Pulau Pinang · 27 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 517 turns · 52,177 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina (Bertam)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. “Bacaan doa”. Soalan-soalan lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi soalan lisan dan saya nak menjemput Bagan Jermal, sila.
Hampir-hampir saya tak sempat, soalan Bagan Jermal 34.
No. 34. Saya mengucapkan terima kasih kepada MMK Kebajikan atas usaha membantu golongan papa. Namun kekangan di bawah Akta Papa menyukarkan bantuan disalurkan kepada golongan papa yang menghadapi masalah kesihatan mental, HIV dan penagihan dadah. Huraikan apakah kekangan yang dihadapi dan berapakah kes di bawah golongan ini dalam beberapa tahun terdekat ini?
Selamat pagi saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, selamat pagi dan terima kasih kepada soalan 34 daripada rakan saya daripada Bagan Jermal. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab mengambil dan memulihkan orang papa iaitu pengemis dan peleser berdasarkan peruntukan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 atau Akta 183. Walau bagaimanapun, kekangan yang dihadapi bagi membantu golongan orang papa ini adalah kerana Prosedur Tetap Operasi Tindakan Mengambil Orang Papa di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 yang menyatakan pihak JKM tidak mempunyai kuasa bagi mengambil dan membantu Orang Papa seperti berikut:
Yang pertama, kes bukan warganegara.
Yang kedua, kes pemegang Kad United Nations High Commissioner for Refugees atau lebih dikenali sebagai UNHCR.
Yang ketiga, kes disyaki berpenyakit mental.
Keempat, kes disyaki mempunyai masalah kesihatan kronik ataupun penyakit berjangkit.
Kes kelima, kes disyaki penagih dadah.
Yang keenam, kes menghidu gam.
Yang ketujuh, kes ketagihan alkohol dan.
Yang kelapan, kes kutipan derma tanpa kelulusan. Namun begitu, pihak JKM akan menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bagi membantu memberi rawatan
kepada golongan ini. Maksudnya untuk kes-kes di mana pihak JKM yang mempunyai had batasan untuk mengambil tindakan di bawah Akta Orang-Orang Papa, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang akan memberi bantuan dan juga rawatan kepada golongan ini.
Selain daripada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang akan mengenal pasti pesakit daripada orang gelandangan atau papa seterusnya dirujuk kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan atau JKSP untuk tindakan selanjutnya. Jadi pesakit yang mempunyai masalah kesihatan kronik akan dirujuk ke Klinik Pakar atau Klinik Kesihatan terdekat mengikuti keperluan bagi rawatan yang lanjut. Jadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga sedar tentang kekangan khasnya isu ini dan kini dalam proses untuk menubuhkan satu jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani dan membantu populasi gelandangan termasuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental dan juga penyalahgunaan dadah. Jadi bagi jumlah kes golongan orang papa yang mempunyai penyakit kesihatan mental, HIV dan juga penagihan dadah sepertimana yang ditanya oleh rakan saya daripada Bagan Jermal juga akan diberi selepas sesi soal lisan ini. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, Dato’ Speaker.
Sila.
Sebenarnya masyarakat umum dia tidak faham tentang proses ini dan apabila mereka nampak bahawa orang yang sama berada juga di kawasan awam semula bergelandang dekat sana jadi mereka ada persepsi bahawa memang masalah tidak selesai walaupun tindakan yang sewajarnya telah diambil. Jadi di sini, saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat EXCO adakah Kerajaan Negeri turut akan mempertimbangkan untuk menyediakan satu Pusat Transit untuk golongan untuk membantu golongan sebegini, terima kasih.
Terima kasih soalan daripada rakan saya daripada Bagan Jermal. Sememangnya saya rasa umum kita mengambil maklum di mana Pusat Transit Gelandangan yang pertama, telah pun disediakan di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang tapi isu yang tadi Yang Berhormat Bagan Jermal bangkit sememangnya betullah, itu adalah satu realiti di dalam masyarakat kita di mana sebenarnya kalau kita lihat khasnya orang gelandangan atau orang papa yang menghadapi isu kesihatan mental ini di pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang juga, di mana selaku institusi rawatan, kena ingat ya, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bukan penjara, bukan boleh kita simpan semua yang menghadapi isu ataupun kesihatan mental disebabkan ada mereka yang mempunyai isu-isu kesihatan mental ini, biasanya akan dirujuk kepada institusi kesihatan yang berkenaan dan selepas rawatan dan tinjauan untuk memulihkan orang tersebut daripada isu kesihatan mental yang dihadapi memang mengikut SOP kita perlu kita sebab kita bukan penjara, kita tak ada hak untuk mengekang kebebasan orang tersebutlah. Jadi, itu salah satu isu yang tadi saya sebut dalam jawatankuasa yang bakal kita tubuhkan untuk menjawab isu ini, itu salah satu perkara yang kita akan ambil perhatian. Terima kasih.
Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, pada bulan yang lepas saya telah menyertai EXCO Kebajikan untuk mengadakan satu operasi menyelamatkan orang gelandangan tetapi kita menghadapi isu yang dibangkit oleh Bagan Jermal iaitu semasa kita, macam susah nak mengenal pasti orang mental dia ada masalahlah kerana masa itu ada pegawai daripada JKN tetapi tiada pakar di lapangan dan Rumah Transit di C.Y. Choi itu tidak dapat untuk simpan atau let the person to stay there for one night lah transitlah so masalah macam ni bagaimana untuk selesailah kerana di masyarakat memang macam Bagan Jermal kata, orang itu masuk satu minggu, dia akan keluar balik, masuk punya jam mungkin ada sedikit masalah mental selepas satu minggu mental issue dia tak ada masalah, dia balik ke tempat yang sama dan kita dapat aduan yang sama jugalah. So bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
Terima kasih rakan saya daripada KOMTAR. Sememangnya tadi dalam jawapan kepada soalan tambahan kepada Yang Berhormat Bagan Jermal, betul kita akui ada isu-isu sebegini memang dan memang ada SOP sepertimana tadi Yang Berhormat KOMTAR pun telah bangkitkan. Untuk mengenal pasti sama ada itu orang betul-betul ada kesihatan mental, kadang-kadang ada orang yang pura-pura juga, kita perlukan pakar kesihatan untuk menjalankan pemeriksaan yang sewajarnya. Biasanya perkara tersebut kita hanya dapat dijalankan di bawah institusi rawatan yang sewajarnyalah. Namun demikian, itu salah satu point sebenarnya apabila saya bincang bersama dengan Yang Berhormat Sungai Pinang tentang isu ini, ini adalah satu isu yang kita akan lihat bagaimana jawatankuasa untuk kita selaraskanlah sebenarnya misal katanya, kalau ada insiden di mana ada orang yang mempunyai isu kesihatan mental ini, sebenarnya pihak polis diberikan kuasa untuk membawa orang tersebut kepada institusi rawatan tapi kadangkala kita pun terima ada sedikit rintihan di mana penyelarasan tu tidak distandardized, dengan izin. Jadi itu salah satu isu yang kita akan lihat bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan. YB EXCO, saya lihat isu ni dia kadang-kadang koordinasi yang kurang antara Jabatan Kerja Sosial, Perubatan Hospital dengan pihak JKM dan saya ucap tahniah kepada YB EXCO Kebajikan sebab dalam MMK Kebajikan kita telah jemput Jabatan Kerja Sosial untuk datang bentanglah apa yang masalah yang mereka hadapi. So untuk jawatankuasa yang disebut oleh YB EXCO tadi, adakah dia akan merangkumi agensi-agensi yang berkaitan termasuk juga Imigresen untuk kita mengenal pasti pendatang asing yang juga tergolong dalam golongan papa ini.
Terima kasih rakan saya daripada Kebun Bunga. Ya, sememangnya kita akan melibatkan semua agensi-agensi yang terlibatlah termasuk sepertimana Yang Berhormat Kebun Bunga sebutkan tadi tentang melibatkan Jabatan Imigresen juga khususnya dalam isu kita mengendalikan orang gelandangan ataupun orang papa yang mungkin disyaki. Tapi berbalik kepada soalan tadi, asal saya apabila saya menjawab kepada Yang Berhormat Bagan Jermal, memang ada kekangan daripada itu di mana di bawah akta ataupun di bawah Prosedur Tetap Operasi Tindakan di bawah JKM itu, kes bukan warganegara dan juga khasnya pemegang kad UNHCR itu pun antaranya cabaran yang besar
dan saya rasa itu di luar batasan ataupun kuasa Kerajaan Negeri. Namun demikian, kami memberi komitmen melalui jawatankuasa tersebut. Ini antara isu yang kita akan lihat bagaimana kita nak selesaikan isu yang telah membelenggungi masyarakat kita buat masa ini. Terima kasih.
Terima kasih dan Pengkalan Kota, sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan daripada Pengkalan Kota, soalan 35.
No. 35. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memartabatkan warisan tidak ketara untuk disenaraikan sebagai warisan dunia demi pembangunan bidang kebudayaan dan pelancongan Negeri Pulau Pinang
Terima kasih, selamat pagi Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pengkalan Kota menanyakan soalan berkenaan warisan tidak ketara untuk disenaraikan sebagai Warisan Dunia. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang bekerjasama dengan Jabatan Warisan Negara untuk mencalonkan tiga warisan kebudayaan tidak ketara iaitu Kebaya Nyonya, Chingay dan Tarian Singa sebagai UNESCO Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity. Pakaian tradisional kebaya telah dicalonkan secara bersama oleh Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand pada tahun 2023 sebagai Kebaya: Knowledge, Skills, Traditions and Practices. Pencalonan ini sedang dalam proses penilaian oleh pihak UNESCO. Di samping itu, beberapa siri bengkel telah diadakan oleh Jabatan Warisan Negara dengan melibatkan penyertaan dari pihak-pihak berkepentingan dari Pulau Pinang juga bagi penyediaan dokumen pencalonan persembahan Chingay (pencalonan bersama Malaysia dan Singapura) dan Tarian Singa (pencalonan bersama Malaysia dan China). Kerajaan Negeri melalui Pejabat EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif telah mengeluarkan surat sokongan untuk pencalonan Chingay dan Tarian Singa kepada Jabatan Warisan Negara. Kerajaan Negeri telah menyokong berlangsungnya Pameran Baju Kebaya dan Kerajaan Negeri turut menganjurkan Pertandingan Tarian Singa Atas Tiang Antarabangsa setiap tahun di Kepala Batas. Kerajaan Negeri juga turut mengadakan Perarakan Chingay Tahunan di George Town dan juga di Butterworth. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara juga telah mengadakan Bengkel Pencalonan Warisan Tidak Ketara untuk Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi membantu pihak-pihak berkepentingan memahami proses dan keperluan dalam penyediaan dokumen pencalonan. Itulah jawapan saya.
Terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih atas jawapan daripada YB Paya Terubong, boleh nyatakan jangka masa lebih kurang agak-agak bila kita akan dapatkan tersenarai dalam sebagai Warisan Dunia, so called Road to UNESCO dan untuk soalan kedua adalah boleh nyatakan apakah kebaikan dan keuntungan sekiranya status untuk tersenarai dalam Warisan Dunia ini dapat mencapai, terima kasih.
Untuk warisan tidak ketara, Malaysia telah mencalonkan ataupun telah menyenaraikan enam warisan tidak ketara yang berasal dari Malaysia yang telah dicalonkan dan telah mendapat penyenaraian di bawah UNESCO iaitu pertama Warisan MakYong, kedua Dondang Sayang, ketiga Silat, keempat songket, kelima Upacara Wang Kang. Pencalonan penyenaraian bersama Malaysia bersama China dan keenam Pantun. Penyenaraian bersama Malaysia dan Indonesia.
Keenam-enam ini sebenarnya telah tersenarai sebagai warisan tidak ketara pihak UNESCO dan apabila penyediaan borang pencalonan perlu memakan masa, perlu melengkapkan borang pencalonan tersebut dengan mengemukakan pelbagai bukti ataupun surat sokongan daripada kumpulan-kumpulan dan juga orang-orang berkepentingan dan untuk pakaian traditional kebaya seperti yang saya katakan tadi, kita telah mengemukakan pencalonan dan saya rasa mungkin setiap tahun 30 Mac ialah tarikh tutup untuk pencalonan, setiap tahun.
Dan setiap tahun juga dia akan memakan masa melebihi satu tahun ataupun kadang-kadang dua tahun lebih panjang untuk pertimbangan Jawatankuasa UNESCO dan oleh itu, untuk kebaya, barang kali paling cepat pun dia akan dipertimbangkan dalam mesyuarat bulan Disember tahun ini dan untuk chingay dan tarian singa kita sedang dalam proses penyediaan dokumen pencalonan dan sekiranya kita dateline kita ialah 30 Mac tahun depan 2025. Oleh itu, kalau sekiranya semua kalau berjalan lancar, paling cepat pun Disember 2026 untuk chingay dan juga tarian singa. Dia akan mengambil masa sikit kerana pihak UNESCO juga menerima banyak pencalonan dari seluruh dunia.
Oleh itu, dia akan memakan masa tetapi usaha kita akan berterusan dan untuk kebaikan seperti ataupun itulah cara negara kita untuk mengiktiraf warisan tidak ketara, mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi menjangkau kebangsaan sampai ke peringkat UNESCO tadi. Seperti saya kata enam warisan tidak ketara dan Kerajaan melalui Jabatan Warisan Negara memulihara dan juga cuba untuk memperkembangkan warisan tidak ketara ini yang di peringkat dunia ini dan kebaikannya barangkali untuk kebaya, tarian singa dan juga chingay ini apabila mendapat status dunia ini, maka dia akan mengangkat ke satu tahap yang lebih tinggi dan saya rasa pihak Jabatan Warisan Negara juga boleh memohon permohonan peruntukan untuk aktiviti-aktiviti kerana dia akan diangkat kepada pihak yang lebih tinggi.
Dan saya juga ingin, kita kebaikannya juga kita juga telah menerima jemputan daripada pihak Singapura kerana kita pasukan chingay kita akan berarak akan menyertai chingay performance di Singapura pada tahun depan. Pada Februari tahun 2025 sebagai usaha untuk kita mengadakan pencalonan bersama dan kita juga telah menjemput pihak Singapura untuk untuk bukan menyertai tetapi untuk just a lihat dan mengundang mereka datang sebagai tetamu dalam upacara kita dan dalam upacara-upacara rasmi barangkali dan Hari Kebangsaan dan sebagainya. Elemen-elemen warisan tidak ketara sama ada pantun, sama ada silat, sama ada tarian singa sama ada chingay. Boleh juga dipertunjukkan dalam perarakan kebangsaan sama ada peringkat Persekutuan ataupun negeri-negeri dan ini memang kita ada fikiran untuk mengangkat elemen-elemen yang saya katakan tadi dalam upacara-upacara rasmi kerajaan. Itu sahaja.
Terima kasih.
Yang di-Pertua, saya ingin tahu Persatuan Tiong Guan, so juga ingin juga mohon supaya Pesta Hantu Lapar (hungry ghost) atau Phor Thor dalam bahasa Cina untuk disenaraikan. So, permohonan itu telah dibuat beberapa tahun yang lalu kepada JWN. So, kita nak tahu apakah status permohonan tersebutlah.
Hungry ghost.
Seperti Yang Berhormat sebut, permohonan ialah kepada Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, saya sebagai wakil Kerajaan Negeri saya boleh jawab secara umum dan tidak boleh tidak dapat memberikan jawapan secara spesifik. Mengikut jawapan Menteri Pelancongan di Parlimen telah melebihi 500 butiran warisan tidak ketara. Disenaraikan di bawah Akta Kebangsaan, Akta Warisan Negara 2005 melebihi 500 butiran masa itu banyak warisan sama ada daripada Melayu, Cina, India dan Sabah dan Sarawak dan kebangsaan melebihi 500. So, hanya kita tersenarai enam sahaja di peringkat UNESCO. So, sebenarnya setiap kita kaya Malaysia kaya dengan warisan tidak ketara pelbagai bangsa. Sampai dari Perlis sampai ke Sabah. Semua nak senarai. Oleh itu, pihak Jabatan Warisan Negara telah mengambil strategi perlu ataupun pihak UNESCO juga mengambil strategi sebarang permohonan sebelum sampai ke UNESCO, perlu disenaraikan secara kebangsaan dulu.
Baru boleh angkat ke UNESCO. Kalau tidak sampai ke kebangsaan you tidak boleh jump the queue sampai peringkat dunia. Itulah cara dia. Oleh itu, sebarang permohonan warisan tidak ketara perlu diusahakan peringkat kebangsaan dulu. Dan seperti yang saya katakan sudah ada 500 warisan tidak ketara dan sebarang permohonan sama ada Hungry Ghost Festival seperti yang saya sebut ataupun perayaan-perayaan yang lain perlu juga membuat permohonan melalui borang pencalonan. Boleh sertakan borang dokumen-dokumen sokongan perlu sertakan significant nya untuk dipertimbangkan untuk diangkat sebagai warisan tidak ketara kebangsaan. Untuk warisan tidak ketara dunia, ia punya standard lagi tinggi dan buat beberapa tahun ini, kerana UNESCO telah menerima banyak permohonan daripada seluruh dunia. Beratus-ratus permohonan daripada seluruh dunia. Oleh itu, untuk mempercepatkan UNESCO, UNESCO telah menggalakkan pencalonan bersama.
Oleh itu, kita seperti yang kita yang saya katakan tadi, pantun, kita bersama Indonesia dan yang tadi saya katakan, kebaya bersama enam negara, dan tarian singa bersama China, dan chingay bersama Singapura, Kalau persatuan tersebut ingin melihat ke depan, mereka juga perlu memikirkan strategi untuk pencalonan bersama negara-negara lain. Kalau nak ingin ke peringkat dunia, kerana itulah memang dia punya dia punya procedure juga dan juga tatacara begini. Oleh itu, usaha Kerajaan Negeri buat masa ini hanya tertumpu kepada kebaya, tarian singa dan chingay. Yang selainnya, kita perlu diangkat ke peringkat national dulu sebelum naik ke peringkat dunia. Itu jawapan saya.
Terima kasih. Permatang Pasir.
Soalan tambahan.
Permatang Pasir. Sila.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan saya no 36.
No. 36. Apakah status penggunaan jalan keluar masuk Kondominium Greenview di Taman Wakaf Settee Aishah:
(a) Apakah pertemuan antara penduduk dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 14 Jun 2024 di Pejabat UDA Land telah mencapai kata putus?
Terima kasih. Dato’ Seri Yang di-Pertua dan juga Permatang Pasir. Bagi soalan 36 berkaitan dengan status penggunaan Jalan Keluar Masuk Kondominium Greenview di Taman Wakaf Settee Aishah. Apakah pertemuan antara penduduk dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 14 Jun 2024 di Pejabat UDA Land telah mencapai kata putus? Jadi Permatang Pasir, ini soalan ini saya menjawab yang kali ketiga, yang pertama berkenaan dengan status, yang kedua berkenaan dengan usaha kita untuk mencari jalan alternatif dan jawapan yang ketiga ini mudah-mudahan memuktamadkan menoktahkan persoalan isu berkaitan dengan Jalan Keluar Masuk di Wakaf Settee Aishah yang melibatkan projek Kondominium Greenview.
Jadi, responnya Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang iaitu bersama Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan perbincangan dengan pihak Persatuan Penduduk Taman Wakaf Settee Aishah pada 14 Jun 2024, 28 Jun 2024, 24 Jun 2024 dan 1 Oktober 2024 yang melibatkan empat kali pertemuan dengan Persatuan Penduduk Taman Wakaf Settee Aishah. Setelah perjumpaan dengan pihak-pihak terlibat yang melibatkan penduduk, UDA, Pemaju Greenview, dan juga Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, terdapat tiga cadangan pilihan dalam menyelesaikan isu Hak Laluan Taman Wakaf Seetee Aisah seperti berikut, cadangan yang pertama yang saya sebut dalam sesi yang lepas, cadangan menggunakan Lot 200 melalui Jalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan yang digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ. Lanjutan cadangan tersebut pihak MAINPP, dan WPPSB telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) pada 9 Julai 2024 dan hasil pertemuan dan perbincangan telah dimaklumkan bahawa jalan sedia ada kegunaan pihak Polis dan Kementerian Pengangkutan (JPJ) tidak dapat dijadikan sebagai jalan awam.
Cadangan yang kedua, cadangan yang kedua yang berkaitan dengan melalui satu jalan lot persendirian melibatkan Lot 2780 yang dimiliki oleh satu syarikat Kenang Budi Enterprise di mana di atas lot tersebut mempunyai perniagaan kedai tomyam dan tanah pertanian melibatkan perusahaan cili kering dan memerlukan 500 meter untuk dibina jalan dan kos pembinaan jalan yang melibatkan pembelian terlalu tinggi. Jadi, cadangan jalan berkenaan tidak dapat dilaksanakan memandangkan kos pembelian dan pembinaan jalan tersebut amat tinggi melibatkan kos RM2.5 juta.
Jadi, penyelesaian Jalan Keluar Masuk Kondominum Greenview di Taman Wakaf Seetee Aishah telah mengambil kira kelulusan Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang telah pun diselesaikan pada tahun 2014. Ini kes lama, 2014. Jadi, Projek Greenview ini boleh mengambil
contoh pembinaan Menara JKP dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang sekarang ini menjadi Pejabat Majlis Agama Islam di Menara JKP itu. Jadi, MAINPP merupakan pemilik kepada tanah wakaf Majoodsaw Pulau Pinang. Tanah wakaf ini dibangunkan untuk membina Menara JKP sebanyak 21 tingkat. Hasil pembinaan Menara JKP ini, pulangan yang diberikan kepada MAINPP adalah tiga tingkat diperuntukkan untuk kegunaan MAINPP di menara tersebut. Pengoperasian bangunan Menara ini adalah tertakluk kepada perjanjian pajakan 99 tahun di antara MAINPP dan JKP yang berperanan sebagai pemilik tanah wakaf dan penerima pajakan 99 tahun iaitu JKP.
Merujuk kepada perjanjian pajakan 99 tahun yang berkenaan, walaupun MAINPP mempunyai hak ke atas tiga tingkat di Menara JKP tersebut namun demikian bagi kawasan umum (common area) / lobi / lif / bumbung bangunan / urusan selenggara / ubah suai, MAINPP memerlukan keizinan daripada JKP. Malahan jika MAINPP berhasrat untuk membuat sewaan ke atas tingkat-tingkat yang lain maka MAINPP perlu membayar sewaan pada kadar pasaran semasa kepada JKP seperti yang termaktub di dalam perjanjian pajakan 99 tahun di antara MAINPP dan JKP. Perjanjian pajakan 99 tahun ini menjelaskan bahawa hak dan kuasa pajakan telah diperturunkan oleh MAINPP kepada JKP berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan Menara JKP.
Merujuk kembali kepada kes Projek Greenview ini juga mempunyai persamaan dengan kes MAINPP dan JKP kerana ianya adalah tertakluk sepenuhnya kepada perjanjian pajakan 99 tahun yang menggariskan peranan dan tanggungjawab secara jelas di antara pemilik tanah wakaf iaitu MAINPP dan penerima pajakan 99 tahun iaitu penduduk.
Berdasarkan perjanjian pajakan 99 tahun ini, MAINPP telah memperuntukkan kuasa (delegation of power) kepada pembeli iaitu penduduk selaku penerima pajakan dan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan penyelenggaraan jalan ataupun laluan awam/tempat awam dan lain-lain di kawasan tersebut. Peranan dan tanggungjawab MAINPP hanya tertakluk untuk memastikan pemilikan tanah wakaf ini tidak bertukar status dan ianya selari dengan keputusan fatwa.
Hal-hal lain berkaitan bayaran cukai dan lain-lain adalah di bawah tanggungjawab pembeli iaitu penduduk selaku penerima pajakan 99 tahun manakala hal ehwal penyelenggaraan kawasan awam adalah di bawah tanggungjawab PBT. Melalui surat MAINPP yang bertarikh 14 Februari 2014 juga telah dikeluarkan bagi jalan ini digazetkan di dalam sistem MARRIS yang bermaksud laluan jalan bagi projek ini mendapat dana penyelenggaraannya melalui PBT dan JKR.
Oleh yang demikian, hal ini secara jelas menunjukkan bahawa perjanjian pajakan 99 tahun ini tidak boleh mengaitkan MAINPP berkaitan bantahan laluan jalan bagi projek ini kerana secara jelas MAINPP telah memperuntukkan kuasa melalui perjanjian pajakan ini kepada penerima pajakan iaitu pembeli. Bantahan berkaitan laluan jalan ini. Boleh dilakukan oleh penduduk seharusnya dikemukakan kepada pihak PBT atau pemaju projek yang berkenaan. Jadi status terkini Projek Green View ini sedang menunggu kelulusan sijil penyiapan dan pematuhan iaitu CCC. Panjang jawab kali ni, rasa jelaslah kot.
Terima kasih dan saya nak jemput Pulau Betong.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan 37.
No. 37. Berapakah peratusan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut kategori Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) daripada tahun 2020 hingga 2023 di Pulau Pinang”.
(a) Berapa peratuskah murid Melayu di SMJK/SJKC/SJKT mengikut daerah?
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pulau Betong, berkenaan dengan soalan seterusnya berkaitan dengan berapakah peratusan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut kategori Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SAPK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) daripada tahun 2020 hingga 2023 di Pulau Pinang, dan berapa peratuskah murid Melayu di (SMJK) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, SJKC dan SJKT mengikut daerah.
Jadi soalan ni berkaitan dengan butir, jadi lampiran ni agak panjang untuk saya baca satu persatu dari sudut peratusan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut kategori SMK, SMKA, SABK, SJK dari tahun 2020 hingga 2023 di Pulau Pinang adalah seperti di lampirannya, yang saya akan letakkan, berikan kepada Yang Berhormat sebagai rujukan.
Jadi kalau dilihat dari sudut sebagai contohnya, sekolah yang saya ambil sebagai contoh SABK dan juga SMKA dari segi kelulusan apa ni peratus lulus Bahasa Melayu adalah 100% bagi sekolah-sekolah yang melibatkan sekolah SMKA dan juga SABK, begitu juga dengan sekolah-sekolah yang lain.
Tetapi ada juga sekolah-sekolah SMK yang tidak mencapai 100% yang melibatkan 95.71% umpamanya sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar, Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas yang hampir 100 % iaitu 98.15%. dan juga contoh sekolah yang pernah Yang Berhormat sebagai Pengetua di situ SMK Raja Tun Uda iaitu 90.36% ini melibatkan Bahasa Melayu.
Kalau Bahasa Inggeris, banyak yang sekolah yang tahun 2023 mendapatkan peratusan 100% Bahasa Inggeris tapi ada juga sekolah-sekolah yang dari segi keputusannya tidak mencapai 100%. Kalau saya tengok dari segi data secara keseluruhan juga, umumnya mendapat 80 lebih peratus keputusan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Seterusnya dalam soalan ini juga, berapa peratuskah murid Melayu di SMJK, SJKT, SJKT mengikut-mengikut daerah. Data menunjukkan bagi lima daerah ini untuk peratus murid Melayu di SJKC Barat Daya melibatkan 8%, murid Melayu di SJKC Daerah Timur Laut 3%, SPS 4%, SPT 4%, SPU 6% dan bilangan dan peratus murid Melayu di SJKT di Barat Daya 0.44%, Timur Laut 0.26%,
SPS 0.13%, SPT 0.05%, SPU 0% dan peratus murid Melayu di SMJK mengikut Daerah Barat Daya 7.96%, Timur Laut 1.47%, SPS 0.70%, SPT 0.16% dan SPU 0.4%.
Soalan tambahan.
Sila.
Apakah usaha kerajaan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terutama dalam kalangan pelajar Melayu di SMK?
Di SMK. Mengikut kalau lihat dari segi peratusan kelulusan Bahasa Inggeris di peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan tidaklah keterlaluan, dari segi kejatuhan peratusnya melibatkan 90%, 80 lebih peratus berdasarkan kepada data yang disediakan oleh JPN.
Namun pihak-pihak sekolah atas inisiatif di banyak sekolah melalui JPN dan juga PPD mengadakan kelas-kelas tambahan yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris ni dan dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan khususnya orang Melayu, dan juga bangsa-bangsa lain yang bukan hanya terhad kepada bangsa Melayu sahaja dari segi penguasaan Bahasa Inggeris yang melibatkan sekolah-sekolah di Timur Laut dan juga Barat Daya.
Okey, terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan ni.
Ada sikit, ada sikit ja.
Lebih kepada Kementerianlah.
Okey.
Kalau boleh tanya dan cuba untuk bagi pihak Kementerian sajalah. Kalau tak ada, nanti tunggu TKM jadi menteri. Sila.
Boleh. Boleh eh? Boleh Dato’. Okey. Apakah, bagaimana kerajaan dapat membina Integrasi Nasional dalam kalangan pelbagai kaum?
Itu soalan berkaitan dengan di peringkat Kementerian Pendidikan, maknanya dari segi objektif penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan itu adalah segi objektifnya adalah untuk integrasi semua kaumlah. Sudah dilihat begitu, maka dari segi peratusan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan kita meliputi semua bangsa juga.
Jadi atas objektif Sekolah Kebangsaan ini, adalah di sudut integrasi semua kaum. Itu saja yang saya boleh jawab setakat di peringkat negeri.
Terima kasih. Telok Bahang saya sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 38.
No. 38. Dalam menuju Penang2030, didapati jalan di Telok Bahang masih jauh ketinggalan dari segi infrastruktur, sedangkan penduduk semakin bertambah. Apakah usaha kerajaan untuk menanggani masalah ini?
Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Bahang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya menitik beratkan pembangunan seimbang dan kawasan Telok Bahang menjadi salah satu kawasan tumpuan. Justeru, Kerajaan Negeri sedang merancang projek berimpak tinggi iaitu Projek Pakej 1: North Coastal Paired Road dari Tanjung Bungah ke Telok Bahang sepanjang 10.58 kilometer.
Projek berimpak tinggi ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dialami di kawasan utara Pulau, khususnya dari Tanjung Bunga ke Telok Bahang. tapi juga berupaya menjadi pemangkin pembangunan di kawasan Telok Bahang apabila siap kelak.
Selain itu antara projek infrastruktur yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui JKR adalah seperti berikut menaik taraf Jambatan Kampung Nelayan, naik taraf Jambatan Kampung, Jambatan Kampung Rawa dan juga menaik taraf Jambatan Kampung Hasan Abbas.
Kerajaan Negeri sentiasa memantau keadaan semasa di seluruh negeri Pulau Pinang, melalui agensi-agensi berkaitan dan akan melaksanakan projek pembangunan berdasarkan pada keperluan dan ketersediaan peruntukan. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, terdapat flat-flat ataupun Perumahan PPR yang tidak mempunyai dinding ataupun tidak mempunyai jajaran di antara tempat letak kereta dan sungai yang mengalir. Saya berharap pihak apa ni JKR ataupun pihak Perumahan itu sendiri, kalau boleh tengok disebab tebing tu mudah, mudah, mudah, mudah orang kata mudah runtuh dan kalau boleh demi untuk keselamatan penduduk-penduduk. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Telok Bahang. Untuk menyusuli perkara ini, saya akan minta pegawai mendapatkan maklumat daripada Yang Berhormat Telok Bahang dan kita akan bincang sekali dengan Perumahan. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Berkenaan dengan jalan dari Tanjung Tokong sehingga ke Telok Bahang, kita tahu ada banyak selekoh yang tajam dan juga sering kala gelap jalan tersebut gelap disebabkan lampu jalan sepanjang jalan tersebut sering kala tidak nyala. Mungkin disebabkan kacau ganggu oleh monyet. So, apakah usaha kerajaan ataupun Jabatan JKR untuk memastikan lampu-lampu jalan sentiasa berfungsi dan juga menambah baikan lagi pencerahan sepanjang jalan yang begitu banyak selekoh tajam itu. Terima kasih.
Saya rasa Yang Berhormat merujuk kepada Jalan Lembah Permai?
Jalan utama antara jalan... (Gangguan).
Jalan Federal?
Jalan Batu Feringghi.
Jalan Federal? Federal Road?
Ya, Federal Road.
Setahu saya, lampu jalan di kawasan itu secara apa ni selalu yang sebab saya selalu mengambil jalan tu tak pernah menjadi masalah. Tapi, kalau ada aduan kita akan mengambil tindakan. itu adalah Jalan Persekutuan dan ada apa ni SOP untuk mengambil tindakanlah. Tapi yang saya tahu, setahu saya tak banyak aduan mengenai perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih, dan seterusnya soalan 39 telah pun dijawab bersama dengan soalan 4, maka saya nak menjemput soalan ke 40. Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker, dan terima kasih aa... (Gangguan).
Eeeh.
Sorry.
Tunggu. Tunggu.
Hahaha. haha. cepat Perai. belum saya tanya soalan, jawab dah. Yang di-Pertua, soalan saya nombor 40.
No. 40. Ketelusan tawaran rumah secara percuma kepada warga asing oleh pihak UDA Land North Sdn Bhd melalui projek di Tanjung Tokong.
(a) Bagaimanakah bancian dan tawaran rumah ini telah melayakkan seorang
warga asing iaitu pendatang asing tanpa izin (PATl) bagi mendapat rumah
tersebut?
(b) Bagaimanakah hak warganegara terutamanya penduduk jati Pulau Pinang?
Terima kasih Dato’ Speaker dan juga terima kasih Telok Ayer Tawar. Saya terkejut pasal soalan ni terlalu sensitif, sebelum soalan ni sampai saya sudah bagi jawapan dulu. Proses tawaran unit rumah gantian bagi proses Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong di Pulau Pinang adalah berdasarkan perjanjian penyelesaian dan bancian yang diuruskan sepenuhnya oleh pemaju induk iaitu UDA North North Land Sdn Bhd bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelesaian Tanjung Tokong, iaitu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh penduduk-penduduk kampung.
Semua tawaran yang dikeluarkan bagi projek pembangunan semula ini, tidak melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Sehubung dengan itu, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai apa-apa maklumat berkaitan dakwaan bahawa terdapat tawaran unit rumah yang dikeluarkan kepada warga asing atau pun pendatang tanpa izin.
Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengutamakan penduduk jati Pulau Pinang, di dalam urusan penawaran unit Rumah Mampu Milik terutama terutamanya untuk pemohon yang telah berdaftar melalui Sistem Maklumat Perumahan, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.
Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang juga telah menetapkan syarat utama bagi pemohon Rumah Mampu Milik di Pulau Pinang iaitu pemohon mestilah warganegara Malaysia dan pengundi berdaftar di Pulau Pinang dan anak kelahiran Pulau Pinang ataupun bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun untuk beli Rumah Mampu Milih Kategori C. Dan juga butir-butir yang kita dapat daripada Telok Ayer Tawar, tak cukup untuk kita lanjutkan siasatan mengikut apa yang kita ada dalam sistem sehingga sekarang, 100% tawaran perumahan adalah kepada warganegara yang ada IC Malaysia. Dan juga kita dah tulis surat kepada UDA Land dan UDA Land pun mengesahkan bahawa dalam sistem UDA Land tidak ada perjualan kepada warga asing atau PATI.
Saya minta kalau boleh Telok Ayer Tawar, sediakan lebih bukti atau butir yang ada supaya kita boleh lanjutkan siasatan atau pencarian. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Yang Berhormat Perai, adakah yang UDA Land menelitikan dari segi lC? Dari segi IC ni, kebanyakan kita dengar warga asing dapat IC. Terutama di Tanjung Tokong ada seorang Rohingya, mungkin Yang Berhormat Dato’ pun terima laporan daripada penduduk setempat bahawa Rohingya memang duduk di situ, begitu lama dan Rohingya tu mendapat IC. Sepatutnya kita kena minta surat beranak dia dulu, kalau kita nak kemaskinikan balik atau benar tak benar warga asing tu. Kita kena minta surat beranak. Saya ada detail dan ada surat semua detail kalau Yang Berhormat nak, saya bisa bagi kepada Yang Berhormat. Saya bisa bagi pada Yang Berhormat. Saya ada detail, Yang Berhormat. Boleh saya, kalau Yang Berhormat berminat saya boleh bagi pada Yang Berhormat tapi saya minta Yang Berhormat tanya kepada UDA Land benda ni ada terjadi. Pasal laporan-laporan yang dibuat tu adalah daripada masyarakat kampung, bukan laporan daripada orang luar, daripada orang yang duduk situ 70 tahun, 65 tahun mereka kenal dia ni siapa. Sekian Yang Berhormat.
Terima kasih, Telok Ayer Tawar. Jika ada bukti yang lebih kukuh kita siasatlah tetapi berdasarkan bukti yang kita ada, rekod-rekod yang kita ada setiap unit ditawarkan kepada warganegara Malaysia bermakna warganegara Malaysia bermakna pada masa itu dia memiliki kewarganegaraan Malaysia. Sama ada dia Rohingya ke Bangladesh, saya pun tak tahulah. Selagi dia ada warga ke Warganegara Malaysia semasa dia beli mungkin sistem tak akan tunjuk dia Rohingya ke apa, kita jual berdasarkan warganegara Malaysia pada masa tawaran diberi. So saya minta Telok Ayer Tawar kalau boleh bagi saya lebih bukti supaya kita boleh menyiasat kerana rumah ini kita bina khas untuk rakyat Pulau Pinang yang tak mampu beli rumah mahal. Kita nak pastikan rumah ini pergi ke golongan yang layak sahaja. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Berapit, sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan saya soalan 41.
No. 41. Nyatakan status dan bilangan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin yang mendapat lesen selepas garis panduan dilancarkan.
(a) Nyatakan usaha holistik Kerajaan Negeri dalam membantu pusat-pusat berkaitan mendapat lesen.
Terima kasih.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Berapit mengenai Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin. Jawapan saya iaitu bilangan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin yang berlesen di Negeri Pulau Pinang ada sebanyak 14 buah pusat. Sebanyak 13 beroperasi di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai dan satu di Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Dan untuk maklumat tambahan, MBPP telah menerima tiga permohonan Kebenaran Merancang bagi aktiviti Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin. Di mana satu permohonan telah diluluskan dengan bersyarat dan dua permohonan lagi telah ditarik balik oleh pemohon. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan usaha-usaha selaras dengan Visi Penang2030 iaitu untuk memperkukuh sistem penjagaan dan kebajikan di negeri Pulau Pinang bagi membantu pengusaha pusat jagaan ibu selepas bersalin mendapatkan lesen mengikut garis panduan sedia ada supaya pusat jagaan beroperasi dalam kawasan lingkungan zon perumahan dan zon perniagaan dengan syarat-syarat yang dinyatakan. Jadi antara usaha Pihak Berkuasa Tempatan dalam membantu pusat-pusat tersebut mendapatkan lesen adalah seperti berikut:
(i) Memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha berhubung tata cara untuk mendapatkan kelulusan-kelulusan berkaitan bagi menjalankan aktiviti Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin.
(ii) Membangunkan Garis Panduan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin sebagai langkah untuk memudah cara pengusaha Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin berdasarkan akta dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa di atas prinsip fasilitate doing business (dengan izin) dan Kerajaan Negeri telah menyediakan kriteria dan syarat yang jelas dalam Garis Panduan Perancangan Fizikal bagi Pusat Sejahtera The Wellness Centre Negeri Pulau Pinang sebagai rujukan untuk pengusaha merancang, mengawal, membangunkan dan mereka bentuk pusat jagaan.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang. Saya juga, saya rasa kalau tak silap saya Pulau Pinang adalah satu-satu negerinya kita ada garis panduan tentang Confinement Centre. Tetapi selepas lebih satu tahun kita melancarkan garis panduan dengan kecewanya sampai sekarang kalau ambil contoh bahagian Pulau, hanya satu saja pusat Confinement Centre yang mendapatkan license yang memenuhi syarat garis panduan yang ditetapkan dilancarkan oleh kerajaan dan jawatankuasa itu juga adalah diketuai oleh Yang Berhormat EXCO. Keselamatan untuk ibu dan bayi yang baru lahir adalah sentiasa menjadi satu keutamaan kami sebab saya sendiri pernah menjadi pengguna kepada pusat Confinement Centre dan sementara itu pusat Confinement Centre adalah satu keperluan kepada ibu berehat dan juga menjaga newborn baby tetapi bukan sekadar saja perniagaan. Jadi di sini saya nak tanya macam mana kita untuk kita boleh mencapai lesen, pelesenan kepada semua pusat penjagaan ibu dan bayi selepas baru dilahir. Terutamanya saya rasa yang penting adalah keselamatan bayi seperti pemasangan CCTV dan jarak antara bassinet baby, lesen jururawat, rekod perawat dan juga yang kelmarin saya ada sentuh, apakah garis panduan pembelian susu formula kepada baby, secara percuma atau dijual beli di dalam pusat penjagaan tersebut? Dan saya ingin tahu buat masa sekarang pihak mana yang buat follow up tentang perkara untuk memberi license kepada Confinement Centre? Saya harap, saya tanya sebab kita menjadi negeri yang pertama melancarkan garis panduan tersebut dan saya harap ini bukan hangit-hangit tahi ayam sahaja, terima kasih.
Hangat-hangat tahi ayam.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Berapit yang begitu prihatin. Memang kami yang wujudkan sebab saya adalah seorang ibu kepada lima orang anak. Saya faham tentang tentang keselamatan dan kebajikan. Saya memang sangat, before that saya adalah Ahli Majlis daripada sana daripada sana saya sudah start perjuangkan untuk pusat jagaan supaya dilesenkan. Dan ini adalah satu pencapaian dan kita dah adakan satu garis panduan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin di Negeri Pulau Pinang dan berkuat kuasa pada Julai 2022 selepas satu, satu tahun lebihlah. Memang, memang masih ada banyak pusat jagaan, mereka dalam proses that is 2022 until now 2024, setahun lebihlah. Memang ada banyak pengusaha sedang berusaha untuk melegalizekan pusat jagaan mereka. Dan MBSP dan MBSP akan memantau dari semasa ke semasa dan juga memberi khidmat, khidmat nasihat kepada mereka supaya mereka melesenkan pusat jagaan mereka. Memang ini tidak dalam tidak, dalam di bawah even kesihatan atau kebajikan. Jadi kita keluarkan garis panduan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin di bawah Negeri Kerajaan Pulau Pinang dan saya berharaplah…(gangguan).
Tak ada sesuatu jawatan yang… (gangguan).
Tak ada, tak ada, memang that's why bila jadi ahli majlis sehingga jadi ADUN saya championkan dan 2022 EXCO YB Chong Eng telah mengadakan satu dan dichampion oleh saya, jawatankuasa kecil dichampion oleh saya untuk meneliti pusat jagaan garis panduan pusat jagaan ibu selepas bersalin bersama-sama dengan saya dah lupalah berapa YB yang lain atau Ahli Majlis dan dah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan cuma kita tengok memang ada banyak pusat jagaan yang belum dapat, belum dapat lesen lagi. Kita jadi, kita akan menghalusilah, memang dia masih kalau dikatakan seperti Yang Berhormat Berapit, dia ada banyak, kena ada jururawat, kena ada berapakah jarak katil, semua ada, CCTV semua memang ada. Jadi dalam itu kemungkinan kriterianya a bit ketat sikit maka pengusaha tidak dapat capai lagi tetapi kita akan beri khidmat nasihat kepada mereka dan akan menghalusi garis panduan itu dan kita haraplah pengusaha perlu approach kita juga dan sebagai Kerajaan Tempatan juga kita juga akan, pegawai akan turun dan meneliti dan memberi nasihat dan memberi panduan garis panduan kepada mereka supaya mereka boleh mencapai tahap yang di, how to say yang kita disyarat dalam mendapatkan dapat dilesenkan.
Soalan tambahan.
Sorry, soalan tidak dijawab. Soalan saya adalah pihak mana yang seharusnya, buat masa sekarang sebab dia memang baru di Pulau Pinang tak ada di dalam peringkat Persekutuan. Jadi pihak mana akan membuat follow up.
Yang ini memang adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan, ya ada lesen itu diberi oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu oleh MBPP dan MBSP.
Dato’ Seri Speaker, saya ingin nak tambah sebab saya antara yang terlibat dalam bersama dengan Yang Berhormat Sungai Pinang. Semasa penyediaan garis panduan ini, semua jabatan terlibat mengambil bahagian termasuk kedua-dua PBT adalah diwakili oleh Setiausaha Perbandaran pada masa itu. Sebenarnya ini bukan di bawah tanggungjawab EXCO Pembangunan Sosial tetapi pada masa itu mantan Padang Lalang mengambil inisiatif dan diturunkan kuasa kepada Sungai Pinang untuk mengadakan mesyuarat sedemikian.
Oleh itu, saya berharap terutamanya di bahagian Pulau, banyak lagi belum dilesenkan. Saya berharap tanggungjawab ini perlu dikembali balik kepada EXCO Kerajaan Tempatan, bawah Jawi untuk mengadakan satu mesyuarat follow-up dari masa ke semasa untuk memastikan semua rumah pusat jagaan ibu selepas bersalin dilesenkan.
Dato’ Speaker, Dato’ Seri, saya ingat yang lebih penting dari segi keselamatan. Memang budak-budak anak-anak kecil ini atau bayi-bayi ini memang senang dijangkiti dan ini pernah saya bangkitkan di Penggal Pertama. Saya katakan memang ada kes berlaku kematian seorang bayi kecil di Bell Road, saya tak mahu cakap yang mana satulah. Memang berlaku dan saya juga ada interview dengan doktor-doktor yang terlibat, memang dia kata setiap hari ada bayi yang masuk ke hospital daripada rumah jagaan ini. So saya ingat yang penting adalah dari segi kesihatan untuk rumah jagaan ini, bukan lesen how to take care dari segi keselamatan.
Perkara ini rasanya EXCO cuba jelas kepada Dewanlah tapi rasanya masih ada bahagian yang perlu ada satu jawapan yang lebih jelaslah dan saya rasa sememangnya dia tak akan terjadi, tak ada satu jabatan ataupun agensi yang menjaga bidang ini, tak akan. So harap nanti, apa nama boleh kalau boleh gulung dalam perbahasan nanti, dapatkan maklumat yang lebihlah. Saya nak persilakan Bukit Tengah.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya soalan nombor 42.
No. 42. Nyatakan secara terperinci kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Negeri untuk memastikan pembekalan air dalam negeri adalah mencukupi untuk keperluan Pulau Pinang dalam jangka masa panjang.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah. Kerajaan Negeri mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan dan kedua-dua pihak komited untuk memastikan bekalan air adalah mencukupi untuk keperluan Pulau Pinang dalam jangka masa panjang. Sehingga kini Kerajaan Persekutuan memainkan peranan sebagai perantara ataupun
pemudah cara dalam perbincangan di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga Kerajaan Negeri Perak dalam memastikan Projek Pembekalan air terawat dari Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang dapat mencapai persetujuan bersama. Perkara ini terbukti apabila Kerajaan Negeri Perak mengemukakan surat hasrat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi skim penjualan air terawat dari Negeri Perak ke Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri juga telah mengemukakan surat balas hasrat tersebut kepada Kerajaan Negeri Perak di mana salah satu hasrat utama adalah agar pelaksanaannya dapat disegerakan melalui usaha bersepadu kedua-dua negeri bagi mendapatkan kelulusan serta pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan supaya kerja-kerja awalan projek ini dapat dimulakan selewat-lewatnya pada tahun 2025. Perkara ini juga telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui ucapan Belanjawan Madani Ketiga tahun 2025 yang telah meluluskan Projek Penyaluran Air Mentah Sungai Perak untuk bekalan air di kawasan Utara Perak dan juga Pulau Pinang sebagai salah satu projek kepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian Kerian Integrated Green Industrial Park. Selain itu Kerajaan Negeri juga sentiasa mengadakan sesi libat urus bersama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan permohonan projek-projek pembangunan sumber air yang telah diangkat kepada Kementerian PETRA iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dapat diberi keutamaan dalam pembiayaan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia. Sehingga kini Kerajaan Persekutuan melalui PETRA telahpun menyalurkan peruntukan sebanyak lebih kurang RM1 bilion kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi pembangunan melibatkan pakej di bawah Projek Pembesaran Empangan Mengkuang dan juga projek-projek pembangunan sumber air lain untuk memastikan keterjaminan sumber air mencukupi bagi memenuhi permintaan bekalan air yang tinggi oleh penduduk negeri Pulau Pinang. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan dan kita pun ambil maklum 7hb November lalu bahawa laporan dikeluarkan PBA akan juga bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan beberapa projek lagi termasuk Rumah Pam Lahar Yooi dan juga projek-projek takungan air pinggiran sungai di Sungai Kerian dan juga Sungai Muda. Saya tertarik kepada apa yang disebutkan tadi iaitu penglibatan Kerajaan Persekutuan dalam membantu to secure the deal for Perak-Penang Water. Dalam sidang kali ini kita juga mendengar cadangan-cadangan daripada pihak pembangkang untuk mungkin boleh mengeksplorasikan ataupun berbincang dengan Kerajaan Kedah untuk dapat bekalan air daripada Lubuk Buntar. Jadi, soalan saya adalah adakah Kerajaan Negeri melalui PBA tidak boleh mempertimbangkan penyaluran air daripada Lubuk Buntar ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah. Dia bukan tidak boleh, Yang Berhormat. PBA sememangnya dahulu ada membeli air terawat daripada Lubuk Hunter, Loji Rawatan Air Lubuk Buntar tapi telah ditamatkan pada tahun 2020. Bukan kita yang hendak tamat. SADA yang telah menulis kepada Kerajaan Negeri, kepada PBA untuk menyatakan tidak mencukupi bekalan air untuk negeri sendiri maka tidak dapat menjual air berlebihan kepada negeri Pulau Pinang. Tapi sekiranya di masa depan kalau ada keperluan daripada pihak Kerajaan Negeri sebab buat masa ini setelah dilaksanakan beberapa projek seperti Penaiktarafan Loji Rawatan Air di Bukit Panchor, tambahan 10 MLD dan menjadikan loji tu sekarang dengan kapasiti 21 MLD dan juga kita ada Loji Rawatan Air Compact yang sedang dibina 6.4 MLD yang akan siap pada suku pertama tahun hadapan, maka buat masa ini PBA tidak ada keperluan. Sekiranya, ada keperluan di masa depan, Kerajaan Negeri tidak menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana Kerajaan Negeri lain ataupun kerajaan mana-mana yang lain untuk memastikan bekalan air untuk negeri Pulau Pinang itu terjamin. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Dato’ Seri. Soalan tambahan. Terima kasih Tanjong Bunga sebab saya rasa ada satu isu juga yang berkaitan dengan yang sentiasa kita bincang dalam sidang DUN ini iaitu Ulu Muda Basin Authority (UMBA). Apakah peranan Kerajaan Persekutuan dalam mengwujudkan Ulu Muda Basin Authority (UMBA) dan juga saya juga tertarik dengan tadi apa yang disebutkan oleh Bukit Tengah sementara kita nak negotiate atau berunding dengan Kerajaan Kedah. Tapi Kerajaan Kedah sudah akan mengheret Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke mahkamah tentang caj air mentah itu. So, apa status tentang kes mahkamah tersebut? Ini mungkin pihak pembangkang juga boleh nanti jawab juga sementara minta kita berunding tapi pihak Kedah sudah masukkan ke mahkamah untuk berkenaan ini. So, ini saya minta penjelasan daripada pihak EXCO. Thank you.
Terima kasih Machang Bubuk. Berkenaan dengan kes mahkamah yang disebut tadi, saya rasa ini adalah omong-omong kosong daripada pihak Kerajaan Negeri Kedah sebab setakat ini tidak ada sebarang kes. Dan berkenaan dengan peranan Kerajaan Persekutuan dalam cadangan Ulu Muda Basin Authority (UMBA) yang dicadangkan oleh negeri Pulau Pinang saya perkara ini sebenarnya telah pun dibangkitkan di Majlis Air Negara dan ada dalam Minit Majlis Air Negara, telah pun dikaji oleh pihak Kementerian yang di mana mereka telah melihat kepada model Basin Authority seperti di negara lain Australia contohnya dan perkara ini masih diteliti dengan lebih lanjut oleh Kerajaan Persekutuan. Namun, apa-apa pun dia memerlukan kerjasama daripada semua negeri yang terlibat, khususnya untuk Ulu Muda negeri Kedah, negeri Pulau Pinang dan juga negeri Perlis. Kerajaan Persekutuan walaupun berperanan besar dalam perkara ini, saya rasa boleh menjadi satu pemudah cara ataupun perantara. Dia tidak boleh memaksa sebab air ini adalah hak negeri. Jadi, Kerajaan Negeri sememangnya berharap agar semua pihak yang terlibat, semua pihak-pihak yang berkepentingan dapat kita apa ini duduk sekali semeja untuk berunding untuk menyelesaikan isu menjaga Ulu Muda Basin Authority (UMBA) ini supaya kita dapat menjaga sumber air yang penting bagi wilayah utara negara kita. Terima kasih.
Terima Kasih. Penanti.
Tanjong Bunga minta respon tadi oleh kerana dia quote nama saya tadi (ketawa).
Tak ada kes, maka tidak perlu jawab (ketawa).
Insya Allah, maknanya untuk survival air negeri Pulau Pinang yang mana kita ambil daripada Sungai Muda ini 80 peratus, saya rasa menjadi tanggungjawab untuk kita tak kiralah pembangkang pun kita nak air ada. Kalau tak ada air semua mengelisah semua, kan jadi masalah. Jadi makna untuk
boleh berunding. Saya baru-baru ini saya ada berjumpa dan saya bertanya Kerajaan Kedah sebenarnya bukan tak nak orang kata apa sampai ke tahap itu, saya kata tidak perlulah sebab Nabi SAW bersabda alma’ syurakah filsalasah. Manusia ini dia bersekutu pada tiga (3) perkara alkala pertama padang, peragutan, tidak boleh kita nak conquer ataupun kita hendak monopoli. Wal ma’ wannar, pada masalah air dan api, ini perlu dijaga, kebajikan kepada semua pihak yang memerlukan binatang pun nak, pokok pun nak, manusia pun nak. Jadi tidak boleh kita monopoli ini. Jadi, perlu ada kerjasama walaupun air terawat ini boleh dijual, dibenarkan jual dari sisi Islam ini makna boleh menjual air terawat tetapi tidak bekalan air mentah juga makna perlu. Makna jadi bincang secara harmoni. Sebab itulah saya tanya SADA sendiri bayar tiga sen kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk maknanya survival air ini. Apa salahnya kalau Pulau Pinang nak jaga survival kepada rakyat di Pulau Pinang 80 peratus kita ambil mereka minta 5 duit saja (ketawa), 5 sen. Saya juga mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Selangor juga bayar juga untuk bekalan air mentah kepada Negeri Pahang, begitu juga Singapura membayar kepada Kerajaan kita. Jadi, soal maknanya kita mendapat bekalan dan juga survival ini sangat penting dan apa salahnya kalau sekiranya untuk kepentingan kita nak menjaga kemaslahatan air kepada rakyat di Pulau Pinang yang mana kita ada perkilangan, kita ada apa semua, jadi kalau nak sama-sama turut untuk membantu mengharmonikan saya boleh bersedia untuk bersama-sama pihak kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Selangor bayar kepada Pahang sebab ambil air daripada Pahang. Singapura bayar kepada Johor sebab dia ambil air daripada Johor. Kita di Pulau Pinang ambil air dari sungai di negeri Pulau Pinang. Jadi tidak timbul isu berkenaan caj itu. Namun demikian, dalam Majlis Air Negara pun saya semasa mewakili Ketua Menteri dalam Majlis Air Negara saya sendiri sebut, sebab masa itu Menteri Besar Kedah ada dan dia bangkitkan perkara yang sama juga. Dia kata Pulau Pinang, tidak bolehkah nak bayar? Saya kata Pulau Pinang bersedia untuk memberi sumbangan kewangan untuk Ulu Muda Basin Authority sekiranya kita setuju Pulau Pinang bersedia untuk memberi sumbangan kewangan untuk memastikan pemeliharaan Ulu Muda Basin itu dapat dilaksanakan. Tapi bukan Pulau Pinang sajalah kita minta semua negeri untuk menyumbang, Pulau Pinang pun bersedia untuk menyumbang. Terima kasih Yang Berhomat.
Terima kasih. Penanti sila.
Nombor 43.
No. 43. Mohon justifikasi mengenai bayaran pampasan ke atas 43 lot tuantuan tanah yang tanah (Mukim 21, Seberang Perai Tengah) mereka telah diambil oleh pihak kerajaan untuk pembinaan jalan raya utama dari Guar Jering ke Kampung Terus, Penanti.
Terima kasih.
Terima kasih Yang di-Pertua, untuk menjawab Yang Berhormat Penanti. Kerajaan Negeri masih sedang meneliti isu-isu berbangkit berkaitan pengambilan tanah yang telah berlaku di Mukim
21 Seberang Perai Tengah untuk pembinaan jalan raya utama daripada Guar Jering ke Kampung Terus, Penanti dan terkini kita akan mewartakan lot-lot yang berkaitan untuk pengambilan.
Terima kasih.
Soalan tambahan. YB Speaker dan rakan-rakan di dalam Dewan ini. Hari ini dalam Sinar Harian, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman buka kertas siasatan di salah satu daerah di Selangor berkenaan dengan penipuan pemilikan geran tanah dan hal-hal yang bersangkutan dengan kerja yang tidak betul di dalam pentadbiran sana. Jadi, soalan dia bolehkah Kerajaan Negeri di bawah PTD ataupun agensi-agensi yang sesuai adakan satu Jawatankuasa Khas untuk memantau dan menyelesaikan masalah tanah-tanah ini yang dah begitu lama berlarutan sehingga ke hari ini di Mukim 21 ini, ada 43 lot dan di Mukim 18 pun ada juga? Jadi, saya rasa di Pulau Pinang mungkin ada tempat-tempat lain yang terlibat dalam pampasan dan tidak terbayar ini. Jadi mungkin dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri untuk tubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk menyelesaikan isu ini.
Isu di tempat yang saya sebutkan bagi menjawab soalan Yang Berhormat Penanti adalah satu kes yang berlaku mungkin pada zaman 60-an. Jalan itu pun sudah dibina dan dipakai sekarang tetapi urusan pengambilan tanah tidak dihabiskan sehingga geran sambungan dikeluarkan atas bahagian-bahagian yang tidak diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembinaan. Maka atas rungutan sebahagian penduduk dan pihak Kerajaan Negeri, walaupun kes 60-an, kita memandang berat ini atas usaha mantan EXCO Penanti yang ada hubungan komunikasi dengan ADUN Penanti sekarang tentang isu-isu yang melibatkan penduduk. Jadi, kita di pihak kerajaan melihat keadaan, sebab tak dapat kesan apa-apa bukti dari segi pengambilan, bayaran, baik di pihak penduduk mahupun di pihak Pejabat Tanah. Jadi, kita ambil satu ketetapan walaupun begitu kita sanggup memulakan proses semula untuk ambil tanah-tanah berkaitan untuk ditimbangkan dan bajet disediakan untuk membayar pampasan.
Terima kasih dan saya hendak jemput Air Hitam.
Terima kasih Dato’ Seri yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 44.
No. 44. Apakah status terkini bagi Projek Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Paya Terubong paired road)?
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Bagi menjawab soalan dari Air Itam… (gangguan).
YB yang jawab?
Ya.
Okay, okay.
Projek yang berkembar Jalan Paya Terubong iaitu Bukit Kukus merupakan projek kemudahan infrastruktur awam yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri demi kepentingan kegunaan harian penduduk di negeri ini. Projek ini dilaksanakan dengan mengambil kira pembangunan pesat di negeri ini yang memerlukan sistem jalan raya yang lebih baik bagi menampung peningkatan aliran trafik kawasan sekitar. Jalan berkembar Jalan Paya Terubong ini akan menyambungkan Jalan Bukit Kukus sedia ada dengan Lebuh Bukit Jambul dan Jalan Tun Sardon. Projek ini dijanjikan dalam Pilihan Raya Kecil, Bukit Gelugor pada tahun 2014 yang telah mula dibina pada tahun 2016 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2028. Selain itu projek ini juga melibatkan kerja-kerja pelebaran dan menaik taraf jalan sedia ada iaitu persimpangan Lebuh Raya Thean Theik, Jalan Bukit Kukus, pelebaran sebahagian Jalan Bukit Kukus sedia ada serta pembinaan persimpangan jejambat dari jalan berkembar Jalan Paya Terubong ke Jalan Tun Sardon. Projek ikonik ini juga mempunyai satu laluan dengan ketinggian 61.5 meter yang telah meletakkan lebuh raya ini yang tertinggi di Malaysia. Secara keseluruhannya, projek ini merangkumi tiga (3) segmen atau konsensi iaitu MBPP, Syarikat Geo Valley Sdn. Bhd. development dan Syarikat PLB Land Sdn. Bhd., bagi pembinaan projek jalan sepanjang 5 km yang melibatkan kos sebanyak RM730 juta. Kerja pembinaan ini dilaksanakan secara berperingkat dan status pelaksanaannya adalah seperti berikut:-
(i) Pihak MBPP telah menyiapkan sebahagian pembinaan ini sepanjang 2.8 kilometer pada 24 Disember 2021;
(ii) Tetuan Geo Valley Sdn. Bhd. akan melaksanakan sebahagian iaitu sepanjang 800 meter dan dijangka akan disiapkan pada tahun 2027;
(iii) Tetuan PLB Land Sdn. Bhd. akan menyiapkan bahagian terakhir yang melibatkan 1.4 kilometer panjang pada tahun 2028. Dua bahagian lagi dari jalan berkembar Jalan Paya Terubong akan dibina oleh pemaju yang sedang memajukan pembangunan di sepanjang jajaran jalan berkembar ini yang kini berada dalam peringkat reka bentuk. Matlamat utama projek ini adalah untuk menyuraikan aliran lalu lintas sebanyak 30 peratus di jalan raya Paya Terubong yang sering berlaku kesesakan pada waktu puncak. Jalan ini akan memberi kemudahan kepada lebih 60,000 orang pengguna jalan raya di kawasan Paya Terubong dan Air Itam untuk berhubung ke kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan kawasan sekitarnya.
Soalan tambahan Dato' Seri. Terima kasih kepada Jawi atas penjelasan yang telah diberikan. Walaupun penjelasan ini telah diberikan sebelum ni dalam Dewan tentang projek ini namun saya
hendak tahulah daripada laporan sepatutnya projek bermula 2016 dan berakhir 2025 seperti yang dilaporkan pada awal. Sekarang telah ditangguhkan ke 2028, yang telah dimaklumkan baru tadi saja oleh Jawi. Saya hendak tahu bahawa sekiranya projek ini masih ditangguhkan lagi selepas 2028 apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap dua pemaju ini yang telah diberikan kuasa atau tanggungjawab untuk menjalankan projek ini. Sebab asalnya seperti yang dimaklumkan juga projek ini berjalan atas sebab nak menyelesaikan jalan alternatif nak create satu jalan alternatif kepada pengguna-pengguna di bahagian Paya Terubong dan Air Itam untuk pergi ke Tun Sardon atau pun ke Balik Pulau atau pun ke Bayan Baru untuk jalan sempit Jalan Paya Terubong itu sebagai satu alternatif. Namun Majlis telah habiskan bahagian Majlis (MBPP) namun yang dua bahagian lagi yang kena tertangguh lagi dan kita tahu juga bahawa laluan Link Air Itam to Link Dr. Lim Chong Eu pun tengah giat dijalankan dan akan siap kelak. So kita hendak satu link yang boleh, I mean menyesuaikan kesemua pengguna namun tertangguh projek ini apakah tindakan Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Air Itam yang sering memberi prihatin kepada walaupun sebahagian daripada kawasan dia, sebahagian daripada kawasan Paya Terubong. Saya percaya bagi EXCO Paya Terubong memang juga sering mengambil berat tentang isu ini. Dan untuk makluman Air Hitam, sebenarnya kelewatan projek untuk kedua-dua projek ini dia merangkumi beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan contohnya bagi kelewatan pembinaan keseluruhan jalan berkembar Jalan Paya Terubong iaitu Jalan Bukit Kukus oleh pemaju Geo Valley dan PLB di mana bagi tetuan projek Geo Valley yang menghadapi bantahan dan terpaksa menjalani di Lembaga Rayuan sehingga tahun 2022 baru diselesaikan. Oleh sebab itu, memang perkara ini memang tidak dapat dielakkan. Nombor dua, masalah untuk mendapatkan kelulusan EIA iaitu dari Jabatan Alam Sekitar mereka terpaksa buat permohonan kepada Jabatan Alam Sekitar dari segi Aktiviti 3(b) Jadual Dua yang melibatkan pembinaan jalan terowong atau jambatan yang melintasi kawasan cerun yang berkecerunan melebihi atau bersamaan 35 darjah dan kajian semula terhadap kaedah rock blasting bagi mengurangkan letupan batu-batu. Inilah antara punca-punca yang telah menyebabkan kelewatan projek tersebut dan di bahagian MBPP setelah perbincangan bersama dengan Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancangan memang kita akan letakkan syarat pembinaan jambatan ini harus disiapkan semasa mereka mendapat CCC iaitu bagi satu-satu projek yang akan dikemukakan Kebenaran Merancang dan kita akan terikat dengan CCC dan juga kebanyakan projek bagi kawasan kedua-dua kawasan tersebut.
Terima kasih, Penaga sila.
Dato' Yang di-Pertua, Penaga soalan 45.
No. 45. Senaraikan jumlah hasil padi pada tahun 2023 sehingga kini.
(a) Berapa peratuskah daripada hasil padi ini yang akan digunakan untuk Beras Cap Feri? (b) Di manakah beras ini boleh diperolehi? Atau hanya boleh diperolehi di Jualan Rahmah Madani?
No. 46. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pengeluaran beras tempatan Cap
Feri yang akan dibuat pada tahun ini.
(a) Berapakah jumlah pengeluarannya dan sejauh manakah ianya dapat
membantu menjamin bekalan beras tempatan di Pulau Pinang?
Terima kasih
Terima kasih Dato' Speaker. Bagi menjawab soalan Penaga saya akan menjawab soalan ni bersamaan dengan 46, soalan 45 dan 46 sekali. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Penaga, lesen pengoperasian kilang dan juga borong beras Cap Feri baru saja diluluskan oleh pihak Kawal Selia Padi Beras KPKN pada 13 November 2024, setelah hampir 6 hingga 7 bulan permohonan dibuat oleh pihak kepada pihak KPKN. Oleh yang demikian beras Cap Feri akan mula dijual pada jualan Agro Madani Pertubuhan Peladang pada Disember 2024 dengan pihak FAMA dan juga pihak Pertubuhan Peladang merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam memasarkan beras Cap Feri melalui jualan Agro Madani dan ianya juga boleh didapati di outlet-outlet peruncitan FAMA dan juga LADA yang diperakui. Melalui jualan Agro Madani pada Disember ini, beras Cap Feri ni akan dijual dengan harga sebanyak RM15 untuk 5 kilo dengan menggunakan beras super import. Sementalahah prakasa Kerajaan Negeri dalam mengeluarkan beras tempatan juga, Kerajaan Negeri sedang dalam perbincangan dan juga perancangan bersama dengan pihak Pertubuhan Peladang bagi menjayakan kerjasama korporat estet padi yang akan diusahakan 100% oleh pihak PBK yang melibatkan sawah padi berkeluasan sebanyak 43.89 hektar bagi menjamin hasil padi dapat dijual terus ke kilang pengeluaran beras Cap feri pada masa yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pantai Jerejak di atas jawapan yang telah diberi. Saya ada dua, yang pertama soalan pokok tidak ada jawapan, saya minta senaraikan jumlah hasil padi pada tahun 2023 hingga kini , itu yang pertama, dan yang kedua dan saya hendak ucap terima kasih pada YB EXCO atas inisiatif yang telah diambil untuk memastikan beras tempatan ini ada di pasaran melalui beras Cap Feri ini kerana kita semua sedia maklum isu ketiadaan beras tempatan, isu ketiadaan beras tempatan ni dia bukan baru tapi telah berpanjangan dua tahun telah genap pentadbiran Kerajaan Madani ketimbang ni dan saya nak sangat supaya apa yang dicita-citakan atau pun hasrat daripada YB EXCO untuk merealisasikan beras Cap Feri ini dapat kita sama-sama perolehi dan saya nak tanya dengan adanya beras Cap Feri ini sejauh mana dia boleh menampung keperluan rakyat khususnya di negeri Pulau Pinang ini berhubung dengan stok beras tempatan.
Terima kasih Yang Berhormat YB Penaga. Bagi menjawab soalan pertama saya sudah sebut sebentar tadi, di mana kita dalam proses perbincangan dengan pihak PBK untuk mendapatkan hasil beras tempatan di kawasan PPK yang dimiliki oleh PPK 100% iaitu sebanyak 48.93 hektar, yang
belum kita dapat kata putus lagi daripada pihak PPK untuk dapatkan beras tempatan. Yang kedua untuk pengetahuan Yang Berhormat Penaga, hasil beras atau pun sawah padi di seluruh negeri Pulau Pinang sebanyak 50% ke 60% hasil sawah padi dijadikan sebagai beras tempatan dan hampir setengah daripada situ telah dipasarkan di luar negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan mengambil langkah untuk berbincang dengan pihak swasta untuk memastikan bahawa hasil sawah atau pun hasil sawah padi kita ini dapat dimanafaat di kawasan di negeri Pulau Pinang sendiri. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Yang Berhormat Pantai Jerejak di atas jawapan-jawapan itu, saya nak tanya Yang Berhormat, selama saya rasa bagi saya beras tempatan ni tidak ada masalah. Kenapa jadi masalah di masa kerajaan dua tahun yang memerintah seingat ingat saya, saya 60 dah, saya tidak pernah alami beras tempatan tidak ada, sedangkan sawah di Pulau Pinang Yang Berhormat cakap 43.9 hektar, saya ingat kalau tu semua beras tempatan, bukan beras import. Di manakah beras tempatan ini hilang? Sebagai EXCO Pertanian saya minta jelaskan. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, yang saya sebut 48 itu adalah milik PPK. Kalau keseluruhan kita ada lebih kurang 12,000 plus plus hektar sawah padi. Untuk menjawab soalan itu, sebenarnya kita belum mendapat lagi data-data atau pun aduan di manakah beras tersebut berada dan ianya telah sebab itulah kita Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mendapatkan satu langkah di mana memastikan bahawa beras atau pun sawah padi setempat ni dapat dipasarkan dalam negeri Pulau Pinang ni. Insya Allah kita cuba usaha dan selebihnya kita akan berusaha atau pun memihak atau pun meminta bantuan daripada pihak Kawal Selia Padi itu sendiri iyalah untuk memantau beras-beras katanya ada beras import dan tempatan campur. So kita akan memohon bantuan daripada Kawal Sedia Padi untuk memantau dengan lebih kerap.
Soalan.
Nanti, bagi Pematang Berangan dahulu.
Sedikit sahaja.
Nanti sambung lagi.
Terima kasih kepada Dato' Seri Yang di-Pertua. Berkaitan dengan harga beras tempatan, adakah pihak Yang Berhormat Pantai Jerejak pernah membuat kajian tentang harga yang ditetapkan RM26 itu adalah harga yang bersesuaian dengan harga pembelian padi pada masa ini. Saya difahamkan pihak kilang memang harga yang kita tetapkan RM26, RM2.60 satu kilo itu tak dapat memberi keuntungan kepada kilang sekiranya dengan harga yang dibeli sekarang ni RM1,650 satu tan itu. Adakah pihak EXCO pernah buat kajian tentang harga yang sepatutnya, perlu dinaikkan atau pun macam mana?
Yang Berhormat Permatang Berangan, berkenaan tentang harga kawalan tersebut adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, luar bidang kuasa Kerajaan Negeri dan beras bukan hanya tak ada di Negeri Pulau Pinang, di Kedah pun tak ada, Perlis pun tak ada.
Ya lah tetapi kita boleh buat kajianlah tentang harga itu sepatutnya kan sama ada ianya sesuai atau tidak sesuai, perlu dinaikkan sedikit untuk memberi keuntungan kedua belah pihak.
Saya bersetuju dengan Permatang Berangan di mana harga tidak bersesuaian kerana harga, kos dan lain-lain membebankan pihak petani. Saya mengharap selepas ni ada langkah-langkah kaji selidik balik harga beras tempatan tersebut dan memandangkan ia bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, kita akan juga menulis surat kepada pihak kerajaan untuk memantau atau kaji selidik semula harga beras tempatan tersebut. Terima kasih
Sedikit soalan tambahan. Terima kasih atas jawapan itu dan juga soalan oleh rakan saya YB Permatang Berangan. Sebagaimana disebut tadi, harga beras tempatan tu satu kilo RM2.60, memang sebagaimana YB EXCO juga bersetuju memang tidak bersesuaian tidak sesuai sebab itu bagi sayalah saya yakin kehilangan beras tempatan di pasaran ini apabila harga beras tempatan ditetapkan itu tidak membolehkan pengilang ini mengeluarkan beras tempatan sebab mereka akan rugi jadi padi tempatan untuk menghasilkan beras itu akhirnya bertukar kepada beras import yang mana dengan mereka keluarkan beras import itu, kilang akan mendapat keuntungan yang lebih. Kalau atas beras tempatan mereka akan rugi sebagaimana YB bersetuju harga yang telah ditetapkan itu tidak sesuai pada masa ini.
Terima kasih penerangan yang jelas oleh YB Penaga, saya harap penjelasan YB Penaga ini dapat didengari oleh masyarakat di luar di mana beras tempatan sekarang ini harganya tak sesuai dengan kos kepada petani-petani. Tetapi kadang-kadang masyarakat kata kenapa kita perlukan naikkan harga beras tempatan, mereka tidak faham yang mana kos yang ditanggung oleh petani ini
sangat tinggi dan kita perlu adil kepada pihak petani. Dengan harga yang tidak berpatutan ini, saya setuju dengan pihak Yang Behormat Permatang Berangan dan juga Penaga ini di mana kerajaan perlu kaji semula harga tersebut.
Pada masa ini.
Terima kasih penerangan yang jelas oleh YB Penaga, saya harap penjelasan YB Penaga ini dapat didengari oleh masyarakat di luar di mana beras tempatan sekarang ini harganya tak sesuai dengan kos kepada petani-petani. Kadang-kadang masyarakat kata kenapa kita perlu naikkan harga beras tempatan. Mereka tidak faham daripada kos yang ditanggung oleh petani ini sangat tinggi. Dan kita perlu adil kepada pihak petani, dengan harga yang tidak berpatutan ini saya setuju dengan pihak Yang Berhormat Permatang Berangan dan juga Penaga di mana kerajaan perlu kaji semula harga tersebut. Terima kasih.
Terima kasih YB EXCO yang bersetuju dengan apa yang telah kita lontarkan. Jadi bagi menyelesaikan masalah ini, itu yang kita nampak. Kalau sekiranya dengan harga semasa beras tempatan itu tidak membolehkan, tak menjadi kesalahan kalau keperluan untuk menaikkan harga beras tempatan. Jangan sampai harga beras tempatan itu sama dengan harga beras import. Hari ini beras tempatan tak ada, semua kita termasuk rakyat di luar sana terpaksa membeli beras import. Sekarang ni kita nak beli beras tempatan kalau dengan dulu, harga dulunya satu kampit 5kg ada RM13.00 ringgit, RM15.00 ringgit dinaikkan kepada RM17.00 ringgit. Yang penting rakyat masih boleh menikmati harga dan menikmati padi dan juga beras tempatan.
Terima kasih. Okay, maka Ahli-ahli Yang Berhormat. 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Negeri Pulau Pinang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletak di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi.
Terima kasih.
Dan satu lagi berhubung dengan Peraturan 6a(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, saya mohon supaya masa persidangan hari ini 27 November dilanjutkan sehingga 6:30 petang.
Terima kasih. Saya perlukan sokongan.
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ya, sekali lagi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6a(1) untuk kita melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 26 November, hari selasa sehingga jam 6.30 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju katakan “ya”.
Ahli-ahli Yang Berhormat
“Ya”.
Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Telok Ayer Tawar tidak setuju. Lebih suara bersetuju. Usul dipersetujui. Hari Rabu. Minta maaf ya hari ini, hari Rabu. Sekali lagi ada kesilapan ya. Tak apa.
Ahli-ahli Yang Berhormat saya juga sedikit makluman sebelum kita beralih ke sesi penggulungan. Maka dengan kerjasama Yang Berhormat-Yang Berhormat maka hari ini kita boleh henti rehat untuk makan tengah harilah. Nanti kita (gangguan) bab makan setuju, bab bersuara tak setuju (ketawa). Nanti kita akan henti rehat dalam lingkungan 12:30 tengah, 12:30 lah. Dan kita, ya kita akan sambung nanti petang 2. Maka dalam sesi penggulungan sekarang, kita nak mempersilakan Ahli Yang Berhormat Pantai Jerejak. Bab padi itu ditolak dari teks ucapanlah, tadi sudah panjang lebar tak perlulah Cap Feri lagilah. Sila.
Bismillahirahmanirahim. Dato’ Speaker, Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Para Media, Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Penang2030, Salam Malaysia Madani.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana berjaya membentang Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan 2025 pada minggu yang lepas. Begitu juga tahniah kepada semua Yang Berhormat kerana berjaya mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Dato’ Seri Speaker, saya amat bersyukur dan juga bertuah kerana dorongan yang telah diberikan oleh Unit Perbadanan Ketua Menteri iaitu CMI telah membantu pejabat saya yang akhirnya menubuhkan sebuah satu anak syarikat iaitu Penang Agrotech Sdn. Bhd. Penang Agrotech Sdn. Bhd. bertindak sebagai pelaksana, penyelaras dalam perancangan dasar, program dan juga aktiviti di bawah Jawatankuasa MMK Agroteknologi. Penang Agrotech Sdn. Bhd akan berfungsi, berjalan pada 1 Januari diharapkan prakarsa penubuhan Penang Agrotech Sdn. Bhd ini dapat membantu Kerajaan Negeri tamsilnya dalam menjana pendapatan baru bagi Kerajaan Negeri.
Saya juga mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua seluruh agensi yang terlibat dalam penganjuran MAHA 2024 yang telah dijalankan di MAEPS Serdang iaitu 11 hingga 22 September. Kita bangga dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Rumah Pavilion Negeri Pulau Pinang dengan kehadiran mencecah 180,000 orang dengan memberi manfaat sebanyak RM300,000.00 kepada usahawan-usahawan setempat.
Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, bagi meningkatkan hasil pertanian, perikanan dan peternakan, di bawah MMK Agroteknologi kita sentiasa memastikan bahawa Kerajaan Negeri mampu mencapai kadar sara diri yang tinggi tanpa mengira strata masyarakat secara holistik serta bekalan makanan sentiasa mencukupi dan tidak goyah pada masa-masa yang akan datang. Justeru sekali lagi Kerajaan Negeri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kerana julung-julung kalinya memperkenalkan Program Keterjaminan Makanan iaitu mengoptimumkan penggunaan tanah dengan tahun ini sahaja sebanyak RM150 juta telah diperuntukkan. Kita telah memperolehi 3. Saya sebut 3 ya. Mungkin 1 ni akan diluluskan pada hujung tahun ini. Yang pertama Program Pertanian Pintar, Smart Farming Internet of Thing dengan izin IOT pada tanaman padi di seluruh kawasan jelapang padi di negeri Pulau Pinang dengan diperuntukkan sebanyak RM500 ribu ringgit. Yang kedua, program pelepasan benih ikan dan juga udang di perairan umum negeri Pulau Pinang sebanyak RM350,000.00 dengan sebanyak 450,000 jenis, pelbagai jenis, benih ikan, udang telah dilepaskan di pengairan negeri Pulau Pinang dan ia merupakan sejarah dalam negeri Pulau Pinang pelepasan benih udang dan ikan terbanyak. Sebagai maklumat, kedua-dua program ini yang saya sebut tadi telah berjalan dan penambahan sebanyak RM500,000.00 bantuan pukat kepada nelayan pada hujung tahun ini. Berkaitan dengan status tanah tidak subur yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pinang Tunggal, ia dalam pengetahuan pejabat kami dan Insya-Allah kita akan membawa permohonan untuk memastikan bahawa tanah di jelapang padi, sawah padi di negeri Pulau Pinang ini sebagai subur dalam projek yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri projek khas tersebut.
Bagi sektor pertanian Dato’ Seri, sudah semestinya Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memikirkan perkara yang lebih baik ke arah menghasilkan tanaman yang lebih baik. Oleh itu, projek solusi penggalak fotosintesis akan diperkenalkan pada tahun hadapan. Dengan teknologi ini, ia membantu meningkatkan kecekapan fotosintesis tumbuhan yang membolehkan tanaman seperti padi menyerap lebih banyak karbon dioksida dengan mengeluarkan hasil yang lebih. Teknologi ini telah diuji di beberapa ladang di Indonesia dan juga Malaysia telah mencatat peningkatan sebanyak 15% sehingga 40% dalam penghasilan padi. Projek berimpak tinggi negeri Pulau Pinang seterusnya adalah Projek Penanaman Jagung Manis di bawah inisiatif IPR-INTAN dengan kerjasama NCIA, UiTM Cawangan Bertam dan juga Jabatan Pertanian mewakili Kerajaan Negeri, kita telah mengusahakan Projek Jagung Manis ini sebanyak 120 ekar. Sedikit sebanyak membantu mengusahakan projek ini, meningkatkan variasi keterjaminan makanan sekaligus membantu golongan B40. Projek ini dia mewajibkan golongan B40 untuk turut serta di ladang. Dan kita ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Ekonomi kerana telah meluluskan belanjawan sebanyak RM4.92 juta untuk fasa yang pertama di 120 ekar di kawasan UiTM Bertam.
Pantai Jerejak boleh saya mencelah sikit.
Boleh.
Saya nak mendapat maklumat, dekat mana penanaman jagung tu. Penanaman jagung tu nampaknya bagus. Tapi tang mana. Adakah maknanya orang yang menanam padi ni boleh beralih kepada menanam jagung sebab masalah hari ini pendapatan golongan pesawah padi menjadi masalah ataupun mungkin ada di tanah-tanah yang tertentu yang sudah dikenal pasti oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua kerana memberi maklum balas yang baik. Insya-Allah kita akan membuat kajian. Cumanya saya lihat penukaran penanaman tanaman padi ke jagung manis ini perlu perincian yang lebih telitilah. Sebab kita Negeri Pulau Pinang ini antara negeri yang terkehadapan dalam penanaman padi. Kalau kita tukar ke penanaman jagung ianya akan mengalami kesukaran ataupun memberikan langkah sumbang pada saat yang proses yang akan datanglah. Kerajaan Negeri juga turut menyambut baik Yang Berhormat Batu Uban dan juga Yang Berhormat Permatang Berangan di mana untuk Kerajaan Negeri mengguna pakai tanah-tanah terbiar. Untuk pengetahuan Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan ini, kita telah bekerjasama dengan pihak TNB di mana kita kenal pasti tanah-tanah rintis TNB untuk menjalankan tanaman kontan. Namun sukacitanya dimaklumkan bahawa ada beberapa kawasan ini dimiliki oleh pihak persendirian, swastalah. Kita akan terus berhubung dengan pihak-pihak yang melibatkan Kerajaan Negeri termasuklah PDC sendiri untuk menjalankan langkah ini. Ini langkah yang pertama, Insya-Allah kita akan terus ke langkah-langkah yang berikutnya.
Dato’ Seri Speaker bagi menjawab Yang Berhormat Batu Uban tentang cadangan agrofarm, Kerajaan Negeri telah mempunyai agrofarm ni tapi namanya berbeza yang dikenali sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan di TKPM ada di Ara Kuda, ada di Batu Kawan, ada di Mayfield milik PERDA dan juga ada di Permatang Pauh. You name it, we have it, (dengan izin). Kita ada udangm, kita ada ikan, kita ada vanilla smart farming farm yang terbesar dalam negara kita. Kita ada cabai, kita ada sawi, kita ada apa lagi?
Durian.
Durian tak ada dalam itulah. Semua prospek tanaman kontan sayur-sayuran, kita ada rock melon. Semua ada dalam kawasan yang saya sebut tadi. Insya-Allah saya akan bawa Batu Uban untuk melawat ke kawasan-kawasan ini. Insya-Allah. Selain itu Yang Berhormat Batu Uban juga membangkitkan tentang isu racun perosak serangga. Betul di negeri Pulau Pinang antara negeri yang tinggi penggunaan racun perosak. Insya-Allah kita cuba menangani masalah ini. Bagi isu rumpai di sawah padi serta isu campuran beras import yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan, saya pun tidak mahu berbicara begitu panjang kerana saya telah menjawab dengan jelas dan terperinci dalam soalan bertulis. Yang Berhormat Penaga telah menyatakan kegusaran berkenaan tentang kos kenaikan yang membebankan pesawah. Saya akur dan setuju dengan kenyataan tersebut. Kita memandang serius dan kita berusaha dengan sentiasa berusaha dengan pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini. Kerajaan Negeri akan meletakkan 100% komitmen untuk membantu nasib-nasib petani ini.
Pantai Jerejak, minta laluan.
Sila kan.
Berkenaan dengan tadi saya dengar berkenaan hasil padi ataupun beras tempatan yang tak ada. Boleh tak pihak kerajaan mengusahakan supaya koperasi-koperasi petani-petani dapat mengilang sendiri padi dan menjual sendiri hasil mereka. Sama ada mereka makan sendiri ataupun maknanya orang yang berada di persekitaran bendang tak patut sangat tak boleh makan. Cuma hari ini ada halangan-halangan yang mana petani ini tak boleh mengilang sendiri beras. Hari ini, teknologi moden hari ini mesin mengilang padi ni ada kecil-kecik ja besar-besar meja ni ja. Ada teknologi ni. Kalaulah koperasi boleh ataupun kerajaan sendiri boleh membantu koperasi petani-petani ini untuk mengilang sendiri beras dan boleh mereka makan dan juga boleh maknanya mereka menjual sendiri kepada apa nama masyarakat yang berada di dalam kawasan persekitaran sawah padi ini. Terima kasih
Baik Yang Berhormat Sungai Dua, saya menyambut baik cadangan tersebut. Insya-Allah kita akan mengkaji dan juga cuba mengambil idea tersebut. Yang Berhormat, menjawab Yang Berhormat Pinang Tunggal seksyen kawal selia padi dan juga beras mempunyai peranan tersendiri, saya yakin Yang Berhormat Pinang Tunggal tahu apa yang berlaku dan Insya-Allah kita akan memberi komitmen untuk memastikan bahawa mereka menjalankan tugas yang baik. Banyak kita tahu industri padi dan beras ini memang mempunyai kartel-kartel tersendiri dan Insya-Allah kita akan sentiasa meletakkan komitmen yang tinggi untuk memastikan bahawa masalah ni dapat diselesaikan dari masa ke semasa.
Yang Berhormat Pinang Tunggal juga, berkaitan dengan bantuan sawah padi Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM6.9 juta bagi sektor pertanian khusus RM500,000.00 bagi tanaman padi dengan memberi manfaat sebanyak 5,515 pesawah di seluruh negeri Pulau Pinang dengan program pembangunan infrastructure sawah padi seperti menambun petak sawah padi yang rendah, menaik taraf lintasan sawah, jalan ladang sawah padi, pembaikan tanah jerlus, pembaikan saliran yang telah dilaksanakan dengan berjumlah RM199,643.00 manakala RM300,357.00 telah dibelanjakan dalam input pertanian misalnya baja tambahan penggalakan tanaman serta kesuburan tanah telah dilaksanakan pada tahun ini.
Menjawab soalan Yang Berhormat Pinang Tunggal juga, berkenaan tentang agro pelancongan, negeri Pulau Pinang bersyukur kerana tahun ini kita telah memperolehi peruntukan sebanyak RM48 juta dengan Projek Sedusun Tech Valley yang dijalankan di Relau, agro pelancongan yang memberi fokus kepada industri durian.
Seterusnya Kerajaan Negeri sedang menyiapkan kertas kerja bagi menambahkan lagi lokasi agro pelancongan dengan dua lokasi yang baru. Yang pertama, di Stesen Padi Bukit Merah, Permatang Pauh, kita lihat kawasan ini kawasan padi yang aktif cukup cantik sekiranya kita dapat dijadikan sebagai lokasi baru Agro Pelancongan dan juga pusat riadah. Kedua Taman Herba Bertam Kepala Batas, umumnya saya yakin masyarakat khususnya di Negeri Pulau Pinang kurang
mengetahui tentang Taman Herba Bertam ini saya mengambil ruang dan peluang ini untuk mempromosikan di Taman Herba Bertam kita mempunyai 200 spesies herba dijadikan sebagai satu khazanah untuk penyelidikan dan juga pendidikan.
Justeru, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membangunkan Taman Herba Bertam. Di mana? Di hadapan Balai Bomba Bertam. Selain menjadi pusat agro pelancongan ianya akan jadi pusat rekayasa, pengeluaran produk dan juga rawatan tradisional berkaitan herba yang terbesar di utara tanah air kelak. Seterusnya bagi maklumat Yang Berhormat Pinang Tunggal juga, soalan berkenaan tentang Beras Cap Feri telah menjawab dalam soalan 45 dan juga 46. Saya seterus kepada... (gangguan).
YB EXCO minta pencerahan sikit.
Boleh saya teruskan sebab saya dah masa saya dah nak habis.
Sikit-sikit sebab tadi… (Gangguan).
Nanti saya tambah, boleh? Sekejap saya nak habiskan saya punya hujahan minta maaf. Selain itu, sekiranya kita sebut tentang Pulau Pinang tidak asing ataupun rugi kalau kita tidak berbicara tentang durian. Kerajaan Negeri bersama-sama dengan para penyelidik universiti, para pekebun durian telah menggembleng bahu memperkenalkan satu sistem implementasi pemantauan IOT di ladang-ladang durian Pulau Pinang. Ladang-ladang di Balik Pulau berapa ladang telah dijadikan sebagai pilot project dengan izin telah menggunakan hasil yang baik di mana buah-buah yang menggunakan sistem ini telah memenangi buah King Of The Fruit bagi buah Udang Merah dua tahun berturut-turut iaitu 2023 dan juga 2024.
Justeru Kerajaan Negeri kita berhasrat untuk membawa projek ini dalam projek khas pada tahun 2025 yang memastikan bahawa peladang-peladang durian ini dapat mengoptimumkan sumber air, baja dan juga racun perosak sekaligus ianya mampu menghasilkan buah yang bermutu tinggi dalam menampung permintaan yang pasaran yang lebih luar dan juga besar. Kerajaan Negeri juga setuju dan juga menyambut baik cadangan Yang Berhormat Teluk Bahang dalam mengguna pakai sepenuhnya tanah terbiar. Kita ada buat langkah yang pertama bekerjasama dengan pihak TNB kita akan mengorak langkah lagi di kawasan-kawasan yang terbiar. Dato’ Seri Speaker saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Pinang Tunggal.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan Yang Berhormat EXCO, saya cuma nak quote baliklah apa saya sebut dalam perbahasan baru ni, kita sedia maklum key point yang pertama, BERNAS hanya beli tak sampai lebih kurang 10% ja pengeluaran padi di Pulau Pinang, kedua saya sebut secara jelas bahawa BERNAS beli padi tempatan dengan harga RM1,400.00 satu tan. Jadi kalaulah kilang paling swasta beli RM1,680.00, memang akan apa berlaku seolah-olah membunuh BERNAS, betul tak betul? Dan saya nak EXCO-EXCO yang ada Dewan yang Mulia ni kita fikir
sendiri kalaulah benda ni berterusan, soalan saya yang tanya rakan tadi, soalan saya yang basic ni, tapi yang key dia ialah kalaulah kerajaan masih kawal, bila BERNAS beli RM1,400.00 dengan swasta beli RM1,680.00, sapa pun tak kan tengok BERNAS.
Ini adalah benda yang basic ni, ini kena selesai dulu ni kenapa berlaku begitu? Dan kalau kita tengok secara mudahnya 80% beras atau padi dibeli oleh kilang swasta. Walaupun Kawal Selia memang ada peranan dia, tapi kita sebagai EXCO sebagai kerajaan kita pi tengok, buat audit, beli banyak-banyak pi mana beras tu? Yang ni benda yang saya rasa semua orang tahu tapi kita seolah kita senyap seolah kita tak ada kuasa, saya bukan salahkan YB EXCO, maksud saya kita kan kerajaan kita kena do something sebab benda ni benda depan mata kita, kita biar pesawah-pesawah ni teriak, menangis depan kita? Benda yang kita tau kita seolah buat tak tahu. Allah Hu Wallam.
Yang Berhormat Pinang Tunggal sebenarnya kita tidak adalah duduk dalam pejabat ataupun goyang kaki tak kita turun padang dan melihat perkara ini. Punca kuasa di bawah Kawal Selia Padi dan juga Kerajaan Negeri, Insya-Allah selepas ini akan mempertingkatkan lagilah pemantauan di kilang-kilang tersebut dan juga setuju juga kepada semua Yang Berhormat yang bangkit tentang beras tempatan harganya tidak adil sekarang ini buat petani dan Insya-Allah.
Kerajaan Negeri memberi 100%, 200%, 300% komitmen untuk memastikan bahawa selepas ini nasib-nasib petani khususnya agar beras tempatan dapat dipertingkatkan. Cumanya masyarakat awam di luar ni janganlah mencemuh sekiranya beras tempatan dinaikkan kerana ianya kerananya Yang Berhormat Pembangkang pun setuju kan beras tempatan sekiranya dinaikkan kerana kos dan juga pelbagai perkara-perkara dinaikkan atau pun benda yang melibatkan kos-kos tu secara tak langsungnya meningkatkan beras tempatan sendiri.
Dato’ Seri Speaker, dulu sekiranya dulu (gangguan) bagi saya habis dulu nanti saya akan bagi ruang jangan risau. Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, sektor penternakan, di samping itu Kerajaan Negeri bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang membangunkan dalam perancangan untuk menubuhkan Pusat Ternakan Ruminan secara bersepadu dalam usaha mencapai sasaran peningkatan pengeluaran daging lembu dan daging kambing selaras Pelan Strategik Pembangunan Pedaging Negara dengan kadar sara diri negara daging lembu sebanyak 50%, daging kambing sebanyak 30%. Penubuhan kandang sepadu ini akan merangkumi infrastruktur kandang yang moden serta sistem pengurusan pemantauan yang baik berfungsi sebagai centralised farm bagi penternak dan pengguna negeri Pulau Pinang di mana penternak boleh mendapatkan livestock dengan harga yang terkawal, bebas penyakit manakala pengguna juga mendapat sumber daging yang selamat dan juga terjamin kualitinya.
Pantai Jerejak, boleh mencelah tak. Kena dengan tajuk ni respons kepada tajuk ni.
Boleh.
Baik, baik.
Usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat tu baik tetapi apa menjadi masalah sekarang ini dalam lambakan lembu yang berlaku sekarang ini yang menyebabkan penternak-penternak tak boleh nak mengeluarkan lembu mereka, tak boleh nak jual. Ini masalah yang yang berlaku dan saya sendiri baru-baru ini dengan inisiatif bersama dengan penternak-penternak lembu kita orang kata apa nak bantu mereka hari ini bila kata lembu tak boleh keluar, barang dah ada dok asyik bagi makan ja jadi nak menanggung kos makan ni menjadi masalah kepada penjaga-penjaga lembu.
Saya bersama-sama dengan penternak-penternak lembu oleh kerana tak mahu sangat rugi, kita buat jual daging murah daging RM27, sekilo RM27. La ni RM40 saya jual RM27 penternak-penternak ni makna dia pun bersama-sama dengan Pusat Khidmat jual daging murah untuk tak mahu bagi rugi. Bukan kata untung tak mahu bagi rugilah sebab apa sebab kos peternakan hari ini, dedak orang kata meningkat dengan tinggi.
Jadi kalau kata inisiatif hari ni buat tetapi bila sampai masa dan AP diberikan kepada orang nak import lembu daripada Thailand dengan berleluasa masuk menyebabkan pentarnak-penternak lembu tempatan menjadi masalah. Jadi saya ingat maknanya pihak di Kerajaan juga kena melihat perkara ini kan. Kita ada lembu tapi masalah dia tak boleh jual. Jadi penternak hari ini jadi masalah kepada mereka kan jadi ada rahmah jugalah kita pun boleh jual boleh buat kebaikan jualan kebajikan kepada rakyat RM27 berbanding dengan RM40 di pasaran kan tapi kesianlah dekat peniaga-peniaga lembu ni. Terima kasih.
Terima kasih saya ambil maklum cadangan. Kita tahu apa yang Yang Berhormat Sungai Dua maklumkan itu memang masalah yang serius. Saya ambil maklum cadangan untuk tambah baik di peringkat pejabat kami sendiri Insya-Allah. Dalam meneliti harus kemodenan ini bagi mengukuhkan lagi sekuriti makanan khususnya dalam bidang perternakan kita iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar melalui Penang Agrotec Sdn.Bhd. pada Januari ini kita sedang membangunkan Pusat PROOF? (dengan izin), Penang Ruminant Livestock Food Production Centre yang ditanam napier dan juga silaj 30 ekar di UiTM Bertam. Projek tanaman rumpun napier dan juga silaj ini adalah usaha untuk meningkatkan makanan haiwan ternakan agar dapat menampung bekalan ternakan ruminan di negeri Pulau Pinang yang semakin berkurangan.
Jawapan saya ni penjelasan saya ini terus menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Permatang Berangan tentang berkenaan isu kenaikan harga makanan ternakan dan inilah tindakan Kerajaan tindakan awal Kerajaan Negeri bagi menangani isu ini. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Berangan juga, bagi merangsang penternakan ruminan di negeri Pulau Pinang, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah memperuntukkan RM161,130.00 kepada pengusaha-pengusaha penternak ruminan besar dan juga pengusaha-pengusaha penternak ruminan kecil di seluruh negeri Pulau Pinang dengan memberi bantuan pakej dedak dan juga batu garam. Dengan keseluruhan 405 penternak ruminan kecil, lembu kecil dan besar, lembu dan kambing mendapat manfaat ini dengan 87,330 kepada setiap penternak ruminan dengan setiap individu memperoleh RM426.00 manakala sebanyak 73,800 kepada penternak ruminan kecil yang memberi manfaat kepada 200 orang dengan nilai jumlah RM369.00.
Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu, Pinang Tunggal dan juga Penaga, bermula 2016 sehingga kini sebanyak 117 ladang khinzir telah dilesenkan dan kesemuanya ladang ini telah dinaik taraf secara tertutup. Syarat telah diberikan dan 117 ini adalah
lulus bersyarat. Makna kata 70% ataupun 80% mereka telah mematuhi sistem kandang tutup. Pemantauan berterusan dan juga pemeriksaan ladang khinzir ini akan dilaksanakan sepanjang tahun bagi memastikan kepatuhan kepada enakmen dan juga peraturan yang telah dikuat kuasakan.
Sektor perikanan Dato’ Seri Speaker, kita berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan penetapan Zon Industri Akuakultur Pulau Pinang ataupun dikenali sebagai ZIAP, nama sinonim dia ZIAP yang memperuntukkan lima kawasan iaitu pengairan Sungai Udang, Batu, Bukit Tambun, pengairan Pulau Aman, Bukit Tambun, pengairan Batu Maung, pengairan Pulau Betong dan juga pengairan Pulau Jerejak. Lima kawasan ni kita telah wartakan sebagai Zon Industri Akuakultur. Dengan perwartaan ini ia menunjukkan dan juga membuktikan bahawa Kerajaan Pulau Pinang sentiasa memberi komitmen dalam memastikan indusri akuakultur dalam negara khususnya di negeri Pulau Pinang ini sentiasa terjamin dan dapat dibangunkan secara komersial dan juga secara besar-besaran dalam pengeluaran ikan yang lebih bermutu tinggi demi memacu pertumbuhan ekonomi dalam negeri khususnya dan umumnya dalam ekonomi negara kita. Bagi pihak Pejabat EXCO Agroteknologi kita akan meneruskan permohonan untuk mendapatkan bantuan nelayan iaitu pukat, mungkin nilai jumlah akan dipertingkatkanlah pada tahun seterusnya iaitu pada tahun 2025. Begitu juga permohonan kepada KPKM untuk memperluaskan lagi program pelepasan benih ikan dan juga udang pada tahun hadapan.
Pada tahun ini kita fokus kepada sungai mungkin tahun depan kita akan fokus kepada pengairan laut sendiri. Dato’ Seri Speaker, bagi sama-sama mendepani pembangunan pesat dalam kawasan pengairan negeri khususnya terutamanya di bahagian selatan Pulau Pinang dengan pembangunan Pulau Silikon, dengan pembinaan LRT laluan mutiara di kawasan tersebut Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, Pen Mutiara sedang berusaha untuk mengangkat idea dengan mewujudkan sebuah bandar nelayan Pulau Pinang. Bandar Nelayan Pulau Pinang yang akan menjalankan aktiviti agro pelancongan di jeti nelayan Batu Maung. Ianya termasuklah cadangan bercampur iaitu hotel nelayan bertaraf empat bintang dan juga pusat komersial yang bakal mempromosikan produk-produk hiliran nelayan ini. Bandar nelayan ini penting dalam menjana pendapatan tambahan kepada golongan-golongan nelayan di samping peluang kemajuan yang ada dalam negeri Pulau Pinang ini, Persatuan-Persatuan Nelayan tidak dikesampingkan dalam pemajuan ini. Jika ia berjaya ia merupakan Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang ini bukan persatuan yang pertama memiliki hotel dan juga memiliki Bandar Nelayan yang memperuntukan komersial dan hotel, Insya-Allah Kerajaan Negeri juga akan mengusahakan dana peruntukan bagi projek ini dalam inisiatif RMK13. Bukan mengambil ruang dan peluang sahaja tetapi ia menaik taraf nilai nelayan-nelayan khususnya di negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Permatang Berangan juga ingin mengetahui tentang punca-punca kemerosotan hasil laut. Terdapat beberapa faktor antaranya adalah kawasan penangkapan ikan yang semakin berkurangan. Kedua, faktor kawasan pengairan yang kecil di negeri ini. Ketiga, terdapat nelayan tidak komersial yang sudah tidak aktif, uzur, sakit, meninggal dunia ataupun lain-lain. Dan keempat, pengurangan jumlah nelayan aktif mungkin pengurangan jumlah nelayan yang aktif menyebabkan kurangnya pendaratan ikan. Justeru Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri akan memperluaskan lagi Program Pelepasan Benih Ikan dan Udang di pengairan umum dari tahun hadapan seperti yang saya sebut sebentar tadi.
Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker bagi menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Tengah, berapa kekerapan yang diambil oleh pihak penguasa bagi melakukan pemantauan terhadap kes pencemaran. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Bukit Tengah, kita akan memantau dalam tempoh enam bulan selepas ladang dan kolam tersebut memperolehi persijilan MyGAPS manakala pemeriksaan mengejut akan diadakan jika terdapat aduan atau pelanggaran dalam penggunaan bahan tercemar.
Dato’ Seri Speaker, Pembangunan Koperasi. Kerajaan Negeri sentiasa merancang, meneliti semua program yang berimpak tinggi dan juga berkualiti bagi menggalakan pembudayaan dan keusahawanan koperasi dalam membangunkan program-program dan juga meningkatkan kemampanan perniagaan koperasi. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama SKM Negeri Pulau Pinang melalui peruntukan Kerajaan Negeri telah mengadakan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun ini yang diadakan di Balik Pulau. Bagi memastikan sektor perdagangan dalam kalangan ahli-ahli koperasi di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah menjalankan program pembelajaran berkaitan perdagangan dan juga perniagaan secara percuma kepada ahli-ahli koperasi di Pulau Pinang. Program e-dagang yang dinamakan ini telah mensasarkan hampir 150 ahli-ahli koperasi bagi mencapai hasrat dalam memantapkan sektor keusahawanan dalam kalangan koperasi di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri di bawah MMK Pembangunan Koperasi juga telah menjayakan Seminar Young Coop Business Camp (dengan izin) dengan mensasarkan seantero Sekolah Menengah di Pulau Pinang dengan mencatat kehadiran sebanyak 544 pelajar yang hadir menghadiri seminar ini. Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada SKM Pulau Pinang dan juga Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang kerana turut memberi kerjasama dalam program ini. Tambahan lagi, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM200,000.00 dalam Program Pelaksanaan Bantuan Pembangunan bagi Koperasi Negeri Pulau Pinang yang dijenamakan sebagai Geran Mutiara Madani. Sebanyak 60 koperasi yang terdiri daripada 39 koperasi dan 21 buah koperasi sekolah telah menerima bantuan dan ianya telah membesarkan skop penerima koperasi pada tahun ini berbanding pada tahun-tahun yang lepas. Tuntasnya, Kerajaan Negeri telah membangunkan platform e-dagang, e-commerce iaitu Kshope.click bagi membantu koperasi-koperasi di Pulau Pinang ini menyasar dan mempromosikan dalam laman web e-dagang ini.
Kita telah memperuntukkan sebanyak RM40,000.00 dalam membangunkan platform e-dagang iaitu e-commerce, Kshope.click yang saya sebut sebentar tadi. Justeru saya kira mana-mana Yang Berhormat-Yang Berhormat ada nak buat majlis ke, buat program ke, boleh lah layari laman web ini untuk melanggani produk-produk usahawan iaitu produk koperasi ini.
Sebagai penutup konklusinya kita sebuah negeri yang maju dalam mencapai berteraskan misi Penang2030 sentiasa mempertingkatkan segala usaha. Saya yakin bahawa segala hasil makanan yang bermutu tinggi dengan bekalan yang mencukupi merupakan asas kepada peningkatan kualiti hidup yang ditekankan dalam Penang2030. Kerajaan Negeri juga memainkan peranan penting dalam bidang Pembangunan Koperasi sebagai langkah pengembangan usahawan-usahawan pembangunan koperasi. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, kalau tuan memikat kenari, jangan patahkan batang jerami, kepada semua YB usul diberi, mohon sokong cadangan kami. Sekian. Wabillahi taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.
Terima kasih Pantai Jerejak. Kena pi test COVID. Terima kasih maka saya nak persilakan Yang Berhormat Perai untuk gulung. Perai Sila.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di Pertua Speaker, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa syukur kerana kita dapat bersama-sama membahaskan Ucapan Oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berkaitan Rang Undang-Undang Pembekalan Tahun 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025 pada 22 November 2024 yang lalu.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat ADUN Sungai Bakap atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. Diharapkan agar Yang Berhormat dapat menjalankan amanah yang telah diberikan dan berkhidmat kepada rakyat setempat.
Terlebih dahulu, izinkan saya memulakan penggulungan ini dengan menjawab isu-isu berkaitan masyarakat India di Pokok Machang, kemudian isu berkaitan perumahan dan kemudian diikuti oleh Portfolio Alam Sekitar saya. Isu tapak rumah setinggan dan dewan bangunan Persatuan India Pokok Machang. Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua, menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan berkenaan isu tapak rumah setinggan dan dewan bangunan Persatuan India Pokok Machang di Tasek Gelugor. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan, terdapat dua plot tanah yang terlibat dalam pembangunan bercampur di tanah yang dimiliki oleh Tetuan Setia Fontaines Sdn Bhd iaitu Plot 531 dan Plot 532. Tapak rumah setinggan dan dewan bangunan Persatuan India sedia ada adalah berada di Plot 531 di mana mempunyai keluasan anggaran 3.1 ekar akan diberi pemilikan semula secara percuma kepada Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang seperti mana diluluskan oleh EXCO semasa Profesor Ramasamy lah. Manakala Plot 532 adalah merupakan tapak Sekolah Tamil yang sedia ada seluas 3.863 ekar akan diberi pemilikan semula secara percuma kepada Lembaga Pengelola Sekolah Ladang Malakoff. Permohonan penyerahan balik tanah dan pemberimilikan semula untuk kedua-dua plot tanah itu adalah di bawah Seksyen 204D, Kanun Tanah Negara, Akta 828. Dan pada kini, permohonan berada dalam proses penilaian di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara sebelum diangkat ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan YB, memang on track lah kedua-dua tanah itu akan dipulangkan kepada dua pihak iaitu rumah itu, tapak di mana rumah itu berada, tapak di mana rumah itu berada dan juga kelak persatuan itu akan diserahkan kepada Wakaf Hindu Pulau Pinang.
Sedikit penjelasan pasal perumahan Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua Speaker, selaras dengan pembentangan Rang Undang-Undang Pembekalan Tahun 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 22 November 2024 yang lepas, Kerajaan Negeri telah menggariskan sasaran menyediakan sebanyak 220,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dalam Agenda Penang2030 di bawah sasaran pertama. Sehingga tarikh berakhir 31 Oktober 2024 tahun ini sebanyak 162,689 unit bersamaan dengan 73.94% telah dicapai dengan pecahan seperti berikut, 51,680 unit telah pun siap dibina dan diduduki, 22,456 unit sedang dalam proses pembinaan dan 88,553 unit dalam peringkat perancangan, beberapa peringkat perancangan.
Isu pembekalan Rumah Mampu Milik seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu berkaitan pembekalan perumahan mampu milik, Kerajaan Negeri sedang memantau pemaju-pemaju yang sepatutnya membekalkan 88,553 unit Rumah Mampu Milik yang masih dalam peringkat perancangan. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Puyu, Kerajaan Negeri dalam peringkat akhir Request For Proposal (RFP) melalui projek RMM Ujong Batu oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dan apa yang kita perlu buat sekarang adalah sebanyak 88,553 unit yang sepatutnya sudah start pembinaan, kita akan berjumpa dengan semua pemaju dan minta dia orang submit pelan-pelan supaya kerja-kerja pembinaan boleh start secepat mungkin supaya kita boleh capai matlamat kita sebelum 2030 ya.
Perai, minta mencelah. Tuan Speaker, Dato’ Seri Speaker dan juga ni YB Perai, saya nak tanya ada tak pihak pemaju yang masih berhutang untuk membuat Rumah Mampu Milik ini, kos rendah ini dalam taman-taman besar yang depa buat, depa tak buat di situ. Tapi ada tak lagi yang masih mereka berhutang yang boleh dimajukan di tempat-tempat yang lain. Terima kasih.
Untuk pengetahuan YB Kawasan Sungai Dua, tidak ada hutang sebenarnya. Pemaju-pemaju dikehendaki untuk bina unit-unit pematuhan seperti mana Kebenaran Merancang diluluskan. Cuma kadang-kadang beberapa pemaju ini akan pilih untuk membina rumah biasa dulu supaya cash flow dia adalah bagus dan kemudiannya boleh bina Rumah Mampu Milik. So apa yang kita sasarkan dan buat sekarang adalah kita akan panggil untuk satu mesyuarat besar-besaran minta semua pemaju yang sepatutnya buat submission untuk Kebenaran Merancang untuk Rumah Mampu Milik dan akan minta dia orang submit secepat mungkin. Dengan cara itu.
Kita dapat maklumat apa nama ni rumah-rumah yang sepatutnya didirikan di apa nama kawasan-kawasan yang tertentu.
Ya. Memang sebenarnya kebiasaannya bila KM diluluskan rumah-rumah mampu milik iaitu unit-unit pematuhan diluluskan dekat tapak itu sahaja. Ada juga kadang kala masa pemaju minta untuk pindah ke kawasan yang lebih senang jual. Kadang-kadang misal kata di lokasi-lokasi yang tidak ada permintaan tinggi untuk perumahan mampu milik, kita bagi kebenaran untuk pindah ke tempat di mana ada pasaran untuk Rumah Mampu Milik. Kita tidak mahu bina Rumah Mampu Milik dan tidak ada orang ambil rumah-rumah yang sedemikian. Kalau itu berlaku… (gangguan).
Dengan izin.
Sorry. Kalau itu berlaku... (gangguan).
Saya rasa Rumah Mampu Milik ini sentiasa menjadi orang kata apa, keperluan kepada rakyat kita ni. Tak ada tempat yang tak mahu rumah mampu milik ini.
Lokasi.
Cuma lokasi lah. Lokasi yang berpatutan ataupun lokasi di mana rumah-rumah itu perlu didirikan. Terima kasih.
Betul. Ada juga lokasi-lokasi yang jauh sangat di mana orang yang duduk secara setinggan sekarang tak mahu beli rumah pangsa, minta rumah teres. So kita tidaklah nak bina rumah banyak-banyak secara bangsa dan pangsa dan tidak ada orang yang nak beli. Jika itu berlaku apa yang akan
jadi itu akan jadi pusat penagih dadah dan juga pekerja asing akan mencerobohi kawasan itu. Kita tak mahu. So kita pun kadang-kadang sebagai kerajaan yang prihatin bagi kelonggaran kepada pemaju untuk bina ataupun pindah Rumah Mampu Milik di kawasan yang boleh dipasarkan. Terima kasih Sungai Dua. Saya juga ingin menjawab isu yang berkaitan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah berkaitan kemampuan pemilikan rumah. Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu kategori baharu Rumah Mampu Milik iaitu B2. Produk ini kita introduce dalam zaman saya ni kerana selama ini kategori perumahan mampu milik yang kita bekalkan adalah antara harga RM42,000.00 iaitu kategori A, RM72,500.00 kategori B dan kategori C1 adalah RM RM150,000.00. So ada banyak gap yang besar antara RM72,500.00 dengan RM150,000.00. So kita sasar untuk melancarkan produk baharu ini iaitu B2 dengan keluasan lantai sebanyak 750 kaki persegi dan sasar untuk jual dengan harga RM100,000.00. So ini akan dengan izin will fill the gap between RM72,500.00 and RM150,000.00 dan kelayakan untuk beli rumah ini, gaji tidaklah melebihi RM5000.00.
Kerajaan Negeri telah meluluskan hak pendapatan maksimum bagi syarat permohonan Rumah Mampu Milik di bawah pasaran terbuka kepada pendapatan maksimum isi rumah RM20,000.00. Ini adalah untuk produk RMM C. Untuk pasaran terbuka jikalau pendapatan adalah melebihi RM20,000.00 mulai sekarang tidak layak untuk beli Rumah Mampu Milik rumah RMM kategori C, untuk public unit.
Isu perumahan mampu milik lagi, Yang Berhormat Sungai Puyu telah membangkitkan isu mengenai kualiti perumahan mampu milik yang sedia ada. Kerajaan Negeri mengambil serius dan tidak akan berkompromi dalam isu kualiti terutama bagi perumahan mampu milik. Bagi produk RMM di bawah Kerajaan Negeri, syarat penilaian kualiti ialah QLASSIC yang dilaksanakan oleh CIDB telah disyaratkan kepada semua pemaju di Pulau Pinang yang membekalkan rumah mampu milik untuk mencapai minimum skor sebanyak 70% berdasarkan QLASSIC.
Pihak Berkuasa Tempatan bersama agensi teknikal terlibat juga akan menjalankan pemeriksaan akhir sebelum Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan. Sebelum rumah-rumah ini kunci diserahkan kepada pembeli-pembeli, semua jabatan teknikal akan menjalankan pemeriksaan sebelum keluarkan surat sokongan, sebelum PBT keluarkan surat sijil kelayakan duduk. Bagi setiap pembangunan perumahan baru, pembeli akan diberi tempoh sebanyak 24 bulan tanggungan kecacatan (DLP) Defects Liability Period selama 24 bulan untuk pemaju membaiki segala kecacatan yang berlaku. Memang kita faham keadaan di tapak sekarang pekerja-pekerja pun bukanlah pekerja tempatan lagi, pekerja asing yang ada yang datang dengan skill-skill yang sudah sedia ada. Ada yang datang sini macam nak belajar buat kerja so kita ada campuran pekerja skill dan campuran pekerja yang tak skill. So semasa pembinaan kemungkinan ada kecacatan, walau bagaimanapun oleh kerana ada Defects Liability Period selama 24 bulan pembeli bolehlah kemukakan defects-defects kepada pemaju dan pemaju terpaksa buat mengikut surat perjanjian jual beli.
Ahli Kasawan Penanti (YB Zulkefli bin Bakar):
Mohon mencelah Dato’ Speaker. Untuk Rumah Mampu Milik ini kita tahu yang di negeri ini jumlah keseluruhan menunggu adalah sebanyak 4,554 permohonan. Jadi untuk Housing Outcome Performance Committee ini HOPE boleh tak sekiranya diberi peluang kepada ADUN-ADUN daripada pembangkang duduk di dalam jawatankuasa tersebut.
Okay. Oleh kerana YB Penanti cerita pasal HOPE saya pun kena cerita sikitlah. Ya kita akan teliti dulu, kita fikir dulu macam mana kita nak invite pembangkang untuk duduk di sana. Sejak HOPE
ditubuhkan, HOPE ditubuhkan oleh saya selepas saya jadi EXCO Perumahan dan sejak HOPE ditubuhkan sehingga hari ini hampir 8,000 surat tawaran kita sudah keluarkan dalam tempoh lebih kurang 14 bulan dan HOPE ini bukanlah berjumpa bersidang setiap sukuan, setiap bulan kita ada meeting HOPE dan setiap meeting kita keluarkan beberapa ratus surat tawaran kepada pembeli. Terima kasih untuk tawarkan diri untuk join kita nanti kita telitikan dengan pembeli dulu.
Perai, dengan izin. Dato’ Seri Speaker sebelum saya terlupa, berkenaan dengan kumpulan sasaran untuk pembeli rumah tadi ni. Tadi ada apa level dia punya ni yang boleh membeli Rumah Mampu Milik A, B, C. Kemudian bagi ada satu golongan lagi yang disebut sebagai golongan mudah miskin. Maksud golongan mudah miskin ni 25 hari bulan banyak duit lepas tu bayar-bayar tak ada duit dah. Jadi golongan mudah miskin ni silap-silap ADUN pun boleh jadi golongan mudah miskin itu, jangan main. Jadi bagi golongan ini makna dia boleh tak memiliki rumah apa nama ni C ka rumah mampu milik C kah, boleh tidak. Mungkin kita mungkin orang kata ada di kalangan rakyat kita ni yang ada sedemikian memang gaji hari gaji tu memang kayalah tapi lepas tu dia miskin bayar macam-macam, bayar dengan apa nama ni komitmen apa keluarga dan sebagainya maka dia lepas daripada 25 hari bulan masuk 31 hari bulan dah tak ada duit dah. Jadi golongan ni macam mana apa nama kedudukan dia dalam boleh dia memiliki rumah jenis apa.
Terima kasih YB Sungai Dua. Tugasan kita sebagai Kerajaan Negeri adalah untuk membekalkan rumah kepada orang based on dia punya entitlement lah ya. Misal kata kalau rumah RM42,000 itu gajinya tidaklah boleh lebih daripada RM2,500 Kalau dia jenis kaya setengah bulan miskin setengah bulan dia boleh beli rumah kategori C3 juga berharga RM300,000. Ini adalah masalah masing-masing, kerajaan tak boleh nak ajar dia macam mana nak manage dia punya finances lah. Ini masalah peribadi dia orang. Kami faham tugasan kami adalah untuk membekalkan perumahan kepada, membekalkan Rumah Mampu Milik kepada orang-orang yang tak mampu beli rumah mahal. Itu tugas kita dan kita akan jalankan secara profesional. Dari segi perseorangan kita semua ada tanggungjawab kita untuk manage finance kita sendirilah. Tidak boleh minta kerajaan untuk bantu. Walau macam mana pun, dari segi peribadi individual boleh beli mana-mana rumah yang dia rasa dia mampu beli lah ya. Rumah bukan Rumah Mampu Milik, rumah yang dia mampu tahan bayar, jangan dia beli lepas tu tak dapat bayar maintenance fee lepas tu tempat tu jadi teruk macam Flat Teluk Indah. Kita pun risau juga sebagai Kerajaan Negeri bila kita nak tawarkan rumah RM42,000 kepada orang yang betul-betul nak beli rumah, selepas dua tiga bulan loan loan biasanya loan tak lepas. Kalau loan lepas pun, dia beli rumah, tidak dapat bayar bulanan, tidak dapat bayar maintenance, maintenancenya sebanyak paling banyak kurang-kurang RM30.00 pun tidak boleh bayar. So, untuk golongan-golongan ini, apa yang akan jadi bila ia tidak dapat bayar, dia akan sewakan kepada pekerja. Jadi satu isu baru pula.
So kita apa yang kita buat sekarang adalah untuk golongan ini, kita pun tak nak jual rumah. Kalau kita jual secara sewa beli, sebulan bayar RM100.00 lebih campur maintenance mungkin RM50.00 RM60.00, bayar lebih kurang RM200.00 boleh memiliki rumah itu dalam tempoh 15 tahun. Inilah sasaran kita dan untuk golongan yang tidak dapat pinjaman pun sama lah. Sebagai kerajaan yang prihatin, kita akan bantu dia untuk memiliki rumah secara mudah. Tanpa menyusahkan termasuklah golongan yang kaya setengah bulan dan miskin setengah bulan. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, pelaksanaan Projek Pembaharuan Semula Bandar seperti mana yang diutarakan oleh Yang Berhormat ADUN Bagan Dalam. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ADUN Bagan Dalam yang muda
dan bertenaga ya. Ada satu perkampungan di kawasan ADUN Bagan Dalam iaitu Kampung Ujong Batu. Satu masalah yang tertinggal untuk berpuluh-puluh tahun. Semasa saya memasuki kampung itu dengan YB kawasan, banyak orang menangis, peluk, meminta tolong, bumbung di atas kepala sahaja. Memang sangat sedih lah.
So, saya dengan ADUN Bagan Dalam berjumpa dengan penduduk-penduduk sana dan tubuhkan satu Jawatankuasa Induk dan sudah ada beberapa mesyuarat bersama penduduk sana, dan terdapat, sebulat suara dapat kelulusan dari semua pihak penduduk di sana untuk bekalkan rumah dan dari Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang, kita akan bekalkan setiap keluarga dengan satu unit rumah berukuran 750 kaki persegi yang harga pasarannya RM100,000.00 kategori B2 secara percuma dan di situ juga kita akan bina banyak. Sekurang-kurangnya 50% dari tapak itu kita akan bina Rumah Mampu Milik untuk orang-orang di kawasan Parlimen Bagan lah. Kalau boleh kita sasarkan Parlimen Bagan Dalam jadi ADUN pertama sifar setinggan.
Bila kita dah bina Kampung Ujong Batu, kita dah boleh pindah semua setinggan-setinggan daripada kampung-kampung yang lain ke tapak ini. Ini saya ingin terima kasih dengan ADUN kawasan ya. (gangguan) Itu minta, permintaan, kita bagi. Kerajaan Negeri juga akan sentiasa memantau projek perumahan lama. Ini juga di kawasan Bagan Dalam juga.
Wisma Telaga ini adalah satu projek yang separuh ada Sijil Kelayakan Duduk dan separuh tidak ada lagi. Keadaan tempat itu pun sangat-sangat teruk dan kita sasar untuk projek ini pun dalam kategori URC. Kita cadang untuk redevelop kawasan ini dengan modus operandi yang sama juga. Kita akan bagi setiap orang yang duduk di sana. Satu unit B2 dengan harga pasaran RM100,000.00 secara percuma. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya, neighbour saya, jiran saya ya di kawasan, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dalam proses mengaktifkan kembali Perbadanan Pengurusan, Management Corporation (MC) untuk Taman Siakap untuk melancarkan proses Pembaharuan Semula Bandar sebelum panggilan panggilan mengemukakan cadangan Request For Proposal. Kami sudah start dan dijangka dapat membekalkan keseluruhan 400 unit Rumah Mampu Milik di mana 200 unit Rumah Mampu Milik B2 dan 200 unit Rumah Mampu Milik kategori C3 dapat dibina. Sesi libat urus bersama pemegang taruh akan diadakan dalam bulan Disember, kalau bulan Disember 2024 atau awal Januari 2025.
Akta Pembaharuan Semula Bandar. Sehingga kini, tidak ada akta khas yang khusus untuk pelaksanaan Projek Pembaharuan Semula Bandar di Malaysia. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar yang sedang dilaksanakan di peringkat Persekutuan. Saya dimaklumkan bahawa penyediaan akta tersebut sudah berada di peringkat akhir. Rancangan Kawasan Khas Padang Tembak. Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, bagi projek Pembaharuan Semula Bandar Padang Tembak (PSB Padang Tembak) seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga, berdasarkan senarai projek Pembangunan Rolling Plan Kelima iaitu (RP5) Tahun 2025, RMKe12 yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi pada 18 Oktober 2024 telah memaklumkan bahawa kajian ini tidak memperolehi kelulusan peruntukan dan kajian ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2025.
Sebab adalah tanah ini agak kecil dan cukup padat dengan maximum density. Jika kita nak buat pembaharuan semula, kena teliti betul-betul baik kerana rumah ini akan digantikan secara percuma kepada yang sudah duduk sana dan tidak akan ada tanah lebih yang kita boleh bagi kepada pemaju yang akan bangunkan tanah ini dan sediakan rumah-rumah mampu milik itu secara percuma kepada semua orang. Ini kita perlu masa untuk kita teliti semula kemungkinan projek ini kita tolak ke tahun 2027 atau 2028.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui JPBD akan mengemukakan permohonan rayuan kepada Kementerian bagi kaji semula Rancangan Kawasan Khas Padang Tembak kepada Kerajaan Pusat. Penyelenggaraan di Skim Perumahan Swasta.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker... (gangguan).
YB Perai Boleh? Minta maaf. Saya nak tahu juga apakah laporan yang akan disediakan oleh PLANMalaysia seperti yang dijawab dalam soalan bertulis saya. Sebab saya difahamkan kalau ikut jawapan itu maksudnya PLANMalaysia perlu lima (5) tahun untuk sediakan laporan itu. So, saya nak tahu apakah laporan kebolehlaksanaan yang hendak disediakan oleh PLANMalaysia?
Oleh kerana KPKT telah tolak kita punya permintaan untuk permohonan semula, kita akan appeal balik dengan sebab-sebab yang sedia ada dekat tapak dan tidak payah sampai lima (5) tahun. Bagi kita tempoh masa, nanti kita akan cuba appeal balik untuk pembinaan balik tempat ini dengan apa jua cara yang kita rasa paling senang lah. Kita kena bermesyuarat dengan JPBD. Bagi kita tempoh masa, akan laksanakan ya.
Bagi penyelenggaraan di Skim Perumahan Swasta, Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukan sahaja memfokus membekalkan Perumahan Mampu Milik tetapi memberi perhatian khusus kepada penyelenggaraan di skim-skim perumahan swasta yang layak melalui Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang iaitu TPM80PP seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban dan juga Yang Berhormat Sungai Puyu sejak 2000 ya, Yang Berhormat Batu Uban dan Sungai Puyu.
Sejak 2013 hingga kini, sebanyak RM85,077,218.60 telah diperuntukkan bagi membantu untuk menyelenggara skim-skim perumahan ini dan ia akan terus dilaksanakan bagi menjamin kesejahteraan rakyat negeri Pulau Pinang. Di negeri-negeri lain di keseluruhan Malaysia, tidak ada satu Kerajaan Negeri yang bantu pemilik-pemilik hartanah sendirian selepas the LDP period. Cuma di Pulau Pinang sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang prihatin sangat sampai nak hulurkan bantuan kepada pemilik-pemilik perumahan mampu milik secara TPM80PP.
Bagi cadangan Yang Berhormat Batu Uban berkenaan caj yuran penyelenggaraan bulanan diserapkan dalam bil bekalan air, perlulah kita betul-betul teliti dari sudut perundangan. Antara tindakan yang boleh diambil oleh JMB terhadap pemilik yang culas membayar yuran penyelenggaraan, adalah dengan memfailkan saman melalui mahkamah atau melalui Tribunal Pengurusan Strata untuk menghadkan kad akses kepada pemilik yang culas membayar yuran penyelenggaraan. So, untuk perumahan-perumahan mampu milik akan datang mulai sekarang, kita akan pastikan setiap pembangunan adalah gated dan guarded seperti Kerajaan Pusat supaya ada dua (2) level akses. Satu daripada moon gate iaitu pintu masuk, kedua adalah dalam lif. Sekiranya pemilik hartanah ini tidak bayar yuran penyelenggaraan, tidak akan dapat bawa kenderaan masuk di kawasan perumahan sekian. Dan juga tidak akan dapat akses untuk menggunakan lif untuk pergi ke rumah. Kalau tidak, ini bukan kita nak menyusahkan rakyat, kita nak menaikkan taraf kualiti hidup rakyat kita. Kalau tidak, JMB tidak akan dapat menyelenggara rumah pangsa-rumah pangsa RMM yang kita ada dan akan jadi macam Flat Teluk Indah, lama kelamaan dan orang kita tak nak pun duduk sana dan nanti akan sewa kepada pekerja-pekerja asing. Untuk menaikkan taraf, kita rasa kita kena introduce skim gated and guarded community untuk rumah mampu mampu mampu milik kita di negeri Pulau Pinang.
Yang Berhormat Sungai Puyu juga telah mengutarakan cadangan agar satu program khas diwujudkan bagi menceriakan Skim Perumahan Kos Rendah dan Sederhana Rendah. Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan cadangan tersebut namun perlu diteliti dengan mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Negeri juga. Saya juga memahami isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Bahang, pihak JMB/MC perlu menyediakan baki pembiayaan mengikut peratusan skop kerja bagi TPM80PP manakala Kerajaan Negeri membantu sebahagian pembiayaan bagi mengurangkan beban. So, sepatutnya pemilik-pemilik hartanah ini dan juga JMB kena terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri kerana mengeluarkan bantuan sebanyak 80% dan penduduk dan JMB kena lah bayar sekurang-kurangnya 20%.
Isu penyewaan kepada pihak ketiga. Yang Berhormat Batu Uban menekan mengenai isu sewa perumahan kepada pihak ketiga atau warga asing. Kerajaan Persekutuan untuk meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] khususnya pada Jadual G, H, I dan J dengan mensyaratkan unit kediaman termasuk kos rendah dan sederhana rendah perlu dihuni oleh pemilik sahaja dan tidak boleh disewa. Akta yang kita sedia ada memang tidak cukup. Walau macam mana pun, semasa kita jual perumahan mampu milik kepada pembeli-pembeli kita, kita ada satu undertaking letter daripada pembeli bahawa dia tidak akan jual atau gadai atau pun sewa kepada sesiapa tanpa kebenaran kerajaan iaitu kebenaran daripada Lembaga Perumahan.
Penjenamaan Semula Rumah Mampu Milik. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, pada kesempatan ini juga, saya ingin mengumumkan bahawa penjenamaan semula which is (rebranding) ke atas Rumah Mampu Milik akan diberkuat kuasakan bermula Januari 2025. Bermula tahun depan, Rumah Mampu Milik yang begitu sedih didengar, rumah mampu milik, rumah mampu tengok, rumah tak mampu beli. Kita nak jenamakan sebagai Rumah MutiaraKu (RMK). So, Rumah Mampu Milik akan diberi nama Rumah MutiaraKu. Tujuan penjenamaan semula ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan sense of home ownership dalam kalangan penerima tawaran Rumah Mampu Milik. Sering dalam slogan, seiring dengan slogan Rumahku Syurgaku dan di Selangor, Rumah Selangorku. Dan saya akan buat penggulungan untuk alam sekitar juga.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker, menjawab soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Batu Lanchang berkenaan status terkini kajian penemuan hidrokarbon oleh PETRONAS. Berdasarkan maklum balas daripada PETRONAS, pada ketika ini, pihak PETRONAS sedang memproses data-data yang dikutip melalui data 2D yang baharu saja diperolehi. Proses ini dijangka akan siap pada awal tahun depan untuk tujuan seismic interpretation untuk mengenal pasti potensi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan memantau perkembangan kajian ini daripada masa ke semasa.
Status penerokaan Rare Earth Element (REE). Seterusnya soalan berkenaan YB ADUN Komtar dengan status terkini penemuan Rare Earth Elements (REE) di negeri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan ADUN KOMTAR, Rare Earth juga didapati di kawasan KOMTAR. Di kawasan KOMTAR pun ada Rare Earth. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang dalam tindakan penyediaan deraf-deraf Peraturan Mineral Pulau Pinang. Pejabat Tanah dan Galian dalam proses menderafkan Peraturan-Peraturan Mineral Pulau Pinang. Pada kini PTG telah mendapatkan dokumen-dokumen peraturan daripada negeri-negeri lain yang telah melaksanakan eksplorasi REE untuk dijadikan rujukan kita.
Selain daripada itu, hasil lawatan Kerajaan Negeri ke tapak perintis di Gerik, Perak yang mana telah beroperasi meneroka REE, pihak PTG telah mengemukakan surat kepada syarikat yang beroperasi di tapak sekian untuk mengemukakan cadangan eksplorasi REE di Pulau Pinang. Namun masih belum menerima maklum balas daripada syarikat berkenaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih terbuka kepada mana-mana syarikat atau pihak yang berminat untuk mengekplorasi
REE dan akan mempertimbangkan cadangan yang memberikan lebih banyak manafaat kepada Kerajaan. Kita masih berjumpa dengan kontraktor-kontraktor, pengusaha-pengusaha REE dan belum buat apa-apa keputusan lagi kerana kita nak jumpa lebih ramai orang sebelum kita buat apa-apa keputusan.
Isu Projek Biogass di Kampung Selamat. Kampung Selamat akan selamat, jangan risau. YB. ADUN Sungai Puyu telah membangkitkan mengenai isu projek biogas di Kampung Selamat. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan perlaksanaan projek biogas di Kampung Selamat ini masih di peringkat awal permohonan kepada pihak Sustainable Energy Development Authority (SEDA) bagi memohon Program Tarif Galakan iaitu FIT. Program ini adalah satu program kepada mana-mana syarikat yang berhasrat untuk jalankan projek tenaga boleh diperolehi iaitu Renewable Energy di Semenanjung Malaysia. Permohonan program ini hanya akan dibuka oleh SEDA mulai tahun depan. Saya diberitahu sekurang-kurangnya tahun depan. Oleh yang demikian, projek biogas Kampung Selamat hanya dapat dilaksanakan mulai tahun 2025. Buat semasa sekarang, kontraktor yang usahakan biogas dekat Valdor bantu kita untuk mengambil sisa-sisa buangan daripada Kampung Selamat ke Valdor untuk diproses.
Walau bagaimanapun, bagi menangani isu pencamaran Sungai Kereh, pihak penggerak telah pun bersetuju untuk mengambil bekalan najis di ladang Kampung Selamat untuk dibawa ke projek biogas ladang Valdor Seberang Perai sementara menunggu pelaksanaan projek biogas di Kampung Selamat. Perbincangan antara penggerak projek dan para penternak Kampung Selamat berkenaan perkara ini masih dalam perbincangan, saya diberitahu hampir 80% hingga 90% dari penternak sana sudah pun buat persetujuan dengan pengusaha ini untuk tujuan untuk melaksanakan projek ini di Kampung Selamat. Walau macam mana pun, kita masih kaji beberapa pembentangan oleh pengusaha-pengusaha lain juga sebelum kita kenal pasti siapa yang akan jalankan projek ini. Tapi ini akan jadi kenyataan, bagi kita tempoh masa sahaja.
Minta pencerahan, Perai. Terima kasih Dato’ Seri, tadi saya baru dimaklumkan bahawa sisa… (gangguan).
Hantar ke kawasan…(gangguan).
Hantar ke kawasan saya… (gangguan).
Tanpa pengetahuan (ketawa).
Saya hanya dimaklumkan bahawa sisa di ladang khinzir Kampung Valdor sudah beroperasi selepas sejurus Hari Raya Puasa dan sekarang masih lagi simpan dalam sailo tanpa pemprosesan disebabkan isi padu tak cukup. Dulu dianggarkan 60,000 ekor, sekarang tinggal 20,000.
Pada hari ini saya mendapat makluman, sisa di bawa dari Kampung Selamat ke Valdor. Itu sebab saya baru tau sebab mengapa jalan-jalan ladang mengalami kekerapan kerosakan. Oleh itu saya berharap, saya tidak membantah, cuma perlu ada pihak yang mengambil tanggungjawab untuk memastikan jalan dari Jalan 6 sehingga ke Jalan 18 sebab loji di Jalan 18 perkampungan Valdor. Perlu ada pihak yang bertanggungjawab sebab jalan sedia yang ada adalah jalan kebun. Terima kasih, Dato’ Seri.
Terima kasih Bukit Tambun yang sebegitu prihatin di kawasan DUN. Okay, dia macam ni, biogas di Valdor tu masalah dia adalah dia tak sampai paras maksimum, belum sampai paras optimum untuk beroperasi 24 jam kerana kekurangan bahan sisa buangan. Oleh kerana penyakit hari itu yang banyak khinzir dah mati, sekarang tak cukup. Tak cukup khinzir, tak cukup pembuangan. Tak cukup pembuangan, operasi tak boleh cukup. Oleh kerana kita nak maximize operasi, kita kena cari sisa buangan dan tidak ada sisa buangan di kawasan kita, kita kena pergilah tempat yang ada masalah, kita ambil dari Kampung Selamat. Saya minta maaf, saya akan berurusan dengan pihak yang berkenaan untuk pastikan jalan-jalannya diselenggara dengan cara baik dan juga ingin memastikan bahawa tidak ada sisa-sisa pembuangan di sekitar tempat yang lori bawa sisa buangan. Kita akan… (gangguan).
Perai, minta.
Ya, Sungai Dua.
Saya nak tanya Perai, pertama apabila kita proses biogas ni, pencemaran najis itu sendiri mungkin kita dapat kawal. Cuma nak tanya dari sudut bau, adakah kita boleh mengawal juga pencemaran bau? Mungkin kilang tersebut akan melepaskan bau, tarik dari Kampung Selamat, mari ke Bukit Tambun, Bukit Tambun masalah bau pula. Tak apalah.
Kemudian kedua, saya nak tanya, selain daripada najis khinzir ni, adakah najis-najis yang lain, seumpama najis lembu, najis-najis binatang yang lain, juga boleh diproses oleh kilang yang tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Sungai Dua. Memang semua jenis boleh diguna untuk membekalkan gas, tetapi buat masa sekarang, cuma pengusaha ini gunakan babi, sisa buangan khinzir sahajalah. Ada kala masa bila dia tak cukup, dia pun pakai molesis daripada kelapa sawit kerana kekangan. Sistem tu kena jalan tapi Sistem buangan tak ada so bila tidak ada pembuangan sisa khinzir, kita cari kelapa sawit daripada itu kita nak cari satu jenis pembuangan sisa yang senang untuk proses dari segi bau gas itulah yang bau. Gas itulah yang membekalkan tenaga api, gas bau itulah yang bekalkan tenaga elektrik so dalam proses pembekalan itu tidak ada bau. Bau itu mungkin dari tempat ambil semasa dihantar mungkin ada bau sedikit. Daripada sungai-sungai kita dicemarkan oleh penternak-penternak yang tidak bertanggungjawab dan sekitarannya berbau 24 jam at least kita buat sesuatu untuk mengurangkan keadaan yang itu. Bila pusat memproses ini jadi di Kampung Selamat, saya rasa bau
itu tak wujud lagi. Semasa proses itu bau itu akan jadi gas, gas itu yang jadi bau, itu akan jadi bahan api so sabarlah kita bersama-sama tak kira kerajaan ke pembangkang kita bersama-sama berusaha demi kebaikan rakyat Pulau Pinang.
Dato’ Seri, saya minta pencerahan. Memang saya dapat cuba nak yakinkan Sungai Dua pada ketika ini walaupun hanya kumpul dalam sailo saja memang tidak berbau. Penduduk menyambut baik projek ini.
Untuk pengetahuan Bukit Tambun dan juga Sungai Dua, saya duduk di kawasan Batu Kawan. Semasa saya pindah ke sana satu tahun dahulu memang udara kita wangi sangat, makan nasi bau lain ya. Tapi buat masa sekarang selepas pengoperasian pusat ni, tidak ada lagi. So harapan besar saya kita boleh lancarkan sebegitu di kawasan Kampung Selamat. Kampung Selamat akan selamat.
Isu pencemaran plastik dan penggunaan plastik sekali guna. Menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh YB ADUN KOMTAR, Kerajaan Negeri amat komited untuk menangani masalah pencemaran dan penggunaan plastik sekali guna. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri melalui MMK Alam Sekitar berhasrat untuk membekalkan dan mengagihkan beg kitar semula secara percuma kepada rakyat Pulau Pinang di kawasan-kawasan yang akan ditentukan kelak. Selama ini melalui dua PBT di Pulau Pinang, kita dah dapat kutip RM8 juta melalui penjualan beg-beg plastik sekali guna. Walaupun harganya RM2.00 sekeping diaorang masih beli juga. Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di Pulau Pinang kita tak bekalkan plastik sekali guna pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad, pengusaha memang jual beg itu dengan harga RM2.00 tetapi itu ada mengurangkan kegunaan plastik sekali guna tetapi tak ada la jadi kosong. So Kerajaan Negeri berhasrat tahun 2025 dalam sukuan kedua, kita nak zero single use plastic bag di Pulau Pinang. Bagaimana kita nak buat ini, daripada RM8 juta yang kita kutip tu kita akan ambil sebanyak 10% iaitu RM800 ribu yang sudah pun diluluskan oleh MMK untuk inisiatif zero rising single use plastic bag di Penang. Untuk tempoh sebulan kedua, kita akan bekalkan beg kitar semula kepada semua semua pengguna di Pulau Pinang secara percuma dan selepas itu semua kedai-kedai akan jual beg kitar semula dengan harga RM2.00 seperti di 99Speed Mart memang 99Speed Mart membekalkan beg oren itu dengan harga RM2.00, kalau koyak boleh ditukar secara percuma. Kalau tak nak boleh jual dan ambil balik RM2.00. Ramai peniaga-peniaga mengambil berat kerana inisiatif ini dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akan ambil berat benda ni dan tahun depan kalau boleh sebelum sukuan kedua kita akan lancarkan zero single use plastic bag di Pulau Pinang. Saya yakin kita boleh jalankan ini dan harapan saya, saya dapat support daripada semua pihak. Walau bagaimanapun, cadangan ini masih di peringkat awal perbincangan Kerajaan Negeri melalui BPEN dan Penang Green Council. Kita akan bersidang dalam tempoh dua minggu lagi untuk finalise semua ini, semua ciri-ciri untuk pelaksanaan inisiatif ini.
Isu saya yang terakhir sekali adalah isu Pantai Esen. Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh YB Sungai Dua berkenaan isu Pantai Esen di Batu Maung, Kerajaan Negeri bersama Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan pemaju projek telah melakukan tinjauan dan penilaian awal di kawasan yang didakwa tercemar. Beberapa sampel di Pantai Esen termasuk bahan terampai, air dan sedimen telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis selanjutnya. Langkah mitigasi segera yang sedang dilaksanakan termasuk pemantauan di tapak oleh pemaju projek, pembersihan pantai secara manual dan berkala sehingga punca pencemaran dapat dikenal pasti dan langkah mitigasi jangka panjang dapat dimuktamadkan. Sebagai pelan kontingensi, pakar perunding alam sekitar termasuk pakar dalam bidang hidraulik, ekologi, kualiti air telah dilantik
untuk mengenal pasti punca pencemaran dan mencadangkan langkah-langkah mitigasi. Ini termasuk kemungkinan pelaksanaan penyelenggaraan pengorekan (maintenance dredging) di kawasan Pantai Esen berdasarkan dapatan kajian daripada perunding. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri sedang menunggu hasil keputusan analisis yang telah dihantar dan perkara ini akan dibincangkan bersama EXCO Infrastruktur, Pengangkutan & Digital untuk tindakan selanjutnya berdasarkan hasil keputusan nanti.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker, akhir kata sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker kerana telah menjalankan tugas dengan begitu sabar dan bersikap adil (gangguan). Saya juga ingin mengajak semua Ahli-ahli… (gangguan).
Perai, mungkin ada, ada yang tertinggal tu, ada yang tertinggal tak jawab saya punya ni. Apa nama ni, sludge daripada PBA yang dilepaskan di dalam parit dan juga mengalir masuk ke dalam Sungai Perai, kandungan sludge itu, kita takut ada barang-barang yang boleh menjadi pencemaran kepada sungai dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan penduduk atau pun orang yang menangkap ikan dan juga orang yang menggunakan sungai tersebut. Jadi saya harap pada PBA tu dia tahulah bahagian dia tapi ini alam sekitar ni saya juga nak supaya pihak kerajaan kena mengambil sampel dan juga buat kajian sama ada sludge yang dilepaskan itu, bahaya atau pun tidak pada penduduk. Sebab dia tawas, tawas ni dia ada aluminium dan sebagainya jadi kalau sekiranya ikan atau pun makan kena kepada orang nanti dia akan mendatangkan masalah kesihatan penduduk-penduduk atau pun nelayan-nelayan yang ada di situ. Terima kasih.
Isu PPRT Ampang Jajar yang mana dapat aduan kata dia tak duduk situ, orang miskin tapi dia duduk dia datang balik mandi dia keluar. So sekarang ni bila berlaku dalam masalah denggi, kita sukar nak banteras bila nyamuk dalam rumah. So saya minta berlaku pemutihan di Ampang Jajar PPRT.
Pemutihan untuk?
Untuk yang tak layak dia boleh keluarlah untuk ganti orang miskin.
Seperti mana saya jawab tadilah kita tunggu untuk Enakmen Challenge Purchase Agreement yang bagi kita kuasa untuk act ya. Jawapan kepada Sungai Dua tadi, oleh kerana saya tengah menggulung sekarang, saya tak dapat jawab lagilah. Tetapi selepas ini saya akan berunding dengan rakan saya Infrastructure untuk gulungkan sekali dengan jawapan itu ya.
YB EXCO, mohon sikit. Sorry ya patah balik. Yang rumah mampu milik tadi, rumah kos rendah. Boleh saya tahu tak untuk rumah kos rendah yang tak terjual pada kuota pada bumi dan non bumi ini, so apakah dia punya SOP atau time frame tu.
Tadi ni bab perumahan tak nak tanya, ni sudah dok puji saya nak tanya.
Penawaran rumah betul-betul berdasarkan pendapatan. So kalau nak bagi tahu ada orang kaya miliki rumah mampu milik yang harga rendah, saya pun susah mahu percayalah pasal semuanya berdasarkan EPF, income tax dan juga payslip.
Maksud I, yang tak terjual tu, yang tak terjual tu I tengok ada yang tak terjual lagi tu. Maksud saya yang tak terjual ni, so apa dia punya time frame berapa lama nak tunggu tu?
Kebiasaannya sampai siap bangunan itu, sampai bangunan tu siap kita akan tunggu, kalau tak dapat misal kata unit-unit yang di reserve untuk non bumi, okay saya rasa soalan itulah. Misal kata kita reserve 10 unit kepada kaum Cina, bangunan dah siap tidak ada pengambilan, kita akan buka kepada non bumi yang lain. Tidak semestinya kepada Cina sahaja, itu bermakna di kawasan tu tidak ada kaum Cina sangat so rumah ini tidak boleh dijual dan kita tak akan tinggal rumah itu kosong dan biasanya rosak. Macam di Puteri Gunung, banyak rumah yang kita simpan berdasarkan kuota sudah dicerobohi oleh pekerja-pekerja asing dan juga penagih dadah. Banyak rumah yang reserve tu adalah untuk hak bumiputera tapi tak ada orang nak duduk pun dan sudah dicerobohi. Dan sekarang kita kena, kita ada penekanan belanjaan sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 untuk membetulkan rumah tu, kalau kita nak sewa kepada orang lain. Ni masalah kita ada di Lembaga Perumahan ada banyak ya… (gangguan). Time frame dia sehingga siap rumah tu hampir nak vaccant procession kita akan buka kepada other non-bumi category.
Yang Berhormat cakap tadi kata pencerobohan dari warga asing tu, cara macam mana pencerobohan tu?
Dia bila rumah itu kosong, penagih dadah curi electrical fitting, wiring macam-macam orang tempatanlah penagih dadah di kawasan sana. Dan juga pendatang pekerja tanpa izin ke, dengan izin, dia masuk seperti rumah dia sendiri tidak ada orang yang boleh tanya so, benda ni memang berlaku. So, kita sekarang mempertingkatkan penguasaan kita melalui PBT dan juga PDRM untuk menghalau keluar orang-orang ini.
Okay. Sambung.
Ini akan berlaku dalam suku yang pertama ya. Okay. Boleh saya gulung? Saya juga, saya juga ingin mengajak semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan ini untuk terus bekerjasama, Kerajaan Negeri tak kira kerajaan atau pun pembangkang khususnya melibatkan Portfolio Perumahan saya dan juga Alam Sekitar, demi memastikan Perumahan Mampu Milik Rakyat dan Kehijauan Alam Sekitar pada dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.
Saya juga sebagai penutupan saya ingin terima kasih dengan Pinang Tunggal ambil berat untuk menyelesaikan masalah kaum India di kawasan sana ya. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, dewan ditangguhkan dan kita bersidang semula pada jam 2:00 petang nanti ya.
Dewan ditangguhkan pada jam 12.20 tengahari.
Dewan bersidang semula pada jam 2.00 petang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita sambung kembali sesi penggulungan dan seterusnya saya mohon Padang Lalang, dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, rakan-rakan saya EXCO dan juga rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan terima kasih di atas peluang untuk menyertai sesi penggulungan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Tahun 2025 khasnya bagi meliputi isu-isu berhubung portfolio saya iaitu Belia, Sukan dan Kesihatan yang telah dibangkit oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan kepada Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Tahun 2025. Saya turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Tahun 2025 pada hari Jumaat yang lalu di mana meskipun situasi yang dihadapi adalah mencabar dengan sumber asli khasnya tanah yang terhad, Kerajaan Negeri akan cuba untuk mengimbangi Belanjawan Tahun 2025 dengan mengurangkan defisit tanpa mengkompromikan kebajikan dan kesejahteraan warga Pulau Pinang yang dikasihi. Marilah kita semua terus mengukuhkan ekonomi Madani, memperkasakan rakyat serta mensejahterakan negeri Pulau Pinang.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri seperti yang dapat kita lihat pada hari ini sentiasa komited dalam membangunkan belia dan sukan di negeri Pulau Pinang demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, belia tunjang negara masa depan yang gemilang bagi negeri ini terletak pada peranan yang dimainkan golongan belia secara signifikan dan constructive. Sekiranya kita mengambil statistik bagi golongan warga emas sepertimana yang disebut oleh rakan saya daripada Sungai Pinang dalam lingkungan 14% dalam jumlah populasi negeri Pulau Pinang bagi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas, komposisi belia di Negeri Pulau Pinang adalah kelompok masyarakat berusia 15 hingga 35 tahun mewakili 34.6% daripada jumlah populasi ataupun 623,200 orang, mengikut bancian Jabatan Perangkaan Malaysia ataupun DOSM yang terkini. Sehubungan dengan itu, usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan golongan belia di negeri ini turut terlibat dalam usaha pembangunan negeri dan juga menerima manfaat daripada hasil pembangunan negeri telah dirancakkan melalui pendekatan secara makro dan juga mikro melalui usaha Jawatankuasa MMK Belia, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dan juga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Secara makro, program untuk mendekati golongan ini telah giat, rancak dilaksanakan di negeri kita di mana tahun ini Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah kepada penganjuran Santai Anak Utara Yang Ke-12 atau pun SAU yang bertempat di Stadium Negeri Batu Kawan pada 9 November 2024 yang telah mengumpulkan lebih daripada 50,000 peserta khasnya golongan belia yang meminati sukan permotoran. Selain daripada itu, Penang International Science Fair 2024 yang bakal dianjurkan pada hujung minggu ini iaitu pada 30 November 2024 juga dijangka bakal menerima penyertaan 40,000 peserta dengan tema yang menekankan kepada kecerdasan buatan atau pun (dengan izin) artificial inteligence di SETIA SPICE Arena, Bayan Baru. Itu adalah dari segi pendekatan secara makro.
Manakala untuk secara mikro, siri jelajah belia peringkat kampung ataupun lebih dikenali sebagai siri jelajah belia di mana Kerajaan Negeri menjelajah meliputi belia di seluruh pelusuk negeri Pulau Pinang bagi mendekatkan Pentadbiran Negeri ini lagi dengan belia-belia yang berada di lokaliti kawasan luar bandar. Program ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sama sekali tidak meminggirkan belia terutamanya belia di kawasan luar bandar dan memfokuskan penglibatan mereka di dalam program komuniti setempat. Jadi sesi libat urus secara santai melalui siri jelajah belia ini diadakan bagi Kerajaan Negeri mendengar hasrat, cadangan, pandangan ataupun idea yang disampaikan dan dikongsikan oleh golongan belia khasnya di kawasan luar bandar. Ia dapat membantu pihak Kerajaan Negeri untuk menyokong golongan belia ini supaya tidak tercicir daripada perancangan Kerajaan Negeri di dalam pembangunan belia di negeri Pulau Pinang. Jadi setakat ini kita telah pergi ke lima-lima daerah di negeri Pulau Pinang dan sebanyak 13 program pun telah diadakan untuk tahun ini saja, maksudnya secara purata lebih daripada satu program satu bulan dan yang terkini di tempat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, di Kampung Nelayan, Bayan Lepas baru saja berlangsung pada hujung minggu yang lalu di mana kesemua program ini kita telah berjaya melibatkan sebanyak 86,382 orang belia.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, untuk portfolio belia, seringkalinya kita mengambil pendekatan di mana sepertimana tadi saya sebut tadi hampir 40% populasi negeri kita adalah mereka daripada kumpulan belia ini, jadi sebenarnya banyak isu ataupun hal-ehwal mereka adalah berkait rapat dengan portfolio-portfolio rakan-rakan saya daripada EXCO juga. Saya bagi contoh seperti tahun ini kita telah berjaya mengadakan kolaborasi khasnya dari segi keusahawanan belia di mana kita telah melaksanakan Pertandingan Keusahawanan Belia ataupun lebih dikenali sebagai Youth Entrepreneurship Challenge (dengan izin) di mana ini adalah satu program tahunan dianjurkan oleh PYDC bagi memperkasakan keusahawanan dalam golongan belia yang telah dianjurkan selama 5 tahun berturut-turut. Jadi pertandingan tahun ini saya terima kerjasama yang amat baik daripada rakan saya daripada Sungai Aceh, Yang Berhormat Dato’ Haji Rashidi bin Zinol, EXCO Perdagangan, Keusahawanan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Pulau Pinang dan serta seramai 238 orang belia yang berumur 15 hingga 35 tahun telah menyertai pertandingan ini. Bukan
itu sahaja, setakat penyertaan sehingga tahun 2024, keseluruhannya program ini kita telah berjaya menarik penyertaan seramai 874 orang belia dan mendapat manfaat daripada bimbingan mentor serta program yang dianjurkan seperti bengkel penyediaan keusahawanan yang merangkumi topik berkaitan dengan pemasaran, business model canvas (BMC), kewangan perniagaan dan forum usahawan kebangsaan. Jadi melalui pertandingan keusahawan belia ini, golongan belia mendapat impak positif dari pelbagai aspek. Ini juga adalah satu peluang yang baik untuk golongan belia dan juga melalui program ini para peserta juga mendapat pendedahan kepada rakan-rakan industri serta menarik minat pihak industri untuk melabur dalam projek perniagaan mereka. Sebagai contoh, idea perniagaan pemenang johan bagi kategori terbuka tahun ini yang menggunakan bahan kitar semula dalam produk pembungkusan telah menarik minat pihak industri seperti E3 Capital Sdn Bhd, Mydin dan juga Sunpaq Sdn Bhd. Ini bukan sahaja kita buat bersama portfolio Yang Berhormat Sungai Aceh, ini pun alam sekitar bersama dengan rakan saya daripada Perai. Selain daripada itu, kita ada jalinan juga bersama rakan saya daripada Sungai Pinang di mana tahun ini untuk sambutan Penang Goes Orange, kita akan mengadakan kerjasama melalui Jawatankuasa MMK Belia bersama dengan PWDC untuk mempromosikan Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita. Jadi tahun ini program bakal dianjurkan pada 7 Disember 2024 di UiTM Permatang Pauh, kita akan bantu untuk merancangkan program Penang Goes Orange seperti AR Orange Challenge Digital Explorace dan PYDC juga akan turut membantu menyelaraskan program ini dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pulau Pinang. Manakala untuk rakan saya daripada Paya Terubong iaitu di bawah Portfolio Pelancongan dan juga Ekonomi Kreatif, golongan belia khasnya bakat-bakat yang sedia ada di negeri kita, kita melalui PYDC telah mewujudkan satu inisiatif iaitu Belia Berirama ataupun (dengan izin) Youth with Rhythm. Inisiatif ini adalah sebuah platform yang memberikan peluang dan pendedahan kepada pemuzik belia untuk mempamerkan bakat-bakat mereka. Jadi platform ini menyasarkan pemuzik belia yang sedang mencari peluang untuk membuat persembahan bagi menimba pengalaman dan meluaskan publisiti mereka. Jadi tahun ini juga buat julung-julung kalinya di sempena dengan George Town Festival, bakat-bakat belia daripada platform ini telah membuat persembahan di Sia Boey Archaeological Park pada bulan Julai tahun ini sempena dengan George Town Festival dan penglibatan belia dalam persembahan George Town Festival adalah seramai 66 orang belia. Antara persembahan yang berjaya disampaikan termasuk nyanyian, tarian, pertunjukan magik dan persembahan orkestra.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Seberang Jaya tentang Program Rider Subuh, saya mengambil maklumlah tentang cadangan tersebut di mana di bawah siri jelajah belia, kita pun telah mengadakan Program Santai Sahur di mana program ini telah disertai oleh 100 golongan belia yang telah dianjurkan semasa Bulan Ramadhan yang lalu di KADUN Permatang Pasir. Jadi untuk Program Rider Subuh sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, kita boleh laksanakan tapi cumanya ini memerlukan perbincangan yang lebih lagi dan program-program ini memerlukan kerjasama daripada pihak lain contohnya Polis Diraja Malaysia dan sebagainya untuk memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan keselamatan belia kita terjamin. Tapi kalau tak silap saya, Program Rider Subuh ini memang mereka ada juga adakan program bersama dengan Dato’ Mufti Negeri so saya rasa itu pun kita boleh cubalah ada program yang selanjutnya.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sememangnya Kerajaan Negeri mempunyai kebimbangan yang sama seperti isu yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Pulau Betong berkaitan dengan masalah lumba haram. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, Polis Diraja Malaysia telah melaksanakan Operasi Samseng Jalanan atau sekatan jalan raya di kawasan Kuala Sungai Pinang sehingga Kampung Perlis iaitu dua kali operasi sebulan. Itu yang dilaksanakan oleh pihak PDRM, jadi sehingga November 2024 sejumlah 22 operasi telahpun dilaksanakan oleh pihak PDRM. Manakala bagi jumlah operasi secara menyeluruh di Daerah Barat Daya adalah sebanyak lapan kali sebulan dan sehingga kini terdapat 27 tangkapan telah dibuat bersama dengan 430 sitaan.
Jadi Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan pihak PDRM untuk melaksanakan lebih banyak lagi operasi jalanan terutamanya di tempat-tempat hotspot lumba haram bagi untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Bahang.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya beralih kepada Portfolio Sukan. Saya mengambil peluang di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kontinjen Negeri kita di atas pencapaian pada SUKMA Sarawak Tahun 2024. Usaha tidak mengkhianati hasil. Itu yang saya dapat katakan memandangkan Kontinjen Negeri Pulau Pinang telah berjaya mencapai satu pencapaian yang cukup cemerlang dan terbilang dalam Sukan Malaysia Ke-21 Sarawak 2024 yang telah berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos 2024 yang lalu. Kontinjen Negeri Pulau Pinang berjaya memenangi sejumlah 41 butir pingat emas, 45 pingat perak dan 53 pingat gangsa dengan sejumlah 139 butir pingat dalam Kejohanan SUKMA Sarawak 2024.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia, pada mulanya kita hanya mensasarkan 40 pingat emas tapi syukur kita memenangi lebih daripada apa yang kita sasarkan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sememangnya terdapat beberapa atlet sukan yang muncul membantu meraih pingat emas tanpa kita sasarkan pada mulanya tetapi dengan usaha yang dilakukan oleh atlet-atlet kita, pertandingan seperti judo dan gimnastik juga telah membawa pulang pingat emas kepada negeri ini. Dan juga kita tidak lupa, kita telah tamat musim kemarau sepanjang 24 tahun untuk acara sepak takraw untuk pasukan lelaki, kita pernah menang pada tahun 2000 apabila kita menjadi tuan rumah kepada SUKMA dan akhirnya selepas 24 tahun, pingat emas sepak takraw pasukan lelaki milik Pulau Pinang lagi. Jadi dengan kejayaan ini, Pulau Pinang berjaya menduduki di ranking keempat daripada 15 negeri yang bertanding serta memecah rekod sebelum ini dengan tiga rekod SUKMA yang baru iaitu berjaya muncul dan juga berjaya muncul sebagai juara keseluruhan dalam acara sukan seperti tinju, judo, catur dan gimnastik artistik.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, dalam fasa menghadapi Kejohanan Sukan Tahun 2026 ataupun SUKMA 2026 sepertimana saya jawab tempoh hari dalam soalan lisan pada 25 November, sasaran Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang adalah untuk mengekalkan kedudukan negeri kita pada ranking keempat kelompok yang teratas daripada 15 negeri yang bertanding. Daripada sasaran kita ini perbelanjaan pembangunan sukan berprestasi tinggi untuk setahun mendatang akan dilebihkan kepada sukan-sukan yang telah mencapai KPI yang telah disasarkan serta yang telah menyumbangkan pingat emas kepada negeri ini iaitu satu sukan satu emas melalui pengenalan pembiayaan subsidi secara bertingkat berteraskan prestasi iaitu tier satu, dua dan tiga. Bagaimana skim ini berfungsi iaitu adalah kita mencadangkan khasnya bagi persatuan sukan yang telah berjaya menyumbangkan keputusan yang cemerlang semasa SUKMA tempoh hari, kita akan buat secara berlapis di mana mungkin dari segi insentif ataupun skim bantuan yang disalurkan melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, kita akan bagi banyak sikit. Sebagai galakan untuk mereka memberi peluang kepada mereka untuk menceburi khasnya temasya sukan yang berperingkat antarabangsa bagi membenarkan atlet-atlet kita dapat mencungkil bakat dan juga menimba pengalaman daripada temasya sukan yang lebih berprestij ini. Jadi satu isu juga sepertimana yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Bukit Tambun iaitu hari itu beliau telah menanyakan khususnya acara yang dapat menghasilkan pingat yang banyak iaitu misal katanya olahraga dan juga renang, di mana untuk sukan olahraga sebenarnya untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita telah usaha sebenarnya sejak empat (4) tahun yang lalu di mana untuk SUKMA tahun ini kita berjaya menampakkan hasil kita apabila pasukan olahraga SUKMA 2024 Negeri Pulau Pinang mencapai kemenangan 5 emas, 3 perak dan satu 1 gangsa. Berbanding pencapaian tahun-tahun lalu, yang kurang menampakkan hasil dengan kemenangan hanya kurang daripada 5 emas yang pernah dicapai pada tahun 2010 dan 2006 yang lalu.
Manakala untuk Sukan Akuatik Renang, penekanan untuk mengembalikan kecemerlangan sukan ini pernah dicapai pada tahun 2018, 6 emas dan juga 2006 dengan 7 emas, kita sedang giat usahakan bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai antara negeri yang paling banyak memenangi pingat emas dalam sukan ini selepas Wilayah Persekutuan, Selangor ataupun Sarawak. Begitu juga dengan sukan menembak di mana usaha secara holistik sedang diambil untuk membantu sukan ini memenangi lebih banyak pingat emas daripada 26 pingat yang ditawarkan. Pulau Pinang pada tahun 2004 pernah memenangi 5 pingat emas, 5 pingat perak dan 5 pingat gangsa. Dan saya percaya rakan saya daripada Jawi sentiasa menyokong Persatuan Menembak Pulau Pinang. Kita harap dengan sokongan tersebut, kita dapat tingkatkan lagi prestasi atlet kita dalam sukan menembak. Natijah daripada usaha Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang giat dilaksanakan, kita komited untuk melihat Pulau Pinang memenangi lebih daripada 50 pingat emas pada tahun 2026. Sebenarnya kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ada banyak menaruh harapan dalam atlet kita, dalam sukan kita, sebenarnya Yang Amat Berhormat Ketua Menterilah yang menetapkan sasaran yang jauh lebih tinggi apabila tempoh hari kita mengadakan majlis untuk menyampaikan insentif kemenangan untuk mereka yang memperoleh pingat di SUKMA, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menetapkan kalau sudah capai sasaran, melebih sasaran lain kali kita kena naikkan sasaran itu 50 peratus lagi. Itu kita akur, kita menyahut cabaran yang dilontarkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan kita akan terus berusaha untuk melihat Pulau Pinang menambah serta mengubah 50 peratus pingat perak yang dimenangi dalam SUKMA 2024 kepada pingat emas serta ditambah lagi 41 emas yang sedia ada yang telah pun dimenangi, sama-sama dan saya harap semua dapat beri sokongan kepada atlet-atlet kita, persatuan-persatuan sukan kita untuk kita mencapai realisasi.
Minta pencerahan.
Silakan.
Dato’ Timbalan Speaker, memang tiga (3) acara sukan adalah lubuk emas untuk semua temasya sukan. Sebentar tadi Padang Lalang telah menjelaskan tentang olahraga dan akuatik, ketiga tentang menembak. Siapakah yang boleh menjalani latihan acara sukan menembak ini? Adakah had umur minimum untuk menyertai sebagai pelatih dalam sukan menembak ini?
Okay untuk makluman Bukit Tambun, untuk mereka yang layak untuk menyertai SUKMA sebenarnya umur dia 21 dan ke bawah tetapi kalau kepada mereka yang ada minat untuk tahu ataupun mempelajari tentang Persatuan Sukan Menembak ini, bolehlah menghubungi Majlis Sukan Negeri ataupun dengan Persatuan Menembak Pulau Pinang. Kita mengalu-alukan lah.
Minta maaf, Timbalan Speaker. budak-budak sekolah boleh mula belajar tak?
Betul, betul. Kita rujuk kepada persatuan sukan dan juga MSN. Kita boleh bantu untuk facilitate, kalau ada mereka yang menunjukkan bakatlah. Baik, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya nak ambil kesempatan di sini untuk juga menyentuh tentang Penang FC. Saya rasa di dalam persaingan Liga Super di negara kita ini, kita satu-satunya kelab, Penang FC ini satu-satunya kelab di mana kita perlu transparent dan memberikan jawapan di dalam Dewan Undangan Negeri. Saya percaya kelab-kelab lain tidak ada seperti pengurusan Penang FC yang secara akauntabiliti itu kita membawa isu itu untuk disemak seimbang di dalam Dewan Undangan Negeri dan isu-isu berkenaan berhubung dengan Penang FC kita jawab dalam Dewan Undangan Negeri juga, selain daripada jawab kepada fans la. Jadi saya menegaskan di mana Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk membawa Penang FC bagi terus memacu kejayaan. Betul, tidak dapat saya nafikan terdapat pelbagai luahan masyarakat di luar sana terutamanya fans-fans Penang FC tetapi kita akan sedaya upaya memperbaiki Penang FC supaya pasukan ini dapat mencapai kejayaan yang membanggakan. Untuk musim ini, baru-baru saja pengurusan Penang FC telah melantik seorang Ketua Jurulatih baharu iaitu Coach Wan Rohaimi bin Wan Ismail bagi pasukan Liga Super Penang FC di mana jurulatih yang asal iaitu Coach Akmal Rizal Rakhli telah ditugaskan untuk mengendalikan pasukan Penang FC 2. Kita percaya coach baharu ini akan membimbing skuad Liga Super untuk berada dalam kedudukan yang lebih baik pada penghujung musim Liga Malaysia bagi tahun 2024/2025.
Jadi pasukan Penang FC sedang mempunyai perancangan untuk menyediakan satu padang latihan tetap setelah tiga tahun dalam saingan Liga Super dan buat masa kini pengurusan Penang FC dengan bantuan Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah mengenal pasti satu kawasan yang sesuai dan berhasrat untuk membina sebuah kawasan padang latihan tetap untuk Penang FC. Jadi kita berharap kita dapat tamatkan musim ini dengan prestasi yang baik. Esok, bukan esok pada 30 November kita akan bertandang ke Kuching lagi untuk persaingan league kedua Piala Malaysia. Kita akan lawan dengan Kuching City FC. Jadi pengurusan Penang FC juga telah membuat anggaran perbelanjaan yang terperinci supaya dana yang disalurkan kepada Penang FC digunakan dengan cermat bagi memastikan kita tiada tunggakan bayaran gaji kepada mana-mana kepada pemain, pegawai ataupun kakitangan Penang FC Sdn Bhd. Kita dapat lihat Liga Super, Liga Bola Sepak di negara kita semakin tenat, selalu kita nampak berita ada isu-isu di mana pemain bola sepak profesional terpaksa pandu Grab, jadi Grab food rider sebab apa gaji tidak dibayar. Itu yang agak malanglah, bagi saya. Itu saya tak mahu sebut, tahu sama tahulah. Namun musim ini, 2024/2025 merupakan musim yang agak mencabar memandangkan kelewatan jadual perlawanan bagi kedua-dua pasukan iaitu pasukan Liga Super dan juga pasukan Piala MFL telah berlaku dan tidak dapat dinafikan perkara ini sedikit sebanyak mengganggu keberkesanan kedua-dua pasukan. Oleh itu, pengurusan Penang FC telah membangkitkan keresahan ini kepada pihak tertinggi pengelola pertandingan iaitu Malaysia Football League (MFL) untuk memperbaiki jadual tersebut.
Yang Berhormat Dato Timbalan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan daripada ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Bukit Tambun berkenaan dengan Penang FC, saya mengambil maklum tentang saranan Yang Berhormat Bukit Tambun berhubung dengan exit plan dan juga hala tuju masa depan bagi Penang PC. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan permohonan untuk pembelian ekuiti Penang FC Sdn Bhd dan kini terdapat beberapa pihak yang di dalam proses perbincangan bagi tujuan tersebut. Dan namun sepertimana saya pernah bangkit di dalam Dewan yang mulia ini, sebut pasal ROI bagi menjawab Yang Berhormat Bukit Tambun, Penang FC ini merupakan salah satu platform ataupun peluang untuk menampilkan bakat-bakat tempatan daripada Pulau Pinang untuk beraksi di persaingan bola sepak kebangsaan serta menampilkan penajaan dan jenama daripada perniagaan-perniagaan daripada Negeri Pulau Pinang. Namun dengan situasi yang tidak menentu sekarang
sepertimana tadi saya katakan, ada banyak kelab lain yang berhadapan dengan masalah khasnya kewangan dan juga dari segi jadual perlawanan yang tidak begitu menentu, Kerajaan Negeri akan terus memantau perkembangan terkini sebelum membuat sebarang keputusan yang selanjutnya termasuk untuk musim yang akan datang.
Okay, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, susulan daripada soalan Yang Berhormat Seri Delima kepada pembangunan sukan pickleball. Sukan ini merupakan satu sukan rekreasi yang semakin banyak mendapat perhatian umum dan dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Jadi saya juga ambil kesempatan di sini ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Seri Delima kerana mewujudkan gelanggang pickleball awam yang pertama di negeri kita. Dan untuk sukan ini sebenarnya, kemudahan sukan sedia ada seperti gelanggang badminton, sepak takraw, tennis, bola keranjang, bola tampar, dewan futsal dan kawasan lapang bersimen boleh sahaja digunakan sebagai tempat sukan pickleball dimainkan. Dan pada masa yang sama, kita pun ambil maklum di mana pengusaha-pengusaha swasta kini turut giat memperkenalkan gelanggang-gelanggang berbayar diwujudkan di ruangan terbuka ataupun tertutup seperti kompleks membeli-belah bagi mengembangkan potensi sukan ini. Namun demikian, bagi menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Delima, ada dua sebenarnya. Yang pertama adalah sukacita untuk saya umumkan bahawasanya Persatuan Pickleball Pulau Pinang kini adalah sebahagian daripada ahli di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di mana Majlis Sukan Negeri akan memberikan bantuan dan juga nasihat kepada Persatuan Pickleball Pulau Pinang. Namun begitu kita juga ambil maklum tentang pengumuman daripada Selangor bahawasanya sukan pickleball ini, mereka ada rancangan untuk nak masukkan sebagai acara yang disaing di SUKMA tahun 2026. Tapi sebenarnya prosesnya agak panjang sebab sekurang-kurangnya kita memerlukan enam negeri, persatuan sukan negeri sekurang-kurangnya daripada enam negeri untuk bersetuju dengan acara tersebut, baru acara tersebut boleh dipersaingkan di dalam SUKMA. Namun demikian, kita mengambil maklum tentang perkembangan positif ini dan kita akan terus memantau dari segi perkembangan dan juga pembangunan sukan yang diminati orang ramai ini. Yang Berhormat Dato’... (gangguan).
Minta pencerahan Dato' Timbalan Speaker, memandangkan Seri Delima telah mempelopori sukan ini dan juga menyusahkan kami yang belum buat lagi, Jawi sudah buat. Tempat saya ada futsal yang dibuat oleh Kerajaan Negeri sekarang pada waktu malam peminat pickleball mereka dah buat sendiri dan bermain. Pihak negeri Selangor telah ada peruntukan untuk pembangunan fasiliti sukan ini. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan atau perancangan untuk pembangunan dari segi fasiliti? Kalau tidak, mereka akan menukar guna gelanggang sepak takraw, gelanggang futsal, badminton kepada pickleball.
Yang Berhormat Bukit Tambun, sebenarnya buat masa kini strategi khasnya Kerajaan Negeri apabila kita sediakan sesuatu kemudahan ataupun infrastruktur sukan, strategi kita adalah melihat kepada fasiliti ataupun kemudahan tersebut mempunyai pelbagai kegunaan. Jadi buat untuk Kerajaan Negeri, kita tak ada satu peruntukan secara spesifik untuk membangunkan gelanggang pickleball tapi dalam perancangan ataupun dari segi pembangunan infrastruktur sukan kita, memang itu hala tuju untuk kita wujudkan multi-sports, dengan izin, supaya semua acara janganlah kita buat gelanggang secara spesifik untuk pickleball saja. Sepak takraw pun boleh main, futsal pun boleh main, semua kita boleh main mengikut masa yang sesuai.
Okay, saya nak jawab isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pulau Betong atas aduan yang beliau bangkitkan khasnya tentang padang bola di, sebenarnya itu bukan Majlis Sukan Negeri itu adalah di bawah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang di Batu Uban dan juga gelanggang futsal di Kampung Genting. Betul ya, Yang Berhormat? Okey, sukacita dimaklumkan bahawa bangunan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang akan menjalani projek naik taraf bangunan dengan jumlah nilai sebanyak RM2.45 juta yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang. Projek menaik taraf bangunan JBSNPP ini bakal melibatkan kerja-kerja menaik taraf bangunan serta padang bola sepak. Jadi penyerahan Project Detailed Agreement (dengan izin), telah diselaraskan pada 15 November 2024 yang lalu dan dijangka iklan penawaran projek akan bermula pada 3 Februari tahun depan. Jadi projek menaik taraf ini akan mengambil tempoh selama 18 bulan untuk siap sepenuhnya. Jadi saya turut juga mengambil maklum tentang isu gelanggang futsal Kampung Genting yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Kawasan Pulau Betong dan saya sendiri akan menyusuli perkara khususnya dari segi pembaikan tersebut.
Mohon pencerahan. Cadangan. Saya hendak tanya berkenaan dengan bola sepak sedikit yang disebutkan tadi tu dalam situasi …(gangguan), tidak apalah ini satu pandangan saya terfikir juga tadi. Sebab contoh kata liga-liga bola sepak di Pulau Pinang ini di sekolah-sekolah saya rasa kurang ataupun di daerah pun kurang sebab apa kadang-kadang di sekolah budak itu dia beli but bola, dia beli baju jersi, dia main league sekali saja lepas tu kalah. Jadi dia ini berbakat dia berbakat, dia tidak boleh bermain jadi dia simpan dia gantung boot dia jadi adalah satu kerugian kepada negeri kalau kita nak cungkil pemain-pemain yang berbakat tetapi bilangan league ataupun liga yang dia masuk untuk mempertontonkan kebolehannya itu sekali saja. Jadi kalau boleh saya cadangkan supaya diadakan lebih banyak liga-liga yang bukan kalah mati, dalam apa bentuk permainan pun sekali. Itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Penanti. Sebenarnya untuk liga kalau kita sebut khasnya mereka daripada bangku sekolah, di Pulau Pinang ini sebenarnya dengan adanya banyak akademi khasnya yang melibatkan mereka yang masih di bawah sekolah rendah, liga yang dianjurkan khususnya untuk pelajar itu sebenarnya banyak. Cumanya yang kurang tu adalah liga untuk orang dewasa orang, liga untuk persaingan sekolah menengah dan juga yang dewasa itu, itu yang kurang. Untuk kategori sekolah rendah tu sebenarnya ada banyaklah tapi saya mengambil maklum tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penanti. Memang untuk isu ini kita pun adakan perbincangan bersama dengan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang malah Kerajaan Negeri pun telah menyalurkan peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang. Tapi itulah bak kata orang putih, "The ball is at their court now, it’s on their feet now", jadi itulah kita akan minta Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang untuk merancakkan lagi penganjuran liga untuk kita mencungkil bakat khasnya dalam sukan bola sepak.
Timbalan Yang di-Pertua, boleh dapat jelaskan tentang gelanggang futsal di Kampung Genting itu hendak diambil peruntukan daripada mana?
Tidak apa Yang Berhormat. Sabar. Saya pergi tengok dahulu lah, nanti saya pergi tengok, nanti saya pergi tengok nanti saya hubungi Yang Berhormat Pulau Betong. Kita boleh minum teh kah apa kah belanja laksa kah mana tahu kan, nanti saya pergi tengok nanti saya ajak Yang Berhormat Pulau Betong.
Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, berkenaan bayaran yang dikenakan oleh Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang bagi penggunaan Kompleks Sukan Pokok Sena atau lebih spesifiknya penggunaan padang bola di kompleks sukan tersebut sebenarnya adalah sangat minima dan rendah. Caj yang dikenakan ini adalah untuk pembayaran kos operasi pembersihan padang serta utiliti air dan elektrik. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan yang berhormat padang bola tersebut sebenarnya boleh digunakan oleh penduduk setempat pada hari Isnin secara percuma sebelum pukul 6:45 petang, secara percuma. Kita ada bagi gunalah bukan semuanya kita caj juga dan perkara tersebut rintihan ataupun isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat nanti saya akan bawa untuk perhatianlah Lembaga Perbadanan Stadium.
Padang Lalang. Minta mencelah.
Bagi saya habis satu sahaja. Akan tetapi untuk Kompleks Sukan Pokok Sena, kemudahan skate park dan trek jogging adalah percuma tanpa sebarang bayaran dikenakan. Saya harap Yang Berhormat ambil maklum lah. Silakan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar.
Yang Berhormat kata di Pokok Sena, kelab sukan padang bola itu bagi main daripada jam 6.30 eh 6.45 petang bermakna kita minta Yang Berhormat bagi pukul 6.00 petang. Kalau pukul 6.45, orang Islam dia main lebih kurang dalam setengah jam dah nak masuk waktu Maghrib.
Telok Ayer Tawar, sehingga pukul 7.00 pagi sampai dah.
Oh, 10:00 pagi sehingga 6:40.
Bukan pukul 10:00 pukul 7:00 pagi pun boleh main dah.
Saya ingat 6.40 petang ke atas. Padang bola selalu waktu petang baru orang main. Okay, terima kasih Yang Berhormat.
Cuma Padang Lalang, tolong jelaskan berapa bayaran minimum yang disebutkan itu supaya boleh jelas Ahli Dewan.
Nanti saya akan, sebenarnya itu caj itu boleh semak dalam laman web lah Perbadanan Stadium. Sebenarnya itu bukan satu caj yang amat-amat tinggilah kecuali apabila ada menggunakan fasiliti sebab di Kompleks Sukan Pokok Sena itu kita ada dressing room, kita ada bilik mesyuarat dalam bentuk kontena itu yang kita sediakan dalam konsep yang baru. Sekiranya ada keperluan untuk menempah atau pun sewa fasiliti-fasiliti lain itu mungkin caj itu akan tinggi sikit. Tapi untuk kebiasaannya sebenarnya caj dia tidak tinggi dan memang kita buka secara percuma setiap hari Isnin. Namun kalau ada permintaan daripada penduduk setempat kita boleh bawa isu itu untuk dibincangkan dalam Lembaga Perbadanan Stadium. Ya, Ketua Pembangkang.
Di Merbau Kudung juga di Sungai Dua pun ada masalah. Padang di Dewan Sungai Dua itu di belakang tu ada padang, tidak boleh digunakan oleh orang kata apa penduduk tempatan untuk bermain di situ. Mungkin ada projek pembaikan padang tersebut dan juga kemungkinan bila lepas daripada proses pembaikan di situ juga akan dikenakan caj kepada penduduk-penduduk yang nak main di situ. Jadi saya nak minta daripada Kerajaan Negeri supaya melihat kerana Merbau Kudung ini, itu kawasan mereka, mereka tidak ada pilihan lain untuk bermain. Jadi pemuda-pemuda mereka dan juga orang yang nak bermain di situ tidak ada peluang. Terima kasih.
Okey, baik saya ambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Jadi saya nak merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat ADUN Seberang Jaya tentang Request For Proposal (dengan izin), Cadangan Pembangunan Kompleks Sukan di Kompleks Sukan & Rekreasi Sony Seberang Jaya, yang telah ditawarkan kepada Tetuan Sportizza Sdn. Bhd. bagi tempoh 30 tahun serta pembangunan kemudahan seperti padang bola sepak, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan gelanggang serbaguna serta fasiliti-fasiliti lain.
Untuk makluman Yang Berhormat Seberang Jaya pada masa kini Tetuan Sportizza Sdn. Bhd. bersama dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai dan juga Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang dalam peringkat untuk memuktamadkan perjanjian yang melibatkan projek ini dan dijangka perjanjian akan ditandatangani dalam masa terdekat sebab baru sahaja saya terima email daripada pihak peguam, baru sahaja mereka finalize…(dengan izin), perjanjian tersebut dan selepas perjanjian itu ditandatangani memang dalam masa terdekatlah. Fasa pembinaan akan dilaksanakan kalau tidak silap memang by next year pada tahun 2025.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin memberi penjelasan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang Bubuk tentang jenis perjanjian yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Negeri bagi projek Pembangunan Akademi Badminton oleh Syarikat PGBC yang akan dibangunkan atas tanah CMI. Projek ini merupakan projek Public Private Partnership (PPP), dengan izin di mana pelantikan Syarikat PGBC adalah melalui perolehan Request for Proposal (RFP) yang dilaksanakan secara terbuka. Kerajaan Negeri telah menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah bersama dengan Syarikat PGBC Sdn. Bhd bagi tempoh 60 + 30 tahun (dengan izin). Pembangunan komersial di PT214 adalah secara Built Operate Transfer (BOT). Jadi Syarikat PGBC akan
melaburkan RM460 juta untuk membangunkan Akademi Badminton di PT217 dan juga Service Apartment di PT214 sepertimana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kompleks Akademi Badminton akan dibangunkan dengan kemudahan 27 gelanggang badminton dengan piawaian bertaraf antarabangsa dengan kapasiti 2,500 orang pada satu-satu masa berserta dengan komponen lain seperti Sports Mall & Retails (dengan izin), galeri ataupun muzium sukan dan juga laluan makanan atau pun (dengan izin) wall food streets. Pulangan hasil melalui kadar pajakan tanah adalah RM50 juta bagi 60 tahun yang pertama, kadar bagi tempoh 30 tahun tambahan akan dinilai berdasarkan prestasi syarikat dan juga kadar nilaian pasaran pada tahun yang tersebut. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua... (gangguan).
Mohon penjelasan.
Ya, silakan.
Terima kasih Padang Lalang yang telah memberi pencerahan berkenaan dengan Badminton Academy yang tadi disebutkan. Tadi YB Padang Lalang ada juga sebut tentang pulangan RM50 juta dalam 60 tahun, so boleh saya tahu juga apa syarat-syarat yang ternyata dalam pulangan tersebut dan adakah pulangan tersebut merupakan satu jaminan yang akan kita dapat apabila build operate and transfer itu bila dia akan transfer kepada kita, kepada kerajaan lah. So saya juga ingin tahu tentang yang pelaburan RM460 juta ini. So dia berdasarkan apa yang pihak yang membentangkan proposal ini dia boleh dapatkan pelaburan yang begitu tinggi ini RM460 juta almost half a bilion so bagaimana dia boleh menjana pelaburan yang begitu tinggi itu, boleh bagi pencerahan. Terima kasih.
Okey Yang Berhormat Machang Bubuk sebenarnya detail atau pun perkara tersebut dan mungkin nanti saya akan kongsikan sebab off hand saya tidak ada detail yang terperincilah khasnya dari segi pecahan yang di pohon oleh Yang Berhormat. Nanti saya akan dapatkan maklumat untuk dikongsikan bersama dengan Yang Berhormat Machang Bubuk.
Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin alih kepada portfolio yang terakhir iaitu isu kesihatan dan pada perbahasan sidang kali ini saya lihat begitu banyak sekali soalan berkaitan dengan kesihatan berbanding dengan belia dan sukan. Belia dan sukan semua sudah elok dah banyak isu sekarang dengan kesihatan. Ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang begitu komited berganding bahu menyokong sektor kesihatan di negeri ini. Suka untuk saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini, sehingga November tahun ini sebanyak 40 projek telah siap dilaksanakan di mana 12 projek dalam pelaksanaan dan juga 2 projek dalam proses pra pelaksanaan. Pelaksanaan 54 projek ini adalah termasuk 9 projek naik taraf klinik daif dan 2 projek perobohan dan pembinaan semula klinik daif yang merangkumi peruntukan sebanyak RM4.5 juta melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi setakat November tahun ini sebanyak 9 projek klinik daif telah siap dilaksanakan manakala 2 projek masih dalam pelaksanaan. Antara contoh Pembangunan Kesihatan yang telah dilaksanakan adalah:
(i) Yang pertama, penyerahan Projek Menaik Taraf Kuarters Hospital Sungai Bakap ke Klinik Pergigian Sungai Bakap dan Lain-lain Kerja Berkaitan di Negeri Pulau Pinang baru sahaja pada 22 November 2024. Yang Berhormat Ahli kawasan Sungai Bakap ambil maklum ada klinik pergigian yang baru sudah;
(ii) Untuk, Perasmian Multidetector Computed Tomography (MDCT) (dengan izin) Scanner, Jabatan Radiologi, Hospital Bukit Mertajam pada 30 Ogos 2024;
(iii) Perasmian Projek Klinik Kesihatan Air Putih di belah Pulau Betong itu Yang Berhormat Pulau Betong kata tidak jemput dia tetapi itu klinik kesihatan sudah siaplah dan memberi manfaat kepada penduduk setempat yang dilengkapi dengan 16 unit kuarters di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang pada 7 Jun 2024; dan juga
(iv) Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 6 (KK6) Relau (Gantian), Daerah Barat Daya, Pulau Pinang pada 29 April dan lain-lain lagi.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, terdapat juga 5 fasiliti kesihatan baharu yang bakal diserahkan pada tahun ini atau awal tahun 2025 seperti:
(i) Yang pertama, Struktur Fizikal Pendekatan Baharu dalam bentuk kontena untuk wellness hub di Sungai Dua, di kawasan Ketua Pembangkang. Projek ini bernilai RM1.12 juta. Jangan kata Ketua Pembangkang kita tak jaga kawasan dia, kita sediakan fasiliti kesihatan juga. Dan juga kuarters Hospital Pulau Pinang di mana projek ini melibatkan nilai sebanyak RM78.3 juta. Kuarters yang baharu untuk staf-staf kita yang bertugas di Hospital Pulau Pinang. Multi-storey block Hospital Seberang Jaya khasnya sudah banyak tahun tapi akhirnya akan disiapkan tahun depan, okey. Dan juga Klinik Desa Padang Menora dan juga Klinik Desa Permatang Tok Mahat. Ini 2 klinik daif lah. Kita berjaya untuk menjalankan kerja-kerja pembangunan semula.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, menurut Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi, memang isu berhubung kait dengan penyakit tidak berjangkit ini adalah satu isu yang amat besar yang dihadapi oleh masyarakat kita.
Minta celahan.
Silakan.
Terima kasih Dato’ Speaker, saya nak bertanya berkaitan dengan Klinik Kesihatan di Bandar Tasek Mutiara, projek antara yang sakitlah. Sudah hampir 2 tahun tertangguh. Saya nak tanya bilakah projek ini akan ditenderkan semula, dimaklumkan, saya nak pastikan bila projek ini akan dijalankan dan disiap, dijangka siap. Terima kasih. Yang keduanya, saya nak tanya tentang Klinik Kesihatan di Sungai Bakap ni terlalu penuh dengan pesakit setiap hari, fasiliti dia saya agak, agak daif, mungkinlah pihak YB boleh cadangkan atau kemukakan untuk menambah baik Klinik Kesihatan yang ada di Sungai Bakap. Terima kasih.
Okey, baik terima kasih Yang Berhormat Sungai Bakap. Bagi menjawab tentang Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara, saya rasa sebenarnya isu ini Yang Berhormat tanya dalam soalan bertulis, ada jawapan. Ada jawapan yang diberikanlah dalam soalan bertulis. Soalan bertulis. Ada 1 soalan bertulis. Tak apa nanti saya semak, nanti saya bagi info lah. Tentang memang mereka ada langkah sebab penamatan kontrak daripada kontraktor yang sebelum ini memang ada sedikit tertangguhlah projek tersebut dan memang tindakan kini telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan juga pihak JKR untuk kita kickstart kembali projek pembangunan Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara tersebut.
Jadi berbalik kepada isu yang saya bangkitkan iaitu statistik menunjukkan peningkatan kencing manis kepada 15.6% dan 29.2% untuk tekanan darah tinggi pada tahun 2023, manakala terdapat penurunan bagi penyakit kolestrol tinggi kepada 33.3%. Namun peningkatannya agak ketara khasnya bagi masalah berlebihan berat badan dan obesiti dari 5.1% pada tahun 2019 hingga 54.4% 2023. Jadi berhadapan dengan statistik yang merisaukan ini, jadi semalam pun rakan-rakan apabila membahaskan tentang isu kesihatan juga membangkitkan tentang isu statistik tentang kesihatan yang agak merisaukan. Kerajaan Negeri bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang akan terus merancakkan tindakan serta program yang berkaitan sehaluan dengan aspirasi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang memberikan fokus kepada transformasi rawatan sakit daripada sick care dengan izin kepada penjagaan kesihatan (healthcare) sebagai usaha untuk membangunkan masyarakat yang sihat dan sejahtera. Jadi antara bantuan yang disalurkan kepada komuniti kita khasnya mereka di bawah kategori B40 adalah PeKa B40 yang menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser serta insentif tambang pengangkutan untuk mendapatkan rawatan. Namun demikian setakat Oktober tahun ini hanya 73,244 orang ataupun 18.89% daripada jumlah 387,807 orang yang layak di bawah kategori B40 ini yang menjalinkan saringan kesihatan tersebut. Dan saya ingin mengajak Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bantu menguar-uarkan bantuan Program PeKa B40 ini selagi mereka menerima Skim Tunai Rahmah ini (STR), mereka di bawah kategori B40 mereka layak untuk menjalankan saringan kesihatan secara percuma di klinik-klinik yang berdekatan, boleh semak melalui laman web PeKa B40. Kita galakkanlah lebih banyak mereka di bawah kategori B40 ini dapatkan saringan kesihatan dan dapatkan bantuan perubatan yang selanjutnya.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saban hari kita mendengar kes bunuh diri, kes kemurungan semakin meningkat. Dan perkara ini yang kita runsingkan seperti mana yang turut dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh itu Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Kesihatan telah mengambil pendekatan dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Mental yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan dibantu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Idea untuk menubuhkan Jawatankuasa Kesihatan Mental ini tercetus sebagai satu platform bersama dengan semua pihak berkepentingan dari sama ada daripada Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat, Agensi Kerajaan ataupun Badan Bukan Kerajaan demi membincangkan dan juga menangani isu kesihatan mental khususnya di negeri Pulau Pinang. Mesyuarat libat urus telah pun diadakan pada 22 Februari dan juga 13 Ogos tahun ini yang lalu dengan kehadiran daripada pelbagai rakan strategik. Di mana kita dapat lihat sebenarnya usaha untuk kita lihat kepada isu ataupun cabaran kesihatan mental ini ia bukan tanggungjawab sesebuah agensi, dia bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri semata-mata. Bukan tanggungjawab Jabatan Kesihatan, bukan tanggungjawab Kementerian Kesihatan semata-matannya, ini kita perlu mengembelingkan usaha dari semua lapisan masyarakat untuk sama-sama kita usaha untuk melihat bagaimana kita nak selesaikan isu ini. Jadi jawatankuasa ini sebenarnya bertindak sebagai satu jawatankuasa untuk menyelaraskan, sebab kita sedia maklum setiap agensi kadangkala kita kerja dalam keadaan silo, kita kerja dalam kepompong kita sendiri sahaja dan tujuan jawatankuasa ini ditujukan ditubuhkan adalah untuk kita sama-sama duduk
berbincang dengan sumber setiap agensi dan pihak yang terhad kita, satukan sumber-sumber ini untuk mencapai objektif dan matlamat yang kita inginkan. Sebenarnya untuk isu kesihatan mental ini boleh saya katakan untuk bantuan ataupun strategi ataupun jaringan bantuan yang disediakan untuk membantu mereka yang menghadapi kesihatan mental ini sebenarnya agak luas. Ini termasuk talian I-Heal yang boleh dihubungi atas talian dengan hanya dail 15555 dan juga aplikasi MyMinda yang boleh diakses melalui aplikasi MySejahtera. Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat buka MySejahtera, aplikasi MySejahtera sekarang, anda akan lihat di mana satu ikon MyMinda tu memang ada dalam aplikasi MySejahtera tu. Untuk mereka yang mempunyai isu kesihatan mental boleh dapatkan, boleh menjalani self assessment dan juga dapatkan bantuan daripada pakar yang selanjutnya. Jadi selain daripada itu, di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia juga kita telah menubuhkan program-program kesihatan mental misalnya saringan minda yang sihat dan juga menyediakan laman minda di peringkat sekolah. Itu pun kita melibatkan Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk sama-sama kita mengembelingkan usaha dalam kesihatan mental ini. Jadi seperti mana saya katakan tadi, kita harap semua dapat satu padu untuk mengembelingkan seluruh usaha masyarakat untuk lebih peka tentang isu ini dan Jawatankuasa Kesihatan Mental Pulau Pinang akan terus menjadi badan bagi menyelaraskan semua usaha ini agar mencapai objektif yang ditetapkan. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh… (gangguan)
YB EXCO, boleh minta mencelah sikit.
Silakan.
Sementara saya menyambut baik bahawa ada support group MyMinda ataupun 15555 yang dikatakan oleh YB EXCO tetapi sebenarnya kemurungan itu kita tak dapat lihat daripada muka dan orang yang terkesan tu mungkin pun tak tahu dia sendiri dalam kemurungan. Jadi saya cuma nak tanya kan satu perkara ataupun pendapat saya. Adakah salah satu faktor juga tekanan dan kemurungan ini dia berpunca daripada cara kehidupan kita yang semakin hari semakin kurang interaksi dengan orang. Jadi saya sangat risau sebab perkara ini yang tidak berlaku kepada anak-anak kita kan, sekarang sedang berlaku juga. Jadi sebab mungkin dulu kita, cara hidup kita, kita pergi main guli la, gaduh-gaduh skit la apa. Memang sudah melepaskan tekanan kita. Tapi jangan salah faham. Kita nakal, tak jahat okey. Tapi okey, jadi adakah apa apakah langkah yang kita boleh ambil, supaya kita boleh mencegah, kerana sudah maksudnya dalam kemurungan itu memang susah nak diubati ka ataupun nak heal la but kita boleh tak ada apa-apa langkah untuk mencegah ini lah. Terima kasih.
Yang Berhormat Bagan Jermal, sebenarnya tadi mungkin faktor-faktor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat betul, mungkin menjadi sebahagian daripada sebab itu. Tapi saya rasa isu kesihatan mental dan juga kemurungan ini ada faktor-faktor yang berlainan juga. Ada dari segi persekitaran seseorang individu tersebut berada. Itu pun menjadi faktor yang menyumbang kepada isu tersebut. Itu sebab tadi saya bangkitkan tentang aplikasi MyMinda ini. Dia adalah satu dengan izin self assessment tool, dia ada jawapan-jawapan yang boleh jawab untuk mengenal pasti, macam Yang Berhormat kata susah nak tahu kalau kita lihat, kita tak tahu itu orang sama ada dia kemurungan
ataupun tidak. Tapi ada tools self assessment tu akan bantu mengenal pasti sama ada dia menghadapi situasi kemurungan dan daripada self assessment tersebut bantuan daripada pihak KKM kita akan menyusuli daripada itu.
Okey, bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang tentang pusat kecantikan haram ataupun premis astetik. Bagi tahun 2024 untuk makluman Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah menyerbu dan mengenakan tindakan penguatkuasaan terhadap dua premis astetik yang mana kedua-dua premis ini dikenakan tindakan atas kesalahan membuka premis astetik ataupun pusat kecantikan tanpa kebenaran atau dengan kata lain tidak berdaftar dengan pihak yang sepatutnya. Bukan itu saja, pihak berkuasa juga sedang membuat risikan terhadap 5 premis astetik. Ini di peringkat risikan lah ya. Jangan bagi tahu mereka lah kita tengah risik berdasarkan aduan yang diterima. Jadi sehingga (gangguan). Jangan bagi tahu, tapi kita tengah merisik. Jadi sehingga kini, sehingga kini terdapat 34 klinik ataupun premis astetik yang dengan kebenaran di Pulau Pinang. Yang Berhormat Batu Lancang juga menyatakan kegusaran beliau terhadap farmasi komuniti yang melanggar undang-undang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian, sehingga bulan Oktober tahun ini negeri Pulau Pinang mempunyai sejumlah 325 farmasi komuniti yang aktif dan berlesen serta pihak Jabatan Kesihatan Negeri telah pun melaksanakan pemeriksaan terhadap kesemua 325 farmasi komuniti ini. Melalui 15 aduan yang diterima berkaitan farmasi komuniti yang jelas melanggar undang-undang, pihak berkuatkuasa telah menjalankan siasatan lanjut bagi 15 farmasi komuniti ini dan seterusnya akan didakwa di mahkamah. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, pada tahun ini Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi dan juga kerjasama Polis Diraja Malaysia telah menjalankan satu operasi khas dinamakan Ops Join pada 4 November kebetulan di Jelutong juga telah berjaya merampas hampir 70,000 kotak produk tradisional tidak berdaftar dan lebih 70 kotak kosmetik tidak bernotifikasi dan jumlah hasil rampasan ini mencecah RM10.1 juta. Itu adalah komitmen dan juga ketegasan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya sekiranya ada aduan terhadap perkhidmatan ataupun produk kesihatan yang tidak bertauliah serta membahayakan kesihatan awam rakyat kita. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, (gangguan) saya tak ada masa. Sudah.
Masa habis dah ni. Ada banyak isu lagi. Okey.
Saya sudah tak ada masa. Tak apalah nanti kita sembang. Saya ada banyak isu lagi nak sentuh. Tak cukup, tak cukup. Okey, Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya di kesempatan ini ucapkan jutaan terima kasihlah khasnya kepada Kerajaan Persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia kerana banyak membantu negeri kita dalam pembangunan sektor kesihatan. Bagi perancangan pembangunan hospital, terdapat cadangan untuk pembinaan blok baharu untuk Hospital Sungai Bakap, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Kepala Batas yang dipohon di bawah Projek Rancangan Malaysia, (RMK). Jadi skop projek untuk hospital tapi Yang Berhormat Bertam kalau tak ada dalam Dewan mungkin saya skip part dialah. Okey, bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit… (gangguan).
Padang Lalang, Padang Lalang, tolong jawab sikit hal Hospital Kepala Batas, ramai lagi ADUN yang prefer… (gangguan).
Okey, okey, maaf ya. Ini bagi menjawab isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bertamlah. Okey, bagi skop projek bagi Hospital Kepala Batas adalah seperti berikut, kita akan buat decanting, kita kena pindahkan pesakit dan perobohan blok asrama kejururawatan. Yang kedua kerja-kerja awalan merangkumi kerja soil investigation, utility mapping, penyediaan tapak. Dan juga yang ketiga kerja pembinaan yang merangkumi kerja-kerja civil, kerja pembinaan bangunan dan infrastruktur dan kerja-kerja mechanical dan electric (M&E) dan juga pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan. Jadi untuk cadangan ini kita akan kemukakan untuk pertimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia tapi ini isu memang dekat dengan hati sayalah, saya akan cuba untuk dapatkan supaya projek ini dijadikan keutamaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan projek ini juga keutamaan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memandangkan keadaan hospital ini yang mula dibina sejak tahun 1891 dan berusia 131 tahun ini telah memang usanglah. Ini memang kita ambil maklum.
Untuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit berhubung dengan pembangunan Hospital Bukit Mertajam, sebenarnya isu ini kita pun telah bincang dalam Jawatankuasa MMK Kesihatan tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang kini di dalam fasa akhir menyediakan Kertas Permohonan Pemberimilikan Tanah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyusuli perkara tersebut dan saya memberi komitmen, selaku ADUN Padang Lalang sebab Hospital Bukit Mertajam terletak di bawah DUN Padang Lalang, saya akan memastikan perkara tersebut akan dipercepatkan.
Untuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban tentang Klinik Kesihatan Sungai Dua, ya kita mengambil maklum tentang isu kesesakan khasnya kenderaan di Klinik Kesihatan tersebut namun kekangan itulah kekangan tanah yang sedia ada di Klinik Kesihatan Sungai Dua ini memang merupakan satu cabaran yang besar. Namun demikian pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Kita pun ambil langkah-langkah yang sewajarnya dengan bantuan Jabatan Kerja Raya di mana untuk meningkatkan keselamatan pelawat dan pengguna, kita sediakan garisan yellowbox di hadapan pintu masuk utama ke dalam Klinik Kesihatan Sungai Dua tersebut. Dan kita akan juga tambah papan tanda amaran untuk perancangan tahun 2025 bagi meningkatkan fasiliti keselamatan di lokasi tersebutlah. Jadi kita faham isu yang dibangkitkan tapi cumanya itulah kekangan dalam… (gangguan). Tak ada masa sudah… (gangguan).
Sikit okay, okay terima kasih Yang Berhormat tapi masalahnya di tepi tu ada satu cadangan yang dulu kita bagi untuk mereka membuka laluan yang baru menggunakan laluan tapak Pesta. Saya dimaklumkan dulu ada cadangan untuk buat dan last-last lepas tukar menteri, bajet itu tidak diturunkan. So saya mohon kalau boleh kita buka lagi satu laluan kerana laluan yang sedia ada ni dia berhadapan dengan sekolah juga, Sekolah Phor Tay. So memang tempat tu jamm dan juga berlaku kemalangan terima kasih.
Baik nanti mungkin saya boleh turun padang untuk melawat bersama dengan Batu Uban.
Yang Berhormat Teluk Bahang membangkitkan tentang isu menunggu di klinik kesihatan dan hospital. Untuk makluman buat masa kini secara puratanya untuk masa menunggu daripada pendaftaran ke masa pemeriksaan oleh anggota kesihatan seperti mengambil tekanan darah adalah kurang daripada 30 minit. Namun demikian kita mengambil maklum tentang isu yang dibangkitkan
termasuk untuk pembangunan kemudahan kesihatan yang baharu ini, kita menambah ruang yang sewajarnya dan juga khasnya seperti isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban tentang tempat letak kereta. Itu pun kita akan masukkan dalam konsep apabila kita ada pembangunan baharu kita mengambil kira semua aspek tersebut.
Dan Yang Berhormat Permatang Pasir membangkitkan apakah tindakan Kerajaan Negeri membendung gejala HIV dan AIDS di negeri. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, beberapa program pun kita telah adakan termasuk pameran HIV sempena karnival kesihatan, program bersama kumpulan berisiko mendapat HIV seperti komuniti kepelbagaian gender ataupun (dengan izin) gender diverse community, program sihat tanpa AIDS dan juga City Getting To Zero, SPU Getting to Zero dan George Town Getting to Zero di mana baru-baru ini kita telah mulakan projek perintis di mana untuk pasangan bukan bukan Islam non-Muslim pasangan sebab untuk pasangan yang beragama Islam memang diwajibkan untuk menjalankan saringan sebelum pendaftaran perkahwinan cumanya untuk pasangan yang bukan Islam, kita telah mulakan projek perintis di kawasan Daerah Timur Laut untuk mengalakkan mereka menjalankan saringan kesihatan untuk lihat kepada isu HIV dan AIDS. Dan tidak lupa juga Yang Berhormat Permatang Pasir selaku pengerusi CASP tahun ini Kerajaan Negeri turut menyumbangkan peruntukan untuk menyokong CASP.
Terima kasih.
Terima kasih okey, okey baik. Jadi untuk isu kes-kes pesakit terdampar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga, untuk makluman memang sebelum itu terdapat sedikit isulah di mana untuk mereka pesakit terdampar yang tiada waris akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi penempatan sama ada di Rumah Seri Kenangan ataupun Rumah Ehsan. Namun demikian di Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ihsan pun ada kekangan dia sebab masa untuk menunggu agak lama sebab tak ada kekosongan. Jadi untuk meluluskan kelulusan penempatan pula sekitar tiga hingga enam bulan. Jadi sebelum itu di keadaan yang agak terdesak kita mengambil tindakanlah untuk menghantar pesakit terdampar tersebut kepada pusat jagaan iaitu Cameo Home dan juga Ganapathy Home di mana mereka adalah pusat jagaan yang sudi untuk menerima pesakit terdampar ini secara percuma. Namun demikian untuk menjawab isu yang dibangkitkan, kita telah henti amalan tersebut sejak Mac tahun ini juga.
Jadi untuk menjawab isu Yang Berhormat Bukit Tengah tentang kemudahan geriatrik. Sebenarnya di negeri Pulau Pinang bukan saja wujud Hospital Seberang Jaya. Di kesemua hospital di negeri ini kita ada perkhidmatan geriatrik misalnya di Hospital Pulau Pinang terdapat klinik pesakit… (gangguan).
Ringkaskan, ringkaskan.
Okey dah ringkaskan towards the end dah. Terdapat klinik pesakit luar geriatrik dan juga Hospital Seberang Jaya mempunyai 12 katil geriatrik dan wad perubatan dan juga klinik pesakit luar geriatrik. Namun tentang tentang garis panduan berapa Pakar Geriatrik yang kita perlukan mengikut populasi, dia ada dua piawaian yang kita ambil kalau mengikut British Geriatrics Society dia
mengesyorkan satu Pakar Geriatrik kepada 500 orang berumur 85 tahun ke atas, 85 and above, itu standard daripada British. Manakala di Singapura garis panduan yang digunakan adalah jumlah Pakar Geriatrik yang diperlukan bagi merawat populasi berumur 65 tahun dan ke atas dicadangkan sasaran 0.5 hingga 0.85 Pakar Geriatrik setiap 10,000 orang dewasa tua.
Jadi kita gunakan anggaran 7.7% umur 65 dan ke atas di negeri Pulau Pinang ini, Pulau Pinang kita memerlukan antaranya 6 hingga 12 Pakar Geriatrik itu bagi menjawablah. Dan juga tidak lupa Hospital Sungai Bakap memang untuk dalam cadangan kita kalau kita membangunkan blok yang baharu untuk Hospital Sungai Bakap blok yang asal kita akan tukarkan untuk menawarkan perkhidmatan geriatrik ataupun penjagaan warga emas ini. Jadi ini isu pun penting saya ambil masa sikit… (gangguan).
Jangan ambil masa banyak.
I tau.
Sikit pun tak boleh dah.
Ini isu vape banyak yang bangkit sebab ini kali banyak isu kesihatan ni okey saya cepatkan. Okey Kerajaan Negeri mengambil maklum berkenaan titah Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang menyarankan agar penggunaan rokok elektronik ataupun vape diharamkan secara total jadi Kerajaan Negeri akan membuat kajian pada peringkat awal terhadap isu ini. Namun demikian ada impak yang lain yang akan timbul sekiranya penjualan vape ini diharamkan secara keseluruhannya. Saya bagi contoh, kalau Pulau Pinang haram dia pi Kulim lah Kedah tak haram vape kan? Bukan cadang bukan kalau kita ikut konteks kita di negeri Pulau Pinang misal katanya kalau Negeri Pulau Pinang kita haramkan senang untuk kita menggalakkan black market kewujudan black market. Ini salah satu aspek yang kita perlu ambil kira juga. Jadi untuk Akta 852 yang baru saja diperkuatkuasakan memang akta ini kita berfungsi untuk mengawal selia semua jenis produk merokok termasuk vape. Dan ini termasuk saluran penjualan rokok vape di atas talian ni kini dilarang sepenuhnya di bawah Akta 852. Jadi untuk isu vape mushroom dan seperti mana yang dibangkitkan juga, dia melibatkan tindakan agensi penguatkuasaan merentas kementerian bukan sahaja di bawah Kerajaan Negeri ataupun di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinanglah. Jadi kita Kerajaan Negeri akan mengambil kira faktor tersebut terus memantau khasnya situasi merokok termasuk pengunaan vape. Akhir kata…(gangguan).
YB, YB belum jawab soalan saya punya soalan lagi tu. Saya tanya tentang status Klinik Kesihatan Pinang Tunggal sebab dalam jawapan tu saya tengok dalam Buletin Mutiara YB sebut tanah dah disediakan dah. So saya difahamkan dia akan dibuat dalam RMKe12, so minta pencerahan.
Nanti itu saya follow up, nanti saya check balik nanti saya bagi maklumat kepada Yang Berhormat. Saya nak habiskan
Okey, habis-habis-habiskan.
Okey akhir kata sebelum saya akhiri ucapan pada sidang kali ini, Kerajaan Negeri akan terus komited memperkasakan belia membangunkan sukan dan menyokong kesihatan rakyat seiring dengan manifesto kerajaan… (gangguan)
Minta celah, saya… (gangguan).
Habis dah, habis dah. Tak ada celah celah dah.
Tapi isu tentang kadar penyusuan ibu-ibu… (gangguan).
Tak sempat dah.
Yang Berhormat Berapit boleh tanya Jawatankuasa MMK Kesihatan, Yang Berhormat Ahli Jawatankuasa MMK Kesihatan.
Sini sudah extra banyak masa.
Sama-sama kita menjayakan Malaysia Madani dan Visi Penang2030 bagi memacu negeri kita ke arah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga dan terus menjadi inspirasi kepada negara Malaysia yang tercinta. Serangkap pantun.
Ada pantun lagi.
Lauk sur ada sotong Sepak takraw ada tekong Inisiatif murni kita mendorong Padang Lalang mohon menyokong.
Terima kasih Padang Lalang. Dan sekadar peringatan kepada rakan-rakan YB EXCO, di sesi pergulungan saya minta sangat-sangat supaya kita dahulukan jawapan-jawapan yang ataupun perkara-perkara yang disentuh oleh ADUN-ADUN dan jika ada masa selepas tu barulah kita nak promote kita punya aktiviti dan lain-lain hal-hal yang lainlah supaya tak terlajak, terlajak perahu kan. Okey yang seterusnya saya persilakan Jawi.
Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, selamat petang. Suara Wong Hon Wai lah saya rasa betul ya? Dia seronok sangat hari ini.
Selamat petang, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani dan salam Penang2030. Syukur ke hadrat Tuhan kerana dengan izin-Nya, kita diberi kesempatan untuk bersua pada petang yang mulia ini dalam sesi penggulungan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas ini. Sebelum saya memulakan sesi penggulungan, saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan sekalung penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat, warga Pulau Pinang dan Bahagian Kerajaan Tempatan khususnya atas sokongan dan dukungan yang telah diberikan kepada saya, selaku EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, dalam menyalakan lentera islah dan menjulang panji kemajuan Kerajaan Negeri selari dengan iltizam gagasan Penang2030 dan Malaysia Madani.
Selain Bahagian Kerajaan Tempatan, setulus kasih turut saya panjangkan kepada PLANMalaysia Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana telah bertungkus-lumus membantu saya menyediakan jawapan balas kepada soalan-soalan yang berbangkit telah diajukan sepanjang tempoh perbahasan berlangsung. Semua pihak yang terlibat adalah tumang, tonggak dan tulang belakang kepada portfolio yang saya sandang pada ketika ini.
Di kesempatan ini, saya juga ingin menzahirkan ucapan sekalung tahniah kepada Yang Berhormat Abidin bin Ismail yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi KADUN Sungai Bakap pada 06 Julai 2024 yang lalu.
Kalau tidak kerana bulan Tidak bintang terbit tinggi Kalau tidak kerana harapan Tidaklah saya berada di sini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memulakan kalam, sebelum saya menoktahkan persoalan-persoalan yang telah dilontarkan kepada saya, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana telah mengajukan soalan-soalan yang terkait di bawah portfolio saya iaitu Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar
& Desa. Saya sangat bersukacita untuk menjawab setiap soalan yang terzahir di lidah Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian setelah berbulan-bulan terbuku dalam benak fikiran.
Kalau hendak membeli cermin Belilah cermin tembus cahaya Kalau mahu menjadi pemimpin Soalan dijawab setulus bicara.
Saya mohon maaf sekiranya ADUN tidak ada dalam Dewan saya akan langkau.
Cukup sejam YB
Meneliti isu-isu yang melibatkan penjaja dan peniaga kecil yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Negeri sentiasa mengambil pendekatan secara bertanggungjawab dan berhemah bagi memastikan nasib para peniaga tersebut tidak seperti melukut di tepi gantang, mahupun seperti orang yang sudah jatuh ditimpa tangga pula. Justeru, saya sangat prihatin dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, Yang Berhormat Kebun Bunga, Yang Berhormat Seberang Jaya mengenai isu ini. Saya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, sememangnya cakna dan terdetik rasa empati atas kejadian perobohan gerai-gerai peniaga di tepi jalan sepertimana yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Namun dengan rasa berat hati, tindakan perobohan gerai tersebut terpaksa diambil mengikut prosedur dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang dikenakan ke atas penjaja dan peniaga kecil yang berkenaan setelah notis berniaga tanpa lesen dikeluarkan. Tatkala terbukti sememangnya mereka tidak memiliki lesen yang sah, saya tidak boleh mengesampingkan kehendak undang-undang yang mensyaratkan setiap perniagaan memerlukan lesen yang sah. Ini juga selaras dengan salah satu Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-undang. Sebagai warganegara yang bersivil, kita harus mematuhi segala peraturan termasuklah pemilikan lesen perniagaan yang sah. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa memberi ruang dan peluang kepada golongan peniaga dan golongan penjaja dan peniaga kecil dalam memudah cara proses permohonan lesen secara sah.
Secara tidak langsung, pendekatan ini juga dapat memberi peluang kepada penjaja dan peniaga kecil untuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Saya cuba mendidik mereka, kita cuba mendidik mereka untuk sentiasa membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul. Ini adalah cara didikan lembut kita terhadap mereka yang masih berhati keras, yakni gigih nak berniaga walaupun tiada lesen. Tak cukup lah dengan itu, PBT juga turut menguar-uarkan syarat-syarat permohonan lesen, yang boleh diakses oleh setiap lapisan masyarakat melalui laman sesawang PBT untuk dijadikan panduan dalam menjalankan perniagaan secara sah. PBT juga telah memperkenalkan kaedah tagging kepada penjaja dan peniaga kecil sedia ada yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sebagai alternatif untuk membantu memudahkan cara urusan perniagaan mereka. Inilah contoh toleransi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri kepada penjaja dan peniaga kecil yang terlibat. Kita tidak mengambil tindakan secara semberono. Juga, kita tak perlu tunggu terhantuk baru nak tengadah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Jawi.
Tak hanya isu penjaja dan peniaga kecil, isu pokok juga perlu digalas di atas bahu saya, insan kerdil ini.
Jawi, sebelum berubah daripada tajuk ini, bagi saya mencelah. Sebelum berubah tajuk tentang penjaja ini.
Isu penjaja. Silakan.
Timbalan Speaker, dan juga Jawi selaku EXCO berkenaan, berkenaan penjaja ni, penjaja yang meniaga kecil-kecilan ini juga kena kena ambil lesen ka. Yang orang kata apa ini yang menjaja bukan ada di tempat yang ni, kecil-kecilan sahaja tong kecil apa semua ini hanyalah untuk ini, itu yang pertama. Yang keduanya langkah tindakan yang diambil ini yang saya sebut yang tak bertamadunlah, pergi hancur takkan lah sampai satu tindakan yang orang kata apa tak eloklah. Bawa backhoe ini pergi bagi hancur habis orang kedai orang ini. Itu satu tindakan yang tidak patutlah.
Jawi faham kan.
Faham tak.
Okey. Terima kasih Ketua Pembangkang.
YB. Sedikit boleh.
Nanti saya jawab Ketua Pembangkang dulu. Ketua Pembangkang seharusnya ingat, semua urusan peniaga khususnya bagi penjaja makanan, perniagaan kecil makanan walaupun dia kecil, besar atau pun mega, kita harus mengutamakan keselamatan, kesihatan, keselamatan makanan dari segi, semua penjaja-penjaja yang mengendali makanan. Mereka perlu menghadiri khusus mengendali makanan sekirannya ada apa-apa yang berlaku, apakah atau pun siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan.
Saya harap semua Ahli-ahli Mesyuarat di sini kita harus memegang dengan prinsip kita semua peniaga-peniaga walaupun perniagaan kecil, penjaja kecil, kita menggalakkan atau pun boleh membantu mereka supaya mendapatkan lesen dan sekiranya ada temuduga bagi petak-petak di bawah kompleks makanan MBSP atau pun pasar awam MBSP bolehlah menggalakkan mereka untuk mengambil bahagian temuduga supaya mereka dapat di legalize. Atau pun Ketua Pembangkang, kalau nak buat pemutihan bagi penjaja yang tanpa berlesen, Ketua Pembangkang boleh memilih tempat dan mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan di mana kalau kita rasa kawasan itu bersesuaian untuk membantu peniaga-peniaga kecil itu untuk mendapat lesen, kita bolehlah buat pemutihan di kawasan tersebut. Dan kalau penjaja yang tidak berlesen, memang saya tidak akan compromise. Memang saya tidak akan setuju dan kalau kita benarkan penjaja yang tanpa berlesen akibatnya kalau sesuatu yang berlaku keracunan makanan siapa yang akan dipersoalkan. Saya harap Ketua Pembangkang ambil maklum. Terima kasih. Ya, Batu Uban.
Terima kasih saudara Yang Berhormat Jawi. Saya berpendapat macam ini, saya tidak ada halangan sekiranya memang saya faham bahawa kita juga mempunyai undang-undang yang perlu kita patuhi juga. Tetapi masalahnya, baru-baru ini di Batu Uban ramai penjaja yang mempunyai tagging telah diambil tindakan perobohan. Dan isunya saya kalau bagi saya seperti yang disebut oleh Jawi tadi, kalau kita boleh menyediakan tempat untuk mereka meniaga, menjalankan business dan juga kita membuatkan pemutihan selepas kita menyediakan satu tapak, itu tidak ada masalah. Tapi masalahnya sekarang Majlis telah menghantar notis dan lepas itu ada pegawai Majlis kata kalau nak minta hold, kena pergi jumpa YB Kawasan dulu untuk dapatkan surat sokongan.
So, ramai yang datang jumpa dengan saya. Tapi saya rasa itulah mungkin kadang-kadang business tu kita kena tengok juga, kalau dia jual bunga kita pergi letak di astaka pun tidak tepatlah, tak kena dengan bidang business yang dijalankan. So, saya mohon kalau kita ada satu tapak kosong tanah lapang contohnya, mungkin 10% daripada tanah lapang tu kita boleh buat Tapak Penjaja Sementara (TPS). Tapi saya mohon PBT untuk berbincangkan dengan ADUN Kawasan terlebih dulu. Terima kasih.
Batu Uban, terima kasih. Mantan Ahli Majlis MBPP. Saya rasa mantan Ahli Majlis MBPP tahu juga faham juga tentang Akta Kerajaan Tempatan. Tiada, dengar dulu dengar dulu. Dengar dulu ya. mantan Ahli Majlis MBPP perlu faham tentang syarat-syarat undang-undang di bawah undang-undang Akta Kerajaan Tempatan. Okay. Seperti apa yang saya maklum kepada Ketua Pembangkang, sekiranya ADUN Kawasan ingin berhasrat untuk membantu penjaja-penjaja tanpa berlesen, ADUN Kawasan boleh mencadangkan tempat-tempat yang bersesuaian kalau kita boleh buat tapak sementara ADUN Kawasan boleh cadangkan. Dan jangan jangan lupa setiap kali setiap penguat kuasaan MBPP akan keluar surat untuk makluman kepada ADUN Kawasan.
Tak terima. Tak Terima. Yang Berhormat. Tak terima.
Bukan Pembangkang. ADUN Kawasan.
Tak terima. Tak terima.
Atau pun Penyelaras KADUN… (gangguan).
Penyelaras KADUN lain. Wakil Rakyat di kawasan tu... (gangguan).
Duduk, duduk, duduk.
Batu Uban tak terima, Yang Berhormat.
Duduk dulu, Jawi teruskan.
Setiap penguatkuasaan untuk buat perobohan, surat akan hantar kepada ADUN Kawasan, Penyelaras KADUN dan cc copy kepada EXCO. MBPP ada juga. (gangguan) Cuba balik office untuk buat semakan. Okay. Terima kasih. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Teruskan. Teruskan.
Banyak isu penjaja dan perniagaan kecil, isu pokok juga perlu digalas di atas bahu saya insan kerdil ini. Terkait isu pemangkasan dan penebangan pokok tua yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Sungai Dua, Yang Berhormat Permatang Pasir, saya pernah bantu untuk pokok, Yang Berhormat Seberang Jaya, Yang Berhormat Pulau Tikus dan Yang Berhormat Pulau Betong, suka ingin saya nyatakan bahawa kita telah pun melaksanakan beberapa inisiatif seperti menyediakan peruntukan penyelenggaraan pokok secara berkala, membuat penilaian risiko pokok dengan penggunaan teknologi Smart Tree Inventory System oleh arborist yang bertauliah, menyediakan inventori pokok, dan berkolaborasi dengan pihak swasta dalam pelaksanaan program-program khidmat masyarakat (CSR) berkaitan penyelenggaraan pokok.
Kendati begitu, saya menjangkakan bahawa inisiatif-inisiatif ini akan lebih tertonjol keberhasilannya sekiranya saya dapat menyahut cadangan Yang Berhormat Seberang Jaya supaya PBT menjalankan program CSR dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang supaya diadakan lawatan penanda aras ke Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bagi melihat bagaimana pokok-pokok di bawah pentabiran MPBP dijaga dan dirawat bagai menatang minyak yang penuh. Terima kasih saya
ucapkan kepada kedua-dua Yang Berhormat atas cadangan yang bernas ini. Saya akan pastikan kedua-dua cadangan tersebut dapat dilaksanakan pada tahun hadapan dengan jayanya. Walau kita berbeza fahaman politik, ia tidak menjadi penghalang kepada saya untuk menerima cadangan-cadangan tersebut.
Jawi. Boleh saya mencelah.
Tunggu dulu. Cadangan yang baik harus dirai, bukannya ditolak secara membuta-tuli. Untuk itu, saya akan cuba menyediakan peruntukan pada tahun hadapan untuk merealisasikan kedua-dua cadangan tersebut. Kita akan jemput juga Yang Berhormat Sungai Dua untuk hadir bersama sekiranya ada lawatan ke Batu Pahat nanti.
Okey. Okey. Boleh tak lagi.
Boleh.
Saya cuma satu lagi berkenaan dengan pokok ini cuma pemangkasan pokok ni saya minta tahun depan sebelum mari apa perubahan monsun, perubahan monsun ini berlaku ribut. Jadi bila kita tak pangkas, pokok tinggi-tinggi dia tumbang, waktu itu tak berguna dah. Kita lepas daripada ribut ini kita ada pangkas, dia tak berguna dah. Jadi sebelum daripada perubahan monsun, dalam bulan Ogos, atau pun awal sikit dalam bulan Julai, itulah waktu yang orang kata apa munasabah untuk kita buat pemangkasan pokok supaya bila mari ribut ini, tidak tumbanglah pokok-pokok tinggi-tinggi itu.
Jawi.
Sediakan payung sebelum hujan kan.
Okey, okey.
Saya percaya... (gangguan).
MBPP boleh turun potong pokok.
Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang, saya cuma nak tanya pokok yang tumbang itu adalah di kawasan swasta atau pun di bawah penyelenggaraan Majlis. Setiap pokok di bawah penyelenggaraan Majlis-Majlis, memang kedua-dua PBT menggunakan peruntukan MARRIS untuk menjalankan penyelenggaraan pokok dan setahun akan menjalankan dua kali untuk di bawah penyelenggaraan Majlis. Kalau pokok di depan kampung-kampung, di bawah tanah persendirian, ini memang di luar kawalan Majlis. Sekiranya pokok itu… (gangguan).
Pokok majlis lah, bukan pokok bawah yang apa nama ambil tender yang buat, sudah tentu lah pokok-pokok Majlis, di tepi jalan kan. Pokok di kampung pun saya tak suruh MBPP jaga.
Pokok di tepi jalan dia kena lihatlah, kalau itu jalan Majlis Negeri, ia memang di luar kawalan daripada pihak PBT. Walau bagaimanapun, saya akan ambil maklum. Terima kasih atas cadangan atau pun pandangan daripada Ketua Pembangkang.
Kekurangan Tempat Letak Kereta khususnya di Pusat Perniagaan Merbau Jaya, Butterworth turut menjadi kegusaran Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Usahlah Yang Berhormat risau, pihak MBSP sedang melaksanakan kajian cadangan satu hala di Lorong Merbau Jaya 1 bagi menambah bilangan tempat letak kereta. Soalan daripada Ketua Pembangkang pun, saya nak jawab di sini atau macam mana.
Dia… (gangguan).
Penanti duduk dulu. Sabar.
Jadi, Jawi. Di Taman Merbau Jaya, di tempat pejabat saya itu, ada 12 lot parking, sedangkan kedai ke lot apa kedai-kedai jumlah kedai ini melebihi daripada lot parking. Kalau tuan kedai letak kereta pun, orang sudah tentu tak ada lot parking dan juga bila bubuh sebelah sini yang tak ada lot parking ini, sudah tentulah bila pihak penguatkuasa, dia mai dia akan saman.
Okey saya faham.
Faham kan. Jadi sekarang ini… (gangguan).
Okey, faham dah.
Masalahnya, mana boleh buat macam itu Speaker. Tolonglah bagi macam tu, bagi kita nak bincang ni untuk selesaikan masalah. Bukan kita nak bergaduh. Nak selesaikan masalah. Betul, betul betul tak. Setuju kan Jawi.
Setuju.
Kami tak bergaduh la. InsyaAllah. Jadi bila lot parking yang sedikit, orang akan mari parking sebelah ini. Jadi, bila pukul 11:00 pagi, tiap-tiap hari dia akan saman kereta yang tidak duduk dalam lot parking ini dia akan saman. Jadi, bukan orang tak mahu letak dalam lot parking, lot parking tak ada, tidak cukup. Jadi, penguatkuasa kata 4 kupang ja ustaz. 4 kupang. Memang 4 kupang murah. Kita, tapi kalau tidak ada bukan 4 kupang, bukan 40 sen, kan. RM20.00.
Berulang.
Ya. Berulang tidak apa.
Sila jawab. Sila.
Terima kasih, Ketua Pembangkang. Berkaitan dengan Lorong Merbau Jaya 1, memang di bawah MBSP memang ada satu kajian, cadangan satu hala di Lorong Merbau Jaya 1 bagi menambah bilangan tempat letak kereta. Jika nanti tempat letak kereta masih belum cukup, usahlah ditanya lagi di dalam Dewan yang mulia ini, bolehlah datang jumpa saya, di mana saya nak tanya sebab untuk pemajuan di Taman Merbau Jaya ini memang Kebenaran Merancang telah diluluskan pada tahun 2004. Pada masa ketika itu, memang bilangan tempat letak kereta diperlukan adalah 11 petak sahaja berdasarkan kiraan 1,000 kaki persegi untuk satu petak dan bilangan tempat letak kereta yang disediakan oleh pemaju adalah sebanyak 11 petak. Mungkin soalan lisan jawapan lengkap, saya akan berilah ataupun saya nak bagi terus di sini.
Yang penting bagi inilah, bagi pihak MBSP turun bersama saya untuk tengok ah, tak payahlah EXCO ni. EXCO cuma order ya, supaya depa turun jumpa saya.
Setiap kali Ketua Pembangkang risau tak dapat jumpa dengan dengan Pegawai MBSP yang last.
Ya, last sekali baru ni saja jumpa dengan Datuk Bandar bersama dengan ini, itu saya hantar surat nu, berapa lama.
Tak apa, kita usahakan demi kebajikan rakyat, masyarakat. Terima kasih.
Terima kasih, terima kasih.
Penanti, ada isu apa lagi.
Ya, ya. Pendek saja, pendek saja. Tak nak gaduh.
Saya ada banyak lagi.
Tak nak gaduh, tak nak gaduh, pendek, pendek saja, sekejap saja. Okey saya dapat makluman ya berkenaan dengan lot parking ini betul ataupun tak betul, itu saja. Saya nak tanya sebab difahamkan bahawa bulan Mac 2025 Penang Smart Parking akan menaikkan 33 peratus parking fees tempat letak kereta, bayaran letak kereta akan naikkan sebanyak 33 peratus. Itu saja.
Untuk makluman Penanti, MBPP telah buat pengumuman semalam di mana parking di bahagian Pulau telah naik daripada… (gangguan).
40 sen kepada 60 sen.
Setengah jam, 80 sen satu jam dia akan naik sehingga RM1.20 untuk satu jam, ya. Di MBSP kita pun tengah kaji di mana Ketua Pembangkang pun setuju bahawa fi tempat letak kereta amat murah. Tadi pun kata empat kupang saja dan MBSP pasti akan membuat kajian jangan risau, okey. Terima kasih.
Teruskan.
Jawi, quote kita pula.
Jawi, Jawi teruskan, Jawi.
Jawi tak da, di Nibong Tebal tak da parking kan, Nibong Tebal tak dak parking kan.
Duduk, duduk.
SPS memang semua pembangunan baru boleh dikenakan parking. I itu memang ada.
Yang membuat kajian.
Kita tak cukup masa nanti.
Tinggi-tinggi terbang merpati, tinggi lagi soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat terpuji. Yang Berhormat KOMTAR, Yang Berhormat Batu Lancang, Yang Berhormat Pengkalan Kota berhubung isu koloni, koloni burung merpati yang memberi ancaman terhadap kesihatan manusia dan kebersihan tempat awam. Kerajaan Negeri melalui pihak MBPP telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis tentang kesalahan terhadap pemberi makanan burung iaitu bird feeder serta melaksanakan operasi tangkapan burung merpati secara berkala iaitu empat kali seminggu bagi mengurangi populasi burung merpati dan memasang papan tanda peringatan mengenai larangan memberi makanan kepada burung atau haiwan khususnya di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Setakat ini sebanyak 88 operasi telah dijalankan dengan 11 kompaun telah dikeluarkan. Bagi pihak MBSP pula tindakan penguatkuasaan adalah sebagaimana
yang dilaksanakan oleh pihak MBPP. Selain itu Kerajaan Negeri bersama-sama PBT akan terus berganding bahu untuk memastikan masalah ini ditangani secara semak holistik dan berkesan melalui pelbagai inisiatif. Kerajaan Negeri juga akan mempergiatkan usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran awam melalui program pendidikan dan pengedaran risalah yang mengalakkan masyarakat untuk tidak memberi makan kepada burung merpati sekaligus memastikan kawasan kita terus terjaga kebersihannya. Sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada iman. Apabila burung merpati dah kurang, pokok-pokok tiada yang tumpang, tempat sekeliling kita pun bersih dan nyaman, Barulah kita rasa senang hati untuk bersantai-santai mengayuh basikal ke sana ke sini. Terima kasih Yang Berhormat KOMTAR tak ada dekat sinilah. Saya langkau sebab Yang Berhormat KOMTAR bertanya mengenai dengan…(gangguan).
Okey, langkau.
Link Bike di USM tapi di USM Kejuruteraan, Kampus Kejuruteraan memang telah menyediakan BEAM Mobility.
Skip, skip, skip.
Yang Berhormat KOMTAR juga.
Skip.
Yang Berhormat KOMTAR juga. Isu hangat lagi hangit. Hangat bagi Yang Berhormat-Yang Berhormat tetapi hangit bagi saya yang nak menjawabnya, yang tidak lagi asing dalam kalangan warga Pulau Pinang iaitu seperti Timbalan Dato’ Speaker selalu risau di mana yang tidak lagi asing dalam kalangan warga Pulau Pinang iaitu isu penginapan pekerja, telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun, Yang Berhormat Bukit Tengah, Yang Berhormat Telok Ayer Tawar dan Yang Berhormat Pulau Betong. Saya percaya Timbalan Speaker juga berminat tentang isu ini.
Tak minat, tak minat.
Berdasarkan semakan, berdasarkan semakan pihak Bahagian Kerajaan Tempatan bersama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pulau Pinang iaitu JTKPP, jumlah pekerja yang menetap di Asrama Penginapan Pekerja Sementara iaitu TLQ di Pulau Pinang melalui perakuan penginapan yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 18,821 orang pekerja di kawasan Pulau dan 36,513 orang pekerja di kawasan Seberang Perai. Manakala jumlah pekerja menetap di Asrama Penginapan Pekerja
Sementara, Asrama Penginapan Pekerja CLQ di Pulau Pinang pula adalah sebanyak 7,768 orang pekerja di kawasan Pulau dan 10,607 orang pekerja di kawasan Seberang Perai. Secara rumusannya terdapat empat isu utama yang dibangkitkan iaitu ketersediaan CLQ menjelang tahun 2028, bantahan pembinaan CLQ di Bukit Tengah, cadangan pembatalan pembinaan CLQ di kawasan Teluk Kumbar dan rumah-rumah kedai yang disalah guna atau disewakan sebagai asrama pekerja. Buat masa ini Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran ketersediaan CLQ menjelang tahun 2028. Ini kerana pembinan CLQ merupakan penyelesaian tuntas dan dilihat terbaik bagi membendung kesan sosial dan peningkatan jenayah terutamanya melibatkan warga asing. Pemantauan yang akan dibuat diyakini lebih tertumpu dan berkesan melalui pelaksanaan CLQ kerana pendekatan ini membolehkan kerajaan atau PBT menyediakan mekanisme control environment dalam pembinaan CLQ. Walau bagaimanapun, usaha yang dirancang oleh Kerajaan Negeri akan terbantut sekiranya tidak mendapat sokongan padu daripada semua pihak termasuklah cadangan pembatalan CLQ di Teluk Kumbar dan bantahan di kawasan Juru, Bukit Tengah.
Berkait isu rumah-rumah kedai yang disalah guna atau disewakan sebagai asrama pekerja, Kerajaan Negeri telah meluluskan Garis Panduan Penginapan Pekerja Sementara berkuat kuasa mulai 1 hari bulan Januari 2024 sehingga 31 hari bulan Disember 2027. Dalam garis panduan ini, telah diperincikan syarat-syarat permohonan perancangan TLQ di empat zon yang utama iaitu kediaman strata, kediaman bertanah, perniagaan dan perindustrian di kawasan pentadbiran PBT masing-masing. Ketetapan ini dapat membantu melancarkan proses kelulusan di peringkat PBT bagi permohonan TLQ oleh pihak majikan.
Sekiranya asrama pekerja diwujudkan secara haram iaitu tanpa kelulusan PBT, tindakan penguatkuasaanya adalah di bawah peruntukan Seksyen 70(12) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Seksyen 19(1) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Selain itu, pihak Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Negeri Pulau Pinang turut boleh mengambil tindakan penguatkuasaan melalui peruntukan di bawah Seksyen 24D, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Kesesakan trafik turut mengundang kesesakan jiwa. Justeru Kerajaan Negeri melalui pihak MBPP… (gangguan).
Minta maaf Jawi. Minta pencerahan tentang tadi CLQ ni memang Bukit Tambun ni memang adalah tempat yang paling banyak CLQ untuk menempatkan semua yang tak mau, termasuk Dato’ Timbalan Speaker. CLQ dah ada di Bukit Tambun Cuma saya ada permintaan, tolong Majlis Bandaraya ataupun pengusaha CLQ pasang papan tanda, ''jangan buang sampah'' dan juga ''dilarang minuman keras'' dalam banyak bahasa. Itu penting. Di luar CLQ, itu saja.
Jadi Bukit Tambun offer untuk CLQ.
Jawi, yang saya maksudkan yang rumah sewa, rumah kedai itu, itu yang ada majikan. Yang tidak ada majikan, warga asing yang menyewa rumah yang illegal, illegal yang illegal menyewakan rumah, rumah kedai, ada rumah flat-flat, itu terutamanya kita tengok di belakang Pacific, Flat Pacific begitu kotor sekali dulu. Sekarang ni saya nampak elok skit, maka warga asing… (gangguan). Ini
saya maklum pada Jawi, Jawi adalah EXCO bahagian itu, saya tak bolehlah maklum kepada CM, tak kenalah portfolio, portfolio Jawi.
Soalan, soalan apa dia.
Soalan saya, saya minta Jawi mengambil tindakan kepada pengusaha-pengusaha ni yang illegal, depa illegal tapi ada majikan juga bekerja dan menyewa rumah tu, kadang-kadang majikan yang sewa bagi pada yang illegal, saya minta Jawi ambil tindakan, terima kasih.
Okey, okey.
Timbalan Yang di-Pertua, saya nak dapatkan penjelasan lagi sekali daripada Jawi mengenai pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar tu kerana jawapan daripada EXCO kata ditangguhkan, ditangguhkan sampai bila. Jadi kita nak dapatkan penjelasan, pencerahan tentang ditangguhkan tu sampai sampai bila.
Terima kasih. Pulau Betong, bagi saya jawab Telok Ayer Tawar dulu. Saya mohon maaf sebab Jawi, bukan, Jawi tiada kuasa untuk ambil penguatkuasaan ataupun tindakan tetapi saya akan salurkan kepada PBT dan juga Imigresen sekiranya warga asing itu ataupun penghuni-penghuni itu tidak ada permit ataupun tidak ada passport dan ataupun warga asing yang tanpa kelulusan permit kerja dan juga sekiranya Telok Ayer Tawar ada maklumat, tolong sampaikan kepada kami, boleh, dan oleh sebab itu kita di bawah inisiatif Kerajaan Negeri memang kita menggalakkan pembinaan CLQ untuk menetapkan pekerja-pekerja ataupun pekerja-pekerja sama ada dari orang tempatan ataupun bagi pekerja-pekerja warga asing dapat menetapkan di kawasan, kawasan khususnya bagi Penginapan Asrama Pekerja. Oleh sebab itu, memang kita faham apabila setiap pembangunan Penginapan Asrama Pekerja memang ada bantahan tetapi kita kena lihat, lihat realiti selepas pembinaan tersebut contohnya di Bukit Minyak, Penginapan Asrama Pekerja yang pertama diwujud di Pulau Pinang buat sementara memang dapat menyelesaikan banyak masalah khususnya di taman-taman. Okey. Saya nak jawab Bukit Tambun, Telok Ayer Tawar setuju ya kalau kita letak papan tanda dengan berbahasa mungkin Myanmar, mungkin… (gangguan).
Nepal (ketawa).
Bukit Tambun. Bukit Tambun nak letak bahasa apa. Saya takut bila letak Bahasa, nanti Telok Ayer Tawar bantah. Dia kata eh, kita Bahasa Kebangsaan mengapa letak bahasa lain.
Sebab CLQ itu dia international, dia lebih international daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Nanti dia kata bukan Bahasa Kebangsaan, dia percikkan api lagi. Okey.
Dalam CLQ tak ada pekerja Malaysia faham tak ada yang Bahasa Malaysia.
Tak faham Bahasa Malaysia, okey kita akan ambil maklum. Saya akan bincang dengan kedua-dua PBT berkenaan dengan cadangan daripada Bukit Tambun. Bagi saya jawab dengan kepada Pulau Betong. Asrama Pekerja, Penginapan Asrama Pekerja di Teluk Kumbar, satu telah menarik diri permohonan mereka dan satu telahpun dapat kelulusan Kebenaran Merancang. Kalau Pulau Betong nak tanya saya, mereka nak tangguh sampai bila, kalau saya… (gangguan).
Tangguh sampai bila-bila.
The owner of pemohon, kalau saya pemilik ataupun Tetuan daripada syarikat tersebut, saya akan jawab bagi Pulau Betong, tapi malangnya saya bukan daripada Tetuan tersebut. Apabila kita telah luluskan Kebenaran Merancang, pastinya terikat dengan syarat-syarat tertentu. Sekiranya Tetuan tersebut dapat menunaikan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MBPP, maka mereka boleh proceed. Tapi syarat-syarat itu, saya percaya Timbalan Speaker pun faham keadaannya. Kalau Pulau Betong tak faham, boleh rujuk dengan Timbalan Speaker sebab dia yang orang pertama semasa duduk back bencher dia bantah keras. Okey. Terima kasih.
Minta maaf, Yang Berhormat.
Okey, okey. Sekejap.
Yang Berhormat, boleh? You, buat pilihan Yang Berhormat.
Ni Bukit Tengah.
Kedua-dua okay.
Kedua-dua okay?
Bukit Tengah. Bukit Tengah.
Minta maaf, tadi keluar sekejap sudah masuk pohon untuk dapat penjelasan tentang cadangan yang sekarang sedang buat SIA nak buat Asrama Pekerja di di kawasan saya dekat dengan Taman Cendana sana. Ya, thank you.
Bukit Jawi, kita nak dapatkan nak kena dalam jawapan bertulis daripada Jawi. Kerajaan Negeri pada masa ni tiada perancangan untuk mengubah Asrama Pekerja tersebut ke lokasi yang lain, bermakna kerajaan akan tetap akan buat di Teluk Kumbar. Betul tak?
Pulau Betong, Pulau Betong.
Itulah. Itulah.
Betul tak, betul? Tak betul?
Kalau, kalau kalau pemohon itu daripada Kerajaan Negeri, maka Kerajaan Negeri ada hak untuk menentukan. Kalau Tetuan itu daripada saya sendiri, saya sebagai Tetuan saya ada hak untuk bersuara sama ada saya nak terus atau tidak. Malangnya Tetuan itu bukan daripada pihak kerajaan, tetuan itu bukan daripada pihak kita sendiri. Nak tarik permohonan tersebut adalah bergantung kepada Tetuan tersebut. Faham tak, Pulau Betong?
Okey.
Faham?
Yang tu syarikat-syarikat bukan… (gangguan).
Syarikat, syarikat itu perlu… (gangguan)
Tetuan Chong tu.
Chong tu. So.
Tetuan Chong.
Aah, tengok saya saya tadi, rujuk Timbalan Speaker. Kalau tak faham, rujuk Timbalan Speaker. Okey, terima kasih.
Tapi, tapi. Kita nak… (gangguan).
Saya nak jawab.
Dapatkan… (gangguan)
Saya nak jawab dengan Bukit Tengah.
Makan masa banyak dah.
Ya.
Tapi, tapi kita nak dapatkan (gangguan) Kepastian.
Okey. Terima kasih.
Okey.
Saya nak jawab Bukit Tengah. Semua permohonan apabila melalui Perlingkungan Semula, first thing kita akan menghantar surat kepada ADUN Kawasan, kita akan mendapat pandangan daripada ADUN Kawasan dengan jelasnya tajuk pembinaan ataupun tajuk contoh pembinaan hotel, pembinaan penginapan asrama pekerja, penginapan ataupun kawasan perindustrian, kawasan perumahan.
Apabila kita nak perlu membuat Perlingkungan Semula kepada kawasan tertentu. Selepas tu kita akan dapat kelulusan di SPC, selepas SPC kita akan keluarkan kepada pemohon untuk meneruskan permohonan Kebenaran Merancang. Sebelum buat permohonan Kebenaran Merancang, tetuan tersebut perlu menjalankan SIA, Sosial Impact Assessment. Selepas buat SIA, akan hantar kepada PLANMalaysia untuk teruskan permohonan Kebenaran Merancang. Dalam SIA tersebut, dia akan melibat dengan pelbagai-pelbagai cadangan termasuk juga bantahan-bantahan. Kalau ada penduduk berhasrat untuk membantah ataupun untuk meletakkan syarat-syarat yang munasabah, bolehlah semasa menjalankan kajian SIA bolehlah memberi pandangan ataupun membantah dalam semasa buat kajian tersebut.
Dan permohonan, saya rasa di bawah Tetuan Hunza yang telah di di bantahan yang begitu hebat di Juru itu, memang saya rasa sehingga hari ini masih tidak lagi mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang. Saya percaya sebagai ADUN Kawasan, mungkin ADUN Kawasan bolehlah meneliti dengan isu-isu bantahan daripada apa pun suara-suara daripada penduduk-penduduk setempat dan mungkin semasa memberi, semasa Tetuan tersebut mengemukakan Kebenaran Merancang, ADUN Kawasan bolehlah memberi komen-komen tersebut dan meletakkan syarat-syarat tersebut. Okay.
Okay. Clear.
Jawi.
Jawi terus. Jawi terus.
Jawi, asasnya… (gangguan).
Cukup, cukup.
Apa yang dibangkitkan… (gangguan).
Itu dah cukup daripada... (gangguan).
Itu adalah kebimbangan rakyat.
Ketua Pembangkang cukup.
Kebimbangan rakyat.
Ha, okey. Terima kasih.
Yang ini, tolong ambil ini.
Kesesakan trafik turut mengundang kesesakan jiwa. Justeru, Kerajaan Negeri melalui pihak MBPP seiring dengan Yang Berhormat Pengkalan Kota dalam menangani masalah kesesakan trafik yang berlaku pada waktu puncak yang disebabkan oleh aktiviti permunggahan di kawasan Bandaraya George Town.
Tindakan penguatkuasaan yang tegas telah diambil di kawasan permunggahan iaitu dengan membuat rondaan secara berkala dan pendapatan Unit Penguatkuasa MBPP setelah statik di kawasan terbabit ketika waktu puncak berdasarkan rekod tindakan penguatkuasaan telah diambil mulai September 2024. Sehingga kini sebanyak 12 tindakan kapit, 2 tindakan tunda dan 20 saman telah dikeluarkan bagi kenderaan yang melakukan kesalahan. Buat masa ini, pihak MBPP sedang mengkaji kawasan yang bersesuaian mengikut keperluan bagi penambahan petak pemunggahan. Penyediaan petak pemunggahan yang baharu dijangka akan dapat dilaksanakan pada Disember 2024.
Agak menegak apabila berbicara panjang sambil berdiri sebegini, namun saya tetap meneruskan upaya menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Batu Lancang, Batu Uban dan Machang Bubuk mengenai status terkini bagi Tapak Rehabilitasi Pelupusan Sampah Jelutong iaitu TPSJ.
Untuk makluman semua Ahli Dewan Yang Mulia, pihak PLBE sedang dalam proses mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar, Alam Sekeliling iaitu EIA daripada pihak Ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar dan tempoh kelulusan berkaitan adalah sehingga 31 haribulan Disember 2024.
Mengenai Bon Pelaksanaan antara PLBE dengan pihak kerajaan antaranya termasuk Kluasa 15.1 JDA, mensyaratkan pemaju iaitu PLBE hendaklah dalam tempoh 90 hari dari tarikh Kelulusan EGM PLBE diperoleh atau 12 bulan dari tarikh perjanjian ini, yang mana lebih awal, menyerahkan Bon Pelaksanaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pelaksanaan sewajarnya dan pematuhan oleh pemaju terhadap kewajipannya di bawah perjanjian ini.
Perenggan 4B Jadual 3 JDA mensyaratkan Bon Pelaksanaan dalam bentuk; Nombor satu, jaminan bank tidak boleh batal yang dikeluarkan oleh bank atau instutusi kewangan yang dilesenkan di bawah Undang-Undang Malaysia yang memihak kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam bentuk seperti dinyatakan dalam Lampiran 4 JDA atau sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi jumlah RM26 juta sahaja sebagai Bank Guarantee (BG) iaitu 50% daripada jumlah jaminan tersebut;
Nombor dua, jaminan korporat tidak boleh batal oleh pihak lain yang mungkin diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran 4 JDA atau sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi jumlah RM26 juta sahaja Corporate Guarantee (CG) iaitu 50% daripada jumlah jaminan tersebut.
Lanjutan itu, mesyuarat perbincangan isu projek penutupan selamat Tapak Pelupusan Sampah Jelutong, penyediaan tapak baharu bagi pelupusan sisa buangan bahan binaan dan marine clay dan pembangunan di tapak yang telah direhabilitasi pada 23 Julai 2024, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang telah memutuskan keperluan penyediaan Kertas MMK bagi BG dikemukakan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh COW iaitu Commencement of Work yang dikeluarkan oleh PBT. Selain daripada Bon Pelaksanaan, pihak PLBE masih mempunyai tunggakan bayaran Fi Pengurusan Projek sebanyak RM20 juta dan perlu menyelesaikan tunggakan bayaran tersebut sebelum atau 31 hari bulan Disember 2024. Kerajaan Negeri akan menyalurkan bayaran fi ini kepada PDC yang berperanan sebagai Pengurus Projek.
Untuk maklumat juga, cadangan Pewartaan Middle Bank yang telah ditangguhkan oleh pihak Kerajaan Negeri buat masa ini supaya satu kajian yang terperinci dapat dilaksanakan terhadap pembangunan sekeliling dalam lingkungan 500 meter daripada Middle Bank.
Menerusi isu pencemaran akibat pengurusan sisa kitar yang semula, tidak sistematik yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Batu Uban di mana ia telah menimbulkan beberapa masalah utama seperti bau busuk, kehadiran serangga dan haiwan perosak serta longgokan sampah yang tidak teratur. Situasi ini jelas bukan sahaja mencemarkan persekitaran tetapi juga menjejaskan keselesaan dan kesihatan penduduk di kawasan tersebut. Mekanisme tindakan yang boleh diambil oleh pihak PBT terhadap pencemaran yang berpunca dari stor tempat sampah kitar semula di sesuatu Skim Perumahan di Pulau Pinang adalah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 74, Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu mana-mana pihak yang didapati melanggar
peraturan dan arahan di bawah seksyen ini, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Manakala sekiranya gagal mematuhi syarat-syarat kebersihan ditetapkan di bawah Seksyen 109, Akta Kerajaan Tempatan 1976, “pihak terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Dato’ Speaker.
Bagi kesalahan yang berterusan, denda sebanyak RM500.00 setiap hari boleh dikenakan sehingga masalah tersebut diselesaikan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Saya mewakili Kerajaan Negeri amat memandang serius terhadap isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban dan sentiasa memastikan Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan proaktif bagi setiap aduan dikemukakan mengikut Piagam Pelanggan dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. Ya?
Batu Lancang.
Dato’ Speaker, terima kasih, Jawi yang tadi tentang dengan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong, saya ingat YB Jawi express sangat saya tak sempat, saya tak sempat nak tanya soalan so saya nak tanya di sini, tentang saya nampak ni, pernah bangkitkan daripada Penggal Pertama, semasa saya masuk di sini. saya ingat ini dah 4 tahun telah tergendala 4 tahun, saya ingat dah nak sampai ke 5 tahun satu penggal, satu ADUN dah sampai.
Yang di sini saya nampak the agreement JDA yang telah kita signed, hanya 18 bulan. Saya ingat untuk PLBE kita beri treatment yang amat luar biasa atau amat, amat amat special case kepada beliau kerana EOT-EOT yang banyak telah diberikan kepada beliau, dan beliau tidak dapat menunaikan syarat yang diberikan oleh kerajaan dan juga bon serta tunggakan hutang bayaran yang tak bayar.
Saya ingat, okey saya faham tadi apa yang YB Jawi jawab tadi tu, telah diberi EOT sampai ke Disember 2024. Kalaulah, masih lagi tak dapat tunaikan 2024, adakah pihak kerajaan akan lagi berikan masa lagi? Saya ingat, bagi saya dah cukup dah sudah 4 tahun, memang dah masa tu amat-amat panjang. Dan nak sampai satu penggal seorang ADUN 5 tahun habis.
Okey. Jawi.
Terima kasih Batu Lancang. Memang EOT ini aa seperti dalam Mesyuarat EXCO, memang kita memutuskan bahawa EOT ini merupakan EOT yang terakhir bagi PLBE. Terima kasih.
Janji dalam Dewan ini, EOT terakhir? For me, it’s to much.
Machang Bubuk tak ada sini.
Janji dalam dewan.
Terima kasih Batu Lancang. kita faham, nak langkau pun tak boleh. Selanjutnya saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Machang Bubuk bahawa Kerajaan Negeri melalui MBSP dari semasa ke semasa sentiasa menambah baik Sistem Pengurusan Lalu lintas untuk mengurangi kesesakan lalulintas yang acap kali berlaku. Antara cadangan penyelesaian yang telah dirancang adalah seperti berikut;
(a) Memang Cadangan Pelebaran Jalan Kulim kepada 4 lorong dari segi dari persimpangan Jalan Machang Bubuk 1 sehingga P141. Cadangan ini telah disyaratkan kepada Tetuan Paramount Property Sdn. Bhd dan perlu disiapkan sebelum Sijil Layak Menduduki, (CCC) dipohon;
(b) Cadangan menaik taraf persimpangan Jalan Kulim dengan Jalan Machang Bubuk 1, cadangan ini telah disyaratkan juga kepada Tetuan Paramount Property Sdn. Bhd dan perlu disiapkan sebelum CCC dipohon;
(c) Cadangan pelebaran dan menaik taraf persimpangan Jalan Kulim dan Jalan Sungai Lembu,
cadangan ini telah disyaratkan kepada Tetuan Quality Frontier Sdn. Bhd dan perlu disiapkan
sebelum Sijil Layak Menduduki.
Pulau Pinang, tanah tumpahnya darahku, persis semangat patriorisme yang tertanam dalam laga Yang Berhormat Telok Bahang. Telok Bahang kat sini aa? Tak ada ha. Ada?
Ada. Ada.
YB. YB Jawi. Terlalu cepatlah. Saya… (gangguan).
Masa tak cukup. Memang banyak.
Cepat. Cepat. Okey terus.
Dato’ Speaker, ada soalan tambahan berkenaan dengan penyambungan cadangan untuk Kerajaan Negeri mempertimbangkan supaya tanah-tanah persendirian yang belum dibangunkan dari Jalan Machang Bubuk 1 sehingga ke Permatang Tinggi, itu belum ada jalan lagi. Kita cadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan supaya membina jalan dulu, kemudian charged kepada tuan-tuan tanah yang ingin membangunkan tanah mereka. Adakah macam seperti yang telah dibuat dalam Jalan Song Ban Kheng, right.
Terima kasih. Machang Bubuk, saya ambil maklum.
Saya minta… (gangguan).
Saya ambil maklum tentang cadangan ini. Memang dalam usaha Kerajaan Negeri bukan sahaja di kawasan Machang Bubuk, tetapi ada juga perbincangan telah bermula bersama antara PDC dan juga MBSP dan juga JKR dan sama juga ada kawasan yang lain telahpun atas perancangan antara PLANMalaysia bersama dengan MBSP dan JKR untuk membuka jalan seperti apa yang formula yang apa yang dicadangkan oleh Machang Bubuk. Machang Bubuk mungkin boleh mengemukakan permohonan terus kepada saya dan kita akan lihat, buat satu perancangan yang lebih komprehensif untuk apa yang dicadangkan. Okey? Faham? Dan saya tunjuk, YB Goh? Daniel? Pulau Pinang. Saya juga tidak akan membiarkan untuk Yang Berhormat Telok Bahang, saya juga tidak akan membiarkan setiap inci tanah negeri tercinta ini dibanjiri oleh warga asing. Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa pihak MBPP telah bergerak aktif dengan mengambil tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang ke atas premis-premis yang disyaki atau menjadi tumpuan warga asing. Selain itu, tindakan rampasan akan dibuat terhadap aktiviti penjaja yang dikendalikan oleh warga asing. Saya harap Ketua Pembangkang semasa buat enforcement jangan kata kita ambil backhoe untuk ketuk-ketuk, kesian. Nanti kebanyakan juga orang tempatan yang sublet itu kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan. Apabila kita menjalankan penguatkuasaan, ada daripada ADUN-ADUN Pembangkang mungkin mereka rasa Pihak Berkuasa Tempatan tidak berperikemanusiaan di mana kita telah merobohkan gerai-gerai. Sebab itu saya menyeru, walaupun dia tidak ada sini tapi saya rasa dia akan dengar. Operasi bersepadu terkini bersama Jabatan Imigresen Malaysia telah diadakan pada 17 Oktober 2024 di sekitar kawasan perindustrian Bayan Lepas. Pihak Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang telah membuat empat tangkapan warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran. Secara keseluruhannya, jumlah operasi ke atas perniagaan milik warga asing adalah sebanyak 313 buah premis sejak tahun 2022 sehingga Oktober 2024.
Tidak ketinggalan, Yang Berhormat Pulau Tikus telah mengajukan soalan mengenai jumlah kamera litar tertutup (CCTV) di negeri Pulau Pinang dan ciri-ciri pengesanan dan pengkelasan objek, penjejakan objek, pengesanan manusia serta pengesanan aktiviti tidak normal. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui MBPP telah berjaya memasang sebanyak 1,015 unit CCTV dan dijangka bilangan pemasangan CCTV ini akan mencapai 1,179 unit pada tahun 2025. Bagi MBSP pula, bilangan CCTV yang dipasang dan masih berfungsi adalah sebanyak 388 unit dan dijangka bilangan pemasangan CCTV ini akan mencapai 1,000 unit pada tahun 2025.
Selain itu, pihak MBPP sedang melaksanakan projek pemasangan 48 unit CCTV dengan ciri-ciri baharu di kawasan George Town yang dilengkapi dengan program video analitik iaitu pengiraan bilangan kenderaan, klasifikasi kenderaan dan pengecaman nombor plat kenderaan. Tujuannya adalah untuk merekod bilangan kenderaan yang keluar dan masuk ke kawasan George Town pada setiap hari serta membuat kajian aliran trafik. Ini termasuklah instalasi program video analitik untuk 144 unit CCTV yang sedia ada bagi tujuan mengesan kes peletakan kenderaan secara haram, kesesakan lalu lintas, objek halangan, kemalangan jalan raya dan sebagainya. Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan April 2025. Bagi MBSP pula, buat masa ini, penaiktarafan CCTV dengan ciri-ciri teknologi yang baharu ini sedang di peringkat kajian kebolehlaksanaan.
Sebagai response kepada Yang Berhormat Pulau Tikus dan Yang Berhormat Berapit berkaitan isu tanah terbiar dan semak samun, ia bukan sahaja berlaku di negeri kita, malah turut berlaku di seluruh negara. Sejak kebelakangan ini, isu pengurusan tanah lapang yang terbiar khususnya tanah milik persendirian telah menjadi isu yang kritikal sehingga menyebabkan pelbagai jenis aduan kacau ganggu terhadap masyarakat di sekeliling kawasan terbabit diterima oleh pihak PBT. Antaranya adalah aduan berkaitan isu kebersihan dan keselamatan persekitaran.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui PBT telah bertungkus-lumus untuk menangani isu ini walaupun pelbagai cabaran dan kekangan sering dihadapi semasa di lapangan. Antara tindakan yang diambil oleh PBT adalah seperti berikut:
(i) Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi memaklumkan kepada pemilik supaya melakukan kerja-kerja menghapuskan kacau ganggu yang timbul di lokasi;
(ii) Kompaun yang disebabkan oleh kesalahan di bawah Seksyen 74, Akta Kerajaan Tempatan 1976 di mana rumah, bangunan atau tanah berada dalam keadaan kotor dan telah menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam;
(iii) Sekiranya tindakan tidak diambil oleh pemilik, pihak PBT akan mengambil tindakan pembersihan dan akan mengenakan bayaran kepada pemilik premis; dan (iv) Tindakan pendakwaan di mahkamah.
Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Air Itam pula, antara mekanisme baharu yang boleh dipertimbangkan untuk menyelesaikan isu ini dengan lebih terancang adalah seperti berikut;
(i) Mewujudkan taskforce bersama Pejabat Daerah dan Tanah dan Pejabat Tanah dan Galian bagi membolehkan pihak PBT mendapat akses carian maklumat atau data pemilik tanah lapang atau kediaman kosong yang diperlukan tanpa perlu melalui proses yang lama;
(ii) Menjalinkan kerjasama bersama dengan pihak PDT dan PTG dengan membuat tindakan susulan ke atas pemilik-pemilik tanah persendirian yang tidak membayar cukai petak, dengan membuat semakan tunggakan cukai tanah, kerana terdapat punca kuasa untuk membuat tindakan rampasan setelah memberi notis ke atas tanah tersebut; dan
(iii) Menyenaraihitamkan pemilik-pemilik tanah yang bermasalah ini dalam sebarang urusan melibatkan permohonan PBT.
Berkenaan soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal mengenai geran peruntukan bagi pembaikan pili bomba dan hos pemadam api yang rosak. Sehingga kini, tiada peruntukan khusus bagi penggantian komponen utama hose delivery/attacking disediakan oleh pihak
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Namun, Ibu Pejabat JBPM ada menyediakan perolehan pembekalan hos untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) walakin bilangannya adalah terhad dan bergantung kepada jumlah peruntukan tahunan yang diperoleh daripada Kerajaan. Jumlah pengagihan hos kepada negeri-negeri pula adalah tertakluk kepada keputusan yang ditetapkan oleh pihak Ibu Pejabat JBPM.
Peruntukan yang diberikan kepada PBS oleh Ibu Pejabat JBPM adalah hanya dalam bentuk geran tahunan. Jumlah peruntukan bagi keseluruhan PBS di Pulau Pinang bagi tahun 2024 sahaja adalah sebanyak RM122,000.00. Sebagai makluman tambahan, pihak JBPM juga menyediakan bantuan jentera, peralatan dan hos serta insurans berkelompok setiap dua (2) tahun sekali bagi anggota PBS yang aktif. Selain daripada itu, bantuan-bantuan ini adalah bergantung kepada perancangan Ibu Pejabat JBPM serta jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan.
Bertam, tak ada, saya langkau. Permatang Berangan tak ada, saya langkau. Bukit Tambun ha…
Tak ada, langkau.
Saya langkau. Sebab saya rasa Bukit Tambun saya perlu sentuh sebab isu ini adalah berkaitan dengan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin. Memang Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif… (gangguan).
Berapit.
Berapit juga. Tadi Berapit bangkit, Bukit Tambun minta untuk pinda di bawah bahu sayalah. Saya terpaksa memikul tanggungjawab ini di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan Garis Panduan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin di negeri Pulau Pinang yang menjelaskan proses permohonan lesen premis bagi tujuan penubuhan pusat jagaan dan rawatan ibu selepas bersalin berkuat kuasa 1 Julai 2022. Saya percaya garis panduan ini, walaupun lesen di bawah PBT, tapi ada juga elemen-elemen yang ada berkaitan dengan kebajikan, juga kesihatan. Oleh sebab itu, untuk menghalusi garis panduan ini, saya akan mengadakan satu bengkel untuk mengkaji semula bersama kedua-dua sahabat saya iaitu EXCO Kesihatan dan EXCO Pembangunan Sosial dan Kebajikan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, semua soalan yang ditanya telah saya jawab dengan seikhlas-ikhlasnya. Moga segala kegusaran dan keraguan yang tertumpuk di hati Yang Berhormat-Yang Berhormat… (gangguan).
Minta maaf, Timbalan Yang di-Pertua. Sekejap…(gangguan).
Habis. Dah habis.
Sekejap sahaja kerana soalan saya belum dijawab.
Soalan apa lagi?
Kerana saya dah bagitau masa semalam kan tentang tempat Kampung Genting itu tidak di’trim’ jalan dia. Haaa...Pokok.
Pokok. Saya mohon mungkin kita selepas mesyuarat, mungkin you boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjutlah. Sebab seperti apa yang saya tadi tanya, Ketua Pembangkang, pokok itu terletak di mana? Adakah dia di bawah penyelenggaraan Majlis ataupun dia di bawah penyelenggaraan di bawah authority yang lain? Maka saya mohon kalau… (gangguan).
Daripada Sekolah Genting sampai sepanjang-panjang jalan tu.
Ini di peringkat Daerah.
Takpa, bilik ini semakin genting. Sejuk air-cond nya. Saya harap Pulau Bentong mungkin kemukakan dengan maklumat yang lebih lanjut.
Okey, terima kasih.
Okey, terima kasih, thank you. Semua soalan yang ditanya telah saya jawab dengan seikhlas-ikhlasnya. Moga segala kegusaran dan keraguan yang tertumpuk di hati Yang Berhormat-Yang Berhormat selama ini, tersirna jua. Akhir kalam, sebelum mengakhiri wacana ini, saya sekali lagi, ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada saya selama menerajui Portfolio Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa. Juga, setinggi-tinggi ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua jabatan dan agensi sama ada kerajaan mahupun swasta, terutamanya Bahagian Kerajaan
Tempatan, PLANMalaysia Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai kerana sentiasa komited dalam memberikan cetusan idea-idea yang bernas dan bersama-sama menggembleng tenaga serta menunjukkan komitmen kerja yang sangat tinggi supaya hasil yang positif dapat terjelma, dalam membantu saya mengemudi portfolio yang saya terajui.
Semoga apa yang telah kita semua perjuangkan dan impikan selama ini terkabul. Insya-Allah, ayuh, marilah kita terus bertiwikrama, bekerja sederap dan tidak akan sesekali meremehkan harapan rakyat yang menggunung tinggi.
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung, Hendak membeli tikarlah rotan, Budi dikenang bakti disanjung, Kekal subur dalam ingatan.
Dari Jawi ke pekan sehari, Beli suasa di Permatang Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.
Anak mami bersimpuh di depan, Rambut ikal mencecah kolong, Belanjawan 2025 penuhi harapan, Tanpa ragu saya mohon menyokong.
Sekian, terima kasih. Nandri vanakkam, thank you.
Terima kasih Jawi. Akhir kalam panjang dua, tiga kalam dah. Dan seterusnya, saya persilakan Tanjong Bunga.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana sesi pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas ini telah berjalan dengan lancar dari hari pertama sehingga ke hari ini. Pelbagai maklumat dan perancangan masa depan Kerajaan Negeri telah kita telusuri dan bahaskan di kesempatan yang ada ini. Pelbagai usul juga telah diutarakan oleh semua Ahli-ahli Dewan dan semoga dengan penggulungan ini saya dapat menjawab persoalan-persoalan Yang Berhormat sekalian.
Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah menyasarkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 40% pada tahun 2035 dan 70% menjelang tahun 2050 melalui Dasar Tenaga Negara. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) juga telah diluncurkan bagi mengemudi peralihan sektor tenaga ke arah mencapai sasaran pelepasan sifar gas rumah hijau seawal-awalnya pada tahun 2050.
Selain itu, pihak SEDA juga telah memperkenalkan program-program mempromosikan peralihan ke arah TBB di Malaysia termasuk program Net Energy Metering (NEM) dan Feed-In-Tariff (FiT). Dan dari segi kecekapan tenaga (KT), Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) menyasarkan pengurangan permintaan tenaga elektrik sebanyak 8%.
Jadi bagi menyahut hasrat Kerajaan Persekutuan, Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang mencerminkan komitmen terhadap prinsip ESG atau pun Environment, Sustainability & Governance telah melancarkan Rangka Kerja Tenaga Negeri Pulau Pinang atau pun Penang Energy Framework pada 16 November yang lalu di Persidangan dan Pameran Hijau Antarabangsa Pulau Pinang. Inisiatif ini adalah usaha yang penting untuk kita bersama-sama melangkah ke depan dalam mengubah Pulau Pinang menjadi lebih hijau dan mampan. Rangka kerja ini adalah hasil daripada Jawatankuasa Pasukan Petugas Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 2020 yang terdiri daripada pegawai awam dan juga swasta yang mewakili pelbagai agensi teknikal termasuk badan profesional dan juga industri. Ini bagi memastikan sasaran dan pelan tindakan yang dirumuskan adalah praktikal bagi semua pihak berkepentingan. Menjelang 2030 Pulau Pinang menyasarkan untuk menjana 10% tenaga daripada TBB. Selain itu kita juga komited untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 25%. Bermula dengan bangunan kerajaan sebagai sebahagian daripada fasa pertama. Kita akan mewajibkan semua bangunan awam baru untuk menjana sekurang-kurangnya 5% tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui bermula tahun 2025. Dengan bangunan awam sedia ada digalakkan untuk melakukan yang sama. Dari aspek kecekapan tenaga, semua bangunan bukan kediaman, sama ada awam dan swasta digalakkan untuk melaporkan nilai BEI ataupun Building Energy Intensity secara sukarela, secara dalam talian. Serentak dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan melancarkan Skim Penarafan Tenaga Bangunan Pulau Pinang yang akan membantu Kerajaan Negeri menilai dan menambah baik prestasi penggunaan tenaga di negeri ini. Rangka kerja ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri untuk membina masa depan yang mampan untuk Pulau Pinang dan dia bukan sekadar sasaran tapi juga satu seruan untuk kita bersama-sama bertindak mencapai maklumat tersebut. Saya berharap penerangan ini sedikit sebanyak menjawab pertanyaan Yang Berhormat Machang Bubuk berkenaan perancangan Kerajaan Negeri untuk peralihan ke arah Tenaga Boleh Baharu.
Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri turut mengambil berat akan perubahan iklim yang bukan sahaja dirasai di negara kita malah di seluruh dunia. Oleh itu kita telah melaksanakan Program Adaptasi Iklim Berasaskan Alam Semulajadi Pulau Pinang ataupun Penang Nature Based Climate Adaptation Program (PNBCAP). Inisiatif ini dilaksanakan secara kerjasama di antara United Nation Habitat, JPS Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga agensi Kerajaan Persekutuan Think City dengan pembiayaan berjumlah USD10 juta ataupun lebih kurang RM44 juta oleh yang datangnya daripada Adaptation Fund iaitu sekretariat yang ditubuhkan oleh United Nations Framework Convention On Climate Change. Di antara komponen program ini adalah inisiatif penghijauan bandar bagi menangani masalah kesan Urban Heat Island yang telah menyaksikan kenaikan mendadak suhu di kawasan bandar dan juga pengurusan air ribut menggunakan kaedah alam semulajadi serta pemupukan daya ketahanan sosial dan komuniti serta pengukuhan kapasiti (capacity building) di peringkat institusi melalui usaha kolaborasi. JPS selaku jabatan teknikal dan entiti pelaksana bagi Program Pengurusan Air Ribut akan melaksanakan tiga projek untuk mengurangkan kejadian banjir di kawasan Bayan Baru iaitu pertamanya pemuliharaan koridor biru hijau sungai, kedua pembinaan kolam takungan banjir dan ketiga pembinaan komponen penyimpanan dan serapan air (swale and infiltration wells). Ketiga-tiga projek ini dijangka akan mula pembinaan pada bulan Disember dan siap pada pertengahan tahun 2026. MBPP pula telah menyiapkan taman poket (Union Square) dan kini sedang melaksanakan projek pembangunan taman poket di Sungai Ara yang dijangka siap pada awal tahun 2025 serta projek pertanian dalam bandar ataupun urban agriculture di tapak Kebun Komuniti Lebuhraya Rose yang akan membuka peluang penjanaan pendapatan kepada penduduk setempat. Think City pula memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelbagai program dan inisiatif yang bertujuan memperkukuh daya tahan bandar serta meningkatkan kesejahteraan komuniti di kawasan sekitar George Town dan Bayan Lepas. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan memberi fokus kepada aspek daya tahan bandar, kelestarian dan pembangunan mampan seperti berikut;
Pertama, peruntukan geran penghijauan bandar yang melibatkan usaha penghijauan muka bangunan dan bumbung. Penilaian kerentanan sosial yang komprehensif disertai dengan pelaksanaan pelan tindakan strategik. ketiga program adaptasi iklim khusus untuk golongan belia dan sekolah serta wanita dan kanak-kanak perempuan bagi memperkukuhkan kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap perubahan iklim. Dan keempat peningkatan kapasiti institusi yang melibatkan program kesihatan awam, pembangunan platform pengkongsian ilmu dan pembentukan Lembaga Iklim Pulau Pinang (Penang Climate Board) bagi mengukuhkan pengurusan adaptasi iklim di peringkat tempatan. Sebagai maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, baru-baru ni delegasi Kerajaan Negeri yang terdiri daripada agensi yang saya sebut tadi, JPS, MBPP dan juga Think City telahpun menyertai The Twelth World Urban Forum di Kaherah Mesir dan forum ini adalah satu platform antarabangsa yang di mana projek yang kita buat ni, PNBCAP di Bayan Baru, di George Town telahpun dipersembahkan ke seluruh dunia sebagai satu model project, satu projek contoh menggunakan kaedah alam semulajadi untuk melaksanakan program projek-projek tebatan banjir dan juga penghijauan bandar. Jadi Kerajaan Negeri berharap projek PNBCAP ini menjadi satu penanda aras ataupun benchmark kepada semua pihak memandangkan negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama menerima pembiayaan dari luar negara bagi inisiatif meningkatkan daya ketahanan bandar terhadap perubahan iklim secara penyelesaian berasaskan alam semulajadi.
Dato’ Yang di-Pertua, setelah beberapa tahun Kerajaan Negeri berusaha tanpa berputus asa penambahbaikan liputan telekomunikasi di atas Jambatan Pulau Pinang telahpun selesai. Semua kerja-kerja pemasangan yang telah bermula pada pertengahan tahun ini telahpun diselesaikan pada 31 Oktober yang lalu. Pengujian liputan telah dijalankan oleh BKT bersama-sama dengan MCMC pada 13 November dan hasil pengujian menunjukkan bahawa liputan komunikasi berada dalam keadaan yang baik dan lancar. Sehingga 17 November, kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negeri Pulau Pinang telah mencapai sebanyak 91.7% dengan 445 tapak pemancar yang tersedia liputan 5G. Di samping liputan rangkaian 5G bagi struktur luaran, Kerajaan Negeri juga memberikan fokus kepada rangkaian dalam bangunan ataupun yang kita panggil in-building coverage. Selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga Pusat Konvensyen SPICE dilengkapi dengan liputan rangkaian 5G, bangunan KOMTAR pula telah dilengkapkan dengan kemudahan ini. Sebagai permulaan beberapa aras yang menjadi tumpuan Rakyat Pulau Pinang untuk berurusan dengan kerajaan telahpun dilengkapkan dengan kemudahan rangkaian 5G. Jadi saya nak ambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan Kerajaan Negeri kepada BKT, Digital National Berhad dan jabatan-jabatan lain seperti MCMC, semua PBT, JKR, PTG dan lain-lainnya yang telah membantu untuk melaksanakan peluasan rangkaian 5G di Pulau Pinang yang telah bermula sejak tahun 2021.
Dato’ Yang di-Pertua, pelaksanaan NADI. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penambahan sebanyak 38 buah NADI di negeri Pulau Pinang semasa lawatan beliau ke negeri ini pada 16 Februari yang lalu dan sukacita dimaklumkan kesemua 38 yang diumumkan tu pun sudah siap dan Kerajaan Negeri yakin bahawa dengan pelaksanaan NADI di negeri ini dia dapat menjadi pemangkin kepada ekonomi setempat sekaligus mempercepatkan transformasi digital di negeri Pulau Pinang. Dan sehingga kini, kesemuanya ada 41 buah NADI yang beroperasi di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di negeri Pulau Pinang iaitu 38 campur tiga yang sedia ada dan ada satu lagi yang telah ditambah khas di kawasan Penanti atas permintaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sedang dalam pelaksanaan dan akan siap menjelang penghujung tahun. Kerajaan Negeri akan terus bertindak memudahcara dan membantu dalam pelaksanaan pembangunan infrastruktur telekomunikasi. Terima kasih saya ucapkan pada semua yang membantu.
Dato’ Yang di-Pertua, salah satu fokus utama untuk pelaburan digital di negeri Pulau Pinang adalah pembangunan ekosistem syarikat pemula ataupun start-up yang berasaskan teknologi.
Dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan di peringkat negeri, universiti, Agensi Persekutuan, syarikat pelaburan dan juga syarikat swasta. Perancangan jangka pendek Kerajaan Negeri melalui Digital Penang dalam merancakkan pertumbuhan ini adalah dengan menyediakan sokongan asas bagi teknologi permulaan dan pembangunan komuniti syarikat pemula berasaskan teknologi. Digital Penang seterusnya akan memainkan peranan penting dalam memupuk dan membangunkan syarikat pemula yang berdaya saing melalui pelbagai peringkat kitaran pembangunan dan ini akan menyokong matlamat jangka panjang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat serantau bagi syarikat pemula berasaskan teknologi. Di harap penerangan ini sedikit sebanyak dapat menjawab pertanyaan oleh Yang Berhormat Pulau Betong.
Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang kekal sebagai antara penyumbang KDNK yang tinggi di Malaysia. Pertumbuhan positif yang berterusan bagi produk elektrik, elektronik dan juga optikal bagi sektor pembuatan yang kekal unggul dari negeri ini telah mengimbangi kadar penguncupan ekonomi nasional. Sebagai sebuah negeri perindustrian yang memberi punca pendapatan kepada rakyat negeri-negeri Utara, Pulau Pinang telah mengalami pertambahan kepadatan penduduk dan bilangan kenderaan saban tahun. Maka infrastruktur yang setimpal perlu disediakan untuk menyokong pemantapan dan perkembangan zon industri di Bayan Lepas, Batu Kawan, Perai serta CBD George Town. Projek-projek yang dirancang di bawah PTMP adalah amat penting dalam penyuraian trafik dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam kelak. Jadi bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Bukit Tambun berkenaan Pelan Induk Pengangkutan Seberang Perai dari Bertam ke Sungai Acheh, sememangnya Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk melaksanakan semakan semula PTMP yang akan genap 10 tahun pada tahun 2025. Pelbagai penambahbaikan diperlukan dengan mengambil kira semula kadar penumpang (ridership), mod perkongsian (mode share) serta teknologi-teknologi terkini pengangkutan awam yang bersesuaian dengan keperluan, liputan dan juga topografi negeri Pulau Pinang. Untuk makluman Bukit Tambun, PTMP telahpun mengambil kira perancangan jajaran pengangkutan awam Seberang Perai seperti Laluan Raja Uda ke Bukit Mertajam yang boleh dilanjutkan ke Kepala Batas dan Kulim pada masa depan dan perancangan ini juga turut mengambil kira kawasan Bertam. Seterusnya, perancangan bagi Laluan Permatang Tinggi ke Batu Kawan dicadangkan untuk menghubungkan kawasan perindustrian dan perumahan ke stesen KTM di Simpang Ampat dan Laluan Raja Uda-Bukit Mertajam; serta boleh dilanjutkan ke Seberang Jaya, Batu Kawan dan Nibong Tebal di daerah SPS pada masa hadapan mengikut keperluan. Jajaran dan sistem tertakluk kepada semakan dan kajian. Maka, Kerajaan Negeri memberi komitmen untuk mengambil kira kajian keperluan dan liputan penumpang sehingga ke Sungai Acheh yang juga terletak di Daerah Seberang Perai Selatan berdekatan Nibong Tebal dalam semakan semula PTMP dengan input selanjutnya daripada Yang Berhormat jua.
Dato’ Yang di-Pertua, isu-isu berbangkit serta cadangan berkenaan pelaksanaan Projek LRT yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Kota diambil maklum dan Kerajaan Negeri akan memanjangkan kepada pihak MRT Corp selaku agensi pelaksana untuk tindakan dan penyelarasan selanjutnya. Kerajaan Negeri juga sememangnya memandang serius bagi penglibatan tapak RIBI, rumah-rumah ibadat serta tanah perkuburan yang berkemungkinan terlibat dengan pelaksanaan LRT. Untuk menjawab Yang Berhormat Seri Delima, pihak MRT Corp akan menyediakan perkhidmatan bas perantara yang akan memberi perkhidmatan first and last mile connectivity kepada pengguna sekitar agar dapat berulang-alik ke stesen LRT yang terdekat. Malah, tumpuan bagi perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran seperti perkhidmatan bas henti-henti, tempat letak kereta, laluan basikal dan sebagainya juga perlu disokong untuk menggalakkan penggunaan LRT di masa depan.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pulau Tikus, untuk menjawabnya Kerajaan Negeri kini sedang memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan Projek PIL 1 yang telah dicadangkan di bawah PTMP dan projek ini dilihat sebagai
projek yang berimpak tinggi dalam menyuraikan kesesakan trafik di kawasan Jalan Tengah, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Dr. Awang dan khususnya di kawasan sekitar kawasan FIZ juga. Kerajaan Negeri akan terus mengusahakan untuk mendapat pembiayaan Kerajaan Persekutuan bagi projek ini di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).
Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan kebimbangan Yang Berhormat Telok Bahang yang merujuk kepada Artikel EMIR Research yang diterbit pada November 2022 yang menyatakan bahawa projek Silicon Island kemungkinan mendedah kepada banjir besar di Selatan Pulau Pinang. Berdasarkan unjuran kenaikan paras laut oleh Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim ataupun IPCC. Menurut data yang kita ada, data mengenai kenaikan paras laut daripada IPCC, daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga daripada Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia ataupun NAHRIM. Pulau Silikon ini direka bentuk untuk bertahan terhadap perubahan iklim dan membolehkan pelaksanaan langkah mitigasi secara progresif. Malah dari awal lagi bila kita mereka bentuk Pulau Silikon ini, kita memastikan bahawa paras platform Pulau Silikon adalah seminimumnya tiga meter daripada aras laut. Dan kalau kita lihat kepada unjuran kenaikan paras laut diunjurkan pada tahun 2100. 2100 paras laut akan naik sehingga 0.75 meter. Jadi dengan platform tiga meter tinggi itu sangat mencukupi untuk memastikan kita boleh bertahan daripada kenaikan paras laut dan kita dapat perlindungan yang kukuh terhadap lonjakan air laut ketika ribut berlaku serentak dengan air pasang tinggi.
Bagi menangani risiko banjir, Pulau Silikon akan mengintegrasikan reka bentuk berdasarkan kepada biodiversiti melalui rangkaian biru hijau yang membolehkan air hujan mengalir ke saluran yang terletak secara strategik untuk dialirkan ke laut. Reka bentuk ini selari dengan konsep Bandar Span ataupun Span City yang menekankan landskap bandar dan tumbuh-tumbuhan untuk menahan dan memulihkan aliran air, mengawal banjir dan menambah semula air bawah tanah. Selain itu, kawasan penampan pantai selebar sekurang-kurangnya 40 meter akan memberikan fleksibiliti untuk adaptasi pantai jangka panjang mengikut perubahan keadaan.
Sistem saliran di Pulau Silikon direka dengan teliti untuk memenuhi piawaian 100 tahun (ARI) dengan menggabungkan ciri-ciri seperti terusan dan kawasan paya yang berfungsi sebagai takungan air. Ciri-ciri ini bukan sahaja menguruskan air ribut dengan berkesan tapi juga berfungsi sebagai sistem takungan semula jadi untuk mengurangkan risiko banjir.
Dato’ Yang di-Pertua, masih jelas dalam ingatan saya dalam sidang Dewan pada bulan Mei yang lalu, Dewan ini telah membahaskan berkenaan isu kesesakan trafik dari Juru ke Sungai Dua. Berkat usaha pelbagai agensi, Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua telah pun diumumkan dalam Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bakal dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR). Harapan Kerajaan Negeri hanyalah satu, agar projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin demi kepentingan rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan Seri Delima ini, esok Soalan Lisan ada menjawab juga, saya akan menjawab esok pagi. Berkenaan Pakej 2, Yang Berhormat Penaga pun ada bangkit berkenaan kerja-kerja penggerudian terkawal dan letupan di Bukit Batu Lanchang dan Bukit Relau seperti, sebagai maklumat Yang Berhormat kelulusan asal Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi ketiga-tiga projek jalan utama iaitu Pakej 1, 2, 3 adalah bertarikh 7 November 2017. Manakala, kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek Pakej 2 telah diberikan pada 13 Oktober 2022. Sebagai makluman Yang Berhormat, kelulusan Kebenaran Semula untuk melaksanakan kerja-kerja letupan telah diberikan oleh JMG, Jabatan Mineral & Geosains dengan tempoh kelulusan terkini adalah sehingga 30 April 2025 dan kelulusan ini boleh diperbaharui setiap enam bulan. Manakala, bagi permit kerja-kerja letupan oleh PDRM, kebenaran adalah dimohon dan diberikan secara bulanan.
Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan projek pembesaran lapangan terbang. Saya mengambil maklum saranan oleh Yang Berhormat Pengkalan Kota dan untuk makluman Yang Berhormat, saya sendiri mempengerusikan satu mesyuarat jawatankuasa di peringkat Kerajaan Negeri untuk memastikan pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar. Di samping itu, jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh agensi teknikal juga mempunyai hubungan kerjasama dua hala yang erat bersama dengan pihak Malaysia Airports Holdings Berhad. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, perkara ini akan dibincangkan dan tindakan susulan akan diambil.
Yang Berhormat Seri Delima bangkit mengenai isu kesesakan di kawasan lapangan terbang dan sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan bersama pihak MAHB bersama APAD, Agensi Pengangkutan Awam Darat, JPJ dan juga pihak PDRM mengenai isu ini. Dan pihak MAHB mencadangkan agar geofencing untuk e-hailing dilaksanakan di kawasan lapangan terbang supaya semua kenderaan e-hailing tidak menunggu di bahu jalan dalam kawasan lapangan terbang. Walau bagaimanapun, pelaksanaan geofencing memerlukan beberapa penelitian dan pihak Kerajaan Negeri berharap pihak agensi pelaksana iaitu APAD dapat meneliti perkara ini dengan kadar segera.
Minta pencerahan.
Ya, sila.
Yang Berhormat Tanjong Bunga, terima kasih atas penjelasan diberikan tadi. Sebenarnya isu kesesakan lalu lintas itu, yang saya maksudkan bukan di luar kawasan lapangan terbang sebenarnya di dalam terminal yang saya maksudkan.
Terima kasih Yang Berhormat, yang itu saya serah kepada Yang Berhormat Paya Terubong. Kita jaga yang luar sahaja. Okay, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, perkhidmatan Komuter Utara dan ETS semakin mendapat sambutan dengan jumlah penumpang meningkat setiap tahun. KTMB melalui kenyataan media menganggarkan sejumlah 2,000 penumpang bakal menggunakan perkhidmatan ini setiap hari. Saya menyokong penuh cadangan Yang Berhormat KOMTAR agar stesen-stesen KTM dinaik taraf sejajar dengan bilangan penumpang yang semakin meningkat. Perkara ini bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sebaliknya ia melibatkan Kementerian Pengangkutan dan juga Perbadanan Aset Kereta Api (RAC). Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama pihak berkepentingan agar perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada semua pengguna.
Yang Berhormat Bukit Tambun ada mencadangkan untuk beberapa Stesen Komuter Utara juga ditukar ataupun boleh mendapat perkhidmatan ETS. Kerajaan Negeri mengambil maklum akan perkara ini dan kita akan bawa kepada perhatian pihak-pihak yang sepatutnya seperti Kementerian Pengangkutan dan juga KTMB dan kita harap saya rasa antara stesen yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan, Bukit Tambun adalah stesen Simpang Ampat. Jadi itu, akan diutarakan kepada pihak- pihak yang.
Dato’ Yang di-Pertua, perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) telah ditawarkan di Pulau Pinang sejak penghujung tahun 2023 bermula di kawasan Bayan Lepas oleh Syarikat Kumpool. Seterusnya, pihak Rapid Penang menawarkan perkhidmatan DRT di Kawasan Farlim dan juga Air Itam bermula pada bulan Ogos yang lalu. Sekiranya perkhidmatan DRT terus mendapat sambutan dan terbukti berkesan, perkhidmatan ini wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan di kawasan Nibong Tebal dan juga di kawasan-kawasan lain yang berpotensi. Peranan DRT adalah sebagai salah satu mod pengangkutan first and last mile connectivity untuk sistem bas sedia ada yang memberi perkhidmatan di semua kawasan putih yang belum atau tiada liputan perkhidmatan bas pada waktu ini.
Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan bas juga Projek Perintis Lorong Bas telah pun mula dilaksanakan pada 19 November 2024 yang lalu untuk tempoh enam bulan. Berdasarkan analisis oleh pihak Rapid Penang, terdapat peningkatan penumpang harian sebanyak 2% iaitu daripada 34,838 kepada 35,562 sehari untuk tempoh seminggu pelaksanaan projek ini. Beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan iaitu waktu puncak petang dipendekkan kepada jam 7.00 petang sahaja berdasarkan situasi semasa dan penguatkuasa akan terus mengawal keadaan lalu lintas di sepanjang tempoh percubaan projek ini. Saya berharap Yang Berhormat KOMTAR dan juga semua Yang Berhormat yang lain dapat menyokong penuh projek rintis ini agar kawasan lain seperti cadangan Yang Berhormat KOMTAR sama ada Jambatan Pulau Pinang ataupun Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dapat dilaksanakan pada masa depan.
Dato’ Yang di-Pertua, Bukit Tambun telah membangkitkan berkenaan pelaksanaan… (gangguan).
Yang Berhormat tentang bus lane. So, dalam observation beberapa hari ini macam satu minggu, terdapat pada petang mungkin ada kesesakan di Jalan Penang tetapi pada waktu pagi yang MBPP pilih tempoh itu, saya ingat tidak beberapa bantu la kerana tidak mempunyai kesesakan lalulintas di sana dan ini telah menyebabkan pekedai-pekedai di sana menyuarakan bantahan kerana pelanggan-pelanggan atau pekedai-pekedai nak ke tempat itu pun agak susah la. So, saya tau esok MBPP akan jumpa dengan pekedai di sebahagian Jalan Penang. So, saya harap Council boleh dengarlah suara-suara rakyat dan membuatkan sedikit pembetulan tentang projek inilah.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa idea untuk buat projek rintis ataupun proof of concept ini adalah untuk mendapat feedback daripada pengguna, feedback daripada pihak-pihak yang berkepentingan sama ada kedai ataupun rakyat di kawasan itu. Jadi saya rasa pihak MBPP sudah tentu akan mengambil kira dan membuat kesesuaian sejajar dengan permintaan dan juga sejajar dengan keadaan semasa di situlah. Kita akan monitor jugalah Yang Berhormat ya dan terus sekiranya ada apa-apa cadangan boleh juga disampaikan.
Yang Berhormat Bukit Tambun, kerja-kerja penaiktarafan persimpangan SJKC Keng Koon, Jalan Bukit Tambun - Jalan Perindustrian Bukit Minyak, persimpangan Iconic Point, Simpang Ampat, persimpangan Jalan Gamelan Indah - Jalan Persekutuan dan juga Jalan Tasek - Jalan Valdor. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JKR mengambil maklum dan akan mengkaji keperluan penaiktarafan persimpangan SJKC Keng Koon tersebut. JKR juga telah mengangkat permohonan peruntukan bagi penaiktarafan Jalan Bukit Tambun - Jalan Perindustrian Bukit Minyak, persimpangan Iconic Point dan juga persimpangan Jalan Gamelan Indah - Jalan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan kini kita sedang menunggu lagilah
keputusan daripada pihak ibu pejabat. Berkenaan projek penaiktarafan Jalan Tasek - Jalan Valdor pula, sebagai makluman Yang Berhormat, kerja-kerja ukur tanah telah pun selesai dilaksanakan dan JKR seterusnya akan memohon peruntukan untuk pelantikan perunding bagi tujuan penyediaan reka bentuk. Merujuk kepada kajian pengambilan balik tanah bersebelahan Taman Rebana dan Kilang Astino untuk tujuan pembinaan jalan sambungan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun, JKR akan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perkara tersebut.
Seterusnya, bagi menjawab isu kerosakan jalan Lebuh Bertam Perdana – Lebuh Bertam Pinggiran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pinang Tunggal, sebagai makluman Yang Berhormat, kerja-kerja pembaikan bagi jalan Lebuh Bertam Perdana dijangka bermula pada minggu ini oleh pihak kontraktor yang telah dilantik. JKR juga telah memaklumkan secara bertulis kepada JPJ untuk tindakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap lori-lori yang menggunakan jalan ini.
Berkenaan pelaksanaan Pakej 2 penaiktarafan Jalan Alma - Jalan Rozhan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Machang Bubok, kita pun ada buat lawatan tempoh hari. Projek ini sememangnya telah pun dimasukkan dalam senarai projek Rancangan Negeri Pulau Pinang tapi tertakluk kepada ketersediaan peruntukanlah tapi sudah ada dalam senarai.
Merujuk kepada isu kesesakan lalu lintas lantaran pembangunan projek perumahan yang pesat di kawasan Permatang Berangan. Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Bandaraya Seberang Perai telah mensyaratkan kepada pemaju untuk melaksanakan kajian yang komprehensif untuk menangani isu kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut dan cadangan penambahbaikan lalu lintas yang telah disyaratkan kepada pemaju berdasarkan kajian tersebut adalah seperti berikut:
Cadangan pelebaran Jalan Kubang Menerong kepada enam lorong dua hala, cadangan pembinaan jalan baharu yang menghubungkan Jalan Asas Tani dengan Kampung Tok Bedu, cadangan pelebaran Jalan Gelugor kepada enam lorong dari persimpangan Jalan Pokok Sena hingga Jambatan Sungai Kereh. Cadangan pelebaran Jalan Pokok Sena dari persimpangan Jalan Permatang Indah hingga Taman Alamanda, cadangan naik taraf persimpangan Jalan Pokok Sena dengan Jalan Gelugor kepada persimpangan bulatan, cadangan jalan baharu menghubungkan Jalan Pongsu Seribu dengan Persiaran Dagangan dan juga cadangan jalan baharu menghubungkan Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir dengan Jalan Paya Keladi. Diharapkan dengan penaiktarafan dan penyediaan jalan-jalan ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan kelak.
Yang Berhormat minta pecerahan. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, berkaitan dengan persoalan yang saya bangkitkan itu, terima kasihlah sebab kita mensyaratkan pemaju untuk kerja-kerja kajian dan pembesaran di laluan-laluan yang disebutkan tadi tapi ianya tidak menyeluruh dan tidak akan menyelesaikan masalah. Jadi kita di pihak kerajaan perlu ada satu kajian juga untuk menyambung tempat-tempat tadi. Yang kita buat itu sebahagian daripada jalan-jalan dan ada lagi jalan-jalan lain yang perlu dibuat pembesaran ataupun dikaji untuk dibuat jalan alternatif. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan minta pihak berkuasa kedua-dua JKR dan juga MBSP untuk melihat perkara ini sama ada satu kajian yang lebih menyeluruh. Kita kena check dulu kajian TIA yang dibuat oleh pemaju apakah skop yang dibuat dan sekiranya perlu dikembangkan dalam masa depan itu, kita akan kaji. Terima kasih Yang Berhormat.
Kerajaan Negeri turut mengambil maklum akan isu tempoh lampu isyarat yang terlalu singkat dan tidak segera seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Sebagai makluman Yang Berhormat, pelarasan masa lampu isyarat akan dilaksanakan mengikut kesesuaian keadaan trafik dan selain itu Kerajaan Negeri melalui MBSP juga akan melaksanakan pemantauan kebolehfungsian dan kelancaran masa lampu isyarat dari semasa ke semasa. Sekiranya Yang Berhormat ada aduan mengenai masa yang spesifik mungkin kita boleh bincang dengan pihak MBSP untuk menyelaraskan lampu isyarat pada waktu-waktu tertentu. Tapi untuk masa depan mungkin kita juga boleh melaksanakan kaedah seperti menggunakan kecerdasan buatan (AI) seperti mana yang sedang dibuat di kawasan Bayan Baru dan juga Tanjong Bunga kita tengah buat trial project. Kita hendak cuba menggunakan smart traffic light. Sekiranya berjaya maka kita boleh luaskan kepada kawasan-kawasan lain di negeri Pulau Pinang.
Merujuk kepada sambungan jalan ke Pusat Belia Kepala Batas seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pinang Tunggal. Sebagai makluman Yang Berhormat, cadangan sambungan jalan tersebut iaitu daripada Persiaran Bertam Perdana hingga Jalan Paya Keladi telah pun disyaratkan kepada Tetuan Bertam Properties Sdn Bhd dan perlu disiapkan sebelum Sijil Layak Menduduki bagi fasa terakhir boleh dimohon. Dato’ Yang di-Pertua… (gangguan).
Mohon.
Ya, sila.
Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih Tanjong Bunga. Saya bangkitkan tentang Jalan Lebuh Bertam Perdana yang bersambung dengan Jalan Lebuh Bertam Pinggiran. Terima kasih tadi Yang Berhormat EXCO sebut tentang feedback tentang tadi ini. Saya pun difahamkan oleh pihak JKR memang mereka akan mulakan kerja di Jalan Lebuh Bertam Perdana itu cuma yang Lebuh Bertam Pinggiran continue itu saya difahamkan ia belum diserahkan kepada JKR lagi. Maka dia tertakluk kepada pemaju. Setakat ini saya tengok belum ada apa-apa tindakan lagi. Jalan itu makin rosak teruk. Itu yang saya bimbangkan itu.
Terima kasih Yang Berhormat, saya akan semak perkara ini dan saya akan maklum sendiri kepada Yang Berhormat.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Dua dan Bukit Tengah telah membangkitkan berkenaan dengan projek pembesaran Jalan Tok Kangar. Untuk maklumat Dewan yang Mulia ini, projek ini dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama adalah pembinaan jambatan baru sebahagian 275 meter yang telah bermula pada 18 Januari 2016 dan ini telah siap sepenuhnya pada 12 Disember 2018. Fasa kedua pula adalah kerja-kerja pelebaran jalan dan penaiktarafan jalan sedia ada dari persimpangan lampu isyarat Auto City ke persimpangan Taman Seri Delima. Jumlah jarak jalan yang terlibat dalam peringkat pembinaan ini adalah 2.15 km. Proses pengambilan balik tanah bagi skop fasa kedua telah pun diselesaikan pada 3 Mei 2018. Kerja-kerja pembinaan fasa 2 telah dimulakan pada 1 Ogos 2019. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan ini telah mengalami kelewatan disebabkan terdapatnya kerja-kerja pengalihan utiliti di tapak. Kerja pengalihan kabel utiliti milik TNB
telah siap pada 2 Mei 2024 manakala kerja-kerja pengalihan utiliti TM telah siap pada 20 Ogos 2024. Maksudnya Yang Berhormat, kedua-duanya utiliti hanya siap pada tahun ini. Ini yang telah menyebabkan walaupun projek telah mula beberapa tahun yang lalu tapi pengalihan utiliti hanya baru siap pada tahun ini dan ini telah mengakibatkan kelewatan yang besar dan untuk makluman semua, pihak kontraktor telah lewat untuk melaksanakan kerja-kerja menurap jalan di jajaran bersebelahan Lebuhraya Plus dan pelebaran jalan bersebelahan Isuzu. Justeru pihak perunding telah mengeluarkan surat peringatan pada 9 Mei dan 13 Jun mengarahkan kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut. Surat amaran juga telah dikeluarkan oleh PDC kepada kontraktor pada 28 Jun dan 8 Oktober tahun ini akibat kelewatan tersebut maka kontraktor pun telah mengemukakan notis pada 24 Jun dan telah memohon untuk membuat penamatan kontrak secara bersama (mutual termination). Kontraktor juga telah kemukakan notis bertarikh 18 Oktober dan telah keluar dari tapak projek pada 31 Oktober. Pihak PDC telah membentangkan cadangan penamatan kontrak kepada Panel Penyelarasan Kontrak ataupun Contract Coordination Panel Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 4 November dan langkah selanjutnya sedang diambil ketika ini. Berdasarkan pada syarat-syarat kontrak klausa 51.1, notis untuk tujuan penamatan dijangka akan dikeluarkan kepada kontraktor pada hujung bulan November dan notis penamatan pula akan dikeluarkan pada pertengahan Disember. Tempoh pelantikan kontrak terpenyiap akan mengambil masa selama 3 bulan setelah notis penamatan dikeluarkan dan dijangka selesai pada minggu terakhir bulan Mac 2025. Sebagai makluman Yang Berhormat, kontraktor penyelenggaraan yagn dilantik oleh PDC telah mengambil alih penyelenggaraan jalan sementara menunggu kontraktor penyiap memulakan kerja. Kemajuan kerja setakat Oktober adalah 76% di tapak dengan baki keseluruhan kerja dijangka mengambil masa 12 bulan untuk disiapkan. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Air Putih telah membangkitkan... (gangguan).
Yang Berhormat.
Sekejap. Memang jalan ini seringkali dibangkit dalam Dewan DUN so tadi Yang Berhormat EXCO telah memberi penjelasan kelewatan ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja utiliti tetapi persoalan saya, mengapa projek sebelum projek dijalankan utiliti masalah utiliti ini tidak di ambil kira dan apa utiliti yang disebutkan oleh TNB dan Telekom mengambil masa enam tahun 2019 until 2024 baru boleh selesai? Penjelasan itu sudah dijelas tetapi saya ingat rakyat pun tidak berapa boleh terima penjelasan tersebutlah kerana kelewatan itu bukan saja menyusahkan rakyat dan juga merendahkan atau merosakkan imej Kerajaan Negeri.
Mungkin saya boleh tanya dulu Yang Berhormat sebelum menjawab atas isu yang sama. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat sama ada kerajaan ataupun PDC akan menjalankan satu internal audit atas projek ini sebab saya rasa kita kena tahulah apa sebabnya kelewatan seperti yang dibawa oleh KOMTAR itu boleh berlaku dan juga sama ada, ada kecuaian negligence dalam over seeing this project. Saya rasa sepatutnya seseorang pihak atau sesiapa yang bertanggungjawab dalam PDC harus dipertanggungjawabkan. Kita tidak boleh just push everything kepada kontraktor semata-mata, kontraktor ini yang buat salah. Saya juga ingin dapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat tadi dikatakan memang kontraktor ini telah pun buat itu ini delay dan sebagainya tapi mengikut berita, notis penamatan ni dikeluarkan oleh kontraktor. Jadi boleh tidak Yang Berhormat bagi tahu kita apakah alasan-alasan yang diberikan oleh kontraktor? Apa sebab dia kenapa syarikat ini ingin menamatkan kontrak tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat KOMTAR dan juga Bukit Tengah atas isu. Ia sebenarnya saya pun perlu mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam pengurusan projek ini oleh pihak PDC. Malah isu utiliti ini hanya dapat diselesaikan setelah saya sendiri mengambil intervention dan ini juga telah selesai kerana dalam mesyuarat MMK Kerja Raya, PDC yang selalu memaklumkan bahawa projek ini okey tidak ada masalah, tidak ada masalah, tiba-tiba kata lewat dan bila kita tanya kenapa lewat, baru dia bagi tahu ada problem dengan utiliti dan bila kita dapat tahu dia sebenarnya adalah miscommunication antara syarikat utiliti dengan pihak PDC. So setelah saya sendiri mempengerusikan satu mesyuarat, kita panggil pegawai-pegawai TNB yang datang daripada Kuala Lumpur maka isu telah selesai dan kemudian utiliti pun telah dijalankan, pengalihan utiliti. Jadi mungkin di sini apa yang saya lihat sendiri adalah sedikit kelemahanlah dari segi pengurusan projek dan perkara ini sudah tentu kita melihat dengan serius dan akan memastikan bahawa PDC meningkatkan dari segi pengurusan projek dan sememangnya tidak patut berlakulah untuk projek Kerajaan Negeri dan saya harap juga di masa depan tapi bukan nak kata semua projek PDC mengalami kelewatan sebegini ada juga banyak projek PDC yang baik dan juga ada yang siap sebelum waktu seperti Diamond Junction di Batu Kawan yang itu projek PDC juga tapi yang itu pengurusan telah dibuat dengan baik yang di mana tiada masalah yang berbangkit dan kemudian pembinaan juga dijalankan dengan lancar. Jadi nak kata semua projek PDC mengalami kelewatan itu juga tidak benar tapi untuk projek ini sememangnya telah berlaku, saya rasa kelemahan dalam pengurusan projek dan kita akan memperhalusi dengan lebih teliti kenapa ia boleh berlaku siapa yang bertanggungjawab supaya kita boleh mengelakkan daripada berlaku pada masa depan. Terima kasih.
Yang Berhormat tak jawab lagi apa sebab yang diberikan oleh kontraktor untuk menamatkan kontrak?
Kelewatan utilitilah. Dia bila utiliti lewat, pengalihan utiliti itu lewat Yang Berhormat, Dato’ Speaker, kontraktor tidak boleh dapat kerja, dia tak boleh nak kerja, dia pun tidak boleh nak tender kerja lain. Jadi memang dalam keadaan yang sangat mendesaklah kontraktor ini. Jadi seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi kita nak meletakkan kesalahan ke atas kontraktor semata-mata pun tak betullah ya. Semua mempunyai tanggungjawab dan oleh kerana itu kelewatan yang terlampau, kontraktor sendiri telah meminta untuk membuat penamatan tapi perkara ini sedang diselesaikan oleh pihak Kerajaan Negeri dan kita harap moving forward kontraktor penyiap dapat dilantik untuk segera melaksanakan baki kerja dalam 20 lebih peratus sahaja ya supaya dia siap dalam masa 12 bulan dan kemudian boleh elak daripada kesesakan lalu lintas di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Air Putih telah membangkitkan mengenai peruntukan penyelenggaraan jalan di kawasan Parlimen Bagan yang didakwa telah dilencongkan kepada kawasan lain. Beliau turut menyatakan bahawa lencongan peruntukan ini telah berlaku bukan sekali tapi dua kali. Perkara ini sebenarnya saya pernah jawab di luar tetapi oleh kerana dibangkitkan dalam Dewan maka saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memperbetulkan sedikit fakta-fakta. Ia sebenarnya kes pertama, telah berlaku tahun 2023 dan berdasarkan kepada rekod JKR Pulau Pinang, sepucuk surat daripada KKR telah pun diterima bertarikh 25 Julai 2023 yang memaklumkan bahawa kelulusan one-off telah pun diberikan dengan jumlah RM1.5 juta untuk melaksanakan penyelenggaraan berkala pavement di Jalan Persekutuan Negeri Kelantan, Kedah
dan Pulau Pinang. Dalam surat tersebut juga dinyatakan bahawa pecahan bagi peruntukan tersebut adalah RM500,000 untuk Kelantan, RM500,000 untuk Kedah dan RM500,000 untuk Pulau Pinang, yang di mana RM500,000 untuk Pulau Pinang telah dibelanjakan keseluruhannya di kawasan Parlimen Bagan. Maka sebenarnya saya nak memperjelaskan di sini bahawa jumlah peruntukan serta lokasi kerja sebenarnya telah ditetapkan oleh KKR dan langsung tidak ada perubahan dari segi skop kerja ataupun lokasi kerja yang dibuat di peringkat JKR Negeri. Dalam erti kata lain, tidak berlakulah sebarang lencongan peruntukan ke kawasan lain, ini untuk kes 2023. Untuk kes yang kedua, peruntukan khas sebanyak RM5.6 telah pun diluluskan bagi tujuan penyelenggaraan pavement di kawasan Bagan pada tahun 2024. Kesemuanya telah pun dibelanjakan pada Jalan Persekutuan FT 001 iaitu Jalan Persekutuan yang utama di kawasan Bagan. Kerja telah bermula dari Jalan Chain Ferry sehingga ke Jalan Bagan Ajam dan kemudian berakhir di Jalan Teluk Air Tawar. Kesemua jalan-jalan ini merupakan jalan yang sama FT 001 cumanya sebahagian daripada jalan tersebut berada di dalam kawasan Parlimen Tasik Gelugor iaitu jiran bersebelahan dengan Bagan.
Dan apabila jurutera JKR memilih jalan untuk diturap semula, secara logiknya beliau memilih untuk menurap jalan secara keseluruhannya dan tidak berhenti separuh jalan semata-mata kerana sudah sampai ke sempadan kawasan Parlimen. Jika beliau buat sedemikian, sudah tentu ia akan menimbulkan persoalan daripada rakyat yang akan bertanya mengapa buat kerja turap buat hanya separuh jalan sahaja. Jadi, pada anggapan pegawai berkenaan, penurapan jalan secara keseluruhannya akan memanfaatkan kesemua pengguna jalan tersebut, termasuk penduduk dan pengundi Parlimen Bagan yang menggunakan jalan tersebut setiap hari. Keputusan yang dibuat ini adalah satu keputusan yang pada saya keputusan yang logik dan bukannya bersifat mala fide atau berniat jahat.
Mohon mencelah Yang Berhormat. Terima kasih di atas penjelasan tadi. Untuk makluman yang pada tahun 2023 yang permohonan yang kedua berjumlah RM5.6 juta itu ialah satu permohonan khas yang telah dibuat. Permohonan Ahli Parlimen Bagan kepada Menteri dan surat telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri mengatakan RM5.6 juta itu diperuntukkan untuk penaiktarafan di kawasan Parlimen Bagan dan untuk perhatian Yang Berhormat, Jalan Chain Ferry itu penurapan dia hanya dilakukan bermula pada bulan lepas sahaja dan baru sahaja siap di mana penggarisan jalan belum buat lagi. Itu pun selepas teguran diberikan Ahli Parlimen dan Yang Berhormat Air Putih bahawa RM1.4 juta harus dibelanjakan di kawasan Parlimen Bagan. Maka, lepas itu baru pihak JKR telah berhubung dengan saya sebab jumlah itu sepatutnya digunakan di kawasan saya di Jalan Chain Ferry dan penurapan baru dijalankan pada bulan lepas dan sehingga kini orang kata apa dia punya garisan jalan pun belum siap lagi. Itu sedikit pembetulan di sana.
Saya pun mohon mencelah sekejap ya. Sebenarnya macam ini, sebelum mesyuarat itu I mean untuk menetapkan daripada KKR untuk RM5.6 juta di allocate di kawasan-kawasan tersebut, kita ada satu sebenarnya mesyuarat. Maksudnya, mereka bertanyakan adakah okay nak diturap di kawasan-kawasan yang telah disenaraikan. Jadi, kita pun bersetuju. Tapi, sebelum itu sebelum mesyuarat yang ini kan, kita telah ada satu cadangan bahawa ada beberapa jalan yang kritikal di kawasan Bagan yang perlu diperbaiki. Jadi, jawapan JKR adalah mereka tiada peruntukan seperti biasa. Jadi, Ahli Parlimen kita Bagan telah mengambil inisiatif untuk menulis terus kepada Menteri Kerja Raya untuk peruntukan yang diminta dan semua itu di atas cadangan kita kepada beberapa jalan yang perlu dinaik taraf ataupun diturap. Jadi selepas itu, ada pulak mesyuarat yang tadi saya cakapkan yang kedua yang mereka sendiri senaraikan memang semua dalam kawasan Parlimen Bagan tetapi selepas diputuskan, maksudnya di apa itu level KKR dekat Kementerian tiba-tiba pula
dimaklumkan dilencongkan sebahagiannya ke sana. Jadi, saya rasa ini tidak betul lah. At least, kalau sebelum buat itu ada bagitahu kita boleh bincang kita boleh ni kan. Tetapi tidak diberitahu, tiba-tiba mai balik pula macam itu lah cerita dia. Jadi saya rasa maksudnya dalam intergriti pelaksanaan ini kan saya rasa ini perlu ditambah baik. Ditambah baik. Thank you.
Ya, terima kasih Yang Berhormat dan sebenarnya yang apa ni JKR datang jumpa dengan Yang Berhormat Bagan Dalam, Bagal Jermal pun sebab saya nak pastikan untuk RM1.4 juta tu saya pun bagi arahanlah kepada JKR Pulau Pinang, pastikan sebelum dilaksanakan pergi jumpa dulu dengan Yang Berhormat Ahli-ahli ADUN tempatan, supaya tidak ada keraguanlah ya di mana kawasan yang dilaksanakan.
Sebenarnya, dalam hal ini kita tak salahkan YB EXCO pun sebab ditentukan oleh KKR.
Iya.
So that's why. So, jangan salah faham. Langsung tak salah kan.
Di tentukan oleh KKR. Ini saya nak sebut, bila JKR Negeri mendapat kelulusan dia dah tetapkan lokasi mana nak buat. Walaupun, JKR Negeri mungkin ada bila dia submit dia letak. Tapi, dia punya keputusan akhir daripada KKR kerana ini adalah peruntukan Persekutuan untuk Jalan Persekutuan. Jadi, kalau peruntukan Kerajaan Negeri itu lain sikit lah okey. So, saya harap Yang Berhormat semua fahamlah.
Teruskan-teruskan… (gangguan).
Ya. Jadi, di sini oleh kerana itu, saya sebenarnya saya nak merujuk kepada satu tohmahanlah yang dibuat bahawa kononnya ada seorang ahli pentadbiran yang menutupi kesalahan pegawai JKR yang terlibat. Ini sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa adalah satu tuduhan terhadap peribadi saya dan saya menyangkalnya dengan sekeras-kerasnya. Untuk makluman Yang Berhormat semua, saya bukan seorang yang akan teragak-agak untuk mengambil tindakan, sekiranya, berlaku kesalahan oleh mana-mana pegawai. Saya pernah meminta supaya pegawai ditukar, Jurutera ditukar dan juga tindakan-tindakan lain. Apabila ada aduan yang berasas. Tetapi apabila tiada kesalahan yang dilaksanakan oleh mana-mana pegawai JKR Negeri, semestinya saya akan mempertahankan pegawai-pegawai dalam JKR Negeri. Yang Berhormat sendiri pun faham bahawa bukan JKR Negeri yang silap dalam perkara ini maka, saya cuma nak sebutlah untuk memastikan semua faham bahawa tiada kesalahan dan juga tak sepatutnya tohmahan dibuat bahawa ada ahli pentadbiran yang
menutupi kesalahan. Sebab tidak ada berlaku apa-apa kesalahan. Terima kasih dan itu sahaja mengenai perkara ini. Saya nak beralih kepada isu yang terakhir, kedua terakhir iaitu tebatan banjir.
Dato’ Yang di-Pertua. Projek tebatan banjir di hadapan Hotel Alora seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, perkara ini telah dibincangkan bersama pihak JPSPP dan JKRPP melalui beberapa siri lawatan tapak dan mesyuarat. Laporan yang dimaksudkan turut dikeluarkan oleh JPS. Walau bagaimanapun, kaedah mitigasi yang disyorkan didapati kurang sesuai setelah lawatan pemeriksaan semula di tapak dibuat kerana hanya melibatkan kerja peningkatan aras jalan sahaja. Pihak JPS akan mengemukakan semula pelan mitigasi yang lebih komprehensif setelah JKR melaksanakan kerja ukur aras dan butiran untuk semua longkang di sekitar kawasan tersebut. Jadi, kita kena tunggu lah dia akan buat semula.
Berkenaan isu banjir, disebabkan sistem perparitan kampung di Permatang Pasir, sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan melaksanakan kerja berkaitan tertakluk kepada ketersediaan peruntukan dan juga kadang-kadang isu perparitan kampung ini Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua yang lain pun tahu. Isu ini adalah kebanyakannya menggunakan tanah persendirian. Jadi, kadang-kadang mendapatkan kebenaran secara hitam putih pun tak senang jadi itu antara kekangan yang kita hadapi berkenaan dengan perparitan kampung. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri melalui JPS telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Sungai Jelutong secara berkala iaitu sebanyak tujuh (7) kali setahun. Ini Jelutong di SPT bukan Jelutong di DTL. Selain itu, JPS Pulau Pinang juga akan memohon peruntukan daripada Tabung MARRIS untuk melaksanakan penaik tarafan Sungai Jelutong bagi mengurangkan risiko banjir di lembangan Sungai Jelutong merangkumi Kampung Kota, Kampung Sama Gagah dan juga Kampung Kolam. Berkenaan projek Rancangan Tebatan Banjir Permatang Rawa pula, JPSPP akan memastikan pelaksanaan projek ini adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan Tanah Liat, Penanti, Permatang Pasir dan Permatang Rawa. Projek ini kini di peringkat pelaksanaan dengan kemajuan kerja di tapak sehingga kini adalah 65% dan dijangka siap pada bulan September 2025. Seterusnya, Yang Berhormat Seberang Jaya bangkit mengenai keberkesanan projek-projek tebatan banjir. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui JPS Malaysia sedang melaksanakan Kajian Keberkesanan Penyelesaian Banjir Jangka Panjang di negeri Pulau Pinang termasuk daerah Kulim dan Bandar Baharu di negeri Kedah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan projek-projek tebatan banjir yang sedia ada di negeri ini serta menyediakan pelan mitigasi jangka panjang berdasarkan peta kebarangkalian banjir dan peta risiko banjir yang disediakan. Kajian ini dijangka siap pada pertengahan tahun depan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Isu yang terakhir untuk Lubuk Buntar tadi pagi lisan dah jawab. Berkenaan cadangan kaedah private placement untuk mendapatkan dana bagi membiayai projek-projek utama infrastruktur air. Yang Berhormat Bukit Tambun, penggunaan dana dalaman dan dana daripada penerbitan SUKUK PBA adalah mencukupi untuk membiayai projek-projek utama buat masa ini. Jadi tidak ada keperluan untuk membuat private placement. Yang Berhormat Bukit Tambun ada mencadangkan agar PBA menyalurkan bantuan kepada Persatuan Bomba Sukarela (PBS). Sukacita dimaklumkan PBA sememangnya menghargai jasa PBS dan ada memberi sumbangan kepada mereka sejumlah RM267,000 sepanjang 3 tahun yang lalu, iaitu RM90,000.00 pada tahun 2022, RM72,000.00 pada tahun 2023 dan RM105,000.00 pada tahun 2024 dan untuk tahun-tahun yang akan datang juga saya percaya PBA juga akan mempertimbangkan untuk memberi sokongan dan sumbangan kepada pihak PBS yang banyak membantu khususnya semasa krisis air dan sebagainya.
Merujuk kepada pelaksanaan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sungai Muda dan Sungai Kerian oleh Yang Berhormat Bukit Tambun juga, PBA telah mengenal pasti lot-lot tanah
yang terlibat untuk pengambilan balik tanah bagi keperluan projek TAPS. Walau bagaimanapun, kajian kebolehlaksanaan bagi keperluan teknikal TAPS akan dilaksanakan terlebih dahulu untuk memastikan kapasiti Sungai Kerian dan Sungai Muda adalah mencukupi bagi tujuan tersebut sebelum permohonan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.
Seterusnya, berkenaan cadangan Yang Berhormat Batu Uban, supaya caj penyelenggaraan bangunan di bawah Skim Strata digabungkan dengan bil air. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyambut baik saranan tersebut namun, perkara ini melibatkan pindaan akta yang akan mengambil masa yang panjang dan juga melibatkan banyak pihak berkepentingan. Tapi, mungkin perbincangan mengenai perkara ini boleh dimulakan. Ha sila-sila… (gangguan).
Dato’ Timbalan Speaker, berdasarkan pengumuman oleh PBA, pihak PETRA hanya meminta PBA untuk memohon pembiayaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia ke-13. Oleh itu, adakah projek TAPS ini akan tunggu peruntukan daripada pihak Persekutuan atau PBA mampu melaksanakan sendiri.
Buat masa ini kita nak try Persekutuan dulu lah, Yang Berhormat. Tapi untuk peruntukan Persekutuan, hari itu ada mesyuarat di Bahagian Bekalan Air (PETRA) yang telah saya hadiri sendiri dengan CEO PBA dan Alhamdulillah mereka telah bersetuju untuk pelaksanaan projek Rumah Pam Lahar Yooi yang telah kita minta bertahun-tahun dan oleh kerana dengan justifikasi bahawa PBA akan menukarkan penggunaan Empangan Mengkuang daripada empangan strategik ke empangan harian maka, keperluan untuk penaiktarafan ataupun binaan semula sebuah rumah pam di Lahar Yooi itu sangat-sangat diperlukan. Oleh itu, Bahagian Bekalan Air Kementerian pun bersetuju dan telah mengemukakan Notice of Change (NOC) berkenaan projek tersebut dan kita harap dapat dilaksanakan juga dalam masa yang akan datang.
Seterusnya, merujuk kepada Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan penubuhan Lembaga Sumber Air seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah. Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri telah meluluskan Penubuhan Lembaga Sumber Air pada 25 September 2024 yang lalu dan Rang Undang-Undang tersebut dijangka dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri pada tahun hadapan. Punca kuasa berkaitan IRBM juga telah dimasukkan dalam enakmen tersebut ataupun deraf enakmen tersebut dan perkara ini akan berkuat kuasa setelah mendapat kelulusan Dewan yang Mulia ini.
Bagi menjawab pertanyaan oleh Yang Berhormat Sungai Bakap, mengenai penggantian paip di Daerah Seberang Perai Selatan, untuk makluman Yang Berhormat, PBA telah mempunyai perancangan untuk penggantian paip di SPS secara berperingkat. Untuk tujuan tersebut, sejumlah 31 kerja penggantian telah dirancang melibatkan jarak paip sepanjang 39.85 km. Kesemua kerja-kerja ini di peringkat perolehan dan dijangka selesai menjelang tahun 2027.
Dato’ Yang di-Pertua, akhir kata daripada saya, Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan pembangunan infrastruktur, pengangkutan dan digital di Pulau Pinang dilaksanakan dengan kaedah yang paling cekap dan lestari bagi kemaslahatan bersama. Diharapkan segala pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat telah dapat saya rungkaikan di kesempatan ini. Justeru, Kerajaan Negeri berharap agar semua pihak termasuk jabatan dan agensi Kerajaan, pihak Swasta, Kerajaan Persekutuan bahkan setiap lapisan masyarakat dapat bekerjasama dan sentiasa
menyokong setiap inisiatif Kerajaan Negeri untuk membangunkan dan memajukan Pulau Pinang ke arah mencapai Visi Penang2030. Dengan itu saya mohon menyokong, sekian terima kasih.
Terima kasih Tanjong Bunga. Dan seterusnya saya mempersilakan Sungai Pinang.
Ya. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Puan-Puan dan Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian. Selamat Petang, Salam Harapan, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan semua pihak di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas sokongan yang telah diberikan kepada MMK Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan serta menyentuh isu-isu berkaitan portfolio saya. Saya amat menghargai segala cadangan yang telah dikemukakan dan akan memberi perhatian serta menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berucap pada hari ini mengenai isu yang menyentuh portfolio saya iaitu Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Isu miskin tegar, isu miskin tegar isu sentuh hati dan syabaslah Dewan ini penuh dengan wakil rakyat yang prihatin. Jadi, sesi Dewan kali ini menyaksikan ramai Ahli Dewan membangkitkan isu miskin tegar. Seperti yang diketahui umum, kes miskin tegar di Pulau Pinang yang dilaporkan dalam berita baru-baru ini menunjukkan Pulau Pinang berada di tangga pertama dengan sebanyak 1,650 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan setakat 31 Oktober 2024. Walau bagaimanapun sehingga kini, Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan jumlah ini kepada hanya 142 Ketua Isi Rumah setakat 27 November 2024 dalam tempoh beberapa hari ini. Jadi melalui usaha pemutihan dan semakan silang yang dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan, kita dapat melihat trend penurunan kes miskin tegar. Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu miskin tegar. Perlu diingatkan bahawa isu miskin tegar ini bersifat dinamik.
Data ini tidak akan kekal statik kerana bilangannya boleh meningkat atau menurun bergantung kepada pelbagai faktor seperti kehilangan pekerjaan, penyakit kronik atau bencana yang menyebabkan sesetengah individu tergolong dalam kategori miskin tegar. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, malah di seluruh negara. Jadi data berkaitan miskin tegar ini dikendali oleh Kerajaan Persekutuan melalui Sistem e-Kasih yang diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri (ICU).
Data dikumpul melalui proses pembancian dan maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan makluman lisan daripada Ketua Isi Rumah. Namun, masih terdapat kecenderungan di mana KIR boleh menyatakan mereka tidak bekerja atau tidak menerima sebarang bantuan demi memenuhi kriteria kelayakan tertentu kerana tiada pengesahan dokumen seperti slip gaji diperlukan. Jadi maklumat yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam Sistem e-Kasih dan seterusnya akan diumumkan sebagai jumlah terkini miskin tegar. Saya ingin menegaskan kepada semua pihak bahawa sebarang data yang diumumkan pada masa ini adalah data sebelum proses pemutihan dan silang semak dilaksanakan.
Oleh itu, jangan terkejut atau panik sekiranya jumlah yang dilaporkan kelihatan terlalu tinggi. Kita masih mempunyai proses yang panjang untuk kurangkan jumlah ini. Ini satu proses yang biasa oleh pihak ICU di semua negeri. ICU seterusnya akan membuat semakan silang dengan semua agensi yang berkaitan untuk meneliti dan membantu keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan. Proses semakan silang ini amat penting untuk memastikan ketepatan data dan memastikan keadilan dalam pengagihan bantuan untuk mengurangkan jumlah kategori miskin tegar dengan lebih berkesan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah salah satu agensi yang terlibat dalam proses semak silang dan pemberian bantuan. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang sentiasa konsisten dalam melaksanakan siasatan setiap kali menerima maklumat daripada ADUN atau MPKK atau komuniti mengenai keluarga B40 yang memerlukan bantuan. Pihak jabatan Kebajikan Masyarakat akan turun padang untuk menjalankan siasatan terperinci, mengumpulkan dokumen sokongan dan mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Kesihatan serta pihak-pihak berkaitan. Langkah ini bertujuan memastikan latar belakang pemohon disemak dengan teliti sebelum meluluskan bantuan bulanan.
Sehingga kini, pihak JKM telah membantu sebanyak 891 keluarga yang disenaraikan dalam kategori miskin tegar melalui pemberian bantuan bulanan JKM. Dan hasil daripada usaha silang semak yang telah dilakukan, saya ingin memaklumkan bahawa Pulau Pinang kini berada di tangga ke-6 dengan sebanyak 142 Ketua Isi Rumah dan berdasarkan data terkini daripada ICU, kita berjaya mengurangkan sebanyak 1,508 Ketua Isi Rumah dalam tempoh beberapa hari sahaja. Perkara ini menunjukkan betapa dinamiknya data tersebut dan kedudukan sesebuah negeri boleh berubah dalam masa yang singkat. Saya percaya Pulau Pinang hanya kurang bernasib baik ketika pengumuman dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.
Dengan penjelasan ini, saya berharap anda semua mendapat gambaran yang lebih jelas dan adil mengenai isu miskin tegar yang sedang berlaku di seluruh negara. Di samping itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah tambahan yang proaktif untuk terus membantu mengurangkan jumlah keluarga miskin tegar di negeri ini. Bermula 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri akan menaikkan kadar Pendapatan Per Kapita di bawah Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (BAES) daripada RM260 kepada RM322. Saya yakin peningkatan kadar Pendapatan Per Kapita ini akan memberi manfaat besar kepada golongan miskin tegar dan seterusnya membantu mengurangkan kes kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Bantuan Agenda Ekonomi Saksama merupakan salah satu kaedah terbaik yang telah kita laksanakan berbanding pendekatan lain yang pernah digunakan sebelum ini. BAES telah menyelaraskan dan mengurangkan peringkat permohonan serta kelulusan, membolehkan bantuan sampai kepada penerima dengan lebih cepat. Tempoh rasmi untuk proses permohonan adalah 30 hari tetapi rekod purata menunjukkan pihak JKM berjaya mengambil masa 15 hari dari tarikh dokumen lengkap diserahkan, berbanding kaedah sebelumnya yang memakan masa hampir dua bulan. Seiring dengan manfaat untuk membantu golongan miskin tegar, Unit Mutiara Foodbank turut memainkan peranan penting dengan menyediakan bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan.
Sepanjang tempoh operasi dari 2017 hingga kini, sebanyak 1,700 tan makanan telah berjaya diselamatkan dan dimanfaatkan oleh hampir 121,957 penerima atau keluarga yang layak di negeri Pulau Pinang. Kejayaan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada bantuan asas sambil menyumbang kepada pengurangan pembaziran makanan di negara ini. Selain itu, bantuan-bantuan lain adalah seperti Skim Bantuan Sara Hidup atau bantuan bulanan oleh Zakat Pulau Pinang, Inisiatif Pendapatan
Rakyat oleh NCER dan Program Peningkatan Pendapatan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang. serta semua bantuan ini bertujuan meringankan beban kepada ketua keluarga bagi mengukuhkan kewangan yang membantu golongan sasar keluar dari kepompong kemiskinan.
Bagi menjawab persoalan Bukit Tengah dan Bertam, pendekatan untuk mengukur kemiskinan memainkan peranan penting dalam menilai kesejahteraan masyarakat dan keberkesanan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Dua kaedah utama yang sering dibangkitkan adalah Pendapatan Per Kapita (PPK) dan Multidimensional Poverty Index (MPI), masing-masing dengan kekuatan tersendiri. Di Pulau Pinang, penggunaan PPK lebih relevan buat masa ini, selaras dengan fokus negeri ini terhadap pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf pendapatan penduduk. Sebagai sebuah negeri maju dengan kadar urbanisasi yang tinggi, Pulau Pinang kurang terkesan oleh isu kemiskinan multidimensi yang lebih ketara di kawasan luar bandar.
Walaupun pada masa ini kita tidak menggunakan Multidimensional Poverty Index, namun saya berpendapat bahawa Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk mengkaji penggunaan Multidimensional Poverty Index dalam mengukur kemiskinan pada masa hadapan berdasarkan kesesuaian. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa isu miskin tegar bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan, sama ada di peringkat Negeri mahupun Persekutuan, tetapi ia juga merupakan tanggungjawab bersama termasuk individu itu sendiri. Kita perlu menggalakkan mentaliti, dengan izin, “Give a man a fish, you feed him for a day; Teach a man to fish and you feed him for a lifetime”.
Pendekatan ini penting bagi memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan yang mampan, kerana bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan tidak akan mencukupi untuk membantu semua pihak secara sepenuhnya. Oleh itu, adalah sangat penting untuk tidak hanya bergantung kepada bantuan bulanan semata-mata. Sebaliknya, setiap individu perlu mengambil inisiatif untuk menyertai program-program pemberdayaan yang mampu meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan membawa perubahan jangka masa panjang yang lebih baik dalam kehidupan seperti kursus dan latihan yang disediakan bagi melatih individu dalam bidang keusahawanan dan meningkatkan kemahiran mereka.
Oleh itu, saya juga berharap agar YB-YB semua melalui jentera di peringkat akar umbi di komuniti dapat membantu memberi panduan kepada komuniti untuk mengambil lebih banyak inisiatif dalam meningkatkan kesejahteraan mereka… (gangguan).
Yang Berhormat, boleh saya mencelah.
Silakan.
Tadi Yang Berhormat ada membawa berkenaan dengan isu PGK, Garis Kemiskinan and then Yang Berhormat juga sentuh atas Multidimensional Index. Kalau tak silap saya, Kerajaan Pusat telah pun sekarang mentafsirkan kemiskinan pada kadar 2000, two thousand two hundred and eight, two hundred two thousand, two thousand.
Depends every (tak jelas).
But on the national, on every national it should be two thousand over lah. Right. Tetapi di Pulau Pinang, kalau kita lihat, for bantuan kerajaan, JKM, mereka masih menetapkan kemiskinan isi rumah at 1168, kalau tak silap saya. Oh, that is two right. Satu adalah kemiskinan isi rumah, satu lagi adalah per kapita individu. So, mungkin YB boleh memaklumkan kita apakah figure yang terbaru sekarang sebab apa yang saya nak katakan di sini, memang kalau kita guna 1168 or 1198, itu adalah angka yang masih lagi tak memadai, tak mencukupi. Sebab daripada angka-angka daripada Jabatan Perangkaan (DOSM), bulanan perbelanjaan bulanan satu isi rumah adalah dalam lingkungan RM4,000.00 lebih. Ini adalah angka-angka daripada kerajaan sendiri.
Jadi, kita di Pulau Pinang also considered urban. Kita tak boleh la kira sebagai satu kawasan luar bandar. So, apakah bantuan-bantuan yang diberi mestilah mencukupi untuk mereka boleh at least subsist dengan dignity. Saya nak gunakan contoh yang saya pernah bentangkan sebelum ini atau pun bangkitkan. Bantuan RM500.00 kepada warga emas is totally totally tak mencukupi. Sewa rumah pun, katakan yang paling murah sewa rumah pun saya rasa RM1,000.00 atau pun RM500.00 paling murah. Dengan apa yang dia boleh makan selepas dia dapat RM500.00. Jadi saya harap satu pasukan atau pun YB sendiri boleh menubuhkan satu jawatankuasa yang khusus untuk mengkaji semula bantuan-bantuan yang sedia ada untuk sama ada boleh meningkatkan bantuan-bantuan yang diberikan oleh JKM. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih daripada… (gangguan).
Sungai Pinang, boleh saya tambah sikit. Berkenaan dengan angka miskin tegar ini, di peringkat negeri terutama daerah kita ada jawatankuasa Focus Group yang membincangkan tiap-tiap bulan membincangkan tentang isu miskin ini. So, bolehkah kita saya tengok angka yang dibentang dalam mesyuarat Focus Group ini, kadang-kadang dia akan berbeza. Dia tak sama dengan angka yang telah diumum sama ada oleh ICU ataupun JKM. dia selalu tak sama. So, saya rasa angka ini penting sebab dia sebagai bentuk indicator terutama Pulau Pinang adalah negeri industri so mungkinkah saya setuju dengan Bukit Tengah, satu jawatankuasa perlu diwujudkan supaya kita dapat seragamkan dengan angka-angka ini dan tidak menjadi keliru pada masa akan datang terutama juga Pendapatan Per Kapita yang diguna pakai untuk mengukur garis kemiskinan. Betul, tiap-tiap negeri dia akan berbeza mengikut taraf hidup. So saya rasa saya setujulah bahawa satu jawatankuasa yang khusus perlu ditubuhkan memandangkan Kerajaan Madani sangat serius dalam usaha untuk membanteras miskin tegar ini. Terima kasih.
Yang Berhormat, tambah sedikit. Saya amat tertarik dengan penjelasan dari Sungai Pinang tadi berkenaan dengan angka miskin tegar yang di mana lebih kurang dalam sebulan sudah menurun mendadak 1,508 di mana Pulau Pinang dikatakan hanya mempunyai 142 Ketua Isu Rumah yang miskin tegar. Kalau itu betul, syabas dan tahniah tetapi mengikut data yang ICU bagi yang dibentangkan di Parlimen, saya rasa ada percanggahan dan sepatutnya saya bersetuju dengan
Focus Group yang dijalankan di setiap daerah pada setiap bulan, angka yang diberi itu terlalu tinggi compare dengan angka yang sebenar. Jadi saya rasa angka-angka yang diberi oleh ICU melalui eKasih itu memang tak tahu pengiraan dia orang macam mana. Then kalau betul, sekarang anggaran kita hanya 142, saya rasa teguran harus diberikan kepada ICU kerana mengeluarkan statement sebegitu menjatuhkan nama baik negeri dalam pengurusan miskin tegar. Dan seterusnya saya pun bersetuju, mungkin kita harus wujudkan satu database sendiri supaya kita dapat mengukur dan mengenal pasti KIR miskin tegar di setiap daerah dan seterusnya ADUN-ADUN terbabit boleh memantau dan juga pembangkang juga sekali boleh memantau sebab mereka ada bagitau pagi tadi… (gangguan).
Okey, Sungai Pinang.
Kata memang ramai miskin tegar di kawasan pembangkang.
Ya, ya.
Saya mohon satu jawatankuasa.
Terima kasih kepada ADUN-ADUN dari Bukit Tengah dan semualah. Kita faham sebab rakyat jelata kita itu sebagai ahli family kita juga. Maka untuk isu miskin tegar, angka itu dan saya untuk menjawab soalan daripada Bukit Tengah, PGK sebab PGK itu dia memang tak mencukupi kalau ikut Garis Panduan PGK tu memang sangat kurang dan kita perlu kaji dan itu adalah daripada Kerajaan Persekutuan juga. Kita akan kaji dan lepas tu that’s why kita ada BAES. BAES ialah per kapita. Jika, itu saya buat satu contohlah, jika gaji ketua isi rumah cuma RM1500 dan dia akan dia telah keluar daripada golongan ini tetapi kalau dia ada 10 orang, 10 ahli keluarga, KIR nya 10 dan kita kaji dengan seorang per kapita itu ialah 322 maka time stand become 3,322. Kita akan top up dengan BAES. Program BAES itu untuk membantu keluarga ini, okay. Jadi ini adalah PP per kapital lah yang kita guna pakai sekarang. Jadi ini adalah salah satu oleh Kerajaan Negeri untuk membantu keluarga di Pulau Pinang dan angka ini juga saya telah memaklumkan kepada Jabatan ICU mengenai isu data ini. Memang, memang semua terkejut Pulau Pinang menjadi angka dia dinamik dan dia berdasarkan permohonan ke eKasih dan saya tadi kata malangnya sebelum pemutihan dia telah membuat announcement. Jadi ini menjadikan semua terkeliru dan sini kita nampak lepas pemutihan, lepas silang semak, jadi hari ini kita cuma ada 142 sahaja dan di dalam tangga yang keenamlah bukan pertama. Dan kita akan, ICU juga memaklumkan akan work on the data collection dengan semua agensi dan untuk selaraskan dan jawatankuasa cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa itu memang satu cadangan yang baik. Memang saya telah bercadang sebelum itu sebab saya nampak dia ada percanggahan nombor-nombor itu. Maka sedang dalam rangkaan untuk jawatankuasa tersebut ya. Terima kasih.
Okey. Saya juga, di sini mana pula. Okey, Bandar Mesra Usia. Keperluan warga emas sentiasa menjadi keutamaan dalam usaha memastikan golongan ini terus mendapat sokongan yang sewajarnya. Pelbagai program dan infrastruktur telah dirangka dan dilaksanakan bagi membantu mereka kekal aktif serta menjalani kehidupan yang berkualiti.
Saya amat terharu apabila ramai Yang Berhormat menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap isu-isu yang melibatkan kebajikan warga emas. Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan dan wakil rakyat dalam menjaga kesejahteraan komuniti yang semakin menua ini. Kerajaan Negeri amat peka untuk kenaikan peratusan warga emas di Pulau Pinang. Unjuran peratusan dari Jabatan Perangkaan menunjukkan pada 2024, 8 peratus daripada warga Pulau Pinang adalah berumur 65 tahun ke atas dan secara tidak langsung Pulau Pinang telah menjadi negeri menua. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memulakan Inisiatif Bandar Mesra Usia pada 2023 bagi menghadapi isu ini. Bandar Mesra Usia adalah satu usaha untuk mewujudkan persekitaran yang mesra untuk semua golongan, terutamanya warga emas. Pelan tindakan yang telah dilancarkan pada bulan September 2024 yang lalu telah mendapat perhatian ramai pihak di mana setiap program dan tindakan yang akan diambil semestinya memberi impak yang positif kepada setiap lapisan masyarakat. Pelaksanaan pelan tindakan ini adalah bersama MBPP dan tempoh pelan tindakan ini adalah sepanjang tahun 2024 hingga 2025 dan ianya memberi fokus kepada 8 domain yang telah ditetapkan oleh WHO, World Health Organization dalam merangka program-program yang melibatkan Age Friendly City demi mewujudkan persekitaran yang menggalakkan penuaan aktif dan sihat.
Dengan kerjasama PWDC, saya juga berbesar hati untuk memaklumkan bahawa usaha Bandar Mesra Usia akan diperluaskan ke MBSP pada tahun hadapan. Dengan inisiatif ini, Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya dijangka akan menjadi sebuah negeri mesra usia menjelang tahun 2028. Di bawah Inisiatif Bandar Mesra Usia, penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah di bawah Domain 4 iaitu penglibatan sosial yang menyediakan pelbagai program yang inklusif dan menggalakkan penglibatan aktif di kalangan warga emas. Manakala Domain 5 iaitu hormat dan keterangkuman sosial pula menggalakkan warga emas di Pulau Pinang untuk menyertai aktiviti sosial, sivik dan ekonomi di mana mereka merasai nilai dan penghormatan. Penubuhan PAWE sebagai ruang komuniti sememangnya dapat meningkatkan jumlah warga emas yang terlibat secara aktif dalam aktiviti dengan menekankan elemen program berteraskan komuniti, intergenerasi dan interaktif.
Terima kasih kepada YB Sungai Puyu dan YB Batu Lancang atas minat yang ditunjukkan dalam usaha menubuhkan PAWE di kawasan masing-masing. Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang berminat untuk menubuhkan PAWE di kawasan anda, Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat mengalu-alukan inisiatif tersebut. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang sentiasa bersedia untuk membantu dalam proses permohonan anda. Malah, pada tahun ini sahaja, kita telah berjaya menubuhkan tiga buah PAWE baharu di Pulau Pinang. Sehingga November 2024, negeri ini telah mempunyai sebanyak 9 buah PAWE. Untuk makluman, PAWE merupakan inisiatif bersama dengan Kerajaan Persekutuan yang menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000.00 one-off bagi penubuhan pusat ini, dan geran tahunan sebanyak RM50,000.00 untuk pengoperasian dan aktiviti bagi setiap PAWE yang telah diluluskan.
Sekadar perkongsian bersama semua, sempena sambutan Hari Warga Emas Sedunia 2024, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperuntukkan sejumlah RM27,000.00 kepada 9 PAWE, iaitu sebanyak RM3,000.00 one-off bagi setiap PAWE sebagai tanda sokongan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menyokong inisiatif aktiviti yang menggalakkan warga emas untuk terus aktif dalam komuniti setempat. PAWE memberikan pelbagai manfaat kepada warga emas dalam komuniti kita, termasuk meningkatkan interaksi sosial bagi mengurangkan kesunyian, merangsang minda dan mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat
serta gaya hidup sihat melalui program dan bengkel yang ditawarkan. Melalui inisiatif ini, kita juga menggalakkan mereka untuk lebih terlibat dalam komuniti tempatan, memberikan mereka rasa kepentingan dan relevansi dalam masyarakat.
Menjawab kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah mengenai pengiraan Bantuan Warga Emas RM500.00 daripada Kerajaan Persekutuan, perlu diakui bahawa ia sememangnya tidak mencukupi, jika warga emas bergantung sepenuhnya kepada bantuan tersebut. Jadi sama seperti isu miskin tegar, bantuan kewangan sahaja tidak akan mampu menyelesaikan masalah golongan yang memerlukan. Kita tidak seharusnya menggalakkan rakyat bergantung sepenuhnya kepada bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri. Oleh itu, di bawah Inisiatif Bandar Mesra Usia terdapat Domain 6 iaitu penglibatan sivik dan peluang pekerjaan. Domain ini menekankan kepentingan mewujudkan peluang pekerjaan untuk warga emas bagi memastikan mereka kekal aktif dan dihargai sebagai anggota masyarakat, sekaligus mengurangkan risiko pengasingan sosial. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan jaminan kewangan individu tetapi juga memberikan mereka makna hidup dengan terus menyumbang kepada masyarakat selagi mereka masih bertenaga dan berupaya. Komuniti juga mendapat manfaat daripada pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh golongan ini. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui MBPP telah mewujudkan peluang pekerjaan melalui kontrak perkhidmatan komuniti untuk tugas pembersihan dan keselamatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Pinang, di mana sekurang-kurangnya 75% peluang pekerjaan ini diberikan kepada warga emas.
Selain itu, Projek Pertanian Bandar di Lebuhraya Rose turut melibatkan warga emas yang mengurus, memantau dan mengusahakan kebun tersebut, bertujuan untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan bahawa Bantuan Warga Emas telah dinaikkan kepada RM600.00 daripada RM500.00 sebulan berkuatkuasa 2025. Tahun depanlah. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengumumkan kenaikan kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Kanak-kanak dalam Belajawan 2025.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kebun Bunga dan Yang Berhormat Bukit Tengah atas cadangan dan perhatian terhadap keperluan mewujudkan pusat jagaan serta kediaman warga emas, terutamanya cadangan untuk menubuhkan Pusat Jagaan Warga Emas pertama di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sememangnya, kemudahan seperti ini amat diperlukan, khususnya bagi keluarga dari golongan B40 yang tidak berkemampuan untuk menjaga atau membiayai perkhidmatan swasta bagi ibu bapa mereka yang sudah lanjut usia. Cadangan ini diterima dengan baik dan akan dikaji untuk pelaksanaan sekiranya peruntukan Kerajaan Negeri mengizinkan. Dan walaupun kita prihatin terhadap warga emas yang ditempatkan di pusat jagaan, kita tidak boleh melupakan bahawa terdapat warga emas yang lebih memilih untuk terus tinggal di rumah mereka sendiri dengan lebih selesa. Namun, kebanyakan daripada mereka sering kali hidup bersendirian. Apabila warga emas ini semakin lanjut usia tanpa penjagaan daripada ahli keluarga terdekat, terdapat peningkatan kes warga emas yang meninggal dunia sendirian di rumah dan hanya ditemui oleh jiran selepas beberapa hari. Isu ini turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga dalam Sidang DUN yang lepas. Untuk menangani isu ini, Kerajaan Negeri sedang meneroka inisiatif baharu yang dinamakan Sukarelawan Mutiara, sebuah program yang memperluaskan usaha yang terhad di bawah JKM Pusat iaitu Khidmat Bantu Di Rumah. Sukarelawan Mutiara melibatkan sukarelawan yang dipilih oleh setiap ADUN untuk menjalankan lawatan rumah dan memberikan bantuan kepada warga emas yang tinggal bersendirian dalam komuniti mereka. Sukarelawan ini akan membuat semakan mingguan terhadap kesejahteraan klien mereka dan memberikan bantuan sekiranya diperlukan. Inisiatif ini juga menyediakan peluang interaksi sosial kepada warga emas yang kesunyian. Buat masa ini, inisiatif Sukarelawan Mutiara sedang melalui kajian perintis bersama beberapa ADUN terpilih untuk fasa percubaan sebelum ia
dilancarkan secara rasmi. Kami berharap semua ADUN akan tampil memberikan sokongan kepada inisiatif ini demi kesejahteraan warga emas dalam komuniti kita.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin memberi perhatian kepada isu berkaitan Rumah Ibadat Bukan Islam. Saya menyambut baik cadangan dan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu Lancang dalam isu Rumah Ibadat Bukan Islam yang tidak sah atau tanpa kelulusan di negeri Pulau Pinang. Pertimbangan mekanisme bagi menangani permasalahan berhubung RIBI yang tidak sah akan diperhalusi dan dikaji di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Hal Ehwal Bukan Islam. Untuk menangani isu Rumah Ibadat Bukan Islam yang tidak berdaftar atau tidak sah pada masa hadapan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Sistem eRIBI.
Sistem ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif dan menyeluruh mengenai RIBI, yang menjadi asas untuk menetapkan dasar dan polisi yang lebih efektif. Data yang dikumpul melalui sistem ini penting untuk memastikan pengurusan RIBI yang lebih teratur dan berinstitusi. Selain itu, perubahan dalam pendaftaran di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah diperkenalkan untuk meningkatkan keberkesanan pengumpulan data. Menurut perubahan yang diperkenalkan, semua RIBI yang berdaftar di bawah jawatankuasa perlu menukar pendaftaran mereka kepada Persatuan Penganut. Hanya Persatuan Penganut yang dibenarkan untuk menguruskan RIBI pada masa hadapan dan mereka hanya akan diluluskan jika mempunyai kebenaran daripada pemilik tanah atau jika tanah itu adalah milik mereka. Jika tidak, mereka hanya boleh memohon sebagai Persatuan Penganut Yang Tidak Menguruskan RIBI. Dengan adanya Sistem eRIBI dan perubahan pendaftaran ini, proses pengumpulan data akan menjadi lebih efisien dan teratur. Langkah ini juga memberi penekanan kepada pentingnya kesahihan dalam pengurusan RIBI yang diharapkan dapat menangani isu RIBI yang tidak berdaftar pada masa hadapan. Maka, cadangan Yang Berhormat Batu Lancang supaya Kerajaan Negeri meneliti dalam menyelesaikan isu penyelarasan RIBI dari permohonan tanah dan tempoh penempatan semula sesuatu RIBI akan turut dipertimbangkan bersama pihak-pihak berkaitan. Sepertimana yang ditekan oleh Yang Berhormat Batu Lancang juga berkenaan penyerahan tanah RIBI oleh pihak pemaju kepada Kerajaan Negeri bagi skim pembangunan baharu. Melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBPP dan MBSP bagi proses pemajakan dan pemberimilikan, terdapat 7 tapak RIBI yang masih belum dipajak di bawah pentadbiran MBPP manakala 12 tapak RIBI di bawah pentadbiran MBSP. Secara keseluruhan tapak yang masih kosong sebanyak 19 tapak RIBI. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan Jawatankuasa Tabung Amanah atau Peruntukan Khas Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Pulau Pinang di bawah seliaan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (JPBD) dan Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (HARMONICO) sebagai urusetia bersama. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi komitmen padu dalam merealisasikan dan menunaikan Manifesto Perpaduan dengan memberikan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi keperluan Rumah Ibadat Bukan Islam sehingga tahun 2028. Jadi dalam menerajui inisiatif ini, garis panduan dan syarat kelayakan permohonan akan diperhalusi setiap tahun demi penyelarasan efisien proses permohonan.
Okey, Streets Of Harmony Pulau Pinang merupakan negeri yang kaya dengan kepelbagaian warisan, agama dan budaya. Lebuh Pitt di Tapak Warisan Dunia UNESCO yang juga dikenali sebagai Street of Harmony George Town merupakan contoh yang terbaik dalam mencerminkan keharmonian dalam kepelbagaian agama yang meliputi lima buah rumah ibadat yang berlainan iaitu St. George’s Anglican Church, Goddess of Mercy Temple (Kuan Im Teng Temple), Kuil Sri Maha Mariamman, Masjid Kapitan Keling dan Masjid Melayu Lebuh Acheh. Dalam menerajui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui HARMONICO turut memperkenalkan tiga buah Streets of Harmony yang lain demi mempromosikan keharmonian antara kaum, agama dan kebudayaan di Pulau Pinang iaitu Street of Harmony Seberang Jaya, Streets of Harmony Bukit Mertajam dan Street of Harmony Bayan Baru. Pelancaran dan pengenalan Streets of Harmony merupakan satu simbol yang cukup signifikan
dalam mengenal pasti rumah ibadat berlainan agama yang wujud bersama, hidup serta menunaikan ibadah masing-masing dalam suasana yang harmoni di sesuatu jalan, di sesuatu lebuh atau kawasan yang berdekatan antara satu sama lain. Lokasi Streets of Harmony yang begitu strategik nescaya akan menjadi satu tarikan bagi pelancong-pelancong untuk mendalami keunikan, kepelbagaian budaya dan agama di Pulau Pinang dengan melihat bagaimana masyarakat majmuk dengan latar belakang yang berbeza hidup bersama dalam aman dan harmoni. Inisiatif ini juga selari dengan Inisiatif Pelancongan Keagamaan atau Religious Tourism dalam Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang.
Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menjemput semua yang hadir hari ini untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Krismas Negeri Pulau Pinang pada 7 Disember 2024, jam 6.30 petang di Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth. Ya, Telok Ayer Tawar, 7 hb Disember saya jemput semua sama-sama kita meraikan, memeriahkan ya. Dan kepada YB-YB yang sentiasa prihatin terhadap perpaduan dan keharmonian, marilah hadir untuk memberikan sokongan kepada sambutan yang indah dan penuh keceriaan ini serta beramah mesra dengan komuniti setempat. Jangan kata saya tak jemput hah (ketawa) okey.
Dalam usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang lebih terangkum dan memastikan perkhidmatan dan infrastruktur selari dengan SDG iaitu leaving no one behind, Kerajaan Negeri telah mempelbagaikan program-program pembangunan sosial untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang dan memastikan tiada sesiapa yang terpinggir dari mendapat manfaatnya. Inisiatif-inisiatif di bawah Kerajaan Negeri turut menekankan aspek keterangkuman gender dan sosial demi mempromosikan kesaksamaan serta keadilan ke arah mencapai masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bukit Tambun kerana telah mengetengahkan pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender (DKG) menerusi program advokasi DKG iaitu komik Cerita Anak Penang Jilid 2 yang dengan tema Kelompok Berlainan, Keperluan Berbeza telah diterbitkan dan akan diedarkan di serata Pulau Pinang. Kamu boleh dapat buku itu di atas meja kamu yang ini ya, komik ini. Dasar ini telah diangkat pada tahun 2019 dan kini berada pada fasa kedua iaitu Menginstitusi Amalan Dalam Hala Tuju DKG 2019-2030. Penilaian Separa Penggal yang bertujuan menilai dan menambah baik pelaksanaan DKG. Sehingga 26 November, seramai 124 orang responden, 47.9% menyatakan mereka menerima kesan positif dan 41 orang responden berpendapat DKG memberikan kesan sangat positif kepada mereka. Antara anjakan minda yang dapat dirasakan oleh responden adalah mereka lebih prihatin terhadap keperluan berbeza, lelaki, wanita, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, OKU dan warga emas serta menjadikan keterangkuman gender sebagai panduan dalam pelaksanaan tugas harian. Kesemua input yang telah dikumpulkan akan dimuktamadkan sebagai Pelan Tindakan DKG 2025-2027. Bagi tahun 2028 di peringkat Kerajaan Tempatan, Taklimat Dasar Keterangkuman Gender telah dijalankan kepada 1,658 kakitangan pegawai MBPP dan MBSP dan sesi Training of Trainers yang melibatkan 78 Pegawai dan Penolong Pegawai Gender di MBPP dan MBSP telahpun dijalankan. Manakala di peringkat Kerajaan Negeri, saya telah mengadakan dialog bersama 30 orang pegawai yang mewakili 26 jabatan dan agensi untuk memahami cabaran dan penyelesaian demi merealisasikan matlamat Dasar Keterangkuman Gender.
Selain itu, satu Pembentukan Jawatankuasa Dasar Keterangkuman Gender sebagai landasan pemantauan dan penilaian telah diusulkan bagi menambah baik pelaksanaan DKG. Dan di peringkat Kerajaan Negeri saya telah mengadakan dialog bersama 30 okey. Pelaksanaan Bajet Penyertaan Rakyat dan Responsif Gender atau Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) di peringkat Kerajaan Tempatan terus diperkukuhkan pada tahun 2024. Soal Selidik dan Town Hall Bajet Rakyat MBPP Tahun 2025 telah diadakan bagi memastikan perancangan bajet majlis
berorientasikan rakyat dengan input serta cadangan diambil kira. MBPP telah menerima 162 cadangan atau usul bagi soal selidik dan 71 cadangan atau usul bagi sesi Town Hall untuk untuk 5 Fokus Bajet Rakyat 2025. Soal selidik dan sesi Town Hall bajet yang dijalankan memberi impak besar kepada rakyat dengan memastikan perancangan dan peruntukan bajet lebih responsif terhadap keperluan masyarakat. Amalan ini meningkatkan penyertaan awam, menggalakkan ketelusan dan memperkukuh akauntabiliti Pihak Berkuasa Tempatan, selain membantu mengenal pasti keutamaan rakyat, termasuk keperluan kumpulan terpinggir, wanita, dan belia, sekali gus memastikan perkhidmatan awam lebih inklusif dan berkesan. Maklum balas komuniti melalui sesi libat urus ini memperkuat hubungan antara rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan, meningkatkan kepercayaan awam serta memastikan projek yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
MBSP juga mengguna pakai kaedah GRPB dalam proses penyediaan Bajet Tahun 2025. GRPB Model Pulau Pinang juga telah menjadi amalan terbaik dan contoh ikutan bagi Pihak Berkuasa Tempatan lain di Malaysia. PWDC sebagai rakan kerjasama strategik dalam pelaksanaan GRPB di peringkat Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang telah dijemput sebagai rakan kerjasama Urbanice Malaysia, agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi Kajian Bajet Bandar Mampan dan Responsif Gender melalui penyertaan awam melibatkan lima PBT sebagai kawasan kajian di lima negeri.
Dato’ Yang di-Pertua, Keganasan rumah tangga adalah isu yang perlu diberi perhatian kerana impaknya bukan sahaja dirasai oleh mangsa dan keluarganya, tetapi juga oleh masyarakat. Keganasan rumah tangga merangkumi penderaan fizikal, emosi dan psikologi dan perkara ini menyebabkan mangsa terperangkap dalam kitaran keganasan yang dikawal dan penuh ketakutan. Dalam menangani isu ini, keprihatinan terhadap keseriusan isu ini amat diperlukan supaya kita dapat mengambil langkah proaktif ke arah pencegahan dan memberi sokongan untuk mangsa.
Menyedari ini, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Dasar Keluarga Selamat pada lima tahun lepas dalam usaha mempelbagaikan sokongan yang diberi kepada mangsa serta keluarga mereka. Sebanyak 536 First Support Point telah dilatih, termasuk 69 anggota polis yang juga telah dilatih pada tahun ini untuk meningkatkan kompetensi para barisan hadapan dalam mengendalikan kes keganasan rumah tangga serta menguatkuasakan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Selain itu, kita telah berjaya melibatkan seramai 1,901 individu di peringkat komuniti melalui program advokasi dan usaha penglibatan komuniti ini telah mendapat sokongan daripada institusi pendidikan, agensi kerajaan dan komuniti setempat yang sangat penting sebagai agen penyampaian maklumat kepada setiap lapisan masyarakat di Pulau Pinang. Dalam menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Seri Delima, dalam pengendalian kes-kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001, Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah agensi yang bertanggungjawab kerana mereka mempunyai Pegawai Pelindung yang diwartakan. Ini adalah untuk menjaga privasi dan kerahsiaan kanak-kanak terutamanya di zaman teknologi ini agar tidak meninggalkan kesan buruk dalam kehidupan dan masa depan mereka. Selain itu pihak JKM juga mempunyai Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) yang ditubuhkan melalui peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611). Tujuan PPKK iaitu Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak adalah bagi menyelaraskan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak. Jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan pemeliharaan dan perlindungan, oleh kerana terdapat badan yang sedia ada dan peranan yang khusus, Kerajaan Negeri menggalakkan agar orang ramai melaporkan kes penderaan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal atau membuat aduan melalui Talian Kasih 15999 atau Whatsapp 019-261 5999. Aduan penderaan kanak-kanak boleh dilakukan melalui media sosial Twitter dan Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Instagram Jabatan Kebajikan Masyarakat. Juga bolehlah beritahu saya hah.
Dan Dato' Speaker yang dihormati, seperti yang anda sedia maklum Malaysia Gender Gap Index untuk penyertaan politik sentiasa berada di dalam lingkungan 0.100 atau hingga 0.102 selama beberapa tahun. Kadar yang konsisten ini bukan kerana kekurangan bakat ataupun tiada minat di kalangan wanita tetapi lebih kepada halangan sistemik dan persepsi masyarakat yang terus membataskan wanita kepada peranan gender. Pendapat wanita adalah penting untuk memastikan pembangunan undang-undang, dasar dan program kerajaan dapat memenuhi keperluan masyarakat secara efektif.
Sejak 2019, bakat kepimpinan wanita-wanita akar umbi diasah melalui inisiatif Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga (JPWK). Di permulaan tahun ini, sebanyak 559 Ahli Jawatankuasa telah dilantik dan hampir 40% adalah lantikan baru. Bagi meningkatkan lagi kapasiti para pemimpin akar umbi ini, bengkel pengurusan projek akan diadakan pada tahun depan dan pada bulan Oktober dan November ini, dengan gabungan Persatuan Kebajikan Lingkaran Harapan dan PWDC dengan sokongan Think City, di bawah tema kesedaran komuniti dalam kategori projek Pembinaan Kapasiti iaitu bengkel untuk memudahcarakan pemindahan pengetahuan atau kemahiran kepimpinan kepada komuniti.
Lapan siri Bengkel Wanita Gerak yang direka khas untuk membina keupayaan golongan wanita dalam memimpin dan mengurus projek dengan lebih efektif, terutamanya projek-projek berasaskan ekonomi telah dijalankan. Sebanyak 534 wanita di komuniti termasuk ahli-ahli Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga dari Seberang Perai telah menyertai bengkel-bengkel ini. Inisiatif-inisiatif lain untuk menanam minat serta membina kapasiti wanita di dalam bidang politik seperti Sidang Wanita masih diteruskan. Ini merupakan tahun kelima penganjuran Sidang Wanita. Setakat ini, 1,388 wanita telah menyertai program ini Daripada angka tersebut, 200 peserta terpilih telah diasah bakatnya untuk dapat bersidang dan membahas di Dewan yang mulia ini. Sesi simulasi persidangan tahun ini akan berlangsung pada Sabtu, 30 November ini. Program ini dilihat sebagai satu platform penting terutamanya untuk para wanita yang beraspirasi untuk maju di dalam arena politik.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kebun Bunga kerana mengiktiraf program-program keusahawanan wanita. Untuk maklumat Ahli Dewan sekalian, walaupun jurang gender dalam ekonomi dirapatkan sebanyak 0.094 dari tahun 2020 hingga tahun 2022, menurut Indeks Jurang Gender Ekonomi ia masih belum mencukupi dan lebih banyak usaha diperlukan bagi mencapai kesamarataan. Kerajaan Negeri melalui PWDC sedang menjalankan beberapa program untuk membangunkan para usahawan wanita di Pulau Pinang.
Penang Women Entrepreneurs Mentoring Program ataupun PenMentor menyediakan platform untuk membantu usahawan wanita baharu atau yang ingin mengembangkan perniagaan mereka serta menyediakan bimbingan dalam menjalankan perniagaan yang lebih sistematik. Setakat ini, seramai 297 peserta telah menyertai program ini dan sorotan pada tahun lalu, para peserta telah mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 52% secara purata. Ini adalah pencapaian yang sangat menakjubkan dalam tempoh 4 bulan. Tahniah kepada menti-menti yang berjaya. Ada di antara mereka adalah ibu tunggal.
Selain itu program Wanita Jana Rezeki adalah satu usaha untuk membantu wanita di peringkat komuniti untuk menjana rezeki. Setakat ini sebanyak 49 peserta telah menyertai program ini. Bagi meningkatkan penglibatan lebih ramai golongan wanita, mulai tahun hadapan, program ini akan diterapkan ke dalam projek ekonomi yang bakal dijalankan oleh JPWK. Ahli JPWK yang berminat akan menjalani latihan mengenai cara melaksanakan program ini bagi menjana pendapatan sebagai bekalan ekonomi untuk kelangsungan hidup. Melalui program ini juga, JPWK dapat dengan
meningkatkan keupayaan mereka untuk mencapai kemandirian kewangan sekaligus mencapai kualiti hidup yang baik.
Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan dan cadangan yang telah disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan portfolio saya. Pulau Pinang maju jaya, sama-sama kita berusaha. Kebajikan rakyat jadi agenda, hidup sejahtera penuh mesra. Terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Sungai Pinang dengan kelajuan 200KMJ namun kita dapat tangkap dan dapat faham apa yang beliau sampaikan dan seterusnya kita dipersilakan Paya Terubong.
Terima kasih Tuan Speaker dan untuk portfolio saya iaitu MMK Pelancongan Dan Ekonomi Kreatif dan melalui ucapan Ketua Menteri sektor perkhidmatan terus menjadi teras kepada KDNK Pulau Pinang dengan menyumbang kepada 48% dari keseluruhan KDNK Negeri. Ini secara tidak langsung membuktikan kepentingan sektor pelancongan kepada negeri Pulau Pinang. Salah satu usaha penting Kerajaan Negeri ialah meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri Pulau Pinang iaitu mempergiatkan usaha menarik penerbangan terus ke negeri Pulau Pinang.
Ketika ini, Pulau Pinang mempunyai 34 laluan penerbangan terus antarabangsa yang dikendalikan oleh pelbagai syarikat penerbangan, menghubungkan 18 bandar di seluruh dunia, satu senarai yang panjang dan juga akan lancarkan Indigo Airlines dari Chennai ke Pulau Pinang pada 21 Disember 2024 dan terbaru juga dari Loongair dari Xi’an China ke Pulau Pinang pada 30 December 2024 yang menjadikan 36 laluan yang merangkumi 20 bandar.
Sejak Ogos satu tahun lalu iaitu selepas PRU, terdapat penambahan laluan penerbangan antarabangsa secara terus ke Pulau Pinang dan ada 10 laluan tambahan dan juga ada antarabangsa tambahan 10 dan untuk domestik tambahan Kuching dari Kota Kinabalu dan iaitu kesemua 12 destinasi.
Walau bagaimanapun, terdapat dua destinasi yang dilancarkan tetapi telah berhenti kerana kekurangan penumpang iaitu penerbangan dari Guilin dan Haikou, kedua- dua China merupakan chartered flight. Hampir setiap bulan, kita hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk menyambut penerbangan sulung ataupun inaugural flight dengan sambutan istimewa seperti water cannon salute dan kompang. Ini merupakan tahun 2024 merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah penerbangan di Pulau Pinang dengan hampir setiap bulan kita pergi sambut airport.
Dengan jumlah pergerakan penumpang total passenger movement juga memperlihat penambahan aliran. Pergerakan penumpang antarabangsa telah melebihi penerbangan domestik. Untuk international passenger movement telah perlihatkan tambahan dari bulan Januari sampai Oktober tahun ini berbanding tahun lalu penambahan 22%. Walau bagaimanapun domestik telah kurang 4.58% mereka guna ETS ke ataupun guna highway.
Kekerapan penerbangan antarabangsa untuk bulan Oktober 2024 ialah 287 penerbangan setiap minggu dan ini merupakan peningkatan sebanyak 4% berbanding 276 penerbangan pada Oktober 2023. Untuk penerbangan domestik, 307 penerbangan setiap minggu pada Oktober 2024 dan lebih tinggi daripada 299 penerbangan setiap minggu pada bulan Oktober 2023.
Pada bulan Oktober 2024, penerbangan antarabangsa yang paling kerap ialah Singapura – Pulau Pinang dengan kekerapan 101 penerbangan setiap minggu yang dioperasi oleh 5 airlines, Singapore pertama 101 penerbangan setiap minggu, kedua Medan 46 penerbangan setiap minggu dioperasi oleh 4 airlines, tangga ketiga ialah kita panggil Greater Bangkok kerana Bangkok ada 2 airport, Bangkok airport dan Don Muang airport dan Pulau Pinang dengan penerbangan 39 penerbangan setiap minggu yang dioperasi oleh 4 airlines. Oleh itu Singapore, Medan dan Greater Bangkok.
Banyak kerja telah dibuat untuk menambahkan airline untuk membuka laluan ke Pulau Pinang iaitu kita telah Juneyao Airline (Shanghai – Pulau Pinang), HK Express (Hong Kong - Pulau Pinang) dan Flydubai (Dubai – Pulau Pinang) terbang ke Pulau Pinang, mereka tidak pergi KLIA hanya datang ke Pulau Pinang sahaja.
Oleh itu, perkembangan sektor pelancongan Pulau Pinang menunjukkan momentum yang menggalakkan dengan peningkatan ketara ketibaan antarabangsa dan pergerakan penumpang. Perlu diambil perhatian angka ini hanya mengira pelancong yang tiba ke Pulau Pinang melalui penerbangan terus dan tidak termasuk mereka yang tiba di Kuala Lumpur terlebih dahulu dan kemudian transit ke Pulau Pinang melalui domestic flight ataupun yang memasuki negeri ini melalui darat.
Oleh itu, data ketibaan dan pergerakan penumpang yang meningkat pada 2024 mencerminkan keberkesanan strategi sambungan udara dan promosi pelancongan yang menyokong pertumbuhan ekonomi negeri Pulau Pinang.
Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kebun Bunga, Bukit Tambun, Pengkalan Kota dan Air Itam, Kerajaan Negeri sokongan Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri menerima pemberian Cukai Pelancongan daripada Kerajaan Pusat. Formulanya ialah 50% daripada kutipan Cukai Pelancongan yang dikutip oleh Kerajaan Pusat di negeri Pulau Pinang diberi balik kepada Pulau Pinang. Tujuan pemberian ini adalah bertujuan meningkatkan hasil Kerajaan Negeri khususnya dalam bidang pelancongan. Pada tahun 2024, Kerajaan Negeri telah menerima RM7.4 juta sebagai Cukai Pelancongan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri. Daripada itu, 70% dimasukkan ke Akaun Amanah Jawatankuasa Induk Pelancongan untuk membiayai program-program utama pelancongan negeri dan promosi pelancongan di Pulau Pinang, manakala 30% lagi dimasukkan kedalam Akaun Hasil Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, selain daripada pemberian pelancongan, Kerajaan Persekutuan turut memberi bantuan kewangan dan geran melalui Kementerian MOTAC kepada Kerajaan Negeri. Antaranya ialah peruntukan Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai Dan Naik Taraf yang mana Kerajaan Negeri menerima peruntukan RM1.5 juta bagi enam projek penyelenggaraan fasiliti pelancongan di Pulau Pinang. Selain itu, negeri Pulau Pinang juga menerima RM25 juta bagi penyelenggaraan dan pembaikan di Kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.
Begitu juga Majlis Kebudayaan Negeri menerima Geran Sokongan Sektor Kebudayaan 2024 sebanyak RM150,000.00 daripada MOTAC bagi penganjuran Perarakan Chingay Pulau Pinang 2024.
Pihak Think City, sebuah anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan turut menyalurkan dana kapada persatuan-persatuan di bawah Geran Pekan Seberang Perai untuk projek-projek pelancongan serta ekonomi kreatif di Seberang Perai. Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan bantuan Kerajaan Pusat dan berharap lebih banyak bantuan dapat diperolehi.
Berkenaan dengan soalan tentang kutipan fi yang ditanyakan oleh Air Itam. Fi hotel diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri untuk membiayai program-program pembangunan dan promosi pelancongan di Pulau Pinang, setiap hotel perlu membuat kutipan fi hotel mengikut taraf bintang hotel. Kadar fi hotel yang telah ditetapkan 3 bintang dan ke bawah ialah RM2.00 semalam sebilik, 4 bintang ke atas RM3.00 semalam sebilik. Sejumlah RM10.62 juta diterima sebagai fi hotel pada tahun 2023, RM10.62 juta. Dan sehingga September 2024, sejumlah RM8.62 juta diterima sebagai fi hotel dan sejumlah RM9.69 juta baki Akaun Amanah Fi Hotel yang telah ditutup pada tahun 2023 telah dimasukkan ke Akaun Hasil Kerajaan Negeri pada September 2023. Selain itu, semua fi hotel yang dikutip selepas itu oleh Pihak Berkuasa Tempatan dimasukkan ke Akaun Hasil Kerajaan Negeri.
Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Seri Delima berkenaan dengan Muzium Negeri Pulau Pinang, projek naik taraf Muzium Negeri di Lebuh Farquhar kini dalam fasa pelaksanaan kerja reka bentuk hiasan dalaman di tapak. Projek ini dijangka siap pada pertengahan tahun 2025 dan Muzium Negeri Pulau Pinang bakal diberi nafas baharu dengan memaparkan pameran yang berkonsepkan sejarah, warisan dan kebudayaan negeri Pulau Pinang dan akan dibuka semula pada pertengahan tahun 2025 dan… (gangguan).
Mohon mencelah.
Ya, silakan.
Dalam ucapan perbahasan Bukit Tengah, beliau ada membentangkan idea supaya adakan muzium yang berpaksikan tokoh-tokoh penting Pulau Pinang. Boleh tak kita masukkan elemen ini dalam perancangan muzium di Jalan Farquhar ini. Terima kasih.
Ya. Untuk menjawab beberapa soalan tambahan daripada Bukit Tengah, Machang Bubok dan Sungai Dua, sejarah pembukaan Pulau Pinang dan fakta-fakta sejarah mengenai memang ada dipamerkan di ruang pameran sebelum muzium ditutup tetapi dan untuk pengisian muzium baru semestinya akan memberikan perincian semula perkisahan pembukaan Pulau Pinang untuk tatapan pelawat, rujukan para penyelidik serta pelajar. Dan saya rasa kita akan meneliti cadangan tersebut. Bagi sejarah Masjid Batu Uban, ia akan dibangkitkan Yang Berhormat, akan dipamerkan pada ruang keagamaan bersama dengan sejarah dan maklumat agama-agama serta kepercayaan penduduk Pulau Pinang.
Terdapat 4 muzium di negeri Pulau Pinang yang mempamerkan warisan budaya dan sejarah negeri iaitu dua buah muzium awam Lembaga Muzium Pulau Pinang dan juga Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) - Universiti Sains Malaysia dan dua buah muzium swasta Muzium Perang Pulau Pinang di Jalan Batu Maung dan Pinang Peranakan Mansion di Church Street, George Town
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Muzium sentiasa menyokong sebarang perancangan, pengembangan dan pembinaan muzium dalam Negeri Pulau Pinang dan adalah selaras dengan Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang 2020.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Air Itam tentang Gudang Bersejarah 5, 7, 8, nombor 5, nombor 7, nombor 8 yang di pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah memaklumkan bahawa mereka selaku tuan tanah dan pemilik gudang tersebut, melaksanakan tiga RFP dalam usaha membangunkan gudang-gudang tersebut.
RFP pertama dan RFP pertama telah dipanggil pada tahun 2020 dan ditutup pada 2021. Pembida yang berjaya merupakan sebuah syarikat tetapi syarikat tersebut telah dikenakan Perintah Penggulungan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia melalui Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Sehubungan itu, SPPP telah mendapati bahawa telah syarikat tersebut melanggari klausa dalam perjanjian pajakan dan pajakan itu telah ditamatkan dan pembangunan gudang-gudang berkenaan tidak berjaya dilaksanakan melalui RFP pertama.
RFP kedua telah juga dipanggil pada 2023 dan ditutup pada 31 Januari 2024. Empat pembida telah mengemukakan cadangan pembangunan tetapi tiada pembida yang berjaya dipilih kerana tidak memenuhi spesifikasi dan syarat-syarat wajib RFP. Oleh itu, RFP ketiga telah dipanggil. RFP ketiga telah dipanggil pada 9 September 2024 dan tarikh tutup RFP adalah 9 Oktober 2024. Enam pembida telah mengemukakan cadangan pembangunan.
Lembaga SPPP di mesyuaratnya pada 17 November 2024 telah mengenal pasti pembida yang berjaya dan SPPP sedang dalam menyediakan Surat Niat ataupun Letter Of Intent bagi memuktamadkan RFP berkenaan.
Berkenaan dengan soalan Seri Delima, hubungan Sister City dan Friendship City. Hubungan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi MBPP dengan Bandar Chengdu adalah hubungan relationship participation cooperation. Itulah yang tertulis dalam MOU tersebut, adalah bukanlah Friendship City ataupun Sister City yang dimaksudkan. Oleh itu, jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat tidak termasuk dalam Sister City kerana mengikut protokol di Negara China mereka mempunyai Sister City. Kemudian second tier ialah Friendship City.
Third tier ialah friendship relations dan dia tidak menggunakan istilah Friendship City kerana untuk mendapatkan Sister City, Friendship City perlu kelulusan dan seperti kita juga kita perlu ada protokol yang kita ada. Mereka perlu kelulusan Kerajaan Pusat mereka. Oleh itu, mereka tidak menggunakan istilah Friendship City dalam perjanjian MOU tersebut. Dan saya telah melihat perjanjian MOU ni, memang betul tak ada Friendship City. Saya juga menyemak tentang senarai website Chengdu City. Mereka juga tidak menyenaraikan Pulau Pinang sebagai Friendship City dalam senarai mereka. Tetapi mereka menyenaraikan sebagai Friendship Relation. Satu work around, satu work around untuk Wilayah Chengdu. Oleh itu jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat adalah seperti yang MOU yang telah seperti juga ada terdapat dua bandar dari China yang kita juga MBPP telah menandatangani dengan Guiyang, Friendly Cooperative Relations dengan Dezhou, Cooperative Relationships. Itulah dalam sejarah dokumen-dokumen itu mereka bukan Friendship City, its a work around dengan kedua-dua city tersebut. Kerajaan Negeri, MBPP dan MPSP telah menjalin hubungan Sister City dan Friendship City dengan 16 bandaraya antarabangsa. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa senarai Sister City dan Friendship City agak panjang. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak berhasrat menambahkan senarai tersebut. Bagi mengulas cadangan Yang Berhormat KOMTAR ketika… (gangguan).
Mohon mencelah,
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong atas penjelasan yang diberikan tadi. Inilah merupakan kali pertamalah saya mendengar tentang perkataan Friendly Cooperation City, so saya ingat walau bagaimanapun tak kira Sister City ke ataupun Friendship City ataupun Friendly Cooperation City, satu MOU sebenarnya telah pun ditandatangani dan saya masih ingat ini Friendship Cooperation City ini dengan Chengdu telah pun ditandatangani pada tahun 2018 pada Disember, 15 haribulan Disember, saya ingat sebab hari itu merupakan birthday saya. Jadi bukan saja itu, dokumen itu, MOU itu ditandatangani di hadapan dan disaksikan oleh Yang Amat Berhormat kita sendiri. Jadi itu bermakna, it carries weight ada keberatan di situ dan itu juga menunjukkan bahawa memang ada hasrat dan juga niat untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan bandaraya Chengdu khususnya. Jadi dari situ kita tahu ada niat yang baik, kita nak bersama-sama untuk majukan hubungan kita dari segi pertukaran, mungkin dari segi ekonomi, teknologi, budaya dan sebagainya. Jadi tak kiralah Sister City ke, Friendship City ataupun Friendly Cooperation City apabila soalan saya ditanya ke Dewan, patutlah MBPP juga boleh sebut tentang Friendly Cooperation City sebab itu memang diiktirafkan… (gangguan).
Yang Berhormat kena faham. Apabila sesuatu ditanya, kita hanya menjawab yang jitu sahaja. Yang selain itu, kita tak jawab.
Itu Yang Berhormat itu saya kurang setujulah sebab rasionalnya apabila saya tanya… (gangguan).
Bukan Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat menanyakan Friendship City, kita senaraikan Friendship City, kita Yang Berhormat yang menanyakan atau, kita tak senaraikan Ahmadkah, Yeoh kita tak buat. Kita jawab yang secara jitu sahaja. Saya memberikan jawapan tambahan, saya buat research, saya berikan jawapan tambahan. Saya tidak, telah melihat sendiri Memorandum itu, mereka telah memberikan jawapan yang betul.
Bukan, memang jawapan yang betul. Tapi… (gangguan).
Okey, saya kekurangan masa kerana saya tak sambung besok kerana ada… (gangguan).
Teruskan, teruskan.
Bagi menjawab soalan dan cadangan yang Yang Berhormat Pengkalan Kota melalui geran inisiatif pembaikan bangunan warisan kategori dan nombor 2, 11, 12 dan 25, Jeti Seh Lim dengan jumlah peruntukan RM128,000.00 dengan kerja penggantian dinding kayu dan dinding pemisah yang rosak, pembaikan tangga kayu, pengecatan dinding kayu dan dinding pemisah dalaman telah diluluskan. Empat projek penambahbaikan Jeti Clan. Terdapat tujuh permohonan telah diminta untuk semakan semula kerana tidak memenuhi kriteria dan syarat.
Menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Dua, Permatang Berangan, Berapit tentang pelancongan di Seberang Perai. Sebenarnya ada satu soalan yang perlu saya jawab. Soalan 66 akan mungkin saya jawab besok, mungkin saya akan jawapan yang sama so saya hanya akan jawab apabila soalan 66 naik ke sini. Dan untuk soalan Pesta Pulau Pinang, Yang Berhormat Telok Air Tawar menanyakan Pesta Pulau Pinang, untuk tahun ini Pesta Pulau Pinang akan berlangsung dari 21 Disember 2024 hingga 2 Februari 2025. Dan untuk masa depan sebahagian Tapak Pesta Pulau Pinang yang telah dikenal pasti sebagai tempat stesen untuk projek LRT. Perancangan masa depan akan tertakluk kepada kesediaan tapak pada masa tersebut.
Dan untuk George Town Festival, video soalan Telok Air Tawar. Video teaser George Town Festival 2024, secara dasarnya tidak mengenepikan budaya Melayu. Salah seorang penari di dalam video tersebut, Puan Aida Redza telah difeature ataupun merupakan anak Melayu Pulau Pinang dan seorang penari tempatan yang terkemuka juga muncul dalam video tersebut. Upacara perasmian George Town Festival 2024 juga menonjolkan Boria sebagai acara pembukaan. Selain itu, sekurang-kurangnya lapan program dan individu dan kumpulan masyarakat Melayu terdapat dalam program George Town Festival 2024. Dan lapan program daripada kumpulan masyarakat Melayu dan George Town Festival telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 100,000 pengunjung tempatan dan luar negara. Selain kerjasama dengan kumpulan artis tempatan, GTF 2024 juga turut bekerjasama dengan Japan Foundation, Kedutaan Sepanyol di Malaysia, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Taipei Economic and Cultural Office, Directorate General of Culture, Republik Indonesia untuk pertunjukan kesenian antarabangsa semasa GTF 2024. Dan kita juga over minggu lalu kita ada mengadakan Regatta Perahu Naga Antarabangsa (Penang International Dragon Boat Regatta) telah ditransformasikan dari satu sukan persaingan kepada karnival sukan berperingkat antarabangsa. Apabila kita menukar tempat, kita telah melihatkan lonjakan daripada dulu mungkin 5,000 penonton sekarang menjadi dua hari sekitar 100,000 pengunjung iaitu 20 kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Dan itulah kita menukar idea, menukar tempat menjadikan dia lebih interesting dengan penyertaan sektor swasta dan juga pesertaan dan juga sponsorship antarabangsa. Untuk perancangan tahun depan, kita akan tambah satu trofi Asean Challenge Trophy kerana selaras Malaysia yang bakal mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Asean pada tahun 2025. Oleh itu kita akan memperkenalkan elemen-elemen baru dalam perancangan aktiviti-aktiviti besar-besaran. Itu sahaja.
Berkenaan dengan soalan Chengdu tersebut, saya rasa kena ulas sedikit kerana memang MBPP menjawab dengan betul dan kita mempunyai satu senarai yang panjang dan kita lihat bahawa sekiranya Chengdu juga ada berpotensi untuk mengadakan penerbangan terus dan saya telah menulis surat kepada salah satu penerbangan yang berasal dari Malaysia untuk mempelopori lihat trafik ataupun direct flight untuk pergi ke Chengdu salah satunya. Sekiranya bandar-bandar tersebut tiada direct flight ataupun kita kurang hubungi maka hubungan, hubungan Friendship City ini mungkin tidak begitu rapat. Kita banyak rapat dengan Friendship City Sister City seperti Adelaide yang menjadikan Sister City sekian lama dan Mayor Adelaide telah melawat ke Pulau Pinang dan kita juga melawat ke Adelaide. Begitu juga dengan Xiamen, apabila Ketua Menteri membawa satu rombongan pergi ke Xiamen, dan satu direct flight daripada Xiamen, Xiamen Airlines sampai ke Pulau Pinang.
Dewan Ditangguhkan
Saya sendiri dijemput untuk gun off Xiamen Marathon kerana menunjukkan dan baru-baru ini juga kita telah menaja satu pasukan Dragon Boat daripada Xiamen untuk sampai ke Pulau Pinang. Dan itulah melalui kebudayaan, hubungan ekonomi, sukan dan sebagainya. Kita memberi priority kepada Sister City. Kemudian ada Friendship City kalau ada penerbangan terus kita ada peluang kita boleh rapatkan. Tapi kalau yang banyak city nak jadi Friendship City dengan kita tetapi kita mungkin tidak mempunyai banyak kemampuan. Macam Medan juga merupakan Sister City, kita bergantung kepada banyak medical tourist daripada Medan. Yang sampai ke Pulau Pinang kurang daripada satu jam 45 minit sampai ke Pulau Pinang, banyak mereka berubat, berubat di Pulau Pinang, Saya rasa inilah kita lihat kita banyak priority dan melalui soalan dari KOMTAR tentang cadangan untuk penubuhan satu jawatankuasa, sebenarnya kita cuba menyelaraskan di bawah MMK Pelancongan. Sebenarnya saya menjawat banyak, saya menjadi Pengerusi banyak jawatankuasa dan saya cuba streamline supaya saya tak jadi Pengerusi terlalu banyak. Terlalu banyak jawatankuasa yang perlu saya pengerusikan. Itulah, saya juga menjadi Lembaga Muzium dan Penang Bridge International Marathon, Penang Dragon Boat, Chingay dan Penang Global Tourism, Penang Convention Exhibition Bureau dan banyak lagi dengan juga follow up semua airlines-airlines ini. Oleh itu kita akan streamline, kita ada peluang-peluang ekonomi yang timbul dengan city-city yang telah kita menandatangani MOU kita akan mempelopori. Seperti saya kata Chengdu kita telah ada satu telah meminta satu airline untuk mempelopori direct flight. Kalau ada direct flight baru kita boleh lebih rapat sikit. Itulah penggulungan saya. Sekian, terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Paya Terubong. Ahli-Ahli Yang Berhormat… (gangguan). Ahli-ahli Yang Berhormat Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025 akan disambung pada 28 November 2024, hari Khamis. Oleh itu persidangan ditangguhkan.
Dewan ditangguhkan pada jam 6.25 petang.