Pulau Pinang · 26 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 343 turns · 46,723 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. “Bacaan doa”. Soalan-soalan lisan.
Selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat maka kita mulakan dengan sesi soalan lisan. Dipersila Yang Berhormat Seri Delima.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke 22.
No. 22. Berikutan kes penderaan dan eksploitasi kanak-kanak di rumah amal milik GISB Holdings Sdn Bhd, apakah langkah-langkah perlindungan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak di rumah-rumah perlindungan, sama ada milik kerajaan atau swasta?
Okey, Selamat Pagi Semua. Soalan daripada Yang Berhormat Seri Delima. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab memastikan perlindungan dan keselamatan kanak-kanak yang ditempatkan di rumah-rumah perlindungan atas perintah mahkamah untuk jagaan sementara. Kanak-kanak yang akan berada di bawah pemantauan dan jagaan JKM sehingga siasatan selesai sebelum diserahkan semula kepada keluarga atau penjaga yang layak. Sepanjang tempoh perlindungan, JKM dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi lain melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bersesuaian mengikut peringkat umur kanak-kanak. Antara program yang dijalankan termasuk sesi persekolahan yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta aktiviti-aktiviti yang menyokong perkembangan emosi fizikal dan mental kanak-kanak. Sebagai contoh, JKM Pulau Pinang telah menerima 200 orang kanak-kanak yang diselamatkan melalui Ops Global. Kesemua kanak-kanak ini telah ditempatkan di lokasi perlindungan yang selamat dan menjalani pelbagai aktiviti serta program bagi memastikan pemulihan dan kebajikan mereka terjamin sepanjang tempoh jagaan. Langkah-langkah yang mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri melalui JKM dalam memastikan keselamatan kebajikan dan hak kanak-kanak sentiasa terpelihara di rumah-rumah perlindungan sama ada milik kerajaan mahupun swasta. Selepas selaras dengan Visi Penang2030, Kerajaan Negeri berpendirian bahawa tadbir urus pengoperasian pusat jagaan kanak-kanak hendaklah sentiasa memberi keutamaan kepada perlindungan dan kebajikan mereka yang mendapatkan perkhidmatan jagaan yang selamat. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan membuat pemeriksaan berkala terhadap premis pusat jagaan yang menempatkan kanak-kanak dan juga pemeriksaan ke atas pihak pengurusan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga mengenalpasti sama ada perniagaan atau aktiviti yang dijalankan oleh pengusaha pusat jagaan kanak-kanak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Tindakan undang-undang akan diambil jika pengusaha pusat jagaan ingkar dan tidak patuh kepada panduan pengoperasian yang dikuatkuasakan oleh negeri. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang atas penjelasan dan juga jawapan yang diberikan tadi. Untuk kes GISB ini, kita tahu siasatan telah pun dibuat pada bulan September. Nampaknya sekarang isu ini ada nampaknya sudah reda sikit tapi bagi saya isu ini adalah isu yang sangat penting di mana kanak-kanak kita yang tidak berdosa yang terlibat. Jadi, saya ingat adalah sangat penting supaya perhatian yang berterusan terus diberikan bukan hanya saja dari ADUN, MP. Saya ingat media juga perlu memberi perhatian terhadap perkembangan kes ini.
Jadi soalan tambahan saya adalah bagaimanakah pegawai-pegawai kita, khususnya pegawai Jabatan Kebajikan dilengkapi dengan ilmu, pengetahuan ataupun kemahiran apabila ditugaskan untuk mengendalikan kes ini. Adakah dasar ataupun polisi, SOP yang mereka boleh merujuk apabila mengambil tindakan memandangkan kes ini melibatkan kanak-kanak yang fragile (dengan izin) seperti kalau kita tahu kes keganasan rumah tangga, kita ada dasar keluarga selamat dan juga PWDC selalu sebut tentang first support point. Jadi, adakah dasar sebegini juga ada untuk kes ini.
Saya ada soalan yang kedua. Mengenai kes ini, apakah perkembangan yang terkini sebab saya masih ingat minggu lepas apabila Bukit Tengah mengetengahkan soalan tambahan mengenai Pusat Jagaan Warga Emas. Yang Berhormat Sungai Pinang menjawab bahawa memang ada satu pusat jagaan warga emas yang akan dikendalikan oleh Kerajaan Negeri di Nibong Tebal kalau tidak silap saya Nibong Tebal dan tempat ini buat sementara waktu telahpun ditempatkan untuk menempatkan kanak-kanak yang terlibat dalam kes GISB ini. Jadi saya hendak tahu, apakah perkembangan yang terkini untuk kes ini khususnya dalam konteks Pulau Pinang dan apakah nasib kanak-kanak kita sekarang? Itu saja.
Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Delima terhadap soalan tambahan mengenai kebajikan kanak-kanak. Jadi, untuk jawapan anda, pegawai-pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengawal selia pusat jagaan kanak-kanak adalah berdasarkan kepada Akta Pusat Jagaan 1993 iaitu Akta 506 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994. Jadi pegawai-pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diberi pendedahan dengan kursus yang dijalankan saban tahun berkaitan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pusat jagaan dalam memastikan pematuhan kepada Akta Pusat Jagaan 1993 iaitu Akta 506 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 oleh pengendali pusat jagaan. Selain itu pemeriksaan berkala terhadap pusat jagaan yang berdaftar akan dilakukan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak dua (2) kali setahun dan pemeriksaan mengejut juga akan dilakukan mengikut keperluan dalam memastikan setiap pengendali pusat jagaan patuh kepada Akta Pusat
Jagaan 1993 Akta 506 dan Peraturan-Peraturat Pusat Jagaan 1954 serta demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak di setiap pusat jagaan. Bagi kes kanak-kanak sekarang yang ditempatkan seramai 200 masih ditempatkan di Penyayang Sinar Kasih Nibong Tebal. Dia masih dijadikan sebagai tempat selamat bagi penempatan kanak-kanak Ops Global. Jadi saya pernah membuat lawatan bersama dengan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Dan Keluarga memang mereka dalam keadaan yang sangat sihat dan selamat dan ceria. Jadi penelitian tentang keadaan dan saya belum ada dapat data sama ada mereka telah dikembalikan kepada keluarga mereka, ini terpulang kepada kajian atau daripada pihak mahkamah juga daripada pihak sebab ini telah menjadi satu kes mahkamah dan daripada pihak polis. Maka penyiasatan masih dijalankan dan saya difahamkan mereka dalam keadaan yang sangat teratur, selamat dan demi kebajikan mereka, mereka memang selamat dan sihat di kawasan itu. Jadi, memang ada Kompleks Penyayang Sinar Kasih adalah untuk dua (2) tujuan satu (1) adalah pusat jagaan warga emas dan satu (1) adalah pusat jagaan kanak-kanak. Tapi, untuk sementara waktu ini ia dijadikan penempatan untuk kanak-kanak Ops Global. Jadi warga emas kita hantar ke pusat jagaan warga emas di tempat di bawah kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih. Bagan Dalam, sila.
Selamat pagi. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Soalan saya, soalan nombor 23.
No. 23. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang merancang untuk mewartakan cuti peristiwa negeri untuk Hari Deepavali kedua sebagai cuti tambahan?
Terima kasih.
Selamat pagi, salam sejahtera kepada Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Bagi menjawab soalan dari Yang Berhormat Bagan Dalam, berikut adalah undang-undang yang menguatkuasakan cuti umum di Malaysia iaitu (a) Akta Hari Kelepasan 1951, Akta 369 yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan. (b) Ordinan Hari Kelepasan, Bab 56 Sabah yang kuatkuasa di Sabah dan (c) Ordinan Hari Kelepasan Am, Bab 8, Sarawak yang dikuatkuasa di Sarawak. Akta Hari Kelepasan 1951, Akta 369 ini menyatakan di bawah Seksyen 9, Hari Kelepasan Am Negeri Dan Wilayah Persekutuan iaitu Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui pemberitahuan dalam warta atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkan patut menetapkan suatu hari untuk diterima sebagai hari kelepasan am negeri dalam mana-mana negeri itu dan hari tersebut hendaklah kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudiaan daripada ini diterima sebagai Hari Kelepasan Am dalam negeri tersebut. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk mewartakan cuti peristiwa negeri untuk Hari Deepavali kedua sebagai cuti tambahan. Walau bagaimanapun bagi penjawat awam berketurunan India boleh mengambil cuti tambahan seperti yang ditetapkan dalam surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia bertarikh 5 November 2024. Semalam Yang Berhormat Permatang Pasir juga sebut Hari Raya Haji tambahan satu (1) hari lagi, jadi jawapan ini juga terpakai kepada Yang Berhormat Permatang Pasir ini.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang Amat Berhormat di atas jawapan. Kita semua maklum bahawa setiap perayaan utama di negara kita, semuanya ada dua hari cuti kecuali hari Deepavali dan saya rasa sebagai satu negeri yang sentiasa berpegang kepada moto Penang Leads negeri kita seharusnya menjadi negeri pertama di Malaysia yang mengumumkan hari kedua Deepavali sebagai cuti umum. Bolehkah Kerajaan Negeri mengkaji dan mempertimbangkan cadangan ini sekali lagi? Terima kasih.
Akta memberi kuasa kepada negeri dan kita terima cadangan Yang Berhormat untuk kaji.
Terima kasih. Hari kedua masih dikaji sampai giliran Sungai Dua. Sila Sungai Dua.
Yang di-Pertua, soalan saya, soalan nombor 24.
No. 24. Senaraikan jenis pampasan dari Kerajaan Negeri, jumlah yang boleh dimohon dan bagaimana memohon sekiranya berlaku bencana.
(a) Berapakah jumlah yang telah dikeluarkan Kerajaan Negeri membantu
mangsa bencana tahun ini? Namakan bencana yang dibantu.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Kerajaan Negeri memberi Bantuan Khas Tabung Bencana Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini dikenali sebagai Tabung TYT kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana iaitu 10% daripada nilai kemusnahan atau kerosakan dan bantuan minimum adalah sebanyak RM200 dan bantuan maksima adalah sebanyak RM5,000. Selain itu, Agensi Pengurusan Rancangan Negara iaitu NADMA melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 dengan syarat mangsa berpindah ke pusat pemindahan sementara PPS yang berdaftar dan bantuan wang ehsan kematian BWI Kematian sebanyak RM10,000 untuk diberikan kepada mangsa yang meninggal akibat bencana yang berlaku termasuk banjir. Kedua-dua bantuan ini boleh dipohon melalui Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT). Jadi ringkasan jumlah bantuan di
bawah tabung bencana negeri yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri mengikut daerah bermula 1 Januari 2024 sehingga 15 Oktober 2024 untuk membantu mangsa bencana adalah seperti berikut;
(a) untuk Daerah Timur Laut 118 kes, nilai bantuan sebanyak RM90,460.00;
(b) untuk Daerah Barat Daya 61 kes jumlah nilai bantuan RM37,350.00; dan
(c) Daerah Seberang Perai Utara 210 kes, nilai bantuan RM164,200.00; dan
(d) untuk Daerah Seberang Perai Tengah sebanyak 130 kes dan berjumlah RM78,000.00; dan
(e) akhirnya Daerah Seberang Perai Selatan sebanyak 46 kes dan jumlah bernilai RM34,250.00.
Yang ni telah mencatat sebanyak kes 565 kes dan jumlah nilai keseluruhan ialah RM404,260.00. Jadi selain itu Kerajaan Negeri juga mendapat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat semasa berlakunya bencana JKM melalui Dasar Bantuan Negeri menyediakan Bantuan Pemulihan Bencana yang boleh dipertimbangkan untuk membantu mangsa bencana pulih daripada kesan bencana tersebut jumlah maksima Bantuan Pemulihan Bencana bagi satu keluarga ialah RM10,000.00. Syarat kelayakan adalah warganegara dan bermastautin di Negeri Pulau Pinang serta pendapatan isi rumah sebulan tidak melebihi RM5,000.00.
Bantuan pemulihan boleh dipertimbangkan bagi tujuan membantu mangsa bencana untuk pulih daripada kesan bencana tersebut. Bantuan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut;
(a) yang pertama Bantuan Sekolah, bantuan iaitu bantuan menggantikan peralatan sekolah yang musnah sebanyak RM100.00 bagi seorang murid atau pelajar;
(b) yang kedua, Bantuan Pakaian Seragam Sekolah boleh dipertimbangkan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid atau pelajar;
(c) dan ketiga jumlah yang boleh diluluskan oleh seorang murid atau pelajar tidak melebihi RM250.00; dan
(d) Bantuan Pakaian jumlah maksimum RM150.00 bagi setiap orang mangsa bencana yang terlibat;
(e) ketiga Bantuan Keluarga Dan Barang Keperluan jumlah maksima RM300.00 bagi setiap keluarga;
(f) keempat Bantuan Membaiki Rumah jumlah maksima sekali bayar RM5,000.00 bagi setiap keluarga; dan
(g) Bantuan Maksimum iaitu jumlah maksimum bagi satu keluarga ialah RM10,000.00 sahaja.
Ringkasan jumlah bantuan di bawah Bantuan Pemulihan Bencana yang dikeluarkan oleh JKM Pulau Pinang mengikut daerah bermula 1 Januari 2024 sehingga 15 Oktober 2024 untuk bantuan membantu mangsa bencana adalah seperti berikut;
(a) Daerah Timur Laut, 11 kes RM49,000.00;
(b) Daerah Barat Daya tak ada kes ah;
(c) Daerah Seberang Perai Selatan 14 kes, berjumlah RM39,050.00;
(d) Daerah Seberang Perai Utara 1 kes, jumlah nilai bantuan RM3,100.00; dan
(e) Daerah Seberang Perai Tengah 2 kes jumlah nilai bantuan RM7,550.00.
Jadi sebanyak 28 kes dan berjumlah RM99,000.00 jadi selain itu melalui Dasar Bantuan Negeri terdapat Tabung Bantuan Segera Negeri (TBSN) yang diberikan secara sekali bayar one-off kepada mangsa yang mengalami bencana kecil, kadar bayaran maksimum adalah RM500.00 yang boleh diberikan dalam bentuk tunai atau barangan.
Jadi permohonan bantuan tersebut boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) ya di kawasan di mana bencana itu berlaku. Mangsa diwajibkan membuat laporan polis terlebih dahulu untuk tujuan permohonan. Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM99,000.00 pada tahun 2024 untuk membantu mangsa bencana. Bantuan ini melibatkan bencana seperti banjir, ribut dan kebakaran yang berlaku. Terima kasih.
Terima kasih.
Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Sila.
Maklum dengan apa penerangan yang telahpun ataupun jawapan yang telah diberikan oleh Sungai Pinang, saya nak tanya berkenaan dengan tempoh masa permohonan untuk mana dapat sumbangan ataupun bayaran tersebut. Memandangkan bencana yang berlaku seumpama ribut, berlaku musim hujan baru-baru ini jadi ribut angkat bumbung. Jadi hujan turun menyebabkan peralatan rumah habis rosak, kalau sekiranya tak dibuat dengan segera menyebabkan habis perkakas-perkakas peralatan rumah ni akan rosak.
Jadi saya nak tahu tentang tempoh, terutamanya bencana-bencana yang saya sebutkan tadi. Yang pertama berkenaan dengan itulah ribut. Yang kedua berkenaan dengan kebakaran. Kebakaran rumah musnah sama sekali, dan sudah tentulah mereka tidak ada tempat tinggal.
Jadi apa alternatif untuk mangsa apa nama tinggal, sementara rumah dibina semula. Terima kasih.
Tempohnya ter how to say, depends on a berapa cepatlah permohonan itu jugalah. Dan tetapi kita prihatin, kita kena cepat kalau bila berlakunya sesuatu bencana, ribut ke atau kebakaran ADUN-ADUN kawasan tempatan atau penyelaras atau MPKK Komuniti Tempatan cepatlah maklumkan kepada penghulu. Penghulu perlu turun ke padang dengan serta-merta dan membuat laporan, berbuat laporan dan hantar kepada jabatan berkenaan iaitu JKM.
JKM akan turun juga, pegawai akan membuat laporan dengan dengan disertai dengan laporan polis. Jadi kalau untuk kebakaran, selalunya kita akan menempatkan jika ada keperluan daripada mangsa-mangsa sebab tempat kediaman dia tidak sesuai untuk tinggal lagi, maka kita akan aturkan ada PPR dijadikan rumah transit. Ada, ada PPR yang dijadikan rumah transit dan ini adalah mengikut keperluanlah daripada mangsa.
Dan tempoh tu selalunya dalam satu atau dalam dua bulan, it’s depends lah. Kalau cepat, tapi kalau untuk ribut ada yang akan dengan sangat cepatlah kita akan itu itu itu terpulanglah kepada how to say kecekapan daripada semua pegawai juga.
Jadi, selalunya ADUN-ADUN kita yang prihatin sangat cepat membuat permohonan dengan cepatnya kita aturkan kontraktor, sometime juga kalau nak cepat tak sem, tak sempat lagi ADUN-ADUN sendiri atau cari swasta yang juga bantu untuk maybe untuk membaiki bumbung ke ha itu ADUN sangat ada banyak caralah. Ini adalah jawapan saya.
Soalan tambahan.
Telok Ayer Tawar.
Giliran ya? Yang Berhormat Sungai Pinang, disebelah sana (A) di sebelah sini (B). ha. Yalah, you kerajaan (A) lah. Kita pembangkang (B)lah. Apa, apa Yang Berhormat cakap tadi masalah isu banjir dan ribut daripada JKM. Apa yang dialami oleh kami baru-baru ni, kebanyakan belah Wakil Rakyat Pembangkang yang mengalami banjir dan ribut.
Pihak JKM, kita ada maklum dengan begitu pantas sekali hari ini berlaku dan kita panggil. mereka jawab apa? Kita sibuk, ramai, banyak. Dan apabila kita bagi maklumat-maklumat kepada mereka, maka lambat sampai. Daripada masa buat hanya yang cepat mereka sampai bagi toto, bagi tikar, bagi bakul makanan. Dari segi itu tidak perlu lagi, yang perlu ni adalah untuk memperbaiki sekiranya rumah tu berlaku ribut, berlaku ribut bumbung terkeluar itu yang penting dulu.
Bagi rezeki makanan saya ingat tuan rumah tu ada lagi makanan dan tikar ada semua. Kita minta pihak JKM ubah trend lama ke trend baru. Sekarang trend MADANI, kita tak mau trend UMNO. Kita tukarlah, bila kita jadi kerajaan, kita tukar trend. Kalau hari ini naik Kerajaan EXCO
naik Camry, esok tukar Mercedes. Aah, macam tulah dah…. (kurang jelas) yang ni yang saya minta yang Yang Berhormat prihatin dengan keadaan bantuan.
Ini adalah berlakunya kebanyakan adalah orang-orang yang B40, yang terjadi ni kebanyakkan di tepi pantai, rumah-rumah kampung, rumah dah uzur, rumah dah daif, selalu berlaku kerana rumah daif dan uzur, tiap-tiap kali mereka kena banjir, rumah tu dah jadi tiap-tiap kali kena air rumah dah reput, barang-barang reput. Masuk kali kedua, maka barang tu akan rosak terus ini.
Okey.
Ini saya minta Yang Berhormat saya cadangkan kepada Yang Berhormat, tolong percepatkan tolong kalau boleh kita bagi cepat buat rumah repair kita cepatkan, kalau dari segi bantuan cepat. kalau tak cukup kita bubuh sukarelawan, tolong banci. Pihak ada skuad sukarelawan untuk banci masa-masa banjir dan ribut ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Yang tu cadangan. Nak jawab?
Ya.
Okey. Sila.
Terima kasih pada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Team (B) ha, team (B) okay. Ya, memang memang saya terima teguran daripada Yang Berhormat. Memang kalau sebagai pegawai kerajaan ataupun Wakil Rakyat, selalunya kena cepat ambil tindakan ya. Ini adalah ada keperluan memang sebab kalau mangsa mereka sedang berseng sengsarakan berhadapi dengan bencana, jadi kita akan cepat. kalau perlukan beritahu saya, whatsapp saya ah, saya akan arahkan mereka untuk turun ke padang. Kalau tidak, bagi tahu saya. Okey.
Jadi itu saya nak tegur di sinilah, semua kena prihatin terhadap kebajikan masyarakat kerana apa kita bagi bantuan, memang takut keadaan dalam huru-hara ni dia perlu, perut tu sangat penting. kalau tak kenyang, apa pun tak boleh buat dan seterusnya kita akan akan teruskan urusan yang diperlukan. Okay, terima kasih.
Terima kasih. Sungai Bakap.
Dato’ Seri, saya ada satu soalan.
Sudah, nanti.
Tentang isu ini saya ingat, quite urgent. Bagi saya tentang bencana TYT saya nk tanya dah berapa lama tak dikaji, 10% buat masa sekarang memang tak cukup. memang berlaku di kawasan saya kebakaran memang kesian. Penghulu dah turun tengok semua tu dia kata memang maksimum boleh bayar RM5,000.00 maksimum, tapi kerugian ni adalah total lost. dia kena beberapa ratus ribu kena buat repair, tapi memang orang miskin.
Okey.
Saya syorkan ingat ini kena perlu di kaji semula sebab 10% buat masa sekarang memang tak cukup. dengan kes pun tak banyak 28 total kes. Saya haraplah dikaji semula.
Terima kasih, kita akan ambil kira dan akan kajilah. Terima kasih.
Semua kaji ah. Sungai Bakap, saya silakan.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Dari Sungai Dua ke Mukim 5, soalan saya nombor 25.
No. 25. Senaraikan sebab utama hanya di Mukim 5 sahaja di Pulau Pinang yang terjejas dengan masalah tekanan air rendah dan ketiadaan air ketika waktu puncak.
(a) Adakah pembangunan dan perindustrian di Batu Kawan menjadi sebab utama masalah ini?
(b) Adakah pembangunan Penang South Island (PSI) juga akan memberi kesan kepada masalah ini?
Soalan pertama Sungai Bakap. Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Dan terima kasih Yang Berhormat Sungai Bakap atas soalan pertama dalam Dewan ini. Untuk maklumat Yang Berhormat masalah tekanan air rendah ketika waktu puncak bukan hanya berlaku di Mukim 5, Seberang Perai Selatan. Malah ia boleh berlaku di lain-lain daerah di seluruh Negeri Pulau Pinang juga.
Isu ini dapat dilihat melalui statistik yang dikemukakan oleh PBA berkaitan dengan ganggu gangguan bekalan air mengikut daerah untuk tahun 2024, Januari sehingga Oktober seperti berikut;
(a) untuk Daerah Timur Laut jumlah kes 2,769;
(b) untuk Barat Daya 1,794;
(c) Seberang Perai Tengah 1,284;
(d) Seberang Perai Utara 836;
(e) Seberang Perai Selatan 1,060.
Punca utama masalah tekanan air rendah dan ketiadaan air ketika waktu puncak adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti berikut;
(a) yang pertamanya penggunaan air di Pulau Pinang adalah sangat tinggi iaitu kalau kita
melihat statistik dari segi percent liter per kapita sehari penggunaan air di Pulau Pinang
adalah lebih daripada 300 liter per kapita sehari. Iaitu hampir dua kali ganda sasaran
nasional. Impak penggunaan air yang begitu banyak dan tinggi ini, sudah tentu memberi
kesan terhadap tekanan air semasa waktu puncak dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 pagi
dan juga 6:00 petang hingga 11:00 malam;
(a) kedua peningkatan peratusan kadar air tidak terhasil ataupun non revenue water kerana PBA terpaksa meningkatkan tekanan paip-paip utama supaya lebih banyak air dapat disalurkan kepada pengguna untuk kegunaan harian. Ketiga penggunaan pam persendirian dan juga penyambungan daripada paip PBA secara haram juga menyebabkan gangguan kepada tekanan air sedia ada. Untuk maklumat Yang Berhormat, pembangunan dan perindustrian di Batu Kawan bukan satu-satunya sebab utama. Masalah ni berlaku kerana PBA telah menerima sebanyak 2844 permohonan kebenaran merancang di seluruh Negeri Pulau Pinang untuk tempoh 2019 hingga 2023. Permohonan yang diterima menunjukkan pertambahan permintaan bekalan air di seluruh Negeri Pulau Pinang dan tidak tertumpu di Batu Kawan sahaja. Kawasan Perindustrian Batu Kawan terletak berhampiran dengan rumah pam Bukit Minyak yang membekalkan air kepada kawasan SPS. Oleh demikian, tekanan air di kawasan Batu Kawan juga bergantung kepada tekanan air di rumah pam tersebut dan paras air di dalam kolam takungan air Batu Kawan. PBA mengambil pendekatan melaksanakan kawalan bekalan air ke kawasan ini melalui syarat-syarat dan ulasan teknikal semasa peringkat perancangan pembangunan khususnya melibatkan projek pembangunan baru supaya tidak menjejaskan pengagihan air keseluruh kawasan SPS yang lain. Untuk soalan (b) Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui PBA tidak pernah menghalang sebarang pembangunan termasuk juga pembangunan Pulau Silikon dan pembangunan ini tidak juga menyebabkan isu tekanan rendah dan ketiadaan air di Mukim 5. Air pun belum
disalurkan kepada kawasan Pulau Silikon lagi. Setiap pembangunan di Negeri Pulau Pinang perlu melalui proses permohonan kebenaran merancang serta perlu mematuhi syarat-syarat dan keperluan teknikal yang ditetapkan oleh agensi termasuk PBA. Oleh demikian, PBA telah mengenakan tiga syarat yang perlu dipatuhi untuk pembangunan baru terutamanya di kawasan SPS. Yang pertamanya mana-mana kemajuan baru disyaratkan hanya dapat disalurkan air selepas pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Kerian.
Kedua semua kelulusan perancangan hanya sah untuk tempoh dua tahun sahaja dan sekiranya pembinaan tidak dimulakan dalam tempoh kelulusan diberikan, syarat yang baru akan diletakkan mengikut ketersediaan bekalan air. Kalau kita ikut dasar lama bila kita memberi kelulusan tu, dia open ended, maksudnya dia dapat kelulusan hari ini mungkin dalam lima, tujuh tahun baru dia buat pembinaan, masa tu mungkin keadaan dah berlainan, dari segi bekalan air pun sudah berbeza. Jadi sekarang ni kita letak tempoh dua tahun, selepas dua tahun tu kalau pembinaan tidak bermula maka dia akan luput dan dia perlu memohon semula untuk mendapat ulasan yang baru daripada PBA yang di mana PBA akan melihat kepada keadaan pada ketika itu. Yang ketiga PBA juga mensyaratkan supaya mana-mana perindustrian perlu mengitar semula sekurang-kurangnya 25% efluen perindustrian sebagai sumber kegunaan air kendiri. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih YB EXCO atas penjelasan sebentar tadi. Pada dasarnya saya setuju dengan apa yang telah dirancang oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA), namun pada hakikatnya semua ini sepatutnya dah dilakukan 10 tahun yang lepas sebelum berlakunya krisis air yang berlaku di SPS sebab apa yang saya lihat pembangunan memang tidak seiring dengan utility terutama di SPS. Mungkinlah YB kawasan Bukit Tambun setuju. Soalan saya, mengapa pihak kerajaan tidak buat perancangan tambahbaik pasarana atau utiliti 10 tahun yang lalu sebelum terbina sebarang pembangunan seperti kilang dan perumahan baru?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Bakap. Sebenarnya soalan ni pernah ditanya oleh Mantan Sungai Bakap (Allahyarham) dan saya pun telah menjawab dan sebenarnya Kerajaan Negeri pada sesi-sesi sebelum ni, kita telahpun akur dan mengakui bahawa apa yang berlaku puncanya adalah pertambahan peningkatan permintaan secara mendadak yang sememangnya luar daripada jangkaan. Dia biasanya kalau kita lihat trend ataupun pola peningkatan permintaan air di Negeri Pulau Pinang, dia memerlukan 10 tahun untuk naik 10% tapi apa yang berlaku dari
2019 hingga 2023 telah meningkat hampir 10%. Jadi kita punya jangkaan air yang sepatutnya meningkat 10 tahun telah meningkat dalam 4 tahun. Jadi ini telah menyebabkan apa ni pembekalan air itu, bekalan air itu tidak mencukupi dan oleh kerana itu Kerajaan Negeri melalui PBA juga telah dengan segera ya, meluluskan peruntukan yang paling besar dalam sejarah Negeri Pulau Pinang lebih daripada RM1 bilion untuk melaksanakan beberapa projek baru termasuk pembinaan tiga, empat loji rawatan air yang baru. Jadi Kerajaan Negeri sesungguhnya ingin menyelesaikan masalah ini dan kita juga mengakui kelemahan kerana projection yang kita buat tidak tepat ya, oleh kerana permintaan telah menaik dengan begitu mendadak khususnya dalam tempoh MCO tu dan juga kerana terdapat semi-conductor boom yang berlaku 2021-2022 yang telah melihat begitu banyak perindustrian yang baru khususnya di kawasan SPS dan sebagainya yang sememangnya telah melebihi daripada jangkaan tapi sepertimana yang saya telah menjelaskan banyak kali, Kerajaan Negeri, PBA pun telah bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah, pada ketika ini pun di Mukim Lima keadaan agak terkawal, saya tahu yang sebelum sebulan lepas memang berlaku masalah akibat daripada paip yang pecah tapi kalau dalam hari yang biasa sememangnya mencukupi. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Untuk notis gangguan bekalan air berjadual di Seberang Perai Utara yang didapat satu saja tapi jumlah notis gangguan bekalan air di luar jangka tidak berjadual sebanyak 227. Itu menunjukkan satu jarak yang cukup besar dan jika keseluruhannya kita tengok gangguan kepada semua daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, SPT dan SPS, jumlah notis gangguan air berjadual yang dimaklumkan hanya 31 berbanding kes jumlah gangguan yang tidak berjadual sebanyak 755. Jadi jarak di antara 31 dengan 700 cukup jauh, jadi apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Tanjong Bunga untuk selesaikan.
Terima kasih Yang Berhormat Penanti. Dia bila berlaku gangguan air tidak berjadual tu biasanya adalah paip yang pecah. Itu adalah majoriti daripada kes-kes yang kita dapatlah dan ini adalah akibat daripada paip-paip yang usang, banyak paip yang lama dan sebenarnya telahpun saya maklumkan dalam Dewan ini terdahulu bahawa sekiranya kita ingin, apa ni membuat penggantian paip bagi keseluruhan paip-paip yang usang kita memerlukan berbilion-bilion Ringgit Yang Berhormat. Lebih daripada RM1 bilion mungkin RM1.5 bilion tapi untuk pemasangan paip yang baru penggantian paip, kita telah meluluskan sebanyak hampir RM200 juta dalam tahun-tahun ini untuk melaksanakan penggantian paip dan kita membuat mengikut keutamaan, maksudnya kita ada senarai paip-paip yang usang, yang paling usang tu kita buat dululah tapi dengan tambahnya sepertimana saya sebut tadi PBA sekarang terpaksa untuk meningkatkan tekanan air akibat bekalan air yang kurang pada waktu ini jadi dengan peningkatan tekanan air itu, paip-paip yang lama itu mungkin ada yang tak tahan dan disebabkan itu dia, apa ni bocor dan juga pecahlah. Tapi kadang-kadang juga berlaku insiden yang di mana pecah disebabkan terkena kontraktor dan sebagainyalah tapi macam mana pun yang penting apabila berlaku, aduan paip yang pecah PBA akan segeralah untuk, apa ni memastikan dapat dibaiki dan untuk mengurangkan tempoh yang ketiadaan air itu. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya nak… (gangguan).
Soalan tambahan. Terima kasih. Tentang non-revenue water atau air tidak berhasil, kita dimaklumkan kehilangan hingga 26%. Okay, berkaitan penggantian paip seperti yang dijelaskan dalam taklimat bersama PBA baru-baru ni, saya nampak pakej-pakej yang dirancang itu hanya melibatkan Daerah Barat Daya, Timur Laut dan SPU. Boleh jelaskan kenapa tiada perancangan penggantian paip di Daerah SPS dan terutama daerah Mukim Limalah yang paling terkesan dengan tekanan air rendah atau faktor piping yang semakin mereput dan mudah pecah. Soalan saya, bila penggantian paip di Daerah SPS akan dilakukan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa, apa ni mungkin maklumat tu tidak betul sebab yang saya difahamkan penggantian paip tu memang berlaku di seluruh semua daerah di Negeri Pulau Pinang tapi sudah tentu dia akan mengikut kepada keperluanlah dan sudah tentu semua daerah pun ada keperluan dan yang ni saya akan semak dengan pihak PBA dan saya boleh bagi maklumat kepada Yang Berhormat mana kawasan-kawasan yang kita laksanakan penggantian paip di SPS, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya nak jemput Sungai Puyu. Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya 26.
No. 26. Berapakah ekar tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) yang telah digunakan sebagai kolam ternakan ikan / udang di kawasan Kuala Juru?
(a) Bagaimanakah pelaksanaan kawalan untuk memelihara kepentingan alam
sekitar di kawasan berkenaan?
(b) Apakah kaedah yang digunakan sebelum pelepasan hasil tercemar ke
dalam ban-ban borrow pit, sungai kecil dan laut?
Yang Berhormat Sungai Puyu, Dato’ Speaker. Sebanyak 99.65 ekar tanah yang terlibat untuk tanah PDC dan sebanyak 58.74 ekar bagi tanah CMI bagi aktiviti ternakan ikan dan juga udang. Bagi pelaksanaan kawalan bagi memastikan alam sekitar dijaga dengan baik, pengusaha sisa air kolam akan dipastikan mengikut Tatacara Pengendalian Piawai myGAP iaitu Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia di mana air-air sisa-sisa air ini akan dimasukkan ke dalam kolam rawatan terlebih dahulu sebelum dilepaskan di sungai ataupun laut. Selain itu agensi sokongan seperti PBT, Majlis Bandaraya Seberang Perai menjalankan beberapa kaedah:
(a) Adalah menjalankan pemantauan pemeriksaan dan juga pengawasan ladang secara berkala ataupun mengikut mengikut aduan.
(b) Pengeluaran notis kompaun dan juga tindakan mahkamah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Undang-Undang Kecil sekiranya ketidakpatuhan berlaku dan;
(c) Adalah pendidikan dan juga kesedaran dalam kalangan penternak akuakultur. Bagi kaedah yang digunakan sebelum pelepasan hasil tercemar di berapa sepertinya
sungai ataupun laut, ada empat kaedah:
(d) Yang pertama seperti yang disebut pengurusan air kolam, sisa kolam ini mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) myGAP dengan air sisa dimasukkan dalam kolam rawatan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan ke sungai ataupun laut.
(e) Yang kedua keperluan kolam kumbahan di mana kolam kumbahan ni diperlukan bagi proses pemendapan.
(f) Kaedah penghuraian kimia yang digunakan antaranya klorin ataupun ozon dan yang terakhir;
(g) Adalah kaedah penyelesaian waktu ketika melepaskan aliran effluent ini. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan. Masalah pencemaran di kawasan Kuala Juru ini sudah berlarutan begitu lama dan kenapa tak ditanggani lebih awal? Adakah Kerajaan Negeri akan ambil tindakan kepada penternak-penternak yang menyebabkan pencemaran alam sekitar? Apakah usaha yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi memelihara sektor ternakan kerang di kawasan Kuala Juru yang turut tercemar akibat daripada aktiviti ternakan ikan atau udang di Kuala Juru.
Terima kasih dengan soalan tambahan Yang Berhormat Sungai Puyu. Sebenarnya bagi mengikut data Jabatan Perikanan kita tidak ada sebarang aduan bertulis ataupun secara rasmi hitam putih berkenaan tentang pencemaran tersebut malah saya boleh huraikan beberapa pengusaha di kawasan Kuala Juru iaitu terdapat 40 pengusaha di mana dipecahkan kepada 14 pengusaha ternakan kerang, 11 pengusaha kolam air payau, 5 pengusaha kolam air tawar, 9 pengusaha actually air payau dan 1 pengusaha actually air tawar dan lima (5) pengusaha syarikat yang telah terlibat dalam kawasan TKPN Batu Kawan dengan mereka kesemuanya mempunyai Sijil myGAP iaitu skim yang mengamalkan sijil amalan pertanian yang baik myGAP di mana secara tak langsung tidak ada berlaku pencemaran di kawasan tersebut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Sungai Puyu di situ juga terdapat beberapa aktiviti sepertinya pertanian, sayuran dan juga sawit, pengilangan, industri dan juga agak padat serta Industri IKS serta aktiviti ternakan haiwan. Kita mensyaki bahawa kesemua-kesemua aktiviti ini boleh mendorong kepada pencemaran Yang Berhormat Sungai Puyu sebut tadi. Bagi usahawan, usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2021 kita mendapat aduan berkenaan tentang pencemaran ini. Kita telah memanggil pihak berkenaan iaitu pihak JPS kerana aktiviti mendalamkan sungai pada waktu itu, kita mengarahkan untuk mereka menghentikan kerja dan
proses mitigasi kerja berlaku. Kita mengesyaki bahawa di kawasan tersebut tidak ada kerang yang tercemar malah hanya tinggal sisa kulit kerang sahaja namun bersih dan juga kerang-kerang yang ada, yang cukup saiz ini dengan kuantiti yang sedikit tetapi dilihat sihat lah dan kita telah memberi ganti kepada penternak kerang ini iaitu satu lot seluas 21 hektar bagi satu penternak dan telah dimulakan pada tahun 2022. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Dato’ Seri, kalau boleh.
Kuala Juru ya.
Kuala juru la. Sebab kawasan saya Dato’ Seri. Terima kasih. Terpanggil juga ya. Memang ternakan udang aquaculture di Kuala Juru besar dan juga ada banyak lagi saya rasa kalau pergi sana penternak-penternak lain yang saya rasa juga mungkin yang haram pun ada dekat sana. Jadi saya ingin, dan saya apa ni menyambut baik tadi yang menyatakan bahawa ada piawaian-piawaian dan peraturan yang ditetapkan undang-undang untuk pelaksanaan dan penguatkuasaan. Kalau tak dijaga baik sudah tentu pencemaran daripada ladang-ladang aquaculture ini akan mengakibatkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada sungai, biodiversity, mangrove bakau dan juga kepada pengusaha-pengusaha kerang Yang Berhormat. Jadi soalan saya adalah beberapa kerap penguatkuasaan ini dilakukan, when was the last time satu (1) inspection telahpun dilakukan dibuat oleh mana-mana pihak terhadap ladang-ladang ini. Saya harap kalau tidak ada jawapan sekarang dan data mungkin boleh kemudian diberikan dan meminta supaya kerajaan untuk memberi perhatian berat atas isu ini. Terima kasih.
Yang Berhormat saya belum ada data terperinci tentang bila tarikh akhir. Saya akan bagi jawapan bertulis, terima kasih.
Terima kasih. Apa nama Bukit Tengah dan seterusnya soalan yang ke-27 telah pun dijawab bersama dengan soalan 1 semalam. Dan saya nak menjemput Machang Bubuk untuk soalan seterusnya.
Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan 28.
No. 28. Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027.
(a) Berapakah anggaran kos penganjuran yang perlu ditanggung oleh Pulau
Pinang serta anggaran keuntungan atau impak ekonomi yang dapat
dijana?
(b) Senaraikan acara sukan yang akan diadakan di Pulau Pinang mengikut
lokasi dan taraf kemudahan sukan.
(c) Terangkan inisiatif membangun bakat sukan di negeri bagi memenangi
pingat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jiran saya Yang Berhormat Machang Bubuk daripada kawasan Bukit Mertajam. Saya bangun untuk menjawab tentang persoalan berhubung dengan penganjuran Sukan SEA pada tahun 2027. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengumumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA ataupun dalam singkatan (SEAGF) bagi menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA pada tahun 2027. Jadi beberapa negeri juga telah menawarkan bagi menjadi sebahagian penganjur sukan antaranya Kuala Lumpur, Sarawak dan negeri kita Negeri Pulau Pinang. Jadi Kerajaan Negeri melalui keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi penganjuran Sukan Snuker dan Billiards semasa Sukan SEA pada Tahun 2027 yang akan datang.
Namun pada peringkat ini Kementerian Belia dan Sukan menerusi Jawatankuasa Penganjuran sedang memperhalusi cadangan untuk menawarkan beberapa sukan tambahan, jenis dengan izin indoor yang lain kepada Pulau Pinang menerusi jumlah peruntukan yang dipersetujui. Jadi perkara ini akan turut mengambil kira kesesuaian kemudahan sukan sedia ada yang terdapat di Pulau Pinang. Jadi melalui penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa ia bakal membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi tempatan melalui pelancongan, penjualan tiket, penajaan korporat dan juga meningkatkan imej dan reputasi negeri serta negara di peringkat global. Jadi bagi menjawab apakah anggaran keuntungan ataupun impak ekonomi yang ditanyakan oleh rakan saya daripada Machang Bubuk, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ataupun MIDA pelancongan sukan di Malaysia ataupun di negara kita ini mempunyai keupayaan untuk menjana pendapatan yang dianggarkan pada RM5 billion setiap tahun untuk negara kita. Jadi untuk menjawab soalan (b) daripada rakan saya daripada Machang Bubuk, Kerajaan Negeri telah menghantar permohonan bagi menganjurkan sukan snuker bertempat di Akademi Billiards dan Snuker Wilayah Utara yang bertempat di Bayan Baru kepada Kementerian Belia dan Sukan. Jadi akademi ini juga mempunyai kemudahan sukan lain dari Setia Spice Arena yang berdekatan dan juga kemudahan penginapan di lokaliti serta aktiviti ekonomi setempat yang strategic. Kalau, mungkin ada masa saya jemputlah rakan-rakan Yang Berhormat untuk melawat Akademi Snuker dan Billiards Wilayah Utara ini yang baru saja disiapkan yang terletak berdekatan dengan Hotel Olive Tree di kawasan Bayan Baru. Namun demikian perbincangan selanjutnya akan diadakan bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta negeri-negeri penganjur yang lain bagi memuktamadkan acara sukan serta lokasi yang terlibat di
Negeri Pulau Pinang. Jadi pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang ini bagi menjawab soalan yang ke-3 oleh rakan saya daripada Machang Bubuk, banyak inisiatif kita telah laksanakan di antara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Persatuan Sukan Negeri dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bagi membangunkan sukan serta atlet-atlet di negeri ini.
Seterusnya inisiatif ini mampu membawa atlet yang berbakat ke temasya sukan Malaysia melalui pemilihan dan diserap mengikut program latihan kebangsaan di bawah Program Pembangunan Majlis Sukan Negara Malaysia dan Persatuan Sukan Kebangsaan. Antara usaha-usaha yang dilakukan adalah yang pertama memberikan latihan berterusan seperti menyediakan program latihan yang berstruktur dan berterusan untuk memastikan atlet sentiasa memperbaiki kemahiran mereka. Yang ke-dua menyediakan fasiliti sukan yang lengkap seperti menyediakan kemudahan sukan yang lengkap dan berkualiti tinggi untuk atlet berlatih. Yang ke-tiga menyediakan jurulatih yang bertauliah, berkelayakan dan profesional serta berpengalaman untuk membimbing atlet dalam teknik, taktikal dan juga strategi sukan. Yang ke-empat menjaga kesihatan atlet-atlet negeri dengan memastikan atlet mendapat nasihat pemakanan yang betul serta akses kepada perkhidmatan kesihatan dan fisioterapi. Yang ke-lima memberi peluang kepada atlet untuk menyertai pertandingan di pelbagai peringkat, dari peringkat sekolah hingga antarabangsa. Yang ke-enam menerapkan pendidikan mengenai sukan termasuk sejarah, psikologi dan strategi sukan untuk melengkapkan atlet dengan pengetahuan yang lebih mendalam. Yang ke-tujuh menampung kos latihan, peralatan dan pertandingan para atlet. Yang ke-lapan menyediakan Program Mentorship dengan izin di mana atlet senior boleh membimbing dan memberi motivasi kepada atlet muda. Dan yang akhir sekali menyediakan sokongan psikologi untuk membantu atlet mengatasi tekanan dan cabaran yang mereka hadapi.
Dengan mengambil langkah-langkah ini Negeri Pulau Pinang dapat memastikan bahawa atlet-atlet muda mempunyai platform yang kuat bagi mencapai kejayaan dalam sukan masing-masing. Usaha ini adalah selari dengan usaha Majlis Sukan Negara Se-Malaysia dalam memastikan pasukan kebangsaan negara sentiasa mempunyai bilangan atlet pelapis dan juga atlet sukan yang terbaik di peringkat negara untuk meraih kemenangan di pentas sukan antarabangsa yang meliputi Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Dunia dan juga Sukan Olimpik. Sekian, Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada Padang Lalang yang telah menjawab soalan 28. Saya menyambut baik tentang keputusan Kerajaan Negeri untuk menjadi sebahagian dalam penganjuran Sukan SEA ini. Dengan kita peruntukan RM15 juta ringgit Malaysia, bolehkah saya juga tau ada apa-apa peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kerana kita menganjurkan sebahagian program dalam Sukan SEA ini. Dan tadi YB Padang Lalang juga sebut kita hanya akan menganjur snuker dan billiards sahaja. So, acara-acara. Cadangan asal. Dan satu acara itu sudah kena belanja RM15 juta. Adakah ada acara-acara lain yang juga dipertimbangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan supaya ia juga boleh dilakukan di Negeri Pulau Pinang. Jika tidak saya rasa RM15 juta untuk menganjur hanya snuker dan billiards itu memang satu kos yang amat tinggi dan ini juga isu tentang ROI, berapa RM15 juta kita belanja, apakah ROI yang dijangka akan diperolehi oleh Kerajaan Negeri kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk yang membangkitkanlah tentang khususnya dari segi ROI dan juga tentang apakah penyediaan belanjawan ataupun anggaran
bajet pada RM15 juta itu hanya mencukupi untuk kita menganjurkan satu jenis sukanlah. Untuk makluman Yang Berhormat Machang Bubuk memang pada asalnya kita menganggarkan lah sebenarnya kalau untuk keseluruhan penganjuran satu sukan yang meliputi banyak aspek termasuk bukan sahaja atlet yang datang mengambil bahagian kita juga perlu menjaga juga pegawai dari segi teknikal dan sebagainya untuk penyediaan infrastruktur untuk menganjurkan sesebuah acara tu pada asalnya anggaran kita adalah dalam lingkungan RM15 juta. Tapi kita pun telah mengadakan perbincangan termasuk Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah sendiri berjumpa dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang dimana Ketua Pengarah (MSN) telah memaklumkan kepada kami bahawasanya sebenarnya dengan anggaran RM15 juta tu Negeri Pulau Pinang berpotensi untuk menganjurkan lebih daripada satu acara. Namun demikian perkara tersebut masih belum dimuktamadkan lagi memandangkan kita masih menunggu Mesyuarat Jawatankuasa Penganjur yang bakal dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama-sama dengan rakan penganjuran kita daripada Kuala Lumpur dan Sarawak untuk kita mengenal pasti apakah acara-acara akhir yang akan dianjurkan di Negeri Pulau Pinang ini. Tadi juga saya tertarik juga dengan Yang Berhormat Machang Bubuk, Machang Bubuk sebut tentang ROI. Betul dari segi ROI setiap ringgit dan sen yang kita belanjakan kita mengharapkan dapat membawa pulangan khasnya melalui penjanaan peluang ekonomi selaras dengan penganjuran acara sukan ini. Tapi saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Machang Bubuk selain daripada jumlah pelaburan yang dianggarkan RM15 juta ini yang disediakan oleh Kerajaan Negeri sebenarnya daripada penganjuran ini kita juga akan dapat menarik tajaan daripada pihak korporat dari pihak swasta untuk sama-sama kita menjayakan penganjuran Sukan SEA inilah. Dan yang penting sekali bagi sayalah, ROI yang paling penting sekali, adalah di mana di Negeri Pulau Pinang ini kita mempunyai atlet. Kalau tadi sebut sukan billiards dan snuker, kita ada atlet yang pernah meraih pingat emas dalam temasya Sukan SEA. Jadi ROI yang amat penting yang kita harap dapat dicapai juga kita dapat sediakan kelebihan tuan rumah ataupun dengan izin home advantage di mana kita adalah jadi tuan rumah untuk membenarkan atlet-atlet daripada Negeri Pulau Pinang untuk meraih pingat emas di Negeri Pulau Pinang, itu salah satu ROI yang kita cuba untuk hendak capai juga. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Dato' Seri. Saya ingin bertanya tentang jawapan kepada (c) tadi berkaitan dengan inisiatif membangun bakat sukan. Baru-baru ini sempat saya telah pun menganjurkan bersama KBS satu pertandingan wusyu di kawasan saya dan saya hendak katakan di sini memang kebanggaan baru-baru ini pun kita menang empat pingat emas di Sarawak, SUKMA. Jadi soalan saya adalah apakah galakan ataupun program-program kerajaan untuk to train wusyu atlet dan juga dalam silat. Saya difahamkan kita juga mengambil bahagian dalam silat dan ini semua adalah seni-seni cultural budaya warisan Pulau Pinang. Jadi apakah usaha-usaha untuk to push dan mendorong menyokong wusyu dan silat dan seni-seni lain dalam mempertahankan diri dengan sukan ini. Terima kasih.
Terima kasih rakan saya daripada jiran saya juga daripada Yang Berhormat Bukit Tengah sememangnya seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tengah selain daripada wushu, silat kita jangan lupa juga silambam dan juga kabadi yang menjadi kebanggaan Negeri Pulau Pinang juga. Memang semua acara sukan ini kita sebut walaupun dia
sukan tradisi kita boleh katakan sukan tradisi tetapi dia pada masa yang sama merupakan sukan secara kompetitif, berprestasi tinggi yang dipertandingkan di dalam temasya sukan misal katanya sukan Malaysia dan juga temasya sukan peringkat asia tenggara dan juga antarabangsa. Jadi sememangnya dengan kerjasama di antara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan persatuan-persatuan sukan negeri, kita sememangnya mendorong dari segi pembangunan sukan-sukan seperti ini termasuk juga daripada skim yang disediakan di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bantuan dari segi pengambilan jurulatih yang bertauliah untuk meningkatkan lagi prestasi dan juga dalam jawapan saya tadi untuk latihan program latihan yang berstruktur, fasiliti sukan, jurulatih yang bertauliah ada juga kesihatan seperti mana tadi saya jawab dalam soalan asal daripada Machang Bubuk. Ini semua kita ambil pendekatan yang sama bagi sukan wushu, sukan silat, sukan silambam, sukan kabadi semua kita jaga. Terima kasih.
Terima kasih silakan Bukit Tambun
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri soalan saya soalan nombor 29.
No. 29. Huraikan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan Batu Kawan Industrial Park (BKIP) 3.
(a) Adakah peruntukan ini merangkumi penaiktarafan persimpangan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Keng Koon dan Tol arah
Utara?
(b) Huraikan status penaiktarafan persimpangan Jalan Bukit Tambun
dan Jalan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak.
(c) Adakah Jabatan Kerja Raya (JKR) mengemukakan permohonan untuk penaiktarafan jejambat Jalan Perusahaan Valdor dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)?
Terima kasih Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan dari Yang Berhormat Bukit Tambun berhubung dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan Batu Kawan Industrial Park 3. Sehingga kini, maklumat yang diperolehi oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang atau PDC, peruntukan ini adalah di bawah RMK-12 Kerajaan Persekutuan yang diluluskan di bawah Kementerian Ekonomi untuk Infrastruktur Fasa 1A BKIP3 berjumlah RM35 juta. Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan infrastruktur di taman industri berkenaan. Skop projek adalah kerja pembinaan jalan, perparitan, perabot jalan, pemasangan air retikulasi, paip pembetungan, pembinaan jambatan dan pemasangan lampu jalan dan telekom. Tempoh pelaksanaan projek adalah 16 bulan. Manakala untuk menjawab (a), peruntukan ini tidak merangkumi projek menaik taraf persimpangan SJKC Keng Koon dan tol arah utara peruntukan ini cuma dalam sempadan BKIP3. Perkara (b) JKR Pulau Pinang telah kemukakan cadangan projek menaik taraf Jalan Bukit Tambun dan Jalan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak dalam Program Pembangunan di bawah Kementerian Kerja Raya
RMK-12 Rolling Plan Ke-5 yang akan mengangkat semula di bawah RMK-13 untuk kelulusan. Manakala (c) JKR Pulau Pinang sedang memperincikan kos projek menaik taraf jejambat Jalan Perusahaan Valdor dan dalam proses mengemas kini permohonan RMK-13 di bawah program Pembangunan Kementerian Kerja Raya. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan Dato' Seri Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Terima kasih diucapkan kepada Padang Kota yang juga Ahli Parlimen kawasan. Untuk soalan yang nombor 29 ini untuk makluman sidang Dewan, jumlah kilang di BKIP yang sudah beroperasi adalah 162 unit Bandar Cassia Technology Park, terdapat empat kilang dalam pembinaan, Taman Perindustrian Bukit Minyak ada 161 kilang, Penang Science Park ada 71, Penang Science Park North terdapat 36, kesemua taman perindustrian ini merangkumi 434 unit kilang yang telah beroperasi dan keempat-empat kawasan perindustrian ini dihubungkan dengan jalan Bukit Tambun Pendek kata, jalan Bukit Tambun bukan sekadar jalan tempatan untuk DUN Bukit Tambun tetapi adalah tunjang kepada kelestarian pembangunan Silicon Valley Timur sebab keempat-empat kawasan perindustrian ini menjana pembangunan Negeri Pulau Pinang dan menyumbang export lebih kurang 5% untuk E&E. Oleh itu, apakah tindakan drastik yang boleh Kerajaan Negeri memaksa Kementerian Kerja Raya atau Kementerian Ekonomi untuk menangani kesesakan Jalan Bukit Tambun FT149 ini pada tahun hadapan terutamanya (a) dan (b) ini hanya dua tempat bottle neck yang perlu ditangani bukan sepanjang Jalan Bukit Tambun. Dan bagi soalan tambahan untuk (c) saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR kerana telah menaiktaraf, PDC dan JKR telah menaik taraf dan sedang menaik taraf sepanjang jalan perusahaan Valdor dan ICONIC Medicare sehingga ke Jalan Persekutuan kecuali isu menaiktaraf jejambat yang saya telah minta sejak tahun 2016 semasa menjadi Ahli Majlis. Apakah tindakan yang boleh kita mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan terutamanya kedua-dua kementerian yang saya sebut tadi, itu saja. Terima kasih.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Bukit Tambun. Sememangnya kita dalam Dewan ini setuju sangat dengan desakan projek-projek yang dinamakan tadi. Secara jujur kita ucapkan terima kasih kerana projek Juru – Sungai Dua diluluskan tetapi alangkah baiknya sekiranya projek-projek tempatan yang disebutkan tadi memang ada banyak lagi projek-projek tempatan yang mungkin menelan peruntukan yang lebih kurang daripada Juru - Sungai Dua juga dapat dilaksanakan serentak sebab ini merupakan projek-projek yang amat mendesak supaya kesesakan di sekitar kawasan perusahaan atau perindustrian di seluruh Seberang Perai ini dari Perai ke Nibong Tebal dapat ditangani dengan berkesannya lagipun projek Juru – Sungai Dua itu akan mengambil masa yang panjang manakala projek-projek yang dinamakan tadi mungkin secara perbandingan masih boleh dianggap sebagai low hanging fruits. Jadi kita harap Yang Berhormat EXCO Infrastruktur serta Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha ini dengan Kementerian Kerja Raya ataupun Kementerian Ekonomi demi meletakkan projek-projek setempat ini sebagai projek-projek keutamaan juga.
Terima kasih. Jemput Kebun Bunga, sila.
Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Arsenal menang 3 - 0 soalan saya pun 30.
No. 30. Skim Perumahan Sewa Khas kepada golongan belia atau bujang.
(a) Skim ini merupakan Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang. Bilakah skim ini akan dilaksanakan? (b) Apakah kaedah atau perancangan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan skim ini?
Terima kasih Kebun Bunga. Salam Penang2030 inilah jawapan saya untuk soalan 30. Skim Perumahan Sewa Khas (SPSK) kepada golongan belia atau bujang adalah skim perumahan yang diwujudkan selaras dengan Manifesto Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang 2023. Skim ini masih di peringkat kerja awalan dan skim ini dijangka akan memanfaatkan sebilangan besar golongan belia atau bujang di Pulau Pinang sebaik sahaja skim ini dilancarkan kelak. Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelutong yang dinamakan buat sementara di Jelutong yang akan dibangunkan di atas Petak B, Seksyen 1, Bandar Jelutong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang merupakan projek rintis which is a pilot project kepada golongan belia atau bujang di Negeri Pulau Pinang. Melalui maklum balas terkini daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dimaklumkan bahawa pelaksanaan projek ini masih di peringkat penyelarasan peruntukan oleh KPKT dan Kementerian Ekonomi. Proses perolehan bagi pelantikan kontraktor akan dilaksanakan sejurus kelulusan peruntukan diperoleh kelak. Jumlah rumah yang akan dibina di PPR di Jelutong ialah 500 unit. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) telah mengemukakan permohonan kepada pihak KPKT supaya 250 unit daripada jumlah unit 500 itu dibina sebesar 650 kaki persegi untuk golongan yang berkeluarga dan juga 250 unit daripada 500 unit itu seluas 450 kaki persegi bagi golongan belia dan bujang.
Selain itu, Lembaga Perumahan juga sedang meneliti dan mengkaji bagi cadangan menjadikan unit-unit perumahan mampu milik yang masih belum dapat dijual sebagai unit transit terutamanya bagi golongan belia dan bujang yang akan ditawarkan secara sewaan khas. Tambahan lagi sebelum Kebun Bunga tanya saya soalan tambahan, tambahan lagi Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Pulau Pinang sudah kenal pasti beberapa kawasan perkampungan terutamanya tanah-tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri di mana banyak setinggan duduk kami dah kenal pasti projek-projek seperti Kampung Hujung Batu dan juga Kampung Main Road dan juga tanah yang dimiliki oleh swasta iaitu Kampung Manis yang akan dibangunkan besar-besaran secara besar-besaran untuk rumah mampu milik Lembaga Perumahan dah buat keputusan hampir buat keputusan 10% daripada rumah mampu milik yang akan dibangunkan itu akan di reserved untuk sewa beli jualan secara sewa beli dan kemungkinan 10% daripada 10% tu kita akan reserved untuk golongan bujang. Sekian terima kasih.
Terima kasih
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Perai yang jawab soalan 30. Cuma saya hendak tahu dari segi Lembaga Perumahan ataupun Kerajaan Negeri definisi bujang, bujang itu dia boleh
sampai umur berapa? Bujang umur 50 adakah dia boleh menikmati juga skim ini? Okey itu soalan pertama saya. Soalan kedua saya ialah masalah pemilikan rumah oleh golongan belia ini ialah sebab mereka baru saja keluar untuk bekerja dan masalah utama ialah bank yang tidak mahu susah untuk mendapatkan loan pinjaman daripada bank-bank di Malaysia, so apakah insentif ataupun langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini. Soalan nombor tiga saya ialah projek ini projek perintis yang tadi YB EXCO beritahu di Jelutong okay so saya hendak tahu juga apakah modul ataupun contoh daripada negara mana ataupun bandar mana yang telah diambil sebagai contoh lah untuk mewujudkan projek perintis ini. Itu tiga (3) soalan. Terima kasih.
Terima kasih kerana soalan tambahan. Yang pertama kali soalan pertama siapa dia bujang. Buat masa sekarang kalau nak beli tak jadi masalah lah. Kalau nak sewa memang kita tengok bujang. So, kita sasarkan bujang yang dah berumur lah. Bukan bujang yang muda yang belum kahwin atau tunggu nak kahwin. Dia boleh beli lah ya. Itu golongan-golongan tua berumur. Buat masa sekarang adalah golongan yang memang dah berumur dan belum berkahwin.
Untuk soalan kedua itu, memang kita ada banyak skim untuk membantu pembeli yang nak beli rumah tetapi tidak dapat pinjaman. Yang kita galakkan sangat di peringkat Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang adalah untuk pembeli yang dapat tawaran dan memohon pinjaman daripada bank, jika permohonan itu ditolak tiga (3) kali, kita prefer nak bagi dia sewa beli sahaja lah ya. Dia bayar dua hingga tiga ratus ringgit sebulan untuk tempoh 15 tahun, dan rumah itu boleh jadi milik kepada dia orang. Dan cuma juga ada banyak-banyak credit system, yang memang sedia ada. Yang ketiga, soalan yang ketiga itu, kita tidak ada apa-apa modul antarabangsa. Ini adalah projek perintis bagi KPKT di Pulau Pinang yang membangunkan tanah ini bersama Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Buat masa sekarang adalah buatan Malaysia sahaja. Terima kasih.
Batu Uban, sila. Batu Uban tiada di dalam Dewan. Maka, soalan 31 dilangkau. Dan saya nak mohon Pulau Tikus.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 32.
No.32. Berapakah jumlah kes kerosakan bangunan dan kenderaan yang
disebabkan oleh pokok tumbang?
(a) Berapakah kes kecederaan akibat dihempap pokok dari bulan Januari
2023 hingga November 2024?
(b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengurangkan insiden
kemalangan yang berkait dengan pokok?
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Bagi menjawab soalan 32 dari Pulau Tikus. Secara keseluruhannya, jumlah kes kerosakan bangunan dan kenderaan yang disebabkan oleh pokok tumbang di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada tahun 2023 adalah sebanyak 30 kes yang melibatkan 20 buah kenderaan dan sepuluh (10) buah bangunan, manakala 27 kes pula dilaporkan pada tahun 2024 yang melibatkan 22 buah kenderaan dan lima (5) buah bangunan. Bagi pentadbiran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pula, pada tahun 2023 terdapat sebanyak 19 kes akibat kejadian pokok tumbang yang melibatkan 16 buah kenderaan dan tiga (3) buah bangunan, manakala 13 kes dilaporkan pada tahun 2024 yang melibatkan 10 buah kenderaan dan tiga (3) buah bangunan.
Bagi manjawab soalan (a), bagi jumlah kes kecederaan akibat dihempap pokok dari bulan Januari 2023 sehingga November 2024 di bawah pentadbiran MBPP adalah sebanyak sembilan (9) kes, manakala tiada kes mengenainya dilaporkan di bawah pentadbiran MBSP. Untuk jawapan (b), Kerajaan Negeri memandang serius berkaitan isu pokok tumbang, tambahan pula selepas berlakunya kematian pelancong warganegara China baru-baru ini. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan tindakan bagi mengurangkan insiden kemalangan pokok tersebut berulang.
Pelan tindakan yang disediakan oleh kedua-dua PBT adalah berbeza antara satu sama lain disebabkan oleh faktor-faktor kawasan lokaliti yang berbeza. Pelan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) Di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), memperluaskan kawasan kerja-kerja dengan pelaksanaan Penilaian Risiko Pokok (Tree Risk Assessment) pada tahun 2025;
(ii) Melaksanakan penilaian tahap ketiga (ke-3) ke atas pokok-pokok berusia dan matang mengikut praktis arborikultur dan penyelenggaraan pokok bagi mengurangkan kes kejadian pokok tumbang di 12 jalan utama yang terdiri daripada Jalan Residensi, Jalan York, Jalan Scotland, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Pangkor, Jalan Anson, Masjid Kapitan Keling, Lebuhraya Maktab, Jalan Batu Gantung, Jalan Gottlieb, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Midland;
(iii) Menyediakan peruntukan kewangan sebanyak RM1.1 juta bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja inventori pokok dengan menggunakan teknologi Smart Tree Inventory System (LIDAR) dan menganalisis maklumat inventori pokok melalui 4D ‘Digital Twin’ bagi seluruh kawasan pentadbiran MBPP; dan
(iv) Menggunakan teknologi satelit untuk mengesan tahap kesihatan pokok-pokok dalam memacu agenda hijau melalui penyediaan peruntukan berjumlah RM1.0 juta bagi membuat imbasan kesihatan pokok dengan menggunakan satelit untuk memberi amaran awal tentang kesihatan pokok-pokok terutamanya di kawasan bandar.
Bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP):
(i) Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok di seluruh Seberang Perai sebanyak 21,291 batang pokok bermula Januari 2024 sehingga September 2024;
(ii) Bagi melaksanakan perolehan perkhidmatan penyelenggaraan pokok ameniti di seluruh Seberang Perai termasuk kawasan lapang dan kawasan perindustrian melalui kontraktor di tujuh (7) buah Parlimen di seluruh Seberang Perai dengan anggaran pokok yang terlibat adalah sebanyak 1,500 batang pokok; (iii) Melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan pokok ameniti dengan menggunakan borang Visual Tree Assessment (VTA) atau borang penilaian awalan pokok ameniti, borang pemeriksaan tumbuhan dan penggunaan teknologi LIDAR di kawasan hotspot atau kawasan yang mempunyai pokok yang berisiko di Seberang Perai;
(iv) Melaksanakan gotong-royong bagi kerja-kerja pemangkasan pokok bagi menyelesaikan aduan pokok berisiko/berbahaya di ketiga-tiga daerah di dalam kawasan Seberang Perai; dan
(v) Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok di jalan-jalan utama secara berkala pada setiap hujung minggu bermula pada minggu pertama bulan Oktober 2024. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Berapakah arboris daripada MBPP dan syarikat swasta yang terlibat dari tahun 2023 sehingga kini yang memeriksa pokok sepanjang tahun.
Terima kasih. Jumlah arboris bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah seramai dua (2) orang sahaja. Dan dari syarikat pihak swasta, terdapat seramai lima (5) syarikat yang terlibat dalam pemeriksaan pokok dari tahun 2023 sehingga kini. Senarai nama arboris dari MBPP adalah seperti berikut:
(i) Encik Azizul Fahmi bin Mohammad; dan
(ii) Encik Chandrasegaran a/l Vadiveru.
Bagi arboris syarikat swasta adalah JJ Landscape Sdn. Bhd., Pesaka Indah Ria Enterprise, Arbor Master Resources, Dinamas Enterprise dan Rentak Revolusi Niaga. Terima kasih.
Okey, Terima kasih Jawi. Saya nak seterusnya mohon Batu Lancang.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya 33.
No. 33. Berapakah jumlah keseluruhan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di Negeri Pulau Pinang? Berikan angka tersebut mengikut kategori tokong Cina, tokong Hindu, kuil Sikh dan lain-lain RIBI.
(a) Berapakah jumlah RIBI yang sah dari segi bangunan dan pemilikan tanah
di bawah rumah ibadat dan berapakah yang tidak sah?
Ya. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Batu Lancang berkenaan dengan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI). Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi dan direkodkan oleh pihak Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (HARMONICO), setakat November 2024 sistem eRIBI telah merekodkan maklumat dan data sebanyak 1,164 buah RIBI. Untuk makluman, sejumlah 950 maklumat RIBI telah disahkan, manakala 214 masih bawah proses pembersihan data. Taburan RIBI mengikut kategori agama yang telah disahkan adalah seperti berikut:
(i) Tokong Tao Kuil 444;
(ii) Kuil Hindu 168 buah;
(iii) Gereja Kristian 169 buah;
(iv) Tokong Buddha 104 buah;
(v) Wat Siam / Kemboja 7 buah;
(vi) Gurdwara Sikh 6 buah; dan
(vii) Lain-Lain; dan 52 buah.
Jumlah Keseluruhan 950 buah. Kini, data bersih bagi maklumat RIBI berdasarkan sistem eRIBI adalah sebanyak 950 buah RIBI setakat November 2024. Namun, usaha pengumpulan data dan maklumat inventori RIBI masih dalam proses pelaksanaan Pangkalan Data dan Maklumat RIBI dalam sistem eRIBI. Akan tetapi, pendaftaran sesebuah institusi keagamaan boleh tertakluk bawah Akta Perlembagaan atau Warta Kerajaan/ Pendaftaran bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau pun Pendaftaran bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Senarai Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang berdaftar dan telah disahkan dalam Sistem eRIBI setakat November 2024 adalah seperti di Lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyatakan bahawa sebanyak 164 buah RIBI telah diperakui kelulusannya bagi Permohonan Pelan Bangunan (PB) bagi kerja-kerja pembinaan atau penyelenggaraan RIBI diseluruh Negeri
Pulau Pinang. Namun, turut didapati bahawa sebanyak 50 buah RIBI telah didirikan tanpa kelulusan PBT. Senarai Kelulusan Permohonan Pelan Bangunan (PB) oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti di Lampiran B yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jawatankuasa Penyelarasan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Negeri Pulau Pinang daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Pulau Pinang merekodkan bahawa sebanyak 129 kelulusan tapak RIBI bagi tujuan keagamaan melalui pembelian, pajakan atau sewaan, serta pemberi milikan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setakat November 2024. Senarai Kelulusan Tapak RIBI daripada Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran C yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat Batu Lancang selepas selesai sesi soalan lisan.
Terima kasih.
Dato’ Speaker, soalan tambahan saya. Apakah cadangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk membantu pengendali rumah RIBI yang tidak sah ini tetapi telah wujud berpuluh-puluh tahun di lokasi asalnya. Maksudnya ada banyak rumah RIBI itu memang dah ada di sana. Berpuluh-puluh tahun. Di kawasan saya pun ada lebih kurang ada lima (5) buah yang telah pun melalui 30 tahun, tetapi tidak dapat submit sebarang dokumentasi kerana isu-isu tanah, pelbagai-bagai isu.
Macam mana Kerajaan nak menyelesaikan masalah sebegini. Kita memang dah tahu wujud lama dan tidak dapat dirobohkan, tidak dapat buat sembarangan dan kita pun tak nak meluluskan. Tak nak bagi kelulusan dan juga tidak dapat dirobohkan. Apakah langkah-langkah boleh dibuat untuk rumah-rumah RIBI yang lama ini. Dan soalan kedua saya memandangkan Pulau Pinang adalah banyak pembangunan baru. Berapa banyak tanah RIBI yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri melalui pemaju.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Batu Lancang. Jadi memang dia adalah soalan yang berasas dan untuk menangani isu Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang tidak berdaftar atau tidak sah pada masa sekarang atau hadapan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan. That’s why kita adakan sistem eRIBI untuk mengumpul data yang kukuh dan menyeluruh mengenai RIBI dan yang menjadi asas untuk menetapkan dasar dan polisi yang lebih efektif. Jadi dasar yang dikumpul melalui sistem ini penting untuk memastikan pengurusan RIBI yang telah lebih teratur dan sah dalam negeri. Memang kita juga ada penempatan semula RIBI.
Ada dalam proses penempatan semula RIBI yang tidak sesuai dan banyak usaha dan sedang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa RIBI. Memang ini adalah satu perkara yang memang kita Kerajaan Negeri prihatin bahawa Rumah Ibadat adalah satu tempat di mana untuk rakyat-rakyat kita boleh berkumpul untuk menjalankan keagamaan mereka. Jadi, maka saya haraplah dengan lebih kumpul data eRIBI ini yang lebih efektif dan teratur akan memberi pendekatan, yang penting kelulusan sah dalam pengurusan RIBI. Dan diharapkan dapat
menangani isu RIBI yang tidak berdaftar pada masa hadapan. Memang dia bukan senang. Dia telah berpuluh-puluh tahun. Ada yang seratus tahun RIBI itu telah wujud. Maka kita perlu mengambil masa yang lebih panjang dan teliti dengan lebih teliti untuk membantu Rumah Ibadat Bukan Islam ini…(gangguan) tanah RIBI ya, kalau RIBI saya akan berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat sebab memang tanah RIBI juga perlu diberikan oleh pemaju bila that is township pembangunan, terima kasih.
Soalan tambahan, berkenaan dengan RIBI ini dia berkenaan dengan rumah ibadat, jadi rumah ibadat semua ada rumah ibadatlah kecuali masjid dan surau yang bukan RIBI. Cuma soalan dia tu apakah langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil dalam menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat ni contoh, untuk orang Islam, di kawasan saya di Kubang Ulu dibaling dengan molotov cocktail, di Berapit disimbah dengan cat. Ni masjid rumah ibadat saya cakap untuk orang Islam jadi cerita dia ni kita nak menjaga keharmonian di dalam negeri kita Pulau Pinang jadi saya rasa patut diadakan satu cara yang lebih elok untuk menjaga keselamatan macam masjid di Kubang Ulu di bawah highway jadi bila orang lalu kat atas tu, orang boleh baling dengan molotov cocktail ka apa kan jadi di rumah ibadat contoh kata belah Perai RIBI ya, saya rasa situ pun menjadi tempat tumpuan pemuda-pemuda yang mungkin bukan daripada kalangan budak-budak India jadi, keselamatan tu perlu dijaga untuk kita agar hidup aman sejahtera dan jangan ada pergaduhan sesama kita sebab apabila molotov cocktail dibaling di masjid, jadi akan ada budak-budak kita yang akan pergi cari rumah ibadat lain pula jadi kalau nak harapkan polis-polis ni dia akan ronda tetapi dia mungkin tak sempat nak jaga semua. Jadi apakah cadangan yang boleh dibuat oleh Sungai Pinang dalam menangani masalah keselamatan dan menjaga rumah-rumah ibadat RIBI dan bukan RIBI.
Terima kasih kerana ini adalah masalah keharmonian dan ini adalah berkaitan dengan tabiat, perbuatan masing-masing, sepatutnya semua patut tahu kehormatan hormat perlu diberi kepada samada ia adalah RIBI ka atau masjid atau Islam atau bukan Islam. Semuanya kita semua hidup harmoni di dalam negara kita ini adalah something yang kita perlu memupuk maka saya berharaplah semua rakyat di bukan saja di Pulau Pinang sahaja di Malaysia kita perlu hormati saling menghormati dan memupuk keharmonian yang bukan senang ini something yang unik di Malaysia kita ini, terima kasih.
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat maka satu jam 30 minit mesyuarat untuk soalan lisan telah tamat selaras dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.
Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Selaras dengan Peraturan 6a (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini 26 November dilanjutkan sehingga jam 6:30 petang.
Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan Tahun 2025 Dan Usul Anggaran Pembangunan TahunBill
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat saya memerlukan sokongan.
Saya mohon menyokong.
Maka satu hari lagi kita perlu sampai 6.30, Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Berhormat… (gangguan).
Ada satu perkara lagi Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletak di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih, kita sambung balik. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun membekalkan usul di bawah peraturan 6a (1) untuk kita melanjutkan tempoh masa untuk persidangan hari ini 26 November 2024 sehingga jam 6:30 petang. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju YA, yang tidak bersetuju katakan TIDAK. Kita semua lebih suara SETUJU, usul dipersetujui. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat maka kita beralih ke sesi perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Sungai Puyu, sila.
Terima kasih dan salam sejahtera Dato’ Seri Speaker. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 yang bertemakan Ekonomi Madani, Rakyat Diperkasa, Negeri Sejahtera pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di atas pembentangan belanjawan yang telah menyentuh pelbagai aspek penting demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat Pulau Pinang secara menyeluruh. Komitmen yang ditunjukkan Kerajaan Negeri untuk meneruskan program-program kebajikan, insentif pemandu teksi, pengusaha bas sekolah serta banyak lagi adalah bukti Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan mana-mana golongan di negeri ini walaupun belanjawan 2025 mencatatkan defisit sebanyak RM33.63 juta. Dato’ Seri Speaker, sungguh cantik susunan dan perancangan Kerajaan Negeri dalam membina negeri pintar dan hijau yang berasaskan keluarga sejahtera selaras dengan visi Penang2030. Sangat indah aturannya dengan rancangan pelbagai projek pembangunan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, pembangunan projek perumahan, penjagaan keselamatan makanan serta memperkasakan agenda hijau seperti pewartaan kawasan hutan simpanan kekal. Walau bagaimanapun, usaha untuk memelihara keindahan alam semula jadi ini seharusnya dilihat dengan lebih meluas dan bukan hanya tertumpu pada bahagian tertentu sahaja. Sebagai manusia ciptaan tuhan yang paling sempurna, kita memiliki kewajipan dan keperluan untuk menjaga ciptaannya yang lain iaitu bumi, tumbuhan,
haiwan dan sebagainya. Itu termasuklah usaha untuk kita bersama memelihara dan melindungi tumbuhan hijau yang sangat cantik seperti rumput laut yang terdapat di Middle Bank. Kerajaan Negeri pada sebelum ini telah mewartakan kawasan tersebut sebagai pembangunan fizikal. Bagaimanapun, untuk memelihara dan melindungi kawasan ini, saya merayu supaya pewartaan Middle Bank sebagai kawasan pembangunan fizikal hendaklah dibatalkan segera. Ia perlu dibatalkan terlebih dahulu sekiranya Kerajaan Negeri ingin mewartakan kawasan Middle Bank ini sebagai santuari marin. Saya bimbang sekiranya pewartaan pembangunan fizikal di Middle Bank tidak dibatalkan, akan ada mana-mana pihak untuk buat pembangunan di sana dan boleh menjejaskan hidupan rumput laut di situ.
Dato’ Seri Speaker, dalam konteks pembangunan sosial yang inklusif, saya menyokong langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk mewujudkan suasana harmoni dan kesejahteraan bagi setiap rakyat tanpa mengira latar belakang agama. Dalam usaha menyahut seruan tersebut, saya telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di kawasan Dun Sungai Puyu yang dicadangkan dekat Taman Tanjung Indah, Butterworth sebagai satu tempat untuk warga emas tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan warna kulit untuk menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Antara aktiviti yang boleh diadakan di kalangan warga emas termasuklah program rekreasi, terapi dan pemulihan, program-program ceramah serta latihan yang bersesuaian. Saya difahamkan di daerah Seberang Perai Utara hanya terdapat dua (2) PAWE iaitu masing-masing di Sungai Dua dan Pongsu Seribu. kedua-dua Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ini mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan masyarakat setempat. Saya telah mengemukakan cadangan ini melalui satu surat bertarikh 18 Mac 2024 kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara, Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU) dan Pejabat Exco Kerajaan Negeri. Tetapi sehingga hari ini saya masih belum terima apa apa perkembangan berhubung permohonan tersebut. Justeru, saya sangat berharap sekiranya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan cadangan ini untuk diwujudkan satu lagi PAWE iaitu di KADUN Sungai Puyu sebagai usaha bersama untuk memartabatkan masyarakat melalui pembangunan sosial dan kebajikan yang inklusif.
Dato’ Seri Speaker, dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga harus memberi lebih perhatian dalam soal kebajikan golongan miskin tegar dan miskin di negeri ini. Berdasarkan pangkalan data Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Pulau Pinang setakat 25 November 2024 adalah sebanyak 17,517 Ketua Isi Rumah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 415 Ketua Isi Rumah adalah daripada golongan miskin di kawasan Dun Sungai Puyu dan 15 Ketua Isi Rumah lagi dalam kategori miskin tegar. Saya percaya masih ramai lagi rakyat di negeri ini yang harus dibantu dan layak menerima bantuan kebajikan masyarakat dan eKasih terutama mereka yang menyewa di unit-unit rumah PPR yang sudah tentu berpendapatan rendah. Saya difahamkan, ada juga golongan yang sepatutnya layak menerima bantuan tetapi tidak dipertimbangkan atas sebab-sebab teknikal, manakala mereka yang mempunyai perniagaan sendiri pula layak menerima bantuan eKasih. Saya harap perkara ini diberikan perhatian lebih serius bagi memastikan mereka yang layak menerima bantuan, diberikan hak yang sepatutnya dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup yang akan semakin mencabar pada tahun hadapan.
Dato’ Seri Speaker, selain itu, soal pendidikan juga seharusnya diberikan perhatian terutama bagi anak-anak lepasan SPM yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. Kita tahu banyak wang diperlukan untuk proses pendaftaran anak-anak ke institusi pengajian tinggi, untuk pembelian kelengkapan diri dan lain-lain keperluan yang berkaitan. Menyedari bebanan tersebut, Kerajaan Negeri telah menyediakan Program Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke iIstitusi Pengajian Tinggi (iBita) dengan jumlah bantuan sebanyak RM300 sehingga RM1,200 seorang. Permohonan program tersebut boleh dibuat secara atas talian
(online) pada setiap bulan Julai sahaja. Malangnya kebanyakan pelajar yang menerima surat tawaran ada selepas bulan Julai dan mereka sangat memerlukan bantuan tersebut. Perkara-perkara seperti ini telah menyebabkan satu bebanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Mereka yang sangat memerlukan wang untuk pengajian anak dan mungkin hasrat anak-anak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak kesampaian. Maka bagi mengatasi masalah ini mungkin Kerajaan Negeri boleh memanjangkan tempoh permohonan iBita kepada dua (2) bulan atau kekerapan setahun dua (2) kali bagi membantu lebih ramai golongan yang sangat memerlukan.
Dato’ Seri Speaker, dalam konteks kebajikan pendidikan ini juga saya ingin mengingatkan Kerajaan Negeri supaya tidak melupakan janji-janji dan manifesto semasa Pilihan Raya Negeri yang lalu untuk memberikan sumbangan komputer riba percuma kepada pelajar-pelajar daripada golongan B40 yang memperoleh tawaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. Saya percaya tawaran ini amat dinantikan oleh semua rakyat Pulau Pinang kerana ia mampu meringankan beban banyak keluarga khususnya bagi mereka yang kurang berkemampuan dan pendapatan rendah. Oleh demikian, saya ingin tahu apakah pendirian Kerajaan Negeri dalam merealisasikan janji tersebut dan bagaimana program bantuan komputer riba pada golongan B40 ini boleh dilaksanakan.
Dato’ Seri Speaker, perindustrian ladang khinzir adalah amat penting sebagai jaminan keselamatan makanan bagi masyarakat bukan Islam tetapi sepanjang permulaannya sehingga kini masalah kebersihan alam sekitar dan masalah sosial belum dapat ditangani sepenuhnya dengan baik. Masalah pencemaran yang berlaku di Sungai Kereh dekat Kampung Selamat juga telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk sekitar. Harian Metro pada 11 November lalu telah melaporkan ramai penghuni di Projek Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri terpaksa tutup pintu rumah 24 jam dan hanya buka pintu sekiranya perlu saja kerana tidak tahan bau yang meloyakan akibat air tercemar yang mengalir ke dalam Sungai Kereh. Saya difahamkan Kerajaan Negeri telah mengarahkan setiap sisa buangan atau najis haiwan ternakan itu perlu dihantar ke sebuah kilang biogas yang dibina dekat Jawi, Nibong Tebal. Persoalannya, berapakah kos yang akan terlibat untuk penghantaran sisa najis ke kilang biogas berkenaan yang terletak sangat jauh kira-kira lebih 50 kilometer dan bagaimana pengawalan supaya tidak sisa najis yang tercicir di atas jalan raya sepanjang perjalanan tersebut. Saya juga ingin tahu bilakah kilang biogas di Jawi akan mula beroperasi dan apakah status rancangan pembinaan kilang biogas di Kampung Selamat bagi menyelesaikan masalah pencemaran sungai yang berlarutan begitu lama. Kerajaan Negeri wajar menyegerakan usaha tersebut bagi menangani masalah bau busuk yang telah menghantui ramai penduduk sekitar.
Dato’ Seri Speaker, dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Kerajaan Negeri yang telah bersungguh-sungguh menyediakan projek-projek perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini. (gangguan)
Minta maaf Sungai Puyu, minta pencerahan. Tadi Sungai Puyu ada menyentuh tentang biogas akan diadakan di Kampung Selamat. Di sini, saya ingin merakamkan terima kasih kepada mantan Sungai Puyu terlebih dahulu kerana telah mengusahakan biogas di Kampung Valdor di mana sudah mula mengumpul sisa-sisa najis binatang dan akan beroperasi pada satu ketika nanti. Dan pada ketika ini tiada lagi efluen daripada ladang khinzir yang dilepaskan ke dalam parit atau sungai. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah menjayakan satu program yang telah membelenggu kita lebih kurang 50 tahun. Oleh yang demikian, saya mencadangkan Kerajaan Negeri juga mengambil model ini dan
dilaksanakan di Kampung Selamat agar Pinang Tunggal boleh hidup dengan lebih tenang tanpa terima aduan. Itu saja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Okay, saya akan sambung. Permintaan terhadap rumah-rumah mampu milik ini sangat tinggi dan masih ramai rakyat negeri ini belum memiliki rumah sendiri dan ada yang masih menyewa puluhan tahun kerana tidak mampu untuk memilik rumah sendiri. Semoga dengan penampilan kategori baru iaitu RMMB2 yang menawarkan harga rumah serendah RM100,000.00 dengan keluasan 550, 750 kaki dapat menyediakan pilihan perumahan kepada rakyat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri harus mempertimbangkan untuk membina lebih banyak projek RMM di kawasan Bagan khususnya di dalam DUN Sungai Puyu bagi membantu lebih ramai rakyat yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Dato’ Seri Speaker... (gangguan).
Yang Berhormat, boleh mencelah?
Boleh.
Saya tertarik dengan isu perumahan ini. Dalam artikel yang terbaru Penang Institute, Penang Social Economic Transformation : Progress And Challenges yang diterbitkan pada 21 Oktober, dia telahpun membangkitkan isu cabaran pembangunan Penang terhadap isu inklusif ini. Satu isu yang penting di sini dinamakan dinyatakan walaupun income growth adalah positif tetapi sekarang ni, masalahnya adalah kemampuan affordability dan dinyatakan dalam sini affordable is adalah apabila harga rumah itu mempunyai median multiple, maksudnya median houses prices in a multiple median annual household income, dia kena ikat dengan pendapatan isi rumah dan affordable itu adalah tiga (3) kali median annual income. Masalah di Malaysia sekarang, Pulau Pinang sekarang, dia menyatakan di sini Penang median multiple is what are, walaupun ini data daripada 2014 adalah 5.2 times which is considered severely unaffordable merupakan yang dinyatakan dalam laporan ini. Jadi apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menangani isu ini affordability. Harap mungkin nanti boleh di apa tu dijawab oleh EXCO yang berkaitan. Thank you.
Terima kasih Bukit Tengah, kita harap EXCO dapat beri penjelasan nanti. Dato' Seri Speaker, dalam hasilkan pembangunan projek-projek perumahan yang banyak, Kerajaan Negeri juga harus memantau setiap projek perumahan mampu milik yang dibina oleh syarikat perumahan agar tidak menimbulkan kecacatan yang teruk pada setiap unit rumah. Saya dimaklumkan ramai pembeli projek RMMC3 iaitu rumah berharga RM200,000.00 di Taman Tasek Gelugor Utama, juga telah mengalami banyak kecacatan dan kerosakan. Itu terus berulang walaupun kerja-kerja pembaikan dilaksanakan oleh pihak kontraktor. Banyak aduan yang saya terima seperti dinding retak, syiling retak, bumbung bocor, air hujan masuk melalui dinding rumah, jalan mendap, lubang mendap di belakang rumah dan banyak lagi. Perkara-perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan Kerajaan Negeri harus memastikan setiap
projek perumahan yang akan datang adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sehubungan itu, saya ingin tahu bagaimanakah Kerajaan Negeri khususnya Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang memantau perjalanan setiap projek RMM adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum serahan kunci rumah kepada pembeli. Saya juga ingin tahu apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelasaikan masalah kecacatan yang berulang-ulang yang tidak yang dialami oleh ramai pembeli RMMC3 di Taman Tasek Gelugor Utama. Dato’ Seri Speaker, isu perumahan adalah satu perkara yang sangat penting dan menjadi keutamaan di kalangan rakyat secara keseluruhan tanpa mengira perbezaan ideologi politik, pangkat mahupun jawatan. So, bagi mereka yang menetap di rumah-rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah yang sudah berusia lebih 20 tahun pula, pasti akan ada kerosakan kecil dan bangunan sudah mula kelihatan suram. Benar kerajaan ada menyediakan TPM80PP tapi masih ada Badan Pengurusan Bersama yang tidak mampu untuk membiayai kos penyelenggaraan tersebut walaupun sebanyak 20%. So oleh demikian, adakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan satu program khas bagi mencantikkan semua rumah-rumah kos rendah dan sederhana rendah di negeri ini dengan lukisan-lukisan mural Love Penang dan sebagainya supaya kelihatan lebih ceria dan menggamit lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang.
Dato’ Seri Speaker, dalam usaha merancakkan ekonomi negeri melalui pelancongan inovatif dan kreatif, Kerajaan Negeri juga harus meneliti semula cadangan pembangunan Pulau Jerejak yang telah ditutup kepada pelancong begitu lama. Saya difahamkan pembangunan semula Pulau Jerejak akan melibatkan pembinaan 1,200 unit rumah kondominium mewah dan pelbagai kemudahan lain akan disediakan sebagai tarikan pelancong ke pulau tersebut. Oleh itu, saya mohon pihak Kerajaan Negeri dapat nyatakan apakah status terkini rancangan pembangunan semula Pulau Jerejak dan bilakah kerja-kerja pembinaan akan mula dilaksanakan. Saya percaya pembangunan semula Pulau Jerejak ini akan menjadi pendorong dan lonjakan kepada peningkatan jumlah pelancong tempatan dan luar negara yang lebih ramai ke Pulau Pinang.
Dato’ Seri Speaker, sebelum saya akhiri ucapan perbahasan saya juga ingin menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri untuk memakmurkan ekonomi negeri melalui pengurusan tanah kerana semakan kali terakhir cukai tanah di negeri ini adalah pada tahun 1994. Bagaimanapun, saya suka saya ingatkan Kerajaan Negeri supaya semakan cukai tanah yang akan berkuatkuasa mulai 1st January 2026 nanti adalah tidak terlalu membebankan rakyat. Kita semua sedia maklum kos sara hidup rakyat semakin meningkatkan dan ekonomi pada tahun 2025 akan lebih mencabar. Seterus selaras dengan Belanjawan Negeri Pulau Pinang yang bertemakan Ekonomi Madani Rakyat Diperkasa Negeri Sejahtera saya harap Kerajaaan Negeri tidak membebankan lagi rakyat dengan kenaikan cukai-cukai yang terlalu tinggi. Dato’ Seri Speaker, saya akhiri ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan 2025 dengan dua rangkap pantun:
Bunga dedak diatas para Anak dusun pasang pelita Kalau tersilap tutur bicara Jemari disusun maaf dipinta.
Manis-manis buah langsat dan duku Manis lagi buah dokong Banyak masa sudah berlalu
Dato’ Seri Speaker saya mohon menyokong. Terima Kasih.
Terima kasih Sungai Puyu, saya nak silakan Telok Ayer Tawar.
Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera. Dato’ Seri Yang di-Pertua, Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran sama-sama kita panjangkan hasrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izin serta rahmatnya kita dapat sama-sama dalam perbahasan. Pada hari ini saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua diatas peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam bahas Rang Undang-Undang Pembekalan 2025 Negeri Pulau Pinang dalam majlis kali ini. Dalam kesempatan ini saya turut ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan bajet, Belanjawan Tahun 2025 Negeri Pulau Pinang yang telah dilangsung dengan jaya pada minggu ini.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, memang tidak dinafikan seikhlas pandang Belanjawan Tahun 2025 Negeri Pulau Pinang lengkap dan padat dengan berbagai inisiatif. Namun demikian apabila apabila diperhalusi saya dapat banyak juga perkara yang tidak diberi perhatian sewajarnya. Saya berharap perkara yang saya bangkitkan dalam perbahasan kali ini akan diberi perhatian yang sewajarnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, umum mengetahui Pulau Pinang telah menerima kunjungan seramai 1.2 juta pelancong antarabangsa pada tahun lalu namun aktiviti pelancongan negeri Pulau Pinang sebahagian besarnya masih tertumpu di kawasan pulau semata-mata. Perkara ini menyebabkan sebahagian besar rakyat Pulau Pinang terutamanya mereka yang berada di luar kawasan Seberang Perai terutamanya warga di kawasan luar bandar untuk tidak menikmati manfaat sepenuhnya daripada aktiviti ekonomi di negeri kita.
Saya berharap pandangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu beri lebih perhatian terhadap perkara ini terutamanya dengan penyaluran sumber, misalnya dari segi dana pembangunan, penyediaan infrastruktur dan penganjuran aktiviti-aktiviti berkaitan untuk memastikan pembangunan ekonomi pelancongan negeri yang lebih seimbang.
Antara lain cadangan saya kepada pihak Kerajaan Negeri berhubung perkara ini adalah satu mewujudkan semula perkhidmatan feri berkonsepkan heritage cruise untuk meningkatkan pergerakan pelancong dari kawasan pulau ke kawasan Seberang Perai. Penganjuran aktiviti pelancongan yang berteraskan ekonomi tempatan seperti pesta orang ramai, karnival usahawan kecil sederhana dan sebagainya di Taman Robina.
Pengenalan laluan khas bas dari Gerge Town ke Penang Sentral sebagai pemudah cara untuk pergerakan pelancong tanpa perlu melalui kesesakan seperti mana yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan di kawasan George Town. Penganjuran Festival Usahawan Luar Bandar Pulau Pinang satu acara tetap tahunan di kawasan Seberang Perai untuk menjadi platform bagi pengusaha-pengusaha industri pelancongan desa mempromosikan produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan mereka.
Yang kelima, pengenalan Pakej Rangsangan Pelancongan Desa Pulau Pinang yang merangkumi insentif seperti pelepasan cukai pihak berkuasa tempatan, pakej pengiklanan dan harga berpatutan di premis-premis pihak berkuasa tempatan atau kawasan tumpuan seperti
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan sebagainya untuk memberikan industri pelancongan desa peluang yang adil untuk turut bersaing dalam ekonomi pelancongan negeri.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah turut menyebutkan dalam ucapan perbentangan Belanjawan 2025 bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan penganjuran Pesta Pulau Pingan pada tahun ini sebagai salah satu program pelancongan utama Pulau Pinang.
Saya menyambut baik akan komitmen Kerajaan Negeri dalam penerusan penganjuran Pesta Pulau Pinang yang merupakan salah satu acara tetap tahunan yang amat digemari oleh orang ramai. Namun sedemikiannya, saya berpandangan sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengkaji semula intipati Pesta Pulau Pinang sendiri yang kelihatan semakin hari semakin hilang serinya. Suka atau tidak suka, kita semua perlu akui bahawa Pesta Pulau Pinang tidak lagi kena dengan minat orang ramai.
Aktiviti-aktiviti riadah yang akan ditawarkan masih sama seperti mana yang pernah ditawarkan sebelum-sebelum ini. Kemudahan parkir kenderaan, masih tidak mencukupi. Malah, kemudahan infrastruktur di Tapak Pesta Pulau Pinang ini sendiri pun berhadapan dengan pelbagai isu, terutamanya dari segi penyelenggaraan dan pengurusan.
Saya berfikir sudah tiba masanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil satu keputusan untuk menaik taraf Pesta Pulau Pinang secara keseluruhannya. Jikalau Kerajaan Negeri tiada sumber kewangan yang mencukupi, mungkin Kerajaan Negeri juga perlu pertimbang untuk memperkenalkan model privatization (dengan izin) supaya mutu Pesta Pulau Pinang ini dapat memenuhi kriteria fun fair (dengan izin) di peringkat antarabangsa.
Kita perlukan aktiviti-aktiviti riadah yang lebih moden dan memenuhi minat orang ramai, terutamanya golongan muda atau pengunjung antarabangsa. Pesta Pulau Pinang merupakan salah satu aktiviti-aktiviti pelancongan yang cukup sinonim dengan indentiti Pulau Pinang. Jadi, kita janganlah sambil lewa. Imej Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan pelancong perlu terus dijaga.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, pada awal tahun ini kita dikejutkan dengan insiden penyiaran bahan promosi George Town Festival 2024 yang mana telah mendapat liputan media perdana kerana gagal menunjukkan representasi adat dan budaya orang Melayu dalam bahan kempen mereka.
Walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberi, sukar untuk saya terima bahawa adat dan budaya orang Melayu yang turut menjadi sebahagian daripada sejarah dan identiti Pulau Pinang, terutamanya di George Town sendiri boleh terlepas pandang begitu sahaja. Saya harap berbaik sangka dan cuba untuk melihat isu ini dari lensa bukan perkauman namun saya juga isu seperti ini tidak sepatutnya berulang lagi pada masa akan datang.
Saya syorkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya lebih sensitif dan berlaku adil kepada semua kaum, terutamanya orang Melayu, orang Cina, orang India, masyarakat Baba-Nyonya dan yang lain-lain dalam mempromosikan budaya setiap satu komuniti ini dalam mana-mana aktiviti promosi pelancongan yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang. Ini bukan soal perkauman ini soal reputasi.
Setiap warga Pulau Pinang, tak kira bangsa, agama dan budaya perlu diberi ruang yang sewajarnya dalam mempromosikan adat dan budaya masing-masing dalam mana-mana bahan
penyiaran atau promosi pelancongan rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dengan cara inilah kita dapat memupuk semangat kenegerian yang lebih dalam kalangan rakyat di Pulau Pinang.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya turut menyambut baik pengumuman Kerajaan Negeri untuk terus melangsungkan Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi atau yang lebih dikenali sebagai bantuan peralatan. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menyatakan bahawa dengan peruntukan tahunan sebanyak RM250,000 atau RM50,000 bagi setiap daerah, sebanyak RM 129,937 telah disalurkan demi manfaat 41 peniaga kecil dan mikro.
Saya mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri satu perincikan 41 peniaga kecil dan mikro ini mengikut sektor perniagaan yang terlibat. Kedua, berapakah bilangan peniaga kecil dan mikro daripada industri pelancongan desa yang telah menerima bantuan ini. Tiga, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk merangkumi peniaga kecil dan mikro terutamanya mereka yang terlibat dalam industri pelancongan desa untuk turut menerima manfaat melalui insentif ini.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban pada perbahasan beliau kelmarin berkaitan warga asing. Yang Berhormat Batu Uban menyuarakan agar diadakan satu penempatan khas untuk warga asing supaya tidak menggangu orang ramai terutama di kawasan kampung. Ini berlaku insiden pergaduhan di kawasan saya di mana seorang warga asing berbangsa Rohingya telah mengorek mata seorang warga tempatan berbangsa India. Perkara ini perlu dibendung dengan kadar segera dan dipandang serius agar warga asing ini tidak lagi berkelakuan ganas dan bertindak dengan berani di luar batasan. Apa guna lagi seandainya insiden ini sudah berlaku. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Jadi saya berharap menyokong isu ini diketengahkan oleh Yang Amat Berhormat Yang Berhormat sorry Yang Amat Berhormat pula.
Pergi berkelah di Pulau Jeram Menambak rakit di atas batu Bagaimana kami ADUN-ADUN tak geram Masa banjir kerajaan tak mau bantu
tak bantu kawasan kami, kawasan YB Tambun bantu kot?
Tak bantu ke.
Bukit Tambun tak banjir.
Tak banjir, okey, Alhamdulillah.
Dato’ Speaker, saya ingin membawa satu isu di kawasan saya yang dilihat semakin hari semakin runcing iaitu isu banjir. Ini akan berlaku apabila tiba keadaan cuaca di mana berlaku serentaknya air laut pasang dan hujan lebat. Berapa penempatan penduduk yang terkesan adalah seperti Kampung Contoh dan Kampung Lebai Tahir.
Hal ini berlaku berulang kali dan yang terbaru adalah pada bulan September yang lalu di mana hampir seluruh kediaman di kampung tersebut ditenggelami air dan mengakibatkan kerosakan harta benda. Keadaan ini berlaku dengan pantas sehingga penduduk tidak sempat menyelamat barang-barang mereka.
Saya harap perbualan dengan penduduk kawasan tersebut, menzahirkan rasa kesal kerana perkara ini jarang berlaku, mereka sebelum ini, berlaku melainkan sekiranya air laut pasang yang di peringkat serius sahaja. Tapi akhir-akhir ini kediaman mereka acapkali dimasukki air. Apakah ini kerana faktor tangan-tangan keserakahan kita yang cuba mengubah ekosistem muka bumi dengan tambakan laut dan bangunan drastik yang sedang berlaku di Pulau Pinang.
Saya sebagai wakil yang membawa suara rakyat juga merasa sedih dan terkilan dengan perkara ini. Oleh itu, saya berharap pihak Kerajaan Negeri memikir prakasa dan mengambil langkah pantas yang lebih aktif bagi membendung perkara ini dari terus berlaku.
Saya juga berharap pihak Kerajaan Negeri memikirkan semula bayaran bantuan kepada mangsa banjir baru-baru ini, kerana sebab itulah kami YB-YB Pembangkang mohon diberi peruntukan untuk membantu rakyat ketika bencana begini.
Renung-renungkanlah Kerajaan Negeri yang kaya tetapi kalau nak sebut zalim kasar sangat, kejam kepada rakyat. Sila-sila Tambun. Saya bagi laluan Tambun, don’t worry.
Okay. Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Tadi Teluk Ayer Tawar sebut tentang kawasan banjir, adakah kawasan ini kawasan tadahan banjir iaitu yang kerap banjir atau hanya berlaku sekali sahaja disebabkan air pasang yang besar pada ketika itu. Kedua, betulkah memang tiada bantuan kepada mangsa-mangsa daripada pihak kerajaan yang terlibat.
Terima kasih sahabat baik saya, Tambun. Soalan yang bagus.
Bukit Tambun.
Tak pa lah Bukit Tambun, Tambun la, janji ada Tambun Yang Berhormat.
Tambun di Parlimen.
Okey, Yang Berhormat, tanya pada saya tadi, tempat itu bukan tempat yang tadahan banjir. Tempat itu hanya jadi apabila berlaku musim ribut dan taufan. Itu bukan tempat selalu banjir, ini sekali-sekali jadi. Ini mungkin dulu jadi 10 tahun, ini 10 tahun jadi, okey.
Yang lagi satu Yang Berhormat tanya tadi peruntukan.
Bukan peruntukan. Adakah betul tiada bantuan langsung daripada jabatan-jabatan yang terlibat
Bukan tiada langsung bantuan, hanya bantuan lebih kurang empat (4) buah rumah yang bagi, yang kena 21 buah rumah. Lain-lain rumah tu, yang dia bagi macam yang saya cakap tu tadi, bantal tilam yang mana Yang Berhormat Bukit Tambun cakaplah. Tilam dan RM300 hanya 4 buah rumah yang selainnya diperbaiki oleh Yang Berhormat. Demam, demam ni, demam, okay, itu yang sebaiknya. Hal-hal berlaku berulang kali dan terbaru pada bulan September. Saya ada berbual dengan penduduk kawasan, you tanya, saya kena baca sekali lagi, sambung yang lain. Saya baca kali kedua. Saya sebagai wakil yang membawa suara rakyat juga merasa sedih dan terkilan dengan perkara ini. Oleh yang demikian, boleh pihak Kerajaan Negeri memikirlah dan mengambil langkah pantas lebih aktif bagi membendung perkara-perkara ini.
Kedua, satu hal lagi yang saya lihat perlu dibawa dan bersuarakan di Dewan yang mulia ini. Isu berkaitan program-program keagamaan. Bagi menjaga sensitiviti sesuatu kaum dan agama masing-masing, saya berharap kita saling hormat menghormati dan memahami agama kaum-kaum lain di dalam masyarakat kita. Saya juga sedia maklum, kita semua obligasi dengan budaya dan adat resam agama masing-masing.
Saya suka untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat di dalam Dewan yang mulia ini, berlaku satu kejadian di mana satu perarakan keagamaan yang akan dijalankan di dalam kawasan saya. Perkara ini boleh dijalankan dan sudah menjadi kebiasaan. Namun menjadi masalah apabila perarakan tersebut melalui laluan jalan kampung yang bukan beragama tersebut. Ini telah menimbulkan ketegangan kepada penduduk kawasan tersebut dan hal ini dilihat bersifat adicity Namun perkara ini telah sampai ke pengetahuan saya dan saya telah menghubungi Ketua Menteri untuk menyelesaikan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana cepat bertindak dalam hal ini. Atas arahan Ketua Menteri laluan perarakan ini telah ditukarkan ke laluan yang sepatutnya. Saya lihat perkara ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Kerajaan Negeri perlu lebih peka, membuat pantauan dan tidak melulus dengan sewenang-wenangnya penganjuran sesuatu program terutama yang melibatkan masyarakat umum. Sudah sekian abad negara kita amnya, negeri kita khususnya, hidup dalam masyarakat majmuk. Hal-hal seperti ini sepatutnya tidak berlaku lagi. Mohon pihak kerajaan ambil serius akan hal tersebut.
Saya juga menyatakan satu hasrat penduduk di kawasan Telok Ayer Tawar yang sudah lama memberi yang mereka inginkan namun sehingga kini hasrat mereka tidak kesampaian iaitu ingin mewujudkan sebuah bank di kawasan Telok ayer Tawar. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat di dalam Dewan yang mulia ini, kawasan Telok Ayer Tawar merupakan kawasan yang pesat membangun dari segi ekonominya dan pendapatan penduduk yang semakin bertambah. Telok Ayer Tawar juga merupakan laluan utama yang menghubungi Kepala Batas ke Butterworth. Kawasan ini sangat berpotensi dan maju namun sayang sekali tidak ada sebuah cawangan bank pun yang terdapat di kawasan ini. Hanya ada sebuah mesin ATM pengeluaran wang yang ditempatkan di sebuah stesyen minyak.
Saya turut merasa bebanan penduduk kawasan ini yang terpaksa ke Butterworth dan Kepala Batas untuk menjalankan sebarang usaha, urusan yang berkaitan perbankan
terutamanya transaksi kemasukan wang dan cek. Bagaimana dengan golongan warga emas yang terpaksa mengorbankan masa dan kepayahan mereka bergerak jauh dari kawasan kediaman.
Malah kalau kita lihat kawasan pedalaman dan pekan-pekan kecil juga sudah ada cawangan perbankan. Lebih memalukan kawasan terpencil lebih banyak kemudahan perbankan dari kawasan Telok Ayer Tawar. Penduduk kawasan ini bukan mohon banyak pun, cukuplah dengan satu cawangan bank sahaja atau kalau ianya cukup merumitkan, cukup dengan menempatkan satu lagi mesin ATM deposit kemasukan wang dan cek.
Dengan maka itu, saya terpanggil untuk Ahli Dewan ini dan pihak Kerajaan Negeri melihat akan perkara ini. Dalam dunia era moden dan global, masihkah ada lagi kawasan yang Kerajaan Negeri terlepas pandang akan kemudahan seperti ini. Pulau Pinang merupakan di antara tujuh (7) negeri terkaya di Malaysia, tetapi masih ada kawasan seperti Telok Ayer Tawar yang tiada bank. Renung-renungkan lah nasib penduduk.
Dato’ Speaker yang saya hormati dan juga rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin menyentuh sedikit isu berkaitan pelaksanaan lampu isyarat yang dilihat berfungsi secara tidak sistematik terutamanya di kawasan tumpuan yang seringkali berlaku kesesakan jalan raya.
Hal yang saya maksudkan adalah tempoh nyalaan lampu isyarat yang terlalu singkat pada jalan yang banyak kenderaan. Kenderaan muatan berat seperti lori dan treler panjang mengambil masa untuk bergerak. Namun sayang sekali tempoh masa yang singkat ini mengehadkan hanya sebuah, dua buah kenderaan sahaja yang sempat sekiranya berada di belakang kenderaan berat. Ini salah satu punca berlaku kesesakan jalan raya terutama pada waktu-waktu tertentu. Begitu juga dengan nyalaan lampu isyarat yang tidak sama pada jarak yang dekat. Bagi lampu isyarat yang dipasang pada jarak yang dekat di antara satu lampu isyarat dengan lampu isyarat yang lain, adalah wajar sekiranya disetkan nyalaan yang sama. Itu bagi melancarkan pergerakan yang pertama. Namun lampu isyarat itu juga kedua, merah sedang barisan kenderaan bergerak panjang dan lebih... (kurang jelas).
Habis.
Sekejap, Dato’ Speaker. Kelmarin banyak sangat saya tengok lama boleh sambung. Hari ni kan pembangkang nak lebih sikit, tak boleh. Okay.
Boleh.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita semua sedia maklum, kenderaan di negeri kita semakin bertambah dengan padat penduduk yang semakin meningkat, oleh itu mohon agar kedua-dua permasalahan ini perlu dilihat dan dikaji semula bagi mengurangkan berlaku kesesakan jalan raya dan kemalangan. Kita sama-sama mahu melihat peratusan kemalangan di
jalan raya semakin berkurangan dan perjalanan kita mula berjalan dengan lancar ke destinasi masing-masing. Contoh yang kita tidak mahu berlaku seperti baru-baru ini berlaku kemalangan yang meragutkan nyawa akibat lori kontena terbalik semasa membelok di lampu isyarat dengan laju kerana mengejar masa.
Satu lagi isu terakhir saya terpanggil untuk bersuara di dalam Dewan mulia ini berkaitan pemasangan alatan mesin AED. Saya melihat betapa pentingnya pemasangan mesin AED ini dan pendedahan cara penggunaannya kepada masyarakat kita sekarang. Mesin AED ini adalah sebuah alat untuk memberi kejutan elektrik kepada jantung untuk memulihkan semua corak rentak jantung kepada normal, berfungsi untuk menyelamatkan orang ramai yang sedang sakit jantung secara mengejut.
Berapa ramai penduduk kita yang tidak tahu mereka mempunyai sakit jantung dan secara tiba-tiba jatuh dan terkena serangan jantung. Hal ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. Sekiranya perkara ini berlaku di tempat awam dan alatan mesin AED ini ada, makanya orang awam, orang ramai berpeluang untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.
Jadi saya ingat perkara penting ini, Kerajaan Negeri perbanyakkan pemasangan mesin AED ini di tempat-tempat awam di Pulau Pinang. Juga amat penting pendedahan cara menggunanya kepada orang ramai melalui media-media masa dan sebagainya. Saya berharap akan ada penambahan mesin AED ini di kawasan saya, Telok Ayer Tawar merupakan kawasan laluan utama orang ramai. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya berharap isu-isu ini untuk saya diutarakan di sini akan dilihat dan diberi perhatian penambahan baik kita semua, terutama Kerajaan Negeri.
Saya ingin menyentuh satu isu yang membangkitkan Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Batu Uban pada perbahasan beliau kemarin berkaitan warga asing. Batu Uban dah, ini saya cancelkan. Tadi saya baca dah. Dato’ Seri, setakat ini sahaja perbahasan saya pada kali ini, saya merakamkan ucapan terima kasih di atas peluang untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini dan harap agar persoalan-persoalan dan cadangan cadangan yang saya bangkitkan ini akan diberi perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Untuk disokong.
Terima kasih Yang Berhormat Telok Ayer Tawar dan saya hendak menjemput Yang Berhormat Telok Bahang. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan sekalian. Saya berasa amat bersyukur di atas kesempatan ini yang telah diberikan untuk saya terlibat di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada hari Jumaat 22 November yang lalu. Pertamanya, saya ingin membawa isu yang agak kritikal di kawasan saya iaitu isu banjir. Dato’ Yang di-Pertua, banjir yang melanda kawasan Kuala Sungai Pinang sebanyak dua (2) kali pada bulan ini iaitu bulan November 2024. Menarik untuk kita lihat di mana seramai 360 keluarga atau isi rumah telah terlibat di dalam kejadian yang berlaku pada 12, 13 dan 14 November 2024 dan yang terbaru iaitu pada 16 haribulan dan 17
haribulan November 2024. Banjir ini berlaku bukan disebabkan oleh hujan lebat. Walau bagaimanapun, fenomena air pasang yang berlaku agak extreme dan high tide menyebabkan penduduk Kuala Sungai Pinang telah dilanda banjir kilat di kawasan tepi laut. Saya telah bertemu dengan penduduk-penduduk yang terlibat di dalam banjir tersebut dan mereka telah menyatakan kepada saya bahawa rata-rata penduduk di kawasan tersebut telah menduduki ataupun bermastautin di kawasan itu di sekitar 14 hingga 20 tahun yang lalu. Namun jarang mengalami masalah banjir dan kecuali sekali saja iaitu pada tahun 2017 apabila berlaku pertembungan air pasang dan hujan lebat yang telah menyebabkan banjir besar berlaku di kawasan tersebut. Selain daripada itu, tidak lagi berlaku banjir sehinggalah yang terakhir pada bulan lepas ataupun pada bulan ini. Apa yang membimbangkan saya sebagai seorang wakil yang telah dipilih oleh rakyat untuk mencari resolusi ke atas permasalahan yang dialami oleh mereka, saya telah menemui satu kajian yang diperolehi melalui EMIR Research. Di mana seorang Profesor Amerika Professor Emeritus Dr Hans-Dieter Evers of the Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS) dengan izin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seorang yang pakar perancang yang telah membuat kajian terhadap PSI. Beliau telah memberi amaran bahawa Pulau Pinang terdedah kepada banjir besar dalam tempoh 20 ke 40 tahun sebaik sahaja PSI siap dilaksanakan (“PSR puts Penang in danger”, New Straits Times, 20 Julai 2019) beliau juga menyatakan worst-case scenario (dengan izin) Teluk Kumbar dan Sungai Batu akan mengalami banjir sedalam satu (1) hingga dua (2) meter kesan daripada Projek PSI dalam tempoh 20 hingga 40 tahun yang akan datang. Penyumbang kepada banjir ini, adalah disebabkan oleh limpahan air daripada PSI itu sendiri akibat daripada jarak yang agak dekat serta tiada mempunyai kolam tadahan. PSI tidak mempunyai kolam tadahan serta halangan ataupun penampan yang nature iaitu bukit dan sebagainya. Bagi jangka masa pendek, kawasan-kawasan rendah telah merasakan impak dengan serta-merta iaitu saya menarik perhatian terhadap Kuala Sungai Pinang.
Sehubungan dengan ini, saya mohon Kerajaan Negeri agar untuk prihatin dengan situasi ini secara serta-merta dan kerana di dalam situasi berlaku banjir dua (2) kali satu (1) bulan ini agak memberi tekanan kepada penduduk-penduduk di kawasan saya yang mana habis barang-barang kelengkapan rumah yang tidak dapat digunakan lagi dan banyak kerugian yang telah mereka alami. Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri di samping menyelesaikan isu ini tolong tengok dari segi bantuan sekiranya dapat untuk kita salur kepada mereka. Dato' Yang di-Pertua.
Telok Bahang boleh mencelah?
Silakan.
Tuan Speaker. Dato’ Seri Speaker dan rakan-rakan sekalian. Kita melihat ini satu fenomena baru yang sepertimana sebut oleh Telok Bahang iaitu air pasang besar bukan sahaja di kawasan Telok Bahang bahkan di Bagan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Telok Ayer Tawar begitu juga di kawasan Padang Kota Lama juga berlaku fenomena bila air pasang sampai ke masuk sampai ke tengah padang ini. Jadi, ini satu fenomena baru ataupun satu trend baru mungkin hari ini juga fenomena ini akan menyebabkan berlaku banjir. Silap-silap DUN kita ini pun boleh masuk air. Bukan jauh mana dengan laut. Di era pemanasan global di mana hari ini bongkah-bongkah ais telah pun cair yang menyebabkan berlaku cuaca ekstrem yang kita mesti
kena orang kata berhati-hati. Kalau dulu kita ada Tsunami, kita ada amaran Tsunami, siren amalan Tsunami mungkin kita juga perlu bersedia dengan fenomena baru ini iaitu air pasang yang orang kata apa telah mengancam ataupun telah mula memberikan kesan yang agak buruk di beberapa tempat di Negeri Pulau Pinang ini.
Sila sambung.
Terima kasih Sungai Dua. Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi isu yang ingin saya utarakan ialah berkaitan pelancongan. Kehadiran pelancong sebanyak 1.2 juta ke negeri ini pada tahun 2023 adalah satu (1) sumbangan yang besar terhadap KDNK Negeri Pulau Pinang. Namun selain daripada pelancongan, kesihatan ataupun pelancongan lain terdapat satu signifikan terhadap pelancong yang berminat kepada alam sekitar ataupun alam semulajadi. Apa yang saya ingin utarakan adalah pelancongan terhadap Taman Negara di kawasan Telok Bahang. Ini adalah satu orang kata reserve apa orang panggil satu anugerah kepada kita sebenarnya mempunyai Taman Negara di Telok Bahang ini kerana ramai pakar-pakar yang datang adalah mereka yang membuat kajian terhadap alam semulajadi dan tanah-tanah ataupun flora dan fauna serta habitat-habitat hidupan liar di kawasan ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelancong-pelancong yang terlibat di dalam penyelidikan ini adalah pelancong-pelancong luar negara dan di situ timbul berbagai-bagai permasalahan terutamanya dari segi kos yang dikenakan di pintu masuk terhadap pelancong asing sebanyak RM50. Itu tidak menjadi masalah, kerana RM50 itu jika dibekalkan dengan fasiliti-fasiliti yang yang setimpal. Namun apa yang disediakan kepada mereka iaitu tandas awam yang rosak, laluan pokok-pokok tumbang, kawasan rehat yang berterabur yang tidak diselenggarakan, surau yang rosak dan lain-lain lagi fasiliti yang tidak mencapai standard seperti yang diharapkan dengan kos RM50 yang dikenakan kepada mereka untuk masuk Ke Taman Negara pada masa kini. Ada setengah-setengah fasiliti yang disediakan ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja terutamanya jambatan yang disediakan boleh membahayakan laluan-laluan yang digunakan oleh para pelancong ini.
Di samping itu juga pelancong-pelancong yang memasuki Taman Negara ini dikenakan caj lain iaitu sebagai contoh, sekiranya pelancong ini melakukan perfileman dan fotografi mereka dikenakan caj sebanyak RM1,000. Jika mereka melaksanakan kajian komersial bagi bukan warganegara mereka dikenakan RM100, jika mereka melakukan acara-acara ataupun gaming bukan warganegara dikenakan sebanyak RM1,000, perkhemahan dikenakan RM15 semalam dan memancing dikenakan RM10 untuk kali masuk tambahan kepada caj pintu masuk. Jadi ini agak membebankan dan mereka mengharapkan Jabatan Taman Negara harus mengkaji semula caj yang dikenakan. Sekiranya kemudahan tidak dapat disediakan ini kerana imej negara akan jatuh dari perspektif pelancong-pelancong yang datang dan sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan pelancong-pelancong tidak akan berminat untuk berkunjung ke Taman Negara. Justeru, saya ingin sekali lagi memohon Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan segera di atas perkara ini.
Dato’ Yang di-Pertua kebergantungan negeri kepada bahan-bahan makanan yang di import menyebabkan sayur-sayuran telah melonjak naik. Banyak tanah-tanah yang terbiar yang boleh diberi perhatian untuk menebus guna tanah-tanah ini dengan tanaman-tanaman yang bernilai tinggi seperti cabai, cili padi, kacang buncis dan lain-lain yang mana sayur-sayuran ini amat tinggi nilainya di pasaran pada masa sekarang. Apatah lagi menjelang penghujung tahun
dan awal tahun negeri kita ataupun negara kita akan menyambut banyak hari-hari perayaan dan dalam ketika itu kita akan dapat melihat harga sayur akan terus melonjak ke paras yang tinggi.
Dato’ Yang di-Pertua, isu-isu semasa berkaitan Klinik Kesihatan ingin saya sentuh sedikit iaitu Klinik Kesihatan dan Hospital adalah berkaitan masa menunggu yang lama khususnya bagi pesakit-pesakit luar yang mendapatkan rawatan penyakit-penyakit tidak berjangkit. Justeru adalah disarankan supaya masa menunggu yang lama itu dapat diatasi. Sebagai contoh, klinik kesihatan yang perlu merawat pesakit-pesakit yang telah mencapai warga emas agar dipercepatkan.
Di samping itu juga, tempat meletak kenderaan adalah tidak mencukupi dan ini menimbulkan permasalahan kepada pesakit-pesakit yang berusia kerana mereka terpaksa meletak kenderaan di tempat yang jauh dan kemudian berjalan ke hospital ataupun klinik. Justeru itu saya menyeru agar perkara ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh AMMK Kesihatan.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam usaha Kerajaan Negeri melestarikan pembangunan perumahan seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Belanjawan 2025. Namun terdapat rumah PPR yang masih mengalami kebocoran. Di musim hujan ini, banyak rumah-rumah yang dikategorikan sebagai rumah-rumah PPR mengalami bumbung yang bocor dan reput dan tidak dapat diperbaiki, kerana syarat untuk membaiki rumah-rumah tersebut pihak JMB harus menyediakan sebanyak 20% wang ataupun kos dari baki yang kemudiannya akan ditampung oleh Bahagian Perumahan.
Namun yang menjadi permasalah adalah pihak JMB tidak dapat menyediakan 20% kos tersebut kerana pihak JMB sentiasa mengalami kerumitan dan permasalahan di dalam mengutip wang daripada penduduk-penduduk di perumahan tersebut. Saya mohon MMK Perumahan untuk melihat perkara ini.
Saya juga berharap pihak Perumahan Negeri dapat mengkaji semula kesulitan-kesulitan yang dialami oleh JMB, di dalam mendapatkan kos yang dinyatakan, justeru itu perumahan haruslah menyelesaikan permasalahan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, Isu penuaan akan sentiasa menjadi agenda masyarakat menjelang 2030. Ramai rakyat negeri ini, negeri ini akan memasuki umur 60-an warga emas. Apa yang menjadi permasalahan adalah sekiranya mereka belum mempunyai rumah, Kerajaan Negeri perlu menyediakan bantuan perumahan rumah mampu milik (RMM) kepada mereka, untuk mereka merancang hari tua mereka.
Apakah perancangan yang telah dilaksanakan oleh JKM di dalam memberi bimbingan, di dalam membantu warga-warga emas ini. Disamping itu, bimbingan JKM terhadap warga emas di PAWE selain mengadakan kelas-kelas mengaji keagamaan dan masakan, apakah modul pembelajaran yang telah diterapkan kepada mereka?
Berapakah peruntukan bagi setiap tahun kepada institusi PAWE yang diperuntukkan oleh JKM? Di samping itu juga isu-isu awareness juga sepatutnya diterapkan kepada mereka seperti bagaimana untuk menghalang scammer daripada, daripada menjadikan mereka sebagai sasaran. Ramai kita lihat warga emas yang telah ditipu wang ringgit mereka, kerana percaya kepada apa pujuk rayu scammer ni.
Dato’ Yang di-Pertua, Bagi mengekalkan pengurusan masjid-masjid, sentiasa berjalan lancar dan memartabatkan agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan Kerajaan
Negeri melalui Jabatan Agama Islam dan JAKIM perlulah lebih peka terhadap pengurusan pegawai-pegawai masjid. Elaun yang mereka berikan berada di bawah tahap kemiskinan malah lebih rendah daripada kategori B40. Sekiranya elaun yang tidak mencukupi, mereka terpaksa mencari pekerjaan-pekerjaan lain bagi menampung kos sara hidup mereka, justeru itu satu kajian elaun berkaitan pegawai-pegawai masjid, perlu dilaksanakan dengan sekadar segera.
Dato’ Yang di-Pertua, Pihak MBPP telah mengadakan libat urus tentang kenaikan tarif cukai MBPP dengan alasan kerana lebih 30 tahun tidak dinaikkan, dan jangka dijangka bermula pada 1 Jan 2026 adalah tidak berketepatan dengan suasana ekonomi rakyat Negeri Pulau Pinang ketika ini, Kerajaan Negeri selama ini boleh menunggu lebih daripada 30 tahun. Apakah Kerajaan Negeri tidak boleh menunggu dua atau tiga tahun yang akan datang, bila mana suasana ekonomi negeri telah stabil.
Dato’ Yang di-Pertua, Pada masa kini isu pendatang asing semakin menghantui penduduk-penduduk di kawasan Balik Pulau. Banyak premis-premis telah diambil alih oleh mereka di dalam melaksanakan perniagaan-perniagaan dan apakah agensi-agensi penguatkuasa, yang diberi tanggungjawab menangani isu ini mempunyai kekangan-kekangan kerana dilihat pendatang asing ini semakin hari, semakin ramai.
Dato’ Yang di-Pertua, Litar lumba haram yang semakin menjadi-jadi di kawasan jalan persisir pantai di antara Kuala Sungai Pinang dan Kampung Perlis, telah mengakibatkan banyak kemalangan dan cedera parah. Justeru itu, satu tindakan yang drastik sepatutnya dilakukan bagi menangani masalah lumba haram yang acap kali dilaksanakan oleh mereka-mereka di bawah umur 20 kebawah iaitu.
Telok Bahang, boleh mencelah tak?
Silakan.
Kita lihat perlumbaan haram ni di kalangan remaja-remaja ni semakin menjadi-jadi. Sebagai solusi kepada masalah ini, saya ingat kerajaan perlu untuk melihat di mana tanah-tanah kerajaan untuk kita buatlah bagi litar lumba, bagi dia lumba dalam litar tu. Supaya ada tempat, tempat dia melepas geram. Orang remaja ni darah-darah, darah orang kata apa darah tengah panas ni kira dia nak lepas geram. Dia melepas geram tempat yang memberi risiko kepada orang lain, pengguna jalan. Jadi, kita kalau kita sediakan satu lumba biar depa melepas geram di situ. dia takkan orang kata apa melakukan aksi-aksi yang berbahaya di di jalan raya ni.
Terima kasih Sungai Dua. Apa yang membimbangkan kita iaitu mereka yang melakukan apa ni lumba haram ini bersama-sama dengan penunggang-penunggang basikal yang turut melaksanakan aktiviti-aktiviti petang mereka di kawasan yang sama. Jadi, perkara ini mudah mengakibatkan kemalangan-kemama kemalangan yang tidak apa di tidak dapat di dielakkan kerana kemungkinan perselisihan laluan dan sebagainya. Justeru, saya mengharap agensi-
agensi dan Kerajaan Negeri melihat perkara ini dengan lebih, lebih mendalam untuk menangani permasalahan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, Pusat Transit Gelandangan telah pun dibangunkan oleh Kerajaan Negeri pada Ogos 2023 dengan kos sebanyak RM4.4 juta oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Justeru, saya ingin mengetahui apakah pencapaian semasa Pusat Transit Gelandangan, adakah Kerajaan Negeri melalui EXCO Kebajikan mempunyai data-data dan rekod penghuni pusat transit ini.
Berapakah tempoh masa transit bagi setiap penghuni, jabatan dan agensi manakah yang menguruskan pusat transit ini. serta senaraikan program-program yang telah dijalankan bagi membantu penghuni-penghuni ini berdaya saing dan mampu untuk berdikari sebelum tempoh transit mereka tamat.
Dato’ Yang di-Pertua, Program Mutiara Foodbank yang diwujudkan oleh, yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat Pulau Pinang tidak terpinggir dari mendapat pengagihan makanan. Justeru, saya ingin tahu adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberi kepada ADUN-ADUN Pembangkang peluang di dalam membantu untuk mengagihkan bakul-bakul makanan ini. Berapa banyakkah bakul makanan ini telah dikumpulkan? Dan siapakah yang mengedarkan bakul-bakul makanan tersebut?
Dato’ Yang di-Pertua, Pada awal tahun 2025, penggal persekolahan baru bakal dibuka. Saya mengharapkan Majlis Agama Islam melalui Zakat Pulau Pinang pada tahun ini, tidak lagi akan berlaku seperti mana tahun lepas di mana pihak pembangkang telah dianak-tirikan. Akhir kata, saya mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Teluk Bahang. Dan saya nak menjemput Yang Berhormat Pulau Betong. Sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbal Alamin Assalatu Wassalamu Ala Asrofil Mursalin, Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajmain. (bacaan doa).
Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, seluruh Ahli Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan YB, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.
Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas bagi Ucapan Bajet 2025 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang pada tanggal 22 November 2024 yang lalu.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, Kita dimaklumkan bahawa pelaburan digital merupakan salah satu fokus utama Pulau Pinang dalam usaha memperkukuh ekonomi negeri. Kerajaan Negeri amat komited untuk melabur dalam sektor ekonomi digital, selaras dengan visi dan misi, aspirasi negara ini untuk menjadikan pusat pelaburan teknologi digital yang strategi.
Saya amat menyokong perkara ini, memandangkan kita sudah berada di era revolusi di industri 4.0. maka perkara ini perlu diberi perhatian. Persoalannya apakah fokus pelaburan digital yang Kerajaan Negeri akan tumpukan dalam perancangan yang terdekat, dalam perancangan yang sederhana dan dalam perancangan jangka masa yang panjang.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, Isu yang terkini dalam Sinar Harian bertarikh 19 November 2024, seorang murid perempuan tingkatan 2, terjatuh dari tingkat lapan di salah sebuah Sekolah Menengah di kawasan Jelutong. Ketua Polis Daerah Timur Laut menyatakan menerusi nota dijumpai mangsa menyatakan dia tertekan, tertekan, depresi dalam pelajaran.
Manakala Menteri Pendidikan Puan Fadhlina Sidek telah menyatakan amat khuatir dengan pelajar-pelajar sekolah yang membuat percubaan bunuh diri, dan juga mempunyai ideation (dengan izin) dan beliau melihat sendiri bagaimana trend barcode. apa maksud barcode? Barcode itu maksud dia trend sekarang, tindakan menoreh lengan menggunakan pisau yang tajam, menggunakan objek yang tajam, yang dilakukan oleh pihak pelajar sekolah, begitu juga di institusi Pengajian Tinggi. Kononnya sebagai satu terapi untuk menghilangkan stres dan juga depression (dengan izin).
Satu tinjauan kesihatan remaja oleh Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan KKM ke atas pelajar berumur 13 hingga 17 tahun, menunjukkan bilangan pelajar yang mempunyai idea untuk bunuh diri meningkat kepada 13.1% tahun 2022, melibatkan 4,300 pelajar berbanding 10% pada tahun pada 5 tahun yang sebelumnya. Berdasarkan infografik daripada BERNAMA bertarikh 10 Julai 2024, kita dimaklumkan seramai 1 juta, 1 juta 4.6% penduduk Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas mengalami kemurungan. Jumlah penduduk murung meningkat dua kali ganda daripada 2019 hingga 2023 hampir separuh daripada mereka berfikir untuk mencederakan diri dan mengambil keputusan mati. Perkara ini amat serius jangan kita pandang sambil lewa. Oleh itu kita harapkan para pengetua di sekolah-sekolah mestilah memperkasakan, perkasakan apa? Guru kaunseling sepenuh masa mestilah diupgradekan, mesti diberi penekanan begitu juga dengan PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) di bawah kaunseling juga mestilah diupgradekan (dengan izin). Kita harap (PRS) Pembimbing Rakan Sebaya mestilah memain peranan di semua sekolah di dalam Malaysia ini terutama sekali di dalam Pulau Pinang. Kita harap ibu bapa juga mestilah ditekankan ilmu parenting, ilmu keibubapaan mestilah dimantapkan lagi. Begitu juga guru-guru kaunseling kita harap amatlah cakna dengan murid-murid sekolah. Perlu diadakan sesi-sesi kaunseling, sesi individu, sesi kelompok mestilah diberi tumpuan terutama sekali murid-murid yang murung mestilah diberikan tumpuan dengan sepenuh hati sepenuh jiwa.
Pulau Betong, mohon mencelah. Terima kasih kasih Yang Berhormat Pulau Betong, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya tertarik ya dengan isu yang telah dibangkitkan oleh Pulau Betong berkaitan dengan kes cubaan bunuh diri akibat daripada tekanan dan juga kemurungan. Saya pernah bangkit dalam sidang Dewan yang mulia ini pada penggal lepas juga ketika itu berlaku COVID-19 perintah kawalan pergerakan sehingga pernah direkodkan dan saya ambil data itu dan saya kemukakan dalam Dewan ini dalam satu bulan kenapa kes hampir lapan kes bunuh diri terjun daripada Jambatan Pulau Pinang. Itu tahun kalau tak salah 2020 atau 2021. Okey itu mungkin berpunca daripada keadaan ekonomi dan juga masalah COVID-19 yang bukan sahaja melanda negara bahkan dunia tapi hari ini saya melihat trend itu mula melebar ataupun menjalar dan hari ini kita kebimbangan kita adalah di kalangan anak-anak kita di kalangan para remaja sama ada di peringkat universiti, kolej atau peringkat menengah sebagaimana kes yang berlaku baru ni kejadian bunuh diri terjun daripada bangunan 8 tingkat dan tadi pun dalam
perjalanan ke Dewan ini saya dalam kereta dengar radio kedah ada kes juga di berlaku tak salah saya di UiTM Merbok, pelajar hilang dan waris buat report katanya mungkin diculik dan seumpama tapi tiba-tiba dia jumpai berjalan di tepi jalan sudah berapa hari dalam keadaan menangis mungkin itu tekanan. Apakah masalah yang boleh berlaku atau pun mengakibatkan punca kemurungan ataupun tekanan ini? Adakah disebabkan keadaan kehidupan ataupun kos sara hidup yang makin meningkat dengan Kerajaan Madani pertimbang yang apa dia akan ada cukai-cukai dinaikkan, dengan kenaikan business seumpamanya, tekanan ataupun masalah pendidikan di sudut kaunseling dan juga motivasi yang perlu diberi kerana pelajar ini dalam keadaan mereka nak belajar dan apabila tertekan jalan pintas yang berkaitan yang mereka akan ambil adalah untuk cubaan bunuh diri. Jadi apakah punca-punca dan bagaimana cara untuk kita mengatasi.
Terima kasih sahabat saya YB Yusni, Penaga. Jadi kita harap memang isu ini mestilah dipandang serius oleh semua pihak. Tidak boleh hanya bergantung kepada guru kaunseling semata-mata. Jadi semua pihak mestilah tangani dengan terbaik, mestilah digemblengkan semua pihak, tidak boleh kita menunding jari kepada satu-satu pihak sahaja. Oleh itu kita harapkan perkara ini mestilah diambil tindakan yang serius, tindakan yang drastik oleh semua pihak kerana ini isu yang latest, isu yang terkini, current issue dan mestilah ditangani dengan sebaik mungkin. Seterusnya kita tengok dalam Metro pada tarikh 16 Januari, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menerima 45 panggilan…(gangguan).
Pulau Betong. Boleh mohon mencelah sedikit?
Saya banyak lagi ya. Sekejap, sekejap. Sat lagi saya bagi. 45 panggilan kecemasan berhubung mangsa terjun atau ancaman bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang. Dalam tempoh dua tahun pada tahun 2022 sebanyak 26 kes manakala tahun 2023 sebanyak 19 kes ancaman bunuh diri. Kalau kita refer kepada Islam, punca bunuh diri ini kerana apa? Kerana mereka tidak ada pegangan agama yang mantap. Bunuh diri ini termasuk dalam 70 dosa-dosa besar. Bukan dosa-dosa kecillah, dosa besar. Oleh itu Nabi amat benci kepada orang yang bunuh diri sampai menekankan Nabi tidak mahu solat jenazah, solat jenazah kepada orang-orang yang mati bunuh diri. Jadi kita harap mestilah diberikan penekanan kepada pendidikan agama. Oleh itu orang-orang yang bunuh diri kerana mereka jauh daripada tuhan, pasal itulah tuhan sebut dalam Quran, dalam surah Ar-Ra’d, Ayat 28… (ayat Al-Quran), “Dengan banyak kamu ingat kepada Allah, hati kamu sentiasa tenang”. Orang yang bunuh diri kenapa? Hati dia tak tenang, hati dia keluh-kesah, hati dia bergundah-gulana, hati dia tidak tenang, pasal tu dia bunuh diri. Dia tidak mendapat ketenangan pasal apa, dia jauh daripada tuhan. Jadi kita kena tekankan bab, kena dekat dengan tuhan. Kalau dekat dengan tuhan bagaimana? Dia kena tunaikan sembahyang. Oleh itu Islam tekankan setiap hari mesti sembahyang lima kali. Lima kali mesti jumpa dengan tuhan. Ini makan lima kali, minum pagi, makan tengah hari, merarau, minum petang, makan malam, supper lagi. Lima kali makan, jumpa tuhan sekali pun tak. Mana boleh jadi, jadi kena seimbangkan dengan makan dengan santapan rohani, santapan rohani pun kena ada, sembahyang lima kali kena buat, subuh macam sarapan pagilah, Zohor macam makan tengah harilah, Asar macam makan minum petanglah dan solat Maghrib dan Isyak macam makan malam. Barulah manusia itu dia jadi manusia yang hebat kerana apa, santapan jasmani, santapan rohani diseimbangkan barulah manusia-manusia itu mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu ditekan dalam Quran,
dalam Surah Ar-Ra’d tadi, saya sebut tadi… (ayat Al-Quran) seterusnya tuhan sebut dalam Al-Quran… (ayat Al-Quran) Surah Al-Ankabut, Ayat 45, “sesungguhnya sembahyang itu cegah kamu daripada buat keji dan mungkar”. Sembahyang tu dia akan menjadi pendinding, sembahyang tu dia akan menjadi tempat yang akan menghalang kita membuat benda-benda yang mungkar. Ini sembahyang tak mahu. Mengikut Profesor Doktor Haji Fadzilah Kamsah ni membuat kajian, dia kata 70% remaja kita tak sembahyang. Mana mungkin 100 orang, 70 tak sembahyang, 30 saja yang sembahyang. Macam mana nak jadi umat yang hebat? Nak jadi bangsa yang hebat? Kerana apa? Jauh daripada rahmat Allah Taala.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin membawa suara ibubapa di kawasan Balik Pulau yang mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dan juga kepada JAKIM untuk melaksanakan operasi KAFA kembali kepada lima hari. Sekarang ni tiga hari seminggu. Kita harap dapat diperingkatkan balik kepada lima hari seminggu supaya pembelajaran lebih panjang, kalau dulu tiga jam sekarang kita harap dapat dipertingkatkan menjadi 9 jam. Perkara ini diberikan tumpuan kepada guru-guru KAFA khususnya, kita harap EXCO Agama dapat pertingkatkan aspek pedagogi, pedagogi guru-guru KAFA mestilah dipertingkatkan, mestilah ditekankan teknik pembelajaran, teknik pengajaran, kaedah pengajaran mestilah dibuat sesuatu yang terbaik. Kita tak mau sekolah pagi, sesi pagi hebat macam-macam teknik tiba-tiba pergi sekolah agama, sekolah KAFA, chalk and talk saja. Hanya guna pen cakap saja, itu saja tidak ada kaedah-kaedah yang terbaru yang terkini, kita harap pedagogi guru-guru KAFA mestilah dipertingkatkan dengan sebaik mungkin. Begitu juga kita sangat-sangat mengharapkan agar elaun seguru-guru KAFA dipertingkatkan. Kerana apa? Kita fahamlah kalau kerja gaji minimum RM1,700 sedangkan gaji guru-guru KAFA kita hanya RM800 ataupun RM1,000 sahaja. Itu saja tangga gaji mereka. Kita harap kepada pihak JAKIM khususnya dapatlah menambahkan lagi elaun dan juga gaji guru-guru KAFA kita.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada aspek sukan. Saya ingin mengetahui adakah kerajaan bercadang untuk menaik taraf kemudahan sukan terutama sekali dekat MSN (Majlis Sukan Negeri). Kerana kita dapati padang bola sepak dekat Batu Uban, padang bola sepak peringkat Majlis Sukan Negeri amat-amatlah tidak kondusif. Kita mintalah sangat-sangat supaya EXCO Sukan dapatlah pertingkatkan supaya menjadikan sukan kita dipandang tinggi oleh semua masyarakat. Seterusnya asrama warga asing. Saya bersama penduduk di Parlimen Balik Pulau ingin menyatakan kita membantah dan terus membantah projek asrama warga asing yang hendak dibina di Teluk Kumbar. Bagi kita tidak ada keperluan untuk membina asrama tersebut. Jawapan yang kita terima daripada EXCO bahawa projek asrama warga asing ini ditangguhkan, bukan dibatalkan. Jadi kita nak persoalkan ditangguhkan sampai bila? Sampai bila ditangguhkan ini? Kita tak mahu secara diam-diam tiba-tiba projek asrama warga asing tiba-tiba terus muncul tanpa disedari oleh penduduk Teluk Kumbar dan Bayan Lepas. Oleh itu kita sangat-sangat mengharapkan kita hendak mendapat jawapannya sebenar-benarnya bagaimanakah kedudukan asrama warga asing ini yang melibatkan seramai 32,680 orang yang akan diperuntukkan. Isu setempat, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin masuk kepada isu setempat. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Bahagian Landskap yang telah melakukan penebangan pokok besar di Masjid Pondok Upeh bersebelahan dengan sekolah KAFA kerana kita dapati pokok tersebut amatlah bahaya, tunggu masa tu dia nak tumbang Alhamdulillah tindakan drastik daripada pihak majlis bandaraya untuk itu kita ucapkan tahniah dan begitu juga dengan pokok besar di kawasan Masjid Kongsi juga sudah pun ditebang. Jutaan terima kasih daripada semua ahli kariah Masjid Kongsi dan juga Masjid Pondok Upeh. Saya ingin mencadangkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan mewujudkan lebih banyak lagi lokasi-lokasi tong-tong sampah di kawasan-kawasan hotspot khususnya terutama sekali di kawasan-kawasan premis-premis yang terlibatkan premis kedai, premis kedai-kedai makan dan sebagainya, kita harapkan diwujudkan tong-tong sampah dan kalau boleh dibuatlah
sepertimana dibuat di Majlis Bandaraya Seberang Perai, dia buat satu depo sampah yang kemas yang dibuat dengan sistem yang simennya dibuat dalam bentuk tembok yang dicolor dicat dengan cantik. Jadi jangan hanya letakkan tong-tong sampah di situ dibiarkan begitu saja. Kita minta, kita desak supaya majlis bandaraya buatlah tempat sampah itu dalam keadaan tersusun, kemas, cantik, janganlah dibiar begitu saja tidak terurus.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, kita juga sangat mengharapkan sistem jalan raya di Balik Pulau diperlebarkan lagi. Kerana apa? Balik Pulau berhampiran dengan airport. Bukan jauh pun, lebih kurang dalam 12 kilometer saja. Jadi kita sentiasa berhubung dengan airport jadi kalau bayangkan kalau airport diupgradekan diantarabangsakan tiba-tiba jalan Balik Pulau masih ditakuk yang lama, sedangkan saban hari kereta bertambah, kenderaan bertambah tetapi jalan kita masih ditakuk yang lama. Kita sangat-sangat mengharapkan semoga Kerajaan Negeri dapatlah prihatin tentang isu ini supaya kena lihat masa ke depan, 10 tahun akan datang bagaimana keadaan Balik Pulau. Sekarang pun sudah pun berlaku kesesakan terutama daripada bahagian Pekan Kongsi menuju kepada Bukit Baru pada waktu hotspot, pada waktu pagi khususnya memang jam memang tidak boleh kenderaan tersangkut pada waktu pagi dan juga pada waktu petang.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya harap juga agar Balik Pulau diwujudkan sebuah Bank Islam yang kerana apa, rakyat di Balik Pulau seramai 132,000 majoritinya 70% adalah yang beragama Islam. Kita sangat memerlukan Bank Islam kerana sekarang ini kalau kita nak pergi Bank Islam kita terpaksa pergi ke Bayan Baru iaitu yang terdekat. Kita harap wujudkan kawasan yang majoritinya orang-orang melayu yang beragama Islam di situ untuk kita melaksanakan transaksi menggunakan Bank Islam yang terdekat.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar Majlis Agama Islam dapat menimbangkan dapat menambahkan lagi kariah-kariah baru kerana apa, oleh kerana berlaku penambahan penduduk di kawasan kariah, contohnya kariah Sungai Burung. Kariah Sungai Burung sudah bertambah penduduknya terutama sekali di kawasan mana tu, terutama sekali di kawasan Pangsapuri Idaman Prestij K-Park, Taman Prestij 1, Taman Prestij 2, Taman Prestij 3. Kita dapati jumlah penduduk sudah pun melangkaui 1,000 orang, bermakna sudah pun cukup untuk melayakkan mendapat satu kariah baru. Begitu juga kita dapati di Bandar Air Putih, di kawasan Teluk Bahang juga memerlukan satu kariah baharu, dia tak boleh lagi duduk di Permatang Pasir kerana apa, kerana kariah Air Putih juga wujud penduduk yang melebihi 1,000 orang. Jadi kita harap semoga dipecahkan kariah menjadi kariah baru, kariah Air Putih dan juga kariah Kuala Jalan Baru. Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin membawa suara daripada Masjid Pondok Upeh untuk membeli karpet baru. Kerana apa tu, kerana selepas Jawatankuasa Mufti membuat tinjauan Masjid Pondok Upeh, kiblat Masjid Pondok Upeh sudah pun lari daripada jam pukul 12:00 sekarang ni kiblat dia ubah ke pukul 1:00. Jauh tu lari tu, pukul 12:00 asalnya pukul 12:00, sekarang ini ubah pukul 1:00. Bermakna seluruh jawatankuasa bertindak cepat untuk mengumpul duit, tapi sedihlah orang-orang kampung, fahamlah orang-orang kampung tak ada duit, tak ada dana. Daripada 2 bulan lepas dilancarkan kutipan hanya mampu mengumpul sebanyak RM12,000.00 sahaja. Kita mintalah jasa baik daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Dapatlah bantu Masjid Pondok Upeh yang mengalami masalah kiblat dia sekarang ni mereka gunakan sellotape. Mana boleh sellotape. Sellotape untuk nak buat saf sembahyang. Bayangkan kalau orang duduk saf di belakang mereka tak nampak. Jadi kita dapati, kita minta sangat-sangat, kita desak sangat-sangat supaya pihak EXCO Agama khususnya bantulah unit pembangunan, bantulah Masjid Pondok Upeh untuk menangani isu kiblat sudah berubah kerana apa? Kerana syarat sah sembahyang kiblat mestilah betul. Kalau kiblat salah sembahyang pi lah sampai hitam dahi pun, sembahyang Tuhan tak terima.
Dato’ Yang di-Pertua, saya berharap juga agar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dapat memberikan tumpuan kepada kawasan Kampung Genting. Dengar ni Kampung Genting. Kerana apa tu? Daripada Sekolah Genting sepanjang-panjang kampung itu tidak dilaksanakan lagi trim kawasan jalan dia. Jadi saya minta sangat-sangat kawasan tu pokok-pokoknya berjuntai-juntai di sepanjang jalan. Kita dah bagi tahu kepada tindakan daerah tetapi masih belum ada tindakan. Kita sangat-sangat harap dalam Sidang DUN ini, tindakan daripada Majlis Bandaraya terutama Bahagian Landskap dapatlah turun ke Kampung Genting laksanakan trim semua bahagian-bahagian jalan raya dia yang dalam keadaan tidak kemas. Begitu juga, kita juga harapkan akan Kampung Genting ini mengalami masalah masjid dia, masalah kerosakan PA sistem. Ini juga saya minta sangat-sangat agar Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bantulah Masjid Kampung Genting. Dia punya PA sistem terlalu lama, rosak. Bayangkan bunyi macam-macam bunyi. Jadi kita harap bantulah Masjid Kampung Genting supaya PA sistemnya supaya dapat membantu suara imam, suara bilal dan suara khatib dapat didengari dengan jelas oleh seluruh jemaah yang datang terutama pada hari Jumaat. Begitu juga Kampung Genting mengalami masalah kerana apa, gelanggang futsalnya yang telah pun dibina oleh ICU sekarang ini didapati gelanggang futsalnya dalam keadaan tidak begitu tersusun kerana apa? Mengalami kerosakan daripada segi lantai. Lantai dah rosak. Begitu juga dengan pagar rosak. Jadi kita minta Jabatan Belia dan Sukan bantulah untuk memantau gelanggang futsal ini supaya dapat dibaiki supaya dapat digunakan oleh remaja kita dengan sebaik mungkin.
Tuan Yang di-Pertua sebelum saya tutup ucapan saya pada tengah hari ini, sedikit rungutan saya diharap dapat didengari oleh semua EXCO. Iaitu sepatutnya pada 31 Mei 2024 telah diadakan lawatan daripada Ketua Menteri ke Balik Pulau. Berjumpa dengan mangsa kebakaran iaitu saudara Rasyidin. Pada ketika itu langsung saya tidak dijemput untuk pertemuan dengan Rasyidin. Jadi saya sepatutnya, saya nak santuni Ketua Menteri. Ketua Menteri datang ke tempat kita. Sepatutnya saya tak perlu bagi surat. Saya tak perlu. Telefon cukuplah. Telefon, YB saya nak turun ke Balik Pulau. Saya akan datang walaupun tidak perlu surat. Hanya dengan verbal sahaja, telefon sudah cukup. Begitu juga pada tanggal 7 Jun, Menteri Kesihatan Malaysia Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Hj. Dzulkefly B. Ahmad datang ke Air Putih kawasan saya. Kawasan Pulau Betong, Perasmian Klinik Kesihatan Air Putih. Menteri Kesihatan dari datang dari KL tak diberitahu saya, tak dimaklumkan. Yang paling menyedihkan lagi 10 Ogos 2024, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak datang ke Balik Pulau. Program apa tu? Dalam Program Kayuhan Jiwa Merdeka 2024 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya. Tidak dijemput YB Pulau Betong. Jadi saya amat terkilan dengan tindakan begitu, sepatutnya kita nak pergi. Kita nak pergi rumah orang beri salam dulu. Betul tak, betul tak. Pergi rumah orang beri salam dulu kan. Ini takkan terus masuk dalam rumah, masuk terus. Kena minta izin. Ini datang ke rumah orang, masuk terus. Tak bagi salam. Tak minta izin. Jadi kita haraplah semoga benda ini dapat dibaiki. Kita sangat harap semoga ada berlakunya anjakan paradigma selepas ini dan InsyaAllah kita doakan kepada Allahu Subhanallahu Wata’ala supaya Negeri Pulau Pinang, negeri yang kita sayang ini terus-menerus dapat menyumbangkan kepada masyarakat yang kita sayangi. Terima Kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya sokong.
Terima kasih Pulau Betong. Dan saya nak jemput Pulau Tikus.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Kepada Ketua Menteri, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO, YB-YB sekalian, Dato’ Penasihat Undang-Undang, Dato’ Pegawai
Kewangan Negeri dan semua yang hadir. Salam Malaysia Madani dan Salam Penang2030. Salah satu isu yang sering dibangkitkan oleh pembangkang di negeri dan di persekutuan adalah mengenai Negara China. Contoh soalan daripada pihak pembangkang mengenai ketibaan kapal perang China ke Pulau Pinang. Bulan lepas dua kapal perang Jerman dan empat buah kapal perang Rusia berlabuh di sini. Tiada masalah, tiada soalan ditanya. Saya percaya pembangkang bukan sinophobia. Sebab baru-baru ini PN menghantar delegasi ke China untuk bertemu dengan pemimpin dan pakar di negara komunis itu. Justeru, saya ingin mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk menghubungi pihak Consulate China di Pulau Pinang untuk membantu pembangkang mengenali China sempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik di antara Malaysia dan China dengan membina persefahaman yang lebih mendalam maka hubungan di antara pemimpin semua parti politik dengan China iaitu rakan pedagang yang terbesar negara akan dapat menambah baik kerjasama dua hala yang akan membantu pembangunan negara dan negeri. Dato’ Seri Yang di-Pertua, mewakili penduduk di Pulau Tikus saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengutarakan beberapa perkara yang penting untuk pertimbangan Kerajaan Negeri. Pertama, mengenai Pembangunan Alam Bina, dengan izin Built Environment yang berteraskan prinsip Future Proof iaitu kerangka pengurusan yang menyediakan bandar dan kawasan luar bandar yang kalis kepada cabaran masa depan. Dan kerangka ini melibatkan perancangan pengurusan Alam Bina yang dapat meningkatkan keselamatan masyarakat dan kebolehidupan penduduk dengan menggunakan teknologi dan berdasarkan analisis data raya ataupun big data dengan izin. Pembangunan kalis masa depan ini bukan sahaja melibatkan pemasangan sensor tetapi juga mewujudkan bahagian dalam kerajaan yang berpakaran dalam menguruskan ekosistem teknologi analisis data raya, keselamatan data dan penggunaan kecerdasan buatan. Dengan menggunakan kerangka ini banyak masalah seperti pembuangan sampah merata-rata, pencemaran sungai dan laut, isu vandalisme, jenayah rompakan dan ragut dan kesesakan trafik dapat diatasi. Antara ciri terpenting bagi mewujudkan Alam Bina kalis masa depan ini adalah pemasangan kamera CCTV. Bandar pintar memerlukan CCTV serbaguna. Oleh sebab itu, CCTV yang dipasang harus mempunyai empat fungsi berikut. Pertama, pengesanan dan pengelasan objek. Iaitu objek detection and classification. Kedua penjejakan objek. Iaitu objek tracking. Ketiga pengesanan pergerakan manusia, human activity recognition. Dan keempat pengesanan kegiatan anomally detection. Setakat ini terdapat lebih kurang 2,000 CCTV di seluruh negeri. Adakah semua CCTV ini mempunyai fungsi-fungsi ini. Di bandar Seoul, Korea Selatan terdapat lebih 230 kamera CCTV bagi setiap kilometer persegi. Di Singapura terdapat 143 kamera setiap kilometer persegi. Di London terdapat 68 kamera setiap kilometer persegi. Jumlah CCTV di Kuala Lumpur dianggarkan sebanyak 20 buah kamera setiap kilometer persegi. Di Pulau Pinang hanya 2 CCTV setiap kilometer persegi. Berbanding dengan bandar-bandar lain iaitu 230 di Seoul, 143 di Singapura, 68 di London dan 20 di Kuala Lumpur. Pulau Pinang hanya ada 2 kamera setiap kilometer persegi. Adalah amat terkebelakang sekali. Tanpa jumlah kamera CCTV yang mencukupi, bagaimana negeri ini, boleh merealisasikan konsep negeri pintar. Sekiranya Pulau Pinang ingin menjadi negeri pintar yang kalis kepada masa depan, kita memerlukan lebih 100 buah kamera CCTV setiap kilometer persegi atau lebih 100,000 kamera CCTV serba guna di seluruh negeri. Sekarang kita hanya ada 2,000, masih kekurangan 98,000 kamera. Jikalau Pulau Pinang ingin merealisasikan Visi Penang2030 menjadi negeri pintar dalam tempoh 6 tahun, Kerajaan Negeri perlu pasang 45 buah kamera setiap hari sehingga tahun 2030. Satu perancangan yang menyeluruh diperlukan untuk membina ekosistem CCTV dan analisis data raya dalam negeri. Selain itu kerangka pembangunan kalis cabaran masa depan juga melibatkan pengoptimuman penggunaan tanah dan ruang. Di sekitar Pulau Tikus terdapat tanah kerajaan dan pihak swasta yang tidak dibangunkan ataupun terbiar. Ini merupakan satu pembaziran ruang serta menimbulkan isu seperti pertumbuhan pokok liar yang mengundang bahaya kepada orang lain. Selain itu, terdapat juga isu pembiakan nyamuk, biawak dan ular yang mengganggu ketenteraman jiran sekitar.
Pejabat saya telah mendapat aduan sebegini daripada penduduk di beberapa lokasi seperti di Lengkok Erskine, Jalan Kelawai, Jalan Cantonment, Solok Concordia, Lintang Burma dan Kampung Masjid Bagan dekat Jalan Tanjung Tokong. Untuk tanah kerajaan, pihak berkaitan telah pun mengambil tindakan membersihkan tapak-tapak mereka tetapi untuk tanah milik swasta, MBPP perlu mengeluarkan notis setiap kali menerima aduan, dan jikalau pemilik tanah tidak mahu mengambil tindakan, maka MBPP akan bersihkan tapak tersebut dan memberi bil kepada pemilik tanah dan baru-baru ini salah satu tapak swasta yang terbiar telah pun menjadi kawasan pembiakan nyamuk dan mengakibatkan jiran dijangkiti demam denggi. Dalam tahun ini, MBPP telah pun mengeluarkan dua notis kepada pemilik tanah tersebut tetapi tempat tersebut turut terbiar. Pemilik tanah yang tidak bertanggungjawab harus dikenakan penalti. Disebabkan oleh perbuatan mereka, jiran yang tidak bersalah pula yang terpaksa menanggung akibat. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan harus bertindak tegas. Pemilik tanah yang tidak menyelenggarakan tanah mereka sehingga mengakibatkan kacau ganggu harus dikenakan bayaran penyelenggaraan yang tinggi oleh pihak berkuasa, misalnya RM5,000 ke RM10,000 sebulan. Ini adalah untuk memastikan pemilik tanah bertanggungjawab ke atas tanah milikan mereka supaya tidak menjadi kacau ganggu kepada jiran.
Untuk tanah terbiar milikan kerajaan, saya ingin mendesak kerajaan merancang dan mengusahakan secara aktif untuk membangunkan tanah-tanah ini bagi menjana hasil tambahan kepada kerajaan. Pembangunan tanah-tanah ini tidak harus menggunakan model yang tradisional iaitu menjual kepada pihak swasta untuk dibangunkan. Tanah-tanah harus disewa keluar leasehold untuk pembangunan dan pihak kerajaan harus menjadi salah satu pihak berkepentingan melalui usahasama joint-venture dalam pembangunan tersebut supaya mendapat pendapatan daripada projek pembangunan tersebut. Ini termasuk membina kompleks makanan baharu supaya lebih banyak ruang disediakan bagi penjaja supaya dapat mengurangkan penjaja tanpa lesen di tepi jalan.
Dari segi pembangunan, projek-projek baharu seharusnya direka untuk pelbagai kegunaan, seperti taman rekreasi, tapak penjaja, kedai komersial, dan juga tempat letak kereta yang mencukupi. Salah satu isu yang Kerajaan Negeri harus memberi perhatian serius adalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan bandar, terutamanya di lokasi perumahan unit strata apartment atau kondominium. Setahu saya, hanya satu tempat letak kereta disyaratkan bagi setiap unit strata dan syarat ini harus dikemaskini memandangkan jumlah kereta dalam negeri semakin bertambah. Banyak jalan di kawasan perumahan berstrata dipenuhi kereta yang berhenti di kedua-dua bahu jalan, mengakibatkan jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong menjadi satu lorong dan keadaan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas. Dan justeru, pembangunan baharu harus mensyaratkan sekurang-kurangnya dua (2) tempat letak kereta dan meningkat mengikut harga rumah. Sebagai contoh, Rumah Mampu Milik A (RMM A) yang berharga RM42,000 perlu disediakan dua (2) parkir dan unit strata yang lebih daripada RM600,000 perlu disediakan tiga (3) parkir, dan rumah yang melebihi RM 1 juta harus disediakan empat (4) parkir. Cadangan menambah ruang letak kereta ini pasti akan meningkatkan kos pembinaan, dan kebiasaannya kos tambahan ini akan dikenakan kepada pembeli rumah. Jadi harga rumah RMM kategori A mungkin akan meningkat dari RM42,000 ke RM50,000. Dan salah satu cara mengatasi penambahan kos ini adalah dengan meningkatkan nisbah plot. Peningkatan ini tidak boleh dielakkan sekiranya kita ingin mengurangkan kesesakan jalan raya. Hakikat mengenai keadaan trafik negara kita adalah kos pembelian dan penggunaan kenderaan adalah amat murah berbanding bandar-bandar yang mempunyai ramai pengguna pengangkutan awam. Walaupun dengan tambahan bas Rapid Penang, orang ramai yang mampu masih akan terus membeli dan menggunakan kereta. Bandar-bandar yang mempunyai kadar penggunaan pengangkutan awam yang tinggi seperti Singapura (iaitu sebanyak 67% berbanding dengan kurang daripada 10% di Pulau Pinang) juga melihat peningkatan kadar pemilikan kereta oleh
penduduk setempat sehingga kerajaan mereka akan menambah kuota sijil pemilikan kereta Certificate of Entitlement sebanyak 20,000. Maksudnya, walaupun dengan adanya sistem pengangkutan awam yang canggih, orang ramai masih akan membeli dan menggunakan kenderaan sendiri selagi mereka mampu dan ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan. Justeru, pembangunan alam bina dalam konteks sebegini harus menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi.
Selain itu, pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa perlu ditingkatkan bagi mengurangkan kesesakan jalan. Jalan Residensi di depan Hospital Pulau Pinang mempunyai empat (4) lorong sehala. Namun begitu, setiap hari kedua-dua bahu jalan dipenuhi oleh kereta dan menyebabkan kesesakan. Saya telah menjalankan siasatan pada masa melawat pesakit di situ iaitu dari jam 12.30 tengah hari sehingga 2.00 petang. Saya mendapati terdapat 184 parkir kosong yang percuma di bangunan tempat letak kereta bertingkat yang terletak di belakang Jabatan Perubatan Forensik dalam kawasan hospital. Pelawat ke hospital tiada alasan untuk hentikan kereta mereka di tepi jalan kerana memang ada ratusan lot parkir percuma yang tidak digunakan semasa waktu sibuk di hospital. Kesesakan ini berbeza dengan keadaan di perumahan strata yang tidak mempunyai parkir yang mencukupi. Keadaan kesesakan ini di Jalan Residensi adalah disebabkan kekurangan penguatkuasaan.
Dan isu terakhir yang saya ingin utarakan adalah mengenai projek Pan Island Link 1 (PIL1) yang akan menghubungkan kawasan Persiaran Gurney ke Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pada masa ini, kesesakan di Pulau Tikus semasa waktu puncak adalah disebabkan terdapat 4 jalan pengantara dalam kawasan, iaitu Jalan Burma, Jalan Kelawai, Jalan Utama dan Persiaran Gurney. Banyak kenderaan menggunakan 4 jalan ini sebagai jalan pengantara di antara Tanjung Tokong dan George Town. Oleh sebab itu, lebuh raya PIL1 merupakan satu cara penyelesaian yang penting bagi mengurangkan kesesakan di Pulau Tikus. Kos yang tinggi adalah penghalang utama projek ini. Kerajaan Negeri telah pun meminta Kerajaan Persekutuan untuk membina lebuh raya ini tetapi masih belum ada berita baik daripada mereka. Oleh sebab itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membina PIL1 ini dengan menggunakan model pendanaan hijau green financing. Lebuh raya ini boleh dibina dengan kutipan fi iklim climate fee daripada pengguna lebuhraya yang akan digunakan untuk menyediakan laluan bas dua hala serta menyumbang kepada subsidi tahunan Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan e-bas. Kutipan fi iklim boleh diberikan secara konsesi kepada syarikat yang akan membina dan membuat penyelenggaraan ke atas PIL1 dan membantu kerajaan menjalankan operasi sistem e-bas. Dan kaedah pendanaan hijau ini harus dipertimbangkan supaya dapat mengurangkan kesesakan trafik bukan sahaja di Pulau Tikus tetapi juga di kawasan lain seperti Jalan Masjid Negeri dan Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya ingin mengakhiri dengan satu pantun… (gangguan).
Minta sekejap
Ya, sila
Tadi saya mendengar juga diluar ucapan Yang Berhormat Ahli Kawasan Pulau Tikus tentang pembangkang tidak apa sangat fobia kepada China, baru ini saya telah hadir dalam program dewan makan hubungan Malaysia dan China sempena 60 tahun
50 tahun
50 tahun okey minta maaf, apa yang saya kata ialah macam ni saya memang ingin bertemu dengan konsulat China sebab hormat-menghormati adalah semua daripada kita, apa yang saya hendak cakap ini dalam jamuan itu ada meja bulat, mereka telah sediakan arak kepada saya walaupun kawan-kawan minta maaflah tetapi saya terasa bahawa mereka juga tidak menghormati budaya kita jadi hubungkan saya dengan konsulat untuk mengatakan bahawa tolong hormat kita punya budaya, saya juga hadir dalam Singapura punya apa kemerdekaan, arak ini diasing ia tidak diletak di meja sekali, so saya rasa mereka agak menghormati budaya kita jadi saya harap perkara ini dapat dipanjangkan dan hubungkan saya dengan konsulat China untuk kita berbincang, InsyaAllah.
Saya setuju dengan cadangan itu. Oleh sebab tu tadi saya kata saya percaya pembangkang bukan xenophobia memang bukan, justeru saya juga ingin mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk menghubungi pihak konsulat China di Pulau Pinang untuk membantu semua pemimpin dari semua parti supaya kita dapat membina persefahaman yang lebih mendalam maka dengan persefahaman ini hubungan yang baik dapat dieratkan. Jadi Dato Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya ingin mengakhiri dengan satu pantun.
PN ke China menuntut ilmu, Berjumpa pakar negara komunis, Perbandaran pintar amat diperlu, Membawa transformasi metropolis.
Dengan ini saya memohon menyokong.
Terima kasih, apa nama Yang Berhormat Ahli Kawasan Pulau Tikus dan mungkin saya pun boleh bantu untuk aturkan sebab saya pun pernah beberapa kali maklum kepada mereka perlu juga mereka adakan interaksi yang lebih kerap dengan rakan-rakan Yang Berhormat yang lain supaya mereka boleh lebih kenal lah apa urusan yang mereka buat atau pun apa yang kita hendak bagi tahu kepada mereka supaya lebih menghormati adat resam di sinilah, yang ini saya rasa Kerajaan Negeri mahupun Dewan Undangan boleh bantu untuk aturkan dan pernah saya maklum kepada Konsulat General supaya aturkan pelbagai program yang boleh melibatkan kesemua nanti kita usahakan. Saya mohon apa nama Yang Berhormat Ahli Kawasan Bagan Jermal, sila untuk bahas.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyertai Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025. Saya sebenarnya tertarik dengan pengumuman YAB Ketua Menteri mengenai Penang Silikon Design at 5km+ dalam aspek memperkasakan value chain yang melibatkan komponen utama Taman Reka Bentuk IC dan Digital Pulau Pinang, Akademi Reka Bentuk Cip Pulau Pinang serta Ruang Penyelidikan dan Inkubasi Silikon. Walau pun pegumuman ini agak memberangsangkan, tetapi apa yang lebih penting adalah menetapkan Key Performance Index (KPI), dalam kata lain pencapaian yang dirancang dalam jangka masa pendek dan jangkamasa panjang. Kerajaan Negeri patut mengumumkan berapakah syarikat start up tempatan atau MNC yang sudah bersedia melabur dalam bidang ini melalui inisiatif ini.
Selain itu, persidangan ataupun conference bertaraf antarabangsa patut diadakan untuk menarik minat lebih banyak pelabur dalam bidang reka bentuk cip, AI dan Digital seperti yang telah dilakukan oleh Perbadanan Ekonomi Digital dan Teknologi Maklumat Selangor (SIDEC). Sebagai contoh Acara KL 20 dan baru-baru ini Selangor yang telah juga menjadi hos kepada Selangor Smart City & Digital Economy Convention (SDEC). Ini penting untuk mengekalkan momentum dan juga menunjukkan komitmen untuk memperkembangkan lagi industri tersebut. Tambahan lagi dengan pengumuman Taman Reka Bentuk Cip pertama Puchong yang telah berjaya menarik lebih tujuh syarikat IC tempatan dan antarabangsa dan taman kedua yang disasarkan menjadi Taman Reka Bentuk Cip terbesar di Asia Tenggara di Cyberjaya dengan penekanan kerjasama reka bentuk pembuatan IC bersama syarikat terkemuka seperti ARM Ltd. dan Phison Malaysia, saya rasa ini sudah pasti merangsang industri tersebut dan pada masa yang sama mengekalkan momentum yang sedia ada. Saya rasa Negeri Pulau Pinang juga mempunyai potensi dalam bidang ini. Oleh itu, saya sarankan supaya satu task force diwujudkan khas untuk fokus dalam pemasaran inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri dalam industri ini untuk menunjukkan keseriusan Kerajaan Negeri untuk memperkembangkan lagi industri ini. Kerajaan Negeri harus bekerja rapat dengan agensi persekutuan seperti MITI (Ministry of Investment, Trade and Industry) untuk mendapatkan geran yang diperlukan untuk melaksanakan inisiatif yang telah dirancang. Selain itu persidangan bertaraf antarabangsa juga perlu diadakan untuk menarik minat lebih banyak pelabur dalam industri ini.
Semua ini perlu dilakukan dalam kadar yang segera supaya kita tidak hilang competitive advantage ataupun kelebihan daya saing Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of the East dengan kelebihan ekosistem yang sudah sedia ada di sini. Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga tertarik kepada inisiatif karbon reduction menerusi Sustainable Development Goals dan Penang Green Agenda. Selain daripada sokongan terhadap peralihan penggunaan kenderaan elektrik dan infrastruktur pengecasan, saya mencadangkan penumpuan juga diberikan kepada renewable energy seperti solar.
Saya mencadangkan supaya satu kajian menyeluruh mengenai penggunaan elektrik di semua bangunan Kerajaan Negeri di mana bangunan-bangunan yang melibatkan penggunaan elektrik yang tinggi harus dipasang dengan solar. Kerajaan Negeri boleh melalui PPP atau pun Public Private Partnership dengan pemegang taruh industri solar atau pun melalui anak syarikat milikan penuh PDC iaitu Solar Voltech Sdn. Bhd. untuk memasang solar di semua bangunan-bangunan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan satu keadaan menang, menang dan menang. Bukan win win (kurang jelas) sahaja. Saya berkata demikian kerana kemenangan pertama adalah Kerajaan Negeri memimpin melalui tauladan dari segi kelestarian, iaitu mengurangkan
pergantungan kepada tenaga fosil kepada renewable energy yang lebih bersih dari segi carbon footprint.
Kemenangan kedua adalah bil elektrik dapat dikurangkan dengan penjualan secara net metering dan seterusnya kemenangan ketiga adalah Return On Investment (ROI) pemasangan solar tersebut boleh dijana melalui profit sharing antara pemasang solar dengan Kerajaan Negeri. Inisiatif ini boleh diusahakan untuk memperkasakan agenda kelestarian dan penjimatan elektrik jangka masa panjang untuk mengurangkan perbelanjaan Kerajaan Negeri secara keseluruhan. Kerajaan Negeri seterusnya boleh mengkaji untuk memainkan peranan sebagai Independent Power Producer bagi menjana pendapatan melalui pembekalan elektrik melalui solar farming.
Ini adalah sebagai satu langkah persediaan untuk membekalkan renewable energy kepada Penang Silicon Island yang mensasarkan penggunaan 100% Renewable Energy bagi tujuan pengurangan sebanyak 50% carbon menjelang tahun 2030. Cabaran seterusnya adalah usaha untuk mendapatkan kebenaran daripada Suruhanjaya Tenaga supaya Kerajaan Negeri dapat menghasilkan dan menjual elektrik secara langsung kepada pengguna awam. Dato’ Seri Yang di-Pertua, di sini saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai skim berstrata. Kita harus akur bahawa yuran penyelenggaraan atau pun maintenence fee (dengan izin) adalah amat penting untuk kerja pembersihan dan senggara fasiliti dalam sesebuah skim berstrata. Satu aspek yang selalu terlepas pandang adalah langkah pengawalan makhluk perosak.
Permasalahan yang dihadapi kebanyakan skim berstrata terutamanya skim kos rendah dan sederhana rendah adalah yuran penyelenggaraan yang tidak konsisten atau kekurangan dana yang menyebabkan mereka tidak dapat melakukan langkah pengawalan makhluk perosak. Kita dapat melihat realiti ini di PPR Mak Mandin yang tidak dapat menguruskan isu-isu makhluk perosak terutamanya isu tikus. Kita ambil maklum bahawa makhluk perosak bukan sahaja membawa kerosakan kepada harta benda bahkan masalah kesihatan serius sekiranya tidak ditangani. Lepto, ada ini penyakit Leptospirosis adalah penyakit berjangkit berpunca daripada virus leptospira yang terdapat dalam kencing tikus yang boleh membawa maut, jika tidak diubati dalam masa yang terdekat.
Kita harus mencegah melalui satu mekanisme yang mewajibkan badan pengurusan menunjukkan bukti terdapatnya langkah pengawalan makhluk perosak untuk mengurangkan risiko berjangkit seperti Leptospirosis. Jika dibiarkan ia adalah satu wabak time bomb yang menunggu masa untuk meletup. Menurut Jadual Ketiga, Akta Pengurusan Strata 2013, Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyelenggaran dan Pengurusan) 2014 hanya menyatakan dalam klausa 13 “Kawalan Serangga Perosak”, yang menyatakan “Pemilik hendaklah mengambil langkah perlu untuk mengelakkan petaknya dari infestasi anai-anai, vermin, roden, perosak dan serangga tertakluk apa-apa jaring yang dipasang hendaklah diluluskan oleh perbadanan pengurusan.
Ini bermaksud tanggungjawab pengawalan adalah lebih di atas pemilik. Sebaliknya di Singapura, syarikat kawalan perosak dimasukkan dalam Panduan Strata Management sebaik sahaja pemaju membuat penyerahan kepada badan pengurusan selepas AGM pertama. Sebaik sahaja pemaju menyerahkan tanggungjawab dengan mewujudkan Badan Pengurusan Management Committee (dengan izin), salah satu syarat adalah termasuk perkhidmatan kawalan perosak yang disenaraikan dalam kontrak di bawah Akta Kawalan Vektor dan Racun Perosak Singapura (CVPA) 1998 yang mengawal selia penggunaan, penjualan dan kawalan racun perosak dan penghalau, dan pelesenan orang yang bekerja dalam kawalan vektor
Sudah tiba masanya untuk satu mekanisme diwujudkan untuk memantau kawalan makhluk perosak ini. Langkah ini penting untuk memastikan semua skim berstrata kekal bersih, diselenggara dengan baik dan mewujudkan satu persekitaran yang bersih, selamat dan sejahtera untuk semua penghuni di sesebuah skim berstrata. Di sini saya juga ingin menyentuh sedikit aspek keselamatan awam yang melibatkan isu penyelenggaraan pili bomba. Seperti diketahui umum, pili bomba adalah komponen yang penting dalam operasi memadam kebakaran. Menurut angka yang telah diperolehi daripada jawapan soalan bertulis saya, sebanyak 398 unit pili bomba yang memerlukan penyelenggaraan kecil dan 88 unit pili bomba yang memerlukan penyelenggaraan bagi kerosakan besar.
Namun, peruntukan hanya sebanyak RM14,500.00 diturunkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kepada seluruh daerah Seberang Perai Utara (SPU) yang melibatkan empat (4) balai bomba untuk tujuan tersebut. Seluruh kawasan SPU melibatkan empat (4) balai bomba hanya RM14,500.00. Dan ini kalau diterjemahkan peruntukan ini yang tidak seberapa ini dijangka hanya enam (6) atau tujuh (7) pili bomba yang dapat diselenggara pada tahun ini berbanding dengan jumlah besar 88 pili bomba yang memerlukan penyelenggaraan kerosakan besar. Ini bermakna kita memerlukan lebih daripada sepuluh tahun untuk membaiki kesemua 88 unit pili bomba dengan syarat angka ini tidak bertambah.
Oleh itu, saya berharap pihak berkenaan boleh mempertengahkan isu ini yang melibatkan peruntukan Persekutuan supaya peruntukan boleh ditingkatkan bagi mempercepatkan kadar pembaikan atau penyelenggaraan terhadap unit pili bomba yang rosak. Ini kritikal bagi memastikan kelancaran operasi menyelamat semasa berlakunya kebakaran. Kita juga patut memuji semua Pasukan Bomba Sukarelawan dari seluruh Pulau Pinang yang memainkan peranan penting bukan sahaja membantu dalam isu kebakaran tetapi mereka juga memainkan peranan penting dalam misi membantu terutamanya krisis air yang kita hadapi sebelum ini. Jikalau tidak dilengkapi dengan peralatan yang elok, keberkesanan semasa operasi mungkin akan terjejas.
Oleh itu, saya turut menyarankan Kerajaan Negeri untuk menyediakan geran untuk dipohon oleh Pasukan Bomba Sukarelawan bagi tujuan penggantian hos utama iaitu delivery atau pun attacking hose yang juga adalah komponen utama untuk menyalurkan air bagi tujuan memadamkan api semasa berlakunya kebakaran. Saya mendapat makluman kedua-dua komponen ini adalah komponen yang mengalami wear and tear (dengan izin) yang tinggi atau pun senang rosak. Ini boleh dilakukan sebagai satu tanda penghargaan kita terhadap usaha-usaha murni mereka membantu dalam isu-isu kecemasan.
Satu lagi isu yang saya ingin bincangkan adalah isu golongan papa. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan kepada MMK Kebajikan atas usaha yang berterusan dalam menyelamatkan golongan orang papa ini. Salah satu projek yang boleh dianggap berjaya ialah Pusat Transit Gelandangan, di mana makan, minum, tempat berteduh disediakan untuk golongan ini dan sekurang-kurangnya mereka mempunyai satu pilihan untuk tidak berada di tempat awam atau pun tinggal di tempat awam.
Namun begitu, tidak semua kes dapat dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana terdapat kekangan perundangan di bawah Akta Orang Papa, terutamanya yang melibatkan golongan yang mempunyai masalah kesihatan mental, penyakit kronik, penagihan dadah, dan lain-lain. Untuk makluman, pusat bagi menempatkan gelandangan hanya menerima mereka yang bebas daripada gejala dadah, penyakit kronik, dan masalah kesihatan mental. Permasalahannya di sini ialah pihak JKM tidak dapat menerima gelandangan yang disyaki hanya disyaki tidak waras atau menghadapi masalah mental.
Proses selanjutnya adalah mendapatkan kerjasama daripada PDRM untuk membawa gelandangan kategori ini yang disyaki tidak waras ke Klinik Psikiatri, yang hanya beroperasi pada waktu kerja biasa. Oleh itu, saya menyarankan agar satu penempatan sementara diwujudkan bagi golongan ini sementara menunggu pemeriksaan selanjutnya, atau salah satu fasiliti psikiatri dibuka khusus untuk tujuan pemeriksaan, terutamanya semasa operasi gelandangan yang kebanyakannya dijalankan pada waktu malam.
Manakala bagi golongan yang tidak disyaki menghadapi isu mental, mereka akan dihantar ke Pusat Pengumpulan Gelandangan di mana saringan penyakit kronik dan ujian dadah akan dijalankan. Sekiranya mereka didapati bebas daripada penyakit kronik dan dadah, gelandangan tersebut boleh terus ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan. Namun, jika mereka dikesan sebagai penagih dadah, satu lagi keputusan perlu dibuat kerana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) hanya akan menerima penagih yang masih produktif, iaitu golongan di bawah umur 55 tahun, untuk tujuan rehabilitasi. Golongan berumur 55 tahun ke atas hanya akan diterima sekiranya mereka rela menyertai program tersebut.
Okay. Bagi golongan yang menghadapi penyakit kronik pula, mereka akan diberi suntikan dan ubat-ubatan, tetapi tiada pun satu tempat untuk menempatkan mereka. Dalam erti kata lain, mereka akan kembali ke jalanan selepas melalui proses saringan. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar mengambil inisiatif untuk memahami keadaan sebenar dan cabaran berkaitan dengan isu gelandangan ini daripada agensi-agensi yang terlibat, bagi menambah baik mekanisme penyelesaian masalah ini secara holistik. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan inisiatif untuk mewujudkan satu (1) pusat transit bagi menempatkan golongan papa khusus untuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan kronik atau mental, sebagai satu langkah sokongan sosial untuk golongan ini.
Dato’ Speaker, saya menyambut baik prestasi sektor perkhidmatan di mana peningkatan 7.5% dan didorong oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan. Saya berpendapat ada potensi besar dalam subsektor ini dengan meningkatkan lagi imej Pulau Pinang dan kepulauan sekitarnya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa, beberapa langkah strategik yang menyeluruh dan yang menyeluruh boleh dipertimbangkan. Pembangunan unik seperti chalet atas air, galeri lelongan atau pun auction bertaraf antarabangsa, restoran terapung makanan laut dan pemasaran jenama di pameran pelancongan antarabangsa adalah penting untuk menarik golongan pelancong dan pelabur bertaraf antarabangsa. Pendekatan ini bukan hanya akan meningkatkan standard…dengan izin.. dan kedudukan Pulau Pinang di peringkat global, tetapi juga memberikan impak positif terhadap ekonomi sama ada kepada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Untuk gambaran yang lebih jelas, kita boleh merujuk kepada contoh destinasi pelancongan di seluruh dunia dan data pendapatan yang berjaya dihasilkan.
Langkah pertama dalam membangunkan Pulau Pinang adalah perancangan pembangunan yang menyeluruh dengan penglibatan jenama antarabangsa yang terkenal. Ini akan memastikan kemudahan yang dibangunkan memenuhi piawaian antarabangsa. Sebagai contoh, Dubai yang telah berjaya menjadi pusat pelancongan mewah dunia, dengan penglibatan jenama-jenama seperti Burj Al Arab (hotel tujuh bintang) dan Atlantis The Palm, Dubai berjaya menarik pelaburan luar yang besar dalam sektor pelancongan dengan lebih daripada 16 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2019, menghasilkan pendapatan sekitar $28 bilion dari industri pelancongan, sumber dari Tourism Dubai 2019. Dalam kata lain, kita perlu memikirkan bagaimana untuk menambah tarikan unik untuk menarik perhatian para pelancong. Selain menggiatkan promosi pelancongan dengan menonjolkan budaya, sejarah, dan tarikan semula
jadi, perlunya ada kreativiti dengan bermodalkan sumber yang sedia ada. Salah satu sumber yang sedia ada adalah pulau-pulau yang masih belum diterokai sebagai contohnya Pulau Jerejak. Saya mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat EXCO Daniel Gooi untuk membina satu pusat sukan ekstrem di Pulau Jerejak. Tetapi kita boleh menarik mereka untuk belanja lebih lagi sekiranya kita ada tempat untuk menempatkan mereka di sana, seterusnya mewujudkan satu ekosistem pelancongan/ produk pelancongan terbaru. Kalau lebih dekat lagi, kita boleh mencontohi konsep Avani Sepang Gold Coast Resort di Sepang yang telah mewujudkan chalet pelancongan bertaraf antarabangsa atas laut di lokasi yang amat strategik. Bukan sahaja lokasi tersebut berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, ia juga berdekatan dengan pusat perniagaan dan juga pusat membeli belah Queensbay Mall. Saya juga mencadangkan kalau boleh kalau digiatkan lagi perniagaan di sana, Perniagaan water taxi juga boleh terus dijalankan di sana seterusnya mewujudkan lagi lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan ekonomi di kawasan tersebut. Seterusnya Restoran Captain Morgan yang menggunakan feri lama ikonik, sebagai rangka yang cukup menarik turut melengkapkan lagi pakej ekosistem pelancongan sekitar kawasan tersebut jika kita betul-betul kaji dan melaksanakan dengan cara yang elok. Jadi lagi satu faktor ataupun yang kita boleh menarik pelancong yang berada, maksudnya mereka yang berada atau pun kaya adalah melalui, lelongan (auction) Antarabangsa dan aktiviti seni golongan berada. Salah satu tarikan utama yang boleh menarik golongan berada dan pengumpul seni adalah pembangunan pusat lelongan antarabangsa di Pulau Pinang. Sebagai contoh, di London dan New York, lelongan seni dan barangan mewah oleh Sotheby’s dan Christie's telah menjadi punca utama pendapatan industri seni. Pada tahun 2021, Sotheby’s mencatatkan lebih daripada lebih kurang $7.3 bilion dalam transaksi lelongan global, okey, jadi untuk Pulau Pinang, pembinaan pusat lelongan yang berkerjasama dengan syarikat lelongan besar seperti Christie's atau Bonhams akan menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi utama untuk pengumpul seni antarabangsa. Aktiviti seni seperti pameran dan festival juga boleh meningkatkan status Pulau Pinang sebagai pusat budaya yang menarik perhatian pengunjung dari seluruh dunia. Dan seterusnya adalah aktiviti-aktiviti Pemasaran Jenama dan Promosi Global. Pemasaran global yang efektif adalah kunci untuk menarik pelancong antarabangsa ke Pulau Pinang dengan menyertai pameran pelancongan antarabangsa dan acara besar seperti ILTM (International Luxury Travel Market) di Perancis, Pulau Pinang sudah pasti dapat memperkenalkan dirinya kepada pasaran pelancongan mewah dunia. Di samping itu, Kerajaan Negeri boleh memanfaatkan media sosial dan influencer terkenal untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan mewah dan sudah pasti akan meningkatkan kesedaran global dan menarik lebih ramai pelancong ke negeri tercinta kita ini. Secara kesimpulan dengan pelaksanaan strategi-strategi pembangunan ini, Pulau Pinang mempunyai potensi besar untuk menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia yang mampu menarik lebih ramai pelancong dan pelabur dari seluruh dunia. Oleh itu, bagi memastikan kesejahteraan untuk semua penduduk Pulau Pinang terjamin, semua inisiatif perlu berpaksikan kepada pembangunan yang mampan tetapi juga harus diimbangi dengan pendekatan yang hijau dan lestari. Saya rasa itu sahaja daripada saya. Sekian sahaja, terima kasih, dengan ini saya mohon menyokong.
Terima kasih Bagan Jermal dan sekarang dipersilakan Seberang Jaya.
Bismillahirramanirrahim, Assalammu’alaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Hormat kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang dihormati. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua, atas peluang dan segenap ruang kepada Seberang
Jaya untuk terlibat langsung sebagai Ahli Yang Berhormat mewakili saf oposisi atau pembangkang bagi melunaskan proses semak dan imbang menerusi perbahasan saya ke atas Bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Jumaat yang lalu. Alhamdulillah, di dalam Dewan yang mulia ini, saya panjatkan sepenuh rasa puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dan inayah-Nya, kita semua dapat berkumpul sekali lagi dan mengikuti mesyuarat di Dewan yang mulia ini. Sebelum saya melanjutkan perbahasan saya, saya ingin mengambil sedikit ruang yang ada ini, untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu, yang telah memulakan tugas beliau pada September yang lalu. Setinggi-tinggi tahniah juga saya ucapkan, kepada Yang Berhormat Sungai Bakap, saudara Abidin Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Bidin yang telah berjaya mewakili Perikatan Nasional, memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap dengan penambahan majoriti yang begitu signifikan walaupun, DUN Sungai Bakap ini diapit oleh 2 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan punyai seorang Menteri Persekutuan. Inilah manifestasi yang dinyatakan oleh rakyat, sekiranya mana-mana parti pemerintah, jika tidak mampu memahami keluh kesah rakyat, maka akan dizahirkan sokongan rakyat melalui kertas undi dalam proses demokrasi negara.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, perbahasan saya pada sidang ini akan mengupas secara kritis dan memberi pandangan yang membina terhadap beberapa aspek yang dilihat mampu ditambah baik dan dilaksana sekiranya Kerajaan Negeri ini mempunyai political-will yang tinggi. Pada sidang yang lepas, saya telah nyatakan bahawasanya Bajet tahun lepas tiada wow factor, pada tahun ini juga, walaupun saya telah meletakkan aspirasi dan harapan setinggi bangunan KOMTAR namun, apakan daya, Bajet Tahun 2025 yang dibentangkan baru-baru ini juga, tiada wow factor-nya. Ianya hanyalah sebuah pembentangan bajet business-as-usual semata-mata. Anggaran defisit walaupun mungkin kelihatan kecil tetapi baki Akaun Hasil Disatukan telah menurun secara konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini menunjukkan ketahanan fiskal yang semakin lemah setiap tahun dengan risiko kekurangan dana jika anggaran hasil yang kita sasarkan tidak mencapai sasaran.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, Bukit Tambun pernah bangkitkan perkara ini walaupun kami berlainan wadah, namun kita boleh bersetuju demi kebaikan negeri ini. Sebab itu saya pernah tegaskan di dalam Dewan yang mulia ini, supaya Kerajaan Negeri dapat mengkaji semula peranan-peranan GLCs dalam negeri. Yang Amat Berhormat juga pernah nyatakan akan mengkaji namun pada bajet ini kita belum mendengar lagi apa-apa keputusan daripada kajian tersebut. Saya difahamkan ada syarikat negeri atau GLCs di luar daripada negeri kita, dapat menyumbang hasil yang signifikan kepada negeri mereka, akan tetapi GLCs dalam negeri kita, hanya berperanan sebagai vehicle pelaksana program-program sosial yang ingin diketengahkan oleh Kerajaan Negeri sahaja. Kerana sekiranya kita secara terus menerus meletakkan hala tuju GLCs tidak dapat memberikan pendapatan/pulangan atau hasil kepada Kerajaan Negeri, malah hanya bergantung sepenuhnya melalui ihsan suntikan sumbangan dari Kerajaan Negeri, amalan ini akan menjadi barah dan tidak akan melonjak negeri Pulau Pinang ke satu tahap yang lebih baik. Akhirnya apakah pendekatan Kerajaan Negeri terpaksa lakukan untuk tingkatkan hasil? Melainkan kebergantungan kita untuk melaksanakan semakan cukai tanah dan kebergantungan kepada transaksi tertentu antara utamanya premium tanah yang pernah saya nyatakan dalam Dewan yang mulia ini, adakah pendekatan ini adalah pendekatan yang mampan dalam jangka masa panjang. Kalau habis tanah kerajaan, apa kita nak buat? Adakah kita akan tambak sini, sini, tambak lagi, tambak lagi. Maka saya menyeru, untuk Kerajaan Negeri dapat mengkaji sehabis baik, kadang walaupun idea-idea dan pandangan kami ini dilihat idealistic bukan pragmatic, akan tetapi jika kita ada kesungguhan untuk melaksanakannya maka kita akan cari seribu satu jalan untuk kita jayakannya.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya lihat berkenaan konteks perubahan iklim mendapat perhatian rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain di mana saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mengupas konteks perubahan iklim di mana kita semua perlu sedar dan bersiap-siaga. Saya ingin mengambil ruang ini untuk bertanya sejauh mana keberkesanan projek-projek tebatan banjir yang telah dan sedang dilaksanakan. Saya hargai jawapan soalan bertulis saya, difahamkan sebanyak 49 projek tebatan banjir yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang dengan keseluruhan jumlah kos projek sebanyak RM1 billion sejak 2008 sehingga 2024. Namun adakah end result memenuhi sasaran yang ditetapkan? Apakah mekanisme yang diguna pakai untuk mengukur sesuatu kawasan yang telah dibina projek tebatan banjir ini supaya tidak akan berlaku banjir kembali. Saya juga ingin meletakkan saranan kepada Kerajaan Negeri, untuk melancarkan pemetaan kawasan hotspot banjir dan kawasan potensi banjir serta kongsikan bukan sahaja antara agensi kerajaan malah turut kongsikan pada ahli-ahli wakil rakyat dan perlebarkan perkongsian maklumat ini secara terbuka kepada awam yang boleh diakses melalui dashboard di laman web Kerajaan Negeri. Dengan adanya pemetaan ini, rakyat boleh bersiap sedia dan mengambil langkah pencegahan lebih awal selain memberikan panduan kepada semua pihak untuk bertindak dengan lebih pantas. Pendirian secara tegas kita perlu ambil adalah demi memastikan bahawa pelaburan-pelaburan besar dalam projek-projek tebatan banjir benar-benar memberi manfaat dan dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan-kawasan hotspot. Juga berkenaan perubahan iklim, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, di Seberang Jaya saya percaya di kawasan-kawasan lain terdapat sejumlah bilangan yang besar, rumah-rumah pangsa yang dibina sejak sebelum saya dilahirkan. Rumah-rumah pangsa yang masih tidak mempunyai badan pengurusan tersendiri. Walau bagaimanapun, sebagai wakil rakyat kawasan, saya telah mengambil inisiatif menerusi pusat khidmat saya untuk mendekati penduduk-penduduk di rumah-rumah pangsa ini yang masih belum ditubuhkan badan pengurusan ini. Inisiatif yang diambil adalah untuk memberi penekanan penting serta memberi bimbingan kaedah penubuhan badan pengurusan bagi menjamin kelestarian sesuatu kawasan perumahan tersebut. Namun, tetap masih ada cabaran, apabila terwujudnya badan pengurusan di rumah pangsa pula, kutipan fi penyelenggaraan amat-amat rendah telah mengakibatkan penduduk di kawasan rumah pangsa ini terdedah dengan risiko berganda khususnya apabila perubahan iklim yang semakin membimbangkan. Maka saya ingin memohon jasa baik atau mengesyorkan, supaya pihak PBT dapat membantu menjalankan kerja-kerja pemangkasan pokok yang berisiko untuk tumbang atau patah di dalam kawasan-kawasan strata. Saya faham, ada persempadanan yang mengehadkan operasi sedemikian. Seberang Jaya juga telah mengusahakan pendekatan yang sama seperti mana Yang Berhormat Sungai Dua lakukan, di mana beliau dengan sendiri melalui gotong-royong bersama pasukan sukarelawan telah usaha untuk membantu penduduk dalam membantu menebang atau memangkas pokok, namun Seberang Jaya berharap tindakan untuk membantu dari pihak PBT khususnya kepada rumah-rumah pangsa yang telah lama dibina yang menghadapi cabaran-cabaran ini bolehlah dikira sebagai CSR dari pihak PBT tersebut. Mohon dipertimbangkan pengesyoran ini. Jangan kita tunggu sekiranya berlaku sesuatu bencana, menimpa harta rakyat barulah kita hendak hantar pasukan untuk bertindak.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pada sidang Dewan yang Mulia ini banyak membincangkan tentang agenda menoktahkan kemiskinan. Apabila kita berbicarakan tentang menoktahkan kemiskinan kita tidak boleh mengasingkan cabaran mengenai kos hidup rakyat di negeri ini. Ianya bukan sekadar isu ekonomi ia adalah isu kesejahteraan dan keadilan sosial. Data inflasi menunjukkan kos barangan asas, perumahan dan pengangkutan terus meningkat. Tambahan pula dalam keadaan rakyat masih lagi sukar untuk dapatkan beras tempatan atau kita di negeri Pulau Pinang ini sukar nak cari beras cap Feri.
Seberang Jaya ingin mengupas sedikit berkenaan langkah Kerajaan Negeri untuk melakukan semakan cukai tanah, termasuk pengelasan semula tanah desa ke bandar. Perkara ini berpotensi dilihat sebagai langkah yang boleh membebankan rakyat. Terutama mereka yang tinggal di kawasan yang akan terkesan dengan kenaikan nilai tanah.
Walaupun saya faham Kerajaan Negeri menyatakan semakan terakhir adalah pada 1994, semakan ini perlu dilaksanakan secara teliti untuk memastikan ia tidak menjadi satu lagi punca peningkatan kos hidup bagi rakyat marhaen di negara ini, di negeri ini khususnya. Khususnya pemilik rumah kecil dan sederhana.
Jika ianya dilaksanakan tanpa mekanisme yang rapi sama ada melalui subsidi atau insentif atau secara progresif seperti yang tidak dilakukan yang secara progresif ini adalah bil airlah. Maka bebanan kenaikan cukai tanah ini akan memberi impak langsung kepada pemilik rumah dan pemilik tanah kecil, serta memberi kesan tidak langsung kepada penyewa melalui kenaikan kadar sewa dan kos-kos yang lain.
Langkah ini akan membuka flood-gate atau memberi kesan domino di mana ia mungkin mempengaruhi dan menambah tekanan kepada rakyat biasa yang sudah pun bergelut dengan kenaikan harga keperluan. Saya juga ingin menyatakan keresahan pada fasa awal ini, supaya kajian kenaikan cukai tanah ini kecualikanlah semakan semula bagi kawasan-kawasan pinggir bandar atau kampung-kampung di celah-celah bandar.
Seberang Jaya nampak macam maju, ada 2 bandar besar sahaja sebenarnya. Namun mempunyai sejumlah kampung di celah 2 bandar besar ini iaitu di antara bandar Seberang Jaya dan Bandar Perda adanya Kampung Telok, Kampung Surau, Kampung Masjid Timah, Kampung Permatang Janggus, Kampung Tok Kandu, Kampung Permatang Nibong, Kampung Belah Dua, Kampung Terubok, Kampung Permatang Batu, Kampung Permatang Rawa, Kampung Jalan Bahru, Kampung Setol, Kampung Tersusun dan beberapa kampung lagi… (gangguan) jangan, kesian orang kampung.
Maka saya ingin mendesak Kerajaan Negeri untuk mengambil langkah-langkah dan strategi yang lebih holistik dan bersasar dalam membantu rakyat menghadapi tekanan kos hidup. Dengan pendekatan yang inklusif dan berasaskan data, saya percaya kita dapat memastikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat. Sebegitu juga, saya ingin mengesyorkan Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula semua program-program bantuan kebajikan agar dapat disesuaikan dengan cabaran ekonomi semasa.
Juga berkaitan dengan menoktahkan kemiskinan saya kaitkan dengan isu yang dihadapi oleh penjaja jalanan dan peniaga kecil mereka ini adalah tulang belakang boleh dikatakan sebagai tulang belakang ekonomi negeri kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan sektor mikroekonomi tetapi juga memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan budaya dan identiti tempatan.
Namun, cabaran yang mereka hadapi semakin berat, terutama dalam konteks kos hidup yang meningkat dan peraturan-peraturan yang kadangkala dilihat membebankan. Isu utama yang sering dibangkitkan oleh komuniti penjaja jalanan, penjaja dan peniaga kecil adalah operasi penguatkuasaan yang dilihat terlalu keras dan tidak sensitif kepada realiti kehidupan mereka. Banyak peniaga melaporkan bahawa tindakan seperti rampasan barang, tindakan merobohkan binaan dan pelbagai lagi membebankan mereka.
Hal ini memberi kesan langsung kepada pendapatan harian mereka, yang diibaratkan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dimana rata-ratanya sudah pun terjejas akibat kenaikan kos bahan mentah dan pelbagai kos hidup lain.
Saya akui, bahawa peraturan dan penguatkuasaan amat penting untuk memastikan perniagaan dijalankan dengan teratur. Namun, pendekatan yang kita ambil pihak Kerajaan Negeri atau PBT janganlah terlalu tegas dan perlulah lebih fleksibel supaya tidak menambah beban kepada peniaga kecil yang sudah bergelut untuk bertahan. Waima apa jua keadaan dan aduan, kita perlulah lihat pada kondisi dari pelbagai sudut. Kita mesti sedar bahawa ramai penjaja ini berniaga untuk menyara keluarga mereka dan tindakan penguatkuasaan yang membebankan boleh membawa mereka kepada kemiskinan yang lebih teruk.
Amalkanlah pendekatan penguatkuasaan berorientasikan didikan atau bimbingan, hanya dengan pendekatan yang inklusif dan penuh empati, kita boleh memastikan kelangsungan ekonomi mikro yang menjadi nadi masyarakat di negeri Pulau Pinang.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil perhatian Dewan yang Mulia ini untuk mengupas sedikit berkenaan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Negeri Pulau Pinang. Ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengakaunkan sumbangan, terimaan dan perbelanjaan berkaitan pembelian atau pembangunan tanah, rumah, ruang komersial atau hartanah lain untuk manfaat Bumiputera di negeri ini.
Saya difahamkan sebarang perbelanjaan akan dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) melalui penyaluran peruntukan yang diterima daripada Akaun Amanah ini. Pada tahun lepas, baki akaun amanah ini ialah sebanyak RM236.30 juta, dan saya ingin bertanya apakah kedudukan terkini jumlah dalam akaun ini? Kita dapati bahawa Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Negeri Pulau Pinang meningkat dari satu tahun ke satu tahun. Sekali lagi saya ingin ketengahkan persoalan dalam Dewan yang Mulia ini, apakah tindakan dan perancangan proaktif untuk Kerajaan Negeri memanfaatkan Wang Amanah ini dalam usaha untuk membeli hartanah baharu bagi agar dapat dijadikan bank hartanah landbank (dengan izin) bagi tujuan pembinaan Perumahan Bumiputera kepada rakyat di negeri Pulau Pinang dan adakah Kerajaan Negeri bersedia, untuk membangunkan perumahan bumiputera di kawasan George Town bagi mengimbangi komposisi demografi agar keharmonian sesama kita dapat terus dipelihara dalam negeri dan tanah air yang dicintai. Saya amat berharap soalan yang dikemukakan ini, akan dapat dijawab dan diberi pencerahan yang sebaiknya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Pada bajet yang tahun lepas, saya telah rakamkan penghargaan di atas inisiatif untuk menjalankan penilaian kebolehlaksanaan pembaharuan semula skim atau redevelopment scheme bagi 5 skim yang telah dikenalpasti pada waktu itu, dan salah satunya berada dalam kawasan DUN Seberang Jaya iaitu melibatkan Rumah Pangsa Taman Siakap.
Soalan saya, apakah status terkini penilaian kebolehlaksanaan pembaharuan semula skim ini? Apakah konsep yang akan dibina? Berapakah jumlah unit yang akan disediakan dan apakah jenis-jenisnya? Saya ingin ulangi penegasan saya, sebelum perlaksanaan projek ini kelak, saya berharap akan ada sesi libat urus dengan kesemua stakeholders yang ada, termasuk wakil rakyat kawasan, dan juga mengesyorkan agar dijemput juga agensi-agensi berkaitan seperti Zakat, UDA, JKP Sdn. Bhd., PERDA dan sudah tentu PDC. Saya juga ingin ketengahkan ke Dewan yang Mulia ini, bahawasanya redevelopment ini perlulah mengambil kira komposisi, demografi dan penduduk
sedia ada, agar tidak mengganggu keharmonian yang telah dicapai dan dipelihara sejak sekian lama.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Seberang Jaya menghargai usaha dan pengumuman untuk menjayakan Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua, dengan hasrat dan impian untuk membantu mengurangkan kesesakan, terutamanya dalam kawasan Seberang Jaya yang sekarang ini menjadi bottleneck dan sangat congested (dengan izin) Saya juga hargai dengan pencerahan yang telah diberikan menerusi jawapan kepada soalan bertulis, namun saya berharap, agar Kerajaan Negeri dapat turut melibatkan melalui siri-siri sesi libat urus bersama kesemua stakeholders, pimpinan masyarakat setempat, termasuk wakil rakyat kawasan. Agar kita dapat mengoptimumkan pandangan dan cadangan yang dikemuka supaya dengan projek yang menelan belanja sebesar ini, akan dapat berjaya capai sasaran untuk kurangkan kesesakan trafik yang melampau.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Mengenai pembangunan belia dan sukan, konteks ini jika kita lihat secara menyeluruh, sudah tentu akan turut melibatkan pembangunan fasiliti sukan yang mampan. Seberang Jaya ingin memohon sekiranya Kerajaan Negeri dapat memberi pencerahan jumlah projek-projek penaiktarafan fasiliti sukan yang telah dijalankan dalam kawasan Seberang Jaya sejak tahun 2023 sehingga kini. Dan mohon juga diberi pencerahan secara terperinci apa sebenarnya yang sedang berlaku pada proses penaiktarafan Kompleks Sony di Seberang Jaya?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya Pulau Pinang mempunyai pelbagai kekuatan bagi menjadikan negeri ini sebagai peneraju utama dalam pelbagai sektor. Tetapi pembentangan bajet ini dan bajet sebelum ini juga, kita dapat lihat visi dan misi untuk merebut peluang meraih peningkatan pencapaian kepada negeri ini masih lagi lemah dan kurang berwawasan, serta masih tertumpu dengan formula peningkatan hasil negeri melalui cukai, cukai dan cukai. Rakyat negeri Pulau Pinang tidak kira apa bangsa sekali pun Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain renung-renungkanlah, usahlah kita biarkan negeri yang kita cintai ini digadai masa depannya.
Kalau tak PRU-16 nanti, boleh tukar Perikatan Nasional pimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sudah tiba masanya rakyat Negeri Pulau Pinang berani menongkah arus demi mengembalikan hala tuju dan masa depan negeri yang vibrant, (dengan izin) cemerlang dan berdaya maju.
Saya berharap segenap persoalan, kritikan dan cadangan yang diketengahkan oleh Seberang Jaya akan diberi pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya oleh Kerajaan Negeri. Sama-samalah kita berdoa, semoga segenap usaha akan sentiasa dipermudah Allah SWT Dengan ini saya mohon menyokong, tetapi dengan segenap teguran, cadangan dan beberapa pindaan sepertimana yang telah saya bahaskan dalam Dewan yang Mulia ini. Terima kasih.
Terima kasih Seberang Jaya dan seterusnya saya persilakan Air Putih. Silakan.
Terima kasih kepada Dato‘ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membolehkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan dan Usul Anggaran Pembangunan tahun 2025 di Dewan yang mulia ini.
Dato‘ Yang di-Pertua saya ingin menyatakan sokongan saya ke atas Belanjawan Negeri 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk satu-satunya negeri industri di dalam negara dengan sektor perkhidmatan 48% atau RM56 bilion dan sektor pembuatan 46.5% atau RM54 bilion yang menyumbang 94.5% kepada keluaran dalam negeri kasar Pulau Pinang sebanyak RM116 bilion dengan pertumbuhan ekonomi, inflasi terkawal, peningkatan pelaburan dan eksport serta prestasi memberangsangkan dalam imbangan perdagangan kedudukan kewangan negeri seharusnya menjadi lebih kukuh. Sebaliknya kedudukan kewangan telah merosot sebanyak RM1,105 juta dengan akaun hasil disatukan menurun dari RM1,155 juta pada 2019 kepada RM50 juta pada 2024. Ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum 2019 di mana pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan telah membawa tambahan hasil sehingga kumpulan wang disatukan mencatatkan rekod sebanyak RM2.1 bilion pada tahun 2019. Apakah punca penurunan sebanyak RM1,105 juta dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini selain daripada tahun pandemik COVID-19. Apakah alasan pertumbuhan ekonomi yang baik tidak dapat mencatatkan sebarang tambahan hasil Kerajaan Negeri. Defisit Belanjawan Negeri 2025 dianggarkan dapat dikurangkan kepada RM34 juta kerana perbelanjaan dikurangkan sebanyak 10.2% atau RM107 juta kepada RM940 juta pada tahun 2025. Berbanding dengan RM147 juta pada 2024 serta anggaran hasil dijangka naik sebanyak RM374 juta atau peningkatan sebanyak 70% kepada RM907 juta pada 2025 berbanding dengan RM533 juta pada 2024 adalah lebih praktikal untuk mengawal perbelanjaan daripada memastikan peningkatan hasil yang utama. Sekiranya peningkatan hasil sedikit tersasar maka kebimbangan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam ucapan Belanjawan beliau yang cakna risiko kehabisan baki Akaun Hasil Disatukan pada 2025 akan menjadi satu realiti yang pahit. Di sini saya juga ingin menarik perhatian PDC bahawa jawapan kepada Soalan Bertulis saya tentang cukai korporat yang dibayar PDC untuk tahun 2022 dan 2023 adalah berbeza dengan Laporan Tahunan Penyata Kewangan yang baru dibentangkan kepada Dewan yang mulia ini. Sila berikan angka yang betul. Saya ingin tahu juga, adakah Belanjawan 2025 mengambil kira tambahan emolumen ekoran kenaikan gaji sebanyak 15 peratus kepada anggota Kerajaan Negeri dan tolong berikan jumlah tambahan perbelanjaan emolumen. Kami memang sokong kenaikan gaji kepada anggota pentadbiran negeri dan hanya harapkan mutu perkhidmatan dan prestasi kerja juga turut akan meningkat.
Saya hendak ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Zulkifli Long atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya yakin dengan komitmen dan kemampuan beliau, pihak pentadbiran negeri akan mengharungi cabaran sedia ada. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Pengangkutan atas projek mega yang sudah lama dinantikan dan akhirnya diluluskan kepada Negeri Pulau Pinang. Selain daripada Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebanyak RM1 bilion dan Projek Pengurusan Air Sungai Perak sebanyak RM4 bilion untuk menampung keperluan air di Seberang Perai. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas projek infrastruktur berikut dalam Kawasan Parlimen Bagan.
Satu, Projek LRT Pulau Pinang sebanyak RM13.08 bilion yang akan menyeberangi laut dengan satu stesen dalam Seberang Perai terletak di Penang Sentral, Bagan. Dua, Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua sebanyak RM2.7 bilion yang akan mengatasi kesesakan trafik untuk Lebuhraya Utara-Selatan, Kawasan Sungai Dua yang menjejaskan trafik dalam Kawasan Sungai Puyu. Tiga, Projek Penaiktarafan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Mak Mandin sebanyak RM650.5 juta. Keempat, pendirian Pusat Transformasi Bandar atau UTC untuk Pulau Pinang yang kedua di Penang Sentral dan yang kelima pembinaan Klinik Kesihatan yang
baru di Jalan Tambi Kecil sebanyak RM40 juta. Terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.
Celahan?
Sila.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Tahniah kepada Air Putih kerana sebagai Ahli Parlimen Bagan sudah memperolehi LRT. Adakah Air Putih menyokong jajaran LRT ini dipanjangkan sehingga ke Nibong Tebal melalui Batu Kawan atau Bukit Tambun? Itu pertama. Kedua, LRT ini membolehkan penduduk SPS menggunakan UTC yang bakal dibina di Penang Sentral, adakah Air Putih yang juga Ahli Parlimen Bagan dapat meneruskan perjuangan di Parlimen untuk mendapatkan jajaran itu ke arah Selatan. Itu saja.
Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada kawan baik saya, Bukit Tambun yang saya rasa menimbulkan perkara-perkara yang bernas. Saya minta Dato’ Speaker untuk benarkan ucapan dia masuk ke dalam ucapan saya teks rasmi saya. Memang saya akan sokong dan kalau boleh Insya-Allah kita akan cuba memohon untuk mendapatkan kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan. Tapi Yang Berhormat Bukit Tambun pun ada kabel dekat atas sama-sama kita berusaha. Sama-sama tambun. Okay baik.
Di sini saya ingin menarik perhatian tentang masalah segelintir kecil anggota pentadbiran yang menimbulkan kemusykilan kepada rakyat dan peniaga-peniaga. Pertama, saya mula dengan projek-projek yang lewat disiapkan mengikut jadual. Tolong berikan butiran projek-projek lewat tersebut oleh MBPP, MBSP, JKR, JPS dan PDC seperti nilai projek, tarikh sepatutnya siap dibina dan nama kontraktor. Khususnya Projek Tebatan Air di Taman Bunga Raya dalam Kawasan Parlimen Bagan oleh MBSP dan Jalan Tok Kangar oleh PDC. Kedua, ahli pentadbiran yang dipilih oleh rakyat harus menentukan dasar dan pegawai pentadbiran adalah pelaksana dan bukan sebaliknya. Ini penting kerana wakil rakyatlah yang terpaksa accountable kepada rakyat dan menghadapi pengundi setiap lima (5) tahun sekali, bukannya anggota pentadbiran.
Saya terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya kerana telah meluluskan secara khasnya projek menaik taraf jalan dalam kawasan Parlimen Bagan sebanyak dua kali iaitu RM1 juta tahun lepas dan RM5.6 juta tahun ini. Malangnya pegawai JKR telah mengalihkan tanpa restu pihak Yang Berhormat Menteri atau hijack (dengan izin) peruntukan yang diluluskan kepada Kawasan Parlimen Bagan ke Kawasan lain sebanyak dua kali. Yang pertama kali sebanyak RM500,000.00 pada tahun lepas dan pada tahun ini sebanyak RM1.4 juta telahpun dibelanjakan di kawasan lain. Saya ucap terima kasih kepada pihak Kementerian Kerja Raya di Putrajaya kerana telah mencari wang peruntukan sebanyak RM1.4 juta dari sumber lain sebagai ganti untuk dipulangkan dan dibelanjakan dalam Kawasan Parlimen Bagan. Pegawai JKR tersebut tidak harus melanggari arahan jelas Yang Berhormat Menteri atau mana-mana ahli pentadbiran dan mengalihkan peruntukan dengan sewenang-wenangnya. Ahli pentadbiran juga tidak harus menutup pelanggaran arahan dasar oleh pegawai kerajaan. Adalah dikesali ahli pentadbiran
yang juga wakil rakyat menganggap perkara ini selesai begitu sahaja semata-mata kerana ehsan pihak Kerajaan Persekutuan mencari tambahan RM1.4 juta untuk dikembalikan tanpa tindakan yang sewajarnya ke atas peralihan wang peruntukan tanpa restu pembuat dasar ke kawasan lain. Ini berlaku bukan sekali tetapi sebanyak dua kali. Tidak ada seorang wakil rakyat yang berwibawa dan bertanggungjawab menjalankan amanah rakyat akan membenarkan wang peruntukan dalam Kawasannya diangkat keluar atau dihijack ke Kawasan lain. Saya harap jangan main-main dengan hak rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, pegawai PDC pula hampir melakukan kesilapan serupa dengan cuba menaikkan harga penjualan tambahan 30 ekar tanah di Batu Kawan kepada pertubuhan amal terkemuka Tzu Chi daripada RM40 sekaki persegi kepada RM70 sekaki persegi. Kenaikan RM30 sekaki persegi kepada RM70 sekaki persegi adalah tambahan kepada hampir RM40 yang memang amat membimbangkan, membebankan sebuah pertubuhan amal yang banyak bantu rakyat Pulau Pinang tanpa kira kaum dan agama. Tzu Chi telah diluluskan penjualan tanah dengan harga RM40 sekaki persegi pada awal 2018 menerusi pertukaran tanah tapi akhirnya diubah menjadi urusan wang tunai. Mujurlah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mendengar rayuan kami dengan menolak percubaan pihak pegawai PDC menaikkan harga tanpa sebab munasabah dan menjualkannya kepada Tzu Chi dengan harga asal yang ditetapkan sebanyak RM40 sekaki persegi. Barulah prinsip wakil rakyat sebagai pembuat dasar dan pegawai kerajaan sebagai pelaksana dapat didukung. Saya juga harap bahawa tempoh bayaran oleh Tzu Chi kekal untuk tempoh sepanjang lima (5) tahun sepertimana yang dijanjikan sebelum ini.
Tuan Speaker, kontroversi penjualan 559 ekar tanah PDC di Ladang Byram, Taman Industri Batu Kawan 2 terus mencetuskan kontroversi. Syak wasangka timbul dengan penjualan terus secara langsung tanpa tender terbuka dengan harga jualan sebanyak RM646 juta. Penjualan terus tanpa tender terbuka ini terpaksa dibatalkan atas desakan orang awam kerana dijual dengan harga bawah pasaran serta tidak memenuhi prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Berikutan pembatalan penjualan terus tanpa tender terbuka ini, satu tender terbuka telah dijalankan secara RFP Request For Proposal dan jawapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kepada Soalan Bertulis PDC telah menyenarai pendekkan tujuh (7) pembida tetapi difahamkan hanya satu petender sahaja yang memasuki tender. PDC menyatakan juga bahawa tawaran yang dikemukakan oleh petender tersebut telahpun ditolak kerana tidak mematuhi lima daripada sembilan syarat-syarat utama RFP. RFP yang baru secara tender terbuka akan dipanggil semula. Saya difahamkan ada Ahli Lembaga Pengarah PDC yang tidak puas hati tentang keputusan ini. Saya minta pihak pengurusan PDC menyatakan apakah lima syarat RFP yang tidak dipatuhi oleh petender tunggal ini yang dikatakan menawarkan harga pembelian RM818 juta. Adakah perlu satu tender buka RFP menerusi tender terbuka dijalankan? Harga tawaran tender terbuka sebanyak RM818 juta adalah RM172 juta lebih tinggi daripada harga jualan asal RM646 juta yang ditawarkan secara langsung atau terus direct award tanpa tender terbuka. Ini bermakna PDC boleh meraih lebihan lagi iaitu RM172 juta menerusi jualan secara tender terbuka berbanding dengan jualan secara terus atau direct award sebelum ini.
Yang Berhormat Air Putih, boleh saya?
Saya habis yang ini dulu, lepas ini saya bagi.
Ha, sat gi bagi.
Dalam keadaan kekangan kewangan yang dihadapi oleh PDC dan Kerajaan Negeri. Mengapa tawaran RM818 juta ringgit ditolak. Sedangkan PDC boleh meraih RM172 juta ringgit lebih daripada harga jualan asal. Bukankah ini satu (1) kerugian kepada PDC dan rakyat Pulau Pinang. Amalan biasa dalam Request For Proposal (RFP) yang dijalankan secara tender terbuka ia mesti ada sekurang-kurangnya satu (1) mesyuarat pengesahan iaitu confirmation meeting dengan semua petender untuk memperincikan dan menerangkan syor-syor yang mungkin berbeza-beza dalam RFP. Adakah ini dijalankan dan kalau tidak mengapa? Kerana syarat jelas harga rizab mesti dipatuhi yang saya difahamkan memang telah pun memenuhi prasyarat ini. Tuan yang di-Pertua saya rasa perlu ada suatu rombakan pengurusan dalam PDC untuk menghindari terus berlakunya salah laku dan penyalahgunaan kuasa. Sila Ketua Pembangkang.
Terima Kasih Air Putih, terima kasih Timbalan Dato' Speaker. Saya tanya Air Putih adakah dengan penjelasan ataupun dengan pertanyaan daripada Air Putih itu kita rasakan bahawa PDC dia salah satu daripada GLC yang sakit. GLC yang sakit dan juga buat projek-projek yang sakit juga. Boleh setuju dengan apa yang saya katakan?
Yang sekarang saya tanya seperti yang dilaporkan ialah macam mana kita boleh menambah hasil kepada PDC. Kerana sekarang Kerajaan Negeri menghadapi kekangan kewangan. So, kalau ada tambahan hasil ini mengapa kita tidak terima dan sebaliknya menolak tawaran yang memenuhi yang dikatakan memenuhi semua syarat-syarat dan yang lebih penting lagi adalah RM172 juta ringgit lebih tinggi daripada harga jualan secara direct award. So, sekiranya ini tidak dijelaskan dengan baik maka itulah sebab saya cadangkan satu rombakan. Satu rombakan pengurusan dalam PDC supaya PDC boleh lebih berkesan lagi.
Tuan Yang di-Pertua berbalik kepada zon kewangan khas Pulau Pinang, Kerajaan Negeri harus memohon kebancian kewangan meluluskan zon kewangan khas bagi negeri Pulau Pinang dengan segera. Susah difahami mengapa Kerajaan Negeri perlu tunggu kajian oleh Penang Institute yang telah pun berjalan setahun. Manfaat kepada negeri dan faedah kepada rakyat daripada satu zon kewangan khas di Pulau Pinang dalam bentuk pelaburan dana pekerjaan bergaji tinggi, teknologi kewangan yang canggih dan pembinaan infrastruktur, serta peluang perniagaan yang berlipat ganda adalah amat ketara sekali. Lihatlah pembangunan pesat zon kewangan khas dalam Forest City di Johor Bahru yang dipohon oleh negeri Johor tanpa membuat sebarang kajian yang lebih awal. Dato' Speaker, Kerajaan Persekutuan menyatakan Pulau Pinang memiliki jumlah teramai bilangan isi rumah miskin tegar dalam negara ini sebanyak atau seramai 1,650 ketua isi rumah miskin tegar yang membabitkan 4,994 ahli isi rumah. Sebenarnya, Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama menoktahkan miskin tegar dalam negara dengan skim AES atau Agenda Ekonomi Saksama sebelum 2018. AES berfungsi dengan memberikan bayaran wang tunai secara langsung kepada ketua isi rumah setiap bulan sehingga mereka melepasi pendapatan garis kemiskinan tegar bulanan. Serta, memberikan bimbingan dari aspek membolehkan mereka berdikari dalam pekerjaan, pendidikan dan kesihatan. Ia melibatkan perbelanjaan kira-kira 5 juta ringgit setiap tahun. Pada masa itu, dan bila AES di hentikan kira-
kira 2022 nescaya masalah kemiskinan tegar muncul semula. Saya mencadangkan agar AES dipulihkan semula agar menoktahkan miskin tegar di Pulau Pinang. Supaya Pulau Pinang menjauhi diri daripada level jumlah teramai bilangan isi rumah miskin tegar dalam negara. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Terima kasih Air Putih dan sekarang saya persilakan Sungai Bakap.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Melati kuntum tumbuh melata, sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, saya sembah pembuka kata.
Nak saya jawab ka?
Ha nanti. Insya Allah. Nanti kita minta jawab. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua Dewan kerana memberi ruang dan peluang kepada Sungai Bakap dalam Perbahasan Bajet 2025 Negeri Pulau Pinang. Yang Berbahagia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pengarah, Ketua-ketua Jabatan, agensi Kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Dato' Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua pengundi di DUN Sungai Bakap kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Kecil DUN Sungai Bakap pada bulan Julai yang lalu. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera parti yang datang daripada seluruh negara, yang turun membantu semasa kempen Pilihanraya Kecil bagi mengekalkan kemenangan Perikatan Nasional di DUN Sungai Bakap. Alhamdulillah, kemenangan yang luar biasa ini adalah manifestasi sokongan daripada pengundi Sungai Bakap terhadap Perikatan Nasional dan sokongan ini merentasi kaum samada kaum Melayu, Cina mahupun India. Terima kasih, Kam Sia, Rombu Nandre. Dengan Izin. Tuan Speaker.
Mohon mencelah.
Silakan
Terima kasih rakan saya Sungai Bakap. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya mencelah sikit dan pertama sekali saya nak ucap tahniah kepada rakan saya, Yang Berhormat Abidin yang telah memenangi PRK Sungai Bakap yang lepas. Oleh kerana, dia sebut tadi
sokongan yang padu saya juga melihat kalau kemenangan pada Pilihan Raya Umum adalah Allahyarham menang dengan majoriti seribu lebih. Tapi dalam PRK baru-baru ini lonjakan majoriti yang sangat luar biasa yang saya kira YB sendiri pun mungkin hampir pengsan dengan majoriti yang begitu ketara lonjakannya 4,576 majoriti. Adakah ini mesej isyarat awal daripada pengundi-pengundi khasnya di sebelah Seberang Perai Selatan dan juga amnya masyarakat ataupun rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan dan memberi mandat PN untuk terus untuk mentadbir kerajaan sama di peringkat federal ataupun negeri.
Sungai Bakap ingin saya ingatkan menang besar ka 20 minit sahaja.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat kawasan Penaga. Alhamdulillah, ini kemenangan di luar jangka ini atas sokongan mungkin ada rasa tidak puas hati pengundi mungkin ada tunjuk rasa pada pengundi di atas kertas undi menyatakan sesuatu yang tidak.
Sebenarnya dia nak sokong PH lah. Kita akan kembali.
Ok. In shaa Allah. Kita akan cuba pertahankan DUN Sungai Bakap. (gangguan)
Sila-sila teruskan.
Tuan Speaker, berdirinya saya di dalam Dewan yang Mulia hari ini adalah untuk meneruskan legasi Allahyarham YB Abang Zam bagi membawa suara rakyat di kawasan Sungai Bakap ke Sidang DUN. Marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham Nor Zamri Bin Latiff. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. (bacaan Al-Fatihah)
Dato' Yang di-Pertua, Isu krisis air. Saya dilahirkan, membesar, bersekolah, dan hingga sekarang saya masih menetap di Sungai Duri. Justeru, saya ingin membangkitkan isu kritikal yang telah membelenggu lebih 10,000 rakyat di kawasan saya iaitu di Mukim 5, Sungai Bakap, sejak 2018, iaitu krisis bekalan air yang berterusan. Saya juga merupakan salah seorang penduduk di Sungai Bakap amat terkesan dengan isu ini kerana bekalan air adalah keperluan asas bagi setiap orang. Saya ingin menarik perhatian ahli-ahli berhormat sekalian, untuk kita cuba bayangkan situasi yang dihadapi oleh rakyat di Mukim 5. Selepas seharian penat bekerja, apabila kita pulang ke rumah untuk bersihkan diri, masak dan sebagainya tiba-tiba air tiada? Bukan 6 jam, bukan 6 hari, bukan 6 bulan tapi sudah berlarut selama 6 tahun. Isu ini menjadi lebih teruk ketika berlaku kebocoran paip di hadapan Politeknik Permatang Pauh pada awal bulan Oktober baru-baru ini, yang telah menyebabkan bekalan air terputus hampir 3 minggu. Bukan 3 jam, ada
yang dua (2) hari dah bising dah. Tapi, kami di Mukim 5 dah 3 minggu tanpa setitik air. Saya sendiri terpaksa tahan air hujan untuk keperluan urusan di rumah. Bermaksud saya sendiri mengalami masalah krisis air ini hampir 2 minggu di taman saya iaitu Taman Sungai Duri Indah. Betul, Pihak PBA ada sediakan air melalui tangki statik untuk penduduk. Tetapi adakah kita fikir bagaimana dengan mereka yang OKU, warga emas yang uzur dan pesakit kronik? Pastinya mereka sukar untuk mendapatkan air bersih ini. Saya mengambil peluang ini ingin mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada anggota Jabatan Amal dan NGO Khidmat Malaysia yang bertungkus lumus mengagihkan air bersih rumah ke rumah, khususnya untuk warga emas dan orang sakit. Ketika krisis air akibat kebocoran paip baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat semua, kami mengambil inisiatif sewa lori, 4x4 apabila pusat khidmat mendapat panggilan dari pihak warga emas yang mengeluh nak qada hajat. Bermaksud nak bersihkan diri, nak pergi tandas tanpa setitik air. Jadi, saya dalam tempoh 3 minggu itu proses 3 minggu itu rasa bertanggungjawab mengambil inisiatif mengambil air. Tidak perlu saya bagitahu saya sumber air dari mana saya ambik untuk menyelesaikan isu warga emas yang sakit, yang terjejas teruk pada ketika itu. Apa yang saya bimbangkan, perkara ini jangan dijadikan satu normalisasi oleh pihak PBA. Kalau tiada air, kita sediakan tong statik. Okey, pickup air di tong statik. Jadi, tak nak benda ini berlaku sebagai normalisasi pada pihak PBA.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya dapati Kerajaan Negeri telah merangka beberapa projek di bawah penyeliaan agensi Air 2030 dengan pelaburan sebanyak satu RM1.185 Billion menyelesaikan kemelut bekalan air menjelang 2030. Sungai Bakap, menyambut baik usaha kerajaan ini namun yang menjadi persoalan sekarang mengapa baru sekarang projek begini dirancang mengapa tidak dirancang 10 atau 6 tahun yang lepas sebelum berlakunya krisis.
Kerajaan Negeri pastinya sudah maklum tentang perancangan projek-projek mega ataupun perindustrian baru melalui perancangan bandar yang pastinya memberi impak kepada keperluan bekalan air bersih. Pada hemat saya sepatutnya perancangan untuk menaik taraf infastruktur asas perlu dilaku lebih dahulu sebelum melakukan sebarang projek-projek baharu di sesuatu kawasan. Jika tidak rakyat terpaksa menanggung kesan sepertimana yang telah dihadapi oleh penduduk-penduduk di Seberang Perai Selatan iaitu Mukim 5. Mungkin Bukit Tambun pun mengalami masalah tekanan air rendah, manakala menurut laporan Dato’ Yang Di-Pertua. Sehubungan itu sepertimana yang dicadangkan oleh YB Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Sungai Bakap, sekali lagi mencadangkan Kerajaan Negeri untuk berunding dengan Kerajaan Negeri Kedah berkenaan bekalan air terawat daripada LRA Lubuk Buntar yang mampu menyalurkan 10 hingga 15 juta liter sehari bagi menampung keperluan asas bagi menampung keperluan air di Mukim 5 khususnya saya dimaklumkan Tuan Speaker, LRA Lubuk Buntar pernah menyalurkan air ke Pulau Pinang sehingga ke Permatang Pasir, bermakna paip sudah pun ada berdasarkan fakta yang disediakan oleh pihak PBA terdapat pertambahan akaun pengguna air dari tahun 2018 hingga tahun 2024 di Seberang Perai Selatan iaitu 15,323 akaun keseluruhannya yang melibatkan 11,680 akaun domestik dan 3,643 bukan domestik. Manakala menurut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), purata penggunaan air perkapita oleh penduduk Pulau Pinang adalah antara 280 liter sehingga 300 liter sehari, justeru sokongan bekalan air terawat dari LRA Lubuk Buntar ini mampu memberi manfaat kepada lebih daripada 30 ribu pengguna air di Pulau Pinang. Seperti yang disebutkan oleh YB Ketua Pembangkang dalam perbahasannya saya dan rakan-rakan pembangkang yang lain bersedia menjadi orang tengah dalam rundingan di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Kedah. Bak kata orang kampung, politic aside dengan izin, tolak politik ke tepi. Inisiatif sementara ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat khususnya di Mukim 5 dan Seberang Perai Selatan. Sementara projek sementara menunggu projek-projek yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri siap berapa tahun lagi sekurang-kurangnya penduduk Mukim 5 mendapat bekalan air bersih secukupnya, mohon di pertimbangkan.
Rasulullah s.a.w bersabda, seorang mukmin bagi mukmin yang lainnya adalah seperti satu bangunan yang satu memperkuatkan yang lain, hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Dato’ Seri Yang di-Pertua. Pencemaran dan alam sekitar. Seterusnya saya ingin menyentuh salah satu aspek penting dalam agenda kelestarian kita iaitu pemuliharaan, pemeliharaan sungai sebagai sumber kehidupan sungai adalah aset semulajadi anugerah daripada Allah s.w.t yang sangat berharga ini bukan sahaja menjadi sumber air untuk kegunaan harian dan industri, tetapi juga menyumbang kepada ekosistem yang seimbang, sumber sumber rezeki komuniti seperti nelayan dan petani dan potensi pelancongan serta ekonomi hijau melalu aktiviti rekreasi. Apa yang mendukacitakan sungai di negeri kita semakin terancam akibat pencemaran daripada bangunan pembangunan yang tidak terkawal dan aktiviti yang tidak lestari. Pada 5 Jun 2024 Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Dato’ Seri Fadilah Yusuf telah menyatakan sebanyak 25 sungai daripada 672 sungai di negara ini berada dalam kategori tercemar. Malangnya 6 daripada 25 sungai tersebut berada di Pulau Pinang dan lebih menyedihkan adalah 3 daripadanya berada di Seberang Perai Selatan dan DUN Sungai Bakap iaitu Sungai Cempedak, Sungai Jawi dan Sungai Rambai. Keratan Awani pada bertarikh dari Astro Awani pada bertarikh 5.11.2024 baru bulan ni. Sungai Bakap ingin mendapat penjelasan mengenai kes pencemaran yang melibatkan sungai-sungai di Pulau Pinang mohon pihak kerajaan menyediakan senarai syarikat-syarikat yang telah dikenakan tindakan kompaun notis arahan dan mahkamah, notis arahan mahkamah berdasarkan peraturan-peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Pindaan 2024.
Sungai Bakap mohon mencelah.
Sila.
Berkenaan dengan pencabaran sungai ini, sepertimana yang dinyatakan oleh Sungai Bakap itu di Sungai Dua juga berlaku pencemaran sungai yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Air (PBA) buang slush. LRA Sungai Dua tu masuk ke dalam parit dan masuk terus ke dalam Sungai Perai Mati. Slush ini sudah tentulah perlu dikaji apa kandungan dia. Kalau tawas dia mengandungi aluminium dah boleh menyebabkan maknanya ikan yang memakan ataupun ikan yang terkena ataupun yang terlarut dengan dengan material-material yang boleh membawa ataupun memberikan kesan kepada kesihatan penduduk dalam apa ni taklimat Halatuju PBA apa nama pihak PBA, CEO mengaku bahawa terpaksa melepaskan slush ke dalam sungai dan terus mengalir ke dalam Sungai Mati menyebabkan Sungai Perai Mati sudah cetek dan apabila hujan lebat berlakulah banjir yang mengakibatkan ataupun yang masuk ke dalam rumah apa nama dia penduduk-penduduk yang berada di kawasan Sungai Dua. Jadi adakah pihak kerajaan melihat apa nama senario ini, senario apa nama ni pelepasan perkara-perkara yang boleh membahayakan kepada masyarakat dan rakyat di Negeri Pulau Pinang sekaligus menyebabkan sungai-sungai kita tercemar. Terima kasih.
Terima kasih Ketua Pembangkang. Untuk maklumat Ketua Pembangkang, kepekatan yang berlaku banjir kekeruhan NUP, bukan mencemar saja di sungai sungai di sekitar Sungai
Dua, tapi telah memberi effect kepada Mukim 5 iaitu SPS atas kapasiti dited water dah jadi kurang jadi air semakin mengurang dan infect pada Mukim 5 dengan izin, Sungai Bakap dapati tiada agenda yang khususkan dinyatakan dalam Ucapan Bajet 2025 untuk memulihkan dan memelihara sungai mesti pun Pulau Pinang sedang berada dalam kemelut kekurangan sumber air sedangkan sungai merupakan sumber di mana kita boleh abstrak air mentah, ini adalah apa yang terjadi di taman saya sendiri iaitu loji LRA mudah alih di Taman Sungai Duri Indah yang menelan kos RM0.43 Juta. LRA ini telah mengabstrak air daripada Sungai Duri untuk dirawat namun hasil ujian PH yang dijalankan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar menyatakan air yang telah dirawat tersebut tidak menepati kriteria untuk kegunaan penduduk akibat pencemaran sisa buangan kilang.
Saya sendiri telah turun ke tapak berkenaan bersama pegawai PBA bagi saya sepatutnya perkara ini boleh dielakkan jika pihak berkuasa bertindak proaktif menguatkuasakan undang-undang terhadap kawasan perindustrian dengan lebih ketat. Sungai Bakap menyokong usaha Kerajaan Negeri melestarikan alam sekitar melalui pelbagai inisiatif strategik selaras dengan rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030, namun Sungai Bakap mencadangkan Kerajaan Negeri untuk menetapkan strategi khususnya bagi memastikan kelestarian sungai-sungai di Pulau Pinang secara keseluruhannya. Sungai Bakap juga berharap Kerajaan Negeri dapat merangkap pelan tindakan untuk mengelakkan pencemaran sungai daripada terus berlaku jangan kita jadi seperti dalam pepatah melayu sudah terhantuk baru terngadah, sungai dah tercemar baru kita nak bertindak, semua ini adalah selari dengan mata matlamat sustainable development gold dengan izin dan Penang Green Agenda iaitu mengurus semulajadi secara mampan dan mengurangkan pencemaran.
Tuan Dato Speaker, selain itu suka untuk Sungai Bakap mengambil peluang ini untuk menyeru Kerajaan Negeri memulakan langkah awal ke arah Penang Green Agenda dengan mengurangkan penggunaan bahan cetak seperti beralih kepada penggunaan digital. Soalan saya apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengurangkan bahan cetak seperti ucapan perbahasan dan beralih kepada penggunaan tab atau komputer riba bagi menyokong matlamat Penang Green Agenda ini saya yakin ramai YB akan menyokong usaha ini Insya-Allah. Kita lead by example… (dengan izin).
Isu perumahan Dato’ Seri Yang Dato’ Yang Di-Pertua Sungai Bakap menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan kategori baharu pemilik rumah mampu milik iaitu jenis B2 khususnya untuk mereka yang berpendapatan bulanan antara 3,500 hingga RM 5,000 harga jualan seunit bagi jenis B2 ini adalah pada harga maksimum 100,000 dengan keluasan unit 750 kaki persegi, Sungai Bakap berharap pihak Kerajaan Negeri dapat memaklumkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, mengenai status inisiatif ini dari masa ke semasa, terutamanya kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dibina rumah kategori jenis B2 ini.
Sungai Bakap juga dapati usaha Kerajaan Negeri untuk membekalkan Perumahan Mampu Milik sebagai kategori melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah mendapat 170,000 unit atau 77% bagi RMM Rumah Mampu Milik kategori A, B dan C merangkumi projek siap dalam pembinaan dan dalam perancangan daripada 120,000 unit yang telah disasarkan menjelang tahun 2030.
Tuan Yang di-Pertua, Sungai Bakap ingin bertanya daripada 170,000 unit ini, berapakah jumlah unit bagi setiap kategori A, B dan C dan berapakah unit rumah yang telah berjaya dijual seterusnya Sungai Bakap juga ingin tahu mengenai peratusan dan jumlah daripada 170,000 unit yang telah siap ditawarkan dengan skim sewa atau pemilikan rent to own saya memohon penjelasan dan maklumat lanjut mengenai perkara ini.
Sungai Bakap ingin mencadangkan untuk rumah untuk jumlah unit RMM yang dijual melalui di bawah skim sewa untuk pemilikan (rent-to-own) dipertingkatkan sebagai inisiatif murni kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri terutama bagi golongan berpendapatan rendah yang sukar mendapat pinjaman perumahan.
Dato’ Yang di-Pertua, isu setempat saya ingin membangkitkan isu semasa yang berlaku di DUN Sungai Bakap. Isu ini juga saya telah persoalkan melalui soalan bertulis iaitu mendapan tanah. Pada bulan Ogos yang lalu, negara kita digemparkan oleh insiden mendapan tanah di Jalan Masjid India sedalam 8 meter yang mana telah meragut nyawa seorang pelancong warga India dan beberapa siri accident yang sama berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur. Ini jelas menunjukkan bahawa masalah ini adalah masalah yang serius, perlu diberi perhatian. Masalah mendapan tanah ini juga telah menimbulkan keresahan kepada penduduk di beberapa taman di DUN Sungai Bakap.
Sikit lagi, berdasarkan jawapan bertulis yang saya perolehi daripada pihak kerajaan, terdapat beberapa taman yang mengalami masalah mendapan tanah seperti Taman Seruling Emas, Taman Halaman Indah, Bandar Tasek Mutiara dan Taman Widuri. Kes mendapan tanah di Taman Halaman Indah, dekat belakang pejabat saya tuan Speaker, hampir setahun belum proses memperbaiki, kita dah mohon pada agensi berkaitan isu ini, dia serupa surat cinta, kawan nu tolak sini, kawan ni tolak sini… (kurang jelas) dekat setahun.
Baru ini isu dekat Taman Widuri, saya mohon pada agensi berkaitan agar percepatkan proses membaiki mendapan tersebut, ambil masa tiga bulan. Yang tuan rumah ini complain tak boleh keluar dari rumah dah sebab betul-betul depan pintu rumah dia. Apabila kita bagitau agensi berkaitan dia kata air ini tak ada chlorine, maksud bukan bidang, bukan kesalahan dia. Bila kita minta pihak IWK, bila check CCTV menyatakan tiada sebarang kebocoran manhole IWK, kita bagitau dekat MBSP, bukan laluan air jadi bukan bawah bidang kuasa. Tarik tolak, tarik tolak sampai tiga bulan. Itulah, saya mohon pada agensi berkaitan, tolonglah buat secepat mungkin apabila isu ini berbangkit.
Dah selesai belum tu?
Ha.
Dah selesai dah?
Ada lagi sikit lagi.
Dak yang lubang tadi, selesai dah?
Belum lagi, di Taman Widuri dah buat tak sampai 10 hari korek balik, mendap balik.
Kena tengok, bahaya.
Ha, itulah sebab melibatkan kanak-kanak.
Taman Indah?
Tak, Taman Widuri dan Halaman Indah. Halaman Indah hampir satu tahun lah. Masa arwah YB Abang Zam isu ini. Okey, baik.
Sekian, terima kasih.
Sat, sikit lagi. Okey, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai isu banjir yang berlaku di DUN Sungai Bakap.
Ringkaskan, dah lebih masa.
Saya menyokong penuh kenyataan YB Ketua Pembangkang mengenai bantuan Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir. Pada hemat saya, bantuan ini amat diperlukan oleh rakyat memandangkan kerugian yang dialami oleh mereka amat besar kerana rata-rata mereka tinggal di kampung ada yang memotong getah sahaja tapi apa yang kita kesalkan kenyataan dari Ketua Menteri sendiri tidak ada sebarang bantuan pada mangsa-mangsa banjir. Jadi kita mohonlah Ketua Menteri ambil maklum dan rasa empati pada rakyat yang susah yang memerlukan.
Saya ringkaskan, yang terakhirnya, saya ingin membawa isu yang sama seperti yang telah dibangkitkan oleh sahabat jiran saya, YB Batu Kawan.
Batu Kawan Ahli Parlimen.
YB Bukit Tambun minta maaf, sama sekali ja. Iaitu mengenai kesesakan lalu lintas di persimpangan Jalan Valdor dan Jalan Tasek terutamanya pada waktu puncak. Isu ini telahpun dibangkitkan berulang kali namun masih belum jumpa jalan penyelesaiannya. Selain melaksanakan pelarasan masa lampu isyarat di persimpangan tersebut, Sungai Bakap ingin memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan laluan alternatif kepada pengguna di jalan tersebut melalui kerjasama dengan beberapa pemaju di kawasan tersebut. Antara laluan alternatif yang boleh diberi pertimbangan oleh Kerajaan Negeri adalah laluan dari Pangsapuri Mutiara Indah di Puteri Gunung dan Hijauan Hills kita ada peta ini. Mungkin kawasan ini memang kawasan padat dengan penduduk dengan taman. Jadi kita mintalah Kerajaan Negeri cuba selesaikan isu kesesakan sehingga saya tengok bila berlakunya waktu puncak sampai berkilo-kilo meter dengan jalan itu sebenarnya jalan kampung tapi dah jadi seperti jalan Persekutuan, jalan negeri. Jadi, dengan keadaan yang sempit mudah berlaku kemalangan itu jadi saya mohonlah pihak Kerajaan Negeri ambil maklum berkaitan masalah yang berbangkit kesesakan di Jalan Tasek Junjong dan Padang Lalang.
Justeru, Sungai Bakap amat berharap Kerajaan Negeri dapat pertimbangkan cadangan ini dengan harapan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Sekalipun Sungai Bakap mengucapkan terima kasih diberi peluang untuk berbahas. Mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Bakap dan seterusnya Berapit silakan.
Dato’ Speaker, saya terima kasih kerana memberi peluang kepada saya membahas Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2025. Belanjawan bukan sekadar angka, tetapi melalui pengagihan peruntukan, ia mencerminkan hala tuju pembangunan negeri serta keprihatinan terhadap kemanusiaan. Ini bukan hanya mengenai defisit atau keseimbangan pendapatan, walaupun kekurangan dana sememangnya akan menjejaskan pelaksanaan dasar dan rancangan pembangunan.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa ini kebanyakannya membelanjakan peruntukan untuk pentadbiran dan perkara ini memang membimbangkan. Perbelanjaan pentadbiran adalah beban besar yang mengambil sumber yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Oleh itu, tumpuan belanjawan seharusnya adalah pada bagaimana untuk mengoptimumkan pengagihan dana seperti mengurangkan perbelanjaan pentadbiran yang tidak perlu, mempertingkatkan pelaburan dalam projek pembangunan, memberi tumpuan kepada pembangunan jangka panjang.
Belanjawan harus menjadi alat perancangan strategik Kerajaan Negeri, bukan sahaja mencerminkan keadaan ekonomi semasa, tetapi juga meletakkan asas kukuh untuk pembangunan masa depan.
Dato’ Speaker, saya tiada halangan dengan permohonan Kerajaan Negeri kepada Majlis Tanah Negara untuk melaksanakan semakan cukai tanah yang akan berkuat kuasa mulai tahun 2026. Sememang pun semakan terakhir cukai tanah dalam negeri ini dilaksanakan 32 tahun iaitu
1994 yang lalu tetapi apa yang seperti yang pernah ditekankan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Nga Kor Ming pada beberapa hari yang lepas dan beliau mengambil contoh cukai pintu yang telah dinaik di MBPP sebagai contoh yang baik, berkata proses penilaian semula cukai mesti mementingkan kebajikan rakyat manakala kadarnya tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana boleh membebankan rakyat.
Membebankan rakyat.
Membebankan rakyat.
Membebankan rakyat.
Terima kasih. Membebankan rakyat. Beliau juga mengambil contoh yang tadi saya sebut MBPP kadar cukai taksiran hanya boleh dinaikkan dua hingga lima peratus setiap dua tahun, mengatakan pendekatan ini berjaya di Pulau Pinang dengan kadar kenaikan kecil tetapi konsisten dan menerima sambutan baik rakyat dan saya harap dengan semakan cukai tanah yang akan datang rakyat kita tidak menerima kenaikan cukai mendadak sehinggalah sekali ganda atau lebih.
Dato’ Speaker, saya ingin menekankan isu keperluan kritikal penambahan katil dan perkhidmatan di Hospital Bukit Mertajam. Hospital Bukit Mertajam (HBM) telah dimulakan pada tahun 1890. Setiap hari, purata kehadiran ke wad kecemasan sekitar 210 sehingga 240 setiap hari. Wad kecemasan adalah yang paling kecil sekali antara enam buah hospital awam di Pulau Pinang. Fasiliti ini masih lagi mempunyai pakar-pakar tetapi berada di aras tingkat satu dan tiada perkhidmatan lif yang disediakan untuk pesakit dan staff kadang kala terpaksa menggunakan tangga atau diusung ke tangga satu untuk mendapat rawatan. ICU juga, ICU yang hanya mempunyai tujuh katil sahaja sangat kecil dan sesak.
Keperluan untuk meningkatkan bilangan katil dan pembangunan semula HBM adalah sangat penting kerana perkhidmatan yang disediakan sudah pun tidak sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di Seberang Perai secara amnya SPT. Mengikut angka yang saya dapat daripada dari tahun 1991 sehingga 2020, kadar pertumbuhan penduduk tahunan di Seberang Perai lebih tinggi berbanding dari Pulau dengan SPT telah mencapai 2.7% dan menjelang tahun 2030, penduduk SPT akan dijangka meningkat 28% kepada 541,000 orang. Manakala keseluruhannya Seberang Perai akan mencapai 1.21 juta orang.
Pada masa ini, SPT hanya mempunyai 992 katil hospital iaitu 655 di katil awam dan 337 di hospital swasta. Dan apa yang saya faham masa sekarang ada lagi 316 katil di blok baru Hospital Seberang Jaya tidak lagi beroperasi lagi, sedangkan keperluan semasa adalah sekarang lebih kurang 1,000 katil dengan unjuran lagi sampai 2030 kita perlu 1,300 lebih katil. Dan secara keseluruhannya, katil sekarang memang tidak cukup untuk menampung keperluan kesihatan penduduk.
Boleh saya mencelah. Terima kasih Yang Berhormat, just saya nak kongsi sedikit data yang saya telah perolehi daripada artikel Penang’s Socio-economic Transformation: Progress and Challenges yang dikeluarkan oleh Penang Institute berkenaan dengan cabaran kita khususnya dalam healthcare dan hospital bed yang telahpun di bawa oleh Yang Berhormat.
Saya just nak kongsikan disini yang dinyatakan bahawa the state, Penang State is not yet sufficiently equipped tidak lagi cukuplah mempunyai persediaan untuk manage, menguruskan demografik changes population increase. Rancangan Malaysia Yang Kedua Belas telahpun menetapkan target untuk satu doktor berkhidmat untuk 400 patient that is based on EPU 2021. Namun demikian, mengikut laporan ini Penang punya doktor kepada ratio population at the moment is 684 iaitu lebih rendah daripada negeri-negeri yang lebih miskin seperti Kelantan dan Terengganu dan juga Pahang. Sama juga kepada isu hospital beds, katil hospital.
Penang juga dinyatakan di sini tidak mencukupi memenuhi keperluan populasi. Dinyatakan di sini saya tidak tau of course the accuracy nanti EXCO boleh confirm. There is one hospital bed per one thousand population which is much lower then the optimal to hospital beds per one thousand population. Seperti dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan jumlah katil-katil per population di Penang adalah antara yang paling rendah dalam negara. Second last only kepada Selangor, Sarawak, Sabah and east coast states seperti Kelantan dan Terengganu yang mempunyai kapasiti yang lebih baik daripada Pulau Pinang ini dan nyatakan dalam laporan ni. Jadi mungkin nanti EXCO juga boleh memberi penjelasan atas isu ini. Terima kasih.
Terima kasih sahabat Bukit Tengah. Saya rasa data ini sangat penting dan saya terima kasih atas tambahan iaitu informasi tambahan dalam Dewan ini. Di sini saya tadi sentuh tentang ketidakcukupan katil di Hospital Bukit Mertajam tapi saya difahamkan ada cadangan pembangunan semula Hospital Bukit Mertajam dengan penambahan katil 516 di atas tapak yang dia telah dicadangkan iaitu yang di sebelah di depan Hospital Bukit Mertajam, rumah rehat Bukit Mertajam tanah seluas lebih kurang 8 ekar ini berdekatan dengan hospital ini tetapi telah bertahun-tahun dibincangkan tanpa nampak ada perkembangan konkrit di sidang Dewan, di dalam Dewan ini. Saya pun telah sentuh perkara ini saya rasa dua kalilah dan proses pemberi, proses pemberimilikan tanah daripada Kerajaan Negeri dan pengambilan tanah daripada CMI telah dimulakan di akhir tahun lepas oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Hospital Bukit Mertajam tetapi saya ingin tanya di sini apakah status proses tersebut dan kenapa isu ini sudah hampir satu tahun masih tidak ada nampak penyelesaian lagi? Bolehkah Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga bersama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi jaminan bahawa isu ini boleh diselesaikan dalam tempoh enam bulan yang akan datang?
Dato’ Speaker, isu dasar penjagaan kanak-kanak dan peningkatan kualiti pengasuh. Kes kemalangan melibatkan kanak-kanak di bawah penjaga pengasuh semakin membimbangkan. Terdapat pelbagai pusat penjaga kanak-kanak sekitar kita yang boleh dilihat selalu tidak pulang pengasuh rumah seperti jiran dan saudara-mara yang mereka kutip yuran yang lebih rendah. Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam memastikan polisi penjagaan kanak-kanak yang holistik dan inklusif. Saya syabas kepada Kerajaan Negeri yang telah menyediakan taska di KOMTAR dan usaha ini saya rasa haruslah bukan sahaja di dalam KOMTAR sahaja tetapi diperluaskan kepada masyarakat kita di seluruh Pulau Pinang dan buat masa sekarang Kerajaan
Negeri hanya bergantung kepada JKM untuk pastikan taska yang berdaftar tetapi tiada kawalan dan latihan langsung kepada pengasuh di rumah iaitu rumahtangga yang menjaga budak-budak daripada seorang sehingga tiga orang sebab mereka tidak perlu berdaftar dengan JKM tetapi di mananya ada permintaan di mananya ada keperluan. Kita tidak boleh berhenti penjaga yang tidak berdaftar. Jadilah peranan Kerajaan Negeri haruslah diperluaskan lagi. Saya tertarik dengan satu program iaitu program iltizam penjagaan dan pendidikan kanak-kanak impak Selangor yang ini telah membuktikan Kerajaan Negeri sebenarnya memboleh memberi latihan kepada pengasuh rumah tradisional. Dalam program tersebut pengasuh diberi latihan dari aspek keselamatan, kebersihan dan kemahiran penjagaan dan kursus jangka pendek itu menekankan pendidikan awal kanak-kanak dan mereka boleh menjadi dan pengasuh juga boleh menjadi jurulatih selepas mereka mengikut latihan tersebut program tersebut. Program tersebut fokus kepada pengasuh rumahtangga yang menjaga tidak lebih daripada tiga orang kanak-kanak dan ini bukan sahaja dapat menjaga keselamatan kanak-kanak namun juga dapat membantu pengasuh rumahtangga untuk meningkatkan pendapatan-pendapatan mereka pada masa depan.
Dato’ Speaker, dalam keadaan dalam tekanan kehidupan kita yang kian meningkat ramai ibubapa terpaksa mendapat pendapatan dan bekerja di luar dan menghantar anak mereka ke tempat babysitter jadi kualiti pengasuh iaitu babysitter adalah satu elemen yang sangat penting. Sebagai ibu yang bekerja saya harap Kerajaan Negeri dapat melaksanakan satu polisi atau sesuatu usaha yang boleh meningkatkan profesionalisme pengasuh di Pulau Pinang khususnya di peringkat rumahtangga supaya kita boleh memberi keyakinan kepada ibubapa bekerja dan juga memperkasakan ekosistem pendidikan awal kanak-kanak negeri ini. Inisiatif penyusuan iaitu Making Penang Breastfeeding Friendly. Projek ini juga sesuatu projek yang membimbangkan. Penurunan kadar penyusuan ibu, susu ibu di Negeri Pulau Pinang adalah satu isu yang memerlukan tindakan segera oleh Kerajaan Negeri. Menurut jawapan yang saya dapat dalam Dewan ini, tinjauan kesihatan dan mobiliti kebangsaan menunjukkan peratusan breastfeeding di Pulau Pinang adalah paling rendah di Malaysia iaitu hanya 15.2% malah lebih rendah lagi daripada Kuala Lumpur dengan 44.1%. Jadi nampaknya breastfeeding ini tidak ada kaitan dengan kesibukan pekan, bandar atau di tempat yang di luar bandar tetapi telah menjadi satu budaya di sini. Dan saya terkejut dengan tiada usaha diteruskan selepas inisiatif Making Penang Breastfeeding Friendly (MPBF) yang telah dilancarkan pada tahun 2018 oleh mantan Ketua Menteri, Air Putih dengan tiada kempen peringkat negeri diteruskan selepas pelancaran tersebut. Breastfeeding satu budaya perlukan sokongan ekosistem termasuk juga penyediaan bilik breastfeeding di tempat awam dan hospital serta kempen kesedaran secara besar-besaran dan saya ingin tanya di sini apakah yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang betul-betul benar-benar boleh menyokong kempen ini? Adakah terdapat kerjasama atau pasukan tindakan untuk menyelaraskan semula semua usaha, kekurangan kakitangan dan dana yang sangat ketara yang saya faham daripada tempat NGO kerana kerja-kerja lapangan dilakukan oleh mereka individu berdasarkan niat baik sahaja. Adakah Kerajaan Negeri memastikan pusat penjagaan ibu selepas bersalin iaitu confinement centre mematuhi kod etika pemasaran pengganti susu ibu. Adakah mereka, adakah kita pastikan mereka menjual atau memberikan susu formula secara percuma? Pemberian susu percuma kerana dia pembelian susu formula adalah satu perkara yang serius akhirnya akan rosakkan usaha hospital yang berusaha menjadi hospital mesra bayi iaitu mereka memberi mendorongkan supaya breastfeeding dijalankan dan saya menyeru dengan gerak dengan kerjasama merentas jabatan atau satu kerjasama merentas MMK boleh diadakan demi membantu perkara ini. Biar kita fikir macam mana kita boleh mensarankan ibu mengandung dengan lebih baik bagaimana kita boleh menyokong mereka, ibu yang bekerja supaya mereka boleh menjalankan breastfeeding dengan lebih berkesan. Bagaimana kita boleh membantu berunding laktasi yang berlesen untuk mencapai lebih ramai individu, bagaimana Kerajaan Negeri boleh menyokong hospital mesra baby supaya boleh teruskan usaha mereka.
Dato’ Speaker bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah untuk breastfeeding, saya nak tanya juga apakah sokongan daripada Kerajaan Negeri yang telah diberikan dan adakah ibu-ibu tersebut mereka tahu di mana untuk mendapat bantuan laktasi berlesen yang ini semua informasi yang kita harusnya dapat daripada kerajaan. Normalisasi penyusuan susu ibu di Negeri Pulau Pinang masih belum cukup. Kita perlu sarankan golongan di sekolah, kaum lelaki, bapa dan datuk, nenek dan sebagainya. Bagaimana kita boleh mempertingkatkan kesedaran ini dengan lebih meluas termasuk juga melalui penglibatan pengasuh masyarakat. Pendek kata kita perlu satu pasukan tindakan untuk menyelaraskan usaha ini dan saya harap kempen MPBF memang sudah wujud tetapi tiada tenaga kerja atau dana sokongan dan kita boleh wujudkan satu pasukan supaya boleh teruskan kempen ini.
Saya ingin sentuh tentang cukai hiburan coffee house yang sangat menarik. Saya tertarik dengan angka dalam buku bajet ini yang sentuh tentang pendapatan cukai daripada cukai hiburan coffee house yang meningkat sehingga RM2.4 juta pada tahun 2025. Malah dikutip sahaja RM50,000 untuk tahun ini dan untuk tahun yang lepas hanya RM20,000 sahaja. Saya dengan angka yang begitu besar sampailah saya tanya ChatGPT perbezaan kali gandanya daripada RM50,000 sehingga RM2.4 juta dan jawapannya adalah 48 kali ganda. Saya tidak faham kenapa cukai ini boleh naikkan secara begitu banyak sampailah 48 kali ganda tapi saya menyambut baik dengan peningkatan ini dan saya juga mohon satu huraian yang lebih teliti dalam Dewan ini bukan untuk cukai coffee house ini saja tapi saya tengok ada juga pelbagai cukai yang nampaknya daripada hiburan juga meningkat secara mendadak. Ini nampak satu berita yang baik untuk Negeri Pulau Pinang dan saya juga hairan, saya juga ingin tanya adakah sekarang Pulau Pinang telah menjadi satu coffee city di mata dunia? Sebab bila disebut coffee house kan kita tidak boleh pisahkan daripada kesenian dan juga budaya. Pulau Pinang ini juga dikenali sebagai negeri yang yang kaya dengan kesenian terutamanya selepas pelancaran George Town Festival di tahun 2010 dengan kedudukan bandar seni ini seharusnya warga yang yang menggemari seni dan budaya di Pulau Pinang dapat membuat persembahan sepanjang tahun dengan kemudahan yang lengkap seperti di Sydney, ada Opera Theater. Mungkin kita tak ada standard berskala begitu besar tetapi apa yang saya nampak kita di sini keadaan juga kekurangan dewan persembahan dengan kemudahan lengkap selepas Penang Packed ditutup dan di sini Pulau Pinang sekarang kita walaupun ada Dewan Sri Pinang tetapi sibuk dengan program-program dan juga auditorium KOMTAR adalah tidak ikut zaman sekarang, keperluan zaman sekarang jadi kita kekurangan satu dewan berskala yang boleh memuat 100 hingga 300 orang.
Dato’ Speaker, Kementerian Kerajaan Tempatan telah melancarkan Majlis Produk Terbaik Kampung Baru Wilayah Utara pada Ahad yang lalu dan beberapa produk daripada Perkampungan Cina Pulau Pinang turut disenaraikan termasuk perkampungan Berapit dan saya harap usaha ini boleh diteruskan supaya kita boleh menggalakkan pelancongan desa di Pulau Pinang dan juga kita boleh promosikan produk tempatan dan juga boleh tambahbaikan infrastruktur daripada segi seperti jalan dan juga pengangkutan awam dan kemudahan di kampung supaya pelancongan ini usaha ini boleh teruskan dan jangan biar biasa sahaja di peringkat produk sahaja. Saya juga berharap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan bina tandas berskala besar di tarikan pelancongan seperti di Negara Thailand ini disebabkan sekarang buat masa sekarang kita hanya bergantung kepada tempat kedai kopi saja untuk pelancong yang ingin pergi ke tandas tetapi kalau kita mengkaji kes di Negara Thailand, jiran kita saya kongsikan satu pengalaman daripada kawan saya, seorang perempuan semasa bertunggu ini kereta api yang belum sampai beliau nak pergi ke tandas tapi risau juga macam mana nak pergi tandas kalau kalau ada ramai orang tengah bertunggu namun selepas beratur masuk tandas 5 minit sudah selesai. Ini disebabkan tandas berskala besar di dalam ada kubikel lebih daripada 30 kiub. Penuaan penduduk. Adakah kita sudah bersedia untuk cabaran 2030? Saya menyeru satu plan
strategi jangka panjang yang boleh merangkumi dasar jawatankuasa khas termasuk penglibatan NGO, sukarelawan, penjaga professional, rangkaian sokongan sosial, infrastruktur warga emas, rekabentuk bandar tanpa halangan dan sebagainya supaya ada satu, are we ready for the aging society? Saya mendapat jawapan daripada Dewan ini, lapan muka surat tapi di dalam saya tidak nampak ada satu contoh atau satu kes spesifik yang boleh dikatakan apa yang kita boleh buat. Buat masa sekarang yang saya nampak mungkin lagi 10 tahun kita kena pakailah fasiliti ini, Yang Berhormat di sini mungkin kena pakai juga. Ya, semua orang kena pakai. Jadi di sini saya harap nanti dalam hurai dalam penggulungan EXCO kita boleh nampak ada satu pelan yang lebih holistik. Dan masalah semak samun, beberapa bulan yang lepas dua (2) orang pelancong China telah menjadi mangsa pokok tumpang dan perkara ini telah dikaitkan dengan masalah semak samun di tanah lapang kosong pihak swasta. Dibincangkan hangat di sosial media sememangnya PBT dan ramai Yang Berhormat di sini menghadapi cabaran yang untuk membersihkan masalah semak samun di kawasan lapang swasta melibatkan kos yang tinggi. Saya bagi contoh kos untuk tebang sepatang pokok kelapa adalah beribu. Dua sehingga tiga ribu betul? Yang Berhormat semua di sini ada pengalaman. Jadi, dua ribu adalah minimum kadang-kadang tak dapat cari tapi menurut jawapan yang saya dapat di Dewan ini, kedua-dua PBT ini telah menyelesaikan 5,908 kes semak samun di kawasan swasta, tetapi hanya mendapat kutipan sampai, sebanyak sejumlah RM230,466.66 sahaja daripada tahun 2014 sehingga 2024. Kalau dibahagikan secara purata maksudnya satu kes dengan kutipan kos RM39 sahaja. Saya rasa jangan kata nak tumpang pokok, nak tebang pokok untuk mengupah pekerja pembersihan pun tidak cukup. Jadi saya ingin cadangkan saman yang dikeluarkan oleh PBT dimasukkan dalam cukai tanah atau cukai pintu dengan ubahan akta yang sedia ada. Wang yang dibelanjakan oleh PBT adalah wang daripada rakyat Pulau Pinang. Tidak seharusnya dibelanjakan kepada segelintir pemilik tanah, pemilik hartanah swasta yang tidak bertanggungjawab.
Dato’ Speaker, Last sekali, saya sentuh tentang PBAPP. Saya kecewa dengan jawapan yang diterima di dalam Dewan ini bahawanya semasa saya tanya berapa sila senaraikan kes aduan dari berkaitan dengan tekanan air rendah di KADUN Berapit tapi jawapan adalah tiada aduan berkaitan dengan tekanan air rendah di KADUN Berapit dan saya minta office saya bagi saya surat yang kita telah hantar kepada PBAPP. Tahun ini bulan September sahaja, pejabat saya telah hantar surat kepada PBA yang berkaitan dengan masalah tekanan air rendah di Taman Jernih dengan lampiran surat aduan dan petisyen, tandatangan sehingga 25 orang penghuni taman tersebut yang hantar ke office saya dan PBA juga membalas surat pada saya pada bulan Oktober memohon sedikit masa untuk menyelesaikan masalah. Namun, sampai sekarang tiada, saya tidak terima apa kemaskini dari PBAPP. Dan Dato’ Sepaker ini bukan satu-satunya kes aduan di KADUN Berapit. Dato’ Speaker yang selalu ada juga aduan terhadap PBA.
Betul-betul. Tadi Air Putih dah sentuh tadi dah.
Tapi saya ingin sentuh di sini, saya sering terima aduan tekanan air rendah bukan sahaja di Taman Jernih tetapi di Jalan Damai. Seorang saja pengadu yang baru, baru telefon saya tadi yang katakan tekanan air menjadi sangat rendah setiap hari terutamanya pada tujuh (7) malam sehingga Sembilan (9) malam dan penduduk banyak kali membuat aduan. Saya ada semua nombor aduan di taman, di Jalan Damai tersebut tetapi mereka kata PBA hanya hantar pegawai untuk tengok meter lepas tu tak ada perkembangan. Tetapi apa yang saya rasa kecewa yang tadi saya kata, hairan, kecewa, tidak puas hati adalah jawapannya adalah tidak ada aduan yang
diterima dari KADUN Berapit. Jadi di sini sudah tunjuk ketidakprofesionalan dan tidak serius terhadap aduan orang awam tidak serius terhadap surat daripada ADUN dari PBA. Saya harap perkara ini boleh diselesaikan bukan sahaja di sini tapi untuk masa depan. Kena ada konsisten lah di PBAPP. Semua informasi tak konsisten kita susah menjadi wakil rakyat untuk menjawab kepada orang ramai. Nanti Yang Berhormat.
Tak ada dah, tak ada nanti-nanti dah. Dah habis dah.
Dan saya harap semua, saya dengan harapan besar, saya harap semua perbahasan di Dewan ini dapat membantu kita bukan selesaikan masalah tetapi membantu negeri kita menuju ke satu arah yang lebih baik dalam mencapai Misi Penang2030.
Sedikit-sedikit sebelum stop. Berapit ya, saya nak tanya la. Dia bagi kan tadi? Bagi kan?
Tuan Speaker, nak habis dah ni.
Tak habis lagi, tak sokong lagi ni. Saya just nak minta penjelasan. Perkara tadi adakah pernah di bawa ke pengetahuan Pengerusi PBA?
Setiap surat yang kita hantar mestilah sampai ke CEO PBAPP. Ini juga jawapan yang kita, surat yang kita terima balik juga daripada PBA secara rasmi. Jadi saya yang apa yang saya tekankan di sini adalah jawapan ada tetapi jawapan di Dewan dengan jawapannya saya terima daripada PBAPP tidak konsisten. Itulah masalah. Dengan ini saya mohon menyokong.
Okey, terima kasih Berapit dan seterusnya kita persilakan Bertam.
Baik terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan pada saya untuk turut mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025 dan juga Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025.
Tuan di-Pertua, Dato’ Speaker saya pertama sekali nak mulakan dengan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah pun membentangkan Belanjawan 2025 yang saya anggap begitu komprehensif dan mengambil kira pelbagai aspek dan pastinya ianya bukanlah suatu yang mudah terutamanya dalam mencari keseimbangan bagi mengurangkan
defisit dan ini adalah pembentangan belanjawan yang menyaksikan defisit yang terkecil dalam sejarah belanjawan negeri iaitu RM33.6 juta. Jadi tahniah kepada Kerajaan Negeri. Bertam juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana dalam tahun 2024 telah mengambil pelbagai inisiatif dan saya nampak bahawa ikhtiar ni adalah ikhtiar yang amat gigih terutamanya dalam membendung kedudukan fiskal, langkah-langkah seperti penjajaran, perbelanjaan tahun pelbagai jabatan dan agensi menunjukkan iltizam Kerajaan Negeri dalam menguruskan kewangan fiskal dan cakna berkaitan dengan baki Akaun Hasil Disatukan yang semakin mengecil sejak lima (5) tahun dan juga bagi memastikan baki RM50 juta Akaun Hasil Disatukan pada 1 Januari 2025. Saya juga ingin mengambil kesempatan, atau Bertam ingin mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Pusat terutamanyalah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10 yang telah mengumumkan empat (4) projek besar dalam Belanjawan 2025 Kerajaan Pusat baru-baru ini, lebuh raya yang ditunggu-tunggu Lebuh Raya Bertingkat Sungai Dua, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa RM1.55 bilion, Batu Kawan Industrial Park LRT Mutiara Line RM10.5 bilion dan juga Sungai Perak Water Transfer yang memberi manfaat kepada Pulau Pinang.
Tuan Yang di-Pertua, dalam merangka Belanjawan 2025, Kerajaan Pulau Pinang telah memilih untuk mengambil langkah yang saya anggap pragmatik daripada melihatnya sebagai hanyalah idealistik dalam rencana kestabilan jangka panjang fiskal negeri dengan menetapkan perbelanjaan mengurus yang lebih rendah bagi 2025 dengan pendekatan-pendekatan mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dianggap ataupun disebut sebagai tidak berkanun pada masa yang sama mempertingkatkan hasil melalui semakan kadar menerokai potensi-potensi hasil yang baru. Saya rasa ini adalah sejajar dengan ucapan yang telah diungkapkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang semasa berucap merasmikan Mesyuarat Penggal Pertama DUN pada Mei yang lalu. Bertam juga telah meneliti dokumen Belanjawan 2025 yang telah disediakan oleh, dan jelas ada berapa dua tiga perkara yang telah menyaksikan lonjakan antaranya yang sebagaimana yang disebut tadi oleh Berapit berkaitan dengan cukai hiburan, pemberian hak milik tanah dan yang paling, yang paling ketara adalah tentang sewaan pelbagai. Hasil sewaan pelbagai menyaksikan peningkatan yang amat tinggi, (dengan izin)… it is an incremental jump daripada RM12 juta kepada RM10.24 juta hingga ke RM224 juta. Bertam mohon untuk mendapatkan perincian butiran peningkatan besar hasil bagi sewaan pelbagai ini dan apakah ia merupakan one-off ataupun ia bersifat recurring maknanya setiap tahun yang merupakan hasil yang akan diperolehi. Bagi tujuan tersebut sebagaimana yang disebut awal, Pulau Pinang berbeza dengan negeri-negeri lain dalam keadaan yang serba kekurangan dan serba penuh dengan mencabar. Kita tak ada tanah yang banyak, we are experiencing, (dengan izin)…. scarcity of land. Kita juga tidak ada sumber hasil dalaman dalam tanah. Dan dalam keadaan begitu, kita masih dapat membentangkan belanjawan dan telah menyaksikan berapa angka-angka meletakkan Pulau Pinang masih di depan. Pulau Pinang masih lagi berada di depan dari sudut orang kata pencapaian nilai eksport untuk tahun ini. Sebagaimana yang disebut dan saya nak ucap terima kasihlah kali ini untuk kali pertamanya setelah dua (2) tahun saya di sini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyebut secara spesifik MATRADE dalam ucapan beliau. Dan sememangnya benar bahawa tahun ini memang Alhamdulillah eksport negara untuk empat (4) tahun berturut-turut telah berjaya melepasi angka satu (1) trilion dan Insya Allah bakal kita doakan mudah-mudahan dapat mencecah 1.5 trilion pada akhir tahun ini dan negeri yang menyaksikan sumbangan terbesar adalah tak lain tak bukan, Negeri Pulau Pinang. Namun begitu, dalam keadaan kita serba serbi kekurangan, Bertam ingin mencadangkan bahawa kaedah untuk melihat sumber-sumber pendapatan perlu dilihat secara lebih robust dalam erti kata kita tak boleh lagi melihat pada keadaan dan suasana sebagaimana yang kita lakukan secara konvensional.
Sudah tiba saat dan ketikanya syarikat-syarikat di bawah Kerajaan Negeri sama ada di bawah CMI ataupun SSI atau syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri untuk melihat menjadi penyumbang kepada pendapatan negeri dan ini bukanlah suatu benda yang asing kalau kita pergi ke Selangor, Selangor salah satu daripada sumber pendapatan dia adalah dividen daripada anak-anak syarikat, anak syarikat. Tahun 2024, 2025 dianggarkan hampir RM100 juta disumbang melalui dividen dan ini bukan datang daripada aktiviti-aktiviti yang berteraskan sumber asli semata-mata. saya bagi contoh Worldwide. Worldwide juga terlibat dalam ke atas aktiviti-aktiviti industri dan juga sektor-sektor strategik. Sektor-sektor orang kata peralihan tenaga, sektor-sektor tenaga diperbaharui. Dan sewaktu saya Menteri KPKT, Worldwide antara satu-satu syarikat yang telah memenangi bidaan untuk membina WTE yang dengan jumlah di negeri-negeri Johor. Bayangkanlah Negeri Selangor dapat projek di Negeri Johor.
Di samping kata, mengurangkan pelupusan ataupun mengurangkan sisa pepejal untuk pergi ke tapak pelupusan. Orang kata menyumbang kepada environment, ia juga akan menjadi penyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri Selangor. Demikian juga Johor Corp kalau kita lihat berada di merata-rata. Dah sudah sampai saat dan ketikanya perlu ada strategi yang lebih tuntas di kalangan syarikat-syarikat GLC, di bawah syarikat Kerajaan Negeri, bawah Kerajaan Negeri untuk melihat meneroka sektor-sektor strategik. Kalau tak ada di luar negeri pun mungkin di Negeri Pulau Pinang. Saya ambil contoh kata solar, solar farming ataupun LSF4, large skill solar yang dibuat di Pulau Pinang. Semua dibuat oleh sektor-sektor swasta padahal boleh saja orang kata syarikat-syarikat yang berkepentingan pula daripada negeri-negeri sendiri untuk mendapatkan peluang untuk melakukan projek-projek yang boleh menjana pendapatan dan pada waktu sama menjadikan Pulau Pinang lebih hijau. Namun begitu, saya dapat juga meneliti bahawa ada terdapat rancangan PDC menandatangani MoU bersama dengan Tenaga Nasional Berhad Power Generation ataupun TNB Genco untuk melaksanakan kebolehlaksanaan pembangunan semula Gelugor Power Plan pada hujung operasi tahun ini merangkumi fasa pertama. Saya rasa this is one of the good example. Cuma, kalau boleh saya nak dapat makluman tentang bagaimana dan apa status yang telah berlaku. Tuan Yang di-Pertua, keduanya adalah berkaitan dengan kemiskinan. Saya dah bangkit dah ketika dalam soal jawab lisan. Kemiskinan adalah salah satu daripada perjuangan yang tidak ada titik dan noktahnya. Pastinya bila mana kita sebut kita nak menoktahkan kemiskinan tegar ia adalah satu keazaman dan saya memuji hasrat dan usaha yang nak dilakukan oleh Kerajaan Pusat.
Namun realitinya, di peringkat di kawasan- kawasan kita kemiskinan akan sentiasa wujud. Dan kemiskinan wujud ini adalah salah satu daripada sebenarnya bukan hanya cabaran, kadang-kadang ia juga adalah salah satu daripada rahmat untuk kita. Kadang-kadang, kita mendapat keampunan dan kata ihsan daripada Allah SWT bila mana ada di kalangan penduduk kita yang miskin yang memungkinkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada sejagat. Demikianlah keadaan yang berlaku di Negeri Pulau Pinang ini.
Soalan saya yang itu yang saya tanya ialah berkaitan dengan data dan mungkin ada usaha oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membangunkan pangkalan data secara bersendirian. Daripada kita terpengaruh dengan ataupun kita terikat dengan pelbagai data-data yang saya anggap kadang-kadang mengelirukan. Dengan PADU lah, dengan eKasih lah, dengan apa nama ICU lah. So, kita tidak tahu dekat mana yang kita nak menoktahkan. Dan supaya kita semua Ahli-ahli Dewan dapat be answerable. Sekurang-kurangnya saya, baik daripada Tasek Gelugor, baik daripada Teluk Ayer Tawar mahu pun Permatang Pasir.
At least kita tahu each and one. Kadang-kadang kita lihat pada senarai eKasih, tapi kalau kita buat dengan perbandingan di kawasan kita sendiri, jumlah dia jauh lebih tinggi. Dan termasuk juga lah kalau saya sebut sebagai apa ni disebut multidimensional poverty. Saya fikir Yang
Berhormat EXCO, multidimensional poverty dah tiba saat dan ketika kita jadikan sebagai kayu ukur rasmi. Biarlah Negeri Pulau Pinang negeri yang terkedepan sekali menggunakan MDI ini. Sebab MDI ini adalah ukuran yang paling realistik. Kita boleh beri duit, tetapi hakikatnya orang individu yang mendapat duit yang telah melepasi paras garis kemiskinan tetapi dari segi akses kepada kesihatan masih lagi berada dalam orang kata terpinggir. Akses kepada soal pendidikan masih lagi terpinggir. Lifestyle.
Demikian juga orang kata dalam perkara-perkara yang membabitkan mungkin menjadi agak janggal bila disebut seperti mana yang saya kata tadi, apa nama ketika dalam soal jawab lisan poverty period poverty ataupun kemiskinan haid. Kita tak mungkin terima masuk akal bahawa ada di kalangan anak-anak gadis yang berada di luar-luar bandar yang tidak pernah mendapat akses untuk memperolehi pad bersih. Walaupun ini ada suatu benda yang mungkin akan jadi bahan ketawa bila mana saya sebut. Tapi, ini realiti. Demikian juga orang kata pemeriksaan-pemeriksaan tentang HPV DNA pada mereka yang mendapat yang kata yang mungkin mudah untuk mendapat cervical cancer, mammogram. Ada di kalangan kita tahu sebut ayat-ayat ini. Tapi di kalangan luar bandar sana di kampung-kampung, they don’t have access.
So, saya fikir multidimensional poverty index ini wajar dijadikan salah satu daripada usaha untuk digunakan. Seterusnya adalah berkaitan dengan isu perumahan. Isu perumahan ini Tuan Speaker, adalah isu yang saya nak ambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada Perai. Tidak ada di sini ya. Kerna banyak inisiatif yang dibuat terutamanya memperkenalkan ‘Rumah Mutiaraku’ yang bernilai RM100,000.00 Dalam isu soal perumahan ini, dia ada beberapa aspek yang kita kena ambil kira. Yang pertama, adalah ketersediaan menyediakan bekalan. Tetapi selepas daripada kita menyediakan ketersediaan, yang menjadi cabaran utama selepas itu adalah kemampuan.
Kebanyakan mereka yang ingin memiliki rumah, masih lagi perlu pergi ke bank dan hanya akan mendapat margin of financing dalam sekitar paling maksimum pun 85%. Bayangkan kalau rumah yang harganya RM200,000.00, kalau margin financingnya hanya 80%, we are talking about lebih kurang RM40,000.00 Jadi, mana mungkin kata benda ini dapat diselesaikan. Jadi, apa guna kita boleh ada stok yang banyak tapi hakikatnya the takers adalah kurang. Dan ini dilaporkan dalam baru ini dalam Property Overhang. Dalam 2024, first half property overhang, Pulau Pinang berada di tempat negeri yang keempat yang mempunyai jualan hartanah property overhang yang tidak terjual menurut Pusat Makluman Harta Tanah Negara (NAPIC) dan antara property yang paling banyak yang tidak dijual adalah property yang RM500,000.00 ke atas.
Bererti terdapat orang kata demand yang tinggi. Harga kata perumahan-perumahan yang mempunyai nilai RM300,000.00 ke bawah. Namun, Tuan Speaker sebagaimana yang saya sebut tadi, persoalannya ialah bagaimana kita nak menyediakan satu intervention programme untuk memungkinkan anak-anak Pulau Pinang dapat memiliki rumah. Harga rumah dah rendah, bagus. Rumah dah ada, bagus. Tetapi bila dia orang nak masuk, dia orang kata the entry point adalah permasalahan barrier of entry ialah tentang deposit. Sebab itulah ada negeri-negeri yang telah melakukan program-program tertentu. Tadi disebut juga tentang rent to own, ada mengatakan rent tu permulaannya itu boleh ditukar menjadi deposit. Demikian juga ada juga yang telah pergi membuat orang kata kerjasama kolobrasi bersama dengan cagar emas.
Dengan sejauh mana Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menggunakan SJKM, Skim Jaminan apa nama Perumahan Kredit Perumahan (SJKP). Dan ini semua disediakan oleh Kerajaan Pusat secara di peringkat Persekutuan. Tetapi saya tidak tahu bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh menentukan atau boleh mengambil kesempatan untuk mendapatkan orang kata
kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Selain daripada itu juga, saya ingin menekankan berkaitan dengan berkaitan dengan pemilikan rumah di peringkat usia muda.
Saya bagi contoh pada simulasi pada perbahasan yang lalu, salah satu daripada cabarannya ialah bila mana mereka yang berusia muda, mereka sukar untuk mendapatkan pemilikan rumah masih lagi disebabkan oleh deposit. Tetapi bayangkanlah kepada orang yang berusia 25 tahun, kalau dia memiliki rumah untuk mendapatkan rumah RM200,000.00. Hakikatnya ialah dia perlu mengemukakan. Tetapi kalau dia dibenarkan untuk mendapat setiap tahun gaji dia naik, untuk menunggu bagi dia memungkinkan memiliki rumah RM200,000.00 dia terpaksa menanti ketika gaji dia melepasi RM4,000.00. Mungkin pada usia 27 atau 28 tahun. Tetapi kalau dia memiliki rumah pada 25 tahun, dibenarkan entry, kemudian dalam tempoh 10 tahun, rumah yang RM200,000.00 kalau compounded rate 6% sahaja untuk 10 tahun. Rumah itu akan mencecah hampir RM400,00.00 ketika beliau berusia 35 tahun. Dan nilai pinjaman akan berkurangan. Kalau dia ambik RM200,000.00 atau RM180,000.00 mungkin nilai akan berkurangan kepada RM150,000.00. Bayangkanlah RM400,00.00 dengan RM150,000.00 net to net kita dah ada RM250,000.00 lebihan. Bererti that can become creator to wealth. Hutang boleh menjadi pencipta kepada kekayaan. Dengan syarat kita dapat menangani masalah di peringkat entry iaitulah deposit.
Sebab itulah saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh berbincang dengan syarikat-syarikat pembiayaan. Ada juga syarikat-syarikat yang telah melakukan step up financing. Maknanya siapa maknanya dia masuk, dia bayar dulu mengikut kadar bulanan yang dia mampu tetapi as they go orang kata makin dua (2) tiga (3) tahun selepas itu, bila gaji dia naik maka dia akan meningkatkan lagi kadar-kadar pembayaran bulanan. Supaya tidak memungkinkan dia untuk menanti pada tahap gaji yang tinggi baru beliau dapat memiliki rumah. So, own property at young saya rasa adalah salah satu daripada kempen yang mungkin Kerajaan Negeri boleh orang kata usahakan bagi memungkinkan anak-anak muda di Negeri Pulau Pinang memiliki rumah dan pada waktu yang sama orang kata dapat menjadikan net worth mereka pada usia 35 tahun net worth yang boleh mencakupi dan juga boleh menjadikan mereka memiliki rumah yang ataupun property hartanah yang lebih besar.
Seperkara lagi yang saya nak tekankan adalah berkaitan dengan agenda Pulau Pinang yang Berdaya-Huni, Hijau, Selamat dan Lestari. Dalam hal ini, perkara yang nak disentuh adalah berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal. Pulau Pinang sememangnya berada di hadapan dalam pengurusan sisa pepejal dengan kadar kitar semula sebanyak 52%. The very commendable one dan ini adalah merupakan antara angka tertinggi di negara kita. Walau bagaimanapun, pencapaian angka ini masih terdapat kesenjangan ataupun jurang ketara yang tersembunyi dalam beberapa sektor utama pengurusan sisa pepejal.
Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Malaysia menghasilkan 40,000 tan sisa sehari. Tetapi hanya 35.3 daripadanya yang dikitar semula. Di Pulau Pinang, data menunjukkan peningkatan penjanaan sisa pepejal daripada 880 tan pada tahun 1998 meningkat kepada 1,700 2009 dan kini telah mencecah 2,300 tan. Peningkatan sebanyak 35% dalam tempoh 14 tahun. Di sinilah bermulanya kebimbangan terhadap pengumuman kadar kitar semula yang tinggi, namun ia tidak sepadan dengan jumlah sisa yang masih pergi ke tapak pelupusan yang juga turut meningkat. Dengan jumlah populasi semasa dianggarkan 1.77 juta orang, pertumbuhan sektor perindustrian yang pesat, sistem pengurusan sisa di Pulau Pinang jelas bakal berhadapan dengan tekanan yang semakin tinggi di masa hadapan.
Tapak Pengurusan Pulau Burung terutamanya, adalah satu-satunya tapak pengurusan negeri yang hampir mencapai had kapasiti dan tidak menampung, tidak dapat menampung
peningkatan sisa jangka masa panjang. Menyebabkan keperluan untuk membina tambahan sel-sel baharu yang memerlukan pengorbanan tanah-tanah yang amat berharga. Lebih membimbangkan pelepasan gas rumah kaca atau GHG daripada pelupusan sisa di Pulau Pinang dianggarkan sebanyak 79,350 tan carbon dioxide, sebulan pada tahun 2023. Angka ini Dato’ Speaker, merupakan angka yang bersamaan dengan jumlah penyerapan karbon oleh 3.67 juta pokok yang diperlukan untuk setiap bulan.
Saya bagi bandingan ini kerana hendak menunjukkan betapa situasi ini memerlukan tindakan segera untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan. Melindungi tanah yang semakin terbatas dan memastikan pengurusan sisa yang lebih sustainable dan lestari. Tambahan lagi, Pulau Pinang cabaran berterusan dengan pengurusan sisa industri pertanian dan sisa berjadual (dengan izin) schedule waste yang perlu ditangani secara menyeluruh. Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyatakan hasrat untuk menandatangani Akta 672, namun perlu diketahui bahawa sisa berjadual atau schedule waste yang dijana majoriti oleh kilang dan industri tidak termasuk dalam bidang kuasa kawal seliaan Akta 672.
Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri untuk untuk menyediakan kalau perlu Pelan Induk Pengurusan Sisa Pepejal atau Penang Comprehensive Solid Waste Master Plan yang menyeluruh bagi merangkumi termasuklah berkaitan dengan ekonomi kitaran sebagai tunggak utama dan juga untuk memastikan ia kategori sisa yang dapat dirawat itu lebih lestari. Melalui strategi ini, perancangan komprehensif boleh dilakarkan supaya semua sisa boleh dialihkan secara progresif daripada tapak pelupusan ke teknologi yang lebih lestari membantu Pulau Pinang mencapai sasaran seandainya boleh sifar (zero waste) to landfill menjelang 2035 nanti.
Tambahan pula, antara negeri yang boleh kita lihat sebagai contoh, Pulau Pinang boleh mencapai sasaran sifar sisa dengan menyokong Dasar Program Ekonomi Kitaran Berintensif Sentivile Circular Economy Policy sebagaimana kerjasama awam swasta yang dilakukan di Negara Taiwan dan Singapura yang menjadi model terbaik di rantau ini. Tambahan pula, mungkin taman-taman industrial park berpotensi untuk dijenamakan semula sebagai co branding sebagai taman eco ataupun waste eco park agar Pulau Pinang menjadi hab ekonomi kitaran di mana sisa dijadikan sumber mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan dan mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan hijau. Pulau Pinang perlu mengambil langkah berani untuk melabur dalam teknologi moden seperti MRF, materials recovery facility, anaerobic digester dan waste to energy.
Tuan Yang di-Pertua Dato’ Speaker, perkara yang terakhir yang boleh saya sentuh adalah berkaitan dengan agenda pembangunan Islam. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I atas beberapa aspek yang telah dicapai ada juga yang telah dimaklumkan oleh rakan-rakan disini termasuk dari segi kutipan zakat yang telah meningkat sehingga hampir mencecah RM160juta dan saya difahamkan bahawa pada tahun ini berkemungkinan insyaAllah katanya akan sampai sekitar RM170juta. Saya fikir Dewan ingin mengucapkan tahniah kepada TKM dan juga kepada team, kepada team Pusat Urus Zakat Pulau Pinang dan selain daripada itu agenda yang juga ditekankan oleh Timbalan Ketua Menteri selaku Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam adalah berkaitan dengan isu industri halal atau persijilan halal, dalam hal ini saya ingin mengajak Timbalan Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri untuk melihat bahawa industri halal ini adalah industri yang amat berpotensi Tuan Speaker. Dan industri ini berkembang dari tahun demi tahun dan dianggarkan pada tahun saat-saat saya bercakap ini nilai industri halal global adalah RM3.5 trillion dan bakal berkembang pada RM5 triliion dan Malaysia telah diangkat sebagai negara yang menjadi peneraju kepada industri halal
dan terbaru baru-baru ini kita adakan (MIHAS), The Malaysian International Halal Showcase pada bulan sembilan yang dibuka ataupun dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Alhamdulillah kita melakarkan sejarah sekali lagi MIHAS pada 2024 telah diangkat oleh Guinness World Of Records sebagai the largest halal showcase in the world. Tepuk lah sikit dekat MATRADE dan ini adalah dua puluh tahun yang telah kita laksanakan dan Alhamdulillah dan tiba saat dan ketika kita mengantarabangsakan MIHAS daripada bulan sebelas sekitar seminggu yang lalu saya berada di Dubai untuk kali pertamanya kita bawa MIHAS ke luar negara sebagaimana ANUGA dia daripada Germany yang juga ada di Shanghai ada di Singapore dan juga SIYAL from Paris dan sekarang ni MIHAS mempunyai branding yang kuat dan MIHAS yang telah kita laksanakan di Dubai untuk kali pertamanya dalam sesi jelajah, jelajah antarabangsa telah berjaya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM2.2 billion.
Saya ingin mengajak bahawa dimaklumkan dalam RM2.2 billion itu lebih kurang RM100 juta disumbangkan oleh syarikat-syarikat daripada Pulau Pinang dan ini adalah menunjukkan bahawa potensi anak-anak syarikat daripada Pulau Pinang untuk terlibat dalam industri halal adalah amat besar. Pada dalam waktu yang sama saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana juga mengambil inisiatif yang sama untuk menganjurkan PIHEC pada 7 ke 5 ke 8 Disember yang bakal, yang bakal dibuka oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, cuma PIHEC ini model dia tak begitu sama dengan MIHAS, PIHEC ni lebih kepada business to consumer, maknanya buka ramai orang datang maka dia lebih kurang macam MAHA tapi MIHAS lebih kepada B2B (business to business) kita nak lebarkan keupayaan syarikat kita untuk dapat menjualkan barangan mereka. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana dari segi daftar syarikat yang mendaftar pensijilan halal di Pulau Pinang ini adalah sejumlah 1800 hasil inisiatif oleh TKM I dan juga team dia. Ini adalah negeri yang ketiga tertinggi dalam Malaysia tentang pensijilan halal namun daripada 1800 hanya 600 sahaja yang kita kenal pasti mempunyai eksport readiness. Mungkin jumlah tersebut boleh dikembangkan lagi agar nilai-nilai barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat, produk-produk halal dan perkhidmatan halal dapat mencapai piawai untuk menembusi pasaran di luar, dan InsyaAllah MIHAS kita akan ada lagi untuk sesi jelajah di luar negara dan insyaAllah saya bercadang untuk menjemput dua tiga ADUN di sini dan rakan-rakan untuk turut bersama bagi pastikan bahawa kita dapat memahami dan kita dapat berkongsi aspirasi untuk mengangkat industri halal ke tahap yang lebih tinggi dan Pulau Pinang juga menjadi peneraju dalam negara selain daripada Selangor dan Johor.
Dengan kata tersebut saya akhir last sekali saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan tadi oleh Berapit berkaitan dengan hospital, yang ni pun saya nak minta EXCO dah keluar dah. Tadi dia sebut antara piawaian BPR adalah lebih kurang dia kata satu to one thousands beds population ratio satu ke seribu population, maknanya satu beds tapi Hopital Kepala Batas Dato’ Speaker ada 134 beds. Occupancy rate dah sampai 90 persen. Standards period dah sampai daripada 9 jam sampai 2 hari. Saya minta dari segi BPR berapa, BPR SPU Hospital Kepala Batas 0.39 per seribu maknanya jauh lebih rendah dari norm jadi saya fikir pembesaran hospital Kepala Batas perlu diberikan penekanan dan sememangnya dah ada dalam RMK-12, namun apa saya dimaklumkan bahawa daripada RP5 hari ini katanya Hospital Kepala Batas nak dimasukkan ke dalam RMK ke-13. Saya dah menulis surat kepada KSN sendiri kepada Menteri Kesihatan agar supaya percepatkan benda ini namun saya perlukan dokongan daripada Kerajaan Negeri dan untuk memahami bahawa tuntutan kehendak yang diperlukan di SPU terutamanya di Hospital Kepala Batas ini amat mendesak. Ini bukan one to one ini bukan beds to one thousands tapi zero point three maknanya terlalu, terlalu mendesak. Jadi dengan harapan dan kata-kata tersebut saya ucap terima kasih kepada semua. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri, terima kasih pada Tuan Speaker, Bertam mohon menyokong.
Terima kasih Bertam, MATRADE. Seterusnya kita persilakan Permatang Berangan. Boleh ka?
Assalamualaikum w.b.t (bacaan doa), salam sejahtera kepada semua rakan-rakan yang ada dalam Dewan yang mulia ini. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.
Terima kasih kepada Dato Seri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua diatas kesempatan yang diberikan kepada Permatang Berangan untuk membahaskan ucapan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 22 November 2024 yang lalu. Alhamdulillah ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Yang Berhormat ADUN Sungai Bakap, saudara Abidin bin Ismail dan juga tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Zulkifli bin Long di atas perlantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan nasib pesawah dan petani. Golongan ini menghadapi kenaikan kos pengeluaran diatas peningkatan harga racun, sewa jentera, upah pekerja dan lain-lain. Begitu juga dengan masalah rumpai dalam petak sawah yang gagal dikawal dengan menggunakan racun yang sedia ada di pasaran. Ini menyebabkan kos yang bertambah disebabkan kerja meracun rumpai perlu dibuat banyak kali. Sekiranya rumpai ini gagal dikawal dengan berkesan, sawah padi akan dipenuhi rumpai dan menjejaskan hasil padi. Oleh itu Permatang Berangan berharap agar Kerajaan Negeri memberi tumpuan khusus untuk membantu pesawah dan petani menyelesaikan segala permasalahan yang mereka hadapi.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, merujuk kepada jawapan bertulis kepada soalan bertulis Permatang Berangan, Yang Berhormat Pantai Jerejak telah menjawab kepada saya bahawa tiada salah laku mencampurkan beras tempatan dengan beras import di kilang-kilang padi dan tidak ada kes berkaitan perkara ini. Isu beras tempatan ini telah menjadi isu di seluruh negara. Sehingga ke hari ini beras tempatan masih hilang di pasaran. Tahniah kepada Kerajaan Negeri diatas inisiatif mengeluarkan beras Cap Feri walaupun masih belum ada di pasaran. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, hasil padi bagi musim 1/2024 adalah 5.08 tan sehektar. Negeri Pulau Pinang mempunyai keluasan sawah padi 12, 105 hektar, 61,493 tan padi telah dihasilkan dan ianya dapat memenuhi empat puluh lapan peratus bekalan beras kepada 1.7 juta rakyat Pulau Pinang untuk tempoh 6 bulan.
Golongan pesawah sangat kecewa dengan kehilangan beras tempatan ini. Pesawah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan padi bagi menjamin bekalan beras tempatan kepada rakyat Pulau Pinang. Sungguh malang, selepas padi dijual di kilang, beras tempatan masih hilang di pasaran. Anehnya beras tempatan ini akan ada bila Jualan Rahmah atau Jualan Madani diadakan. Permatang Berangan merasakan kehilangan beras tempatan ini adalah juga merupakan satu jenayah apabila beras tempatan dilabelkan sebagai beras import. Sama sahaja dengan kes minyak masak paket satu kilo yang ditangkap baru-baru ini oleh KPDNKK. Dengan adanya teknologi yang canggih, apakah kita tidak dapat mengesan perbezaan beras import yang dijual di pasaran sekarang ini sebenarnya adalah beras tempatan yang hilang. Jika tidak ditangani
segera, kita bimbang selepas ini lebih banyak isu kehilangan barangan asas akan berlaku di pasaran kita.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita dikejutkan dengan penggantungan Ahli Lembaga Pengarah NAFAS. Permatang Berangan memandang serius dengan isu ini kerana NAFAS merupakan pembekal utama baja kepada pesawah di seluruh negara. Sehingga ke hari ini, baja urea kepada sebahagian pesawah padi masih belum dibekalkan walaupun sudah sampai masa penggunaan baja ini untuk ditabur di sawah padi. Walaupun isu ini perlu diselesaikan di peringkat Kerajaan Pusat di bawah Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan tetapi mangsanya adalah pesawah yang ada di Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Permatang Berangan juga menerima aduan dari penternak lembu dan kambing yang mana berlaku lambakan ternakan di pasaran. Ianya ekoran dari kemasukan bekalan lembu dan kambing melalui negara jiran yang telah menyebabkan harga jatuh dengan teruk sekali. Harga lembu yang sebelum ini dijual RM3000 seekor kini telah jatuh kepada RM2000 hingga RM2500 seekor. Begitu juga dengan harga kambing. Kalau dulu harga kambing yang cukup umur untuk kita buat aqiqah antara RM700 ke atas tetapi sekarang harganya jatuh serendah RM400 seekor. Permatang Berangan khuatir dengan keadaan ini akan menjejaskan penternak tempatan terutamanya yang menternak secara kecil-kecilan di negara Pulau Pinang.
Penternak juga menghadapi kenaikan harga dedak yang tinggi semasa berlaku konflik antara Rusia dan Ukraine yang mana kedua-dua negara ini adalah pengeksport utama bahan mentah untuk makanan ternakan. Tetapi apabila konflik antara dua negara ini reda, harga dedak masih tinggi dan tak turun-turun.
Oleh itu Permatang Berangan memohon jasa baik Kerajaan Negeri untuk berbincang kepada Kerajaan Persekutuan bagi mencari jalan untuk membantu penternak bagi menyelesaikan isu lambakan ternakan dari luar dan kenaikan harga dedak yang sangat tinggi ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang Mulia ini, melalui jawapan kepada soalan bertulis yang telah dikemukakan oleh Permatang Berangan tentang pendaratan sumber laut bagi perikanan tangkapan laut bagi tahun 2023 telah merosot sebanyak dua puluh satu peratus berbanding tahun 2022. Pada tahun 2022 tangkapan hasil laut berjumlah 48,640.36 tan metrik, manakala bagi tahun 2023 hasil tangkapan laut telah jatuh kepada 38,226.23 tan metrik, penurunan sebanyak 21 peratus. Apakah punca sebenar berlaku kemerosotan tangkapan hasil laut ini, adakah ianya akibat daripada kerja-kerja tambakan laut yang rancak berlaku di Negeri Pulau Pinang ini atau ramai nelayan-nelayan laut dalam dan nelayan-nelayan pesisir pantai yang sudah pencen dan mungkin juga ikan dah pindah ke tempat lain. Harap pihak kerajaan dapat mengkaji punca penurunan ini dan memberi jawapan yang telus dalam hal ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, menyentuh tentang tempat-tempat pelancongan di luar bandar, Permatang Berangan ingin menyarankan agar pihak Kerajaan Negeri dapat membantu mempromosikan lokasi tempat pelancongan luar bandar yang ada di dalam Negeri Pulau Pinang. Contohnya di Jeti Labuh Banting, ada Koperasi Nelayan Sungai dan Kebajikan Labuh Banting telah menyediakan perkhidmatan river cruise yang membawa pelancong tempatan dan pelancong luar untuk menaiki bot menyusuri Sungai Perai dari Jeti Labuh Banting ke Jeti Pengkalan Tambang di Sungai Dua. Banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak koperasi seperti kayuhan basikal, melawat projek Industri Asas Tani dan sebagainya. Terima kasih diucapkan kepada pihak PERDA yang banyak membantu koperasi ini seperti menyediakan peruntukan pembangunan, latihan dan khidmat nasihat. Tetapi malangnya hingga ke hari ini, masih belum
ada papan tanda pelancongan Kampung Labuh Banting ini untuk memudahkan pelancong datang ke sini.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, sepanjang sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke-15 ini, Permatang Berangan terdengar tentang keluh kesah kakitangan Kerajaan Negeri yang dalam perkhidmatan kontrak berkelulusan PMR. Rata-rata kakitangan ini telah berkhidmat melebihi lima (5) tahun dan ada yang melebihi 10 tahun. Mereka mempunyai komitmen keluarga, pinjaman kenderaan dan pinjaman perumahan. Kebimbangan kakitangan ini tentang nasib mereka apabila Kerajaan melaksanakan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu menyebabkan mereka akan kehilangan jawatan, kontrak tidak disambung dan sebagainya. Ini kebimbangan yang mereka luahkan.
Oleh itu, Permatang Berangan dengan rendah diri memohon agar nasib kakitangan kontrak ini diberi pembelaan yang sewajarnya. Buatlah satu keputusan yang baik dan maklumkanlah kepada mereka supaya kakitangan yang telah banyak berjasa ini dapat meneruskan kehidupan dengan tenang tanpa perlu memikirkan masa depan perjawatan yang mereka sandang sekarang ini.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 23 November 2024 Permatang Berangan bersama dengan ADUN Pinang Tunggal telah mengadakan pertemuan dengan masyarakat India yang tinggal di Pokok Machang, Tasek Gelugor. Isu yang dibangkitkan oleh penduduk masyarakat India yang tinggal di Pokok Machang ini adalah nasib Dewan Masyarakat India dan 10 buah rumah yang terletak di tanah milik SP Setia. Penduduk memaklumkan pada masa Dr. P Ramasamy yang menjadi Timbalan Ketua Menteri II, telah ada perbincangan antara penduduk, SP Setia, MBSP dan Kerajaan Negeri melalui EXCO Perumahan telah bersetuju supaya tanah yang ada dewan dan 10 rumah ini diserahkan kepada Lembaga Wakaf Hindu bagi menjamin masa depan dewan dan rumah tersebut kekal milik masyarakat India. Sekarang penduduk tersebut sangat bimbang dengan isu ini, seolah-olah tidak lagi diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Permatang Berangan berharap Kerajaan Negeri melalui EXCO Perumahan dapat memberi tumpuan bagi menyelesaikan isu ini.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, pagi tadi Yang Berhormat Sungai Puyu juga telah membangkitkan isu tentang pencemaran Sungai Kereh. Saya masih tertanya-tanya apakah keberkesanan tindakan kerajaan sehingga ke hari ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawab melepaskan najis ternakan babi dari ladang di Kampung Selamat ke dalam Sungai Kereh, seolah-olah mereka ini kebal dan tidak boleh disentuh. Isu pencemaran Sungai Kereh kini sudah di tahap yang sangat membimbangkan, "24 jam pintu rumah ditutup" menjadi tajuk berita Harian Metro di halaman hmetro.com.my pada 10 November 2024 (ini keratan laporan akhbar) ada penduduk yang membuat rungutan kepada pihak akhbar tentang 24 jam pintu terpaksa ditutup bagi mengelakkan pencemaran bau yang berlaku di kawasan mereka. Pencemaran ini turut melibatkan pencemaran bau yang sangat busuk terutama selepas hujan turun. Ini dapat dilihat dengan jelas selepas pelepasan najis babi ini ke Sungai Kereh kerap berlaku selepas hujan, waktu petang dan hari-hari cuti. Apa yang menjadi masalah utama penduduk di sekitar Sungai Kereh adalah pelepasan najis babi secara terus ke dalam Sungai Kereh yang menyebabkan pencemaran terus-menerus berlaku di kawasan ini. Sekarang ini, banyak projek perumahan dibangunkan di sepanjang kawasan Sungai Kereh ini. Aduan yang diterima oleh Yang Berhormat di kawasan ini semakin bertambah banyak. Permatang Berangan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Pertanian & Keterjaminan Makanan dan EXCO Perumahan & Alam Sekitar yang telah membuat lawatan ke kandang ternakan babi di Kampung Selamat. Semasa itu, Yang Berhormat EXCO dibawa melawat ke kandang tertutup dan mempunyai sistem takungan najis yang baik. Saya bersedia untuk membawa Yang Berhormat EXCO melawat ke
Parit Cina dan melihat keadaan kawasan Parit Cina di mana najis babi dilepaskan terus ke parit ini tanpa melalui proses yang sepatutnya dilakukan dan telah mencemarkan Sungai Kereh ini.
Minta laluan, Permatang Berangan. Terima kasih kepada Permatang Berangan, Dato’ Timbalan Speaker. Yang Berhormat Permatang Berangan, bukan sahaja Permatang Berangan tercemar dengan najis khinzir ni, dia turun mai ke Sungai Dua melalui sungai di Lahar Yooi dan akhirnya mengalir masuk ke dalam Sungai Perai. Dalam taklimat hala tuju PBA baru-baru ini, telah, apa nama, menyatakan bahawa usaha untuk menapis air Sungai Perai ini oleh pihak PBA ataupun pihak yang, apa nama ni, menjalankan kerja-kerja yang telah ditender oleh pihak PBA kepada pihak swasta untuk menapis air bagi kegunaan, apa nama, penduduk negeri Pulau Pinang ini. Jika sekiranya keadaan ini berlarutan, dibiarkan air dari najis khinzir ini, dia masuk dan mengalir melalui sungai di Lahar Yooi kemudian masuk ke dalam Sungai Perai di mana najis ini akan mencemarkan air Sungai Perai dan kita pula nak tapis untuk buat air minuman, sudah tentulah maknanya perkara ini akan menyebabkan pencemaran dan usaha untuk kita menapis air Sungai Perai ini melalui jalan yang sukar ataupun jalan yang buntu. Lalu saya memohon supaya apa yang diketengahkan oleh Permatang Berangan ini berkenaan dengan najis khinzir ini bukan sahaja mencemari ataupun mendatangkan masalah di Permatang Berangan bahkan di Sungai Dua bahkan hinggalah masuk mencemari Sungai Perai. Sungai Perai ni dia mengalir daripada apa nama lembangan-lembangan sungai, masuk ke dalam Sungai Perai dan akhirnya pergi sampailah kepada laut. Jadi kita berharap supaya apa yang disuarakan oleh Permatang Berangan ini diambil ataupun didengari oleh pihak kerajaan dan bersungguh-sungguh untuk apa nama melihat tentang survival air ini adalah merupakan satu perkara yang sangat penting dan pencemaran ini mestilah, orang kata apa, ditangani dengan segera supaya kepentingan rakyat sama ada dari sudut pencemaran dapat dihindari ataupun kegunaan air yang menjadi survival utama di negeri ini dapat ditangani dengan segera. Terima kasih.
Terima kasih kepada Sungai Dua. Permatang Berangan amat bersetuju dengan apa yang disarankan oleh Sungai Dua. Jadi sekiranya kita nak gunakan sumber air Perai sebagai air minuman, isu pencemaran Sungai Kereh ni perlu ditangani dulu. Permatang Berangan bukanlah... ya ya...(gangguan)
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan, terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya juga mohon untuk mencelah sesi perbahasan Permatang Berangan berhubung dengan situasi kandang khinzir di Kampung Selamat dan juga pencemaran air di Sungai Kereh. Penggal lepas 2018, saya pernah bawa isu ni dan ketika itu YB EXCO, YB Penanti YB Norlela telah menjawab dan di sana ada Enakmen Penternakan Babi 2016 yang sememangnya telah diluluskan dan enakmen ini meletakkan syarat kandang babi tu mesti kandang tertutup, kandang khinzir itu. Saya tak pasti sejauh mana enakmen itu telah dikuat kuasakan ataupun masih lagi ada baki kandang-kandang yang melepaskan najis itu secara terbuka di Kampung Selamat.
Terima kasih kepada Penaga, saya harap persoalan yang ditimbulkan oleh Penaga itu dapat dijawab oleh pihak kerajaan tentang enakmen yang telah diluluskan pada tahun 2016. Sebenarnya kita bukanlah anti, kita tak bagi penternak bela khinzir di Kampung Selamat tu tapi
yang kita kesalkan adalah isu pencemaran di mana najis-najis ni dibuang terus ke Sungai Kereh dan telah mengalir masuk ke Sungai Perai. Perkara ini telah berlarutan melebihi 40 tahun, Dato’ Timbalan Speaker. Harap ianya dapat dimuktamadkan segera.
Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua, baru-baru ini saya juga telah turun sendiri melawat enam (6) buah Perpustakaan Desa di Kawasan Permatang Berangan. Lawatan ini dibuat setelah menerima aduan dari masyarakat setempat berkaitan dengan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Desa. Hasil daripada lawatan ini, Permatang Berangan mendapati perlu ada penambahbaikan kepada semua Perpustakaan Desa ini. Antaranya, sistem penghawa dingin yang rosak dan ada yang perlu ditambah bagi memberi keselesaan kepada pengunjung. Selain itu, komputer yang disediakan ada yang rosak dan perlu ditambah. Ada Perpustakaan Desa yang sebelum ini ramai pengunjung, kini telah berkurang pengunjungnya disebabkan ketidakselesaan yang berlaku. Perpustakaan Desa di Lahar Tembun, Tasek Gelugor beroperasi di bangunan yang dahulunya adalah surau lama yang mana lantai dan dindingnya adalah papan. Dibimbangi keadaan bangunan yang uzur ini boleh mendatangkan bahaya kepada petugas dan pengunjung. Oleh itu, Permatang Berangan berharap pihak Kerajaan Negeri memberi tumpuan untuk menambah baik semua prasarana dan kemudahan yang ada di semua Perpustakaan Desa yang ada di Negeri Pulau Pinang.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, sepanjang sesi perbahasan kali ini, hampir semua Yang Berhormat telah menyentuh tentang isu kesesakan lalu lintas di kawasan masing-masing. Permatang Berangan tidak terkecuali, juga ingin membangkitkan sekali Iagi berkaitan masalah aliran trafik yang berlaku di Kawasan Permatang Berangan. Pembangunan perumahan semakin rancak di Kawasan Permatang Berangan dan sekitarnya. 2332 unit perumahan Scientex Tasek Gelugor sedang dibina, 3709 unit perumahan Scientex Sungai Dua sedang dibina, 476 unit perumahan Taman Sepadu Jaya Fasa I & II serta perumahan terbaru di Kampung Paya Tok Akil melibatkan 1,100 unit rumah kediaman dan kedai. lni tidak termasuk dengan projek perumahan yang sedang berlaku secara besar besaran di Ara Kuda. Begitu juga dengan pembangunan perumahan baharu yang sedang berlaku di kawasan sekitar seperti di Kubang Menerong, SP Setia di Bertam dan juga di Padang Serai, Kedah. Pertambahan penduduk di semua taman-taman perumahan ini yang disebutkan tadi, akan menyumbang kepada pertambahan kenderaan dalam Kawasan DUN Permatang Berangan dan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di masa hadapan. Pada masa ini telah pun berlaku traffic jam pada watu puncak di Pekan Tasek Gelugor dan di Pokok Sena.
Oleh itu, Permatang Berangan mencadangkan supaya satu kajian yang komprehensif dapat dibuat berkaitan dengan pertambahan kenderaan ini sama ada perlu dibuat pelebaran jalan atau membina jalan alternatif. Kita perlu membuat perancangan yang teliti bagi menghadapi kesesakan lalu lintas ini. Bak kata pepatah ‘Kegagalan kita merancang bererti kita sedang merancang untuk gagal.’
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, menyentuh tentang kemudahan infrastruktur di luar bandar terutama di Permatang Berangan seperti Iongkang dan jalan mini tar, Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan banyak menerima banyak sekali aduan tentang banjir kilat yang berlaku akibat tiada sistem perparitan yang baik di kampung-kampung.
Begitu juga dengan kemudahan jalan mini tar yang baharu dan juga yang sedia ada yang banyak telah rosak. Jadi Permatang Berangan mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memberi lebih peruntukan untuk kerja-kerja ini ataupun memohon peruntukan dari Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi melaksanakan kerja-kerja penambahbaikkan infrastruktur di kawasan luar bandar.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Permatang Berangan juga menerima aduan daripada penduduk setempat yang perlu membayar kos penggunaan padang bola sepak di Kompleks Sukan Pokok Sena. Tapak Kompleks Sukan ini asalnya adalah padang awam yang disediakan oleh pemaju untuk kegunaan penduduk Taman Desa Sena. Tetapi apabila padang ini diserahkan kepada Perbadanan Stadium, semua masyarakat yang ada di Taman Desa Sena sini terpaksa membayar. Padahal asalnya mereka main di situ free sahaja, ya. Padang mereka telah diserahkan kepada Perbadanan Stadium dan sekarang ni mereka perlu bayar.
Masyarakat setempat khususnya anak-anak muda sering melakukan aktiviti sukan bola sepak di padang ini. Kini, mereka perlu membayar kos sewaan padang ini jika ingin menggunakan padang tersebut.
Diharapkan pihak Kerajaan dapat membantu rnencari solusi yang terbaik sama ada mengurangkan kos sewaan padang atau membenarkan penduduk setempat menggunakan padang tersebut secara percuma pada hari atau masa yang tertentu.
Selain itu, Permatang Berangan juga mencadangkan agar pihak kerajaan dapat menambah kemudahan-kemudahan sukan seperti membina gelanggang futsal dan gelanggang sepak takraw berbumbung di kawasan Kompleks Sukan Pokok Sena ini sebagai one stop centre bagi aktiviti-aktiviti sukan setempat.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali, sebagai penutup pada ucapan perbahasan bajet pada kali ini, Permatang Berangan ingin mengingatkan supaya kebajikan rakyat Negeri Pulau Pinang terus dijaga dan diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri.
Terima kasih kepada semua agensi Kerajaan yang telah membantu menyelesaikan semua isu dan permasalahan yang berlaku di Permatang Berangan sepanjang tempoh setahun yang lalu. Semoga hubungan yang baik ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan di masa hadapan. Semoga segala usaha kita membantu rakyat dikira sebagai satu ibadah dan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Permatang Berangan mohon menyokong. Sekian, Assalamualaikum Warohmatulahhita’ala Hiwabarokatuh.
Terima kasih Permatang Berangan dan seterusnya kita persilakan Penaga.
Assalammualaikum Warohmatulhi Wabarokatuh, Salam Sejahtera. (bacaan doa)
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua dan juga Pengarah Jabatan dan Agensi. Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Terutama sekali Penaga mengucapkan ribuan terima kasih memberi ruang dan peluang juga untuk mengambil serta dalam sesi Perbahasan Bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Jumaat, 22 November 2024. Sebelum itu, Penaga ingin merakamkan ucapan tahniah, yang pertama, dua,
ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Yang pertama atas Pembentangan Bajet 2025. Yang kedua, Penaga tengok tadi dalam akhbar bagaimana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menang kes saman fitnah daripada Taikun Tan Koh Peng, Presiden Kehormat Seumur Hidup, Dewan Perniagaan Tionghwa Pulau Pinang. Jadi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Yang kedua, tahniah juga kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan yang baru dilantik, Dato’ Zulkifli bin Long. Yang ketiga, sekali lagi Penaga rakamkan ucapan tahniah kepada rakan Yang Berhormat Sungai Bakap, yang telah dipilih untuk mewakili rakyat di DUN Sungai Bakap dalam Pilihanraya Kecil pada bulan Julai yang lepas. Berkaitan dengan Bajet Kerajaan Negeri 2025 daripada penggal lepas 2018, Penaga berada dalam Dewan ini melihat setiap tahun bajet dibentang dan kali ini melihat walaupun defisit, tetapi defisitnya lebih kurang RM33.6 juta, agak kecil berbanding dengan tahun lepas defisit berjumlah RM514.52 juta. Bukan tahun lepas, tahun ini, Bajet 2024. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan Belanjawan Fiskal ini, kita taulah untuk mengimbangi antara pendapatan Kerajaan Negeri dengan perbelanjaan kerajaan, apapun Penaga tegaskan dan Penaga memangnya tidak bersetuju, tak sealiran dengan rakan Bukit Tambun yang bersetuju kalau cukai tanah dinaikkan. Penaga sangat-sangat tidak bersetuju dan Penaga bersedia untuk menjadi hero bagi masyarakat dan rakyat dalam situasi, keadaan hari ini yang saya kira belum sampai masa untuk menambahkan pendapatan kerajaan dengan kita menaikkan cukai tanah walaupun tak disemak katanya lebih daripada 10 tahun. Bagi Penaganya ianya belum sampai masa, sebab dan keadaan cukai hari ini naik SST daripada 6 peratus kepada 8 peratus. Dengan kenaikan barang-barang keperluan, barang-barang makanan naik, naiknya harga diesel untuk pengangkutan, tarif air dan juga api yang turut naik dengan subsidi ditarik, jadi ini semua memberi kesan kepada rakyat.
Kita sebagai wakil rakyat mungkin boleh katakan kehidupan agak selesa tapi rakyat bawahan. Jadi kerajaan mesti memikirkan alternatif ataupun cara lain untuk menambahkan pendapatan Kerajaan Negeri dalam mengurus perbelanjaan untuk tahun hadapan. Mungkin boleh lihat dan paling tidakpun kita mesti berhemah dalam kita berbelanja, dan jangan ada kalau boleh jurang di antara golongan yang kaya dengan golongan miskin. Kita mesti seimbangkan. Misalnya yang kaya, kaya menikmati kekayaan negara, hasil masuk, dan yang miskin sangat miskin. Kita hidup di kawasan kampung, kawasan yang agak luar bandar, melihat setiap hari denyut nadi rakyat bawah yang sangat susah. Sehingga saya kisahkan kalau tak salah dalam penggal lepas pun bagaimana di Penaga, ada yang terpaksa ke kedai runcit nak beli beras, dia tak mampu untuk beli beras import yang satu kampit 5 kilo, 5 kilo terpaksa dibuka dan dibeli dalam satu kilo, dua kilo. Beli telur ayam tidak satu sepapan, 30 biji tetapi tiga biji, beli maggi sebungkus bawa balik untuk dimasak dan dimakan untuk ahli keluarga. Ini sangat susah sedangkan kita melihat di sana ada yang kaya termasuk kalau tengok dalam dalam akhbar pada hari ini bagaimana Perdana Menteri kita, YAB Perdana Menteri telah disenaraikan di antara pemimpin terkaya, ranking 17. Perdana Menteri kita terkebelakang dua daripada Singapura, menduduki ranking 15. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk dalam senarai pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan pemimpin dunia yang lain. Ini dalam akhbar. Ada yang kita tengok kekayaan, jadi pemimpin kita juga perlu tunjuk bagaimana mereka bersama rakyat dan dulunya kitanya pernah mendengar ucapan tak mampu nak tidur kalau ada rakyat yang susah, ada pelajar yang tak boleh nak meneruskan pengajian.
Penaga, Penaga
Sebab memerlukan biasiswa.
Penaga perlu kodkan sumber.
Ya, sumber ini memang betul dan saya
Akhbar mana?
Yang dikeluarkan, ini ada dikeluarkan dalam oleh Love Money, disenaraikan.
Love Money?
Disenaraikan…(gangguan). Dato’ Yang di-Pertua.
Untuk pengumuman, I rasa… (gangguan).
Dato’ Yang di-Pertua,
Kita tak boleh.
Mengelirukan Dewan Yang Mulia ini, Penaga.
Kita tak boleh terima (gangguan).
Nama sumber, berita itu pun sudah ragu-ragukan, Love Money.
Kena scam ha.
kalau tidak, tak boleh…. (gangguan). Kena tarik balik dulu, check balik sama ada Love Money… (gangguan).
Daripada mana warta ini boleh kodkan ini antara yang terkaya dengan nilai aset berjumlah sekejap ya, dengan nilai aset.
Daripada mana Love Money tu.
Kita tak boleh (gangguan).
Source berita tu daripada mana tu, source sumber?
Ini diperolehi daripada Perdana Menteri kita telah buat telahpun kemukakan disebut.
Disebut akhbar mana, akhbar mana?
Disebut sebagai…(gangguan).
Sumber akhbar mana?
Saya baca, saya baca.
Senang kita nak saman ka, apa ka, nak ambil tindakan kalau tak betul.
Akhbar mana?
Baik, saya baca, saya baca.
Kalau tidak betul, saya minta Penaga tarik balik dan jangan jadikan bahan rujukan dalam Dewan yang mulia ini.
Saya baca Dato’ Yang di-Pertua.
Sebut jangan baca, sebut.
Ini diambil daripada apa yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita juga sebelum berlaku pilihanraya dia telahpun mengisytiharkan harta. Berapa yang Dato’ Seri Anwar Ibrahim isytiharkan harta dia RM12 juta. Dia sendiri yang isytiharkan harta dia RM12 juta. Berapa RM12 juta dikodkan dalam USD adalah sebanyak 2.4 juta, maka daripada sinilah wartawan ini mengambil apa yang telah diisytiharkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum berlakunya pilihanraya Umum ke-15.
Wartawan tu nama apa?
Tadi dia isytiharkan sebanyak RM12 juta.
Penaga minta penjelasan Penaga, Penaga tadi kata title tu adalah orang-orang yang paling kaya di Malaysia, di dunia.
Bukan di Malaysia, di dunia dengan nilai.
Di dunia, RM12 juta.
Ya, senarai pemimpin terkaya dikeluarkan…(gangguan).
Di dunia.
Minta Penaga tarik baliklah.
Sumber?
Sumber yang tak… (gangguan).
Come on la (gangguan) Penaga. Jangan guna cheaps trick, jangan guna… (gangguan).
Ini bukan pemimpin, bukan… (gangguan).
Jangan guna cara-cara murah untuk dapat modal politik…(gangguan). Tarik balik.
Saya tak akan tarik dan saya rasa penyata ini benar kerana ini dia menyenaraikan pemimpin negara terkaya. Yang pertama disenaraikan Rusia. Kita tau dia punya Presiden dia, 200 bilion. Yang keduanya disenaraikan Korea Utara, Kim Jong Un sebanyak 5 bilion, yang ketiga China 1.5 bilion.
Timbalan Speaker, Tuan Timbalan Speaker jangan membenarkan Penaga untuk terus…(gangguan).
Penaga semua rujukan dari mana?
Saya tak akan tarik balik dan saya bersedia untuk dihadapkan kepada Jawatankuasa.
Sebab Penaga berhujah dengan orang yang tidak boleh defend diri dia di sini.
Di sini sememangnya telah tersebar. Saya merujuk kenapa diambil daripada sini kalau pun kita sebut, baik, kalau kita kata ini bukan antara yang terkaya tetapi aset yang nak sebutnya saya nak sebut aset yang dimiliki oleh PM kita adalah 12 juta RM. Betul tak betul.
Stop la, stop.
Kerana itu yang dikeluarkan, Ini dalam PRU ke-15, Anwar isytihar harta bernilai RM11.2 juta. 11.2 juta. Yang pentingnya dia termasuk dalam senarai kaya. So, ini daripada… (gangguan)
Ini bahaya, Penaga.
Diletakkan dalam senarai ini.
Penaga, kalau information itu tak betul dan bukan, you are subject to be sued you know.
Baik, baik saya bersedia.
Because you are talking about the Prime Minister of the country you better get your facts right you fail this wrong, I think, saya rasa tarik baliklah.
Penaga, kalau berani, berani ulang di luar Dewan.
Ya.
Ulang di luar Dewan, kalau tidak, tarik balik.
Saya ada sebut dan ini diberikan senarai.
Penaga, kalau tidak terbukti yang kukuh, tolong tarik balik ya.
Saya rasa kena tarik balik.
Kalau berani ulang di luar Dewan. Ulang di luar Dewan, kalau tidak tarik balik.
Saya hendak sebut dan ini diberikan senarai.
Kalau tidak ada bukti yang kukuh tolong tarik balik.
Tidak ada apa berita yang tidak berkaliber bernama money love guna di dalam Dewan.
Money love bukan wartawan.
Memalukan saja… (gangguan).
Rakan-rakan dan pendokong juga penyokong kepada PMX.
Tidak Penaga, kita sekarang.
Baik, saya bersedia tarik kalau ini senarai tidak betul tetapi apa yang dilaporkan dan sememangnya PMX kita adalah dari kalangan kaya sebab dia telah mengistiharkan hartanya sebanyak RM11.2 juta… (gangguan). Jadi saya sebut supaya kalau di sana ada yang golongan kaya di kalangan pemimpin kita. Ada yang sampai terlibat dengan isu rasuah dan seumpamanya. Isu rasuah, kita punya mantan Ketua Menteri kita masih lagi terpalit dengan isu kes rasuah terowong.
Itu kes masih dalam perbicaraan so tidak payah sebut di Dewan ini la ya.
Apa pun Ketua Menteri kita yang kali ini bersih sebab itu tadi Penaga mengucapkan tahniah dan kalau boleh Ketua Menteri kita pun kekal satu penggal lagi tak jadi masalah. Cuma oleh kerana enakmen membataskan. Ini saya hendak sebut supaya kita berhemah termasuklah dalam mengurus lawatan keluar negara pun di kalangan menteri kita, EXCO kita, mesti juga berhemah termasuk apa yang dibangkit oleh Penanti dan saya juga hendak tekankan sekali lagi lawatan Timbalan Ketua Menteri I kita ke Mesir dan ke Jordan bawa delegasi yang ramai. Bersama dengan Timbalan Ketua Menteri I, dua EXCO, di bawa lagi daripada Majlis Agama Islam sebanyak dua (2) orang, daripada Zakat, daripada Wakaf, KITAB, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Setiausaha Sulit pergi, Pegawai Khas pergi, wakil-wakil agensi. Satu rombongan dengan menelan belanja kos yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM307,823.00 daripada sumber mana perbelanjaan dikeluarkan? Ini saya nampak perbelanjaan tidak berhemah daripada kalangan EXCO ke luar negara sebab itu dalam soal ini.
Itu tidak termasuk satu lagi yang saya hendak minta penjelasan juga kadang-kadang di peringkat bawahan komuniti ada jawatankuasa yang dibentuk dalam satu komuniti ada dua fungsi yang sama. Ini juga saya nampak ke arah pembaziran wang rakyat. Sebagai contoh kita MPKK, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Kita ada pula selepas itu dilantik pula JPKKP. Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan dalam satu komuniti yang hendak mengurus benda yang sama, hendak jaga komuniti dari sudut keselamatan, kesejahteraan. Tiba-tiba ada dua entiti yang dibentuk yang saya kira yang saya nampak ini wang rakyat dibazirkan lebih pada hendak beri elaun kepada penyokong masing-masing kerana di bawah JPKKP ini dia punya ahli pun seramai satu malaysia ini 15,000 orang lebih. Elaun yang paling tinggi dibayar di Selangor tidak salah saya sebagaimana disebut oleh menteri yang bertanggungjawab yang hari sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah lebih daripada RM1,500 dan juga di Johor RM1,200 kalau tidak salah. Ini sangat besar wang rakyat yang digunakan sebab itu di Pulau Pinang saya minta supaya dalam soal kita berhemah kita berjimat jangan sampai belanjawan kali ini walaupun kita nampak dia punya defisit dia rendah tetapi setakat hari ini ataupun dalam tempoh sekarang saya nampak jangan sekali-kali kerajaan memikirkan ataupun berusaha untuk membuat keputusan untuk menaikkan harga tanah. Itu yang saya hendak tegaskan.
Baik Dato’ Yang di-Pertua, saya terus dalam isu antarabangsa.
Isu kemanusiaan dan antarabangsa. Saya melihat dalam Dewan hari ini, semua rakan-rakan saya 28 orang telah mengambil sesi perbahasan tapi tidak ada seorang pun yang boleh menyentuh soal isu Palestin. Kalau penggal lepas rakan saya daripada Bukit Tengah bawa usul
dan kita juga bincang bersama dan kita bersolidati untuk Palestin tapi hari ini setelah 416 hari bumi Gaza diserang, sudah melebihi satu tahun daripada 7 Oktober tahun lepas sehingga hari ini 416 hari dunia sudah mula membutakan mata, tidak lagi melihat penderitaan, kesengsaraan yang dialami oleh saudara kita di Palestin khusunya di Gaza. Dunia termasuk kita juga telah memekakkan telinga. Kita tidak mendengar tangisan, rintihan kanak-kanak menangis di waktu malam kesejukan, rumah mereka telah musnah tidak ada tempat tinggal, menangis tidak ada makanan, sakit menderita tidak ada ubat-ubatan. Hari ini dunia memekakkan telinga masing-masing dengan penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara kita di mana hak asasi manusia di mana kita melaungkan untuk keamanan sejagat dan seumpamanya. Rejim zionis yang ganas dan zalim itu terus membedil setiap hari dentuman bom-bom kedengaran di bumi Gaza. Jadi kita perlu pertegaskan dalam Dewan yang mulia ini, Insya-Allah seluruh Ahli Dewan menegaskan penjajah selamanya tiada hak untuk wujud kerana mereka menjajah. Selama-lamanya tiada hak untuk wujud. Siapa pun temu-ramah kita, wartawan mana pun yang datang. BBC ke, CNN ke bukan yes. Penjajah tidak ada hak untuk wujud dan penjajahan selamanya tiada hak untuk dipertahankan kerana mereka menjajah dan mereka merampas tanah saudara kita dan Palestin itu perlu dimerdekakan sebab itu saya tengok dengan apa yang telah Perdana Menteri kita juga yang saya harap kekal dengan pendirian.
Terima kasih. Perdana Menteri kita juga kekal dengan pendiriannya. Terima kasih juga.
Ya, maknanya kita tetap mempertahankan dan bersoladariti untuk saudara kita bukan yes untuk Israel ataupun Zionis.
Penaga, kalau saya boleh mencelah berkenaan dengan isu Palestine ini. Walaupun kita selalu ada isu-isu yang kita tidak boleh bersetujulah seperti yang tadi dibawakan isu Perdana Menteri dan hartanya dan sebagainya tapi saya rasa ini satu isu yang kita selalu boleh bersetuju untuk bekerjasama. Sebenarnya pada makan tengah hari tadi bila berjumpa dengan Yang Berhormat saya pun telah pun membangkitkan isu Palestin dengan Yang Berhormat. Saya ada katakan memang kali ini macam Dewan kita ini tidak ada banyak orang yang berbahas tentang isu Palestin dan saya pun berharap apabila Penaga berucap nanti saya bagi tahu tadi bahawa kita boleh bersama-sama membawa isu Palestin ini. Memang kalau kita lihat keadaan di Gaza ini sekarang memang menjadi sangat-sangat teruk. Israel telah pun langsung tidak menghirau undang-undang antarabangsa. Tiga hari lalu International Criminal Court, Mahkamah Antarabangsa Jenayah telah pun mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Perdana Menteri Israel, Bentayahu. Itu adalah satu perkembangan yang cukup baik sekali tetapi kita lihat pada masa yang sama Israel masih tetap lagi menyerang Gaza tak henti-henti. Jadi saya rasa, saya rasa kita harus dalam Dewan ini untuk bersama-sama berdiri tegak dalam bersolidariti dengan Gaza. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, apakah pandangan usaha Perdana Menteri kita yang baru-baru ini yang telah pun menyatakan yang tegas katakan bahawa sedunia harus bekerjasama untuk menggantungkan keahlian ataupun membuang Negara Israel daripada United Nation. Apakah pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih rakan saya.
Ini bukan daripada love money... (ketawa)
Daripada Bukit Tengah yang telah mencelah berkaitan dengan isu Palestin dan sememangnya saya bersetuju. Isu Palestin adalah isu kemanusiaan sejagat kita bersama dan sesiapa pun yang mengambil langkah ataupun berusaha ke arah untuk memastikan Palestin ini dimerdekakan memang kita terus memberi sokongan termasuk Perdana Menteri kita. Negara kita mesti tegaskan dan kita tidak berkompromi kalau di sana ada usaha-usaha ataupun pengiktirafan ke arah kepada Israel ini sebab itu saya pertegaskan sekali lagi apa yang saya sebut tadi kita mesti tegaskan penjajah selamanya tiada hak untuk wujud dan penjajahan itu tiada selamanya berhak untuk dipertahankan.
Dato’ Yang di-Pertua dalam isu Palestin ini sepatutnya bila kita bersama-sama bersolidariti dan kita melihat penderitaan yang dialami maka kita sangat marah kepada zionis dan sepatutnya mana-mana proksi kepada Israel ini kita mesti tolak termasuklah dalam isu black rock yang telah membeli saham MAHB sepatutnya kita rakyat juga perlu bantah dan sepatutnya Ahli Parlimen kita juga bangkit menyatakan pendirian kenapa…(gangguan).
Mohon mencelah.
Masa hendak habis dah ni.
Saya cuma hendak memperbetulkan tadi maklumat yang dapat itu daripada apa tadi?
Sat saya tengok.
Tapi sepatutnya daripada Sinar ya. Sinar Harian ada berita berkenaan dengan kedudukan Perdana Menteri. Jadi kita tidak usah panjangkan cerita ini.
Tidak mengapa statement ini nanti buat di luar. Boleh ya? (ketawa)
Tidak saya hendak memperbetulkan sebab kata tadi daripada…(gangguan).
Kita fokus dengan isu rakyat.
Baik, terima kasih Penanti. Saya teruskan. Jadi kita mesti membantah dan kita juga sebagai rakyat, Ahli Parlimen mesti berusaha untuk memastikan kerajaan tidak meneruskan kerjasama dengan black rock ini kerana dia semangnya adalah pro kepada Israel. Ini yang sepatutnya dibangkitkan tetapi malangnya agak terkilan apabila Ahli Parlimen Bagan, bukan Air Putih, Parlimen Bagan dalam kenyataan dia, kenyataan media dia tiba-tiba mempertikaikan tentang lawatan delegasi Taliban bertemu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia yang sambut delegasi Taliban ini yang dikatakan hanya disebabkan kerana mereka mendiskriminasikan kaum wanita dengan tidak membenarkan belajar di peringkat kolej ataupun universiti. Itu hanya satu part, 1 bahagian sahaja sedangkan Palestin ini bukan mereka tidak dibenarkan bukan mereka hendak belajar pun sekolah-sekolah sudah dimusnahkan, kolej, universiti semua dimusnah. Itu lebih teruk dan sepatutnya kita lebih ke hadapan untuk membela Palestin daripada kita mempersoalkan untuk membangkitkan isu-isu yang dibangkitkan. Jadi soal Afghanistan ini ataupun Taliban ini, dia ada kedutaan dia di Malaysia dan mereka bukan saja berjumpa dengan KPM, delegasi Taliban ini berjumpa dengan KPM tetapi mereka juga boleh jumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, berjumpa dengan Menteri Agama, bertemu dengan Mufti Perlis dan lain-lain. Maka sepatutnya kita mesti menasihati paling tidak pun supaya mereka melihat kehadapan dengan tidak mendiskriminasikan kaum wanita di sana. Kita bebas dan terbuka termasuk delegasi daripada Barisan Nasional yang pergi ke Negara China. Dulu bukan main terutama sekali UMNO yang sangat alergik dengan komunis. Kita terbuka, depa hendak pergi untuk belajar untuk mengambil apa yang teknologi ataupun apa yang telah berjaya dilakukan oleh China ahlan wasahlan dipersilakan tapi janganlah apabila ada daripada sebahagian ataupun Taliban ini yang sepatutnya kita membantu mereka setelah mereka berjaya membebaskan negara mereka daripada dua cengkaman penjajahan yang pertama di mana negara mereka diceroboh oleh Soviet Union daripada tahun 1979 sehingga tahun 1989 10 tahun di bawah Soviet Union kemudian Amerika bahkan akhirnya mereka berjaya mengusir Amerika dan mereka hendak bina semula negara mereka sebaliknya Malaysia memberi support dan memberi sokongan untuk Afghanistan ini bangkit setaraf dengan negara-negara termasuklah paling tidak pun sama dengan negara kita, negara Malaysia.
Baik Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak masuk kepada isu setempat. Yang pertama, saya hendak bangkitkan soal isu pesawah juga sebab Penaga ini Dato’ Yang di-Pertua, daripada 17 qaryah 9 UDM di Penaga semua adalah pesawah kawasan yang kita zoom in untuk pesawah ini sebagai jelapang padi untuk negeri kita Penaga. Jadi, setiap hari banyak perkara yang dibangkit oleh petani ini yang saya dengar sendiri berkaitan dengan harga padi walaupun harga syiling yang kerajaan tetapkan RM1,300 tapi dulunya dibeli dengan harga RM1,680 diturunkan kepada RM1,400. In juga memberi kesan kepada sebahagian daripada pesawah. Kemudian kenaikan kos sewa mesin dan alat pertanian, kenaikan kos mesin jentera dan alat pertanian kerja tuai dan traktor bajak menambah tekanan kewangan kepada petani. Kos sewa ini meningkat dengan ketara yang menambah beban operasi mereka. Kemudian ada peningkatan kos upah dan seumpamanya, kalau saya hendak sebut satu-satu, sangat sedih dan sangat kasihan kepada pesawah, peladangan kita kepada pesawah ini terutama sekali perbandingan antara kos sebelum harga diesel naik dengan selepas diesel dinaikkan. Baik contoh, ini mereka bagi. Harga padi yang saya sebut tadi daripada RM1,680 turun kepada RM1,400. Walaupun dia masih belum melepasi ataupun turun ke peringkat siling harga siling tetap oleh kerajaan RM1,300. Kemudian sewa traktor, bajak, serelung kalau dulu adalah RM180.00 naik kepada RM280.00, kemudian upah lori
tarik, tarik apa dia padi lori yang masuk ambil daripada mesin dibawa ke kilang upah lori daripada RM25.00 per tan naik kepada RM35.00 per tan. RM10.00 setiap satu tan. Kemudian daripada benih padi, benih padi daripada dulunya saya telah dapat bangkitkan daripada RM28.00 per beg naik kepada RM35.00 naik lagi musim lepas kepada RM45.00 dan hari ini terkini di pintu kilang dijual dengan RM55.00 tapi dijual kepada petani antara RM58.00 kepada RM70.00 satu beg. Ini benih padi. Hanya dalam tempoh empat (4) tahun kenaikan harga benih padi melebihi daripada 100%. Inilah yang dialami oleh semua pesawah-pesawah.
Oleh sebab itu saya minta kepada kerajaan, EXCO yang bertanggungjawab untuk prihatin dan tengok macam mana cara untuk kita membantu pesawah-pesawah kita. Maknanya kalau mereka buat ataupun tidak, nak kata senang tu tidak tetapi sekadar boleh untuk meneruskan kehidupan mereka dan juga keluarga mereka. Itu yang pertama berkaitan dengan kebajikan peladang dan juga pesawah. Walaupun disebut tadi oleh Permatang Berangan, NAFAS pun tidak bernafas dah hari ini kan. Yang menyebabkan baja padi tak dapat sampai kepada petani dalam masa keadaan baja diperlukan. Ini benar-benar yang sepatutnya diberi perhatian dan terima kasih juga walaupun kita tengok dah dua tahun, Kerajaan MADANI, perpaduan MADANI, Ketimbang memerintah dua tahun. Tapi beras tempatan memang masih tidak ada lagi di pasaran, kedai-kedai runcit, di kedai dan di supermarket dan seumpamanya. Walaupun tadi disebut oleh Permatang Berangan dan terima kasih kepada EXCO yang tolong jawab telah pun membuat kenyataan media ataupun sidang media bahawa beras Cap Feri ni akan dikeluarkan di Pulau Pinang. Dia punya apa dia, pelancaran itu pada 19 Oktober bulan lepas dan harap, Insya Allah berakhir persidangan dewan ini Insya Allah tiap kita ni boleh bawa balik seorang sekampitlah Insya Allah. Mungkin YB EXCO boleh bagi kan untuk kita rasa beras tempatan daripada negeri kita Cap Feri, Insya Allah.
Kemudian saya juga nak sentuh Dato’ yang di-Pertua, berkaitan dengan naik taraf pondok polis Penaga. Walaupun saya dah bangkit penggal lepas dijawab juga dan sekali lagi saya merayu sebab ini permintaan hasrat daripada penduduk Penaga. Dengan adanya pondok polis, tiga (3) pondok polis, sepatutnya dinaik taraf salah satu daripada tiga itu daripada balai untuk memudahkan urusan repot dan seumpamanya. Yang saya lihat memang data yang diberi pun hari ini terutama sekali kami di Penaga, DUN Penaga, DUN Pinang Tunggal dan juga DUN Bertam berkongsi satu balai saja. Balai Polis Kepala Batas. Tidak ada Balai Polis yang lain. Jadi kalau tidak pun di Penaga, paling tidak pun di Pinang Tunggal. Pinang Tunggal lagi miskin daripada Penaga, Dato’ Yang di-Pertua. Pondok polis pun tak ada. Satu pondok polis pun tak ada di Pinang Tunggal. Paling tidak pun rai untuk kita memastikan paling tidak dengan adanya pondok polis rondaan boleh kerap dibuat dan boleh mengawal ataupun menjaga keselamatan penduduk setempat. Ini kita tengok data yang telah diberi seorang anggota terpaksa kena jaga 1,350 di Pinang Tunggal lah. Ini memang sangat apa dia kita kata serius dan sepatutnya ditambah anggota-anggota PDRM ini daripada semasa ke semasa.
Dato’ Yang di-Pertua, saya pergi pula kepada isu setempat juga. Isu yang ketiga. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, kalau ikut aturan Perbahasan ni, Penaga tengok, Penaga ni ranking tiga terakhir pembahas. Yang terakhir adalah Bertam. Dua (2) terakhir adalah Air Putih, tapi Penaga sabar walaupun mereka mengambil dulu giliran. Jadi saya harap Dato’ Yang di-Pertua, kita dapat sabar dengan Penaga menamatkan Perbahasan jam 6.30, Insya Allah… (gangguan).
Seminit. Satu minit
Dato’ Yang di-Pertua. Baik, saya nak minta juga untuk Penaga ni dan sebagaimana kita semua sedia maklum Penaga ini agak terpinggir terbelakang, dari segi pembangunannya sebab kita nak jaga kawasan padi. Zoning padi, jadi kita tak benarkan pembangunan, tapi infra tu saya harap di Penaga diberi perhatian. Diberi perhatian. Dan apa yang saya nak bangkitkan juga, saya nak minta untuk diwujudkan hub bas Rapid Penang ini di Kuala Muda. Sebab sekarang ini tidak ada kita kata mini station bas Rapid ini. Di Kuala Muda tu, bas maksudnya sampai, parking tepi jalan, drebarnya dia, pemandu pun rehat seketika. Sebelum sampai waktu perjalanan baru dia meneruskan. Jadi saya nampak keperluan untuk dilihat, kalau perlu ambil tanah pun mungkin tanah kerajaan ada, TOL boleh diambil satu tempat, dijadikan sebagai hub ataupun station mini, Station bas untuk Rapid Penang ni supaya ianya memberi lebih keselesaan kepada penduduk setempat yang menggunakan perkhidmatan Rapid Bas Penang ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga nak mengambil kesempatan pada sidang kali ini, nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang telah menyediakan mesin ATM baru di lokasi kawasan Masjid Dato’ Sheikh Adnan yang saya kira memberi banyak keselesaan kepada penduduk setempat yang dulu Penaga telah bangkitkan hanya ada satu mesin ATM. Alhamdullillah dan ditambah dan ada lagi tempat-tempat yang berpotensi, jadi kita mengalu-alukan, mana-mana pihak daripada bank-bank untuk turut juga meletakkan mesin ATM bagi kemudahan penduduk setempat mengeluarkan wang mereka. Sebab orang Penaga ni, kebanyakkannya semua kaya-kaya. Duit dalam bank. Selain daripada duit orang tu, semua duit depa.
Tadi kata miskin.
Dato’ Yang di-Pertua saya pergi kepada isu seterusnya, sebab saya nak ringkaskan masa, Insya Allah berkaitan dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Walaupun Batu Maung tidak ada, tapi supaya diberi perhatian supaya dijawab dalam pergulunggan. Isu pemilihan kariah. Kalau pemilihan kariah yang lepas, ada isu berbangkit, panas, hangat. 12 daripada Pengerusi yang telah dipilih oleh Jawatan Alih Pemilihan, Mesyuarat Agung Kariah digugurkan. Ramai yang tidak berpuas hati, tak berpuas hati, Pengerusi Kariah Masjid Seberang Jaya, Kariah Masjid At-Taqwa Bertam Indah. Untuk kali ini, bagi sesi 2026 dan sesi 2028, yang saya kira akan berlaku langsung pemilihan Mesyuarat Agong ni, walaupun saya telah mendapat khabar-khabar angin, sebab tu saya nak memohon penjelasan daripada Batu Maung dalam sesi pergulungan adakah benar ataupun tidak bahawa pemilihan Jawatankuasa Kariah untuk sesi 2026 hingga 2028 ini akan dipilih oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri tanpa melalui proses Mesyuarat Agong di peringkat kariah. Jadi saya nak mohon Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan betul ataupun tidak khabar angin yang berlegar itu. Kalau tak betul, maka kita nak pastikan Insya Allah Mesyuarat Agong di peringkat kariah itu dapat dilaksanakan dengan baik dan wakil yang dihantar oleh Pejabat Agama untuk memantau melihat Mesyuarat Agong tu, dia mesti bersuara, dia mesti bercakap. Kalau di sana ada lantikan, orang yang tidak sepatutnya ataupun orang yang tidak boleh memegang jawatan itu mesti diberitahu awal supaya anak kariah boleh buat pemilihan
orang lain. Janganlah bila sampai dah kepada pihak Majlis Agama Islam, ditapis jika ini tidak memenuhi kriteria dan seumpamanya, digugurkan menyebabkan anak-anak kariah tidak puas hati dengan Pengerusi yang telah mereka pilih. Yang ke-dua Dato’ Yang di-Pertua dalam isu… (gangguan).
Eh dua (2) lagi …. Masa dah nak habis dah ni.
Yang keempat, 4.2 maaf saya sebut isu kesihatan. Yang ini rakan saya EXCO mungkin boleh ambil perhatian. Dato’ Yang di-Pertua, suka saya menarik perhatian Dewan, rakyat Malaysia ni, rakyat Malaysia bukan rakyat Pulau Pinang sahaja, rakyat Malaysia satu negara menghidap pengidap diabetis ini kelima tertinggi di dunia. Betul tak betul Yang Berhormat EXCO, kelima tertinggi di dunia. Pakistan nombor satu, Kuwait nombor dua, Mesir nombor tiga… (gangguan).
Yang itu betul ha.
Qatar nombor empat, lima Malaysia. Ini betul ni, data betul ni… (gangguan).
Ini bukan dari love money. Ini betul.
Ini data yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Diabetis Antarabangsa (IDF) dan 20% kelaziman pada orang dewasa direkodkan di negara ini. Dengan kalau berdasarkan data yang saya perolehi tahun 2021, tiga tahun yang lepas dok ada empat juta lebih 4.4 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis. Jadi benda ini perlu diberi perhatian oleh kita semua mungkin di kalangan kita pun ada yang dah kena penyakit ini. So saya nak cadangkan pada Yang Berhormat EXCO kempen kalau kita berjaya Kempen Sehari Tanpa Plastik jadi Penaga nak cadangkan kepada Kerajaan Negeri, kita buat Kempen Sehari Tanpa Gula. Orang Malaysia ni, Dato’ Yang di-Pertua orang Malaysia senyumannya manis, jadi janganlah kencing pun manis juga. So saya nak cadangkan supaya kita buat Kempen Sehari Tanpa Gula. Penggal lepas bila saya bangkitkan perkara tersebut kepada Yang Berhormat EXCO, air teh, kopi tu asingkan gula dan telah pun dibuat di Dewan makan kita… (gangguan).
Penaga, hari ini ada satu gula altenatif iaitu gula O ni berbanding dengan gula pasir. Apakah ini satu altenatif untuk kesihatan?
Itu kena tanya doktor lah tapi bagi saya gula ni manis, kalau gula tu tak manis bukan gula namanya itu racun. Kemudian Dato’ Yang di-Pertua, untuk rakan saya Yang Berhormat EXCO juga untuk kesihatan, vape yang telah dibangkitkan oleh beberapa rakan-rakan di kalangan pembahas. Yang saya nampak makin kritikal di kalangan pelajar-pelajar bukan sahaja di sekolah menengah tapi sekolah rendah…(gangguan).
Yang ini dah disentuh la Penaga. Masa dah habis dah ni. Ni dah betul-betul injured dah ni.
Pukul 5.00 tepat saya akan berhenti.
Oh, jangan… (gangguan).
Jadi vape ini, walaupun bagi orang Islam, kita dah ada fatwa yang mengharamkan. Jadi saya minta juga kepada Majlis Agama supaya mereka berkempen kesedaran. Kerana fatwa telah dikeluarkan, kempen kesedaran melalui khutbah Jumaat dan seumpamanya tapi bagi masyarakat yang lain termasuk dikalangan yang non Malay ataupun bukan Islam kerana benda ni bagi saya, vape ini, sebagaimana saya difahamkan oleh doktor. Kalau doktor tu tak betul, saya tak betul jugak, dia lebih bahaya daripada rokok biasa. Rokok elektronik ni, vape ini dia lebih bahaya dan perlu diharamkan ataupun dicegah so saya nak lihat Kerajaan Negeri mesti lebih serius dengan isu ini terutama sekali pemantauan telah pun dibuat diperingkat sekolah. Samada di sekolah menengah dan lebih-lebih lagi di sekolah rendah. Dato’ Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan saya nak pergi yang terakhirlah. Saya lompat, saya langkau, yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua ada dibangkitkan ataupun ada yang minta supaya saya bangkitkan isu. Ini Tanjung Bunga boleh respond dalam penggulungan, penjelasan berkaitan dengan Lebuh raya Pintas Pakej 2. Nyatakan status kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi melaksanakan kerja-kerja pengerudian terkawal dan letupan di Bukit Batu Lancang dan juga Bukit Relau. Terowong ini adalah untuk menyambung Lebuhraya Air Itam dengan Lim Chong Eu. Pakej 2 yang sedang giat dalam pembinaan. Mengapakah projek jalan ini diteruskan sedangkan kelulusan untuk kerja-kerja pengerudian bukit masih belum diperolehi. Itu yang diminta kepada saya untuk saya kemukakan mohon penjelasan samada dia dapat ataupun tidak dan status projek ini.
Okey, sekian.
Okey, Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan MADANI, perkasa rakyat, buruh asing aman di Malaysia, kos sara naik, belanja hidup meningkat, duit gaji sekadar cukup makan sahaja. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dewan Ditangguhkan
Penaga menyokong dak ni? Alhamdullillah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025 telah disempurnakan dengan keseluruhan Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian. Maka dengan itu Dewan ditangguhkan dan akan bersidang pada besok hari, hari Rabu 27.11.2024. Sekian, terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahhi wabarakahtuh.
Dewan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.