Pulau Pinang · 25 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 326 turns · 57,365 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. “Bacaan doa”. Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum kita masuk ke sesi soalan lisan nanti, sedikit makluman ingin saya sampai kepada semua bagi persidangan kali ini, tempoh masa untuk kita berbahas adalah tidak lebih daripada 25 minit sahaja akan diberikan kepada semua untuk berbahas.

Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat dimohon untuk menyusunkan agenda-agenda perubahan anda semua supaya nanti dia lancar dan sempurna dan seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan juga akan terus bersidang tanpa waktu rehat tengah harilah. Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat diminta untuk menguruskan masa sendiri termasuklah waktu makan, solat mengikut kesesuaian masa masing-masing, terima kasih.

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pagi ini kita nak mendengar soalan daripada Pulau Betong terlebih dahulu, sila.

Soalan yang ke 10.

No. 10. Cadangan pembinaa suction tank dan water pump di padang Permatang Damar

Laut.

(a) Adakah penduduk bersetuju? Jika tidak, apakah cadangan kerajaan untuk

menyelesaikannya?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, terdapat perkembangan terkini mengenai soalan Yang Berhormat iaitu berkenaan dengan pembinaan suction tank dan juga rumah pam. Cadangannya dahulu di padang Permatang Damar Laut tapi seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Batu Maung bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk tidak menggunakan padang tersebut supaya boleh tak digunakan oleh rakyat, terus digunakan rakyat untuk rekreasi dan sebagainya. Sebaliknya Kerajaan Negeri telah menyediakan tanah seluas enam ribu, okay 6,892 kalau tak silap saya meter persegi untuk digunakan untuk menempatkan rumah pam dan juga suction tank, tangki sedutan di kawasan rezab Kerajaan Negeri. Jadi selain daripada itu, akan juga dibina sebuah medan selera baru, Medan Selera Matang yang di mana akan terdapat tiga restoran dan juga tujuh gerai selain daripada empat food court dengan tempat

duduk seramai 200 tempat duduk. Jadi harap Yang Berhormat mengambil maklum bahawa perkara ini telah pun diselesaikan, terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Bagaimana Kerajaan Negeri dapat membuat jaminan dengan pembinaan suction tank dan juga water pump tidak akan terkesan bekalan air terutama sekali di kawasan penduduk Balik Pulau dan sekarang ini pun dah terkesan bertambah sekali yang di flat-flat, Flat Lily, Flat Taman Seri Indah dan juga Flat Hijau. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Semuanya adalah dalam di bawah perancangan PBA untuk memastikan akan ada cukup air bagi seluruh kawasan Balik Pulau dan juga kepada Pulau Silikon. Buat masa ini, dalam dua tiga tahun yang akan datang sebelum pembangunan terdapat pembangunan di Pulau Silikon, saya rasa penggunaan air pun tak banyak jadi ini semua adalah dari segi perancangan. Tapi dalam dua tiga tahun ni ada beberapa projek yang sedang dibuat termasuk pembinaan reservoir baru di kawasan Balik Pulau untuk memastikan tekanan air adalah mencukupi, jadi untuk masa depan dalam 3, 5, 10 tahun apabila Pulau Silikon dibangunkan terdapat juga penambahan dari segi punca air bagi, bukan saja di kawasan Barat Daya tetapi diseluruh negeri Pulau Pinang daripada projek-projek yang sedang dilaksanakan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan silakan Telok Bahang, sila.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Terima kasih Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 11. Terima kasih.

No. 11. Lawatan kapal perang China ke Pulau Pinang pada 14 Oktober 2024.

(a) Nyatakan misi Kerajaan Negeri dalam memperolehi manfaat dari lawatan

tersebut selain hubungan antara dua negara. (b) Kebiasaannya kapal perang yang berlabuh di sesebuah negara akan menganjurkan kapal terbuka untuk rakyat tempatan melawat. Adakah berlaku seperti tersebut?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, selamat pagi Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Teluk Bahang yang bertanyakan soalan ini dan saya juga ingin turut menjawab satu soalan lagi daripada Yang Berhormat Pulau Betong yang maksud lebih kurang sama dan penglibatan dan kehadiran wakil Kerajaan Negeri ke Majlis Sambutan dan Lawatan serta Majlis Makan Malam atas kapal-kapal tersebut iaitu Kapal Qi Jiguang 071 dan Kapal Jinggangshan 999 adalah atas jemputan daripada Konsulat China di Pulau Pinang. Wakil dari Tentera Laut Diraja Malaysia serta beberapa pertubuhan lain juga turut dijemput oleh pihak Konsulat China di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam program-program tambahan yang diadakan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan adalah di bawah seliaan pihak Konsulat. Lawatan tersebut adalah mengikut saluran rasmi dan mengikut protokol. Umumnya, tujuan utama lawatan sedemikian adalah untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Hubungan yang baik ini akan menjana peluang ekonomi kepada Pulau Pinang dari segi sektor pelancongan serta pelaburan dari negara tersebut. Kedua-dua kapal tersebut turut menganjurkan sesi terbuka untuk membolehkan orang awam menaiki kapal, bergambar dan melawat fasiliti yang ada. Itulah jawapan saya, terima kasih.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Sinar Harian pada 11 September 2024 telah melaporkan 8 kes pencerobohan terhadap EEZ di mana ianya terdapat pelantar-pelantar minyak khususnya di sebelah Sarawak yang mana pelantar-pelatar minyak ini adalah kita punya strategic installation. Kehadiran kapal-kapal perang China bukan sahaja kapal yang dimaksudkan adalah daripada negeri China malahan kapal-kapal perang daripada lain-lain negara juga adalah satu atau pun merupakan strategik konsep. Kehadiran mereka di satu-satu kawasan merupakan strategik konsep negara tersebut khususnya militari.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Muhamad Bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Ya Dato'.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalannya.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Soalannya. Setakat ini pencerobohan oleh kapal perang China amat kritikal. Justeru itu, saya ingin mendapatkan maklum balas daripada Kerajaan Negeri dengan menerima kehadiran kapal-kapal perang itu sama ada betul sebagai lawatan biasa atau lawatan yang ada udang di sebalik batu, itu saja.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Saya rasa Yang Berhormat perlu membuka minda dan baru-baru ini, Armada Pacific Tentera Laut Russia telah berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada Oktober 14 dan 17 itu dari Russia, kapal tentera laut Russia telah berlabuh di Pulau Pinang pada 14 hingga 17 Oktober. Minggu lalu juga kapal USS Abraham Lincoln telah berlabuh di Pelabuhan Klang di Kuala Lumpur dan salah satu kapal latihan China yang berkunjung ke Pulau pinang iaitu kapal latihan Qi Jiguang 999 pernah memainkan peranan penting dalam misi pencarian pesawat MH 370 pada tahun 2014. Kapal yang berlabuh pada bulan Oktober ini pada masa lalu telah bertolak dari Pelabuhan Zhanjiang pada 9 Mac 2014 menuju ke kawasan pencarian dan sepanjang 60 hari kapal tersebut membantu mencari MH 370 termasuk Teluk Thailand Sumatera dan kawasan Barat Daya serta Barat Laut Australia dengan jarak pelayaran melebihi 31,000 km dan seperti yang saya kata tadi sebelum ini tidak ada kapal-kapal asing perang samada, dari Rusia daripada Amerika daripada China telah melabuh di mana di banyak pelabuhan sama ada Pelaburan Klang, Pulau Pinang atau pun Kota Kinabalu dan saya rasa ini adalah mengikut saluran protokol dan telah dimaklumkan kepala kepada Tentera Laut Diraja Malaysia dan telah mendapat persetujuan juga daripada Kementerian Luar Negeri dan perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat sebenarnya kuasa untuk hubungan luar diplomasi adalah di bawah chapter dalam Perlembagaan Persekutuan adalah Kerajaan Persekutuan dan bolehlah tujukan soalan-soalan tersebut di Parlimen. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Itu sebabnya saya nak hentikan. Soalan ini telah panjang lebar dibahaskan di Parlimen jugalah dan menteri-menteri yang berkenaan juga sudah bagi jawapan yang cukup jelas atas isu ini cuma ada sikit yang about Pulau Pinang ini saya izinkan soalan ini untuk ditanyalah. Satu jawapan yang jelas juga kita dengar didalam dewan ini. Seterusnya saya nak jemput Yang Berhormat KOMTAR.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Dato' Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 12.

No. 12. Jadual operasi perkhidmatan feri dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) tidak sepadan untuk awal pagi dan akhir hari. Bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini?

(a) Senaraikan statistik pengguna feri.

(b) Adakah feri dalam kerugian? Mengapa?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, terima kasih KOMTAR. Untuk makluman Yang Berhormat terdapat sedikit ketidaksepadanan pada waktu awal pagi dan akhir hari, antara jadual perkhidmatan operasi feri dengan perkhidmatan ETS. Hal ini berlaku kerana kedua-dua perkhidmatan ini mempunyai perbezaan dari segi sasaran pelanggan ataupun target customer. Jadual perkhidmatan feri ditetapkan berdasarkan kepada statistik pengguna feri mengikut waktu pergi balik kerja di antara Seberang Perai dan juga George Town. Melalui pemerhatian oleh operator, majoriti pengguna feri terdiri daripada penduduk Pulau Pinang yang berulang-alik ke tempat kerja, Institusi pendidikan dan juga sekolah. Manakala untuk perkhidmatan ETS pula, dia

lebih kepada pelanggan yang lintas negeri antara negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Jadi berdasarkan kepada penelitian dan rekod oleh operator, iaitu PPSB, Penang Port Sdn. Bhd., hanya tiga (3) masa perjalanan tidak sepadan iaitu pada pukul 12:20 Northbound Train Arrival at Butterworth, 05:15 dan 06:30 Southbound Train Departure from Butterworth. PPSB sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pengguna perkhidmatan feri dan sekiranya terdapat permintaan yang mencukupi PPSB bersedia untuk mempertimbangkan untuk menyemak semula jadual perjalanan feri dan kalau tak silap saya juga, pernah dicuba pada lewat malam tapi pada waktu tu saya rasa dia punya sambutan tu hanya dua, tiga, oranglah yang menggunakan feri tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, untuk soalan (a) itu, statistik pengguna feri mulai bulan Januari hingga bulan Oktober 2024 bagi penumpang pejalan kaki adalah sebanyak 1.76 juta orang manakala bagi kenderaan dua roda sebanyak 600,000. Lampiran statistik penuh akan diletakkan di meja Yang Berhormat. Untuk soalan (b), berdasarkan pada rekod kewangan PPSB, kos pengoperasian perkhidmatan feri adalah melebihi daripada jumlah kutipan tiket feri. Namun begitu PPSB telah tetap melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan yang berterusan untuk memberikan perkhidmatan feri yang terbaik kepada pengguna. Dianggarkan perkhidmatan feri mengalami kerugian tahunan sebanyak RM14 juta ringgit, rugi. Untuk gambaran kasar kutipan tiket feri hanya dapat menampung lebih kurang 35%. Jadi 1/3 sahaja pengoperasian feri dapat ditampung oleh tiket fare dan antara faktor yang menyumbang kepada kerugian juga adalah kos minyak diesel yang tinggi yang juga dibayar mengikut harga pasaran, tiada subsidi untuk feri dan kedua juga kos pemeriksaan tahunan dan penyelenggaraan yang wajib untuk menjamin keselamatan feri serta bayaran kos insurans perkhidmatan yang melebihi RM2 juta ringgit setiap tahun. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Soalan tambahan. Terima kasih kepada EXCO Tanjong Bunga. Tadi ada sebut tiga trip ETS yang tidak dapat sambung dengan feri. So pernah feri PPSB cuba untuk memberi perkhidmatan tetapi saya sebagai salah seorang pengguna ETS, so saya terpaksa pagi-pagi awal pagi naik kereta, pandu kereta pergi ke Bukit Mertajam punya ETS station, berhenti di sana kerana tiada perkhidmatan sebeginilah. So saya harap PPSB boleh kaji balik sekali lagi kerana memang jika saya post dalam media sosial terdapat orang ramai tanya tentang masalah inilah dan perkhidmatan feri dan ETS saling bergantung antara satu sama lain dan memberikan manfaat kepada seluruh penduduk Pulau Pinang pada masa hadapan apabila jajaran LRT telah sampai ke Penang Sentral, apakah kesemua mod pengangkutan awam akan diintegrasikan bersama? Sekiranya dapat diintegrasikan bersama sebagai satu hub bersepadu, perkara ini akan memberi manfaat yang sangat besar kepada Pulau Pinang.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat KOMTAR. Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak PPSB dan saya juga ingin menyatakan bahawa Kerajaan Negeri juga setuju bahawa pengintegrasian pengangkutan awam, semua mod pengangkutan awam adalah kalau boleh yang paling afdal kesemuanya akan sepadanlah tapi kita pun faham ada terdapat kekangan seperti contoh feri itu mengalami kerugian yang besar dan sekiranya dijalankan operasi hanya untuk mengutip 4, 5 penumpang contohnya, sememangnya

tidak berbaloilah tapi macam mana pun untuk perancangan masa depan dari segi pengintegrasian feri dengan bas dengan LRT dan juga dengan ETS, Kerajaan Negeri sememangnya mengambil maklum dan telah pun memaklumkan kepada pihak MRT Corp iaitu project owner bagi projek LRT dan juga dengan pengoperate, apa ni, operator mod-mod lain seperti Rapid Bus Penang, Rapid Penang dan juga PPSB supaya terdapat integrasi dari segi timing, schedule, jadual perjalanan dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih KOMTAR. Seterusnya Honorable Telok Ayer Tawar.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang di-Pertua, soalan saya nombor 13.

No. 13. Isu banjir di kawasan Telok Air Tawar yang semakin hari semakin meruncing. Perkampungan yang berdekatan dengan persisir pantai iaitu Kampung Contoh dan Kampung Bagan Lebai Tahir mengalami banjir yang amat buruk dalam jangka masa singkat. Apakah rancangan jalan penyelesaian untuk mengatasi permasalahan ini agar tidak berulang lagi?

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan 13?... (ketawa). Sila, sila.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan Honorable Member Telok Ayer Tawar. Terima kasih atas soalan Yang Berhormat. Jadi sebenarnya isu banjir di Kampung Contoh dan Kampung Bagan Lebai Tahir ini, untuk Kampung Contoh masalah yang dihadapi adalah final discharge yang di mana saluran paip yang keluar ke laut, dia telah usang dan juga rosak, jadi Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk memohon peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk melaksanakan penaiktarafan terhadap final, paip final discharge tersebut. Untuk Kampung Bagan Lebai Tahir pula, saya difahamkan masalahnya adalah coastal flood yang di mana berlaku limpahan air laut pada waktu air pasang besar dan juga sekiranya ada hujan lebat pada waktu yang samalah. Yang ni, Yang Berhormat sebenarnya Kerajaan Negeri juga ada apa ni perancangan untuk meminta peruntukan untuk membaiki struktur-struktur sebab dia sebenarnya armor rock dia menggunakan struktur armor rock sebagai penahan yang telah dibina, saya rasa dan bertahun dah dan juga dalam keadaan yang juga tidak mampu menahan daripada ombak-ombak yang kuat pada waktu kini tapi yang ni memerlukan peruntukan yang lebih besar dan kita akan cuba memohon. Pada masa yang sama saya difahamkan juga sebahagian daripada kampung tersebut adalah berada di atas tanah rizab pantailah yang sebenarnya kurang sesuai juga mereka menduduki atas tanah rizab tersebut dan senang menjadi mangsa kepada limpahan air laut apabila berlaku fenomena air pasang dan juga hujan lebat pada waktu yang sama. Bagi tindakan jangka masa panjang Yang Berhormat, JPS Malaysia kini sedang menjalankan kajian semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu untuk seluruh negeri Pulau Pinang dan kajian tersebut sedang di peringkat kerja ukur dan akan merangkumi juga kawasan Kampung Bagan Lebai Tahir dan juga Kampung Contoh. Pelaksanaan projek fizikal biasanya akan dilaksanakan setelah kajian siap dan juga tertakluk kepada kelulusan peruntukan. Terima kasih Yang Berhormat.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Soalan tambahan. Yang Berhormat Tanjong Bunga, terima kasih atas penyampaian ini. Apakah tindakan yang Yang Berhormat akan dapat buat dalam masa yang terdekat di tempat yang saya maklumkan seperti di Kampung Contoh. Masa musim ribut dan taufan ni, every year, tiap-tiap tahun ada. Dari di segi tu kita nak tengok apa yang boleh kita selesaikan sebelum kita nak dapat peruntukan ni, belum tentu kita tahu mungkin esok Yang Berhormat jadi wakil rakyat pun peruntukan tak sampai lagi. Sekian, terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih. Untuk Kampung Contoh pembaikan kepada saluran final discharge tersebut, kita akan cuba pohon, sekiranya tidak berjaya mungkin Kerajaan Negeri boleh melihat kepada peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebab sebab dia punya kos untuk penambahbaikan struktur tersebut adalah tidak setinggi berbanding dengan Kampung Bagan Lebai Tahir, terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Berapit, sila.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan 14.

No. 14. Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang.

(a) Nyatakan bilangan dan tempat membina elevated station dalam sistem

LRT.

(b) Nyatakan jangkaan bilangan tempat letak kereta yang akan disediakan di

setiap stesen.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Tak payah duduklah Dato’ Seri Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Berapit, MRT Corp telah pun dilantik oleh Kerajaan Persekutuan sebagai pemaju dan juga pemilik aset LRT Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai Laluan Mutiara dan berdasarkan pada maklumat oleh pihak MRT Corp, terdapat 20 stesen di bahagian pulau dan satu stesen di Penang Sentral bagi jajaran Laluan Mutiara untuk menghubungkan penduduk di bahagian Seberang Perai ke Pulau termasuk KOMTAR dan Bayan Lepas. Kesemua stesen yang dirancang adalah secara bertingkat ataupun elevated. Justeru jajaran muktamad LRT tersebut dicadangkan bermula dari Pulau Silikon dan menuju ke arah utara melalui beberapa stesen iaitu Permatang Damar Laut, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Sungai Tiram, FIZ South, FIZ, Jalan Tengah, SPICE, Bukit Jambul, Sungai Nibong, Sungai Dua, Batu Uban, Jalan Universiti, Gelugor, Penang Waterfront, East Jelutong, Sungai Pinang, Bandar Seri Pinang, Macallum, KOMTAR dan seterusnya jajaran akan sambung merintas laut ke Stesen Penang Sentral dan namun begitu perincian lokasi stesen masih dalam peringkat pemuktamadan oleh pihak MRT Corp.

Untuk soalan (b), terdapat sembilan stesen yang menyediakan kemudahan park n ride di dalam perancangan setiap seksyen, setiap stesen tertakluk kepada hal-hal pengambilan tanah. Dianggarkan lebih kurang 1,100 tempat letak kereta akan disediakan di kawasan stesen-stesen tersebut dan sembilan stesen apa ni, antara stesen park n ride adalah di yang dicadangkan akan dimaklumkan setelah pihak MRT Corp memuktamadkan jajaran mereka dan itu sahaja Yang Berhormat, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga. Di sini semasa pembinaan LRT ini, saya, saya rasa ada kemungkinan besar ada akan adakan akan pengambilan satu lane semasa pembinaan dan kesesakan lalu lintas akan berlaku. Jadi saya ingin tanya apakah plan alternatif untuk jangan kata mengurangkan tapi meringankan kesesakan lalu lintas semasa pembinaan dan soalan dua, kedua saya adalah dengan tempat letak kereta di stesen yang sebanyak 21 stesen tetapi ada sembilan stesen ada park n ride dan sediakan 1,100 tempat letak kereta. Jadi adakah Yang Berhormat rasa ini mencukupi untuk merangkumi keadaan di kesesakan lalu lintas sekarang. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Dia sebenarnya nak kata semua nak bergantung kepada tempat letak kereta tu tak betul juga sebab kita pun inginkan orang menggunakan pengangkutan awam secara keseluruhannya juga termasuk menggunakan bas juga, jadi feeder-feeder bus itu penting juga sekiranya ada feeder bus yang berjalan daripada taman-taman perumahan ke arah stesen LRT, itulah perkhidmatan yang juga boleh digunakan selain daripada menggunakan fasiliti ataupun kemudahan park n ride. Selain daripada itu, dari segi pembinaan LRT, sudah kita pun sedia maklum, sudah tentu akan berlaku kesulitan dari segi trafik tapi akan ada pelan pengurusan trafik traffic management plan, yang akan disediakan dan juga diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan juga apa ni, pihak-pihak berkuasa jalan seperti JKR juga untuk memastikan terdapat mitigasi dari segi trafik. Tapi nak kata 100% akan diselesaikan tu sememangnya tidak tapi contohnya sebab kebanyakan pembinaan itu akan berlangsung di median jalan, kita punya, kita buat elevated dan untuk sebab itulah Kerajaan Negeri, ya inginkan projek LRT ini dijadikan sebagai satu elevated system supaya kerja-kerja di median tu dia tidak akan mengambil ruang yang terlampau banyak. Maka kalau boleh kita tidak, tidak ingin mengorbankan lane untuk keretalah, kalau boleh kita cuba untuk memastikan, contohnya kalau ada dua lane kita nak memastikan masih ada dua lane tapi sekiranya tidak mungkin dan apa ni, TMP perlu diadakanlah untuk memastikan kelancaran trafik tapi bagaimanapun kita bayangkan bahawa akan berlaku sedikit kesulitan dan juga apa ni, traffic jamlah di kawasan-kawasan pembinaan. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Soalan tambahan satu. Yang feeder bus tadi daripada Yang Berhormat EXCO yang sebut tentang feeder bus, saya amat setuju dan saya rasa ini adalah satu connecting, jalinan yang penting untuk menjayakan orang awam untuk memakai untuk menggunakan LRT. Jadi saya ingin tanya, dalam perancangan Kerajaan Negeri berapa buah feeder bus ada di perancangan kita? Atau cadangan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Kerajaan Negeri telahpun meminta supaya perbincangan diadakan antara pihak Rapid Penang iaitu operator bas bersama-sama dengan MRT Corp dan saya difahamkan perbincangan awal sudah pun diadakan tapi untuk nak beri apa ni maklumat yang terperinci pada waktu ini belum lagi sampai ke tahap tu Yang Berhormat tapi sudah tentu dari segi pendirian Kerajaan Negeri kita nak yang sebanyak mungkinlah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka Bukit Tengah, sila.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan nombor 15.

No. 15. Nyatakan bagaimana insentif-insentif yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025 akan meningkatkan pertumbuhan industri elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor di Pulau Pinang.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tengah atas soalan berhubung dengan insentif yang dibentangkan di Parlimen bagi meningkatkan industri E&E dan Semikonduktor di Pulau Pinang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri bertekad menjadikan Pulau Pinang sebagai peneraju dalam industri Teknologi Generasi Baharu merangkumi Kecerdasan Buatan Generatif atau GenAI dan Reka Bentuk Litar Berintegrasi atau IC yang merupakan fokus utama dalam National Semiconductor Strategy (NSS), New Industrial Masterplan 2030 atau NIMP dan Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL). Berkaitannya, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan inisiatif Transformatif Baharu iaitu Penang Silicon Design @5km+ yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi melalui pembangunan Industri Reka Bentuk Litar Bersepadu atau IC di negeri kita. Seterusnya berikut adalah insentif-insentif yang dibentang oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan Negara 2025 yang akan meningkatkan pertumbuhan Industri Elektrik dan Elektronik serta Semikonduktor di Pulau Pinang adalah seperti berikut.

A, Insentif untuk Pelaburan Berkualiti, Belanjawan 2025 merangkumi rangka Insentif Pelaburan Baharu yang bertujuan untuk menarik pelaburan berkualiti dalam Sektor E&E dan Semikonduktor di seluruh Malaysia dan di Pulau Pinang. Ini akan menaik taraf industri pembuatan di negeri ini dengan memfokus pada pelaburan yang mampu menjalankan aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi. Pelaburan Baharu yang layak untuk mendapat insentif ini akan mencipta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan memperkukuhkan rantaian bekalan tempatan atau local supply chain.

Perkara B, peruntukan untuk industri Semikonduktor. Sebanyak RM1 billion diagihkan kepada Khazanah untuk menyokong industri Semikonduktor tempatan yang mana dijangka memberi impak positif kepada Negeri Pulau Pinang. Terutamanya dalam sektor Semikonduktor dan Electronics. Pelaburan ini dijangka akan meningkatkan daya saing dan pertumbuhan industri Semikonduktor di negeri kita serta meningkatkan kapisiti pengeluaran yang dapat memenuhi permintaan global.

Perkara C, inisiatif daya tahan rantaian bekalan. Belanjawan 2025 turut memperkenalkan insentif daya tahan rantaian bekalan yang akan memperkukuhkan kedudukan Negeri Pulau Pinang dalam rantaian bekalan global bagi sektor E&E dan Semikonduktor. Ini akan memastikan daya tahan dan pertumbuhan jangka panjang industri Semikonduktor di negeri kita menjadikannya lebih stabil dan mampu menampung permintaan global. Langkah ini juga bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan negeri kita kepada sumber luar.

Dan D, pembangunan ekosistem yang relevan. Pembangunan ekosistem yang relevan turut menjadi fokus dimana geran padanan diperkenalkan untuk menggalakkan pembekal tempatan dalam sektor E&E, bahan kimia khusus, bahan kimia khusus dan peranti perubatan dan lain-lain. Penubuhan Penang Integrated Circuit Design and Digital Park di Bayan Lepas juga memberikan infrastruktur yang lengkap untuk menyokong aktiviti R&D syarikat dalam sektor Semikonduktor. Ini membuka peluang besar untuk pelaburan baharu dalam sektor ini.

Perkara E, pembangunan kumpulan bakat yang berkaitan. Dana pembangunan bakat yang diperuntukkan kepada Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia, Program TVET dan Talent Corp akan meningkatkan jumlah bakat dalam bidang STEM di negeri kita. Dengan adanya kerjasama Akademi Reka Bentuk Cip Pulau Pinang di bawah PSDC, tenaga kerja tempatan akan diberi latihan dalam reka bentuk IC sekaligus memperkukuh kedudukan negeri Pulau Pinang sebagai Pusat Teknologi Semikonduktor dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Ini akan menyokong pertumbuhan dan kemajuan sektor Semikonduktor. Dengan pelbagai insentif ini, Belanjawan Negara 2025 dijangka mempercepatkan pertumbuhan industry E&E dan Semikonduktor di Pulau Pinang. Menjadikan negeri ini lebih kompetitif dan berdaya saing di peringkat global. Terima kasih Dato’.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Soalan tambahan, Dato’ Seri. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas jawapan. Kali ini dalam Bajet Perbelanjaan Persekutuan memang banyak tekanan yang telahpun diberikan oleh Perdana Menteri dalam sektor Semikonduktor. Saya tertarik kepada dua perkara yang tadi telah disebutkan oleh Ketua Menteri. Satu adalah dana RM1 billion fund yang telah pun diagihkan ataupun diagihkan pada Khazanah untuk membantu sektor Semikonduktor industri. Lagi satu adalah pengumuman Perdana Menteri mengenai penubuhan kluster-kluster ekonomi yang khusus di negeri-negeri. Jadi saya, soalan saya adalah bagaimanakah Kerajaan kita Pulau Pinang boleh mendapat manfaat langsung directly daripada peruntukan RM1 billion ini. Adakah RM1 billion ini boleh membantu dalam usaha-usaha seperti upgrading kita punya talent pool yang kini kita tahu bahawa di Pulau Pinang kita ada Penang GBS Industry Academy dan juga ada Plan Penang Strategy For Economy Ecosystem Development. So, whether or not this RM1 billion boleh dipohon oleh Kerajaan Negeri bagi program-program yang nak ingin dilaksanakan oleh

Kerajaan Negeri termasuk the IC Digital and Design Park yang ingin dibangunkan oleh Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tengah atas soalan tambahan. Untuk makluman dewan ini, peruntukan dana RM1 billion kepada Khazanah saya harap ianya khusus digunakan di Pulau Pinang. Tetapi tidak, ia untuk seluruh negara dan sebagai permulaan sahaja kita mohonkan cuma RM60 juta geran padanan. Manakala RM60 juta lagi akan diusahakan oleh negeri dan diumumkan oleh saya dalam bajet dalam tempoh lima tahun. Bukan sekaligus kita pakai RM60 juta atau RM120 juta. Di bawah inisiatif yang kita umumkan tiga dalam Silicon Design @5km+ merupakan inisiatif negeri sebelum pengumuman di peringkat Kebangsaan sebab apabila National Semiconductor Strategy ini digubal maka sesi libat urus sudah pun dijalan dengan stakeholder di negeri-negeri dan InvestPenang, PDC dan lain-lain institusi pendidikan saya rasa sudah pun di terlibat dalam sesi libat urus dan telah kemukakan wish list dan apa yang diperlukan. Kita masih menaruh harapan bahawa lebih banyak perhatian boleh diberikan kepada negeri Pulau Pinang, walaupun kita masih tak dapat berita baik tentang RM60 juta itulah. Mungkin Yang Berhormat Bertam boleh membantu juga di peringkat Kebangsaan. Kita masih mengharap kalau-kalau lambat mungkin kita akan gunakan peruntukan negeri terlebih dahulu dan InvestPenang pun sudah menunggu-menunggu pelepasan peruntukan ini sebab Perdana Menteri dijemput untuk melancarkan pada 7hb Disember nanti. Kalau tak ada apa-apa untuk ditunjukkan, maka lebih baik ditunjukkan oleh Perdana Menteri lah semasa lawatan dan pelancaran. Mengenai galakan untuk kluster-kluster tertentu di negara Malaysia dalam E&E and Semiconductor, sebenarnya Pulau Pinang mempunyai kekuatan dalam IC Design dan Packaging and Testing. Sekarang sudah masuk kepada Advance Packaging and Testing. IC Design walaupun kita tak ada satu pusat seperti diumumkan oleh Negeri Selangor, saya tahu Yang Berhormat ada kaitan dengan negeri Selangorlah yang melancarkan IC Design Park. Tetapi di Pulau Pinang sebenarnya dari 30 lebih syarikat yang ada komponen IC Design dalam operasi mereka, i think 90% are in Penang. Located in the various factory walaupun kita tak ada pusat tetapi sekarang kita sudah umumkan ada satu pusat yang khusus di mana kita akan memberi insentif kepada start-ups untuk memulakan IC Design di oleh syarikat tempatan.

Tadi yang saya kata 90% kebanyakan 99% adalah daripada MNCs. Jadi itulah dan apa yang kurang di Pulau Pinang adalah wafer foundry. Kita tak ada wafer foundry di sini mungkin ada beberapa buah di negeri-negeri tertentu tetapi wafer foundry itu bukan satu kekuatan negeri Pulau Pinanglah kerana kekangan sumber-sumber maka pelabur pun tak lihat Pulau Pinang sebagai satu tapak untuk membina wafer foundry tetapi kita tak lepaskan atau give up aspirasi untuk adakan fac kita sendiri, sebab ini akan melengkapkan rangkaian kita dari front end kepada back end untuk menjadi satu hub Silicon Valley yang sebenar-benarnya dan bukan cuma kuat dari segi packaging dan testing dan ada sedikit komponen IC Design. Kalau kita berjaya menarik satu, dua maka lengkaplah Pulau Pinang sebagai satu hub semikonduktor yang dapat mungkin menjana lebih banyak minat pelabur-pelabur ke satu hub yang lebih sempurna ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, saya nak jemput Penanti. Sila.

Zulkefli Bin BakarBERSATU · PNPenanti

YB Dato’ Seri Speaker, soalan 16.

No. 16. Adakah peruntukan kepada wakil rakyat dari pihak pembangkang akan ditambah?

(a) Mengapakah wakil-wakil rakyat dari pembangkang tidak ditambah peruntukan mereka bahkan peruntukan diberi kepada penyelaras KADUN yang melebihi dari wakil rakyat pembangkang? (b) Berapakah peruntukan yang diberi kepada wakil rakyat kerajaan, wakil rakyat pihak pembangkang dan penyelaras KADUN yang dilantik?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Soalan 14. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

16.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

16 ya. Maaf. Yang Berhormat Penanti yang ingin dewan ini dimaklumkan tentang peruntukan kepada wakil rakyat daripada Parti Pembangkang. Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat bagi tahun 2024 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM60 ribu ringgit kepada ADUN Pembangkang dan jumlah tersebut mengikut perbelanjaan akan dikekalkan buat tahun 2025. Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menambah peruntukan kepada ADUN Pembangkang. Kerajaan, ADUN Kerajaan pun kita tak ada rancangan ah untuk menambah, jadi tak tambahlah peruntukan kepada ADUN Pembangkang memandangkan, tak tanya pun, ya. Tak ada orang tanya pun. Memandangkan ada saluran-saluran untuk membantu kawasan-kawasan pembangkang termasuk Pegawai Penyelaras dan juga agensi-agensi Kerajaan.

Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 kepada ADUN Kerajaan, RM60 ribu kepada ADUN Pembangkang dan RM100 ribu kepada Pegawai Penyelaras KADUN. Di samping itu, segala peruntukkan demi manfaat penduduk tidak kira di kawasan Kerajaan mahupun pembangkang ianya telahpun diselaras secara bersepadu oleh jabatan, agensi serta anak syarikat Kerajaan Negeri yang diterjemahkan kepada projek dan program di bawah Jawatankuasa MMK atau pelaksanaan projek program secara langsung oleh Kerajaan Negeri. Maksudnya kita tidak akan memilih kawasan ataupun melaksanakan projek-projek berdasarkan kepada kawasan-kawasan sama ada kerajaan ataupun pembangkang. Itu mengikut perancangan jabatan masing-masing, kalau perlu ada program projek di mana juga ianya akan dilaksanakan dan buktinya boleh dilihat dari apa yang kita laksanakan sepanjang tempoh ini.

Sebagai wakil rakyat, semua ADUN boleh ketengahkan masalah atau permintaan penduduk di kawasan masing-masing kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri yang sentiasa bersedia membantu rakyat dengan mengamalkan dasar No Wrong Door Policy, sekian terima kasih.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan, Dato’ Seri Speaker umum mengetahui bahawa untuk pembangkang peruntukan sebanyak RM60,000 tu adalah terlalu kecil bahkan jauh lebih rendah daripada Penyelaras KADUN yang berkhidmat untuk masyarakat, jadi kita ni bila bercakap disini sekurang-kurangnya rakyat tahu ini yang kita dapat dan ini apa yang kita tidak dapat. Jadi soalan saya Dato’ Seri Speaker ialah adakah YAB Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri bersetuju jika dinaikkan gaji dan elaun pada semua wakil rakyat, sekurang-kurangnya kami di pihak pembangkang dapat gunakan duit dan peruntukan lebihan walaupun sedikit itu untuk membantu masyarakat dan pengundi-pengundi kami, ha ini soalan Dato’ Seri Speaker. Sekian terima kasih dan saya harap dapatlah jawapan yang baik ya kepada kami yang miskin ini.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Soalan tambahan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Belum jawab lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu demi satu.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Penanti yang mencadangkan bahawa kaji semula allowance kepada Ahli-ahli Dewan ini saya rasa kajian semula sebelum ini dilakukan hampir 10 tahun dan lazimnya kaji boleh berlaku dalam 10 - 15 tahun sekali maka mungkin ini pun sudah matang untuk kaji semula tetapi matang belum jatuh lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Matang belum jatuh.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Mungkin kalau ada keperluan yang mendesak sekiranya kalau Parlimen membuat kaji semula kita pun akan menimbang ikut sama, jadi saya dan semua disebelah sini pun sabar menunggu bersama dengan Ahli-ahli Pembangkang samalah sebab dalam bab kaji semula allowance dan keistimewaan tidak mengasingkan pembangkang dari Kerajaan, semua sama rata. Terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Soalan tambahan. Dato’ Seri Speaker kepada Yang Berhormat Ketua Menteri apa yang di cakap oleh saudara saya daripada Penanti bahawa peruntukan, peruntukan ini bukan kerana kita minta untuk kita, peruntukan ini hak rakyat, rakyat mengundi kita tak kira dibelah Kerajaan atau belah pembangkang itu hak rakyat, kenapa Kerajaan Negeri menahan peruntukan hak rakyat kepada pembangkang kalau kita sebagai Kerajaan yang prihatin dan ketelusan maka kita saksama. Ini hak rakyat duit ini tidak masuk dalam poket wakil-wakil rakyat yang 11 DUN ini, duit kalau bagi peruntukan di parking di ICU atau pun di pejabat daerah, kenapa Kerajaan selalu kejam kepada pembangkang. Sekian, terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kalau melihat balik sejarah di Pulau Pinang ini saya pun pernah jadi pembangkang sejak tahun 90 lagi so i'm the only surviving ADUN yang dipilih sejak tahun 90 pada waktu itu pun Kerajaan itu zalim jugalah sebab memang satu sen pun tak dapat tak diberikan kepada wakil-wakil pembangkang tetapi apabila kita ambil alih kita buka satu peluang kita salurkan sedikitlah kalau sama rata pun penyokong pun akan menyoalkan mengapa sama rata sangatkan, perlu ada sedikit perbezaan tetapi seperti apa yang saya kata ianya tidak halang Yang Behormat untuk menyalurkan permohonan untuk projek kepada jabatan-jabatan yang sememangnya akan menimbang tidak mendasarkan kepada kawasan mana permohonan itu dilakukan. Jadi di kawasan-kawasan pembangkang, Pejabat Daerah dan Tanah, JPS, Pertanian, MATRADE mana-mana akan melaksanakan berdasarkan keperluan rakyat dan bukan berdasarkan kepada kawasan pembangkang atau pun Kerajaan. Terima kasih.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

YB Speaker disini kita harap apa yang dicakap oleh Ketua Menteri tadi kita berharap tidak adalah Kerajaan balas dendam lah, hal ini mustahak sebab apa sebab rakyat dok lihat apa yang jadi pada kita hari ini. itu sahaja.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Hat lepas itu lepas lah hat kedepan itu tolonglah ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan tambahan satu sahaja lagi.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Saya tertarik dengan YAB CM tadi yang mengakui betapa dahulu dia terseksa, dizalimi, ini saya hendak sebut balik apa yang disebut oleh YAB Ketua Menteri tadi, takkan kita sudah rasa kita hendak balas balik kepada orang lain, adakah fair macam itu, kita sudah rasa macam itu then yet kita hendak bagi orang lain rasa pula, not fair.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey sekurang-kurangnyalah, sekurang-kurangnya lebih baik dari Parlimen lah kita Penang, Parlimen belum dapat lagi kan, buat sementara Penang lead lagilah. Terima kasih. Saya hendak mohon Air Itam sila.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri soalan saya soalan nombor 17.

No. 17. Gudang Bersejarah (5,7,8) di Pelabuhan Sweetenham terletak dalam Tapak Warisan UNESCO George Town telah lama terabai dan kelihatan hampir musnah. Sekiranya ia dirobohkan, adakah ia akan memberi kesan perlucutan kedudukan Warisan UNESCO kita kerana kerajaan gagal memenuhi tanggungjawab hakiki Tapak Warisan UNESCO?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Air Itam dan gudang no. 5, 7 dan 8 di Pelabuhan Swettenham, Pengkalan Weld adalah terletak di dalam Zon Teras Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Gudang-gudang ini telah dikategorikan sebagai warisan kategori 2 di dalam Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town yang diwartakan pada tahun 2016. Gudang-gudang ini berkepentingan khas dan merupakan antara atribut yang menyumbang kepada nilai-nilai keunggulan sejagat tapak atau pun dalam Bahasa Inggeris outstanding universal value singkatan dia OUV. Perobohan gudang-gudang ini akan menjejaskan OUV tapak serta akan meletakkan tapak di dalam senarai terancam atau pun endangered list dalam Bahasa Inggeris. Pada 2 September 2024, pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah membuka Request for Proposal (RFP) dengan mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan dari segi kewangan mahupun teknikal untuk melaksanakan cadangan pembangunan Gudang 5, 7 dan 8. RFP berkenaan telah ditutup dan masih dalam peringkat penilaian oleh pihak SPPP. Itu jawapan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Dato’ Seri Yang di-Pertua soalan tambahan saya. Umum tahulah seperti yang telah dimaklumkan oleh YB EXCO bahawa tender pembangunan semula telah dibuka beberapa kali dan pernah juga telah diberikan waktu namun selepas pertukaran Kerajaan kah atau selepas pertukaran pentadbiran, tender ini ditukar dan dibuka semula. Apakah yang pandangan YB EXCO dan juga didapati juga situasi dalam gudang 5,7,8 telah usang dan sangat berbahaya, adakah Kerajaan Negeri akan mengambil sebarang langkah keselamatan sebelum berlakunya apa-apa perkara yang malapetaka yang tidak diingini. Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih kepada ADUN Air Itam, Yang Berhormat Ahli Air Itam yang menanyakan soalan tersebut dan pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga George Town World Heritage Incorporated sebagai penjaga untuk kawasan UNESCO ini kita mengambil berat terhadap bangunan-bangunan usang yang bakal roboh dan saya rasa kita akan memantau dengan rapi keadaan ini walau bagaimanapun property yang disebut gudang 5,7,8 di Pelabuhan Swetternham itu adalah di bawah jagaan atau pun bidang kuasa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, sebuah agensi berkanun di bawah Kerajaan Persekutuan dan saya akan cuba mendapatkan jawapan yang ditanyakan oleh soalan Yang Berhormat dan akan saya kalau sekiranya saya mendapat jawapan daripada SPPP saya akan menjawab soalan ini dalam

penggulungan nanti dan kita memang Kerajaan Negeri mengambil berat terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Ahli Kawasan Air Itam. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Penaga sila.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri soalan Ahli Penaga nombor 18.

No. 18. Dengan pertambahan penduduk menyebabkan berlakunya kesukaran untuk penduduk membuat laporan polis dan mereka terpaksa ke IPD Kepala Batas untuk sebarang urusan. Apakah usaha kerajaan dalam mengatasi masalah tersebut seumpama menaik taraf pondok polis di Pekan Penaga?

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan dan Yang Berhormat Penaga soalan ini berkaitan dengan PDRM di bawah Kementerian Dalam Negeri namun kita cuba untuk menjawab berdasarkan kepada urusan kita dengan PDRM so Pondok Polis Penaga merupakan satu daripada empat (4) Pondok Polis yang berada di bawah pentadbiran Balai Polis Kepala Batas. Sekiranya berlaku kesukaran untuk membuat laporan di Pondok Polis Penaga, penduduk boleh berurusan di mana-mana balai polis yang berdekatan atau ke IPD Seberang Perai Utara untuk membuat laporan. Pihak PDRM sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan keperluan dan keselesaan penduduk di kawasan Penaga dan sekitarnya terjaga, termasuk berusaha mendapatkan peruntukan yang sewajarnya bagi menaik taraf balai polis sedia ada. Selain itu, rondaan berkala turut dilaksanakan oleh Balai Polis Kepala Batas di kawasan sekitar Penaga bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Soalan tambahan. Dato’ Yang di-Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Maung atas jawapan yang telah diberi bagi pihak PDRM. Daripada penggal lepas lagi saya kira 2018 isu ini telah saya bawa, banyak juga rungutan dan juga aduan yang saya terima daripada penduduk setempat khususnya di kawasan sekitar Pekan Penaga. Di DUN Penaga ini ada tiga (3) pondok polis, pondok polis Pekan Penaga, pondok polis Kuala Muda dan juga pondok polis Permatang Bendahari, masalah dia di pondok polis ini kalau kita nak buat report tidak boleh dia kena pergi ke balai polis yang terdapat atau pun yang terletak di IPD SPU saya minta dan mohon supaya dipertimbangkan daripada tiga (3) pondok polis yang terdapat dalam DUN Penaga ini satu daripada tiga ini khususnya di pondok polis Pekan Penaga itu dinaiktaraf kepada balai polis.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih saya rasa yang ini more on Parlimen lah so saya hendak alih ke soalan seterusnya Permatang Berangan, sila.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

YB Yang Berhormat soalan saya soalan nombor 19.

No. 19. Berapa ramaikah golongan miskin tegar di Pulau Pinang yang telah berjaya ditamatkan bagi tahun 2023?

(a) Berapakah baki golongan miskin tegar sehingga 31 Oktober 2024 mengikut kawasan DUN di Pulau Pinang?

(b) Apakah bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan baki golongan miskin tegar ini?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih daripada Permatang Berangan isu tentang miskin tegar, jadi bagi tahun 2023, seramai 4,949 Ketua Isi Rumah KIR telah berjaya dibantu dan dikeluarkan dari kelompok miskin tegar di Pulau Pinang sehingga Januari 2023. Jadi berdasarkan rekod di ICU Pulau Pinang, terdapat kira-kira 1,641 Ketua Isi Rumah bermula Februari 2023 sehingga 4hb November yang masih berada dalam kategori miskin tegar di negeri ini dan perinciannya mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri DUN adalah seperti di LAMPIRAN A dan saya akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas sesi soalan lisan ya. Jadi dalam usaha mengeluarkan Ketua Isi Rumah ini dari kategori miskin tegar, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program bantuan dengan kerjasama pelbagai pihak. Antaranya adalah Bantuan Agenda Ekonomi Saksamamelalui Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Negeri Pulau Pinang yang menawarkan bantuan tunai berdasarkan kelayakan kepada penerima. Bantuan ini bertujuan untuk membantu menampung keperluan asas seperti makanan, perumahan dan penjagaan kesihatan. Program ini menyediakan jaringan keselamatan bagi individu untuk memenuhi keperluan asas hidup dan membantu mereka mengakses sumber yang diperlukan untuk meningkatkan keadaan ekonomi isi rumah. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menawarkan Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi yang diwujudkan dengan memfokuskan kepada peniaga kecil sepenuh masa termasuk golongan miskin yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan berpendapatan perniagaan kurang daripada RM3,000.00 sebulan. Jadi bantuan peralatan ini bertujuan membantu peniaga mengembangkan perniagaan sedia ada dan meningkatkan produktiviti perusahaan mereka. Kebajikan dan perlindungan sosial termasuk kediaman rakyat juga adalah elemen yang dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan dengan menyediakan kemudahan dan peruntukan bagi pembaikan fizikal rumah yang terjejas menerusi program bina baru dan baiki rumah rakyat termiskin di bawah program MMK Pembangunan Luar Bandar. Program ini yang telah diperkenalkan pada tahun 2008 merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan kediaman yang selamat dan selesa kepada golongan miskin di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga komited dalam memberikan sumbangan penghargaan kepada rakyat sebagai tanda keprihatinan. Justeru, program i-Sejahtera telah dilaksanakan sejak tahun 2010 sebagai satu bentuk sumbangan penghargaan khusus kepada rakyat di negeri ini. Sejajar dengan komitmen

Kerajaan Negeri sehingga Oktober 2024 sejumlah lima puluh empat juta lapan ratus lapan ribu empat ratus ringgit telah disalurkan kepada 284 dan 95 penerima.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan bantuan makanan kepada golongan sasar yang telah dikenal pasti termasuklah golongan miskin. Program yang dikenali sebagai Mutiara Food bank ini berkonsepkan pengagihan semula makanan yang diselamatkan dan masih boleh dimakan dari pelbagai pasaraya sekitar Pulau Pinang kepada penerima manfaat. Kerajaan Negeri juga ada menawarkan Skim Pinjaman Harapan SPH kepada usahawan atau anak negeri yang ingin menceburi bidang keusahawanan. SPH menyediakan saluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan peminjam tanpa syarat-syarat kelayakan yang kompleks dan menyukarkan proses pinjaman. Proses pinjaman mikro kredit ini memberi peluang kepada usahawan tempatan, penganggur dan golongan B40 untuk menceburi bidang keusahawanan dengan membuat pinjaman wang tanpa sebarang cagaran dan penjamin. Kerajaan Negeri berharap agar golongan ini dapat menggunakan kemudahan pinjaman yang ditawarkan ini untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Kerajaan Negeri amat mengambil berat akan taraf kehidupan keselesaan hidup rakyat di negeri ini dan akan terus melaksanakan dan menambahbaikan program-program bantuan yang ditawarkan dalam usaha membantu golongan miskin tegar ini bebas daripada kepompong kemiskinan. Ada soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang. Soalan tambahan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Kita ada pelbagai program dan agensi yang melaksanakan program untuk membantu orang miskin. Tapi sampai hari ini kita masih tak berjaya untuk menoktahkan kemiskinan ini. Jadi, adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mengkaji semula program-program ini supaya ia lebih dapat berkesan untuk menoktahkan kemiskinan ini.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih, untuk makluman semua data yang saya beri itu adalah setakat November 4 di mana masih ada 1,641, tetapi untuk data yang terkini pada 19 hari bulan November cuma ada sekarang ada 800 keluarga yang miskin tegar sahaja. Jadi daripada sini kita boleh nampak pangkalan data yang dikumpul oleh ICU memang dia bersifat dinamik jadi memang kita tak boleh ikut kestabilan ekonomi sesebuah keluarga kemungkinan hari ini dia masih selesa kalau kehilangan ketua keluarga yang menyumbangkan pendapatan maka mereka akan terjatuh ke dalam golongan miskin tegar atau ada yang daripada golongan yang miskin tegar juga akan

terkeluar maybe dapat apa rezeki dari mana-mana juga, maka ia selalu bersifat dinamik tetapi daripada situ kita boleh nampak daripada nombor-nombor yang selalu berubah-ubah ini kita cuba Kerajaan Negeri cuba untuk keluarkan mereka dengan usaha-usaha daripada sumber sama ada daripada tunai atau barangan ini adalah usaha daripada kita dan kita akan teruskan usaha ini dan untuk program-program yang lain juga kita akan cari apakah kaedah yang lebih baik dan dengan teliti daripada dengan penelitian bersama dengan ICU dengan swasta-swasta juga kita supaya capai satu, satu capai matlamat yang lebih memanfaatkan rakyat juga kita. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bertam.

Baik, terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih daripada EXCO yang jawab tadi, saya rasa saya pun nak panjangkan soalan yang dibangkitkan oleh Permatang Berangan tadi, pertama memang Alhamdulillah tadi angka yang terbaru disebutkan tadi sebab daripada jawapan awal tadi sampai bulan November. Alhamdulillah, lah tadi ada angka baru. Cuma dia ada sikit satu discrepancy sebab Kerajaan Pusat kata dah noktah bulan Jun jadi pada saya check tadi dekat ICU dengan DOSM tadi kata 800 tapi saya check 1,950 mungkin yang tu terbaru lah kot kurang 800 tu jadi discrepancy tentang angka jumlah, kalau dapat diberi dan dipecahkan mengikut ADUN i think that will be a great help satu. Keduanya, saya sebenarnya tidak menyalahkan mana-mana sebab kita soal menoktahkan kemiskinan tegar ni adalah satu keazaman yang perlu. Tetapi, itu adalah satu benda yang kita wajar puji tapi realitinya kemiskinan tak akan terhenti hari ini berada dalam keadaan keberadaan besok kata the breadwinner meninggal boleh saja terjerumus dalam miskin tegar.

Soalan saya yang kedua ialah apakah Kerajaan Negeri tak ingin melihat untuk menggunakan satu lagi measure yang digunakan oleh bank dunia iaitulah Multidimensional Poverty Index, MPI. Indeks kemiskinan pelbagai ini mengambil kira dalam tentang acces to kepada nutrition, acces to quality of education, acces to quality of living, acces to health ada di kalangan mereka yang dapat duit cukup melepasi paras garis kemiskinan maka kita dah menganggap mereka tak terlepas dari kemiskinan tegar tapi hakikatnya aspek-aspek yang lain dan sebagai negara dan orang kata negeri yang menuju ke arah negeri maju saya fikir yang kata Multidimensional Poverty Index seperti yang kata keperluan yang saya pernah bangkitkan dahulu kata ada sebut kata poverty, period poverty, poverty high demikian juga orang kata akses kepada HVDDNA akses kepada orang kata mamogram, ini banyak yang orang kata terfikir kepada mereka yang berada di dalam kelompok-kelompok kemiskinan terutamanya di luar bandar. Saya yakin banyak yang berada di kawasan sebelah Seberang jadi mungkin adakah ukuran Multidimensional Proverty Index ini hendak digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Bertam, memang saya setuju in future pada masa depan ada perlunya kita gunakan Multidimensional Poverty Index. Tapi pada ketika ini memang seluruh negara belum ada lagi kemungkinan saya nampak Permatang Pauh kemungkinan daripada apa nama, sedang, sedang, sedang start sedang bermula memakai menggunakan pakai kalau tidak silap saya. Ada satu soalan daripada kawasan Machang Bubuk juga tentang isu MPI kita akanlah usahakan ya dan memang memang ada banyak usaha kita akan teruskan saya jemputlah bersama-sama beritahu kita juga sebab e-kasih, ICU itu, ber depends on e-Kasih. Jadi kalau kalau keluarga di mana-mana KADUN kamu rasa adakah peluang untuk kita beri bantuan beritahu juga kemungkinan dia pun tak ada dalam pangkalan e-kasih atau yang ada pangkalan e-kasih itu dia dah terkeluar memang keluarga Kerajaan Negeri prihatin untuk semua rakyat juga kebajikan rakyat di Pulau Pinang ya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Pinang Tunggal sila.

Soalan pertama saya tadi tak jawab tentang discrepancy angka tu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Discrepancy.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Kita akan YB minta juga tentang data di setiap DUN kan, dan kita akan bagi pangkalan data daripada data ICU daripada ICU jadi dari ICU kalau ikut data yang diberi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini juga dia menggunakan pakai ICU, e-kasih dan juga PADU. Jadi, this is something that negara kita kena selaraskan jika tidak kita berhadapan dengan masalah sedemikian. Okey, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat boleh membekalkan yang terkinilah yang dalam lingkungan 800 lebih yang tu ya. So, maka Pinang Tunggal sila.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Salam Penang 2030, soalan saya nombor 20. No.20 Terdapat program Kerajaan Negeri tidak melibatkan ADUN pembangkang.

(a) Apakah prosedur operasi standard (SOP) dalam menentukan setiap jemputan

tersebut?

(b) Senaraikan jenis-jenis majlis yang tidak menjemput ADUN pembangkang dan

berikan sebab-sebabnya.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pinang Tunggal, untuk makluman Yang Berhormat dan ahli-ahli Yang Berhormat. Setiap tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri yang telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan sendiri. Bagi semua Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri jemputan akan turut dipanjangkan kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan dan sentiasa menjemput semua Yang Berhormat ADUN Pembangkang untuk menghadiri majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri sebab ada beberapa kategori majlis, apa yang saya sebut senarai majlis-majlis rasmi ini akan diberikan kepada Yang Berhormat tetapi sebagai contoh untuk melihat pada tahun ini sebenarnya satu senarai yang merangkumi 26 majlis rasmi dianjur atau akan dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Misalya, setiap jemputan mungkin ada menghadkan kehadiran berdasarkan apakah majlis berkenaan misalnya majlis yang terakhir yang dirancang Majlis Sambutan Krismas pada 7 September jemputan hanya diberikan kepada terhad kepada bukan agama Islam sahaja itu kita faham. Misalnya, Majlis Penutupan Penyampaian dan Hadiah Tilawah Hafazan Al-Quran had kepada agama Islam sahaja kita ada perbezaan dari segi ini kalau tidak memang dari 20 lebih acara yang rasmi ini sememangnya jemputan akan diberikan kepada semua Ahli-Ahli Dewan tak kira Kerajaan mahupun pembangkang, tetapi kita pun mendapati Yang Berhormat sendiri banyak hadirlah dalam acara-acara yang memang kita ucapkan terima kasihlah sebab memberi sokongan kepada program-program ini tetapi ada yang kalau jemput pun mungkin ada pilihan ataupun ada acara yang lain misalnya Yang Berhormat MATRADE ini. Dia selalu pergi sini pergi sana untuk memajukan agenda perdagangan dengan negara-negara lain. Jadi bagi soalan B jadi kita harap Yang Berhormat fahamlah. Bagi soalan B mungkin majlis-majlis yang diaturkan atau anjurkan di peringkat jabatan dan agensi sesuaian dengan apakah acara itu mungkin mereka cuma jemputan wakil-wakil rakyat di kawasan berkenaan ataupun berkaitan dengan fungsi jabatan sahaja atau Ahli-Ahli MMK misalnya mungkin ada kalanya Ahli Kerajaan pun tak terima jemputan sedemikian. So, ada perbezaan dari segi rasmi oleh Kerajaan Negeri ataupun acara-acara yang dianjurkan di peringkat Jabatan ataupun Majlis Bandaraya dan sebagainya terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Yang Amat Berhormat Padang Kota, saya ingin merujuk kepada macam majlis-majlis yang dianjurkan oleh EXCO, saya tengok ada berapa emel yang dihantar ke semua ADUN malangnya surat yang di attached tu dia tak list kan ADUN pembangkang, ini satu benda yang saya rasa tak baiklah. Maksudnya i tak tahu ada something wrong atau tidak tapi dia berlaku dan berlaku itu yang pertama. Keduanya, kami dapat jemputan majlis watikah MPKK saya pun hanya beri jawapan untuk hadir sehari sebelum program itu. Saya pun macam ni, kita try our best untuk attend undangan tu. Sebab kita part of the government, kita pun part of the State Government. Jadi, kita try kita punya bestlah.

Cuma dalam hal ni, bila saya ditanya oleh pihak SUK yang hubungi pegawai saya untuk tanya hadir tak hadir program yang MPKK tu, saya fikir bila buat di tempat saya di Kubang Menerong, saya kata okaylah. Saya sebut pergilah, walaupun saya ada hal lain. Malangnya esok tu, dua jam sebelum program pegawai saya dapat call bagitau kata majlis itu untuk ADUN PN ADUN Kerajaan saja.

Kita jemput orang, kita batal. Seganlah. Ini bukan zaman tok nadoq. Ini zaman-sama dinamika, baru politik. Tak yah nak buat benda ni lagi dalam zaman macam ni. So, saya nak penjelasanlah kenapa berlaku begitu.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas rungutan berkenaan. Saya harap semua agensi dari pejabat SUK sehingga di peringkat daerah, semua ambil maklum tentang rungutan ini. Dan tidak boleh membiarkan kesilapan sedemikian berlakulah. Tetapi, tertakluk kepada apa jawapan saya tadilah A dan B, kalau sesuai dengan jemputan, maka dijemput. Terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tuan Speaker, satu tambah satu. Okay, apa yang dicakap oleh Pinang Tunggal tadi, saya nak maklum pada Yang Berhormat Ketua Menteri. Ada satu EXCO, Yang Berhormat Ketua Menteri kata EXCO kalau ada buat program, ada satu EXCO hadir didalam kawasan ADUN-ADUN untuk membuat program, tolong menghormatilah Wakil Rakyat di kawasan tu. Kalau tak mahu jemput pun, just maklum. Sedangkan TKM I hadir untuk solat jumaat pun, dia maklum pada ADUN.

Saya nak solat Jumaat, kau nak turun tak turun tapi kalau makan cili rasa pedaslahkan. Ini maklum, tapi Yang Berhormat nak hadir pun solat Jumaat dia maklum. Pegawai telefon YB, Yang Berhormat nak turun sembahyang. Just kita nak hadir, tak hadir itu terpulang. Jadi maklum, menghormati. Menghormati tuan rumah, pasal nak masuk di Tambun. Hello YB saya nak pi jumpa, just bagi salam. Ini berhormatlah sikit. Kawasan tu kawasan ada Wakil Rakyat, kalau kawasan tu tak dak Wakil Rakyat tu tak apa nah EXCO Pertanian. Sebut. Minta maaf Fahmi nah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Okey.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Last. Last.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kalau nak panggil jemputan Deepavali, you boleh jemput. You masuk tempat saya, you tak boleh habaq? Huh. Buat di Pantai Jerejak. Baik, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak ada soalan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Soalan. Soalan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan huh? Okay.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Soalan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Begini. Dia bukan soalan. Cuma nak jawab sikitlah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nak jawab. Jawab nanti duduk belah sini.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Kita pun tak. Kita pun. Dak, kita pun tak kisah sangat. Tak panggil pun tak pa. Tapi bila panggil, kita hormati undangan. Tapi, biarlah ada sistem, ada hormat institusi demokrasi itu. Itu saja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay. Selagi majlis rasmi pasti semua akan dijemput ya dan saya nak jemput Seberang Jaya. Sila.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

MU seri 1-1, soalan saya 21.

No. 21. Apakah inisiatif atau tindakan Kerajaan Negeri terhadap acara / sukan yang tidak menyumbang sebarang pingat pada temasya SUKMA di Sarawak?

(a) Adakah Kerajaan Negeri mengenal pasti punca-punca utama yang menjadi penghalang atau kekangan kepada atlet acara sukan tersebut untuk menyumbang sebarang pingat?

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya daripada Seberang Jaya yang menanyakan soalan yang agak relevanlah di saat apabila SUKMA ke-21 baru melabuh tirai dan kini kita dalam persediaan untuk menghadapi SUKMA tahun 2026, yang bakal berlangsung di negeri Selangor.

Jadi untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan Mesyuarat Post-Mortem Sukan Malaysia ke-21 SUKMA di Sarawak 2024 yang melibatkan 35 jenis sukan yang disertai.

Jadi hasil daripada mesyuarat tersebut, setakat ini Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Persatuan Sukan Negeri yang terlibat bercadang mengekalkan rentak pembangunan sedia ada bagi menghasilkan kejayaan yang lebih baik pada masa-masa yang akan datang.

Selain itu beberapa langkah telah dirancang bagi membantu peningkatan prestasi semua sukan yang dipertandingkan pada SUKMA yang akan datang antaranya adalah:

(a) yang pertama perbanyakkan atlet ke Program Pelapis Kebangsaan;

(b) yang kedua menyerap masuk atlet daripada Sukan Sekolah Negeri, Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang MSSPP, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia MSSM ke dalam program latihan SUKMA Negeri;

Maksudnya kita tidak akan bezakan dimana kita akan (dengan izin) empower jurulatih negeri untuk berlatih bersama tidak kira atlet negeri sahaja. Tetapi atlet-atlet daripada MSSM, MSSPP juga akan dijemput untuk menyertai latihan negeri. Juga memberi peluang kepada atlet-atlet daripada Kelab Persendirian dan swasta menyertai program latihan pembangunan negeri;

(c) Yang keempat pencarian atlet yang mempunyai kriteria posisi tubuh badan mengikut sukan seperti ketinggian, berat badan, fizikal dan badan kecergasan yang sesuai;

(d) Yang kelima memperbanyakkan waktu latihan atlet daripada waktu latihan sedia ada;

(e) Yang keenam meningkatkan kemahiran jurulatih dari segi sains sukan dan sukan spesifik secara berterusan;

(f) Yang ketujuh mengenal pasti taraf kejohanan yang disertai agar kualiti atlet di tingkatkan dan bersaing dengan atlet sebenar dari negeri-negeri saingan;

(g) Yang kelapan memperbanyakkan perwakilan teknikal juri dan pengadil di peringkat sukan Kebangsaan; dan

(h) Yang terakhir ke sembilan menilai prestasi atlet dalam latihan secara berkala.

Jadi pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, juga akan membuat penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi sukan negeri ini, dengan memasukkan elemen sains sukan teknologi

terkini serta kepintaran (dengan izin) artificial intelligence dalam memberi latihan kepada atlet-atlet berprestasi tinggi di Negeri Pulau Pinang.

Jadi, menjawab soalan yang selanjutnya oleh Yang Berhormat Seberang Jaya tentang punca-punca utama. Jadi punca-punca utama yang menjadi penghalang ataupun kekangan kepada atlet sukan Negeri Pulau Pinang untuk meraih pingat bagi sesetengah acara sukan di SUKMA ke - 21 Sarawak kali ini, adalah seperti berikut:

(a) Yang pertama adalah taktikal permainan yang dirancang tidak menjadilah;

(b) Dan yang kedua persaingan daripada pihak lawan yang lebih berpengalaman dan berkemahiran tinggi;

(c) Dan ketiga ketahanan mental atlet ketika menghadapi pihak lawan tidak kukuh sehingga akhir permainan.

Namun, saya ingin menjawab juga dari segi punca-punca utama ada punca-punca yang kita boleh kenal pasti. Namun ada punca-punca pun sukar untuk kita kenal pasti. Saya bagi contoh, di dalam acara sukan memanah atlet kita daripada jurulatih sebab untuk sukan memanah jurulatih akan di belakang atlet tersebut. Execution ataupun apabila tindakan memanah oleh atlet kita nampak cantik daripada pandangan sisi jurulatih, execution itu perfect (dengan izin) dan memang kita anggarkan sekiranya anak panah tu tepat kepada sasaran, memang akan pecah rekod Malaysia.

Tapi lepas anak panah dilepaskan, nampak tak nampak, anak, anak panah tu capai sasaran dia terpacak atas tanah. Jadi ada unsur-unsur yang sukar untuk kita memperjelaskan juga. Namun ini adalah sukan secara kompetitif, ada banyak unsur ada punca yang kita dapat kenal pasti namun ada punca yang sukar untuk kami.

Tapi di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, kita akan berusaha sedaya upaya kita untuk memastikan pencapaian negeri dapat dipertingkatkan lagi dalam persaingan yang akan datang. Terima kasih.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ucap tahniah kepada atlet-atlet yang telah meraih pingat pada SUKMA yang lepas. Dan rasionalnya soalan yang saya tanya, okay saya hargai berkenaan dengan program-program pembangunan atlet itu. Cumanya saya mengharapkan ada pencerahan daripada EXCO dari segi pembangunan fasiliti sukan-sukan yang terlibat buat atlet-atlet kita.

Sejajar dengan fasiliti berkenaan, saya ingin bertanya juga tentang status disebabkan saya ni orang muda, penggemar e-Sports jadi saya nak tanya pelaksanaan akademi e-Sports dalam negeri kerana itu merupakan manifesto Kerajaan Perpaduan. dan adakah Kerajaan Negeri akan mengikuti langkah daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan hub e-Sukan supaya kita dapat menganjurkan regional ataupun International e-Sports - Tournament. Mohon pencerahan terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih rakan saya daripada Seberang Jaya, sebenarnya memang kalau mengikut manifesto Kerajaan Negeri, memang adalah merupakan hasrat kita untuk menubuhkan pusat e-Sukan sekurang-kurangnya di setiap daerah di Negeri Pulau Pinang ini. Kini kita sudah ada di daerah Timur Laut dan juga Seberang Perai Utara.

Namun demikian, memang pejabat kami, kita masih usaha khasnya mengemukakan permohonan di dalam Rancangan Malaysia untuk mendapatkan peruntukan yang sewajarnya bagi pembangunan pusat e-Sukan ini.

Namun saya ingin mengajak Yang Berhormat Seberang Jaya untuk melihat juga sebenarnya e-Sukan ini dia tidak perlukan peranti yang sangat berat, jadi ada juga di mana strategi Kerajaan Negeri adalah kita menganjurkan road show ataupun acara e-Sukan secara ad-hoc ditempat-tempat yang lain misalnya di pusat membeli-belah dan sebagainya, untuk kita menarik lebih ramai lagi minat dan juga melalui itu mencungkil bakat atlet ataupun sukan khasnya e-Sukan seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya. Nanti ada acara, nanti saya jemput.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Seri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Soalan tambahan. Yang Berhormat Padang Lalang, Olahraga dan Renang merupakan lubuk emas untuk semua temasya sukan. Tetapi sejak dua tiga temasya terkini, Pulau Pinang nampaknya sukar untuk memungut pingat emas dalam kedua-dua acara ini iaitu Olahraga dan Renang.

Kedua-dua acara sukan ni sebenarnya boleh melonjakkan Pulau Pinang untuk menjuarai dalam SUKMA. Sebaliknya Judo, Squash dan Gimnastik telah menyumbangkan emas kepada Pulau Pinang dan ketiga-tiga sukan ini adalah acara Sukan Olimpik pada LA 2028. Oleh yang demikian, apakah ni persiapan Negeri Pulau Pinang untuk melahirkan lebih banyak atlet untuk menceburi dalam sukan ni. Untuk makluman sidang semua, Filipina memungut dua pingat emas dalam Gimnastik dalam Sukan Olimpik di Paris. Terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih rakan saya daripada Bukit Tambun. Memang soalan yang relevanlah khasnya dari segi yang di mana Yang Berhormat Bukit Tambun telah membangkitkan tentang acara-acara sukan yang menjadi lubuk emas kepada negeri kita, dan khasnya apakah persediaan. Tadi dalam jawapan, sebenarnya saya pun telah menjawab di mana sebelum ini memang kita akan dapat lihat, di mana dari segi pembangunan atlet, dan juga akar umbi kita lihat ada perbezaan di mana khasnya atlet-atlet daripada peringkat sekolah tu tidak diketengahkan ataupun tidak diberi perhatian oleh Persatuan Sukan Negeri dan juga jurulatih negeri.

Jadi, itu adalah salah satu benda yang kita nak cuba untuk melaksanakan perubahan, di mana kita pohon supaya Persatuan Sukan Negeri dan juga jurulatih negeri untuk memberikan penekanan juga kepada atlet atlet dari akar umbi juga. Jadi, seperti acara ada beberapa acara betul memang kalau dari segi olahraga tapi, cumanya SUKMA kali ini olahraga juga mencapai keputusan yang amat baiklah. Tapi kalau dari sukan renang, kita ada terlalu banyak pingat gangsa sudah.

Tapi kita yakin dengan usia dan juga potensi atlet-atlet sukan kita khasnya dalam sukan renang, kita mampu melakukan perubahan dan juga keputusan yang baik menjelang SUKMA pada tahun 2026. Tapi seperti mana yang Yang Berhormat Bukit Tambun sebut tadi, tentang persediaan khasnya acara sukan yang akan mengambil tempat di LA tahun 2028, salah satu sukan yang pernah menjadi kebanggaan negeri kita iaitu sukan Squash juga akan dipertandingkan semasa Sukan Olimpik pada tahun 2028.

Kini kita ada perbincangan bersama dengan Kementerian Belia Dan Sukan, untuk melihat mungkin dari segi persediaan road to gold kita dapat lakukan dengan lebih awal untuk mengenal pasti atlet-atlet yang berpotensi khasnya dengan pengenalan acara sukan yang baharu di dalam Olimpik tahun 2028 ini. Kita harap pingat emas Malaysia, untuk Sukan Olimpik akan tiba, tidak lama lagi. Sekian, terima kasih.

Okey, tambahan. Seperti saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh sahabat saya tadi, memang dua jenis sukan akuatik dengan apa nama atletik menyumbang 95, 95 pingat dan Penang pernah menghasilkan dulu perenang Jeffrey Ong, I think Daniel pun tak lahir lagi mungkin. Dah ada dah? So, I think adalah satu benda yang patut dilihat dari segi tentang soal orang kata program-program di peringkat pembangunan akar umbi.

Tapi satu lagi perkara yang saya nak lihat dia adalah bahawa EXCO ada buat kajian tak daripada 40 pingat emas yang kita menang, dekat SUKMA baru ni 40 kan? 41? Berapa banyak sukankah yang dianggap sebagai Olympic sport games? Tak guna kita berseronok 40, tapi menang Petanque enam lagi emas. Petanque tak main pun kat Olimpik, tapi bagus kita dapat. Tapi kita nak lihat sasaran bagaimana kita nak melihat orang kata the road map and road to go tu biar disasarkan pada perjalanan yang sama agar Pulau Pinang dapat menghasilkan orang kata akhirnya mereka yang dapat menyumbang pada butiran pingat pada peringkat Olimpik. Terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Bertam. Terima kasih kepada mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia atas persoalan tersebut. Jadi, saya rasa memang di dalam tinjauan kami lah sebab acara yang bersaing atau pun dipertandingkan di SUKMA adalah acara yang dipersetujui oleh setiap oleh negeri. Memang kita ada kajian lah. Lihat road map di mana pembangunan atlet dari segi sukan-sukan yang dipertandingkan khususnya di Sukan Olimpik.

Namun demikian, kita seringkali mengadakan jalinan dan kerjasama yang erat di antara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Majlis Sukan Negara untuk kita melihat. Itu sebab tadi jawapan saya antara pendekatan yang kita akan ambil adalah untuk memperbanyakkan atlet ke Program Pelapis Kebangsaan.

Tidak semestinya they will be the first choice (dengan izin) tapi perbanyakkan lagi pool talent pool tersebut di Program Pelapis Kebangsaan supaya kita dapat memperbanyakkan lagi peluang untuk kita meraihkan pingat khasnya di Temasya Sukan yang Peringkat Antarabangsa. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih pada bagi Ahli-ahli Yang Berhormat. Satu jam tiga puluh minit untuk soalan lisan telah tamat. Selaras dengan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang di-Pertua Dewan, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dan satu (1) usul lagi. Yang di-Pertua, selaras dengan Peraturan 6 A (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini 25 November 2024 dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ada sokongan.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya. Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6 A (1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 25 November 2024, hari Isnin sehingga jam 6.30 petang. 6.30 petang sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju katakan ya.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, katakan tidak. Sebulat suara ya. Usul dipersetujui. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Maka kita berada dalam sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025.

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan Tahun 2025 Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025.Bill

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka saya nak mempersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Dua untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Terlalu tinggi. Boleh. Terlalu tinggi. Lapik dengan buku sahaja. Sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua dan juga Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian. Dimulakan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua Dato’ Seri Yang di-Pertua kerana memberikan ruang untuk saya berbahas bagi ucapan Bajet 2025 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang pada 22 November 2024 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mengambil kesempatan di dalam dewan yang mulia ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak atas penerimaan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa di Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia Kali Yang Ke-62 di Dewan Tuanku Syed Putra, USM Pulau Pinang.

Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN Sungai Bakap, Yang Berhormat Abidin bin Ismail yang baru sahaja mengangkat sumpah secara rasmi pada hari Jumaat baru-baru ini selepas kemenangan bergaya menewaskan calon Pakatan Harapan yang dikatakan berwibawa dan dahsyat di Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sungai Bakap pada Julai lepas.

Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Kemenangan bukan untuk bermegah-megah, Pikul lah amanah untuk bekerja.

Ini satu peringatan kepada dewan ini, selepas daripada kita mengangkat sumpah, jangan pula kita mengangkat sampah. Umpama kata pepatah Cina yang menyatakan ‘busuk ikan bermula daripada kepalanya’. Kemenangan di PRK Sungai Bakap adalah referendum rakyat Pulau Pinang terhadap prestasi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Perpaduan MADANI secara umumnya. Malah baru-baru ini BERSIH juga telah memberi penarafan ‘D’ kepada Kerajaan MADANI yang menunjukkan slogan-slogan reformasi hanyalah retorik politik sebelum ditampuk kuasa.

Firman Allah S.W.T. (bacaan dalam bahasa Arab) ‘ketetapan yang sedemikian supaya harta itu tidak hanya beredar dan berlegar berpusing di antara orang-orang yang kaya daripada kalangan kamu. Di dalam ayat dalam Surah Al- Hasyr ayat 7 ini, Allah S.W.T memperingatkan bahawa harta perlu diurus dengan sebaiknya dan diberikan hak kepada yang empunya nya, begitu juga dalam urusan pengurusan sumber ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, Pulau Pinang telah menunjukkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2023 negeri ini mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita sebanyak RM72,586.00 ringgit meningkat daripada RM69,789.00 ringgit pada tahun sebelumnya. Walaupun begitu, pemesatan keadaan ekonomi tersebut tidak memberi kesan kepada rakyat di negeri ini secara langsung di mana rakyat masih lagi terbelenggu dengan kemiskinan.

Ini berdasarkan maklumat yang disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Pulau Pinang memiliki jumlah teramai bilangan isi rumah miskin tegar di negara ini. Pulau Pinang mencatatkan 1650 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang membabitkan 4,994 Ahli Isi Rumah (AIR). Ini menunjukkan kenyataan menoktahkan kemiskinan seperti mana disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa Pulau Pinang akan mencapai sifar kemiskinan tegar menjelang 1 Jun 2024 hanyalah retorik dan populis semata-mata.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi yang pesat, jurang kekayaan antara golongan-golongan kaya dan miskin semakin melebar menjadi perbualan rakyat di merata-rata. Tuan Yang di-Pertua, pada Oktober 2024, kadar inflasi di Pulau Pinang kekal lebih tinggi daripada kadar nasional, yang berada pada 1.9%, dengan negeri ini mencatatkan inflasi pada 3.1%. Faktor utama yang menyumbang kepada inflasi di Pulau Pinang termasuk kenaikan harga dalam kategori perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api yang lain, serta restoran dan perkhidmatan penginapan, masing-masing meningkat sekitar 3.1% dan 3.2%.

Cabaran utama dalam pengurusan inflasi di Pulau Pinang adalah kos sara hidup yang semakin meningkat dan ini belum lagi penyasaran subsidi petrol yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Tahun depan semua rakan-rakan wakil rakyat semua nak isi minyak, bawa IC untuk kita isi minyak. Bawa IC.

Para hadirin, Tuan Yang di-Pertua, pengurusan cukai tanah di Pulau Pinang menghadapi beberapa cabaran utama yang mempengaruhi keberkesanan kutipan hasil negeri dan pengagihan sumber. Antara isu utama yang kita sedia maklum adalah kadar cukai yang tidak dikemaskini dan kegagalan mengutip tunggakan cukai. Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang bermurah hati dengan pemberian diskaun 90% kepada 91 pemilik-pemilik tanah pada 2024. Diskaun ini telah melibatkan sebanyak 170 juta ringgit. Saya mohon supaya disenaraikan penerima manfaat ini dan apakah kriteria yang melayakkan mereka menerima pengurangan bayaran premium tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Gagasan Khaira Ummah telah dijenama semula kepada Agenda Pembangunan Islam Pulau Pinang 2030. Kita harap dengan penjenamaan ini akan merancakkan lagi pembangunan agama Islam di negeri ini. Bukan sekadar tukar nama. Takut nanti bila tukar TKM, TKM 1, mai pula hat lain. Hari itu Khaira Ummah, datang pula yang lain. Tukar nama yang lain pula. Zakat memainkan peranan penting dalam ekonomi umat Islam, bukan hanya sebagai kewajipan agama, tetapi sebagai instrumen untuk mewujudkan keadilan sosial dan juga ekonomi.

Zakat adalah salah satu daripada lima (5) rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang memenuhi syarat-syarat yang tertentu, seperti mempunyai harta yang mencukupi. Sebagai elemen penting dalam ekonomi Islam, zakat membantu mengurangkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin serta meringankan bebanan, golongan yang memerlukan. Dalam konteks ekonomi, zakat bertujuan untuk membersihkan harta dan mendistribusikan kekayaan dengan adil kepada golongan yang memerlukan, seperti fakir, miskin, dan lain-lain penerima yang layak.

Ia tidak hanya melibatkan pemindahan kekayaan secara langsung, tetapi juga berperanan dalam membentuk ekonomi yang lebih seimbang. Menurut kajian, zakat dapat memberi kesan positif dalam mengurangi kadar kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan sosial apabila diurus dengan baik. Pada tahun 2023, Pulau Pinang mencatatkan prestasi yang menggalakkan dalam pungutan zakat, dengan jumlah keseluruhan mencapai 159.7 juta, meningkat sebanyak 6.37% berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah 150.4 juta.

Ini termasuk kutipan zakat harta yang mencapai 152.86 juta ringgit, sementara zakat fitrah mencatatkan 6.84 juta ringgit. Meskipun terdapat penurunan jumlah pembayar zakat sebanyak 3.33% berbanding tahun 2022, kutipan keseluruhan tetap meningkat. Antara faktor penurunan jumlah pembayar zakat adalah faktor ekonomi dan kurang kesedaran untuk membayar. Adakah juga penurunan jumlah pembayar zakat ini adalah disebabkan umat Islam Pulau Pinang meragui tatakelola pengurusan pengagihan zakat di negeri Pulau Pinang menyebabkan mereka mengeluarkan zakat ke negeri-negeri yang lain. Saya ingin mendapat penjelasan dalam 20 program pengagihan wang tawaqquf, berapakah program yang telah dilaksanakan. Saya juga ingin mencadangkan di sini.

Yang pertama memaksimakan pengurusan wang tawaqquf yang terkumpul sehingga tahun 2024 sebanyak RM123,104,140.70 (seratus dua puluh tiga juta, seratus empat ribu, seratus empat puluh perpuluhan tujuh puluh sen) untuk diagihkan kepada keluarga asnaf dan peningkatan taraf hidup miskin.

Yang kedua membuka peluang kepada NGO-NGO yang layak untuk menjadi amil zakat bagi membantu untuk meningkatkan kutipan zakat. Tuan Yang di-Pertua, di Pulau Pinang terdapat seluas 1,297 ekar. 1,297 ekar ataupun 786 tanah wakaf rekod ini terdapat perbezaan kerana terdapat tanah wakaf yang masih berstatus hak milik sementara yang belum ditukarkan kepada hak milik kekal Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Tanah-tanah wakaf ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk kemaslahatan umat Islam seperti pembangunan rumah rakyat termiskin, sekolah dan tanah perkuburan. Tanah perkuburan semakin kritikal di negeri ini. Saya ingin mengetahui apakah status tanah, status tanah 1.46 ekar, Lot 10083 Seksyen 4 di Qaryah Jelutong. Bilakah boleh dimulakan untuk mengkebumikan mayat di situ? Begitu juga saya ingin tahu apakah status tanah perkuburan di Sungai Dua yang menjadi masalah besar kepada penduduk di kawasan sekitar pekan Sungai Dua, Desa Murni, Sungai Dua Utama menjadi masalah untuk mengebumikan mayat. Tanah dok ada dah. Tanah bendang seluas empat (4) ekar. Tanah tersebut tidak ditambak menyebabkan tanah menjadi tanah rang dan orang bendang mari dok bisik kat saya kalau dibiar lama lagi tanah rang ini akan jadi sarang tikus dan tikus akan menyerang kepada sawah-sawah padi yang berada berdekatan dengan kawasan tersebut. Bila dalam mesyuarat di Pejabat Daerah, saya bertanya hal ini, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai kata kena tunggu surat daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Begitu juga dengan Pejabat Daerah. Kenapa ada birokrasi seumpama ini sedangkan kita hendak tambak ini bukan kita hendak buat rumah, kita hendak tambak bendang kita hendak buat tanah perkuburan sepatutnya birokrasi ini diurus dan supaya diselesaikan dengan baik. Kenapa jadi payah sangat? Orang di Desa Murni bila berlaku kematian tercari-cari sebab di Masjid Al-Rashid ini sudah penuh tidak boleh hendak disimpan di situ, terpaksa kena pergi sampai ke Permatang Haji Hassan. Permatang Haji Hassan sekarang ini pun tidak lagi mahu menerima. Sekarang di mana mayat ini hendak dibawa untuk dikebumikan sedangkan tanah sudah ada, cuma masalah ialah bagaimana kita hendak menguruskan supaya perkara ini mudah dan dapat digunakan oleh masyarakat yang berada di Sungai Dua ini.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini mayat pusing merata…. (ketawa). Bukan mayat itu, orang yang hendak bawa mayat ini pusing merata jenuh. Hatta makna Sungai Puyu sepatutnya boleh simpan di situ sebagai tanah perkuburan berpusat yang manfaatnya kepada, bukan saja di Sungai Dua bahkan sehinggalah kepada Sungai Puyu.

Saya juga ingin bertanya berapakah insentif dan juga kebajikan yang diberikan kepada penggali-penggali kubur oleh Majlis Agama Islam Negeri? Penggali-penggali kubur ini tuan-tuan, hadirin sekalian, ADUN-ADUN sekalian, dia bukan boleh pergi mana. Cuti pun dia tidak boleh pergi melancong serupa kita sebab apa sebab dia tunggu dulu sat lagi ada mayat, sat lagi. Bukan

ada siapa yang boleh pergi korek, bukan boleh pergi panggil-panggil macam itu orang pergi korek. Korek kubur ini ada orang yang tertentu sahaja. Malam, malamlah korek tetapi kita melihat mereka ini tidak diberi insentif bulanan kerana mereka bukan boleh keluar mana. Kalau sakit demam berlaku kepada mereka, siapa pula yang hendak mengganti tugas mereka? Dan begitu juga mereka memerlukan orang kata insentif kerana mereka tidak boleh untuk buat kerja-kerja lain kerana memberikan tumpuan kepada aktiviti menggali kubur untuk kemaslahatan masyarakat dan juga rakyat di negeri Pulau Pinang. Saya juga menghargai usaha Kerajaan dalam membina masjid-masjid di Pulau Pinang. Namun ada perkara yang lebih penting daripada membangunkan masjid dan pengimarahan masjid, di antara isu yang kritikal yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah tidak menunaikan solat Jumaat. Kalau kita lalu jalan itu semua orang duduk di kedai lagi duduk, tidak ada macam tidak ada apa-apa. Sudah ramai daripada masyarakat dan umat Islam tidak pergi menunaikan sembahyang Jumaat bahkan yang keluar daripada kilang pun tidak pergi menunaikan sembahyang Jumaat. Pergi ke restoran, pergi ke supermarket dan sebagainya. Apakah sejauh manakah Enakmen Undang-Undang Syariah Pulau Pinang digunakan untuk menangani isu ini sebab tanggungjawab sembahyang ini bukan tanggungjawab kepada tiap-tiap individu muslim sahaja tanggungjawab menunaikan sembahyang ini juga terkena kepada kerajaan. Firman Allah Subhanahuwataala Surah Al-Hajj, ayat 41 (bacaan ayat Al-Quran). "Orang-orang yang kami berikan kuasa untuk memerintah di atas muka bumi ini mereka mendirikan solat. Pemimpin Islam mendirikan solat, begitu juga dengan rakyat mesti diajak dan juga diprogramkan untuk melakukan solat yang merupakan ibadah pengabdian kepada Allah Subhanahu Wataala ituhan yang menciptakan manusia dan alam semesta ini".

Solat adalah menjadi tanggungjawab dalam Kerajaan sepertimana yang saya sebutkan tadi. Adakah ada kajian terperinci yang dibuat Oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang berkenaan orang muda yang menunaikan solat lima waktu di masjid-masjid. Saya pergi dalam DUN saya, saya orang kata apa pergi merata-rata masjid, saya dapati orang yang datang ke masjid ini orang tua-tua saja mungkin depa hendak mati dah kot. Orang muda-muda tak datang ke masjid. Bagaimana dan nak juga apakah usaha yang kita hendak lakukan supaya orang-orang muda ini datang menunaikan sembahyang di masjid? Tidak guna kita buat masjid besar-besar, masjid kosong tinggal tok imam dan juga pegawai masjid yang bersembahyang di situ sedangkan orang ramai tidak datang ke masjid untuk menunaikan sembahyang.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Sungai Dua. Yang Berhormat Sungai Dua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebut orang muda.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya, orang muda bangkit dah.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Saya tertarik dengan rangkap Yang Berhormat Sungai Dua Ketua Pembangkang sebutkan khususnya usaha Kerajaan Negeri untuk mengimarahkan masjid dalam kalangan anak-anak muda. Saya lihat ada penggerak anak-anak muda yang secara aktif menggerakkan program subuh solat Jumaat dan mereka gelarkan kumpulan mereka ini Rider Subuh. Setujukah Yang

Berhormat, sekiranya kita boleh mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengiktiraf kumpulan Rider Subuh ini dan memperlebarkan skop program mereka bukan hanya sebagai Rider Subuh malah sebagai program untuk imarahkan setiap solat, setiap waktu solat. Terima kasih.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Terima kasih Seberang Jaya dan saya sangat bersetuju supaya usaha-usaha yang dilakukan oleh rider mengajak anak-anak muda Subuh Seramai Jumaat pagi-pagi dan juga bukan setakat itu saja mungkin kita buat apa nama rider lima waktu solat di masjid yang tertutup boleh diusahakan mungkin Kerajaan sepatutnya tidak boleh, sepatutnya bekerjasama dan juga memberikan sokongan kepada golongan-golongan ini daripada kelab pemotoran dan sebagainya untuk maknanya mempergiatkan aktiviti-aktiviti yang sangat bermanfaat kepada mendidik belia-belia dan juga anak-anak muda kita.

Tuan Speaker, saya juga ingin tahu apakah perkembangan terkini Al-Hady Centre, Yayasan Islam Pulau Pinang dan juga Wakaf Pulau Pinang dalam menuju misi Penang2030? Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha plan tindakan bakat STEM Pulau Pinang ataupun Penang STEM Talent Blueprint. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kumpulan sasar yang terlibat dalam di dalam program ini. Bagaimana program ini boleh melibatkan sekolah luar bandar dan juga Sekolah Agama Rakyat di negeri Pulau Pinang ini? Di samping usaha kita memperkasakan pembangunan modal insan dalam menyediakan tenaga kerja yang kompetatif, kita jangan mengkesampingkan aspek pembangunan mental dan rohani.

Kebelakangan ini kita melihat masalah tekanan mental kepada pelajar semakin meruncing. Terbaru berlaku kes bunuh diri dari salah sebuah sekolah di Pulau Pinang kerana tekanan mental, kerana tidak dapat nombor satu saja bukan dia tidak dapat apa nama ini keputusan yang baik tetapi kerana tidak dapat nombor satu sahaja dia sanggup untuk membunuh diri dan kita perlu melihat perkara ini dengan serius supaya masyarakat kita dibimbing supaya mereka mengetahui bahawa bukan hanya mendapat keputusan yang baik sahaja dia boleh baik kehidupannya, boleh meneruskan kehidupannya maka dia ada masa-masa hadapan yang dapat memberikan peluang dan ruang kepada dia untuk sentiasa orang kata apa meningkatkan, orang kata kecemerlangan di dalam pelajaran mahupun di dalam bidang kehidupan.

Dalam pembangunan bajet kerajaan telah menyediakan program peningkatan dan pemulihan ekonomi atau dikenali sebagai bantuan peralatan. Program ini dikatakan menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM250,000 ataupun RM50,000 bagi setiap daerah. Fokus program ini kepada peniaga kecil sepenuh masa termasuk golongan miskin. Persoalan saya mengapa hanya 129,937 ringgit yang disalurkan sehingga Oktober 2024 dan mengapa hanya 41 peniagaan kecil dan mikro yang memperoleh, memperolehi manfaat seluruh Negeri Pulau Pinang? Apakah syarat yang ketat menyebabkan pemohon tidak layak untuk mendapat bantuan ini. Usaha Kerajaan meningkatkan kesejahteraan peniaga kecil dilihat kontradiksi dengan tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai yang merobohkan gerai-gerai peniaga, peniaga-peniaga yang berniaga di tepi jalan. Saya sendiri bila hadir macam hendak menitik air mata, tak macam budi bicara ini tidak ada langsung macam kita ini bertindak macam robot saja tidak ada maknanya rasa kesedihan. Saya pergi tanya janganlah buat macam itu, backhoe mari ini hentak macam itu, henyak-henyak sampai habis patah habis kedai itu. Kedai itu dia buat dengan material ada kayu ada ini sekurang-kurangnya kayu itu boleh di ambil buat tempat lain tapi ini tahana ini, tekan sampai hancur macam itu sekali. Apakah SOP ini, SOP yang yang baik ada nilai kemanusiaan ataupun hanyalah maknanya menjalankan perintah tidak memperdulikan bahawa masyarakat, peniaga-peniaga kecil yang berniaga itu bukan untuk kaya

tuan-tuan tetapi untuk menyara kehidupan ataupun untuk menambah pendapatan bagi hendak membiayai kehidupan mereka. Saya mengunjungi gerai-gerai, saya mendapati pendapatan mereka tidak setara mana pun, mereka ini ibarat kais pagi makan pagi, berniaga ini untuk membiayai kehidupan mereka. Jangan sampai kita mengambil tindakan sampai sebegitu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, kes itu dekat mana?

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kes yang roboh itu.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kes yang roboh yang saya saksikan itu di Permatang Buluh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Spesifiklah.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Permatang Buluh. Usaha Kerajaan meningkatkan kesejahteraan peniaga kecil di lihat. Apakah usaha Kerajaan untuk membantu mereka ini yang telah berniaga dalam tempoh yang lama di tempat tersebut? Apakah yang maknanya usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan?

Tuan Yang di-Pertua, kesesakan jalan raya di Pulau Pinang menjadi mimpi ngeri kepada penduduk negeri dan pelancong yang datang ke negeri ini. Kesesakan ini juga menjadi antara punca pelabur tidak mahu melabur di negeri kita seperti dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada hari Jumaat lepas. Selain masalah kesesakan, masalah gangguan bekalan air yang agak kerap. Bekalan air yang terhad terutama bagi kegunaan perindustrian, harga tanah perindustrian yang tinggi serta kekurangan tanah perindustrian yang bersaiz sekurang-kurangnya 80.9 hektar. Peningkatan kos menjalankan perniagaan seperti kenaikan harga tanah, cukai taksiran, tenaga elektrik dan bekalan air menjadi Pulau Pinang lokasi yang kurang menarik untuk para pelabur. Cadangan lebuhraya bertingkat, Sungai Dua amat menyokong untuk kita selesaikan masalah kesesakan di, di Sungai Dua dan juga di area yang dimaksudkan itu. Sungai Dua menghadapi masalah kesesakan kerana rumah perumahan yang, yang dibina di sempadan negeri di kawasan yang berdekat dalam DUN Permatang Berangan begitu juga iaitulah perumahan-perumahan penduduk-penduduk, pekerja-pekerja yang menghuni di Padang Serai melalui jalan itu yang menyebabkan pagi-pagi waktu kemuncak Sungai Dua menghadapi masalah kesesakan yang sangat parah dan sangat teruk lalu saya di sini memohon supaya pihak Kerajaan untuk membawa cadangan, kepada apa nama ini Kerajaan Pusat supaya melihat masalah ini dan juga boleh orang kata apa, membuat cadangan untuk mengadakan laluan alternatif. Laluan yang boleh maknanya penduduk-penduduk ataupun pengguna jalan raya ini memintas daripada hanya melalui Jalan Sungai Dua sahaja. Di sana kita ada jalan-jalan berhampiran dengan Sungai Perai kita melihat lokasi itu lokasi yang agak strategik jika sekiranya

Kerajaan boleh membawa cadangan ini untuk diperpanjangkan kepada Kerajaan Pusat untuk membina laluan alternatif ataupun jalan alternatif menembusi kepada jalan, jalan apa nama ni Lebuh Raya Utara Selatan ini, Lebuh Raya Sungai Dua ke Seberang Jaya ini boleh maknanya membuat laluan ataupun membina laluan alternatif ke arah situ.

Para hadirin, Tuan Yang di-Pertua. Pada Jumaat lepas, 22 haribulan saya telah hadir. Allah dalam usaha Kerajaan Negeri menumpukan kepada projek-projek baru Kerajaan perlu beri perhatian kepada projek-projek sakit seperti projek pembesaran Jalan Tok Kangar. Hari jumaat lepas depa minta saya juga turun nak serah memorandum di Jalan Tok Kangar penduduk-penduduk di situ. Jalan yang dimaklumkan kepada saya telah pun maknanya bermula pada lapan (8) tahun yang tak selesai-selesai sampai sekarang ini. Maka, sudah tentulah jalan ini yang berada dalam kawasan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Amat Berhomat Ketua Menteri juga sebagai ahli Parlimen Batu Kawan dalam kawasan itu. Saya minta supaya jalan itu diserahkan kepada pihak JKR yang sudah mempunyai pengalaman dalam menguruskan infra ini supaya dapat diselesaikan. Janganlah award lagi kepada-kepada orang yang lain dulu dah award, award dah maknanya projek tu kepada ni dah tak selesai juga. Penduduk-penduduk di sana kata jalan ni mereka gelarkan jalan tersebut sebagai jalan maut, banjir pun masalah waktu maknanya waktu yang sibuk atau puncak orang berulang-alik dalam itu untuk kerja orang yang nak balik ke kampung. Saya berharap supaya pihak Kerajaan melihat perkara ini, PDC sebagai tuan kepada projek ini sepatutnya menyerahkan projek ini kepada kerajaan. PDC dah tak boleh nak nak selesai masalah projek ini dah jadi projek sakit dah. Sampai orang kata penduduk kata bukan setakat sakit kami sakit hatilah dengan masalah yang menimpa kepada kami. Justeru, saya, saya apa nama ni, saya nak supaya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selaku pengerusi PDC untuk melihat perkara ini dan kita berharap sebagai projek ini diserah kepada kerajaan kepada pihak JKR untuk menyelesaikan masalah yang, yang sedang berbangkit ini. Jadi ternyata PDC gagal melaksanakan projek ini saya menggesa agar projek ini diserahkan kepada pihak JKR yang berpengalaman dalam projek infrastruktur. Selaku pengerusi PAC saya akan makna minta supaya PDC untuk kita nak audit projek ini, kita nak lihat apa masalah yang berlaku supaya perkara ini tidak orang kata apa terbengkalai dan juga terus memberikan kesusahan kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetahui apakah perkembangan projek terowong dasar laut saya tidak ingin sentuh isu rasuah kerana masih dalam perbicaraan mahkamah tetapi Kerajaan telah menggunakan duit rakyat sebanyak RM305 juta ringgit untuk kajian kebolehlaksanaan projek ini. Hari ini Kerajaan bayar melalui land swipe dengan izin bayar dengan tanah, tanah ini adalah merupakan aset yang sangat berharga dia bukan kata menurun harga dia semakin lama semakin tinggi. Kita negeri Pulau Pinang terlepas aset yang berharga di tempat atau di lokasi yang berharga hari ini orang yang dapat itu dia dah orang kata dah bangunkan untunglah dan juga kita Kerajaan Pulau Pinang ini duk defisit-defisit sepatutnya wang ini perlu, bagaimana maknanya dalam isu ini Kerajaan melihat dan juga tanggungjawab Kerajaan terhadap kerugian yang dialami melalui tanah yang telah pun dibayar sebagai orang kata apa bayaran untuk kajian kebolehlaksanaan terowong.

Berkenaan dengan projek Penang Silicon Island (PSI) kita dimaklumkan hingga Oktober 2024, 50 ekar telah ditambun. Semasa ditambun pelbagai kejadian insiden-insiden yang berlaku yang menjejaskan keharmonian penduduk dan persekitaran sehingga menjejaskan pendapatan pihak nelayan, peniaga dan juga penduduk-penduduk sekitar.

Saya selaku pengerusi PAC saya telah pun turun bersama-sama dengan anggota PAC dengan pihak apa nama Penang Silicon Island sendiri melihat perkembangan berkenaan dengan Pantai Esen yang pada ketika kami nak buat lawatan itu timbul ataupun disiarkan oleh

akhbar kami turun ke Pantai Esen kami naik kereta buggy, ada pengusaha buggy ini bawa pergi dan mereka, apa nama ni mengadu bahawa mereka kekurangan pendatang-pendatang, pelancong-pelancong, pengunjung-pengunjung ke Pantai Esen. Pantai Esen ini lokasi yang sangat menarik, sangat menarik tuan-tuan siapa yang tak pernah pergi pergilah tapi, malangnya sekarang ini baunya busuk disebabkan oleh kerana ombak apa, kerana yang datang dari laut dengan sepatutnya dia sampai ke pantai. Ada masalah ombak ni akan datang dan pergi datang dan pergi dan laut akan kembali menjadi elok. Tapi oleh kerana terhalang oleh tambakan Pulau Silicon Island ini yang menyebabkan air hanya masuk melalui kiri dan juga kanan, yang menyebabkan berlaku selut dan juga berbau busuk yang orang kata apa yang menyebabkan pengunjung-pengunjung tiada. Dulu ni saya daripada Balik Pulau tu, ayah saya bawak motor naik kami pergi menjala tempat itu cukup cantik dan juga banyak hasil-hasil laut yang di situ dan sebab itulah kepada pihak kerajaan yang membangunkan Pulau Silikon lihatlah janganlah hanya kita ingat nak untung rupanya tak untung banyak masalah yang terjadi daripada projek yang kita cadangkan. Kita menilai kembali apakah pulau ini akan dapat memberikan keuntungan kepada Pulau Pinang dan juga rakyat di Pulau Pinang ataupun pulau ini ada lubukan projek yang akan mendatangkan impak yang ataupun kesan yang buruk yang akan menatijahkan sesuatu yang tidak baik kepada Pulau Pinang keseluruhannya. Saya Hari Jumaat lepas saya terima memorandum daripada wakil penduduk bersama dengan Yang Berhormat Dato’ Seri Sundarajoo selaku apa nama EXCO Alam Sekitar.

Jadi untuk pengetahuan Tuan Speaker dan juga rakan-rakan yang lain saya bersama anggota PAC dan Agensi Kerajaan berkaitan serta pihak maju projek telah turun ke lokasi tapak Pantai Esen untuk melihat sendiri sejauh mana kesan pencemaran yang didakwa oleh pihak penduduk. Saya dan EXCO Alam Sekitar telah menerima memorandum pada hari Jumaat yang lalu di mana dalam memorandum itu wakil penduduk mencadangkan yang pertamanya, membina satu saluran sementara yang berukuran lebih kurang dalam lingkungan 100 meter di tengah-tengah Pulau Silikon tersebut yang boleh memberi laluan kepada arus laut dan ombak mengalir secara semula jadi dengan menolak dan menarik selut mengikut arus laut ini akan menjana ekosistem yang memelihara kehidupan laut dan pada masa yang sama membantu mengurangkan pencemaran tersebut. Yang kedua, menyediakan satu kelengkapan kapal yang canggih yang mampu menyedut semua pencemaran dan juga selut, selut yang berbau busuk dan diagihkan ke kawasan laut yang dalam proses hendaklah dilakukan sepanjang penambakan tanah laut tersebut serta memastikan tiada lagi pencemaran berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, isu bekalan air Pulau Pinang masih menghantui negeri Pulau Pinang. Menghantui kepada rakyat yang berada di Pulau Pinang ini. Kegagalan mengatasi masalah ini boleh merencatkan pencapaian visi Penang2030. Ketua Menteri juga telah menyatakan bahawa antara sebab pelabur tidak mahu melabur di negeri kita disebabkan oleh bekalan air yang terhad terutamanya bagi kegunaan perindustrian. Saya menyokong plan kontigensi air 2030 yang bernilai RM1.18 bilion ringgit yang telah dibentang Jumaat lalu. Walau bagaimanapun dalam menyelesaikan masalah segera isu bekalan air di Seberang Perai Selatan terutamanya Mukim 5 sepatutnya Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan Kerajaan Kedah untuk mendapatkan bekalan air terawat daripada LRA Lubuk Buntar yang sangat dekat dengan Mukim 5 Sungai Bakap itu. Janganlah kita duk berkelahi sampai peringkat maknanya ni ada masa-masa kita berkelahi, orang berkelahi bergaduh pun bukan setiap masa duduk dalam gelanggang tu ada masa dia ada tempat dia. Ini rakyat kita ada masalah kalau nak tunggu air bekalan air terawat daripada negeri Perak bila kita boleh dapat. Lalu untuk sebelum kita mendapat air daripada Perak apa salahnya kalau sekiranya kita berunding dengan Kerajaan Kedah untuk mendapatkan di antara 10 sehingga 15 mld. 1 mld boleh membekalkan kepada 1,000 akaun kalau 10 mld maknanya kita boleh membekalkan air kepada 10,000 akaun ataupun 10,000 rumah. Jadi kita, kalau kata kerajaan agak payah nak ajak berunding, jom ajak saya sekali

pun tak apa kita berunding tak ada masalah untuk maknanya kemasalahatan daripada penduduk untuk kebaikan kepada penduduk kepada rakyat kita maka survival air ini jangan kita pandang ringan dan kalau boleh maknanya halangan ni tembok rintangan dan halangan ini dapat kita orang kata tembusi saya rasa dia akan mendatangkan manfaat kepada rakyat terutamanya kepada rakyat yang berada di Sungai Bakap di Mukim 5 yang saya rasa Lubuk Buntar boleh memberikan satu solusi sementara sementara kita duk sebut macam-macam, plan-plan yang kita nak buat sementara air kita boleh dapat daripada Perak, air dan boleh kita dapat melalui projek yang kita tebuk. Dari nak ambil air daripada Sungai Perak mungkin makan masa lambat lagi. Tapi untuk jangka masa yang singkat mungkin ini di antara satu solusi yang saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk kita mendapatkan bekalan bagi kita mengatasi masalah dan gangguan air yang sering berlaku di Mukim 5 Sungai Bakap dan juga di sebelah Nibong Tebal.

Tuan Yang di-Pertua, sektor pelancongan menjadi antara penyumbang besar kepada ekonomi Pulau Pinang. Namun, aktiviti pelancongan dilihat banyak tertumpu di Daerah Barat Daya, Daerah Timur Laut sahaja. Bagaimana dengan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Harini kita lihat penumpuan pelancongan kepada iaitulah pelancongan kesihatan yang untungnya tauke-tauke hotel yang untungnya iaitu dia membina ataupun hospital-hospital swasta ini mereka untung. Tetapi bagaimana dengan penduduk-penduduk kita yang berada di kampung. Sekarang saya nak supaya Kerajaan Negeri juga melihat kepada agrotourism, kampung tourism yang akan datang, akan mendatangkan manfaat kepada rakyat dan juga kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya mencadangkan Kerajaan Negeri memberikan tumpuan kepada kampung tourism, agrotourism kita lihat contohnya, Kampung Agong yang berada di Penaga. Orang ramai datang ke Kampung Agong ini, kerana ada perkara-perkara yang unik orang nak tengok. Setakat mandi pantai, merata cerok pun duk ada, tetapi ke unitkan daripada kampung kelestarian alam dan juga fenomena-fenomena yang berlaku di perkampung juga maknanya menjadi tarikkan. Di kawasan saya ada Sungai Perai, Sungai Perai ini ada apa nama ni, apa nama ni, bot tu…

Yang di-Pertua (Speaker)

River cruise…

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

River cruise nak sebut cruise sampai tak keluar. Saya bercakap secara spontan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya ingat nak sebut buaya, buaya saya tau lah.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ada river cruise. River Cruise ni daripada Pengkalan Machang boleh memuatkan 10 orang boleh bawa untuk apa belayar dalam Sungai Perai. Walaupun Sungai Perai ada buaya kebelakangan ini kerap timbul pula mungkin dia ada nak bersahabat dengan orang. Sekejap timbul dekat Lebuh Banting, sekejap timbul dekat titi Sungai Dua, sekejap timbul bawah jambatan lebuh raya tak tahulah. kalau perlu apa nama Jabatan Perhilitan tengok takut-takut nanti. Walaupun la ni tiada apa kes, besar juga timbul tu dekat titi lebuh raya. Saya difahamkan juga dulu masa penyelam sedang perteri paip, lintas di belakang. Tuan-tuan kalau timbul sebelah bot kita pun kita kelam kabut dah tambah lintas belakang ni. Buaya tu tak apalah, buaya tu itu dia

punya habitat dia. Tuan-tuan yang dikasihi sekalian supaya apa nama ni, pelancongan ini dapat dimajukan, dibangunkan di Sungai Perai ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nak pi tengok buaya.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Nak pi tengok buaya pergi zoo lah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dengan river cruise.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Sana boleh tengok burung, boleh tengok apa nama ni sawah padi, boleh tengok bermacam-macam aktiviti, untuk memancing udang galah dan sebagainya boleh dibuat di sana. Hanya RM150 untuk sebuah bot yang memuatkan 10 orang. Ini boleh kita majukan dan juga ada produk-produk tradisional yang boleh dipasarkan seumpama dodol, kuih karas, kuih sepit, aneka kerepek yang boleh diketengahkan dengan bantuan modal dan juga dikomersialkan secara bersepadu. Kemudian, Hutan Pelajaran Air Itam ni satu destinasi yang menarik tapi malangnya hutan tu dia memang hutan sungguh. Lepas itu pihak yang mengendalikan hutan pelajaran ini kena tengoklah, janganlah jadi hutan sampai orang tak boleh masuk, sampai orang tak boleh nak pi melawat. Bagilah hutan yang diurus elok supaya dia boleh menarik pelancong-pelancong untuk pergi ke situ. Hutan perlu diurus dengan baik supaya hutan pelajaran ini adalah tempat ataupun destinasi yang akan dapat menarik pelancong-pelancong, pengunjung-pengunjung untuk melihat keadaan di sana. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memasuki isu setempat. Pertamanya, isu bencana seumpama banjir, ribut, pokok tumbang, ini masalah biasalah. Masalah yang berlaku ribut ni saya tengok la ni baguslah pihak MBSP pi tebang pokok ataupun syarikat-syarikat yang orang kata apa, diberi tender untuk pangkas pokok. Tapi pangkas pokok ni selepas daripada musim ribut. Sepatutnya pemangkasan pokok ni dibuat sebelum perubahan monsun. Perubahan monsun inilah yang menyebabkan ribut ni di Pulau Pinang ni dan juga kawasan utara. Bulan tujuh, bulan lapan sepatutnya pokok ni pangkas. Satu lagi cara pemangkasan ni, dia pangkas tepi-tepi je. Pokok tu dok naik, pokok ni bila tinggi bila tumbang dia akan mendatangkan kesan yang buruk. Kenapa kita tak buangkan, kita tak pangkas bagi rendah sikit? Saya baru-baru ini, saya lalu ke kawasan Batu Pahat, saya melihat Majlis Bandaraya Batu Pahat, dia buat pemangkasan pokok cukup baik. Mungkin Kerajaan Negeri boleh melawat Majlis Bandaraya Batu Pahat untuk melihat bagaimana mereka memangkas pokok dan saya melihat cukup cantik pemangkasan yang dibuat dan menjadikan orang kata apa, pemandangan di kawasan itu sangat menarik.

Yang keduanya, berkenaan dengan parking ini. EXCO tak ada, EXCO Kerajaan Tempatan tak ada. Parking di pejabat saya tu, apa nama, ni Pusat Perniagaan Merbau Jaya, lot parking yang ada tu lebih sikit daripada jumlah kedai yang dok ada. Jenuh berebut parking tang tu. Pukul 11:00 pagi, pihak apa nama penguatkuasa mai dok saman je. Tak ada tempat nak parking, parking pun takdak. Dok kerja kena saman je. Orang yang nak mai bila kita buat program nak pergi ambil bantuan mai, kawan tu dahlah setengah nyawa nak dapat bantuan, tau-tau, mai kena saman. Lepas tu saya lah yang duk bayar saman. Nak buat macam mana, tak ada duit pun bayarlah. Kesian kat orang. Saya dapati semasa dulu, masa Pilihan Raya PRK Sungai

Bakap, saya dok merayau kot kawasan Nibong Tebal, saya tengok mana parking Nibong Tebal ni, tak ada satu pun. Tak ada, saya tak taulah, saya tak perasan ataupun benda ni memang betul-betul tak ada. Hat duk kena di kawasan kami ni, kawasan kami bukan tara mana sangat bukan kaya tara mana sangat. Untunglah Bukit Tambun. Untunglah apa nama Sungai Bakap. Untunglah Sungai Acheh. Tak ada lot parking ni. Memanglah bayar hanya empat kupang sahaja. Depa habaq empat kupang ja. Empat kupang pun kalau tak ada, pi parking tempat lain orang saman. Bukan empat kupang, tetapi RM20. Jadi tengok kita panggil MBSP, kita panggil supaya marilah tengok munasabah tak munasabah bubuh di sini. Kalau tak boleh parking sini takkan nak pergi parking tengah-tengah jalan raya, takkan nak parking apa nama, depan rumah orang. Sama ada, orang kata apa, munasabah tak munasabah parking dibuat dengan jumlah parking yang sangat sedikit, yang menyebabkan jadi kesusahan kepada para pengunjung ataupun orang yang datang untuk apa ni berurusan dengan kedai-kedai yang berada di situ.

Selain daripada itu juga, berkenaan dengan banjir. Banjir ni, ni hotspot banjir Sungai Dua ni antara hotspot banjir, Yang Berhormat Ketua Menteri. Hotspot banjir, KOMTAR, YB duk atas KOMTAR, YB tak kena banjir. Tapi kami kena banjir. Saya tau banjir, saya YB di situ, saya turun mengharungi banjir. Saya juga rasa terkilanlah sebab YB apa nama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri buat keluar kenyataan berkenaan dengan banjir ini dan juga orang Sungai Dua pun berasa terkilan, apalah dikata Ketua Menteri pi cakap macam tu. Tidak ada, tidak ada apa nama ni bantuan, dasar negeri tidak ada bantuan. Janganlah bercakap macam tu kan. Sekurang-kurangnya pi tengoklah ataupun tak mahu tengok pun ada agensi-agensi, Pejabat Daerah, MPKK, tak KK, macam-macam K, JKKK pun ada MPKK pun ada, kita nak sebut pun tak tau yang mana satu. JKKK, MPKK ni. Patutnya ada agensi-agensi yang tersebut pergilah tengok. Buatlah ulasan berikanlah maknanya kepada Ketua Menteri. Sebut macam itu tidak ada dalam keadaan orang susah, kalau kadang ni orang rasa sedih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kes apa? Spesifik kes ada? Bagitau.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang Berhormat Sungai Dua. Ada soalan sikit, boleh?

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Nak mencelah?

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Mencelah sikit. Yang Berhormat Sungai Dua mengatakan ada berlakunya banjir baru-baru ini dan juga kena ribut, apa yang dialami oleh Telok Ayer Tawar dan juga Permatang Berangan dan Sungai Dua. Kerajaan Negeri mengatakan tidak ada bantuan maka berlakulah baru-baru ini ribut di kawasan saya hampir 25 buah rumah yang telah dibaiki oleh YB sendiri. Terpaksa YB, hari-hari datang ke pejabat menangis minta pasang bumbung, depa nak duduk tak boleh dan air masuk rumah baru-baru ini di Telok Ayer Tawar, Kampung Contoh, 21 buah rumah terpaksa kita kena buat sendiri, itulah yang kita minta kepada Kerajaan Negeri peruntukan tu, bukan kita nak. Inilah Yang Berhormat, berlaku juga yang terjadi di Sungai Dua dan Permatang Berangan. Betul Yang Berhormat?

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya, terima kasih kepada Telok Ayer Tawar.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sungai Dua.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Satu-satu jawab dulu kot.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sambung. Terima kasih Sungai Dua. Dato’ Seri Speaker, saya cuma hairanlah kes seriuslah. Kita ada lebihan zakat sampai RM100 juta lebih jadi kes-kes macam ni, kes-kes yang telah sampai kalau sebulan dua bulan tak boleh pasang bumbung mestilah orang tu susah. Kenapa berlaku ini?

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya, terima kasih kepada Pinang Tunggal dan juga Telok Ayer Tawar. Saya bersetujulah, sepatutnya kena tengoklah cadangan Pinang Tunggal sebut tadi. Saya nak kembali kepada ni, saya melihat kepada apa nama ni, Sinar Harian, pada 20.09.2024, dalam berita disebut Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Kerajaan Negeri tidak mempunyai dasar untuk menyalurkan bantuan wang tunai. Pasal apa? Kerana sukar untuk mengenal pasti mangsa-mangsa banjir yang sebenarnya. Jadi adalah apa nama keratan akhbar, saya tak tau betul tak betul. Jadi kalau ini betul sangat mengecewakanlah ucapan sebegini orang kata apa ketika rakyat ditimpa bencana ataupun musibah ini, rakyat dalam keadaan mengharungi banjir, rakyat yang rumahnya bocor bila dengar benda macam ni apa perasaan mereka kan? Saya berharap agar kerajaan lebih proaktif dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Saya juga berharap ada ADUN-ADUN Pembangkang turut terlibat dalam Majlis Tindakan Bencana Daerah. Tadi YB ada berjanji, berjanji untuk nak panggil dalam apa nama mesyuarat-mesyuarat yang tertentu. Jadi saya harapkan dalam mesyuarat banjir ini juga kami dilibatkan. Dalam menghadapi bencana kami sedia membantu. Kami memang pun dok bantu dah. Kami mempunyai team sukarelawan. Kami ada Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia yang sedia membantu mangsa bencana. Waktu ribut dulu tu, saya sendiri turun, chainsaw saya tebang pokok enam pokok saya tebang. Orang pun terkejut tengok saya, saya orang kampung. Saya dulu dah ayah saya latih dah saya buat kerja-kerja macam ni, jadi kita ada. Sebab tu saya kata kat Majlis Bandaraya Seberang Perai, kalau takdan nak tebang ataupun takdan nak cantas pokok, bagi kebenaran kepada saya, SOP-SOP yang macam mana nak cantas, saya buatlah dengan team saya. Untuk membantu, saya pi tebang pokok-pokok orang kampung, saya pi tolong, batang nyoq apa semua ada yang saya kerat membantu mereka sekadar yang bolehlah dengan tak ada orang kata apa, maklumlah dengan apa nama kita tak dak peruntukan, tara tu sajalah. Keringat ada kita buatlah setakat mana yang boleh. Kemudian dalam, Tuan Yang di-Pertua, dalam sistem pemerintahan Westminster, peranan pembangkang sangat penting sebagai elemen semak dan imbang kepada kerajaan yang memerintah. Berikut adalah beberapa peranan utama pembangkang dalam sistem ini:

Yang pertama menyemak dan mengimbangi kuasa kerajaan, pembangkang bertanggungjawab memastikan bahawa kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan oleh rakyat. Mereka akan mengkritik dasar-dasar yang dianggap tidak adil, tidak berkesan serta menuntut penjelasan dari kerajaan. Yang kedua memberi alternatif dasar, pembangkang menyediakan pilihan kebenaran rakyat dengan mencadangkan dasar-dasar alternatif. Ini memberi peluang kepada rakyat untuk menilai pilihan yang ada khususnya dalam pilihanraya. Mewakili rakyat yang tidak bersetuju dengan kerajaan, pembangkang memegang peranan penting dalam mewakili suara rakyat yang tidak sependapat dengan kerajaan. Mereka memberi platform kepada golongan minoriti ataupun kelompok yang tidak diberi perhatian oleh kerajaan. Yang keempat menggalakkan perbahasan dan ketelusan, pembangkang bantu memastikan bahawa isu-isu penting yang dibahaskan sama ada di Parlimen mahupun dalam Dewan Undangan Negeri. Mereka turut memainkan peranan dalam menuntut penjelasan daripada menteri ataupun EXCO. Yang kelima pencegahan penyalahgunaan kuasa, pembangkang juga berfungsi sebagai pengawas terhadap tindakan kerajaan, terutama dalam aspek pengurusan kewangan, dasar-dasar kerajaan dan untuk mengelak korupsi dan juga penyalahgunaan kuasa.

Nabi SAW bersabda… (ayat Al-Quran). Apabila kamu melihat kemungkaran maka hendaklah kamu cegah dengan tangan, dengan tangan itu dengan kuasa. Mencegah dengan kuasa paling berkesan. Yang keduanya jika tidak boleh mencegah, maklumlah tak ada kuasa jadi pembangkang, dengan lisan. Kami suarakan di sini apa-apa kemungkaran politik yang berlaku sama ada dalam kerajaan, maka kita memberikan teguran bukan maknanya kita beri teguran ini untuk kita menghina ataupun mencerca. Sebaliknya untuk penambahbaikan ataupun berlaku semak dan imbang kepada kerajaan ini. Sedia menjadi alternatif kerajaan. Dalam sistem Westminster, pembangkang bukan sahaja berfungsi sebagai pihak yang mengkritik tetapi juga sebagai pihak yang bersedia mengambil alih pemerintahan kerajaan apabila Pilihan Raya Umum diadakan dan mereka mempunyai sokongan majoriti. Dulu kami tak berapa orang je, kami dah 11 orang dah la ni. Tak mustahil dalam Pilihan Raya Ke-16, kita, sana berubah mai sini, sini berubah pi sana. Secara keseluruhannya, jangan marahlah na. Jangan marah. Secara keseluruhannya peranan pembangkang dalam sistem Westminster adalah untuk memastikan proses demokrasi berjalan dengan cekap, adil, transparent serta memberi pilihan cara memberi rakyat pilihan yang lebih luas dalam hal pemerintahan. Akhir-akhir ini saya melihat trend pemimpin kerajaan ini seolah-olah larut dengan doktrin birokrasi Max Weber, seorang ahli falsafah politik dan pentadbiran barat yang menyatakan bahawa “Boss always right”, ketua sentiasa betul. Boss always right, Ketua ni sentiasa betul. Saya ingat saya ingat trend ni tidak sihat kerana memberi kesan kepada profesionalisme kerja bagi penjawat awam sehinggakan penjawat awam ni nak mai bergambar dengan saya pun tak berani, takut pasal apa sampai tara tu sekali. Nak turun sekolah kita nak bagi kek pun tak boleh. Takut nak terima kek ini nak makan. Kita nak bagi makan pun tak mau. Tapi minta peruntukan satgi sampai surat. Ini sampai takut macam tu, awat lah sampai setara tu. Tak boleh ustaz tak boleh ustaz. Mai bisik kat saya tak boleh. Awat tak boleh pasal apa. Saya minta turun di kawasan saya sepatut tu orang kawasan saya. Bila biasalah orang kita tangkap gambar ni biasalah dan dalam untuk buat laporan. Rupanya tak boleh. Janganlah sampai macam tu. Duk pi ugut penjawat awam. Kita berjiwa besarlah sepatutnya kita sebagai kerajaan kita sebagai ni kita nak supaya peranan kerajaan ni dapat berfungsi dengan baik. Hubungan di antara kerajaan dengan pembangkang dengan rakyat dan sebagainya sepatutnya baik. Sepatutnya tidak ada masalah. Jangan hanya kerana duk bergambar dengan kami pi tukar tang lain pula. Pi bagi amaran pi marah. Ni tak betul ni. Maknanya larut dengan birokrasi inilah. Lani pula dah mari pula dalam demokrasi majoriti is right pula dah kan. Berapa orang bangkit.

Dalam islam Allah SWT telah menyatakan firman: (Bacaan ayat Al-Quran), “Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada bangsa laki-laki dan bangsa perempuan. Dan kami jadikan kamu berpuak-puak dan berkabilah untuk kamu saling kenal mengenali.” Allah Taala jadikan bangsa Cina, bangsa Melayu, bangsa ni. Ya, ya.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Minta penjelasan sikit Yang Berhormat Sungai Dua. Tadi, saya tertarik dengan hujahan Yang Berhormat Sungai Dua tentang Kerajaan Alternatif. Tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebutlah.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Dah lepas dah waktu ni.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Itulah tadilah. Point tadilah tapi saya nak tanya sat memandangkan kini adalah musim untuk kita membentangkan belanjawan, saya cuma nak dapatkan pandanganlah.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sama ada pihak pembangkang ada sediakan belanjawan alternatif tak. Sekiranya tadi…

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kalau alternatif nak sedia apa kerajaan lah sepatutnya sedia.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Bukan. Tadi Yang Berhormat kata Kerajaan Alternatif termasuk mungkin ada.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kerajaan Alternatif maknanya suatu hari nanti…

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Bukan, saya. Bukan, saya tanya, saya tanya sebab saya minat juga sekiranya pihak pembangkang ada sediakan belanjawan alternatif boleh jadi rujukan. Ini benda yang baik, positif dan memupuk demokrasi cumanya soalan saya nak tanya sama ada ada sediakan tak belanjawan alternatif.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Untuk masa ni tak ada lah dan tengok apa yang duk ada lah. Tapi kalau sekiranya kerajaan membenarkan kami berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan dan boleh mendapatkan data untuk kami memproseskan maklumat, kita rasa kita boleh membantu dari sudut itu. Kalau sekiranya kerajaan boleh berjiwa besar sampai setara tu. Tapi hari ni.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Dulu, dulu masa kita sama parti dengan PAS juga kita berjaya sediakan belanjawan alternatif di peringkat Parlimen. Tapi saya rasa tak ada isu kot untuk dapatkan data. Itulah cumanya saya nak tanya kalau tak ada tak apalah.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Tak ada. Terima kasih kerana ni. Kalau boleh berjiwa besar macam tu seronoklah kita. Seronok kita boleh membantu. Kita tidak ada masalah untuk membantu dan untuk pengetahuan kepada rakan-rakan, kita mempunyai pakar-pakar yang ada dalam parti dan bukan kita tok lebai ja parti kita. Macam-macam pakar duk ada yang boleh membantu. Saya pun tok lebai saya boleh bercakap sikit-sikit bab ekonomi, saya belajar. Ha tak apa, terima kasih dengan hasrat yang murni itu. Kalau boleh buat cukup baiklah tapi adakah boleh dibenarkan perkara itu berlaku. Kalau tidak berlaku maknanya kami belajar daripada apa yang ada. Kalau Allah takdirkan pilihan raya ke-16 akan datang tak mustahil kami juga InsyaAllah. (kurang jelas).

JadI Allah SWT menciptakan manusia tak kira apa bangsa daripada dua orang ja Adam dan Hawa daripada dua orang, lelaki dan perempuan ni. Lalu kita sama taraf ja kan. Allah Taala sebut (ayat al-quran) yang paling mulia di sisi Allah Taala adalah yang paling bertakwa, yang paling terbaik. Kita tak ada apalah. Kita ni jadi YB ka sama ja kita dengan rakyat di bawah sana. Kita tak boleh duk act ikut dan ja. Kita tak boleh angkat diri. Kita mampu kalau kita ni tidak ada nilai yang baik pada kita orang dari bawah penyapu orang yang duk sapu sampah tu lebih baik daripada kita. Sebab itulah amalannya kita jangan duk buat ikut dan ja kat orang. Janganlah maknanya kita mengugut orang buat orang jadi takut ini satu benda yang zaman bila nuh zaman tok nadok. Zaman tok nadok tak apalah zaman dulu kala ni zaman sekarang.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya berharap walaupun rakan-rakan tadi duk minta tadi oleh kerana ini adalah Dewan yang kita nak suarakan, kita suarakan lagi untuk kita mintalah peruntukan yang munasabah, yang munasabah untuk maknanya kita salurkan kepada rakyat. Bagi rakyat yang susah kita bantu mereka dan jika sekiranya ada projek-projek yang perlu dilakukan dengan segera untuk kemaslahatan untuk kebaikan rakyat saya rasa kerajaan sepatutnya menimbangkan untuk memberikan peruntukan melalui kalau tak melalui pun dengan kerjasama ADUN-ADUN pembangkang yang ada di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua akhirnya, saya menyokong ucapan bajet yang telah dibentangkan oleh Ketua Menteri pada Jumaat lepas. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Seterusnya, Yang Berhormat KOMTAR dan selepas KOMTAR Bukit Tambun, selepas Bukit Tambun Penanti, ya. Saya bagitahu terlebih dahulu. KOMTAR silakan.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025 Negeri Pulau Pinang yang bertemakan Ekonomi Madani, Rakyat Diperkasa, Negeri Sejahtera di dalam Dewan yang mulia ini.

KOMTAR ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Ketua Menteri kerana telah membentang Belanjawan 2025 pada Jumaat yang lepas. Setelah banyak tahun bajet menunjukkan defisit yang tinggi namun defisit tahun 2025 telah berjaya dikurangkan. Pada awal tahun ini Kerajaan Negeri telah melaksanakan jajaran bajet dengan mengurangkan perbelanjaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan-jabatan lain sebanyak 30 hingga 50 peratus. Usaha ini telah berjaya mengurangkan defisit tahun 2024.

Dato' Seri Yang di-Pertua, di sini saya ingin nafikan kenyataan bahawa pemimpin Kerajaan Negeri gagal mengurus tadbir kerajaan kewangan negeri. Kerajaan Negeri telah menghulurkan bantuan kepada warga negeri lebih 100 juta melalui semua program i-Sejahtera dan memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah walaupun perkara pendidikan bukan di bawah Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga menyediakan Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80 Peratus Pulau Pinang (TPM8OPP) untuk memberikan manfaat kepada Skim Rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah Pulau Pinang seperti membaik pulih, mengganti dan menyelenggara. Kita juga ada menyediakan program Penaja Pas Mutiara pas perjalanan tanpa had iaitu bas percuma dan lain-lain. Hasil tetap Kerajaan Negeri hanya kira-kira RM500 juta. Namun, jumlah perbelanjaan kos-kos program yang saya sebutkan tadi kian meningkat setiap tahun.

Seperti Ahli-ahli Dewan sedia maklum, hasil Kerajaan Negeri adalah banyak bergantung kepada urusan tanah. Kerajaan Negeri perlu usahakan untuk mencari hasil selain tanah. Tahun lepas, EXCO Alam Sekitar, Yang Berhormat Perai telah mengumumkan, memaklumkan bahawa Pulau Pinang mempunyai unsur nadir bumi (REE) yang bernilai seribu, bukan 100 billion dan terdapat banyak syarikat swasta mempunyai minat untuk kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Oleh itu, saya ingin tahu status terkini tentang perkara ini. Saya harap projek ini boleh dilaksanakan kelak dan ianya harus menepati syarat-syarat serta garis panduan yang ditetapkan oleh agensi berkaitan bagi menjaga kepentingan alam sekitar. Ini kerana hasil yang diterima boleh digunakan untuk menjalankan projek pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.

Selain itu, KOMTAR juga ingin tahu apakah status terkini hasil penemuan kaji selidik membabitkan sumber minyak serta gas di perairan Pulau Pinang. Ini adalah susulan inisiatif syarikat minyak dan gas multinasional negara, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang menjalankan kaji selidik seismik 2D berbilang pelanggan luar pesisir baharu di kawasan utara Selat Melaka pada November tahun lepas. Jika hasil penemuan adalah positif, ini adalah satu rangsangan baru untuk hasil Kerajaan Negeri.

Di dewan yang mulia ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh YAB Saudara Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah meluluskan beberapa projek mega untuk negeri Pulau Pinang terrmasuklah projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), Projek Pengurusan Bekalan Air Perak-Pulau Pinang, pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan Kereta Kabel Bukit Bendera.

Semua projek ini sedang dinanti-nantikan oleh rakyat Pulau Pinang sejak dulu lagi. Saya berharap projek-projek ini boleh dimulakan secepat mungkin dan Kerajaan Pusat akan terus meluluskan lebih banyak projek infra serta memberi lebih banyak peruntukan demi membantu pembangunan negeri Pulau Pinang. Saya sememangnya menyambut baik Bajet Tahun 2025 yang telah dirangka supaya agenda pembangunan negeri dapat diteruskan dan kesejahteraan rakyat terus ditingkatkan selaras dengan Visi Penang2030.

Dalam pada itu, saya juga menyambut baik hasrat yang disampaikan oleh Menteri Besar Selangor yang mana beliau telah mengemukakan cadangan supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan lima peratus daripada dana rizab persekutuan untuk diberikan kepada ke semua negeri. Dalam persidangan DUN sebelum-sebelum ini, saya juga ada menekankan supaya Kerajaan Pusat boleh memberi geran tetap iaitu 20% daripada hasil cukai dari negeri Pulau Pinang yang telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan. Kaedah ini adalah lebih adil sebagai satu langkah menghargai negeri Pulau Pinang kerana negeri ini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai penyumbang utama kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI) pembuatan negara. Pulau Pinang juga mempamerkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan dan kekal sebagai penyumbang keempat tertinggi sebanyak 7.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional pada tahun 2023.

Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam mitigasi dan adaptasi perubahan iklim dan banjir, salah satu usaha yang boleh dilakukan di peringkat negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Tempatan adalah teruskan usaha mengurangkan penjanaan dan penggunaan plastik.

Negeri Pulau Pinang telah bermula dasar pengurangan beg plastik dan bekas polisterin sejak 2009, usaha ini telah pun diteladani oleh negeri-negeri yang lain. Namun, selepas COVID, semakin banyak plastik pakai buang atau plastik sekali guna telah wujud, dan ini merupakan satu ancaman kepada kesihatan, alam sekitar dan juga menimbulkan soalan mengenai kapasiti tapak pelupusan Pulau Burung. Bagi saya, jika kita makan makanan yang dihidang di kedai kopi seperti mee kari, mee udang dalam mangkuk dan kopi dalam cawan tradisi yang boleh dicuci serta boleh digunakan lagi adalah lebih sedap dan asli. Saya menyeru supaya penggunaan plastik sekali guna single use plastic seperti cawan, pinggan mangkuk dan plastik pakai guna di premis atau gerai-gerai makanan dan minuman haruslah dilarang serta ianya boleh dilaksanakan melalui syarat-syarat lesen perniagaan.

Menuruti laporan UNEP dan Greenpeace, plastik diperbuat dengan menggunakan sebanyak 13,000 bahan kimia. Plastik mengandungi bahan kimia yang boleh mengganggu hormon & "bahan kimia kekal" (PFAS), ia akan memasuki badan dan memberi kesan yang amat serius kepada kesihatan kita. Plastik memudaratkan manusia, haiwan dan alam sekitar.

Selain daripada itu, mikroplastik ditemui di mana-mana dan semakin tersebar luas. Ia ditemui di sumber air, makanan, udara, tanah, darah, susu ibu, plasenta dan najis manusia. Kebelakangan ini, saintis Jepun temui mikroplastik dalam awan, WHO menyatakan bahawa pencemaran plastik akan menyumbang kepada impak negatif dan risiko terhadap kesihatan dalam semua peringkat kitaran hayat plastik. Pakar kesihatan Tan Sri Prof Dr. Jemilah Muhammad, menyatakan implikasi ini termasuk penyakit jantung, paru-paru dan masalah gastrousus. Selain itu, mikroplastik dikaitkan gangguan hormon serta tumbesaran tidak normal. Risiko kesihatan ini amat bimbangkan terutama mengambil kira kesan mikroplastik kepada kesihatan masih belum diketahui sepenuhnya.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, lebih 99% plastik diperbuat daripada bahan api fosil dan syarikat pengeluar minyak terbesar telah melabur sebanyak berbilion dolar untuk meningkatkan pengeluaran plastik. Penggunaan plastik menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau, perubahan iklim dan bencana banjir secara tidak langsung. Selain itu, mengikut laporan siasatan yang dilakukan oleh Resource Futures "The impact of plastic pollution on urban flooding events” dari Disember 2021 hingga Januari 2022, banyak tempat di Malaysia mengalami banjir yang lebih teruk disebabkan oleh kewujudan pencemaran plastik yang menyumbat longkang. Sering kali Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Tempatan pun mendapati sungai dicemari sampah sarap, sisa plastik memang punca banjir kilat. Selama ini, perniagaan dan industri plastik mempromosikan kitar semula sebagai penyelesaian. Tetapi, kitar semula plastik tidak pernah berkesan, sejak tahun 1970, kurang daripada 10% plastik pernah dikitar semula di seluruh dunia. Terdapat 7 jenis plastik, mereka tidak boleh dikitar semula bersama-sama. Plastik yang paling biasa dikitar semula adalah Jenis 1 PET, Jenis 2 HDPE, Jenis 5 PP tetapi bukan semua tempat mempunyai kilang kitar semula untuk tiga jenis plastik tersebut. Semua jenis plastik ini perlu dibersihkan dan diasingkan. Tetapi pengasingan sisa sampah belum dikuatkuasakan secara seluruh lagi. Selain itu, bahan-bahan kimia di dalam plastik dikitar semula telah dikaitkan dengan kanser, penyakit kardiovaskular, obesiti dan isu-isu kesihatan Iain.

Selain daripada larangan beg plastik percuma di pusat beli-belah, banyak lagi aspek yang perlu kita melihat dari segi penggunaan berlebihan overconsumption plastik seperti plastik sekali guna, straw, bekas makanan, plastik mangkuk dan pinggan dan plastik bukan penting non-essential/unnecessary plastic. Tabiat bawa bekas makanan dan minuman sendiri haruslah digalakkan dan diberi insentif atau diskaun. Perniagaan dan industrial Fast Moving Consumers Goods (FMGCs) seperti Nestle Malaysia, Unilever Malaysia, F&N Holdings, Dutch Lady Milk Industries, and Coca-Cola Malaysia haruslah mengalih dan memupuk model perniagaan seperti sistem isian semula atau produk boleh diguna semula. Menurut MIDA pada masa ini, terdapat lebih daripada 1,300 pengeluar produk plastik di Malaysia dan tidak, tiada had bagi lesen baru. Saya berasa negeri Pulau Pinang dan kedua-dua PBT boleh atau perlu menyumbang kepada krisis plastik ini. Saya ingin mendesak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan supaya mengeluarkan syarat-syarat untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna di gerai-gerai makanan dan minuman. Tanpa mengurangkan pengeluaran plastik secara drastik, adalah mustahil untuk menghentikan pencemaran plastik dan membasmi ancaman kesihatan daripada bahan kimia di dalam plastik. Pencemaran plastik seharusnya dibendung dan pengeluaran plastik dikurangkan supaya mengurangkan pencemaran alam sekitar dan kos pengurusan sisa.

Dato' Seri Yang di-Pertua, memandangkan jumlah penggunaan perkhidmatan ETS dan Komuter semakin meningkat di Pulau Pinang, khususnya di stesen Butterworth dan Bukit Mertajam telah menyebabkan fasiliti sedia ada di sana kini, tidak lagi mampu menampung bilangan pengguna harian terutamanya semasa waktu puncak dan hujung minggu. Masalah ini wajar diberikan perhatian segera kerana peningkatan pengguna ke Pulau Pinang berikutan perkhidmatan kereta api menjadi salah satu pilihan utama pengangkutan awam mereka. Malah, tiket jadual perjalanan ETS dari KL Sentral ke Pulau Pinang dan sebaliknya sering kali penuh ditempah. Hal ini menunjukkan sambutan yang memberangsangkan terhadap perkhidmatan KTM yang sekali gus menyumbang kepada peningkatan hasil syarikat. Syabas diucapkan kepada KTMB atas usaha ini.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Seri, KOMTAR minta pencerahan. Negeri Pulau Pinang mempunyai 6 stesen kereta api iaitu Tasek Gelugor, Butterworth, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Simpang Ampat dan Nibong Tebal. Akan tetapi, stesen kereta api Simpang Ampat hanya menyediakan perkhidmatan KTM Komuter sektor utara dari Butterworth ke Ipoh akan tetapi dan tiada stesen untuk ETS Butterworth – Gemas, ETS Padang Besar – Gemas, itu yang menyebabkan penduduk-penduduk di sekitar Simpang Ampat, Bukit Tambun dan DUN Sungai Bakap berpusu-pusu ke Bukit Mertajam yang menyebabkan kesesakan di stesen ETS Bukit Mertajam. Itu pencerahan saya.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Terima kasih kepada Bukit Tambun tolong jawab bagi EXCO kot bukanlah untuk membawa isu yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Simpang Ampat, penduduk Bukit Tambun dimasukkan dalam DUN Batu Kawan lah. Namun, untuk memastikan pengalaman penggunaan lebih lancar dan selesa, saya mencadangkan agar EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Yang Berhormat Tanjong Bunga untuk mempertimbangkan penambahbaikan berikut bagi Stesen KTM Butterworth dan Bukit Mertajam seperti berikut:

(1) pembinaan eskalator baharu atau penggantian tangga lama dengan eskalator

moden di lokasi strategik;

(2) Penambahbaikan kemudahan lif agar lebih mesra pengguna, terutama untuk

golongan warga emas, OKU, ibu mengandung, keluarga yang mempunyai anak

kecil dan penumpang yang membawa luggage besar;

(3) Penambahan kaunter daftar masuk dan keluar untuk mempercepatkan proses

pengguna ketika waktu sibuk (peak hour);

(4) Memperluaskan lalua kereta dan ruang drop-off bagi memudahkan pemandu

yang menurunkan penumpang serta dapat mengelakkan kesesakan di kawasan

pintu masuk.

Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan terkenal di Malaysia dan Antarabangsa telah menerima pelbagai pengiktirafan dari majalah-majalah pelancongan Antarabangsa dan sosial media. Oleh itu, penambahbaikan fasiliti seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan keselesaan pengguna tetapi turut memperkukuhkan imej Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Dato' Seri Yang di-Pertu, objektif utama perhubungan bandar berkembar adalah untuk meningkatkan kerjasama antara dua bandaraya selain daripada merapatkan hubungan dua hala kedua-dua negara terbabit. Antara kerjasama yang dinikmati adalah perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam aspek pentadbiran Kerajaan Tempatan seperti pengurusan sisa pepejal, pengurusan landskap, pengurusan bangunan warisan, sistem trafik dan pengwujudan bandar selamat. Selain daripada itu, program bandar berkembar ini juga menggalakkan usahasama dalam sektor ekonomi seperti pelancongan, perdagangan, pendidikan, kebudayaan dan sukan termasuk program-program sosial yang melibatkan penyertaan penduduk di kedua-dua bandar terbabit. Negeri Pulau Pinang telah menjalinkan hubungan bandar berkembar dengan beberapa bandar Antarabangsa termasuk Adelaide di Australia, Medan di Indonesia serta Xiamen di China. Hubungan ini melambangkan usaha persahabatan Antarabangsa yang berpotensi memberikan manfaat besar kepada

pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya bandaraya kita. Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan bandar berkembar membuka peluang strategik untuk pelaburan dan perdagangan. Hubungan ini juga memberi akses kepada teknologi, inovasi dan pasaran baharu. Lebih penting lagi, ia berupaya merangsang sektor pelancongan melalui promosi bersama lokasi-lokasi tarikan pelancongan di Pulau Pinang. Dulunya, kita ada program Penang Week di Adelaide ini turut melibatkan promosi produk-produk FAMA di pasaran Adelaide. Bagi Xiamen, penyertaan Kerajaan Negeri di simposium dan forum The China Fair of for International Investment and Trade (CIFIT) yang berlangsung pada setiap tahun di Xiamen bertujuan mempromosi peluang-peluang pelaburan di negeri Pulau Pinang khususnya pada pelabur-pelabur asing dan institusi Kerajaan Luar Negara. Dalam konteks Medan pula, penyertaan Pulau Pinang dalam Medan Fair manakala penyertaan pemerintah Medan dalam Pesta Pulau Pinang. Tetapi sejak kebelakangan ini, penyertaan sebegini sudah kian pudar.

Sehubungan itu, adalah wajar bagi Pulau Pinang mempertimbangkan penubuhan sebuah biro atau jawatankuasa khas khususnya untuk menguruskan hubungan bandar berkembar dan bandar persahabatan. Jawatankuasa khas berkenaan boleh berfungsi sebagai platform bagi menyelaraskan usaha, melaksanakan program strategik dan memastikan hubungan yang dijalinkan membawa manfaat jangka panjang. Kesimpulannya, hubungan bandar berkembar bukan sekadar simbolik, tetapi ianya adalah alat yang berpotensi mencipta peluang baharu dan memacu pertumbuhan bersama dalam pelbagai sektor. Pulau Pinang perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan hubungan ini terus kukuh dan relevan demi kepentingan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Dato' Seri Yang Dipertua. Baru-baru ini Pusat Khidmat KOMTAR menerima aduan daripada seorang pelajar USM yang memaklumkan bahawa Kampus Kejuruteraan USM di Nibong Tebal masih belum mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam yang mencukupi. Pelajar-pelajar di sana bergantung kepada kenderaan sendiri atau perkhidmatan seperti Grab dan ini meningkatkan kos mereka. Tambahan pula, mereka perlu berjalan kaki ke Jalan Transkrian - Bukit Panchor untuk menaiki bas yang jelas menyukarkan pergerakan harian mereka. Sebagai salah satu universiti ikonik di negeri ini dan diiktiraf di peringkat Antarabangsa, adalah wajar USM Nibong Tebal dilengkapi dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik. Saya mencadangkan perkhidmatan Rapid Penang boleh memasuki kampus bagi memudahkan pelajar untuk menaiki bas terus dari dalam kampus. Laluan bas ini juga dicadangkan melalui kawasan penting seperti stesen KTM, stesen bas utama dan kawasan komersial bagi memudahkan pergerakan pelajar ke destinasi-destinasi tersebut. Selain itu, pihak berkuasa juga boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan perkhidmatan Linked Bike bagi memudahkan pelajar bergerak dalam kampus atau ke kawasan sekitar seperti kedai-kedai dan kawasan berhampiran.

Dato' Seri Yang di-Pertua, sering kali dalam sidang DUN, saya tidak pernah lupakan menyentuh isu tentang bangunan KOMTAR. Namun untuk sidang DUN kali ini, saya langkau kerana setelah banyak kali saya utarakan kepada PDC untuk melantik perunding dan akhirnya berjaya dan PDC telah melantik perunding, kini kita tunggu sahaja hasil laporan dan cadangan menghidupkan semula dan rezoning bagi Bangunan KOMTAR

Menyentuh isu kawasan, di Pasar Chowrasta mempunyai perhentian bas berkonsepkan mini perpustakaan. Siapa sangka perhentian bas lama di Pasar Chowrasta diremajakan menjadi perhentian bas berkonsepkan perpustakaan yang menarik serta bermanfaat kepada orang ramai. Saya puji inisiatif ini kerana ianya mampu memupuk tabiat membaca dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda. Sambil menunggu bas sambil boleh membaca buku.

Namun begitu, hasil pemerhatian saya, belakangan ini perpustakaan mini di kawasan itu sudah tidak terjaga. Perpustakaan tersebut dilaporkan mengalami kerosakan, vandalisme, kekurangan buku, malah dijadikan tempat perlindungan bagi golongan gelandangan. Saya juga menerima aduan bahawa terdapat segelintir gelandangan yang dipercayai mempunyai masalah mental yang mengambil buku tersebut mencucuh dan bermain dengan api lalu membakarnya di tempat lain. Ya, ini adalah gambar-gambar sekarang di stesen bas itulah. Kita nampak rack sahaja, tidak nampak bukulah. So, ini tinggal rack sahajalah.

Saya berpendapat bahawa projek ini dapat diambil alih oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan kerja-kerja selenggara agar dapat membawa imej yang baik untuk Pulau Pinang. Tambahan pula, kawasan Pasar Chowrasta merupakan antara pasar tertua di tengah-tengah George Town, Pulau Pinang dan merupakan destinasi yang popular untuk penduduk tempatan dan pelancong. Kita seharusnya menghargai projek-projek yang berorientasikan pendidikan kerana ianya menyumbang kepada pembangunan budaya membaca dan sihat dalam kalangan belia di Pulau Pinang.

Dato’Seri Yang di-Pertua, Projek Perintis Lorong Bas Kawasan KOMTAR. Ini isu, isu-isu hangat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Isu hangat tapi juga masa sudah cukup.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Last one, last one.

Menangani masalah kesesakan lalu lintas bukanlah semata-mata bergantung kepada pelebaran jalan atau pembinaan jalan raya baru. Saya ingat semua boleh setuju tentang ini. Sebaliknya, keutamaan juga perlu diberikan kepada usaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam. Di Pulau Pinang, kadar penggunaan pengangkutan masih rendah, iaitu kurang daripada 10% kerana ramai penduduk lebih gemar menggunakan kenderaan persendirian.

Menggalakkan orang ramai beralih kepada pengangkutan awam bukanlah satu, sesuatu yang mudahlah. Pendekatan carrot and stick boleh digunakan, yang menggabungkan insentif carrot dan polisi halangan stick. Insentifnya termasuklah menyediakan pengangkutan awam yang cekap seperti perkhidmatan LRT, lorong bas serta perkhidmatan bas percuma yang telah diperkenalkan di Pulau Pinang. Manakala, polisi halangan pula boleh melibatkan dasar-dasar seperti peningkatan harga petrol, yuran parkir yang lebih tinggi atau bayaran tol tertentu untuk mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian. Sebagai contoh, lorong bas memberikan keutamaan kepada bas dan teksi sekali gus memendekkan masa perjalanan semasa jalan lain itu sesak. Selain itu, langkah ini turut membantu mengurangkan pencemaran udara. Pada 19

Yang di-Pertua (Speaker)

Cepat cepat.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

November lalu

Yang di-Pertua (Speaker)

Cepat, mukadimah tak perlu. Straight kepada cadangan atau masalah.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Sudah loceng.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah melaksanakan projek rintis lorong bas. Berdasarkan anggaran, pelaksanaan lorong bas ini mampu menjimatkan masa perjalanan sehingga enam minit. Namun, terdapat salah faham dalam kalangan masyarakat mengenai keberkesanan lorong bas berkenaan. Sesetengah pihak menganggap langkah ini akan terus menyelesaikan kesesakan lalu lintas.

That’s mean hari ini kita buat bus lane, hari ini masalah kesesakan di tempat itu akan selesai. Ini tidak mungkin berlakulah. Sebaliknya, pada peringkat awal pelaksanaan, mungkin berlaku peningkatan kesesakan kerana satu lorong telah dikhaskan kepada bas. Ini menyebabkan ada pihak mengkritik dan mendakwa dasar tersebut tidak berkesan atau menyusahkan rakyat.

Hakikatnya, pelaksanaan lorong bas ini dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan bas dan menggalakkan lebih banyak orang ramai beralih ke pengangkutan awam serta ianya dapat mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di jalan raya. Hasil akhirnya adalah dapat kurangkan masalah kesesakan lalu lintas dalam jangka masa panjang.

Memang tidak mudah untuk memperkenalkan dasar baru tanpa menerima bantahan daripada pihak-pihak tertentu. Sebagai contoh, projek rintis lorong bas di kawasan KOMTAR masih memerlukan pelbagai penambahbaikan. Kita perlu mendapat pandangan serta cadangan daripada semua pihak yang terlibat bagi memastikan pelaksanaannya lebih berkesan.

Dalam Mesyuarat MBPP dan Mesyuarat MMK Pengangkutan, saya telah membangkitkan persoalan, adakah kawasan KOMTAR yang dipilih itu adakah sesuai sebagai lokasi projek rintis, atau adakah lokasi yang lain seperti Jambatan Pulau Pinang atau Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu lebih sesuai? Pandangan dan maklum balas ini amat penting untuk memastikan dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat serta menyelesaikan masalah lalu lintas secara mampan.

Saya faham, bahawa dilema Ahli Politik adalah perlu membuat pilihan diantara undi atau popularity versus Right Policy atau Polisi yang betul. Memang bukannya senang untuk buat pilihan. Tapi saya percaya ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang Mulia ini semuanya bijaksana. Maka marilah kita bersama-sama berkongsi idea dengan bernas demi kebajikan rakyat dan pembangunan negeri.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Lebih 10 minit. Bukit Tambun sila, jaga, masa untuk perbahasan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Seri, Speaker Dewan, Yang Amat Behormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-ahli Mesyuarat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Tuan-tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

Sireh berlipat sireh pinang,

Sireh dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat bersidang,

Demi rakyat kita bersuara (tepuk meja).

Terlebih dahulu Bukit Tambun ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan Bajet Belanjawan Tahun 2025 Negeri Pulau Pinang.

Tanggal 31 Disember 2021 yang lalu, Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 848 juta.

Pada tahun 2022, dengan defisit sejumlah 159 juta, Akaun Hasil Disatukan pada akhir tahun 2022 menyusut kepada 688 juta.

Pada tahun lalu iaitu pada tahun 2023, kita mengalami defisit paling tinggi iaitu sejumlah 358 juta 797 ribu menyebabkan Akaun Hasil Disatukan pada akhir tahun 2023 hanya tinggal baki 330,034,947 ringgit 17 sen sahaja.

Defisit yang begitu besar ini adalah disebabkan Hasil Cukai Tanah pada tahun 2023 menurun sebanyak 5.8 juta berbanding tahun 2022.

Hasil lesen, bayaran pendaftaran dan permit pula menurun sejumlah 44.21 juta.

Oleh itu, Kumpulan Wang Disatukan sehingga akhir tahun 2023 hanya sekadar 1.466 bilion, iaitu;

Akaun Hasil Disatukan 330 juta, kurang 52.1%. Akaun Amanah Disatukan 1.136 bilion, kurang sebanyak 2.9%. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri perlu memberi tumpuan terhadap usaha mempertingkatkan dan mempelbagaikan sumber hasil bagi mengatasi defisit Akaun Hasil Disatukan serta mengukuhkan aliran tunai Kerajaan Negeri.

Berdasarkan kepada Belanjawan 2025, Hasil Cukai dijangkakan 223 juta, Hasil Bukan Cukai 570 juta, Terima Bukan Hasil 112 juta dengan jumlah hasil anggaran 906 juta sahaja tak sampai 1 bilion.

Oleh itu, semakan cukai tanah, semakan semula cukai tanah yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 adalah tepat pada masanya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sokong ya.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Oleh itu, di sini saya ingin memberi nasihat kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian, jangan lagi menjadi hero, jangan lagi menjadi hero, jangan lagi menjadi juara untuk mengekalkan cukai tanah sedia ada.

Zulkefi bin BakarBERSATU · PNPenanti

Ya. (tepuk meja).

Dato’ Hj. Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Wah, pembangkang yang sokong kuat ya, bagus.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Kadar cukai tanah sedia ada adalah berdasarkan kepada tahun 1994 dan Bukit Tambun telah mencadangkan untuk semakan semula sejak tahun 2021. Saya tidak pernah berganjak dalam isu cukai tanah ini. Kita sedia maklum hasil utama Kerajaan Negeri adalah Hasil Cukai iaitu Cukai Tanah, Hasil Bukan Cukai dan Terima Bukan Hasil, tiga ini saja. Paya Terubong tahun ini membawa masuk 2.1 juta pelancong ke Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa. Apabila seorang pelancong turun ke lapangan terbang, orang pertama mendapat hasil adalah MAHB (Malaysian Airport Berhad), kemudian mereka naik teksi atau Grab, pemandu yang mendapat pendapatan, apabila menetap di hotel, pemilik hotel mendapat sewa dan hotel tersebut TNB mendapat bil mengutip bil elektrik setiap bulan, PBA mendapat mengutip bil setiap bulan, PBT, MBPP, MBSP mengutip cukai taksiran setiap 6 buan tetapi Kerajaan Negeri hanya mengutip cukai tanah setiap tahun sekali sahaja. Semua gaji dalam Dewan ini adalah melalui cukai tanah yang kita kutip. Cukai pendapatan kita semua disalurkan ke peringkat Persekutuan. Semua pelaburan daripada syarikat asing yang ada di Bayan Lepas, Batu Kawan, Bukit Minyak Science Park semua disalurkan ke Peringkat Pusat. Oleh yang demikian, ini adalah satu-satunya pendapatan utama kita, janganlah kita membantah kajian semula ini. Hidup mati Pulau Pinang berdasarkan cukai tanah. Di sini saya ingin mendapatkan jawapan daripada Padang Kota tentang 370,000 hak milik tersebut adalah data Tahun 1994 atau data sekarang. Pada masa yang sama saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Padang Kota tentang pengkelasan tanah desa kepada bandar adalah juga berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 atau sudah berkuatkuasa. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga perlu memantau semua tunggakan hasil di mana Pejabat Tanah dan Galian perlu memantau laporan hasil bulanan dan tahunan. Kita baru-baru ini baru sahaja menerima Dato’ PTG. Pengarah PTG yang baru. Pada masa yang sama Pejabat Daerah dan Tanah hendaklah menetapkan sasaran kutipan tunggakan mengikut tempoh masa dan daerah serta melaksanakan tindakan tegas iaitu melalui tindakan pampasan tanah, Notis 8A. Di sini saya memohon jasa baik Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga merupakan pakar tanah, orang lama dalam Pejabat Tanah untuk memastikan kelima-lima daerah kita dari segi kecekapan kutipan cukai tanah untuk kita meminimakan tunggakan cukai. Ini perlu, mengikut Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 3 Tahun 2024 Pulau Pinang daripada 94.65 ekar belum terima tahun 2023, 76.8% iaitu 72.66 juta adalah tunggakan cukai tanah. Di mana SPT johan 23.7 juta, Daerah Timur Laut RM20.06 juta. Apa dah berlaku. Kalau hanya 372 pemilik sahaja kita

telah tidak dapat mengutip tunggakan cukai sejumlah 72.66 juta. Perkara ini perlu diambil tindakan segera. Ini adalah perkara yang begitu serius.

Selain daripada itu Kerajaan Negeri pada tahun 2025 perlu meningkatkan hasil bukan cukai yang melibatkan bayaran premium pajakan, tebus guna tanah, hasil lelongan tanah yang dirampas, fee permohonan dan fee kelulusan bagi perolehan hartanah oleh bukan warganegara atau syarikat asing dan bayaran Lesen Pedudukan Sementara LPS. Tol ini atau LPS kita perlu betul-betul kaji semula. Pegawai Seranta saya selalu taip surat siap letak, YB tolong sign. Saya selalu tak mahu sign. Saya perlu berjumpa dengan pemohon terlebih dahulu, meminta Pegawai Seranta saya membuat lawatan ke tapak TOL yang dipohon, apa jenis kegunaan. Saya masih lagi tidak faham mengapa TOL kita diberi untuk tujuan kediaman atau aktiviti kekal, padahal TOL hanya untuk satu tahun. Adakah tahun ini saya luluskan, saya sokong Pejabat Tanah lulus, peringkat Kerajaan Negeri lulus untuk TOL bina rumah, tahun depan ADUN tak sokong. ADUN lain mungkin tak sokong. Adakah pemilik TOL itu akan merobohkan rumah mereka? Oleh itu, untuk TOL kediaman ini lebih baik kita panjangkan kepada pajakan jangka 30 tahun, 60 tahun ataupun 99 tahun. Dan kebanyakan TOL kita hanya untuk tanaman bukan kekal tetapi hakikatnya di tempat kejadian adalah pokok buah-buahan yang kekal. Oleh itu saya berharap saya sekali lagi ini bukan kali pertama saya minta pihak PTG dan Kerajaan Negeri untuk semakan semula tentang lesen pendudukan sementara ini.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Minta pencerahan. Terima kasih Bukit Tambun. Saya tertarik dengan satu penemuan yang telah disebut, dikongsikan oleh Bukit Tambun tadi iaitu tentang tunggakan cukai tanah dan mengikut Laporan Ketua Audit Negara tadi YB pun ada sebut iaitu antaranya bagi mereka yang tidak membayar cukai tanah kerajaan atau PDT sebenarnya boleh mengguna Seksyen 100 Kanun Tanah Negara Notis 8A untuk rampas balik tanah tersebut. So, saya juga ingin tahu bahawa ada berapa tanah-tanah yang telah dirampas oleh Pejabat Tanah selama ini atau ada apa-apa tindakan yang telah pernah diambil oleh Kerajaan, PTG ke atau PDT untuk rampas balik tanah-tanah tersebut. Sebab kenapa saya cakap macam ni, saya rasa tuan tanah jika dia menerima notis nak rampas balik tanah cepat-cepat mereka akan pergi bayar tunggakan. Takkan mereka nak tanah mereka di dirampas. So, adakah yang isunya adalah, adakah kita keluarkan notis untuk rampas balik tanah-tanah tersebut.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih kepada Machang Bubok. Memang saya pernah bangkitkan isu-isu ini diperingkat Mesyuarat Tindakan Daerah. Pada masa yang sama anak syarikat Kerajaan Negeri tidak lagi, tidak boleh lagi sekadar duduk menunggu suapan Kerajaan Negeri sebaliknya perlu berdikari untuk menjana hasil sendiri.

Dari isu kewangan saya bergerak ke isu infrastruktur dan pengangkutan awam. Penduduk Seberang Perai Selatan sering memperkatakan bahawa SPS mempunyai seorang Ketua Menteri, seorang Menteri, dua orang EXCO. Pada masa yang sama 3 daripada 10 EXCO Pulau Pinang menetap di SPS. Malangnya, dukacita dimaklumkan bahawa 8 projek yang sedang dan bakal dilaksanakan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) hanya melibatkan 4 daerah kecuali Seberang Perai Selatan. 8 projek tersebut adalah Jalan Pintasan Ayer Hitam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua, Bayan Lepas LRT, Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, meneruskan Laluan Bas Percuma, mendokong Penggunaan Kenderaan Elektrik, Silicon Island dan juga Pelan Pengurusan Kesan Sosial iaitu kesan tambakan laut. Semua tak menyentuh tentang SPS. Persoalan saya, adakah

Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan Kajian Pelan Induk Pengangkutan Seberang Perai iaitu dari Bertam sehingga ke Sungai Acheh. Bilakah JKR dan Agensi-Agensi terlibat akan melaksanakan kerja-kerja penaiktarafan persimpangan yang menjadi punca kesesakan lalu lintas seperti di persimpangan pertama persimpangan SJKC Keng Koon. Kedua Jalan Bukit Tambun / Jalan Perindustrian Bukit Minyak. Ketiga, Persimpangan Iconic Simpang Ampat. Keempat, Persimpangan Jalan Gamelan Indah / Jalan Persekutuan. Kelima, Persimpangan Jalan Tasek dan Jalan Valdor di hadapan Muda Paper Mill dan juga pada masa yang sama Jabatan Kejuruteraan MBSP, Pengarah hari ini ada. Telah mengkoordinasikan pembangunan di Jalan Persekutuan iaitu dari JPJ Valdor sehingga ke Perindustrian Nafiri dan pembangunan di Jalan Perusahaan Valdor. Pihak MBSP telah mengadakan Mesyuarat Koordinasi untuk mengumpulkan semua pemaju yang mengemukakan permohonan Pelan Kebenaran Merancang di kawasan-kawasan tersebut dan telah diagihkan siapa yang perlu buat apa, siapa yang perlu menaik taraf bahagian mana. Akan tetapi kedua-dua bottle neck ini menghadapi satu masalah iaitu masalah pengambilan sedikit tanah. Tak banyak di bersebelahan dengan Taman Rebana iaitu bawah Jejambat Jalan Persekutuan merentasi Landasan Kereta Api di Valdor dan juga Jejambat Jalan Perusahaan Valdor yang merentasi Lebuh Raya Utara-Selatan. Oleh yang demikian, saya berharap pihak Kementerian Kerja Raya sebab ia melibatkan Jalan Persekutuan dan JKR Negeri Pulau Pinang untuk mengkaji proses pengambilan tanah bersebelahan dengan Taman Rebana dengan tanah bersebelahan Kilang Astino untuk pembinaan connector road. Connector road ini bererti u-turn di bawah jejambat. Ini telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kerja Raya di Jalan Bukit Tambun iaitu di Tol Bukit Tambun Arah Selatan dan Tol Bukit Tambun Arah Utara, memang sesuai. Oleh yang demikian saya sekali lagi harap pihak JKR, pihak MBSP dapat bekerjasama mengenangani isu-isu ini. Memandangkan Bajet Belanjawan Pembangunan Tahun 2025 hanya sekadar RM220 juta iaitu untuk tujuan pembangunan saya tidak berani untuk meminta Kerajaan Negeri menangani semua isu kesesakan itu, sebaliknya saya memohon kepada semua Jabatan Kerajaan Persekutuan, Jabatan Kerajaan Negeri untuk merebut peruntukan dari Peringkat Persekutuan. Jangan sikit-sikit minta dengan Padang Kota, jangan sikit-sikit minta dengan Bukit Tambun. Minta terus dengan boss anda di Putrajaya. Kementerian-Kementerian ada peruntukan yang begitu besar. Rebutlah peluang. Bajet kita tak sampai RM1 billion ini menunjukkan mencerminkan Negeri Pulau Pinang ini bukan kaya. Oleh itu, orang miskin jangan tunjuk kaya. Kita jangan tunjuk kaya. Tak, belum capai orang kaya, so tak tahu lagi. Bajet kita memang kecil. Oleh itu bersama-samalah kita berganding bahu, bersatu padu, pegawai-pegawai kerajaan sekali lagi saya sebut, rebut peluang. Rebut peruntukan daripada Peringkat Persekutuan.

Dari JKR, MBSP saya bergerak ke PBA. Jumlah keuntungan selepas cukai PBAPP pada Tahun 2023 hanya 34.4 juta, sepanjang tahun. Tetapi sejurus selepas PBA menguatkuasa menaikkan tarif air baru pada 1 Februari 2024 keuntungan selepas cukai bagi suku tahun pertama iaitu Januari hingga Mac adalah 14.35 juta. Suku kedua 55.22 juta, melonjak. Suku tahun ketiga RM21.16 juta iaitu lebih kurang 91 juta sehingga 30 September tahun 2024. Harga saham PBA bagi tempoh 52 minggu adalah dari 1.02 sen hingga 2.90 sen dan harga semasa pada Jumaat yang lalu iaitu 2.12 sen iaitu pemodalan pasaran atau market capital adalah 702.29 juta. Tak sampai tak sampai 1 billion.

Namun demikian, unjuran dana untuk melaksanakan projek kejuruteraan bekalan air utama bagi 5 tahun akan datang melalui Pelan Kontigensi Air 2030, baik pulih loji pembersihan air, reservoir dan stesen pam adalah 1.5 bilion. Kita gadai semua PBA pun tak mampu laksanakan projek ini.

Persoalan saya di sini, adakah penggunaan dana dalam PBA dan penerbitan sukuk mampu membiayai perbelanjaan sejumlah 1.5 bilion ini tak? Sungai Bakap dah tengok saya, Mukim 5 penyaluran air ke Mukim 5 perlu dana yang besar dan 1.5 bilion ini adakah kita mampu?

Adakah PBA pernah berfikir untuk mengumpul lebih banyak dana melalui private placement. Ini istilah saham kepada pelabur institusi yang terpilih memandangkan saham PBA kini menjadi lebih berdaya maju selepas kenaikan tarif dulu dia kekal 90 sen, seringgit.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sorry.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Tetapi kini volume trading for PBA share (dengan izin) dia agak aktif oleh itu memang ada pelabur yang mungkin berminat terhadap pelaburan dalam syarikat PBA ini.

Memandangkan PBA setakat ini berdasarkan jawapan kepada saya PBA hanya memiliki 10 tanker, oleh itu PBA masih perlu bergantung kepada PBS iaitu Pasukan Bomba Sukarela untuk penghantaran air semasa pencatuan air, Sungai Bakap pun dapat bantuan daripada PBS. Oleh itu dalam program CSR tahunan PBA saya harap berilah sedikit bantuan kepada PBS janganlah PBS bantu PBA hantar air tapi duit minyak Bukit Tambun bayar, Jawi bayar. Negeri kita dikurniakan jumlah hujan tahunan kira-kira 2,000 hingga 2,600 milimeter, sepatutnya tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan air.

Namun begitu, kita gagal menahan atau manakung air hujan kurniaan tuhan semasa musim tengkujuh, malah mengakibatkan banjir kilat. Pada masa yang sama, PBA akan mengingatkan rakyat Pulau Pinang supaya berjimat dalam penggunaan air semasa musim kemarau. Lazimnya pada musim kemarau paras air Empangan Telok Bahang, Empangan Ayer Itam akan menurun mendadak. Oleh itu, saya menyambut baik cadangan PBA untuk membina Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Muda dan juga di Sungai Kerian.

Namun demikian, saya tidak menaruh harapan tinggi kerana Bahagian Bekalan Air Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hanya sekadar meminta PBA memohon pembiayaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 2026 hingga 2030 jauh lagi. Hari ini baru 2024, oleh itu bilakah TAPS ini dapat dilaksanakan?

Menyentuh tentang perbelanjaan, sikit lagi ya Dato’ Seri Speaker, ini sentuh perbelanjaan yang agak tinggi iaitu Penang FC. Sejak penubuhan director ada Batu Uban. Sejak penubuhan PFC pada 21 September 2020, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 41,555,026.00 iaitu lebih kurang, 2021 8.8 juta, 2022 11 juta, 2023 13.3 juta, tahun 2024 adalah 8 juta.

Pada masa yang sama, PFC juga menerima sumbangan daripada pihak swasta sejak penubuhan iaitu 7.3 juta daripada pihak swasta tetapi sponsorship ini menurun setiap tahun. Persoalan saya, apakah pulangan dan impak positif yang diterima oleh Kerajaan Negeri dan penduduk Pulau Pinang daripada perbelanjaan 41.5 juta ini? Apakah jalan keluar oleh Kerajaan Negeri untuk tidak terus menanggung bebanan ini?

Sebaliknya, saya tak minta 8 juta ini digunakan untuk tempat lain sebaliknya saya mencadangkan agar peruntukan RM8 juta ini disalurkan untuk pembangunan sukan-sukan yang

membawa kilauan emas dalam SUKMA dan juga sukan-sukan yang mampu melahirkan atlet-atlet yang berpotensi mencapai kejayaan di persada dunia terutamanya dalam Sukan Olimpik.

CLQ dan TLQ, berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Jawi terhadap soalan bertulis saya, setakat ini saya pun hairan lama kita bercerita tentang CLQ sejak tahun 2013 setakat ini hanya terdapat 2 CLQ 2 buah Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) di Seberang Perai, kedua-duanya di kawasan saya.

Adakah Kerajaan Negeri atau MBSP mempunyai rekod mengenai jumlah pekerja yang menetap di Asrama Penginapan Pekerja Sementara TLQ dan adakah kita mampu memastikan semua pekerja dari TLQ ini ditempatkan di CLQ menjelang tahun 2028? Sebab TLQ tamat tempoh pada 31 Disember 2027. Oleh itu saya sekali lagi nak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Jawi sama ada hotel, deretan kedai dan pusat membeli belah yang tidak aktif boleh ditukar guna daripada TLQ kepada CLQ dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar Kerajaan Negeri mungkin melalui mekanisma yang sesuai untuk mengenang jasa keempat-empat mendiang ADUN yang kita memberi perhormatan pada Jumaat yang lalu iaitu Seberang Jaya, Pengkalan Kota Encik Lee Hack Teik Pengkalan Kota dan Paya Terubong saudara Teoh Teik Huat Encik Subbiah dan Dato Seri Ibrahim Saad. Kita perlu mempunyai mekanisma yang sesuai untuk mengenang jasa-jasa mereka dan saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mempromosikan sebuah buku cetakan PWDC sebab saya satu-satu saja lelaki yang menganggotai board PWDC tentang cerita anak Penang. Ini merupakan perspektif gender dari segi kelompok berlainan keperluan berbeza. Oleh itu perkhidmatan dan keperluan harus memenuhi keperluan tersebut supaya tiada yang terpinggir saya akan edarkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan sebentar nanti.

Bunga dedap atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Bukit Tambun memohon untuk menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bukit Tambun dan saya nak silakan Yang Berhormat Penanti untuk berbahas. Sila.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Tengahari kepada semua. Dato’ Seri Speaker, dalam ucapan Belanjawan 2025 Negeri Pulau Pinang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, beliau juga telah memaklumkan bahawa belanjawan ini selaras dengan visi Pulau Pinang 2030 yang mencerminkan hasrat kerajaan dalam membina negeri pintar hijau dan keluarga yang sejahtera. Rakan saya dari Bukit Tambun bercakap juga berkenaan tanah yang saya saya rasa sebutkan di sini sedikit. Ada beberapa perkara yang saya rasa perlu diteliti ditambahbaiki dan diselesaikan seperti pengurusan pampasan untuk tanah-tanah yang diambil oleh kerajaan daripada rakyat sehingga hari ini bayaran pampasan tidak selesai ini berkenaan dengan tanah seperti yang dicakapkan oleh Bukit Tambun tadi sebagai contoh di Mukim 21 SPT terdapat 43 lot tanah yang ada diantaranya belum menerima pampasan walaupun telah di ambil oleh kerajaan sejak berbelas tahun lalu dan dibuat jalan besar di atas itu. Juga di Mukim 18, Mengkuang Berapit jalan dibina di situ di atas tanah-tanah yang tidak dibayar pampasan ada

diantaranya belum mendapat pampasan sehingga ke hari ini dan kesnya sedang dibicarakan jadi ini berbalik kepada ungkapan daripada Bukit Tambun tadi kalau tidak dibayar cukai boleh dirampas tanah tapi kalau kerajaan tidak bayar duit kepada orang diambil tanah adakah rakyat boleh rampas balik? Yang ini dalam mahkamah hari ini bahkan ada diantara depa yang masih lagi membayar hasil cukai tanah yang telah dibuat jalan besar di atas itu.

Jumlah perbelanjaan keluar negara oleh rombongan EXCO dan rombongan tahun 2023. Ini kita bercakap mengenai tentang ketirisan wang dan kita rasa perlu dipantau benda-benda macam ini, EXCO lawatan EXCO rombongan tahun 2023 adalah sebanyak 1.544 juta dan tahun 2024 sebanyak 794,000 ringgit sehingga kini. Ini untuk lawatan kerja dan kunjungan hormat okay? Saya ambil contoh lawatan ke Kaherah Mesir, lawatan ke Kaherah Mesir 16 – 24 Disember tahun lepas lawatan ke asrama pelajar Pulau Pinang di situ yang turut serta dalam rombongan Timbalan Ketua Menteri I, dua orang EXCO berlainan portfolio lain-lain Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang, Wakaf, KITAB, Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Setiausaha Sulit TKM I, Pegawai Khas TKM I pun pergi ke Jordan Mesir juga dan wakil-wakil agensi dan Ahli Lembaga Pengarah. Jumlah perbelanjaan lawatan sebanyak 307,823ringgit, saya ulang 307,823 ringgit. Adakah ini satu lawatan yang membawa manfaat kepada kita mungkin dapat diterangkan kemudian untuk meninjau bangunan dalam rombongan ini pun tidak ada Jurutera atau Jurunilai. Okay, turut serta EXCO Pertanian mungkin ada kerjasama pertanian Mesir dan Jordan, kita tak tahu. Namun yang kita perlu diperjelaskan ialah duit yang dibelanjakan 307,823 ringgit datang dari sumber yang mana? Daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang ka? Daripada Zakat ka? Daripada Kerajaan Negeri ka? Ataupun daripada Ahli Korporat. Ini kita harap dapat penjelasan.

Pensijilan halal, Pulau Pinang adalah tempat makan seperti nasi kandar, char koey teow dan seterusnya lain-lain lagi makanan memang terkenal dengan makanan bahkan satu ketika dulu kalau kita keluar dari Kuala Lumpur untuk datang ke Pulau Pinang terpampang papan iklan bahawa Pulau Pinang adalah tempat makan. Jadi pelaksanaan yang membolehkan kelulusan sijil pengesahan halal dalam 30 hari seperti yang dimaklumkan sebelum ini oleh Ketua Menteri adalah satu pendekatan yang baik dan sehingga Oktober 2024 sebanyak 1,805 permohonan diterima, dengan sektor makanan dan minuman mencatatkan permohonan tertinggi jadi perlu diingatkan Kerajaan Negeri juga memberi perhatian agar persijilan halal ini digalakkan kepada barangan-barangan lain seperti makanan dan minuman itu memang dah jadi perkara biasa mendapatkan sijil halal tetapi berapakah barang-barang lain seperti kosmetik dan lain-lainnya perlu kita beri perhatian agar kita dapat uar-uarkan kepada masyarakat dan rakyat kerana ini dapat menjanakan ekonomi kepada peniaga-peniaga kecil dan perolehan kepada negeri.

Warga emas atau pun warga tua melebihi 65 orang kita bersyukur kerana di Pulau Pinang mencatatkan warga tua melebihi 65 tahun bertambah Jumaat lepas EXCO memaklumkan bahawa lebih kurang 7% melebihi daripada kita melebihi umur daripada 65 tahun namun saya cadangkan dibuat kajian sedikit dengan lebih menyeluruh kerana ada perbezaan ketara penghuni rumah orang-orang tua di Pulau Pinang paling tinggi yang menghuni rumah orang tua-tua adalah Timur Laut 557 orang SPT 387 orang SPU 245 orang SPS 22 orang dan yang terbaik di Barat Daya tiada penghuni langsung, kosong, itu laporan yang kita terima maknanya di Barat Daya terbaik jadi kenapa terjadi begini kerana di situ tidak ada rumah untuk orang tua-tua jadi sebab itu dia jadi kosong jadi kita harap Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pun agensi yang terlibat usahakanlah rumah orang-orang tua di situ untuk yang tak ada tempat nak pergi tak payah pergi jauh-jauh.

Untuk melancarkan lalu lintas seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi ya Kerajaan Negeri perlu bertindak tegas terhadap kontraktor-kontraktor yang diberi kerja tetapi gagal ketetapan seperti projek perlembaran jalan dan naik taraf satu

lorong ke kedua lorong dari jalan perusahaan hingga lampu isyarat jalan Tok Kangar di SPT yang di bawah PDC dan sudah pun dikategorikan sebagai projek sakit jadi projek sakit seperti saya dimaklumkan tadi di Pulau Pinang hanya projek ini saja satu saja jadi kita tak tahulah mungkin ada yang lain saya tak tahu tapi yang saya terima satu ni saja jadi kerajaan perlu ambil perhatian dalam soal ini kerana ini melibatkan lalu lintas dan trafik yang mana kita di Pulau Pinang faham dalam keadaan trafik yang begitu teruk hari ini bahkan pada 6 hari bulan 11 tahun 2024 baru ni antara jam 6 ke 7.30 pagi di Jambatan Pulau Pinang terjadi satu kemalangan yang menyebabkan trafik terpaksa berhenti bukan berjalan perlahan-lahan antara 1 jam setengah ke 2 jam itu menyebabkan ramai di kalangan masyarakat Pulau Pinang ketinggalan kapal terbang, lambat ke tempat kerja dan pergi ke mahkamah dan lain-lain lagi. Jadi masalah ini kerana kelambatan pihak yang mengawal dan mengambil tindakan dalam menangani isu ini mungkin agak lambat dan memang bukan agak lambat memang lambat, jadi mutu perkhidmatan pihak yang terlibat perlu diperbaiki dan diambilkira seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang perlu juga usaha-usaha dalam kita nak menstabilkan negeri kita, ia bercakap berkenaan dengan bunuh diri tadi di Pulau Pinang saya dimaklumkan bahawa kita terdapat kes sebanyak 194 kes bunuh diri, saya nak tahu kes di Pulau Pinang terjun daripada Jambatan Pulau Pinang tetapi tidak dapat jawapan dia tapi tidak apalah sejauh ini 194 kes bunuh diri dan kita harap Jawatankuasa Kesihatan Mental Negeri Pulau Pinang perlu lebih aktif dalam menangani isu-isu ini dan perjelaskan program-program yang telah dibuat dan di mana untuk menanganinya.

Sering kali kita dimaklumkan juga mengenai Visi Pulau Pinang 2030 dalam mencapai visi ini yang kita difahamkan adalah visinya sahaja mungkin ada jabatan-jabatan yang telah menerangkan apa yang hendak dibuat dan apa perlu dibuat dalam kita hendak mencapai visi, kita perlu ada misi dan sebelum dapat misi kita perlu tahu apa objektifnya jadi dalam erti kata lain kalau mengikut turutan bermula dari objektif lepas tu misi lepas tu visi maka tercapailah apa yang kita nak buat tetapi hari ini agak sedikit tidak jelas apakah objektif dia sebab objektif ini merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus sasarannya boleh diukur bagi mencapai tujuan jadi perlu dibuat pernyataan khusus tentang bagaimana dan cara mana untuk mencapai misi dan visi yang sering-sering kita ucapkan sebab rakyat di bawah mungkin tidak faham dalam situasi itu seperti ketirisan dalam bayaran lesen dan permit daripada syarikat-syarikat dan kilang-kilang apakah diambil tindakan yang tegas terhadap kilang-kilang haram contoh kata, kita dok ada 274 kilang haram 98 di Pulau dan 176 di sebelah Seberang kalau dah kenal pasti kilang-kilang ini jadi apakah keberkesanan tindakan oleh Majlis-Majlis Bandaraya Negeri Pulau Pinang ini perlu dinyatakan sebab ini adalah punca pendapatan negeri dan cara kita untuk mengawal kilang-kilang haram ini.

Tuan Speaker, limpahan pekerja asing di Pulau Pinang amat membimbangkan penyelesaian dan pemantauan yang lebih aktif perlu diperketatkan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti majlis Kerajaan Tempatan, polis, imigresen dan lain-lain lagi. Kita dapat lihat jemuran-jemuran kain baju yang dibasuh disidai ia mencacatkan pemandangan kita dapat lihat di market masih lagi ada yang berniaga apabila buat penguatkuasa datang mereka lari dan alasan yang ditangkap mengatakan bahawa mereka bekerja dengan orang lain bahkan macam-macam lagi perniagaan yang dijalankan oleh pendatang asing ini. Saya dapat jawapan bertulis menyatakan bahawa pekerja asing dengan permit di Pulau Pinang adalah berjumlah 1,706,635 lebih dari rakyat di negeri Pulau Pinang dan 9,174 PATI Pekerja Asing Tanpa Permit saya tidak tahu laporan ini betul atau tak betul tetapi memang tertera 1,706,635 orang bermakna sama banyaklah kita dengan pendatang asing di sini. Kalau laporan ini betul ini membawa bermacam-macam masalah kalau laporan ini tidak betul yang membuat laporan perlulah berhati-hati kerana laporan sebegini amat penting dan akan mendatangkan masalah kepada semua.

Bertemakan Ekonomi Madani Rakyat Diperkasa Negeri Sejahtera tetapi sedih wakil rakyat dipilih rakyat oleh sebab duduk dalam pembangkang macam saya kata tadi telah disisihkan umum mengetahui bahawa ADUN Pembangkang hanya diberi 60,000 ringgit saya ulang eh apa yang saya cakap tadi untuk menjaga kawasan DUN masing-masing peruntukan ini terlalu kecil jika dibandingkan peningkatan KDNK ialah sebanyak 63.7 bilion dan pencapaian ekonomi yang lebih baik, barang naik minyak naik harga naik tetapi kita nak berkhidmat dengan cara itu tadi ikat kaki dan tangan saya berharap Kerajaan Negeri lebih bersikap adil dalam soal-soal peruntukan ini jika ini pun tidak dipersetujui saya rasa untuk semua kebaikan semua sebab mungkin wakil rakyat di peringkat di bawah kerajaan pun mempunyai kekangan untuk membantu rakyat jadi saya cadangkan kita minta YAB Ketua Menteri Kerajaan Negeri kalau boleh naikkanlah gaji atau pun elaun untuk semua, kami ini akan berbelanja lebih sebab di peringkat Kerajaan Negeri boleh bermesyuarat bantu kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat wakil rakyat kami yang tidak ada duit ini untuk bantu semua hah itu adalah harapan yang akan senantiasa kita cakap dalam Dewan ini sebab hendak guna duit itu untuk rakyat dah tak mahu bagi 60,000 tak mahu tambah kita pakai yang tu jadi Tuan Speaker hanya setakat itu sahaja, sekian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Penanti dan dipersilakan Pengkalan Kota.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan 2025 iaitu Belanjawan tahun 2025 Negeri Pulau Pinang yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Behormat Ketua Menteri pada hari Jumaat lalu dengan tema “Ekonomi Madani, Rakyat Diperkasa, Negeri Sejahtera”. Kita bersyukur dengan prestasi ekonomi negeri Pulau Pinang tahun 2023 yang telah mencatatkan rekod yang baik di mana secara keseluruhannya menunjukkan pertumbuhan peratusan di pelbagai sektor utama ekonomi negeri Pulau Pinang. Seperti kita semua sedia maklum, negeri Pulau Pinang mempunyai dua enjin utama, iaitu sektor pembuatan dan sektor pelancongan. Kita dapat melihat pelbagai usaha telah pun direalisasikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi memastikan kedua-dua sektor utama ini membawa hasil dan manfaat kepada negeri dan rakyat negeri Pulau Pinang. Sektor pembuatan yang telah menyediakan berpuluh ribu peluang pekerjaan kepada rakyat Pulau Pinang dan membantu dalam merangsangkan ekonomi negeri kita di pasaran. Bagi sektor pelancongan pula, negeri kita telah mencapai satu rekod baru bagi suku pertama dan kedua tahun 2024 di mana negeri kita berjaya menerima kedatangan dan kunjungan pelancong luar negeri dengan adanya beberapa penerbangan terus yang baharu diperkenalkan, dan juga pengecualian visa terhadap pengunjung-pengunjung dari negeri China.

Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pastinya akan membantu dalam memperkasakan lagi ekonomi negeri Pulau Pinang. Sebenarnya rancangan untuk memperbesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah lama dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri dan juga dikalangan rakyat Pulau Pinang. Namun, dengan ketidakstabilan politik dan ketidaksamaan Kerajaan antara Persekutuan dan Negeri, projek ini tidak dapat direalisasikan selama ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya kestabilan politik seperti kini di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan, projek-projek besar yang memanfaatkan negeri dan rakyat dapat dimulakan dan saya berharap projek-projek besar yang melibatkan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri Pulau Pinang dapat disiapkan ikut ketepatan

masa kerana kesemua projek ini telah pun dinanti-nantikan oleh rakyat jelata melebihi 10 tahun sudah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, pelancong-pelancong asing memilih negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pertama dan utama di negara Malaysia bukan sahaja kerana kita mempunyai penerbangan terus, tetapi juga kerana usaha dan kerjasama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga sektor swasta yang gigih dalam memastikan sektor pelancongan negeri kita senantiasa berada pada paras yang paling baik antara negeri-negeri lain. Pemain industri atau pun (dengan izin) stakeholder negeri Pulau Pinang membekalkan perkhidmatan yang baik dan mesra, aktiviti-aktiviti berperingkat Antarabangsa dan berkualiti atau pun unsur-unsur pelancongan yang bernilai dapat menarik pelancong asing untuk memilih negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dan hub pertemuan perniagaan mereka. Negeri Pulau Pinang yang berprestasi tinggi dalam sektor pelancongan ini haruslah memperolehi cukai pelancongan daripada Kerajaan Persekutuan supaya Kerajaan Negeri kita dapat mempergunakan peruntukan ini yang dihasilkan daripada industri pelancongan demi Pembangunan sektor pelancongan di negeri kita. Seperti Dewan yang Mulia ini sedia maklum, memandangkan keadaan kedudukan wang negeri Pulau Pinang adalah dalam kekangan dalam keadaan yang kurang stabil, maka adalah bersesuaian untuk pihak Kerajaan Negeri merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan dan memperuntukkan cukai pelancongan ini yang dihasilkan daripada negeri Pulau Pinang diri sendiri dan dibekalkan kepada Kerajaan Negeri, sudah tentunya sektor pelancongan negeri kita dapat ditambahbaik lagi dengan adanya bantuan daripada cukai pelancongan oleh Kerajaan Persekutuan selain daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Tambun sebentar tadi, banyak excited bahawa kita kena dapatkan cukai tanah tersebut diluluskan so inilah adalah satu cara juga untuk kita meningkatkan hasil demi negeri kita melalui memperolehi cukai perlancongan daripada Kerajaan Persekutuan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, tempat tarikan pelancong di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town seperti Jeti-jeti Clan di Pengkalan Weld telah banyak menyumbang dalam sektor pelancongan di negeri Pulau Pinang dan Jeti-jeti Clan ini menerima bilangan para pelancong yang tinggi setiap hari dan bakal dibanjiri oleh pelancong dalam dan luar negeri pada musim cuti. Jeti-jeti Clan ini perlu menjalankan kerja penyelenggaraan dari masa ke semasa bagi memastikan Jeti-jeti Clan ini perlu menjalankan kerja penyelenggaraan dari masa ke semasa bagi memastikan jeti-jeti Clan ini kukuh dan selamat untuk dibuka kepada penduduk-penduduk tempatan dan para pelancong dan juga mereka yang ada di luar negeri sama ada pun yang di dalam negeri juga. Namun, Kerajaan Negeri tidak mempunyai peruntukan yang tetap disediakan untuk menyelenggara tempat tarikan pelancong awam seperti jeti-jeti Clan. Berdasarkan jawapan yang dibekalkan melalui soalan bertulis saya, dikatakan tiada kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan jeti-jeti dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sejak Julai 2008 sehingga hari ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, struktur jeti-jeti Clan, termasuk papan, tiang lampu, sistem pencegahan kebakaran hydrant dan sebagainya kemudahan awam ini diselenggara melalui peruntukan Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan selama ini dan antaranya termasuk YAB Ketua Menteri sebagai mantan Ahli Parlimen Tanjong sampai harini kita masih dapat tengok dapat lihat satu pluge mengenai YB Ahli Parlimen Tanjong yang memperuntukan tiang lampu tersebut. Jeti-jeti Clan di Pengkalan Weld merupakan tempat tarikan pelancong yang terletak di atas tanah Kerajaan. Laluan akses jeti-jeti Clan adalah tidak berbeza dengan jalan raya yang biasa diguna pakai oleh kita. Jika jalan raya dan lorong-lorong ini boleh diselenggara oleh pihak berkenaan seperti MBPP, MBSP dan JKR, maka adalah wajarnya bagi pihak Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menyediakan satu peruntukan

tetap bagi sebarang kerja-kerja penyelenggaraan ataupun penaiktarafan kemudahan awam jeti-jeti Clan di Pengkalan Weld. Usaha ini bukan saja dapat memastikan kebajikan komuniti setempat dan juga keselamatan orang awam termasuk para pelancong terjamin. Ia juga memastikan status jeti-jeti Clan sebagai tempat tarikan dan tumpuan para pelancong ini dapat dipertingkatkan lagi dari segi sektor pelancongan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti saya pernah sebut dalam Dewan ini, jangka hayat pada, bagi papan jeti berjenis kayu cengal batu adalah dalam lingkungan lebih kurang 5 tahun terpulang kepada kadar kegunaannya dan bilangan populasi di sesebuah jeti. Saya ingin memohon kepada agensi-agensi Kerajaan ataupun institusi-institusi yang berkenaan untuk menyelidik sama ada sebarang mekanisme seperti gel dan sebagainya dapat disapukan ke atas kayu cengal batu ini bagi memanjangkan hayatnya. Dan, di sini terdapatnya satu sampel, satu sampel kayu cengal batu yang diperolehi dari tapak jeti Clan kini kita ada kerja naik taraf di tapak justeru saya boleh dapatkan secara bukan haram, ia dengan izin dengan kebenaran. Saya dapatkan satu sampel persampelan ini untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini dan untuk sebagai persampelan untuk kita membuat kaji selidik, penyelidikan kerja-kerja penyelidikan sebentar lagi. Dan kalau penyelidikan boleh dijalankan ke atas persampelan Kayu Cengal Batu ini dan dapat memperolehi satu mekanisme yang dapat memanjangkan hayat penggunaannya, maka kita dapat membantu Kerajaan untuk menjimatkan sumber kewangan juga. Sungguh pun pihak kerajaan tiada peruntukan tetap tetapi peruntukan daripada ADUN-ADUN ataupun Ahli Parlimen-Ahli Parlimen ini juga dari salah satu sumber daripada kewangan kerajaan. Ini juga selaras dengan visi Penang2030 dan Agenda Hijau Pulau Pinang yang melibatkan pakar teknikal dan saintis untuk mengkaji aspek kelestarian dan kemampanan dalam pembangunan negeri dan mencadangkan peyelesaian yang praktikal dan berkebolehlaksanaan. Mungkin Penang Green Council boleh melibatkan diri dalam kerja penyelidikan ini bersama dengan USM dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, negeri Pulau Pinang adalah satu negeri yang mempunyai kenderaan berdaftar lebih daripada populasi penduduk. Tadi YB sebelah sini sebut bahawa populasi penduduk tempatan kurang daripada populasi daripada warga asing yang beliau terima melalui jawapan. Tetapi di sini betul-betulnya bilangan kenderaan yang didaftarkan di Pulau Pinang adalah melebihi bilangan penduduk di Pulau Pinang. Ini adalah satu fakta dan hakikat. Ini telah menyebabkan kita mengalami isu kesesakan lalu lintas yang serius. Sungguhpun saiz tanah negeri kita tidak bersaiz besar, tetapi masa perjalanan di atas jalan raya telah menelan kebanyakan masa harian setiap individu. Saya berbesar hati dan mengalu-alukan beberapa projek pengangkutan di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang bakal memendekkan masa perjalanan antara satu destinasi ke satu destinasi lain. Projek Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT) yang telah lama dinanti nantikan bukan saja bakal mengurangkan kesan kesesakan lalu lintas, tetapi juga akan merangsangkan pasaran ekonomi khususnya kepada kawasan sekeliling jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara. Orang awam mempunyai banyak soalan dan ketidakpastian terhadap projek LRT tersebut. Sebagai wakil rakyat, kami seringkala dipersoalkan mengenai maklumat projek LRT. Namun, sehingga hari ini, projek LRT masih belum dimuktamadkan lagi dan berdasarkan jawapan yang diperolehi melalui soalan bertulis saya, MRT Corp sebagai agensi pelaksana sedang dalam proses rundingan peringkat akhir bagi pembinaan Fasa 1 Laluan Mutiara. Apabila menyoal mengenai tarikh permulaan pembinaan, jawapannya masih dalam peringkat yang tertakluk kepada pemuktamadan rundingan tersebut. Dengan izin Dato Timbalan Yang di-Pertua, don’t get me wrong over here, saya tidak berhasrat untuk menentang projek LRT ataupun mana-mana pihak, termasuk MRT Corp. Tetapi sebaliknya, seperti semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini dan juga kesemua rakyat Pulau Pinang di luar Dewan ini, kita amat mengalu-alukan projek LRT dan berharap ia dapat dimulakan kerja pembinaan secepat mungkin.

Walau bagaimanapun, saya merayu kepada pihak yang berkenaan termasuk MRT Corp, supaya mempercepatkan pemuktamadan rundingan dan memberi taklimat kepada pihak Kerajaan Negeri, kepada wakil-wakil rakyat seawal boleh supaya Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai pengantara dapat membantu dalam menyampaikan maklumat berkenaan dengan projek LRT kepada rakyat Pulau Pinang bagi pihak MRT Corp dan sebagainya. Saya difahami bahawa bakal Stesen Macallum merupakan stesen penukaran aliran antara Laluan Mutiara dan juga Segment 2 ke Seberang di Penang Sentral. Sekiranya peringkat kini masih tidak terlambat untuk saya mencadangkan, saya dengan rendah dirinya ingin menyalurkan suara rakyat, terutamanya kakitangan-kakitangan kerajaan yang bekerja di KOMTAR bahawa stesen penukaran aliran tersebut dapat dipertimbangkan semula untuk menetapkan di Stesen KOMTAR dan bukannya di Stesen Macallum. Ini kerana KOMTAR merupakan hab pengangkutan yang sedia ada. Terminal bas dari semua kawasan melalui KOMTAR, kebanyakan orang awam yang menyeberangi antara Pulau dan Seberang melalui KOMTAR juga. Dari segi kelestarian, adalah lebih sesuai dan berlogik untuk menaiki LRT terus dari Pulau Pinang ke Penang Sentral melalui KOMTAR di antara KOMTAR dan Penang Sentral dan meneruskan perjalanan masing-masing melalui bas ataupun lain-lain mod pengangkutan ke tempat lain tanpa penukaran lagi di Stesen Macallum. Ini turut dapat menggalakkan kadar penggunaan LRT ridership. Orang awam memilih pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan jika ia senang untuk diakses dan menjimatkan masa kalau berbanding dengan mod pengangkutan persendirian. Bagi tapak kosong Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang berada di hadapan Sri Saujana, berdasarkan jawapan bertulis, MRT Corp berhasrat untuk mencadangkan supaya tapak tersebut dijadikan sebagai kawasan hentian bas, bus layby, bagi Stesen Macallum dan trek simpangan switching track, untuk laluan ke KOMTAR dan Penang Sentral.

Sebagai wakil rakyat kawasan, saya ingin merayu bahawa jika cadangan tersebut diterima pakai pada akhirnya maksudnya Stesen Macallum akan dijadikan sebagai switching track, maka kompleks tempat letak kereta bertingkat harus dibangunkan di tapak kosong PDC tersebut bagi menampung bakal penumpang LRT yang ramai memandangkan ia merupakan stesen penukaran aliran yang berpakej dengan feeder bus. Ramai yang ingin menaiki LRT ke Penang Sentral akan meletakkan kenderaan persendirian di Stesen Macallum dan menyeberangi ke Penang Sentral melalui pengangkutan LRT.

Jadi penyediaan tempat letak kereta yang mencukupi adalah penting sebagai unsur pertimbangan para penumpang sama ada mereka akan memilih perkhidmatan LRT ataupun tidak. Selain itu, kompleks tempat letak kereta bertingkat dan Stesen Macallum yang berkemungkinan dianjak beberapa meter dari lokasi asalnya dan ini juga berdasarkan jawapan bertulis ia harus disambungkan dengan satu jambatan pejalan kaki, dengan izin elevated link bridge yang berbumbung kena berbumbung juga seperti apa yang kita lihat di Kuala Lumpur dan juga Singapura. Keadaan kepadatan dan kesesakan lalu lintas di sekitar Gat Lebuh Macallum adalah kritikal, komuniti tempatan berharap dengan adanya perkhidmatan LRT dapat menambahbaikkan isu kesesakan lalu lintas, dan bukan sebaliknya memberi beban.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Beban.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Beban berat terhadap sistem pengangkutan lokal. Satu rancangan yang menyeluruh dan secara mendalam harus dipertimbangkan bagi memastikan kelestarian perkhidmatan LRT. Sekali lagi, kita berharap supaya projek ini dapat disempurnakan dengan lancarnya secepat mungkin. Ahli-ahli Yang Berhormat, pusat khidmat saya telah menerima kunjungan daripada salah sebuah Persatuan Penganut Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) atas isu mereka dimaklumkan bahawa landasan LRT akan melepasi tapak RIBI mereka. Sebenarnya, berdasarkan pelan awal projek LRT, sekurang-kurangnya ada 5 buah tapak keagamaan berkemungkinan besar terlibat dalam jajaran Laluan Mutiara. Pihak tapak keagamaan yang terlibat mengambil berat terhadap isu ini, sungguhpun mereka memahami bahawa demi pembangunan negeri dan juga manfaat kepada semua pihak, mereka harus memberi kerjasama yang penuh dan memberi laluan kepada projek LRT. Namun, mereka berharap Pihak Berkuasa Negeri ataupun pihak pelaksana projek LRT boleh mempertimbangkan sebarang pampasan ataupun menyalurkan bantuan yang sewajarnya, seperti penyediaan tapak RIBI baru kepada mereka sekiranya perlu diperintah pindah. Saya rasa bukan sahaja RIBI, tetapi juga dengan masjid dan surau. Kerajaan Negeri dan pihak pelaksana LRT harus menelitikan isu-isu yang bakal tertimbul sewaktu pelaksanaan projek LRT dan adalah wajar untuk menetapkan satu kaedah termasuk pampasan ataupun dalam bentuk bantuan lain in kind kepada tapak keagamaan yang terlibat. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Bunga atas jawapan lisan yang dibekalkan pada hari Jumaat yang lalu bahawa sepanjang jajaran Laluan Mutiara belum ada perancangan untuk sebarang pemindahan tapak agama termasuk masjid, surau, dan juga RIBI, akan tetapi, memandangkan terdapatnya banyak ketidakpastian dan tiada pemuktamadan lagi bagi projek LRT, maka adalah wajar untuk pihak Kerajaan Negeri bersiap sedia dengan kaedah untuk membiayai ganti rugi ataupun menetapkan satu lokasi sebagai tapak sembahyang berpusat bagi tapak keagamaan yang terlibat dalam perintah pindah di bawah projek LRT jika ada. Tidak rugi bagi Kerajaan Negeri untuk sediakan payung sebelum hujan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, masih berkenaan dengan isu lalu lintas. Pihak Berkuasa Tempatan telah mengumumkan beberapa garis panduan ataupun polisi untuk menangani kesesakan lalu lintas, antaranya termasuk lorong bas di sekitar KOMTAR dan larangan aktiviti punggah-memunggah pada waktu puncak di Pusat Bandaraya. Tidak menafikan bahawa larangan aktiviti pemunggahan pada waktu puncak dapat meningkatkan keselamatan jalan raya, keselamatan pengguna-pengguna di atas jalan raya.

Namun, yang betul-betul mengakibatkan kesesakan lalu lintas ataupun memperlahankan kelajuan trafik dan membawa kesan kesesakan lalu lintas hantu orang kata phantom traffic jam (dengan izin) adalah perhentian sementara untuk aktiviti pemunggahan di tengah jalan, seperti penghantaran ais, perkhidmatan kurier dan sebagainya.

Keadaan ini berlaku bila-bila masa pada siang hari, bukan sahaja pada waktu puncak sahaja. Demi menanggani kejadian berlaku untuk perhentian sementara untuk aktiviti pemunggahan di tengah jalan tidak melainkan tindakan penguatkuasaan yang kerap dan tegas dan penyediaan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Pengkalan Kota, Pengkalan Kota. Saya tak clear, pembungaan?

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Pemunggahan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Pemunggahan.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Punggah memunggah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Saya dua tiga kali saya dengar.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Punggah memunggah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Pemunggahan. Okay. Okay.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Pemunggahan. Jadi, tindakan penguatkuasaan yang kerap dan tegas diperlukan dan juga penyediaan lot punggah memunggah loading bay untuk mencukupi, yang mencukupi di setiap jalan. Kemudahan yang mencukupi perlu disediakan supaya para pemandu tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak memberi kerjasama ataupun tidak mematuhi peraturan trafik demi kebaikan semua pengguna jalan raya lain.

Jika hampir kesemua aktiviti pemunggahan di jalankan, di dalam lot punggah memunggah yang ditetapkan, maka aktiviti tersebut tidak akan mendatangkan kacau ganggu kepada aliran lalu lintas. Dan pengusaha berkenaan stakeholder turut boleh menjalankan aktiviti permunggahan bila-bila masa sahaja tanpa terhad, ataupun tanpa dihadkan di bawah larangan aktiviti punggah memunggah ini.

Justeru, adalah dikatakan lebih rasional untuk menyediakan lot pemunggahan yang mencukupi dan memastikan para pemandu mempergunakan lot-lot tersebut yang disediakan untuk aktiviti-aktiviti pemunggahan daripada mengenakan larangan ke atas aktiviti-aktiviti loading unloading yang sedia ada.

Polisi larangan aktiviti pemunggahan tanpa tinjauan ataupun rondaan daripada pihak penguatkuasaan, hasil dan impak positif itu pun tidak begitu berkesan. Itulah daripada suara para pengusaha perniagaan yang izin ingin saya sampaikan.

Dan akhir kata saya berasa gembira dan menyambung baik pembentangan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ke atas Belanjawan tahun 2025, yang mempunyai anggaran defisit terendah dalam sejarah Belanjawan Negeri Pulau Pinang. Saya yakin Negeri Pulau Pinang yang tersayang, adalah pada landasan yang betul di bawah pimpinan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan

Perpaduan yang senantiasa memegangkan prinsip “Mengutamakan Kebajikan Rakyat Negeri Pulau Pinang”.

Semoga faktor-faktor yang baik, yang tersentuh dalam pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang ini, dapat direalisasikan secara menyeluruh dan membawa manfaat yang berkesan kepada rakyat jelata. Dengan ini saya memohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Terima kasih Pengkalan Kota. Ngam-ngam 25 minutes. Dan seterusnya dipersilakan Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato’ Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan kawan-kawan daripada pihak media. Salam sejahtera, Salam Madani dan Salam 2030. Saya dengan suka citanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Ucapan Belanjawan 2025 Pulau Pinang oleh Ketua Menteri pada Jumaat lepas dengan tema “Ekonomi Madani, Rakyat Diperkasa, Negeri Sejahtera”.

Selaras dengan Visi Penang2030 yang mencerminkan hasrat Kerajaan Negeri dalam membina negeri pintar dan hijau yang berasaskan keluarga yang sejahtera. Bajet 2025 mengalami defisit sebanyak 33.63 juta dan merupakan defisit terendah dalam sejarah Belanjawan Negeri Pulau Pinang. Jangkaan hasil negeri tahun 2025, adalah sebanyak 906.59 juta berbanding anggaran perbelanjaan sebanyak 940.22 juta.

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu semua penjawat awam Pulau Pinang, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersamaan dengan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.00 Bayaran melibatkan keseluruhan 4,022 penjawat awam dengan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta, itu akan dibuat pada Disember tahun ini.

Bantuan ini diharapkan meningkatkan semangat penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang. Kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem saraaan digunakan dalam perkhidmatan awam yang mana Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa 1 Disember 2024.

Pemberian BKK ini juga dipanjangkan kepada Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anak syarikat Kerajaan Negeri tertakluk kepada kemampuan kewangan masing-masing. BKK sebanyak RM300.00 seorang pula diberi kepada penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat, guru tahfiz, guru pondok, guru TADIS Negeri Pulau Pinang dan guru serta staf sekolah Persendirian Cina Pulau Pinang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya di sini juga hendak ambil kesempatan untuk bertanya mengenai kod 74999 bawah tajuk Sewa Pelbagai Yang Lain menunjukkan pada tahun 2024 angkanya adalah RM2,372,709.90. Manakala anggaran tahun 2025 adalah

RM212,853,308.00. Saya ingin bertanya untuk mengetahui bagaimana angka pada tajuk ini boleh melonjak sebanyak 90 kali ganda berbanding tahun 2024.

Mohon penjelasan dan saya juga ingin mengetahui pada akhir tahun 2025 berapakah jumlah akaun simpanan Kerajaan Negeri yang berbaki di dalam penyata akaun tersebut.

Pembiakan burung merpati liar sering menimbulkan masalah kepada penduduk di beberapa kawasan di DUN Batu Lancang. Najis burung merpati mengundang bahaya seorang wanita di George Town, Pulau Pinang disahkan dijangkiti cryptococcus, iaitu jangkitan kulat mematikan otak yang biasa merebak melalui najis merpati. Walaupun wanita ini terselamat daripada jangkitan, dia kini memakai tiub yang dipasang secara kekal dari belakang kepala ke perutnya untuk mengalirkan cecair yang berlebihan. Kulat cryptococcus neoformans ditemui di seluruh dunia, dan banyak artikel penyelidikan menunjukkan ia biasanya ditemui dalam najis merpati. Orang ramai berisiko dijangkiti apabila terhidu habuk daripada najis merpati kering. Mereka yang mempunyai sistem imun lemah amat terdedah. Jangkitan ini berpotensi membawa maut dan rawatan segera adalah penting.

Ia mula-mula menyerang paru-paru menyebabkan gejala seperti radang paru-paru dan kemudian boleh menjejaskan otak dan saraf tunjang, menyebabkan meningitis, organ lain juga boleh terjejas. Saya sendiri mendapat banyak aduan penduduk tentang koloni burung merpati, antara lokasi yang banyak burung merpati seperti di Pasar Batu Lancang, Lintang Slim, Jalan Van Praagh, Medan Penaga, Jalan Penaga, Pasar Jelutong, Casa Impian dan Eastern Court.

Walaupun memberi makanan kepada haiwan nampaknya mulia. Tetapi, tindakan orang awam memberi makanan burung merpati menjadi punca haiwan ini membiak. Justeru, kita berharap orang ramai mempunyai kesedaran sivik dan berhentikan perbuatan ini segera supaya impak negatif ini dapat ditangani.

Tindakan penguatkuasaan terhadap individu yang membuang sampah termasuk membuang sisa makanan, boleh diambil di bawah Seksyen 47 (1) (g) Akta Jalan Parit dan Bangunan Tahun 1974, dan dikenakan kompaun 250 dan saya berharap Kerajaan Negeri ataupun PBT dapat menangani perkara ini dengan secepat mungkin atau buat penggubalan undang-undang untuk menangkap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bagi saya, nyawa manusia lebih penting daripada segala-galanya di atas apa yang berlaku kepada seorang wanita tadi. Kita tidak mahu perkara ni merebak sehingga sukar dikawal.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih saya ingin mencelah. Terima kasih Batu Lancang. Saya tertarik dengan isu tentang burung merpati ini, sebab saya, ini bukan merupakan satu masalah yang ada di Pulau Pinang sahaja. Tetapi, berada di rata-rata seluruh Malaysia dan seluruh dunia sebenarnya. Saya pernah tengok satu artikel yang sentuh tentang seorang pelancong yang pergi ke negara UK. Tetapi, disebabkan memberi makanan kepada burung merpati, maknanya dia mendapat denda, kompaun, saman disebabkan tindak pelancong itu tidak faham tentang undang-undang dan polisi di negara tersebut.

Tapi apa yang saya nak sebut di sini adalah, memberi makanan kepada burung merpati atau binatang terutamanya khasnya adalah kepada burung merupakan satu keperluan yang

mana kalau tidak silap saya, saya pernah menulis satu artikel tentang perkara ini. Adalah satu keperluan psikologikal kepada sesetengah believer agama iaitu sesetengah agama.

Jadi, saya harap untuk Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan semasa bukan sahaja memberi saman atau menegakkan kes ini dari segi undang-undang tetapi, juga menjadi menjaga hati orang supaya boleh nampak lebih berkesan lagi. Kalau bolehkah saya bercadang juga mungkin kalau kita tak boleh berhentikan perkara ini, kita kena beradakan satu tempat supaya orang yang percaya mereka memberi makanan kepada burung merpati ini, mereka boleh dapat luck pahala yang lebih baik, bolehkah kita buka satu tempat yang jauh daripada kawasan kediaman supaya hati mereka dijaga juga. Saya rasa ini boleh dapat effect yang lebih baik. Terima kasih.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya ingat memang kepercayaan kepada agama masing-masing, tetapi seperti yang saya sebut tadi itu niat murni ini kena diseimbangkan dengan apa yang berlaku kepada seorang wanita tadi itu yang telah dijangkiti dengan penyakit yang tidak dapat dirawat ataupun tidak dapat dipulihkan.

Rasakan kalau budak wanita ini adalah anak kita. Bagaimanakah perasaan sebagai seorang ibu bapa? Jadi, apa, bagaimanapun saya tak nak panjangkan isu ini. Saya berharap PBT ataupun kerajaan yang bertanggungjawab cari satu solve yang lebih bagus memandangkan adanya suara yang berbeza, Ahli Majlis dan Kerajaan Negeri tengok macam mana selesaikan masalah ini sebab memang burung merpati terdapat di banyak tempat di Pulau Pinang bukan sahaja di Batu DUN Lancang. Saya ingat di George Town di mana-mana kawasan juga

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Semua pun ada.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Memang banyak telah mendatangkan kacau ganggu yang amat-amat serius. Jikalau tidak dikawal lama-kelamaan ia akan menjadi satu masalah yang paling besar di negeri Pulau Pinang seperti dulu burung gagak adalah masalah di negeri kita. Tapi, telah diselesaikan ataupun telah dikurangkan masalah-masalah itu. Tapi burung merpati ini, koloninya makin lama makin banyak satu hari nanti ia akan lagi lebih daripada manusia. Saya harap ia dapat dikawal. Memang benar isu ni jangan main-main. Tengok balik article yang telah berlaku kepada wanita ini. Dato’ Speaker, …(gangguan).

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Mohon mencelah sikit.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato' Speaker masa kena dipanjangkan sebab saya ada banyak-banyak isu nak dibangkitkan.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Setuju. Setuju. Terima kasih YB Batu Lancang. Berkenaan dengan isu burung merpati sebenarnya saya juga menyediakan soalan bertulis dan saya dijawab dengan oleh pihak berkenaan bahawa jumlah kompaun untuk sepanjang tahun ini sehingga bulan September hanya 11 kompaun NTK sahaja yang dikeluarkan kepada mereka yang membuang sisa-sisa makanan di tempat awam untuk tarikan burung merpati ini. Dan burung merpati seperti disebut oleh rakan-rakan saya memang dia menjadikan satu kacau ganggu dan juga menjadi amat isu yang amat serius di kawasan Pengkalan Kota khususnya di Gat Lebuh Macallum.

Saya masih ingat buat Pilihan Raya umum untuk negeri kita, pada bulan yang lepas bila saya mengunjungi ke padang Taman Kejiranan Macallum, taman tersebut adalah yang hijau, tanpa ada burung merpati.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Ringkas. Ringkas.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Tetapi, dalam masa pendek.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Potong masa Batu Lancang la satgi. Ringkas, ringkas sahaja.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Saya mohon tindakan penguatkuasaan diperkasakan. 11 NTK sahaja, kita kena tambahkan lagi. Terima kasih.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato’ Speaker. Biar saya sambung. Okay, Kerajaan Pulau Pinang memaklumkan Jabatan Mineral dan Geosains menemui hasil bumi Unsur Nadir Bumi (REE) di empat kawasan di negeri ini bernilai hampir RM1 bilion di Teluk Bahang, Balik Pulau, Bukit Mertajam dan Bukit Panchor (Nibong Tebal) dipercayai mempunyai deposit REE bukan radioaktif kira-kira 1.7 juta tan. Anggaran nilai RM1 bilion sumber mineral tersebut sangat besar.

Kita boleh mencontohi negeri jiran, Perak sejak Projek Perintis pengeluaran NR-REE dimulakan di kawasan seluas 216 ekar di Hulu Perak pada Ogos 2022, negeri itu telah memperoleh royalti sebanyak RM25.2 juta pada Disember 2023 dan meningkat kepada RM30 juta sehingga April 2024 menunjukkan potensi besar industri tersebut sebagai penyumbang ekonomi negeri. Difahamkan hasil tadi di atas tanah 216 ekar kerana Perak mempunyai lebih 5,000 ekar tanah untuk dilombong.

Selain melombong, Perak juga telah mempunyai sebuah makmal analisis NR-REE yang lazimnya didominasi oleh China dan Australia. Ini telah membuka peluang pekerjaan baharu khususnya untuk anak-anak tempatan yang berkelayakan dalam bidang berkaitan teknologi mineral. Sehubungan itu, kita ingin tahu apakah perkembangan mengenai cadangan meneroka REE di

Pulau Pinang setakat ini selepas setahun lalu. Adakah Pulau Pinang berpotensi meneroka perlombongan ini sebagai sumber ekonomi baharu?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, tahun lalu Petronas telah memulakan kaji selidik seismik 2D multi-client luar pesisir baharu di kawasan utara Selatan Melaka dekat perairan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis untuk meneroka dan memetakan potensi hidrokarbon di blok terbuka PM320 dan PM321 Lembangan Langkasuka. Kaji selidik bermula Oktober 2023 tamat pada akhir Disember tahun sama meliputi kawasan bersaiz lebih 38,000 kilometer persegi, bertujuan untuk memperoleh kira-kira 8,000 kilometer data seismik 2D baharu.

Setelah setahun pengumuman kaji selidik seismik tersebut, kita tidak mengetahui apa-apa perkembangan daripada lanjutan penyelidikan. Kita bukan mahu tahu tentang kerja-kerja penyelidikan atau pun maklumat saintifik, tetapi memadai dengan maklumat umum yang boleh dikongsi. Setidak-tidaknya sebagai wakil rakyat kita boleh menyampaikan maklumat yang sahih sekiranya ditanya oleh rakyat di kawasan masing-masing. Malah, pihak Petronas juga tidak ada berkongsi apa-apa maklumat atau membuat sebarang kenyataan media mengenai projek ini. Menerusi laporan media, difahamkan projek masih di peringkat eksplorasi. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui EXCO yang berkaitan boleh menjadi perantara untuk kita mendapat tahu kemajuan semasa mengenai pencarian galian di Lembangan Langkasuka ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid dan pelajar sekolah di negara ini menunjukkan trend yang membimbangkan. Berdasarkan statistik Agensi Antidadah Kebangsaan. Sebanyak 11,611 kes melibatkan murid sekolah rendah pada tahun 2022 dan 12,755 murid pada tahun 2023. Berdasarkan rekod AADK, penagih dadah termuda berusia 11 tahun sahaja. Bagi kategori sekolah menengah rendah sebanyak 36,236 murid pada 2022 dan 37,321 pada tahun 2023 manakala pelajar menengah atas pula seramai 47,951 orang dan pada 2022 dan 55,855 orang pada tahun 2023. Yang ini semua adalah terlibat dengan murid-murid sekolah. Maka angkanya meningkat mendadak. Ia menunjukkan satu trend yang amat bahaya dari segi penyalahgunaan dadah.

Pada 13 Oktober lalu di Kangar, Perlis seorang pelajar 14 tahun dipercayai khayal selepas menghisap vape di dalam kelas sewaktu rehat sebelum terjatuh dari bumbung tingkat satu bangunan sekolah. Difahamkan pelajar itu menghisap vape jenis flavour mushroom yang penggunaannya kini menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah. Walaupun kejadian ini tidak berlaku di Pulau Pinang tetapi insiden berkenaan wajar diberi perhatian kita semua.

Sepanjang tahun ini ada beberapa operasi serbuan dadah polis di Pulau Pinang yang turut melibatkan golongan remaja. Pada Ogos lepas, polis menahan seorang remaja lelaki 18 tahun dipercayai menjadi pengedar ganja dalam satu serbuan di Kampung Dodol, Jalan Perak. Remaja itu positif ganja selain memiliki dua rekod berkaitan dadah.

Manakala pada Mei 2024, polis menyerbu sebuah rumah teres yang dijadikan makmal dadah dan merampas heroin bernilai 117,000 ribu di Seberang Perai Tengah. Dua lelaki tempatan dan seorang warga asing ditahan termasuk remaja 17 tahun yang sudah tidak bersekolah disyaki terlibat dalam kegiatan itu. Seorang remaja 15 tahun pula ditahan polis pada Mac lalu bersama beberapa individu dipercayai terbabit dalam kegiatan mengedar dadah di Bayan Lepas. Remaja lelaki itu sudah tidak bersekolah.

Persoalannya, adakah masyarakat sedar mengenai pembabitan golongan belia dan remaja dalam aktiviti dadah semakin menghampiri garis merah? Penyalahgunaan dadah terbukti memusnahkan kehidupan individu dan membawa kesengsaraan kepada seluruh keluarga,

masyarakat, sekali gus negara. Pendekatan lebih agresif pada pihak berwajib perlu dilaksanakan dan ibu bapa juga wajar mengambil serius terhadap budaya hidup anak-anak mereka.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita masih dikejutkan dengan insiden seorang pelajar perempuan tingkatan dua yang maut selepas terjatuh dari koridor tingkat lapan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Heng Ee di Jelutong dalam DUN Batu Lancang pada 11 November lalu. Berdasarkan kenyataan polis, pelajar ini dipercayai menghadapi tekanan belajar kerana polis menemui nota ditinggalkan di tempat kejadian. Kita berduka di atas kejadian tersebut. Insiden ini merupakan kes ketiga pelajar sekolah menengah maut selepas jatuh dari bangunan sekolah di Malaysia dalam tempoh dua bulan ini sahaja. Kejadian pada 2 Oktober di Kuala Lumpur melibatkan pelajar tingkatan 1 selepas terjatuh dari bangunan sekolah manakala pada 7 November pula di Sekolah Menengah Chung Hua, Seremban, Negeri Sembilan membabitkan pelajar 16 tahun yang terjatuh dari tingkat 4.

Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan berkenaan supaya meneliti kes-kes sebegini terutamanya di sekolah-sekolah. Kes membabitkan tekanan mental di Malaysia mencatat sebanyak 4.6% melibatkan individu berusia 15 tahun ke atas atau 1 daripadanya setiap 20 orang. Saya ingin membawa perhatian kepada pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa supaya lebih memahami keadaan anak-anak kita. Perlu lebih banyak berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka. Pada masa yang sama, Jabatan Pendidikan Negeri dapat menyediakan borang soal siasat kepada semua murid-murid sekolah melibatkan doktor, pakar dan kaunselor, ini bagi membolehkan kita mengesan kesihatan mental para pelajar. Kita boleh melibatkan NGO-NGO yang berkemahiran memberi motivasi, nasihat dan sesi kaunseling khusus di sekolah. Pada pandangan saya, penglibatan NGO lebih berkesan kepada pelajar berbanding jika guru di sekolah itu yang memberikan nasihat kaunseling sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ini kerana pelajar mungkin mempunyai rasa malu dengan guru sendiri kerana dikenali. Cadangan lain ialah mewujudkan satu kumpulan yang boleh memberi khidmat kaunseling dan nasihat psikologi. Kaedah ini telah dilaksanakan oleh mantan YB EXCO Kebajikan, YB Phee yang mewujudkan Penang Care Society sebagai pusat sehenti menawarkan sokongan berkaitan kesihatan mental, makanan dan pekerjaan. Ahli-ahlinya terlatih dan diiktiraf pihak Mental Health First Aid Malaysia. Penang Care Society memainkan peranan besar semasa PKP di mana khidmat kaunseling telah membantu penduduk awam yang berdepan tekanan hidup.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Joint Development Agreement atau JDA bagi pelaksanaan Projek Penutupan Selamat Tapak Pelupusan Sampah Jelutong, penyediaan tapak baharu bagi pelupusan sisa buangan bahan binaan dan Marine Clay dan pembangunan di tapak ini telah direhabilitasi telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan PLBE pada 21 Februari 2020. Mengikut JDA, PLBE hendaklah memperoleh semua kelulusan terutamanya daripada pihak berkuasa berkaitan, tetapi tidak terhad kepada Environmental Impact Assessment, Traffic Impact Assessment, Social Impact Assessment untuk kerja pemulihan di Tapak Pembuangan Jelutong tidak lewat daripada lapan belas bulan dari tarikh perjanjian iaitu 21 Februari 2020.

Namun, sehingga kini tahun 2024 beberapa EOT telah diberikan kepada PLBE, masih tiada sebarang perkembangan pembangunan kerja pemulihan di tapak. Apakah alasan diberikan oleh pihak PLBE setiap kali untuk permohonan EOT dan apakah asas bagi Kerajaan Negeri untuk meluluskan EOT tersebut? Seterusnya, adakah perikatan Bon Pelaksanaan di antara PLB dengan pihak Kerajaan Negeri dan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan projek ini yang telah tergendala selama empat tahun?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa dalam kenyataan terbaharu pada 22 November lalu ada menyebut Pulau Pinang dan Kedah memiliki jumlah teramai ya bilangan isi rumah miskin tegar di negara ini. Pulau Pinang memiliki 1,650 Ketua Isi Rumah atau KIR miskin tegar dengan 4,994 ahli manakala Kedah 1,290 KIR. Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Dr Syaharudin Shah Mohd Noor pada 3 Mei 2024 memberitahu, angka 4,994 tersebut telah berkurangan ke 117 orang setakat 24 April lalu dan menurun kepada 45 orang.

Persoalannya saya di sini, mana satukah berita adalah yang betul? Daripada Menteri ataupun Pengarah di Pulau Pinang ini? Sebagai negeri maju kita sukar hendak menerima kenyataan tersebut. Miskin tegar ialah KIR mempunyai pendapatan kurang daripada RM560 sebulan menurut JKM manakala pendapatan keluarga miskin adalah RM980. Bagaimana kita boleh menjadi negeri miskin tegar yang tertinggi berbanding dengan yang kurang maju seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu malah pelaburan kita juga antara tertinggi di Malaysia dan banyak peluang pekerjaan? Jadi, kita ingin meminta penjelasan daripada YB EXCO berkaitan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu yang semakin membimbangkan iaitu peningkatan pusat kecantikan di Pulau Pinang yang menjalankan prosedur perubatan estetik tanpa lesen iaitu haram. Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga mengancam nyawa dan kesihatan masyarakat. Pusat-pusat kecantikan ini yang dikendalikan oleh individu yang tidak mempunyai kelayakan perubatan ataupun doktor, berani menawarkan prosedur seperti suntikan Botox, pengisi dermal dan rawatan laser. Mereka menggunakan peralatan yang tidak steril atau produk yang tidak berdaftar, meletakkan pelanggan mereka pada risiko jangkitan, alahan dan kesan sampingan yang serius.

Lebih buruk lagi, mereka sering kali mengeksploitasi keinginan masyarakat untuk tampil cantik dengan menawarkan harga yang murah dan promosi menarik. Ini menyebabkan ramai individu terutamanya golongan muda, terpengaruh. Perbuatan ini bukan sahaja mencalar imej industri pelancongan kesihatan di Pulau Pinang tetapi juga merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap sektor kesihatan. Oleh itu, tindakan tegas perlu diambil untuk membanteras kegiatan haram ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 352 aduan berkaitan isu komplikasi selepas menjalani prosedur estetik yang dijalankan di premis yang tidak berdaftar sepanjang tempoh hampir dua tahun sehingga September lalu. Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, KKM menerima 306 aduan tahun lalu berhubung isu komplikasi selepas menjalani prosedur estetik yang dijalankan di premis tidak berdaftar. Sehingga September ini pula 46 aduan diterima. Pakar perubatan bedah plastik di hospital kerajaan di seluruh negara pula menerima dan merawat 74 pesakit yang mendapat komplikasi daripada prosedur kecantikan yang dijalankan di premis yang tidak berdaftar. Prosedur estetik invasif ini hanya boleh dijalankan di premis berdaftar atau berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 ataupun Akta 586 iaitu di klinik doktor yang bertauliah. Mana-mana orang yang didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen ini, boleh didenda sehingga RM300,000 atau dipenjara atau kedua-duanya sekali.

Justeru, saya menyeru kepada Pihak Berkuasa untuk meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang. Operasi serbuan perlu dijalankan secara kerap untuk menghalang pusat kecantikan haram daripada beroperasi.

Dipercayai terdapat 176 pusat kecantikan yang mempunyai lesen di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Bagaimanapun angka pusat kecantikan tidak berlesen mungkin lebih tinggi. Saya ingin tahu berapa kerap pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang melakukan siasatan dan operasi pemantauan ke atas pusat-pusat tersebut? Dipercayai sebahagian besar pengendali pusat kecantikan haram ini merupakan warga China, Taiwan dan Korea yang datang ke Pulau Pinang menggunakan pas pelancong. Mereka bertindak sebagai surgeri atau doktor membuat pembedahan kosmetik kepada pelanggan jauh lebih murah sehingga 50 peratus berbanding kos ditawarkan oleh pakar bertauliah.

Kesannya amat merbahaya kepada pelanggan kerana tidak memikirkan implikasi dan keselamatan. Begitu juga pusat kecantikan yang menawarkan rawatan stem cell kepada orang-orang awam yang berminat kerana harganya lebih murah. Doktor haram ini perlu dibanteras. Sehubungan itu, kempen kesedaran awam perlu dilaksanakan untuk mendidik masyarakat tentang bahaya prosedur aestetik yang tidak dikawal selia. Kita juga harus menggalakkan individu untuk memilih klinik aestetik yang berlesen dan dikendalikan oleh doktor yang bertauliah. Janganlah sesekali terpedaya dengan harga murah dan promosi yang tidak munasabah.

Kesihatan dan keselamatan kita lebih penting daripada sebarang kecantikan semata-matanya. Last. Satu lagi, yang last fenomena yang semakin berleluasa. Ini adalah amat penting untuk rakyat Pulau Pinang. Satu lagi fenomena yang semakin berleluasa adalah mengenai farmasi komuniti yang sepatutnya hanya menyediakan perkhidmatan farmasi seperti pendispensan ubat-ubatan, kini melampaui batas dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan seperti ujian darah, pemeriksaan tekanan darah, pembersihan telinga dan infused vitamin.

Perkhidmatan ini seharusnya hanya dijalankan oleh profesional kesihatan yang berkelayakan seperti doktor. Perbuatan ini bukan sahaja menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan, tetapi juga boleh membawa kepada diagnosis yang salah dan rawatan yang tidak tepat. Individu yang menerima perkhidmatan ini mungkin tidak mendapat nasihat dan rawatan yang sewajarnya yang boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan. Perkhidmatan ini juga boleh mendedahkan pelanggan kepada risiko jangkitan terutamanya jika peralatan yang digunakan tidak disteril dengan betul.

Ini boleh menyebabkan penyebaran penyakit berjangkit. Tindakan tegas perlu diambil untuk membanteras perkhidmatan kesihatan tidak bertauliah di farmasi komuniti. Pihak berkuasa perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang. Operasi serbuan perlu dijalankan secara kerap untuk menghalang farmasi komuniti daripada menjalankan perkhidmatan yang tidak dibenarkan. Saya juga ada menerima keluhan daripada pengamal perubatan (GP) doktor yang mengendalikan klinik berlesen apabila pesakit atau pelanggan mereka lari ke farmasi komuniti ini untuk mendapatkan rawatan dengan terpesona dengan harga yang murah. Persoalannya berapakah farmasi komuniti yang berlesen di Pulau Pinang?

Berapakah kerap pemantauan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, JKN Pulau Pinang untuk lima tahun kebelakangan ini? Berapakah farmasi komuniti telah diambil tindakan kerana menyalahi peraturan dan undang-undang? Apa yang dilakukan oleh farmasi komuniti ini bukan sahaja merbahaya, malah boleh mengancam operasi klinik berlesen. Saya berharap saya membangkitkan isu yang salon kecantikan dan isu farmasi ini diambil tindakan yang lebih tegas oleh JKN atau pun ahli yang terlibat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB EXCO. Take note ya.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Sebab yang melibatkan kesihatan manusia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam sesi perbahasan pada kali ini. Sekian, terima kasih dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Lancang dan seterusnya Permatang Pasir. Dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang disayangi, seluruh Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat Yang Berhormat, Ketua-ketua dan Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, seterusnya Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian.

Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya terus berbahas bagi perbentangan perbelanjaan negeri Pulau Pinang tahun 2025 oleh Ketua Menteri pada 22 November 2024. Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan serta Ketua-ketua Jabatan, serta juga Ketua-ketua GLC Negeri di atas kesudian bertemu dan berbincang, dan saya berharap amalan ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Saya juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Cik Suhaili binti Md Saad, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah Seberang Perai Tengah yang telah mengalami kemalangan dan meninggal dunia akibat kejadian kepala air di Ipoh pada 15 November yang lalu. Semoga Allah Taala mengampuni dan menyayangi beliau.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai sebuah negeri yang berdaulat yang menjunjung perlembagaan Negara dalam sistem demokrasi berpelembagaan, rakyat perlu memainkan peranan dalam sistem ini dengan turun mengundi untuk memilih wakil rakyat yang dirasakan terbaik untuk mewakili sama ada Parlimen atau DUN masing masing pada pilihan raya. Tetapi amat malang prinsip demokrasi ini tidak dijunjung setelah naik menjadi kerajaan. Hanya berdegar-degar melaungkan keadilan semasa menjadi pembangkang.

Dato’ Yang di-Pertua, kita hanya bermesyuarat setahun dua kali dan sekali mesyuarat hanya seminggu sahaja. Sudah tentulah Pusat Khidmat menjadi tugasan dan tumpuan besar kepada seorang wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka, setelah diberi kepercayaan oleh majoriti pengundi. Sudah tentulah tidak wajar untuk kita lari daripada tangungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya telah setahun lebih menjadi wakil rakyat yang sah yang dipilih oleh rakyat, berbekalkan peruntukan 60,000.00 ribu setahun, tentulah sangat mencabar, dengan jumlah yang kecil untuk memenuhi keperluan rakyat. Tambahan pula saya berada didalam kawasan yang hampir 85% kawasan luar bandar, yakni kampung, yang masih lagi memerlukan infra seperti parit, longkang dan jalan. Di dalam kampung juga terdapat banyak pokok-pokok tua yang perlu ditebang kerana membahayakan, di atas permintaan tuan tanah yang kurang mampu.

Jadi, satu pokok ini kalau besar ia lebih kurang 800.00 dan dua kali bayar lah. 400.00, 400.00. Dan kalau pokok kelapa ini sepokok lebih kurang RM400.00 dan dalam kampung ini banyaklah pokok-pokok yang perlu ditebang. Kalau Jawi boleh tolong potong pokok, kalau boleh lah. Saya ucapkan, terima kasih. Keadaan ini amat berbeza dengan kawasan bandar yang cukup

segala infra yang ada dan dibantu oleh Majlis Bandaraya. Saya berasa dizalimi dan di anak tirikan oleh Kerajaan Negeri dalam peruntukan kepada wakil rakyat. Dengan perbezaan peruntukan diantara ADUN Kerajaan dengan ADUN Pembangkang bukan diatas keperluan setempat, tetapi atas perbezaan Kerajaan dan Pembangkang.

Ini secara tidak langsung menzalimi rakyat yang ketinggalan diluar bandar yang memerlukan infratruktur seperti yang saya sebutkan di atas. Dato yang diPertua, saya ingin petik satu ayat Al-Quran bermaksud ‘dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap satu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa dan bertaqwalah kamu kepada Allah dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan’. Dan kami di pihak Pembangkang berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri kita untuk mempertimbangkan satu peruntukan yang wajar kepada ADUN Pembangkang.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini tentang isu banjir yang melanda di beberapa tempat di kawasan saya. Ada dua keadaan di mana banjir boleh berlaku. Satu disebabkan oleh sistem perparitan, yang kedua disebabkan oleh sungai yang melimpah kerana tidak dapat menampung air yang banyak ketika hujan yang berterusan. Sistem perparitan kampung yang memang tidak sempurna kerana memang tidak ada sistem yang dirancang dan tambah lagi sekarang ini kampung pesat membangun dengan pembinaan rumah-rumah yang baru yang akan memburukkan lagi keadaan.

Sungai yang melimpah terutamanya sekarang ini Sungai Prai. Sungai Prai ini ia melalui ke Kampung Terus dan masuk ke Kampung Kolam yang sungainya sangat cetek dan sungai ini melimpah ke Kampung Kolam di Kampong Kota dan juga di Kampung Sama Gagah di Permatang Pasir. Saya rasa ini perlu didalamkan dan pihak JPS perlu membina lebih tinggi di kawasan Kampung Kolam. Projek Tebatan Banjir di Permatang Rawa perlu disiapkan segera untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku di Tanat Liat dan di Permatang Rawa yang saban tahun selalu banjir. Saya harap ini tidak berlaku kelambatan kerana keperluan tiap tahun banjir di Tanah Liat, di sebelah Penanti, di sebelah Permatang Pasir dan juga di Permatang Rawa.

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak bawa sikit isu focus group. Terima kasih kepada Ketua Menteri di atas perlantikan saya sebagai ahli focus group bagi daerah Seberang Perai Tengah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Focus group?

Ya, focus group. Mesyuarat Focus Group diadakan setiap bulan untuk menumpukan kepada usaha pembasmian kemiskinan, tetapi apa yang saya ingin membangkitkan ialah tentang proses rumah baru yang diangkat sama ada rumah baru atau pun membaiki rumah, apa rumha-rumah golongan sasar yang mengambil masa lama. Sebelum nak sampai. Bila kita bawa bincang diminta untuk diangkat. Diangkat pun sudah enam bulan. Selepas diluluskan pun selepas enam bulan pun tidak boleh disiapkan oleh pihak ICU. Jadi saya rasa macam pemohon walaupun dia melalui Penghulu, tetapi dia juga datang ke Pejabat ADUN, berulang tanya bila nak buat, bila nak buat. Sedangkan telah diluluskan. Saya pun tidak tahu mungkin di pihak ICU ada banyak red tape sebab pegawai yang hadir dalam mesyuarat itu pun tidak diberi kuasa. Cuma bincang, tidak ada kuasa untuk mempercepatkan masalah pemohon yang memohon rumah baru yang telah diluluskan.

Saya ambil contoh kes Puan Che Som binti Mohd Meerah dari Kampong Paya di dalam DUN Permatang Pasir, kes kedua Puan Rosila binti Razali dari Kampong Kuala Tasek di dalam DUN Machang Bubuk. Ini antara contoh yang lambat. Dah sampai setahun pun tidak habis siap lagi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kelulusan dah ada?

Dah ada. Maksudnya dah diluluskan di peringkat SPT, peringkat kitalah. Peringkat SPT. Duduk di daerah tetapi bila mai meeting, tak boleh nak sign tak apa, tak boleh nak mula dan mungkin perlu diperhatikan di peringkat ICU.

Dato' Yang di-Pertua, saya tertarik kepada jawapan soalan bertulis, YB EXCO Perdagangan Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar yang mengatakan telah menyelenggara jalan dan longkang kampung. Jadi, saya ingin bertanya kepada YB EXCO, jalan dan longkang manakah yang telah diselanggarakan pada tahun ini? Dan bagaimana caranya ADUN Permatang Pasir nak memohon penyelenggaraan jalan dan longkang? Saya berharap pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur luar bandar dapat diseimbangkan dengan apa yang di bandar khususnya longkang dan jalan yang selalu menjadi isu utama. Longkang kampung ini orang tidak urus, bila orang tak urus, bila datang hujan lebat, ia akan mengakibatkan banjir.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam laporan The Global AIDS Monitoring Report, dalam Table 1, Overview of HIV Epedemic, Malaysia 2022, yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, dianggarkan seramai 86,142 orang menghidap HIV sehingga tahun 2023 di Malaysia dan 3,107 penghidap HIV baru dan dia punya peningkatan HIV ini dia agak konsisten lebih kurang 3,000 orang setahun semenjak 2008, HIV. Mengikut laporan ini juga, dalam 86,142 orang penghidap HIV ini, 80% tau dia ada HIV, lagi 20% dia tak tau dia HIV, dia bergerak tanpa dia tahu dan di Pulau Pinang ini, daripada jumlah 86,142, 8% daripada Pulau Pinang, lagi dalam sekitar 7,000 orang kita ada penghidap HIV. Tapi yang penting yang ini, penghidap HIV ini yang paling ramai mengikut umur adalah di kalangan yang berumur 20-29 pada kadar 42%, jadi anak-anak kita ni banyak dan pada umur 30-39 pada kadar 32%. Jadi, apa yang saya ingin utarakan ialah majoriti penghidap HIV ini adalah dikalangan anak muda. Jadi saya mahu tahu apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memberi kesedaran (awareness) kepada orang ramai termasuk golongan muda ini tentang bahaya HIV dan cara-cara preventive lah.

Dato’ Yang di-Pertua, walaupun… (gangguan).

YB mohon mencelah.

Ya.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih daripada rakan daripada Permatang Pasir, suka saya melihat isu yang dibangkitkan berkaitan dengan penyakit AIDS atau pun HIV ini.

Penggal lepas saya kira saya pernah bawa isu ini cuma bila angka yang diberi tadi agak membimbangkan kita juga dan perlu beri perhatianlah oleh kerajaan sama ada peringkat federal ataupun negeri state.

Saya nak tanya dan bolehkah YB Permatang Pasir bersetuju kalau dulu HIV ini ataupun AIDS ini dia berpunca daripada penagih dadah, suntikan berkongsi jarum suntikan tapi hari ini saya difahamkan dan mungkin data itu betul ianya berpunca dan paling ramai adalah daripada gejala LGBT, lesbian dan seumpamanya. Jadi adakah fakta ini benar ataupun sebaliknya dan saya harap YB Permatang Pasir juga bersetuju untuk kita mencari jalan khususnya kerajaan perlu membantu untuk kita menangani isu ini terutama sekali melibatkan anak-anak generasi muda kitalah, anak-anak kita sendiri. Terima kasih.

Terima kasih YB Penaga. Dan maklumat yang saya dapat, sekarang ini semua kegiatan HIV hampir 99% ada daripada aktiviti LGBT dan juga seks bebas. Dulunya banyak daripada dadah tapi sekarang dadah ini dah ada jarum percuma dan dadah pula sekarang ada banyak jenis, banyak barang bentuk-bentuk makan sama jadi apa ini jangkitan melalui apa ini dadah sangat kuranglah, sekarang ini terlibat seks rambang dan juga LGBT. Jadi, inilah yang perlu diberi perhatian kepada anak-anak kita, terutama anak-anak mudalah, anak muda yang berada di universiti, di IPT-IPT ini perlu dibagi apa, awareness kesedaran bahawa penyakit ini sedang merebak.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam setiap dua minggu, dua minggu bermesyuarat dalam usaha berterusan yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan agensi-agensi lain, namun wabak denggi, ini wabak denggi, terus menjadi ancaman walaupun keseluruhan kes denggi menurun. Terkini wabak tak terkawal berlaku di dia di PPRT Ampang Jajar dalam kawasan Permatang Pasir, kawasan sayalah sehingga mencecah mencapai kepada 22 kes cuma berlaku di PPRT Ampang Jajar. Memang telah ada tindakan seperti gotong royong serta program kesedaran dilakukan oleh pihak pengurusan serta memberi surat amaran kepada pecerobohan tanah JPS di kawasan bersebelahan, tetapi hakikatnya pembiakan nyamuk Aedes ini berlaku di tingkat atas pangsapuri tersebut dan sukar dibanteras kerana ada penghuni yang tidak tinggal tetap di situ. Walaupun di tempat PPRT untuk orang susah tetapi ada orang yang tinggal di situ, dia cuma singgah sekejap sahaja, dia balik dia keluar. Jadi saya dapat maklumat dari penduduk tempatan terdapat beberapa rumah di situ menjadi rumah kedua. Jadi saya minta EXCO Perumahan dan Alam Sekitar untuk mengkaji pemutihan kepada penghuni yang benar benar layak sahaja yang perlu tinggal di PPRT Ampang Jajar. Okey.

Dato’ Yang di-Pertua, saya apa ingin menarik perhatian jugalah sesekali walaupun YB Jason nampak tak berapa suka. Tentang isu tempat pembinaan simpanan abu mayat di Kampung Bukit Indera Muda walaupun saya sudah berulang-ulang kali dibawa ke Dewan ini. Jadi, sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh DUN Permatang Pasir, orang kampung lalu menyuarakan kebimbangan berhubung dengan isu ini kerana projek yang ini. Projek ini sebenarnya telah sampai ke meja sayalah, projek ini, projek ini sampai sebab itu orang kampung tau walaupun jawapan EXCO berkenaan menyatakan bahawa tidak menerima permohonan buat masa ini. Bagi saya lah, tempat ini tidak sesuai projek ini untuk dilaksanakan, projek-projek pembinaan tempat simpanan abu mayat dalam perkampungan orang Melayu. Jadi saya sebagai ADUN di kawasan ini tidak sesekali bersetuju projek tersebut dibina di kawasan ini.

Dato’ Yang di-Pertua, MPKK adalah satu agensi yang sangat penting di kampung-kampung. MPKK dia bukan alat politik mana-mana parti walaupun dilantik dari anggota parti yang

menang untuk kerajaan tetapi perkhidmatan mereka bukan hanya kepada ahli-ahli parti dan penyokong tetapi juga kepada rakyat keseluruhannya. Justeru itu, kerjasama dengan pejabat ADUN adalah penting untuk berkhidmat kepada masyarakat. Memang ada kerjasama di antara MPKK dan pejabat ADUN umpamanya kerjasama dari segi gotong royong untuk menghalang banjir ketika bencana banjir berlaku dan membantu mangsa banjir. Jadi faktor kemanusiaan ini mengatasi segala-galanya termasuk sentimen politik. Jadi saya nak menarik sepertimana yang disebut oleh YB Penaga tadi pada 9 Oktober 2024 eh YB, YB Pinang Tunggal, maaf saya telah dijemput secara rasmi oleh Pejabat SUK Negeri untuk hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan MPKK di Tasek Gelugor, namun di saat akhirnya saya dimaklumkan jemputan ini hanya pada ADUN Kerajaan sahaja. Perkara ini amat mendukacitakan dan satu penghinaan bagi saya sebab apa pagi itu saya sudah pakai baju dah, dah pakai baju batik nak pergi, dah pakai baju batik nak pi ni, tahu-tahu dapat panggilan hanya untuk ADUN Pembangkang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

ADUN Kerajaan.

Saya rasa macam (gangguan) jadi saya mohon penjelasan daripada pihak SUK? Saya juga berharap agar Pengerusi MPKK yang dilantik dapat bekerjasama dengan saya di DUN Permatang Pasir demi kepentingan masyarakat setempat dan saya terbuka untuk memberi kerjasama demi kepentingan rakyat. Jadi MPKK dia tidak boleh menjadi alat politik tetapi sebagai duta Kerajaan Negeri dan MPKK juga harus keluar daripada tanggapan masyarakat sebagai penjaga pasar malam, bazaar Ramadan dan pasar hari. Sedangkan tangungjawab MPKK lebih besar dengan masyarakat dengan bajet yang diperuntukkan kepada Penyelaras KADUN yang besar yang lebih besarlah daripada ADUN Pembangkang daripada RM100,000.00 ADUN Pembangkang cuma dapat RM60,000.00.

Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan jawapan daripada bertulis EXCO Infrastuktur, Pengangkutan dan Digital, jumlah kemalangan maut pada tahun 2024 di Jalan Kubang Semang dan Jalan Arumugam Pillai sebanyak 6 kes berbanding tahun 2023 yang tiada kemalangan maut. Jadi apa yang saya nak tanya apakah usaha kerajaan.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Mohon mencelah sat boleh.

Boleh.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Mohon mencelah sat. Tadi dikatakan oleh YB kan, dikatakan MPKK menjadi ahli alat politik kan? Boleh secara spesifik ka apakah yang dimaksudkan, adakah apa-apa maksudnya langkah yang mereka ambil itukan yang mempromosikan particular punya political parti ka ataupun menjalankan semua kerja-kerja yang berkenaan dengan inisiatif kerajaan. Boleh saya dapatkan ini tak dan tadi YB saya ada dengar Ampang Jajar kan ada kematian berkenaan dengan denggi ka?

Kematian saya kata tiada.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Tak, tadi yang saya dengar macam ada kematian sebab (gangguan) kes denggi tinggi, oh tiada kematian ha okay, sorry saya dengar silap la. Mohon pencerahan saja. Okey-okey.

So, MPKK ini sebab dia lantikan politik maksudnya dari parti yang menang sahaja yang lantik.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Betul.

Jadi saya sebut dia bukanlah alat politik, bukan.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Ya la, apabila dikatakan alat politik maksudnya dia ada mempromosikan political ka, fahaman politik atau macam mana. Jadi saya nak tau sahaja secara spesifik.

Okey, dia sepertinya sebab apa dia, dia lantikan politik. Dia dilantik di parti yang menang maksudnya (gangguan) tetapi dia bukan kerja untuk ahli politik.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Betul lah jadi saya tanya pencerahan ada spesifik ka yang apa occasion yang mereka digunakan sebagai ahli politik untuk mempromosikan fahaman politik atau macam mana itu yang saya nak tanya YB, adakah mereka menjalankan promosi untuk mempromosikan inisiatif kerajaan. Haa itu saja.

Saya ingat Dato’ Yang di-Pertua faham kot apa yang saya nak habaq.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Saya tak faham.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tiga minit lagi, tiga minit lagi. (gangguan)

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Permatang Pasir, sikit-sikit sahaja. Tadi sebut apa? MPKK? Yang itu JPKKP apa pula yang itu?

Yang itu apa ini kena tanya... (gangguan). Ni…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Teruskan, teruskan masa berjalan.

Kedua, jawapan EXCO berhubung simpang jalan di Kampung Pelet dan Kampung Tok Elong yang terletak di kawasan selekoh yang menyebabkan halangan pandangan. Daripada jawapan itu apakah usaha untuk memastikan keselamatan pengguna yang melalui jalan tersebut kerana saya terima banyak aduan daripada penduduk yang menyatakan adalah sangat merbahaya kepada pengguna yang ingin melintas di kawasan tersebut. Jadi, saya ingin mencadangkan agar jalan tersebut diletakkan zebra line dan lampu amaran supaya pemandu kenderaan berhati-hati melalui jalan tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh isu pengunaan vape atau rokok elektronik di kalangan belia sehingga mendapat perhatian Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al Mustafa Billah seperti di dalam laporan Sinar Harian pada 18 November 2024 yang lalu, yang mana Baginda Tuanku sarankan vape ini diharamkan secara total. Ini adalah kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah di kalangan belia semakin meningkat. Saya amat bersetuju dengan saranan Tuanku itu. Di Pulau Pinang, apakah usaha yang telah diambil untuk membendung gejala ini di kalangan belia? Dan adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk mengharamkan secara total pengunaan rokok elektronik ini? Juga yang lebih membimbangkan saya seperti laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) seperti di dalam laporan berita KOSMO pada 21 September 2023 yang menyatakan telah mengesan cecair dadah sintetik melibatkan peranti vape phencyclidine yang boleh membawa kepada gangguan mental yang teruk dan agresif. Jadi penerangan tentang vape ini hendaklah dihebahkan kena ada awareness kepada anak-anak muda juga kepada orang tua lah bahawa dia ada sekarang ini ada trend baru mereka menggunakan dadah cecair dalam penggunaan vape ini jadi apa ini saya harap pihak EXCO lah mesti ada apa satu awareness kepada orang ramai tentang isu ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya cuma nak mencadangkan lah, mencadangkan apa, agar cuti umum Raya Haji ditambahkan sehari lagi, sebab apa, sebab apa, tak apa, kerana apa Raya Haji ini dia melibatkan Hari Raya Korban, raya yang kita buat korban dan raya ini lama, empat hari dan tempoh dia empat hari lama, dan tempoh ini korban kebiasaannya dilaksanakan dalam bentuk gotong royong, Kita menyembelihkan binatang korban kita agihkan kepada orang ramai. Jika cuti tambahan ini dapat dilaksanakan sudah tentu ia dapat di manfaat oleh umat Islam kerana kerja-kerja melaksanakan korban ini memerlukan tenaga muda yang ramai dan lembu sekarang setiap tahun meningkat. Bukan apa binatang ternakan meningkat setiap tahun, orang buat korban setiap tahun meningkat ramai. Jadi ia memerlukan orang yang ramai untuk membantu program itu. Jadi saya cuma minta sajalah sebab ini adalah permintaan daripada orang ramai untuk tambah sehari lagi cuti Raya Haji. Untuk pengetahuan tuan-tuan, hari raya kita yang utama,

Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji yang utama selain daripada ada sambutan yang lain yang ada hari-hari yang kita sambut secara individu jadi sangat ingat boleh swap akan makin tambah. Swap, swap.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua

Okey, mendarat-mendarat.

Dato’ Yang di-Pertua… (gangguan).

Dato' Timbalan Yang di-Pertua

Landing time.

Okey. Saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung dengan Laporan Belanjawan Negeri bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2025 B01, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha, yang saya lihat bahagian emolumen perbelanjaan 2024 adalah sebanyak 48 juta 470 berbanding dengan 2025 sebanyak 45 juta 713 berkurangan sebanyak 3 juta. Adakah ini berlaku pengurangan kakitangan Kerajaan Negeri? Bila gaji kurang, tentu orang kurang. Saya juga dapat dapat maklumat bahawa ada nasib kakitangan kontrak yang bimbang mereka bakal kehilangan pekerjaan dan juga saya ingin penjelasan mengenai Laporan Kewangan Ringkasan Anggaran Hasil Tahun 2025, muka surat 3 berkenaan sewaan. Anggaran Pendapatan Tahun 2024 sebanyak 10.9 juta tetapi anggaran pada tahun 2025 meningkat kepada 225 juta. Sewaan apakah yang meningkatkan jumlah kepada dua juta lebih. Minta penjelasan, penjelasan dua ratus juta lebih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey?

Okey. Akhir sekali. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua. Terima kasih. Terima kasih yang membenarkan saya membahas pada hari ini. Dengan ini saya menyokonglah bajet yang yang dibentangkan oleh Ketua Menteri. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Menyokong. Terima kasih. Terima kasih Permatang Pasir dan seterusnya kita menjemput Batu Uban. Silakan.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih. Salam sejahtera, Salam Penang2030, Salam Malaysia Madani. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan EXCO kita, kakitangan Kerajaan Negeri dan juga semua GLC atas komitmen

mereka untuk membangunkan negeri Pulau Pinang. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa komited untuk mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap langkah yang diambil. Belanjawan 2025 ini mencermin usaha kita untuk memastikan pembangunan ekonomi yang inklusif, sosial dan adil. Belanjawan 2025 ini juga memberikan perhatian yang khusus kepada kesejahteraan rakyat. Inisiatif-inisiatif seperti bantuan kewangan untuk golongan berpendapatan rendah dan Program Pemerkasaan Wanita dan Belia diperkenalkan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat menerima faedah daripada pembangunan yang dijalankan. Syabas dan juga sekalung tahniah juga kepada Kerajaan Negeri atas prestasi perdagangan yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan iaitu sebanyak RM516.23 bilion iaitu kenaikan sebanyak 11.4 peratus.

Dato’ Yang di-Pertua, pada hari ini saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu isu yang amat penting dan memerlukan perhatian segera iaitu bilangan murid yang masih belum menguasai asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali sebagai 3M. Saya ingin menggariskan bahawa terdapat seramai 7,118 orang murid yang telah dikenal pasti di Pulau Pinang ini yang masih menghadapi kesulitan atau keciciran dalam tiga kemahiran asas ini. Berikut adalah data yang telah diberikan kepada saya melalui soalan bertulis iaitu jumlah pelajar buta huruf di peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Kita semua maklum bahawa asas 3M adalah tunggak kepada pendidikan yang berkualiti. Tanpa penguasaan dalam bidang ini, murid-murid kita berdepan dengan pelbagai cabaran dalam proses pembelajaran mereka di sekolah. Ini bukan saja akan memberi kesan kepada prestasi akademik mereka tetapi juga kepada keyakinan diri dan masa depan mereka juga kerana pelajar-pelajar ini juga juga adalah modal insan kepada negeri kita negeri Pulau Pinang. Justeru itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menubuhkan pusat tuisyen percuma di kawasan-kawasan yang dikenal pasti mempunyai bilangan murid yang tinggi dengan masalah ini. Pusat ini boleh menyediakan sumber dan juga sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan dan diberikan keutamaan kepada pelajar-pelajar daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah iaitu B40.

Dato’ Yang di-Pertua, dulu kita mempunyai PEKA iaitu Penggerak Komuniti Muda yang memberikan kelas tuisyen percuma kepada pelajar dan di KADUN Batu Uban juga saya juga telah menggunakan khidmat PEKA ini tetapi selepas COVID, PEKA ini telah diberhentikan dan saya tak pasti apakah hala tuju seterusnya. Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa kita sebagai Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan setiap murid di Pulau Pinang mempunyai peluang yang sama untuk menguasai asas pendidikan yang penting ini. Dengan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, guru, ibu bapa dan komuniti saya yakin kita dapat membantu 7,118 orang murid ini untuk mereka mencapai potensi mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu isu yang semakin menjadi perhatian di kalangan penduduk kita iaitu penyewaan rumah kepada warga asing. Saya percaya ramai rakan-rakan Yang Berhormat juga menghadapi masalah yang sama di kawasan mereka khususnya penyewaan ini kepada komuniti Rohingya di kawasan kediaman penduduk. Isu ini memerlukan pendekatan yang teliti dan berhemah daripada Kerajaan Negeri bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat terjamin. Kita tidak dapat menafikan bahawa warga asing termasuk mereka yang melarikan diri dari konflik ataupun penindasan seperti komuniti Rohingya memerlukan perlindungan dan juga tempat tinggal namun, kehadiran mereka di kawasan kediaman penduduk tempatan juga menimbulkan kebimbangan mengenai

keselamatan, kebersihan dan juga penggunaan kemudahan awam yang lain. Oleh sebab itu adalah penting bagi kita Kerajaan Negeri untuk mempunyai garis panduan yang jelas dalam pengurusan penyewaan rumah kepada warga asing untuk mengawal penyewaan rumah kepada warga asing, saya juga cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil beberapa langkah iaitu saya telah gariskan tiga langkah seperti berikut:

Yang pertama pengenalan kepada akta sewa rumah. Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan akta yang khusus untuk penyewaan rumah kepada warga asing. Akta ini boleh menetapkan syarat-syarat tertentu seperti had bilangan penghuni, syarat kebersihan dan juga keselamatan bangunan. Kita juga boleh menggunakan case study dengan izin, seperti yang digunakan di negara Singapore di mana negara Singapore saya ingat dia ada satu akta yang sangat bagus berkenaan dengan akta penyewaan iaitu mereka ada satu Regulations, dengan izin, For Renting A Flat or Bedroom di mana mereka telah menetapkan maksimum satu rumah itu hanya boleh dibenarkan sebanyak 4 ataupun 8 orang penghuni saja mengikut jumlah bilik dan sebagainya. Tapi di sini kita lihat, flat-flat kos rendah contohnya di kawasan saya di Flat Hamna, walaupun dua bilik tetapi di dalam rumah itu ada lebih daripada sepuluh orang yang tinggal di kawasan tersebut. Saya rasa kita mempunyai satu masalah yang besar dan saya berharap bahawa model yang digunakan di Singapore ini boleh juga diguna pakai kerana saya dapati bahawa sekarang Ahli-ahli Majlis kita juga kerap pergi belajar daripada luar negara dan jangan hanya pergi belajar tetapi perlu membawa juga polisi-polisi yang baik yang boleh kita guna pakai di negeri Pulau Pinang ini.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Batu Uban, minta mencelah. Tak pergi ya. Okey, apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Batu Uban masalah warga asing menyewa rumah-rumah flat ini. Hari ini rata-rata kita tengok di Pulau Pinang di tempat lain kurang tetapi di Pulau Pinang kebanyakan rumah-rumah kedai dibagi untuk sewa penginapan pekerja-pekerja asing. Kita bila pemohon masuk OC ke dalam Majlis, kebenaran untuk buat rumah kedai bukan untuk buat hostel Kita minta pihak Kerajaan Negeri lihat dan teliti perkara ini. Sekian, terima kasih.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Telok Air Tawar. Yang kedua, berkenaan dengan garis panduan penyewaan iaitu kita mewujudkan garis panduan yang jelas untuk pemilik rumah yang ingin menyewakan unit mereka kepada warga asing. Garis panduan ini boleh merangkumi proses pendaftaran penyewa, keperluan dokumen dan juga prosedur pengawasan. Tanggungjawab ini juga boleh diambil oleh JMB ataupun MC atau Persatuan Penduduk. Maksudnya kita mempunyai satu database system, dengan izin, supaya kita dapat tahu berapakah jumlah penghuni di sesebuah rumah itu ataupun siapa yang tinggal di rumah itu. Kita mempunyai satu data. Dan yang ketiga ialah audit dan juga pemantauan. Melaksanakan audit dan pemantauan berkala ke atas kediaman yang disewa oleh warga asing. Ini termasuk memeriksa keadaan rumah, kebersihan dan juga kehadiran penyewa yang tidak mendaftar. Pemantauan ini juga boleh dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBPP dan juga MBSP.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa isu penyewaan rumah kepada warga asing adalah satu isu yang kompleks dan juga memerlukan kerjasama serta komitmen semua pihak. Dengan penggubalan garis panduan yang jelas dan juga pelaksanaan pemantauan yang berkesan, saya percaya kita dapat mencapai keseimbangan antara hak warga asing untuk mendapatkan perlindungan serta menjaga kebajikan penduduk tempatan juga kerana we need to balance both, kalau tidak nanti orang akan kata kita menindas tetapi saya percaya kita juga

perlu ada satu kawalan dan juga pemantauan yang jelas supaya warga asing ini juga tidak mengganggu kegiatan sosial masyarakat lain kerana di kawasan saya walaupun saya telah, kita telah menaik taraf kemudahan awam dengan bantuan MBPP, kita telah membina gelanggang futsal yang baru di kawasan Flat Hamna tetapi orang awam ataupun warga tempatan tidak berani untuk menghantar anak-anak mereka untuk bermain kerana mereka risau warga asing ini selalunya dia lepak di kawasan tersebut. So sudah seperti tidak ada kawalan yang di kawasan tersebut.

Seterusnya saya ingin membangkitkan isu dalam pengurusan bangunan berstrata iaitu caj kutipan penyelenggaraan, maintenance fees, dengan izin. Caj ini merupakan sumber utama bagi, dengan izin, Joint Management Body (JMB) dan juga Management Committee (MC) untuk memastikan kemudahan dan juga infrastruktur di kawasan kediaman sentiasa berada dalam keadaan baik. Namun begitu, cabaran dan juga mengutip caj ini sering kali menjadi penghalang kepada keberkesanan pengurusan dan juga penyelenggaraan. Bangunan yang sudah berusia lebih 20 tahun memerlukan maintenance yang teratur iaitu on time service… (dengan izin). Malahan dalam banyak kes JMB dan juga MC menghadapi kesukaran untuk mengutip caj ini daripada pemilik rumah ataupun penyewa. Hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti ketidakpuasan hati, sikap memang dia tidak mahu bayar dan juga lain-lain isu yang berkaitan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mengkaji kaedah sekiranya yuran penyelenggaraan ini boleh digabungkan sekali dalam akaun bil PBA iaitu bil air.

Dato’ Yang di-Pertua, saya faham ia bukan satu tindakan yang mudah untuk boleh dilaksanakan disebabkan terdapat tentangan dan dari segi undang-undang dan juga perlu mendapat persetujuan daripada Kerajaan Pusat dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Namun demikian, saya berpendapat Kerajaan Negeri juga boleh mengadakan perbincangan dan juga berunding dengan pihak yang berkepentingan untuk melaksanakan cadangan ini. Saya percaya bahawa penggabungan caj penyelenggaraan dalam bil air ini adalah langkah yang proaktif dan berkesan untuk membantu JMB dan juga MC dalam menguruskan kutipan caj penyelenggaraan. Kaedah ini juga akan meringankan juga bebanan Kerajaan Negeri yang terpaksa menyediakan peruntukan sebanyak 6.8 juta setahun untuk di bawah Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaran perumahan berstrata swasta kerana pada setiap tahun yang di bawah Yang Berhormat Perai ada tabung di mana kita membantu rumah-rumah kos rendah dan juga kos sederhana rendah untuk mereka membuat maintenance. Dan saya percaya sekiranya kita dapat membuat satu kaedah di mana setiap MC dan juga JMB dapat mengutip maintenance fees ini dengan baik, maka duit RM6.8 juta ini boleh juga kita salurkan kepada program-program yang lain.

Dato’ Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini, saya ingin membincangkan satu cadangan yang sangat penting bagi pembangunan ekonomi negeri kita, iaitu penyediaan Agro Farm. Dalam era di mana isu keselamatan makanan dan pemulihan ekonomi semakin mendapat perhatian, adalah amat penting bagi kita untuk memikirkan langkah-langkah inovatif yang dapat menyokong pertanian dan juga pengeluaran makanan tempatan iaitu food security. Di sini saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Pantai Jerejak dan juga Kerajaan Negeri di atas penubuhan GLC dan juga cadangan untuk mengeluarkan beras tempatan berjenama sendiri iaitu Beras Cap Feri. Kita masih menunggu lagi.

Kita tidak dapat menafikan bahawa sektor pertanian adalah nadi kepada ekonomi negeri dan saya percaya bahawa EXCO orang muda dengan jiwa yang muda maka beliau juga akan melakukan yang terbaik. Namun, dengan urbanisasi yang pesat dan juga perubahan iklim yang semakin ketara, kita juga menghadapi cabaran besar dalam memastikan bekalan makanan yang

mencukupi dan juga berkualiti. Oleh yang demikian, cadangan untuk menubuhkan Agro Farm adalah satu langkah yang proaktif dan juga relevan. Agro farm ini bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada penduduk dari segi bekalan makanan, food supply chain dengan izin, tetapi juga menawarkan pelbagai kelebihan kepada dengan membantu meningkatkan pengeluaran makanan tempatan. Seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada makanan import juga. Ini akan menjamin keselamatan makanan negeri kita. Penubuhan Agro Farm juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, terutamanya kepada golongan belia yang mencari pekerjaan dalam sektor pertanian. Selain itu, dengan menerapkan amalan pertanian yang lestari, kita juga akan dapat mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar, termasuk penggunaan racun perosak dan juga bahan kimia yang berlebihan.

Selain itu, saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya membuka lebih banyak tanah terbiar untuk kegiatan pertanian. Tanah terbiar yang tidak dimanfaatkan merupakan satu aset yang berpotensi besar bagi meningkatkan pengeluaran pertanian kita. Malangnya, dengan urbanisasi yang pesat, banyak tanah yang sebelum ini subur kini tidak lagi digunakan. Ini adalah satu pembaziran sumber yang perlu kita atasi. Kerajaan Negeri boleh menyediakan geran atau bantuan kewangan kepada petani dan juga golongan anak muda yang ingin mengusahakan tanah terbiar ini termasuk program latihan diadakan untuk membantu mereka menguasai teknik pertanian yang berkesan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai infrastruktur di sekolah Tamil. Sekolah-sekolah Tamil bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pendidikan, tetapi juga sebagai tempat di mana warisan budaya dan juga Bahasa Tamil dipelihara dan diperkukuhkan. Seperti yang kita sedia maklum, sekolah Tamil sering menghadapi cabaran dari segi infrastruktur. Ada sekolah ini beroperasi dalam keadaan yang kurang memuaskan, dengan kemudahan yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pendidikan pelajar. Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada pembelajaran tetapi juga mempengaruhi motivasi dan pencapaian akademik pelajar. Walau bagaimanapun, kita juga harus mengiktiraf sumbangan daripada Kerajaan Negeri kepada SJK dan juga kepada sekolah Mubaligh. Ingin saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberikan peruntukan sebanyak 2.3 juta, 2 juta setahun kepada 28 sekolah-sekolah Tamil di Pulau Pinang bagi tujuan penyelenggaran, bantuan kecemasan, subsidi tadika dan juga pengurusan dan pembangunan sekolah. Namun begitu, dengan mengambil kira kos membaiki dan juga penyelenggaraan kemudahan asas di sekolah yang terkesan, saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menaikkan peruntukan sebanyak RM4.0 juta setahun supaya Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Tamil ini boleh membuat perancangan dan memberikan bantuan tambahan kepada sekolah Tamil. Saya percaya YB EXCO Perai akan gembira sekiranya peruntukan RM4 juta ini dapat diberikan dan kita juga boleh memberi peruntukan tambahan ini kepada kebanyakkan sekolah kerana dengan RM2 juta ini its too limited.

Dato’ Yang di-Pertua, saya dengan ini juga merayu kepada Kerajaan Negeri untuk segera menyelesaikan pembinaan bangunan baharu bagi SJKT Sungai Bakap. Pembinaan bangunan baharu sekolah ini telah lama tertangguh dan ia juga telah menjadi bahan kempen PRN semasa Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap baru-baru ini. Lokasi sekolah kini yang tidak terurus dan kurangnya sistem keselamatan boleh menyebabkan risiko kepada pelajar. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar mewujudkan Jawatankuasa Khas bagi mengadakan perbincangan yang serius dan juga konstruktif bersama Kementerian Pendidikan dan juga semua stakeholders supaya isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. Sekiranya, isu ini tidak ditangani secara rapi, ia sekali gus akan mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat India juga. Kerajaan Negeri juga mempunyai peranan untuk memastikan pelajar di Sekolah Tamil Sungai Bakap mendapat pendidikan yang berkualiti dalam persekitaran yang selamat dan juga kondusif.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membincangkan satu topik yang amat penting dan juga relevan iaitu peluang perniagaan untuk usahawan India di Pulau Pinang. Sebagai sebuah negeri yang kaya dan kepelbagaian budaya dan warisan, Pulau Pinang mempunyai potensi yang besar untuk menggalakkan pertumbuhan usahawan, khususnya dalam kalangan masyarakat India. Namun, terdapat jurang yang perlu kita memberi perhatian antaranya ialah penglibatan PKS India. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mengadakan kerjasama yang erat bersama Penang Indian Chamber supaya kita juga dapat mengenal pasti jurang ataupun gap dan juga mengambil tindakan progresif bagi mengatasi perkara tersebut. Saya juga percaya dan yakin kerajaan Negeri komited untuk mewujudkan persekitaran yang mencerminkan kepelbagaian dan keterangkuman masyarakat, dan juga menyokong pertumbuhan PKS.

Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri dan juga Yang Berhormat daripada Paya Terubong kerana pagi ini juga kita telah mengadakan satu sidang media iaitu Kerajaan Negeri telah berjaya mendapatkan penerbangan terus daripada Pulau Pinang ke Chennai yang akan bermula pada bulan Disember. Dan saya rasa ini juga akan membuka lembaran baharu kepada usahawan tempatan untuk merebut peluang untuk meneroka pasaran yang baharu. Ini suatu yang berita baik kerana kita lihat bukan sahaja dari segi perniagaan tetapi juga dari segi pelancongan kita akan melihat peningkatan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin bertanya dalam Dewan yang mulia ini, apakah status rehabilitasi Tapak Pelupusan Sampah Jelutong yang dimaklumkan sudah diberikan award kepada sebuah syarikat 4 atau 5 tahun yang lepas tetapi masih tidak ada progress. Saya ingin mengetahui apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap tapak ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Jawi mengenai keputusan penjualan vape di negeri ini? Tadi ramai yang bangkitkan tentang vape. Adakah Kerajaan Negeri akan melarang penjualan vape ini yang sekarang sedang berluasa tanpa sebarang kawalan dan juga menjadi satu trend melibatkan pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Kebanyakkan vape kini yang dijual di pasaran perisanya sama ada dalam bentuk gel atau cecair, khususnya yang mengandungi nikotin dan juga ada juga dadah dan sebagainya mushroom. Umpamanya di Johor, kita lihat baru-baru ini di berita Kerajaan Negeri Johor juga telah melarang penjualan vape di negeri tersebut dan saya amat bersetuju sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga dapat mengambil langkah yang sama iaitu tidak mengeluarkan lesen untuk penjualan vape dan juga rokok elektronik.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya sayan sebelum saya mengakhiri perbahasan, saya ingin membangkitkan beberapa isu penting di kawasan yang memerlukan perhatian Dewan yang mulia ini. Klinik Kesihatan Sungai Dua (KK Sungai Dua) merupakan salah satu klinik kesihatan yang menerima jumlah pengunjung yang sangat ramai. Dengan jumlah pengunjung yang meningkat, keperluan untuk ruang parking yang mencukupi menjadi semakin mendesak. Malangnya, kekurangan ruang parking yang tersedia telah menyebabkan beberapa masalah yang mengganggu pengalaman pesakit dan juga masyarakat. Sebelum ini, saya juga telah membangkitkan keperluan untuk pembukaan laluan keluar masuk yang baharu iaitu di bahagian tepi. Tapi apakah, saya ingin tahu apakah status projek tersebut dan bilakah ia akan siap supaya dapat menyelesaikan kesesakan dan juga membendung kemalangan terutamanya di Jalan Sungai Dua.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengetahui tentang tindakan untuk mengatasi pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti penyimpanan sampah ataupun barangan lusuh recycle item oleh sesetengah jiran. Ada banyak tindakan yang boleh diambil apabila saya

bertanya di soalan bertulis. Saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa akta yang boleh diguna pakai oleh kerajaan sama ada PBT ataupun Jabatan Alam Sekitar. Contoh di bawah Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ataupun di bawah JAS Seksyen 80, 82, Seksyen 70A dan juga Seksyen 45 dan juga ada Seksyen 34A di mana mereka yang menyimpan barangan-barangan lusuh tanpa kebenaran boleh dipenjara lima tahun ataupun denda melebihi 100 ribu atau 10 juta. Namun, pertanyaan saya di sini kita ada banyak akta-akta ataupun seksyen yang membenarkan kita untuk mengambil tindakan tetapi saya lihat apabila kita membuat aduan contohnya di kawasan saya baru-baru ini, terdapat seorang penduduk yang menyimpan barangan lusuh ini apabila saya membuat aduan sampai enam bulan tindakan tidak dapat diambil. Apabila saya bertanya kepada PBT, PBT tolak kepada Kesihatan. Saya tanya Kesihatan, Kesihatan kata dia tak ada punca kuasa dia tolak balik kepada PBT. Dan ding dong ding dong ding dong sampai enam bulan. Dato’ Pengerusi perkara ini tidak dapat diselesaikan dan akhirnya baru sahaja diselesaikan sebab dia tahu sebab sidang DUN akan bermula. So dia kena cepat-cepat menyelesaikan masalah ini tetapi pertanyaan saya walaupun kita mempunyai banyak Akta ataupun Seksyen-seksyen seperti yang saya dapat daripada soalan bertulis tapi kenapa agensi-agensi ini tidak mahu menggunakan Akta tersebut. Apakah halangan mereka untuk menguatkuasakan tindakan ataupun membawa mereka yang membuat kerja-kerja seperti ini membawa kepada mahkamah dan juga mengambil tindakan. Kita tidak mahu suatu aduan itu dibuat sampai enam bulan tetapi tidak ada tindakan kerana telah jelas mempunyai satu panduan yang jelas.

Seterusnya, saya juga ingin bertanya mengenai projek tebatan banjir untuk menyelesaikan banjir kilat di hadapan Hotel Alora. Ini sempadan dengan Pantai Jerejak juga. Setiap kali dalam sidang DUN saya tidak terlepas membangkitkan pertanyaan ini, namun selalunya jawapan yang saya terima adalah pihak JKR dan JPS akan mengadakan kajian. Saya tak pasti berapa lama kajian akan diadakan tetapi sehingga hari ini tidak ada satu keputusan dan apakah keputusan kajian tersebut juga tidak dibentangkan sama ada projek tebatan banjir ini akan dilaksanakan ataupun tidak kerana ini kawasan-kawasan yang sangat tumpuan its a main road dan apabila banjir kilat berlaku dia sampai boleh tutup satu kereta Kancil. So, saya berharap EXCO Yang Berhormat Tanjong Bunga dapat memberikan perhatian sewajarnya kerana orang ramai sudah tidak menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kerana mereka meragu sangat dengan komitmen yang diberikan oleh Agensi-agensi yang terlibat. Untuk itu saya memohon supaya isu ini dapat diselesaikan kerana isu ini telah berlanjutan sebelum daripada saya menjadi ADUN sehingga ke hari ini tidak dapat diselesaikan dan tidak ada penyelesaian menyeluruh.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan, Batu Uban. Dato’ Speaker, tentang perkara ini saya pernah bawa isu ni dalam Mesyuarat MMK Pengangkutan dan highlight kepada MRT Corp dan juga Jabatan-jabatan yang terlibat. Jangan apabila LRT siap, LRT jalan di atas, bawah bot bergerak. Minta, memang perlu dikaji sebab hujan sekejap saja sudah banjir. Itu saja.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Setuju. Saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Bukit Tambun kerana kita adalah negeri yang maju dan saya berharap isu ni dapat diselesaikan kerana banjir kilat hujan 10 minit atau 20 minit memang akan naik dah. So itu saja daripada saya, dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Uban dan sebelum saya pergi ke Kebun Bunga ingin saya nasihatkanlah kepada Agensi-agensi Kerajaan supaya ambil maklum apa yang dibangkitkan oleh YB-YB dalam perbahasan ini supaya sesi akan datang tak dibangkitkan isu yang sama lagi. Dan seterusnya saya persilakan Kebun Bunga.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, sebelum saya mulakan ucapan, mungkin kakitangan Dewan boleh tinggikan suhu aircond, terlalu sejuk di sini. Selamat petang, Salam sejahtera, pembuka kata, lidah bicara izinkan saya mulakan perbahasan, semoga Dewan teruskan semangat berkawan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan, saya mulakan perbahasan dengan merakamkan ucapan tahniah kepada rakan sejawat dari Sungai Bakap yang telah dipilih sebagai ADUN dan mengangkat sumpah pada sidang ini. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memimpin Kerajaan Perpaduan selama dua tahun. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah pada 24 November 2022 serta berjaya mewujudkan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi di Malaysia. Tidak ketinggalan juga kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota yang telah memimpin sekali lagi Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang. Saya menyambut baik dasar fiskal yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam Bajet Tahun 2025 yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada petang Jumaat yang lepas. Saya melihat bajet ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan Persekutuan yang mengamalkan dasar pragmatik berbanding dengan idealistik seperti yang telah digambarkan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota. Kerajaan Negeri mengaku bahawa kedudukan kewangan negeri adalah semakin berkurang dengan pengurangan baki Akaun Hasil Disatukan dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Pengurangan ini saya percaya adalah disebabkan oleh dasar-dasar peduli rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh negara dilanda wabak COVID-19 iaitu pada tahun 2020 hingga 2022. Dengan pelaksanaan MCO yang telah menjejaskan pendapatan rakyat tetapi pelbagai insentif berbentuk kewangan dan potongan cukai oleh Kerajaan Negeri pada tempoh tersebut. Sekarang negara telah hampir pulih sepenuhnya daripada kesan MCO dan peningkatan pelancong asing ke Pulau Pinang merupakan indikator yang terbaik. Pulau Pinang telah mencatat kemasukan 1.2 juta pelancong asing dalam tempoh 8 bulan tahun ini. Inilah angka yang boleh setanding dengan tahun sebelum MCO. Usaha Kerajaan Negeri dalam sektor pelancongan haruslah diberi pujian termasuk pada tahun ini penerbangan terus dari Pulau Pinang telah boleh sampai ke 18 destinasi antarabangsa seperti di Guangzhou, Bangkok, Dubai dan Hong Kong dan pagi tadi telah diumum destinasi yang ke-19 akan bermula pada Disember ini iaitu ke Chenai, India. Pada tahun ini pujian haruslah haruslah diberi kepada YB Paya Terubong dalam pertanyaan soalan bertulis saya, saya juga mendapati walaupun YB Paya Terubong sebagai EXCO Pelancongan tetapi perbelanjaan pelancongan, perbelanjaan ke luar negara oleh EXCO, oleh YB Paya Terubong adalah sangat sedikit sehingga ada yang mencapai RM7,000 sahaja untuk satu trip so satu pujian adalah harus diberi kepada YB Paya Terubong. Itu sebab dia tak bawa ADUN. So maksud saya, lepas ini kena bawa ADUN la. Pada tahun ini saya difahamkan Kerajaan Negeri bakal menerima sumbangan balik cukai pelancongan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM7.4 juta. Di sini saya ingin ketahuilah apakah kriteria ataupun garis ukur yang diguna pakai oleh Kerajaan Persekutuan dalam pemberian balik cukai pelancongan. Mungkinkah Kerajaan Negeri boleh mendapat lebih memandangkan Pulau Pinang adalah merupakan destinasi kemasukan pelancong asing yang penting di Malaysia. Sumbangan balik ini sangat penting dan signifikan untuk Kerajaan Negeri menaik taraf infrastruktur di tempat pelancongan dan menganjurkan lebih banyak program berbentuk antarabangsa serta atau

(dengan izin), marketing and advertisment yang perlu untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang secara khusus dan Malaysia amnya.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan, saya ingin menarik perhatian Dewan ini ke bagi isu pengurangan sebanyak 38.65 percent atau peratus Belanjawan Pembangunan pada tahun 2025 iaitu Kerajaan Negeri telah tetapkan siling sehingga RM220 juta berbanding RM374.71 juta pada tahun 2024. Pengurangan ini sudah tentu memberi kesan kepada projek infra yang perlu dilaksanakan di seluruh Pulau Pinang. Sukacita di sini saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mencari kaedah bagi perlaksanaan projek infra yang memberi manfaat kepada rakyat seperti pembesaran longkang, projek tebatan banjir, projek perlebaran jalan dan lain-lain. Antara cadangan saya ialah pinjaman secara soft loan daripada Kerajaan Persekutuan terutama bagi Projek Underpass Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma. Projek ini telah diumum oleh MBPP pada tahun 2019. 2019 selepas lima tahun projek ini masih tidak ada cahaya di hujung terowong lagi. Saya tak nampak pun ada feasibility study, underpass tapi saya di terowong itu tak nampak lagi. So satu, di samping itu, di sini saya juga ingin memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk mengoptimumkan pungutan cukai tanah. Saya bukan hero yang digambarkan oleh Bukit Tambun tadi. Secara peribadi saya sokong usaha Kerajaan Negeri untuk menyemak kadar cukai tanah yang tidak disemak semenjak tahun 1994. Selepas tiga tahun sudah tentu nilai tanah purata isi rumah, nilai tanah sudah berubah. Pendapatan purata isi rumah rakyat Malaysia turut meningkat iaitu daripada, saya rasa ini statistik Negeri Pulau Pinang daripada RM2,020 pada tahun 1995 ke RM8,479 pada tahun 2022 mengikut data Jabatan Statistik Negara. Saya sedar bahawa agak sukar bagi Kerajaan Negeri untuk imbangi kenaikan kadar cukai tanah dengan tidak membebankan rakyat. Seperti yang pernah saya suarakan dalam sidang lepas, tidak ada masa yang sesuai untuk melaksanakan dasar yang unpopular ditambah dengan sudah 30 tahun kadar cukai tanah ini tidak disemak. Dalam erti kata lain, rakyat sudah biasa dengan kadar ini selama 30 tahun. Sebarang kenaikan sudah tentu akan mengundang reaksi yang drastik daripada rakyat tetapi saya menyeru Kerajaan Negeri dan juga rakan-rakan Dewan utuh dan tetap dengan pendirian supaya kelestarian kewangan negeri adalah terjamin pada masa akan datang. Seperti dasar pragmatik oleh Persekutuan, oleh Kerajaan Persekutuan dalam polisi subsidi diesel dan petrol nescayalah era populist harus ditamatkan dan kerajaan perlu kembali kepada core business yang sebenar. Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah. Keutuhan kewangan kerajaan adalah jaminan bahawa lebih banyak lagi golongan berpendapatan rendah dapat manfaat seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui Skim i-Sejahtera ataupun AES. Sebagai pengajaran dalam tempoh 30 tahun ini, saya berharap Kerajaan Negeri selepas ini akan mendisiplinkan diri. Jangan lagi membiarkan satu kadar tidak disemak untuk tempoh yang begitu panjang. Kalau perlu disemak tiga tahun sekali maka jalankanlah semakan dan kita perlu faham bahawa semakan tidaklah bersamaan dengan kenaikan kadar, mungkin ada yang akan turun.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan, dalam usaha ini saya juga berharap Kerajaan Negeri boleh memastikan tanah kerajaan dapat diguna sepenuhnya dalam menambah pendapatan negeri. Sebagai contoh, tanah lot 122, 123, 124 dan 125 di Lengkok Jesselton, Daerah Timur Laut telah dibiarkan tanpa perancangan pembangunan sekian lama. Tanah ini berkeluasan lebih kurang 3 ekar. Ini bukan saja tidak menambah pendapatan negeri malahan Kerajaan Negeri setiap tahun perlu mengeluarkan dana yang mencapai 50,000 untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Untuk tahun ini, saya ucapkan terima kasihlah kepada CMI kerana telah membantu untuk kerja-kerja penyelenggaraan tetapi saya tidak pasti adakah tahun depan peruntukan saya yang perlu diguna untuk kerja-kerja penyelenggaraan ini sebab selalunya apabila saya tanya siapakah yang perlu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, jawapan yang saya dapat adalah guna peruntukan YB. So bagi saya ini satu kerugian kepada kerajaan

ditambah lagi nilai tanah di Jesselton adalah sangat tinggi, sangat mudah untuk merancang sebarang pembangunan yang akan memberi pendapatan balik yang lumayan kepada Kerajaan Negeri. Isu ini setelah saya bangkit dalam sidang lepas dan sesi libat urus Bajet Negeri so saya berharap sidang akan datang saya tidak perlu lagilah bangkitkan isu ini so kita kena noktahkan isu ini di sidang ini saja. Saya berharap selepas sidang ini ada progress yang saya boleh lihatlah di tapak ini. Kalau tidak… (gangguan).

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan Kebun Bunga. Adakah Kebun Bunga mencadangkan tanah ini untuk dijual atau nak call RFP untuk pembangunan?

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Ini adalah terpulang kepada Kerajaan Negeri tetapi seperti yang saya katakan nilai tanah ini adalah tinggi, dia boleh mencecah 1 kaki persegi sehingga RM1,000. So ia dapat memberi pulangan yang lumayan kepada Kerajaan Negeri. Itu yang saya tak faham kenapa dibiarkan dengan begitu lama oleh kerajaan so saya berharaplah selepas ini ada tindakan yang drastik daripada Kerajaan Negeri. Selain tanah di Jesselton, dalam DUN Kebun Bunga juga terdapat beberapa lot tanah yang saya rasa merugikan Kerajaan Negeri. Tanah yang saya maksudkan adalah Ladang Hong Seng atau lebih dikenali sebagai Hong Seng Estate, tanah ini dimiliki oleh beberapa individu dan pemegang amanah dan saya difahamkan status tanah ini adalah first grade, iaitu dia tidak terikat dengan Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 tetapi pemilikan tanah yang wujud sebelum KTN, Kanun Tanah Negara ini dikuatkuasakan dan status tanah sebegini hanya ada di Pulau Pinang dan Melaka iaitu negeri Straits Settlement. Tanah first grade ini tidak mempunyai jenis penggunaan dan tidak tertakluk kepada Seksyen 54 dan 124 Kanun Tanah Negara. Ini merupakan pemahaman saya dan saya juga pohonlah Kerajaan Negeri memberikan pencerahan berkenaan dengan status tanah ini. Sebab utama saya bangkitkan isu ini ialah tuan tanah hanya perlu, kalau betul first grade, tuan tanah hanya perlu membayar cukai tanah yang sedikit sahaja iaitu mengikut kadar pengiraan pertanian ataupun ladang tetapi, tetapi tuan tanah telah sewakan tanah ini kepada hampir 500 tapak, okay untuk dibina kediaman dan setiap bulan tuan tanah mengutip sewa tanah yang lebih mahal daripada kadar cukai tanah kerajaan Negeri iaitu antara RM80 hingga RM200 setiap bulan, itu setiap bulan hah okay. RM80 hingga RM200 mengikut keluasan tapak yang dibina kediaman itu. Dalam masa yang sama tuan tanah tidak menjalankan tanggungjawab untuk membina infrastruktur seperti longkang, tiang lampu jalan dan jugak kerja-kerja penyelenggaraan yang lain. Tanggungjawab ini sekali lagi terletak di bahu ADUN dan ahli Parlimen. Sebarang masalah di Ladang Hong Seng ini penduduk akan salahkan ADUN dan Ahli Parlimen yang tidak membuat kerja tetapi peruntukan kita untuk pengetahuan ADUN pembangkang peruntukan kita pun tak banyak, okey untuk projek infra. So saya tak mampu untuk membuat semua ini tapi saya ucapkan terima kasih jugalah kepada pihak MBPP yang telah bantu untuk kerja-kerja penyelenggaraan di Ladang Hong Seng. Tuan tanah telah menikmati pendapatan sewa tanah yang sangat lumayan. Okay, seperti yang saya tadi kata RM80 hingga RM200 untuk 500 tapak di sana dan setiap bulan tetapi masalah yang ditinggalkan oleh tuan tanah ini perlu dipikul oleh Kerajaan Negeri, oleh MBPP, oleh ADUN dan Ahli Parlimen. So saya berharap masalah ini dapat diselesaikan dalam semakan cukai tanah yang bakal dijalankan pada tahun hadapan. Dan jugak begitu jugalah dengan pemilikan tanah di ladang-ladang dan tapak estet isu yang lebih kurang sama macam di Hong Seng Estet.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan. Baru-baru ini Michelin Guide telah memasukkan 69, Michelin Guide ini dimiliki oleh satu syarikat tayar kalau tak silap saya dari Perancis, dari Perancis telah memasukkan 69 restoran, kedai makan dan penjaja, ada yang dapat

star rating, ada yang dapat selected dam macam-macamlah termasuk apom manis yang menjadi kegemaran rakyat di Pulau Pinang. Pengiktirafan Michelin sekali lagi meletakkan Pulau Pinang sebagai destinasi makanan yang terunggul di negara ini sekali lagi tahniah kepada YB Paya Terubong. Walau bagaimanapun isu penjaja tepi jalan tanpa kebenaran, saya tak gunakan istilah haram tapi saya gunakan tanpa kebenaran

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Itu sudah sebut.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Masih membelenggui negeri ini. Isu ini sukar diselesaikan dan saya faham salah satu sebab utama Dato’ Timbalan Yang di-Pertua ialah iltizam politik yang kurang daripada kami semua. Selalunya penjaja yang dikenakan tindakan dia akan berjumpa dengan YB dan minta YB untuk keluarkan surat tangguh tindakan. Saya beranggapanlah sudah sampai masa isu ini diberi perhatian untuk mencari solusi yang tuntas. Penjaja atau kedai makan tanpa kebenaran ini akan mewujudkan pelbagai masalah dan yang ketara ialah masalah kebersihan makanan. Pengusaha selalunya juga tidak menyuntik suntikan anti tifoid dan mempunyai risiko menyebarkan penyakit kepada pengguna makanan.

Kita diiktiraf di peringkat antarabangsa, makanan kita diiktiraf di peringkat antarabangsa sudah tentu kita juga bertanggungjawab untuk menjaga kualiti dan kebersihan makanan kita. Tindakan terhadap penjaja tanpa kebenaran ini dilihat kejam tetapi persepsi ini saya rasa dapat diperbaiki kalau PBT menjalankan tanggungjawab dengan membina lebih banyak astaka ataupun tapak penjaja sementara yang dapat menempatkan penjaja ini. Cuma kadang-kadang masalah yang utama ialah pembinaan astaka makanan ini terletak di kawasan yang lalat pun tak ada. Itu yang jadi masalah paling serius lalat pun tak mau pergi. Tempat yang lalat pun tak mau pergi tetapi dibinakan astaka di sana so kalau kita nak masukkan pengusaha ataupun penjaja tepi jalan ini ke astaka itu sudah tentu tidak ada bisnes, okay. Ini terutama bagi astaka yang dibina oleh pihak pemaju yang hanya untuk mencukupkan syarat kebenaran pembangunan. Di bahagian Pulau saya berharaplah MBPP dapat memantau isu lokasi pembinaan astaka makanan ini dengan lebih ketat dan perlu melaksanakan langkah-langkah yang lebih proaktif dalam menyelesaikan isu penjaja tanpa kebenaran ini. Saya ada satu kes isu penjaja di tepi jalan ni dia memberitahu bahawa pendapatan sebulan dia boleh mencecah sehingga 10 ribu ringgit, okey pendapatan sebulan dia tapi dia meniaga di tepi jalan, so saya rasa secara peribadi saya rasa satu ketirisan di mana kerajaan tidak boleh mengutip sewa daripada penjaja yang boleh menjana pendapatan yang begitu banyak. Saya jugak seru MBPP boleh mempelajari daripada PWDC melalui Program Wanita Jana Rezeki yang dapat membantu ramai usahawan atau peniaga dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Kalau PWDC boleh saya percaya MBPP mempunyai lagi banyak sumber untuk mencapai matlamat ini. MBPP boleh mengambil peluang ini dengan membersihkan nama iaitu MBPP bukan agensi penguatkuasa sahaja tetapi jugak agensi yang boleh membantu penjaja tanpa kebenaran, bukan saja menjadi penjaja yang mempunyai kebenaran tetapi jugak boleh melipatgandakan pendapatan mereka. Kerajaan Negeri melalui program peningkatan dan pemulihan ekonomi telah memberi bantuan peralatan kepada penjaja dengan setiap daerah perolehi lebih 50 ribu dengan satu permohonan maksimun tiga ribu Kalaulah PBT, saya rasa PBT jugak boleh menyumbang dalam program ini supaya dapat manfaat. Penjaja adalah core business untuk PBT.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan. Awal tahun ini sebuah pusat penjagaan warga emas tanpa kebenaran telah beroperasi di Batu Gantung dan mendapat

bantahan daripada penduduk tempatan. Pusat ini telah menempatkan warga emas yang mempunyai masalah mental serta penyakit kronik berjangkit. Selepas beberapa siri siasatan oleh pihak JKM dan PDRM pesakit-pesakit ini ditempatkan dalam pusat penjagaan ini oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Pulau Pinang. Mereka terpaksa menghantar pesakit keluar daripada wad kerana kekangan katil walaupun pusat penjagaan itu tidak mempunyai kebenaran beroperasi, Okey. Kekangan katil yang dihadapi dan pesakit ini telah dikategorikan sebagai pesakit terdampar so saya ingin tanya kepada EXCO Kesihatan apakah kriteria yang diguna pakai oleh pihak hospital untuk mengklasifikasikan seseorang itu sebagai pesakit terdampar adakah hanya sebab tiada waris.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terlantar. Pesakit terlantar.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terdampar. Kesihatan kita harus guna istilah terdampar. Kesempatan ini jugak saya ingin menyeru dalam kita menuju ke negeri menua atau aging society sudah tiba masa Kerajaan Negeri memberi perhatian pada pewujudan pusat jagaan ini. Kerajaan Negeri melalui PBT bolehlah menggaris atau menetapkan sebarang projek pembangunan kediaman dan jugak yang perlu memberi tapak tanah untuk pembinaan pusat jagaan ini penting supaya pembinaan pusat jagaan ini tidak mendatangkan kacau ganggu kepada penduduk dan boleh memperolehi segala kebenaran oleh Agensi Kerajaan seperti yang telah ditetapkan oleh PBT yang mensyaratkan pihak pemaju perlu menyumbang tapak tanah untuk rumah ibadat.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Rumah pangsa Padang Tembak yang mempunyai 3,653 unit kediaman dan 65 lot kedai merupakan isu utama kepada sesiapapun yang bergelar ADUN Kebun Bunga. Saya menyambut baik langkah Kerajaan Negeri meletakkan kawasan ini sebagai Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan disediakan satu laporan oleh PlanMalaysia@Pulau Pinang. Cuma saya nak ketahui apakah yang dimaksudkan dengan RKK ini dan apa jenis laporan yang akan disediakan oleh PlanMalaysia. Saya juga difahamkan projek pembaharuan bandar atau URC Padang Tembak hanya akan dimasuk dalam Rolling Plan Yang ke-5 pada tahun 2030. Ini bermakna adakah PlanMalaysia Pulau Pinang perlu lima tahun untuk sediakan laporan tersebut. Jika laporan yang disediakan menunjukkan kawasan ini tidak sesuai dengan projek URC apakah penduduk perlu tunggu lagi untuk mendapat kediaman yang lebih selesa. Saya mohon pencerahan dan maklumat lanjut daripada Kerajaan Negeri berkaitan isu ini. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana Projek Kereta Kabel Bukit Bendera telah diadakan di DUN Kebun Bunga dan upacara ground breaking telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Jun yang lepas. Ini sudah tentu akan menjadi salah satu tarikan pelancong yang utama selepas siap dibina nanti yang dijangka pada hujung tahun 2026. Saya juga menyeru Kerajaan Negeri mengkaji untuk juga wujudkan akademi kereta kabel di stesen bawah supaya R&D berkenaan kereta kabel dapat diadakan. Kereta Kabel dikenal pasti sebagai mod pengangkutan yang memberi impak paling sedikit terhadap alam sekitar dan juga kos pembinaan yang rendah serta tempoh pembinaan yang singkat. Ini adalah selari dengan Dasar Hijau Kerajaan Negeri. Maka jika diadakan akademi R&D Kereta Kabel sudah tentu dapat melonjakkan industri R&D di Pulau Pinang serta menjadikan kereta kabel sebagai mod pengangkutan awam. Apabila projek ini siap nanti, sudah tentu pemintaan terhadap tempat letak kereta di kawasan Taman Botani dan sepanjang Jalan Kebun Bunga akan meningkat. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada MBPP yang akan mulakan kerja penilaian kebolehlaksanaan pembinaan tempat letak kereta bertingkat di tempat letak kereta milik MBPP berhampiran Taman Bandaraya atau Youth Park.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. ITIS atau Integrated Transport Information System, sekarang telah dilaksanakan di Lembah Klang. Sistem ini terbukti dapat membantu dalam menyuraikan kesesakan lalu lintas yang terjadi akibat kemalangan atau berlaku bottom neck . Dan juga dapat membantu pihak PBT ataupun PDRM dalam menyelesaikan kes-kes jenayah serta mewujudkan Dasar Bandar Selamat. Memandangkan kelebihan yang ada pada sistem ini (bunyi loceng)..sikit lagi Dato’ Timbalan Speaker. Memandangkan kelebihan yang ada pada sistem ini adakah PBT di Pulau Pinang akan menimbang untuk membawa masuk sistem ini di Pulau Pinang kerana Pulau Pinang merupakan destinasi pelancong asing yang ramai dan jugak kesesakan yang teruk terutama waktu puncak. Perlaksanaan SMART Trafic Light hanya langkah pertama sistem, saya rasa sistem ITIS ini akan jadi pelengkap kepada SMART Trafic Light.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, di sini juga saya ingin juga bertanya kepada kerajaan. Saya dapat jawapan daripada kerajaan bahawa kerajaan dalam pertimbangan untuk mencaj ataupun mengenakan kadar bayaran kepada sesiapa yang nak masuk ke Taman Botani. Secara peribadi saya menyokong usaha kerajaan inilah saya kongsikan satu cerita di mana saya telah melawat seorang uncle yang selalu bersama dengan saya, Uncle Lee pada 7 Mei yang lepas dia telah dihempap oleh pokok di Taman Botani. Saya telah melawat dia memberikan sedikit sumbangan dan lawatan itu dia telah beritahu saya dia kata YB kalau..saya faham bahawa kos penyelenggaraan di Taman Botani adalah tinggi kerana nilai pokok dan juga keluasan kawasan yang besar dan Uncle Lee ini dia jugak cadangkan bahawa kerajaan bolehlah mengutip kadar bayaran dengan kadar yang paling minimum so saya menyambut baik usaha kerajaan ini supaya selepas ini kerja-kerja penyelenggaraan di Taman Botani ini dapat dijalankan dengan lebih banyak lagi. Sebab Jabatan Taman Botani hanya menerima peruntukan sekitar dua juta satu tahun kalau termasuk dengan pengurusan memang tidak cukuplah. So saya sokong usaha kerajaan ini. Dato’ Timbalan di-Pertua so saya rasa itu sajalah ucapan yang bahas ini dan saya pohon untuk menyokong usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Kebun Bunga dan seterusnya saya jemput Pinang Tunggal. Dipersilakan, silakan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat TKM 1 dan 2. Yang Berhormat EXCO-EXCO, Dato’ SUK dan semua Ketua Jabatan dan seterusnya rakan-rakan ADUN yang saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas peluang yang diberikan pada saya untuk membahas pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua petang ini. Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah pada orang di belakang saya, ADUN Sungai Bakap YB Abidin Ismail.

Saya harap inilah PRK terakhirlah untuk kita semua. Kalau perlu PRK pun bukan pasal mati, tapi pasal 'lompat'. Saya nak mulakan ucapan pada petang ini dengan satu pantun;

Kalau pergi ke Kota Lama Singgah sebentar di Kota Melaka Menjadi harapan kita bersama Negara Palestin pasti merdeka

Saya terus kepada perkara pertama, saya nak lebih kepada respond soalan-soalan yang saya ajukan semasa soalan bertulis. Pertama tadi, kita mendapat kefahaman bahawa Perdana Menteri mensasarkan miskin tegar kosonglah. Dan kita faham melalui perbahasan tadi, angka ni sukar sebab orang boleh jatuh miskin tiba-tiba. Cuma saya nak tengok di sudut jawapan yang saya terima ni pada hari Jumaat lepas, jumlah miskin tegar di Pulau Pinang adalah 1,641.

Jadi, saya tak pasti yang mana yang betullah. Yang, yang dihantar pada saya ni yang latest ni 1,641. Dan disini kita tengok disini, top 4 adalah DUN Pembangkang daripada Sungai Dua. Minta maaf daripada Penaga, Pinang Tunggal, Permatang Berangan dan Permatang Pasir. Sebab tu wajar peruntukan tu dikaji semula, sebab kalaulah kita tak bagi peluang untuk ADUN-ADUN Pembangkang ni mendapat peruntukan sepatutnya, maka macam mana kita nak bantu?

Sebab kita yang lebih dekat dengan rakyat, dari segi logiknya kita yang diberi mandat oleh rakyat, kita yang mewakili rakyat. Kalau kita tak dapat access daripada rakyat atas sekatan ni, di mana logiknya? Dan saya berharaplah supaya disebut tadilah berkali-kali tentang peruntukan ni sebenarnya bukan apa, sebab rakyat kebanyakan mai dekat kita, dia mai kat kita. Kita berdepan dengan keadaan tetap kena bantu depa. Kita tak boleh sebut kata pi tang lain, pi tang nu, pi tang ni. Ha, ni masalah ni.

Saya harap sangatlah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, walaupun sebut tadi kata macam tak dak peruntukan, please review baliklah sebab keperluan sangat mendesak. Saya dah buktikan dengan tengok top 10 DUN yang miskin, yang paling tinggi ni semua daripada DUN Pembangkang, DUN PN.

Dato’ Timbalan Speaker, hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan menjadi tahun. Makna dah setahun lebih kita bersama di sini. Pada mula saya memberi ucapan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Pertama, saya sebut saya sangat impress dengan ucapan EXCO-EXCO yang semuanya menyebut tentang pentingnya kebersamaan, uniformity dalam kita bersama-sama Pembangkang dan Kerajaan ini menggerakkan dinamika politik Pulau Pinang ini.

Kita bersama dalam merangka apa jua tapi, malangnya selepas setahun lebih setahun dia tak berlaku. ADUN-ADUN Pembangkang dinafikan hak mereka. Peruntukan boh sebelah la. Maknanya peruntukan mereka bagi pun tak rugi. Let say kalaulah kata mesyuarat setuju untuk bagi ADUN Pembangkang ni RM500,000.00 macam ADUN Kerajaan, jadi kalau kami ambil alih kita kekallah, betul tak?

Who knows kalau 11, 10 orang lompat mai, kita kerajaan pula. So, kalaulah kata kita bagi pada kami ni pihak kerajaan akan dapat balik kalau jadi pembangkang sikit hari. So, tak rugi. Jadi ADUN-ADUN PN, sorry ADUN Pembangkang ni kita sebenarnya sangat terasa bila EXCO yang buat lawatan kerja hatta CM pun kadang turun ke DUN-DUN kita ni, tak maklum. Kita sebenarnya, kita sangat meraikan EXCO-EXCO turun ke kawasan-kawasan kita ni.

Tapi, kadang-kadang EXCO turun atas kerja tak maklum pada kita. Kadang-kadang problem tu kita yang highlight, tapi bila turun tak habaq kita, kita tak tahu, kita tak tahu status tu. Jadi rakyat tanya eh kenapa tak tau, tiba-tiba dengar-dengar EXCO turun dah.

So, saya harap ini sangat tak baiklah, tak sihat untuk politik, untuk demokrasilah. Begitu juga dengan program-program bantuan, baik daripada PMX semasa bantuan banjir atau bencana-bencana, kita tak dijemput dan tak maklumkan pun. Pembukaan pusat-pusat

sementara banjir ni tak maklum pada kita. Jadi kami ni hilang maklumat. Jadi di manakah keadilan dalam demokrasi ini?

Saya teringat dulu ni, beberapa kali TKM II menyebut tentang bagaimana masa bapa dia ditahan ISA dia sebut beberapa kali, dia sebut tentang pentingnya pendidikan itu. Bapa dia advise dia untuk teruskan pengajian walaupun dia ditahan. Kenapa bapa dia ditahan? Sebab apa? Dulu ni kita pernah bersama berjuang untuk menentang kezaliman, menentang kemungkaran, salah guna kuasa.

Tapi kalau hari ni orang yang bercakap bab tu, hari ni nak bagi balik kat kita di sini, di mana kewajaran bila dulu sampai kena penjara, masuk ISA, masuk lokap. Dimana kewajaran? Tuan-tuan dengan saya ni, kita biasa bersama menentang kezaliman dan kita kekalkan benda tu pada hari ini. jadi kita fikir sendirilah, kita nak kita nak politik kita macam ni ka? Sampai bila? Sepatutnya rakyat diutamakan, politik diketepikan. Sepatutnya begitu. Kita tak habis-habis dengan politik.

Saya minta maaflah, saya sebut ni sebab saya rasa dah sampai masa dia kita kena buka mindalah, matang dan sejahtera yang bukan lagi macam seolah dendam tak habis-habis. Disebut Ketua Pembangkang tadi ambil gambar pun takut, sampai begitu. Tekanan yang saya tak mahu sebutlah, secara langsung. Nak tahu siapa dia, kita tak boleh bagitahulah. Tapi orang sampai takut, kita nak bawa budaya takut ni sampai macam mana? Sampai bila? Kita semua pun, tak lama dah.

Seterusnya saya nak sebut tentang isu beras ni, sebab apa? Beras ni, kalau kata kilang padi BERNAS ni, depan rumah saya. Dan saya dapat melihat orang mai jual beras tu. Kalau tengok jawapan daripada EXCO di sini, kita nampak sangat ketara penurunan belian padi oleh BERNAS. Daripada biasa jual 13,000 tan setahun, tinggal lani 5,000 ja tahun ni. Ingat lagi sebulan, nak cecah 6,000 pun payah. Penurunan ketara. Dan tengok statistik ni, BERNAS hanya beli 10%, 10% saja berbanding dengan swasta. Dan BERNAS pun tak kan berhasrat untuk beli, beli beras sebab depa run at lost (dengan izin). Dia run at lost, lagi banyak dia beli beras, lagi dia rugi. Sebab BERNAS beli beras kat orang 1,400 satu tan, tapi kilang padi swasta beli 1,680.

Satu lori kecil ada 4 tan, kira setiap kali satu lori kita jual, kita rugi RM1,120.00 siapa nak jual kat BERNAS? Yang beli kat BERNAS ni orang-orang lama, orang tua-tua yang ada sentimental value, yang sayang BERNAS tu. Orang tu yang jual ni, sebab apa yang berlaku lani kata nak bunuh industri BERNAS ni industri padi ni, cara macam ni.

Logik akal tuan-tuan, tuan-tuan yang saya hormati ni BERNAS beli RM1,400.00. Kilang swasta beli RM1,680.00, siapa lagi nak jual kat BERNAS? Siapa nak rugi? Satu lori RM1,000.00 lebih, ha ini benda yang paling saya hairan. Kita di sini, saya faham ini bukan isu Persekutuan, ini isu kita. Isu-isu rakyat, rakyat nak makan beras tak dak ni. Apa guna beras murah, tapi tak boleh beli? Tak dak makna kalau beras harga seringgit pun buat apa, kalau tak boleh beli?

Yang peliknya, bila Jualan Rahmah ada pula beras tu. Saya nampak benda ni mudah saja, kita ada Kawal Selia kita boleh pi kilang padi swasta tu. Hangpa beli lori bersusun tu, beli sampai 5, 6 tan mana pi beras tu? Apa Kawal Selia buat dalam hal ni? Jadi benda ni saya ingat sangat, curious, sangat-sangat kita pun tak tahu nak sebutlah sangat menggusarkan.

So, seterusnya saya nak pi kepada vape tadi ni. Vape tadi ni kalau ikut statistik yang saya dapat, saya ucap terima kasih kepada Batu Ubanlah yang amat concern pasal (kurang jelas)

vape ni yang tau bahaya vape ni. Ikut statistik ni yang paling tinggi di Batu Kawan ni. Kawasan Yang Berhormat Ketua Menteri kita ni, kawasan yang paling tinggi apa ni jualan tu. Jadi, mungkinlah saya tak tau kenapa, mungkin ada jawapan tertentulah. Tempat-tempat lain sikit-sikit, tempat dia terlampau tinggi. Adakah data atau apa, wallahuallam lah.

Seterusnya saya nak pergi kepada apa ni rasional tentang apa ni. Pertama saya ucap terima kasih kepada EXCO Kesihatan dalam jawapan pada Mesyuarat Pertama dulu disebut tentang apa ni kerajaan telah memperuntukkan sebidang tanah di DUN Pinang Tunggal untuk dibuat Klinik Kesihatan. Terima kasihlah, cumanya dalam masa lani ni Pinang Tunggal ni dia tak dak Klinik Kesihatan, yang ada di Bertam dan di Penaga. Dan di Hospital Kepala Batas di Bertam, di Bertam pun dia tak boleh terima dah pesakit sebab dia dah peak dah. dia terima 800 pesakit sehari dah maksimum dah. Serupa di Hospital Kepala Batas pun, dia dah terlampau sibuk dah. Sebab tu wad kecemasan pun dia jammed.

Dan bukan di Kepala Batas saja, di semua tempatlah tapi saya sebut spesifik tentang ucapan terima kasih pada EXCO yang saya difahamkan akan buat Klinik Kesihatan dalam RMK12 lah. Cuma saya harap supaya dipercepatkan dan kita pushlah sebab benda ni benda yang lama dah. Dengan hari ni Pinang Tunggal pengundi 36,000 pengundi dan akan ada 10,000 rumah Setia Fontaines yang tengah naik ni dan Bertam Pinggiran 3,000 maknanya 3,000 rumah campur 10,000 jadi 13,000 rumah. Bayangkan. Walaupun terima kasih, kita kena push konsisten sebab kadang-kadang bajet ni boleh ditarik balik.

Seterusnya kepada satu lagi isu yang saya sering bawalah, isu Balai Polis ni di DUN Pinang Tunggal. Kalau-kalau untuk di Parlimen Kepala Batas baik Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, kita share satu balai polis. Balai Polis Kepala Batas, jadi statistik yang ada ni menunjukkan bahawa peningkatan kes jenayah sama ada kecil atau besar di Kepala Batas, khususnya di DUN Pinang Tunggal. So, bila rumah banyak orang pun banyak, tentulah kuantiti jenayah pun tinggi. Ni dah sampai keluar. Saya dapat maklumat daripada jawapan sini ialah ratio polis dengan apa ni dengan apa ni penduduk ni kalau yang ideal, 1 polis 250 orang penduduk. Untuk DUN Pinang Tunggal ni, minta maaf. 1,150 lari 10 kali ganda.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri

Masa berjalan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Allah, jadi pelan ni. Sebenarnya bukan apa, patut esok mai hari ni, kalut lah. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf. Tak palah. Saya minta maaf, cuma data macam tu. Data dia kalau nisbah 1 polis, 250 yang ideal. Tapi dalam kontek Pinang Tunggal 1 polis 1000 lebih. Saya tak ingat berapa, 1000 lebihlah. Saya tak ingat. Boleh check kemudian, tapi saya pasti 1000 lebihlah. Jadi keperluan untuk buat balai ni sangat tinggi. Bayangkan dulu last empat tahun lepas kita ada Balas Polis Komuniti Bertam Perdana, kita ada Pondok Polis Kampung Selamat. Lani dengan lepas 4 tahun ni pembangunan sangat rancak, rumah makin banyak tiba-tiba balai makin kurang.

Walaupun kita faham kekangan segi dari segi perjawatan tu. tapi menjadi keperluan sebab data menunjukkan bahawa kes jenayah makin tinggi di kawasan ni. Dah tentulah dia tak akan banyak di Tasek Gelugor, sebab setiap DUN ada balai polis. Balai Polis Tasek Glugor, Balai Polis Sungai Dua, Telok Ayer Tawar, dia tak seimbang sebenarnya. mungkin dulu dia buat setiap

DUN sebab dulu kepadatan lain. Namun di Kepala Batas, lani bila dibangunkan Bertam Perdana, Bertam Putra ni penduduk dia dah terlampau tinggi dah.

Jadi satu lagi saya nak sebutlah tentang apa ni semua hat beras, sambung hat beras tadi. Saya minta maaf lah, dia, dia silap ni, saya sangat harap supaya kali ni. Okay, seterusnya bantuan zakat. Saya terima kasih kepada ZAKAT Pulau Pinang dan JKM kerana sangat cakna dan prihatin dengan masalah rakyat. Memang bila sebutlah dia akan mai, depa akan mai memang cepatlah tindakan ZAKAT dengan JKM sangat cepat. Saya tabiklah, cumanya saya nak minta sedikit justifikasi untuk kes-kes terpencil macam berlaku bencana ribut, banjir. Macam ributlah kalaulah kawan tu rumah dia bumbung terbang, senang-senang boleh pi RM5,000.00, RM6,000.00, RM10,000.00 belanja. Dan kita pun tau zakat dia buat the best dah. Tapi dalam konteks SOP dia boleh pi RM2,000.00 ja contoh ataupun JKM RM2.000.00 setakat tu ja. Kawan tu dia perlukan RM10,000.00 untuk repair rumah dia. Masalah dia, dia boleh minta dana ataupun derma kat orang mai ke masjid, kawan-kawan, adik-beradik. Tapi, kalau dah mai sebulan dah, masjid pun tak mampu tolong dia dah, kita sebagai body dan zakat ni untuk JKM mungkin dia ada dia ada dia punya standard. Zakat ni dia ada asnaf, depa susah. Depa tak mampu nak cari duit dah tu. Bagi saya, saya mintalah zakat untuk review balik SOP ni. Kes-kes terpencil ni patut ada satu, satu yang khas. Sebab kita ada kita difahamkan zakat ni ada lebihan seratus juta lebih. Sahih atau dak ada orang sampai rumah ni sebulan lebih 2 bulan terpelahang, rosak habis barang-barang rumah tu tak kan kita nak biar lagi. Sini kena ada, kena ada budi bicara. Macam juga dengan soalan murung-murung. Saya ada beberapa tak salahkan zakat, zakat dia interview base on depan dia tu, dia tak tau kawan tu kadang-kadang dia ada sakit boleh tak boleh. Kadang soal tak boleh, so kes-kes lagu ni, mungkin perlu sedikit penelitian, kalau atas kata, kalau dia dah murung tu, kita kena do something, kena ada, kena ada timbang tara. So saya minta so untuk kita kaji balik SOP Zakat yang ambil kira kes-kes terpencil ini. Sebab macam bumbung tadi ni, dah terbukti dua bulan dia tak mampu nak repair rumah dia. Dia usaha tak ada duit dah, tak kan kita nak biar. Kalau orang tau kita ada duit ratus juta lebih. Kita biar rakyat macam ni. Macam mana? Okay na.

Seterusnya isu kerosakan Jalan Lebuh Bertam Perdana. Jalan ini pun sebenarnya yang ni pun long standing issue. Dua jalan ini, dia bersambung. Jalan Lebuh Bertam Perdana dan Jalan Lebuh Bertam Pinggiran. Yang Lebuh Bertam Perdana ni bawah JKR, hak Bertam Pinggiran masih lagi di bawah pemaju. Dia ni mendapan ni lama dah bukannya baru. Banjir di kawasan ni pun bukannya baru ni lah, dah lama dah sebab dia mendap. Jadi kita ucapkan terima kasih kepada pihak JKR dan semua agensi kerajaan termasuk MPSP yang cakna dan memang repair. Cuma repair pagi ni, esok jadi balik. Saya baru ini Sabtu lepas, saya pergi pantau sendiri. Tinjau. Ada lori lori siput, lori enam tayar, 12 tayar. Bayangkan jalan ni dua lorong, JKR dah bubuh kon dah satu lorong ni, tapi sebab lori dok lalu di situ, satu lorong dah kena dia mula ambil jalan sebelah pulak. Dan ada orang jatuh dah. Motor jatuh. Lubang terjadi selepas kon tu. Benda ini memang saya ada ucapkan terima kasih kepada MBSP yang saya difahamkan telah bermesyuarat untuk urus benda ni, tapi benda tu ambil masa. Kalaulah kita kata kita nak suruh JPJ mai dia kena ada, dia kena ada punca kuasa. Jadi saya difahamkan JPJ pun ada buat rondaan tapi JPJ tak boleh mai 24 jam. Jalan makin rosak dan orang pelan jatuh ni. Saya haraplah Kerajaan Negeri dan EXCO yang berkaitan, tengok sat ini. Dia adalah long standing issue. Dah lama dah. Dah makin teruk dan menyebabkan kemalangan banyak kali berlaku ni. Tengok dalam media sosial, semua orang bercakap pasal Lebuh Bertam Perdana ni. Minta sangat-sangat lah.

Satu lagi, saya haraplah mungkin kita boleh bincang untuk buat laluan khas, untuk lori-lori ni. Sebab lori-lori ni, dia mai daripada Kedah tu. Dia mai daripada sempadan Kedah, ikut titi tu, dia akan lalu Lebuh Bertam Perdana untuk nak pergi ke Setia Fontaines ataupun dekat dengan PTP. Jadi dia tak ada choice, so sepatutnya bila kita dah feedback, kita dah maklum tentang

kerosakan jalan ni kena ada satu cara kaedah, untuk buat laluan baru dekat depa. Tidak dia makin teruk dan kita tak boleh tunggu sampai bila nyawa melayang ni. So saya harap ini diambil perhatian.

Dan satu lagi tentang Kompleks Sukan atau Pusat Belia Kepala Batas. Kalau ikut statistik, kompleks ini patutnya siap dua bulan lepas. Tapi dia extend sampai tahun depan. Jadi saya difahamkan bahawa setakat la tak ada perancangan untuk hubungkan jalan kalau boleh siap tak ada perancangan untuk buat jalan daripada kompleks ni pi ke jalan besar. Tak ada. Ini masalah kalau siap kompleks ni, tak ada jalan. La ni pun jalan yang lori dok guna pun, rosak habis dah, so bayangkan kalau nak pi Jalan PKD, la Jalan Paya Keladi dah teruk dah ni dengan pagi-pagi dengan jammed teruk. Kalaulah hubung jalan tu dengan rumah rapat-rapat rumah kampung semua rapat-rapat dengan bahu jalan. Kalau la tak ada perancangan, macam mana ni. Kenapa kita gagal merancang untuk pastikan ada jalan bila kompleks siap.

Untuk yang apa ni beras tadi ni, saya nak tanyalah EXCO berkaitan tentang beras Cap Feri ni. Sebab saya tengok Buletin Mutiara 27 Mac menyebut akan dipasarkan dalam tempoh dua bulan. Lepas itu 10 Oktober disebut beras Cap Feri akan dilancarkan oleh Menteri pada 11 Oktober di sebuah hotel di Bertam. Saya dok tunggu Bertam ni, tempat saya ni, tapi tak ada. Cuma laporan media menyebut, EXCO yang berkaitan melaporkan, operator, kilang padi yang bekerjasama dengan negeri ini dah mulakan proses pengilangan padi. Dia juga sebut akan guna beras tempatan. Beras Cap Feri akan turut guna beras import. So dia agak contradict. Saya nak tahulah, operator kilang padi yang mana memasar oleh pihak mana dan berapa harga jualan, kalau lima kg, 10 kg. Dan saya bangkitkan hal ini bukan apa sebab saya mewakili, saya dah jumpa dengan pertubuhan peladang, yang sebut depa dah tak larat dah, depa minta kita bawa keperingkat yang negeri ini. Walaupun dia urusan Pusat, jadi kita at least kita tunjukkan perhatian kita, sebab Pulau Pinang ini pernah jadi kawasan yang tinggi pengeluaran padi suatu masa dulu. Walaupun tengok kita di Pulau Pinang ini, kita biasa tertinggi sekali. So kita perlu pastikan, bahawa untuk saya kena saya rasalah perlu ada bantuan khas untuk pesawah ini, pemulihan tanah ini. Tanah punya lama dah. Dia dah, dia dah apa kalau manusia kita kata mangli dah. Kena ada pemulihan tu. Kita kena bantu pesawah. La ni persepsi pesawah ni, kita macam biar depa seolah mati begitu lagu tu saja. Sebab bayangkan BERNAS ni run at lost. Itu dia punya intipati BERNAS run at lost, siapa pun akan setuju dengan saya lah di luar sat lagi, la mungkin depa tak berani, BERNAS run at lost jadi kena do somethinglah. Tak kan nak biar kut. Benda ni benda yang sedang orang nampak kegagalan kita. Saya tak sebut kerajaan atau kita. Kita bersama dalam hal ini. Sebab tu saya sebut tadi ni. Saya agak impress bila dulu EXCO-EXCO sebut tentang bersama, ajak mai bincang. Tapi akhirnya kita dinafikan hak kita. Mesyuarat kalau kata TKM mai Pinang Tunggal habaq la. Kita pun nak kawan-kawan kita bukan nak ni. Kalau kata YB Daniel mai bagi tau la, kita bukan apa. kita pun kawan-kawan, kita nak bekerjasama, kita nak bekerjasama dengan semua orang. Kita dok sini nak bekerjasama bukan nak cari gaduh. Jadi kita tak nak dah benda-benda yang hat lama tu. Berapa ramai saya sebut tadi, berapa ramai pemimpin-pemimpin kita dulu ni, kita pernah menangis bersama, ketawa bersama. dulu ni. Kita dah melalui zaman itu, kita nak bagi balik kat kami. Tak boleh macam tu. So fikir baik-baiklah. Kita tak boleh, adakah macam berdendam, sampai tak nak bagi mileage langsung. Orang undi kita bukan kerana individu tapi, kerana parti, kerana parti. So kalau parti kita baik, orang undi kita. Simple. Betul tak betul. Kawan-kawan, betul tak betul?

Ahli-ahli Yang Berhormat:

Betul.

Bukhori Bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Ha, hat ni takut nak kata. Bukan soal individu. Soal parti.

Minta penjelasan sikit.

Bukhori Bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Nak habis la ni.

Sikit saja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Masa nak habis dah ni.

Sikit saya Yang Berhormat Pinang Tunggal. Terima kasih. Tertarik dengan apa disebut tadi berkaitan dengan lawatan ataupun EXCO-EXCO yang turun ke kawasan-kawasan. Tapi wakil rakyat ataupun Yang Berhormat setempat tak dijemput. Saya kira ini bukan bagi saya lah Wallahualam sama ada betul atau tidak. Tapi apa yang saya lihat mungkin ini bukan keputusan di peringkat MMK saya kira. Mungkin ada YB di kalangan EXCO yang tidak berjiwa besar. Sebab ada YB EXCO yang turun ke kawasan, dia maklum kepada kita. Dia akan turun, jadi dia akan jemput. Daripada Padang Lalang, pun nak turun hari tu ke Penaga, dia maklum. Jadi saya kira, ini bukan polisi di peringkat Kerajaan Negeri ataupun bawah MMK tapi atas EXCO itu sendiri. Samada nak jemput kita ataupun tidak, boleh setuju ataupun tidak.

Bukhori Bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Penaga. Saya bersetujulah sebab saya rasa kadang-kadang ni, mungkin macam CM biasa turun ke Pinang Tunggal. CM kita ni turun. Mungkin depa tak maklum kepada dia kut kata jemput. Kita pun bukannya heran sangat, tak pi pun tak pa. Tapi kita nak rai sebab kita bersama, so, apa kita tunjuk kepada rakyat kita boleh bersatu walaupun kita berlainan pandangan, berlainan ideologi. Kita kena bawa satu politik baru matang sejahtera dalam politik Malaysia hari ini. So Pulau Pinang kena mula benda ini, janganlah kita habaq orang lain tak bersama tak boleh lagu tu. Kita kena beza. Tadi disebut oleh Yang Amat Berhormat CM ni, ramai EXCO muda-muda ni. So orang muda kena ada fikiran muda, TKM 1 pun muda juga ni. So kita janganlah terbawa-bawa dengan politik-politik yang hat jenis lama ni. Saya sebut tadi lah, CM sebut tadi, bagaimana dulu ni, masa dia seorang-seorang dulu, dinafikan hak. Dia sebut. Saya sebut balik tadi. Tak kan kita nak pulang balik kepada orang lain yang akan buat kepada orang lain. So kami, InsyAllah lah, saya bertekadlah kalau kita jadi kerajaan Pulau Pinang sedikit hari, kita tak akan buat apa yang buat kepada kami hari ini. Saya bertekadlah. Kalau 10 orang jadi lompat kepada kami, kami jadi kerajaan, kami tidak akan buat macam tu. Jadi apa pun terima kasih kepada semua, ini bukan apa sebab beras itu muhasabahlah sebagai satu peringatan untuk kita berjanji, kita dah berjanji untuk kerja bersama-sama jadi janganlah kita buat perangai-perangai yang boleh menyebabkan orang marah kepada kita. Kan. Rakyat tengok. Sungai Bakap

ni saksi bahawa bukan orang tengok individu, orang tengok parti. Orang tengok apa yang kita boleh bawa walaupun disebut dikatakan apa yang Yang Berhormat Pembangkang ni boleh buat? tapi orang nampak benda lain. Orang nampak kerangka parti tu ideologi tu kesungguhan tu. Jadi saya lagi sekalilah, berharap saya memohon saya merayulah kepada rakan-rakan kerajaan ni yang saya rasa boleh berfikir secara matang untuk kita mulakan kembali lah. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Kalau Allah tetapkan kita menang, kita menanglah. Kalaulah takdir kita kalah, kita kalahlah. Kita muhasabahlah. Kenapa orang tak undi kita. Dia very simple, kita menang dalam pilihanraya, kita menang, kita berabis beratus juta dalam pilihanraya, kalau tak boleh hormat demokrasi, tak boleh hormat hak rakyat, tak boleh hormat integriti, buat apa buat pilihanraya. Ubah perlembagaan perintah sampai hari kiamat. Betul tak betul. Ha, tak kuat. Betul tak betul.

Ahli-ahli Yang Berhormat:

Betul.

Bukhori Bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Ha, fokus ok tak apalah ini sebagai satu lontaranlah. Terima kasih dan saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Pinang Tunggal dan seterusnya saya menjemput Air Itam.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang berada dalam Dewan yang mulia ini, Ketua-Ketua Jabatan yang saya hormati sekelian, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam Penang2030. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan 2025 di dalam Dewan yang mulia ini.

Atas pembentangan Belanjawan Negeri minggu lepas yang jayanya. Sekalung tahniah ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri

Gaharu dibakar kemenyan berbau, Sabung ayam berbaju kertas, Tatkala hujan basah tembakau, Sekapur sireh pembuka bahas.

Dato’ Yang di-Pertua, Enakmen-enakmen Pembekalan kali ini merupakan tahun yang ke-16 dibentangkan oleh pentadbiran kerajaan ini sejak tahun 2008. Umumnya kupasan Perbahasan akhir tahun akan tertumpu kepada butiran perbelanjaan tahun depan. Hal berhubung kait kawasan wakil rakyat masing-masing juga kerap diangkat. Oleh kerana tumpuan perdana diberikan untuk belanjawan, maka Laporan Ketua Audit Negara dan Penyata Kewangan yang lazimnya dibentangkan di Dewan ini jarang menjadi arus utama wacana perbahasan. Oleh yang demikian, bagi memastikan inti hujah bahas Dewan ini lebih terimbang dan menyeluruh, maka tiga perkara pokok akan diketengahkan pada perbahasan kali ini oleh Air Itam, iaitu pertama perincian belanjawan dan butiran Laporan Audit. Kedua perkara mendesak negeri dan ketiga hal-hal setempat Air Itam. Maka dalam menunaikan kewajiban semak imbang dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat Pulau Pinang besarlah harapan Air Itam bahawa semua

perkara dalam bajet dan audit wajib diberi ruang untuk dibahas, ulas selagi tidak menyimpang dari Peraturan Mesyuarat. Dato’ Yang di-Pertua, perkara pertama perincian belanjawan, tiga butiran utama akan dibangkitkan. Satu, imbangan kewangan negeri, dua, kupasan mengenai punca defisit, tiga, cadangan tambahan untuk meningkatkan hasil. Dato’ Yang di-Pertua untuk satu, Imbangan Belanjawan 2025 kekal defisit iaitu belanja lebih dari pendapatan. Belanjawan defisit ini adalah kali yang ke enam terturut-turut sejak tahun 2018 yang sama diumumkan oleh Ketua Menteri semasa melancarkan Wawasan Penang2030. Jumlah defisit enam tahun terkumpul adalah sebanyak RM2.061 bilion. Kita sering berbangga dengan kenyataan bahawa Pulau Pinang memimpin dengan izin Penang Leads. Apabila kita membuat perbandingan dengan fiskal negeri Selangor yang mempunyai lebihan kewangan atau surplus dengan izin dua tahun berturut-turut jelas bahawa Penang tidak lagi leads dengan izin apabila berbicara tentang isu pengurusan kewangan negeri. Dato’ Yang di-Pertua di perkara dua berhubung, punca defisit. Punca pertama adalah kerana kerajaan gagal mengutip hasil yang sedia ada dengan cekap. Tanggungjawab untuk memastikan jentera kerajaan mendapatkan hasil seperti cukai tanah dan bayaran denda pada masa yang dijadualkan akan memastikan kerajaan tidak terlepas dengan wang yang sewajarnya diperolehi untuk kegunaan pembangunan dan bantuan rakyat. Hal ini telah ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit Pulau Pinang yang diedarkan pada sidang ini. Laporan ini mendedahkan tunggakan seperti berikut:

Cukai Tanah – RM72 juta Ansuran Dan Sewa – RM18 juta Pinjaman Pelbagai – RM0.5 juta bersamaan RM500 ribu Notis Tuntutan 6 A – RM6.1 juta Rampasan 8 A – RM1.6 juta Hapuskira – RM1.5 juta Cukai Hiburan – RM100 ribu

Dijumlahkan hasil dan cukai tanah yang gagal dikutip dan lewat mencecah RM99.8 juta. Ini bukan tatakelola kutipan hasil yang baik. Dato’ Yang di-Pertua, di sini Air Itam meminta tindakan Ketua Menteri untuk melaporkan kepada penggulungan Dewan angka yang benar, tulus dan terkini untuk tahun 2024 jumlah hasil cukai langsung, hasil bukan cukai dan cukai tanah yang masih gagal dikutip dan tertunggak. Senaraikan daerah yang mempunyai jumlah tunggakan hasil yang tertinggi. Air Itam juga ingin meminta supaya menyenaraikan hapuskira yang diluluskan dari tahun 2018 hingga kini. Kelemahan pengurusan kewangan seperti hapuskira adalah satu kerugian jelas untuk kerajaan. Apakah tindakan yang bakal diambil oleh Ketua Menteri bagi mengatasi masalah ini supaya mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk menghentikan ketirisan ini. Punca defisit kedua adalah pemberian pinjaman kepada Pihak Berkuasa, Agensi, anak Syarikat dan Syarikat Swasta Persendirian yang luar biasa. Pinjaman ini berjumlah 269 juta antara peminjam dana kerajaan tertinggi adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang iaitu PDC dengan kelulusan keseluruhan sebanyak 100 juta.

Walaupun antara asas pinjaman ini adalah untuk memajukan hartanah GBS by The Sea, namun PDC yang diperbadankan melalui Enakmen Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Tahun 1971 diberi kuasa di bawah Pindaan Bilangan 3 Tahun 1974 untuk meminjamkan dari mana-mana pihak yang wajar. PDC seharusnya meneroka kemudahan kewangan sektor swasta seperti bank supaya tidak membebankan negeri. Pinjaman RM33 juta yang diberikan kepada syarikat swasta di mana pada asalnya syarat bayaran balik adalah 36 bulan. Kini pinjaman ini telah tertangguh 10 tahun atas alasan isu penempatan tanah belum selesai. Pendedahan audit negara seperti ini adalah contoh ketara pengurusan pinjaman kewangan Kerajaan yang cuai. Terdapat juga Agensi yang mengambil pinjaman negeri namun hanya RM10 bakal dibayar pada tahun 2025. Ini telah menyimpang dari cara pembayaran balik sebanyak RM623,000.00 setahun.

Dato’ Yang di-Pertua, pinjaman kerajaan seharusnya dinilai berdasarkan pulangan dan bukan berupa tebusan, dengan izin bailout bagi projek yang gagal atau dengan izin too big to fail. Oleh yang demikian, Agensi dan syarikat yang gagal melaksanakan bayaran balik mengikut Jadual Bayaran Balik Perjanjian Pinjaman yang asal perlu diangkat ke perhatian Audit Negara untuk semakan. Punca defisit ketiga adalah pulangan hasil yang kurang lumayan berbanding dengan kos pelaburan projek. Maklumat Sidang Dewan ini telah mendedahkan projek yang dimaksudkan seperti berikut Projek Mengoperasi Wisma Yeap Chor Ee yang mempunyai kos RM10 juta dengan pulangan RM 780 ribu. Projek Kota Cornwallis, Pusat Pameran, Penjaja dan lain dengan kos RM16.79 juta dengan pulangan RM 1 juta. Pelaburan Sandilan Foreshore pelaburan RM373 juta, pulangan 30 juta. Pelaburan Projek Perumahan Hamna Sdn. Bhd. pelaburan RM125 juta, pulangan RM9 juta. Pelaburan Projek Hotel Crag, pelaburan RM500 juta dengan pulangan RM42 juta. Pelaburan Projek Titian Saliran Bukit Bendera pelaburan RM36 juta dengan pulangan RM 1.92 juta. Projek Perpustakaan Digital Fasa 1, 2 dan Butterworth dengan kos pelaburan RM19.9 juta dengan pulangan RM710,000.00.

Kesemua projek ini dikendalikan oleh Perbadanan Ketua Menteri. Jumlah kos pelaburan sebanyak RM1.08 billion, jumlah pulangan adalah RM85.41 juta, kadar peratusan pulangan sekitar 7% sahaja, kurang dari 10%. Pulangan kos pelaburan yang paling tidak setimpal adalah Projek Mengoperasi Wisma Yeap Chor Ee dengan kos RM10 juta, pulangan hanya 0.007%, bersamaan RM780 ribu yang disebut tadi. Oleh yang demikian, dalam kesimpulan laporan Ketua Audit Negara pada Oktober 2024, teguran bertulis telah ditujukan kepada Kerajaan Negeri yang berbunyi:-“Kerajaan Negeri hendaklah mengurangkan tunggakkan hasil supaya kedudukan kewangan Kerajaan Negeri berada dalam keadaan yang lebih kukuh”

Dato’ Yang di–Pertua, Kerajaan tidak boleh menuding jari pada Perbelanjaan Pembangunan yang tinggi, Perbelanjaan Pembangunan ini adalah demi kemajuan negeri, keselesaan hidup bersama dan kebajikan rakyat. Tatakelola kewangan yang lemah harus diperbaiki. Amalan daif seperti, pertama, Hapus kira kewangan, kedua, Hutang lapuk, ketiga, Tunggakan hasil, keempat, Cukai tidak dituntut dan kelima, Bayaran denda yang tertangguh perlu dihindari. Jangan lupa, jangan kita yang memiskinkan diri sendiri, kemudiannya menyalahkan orang lain.

Dato’ Yang di–Pertua, perkara ketiga, peningkatan hasil dalam meneliti strategi Kerajaan berhubung isu ini, dimana janji demi janji pernah dinyatakan berulang kali, namun tiada perubahan ketara. Maka Air Itam ingin mengemukakan cadangan seperti berikut. Pertama, Air Itam mengesyorkan pelaksanaan lesen sementara dan lesen pemutihan kegiatan perniagaan untuk pengusaha yang pada waktu ini tidak berlesen tetapi masih giat menjalankan perniagaan demi mencari nafkah dan kelangsungan hidup seperti yang telah dibangkitkan oleh pihak Kebun Bungah sebentar tadi. Sebab terdapat banyak kegiatan perusahaan yang masih sedang dijalankan secara sederhana dan kecil-kecilan sejak berdekad lama. Walaupun sederhana, perusahaan ini menyediakan pendapatan untuk menyara hidup keluarga dan anak - anak.

Sebagai kerajaan yang mengaku prihatin terhadap rakyat, kesukaran yang dihadapi peniaga kecil harus diberi perhatian. Antara perusahaan ini adalah seperti pengeluar makanan contohnya pengusaha sambal, bebola ikan, pau, roti, kuih, mee dan sebagainya. Bengkel membaiki perkakas, kedai basikal, pusat perkhidmatan jagaan, asuhan, pusat kesihatan, pusat rawatan tradisional, pembuatan minyak angin tradisional, penghantaran barangan, pemasaran runcit, pusat bimbingan kanak-kanak dan lain-lain.

Oleh kerana itu, memandangkan perniagaan seperti ini tetap dilangsungkan dalam keadaan terhimpit tanpa lesen selama ini, maka alangkah baiknya jika Pihak Berkuasa Tempatan menawarkan lesen sementara bersyarat iaitu Moratorium Lesen untuk mereka kekal menjalankan kegiatan perniagaan, lesen yang dikeluarkan akan mendatangkan hasil dan manfaat kepada kerajaan disamping membolehkan kami memantau amalan kebersihan dan keselamatan secara rasmi untuk menjamin kepentingan pengguna.

Kedua, pemberian geran kepada 25 Agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri bagi tahun ini adalah sebanyak RM95 juta antaranya yang menerima adalah:-

Digital Penang

: RM4 juta Persatuan Bola Sepak FAP : RM8 juta PTMP / PICSB

: RM8 juta Perbadanan Perpustakaan : RM8 juta Penang Institute

: RM5.5 juta HARMONICO

: RM1.3 juta

Rata-rata agensi dan anak syarikat kerajaan ini menjalankan tugas masing-masing dalam melaksanakan peranan khusus mengikut mandat mereka, yang merangkumi melaksanakan dasar pengangkutan negeri, pengurusan Rumah Ibadat Bukan Islam, menjalankan kajian dasar negeri dan lain - lain. Perbelanjaan mengurus, perolehan perbekalan, aset dan belanja pembangunan mereka tidak terikat dengan sistem e-Perolehan Negeri. Maka Air Itam mengesyorkan supaya perbelanjaan dan perolehan agensi dan anak syarikat ini mengguna pakai sistem e-Perolehan Negeri.

Kaedah ini bukan sahaja memastikan perbelanjaan Agensi lebih tersusun dan cermat, pada masa yang sama akan menjana pendapatan kepada negeri dalam bentuk pembelian dokumen tender dan langganan perkhidmatan sebutharga e-Perolehan daripada pihak kontraktor dan pembekal yang membida tender kerajaan. Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua perbahasan ini adalah berhubung isu mendesak Negeri. Isu yang pertama, pemegang taruh industri hotel dan Persatuan Hotel Malaysia - Pulau Pinang iaitu MAH telah menyuarakan kebimbangan mereka berhubung perkembangan industri pelancongan dan penginapan hotel yang bakal berdepan dengan masalah penyusutan pasaran hotel sebanyak 30% sekiranya tiada usaha untuk mempromosikan kegiatan pelancongan Pulau Pinang.

Pengusaha hotel Pulau Pinang juga telah mengemukakan persoalan berhubung cukai hotel yang telah dikutip oleh hotel di seluruh Pulau Pinang sejak 2014. Mereka telah menyatakan bahawa peranan asal cukai hotel yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri pada asalnya bertujuan untuk menjana hasil untuk dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri bagi memajukan kegiatan pelancongan secara amnya dan industri perhotelan secara khusus. Namun setelah 10 tahun, tidak ada petanda yang menunjukkan bahawa dana tersebut telah dimanfaatkan secara keseluruhannya dengan baik untuk kepentingan mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, setelah membuat semakan ke atas Penyata Kewangan Negeri, Air Itam mendapati bahawa seawal pelaksanaan Cukai Fi Hotel Pulau Pinang, satu Akaun Amanah Fi Hotel Negeri Pulau Pinang telah diwujudkan bagi menerima bayaran bagi maksud tertentu mengikut akta khas atau Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61). Sumber kewangan kumpulan wang ini adalah daripada badan-badan atau orang perseorangan untuk tujuan tertentu. Semakan terperinci menunjukkan bahawa satu jumlah yang besar telah dihimpunkan di bawah Akaun Amanah Fi Hotel Pulau Pinang seperti berikut:-

2017 RM13.804 juta 2018 RM6.857 juta 2019 RM2.657 juta 2020 RM2.688 juta 2021 RM2.898 juta 2022 RM2.196 juta Namun pada tahun 2023 Akaun Amanah ditutup.

Pada dan sebelum 2018, Akaun Amanah Fi Hotel Pulau Pinang pada waktu terawal dinamakan sebagai Akaun Amanah Fi Majlis Tempatan. Pada tahun 2023, menurut catatan Penyata Kewangan Negeri terkini, Akaun Amanah Fi Hotel Pulau Pinang telah ditutup. Pada baki dana yang diperolehi tidak menyatakan bahawa wang ini telah dipindah ke akaun amanah yang lain atau telah dibelanjakan. Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada Buku Bajet 2025, didapati bahawa di bawah tajuk Hasil, Terimaan dari Agensi Kerajaan, Pemberian Pelancongan, telah mencatatkan pendapatan dan anggaran pendapatan yang sangat tinggi seperti berikut: -

2023 RM25.001 juta 2024 RM1 juta 2025 sehingga kini RM10.005 juta

Angka ini menunjukkan hasil di bawah pemberian Pelancongan untuk tiga tahun terkumpul adalah sebanyak RM36.006 juta. Namun apabila disemak pada Belanjawan Tahun 2024, Penang Global Tourism iaitu PGT hanya diperuntukan RM7 juta sahaja. Oleh yang demikian, kami tidak terkejut apabila pengusaha hotel sektor pelancongan telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap masa depan industri pelancongan Pulau Pinang dan menuntut Kerajaan Negeri untuk memberi jawapan berhubung duit di dalam Akaun Amanah Fi Hotel Pulau Pinang yang telah ditutup dan hasil Kerajaan Negeri yang diperolehi melalui pemberian pelancongan telah disalurkan ke mana atau untuk tujuan apa?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Boleh mencelah. Saya tertarik apabila tadi Yang Berhormat ada merujuk pada Bajet Buku Bajet Negeri Pulau Pinang. Di dalam sini dinyatakan bahawa hasil kita ini untuk tahun ini adalah kalau tak silap saya RM570 juta lebih ya. Dan di bawah tajuk, tajuk, di bawah tajuk, minta maaf ya. Di bawah tajuk 7400 atas nama sewaan ada dinyatakan di sini anggaran pendapatan bagi sewaan pelbagai yang lain untuk tahun depan adalah 212 juta (Two Hundred and Twelve Million Eight Hundred Fifty Three Thousand Three Hundred and Eight). Jumlah ini agak besar jika dibandingkan dengan pendapatan atas seksyen yang sama yang hanya RM1.9 juta sahaja. Jadi, adakah bersetuju Yang Berhormat bahawa ini adalah hampir 50% daripada anggaran hasil negeri. Mungkin kita boleh minta supaya Kerajaan Negeri kemudian menjawab apakah hasil ini? Terima kasih.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Bukit Tengah. Ya, Air Itam memang setuju dengan pandangan Bukit Tengah dan diharapkan dalam penggulungan Ketua Menteri boleh memberikan satu penjelasan kepada Dewan yang mulia ini.

Dato’ Yang di-Pertua, pelancongan merupakan antara industri yang mampu diperkembangkan untuk Pulau Pinang. Penduduk Pulau Pinang yang berbilang bangsa dan bahasa ini menjadikan negeri ini disegani pelancong dari Singapura, Taiwan, India, China,

Eropah, Timur Tengah dan negara-negara yang berbahasa Inggeris seperti New Zealand, Kanada, Amerika Syarikat dan Australia. Ini tidak kerana tidak wujud jurang bahasa dengan pelancong asing yang datang bercuti di tempat kita. Maka Kerajaan Negeri harus menghargai peluang yang sedia ada dan terus memajukan bidang ini. Namun sekiranya ia tidak diurus dengan baik, negara jiran yang juga mempunyai daya saing yang tinggi akan melangkaui Pulau Pinang sebagai satu destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara. Industri pelancongan mampu memberi kesan yang luas kepada sektor lain dari pengusaha restoran kedai kopi, kafe, restoran nelayan dan sebagainya termasuk juga pemandu bas, teksi, e-hailing, penarik beca, kedai cenderahati, penjaja makanan, pasar malam dan juga kakitangan lapangan terbang, peniaga buah dan buah-buahan bermusim seperti durian dan banyak lagi. Pada dan sebelum 2018 akaun amanah fi hotel Pulau Pinang pada waktu terawal dinamakan akaun amanah fi majlis tempatan. Sudah repeat ar. Sorry. Bukit Tengah.

Dato’ Yang di-Pertua, isu yang kedua, adalah berkenaan pengurusan tanah lapang milik persendirian yang terletak di dalam negeri Pulau Pinang. Masalah yang dihadapi adalah tanah-tanah lapang dan terbiar milik persendirian semakin hari semakin menjadi pelbagai isu kacau-ganggu yang merangkumi aduan kebersihan, pembiakan nyamuk denggi, masalah makhluk perosak (dengan izin) pest dan aduan keselamatan persekitaran. Antaranya apabila kejadian seperti pokok reput yang tumbang di atas jalan raya atau tumbang di atas kawasan perumahan sehingga menimpa kenderaan dan orang awam yang membahayakan nyawa. Walaupun Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing di bawah Perintah Akta Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Kecil Majlis mempunyai kuasa untuk mengeluarkan notis amaran dan denda kepada pemilik tanah yang tidak bertanggungjawab supaya mereka mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan aduan kacau-ganggu ini. Namun langkah sedemikian tidak semestinya berkesan kerana adakalanya pihak yang bertanggungjawab ke atas tanah swasta ini tidak mudah dikenalpasti dan adakalanya mengambil masa yang lama untuk di kesan. Rintangan ini menjadi lebih mencemaskan apabila kita berada pada musim tengkujuh atau banjir. Kejadian yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa dan kemalangan tidak semestinya memberi ruang dan masa untuk pihak berkuasa menjalankan tugas mengikut susun atur kerja yang biasa bagi membendung kejadian yang tidak diingini. Pemilik tanah lapang persendirian yang menjadi punca kacau-ganggu, masalah kebersihan dan keselamatan tidak boleh cuai dan mengabaikan tanggungjawab terhadap kesejahteraan orang awam di kawasan sekeliling. Tindakan pemilik tanah persendirian untuk tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan pihak Majlis Bandaraya membersihkan dan memotong pokok-pokok berbahaya di atas tanah lot mereka dan dikenakan satu kos yang rendah berbanding dengan kos yang tinggi di luar oleh kontraktor adalah satu penggunaan wang cukai rakyat yang tidak sesuai. Wang hasil cukai sewajarnya digunakan untuk kepentingan bersama seperti penyelenggaraan jalan dan lampu. Setiap tuan tanah mempunyai tanggungjawab atas harta persendirian mereka. Oleh yang demikian, Air Itam mencadangkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan satu mekanisme di mana sekiranya pemilik tanah enggan melakukan tindakan untuk mengurus tanah mereka dengan baik sehingga mengakibatkan keadaan kacau-ganggu yang berbahaya kepada masyarakat setempat maka pihak Majlis Bandaraya boleh membersihkan dan mengendalikan pokok-pokok yang berisiko di atas tanah tersebut dan kos penyelenggaraan tanah swasta yang tinggi dikenakan pada tuan tanah dan juga mungkin mengkaji menyenaraikan hitamkan atau blacklist mereka dalam urusan dalam urusan Kerajaan Negeri. Maka saya memohon Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya untuk meneroka kaedah pelaksanaan untuk cara penyelesaian yang lebih terancang.

Dato' Yang di-Pertua, perkara perbahasan yang ketiga adalah hal-hal setempat untuk Air Itam. Perkara pertama dalam hal-hal setempat kawasan Air Itam adalah projek pengiktirafan tapak Astaka Annex Air Itam. Projek naik taraf ini melibatkan peruntukan sebanyak RM260,000 ribu. Kerja naik taraf ini merangkumi pemasangan perangkap minyak, pembinaan longkang untuk

perangkap minyak berpusat, pemasangan sinki keluli tahan karat, pembaikan struktur bangunan dan pemasangan lampu. Sukacita dilaporkan bahawa pihak peniaga dan pengunjung ke Astaka Pasar Air Itam berpuas hati dengan dan gembira atas kejayaan yang telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Naiktaraf ini telah memberi wajah baru kepada astaka tersebut yang kerap dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong asing. Suasana yang bersih dan kemas juga sedikit sebanyak menaikkan imej Air Itam sebagai tempat makan dan bercuti yang selesa, bersih dan selamat. Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih daripada pejabat KADUN dan penduduk Air Itam untuk ditujukan kepada Pentadbiran dan kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang atas kerja dan jasa yang telah ditunaikan.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua adalah mengenai rumah pam di kaki Kampung Bukit Air Itam. Kampung Bukit adalah kawasan penempatan desa di Air Itam yang terletak di lereng bukit Kek Lok Si. Perkampungan ini terletak di kawasan yang lebih tinggi dari kawasan perumahan Air Itam yang lain. Oleh kerana itu, kampung ini digeruni masalah tekanan air rendah selama lebih 20 tahun dan tidak dapat diselesaikan. Sukacita dimaklumkan selepas Pilihan Raya Ke-14 dan pemilihan saya sebagai wakil rakyat untuk Air Itam telah berbincang dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang iaitu PBA beberapa tahun untuk menyelesaikan masalah Kampung Bukit dengan penukaran paip baru dan pemasangan rumah pam yang baru. Kos keseluruhan projek pemasangan rumah pam ini bernilai RM638,000 ribu. Penduduk di kawasan tersebut akhirnya lega mendapat bekalan air yang lebih menentu dan bermutu dalam tahun 2024. Mereka tidak lagi perlu bergantung kepada air tong dan air minuman botol untuk kegunaan harian. Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih daripada penduduk Air Itam ditujukan juga Pentadbiran dan kakitangan PBA atas kerja dan jasa yang telah ditunaikan.

Dato’ Yang di-Pertua, pada penghujung tahun ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada kakitangan Dewan Undangan Negeri dan seluruh jentera kerajaan dalam mengharungi satu tahun yang penuh mencabar. Semoga cabaran yang diharungi bersama pada tahun ini memberi kita keyakinan dan kecekalan untuk terus berjuang pada tahun depan demi kemakmuran Pulau Pinang dan rakyatnya.

Dato’ Yang di-Pertua, maka Air Itam dengan ini mohon menyokong ucapan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025 Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15. Sekian terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Air Itam. Seterusnya kita mempersilakan Bagan Dalam.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Makin sejuk Dewan ini, mungkin itu sebab ramai Yang Berhormat tak ada di Dewan… (ketawa). Salam Perpaduan, Salam Penang2030, Vanakam dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, serta Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membawa suara rakyat Bagan Dalam dalam persidangan kita pada hari ini. Saya ingin menyentuh beberapa isu yang menjadi keutamaan bagi penduduk di kawasan saya dan saya percaya juga seluruh Pulau Pinang merangkumi isu perumahan, kebajikan masyarakat, isu pertumbuhan ekonomi, kos sara hidup yang kian meningkat serta keperluan meningkatkan kemudahan awam dan infrastruktur.

Yang berhormat Dato’ Timbalan Speaker, Bagan Dalam menyambut baik Pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Pulau Pinang yang bertemakan “Ekonomi Madani Rakyat Di Perkasa, Negeri Sejahtera” oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita pada hari Jumaat lepas sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa prestasi baik ekonomi negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2023 yang telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.3% dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar KDNK meningkat kepada RM116 bilion berbanding dengan 112.3 bilion pada tahun 2022 dengan peningkatan sebanyak 3.7 bilion. Di mana sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan terus menjadi penyumbang utama kepada KDNK Pulau Pinang dengan jumlah sumbangan kedua-dua sektor berkaitan sebanyak 94.5%. Namun begitu jika dibandingkan dengan Singapura yang mempunyai sumber asli dan keadaan geografi yang hampir sama dengan negeri kita, sektor perkhidmatan mereka sahaja telah menyumbang setinggi 72.8% kepada KDNK mereka.

Saya rasa kita sepatutnya memberikan lebih kepentingan kepada sektor perkhidmatan di mana ianya mampu menjanakan KDNK negeri yang lebih tinggi kerana sememangnya sektor perkhidmatan merupakan sektor HIGH GROWTH high value (dengan izin) untuk meningkatkan lagi ekonomi Pulau Pinang kita perlu menarik lebih ramai pemain industri khususnya dalam sektor teknologi. Usaha yang lebih tertumpu kepada menarik pelaburan dalam bidang front end dan fasiliti RND reka bentuk produk yang akan membuka peluang pekerjaan berkualiti tinggi dan membawa Pulau Pinang lebih dekat kepada status ekonomi teratas dunia menjelang tahun 2030. Justeru itu, Bagan Dalam mencadangkan agar Kerajaan Negeri memulakan kembali atau menyegerakan inisiatif untuk permohonan zon kewangan khas special financial zone (dengan izin) untuk negeri Pulau Pinang dengan adanya zon kewangan khas Pulau Pinang akan menjadi destinasi yang lebih menarik untuk pelaburan antarabangsa sekaligus meningkatkan daya saing negeri di peringkat global. Ia juga selaras dengan visi negeri Pulau Pinang untuk menjadi pemangkin dalam sektor perkhidmatan yang sudah pasti akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara kita. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ada sebut tentang kajian yang sedang dilaksanakan oleh Penang Institute. Permintaan saya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ialah kita perlu segerakan kajian tersebut dan memanjangkan permohonan segera kepada Kementerian Kewangan untuk penubuhan zon kewangan khas atau special financial zone di negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan dan merancakkan lagi ekonomi negeri Pulau Pinang, fokus utama perlu diberikan dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi khususnya di sektor teknologi perindustrian dan juga pelancongan. Pulau Pinang boleh menggalakkan pembangunan zon ekonomi khas untuk sektor digital dan teknologi. Menawarkan insentif kepada pelabur asing serta memperkukuhkan infrastruktur pendidikan yang berfokus teknologi tinggi dan latihan kemahiran untuk tenaga kerja tempatan.

Selain itu, peningkatan sektor pelancongan melalui promosi acara antarabangsa, eko-pelancongan dan pelestarian tapak warisan budaya boleh menarik lebih ramai pelancong dan mampu menjana pendapatan tinggi kepada negeri. Saya juga ingin menyuarakan sokongan terhadap penganjuran konsert dan program Antarabangsa di Pulau Pinang. Program sebegini mampu meningkatkan ekonomi pelancongan dengan membawa lebih ramai pelancong yang akan memberi manfaat kepada sektor perhotelan, makanan dan perkhidmatan tempatan. Saya juga berharap rakan-rakan Yang Berhormat dari barisan Pembangkang akan turut menyokong usaha ini untuk pembangunan negeri. Dalam pada itu, langkah memperbaiki infrastruktur awam dan sistem pengangkutan pintar perlu diperhebat termasuk pembinaan rumah mampu milik dan bantuan kewangan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Program digitalasi untuk perusahaan kecil dan sederhana PKS serta inisiatif teknologi hijau seperti tenaga boleh baharu dan ekonomi kitaran juga penting bagi memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan lestari. Gabungan usaha ini akan meletakkan Pulau Pinang di landasan untuk mencapai ekonomi yang mampan, inklusif dan bersaing di peringkat global.

Dato’ Timbalan Speaker, serta Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai kerajaan yang memberikan keutamaan kepada pendidikan warga Pulau Pinang, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas peruntukan sebanyak RM2 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Pulau Pinang sejak tahun 2009. Namun begitu, masih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang memerlukan penambahbaikan dari segi infrastruktur bagi memastikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Tambahan pula, peruntukan ini amat diperlukan memandangkan bukan semua SJKT di Pulau Pinang merupakan sekolah bantuan penuh. Mutu pendidikan mampu dipertingkatkan dengan pemberian peruntukan tambahan oleh Kerajaan Negeri dan ianya selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam memberikan keutamaan kepada pendidikan warga Pulau Pinang. Tujuan penambahan peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Pulau Pinang adalah untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar di sekolah ini dapat mencapai potensi maksimum mereka dalam pelbagai bidang dengan peruntukan tambahan. Saya berharap pihak sekolah juga akan dapat menyediakan sumber pendidikan yang lebih baik seperti bahan pembelajaran pintar, teknologi pendidikan dan bahan pembelajaran yang lebih interaktif ianya akan bantu mengembangkan kemahiran akademik yang tinggi termasuk dalam mata pelajaran teras seperti Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM), dengan izin. Secara tidak langsungnya, pembangunan modal insan yang tinggi dapat membina tenaga kerja yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepakaran di Penang Silicon Valley pada masa yang akan datang.

Secara keseluruhan, penambahan peruntukan ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua pelajar di negeri Pulau Pinang tidak tercicir dan diutamakan dan bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran yang lain bagi menghadapi masa depan yang lebih dinamik dan penuh cabaran. Dengan ini, mereka dapat berkembang menjadi modal insan yang tertinggi untuk negeri kita, berdaya saing dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan negeri. Oleh itu, saya memohon agar peruntukan tambahan dinaikkan daripada RM2 juta kepada RM3 juta yang bersamaan dengan hampir RM10 ribu sebulan untuk setiap Sekolah Tamil di Pulau Pinang bagi memastikan setiap SJKT di negeri ini dapat memenuhi keperluan pendidikan yang sewajarnya.

Dato’ Timbalan Speaker, saya juga ingin mempersoalkan sejauh manakah komitmen dan keberkesanan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menoktahkan isu kemiskinan tegar. EXCO pun baru masuk, timing tepat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah mengeluarkan kenyataan pada 5 April 2024 bahawa Negeri Pulau Pinang dijangka mencatatkan rekod sifar kemiskinan tegar pada Jun ini hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Tetapi pada hakikatnya, menurut jawapan bertulis yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen baru-baru ini, Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai keluarga miskin tegar dan jauh lebih tinggi dari negeri Kedah. Statistik semasa sehingga bulan Oktober menunjukkan Pulau Pinang masih mempunyai 1,650 Ketua Isi Rumah miskin tegar walaupun negeri kita sering dibanggakan sebuah negeri yang maju. Lebih membimbangkan, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, jumlah KIR miskin tegar di Pulau Pinang pada tahun 2021 adalah 1,500, pada tahun 2022 menurun sedikit kepada 1,200 tetapi pada tahun 2024 ianya kembali meningkat kepada 1,650. Ini menunjukkan kegagalan kita dalam usaha yang sepatutnya mengurangkan jumlah tersebut, malah menunjukkan peningkatan semula. Saya harap Kerajaan Negeri boleh menjelaskan keadaan ini. Apakah langkah-langkah konkrit yang telah diambil untuk menangani kos sara hidup tinggi, ketidakseimbangan ekonomi dan jurang pendapatan yang semakin melebar? Sebagai sebuah negeri yang mencatatkan kedudukan ketiga tertinggi dari segi pendapatan KDNK per kapita, mengapa keadaan miskin tegar masih berlaku di negeri kita dan yang ironiknya, jumlah KIR miskin di negeri kita lebih tinggi berbanding dengan Negeri Kedah? Kedah tak apa lah sebab KDNK per kapita mereka hanya sebanyak RM26,000.00 tetapi KDNK per kapita negeri Pulau

Pinang ialah RM72,586.00 pada tahun 2023. Saya ingin mencadangkan dan memohon agar EXCO berkenaan memberikan perhatian segera dalam hal ini. Cadangan saya ialah untuk memperuntukkan sebanyak 500 sebulan kepada KIR miskin tegar di negeri kita sebanyak 1,650 keluarga selama setahun yang ianya akan menelan peruntukan sebanyak RM9.9 juta untuk kita menyelesaikan isu miskin tegar di Negeri Pulau Pinang. Kita tidak mahu sekadar janji kosong... (gangguan)

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Bagan Dalam, boleh…sikit, sikit, sikit.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Boleh.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Cuma nak share tadilah sebab EXCO baru mai. Daripada 10 DUN yang tinggi miskin tegar ni, tujuh daripada kawasan Pembangkang, tujuh daripada kawasan pembangkang. Just untuk tengoklah.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Baik, terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal. Tadi dia ada sebut dalam ucapan beliau tapi YB EXCO tak ada di sini masa tu. Jadi Kerajaan Negeri perlu lebih bertanggungjawab dan memastikan dasar yang benar-benar bersasar dilaksanakan, bukan bergantung semata-mata kepada bantuan Persekutuan sahaja atau sistem sedia ada yang terbukti tidak mencukupi. Rakyat memerlukan tindakan yang mampu membawa perubahan dan bukannya janji retorik semata-mata. Kos sara hidup yang semakin meningkat memberikan tekanan kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, saya menggesa Kerajaan Negeri untuk terus menyediakan bantuan langsung kepada rakyat serta memperkenalkan inisiatif untuk mengawal harga barangan keperluan asas agar kehidupan rakyat dapat dikurangkan bebannya.

Dato’ Timbalan Speaker, banyak kemudahan awam di Bagan Dalam memerlukan penyelenggaraan berkala. Bahu jalan yang rosak perlu diperbaiki segera, sama ada di bawah JKR atau PBT, untuk keselamatan pengguna jalan raya. Tempat riadah awam pula memerlukan lebih perhatian dari segi kebersihan dan kekerapan penyelenggaraan. Saya juga mencadangkan agar lebih banyak ruangan hijau dan padang awam disyaratkan dalam Pelan Kebenaran Merancang untuk projek-projek pembangunan yang akan datang untuk memenuhi keperluan penduduk setempat yang ingin bersukan dan beriadah untuk menghasilkan masyarakat Pulau Pinang yang lebih sihat. Negeri kita kini menghadapi kekurangan padang permainan atau ruangan hijau yang mencukupi selaras dengan visí Penang2030 kita iaitu Pulau Pinang sebuah negeri pintar dan hijau yang berasaskan keluarga yang sejahtera.

Satu fenomena yang saya perhatikan kebelakangan ini adalah kecenderungan OSC (One Stop Centre) dengan izin di PBT untuk meluluskan permohonan pemaju untuk tidak menyediakan tapak RIBI dengan membayar sumbangan. Saya berpendapat bahawa amalan ini harus dihentikan untuk memastikan semua semua penghuni tapak projek-projek baru dapat akses ke rumah rumah ibadat yang lebih dekat dengan tempat kediaman mereka sekaligus mencerminkan status negeri kita sebagai negeri berbilang kaum yang majmuk. Di kebanyakan kawasan

perumahan baru, terdapat RIBI sedia ada dan ianya tidak dapat diberikan tapak ganti. Ini akan menjadikan satu isu sosial tempatan yang seterusnya akan menjadi isu Kerajaan Negeri.

Dato’ Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada Mesyuarat Penggal Kedua, sorry pada Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang Kelima Belas bertarikh 24 Mei 2024, Bagan Dalam telah mengemukakan soalan bertulis mengenai penubuhan UTC (Urban Transformation Centre) dengan izin di Penang Sentral yang telah diutarakan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada Kementerian Kewangan. Namun saya telah diberitahu secara bertulis bahawa Kementerian Kewangan tidak berhasrat untuk membuat penambahan pada 23 UTC yang sedia ada di seluruh negara. Sejurus itu, Bagan Dalam telah membawa isu permohonan ini kepada perhatian Yang Berhormat Ahli Parlimen Bagan yang juga merupakan Yang Berhormat Air Putih supaya beliau dapat membawa isu ini ke Parlimen dan juga kepada perhatian segera Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Baru-baru ini, kita telah menerima berita yang sangat gembira untuk seluruh warga Seberang Perai di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju untuk penubuhan UTC di Penang Sentral dan lawatan tapak oleh pihak Kementerian Kewangan juga telah diadakan pada bulan lepas. Seperti yang diketahui umum, pihak MRCB telah mengkhaskan sebahagian besar tingkat 4 di Penang Sentral bagi penubuhan UTC pertama di Seberang Perai. Peluang ini seharusnya dimanfaatkan dengan baik bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dipertingkatkan. Kerajaan Negeri harus bertindak cepat untuk mempercepatkan pelaksanaan UTC di Penang Sentral, Seberang Perai. Kita juga harus menyediakan kemudahan Agensi negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Tanah dan Galian serta PBA untuk kemudahan rakyat negeri kita terutamanya golongan warga emas.

Dato’ Timbalan Speaker, URC atau dengan izin Urban Regeneration City juga dikenali sebagai Projek Rintis Pembaharuan Semula Bandar selalunya dijalankan untuk bangunan-bangunan yang berusia melebihi 40 tahun dan URC ini juga merupakan jalan penyelesaian yang terbaik dalam menyelesaikan beberapa isu di tapak perumahan sebagai contoh kekurangan infrastruktur dan kemudahan awam, isu pengeluaran strata binaan yang tidak sah di tapak perumahan, kos penyelenggaraan yang tinggi melibatkan harta bersama , common property dan saiz unit kediaman sedia ada yang kecil dan tidak ekonomi.

Tujuan pembangunan Projek Pembaharuan Semula Bandar atau URC diperlukan di Bagan Dalam, untuk memperbaiki dan meremajakan kawasan bandar yang telah lama wujud sejak lama, dengan tumpuan kepada peningkatan infrastruktur, kualiti hidup penduduk, dan pembangunan ekonomi, antara tujuan utama URC. Dalam itu, saya ingin memohon supaya Bagan Dalam perlu, yang mempunyai banyak bangunan yang sudah usang memerlukan pembaikan dan perlu menjalani proses pemulihan untuk meningkatkan infrastruktur bandar, termasuk sistem pengangkutan awam, sistem saliran, sistem jaringan komunikasi yang lebih moden.

Peningkatan aktiviti ekonomi, dengan URC diharapkan ianya dapat meningkatkan aktiviti ekonomi setempat, dengan mencipta peluang pekerjaan baru dan menarik pelaburan dari sektor swasta, yang dapat merangsangkan ekonomi kawasan setempat dan ianya juga dapat mengurangkan isu sosial di mana Bagan Dalam mempunyai banyak kawasan brownfield dengan izin yang tidak berpenghuni, sama ada bangunan kerajaan atau tanah terbengkalai melebihi 10 tahun yang sering menjadi sarang penjenayah dan penagih dadah. Malah, keadaan bangunan berusia puluhan tahun ini dipenuhi sampah sarap serta ditumbuhi pokok dan semak-samun yang mencacatkan pemandangan selain mengundang risiko kehadiran haiwan berbisa. Justeru itu, URC dapat memberi faedah dari aspek peningkatan imej komersil bangunan yang berdaya maju. la sekaligus dapat mewujudkan persekitaran bangunan yang lebih terancang dan vibrant.

Secara keseluruhan, Projek Pembaharuan Semula Bandar Bagan Dalam diharapkan dapat dilaksanakan untuk mengubah Bagan Dalam menjadi sebuah kawasan yang lebih moden, selesa dan berdaya saing serta meningkatkan kualiti hidup penduduk. Ekoran itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dan EXCO Perumahan untuk merintis Program URC di Bagan Dalam yang melibatkan Perumahan di Wisma Telaga. Saya berharap program ini akan berlangsung dengan jayanya dan lancar seperti yang dirancang.

Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini kerana lebih peka terhadap kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Buktinya, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Bina Baru dan Baiki Rumah Rakyat sejak tahun 2008. Program ini telah membelanjakan sebanyak 1.839 juta setakat Oktober 2024 dengan peruntukan sebanyak 3 juta. Tahniah juga diucapkan kepada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang di atas kelulusan projek perumahan di kawasan Kampung Ujong Batu. Dengan pembinaan perumahan yang lebih selesa, ianya akan mewujudkan transformasi ekonomi iaitu perubahan kesan daripada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang membawa kepada kemajuan dan pemodenan warga Bagan Dalam.

Justeru, langkah-langkah bagi mewujudkan kawasan perumahan baru di kawasan Bagan Dalam diambil sebagai inisiatif perancangan yang lebih teratur. Terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan bagi menghasilkan satu kawasan perumahan yang kondusif dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Kemudahan asas bagi kegunaan awam adalah amat penting untuk setiap warga Bagan Dalam. Ini kerana dengan kemudahan yang disediakan sedikit sebanyak akan dapat membantu dalam urusan seharian.

Saya akan terus berusaha untuk memelihara kepentingan dan keperluan warga Bagan Dalam untuk menjalankan aktivti-aktiviti sukan dan sosial berteraskan konsep kesepakatan komuniti dan kepentingan bersama menjadi asas utama kepada setiap perumahan baru dengan menyediakan pusat-pusat komuniti dan dewan orang ramai. Dewan orang ramai ini akan meningkatkan minat penduduk kepada setiap aktiviti yang dijalankan agar dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani seterusnya melahirkan masyarakat Malaysia Madani.

Natijah dari pertumbuhan perumahan baru dapat mengurangkan kadar kedudukan kategori miskin tegar di kawasan Bagan Dalam dengan menaik taraf kehidupan penduduk melalui peluang menjalankan aktiviti perniagaan di tapak baru. Saya bersama-sama dengan Kerajaan Negeri memikul tanggungjawab dalam membantu penduduk kategori miskin dan miskin tegar keluar dari kepompong kategori tersebut.

Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin menegaskan bahawa akses kepada bekalan air yang mencukupi dan berkualiti adalah hak asas setiap penduduk. Oleh itu, saya menggesa Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk mengambil tindakan segera dan sewajarnya bagi memastikan bekalan air kepada penduduk adalah tidak terganggu terutamanya di kawasan-kawasan yang terkesan dengan amat ketara. Di samping itu, saya juga mendesak agar PBA Pulau Pinang memastikan komunikasi dengan penduduk dilakukan dengan lebih telus, tepat dan pantas. Sebarang maklumat tentang gangguan bekalan, jadual pemulihan dan langkah sokongan perlu disampaikan secara menyeluruh melalui pelbagai saluran komunikasi agar tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan penduduk. Saya menyeru PBA Pulau Pinang untuk mengambil langkah-langkah proaktif seperti meningkatkan penyelenggaraan infrastruktur, mengurus sumber air dengan lebih cekap dan melaksanakan pelan kontigensi untuk menghadapi situasi kritikal dan juga memastikan ketelusan maklumat dan memberikan maklumbalas segera

terhadap aduan dan kebimbangan penduduk. Dan juga PBA Pulau Pinang perlu menjamin pelan tindakan jangka pendek dan panjang bagi memastikan bekalan air yang konsisten dan berkualiti kepada semua pengguna. Kegagalan untuk menangani isu ini dengan serius akan menjejaskan kesejahteraan penduduk dan menimbulkan ketidakpuasan yang lebih besar. Saya berharap agar pihak PBA Pulau Pinang segera bertindak dan mengutamakan kepentingan rakyat. Dato’ Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, isu-isu yang dibangkitkan oleh Bagan Dalam ini mencerminkan keperluan sebenar masyarakat Bagan Dalam dan rakyat Pulau Pinang secara keseluruhannya. Saya berhadap cadangan-cadangan ini dapat dipertimbangkan demi kesejahteraan dan kemajuan negeri kita. Semoga Bagan Dalam dan Pulau Pinang terus maju dan rakyatnya menikmati kemakmuran yang berpanjangan. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bagan Dalam dan seterusnya saya persilakan Seri Delima.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Selamat petang, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030 saya ucapkan kepada semua. Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2025 di Dewan yang Mulia ini. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2025 yang komprehensif dan progresif. Belanjawan ini mencatatkan anggaran defisit terendah dalam sejarah, dengan 33.63 juta berbanding 514.34 juta pada tahun sebelumnya, sambil merangkumi pelbagai aspek pembangunan. Langkah strategik seperti pengenalan Penang Silicon Design @ 5km+, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, LRT Laluan Mutiara, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pembangunan Gurney Bay dan sebagainya menunjukkan usaha Kerajaan Negeri ke arah daya saing ekonomi yang lebih kukuh serta kesejahteraan rakyat.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Seri Delima berpendapat bahawa semakan cukai tanah negeri yang dijadualkan pada tahun 2026 adalah satu langkah yang penting dan telah lama dinantikan, memandangkan semakan terakhir dilaksanakan pada tahun 1994 iaitu 30 tahun dahulu. Syukur Alhamdulillah, penduduk Pulau Pinang menikmati kadar cukai tanah yang sama sepanjang 30 tahun. Dengan peningkatan hasil cukai tanah yang dianggarkan antara 50 juta hingga 100 juta, langkah ini adalah perlu bagi menyokong kestabilan kewangan dan pembangunan negeri. Namun begitu, kita juga harus memastikan bahawa sebarang peningkatan tidak membebankan rakyat dengan cara yang drastik dan tidak wajar. Walaupun pengemaskinian cukai tanah ini memang telah lama tertangguh, namun Kerajaan Negeri mesti memastikan pelaksanaannya dilakukan dengan penuh perancangan dengan secara was-was. Kenaikan cukai yang terlalu mendadak berisiko memberi kesan buruk kepada golongan rakyat yang mungkin terpaksa menanggung beban yang besar. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil pendekatan yang lebih terancang, supaya rakyat dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ini tanpa merasa terbeban.

Yang di-Pertua Dewan, selain itu berkaitan dengan isu lanjutan pajakan tanah, Seri Delima ingin merakamkan penghargaan saya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah meluluskan permohonan perlanjutan tempoh pajakan, serta pemberian diskaun sehingga 90% untuk 465 rumahtangga di Bukit Gelugor, kebanyakan pemilik rumah di sana kini berada dalam usia persaraan. Mereka juga diberi ruang untuk membayar premium secara ansuran sehingga

enam kali dalam tempoh enam bulan, yang merupakan langkah yang sangat dihargai. Namun begitu, saya difahamkan bahawa terdapat fi sebanyak RM1,000 yang perlu dikemukakan bagi permohonan rayuan pengurangan atau bayaran ansuran. Saya ingin memohon agar fi ini dapat dipertimbangkan untuk dimansuhkan, memandangkan kebanyakan pemilik rumah ini adalah golongan yang berpendapatan rendah dan telah memasuki usia persaraan. Oleh itu, saya percaya pengurangan atau pengecualian fi ini akan meringankan beban mereka dan lebih ramai pemilik rumah dapat memanfaatkan inisiatif ini untuk menguruskan pemilikan tanah mereka dengan lebih baik tanpa kekangan kewangan yang berat.

Yang di-Pertua Dewan, pembangunan infrastruktur dan pengangkutan awam. Seri Delima menyambut baik kelulusan projek infrastruktur oleh Kerajaan Persekutuan termasuk Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Projek Transit Aliran Ringan (LRT). Lapangan terbang yang berjaya memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai pusat pengangkutan tetapi juga sebagai cerminan kecekapan dan daya tarikan sesebuah destinasi. Akhir-akhir ini, isu kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sering dibincangkan di media sosial. Kesesakan di terminal bukan sahaja menjejaskan pengalaman pengguna, malah turut memberi impak kepada imej Pulau Pinang sebagai destinasi antarabangsa. Walaupun kerja pembesaran lapangan terbang sedang dilaksanakan, namun pengurusan sedia ada perlu ditangani dengan cekap tanpa sebarang alasan. MAHB sebagai pihak pengendali utama, perlu memastikan operasi harian berjalan dengan lancar. Pembesaran lapangan terbang kali ini perlu dilaksanakan dengan dengan betul get it right. MAH harus mengelakkan berulangnya masalah seperti yang berlaku semasa pembinaan tempat letak kereta bertingkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, di mana jambatan penghubung tidak disediakan pada peringkat awal dan hanya dibina kemudian. Dengan mengutamakan elemen-elemen seperti reka bentuk mesra pengguna seperti papan tanda yg jelas, ratio bilangan tandas lelaki dan tandas wanita yang seimbang yang sebelum ini saya pernah bangkitkan dalam Dewan ini, kecekapan operasi dan kemudahan bertaraf dunia, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dapat memastikan ia menjadi pintu masuk yang mengagumkan, selaras dengan status Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dan perdagangan bertaraf Antarabangsa.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, baru-baru ini, saya rasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk pergi ke Chengdu, China, bukan untuk melancong tetapi untuk menjalani kursus dekat situ yang merupakan bandar persahabatan dengan Pulau Pinang, melalui MBPP. Di sini, saya nak mengambil kesempatan untuk merujuk kepada soalan bertulis saya yang ke-29, di mana soalan saya berbunyi, nyatakan jumlah bandar kembar dan bandar persahabatan bagi Pulau Pinang serta butiran mengenai jenis interaksi dan pertukaran yang berlaku antara bandar-bandar tersebut dan dalam jawapan yang diberikan, memang panjang lebar di mana dikatakan MBPP dan Bandar George town mempunyai tiga bandar kembar dan lapan bandar persahabatan. Dan saya selepas membaca senarai ini saya rasa agak terkejut kerana Bandaraya Chengdu tiada dalam senarai yang diberikan. Sedangkan Bandaraya Chengdu ini memang adalah bandar persahabatan kita sejak tahun 2018. Jadi saya ingin memohon supaya pencerahan dan juga pembetulan dibuat. Saya ingat informasi ini sangat penting dan tidak patutlah tertinggal dari jawapan yang diberikan. Untuk makluman, semasa berada di Bandaraya Chengdu, saya amat kagum dengan sistem pengangkutan awam Metro yang membolehkan lebih 20 juta penduduk bergerak dengan mudah dan efisien dari satu destinasi ke destinasi lain. Laluan Metro Chengdu kini terdiri daripada 14 laluan dengan jarak keseluruhan mencapai 600 kilometer. Pengalaman saya menggunakan sistem Metro di Chengdu memberikan impresi yang sangat positif, kerana ia sangat teratur dan mesra pengguna. Sepanjang masa saya di sana, saya hanya perlu membawa telefon bimbit dan menggunakan aplikasi Alipay untuk mengakses pelbagai perkhidmatan termasuk memasuki stesen Metro dan semua urusan, dari pesanan food delivery

(dengan izin) sehingga pembelian tiket keretapi, hotel dan sebagainya dapat diselesaikan hanya dengan satu aplikasi, menjadikan kehidupan lebih mudah dan efisien. Sistem yang canggih dan terintegrasi ini jelas menunjukkan betapa pentingnya teknologi dalam memudahkan kehidupan di bandar yang sibuk. Semasa berada di sana, saya sering mendengar sebuah peribahasa Cina yang berbunyi (dengan izin), (Bahasa Cina) yang jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia bermaksud "Jika mahu kaya, bina jalan dahulu." Bagi saya, peribahasa ini menekankan bahawa connectivity dan infra pengangkutan yang baik adalah asas kepada kemajuan sesebuah negara. Dengan adanya sambungan yang baik antara kawasan-kawasan utama, ia bukan sahaja memudahkan pergerakan rakyat, tetapi juga meningkatkan peluang ekonomi dan juga kemajuan sosial. Justeru, Seri Delima menyambut baik cadangan untuk diadakan dua stesen LRT yang akan dibina di kawasan Seri Delima iaitu satu di Gelugor dan satu lagi di The Light yang bakal menjadi destinasi persidangan antarabangsa dengan siapnya Penang Waterfront Convention Centre. Oleh itu, selain daripada pembangunan stesen, tumpuan perlu juga diberikan kepada last mile connectivity (dengan izin), bagi memastikan accessibility yang lebih baik. Perkhidmatan bas awam, perkongsian basikal, ride sharing, dan e-hailing adalah alternatif yang perlu dipertimbangkan untuk memudahkan perhubungan dari stesen LRT ke destinasi akhir pengguna. Selain itu, saya juga difahamkan bahawa sistem LRT ini juga akan menggunakan konsep Park n Ride. Penyediaan tempat letak kereta yang mencukupi adalah sangat penting untuk mengelakkan kesesakan di stesen-stesen LRT dan memastikan peralihan yang lancar dari kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, baru-baru ini, satu tragedi di Bukit Mertajam telah meragut nyawa seorang wanita berusia 21 tahun, apabila kenderaan yang dipandunya dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler di Jalan Bukit Tengah, walaupun bukan kawasan saya, kejadian ini amat menyayat hati dan menimbulkan kebimbangan mendalam terhadap keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya melibatkan kenderaan berat. Selain itu, pada bulan Oktober yang lalu, sebuah treler besar yang terlibat dalam projek pembinaan package 2 di Changkat Delima 2 hilang kawalan, menyebabkan kren yang dibawanya terjatuh dan merosakkan rumah serta kenderaan penduduk sekitar. Walaupun dalam insiden ini tiada kehilangan nyawa tapi insiden ini tetap mengundang ketakutan dalam kalangan masyarakat, terutamanya mereka yang tinggal berhampiran laluan kenderaan berat. Kes-kes seperti ini mencetuskan persoalan kritikal mengenai langkah keselamatan yang diambil oleh pengendali kenderaan berat, kontraktor pembinaan berkaitan serta pihak berkuasa berkenaan. Kontena yang tidak dipasang dengan sempurna, kecuaian, atau pelanggaran peraturan jalan raya bukan sahaja menjejaskan keselamatan tetapi juga menimbulkan risiko nyawa kepada pengguna lain. Persoalannya, apakah langkah dan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang pada masa hadapan? Tiada kompromi boleh diberikan dalam soal kemalangan jiwa, bagi memastikan majoriti pengguna yang mematuhi undang-undang tidak dimangsakan oleh minoriti yang ingkar.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas kejayaan memberangsangkan dalam sektor pelancongan dengan jumlah kedatangan pelancong yang mencecah 2.4 juta orang dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2024. Pencapaian ini mencerminkan usaha gigih Kerajaan Negeri dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan, peningkatan ini turut disokong oleh bertambahnya jumlah penerbangan terus dari pelbagai lokasi antarabangsa dan saya berharap bilangan destinasi penerbangan terus antarabangsa dapat terus dipertingkatkan terutamanya dengan memberi tumpuan kepada bandar kembar dan bandar persahabatan seperti Chengdu, Adelaide dan lain-lain.

Saya memang setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh KOMTAR pagi tadi di mana hubungan diplomatik dengan bandar persahabatan ini bukan sekadar simbolik, usaha ini dapat mendorong pertukaran dalam pelbagai bidang seperti budaya, ekonomi, pendidikan, teknologi, pelancongan, kesihatan dan sebagainya. Pendekatan ini akan membawa manfaat bersama dan membuka lebih banyak peluang untuk kerjasama strategik yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Selain itu saya juga ingin menghargai usaha kepada Penang Global Tourism yang baru-baru ini saya mendapati mereka telah mendaftarkan diri di platform media sosial yang semakin popular di negara lain iaitu Xiaohongshu (dengan izin) yang kini melaporkan lebih daripada 200,000,000.00 juta pengguna aktif bulanan, langkah ini merupakan usaha yang baik untuk meningkatkan kehadiran dan memasarkan negeri Pulau Pinang ke peringkat global.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, muzium mencerminkan jiwa budaya dan identiti setiap bandar setiap kali saya berkesempatan untuk mengunjungi bandar lain tempat saya sering lawati adalah muzium tempatan ia adalah pintu masuk untuk memahami budaya, latar belakang dan juga sejarah sesebuah tempat dan saya sering terinspirasi oleh keunggulan muzium-muzium luar negara yang kaya dengan paparan interaktif dan artifak yang memaparkan sejarah masyarakat setempat dengan mendalam.

Di Pulau Pinang, kebanyakan muzium swasta kita lebih berunsur rekreasi dan hiburan berbanding menampilkan sejarah yang mendalam dan autentik. Walaupun elemen ini memberi sumbangan kepada industri pelancongan, saya ingat sudah tiba masanya Kerajaan Negeri mempertimbangkan pewujudan sebuah Muzium Negeri yang bertaraf antarabangsa, yang benar-benar menggambarkan sejarah dan warisan unik negeri kita.

Justeru, saya berharap projek menaik taraf Muzium Negeri di Lebuh Farquhar akan mengambil kira saranan-saranan agar ia mampu menawarkan sejarah serta pengalaman yang merangkumi 3E (dengan izin) iaitu Education, Entertainment dan Engagement kepada para pengunjung.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, beralih kepada isu sukan, saya ingin mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang kontinjen Pulau Pinang dalam SUKMA tahun ini. Baru-baru ini, Selangor negeri Selangor menyatakan hasrat menjadi negeri pertama untuk menganjurkan sukan Pickleball dalam SUKMA 2026 serta melancarkan Pesta Pickleball di sekolah dan daerah bagi mencungkil bakat muda. Dengan populariti Pickleball yang semakin meningkat, wajar bagi Pulau Pinang memulakan persediaan, termasuk membangunkan infrastruktur dan ekosistem untuk sukan ini.

Untuk makluman Seri Delima rasa sangat bersyukur kerana menjadi KADUN yang pertama di Pulau Pinang untuk menyediakan sebuah gelanggang Pickleball awam. Sambutan masyarakat amat memberangsangkan, dan terdapat permintaan yang sangat tinggi untuk membina lebih banyak lagi gelanggang awam Pickleball.

Justeru, soalan saya adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memperluas kemudahan ini demi manfaat rakyat memandangkan ia juga akan dijadikan sebahagian dalam acara SUKMA yang akan datang.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kejayaan Program Mutiara Foodbank yang dijangka dapat menyelamatkan 1,880 tan makanan dan memanfaatkan hampir 120,000 penerima merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.

Namun, makanan yang disediakan oleh Mutiara Foodbank kebanyakannya adalah dalam bentuk bahan mentah yang memerlukan proses memasak. Memandangkan peningkatan populasi warga emas yang semakin ketara, ramai di antara mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk memasak di dalam rumah.

Justeru, saya ingin mencadangkan agar Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang sedia ada, selain digunakan sebagai ruang aktiviti untuk warga emas, boleh juga dipertimbangkan untuk menjadi lokasi bagi menjalankan projek perintis kantin komuniti. Kantin ini boleh menyediakan hidangan dengan harga yang berpatutan khusus untuk golongan tua dan golongan B40. Konsep ini telah berjaya di negara-negara seperti Jepun, Korea dan beberapa negara lain, yang kini menjadi tempat berkumpul untuk komuniti setempat.

Selain itu, program-program yang memberi manfaat kepada warga emas, seperti Digital Clinic, yang bertujuan untuk meningkatkan literasi digital di kalangan mereka, juga perlu diperluaskan. Kursus dan latihan kepada warga emas harus diperkenalkan dan dipertingkatkan lagi bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam dunia yang semakin berkembang.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, segala program kebajikan dan peningkatan infrastruktur memerlukan sumber kewangan yang besar. Oleh itu, selain daripada pendapatan cukai, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mempersoalkan mengenai status kajian seismik potensi penggalian hidrokarbon yang dijalankan oleh syarikat Petronas di dua blok plat tektonik berhampiran Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Di samping itu juga, apakah status penemuan deposit Bahan Nadir Bumi (REE) bernilai hampir RM100 bilion di empat kawasan di Pulau Pinang? Kesemua ini berpotensi untuk membantu kedudukan fiskal negeri, oleh itu, tindakan yang sewajarnya perlu diambil dengan segera.

Tuntasnya, Belanjawan 2025 Pulau Pinang mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam meningkatkan daya maju ekonomi serta kualiti hidup rakyat. Namun, dengan baki akaun hasil disatukan yang semakin berkurangan, defisit kerajaan perlu diberi perhatian.

Oleh itu, kerajaan mesti memastikan setiap projek yang dilaksanakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat, sambil meneroka sumber pendapatan alternatif untuk mempelbagaikan dana negeri. Dengan pendekatan yang strategik dan seimbang antara pembangunan, kelestarian, dan kesejahteraan rakyat, saya yakin Pulau Pinang mampu mencapai matlamat sebagai negeri pintar, hijau, dan inklusif selaras dengan visi Penang2030.

Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan sebuah pantun minta izin.

Pulau Mutiara permata berharga Destinasi unggul bertaraf dunia Dengan tekad membangun bersama Rakyat sejahtera, negara pun berjaya

Dengan ini, saya mohon menyokong. Sekian, Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Seri Delima, seterusnya saya jemput Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025, saya ingin bermula dengan menyatakan bahawa bajet ini bukan semata-mata satu angka-angkalah kita tak boleh lihat bajet sebagai just sebagai numbers sepatutnya bajet ini Dato’ Speaker adalah satu moral document satu dokumen moral yang mencerminkan aspirasi dan harapan rakyat. Itu adalah untuk saya yang paling penting.

Dato’ Speaker sudah tentu kerajaan kita telah pun membuat banyak pencapaian kalau kita lihat daripada perbahasan dari hari ini dari segi KDNK yang sedang meningkat setiap tahun daripada defisit yang telah pun dikurangkan oleh Pentadbiran yang cukup baik daripada kerajaan ini semua harus dipuji tetapi pada masa yang sama saya rasa ada lebih lagi yang kita boleh membuat ada lebih lagi yang kita boleh memperbaiki untuk apabila yang saya nak tekankan di sini adalah untuk meningkatkan lagi kerajaan good governance ataupun tatakelola kerajaan yang baik saya masih ingat ucapan daripada Perdana Menteri semasa membentangkan belanjawan 2025 dia kata bahawa apabila kita ataupun kerajaan sekarang mengambil alih Pentadbiran negara mereka telah pun set satu arahan yang jelas hala tuju yang jelas iaitu apa segala kesilapan yang berlaku sebelum ini yang telah pun dilakukan sebelum ini tidak boleh lagi diulangi dan we must place good governance on top of the agenda Kerajaan Perpaduan.

Sama juga di Pulau Pinang Dato‘ Speaker, dalam 16 tahun kita mentadbir banyak yang kita telah pun membuat untuk menjadikan kerajaan kita ini kerajaan people centric yang bermaksudkan kita paksikan keutamaan kepada keperluan rakyat kita telah pun meluluskan Freedom of Information Act Enactment dalam tahun 2010 kita menghadkan terma bagi Ketua Menteri kepada dua penggal kita meluluskan undang-undang anti hopping law supaya ADUN-ADUN tidak boleh melompat apa ini anti hopping law lompat parti ada banyak lagi yang telah pun diusahakan oleh Kerajaan Negeri tetapi pada masa yang sama selepas 16 tahun tsunami politik saya rasa kerajaan harus buat self inspection untuk bagaimana kita boleh tingkatkan lagi naikkan bar ini tahap ini kepada tahap yang lebih tinggi di mana kita boleh memberi tumpuan sepenuhnya lebih lagi kepada improving good governance itu yang saya rasa adalah aspirasi rakyat apa yang saya sebutkan apa yang kita boleh buat lagi adakah kita sudah mencapai semua aspirasi rakyat. Saya bagi satu contoh Dato‘ Speaker memang sebelum ini sebelum kita mengambil alih kerajaan satu daripada kempen yang kita selalu nak memperjuangkan adalah untuk membawa balik Pilihanraya Kerajaan Tempatan that was what the most important agenda dalam perjuangan kita sebab kita nak lihat ada demokrasi di bawah grass root Ahli-Ahli Majlis dipilih oleh rakyat dan bertanggungjawab kepada rakyat itu yang kita nak tetapi sejak kebelakangan ini saya rasa ini bukan jadi satu lagi keutamaan fokus kepada Kerajaan Negeri. Saya rasa bahawa ini harus dibawa balik actually pada sidang lalu saya ada pun bawa isu yang sama saya tanya apakah usaha-usaha kerajaan untuk membawa balik pilihanraya local election local council election ini jawapan yang diberikan kepada saya oleh Kerajaan Negeri pada masa itu ini adalah bukan satu fokus lagi fokus utama Kerajaan Negeri. Saya rasa kita kena tengok balik ini ada apa usaha-usaha lain lagi kita boleh buat Dato’ Speaker?

Untuk saya kalau kita nak tingkatkan lagi good governance saya cadangkan bahawa kita tubuhkan lagi beberapa Pilihanraya Khas Jawatankuasa Pilihan Khas dalam Dewan Yang Mulia ini Select Committee yang saya cadangkan satunya adalah satu Select Committee atas konsep (CAT) competence, accountability and transparency, kebertanggungjawaban dan ketelusan kerajaan seperti ada di Selangor panggil SELCAT di Penang mungkin kita boleh panggil PENCAT mungkin boleh tetapi saya rasa Select Committee ini boleh jadi satu sebahagian jawatankuasa yang penting

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Minta celah sikit Yang Berhormat tadi kata Penang PENCAT ke Pancake?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Kalau you nak pancake itu boleh keluar beli luar pancake ini bukan makan-makan ini jawatankuasa penting

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Alright, baik.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan Bukit Tengah. Saya tertarik dengan pemilihan Kerajaan Tempatan. Akta, Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau Akta 171 adalah di bawah peruntukan Perlembagaan Kerajaan Persekutuan apakah kuasa Dewan ini yang boleh membawa ke arah pemilihan Kerajaan Tempatan seperti yang tadi, yang diusulkan oleh Bukit Tengah, adakah kita boleh mengubah keadaan ini tanpa kelulusan kerajaan di peringkat Persekutuan.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya, memang sebelum ini Kerajaan Negeri telah pun membawa perkara ini kepada mahkamah. Dan kes ini dibawa sampailah kepada mahkamah yang tertinggi dan pada masa itu maka mahkamah tertinggi memutuskan bahawa yang pentingnya adalah Akta Kerajaan Tempatan kenalah dibuat dipindaan dan itu hanya boleh dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi saya nak jelaskan, saya nak tegaskan di sini Kerajaan Negeri memang dulu ada mengambil usaha dan mereka ambil tindakan mahkamah dan mereka masih sekarang boleh lagi cuba untuk menyakinkan Kerajaan Pusat untuk membuat pindaan-pindaan yang sepatutnya. Tidak ada sebab kenapa itu tidak boleh dibuat. Itulah pandangan saya. Saya tadi kata pasal Select Committee ini. Kenapa kita nak perlukan satu Select Committee, competency, accountability ini, transparency ini. Sebab saya lihat ada banyak undang-undang seperti Freedom of Information Act yang saya sebutkan tadi yang saya rasa sudah tiba masa untuk kita review balik bagaimana kita boleh improve lagi Enakmen ini supaya memberi informasi-informasi yang seharusnya diminta dan diberikan kepada rakyat, for example. It is time to be look back.

Akta 672 Dato' Speaker, kita akan menyerahkan dalam proses apa ni Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam kepada Kerajaan Pusat. Kalau kita ada satu Select Committee ni, Select Committee itu boleh membuat penelitian atas cadangan, usaha dan keputusan Kerajaan Negeri sama ada baik atau tidak baik untuk serahkan apa ni Pengurusan Sisa Pepejal kepada Kerajaan Pusat. Dato' Speaker kita tahu tahun depan Kerajaan Negeri akan membentangkan satu enakmen baru untuk menubuhkan Lembaga Urus Air Pulau Pinang. Ini juga akan memberi kesan yang besar bagaimana kita urus natural resource air kita ni. Dan don’t kalau ada satu Jawatankuasa Pilihan Khas, maka kita semua boleh mentelitikan Enakmen ini sebelum di bawa ke Dewan untuk diluluskan. This’s going to be a huge act. Enakmen urusan water ni. Saya bagi satu contoh Dato’ Speaker dalam tahun 2021, Kerajaan Pusat menerusi JPS ada buat kajian IRBM Sungai Juru. Integrated Water River Basin Management Plan yang menelan RM1 juta lebih. Pelan itu telah pun diluluskan dengan complete I don’t know how many

ratus muka surat untuk buat cadangan macam mana kita boleh memelihara, memulih, mencantikkan Sungai Juru tetapi sehingga hari ini disebabkan tidak ada coordination di antara Agensi-agensi Kerajaan, saya nampak bahawa IR, integrated BM ini, IRBM ini duduk di satu pejabat dan hanya mengutip habuk. That is the problem alright, memang bersetujulah kalau Kerajaan Negeri boleh tubuhkan satu Lembaga Urus Air untuk Negeri Pulau Pinang tapi saya rasa bahawa ADUN-ADUN bolehlah diberi peranan dalam kalau adanya satu Select Committee untuk menelitikan Akta-Akta ataupun Enakmen-Enakmen seperti yang saya katakan. There are many backbenchers di sini, saya rasa semua are able and ready pada bila-bila masa untuk mengambil peranan dan tanggungjawab ini.

Seterusnya Dato’ Speaker, saya juga tertarik kepada Seri Delima apa yang disebutkan tadi dan saya memang pun nak menyentuh, bukan, bukan Chengdu, muzium, isu muzium. Muzium ini saya rasa ialah, I mean saya pun ada buat research, I nak masuk laman web Lembaga Muzium Pulau Pinang tapi bila I click masuk, laman web page itu memang tak berfungsi, tak ada apa dalam, zero, negeri-negeri lain ada tetapi Pulau Pinang saya tak tahu kenapa it is tak beroperasi, server error. Tetapi apa yang saya nak disebutkan di sini apa yang saya nak cadangkan dan nak memperkembangkan kepada apa yang Seri Delima katakan adalah, saya rasa masa sudah tiba untuk kita menubuhkan satu muzium yang saya panggil People History Museum. Apa ini People History Museum? Ia akan mempamerkan atau pun menceritakan cerita Pulau Pinang dari segi pemimpin-pemimpin ataupun tokoh-tokoh yang telah pun memberi sumbangan, contributed kepada pembangunan Negeri Pulau Pinang. Ada sama ada daripada kaum India, masyarakat India. Masyarakat India we have so many personalities I scared la, I said kalau tak sebut nama-nama semua, nanti tersilap. There are many names. Many legends, many contributors. Sama juga kepada Melayu, kawan-kawan Melayu, dan juga kawan-kawan Cina. Saya masih ingat tadi ada di bawah soal al-Hadi Institute Nama al-Hadi Institute itu, nama dia datang daripada seorang Nationalist Malay yang terkenal iaitu Syed Syeikh al-Hadi yang menubuhkan madrasah pertama 1901, di Balik Pulau kalau tak silap saya Masyur? Madrasah al-Mashoor. So orang-orang ini yang terkenal yang telah pun menyumbang banyak kita boleh masukkan exhibit dalam muzium ini, perkembangan. Jangan kita lupalah ada juga I mean ahli-ahli politik macam Lim Chong Eu kita tak boleh tertinggal dia juga, parti-parti lain pun boleh masuk. Kita tak boleh menafikan sumbangan yang telah pun diberikan oleh Lim Chong Eu masa pembangunan daripada 1970-an bagaimana dia membangunkan negeri kita daripada satu fishing village, satu tempat nelayan kepada satu tempat perindustrian yang besar. Saya rasa Dato’ Speaker dan mencadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh melihat untuk menubuhkan satu muzium, People's Living History Museum dan ini boleh mendidik generasi kita sekarang anak muda bukan sahaja untuk foreign tourist tetapi local yang boleh belajar, what’s build Penang identity. Apa itu Penang Identity? muzium ini boleh memainkan peranan itu Dato’ Speaker. itu adalah perkara yang saya harap. Okey.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Pencerahan, terima kasih Bukit Tengah yang telah memberi satu keadaan muzium negeri kita yang serba kurang, yang tak dapat di access melalui internet. So, soalan saya adalah adakah muzium negeri kita yang sedia ada ini beroperasi atau tidak? Adakah ya juga memaparkan cerita-cerita yang telah disebutkan oleh YB Bukit Tengah tadi atau cerita atau history-history yang benda-benda tentang lain. Macam tadi kata Lim Chong Eu dan al-Hadi semua ini tidak ada tidak dimasukkan dalam muzium negeri kita.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya rasa muzium-muzium traditional is not living they are static. So yang saya sebut ada lebih kepada tokoh-tokoh jangan lupa Perdana Menteri kita pun daripada sini. Tunku Abdul Rahman pun daripada sini. Wong Pow Nee, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng cerita juga daripada DAP Keadilan, PAS jangan lupa ada PAS, UMNO sumbangan mereka…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pak Lah, Pak Lah.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Pak Lah daripada Pulau Pinang. Jadi ada banyak-banyak cerita yang kita boleh dapatkan yang untuk kita boleh membentuk satu cerita Pulau Pinang.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Mohon mencelah Bukit Tengah, minta izin daripada Timbalan Yang di-Pertua. Adakah Bukit Tengah boleh bersetuju bahawa sejarah pembukaan Pulau Pinang juga tertinggal seumpama macam Datok Keramat yang membuka Pulau Pinang begitu juga dengan Nakhoda Nan Intan yang membuka Pulau Pinang, sejarah Masjid Batu, kawan, Masjid Batu Kawan, apa nama ni Masjid Batu Uban. Batu Uban ni memang ada plaque yang menunjukkan sejarah tentang pembukaan negeri Pulau Pinang tetapi kita melihat sejarah-sejarah tersebut masih lagi tidak orang kata apa diabadikan ataupun di, dipamerkan atau dimasukkan ke dalam apa nama muzium di negeri Pulau Pinang ni. Terima kasih.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih, I mean saya bersetujulah sebab itu saya kata mesti ada satu muzium kita boleh start, bermula dan saya cadangkan mungkin Penang Institute boleh mengambil peranan untuk lead cadangan ini sebagai kurator untuk mendapatkanlah benda-benda sejarah-sejarah yang saya sebutkan tadi. Minta maaf Dato' Speaker saya tahu masa terhad

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sepuluh minit lagi.

Gooi Hsiao LeungPKR · PHBukit Tengah

saya akan teruskan. Hari ini juga kita mendengar banyak ucapan tentang kemiskinan. Tentang kemiskinan tegar dan saya juga nak sentuh sedikit Dato’ Speaker, Timbalan Speaker. Memang daripada angka-angka perkembangan pertumbuhan tu semua cukup baik sekali. Atas isu kemiskinan tegar ni saya nak sebut memang mustahil untuk kita memansuh I mean totally habiskan kemiskinan tegar. Tak mungkin seperti yang semalam Dato’ Merican, Dato’ Seri Merican sebutkan mungkin satu hari ada apa tu satu bencana family member die, kemudian dia punya family esok akan menjadi miskin tegar tapi yang saya rasa lebih penting adalah kita harus address menangani isu relative poverty. Itu adalah isu yang lebih besar. Saya merujuk kepada satu artikel Penang Sosial Economy Transformation Progress and Challenges ini dikeluarkan dalam bulan Oktober, agak baru lagi dan dia telah pun menyatakan dari segi pembangunan indeks dunia, kita punya pembangunan sama setaraf seperti negara Portugal hari ini. Memang

dia ditulis di sini tetapi masih lagi ada isu-isu berkait dengan relative poverty di mana sekurang-kurangnya di dinyatakan di sini one out of 10 household, isi rumah, masih lagi miskin dan juga kena juga menangani isu aging society dalam laporan ini, di mana dinyatakan bahawa negeri masih lagi belum bersedia untuk apa ni menghadapi aging society. Healthcare adalah satu isu lagi dan juga apa ni, okey la, apa ni competition terhadap other-other countries in term of economies. Ini saya tak akan sentuh tapi saya nak yang saya nak sentuh adalah berkenaan dengan poverty ni. Memang kalau kita tengok report ni, yang saya huraikan dalam iPad saya, ialah memang sekarang birth rate sedang menurun. Orang yang giving birth, melahir sedang menurun. By 2040, satu daripada lima populasi Penang akan menjadi sangat tua. Jadi, ini adalah isu-isu yang sangat penting untuk ditangani oleh kerajaan, saya ada fakta-fakta lagi yang saya nak membawa, laporan UNICEF baru-baru ini yang family on the edge yang baru dilaporkan ada recommandation syor yang telah pun jelas menyatakan bahawa kita stream line federal and state welfare policy. Saya nak tanya kepada kerajaan nanti mungkin dalam penggulungan apa yang sedang kita sedang buat. Khususnya welfare for the aged citizen. Mungkin saya akan boleh nanti mengambil lagi, bertanya lagi soalan sebab saya sekarang ini tiada masa sebab saya nak berulang kepada dua perkara kawasan, last sekali Dato’ Speaker, satu adalah berkenaan dengan projek Tok Kangar, Ketua Pembangkang pun sudah pergi, dua hari lalu…(gangguan), masuk kawasan pun tak call saya… (gangguan). Walaupun kerajaan telahpun memberi penjelasan bahawa sekarang ini dalam proses penukaran kontraktor dan projek ini akan mengambil dua belas bulan selepas kontraktor baharu dipilih. Saya ada soalah-soalan saya yang saya harap YB EXCO boleh menjawab sebab memang projek sudah lama dilambatkan dan saya nak tanya proses pelantikan baru itu bila ia akan dibuat. Kalau ambil lagi tiga bulan ataupun empat bulan melantik kontrak baharu maka 12 bulan yang dijanjikan akan ditambahkan lagi. Apakah isu permasalahan dengan kontraktor lama?

Menurut mereka ataupun laporan berita kontraktor memberi notis dalam bulan Jun lagi bahawa mereka hendak menamatkan kontrak dengan PDC. Sekarang sudah berapa bulan, kenapa tidak tamat lagi? Ini adalah isu-isu yang saya harap nanti YB EXCO boleh menjawab sebab saya rasa masalah jalan raya itu memang telah pun diulaskan lubang, banjir, accident memang jadi satu ancaman kepda keselamatan dan sebagainya. Tapi sekarang kita nak tau akauntabiliti itu di mana, kesilapan itu dimana? Itu satu isu yang saya harap YB EXCO boleh menjawab.

Isu yang kedua, semasa majlis Deepavali semalam, Ketua Menteri juga sudah jawab sikit, ini berkenaan bantahan penduduk di Bukit Tengah berkaitan dengan satu cadangan baru untuk nak membina asrama pekerja. Ini sejarah dalam 6 tahun saya menjadi ADUN dalam satu bulan ada dua protes. Satu di jalan Tok Kangar dan lagi satu adalah berkenaan dengan cadangan projek pembinaan asrama warga, bukan lah asrama pekerja. Saya telahpun pada hari Khamis lalu berjumpa dengan penduduk-penduduk untuk menerima bantahan mereka dan saya nak nyatakan di sini memang ramai taman-taman yang terlibat ada Taman Seri Cendana, Taman Cendana, Kampung Tok Kangar, Cendana Indah, Bukit Juru, Taman Mangga, Taman Delima, Taman Mengkudu. Ini adalah semua Persatuan-persatuan penduduk yang telahpun datang berjumpa dengan saya untuk membangkitkan kebimbingan mereka dalam projek… (gangguan loceng), Iya ini memang last sekali, dalam projek untuk membina asrama ini.

Ketua Menteri dah pun menjelaskan bahawa sekarang hanya pada peringkat what, SIA Social Impact Study Accessment. Tidak ada permohonan yang masuk lagi KN kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan. Namun saya rasa adalah tanggungjawab sayalah untuk merekodkan secara rasmi bahawa penduduk-penduduk di sana memang khuatir dan bimbang dan sekiranya nanti bila ada permohongan rasmi dibuat saya harap kerajaan akan memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajar, bukan sewajar, strictly kena tengok

samada pematuhan dan sebagainya kerisauan traffic jam, isu keselamatan dan semua ini, harus ditimbangkan dahulu sebelum projek ini, bukan dilaksanakan boleh dipertimbangkan. Itu saja Dato’ Speaker, dengan itu saya mohon untuk menyokong bajet yang telah dibentangkan, Terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bukit Tengah… (gangguan). Okey Bukit Tengah, selamat berjuang dan sekarang saya persilakan Telok Bahang, sudah ready? Machang Bubuk boleh? Silakan.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Iya nanti Telok Bahang bagi. Okey Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Dewan yang telah memberi saya kesempatan saya ini untuk mengambil bahagian membahaskan Bajet Negeri Pulau Pinang.

Hari ini kita bersidang di sini untuk membahas Bajet Negeri Pulau Pinang yang telah dibentangkan oleh Ketua Menteri. Ia juga adalah satu pelan tindakan untuk masa depan negeri kita. Walaupun Pulau Pinang terus melangkah sebagai sebuah negeri yang progresif dan dinamik kita juga tidak boleh mengabaikan jurang yang masih wujud dalam urus tadbir infrastruktur dan juga keterangkuman.

Seperti yang dinyatakan dalam buku “Why Nations Fail: The Origins of Power, Prosperity, and Poverty” yang ditulis pemenang Economics Nobel Prize 2024 iaitu Daron Acemoglu dan juga James A. Robinson. Iaitu satu negara yang berjaya apabila mereka mempunyai institusi yang inklusif dan satu negara akan gagal apabila mereka mempunyai institusi yang extrative. Pengajaran ini menyeru kita untuk memastikan bahawa belanjawan kita atau bajet kita mencerminkan keterangkuman, keadilan dan juga kelestarian.

Dato’ Yang di-Pertua, tanggungjawab kita sebagai seorang wakil rakyat bukan sahaja menguji pencapaian tetapi juga berperanan untuk memberi kritikan yang membina demi menginspirasikan tindakan yang lebih berimpak tinggi dan bermakna. Tugas kita sebagai wakil rakyat bukan hanya menyokong tetapi juga mencabar setiap dasar memberi manfaat secara telus, saksama dan juga mampan kepada rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, ketahanan dan juga kepelbagaian ekonomi. Pulau Pinang telah mengukuhkan kedudukannya sebagai hub sektor elektrik dan elektronik (E&E). Namun kebergantungan berlebihan kepada satu sektor sahaja membawa risiko terutama dalam ekonomi global yang semakin tidak menentu. Kita masih kurang usaha untuk mempelbagaikan sektor khas seperti ke dalam teknologi hijau, industri kreatif dan juga pembuatan yang maju. Cadangan saya adalah kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menubuhkan dana ketahanan ekonomi Pulau Pinang dengan kerjasama bersama Kerajaan Persekutuan untuk menyokong syarikat-syarikat baru dan PKS dalam sektor yang sedang berkembang termasuk teknologi hijau, industri kreatif dengan menawarkan insentif yang berbentuk amalan yang mampan.

Kedua, mengatasi jurang pembangunan bandar dan luar bandar. Pembangunan sering memihak kepada kawasan bandar dan meninggalkan komuniti luar bandar yang kurang mendapat perhatian dari segi infrastuktur, penjagaan kesihatan dan juga peluang pendidikan. Ketidakseimbangan ini, menghalang kemajuan yang saksama. Walau bagaimanapun saya juga ingin memuji inisiatif Kerajaan Persekutan melalui kampung angkat Madani di kawasan seperti Ceruk Tok Kun, Kampung Mengkuang dan juga Pulau Aman. Usaha ini menunjukkan komitmen

untuk memajukan komuniti luar bandar dan mengukuhkan keterangkuman khasnya dari segi pembangunan infrastruktur dan juga program-program untuk menoktahkan kemiskinan.

Seperti yang kita sedia maklum, pembangunan rumah atau pembinaan rumah kampung di kawasan kampung, tidak, tidak perlu membuat Permohonan Kebenaran Merancang atau PKM. Walaupun cara ini memang memudahkan penduduk-penduduk kampung untuk membina rumah, tetapi kita tau banyak rumah di kampung dibina tanpa mengambil kira perubahan iklim serta paras ketinggian tambakan tanah. Maka kita sentiasa berdepan dengan tidak ada sistem peparitan yang lengkap dan apabila hujan turun dengan lebatnya, rumah-rumah kampung itu langsung tidak berdaya tahan dan juga tidak dapat berkecuali dalam risiko banjir kilat ini.

Dalam soalan bertulis yang ke 25 saya, saya ada bertanya kepada Kerajaan Negeri tentang pembangunan yang tidak berkawal di kampung ini. Mengikut jawapan yang telah diberikan oleh EXCO kita, iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebenarnya mereka juga ada menyediakan bantuan untuk membina rumah kampung melalui pengemukaan pelan komuniti di mana pemohon tidak perlu mengemukakan PKM atau Permohonan Kebenaran Merancang dan juga dikecualikan bayaran sumbangan untuk mendirikan sebuah rumah di kawasan kampung dengan keluasan tidak melebihi 1,500 kaki persegi dengan syarat-syarat tertentu.

Ini adalah untuk memastikan bahawa sesiapa yang ingin membina rumah di kawasan kampung juga perlu mengikut syarat dan juga peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. MBSP di Seberang juga menyediakan pelan setara rumah sesebuah setingkat yang diperkenalkan sejak Ogos 2017. Sebanyak 4 reka bentuk telah disediakan bagi pilihan kepada penduduk-penduduk kawasan kampung. Namun soalan saya adalah kita sudah ada garis panduan dan juga pelan-pelan yang telah ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kita namun saya nak tanya sejauh manakah ia dikuatkuasakan. Adakah penduduk-penduduk di kampung memang ada pergi mendapatkan pelan-pelan tersebut supaya rumah mereka dibina mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan sebab jika kita tidak menguruskan menangani perkara ini di punca kita akan sentiasa berdepan dengan rumah-rumah di kampung yang seringkali mengalami banjir apabila hujan turun dengan kuantiti yang banyak.

Dato’ Yang di-Pertua, menangani krisis iklim. Walaupun Pulau Pinang mengakui cabaran perubahan iklim, tindakan konkrit kita masih tidak mencukupi. Projek seperti tambakan laut, tebus guna tanah dan pembangunan infrastruktur yang menimbulkan persoalan sah tentang komitmen kita terhadap kelestrian alam sekitar. Maka saya juga mencadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh menerima pakai Road Map Net Zero Pulau Pinang 2050 dengan tunggak dengan jelas supaya kita boleh ada satu peralihan ke tenaga boleh diperbaharui meningkatkan keberkesanan pengurusan sisa pepejal serta memperkenalkan infrastuktur hijau di negeri kita.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara keempat yang juga saya nak berkongsi di sini iaitu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan projek-projek kritikal seperti LRT, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga yang akan meningkatkan daya saing dan kemudahan negeri kita. Pertumbuhan berterusan Pulau Pinang sebagai hab serantau dalam perdagangan pembuatan dan juga pelancongan kini tercabar akibat pelaburan infrastuktur yang tidak mencukupi dan kelewatan yang berpanjangan. Walaupun negeri kita menyumbang secara significant kepada ekonomi Malaysia, projek-projek kritikal seperti yang tadi saya sebut biasa seringkali menghadapi birokrasi atau kekurangan dana. Kerajaan Persekutuan mesti memberi keutamaan kepada keperluan Pulau Pinang dan memenuhi janji-janji mereka bagi memastikan kemajuan ekonomi dapat diteruskan dan serta kualiti hidup rakyat kita dipertingkatkan. Silakan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Machang Bubuk. Saya tertarik kepada perbahasan ataupun topik yang dimaksudkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Bersetuju tak bahawa peruntukan yang diberikan sekarang ini tidak berdasarkan kepada satu formula tetap di mana dinyatakan kalau kita menyumbang berapa dollar hasil, kita mendapatkan berapa banyak dari segi peruntukan. Itu menjadi satu masalah. Kalau kita jawapan yang saya dapat daripada Kerajaan Negeri, berapa projek yang telah diluluskan yang kita pohon untuk Rolling Plan yang ke-5, Rancangan Malaysia Ke-12. Semua projek-projek amat penting. 93 projek yang bernilai 17 bilion hanya setakat sekarang hanya enam projek sahaja yang diluluskan. Ini saya rasa menjadi satu cabaran kepada kita bila kita tidak dapat satu komitmen yang tetap daripada Kerajaan Persekutuan,

Sebelum ini, Ketua Menteri dalam sidang DUN lepas telah pun menyatakan kerajaan akan memohon 20% daripada hasil yang kita sumbang kepada Kerajaan Pusat untuk dikembalikan dan saya ada dapat jawapan daripada Kerajaan Negeri baru-baru ini, apakah follow up dan maklumbalas. Dan dikatakan, MOF kata memang Kerajaan Negeri ada, Kerajaan Persekutuan menyalurkan semula agihan kutipan cukai kepada Kerajaan Negeri menerusi pelbagai bentuk sokongan fiskal. Seperti yang saya sebutkan tadi... (kurang jelas) is on ask to ask basic.

So saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Machang Bubuk, bersetuju tak kita tujukan soalan balik kepada Ketua Menteri, adakah kita menerima adakah kita menerima jawapan daripada MOF and that the end of the story ataupun kita akan terus untuk memohon supaya kita dapat return daripada kita punya sumbangan hasil kepada Kerajaan Pusat seperti yang dipohon dalam 20%, terima kasih,

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih YB Bukit Tengah, saya setuju sangat dengan apa yang dikemukakan cadangan oleh Bukit Tengah tadi iaitu saya rasa Kerajaan Negeri perlu tegas dalam perkara ini walaupun Kerajaan Persekutuan baru-baru ini telah mengumumkan pelbagai projek-projek yang begitu penting untuk pembangunan Negeri Pulau Pinang tapi dari segi institutionalize pemberian peruntukan itu perlu di institutionalize supaya tak kira Kerajaan Persekutuan mereka perlu mematuhi peraturan atau tanggungjawab tersebut. Ini juga menyentuh satu soalan bertulis yang telah saya kemukakan namun ia ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan di mana saya juga bertanya tentang sumbangan SST yang telah diberikan, yang telah dibayar negeri Pulau Pinang kepada Kerajaan Persekutuan. Namun soalan itu tidak diterima tapi saya rasa soalan itu sangat penting untuk negeri, pengurusan ekonomi atau pengurusan kewangan negeri juga untuk mengetahui berapa banyak sebenarnya negeri Pulau Pinang menyumbang kepada Kerajaan Persekutuan dari segi SST ini. Sebab SST ini ia melibatkan begitu banyak aspek dan juga sektor dan perkara itu boleh kita, macam tadi yang dicadangkan oleh ADUN Bukit Tengah di mana kita boleh juga tetapkan mungkin 20% daripada sumbangan SST boleh dikembalikan kepada negeri Pulau Pinang supaya ia dapat digunakan untuk pembangunan-pembangunan yang kita perlu buat dalam peringkat negeri.

Maka Dato’ Yang di-Pertua, saya nak teruskan perbahasan saya iaitu berkaitan dengan Klinik Kesihatan Machang Bubuk. Klinik Kesihatan Machang Bubuk telah menjadi sangat sesak khasnya selepas penutupan Jabatan Pesakit Luar atau pun, OPD di Hospital Bukit Mertajam. Klinik Kesihatan ini yang mempunyai keluasan hanya 0.249 ekar memang tidak mampu untuk menampung keperluan penduduk sekitar Bukit Mertajam dengan kedatangan pesakit harian mencecah 200 hingga 230 orang, jauh melebihi Dato’ Speaker, pada asalnya Klinik Desa ini

dinaik taraf jadi Klinik Kesihatan tanpa membuat apa-apa penambah, extension atau apa-apa penambahan dari segi ruang.

Maka yang dulu hanya dapat menampung sehari kira-kira 100 orang, sekarang kena menampung 200 hingga 230 orang. YB Padang Lalang juga ada turun dan sendiri menyaksikan betapa kecilnya Klinik Kesihatan tersebut dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Padang Lalang yang bertindak begitu pantas dengan cepatnya beliau mengarah supaya Pejabat Daerah dan Tanah untuk mengenalpasti atau mencari satu bidang tanah yang sesuai untuk kita membina Klinik Kesihatan yang baru untuk Machang Bubuk supaya keadaan di klinik sedia ada ini dapat ditangani dengan baik. Bagi jangka masa pendek kita juga berharap supaya Kerajaan Negeri dapat membuat extension sementara kita menunggu tanah yang sesuai untuk kita membina Klinik Kesihatan Machang Bubuk ini.

Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya menyentuh… (gangguan) ada?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

No just a quick one. Saya minta maaf Machang Bubuk sebab ada isu kesihatan dan saya telahpun habis ucapan saya tadi ada bawa isu kesihatan dan I nak guna peluanglah nanti harap EXCO Kesihatan… (gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ringkaskan, ringkaskan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya nak ingatkan berkenaan dengan health care untuk warga emas dan geriatrik dan saya difahamkan daripada jawapan yang diberikan, kita hanya ada satu geriatrik di Seberang Perai. Saya nak ingin penjelasan semasa penggulungan nanti berapa geriatrik yang kita perlu, doktor yang kita perlu, beds yang kita perlu untuk kita bersiap sedia untuk aging society especially health care for the old, thank you.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Teruskan.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey. Terima kasih Bukit Tengah. Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya menyentuh tentang isu kesesakan lalu lintas. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamah Suhaili Md Saad yang merupakan Jurutera Daerah JKR Seberang Perai Tengah yang baru-baru ini telah meninggal dunia ketika mengikut aktiviti rakit arus deras. Allahyarhamah Suhaili dikenali sebagai seorang Jurutera yang sangat profesional, berdedikasi dan responsif terhadap segala aduan dan juga cadangan daripada wakil rakyat dan juga penduduk-penduduk setempat. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat JKR dan juga masyarakat di Pulau Pinang ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri untuk projek pelebaran Jalan Alma Bukit Minyak ke Jalan Rozhan Pakej 1 yang telah disiap dirasmikan oleh YB Tanjong Bunga dan masa itu Allahyarhamah Suhaili juga ada di

sana yang menyaksikan projek tersebut yang telah siap dibina. Pada masa itu juga kita ada mencadangkan supaya Pakej 2 juga boleh dipertimbangkan supaya ia boleh melengkapi keseluruhan Jalan Alma Bukit Minyak sampai ke Jalan Rozhan.

Dato’ Yang di-Pertua, kesesakan lalu lintas di Machang Bubuk ini semakin serius dan pembinaan jalan baru itu amat diperlukan. Saya di sini juga ingin mencadangkan supaya kerajaan boleh mempertimbangkan cara bagaimana Jalan Soon Ban Kheng dibina seperti yang pernah disebut dikongsikan oleh Bukit Tambun pada suatu sesi libat urus di MBSP. Di mana Jalan Machang Bubuk 1 telah berhenti di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk di mana jika boleh tanah-tanah yang persendirian di kawasan sana boleh disambungkan dibina satu jalan baru menyambungkan Jalan Machang Bubuk 1 sehingga ke Permatang Tinggi atau Taman Santuari. Kerajaan boleh membina dulu jalan tersebut kemudian boleh mencajkan pihak tuan tanah yang ingin membangunkan tanah-tanah tersebut. Ini adalah satu cara yang boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri sementara kita menunggu tuan tanah untuk menghantar Permohonan Kebenaran Merancang untuk membangunkan kawasan tersebut dan mensyaratkan mereka membina jalan lebih baik untuk Kerajaan Negeri buat dulu jalan kemudian mana-mana tuan tanah yang ingin membangunkan tanah kita cajkan mereka untuk bayar balik tentang kos pembinaan. Sekiranya kita tidak buat kos pengambilanbalik tanah pada masa akan datang akan meningkat lagi. So lebih baik kita buat lebih awal dan kita boleh caj kan pemilik tanah di sepanjang jalan baru yang bakal dibina tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, urus tadbir baik dan juga ketelusan. Tadi kita juga banyak bincangkan tentang projek-projek sakit. Kelewatan dan kos tambahan dalam projek utama itu boleh menghakis kepercayaan awam dan persepsi ketidakcekapan birokrasi kita. Projek lebar Jalan Tok Kangar dan juga projek yang tergendala memang merupakan satu pengajaran yang penting untuk kita supaya tidak mengulangi masalah yang sama.

Maka saya mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan Real-time Governance Dashboard untuk kita memantau kemajuan projek yang dibiayai oleh kerajaan secara terbuka. Kita perlu memastikan ketelusan dan akauntabiliti itu. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan perjumpaan awam tahunan Townhall Meeting untuk melibatkan rakyat dalam peruntukan bajet dan juga keutamaan projek-projek yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri ini. Macam townhall baru-baru ini diadakan oleh YAB Perdana Menteri kita di KLCC di mana dua tahun pencapaian Kerajaan Perpaduan itu dikongsikan kepada semua orang dan boleh mendapat feedback-feedback dan juga rakyat juga akan mengetahui sejauh manakah projek-projek tersebut dijalankan.

Ini juga akan bersangkut-paut dengan apa yang saya ingin bawa dalam perbahasan yang seterusnya iaitu Public Private Partnership, ya, dalam soalan tujuh, soalan bertulis saya, saya ada sebut tentang penangguhan Pewartaan Middle Bank Marine Sanctuary (MBMS) dan Pulau Gazumbo yang telah ditangguhkan. Saya ingin menyebutkan perkara ini kerana ada satu Joint Development Agreement (JDA) bagi Projek Penutupan Selamat Tapak Pelupusan Sampah Jelutong. Tadi saya dengar Batu Uban juga ada sebut yang telah ditandatangani oleh Kerajaan pada 21 Februari 2020 di antara pihak Kerajaan PDC dan juga PLB. Ini adalah satu contoh ini, PPP ini bila kita telah tandatangani penglibatan atau orang ramai tidak tau apa yang sebenarnya tertera dalam agreement tersebut. Maka kita tengok perkara-perkara seperti ini dia perlu lebih terbuka supaya rakyat juga boleh tahu apa sebenarnya masalah yang timbul dengan PPP ini. Projek kerjasama awam swasta ini. Dan juga, saya juga ingin mengambil perhatian Dewan ini supaya kita juga boleh mengetahui lebih lanjut lagi tentang salah satu lagi PPP yang telah dimulakan iaitu Pembangunan Badminton Akademi di Daerah Timur Laut di Karpal Singh Drive yang bernilai pelaburan sebanyak RM460 juta ringgit yang dijalankan dengan sebuah syarikat

Dewan Ditangguhkan

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

yang bernama PGBC Sendirian Berhad iaitu akan membina satu Akademi Badminton di atas tanah kerajaan, atas tanah yang dimiliki oleh CMI yang akan kita pajak kepada PGBC dengan term 60 plus 30 tahun. So ini adalah satu projek PPP yang begitu besar RM460 juta dan kita sebenarnya, kita juga sangat ingin tahu tentang apa perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Machang Bubuk?

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey, sekejap sahaja lagi. So, saya sudah ingin menubuhkan, ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri seperti tadi apa yang disebutkan oleh Bukit Tengah sudah tiba masanya untuk kita menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan PPP ini atau PPP Oversee Committee supaya kita boleh tahu ya semua PPP ini ditandatangani dengan adakah ia di ‘check’ dengan begitu teliti sekali supaya kita tidak akan berlakunya macam Joint Development Agreement yang di Tapak Pelupusan Jelutong yang berlaku ini. Ya, so, penutup YB Dato’, kehebatan Pulau Pinang terletak pada rakyatnya. Kepelbagaian dan juga ketahanan mereka. Marilah kita memastikan dasar-dasar kita mencerminkan kekuatan ini. Pembangunan Pulau Pinang yang inklusif dan mampan memerlukan kerjasama daripada semua pihak dari kerajaan, sektor swasta hingga kepada rakyat. Kita tidak boleh lagi berpuas hati dengan hanya sekadar mencatatkan kejayaan tetapi mesti melangkah lebih jauh untuk memastikan kejayaan tersebut dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang atau bandar dan desa. Sebagai wakil rakyat tugas kita adalah tidak hanya melihat dari sudut positif tetapi juga memberi pandangan yang membina dan juga cadangan yang realistik. Dalam kita membahas belanja, Bajet Negeri Pulau Pinang 2025, kita mesti mengingati bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan adalah pelaburan kepada masa depan negeri kita. Kita mesti memastikan bahawa setiap peruntukan tidak hanya memberi manfaat kepada generasi hari ini, tetapi juga kepada generasi akan datang. Ya seperti yang pernah dinyatakan oleh Tony Blair, "The art of leadership is saying no, not yes. It is very easy to say yes". Ya. kita sebagai pemimpin harus berani menyatakan tidak kepada pendekatan yang tidak membawa manfaat jangka masa panjang dan menyokong keputusan yang berani dan penuh visi untuk kemajuan negeri kita. Kita mesti memastikan setiap langkah yang kita ambil adalah untuk kebaikan rakyat dan juga masa depan Pulau Pinang. Dengan semangat kebersamaan kita mampu menjadikan Pulau Pinang bukan hanya sebuah negeri yang maju dari segi ekonomi, tetapi juga sebagai contoh kepada dunia dalam hal keadilan sosial, pemeliharaan alam sekitar dan juga kepelbagaian. Marilah kita sama-sama memikul tanggungjawab ini dengan penuh kesungguhan dan dedikasi untuk mencipta sebuah masa depan yang lebih cerah untuk semua. Dengan ini saya memohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Machang Bubuk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pada hari ini kita telah mendengar seramai 15 orang Ahli-ahli Kawasan yang telah berbahas. Kita ada lagi 13 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri yang akan berbahas dan akan ditangguhkan ke esok hari. Memandangkan hari ni makan malam tidak disediakan, maka saya dengan ini menangguhkan Persidangan pada hari ini dan disambung pada esok hari. Sekian terima kasih, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dewan ditangguhkan pada jam 6.25 petang.