Pulau Pinang · 28 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 356 turns · 41,898 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina (Bertam), Muhamad Fauzi bin Yusoff (Sungai Dua)
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Doa. Soalan-soalan lisan.
Selamat pagi Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sambung dengan sesi soalan lisan. Ingin saya mohon Pinang Tunggal. Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. EXCO baru ada tujuh, soalan saya nombor 47.
No. 47. Senaraikan Ahli Lembaga Pengarah Penang Halal International Sdn Bhd (PHI)
dan bagaimanakah prestasinya sejak tahun 2020 sehingga kini?
(a) Nyatakan laporan kewangan beraudit PHI bagi tahun 2020 hingga
2023.
(b) Bagaimanakah prestasi aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta
sambutan terhadap program-program promosi yang diadakan?
Lebih dari tujuh, mengelirukan dewan. Baru tujuh, lebih la.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan soalan daripada Pinang Tunggal berkenaan Penang Halal International Sdn. Bhd. Bagaimanakah prestasinya sejak tahun 2020 hingga kini. Berkaitan dengan pertanyaan Pinang Tunggal, senarai Ahli Lembaga Pengarah Penang Halal International (PHI) adalah seperti berikut:
(a) Iaitu TKM I selaku Pengerusi yang dilantik bermula pada 30 September 2023 melalui Mesyuarat EXCO; dan keduanya
(b) Yang Berhormat Dato’ Rashidi bin Zinol yang dilantik bermula pada 17
November 2023;
(c) Yang Berhormat Fahmi bin Zainol yang dilantik bermula 17 November 2023;
(d) Yang Berhormat Dato’ Zabidah binti Safar, Pegawai Kewangan Negeri bermula
pada 13 Disember 2022;
(e) Yang Berbahagia Dato’ Hj. Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria yang dilantik bermula
pada 6 Oktober 2022;
(f) Yang Berbahagia Dato’ Prof Dr. Noor Inayah binti Ya’akob, 17 November 2023;
(g) Yang Berbahagia Dato’ Zamri bin Yusuf, 17 November 2023;
(h) Yang Berbahagia Datuk Mohd Ridzwan bin Bakar, 14 Jun 2024;
(i) Encik Zainuddin bin Mohamed, 17 November 2023;
(j) Tuan Haji Ariffin bin Saidin bermula 17 November 2023; dan
(k) Encik Abdul Razak bin Sulaiman pada 17 November 2023.
Dan berkaitan dengan Laporan Kewangan Beraudit PHI bagi tahun 2020 hingga 2023 seperti di LAMPIRAN A, B, C dan D yang akan diletakan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Bermula September 2023, di bawah pentadbiran baharu, beberapa langkah penting telah dilaksanakan untuk memperkukuhkan tadbir urus dan tatakelola PHI. Langkah langkah tersebut adalah seperti berikut:
(a) Perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru iaitu CEO baru dilantik untuk memastikan pentadbiran yang lebih mampan dengan mematuhi peraturan dan prosedur, selari dengan keperluan syarikat berkepentingan Kerajaan di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
(b) Memperkasa Tatakelola - Penekanan diberikan kepada prinsip integriti,
akauntabiliti, dan ketelusan bagi memastikan keyakinan pihak
berkepentingan terhadap pengurusan PHI;
(c) Pengasingan dari segi fungdi Tugas - Jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai
Eksekutif. Langkah ini memastikan pembahagian tanggungjawab yang jelas,
mengelakkan penumpuan kuasa, serta mengukuhkan pengawasan oleh
Lembaga Pengarah.
(d) Semua pemegang jawatan utama, termasuk Pengerusi dan CEO, tertakluk
kepada tindakan tatatertib untuk memastikan akauntabiliti yang tinggi. Dengan
langkah-langkah ini, PHI kini bergerak ke arah tadbir urus yang lebih cekap
dan dipercayai.
PHI telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti seminar dan Program Outreach untuk mendekati usahawan, pemilik kafe, restoran, penjaja kecil, dan peniaga pasar malam. Usaha ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan keyakinan tentang kepentingan pensijilan halal, terutamanya dalam pasaran global yang semakin menitikberatkan kawalan kualiti selepas pandemik Covid-19.
Pada tahun 2008, hanya terdapat 56 pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia di Pulau Pinang. Kini, negeri ini berjaya menjadi yang ketiga tertinggi di Malaysia dari segi jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, walaupun merupakan negeri kedua terkecil.
PHI bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, terus mempromosikan pensijilan halal. Statistik menunjukkan peningkatan pemegang SPHM ini di Pulau Pinang dari 1,327 pada tahun 2020 kepada 1,805 pada Oktober 2024. Terkini, PHI berjaya meningkatkan penglibatan usahawan Bumiputera dengan jumlah Pemegang Sijil Halal Bumiputera meningkat dari 216 iaitu 11.3% pada Januari 2024 kepada 697 iaitu 38.7% pada Oktober 2024 seperti di LAMPIRAN E yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan.
Antara program yang dianjurkan sepanjang 2020 sehingga kini iaitu pada tahun 2020:
(a) 5 Siri E-Commerce Made Easy @ Shopee melibatkan 160 usahawan;
(b) Halal Intensive Training Course (HITC) melibatkan 25 usahawan;
(c) Kursus Asas Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan 120 usahawan; dan
(d) International Inspirasi Khadijah Virtual yang melibatkan 69 usahawan Pada
tahun 2021;
(e) Kursus Asas Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan 89 usahawan;
(f) Webinar: Accelerate Business Growth through Intellectual Property & Digital
yang melibatkan 20 usahawan;
(g) Webinar: Mulakan Perniagaan E-Dagang Anda di Penang E-Mall @Shopee
yang melibatkan 50 usahawan;
(h) Webinar: Braving Post-Pandemic Challenges yang melibatkan 61 usahawan;
dan
(i) Kursus Asas Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan 121 usahawan.
Tahun 2022:
(a) Penganjuran Webinar lagi iaitu Sell to China Program yang melibatkan 83
usahawan;
(b) Penganjuran Kursus Asas Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan 150
usahawan;
(c) Penang International Halal Expo & Conference iaitu PIHEC yang melibatkan
151 usahawan;
(d) Halal Business Training melibatkan 40 usahawan;
(e) Kursus Asas Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan 437 usahawan;
(f) Program Kesedaran Halal kepada Pengusaha Kantin dan Kafe USM;
(g) Sesi Soal Jawab Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan 130 usahawan;
dan
(h) Penang International Halal Food & Heritage Festival yang melibatkan 48
usahawan.
Dan pada tahun 2023;
(a) Karnival Keusahawanan Pulau Pinang yang melibatkan 100 usahawan;
(b) PHI Global Halal Exporters Forum yang melibatkan 50 usahawan;
(c) Penang International Halal Expo & Conference yang melibatkan 300
usahawan;
(d) Program Kesedaran Halal yang melibatkan 172 usahawan; dan
(e) Program Eksekutif Halal yang melibatkan 15 usahawan
Dan pada tahun 2024 ini, program yang dianjurkan yang melibatkan Boot Camp Usahawan Bumiputera Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang melibatkan 130 usahawan;
(a) Embarking On Halal Premium yang disertai oleh 45 peserta;
(b) Taklimat Bimbingan Kecemerlangan Halal Pulau Pinang yang melibatkan 50 usahawan dan dianjurkan beberapa siri melibatkan beberapa daerah; dan
(c) Boot Camp Usahawan Bumiputera Pulau Pinang Siri yang Kedua yang melibatkan 145 usahawan dan keterlibatan PHI dalam Siri Jelajah Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang dan Siri Taklimat Bimbingan Kecemerlangan Halal Pulau Pinang yang sedang berlangsung dari daerah ke daerah.
Dan antara pameran perdagangan yang disertai sepanjang 2020 sehingga kini, banyaklah. Tahun 2020 - International Halal Food & Hospitality Virtual Exhibition, MIHAS, Selangor International Business Summit, Selangor International Halal, Sabah International Women Entrepreneur Expo, Geylang Serai Food Festival, MIHAS melibatkan enam syarikat, Johor International Islamic & Halal Festival 2022 dan Selangor International Business Summit 2022. Dan sehinggalah pada tahun 2024 ini juga PHI menyertai MIHAS dan Selangor International Halal Convention. Habis, itu saja.
Terima kasih. Panjang lebar. Tak puas hati? Puas ha? Okay. Sila, Seberang Jaya. Sila.
Terima kasih Dato’ Seri yang segak dan tampan, soalan saya nombor 48.
No. 48. Nyatakan jumlah lot / gerai di kompleks makanan dan pasar
awam yang tersedia di kawasan Seberang Perai Tengah (SPT).
(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang untuk menambah atau menambah baik kemudahan ini bagi memenuhi keperluan peniaga dan penduduk tempatan?
Okay.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, Selamat Pagi semua. Bagi saya jawab soalan daripada Seberang Jaya nombor 48. Dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan dan kemudahan kepada rakyat, khususnya dalam aspek penyediaan tempat perniagaan yang teratur dan selesa, Kerajaan Negeri melalui MBSP telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan menyediakan kemudahan lot atau pun gerai di Kompleks Makanan dan Pasar Awam di kawasan Seberang Perai Tengah. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 2,555 unit atau lot ataupun gerai di Kompleks Makanan dan Pasar Awam disediakan di kawasan Seberang Perai Tengah di
bawah pentadbiran MBSP yang terdiri daripada 438 unit lot Kompleks Makanan dan 2,117 unit gerai Pasar Awam.
Ini telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri terus komited dalam menyediakan kemudahan infrastruktur yang berkualiti serta menyokong perkembangan ekonomi rakyat.
Untuk menjawab soalan (a);
Dalam usaha berterusan untuk memperbaiki dan meningkatkan kemudahan kepada peniaga serta memenuhi keperluan penduduk setempat, Kerajaan Negeri melalui MBSP telah merangka perancangan strategik dalam tempoh jangka masa pendek dan jangka masa panjang seperti berikut:
Untuk Perancangan Jangka Masa Pendek:
(i) Pemantauan Secara Berkala Pihak MBSP akan melaksanakan pemantauan
secara berkala di semua Kompleks Makanan dan Pasar Awam untuk
mengenal pasti sebarang masalah atau kerosakan yang berlaku. Langkah ini
adalah untuk memastikan tindakan segera dapat diambil bagi menjaga
keselamatan dan keselesaan peniaga dan orang awam;
(ii) Pelantikan Kontraktor Panel Tahunan - Pihak MBSP akan melantik kontraktor
panel tahunan yang berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja
penyelenggaraan dan pembaikan Kompleks Makanan dan Pasar Awam
dengan segera. Ini bertujuan untuk memastikan Kompleks Makanan dan
Pasar Awam sentiasa berada dalam keadaan baik dan dapat beroperasi
dengan efisien;
(iii) Peruntukan Bajet Tahunan - Pihak MBSP akan menyediakan bajet tahunan khusus bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan Kompleks Makanan dan Pasar Awam. Bajet ini akan memastikan bahawa segala keperluan pembaikan dilaksanakan secara berjadual dan teratur demi memberikan kemudahan yang selesa dan selamat kepada peniaga dan orang awam.
Untuk Perancangan Jangka Masa Panjang;
(i) Pembangunan Semula dan Naik Taraf Pasar Awam, Pihak MBSP mempunyai
perancangan untuk membangunkan semula dan menaik taraf pasar serta
kemudahan awam di Kawasan Seberang Perai Tengah. Projek-projek ini
akan melibatkan pembinaan pasar yang lebih moden, selesa dan memenuhi
kehendak peniaga serta orang awam. Terdapat sebanyak empat (4) buah
Projek Pembangunan Semula Dan Penaiktarafan Pasar serta Kemudahan
Awam yang baharu di kawasan SPT yang melibatkan kos sebanyak
RM46,700,000.00.
Perincinya adalah seperti berikut:
(j) Pembangunan Semula Pasar Awam Seberang Jaya dengan kos projek
sebanyak RM19.5 juta, untung ha Seberang Jaya.
(ii) Pembangunan Semula Pasar Awam Jalan Pegawai, Bukit Mertajam
dengan kos projek sebanyak RM24 juta;
(iii) Tiga, kerja-kerja menaik taraf keseluruhan Pasar Awam Taman Sri Rambai dengan kos projek sebanyak RM2 juta, Kerja-kerja Menaik taraf bumbung Pasar Awam Kampung Baru dengan kos projek sebanyak RM1.2 juta. Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam memastikan semua kemudahan ini dapat memenuhi keperluan semasa dan memberi manfaat yang berkekalan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang ini.
Terima kasih.
Dato’ Seri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Jawi. Daripada senarai dan juga perkongsian serta pencerahan jangka pendek dan jangka panjang. Soalan tambahan yang pertama ialah adakah Kerajaan Negeri telah ataupun mempunyai perancangan untuk mengkaji ataupun menjalankan analisa terhadap kompleks awam ataupun kompleks makanan ataupun pasar awam yang kurang dikunjungi oleh pengunjung? Itu yang pertama. Yang kedua, ada kelompok individu yang mungkin merasakan diri mereka kebal mungkin kerana mereka merasakan mereka punyai kabel politik ataupun berada dalam kelompok pimpinan di peringkat komuniti atau kampung dan akhirnya mereka ini telah menyewakan lot-lot yang mereka terima kepada pihak lain dan mengakibatkan, dan mengakibatkan kepada sublet. Jadi soalan tambahan yang kedua ialah sejauh mana langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri ataupun melalui PBT serta agensi lain untuk membanteras isu seperti sublet ini kerana ini telah mengakibatkan penjaja kecil ataupun peniaga jalanan yang telah lama menunggu peluang untuk berniaga dalam kompleks makanan ataupun pasar awam tidak peroleh peluang oleh kerana individu-individu yang sebegini. Terima kasih Jawi.
Terima kasih Seberang Jaya. Bagi saya jawab yang isu berkaitan dengan sublet untuk penjaja yang dapat petak ataupun gerai di pasar awam mahupun di kompleks makanan. Untuk makluman semua mulai tahun depan, mulai tahun depan, MBSP akan menjalankan temuduga untuk semua pemegang gerai ataupun petak-petak di seluruh kawasan di bawah penyelenggaraan MBSP di seluruh kawasan Seberang Perai.
Maksud saya, kita akan, sebenarnya setiap pasar ataupun setiap kompleks makanan di bawah penyelenggaraan MBSP memang ada pegawai yang tetap, memang mereka akan buat pemantauan dari segi kebersihan ataupun seperti perkara yang dibangkitkan oleh Seberang Jaya. Sekiranya kita mendapati petak-petak telah disublet kepada pihak yang ketiga, maka MBSP akan keluarkan notis kepada pemegang petak tersebut dan kita ada hak untuk ambil balik ataupun menarik balik petak tersebut, barangkalinya penjaja yang sublet kepada pihak yang lain kemungkinan mereka ada, berada di kawasan tersebut apabila pegawai turun padang untuk membuat pemantauan ataupun membuat operasi.
Maka kalau Seberang Jaya ada maklumat yang lebih details, contoh petak dekat mana, pasar mana ataupun kompleks makanan dekat mana, bolehlah hantar maklumat tersebut kepada saya. Untuk makluman Seberang Jaya juga di pasar awam ataupun kompleks makanan memang kita ada beberapa kategori di bawah MBSP dengan mengikut setiap kategori nilai sewaan adalah perbezaan antara pasar, kalau contoh tempat yang lebih ramai orang mengunjung dia akan di bawah kategori A, maka dia akan lebih mahal kalau dibandingkan dengan kategori D.
Macam mana kita untuk menggalakkan atau pun mengaktifkan pasar awam ataupun kompleks makan untuk dijadikan upgrade daripada D kepada A selain daripada kita kena lihat penaiktarafan untuk infrastruktur sedia ada di dalam kawasan pasar dan juga kita perlu lihat pembangunan di kawasan tersebut. Kalau pembangunan kawasan tersebut dapat diaktifkan semula, maka ada orang ramai akan datang dan juga saya memohon sekiranya ADUN kawasan ataupun Ahli Majlis-Ahli Majlis di kawasan tersebut, mungkin mereka boleh memberi cadangan supaya dapat untuk aktifkan semula.
Saya bagi contoh dekat kawasan Sungai Acheh memang terdapat satu pasar di Taman Pekaka di bawah kategori D, memang banyak kali memang kita cuba semasa saya jadi Ahli Majlis semasa saya jadi ADUN Jawi memang kita berusaha supaya kita nak bantu untuk sebab kalau dekat kategori D, pasar kategori D tu, memang contoh kemungkinan 150 petak kemungkinan 10 petak yang meniaga di kawasan tersebut dan petak yang lain dah terbiar kosong maka kita menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian untuk temuduga.
Oleh sebab itu saya nak jawab balik tentang kalau penjaja yang tanpa lesen ataupun peniaga-peniaga ditepi jalan tanpa lesen kita menggalakkan mereka supaya mengambil bahagian apabila ada jawatan kosong ataupun petak-petak kosong di bawah pasar ataupun kompleks makanan di bawah penyelenggaraan Majlis. Sebab setiap bulan memang ada MBSP, laman web MBSP memang ada iklan untuk setiap pasar ataupun setiap daerah, ada tempat kosong untuk temuduga.
Maka saya mohon kalau penjaja yang berhasrat untuk berniaga dengan berlesen, bolehlah kita menggalakkan mereka untuk mengambil bahagian semasa jawatan kosong gerai-gerai pasar ataupun gerai-gerai kompleks makanan diadakan di setiap bulan di MBSP. Terima kasih.
Terima kasih Jawi. Seri Delima, sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, tujuh kali tujuh dapat 49. Soalan saya 49, terima kasih.
No. 49. Insiden kren terbalik projek Pakej 2, berikan laporan mengenai insiden kren terbalik yang berlaku pada 3 Oktober 2024 oleh kontraktor projek Pakej 2 di Changkat Delima 1.
(b) Apakah pampasan yang diberikan kepada penduduk dan pemilik
kenderaan terlibat?
(c) Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kontraktor?
Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan Seri Delima yang beriman, inilah jawapan 49. Dato’ Seri Speaker, Penang Infrastructure Corporation (PIC) selaku agensi pelaksana projek telah mengesahkan bahawa satu kejadian kemalangan melibatkan trailer loader yang membawa crawler crane di Cangkat Delima 2 pada hari Khamis, 3 Oktober 2024 sekitar jam 3.15 petang.
Kejadian ini berlaku apabila sebuah trailer milik syarikat TNT Crane & Heavy Equipment dalam proses untuk membawa dan menghantar crawler crane tersebut ke tapak projek di Chainage 2900. Kejadian ini telah menyebabkan kerosakan kepada dua buah rumah dan sebuah kereta. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan masalah teknikal pada paip angin sambungan di antara kepala lori dan loader terbabit.
Berikut adalah bentuk pampasan sepertimana yang dimaksudkan. Untuk pemilik kereta, kereta tersebut telah diisytiharkan sebagai total loss oleh Proton dan pemilik telah pun menyerahkan segala dokumen yang diperlukan untuk syarikat insurans. Pihak kontraktor telah meminjamkan sebuah kereta kepada pemilik tersebut sehingga proses insurans selesai. Untuk pemilik rumah pertama, pihak kontraktor telah memberi pampasan kepada pemilik berjumlah RM19 ribu sebagai kos pembaikan. Pemilik juga telah menyerahkan dokumen yang diperlukan oleh syarikat insurans. Untuk pemilik rumah kedua, rumah ini telah mengalami kerosakan pada dapur dan longkang.
Setakat ini anggaran kos pembaikan masih dalam proses penilaian, manakala kos pembaikan akan ditanggung oleh pihak kontraktor. Untuk soalan (b), tindakan yang telah diambil oleh kontraktor adalah dengan memastikan semua SOP dari setiap aspek dipatuhi sebelum sebarang aktiviti berkaitan dimulakan. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga atas penjelasan dan juga jawapan yang diberikan. Sebelum soalan tambahan, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Tanjong Bunga dan juga Yang Berhormat Perai kerana telahpun banyak membantu Seri Delima untuk menangani projek ini.
Sukacita saya nak maklumkan masalah banjir lumpur yang selalu disebut itu, kini nampaknya ada penambahbaikan yang amat ketara, jadi saya ucapkan terima kasih. Kembali ke isu ini, syukur Alhamdulillah kerana insiden ini tiada ada kematian dan juga kecederaan yang berlaku. Namun akibat daripada insiden ini Seri Delima sering mendapat aduan dan mendengar rintihan dan keluhan dari penduduk setempat khususnya dari penduduk Changkat Tembaga dan Changkat Delima. Mereka rasa bimbang dan khuatir kerana setiap hari mereka boleh nampak jentera yang besar menggunakan laluan kediaman untuk mengakses ke tapak pembinaan kontraktor.
Jadi sebelum ini juga pernah berlakulah insiden kren yang terbalik dan juga pernah ada kemalangan di mana jentera besar terlanggar dengan kenderaan penduduk setempat. Jadi ada permintaan kepada saya di mana boleh tak kita melarang supaya jentera besar ini daripada menggunakan laluan kediaman untuk mengakses ke tapak pembinaan. Jadi saya nak tanya, nak salurkan permintaan ini kepada Tanjong Bunga, adakah ini boleh dilakukan dan boleh dikaji dan selain itu saya nak tanya apakah langkah penambahbaikan yang boleh kita ambil untuk memastikan kemalangan sebegini tidak berulang lagi.
Dan di sini saya juga nak mengambil kesempatan juga untuk menyarankan agar semua pihak yang ditanggungjawabkan termasuk kontraktor, subcon ataupun pihak
pemantau termasuk pihak Infrastructure Corporation, JKR dan semuanya boleh memainkan peranan masing-masing dan mengendalikan projek ini dengan profesional supaya kemalangan sebegini tidak berulang lagi memandangkan projek ini masih ada 2 tahun lagi sehingga completion. Itu saja, sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Delima atas soalan tambahan dan Kerajaan Negeri juga selalu menekankan kepentingan untuk mengambil langkah-langkah mitigasi khususnya dalam memastikan pelan (ESCP) Erosion and Sediment Control Plan supaya tidak berlaku banjir lumpur dan walaupun ada peningkatan seperti yang disebut tadi kita akan sentiasa memastikan pihak kontraktor peka dan bersedia untuk menghadapi isu-isu seperti berikut, seperti tersebut.
Soalan mengenai laluan alternatif Yang Berhormat, sebenarnya pihak PIC telah pun teliti perkara ini dan dia masalahnya adalah jajaran projek tersebut adalah terlalu dekat dengan kawasan perumahan dan dia sebenarnya bersebelahan secara parallel dengan kawasan-kawasan perumahan dan sekiranya ada laluan yang alternatif mungkin boleh diteliti cuma sehingga sekarang rasa macam susah nak cari laluan yang alternatiflah sebab jentera pun besar dan bukan hanya laluan-laluan yang sedang digunakan itulah yang boleh digunakan.
Dia sebenarnya kalau kita boleh elak daripada kawasan perumahan sudah tentu akan kita elaklah tapi cuma untuk kes ini agak sukar dan kita minta supaya penduduk pun boleh sabar sedikit lagi, projek pun dah lebih 60% siap dan mungkin di kawasan tersebut dalam enam bulan yang akan datang akan kurang dari segi kerja-kerja yang berat. Walau apa pun PIC telah, setelah berlaku insiden tempohari, PIC telah melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dan ini saya boleh bacakan, ada beberapa langkah:
(i) Pemantauan dan kawalan trafik yang lebih ketat jadi pergerakan jentera berat melalui kawasan perumahan akan dipantau secara berterusan oleh pegawai trafik yang terlatih dan juga pengawal bendera. Pengawal trafik akan ditempatkan di persimpangan utama dan pintu masuk untuk mengurus dan menyelaras laluan yang selamat untuk jentera;
(ii) Pengiring trafik penuh. Semua jentera berat akan dikawal oleh pengawal trafik terlatih dari pintu masuk ke kawasan perumahan hingga ke tapak projek. Jadi pengiring akan memastikan jentera dialihkan dengan selamat dengan gangguan yang minimum kepada penduduk serta lalu lintas di tapak;
(iii) Kerahan kakitangan trafik yang mencukupi. Pengawal trafik dan pengawal bendera yang mencukupi akan ditempatkan di sepanjang laluan masuk untuk memudahkan aliran trafik yang lancar dan memberi amaran awal kepada penduduk. Notis pemberitahuan akan dikeluarkan kepada penduduk untuk membantu mereka merancang laluan alternatif sekiranya perlu; dan
(iv) Pemeriksaan keselamatan pra-pergerakan maksudnya sebelum mana-mana jentera berat dikerahkan ia akan menjalani pemeriksaan keselamatan terlebih dahulu oleh kakitangan keselamatan sebelum dia akan dibenarkan untuk bergerak. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tanjong Bunga. Sila, Bagan Dalam.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Selamat pagi, soalan saya soalan nombor 50.
No. 50. Sejauh manakah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memastikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Seberang Perai disiapkan segera?
(a) Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri
Pulau Pinang setakat ini untuk mempercepatkan UTC ini?
(b) Adakah Kerajaan Negeri bersedia bagi mewujudkan Pusat Sehenti bagi
memusatkan perkhidmatan Kerajaan Negeri di Penang Sentral?
Terima kasih.
Terima kasih YB Bagan Dalam. Sejauh manakah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memastikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Seberang Perai disiapkan segera. Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kerajaan kepada komuniti di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.
Umum mengetahui bahawa Pulau Pinang hanya mempunyai sebuah UTC yang terletak di dalam Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) yang telah mula operasi sejak 15 Ogos 2020 yang lalu. Penubuhan UTC ada tertakluk di bawah bidang kuasa dan pertimbangan Kerajaan Persekutuan. Namun pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ucapan Bajet 2025 untuk fokus dalam usaha menambah baik perkhidmatan kaunter kerajaan dan atas hasrat itu juga YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembukaan sebuah lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang akan dibangunkan di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Justeru ini menjawab soalan YB Bagan Dalam, Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025. Kerajaan Negeri juga akan memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan Pusat dalam memastikan UTC Seberang Perai dapat disiapkan dengan segera. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang setakat ini untuk mempercepatkan UTC ini? Maka pada 10 Oktober 2024 yang lalu Kementerian Kewangan Malaysia bersama dengan Kerajaan Negeri telah mengadakan mesyuarat dan lawatan kerja di Penang Sentral bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan penubuhan UTC di Seberang Perai.
Mesyuarat ini telah membincangkan secara terperinci perkara berkaitan agensi pemberi perkhidmatan, kos penubuhan, kerjasama strategik antara agensi pelaksana perolehan dan susun atur pejabat. Lawatan kerja ke Pusat Penang Sentral tersebut turut melibatkan beberapa agensi di peringkat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang akan menjadi agensi penggerak bagi pembinaan UTC tersebut. Komitmen berterusan daripada Kerajaan Negeri bagi satu lagi mesyuarat lanjutan di bawah lawatan tapak yang lebih menyeluruh bersama dengan MOF.
Adakah Kerajaan Negeri bersedia bagi mewujudkan Pusat Sehenti bagi memusatkan perkhidmatan Kerajaan Negeri di Penang Sentral? Kesemua agensi yang ditubuhkan mempunyai konsep yang sama dan menyediakan perkhidmatan utama kerajaan dan agensi swasta yang ini dipusatkan di tempat di dalam satu bangunan. Kesediaan Kerajaan Persekutuan yang telah mempertimbangkan penubuhan satu lagi UTC di Seberang Perai akan memberi impak yang besar dan memenuhi keperluan komuniti di Seberang Perai.
Lantaran itu demi kepentingan rakyat, Kerajaan Negeri telah bersiap sedia untuk memberi kerjasama yang baik kepada MOF. Komitmen yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan di UTC KOMTAR. Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih menunggu maklum balas daripada pusat MOF mengenai bentuk kerjasama yang akan dicadangkan oleh pihak MOF bagi cadangan penubuhan UTC di Penang Sentral. Kerajaan Negeri akan meneliti syarat tersebut terlebih dahulu sebelum mengemukakan surat permohonan kepada pihak MOF. Cadangan penubuhan UTC ini, Penang Sentral adalah terbaik kerana mempunyai akses yang boleh dihubungkan dengan pelbagai jenis pengangkutan seperti bas, keretapi, teksi, feri dan sistem jalan raya yang menghubungkan Lebuhraya Utara-Selatan serta Lebuh BORR. Sekian.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Aceh di atas jawapan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mengumumkan dan meluluskan UTC kedua iaitu di Penang Sentral di Seberang Perai. Ianya pasti akan memberikan kemudahan yang lebih baik kepada penduduk di sekitar Seberang Perai. Jadi berikutan dari jawapan daripada Yang Berhormat, umum diketahui setiap perkhidmatan yang diberikan di UTC ialah selalunya perkhidmatan Kerajaan Persekutuan seperti Imigresen, JPN dan sebagainya.
Bolehkah Kerajaan Negeri memusatkan perkhidmatan Kerajaan Negeri seperti perkhidmatan PBT, PTG dan PBA di Penang Sentral untuk memudahkan rakyat tempatan dan juga memandangkan Penang Sentral merupakan satu hub transportation yang sangat eccentric di sana. Bolehkah Kerajaan Negeri mengkaji untuk menjadikan Penang Sentral sebagai hub perkhidmatan pengangkutan awam dan komersial terbesar di Utara Semenanjung Malaysia? Terima kasih.
Terima kasih Bagan Dalam. Apa yang dicadangkan oleh Bagan Dalam, kita akan bawa pada perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri dan saya rasa ada sebahagian-sebahagian yang boleh kita pertimbangkan. Insya-Allah dalam masa dekat kita akan maklum dalam mesyuarat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Sungai Acheh. Soalan seterusnya 51 oleh Yang Berhormat Sungai Dua dan saya difahamkan Sungai Dua tidak berapa sihat. Kita doa lah supaya dia boleh sembuh cepat. Maka soalan 51 dilangkau. Maka saya hendak menjemput Sungai Bakap.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Dari Mukim 5 ke Sungai Dua, soalan saya nombor 52. Terima kasih.
No. 52. Mengapakah krisis air di Mukim 5 tidak diselesaikan melalui kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dengan Syarikat Air Darul Aman (SADA) iaitu mendapatkan sumber air terawat daripada Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar yang telah sedia ada kemudahan paip?
(a) Mengapakah sumber air terawat dari LRA Lubuk Buntar ke Pulau
Pinang dihentikan? sumber air terawat dari LRA Lubuk Buntar ke Pulau
Pinang dihentikan?
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Sebenarnya soalan ini telah pun saya jawab semalam tapi tak apalah oleh kerana ada dalam soalan lisan ini, kita jawab juga. Krisis air di Mukim 5 sebelum ini kita tidak mendapatkan air daripada LRA Lubuk Buntar kerana pada waktu itu Lubuk Buntar pun tidak cukup air sepertimana yang saya sebut semalam SADA sendiri yang sebenarnya telah menghantar surat kepada pihak Negeri Pulau Pinang kepada PBA untuk menyatakan tidak dapat meneruskan dengan pembekalan air daripada LRA Lubuk Buntar oleh kerana tidak mencukupi, air untuk Negeri Kedah sendiri.
Jadi pun begitu langkah-langkah telah pun diambil, jangka pendek, jangka sederhana dan juga jangka panjang untuk menyelesaikan isu air di SPS dan khususnya Mukim 5. Buat masa ini keadaan adalah terkawal dan di sini saya ingin membacakan beberapa projek yang telahpun dilaksanakan. Sebenarnya di SPS sendiri kita telah membelanjakan to-date, sehingga hari ini hampir RM30 juta hanya untuk SPS dan ini tidak termasuk projek-projek yang akan dan bakal dilaksanakan. Jadi antara projek yang telah dilaksanakan adalah tambahan 10 MLD di Loji Rawatan Air Bukit Panchor dengan kos RM18.6 juta.
Tambahan Pakej 12(a) di Loji Rawatan Air Sungai Dua iaitu kos berjumlah RM31 juta, Loji Rawatan Air Compact 2.4 MLD, RM4.3 juta yang itu dalam pembinaan dan lagi satu Loji Rawatan Air Compact 4 MLD RM3.8 juta juga dalam pembinaan. Sebenarnya dua-dua ini dibuat sekali dan saya difahamkan oleh pihak kontraktor bahawa sudah hampir siap. Jadi pada awal tahun depan mungkin bulan satu atau bulan dua selepas testing dan commissioning dilaksanakan akan ada tambahan 6.4 juta liter air sehari khusus untuk SPS dan sudah tentu akan disalurkan pada Mukim 5.
Jadi kita menganggap ini sebagai satu berita baik dan Insya-Allah dapat meringankan beban rakyat di kawasan tersebut dari segi pembekalan air. Selain daripada itu juga telah dibuat diletakkan tangki sedutan di Rumah Pam Taman Widuri RM0.83 juta, tangki sedutan di Rumah Pam Taman Wellesley RM0.55 juta. Kedua-dua ini telah siap dan juga adalah Loji Rawatan Air Mudah Alih yang telah kita buat tapi sekarang telah pun di commission oleh kerana setelah tambahan 10 MLD di Loji Rawatan Air Bukit Panchor siap, sudah tidak diperlukan.
Selain daripada itu Yang Berhormat, ada juga beberapa projek bukan khusus di SPS ada satu yang untuk SPS khususnya tapi yang lain juga akan membantu dari segi bekalan sistem air di Negeri Pulau Pinang iaitu pemasangan paip saluran 1800mm sepanjang 13 km dari Loji Rawatan Air Sungai Dua ke Batu Uban. Ini adalah projek yang besar sejumlah RM128 juta. Selain daripada itu, ada pemasangan paip saluran 1800mm sepanjang 3.9 kilometer dari Macallum ke Bukit Dumbar Reservoir dan juga kompleks pam di bahagian Pulau yakni projek RM44 juta. Loji Rawatan Air Mengkuang Park dengan kapasiti 114 MLD, kos project RM120 juta yang ini sudah tender. Loji Rawatan Air Sungai Kerian yang ini kita sedang dalam proses pengambilan balik tanah.
Loji Rawatan Air Sungai Kerian ini adalah penyelesaian jangka panjang untuk kawasan SPS. Kita telah mulakan pengambilan tanah dan insya-Allah selesai pengambilan tanah itu, pembinaan akan bermulalah dalam masa yang terdekat supaya kita boleh memastikan dengan tambahan 100 MLD di kawasan SPS itu, sudah tentu masalah air di SPS akan selesai, yang itu kos project RM171 juta. Selain daripada itu, Skim Pembekalan Air Sungai Perai dan juga Loji Rawatan Air Sungai Muda, yang ini adalah dua projek yang besar juga Loji Rawatan Air Sungai Muda 114 MLD untuk Sungai Perai 136 MLD, kedua-dua projek ini akan dilaksanakan oleh pihak Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) yang di mana PBA telah pun dan meminta PAAB untuk mengambil alih kedua-dua projek ini dan baru-baru ini tender pun telah dikeluarkan oleh pihak PAAB untuk melantik perunding bagi kedua-dua projek ini. Jadi semua projek kita nampak sedang berjalan, Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih. Sungai Bakap sila.
Soalan tambahan. Terima kasih EXCO, YB Tanjong Bunga. Kita sedia maklum, contingency plan yang dilakukan oleh pihak PBA, saya ucapkan terima kasih untuk mengatasi krisik air di SPS especially di Mukim 5, dengan izin. Isu dia ini, tujuan saya minta buat rundingan ini sebab kebarangkalian sebab dah enam tahun berlaku banyak isu di tempat di Mukim 5 iaitu Taman Seruling Emas, Wellesley, Sungai Baong, Taman Sungai Duri, Kampung Sungai Duri, Taman Widuri, Imigresen yang dijangkakan sudah siap akan diduduki.
Dan untuk makluman YB, Scientex dah beli tanah berhampiran di Imigresen hampir 708 ekar. Ini antara ketakutan menjadi satu fobia bila ada satu pembangunan di mana-mana tempat especially di Mukim 5 bertambah akaun bermaksud menambah kegunaan air. Kita sedia maklum kegunaan air setiap isi rumah setiap rumah sebanyak 300 liter sehari. Itu tujuan antara yang sebab saya minta buat perbincangan pihak PBA dengan pihak SADA bagi mengatasi isu yang berlaku di Mukim 5. Kita tahu pihak Kerajaan Negeri telah cuba buat yang long term, jangka masa panjang pengambilan dari Sungai Kerian dari Perak dijangkakan siap lima, enam tahun lagi. Dalam proses lima, enam tahun sebelum siap, perumahan dah naik, industri sudah naik. Ini menjadi kebimbangan penduduk di Mukim 5 termasuk sayalah terlibat sekali. Ini bukan kata enam hari enam minggu jadi... (gangguan).
YB, soalan tambahan?
Soalan saya, bolehkah pihak PBA berbincang dengan pihak SADA, Kedah untuk pengambilan air di LRA Lubuk Buntar. Sebab saya dimaklumkan ada lebihan di situ 15 MLD? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita sebenarnya mempunyai hubungan yang baik dengan SADA tidak ada masalah. Malah pegawai COO PBA, pegawai nombor dua PBA adalah bekas pegawai SADA juga. Jadi tiada masalah untuk berbincang, cuma saya merujuk kepada projek Scientex yang telah disebut oleh Yang Berhormat. Memang satu projek yang besar 700 ekar dan apabila dikemukakan kepada Kerajaan Negeri dan mendapatkan ulasan daripada PBA pun, PBA telah memberikan syarat yang sangat ketat yang di mana yang pertamanya projek itu akan dilaksanakan secara berfasa.
Cuma kalau PBA telah menyatakan dengan tegas bahawa ia hanya akan diluluskan sekiranya projek-projek air siap. Maksudnya kalau Loji Rawatan Air Sungai Kerian tidak siap maka tiada kelulusan untuk fasa yang dimaksudkan itu. Itulah kawalan yang PBA meletakkan ke atas pemajuan-pemajuan baru termasuk kepada industri juga. Jadi apa-apa kelulusan yang diberikan pun, ia diberi dengan syarat. Maksudnya sekiranya air itu tidak siap bekalan maka tidak akan mendapat kelulusan. Jadi perlu tunggulah. Jadi untuk Lubuk Buntar tu sepertimana saya sebut semalam sekiranya ada keperluan, kita tiada masalah untuk berbincang untuk mengaktifkan balik penyaluran air terawat. Terima kasih.
Terima kasih dan soalan seterusnya. Sungai Puyu, sila.
Dato’ Seri Speaker, soalan saya 53.
No. 53. Adakah Kerajaan Negeri akan meminda syarat kelayakan menyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi pemohon / pasangan yang berpendapatan tidak melebihi RM750.00 atau pendapatan isi sekeluarga kurang daripada RM1,500.00?
(a) Mohon senaraikan jumlah penyewa PPR berpendapatan isi
rumah kurang dan melebihi RM1,500.00 di kawasan Parlimen
Bagan.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada soalan daripada Sungai Puyu. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dengan memastikan semua rakyat Pulau Pinang khususnya anak jati Pulau Pinang dapat memiliki kediaman yang selesa dan mampu dimiliki seiring dengan slogan ‘Satu Keluarga Satu Rumah’. Sebagai langkah untuk menjaga kebajikan dan menambah baik komitmen dan pencapaian perkhidmatan kepada rakyat, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan kajian semula terhadap syarat-syarat permohonan penyewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR), ataupun rumah sewa Kerajaan Negeri (RSKN) serta Rumah Mampu Milik (RMM) di Pulau Pinang.
Ia bertujuan untuk memastikan syarat kelayakan lebih sesuai dengan keadaan semasa dan memberi peluang yang lebih luas kepada golongan yang memerlukan. Pada masa ini, syarat kelayakan untuk penyewaan PPR dan rumah sewa di Pulau Pinang berdasarkan jumlah pendapatan permohonan suami ataupun isteri tidak melebihi RM750.00 sebulan ataupun jumlah pendapatan isi keluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri sedang dalam proses untuk menilai semula had pendapatan ini agar lebih selari dengan nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini iaitu sebanyak RM2,209.00 sebulan berdasarkan kajian rasmi yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ia bertujuan agar lebih ramai golongan yang memerlukan diberi peluang untuk memiliki rumah yang sesuai dengan kemampuan mereka.
Kerajaan Negeri juga melalui Manifesto Perpaduan 2023 di bawah Tema: ‘Memperkasakan Golongan Wanita dan Belia’ telah memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menjadikan rumah PPR yang bakal dibekalkan di Pulau Pinang ditawarkan kepada sebagai Skim Perumahan Sewa Khas kepada golongan belia dan juga bujang. Antara projek yang telah dikenal pasti bagi tujuan tersebut adalah Projek PPR Kota Giam yang kita namakan D Jelutong yang akan membekalkan 500 unit rumah di Kota Giam. Antara syarat-syarat yang akan ditetapkan adalah seperti berikut:
(i) Terbuka kepada individu belia berusia antara 21 tahun sehingga 40 tahun dan
dalam kategori bujang termasuk bujang lanjut usia;
(ii) Pemohon mestilah berpendapatan kurang dari RM1,500.00; dan
(iii) Pemohon hendaklah anak jati Pulau Pinang dan juga pengundi berdaftar Pulau
Pinang ataupun bermastautin di Pulau Pinang.
Langkah ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperbaiki akses kepada perumahan yang lebih mampu milik dan menyeluruh, demi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang. Berdasarkan rekod dalam pangkalan data Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang, sehingga hari ini, 30, sehingga hari 30 September 2024, terdapat 422 penyewa mempunyai pendapatan rumah kurang daripada RM1,500.00 dan sejumlah 41 penyewa mempunyai pendapatan isi rumah melebihi sedikit daripada RM1,500.00 dalam kawasan Parlimen Bagan.
Kami dalam proses untuk teliti semula kriteria kelayakan untuk PPR kerana buat masa sekarang dengan paras gaji RM1,500.00 pun banyak permintaan. Kalau kita naikkan kadar itu mengikut DOSM iaitu RM2,290.00, risau pula terlalu banyak orang akan minta rumah PPR buat masa sekarang. Walau macam mana pun, kami kata tak tepikan idea ini kami masih teliti dan mungkin dalam sukuan pertama kita akan keluarkan syarat-syarat baru. Sekian terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan.
Ya, sila.
Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan pelaksanaan kadar kaji minimum RM1,700.00 sebulan bermula tahun 2025. Apakah kenaikan kadar gaji minimum ini akan menyebabkan lebih ramai penyewa unit rumah PPR akan hilang kelayakan. And soalan kedua, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu golongan yang tidak mampu dan berkeupayaan untuk membeli rumah selain daripada projek rumah mampu milik. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Puyu. So, untuk soalan jika paras gaji dinaik RM1,700.00 itu memang seperti mana saya jawab tadi, kami memang dalam peringkat kajian. Risau pula kalau kita naikkan kepada RM1,700.00 ataupun RM2,290.00 mengikut DOSM, banyak akan kehilangan.
Oleh kerana itulah kita kena betul-betul kaji sebelum kita buat satu keputusan. Soalan kedua you. Your second question sorry?
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu golongan yang tidak mampu dan berkeupayaan untuk membeli rumah selain daripada projek RMM.
Ya. Seperti mana saya bagi tahu semalam, selain daripada rumah RMM, Kami memang ada untuk golongan yang tak mampu beli rumah RMM, kami ada program seperti mana boleh sewa beli ataupun sewa sahaja iaitu PPR. Untuk golongan itu, kita syarat kita tawarkan rumah jenis PPR sahaja untuk sewa. Buat masa sementara masa, sampai dia sampai ke peringkat boleh memiliki rumah, kita tawarkan secara sewa beli. Ya, secara sewa beli.
Dengan syarat itu, kadar bayaran sewaan sebulan antara RM200.00 lebih hingga RM300.00, dan rumah itu akan jadi milikan orang itu selepas 15 tahun. Ini adalah cara yang mudah sekali kita beri peluang kepada semua rakyat untuk memiliki rumah, ya. Secara RTO, sewa beli. Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Seri. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Perai. Just, kalau kita tengok kebanyakan rumah PPR di seluruh Pulau Pinang. Bila saya tengok anggaran di sini jumlah pendapatan di bawah RM1,500.00. Tetapi kalau kita tengok semua rumah PPR, semuanya mempunyai kereta mewah-mewah yang parking di sana saya pun hairan. Kenapa gaji di bawah RM1,500.00 tapi boleh membawa bukan saja kereta nasional tapi kereta dari luar negara juga.
So, saya rasa kita harus buat satu kajian atau bancian menyeluruh sama ada mereka declare the right income (dengan izin) pendapatan yang betul ataupun cuma pendapatan yang tak betul. Sebab kalau gaji di bawah RM1,500.00, mustahil boleh guna kereta. Kalau kita
tengok parking PPR semua penuh dengan kereta-kereta dan ada kereta mewah. Jadi, saya cadangkan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang untuk buat satu bancian menyeluruh untuk menyiasat perkara ini. Terima kasih.
Kalau ada warna putih, memang ada warna hitam. Ada ada orang nak orang baik, ada orang jahat. So, masalah dia di mana-mana pun adalah ya. Semasa permohonan, semasa permohonan di Lembaga Perumahan, kami teliti melalui minta slip gaji, EPF dan juga income tax. Ini adalah dokumen-dokumen yang halal yang kita boleh percayalah ya. So, kalau ada pendapatan yang tidak direkodkan semasa permohonan, kita pun tak boleh buat, So, kebanyakan masa berdasarkan dokumen yang disediakan, kami buat penawaran. Itu adalah satu dan PPR ini biasanya kita bagi untuk tempoh masa tiga (3) tahun.
Harapkan kadar pendapatannya naik dan dia lebih stabil dalam tiga (3) tahun supaya dia boleh beli rumah ya secara jual beli ataupun secara sewa beli. Tapi ada juga segolongan rakyat semasuk masuk rumah itu, miskin. Sebelum tiga (3) tahun itu expired, tiba-tiba dia sudah pun layak beli kereta lah. Itu pun ada juga ya. Satu lagi masalah dia adalah seperti mana yang saya beritahu dua hari lepas, bila penghuni-penghuni rumah PPR dan PPR ini tak dapat bayar sewa, tak dapat bayar maintenance, tempat itu jadi teruk sangat, tempat itu jadi teruk sangat. Dia memang tak mampu untuk bayar maintenance pun, so dia sewakan kepada orang. Kemungkinan orang-orang ini adalah penyewa sahaja tetapi mengikut surat perjanjian jual beli sekarang, undang-undang tak ketat cukup ketat untuk kita mengambil tindakan.
Itulah yang saya bagi tahu dua hari lepas kita kena membetulkan balik dengan syarat-syarat yang lebih ketat supaya rumah itu tidak boleh disewa kepada orang. Dan jika berlaku, mungkin Kerajaan Negeri nak pergi ke peringkat rampas balik harta itu. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya soalan.
Sorry. Soalan tambahan lagi.
Sudah. YB, sila.
Minta satu lagi soalan.
Tak boleh. Soalan seterusnya, soalan Yang Berhormat Bertam. Bertam tak ada di dalam Dewan, soalan dilangkau. Soalan seterusnya Machang Bubuk. Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan 55.
No. 55. Sektor Pelancongan.
(a) Senaraikan jumlah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat
untuk pembangunan sektor pelancongan mengikut tahun sejak tahun
2020;
(b) Bagaimanakah memastikan bahawa pembangunan pelancongan
membawa manfaat kepada komuniti setempat khasnya ekonomi
tempatan; dan
(c) Sejauh manakah pelancongan mampan dilaksanakan di
Pulau Pinang agar alam sekitar dan penduduk setempat tidak
terjejas?
Selamat pagi bagi Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Machang Bubuk yang menanyakan soalan tentang sektor pelancongan. Peruntukan daripada Kerajaan Pusat yang disalurkan bagi pembangunan sektor pelancongan negeri melibatkan peruntukan pemberian cukai pelancongan dan peruntukan pembangunan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).
Senarai peruntukan seperti dalam senarai dan untuk peruntukan pemberian cukai pelancongan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Pusat, dari tahun 2020 sampai 2024, sejumlah RM2.7 juta. Dan untuk peruntukan pembangunan pelancongan daripada Kerajaan Pusat daripada tahun 2021 sampai 20 berperingkat sampai 2025, sejumlah RM25.7 juta. Dengan butiran-butiran yang paling tinggi, adalah inisiatif pemuliharaan dan pemeliharaan Tapak Warisan Dunia (UNESCO) yang diperuntukkan RM25 juta daripada MOTAC yang melangkaui masa 2023 sampai 2025.
Untuk bahagian B, soalan bahagian B. Sektor pelancongan secara langsungnya dapat memajukan bidang perniagaan di negeri dan ekonomi setempat. Ini kerana pelancong yang datang ke negeri Pulau Pinang memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan lain. Selain itu permintaan yang tinggi terhadap makanan juga telah mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan di medan selera mahu pun di kedai atau warung yang terletak di tepi jalan.
Pelancongan juga memberi membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dalam sektor tersebut. Pelancongan merupakan antara industri yang memerlukan tenaga kerja ramai seperti pekerja hotel, pemandu pelancongan, pekerja kedai cenderamata dan pekerja pekerja kedai kraf tangan. Perkembangan industri pelancongan yang menggalakkan di negeri Pulau Pinang meningkatkan permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman serta golongan pekerja mahir dan separa mahir. Kesannya kualiti hidup rakyat juga akan meningkat.
Untuk bahagian C, Pulau Pinang telah secara aktif mengguna pakai pelbagai strategi untuk mempromosikan pelancongan mampan dan meminimumkan kesan alam sekitar. Salah satu inisiatif utama ialah pengiktirafan Penang Hill Biosphere Reserve ataupun ringkasan PHBR yang beroperasi di bawah program UNESCO's Man and the Biosphere Programme (MAB). PHBR mempromosikan eko pelancongan sambil melindungi biodiversiti dan eko
sistem Pulau Pinang melalui program pemuliharaan dan perkongsian dengan pihak berkepentingan tempatan.
Pengunjung digalakkan untuk meneroka alam semula jadi secara bertanggungjawab dengan melibat diri dalam aktiviti berimpak rendah seperti mendaki bukit dan eko pelancongan berpandu yang mendidik tentang flora dan fauna tempatan. Dengan meningkatkan kesedaran, Penang Hill Biosphere Reserve membantu mengekalkan keindahan semula jadi sambil menyokong perniagaan dan komuniti tempatan dengan cara yang mesra alam. Inilah jawapan saya. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, sila.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Paya Terubong. Saya juga ingin tanya berkaitan dengan isu pelancongan mampan yang berkaitan dengan overtourism management. Selain daripada levy katil yang telah kita kenakan, levy hotel yang kita kenakan, adakah Kerajaan juga akan mempertimbangkan supaya levy kemasukan pelancong-pelancong ke Tapak Warisan UNESCO ini. Memandangkan kesesakan lalu lintas dan juga keadaan infrastruktur yang tidak dapat menampung bilangan penduduk tempatan dan juga pelancong yang begitu ramai, so adakah kita nak mempertimbangkan dengan membuat sesuatu levy baru seperti apa yang dijalankan di Venice Italy adakah ia boleh dipertimbangkan di negeri Pulau Pinang supaya itu dapat mengawal bilangan pelancongan yang masuk ke dalam Pulau Pinang ini. Terima kasih.
Ya, terima kasih kepada soalan Yang Berhormat Ahli Kawasan Machang Bubuk ini dan berkenaan dengan tentang levy. Sebenarnya pelancong-pelancong yang bermalam atau menginap di hotel-hotel Pulau Pinang sudah dikenakan dua jenis cukai ataupun levy iaitu cukai pelancongan yang perlu dibayar kepada Kerajaan Pusat dan juga fi hotel yang dibayar kepada Kerajaan Negeri sudah double. Kedua-dua ini setiap tahun Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mengutip melebihi RM20 juta daripada cukai pelancongan dan juga fi hotel dan adalah amat mencabar kerana memasuki Tapak Warisan Georgetown ini banyak laluan, banyak jalan untuk memasuki Georgetown.
Maka, adalah impossible untuk kita mengutip untuk laluan untuk memasuki bahagian Georgetown ada banyak sangat laluan kita tidak boleh kenakan tol di setiap laluan-laluan tersebut dan saya rasa kita dan untuk menjawab soalan over tourism ini sebenarnya Kerajaan Negeri kita sedar bahawa atas usaha gigih kita membuat promosi di seluruh dunia. Kita telah didatangi begitu ramai pelancong-pelancong dan itulah hasil daripada usaha kita. Kita sudah sedar kita sedar memang begitu dengan begitu hebat sekali dan kita juga ingin membawa atau memperkenalkan pelancong-pelancong ini, kita juga mempromosikan selain daripada Georgetown, mempromosikan Seberang Perai, mempromosikan Balik Pulau, mempromosikan Teluk Bahang kawasan-kawasan selain daripada Georgetown.
Sebagai destinasi unik menonjolkan daya tarikan selain daripada tarikan utama di bahagian Georgetown. Kita telah membuat promosi kita panggil the opposite side of the
island yang mempamerkan pelbagai aktiviti dan tempat-tempat indah di Seberang Perai seperti kita mempromosikan Durian Tourism mempromosikan Durian Georgetown okay pelancong-pelancong boleh makan durian di gerai-gerai tepi jalan di Georgetown tapi kita hendak ingin membawa mereka juga makan durian di Balik Pulau, makan durian di Bukit Mertajam, makan durian di Nibong Tebal dan itulah supaya pelancong-pelancong ini boleh juga pergi ke tempat-tempat luar bandar untuk menikmati kebaikan bahagian selain daripada Georgetown.
Begitu juga dengan pelbagai aktiviti yang kita lakukan bukan sahaja di Georgetown tetapi tempat-tempat di Seberang Perai yang satu (1) siri yang panjang Penang International Food Festival di Seberang Perai dan Penang Bridge International Marathon akan dilangsungkan 15 Disember ini di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jambatan Kedua buat pertama kali kita mengambil alih Marathon Penang Bridge International Marathon dan bermula di Seberang Perai dan pelbagai aktiviti.
Oleh itu, strategi kita bukan kita mengenakan cukai kemasukan ke bandar Georgetown tetapi kita membawa mereka, memperkenalkan mereka selain daripada Georgetown ada Seberang Perai ada Balik Pulau Teluk Bahang, Penang Hill bio hill reserve yang termasuk juga Bukit Bendera sampai ke hutan di Teluk Bahang dan begitu indahnya Pulau Pinang, itulah jawapan saya. Terima kasih
Tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan saya berkaitan sama dengan pelancongan ekonomi tempatan sebenarnya saya ada sentuh semasa perbahasan tetapi masih menunggu jawapanlah tapi dia since berkaitan saya akan tanya disini. Berkaitan dengan pelancongan desa saya Kementerian sebenarnya Kementerian Kerajaan Tempatan telah pun melancarkan satu majlis produk terbaik Kampung Baru Wilayah Utara baru-baru ini dan semasa disenaraikan pada peringkat pertama antara 40 produk baik yang terbaik daripada wilayah utara, 7 produk terbaik telah disenaraikan adalah daripada Pulau Pinang dan pendirian saya adalah kita boleh fully utilized (dengan izin) produk-produk dan program ini supaya kita juga boleh memajukan pelancongan desa dan saya ingin tanya pendirian daripada Yang Berhormat EXCO kita adakah program seperti ini boleh dimajukan supaya lebih supaya memanfaatkan ekonomi tempatan kita. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Berapit ini. Sebenarnya kita lihat juga kampung perkampungan seperti kita telah cuba memperkenalkan makanan di Pulau Pinang kerana ia makanan semua orang suka makanannya enak, suka makanan yang yang lazat dan kita telah bekerjasama dengan Michelin, panduan Michelin, Michelin Guide sebuah syarikat yang ber ibu pejabat di Perancis, France dan mereka mempunyai satu apps, Michelin Apps apabila pelancong-pelancong datang mereka boleh menggunakan apps mereka dan mereka boleh mencari apakah specialty makanan khas.
Oleh itu, kita bukan sahaja kita telah Michelin Guide ini bukan sahaja untuk makanan, gerai-gerai makanan atau yang F&B yang bertaraf mewah kita juga ada gerai-gerai, warung-warung yang kita cuba juga membawa menghubungi Michelin Guide ini supaya mereka boleh merangkumi bukan sahaja di Pulau atau tetapi juga mereka ada seperti ada tersenarai itu Yam Rice di Bukit Mertajam juga tersenarai. Kita ingin bekerjasama dengan Michelin Guide ini supaya lebih ramai lebih banyak warung-warung atau pun kedai-kedai bukan saja di Pulau atau pun di Seberang Perai pelbagai bangsa juga boleh dimasukkan di dalam Michelin Guide kerana ini ialah satu (1) pengiktirafan yang penting di Malaysia.
Kita ada banyak bandaraya hanya ada dua (2) bandaraya yang atau pun yang tersenarai dalam Michelin Guide bertaraf antarabangsa iaitu Kuala Lumpur dan Pulau Pinang negeri-negeri lain tak ada. Oleh itu, kita cuba kita boleh melalui makanan sebagainya dan seperti yang produk Kampung Baru yang dicadangkan itu saya rasa pihak KPKT perlu membuat promosi yang lebih agresif lagi supaya ia boleh keberjasama dengan Kementerian Pelancongan dan juga my office supaya kita boleh membantu mempromosikan produk-produk baru di Kampung Baru yang seperti diutarakan dan ini perlu satu kempen yang agresif supaya ia boleh mengangkat ke satu tahap yang lebih tinggi. Itu Jawapan saya
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Ahli Kawasan Paya Terubong terima kasih. Pelancongan merupakan satu sektor yang mendapatkan pendapatan besar bagi negeri kita dan tahniah kepada Yang Berhormat Ahli Kawasan Paya Terubong kerana telah berjaya membawa masuk penerbangan terus daripada negeri China dan India dan seterusnya. Soalan saya adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membuatkan satu program khas atau khusus seperti Visit Penang Year dalam masa terdekat atau pun lagi satu soalan saya ialah bolehkah lapangan terbang kita accommodate number of tourist bilangan penumpang yang akan datang dalam masa yang sama dan untuk mengelakkan kesesakan dan bad experience of tourist di lapangan terbang kita. Terima kasih.
Jadi ada dua (2) soalan
Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Bagan Dalam menanyakan soalan tentang tourist arrival dan sebagainya bukan sahaja kita berjaya melancarkan penerbangan sulung atau medium flight dan penerbangan berterusan bukan sahaja daripada negara China, negara India akan datang tetapi juga Timur Tengah daripada Dubai dan Doha. Supaya kita boleh sambungkan Eropah kerana Eropah juga perlukan satu destinasi yang amat penting untuk pelancong-pelancong asing datang.
Oleh itu, kita aviation network kita sampai bukan Asia Tenggara, Asia Timur India dan juga Timur Tengah dan seperti yang dimaklumkan kita sudah beritahu bahawa fasa satu (1) airport expansion telah bermula dan ia telah dibahagikan kepada tiga (3) fasa dan ground breaking mungkin akan dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan kerana ini projek Kerajaan Persekutuan dan pengumuman-pengumuman penting sebenarnya akan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan untuk penerbangan-penerbangan yang kebelakangan ini masanya sudah tengah malam.
Hari itu kita sambut Hong Kong Express dia sampai di Pulau Pinang tengah malam atau pun daripada Shenzhen awal pagi 7 pagi so semua kebanyakkan slot yang penting adalah pukul 2:00 sampai pukul 6:00 petang setiap hari tapi untuk penerbangan baru tengah malam awal pagi supaya slot-slot tersebut yang tidak begitu sibuk telah didiberikan kepada penerbangan-penerbangan itu.
Oleh itu, saya berharap juga Malaysia Airport Berhad apabila ada penerbangan baru slot-slot inilah midnight slot early morning slot yang diberikan begitu juga Chenai di awal pagi, ia tidak masuk dalam slot pukul 2 sampai pukul 6:00 yang amat sesak yang ketibaan beberapa international flight dan saya rasa airport expansion yang sedang berjalan kita perlu bersabar juga kerana apabila airport expansion berjalan dia macam satu construction site,
dia kena bina pelbagai binaan dan apabila ia mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan sikit tetapi saya rasa baiknya ialah apabila selesai nanti kita boleh handle 12 million juta passenger movement setiap tahun untuk Pulau Pinang dan saya rasa kita perlu airport juga telah pihak Menteri juga Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan tentang optimization plan for immigration dan kita menunggu pelaksanaan program-program tersebut termasuk juga ada pengumuman tentang auto gate dan sebagainya kita masih menunggu pengumuman seterusnya oleh pihak imigresen dan juga Malaysia Airport Berhad. Itu sahaja.
Okey, terima kasih seterusnya soalan nombor 56.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri soalan saya soalan nombor 56.
No. 56. Senaraikan semua penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Pulau Pinang (LTAPP) dan nyatakan jumlah penumpang domestik dan
antarabangsa bagi tahun 2024.
(a) Huraikan status penaiktarafan I-TAPP oleh Malaysia Airports Holdings
Berhad (MAHB).
(b) Huraikan kerja-kerja penaiktarafan infrastruktur dan penyuraian trafik
sekitar LTAPP dan pihak pelaksana.
(c) Huraikan status pengambilan tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) Chung Shan dan proses permindahan sekolah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Bukit Tambun, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mempunyai 19 penerbangan terus ke bandaraya antarabangsa dan senarai bandar-bandar bagi penerbangan terus tersebut adalah Singapura (SIN), Bangkok, Bangkok ada 2 (Suvarnabhumi International Airport (BKK); Don Mueang International Airport (DMK), Phuket, Guangzhou, Xiamen, Hong Kong, Medan, Jakarta, Surabaya, Banda Aceh, Taipei, Ho Chi Minh City, Dubai, Shanghai, Shenzhen, Chongqing, Kunming dan juga Doha, kalau tambah Chennai, 20 lah.
Jumlah ketibaan domestik dan antarabangsa yang direkodkan mulai bulan Januari hingga September 2024 masing-masing adalah 1,344,111 bagi ketibaan domestik dan 1,395,487 bagi ketibaan antarabangsa. Projek pembesaran lapangan terbang melibatkan pembesaran kapasiti lapangan terbang daripada 6.5 million passengers per annum kepada 12 million passengers per annum apabila siap kelak. Anggaran kos keseluruhan bagi projek pembesaran ini adalah sebanyak RM1.55 bilion di mana hampir keseluruhannya akan dibiayai melalui inisiatif pembiayaan swasta oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tanpa sebarang kerjasama dengan syarikat swasta Iain.
Projek pembesaran lapangan terbang melibatkan tiga (3) pakej seperti berikut:
(i) Works Package 1 melibatkan kerja-kerja bangunan sokongan dan pembinaan
Remote Digital Virtual Tower. Ini adalah remote tower yang pertama di
negara Malaysia;
(ii) Works Package 2 (WP02) melibatkan kerja-kerja infrastruktur airside dan
apron; dan
(iii) Works Package 3 melibatkan kerja-kerja di terminal utama. Buat masa ini,
Letter of Award untuk Works Package 1 telah pun dikeluarkan pada bulan Julai
dan kerja pun telah dimulakan.
Bagi menyuraikan lalu lintas di sekitar lapangan terbang selepas kerja-kerja menaik taraf lapangan terbang siap, berikut merupakan tindakan-tindakan yang akan diambil:
(i) Membina satu jalan baharu dua lorong dua hala dengan rezab minimum 66
kaki dari Jalan Sultan Azlan Shah (berhampiran pejabat Jabatan
Penerbangan Awam sedia ada) ke Lapangan Terbang supaya kenderaan dari
Jalan Sultan Azlan Shah membelok kiri ke Lapangan Terbang dan kenderaan
dari Lapangan Terbang dapat keluar ke Jalan Sultan Azlan Shah dan
seterusnya membuat belokan kanan ke Jalan Tun Dr Awang berhampiran
bulatan Bayan Lepas. sedia ada tanpa konflik. Belokkan kiri dan pergerakan
terus dari lapangan terbang ke Jalan Tun Dr. Awang di bulatan Bayan Lepas
sedia ada tidak lagi dibenarkan.
(ii) Konflik lalu lintas. Konflik lalu lintas di Bulatan Bayan Lepas dielakkan dengan menyediakan aliran lalu lintas bebas di persimpangan ini. Belokkan kanan dari Jalan Tun Dr. Awang ke Jalan Bayan Lepas tidak akan dibenarkan lagi. Oleh yang demikian dua lorong lalu lintas akan disediakan untuk kenderaan membelok kiri ke Jalan Sultan Azlan Shah dan seterusnya menggunakan pusingan “U” bertingkat untuk menuju ke arah selatan. Satu pusingan “U” akan disediakan pada aras tanah untuk membenarkan lalu lintas dari Jalan Tun Dr. Awang membuat pusingan balik ke arah Sungai Ara ataupun Relau.
(iii) Membina hub pengangkutan awam di dalam kawasan lapangan terbang; dan
(iv) Melebarkan Jalan Garuda kepada empat lorong lalu lintas.
Untuk menjawab soalan C, tapak sekolah SJKC Chung San telah dijadualkan dalam senarai lot-lot terlibat dalam pengambilan tanah bagi projek pembesaran masa depan. Pada masa kini, proses pewartaan di bawah Seksyen 4 dan 8 Akta Pengambilan Balik Tanah sedang disempurnakan. Setelah pengambilan tanah selesai kelak, Lembaga Pentadbir Sekolah boleh menguruskan perolehan tapak sekolah serta pembinaan bangunan yang baru dengan menggunakan pampasan pengambilan balik tanah yang akan dibayar mengikut ketetapan Akta 486. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Terima kasih diucapkan kepada Tanjong Bunga. Walaupun soalan 56 ini melibatkan pelancongan, infrastruktur dan SJKC. Tanjong Bunga jawab dengan begitu komprehensif. Persoalan saya, adakah kerja-kerja penaiktarafan infrastruktur dan penyuraian trafik di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa ini termasuk kerja-kerja yang sepatut dilaksanakan oleh Pembangunan Mitsui yang telah mendapat kelulusan Permohonan
Kebenaran Merancang, itu soalan pertama. Kedua kerja-kerja penaiktarafan di sekitar airport ini adalah ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Apakah jumlah kos tanggungan yang bakal ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Dan ketiga, adakah kos tanggungan oleh Kerajaan Negeri akan menyebabkan projek-projek selain daripada projek ini termasuk Sungai Bakap Bypass akan dilambatkan. Itu soalan saya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Untuk menjawab soalan yang pertama berkenaan dengan kemajuan Mitsui Outlet Park yang bakal dibina, yang tu sememangnya ada syarat-syarat yang dikenakan untuk penaiktarafan. Yang untuk skop penaiktarafan bagi Projek Mitsui itu saya akan bagi kepada Yang Berhormat tapi bukan kesemuanya lah, tapi ada skop-skop yang telah pun disyaratkan kepada pemajuan tersebut. Selain daripada itu untuk apa ni soalan mengenai infrastruktur luaran yang telah pun disyaratkan ataupun diminta oleh Kerajaan Persekutuan meminta Kerajaan Negeri untuk menanggung, mula-mula dia minta Kerajaan Negeri untuk menanggung RM150 juta ringgit infrastruktur.
Jadi kita pun telah berunding dan setelah berunding dan juga membuat pengubahsuaian skop maka angka yang terakhir adalah siling RM50 juta ringgitlah. Yang dimana daripada RM50 juta itu RM10 juta adalah untuk pembinaan jalan ingress dan egress ke lapangan terbang dari Jalan Sultan Azlan Shah ke Jalan Tun Dr. Awang. Yang ini JKR akan dilaksanakan lah. So, RM10 juta ringgit untuk projek jalan. Yang baki RM40 juta ringgit itu Yang Berhormat adalah untuk projek mitigasi banjir, tebatan banjir sepertimana kita sedia maklum kawasan itu adalah antara hotspot banjir juga. Jadi yang tu akan ditanggung daripada caruman perparitan Kerajaan Negeri.
Jadi untuk menjawab soalan Jalan Pintasan Sungai Bakap kos yang kita anggarkan dalam RM50 juta ringgit. Kalau kita nak banding kos dengan kos tu sememangnya cukuplah untuk bayar membiayai projek tersebut. Namun RM40 juta daripada caruman perparitan tidak boleh digunakan untuk membuat jalan pintasan, hanya RM10 juta itulah. Tapi Kerajaan Negeri berikhtiar untuk mencari penyelesaian masalah trafik di Seberang Perai dan kita akan cuba dalam masa-masa akan datang ini setahun dua untuk mencari dana untuk membiayai projek tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker berkaitan dengan projek pembesaran Lapangan Tebang Antarabangsa Pulau Pinang, saya juga ada tanya soalan bertulis dengan perkara ini. Dan jawapan daripada Tanjong Bunga iaitu Kerajaan Negeri ada menubuhkan dua (2) jawatankuasa untuk memastikan projek pembesaran itu dapat berjalan dengan lancar. Apakah dua (2) jawatankuasa tersebut dan bolehkah juga saya nak cadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan supaya satu real time governance dashboard boleh diperkenalkan untuk membolehkan orang ramai juga boleh memantau perjalanan projek ini dan boleh mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertamanya ini bukan projek Kerajaan Negeri. Kita bukan pemilik projek, kita juga bukan agensi pelaksana. Ini adalah projek Malaysia Airport Holding Berhad yang dibiayai hampir keseluruhannya oleh MAHB. Jadi dua (2) jawatankuasa yang ditubuhkan, satu adalah Jawatankuasa Kerja Teknikal yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zakuan selaku Timbalan SUK Pembangunan dan Jawatankuasa lagi satu dipengerusikan oleh saya sendiri, jawatankuasa di peringkat negeri dan melalui jawatankuasa inilah yang kita buat rundingan dengan pihak MAHB dengan MOT untuk mengurangkan skop daripada RM150 juta ringgit yang dia orang minta awal tu kepada RM50 juta dan kita setuju untuk mengurangkan skop dan apani dan sebagainya.
Dan melalui jawatankuasa itu juga kita melihat kepada perkara-perkara seperti pengambilan tanah dan isu-isu yang melibatkan Kerajaan Negeri lah sebenarnya. Untuk jawatankuasa itu tidak sebenarnya mengawasi dari segi ataupun memantau dari segi pembinaan projek tersebut, namun ada pelaporan yang dilakukan oleh pihak MAHB tapi ini lebih kepada Jawatankuasa Pemudah Cara untuk membantu dan juga untuk memastikan kepentingan Kerajaan Negeri terjagalah. Terima kasih Yang Berhormat.
Ok, seterusnya soalan nombor 57.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, pohon Tanjong Bunga teruskan jawapan 57.
No. 57. Banjir kilat.
(a) Senaraikan kawasan banjir kilat risiko sederhana dan tinggi di
Pulau Pinang.
(b) Apakah rancangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk
menangani masalah ini?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kebun Bunga. Menurut data terkini daripada JPS setakat Mac 2024 jumlah keseluruhan kawasan banjir di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 233 kawasan. Daripada jumlah tersebut 124 kawasan dikenal pasti sebagai hotspot banjir. Manakala 109 kawasan lagi diklasifikasikan sebagai kawasan berisiko banjir. Maklumat senarai hotspot banjir mengikut daerah disertakan sebagai lampiran yang akan diberi di atas meja Yang Berhormat setelah selesai sesi ini.
Tapi secara ringkasnya saya ringkaskan untuk daerah SPU terdapat 70 kawasan banjir dan 37 hotspot, yang di mana 37 adalah hotspot dan 33 adalah kawasan berisiko banjir. Untuk SPT, 90 kawasan banjir yang di mana 44 adalah hotspot dan 46 adalah risiko banjir. SPS 21 kawasan banjir yang di mana 15 adalah hotspot dan 6 adalah risiko banjir. Untuk pulau, DTL 25 kawasan banjir 13 hotspot 12 berisiko banjir. Untuk DBD kawasan banjir 27 yang di mana 15 merupakan hotspot dan 12 risiko banjir. Dan untuk apa ni menjelaskan sedikit kita takrifan apa itu hotspot dan apa tu kawasan berisiko banjir.
Kawasan hotspot Yang Berhormat adalah kawasan yang berlaku banjir lebih daripada dua kali setahun, kalau kurang daripada itu adalah kawasan berisiko banjir. Maksudnya kawasan yang merujuk berpotensi terdedah kepada banjir akibat faktor geografi, taburan hujan, sistem saliran yang kurang baik, perubahan iklim atau pembangunan. Kerajaan Negeri melalui JPS sentiasa berusaha mengurangkan risiko banjir melalui yang pertamanya pelaksanaan projek tempatan banjir berskala kecil di bawah peruntukan pembangunan negeri dan mengurus, kajian reka bentuk terperinci dan pelaksanaan projek tebatan banjir berskala sederhana di bawah peruntukan caruman perparitan.
Dan ketiga melaksanakan projek-projek tebatan banjir yang berimpak tinggi ataupun high impact project dengan kos sebanyak RM150 juta ringgit pada tahun 2017 dan akan juga kita teruskan dengan beberapa lagi high impact baru yang akan diumumkan kelak. Projek-projek tebatan banjir ini dilaksanakan berasaskan rekod kawasan banjir serta hasil kajian reka bentuk terperinci sebagai langkah mitigasi untuk menangani isu berkenaan. Pelaksanaan projek fizikal biasanya kita akan laksanakan setelah kajian siap. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Saya nak tahu juga apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak JPS Pulau Pinang dalam menangani masalah banjir di Bayan Baru. Sebab saya adalah antara mangsa banjir di Bayan Baru. Apakah langkah yang telah diambil dan adakah JPS akan memasang atau melaksanakan program ramalan dan amaran banjir di Bayan Baru. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya untuk kawasan Bayan Baru kita telah melaksanakan beberapa projek program mitigasi banjir jangka pendek dan juga jangka yang panjang. Untuk jangka pendek sebenarnya kita telah memasang dua unit pam. Baru-baru ini iaitu di sum yang berhampiran dengan Sungai Relau untuk membantu apa ni mempercepatkan pengaliran air ke collector drain dari kawasan penggunaan sekitar Jalan Mahsuri dan juga Jalan Persiaran Mahsuri supaya dia boleh masuk ke Sungai Relau dengan lebih cepat.
Kita juga telah memasang 3 struktur kawalan untuk melencongkan dan melancarkan pengaliran air daripada kawasan tersebut. Dia punya fungsi struktur kawalan itu supaya tidak berlaku backflow Yang Berhormat. Itu antara punca banjir di kawasan tersebut. Dan kita juga telah memasang 2 mobile pump, pump bergerak 1, 280 liter sesaat dan 1,150 liter sesaat di Rumah Pam Taman Iping untuk memberi sokongan kepada screw pump yang sedia ada. Yang keempat kita juga melalui JPS senantiasa melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala. Tapi selain daripada itu untuk kita lihat pada masa depan kita nak pastikan masalah banjir di kawasan Bayan Baru itu dapat diselesaikan dengan lebih baik maka satu RTB baru yang bakal dilaksanakan pada tahun depan iaitu Rancangan Tebatan Banjir Bayan Baru 2 yang akan mempunyai skop yang lebih efektif untuk memastikan kawasan tersebut dapat dikurangkan ya dari segi risiko banjir.
Yang kedua ada lagi satu projek yang dalam proses nak mula pembinaan tender telah pun dilaksanakan ataupun sedang dilaksanakan dan kita akan mula pembinaan dalam masa yang terdekat iaitu Projek Pembinaan Kolam Takungan di Taman Lintang Nibong. Yang ini adalah sebahagian daripada Projek PNBCAP ataupun Penang Nature Base Climate Adaptation Program yang telah saya rungkaikan dalam ucapan gulung saya semalam. Terima kasih Yang Berhormat.
Ok, terima kasih, seterusnya Batu Uban.
Terima kasih Dato’ Speaker Datok Keramat menunggu lama, soalan saya number 58.
No. 58. Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu dalam meningkatkan
Pembangunan modal insan, terutamanya dalam sektor pendidikan,
melalui program-program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan
lain-lain?
Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam Pulau Pinang 2030 dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato’ Speaker. Ke atas soalan ini saya tak sangka boleh sampai. Saya kira 18 tahun saya di sini dengan staf saya hampir 500 soalan lisan saya sudah.
Teruskan Datok Keramat, masa sudah kecederaan.
Anyway, terima kasih saya boleh rehat sikit. So, Thank you very much kepada Ahli Kawasan Batu Uban YB. Kumaresan berkenaan Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi, Kejuruteraan iaitu STEM dan TVET in particular. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker ingin saya nyatakan pembangunan modal insan merupakan faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara. Ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi adalah penting untuk menyokong peralihan semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensifkan pengetahuan, teknologi dan inovasi.
Menuju ke arah ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah merangka dasar dan hala tuju yang holistik supaya Pulau Pinang dapat mencapai kelebihan daya saing dalam menarik dan mengekalkan bakat-bakat muda. Pada 8 September 2024, Kerajaan Negeri kita telah buat satu keputusan yang begitu penting iaitu pelancaran Pelan Tindakan Bakat STEM Pulau Pinang bagi mengetengahkan segala perancangan jangka masa panjang dan pembangunan kemahiran untuk merealisasikan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Strategi Semikonduktor Kebangsaan iaitu NSS sepertimana Ketua Menteri saya telahpun nyatakan. Misi dan pelan tindakan ini adalah untuk membina tenaga kerja mahir dan mampan.
Dato’ Speaker, dalam bidang STEM untuk penuhi permintaan industri di Pulau Pinang. Manakala Penang Strategy for Economic Ecosystem Development 2023-2028 merupakan satu pelan tindakan ekonomi yang mengandungi langkah-langkah jangka masa pendek iaitu untuk 2 tahun dan jangka masa sederhana untuk 5 tahun, yang mana menekankan kepentingan bakat, infrastruktur dan pengangkutan sebagai penggerak ekosistem ekonomi yang dinamik di Pulau Pinang. Hal ini dapat kita bawa negeri ini ke arah sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, itu yang penting Dato’ Speaker, yang terpenting sekali untuk saya sekarang, yang berasaskan pengetahuan. Pelan ini juga sejajar dengan Tema B Visi Penang2030 bagi memacu sektor-sektor strategik yang dikenal pasti iaitu sektor pembuatan, pelancongan, industri kreatif, perkhidmatan perniagaan dan pertanian.
Pulau Pinang Dato' Speaker, merupakan sebuah negeri yang berasaskan industri elektronik dan pembuatan. Maka Pulau Pinang perlukan lebih ramai bakat teknikal, itu yang terpenting sekali sekarang. Dalam portfolio saya di bawah Sains Teknologi dan Bakat itu apa yang saya lihat, permintaan daripada industri pada hari ini. Untuk menarik pelaburan langsung tersebut, ya kita di Pulau Pinang sepertimana saya nyatakan Dato’ Speaker, kita ada 450 multinational company di Pulau Pinang, syarikat multinasional dan mereka mempunyai matlamat yang kepelbagaian daripada seluruh dunia di sini, di Pulau Pinang.
Di Bayan Lepas, di Batu Kawan, tadi kita sebut juga tentang ada soalan tentang Bertam yang mana kita lihat pada pelbagai tempat lain untuk kita perluaskan apa yang akan berlaku. Jadi balik kepada soalan STEM, Dato' Speaker, kita melalui Kerajaan Negeri untuk penuhi permintaan tersebut kita ada Pusat STEM di Penang Science Cluster yang melancarkan pelbagai-pelbagai program antaranya Program Girls in Engineering & Technology (GET). Kita tak boleh lupa sekarang di dalam industri permintaan untuk wanita ceburi industri juga begitu penting dan kita tumpu perhatian kita juga kepada mereka untuk menggalakkan mereka daripada bukan sahaja sekolah menengah tetapi sekarang Dato' Speaker, kita lihat bagaimana kita boleh ada lebih kesedaran kita pupuk pada mereka di sekolah rendah juga.
Dan setiap tahun Dato' Speaker, seramai 150 hingga 200 pelajar perempuan dari Pulau Pinang mengambil bahagian dalam program ini dan ini disokong oleh syarikat swasta juga dan kita mengucapkan terima kasih kepada mereka. So program-program ini dilancarkan untuk bantu ramai pelajar kita di mana setakat ini seramai 500 pelajar sekolah menengah rendah dan 500 pelajar sekolah rendah telah pun mengambil bahagian dalam program-program ini untuk kita timbulkan minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Saya selalu nyatakan Dato’ Speaker… (gangguan).
Tolong ringkaskan.
Di Pulau Pinang kalau kita sudah ada MNC 450 ini, kita sudah ada SME 6000 lebih ini peluang kita dalam tangan kita. Dan itulah kerja saya sekarang untuk maklum pada rakyat dan warga kita di Pulau Pinang, itu sedang berlaku di sini. Selain itu Dato' Speaker, saya akan ringkaskan…(gangguan)
Nanti boleh masukkan dalam penggulungan sebab kita dah habis 1 jam 30 minit.
Kita juga ada beberapa agensi lain seperti Tech Dome yang sudah pun menganjurkan pelbagai aktiviti, Dato' Speaker. Saya tak akan pergi kepada detail dia dan mungkin later I can saying my gulung. Tapi very important for Tech Dome, ia ditubuh pada 2016 Dato’ Speaker dan sejak itu telahpun kita laksanakan melalui Tech Dome 4394 bengkel STEM di Pulau Pinang… (gangguan).
Yang Berhormat, habiskan rangkap ini sudah.
Ya, last one, yang melibatkan lebih daripada 570,000 pelajar daripada 300 buah sekolah di Pulau Pinang dan 200 buah sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia.So actually Tech Dome in Penang bukan sahaja membantu kita di sini tetapi di seluruh Malaysia terkenal sekali (gangguan) I wont go the rest because there is a lot more to talk about… (gangguan).
Terima kasih Datok Keramat. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah pun kita tamat selaras dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan dimasukkan di dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih.
Satu perkara lagi, Dato’ Seri Yang Di-Pertua. Selaras dengan Peraturan 6a (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya mohon supaya masa persidangan hari ini 28 November bukan diawalkan tetapi dilanjutkan sehingga semua urusan mesyuarat diselesaikan. Maksud tak ada had masa kena habis ini semua baru boleh balik. Terima kasih.
Terima kasih, saya perlu sokongan.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telahpun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6a (1) untuk kita melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 28 November hari Khamis, dilanjutkan sehingga semua urusan mesyuarat selesai ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju katakan 'Ya', yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. Telok Ayer Tawar hmmm itu apa? Okay, lebih suara bersetuju, kita setujukan usul ini, maknanya semua urusan itu selesai ikutlah kerjasama Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mungkin lebih awal mungkin lebih lewat. Okay, maka Ahli-ahli Yang Berhormat kita beralih ke sesi penggulungan.
Dato’ Seri Speaker, Peraturan Mesyuarat.
Apa itu? Sila.
Peraturan Mesyuarat Perkara 46 Bilangan 13, saya nak merujuk kepada ucapan perbahasan pada 2 hari lepas oleh ADUN Penaga yang telah membahas bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin atau individu terkaya di Malaysia. Dato’ Seri Yang di-Pertua, ADUN Penaga telah quote, mendapat sumber dapatan daripada website 'Love Money' yang saya rasa tidak reliable dan juga tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytihar harta, declare aset tu sepatutnya sesuatu tindakan yang terpuji dan bukan dijadikan sebagai bahan polemik politik dan sukar untuk kita terima juga bahawa dengan RM12 juta aset itu Perdana Menteri kita boleh jadi individu yang terkaya di dunia.
Dan hansard-hansard dan ucapan-ucapan oleh ADUN Penaga ini telah dimasukkan dalam hansard dan akan dijadi bahan rujukan pada masa akan datang di mana saya rasa ini adalah tidak bertetapan dengan Peraturan Mesyuarat. Pada hari tersebut, Timbalan Speaker yang mempengerusikan mesyuarat telah meminta ADUN Penaga untuk menarik balik kenyataan-kenyataan itu tetapi tidak dibuat oleh ADUN Penaga. Oleh itu, saya mohon satu ruling ataupun petua daripada Dato’ Seri Speaker supaya meminta ADUN Penaga untuk menarik balik kenyataan-kenyataan itu dan juga memohon maaf kepada Dewan Yang Mulia ini dan perkara-perkara seperti ini tidak seharus lagi berulang pda masa akan datang.
Kita boleh lihat sepanjang tempoh persidangan, Dewan ini harmoni dan kita tidak berpolitik dalam Dewan ini, semua soalan-soalan ataupun permasalahan oleh ADUN Pembangkang juga dijawab oleh kerajaan. So saya berharap Dato’ Seri Yang di-Pertua boleh membuat satu ruling tentang perkara ini. Terima kasih, Dato’ Seri.
Dato' Seri, kalau saya nak tambah lagi… (gangguan)
Nanti saya bagi Penaga, Penaga ada peluang. Jangan bimbang.
Sikit penjelasan kenapa isu ini sebegitu penting sekali, Dato’ Seri. Saya kena menekankan bahawa kita ada Peraturan-Peraturan Mesyuarat dan dalam conduct kita dalam sebagai Dewan Undangan Negeri, kita adalah bertanggungjawab untuk menegakkan prinsip-prinsip integriti dan maruah dan decorum dalam Dewan Yang Mulia ini. Jadi kita kenalah berhati-hati apa yang kita nak sebutkan bila kita bermesyuarat dalam sidang ini. Saya merujuk kepada draft hansard pada 26 November apabila kenyataan yang telah pun dibuat oleh Penaga ni, kita kena lihat Dato’ Seri daripada konteks, apabila kita baca balik hujahan ataupun perbahasan Penaga kita boleh dapat daripada ayat-ayat di sini di mana beliau telah pun bermula dengan kata bahawa 'tidak boleh ada jurang di antara orang miskin dengan orang yang kaya' dan Penaga kemudian telahpun memberi contoh-contoh bagaimana orang Malaysia ni kawasan dia sangat miskin dan sebagainya.
Then pergi pula membuat bandingan kepada Perdana Menteri, so kenapa apakah niat sebenar, niat jahat ini apabila membuat ucapan ni tak berkenaan langsung dengan
perbahasan. You membawa dan mendakwa dan memfitnah Perdana Menteri kita ini. Untuk saya, ini adalah satu kelakuan yang biadap yang tidak bersopan dan adalah sangat memalukan dan saya rasa ini adalah telahpun menghina decorum dan maruah dan dignity kepada Dewan Yang Mulia ini.
Saya harap Penaga akan menarik balik apa yang telah pun dinyatakan seperti yang disebutkan oleh Kebun Bunga tadi, janganlah memetik artikel-artikel yang tidak ada credible dan janganlah buat serangan peribadi seolah-olah nak memfitnahkan Perdana Menteri kita. Terima kasih, Dato' Seri.
Terima kaih. Sebelum saya nak buat ruling, adakah Penaga nak buat penjelasan.
Baik, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, jadi saya nak response lah atas apa yang telah saya bangkitkan dalam sesi perbahasan dua hari yang lepas berkaitan dengan aset Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Baik, walaupun kalaulah tidak boleh terima sumber yang saya kemukakan dua hari lepas Love Money katanya tidak relevan tapi di sana pun ada sumber yang lain juga, "Finance Yahoo!" kenapa tak lihat? Dalam persidangan Parlimen punn dia bangkitkan dan didedahkan ada 20 akaun luar negara yang dimiliki oleh PMX kita.
Penaga yang itu tak tak perlu sebutlah
Pun dikatakan tidak ada sumber ataupun sumbernya tidak relevan tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum daripada Pilihan Raya Umum ke 15 tempoh hari telah pun mengisytiharkan harta dia dan aset itu benar ini bukan fitnah pada PMX, sumber yang diambil oleh pihak itu dia sendiri yang isytiharkan dengan nilai RM11.4 juta itu betul cuma kedudukan senarai itu oleh kerana tak boleh diterima oleh sahabat-sahabat sebab daripada Love Money kalau daripada Buletin Mutiara mungkin tapi ini oleh kerana mungkinlah kalau boleh dipertimbang, saya boleh bersedia untuk tarik senarai yang disebut PMX kita berada di ranking ke 17 senarai pemimpin ini bukan tokoh korporat bukan ahli perniagaan usahawan itu lebih ramai tapi ini pemimpin sama ada Perdana Menteri ataupun Presiden sesebuah negara ranking yang ke-17.Saya boleh tarik itu oleh kerana kata yang Sumber Love Money ini tak releven dan sahabat-sahabat Yang Berhormat boleh rujuk kepada Finance Yahoo juga telah pun senaraikan apa yang saya sebut ini jadi saya boleh tarik balik kedudukan ranking itu tetapi aset PMX yang diisytiharkan itu adalah benar dan bukan fitnah. Terima kasih Dato’.
Terima kasih maka saya nak inilah Yang Berhormat Penaga Wakil Rakyat yang tiga penggallah dua penggal saya nak tambah satu penggal lagi, next next tahun tengok lagi I punya muka. Macam manapun Penaga kira yang antara mereka yang berpengalaman di dalam Dewan ini, dan ada Penaga tahu ada yang benda-benda ataupun bahan-bahan rujukan yang kita boleh rujuk sewaktu perbahasan dan selalunya Penaga pun tahu kadangkala ada Yang Berhormat yang lain yang setelah membangkitkan bahan-bahan rujukan dicabar dan kesahihan itu dia tak boleh mempertahankan itu jadi biasalah
terpaksalah dia Yang Berhormat kena tarik balik yang yang apa nama yang tidak mahu kita mengelirukan Dewan inilah dan semalam saya pun tengok balik hansard di mana sewaktu itu Timbalan Speaker pun telah minta Penaga untuk tarik balik.
Tapi waktu itu mungkin tengah panas apa nama Penaga pun ingat nak tarik balik sewaktu Timbalan Speaker mempengerusikanlah iaitu tidak menindakan arahan Timbalan Speakerlah, dan setelah itu, saya pun telah tengok video perbahasan Penaga yang telah pun viral sekarang yang Penaga sudah dapatlah kredit yang itulah kredit itulah memang itu perlu kita tengok dia secara lebih serius. Maknanya hari ini saya membenarkan apa nama Kebun Bunga untuk bangkitkan Peraturan Mesyuarat itu supaya sama-sama kita jangan mengelirukan dewan ini benda yang perlu kita tarik balik. Kita tarik balik dan perbandingan yang konteks perbahasan Penaga itu memang saya lihat ada yang tak betullah tak tepatlah khususnya saya baca hansard ayat seperti ini Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk dalam senarai pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan pemimpin dunia yang lain dalam akhbar.
Sebenarnya itu portal itu kita pun dah boleh challenge lah kalau Yang Berhormat nak bangkitkan kesahihan portal itu sebenarnya dia portal personal finance portal saja yang sendiri diportal itu nyatakan mereka tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa sumber laporan mereka so maka logiknya tidak tepat untuk membandingkan pengisytiharaan aset PMX itu untuk dia di bawah menyatakan dia ranking 17 ka ranking terkaya ke itu logik sudah pun tak kena kalau boleh saya bagi maklumat Penaga dengan aset aset sebegini 11.2 ka ataupun 12 juta itu saya kata di Penang pun tak dapat duduk ranking yang terkaya ataupun ke 17 ataupun ke 70 pun 700 saya pun ragu dia akan dapat dikedudukan ranking tersebutlah maka metodologi itu, YB Penaga saya rasa dia pun tak tahu mengapa portal itu bawa artikel ini perbandingan itu pun tak betul.
So saya nak selesai dia sebelum kita boleh masuk ke sesi penggulungan dan Penaga tahu saya bukan Speaker yang menekan blok Pembangkang semestinya untuk saya panggil Penaga untuk tarik balik dan jika telah pun menyinggungkan perasaan di Dewan ini apa nama Penaga maaf sajalah mohon so itu saja saya nak pendekkanlah dan saya rasa Penaga saya pun sudah memberi peluang untuk buat penjelasan yang andai kata pengisyiharaan aset itu mengikut apa yang sendiri di create itu rakan-rakan di Dewan mereka tak bantah bahagian bab itu. Cuma konteks perbahasan itu memang, memang saya rasa TST lah tau sama tau lah so maka tau sama tau lah anda dua penggal di sini saya sepenggal dengan CM saya tau lah.
Maka itu lah saya nak ruling lah. Sepertimana yang Penaga tak sebut tadi tarik balik dan mohon lah kepada Dewan ini supaya dia tidak mengelirukan, yang lain you nak ceramah waktu politik keluar di Dewan ini dan bersedia untuk mengangkat tanggungjawab untuk hadapi laporan-laporan polis yang tertentulah, di Dewan ini saya nak selesai bab ini di sini. Penaga.
Terima kasih Dato’ Yang Speaker sepertimana yang saya sebutkan tadi oleh kerana senarai yang saya kemukakan seketika sesi perbahasan pemimpin ataupun PMX berada di ranking ke-17 senarai pemimpin negara kalau negeri Pulau Pinang korporat-korporat lebih kaya ini pemimpin negara so saya tarik balik oleh kerana sumber supaya nak sebut yang saya sebut tadi Love Money tu tidak boleh dijadikan rujukan walaupun ada daripada sumber-sumber yang lain atas kod ucapan saya berkaitan dengan PMX dan juga senarai kedudukan beliau dalam ranking terkait pemimpin terkaya dunia saya tarik balik, minta maaf kepada semua cuma saya sebut tadi aset yang diisytihar itu adalah benarkan bukan fitnah.
Terima kasih okay, yang ni lah gentleman sikit dan untuk mereka yang ini nantilah kuliah belum habis, aduh.
Dah tarik tak boleh bangkitlah bagilah bangkit dah tarik.
No, no Ahli-Ahli Yang Berhormat macam ini kita tak nak apa yang berlaku di Parlimen ini berlaku di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selalunya banyak isu-isu yang politik yang nak sensasi kan Dewan dan akhirnya tak ada dapat apa pun masalah rakyat tak dibangkitkan cuma nak sensasikan isu-isu tertentu nanti Pinang Tunggal nanti saya cubit biar saya habis dulu mana pernah Speaker tengah jawab, duduk
Duduk lah, duduk duduk duduk, bagi Speaker habis dulu.
Ini kena belajar Peraturan Mesyuarat lah, mana ada Speaker duk jawab ada buat ucapan you mai ganggu punya, hari ni Ketua Pembangkang sudah 200 BP saya tadi sudah 170 ini sebab Penaga saja. Okey ni macam ini, rakan-rakan Berhormat semua faham saya mengendali cara saya pengendali mesyuarat selalunya saya pun tak akan lihat sesiapa kadang-kadang blok Kerajaan maki saya pun you tak tahu saja saya tau.
TST, TST lah so maka saya merayulah dalam apa pun teks perbahasan anda nyatakan yang fakta yang betul dan tanya you nak tanya berapa tajam punya soalan pun tanyalah. Saya tak hairan pun tanya tapi janganlah sengaja nak sensasikan ataupun nak bawa isu-isu yang tak betullah yang itu bukan untuk Penaga saja untuk yang sama yang yang lain pun sama ya, jangan jangan nanti pula yang block Kerajaan cuba juga tak ada di depan. Saya sama.
So untuk bab ini maka Penaga sudah pun tarik balik dan mohon maaf saya rasa isu ini kita tutup bab yang di Parlimen Speaker Parlimen pergi urus bukan saya so terima kasih Penaga dan terima kasih pada Kebun Bunga maka saya perlu balik ke sesi penggulungan supaya kita boleh mendengar apa nama yang Berhormat Sungai Acheh sedia
Sedia.
Sila.
Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Salam Perpaduan, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030, Dato’ Seri Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Majlis Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai penguatkuasa,
pegawai media saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ketua Menteri atas pem bentangan belanjawan dan tahniah atas Pembentangan Belanjawan 2025 yang saya anggap terbaik. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan EXCO kerana atas kerjasama program-program usahawan berjalan begitu lancar dan seterusnya saya ni sampai tak ada soalan, kurang soalan dan inilah kerjasama yang baik dan saya semua rakan-rakan EXCO yang terlibat sekaligus terlibat dalam keusahawanan.
Tuan-tuan saya nak pergi ke peningkatan kos sara hidup yang menjadi isu sepanjang perjalanan Sidang DUN kita. Peningkatan kos sara hidup merupakan antara isu yang sekian lama membelenggu rakyat di mana keadaan menjadi semakin parah pasukan pandemik Covid-19. Oleh yang demikian wujud keperluan di pihak kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian jangka pendek sederhana dan panjang untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup melalui pendekatan pula aktif terutama dari sudut pengurusan kewangan.
Tentunya pelaksanaan Program Jualan Rahmah melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Malaysia adalah langkah dan usaha segera jangka masa pendek untuk membantu rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang melambat dunia program ini membolehkan rakyat mendapat bantuan keperluan asas pada harga diskaun antara 10 hingga 30 peratus berbanding dengan harga pasaran asal.
Sepanjang Januari sehingga November 2024, Program Jualan Rahmah telah dijalankan sebanyak 835 kali melibatkan 13 buah kawasan Parlimen merangkumi 40 kawasan Dewan Undangan Negeri. KPDN juga dengan, saya ringkas sikitlah dalam penguatkuasa maklum dalam tempoh Januari 2024 sehingga November 24 terdapat sebanyak 682 kes telah direkodkan oleh KPDN yang melibatkan pelbagai kesalahan antaranya peniaga yang mengambil keuntungan yang tidak munasabah, menyorok menyeleweng barang kawalan serta mengguna alat timbang dan sukat yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Kesemua kes yang terlibat dengan akta-akta tersebut menyaksikan peniaga yang terlibat telah dikompaun sebanyak RM296,950, manakala nilai rampasan bagi kesemua operasi tersebut mencecah sebanyak RM1,990,023.30, ini menunjukkan tuan-tuan kesungguhan pihak KPDNKK menjaga kepentingan rakyat dan kuat kuasa yang betul-betul dijalankan. Baru-baru ini sahaja pada 21 November 2024 pihak KPDN telah berjaya merampas 15 tan minyak masak paket subsidi termasuk sebuah lori melalui serbuan dua (2) premis perniagaan yang menyimpan minyak masak paket bersubsidi melebihi kuota yang dibenarkan iaitu lima (5) tan di Taman Ria Alma, Bukit Mertajam.
Ini merupakan rampasan terbesar KPDN pada tahun ini yang menjadikan ia nilai rampasan yang bernilai RM58,375.00. Kes ini masih dalam siasatan, di mana kesemua minyak masak tersebut dipercayai cuba diseleweng dan diedar untuk kawasan peruncitan yang restoran. Inilah sebahagian daripada peranan daripada pihak kerajaan dalam menangani isu kenaikan harga dan membendung kegiatan manipulasi harga melalui kaedah penguatkuasaan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, Secara khususnya, isu kenaikan kos sara hidup secara jangka panjang dapat ditangani dengan meminta pendapatan rakyat di Pulau Pinang melalui aktiviti perdagangan, keusahawanan dan pembangunan luar. Sehubungan dengan itu, pihak Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar akan melaksanakan Anugerah Kedai Makan Harga Patut di setiap daerah di Pulau Pinang yang akan bermula 2 Disember 2024 bermula di Seberang Perai Selatan dan diikuti oleh daerah-daerah yang lain pada tahun hadapan. Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengiktirafkan warung-warung makanan terpilih yang telah menawarkan harga makanan
yang berpatutan tanpa mengabaikan kualiti kebersihan kepada semua lapisan masyarakat di Negeri Pulau Pinang.
Kerana kalau kita tengok hari tuan-tuan, kedai makan ada yang murah, ada yang mahal tetapi kalau kita cerita dalam Dewan yang mahal, maka kita akan dengar kos hidup akan jadi mahal. Kalau di luar sana masih ada lagi gerai-gerai yang menjual harga yang berpatutan dan Insya-Allah pihak KPDN bersama dengan Kerajaan Negeri kita akan melawat kedai-kedai yang berharga berpatutan, untuk kita bagikan sedikit sumbangan sebagai menunjuk sumbangan Kerajaan Negeri menghargai harga yang berpatutan disediakan oleh pihak kedai kepada rakyat jelata. Dan ini kita nak menjadikan satu contoh kepada rakyat (gangguan).
Izinkan saya mencelah Sungai Acheh.
Silakan.
Sungai Acheh kata tadi saya terdengar sikit ada, kos sara hidup semasa COVID. Semasa COVID kos sara hidup saya ingat tidak kritikal dengan kos sara hidup zaman sekarang. Saya rasa tidak, masa, walaupun mereka tidak kerja, ada makan dan ada. Tidak kerajaan pun hanya turun memberi bantuan hanya bakul-bakul makanan saja. Tapi sekarang kalau kita dia tengok walaupun kenaikan gaji RM1,700 ataupun kenaikan gaji RM2000, maka kos sara hidup masih tertekan kepada rakyat sekarang.
Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, masa PKP tu, rakyat di luar sana bendera putih minta bantuan, itu tak teruk?
Yang Amat Berhormat bendera putih, Yang Berhormat, tolong bentang berapa banyak naik di Pulau Pinang? Tolong, tolong (kurang jelas) saya ingat di dalam Seberang Perai, hanya dua (2) saja naik bendera putih tapi mereka masih ada makanan.
Masa tu saya di Pengkalan Kota. Sekurang-kurangnya sepuluh (10) keluarga saya perlu menjaga. Jadi itu memang benda yang amat teruklah, Yang Berhormat.
Itu betul Yang Berhormat Padang Lalang, saya memahami. Yang Berhormat Padang Lalang. Zaman itu, okey, kalau sepuluh (10) itu bukan kos sara hidup sangat. Sepuluh (10) itu dengan keadaan mereka tidak bekerja. Sekarang mereka bekerja, semua bekerja. Dulu kita tidak bekerja lockdown, duduk di rumah dua, tiga bulan. Kalau sepuluh (10) tu bukan dia kos sara hidup. Sekarang kita bekerja semua, sekarang kita bekerja. Kos sara hidup terlalu tinggi di Pulau Pinang, Yang berhormat Padang Lalang.
Itu sebenarnya Yang Berhomat, kita tak boleh compare. Yang Berhomat sendiri pun sebut dia bukan ‘apple to apple ‘.
Padang Lalang, cukup. Sungai Acheh. Ini pencerahan sahaja, cool down.
Takpa saya bagi pencerahan.
Sama-sama kita hadapi kos...
Kalau kita bercakap soal sara hidup, sebenarnya bukan daripada zaman bukannya sebelum COVID, sebelum COVID pun dah bunyi dan selepas COVID lagi-lagi bunyi. Jadi macam mana kita nak tafsirkan kos sara hidup? Itu yang paling penting. Hari ini pihak Kerajaan kita menyediakan Jualan Rahmah untuk membantu sebahagian. Kalau kita quote sara hidup dia daripada COVID dah berubah dari segi putaran ekonomi juga sudah berubah. Terima kasih kepada Telok Ayer Tawar. Jadi ada lagi…
Minta pencerahan. Ini tak marah macam Teluk Ayer Tawar. Dato’ Seri Speaker, tentang Jualan Rahmah ni, memang kita perlu mengakui Jualan Rahmah ni mendapat sambutan hangat dan meringankan kos sara hidup penduduk di luar sana. Masalahnya, rotation untuk diadakan di setiap DUN itu, agak perlu menunggu queue. Oleh itu adakah pihak Kerajaan Negeri mampu mengadakan Jualan Rahmah sendiri dengan kerjasama Sungai Acheh dengan Pantai Jerejak.
Terima kasih, Bukit Tambun. Untuk masa terkini memang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan bajet daripada Kerajaan Persekutuan. Dan kita tunggulah apa yang YB Bukit Tambun usulkan kepada pihak Kerajaan Negeri. Kenaikan apa, pendapatan negeri dan disokong oleh pihak daripada belah sana, maka kita cepat…
Buat satu Jualan Mutiara lah.
Insya-Allah, apa pun kos, Kerajaan Negeri perlu ada satu bajet, peruntukan yang khas dan saya harap pihak sana menyokong apa yang kita akan cadangkan untuk pendapatan lebih Kerajaan Negeri, Insya-Allah proses ini akan cepat dilaksanakan.
Dato’ Seri Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi Negeri, Persekutuan dan Badan Bukan Kerajaan bagi memastikan manfaat yang menyeluruh kepada
pembangunan usahawan sekaligus bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negeri berpaksikan visi 2030 di bawah Pencapaian Sasaran Inisiatif Strategik B4 iaitu membina ekosistem yang memupuk industri kreatif dan perkhidmatan perniagaan khusus. Antara program yang telah mendapat sokongan peruntukan dan adalah program eksport anjuran MATRADE dan PDC. Program Empowering Growth Strategies for a Future Ready Business bersama Persatuan Small and Medium Enterprises Sdn Bhd iaitu SAMENTA Program Malaysia Madani Penang Indian SME Summit, Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2024 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri dan pelbagai lagi program-program yang dijalankan oleh pihak komuniti dan badan-badan persatuan dan NGO.
Cumanya ada sebahagian program-program yang kita jalankan bersama dengan agensi-agensi, kadang-kadang kita, ya lah. saya kena luah. Di mana lagi saya nak luah. Kita tak dapat kerjasama yang sepatutnya. Kadang-kadang kita mengharapkan sokongan perbincangan yang lebih telus. Contoh pada dua bulan lepas, kita ada satu program cukup besar. Kita berbelanja yang cukup besar tetapi saya sedih bila usahawan-usahawan ni mendapat hasil yang cukup rendah. Bila mereka masuk ke program-program dengan harapan mereka boleh membawa keuntungan, membawa ribuan balik ke rumah dan akhirnya membawa ratusan. Sehari boleh jual dalam RM50, RM100. Bila usahawan-usahawan ni kecewa, saya sendiri sebagai EXCO Kerajaan Negeri tentulah kecewa.
Tapi apakan daya, kadang-kadang program ni di control oleh di bawah Agensi Kerajaan Pusat dan sebagainya. Tapi Insya-Allah kalau di bawah Kerajaan Negeri, saya akan pastikan bahawa usahawan-usahawan yang bersama dengan kita dalam program Kerajaan Negeri ini boleh membawa pulangan yang lebih baik. Tapi ini laporan setiap program yang kita buat mesti kita akan ada laporan, tuan-tuan. Setiap perbelanjaan Kerajaan Negeri kita pastikan apa yang kita belanjakan dalam RM10 ribu pulangan balik mestilah RM20 ribu ke RM30 ribu untuk usahawan-usahawan kita. Inilah kita perlu bercakap pasal keusahawan. Usahawan ni mesti cakap pasal keuntungan.
Ini yang cuba kita bawa dan cuba saya bawa dalam program-program EXCO Kerajaan Negeri di KOMTAR dan sebagainya. Program-program karnival yang kita buat, kita pastikan usahawan-usahawan kita ni akan bawa pulangan keuntungan yang memberangsangkan. Dan kita tahu di luar sana banyak program-program event-event yang dibuat oleh syarikat swasta dan sebagainya. Dan banyak juga yang mengalami kerugian, dan banyak juga yang mendapat keuntungan contohnya Jom Heboh dan sebagainya ingin mendapat pulangan-pulangan yang baik tapi bukanlah usahawan-usahawan tempatan.
Walau bagaimanapun dalam tempoh Januari 2024 sehingga November 2024, jumlah program keusahawanan yang telah dijalankan bersama MMK Perdagangan, Keusahawanan dan Luar Bandar adalah sebanyak 230 program. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat MARA Pulau Pinang Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), PDC, PHI, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), pihak Pejabat Daerah dan Tanah dan lain-lain. Dan pelbagai lain lagi persatuan yang terlibat yang memanfaatkan kepada 1,162 orang usahawan. Dan daripada kesempatan ini, suka saya uar-uarkan berkenaan dengan kejayaan Program rintis TREND MARKETPLACE @ KOMTAR.
Inilah yang pihak kita cuba adakan daripada sebulan sekali kita masuk, Insya-Allah dalam tahun depan kita akan pergi sebulan empat kali dan kita sasarkan daripada 4,000 pengunjung yang hadir, yang berada di kawasan persekitaran di KOMTAR itu. Alhamdulillah setakat ini kita mendapat sokongan, komen yang cukup baik daripada usahawan-usahawan. Pelaksanaan program ini telah memberi peluang kepada usahawan termasuk usahawan yang berniaga dari rumah bagi menjual serta mempromosikan barang-barang terutamanya jualan makanan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pengunjung di program tersebut. Sambutan
pengunjung dan pendapatan yang diraih oleh usahawan juga amat menggalakkan dan kos penganjuran program yang sangat minima.
Seterusnya antara program yang sedang dalam perancangan bersama dengan Penang Women Development Corporation adalah Program “Bazar Orang Kita” di Swettenham Pier. Mungkin dah bermula ini kita akan buat dalam bentuk yang lain dalam bentuk kraftangan dan sebagainya. Ini adalah usaha-usaha yang kita sedang jalankan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat DUN Telok Ayer Tawar. Mana dia? Keluar dah? Perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan tempat jualan barangan usahawan di Lapangan Terbang Antarabangsa. Untuk makluman semua, kita dalam usaha bersama dengan Malaysia Airport untuk bincangkan untuk mendapatkan tempat di kawasan tersebut untuk mempromosikan barang-barang kraftangan pihak-pihak luar bandar. Inilah kerjasama yang cuba kita, kita uruskan dan hari ini saya tawarkan kepada kawan-kawan di sebelah sana untuk melihat usahawan-usahawan yang kita ada yang boleh kita bawa ketengah, yang boleh kita bawa sebagai pameran dan kraftangan yang boleh kita bawa di kawasan airport dan Swettenham yang kita boleh berkerjasama. Dan Insya-Allah, pihak saya, di pihak pejabat sentiasa akan memberi ruang dan peluang kepada tuan-tuan jemput, kita akan bincang apa yang boleh kita bantu untuk masyarakat untuk semua di bawah kita dan sama-sama kita ambil tanggungjawab sebagai pemimpin.
Bukan itu saja, pihak Kerajaan Negeri juga giat dalam penglibatan di program-program jualan usahawan yang dianjurkan di luar negeri dan memberi sedikit kelainan dalam mempromosi Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui MMK Perdagangan dan Pembangunan Usahawan pada kali ini kita bersama dengan FAMA kita akan jelajah negeri dalam cara sendiri. Bermakna dalam bulan 12 ni pada bulan 12 ni, kita akan masuk ke Melaka pada 27 dan 28, Insya-Allah. Dan sebulan selepas itu kita akan pergi tengok dengan negeri-negeri yang lain dan kita akan bawa usahawan-usahawan kita adalah bentuk makanan daripada Pulau Pinang khususnya barangan-barangan yang boleh dijual di pihak sana. Dan kita nak memastikan juga program ini bukan yang sia-sia dan kita nak usahawan yang bersama dengan kita adalah usahawan yang mempunyai kebolehan untuk memasarkan pasaran dan seterusnya barang-barang mestilah yang ada nilainya. Dan kita bermula pada bulan dua belas (12) yang kita dah rancangkan lebih tiga (3) bulan yang dulu dan akan diikuti pada untuk tahun hadapan.
Mohon mencelah sikit YB EXCO. Boleh ya?
Boleh.
Saya nak tahu adakah program-program yang disebutkan tadi ni, dia akan melibatkan ADUN Pembangkang lah sebab macam Jualan Rahmah tu memang kita tidak ada info dari sudut, kita tak diberi peluang untuk sama-sama untuk terlibat dalam penganjuran tu. So, mohon pencerahan.
Untuk Jualan Rahmah tu memanglah kita tak dapat tempat. Tak semua orang pun dapat tempat. Tak semua orang dapat maklumat habis. Jadi kita ikut dia punya Facebook apa KPDN tu, Insya-Allah saya rasa ada di situ dan ada program yang kita boleh tengok walaupun kawasan pembangkang. Kalau depa mai jual, tak tanya pun pembangkang ka apa orang kerajaan ka. Semua dia jual. Isu ini saya banyak kali saya dengar.
Penganjuran tu. Maksudnya dia melibatkan ADUN sekali.
Okey, pihak KPDN akan berurusan dengan Penyelaras KADUN dan pihak pejabat ADUN. dan saya rasa dalam keadaan tu, ramai juga kita yang tahu. Maklumlah, pasal hari ni kita tak kan nak pi habaq dari rumah ke rumah. Pakai WhatsApp ja. Dalam situ banyak lagi kawan-kawan kita ni yang berkawan. Maksud saya tu. Kita kena terima mungkin saya tahu dia takkan direct ke pejabat ADUN Pembangkang, saya tahu, yang tu kita terima hakikat. Daripada yang sama, Pejabat ADUN Penyelaras, kita juga ada kawan-kawan di situ. Betul tak betul? Kalau boleh, saya, jangan kita panjangkan lagi.
Betul tak betul, Pinang Tunggal selalu tanya.
Jangan kita panjangkan isu itu, benda tu maklumat.
Tak, tak. Bukan isu, bukan isu. Kita semua minta dilibatkan sekali. Bukan kita nak conquer, libatkan sahaja (gangguan).
Maksud dia, Jualan Rahmah ka?
Maknanya libatkan ADUN sekali sebagai komuniti yang buat sama-sama. Maksudnya lagu tu.
Maksudnya Jualan Rahmah ka?
Jualan Rahmah. Saya sebut sebab takut satgi buat lepas ni pun kita tak ambil kira ADUN setempat.
Okay, terima kasih, Pinang Tunggal. Untuk bahagian Program Usahawan Insya-Allah, saya kita minta kita buat perjumpaan pada masa yang sama kita bagi peluang kepada semua dan datanglah, datanglah ke pejabat saya bawa usahawan-usahawan yang mana dan saya juga menawarkan kepada pihak, pihak belah sana, kepada rakan-rakan Pembangkang buat program usahawan yang boleh kita bersama-sama. Insya-Allah, saya duit sikit, saya guna sedikit. Saya walaupun peruntukan tak banyak seperti dulu-dulu tapi dalam sedikit tu kita punya rezeki. Insya-Allah. Saya akan manfaatkan apa yang ada.
Saya minta semua program yang EXCO tu buat, salurkan kepada ADUN. Sebab apa saya tak dapat apa maklumat tentang usaha ni, kalau salurkan kepada saya, saya mungkin boleh salurkan kepada orang saya untuk untuk sumbangan sekalilah.
Terima kasih Permatang Pasir. Saya harap Permatang Pasir pun bolehlah berkawan dengan pejabat saya pusat apa EXCO Kerajaan Negeri Tingkat 31 ya, Insya-Allah di situ saya ada empat lima orang pegawai yang boleh menghubungi. Dengan saya nak bagitau mungkin saya takdan hah. Antara program Jelajah Pulau Pinang adalah jualan makanan dan ikonik daripada usahawan Negeri Pulau Pinang, jualan Agromadani FAMA serta aktiviti-aktiviti menarik yang dapat menjadi tarikan pengunjung ke program tersebut.
Siri pertama Jelajah Pulau Pinang akan diadakan di Negeri Melaka bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 pada 27 dan 29 Disember. Ha yang ni boleh masa masih ada lagi tapi kita cuma menyediakan logistik sahaja, yang lain usahawan kena pi sendiri kita tak bagi dari A sampai Z macam setengah-setengah agensi, dia bagi A sampai Z sampai ke tempat berak pun dia bagi tempat, dak. Kita bagi untuk logistik dan tempat berniaga. Yang lain kita harap usahawan tu dia ada kebolehan dia sendiri. Bila tuan-tuan peringkat kita nak keluar kawasan jangan semua kita nak mengharap pada Kerajaan Negeri. Dan Kerajaan Negeri pun ada bajet yang perlu kita bagi ke tempat lain.
Tidak lupa juga penganjuran ikonik tahunan iaitu Pesta Pulau Pinang yang akan diadakan pada 21 Disember sehingga 2 Februari 2025. Tapak Pesta Pulau Pinang rebutlah peluang. Ahli-ahli Yang Berhormat membawa ahli-ahli keluarga, bagitau kat kawan-kawan yang lain suruh mai, program ini sempena cuti sekolah dan di samping memberi sokongan kepada usahawan tempatan. Mungkin tahun ni tahun terakhir kita berada di tapak Sungai Nibong, jadi saya harap mendapat sokongan kuatlah daripada rakan-rakan Yang Berhormat di sebelah sana dan juga di sebelah sini dan saya rasa gerai pun masih ada lagi check tengok dengan JKN, Jabatan Kewangan Negeri (JKN). Kalau ada untuk untuk usahawan, dia bagitau ke usahawan-usahawan yang gerai tapak-tapak perniagaan yang disediakan kerana kalau ikut sejarah bila saya masuk tahun lepas saya dapat laporan orang pertama, orang kedua kadang-kadang orang ketiga gerai orang pergi.
Orang pertama orang kedua makan untung buta aje. Faham dak. Sewa RM2000 dia bagi sewa RM10,000, jadi kata Kerajaan Negeri sewa gerai mahal. Pada hakikatnya Kerajaan Negeri bagi harga yang memang patut padan. Hah, nak kata Ali Baba tak Ali Baba jugak pasal yang niaga Melayu semua, kan. Ini yang berlaku.
Siapa yang patutnya yang membuat pemantauan dan ambil tindakan kalau ini berlaku. Sepatutnya, pihak mana?
Dia macam ni lah kalau semua nak pantau depa takdak kerja (kurang jelas) mati, mati depa. Pasal dalam program saya tengok bila program pesta ni semua kakitangan Kerajaan Negeri ni jadi sibuk, memang banyak kerja. Dan bila kita jual sepatutnya benda ni kita pun tau. Kita tengok dalam laman web Kerajaan Negeri, JKN ada buat pameran untuk tender dan sebagainya untuk gerai-gerai. Jadi kita sendiri kadang-kadang kita yang biaq benda tu, kemudian kita persalah hari ni pulak sistem yang ada macam dalam otak orang kita ni minta maaf saya cakap saya nak bagi clear, semua salah kerajaan, apa sikit kerajaan, banjir kerajaan, bumbung tercabut kerajaan.
Last sekali YB. Ha itu. Mind yang kita bawa dari dulu sampai hari ini. Sabit tu bila isu-isu bila saya tengok kelmarin dan dua tiga hari lepas isu kenaikan cukai tanah, cukai tanah kita nak jadi hero dan sebagainya yang sepatutnya sepuluh tahun dah. Bukannya dia naik sampai beratus pun, pasai kebanyakan cukai-cukai tanah ni kalau cukai pertanian ni cukup rendah aje nilai dia. Kalau rumah ni agak tinggi sikit. Tapi kekuatan, kepunyaan tanah tu.
Sungai Acheh geram hah hari ni… (suara ketawa)
Saya baru dapat peluang, lama tak dapat Dato’ Seri Speaker, tiga hari tunggu… (suara ketawa)
Sungai Acheh kata kat sapa ni, Sungai Acheh kata kat sapa.
Kita sebagai pemimpin semua kita ada tanggungjawab. Insya-Allah.
Kata kat sapa ni, kata kat semua oranglah. Dak kata kat sapa tadi..
Kat semua…
Kat semualah (suara ketawa)
Kita kena sokong. Pasal saya nak, bukan saya nak hari ni apa yang kita mintak dekat Kerajaan Negeri agar Kerajaan Negeri boleh bagi. Kita mintak nilai tambah peruntukan, kita kena bagi peruntukan. Tapi dengan perkataan yang sama bila kita menyerang dalam program-program Kerajaan Negeri untuk menambah ekonomi kita sekarang macamana nak tambahan ekonomi pada Kerajaan Negeri, kita pun mintak naik gaji contoh, kalau ada duit kerajaan akan bagi. Kita mintak tambahan pada dia hari tu kita bunyi kawan-kawan dari Bukit Tambun kalau tak silap lima ratus tak cukup, kita tau, lima ratus mana cukup untuk orang susah. Nak tambah lagi kalau boleh nak bagi seribu saya ingat Ketua Menteri pun nak bagi tapi disebabkan kekangan kewangan, jadi apapun yang melibatkan ekonomi boleh menambah pendapatan negeri kita harap yang nampak ke arah kebaikan sama-samalah kita sokong. Dan saya ni Pejabat Usahawan ni kira nak tambah duit ja, bila nak tambah duit kena tambah peruntukan tuan-tuan. Boleh tera tu Pinang Tunggal… (Ketawa)
Okey, kita sambung. Dato' Seri Yang di-Pertua, mengambil kesempatan ini juga saya juga ingin menguar-uarkan Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang iaitu program kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan PDC dalam menawarkan pinjaman perniagaan sebagai modal tambahan kepada usahawan mikro di sekitar Pulau Pinang. Sehingga Oktober 2024 seramai 4293 usahawan mikro Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada SPH ini dengan nilai pinjaman berjumlah RM30.77 juta. Kadar kutipan SPH ini pada ketika ini adalah 91%. Baki dana setakat ini tinggal RM4.89 juta, ada lagi, boleh lagi pinjam tapi hebatnya orang-orang kita yang pinjam ini boleh bayaq bila saya tengok 91% yang boleh kutipan tu kira nampak hebat, bermakna perniagaan ni jalan. Mudah-mudahan diteruskan dan kita menyokong penuh. Inilah tanda sokongan Kerajaan Negeri kepada kita dan saya harap jangan terlalu sangat bunyi sangat kita tak menyokong Kerajaan Negeri tak maju ini dan saya yakin 80% ini adalah orang kita, orang Melayu yang menjalankan usahawan-usahawan kecil ini di sebelah Penang atau sebelah Seberang.
Jadi, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Seperti yang kita sedia maklum Pulau Pinang merupakan sebuah negeri kecil yang sangat menfokus pada industri. Namun begitu, pembangunan luar bandar di Pulau Pinang bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang enteng. Justeru itu saya amat komited dalam membangunkan kawasan luar bandar melalui pelbagai agensi Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan terutamanya di bawah program Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Bagi tahun 2024, KKDW telah memperuntukan sebanyak RM4.54 juta kepada Negeri Pulau Pinang dalam konteks pelaksanaan projek Jalan Perhubungan Desa, Jalan Ladang Pertanian, Program Ameniti Sosial dan Bekalan Air Luar Bandar.
Manakala peruntukan yang diluluskan bagi pelaksanaan Projek Pembangunan Rolling Plan Kelima Tahun 2025, Rancangan Malaysia Ke-12 di bawah KKDW bagi Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM95.1 juta melibatkan kesemua agensi KKDW seperti MARA, PERDA, KEMAS, RISDA dengan pecahan sebanyak RM1.9 juta dalam konteks pelaksanaan Program Ameniti Sosial, projek Jalan Perhubungan Desa dan Jalan Ladang Pertanian. Alhamdulillah, permohonan Kerajaan Negeri bagi Projek Pembinaan Jalan Menghubungkan Jalan Sungai Udang ke Tanjung Berembang - Victoria, Seberang Perai Selatan sepanjang 4.2 km serta dua lagi projek sambungan iaitu Pembinaan Jalan Menghubungkan Jalan Bukit Panchor ke Laluan Persekutuan 1 dan Projek Jalan Baru dari Bagan Sungai Pinang ke Kg Pulau Betong, Balik Pulau telah diluluskan bagi tahun 2025. Justeru, bagi permohonan Projek Infrastruktur Luar Bandar bagi Rancangan Malaysia Ke-13 Tahun 2026 yang akan dibuka pada masa terdekat ini, kita menyeru kepada rakan-rakan, kepada Yang Berhormat belah sana takut ada projek-projek yang boleh dirancangkan masih lagi dibuka oleh KKDW.
Dan buatlah permohonan melalui Pejabat Daerah boleh kita sama-sama membantu agar masalah jalan raya yang kita dengar dua hari ni mungkin kita dapat meringankan dan
Insya-Allah saya rasa Ketua Menteri juga akan membantu. Dan saya mempunyai hubungan dengan KKDW, kita akan bincang tengok apa yang boleh kita buat untuk Pulau Pinang kerana bila saya mendapat laporan Pulau Pinang ni antara negeri yang kurang memohon. Kalau negeri-negeri lain ni dia punya permohonan sampai bilion tapi Pulau Pinang ni bagus dia tak memohon. Takut. Tapi Insya-Allah lepas ni Ketua Menteri kita tengok jalan-jalan belah sana. Saya memohon juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat segera kemukakan cadangan untuk projek-projek pembangunan luar bandar, Insya-Allah.
Dato’ Seri Yang di-Pertua. Selanjutnya, seperti sedia maklum sepanjang sesi ucapan Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Bina Baru dan Baiki Rumah Rakyat Termiskin sejak tahun 2008 sebagai usaha membina kediaman yang selamat dan kondusif kepada golongan rentan Pulau Pinang. Program ini merangkumi dua skop utama, iaitu pembaikan rumah dan pembinaan rumah baharu dengan peruntukan tahunan sebanyak RM3 juta. Sehingga Oktober 2024, sebanyak RM1,839,229.90 telah disalurkan untuk Program Bina Baru dan Baiki Rumah Rakyat Termiskin, dengan 17 penerima bagi Program Bina Baru dan 25 penerima bagi Program Baik Pulih Rumah.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempersoalkan tentang cukupkah peruntukan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri ini? Dengan kerjasama pelbagai agensi Persekutuan dan Negeri seperti pihak KKDW, Zakat, ICU serta persatuan atau agensi swasta yang melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam membina baru dan membaiki rumah, Insya-Allah, ramai rakyat di Negeri Pulau Pinang yang telah menerima manfaat daripada kerjasama yang terjalin, bak kata pepatah, "Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah", maksudnya Kerajaan Negeri kita nampak tak banyak tapi pada masa yang sama ada juga dari KKDW, daripada ICU, ada daripada Zakat dan juga CSR daripada syarikat swasta dan Insya-Allah saya rasa benda ni terkawal, nak kata lebih sangat tak, nak kata kurang sangat tak. Kalau kita lebih sangat pun dia terlebih pulak tapi Insya-Allah pada saya mengcukupi kalau ada-ada tambahan bolehlah minta melalui Pejabat Daerah.
Pada masa sama juga, Kerajaan Negeri terus komited untuk meningkatkan kesejahteraan peniaga kecil melalui Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi yang dikenali sebagai Bantuan Peralatan. Dengan peruntukan tahunan sebanyak RM250,000 atau RM50,000 bagi setiap daerah, sehingga Oktober 2024, sejumlah RM129,937 telah disalurkan melalui program ini dengan memberikan manfaat kepada 41 peniaga kecil dan mikro.
Saya mengambil kesempatan ini bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB ADUN Telok Ayer Tawar, takdak lagi, berkenaan sektor-sektor penerima ini sama ada berlatar belakang sektor pelancongan atau tidak. Untuk makluman Yang Berhormat, program memberi bantuan alatan ini adalah berdasarkan permohonan dan memfokuskan kepada peniagaan kecil yang berpendapatan rendah iaitu pendapatan isi rumah RM3,000.00 sebulan, telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya satu tahun di Negeri Pulau Pinang dan berhasrat untuk mengembangkan perniagaan sedia ada.
Antara sektor penerima bantuan alatan ini bagi tahun 2024 adalah peniaga kecil sektor makanan, perkhidmatan gunting rambut, jahitan, pertanian, peruncitan dan bengkel kereta. Permohonan bagi pengusaha pelancongan desa berkemungkinan telah melebihi kelayakan di bawah program bantuan alatan ini dan disarankan untuk membuat permohonan atau bantuan geran melalui pihak yang bersesuaian seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atau pihak PERDA yang menyediakan Geran di bawah Program Visit My Kampung bagi menarik kedatangan pelancong dengan menjadikan inap desa sebagai destinasi pilihan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, inilah peranan Kerajaan Negeri untuk menjadi pemangkin kepada jabatan-jabatan untuk bergerak bersama sebagai Kerajaan Perpaduan tidak kira
agensi Negeri atau agensi Persekutuan. Justeru program-program yang dilaksanakan tidak akan terhenti. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, Kerajaan Negeri akan mengambil pendekatan dengan melaksanakan program secara bersama di mana program program akan disatukan sekaligus menjimatkan perbelanjaan dan memastikan lebih ramai penerima mendapat manfaat.
Tuan-tuan, inilah usaha yang sedang kita rancangkan. Kita satukan program dan akhirnya program terbaru yang kita buat Jelajah Usahawan di setiap daerah, saya satukan program di mana di bawah satu program ada 15 agensi Persekutuan akan bersama dengan kita dan kita turun ke kampung kita turun ke kawasan daerah-daerah, kita melibatkan JKKK, kita melibatkan MPKK, kita melibatkan kariah, kita melibatkan pihak pejabat daerah untuk menghubungi dan menguar-uarkan kepada usahawan-usahawan kecil di kampung dan kita jadikan satu program di setiap daerah.
Dan Insya-Allah pada 13hb. ni akan berada di PPK Sungai Acheh bersama 15 agensi bersama usahawan-usahawan yang belum menjadi usahawan yang sedang menjadi usahawan dan yang telah menjadi usahawan boleh hadir dan di sana kita akan bagi taklimat oleh pelbagai agensi. SSM, PERKESO, PERDA, ICU yang mana terlibat dengan pinjaman dan bantuan-bantuan untuk usahawan. Ini cuba kita bawa dan saya rasa program ini lebih menjimatkan dan lebih dekat dengan rakyat dan agar mereka tahu apa yang Kerajaan Negeri buat dan apa yang Kerajaan Pusat buat untuk membantu rakyat.
Inilah usaha-usaha yang sedang kita jalankan dan 30hb confirm kita bermula daripada Selatan membawa ke setiap daerah. Dan sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Undang Undang yang telah banyak membantu menjayakan dasar Kerajaan Negeri. Tidak lupa juga kepada semua penjawat awam daripada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan, termasuk semua jabatan dan agensi kerajaan yang banyak membantu dan terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Saya menggalas amanah selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar di sini juga, saya suka tegaskan amalan keterbukaan saya kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mungkin mempunyai sebarang cadangan, kerjasama tidak kira dalam bentuk penyertaan, penganjuran, penghadapan program dan yang lain-lain yang berkaitan dengan portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada saya.
Umpama kata pepatah “kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan”. Akhir kata. saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Sungai Acheh kerana menyokong segala usaha dan inisiatif saya sepanjang saya menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Sekian, terima kasih. Mohon menyokong. Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Sungai Acheh. Maka saya nak mempersilakan Datok Keramat. Sila.
Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Seri Speaker, kerana saya lihat mesyuarat ini sedang berjalan dengan begitu lancar sekali dan tahniah kepada saya, tahniah yang saya hendak nyatakan pada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri saya, atas Pembentangan
Belanjawan beliau yang begitu tepat sekali. Melihat pada keadaan kita di Pulau Pinang, kepada semua Ahli Dewan Undangan.
Datok Keramat, Datok Keramat sebelum ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat, hari ini saya akan henti rehat untuk makan tengahari dan lebih kurang kita akan balik dalam jam 2 juga sama jam semalam. Sila. Sambung.
Boleh, okay. Kalau tak boleh, bagitau saja. Lain kali saya boleh cakap. Di luar juga. So, actually setiap kali saya lihat pada skrip yang ditulis, saya tak baca banyak kerana saya yang tulis skrip itu. Saya tak perlu baca, tapi hari ini saya nak mula dengan satu perkara. Sekarang portfolio saya begitu penting sekali, untuk masa dan generasi hadapan kita. Iaitu kelahiran bakat, kemahiran untuk Pulau Pinang. Dan ada satu perenggan di sini yang menyatakan, kita akan terus dengan Penang Future Foundation iaitu memberi biasiswa kepada mereka bukan sahaja di Pulau Pinang daripada luar negeri juga. Dan itu menyentuh hati saya. Mengapa? Pada tahun 18, 1987 Dato’ Speaker. Di bawah satu undang-undang yang begitu kejam. Tau atau tidak? Pinang Tunggal? Apa? Saya tau. Sekarang saya cakap macam lawyer tau. Jangan main-main.
Ayah saya ditahan untuk 15 bulan, saya pergi lihat jumpa dia di hospital kerana dia ditahan 53 hari duduk di atas lantai simen, sampai dia punya belakang sakit. Dan dia pergi ke Kamunting, tapi Kamunting cakap tak boleh. Hantar dia ke Hospital Taiping, tapi masih digari diatas katil.
Saya pergi ke sana, saya jumpa dia. Saya tanya dia. Saya sebagai anak sulung, saya tak mahu pergi. Saya baru habis SPM. Tapi apa dia cakap. Son, education is number one! Dan hari ini, saya memegang portfolio itu. Macam ada cerita dia, dia sudah nampak. He knows, you go and study. I said, how am i supposed to go? (dengan izin) You are the brainwinner in the home, and i brought a ticket of my brothers, my mother, my sister saya cakap cuba untuk satu biasiswa.
So, saya cuba. saya dapat satu biasiswa untuk Australia. Free College, Free University College, and i went. Dengan Syukur Yang Maha Besar. Saya pergi. Saya balik punya jam, satu tahun di situ dia masih ada di Kamunting. Saya pergi sekali lagi, saya tanya apa macam sekarang? Saya tak mau pergi. Dia cakap cuba sekali lagi, you dapat gred yang cukup elok di Australia. You try.
Pasai saya nak pergi baca undang-undang di UK. So, saya cuba. Dan dengan syukur Maha Besar, kita dapat. Saya dapat satu biasiswa untuk tiga tahun. Itu, mengapa saya hendak ceritakan dan kongsikan kepada Dewan ini apa yang berlaku. Dan saya balik saya jadi peguam 21 tahun, lepas tu saya jadi ADUN, saya jadi EXCO dan sekarang Timbalan Ketua Menteri kerana ada bantuan seperti itu.
Dan di Pulau Pinang, kita sedang membuat usaha tersebut untuk jaga generasi hadapan kita supaya mereka ada peluang, satu hari berdiri di sini di dalam Dewan Yang Mulia ini Dato’ Yang, Dato’ Seri Speaker. Itulah background yang saya beri untuk.
Background. Panjang lebar.
But anyway, coming back to where I am. Selaku Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang merangkap MMK Modal Insan, Sains Teknologi, kita ada banyak program Dato’ Seri Speaker. Kita ada banyak program yang ingin saya nyatakan, sedang kita laksanakan. Antara dia kita lihat kepada beberapa soalan yang berbangkit, yang terpenting apabila saya berjumpa dengan industri Dato’ Speaker, Dato’ Seri Speaker most questions that i get is bagaimana kita hendak closed the gap vacancy (dengan izin) between the need for talent and the industrys needs. The demand by the industry because kerana di Pulau Pinang seperti mana saya nyatakan tadi dalam jawapan saya, sekarang saya tak mau ulangi. Kita ada ratusan MNC Multinational company 450, 6,000 over SME now that question the first questions Dato’ Seri Speaker, is always apabila mereka kalau kita cakap sebut MNC apa itu MNC Multinational company, so that dari pada seluruh antarabangsa, seluruh dunia. Now soalan pertama yang mereka hendak tau, first of all space kita kekangan. Kita ada kekangan, itu kita tak tak boleh nafikan. Kita satu negeri pulau, tapi kita lihat sekarang kepada industri yang berfokuskan bukan satu tempat label intensive di mana kita perlu satu factory itu perlu 10 ekar ataupun lebih, tidak.
Sekarang kita lihat pada high-tech industry kepada RND dan sebagainya, di mana kita boleh pergi ke atas. We can do, do it vertically Dato’ Seri no more horizontally. So, we are looking at that sort of industry here in Penang. Dan itu senang berlaku so, kita hendak memastikan itu berlaku.
Number two, kekangan tanah satu kekangan tenaga satu lagi kerana banyak negara lain sudah pun jumpa saya, untuk datang ke Pulau Pinang kerana mereka begitu kagum, if I can say dan berminat untuk bertapak di sini lagi, so kita hendak facilitate itu untuk berlaku. Saya akan pergi ke India untuk jumpa Ketua Menteri Tamil Naidu sendiri, kerana mereka hendak jumpa kita untuk lihat bagaimana mereka boleh terus datang ke Pulau Pinang.
Mereka sudah pun ada bertapak di sini tiga company yang besar di Bayan Lepas dan Batu Kawan satu and i will be going there Dato’ Speaker, Dato’ Seri to see them. The Chief Minister, Deputy Chief Minister, Ministry, Minister of Industry to get them to come back here but we have to have an a plan so that is the reason why im going there.
Itulah sebab kita perlu pergi ke situ, tetapi selain daripada India saya sudah pun terima rombongan daripada seluruh Eropah. Di pejabat saya Sweden, Finland, Poland, Netherlands dan UK sudah sampai. Mereka hendak kita pergi ke situ, sebelum itu pun China sudah pun sampai, Jepun pun sudah sampai di pejabat saya. Mereka hendak datang ke Pulau Pinang. So kita nak lihat pada isu yang kedua kerana setiap kali saya jumpa mereka, mereka akan tanya kita adakah tenaga mahir dan berbakat itu? Saya boleh bawa saya punya company situ, no issue. You ada engineer, you ada technician that is the issue, so that is where di Pulau Pinang sekarang saya, you know you see how do you produce engineers and technicians traditionally kita pergi ke college, kita pergi ke university then kita keluar untuk belajar, untuk mohon untuk dapat kerja.
Now that it’s the tradisional way. So, sekarang kerana permintaan itu begitu besar di Pulau Pinang, saya telah pun berbincang dengan industri Dato’ Seri Speaker and the way forward for us, for me and they agree secara prinsip, kita akan buat in house training Dato’ Seri and the it is already happening in house training in fact is going to one more enhanced stage at the moment if i can just let everyone know especially Dato’ Seri we are going to have the first university on site, untuk menjana lebih tenaga dan bakat tersebut.
The first in the whole country, on site that means di tapak kita ada universiti bukan sahaja dia orang training dalam facility mereka, tapi special university first is happening in
seberang. Is going screen to happen very soon hopefully in the next two years it will be up Dato’ Seri. So, I think that is a couple of the more important things i want to just risk and the just now i mention as well our programs in relation to STEM and TVET in relation i don't want to repeat this now but the numbers maybe CM has mention in his answer a day ago. Two days ago that our ENE we are possibly going to reach one trillion menjelang tahun 2030.
Bukan billion sekarang, satu trillion. Just to update untuk semicon kita akan menyumbang kepada seluruh dunia, bukan di Pulau Pinang, bukan di Malaysia, bukan di Asia Tenggara, di seluruh dunia. 7% satu negeri yang kedua terkecil di Malaysia, 7% and this we will continue with dimana kita akan lihat Dato’ Speaker, Dato’ Seri Speaker numbers are important. jumlah pelaburan kita sudah lihat RM184 juta daripada tahun 2019 hingga 2023, dimana kita lihat yang terpenting 78,000 peluang pekerjaan.
Ada banyak fakta di sini, saya tidak mahu go in to it in detail, but we will continue I think I just go to my friend Yang Berhormat Bukit Tengah, telah bangkitkan pembangunan asrama pekerja di Pulau Pinang. Now that is very important.
Your portfolio.
I know. But it is I, I tell you why it is in my portfolio because.
Human resources.
Exactly. You see, apabila kita hendak tarik pekerja datang ke Pulau Pinang yang berbakat mahir, apa umur mereka? Muda. Di Pulau Pinang apa harga rumah? See? That is the problem and i'm in the middle now. I used to do his job. So we have to make sure and I’ve seen this when i was EXCO for Perumahan here that we will give priority to those who come from out station to stay here and give them Rumah Mampu Milik. Say and said. That is very important and for my portfolio now if I want to capture the talent no one is gonna come here when they can only buy a million-dollar house. No, so kita perlu pastikan ada bekalan perumahan mampu milik yang cukup untuk bakat dan tenaga mahir tersebut supaya mereka ada tarikan untuk datang ke Pulau Pinang. Itu yang terpenting.
Saya juga nyatakan bahawa Dato’ Seri Speaker, selain daripada apa yang saya telah nyatakan saya akan juga lihat pada Sungai Dua tapi saya ingat beliau tak begitu, dia tak ada di sini. Dia memberitahu tentang, memberi keutamaan juga kepada pelajar daripada luar bandar untuk program-program STEM, TVET kita. Ingin saya nyatakan kepada semua di sini bahawa sememangnya apabila kita lancarkan pelbagai program yang sudah pun kita lancarkan ia adalah di kelima-lima daerah di Negeri Pulau Pinang dan kita tak abaikan mana-mana daerah Dato’ Seri Speaker. Dan saya boleh kongsi nanti secara terperinci kawasan-kawasan tersebut yang telahpun kita laksanakan pelbagai program. Our record at the moment Dato’ Speaker, kita sudah pun laksanakan 1061 program STEM melibatkan hampir 40,000 pelajar daripada luar bandar. This just luar bandar ya. I'm just making the point to answer my friend from Sungai Dua and the we will continue so saya ingat itu sahaja yang ingin saya nyatakan dan ingin saya sudahi dengan menyatakan… (gangguan).
Yang Berhormat boleh celah sikit sebelum habis? Boleh ya?
Ada soalan? Silakan.
Yang pertama Dato’ Seri Speaker…(gangguan).
Sila, sila.
Memang saya nak pencerahan. Tadi disebut tadi kita perlu utamakan perumahan untuk bakat-bakat, talent ni rather than orang tempatan yang apply. Betulkah begitu?
Betul tak betul?
Tadi Datok Keramat sebut kita perlu utamakan rumah-rumah ni untuk talent yang akan mari sini bukan orang tempatan yang dah lama apply. YB, ada tiga soalan. Itu yang pertama. Yang kedua tadi bila sebut tentang site university MNC tu adakah ini State Government punya projek ataupun dengan swasta? Ketiga, soalan ketiga, saya sering dengar Datok Keramat flashback tentang mendiang apa ni, bapa yang ditahan ISA. Boleh saya tau kenapa ditahan ISA?
Yang itu tak sangkut paut, tak perlu. Nanti minum kopi bagitau cerita panjang bab yang tu.
Itu saya akan tanya Tun Mahathir. Dia yang tandatangan, dia yang tandatangan dokumen untuk tahan ayah saya.
Get back to his question.
No, he wants to know. Saya tak tau. Pasal dia lawan untuk orang tapi dia orang tak suka masa tu. Hari ini kita sini lawan untuk orang, betul tak? You lawan untuk orang? Tapi takpa, tak payah risau, tak ada ISA. Kalau pun ada apa hal jumpa saya, saya lawyer tau (Dewan ketawa).
Tuan Speaker.
Sudah, yang lain duduk. Jangan dok sibuk.
Speaker, saya nak tanya sikit, soalan saya tak dijawab ni. Saya ada satu soalan yang lebih kurang sama tetapi data yang saya terima mengenai jawapan ni tak sama. Yang pertama rekod Pulau Pinang statistik terkini memaklumkan bahawa pekerja asing di Negeri Pulau Pinang yang mempunyai permit berjumlah 1.7 million (1,706,635) orang. Ini kenyataan daripada Jabatan Imigresen. Yang kedua lebih kurang sama juga soalan, dimaklumkan bahawa pekerja asing yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen 174,934. Perbezaan typing error ke whatever thing tapi kita nak tahulah jumlah pekerja asing yang bekerja di Pulau Pinang. Satu angka 1.7… (gangguan).
This your jawapan bertulis kan?
Yes. 1.7 million and satu lagi 174,000. Jadi yang mana satu yang…(gangguan).
Okey, couse pekerja asing is not under me.
Nanti urusetia semak adakah ia typo ke. Yang Berhormat, nanti saya suruh mereka check, mungkin typo error ke macam mana.
Just check the numbers Dato’ Speaker. Coming back to Pinang Tunggal, thank you. So i hope you okay my answer for my father, may he rest in peace and we move forward, we move forward, always move forward remember that. That’s what he always told me, move forward. So the other two question that you had. Satu lagi adalah berkenaan, nombor satu tadi?
Kita akan beri keutamaan perumahan tu untuk talent. Saya dengar tadi.
Tak. Keutamaan itu dalam senarai kita untuk memilih, you know dalam penggal saya sebagai EXCO Perumahan, apa saya buat? kita bagi satu senarai keutamaan apabila kita memilih. Apabila kita memilih siapa layak untuk dapat Rumah Mampu Milik itu keutamaan itu akan diberi umpamanyalah saya bagi, yang original kita bagi kepada mungkin ibu tunggal
yang mempunyai penyakit dan sebagainya, you know, kesakitan dan sebagainya dan kakitangan kerajaan and then I brought this in. Iaitu untuk menarik mereka ke sini dan itu pun perlu dapat surat daripada Invest Penang untuk mengesahkan bahawasanya mereka akan datang untuk menjadi engineer di sini atau situ and then, then we will consider tapi the big list is for Penangites. Only Penangites yang layak dan apa ni syarat-syarat kelayakan mereka ketat tapi definitely it is for Penangites. Saya tak beri keutamaan kepada non-Penangites tetapi ada senarai keutamaan tetapi nombor dia bukan begitu besar. Okay?
Sikit saja. Habis?
One more question?
Saya ada satu soalan.
Site university? Just now you mention, just now.
Oh the university for students. It is in Batu Kawan, ViTrox. No, it is private. It’s gonna happen.
The ViTrox College. It is private. Okey.
Satu soalan yang terakhir. Yang Berhormat Datok Keramat sebab tadi saya boleh katakan Pulau Pinang telah membuat satu, I mean approach yang sangat bagus dalam STEM tetapi sekarang kita sudah menjurus ke dalam AI, bolehkah saya tahukah apakah inisiatif yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah untuk menggalakkan lagi pengetahuan AI di peringkat sekolah menengah. Terima kasih.
Terima kasih kepada Bagan Jermal, thank you. Ya, sememangnya AI adalah apa yang kita lihat yang terbaru dan pelbagai program yang kita ada di peringkat STEM, TVET dan semua. Semua melibatkan kesedaran terhadap AI kerana itu adalah masa hadapan kita. Kita memang, we are very aware of that and you know, like I said, saya pergi ke Chennai, India beberapa hari yang akan datang, AI adalah topik yang terbesar yang mereka akan bincang dengan kita kerana mereka adalah Lembah Silikon India, di situ. Kita Lembah Silikon dan kemahiran dan bakat di sini. So kita akan ada satu kolaborasi dan sememangnya kebanyakan program yang kita adakan yang saya nyatakan dan sebut tadi semua ada satu AI.
Okay, for AI let me just be very specific two things, Dato’ Seri Speaker. Penang Science International Fair yang akan bakal diadakan this weekend actually when me, I won't
be here but akan diadakan akan ada satu booth pameran AI, number one (1). Number two kita punya agensi Penang Science Cluster sudah pun bincang supaya kita akan ada satu AI Fair tahun depan sebelum PSIF yang akan diadakan tapi separate. That’s mean one whole fair just for AI. That’s gonna happen next year. Thank you very much.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat. Maka Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan untuk kita henti rehat makan tengahari dan kita bersidang semula pada jam 2:00 petang nanti.
Dewan ditangguhkan pada jam 12.27 tengahari.
Dewan bersambung semula pada jam 2.00 petang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua DUN.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahl-ahli Yang Berhormat sekalian kita sambung sesi penggulungan kita dan sekarang kita persilakan Batu Maung. Dipersilakan dengan segala hormatnya.
Bismillahirrohmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang atas Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan 2025 sempena Mesyuarat Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada 22 November yang lalu dengan bertemakan 'Ekonomi Madani, Rakyat Di Perkasa, Negeri Sejahtera'. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada kali ini. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Abidin bin Ismail atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap. Selain itu, tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita yang sedang ditindas dengan amat dahsyat di Palestin ketika ini.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat di Negeri Pulau Pinang amnya untuk sama-sama bersolidariti dan berdoa agar konflik dan peperangan yang berlaku di Gaza, Palestin dapat dihentikan serta-merta agar keamanan dan perpaduan dapat dinikmati semula oleh penduduk Palestin. Di kesempatan ini, juga saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pulau Pinang khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dari 2 Disember 2024 sehingga 6 Februari 2025 iaitu 2 sehingga 31 Disember 2024 Ujian Bertutur dan Mendengar manakala pada 2 Januari 2025 sehingga 6 Februari 2025 Ujian Secara Bertulis.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya untuk menyentuh ucapan Belanjawan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Belanjawan Tahun
2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 22 November lalu menyaksikan anggaran hasil negeri sebanyak RM906.69 juta berbanding anggaran perbelanjaan sebanyak RM940.22 juta. Ini merupakan defisit terendah dalam sejarah Belanjawan Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak RM33.63 juta di mana sebanyak RM220 juta adalah untuk peruntukan pembangunan. Kerajaan Negeri terus komited dalam memartabatkan pembangunan agama Islam di negeri ini. Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM17,948,614.78 atau 8.16 peratus bagi pembangunan projek-projek fizikal di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Menyentuh ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengenai empat perkara bagi segmen memartabatkan agama Islam iaitu Pembangunan Agama Islam dan Pendidikan sebagai tonggak perpaduan dan kecemerlangan masyarakat iaitu yang pertamanya hasil perkongsian peruntukan bagi tujuan pembinaan Masjid Sungai Bakap. Saya senada dengan Ketua Menteri dalam menzahirkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kelulusan dana Kerajaan Persekutuan sebanyak RM7 juta manakala Kerajaan Negeri meluluskan RM2.27 juta bagi memastikan proses pembinaan berjalan lancar. Pulau Pinang satu-satunya negeri yang berkongsi kos pembinaan masjid dengan Kerajaan Persekutuan.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga menyentuh berkaitan pembinaan sebuah masjid baharu yang akan dilaksanakan di zon satu dalam Projek Pembangunan Smart City Campus Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang di Bandar Cassia, Batu Kawan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memberi perhatian kepada pembangunan masjid Bandar Cassia ini yang telah saya lakukan lawatan tapak pada 12 September lalu disusuli lawatan penanda aras ke Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya pada 17 Oktober tahun ini. Untuk makluman, projek berkaitan merupakan komponen utama Pelan Induk Kampus Pintar KITAB 2030 yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan pendidikan dan pengembangan Islam di negeri ini. Projek yang akan bermula pembinaan pada tahun 2025 ini melibatkan 4 zon utama iaitu zon satu pembinaan masjid, zon dua pusat perniagaan, zon tiga hostel dan penempatan pelajar dan zon 4 pusat pembangunan yang mengintegrasikan pendidikan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Agenda Pembangunan Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2030 telah dijenamakan, bukan ditukarkan telah dijenamakan semula dari Gagasan Khaira Ummah selaras dengan Visi Penang2030. Agenda ini merangkumi 5 teras utama yang bertujuan untuk memperkukuh sosial ekonomi umat Islam, meningkatkan aqidah dan mempromosikan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat di negeri ini. Antara pengisian program agenda Pembangunan Agama Islam adalah Karnival Islami Masyarakat Madani Negeri Pulau Pinang di setiap daerah. Ia merangkumi program jelajah agenda pembangunan agama Islam dan seminar pemikiran ketokohan Islam. Inisiatif yang dirangka ini bertujuan untuk mengukuhkan penghayatan nilai-nilai Islam dan memperkasakan ukhuwah dalam masyarakat di negeri ini. Yang keempat, memperkasa pensijilan halal melalui pelaksanaan Inisiatif Segera Persijilan Halal Malaysia (ISPHM) 2.0 yang membolehkan kelulusan sijil pengurusan halal Malaysia dalam tempoh 30 hari bekerja.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya menggulung perbahasan portfolio di bawah saya berdasarkan lima (5) teras utama. Lima (5) teras ini merangkumi pembangunan sosial ekonomi, pembangunan pendidikan, pembangunan keluarga, pembangunan anak muda, pembangunan dakwah dan tarbiyah. Dari sudut teras pembangunan sosial ekonomi, Zakat Pulau Pinang terus memainkan peranan penting selaku agensi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dalam meningkatkan pembangunan sosial ekonomi ummah. Pola kutipan zakat sentiasa meningkat. Pada tahun 2022, sebanyak sebanyak RM150 juta, bagi tahun 2023 RM159.7 juta. Sementara tahun 2024, kutipan dijangka mencecah hampir insya-Allah RM170 juta berdasarkan unjuran kutipan zakat harta dan fitrah. Kutipan setakat 26 November, sebanyak RM118,773,935.47
jika dibandingkan dengan tahun 2023 dengan data pada bulan November kutipan hanya RM112 juta. Maknanya berlaku peningkatan pada bulan November yang berbaki dalam tiga hari lagi peningkatan sebanyak RM6 juta dan unjuran ini dibuat berdasarkan kutipan bulan Disember iaitu RM40 juta dan zakat fitrah sebanyak RM7.3 juta. Daripada unjuran ini dengan campuran daripada figure pada bulan November, insha-Allah sasaran kita untuk mencapai kutipan hampir RM170 juta mudah-mudahan dapat tercapai. Peranan Zakat Pulau Pinang ialah membantu meningkatkan sosial ekonomi ummah. Sejak Januari hingga Oktober 2024 seramai 6,892 fakir dan 20,902 miskin dengan jumlah keseluruhan seramai 27,794 telah menerima bantuan zakat melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM49,152,546.05 juta.
Antara penerima bantuan teramai sehingga Oktober 2024 adalah kawasan DUN Permatang Berangan dengan jumlah penerima 1,816, DUN Seberang Jaya 1,687, DUN Penaga 1,657, DUN Permatang Pasir 1,422, DUN Pinang Tunggal 1,396, DUN Bayan Lepas, Dato’ Timbalan Speaker pun ada 1,334, DUN Machang Bubuk 1,257, DUN Sungai Pinang 1,113 dan DUN Sungai Bakap 1,041. Program Nur Ramadhan telah menyantuni 4,000 (gangguan) antara antara yang tertinggi. Nanti kita buat edaran semua DUN ada dalam senarai. Kalau nak baca semua, dua jam sat gi. Jadi saya pilih yang mana saya nak baca, antara yang tertinggi saya sebut antaranya DUN Permatang Berangan. Maknanya data tahun lepas pun DUN Permatang Berangan tinggi juga sebagaimana kita nak fikirkan nak keluarkan fakir dan miskin terutamanya di Permatang Berangan ini yang sejak saban tahun yang tertinggi di Negeri Pulau Pinang. Program Nur Ramadan telah menyantuni 4,154 asnaf dengan jumlah agihan sebanyak RM4.47 juta.
Manakala sagu hati Hari Raya menyaksikan agihan sebanyak RM5.82 juta kepada 7,000 penerima. Bantuan Khas RM500 kepada mangsa banjir turut disalurkan kepada 183 keluarga dengan jumlah keseluruhan RM91,500. Zakat Pulau Pinang juga menggalakkan keusahawanan asnaf melalui pelbagai kursus seperti pembuatan kuih tradisional dan pembaikan mesin basuh. Hasilnya 68 usahawan asnaf kini telah berjaya membayar zakat daripada mustahik sudah menjadi muzakki iaitu membayar Zakat Perniagaan dengan jumlah keseluruhan RM62,401.
Pusat Hemodalisis Zakat yang sekarang ini mempunyai lapan (8) cawangan di bawah kendalian Zakat Pulau Pinang yang telah tertubuh pada tahun 2022 lagi kita mempunyai cawangan yang dibuka di Butterworth terus memberikan rawatan percuma kepada 210 pesakit dengan penambahan 23 mesin dialisis yang baru pada tahun ini bernilai RM920,000 bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan peruntukan untuk Pusat Hemodialisis Zakat di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM6.9 juta.
Selain daripada peranan Zakat Wakaf Pulau Pinang turut menyumbang dalam meningkatkan sosial ekonomi ummah antaranya melalui pembangunan hartanah wakaf seperti Pembangunan Hartanah Wakaf Al Masyhur Al-Islami fasa 2 seluas 10 ekar di Balik Pulau terdiri daripada perumahan mampu milik berjumlah 1,088 unit di Jalan Sungai Nipah, Jalan Pulau Betong, Balik Pulau dengan nilai GDV RM426 juta.
Selain itu cadangan perumahan mampu milik 21 tingkat di Bayan Lepas. Sekali lagi Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, berjumlah 510 unit dengan nilai GDV RM180 juta melibatkan tanah seluas 2.8 ekar di atas tanah wakaf. Kesinambungan komitmen Wakaf Pulau Pinang dalam membangunkan hartanah wakaf juga diteruskan dengan membangunkan hartanah wakaf dengan dana zakat tawakuf yang difatwakan harus oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang seperti menaik taraf dan penjenamaan semula Pusat Latihan Zakat (PULAZA) di Balik Pulau kepada Institut Latihan Islam Pulau Pinang yang bernilai RM2 juta.
Selain itu juga cadangan bangunan lama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Perempuan) di Pulau Tikus sedang dinaik taraf untuk dijadikan Sekolah Islam Antarabangsa dengan nama Al-Mashoor International Islamic School dengan nilai RM12 juta
yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Pembangunan dewan dan kompleks komersil bersebelahan Masjid Kampung Rawa pula bernilai RM5 juta. Pembangunan sosial ekonomi ummah melalui Wakaf Pulau Pinang turut menggunakan dana Tabung Amanah Bumiputera yang melibatkan jumlah keseluruhannya RM150 juta.
Pembangunan hartanah tanah wakaf ini melibatkan cadangan pembinaan perumahan mampu milik berjumlah 700 unit yang bernilai RM75 juta di Permatang Damar Laut seluas 3.6 ekar. Selain itu, pembangunan hartanah tanah wakaf turut melibatkan cadangan dua binaan perumahan mampu milik masing-masing di Bagan Lalang, Seberang Perai Utara melibatkan 128 unit dengan nilai RM40 juta dan di Permatang Tok Kandu melibatkan 120 unit bernilai RM35 juta di atas seluas 0.907 ekar.
Dato’ Timbalan yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, teras pembangunan sosial ekonomi terus diperkasa. Melalui Penang Halal International (PHI), prestasi Pensijilan Halal dan Industri Halal di Pulau Pinang terus melonjak. Statistik pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Pulau Pinang meningkat setiap tahun. Pada tahun 2008, terdapat 56 buah syarikat sahaja yang memiliki pensijilan halal, namun meningkat sebanyak 1,805 syarikat setakat Oktober 2024. Sejak awal Januari hingga Oktober 2024, data pemegang SPHM, Sijil Pemegang Halal Malaysia di negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 61.3% dimiliki oleh syarikat bukan muslim, bukan bumiputera dan milikan asing.
Manakala baki 38.7%, 697 orang ataupun syarikat lagi pula dimiliki oleh syarikat muslim bumiputera. Peratusan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat muslim menunjukkan peningkatan yang ketara hasil usaha giat yang yang dijalankan oleh (PHI) Penang Halal International dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal dan juga dengan kerjasama agensi-agensi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang seperti zakat dan juga wakaf melonjakkan peningkatan SPHM di kalangan bumiputera daripada 11.3% yang melibatkan 216 syarikat melonjak kepada 38.7% iaitu 697 syarikat pada tahun ini. Alhamdulillah. Ini adalah usaha berterusan PHI dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan bantuan dan kerjasama daripada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di bawah Jabatan Perdana Menteri juga. Yang telah melonjakkan bilangan pemegang SPHM di Pulau Pinang. Menjelang 2030, industri halal domestik diunjurkan mencapai USD113.2 bilion seperti yang dilaporkan dalam Pelan Industri Halal Malaysia 2030. Hal ini sudah pasti memberi indikator penting buat kita untuk lebih proaktif dalam meningkatkan bilangan pemegang Sijil Halal Malaysia JAKIM di negeri Pulau Pinang.
Seterusnya memanfaatkan prospek yang bakal berkembang dalam industri halal menjelang 2030 nanti. Selain itu, penganjuran Penang International Halal Expo (PIHEX) ke-13 pada 5 hingga 8 Disember 2024 yang bertemakan ‘Pemerkasaan Ekonomi Global Melalui Halal’ adalah salah satu komitmen Kerajaan Negeri bagi merakyatkan industri halal. Penganjuran PIHEX pada kali ini memfokuskan model B2C iaitu model business to consumer yang mana para pengunjung berpeluang membeli produk-produk halal yang berkualiti secara terus dengan para penjual di ekspo ini dan dianggarkan jumlah hasil jualan PIHEX 2024 sebanyak RM1 juta yang terdiri daripada RM300,000.00 jualan langsung manakala sebanyak RM700,000.00 jualan tidak langsung.
PIHEX 2024 ini bakal melibatkan 200 peserta yang terdiri daripada 150 usahawan tempatan, 30 usahawan luar negara, 14 jabatan dan agensi kerajaan dan enam (6) institusi perbankan. Julung kali juga penganjuran PIHEX 2024 ini diadakan di Tapak Pakir Gravitas, Jalan Baru Perai yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim pada 7 Disember 2024. PIHEX 2024 ini juga pertama kalinya diadakan di daerah Seberang Perai iaitu di Daerah Seberang Perai Tengah yang sebelum ini hanya diadakan di Dewan Tertutup Spice Arena. Transformasi penganjuran PIHEX 2024 pada
kali ini membolehkan semua lapisan masyarakat hadir bagi memeriahkan dan menyemarakkan industri halal di negeri Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi teras pembangunan pendidikan dalam usaha memartabatkan pendidikan Islam di Pulau Pinang melalui Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang yang merupakan merupakan IPT milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, telah mencatatkan pelbagai kejayaan sehingga pada tahun 2024 ini. Dari aspek kualiti akademik yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) serta mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi. Dalam bidang pengantarabangsaan, KITAB terus melangkah hadapan dengan menjalin kerjasama strategik pada Disember 2023 melalui sokongan penuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Bukan satu perkara yang mudah untuk kita dapatkan satu memorandum persefahaman iaitu muadalah di antara KITAB Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan Universiti Al-Azhar, Mesir. Perjanjian ini hanya boleh dimeterai melalui hubungan antara kerajaan iaitu G to G yang membuka peluang untuk kolaborasi akademik dan penyelidikan. Kerjasama antarabangsa KITAB juga melibatkan universiti terkemuka di Jordan seperti Wise World Islamic Sciences Education University, Yarmouk Universiti dan Mokhtah dan pada tahun 2024, KITAB berjaya menghantar lebih ramai pelajar lepasan Diploma Insya-Allah untuk melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda secara pemindahan kredit yang diiktiraf oleh universiti-universiti ini dan pada tahun ini pelajar kita daripada KITAB telah berjaya untuk ke tahun (3) tiga, hasil kejayaan kita untuk mengadakan MOU dengan Universiti Al-Azhar pada hujung tahun Disember 2023.
Mencelah YB. Untuk ke Kaherah dan Mesir tadi itu, kita nak tahu adakah ianya peruntukan daripada jabatan mana. Daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ka ataupun zakat ka atau pun KITAB ka atau Kerajaan Negeri, YB.
Baik. Itu persoalan daripada Penanti berkaitan dengan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Jadi, kita telah memperuntukkan pada tahun depan. Tapi tahun ini kita peruntukkan RM1 juta daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, oleh kerana selepas MOU yang kita buat pada tahun 2023 dengan proses untuk disahkan oleh Universiti Al-Azhar pada tahun ini, hanya melibatkan peringkat awal hanya lima (5) orang pelajar untuk pergi ke Universiti Al-Azhar. Ada empat (4) surat tawaran itu akhirnya, tiga (3) pelajar lagi dia memilih untuk ke UIA, transfer credit itu. Dan pelajar-pelajar ini yang dua (2) orang itu ke Universiti Al-Azhar dan lima (5) orang lagi ke Wise University. Dan tajaan ini melibatkan dana daripada zakat iaitu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Yang ini yang dimaksudkan lawatan yang 16 ke 24 Disember ke yang ini.
Ya.
Ke sekolah ke Jordan dan Mesir eh.
Ya.
Daripada zakat.
Ya. Tak maksudnya tajaan pelajar, tajaan pelajar.
Ini lawatan ke bangunan asrama pelajar Pulau Pinang di Kaherah, Mesir.
Yang itu kita akan jawab dalam maklum balas berdasarkan perbahasan daripada Yang Berhormat.
Okay.
Daripada Yang Berhormat. KITAB turut menerima pengiktirafan.
YB. Sedikit. Yang lima (5) orang pelajar yang Al-Azhar, Mesir itu.
Ya.
Terus ke tahun ketiga.
Tahun ketiga.
Bidang pengajian, terbuka ataupun.
Ya. Bidang pengajian yang kita buat muadalah dengan Al-Azhar ini, dalam bidang Usuluddin, Syariah dan juga Syariah Islamiyyah lah termasuk Ulum. Dipanggil Dirasah Islamiyyah pun ada di situ. Tapi yang pergi dua (2) orang ini adalah bidang syariah dan alhamdulillah mendapat pengiktirafan terus ke tahun ketiga. Tahun ketiga, maknanya dua (2) tahun mereka di KITAB, terus tahun ketiga dan hanya dua (2) tahun pengajian di Universiti Al-Azhar. Ini satu pengiktirafan oleh Universiti Al-Azhar. Dan KITAB turut menerima pengiktirafan dalam sistem my-quest di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dengan status berdaya saing. Satu pengiktirafan sebagai institusi yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.
Kejayaan ini membuktikan bahawa KITAB berada dalam kelompok institusi pendidikan islam yang cemerlang. Berdasarkan kepada rating berdaya saing oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Penekanan kepada pendidikan digital juga menjadi keutamaan dengan penubuhan Penang Islamic Digital Library (PIDL) pada tahun 2023. PIDL menganjurkan kelas asas robotik dan bengkel e-book sepanjang tahun 2024. Dalam usaha meningkatkan keboleh pasaran graduan, PIDL dengan kerjasama KITAB, dengan kerja sama Silos Incorporated (kurang pasti) telah menawarkan kursus AI kecerdasan buatan dan menganjurkan artificial intelligence lecture series yang menggabungkan AI dengan perspektif Al-Quran.
Kejayaan sepanjang tahun 2024 ini membuktikan bahawa KITAB terus unggul sebagai institusi pendidikan yang progresif dan komited dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi. Selain itu, usaha mempromosikan (PIDL) Penang Islamic Digital Library ke peringkat antarabangsa turut dilaksanakan dan kita telah meluluskan pada 15 September 2022 lagi, meluluskan peruntukan daripada kutipan dana wakaf bagi mewujudkan sebuah PIDL di Universiti Al-Azhar yang kita tempatkan PIDL ini di kuliah syariah Universiti Al-Azhar bagi memberi perkhidmatan bukan hanya kepada anak-anak Pulau Pinang di sana, tetapi juga dapat diberikan perkhidmatan kepada pelajar-pelajar lain yang belajar Universiti Al-Azhar, dapat menerima perkhidmatan PIDL yang kita namakan PIDL@kuliah syariah di Universiti Al-Azhar.
Yang sekarang ini dalam proses pembinaan yang akan menyediakan akses kepada pelajar antarabangsa di Universiti Al-Azhar kepada koleksi digital lebih 2000 bahan bacaan ilmiah dalam pelbagai bahasa. Justeru, ini merupakan satu lagi pencapaian bagi pengantarabangsaan PIDL di Universiti Al-Azhar bagi mengukuhkan kerjasama MOU di antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Universiti Al-Azhar di Mesir. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, teras pembangunan pendidikan terus diperkasa melalui peruntukan bantuan Sekolah Agama Rakyat bagi tahun 2024 sebanyak RM3.2 juta untuk manfaat sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh negeri Pulau Pinang.
Peruntukan ini bertujuan membantu sekolah-sekolah agama rakyat bagi membiayai kos pengurusan dan pentadbiran, penyelenggaraan kecil, bil utiliti dan pelaksanaan program kecemerlangan dan kokurikulum pelajar. Tiga (3) buah lagi sekolah agama rakyat akan dimulakan pembinaan pada tahun 2025 iaitu Sekolah Agama Rakyat Madrasah An-Najah, Kampung Selamat Pinang Tunggal, Sekolah Agama Rakyat Nurul Falah Taman Berjaya, Nibong Tebal, Sebarang Perai Selatan dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Bandar Baru Air Hitam, daerah Timur Laut dengan anggaran kos pembinaan berjumlah RM15 juta. Di samping itu juga, Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri yang dapat memberi manfaat kepada seramai 300 orang pelajar telah siap dibina pada tahun ini dengan kos keseluruhan sebanyak RM5,725,655.57 juta
Dalam kerancakan membina sekolah-sekolah agama rakyat yang baru, Kerajaan Negeri terus komited dalam membaik pulih dan menaik taraf sekolah-sekolah agama rakyat sedia ada supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, selesa dan
selamat untuk anak-anak kita. Pada tahun 2024, sebanyak 16 buah sekolah agama rakyat telah dibaik pulih dan dinaik taraf dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM1,087,266.29. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan peruntukan sumbangan Al-Hufas RM320,000.00 kepada seramai 600 orang penerima bagi tahun 2024. Ia bertujuan untuk menghargai golongan Al-Quran yang menjadi hufaz teknokrat yang menyumbang kepada pembangunan Pulau Pinang dalam pelbagai bidang pentadbiran, pengurusan dan korporat.
Penjenamaan semula Tadika Islam Pulau Pinang di bawah seliaan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan nama Tadika Islam Mutiara MADANI yang menyediakan perkhidmatan pendidikan awal kepada anak-anak berumur 4 hingga 6 tahun. Pada tahun 2024 negeri Pulau Pinang mempunyai sebanyak 21 buah TADIS (Tadika Islam) dan bilangan Tadika Islam yang dijenamakan semula sebagai Tadika Islam Mutiara MADANI akan ditambah pada tahun 2025 sebanyak 30 buah dan jumlah peruntukan bagi Tadika Islam pada tahun 2024 berjumlah RM930,000.00.
Peruntukan ini digunakan bagi tujuan Program Iktifal Ilmi Tadika sebanyak RM50,000.00, elaun tadika dan KWSP RM790,000.00, kursus guru tadika RM60,000.00, Majlis Konvokesyen Tadika Islam sebanyak RM30,000.00. Kurikulum yang dijalankan berdasarkan kurikulum standard pra sekolah kebangsaan dan kurikulum ini yang diperakui oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri yang amat prihatin terhadap pendidikan kelas Al-Quran dan fardhu ain iaitu KAFA yang sedang berjalan di negeri ini. Program ini dapat membantu seramai 46,000 orang pelajar di 217 buah kafa untuk mendalami pengajian Al-Quran dan perkara-perkara asas dalam ibadah. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3,970,200.00 bagi tambahan elaun guru kafa di negeri ini. Selain peruntukan elaun yang diterima daripada JAKIM sebanyak RM21,120,000.00. Justeru, keseluruhan jumlah peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM25,090,200.00 bagi memperkasa program KAFA ini Kerajaan Negeri sedang menilai semula jumlah peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran iaitu PdP sedia ada iaitu tiga hari seminggu iaitu 9 jam kepada lima hari seminggu iaitu 15 jam. Penambahan masa PdP ini mampu mencapai Outcome Based Education (OBE) iaitu hasil yang dicapai oleh pelajar dalam bidang Al-Quran dan asas ibadah dalam kehidupan seharian.
Melihat kepada cabaran kehidupan dunia global dan dunia tanpa sempadan ini, pendidikan agama menjadi sokongan penting kepada sahsiah anak-anak. Bagi memastikan anak-anak kita terus dibekalkan dengan benteng Pendidikan Islam, maka dua (2) buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) iaitu Madrasah Al-Ittihadiyah Al-Wataniyah, Cherok Tok Kun, Seberang Perai Tengah, haa Telok Ayer Tawar, iaitu Sekolah Agama Rakyat Masjid Daerah Seberang Perai Utara, akan siap dibina insya-Allah pada tahun 2025 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM7,859,517.25.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pemerkasaan Pembangunan Pendidikan diteruskan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP). YIPP telah melaksanakan beberapa program penting antaranya Program Pulau Pinang Mengajar, bertujuan membantu pelajar dari keluarga B40 menguasai isu 3M yang tidak boleh baca, mengira, menulis. Program ini dilaksanakan dengan peruntukan dari Majlis Agama Islam sebanyak RM72,000.00. Program ini juga melibatkan 195 pelajar dan 166 sukarelawan di lima (5) lokasi yang berbeza iaitu membantu Kementerian Pendidikan iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Selain itu, Program Training of Trainers telah dilaksanakan untuk memantapkan teknik pengajaran sukarelawan melalui lima (5) modul Matematik dan tiga (3) modul Bahasa Melayu dan program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM9,816.24 dan modul-modul ini yang digunakan sedang ditambahbaik dengan kerjasama IPG Kampus Pulau Pinang dan IPG Kampus Tuanku Bainun untuk tahun 2025. Bagi program KAFA Menengah Pulau Pinang pula, ia menjadi kesinambungan kepada pendidikan KAFA rendah, memberi peluang kepada 479
pelajar untuk mendalami pendidikan Islam dan ia melibatkan dana dalam konteks iltizam huffaz melibatkan peruntukan sebanyak RM104,700.00.
Manakala menyentuh berkenaan yang Al-Hady Center (AHC) iaitu sebuah Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam Negeri Pulau Pinang yang baru ditubuhkan pada bulan Mei 2023 yang merupakan sebuah projek khas Kerajaan Negeri yang diposisikan dan dikendalikan di bawah KITAB Pulau Pinang. Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM800,000.00 untuk tahun 2024 kepada Al-Hady Center. Dalam bidang pendidikan, Al-Hady Center menjalankan peranan berkaitan penyelidikan yang memfokuskan komponen sosioekonomi bumiputera, pendidikan bumiputera, potensi instrumen zakat, dan kajian-kajian berkaitan dengan tokoh ketamadunan Islam. Selain itu, Al-Hady Center juga akan menganjurkan seminar ketokohan Islam Syed Sheikh Al-Hady yang akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada Disember 2024. Seminar ini akan memperincikan fikrah pembaharuan dalam bidang pendidikan.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Teras Pembangunan Keluarga, beberapa buah program telah dirancang dan dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada tahun 2024 bagi memperkasakan institusi kekeluargaan dan memberi sokongan sosial kepada masyarakat Islam khususnya di Negeri Pulau Pinang, yang melibatkan perkhidmatan kaunseling (Baiti Jannati Care) di masjid-masjid terpilih sekitar Negeri Pulau Pinang dilaksanakan pada setiap Sabtu dan Ahad. Bahagian ini juga melaksanakan Program Wacana Kekeluargaan Islam peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun 2024 dengan peruntukan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM57,070.00. Program ini mensasarkan pelbagai kumpulan seperti komuniti, Institusi Pengajian Tinggi, Agensi-agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Teras Pembangunan Anak Muda bagi melahirkan generasi muda yang mampan serta utuh pemikirannya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) jabatan yang penting bagi merancang program untuk golongan remaja yang akan diadakan sebanyak 40 siri. Program Pembangunan Sahsiah Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2024 yang bermula pada bulan ini November akan diteruskan pada tahun 2025 telah membuka tirai pada 22 hingga 24 November lalu dengan siri pertama menyaksikan penglibatan sebanyak 120 orang peserta. Jumlah peruntukan Program Sahsiah Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang sebanyak RM1,952,200.00 untuk 43 siri dengan objektif program ini adalah untuk mendedahkan golongan remaja kepada cabaran-cabaran yang mendatang melalui konsep Malaysia MADANI.
Selain itu para peserta turut diberi kemahiran insaniah untuk dipraktikkan sebagai seorang Muslim yang sejati. Siri Jelajah Aspirasi Pemimpin Ke Menara Gading, setakat November 2024 telah dilaksanakan di tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Program ini melibatkan penyertaan hampir 500 anak muda di setiap sekolah. Siri jelajah ini akan diteruskan lagi melibatkan sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Larian Kami Anak Penang, Kejohanan Sepak Takraw Piala TKM1, Kem Mahasiswa, Siri Bengkel Kepimpinan Tingkatan Enam, dan Bengkel Kecemerlang MADANI SPM 2024 termasuk Program Sukan Rakyat, Bengkel Tahsin dan Khidmat Masyarakat di dalam Siri Jelajah Pembangunan Agama Islam di masjid-masjid terpilih merupakan antara program yang telah dilaksanakan bagi menyantuni anak-anak muda Negeri Pulau Pinang.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi Teras Pembangunan Dakwah dan Tarbiah, Program Agenda Pembangunan Agama Islam 2024 melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan juga agensi-agensi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) termasuk Al-Hady Centre telah diadakan
bermula Mei 2024 meliputi masjid-masjid terpilih di setiap daerah Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah menganjurkan Program Multaqa Perpaduan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 2 September 2024 dengan melibatkan pimpinan-pimpinan masjid. Program ini diperuntukkan sebanyak RM17,294.50. Al-Hady Centre (AHC) turut menyokong Teras Pembangunan Dakwah dan Tarbiyah melalui program Kembara Ilmu MADANI Negeri Pulau Pinang yang melibatkan khatib dan pentazkirah di kalangan felo Al-Hady Center.
Selain itu kerjasama yang kukuh antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan terus dipertingkatkan melalui pembinaan tujuh (7) buah masjid baru sebagai pusat dakwah dan tarbiyah. Pembinaan ini dibangunkan dengan dana daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta sumbangan anak-anak kariah. Masjid-masjid tersebut adalah Masjid Papan Kampung Pertama, Masjid Taman Sungai Dua Utama, Masjid Lama Sungai Kechil Nibong Tebal, Masjid Bandar Putra Bertam Kepala Batas, Masjid Bandar Cassia, Batu Kawan, Masjid Mengkuang Titi Permatang Pauh dan Masjid Lama Sungai Bakap Nibong Tebal. Keseluruhan komitmen Kerajaan Negeri dalam pembangunan masjid-masjid tersebut adalah berjumlah RM17.8 juta. Kerjasama sama ini juga akan diteruskan dengan pembangunan dua (2) buah lagi masjid baharu pada tahun 2025 iaitu Masjid Permatang Tinggi dan Masjid Cherok Tok Kun Bawah dengan komitmen Kerajaan Negeri
Mohon mencelah YB.
Ya, boleh.
Terima kasih. Saya hendak tanya berkaitan binaan masjid di masjid lama Sungai Bakap yang tertangguh hampir dua tahun atas kapasiti apa sebab dia binaan terlewat. Terima kasih.
Dia ada proses-proses yang melibatkan teknikal daripada pihak ICU dan juga JKR yang menyebabkan proses itu tertangguh sehinggalah telah diluluskan untuk mulakan pembangunannya pada tahun 2025 dan perubahan-perubahan itu melibatkan kos so akhirnya kena dibentangkan semula oleh ICU dan pertambahan kos itu menyebabkan tertangguh sedikit kelewatan ke atas Masjid Sungai Bakap dan akan dimulakan pada tahun 2025. Proses itu telah selesai. Baik, dekat mana dah.
Jadi kerjasama sama ini juga akan diteruskan dengan pembangunan dua (2) buah lagi masjid baharu iaitu Masjid Permatang Tinggi dan Masjid Cherok Tok Kun Bawah dengan komitmen negeri berjumlah RM8.0 juta. Sebuah kompleks Islam yang dilengkapi dengan sebuah masjid akan didirikan di Kawasan Parlimen Permatang Pauh di bawah DUN Permatang Pasir, okay Permatang pasir di Taman Arowana, Arowana bawah Permatang Pasir kan? ya, menggunakan 100% dana wakaf. Bagi terus memperkasakan peranan masjid dan surau seiring dengan modenisasi yang berlaku supaya dapat membangunkan insan dan masyarakat yang bertamadun tinggi, Kerajaan Negeri terus mempergiatkan usaha-usaha dalam memelihara dan menaiktaraf masjid dan surau sedia ada di Negeri Pulau Pinang.
Pada tahun 2024 sahaja Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM2,004,979.73 bagi membaiki dan menaiktaraf 25 buah masjid dan surau di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga terus komited dalam menjaga kebajikan serta memberi motivasi kepada golongan mualaf untuk terus menjadi insan yang bijak mengurus kehidupan menjadi muslim yang berjaya dalam kalangan mualaf. Program Pemerkasaan Mualaf Pulau Pinang ini diperuntukan sebanyak RM10,000.00 dan program ini diadakan pada 10 Ogos 2024 melibatkan 100 orang peserta dikalangan mualaf. Pada tahun ini juga 2024, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah menjalinkan kerjasama beberapa pihak seperti Kementerian Kesihatan dengan mengadakan Konvensyen Hospital Mesra Ibadah (HMI) Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 4 hingga 5 September 2024 dengan penglibatan seramai 250 orang kakitangan hospital. Peruntukan bagi program dan aktiviti Hospital Mesra Ibadah merangkumi pelaksanaan seminar, cetakan buku, kemudahan solat dan elaun sukarelawan Hospital Mesra Ibadah sebanyak RM97,000.00. Banyak kalau saya hendak baca tentang program-program dari sudut pembangunan dakwah dan tarbiah yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam. Jadi Dato' Timbalan Yang di-Pertua.
Dato' hendak tanya sedikit untuk bantuan.
Bantuan apa?
Masjid yang dibuat di Arowana itu adalah tapak market yang diumumkan sebelum ini, so kita minta digantikan tapak lain
Orang Pulau Pinang dia sebut market, pasar pasar
Sebelum ini disebut untuk buat market kan sebelum ini minta digantikan tempat yang baru
Itu lah yang dibincangkan dan akan diputuskan berkenaan dengan alternatif menggantikan pasar yang akan dipindahkan di Sama Gagah kepada suatu tempat yang akan dikenalpasti.
Menyentuh ucapan Perbahasan Yang Berhormat Bertam, tidak ada, mengenai pencapaian yang memberangsangkan berkaitan penambahan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di Pulau Pinang saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas pengiktirafan Yang Berhormat Bertam selaku Pengerusi Matrade kepada saya bersama dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti PHI dan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) atas usaha yang giat bagi meningkatkan bilangan pemegang saham sebagaimana yang saya sebut tadi lonjakan statistik menunjukkan lonjakan yang mendadak daripada awal tahun 2024 sehingga bulan 10 dengan lonjakan yang ketara terutamanya bumiputera muslim daripada 11 peratus meningkat kepada 38 peratus dengan program-program yang kita adakan.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat Bertam, Bahagian Halal telah melaksanakan Skim Peranti Perubatan menjadikan kita satu-satunya negeri melaksanakan kesemua sembilan (9) skim pensijilan halal bukan setakat negeri ketiga yang tertinggi di Malaysia selepas Johor dan Selangor tetapi kita negeri yang menerajui dari sudut pelaksanaan skim melibatkan sembilan (9) skim pensijilan halal Malaysia melibatkan produk makanan dan minuman, barang gunaan, premis makanan dan premis hotel, rumah sembelih, farmasi, kosmetik, logistik, skim pengilangan kontrak dan peranti perubatan.
Selain itu juga, KITAB Pulau Pinang yang cukup penting dari segi agensi dibawah Majlis Agama Islam pada 1 Jun 2024 telah berjaya diterima oleh pihak JAKIM sebagai Penyedia Latihan Halal, JAKIM dan KITAB Pulau Pinang merupakan satu-satunya (PLH), Penyedia Latihan Halal yang berdaftar dengan JAKIM di Negeri Pulau Pinang kerana syarat untuk mendapat sijil pengesahan halal maknanya syarikat itu mesti ada Eksekutif Halal. Untuk nak menjadi Eksekutif Halal maka dia mestilah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Sijil Profesional Halalnya. Maknanya sekarang ini KITAB telah mendapat kelulusan pendaftaran daripada JAKIM sebagai PLH tunggal di Negeri Pulau Pinang sekarang ini, maka bolehlah bagi anak-anak Pulau Pinang khususnya, graduan-graduan untuk mengambil Sijil Profesional Halal Eksekutif ini dan akhirnya dapat menceburi bidang dalam Eksekutif Halal di mana-mana syarikat yang mempunyai produk-produk halal. Inilah antara komitmen, bukti komitmen serius kita untuk terus memartabatkan industri halal khususnya di Negeri Pulau Pinang.
Saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Bertam, di atas ucapan yang telah menyentuh berkenaan unjuran peningkatan kutipan zakat 2024 yang Insya Allah mencecah hampir RM170 juta berbanding kutipan pada tahun 2023 yang mencatatkan sebanyak RM159.7 juta. Sebab dari sudut unjuran pada bulan November ini kita membuat kutipan dengan rekod 26 November RM118 juta berbanding dengan rekod November 2023 kutipan RM112 juta. Maknanya lonjakan pada bulan 11 ini dengan lonjakan RM6 juta dengan unjuran kutipan bulan 12, kita sasarkan RM40 juta lebih dengan zakat fitrah RM7 juta lebih Insya-Allah kita mampu untuk capai RM160 juta menghampiri RM170 juta.
Satu portfolio sudah habis?
Ya,
Satu portfolio habis dah belum?
Ya, habis dah. Baik menjawab soalan ni dah nak jawab dah ni. Nak jawab dah, menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Dua berkaitan dengan 20 program yang telah dirancang menggunakan wang Tawakkuf. Berapakah program yang telah dilaksanakan sehingga kini. Nak guna dan atau saya dah dalam sesi yang lepas, dalam jawapan secara lisan kepada Penaga berkaitan dengan Tawakkuf zakat yang tidak pernah ditanya dalam dewan. Tawakkuf ini satu istilah yang tidak digunapakai di negeri-negeri lain, tapi kita guna di sini sebagai iaitu dana lebihan zakat yang tak dapat dibelanjakan pada tahun semasa kerana tahun dari segi perakaunan dah tutup. So, orang bayar zakat bulan 12, jadi akhirnya ada kelebihan pada tahun berikutnya.
Jadi dengan jumlah keseluruhan yang saya bentangkan pada sesi yang lepas, ada 20 program dan adalah program-program yang kita boleh laksanakan dengan segera, ada yang kita laksanakan dengan secara mengikut tatakelolanya. Umpamanya contoh bila kita membuat keputusan kelulusan Majlis Agama Islam untuk menaik taraf SMKA Al-Mashoor Perempuan yang dari segi tanah tu adalah tanah wakaf 10 tahun tarbiar dan buat keputusan setelah title itu dikembalikan kepada Majlis Agama Islam dengan peruntukan RM12 juta. Maka proses kelulusan dan sebagainya maka antaranya belum lagi digunapakai. Hanya sedikit sahaja daripada RM12 juta peruntukan diambil daripada situ. Jadi saya boleh untuk edarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut statusnya, dari segi keseluruhan 20 program. Yang Berhormat Sungai Dua berkaitan persoalan pertama.
YB, YB pohon pencelahan sikit berkaitan dengan dana Tawakuf yang telah dibangkitkan. Penggal yang lepas pun saya dah tanya, cuma untuk kepastian, mungkin sama ada benar ataupun tidak saya difahamkan, difahamkan bahawa Jawatankuasa Fatwa telah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan dana Tawakuf ini. Dia tidak boleh kalau yang tahun ini apabila di bawa ke tahun depan bermakna dana Tawakuf itu tidak boleh lebih daripada 6 bulan tahun semasa. Jadi dalam proses ataupun projek yang mengambil masa itu bagaimana pihak majlis mengambil kira dengan adanya fatwa yang telah dikeluarkan.
Jadi zakat kena habis. Dari segi kutip, kena agih tapi oleh kerana tak boleh nak agih tahun semasa maka Jawatankuasa Fatwa memutuskan pada peringkat awalnya dalam tempoh enam bulan. Di peringkat awalnya enam bulan tapi oleh kerana dari sudut perancangan yang menjangkaui melebihi enam bulan maka kertas diangkat kepada Jawatankuasa Fatwa atau Jawatankuasa Fatwa melulus dan mengharuskan dalam tempoh satu tahun. Itu pun dalam tempoh 10 tahun. Dia bukan cerita setahun ni sehingga tidak ada, mungkin ada perancangan tapi perancangan tak dijalankan sehinggalah sebagaimana jumlah yang saya maklumkan dan saya umumkan dalam sesi yang lepas.
Maka sebab itulah bila pentadbiran baru diterajui oleh saya selaku Yang di-Pertua Majlis Agama, maka kita membuat perancangan dengan 20 program itu supaya kita dapat menghabiskan dana Tawakuf dengan perancangan-perancangan berdasarkan kepada keperluan asnaf. Dan umpamanya kita membuat keputusan segera iaitu selain pada tahun 2020 yang diterajui oleh Dato’ TKM yang dahulu untuk membuat keputusan membeli Bangunan Mesir yang melibatkan RM16.6 juta itu juga daripada dana Tawakuf zakat yang kita buat keputusan dan kita buat keputusan bila tengok dari segi keadaan bangunan yang daif bangunan lama yang dibeli oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1981 dengan nilaian harga pada masa itu RM40 ribu ringgit saja. Tapi bila tahun 2023, bila kita buat penilaian untuk membaik pulih bangunan tersebut melibatkan RM780,000.00. Itu antara keputusan yang kita buat melalui proses tatakelola, perolehan yang diluluskan. Jadi itu antara perkara-perkara yang dijawab soalan kepada Penaga tadi. Enam bulan di extend kepada 1 tahun. Pada 1 tahun sekarang ni di bawah Jawatankuasa Fatwa punya keharusan dari segi hukumnya.
Baik, projek naik taraf inapan kasih sayang. Kasih sayang yang kita santuni anak-anak yatim dan anak-anak orang susah, fakir miskin di Pongsu Seribu. Iaitu RM1,138,260.00 ringgit. Ya, pusat pengumpulan jualan produk asnaf ini antara perkara-perkaralah dari sudut pembangunan infrastruktur. Jadi persoalan yang kedua berkenaan dengan zakat, sehingga kini berkenaan dengan lantikan apa amil. Iaitu sehingga kini Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah melantik 23 wakil kutipan dan agihan zakat di seluruh Negeri Pulau Pinang meliputi 14 wakil daripada pihak sekolah, 4 wakil daripada IPT dan 5
wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO). Di samping itu MAIPP juga telah merangka dan melaksanakan pelbagai program kesedaran kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang untuk mengeluarkan Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama dan pembabitan Agensi Kerajaan, Swasta dan masyarakat setempat.
Persoalan ketiga berkaitan dengan lot 10083 Seksyen 4 Bandar Jelutong daerah Timur Laut seluas 1.46 ekar di Kariah Jelutong telah digunakan untuk menempatkan lebihan tanah dari projek Masjid Habib, Sri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong yang dalam fasa pembinaan. Namun begitu Kerajaan Negeri sedang merancang projek perkuburan Islam berkonsepkan guna semula yang akan dimulakan pada awal tahun 2025. Projek ini akan bermula dengan lantikan perunding yang berpengalaman untuk merancang dan menguruskan projek tersebut dan akan bertanggungjawab untuk memastikan reka bentuk dan pelaksanaan projek mematuhi semua keperluan teknikal agama dan perundangan yang diterapkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bilangan 6 Tahun 2020 yang bersidang pada 7 dan 8 Disember 2020 secara amnya telah bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan ini dengan meletakkan hukum penyediaan adalah harus.
Ini memberikan kelulusan prinsip terhadap pelaksanaan projek-projek ini. Projek ini juga akan mengambil kira aspek kelestarian, keselesaan dan memastikan ia memenuhi prinsip pengurusan perkuburan Islam berkonsepkan guna semula. Berkenaan dengan tanah perkuburan berpusat di Sungai Dua. Soalan ini telah ditanya di dalam soalan bertulis dan saya telah menjawab dalam sesi yang lepas, namun begitu lanjutan jawatan tersebut pihak Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang sekarang ini berdasarkan kepada perbincangan dengan pihak JKR bahawa cadangan-cadangan kerja-kerja menambun sebahagian tanah perkuburan ini oleh JKR akan bermula pada tahun 2025. Walau bagaimanapun pelaksanaan projek tersebut masih di peringkat reka bentuk oleh pihak JKR.
Persoalan yang keempat untuk makluman Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat yang ada, untuk maklumkan kepada ADUN Sungai Dua. Seksyen14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 memperuntukkan bahawa mana-mana orang lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat di masjid di dalam kariahnya tiga kali kali, tiga kali berturut-turut tanpa uzur syar'i atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. Seksyen 14 ini menunjukkan kuasa untuk mensabitkan kesalahan bagi mana-mana lelaki muslim baligh yang tidak menunaikan Solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut tanpa uzur atau tanpa sebab yang munasabah di dalam kariah di Negeri Pulau Pinang.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP akan sentiasa aktif dalam menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996. Bagi memastikan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2023 terus diperkasa, Kerajaan Negeri juga amat menghargai usaha dan kerja sama semua pihak dalam mencegah perkara dalam melaksanakan amar makruf dan mencegah mungkar. Amar makruf, nahi mungkar.
Seterusnya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Seberang Jaya dan Sungai Dua berkenaan cadangan untuk Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan kepada golongan muda misalnya dari kelab permotoran dalam mengimarahkan masjid di Pulau Pinang. Kita terima cadangan ini untuk kita ada kan perbincangan dan kerjasama dengan kelab-kelab motor. Namun Kerajaan Negeri juga telah mengadakan Program-Program mengimarahkan antaranya Program Konvoi Jauhlah Merdeka 5.0 Tahun 2024 dengan penglibatan 241 orang peserta bermotor, Program Jelajah Agenda Pembangunan Umat Islam sempena Karnival Islami, Masyarakat Madani dan juga kita mengadakan Program Wakaf Fund Run di masjid-masjid terpilih Anjuran Wakaf Pulau Pinang dan sebagainya.
Selain itu Yang Berhormat Sungai Dua ada menyatakan pada perbahasannya tempoh hari, Yang Berhormat mengharapkan dengan penjenamaan. Bukan pertukaran disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga adalah penjenamaan semula Gagasan Khairul Ummah kepada Agenda Pembangunan Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2030 ini akan merancakkan lagi pembangunan agama Islam di negeri ini. Dan bukan hanya sekadar tukar nama kerana takut nya nanti disebut oleh ADUN Sungai Dua, YB TKM 1 tukar, maka bertukarlah pula kepada agenda lain. Agenda tidak bertukar, yang ditukar yang disebut dalam handsard boleh semak adalah penjenamaan semula Gagasan Khaira Ummah. Yang Berhormat Sungai Dua dalam aspek Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam Ucapan Belanjawan pada Jumaat yang lalu, kita telah mengorak langkah menjenamakan Gagasan Khairul Ummah sebagai Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang atas portfolio TKM 1 selaku EXCO Pembangunan Agama Islam. Maka diletak Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang selari dengan Visi Penang2030 maka dinamakan sebagai Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030. Malahan Gagasan Khairul Ummah yang saya turut terlibat sewaktu pembinaan terasnya ketika menjadi rektor KITAB adalah gagasan yang kita teruskan, bahkan bahawa saya di bawah teras hikmah iaitu Teras Pendidikan.
Maka kita jenamakan terah hikmah itu kepada Teras Pembangunan Pendidikan umpamanya. Penjenamaan ini membolehkan setiap lapisan masyarakat memahami secara jelas makna agenda ini dan setiap teras di dalam agenda ini maka dikekalkan bagi merealisasikan hasrat yang seiring dengan Visi Penang2030 dalam menuju 2030 sebagai sebuah negeri yang maju. Umat Islam di negeri ini juga perlu bersama-sama membentuk masa depan yang lebih baik termasuk dalam aspek sosial, ekonomi, pendidikan, keluarga, anak muda dan dakwah dan tarbiah. Dalam aspek penstrukturan agensi di bawah Majlis Agama Islam kebanyakan perubahan penstrukturan telah dibuat dalam tempoh setahun ini adalah untuk penambahbaikan.
Saya umpamakan ia sebagai teori kitaran hayat produk iaitu product live cycle theory yang akan menuju ke peringkat penurunan dan memerlukan pembaharuan untuk melonjakkan semula sesuatu produk itu. Bahkan kita tidak lagi berselindung di sebalik istilah Arab dalam konteks khairul ummah. Dan kita jelmakan dalam bentuk penjenamaan pembangunan agama Islam bagi semua memahami dengan jelas agenda yang ingin kita bawa.
Menjawab cadangan Yang Berhormat Pinang Tunggal. Baru sampai. Berkaitan permohonan untuk kaji semula SOP (Standard Operating Procedure) Zakat Pulau Pinang, berkaitan kadar peruntukan kepada asnaf yang tidak mampu lagi untuk mencari dana kes-kes terpencil seperti dana pembaikan rumah kerana bencana alam, dengan menaikkan kadar pemberian zakat ke suatu kadar yang lebih sesuai dengan keadaan kerugian yang dihadapi oleh asnaf.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Zakat Pulau Pinang sentiasa menambahbaik SOP yang sedia ada dari masa ke semasa berdasarkan kes-kes yang ditangani. Untuk makluman Yang Berhormat jua sehingga 15 November 2024, zakat telah menyalurkan dana bencana alam bagi tahun 2024 berjumlah RM679,900.00 kepada 614 keluarga yang terlibat.
Terima kasih di atas pertanyaan Yang Berhormat Pinang Tunggal berkenaan dengan isu ini, namun selepas setahun saya mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, saya juga mengakui nilai bantuan yang diberikan sebanyak maksimum RM2,000.00 bagi bantuan bencana alam masih rendah dan memerlukan perhatian lanjut. Dan saya juga bila turun, memang saya bawa RM2,000.00 daripada zakat. Dan bila ada ICU yang top up juga RM10,000.00 tapi daripada zakat RM2,000.00 dan sesungguhnya isu bantuan bencana alam ribut ini berada dalam pengetahuan dan perhatian kami, bantuan
ini akan dipertimbangkan tertakluk kepada dana kutipan ZAKAT sebab itulah kita sama-sama usaha berdasarkan apa yang saya ucapkan berkaitan dengan untuk usaha peningkatan kutipan ZAKAT daripada RM159 untuk kita sasarkan RM170 juta tahun ini yang kita akan sasarkan pada tahun RM200 juta. Maka kutip tinggi boleh agih tinggi insya-Allah, dari sudut perancangan dan juga bajet yang kita boleh buat. Namun saya mengakui memang dari sudut RM2,000 ni masih rendah dan kita akan buat kajian terperinci.
Seterusnya menjawab persoalan Yang Berhormat Pulau Bentong berkaitan isu KAFA iaitu cadangan agar operasi sekolah KAFA dipertingkatkan kepada lima hari berbanding tiga hari pada masa kini, dia berkaitan dengan pada masa COVID dulu jadi saya pun memang mengarahkan kepada JHEAIPP untuk membuat kajian semula, berkaitan dengan tiga kepada lima tapi dia melibatkan kos implikasi kos yang besar. Tadi saya sebut peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan melibatkan RM3 juta lebih dan JAKIM RM21 juta dengan keseluruhan RM25 juta dengan kerja 9 hari dengan elaun RM1,300 maknanya untuk nak tingkatkan elaun daripada tiga kena lima hari, kena kerja 9 hari sedang dikaji oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang atas keperluannya berkaitan dengan OBE sebenarnya outcome base education.
Kita tak bercakap soal peruntukan tapi mestilah disamakan juga dengan outcome base education dan juga peruntukan yang kita ada insya-Allah perkara ini sedang dikaji oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang malahan dalam konteks kebajikan kepada guru-guru KAFA ini, kita melalui KITAB dan juga Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menawarkan Kursus Diploma pada guru-guru KAFA yang tidak ada diploma dengan tajaan daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Usaha berterusan untuk memberi latihan kepada guru KAFA di Pulau Pinang akan sentiasa dipertingkat oleh Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Pulau Betong berkaitan mewujudkan kariah baru di kawasan Bandar Air Putih dan Kuala Jalan Baru berikutan jumlah penduduk yang telah meningkat. Perkara kedua berkaitan dengan membantu pihak Masjid Pondok Upih untuk memasang karpet. Yang perkara kedua ni saya jawab mudah saja minta Jawatankuasa Masjid, Pengerusi Masjid boleh majukan kepada saya ataupun terus kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk karpet tu dan yang ketiga untuk pembangunan untuk membantu menyediakan PA sistem pun sama juga itu majukan saja daripada Dewan Masjid kepada Pejabat TKM ataupun terus kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dalam mesyuarat penyelarasa pembangunan, kita akan teliti permohonan ini untuk makluman Yang Berhormat… gangguan…
Nak dapat sikit respon mengenai PDPC Guru KAFA tu kita mantapkan lagi aspect pedagogi…
Sebab tu latihan tu dengan kerjasama yang kita dengan KITAB kerjasama dan sebagainya KITAB one stop center lah so lagi latihan sebab tu kita naik tarafkan yang akan kita umumkan bulan enam 2025 ni naik taraf PULAZA kepada Institut Latihan Islam Pulau Pinang yang sekarang ni dalam pembinaan modul termasuk pembinaan modul Pembangunan Pendidikan termasuk KAFA di bawah Institut Latihan Islam Pulau Pinang di bawah Majlis Agama Islam jadi satu wing akan dikeluarkan dan akan diumumkan pada bulan enam. Sekarang ni proses perolehan dari segi kerja-kerja untuk menaik taraf PULAZA kepada Institut Latihan Islam. Kita dah buat lawatan benchmark ke ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia) 2 bulan yang sudah jadi untuk makluman.
Yang Berhormat berkaitan dengan wujudkan kariah baru itu Kerajaan Negeri akan menimbang cadangan tersebut berdasarkan keperluan semasa penduduk demi kemaslahatan umat islam di Pulau Pinang. Berkaitan persoalan yang kedua saya dah jawab dah dan yang ketiga pun saya dah jawab. Seterusnya menjawab persoalan Yang Berhormat Telok Bahang berkaitan dengan elaun Pegawai Masjid yang masih rendah, saya pun sembang-sembang kat luar tu saya kata kalau lima orang seorang naik RM200, lima orang RM1,000 satu masjid.
Kita ada 215 masjid, 215 kali RM1,000 jadi Yang Berhormat Telok Bahang pun dah kira pun tahu jawapan dia dah kan. Dari sudut implikasi kewangan bukan sahaja Telok Bahang kita kena secara menyeluruh namun Kerajaan Negeri amat cakna terhadap kebajikan Pegawai Masjid ni. Sukarela juga dari sendiri kerja di masjid ni bukan senang, tengok elaun memang rendah tapi pernah saya tengok dari segi data.
Saya minta walaupun saya baru masuk dalam office ni lebih kurang dalam bulan lapan sama kita semua Januari 2023 telah diluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1,664,688.00 baru ja lebih kurang setahun dua tahunlah mulai Januari 2023 RM1.6juta yang lama punya kadar tu imam Masjid Daerah RM500 naik jadi RM600, Bilal Masjid Daerah dari RM324 naik jadi RM500, Siak masjid RM360 naik jadi RM500, kalau kita tenagh naik kenaikan dari RM100, RM180 pun implikasi kewangan RM1.6 juta, kalau kita naik lagi dari RM200 kita kena tgok dari segi kekuatan kewangan kita. Sebab itulah kita nak melonjakkan dari segi agenda pengeluaran umat islam dari segi teras dengan sosial ekonomi itu ZAKAT boleh meningkat bolehlah kita buat kajian semula.
Dato’ YB Exco dia masalah dia memanglah implikasi dia ada pros and cons (dengan izin) kerana kalau kita masih menetap dengan harga yang baru juga kita punya Pegawai Masjid terpaksa mencari alternatif lain juga untuk sara hidup dengan kos RM800 memang tidak dapat menampung keluarga masing-masing jadi, masalahnya kita akan ketinggalan dari segi waktu-waktu solat yang sepatutnya mereka berada di…
Saya boleh jawab bukan pros and cons, pros banyak daripada cons kalau kita naikkan elaun… (gangguan).
Ya, kalau kita naikkan elaun tentulah mereka ada di masjid.
sebab tu kita kena seimbangkan dengan saya rasa dalam sejam ni saya umumkan juta-juta, puluh juta jadi dengan implikasi kos kenaikan pada 2023 pun RM1.6 juta. Jadi kita dalam proses untuk boleh naikkan pada masa yang sama kita kena seimbangkan dengan jumlah kutipan ZAKAT.
Insya-Allah Yang Berhormat kita akan usaha perkara itu sebagaimana kita umumkan kenaikan elaun tambahan kepada guru-guru agama Sekolah Agama Rakyat RM500 dengan implikasi kos RM3 juta lebih kan yang kita umumkan baru ni dan kita juga sedang membuat kajian semula berkenaan dengan PdP tiga hari ke dah lima hari KAFA pedagogi yang tersebut oleh YB Pulau Betong tadi termasuk juga masjid Insya-Allah, itu dalam proses yang kita melihat dan kita seimbangkan dengan, dengan peruntukan yang kita ada dan terima kasih
atas pandangan daripada Yang Berhormat Teluk Bahang dan elaun RM850 sebulan kepada Imam Masjid Kariah itu diperuntukkan daripada JAKIM daripada JAKIM.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, menjawab persoalan berkaitan lawatan ini berkaitan dengan soalan ya Yang Berhormat Penaga dan juga Penanti iaitu berkaitan dengan Lawatan Kerja Delegasi Kerajaan Negeri ke Mesir dan Jordan mulai 15 hingga 23 Disember 2023. Maknanya setahun yang lalu dah kita dah melepasi lebih kurang 2 maknanya Mei saya dah jawab perkara ini tapi timbul lagi tapi tak apa persoalan ini saya dah jawab dalam soalan lisan ID834 pada sidang yang lepas berkaitan sumber kewangan agensi jabatan ikut serta dalam lawatan tersebut.
Untuk makluman, Yang Berhormat telah menggunakan sumber kewangan agensi jabatan masing-masing tanpa melibatkan sumber kewangan Kerajaan Negeri. Jumlah kos lawatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penanti dan Penaga pada sidang ini adalah jumlah keseluruhan delegasi Kerajaan Negeri termasuk kos agensi-agensi jabatan yang berkaitan, jumlah kos keseluruhan lawatan selama 8 hari ini RM307,823 dengan pecahan seperti berikut iaitu RM209,643 untuk tujuh (7) orang yang melibatkan YB Timbalan Ketua Menteri, EXCO Keusahawanan, EXCO Agroteknologi Pegawai-pegawai Pejabat Timbalan Ketua Menteri manakala RM98,180 melibatkan wakil Agensi/Jabatan dibawah MAINPP, KITAB, ZAKAT Pulau Pinang dan Wakaf Pulau Pinang.
Jadi kos perbelanjaan ini meliputi perbelanjaan tiket penerbangan Ekonomi, saya pun naik Ekonomi semua saya wajibkan semua EXCO naik Ekonomi, sapa ikut saya naik Ekonomi, tak mau ikut saya boleh naik Business Class, mana-mana saya pergi saya memang naik Ekonomi sejak dari tempat yang lama saya naik Ekonomi walaupun entitlement saya adalah business class dan kedua-dua EXCO yang ikut saya juga pada hari itu juga ekonomi. Yang pergi bujang shared room, tak boleh satu bilik seorang dan ada dikalangan yang ikut saya ni nak ikut juga, nak ikut tanggung sendiri termasuk Ahli Lembaga Pengarah Jeruk Madu Pak Ali tu Dato’ Elias nak ikut tanggung sendiri, Dato’ Sahar Md Din Ahli Lembaga Wakaf Pulau Pinang nak ikut, ikut boleh tapi tanggung sendiri jadi sebab itu nampak ramai tapi dari segi kosnya hanya RM209 ribu sahaja melibatkan perbelanjaan kerajaan.
Jadi kalau nak fikir dari sudut justifikasi saya bekerja atas pengalaman. Saya tak bekerja atas untuk membawa orang-orang ini pergi bersama saya untuk syok. Sebab dari sudut untuk nak membina rangkaian dengan Universiti Al-Azhar ni lama saya dah saya pergi dan termasuk semasa saya menjawat jawatan Rektor KITAB, pergi pada tahun 2022, pada masa itu ada soalan juga saya juga kena jawab kepada Dato’ Zakiyuddin untuk jawab dalam Dewan ini kan. Masa tu pi lima orang soalan ada juga pi ramai pun ada juga, yang tak ada soalan jangan pi langsung kan? Dengan implikasi sebenarnya dari segi strategi dengan Tok Arab ni dia ada taktik-taktik tertentu yang kita kena rai dia, kena bawa EXCO yang kalau di Sabah Sarawak ni panggil menterilah kan.
Kena bawa EXCO-EXCO, kalau kena bawa YB Wong terkejut pula Universit A-Azhar. Kalau bawa YB Zairil okey sikitlah kan jadi yang ada EXCO Melayu dan Islam di Kerajaan Negeri ada dua orang yang saya boleh tunjukkan kekuatan Kerajaan Negeri kerana Universiti Al-Azhar ni dari segi hubungan muadalah MoU dia nak buat bila menampakkan G2G dan sebab itulah pada tahun 2022 saya tak kata gagal pada ketika saya pergi Arab dia rai tetapi akhirnya tak dapat untuk tandatangan MoU pada masa saya pergi tahun 2022.
Pada masa itu kita pergi ke Dubai EXCO 2022 bersama dengan rombongan Tuan Yang Terutama Tun dan saya minta izin daripada Tun untuk pergi ke Jordan untuk memeterai MoU bersama dengan wise. Jordan ni okey sikit jadi bila pergi ke Universiti Al-Azhar bertemu dengan Rektor Universiti Al-Azhar akhirnya ditangguhkan kerana dia nak melihat dia dari sudut status dari segi status Kerajaan Negeri itu jadi Alhamdulillah ditakdirkan saya memegang amanah ini pada 2023 saya terus menuliskan surat kepada Universiti Al-Azhar
dan juga kepada kedutaan untuk mendapat pelepasan dari segi keselamatan dan akhirnya dibolehkan.
Sebab itu dari segi pengalaman saya Universiti Islam Malaysia bersama dengan Tan Sri Dr. Yusuf Nor untuk permulaan bermuamalah dengan Arab ni dia ada cara dia tertentu. So, akhirnya pada malam itu kejutan kepada kami juga Presiden Al-Azhar meraikan kami dengan satu majlis makan malam dengan pemimpin yang kecil kerana datang dalam bentuk Kerajaan Negeri sebab itu kita dapat muamalah yang boleh semak selain daripada (UNISAS) yang pergi dengan Kerajaan Negeri Pahang yang keduanya Kelantan (KIAS) dan sekarang ini adalah Pulau Pinang (KITAB) yang bila kita bermuamalah muadalah menunjukkan G2G kita mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri sebab itulah saya bawa dengan izin daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Mesyuarat EXCO untuk delegasi saya ini untuk saya bawa dua orang EXCO Melayu Islam untuk perbincangan dari segi tunjuk kekuatan kesungguhan kita kepada Universiti Al-Azhar.
Alhamdulillah muadalah di sign dan buktinya tengoklah kepada kejayaan. Kalau tak berjaya lagi tak mau pi dah, so akhirnya berjaya muadalah itu dan kita dari sudut duit RM200 ribu tu bukan hanya di Mesir, kita kena tengok juga dari segi kebajikan anak-anak, anak-anak Pulau Pinang di Mesir ni yang lama kita tak santuni. Sebab saya pergi selaku Rektor KITAB saya tahu tapi saya tak boleh nak buat apa selaku Rektor KITAB dengan amanah diberikan kepada saya selaku EXCO Agama yang keadaan bangunan itu dan akhirnya amanah diberikan ini kami buat keputusan kelulusan RM780 ribu baik pula baik pulih bangunan dan kita pindahkan pelajar-pelajar lama kepada baru dan akhirnya kita pergi lagi ke Jordan tak cukup wise kita lihat dari segi had. Dari segi jumlah pelajar, dari segi bidang world islamic science education maka kita meneruskan agenda dia dari segi muadalah kita dapat Alhamdulillah dengan yarmuh dan juga dengan muktah dan terus pelajar kita akan pergi ke tahun 3 dan pelajar kita yang kita hantar 15 orang dengan tajaan Bank Rakyat pada tahun 2022 dah balik 10 orang.
Orang kata belajar dekat KITAB ni tak boleh nampak Arab tak cantik, tak bagus, tak boleh kuasai Arab, pergi mungkin silap-silap balik lima tahun dan pelajar KITAB daripada 15 orang yang kita hantar dengan tajaan Bank Rakyat hampir RM1 juta tajaan pada tahun 2022 dah balik pada bulan 10 2024 yang lulus 10 orang dan baki lima orang lagi akan balik pada bulan 2. Ini bukti kejayaan kita apabila kita tunjuk kesungguhan kita Insya-Allah, Allah bantu urusan kita.
Yang Berhormat Penaga membangkitkan persoalan (gangguan) membangkitkan persoalan berkaitan isu pemilihan Ahli Jawatankuasa Kariah dan mohon penjelasan. Adakah pemilihan Ahli Jawatankuasa Kariah akan melalui Majlis Agama Islam tanpa pemilihan dari mesyuarat. Saya ingat saya tak mahu jawab bila dibawa dalam Dewan Undangan Negeri berdasarkan kepada perkhabaran, namun untuk tak apalah perkara ni tak wajar untuk dipolemikkan kerana belum diputuskan di peringkat perbincangan. Untuk mencari mekanisme yang terbaik dan bila disebut tentang tidak melalui pemilihan dari mesyuarat di peringkat kariah, tak betul jadi itu saya kata saya tak mahu nak jawab sebenarnya tapi tak apalah jangan polemikkan sehingga keputusan dibuat diangkat pada Tuanku dan Tuanku pun akan perhalusi di Pejabat Istana dari sudut cadangan-cadangan yang dibuat, pada masa itulah bahawa kita akan umumkan dari segi Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Qaryah pada tahun 2026 yang akan berlangsung bermula, saya ingat dalam bulan Jun 2025 ni, Insya-Allah.
Jadi, selain itu menjawab permohonan cadangan Yang Berhormat Batu Uban dan Bagan Dalam ni berkaitan dengan SJKT di Pulau Pinang. Peruntukan tahunan kepada SJKT di Pulau Pinang kepada RM3 juta hingga RM4 juta setahun, demi kesejahteraan pelajar terutama pada pelajar Tamil dan Mubaligh di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Khas ke Sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang yang kini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Perai, menerima baik cadangan yang diutarakan dan akan mempertimbang
dan permohonan cadangan tersebut berdasarkan kedudukan kewangan semasa Negeri Pulau Pinang.
Di samping itu, Yang Berhormat Batu Uban memohon untuk menyegerakan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Sungai Bakap dan feedback yang kita dapat daripada Kementerian Pendidikan ini, saya akan serahkan kepada Yang Berhormat Batu Uban. Memang dalam proses ini, ada langkah-langkah yang telah dibuat di pihak JPM dan Kementerian Pendidikan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, menjawab persoalan pendirian Kerajaan Negeri dalam realisasikan Manifesto Perpaduan berkaitan Pemberian Komputer Riba Kepada Pelajar di golongan B40 yang akan melanjutkan pelajaran. ini keputusan dalam perbincangan berkenaan dengan Manifesto Perpaduan berkaitan pemberian komputer ini, telahpun kita laksanakan melalui ADUN-ADUN Kerajaan yang mempunyai peruntukan. Dan kita Kerajaan Negeri masih tetap dengan pendirian untuk melaksanakan inisiatif ini berdasarkan kedudukan kewangan semasa Kerajaan Negeri.
Namun begitu, untuk makluman Yang Berhormat jua Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Pendidikan dan Pengajian Tinggi, sedang merangka Program Insentif Pemberian Komputer Riba Kepada Pelajar di golongan B40 terpilih, dengan kerjasama dengan syarikat-syarikat korporat dan bukan hanya terhad pada kawasan-kawasan Kerajaan saja, tapi juga termasuk di bawah kawasan DUN Pembangkang tertakluk kepada peruntukan dan juga kerjasama dengan syarikat korporat.
Selain itu, menjawab persoalan Yang Berhormat Permatang Pasir dan Pinang Tunggal berkaitan dengan Program Rasmi telah dijawab saya ingat dengan mendalam oleh Yang Berhormat Ketua Menteri. dan Insya-Allah ke depan ini kita akan membuat jemputan bagi acara-acara rasmi berkaitan dengan kerajaan.
Tapi, kadang-kadang bila kita jemput tengok-tengok tak ada. kita kata eh boikot ka program saya ni? yang kita jemput, tak mai. yang kita tak jemput, nak mai. Kadang-kadang terfikir jugalah kan. Jadi tak apa, kita akan selaras sebabnya kita suruh urusetia ni bukan EXCO. Urusetia ni di bahagian BKP apa semua ni. Dah tak ada kerja dah, EXCO nak tengok jemput tak jemput ni. Tapi, Insya-Allah kita akan yang mana kita ingat kita akan habaqlah, jemput dak lagi ADUN kawasan ni. Kadang-kadang bila saya turun tu, saya tanya juga jemput tak jemput. Dia kata jemput dah, jadi kalau dia kata jemput dah, jemput dahlah. Kadang-kadang tak jemput.
Okay, teruskan Batu Maung.
Jemput. Jadi, Insya-Allah lah kedepan ni tak dak masalah. Permatang Pasir, lepas ni kena ada. Kan? Bila, kan? Boleh na.
Loceng tak bunyi Batu Maung.
Yang Berhormat Permatang Berangan berkenaan Perpustakaan Desa. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Perpustakaan ni telah di kawasan DUN Permatang
Berangan. Jadi, saya selaku Pengerusi Perbadanan Perpustakaan di Pulau Pinang akan tengok spesifiklah perkara yang dibangkitkan oleh Permatang Berangan ni berkenaan dengan Perpustakaan Desa di sana.
Menjawab persoalan Yang Berhormat Seberang Jaya, berkaitan dengan jumlah baki amaun Akaun Amanah Bumiputera, apakah perancangan? Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk bangunkan Projek Perumahan Bumiputera. jadi sebagai makluman Yang Berhormat Seberang Jaya, pertamanya berkaitan dengan baki Akaun Amanah tersebut adalah sebanyak RM267,806,732.03.
Dan kedua pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak ada perancangan untuk wujudkan. Namun Kerajaan Negeri menyambut baik dan mengalu-alukan idea Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan juga Uda Holdings dalam usaha memajukan tanah demi meningkatkan pegangan hartanah Bumiputera di Pulau Pinang.
Dan ketiganya, terdapat cadangan perancangan pembangunan yang saya sebut tadi itu, yang berkaitan dengan Wakaf Pulau Pinang iaitu di bawah Majlis Agama Islam bagi membangunkan tanah-tanah Wakaf di Permatang Damar Laut, di Permatang Tok Kandu dan juga di Bagan Lalang yang melibatkan kos RM150 juta. Dan juga PDC berkaitan dengan keusahawanan.
Yang Berhormat Bukit Tengah ada menyentuh berkenaan dengan cadangan bagi menubuhkan People History Museum bagi mengiktiraf dan memperingati tokoh berjasa dari Pulau Pinang, tanpa mengira bangsa antaranya mencadangkan Syed Sheikh Al Hadi. Ya, saya antara orang yang bersama-sama mewujudkan Al-Hadi Centre Pusat Kajian Pemikiran Dan Ketamadunan Islam Negeri Pulau Pinang mengambil sempena daripada nama Tokoh Tajdid Pendidikan Pemikiran ini yang hadir di bumi Pulau Pinang pada hujung tahun 1800. Dan kita di Majlis Agama Islam Pulau Pinang telahpun membuat keputusan yang proaktif sebelum cadangan Yang Berhormat Bukit Tengah dikemukakan lagi.
Jadi melalui Mesyuarat MAINPP bertarikh 2 Mei 2024, telah membuat keputusan bagi membaik pulih Premis No. 67, Lebuh Aceh, Madrasah Al-Quran yang menjadi Sekolah Madrasah Yang Pertama untuk Madrasah Mashoor Al-Islamiah yang pengetua pertamanya adalah Syed Sheikh Al Hadi dengan gabungan dengan Habib Al-Mashoor daripada Yaman bagi menubuhkan Sekolah Al-Mashoor ini sehingga pada tahun 1979, diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan SMKA Al-Mashoor (Lelaki) dan juga (Perempuan).
Dan akhirnya pada tahun 1993, Masjid Agama Islam bersetuju untuk mewujudkan semula Maahad Al-Mashoor Islamic dan ditempatkan di Tanah Wakaf di Balik Pulau, yang saya sebut dalam ucapan saya tadi. Jadi kita akan pulihkan bangunan tersebut, dengan menggunakan sumber Dana Wakaf Tunai Khas oleh Wakaf Pulau Pinang dan ia merupakan struktur binaan dua tingkat yang didirikan sekitar tahun 1800, dimiliki dan didiami oleh Almarhum Sheikh Zakaria bin Omar Basheer yang merupakan Mufti Pulau Pinang, sekitar tahun 1900.
Status Wakaf dan Pemilikan Premis ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Hal Ehwal Tanah dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Jadi, dalam perancangan yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, selain itu premis ini terletak di kawasan Tapak Warisan Dunia dan berdasarkan Rancangan Kawasan Khas George Town maka, George Town World Heritage telah menganggarkan kos membaikpulih Premis Warisan ini dengan kos lebih kurang RM3 juta, kerana tertakluk kepada Garis Panduan Pemuliharaan Bandar Warisan. Dan Insya-Allah usaha ini sedang digerakkan oleh Wakaf Pulau Pinang yang
merupakan agensi Majlis Agama Islam bagi memulihkan bangunan ini, berdasarkan kepada kenyataan dan kelulusan daripada George Town World Heritage itu Insya-Allah.
Sebagai penutup, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri pada kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi terlibat, individu-individu terlibat terutamanya Ex Officio iaitu Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang dan juga Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan dan juga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, sebuah jabatan yang penting di bawah EXCO Agama Islam dan juga Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang iaitu badan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang, KITAB, GLC di bawah CMI, Penang Halal International dan juga Al-Hadi Centre yang seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri termasuk Yayasan Islam Pulau Pinang dalam mendukung Lima Teras Utama Agenda Pembangunan Agama Islam 2030. Usaha gigih dan komitmen agensi-agensi ini, amat dihargai dalam merealisasikan pembangunan yang inklusif dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Akhir kata sebagai sebuah negeri yang memacu ke arah Peningkatan Kualiti Hidup berteraskan Misi dan Visi Penang2030, Kerajaan Negeri sentiasa komited melalui usaha bersepadu dan kolaboratif antara semua pihak dalam mewujudkan keseimbangan dan kestabilan ekonomi dan sosial, di samping memartabatkan nilai dan akhlak moral yang tinggi dalam kalangan penduduk di negeri ini.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menyeru semua pihak agar menghormati dan meraikan kepelbagaian agama dan bangsa dalam negeri ini agar keharmonian dan keamanan yang dikecapi ini, akan sentiasa terpelihara serta diwarisi kepada generasi yang akan datang. Sekian. Batu Maung mohon menyokong. (Ayat al-quran) dan Salam Penang2030.
Terima kasih Batu Maung, atas penggulungan dan seterusnya saya persilakan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk penggulungan. Silakan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebagai mukadimah sebelum mulakan penggulungan saya mau merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 1 (2) iaitu The States of The Federation dalam Bahasa Inggeris (dengan izin) shall be Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah Sarawak, Selangor dan end Terengganu.
Saya menyebut perkara ini, sebab baru ini Menteri Besar Negeri Kedah dalam Dewan Undangan Negeri Kedah mengulangi kenyataan yang mempunyai unsur hasutan dan tidak menghormati Kedaulatan Negeri Pulau Pinang dengan menyatakan dan mengulangi bahawa Pulau Pinang milik Kedah.
Saya mau menegaskan dengan sekeras-kerasnya bagi pihak Kerajaan dan rakyat Pulau Pinang bahawa Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang berdaulat di bawah Perlembagaan Persekutuan. Jadi, kita berharap Menteri Besar negeri jiran kita ini akan menghormati kita dan jangan mengulangi kata-kata yang membawa hasutan ini. Sekiranya mau buat tuntutan secara rasmi, saya pun sudah banyak kali menyatakan sila bawa kepada mahkamah dan tak perlu membuangkan masa dengan ulang-ulang di luar mahkamah.
Saya berharap semua Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini bersama saya atas isu ini, termasuk Ahli-Ahli Pembangkang (Dewan menepuk meja) memihak kepada Pulau Pinang negeri kita, ataupun pemimpin parti kita?
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, rakan-rakan media serta tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian. Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025. Cadangan dan komen positif yang dibangkitkan ketika perbahasan, sememangnya akan diambil kira demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negeri ini.
Bersesuaian tema Ekonomi Madani, Rakyat Diperkasa, Negeri Sejahtera Belanjawan ini adalah selaras dengan Visi Penang2030 yang mencerminkan hasrat Kerajaan Negeri dalam keluarga yang sejahtera. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri yang sebelum ini, telah membantu saya memberi jawapan-jawapan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat atas portfolio masing-masing.
Seperti yang semua sedia maklum, Rang Undang-Undang Perbekalan telah dibentangkan untuk Kerajaan Negeri melaksanakan anggaran Perbelanjaan Mengurus Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 iaitu sebanyak RM940,223,689.00. Belanjawan ini secara relatifnya, berkurangan sebanyak RM106.78 juta berbanding 2024. Jelas menunjukkan mesej bahawa Kerajaan Negeri memilih kelangsungan fiskal negeri pada jangka masa panjang. Berdasarkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2024 yang telah diluluskan sebanyak RM1.047 bilion, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan penjajaran peruntukan pada tahun 2024 bagi Objek Sebagai tertentu untuk memastikan Kerajaan Negeri mempunyai lebihan baki Akaun Hasil Disatukan apabila memasuki tahun 2025.
Kerajaan Negeri telah mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC dalam mematuhi penjajaran peruntukan tanpa menjejaskan pelaksanaan program dan projek yang memberi impak kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih kepada semua jabatan-jabatan dan GLC kerana merealisasikan hasrat ini. Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sepertimana dalam ucapan pembentangan, saya ada menyatakan bahawa pelaksanaan penuh Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dikuatkuasakan pada 1 Disember tahun ini.
Pelaksanaan SSPA ini merangkumi dua fasa iaitu Fasa Satu dengan kenaikan emolumen sebanyak 8% bermula Disember ini dan Fasa Kedua dengan kenaikan emolumen 7% bermula Januari 2026. Terdapat seramai 3,534 orang penjawat awam Kerajaan Negeri, tidak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri telah menandatangani persetujuan memilih opsyen SSPA ini. Menjawab kepada Yang Berhormat Air Putih, kenaikan emolumen Fasa Satu telah diambil kira di dalam Belanjawan 2025 iaitu dengan unjuran implikasi kewangan tambahan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM15.6 juta. Bagi tahun 2026, unjuran implikasi kewangan adalah sebanyak RM13.2 juta menjadikan jumlah keseluruhan implikasi kewangan pada tahun 2026 bagi menampung kenaikan emolumen sebanyak 15% ini adalah berjumlah RM28.8 juta.
Yang Berhormat Permatang Berangan membangkitkan soalan berkaitan kakitangan lantikan Contract of Service yang tidak memenuhi syarat kelayakan minimum di bawah pelaksanaan SSPA dan harap agar nasib kakitangan lantikan Contract of Service dapat diuruskan dengan baik selepas pelaksanaan SSPA, mengambil kira tempoh perkhidmatan
pegawai sebelum ini. Ini memang satu kekhuatiran yang kita dengar daripada pihak-pihak berkaitan. Jadi bagi menjawab soalan Yang Berhormat dan untuk makluman Dewan yang Mulia ini, keputusan pindaan syarat akademik di bawah SSPA adalah di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA sebagai Agensi Pusat bagi semua urusan berkaitan Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Malaysia. Namun atas keprihatinan Pentadbiran Kerajaan Negeri, mana-mana anggota lantikan Contract of Service yang tidak memenuhi syarat lantikan di bawah SSPA diberi peluang untuk memohon supaya dilantik semula secara Contract for Service. Projek Rolling Plan Kelima RMKe-12. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kerajaan Negeri menyahut baik cadangan Yang Berhormat Machang Bubuk supaya Kerajaan Negeri memohon peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek-projek berimpak tinggi kepada rakyat. Sebagai makluman berdasarkan permohonan projek baharu di bawah RP5, tahun 2025 RMKe-12 bagi negeri kita. Kerajaan Negeri melalui 19 jabatan dan agensi telah kemukakan 93 permohonan projek dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM17.66 bilion iaitu melibatkan keperluan peruntukan bagi tahun 2025 sebanyak RM2.79 bilion.
Kesemua 93 cadangan projek tersebut telah dikemukakan kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan juga telah dipanjangkan kepada Kementerian Ekonomi untuk penilaian lanjut. Namun begitu berdasarkan surat daripada Kementerian Ekonomi bertarikh 18 Oktober 2024 hanya 6 projek daripada 93 projek yang dipohon telah diluluskan. Kelulusan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM199.14 juta dengan RM1.95 juta disediakan bagi tahun 2025. 6 projek tersebut adalah seperti berikut: Pembangunan Semula Dewan Sri Pinang dan Galeri Tuan Yang Terutama, RM52 juta. Pembinaan Out for dan struktur mencegah hakisan pantai di Batu Feringghi dan Tanjong Bunga, RM61.2 juta. Pembinaan jejambat di Jalan Sultan Azlan Shah FT 006 dari Seksyen 9.50 sehingga Seksyen 10.0, RM75 juta. Pembinaan padang permainan di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Daerah Barat Daya, RM1.5 juta. Pembaikan dan penggantian chiller di Hospital Kepala Batas, RM4.4 juta dan menaikkan sistem tangki bekalan air dan lain-lain kerja berkaitan di Hospital Balik Pulau RM5 juta.
Selain itu, satu projek telah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat, iaitu Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2, Bayan Lepas, Barat Daya dengan anggaran kos sebanyak RM72.64 juta. Tatakelola Pengurusan Hasil dan Kewangan. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua serta Ahli-Ahli Dewan yang Mulia ini. Sebagai tambahan kepada penambahbaikan Tatakelola Kewangan, Kerajaan Negeri melalui Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bilangan 4 tahun 2019, semua jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri telah mengguna pakai Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau sysP, bukan Phee Boon Poh ya atau Phee Syn Tze. Menggalakkan ketelusan mengelakkan sebarang penyalahgunaan peruntukan kewangan dan ketirisan hasil. Hanya kontraktor atau pembekal yang berdaftar dengan systemP ini dibenarkan menyertai perolehan Kerajaan Negeri sama ada secara Pemberian Terus, Lantikan Terus, Sebut Harga, Tender atau Rundingan Terus bagi sebarang perolehan bekalan perkhidmatan dan kerja dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan sebut harga atau tender menerusi sistem ini.
Berdasarkan makluman Jabatan Kewangan Negeri, jumlah kontraktor berdaftar sehingga bulan November tahun ini adalah seramai 1,871 berbanding tahun yang lalu 922. Hasil bagi jualan borang tender menerusi sistem ini adalah sebanyak RM1.28 juta bagi tahun 2024 berbanding dengan tahun 2023 bagi tempoh yang sama iaitu RM1.265 juta, lebih kurang sama. Terdapat peningkatan sebanyak 1.3% hasil Kerajaan Negeri yang direkodkan. Jumlah data capaian pengguna sehingga bulan November adalah sebanyak 22,945,939 berbanding dengan tahun yang lepas, 19,484,149 di mana berlakunya peningkatan sebanyak 17.8% untuk data capaian ini. Pinjaman Kerajaan Negeri kepada agensi. Kerajaan Negeri sentiasa melakukan penilaian dan ketekunan waja atau due diligence
dalam pengurusan pinjaman kepada syarikat atau agensi Kerajaan Negeri bagi memastikan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri dalam keadaan yang baik.
Yang Berhormat Air Itam menyatakan bahawa salah satu punca defisit adalah disebabkan pinjaman kepada PDC bagi tujuan membiayai sebahagian Projek GBS By The Sea yang berjumlah RM100 juta. Pembiayaan ini telah diluluskan di dalam Mesyuarat MMK yang bersidang pada 8 Jun 2022 dan disahkan pada 15 Jun. GBS By The Sea merupakan sebuah Projek Bangunan Perkhidmatan Perniagaan Global atau Global Business Services bertujuan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri di dalam memacu ekonomi Negeri Pulau Pinang dengan menjadikan negeri ini sebagai destinasi utama pilihan pelabur bagi aktiviti-aktiviti perkhidmatan perniagaan global, R&D dan teknologi maklumat (ICT).
Projek ini dijangka akan menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada golongan professional. Terdapat banyak permintaan terhadap ruang-ruang pejabat untuk kegunaan aktiviti-aktiviti seperti disebut di atas daripada syarikat multinasional yang kini beroperasi di Pulau Pinang. Memandangkan terdapat kekurangan ruang pejabat berstatus Malaysia Digital Status (MD) di Pulau Pinang maka PDC membangunkan Projek GBS By The Sea yang akan berstatus MD Fasa 1. Projek ini perlu dibangunkan dengan segera pada ketika itu bagi memenuhi permintaan syarikat-syarikat besar ini dan mengekalkan pelaburan mereka di Negeri Pulau Pinang.
Bagi memastikan projek ini berdaya maju PDC memerlukan pinjaman Kerajaan Negeri bagi membiayai sebahagian daripada kos pembangunan projek yang berjumlah RM208 juta di atas faktor berikut. PDC kekurangan dana dan memerlukan pinjaman mudah untuk membiayai projek khas ini supaya menjadikan projek ini physically liable kedua. Kos bahan binaan telah meningkat sehingga 30% namun kadar sewaan di pasaran masih pada kadar lama menyebabkan aliran tunai projek berada pada nilai negatif dan kos pinjaman bank yang tinggi mengakibat projek ini tidak berdaya maju untuk dibangunkan sekiranya projek dibiayai sepenuhnya melalui bank dan projek ini pun siap dan akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bulan Disember ini.
Merujuk kepada Yang Berhormat Air Itam berkaitan penangguhan pembayaran balik pinjaman oleh syarikat Kerajaan Negeri. Untuk makluman Dewan, penangguhan pembayaran balik pinjaman oleh syarikat Kerajaan Negeri perlu diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan MMK. Permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman hanya diluluskan setelah mempertimbangkan justifikasi-justifikasi yang kukuh daripada pihak peminjam serta mengambil kira kedudukan kewangan semasa.
Setakat ini tiada permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman ke tahun 2025. Yang Berhormat Air Itam juga membangkitkan isu bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM33.18 juta yang didakwa tertangguh lebih 10 tahun ini memang satu kes yang bersejarah lama.
Untuk makluman Dewan yang Mulia ini pinjaman yang dimaksudkan adalah berdasarkan perjanjian Reimbursable Land Cost antara Kerajaan Negeri dan Jelutong Development Sdn Bhd iaitu berhubung dengan projek Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan pembangunan yang dilaksanakan oleh IJM di persisiran pantai Jelutong. Perjanjian ini ditandatangani pada 17 Januari 2003 berdasarkan perjanjian tersebut Jelutong Development Sdn. Bhd. perlu memulakan bayaran sebanyak RM9.95 juta iaitu 30 peratus dari jumlah pinjaman pada 36 bulan selepas projek fasa tiga dimulakan atau pemberimilikan Parcel A2 dan B1 yang mana terkemudian.
Seterusnya bagi bayaran kedua adalah sebanyak angka yang sama 30 peratus pada 12 bulan selepas penerimaan perakuan siap kerja diterima atau tarikh bayaran pertama dari tarikh bayaran pertama dan bayaran ketiga pula adalah sebanyak RM13.28 juta atau 40
peratus pada 12 bulan dari tarikh bayaran kedua. Memang dalam perjanjian ada jadual-jadual pembayaran tetapi masalahnya mengapa tak ada pembayaran sebab sehingga kini Parcel A2 dan Parcel B1 masih belum dapat ditebus guna oleh pemaju kerana isu penempatan semula nelayan-nelayan dan restoran nelayan yang berada di persisir pantai Jelutong di tepi tapak pelupusan sampah Jelutong.
Memang dahulunya kita cuba melaksanakan penguatkuasaan tetapi banyak kali kita tidak berjaya untuk menempatkan nelayan-nelayan dan restoran-restoran yang berada di sana. Isu penempatan nelayan di kawasan tersebut hendaklah ditangani sebaik mungkin umpamanya seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Oleh yang demikian buat sekian kalinya sekian kali maksud end time Kerajaan Negeri telah mengadakan rundingan bersama JDSB dan wakil nelayan bagi mendapat kaedah penyelesaian isu penempatan semula nelayan di kawasan tersebut. Terkini MMK, telah memberi ultimatum bahawa isu ini perlu diselesaikan dalam tempoh yang terdekat dan tugas untuk rundingan ini diberikan kepada Yang Berhormat Jawi. Mungkin Jawi ada nasib lebih baik dapat menyelesaikan isu ini.
Insya-Allah.
Supaya isu pembayaran balik dari Jelutong Development Sdn Bhd itu dapat dibayar kepada Kerajaan Negeri. Sebenarnya ianya merupakan reimbursable perbelanjaan yang digunakan untuk menempatkan setinggan-setinggan yang terlibat dalam projek ini.
Projek Perbadanan Ketua Menteri (CMI) merujuk kepada Yang Berhormat Air Itam berhubung dengan pulangan hasil yang kurang lumayan berbanding dengan kos pelaburan projek dan Yang Berhormat senaraikan beberapa projek di bawah kendalian CMI antaranya Projek Kota Cornwallis, Projek Perumahan Sandiland Foreshore, Projek Perumahan Hamna, Projek Hotel Craig, Titian Silara Bukit Bendera Habitat, Perpustakaan Digital serta Pengoperasian Wisma Yeap Chor Ee. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kebanyakan projek yang dinyatakan tersebut adalah melibatkan pelaburan dari pihak swasta dengan menggunakan kaedah (PPP) Private Public Partnership yang tidak melibatkan kos kepada Kerajaan Negeri kos langsung kepada Kerajaan Negeri.
Jadi mungkin Yang Berhormat tak dapat membezakan sebab apa yang kerajaan keluarkan adalah contohnya tanah manakala melalui RFP kita menjemput rakan dari sektor swasta yang membiayai kos untuk pembangunan itu misalnya di Sandiland Foreshore kita sediakan tapak dan pemaju perlu menaruh pelaburan beratus juta untuk membina dan kita dapat balik nilai tanah reserve yang ditetapkan semasa RFP. Jadi bagi Kerajaan Negeri melalui CMI kita mendapat balik 100 peratus nilai tanah kita manakala risiko pembangunan itu terletak kepada pemaju sendiri. Jadi bagi kita, kita tak rugi secara langsung tapi sebaliknya dapat pulangan yang ditetapkan apabila RFP itu dipanggil. Jadi kita perlu faham kos projek adalah projek yang dilaksanakan melalui vot pembangunan dalam bajet manakala kos pelaburan adalah kos yang ditanggung oleh pemaju. Apabila projek itu dilaksanakan secara joint venture atau dalam kaedah PPP yang tidak melibatkan kos langsung daripada Kerajaan Negeri.
Sejak tahun 2013 hingga Oktober tahun ini, CMI telah menjana hasil berjumlah RM195 juta melalui penjualan pajakan dan sewaan tanah manakala jumlah pelaburan pihak swasta
adalah RM2.08 bilion sehingga tahun 2024 jadi kita boleh bayangkan dengan apa yang kita masukkan dalam joint venture itu RM195 juta tetapi pihak swasta perlu melaburkan RM2.08 bilion untuk menjayakan projek-projek berkenaan. Ini semua merupakan passive income melalui menjana hasil dari tanah-tanah Kerajaan Negeri yang terbiar maka kita dapat menjana hasil kepada Kerajaan Negeri yang sebenarnya tidak melibatkan kos secara langsung yang begitu banyak.
Semua hasil yang dijana oleh CMI di salur kepada Kerajaan Negeri. Berkenaan kos pelaksanaan projek Fort Cornwallis dan Wisma Yeap Chor Ee serta Digital Library. Izinkan saya menjelaskan bahawa projek-projek berkenaan ya memang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri tidak membabitkan swasta tetapi kebanyakan projek ini adalah sosial projek yang diinginkan oleh Kerajaan Negeri yang tak dapat hasil. Tetapi kita perlu belanja berjuta-juta untuk membangunkan projek-projek berkenaan.
Fort Cornwallis adalah Projek untuk Penyediaan Semula dan Konservasi Parit Kubu atau moat yang telah mula sejak tahun 2017. Kerajaan Negeri amat prihatin untuk memartabatkan bangunan-bangunan warisan dan telah melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan tapak ini. Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri melalui CMI telah menandatangani satu perjanjian kolaborasi bersama Aga Khan Trust for Culture untuk mendapat khidmat pakar dari luar negara bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut piawaian bertaraf antarabangsa.
Bangunan Kota Cornwallis adalah sebuah monument bersejarah kategori satu saya rasa, yang berusia lebih dari 200 tahun yang terunggul di rantau asia. Kerajaan Negeri sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan menunjukkan contoh yang baik ingin memastikan semua pemilik bangunan warisan juga mengambil langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan warisan yang dimilikan sebagai latar belakang. Setelah dinobatkan George Town World Heritage Site kita memang menggalakkan pemilik-pemilik swasta membaik pulih rumah-rumah yang usang dan sebagainya. Tetapi kalau melibatkan hartanah milikan Kerajaan Negeri sekiranya kita tidak memimpin melalui tauladan seperti projek-projek yang dikatakan ini dan banyak lagi. Maka ia tidak akan dapat menggalakkan penglibatan swasta untuk membaikpulih bangunan di George Town World Heritage Site.
Untuk makluman Dewan ini setakat ini, bagi Fort Cornwallis Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM16.79 juta iaitu komponen moat Kota Fort Cornwallis sebanyak RM13.3 juta kita perlu membina astaka yang baharu RM4 juta dan di dalam kota kita menyediakan ruang pameran, muziologin sebanyak RM1.23 juta dan komponen tambahan seperti gunpowder room, bastion wall dan west entrance sebanyak RM1.47 juta yang sebahagiannya kita pohon daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi dengan baik pulih ini kita percaya bahawa Kota Cornwallis ini boleh tahan 50 hingga 100 tahun lagi dan kita jangka sebab apabila siap dan dibuka kita cadang memang kutip tiket kemasukan dan memandangkan tapak ini berdekatan dengan Cruise Terminal kita percaya kita boleh dapat kutip balik pelaburan ini dalam mungkin 10 tahun dengan penumpang-penumpang dari cruise liner. Turun saja sudah sampai ke satu tapak warisan yang amat bernilai yang sudah pun dipulihkan dengan sebaik-baiknya.
Perpustakaan Digital atau Digital Library ini juga satu usaha untuk memupuk Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dan dimulakan pada tahun 2016. Dua buah bangunan kuarters di Sekolah Penang Free atau Penang Free School telah dibaik pulih sebagai Penang Digital Library Fasa 1 dan Fasa 2 di daerah Timur Laut, Fasa 1 menelan kos RM2.5 juta sebab ia melibatkan kos baik pulih bangunan yang sedia ada dan ada juga sedikit sumbangan dari pihak swasta dan peruntukan dari negeri sebanyak RM1 juta. Manakala fasa 2, melibatkan kos yang lebih banyak sebab ianya satu bangunan yang baharu dan kosnya adalah RM10.8 juta yang telah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.
Seterusnya Dewan Ria milikan MBSP yang terbengkalai di SPU telah dibaik pulih sebagai Butterworth Digital Library. Kos yang terlibat adalah RM6.6 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri juga.
Selain itu kita pun ada satu inisiatif di Plaza South Bay Batu Maung di daerah Barat Daya yang diubah suai sebagai Digital Library Batu Maung tetapi oleh kerana ada penglibatan ruang pejabat swasta kita cuma membelanjakan RM100,000 sahaja. Sejak penubuhan Digital Library pada 2016, Kerajaan Negeri memang perlu menanggung kos penyelenggaraan, utiliti, kakitangan, sewaan lot kedai sebanyak RM9.37 juta. Manakala hasil seperti apa yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat sendiri, sedikit sahaja. We spent RM9.37 tetapi hasil yang kita boleh jana adalah RM913.4 thousand sahaja. 10 peratus daripada apa yang kita belanja sebab tujuan utama adalah menawarkan perkhidmatan yang percuma. Hasil ini diperoleh dari sewaan kepada kafe-kafe dan sebagainya. Sewa Bilik Mesyuarat itu ada kenakan caj yang nominal. Jadi di hadapan kita, kita perlu tanya dan kita perlu jawab. Semua fasiliti ini disediakan secara percuma termasuk tempat letak kereta. Adakah Yang Berhormat setuju kita caj setiap pengunjung ataupun kekal dengan model sedemikian maka kita cuma dapat 10 peratus dari apa yang kita melaburkan untuk menyediakan kemudahan ini.
Tetapi kita tahu ini projek sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan dan kalau projek sosial ekonomi kadangkala pulangan itu tidak diambil kira sebab ini satu projek sosial dan kita pun kurangkan waktu operasi dari 24 jam kepada 8.00 pagi hingga 11.00 malam sahaja. Dan setakat ini kita menerima kunjungan 738,773 orang dari pelbagai pihak termasuk 59 rombongan dari agensi kerajaan, swasta ataupun pertubuhan antarabangsa. Dalam pada itu, model Perpustakaan Digital kita, difahamkan negeri Kedah juga mencontohi model di sini dan melaksanakan projek ini di Alor Setar, tetapi setakat mana ia berjaya atau mampan, saya tidak dapat memberi makluman.
Kita juga menarik minat Ahli Parlimen Kota Melaka yang ingin menubuhkan Digital Library di kawasan Parlimen beliau dan telah minta CMI memberi latihan teknikal dan operasi kepada kakitangan yang dilantik di Digital Library Melaka. Maka di negeri Pulau Pinang, kita sudah ada Perpustakaan Digital di Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Selatan dan terkini kita amat gembiralah, ada satu inisiatif dari sebuah Persatuan Alumni Sekolah Menengah Jit Sin Bukit Mertajam, yang minat untuk menubuhkan sebuah Digital Library di bangunan Persatuan Murid-Murid Tua Alumni Jit Sin. Merenovasi bangunan dan menjadikanya Digital Library dan pusat TVET dengan perbelanjaan mereka sendiri.
CMI cuma membantu dengan memberikan sumbangan one-off sebanyak RM300,000 sebagai CSR dari segi bantuan teknikal untuk sistem e-book dan menggunakan e-card dari Penang Digital Library dan model ini adalah baik sebab Kerajaan Negeri tidak perlu membiayainya, pihak pertubuhan akan membiayainya dan mereka pun sudah berjaya mengutip RM6 juta lebih untuk membiayai kerja-kerja pemulihan dan untuk mewujudkan Digital Library di Bukit Mertajam. Yang Berhormat Bukit Tambun pun amat minat cari ikhtiar sendiri ya. Jangan bebankan Kerajaan Negeri. Jangan cari Ahli Parlimen juga.
Pengoperasian Wisma Yap Chor Ee pun sama cerita yang samalah sebab pihak Kerajaan Negeri perlu memikul beban kewangan yang besar tetapi untuk satu lagi social project di mana sekarang kita berjaya pulihkan bangunan ini dan sekarang digunakan oleh Penang Science Cluster untuk menjalankan pelbagai program berhubung dengan STEM di Gat Lebuh China berdekatan dengan sini. Jadi setelah tujuh tahun pengoperasian antara tahun 2014 hingga 2019, melalui PDC sudah belanjakan RM13.5 juta dan apa hasil yang kita terima balik RM292,000.00 sahaja. So this is another social project we are talking about sehingga PDC pada satu ketika angkat tangan surrendere, jangan minta minta kita tanggung beban ini, ini bukan core business PDC.
Walau bagaimanapun, oleh kerana ianya digunakan sebagai Penang Science Cluster untuk melanjutkan agenda STEM di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri memutuskan minta CMI ambil alih Wisma Yap Chor Ee untuk membuat sedikit perancangan bagi mengkomersialkan bangunan tersebut. Dan selepas CMI ambil alih, CMI perlu membelanja RM2.7 juta lagi sebab ini bangunan yang melebihi 100 tahun. Repair sini, sana rosak pula. Jadi itu satu perkara yang di hadapan kita dalam senario pengurusan kewangan, kalau kita sebuah syarikat swasta sudah lama kita tutup pengoperasian sedemikian.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Itam dan Air Putih dan beberapa ahli yang lain seperti Batu Lancang mereka mendapati ada peningkatan yang ketara di dalam Anggaran Hasil 2025 berbanding Anggaran Hasil disemak 2024 iaitu sebanyak RM373.52 juta. Jumlah ini adalah disumbang oleh peningkatan hasil sebanyak RM385.21 juta seperti perincian berikut; intipati dan komponen penting dalam belanjawan 2025 ini, defisit yang paling rendah macam mana capai keadaan ini adalah melalui kawalan terhadap perbelanjaan kurang dari tahun yang lepas atau tahun ini dan menganggarkan hasil yang lebih dan hasil yang lebih yang kita anggarkan adalah RM373.52 juta.
Berikut adalah perincian datang dari mananya peningkatan hasil ini? Satu, cukai langsung sebanyak RM24.89 juta. Contohnya tunggakan cukai tanah dan sebagainya. Kita harap dapat kutip balik cukai langsung ini. Cukai tidak langsung sebanyak RM30.85 juta. Contohnya hasil dari cukai tiket wayang. Jangan pandang remeh tiket panggung wayang membawa hasil hampir RM10 juta kalau kutip dan tiket taman tema RM15.25 juta dianggarkan dapat menghasilkan RM30.85 juta. Lesen dan permit RM7.68 juta, bayaran perkhidmatan RM5.41 juta, perolehan dari penjualan barang-barang RM73.31juta. Yang ini misalnya, premium daripada pemberimilikan tanah.
Ada satu butiran, sewaan yang dibangkitkan RM213.82 juta kita sudah ambil kira unjuran bahawa hasil ini boleh masuk berkaitan dengan pajakan tanah di Bandar Gelugor dan ada 2 plot tanah di atas Gurney Bay yang boleh di monies apabila siap kita tambakkan. Jadi ini merupakan satu hasil utama bagi tahun akan datang manakala denda dan hukuman RM3.96 juta, pulangan balik pembelanjaan sebanyak RM20,000.00 saja bukan juta. Ini tidak mau masuk pun, takpa dan lain-lainlah untuk mencapai satu keadaan RM300 lebih juta tambahan hasil. Kutipan cukai hiburan juga dibangkitkan khususnya cukai hiburan coffee house yang dibangkitkan oleh Berapit. Coffee house di sini merujuk bukan kepada kopitiam, kopi-kopi, kedai kopi ia merujuk kepada coffee house.
Merujuk kepada perkhidmatan yang menyajikan makanan dan minuman di premis-premis seperti hotel, pusat membeli-belah dan kawasan komersial. Itulah yang menjadi tafsiran coffee house. Antara cukai yang dikenakan di premis tersebut seperti bilik karaoke, karaoke terbuka, musical, live band, muzik hiburan, machine simulator dan lain-lain. Itu merupakan satu hasil yang boleh dikutip oleh negeri, sebenarnya ianya di bawah Akta Cukai Hiburan. Sebenarnya ini Akta Persekutuan patut dikutip oleh Persekutuan tetapi diturunkan, kasihan kepada semua negeri, diturunkan kuasa untuk negeri-negeri kutip atas kadar-kadar yang ditentukan juga. Tiada hiburan, tiada cukai. Melalui Bajet 2025...(gangguan)
Minta pencerahan Padang Kota.
Ya.
Saya tertarik dengan penjelasan daripada Ketua Menteri tadi iaitu apa yang saya faham daripada penjelasan Ketua Menteri adalah dahulunya Akta Cukai Hiburan itu adalah dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dan sekarang disebabkan ia diturun kepada Kerajaan Negeri maka pendapatan atau hasil untuk negeri sudah meningkat. Yang ini sudah boleh menjawab apa pertanyaan-pertanyaan yang telah kita timbulkan sebab sebelum ini tak ada hasil seperti ini dan hasil pada tahun depan kita akan naik mendadak. Betul?
Bukan hasil yang baharu. Sudah banyak tahun dikuatkuasakan. Mungkin selama ini tak ada orang minat sangatlah tetapi tahun depan kita amat 'kering' perlu cari apa-apa juga cukai. Jadi ini bukan cukai yang baru. Memang sudah lama dipraktikkan tetapi kita pun hilang banyak hasil juga sebab ada pengecualian kutipan cukai hiburan. Misalnya, Escape Theme Park hampir 10 tahun sebab ada perjanjian. The Top 10 tahun kita tak kutip itu banyak wang sebab tapi itu sebagai memastikan menjadi insentif untuk memastikan projek itu yang menelan pelaburan beratus juta itu berjaya kita bagi pengecualian tetapi kalau memberi pengecualian bermaksud kita tak dapat kutip la. Okay.
Dato’ Seri, Yang Amat Berhormat, tentang tadi yang RM213.8 juta itu daripada pajakan tanah Gelugor dengan Gurney Bay. So, ini satu anggaran yang kita akan dapat pada tahun depan, tahun 2025. Kalaulah, kalaulah, kalau tak terjadi kalau how the financial situation. So, kalaulah kadang-kadang pajakan ini akan tergendala terlambat banyak-banyak proses kan. So, just my query la.
Kalau lain Ahli akan kata Insya-Allah, tapi saya tak cakap la. Orang yang merancangkan, Tuhan yang menentukan tetapi kita, bagi Gelugor kita sudah pun laksanakan RFP dan akan dibawa kepada Lembaga Tender untuk buat keputusan. Manakala di Gurney Bay, tebus guna pun berjalan, tanah di Gurney Bay. Dok iklan sahaja, semua berlumba-lumba untuk membida la. Kita rasa boleh kita dapat hasil dari dua usaha ini.
Minta pencerahan. Hiburan-hiburan, terima kasih Padang Kota. Saya nak tanya sikit Padang Kota mengatakan Top, di Top di KOMTAR itu tidak ada kutipan cukai, cukai hiburan dan adakah Kerajaan Negeri bagi keutamaan sewa tempat. Adakah kerajaan kutip, sewa tempat itu. Adakah kutip sewa ataukah bagi semua dikecualikan selama 10 tahun ka Padang Kota cakap tadi. Kalau lagu tu saya pun nak minta juga dua tingkat, kalau free semua.
Sebab ini melibatkan satu perjanjian konsesi yang ada menggariskan sempadan-sempadan kawasan yang telah diberi konsensi kepada syarikat berkenaan. Jadi selagi ia berada di sempadan konsesi itu semua hak adalah terletak kepada syarikat yang diberikan konsesi ini. Misalnya tapak di depan KOMTAR Walk itu di luar sempadan dan sekarang dikutip oleh koperasi PDC pula dan bukan syarikat ini. Ya ini satu contoh di mana ada sempadan konsesi kepada syarikat berkenaan.
Saya rasa boleh skip sedikit, duti hiburan banyak sudah cukup terhibur. Sekarang kita masuk ke penjanaan hasil syarikat berkaitan Kerajaan Negeri satu komponen yang
melibatkan banyak perbelanjaan adalah GLC di negeri Pulau Pinang yang sememangnya ditubuhkan untuk tujuan-tujuan yang khas bukan semata-mata untuk menjana hasil.
Yang Berhormat Bertam, Seberang Jaya, Bukit Tambun mencadangkan supaya GLC menjana hasil sendiri tanpa bergantung kepada peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk pengoperasian mereka. Sebagai makluman kepada Dewan yang Mulia ini, terdapat 16 GLC yang telah ditubuhkan dan diletakkan dibawah kawal seliaan CMI dan satu pula dibawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri di mana jumlahnya 17 GLC di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan-cadangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat semasa perbahasan berkaitan penjanaan hasil oleh GLC.
Selaras itu, kita akan cadang mulai tahun 2025 semua GLC perlu menyediakan dan mengemukakan satu pelan yang merangkumi cadangan penjanaan hasil dan mendapatkan sumbangan dari pihak-pihak yang lain selain daripada Kerajaan Negeri melalui kerjasama PPP atau lain-lain bagi penganjuran program dan projek. Projek yang disarankan adalah dalam bentuk Matching Grant dan sebagainya.
Jadi sekarang memang ada GLC yang mampu melakukan sedemikian. Mereka dapat sumbangan dari pihak swasta untuk melaksanakan projek-projek ataupun program-program dan GLC juga digalakkan untuk kerjasama dengan agensi Kerajaan Persekutuan, NGO, swasta untuk tujuan sedemikan dan saya pasti dan dapat lihat sekiranya kita ada satu pelan yang baik, kita ada program yang menarik, kita boleh mendapat tajaan dan sumbangan dari pihak-pihak swasta dan sebenarnya sudah ada GLC yang kita akan minta GLC ini meminda Memorandum Of Article (M&A) syarikat berkenaan untuk membolehkan mereka menjanakan hasil.
Sebenarnya M&A dua buah GLC iaitu Penang Convention & Exhibition Bureau (PICEB) dan juga Digital Penang sudah pun dipindahkan untuk mereka menjanakan hasil daripada program khidmat nasihat ataupun apa yang mereka lalukan dapat menjana hasil. Terkini satu contoh Penang Green Council menganjurkan Penang International Green Conference di SPICE dan dimaklumkan boleh menjana lebihan 200 lebih ribu. Itu satu kaedah yang baik. Selain dari menganjurkan satu acara yang peringkat nasional dan rantau ianya boleh menjana hasil 200 lebih ribu sekurang-kurangnya 200 lebih ribu ini boleh digunakan untuk program-program yang seterusnya. Itu contoh yang kita harus menuju sebab sudah sampai satu peringkat kita sayang GLC kita dan kita bukan benci ya. Harap mereka dapat tidak terlalu bergantung kepada Kerajaan Negeri untuk sumber kewangan bagi pengoperasian mereka.
Zon Kewangan Khas. Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas atau SFZ di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI). Kerajaan Negeri telah diberi taklimat oleh Penang Institute berhubung prospek penubuhan SFZ di Pulau Pinang. Satu bengkel penglibatan awam telah diadakan pada 24 September 2024 dengan kehadiran lebih daripada 100 peserta yang terdiri daripada sektor logistik, perdagangan dan institusi kewangan.
Antara rumusan bengkel adalah seperti berikut, lebih 93 peratus dari peserta menyokong cadangan ini dan SFZ akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang akan memanfaatkan graduan muda, SFZ akan meningkatkan pembiayaan modal bagi merancakkan sektor pembuatan termaju tempatan dan SFZ akan menarik pelaburan asing ke Pulau Pinang. Seterusnya mengukuhkan kedudukan sebagai hab perniagaan serantau di Asia Tenggara dan kelima financial technology atau fintech, pembiayaan startup, equity crowdfunding, kewangan korporat, perdagangan maritim dan kewangan kripto dikenal pasti sebagai subsektor perkhidmatan kewangan yang boleh diberi tumpuan oleh Pulau Pinang dan peserta pun mengenalpastikan bahawa Gurney Bay dan Pulau Andaman adalah pilihan lokasi
utama untuk dijadikan zon ini tetapi kesesakan lalu lintas, kekurangan bakat dan tawaran gaji yang rendah mungkin menjadi kebimbangan utama bagi pelaksanaan SFZ. Terkini pula Penang Institute atas arahan MMK.
Yang Berhormat.
Telah, ya.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik kepada apa yang tadi disebutkan berkenaan dengan GLC-GLC dan juga yang sekarang ini financial zone yang juga ada melihat kepada kripto tadi disebutkan lah as one of di perkara-perkara yang mungkin boleh dikaji. Saya just nak apa ini berkongsi kita tengok di Amerika Syarikat sekarang dibawah President Elect Donald Trump, memang juga ada dikatakan sekarang bahawa mungkin dia akan start satu Strategic Reserve For Bitcoin dan juga sekarang ada negara-negara lain yang sedang meneliti samada menggunakan kripto ini sebagai reserve untuk negara mereka. Jadi dan juga di Amerika Syarikat, ada negeri-negeri sekarang yang telah pun meluluskan undang-undang di mana cukai boleh dibayar dengan bitcoin. So, ini adalah satu perkara yang cukup menarik dan berkenaan dengan GLC-GLC Yang Amat Berhormat saya nak tanya kalau kita tengok di Amerika sekarang dia ada Elon Musk yang sudah jadi penasihat yang cukup rapat kepada Donald Trump memberi nasihat ekonomi business dan sebagainya.
Di Pulau Pinang kita ada banyak syarikat-syarikat tempatan yang telah pun homegrownlah Yang Amat Berhormat yang sekarang sangat success berjaya yang saya rasa mungkin mereka juga ingin memberi sumbangan nasihat dan idea-idea untuk bagaimana negeri kita ini boleh mengutip lebih banyak cukai ataupun bukan not cukai hasil perkara-perkara yang boleh dibuat. Jadi saya nak tanya di sini adakah Kerajaan Negeri pernah untuk bercadang maybe form a consortium or GLC together with all this companies di mana dan kita boleh dapat idea-idea untuk melihat apa yang boleh dibuat untuk menjana lebih hasil untuk Negeri Pulau Pinang. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah, seperti saya cuba katakan tadi. Terkini Penang Institute pada 27 November iaitu kelmarin atau kelmarin menganjurkan sesi meja bulat (round table) bersama-sama dengan pakar-pakar di dalam bidang kewangan, perbankan, insurans, fintech and wealth management untuk melihat cadangan pelaksanaan SFZ dan hasil perbincangan ini akan dibentangkan kepada MMK untuk hala tuju yang seterusnya. Memang kita berharap cadangan ini akan membuka satu peluang yang besar kepada Negeri Pulau Pinang selain dari memajukan ekonomi sektor ini juga merupakan satu hasil yang baharu kepada pihak Kerajaan Negeri.
Seterusnya inisiatif mengurangkan beban rakyat, Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat saya rasa boleh skip perkara ini sebab dalam ucapan sudah pun membentangkan beberapa inisiatif dan seterusnya pentadbiran tanah. Tunggakan cukai tanah dan cukai petak, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Air Itam. Jumlah tunggakan tanah sehingga Oktober 2024 adalah sebanyak RM61,480,149.86 manakala jumlah tunggakan cukai petak adalah RM12.086 juta. Cukai petak merujuk kepada strata property. Kedua-dua jumlah tunggakan ini adalah termasuk kenaan denda lewat kepada pemilik tanah
atau petak. Selain itu, sebanyak RM29.67 juta hapus kira cukai telah dilaksanakan sejak tahun 2018 sehingga 31 Oktober.
Saya ingin terangkan bahawa mengapa kita perlu hapus kira cukai. Bukan kita hapus kira cukai dengan menghilangkan hasil itu. Ini berlaku apabila warta rampasan tanah dikeluarkan dan tanah-tanah yang tidak yang ada tunggakan cukai dirampas, maka tanah yang dirampas itu sudah menjadi milikan negeri kembali. So the land now become state land dan segala tunggakan itu land owner yang lepas, bukan tanggungjawab dia bayarlah. Sebab tanah itu sudah dirampas. Maka akaun-akaun ini perlu dihapus kira. Jadi, dari angka ini kita memang dalam beberapa tahun ini kita memang melakukan rampasan tanah apabila gagal membayar tunggakan dan hasil tanah.
Jadi saya selalunya diberikan memorandum oleh Pegawai Kewangan Negeri untuk setuju hapus kira dan saya pun tertanya-tanya. Mengapa orang tak mahu bayar cukai tanah, tukarkan tanah sehingga ianya dirampaskan. Itu satu soalan yang perlu kita tanyalah. Mungkin tuan tuan tanah lebih prihatin supaya mereka lebih cepatlah membayar tunggakan dan bayar cukai. Dan melalui notis-notis sedemikian, kita pun bolehlah menambahkan kutipan hasil setelah mereka tahu ini for real tanah berkenaan mungkin akan dirampas oleh negeri. Itu pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang Bubuk dalam ucapan bagi menambahbaikan tatakelola pengurusan hasil berkaitan cukai tanah Kerajaan Negeri melalui PTG dan setiap Pejabat Daerah Tanah di Pulau Pinang telah dan sedang mengambil tindakan untuk mengurangkan tunggakan cukai tanah, cukai petak melalui beberapa inisiatif.
Cukai petak kita menghadapi satu masalah iaitu kita kadang kala tak ada alamat yang terkini. Sebab berdasarkan S&P, pembeli petak itu mungkin menggunakan alamat asal. Dan setelah projek siap, dia pindah ke rumah pangsa. Katakan strata property. Kita tak ada alamat baharulah. Ini mungkin perlu banyak kerja dari Pejabat Tanah dan Daerah untuk trace pemilik-pemilik ini supaya bil-bil dapat dihantar supaya mereka boleh membayarkan. Walaupun tunggakan dalam cukai petak tak banyak dalam lingkungan belasan juta sahaja tetapi kalau tidak ditangani ia akan semakin menambahlah dalam tahun-tahun akan datang. Kita juga ada satu task force ya yang ditubuhkan di setiap daerah untuk memeriksa hak milik yang mempunyai tunggakan cukai tanah, cukai petak, blok sementara, akaun cukai bertindih dan sebagainya.
For the past three years, our special team has been looking every land title in the state. Kadangkala yang sudah reput pun ada. Untuk mengemaskini data hak milikan tanah berkenaan, melalui semakan geran-geran yang ada pada kita. Maklumlah ada geran-geran yang beratus, seratus tahun pun ada. Jadi, ini satu satu proses yang amat menyulitkan petugas-petugas. Dan selain dari mendapat data bank yang kemaskini, maka usaha untuk mempastikan hasil dapat dipungut akan terjejas. Jadi hampir tiga (3) bulan, ada satu pasukan pekerja kontrak ditugaskan untuk updating data-data dalam geran-geran di sini.
Okey, pemberian diskaun bagi sambungan tempoh pajakan dalam ucapan membentang belanjawan, saya ada sebut, bahawa Kerajaan Negeri ada memberi diskaun kepada permohonan lanjutan tempoh pajakan dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang ada menanya siapakah yang layak dapat diskaun yang berjumlah hampir RM170 juta semuanya daripada 122 permohonan. Itu pun satu pengorbanan yang amat besar. Saya pun, I’m having second thought lah, not even second thought, third forth fifth thought untuk kurangkan diskaun itu. Jadi, pemilik-pemilik yang masih tidak ambil kesempatan dengan cepat, kita akan cadang menaikkan ataupun mengurangkan diskaun-diskaun yang diberikan. Sebab 122 kes sudah membabitkan 170 juta. Bayangkan pengorbanan hasil yang kita Kerajaan Negeri ini terlalu baik. Terlalu baik. Kita perlu ada hati yang lebih.
Keras.
Keras ya. Macam Jawi ya. So itulah sebenarnya mereka layak tertakluk kepada Garis Panduan yang kita sudah tetapkan. Ada perbezaan kategori kediaman, status pemilikan itu sama ada individu mahupun syarikat. Ada beza sikitlah, 2%. Kalau pertanian sama dengan kediaman, perniagaan diskaun 80%. Kalau industri-industri ada beza sikit. Kita membezakan dua kategori industri. Ada yang perlu membuktikan sales volume mereka capai 50 juta sahaja atau 50 juta kita memberi diskaun, 75%. Kalau ada sales yang melebihi 100 juta, kita cuma memberikan diskaun 50%.
Untuk membezakan antara kategori-kategori ini. Kita akan menimbang, merombak semula diskaun supaya kita tidak hilang hasil yang amat penting ini. Terima kasih kepada Kebun Bunga, selain dari membawa usul pagi ini, juga bangkitkan isu tanah di Jesselton Height, di empat (4) lot di Jesselton Height. Keluasan hampir 3 ekar. Tanah tersebut terletak di dalam kawasan perumahan sedia ada dan kebanyakannya rumah berkembar dan banglo. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa tanah tersebut bernilai tinggi dan sesuai untuk dimajukan sebagai perumahan jenis landed atau villa bertingkat. Tapi ada had lah. Tiga empat tingkat.
Jadi, Kerajaan Negeri akan menimbang cadangan untuk memajukan tanah bagi menjanakan hasil yang amat penting. Seterusnya, berhubung dengan PDC, perbezaan cukai korporat. Yang Berhormat Air Putih ada menimbulkan perbezaan di antara cukai korporat yang dibayar oleh PDC pada tahun 2022 dan 2023. dengan laporan tahunan Penyata Kewangan yang dibentangkan dalam Dewan ini. Untuk makluman Dewan, jumlah cukai pendapatan yang dibayar pada tahun 2022 adalah RM70.73 juta berbanding cukai seperti di dalam nota Penyata Kewangan berkenaan iaitu sebanyak RM72.61 juta, perbezaannya RM1.88 juta.
Manakala bagi tahun 2023, jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah RM34.8 juta berbanding dengan nota dalam Penyata Kewangan adalah RM38.21 juta dengan perbezaan RM3.41 juta. Amaun cukai yang dinyatakan dalam Penyata Kewangan merupakan anggaran cukai pendapatan yang dikira pada bulan Januari setiap tahun bagi Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya. Cukai pendapatan yang dibayar adalah merupakan cukai sebenar. Dan ianya telah dikira oleh juru perunding cukai selepas Penyata Kewangan siap diaudit pada tahun Mei atau Jun setiap tahun dan akan dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak lewat daripada 31 Ogos.
Jika terdapat perbezaan di antara cukai yang dinyatakan dalam Penyata Kewangan yang sebenarnya merupakan anggaran sahaja. Dengan cukai yang sebenarnya yang dibayar, maka perbezaan tersebut akan diselaraskan dalam penyata kewangan seterusnya tahun seterusnya. Permohonan Buddhist Tzu-Chi Merits Society yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Putih berdasarkan perjanjian jual beli dan pembangunan PDA seluas 30.234 ekar bersama pihak Tzu Chi adalah ditandatangani pada 26 Jun 2016.
Walaupun tandatangan 2016, rundingan dan perbincangan berlaku sebelum itulah, untuk tujuan pembangunan institusi kebajikan dan pihak Tzu Chi mempunyai di bawah perjanjian ini mempunyai hak keutamaan bagi membeli tanah tambahan di sebelah tanah yang sudah pun diurus niagakan. Seluas juga lebih kurang 30.004 selaras dengan Jadual 3 Klausa 17, Special Conditions Right of First Refuser tertakluk kepada syarat berikut. Right of Refuser itu hanya sah dalam tempoh dua (2) tahun sahaja. Iaitu dari 2019 dan hingga 2021.
Dan harga pembelian untuk tanah tambahan itu adalah dalam perjanjian itu berasaskan dan setara dengan keadaan nilaian semasa oleh JPPH.
When the land is transected, they after. Berdasarkan kepada klausa ini, tempoh salah laku Right of First Refuser bagi pemberian tanah tambahan anggaran 30 ekar oleh pihak Tzu-Chi telah tamat dan tiada sebarang permohonan pemberian tanah diterima selama tempoh tersebut. Namun yang demikian, pada tahun 2023, pihak Tzu-Chi telah tampil ke hadapan membuat permohonan setelah tempoh salah laku Right of First Refuser itu tamat. Bagi merealisasikan permohonan Tzu-Chi beberapa siri perbincangan di antara pihak-pihak terlibat diadakan sejak Ogos 2023 dan terkini pada 17 September 2024.
Sebagai makluman, seperti surat janji itu kata kalau ada subsequence transaction, perlu di berpandu kepada nilaian semasa dan nilaian semasa di Bandar Cassia adalah dalam lingkungan RM70.00 sekaki persegi. We can ask Yang Berhormat Bukit Tambun lah yang selalu memantau. Bukan memantau keadaan jalan raya. Memantau pencemaran bau. Tetapi memantau harga tanah juga, Namun PDC menetapkan harga sebanyak RM65.00 sekaki persegi berdasarkan harga transaksi pada tahun 2023. Penetapan pada kegunaan komersial digunakan adalah berdasarkan cadangan pihak Tzu-Chi sendiri untuk membina komponen bangunan yang melibatkan Humanity Hall, Education Mission, Hostel, Activities Hall, Meeting Hall, Office, Exhibition Hall, Medical Mission dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, Mesyuarat Lembaga PDC Bil. 6/2024 pada 18 November 2024 telah mempertimbangkan bahawa Tzu-Chi merupakan organisasi yang tidak membuat keuntungan sebaliknya merupakan pertubuhan sosial yang memberi manfaat kepada rakyat dan penjualan tanah telah diluluskan tertakluk dengan syarat dan terma:
(i) Kadar harga RM40.00 sekaki persegi;
(ii) Pembangunan untuk Plot 1 Fasa Pertama dalam 7 tahun dari tarikh Perjanjian
Tambahan untuk Plot 2; dan
(iii) Harga pembayaran perlu dijelaskan dalam tempoh 24 bulan.
Walaupun dalam perjanjian itu Tzu Chi diberi masa 6 bulan sahaja. Supaya PDC tidak kekurangan hasil yang lebih tinggi tanpa pengiraan kadar nilaian semasa atau future value. Namun, tertakluklah kepada Tzu-Chi untuk buat rayuan tempoh pembayaran.
Secara rumusan, pihak PDC telah mempertimbangkan dan memberi kelulusan berdasarkan equitable notion kepada pihak Tzu Chi meskipun ianya tidak mengikut klausa perjanjian sebenar. Di samping itu, PDC turut menanggung kehilangan opportunities cost sebanyak RM39.0 juta sekiranya tanah tersebut dijual pada kadar RM70.00 sekaki persegi. Jadi, saya lihat isu ini kata selesai mungkin sudah selesai secara dasar. Butir-butir itu tebal, terpulanglah kepada dua (2) pihak untuk merunding dengan lebih detail lagi. Jadi, RM39.0 juta hingga RM40.0 juta ini saya rumuskan ini sebagai sumbangan daripada PDC dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Tzu-Chi.
Berhubung dengan Byram atau Batu Kawan Industrial Park (BKIP2). Merujuk kepada Yang Berhormat ADUN Air Putih, panggilan RFP (BKIP2) telah melalui 2 peringkat, iaitu Peringkat 1 adalah Pre-Qualification selama enam (6) minggu dan Peringkat 2 - Panggilan tender RFP secara jemputan yang invited tenderer. Peringkat 2 itu invited tenderers yang dilaksanakan bermula 15 Julai 2024 sehingga 9 September 2024. Di mana hanya syarikat yang melepasi peringkat Pre-Qualification dijemput untuk menyertai RFP di peringkat kedua. Jemputan RFP peringkat kedua telah dikemukakan kepada empat (4) buah syarikat dan hanya dua (2) buah syarikat yang membeli dokumen RFP tersebut. Pada 9 September apabila
tutup hanya sebuah konsortium yang kemukakan tawaran. Konsortium ini terdiri daripada IJM Properties Sdn.Bhd. dan Aspen Vision All Sdn.Bhd., Mettiz Capital Sdn. Bhd.
Tawaran yang diterima telah dinilai dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Tawaran PDC pada 15 September 2024 di mana terdapat sebanyak lima (5) syarat tidak dipatuhi daripada sembilan (9) syarat utama termasuk:
(i) Syarat Pembangunan;
(ii) Pegangan Hakmilik Tanah;
(iii) Pemberian dan kaedah Pindah milik Tanah;
(iv) Harga Bayaran dan kaedah bayaran Guaranteed Profit Sharing; dan
(v) Lain-lain tawaran yang saya akan halusi nanti.
Satu (1) syarat pembangunan dalam syarat RFP dinyatakan tanah ini dibahagikan kepada dua (2) plot. Plot A dan Plot B. Plot A, 70% industri 30% pembangunan bercampur. Ini sebab apabila tanah-tanah ini diperolehi melalui Akta Pengambilan Tanah kita menggunakan tujuan ini untuk pengambilan industri dan komersial. Bagi Plot B pula 100% pembangunan industri, tawaran dari petender 100% industri. Dia tak masuk komponen komersial, ada beza harga komersial dengan industri.
Tapi, dalam cadangan dia sebenarnya dia mahu cadang hostel pekerja dan lain-lain yang juga merupakan komponen komersial. Dia mahu bangunan komersial tetapi dalam syarat pembangunan dia tak masuk komponen komersial dan melibatkan sedikit perbezaan harga. Kedua pegangan hakmilik tanah, dalam syarat RFP kita syaratkan pegangan 99 tahun dan setelah pemaju tapak 99 tahun dari negeri dia boleh pajak kepada pelabur untuk 60 tahun. Selari dengan apa yang ditawarkan oleh PDC. Kita mahu seragamkan PDC sekarang bagi investor 60 tahun.
Jadi kaedah ini juga selari dengan apa yang dilakukan oleh PDC. Pembida ini dia mahu diberi milik dengan freehold. So ini satu (1) perbezaan. Ketiga pemberi milikan dan kaedah pinda milik. Dalam syarat RFP, tanah pembangunan atau bercampur ini industri dan bercampur ini akan dipindah milik melalui Borang 14A, Kanun Tanah Negara dengan pegangan 99 tahun. Pembida mahu diberi milik secara terus kepada pihak pemaju dengan pegangan kekal. Ada kaitan dengan atas. Harga bayaran dan kaedah bayaran Guaranteed Profit Sharing (GPS), minimum yang ditetapkan dalam RFP RM836,215,570.08 apa yang ditawarkan RM818,163,199.66 ada sedikit perbezaan. Lain-lain tawaran saya anggap tawaran ini lebih penting menujukkan perbezaan yang atas itu ada perbezaan tetapi bukan sebesar apa yang saya nyatakan. Lain-lain tawaran itu diminta oleh pembida syarat RFP tiada punya.
Dia minta First Right of Refusal bagi baki tanah PDC seluas lebih kurang 500 ekar. Di Byram 2 ini PDC ada lebih kurang 1,000 ekar dalam tender ini 550 lebih ekar saya rasa tak kena kan. Tapi, bakinya sekarang kita ambil alih tanah itu dari Sime Darby. Sekarang ada kes mahkamah lagi. Pembida minta dia mahu first right of refusal tanah ini. Macam mana nak kita pun taktahu macam mana nak janjikan. Perubahan struktur pemegang saham syarikat dan pindah milik tanah tidak perlu persetujuan PDC, dia mahu tukar tangan tukar jual itu tak perlu maklumkan kepada PDC. Ingat tak kes UMECH kita gunakan kelanggaran dia tak maklumkan kepada PDC sebagai alasan kita batalkan tawaran itu, ingat lagi ya. Ini dia belajar.
Seterusnya, PDC perlu memastikan infrastruktur utama tersedia untuk disambungkan atau ready to be connected di sempadan Bandar Cassia dan satu lagi PDC perlu
menyediakan tapak kuari di Batu Kawan bagi menampung pembangunan ini. Get ready a quarry for me to use.
Tunggu saya ada duit saya. Saya buat duit.
Kalau PDC setuju dengan syarat-syarat ini melibatkan apa Ringgit dan Sen kan? Kesemua perkara tersebut merupakan syarat tambahan yang dikenakan oleh petender yang sama sekali bercanggah dengan syarat RFP iaitu tanah dijual berdasarkan as is where is basis dan ianya akan merugikan PDC sekiranya dipertimbangkan. Itu kawalan perubahan ekuiti saya tak perlu nyatakan.
Oleh yang demikian, Mesyuarat Lembaga Tawaran PDC telah memutuskan untuk menolak tawaran yang dikemukakan oleh konsortium tersebut atas justifikasi tidak mematuhi syarat utama RFP dan memutuskan akan iklan semula RFP berdasarkan kepada syarat-syarat yang baharu. Mungkin syarat-syarat yang ditetapkan ketat juga. Beberapa syarikat register dia punya minat empat (4) hadir dua (2) beli dokumen satu yang membida. Mungkin syarat itu cukup ketat itu boleh kita pinda kalau terlalu ketat.
Walaupun didapati tawaran yang dikemukakan oleh petender seperti Air Putih cakap melebihi tawaran semasa rundingan dengan pihak UMECH. Namun, tawaran ini tidak mematuhi syarat-syarat RFP dan sepatutnya tidak wajar dipertimbangkan dan akan merugikan PDC kelak. Kalau kita tawarkan kepada syarikat yang tidak mengikuti syarat RFP itupun menjadi sumber kritikan kepada kita juga. Berdasarkan cadangan ketidakpatuhan yang diterima ini, pihak petender sendiri mengakui dengan jelas bahawa cadangan yang dikemukakan ini merupakan Proposed Deviations ataupun perbezaan seperti yang ditulis di dalam dokumen ini. When they submit the tender they have already included one-three pages of diversion. Board member take notes. Three pages of diversion that mean maksud tiga (3) muka surat ini dia tak mahu ikut, PDC kasi saya ini ha saya mahu buat lah. Tetapi ini bukan dalam syarat RFP dia masukkan sendiri mahu kita ikut dia pulak. Kalau boleh luluskan dengan Proposed Deviations ini. Jahanam lah Ketua Menteri dan pengerusi PDC.
Nasib Ketua Menteri baca (Dewan ketawa)
Secara rumusannya, Mesyuarat Lembaga Tawaran secara sebulat suara putus dan puashati setuju bahawa tawaran yang dikemukakan oleh petender tidak mematuhi syarat-syarat dan memutuskan tawaran ini ditolak dan satu RFP di panggil semula. Atas pertanyaan mengapa tak jemput syarikat ini untuk runding? Bukan tak ada amalan berunding sekiranya pengurusan mendapati ada sedikit perkara yang tak faham, dia boleh jemput pembida itu datang untuk jelaskan. Mungkin dia tidak ambil kira atau ambil kira tetapi ini bulat-bulat tiga muka surat deviation, melanggar syarat, apa nak jemput lagi? Untuk runding apa? Menjawab soalan dari Yang Berhormat Air Itam, PDC dalam 10 tahun akan datang ada banyak pembiayaan… (gangguan).
Penjelasan, penjelasan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas penjelasan yang diberikan. Saya nak tahu sama ada pihak pengurusan PDC faham apa itu konsep RFP? Adakah mereka faham apa konsep tender tetap? Adakah mereka faham apakah konsep prove of conceptlah kalau ada. Dia adalah sistem tender yang tambah lagi ada juga direct awardlah. Itu adalah yang berbeza-beza. Kalau direct award tak payah panggil open tender, terus bagi syarikat yang dipilih. Dia akan runding syarat-syarat tersebut. Dan saya masih ingat masa itu 559 ekar tanah di Ladang Byram telah pun diberikan secara langsung, ada direct award dengan harga RM646 juta di mana pada masa itu ialah di bawah harga pasaran. Ini dibuktikan apabila satu RFP dibuat secara tender terbuka. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM818 juta iaitu lebih RM179 juta, lebih RM179 juta kalau kita ambil kira masa time value of money (dengan izin).
Saya memang setuju bahawa kalau dalam satu tender tetap (fix tender) contohnya kita bila jalan dia mesti ikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JKR. Yang paling penting ialah dari segi teknikal dan juga dari segi harga. Tak boleh berubah-ubah. Kalau saya nak buat jalan ke Telok Ayer Tawar tak boleh pesong kepada Pinang Tunggal. Tak boleh terpesong pergi ke Pinang Tunggal. Terus sana sahaja. Tak boleh terpesong, tak boleh melencong. Kalau you nak celah boleh bangunlah. So itu ialah konsep, I mean prove of concept tender RFPlah, itu ialah tender tetap. Tapi kalau kita buat RFP (Request for Proposal), dia punya asas tadi dia punya konsep ialah kita minta syor-syor dan cadangan oleh pembida-pembida di mana mereka boleh berikan cadangan yang dirasa paling baik dan sesuai untuk projek tersebut.
Bukanlah sesuatu yang tetap. So di sini saya nak tau sama ada itu PDC apabila kita buat RFP, kebiasaannya, lazimnya jadi perkara yang lumrah ialah mesti ada Mesyuarat Pengesahan. Apa yang kita sebut sebagai Confirmation Meeting (dengan izin), Dato’ Speaker. So ini ialah untuk memastikan semua cara-cara ini dapatlah diseragamkan ataupun dirunding boleh atau tidak boleh terima. Saya rasa Dato’ Seri Rajoo sebagai seorang kontraktor pun tahu, inilah amalan yang biasa. Betul tak? Betul, dia pun angguk kepala. Bererti belakang pun mengangguk kepala. So itulah RFP.
Waktu syarikat betul, waktu Kerajaan tak betul.
Sorry, I’m just confirming the mode of RFP concept.
The process la, the process, saya cakap dengan process (Dewan ketawa). Saya cakap tentang proses dan konsep. Ini betul, itulah prosedur macam mana ia diadakan. So di sini apabila itu PDC, pengurusannya mengapa tidak adakan itu mesyuarat pengesahan dengan pihak pembida kerana kalau semua prosedur dipatuhi tinggal mesyuarat pengesahan dan dikatakan kerana ia lari daripada syarat-syarat yang ditetapkan. Itulah yang saya sebut, syarat-syarat ini mesti dibincang kecuali berkaitan dengan harga kerana dia reserve price. Kalau reserve price tak dipenuhi, tak payah bincanglah tapi kalau perkara lain macam disebut tadi, oh! geran tanah yang ditetapkan ialah 99 tahun tapi yang diminta ialah freehold, okey. Kalau tak setuju cakap tak setuju tapi kalau setuju harganya boleh ditambah lagi. Ini akan menjadi satu sumber tambahan hasil so itulah yang saya nak tahu. Kalau perkara ini, syarat-syarat ini adalah tetap kita jangan sebut ni sebagai RFP. Sesuai disebut sebagai satu
tender tetap supaya mereka tak boleh lari daripada semua syarat-syarat yang disyorkan. Dia mesti ikut, dia adalah dipaku mati di situ so itu bukanlah tender…(gangguan).
Cukup terang saya rasa.
Itu sedikit lagi Yang Berhormat. So itu bukanlah tender terbuka untuk RFP, so saya bimbang di sini Yang Amat Berhormat seperti Yang Amat Berhormat sebut tadi, kalau kita dapat RM646 juta apabila diberikan secara direct award semasa diberikan kepada Umech Construction, sekarang ada RM818 juta oleh sebuah syarikat IJM saya bimbang sekiranya masa depan kita mungkin tak boleh dapat harga yang lebih baik ataupun daripada sebuah syarikat IJM, itu semua GLC yang kalau syarikat biasa tak mampu bayar tapi IJM memang mampu bayar. Apakah jaminan bahawa kita boleh dapat satu tawaran yang lebih baik. Itulah yang saya khuatir kerana kita tau kerajaan kita sekarang menghadapi kekangan kewangan. Harap boleh dapat wang cepat supaya dapat mengisi itu dana Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada…(gangguan).
Saya minta mencelah.
Nanti.
Air Putih. Saya mahu jawab dulu. Saya sudah menghabiskan beberapa minit, mungkin 10, 20 minit menerangkan isu ini. Sudah jelas ada penyimpangan yang sendiri diperakui oleh pembida. Jadi saya rasa keputusan sudah dibuat bukan sahaja oleh Lembaga Tawaran tetapi juga setuju dengan oleh Lembaga PDC sendiri yang menerima syor daripada Lembaga Tawaran. Jadi saya rasa apa yang dihujahkan di sini cuma memberi satu pandangan sebab apa yang sudah diputuskan tidak boleh ditarik balik. Ya, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Air Putih, adakah tender tadi, Yang Berhormat Air Putih bilang, saya nak tanya sikit, ada tender ini dibuat dalam tahun masih Yang Berhormat jadi CM atau Padang Kota jadi CM. Saya tanya saja (Dewan ketawa).
Jangan ketawa. Jangan ketawa Telok Ayer Tawar. Dia tanya sebab maksud dia sapa Ketua Menteri kan? Ketua Menteri yang putuskanlah.
Pembentangan Rang Undang-UndangBill
Jadi, berhubung dengan Penerbitan sukuk sebagai sumber pembiayaan PDC kita ambil maklum bahawa dalam 10 tahun akan datang PDC ada pelbagai rancangan yang perlu pembiayaan untuk melaksanakan pembangunan ini dan MMK Kerajaan Negeri pada 13 November tahun ini telah meluluskan cadangan oleh PDC untuk menerbitkan sukuk sebanyak RM3 bilion mengikut unjuran aliran tunai 10 tahun PDC. Terbitan ini adalah secara berperingkat dan akan digunakan dalam tempoh 10 tahun bagi melakukan pembangunan yang sudah dirancangkan.
Walau bagaimanapun pelaksanaan ini tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan. Akhirnya Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerana dengan hasil komitmen dan hubungan erat yang tidak berbelah bahagi antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pemimpin, jabatan, agensi dan GLC telah membolehkan Kerajaan Negeri menjalankan amanah untuk membangunkan negeri ini demi kemakmuran rakyat. Kita perlu mengharungi cabaran dan dugaan tahun 2025 bersama-sama seiring menggalas tanggungjawab demi memastikan Pulau Pinang terus berada pada landasan yang telah dirancang dengan sumber kewangan yang terhad. Tanpa membelakangkan kepentingan rakyat di samping mencapai kedudukan ekonomi jitu serta cemerlang selaras dengan Visi Penang2030.
Segala cadangan dan komen positif yang dibangkitkan ketika perbahasan sememangnya akan diambil kira untuk penambahbaikan selaras dengan hasrat kita untuk merealisasikan sasaran kemajuan pembangunan Negeri Pulau Pinang. Dengan itu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telahpun membuat penggulungan. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025 dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘Ya’.
Ya.
Yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. Kita semua setuju.
Rang Undang-Undang bernama ‘suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu’.
Maka Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan di dalam Jawatankuasa.
Jadual.
Kepala B01 Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan, RM182,334,544.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM182,334,544.00 sahaja untuk Kepala B01. Adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Ya.
Kepala B02, Pejabat Tanah dan Galian, RM17,000,511.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM17,000,511.00 sahaja untuk kepala B02 adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B03 – Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut – RM8,065,385 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Enam Puluh Lima Ribu, Tiga Ratus Lapan Puluh Lima Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM8,065,385 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Enam Puluh Lima Ribu, Tiga Ratus Lapan Puluh Lima Ringgit Sahaja) untuk kepala B03 adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Duit banyak ya. Jangan silap oh.
Seterusnya Kepala B04 – Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya – RM7,997,297 (Ringgit Malaysia: Tujuh Juta, Sembilan Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu, Dua Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM7,997,297 (Ringgit Malaysia: Tujuh Juta, Sembilan Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu, Dua Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ringgit Sahaja) untuk kepala B04, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B05 – Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Utara – RM9,973,090 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta, Sembilan Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu, Sembilan Puluh Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM9,973,090 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta, Sembilan Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu, Sembilan Puluh Ringgit Sahaja) untuk kepala B05, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B06 – Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Tengah – RM9,843,198 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta, Lapan Ratus Empat Puluh Tiga Ribu, Seratus Sembilan Puluh Lapan Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM9,843,198 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta, Lapan Ratus Empat Puluh Tiga Ribu, Seratus Sembilan Puluh Lapan Ringgit Sahaja) untuk kepala B06, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B07 – Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Selatan – RM8,031,033 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta, Tiga Puluh Satu Ribu, Tiga Puluh Tiga Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM8,031,033 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta, Tiga Puluh Satu Ribu, Tiga Puluh Tiga Ringgit Sahaja) untuk kepala B07, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B08 – Jabatan Pengairan dan Saliran – RM46,784,075 (Ringgit Malaysia: Empat Lapan Enam Juta, Tujuh Ratus Lapan Puluh Empat Ribu, Tujuh Puluh Lima Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM46,784,075 (Ringgit Malaysia : Empat Lapan Enam Juta, Tujuh Ratus Lapan Puluh Empat Ribu, Tujuh Puluh Lima Ringgit Sahaja) untuk kepala B08, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kena ya, kalau tak ya tak lulus ah. Kepala B09 – Jabatan Perhutanan – RM4,438,869 (Ringgit Malaysia : Empat Juta, Empat Ratus Tiga Puluh Lapan Ribu, Lapan Ratus Enam Puluh Sembilan Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM4,438,869 (Ringgit Malaysia: Empat Juta, Empat Ratus Tiga Puluh
Lapan Ribu, Lapan Ratus Enam Puluh Sembilan Ringgit Sahaja) untuk kepala B09, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B10 – Jabatan Taman Botani – RM5,691,632 (Ringgit Malaysia: Lima Juta, Enam Ratus Sembilan Puluh Satu Ribu, Enam Ratus Tiga Puluh Dua Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM5,691,632 (Ringgit Malaysia: Lima Juta, Enam Ratus Sembilan Puluh Satu Ribu, Enam Ratus Tiga Puluh Dua Ringgit Sahaja) untuk kepala B10, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B12 – Jabatan Kerja Raya – RM44,265,241 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Empat Juta, Dua Ratus Enam Puluh Lima Ribu, Dua Ratus Empat Puluh Satu Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM44,265,241 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Empat Juta, Dua Ratus Enam Puluh Lima Ribu, Dua Ratus Empat Puluh Satu Ringgit Sahaja) untuk kepala B12, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B13 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam – RM23,852,042 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Tiga Juta, Lapan Ratus Lima Puluh Dua Ribu, Empat Puluh Dua Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM23,852,042 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Tiga Juta, Lapan Ratus Lima Puluh Dua Ribu, Empat Puluh Dua Ringgit Sahaja) untuk kepala B13, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B14 – Jabatan Kebajikan Masyarakat – RM12,128,011 (Ringgit Malaysia: Dua Belas Juta, Seratus Dua Puluh Lapan Ribu, Sebelas Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM12,128,011 (Ringgit Malaysia: Dua Belas Juta, Seratus Dua Puluh Lapan Ribu, Sebelas Ringgit Sahaja) untuk kepala B14, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B15 – Jabatan Perancang Bandar dan Desa – RM5,207,010 (Ringgit Malaysia: Lima Juta, Dua Ratus Tujuh Ribu, Sepuluh Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM5,207,010 (Ringgit Malaysia: Lima Juta, Dua Ratus Tujuh Ribu, Sepuluh Ringgit Sahaja) untuk kepala B15, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B16 – Jabatan Kewangan Negeri – RM487,340,054 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Lapan Puluh Tujuh Juta, Tiga Ratus Empat Puluh Ribu, Lima Puluh Empat Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM487,340,054 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Lapan Puluh Tujuh Juta, Tiga Ratus Empat Puluh Ribu, Lima Puluh Empat Ringgit Sahaja) untuk kepala B16, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B17 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar – RM8,283,970 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta, Dua Ratus Lapan Puluh Tiga Ribu, Sembilan Ratus Tujuh Puluh Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM8,283,970 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta, Dua Ratus Lapan Puluh Tiga Ribu, Sembilan Ratus Tujuh Puluh Ringgit Sahaja) untuk kepala B17, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B18 – Jabatan Pertanian – RM9,703,217 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta, Tujuh Ratus Tiga Ribu, Dua Ratus Tujuh Belas Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM9,703,217 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta, Tujuh Ratus Tiga Ribu, Dua Ratus Tujuh Belas Ringgit Sahaja) untuk kepala B18, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B19 – Jabatan Mufti – RM3,073,470 (Ringgit Malaysia: Tiga Juta, Tujuh Puluh Tiga Ribu, Empat Ratus Tujuh Puluh Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM3,073,470 (Ringgit Malaysia: Tiga Juta, Tujuh Puluh Tiga Ribu, Empat Ratus Tujuh Puluh Ringgit Sahaja) untuk kepala B19, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B20 – Jabatan Kehakiman Syariah – RM9,475,005 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta, Empat Ratus Tujuh Puluh Lima Ribu, Lima Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM9,475,005 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta, Empat Ratus Tujuh Puluh Lima Ribu, Lima Ringgit Sahaja) untuk kepala B20, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Kepala B21 – Jabatan Pendakwaan Syariah – RM1,784,303 (Ringgit Malaysia: Satu Juta, Tujuh Ratus Lapan Puluh Empat Ribu, Tiga Ratus Tiga Ringgit Sahaja) Bahawa jumlah wang sebanyak RM1,784,303 (Ringgit Malaysia: Satu Juta, Tujuh Ratus Lapan Puluh Empat Ribu, Tiga Ratus Tiga Ringgit Sahaja) untuk kepala B21, adakah menjadi sebahagian daripada jadual?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Fasal 1.
Maka, Fasal 1 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?
Semua Ahli Dewan: Ya.
Fasal 2.
Fasal 2 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Rang Undang-Undang bernama ‘Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi Tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu’.
Maka tajuk penuh dan fasal yang mengundangkan adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Dewan bersidang semula.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025, telahpun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan.
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang ialah Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘Ya’.
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. Sebulat suara, kita terima. Terima kasih.
Enakmen Perbekalan Tahun 2025. Maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, maka Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan telah diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya masalah yang kita hadapi adalah usul yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang berbunyi.
Usul Daripada Yab Ketua MenteriMotion
‘Bahawa Dewan ini meluluskan Perbelanjaan sebanyak RM220,000,010.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Dua Puluh Juta Dan Sepuluh Ringgit Sahaja) yang tertera di dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2025, yang telahpun dibentangkan sebagai Risalah Dewan Undangan Negeri Bilangan 6 Tahun 2024 dan menetapkan bahawa jumlah yang tersebut hendaklah diguna bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2025 itu.
Ahli-ahli yang bersetuju katakan “Ya”.
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’.
‘Ya’, lebih banyak. Usul dipersetujui.
Usul daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Sila Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya mohon mencadangkan: “Bahawa Dewan ini meluluskan usul pengasingan Kumpulan Wang Amanah dan penutupan Kumpulan Wang Amanah bagi dua (2) Jawatankuasa di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelbagai Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang”
Sila.
Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 memperuntukkan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan berasaskan resolusi Badan Perundangan Persekutuan dan Negeri. Bagi mengakaun terimaan dari peruntukan kerajaan dan bayaran bagi maksud khas tertentu. Panduan Tatacara Pengurusan Akaun Amanah atau Kumpulan Wang Amanah digariskan melalui Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP10.4. Berdasarkan Pekeliling tersebut, setiap penubuhan dan penutupan Akaun Amanah di bawah seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan hendaklah melalui resolusi Badan Perundangan Persekutuan dan Negeri.
Untuk tujuan usul ini, perkara pertama, Pengasingan Akaun Amanah di bawah Kumpulan Wang Amanah pelbagai Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang. Akaun Amanah Jawatankuasa Induk Pelancongan, Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Jawatankuasa Tapak Pesta telah diwujudkan selaras dengan kelulusan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pelbagai Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang pada tahun 1996 di bawah satu (1)
surat Ikatan Amanah. Hasil kepada aktiviti pemurnian Akaun Amanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2023 dan pemerhatian oleh Jabatan Audit Negara.
Ketiga-tiga Akaun Amanah ini wajar ditadbir melalui surat Ikatan Amanah masing-masing yang dikawal selia melalui Pegawai Pengawal yang berkaitan yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Induk Industri Pelancongan, Kumpulan Wang Amanah Hal Ehwal Wanita dan Keluarga dan Kumpulan Wang Amanah Tapak Pesta Pulau Pinang. Surat Ikatan Amanah Kumpulan Wang Amanah Pelbagai Jawatankuasa Pulau Pinang adalah dibatalkan. Kedua, penutupan Akaun Amanah Kerajaan yang telah tidak digunakan, selaras dengan aktiviti pemurnian Akaun Amanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2023.
Akaun Amanah seperti berikut dicadangkan untuk ditutup kerana tidak lagi digunakan dan mempunyai fungsi bertindih dengan penyaluran peruntukan MMK di bawah Perbelanjaan Mengurus atau fungsi Akaun Amanah yang lain.
(a) Akaun Amanah Jawatankuasa Ekspo Pertanian. Tujuan Akaun Amanah ini
membiayai aktiviti operasi dan kerja-kerja penyelenggaraan serta pembaikan
tapak eskpo di Bandar Seberang Jaya. Justikasi penutupan tapak ekspo telah
diambil alih dan diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
(PDC).
(b) Akaun Amanah Pesta Pulau Pinang. Tujuan membiayai Program Pesta
Negeri Pulau Pinang. Justifikasi penutupan, fungsi bertindih dengan
penyaluran peruntukan MMK di bawah Perbelanjaan Mengurus dan
penggunaan hanya sebagai perantara bagi mendapat peruntukan bagi
aktiviti Pesta Pulau Pinang yang mempunyai Akaun Amanah tersendiri
iaitu Kumpulan Wang Amanah Tapak Pesta Pulau Pinang.
(c) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Maksimun 80 Peratus Negeri
Pulau Pinang (TPM80PP). Tujuannya membiayai penyelenggaraan
perumahan berstrata pada harga maksimun RM1,500.00 mengikut
Perjanjian Jual Beli kali pertama. Justifikasi penutupan fungsi
TPM80PP telah diambil alih oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau
Pinang.
Perkara yang ketiga, pengkelasan semula Akaun Amanah dari Seksyen 9 ke Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Kumpulan Wang Pembangunan Hutan ditubuhkan selaras dengan Akta Perhutanan Negara 1984. Penubuhan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Negeri Pulau Pinang telah dluluskan oleh MMK pada tahun 1987 dan telah diwujudkan di bawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan Tahun 1957 pada tahun 1991 sebagai Akaun Amanah Awam. Peruntukan Seksyen 57 (1)(a) Akta Perhutanan Negara 1984 menyatakan maka hendaklah dibayar kepada kumpulan wang sejumlah wang yang akan diperuntukkan secara tahunan oleh Dewan Undangan Negeri yang perlu bagi maksud kumpulan wang itu bagi tahun kewangan yang berikutnya.
Selaras dengan peruntukan tersebut Kumpulan Wang Pembangunan Hutan ini wajar dikelaskan semula sebagai Akaun Amanah Kerajaan sejajar dengan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Dengan ini saya mohon mencadang usul ini (gangguan) dan harap dapat diluluskan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat aa…
Aaa... YB Speaker. Yang Berhormat.
Okey
Boleh saya buat satu usul. Saya termimpi (suara ketawa) aaa… termimpi dan terlihat (gangguan) kita tengok tadi CM cakap duit juta empat juta lapan juta sepuluh juta, berjuta-juta. Tapi saya cadang tengok hari ni saya tengok Negeri Sembilan mimpi ngeri yang terbaik. Naik 30 percent. MB, EXCO, ADUN 30 percent naik. Paper Cina pulak dia tulis Bahasa Cina tapi saya faham baca (suara gelak ramai) MB naik, EXCO naik ADUN naik 30 percent saya mintak Pulau Pinang pun bolehlah kalau tak tiga, betul. Speaker naik, Speaker dia naik lebih sikit kot perasan 40, haa… (suara gelak ramai)
Ini bahaya. Ini bahaya.
Saya mintak sokonglah, semua... (suara gelak ramai).
Bab, bab duit Bahasa Cina pun dia tau… (gelak kuat) Ayoo baca…
Lu chai wa chai cincai… (suara gelak kuat).
Rasa tak perlu jawab ya… (gangguan)
Usul mintak disokong. Semua ADUN.
Ni Telok Ayer Tawar, saya rasa Dewan dengar dan barisan Kerajaan pun dengarlah. Bagi mereka kaji dan mereka akan jawablah. (Gangguan) Tapi, yang itu bukan usul ya. (gelak kuat).
Dari awal ucapan Belanjawan saya sudah sebutkan.
Dia kaji.
Saya sudah sebut.
Dia baru mimpi… (suara tidak jelas) kita bersidang dengan penuh berhemah dengan tatasusila… (kurang jelas). Kita minta dengan berhemah kepada CM.
Yang saya difahamkan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan pun guna alasan bahawa setiap 10 tahun boleh dikaji semula dan itu keputusan pihak Kerajaan Negeri Sembilan lah. Kita Penang nanti kita biar pihak kerajaan untuk kajikan.
Kita Penang lagi kaya daripada Negeri Sembilan, kita tujuh negeri yang terkaya dalam Malaysia, tak termasuk Negeri Sembilan…
(Ketawa) Okey, dan kita balik ya kepada usul. Saya nak mohon, kalau ikut kita dalam sesi perbahasan atas usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormatlah. (Kurang jelas) Owh, no no bukan. Bukan usul yang itu… (suara ketawa)
Saya bawa untuk Kerajaan dan Pembangkang usul ni. Belum habis Dewan kita boleh bawa usul lagi. Kalau Dewan dah tamat baru kita tak boleh bawa usul, Dewan masih bersidang kita boleh bukakan usul, maka saya minta sokong semua… (gangguan).
Telok Ayer Tawar, tidak perlu disegerakan yang ini. Okey, nampaknya rakan-rakan Yang Berhormat tak begitu berminat berbahas atas usul ini. Saya tanya sekali kalau ada kita boleh bahaslah atas usul yang telahpun dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat. Kalau takde saya nak mintak Yang Amat Berhormat kalau ada penggulungan, kalau takde pun takpa.
Tidak.
Tidak. Okey... (Suara ramai gelak)
Dewan Ditangguhkan
Telok Ayer Tawar. Tidak itu untuk usul ini ya, bukan usul you lah, ada chance lagi (ketawa) Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat. Maka kita kena selesaikan usul ini ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat bahawa Dewan ini meluluskan usul pengasingan Kumpulan Wang Amanah dan penutupan Kumpulan Wang Amanah bagi dua jawatankuasa di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelbagai Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang dipersetujui. Ahli-ahli yang bersetuju katakan Ya.
Semua Ahli Dewan:
Ya.
Yang tidak bersetuju katakan Tidak. Wah, sebab nak naik kot. Usul dipersetujui semua.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua.
Respon dah.
Saya akan membawa usul yang amat penting. Saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan sekarang… (Suara gelak kuat)
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan dan usul telah mendapat sokongan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekali lagilah saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telahpun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan, penggulungan dan atas semua kerjasama yang telah diberikan sepanjang perjalanan persidangan Dewan kali ini. Maka dengan ini Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklum kelak. Sekian, terima kasih. Nanti kita bergambar satulah, ya.
Dewan ditangguhkan pada jam 5.40 petang.