Pulau Pinang · 22 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 171 turns · 20,323 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina (Bertam), Heng Lee Lee (Berapit)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, bacaan doa. Doa. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Angkat Sumpah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Selamat pagi, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Maka dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Bakap mara ke hadapan untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menandatangani Surat Sumpah. Dipersilakan.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Saya Abidin bin Ismail setelah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Undangan bagi Negeri Pulau Pinang adalah dengan ini mengangkat sumpah dengan sesungguhnya bahawa saya akan menunaikan kewajiban saya sebagai yang demikian dengan jujur, dengan segala daya upaya saya bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Negeri Pulau Pinang dan kepada Persekutuan dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka Ahli-Ahli Yang Berhormat, dengan ini selesai sudah upacara angkat sumpah bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Bakap, mesyuarat diteruskan dengan urusan berikut. Sila.

Setiausaha Dewan

Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telahpun menetapkan hari ini 22 November 2024 sebagai hari permulaan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelima Belas melalui pengisytiharan yang diwartakan pada 24 Oktober 2024. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Mendiang Datuk Subbiah a/l Thevarayan Chettiar telah meninggal dunia pada 14 Jun 2024. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli DUN Kawasan Bagan Dalam dari tahun 1974 sehingga 1986. Mendiang Encik Teoh Teik Huat telah meninggal dunia pada 14 Julai 2024. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli DUN Kawasan Pengkalan Kota dari tahun 1982 sehingga 1986, Kawasan DUN Paya Terubong dari tahun 1986 sehingga 1990 dan juga Parlimen Bagan dari tahun 1990 sehingga 1995. Allahyarham Datuk Seri Dr Ibrahim bin Saad, telah meninggal dunia pada 15 November 2024. Beliau pernah berkhidmat sebagai ADUN Kawasan Seberang Perai, masa itu Seberang Perai dari tahun 1986 sehingga 1995 dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor dari tahun 1990 hingga 1995 serta dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam tempoh tersebut. Mendiang Encik Lee Hack Teik telah meninggal dunia pada 18 November 2024. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli DUN Kawasan Pengkalan Kota dari tahun 1995 sehingga 2008.

Oleh itu, para hadirin, saya mohon bertafakur selama satu minit. Para hadirin diminta berdiri (Dewan bertafakur selama satu minit). Terima kasih para hadirin diminta duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum kita meneruskan agenda mesyuarat hari ini, Dewan yang mulia ini ingin juga merakamkan ucapan Selamat Datang kepada YB. Dato’ Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan

Perbahasan Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua (Speaker)

Negeri Pulau Pinang yang telahpun mulakan tugasan pada 9 September yang lalu. Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada sesi kali ini, kita akan mempertimbangkan sejumlah 78 Soalan Lisan, 782 Soalan Bertulis, 1 Rang Undang-Undang dan 4 Usul. Maka mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai.

Setiausaha Dewan

Pembentangan risalah.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya mohon membentangkan di atas meja Dewan, Risalah Bilangan 6 hingga Bilangan 16 Tahun 2024 seperti yang tersenarai dalam susunan urusan mesyuarat.

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan. Soalan bertulis.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan serta Ahli-Ahli Yang Berhormat, jawapan kepada soalan-soalan bertulis telah diletakkan di atas meja Ahli yang bertanya selaras dengan Subperaturan 15(1)(h), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat, maka kita mula dengan soalan lisan. Ingin saya persilakan Yang Berhormat Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya soalan 1.

No. 1 Misi pelaburan Ketua Menteri ke Amerika Syarikat.

(a) Senaraikan syarikat perusahaan yang dilawat mengikut nama syarikat, hasil lawatan serta nilai pelaburan yang telah diperolehi.

(b) Terangkan secara terperinci tentang usaha dan strategi serta cabaran yang dihadapi oleh kerajaan untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur. No. 27 Pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Kerian, Perak

dan peluasan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di Kedah memberi saingan kepada Pulau

Pinang sebagai destinasi pelaburan, apakah langkah strategik disusun Kerajaan Negeri

untuk mempertahankan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan utama di

wilayah Utara Semenanjung Malaysia?

No.73 Apakah langkah-langkah yang diambil bagi menarik pelaburan baharu dalam

sektor elektrik dan elektronik (E&E) dengan penekanan pada inovasi teknologi

tinggi?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Salam Sejahtera, sebelum mula saya ucapkan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat Sungai Bakap atas pemilihan sebagai Ahli Dewan yang mulia ini. Yang di-Pertua, saya memohon supaya menjawab bersama dengan soalan 1, soalan 27 dari Ahli dari Bertam dan soalan 73, Ahli dari Seri Delima kerana merupakan isu berkaitan dan boleh dijawab bersama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh. Sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang di-Pertua. Antara syarikat perusahaan yang dilawat semasa misi Ketua Menteri dan Invest Penang ke Amerika Syarikat adalah termasuk Agilent Technologies, AMD Inc, Brooks Instrument, Centific, Coherent Inc, Cohu Inc, Dexcom Inc, Effinix Inc, Lattice Semiconductor, Mattel Inc, MKS Instruments, Monolithic Power Systems Inc, SambaNova Systems Inc, Synopsys Inc, TTM Technologies, UST Global, Western Digital dan beberapa syarikat berpotensi yang lain.

Projek pelaburan sama ada baharu atau lanjutan atau pembesaran melalui reinvestment adalah pelan jangka panjang dan nilai pelaburan biasanya tidak dapat dilihat dengan kadar serta merta. Namun begitu, Kerajaan Negeri dapat mengeratkan hubungan dengan ibu pejabat korporat pelabur Amerika Syarikat yang telah memilih Negeri Pulau Pinang sebagai lokasi pelaburan mereka. Di samping itu, perkembangan terkini di negeri kita termasuk projek menaik taraf infrastruktur seperti projek LRT, Lapangan Terbang Pulau Pinang, Pulau Silikon serta inisiatif-inisiatif baharu seperti Penang Silicon Design @ 5km+ dan Penang STEM Talent Blueprint juga dibentangkan dan dikongsikan dengan para pelabur.

Selain itu, Negeri Pulau Pinang menggunakan platform ini sebagai medium promosi sebagai lokasi pilihan untuk elektrik dan elektronik, semikonduktor, peralatan, peranti perubatan, Global Business Services dan ekonomi digital dan sebagainya. Mesyuarat bersasar telah diadakan bersama syarikat-syarikat berpotensi telah menambah keyakinan ibu pejabat syarikat ini dan mengukuhkan kedudukan Negeri Pulau Pinang dalam proses pemilihan tapak mereka. Kerajaan Negeri juga telah atau dapat mengetahui perkembangan terkini serta hala tuju pembangunan syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang dilawati, memahami kesusahan (concern) dan kekangan yang dihadapi oleh pengoperasian mereka di Pulau Pinang. Maklumat-maklumat ini penting supaya tindakan segera dapat diambil untuk membantu dan memudah cara pelaburan mereka.

Berikut adalah usaha dan strategi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menjadikan kita sebagai Lembah Silikon Timur iaitu:

(i) Penglibatan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional

dengan membentuk kerjasama dan sinergi bersama agensi-agensi Kerajaan

Persekutuan seperti MITI, MIDA, MDEC dan Talent Corp. Lawatan ke ibu pejabat

dan mesyuarat dengan pihak pentadbiran tertinggi agensi- agensi ini biasanya

diadakan daripada semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi usaha sama promosi

pelaburan dan pembangunan sumber manusia untuk Negeri Pulau Pinang.

(ii) Fokus dan hala tuju penarikan pelaburan baharu ke dalam negeri ditumpukan kepada projek strategik yang membawa nilai tambahan (value-add) sama ada dalam

perkembangan teknologi, kemahiran tenaga kerja tempatan dan perkembangan ekosistem. Nilai tawaran (value proposition) industri Pulau Pinang cenderung terhadap projek-projek intensif ilmu, penyelidikan dan pembangunan, integrated circuit design, advanced packaging dan sebagainya. Projek-projek yang memerlukan tenaga kerja tidak mahir yang ramai tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan di Pulau Pinang.

(iii) Selain itu, penyediaan sumber rantaian bekalan tempatan (local supply chain) juga

diberi tumpuan semasa penarikan pelabur asing ke dalam negeri. Ini adalah

sebahagian daripada usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk melengkapkan

ekosistem pembuatan dan membuat kerjasama di antara pelabur asing

dengan syarikat tempatan. Pelabur-pelabur asing digalakkan untuk menyediakan

sumber bahan mentah atau proses pembuatan mereka dari pasaran tempatan dan

membantu pembangunan syarikat tempatan secara langsung. Agensi-agensi

Kerajaan Negeri terutama InvestPenang juga turut mewujudkan platform

kerjasama seperti penganjuran Hari Pembekal, Hari Padanan Perniagaan,

Venture Capital Forum, program – program pembangunan industri bersama

Kementerian MITI dan Kementerian Kesihatan dan sebagainya.

(iv) Pelaksanaan Hand-Holding Programme oleh InvestPenang kepada para pelabur baharu yang ingin memulakan operasi di sini terus dipertingkatkan lagi dan diberi sepenuh perhatian. Ini termasuk sokongan dan fasilitasi untuk memudahkan pelabur menubuhkan syarikat perniagaan, mendapatkan lesen-lesen yang berkaitan, membina/menyewa bangunan kilang yang baharu, mendapat pembekal-pembekal tempatan dan memulakan operasi pengilangan. Selain daripada pelabur baharu, perkhidmatan hand-holding ini juga turut ditawarkan kepada pelabur yang telah lama beroperasi dan ingin mengembangkan perniagaan mereka di Pulau Pinang. Ini adalah untuk memastikan kesenangan menjalankan perniagaan atau ease of doing business di Pulau Pinang kekal tinggi berbanding dengan pesaing-pesaing utama seperti negara Singapura, Vietnam, Thailand, Indonesia dan lain-lain negeri dalam Malaysia juga.

(v) Kerajaan Negeri melalui PDC telah berusaha untuk mempercepatkan pembangunan taman-taman industri baharu yang lengkap dengan infrastruktur bertaraf antarabangsa seperti Taman Teknologi Bandar Cassia di Batu Kawan, Batu Kawan Industrial Park 3 dan Penang Science Park South. Ketiga-tiga taman perindustrian ini mempunyai jumlah keluasan tanah yang melebihi 800 ekar. Ini bagi menampung jumlah permintaan tanah industri yang tinggi oleh pelabur asing dan tempatan.

(vi) Bagi meningkatkan aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi khususnya dalam sektor ekonomi digital dan menjadikan negeri kita kekal sebagai Lembah Silikon Timur, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan inisiatif transformatif baharu iaitu Penang Silicon Design @5km+ yang berteraskan program kolaborasi antara Kerajaan-Industri-Akademia bagi memperkukuhkan peranan Malaysia khususnya Pulau Pinang dalam industri semikonduktor dan sejajar dengan Strategi Semikonduktor Kebangsaan yang diumumkan pada 28 Mei tahun ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. NSS atau National Semiconductor Strategy menyasarkan visi untuk meningkatkan dan memberi tumpuan kepada rantaian nilai tinggi dalam semikonduktor khususnya dalam reka bentuk litar bersepadu atau integrated circuit design, pembuatan bernilai tinggi dan pembuatan peralatan. Inisiatif ini merangkumi tiga (3) komponen iaitu Taman Reka Bentuk IC dan Digital, Akademi Reka Bentuk Cip Pulau Pinang dan Ruang Penyelidikan & Inkubasi Silikon. Untuk tempoh lima (5) tahun sasaran inisiatif ini adalah untuk menarik sekurang-kurangnya sepuluh (10) syarikat tempatan dan antarabangsa baharu dalam reka bentuk litar bersepadu dan pembungkusan maju, mencipta 10,000 pekerjaan bernilai tinggi tambahan dan melatih dan meningkatkan kemahiran lebih 500 graduan dan jurutera berkemahiran tinggi dari Malaysia.

(vii) Selain itu, PDC juga menyediakan fasiliti dan ruang pejabat bagi menampung permintaan yang tinggi untuk ruang pejabat bagi sektor ekonomi digital.

(viii) Kerajaan Negeri juga mengambil langkah proaktif dengan menyediakan dan menaik taraf Kawasan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu dan Digital di Taman Industri Bayan Lepas… boleh ringkaskan.

(ix) Industri dan ekosistem yang kukuh adalah di antara faktor utama yang menarik pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik ke Pulau Pinang dan kita sekarang memberi komitmen untuk mengamalkan ESG atau Environmental, Social & Governance dalam sistem tadbir urus dan operasi pengilangan mereka di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri menghadapi cabaran-cabaran dalam menjadi Negeri Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of The East termasuk isu adalah:

(i) gangguan bekalan air dan bekalan air yang terhad terutamanya untuk kegunaan industri sedikit sebanyak telah menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Pulau Pinang.

(ii) Harga tanah industri yang tinggi serta berkurangan tanah industri yang bersaiz sekurang-kurangnya 200 ekar pada setiap masa menyebabkan pelabur mempunyai pilihan yang sangat terhad untuk memilih tapak projek di Pulau Pinang.

(iii) Peningkatan kos menjalankan perniagaan seperti kenaikan harga tanah, cukai taksiran, tenaga elektrik dan bekalan air menjadi Pulau Pinang lokasi yang kurang menarik kepada setengah-setengah pelabur.

(iv) Kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.

(v) Masalah kekurangan bakat.

(vi) Banjir kilat yang mungkin berlaku di setengah-setengah kawasan di Bayan Lepas, Bayan Baru dan Sungai Ara.

(vii) Penerbangan antarabangsa yang terhad dari Pulau Pinang.

(viii) Persaingan sengit untuk menarik pelabur asing dari negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand, Indonesia; dan

(ix) Bagi sektor ekonomi digital, kekangan atau cabaran yang dihadapi termasuk kekurangan pejabat gred A atau bangunan MSC Cybercenter yang mampu menampung permintaan pelabur yang tinggi pada masa kini, persaingan dalam penawaran insentif oleh negeri dan negara lain serta kekurangan tenaga kerja mahir yang mencukupi. Namun begitu, Dato’ Seri Yang di-Pertua serta ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi sentiasa bekerjasama dalam memastikan cabaran-cabaran yang dihadapi dapat diatasi sepenuhnya bagi memastikan Negeri Pulau Pinang menjadi pilihan utama kepada pelabur tempatan dan pelabur antarabangsa. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Terima kasih kepada Ketua Menteri yang telah menjawab soalan yang begitu komprehensif, ucapan yang komprehensif. Saya cuma tertarik dengan satu perkara yang tadi Ketua Menteri sebut tentang NSS. Bolehkah kita tahu berapa banyak komitmen atau peruntukan yang akan disalurkan kepada Negeri Pulau Pinang dalam membangunkan sektor semikonduktor ini dan adakah peruntukan-peruntukan tersebut akan diberikan dalam segi apa iaitu adakah dari segi pelaburan atau peruntukan untuk membangunkan infrastruktur atau benda-benda yang berkaitan dengan pelaburan tersebut. So mohon pencerahan, terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang Bubuk atas soalan tambahan mengenai NSS. Sejak pengumuman NSS yang melibatkan visi dan hala tuju bidang semikonduktor dalam pembangunan ekonomi negara, Kerajaan Negeri melalui InvestPenang telah buat permohonan sebab atas inisiatif Penang Silicon Design @5km+ ini, kita telah memohon dana pandangan 60 juta daripada Kerajaan Persekutuan tetapi kita masih belum mendapat berita yang baik, itulah satu permintaan yang bukan besar sangat berbanding dengan apa yang diumumkan di bawah NSS yang melibatkan perbelanjaan berbilion-bilion untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor ini. Dari segi yang lain bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk memajukan bidang semikonduktor ini adalah dalam segi infrastruktur di mana saya sebutkan infrastruktur atau pun kesesakan lalu lintas juga merupakan satu kekangan kepada pelabur yang ingin mobiliti mereka terjamin dan pengumuman projek seperti Juru-Sungai Dua elevated project itu juga merupakan satu sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di bahagian Seberang Perai Selatan ke Seberang Perai Utara yang membabitkan kawasan industri di Negeri Pulau Pinang mula dari Perai sehingga Batu Kawan dan kawasan-kawasan persekitaran.

Maka ini satu pengumuman yang masih baru dan Kerajaan Negeri masih meneruskan usaha demi mendapat lebih banyak sokongan daripada Kerajaan Persekutuan sebab Kerajaan Persekutuan memandang berat terhadap peranan yang dimainkan oleh Pulau Pinang dan mengetahui bahawa Pulau Pinang menjadi penyumbang yang terbesar dari segi eksport dalam bidang semikonduktor ini. Kalau Pulau Pinang maju maksudnya Malaysia maju dan sebaliknya. Jadi kita masih menaruh harapan untuk mendapat lebih banyak insentif dan sebagainya dari Kerajaan Persekutuan bagi membantu mengekalkan pelabur, menarik pelabur yang baharu demi menjadikan Pulau Pinang Silicon Valley of the East, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, sila. Pelaburan di Pulau Pinang memang baguslah. Tak ada soalan banyak. Maka seterusnya saya nak mempersilakan Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan nombor 2.

No. 2. Huraikan bekalan dan penggunaan air sehari di seluruh Pulau Pinang.

(a) Sejauh manakah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua boleh dinaik taraf?

(b) Apakah status pembinaan LRA di Empangan Mengkuang dan Sungai Kerian?

(c) Senaraikan semua elevated tank di Pulau Pinang dan kapasitinya.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun. Secara puratanya bekalan air bagi seluruh negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 1,198 juta liter sehari, manakala jumlah penggunaan air adalah 877 juta liter sehari. Semenjak tahun 1973, PBA telah menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Dua sebanyak tujuh (7) kali dan kini tiada lagi kerja menaik taraf kerana kekangan di Terusan Sungai Dua yang telah pun mencapai kapasiti maksimum termasuk yield sumber air mentah di Sungai Muda juga akan mencapai kapasiti maksimum melalui unjuran permintaan air menjelang tahun 2030 maksudnya tiada lagi ruang dan juga kapasiti untuk dinaik taraf lagi.

Untuk soalan (b) Yang Berhormat, status terkini bagi pembinaan Loji Rawatan Air Mengkuang Park, PBA sedang dalam proses perolehan di mana tender telah pun diiklankan pada awal bulan ini dan tak silap saya minggu lepas telah diadakan lawatan tapak bagi kontraktor-kontrakor yang berminat, saya dimaklumkan lebih daripada 30 kontraktor telah menghadiri lawatan tapak tersebut. Dan kita unjurkan bahawa projek tersebut dapat dimulakan pada tahun depanlah. Dan bagi Loji Rawatan Air Sungai Kerian pula, PBA menjangkakan proses tender akan dilaksanakan pada tahun depan. Mungkin suku pertama ataupun suku kedua tertakluk kepada proses pengambilan balik tanah yang sedang dijalankan.

Untuk soalan (c) Yang Berhormat, senarai tangki elevated yang aktif di Pulau Pinang serta kapasitinya akan diletakkan dalam lampiran yang akan diberi kepada Yang Berhormat nanti. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih diucapkan kepada Tanjong Bunga. Berdasarkan jawapan daripada Tanjong Bunga sebentar tadi, Loji Rawatan Sungai Dua telah dinaik taraf sebanyak tujuh (7) kali dan telah mencapai tahap maksimumnya. Ini bererti kita memerlukan sumber air yang baru. Kita sedia maklum Loji Rawatan Air Sungai Dua membekalkan 85% air kepada seluruh Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian, Loji Rawatan Air Mengkuang Park adalah amat penting. Soalan saya adalah soalan yang sentiasa saya ditanya sejak tahun 2019, bilakah Empangan Mengkuang ini akan ditukar sebagai empangan harian dan boleh merawat air untuk dibekalkan kepada penduduk-penduduk Negeri Pulau Pinang terutamanya Seberang Perai Selatan.

Kita sedia maklum bahawa isu gangguan air di Seberang Perai Selatan dan catuan air pada waktu puncak di Mukim 5, SPS dan telah menghadapi satu keadaan yang begitu teruk dan boleh dikategorikan sebagai tragedi dari 27 September hingga 6 Oktober yang lalu. Air langsung tak ada. Oleh yang demikian, soalan saya tadi adalah tentang bilakah loji rawatan air di Empangan Mengkuang boleh diguna. Pada masa yang sama, sebentar tadi Tanjong Bunga ada memaklumkan akan memberi lampiran tentang elevated tangki ataupun reservoir yang ada di Seberang Perai. Adakah semua elevated tangki ini dipenuhi air pada keadaan biasa seperti sekarang. Semasa tiada gangguan air, adakah semua elevated tangki air ini diisi penuh? Ini adalah penting sebab dia akan digunakan semasa berlaku gangguan air atau semasa berlaku kebocoran paip utama dari Sungai Dua ke mana-mana tempat. Ini penting. Itu saja soalan tambahan saya.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun, sangat prihatin. Yang pertamanya saya nak jawab insiden, berkenaan insiden yang telah berlaku ketiadaan air pada bulan akhir September

hingga awal Oktober tu telah berlaku akibat daripada kebocoran paip di bawah tanah di Politeknik Permatang Pauh di mana kerja-kerja oleh kontraktor TNB yang sedang melaksanakan Horizontal Direct Drilling (HDD) telah pun terkena kepada paip PBA. Dan paip itu berada 15m bawah tanah, Yang Berhormat Speaker. 15m tu bersamaan dengan 5 tingkat, 5 stories. Jadi kerja-kerja untuk membaiki balik paip yang terkena itu, paip tu besar 1200mm adalah sungguh mencabar dan kenapa mengambil masa yang lama itu kerana paip perlu di order dan di fabricate, dibawa daripada kilang dan juga dipasang. Jadi itu telah mengambil masa yang lamalah. Bukan paip kecil. Kalau paip kecil kita ada stock tapi yang ni kita perlu fabricate. PBA terpaksa fabricate dan ini telah melambatkan proses pemulihan air di kawasan khususnya SPS lah yang terkena teruk akibat daripada kebocoran paip yang tidak dijangka.

Soalan mengenai Loji Rawatan Air Mengkuang sepertimana yang saya sebut kita sedang menjalankan tender, sudah pun diiklankan, kontraktor yang berminat sudah pun membuat lawatan tapak dan sekiranya semua proses perolehan selesai maka kita jangkakan kerja-kerja pembinaan boleh mula pada tahun depan dan boleh siap pada akhir 2026. Maksudnya setelah siap Empangan Mengkuang akan bertukar daripada empangan strategik menjadi empangan harian. Maksudnya air akan kita akan draw out daripada Empangan Mengkuang secara harian untuk dirawat dan diberi dan dibekalkan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Soalan terakhir mengenai elevated tank. Dia sebenarnya mechanism yang digunakan untuk elevated tank di Negeri Pulau Pinang kita menggunakan konsep balancing tank. Yang di mana air akan diisi semasa ada surplus. Apabila ada surplus dia akan mengisi tangki tersebut.

Jadi biasanya pengisian ini akan dilaksanakan pada waktu malamlah. Waktu non-peak. Waktu bukan puncak, apabila biasanya waktu malam, bila kegunaan penggunaan air adalah rendah maka ada surplus dan air itu akan mengisi tangki-tangki tersebut. Yang Berhormat tanya sama ada semua tangki-tangkit tu penuh yang tu saya, tiada siapa yang boleh bagi jawapan. Tapi sudah tentu mana-mana yang dapat diisi pada waktu malam dan sekiranya penggunaan air pada apa ni sepanjang hari tu tidak begitu banyak dan maka mungkin boleh penuhlah. Tapi sudah tentu apabila penuh tu dia akan memberi rizab air lah sepatutnya kalau berlaku apa-apa gangguan dia boleh bertahan untuk sepanjang tempoh reka bentuk tu lah. Sekian, terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Seri boleh saya tambah lagi satu soalan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu lagi.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Tentang tangki air, sebab dalam permohonan-permohonan Kebenaran Merancang, PBA ada mensyaratkan untuk pembinaan tangki air kalau tiada siapa yang boleh menjanji tangki air itu dipenuhkan, mengapa kita perlu mensyaratkan pemaju membina tangki air. Dan sebenarnya, kita boleh memenuhkan macam kalau di pihak kami ADUN, sayan dan Jawi, kami penuhkan tangki air di flat, rumah pangsa dengan bantuan PBS. Oleh itu, kita perlu ada mekanisme untuk memenuhkan tangki air sedia ada. Pada masa yang sama, permohonan kelulusan rezoning atau Kebenaran Merancang di SPS pada ketika ini ada mensyaratkan air akan dibekalkan pada tahun 2027 atau 2028. Sekiranya semua pembangunan berjalan lancar sampai pada ketika tersebut, adakah PBA dapat memberi jaminan bekalan air mencukupi berdasarkan kelulusan-kelulusan yang diberikan pada ketika ini.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. PBA meletakkan syarat tersebut kerana kita ada banyak perancangan dan projek-projek yang sedang dilaksanakan termasuk LRA Mengkuang Park, LRA

Sungai Kerian dan juga LRA Sungai Muda dan Sungai Perai dan sebagainya. Jadi sekiranya semua projek itu dapat dilaksanakan mengikut jadual maka sudah tentu bekalan air itu akan mencukupilah sebab kita akan menjangkakan tambahan sebanyak hampir 600 MLD, banyak. Dan berkenaan soalan mengenai ialah pengisian tangki-tangki tersebut Yang Berhormat kena faham sekiranya sekarang ni kita menghadapi isu kekurangan bekalan air. Sebab tu kita sedang melaksanakan banyak program-program dan projek-projek loji rawatan air baru untuk meningkatkan jumlah bekalan air di Negeri Pulau Pinang. Sekiranya kita tidak mempunyai masalah bekalan air, maka semua projek-projek ini tak payahlah kita buat, kan. Jadi Yang Berhormat pun kena faham. Tapi untuk keadaan yang di mana terdapat gangguan bekalan air lebih daripada 24 jam, PBA pun akan hantar tangki juga sepertimana Yang Berhormat juga menghantar tangki untuk membantu untuk mengisi tangki-tangki yang kekurangan air. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya perlu mempersilakan Kebun Bunga untuk soalan seterusnya.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Kereta Kabel bina di Kebun Bunga, soalan saya nombor 3.

No. 3. Laporan Ketua Audit Negara 2023.

(a) Defisit Kerajaan Negeri pada tahun 2023 telah meningkat 42.68 peratus dan didorong oleh cukai tertunggak yang belum dikutip. Apakah perancangan kerajaan terhadap kutipan cukai tertunggak ini?

(b) Selain dari penjimatan perbelanjaan, apakah dasar fiskal yang akan diamalkan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan defisit perbelanjaan berkurang?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang Berhormat Kebun Bunga. Ini jawapan saya kepada Soalan 3. Kerajaan Negeri memastikan jabatan atau agensi negeri yang terlibat dengan kutipan cukai tertunggak supaya melaksanakan tindakan wajar dan proaktif dalam mengutip cukai tertunggak. Antara tindakan yang diambil termasuklah mewujudkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) di setiap daerah di Negeri Pulau Pinang khusus untuk memeriksa hak milik yang mempunyai tunggakan cukai tanah dan cukai petak atau block.

Selain itu, pasukan ini juga bertanggungjawab melaksanakan perampasan tanah hak milik atas sebab kegagalan membayar tunggakan cukai di bawah Seksyen 100 Akta 828 dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 128 dan 129. Selain itu bagi mengurangkan tunggakan hasil Negeri Pulau Pinang dan menggalakkan pemilik tanah membayar cukai, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif rebate bagi bayaran tunggakan denda di bawah Seksyen 14(1)(j) yang membenarkan Pihak Berkuasa Negeri membuat peruntukan mengenai pungutan, pengurangan, perebatan, pembayaran secara ansuran atau penangguhan berkaitan pembayaran cukai. Seterusnya Kerajaan Negeri menggalakkan orang ramai supaya melaksanakan pembayaran termasuk cukai tanah dan cukai petak, melakukan pembelian dokumen carian persendirian dan rasmi, urusan perserahan dan urusan-urusan tanah lain yang berkaitan secara atas talian melalui Portal PgLAND yang telah dilancarkan pada 3 Januari 2023.

Kerajaan Negeri sentiasa menyemak aliran tunai negeri dari masa ke semasa bagi memastikan perbelanjaaan Kerajaan Negeri disokong oleh keupayaan fiskal yang seimbang. Selain itu, bagi memastikan defisit perbelanjaan berkurang, Kerajaan Negeri mengutamakan perbelanjaan berkanun seperti perbelanjaan mengurus di bawah maksud tanggungan emolumen, bayaran kontrak dan pelaksanaan program atau projek berbanding perbelanjaan tidak berkanun. Kerajaan Negeri juga memanfaatkan peruntukan Akaun Amanah dan Kumpulan Wang Amanah dengan

sebaik mungkin selagi mana selari dengan Arahan Amanah atau Surat Ikatan Amanah berkenaan. Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri melipatgandakan usaha meningkatkan hasil negeri terutama melibatkan hasil bukan cukai seperti pembayaran premium tanah. Sekian terima kasih.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Soalan tambahan. Seperti yang kita sedia maklum, cukai tanah merupakan punca pendapatan utama untuk Kerajaan Negeri. Saya juga ingin tahu, selain daripada cukai tanah ataupun premium tanah, apakah langkah-langkah ataupun Kerajaan Negeri akan cari punca pendapatan yang lain supaya kewangan Kerajaan Negeri akan bertambah pada masa akan datang.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Kebun Bunga. Soalan ini akan dijawab semasa pembentangan bajet tetapi boleh diberi sedikit ulasan iaitu kita setuju cukai tanah dan kutipan berkaitan urusan tanah merupakan sumber yang besar di negeri Pulau Pinang sehingga 45% daripada hasil kita dan baru-baru ini Majlis Tanah Negara telah memberi persetujuan kepada permohonan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kajian semula cukai tanah di Negeri Pulau Pinang di mana sejak tahun 1994, 30 tahun tidak pernah dikaji semula cukai tanah dan dengan kelulusan ini maka Pengarah Tanah dan Galian serta task force yang saya nyatakan tadi sudah pun memulakan kerja-kerja semakan lot-lot hakmilikan supaya satu kadar kenaikan dapat dicadangkan untuk dikuatkuasakan pada tahun 2026 sepertimana permohonan kita kepada Majlis Tanah Negara dan ini dijangka akan dapat menambah hasil tertakluk kepada apakah kadar yang kita putuskan. Mungkin di antara RM50 juta hingga RM100 juta mahupun lebih tinggi tetapi kita senantiasa prihatin terhadap rakyat jelata yang perlu membayar cukai-cukai berkenaan. Jadi kita perlu lihat satu keseimbangan dari segi hasil dan tidak membebankan rakyat jelata. Ini antara satu usaha yang kita usahakan sejak dua tahun dahulu melakukan pelbagai semakan dan sebagainya. Maklumat lanjut akan dibentangkan dalam belanjawan nanti. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, maka saya hendak persilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Batu Uban, sila.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri soalan saya soalan nombor 4.

No. 4. Apakah langkah-langkah yang diambil dalam merangka dasar dan strategi untuk menangani

isu perubahan iklim di negeri ini?

(a) Bagaimanakah kerajaan memastikan projek pembangunan yang dilaksanakan

mematuhi prinsip pembangunan mampan dan mengambil kira kesan

perubahan iklim?

(b) Apakah insentif yang diberikan untuk pelaburan dalam teknologi hijau dan tenaga

boleh diperbaharui?

No.39. Pemanasan global dan perubahan iklim telah menjadi isu global yang memberi kesan

mendalam kepada kehidupan harian dan kesejahteraan rakyat.

(a) Apakah usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebagai langkah

berjaga-jaga terhadap isu tersebut?

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Yang Berhormat Ahli Kawasan Batu Uban, soalan ini iaitu soalan keempat saya ingin jawab bersama dengan soalan ke 39 oleh Yang Berhormat Ahli Kawasan KOMTAR sekali kerana kedua-dua soalan ni adalah soalan yang sama iaitu berkenaan isu perubahan iklim. Jawapan saya bagi soalan Yang Berhormat Ahli Kawasan Batu Uban. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam merangka dasar dan strategi untuk menangani isu perubahan iklim bagi mengurangkan kesan pemanasan global adalah seperti Visi Penang2030. Visi Penang2030 dilancarkan pada tahun 2018 untuk menjadikan Pulau Pinang "Negeri Hijau dan Pintar", dengan strategi seperti penggunaan 100% lampu jalan LED dan juga mengurangkan kegunaan air domestik sebanyak 20%, dan juga menanam 500,000 pokok.

Yang lagi satu ialah Agenda Hijau Pulau Pinang 2030, Penang Green Agenda, dimulakan pada tahun 2021 untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan iaitu Sustainable Development Goals (SDG) dengan fokus pada ekonomi hijau, pengurusan air, pengurusan bencana, pengurusan hijau dan tadbir urus. Program Industri Hijau Pulau Pinang, Penang Green Industry Programme yang juga dikenali sebagai PGIP Inisiatif ini bertujuan untuk memupuk amalan industri yang lestari dan mesra alam di Negeri Pulau Pinang. Program ini juga menggalakkan syarikat-syarikat untuk mengamalkan teknologi hijau, mengurangkan jejak karbon, dan mengikut amalan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Satu lagi pelan adalah Pelan Tindakan Bandar Hijau Pulau Pinang. Menjalankan bekerjasama dengan institusi Antarabangsa seperti GMT-GT ASEAN dan Bank Pembangunan Asia. Selain daripada itu, Pulau Pinang telah dianugerahkan sebanyak USD 10 juta untuk satu (1) projek adaptasi yang dikenali sebagai Nature Based Solution Programme yang memberi tumpuan dalam kaedah mitigasi dan adaptasi demi mengurangkan haba bandar (urban heat). Satu lagi adalah pelaksanaan Program Penanaman 1 juta Pokok Dalam Sehari Sempena Hari Bumi. Program ini dilancarkan pada 22 April 2024 bersempena Hari Bumi dengan melibatkan komuniti, sektor Kerajaan, korporat dan sukarelawan. Berdasarkan data yang kita dapat lebih daripada 1 juta pokok iaitu 1.27 juta pokok dapat ditanam pada satu hari.

Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi memastikan prinsip pembangunan mampan dipatuhi. Melalui Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan juga Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Diperingkat MBSP, menggalakkan kompleks komersial yang mempunyai ruang lantai melebihi 5,000 meter persegi serta pembangunan komersial yang dibenarkan dengan nisbah melebihi 1:3 memperolehi 15% dari tenaga yang digunakan dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui which is 15% of the electricity used should be renewable energy. Mewajibkan setiap pembangunan baharu, memasang lampu jalan jenis LED untuk semua projek-projek baru di peringkat PBT kita kehendaki pemaju untuk menggunakan lampu LED sahaja melalui Garis Panduan Pemasangan Lampu. Ini termasuk dalam bangunan-bangunan baharu yang dibina terutama yang akan diserahkan kepada MBSP seperti pasar awam, dewan dan depo sampah dan juga melaksanakan pemasangan sistem solar berbumbung di bangunan-bangunan milik MBSP, menggantikan lampu-lampu jalan HPSV dibawah penyelenggaraan MBSP dengan lampu LED secara berperingkat-peringkat, serta memastikan penggunaan lampu LED di bangunan-bangunan MBSP. Di peringkat MBPP, kecekapan penggunaan tenaga dalam bangunan-bangunan bagi cadangan pembangunan ini hendaklah mematuhi Seksyen 38A & 38B Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Uniform Building By Law 1986 dan mengikut piawaian Malaysian Standard M.S. 1525. Pemaju hendaklah menggunakan produk seperti air yang mematuhi standard dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) spesifikasi untuk Water Efficient Products. Sistem Penggunaan Air Hujan (SPAH) hendaklah disediakan mengikut Seksyen 115 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1986 rain water storage. Bagi pembangunan swasta, syarat telah dikenakan kepada pembangunan swasta di mana cadangan pembangunan hendaklah menggunakan tenaga boleh diperolehi terutamanya dari segi penggunaan tenaga solar sekurang-kurangnya 50% kepada kegunaan kemudahan fasiliti hak milik bersama dan di ruang-ruang yang hak milik bersama serta mencapai pengiktirafan Green Building Certification.

Satu lagi langkah ialah menyediakan lebih banyak kemudahan pengasingan dan kitar semula seperti tong sampah khas, pusat pungutan kitar semula dan lain-lain di kawasan kediaman,

kawasan perniagaan dan tempat awam. Dan satu laginya daripada MBPP adalah menjalankan beberapa program untuk menjimatkan tenaga elektrik dan penggunaan tenaga diperbaharui untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah Negeri Hijau seperti lampiran yang telah di atas meja. Jabatan Alam Sekitar pula, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mengawal selia aktiviti industri yang berpotensi mencemarkan alam sekitar. Penilaian Kesan Alam Sekitar iaitu Environmental Impact Assessment (EIA) memastikan projek pembangunan dijalankan dengan langkah mitigasi yang meminimumkan pelepasan gas berbahaya dan memelihara kualiti alam sekitar. Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk memastikan kualiti udara dan air juga membantu mengenal pasti perubahan atau pencemaran yang mungkin menyumbang kepada pemanasan global, dan tindakan pantas boleh diambil untuk mengawal keadaan.

Antara inisiatif lain untuk memberi insentif daripada PBT adalah antara insentif yang diberi oleh PBT untuk pelaburan dan teknologi hijau dan tenaga diperbaharui adalah seperti yang berikut: Di peringkat MBSP, MBSP memberi keutamaan kepada projek pembangunan dan perindustrian yang akan mempunyai pensijilan Bangunan Hijau, sama ada pensijilan tempatan ataupun antarabangsa untuk mempertimbangkan sebagai projek SPEED MBSP (Seberang Perai Express and Effective Development). Menerima pakai sijil penarafan hijau oleh beberapa organisasi seperti GBI Sdn Bhd, GreenRE, Mycrest dan juga Iskandar Casbee dalam pembangunan. Bagi pembangunan kediaman dan komersial Kerajaan Negeri akan memberi Insentif iaitu membayar "Entrance Fees" dan "Renewal Fees" setiap tiga (3) tahun untuk memperolehi Sijil Bangunan Hijau. Satu lagi rebat adalah rebat bayaran kemajuan untuk pembangunan yang mencapai rating Gold, rating emas ke atas dengan kadar RM3.00 sekaki persegi untuk perumahan dan RM4.50 sekaki persegi untuk perniagaan. Sekian, terima kasih.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Perai di atas satu penjelasan yang sangat baik. Saya rasa ini isu yang menjadi isu global juga tentang perubahan iklim dan Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama di mana kita memberi keutamaan untuk menjaga kualiti alam sekitar dan juga membuat beberapa polisi dan soalan saya, apakah status kempen no plastic bag yang telah kita jalankan selama ini? Bagaimana penerimaan dikalangan masyarakat dan adakah Kerajaan Negeri juga akan meneruskan untuk mengutip caj untuk plastik beg? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Batu Uban. Kerajaan Negeri memang berhasrat untuk mencapai zero plus zero usage of one off plastic bag. Memang kami berhasrat untuk capai matlamat itu di sukuan pertama tahun depan. Sehingga hari ini melalui PBT-PBT kita, kita sudah kutip sebanyak hampir RM8 juta sehingga RM8 juta dan kami berhasrat nak gunakan 10% daripada duit yang kita kutip itu untuk inisiatif zero plastic bag di sukuan pertama. Bagaimana kita nak buat. Kita berhasrat untuk guna duit sebanyak RM800,000 itu 10% daripada RM8 juta untuk membekalkan recycle bag untuk tempoh masa yang singkat. Kemudiannya recycle bag ini akan dijual oleh pemilik-pemilik kedai seperti sebagai contoh 99 Speedmart, 99 Speedmart membekalkan bag recycle dengan harga RM2 yang boleh ditukar untuk beg baru ataupun dijual balik kepada 99 Speedmart. So dari kerajaan kita berhasrat untuk tempoh 3 bulan itu kita mungkin bagi recycle bag secara free selepas itu recycle bag perlu dibeli. Kami rasa kita boleh capai dalam sukuan pertama kerana Negeri Sembilan sudah pun capai. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, sila Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tengah

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Soalan tambahan sekiranya boleh. Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan yang telah pun diberikan. Soalan yang telah pun dibangkitkan adalah mengenai climate change dan seperti yang kita tahu bahawa dalam dunia ini bangunan-bangunan dalam kawalan EXCO merupakan punca penyumbang karbon terbesar, antara yang terbesar 28% of carbon admission datang daripada bangunan-bangunan jadi soalan saya kepada Yang Berhormat moving forward dalam future ini salah satu perkara di Pulau Pinang saya rasa adalah charging station for kereta EV. Soalan saya adalah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membantu mempercepatkan di building lebih banyak charging station khususnya di perumahan-perumahan lama bukan projek-projek baru ada banyak apartment-apartment lama-lama yang telah pun dibina so what is the government’s intention, ataupun perancangan, itu salah satunya.

Yang kedua berkenaan dengan pembangunan, tadi Yang Berhormat ada sebut tentang insentif-insentif yang akan diberi kepada pihak pemaju kalau ada green certification. Can Yang Berhormat elaborate apakah certificate-certificate ini? Maksudnya what are the criteria untuk boleh diiktiraf sebagai green building, green friendly dan apakah insentif spesifik yang akan diterima oleh pemaju-pemaju. What is the cost saving kepada mereka? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah. Nombor satu, inisiatif kerajaan di bangunan-bangunan yang dimiliki oleh kerajaan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, di KOMTAR tempat-tempat di mana kegunaan elektrik tidak perlu ada lampu perlu dinyalakan untuk 24 jam seperti parking. Kita sudah ambil langkah untuk pengurangan kegunaan elektrik which can actually helps us to reduce the carbon footprint by having sensor lights seperti parking kita.

So, bangunan-bangunan yang dimiliki oleh kerajaan moving forward inilah yang kita perlu buat seperti tempat-tempat yang kurang digunakan seperti tangga, seperti tempat letak kereta, kita kena ada sensor lights supaya elektrik tidak dibazir. Dan keduanya, adalah insentif-insentif ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

No. No.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Private Charging Station. EV. Di rumah-rumah. Projek persendirian not government. Not government.

Kami memang menggalakkan kegunaan charging station dengan JMB tapi all these are privately owned properties. Kita tidak ada hak untuk enforce tetapi kita galakkan. Setiap kali kita ada aktiviti di peringkat kerajaan untuk buat common areas, kita galakkan management corporation untuk ikut kalau boleh dan kita bantu dia lah. And what is the other question?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Insentif-insentif yang diberi. Insentif dan juga the green status for green building. Okay. What is the criteria untuk mendapatkan certification ini?

Okay. Yang paling senang sekali lah adalah peringkat certification. Bukan gold ke silver ke platinum. Untuk mendapatkan kelayakan ini, pemaju-pemaju tidak perlu invest banyak duit. Tak

susah sangat. Kalau barisan bangunan itu menghadap ke utara dan selatan, tidak berkenaan dengan matahari pagi atau pun petang, automatically it reduces the use of electicity. Ia akan mengurangkan kepanasan dalam bangunan di mana penyejuk proses penyejukan itu dikurangkan masanya. This is one way.

Kebanyakan pembangunan kalau boleh ikut kriteria-kriteria seperti itu, iaitu bangunan menghadap ke utara dan selatan, dan juga menggunakan alat-alat macam paip dengan shower head, jenis pengurangan air pun boleh dapat certification termasuk juga di bilik air sistem. Sistem yang digunakan itu ada dua level. One low level, one high level. Sekarang ada sistem yang betul-betul boleh mengurangkan kegunaan air. Dan juga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Jadi, jenis

Yang di-Pertua (Speaker)

Itu antara satu cara. Jangan nanti dia pergi pasang air cuci yang jenis itu dia dapat certificate. Bukan. Itu di antara one of the criteria.

Some of the things yang pemaju boleh buat untuk mendapatkan pengiktirafan kerjawan daripada GBI atau GreenRE ke badan-badan yang lain. Inilah yang diperlukan. These are the requirement basic requirement that’s required to be introduce to get a certification. Terima kasih.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Perai dan telah menjawab. Soalan tambahan saya adalah perubahan iklim telah menyebabkan kekerapan berlakunya bencana alam. So apakah persiapan atau penyediaan Kerajaan Negeri untuk menghadapi kekerapan bencana yang berlaku. Seperti beberapa bulan yang lalu, air pasang itu naik cukup tinggi dan menyebabkan tiada hujan pun ada banjir. So ribut yang lebih besar, angin yang lebih kencang, pokok tumbang. So perkara-perkara sebegitu apakah usaha atau langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menghadapi masalah-masalah ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat KOMTAR. Kita ada banyak inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Perubahan iklim is not within our control. Tetapi effect-effect dari perubahan iklim itu under our control. Kita boleh control seperti sebagai contoh, di KADUN saya, di Perai Jalan Baru, jalan utama itu sentiasa banjir dahulu oleh kerana keturunan air kadar air sekarang lebih daripada dulu tetapi masalah dia pengaliran air tidak selancar. Masalah dia longkang-longkang yang menghala ke longkang besar atau sungai tersumbat dengan pasir.

So saya tengah bekerja dengan PBT yang sudah pun menjalankan kerja-kerja itu untuk memastikan air boleh mengalir dengan lancar ke sungai-sungai kita yang kemudiannya boleh menghala ke laut. Itu adalah satu yang saya jalankan di Perai dan berlaku. Inisiatif-inisiatif seperti itu oleh PBT di seluruh Pulau Pinang akan bantu kita. Di tempat-tempat di mana ada takungan air, kerb drains it is call kerb drains kena dibersihkan. Di MBSP memang di Perai sudah dijalankan saya diberitahu bahawa MBSP sedang menjalankan di seluruh kawasan MBSP sekarang.

Kerana baru saja appointed new contractors memang menjalankan kerja-kerja sedemikian dan dari segi kenaikan air paras laut. Ini walaupun bukan portfolio saya, saya boleh jawab sedikit lah ya. Memang di tempat-tempat yang dibina untuk menghadapi banjir 15 tahun ke bawah. The latest development of plant of 100 years flood seperti kawasan di Perai itu yang dirancang untuk 50 tahun sekarang kita tak dapat handle.

Kenaikan paras laut so kita ada gate gate untuk tahan air daripada laut masuk dan apa yang kita kena meningkatkan adalah penambahan pam-pam iaitu bila gate itu tutup, dan jika penurunan air adalah banyak dan tidak dapat mengalir keluar dengan lancar, banjir akan berlaku. Ini kita kena saya akan bekerjasama dengan Yang Berhormat Infrastruktur untuk memastikan kita ada cukup pam untuk pam air dari kawasan dalam ke dalam sungai ataupun laut. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Kita dengar soalan arkeologi lah. Pulau Tikus dipersilakan.

Joshua Woo Sze ZengDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan lima (5).

No. 5. Apakah status terkini Galeri Arkeologi Guar Kepah dan jabatan apa yang akan

dipertanggungjawabkan untuk menguruskan galeri tersebut?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih kepada Pulau Tikus, Dato’ Speaker. Berkenaan dengan soalan status terkini Galeri Arkeologi Guar Kepah. Projek pembinaan bangunan Pusat Arkeologi Guar Kepah dua (2) tingkat yang terletak di Mukim 2, Kepala Batas, Seberang Perai Utara telah disiapkan dengan kerjasama pihak berkuasa pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) pada 20 Mei 2024 dan telah mendapatkan perakuan siap dan pematuhan atau dalam singkatan bahasa Inggeris ‘CCC’ pada 9 September 2024.

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) sedang melaksanakan perolehan bagi kelengkapan makmal dan Pejabat Arkeologi serta pembangunan sistem e-tiket bersama pihak Digital Penang. Selain itu, pendekatan secara kerjasama awam dan swasta atau pun bahasa Inggeris ‘PPP’ juga sedang dilaksanakan bagi tujuan penyewaan dan pengurusan kafe dan kiosk cenderamata.

Sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan hasil bagi menampung penyelenggaraan bangunan. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Kementerian Luar Negeri sedang dalam usaha membawa pulang serpihan rangka-rangka Guar Kepah yang kini berada di Collection Centre Netherland, CCNL Belanda pada tahun 2025.

Galeri Arkelogi Guar Kepah akan diuruskan dan dioperasikan oleh CMI selaku pemilik tapak dan bangunan. Pihak CMI turut akan bekerjasama dengan Pusat Pendidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia bagi menguruskan makmal arkeologi terutamanya untuk aktiviti penyelidikan serta pemeliharaan artifak dan rangka Guar Kepah. Galeri Arkeologi Guar Kepah dijangka dirasmikan dan dbuka untuk orang ramai pada awal tahun 2025. Itu soalan saya. Itu jawapan saya. (gangguan)

Joshua Woo Sze ZengDAP · PHPulau Tikus

Soalan tambahan. Apakah signifikan projek ini dari segi arkeologi dan juga ekonomi setempat?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih Pulau Tikus telah menanyakan dua (2) soalan tambahan iaitu arkeologi. Pihak arkeologi dan ekonomi, untuk nilai arkeologi di Utara Semenanjung sebenarnya ada satu koridor dari segi koridor arkeologi daripada Gua Kelam dari negeri dari Gua Kelam dari Perlis sampai kepada Sungai Batu dan Lembah Bujang dan baru-baru ini juga dijumpa bahan-bahan arkeologi di Bukit Choras di Kedah dan sampai ke Guar Kepah di Seberang Perai Utara kemudian hingga ke Lenggong Valley Lembah Lenggong di negeri Perak.

So jumpaan yang paling signifikan di tapak arkeologi di Guar Kepah adalah rangka manusia yang dikenali sebagai Penang Women yang berusia lebih daripada 5000 tahun yang akan menjadi bahan pameran utama di pusat ini. Oleh itu, ada satu terbentuklah satu koridor arkeologi. Dan oleh itu, peminat-peminat kaji arkeologi atau pun pelancong-pelancong boleh juga selain daripada Guar Kepah dia boleh keseluruhan koridor arkeologi dan untuk soalan kedua tentang ekonomi dan dengan tertubuhnya Guar Galeri Arkeologi Guar Kepah ini dia juga akan menjana ada menampakkan limpahan dari segi ekonomi kepada sektor-sektor pelancongan seperti pemandu pelancong, penjaja setempat ada kesan limpahan terhadap ekonomi setempat tapi panggil arkeologi Education Tourism dan Kerajaan Negeri bersama dengan Think City bersama dengan CMI, MBSP dan Penang Global Tourism akan terus mempelopori peluang ekonomi terhadap pelancongan eco tourism education tourism atau archaeology tourism di kawasan Seberang Perai Utara ini. Itu jawapan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB kawasan. Ya. Tanya. Minta diskaun atau free untuk penduduk kawasan.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya bagi soalan nombor lima (5) yang telah dikemukakan oleh Pulau Tikus dan jawapan yang telah diberi oleh Paya Terubong. Jadi saya tertarik sebab Galeri Arkeologi Guar Kepah ini berada di DUN Penaga di Seberang Perai Utara dan penggal lepas pun saya telah bawa isu ini supaya diberi perhatian oleh kerajaan. Ini antara tempat warisan atau pun sejarah yang perlu diberi perhatian dan telah dibina galeri dan telah pun siap difahamkan dalam Mesyuarat Jawatakuasa Tindakan Pembangunan SPU pun di Pejabat Daerah dua (2) hari lepas pun telah dimaklumkan oleh pihak yang berautoriti dan akan dirasmikan sebagaimana disebut tadinya dan akan dibuka pada awal Januari tahun depan.

Jadi dalam keadaan ataupun situasi galeri ini dibuka dan saya yakin warga luar daripada Penaga ataupun masyarakat luar akan datang untuk melihat sejarah hari ini. Saya melihat di sana itu adalah laluan saya setiap hari, dia berada berhampiran dengan kawasan sawah atau pun bendang cumanya bila pelancong ramai yang datang, dia akan membawa kepada penduduk setempat akan mengambil manfaat untuk berniaga untuk penjaja akan berniaga.

Soalan saya adakah kerajaan melihat untuk menyediakan tapak ataupun tempat bagi penjaja ini berniaga sebab kalau ramai yang datang dan mereka membina payung-payung di tepi jalan untuk berniaga, ini mungkin memberi atau mengganggu lalu lintas dan mungkin pihak PBT juga akan bertindak. Adakah kerajaan melihat untuk menjana ekonomi setempat dengan menyediakan tapak perniagaan untuk penjaja ini berniaga.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih di atas soalan daripada Penaga ini. Kerajaan Negeri akan bersama dengan MBSP akan juga melihat kepada cadangan Yang Berhormat tadi. Dan saya rasa juga ada baiknya kerana bukan saja pelancong-pelancong, pelajar-pelajar sekolah. Pelajar-pelajar sekolah dari seluruh Malaysia boleh datang ke Guar Kepah Galeri ini kerana ini peluang pendidikan yang amat bagus dan Pulau Pinang bukan sejarah Pulau Pinang bukan bermula daripada Captain Francis

Light mendarat Di Pulau Pinang 1786, dia sudah menjangkau 5,000 tahun. Oleh itu, perlu dimasukkan dalam textbook-textbook sejarah Malaysia dan saya rasa ini juga akan menarik lebih rombongan pelajar-pelajar dan saya menghargai cadangan tersebut, dan saya akan meminta pihak MBSP dan juga CMI untuk mengkaji cadangan Yang Berhormat. Terima kasih.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu lagi.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Satu lagi. Berkenaan dengan membawa pulang pecahan 41 rangka manusia Guar Kepah ini YB. Jadi, saya difahamkan yang rangka-rangka ini berada di Universiti Groningen di Belanda ya. Jadi soalan dia, adakah hari ini ahli geologi kita ataupun pakar-pakar daripada universiti kita berada di Universiti Groningen itu bersama-sama untuk buat kajian tersebut untuk mendapatkan data-data dan saya juga difahamkan bahawa perbelanjaan melibatkan RM1 juta lebih ditanggung oleh Kerajaan Belanda dalam membuat proses penyelidikan ini, dan adakah RM1.4 juta itu termasuk dengan perbelanjaan penghantaran balik ke Malaysia, rangka-rangka tersebut dalam tahun 2025. Itu sahaja.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih atas soalan tersebut. Dan Kerajaan Negeri sebenarnya bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan kerana dia memerlukan satu kita panggil government to government antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Belanda. Dan daripada pihak Peguam Negara bersama dengan Kementerian Luar Negeri dan juga Kedutaan Malaysia di Belanda dan juga pihak berkuasa di Belanda sedang mengusahakan satu Agreement of Transfer (AOT) iaitu satu perjanjian antara kedua-dua pihak antara negara dengan negara bagaimana membawa balik.

Dan satu kertas kabinet perlu dibentangkan diperingkat kabinet, dan segala urusan dengan perjanjian dengan kos persangkutan dan sebagainya perlu diperhalusi dalam kertas kabinet tersebut, untuk kelulusan kabinet. So, dia lebih kepada peringkat nasional antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Belanda dan Kerajaan Negeri sedang menyusuli perkara ini dengan pihak-pihak berkuasa di Kerajaan Persekutuan dan juga kedutaan kita di Belanda. Itu jawapan saya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Ahli Kawasan Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya nombor enam (6).

No. 6. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang bersiap untuk menjadi negeri mesra warga emas

menjelang tahun 2028. Dengan kenaikan jumlah warga emas, adakah kerajaan bercadang

memperkenalkan inisiatif kewangan baru seperti bantuan bulanan kepada warga

emas terutamanya yang hidup sebatang kara untuk membantu kos saraan hidup?

Mohon penjelasan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Lancang kepada soalan yang begitu prihatin tentang kebajikan warga emas. Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat memahami kepentingan untuk bersiap sedia dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri mesra warga emas menjelang tahun 2028. Jadi, seiring dengan peningkatan jumlah warga emas, Kerajaan Negeri sentiasa menitikberatkan aspek kestabilan bantuan pendapatan dan sokongan kepada golongan ini.

Bagi membantu warga emas yang tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup, tidak mempunyai keluarga, atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500 kepada warga emas yang layak.

Manakala, bagi warga emas yang tidak mempunyai waris atau menghadapi isu penjagaan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menguruskan permohonan perkhidmatan institusi kebajikan seperti Rumah Seri Kenangan, yang menyediakan perlindungan dan penjagaan khusus untuk warga emas yang memerlukan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil beberapa langkah untuk menggiatkan penglibatan warga emas yang sihat dan aktif dalam tenaga kerja melalui beberapa projek atau program yang dibuka di bawah Pelan Tindakan Bandar Mesra Usia yang bukan sahaja membawa manfaat kepada warga tua dari segi kewangan, tetapi juga secara fizikal, mental dan emosi, antaranya adalah:

(a) Program Pembersihan Tandas Awam di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya

Pulau Pinang, 8 Tandas Awam dikenal pasti sekitar Pulau Pinang; dan

(b) Program Kontrak Perkhidmatan Komuniti dianugerahkan kepada penduduk di projek perumahan awam bagi tujuan pembersihan dan keselamatan. Sekurang-kurangnya 75% peluang pekerjaan dalam bidang pembersihan dan keselamatan diberikan kepada warga emas.

(c) Yang ketiga, Projek Pertanian Bandar di Lebuhraya Rose. Warga emas mengurus, memantau dan mengusahakan kebun tersebut.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited untuk terus memperkukuh usaha ini demi memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga emas sentiasa terbela.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Seri Speaker soalan tambahan. Memandangkan bayaran Penghargaan Wang Warga Emas dan enam program yang lain telah mencecah RM54 million daripada wang Kerajaan Negeri. Memandangkan keadaan kewangan Kerajaan Negeri sekarang ini, ada tak cadangan daripada pihak kerajaan untuk mengurangkan wang penghargaan ini daripada RM200 turun kepada RM100? Adakah ia benar? Soalan pertama.

Kalau tidak, adakah cadangan dari Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi bayaran RM200 kepada RM300 kalau mampu. Dan soalan yang ketiga, adakah warga-warga emas ini bagi saya DUN Batu Lancang anggaran lebih daripada 30% warga emas di kawasan saya. Apakah rancangan daripada Kerajaan Negeri untuk mengadakan atau membolehkan warga-warga emas ini berkumpul, berkawan.

Maksudnya dapat bergaul bersama rakan-rakan warga emas mereka sendiri daripada ada yang kita nampak warga-warga emas yang duduk seorang di rumah, tak ada kawan langsung, ada apa program, kegiatan yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri selain daripada penghargaan wang warga emas ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Batu Lancang. Ya, memang saya pernah bangkitkan bahawa untuk Program i-Sejahtera telah mencecah sekarang dah melebihi almost dalam RM60 juta untuk setahun ini. Ini adalah lebih 10% daripada hasil Kerajaan Negeri. Maka tetapi, untuk soalan daripada Batu Lancang kita tidak ada rancangan untuk menurunkan lagi daripada RM200 ke RM100. Tetapi kita, ini terpulang kepada hasil Kerajaan Negeri yang dikutip. Kita perlu melihat kepada berapakah hasil yang kita boleh kutip.

Kalau tinggi hasil yang dapat tinggi kita akan kaji semula, kaji semula bagaimana dan berapakah. Sama ada memang kita suka kalau kita boleh tinggikan lagi program penghargaan kepada warga emas kita dan untuk penyertaan memang Negeri Pulau Pinang telah menuju ke negeri menua lebih daripada 7% daripada penduduk di Pulau Pinang. 7% daripada penduduk Pulau Pinang telah melebihi tahun 65, seven point seven angka yang betul.

7.7% melebihi 65 tahun maka, Negeri Pulau Pinang telah ada menubuhkan di bawah Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di bawah melalui JKM, kita telah menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Dan dalam tahun ini kita telah tambah tiga (3) Pusat Aktiviti Warga Emas di Bukit Bendera, satu di Padang Tembak di satu di Jelutong iaitu di dekat belakang sekolah opposite Han Chiang that’s one PAWE, Jelutong dan satu lagi PAWE Kepala Batas.

Jumlah adalah sembilan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ini bertujuan untuk mengumpulkan kalau warga tua-warga tua boleh mengadakan aktiviti di sana seperti banyak aktiviti ada di sana. Jadi, dia akan menjadikan warga emas lebih aktif. What we say that, (dengan izin) active-aging. Kita nak mereka lebih aktif dalam program dan aktiviti di masyarakat. Jadi, saya juga sarankan supaya ADUN-ADUN kita mengadakan lebih banyak program di komuniti kamu yang melibatkan komuniti warga tua.

Selain daripada itu kita juga ada Program Khidmat Bantu Dalam Rumah oleh JKM di mana social worker akan pergi ke rumah warga tua atau OKU. Nama senarai daripada JKM membuat lawatan ke rumah mereka sekurang-kurangnya seminggu sehari dan pihak kami akan memperluaskan khidmat bantuan dalam rumah ini, khidmat bantuan dalam rumah ini dengan Program Sukarelawan Mutiara.

Yang ini akan kita akan dan sedang dalam perancangan dan penstrukturan dan saya akan lancarkan dalam tahun ini. Masih ada satu bulan dan dengan penglibatan daripada beberapa ADUN daripada Kebun Bunga juga sangat aktif dan ADUN daripada Sungai Puyu daripada ADUN daripada beberapa ADUN sudah setuju bahawa kita akan mengumpulkan golongan sama tak kira daripada warga emas yang aktif atau golongan muda untuk menyertai Program Sukarelawan Mutiara ini iaitu membuat lawatan ke rumah-rumah warga tua.

Dan ini kita prihatin sebab kita tak mahu mereka terlalu sunyi di rumah, dan kita bukan sahaja melawat ke rumah mereka. Kita, hasrat kita adalah kalau boleh membawa mereka keluar daripada rumah dan menyertai program-program komuniti atau program-program sosial. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Soalan tambahan.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Soalan tambahan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’, Dato’ Seri. Soalan saya kepada Yang Berhormat tadi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Semua takut tua.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Tadi Yang Berhormat ada sentuh dua perkara lah. Satu berkenaan dengan bayaran RM500, bantuan daripada JKM dan lagi satu adalah berkaitan dengan Rumah Seri Kenangan. Jadi, saya ingin bertanya sebab kita lihat sekarang ini, memang kos sara hidup sedang meningkat. Saya ingin bertanya, bilakah jumlah RM500 ini ditetapkan? Soalan itu, kriteria bagaimana kiraan RM500 itu dikira, sebab saya rasa memang buat sekarang tidak lagi mencukupi untuk menyara orang-orang tua, khususnya yang tidak ada bantuan.

RM500 tak cukup saya rasa, memang dalam perbelanjaan sebulan pun. Memang adalah tidak cukup, saya harap dan ingin bertanya adakah kerajaan akan menimbang semula jumlah RM500 ini.

Yang kedua berkenaan dengan Rumah Seri Kenangan. Seperti yang YB katakan tadi, hampir 7% daripada populasi Pulau Pinang sekarang adalah lebih daripada umur 65 tahun. Dan dalam 20 tahun lagi, jumlah ini akan meningkat sehinggalah mungkin 1/4 atau 1/5 daripada populasi 25% akan menjadi orang warga emas ataupun melebihi 65 tahun.

Jadi, pada situasi pada masa itu sudah tentu isu perumahan ataupun pusat-pusat jagaan akan menjadi sangat penting, dan akan sangat diperlukan di Pulau Pinang. So, soalan saya Rumah Seri Kenangan ini kalau tak silap saya, bukan di Pulau Pinang di luar Negeri Pulau Pinang dan kalau tidak silap saya, di Pulau Pinang kita tidak ada satu pun Rumah Pusat Jagaan Warga Emas yang dikendalikan oleh kerajaan. Jadi soalan saya adakah, bukankah sekarang masa yang cukup tepat untuk Kerajaan Negeri membuat kajian untuk kita boleh menubuhkan sekurang-kurangnya satu pusat jagaan untuk warga emas di Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Dato’ Seri Speaker. soalan berkaitan berkaitan pusat jagaan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Silakan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih daripada yang Berhormat Bukit Tengah. Bantuan orang tua yang bernilai RM500 itu saya tak ada tak tau, tak ada kajian berapa bila dia ditetapkan cuma bukan bukan, sebelum tu sudah ada ini daripada Federal. Kalau untuk bantuan daripada negeri, kita ada lagi Bantuan Ekonomi Agenda Ekonomi Saksama iaitu akan mengambil kira Pendapatan Garis Pendapatan (PGK). Jadi itu adalah kiraan yang tak sama. Jadi saya setuju memang saraan kos semakin tinggi dan daripada itu kita adakan Kerajaan Negeri selalu bersama dengan dapat data daripada ICU, bersama dengan NGO-NGO dan juga bersama seperti pihak-pihak daripada ZAKAT,

Tzu Chi kita akan meneliti sebab kita pun faham RM500 tu memang tidak mencukupi dan kita akan tambahkan.

Kalau boleh daripada NGO-NGO yang lain seperti Tzu Chi atau dari ZAKAT akan menambahkan dan kita juga ada dari Mutiara Food Bank akan menyalurkan menyalurkan barangan kering atau makanan yang kita selamatkan daripada pasar raya-pasar raya. Ini adalah tindakan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu membantu warga emas. Dan tentang pusat jagaan, memang Seri Kenangan tidak ada di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang telah ada satu pusat jagaan di Nibong Tebal tetapi telah sebelum itu telah masukkan 20 warga emas tetapi berlakunya isu GISB, kita perlukan tempat itu untuk menempatkan 200 budak-budak yang diselamatkan daripada kes tersebut maka warga emas kita hantar ke Seri Kenangan yang lain. Memang sekarang sudah ada satu di Nibong Tebal oleh kerajaan, ada satu di Nibong Tebal.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagan Jermal, satu lagi.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Saya, Dato' Speaker. Soalan saya soalan nombor 7.

No. 7. Memandangkan keadaan kesesakan lalu lintas teruk di Jalan Permatang Pauh terutamanya

pada waktu puncak dan sewaktu program diadakan di Butterworth Arena, adakah pihak

Kerajaan Negeri merancang untuk melebarkan Jalan Permatang Pauh di hadapan

Pangsapuri Ampang Jajar dan jambatan berkenaan dari empat lorong keenam lorong?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan terima kasih pada yang Berhormat Bagan Jermal. Kerajaan Negeri mengambil maklum akan keadaan lalu lintas yang sesak di Jalan Permatang Pauh khususnya pada waktu puncak, maka Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang telah pun mengemukakan cadangan Projek Penggantian Jambatan Ampang Jajar FT 3111, Jalan Permatang Pauh dalam permohonan Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 namun tidak berjaya diluluskan. Walaupun begitu, Kerajaan Negeri akan mengangkat semula dalam permohonan RMKe-13, sudah masuk dalam senarai. Terima kasih.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Soalan tambahan satu, Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Silakan.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Saya menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri untuk permohonan semula dalam RMKe13 dan juga projek pelebaran bukan, sorry lebuhraya bertingkat dari Tol Juru ke Tol Sungai Dua. Soalan tambahan saya adalah adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan supaya dibina satu jambatan merentasi Sungai Perai dari Taman Kerapu ke Kampung Bagan Serai di mana dulunya adalah lokasi Titi Timbul dan supaya ini penting supaya akan menjadi satu alternatif untuk meleraikan lagi kesesakan lalu lintas sewaktu pada tempoh pembinaan ataupun fasa pembinaan elevated highway tersebut? Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan tersebut dan saya difahamkan di kawasan tersebut terdapat cadangan pemajuan masa depan. Oleh itu, dalam perbincangan sebelum ini, pihak MBSP bersetuju akan memohon pemaju yang akan mengemukakan Pelan Permohonan dalam kawasan tersebut untuk melaksanakan kajian lalu lintas di samping juga untuk membina jambatan tersebut apabila pemajuan itu diluluskan. Terima kasih, Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay, satu lagi. Pengkalan Kota.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 8.

No. 8. Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam memberi pampasan / ganti rugi kepada masjid /

surau / Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang bakal memberi laluan kepada projek Transit

Aliran Ringan (LRT)?

(a) Setakat ini, berapakah masjid / surau / RIBI telah dikenal pasti yang terkesan

di bawah projek LRT? Nyatakan.

(b) Adakah tapak sembahyang berpusat bakal disediakan bagi mengatasi isu

tertimbul oleh projek LRT?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker dan terima kasih kepada kawasan Yang Berhormat Pengkalan Kota. Proses pewartaan Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah bagi Koridor Jajaran Fasa 1 telah dilaksanakan supaya pihak MRT Corp dapat menjalankan kerja-kerja ukur dan juga ukur tanah. Pihak MRT Corp kini juga sedang dalam proses mengadakan perbincangan dengan pemegang-pemegang taruh ataupun stakeholders untuk memuktamadkan pengambilan balik tanah berdasarkan Seksyen 8 dan maklumat yang terperinci perlu dirujuk kepada MRT Corp ataupun Kementerian Pengangkutan. Buat masa ni Kerajaan Negeri tidak ada yang terlalu terperinci lah, macam mana pun PLANMalaysia telah pun melaporkan bahawa untuk pertimbangan bagi kaedah dan strategi penyelesaian perihal pampasan ataupun ganti rugi kepada apa-apa rumah ibadah yang terkesan dalam laluan LRT, perkara ini akan dirujuk kepada jawatankuasa di bawah Yang Berhormat Sungai Pinang untuk diputuskan mengenai jenis pampasan dan sebagainya.

Jadi berdasarkan kepada soalan Yang Berhormat, jawapan yang diperolehi daripada pihak MRT Corp adalah mereka telah maklum bahawa perbincangan sedang diadakan dengan pihak masjid, surau dan juga rumah ibadah yang lain dan hasil perbincangan akan dimaklumkan kelak pada Kerajaan Negeri dan sepanjang jajaran Laluan Mutiara ini belum ada perancangan untuk sebarang pemindahan masjid atau surau ataupun rumah ibadah bukan Islam. Walau

bagaimanapun, terdapat laluan yang berkemungkinan akan merentasi sebahagian daripada ruang tanah di pinggir, maksudnya dia akan dekat-dekat tapi tak terkena kepada bangunan rumah ibadah. Dan untuk menjawab soalan (b), setakat ini Kerajaan Negeri tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak bagi penyediaan tapak sembahyang berpusat yang melibatkan pelaksanaan projek LRT. Terima kasih, Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya adalah salah satu lokasi yang terkena pada jajaran Laluan Mutiara adalah Tapak Pesta Sungai Nibong, jadi apakah status semasa berkaitan dengan lokasi ini dan adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan Pesta Pulau Pinang di lokasi yang lain. Jika ya, sila nyatakan lokasi tersebut.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Kota, soalan yang baik dan sebenarnya sepertimana yang kita semua sedia maklum semasa pameran yang dilakukan oleh pihak MRT Corp dalam program Madani Rakyat pada Hari Raya yang lalu telah ditunjukkan bahawa tapak Pesta telah pun dikenal pasti sebagai salah satu TOD ataupun Transit Oriented Development, satu kawasan TOD yang utama yang juga akan menjadi satu hab pengintegrasian mod pengangkutan. Maksudnya, akan ada LRT dan ada kemungkinan besar ada depoh juga di bawah dan selain daripada itu dan akan juga diintegrasikan hab bas yang sedia ada di kawasan Sungai Nibong itu untuk menjadi sebahagian daripada pembangunan TOD tersebut maka dia tapak Pesta ini mempunyai potensi untuk menjadi hab pengangkutan dengan mod-mod yang berlainan dan pada masa yang sama dapat menjana hasil kepada kerajaan melalui pembangunan TOD.

Jadi Kerajaan Negeri setuju dengan cadangan tersebut dan telah pun mewujudkan satu jawatankuasa bersama untuk meneliti perkara ini bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan kerana kemungkinan besar projek ini akan dimajukan sebagai satu usaha sama joint-venture antara Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat. Dan sudah tentu apabila berlaku pembangunan TOD di kawasan tapak Pesta maka apa akan berlaku kepada Pesta yang sedia ada, yang tu Kerajaan Negeri belum lagi membuat keputusan. Namun apa yang saya boleh maklum adalah Pesta pada tahun ini yang akan berlangsung daripada 21 Disember sehingga 2 Februari 2025 masih akan berlangsung seperti biasa. Terima kasih, Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay, terima kasih. Injury time, satu lagi

Okay Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.

No.9. Nyatakan status projek pembinaan kubur Cina di Bukit Indera Muda.

(a) Apakah kajian kesan banjir telah dilakukan?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, Dato Seri Yang di-Pertua bagi saya jawab soalan nombor 9. Untuk soalan nombor 9, status projek pembinaan iaitu di Lot 263, 283, 729, 731 dan sebahagian Lot 922 yang terletak di Mukim 3, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang adalah merupakan

hak milik Persatuan Keturunan Guandong Seberang Perai Pulau Pinang. Lot- lot tersebut mempunyai keluasan keseluruhan sebanyak 12,572.93 meter persegi yang dicadangkan untuk pembinaan kolumbarium, plot kubur bersama kemudahan-kemudahan asas lain seperti tempat parking, tempat parkir kereta, jalan dan sebagainya. Tapak yang dicadangkan di terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh dan kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir. Keadaan guna tanah semasa tapak cadangan adalah tanah kosong dan berdekatan dengan Perkuburan Cina sedia ada.

Permohonan Pelingkungan telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bilangan 4/2024 tetapi permohonan Kebenaran Merancang masih belum dikemukakan oleh perunding Green Acres Studio Sdn. Bhd. bagi pihak Persatuan Keturunan Guandong Seberang Perai Pulau Pinang kepada MBSP. Bagi jawapan untuk soalan (a), bagi menjawab persoalan keperluan kajian kesan banjir di kawasan tersebut pula, pihak MBSP berpandangan bahawa tiada keperluan untuk melakukan kajian banjir di kawasan terbabit kerana kawasan dicadangkan bagi pembangunan projek pembinaan adalah merupakan kawasan mempunyai ciri keterapan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, MBSP tetap mengambil inisiatif untuk mensyaratkan pemaju menjalankan kajian hidraulik terperinci bagi menentukan kapasiti dan saiz parit serta kolam dalam pelan jalan dan parit. Semua hasil kajian perlu dimasukkan ke dalam pelan yang akan disemak oleh MBSP untuk memastikan pematuhan kepada syarat dan keperluan teknikal bagi mengelakkan sebarang isu banjir pada masa hadapan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Tuan Yang di-Pertua, apa ni kubur ni sekarang berada dalam kawasan lingkungan orang Melayu lah. Kubur ni dah lama dulu ni mungkin tak ada rumah, dia ada apa laporan sikit sensitiviti. Walau bagaimanapun, saya mendapat berita bahawa projek ini telah diluluskan oleh Ketua Menteri dengan Kebenaran Merancang, tak clear tak clear, dengan apa dengan dua blok yang disetujukan. Jadi ini sebab apa sebab apa, mesyuarat telah diadakan dan saya tak dapat apa pun maklumat cuma mendengar hearsay. Jadi pada pagi ini jelaskan bahawa belum lagi diluluskan, betul lah. So, kalau belum lagi diluluskan jadi apa maklumat yang saya dapat salah salahlah.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Tarikh balik, tarik balik.

Tarik balik, tarik balik. Walau bagaimanapun, sekiranya projek diteruskan saya kira ada berlaku sensitiviti jadi perlu dimaklumkan kepada ADUN setempat. Mungkin perkara ini boleh dibincangkan untuk mengambil kira sensitiviti, sekiranya berlaku.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okay, so Permatang Pasir tarik balik, ya. Okay, jangan dengar khabar-khabar angin yang tak betul boleh lah datang jumpa saya untuk mengenal pasti sama ada KM atau status projek. Untuk jawab soalan bagi tambahan bagi Permatang Pasir memang seperti apa yang saya maklum permohonan pelingkungan telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bilangan 4/2024. Walau bagaimanapun, Kebenaran Merancang iaitu KM masih belum dikemukakan. Dalam syarat semasa permohonan pelingkungan, memang pemilik ataupun bagi Persatuan Keturunan Guandong Seberang Perai, Pulau Pinang perlu menjalankan kajian Laporan Penilaian Impak Sosial iaitu SIA. So, semasa menjalankan Laporan Penilaian Impak (SIA) dan juga Laporan Penilaian Impak Lalulintas. Mereka akan terlibat dengan penduduk-penduduk di sekeliling kawasan. Apabila laporan itu siap mereka akan hantar kepada PLANMalaysia. Semasa buat permohonan Kebenaran Merancang, mereka perlu mengenal pasti permintaan-permintaan dalam laporan sama ada SIA ataupun TIA untuk tunaikan syarat semasa buat permohonan Kebenaran Merancang. Maka, saya pun tidak pasti bila mereka akan buat permohonan akan mengemukakan KM mereka. Saya harap kalau Permatang Pasir ada maklumat ataupun ada apa-apa soalan bolehlah jumpa saya, terima kasih. Okey, thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat maka satu jam 30 minit untuk soalan lisan telah tamat selaras dengan sub peraturan 26(7) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih sebelum kita teruskan kepada agenda seterusnya saya ingin buat sedikit pembetulan kepada maklumat yang tadi pagi. Tadi lah untuk mendiang Encik Teoh Teik Huat telah meninggal dunia pada 14 Julai 2024. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli DUN Kawasan Pengkalan Kota dari tahun 1982 hingga 1990, kawasan Paya Terubong dari 1990 hingga 1995 dan Parlimen Bagan dari tahun 1990 hingga 1995. Itu sedikit pembetulan untuk...

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Yang di-Pertua sebenarnya Teoh Teik Huat ialah di antara tahun 96 hingga 90. 90 hingga 95 ialah Lim eh bukan itu ya, ya Yang Berhormat Lim Hock Seng. Saya tahu kerana saya adalah ahli Parlimen Bagan. Saya minta maaf.

Yang di-Pertua (Speaker)

Parlimen itu, ya betul. Terima kasih. Untuk Parlimen Bagan dari tahun 1986 hingga 1990. Silap tengok. Okey terima kasih Bagan. Eh, Bagan pula. Air Putih (ketawa). Ahli-ahli Yang Berhormat seterusnya saya ingin merujukkan kepada peraturan 15 (3). Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk bab Susunan Mesyuarat memandangkan saya rasa Susunan Mesyuarat perlu diubah dan untuk kita mendengar Usul 7 (b) dan (c) terlebih dahulu. Perubahan aturan ini bertujuan untuk kita sama-sama melicinkan perjalanan mesyuarat yang saya rasa kita perlu tangguh pada waktu tengah hari sebelum Solat Jumaat. Serta kita nak memastikan Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Untuk Tahun 2025 Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025 oleh Yang Amat Berhormat boleh berjalan dengan lebih lancarlah. So

saya mohon supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan untuk bersetuju kepada pindaan Aturan Mesyuarat ini. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan “ya”.

Ahli-ahli Yang Berhormat:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan “tidak”. Kita sama-sama kita terima dan setuju dan maka kita mendengar Usul 7 (b) dan 7 (c) terlebih dahulu. Silakan.

Setiausaha Dewan

Usul Jawatankuasa Peraturan Peraturan Mesyuarat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Air Itam.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Saya memohon mencadangkan bahawa Dewan ini mengambil maklum mengenai keperluan cadangan Usul Mesyuarat Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke-15 Pindaan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri iaitu Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan bahawa Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat adalah dibentuk di bawah Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dengan merujuk kepada perkara seperti di bawah. Perkara pertama, Perkara 109 (d) dengan tidak menyalahi Peraturan Majlis Mesyuarat 109 hendaklah diadakan sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat yang mengandungi yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan tidak lebih dari 10 orang Ahli yang lain yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang yang boleh selepas permulaan penggal.

Adalah kewajipan jawatankuasa ini menimbangkan dari semasa ke semasa dan mengemukakan penyata kepada Dewan berkenaan dengan perkara-perkara berkaitan dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat yang dirujukkan oleh Dewan kepadanya bagi ditimbangkan. Jawatankuasa ini tidak berkuasa memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikemukakan surat-surat kecuali Dewan membuat ketetapan memberi kuasa sedemikian. Sebagai tambahan Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat adalah diberikan kuasa untuk meminda apa-apa perkara berkaitan dengan peraturan-peraturan dan notis dengan draf pindaan perlulah diusulkan dengan rujukan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang seperti berikut.

Perkara 109 (d), jawatankuasa ini boleh dari semasa ke semasa menimbangkan apa-apa perkara berkaitan dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat dan difikirkan perlu melaporkan kepada Dewan untuk ketiga, jika notis usul mengandungi apa-apa cadangan hendak meminda peraturan-peraturan majlis mesyuarat maka notis hendaklah diserahkan dengan satu draf pindaan yang dicadangkan itu dan usul itu apabila dicadangkan dan disokong adalah disifatkan telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat tanpa dikemukakan masalah kepada mesyuarat dan tidak boleh dibincangkan lagi usul ini sehingga Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata kepada Dewan berkenaan dengan cadangan itu.

Pindaan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri pernah dilaksanakan pada tahun 1960, 1966, 1975, 2005 dan 2015 seterusnya 20 Jun 2024 iaitu pada hari Khamis telah bersidang Mesyuarat Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat Bilangan 1

Tahun 2024 dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Law Choo Kiang, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Jawatankuasa telah bersetuju untuk mencadangkan tiga (3) pindaan terhadap Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, pindaan tersebut melibatkan teks bacaan doa Perkara 14 dan Perkara 109. Untuk teks bacaan doa dipinda kepada ayat baharu yang telah dirujuk dengan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Teks bacaan doa ditambah baik dari sudut bahasa dan disesuaikan dengan masa kini. Perkara ke-14, penyata pakaian ahli diperincikan dengan cadangan pindaan pemakaian pakaian kebangsaan lengkap, dark lounge suit atau pakaian batik. Perkara 109 dimasukkan penyata pengerusi serta empat orang Ahli-ahli Jawatankuasa itu adalah mencukupi korum ke dalam Perkara 109 (b) Perkara 109 (c), Perkara 109 (d) dan seterusnya. Selain itu turut dicadangkan juga sebarang pindaan bagi perkara-perkara yang difikirkan perlu sekiranya ada cadangan pindaan akan diperhalusi di peringkat Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat sebelum dibentangkan ke Dewan yang seterusnya. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Air Itam.Saya perlukan penyokong untuk usul ini. Sila.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Yang Berhormat Dato’ Seri yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Kebun Bunga. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul bahawa Dewan ini mengambil maklum mengenai keperluan cadangan usul Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke-15 iaitu Pindaan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri dipersetujui memandang ia cuma satu formaliti untuk kita memulakan proses apa nama kajian untuk kita buat pindaan ke atas Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat maka saya rasa dia tidak perlu dibahaskan dan kita akan bahas sewaktu laporan dan rumusan nanti dikemukakan oleh Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat nantilah. So maka Ahli-ahli yang bersetuju katakan “ya”.

Ahli-ahli Yang Berhormat:

“Ya”

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan “tidak”. Ya, kita semua setuju supaya usul ini dilaksanakan.

Setiausaha Dewan

Usul daripada Yang Berhomat Timbalan Ketua Menteri II.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Terima kasih dan selamat pagi kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini meluluskan cadangan pembatalan pelantikan Yang Berbahagia Dato’ Balder Singh A/L Gurchan Singh sebagai Pengerusi dan Encik Harinder Singh A/L Malkit Singh sebagai Ahli Lembaga Rayuan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (Enakmen 16) bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Jun 2024. Di mana pelantikan baru untuk mengganti mereka adalah Yang Berbahagia Dato’ Seri Kumarendran A/L Kumarasamy sebagai Pengerusi dan Encik Simon Murali A/L Kalimuthu sebagai Ahli Lembaga Rayuan di bawah enakmen kebebasan tersebut Enakmen 16 untuk sesi 2024 hingga 2027 iaitu 3 tahun mulai 1 Disember tahun ini sehingga 31 Mei 2027 dan yang lain Ahli-ahli Lembaga Rayuan adalah seperti berikut yang saya

nyatakan tadi yang akan ganti adalah Dato’ Seri Kumarendran, sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi adalah Dato’ Abdul Fareed Abdul Gafoor dan Ahli adalah Encik Simon Murali yang saya nyatakan tadi dan ahli yang lain adalah Puan Carolyn Oh Li Lin dan Dato’ Nagarethinam A/L Rengasamy Pillai dan juga Puan Regina Mary. Itu saja Dato’ Seri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Yang Berhormat saya memerlukan juga penyokong untuk usul ini.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Yang berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong usul Yang Berhormat Kawasan Datok Keramat dan sepertimana tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datok Keramat tentang pembatalan dan juga pencadangan nama yang baru selaku Pengerusi dan juga ahli bagi di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandang ini juga satu usul yang untuk kita menyaksikan satu penggantianlah atas satu jawatan Pengerusi yang telah pun dibatalkan dan maka saya juga mohon supaya usul ini bolehlah kita uruskan tanpa perbahasan. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa bolehlah kita urus tanpa perbahasan atas yang ini. Okey Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul daripada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II bahawa Dewan ini meluluskan cadangan pembatalan pelantikan Yang Berbahagia Dato’ Balder Singh A/L Gurchan Singh sebagai Pengerusi dan Encik Harinder Singh A/L Malkit Singh sebagai Ahli Lembaga Rayuan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (Enakmen 16) untuk sesi 2024 sehingga 2027 untuk tempoh 3 tahun mulai 1 Jun 2024 dan pelantikan baru Yang Berbahagia Dato’ Seri Kumarendran A/L Kumarasamy sebagai Pengerusi dan Encik Simon Murali A/L Kalimuthu sebagai Ahli Lembaga Rayuan di bawah enakmen yang sama mulai 1 Disember 2024 sehingga 31 Mei 2027 dan menjadikan senarai Ahli Lembaga Rayuan adalah seperti berikut. Yang Berbahagia Dato’ Seri Kumarendran A/L Kumarasamy sebagai Pengerusi, Yang Berbahagia Dato’ Abdul Fareed bin Abdul Gafoor, Timbalan Pengerusi dan seterusnya Encik Simon Murali A/L Kalimuthu, sebagai Ahli, Puan Carolyn Oh Li Lin sebagai ahli. Yang Berbahagia Dato’ Nagarethinam A/L Rengasamy Pillai sebagai Ahli dan juga akhirnya Puan Regina Amalorpava Mary A/P Aboorvasamy untuk dipersetujui semua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “ya”.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Speaker, Tuan Speaker sebelum kita luluskan, cuma sekadar nak mengetahui apakah sebab pertukaran ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau Yang Berhormat meneliti, mengikuti perjalanan mesyuarat tempoh hari sudah pun kita tau, tapi memandangkan ada ini, sila.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Okey, pelantikan Ahli-ahli dalam Lembaga Rayuan ini adalah berdasarkan pengalaman mereka dan Dato’ Baldev adalah peguam yang lama sekali di Pulau Pinang. Dia sudah jadi peguam 70 tahun di Pulau Pinang. He’s the most latest, I mean senior lawyer in Penang tetapi dia adalah ayah ipar saya. He’s my father-in-law. Ayah mertua, bapa mertua. He’s my father-in- law. And you know there’s no issue, for me, I got nothing to hide. In fact, I brought this into this Dewan when we first appointed him in front of all of you, and all of you knew that but there were some parties who said oh why I did not disclose outside of the Dewan bukan di sini. So it’s doesn’t matter, and you

know he such a senior lawyer when I told him and I told him this is an issue, straight away he said I don’t need this.

Dia yang nyatakan, saya tak perlu ini, dan ini kerja amal, satu sen pun dia orang tak dapat. Dia orang buat kerja untuk rakyat. So no issue, so kemudiannya saya cari peguam yang lain yang handal and Dato’ Kumarendran is the very close friend of my father, now you are going to say oh! Ada conflict of interest. Go and say it, I will tell Dato’ Kumarendran they said it. What do you think, you want to say it, mau cakap atau tidak, bagi tau.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kita hargai ketelusan Datok Keramat dalam soal isu ini... (kurang jelas)

Yang di-Pertua (Speaker)

Cuma penjelasan saja perlulah.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

So what do you think, what do you think? Got any suggestion?

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Datok Keramat, that one is from Penanti. He said to you, dia tanya buat apa you to stop. Kita setuju yang dulu tu, now to change then you ask already, nothing lah why you want to ask question to me, tanya lagi.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Dia cakap orang putih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya tak faham, cakap Bahasa Malaysia bolehlah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Dia tanya sama Datok Keramat pasai apa kita berhenti.

Yang di-Pertua (Speaker)

Datok Keramat no isulah…

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Pasai apa kita berhenti, itu tak ada masalah, tak ada masalah. Cuma Penanti tanya kenapa kita diberhentikan yang kita…

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Adakah Telok Ayer Tawar cakap tak perlu berhentikan dia.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Penanti tanya Datok Keramat then Datok Keramat dah cakap okey you change the people, lawyer baru…okeylah.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

So Penanti tanya dia tak diganti.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Kita terima tak ada masalah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kita tak ada masalah, kita tak ada masalah. Ini Datok Keramat cakap kerja amal aja, kita terima aja, tak ada masalah. Cuma kita tanya pasai apa diberhentikan. Itu aja.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Saya berterima kasih kepada semua di sana, thank you very much, but you know my father-in-law said, he does not need this la, he just turned 80 years old yesterday, no need for all this.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Terima kasih Datok Keramat dan yang lain, maka sudah hampir ditukarlah. Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju katakan “ya”. Ditukarlah. Tidak bersetuju katakan tidak. Ya sebulat suara kita angkat yang baru okey, Terima kasih. Usul dipersetujui.

Ahli-ahli Yang Berhormat:

“Ya”

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebelum ini Ahli-ahli Yang Berhormat sedikit lagi, memandangkan mantan-mantan Ahli DUN Kawasan Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri bin Latiff merupakan Ahli bagi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan juga Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat, merujuk kepada perkara 109b (5) dan Perkara 109b (5) juga, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Dewan perlu melantik ahli baharu untuk kedua-dua Jawatankuasa bagi tempoh baki penggal pilihan raya.

Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengusul kepada semua supaya Yang Berhormat Ahli Kawasan Penaga, Yang Berhormat Mohd Yusni bin Mat Piah dilantik sebagai ahli bagi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan juga Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Bakap iaitu Yang Berhormat Abidin bin Ismail dilantik sebagai ahli bagi Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat dipersetujui oleh semua.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan “ya”.

Ahli- ahli Yang Berhormat:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan “tidak”. So, maka Dewan meluluskan pelantikan yang baharu inilah di mana Yang Berhormat Penaga sekarang duduk di Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Bakap, Yang Berhormat Abidin bin Ismail dalam Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat bagi tempoh baki penggal pilihan raya kali ini lah.

Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025 Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025.Bill

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Perbekalan untuk Tahun 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025 akan bermula pada jam 3.00 petang, maka Dewan ditangguhkan dan akan bersidang semula pada jam 3.00 petang nanti.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.25 tengahari.

Dewan bersambung semula pada jam 3.00 petang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Amat Berhormat.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Selamat petang, salam sejahtera kepada Yang di-Pertua Dewan serta Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk ‘Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2025 dan bagi peruntukan jumlah wang tersebut untuk tahun 2025’ dibaca bagi kali kedua sekarang. Yang di-Pertua Dewan…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila mohon penyokong.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang bernama ‘Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu’.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telah dibaca kali yang pertama.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua, mengikut Peraturan 59 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua diteruskan dengan serta merta.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025, bacaan kali yang kedua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama ‘Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu’ dibacakan bagi kali yang kedua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang di-Pertua Dewan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya amat bersyukur atas amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk terus memimpin negeri yang kita cintai ini. Pada hari yang bermakna ini, izinkan saya membentangkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2025, demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negeri ini. Bertemakan ‘Ekonomi Madani, Rakyat Diperkasa, Negeri Sejahtera’, belanjawan ini adalah selaras dengan Visi Penang2030 yang mencerminkan hasrat Kerajaan Negeri dalam membina negeri pintar dan hijau yang berasaskan keluarga yang sejahtera. Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, perubahan iklim dan ketegangan geopolitik pada masa ini adalah penting kepada Kerajaan Negeri untuk terus memperkukuh daya tahan negeri demi kestabilan serta kemakmuran yang berterusan. Selaras dengan Visi Penang2030 dan prinsip Malaysia Madani juga, Kerajaan Negeri akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif yang dirangka khusus bagi memperkasakan rakyat Pulau Pinang dalam menghadapi pelbagai cabaran ini.

Sehubungan itu, di bawah lembayung Malaysia Madani, Kerajaan Negeri akan terus komited untuk menyemarakkan hubungan harmoni dengan Kerajaan Persekutuan demi memastikan pembangunan yang inklusif dan adil dengan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan. Izinkan saya mengupas prestasi ekonomi Negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2023. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi negeri mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.3% dengan KDNK meningkat kepada RM116 bilion berbanding RM112.3 bilion pada tahun 2022 dengan peningkatan sebanyak RM3.7 bilion. Sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menjadi tunjang utama kepada KDNK dengan sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 48% dan sektor pembuatan 46.5% menjadikan jumlah sumbangan kedua-dua sektor berkaitan sebanyak 94.5%. Sektor pembinaan menyumbang 2.9% manakala sektor pertanian dan perlombongan serta pengkuarian masing-masing menyumbang sebanyak 1.9% serta 0.1%. Peranan penting sektor pembuatan disokong oleh pencapaian semasa iaitu bagi tempoh Januari hingga Jun 2024, Pulau Pinang telah merekodkan pelaburan pembuatan diluluskan berjumlah RM5 bilion. Angka ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi negeri kita dengan 88 projek yang dicatatkan oleh MIDA dan dianggarkan dapat mewujudkan 5,260 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat negeri ini khasnya.

Prestasi sektor perkhidmatan sangat memberangsangkan dengan nilai ditambah mencecah RM55.7 bilion, meningkat 6% berbanding RM52.5 bilion pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini didorong oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang meningkat sebanyak 7.5% serta pertumbuhan positif 7.9% daripada subsektor utiliti, pengangkutan serta teknologi maklumat dan komunikasi. Sektor pembuatan Pulau Pinang

menyumbang sebanyak 46.5% kepada ekonomi negeri kita dengan nilai ditambah berjumlah RM53.9 bilion. Sektor pembinaan pula mencatatkan pertumbuhan luar biasa, iaitu melonjak kepada 23.6% berbanding 7.9% pada tahun sebelumnya. Nilai ditambah sektor ini berjumlah RM3.4 bilion, menyumbang 2.9% kepada KDNK negeri. Prestasi sektor pertanian turut mencatatkan pertumbuhan mampan dengan peningkatan sebanyak 6.5% berbanding 4.7% pada tahun 2022. Nilai ditambah sektor ini mencapai RM2.2 bilion, disokong oleh subsektor perikanan, khususnya dalam aktiviti akuakultur yang terus berkembang. Sektor perlombongan dan pengkuarian pula menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan pertumbuhan sebanyak 6.8% pada tahun 2023. Dari segi prestasi KDNK per kapita, Pulau Pinang merekodkan peningkatan sebanyak RM2,797 iaitu daripada RM69,789 kepada RM72,586 jauh melebihi paras nasional sebanyak RM54,612. Secara keseluruhan, ekonomi Pulau Pinang menyumbang 7.4 % kepada ekonomi Malaysia iaitu mengekalkan kedudukan kelima sebagai kuasa ekonomi utama negara kita.

Yang di-Pertua Dewan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Berdasarkan laporan MATRADE pada tahun 2023, prestasi perdagangan Negeri Pulau Pinang mencatatkan jumlah RM719.82 bilion, dengan sedikit penurunan sebanyak 7.3% berbanding RM776.30 bilion pada tahun 2022. Kendatipun begitu, bagi tempoh antara Januari hingga Ogos tahun ini, prestasi perdagangan kita menunjukkan peningkatan memberangsangkan sebanyak RM516.23 bilion dengan kenaikan 11.4%, yang mencerminkan pemulihan positif serta kestabilan pertumbuhan ekonomi lebih kukuh. Eksport Pulau Pinang pada tahun 2023 pula mencatatkan nilai sebanyak RM434.74 bilion dengan penurunan sebanyak 3.6% berbanding tahun sebelumnya. Namun, bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, ia memperlihatkan peningkatan signifikan sebanyak 7.5%, dengan nilai mencapai RM301.95 bilion. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan terus memberi fokus kepada peningkatan daya saing dan pengukuhan rantaian bekalan yang akan menyokong pertumbuhan eksport negeri secara keseluruhan serta berterusan. Sektor import Pulau Pinang pada tahun 2023 mencatatkan penurunan sebanyak 12.4%, dengan nilai RM285.08 bilion.

Walau bagaimanapun, bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sektor import menunjukkan pemulihan yang ketara dengan peningkatan sebanyak RM214.27 bilion atau 17.4%. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, angka-angka ini menunjukkan bahawa ekonomi Pulau Pinang berada pada landasan kukuh untuk pertumbuhan berterusan dan Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh sektor perdagangan sebagai pemacu utama dalam memajukan ekonomi negeri. Hal ini dapat dilihat melalui produk eksport utama Pulau Pinang. Antaranya, jentera dan kelengkapan pengangkutan yang mencatatkan 78.4% daripada jumlah eksport, diikuti oleh produk keluaran kilang serta bahan kimia. Daripada perspektif sektor import, jentera dan kelengkapan pengangkutan turut menjadi komoditi utama dengan mencatatkan 72.3% daripada jumlah import negeri pada tahun 2023, diikuti oleh produk kimia dan barangan keluaran kilang. Dalam sektor eksport, lima (5) negara utama yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah Amerika Syarikat, iaitu mencatatkan 20.4% daripada jumlah eksport, diikuti China, Hong Kong, Taiwan dan Vietnam.

Sementara itu, dalam sektor import pula, Pulau Pinang turut bergantung kepada beberapa negara utama, dengan China sebagai sumber import terbesar berjumlah 22.6%, diikuti Taiwan, Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura. Bagi memantapkan serta merancakkan trend pelaburan Pulau Pinang, Kerajaan Negeri akan terus mengikat kerjasama dengan dana pelaburan berimpak dan perusahaan swasta bagi merangka serta melaksanakan strategi pembiayaan yang berinovatif. Usaha sama perkongsian awam-swasta bakal membuka aliran pendapatan baru, menggalakkan pemindahan pengetahuan bernilai tinggi dan memanfaat ekonomi dan alam sekitar serta sosial.

Pelaburan digital juga merupakan salah satu fokus utama kita dalam usaha memperkukuh ekonomi negeri. Dalam kerangka ini, Kerajaan Negeri komited untuk melabur dalam sektor ekonomi digital, selaras dengan visi dan harapan negara ini untuk menjadi pusat pelaburan teknologi digital yang strategik. Ini adalah selaras dengan sasaran negara yang menyasarkan sektor ekonomi digital untuk menyumbang 25.5% kepada KDNK dan mencipta lebih 500,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025 dengan sasaran pelaburan sebanyak RM130 bilion dalam tempoh yang sama. Kerajaan Negeri dalam pada itu akan terus memfokuskan usaha kepada sektor Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Perkongsian Perkhidmatan Global, Perkhidmatan Digital, Analisis Data Raya dan internet pelbagai benda (IoT). Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri bertekad untuk menjadikan Pulau Pinang

sebagai peneraju dalam industri teknologi generasi baharu, merangkumi Kecerdasan Buatan Generatif (GEN AI) dan reka bentuk litar Bersepadu (IC).

Sesungguhnya bidang-bidang ini merupakan fokus utama dalam Nasional Semiconductor Strategi (NSS), New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) dan Malaysia Digital Ekonomi Blueprint Mydigital. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan inisiatif transformatif baru iaitu Penang Silicon Design @5km+ yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi melalui pembangunan Litar Bersepadu (IC) di negeri ini. Inisiatif ini adalah berlandaskan kepada program kolaborasi di antara kerajaan, industri dan akademia yang seiring dengan visi dan aspirasi NSS yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Mei 2024. 3 projek utama dalam inisiatif ini iaitu Taman Reka Bentuk IC dan Digital Pulau Pinang, Akademi Reka bentuk Cip Pulau Pinang serta Ruang Penyelidikan dan Inkubasi Silicon akan berfungsi secara kolektif untuk mewujudkan ekosistem yang dinamik mendorong inovasi serta menarik pelaburan daripada pelbagai penjuru dunia ke Negeri Pulau Pinang. Serentak itu bagi merealisasikan hasrat ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta daripada anggaran kos keseluruhan sebanyak RM120 juta bagi tempoh 5 tahun dan kini Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan bagi geran tambahan. Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan impak yang positif kepada negeri ini dengan meningkatkan pelaburan asing (FDI) menarik sekurang-kurangnya 10 syarikat baharu atau start-up serta melatih 500 jurutera berkemahiran tinggi.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pengurusan tanah merupakan salah satu sumber pendapatan penting bagi Kerajaan Negeri setiap tahun sekitar 40% hingga 50% hasil negeri diperoleh melalui kutipan cukai tanah, bayaran premium pemberimilikan dan fee urusniaga. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan berusaha untuk terus memodenkan serta mendigitalkan pengurusan tanah di Pulau Pinang selaras dengan agenda pembangunan pemerkasaan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan pembangunan sosial. Sebagaimana kita semua sedia maklum pada sidang Dewan yang lalu Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telah memohon agar kita semua dapat mengemukakan pandangan serta cadangan bagi meningkatkan hasil negeri. Bagi menyahut hasrat ini ingin saya memaklumkan bahawa tadi pun sudah maklumkan Kerajaan Negeri telah menghantar permohonan kepada Majlis Tanah Negara untuk melaksanakan semakan cukai tanah yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026. Proses semakan ini juga akan melibatkan pengkelasan tanah desa ke bandar di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan sepertimana dimaklumkan tadi Majlis Tanah Negara meluluskan permohonan ini. Sebagai makluman kepada Dewan, semakan terakhir cukai tanah di negeri ini telah dilaksanakan pada tahun 1994 iaitu 30 tahun dahulu.

Setakat ini proses semakan sedang berlangsung dengan melibatkan 370,000 hak milik tanah di Pulau Pinang oleh pasukan petugas di Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Daerah dan Tanah setiap daerah. Adalah dijangkakan proses semakan ini akan berterusan sehingga penghujung tahun 2025. Kerajaan Negeri turut memberi jaminan bahawa proses semakan cukai serta pengkelasan tanah desa kepada bandar ini akan dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor dan pihak berkepentingan lain. Justeru Kerajaan Negeri berharap proses semakan cukai serta pengkelasan tanah desa ke bandar ini dapat meningkatkan hasil cukai tanah Kerajaan Negeri antara RM50 juta hingga RM100 juta mulai tahun 2026.

Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif proaktif dengan meluluskan cadangan penambahbaikan kadar premium dan diskaun bagi permohonan pelanjutan tempoh pajakan dan pemberimilikan sekiranya tempoh pajakan telah tamat selepas ia mula diperkenalkan pada tahun 2023 iaitu kita sudah meluluskan sebarang permohonan untuk melanjutkan pajakan yang hampir tamat kepada satu pajakan yang baharu sehingga 99 tahun dengan pemberian diskaun sehingga 90% diberikan berdasarkan kepada kategori pemilikan sama ada individu atau syarikat dan juga bergantung kepada baki tempoh pajakan dan tempoh pelanjutan.

Setakat ini, seramai 31 pemilik tanah telah mendapat manfaat daripada pemberian diskaun pada tahun 2023 dan seramai 91 pemilik tanah pada tahun ini melibatkan pengurangan premium atau diskaun berjumlah RM170 juta sekiranya tidak ada diskaun maka kita boleh kutip tambahan

RM170 juta tetapi seperti apa yang saya nyatakan kita cuba mengimbang hasil dengan kepentingan rakyat melainkan Ahli-Ahli Dewan ini suruh Kerajaan Negeri jangan bagi diskaun. Sebagai tambahan Kerajaan Negeri juga membenarkan pemohon untuk kemukakan permohonan tukar kategori atau tukar syarat secara serentak bersama permohonan pelanjutan tempoh pajakan bagi mempercepatkan proses kelulusan. Walau bagaimanapun, permohonan secara serentak ini hanya boleh diproses jika syarat lingkungan semula atau rezoning telah diselesaikan oleh pemohon.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan. Dalam usaha memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan program-program pendidikan Islam terus diperkukuh termasuk menjalin kerjasama erat dengan badan-badan agama dan institusi pendidikan sebagai usaha untuk meningkatkan akses pembangunan pendidikan Islam yang inklusif. Dalam konteks ini, kerjasama yang kukuh antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan terus dipertingkatkan khususnya dalam aspek perkongsian peruntukan bagi pembinaan masjid baharu di negeri ini. Pada kesempatan ini, Kerajaan Negeri ingin merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas kelulusan peruntukan sebanyak RM7 juta dalam Majlis Pelancaran Pembinaan Masjid Sungai Bakap pada 16 Julai tahun yang lalu. Selaras dengan prinsip dan semangat Malaysia Madani, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2.27 juta untuk memastikan proses pembinaan Masjid Sungai Bakap berjalan dengan lancar pada tahun 2025.

Sebagai tambahan, mulai tahun 2025 pembinaan sebuah masjid baharu turut akan dilaksanakan di zon 1 melalui projek pembangunan Smart City Campus KITAB di Bandar Cassia, Batu Kawan. Projek berkaitan merupakan komponen utama plan induk kampus pintar KITAB 2030 yang mengintegrasikan pendidikan, perniagaan serta kehidupan komuniti bagi menjadikannya model smart city berdaya saing. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang turut memperkasakan pensijilan halal menerusi pelaksanaan inisiatif segera Pensijilan Halal Malaysia 2.0 yang membolehkan kelulusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dalam tempoh 30 hari bekerja. Sehingga Oktober tahun ini sebanyak 1805 permohonan sijil halal telah diterima dengan sektor makanan dan minuman mencatatkan permohonan tertinggi. Kerajaan Negeri akan terus komited memperkasakan pembangunan modal insan di negeri ini sebagai langkah strategik dalam membina tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing. Pelan Tindakan Bakat STEM Pulau Pinang atau STEM Talent Blueprint yang dilancarkan pada 8 September tahun ini misalnya merupakan satu panduan komprehensif merangkumi strategi pembangunan kemahiran bagi merealisasikan NIMP 2030 dan NSS. Misi pelan tindakan ini adalah untuk membangunkan tenaga kerja mahir dan mampan dalam bidang STEM sejajar dengan keperluan industri yang semakin meningkat di negeri kita.

Berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan United Nation Comtrade, Pulau Pinang kini menguasai sekitar 5% daripada eksport semikonduktor global yang mencerminkan kedudukan strategiknya dalam pasaran dunia malah kehadiran lebih 400 syarikat multinasional dan 6,000 perusahaan kecil dan sederhana SME yang beroperasi di negeri kita memperuntukkan pembekalan modal insan yang berterusan dalam menjamin perkembangan industri-industri dalam negeri. Berlandaskan keperluan tersebut, Kerajaan Negeri menyambut baik pembangunan Pusat Inovasi Teknologi (NCER) yang merupakan salah satu projek utama oleh pihak berkuasa pelaksanaan koridor utara NCIA di bawah RMKe12. Sektor-sektor utama lain seperti teknologi perubatan dan avionik di negeri ini juga sedang menunjukkan perkembangan membanggakan dengan peningkatan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan R&D serta pelaburan dalam teknologi penerbangan dan perkhidmatan penyelenggaraan yang terus meningkat. Tinjauan yang dihasilkan melalui Penang Talent Prospects Survey 2023 meramalkan bahawa permintaan untuk bakat-bakat ini akan berganda menjelang tahun 2026 berbanding tahun 2023.

Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan, Pulau Pinang sentiasa diakui sebagai sebuah negeri yang dinamik dan berdaya saing dalam sektor industri. Kendatipun begitu pembangunan luar bandar tidak pernah diabaikan. Buktinya Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Bina Baru Dan Baiki Rumah Rakyat Termiskin sejak tahun 2008 sebagai usaha menyediakan kediaman yang selamat dan kondusif kepada golongan rentan di Pulau Pinang. Program ini merangkumi dua skop utama iaitu pembaikan rumah dan pembinaan rumah baharu

dengan peruntukan tahunan sebanyak RM3 juta. Sehingga Oktober 2024, sebanyak RM1,839,229.90 telah disalurkan untuk program bina baru dan baiki rumah rakyat termiskin dengan 17 penerima bagi program bina baharu dan 25 penerima bagi program baik pulih rumah.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri terus komited untuk meningkatkan kesejahteraan peniaga kecil melalui Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi atau dikenali sebagai Bantuan Peralatan dengan peruntukan tahunan sebanyak RM250,000 atau RM50,000 bagi setiap daerah. Sehingga Oktober tahun ini, sejumlah RM129,937 telah disalurkan melalui program ini dengan memberi manfaat kepada 41 peniaga kecil dan mikro. Dalam kerangka ini, Kerajaan Negeri melalui PDC terus komited melaksanakan Skim Pinjaman Harapan atau SPH sebagai inisiatif strategik untuk menyokong peniaga dan penjaja kecil di Pulau Pinang.

Sehingga Oktober, seramai 4,293 usahawan kecil dan mikro telah menerima manfaat daripada SPH dengan jumlah pinjaman sebanyak RM30.77 juta dengan kadar kutipan balik SPH yang memberangsangkan pada 91% dan baki dana sebanyak RM4.89 juta. Kerajaan Negeri yakin langkah-langkah ini akan terus memaju pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang atau Penang Transport Master Plan (PTMP) merupakan sebuah pelan komprehensif yang dirancang oleh Kerajaan Negeri dalam menangani cabaran kesesakan lalu lintas serta meningkatkan sistem pengangkutan awam di negeri kita. Sebahagian daripada intipati pelan ini, adalah Projek Jalan Pintasan Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu atau Pakej 2, yang sedang dilaksanakan dan dijadualkan siap pada Oktober 2026.

Sehingga Oktober tahun ini, kemajuan fizikal projek ini telah mencapai 61% iaitu mengikut jadual yang ditetapkan. Apabila projek ini selesai, Jalan Pintasan Bebas Tol ini dijangka akan mengurangkan masa perjalanan dari 40 minit kepada hanya 5 minit dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Kerajaan Negeri juga menyambut baik pengumuman cadangan Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua oleh Perdana Menteri semasa Ucapan Belanjawan Madani 2025. Kerajaan Negeri berharap projek yang akan dilaksanakan secara perkongsian awam dan swasta atau PPP berkenaan, dapat dimulakan seawal mungkin bagi menoktahkan isu kesesakan trafik di kawasan tersebut.

Projek Bayan Baru Light Rail Transit yang kini dikenali sebagai LRT Laluan Mutiara, kini berada pada peringkat rundingan dan penyelarasan dengan kontraktor Turnkey bagi fasal 1 yang merangkumi laluan dari Komtar ke Silicon Island.

Di samping itu, Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagaimana diumumkan Kerajaan Persekutuan sebenarnya sudah mula pembinaan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad pada tahun ini. Ia bertujuan meningkatkan kapasiti kepada 12 juta penumpang setahun dengan anggaran kos sekitar RM1.55 bilion dan dijadualkan siap dalam tempoh empat tahun.

Sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap projek berkaitan, Kerajaan Negeri secara prinsip telah bersetuju untuk menanggung sebahagian daripada bukan RM1.5 bilion. Kalau itu, susah. (Dewan ketawa) Sebahagian daripada kos-kos atau kerja-kerja infrastruktur awam di luar lapangan terbang, dengan anggaran kos keseluruhan sekitar RM50 juta sebagai sumbangan negeri kepada projek ini, dan akan diusahakan oleh Yang Berhormat EXCO berkenaan.

Dalam usaha memperkasakan mobiliti rakyat, Kerajaan Negeri kekal komited untuk meneruskan dua laluan bas percuma iaitu Cat Bridge, Cat Penang Bridge iaitu laluan Seberang Jaya ke Bayan Lepas. Yang Berhormat Seberang Jaya pernah naik? Kalau tak pernah naik, cuba naik hari Isnin ha. Dan juga Bukit Mertajam ke Komtar.

Di samping itu, Program Bas Shuttle sedia ada seperti CAT George Town dan BEST KOMTAR yang telah beroperasi masing-masing sejak tahun 2008 dan 2013, akan terus dipertingkatkan. Dan kalau sebagai kerajaan yang menghadapi kekangan hasil dari 2008 terkini, untuk membiayai pengangkutan awam percuma, kita sudah belanja tak kurang sampai RM150 juta hingga RM200 juta, itu satu perbelanjaan yang amat besar.

Pada tahun ini, sejumlah RM15.6 juta telah diperuntukkan sebagai subsidi Kerajaan Negeri dalam sektor pengangkutan awam. Selain RM1.6 juta yang turut disalurkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang, bagi menyokong perkhidmatan bas CAT di sekitar George Town. Selaras dengan perkembangan dan kesedaran mengenai carbon reduction menerusi Sustainable Development Goals atau SDG dan Penang Green Agenda, Kerajaan Negeri ingin menyatakan sokongan kepada peralihan penggunaan kenderaan elektrik. Sebagai langkah menyokong usaha ini, fokus akan diberikan untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur, pengecas bersesuaian di samping memastikan kemudahan yang lebih menyeluruh dan mesra pengguna di seluruh negeri ini.

Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati, Silicon Island merupakan inisiatif strategik yang melibatkan tambakan seluas 2,300 ekar dan kerja-kerja fizikal di tapak telah dimulakan sejak 1 hari bulan September 2023. Sehingga Oktober tahun ini, kawasan yang telah ditambun mencapai 50 ekar. Dan terkini dijadualkan siap ditambak hingga 90 ekar menjelang akhir Disember ini.

Sebab ada tambakan yang di bawah paras air menjelang Disember, mungkin sudah melepasi paras air dan menjadi tanah. Jadi, dijangka 90 ekar akan berjaya ditambak pada akhir Disember ini. Sebagai tanda komitmen Kerajaan Negeri kepada golongan nelayan yang terjejas dengan projek ini, setakat Oktober 2024, seramai 680 nelayan telah menerima bayaran ex-gratia penuh berjumlah RM10.5 juta tidak termasuk nilai 98 set enjin dan bot di bawah Pakej Pelan Pengurusan Impak Sosial atau SIMP. Manakala, dianggarkan 197 nelayan lagi, dijangka bakal menerima bayaran menjelang akhir tahun ini.

Kerajaan Negeri sentiasa cakna terhadap cabaran yang dihadapi penduduk Pulau Pinang berkaitan sumber dan bekalan air, terutamanya dalam menangani kesan perubahan iklim yang telah menyebabkan pengurangan kelembapan udara serta penurunan taburan hujan.

Impaknya pada tahun ini, kapasiti air di empangan utama, iaitu Empangan Air Itam dan Teluk Bahang sebelum ini berada di bawah paras 30% sehingga Dragon Boat Festival tidak dapat dilangsungkan di Empangan Teluk Bahang dan dipindah ke Straits Quay di Tanjung Tokong, dan semua dijemput oleh YB Wong ke acara pada hari Sabtu dan Ahad nanti. Betul ya? Kena sokonglah.

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang akan terus melaksanakan projek-projek bekalan air melalui Pelan Kontigensi Air 2030 dengan kos pelaburan sebanyak RM1.185 bilion bagi menghadapi permintaan air yang sangat tinggi menjelang tahun 2030. Dan saya percaya Yang Berhormat sudah pun mengongsikan makluman-makluman berkaitan.

Saya cuma tambah sikit dengan sokongan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri telah merangka Pelan Tindakan Jangka Sederhana dengan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui RMK-12 Rolling Plan ke-5 untuk pembangunan Projek Sumber Air Mentah. Projek yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM80 juta, berkaitan merangkumi cadangan Pembinaan Rumah Pam Lahar Yooi bagi memastikan keterjaminan bekalan air berterusan kepada penduduk Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri turut meneruskan perancangan Pelan Jangka Masa Panjang menerusi Projek Air Perak-Pulau Pinang bagi memenuhi permintaan bekalan air sehingga tahun 2050. Kerajaan Negeri menerusi PBAPP, telah bersedia dari aspek penyediaan tanah bagi kolam takungan untuk simpanan air terawat dari Perak, sekiranya projek ini berjaya dilaksanakan kelak. Dan semalam saya pun mendapati iklan untuk melantik juru perunding untuk Projek Sungai Perai

sudah pun diiklankan, dan akan disusuli dengan pelantikan juru perunding, dan apabila siap akan dipanggil kontrak pula oleh PAAB. Projek ini diserahkan oleh PAAB kepada PAAB.

Seterusnya Yang Berhormat, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, Pulau Pinang terus menonjol sebagai destinasi pelancongan yang unggul, bukan sahaja pada peringkat nasional, tetapi juga di pentas antarabangsa. Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, jumlah kedatangan pelancong melalui Bayan Lepas telah mencapai 2.4 juta orang. Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan sebanyak 7.29% berbanding tempoh yang sama pada tahun yang lalu. Peningkatan mendadak turut disumbang dengan kedatangan pelancong antarabangsa yang amat menggalakkan, iaitu 1.2 juta pelancong mengunjungi negeri ini yang mencatatkan kenaikan sebanyak 23.88%. Peningkatan kedatangan pelancong ke Pulau Pinang turut didorong oleh peningkatan jumlah penerbangan terus dari pelbagai lokasi di seluruh dunia ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. Berdasarkan data daripada Penang Global Tourism, jumlah destinasi penerbangan terus antarabangsa telah meningkat ke 17 bandar sehingga kini dengan pengenalan laluan baharu ke Shenzhen, China.

Bermula Disember ini, satu lagi laluan baharu, iaitu penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Chennai, India akan dibuka. Yang Berhormat Bagan Dalam, sudah menempah tiket lah saya rasa. Belum ha? Sudah? Ooh, sudah. Bagus, sebagai salah satu program pelancongan utama Pulau Pinang, Kerajaan Negeri akan meneruskan penganjuran Pesta Pulau Pinang pada tahun ini yang mana ia akan berlangsung dari 21 Disember sehingga 2 Februari tahun depan.

Mengapa begitu? Sebab cuti sekolah, untuk memudahkan cuti sekolah sebab cuti sekolah pun sudah ubah, dan Disember tak ramai pengunjung. Malah, sebagai penutup tirai tahun ini, acara bertaraf dunia seperti Penang International Food Festival, Penang International Dragon Boat Regatta, perarakan Chingay dan Penang Bridge International Marathon akan diadakan.

Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pelaksanaan Program i-Sejahtera adalah bukti nyata komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasakan kebajikan semua lapisan masyarakat di negeri kita. Sehingga Oktober 2024, sejumlah RM54.8 juta telah dibelanjakan melibatkan 284,095 penerima dan angka ini akan terus bertambah tahun demi tahun.

Di samping itu, Program Mutiara Foodbank adalah kesinambungan usaha kebajikan yang bertujuan untuk memastikan tiada rakyat Pulau Pinang yang terpinggir. Sehingga kini Unit Mutiara Foodbank telah membina kerjasama strategik dengan hampir semua rangkaian Lotus Malaysia di Pulau Pinang dan Kedah dengan memperluaskan pengagihan makanan kepada pelbagai komuniti di negeri kita. Melalui program ini sebanyak 1,880 tan makanan telah diselamatkan dan memanfaatkan hampir 120,614 penerima. Kerajaan Negeri dalam pada itu turut mengalu-alukan dan menyokong dasar sosial negara 2030 yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 21 Oktober yang lalu.

Sejajar dengan usaha berkenaan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM612,500 kepada MMK Pembangunan Sosial bagi melaksanakan pelbagai inisiatif yang diterajui oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC). Dalam konteks pembangunan sosial yang inklusif Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan suasana harmoni dan kesejahteraan bagi setiap rakyat tanpa mengira latar belakang agama. Sehubungan itu sejumlah RM150,000 telah diperuntukkan pada tahun ini bagi menyokong dan mempromosikan pemahaman serta keharmonian antara penganut pelbagai agama selain agama Islam. Sukacita ingin saya melaporkan sehingga Oktober 2024 kadar liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk telah mencapai 99.98% yang mencerminkan komitmen teguh Kerajaan Negeri dalam membangunkan infrastruktur komunikasi berkualiti. Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC akan terus berusaha memastikan setiap warga negeri ini menikmati akses komunikasi yang lancar dengan sasaran capaian liputan 100% menjelang akhir tahun 2025.

Dalam hal pelaksanaan rangkaian 5G sehingga Oktober tahun ini sebanyak 446 lokasi telah disempurnakan oleh Pihak Digital National Berhad (DNB). Kerajaan Negeri optimis untuk mencapai 450 lokasi rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini yang mana Pulau Pinang kini menikmati liputan 5G dalam 91.7%. Bagi memastikan kelancaran urusan perniagaan, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Kerajaan Tempatan telah memperkenalkan beberapa inisiatif di bawah OSC3.0 PLUS termasuk Industrial Green Lane (IGL) Prerequisite (PR) dan Self-Regulation (SR). Inisiatif-inisaitif ini direka untuk mempercepat proses kelulusan pelan pembangunan, meningkatkan daya saing negeri sebagai destinasi pelaburan serta meningkatkan hasil pendapatan negeri. Selari dengan usaha ini, Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 yang diwartakan pada 24 Oktober tahun 2019 menjadi tunjang dalam memaju pembangunan fizikal negeri hingga 2030 melalui pemantauan berterusan dan platform Electronik Monitoring Structure Plan (emosplan) Pulau Pinang 2030 menyokong inisiatif-inisiatif seperti OSC3.0 PLUS dalam memastikan pembangunan Pulau Pinang kekal dinamik dan responsif terhadap perubahan seterusnya memperkukuh daya saing serta memenuhi keperluan ekonomi serta sosial rakyat.

Draf Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang 2035 dan Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 yang sedang disediakan oleh kedua-dua PBT ini juga telah mengambil kira dasar-dasar serta menterjemahkan langkah-langkah yang terkandung dalam RSN 2030. Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui PlanMalaysia Pulau Pinang sedang menyusun Rancangan Tempatan Penang South Island 2050 bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dipacu selari dengan kepesatan pembangunan negeri ini. Apa yang lebih membanggakan lagi Rancangan Tempatan Penang South Island 2050 merupakan rancangan tempatan pertama yang akan diwartakan di negeri ini. Sejajar dalam dengan usaha ini PlanMalaysia Pulau Pinang kini sedang memuktamadkan Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera 2020 penggantian dan RKK Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town penggantian untuk pewartaan. Pada masa sama, Kerajaan Negeri merancang untuk melaksanakan dua lagi rancangan khas, Rancangan Kawasan Khas atau RKK pada tahun 2025 iaitu di Padang Tembak dan Balik Pulau.

Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati. Dalam usaha memperkasa belia sebagai aset penting bagi pembangunan negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus komited menyediakan pelbagai inisiatif dan langkah yang strategik dalam memperkukuhkan peranan belia dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, pada tahun ini sebanyak RM210,000 telah diperuntukkan kepada Jawatankuasa MMK Belia untuk melaksanakan program dan aktiviti pembangunan belia di negeri kita. Serentak itu sebanyak RM53,750 turut diperuntukkan khas bagi menyokong pembangunan mahasiswa, mahasiswi di negeri ini. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang atau PYDC memperuntukkan RM700,000 untuk melaksanakan inisiatif strategik di bawah Rangka Kerja Pembangunan Belia Strategik 2024 hingga 2028 dengan memfokus kepada dua teras utama iaitu pembangunan kapasiti belia dan penglibatan komuniti. Dalam usaha memperkukuhkan program pembangunan sukan, Majlis Sukan Negeri telah berfungsi sebagai agensi utama yang memajukan sukan berprestasi tinggi dan sukan komuniti.

Bagi mencapai hasrat ini, program pembangunan latihan sukan kini telah diperkasa dan disusun secara berstruktur dengan menekankan kepada lima (5) perkara utama iaitu pembangunan atlet elit dan pelapis, penguatkan kejurulatihan negeri, pencapaian kejayaan dalam pertandingan domestik dan kebangsaan, pembangunan pusat latihan yang lengkap serta pemantapan organisasi persatuan sukan di negeri kita. Sejajar dengan harapan ini, mula tahun 2025 Majlis Sukan Negeri akan memulakan program tajaan kerjasama dengan syarikat multinasional dan perusahaan kecil dan sederhana untuk meningkatkan kebajikan atlet dan kelangsungan program sukan baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga Oktober tahun ini, Majlis Sukan Negeri telah memperoleh tajaan sebanyak RM368,150 daripada pelbagai penaja dan individu dalam bentuk kewangan produk mahupun perkhidmatan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada kontingen Pulau Pinang yang telah mencapai kejayaan luar biasa dengan meraihkan 139 pingat termasuk 41 pingat emas, 45 pingat perak dan 53 pingat gangsa dalam kejohanan SUKMA yang ke-21 yang telah dianjurkan di bumi Kenyalang baru-baru ini. Sebagai penghargaan atas

kejayaan ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju untuk menaikkan insentif pemenang pingat emas dari RM4,000 satu pingat emas kepada RM6,000. Menang dulu.

Usaha untuk memperkasakan kesihatan rakyat di negeri ini merupakan komitmen semua pihak. Sehubungan itu, pelbagai program strategi telah dilaksanakan bagi meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah memperkasa perkhidmatan pergigian melalui penyediaan klinik pergigian bergerak yang memastikan akses lebih luas kepada rawatan pergigian berkualiti untuk semua lapisan masyarakat. Selain itu pelaksanaan Program Pharmacy Integrated Community Care (PICC) turut diketengahkan dengan memfokus kepada pengurusan ubat-ubatan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan farmasi kepada rakyat.

Sebagai langkah proaktif, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM160,000 di bawah MMK Kesihatan untuk memperkasa aktiviti serta program kesihatan negeri ini. Sehingga Oktober sebanyak 158,000 telah disalurkan kepada 20 badan NGO untuk menyokong program dan pendidikan kesihatan yang merupakan langkah penting dalam meningkatkan kesedaran serta kesejahteraan rakyat.

Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati, Pelan Induk Rumah Mampu Milik Pulau Pinang atau RMM Penang yang dilaksanakan di bawah Pelan Induk Pembangunan Perancangan Lembaga Perumahan Negeri pada tahun 2021 hingga 2025 telah mengenal pasti 3 projek utama yang dijadualkan untuk menerima kelulusan pelan kebenaran merancang pada tahun ini iaitu projek RMM di Bukit Gedung. Projek pembaharuan semula bandar URC Mahsuri di Bayan Baru dan RMM Permatang tinggi. Projek-projek ini dijangka menyumbang kepada pembekalan 2,900 unit rumah mampu milik termasuk kategori RMM B dan RMM C. Projek URC ini mungkin ada pihak yang sengaja mentafsirkan senget. Di projek kita penduduk-penduduk asal di tempat semula ditempat ini ganti unit yang kecil dengan unit yang lebih besar bukan meminggirkan penduduk asal daripada projek urban renewal ini seperti didakwa oleh parti pembangkang di peringkat kebangsaan.

Saya harap, negeri okey belum Teluk Ayer Tawar pun sokong. Kerajaan Negeri melalui lembaga, sebenarnya semua 300 sudah keluar sign sokong dengan dokumen-dokumen dan dijangka mungkin pada awal tahun depan mula pembinaan blok yang pertama. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan juga memperkenalkan Garis Panduan Rumah Mampu Milik 2023 dengan menampilkan kategori baharu iaitu RMM B2. Kategori baru ini adalah bertujuan untuk menyediakan pilihan perumahan yang lebih mampu diakses oleh rakyat dengan menawarkan harga rumah serendah RM100,000 dengan keluasan 750 kaki per segi. Pada masa sama, Lembaga Perumahan juga telah melaksanakan dua projek utama iaitu eTPM80 Pulau Pinang dan eBencana dalam memperkasa digitalisasi pembangunan perumahan di negeri kita. Inisiatif digitalisasi ini tidak hanya memudahkan pemohon dalam mempercepatkan proses permohonan dan meningkatkan ketelusan dalam pengurusan tetapi juga memastikan bahawa setiap warga Pulau Pinang dapat menikmati perkhidmatan yang lebih efisien serta responsif.

Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati. Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri 2030, strategi pelaksanaan pembangunan negeri telah menggariskan penetapan kawasan berhutan dan hutan paya laut sebagai fokus utama dalam memastikan pemeliharaan eko sistem dan kelestarian alam sekitar untuk masa hadapan.

Oleh yang demikian, strategi ini telah diintegrasikan dalam Agenda Hijau Pulau Pinang 2030. Antaranya, dengan mengenal pasti seluas 1,619.22 hektar kawasan paya laut yang berpotensi untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Selaras itu, pada tahun ini, sebanyak 449.12 hektar kawasan hutan paya laut di Daerah Barat Daya telah disasarkan untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal. Mungkin di Teluk Bahang dan Pulau Betong.

Semua usaha ini adalah selaras dengan visi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar atau negeri span atau sponge city yang mengutamakan pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber yang lestari. Pulau Pinang kini memiliki sekurang-kurangnya 6.9%

kawasan hutan yang diwartakan meliputi 7,245.25 hektar. Daripada jumlah tersebut, 6,063.25 hektar diiktiraf sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Akta ini, manakala 1,182 hektar lagi adalah Taman Negara Pulau Pinang. Keluasan Hutan Simpanan Kekal telah meningkat sebanyak 18.8% berbanding tahun 2019, iaitu dari 5,100.93 hektar kepada 6,063 hektar pada tahun ini.

Peningkatan keluasan kawasan hutan di Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Persekutuan. Sehingga November 2024, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sejumlah RM5.2 juta kepada Kerajaan Negeri di bawah inisiatif Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity (EFT) di atas komitmen Kerajaan Negeri pada aspek berkenaan. Sebenarnya dengan menyimpan hutan, Kerajaan Persekutuan ada menyalurkan dana berkenaan. Jadi negeri seperti Pahang, Sarawak, Sabah mungkin Kedah pun oleh kerana keluasan yang lebih banyak diberi peruntukan mengikut formula yang ditetapkan.

Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam suasana global yang semakin mencabar, yang mana isu perubahan iklim dan keselamatan makanan menjadi agenda utama dunia, pembangunan sektor pertanian adalah suatu langkah yang sangat penting untuk memastikan kelangsungan serta keterjaminan makanan negara. Justeru, pembangunan sektor pertanian negeri ini akan terus dipacu berdasarkan kepada Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0).

Dasar ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada penghasilan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan, tetapi juga memastikan bahawa bekalan makanan dapat diakses oleh seluruh rakyat. Oleh itu, pelaksanaan projek seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Ara Kuda, di Mayfield dan di Juru dan Taman Pertanian (Agropark) di Permatang Pauh telah menjadi langkah strategik penting dalam memperkasakan usaha dan agenda keterjaminan makanan di negeri ini.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan kualiti produk pertanian di negeri ini. Pada tahun ini, Jabatan Pertanian Negeri telah menerima peruntukan pembangunan sektor agro makanan berjumlah RM6.93 juta daripada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan sebanyak empat belas (14) projek pertanian dan dua (2) projek lagi adalah untuk membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur pengoperasian jabatan ini.

Seterusnya, bagi meningkatkan kemampanan sektor ternakan di negeri kita, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sentiasa komited dalam memastikan industri penternakan terutamanya penternakan ruminan di negeri ini berdaya saing dan terus mampan. Perihal ini dapat dilihat apabila Nilai Hasil Ternakan (NHT) telah menunjukkan prestasi yang stabil sejak tahun 2019, dengan perolehan melebihi RM1 bilion setiap tahun.

Negeri Pulau Pinang juga telah memberikan sumbangan signifikan kepada sektor akuakultur negara, dengan nilai pengeluaran mencapai RM429.47 juta pada tahun 2023, melalui hasil tangkapan sebanyak 60,562.79 tan metrik. Kita berharap EXCO yang muda-muda dapat menunjukkan prestasi yang baik dalam sektor ini dan sebuah syarikat agrotech ditubuhkan untuk menjadi vehicle kepada Yang Berhormat untuk mencapai prestasi yang lebih baik. Bukan electric vehicle ya, vehicle.

Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, anggaran perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan dan hasil negeri pada tahun 2025. Kerangka fiskal negeri Pulau Pinang sudah memeta Visi Penang2030 dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara menjelang tahun 2030. Di sebalik kerumitan era pasca normal, Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 menghamparkan iltizam serta ikrar Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam merealisasikan visi tersebut.

Kerajaan Negeri menyedari bahawa belanjawan yang dibentangkan ini tidak akan memberi sebarang pengertian sekiranya tidak mencakupi keseluruhan golongan sasar, dan pada masa sama ia perlu menggambarkan perancangan fiskal yang sistematik dan juga kolektif. Justeru, sebuah islah perlu dilaksanakan sungguh pun sukar. Bagi memastikan islah ini mampu direalisasikan, Kerajaan Negeri telah merangka lima (5) strategi bagi Bajet Negeri Tahun 2025 seperti berikut:

(i) Mengadaptasi prinsip zero-based budgeting (ZBB) dalam perbelanjaan tahun 2025.

ZBB tidak bergantung kepada sejarah perbelanjaan pada tahun-tahun sebelumnya,

sebaliknya mengambil kira keperluan perbelanjaan secara praktikal berpandukan

realiti aliran tunai semasa. Justeru, Belanjawan 2025 akan memberi keutamaan

kepada anggaran perbelanjaan berkanun berbanding perbelanjaan tidak berkanun;

(ii) Memperkukuh tatakelola pengurusan kewangan berintegriti dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan negeri;

(iii) Meneruskan program dan projek peduli rakyat berdasarkan kemampuan fiskal negeri;

(iv) Melipatgandakan inisiatif dan strategi untuk meningkatkan kutipan hasil negeri melalui semakan semula kadar, menerokai potensi hasil-hasil baharu dan meningkatkan kolaborasi kutipan hasil antara jabatan serta agensi negeri; dan

(v) Mengamalkan pengurusan kewangan berhemah atau dengan izin, optimal value for money bagi mengelakkan ketirisan dan pembaziran sumber kewangan negeri.

Berdasarkan senario di atas, maka tujuan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2025 yang dibentangkan adalah untuk mendapatkan kuasa berkanun bagi membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan Perbelanjaan Bekalan Tahun 2025 berjumlah RM905,271,957 (Sembilan Ratus Lima Juta, Dua Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu, Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh Ringgit) melibatkan 21 jabatan, sepertimana perincian pada Risalah Bilangan 6 Tahun 2024. Selain Perbelanjaan Bekalan, sejumlah RM34,951,732 (Tiga Puluh Empat Juta, Sembilan Ratus Lima Puluh Satu Ribu, Tujuh Ratus Tiga Puluh Dua Ringgit) diperlukan untuk menampung Perbelanjaan Tanggungan Tahun 2025 yang melibatkan tiga (3) jabatan mengikut Undang-undang di bawah Kumpulan Wang Disatukan.

Dengan mengambil kira anggaran Perbelanjaan Bekalan dan Tanggungan ini, maka jumlah keseluruhan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2025 adalah sebanyak RM940,223,689 (Sembilan Ratus Empat Puluh Juta, Dua Ratus Dua Puluh Tiga Ribu, Enam Ratus Lapan Puluh Sembilan Ringgit). Komponen Perbelanjaan Mengurus adalah terdiri daripada Emolumen sebanyak RM207,547,367 atau 22.07%, Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak RM193,925,552 atau 20.6%, Aset sebanyak RM4,628,868 atau 0.50%, Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap sebanyak RM532,705,462 atau 56.66% dan Perbelanjaan Lain sebanyak RM1,416,440 atau 0.15%.

Sebagai retrospektif, suka saya maklumkan bahawa Dewan yang mulia ini telah meluluskan Belanjawan Tahun 2024 sebanyak RM1.047 bilion. Namun, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan menguatkuasakan penjajaran melalui pengenaan sekatan perbelanjaan ke atas Objek Sebagai atau OS tertentu bagi memastikan Kerajaan Negeri mempunyai lebihan baki Akaun Hasil Disatukan apabila memasuki tahun 2025. Namun, realitinya, baki Akaun Hasil Disatukan ini semakin berkurang jika dibandingkan kedudukan lima (5) tahun terkini, iaitu dari tahun 2019 hingga 2023.

Sebagai rekod, baki Akaun Hasil Disatukan pada akhir tahun 2019 adalah berjumlah RM1.154 bilion. Tahun 2020, sebanyak RM887.78 juta. Tahun 2021, RM848.81 juta. Tahun 2022, RM688.85 juta dan Tahun 2023 sebanyak RM330.03 juta. Secara relatif, saiz Belanjawan Tahun 2025 sebanyak RM940.22 juta adalah berkurang sebanyak RM106.78 juta berbanding Belanjawan Tahun 2024. Pengurangan sebanyak 10.19% ini dilihat realistik dengan mengambil kira prestasi perbelanjaan sebenar tahun 2023 sebanyak RM951.76 juta.

Selain itu, Belanjawan Tahun 2025 ini membawa mesej yang jelas bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memilih pendekatan pragmatik berbanding idealistik dalam memikirkan kelangsungan fiskal negeri pada jangka masa panjang. Perbelanjaan yang dikurangkan dalam Belanjawan Tahun

2025 adalah perbelanjaan tidak berkanun, khususnya yang melibatkan Pemberian Dalam Negeri, iaitu OS 42000. Kerajaan Negeri telah menyemak secara terperinci keperluan pemberian peruntukan di bawah OS 42000 ini, dan mengambil keputusan untuk menstruktur semula agihan peruntukan berdasarkan formula penjajaran Belanjawan Tahun 2024, terutamanya yang melibatkan program-program Jawatankuasa MMK, pemberian geran mengurus kepada agensi, Badan Berkanun dan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri serta caruman ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri.

Di samping itu, pengurangan peruntukan Belanjawan Tahun 2025 turut dipusatkan ke atas Perkhidmatan dan Bekalan di bawah Objek Am 20000, terutama yang melibatkan Perbelanjaan Perjalanan dan Sara Hidup, iaitu OS 21000, Sewaan Tidak Berkontrak, iaitu OS 24000, Bahan-bahan Makanan dan Minuman, iaitu OS 25000, Bekalan dan Bahan-bahan Lain, iaitu OS 27000 serta program dan aktiviti tidak berkanun di bawah Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain yang Dibeli dan Hospitaliti di bawah OS 29000.

Walaupun begitu, pengurangan Belanjawan Tahun 2025 tidak merencatkan momentum pelaksanaan projek berimpak tinggi iaitu Gurney Bay dan Penang Transport Master Plan, projek rancangan tebatan banjir (RTB) dan naik taraf jalan-jalan negeri. Malah, agenda kebajikan negeri seperti program i-Sejahtera serta inisiatif peduli rakyat dan subsidi pengangkutan awam juga diteruskan.

Anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM940.22 juta juga merangkumi caruman sebanyak RM180 juta ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri. Jumlah caruman ini berkurang sebanyak RM60 juta berbanding tahun 2024 yang mana Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM240 juta sebagai caruman ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri.

Sebagai makluman Ahli Dewan Yang Mulia ini, selain daripada sumber caruman perbelanjaan mengurus, Kumpulan Wang Pembangunan Negeri turut ditampung oleh sumber-sumber lain termasuk pemberian daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri mengunjurkan terimaan sebanyak RM26.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada Pemberian Kerajaan Persekutuan Berdasarkan Tahap Pembangunan Negeri, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup atau dikenali sebagai (TAHAP) berjumlah RM21 juta dan juga, (dengan izin) apa yang saya katakan tadi Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation atau EFT sebanyak RM5.5 juta. Manakala punca negeri pula termasuk bayaran balik pinjaman daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM374.71 juta bagi Maksud Pembangunan Negeri, yang telah diselaraskan semula kepada RM358.62 juta pada bulan Mac 2024 tahun ini untuk memastikan pengagihan sumber kewangan yang lebih berkesan. Sehingga 31 Oktober 2024, sejumlah RM189.47 juta telah dibelanjakan yang mewakili 52.83% daripada keseluruhan peruntukan. Pencapaian ini mencerminkan pengurusan kewangan yang berhemah dan terkawal oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap peruntukan pembangunan dimanfaatkan secara bijaksana.

Sesi libat urus dengan pemegang taruh adalah langkah penting dalam merangka Belanjawan Tahunan Negeri. Pada 16 Mei 2024, sesi ini telah berjaya mengumpulkan pelbagai pandangan daripada Ahli-Ahli Dewan dan Ahli-Ahli Parlimen mengenai keperluan peruntukan untuk tahun 2025, termasuk saranan untuk projek pembangunan, pembangunan masyarakat dan projek-projek khas serta latihan.

Sejajar dengan maklum balas ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan yang signifikan sebanyak RM220 juta untuk Maksud Pembangunan Tahun 2025. Peruntukan ini akan digunakan untuk memperkukuh infrastruktur, memajukan projek sosial serta menyokong pembangunan ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Dengan mengambil kira sumber atau punca pendapatan tersebut, maka siling Belanjawan Pembangunan Negeri Tahun 2025 ditetapkan pada nilai RM220 juta, iaitu menurun sebanyak RM138.61 juta atau bersamaan 38.65% berbanding siling Belanjawan Pembangunan Negeri Tahun 2024 sebanyak RM374.71 juta.

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Tahun 2025 mengambil kira perkara-perkara berikut: (i) Peruntukan disediakan bagi projek-projek sambungan untuk memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan. Dalam hal ini, projek-projek berimpak tinggi dan peduli rakyat sebagaimana dinyatakan sebelum ini akan diteruskan mengikut jadual. Saya juga telah setuju agar imej Silicon Island dan Gurney Bay dijadikan ilustrasi, masing-masing sebagai kulit buku Belanjawan Negeri dan buku Perjanjian Program Negeri Pulau Pinang Tahun 2025;

(ii) Jabatan-jabatan yang mempunyai peruntukan Akaun Amanah seperti Akaun Amanah Saliran bagi Jabatan Perparitan dan Saliran boleh melaksanakan projek pembangunan melalui peruntukan Akaun Amanah berkenaan, tertakluk kepada pematuhan Surat Ikatan Amanah / Arahan Amanah;

(iii) Penangguhan projek-projek baharu yang tidak kritikal pada tahun 2025. Projek-projek baharu diletakkan peruntukan tanda atau token bernilai RM10 bagi memastikan kebolehlaksanaan apabila terdapat lebihan aliran tunai negeri.

(iv) Bagi mengoptimumkan sumber peruntukan projek pembangunan negeri, di samping mengelakkan pertindihan manfaat pelaksanaan projek pembangunan kepada golongan sasar sama, terutama projek-projek kecil yang bernilai RM200 ribu dan ke bawah, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) akan mewujudkan kolaborasi strategik dengan jabatan/agensi Persekutuan seperti Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, PERDA, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Ekonomi dan lain-lain berkenaan.

Anggaran hasil bagi Tahun 2025. Bagi mengimbangi keperluan perbelanjaan tahun 2025, Kerajaan Negeri turut memberi fokus terhadap strategi untuk meningkatkan hasil negeri. Secara purata, Kerajaan Negeri menjana hasil sebenar sebanyak RM601.81 juta setahun bagi tempoh lima (5) tahun terkini, iaitu dari tahun 2019 hingga 2023. Sekiranya trend kutipan hasil sebenar negeri masih sama, Kerajaan Negeri cakna risiko kehabisan baki Akaun Hasil Disatukan pada akhir tahun hadapan. Oleh itu, Kerajaan Negeri menyasarkan kutipan sebanyak RM906.59 juta sebagai hasil negeri tahun 2025 dengan pecahan berikut, Hasil Cukai sebanyak RM223.65 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM570.41 juta dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM112.53 juta.

Secara perbandingan, Anggaran Hasil Negeri Tahun 2025 menunjukkan peningkatan sebanyak RM373.51 juta atau melebihi 70% berbanding Anggaran Hasil Negeri Tahun 2024 sebanyak RM533.08 juta. Langkah drastik ini membuktikan iltizam Kerajaan Negeri untuk melipatgandakan usaha meningkatkan kutipan hasil negeri tahun 2025. Menerusi komitmen semua jabatan negeri, Kerajaan Negeri optimis sasaran kutipan hasil tersebut dapat direalisasikan.

Dengan mengambil kira anggaran hasil negeri sebanyak RM906.59 juta berbanding anggaran perbelanjaan sebanyak RM940.22 juta, Belanjawan Tahun 2025 menyaksikan anggaran defisit terendah dalam sejarah Belanjawan Negeri Pulau Pinang, iaitu sebanyak RM33.63 juta defisit. Anggaran defisit ini telah mengambil kira kedudukan baki Akaun Hasil Disatukan Negeri pada 1 Januari 2025 yang diunjurkan sekitar RM50 juta.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha-usaha bagi tempoh sehingga 31 Disember 2024 untuk mendapatkan baki Akaun Hasil Disatukan yang lebih tinggi bagi memastikan terdapat lebihan hasil sebagai rizab bagi tahun 2026 di samping meneruskan usaha-usaha penjimatan yang tidak akan menjejaskan operasi Kerajaan Negeri dan meningkatkan kutipan hasil dalam tempoh ini.

Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem saraan digunakan dalam perkhidmatan awam yang mana Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Pelaksanaan penuh sistem saraan ini akan berkuat kuasa pada 1 Disember tahun ini.

Dengan pelaksanaan SSPA ini, adalah diharapkan penjawat awam seluruh negeri Pulau Pinang komited menggembleng tenaga dan melipatgandakan usaha untuk memenuhi aspirasi negeri. Sesuai dengan harapan YAB Perdana Menteri yang dizahirkan semasa Persidangan MAPPA pada 16 Ogos yang lalu, penambahbaikan ini perlu disusuli dengan semangat Strive for Excellence. Peningkatan hasil negeri, politik yang stabil dan sikap positif untuk pembangunan negeri sudah pastinya bertunjangkan kepada keberhasilan seluruh anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

Oleh itu, sebagai apresiasi kepada seluruh Anggota Perkhidmatan Awam Negeri, sukacita saya umumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri termasuk penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR, SABK, guru tahfiz, guru pondok, guru tadika islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang. BKK yang diunjurkan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM6.88 juta dan akan dibayar pada bulan Disember tahun ini. Pemberian BKK ini juga akan dipanjangkan kepada Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anak syarikat Kerajaan Negeri, tertakluk kepada kemampuan kewangan masing-masing.

Yang di-Pertua Dewan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada hari ini juga bukan sekadar dokumen kewangan, sebaliknya juga merupakan manifestasi harapan rakyat dan aspirasi Penang2030 secara keseluruhannya. Kerajaan Negeri yakin bahawa melalui pelbagai inisiatif berpaksikan rakyat, fokus utama perjuangan pada hari ini bukan sahaja membuka lebih banyak peluang ekonomi dan memperkukuhkan pertumbuhan industri tempatan, tetapi juga memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat di negeri ini dapat menikmati kemajuan yang inklusif dan menyeluruh.

Oleh itu, bagi mencapai harapan kesejahteraan rakyat sebagai asas kepada kemakmuran negeri ini, fokus utama belanjawan ini adalah untuk memenuhi keperluan rakyat, dengan penekanan terhadap usaha meningkatkan kualiti hidup serta keharmonian sedia ada kini. Apa yang pasti, intipati belanjawan ini adalah memperkasa rakyat yang mana setiap peruntukan dirangka adalah untuk memastikan kemakmuran Pulau Pinang dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat secara adil, saksama dan berterusan.

Sebagai penutup kata, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan visi dan misi yang terkandung dalam Belanjawan 2025 ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Setiap warga negeri ini memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat tersebut. Marilah kita sama-sama terus bersatu dan melipatgandakan usaha kearah merealisasikan Visi Penang2030 dengan semangat rakyat sepakat, negeri hebat kita yakin bahawa kita boleh mewujudkan Pulau Pinang sebagai negeri sejahtera, inklusif dan berdaya saing di masa hadapan selaras dengan tema Belanjawan 2025 iaitu Ekonomi Madani, Rakyat Diperkasa, Negeri Sejahtera.

Sekian Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan yang saya hormat saya mohon mencadangkan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat dan saya memerlukan sokongan.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025 daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini meluluskan perbelanjaan sebanyak RM220,000,010 juta dan yang tertera di dalam anggaran pembangunan tahun 2025 yang dibentangkan sebagai Risalah Dewan Udangan Negeri Bilangan 6/2024 dan menetapkan bahawa jumlah yang tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan di dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2025 ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan atas Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025 akan bermula pada 25 November 2024 hari Isnin. Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan ditangguhkan dan kita bersidang semula pada 25 November, hari Isnin jam 9.30 pagi.

Dewan ditangguhkan pada jam 4.35 petang.