan tapi akhirnya tak guna sebab air datang cepat. Alhamdulillah tapi dia dia sepatutnya kalau ikut garis panduan begitulah Yang Berhormat. Jadi apa-apa pun saya ambil maklum teguran dan akan maklum pada pihak pengurusan PBA mungkin sekiranya perlu dilaksanakan di masa depan kita akan lebih prihatin la mengenai isu ini.
Minta pencerahan tentang kebocoran di paip di Sungai Perai tadi dan kerugian yang telah ditanggungi oleh PBA pada pada dua (2) kali gantian tersebut. Tadi YB Tanjong Bunga juga ada sebut jangka masa panjang kita akan buat paip air itu di atas langit atau di bersebelahan jambatan di atas di atas sungai, atas langit. Macam TNB macam TNB.
Sky Bri.
Saya saya juga nak tanya kepada Tanjong Bunga di mana Jalan Ampang Jajar yang Jalan Permatang Pauh Ampang Jajar, jambatan Ampang Jajar itu sudah sangat sempit dan pelebaran jalan itu perlu dilakukan. Adakah pembangunan yang kita buat paip itu nanti bila kita nak buat pelebaran jalan kena ubah alihkan utiliti lagi. So ini akan menyebabkan kos meningkat la.
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubok. Dia sebenarnya paip yang kini kita letak bersebelahan dengan jambatan apa ni di Ampang Jajar itu, Permatang Pauh adalah bersifat sementara kerana dia adalah twin 600 mm paip yang kita perlu buat adalah 1350 mm jadi apabila dilaksanakan pada tahun depan maka paip twin 600 mm itu akan di komisen. Jadi lepas itu, kalau sekiranya nak berlaku apa ini pelebaran jambatan tersebut ataupun pembinaan semula tidak menjadi masalah sebab dia boleh dikeluarkan paip tersebut tidak akan lagi digunakan setelah paip baru dibina…(gangguan).
Tanjong Bunga, Tuan Speaker adakah pihak PBA dan juga kerajaan tidak mana melihat kepada satu LRA baru yang perlu diwujudkan iaitulah mungkin disalurkan daripada Empangan Mengkuang ada satu LRA baru sekarang ini kita bergantung kepada Sungai Dua untuk disalurkan kesemua sebab tu isu kelambatan air apabila berlaku kebocoran dan juga bila berlaku kebocoran kita hanya bergantung pada satu LRA sahaja yang menyebabkan habis kelam kabut satu negeri Pulau Pinang disebabkan oleh isu gangguan tersebut. Jadi adakah pihak kerajaan sedang mengkaji dan juga akan apa nama ni buat LRA yang boleh orang kata apa yang boleh menampung apa keperluan kita.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Kerajaan sekarang ini kita sedang merancang bukan satu (1) tapi tiga (3) LRA baru iaitu satu (1) di Mengkuang iaitu kita akan mengambil terus air daripada Empangan Mengkuang untuk merawat dan kemudian menyalurkan kepada pengguna lagi satu di Sungai Muda dan lagi satu di Sungai Kerian. Ketiga-tiga LRA ini yang baru ini yang sedang dirancang dan sedang dalam proses untuk pelaksanaan akan menambah kita punya jumlah pembekalan air sebanyak 330 lebih juta liter sehari jadi sudah tentu akan membantu dalam masa depan apabila semua LRA LRA yang baru ini siap maka sekiranya berlaku apa-apa di LRA Sungai Dua tidak akan sebanyak mana kawasan yang terjejas seperti mana yang berlaku di masa lampau lah Yang Berhormat. Ok kalau saya boleh habiskan Dato’ Speaker.
Walaupun saya sudah bagi masa yang cukup banyak untuk isu air tapi kena ada kehabisan.
Tadi saya sebut kolam-kolam takungan di Batu Kawan Industrial Park. PDC sebagai pemaju bertanggungjawab untuk perancangan reka bentuk pembinaan dan pemasangan takungan perkhidmatan. Tangki sedutan station pam dan paip retukulasi di kawasan pembangunan koridor PDC sebelum diserahkan kepada PBA dan perancangan dan keperluan kolam takungan adalah berdasarkan kepada unjuran permintaan air yang dikemukakan oleh pihak PDC sehingga 2050 sebanyak empat (4) buah kolam tangkungan dengan kapasiti minimum 222 juta liter bagi menampung keseluruhan permintaan air di kawasan tersebut yang perlu dibuat Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dengan unjuran ini, PBA merancang untuk membekalkan air kepada kolam perkhidmatan yang dibina PDC daripada sumber air sedia ada dan juga dari projek pembinaan air Sungai Perak kelak.
Bagi menjawab Pengkalan Kota berkenaan dengan penaiktarafan sistem pembetungan di Bandaraya George Town. Untuk makluman Yang Berhormat, kajian kejuruteraan menyeluruh dengan penyiasatan, penyiasatan lengkap di tapak oleh pihak perunding telah siap dijalankan di bawah kelulusan peruntukan kerja runding IWK pada Disember 2023. Hasil kajian tersebut mencadangkan beberapa perkara yang pertamanya, pembinaan satu jajaran paip yang baru bagi menggantikan rangkaian paip yang berusia di Jalan Perak sepanjang 2.9 kilometer. Ini melibatkan juga penggantian paip graviti bersaiz kecil di Jalan Sungai kepada paip graviti berdiameter 1,500 milimeter. Pemasangan, kedua, pemasangan rangkaian paip pembetungan graviti berdiameter 2,100 mm baru dan pembinaan paip bertekanan tinggi yang baru berdiameter 1,400 mm menuju ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau George Town. Rationalization stesen pam sedia ada di Jalan Sungai iaitu PEG123 di mana aliran kumbahan akan disalurkan ke stesen pam baru dan keempat penaiktarafan loji rawatan kumbahan PEG183 kepada sebuah stesen pam dengan kesetaraan populasi 600,000 PE. Jumlah kos untuk melaksanakan projek ini adalah RM115 juta yang kita akan pohon daripada dana Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) yang diselia oleh SPAN. Projek ini akan mengambil masa 36 bulan untuk siap setelah peruntukan diterima.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada hotspot banjir di DUN Sungai Dua. Untuk makluman, Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan Sistem Saliran Mesra Alam bagi SPU telah dibuat pada tahun 2019. Melalui kajian ini JPS mengenal pasti kawasan-kawasan banjir dan menyediakan cadangan penyelesaian bagi seluruh daerah SPU. Melalui kajian tersebut, beberapa projek telah dilaksanakan seperti Projek Tebatan Banjir Mak Mandin yang telah disiapkan pada tahun 2021 yang telah berjaya mengurangkan insiden banjir di kawasan sekitar. Pada masa ini JPS sedang menjalankan kajian reka bentuk terperinci bagi RTB Sungai Nyiur dan juga kajian reka bentuk terperinci bagi RTB Sungai Lahar Endin yang dijangka siap pada penghujung
tahun ini. Seterusnya kampung di KADUN Permatang Pasir yang menghadapi masalah banjir kilat seperti yang dibangkitkan. Yang Berhormat, sistem saliran parit dan longkang di Kampung Kota, Kampung Bukit Jelutong, Pengkalan Tamban dan Kampung Permatang Tengah tidak mempunyai sistem saliran yang sempurna dan juga tiada rizab parit untuk dinaiktaraf.
JPS sentiasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan saliran keluar utama dari kawasan kampung sehingga ke borrow pit dan Sungai Perai. Untuk tindakan jangka panjang, JPS akan memohon peruntukan negeri bagi menjalankan Kajian Reka Bentuk Terperinci untuk mengurangkan risiko banjir di kampung, kawasan kampung tersebut. Seterusnya di kawasan Permatang Berangan. Untuk makluman Yang Berhormat, sistem perparitan di Permatang Indah, Pokok Machang, Lubuk Meriam, Ara Kuda, Taman Cempedak dan kawasan sekitar merupakan sebahagian daripada jaringan perparitan ke Sungai Perai. Banjir kilat berlaku apabila Sungai Perai tidak dapat menampung keamatan hujan dan juga apabila berlaku fenomena air pasang. Sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, JPS akan mohon peruntukan untuk melaksanakan RTB Sungai Perai dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk RMKe-12 kita pohon tapi tak dapat. Kita akan cuba untuk RMKe-13. Manakala untuk langkah jangka pendek, JPS akan menaiktaraf Sungai Perai dan anak-anak sungai secara berperingkat bergantung kepada peruntukan yang diperolehi. Isu banjir di kawasan Permatang Pauh. JPS kini sedang melaksanakan projek RTB Sungai Permatang Rawa di chainage 3,000 sehingga chainage 4,300 di mana sebahagian pelaksanaan komponen tebatan banjir adalah di kawasan Permatang Pauh. Projek kini telah mencapai sebanyak 42 peratus kemajuan di tapak. JPS juga sedang menjalankan Kajian Reka Bentuk Terperinci bagi RTB Sungai Permatang Rawa bahagian hulu yang melibatkan kawasan hotspot banjir iaitu di Kampung Tanah Liat, Taman Guru dan kawasan sekitar. Kajian reka bentuk ini kini di peringkat deraf laporan terakhir. Inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ini Yang Berhormat Dato’ Speaker menunjukkan komitmen penuh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah banjir. Dan sebagai akhir kata, saya nak sebut bahawa Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan semua…(gangguan).
Dato’ Speaker, sebelum EXCO mengakhiri, saya, memang, memang EXCO bersopan. Saya juga kena bersopan tunggu sampai nak habis. Saya ada sedikit soalan berkenaan dengan apa yang dijawab oleh YB EXCO semalam. Terima kasih kerana Dato’ Speaker ada bagi masa sampai hari ini dan semalam saya balik dan saya buat sedikit research. Apa yang telah saya dapat dalam apa yang dicakap oleh YB EXCO tentang Denmark. RM50.00 meter se ber sepadu, tapi saya buat research, memang Denmark ada kalau kita buat perbandingan dengan times 5 kali. Tapi di sini dia cakap kalau mengikut Europe punya duit RM9.00 sahaja lah per meter cube tapi dengan two third nya pergi kepada treatment dan waste water bukannya digunakan kepada water. It’s not apples to apples ya. Sini research saya dapat, two third nya pergi ke treatment and waste water. Maksudnya RM6.00 dah masuk ke IWK bukan nya kepada air ya, air one third. Kalau kita apple ke apple maksudnya pendapatan purata bulanan Pulau Pinang adalah RM2,695.00, kalau Denmark RM30,000.00, maksudnya 12 kali ganda
pendapatan mereka banding apples to apples. Saya ingat perbandingan ini tidak sesuai lah, tak sesuai. So kalau ada kita banding dengan yang negara yang bagi free air, why kita tak banding dengan Ireland. Ireland dia bagi air free sehingga 213 meter cube setahun dan kita banding yang bagus berbanding yang tak bagi free kan. So perbandingan tu memang kita kena buat perbandingan yang.
Yang Berhormat cukai berapa banyak dia bayar dekat Ireland? Kita tak boleh nak bandingkan semua negara-negara ini Yang Berhormat.
Ya la kita tak mahu ambil luar negara lah so kita banding dengan Malaysia lah.
Dia,dia, saya nak tanya Yang berhormat, di Denmark. Okay, Yang Berhormat nak sebut juga Denmark. Dia punya penggunaan air per kapita itu berapa banyak? Tahu tak?
Okey, saya.
108 liter sehari per kapita. Kita 280. Kenapa? Saya telah membuat penyelidikan juga. Dia punya sebab ya, faktor utama kenapa penggunaan air sangat rendah di Denmark adalah kerana tarif air yang mahal.
Okey.
Itu adalah tarif air yang mahal. Sebenarnya kalau nak bandingkan dengan negeri-negeri lain di Eropah pun itu antara yang termahal yang mana di Copenhagen kalau masuk restaurant order air tak dapat percuma tapi kalau kita pergi London dapat percuma sebab tarif air tak sebegitu mahal. Tapi dia sengaja meletakkan tarif air yang mahal yang di mana diletakkan mungkin kumbahan juga tambahan sebahagian daripada itu untuk memastikan orang berjimat dengan air. So Yang Berhormat kena faham
Okey.
Kita nak bandingkan memang tak adanya apple to apple dan sebagainya, Kalau kita nak banding…(gangguan).
Memang, memang
Yang membangkitkan Copenhagen pun bukan saya. Yang Berhormat boleh duduk, ini floor saya.
Saya nak tanya soalan. Saya nak tanya sebab.
Saya tak bagi. Saya tak bagi laluan.
Kita tak faham.
Saya tak bagi laluan Dato’ Speaker.
Saya just nak tanya. Yang ini kena balik ke Penang.
Dia nak tanya, tapi saya tak bagi laluan.
Kita balik ke Penang. Kita balik ke Penang. Be fair. Back to Penang.
Tak, tak. Tak ada masa dah.
Saya tanya water yang semalam. Katakan RM12.40 semalam.
Since…(gangguan).
Untuk separuh daripada rakyat Pulau Pinang dapat RM12.40, separuh rakyat negeri Pulau Pinang. So saya nak tanya lah di floor di dalam Dewan ini. Saya ingat dalam Dewan ini ada 100 orang lah, maksudnya di setengah daripada rakyat Pulau Pinang dapat RM12.40 dua bulan bersamaan 20 sen, 20 sen. So, saya nak tanya semua yang dalam Dewan ini adakah bil-bil kamu RM12.40? Separuh Dewan ni kena dapat harga ni. Kalau ikutlah secara apa yang dicakap itulah, kan?
Yang Berhormat Batu Lancang, bil air rumah saya betul.
Ya la, separuh dari Dewan ini lah.
Bil saya pun sama. bil saya pun sama.
Separuh daripada Dewan ini kena ada RM12.40.
Okey.
Saya tak faham apa Yang Berhormat Batu Lancang nak bangkit. Saya tak faham Yang Berhormat. Saya rasa kita saya nak habiskan supaya, Timbalan Ketua Menteri dia dah tunggu lama. …(gangguan).
Bukan.
Dia pun nak…(gangguan).
Kita nak minta, yang diminta, kita nak minta rebate lah untuk rakyat Pulau Pinang ya, untuk Dewan ini.
Okey, terima kasih. Sekian sahaja penggulungan saya Dato’ Speaker yang telah mengambil masa yang sangat lama. Saya rasa kalau kita tambah semalam dengan hari ini lebih daripada sejam, mungkin sejam setengah. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli yang telah mengutarakan soalan-soalan dan juga cadangan dan saya mohon menyokong. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tanjong Bunga. Sebab Batu Lancang, EXCO sudah henti, tengok. Sebab Batu Lancang lah. Kalau tak ada, saya nak bagi time lagi. Okay, terima kasih Tanjong Bunga. Maka saya nak persilakan Datok Keramat untuk buat penggulungan.
Selamat Pagi, Salam Pulau Pinang 2030 dan Salam Malaysia Madani. Ingin saya kepada Dato’ Speaker meluahkan rasa syukur kerana kita dapat bersidang. Saya lihat dengan lancar walaupun mungkin ada banyak pertanyaan daripada semua rakan-rakan kita tetapi itulah demokrasi. Kita perlu dengar semua yang hendak nyatakan apa yang sedang berlaku. Jadi dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN ini Dato’ Speaker, daripada perasmian daripada Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, kita, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri dalam sesi ini, di dalam segala isu yang telah pun mereka bangkitkan. Dato’ Speaker, selaku Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang yang sekarang merangkap Pengerusi Jawatankuasa MMK Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi, saya memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri kita sedang mengambil langkah proaktif dalam merangka plan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan panjang dalam pelbagai usaha yang sudah pun kita lakukan dalam hampir sembilan (9) bulan setelah saya ambil alih portfolio ini. Dan saya dengar apa Tuan Yang Terutama Tun nyatakan dalam ucapan perasmian beliau tempoh hari di mana ini adalah satu perkara yang begitu penting yang perlu kita pastikan dapat kita mara ke hadapan.
Dato’ Speaker, ingin saya nyatakan beberapa perkara, apabila saya ucap sebagai EXCO Sains dan Teknologi juga. Ingin saya sentuh sedikit yang mana Ketua Menteri saya telahpun nyatakan banyak, kita ada pelaburan pembuatan yang kukuh di mana kita telahpun rekodkan untuk rekodlah, satu pelaburan industri pembuatan yang diluluskan sebanyak RM220 bilion sejak sepuluh tahun yang lalu. Terutamanya dalam pelaburan industri pembuatan iaitu E&E, electric dan electonics yang menyumbangkan kepada 168 bilion yang adalah 78 ataupun 76 peratus daripada jumlah pelaburan pembuatan yang diluluskan dalam tempoh tersebut. Dari segi perdagangan Dato’ Speaker, kita adalah pengeksport E&E di Malaysia yang menyumbang kepada 57 peratus E&E negara yang bernilai RM1 trilion Dato’ Speaker, RM1 trillion. It's no longer a billion dollar industry. we have already arrived at a trilion ringgit from dari 2019 sehingga 2022. Jadi kita sememangnya penyumbang utama bagi sektor tersebut Dato’ Speaker dan kita akan teruskan memainkan peranan dalam sektor E&E negara yang akan melihat kepada Pulau Pinang mara ke hadapan Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Kebun Bunga ada tanya tentang beberapa perkara yang adalah di bawah portfolio saya sekarang di mana saya adalah pengerusi untuk beberapa agensi iaitu untuk Penang Tech Centre or now Penang Tech Dome untuk 2024. Ingin saya nyatakan kita ada budget yang dipohon oleh Penang Tech Centre or Penang Tech Dome which is RM1 juta. Walaupun sedemikian permohonan kita sedang dipertimbangkan tetapi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri kita selalu perlu pelihara apabila masa dia sampai saya yakin kita boleh dapat kelulusan untuk lebih program dilakukan dengan lebih. Bajet tersebut diberikan Dato’ Speaker. So, bajet yang diluluskan sekarang adalah RM850,000 dan Penang Tech Dome telah dimohon untuk sasarkan semula pelbagai program dan juga kenal pasti program yang boleh kita laksanakan dengan kolaborasi dengan agensi lain seperti Penang Science Cluster (PSC) dan STEM, Penang STEM. So, we are looking at that Dato’ Speaker. We want to try not to overlap that has been my word to all the three agencies that now I heading. No overlapping, so we can save in term of cost and everyone is moving forward in their own stream. Yang Berhormat Berapit ada membangkitkan berkenaan isu lambakan pekerja warga asing di Pulau Pinang dan apakah langkah yang kita hendak ambil untuk tangani lambakan warga asing tersebut. All is a very good question you know ya. Untuk makluman Yang Berhormat dalam usaha untuk kita kurangkan bilangan warga asing di Pulau Pinang. Kita sedang ada kerjasama dengan agensi yang penting of course Polis Diraja Malaysia. Di mana mereka telah pun mengambil langkah agar ini tidak akan terus meningkat demi memastikan keselamatan orang ramai kita dan ada beberapa cara mereka buat iaitu mengadakan rondaan di tempat-tempat sasaran. They have their the targeted area Dato’ Speaker. Mengawasi dalang dan sindiket the ones Dato’ Speaker untuk tidak membolehkan mereka menyebabkan PATI ataupun pendatang asing tanpa izin masuk. Dulu sebagai lawyer pun saya tau ini adalah satu masalah yang besar. And now, we have to take actions in our hands so they are doing that. Itulah laporan saya kepada Dewan ini.
And now I want to talked about Pulau Pinang. Kita terkenal sebagai satu Lembah Silicon Timur. Sektor pembuatan dan perkhidmatan telah memacu pertumbuhan ekonomi negeri. Mewujudkan begitu banyak pekerjaan dan membawa kemakmuran kepada Pulau Pinang dan bukan Pulau Pinang sahaja kepada Malaysia. We are the leading hub for
industry. My Chief Minister when I spoke to him (dengan izin) Dato’ Speaker, I always say kita Lembah Silicon Timur. Beliau nyatakan kita sekarang perlu jadi Lembah Silicon Timur 2.0. Apa itu? Siapa yang tau? Saya hendak letakkan atas rekod dalam hansard. Apa itu? Sekarang kita akan jadi Lembah Silicon untuk kemahiran dan bakat. Itu yang kita hendak buat kerana semua hendak datang ke Pulau Pinang dan mereka minta untuk kemahiran dan bakat tersebut dan itu lah apa yang Ketua Menteri saya sarankan kepada saya untuk cuba buat dan itulah hasrat saya sebagai Timbalan Ketua Menteri II itu yang saya akan lakukan. Macam dahulu saya dalam bidang perumahan kita dapat 170,000 Rumah Mampu Milik Dato’ Speaker. Sekarang saya hendak bakat tersebut dan itu yang terpenting kerana kita ada di satu tahap di mana itu perlu kita buat. Dato’ Speaker, ingin saya nyatakan sejak Zon Perindustri Bebas Bayan Lepas dibuka pada awal tahun 70-an. Kita sudah tarik banyak Multinational Company (MNC) if I can say Dato’ Speaker and the if I can just mention a few…(dengan izin), ya like Intel, we got Keysight, Agilent, Robert Bosh, OSRAM, Renesas, Clarion, National Semicon. This are all the big players from all over the world….(dengan izin), Dato’ Speaker and they are here in Penang. Dan kita my CM have mention over and over again and I being going untuk melihat pada mereka untuk pastikan bagaimana kita boleh facilitate dan bantu mereka. Kita di Pulau Pinang satu negeri yang begitu kecil, begitu kecil, yang kedua terkecil di seluruh Malaysia tetapi kita menguasai 5% daripada export semiconductor di dunia Dato’ Speaker. Bagilah satu tepukan untuk Pulau Pinang (Ahli-ahli Dewan menepuk meja).
Must understand the number sometime and than you are understand where we are. So, Dato’ Speaker saya tak mau cakap banyak tetapi sehingga sekarang kita sudah sampai 400 Multinational Company (MNC) we have gone beyond the 350 that was the number. Now we also have SME. SME now we have reach from 4,000 now we at 6,000. This is number that’ I’m getting dan kita akan terus I think if going to definitely go upward. Saya telah pun ditemui oleh berapa negara sekarang. Daripada China, I’m open about that we are not having any issue daripada Europe, Eropah daripada Australia daripada India they all want to come to Penang Dato’ Speaker and I’m trying as best as posibble to facilitate that and that’s my job. So, I’m looking that beberapa plan perancangan Dato’ Speaker agar industri tersebut kita boleh bawa ke Pulau Pinang and the of course like I said just now and my Chief Minister always say it is all about the semiconductor sector that is extremely important. …(gangguan).
Mohon mencelah.
Saya, saya sedang..
Soalan Dato' Speaker.
Ya, sila.
Tahniah diucapkan kepada Datok Keramat kerana berjaya membawa banyak kemajuan dalam sektor perindustrian cuma salah satu matlamat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah untuk menarik kembali pekerja-pekerja yang berasal daripada negeri di yang telah berhijrah keluar. Jadi boleh tak diulaskan sedikit apakah program, apakah kerja-kerja yang telah dilakukan untuk mendapatkan pekerja-pekerja ini agar balik ke negeri bekerja di tempat kita sendiri, Speaker.
Okay, thank you untuk soalan tersebut. Terima kasih kepada Penanti. Memang itu satu cabaran kepada kita kerana ada banyak negeri lain, negara lain yang ambil kemahiran dan bakat kita. Mereka buat sedemikian rupa tetapi apa yang kita perlu buat adalah tarik mereka balik, as you said. Ya bagaimana? Itu soalan dia. Senang sekarang apabila industri masuk ke bilik saya dan selalu nyatakan kita tak ada kemahiran tersebut mereka hendak buka factory dan industri mereka akan tanya mana technician mana engineer kita?. Saya perlu 10,000 ada atau tidak? Then I can open up that industry here. So, itulah apa yang saya sedang buat sekarang and I’m just coming to that this point in time. In mind, what I want to tell the Speaker and the entire house here today. Kita mempunyai satu kadar kekosongan jawatan Dato’ Speaker yang tertinggi iaitu 1,745 pada suku tahun ketiga kita pada tahun 2023 and itu adalah satu aspek penting untuk kita tangani and kita sedang buat yang terbaik. Let me tell Penanti thank you for the question because I want to answer straight away to everyone. I don’t even want to read my speech terus saya answer apa yang kita sedang buat, kita sedang lihat kalau saya hendak ada program-program di sekolah untuk latih dan didik anak-anak dan murid-murid masa hadapan kita, ambil masa yang lama kerana kita tak ada banyak sekolah tapi apa yang kita ada? Kita perlu tahu kita ada industri yang sudah pun ada engineer dan technician pelbagai di situ. So saya sudah minta mereka jangan mari ke saya punya bilik dan merungut kerana tak ada kemahiran dan bakat tersebut walhal mereka boleh didik mereka, murid-murid dan masa hadapan kita di dalam industri mereka dan mereka setuju dan sekarang di banyak factory kita ada kolej. Di banyak factory ada satu factory di Pulau Pinang yang akan menjadi factory yang pertama akan ada universiti di dalam factory tersebut. That is how we move forword Penanti. Saya setuju 100 peratus dengan Penanti. Perlu kita buat itu dan yang penting juga saya minta industri kalau you hendak mereka bekerja dengan you jangan bayar dia orang RM1,000.00 sebulan. Tidak boleh. Apabila you, Penanti mula kerja berapa you punya gaji?
RM600.00.
Oh! ....(ketawa). Sekarang okey? Alright, Kita jaga sama you tau.
Datok Keramat. Celah sikit boleh?
Silakan.
Terima kasih Datok Keramat. Saya percaya inisiatif untuk, nasib baik tanya Penanti kalau tanya saya tinggi sikitlah. Inisiatif untuk menggalakkan industri train anak-anak masa depan kita di negeri ini. Pada sidang yang lepas, saya pernah bangkitkan juga untuk Datok Keramat kepada Kerajaan Negeri untuk tengok ke arah p-hailing dan e-hailing. Penggiat p-hailing dan e-hailing kerana bukan selamanya mereka perlu berada di dalam bidang tersebut. Jika industri boleh menawarkan gaji yang baik, pendapatan yang stabil dengan benefit-benefit yang sebaiknya turut digalakkan oleh Kerajaan Negeri maka mereka boleh keluar daripada bidang gig. Jadi saya harap Datok Keramat dapat terus strategize perkara tersebut sehingga ianya menjadi kenyataan. Kalau tidak setiap sidang saya akan bangkitkan perkara yang sama. ....(ketawa).
Setiap sidang saya akan tunggu untuk kamu. Jangan main-main. Ada satu tinjauan yang kita buat Dato’ Speaker, dalam Penang Talent Prospect Survey which your answer your question yang menunjukkan bahawa permintaan untuk bakat ini dijangka berganda dua kali menjelang tahun 2026. So the necessity is there the reason why kita perlu ada pelan ataupun perancangan untuk pastikan kita boleh merangkumi keperluan tersebut dan itu yang sedang kita buat and the permintaan bakat of course like i said just know is sektor permintaan untuk penundaan bakat teknologi maklumat sekarang also is so important for us to look at and we are looking at that Dato’ Speaker. Dan apabila saya ucap pada pagi ini dan Seberang Jaya thank for your asking the question cause coming right there. Bagaimana kita boleh dapat bakat dan kemahiran ini dengan kita pastikan ada lebih program seperti STEM, program seperti TVET dan bekerjasama bukan sahaja dengan industri tetapi agensi-agensi kita seperti PSDC. Mereka sedang giat di dalam membantu dalam usaha ini dan sememangnya kita akan teruskan kerjasama dengan mereka supaya jurang kemahiran tersebut kita dapat kurangkan Dato’ Speaker. Dan kita akan teruskan Dato' Speaker, sekarang and also one very important point i want to mention to my friend from Penanti and Sebarang Jaya. Sekarang kita lihat kepada mereka di Tingkatan Satu, Tingkatan Dua, bukan dahulu Tingkatan 3, 4 dan 5. Sekarang kita mula dari mula supaya kita boleh teraskan kepada mereka begitu penting Sains dan Teknologi. Mengapa? Kerana di Pulau Pinang ini hub Sains Dan Teknologi seluruh dunia ada di sini. So we are
now doing that now and we have many programs kita ada banyak program cakap pun sampai tomorrow tidak boleh habis... …(gangguan).
Datok Keramat boleh saya respon.
Sila, sila, sila.
Dengan izin Dato’ Speaker.
Go head.
Apa yang Datok Keramat sebut tadi untuk pembangunan modal insan saya lihat adakah program untuk membawa pelajar-pelajar TVET, Politeknik yang mengambil jurusan-jurusan yang berkaitan untuk melihat view di dalam kilang itu sendiri? Profesion-profesion yang ada di dalam perkilangan yang boleh mereka mendapat gambaran yang sebenar tentang peluang-peluang yang ada apabila mereka menamatkan persekolahan atau pun menamatkan pengajian mereka.
Thank you very much Dato’. That’s exactly apa yang saya nyatakan tadi. So sekarang apa yang berlaku mereka akan ada kolej di dalam industri, di dalam factory tersebut. Dia orang ada kolej sendiri supaya mereka yang mendidik murid-murid masa hadapan kita dan terus mereka kalau dia orang pass akan masuk kepada factory tersebut. That’s is the whole agenda. No need to go so far away ask them to go and study in some college somewhere than lepas itu mereka perlu look for a job. No need. So we have this plan. Ini adalah perancangan kita dan I think that is the best plan for Penang because factories industry itu sudah pun wujud dan mereka hendak ini berlaku. Cuma saya fasilitator lah sebagai Kerajaan Negeri. Itulah satu cara saya boleh dapat bakat dan kemahiran. Cause itulah modal insan kita, dan itulah portfolio saya. Dan saya sedang yakin lah Dato’ Speaker, saya yakin dengan kerjasama apa yang sedang berlaku sekarang boleh jawab apa rakan saya tadi nyatakan. I dont want to take out to much time I trying to cutting short Dato’ Speaker. I know you always.....(ketawa), I can see your eyes.....(ketawa). I see it for 17 years.
(Ketawa)…Thank you very much.
You are welcome. So, satu yang penting untuk makluman Dato’ Speaker, we have a blueprint committee for Penang STEM untuk Program STEM kita, kita ada satu komuniti sekarang yang sedang sudah hampir siap sudah, siap actually, and I’m just going to report to EXCO very soon that blueprint well contain our future direction tentang STEM, TVET pelbagailah. And saya gembira untuk nyatakan di Dewan yang Mulia ini pada pagi ini, bahawasanya sudah pun kita hampir sempurnakan. Dan itu akan saya umumkan dengan Ketua Menteri saya dalam masa yang terdekat and very important is dalam blueprint itu Dato’ Speaker, saya juga telah pun kongsi dengan pihak Pusat dan pihak Pusat yang hendak tahu apa Pulau Pinang yang buat as usual Penang leads, give around our applause for Penang. (Ahli-ahli Dewan menepuk meja).
Alright. So saya telah pun jumpa dengan, meet Menteri. MITI dan Menteri MOSTI dan mereka datang ke Pulau Pinang bukan saya pergi ke sana. Jangan main-main.
Khususnya Menteri Digital.
No, no......(ketawa.) Dan mereka memang beri sokongan, Dato’ Speaker, kepada plan kita perancangan kita, and they come here. I actually went that first they said because of this, they want to come and see me and they have, and they are going to come to see me again. Pintu buka what. I have to. But you know, it is okay. You know I say we share whatever that we do supaya semua negara boleh menikmati dia. That’s all and I mean sebagai Lembah Silikon Timur yang sekarang melihat kepada bagaimana kita boleh ada kemahiran dan bakat tersebut. Kita perlu kongsi dengan mereka dengan blueprint tersebut. So there are so extremely happy. I would like to announce today that they will be coming down. CM not check his date because CM is very busy but i hope you will be able to see. …(gangguan).
Anytime.
Thank you. Give CM arround our applause. So, saya tidak mahu cakap terlalu banyak, banyak program yang kita ada.....(ketawa). Never epic story. Just, we have got many programs Dato’ Speaker. Just I must say that you know whatever is this a part of
STEM and TVET we got so many programs going on. Just to answer my friends dari Penanti, Seberang Jaya, my brother from Sungai Dua. Banyak, banyak program yang kita ada. So saya jemput kalau ada keperluan mari jumpa saya and then mereka boleh buat kita ada tech start program, ignition boot camp, girls engineering, I never forget the girls, computer science core skills, coolers project in Malaysia, advance Michel Labs, Michel Labs started long ago. We have experience AI, now is all about AI, and of course di Pulau Pinang kita mula dengan Digital Library sudah lama bukan mula sekarang mula sekarang setiap sekolah kita hendak buat. Saya ada 197 sekolah yang saya hendak lihat, dalam library mereka will be a Digital Library, tidak perlu kita bina Library Digital lagi. Setiap sekolah ada perpustakaan jadi kita guna itu opportunity and that is happening at the moment and we are working very very hard at the moment you are looking at 88. I'm working with a few industry players and be start with that first. And then we move on for the rest.
Batu Maung.
Okey, boleh.
Sudah ada.
Siap?
Sekejap, hampir. So just for the record, Dato’ Speaker. Pada suku pertama 2024 kita let I said just now, ijust want to put on the record, 60 lebih program Dato’ Speaker berkaitan STEM telahpun kita adakan dengan penyertaan seramai 5,604 orang pelajar. Just for your information this numbers are all is important. Just so i can answer my brother there. You must understand this ini apa yang kita buat dan sedang terus buat dan ia tidak akan berhenti because kita sedang buat setiap hari. Penang Science Cluster (PSC) yang saya sebut, is the main mover of our programmes Dato’ Speaker, and Penang STEM also a main mover of our programmes. Tech Dome Penang which is actually in KOMTAR where become also a big mover where we get all this programmes yang dapat kita cetuskan minat pelajar kita di dalam bidang sains dan teknologi. So, Dato’ Speaker, saya ingat…(gangguan).
Sedikit soalan. Saya nak ucap bagus. Ini untuk kebaikan semua orang…(gangguan). Boleh. Dato’ Keramat when we talk bila kita bercakap berkenaan dengan pelajar-pelajar…(gangguan).
Go ahead, go ahead.
…dah keluar habis dah. Saya cuma nak sentuh sikit berkenaan dengan intern, practical training ataupun latihan dalam loji.
Sure, sure.
Sebab apa bila kita ada kilang-kilang yang mempunyai institusi dalam itu mahupun universiti..
Ya.
Jadi bolehkah dimasukkan ke dalam agenda EXCO bahawa kalau boleh kita biarkan student-student kita ini mendapat tempat untuk hantar ke luar negeri. Mungkin kilang tersebut boleh cari dua tiga students kita hantar pergi sana untuk ambil pengajaran intern di sana daripada sudut teknologinya, daripada sudut teknikal. Tak kisahlah sebab kita di sini pun kita buat begitu. Kita sekarang contoh kata hotel, hotel sekarang intern pelajar daripada Indonesia, daripada Thailand semua datang sini belajar. Kita pun punyai pelajar-pelajar kita yang belajar dalam bidang itu. Jadi saya rasa tak menjadi kesalahan kalau dibuat usaha untuk hantar pelajar-pelajar kita buat intern di luar negeri melalui kuasa dan kebijaksanaan Yang Berhormat.
Thank you Penanti. Actually, apabila saya sebut tentang semua hal yang saya sebut tadi pagi Dato’ Speaker bukan sahaja sains dan teknologi yang pertama adalah modal insan. Dan itu termaktub semua sektor pekerjaan bukan sains dan teknologi sahaja. Di Pulau Pinang kita juga bidang dan we lead in tourism, itupun kita perlu
kemahiran bakat dan sebagainya. Dan saya balik pada soalan Penanti tadi, very good question. Internship is nothing new we are doing it. Memang kita sedang buat iaitu di local level kita memang mereka sedang buat. Mereka ada internship programme di mana kita akan mendidik mereka like I said just now and also you are right. Negara lain juga mereka boleh pergi daripada industri kita kerana mereka di seluruh dunia. So it is happening so I very happy with that question because it is happening and the itulah satu jawapan yang penting ingin saya nyatakan. Jadi Dato’ Speaker, I ingat saya tak tahu saya punya last page atau ini apa. Tak habis…(gangguan).
Pantun…(gangguan) pantun lah.
No, no pantun lah. I don’t do that I leave it to you, Dato’ Speaker. So I just want to berterima kasih kepada semua jabatan agensi kita dan juga pihak swasta dan juga yang terpenting Kerajaan Persekutuan kerana sekarang mereka yang membantu banyak dan kita akan majukan Visi Negeri Pulau Pinang 2030 dengan secepat mungkin di mana sekarang saya sedang menerajui portfolio Modal Insan, Sains dan Teknologi. Terima kasih Dato’ Speaker. Saya mohon menyokong. Thank you very much.
Terima kasih Datok Keramat. Oleh sebab Datok Keramat maka Dewan ditangguhkan. Dan kita henti rehat dan bersidang semula pada jam 2.00 petang nanti. Makan durian.
EXCO Pertanian.
Dewan bersambung semula pada jam 1.57 petang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, maka tiba masa kita mendengar penggulungan daripada Batu Maung. Sila.
Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia MADANI. Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassala wa’ala israfil ambiyaiwal mursalim wa'ala alihi wasahbihi ajmain. Yang Berhormat Dato’ Law Choo Kiang, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang Ketujuh Belas dan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah Al-Mutawakkil Allahi Shah sebagai Raja Permaisuri Agong. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada 24 Mei yang lalu. Melalui ucapan perasmian tersebut Tuan Yang Terutama Tun telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas penyaluran peruntukan yang diturunkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada kali ini.
Saya turut merakamkan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Yang Berhormat ADUN Sungai Bakap yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Mei 2024 iaitu hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaannya. Saya berkesempatan bersama-sama Tuan Yang Terutama Tun mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan dan bersama-sama mengiringi Tuan Yang Terutama Tun menziarahi isteri dan keluarga Allahyarham di rumahnya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kendati pun begitu, tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita yang sedang ditindas dengan amat dahsyat di Palestin ketika ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua rakyat di Negeri Pulau Pinang, ayuhlah sama-sama kita bersolidariti dan berdoa agar konflik dan peperangan yang berlaku di Gaza, Palestin dapat dihentikan serta-merta agar keamanan dan perpaduan dapat dinikmati semula oleh penduduk Palestin. Selain itu, sekalung ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar-pelajar SPM 2023 Sijil Pelajaran Malaysia yang telah mendapat keputusan pada 27 Mei 2024, pada hari Isnin yang lalu. Saya juga mendapat makluman seramai 755 orang daripada 17,237 calon SPM 2023 di Negeri Pulau Pinang memperoleh keputusan semua A, manakala peratus pencapaian layak sijil bagi tahun ini adalah 92.64% iaitu peningkatan sebanyak 2.43% berbanding 90.21% pada tahun 2022. Hal ini bersamaan dengan 15,655 daripada 17,237 calon SPM layak menerima sijil SPM bagi tahun ini. Hal ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan para tenaga pengajar dalam mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berwawasan serta
berpendidikan di negeri ini tidak dapat disangkal lagi. Oleh itu, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia khususnya guru-guru di Pulau Pinang. Jasamu dikenang, ilmu yang dicurah akan sentiasa dimanfaatkan demi agama, bangsa dan negara. Terima kasih Cikgu.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah haji kepada semua umat Islam khususnya umat Islam di negeri Pulau Pinang yang telah terpilih sebagai Duyufurrahman pada tahun ini. Semoga dikurniakan haji yang mabrur, insha-Allah. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri amat prihatin dan komited dalam usaha untuk memartabatkan negeri Pulau Pinang di persada dunia dengan cemerlang bagi memastikan Visi Penang2030 dapat direalisasi. Kerjasama yang erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah penting untuk memastikan projek pembangunan dan infrastruktur yang dirancang dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan supaya rakyat dapat menikmati manfaatnya. Di samping itu, seperti yang semua sedia maklum melalui ucapan perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Tuan Yang Terutama Tun telah menyentuh berkaitan peningkatan peruntukan Kerajaan Negeri bagi Maksud Pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang sebanyak RM3.279 juta atau 18.02% bagi tahun 2024 iaitu kenaikan daripada RM18.20 juta pada tahun 2023 kepada RM21.48 juta bagi tahun 2024. Hal ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah alpa atau leka dan sentiasa komited dalam memartabatkan Agenda Pembangunan Agama Islam selari dengan Gagasan Visi Penang2030 dalam mencorak hala tuju negeri Pulau Pinang ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara menjelang 2030.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menggulung ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun yang menyentuh beberapa inisiatif di bawah MMK Pembangunan Agama Islam. Tuan Yang Terutama Tun menyentuh tentang kepekaan Kerajaan Negeri terhadap kepentingan masjid sebagai medium yang menjadi pusat penyatuan, pendidikan dan kemasyarakatan sekaligus menunjukkan bahawa masjid merupakan wadah penyatuan dan perpaduan ummah. Pada tahun ini, kita bakal menyaksikan dua buah masjid yang bakal siap dibina bagi manfaat anak-anak kariah khususnya iaitu Masjid Papan, Kampung Pertama di Seberang Perai Tengah dan Masjid Jamek Nurul Hidayah Sungai Lokan di Seberang Perai Utara. Komitmen Kerajaan Negeri tidak terhenti di situ sahaja tetapi diteruskan dengan memperuntukan bajet pada tahun ini bagi pembinaan Masjid Taman Sungai Dua Utama, Butterworth, Masjid Lama Sungai Kechil, Nibong Tebal, Masjid Bandar Putra Bertam, Kepala Batas serta Masjid Bandar Cassia, Batu Kawan yang akan siap terbina, Insya-Allah pada tahun 2025. Komitmen yang jitu dalam membangunkan masjid-masjid baharu tidak menjejaskan peranan Kerajaan Negeri dalam memelihara masjid-masjid dan surau-surau yang sedia ada. Bagi suku tahun pertama 2024, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan bagi enam buah masjid dan surau dengan anggaran kos sebanyak RM715,000.00. Masjid dan surau yang terlibat ialah Masjid Bukit Bendera, Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Taman Guar Perahu, Seberang Perai Tengah, Surau As-Salam, Residensi Pauh Permai, Seberang Perai Tengah, Masjid Lama Jamek Lorong Burma, Daerah Timur Laut,
Masjid Alor Merah, Sungai Dua, Seberang Perai Utara dan Masjid Bagan Dalam, Seberang Perai Utara. Di samping itu juga, dua buah Sekolah Agama Rakyat iaitu Madrasah Al-Ittihadiyah Al-Wataniyah, Cherok Tok Kun, Seberang Perai Tengah dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Daerah Seberang Perai Utara, Telok Ayer Tawar yang telah dimulakan pembinaannya pada tahun 2023 diteruskan pada tahun ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4.0 juta dan akan siap dibina InsyaAllah pada tahun 2025. Tiga (3) buah lagi Sekolah Agama Rakyat akan dimulakan pembinaan pada tahun ini iaitu Sekolah Agama Rakyat Madrasah An-Najah, Kampung Selamat Seberang Perai Utara, Sekolah Agama Rakyat Nurul Falah Taman Berjaya, Nibong Tebal Seberang Perai Selatan dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Bandar Baru Ayer Itam, Daerah Timur Laut dengan jumlah peruntukan yang diluluskan bagi tahun ini berjumlah RM2.4 juta. Kerajaan Negeri juga dalam tindakan untuk menaik taraf Madrasah Nurul Islam Padang Ibu, Seberang Perai Tengah dengan anggaran kos sebanyak RM125,000.00. Diharap, dengan terbinanya sekolah-sekolah agama yang baru ini dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk manfaat anak-anak kita sekaligus dapat memartabatkan nilai pendidikan Agama Islam di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk meneruskan penggulungan ini dalam konteks zakat, ini panas sikitlah lepas makan durian, tak panas, panas makan durian. Tapi dalam part ini saya lebih penerangan dulu dari sudut penggulungan ucapan dan juga titah daripada Tuan Yang Terutama Tun. Seterusnya dalam konteks zakat, izinkan saya untuk menyentuh inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Zakat Pulau Pinang pada tahun 2024. Penggal yang lepas isu tauliah, penggal yang ini hal yang berkaitan dengan zakat. Jadi prestasi kutipan Zakat Pulau Pinang Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2023 untuk makluman Dewan telah mencatatkan sebanyak RM159.7 juta manakala prestasi agihan adalah sebanyak RM173,390,486.93. Yakni kutip RM159.7 juta, agih RM173,390,486.93, melebihi daripada kutipan. Pada tahun 2024 ini, Zakat Pulau Pinang terus komited untuk menggandakan prestasi kutipan dan menambahbaik usaha agihan zakat kepada para penerima. Antara inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh Zakat Pulau Pinang pada suku tahun 2024 yang tidak pernah dilakukan sebelum ini adalah kita umumkan pemberian saguhati khas Aidilfitri kepada para pesakit Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ). PHZ merupakan projek agihan Zakat Pulau Pinang yang menawarkan perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada asnaf yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir. Sehingga kini, PHZ mempunyai lapan cawangan di seluruh negeri Pulau Pinang yang memberikan rawatan percuma kepada 197 orang pesakit tanpa penajaan dari mana-mana agensi atau syarikat-syarikat takaful. Pesakit yang menerima rawatan di semua cawangan PHZ merupakan asnaf kategori fakir, miskin dan juga ghorimin. Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang Bil. 1/2024 telah meluluskan pemberian Saguhati Khas Aidilfitri kepada pesakit-pesakit PHZ, Zakat Pulau Pinang sebanyak RM500.00 seorang. Saguhati khas ini melibatkan seramai 197 orang pesakit di seluruh cawangan PHZ. Selain itu juga, Zakat Pulau Pinang turut memberi sumbangan melalui program ‘Back to School’. Ia adalah sebahagian usaha Kerajaan Negeri melalui Zakat Pulau Pinang untuk meringankan beban keluarga asnaf, bagi persiapan menghadapi sesi persekolahan. Melalui program Skim Agihan Zakat Pakaian Seragam “Back to School” setiap pelajar menerima baucer e-tunai bernilai RM150 untuk
pembelian pakaian dan peralatan persekolahan dan ia diperuntukkan sebanyak RM3.0 juta untuk program ini. Seramai 19,799 pelajar menerima sumbangan zakat. 12,928 pelajar memohon melalui 160 buah sekolah, sementara baki 6,871 pelajar diterima melalui 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN), Pegawai Penyelaras KADUN, Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang dan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Dari sudut sekolah yang saya sebutkan tadi, jumlah sebenarnya jauh lebih besar jika diambil kira mereka memohon melalui sekolah iaitu 160 buah sekolah yang meliputi Daerah Timur Laut sebanyak 31 sekolah. Barat Daya 22 buah sekolah. Seberang Perai Utara 46 buah sekolah. Seberang Perai Selatan 21. Seberang Perai Tengah 34 dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 6.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Tuan Yang Terutama Tun juga menyentuh berkenaan betapa seriusnya isu ketandusan cabaran modal insan di negeri ini. Tuan Yang Terutama Tun melihat isu ini dapat ditangani melalui peningkatan kualiti pendidikan menerusi subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, Kecerdasan Buatan (AI – Artificial Inteligence) dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah portfolio MMK Pendidikan dan Pengajian Tinggi dan juga Pembangunan Bakat Modal Insan menerusi di bawah YB Datok Keramat. Merujuk kepada ucapan Tuan Yang Terutama Tun berkaitan cabaran modal insan dalam bidang STEM dan TVET, pada 9 Februari yang lalu, saya telah melancarkan Program Tahfiz-TVET yang menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri perintis di dalam pendidikan Tahfiz-TVET di Malaysia. Program ini telah diluluskan peruntukannya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dengan peruntukan sebanyak RM 10 juta kepada Pulau Pinang. Program ini adalah kerjasama Kerajaan Negeri dengan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang atau unit ICU Pulau Pinang dalam merealisasikan fungsi dalam membantu mengurangkan jurang ketidaksamarataan sosioekonomi bumiputera, hartanah, termasuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam pekerjaan berkemahiran di industri-industri tertentu di Pulau Pinang. Seramai 36 orang pelajar telah menerima Sijil Tamat Program Rintis Tahfiz TVET hasil daripada Program Tahfiz-TVET yang telah dilaksanakan bersama Institut Latihan Perindustrian dan Giat MARA Pulau Pinang. 22 orang pelajar merupakan pelajar Tahfiz Al-Aminiah Bertam (Tahfiz Vokasional), Kepala Batas di bawah Kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa, manakala 14 orang pelajar lagi dari Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran As-Syamil, Bukit Mertajam di bawah Kursus Pembuatan Pastri dan Pengkhususan Confectionery & Bakery. Bagi tahun ini, seramai 45 orang pelajar dari Tahfiz Darul Furqan Balik Pulau telah mendaftar di dalam bidang TVET Pembinaan iaitu Brick Laying, Carpentary dan Drywall Partition Installation dengan agensi pelaksananya Akademi Binaan Malaysia. Secara keseluruhannya, program ini menyasarkan 1,000 orang pelajar tahfiz dalam pelbagai kursus bidang TVET bertujuan untuk membawa transformasi kepada pendidikan berkemahiran, gabungan unsur tahfiz dan kemahiran vokasional untuk membentuk individu yang beriman dan berkebolehan selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0. Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 seiring dengan visi Penang2030 Kerajaan Negeri prihatin dalam memperkasakan penggunaan kecerdasaan buatan atau Artificial Intelligence (AI) diperingkat sekolah, usaha-usaha Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dalam menjayakan dasar pendidikan digital adalah seperti Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan SSTP telah mengadakan bengkel pemantapan jurulatih utama
negeri dan daerah bagi penggunaan AI tools dalam Portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMA) Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil bengkel ini, semua jurulatih negeri dan daerah akan buat penataran penggunaan AI Tools Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMA) Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah melibatkan guru dan murid SSTP juga berkerjasama dengan Penang Science Cluster bagi satu program yang dinamakan experience AI, program ini akan melibatkan hampir 254 guru sekolah menengah di Pulau Pinang. Majlis MOU dan Pelancaran AI For School (AI4S) di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Maung antara Tech Dome Penang dengan Organisasi Kapten 88 dalam memperkasakan bidang AI di peringkat sekolah dalam pelantar pembelajaran Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMA), Kementerian Pendidikan Malaysia terdapat banyak aplikasi AI yang membolehkan para guru dan pelajar mempelajari aplikasi seperti Microsoft Learn, Gemini AI,Perplexity AI dan lain-lain. Mengadakan program Generative AI dengan objektif membantu menjadikan proses pembelajaran pelajar lebih interaktif pengenalan kepada aplikasi AI dan kelebihan AI kepada para pelajar memahami asas Machine Learning dan melatih pelajar menggunakan AI sebagai alat bantu pembelajaran bagi menjadikan proses pembelajaran lebih efisien. Selain itu pada peringkat pengajian tinggi umpamanya KITAB iaitu Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang yang merupakan IPT Islam di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turut menyahut komitmen untuk merealisasikan Penang Visi Penang2030 melalui penawaran program Pensijilan Profesional Artificial Intelligence dengan kerjasama Seeloz Incorporated. Program peringkat pertama persijilan telah mula dilaksanakan pada bulan April 2024.
Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab beberapa soalan Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Tambun memohon untuk mengemukakan semula senarai nama pengerusi dan setiausaha jawatankuasa surau-surau DUN Bukit Tambun dan Yang Berhormat Bukit Tambun sudah menerima senarainya dan tiga (3) surau berserta nama pengerusi dan setiausaha jawatankuasa telah dijawab merupakan surau-surau bagi kawasan Batu Kawan sebagaimana yang diminta oleh Yang Berhormat dalam soalan bertulis yang saya terima dua (2) lagi surau yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun semasa sesi perbahasan iaitu Surau Al-Falah dan Surau Al-Mustaqim merupakan surau di bawah Masjid Cassia surau di bawah masjid. Namun saya sudah meminta pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk menyediakan senarai nama pengerusi dan setiausaha jawatankuasa surau di bawah DUN Bukit Tambun kepada Yang Berhormat Bukit Tambun secara bertulis. Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Yang Berhormat KOMTAR ada membangkitkan berkenaan premis komersial wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang terdapat di kawasan Lebuh Acheh George Town dibiarkan kosong ataupun tutup tanpa ada sebarang aktiviti jualan. Cadangan supaya pihak MAINPP menyemak semula status lot-lot premis tersebut dalam memberi peluang kepada bumiputera yang lain untuk disewa bagi tujuan perniagaan. Untuk maklumat Yang Berhormat soalan ini saya telah jawab dalam soalan bertulis ID 233 sebagai rujukan terperinci Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menjawab kepada hal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua. Ini tak panaslah cuma nak terangkan kembali apa yang dibangkitkan dari awal ya…(gangguan).
Yang Berhormat terima kasih dan memang soalan bertulis itu sudah dapat jawapan tetapi Dato’ Batu Maung memang dekat tapak memang ada sebaris punya gerai masih kosong. Semalam saya minta saya punya PA turun padang semua pintu masih ditutup. So kita haraplah kerana sana adalah tempat yang memang bagus untuk peniaga-peniaga bumiputera boleh berniaga di tengah-tengah pusat bandar dan tapak warisan dunia.
Ya dan memang kita saya sendiri pun sudah turun ke kawasan itu setelah saya diamanahkan untuk Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan melibatkan kadar sewa juga kalau Yang Berhormat semak kadar yang melebihi 20 tahun dahulu di kawasan yang prime area di situ dan kita dalam proses untuk melihat semula di kawasan itu termasuk premis-premis yang kosong yang perlu dibersihkan semula agak kotor juga di kawasan itu dan kita memang ambil tahu dan mengambil kira dalam soal yang melibatkan kawasan itu untuk tujuan disewakan kepada bumiputera Islam seterusnya InshaAllah. Sungai Dua membangkitkan isu Pejabat Timbalan Ketua Menteri tidak memberi respon kepada surat permohonan bagi kunjungan hormat blok pembangkang kepada Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Sebelum ini saya memberi respon kepada semua yang menelefon saya, yang mesej saya yang sampai ke KOMTAR telefon saya tidak ada di KOMTAR pun saya angkat telefon dan terus saya pergi dan datang ke mana-mana pejabat termasuk Yang Berhormat Permatang Pasir pernah datang ke KOMTAR menelefon saya terus saya kata datang ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang terus pada ketika itu bermesyuarat berkenaan dengan isu yang saya akan sebut lagi lanjutan daripada dalam perbahasan Yang Berhormat Sungai Dua tak ada isu sebenarnya.
Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, surat permohonan telah diterima oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang melalui emel 17 Februari 2024 pada pukul 7.12 malam dan emel Pejabat Timbalan Ketua Menteri memang saya link ke handphone saya. Namun Yang Berhormat telah membuat kenyataan tidak berasas dan tidak beradab. Dalam sesi sidang media 17 Februari hantar emel 28 Februari membuat kenyataan media yang tidak berasas dan bukan setakat tidak berasas tidak beradab Yang Berhormat Sungai Dua nama saya Mohamad bin Abdul Hamid bukan Mohamad bin Ibrahim jadi maknanya nanti bagi saya terang dahulu jadi...(gangguan).
Terus jawab terus respon.
Takpa nanti tengok.
Selepas 17 haribulan dua malam terima emel itu dan dalam keadaan yang tertentu memang kita sibuk penuh dengan appointment baru nak bagi kepada saya punya Setiausaha Sulit dari segi tarikhnya tengok-tengok ada sidang media. Jadi wartawan masuk dan mesej kepada saya untuk saya jawab ataupun untuk mengambil tindakan. Saya kata saya tak tengok lagi masa tu saya ingat mesyuarat EXCO barang kali atau mesyuarat LANDCOM. Selepas pada itu, saya tengok masya-Allah dakwaan yang saya tengok tak berasas sekali dan menyentuh berkenaan dengan integriti saya juga soal tidak amanah buat zakat macam mak bapak sendiri. Mungkin dalam keadaan marah membuat kenyataan dan sidang media sebab itu lah saya cadangkan kalau dalam keadaan sidang media ini kita kadang-kadang dalam keadaan marah eloklah kita baca kenyataan media itu barulah ulas kalau tak dia keluar benda-benda yang tak sepatutnya. Jadi untuk meredakan keadaan suhu itu saya mengambil masa dalam satu ataupun dua hari untuk menjawab kenyataan itu dalam bentuk kenyataan media berdasarkan kepada fakta di dalamnya dan saya menunggu sehingga 3 haribulan kalau tak silap saya hari Ahad itu yang kita buat pelancaran sebab Program Back To School tak buat pelancaran lagi pun. Jadi 3 haribulan saya memilih di destinasi Sunshine di situ saya buat sidang media. Jadi untuk meredakan suhu yang agak panas pada ketika itu saya mencari tarikh-tarikh yang sesuai lepas tu tak panas lagi so saya tengok tak sampai makan durian supaya dapat sejuk sikit dapat meredakan keadaan dan Insya-Allah selepas pada ini ia agak reda dan barulah kita nampak apa keadaan sebenarnya kita boleh berbincang dan saya akan respon dengan kadar segera selepas pada ini baik. Yang Berhormat Sungai Dua.
Dia ialah untuk silap sebut nama itu saya mohon maaflah sebab nama ini mak bapak bagi dengan baik. Jadi apa nama saya didatangi oleh pelbagai pihak bertalu-talu. Apa nama ini bertanya dan juga ada memaklumkan perkara-perkara yang berkaitan dengan tuan tubuhlah ataupun berkaitan dengan Batu Maung. Jadi begitu juga dengan ada ADUN-ADUN pembangkang yang datang memaklumkan dan bertanya tentang adakah libat urus berkaitan dengan Zakat Pulau Pinang yang dipanggil ADUN-ADUN dan juga penyelaras KADUN yang dimuatnaik dalam Facebook apa ini sendiri. Jadi kita dapati tak dak sorang pun yang diundang sama ada YB sendiri mau pun wakil daripada pusat khidmat. Jadi sesi yang lalu di mana ADUN pembangkang iaitu YB Penaga dahulunya di orang kata diberikan atau dipanggil sat la tak habis lagi sat panjang pun tak sampai maksud tak guna juga. Jadi biar kalam tu biar jadi kalam bukan jadi maknanya satu yang tak dak noktah. Jadi apabila kenyataan YB Ustaz Yusni dia mengatakan dahulu dapat apa nama ini pemberian hamper Back To School dan juga apa ini sumbangan untuk Ramadan ini. Jadi saya rasa ini satu perkara yang tak adillah dan juga kenyataan-kenyataan mulut yang dibuat oleh Batu Maung sendiri …(gangguan). .
Tak ada.
Ada menyingung perasaan-perasaan orang-orang yang lain sebab itu kalau YB kata-kata kena ingat....(bacaan ayat Al-Quran).
Saya teruskan baik dalam sesi sidang media berkenaan Yang Berhormat telah membuat serangan berbentuk peribadi, marah tak apa jangan buat serangan peribadi dan tidak berasas. Sedarkah Yang Berhormat bahawa peribahasa melayu ada menyatakan, ‘‘kayu yang bengkok masakan lurus bayangnya, malahan hamka ada menukilkan bahawa kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu namun bukan pada wajah dan pakaiannya‘‘, saya ucap terima kasih kepada sahabat saya Bertam yang turut dia bukan bahas dia gulung berkenaan dengan zakat dan menjawab beberapa perkara. Berkenaan dengan dimuatnaik dalam Facebook itu berikutan dalam keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diputuskan bahawa agihan-agihan ini pada masa itu keputusan dibuat adalah melalui ADUN-ADUN Kerajaan dan juga PPK di bawah kawasan-kawasan ADUN Pembangkang dan juga Ahli Majlis Agama Islam dan Ahli Lembaga Pengarah. Tidak ada kenyataan-kenyataan daripada saya sendiri dalam mana-mana ucapan saya yang menyinggung mana-mana secara individu Yang Berhormat sama ada ADUN Pembangkang atau ADUN Kerajaan cuma dipetik pada ketika sidang media itu dengan merujuk website. Website yang beri taklimat dengan tidak menjemput. Bila tidak menjemput itu maknanya pengurusan menyebut berdasarkan keputusan Lembaga Pengarah nanti saya terangkan kenapa keputusan Lembaga Pengarah dibuat bahawa di kawasan DUN pembangkang ini agihannya kali ini diberikan kepada PPK. Saya teruskan lagi sebelum saya pergi kalau tidak dia lanjut ini CM pukul 5 gulung. Jadi jika ingin bertandang maka bertandanglah dengan beradab, jika berkata maka berkatalah dengan tatasusila. Diharapkan Yang Berhormat Sungai Dua lebih teliti dan sensitif terhadap informasi dan fakta yang diucapkan pada masa akan datang.
Menyentuh berkenaan soalan Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan Skim Agihan Nur Ramadan terdapat kemaskini data yang terbaharu yang saya terima dan diedarkan juga selepas daripada itu kerana saya tengok kosong ja Yang Berhormat Sungai Dua saya pun terkejut juga sebab selain daripada Yang Berhormat Bertam sebut saya ini orang kampung dia saya ni orang Sungai Dua juga saya dok p selalu Permatang Sungai Dua. Jadi dari segi agihan itu tak ada lagi ditimbulkan di kawasan Permatang Sungai Dua. Jadi saya terkejut juga tengok bila kosong itu cepat-cepat saya minta pengurusan zakat untuk buat semakan semula. Betul ka? Jadi diagihkan kerana pada masa itu saya terus terang memang betul PPK baru dilantik dalam proses untuk membuka kedai pejabat dan sebagainya dan yang lain-lain okay makna Sungai Dua tidak ada laporan dari sudut PPK Sungai Dua sebagaimana Yang Berhormat Sungai Dua sebut. Maka saya minta supaya di Sungai Dua itu agihan itu dibuat melalui peruntukan daripada Lembaga Pengarah dan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Maka penerima skim Agihan Nur Ramadan bagi kawasan Sungai Dua adalah seramai 164 orang penerima Yang Berhormat Sungai Dua. Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua,
berkenaan dengan nak jumpa itu Insha-Allah tadi saya jawab dah saya akan respon segera. Nampak dah molek dah makan durian pun tak panas dah, jadi suhu pun dah reda. So, selepas pada ini kita akan berbincang, bermunakasyah sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Dua. Hal yang berkait rapat dengan website itu, pengurusan mengambil tindakan berdasarkan pada keputusan Lembaga Pengarah. Maka dijemput semua PPK-PPK berkaitan kerana apa dulu dulu lain sekarang lain lah Telok Ayer Tawar. Kalau kita nak bincang berkenaan dengan dahulu ni, panjang masa ambil di sini. Kalau nak bincang sebelum 2008 lagi pun, maknanya tak semua orang terlibat dalam agihan. Cuma, bermula 2008 itu peruntukan Kerajaan Pakatan Rakyat berkawan dalam parti-parti Pakatan Rakyat berlarutan sehingga tahun 2018, sehingga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada masa itu daripada orang Yang Berhormat juga sampai habis 2018, diteruskan sehingga tahun 2022. Ini saya akan teruskan baca berdasarkan pada enakmen. Ini tafsiran sahaja, tapi bolehla untuk dibincangkan bagaimana agihan dan juga mekanisma yang terbaik untuk kita…(gangguan).
Batu Maung, boleh saya ni dak? Tadi, ada menyebut 164 orang. Adakah 164 orang juga termasuk di dalam sepertimana jawapan bertulis untuk Asnaf Fakir agihan Nur Ramadan 60, 654,800. Asnaf Miskin agihan Nur Ramadan 900, 9 apa nama ni 900,400…(gangguan).
Ya, termasuk. Termasuk.
Kemudian Skim Agihan e-Hamper Ramadan 112, 125.79. Jadi, saya lihat di sini di disebut 4,185 orang. Jadi, kalau dicampurkan.
Dah, dah dah update dah.
Dah update dah?
Nanti yang terkini kita akan…(gangguan).
Jadi, perkepala berapa?
Kepala? (tidak jelas)
Perkepala. Jadi sini. Adakah?
124 lah.
Yang ni kosong. Kalau kita kosong disini, ni dia kosong disini.
Dia buat cerita dah.
Dengan jumlah, dak bukan nak buat cerita. Dak, ni cerita.
Dak kita update. Dan kita akan edar kembali sebagaimana yang saya sebut tadi.
Sat ni. Saya minta jawapan.
Jawapan pun kosong. Jadi kita buat edaran semula. Makna Pulau Tikus memang maintain kosong. Hanya Sungai Dua sahaja yang dikemaskini sebanyak 164, menjadikan jumlah 4,349. Baik, saya teruskan Yang di-Pertua…(gangguan).
YB Speaker, ingin mencelah. Sebab soalan yang berkenaan dengan angka ni, saya mohonlah supaya lain kali diperbaiki…(gangguan).
Ya. Ya. Jawapannya mudah sahaja…(gangguan).
Sebab mula-mula. Mula-mula, saya dapat kosong…(gangguan).
Ya…(gangguan).
Lepas tu, saya dapat 75 pula.
5. Dikemaskini.…(gangguan).
Lepas tu…(gangguan).
Saya minta rujuk, sebab…(gangguan).
Sekarang 100 lebihkan. jadi kita minta supaya…(gangguan).
Bila, bila, itulah guna dalam dalam Dewan ni bila dalam ucapan perbahasan bila disentuh, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua. Saya pun tertengok masa itu. Ya biasa buat bila banyak daripada segi data, walaupun saya orang finance. Tapi dari segi data banyak sangat, saya terus masa hari tu ada CEO tu, dia buat rujukan semula. Jadi, saya minta maaf atas data itu. 164 itu daripada kuota Ahli Majlis Agama Islam, kerana setelah saya melihat PPK belum berfungsi pada ketika itu di Sungai Dua. Jadi, saya khuatir takut tak sampai. Tapi, setelah itu saya boleh pergi ke Permatang Sungai Dua, tak timbul soal tak dapat.
Awal-awal lagi YB tak contact saya…(gangguan).
Lepas ni kot.…(gangguan).
Lepas ni contact saya.
Masa tu tengah panas.
Tengah panas pun, kalau mai jumpa sejuk.
Saya sebut nama pun tak betul masa tu. Nanti kita perbetul. Baik. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah dan bertindak untuk membawa rakyat kepada kesesatan dan kemunduran. Kadang-kadang hujahkan, kita bawa bawa hujah Al-Quran dengan firaunnya semua. Kekadang terkecil hati kita, seolah-oleh kita nak bawa rakyat ni kepada kesesatan dan kemunduran. Malah, kerajaan sentiasa komited untuk menaiktaraf dan mengangkat karamah insaniah. Kita usaha dari sudut menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri berusaha secara berterusan untuk meningkatkan martabat kemanusiaan dalam pelbagai aspek. Hal ini termasuklah dalam bidang pendidikan, meningkatkan kualiti pendidikan untuk memastikan semua rakyat mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Kesihatan, saya tak ulas la. Ekonomi, Sosial dan juga Perumahan. Jadi komitmen ini, menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sedar akan pentingnya nilai kemanusiaan dan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap individu mendapat peluang dan hak yang sama untuk hidup dengan bermaruah dan sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, semasa sesi perbahasan, Yang Berhormat Sungai Dua, Penaga dan Penanti, sebaris elok. Tapi disebut Penaga, Penanti dulu. Penanti dan Penaga ada membangkitkan isu untuk mengusulkan satu Jawatankuasa Khas yang dibentuk dibawah Jawatankuasa PAC. Penaga ada. Okay, terima kasih Penaga. Mungkin Penaga kat luar kot. Masa sembang-sembang kat luar, terlupa kata perbahasan pula. Ya. Mungkin masa sembang diluar tu ingat masa perbahasan terlupa. Jadi, Penaga sebut diluar. Jadi, untuk makluman sidang Dewan, pentadbiran Agama Islam negeri Pulau Pinang ini ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Jadi, jangan respon lagi. Sejak tahun 59, Majlis Agama Islam ditubuhkan dengan Mufti yang pertama adalah Sheikh Abdullah Fahim. Sehinggalah pada tahun 2023, saya check tidak ada pernah satu usul untuk diletakkan Majlis Agama Islam di bawah PAC, itu yang pertama.
Jadi, merujuk kepada Enakmen. Tak kanlah kerana tak bagi agihan tu terus nak letak bawah PAC? Saya terfikir, mungkin tidak. Mungkin untuk penambahbaikan,ya. Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang ke 4 Bahagian II tahun 2004, ini berkaitan dengan Enakmen. Apa-apapun nak kena rujuk kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Segala pelaporan yang dilaporkan di dalam minit mesyuarat Majlis Agama Islam, hendaklah dicatatkan dalam buku minit majlis dan hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Majlis. Dengan seberapa segera, seberapa segera maknanya kalau dulu dua minggu, sekarang ni Setiausaha MAINPP tak balik selepas daripada mesyuarat. Baliklah malam, pukul 12 dia baliklah. Habis mesyuarat MAINPP, kena buat draf nak minit. Esok nak buat semakan draf yang pertama. Hari yang kedua, hantar kepada saya, Tuan Yang di-Pertua Majlis Agama. Kerana ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi tiga hari untuk hantar minit mesyuarat untuk disahkan oleh Baginda bagi pelaksanaan daripada mesyuarat tersebut oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Jadi, sebut dalam ketetapan ini tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Majlis. Boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan atau jika tindakan itu perlu diambil sebelum minit itu disahkan, Yang di-Pertuan Agong telah menandakan perkenannya secara bertulis. Saya teruskan.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam juga menyebut ini yang disebut bahawa menyediakan dan menyembahkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan kepada Yang di-Pertuan Agong, tidak lewat dari 31 haribulan Oktober setiap tahun. Seterusnya Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh meluluskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tersebut atau dipinda. Setiap tahun juga Penyata Kewangan diaudit, dihantar kepada Jabatan Audit Negara. Dan Jabatan Audit Negara pula akan mempersembahkan laporannya berkaitan dengan laporan Majlis Agama Islam dan semua agensi-agensi di bawahnya kepada Yang di Pertuan Agong.
Ni, Batu Maung. Jika Jabatan Audit Negara boleh mengaudit, tak kan PAC tak boleh audit? Itu persoalan dia. Dan isu yang timbul pada masa apa nama yang lalu, bangkit isu-isu yang panas apabila PAC anggota PAC daripada kalangan yang bukan Islam masuk dan mencetuskan satu masalah ataupun menimbulkan satu gangguan sehinggakan mesyuarat PAC…(gangguan).
Nak ulas tu…(gangguan).
Nanti dulu. Saya bercakap sat. Satgi.
Ni platform saya. Terlalu lama sangat, nanti lambat.
Ingat, jadi saya bagitau tujuan kenapa.
Dato’ Speaker.
Kenapa. Mula, hantar usul. Usul tolak. Bagi cadangan.
Baik.
Itu adalah cadangan.
Selain itu, negeri yang pentadbiran Agama Islam dibawah naungan Yang di-Pertuan Agong seperti Melaka makna kita ada Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dibawah Yang di-Pertuan Agong juga berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka 2002 Seksyen 70, berkaitan pendapatan dan perbelanjaan Majlis perlu disediakan dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pengesahan dan kelulusan. Sementara itu, berdasarkan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004, Seksyen 46 dan berkaitan anggaran pendapatan dan perbelanjaan majlis hendaklah disediakan dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri. Ini berkaitan dengan Enakmen, kita bekerja berdasarkan kepada Enakmen yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri. Jadi, kita bekerja base on apa yang diluluskan Dewan Undangan Negeri. Itu Enakmenlah. Jadi Majlis Agama Islam mengikut Peraturan Undang-Undang, Akta, Enakmen yang diluluskan di DUN, diperkenankan oleh Tuanku. Kita follow yang tu. Dan kita juga rujuk kepada Seksyen 109, Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 109 dan saya rujuk juga pada Penasihat Undang-Undang berkaitan dengan PAC, “Tidak wujud Jawatankuasa Khas di bawah Jawatankuasa PAC dimana-mana Dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri pentadbiran Agama Islam”. …(gangguan).
Ni Batu Maung, adakah…(gangguan).
Dibawah naungan Yang di-Pertuan Agong.
Adakah Majlis Agama Islam dan lain-lain badan Islam tidak boleh dipanggil oleh PAC. Saya nak tanya yang tu. Pertama.
Dak. Dia di bawah apa Yang di-Pertuan Agong.
Boleh dak PAC panggil? Soal sini, boleh tak boleh.
Tak.
Sebab PAC ini diwujudkan oleh Dewan.
Dak, kalau.
Dak, tanya boleh tak boleh dulu…(gangguan).
Tak boleh…(gangguan).
Tak boleh?
Ha.
Mengelirukan Dewan ni.
Mengelirukan Dewan.
Mengelirukan Dewanlah.
Dak. Kalau di sini maknanya…(gangguan).
Maknanya semua kita boleh panggil yang melibatkan kos, yang melibatkan ini. Ini mengelirukan Dewan…(gangguan).
Tak mengelirukan. Saya teruskan ini…(gangguan).
Mengelirukan Dewan. Dia putar belit banyak.
Nanti.
Apa putar belit. Saya…(gangguan).
Enakmen. Orang lain pun ada terlibat dengan Enakmen juga. Kerajaan Negeri pun ada Enakmen dia juga. Yang boleh…(gangguan).
Itu…(gangguan).
Boleh dicheck oleh ni. Yang melibatkan perbelanjaan.
Negeri. Di bawah Majlis Agama Islam. Di bawah Yang di-Pertuan Agong yang dirujuk kepada PAC yang berkaitan dengan Majlis Agama. Jadi, tidak wujud Jawatankuasa Khas pun di bawah Jawatankuasa PAC.
Batu Maung.
Di mana…(gangguan).
Sat, saya nak mencelah sikit. Tiada pernah ada Jawatankuasa Khas yang ditubuh di bawah PAC. Itu benar. Akan tetapi, bersabit dengan kewangan, khasnya kewangan mana-mana agensi di bawah Penang ini, boleh. PAC kalau rasa ada keraguan ataupun yang bersabit dengan kewangan, boleh menjemput untuk memberi keterangan. Tapi, bukannya tubuh satu Jawatankuasa Khas untuk mengambil semua.
Itu yang saya maksudkan…(gangguan).
Ini dia ada, dia ada tujuh.
Kuasa.
Dia ada pasal dia yang minta tu. Minta usul tak lulus. Kemudian cadangan. Cadangan pun boleh ditolak.
Ha la boleh. (tidak jelas)
Kan. Boleh ditolak. Tapi, ceritanya ada ada sebab dia. Ada sebab dia. Sebab apa, sebab nak jaga.
Jawatankuasa Khas.
Sebab dia isu ni. Isu yang boleh menimbulkan masalah di kalangan, orang yang tak faham tentang agama Islam, kan. Dia boleh menimbulkan, boleh mencetuskan perkara-perkara yang tidak baik. Jadi sebab tu, itu pun kita minta atas persetujuan ahli anggota tetap PAC. Kalau anggota PAC kata merasakan perlu, okay. Tapi, kalau katakan tak perlu Jawatankuasa Khas ni, tak pa lah. Itu kita hanya meminta, kita mengusul, kita nampak ada keperluan, dan kita nampak maknanya bila usul tak ini. Kita bawalah cadangan. Itu ja.
Itu yang saya…(gangguan).
No. No. Sebelum. Saya nak jelas sekali lagi, usul ditolak dengan alasan yang tadi saya sebutkan. Tak pernah dan tak perlu juga mewujudkan satu Jawatankuasa Khas, untuk urusan-urusan yang bersabit dengan hal ehwal Islam ni. Tak perlu langsung, kerana kita tak boleh perlekehkan ke semua agensi dan badan yang telah pun ditubuhkan. Malahan ada MAINPP yang di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong. Itu kita mesti jelas. Tak, tak akan mungkin saya akan lulus satu usul untuk PAC untuk tubuhkan satu lagi Jawatankuasa Khas. Namun, untuk bab yang kewangan, sila. Yang itu, tanggungjawab PAC.
Ya. Terima kasih Yang di-Pertua.
Saya menerima apa nama ni satu cadangan daripada Tuan Speaker dalam menolak usul saya, supaya mencadangkan.
Yes.
Betul dak? Aah, betul. Jadi, sebab tu saya cadangkan di dalam Dewan yang mulia ni.
Ya.
Itu sebab.
Itu maksudnya yang saya belum ulas lagi, dah terus tanya berkenaan dengan Jawatankuasa Khas itu. Baik. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita teruskan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pasir berkenaan isu…(gangguan).
Mohon laluan sikit.
Masuk.
Batu Maung, mohon laluan sikit.
Ya..
Batu Maung, sikit ja. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Batu Maung, atas penjelasan panjang lebar berkaitan isu-isu yang dibangkitkan tadi dan juga berkaitan dengan zakat. Saya respon sikit ja masalah zakat ni sebab dia menjadi satu isu panas di semua kawasan-kawasan yang sememangnya dianggotai oleh
pembangkanglah. Kalaulah pembangkang ni diperingkat pentadbiran Kerajaan Negeri pun, seolah-olah tidak mengikhtirafkan, peruntukan pun tidak diberi. Cuma, saya nak minta oleh kerana Batu Maung juga adalah Yang di-Pertua, Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri supaya pertimbangkan kalau tahun ni sudah berlaku, di masa akan datang paling tidak dalam pengagihan zakat dan apa-apa yang melibatkan kepentingan bersama umat Islam, supaya dilibatkan juga ADUN-ADUN Pembangkang.
Baik, saya akan rumuskan dalam pengumulan penggulungan saya sebentar lagi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pasir berkenaan isu jalan masuk Taman Wakaf Seetee Aisah dan Greenview. Dua kali dah masuk Dewan ini. Ini, ni settle sebelah pun tak pa. Tapi, bila tanya Yang Berhormat Permatang Pasir kenapa bangkit lagi? Dia kata nanti orang Permatang Pasir nak tengok dia tanya ka dak soalan ni kali kedua. Ini sebenarnya, selepas pada itu sebelum itu pun kita dah usahakan benda ni. Dia tak boleh settle dalam satu hari, dua hari. Dia ambil masa sedikit. Tapi, biasalah keresahan penduduk-penduduk di Taman Wakaf Seetee Aisah itu berkaitan dengan isu tanah wakaf di situ.
Jadi, isu jalan masuk disitu yang ada surat kelulusan daripada Yang di-Pertua Majlis Agama Islam pada tahun 2014 yang saya dah jawab dah dulu dengan memberikan jalan itu kepada MARRIS. Bila beri kepada MARRIS, jalan tu tak dipindahmilik. Tanah itu tanah wakaf, tapi implikasinya di bawah JKR, di bawah MARRIS dan maknanya ini implikasinya adalah public consumption. Jadi, dari segi nak maintain tanah jalan itu adalah MARRIS lah. Tidak Majlis Agama teruklah, tiap-tiap tahun nak kena maintenance. Itu part tu dah selesai. Jadi, timbul lagi sekarang ni Greenview tu sendiri dari segi kondominium. Tak ada kaitan dengan Majlis Agama. Tapi, oleh kerana MARRIS dari segi kelulusan tanah tu dia orang buat kondominium. Depa nak keluar kot mana, depan tak dak, kiri tak dak. Jalan itulah yang yang diluluskan oleh MARRIS. Jadi terdapat aduan oleh yang demikian berapa isu, perbincangan telah dibuat bagi menyelesaikan isu ini. Saya pun ingat ADUN Permatang Pasir pun terlibat, saya panggil buka pelan kat mana kita nak tengok jalan masuk, jalan kiri, jalan kanan. Sama-sama kita tengok.
Jadi, berdasarkan pada perbincangan dengan pihak UDA dan Majlis Agama Islam pada 5 April 2024 ni terkinilah, selepas perjumpaan kita di Majlis Agama. Jadi, pihak pihak UDA memaklumkan bahawa cadangan pertama, cadangan ni masa kita bincang tu melalui tanah Lot 200 mempunyai banyak kekangan diantaranya akan memberi kesan terhadap plan, pelan Indah Water Konsortium yang telah diluluskan dan berkemungkinan Loji Rawatan Kumbahan STP awam akan disyaratkan dengan private and maintenance akan berada di bawah seliaan pihak tuan tanah, jadi Majlis Agama nak kena tanggung. Selain itu, penggunaan tanah di luar Balai Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan dekat luar tu Jadi akan melalui proses yang rumit, sungai itu, MAINPP telah mencadangkan alternatif yang kedua. Kita bincang pula, iaitu melalui tanah Baitulmal Lot 995 yang mana MAINPP mempunyai tiga perempat bahagian dan memohon pihak UDA mengemukakan layout plan, cadangan pembangunan dan jalan keluar masuk pembangunan Green View. Jadi kita fikir kerana ada implikasi nanti, yang Taman Seetee Aisah 2 pula. Kalau bantah
pula yang tu, nak keluar kot mana pula, Taman Seetee Aisah 2. Jadi kita kena cari jalan aternatif dan selesaikan sekali pada Green View. Pada 9 Mei 2024, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat UDA Bertam bersama pihak pemaju Green View, pemilik bersama Lot 995 iaitu Dato' Dr Lim dan juga seorang Ahli Lembaga Pengarah Wakaf Pulau Pinang, Saudara Yusri berdasarkan mesyuarat tersebut Pemaju Green View telah dimaklumkan mengenai cadangan alternatif kedua, melalui Lot 995 dan pemaju telah memohon supaya MAINPP mengadakan mesyuarat bersama penduduk, pemilik bersama iaitu Dato' Dr Lim juga telah dimaklumkan mengenai tawaran usaha itulah. Jadi pada 15 Mei, satu surat penilaian tanah kerana satu perempat daripada bahagian itu tiga per empat MAINPP, satu perempat tu adalah Dato' Dr Lim punya. Telah dikemukakan kepada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta dan tawaran kepada pemilik bersama tersebut setelah laporan diperolehi berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Wakaf Pulau Pinang pada 16 Mei 2024 mesyuarat telah bersetuju supaya pihak MAINPP hanya mengemukakan tawaran membeli balik bahagian pemilik bersama tersebut tanpa melibatkan usahasama pembangunan berkenaan. So, kita dapat empat perempat, satu lot tu maknanya kita tak ada usahasama pembangunan kita nak beli, ambil alih tanah tu dan saya yakin bahawa penduduk jelas Skim Perumahan Taman Wakaf Seetee Aisah adalah taman perumahan jenis bukan srata dan bukannya jenis gated dan and guarded. Konsep Pengurusan Tanah Wakaf perlulah difahami dengan jelas kerana dikhuatiri akan memberi kesan negatif terhadap Pembangunan Wakaf pada masa hadapan dan juga persefahaman antara MAINPP dan Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya dalam menghormati keputusan fatwa iaitu hukum serahan secara pajakan jalan perumahan bagi pembangunan wakaf.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Enakmen 4, tahun 2004 juga berkaitan dengan kuasa menubuhkan syarikat. Yakni, berkaitan dengan, YB Pulau Betong yang berkaitan dengan disebut bahawa memang zakat hak ummah tapi syarikat tu hak Majlis Agama. Saya tak bacalah Enakmen yang sebut tentang Majlis Agama Islam ini dari segi pemegang amanahnya, dari segi zakat dan juga wakaf tetapi disebut juga dalam fasal. Majlis boleh dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong menubuhkan syarikat untuk menjalankan apa-apa aktiviti dari segi sejarah, latar belakang ASUZ ini, Asabah Urus Zakat ini, ditubuh 1 Julai dengan kertas cadangan dibentangkan, sejarah penubuhannya, dibentang oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri pada masa itu, pada tahun 1993 dengan pelaburan modal RM1,019,658. Ini maknanya zakat itu, Majlis Agama Islam, ASUZ itu Majlis Agama Islam, dia bukan welfare company yang bebas. Dia terikat dengan Majlis Agama dan laporan daripada ASUZ itu akan disahkan di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan akan dihantar laporannya serta di audit, kalau dari segi kewangan, dari segi mesyuarat diminitkan dalam Mesyuarat Majlis Agama akan dihantar kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Jadi memetik ucapan perbahasan Pulau Betong tadi, jadi dalam kes ini dari sudut kewangan berkaitan Baitulmal dan tatacara kewangan Majlis semua ada di dalam, di dalam apa ni, Enakmen jadi kita bekerja buat atas Enakmen. Jadi maknanya bila keputusan yang saya sebut tadi itu, keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah itu pun tak salah jadi maknanya ketetapan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam dan juga Lembaga Pengarah dihantar kepada Agong Jadi maknanya, dari sudut artikel-artikel yang kita baca juga semalam pun, sahabat kita Yang Berhormat Bertam baca ayat yang berkaitan
dengan (bacaan ayat al-Quran) ada dibahaskan panjang berkenaan dengan peranan pemerintah berdasarkan kepada ayat ini. Jadi oleh yang demikian, bahawa zakat adalah hak urusan pemerintah di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Jadi isu agihan ni tak perlulah dipolitikkan, kita akan bawa perbincangan kembali hal yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang sebab dah lama. Dia menjadi payah 2008 sampai 2018 ni biasalah, bila orang dah lama kahwin, tiba-tiba bercerai, jadi dia duk teringat lagi. Jadi bila kita transition 2018 – 2023…(gangguan).
Dia bukan ni (kurang jelas). Sebab orang…perkara ni dilihat kepada masalah yang berlaku, kalau tak ada angin masakan pokok tu pun bergoyang.
Dia tak minta izin, Tuan Speaker, dia tak minta izin, Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Ini floor saya.
Ha, duduk.
TImbalan Ketua Menteri I:
Ini floor saya. Jadi bangun tanpa minta penjelasan. Tak minta keizinan, ni kena minta keizinan la dulu. Jadi saya nak sebut disini maknanya tu yang saya kata 2018, 2008 sampai 2018. Lepas tu 2018 sampai 2022. Jadi bila kita nak ubah perkara yang norm tu, dah jadi urf dah, dah jadi adat dah di situ, akhirnya sebagaimana yang disebut oleh YB Pulau Betong orang mai Pusat Khidmat kita. Jadi InsyaAllah, walaubagaimanapun, hal ini saya sebut di sini bahawa saya akan bawa kembali ke Mesyuarat MAINPP dan Lembaga Pengarah Zakat untuk dibincangkan mekanisme terbaik dalam bentuk agihan. Kalau nak ikut dari segi agihan, Yang Berhormat Yang di-Pertua saya ambil masa sedikitlah sebab ini boleh penjelaskan. Saya sebut di sini dari segi jumlah agihan, dia bukan Nur Ramadan saja, bukan eKasih saja, saya ambil Permatang Berangan, tadi saya sempat tengok. Permatang Berangan ni yang paling banyak sekali agihan. Permatang Berangan RM7,328,000. Dia bukan hanya eRamadan, semua keseluruhan pakej berkaitan dengan sara hidup. Kalau sara hidup tadi saya tengok setahun di Permatang Berangan RM551,000 makna orang fakir miskin tu banyaklah, Permatang Berangan. Telok Ayer Tawar mau ka? Nanti saya bagilah, yang ni boleh tengok. Telok Ayer Tawar, RM2 juta bermakna berbanding Permatang Berangan, Telok Ayer Tawar RM2.8 juta. Maknanya dari segi agihan, Zakat tidak nafikan pun di kawasan Pembangkang. Cuma isu hari tu tu, isu Program Back To School…(gangguan).
Minta mencelah Batu Maung. Bukan kita nak tahu figure, figure tu adalah di mohon oleh asnaf-asnaf, yang kita pertikaikan sekarang ni Batu Maung, agihan tu tak dimaklum dan tak dirujuk kepada ADUN. Ni saya cakap lembut ni, saya cakap elok, lembut. Agihan-agihan ni, dan selama ni Zakat Pulau Pinang ni dah lama. Kita, bila kita ambil alih ni kita ikut yang kebaikan, jangan kita bawa yang tak mendatangkan kebaikan. Bila kita bawa benda tak kebaikan, dia akan masuk dalam Dewan, jadi macam nilah Yang Berhormat. Sekian terima kasih, Yang Berhormat.
Saya tak payah ulanglah, tadi saya dah buat rumusan tadi. Semua ADUN Pembangkang pun dengar rumusan saya, yang saya akan bawa ke mesyuarat MAINPP dan Lembaga Pengarah untuk dibincang mekanisma. Yang Berhormat Permatang Berangan dan Telok Bahang telah membangkitkan berkenaan isu surau dan masjid yang daif yang berkaitan dengan benda-benda yang perlu disegerakan, boleh disegerakan. Kalau bocor bumbung tu tak payah bawa dalam Dewan lah, bagi tahu saya saja atau pun di Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Boleh direct terus kadang-kadang di PTA ini, dia tunggu queue apa semua ni kan, dia kata, tapi boleh hantar ke Pejabat Agama dan dipengerusi Jawatankuasa Pembangunan itu adalah EXCO Agama. Jadi jumlah keseluruhan masjid ni banyak. Kita tahu 215 masjid, surau 545. Dia serentak bocor satu Pulau Pinang jenuh cari dari segi peruntukan. Tapi kita dari segi kerosakan ni di setiap masjid terlibat akan diproses mengikut giliran namun seandainya terdapat masjid atau surau yang mengalami kerosakan yang memerlukan perhatian segera, maka permohonan khusus boleh dikemukakan untuk pertimbangan yang sewajarnya Jadi kes-kes yang disebabkan pokok, dahan pokok yang patah, berjuntai atas bumbung apa semua ni, di bawah bidang kuasa Pihak Kerajaan Tempatan. Jadi saya ingat Yang Berhormat pun selalu mesyuarat di sana, boleh maklumkan di sana untuk ambil tindakan segera berkenaan tersebut.
Yang Berhormat Penaga, terdapat aktiviti yang melanggar hukum syarak. Siapa pun tak setuju lah, iaitu berkenaan dengan perempuan mengurut lelaki seperti diviralkan di media sosial saya pun dapat sehari sebelum tu yang kebetulan malam tu saya mewakili Ketua Menteri untuk buat ucapan perasmian penutup Festival Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. Jadi isu yang berlaku ini merupakan isu yang berada di luar pengetahuan pihak penganjur dan pihak penganjur tak bagi pun perkara yang sebegitu terjadi. Saya rujuk kepada YB apa ni Paya Terubong, pengusaha spa tu, adalah merupakan sebuah syarikat swasta bukan kerajaan, swasta yang menyertai program sempena Hari Muzium Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang. Namun, Kerajaan Negeri mengambil maklum kejadian yang telah tular ini dan YB EXCO telah menegur apa ni syarikat swasta tersebut dan kami di pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang mencadangkan kepada EXCO Pelancongan Dan Ekonomi Kreatif agar wakil dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang akan turut berada dalam Jawatankuasa Penganjur bagi program-program akan datang yang melibatkan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang.
Seterusnya mengenai cadangan Yang Berhormat Pulau Betong mewujudkan garis panduan pekerja-pekerja Islam di negeri Pulau Pinang agar setiap pekerja Islam di negeri Pulau Pinang mendapat pendedahan dan tidak terlibat dengan segala aktiviti yang berkaitan dengan arak. Kerajaan Negeri menyambut baik akan saranan rancangan tersebut serta akan dibawa ke Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK) cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama yang saya akan libatkan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Umat Islam untuk dibincangkan dan diselaraskan dengan JTK cawangan Pulau Pinang. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, akhir kata sebagai sebuah negeri yang memacu ke arah peningkatan kualiti hidup berteraskan misi dan visi Penang2030, Kerajaan Negeri sentiasa komited melalui usaha bersepadu dan kolaboratif antara semua pihak dalam mewujudkan keseimbangan dan kestabilan ekonomi dan…(gangguan).
Mohon izin, mohon izin, mohon izin untuk (kurang jelas), sekejap, boleh dapat, Dato’ boleh memberikan sedikit figure, selama saya dok tanya figure tentang DUN Pulau Betong, jumlah untuk rakyat Pulau Betong yang miskin, miskin tegar dan juga fakir. Yang seterusnya, kedua saya nak dapatkan jawapan daripada tu Dato’, hari ini sudah masuk hari yang keenam, yang kes kebakaran tu, Rashideen tu apakah sumbangan Zakat? Hari ni dah hari keenam dah. JKM dah memberi sumbangan, jadi saya masih menunggu sumbangan daripada Zakat. Dan seterusnya yang ketiga, saudara saya minta tolong jelaskan tentang kedai PUZ ataupun Smart PUZ. Pasal apa kita dapati di Balik Pulau yang sebenarnya sudah ada satu kedai PUZ sudah pun ditutup. Sepatutnya daripada satu, naik kedua, naik ketiga. Di Balik Pulau, yang sedih tu 7E sudah ada tiga. PUZ tutup.
TImbalan Ketua Menteri I:
Bila tutup, bila tutup?
Hampir setahun dah. Ok, terima kasih.
TImbalan Ketua Menteri I:
Baik mustahil, bagi kategori fakir miskin di Pulau Betong data yang saya terima, fakir bilangannya 89 orang. Dengan jumlah agihan untuk fakir ni RM284,815.75. Miskin, 591 orang dengan jumlah RM647,305.45. Jadi, Telok Ayer Tawar nanti saya bagilah.
Miskin tegar?
TImbalan Ketua Menteri I:
Miskin tegar tu fakir, dalam tulah. Fakir kalau fisabilillah ni kalau fisabilillah pun ramai 254 kalau di Pulau Betong. Berkenaan dengan yang kedai PUZ tu saya akan semak, saya akan semak apa sebab ditutupnya dan kalau atas faktor-faktor yang menyebabkan tutup itu menyebab, mendesak tutup dari segi break even pun tak capai kita akan tengoklah dan saya akan lihatlah apa yang dibangkitkan
..dan kes Rashideen itu?
Rashideen itu saya akan tindakan segera, habis ini saya akan whatsapp bagi maklumat kepada saya…(gangguan).
ZAKAT dah pi Dato’.
…dan saya akan turun dengan Pulau Betong, InsyaAllah. Jadi saya ingat sekadar itu dahulu, huh? ada ka pi dah? bila? ha tiga hari lepas. Bayan Lepas tahu, tidak apa kita bagi maklumat kepada Pulau Betong nanti ya. Baik jadi Kerajaan Negeri menyeru semua pihak agar menghormati dan meraikan kepelbagaian agama dan bangsa dalam negeri ini agar keharmonian dan keamanan yang dikecapi kini akan sentiasa dipelihara serta diwarisi kepada generasi yang akan datang dengan lafaz bismillahhirahmanirrahim saya mohon menyokong
Terima kasih Batu Maung dan kita dengar pula dari Yang Berhormat Padang Kota.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media serta tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Alallahi Shah sebagai
Raja Permaisuri Agong. Pada kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan perasmian sempena majlis perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada Jumaat 24 hari bulan Mei yang lalu. Saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.
Seterusnya saya mewakili seluruh warga Kerajaan Negeri Pulau Pinang merakamkan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Nor Zamri bin Latiff, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap yang telah meninggal dunia pada 25 hari bulan Mei yang lalu, Terima kasih diucapkan kepada Allahyarham di atas sumbangan bakti beliau sepanjang menjadi Wakil Rakyat semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Saya turut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang menyantuni rakyat melalui pelbagai Dasar Madani serta membantu negeri ini untuk terus membangun melalui kelulusan peruntukan pembangunan yang lebih tinggi demi kesejahteraan rakyat. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.
Isu-isu kewangan, Dato' Yang di-Pertua, menjawab kepada Yang Berhormat Air Putih, Dewan Undangan Negeri pada November tahun lepas telah melulus bajet negeri Pulau Pinang berjumlah RM1.047 bilion dengan mengambilkira unjuran hasil negeri bagi tahun 2024 sebanyak RM533.07 juta berbanding dengan unjuran perbelanjaan mengurus dan pembangunan sebanyak RM1.047 bilion maka Kerajaan Negeri mengunjurkan bajet defisit sebanyak RM513.93 juta. Ketika bajet 2024 disediakan baki semasa akaun hasil disatukan adalah sebanyak RM688.85 juta. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah mencatatkan perbelanjaan yang tinggi demi melipat ganda usaha membantu rakyat pada tahun 2023 yang merupakan tahun pilihan raya negeri. Kesannya menjelang 31 Disember 2023, baki semasa akaun hasil disatukan negeri telah berkurang daripada RM688.85 juta kepada RM330.03 juta. Dalam situasi ini Kerajaan Negeri secara relatifnya mempunyai kemampuan berbelanja sebanyak RM863.1 juta iaitu unjuran hasil tahun 2024 sebanyak RM533.07 juta ditambah dengan baki akaun hasil disatukan sebanyak RM330.03 juta. Oleh itu, Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif melaksanakan strategi pengurangan unjuran defisit negeri daripada RM1.047 bilion kepada RM863.10 juta. Strategi ini merupakan langkah kawalan dalaman yang diambil oleh Kerajaan Negeri demi kelangsungan fisikal negeri. Oleh itu sekiranya jabatan, agensi, badan berkanun, anak-anak syarikat Kerajaan Negeri dapat mematuhi disiplin penjajaran ke atas perbelanjaan tahun 2024, maka Kerajaan Negeri optimis strategi ini mampu mengeluarkan Kerajaan Negeri daripada mengalami defisit sebenar pada akhir tahun 2024. Selain itu Kerajaan Negeri juga yakin dapat meningkatkan kutipan hasil tahun ini dengan lebih banyak berbanding tahun yang lepas dengan iltizam dan komitmen daripada semua pihak Kerajaan Negeri percaya prestasi kewangan negeri akan lebih baik pada tahun ini. Sebagai makluman sehingga 29 Mei 2024, Kerajaan Negeri mencatatkan surplus sebenar sebanyak RM28.66 juta memandangkan hasil sebenar
negeri sebanyak RM342.6 juta dapat dikutip dalam tempoh ini melebihi perbelanjaan sebenar negeri sebanyak RM313.95 juta. Kerajaan Negeri turut mempertimbangkan alternatif bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia atau MOF antara bentuk bantuan yang ditawarkan oleh MOF adalah pemberian pendahuluan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan jumlah defisit sebenar negeri pada tahun sebelumnya.
Pada masa ini hanya beberapa negeri sahaja yang terpaksa memohon insentif pemberian pendahuluan daripada MOF. Hal ini kerana jumlah pendahuluan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri akan diselaraskan semula dengan jumlah penyaluran pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup atau tahap yang akan disalurkan kepada Kerajaan Negeri. Alternatif lain adalah melalui permohonan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan…(gangguan).
Padang Kota boleh tak..
…kaedah ini lebih sesuai bagi pelaksanaan projek-projek berskala besar dan projek yang memberi impak kepada rakyat.
Adakah maksud Padang Kota kata pendahuluan daripada Kerajaan Pusat itu hutang? Hutang makna yang dipohon atau pun nanti ada apa daripada Pusat turun apa nama ni saya hendak tahu adakah maksud hutang kerajaan berhutang kerana kalau kerajaan berhutang pun tidak ada obligasi kewangan sebab dalam bab kewangan ini dia termasuk dalam senarai persekutuan yang mana kerajaan kena bagi kalau negeri-negeri hendak pinjam. Jadi kita tidak ada obligasi jadi tidak ada kalau pinjam RM1 kena bayar RM1 juga tidak ada interest dan sebagainya. Adakah kerajaan mengambil langkah untuk berhutang daripada mengambil daripada simpanan kita?
Saya cuma memberi gambaran senario sahaja. Setakat ini kita memang belum ambil tindakan yang saya sebutkan tadi sebab kalau pinjaman mesti ada hutang kan, itu jelas sekali tetapi kalau pendahuluan ini akan dikemudian diselaraskan dengan pemberian TAHAP kalau cukup ia mungkin pendahuluan itu dapat dimansuhkan ataupun diselaraskan dan kita pun ada alternatif untuk buat permohonan pinjaman dan sebelum ini setiap negeri pun ada pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan yang digelarkan hutang lah dan saya akan terangkan kedudukan hutang negeri Pulau Pinang berbanding dengan negeri-negeri. Sehingga 31 Januari tahun ini, Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang mencatatkan jumlah terkumpul baki pinjaman Kerajaan Persekutuan belum selesai. Terendah selepas Selangor iaitu sebanyak RM36.73 juta maka, pada ketika ini Kerajaan
Negeri Pulau Pinang ada hutang dengan persekutuan RM36.73 juta sahaja yang sebelum ini memang negeri yang paling rendah tetapi bagi tahun lepas Selangor membayar banyak dan Selangor menjadi negeri yang mempunyai hutang yang paling rendah sekarang. Kalau RM36.73 juta kita susah-susah hendak bayar pun boleh tetapi kita memang ikut jadual pembayaran lebih kurang RM4 juta setahun sahaja dan kita bayar apa yang patut sahaja lah berbanding dengan banyak negeri dia punya hutang sampai RM2, RM3 bilion.
Oleh itu tindakan Kerajaan Negeri melakukan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan akan merencatkan misi Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri bebas hutang Kerajaan Persekutuan dalam tempoh terdekat. Jadi kalau kita ambil tindakan untuk meminjam maka hutang kita akan tambahlah dan kita mungkin tidak boleh kata kita negeri yang paling rendah atau pun kedua paling rendah kalau kita buat pinjaman. Namun Jabatan Kewangan Negeri dari semasa ke semasa akan menilai perkara ini dan akan mencadangkan kepada MMK sekiranya terdapat keperluan berhubung cadangan peminjaman daripada Kerajaan Persekutuan. Ini menggambarkan senario sahaja. Setakat ini kita memang belum sampai ke peringkat untuk buat apa-apa peminjaman. Selain itu, Kerajaan Negeri tetapi kalau kita tidak ambil tindakan tahun ini mungkin tahun 2025, 2026 keadaan mungkin memerlukan peminjaman itu senario yang mungkin kita perlu hadapi…(gangguan).
Padang Kota, sebab kita bercakap tentang wang kumpulan yang disatukan itu sekarang ini hanya tinggal RM330.5 juta jadi kalau kita dok ambil, ambil, ambil sedangkan kemudahan berhutang dengan tidak ada interest dengan tidak ada obligasi ini patutnya kita kena ambil manfaatlah semua kerajaan-kerajaan yang lain berhutang. Jadi kalau kita terus dok tarah kalau kita dok ambil daripada reserved kita ambil reserved kita tidak gunakan keistimewaan kerana kita adalah sebuah negeri…(gangguan).
Aaya baru faham keistimewaan buat pinjaman tidak perlu bayar balik ini satu keistimewaan. Tetapi kalau hendak pinjam pun Pusat akan lihat akaun kita walau pun akaun hasil disatukan itu cuma tinggal RM300 lebih juta pada akhir tahun ini mungkin kurang lagi kerana kita perlu membiayai defisit tetapi dalam akaun kita, kita masih ada RM1 bilion lagi akaun amanah kita ada akaun amanah kalau pusat lihat akaun kita you ada RM1 bilion lagi mengapa hendak pinjam?
Padang Kota, nanti bulan 12, hujung bulan 12 kita akan ada pelarasan gaji penjawat awam, lalu defisit yang dijangka oleh Kerajaan Negeri.
Kita akan sampai, jangan lompat cepat. Selain itu oleh kerana pada ketika ini kita ada surplus lah sebab kutipan kita lebih daripada perbelanjaan. Maka kita pun lihat kemungkinan melaksanakan projek-projek kecil yang telah dibajetkan di bawah Bajet Pembangunan Kerajaan Negeri untuk tahun ini juga. Kalau kita boleh menggunakan peruntukan dari Kementerian Ekonomi. Strategi sekarang kita pohon pelbagai kementerian kerjasama dengan Pejabat Pembangunan Negeri dan kalau ada projek dari Persekutuan kita tidak akan melaksanakan projek itu dengan menggunakan Dana Pembangunan Negeri. Iaitu akan merupakan satu penjimatan supaya projek-projek akan dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan dari kementerian ataupun melalui Pejabat Pembangunan Negeri dan kita sememangnya ingin kerjasama dengan Pejabat Pembangunan Negeri diperkukuhkan, agar manafaat pelaksanaan program dan projek ke atas negeri Pulau Pinang dapat diselaraskan. Selain memastikan tiada pertindihan perbelanjaan bagi maksud dan tujuan yang sama. Tuntasnya Kerajaan Negeri masih optimis untuk berdikari sejarah positif dengan komitmen dan kepercayaan daripada semua pihak.
Dato’ Yang di-Pertua. Apabila saya dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2018, Kerajaan Negeri memiliki jumlah reserve sebanyak RM1.97 billion ianya berkumpul melalui hasil Kerajaan Negeri yang besar pada tahun-tahun masa itu. Iaitu pada tahun 2013 hasil adalah RM833 juta, 2014, RM799 juta, 2015, RM897 juta, 2016, RM1.03 bilion, 2017, RM757.01 juta manakala tahun 2018 RM987.05 juta. Dalam tempoh lima tahun itu hasil bukan cukai yang dapat dikutip adalah RM3.15 bilion. Namun sejak tahun 2019 hingga 2023 hasil Kerajaan Negeri telah mula menurun dengan tahun 2019, RM661 juta, 2020, RM467.28 juta. Semasa pandemik COVID-19, 2021, RM692 juta, 2022, RM595.06 juta dan tahun yang lepas 2023 RM592.94 juta. Bagi tempoh yang sama RM1.72 bilion sahaja yang dapat dikutip. Ini merupakan satu pengurangan yang amat besar berbanding dengan lima tahun sebelum ini. Tambahan pula jumlah perbelanjaan keseluruhan Kerajaan Negeri menunjukkan trend meningkat dengan RM581 juta pada tahun 2019, naik ke RM734 juta pada tahun 2020, RM730 juta pada tahun 2021, RM755 juta pada tahun 2022 manakala 2023 naik kepada RM951.75 juta.
Tidak susah untuk kita membayangkan mengapa kita dalam kedudukan kewangan. Sebab lima (5) tahun kutipan menurun dengan besarnya manakala perbelanjaan dalam tempoh yang sama sudah meningkat. Kerajaan Negeri juga telah mengharungi detik-detik sukar seperti peristiwa bencana banjir besar pada tahun 2017 yang disusuli dengan pengumuman pelaksanaan 8 projek tebatan banjir dengan kos sebanyak RM169.45 juta. Sebahagian daripada projek-projek ini mula siap pada tahun 2020, manakala ada satu masih dalam peringkat pembinaan. Kerajaan Negeri juga diuji dengan pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dan 2021 di mana sejumlah RM158.14 juta telah dibelanjakan melalui pakej bantuan khas Penang Lawan COVID-19 untuk membantu rakyat yang terkesan. Malahan Program Kebajikan i-Sejahtera yang bermula pada tahun 2010 dengan peruntukan RM12.49 juta ringgit juga sudah naik mengikut peralihan masa. Bagi tahun 2023 sudah belanja RM56.21 juta ringgit dari RM12 juta sudah naik bebanan atau tanggungan RM56 juta dan angka ini akan akan terus naik.
Sebab populasi menua ini akan tambah setiap tahun. Jadi kita dengar pada kali ini ada suara-suara yang berani untuk minta kaji semula program i-Sejahtera. Sebab kita sudah kurang mampu untuk membiayai perbelanjaan sedemikian. Semua perbelanjaan besar yang saya sebutkan tadi contohnya telah atau tentunya memberi kesan kepada kedudukan kewangan negeri Yang Berhormat ADUN Bukit Tambun, untuk makluman Yang Berhormat dalam dewan jumlah hasil yang telah dikutip pada tahun 2023 sudah sebut tadi adalah RM592.21 juta.
YAB. Saya hanya nak berikan satu cadangan. Tadi ada sebut akaun amanah masih ada satu bilion tapi seperti apa yang dimaklumkan oleh Pegawai Kewangan Negeri kerana ini Akaun Amanah tidak boleh sentuh. Kecuali buat itu prosedur untuk mengeluarkannya daripada Akaun Amanah. So sekiranya kita tak sangkut mungkin kita boleh gunakan prosedur supaya dapat keluarkan daripada Akaun Amanah kalau tidak ia tidak boleh disentuh. So itulah satu cadangan adakah ini diambil kira oleh pihak Pegawai Kewangan Negeri.
Terima kasih Yang Berhormat Air Putih. Memang MMK juga ada menimbang opsyen ini. Bagaimana beberapa Akaun Amanah yang dibekukan ataupun dibekukan perbelanjaan ataupun tak bergerak kita boleh mengeluarkan atau menghentikan amanah berkenaan, supaya ianya dapat ditunaikan untuk akaun dibersatukan ini supaya kita dapat membiayai defisit ini. Yang lain untuk menjawab Bukit Tambun saya sebenarnya sudah memberi jawapan waktu sebelum ini. Dan…(gangguan).
Minta pencelahan.
Ya, sila.
Berdasarkan jawapan daripada Yang Amat Berhormat pendapatan Kerajaan Negeri dia berlegar dengan angka RM590 juta setiap tahun. Saya ingin mendapat penjelasan dalam 2019 hingga 2023 perbezaan 5 tahun dengan 5 tahun sebelumnya, mengapa terdapat perbezaan pendapatan yang ketara. Apakah sebelum ini, lima tahun sebelum ini mendapat pendapatan sampingan yang lebih banyak selain daripada pendapatan yang statik ini.
Mungkin Yang Berhormat Bukit Tambun sudah ada jawapan sebab dia memang memantau prestasi Kerajaan Negeri dengan rapi. Jawapan dia bukan susah sebab kita ada satu unsur hasil yang besar iaitu melalui penjualan tanah. Tahun-tahun yang melihat hasil melampaui purata RM500 lebih juta itu kepada RM800, RM900 sehingga ada satu tahun RM1 billion boleh dikatakan melibatkan hasil daripada penjualan tanah dan dalam lima tahun kebelakangan ini memang kita tidak ada hasil yang besar melalui penjualan tanah. Itu mengapa ada perbezaan yang amat ketara. Kerajaan Negeri bagi tahun ini kita berharap dengan usaha yang dipimpin oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri kita akan harap dapat melihat hasil tambahan yang tidak dibajetkan, yang tidak dibajetkan RM143 juta maksud dia RM143 juta ini adalah tambahan yang kita harap dapat kutip daripada pembayaran premium tanah, hasil pajakan, sewaan yang boleh diterima oleh Perbadanan Ketua Menteri (CMI). Kita ada dua tapak di Gurney Bay yang mungkin akan kita panggil tender untuk tambak dan juga jual tanah-tanah berkenaan yang mungkin dapat kita lihat hasil tambahan yang tidak dibajetkan RM143 juta yang akan membantu kita menangani kekangan kewangan pada ketika ini. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Oleh itu Kerajaan Negeri menyambut baiklah saranan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri agar semua Yang Berhormat berkongsi pandangan dan cadangan bagi meningkatkan hasil negeri. Untuk makluman Dewan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memang dalam 6 bulan kebelakangan ini. Sejak akhir tahun yang lepas kita sudah mula melihat tindakan-tindakan yang perlu diambil. Satu, penjajaran semula perbelanjaan dan juga bagaimana mendapat punca atau sumber hasil yang baharu. Bukan untuk tahun ini tetapi untuk tahun-tahun yang seterusnya.
Rintihan itu Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kewangan Negeri akan turut mengadakan bengkel semakan kadar prosedur kutipan hasil, mengenal pasti isu-isu melibatkan tunggakan dan pengurangan hasil dalam masa yang terdekat ini. Dan bengkel-bengkel ini sedang diteruskan. Saya rasa tidak perlu menjawab Yang Berhormat Bukit Tambun sebab pagi tadi saya pun sudah menjawab tentang beberapa langkah untuk menambahkan hasil. Hasil tanah lah berkaitan dengan tanah hasil yang berkaitan dengan tanah adalah hasil yang terbesar bagi negeri Pulau Pinang. Jadi ada lima enam langkah-langkah yang akan diambil yang sudah pun saya jawab pagi tadi. Can skip many pages. Ya, pagi tadi mungkin saya tidak sebut dari beberapa usaha ini termasuk pengkelasan desa ke bandar, menambah kawasan bandar. Kalau kita melaksanakan tindakan ini di jangka kita dapat menambah hasil sebanyak RM56 juta ringgit setahun. Dengan cuma pengkelasan sahaja sebab setelah pengkelasan dia akan kadar cukai itu akan dinaikkan secara automatisnya. Dan kita pun melihat tentang semakan cukai tanah yang terakhir itu tahun 1996 hampir berapa tahun, 30 tahun dan apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sesi perbincangan dengan negeri, kita ada maklumkan hasrat atau niat ini dan Yang Amat Berhormat menyatakan kalau nak laksanakan, laksanakan dengan cepatlah. Sebab masih jauh dari pilihan raya. Yang Berhormat Bukit Tambun juga ada tanya tentang GLC-GLC khususnya gabungan beberapa GLC yang mungkin ada pertindihan peranan. Kita memang teliti misalnya di bawah Penang Science Cluster, Penang STEM, Penang Tech Centre mempunyai peranan untuk menyediakan pendidikan dan latihan dalam bidang STEM dan TVET yang boleh digabungkan di bawah
satu (1) organisasi STEM. Keduanya Penang Global Tourism dan PICEP Sdn. Bhd kedua-duanya mempunyai peranan mempromosikan aktiviti-aktiviti pelancongan.
Walaupun mereka mengkhususkan kepada bidang-bidang yang berasingan. PWDC dan PYDC berperanan mendidik dan membangun belia serta wanita ke arah pembangunan holistik dan mencapai kesaksamaan gender dalam meningkatkan penyertaan wanita dan belia dalam bidang ekonomi. Ini antara beberapa contoh di mana Kerajaan Negeri sedang melihat kemungkinan penggabungan GLC-GLC sedemikian. Boleh dikatakan 15 GLC semua mendapat geran tahunan daripada Kerajaan Negeri dan kebanyakan merupakan syarikat yang menjalankan aktiviti bukan berteraskan keuntungan. “Non-Profit Orientated” dan memangnya tak ada hasil kewangan yang boleh disumbangkan kepada Kerajaan Negeri. Walaupun begitu ada beberapa GLC yang boleh menjana hasil-hasil berkenaan, misalnya CMI dijangka pada tahun 2025, kita jangka CMI dapat menjana hasil RM8.7 juta, 2026 RM8.9 juta sebagai usaha untuk mendapatkan hasil daripada aktiviti-aktiviti yang diamanahkan kepada mereka. Bagi menjawab Yang Berhormat Permatang Berangan mengenai pengagihan peruntukan yang lebih adil kepada pembangkang. Setakat ini Kerajaan Negeri telah sediakan peruntukan sebanyak RM60,000.00 setahun bagi pelaksanaan projek pembangunan masyarakat kepada Ahli-Ahli Dewan Pembangkang. Peruntukan yang diberikan adalah dengan mengambil kira kedudukan semasa Kewangan Negeri. Saya rasa setelah mendengar penggulungan saya, rakan-rakan pembangkang tak berani tanya lagi lah. Nak tambah. Telok Ayer Tawar toksahlah.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, walaupun ada perbezaan peruntukan kepada pembangkang sepertimana Timbalan Ketua Menteri 1 menyatakan tadi semua program berorientasikan kesejahteraan rakyat seperti Program i-Sejahtera, Subsidi Pengangkutan Awam termasuk Bas Percuma CAT, program-program di bawah Jawatankuasa MMK Negeri mahupun apa yang dilaksanakan oleh GLC atau Badan Berkanun Negeri dilaksanakan secara menyeluruh tanpa membezakan kawasan kerajaan ataupun pembangkang. Kerajaan Negeri juga tidak pernah membezakan kawasan mengikut parti politik dalam melaksanakan projek-projek pembangunan berskala kecil, sederhana dan berimpak tinggi yang melibatkan peruntukan negeri kerana projek-projek tersebut dilaksanakan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat negeri Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua seperti mana yang telah dimaklumkan dalam Ucapan Perasmian Yang di-Pertua Negeri. Kerajaan Negeri terus berharap khabar gembira daripada Kerajaan Persekutuan terhadap permohonan 93 projek dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM17.7 bilion ringgit dan peruntukan yang diperlukan oleh negeri untuk tahun 2025 adalah RM2.8 bilion di bawah Rolling Plan Kelima, RMK ke-12. Kerajaan Negeri juga cuba nasiblah sebab Perdana Menteri melawat Pulau Pinang, kita cuba nasib kemukakan permohonan khas kepada MOF untuk dapat peruntukan khas RM100 juta ringgit bagi tahun 2024 bagi membiayai pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan Negeri. Kita sudah menghantar surat pada Februari 2024, tetapi masih belum mendapat berita yang baik. Perkara berhubung dengan ekonomi berdasarkan laporan MIDA, Pulau Pinang telah berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan bagi tahun 2023 RM71.9 bilion yang tertinggi di Malaysia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah. Pertumbuhan luar biasa ini
adalah didorong oleh pelaburan langsung asing yang menyumbang RM61.7 bilion daripada aliran masuk pelaburan pembuatan di Pulau Pinang. Saya rasa statistik ini sudah banyak kali kita ketengahkan di dalam Dewan dan di luar Dewan. Jadi saya tak cadang untuk ulanginya. Dan untuk menjawab Yang Berhormat Batu Uban, Kerajaan Negeri memang berusaha keras untuk menarik dan mengekalkan pelaburan di Pulau Pinang. Salah satu cara adalah menyediakan bank tanah yang mencukupi bagi menampung keperluan sektor industri. PDC telah kenal pasti kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk pembangunan industri baharu. Taman Industri Batu Kawan 3, Taman Teknologi Bandar Cassia (BCTP) masing-masing mempunyai keluasan berjumlah 407 ekar dan 303 ekar. Kini sedang dalam proses pembangunan untuk ditawarkan kepada pelabur. Saya jangka dalam beberapa tahun saja, semua tanah berkenaan pun habis diambil oleh pelabur-pelabur. Bagi fasa satu Batu Kawan Industrial Park 3, seluas 60 ekar dijangka siap pada suku tahun keempat 2025. Manakala Bandar Cassia Technology Park akan di jangka siap pada suku keempat tahun 2026. Untuk tujuan kesinambungan bekalan tanah industri yang mencukupi bagi menampung keperluan PDC sedang dalam perancangan untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang bersesuaian dan berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan industri yang baru. Dalam perbahasan ada Yang Berhormat yang menyebut nampaknya PDC boleh untung banyak sebab pelaburan banyak tetapi kalau nak mengambil tanah yang baru ini membabitkan perbelanjaan berbilion-bilion. Kita tak ada pilihan selain daripada menerbitkan sukuk untuk tujuan sedemikian. Selain itu Kerajaan Negeri melalui InvestPenang akan memainkan peranan yang aktif untuk menarik pelaburan ke negeri Pulau Pinang.
Berhubung dengan isu Zon Ekonomi Khas. Pulau Pinang telah berkembang maju bukan sahaja dalam menarik pelaburan pembuatan tetapi juga pelaburan perkhidmatan perniagaan sepanjang lima (5) decade yang lalu. Zon Industri Bebas dan Zon Perdagangan Bebas telah menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan di kawasan Wilayah Utara Malaysia dan sekitarnya. Negeri ini mempunyai asas yang kukuh untuk menjadi Zon Ekonomi Khas yang berjaya. Zon Perdagangan Bebas yang sedia ada membentuk asas infrastruktur sokongan untuk pembentukan perniagaan. Lokasi yang berdekatan laluan perdagangan antarabangsa melalui Penang Port dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas adalah elemen menarik untuk pelabur ke negeri ini. Zon Ekonomi Khas boleh melengkapkan zon-zon sedia ada dengan menyediakan manfaat fiskal dan bukan fiskal seperti pengecualian cukai dan kelonggaran peraturan buruh asing yang menjadi kunci untuk menarik bakat asing. Pengilang luar pesisir (Offshore Manufacturing) terus mengembang sejak mereka dengan menubuhkan pusat perkhidmatan global mereka di Pulau Pinang. Pada masa ini syarikat-syarikat perkhidmatan perniagaan global menyediakan fungsi berikut di Malaysia dan di seluruh dunia iaitu pematuhan dan perkhidmatan kewangan, perakaunan dan perkhidmatan professional, perkhidmatan kejuruteraan, perkhidmatan perisian atau teknologi maklumat, perkhidmatan penyelidikan dan analytic serta pusat panggilan. Selain sektor pembuatan, Zon Ekonomi Khas juga boleh menjadi pemangkin kepada industri pelancongan, digital, kreatif dan perkhidmatan perniagaan global yang kukuh di Pulau Pinang.
Salah satu pembangunan berpotensi untuk Zon Ekonomi Khas adalah pelaburan kewangan dan perniagaan bernilai tinggi yang meningkatkan daya saing perniagaan tempatan. Zon Ekonomi Khas membentuk asas untuk mencipta infrastruktur penting dan sokongan fiskal daripada Kerajaan Persekutuan. Dengan mengambil kira kesan berganda Zon Ekonomi Khas terhadap pembangunan sektoral Pulau Pinang, penubuhan zon ini dijangka memberi manfaat kepada negeri Pulau Pinang dan Zon Utara Malaysia dengan menarik pelaburan, meningkatkan pekerjaan, mengekalkan dan menarik bakat, memupuk inovasi dan meningkatkan pembangunan ekonomi. Berkaitan Zon Kewangan Khas yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Putih, prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan kini sedang dikaji oleh Penang Institute. Kajian ini menilai Government Link Company Pulau Pinang dan sentimen perniagaan mengenai zon ini. Dan jika penubuhan zon akan meningkatkan kecekapan perniagaan, memacu suntikan modal dan menghapuskan halangan kepada perdagangan. Pada masa ini penyelidikan sedang dalam peringkat perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan. Seterusnya permohonan akan dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan Zon Kewangan Khas ini. Dato’ Yang di-Pertua…(gangguan).
Ya. Minta jalan. Bolehkah saya minta Yang Amat Berhormat, adakah kita perlu meminta Penang Institute membuat kajian dan penyelidikan bila dimaklumkan secara umum bahawa satu Zon Kewangan Khas memang memberikan manfaat dan faedah kepada sesuatu negeri. Tetapi tertakluk juga kepada syarat-syarat iaitu dia ada itu sektor pembuatan yang maju dan juga ada jumlah berbakat dalam sektor perkhidmatan kerana Zon Kewangan Khas adalah tumpuan kepada sektor perkhidmatan. Bolehkah kita segerakan proses ini dengan membuat permohonan kerana ia dikenali umum sebagai sesuatu yang memberi manfaat dan kemudian kita boleh menilai sebarang penyelidikan yang dibuat dan supaya kita boleh dapat maklum balas selepas itu. Kerana setahu saya Tuan Yang di-Pertua tidak ada sebarang persatuan atau mana-mana pihak yang menentang Zon Kewangan Khas. Malah apabila dibuat di Johor tidak ada yang menentang. So, di sini saya minta Yang Amat Berhormat kalau boleh kita buat permohonan dulu. Bila lulus kita boleh kaji, semak, selidik dan sebagainya supaya kita dapat percepatkan proses ini.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Setelah memberi penerangan maka kita setuju ianya perlu diambil tindakan susulan sepertimana dicadangkan oleh Yang Berhormat Air Putih. Berhubung dengan National Semiconductor Strategy, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan baru-baru ini telah memaklumkan bahawa sejak Intel membangunkan kilangnya di Pulau Pinang pada tahun 1972, negeri ini terus menjadi tumpuan syarikat-syarikat MNC lain untuk bertapak di negeri Pulau Pinang. Dan dalam tempoh 50 tahun sejak ketibaan Intel, negeri ini telah membina asas yang kukuh dan ekosistem semiconductor yang berkembang maju. Negeri ini mempunyai rangkaian bekalan end-to-end dengan akses pasaran melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)
dan tenaga kerja mahir. Dalam masa yang sama, Kerajaan Persekutuan juga telah menyediakan pelbagai insentif untuk menggalakkan pertumbuhan industri. Hasilnya, Taman Industri Batu Kawan, Bayan Lepas dan lain-lain terus berdiri teguh dengan infrastruktur bertaraf dunia. Pada tahun 2023, itu mengikut ucapan Perdana Menteri juga sebut tentang prestasi menarik FDI oleh negeri Pulau Pinang dan dalam National Semiconductor Strategy ini digariskan lima fasa. Fasa pertama, membina di atas asas sedia ada (building on our foundation). Fasa kedua bergerak ke hadapan (moving to the front hills). Fasa ketiga, inovasi di hadapan (innovating at the frontier). Tiga fasa, maaf. Dan kita berharap berdasarkan kepada sasaran di bawah setiap fasa berkenaan, Kerajaan Negeri kelak boleh meneroka peluang-peluang yang bakal disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak MITI dan juga NCER, NCIA agar industri semiconductor di negeri ini dapat terus berkembang. Taman rekabentuk litar bersepadu dan digital, saya cadang untuk melangkau tajuk ini sebab memang sudah diberi penerangan yang secukupnya.
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, merujuk kepada ucapan Yang Berhormat Air Putih mengenai peningkatan cukai PDC yang mendadak dari tahun 2018 hingga 2022 berbanding tahun 2008 hingga 2017 adalah disebabkan oleh kegagalan pengurusan dan perancangan cukai. Namun begitu, berdasarkan makluman PDC, antaranya penyumbang kepada peningkatan keuntungan daripada aktiviti utama PDC, terutamanya dari penjualan tanah, peningkatan hasil pajakan tanah jangka panjang yang diterima secara prabayar untuk keseluruhan tempoh pajakan, di mana cukai dikenakan ke atas keseluruhan hasil diterima. Bayaran faedah pinjaman tidak dibenarkan sebagai tolakan cukai kerana tanah di PKIP2 dan PKIP3 masih belum dapat dijual dan terdapat allowance modal yang tinggi daripada bangunan-bangunan industri pada ketika itu terutamanya bangunan di Plot 144 dan 150 Bayan Lepas dengan kos RM180 juta yang boleh digunapakai. PDC telah dikenakan cukai makmur iaitu sebanyak 33 peratus pada tahun 2022 bagi pendapatan bercukai melebihi RM100 juta. Kerajaan Negeri juga memandang serius berkenaan dakwaan menyatakan Kerajaan Negeri dan PDC silap menandatangani surat perjanjian jual beli tanah dengan Umech Land Sdn Bhd. Bagi menjawab Yang Berhormat Air Putih, pihak PDC telah mengambil tindakan undang-undang terhadap salah seorang ahli mantan Lembaga Pengarah PDC setelah mendapat mandat daripada Lembaga Pengarah PDC dan Notis Tuntutan telah dikeluarkan pada 8 Mei 2024. Seterusnya peguam PDC kini dalam proses untuk memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap beliau. Manakala tindakan perundangan terhadap laporan The Edge sedang dalam penelitian peguam PDC dan tindakan selanjutnya akan diambil dalam masa yang sewajarnya.
Berkaitan cadangan Yang Berhormat Air Putih untuk membina elevated reservoir, saya percaya Yang Berhormat Tanjong Bunga telah memberi jawapan dan pendek kata PDC disyaratkan untuk membina empat reservoir di Bandar Cassia bagi menampung keperluan penggunaan air di taman-taman industri berkenaan. Yang Berhormat Air Putih juga menimbulkan kedudukan kewangan yang tenat Kerajaan Negeri sehingga Kerajaan Negeri tidak membayar fi…(gangguan).
Minta mencelah. Ini berkaitan dengan cukai kerana dimaklumkan tadi bahawa tentang prabayar, itu jumlah prabayar tentang jualan tanah tidak diakui atau diterima sebagai apa ni itu dikecualikan daripada pembayaran cukai. Tapi kaedah yang sama telah pun berlaku sebelum ini. Mengapa kita tidak gunakan kaedah yang serupa. Kerana memang dapat mengurangkan pendedahan kepada pembayar cukai.
PDC telah merujuk kepada Penasihat Percukaian dan satu jalan keluar untuk PDC tidak membayar cukai kepada Pusat, walaupun Pusat pun amat memerlukan cukai, adalah untuk buat permohonan supaya semua SEDC negeri-negeri berkenaan dikecualikan dari membayar cukai. Itupun satu perkara yang kita sedang teliti supaya semua SEDC dapat dikecualikan daripada membayar cukai. Manakala lain-lain perkara saya percaya PDC akan menelitinya dengan nasihat daripada Perunding Cukai mereka.
Ya, terima kasih. Perunding cukai yang serupa telah berikan pandangan sebelum ini. Saya tentu setuju dengan cadangan Yang Amat Berhormat untuk meminta pihak Kerajaan Persekutuan untuk mengecualikan SEDC semua Kerajaan Negeri daripada membayar cukai. Tapi sehingga ini dilaksanakan, bolehkah yang kalau sebelum ini, 10 tahun 2008 hingga 2017, kita hanya bayar RM5.8 juta untuk PDC tapi lima tahun seterusnya atau berikutnya 2018 hingga 2022, bayar RM204 juta. Yang bayar telah bayarlah, tak boleh buat apa-apa. Tapi untuk masa depan, bolehkah kita gunakan kaedah yang serupanya supaya kita dapat kurangkan pembayaran cukai. I mean what is past is past tak boleh buat apa-apa. Sungguhpun kita rugi besarlah RM204 juta. Tapi untuk masa depan, bolehkah kita gunakan kaedah yang sama kerana kita dapat nasihat yang serupa daripada Perunding Cukai, baik daripada KPMG atau pun syarikat-syarikat perakaunan yang besar. Terima kasih.
Terima kasih atas pandangan. Oleh itu, di samping menerima atau bincang dengan Perunding Percukaian, kita pun meneroka sama ada jalan yang alternatif iaitu minta pengecualian boleh dapat dipertimbangkan juga. Mengenai dakwaan Yang Berhormat Air Putih bahawa kedudukan kewangan yang tenat sehingga Kerajaan Negeri tidak membayar fi kelulusan atau consent fee yang berjumlah besar kepada PDC. Saya ingin membuat pembetulan terhadap maklumat yang diberikan di dalam Dewan. Berdasarkan semakan rekod Jabatan Kewangan Negeri, tuntutan fi kelulusan atau consent fee daripada PDC telah dijelaskan sepenuhnya iaitu sebanyak RM62.66 juta bagi tempoh 2021 hingga suku tahun pertama 2024. Mengenai Pelan Induk Pembangunan Strategik Penang Bay, ianya merupakan garis panduan bagi menyelaraskan pembangunan yang sedang dilaksanakan atau dalam perancangan di kawasan Penang Bay yang meliputi kawasan persisiran laut George Town dan
Butterworth. Misi utama adalah untuk menjadikan pusat tumpuan pembangunan ekonomi serantau dan antarabangsa menjelang tahun 2050. Justeru cadangan Yang Berhormat Seberang Jaya adalah disambut baik untuk menyediakan satu peluang dan platform industri berkaitan kaum Melayu dan Bumiputera yang berkait rapat dengan kebudayaan dan warisan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan Seberang Perai dan boleh diindikasikan dalam pelan induk tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab Yang Berhormat Sungai Puyu berkenaan keberkesanan Sistem Penang Information & Complaint System atau e-Pintas, iaitu sistem aduan, komen, teguran, cadangan dan pertanyaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Berdasarkan rekod sebanyak 3,012 aduan telah diterima melalui Sistem e-Pintas dari tahun 2021 sehingga Mei tahun ini dan kadar penyelesaian aduan adalah sebanyak 1,709 iaitu 56.74%. Manakala baki aduan sedang dalam tindakan penyelesaian oleh jabatan dan agensi berkaitan. Dato’ Yang di-Pertua, walaupun isu air sudah diberi penjelasan panjang lebar oleh Yang Berhormat Tanjong Bunga, saya sebagai Pengerusi PBA juga ingin menyentuh sedikit iaitu kadar tarif domestik telah diwartakan 30 Januari tahun ini berkuatkuasa 1 Februari. Semakan tarif dibuat adalah bagi tujuan untuk meningkatkan tahap pembangunan dan perkhidmatan bekalan air. Semakan tarif untuk seluruh negara akan dijalankan oleh SPAN di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air setiap tiga (3) tahun melalui Mekanisme Peningkatan Tarif atau Tariff Setting Mechanism. Jalur tarif atau band adalah sepertimana diluluskan oleh SPAN. Namun begitu, nampaknya Yang Berhormat Batu Lancang masih tidak puas hati dan menekankan PBA perlu membayar rebat atau PBA perlu memberi rebat kepada pengguna. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, kos oleh PBA bagi 1,000…(gangguan).
Dato’ Speaker.
Nanti, nanti, duduk.
Bukan hanya Batu Lancang, saya ingat semua di sini pun…(gangguan).
Tak apalah. Sebab you sebut, sehingga hari akhir masih disebut. Jadi production cost adalah pada tahun ini RM1.30. Ayaq dijual RM0.62…(gangguan). RM1.30 tolak RM0.62 sen. Berapa sen? Apa maksud itu. Itu subsidi dan tariff nama dia. You’re selling water below your production cost. What is that call. Subsidi/tariff. Sejak PBA dikorporatkan 25 tahun setiap hari kita memberi rebate kerana air dijual di bawah kos pengeluaran. Contohnya, berapa tariff ataupun rebate kita bagi kepada pengguna tahun
2019, RM133 juta. Sebab kita jual rendah dari production cost. 2020 RM96.69 juta sepatutnya ini keuntungan hasil tetapi ditukar nama sebagai rebate. 2021 RM98.53 juta, 2022 naik sehingga RM105.71 juta, 2023 naik lagi kepada RM116.44 juta sedangkan profit PBA dalam tempoh yang sama 2019 RM42 juta kerana rebate itu maka profit kita rendah lah. 2020 RM34 juta, 2021 RM44 juta, 2022 RM77.1 juta bukan kerana apa kerana accounting ini refer tax acces recognized for unutilized reinvestment allowance. Masa Yang Berhormat Air Putih jadi Menteri Kewangan, PBA pernah pohon tetapi ditolak oleh Yang Berhormat dan 2023 RM34.3 juta dalam 5 tahun ini jumlah rebate, what ever you called it we call it subsidi stroke rebate. RM517.70 juta half a billion-ringgit sudah diberikan kepada pengguna dan kita ada lain-lain rebate juga kepada PPRT, kepada RIBI, kepada sekolah dan lain-lain berjumlah dalam tempoh ini RM17.75 juta campur dengan apa yang tadi itu jumlah dia RM535.45 juta walaupun tahun 2024 tarif baru dikuatkuasakan dengan kenaikkan namun kita masih jual ayaq kurang daripada production cost walaupun tidak setinggi lima (5) tahun yang sebelum ini. 2024 RM76 juta lagi kita membagi rebate campur sekali RM600 juta. Saya tak kira lebih jauh dahulu ya. Dahulu lebih kurang keadaan yang sama. RM 600 juta dalam enam (6) tahun ini, average RM100 juta kita bagi. Kalau divided into the domestic consumer kita ada RM500 lebih ribu akaun domestik 600 divide by 500 over thousand. We’re giving each domestic consumer 1,000 rebate on the average over the past five (5) past years. Every year we giving 200 dollars rebate already.
Adakah ini, kita boleh melakukan ini sebab kita menjadi pemegang saham 55 peratus, PDC 10 peratus jadi ada 65 peratus kita majoriti share holder and ada golden share untuk menentukan dasar PBA. Bayangkan suatu hari nanti kita tak menjadi majoriti share holder. Adakah mereka akan memberi subsidi sedemikian? Saya percaya tidak lah. Jadi kita pun sudah terangkan mengapa kita perlu dana yang lebihlah. Sebenarnya dana yang boleh kita kutip pun tak cukup untuk kita laksanakan lapan (8) projek di bawah WCP yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Tanjong Bunga. Jadi kita berharap Ahli-ahli Dewan baik dari Kerajaan mahupun Pembangkang dapat faham kita bukan suka nak memarahkan rakyat ini pun satu perkara yang sudah lama. Pagi tadi saya tanya 30 lebih tahun tak ada orang nak kaji semula, saya pun boleh tak kaji semula. Kalau saya tak kaji semula pengganti saya akan hadapi keadaan yang saya hadapi hari ini. Kita berharap semua Ahli Dewan dapat menerangkan kepada rakyat.
Saya ucapkan terima kasih ke atas penjelasan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat saya rasa perkara yang sama dihadapi oleh kita semua semasa saya jadi Ketua Menteri serupa juga dan kita pun ada naikkan kadar tariff air dan juga tambah dengan water conservation surcaj untuk mereka yang bazirkan penggunaan air. Di sini saya rasa semua rakyat faham perlunya untuk naikkan tariff air. Dan bila disebut tentang itu subsidi, sebut tentang tariff yang sepatutnya di untung keuntungan yang sepatutnya diperolehi tetapi tidak diperolehi kerana subsidi yang tinggi ini kita faham. Tapi pada masa yang sama kita perlu iktiraf atau perlu terima bahawa air adalah satu public good, PBA adalah satu monopoli. Kalau kita lanjutkan lebih lagi tentu pihak tertentu akan cakap, “oh ini adalah ridah daripada tuhan mengapa kita kena bayar kita harus dapat percuma dan
sebagainya”, tapi itu tidak masuk akal kerana kita kena rawat air ada kos dan sebagainya perlu ada pembayaran tak ada percuma punya. Tapi di sini sungguh pun kita akui perlunya untuk menaik tariff air yang jadi isu dikalangan rakyat yang mana saya terima banyak itu aduan sampai saya tak berani pergi ke kedai-kedai tertentu yang saya selalu mengunjung untuk makan. Kerana mereka begitu marah sudah naik tiga (3) kali ganda bukan sahaja saya hadapi semua ahli ADUN hadapi perasaan yang tidak puas hati ini. Bolehkah saya rayu, saya rayu kepada rakan saya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, naik-naik tapi bolehkah berikan sedikit kelonggaran? Kalau boleh seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang berikan rebate 20 sen hanya untuk tempoh satu (1) tahun sahaja. Supaya rakyat boleh bersiap sedia, siap siaga dan boleh membiasakan diri dengan rejim kenaikkan tarif air iaitu kena bayar tarif air yang lebih tinggi. Selepas ini, selepas 1 tahun kita kenakan seperti yang sedia ada ini. Ini saya rayu, saya rayu kepada Ketua Menteri ini akan mengurangkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Hanya 1 tahun sahaja kurangkan rebate atau berikan rebate 20 sen seperti mana yang dibuat oleh negeri Perak. Ini saya rayu, sayu rayu kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk pertimbangkan cadangan ini…(gangguan).
Batu Lancang juga merayu…
ahli Kawasan Air Itam (YB Joseph Ng Soon Siang):
Air Itam juga merayu dengan Ketua Menteri. Terima kasih. (gangguan)…
Yang lain sila duduk. Yang lain duduklah. Dalam isu ini saya sudah bagi masa yang cukup-cukup banyak untuk kedua-dua pihak baik Kerajaan, baik ke semua Yang Berhormat di sini untuk berhujah. Semua ini telah pun dicadang yang nak kritik pun sudah kritik yang nak cadang itu semua pun sudah dicadang dan saya rasa ia telah pun di dengar oleh Dewan yang mulia ini. Dan tertakluk kepada pihak Kerajaan untuk buat satu keputusan nanti lah ya. Sila Yang Berhormat.
Kebun Bungah menyatakan satu yang amat perkenan there’s not right time to, there's no right time to do unpopular decision every time is unpopular. Adakah tahun depan Yang Berhormat Batu Lancang akan menjadi pengerusi Jawatankuasa menerima aduan? Who is to guarantee next year they won't complaint.
Di sini kita hanya rayu sahaja. Tuan Speaker ini ialah masa rayu. Kita bukan nak cakap pro and cons ini adalah masa rayu sahaja. So, kita rayu saya rasa bukan sahaja dari pihak saya banyak wakil rakyat, kita rayu. Ini bukan cakap tak naik rebate 20 sen
kalau 62 sen rebate 20 sen dia masih tinggi 42 sen lebih tinggi dari 22 sen sekarang tapi 1 tahun kemudian kita balik kepada 62 sen. So, saya rasa setahun tidak akan jadi kesan besar, tidak akan mempunya impact besar kepada kewangan PBA atau PBAPP. Tapi lebih mudah kita berdepan dengan rakyat. So, saya rayu kalau saya rasa Speaker bila pergi kedai kopi pun akan hadapi masalah yang sama. Saya sekarang buat rayuan sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, hanya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri boleh buat keputusan. Semerangkap Pengerusi PBA dan PBAPP. Harap Yang Amat Berhormat Ketua Menteri boleh setuju rebate air 20 sen untuk 1 tahun sahaja…(gangguan).
Saya perlu rujuk kepada Penasihat Undang-undang sama ada saya ada kuasa atau tidak. Dan ini tariff yang sudah diwartakan dan di setujui oleh SPAN…
Tapi saya rasa boleh kerana negeri Perak telah berikan rebate…
Sebab dia tak setuju. Lepas itu dia baru warta..
No. I thing we got to applied to SPAN.
There…(gangguan).
No. We have done that before untuk water conservation surcharge. Saya harap Yang Berhormat Penasihat Undang-undang boleh rujuk kembali kepada Suruhanjaya apa ini itu Perkhidmatan Air Negara dan Pengerusi ialah Charles Santiago saya rasa tak jadi masalah kerana kita pernah buat semasa water conservation surcharge. Saya harap PUN boleh majukan perkara ini kerana memang sungguhpun telah diwartakan tetapi boleh diwartakan semula untuk berikan rebate seperti mana yang dibuat oleh Perak. Kalau tak pernah dibuat oleh Perak itu lain cerita. Ini perkara penting kita buat rayuan sekali lagi. Ini kali ketiga saya rayu lah. Kita rayu sekali lagi kepada Ketua Menteri.
Sebagai penutup Dato’ Yang di-Pertua. Saya merakam setinggi-tinggi penghargaan kerana hasil komitmen dan hubungan erat dan tidak berbelah bahagi antara
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri memimpin jabatan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan telah membolehkan Kerajaan Negeri menjalankan amanah untuk membangunkan negeri ini demi kemakmuran rakyat. Kita perlu mengharungi cabaran dan dugaan tahun 2024 ini bersama-sama seiring menggalas tanggungjawab demi memastikan Pulau Pinang terus berada pada landasan yang telah dirancang dengan sumber kewangan yang terhad tanpa membelakangkan kepentingan rakyat di samping mencapai kedudukan ekonomi jitu serta cemerlang selaras dengan Visi Penang2030 Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Segala cadangan dan komitmen positif yang dibangkitkan ketika perbahasan sememangnya akan diambil kira untuk penambahbaikan selaras dengan hasrat kita untuk merealisasikan sasaran di bawah Visi Penang2030. Sekian Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan ini saya juga mohon menyokong.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi penggulungan telahpun selesai. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul “Bahawasanya kami Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke-15 pada 24 Mei 2024 dipersetujui”. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘Ya’.
Ahli-ahli Dewan:
“Ya”.
Yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. Ya sebulat suara. Kita terima usul ini. Dipersetujui.
6 (B). Usul daripada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II.
Sila.
Ya, selamat petang kepada semua. Usul daripada saya pada petang ini adalah just a formality actually Dato’ Speaker, di mana saya mohon untuk mencadangkan Dewan ini meluluskan pelantikan Ahli-ahli Lembaga Rayuan di bawah Enakmen Kebebasan
Usul Pelantikan Ahli Lembaga Rayuan Di Bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010Bill
Maklumat. Its our enactment that we had at 2010 here in this House untuk 3 tahun mulai 1 Jun 2024 hingga 2027. Dan nama-nama mereka ada di situ iaitu kebanyakan mereka semua adalah Lawyer, they are all more or less Lawyers. Dato’ Baldev is one of the, he is the Senior Lawyer in Penang, Abdul Fareed was a Former, what do you call Commissioner he is a Lawyer currently, but he is a former as a Timbalan Pengerusi. We have him as one of our also Council Chairman, Harinder is also a Lawyer, Carolyn is currently one of the Chairman. I think she is in KL and then we have Dato’ Nagarethinam whom I think is basically a on the not the legal side but more or less on the, he is a developer and Puan Regina. She was a judge also basically all legally qualified. That’s all. Itu saja yang saya nak nyatakan.
Terima kasih dan saya perlukan sokongan untuk usul ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya memohon untuk menyokong usul tersebut dan sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Datok Keramat ini adalah satu prosedur untuk pelantikan saja. Jadi saya memohon menyokong.
Terima kasih, memandang ia cumanya satu perlantikan untuk mengganti apa nama Lembaga-Lembaga, Ahli Lembaga yang lalu saya mohon supaya ia tidak perlulah dibahaskan oleh Dewan ini dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya sebut sekali lagi, masalah yang kita hadapi sekarang adalah bahawa Dewan ini meluluskan perlantikan Ahli-Ahli Lembaga Rayuan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Jun 2024 hingga 31 Mei 2027 dan senarai Ahli Lembaga Rayuan adalah seperti berikut:
(a) YBhg. Dato’ Baldev Singh a/l Gurchan Singh - Pengerusi
(b) YBhg. Dato’ Abdul Fareed Bin Abdul Gafoor - Timbalan Pengerusi
(c) Encik Harinder Singh a/l Malkit Singh
- Ahli Lembaga
(d) Puan Carolyn Oh Li Lin
- Ahli Lembaga
(e) YBhg. Dato’ Nagarethinam a/l Rengasamy Pillay - Ahli Lembaga
(f) Puan Regina Amalorpava Mary a/p Aboorvasamy - Ahli Lembaga
dipersetujui oleh Dewan Maka Ahli-ahli yang bersetuju katakan ’Ya’.
Usul Tanpa Pemberitahu Oleh Ahli Kawasan Bukit Tengah (Yb Gooi Hsiao-Leung)Motion
Ahli-ahli Dewan:
“Ya”.
Yang Tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. So kita persetujuikan usul ini.
6 (c). Usul daripada Yang Berhormat Bukit Tengah.
Terima kasih. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Selaras dengan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 34 (8). Saya mohon mencadangkan Usul Tanpa Pemberitahu bahawa Dewan yang Mulia ini meluluskan sokong terhadap Perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang bertarikh 24 Mei 2024 yang telahpun memerintahkan negara Israel dengan serta merta menghentikan serangan tentera ke atas wilayah Rafah, Palestine dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini adalah satu usul tanpa pemberitahu dan untuk maklumat Dewan yang Mulia ini kita sedia maklum bahawa satu usul daripada Dewan ini untuk mengecam keganasan regim Israel telah pun kita luluskan di dalam Dewan Mulia ini pada sesi yang lepas. Namun dengan perkembangan yang terkini iaitu satu keputusan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa maka saya setujulah supaya sekali lagi Dewan ini menyatakan pendirian yang lantang, jelas dan sama-sama kita bersoladariti dengan rakyat Palestin, maka saya setuju supaya Bukit Tengah boleh. Dewan ini menerima Usul Tanpa Pemberitahu ini. Sila bagi ucapan.
Terima kasih Dato’ Speaker, memberi saya satu peluanglah untuk membawa satu isu yang cukup penting sekali. Semalam satu hashtag “All Eyes Are On Rafah” Dato Speaker telahpun dikeluarkan dan dikongsi sebanyak 45 juta kali diseluruh dunia untuk menekankan keseriusan keadaan yang sedang berlaku di Rafah iaitu the atrocities ataupun kekejaman jenayah-jenayah perang dan juga crime against humanity, jenayah terhadap kemanusiaan yang sangat-sangat besar yang sedang berlaku di Rafah yang telah pun dilakukan oleh Israel. Sepertimana yang ramai telah pun tahu bahawa sejak 6 bulan kita meluluskan usul dalam Dewan yang Mulia ini untuk menyokong ataupun menunjuk soladariti dengan penduduk Palestine keadaan sana sangat sudah menjadi sangat merosot. Sehingga hari ini kita tahu dan ini daripada pemberita-pemberita International-International Organization seperti ANRA, UN dan sebagainya yang berada
on the ground telahpun melaporkan sehingga 36,000 warga telahpun dibunuh, infrastruktur-infrastruktur yang basic telahpun dimusnahkan yang diperlu untuk kehidupan dan sekarang United Nation telahpun mengeluarkan amaran sejak bermulanya serangan keatas Rafah sekarang warga Palestine seramai 1.1 juta orang di sana akan mengalami famine dan starvation, kebuluran dan kelaparan. It is a very very severe situation. Disebabkan itu Mahkamah Antarabangsa, Keadilan Antarabangsa ini, ICJ atas permohonan negara Afrika Selatan yang membuat permohonan di bawah Convention Genocide dalam bulan Mei ini, telah pun memohon beberapa perintah daripada Mahkamah ICJ maka ICJ setelah menelitikan permohonan negara Afrika Selatan dan saya ingin mengulangi, ini bukan satu mahkamah biasa, ini mahkamah yang di mana hakim-hakimnya dilantik oleh 193 ahli-ahli members of United Nation, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah pun memutuskan dan mengarahkan supaya Israel mengambil tindakan serta merta untuk menghentikan, menghentikan serangan ketenteraan keatas Rafah. Sebab Rafah ini merupakan tempat terakhir perlindungan warga penduduk Palestine. Mereka semua telah pun lari, dan bukan saja lari Israel sendiri yang telah pun memberi amaran dan nasihat kepada warga Palestine semua pergi ke Rafah sebagai satu safe zone tetapi apa yang berlaku sekarang, Israel telah pun bertindak untuk menyerang Rafah. Dan safe zone ini saya nak jelaskan di sini, sejak bermulanya serangan keatas Rafah pada 8 hari bulan Mei lalu, 800,000 penduduk Rafah sekarang telah pun terpaksa dilarikan. Displace again Dato’ Speaker, jadi dalam pada 24 hari bulan Mei yang cukup signifikan ICJ setelah mentelitikan kes ini telah pun mengeluarkan arahan, perintah untuk Israel menghentikan serangan. Akan tetapi Dato’ Speaker, selepas 24 Mei, kita buat permohonan usul ini pada 27 Mei, Israel langsung sewenang-wenangnya with absolute inpuinity tidak menghiraukan International Law tidak menghiraukan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah terus lagi menjalankan serangan ketenteraan mereka. Ahad mereka serang menerusi serangan udara hentam refugee camp 45 orang terkorban kita tengok video, kita tengok berita amat menyedihkan. Orang-orang, kanak-kanak yang terbakar sebegitu sahaja, refugee camp dan sekali lagi dua hari lalu, hari Selasa perkara yang sama berlaku, serang lagi satu refugee camp. Ini refugee camp, Dato’ Speaker dan daripada laporan yang terkini kita telah pun melihat bahawa kereta-kereta kebal the tanks have already roll into the center of Rafah and they are killing civilians penduduk awam setiap hari di Palestine.
Jadi dengan itu Dato’ Speaker, saya rasa adalah amat penting untuk kita dalam Dewan yang Mulia ini untuk sekali lagi lah right menunjukkan sokongan kita kepada ICJ yang telah pun mengeluarkan perintah yang sebegitu penting dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang terus untuk menyerang kawasan Rafah ini sehingga menjadikan satu catastrophe humanitarian disaster, satu malapetaka bencana kemanusiaan yang besar iaitu saya memohon agar usul saya boleh dapat diluluskan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Bukit Tengah. Maka terima kasih sekali lagi saya telah pun mengakui dan setuju Usul Tanpa Pemberitahu ini di baca di dalam Dewan. Namun Ahli-Ahli Yang Berhormat, memandangkan ia adalah satu usul tanpa pemberitahu maka mengikut
peraturan mesyuarat, saya memerlukan sekurang-kurangnya 10 orang penyokong usul ini untuk berdiri di tempat masing-masing. Terima kasih. Sudah cukup, ya. Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat memandang isu ini telah pun di sentuh dan di bahas oleh banyak ramai rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua Pembangkang, Timbalan Ketua Menteri, lain-lain Yang Berhormat dari kedua-dua pihak dan saya mohon untuk kita uruskan usul ini tanpa perlu lagi kita berbahas dan saya mohon kalau boleh kita menerima setuju kan usul ini dengan sebulat suara. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul “Bahawa Dewan ini meluluskan sokongan terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang bertarikh 24, 2024 yang memerintahkan negara Israel dengan serta-merta menghentikan serangan tentera ke atas wilayah Rafah, Palestin dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel, dipersetujui”. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “Ya”.
Ahli-ahli Dewan:
“Ya”.
Maka usul dipersetujui sebulat suara.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan sekarang.
Sokongan?
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan dan usul telah mendapat sokongan.
Dewan Ditangguhkan
Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua sepanjang perjalanan Persidangan Dewan kali ini. Maka dengan ini, Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklum kelak. Sekian.
Dewan ditangguhkan pada jam 4.33 petang.