Pulau Pinang · 19 May 2025
Mesyuarat pertama penggal ketiga dun ke 15 · 375 turns · 57,599 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bacaan doa.
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah hirabbil alamin wassalatu wassalamuala asyrofil ambiya iwal mursalin Saidina wamaulana Muhammad waala alihi wasahbihi ajma'in.
Ya Allah kami mohonkan dengan sepenuh-penuhnya daripada Mu yang Maha Pemurah moga-moga dilimpahkan nikmatMu di atas kami hamba-hambaMu yang mana kami ini telah dengan kehendakMu dipilih menjaga amanah tanah ini. Kami berdoa supaya rahmatMu dicurahkan kepada kami yang berhimpun di sini dan kami pinta pada Mu yang mana kami dapat menimbangkan sebarang perkara yang dibawa kepada kami dengan segala keadilan dan keikhlasan. Semoga dimuliakan segala kebesaranMu dan semoga dapat mengadakan keamanan, kemakmuran dan kebajikan oleh kerajaan dan penduduk Negeri Pulau Pinang.
Robbana atina fitdunya hasanah wafilakhirotihasanah waqina aza bannar wasolallah huala Saidina Muhammad waala alihi wasohbihi wabarik wasallim amin.
Ahli-ahli Yang Berhormat, lafaz ikrar Rukun Negara.
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak, mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati, bersama secara adil dan saksama menjamin satu cara liberal terhadap, tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi, moden.
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar, akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut, berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat maka Dewan bersidang semula.
Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat dimaklumkan bahawasanya pada 14 April 2025 kita telah dikejutkan dengan berita pemergian mantan Perdana Menteri yang kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tun bermula berkhidmat sebagai Ahli Parlimen kawasan Kepala Batas mulai tahun 1978, ucapan takziah dipanjangkan kepada ahli keluarga Tun dan semoga mereka tabah, dan dugaan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat turut dimaklumkan bahawanya mendiang Tan Sri Khoo Kah Poh telah meninggal dunia pada 19 Januari 2025. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Tanjung Utara, Kampung Kolam dan Sungai Pinang dari tahun 1964 sehingga 1978. Allahyarham Dr. Radin Muhammad Amin bin Radin Hadi Munir telah meninggal dunia pada 13 April 2025. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Seberang Jaya dari tahun 1999 hingga 2004 dan Allahyarham Abdul Roni bin A. Hassan telah meninggal dunia pada 15 Mei 2025, beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Telok Ayer Tawar dari 1986 hingga 1990 dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Permatang Berangan dari 1999 hingga 2004. Maka dengan itu para hadirin saya mohon untuk kita bersama-sama bertafakur selama seminit, para hadirin diminta berdiri.
Sila duduk terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum kita meneruskan agenda mesyuarat untuk pagi ini Dewan yang Mulia ini merakamkan ucapan selamat datang kepada Yang Berhormat Puan Wan Nor Sakina binti Saad, Penasihat Undang-Undang Negeri kita yang telah pun memulakan tugasan beliau pada 2 Januari 2025 yang lalu. Selamat datang. Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat bagi persidangan kali ini tempoh masa untuk kita berbahas adalah sama tidak lebih daripada 20 minit telah pun diperuntukan untuk kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat dan minta Ahli-ahli Yang Berhormat menyusunkan agenda-agenda perbahasan, tajuk-tajuk, perkara-perkara yang ingin dibahaskan dengan lancar dan sempurna dan juga Dewan akan terus bersidang tanpa waktu rehatlah. Oleh itu Ahli-ahli Yang Berhormat diminta menguruskan masa sendiri, yang ini termasuk waktu makan, solat, mengikut kesesuaian masing-masing dan tidak terlupa Jumaat yang lalu Yang Berhormat Ahli kawasan Bertam tidak nampak di dalam Dewan dan beliau telah pun memaklumkan kepada saya sebab sakit. So untuk makluman Ahli-ahli Dewan ini juga. Ahli-ahli Yang Berhormat pada sesi kali ini kita akan mempertimbangkan sejumlah 75 soalan lisan, 769 soalan bertulis, 2 Rang Undang-Undang dan 3 Usul Mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan selesai. Sila.
Pembentangan risalah.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon membentangkan di atas meja Dewan, Risalah Bilangan 1 hingga 3 tahun 2025 seperti yang tersenarai dalam Susunan Urusan Mesyuarat. Terima kasih.
Soalan-soalan. Soalan bertulis.
Perbahasan Soalan-Soalan LisanQuestions
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri jawapan kepada soalan-soalan bertulis telah diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya selaras dengan Subperaturan 15(1)(h) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih.
Soalan lisan.
Soalan lisan. Sila Yang Berhormat Ahli Kawasan Bukit Tambun.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan saya soalan nombor 1.
1. Nyatakan jumlah terkini Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah
Disatukan dan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
(a) Huraikan penyata kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2024.
(b) Huraikan pendapatan dan perbelanjaan terkini bagi tahun 2025.
(c) Senaraikan sumber pendapatan baru bagi tahun 2025.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Dewan yang Mulia, ini butiran jumlah terkini Akaun Hasil Disatukan adalah seperti berikut:
Setakat 30 April 2025, kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM1.535 juta atau RM1,535 juta merangkumi akaun hasil disatukan berjumlah RM199.22 juta dan akaun amanah disatukan berjumlah RM1,335.78 juta. Penyata kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2024, yang belum diauditkan menunjukkan kedudukan kumpulan wang disatukan berjumlah RM1,384.74 juta berbanding RM1,466.04 juta pada tahun 2023 merangkumi akaun hasil disatukan berjumlah RM155.94 juta dan akaun amanah disatukan berjumlah RM1,228.80 juta. Akaun hasil disatukan menurun sebanyak RM174.09 juta, berbanding tahun 2023 manakala akaun amanah di satukan meningkat sebanyak RM92.79 juta berbanding tahun 2023. Kerajaan Negeri telah mengakhiri tahun kewangan 2024 dengan kurangan semasa berjumlah RM174.09 juta lebih rendah berbanding kurangan tahun 2023 berjumlah RM358.80 juta.
Kurangan ini adalah disebabkan hasil diperolehi adalah berjumlah RM810.46 juta berbanding perbelanjaan mengurus berjumlah RM719.55 juta dan pindahan ke kumpulan wang pembangunan berjumlah RM265 juta. Kerajaan Negeri telah menerima pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM100 juta bagi menampung aliran tunai yang antaranya menyumbang kepada peningkatan akaun amanah disatukan. Sehingga 31 Mac tahun ini, Kerajaan Negeri telah mencatatkan jumlah pendapatan yang bernilai RM268.46 juta. Manakala perbelanjaan pula telah mencatatkan sejumlah RM203.18 juta. Ini menjadikan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah surplus sebanyak RM65.27 juta berakhir 31 Mac tahun ini. Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif bagi mengenal pasti sumber pendapatan baharu bagi tahun 2025 melalui dua siri bengkel yang diadakan iaitu Bengkel Semakan Kadar, Prosedur Kutipan Hasil dan Mengenalpasti Isu-Isu Melibatkan Tunggakan dan Pengurangan Hasil Negeri Pulau Pinang. Bengkel ini diadakan pada 2-4 Ogos 2024. Kedua, Bengkel Halatuju dan Peningkatan Hasil Pentadbiran dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 15-18 Januari tahun ini. Dapatan kedua-dua bengkel tersebut telah menghasilkan 24 strategi peningkatan atau pemantapan hasil. Sebanyak sembilan strategi dalam tindakan pelaksanaan pada tahun 2025 yang dilampirkan dan akan diletakkan dalam meja Yang Berhormat setelah selesai sesi soalan lisan. Mungkin secara ringkas, antara strategi yang dicadangkan dan ada pun sudah dilaksanakan, melaksanakan kutipan tunggakan cukai, cadangan lelongan tanah-tanah kerajaan, semakan proses tukar syarat dan kategori tanah, semakan semula kadar lesen liquor, semakan semula kadar duti hiburan dan penambahbaikan proses kerja kutipan duti hiburan, meningkatkan caj rawatan pembedahan, jualan ubat dan perkhidmatan haiwan seperti diluluskan dalam Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kajian semula kadar perkhidmatan sewaan pokok-pokok hiasan di Taman Botani, cadangan kerjasama dengan pihak swasta dalam menguruskan kuarters-kuarters kerajaan, semakan semula fi hotel dan lain-lain strategi yang dirangka untuk dilaksanakan kelak.
Terima kasih. Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Padang Kota atas jawapan yang begitu teliti. Sepanjang tujuh (7) tahun saya di sini, saya sentiasa meneliti Penyata Kewangan yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan saya mendapati bahawa sepanjang tujuh (7) tahun ini kita lebih tumpu kepada kawalan perbelanjaan, dan terapkan perbelanjaan lebih berhemah. Akan tetapi, dari segi gaji kakitangan awam atau perbelanjaan semasa akan meningkat setiap tahun. Oleh itu bagaimana kita squeez (dengan izin), nak kurangkan peruntukan EXCO atau kurangkan peruntukan kepada GLC, kita masih lagi terdapat defisit iaitu sebanyak RM174.09 juta pada tahun 2024. Oleh itu, dari segi kita sebenarnya perlu meningkatkan pendapatan kepada Kerajaan Negeri dan pada pendapat saya kita hanya boleh jual tanah atau naik cukai tanah. Oleh itu, soalan saya, berapakah lagi bank tanah tebus guna yang boleh dijual oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh lima tahun akan datang dan anggaran pendapatan yang boleh kita perolehi? Seperti tahun lalu lonjakan lebih kurang RM590 juta hingga RM810 juta. Kedua, bilakah masa yang sesuai untuk kita memperkenalkan kadar cukai tanah yang baru untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri? Itu saja soalan saya.
Itu sahaja? Begitu banyak, itu sahaja. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun yang senantiasa prihatin tentang kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tadi Yang Berhormat menyatakan isu berhubung dengan mengawal perbelanjaan. Sememangnya itu satu kaedah yang akan diambil oleh kerajaan mana pun, syarikat mana pun. Di tangan kiri mengawal perbelanjaan, di tangan kanan menambahkan hasil. Supaya kalau hasil lebih banyak kita dapat surplus (dengan izin), kalau perbelanjaan lebih banyak, kita dapat keadaan defisit secara ringkas dia. Jadi kita boleh rumuskan dalam banyak tahun ini kita gagal dari segi pengawalan perbelanjaan sebab perbelanjaan kian meningkat tahun demi tahun, satu contoh yang Yang Berhormat nyatakan, penyelarasan gaji dan sebagainya akan membawa impak kepada emolumen dan menyebabkan perbelanjaan akan meningkat dan banyak lagi perkara yang menyebabkan peningkatan perbelanjaan misalnya program i-Sejahtera dengan penambahan rakyat yang mencapai kelayakan demi menerima bantuan kewangan, maka ini juga satu yang akan menyebabkan perbelanjaan.
Oleh itu saya kata kita gagal mengawal sebab ianya melibatkan peruntukan yang statutory (dengan izin) yang perlu ditunaikan ataupun satu janjian politik yang perlu ditunaikan dan seterusnya. Dari segi pendapatan, kita setuju dengan pandangan Yang Berhormat, pandangan luar daripada negeri Pulau Pinang termasuk Kerajaan Persekutuan selalu menganggap negeri Pulau Pinang sebuah negeri yang kaya. Kalau mengikut statistik yang kita dengar dari semasa ke semasa, pelaburan asing naik berbilion-bilion, Yang Berhormat Telok Ayer Tawar pun gembira mendengar berita ini sebab mungkin dia kata boleh naik gaji kalau sebab investment (dengan izin) naik berbilion-bilion tetapi sumbangan cukai daripada hasil pelaburan ini adalah menyumbang terus kepada persekutuan. Tapi apa yang diperolehi oleh negeri dari segi manfaat daripada pelaburan ini adalah mungkin penjualan tanah, peluang pekerjaan, apabila dalam proses pembinaan kilang, mungkin rangkaian bekalan tempatan boleh menjayakan projek-projek, itulah hasil daripada pelaburan dan syarikat-syarikat yang membantu merealisasikan pelaburan itu pun bayar cukai kepada pusat dari keuntungan itu. Jadi itulah kekangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila kita tak ada banyak sumber asli untuk membawa hasil kepada negeri.
Dan soalan yang diminta oleh Yang Berhormat. Adakah, berapa banyak lagi, bukan banyaklah, berapa kurang lagi tanah-tanah yang boleh membawa hasil kepada Kerajaan Negeri? Saya lihat ada dua kaedahnya sekurang-kurangnya, satu adalah melalui pelupusan tanah-tanah kerajaan sama ada dari segi pemberimilikan kepada pemohon dan keduanya menawarkan tanah-tanah kerajaan yang mempunyai potensi untuk pembangunan kepada pihak-pihak swasta dan sekiranya melalui RFP atau tender dan sebagainya, ia akan membawa hasil kepada Kerajaan Negeri. Tadi dalam jawapan, saya pun menyatakan dari semasa ke semasa Kerajaan Negeri menyita tanah-tanah yang tidak membayar cukai dan kita cadang melelongkan tanah-tanah sedemikian tetapi tanah-tanah ini bukan bersaiz besar, mungkin dalam lingkungan beberapa ribu kaki persegi sahaja. Itulah sumber-sumber yang kita boleh hasilkan oleh Kerajaan Negeri sendiri.
Manakala kaedah kedua adalah melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang yang menjadi sayap dan penting kepada Kerajaan Negeri di mana tanah-tanah yang diusahakan khususnya projek-projek tambakan akan kita tetapkan peratusan perkongsian hasil di antara PDC dengan Kerajaan Negeri, maka dari peratusan perkongsian itu melalui projek-projek tambakan itu akan mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri. Jadi apabila ada projek-projek sedemikian, hasil akan masuk ke Kerajaan Negeri yang pada beberapa tahun yang lepas mungkin ada satu dua tahun yang kita nampak satu lonjakan tambahan
hasil, tak perlu cari sumber dari mana, sumber adalah daripada perkongsian hasil daripada penjualan tanah ataupun perkongsian hasil daripada PDC. Sekian.
Kadar cukai. Yang Berhormat, satu lagi soalan yang ditanyakan sebab sabit kadar cukai tanah baru.
Ada? Ini masih dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Saya jemput Ahli-ahli Yang Berhormat mencadangkan tarikh yang sesuai.
Soalan tambahan.
Sila Bukit Tengah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas jawapan. Tadi disebutkan bahawa Kerajaan Pusat ada memberi RM100 juta dalam kepada Kewangan Negeri sebagai yang kita kira sebagai sebahagian hasil kita. Bolehkah Yang Amat Berhormat memberi pecahan kiraan bagaimana RM100 juta ini diperolehi, under what heading dan sama ada daripada pandangan Ketua Menteri, jumlah RM100 juta itu adalah memadai, cukup berbanding dengan sumbangan negeri kita kepada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih dan apa yang boleh dibuat untuk meningkatkan lagi peruntukan daripada Kerajaan Pusat?
RM100 juta yang disalurkan untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan ini adalah dalam keadaan Perlembagaan pun di mana negeri-negeri yang menghadapi kekangan dari segi aliran tunai boleh pohon kepada Kerajaan Persekutuan, Kementerian Kewangan untuk membantu negeri-negeri yang menghadapi aliran tunai. Maka pada tahun yang lepas untuk memastikan kita tidak menghadapi keadaan sedemikian, kita telah pohon supaya Kerajaan Negeri menyalurkan dana ini untuk tujuan standby (dengan izin) sekiranya kita menghadapi kekurangan ataupun defisit yang kita anggarkan berlaku, berlaku dan menyebabkan aliran tunai menjadi masalah menjelang tahun akan datang. Jadi memang kita sudah terima tetapi sepertimana saya terangkan tadi, anggaran defisit yang begitu besar itu sehingga RM500 lebih juta tidak berlaku.
Syukurlah tidak berlaku tetapi masih defisit RM500 lebih juta tak berlaku tetapi oleh kerana hasil yang masuk kita dapat mengurangkan defisit sehingga seratus lebih seperti mana saya terangkan. Oleh itu, Akaun Hasil Disatukan mempunyai RM100 lebih juta untuk memulakan tahun 2025 berbanding dengan anggaran RM50 juta sahaja. At first, I think we budget for RM50 million cash flow untuk menampung bulan Januari hingga Mac tetapi oleh kerana tambahan hasil, kita mengakhiri tahun itu dengan RM195 million saya rasakan, instead of RM50 million seperti dianggarkan.
Oleh itu, itu adalah untuk satu tujuan yang spesifik yang perlu dibayar balik. Perlu bayar balik it is only of stand by mode sekiranya kita menambah baik keadaan, kita sepatutnya perlu pulangkan wang ini kepada Kerajaan Pusat.
Terima kasih. Soalan nombor 2, saya mempersilakan Bukit Tengah.
Dato’ Seri Speaker, soalan saya nombor 2.
2. Apakah impak kenaikan tarif Amerika Syarikat kepada ekonomi negeri dan
nyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil Kerajaan Negeri
untuk menghadapi cabaran kenaikan tarif Amerika Syarikat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tengah. Saya mohon izin daripada Dato’ Seri Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Bukit Tengah bersama dengan soalan nombor 5 Pengkalan Kota, nombor 7 Batu Uban, nombor 14 Yang Berhormat Bertam dan nombor 23 Yang Berhormat Sungai Dua kerana melibatkan isu yang sama iaitu impak kenaikan tarif kepada ekonomi Negeri Pulau Pinang.
5. Mohon penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri berkenaan kesan
daripada kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap sektor eksport dan
ekonomi Negeri Pulau Pinang, khususnya industri berasaskan teknologi dan
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
7. Apakah kesan secara langsung dan tidak langsung kepada industri-industri
di Pulau Pinang akibat daripada tarif yang diumumkan oleh Presiden Donald
Trump?
(a) Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri
(b) Adakah tarif ini akan menjejaskan pendapatan Kerajaan Negeri
melalui sektor elektrik dan elektronik?
14. Apakah intervensi oleh Kerajaan Negeri dalam menangani permasalahan
dan ketidaktentuan ekonomi serta dagangan dihadapi syarikat – syarikat
pengeluar produk elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor yang
beroperasi di Pulau Pinang berikutan tindakan pentadbiran Trump
mengenakan tarif ke atas import dari Malaysia?
23. Apakah impak kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat ke atas sektor eksport
di Pulau Pinang, khususnya industri elektrik dan elektronik?
(a) Apakah langkah mitigasi Kerajaan Negeri bagi melindungi pelabur
dan pengilang tempatan?
(b) Adakah unjuran pelaburan asing negeri dijangka terjejas tahun ini?
Sila.
Kesan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat terhadap industri eksport Pulau Pinang khususnya sektor elektrik dan elektronik adalah seperti berikut. Pengenalan tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat ke atas 57 negara dan wilayah sememangnya telah menggegarkan dunia termasuk Malaysia. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling berpotensi terkesan dengan pelaksanaan tarif timbal balik memandangkan Amerika Syarikat merupakan negara kedua tertinggi dalam senarai eksport dari Pulau Pinang dengan nilai RM76 bilion bersamaan 17 peratus daripada keseluruhan nilai eksport negeri pada 2023. Malah negara tersebut iaitu Amerika Syarikat juga merupakan rakan dagangan utama kepada Pulau Pinang dengan lebihan dagangan bernilai RM57.7 bilion pada tahun 2024. Justeru, pelaksanaan tarif ini dikhuatiri bakal memberi impak serius kepada Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di Malaysia.
Kesan kepada Pulau Pinang, satu, kepada pemain industri. Situasi kenaikan tarif menyebabkan pembelian dan pesanan dari Amerika Syarikat menjadi perlahan. Situasi ini menyebabkan perniagaan pemain-pemain industri di Pulau Pinang menjadi kurang berdaya saing seterusnya memberi tekanan dan menggugat kesinambungan perniagaan pemain industri dalam ekonomi negeri kita. (b) Syarikat-syarikat berorientasikan eksport, kini menilai semula strategi perniagaan dengan serta-merta. Banyak syarikat kini menyemak semula unjuran untung dan rugi masing-masing sambil meneroka usaha penjajaran semula rangkaian bekalan. (c) Perniagaan antarabangsa dan tempatan di Pulau Pinang, mengambil langkah berhati-hati serta pendekatan tunggu dan lihat, wait and see approach. Perkara ini secara tidak langsung telah melambatkan keputusan pelaburan dan perancangan jangka panjang. Impak kepada sektor Elektrik dan Elektronik, terdapat kebimbangan meningkat mengenai kemungkinan akan berlaku lambakan inventori berlebihan dari negara-negara serantau ke dalam pasaran tempatan Malaysia. Situasi ini akan menjejaskan harga pasaran dan meningkatkan jumlah inventori tidak terjual.
Impak kepada perusahaan kecil dan sederhana atau PKS, situasi lambakan inventori berlebihan dari negara luar ini boleh menggugat pengilang tempatan khususnya PKS dan mengganggu harga pasaran barangan serta mengurangkan lagi margin keuntungan PKS tempatan. Industri PKS tempatan turut terkesan kerana kenaikan kos menjalankan perniagaan disebabkan oleh dasar-dasar dalam negara. Ini termasuk gaji minimum baru, peningkatan tarif elektrik, peningkatan cukai jualan dan perkhidmatan. Selain itu, PKS juga perlu menghadapi peningkatan pemerolehan asing syarikat tempatan yang menyebabkan PKS bergelut untuk bersaing dalam kos dan produktiviti. Namun begitu PKS tempatan juga boleh menikmati manfaat dari strategi China Plus One.
Impak kepada industri semikonduktor pula, pengenalan tarif yang tinggi oleh Amerika Syarikat berpotensi memberi impak signifikan dan menjejaskan persepsi pelabur terhadap daya saing industri semikonduktor di Pulau Pinang sebagai destinasi eksport utama ke pasaran Amerika Syarikat. Impak kepada pelaburan atau investment terdapat kemungkinan pemindahan operasi pengilangan ke negara-negara yang menerima impak tarif yang lebih rendah berbanding dengan Malaysia atau memindahkan sebahagian operasi ke Amerika Syarikat. Itulah yang Donald Trump mahu supaya membawa balik kilang-kilang yang di luar negara sekarang, balik kepada Amerika Syarikat. Kalau ini berlaku maka kilang-kilang di sini perlu tutup dan mereka akan pindah balik.
Itu satu kesan tetapi bukan mudah untuk dilakukan dengan begitu sahaja. Terdapat pengusaha-pengusaha sedang mempertimbangkan memindah sebahagian rangkaian bekalan pembuatan ke negara Mexico dan Brazil. Mengapa Mexico dan Brazil? Sebab kadar tarif dia rendah berbanding dengan lain-lain negara. Kadang kala kita pun berasa marah sedikit, Pulau Pinang menjadi lokasi destinasi untuk syarikat-syarikat ini bertapak berpuluh-puluh tahun, ada masalah saja dia fikir saya mahu lari ke Mexico, Brazil mana-mana. Itu keadaan dialah kadangkala tetapi kita harap tak berlaku sebab bukan senang up road sahaja dan memindah ke negara-negara yang disebutkan itu.
Sejauh manakah Kerajaan Negeri bersedia membantu syarikat tempatan menyesuaikan strategi dagangan. Kerajaan Negeri komited dalam menjajarkan semula, menentukan ukur semula dan mengesahkan semula peranan Pulau Pinang sebagai pemacu ekonomi negara. Kerajaan Negeri akan mengatasi rintangan ini menerusi kerjasama penyelarasan dan keyakinan terhadap rakyat dan industri. Susulan itu, satu sesi perbincangan bertajuk Tindak Balas Strategik Terhadap Tarif Amerika Syarikat telah diadakan pada 11 April di Penang Institute. Perbincangan yang dipengerusikan oleh saya sendiri dihadiri oleh 35 peserta termasuk wakil Kerajaan Negeri, agensi Negeri dan Persekutuan, Bank Negara Malaysia, institusi pendidikan, persatuan perdagangan, dewan perniagaan, wakil-wakil dari PKS dan syarikat-syarikat multinasional. Berikut adalah hasil perbincangan, penubuhan Penang Tariff Monitoring Task Force kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Trade Adaptation Tool Kit.
Selain itu, menerusi InvestPenang telah diadakan dua sesi libat urus bersama industri pada 17 dan 18 April untuk mendengar pandangan dan cadangan daripada pemain industri. Sesi-sesi berkenaan turut dihadiri oleh Kementerian MITI dan KESUMA. Hasil dapatan yang diperoleh turut dikongsikan kepada Kementerian-kementerian berkenaan. Apakah insentif dan pelan medikasi yang telah dirangka bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasaran Amerika Syarikat. Sebagaimana inti pati usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sempena Mesyuarat Khas Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat pada 5 Mei yang lalu, Pulau Pinang telah mengambil pelbagai inisiatif, insentif dan pelan medikasi untuk mempelbagaikan domain pasaran antarabangsa bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan mengurangkan kebergantungan kepada satu negara tertentu untuk akses pasaran. Kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui perjanjian-perjanjian perdagangan serantau dalam ASEAN seperti RCEP, CPTPP dan lain-lain. Pengerusi MATRADE ada sini. Kerajaan Negeri melalui agensi pelaburan negeri iaitu InvestPenang akan terus aktif menjalankan misi pelaburan dan perdagangan ke negara-negara asing bukan semata-mata bergantung kepada Amerika Syarikat sahaja tetapi kita pun bercadang untuk menarik pelaburan dari Jepun, Korea Selatan, Taiwan, negara-negara Eropah Cina, Amerika Syarikat, Singapura dan sebagainya. Usaha ini bertujuan untuk menarik pelaburan baharu serta mencari peluang-peluang pasaran yang baharu.
Selain itu InvestPenang juga turut menyertai pelbagai expo antarabangsa seperti Semicon Southeast Asia, Kumamoto Industrial Revitlization Expo, World Fujian Convention And Exhibition, World Congress Of Innovation And Technology dan sebagainya. Usaha ini dapat meningkatkan keterlihatan atau visibility Pulau Pinang kepada pelabur-pelabur baharu dan pasaran-pasaran baru. Bagi meningkatkan kedudukan Pulau Pinang dalam rantaian nilai semikonduktor, Kerajaan Negeri akan mengekalkan komitmennya dengan garis panduan Strategi Semikonduktor Kebangsaan atau NSS dan mengambil inisiatif seperti Penang Silicon Design @5KM+. Saya akan ringkaskan bagi menarik dan menyokong lebih ramai pemain Rekabentuk Integrated Circuit (IC) menubuhkan dan mengembangkan operasi mereka di Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri menawarkan skim pakej insentif yang terdiri daripada subsidi bernilai sehingga RM2 juta setiap tahun bagi tempoh tiga (3) tahun kepada kedua-dua syarikat Rekabentuk IC tempatan dan asing yang berpengkalan di Malaysia. Komitmen Kerajaan Negeri adalah memberi insentif sehingga RM60 juta dalam lima (5) tahun ini dan kita juga dapat RM50 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Perkembangan dan analisis terkini berdasarkan pengumuman serta analisis terkini pada 15 Mei. Ahli-ahli Ekonomi percaya tarif asas 10 peratus Amerika Syarikat akan dikekalkan dan dalam tempoh 90 hari penangguhan peningkatan tarif antara Amerika Syarikat dan China dilihat sebagai langkah meredakan ketegangan sekaligus mengurangkan kemungkinan tercetusnya perang perdagangan secara menyeluruh.
Malaysia dan negara-negara ASEAN lain mungkin akan menghadapi rundingan yang kurang tegang dengan Amerika Syarikat berbanding pengalaman negara China, namun negara-negara lain termasuk Malaysia perlu bersedia menerima tarif asas 10% that is mungkin the best case for us dengan 10% tarif asas itu dan mempertimbangkan untuk membuat konsesi bagi mencapai hasil yang saling menguntungkan.
Umumnya gencatan senjata tarif, ini bukan perang hanya menggunakan analogi perang, perang tarif sementara ini telah meningkatkan prospek pertumbuhan ekonomi negara dengan unjuran pertumbuhan ekonomi disemak semula ke arah yang lebih positif dan terkini pun unjuran adalah masih positif dalam lingkungan empat ke lima peratus pertumbuhan KDNK kita.
Sementara itu analisa juga, menyatakan bahawa Malaysia masih menjadi lokasi utama untuk ke pelbagaian rantaian bekalan dan menegaskan bahawa ketekangan perdagangan antara dua gergasi Amerika Syarikat dan China yang dikatakan reda buat sementara waktu, menjadikan Malaysia terus menjadi destinasi pilihan bagi syarikat-syarikat yang mengamalkan Strategi China Plus One untuk memperbagaikan rantaian bekalan masing-masing.
Malah penggantungan tarif selama 90 hari antara Amerika Syarikat dan China tidak mungkin membawa kepada perjanjian jangka panjang. Tarif yang tinggi dijangka akan berterusan, sekaligus mengukuhkan keperluan untuk kepelbagaian rantaian bekalan. Walaupun begitu, kedudukan geografi Malaysia yang strategik, kos buruh yang kompetitif serta kadar pertukaran menggalakkan akan terus menjadi negara ini pilihan menarik bagi syarikat-syarikat multinasional yang ingin mempelbagaikan operasi mereka.
Walaupun aliran masuk (FDI), mungkin mengalami turun naik dalam jangka masa pendek akibat ketidaktentuan semasa unjuran jangka panjang kekal positif dengan jangkaan peningkatan pelaburan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Pengoperasian perniagaan dijangka mengambil pendekatan tunggu dan lihat, sepanjang tempoh kelonggaran 90 hari ini dengan penangguhan pelaburan besar sehingga terdapat petunjuk yang lebih jelas daripada rundingan antara Amerika Syarikat dan negara China. Sekian, terima kasih.
Panjang lebar.
Short question.
Sila.
Soalan tambahan. Terima kasih Tan Sri, Dato Seri. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Yang ini pun, tanya soalan sudah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas jawapan yang cukup teliti, panjang dan detail. Soalan saya, tunggulah KOMTAR. Isunya adalah seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri, bahawa ekonomi Pulau Pinang sangat bergantung kepada Amerika Syarikat RM76 bilion nilai eksport kita ke Amerika Syarikat, dan walaupun Amerika hari ini telah pun ada pause 90 hari, 10% tarif yang dikenakan adalah yang paling tinggi dalam sejarah Amerika, dari segi dari sejak 80 tahun dahulu. Dan sudah tentu, world economies and negara-negara telah pun membuat unjuran, bahawa kita akan menghadapi slow down in the world economy dan juga recession kemungkinan kemelesetan ekonomi.
Jadi, soalan yang saya nak ingin tanyakan kepada Yang Amat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berkenaan dengan task force yang telahpun ditubuhkan dan dengan rundingan dan perbincangan dengan stakeholders, business leaders dan juga agensi-agensi kerajaan dan persatuan perdagangan. Apakah hasil daripada perbincangan ini yang kita telahpun dapat khususnya dari tiga sektor, 3 area. Satunya adalah pekerjaan. Pekerjaan Yang Amat Berhormat, sebab saya rasa sekiranya ada economic slow down, ini boleh menjejaskan pekerjaan sama ada dari segi pengambilan baru ataupun pelepasan pekerjaan pekerja.
Jadi, apakah adakah kita sekarang sudah melihat tanda-tanda bahawa ini telah pun berlaku, dan apakah yang kerajaan akan membuat untuk membantu pekerja-pekerja yang kalau di pekerjaan mereka akan terjejas. Itu satunya, dan juga daripada perbincangan dengan stakeholders ini adakah kita sudah mula melihat tanda-tanda penurunan pesanan ataupun output aktiviti perdagangan daripada sektor-sektor perniagaan ataupun sama ada manufacturing di Pulau Pinang. Terima kasih, dan Dato Seri.
Bukan panggil saya Dato’ Seri ya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tengah atas soalan tambahan tadi. Apa yang saya nyatakan reaksi daripada pemain industri, adalah pada peringkat awal setelah keputusan yang dibuat oleh Amerika Syarikat. Tetapi, keadaan berubah hari demi hari, minggu demi minggu, dan apa yang kita boleh rumuskan pada ketika ini adalah masih wujudnya uncertainty, unpredicability yang menyebabkan melambatkan keputusan oleh pemain-pemain dalam rancangan pelaburan mereka atau mengembang production mereka dan sebagainya.
Dan apa yang saya kata, reaksi pun nak pindah ke Brazil dan Mexico itu boleh saya sifatkan sebagai knee-jerk reaction kepada keadaan yang kelam kabut pada peringkat awal itu. Tetapi, kita percaya keadaan ini sudah reda sedikit dan membolehkan semua yang terlibat, meneliti apakah kesan dan opportunity yang wujud daripada isu pengeluaran tarif yang kita hadapi sekarang. Setakat ini, kita tak terima dari pemain-pemain berhubung dengan peluang-peluang pekerjaan yang hilang, tak ada makluman berhubung dengan aduan adanya, berlakunya, layoff dan sebagainya, dan penurunan pesanan.
Ini mengimpakkan syarikat-syarikat dalam situasi yang berlainan, ada syarikat menerima pesanan yang lebih banyak dalam ketika ini, sebab dalam 90 hari ini mereka harap dapat mengeksportkan apa yang boleh ke Amerika Syarikat untuk mengelakkan dari kena tarif yang tinggi. Dan ini berlaku juga, ada syarikat yang menerima order yang meningkat dalam tempoh ini supaya siapkan dan hantar, supaya inventori dia dapat disimpan untuk menghadapi keadaan yang tidak tentu pada masa akan datang.
Jadi, itulah rumusan yang kita boleh dapat. Semua dalam menunggu satu keadaan yang lebih jelas tetapi, kita perlu menyokong usaha dari Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri kita yang memang dalam tempoh ini melalui Kementerian-kementerian begitu aktif dalam membentuk diplomasi antarabangsa, menjalinkan hubungan, meneroka peluang-peluang perniagaan dalam tempoh ini, sehingga boleh termeterainya perjanjian-perjanjian dagangan ini semua, dapat membantu kita memperbagaikan ekonomi kita supaya tidak terlalu bergantung kepada setengah-setengah kerajaan sahaja.
Kita tidak akan melihat satu keadaan di mana negara, dunia ini akan ada dua supply chain yang berbeza, iaitu adalah keadaan yang terburuk sekalilah. Maksud dia, kita perlu pilih berada di sini atau berada di sana. Tak ada posisi yang tengah. Itulah keadaan yang perlu dihadapi oleh dunia. Tetapi, kita harap kewarasan, kebijaksanaan dan realitinya susah untuk wujudkan dua supply chain yang berasingan akan memaksa negara-negara yang terlibat, fikir dengan sewarasnya ia kenakan sedikit sebanyak tarif. Tetapi, tidak menjejaskan ekonomi dunia pada hari ini.
Sila, Bertam.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Tambahan kepada apa yang telah ditanya tadi, ialah saya nak ucapkan tahniahlah kerana Penang antara negeri yang respond very fast dengan penubuhan Penang Tariff Monitoring Task Force dan juga pembangunan yang dikatakan sebagai Trade Adaptation Tool kit tadi.
Cuma sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, banyak perkara yang belum lagi dimuktamadkan. Masih ada ruang-ruang yang masih terbuka, dan kadar dan analisa-analisa yang dilakukan ini perlu menjurus kepada melihat spektrum yang lebih luas. Antara yang saya nak tanya, adalah pertama strategi yang digunakan di peringkat pusat dan juga di peringkat yang dengan negeri yang terbabit adalah untuk melihat pada kepelbagaian pasaran ataupun market diversification. Tapi, saya ketengahkan juga bahawa selain daripada market diversification, kita kena juga lihat kekuatan-kekuatan yang lain, umpamanya di Pulau Pinang.
Selain daripada E&E, satu lagi product diversification yang boleh kita tekankan adalah medical devices. Malahan medical devices kita, telahpun menjadi hampir Top 10 pengeluar di terbesar dunia dan 70% daripada pengeksportan medical devices, datang daripada Negeri Pulau Pinang. Dan tentu sekalilah kita sedia maklum bahawa industri health care ni adalah industri yang semakin berkembang, bererti keperluan-keperluan yang diperlukan oleh medical devices amat tinggi.
Kedua tadi, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengatakan kita melakukan analisa, saya nak pohon kalau boleh juga kalau dapat dipertimbangkan setiap kali kita buat analisa, kalau boleh kita jangan lihat sebagai satu Tunnel Vision View Analysis. Manakala Amerika yang menaikkan, kita lihat pada Amerika saja. Hakikatnya, kesannya lebih besar dan juga ada juga terdapat pintu-pintu ataupun window-window of opportunity. Contohnya, saya kata saya maklumkan ialah negeri-negeri jiran. Negeri-negeri jiran tentu sekali akan memulakan rentak-rentak untuk mencari inisiatif baru, dan inisiatif baru ni akan menyebabkan mereka menjadi pengeluar yang lebih kompetitif, dan mengambil tempat orang kata eksport replacement yang selama ini ada pada kita.
Keduanya, adalah negara China sendiri. Kalau apa-apa berlaku dengan China, dengan Amerika sebenarnya lebih terkesan kita dengan China. Tuan Yang di-Pertua, bahawa China adalah rakan dagangan terbesar, namun dia kita experience deficit, penyumbang terbesar trade surplus kepada Malaysia sebenarnya adalah Amerika Syarikat.
Akan tetapi, dagangan China dengan Amerika Syarikat ini besar. Saya bagi contoh phone ini. Iphone ini keseluruhannya dibuat di China. Tapi, IP nya Amerika, designnya Amerika. Tetapi, dalam ni ada terdapat lima, keenam komponen yang di supply oleh Malaysia, kerana lima dan enam ini wujudnya 5,000 hingga 6,000 pekerjaan. Tetapi, kalau China stop, maka semifinished produk yang kita supply ke China ni, juga akan terkesan.
Sebab tu saya kata analisa barangkali apa-apakah Kerajaan Negeri juga mengambil ruang dan peluang untuk melakukan analisa yang bukan berbentuk tunnel vision, tetapi melihat pada yang lebih. Dan yang ketiganya, yang penting ialah saya lihat kenyataan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri which is good ialah untuk melihat syarikat-syarikat yang dikatakan LLC (Local Large Companies) atau pun mid tier yang boleh diangkat menjadi first tier dalam global supply chain. Tuan Yang di-Pertua kita nak lihat akan datang mungkin daripada Pulau Pinang ini bukan hanya barang-barang yang dikatakan Made in Malaysia tetapi kita migrate kepada Made by Malaysia. So kita adakah Kerajaan Negeri kita akan memulakan langkah untuk melihat orang kata directory, berapa banyak syarikat-syarikat LLC boleh dibangunkan dalam negeri Pulau Pinang yang akhirnya akan menjadi barang-barangan itu sebagai Made by Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bertam atas pandangan dan soalan berhubung dengan usaha-usaha yang lain yang boleh diambil oleh Malaysia bagi menghadapi perubahan yang berlaku kini. Sebenarnya dalam sanubari saya, saya pernah menyatakan banyak kali kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada E&E Semiconductor di negeri Pulau Pinang ini sejak banyak tahun saya sebutkan.
Nampaknya opportunity yang boleh dilihat adalah opportunity yang dibawa oleh isu tarif ini, yang perlu negara kita melihat secara mendalamnya apakah transformasi dan perubahan yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kebergantungan kepada sektor-sektor tertentu. Mungkin pada not the tunnel vision view bagi Malaysia cukup menjadi satu negara yang sudah mempunyai kepelbagaian ekonomi kita. Tetapi bagi negeri Pulau Pinang, kita tak ada pilihan itu. Oleh kerana batasan sumber-sumber yang ada dan oleh kerana sejarah pembangunan industri membawa kita kepada satu keadaan kebergantungan kepada sektor ini. Tetapi masa ini adalah amat terbaik untuk melihat bagaimana kita upscale kita punya industri khususnya Large Local Company dan juga SME yang boleh dibantu untuk meneroka peluang-peluang semasa kemelut ekonomi ini juga.
Kita harus selalu optimistik dan saya optimistik bahawa kita boleh menangani isu ini dengan muncul dengan lebih padatnya, dengan meneroka bidang-bidang yang baharu seperti medical devices yang sememangnya bukan baharu lagi, sebab sejarah dia pun 10-20 tahun di Pulau Pinang ini. Inilah bidang-bidang yang boleh kita memperkukuhkan lagi. Saya amat impatient adalah satu sektor, industri Halal yang dahulunya kita selalu bincang isu halal di Dewan Undangan Negeri ini. Selalunya pada masa itu, UMNO akan hentam barisan EXCO di sini khususnya EXCO bertanggungjawab tentang membangunkan Halal Industri. Pi sini pi sana, tandatangan MOU sahaja, apakah hasil dia? Sekarang di bawah pimpinan TKM yang baharu, kita berharap dengan penekanan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri yang mempengerusikan Majlis Pembangunan Industri Halal Kebangsaan dengan Majlis yang sama ditubuhkan di negeri dengan Penang Halal International adakah ini satu bidang yang kita harus jangan cakap lagi, lakukan saja untuk membawa pelaburan yang berbilion-bilion dan mewujudkan kepakaran teknikal expertise industri-industri yang dapat mempelbagaikan ekonomi negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Saya nak buka kalau… Sila.
Ya Tuan Speaker. Tadi Padang Kota ada beritahu berkenaan penubuhan Penang Task Force For Tariff. Tahniah diucapkan. Cuma masalahnya hari ini kita melalui statistik apa yang kita dapat, tahun 2023 orang-orang tidak dapat bekerja, diberhentikan kerja adalah bidang pembuatan yang begitu banyak sebanyak 9,365 merangkumi 95% orang yang hilang kerja dan tahun 2024 sebanyak 5,000 lebih orang bermakna 67%. Tetapi disini dinyatakan dengan jelas bahawa hilang pekerjaan di kalangan rakyat Pulau Pinang adalah dalam sektor pembuatan. Jadi kita setuju dengan cadangan Padang Kota tadi berkenaan dengan kita perbesarkan dan kita buat publisiti yang lebih luas berkenaan dengan industri halal. Cuma dalam keadaan hari ini kita mohon dan kita berharap sangat sebab rakyat di bawah dia tidak tahu masalah tarif, masalah tutup kilang, yang dia tahu kerja tak ada. Dan hari ini kita dapati di Amerika sendiri pun semua kilang, bukan kesemualah, majoriti kilang-kilang ditutup, majoriti kilang-kilang pembuatan kereta ditutup dan mungkin dalam keadaan flip flop Presiden Amerika Syarikat ini akan menyebabkan keadaan tidak menentu. Seperti apa dimaklumkan oleh Bertam tadi, kita perlu tengok juga ke arah brother kita di sebelah China yang mungkin dapat membantu dengan lebih banyak. Jadi kita harap Task Force yang dibuat dan dengan arahan daripada Padang Kota selaku Ketua Menteri dapat memperbanyakkan lagi sebaik-baiknya dalam service industry sebab service industry tidak ada, kita nampak pekerja yang hilang pekerjaan. Terima kasih Speaker.
Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Penanti atas soalan yang dikemukakan berhubung dengan hilangnya peluang-peluang pekerjaan di dalam sektor pembuatan. Kalau dalam setahun berlakunya 9,000 peluang perkerjaan dihilangkan itu kita anggap sebagai normal sebab ini isu dengan syarikat-syarikat tertentu yang sememangnya tidak menggambarkan kedudukan sepenuhnya. Tetapi apa pun InvestPenang sebagai agensi yang peka terhadap apa yang berlaku dalam ekonomi kita, menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelabur kilang-kilang yang ada termasuk perkhidmatan pemadanan peluang-peluang pekerjaan. Apabila sesebuah syarikat menghadapi keadaan mahu melepaskan pekerja-pekerja ataupun syarikat-syarikat yang ingin mengupah pekerja-pekerja tambahan ataupun industri yang baru maklumat-maklumat ini boleh disalurkan kepada InvestPenang yang akan melihat kalau sini hilang 2,000 peluang pekerjaan tetapi ada kilang yang baru memerlukan 2,000-3,000 juga dan kita melalui proses ini, dapat menangani isu hilang kerja sebagai isu yang transitional sahaja dan akhirnya mereka juga menerima ganjaran daripada hilang kerja dan juga dapat placement yang baharu dalam kilang-kilang yang baharu. Dan perkhidmatan seperti supply chain localization juga kita menawarkan kepada pelabur-pelabur supaya mereka perlu menggunakan supply chain yang tempatan yang akan menyokong SME kita masuk kepada supply chain kepada MNC dan ini pun akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di kalangan SME di negeri Pulau Pinang ini.
Terima kasih. Sila, Pinang Tunggal.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Kita difahamkan bahawa Pulau Pinang merupakan pengeskport terbesar di Malaysia. Dalam konteks syarikat-syarikat sedia adalah, bila kita tambah pengeluaran, cukai ini dikutip oleh Persekutuan, dalam konteks ini macam mana kita boleh pastikan bahawa manfaat terutama yang eksport ini menjana pulangan kepada negeri.
Itu pun kita berusaha sampai tak berusaha. Sebab ini memang sistem yang diamalkan oleh negara kita, kita mungkin sememangnya tak ada perkongsian hasil dan cukai dalam bentuk ini. Yang terkini usaha saya meminta kepada Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan II untuk dapat balik 20% daripada sumbangan hasil dan cukai kepada Persekutuan. Yang Berhormat Menteri Kewangan II jawab dengan begitu yakin ‘you tidak akan dapat’ (ketawa). Itulah kedudukan struktur governance di negara ini tetapi kita berharap sebagai gantian kepada perkongsian hasil ini kita dapat perkongsian dalam bentuk projek-projek. Projek-projek yang akan diluluskan di negeri Pulau Pinang dari segi itu pun, whether in cash or in kind, kita mengalu-alukan. Walaupun dalam bentuk projek, kalau projek boleh dibiayai oleh Pusat maka in a way ia akan merupakan satu penjimatan oleh Kerajaan Negeri tak perlu belanjakan, katakan RM20 juta, RM50 juta untuk melaksanakan projek yang boleh dilaksanakan oleh JKR Pusat, JPS dan sebagainya. Itulah
apa yang berlaku di Malaysia ini, bukan sahaja Ketua Pulau Pinang yang selalu mengadu tak dapat sumber yang mencukupi, saya percaya dari majoriti Menteri Besar, Ketua Menteri di seluruh negara mungkin kecuali Sarawak, mungkin Selangor, negeri-negeri yang mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh tidak akan mengacau Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan balik sumber-sumber kewangan untuk Negeri menentukan pembangunan di negeri sendiri.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Dato’ Seri. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya juga tertarik dengan jawapan tadi iaitu kita hanya fokus tarif daripada US, saya juga ingin tahu tentang industri Solar Panel yang buat seketika dulu memang ada kilang-kilang seperti TS Solar Tech, Jinko Solar, so apa yang terjadi dengan kilang-kilang Solar Panel ini. Adakah ia juga terkesan daripada US trade war dengan China ini. Itu soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Sebenarnya sektor Solar Panel ini sudah lama dikeluarkan dari Pulau Pinang. Mereka memindah operasi ke Vietnam. Ini sebab mungkin dari segi kos, tanah dan sebagainya mereka mendapati Vietnam sebagai lokasi yang lebih bermanfaat khususnya dari pelabur-pelabur dari negara China. Tetapi blessing in disguise, Malaysia berbanding dengan Vietnam siapa yang dikenakan tarif yang lebih tinggi? Sebab perkara seperti inilah mereka nak mengelakkan cukai atau tarif, mereka memilih negara-negara ketiga untuk proses yang terakhir, proses yang separuh akhir, supaya dapat mengelakkan pengenalan tarif oleh Amerika Syarikat. If you were to maintain all these sectors in Pulau Pinang, mungkin Malaysia akan dikenakan tarif yang lebih tinggi. Kita seharusnya bersyukur khususnya di Pulau Pinang walaupun pelbagai aduan mengapa kita tidak minat terhadap sektor-sektor yang tertentu akhirnya terbukti cautiousness kita dalam memilih pelabur dalam sektor-sektor tertentu terbuktilah dalam keadaan ini bahawa kita lebih memihak kepada industri high technology dan sebagainya.
Terima kasih. Rasanya untuk tajuk ini sehingga sini sajalah. Kalau tak ada yang nak tanya. Soalan yang ketiga saya persilakan.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya soalan No.3.
3. Saluran paip gas Malaysia.
(a) Senaraikan laluan saluran paip gas utama (PGU) yang melalui Pulau
Pinang mengikut jarak dan lokasi dalam peta.
(b) Senaraikan audit keselamatan atau pemeriksaan teknikal ke atas
paip gas mengikut tahap keselamatan dan risiko kebocoran sejak
tahun 2022.
(c) Nyatakan pelan kontigensi kecemasan negeri sekiranya berlaku
kebocoran.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan juga Yang Berhormat Machang Bubuk. Dato’ Seri Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersamaan dengan soalan 11, 15 dan juga 50.
11. Bagi mengelakkan insiden letupan gas seperti yang berlaku di Putra Height
dari berulang, apakah langkah-langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam
membendung agar tidak terjadinya insiden seperti ini dan
kawasan-kawasan yang terlibat seperti gas bawah tanah dan punca-punca
lain yang boleh menyebabkan bencana di negeri Pulau Pinang?
15. Berapakah jumlah dan panjang keseluruhan paip gas bawah tanah yang
dibina oleh Petronas di Pulau Pinang?
(a) Adakah saluran paip gas bawah tanah ini telah mendapat kebenaran
izin lalu daripada Kerajaan Negeri?
(b) Jika ya, berapakah jumlah cukai tanah yang telah dibayar kepada
Kerajaan Negeri pada setiap tahun sejak pembinaannya?
50. Apakah langkah pencegahan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi
memastikan insiden kebocoran gas seperti di Putra Heights tidak berlaku di
Pulau Pinang?
(a) Berapakah jumlah kilang atau fasiliti penyimpanan gas berisiko tinggi
di negeri ini?
(b) Di manakah laluan paip gas industri utama yang melalui kawasan
berpenduduk?
Ya.
Kerana semuanya serupa mengenai paip gas. Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, laluan saluran paip gas utama Peninsular Gas Utilization (PGU) di Malaysia jumlahnya sepanjang 2,675-kilometer secara keseluruhannya. Ia bermula dari Kerteh di Terengganu dan ia akan melalui sehingga ke Segamat, Johor melalui Kuantan, Pahang. Dan di Segamat, di situ Petronas Gas Berhad mempunyai GCC (Gas Control Centre) yang utama
yang di mana pembahagian gas di seluruh Malaysia ini dipusatkan, dikawal daripada GCC di Segamat.
Jadi di Segamat itu ia akan terbahagi ataupun membahagikan paip kepada satu saluran ke arah selatan iaitu menuju ke Pasir Gudang dan lagi satu laluan ke arah utara, iaitu akan melalui Kapar menuju ke Kedah, Perlis dan seterusnya ke Thailand. Dan laluan utara itulah yang di Pulau Pinang, kita ada sepanjang kira-kira untuk laluan dari selatan ke utara, kira-kira dalam 42-kilometer melalui sempadan Sungai Kerian, Parit Buntar - Relau - Machang Bubuk - Mengkuang - Ara Kuda - Kampung Selamat - Pinang Tunggal sebelum melintasi Sungai Muda dan ke negeri Kedah.
Manakala, di Pulau Pinang kita juga ada jajaran sisi ataupun lateral pipeline yang menghubungkan PGU dan membekalkan gas asli kepada Stesen Janakuasa Prai dan juga Stesen Janakuasa TNB di Gelugor dan ini sepanjang 23 kilometer. Dato’ Seri Speaker, audit keselamatan ke atas operator talian paip (gas dan juga petroleum cecair) dilaksanakan oleh DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) setiap tahun. Audit keselamatan yang dilaksanakan ini bertujuan menilai tahap pematuhan operator talian paip di seluruh Malaysia terhadap elemen Pengurusan Integriti, Operasi, Penyelenggaraan serta Aspek teknikal lain. Bilangan operator yang dilaksanakan audit sejak tahun 2022 ialah untuk 2022, 7 operator. 2023, 14 operator dan 2024, 19 operator yang telah diaudit.
Perincian berkenaan tahap keselamatan dan risiko kebocoran tidak dapat dibekalkan atas faktor kerahsiaan data. Namun begitu, sebarang risiko kebocoran akan diuruskan secara berkala dan terkawal berdasarkan hasil pemeriksaan teknikal. Arahan tindakan pemulihan segera akan dikeluarkan kepada operator-operator yang berkenaan bagi memastikan sebarang risiko adalah terkawal.
Berkenaan dengan kontigensi kecemasan sekiranya berlaku apa-apa insiden di negeri Pulau Pinang, kita berdasarkan kepada Arahan NADMA No.1 iaitu Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara yang meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana termasuk pengurangan risiko bencana. Setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana di setiap peringkat sama ada di peringkat daerah atau negeri bertanggungjawab untuk melaksanakan peranan masing-masing selaras dengan Arahan No.1 ini.
Arahan ini juga akan dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang pembaziran, kekeliruan, konflik dan juga percanggahan atau pertindihan peranan semasa pengurusan bencana. Maklumat terkini berhubung bencana yang berlaku juga akan disampaikan kepada orang awam melalui media sosial, media dan juga saluran rasmi Kerajaan. Selain itu, sekiranya bencana yang berlaku adalah di luar kawalan dan menyebabkan pencemaran udara atau lain-lain kesan yang serius, Kerajaan Negeri boleh mengisytiharkan kawasan tertentu sebagai kawasan darurat.
Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, untuk mengelak daripada berlakunya insiden letupan gas seperti yang telah berlaku di Putra Heights, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) juga berperanan menguatkuasakan akta dan beberapa peraturan bagi memastikan keselamatan tempat kerja dan keselamatan dan juga keselamatan daripada bahaya termasuk risiko kebocoran atau letupan gas iaitu melalui dua (2) akta seperti berikut. Yang pertamanya, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 yang menekankan keperluan untuk memastikan tempat kerja selamat daripada bahaya termasuk risiko kebocoran atau letupan gas dan kedua, Akta Petroleum,
Langkah-Langkah Keselamatan 1984 yang mengawal selia aspek keselamatan saluran paip yang digunakan untuk mengangkat bahan petroleum.
Audit keselamatan ke atas operator talian paip juga dilaksanakan setiap tahun seperti mana saya sebut tadi, dan yang apa ini, selain daripada itu antara pemeriksaan yang dijalankan oleh JKKP adalah pemeriksaan pertama ujian hidrostatik dan pneumatik talian paip apabila menerima permohonan untuk proses pengeluaran surat kebenaran mengendali (PTO). Jadi, sebahagian daripada proses permohonan untuk mendapatkan permit ini, ia perlu melalui pemeriksaan dan JKKP ataupun DOSH juga menjalankan pemeriksaan tempat penyimpanan produk petroleum setahun sekali di stesen minyak dan juga di terminal.
Secara umumnya, keputusan pemeriksaan adalah memuaskan dengan operator mematuhi keperluan perundangan yang dikuatkuasakan. Selain itu, DOSH turut menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas talian paip yang tiada PTO dan mengeluarkan arahan supaya mematuhi peruntukan undang-undang. Sebarang risiko kebocoran akan diuruskan secara berkala dan terkawal berdasarkan hasil pemeriksaan teknikal.
Arahan tindakan pemulihan segera akan dikeluarkan sekiranya perlu. Yang lainnya di peringkat Kerajaan Negeri, pemantauan dilaksanakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang akan meneliti perkara-perkara dasar, strategi arahan, pelan tindakan dan juga hala tuju pengurusan bencana termasuk isu-isu berkaitan dan mesyuarat ini dilaksanakan dua (2) kali setahun yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ SUK dan juga semua Pegawai-pegawai Daerah terlibat.
Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, mengenai saluran paip ini, sukacita dimaklumkan permohonan, yang ini soalan daripada Sungai Puyu ya, permohonan untuk penyediaan utiliti khususnya paip gas bawah tanah adalah melalui dua kaedah iaitu sama ada melalui pemberimilikan ataupun kebenaran izin lalu. Bagi permohonan pemberimilikan, hak milik akan diberikan berdasarkan permohonan dan didaftarkan atas nama pemohon setelah mendapat kelulusan. Kerajaan Negeri akan mengenakan cukai tanah ke atas hak milik tersebut. Ini untuk yang diberimilik. Untuk kebenaran izin lalu, Kerajaan Negeri tidak mengenakan cukai tanah tapi akan mengenakan bayaran mengikut Kaedah-Kaedah Tanah Pulau Pinang 2021.
Berkaitan itu, Petronas mempunyai satu kelulusan izin lalu di daerah Seberang Perai Utara sepanjang 11-kilometer yang telah diberikan pada 24 Mac 2025. Yang selainnya, untuk jajaran yang selebihnya, Petronas sebenarnya mempunyai hak milik 91 lot dengan syarat nyata bagi kegunaan paip gas Semenanjung dan jumlah kutipan cukai tanah bagi lot-lot yang dimiliki oleh Petronas, adalah sebanyak RM325,027.00 setahun. Bagi kelulusan izin lalu di SPU pula, yang saya sebut tadi, bayaran khas yang dikenakan adalah yang sebanyak RM10,000.00 setahun. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Bakap, mengikut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) terdapat 34 kilang atau syarikat yang aktif di Pulau Pinang dalam kategori pepasangan bahaya besar. Senarai terperinci akan dikemukakan dan juga untuk laluan paip dan industri utama juga lokasi kawasan-kawasan berpenduduk juga akan disertakan dalam Lampiran. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Tuan Speaker. Dalam pengurangan risiko bencana paip gas ini, kita dapati di negeri Selangor, kita dapati apabila letupan terjadi, api yang naik begitu tinggi. Jadi soalannya, apakah sudah ada Garis Panduan dikeluarkan oleh Majlis Tempatan sama ada di Pulau atau pun di Seberang.
Dalam permohonan merancang diletakkan syarat-syarat agar tidak dibina rumah yang tinggi berdekatan dengan saluran-saluran paip ini. Ini kemungkinan akan menyebabkan bila terjadinya kebakaran apabila api yang naik begitu tinggi, penduduk-penduduk di rumah-rumah yang tinggi ini tidak dapat melarikan diri. Apakah Garis Panduan ini telah dikeluarkan?
Ya. Ini sebenarnya Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Dia sebenarnya isu yang paling utama dalam memastikan keselamatan di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan laluan paip gas ini sebenarnya adalah untuk memastikan ROW, apa ini, paip gas tersebut adalah tidak diceroboh. Jadi, dia sebenarnya dalam ROW itu terdapat buffer yang selamat antara kawasan-kawasan perumahan. Yang itu, sememangnya ada Garis-garis Panduan yang terlibat tetapi pencerobohan ROW ini merupakan isu yang paling utama untuk dielakkan dan dalam perkara ini, saya dimaklumkan bahawa dibuat pemantauan secara berkala untuk memastikan ROW tidak diceroboh dan saya dimaklumkan dalam sekali atau dua kali seminggu dilaksanakan pemantauan secara visual menggunakan drone dan juga pekerja-pekerja yang meronda.
Jadi, dari segi PBT seperti yang dimaksudkan tadi sememangnya terdapat Garis-garis Panduan yang mengawal sebarang pembangunan yang berdekatan dengan apa-apa isu apa ini contohnya paip gas dan sebagainya lah. Sememangnya ada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Dato’ Seri. Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Tanjong Bunga tadi. Saya juga tertarik dengan jawapan daripada Tanjong Bunga di mana kita ada jumlah saluran paip 65 kilometer di Pulau dan juga Seberang dan sepanjang jawapan yang telah diberikan oleh Tanjong Bunga, saya tidak dengar ada apa-apa usaha daripada Kerajaan tentang meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap saluran-saluran paip gas yang berdekatan dengan rumah dia. So, saya nak tahu sama ada ada apa-apa simulasi atau ada apa-apa latihan yang telah diberikan dengan penglibatan penduduk-penduduk di sepanjang saluran paip itu. Dan soalan kedua saya juga, saya ingin tahu. Ini soalan Sungai Puyu. Tapi saya nak tahu kenapa SPU baru-baru ini kita baru menandatangani kebenaran izin lalu dan bukannya memberi hak milik kepada Petronas yang perbezaan kutipan daripada negeri berbanding dengan beri hak milik, kita hanya dapat RM10,000.00 setahun sahaja untuk 9 kilometer di SPU. Boleh tahu kenapa ada tindakan yang sedemikian.
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Soalan yang baik. Yang pertamanya, sebenarnya ada juga raptai atau pun latihan drill yang dilaksanakan. Dan yang terbaru dilaksanakan pada tahun lepas iaitu dibuat di Penang Port yang juga melibatkan apa ini saluran paip gas. Jadi, ini dimaklumkan pada saya oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) yang di mana raptai juga apa ini atau pun drill keselamatan sememangnya ada dilaksanakan dari semasa ke semasa dan untuk yang dilaksanakan tahun lepas dilaksanakan juga sekali dengan Unit Pengurusan Bencana, SUK juga terlibat.
Jadi untuk soalan kedua, izin lalu. Kenapa 11-kilometer itu ia beri ia minta izin lalu dan bukan pemberimilikan. Yang itu saya terpaksa semak Yang Berhormat. Saya tidak mempunyai maklumat tersebut. Tak, yang itu adalah dari kawasan Tasek Gelugor hingga ke Kulim Industrial Park, Kulim High-Tech Park. Yang tu saya tahu, tapi kenapa dia tidak mohon memberi milik tu, saya kena checklah. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih, sila.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Tanjong Bunga. Laluan paip tu yang melibatkan laluan kepada Tasek Gelugor adalah kawasan yang terlalu padat masyarakat. Adakah pihak kerajaan membuat satu taklimat kepada masyarakat yang berkenaan yang dekat dengan saluran-saluran paip. Saya mohon pihak kerajaan akan memberikan satu taklimat ataupun panduan kepada masyarakat yang berkenaan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, saya ambil maklum cadangan daripada Yang Berhormat itu.
Terima kasih. Ada lagi, sapa lagi pasal paip gas.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker.
Sungai Bakap.
Tanjong Bunga. Okey, terima kasih atas jawapan yang diberikan tadi. Kita sedia maklum berkaitan dengan kebocoran paip gas baru-baru ini di Kuala Lumpur, Putra Heights. Memang kita tahu pada dasarnya pihak PBT telah menguatkuasakan peraturan tidak membenarkan sebarang projek di kawasan tersebut. Apa menimbul isu pada kita masih ada kerja-kerja pengorekan di kawasan tersebut. Ini mendatangkan membahaya pada masyarakat. Jadi penguatkuasaan itu amat penting bagi saya, bagi memastikan OSHA lah berkaitan pekerja keselamatan di situ. Timbul isu pada penduduk setempat setakat mana pemantauan pihak penguatkuasa PBT tentang kerja-kerja yang akan dijalankan di kawasan tersebut. Sebab dikawasan DUN Sungai Bakap ada dua (2) tempat kawasan berhampiran dengan tamanlah. Jadi kita mohonlah EXCO take note lah berkaitan isu ini kita tak mahu berlaku lagi kejadiannya apa yang berlaku sekarang. Insya-Allah.
Terima kasih Yang Berhormat, saya juga mengambil maklum dan akan disampaikan juga kepada rakan saya Yang Berhormat Jawi supaya PBT juga lebih peka dan juga lebih cermat dalam apa ni menguruskan sebarang kebenaran merancang, penggunaan kebenaran merancang yang melibatkan kawasan-kawasan yang ada paip gas dan juga untuk memastikan seperti saya sebut tadi pencerobohan tidak berlaku. Sekian, terima kasih.
Ada? Paip gas. Tak ada. Ada lagi beberapa minit. Saya nak minta soalan seterusnya. Soalan yang keempat, sila.
Dato’ Seri Speaker, soalan saya, soalan nombor empat (4).
No.4 Apakah strategi dan pencapaian Kerajaan Negeri dalam menerokai pasaran
pelancongan dari China?
Terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker dan Yang Berhormat Batu Lancang menanyakan soalan berkenaan pasaran pelancongan dari China. Kerajaan Negeri melalui agensinya sentiasa berusaha menerokai pasaran pelancongan di China melalui pelbagai langkah, antaranya pengukuhan akses udara secara terus dengan kerjasama strategik
bersama syarikat penerbangan untuk penambahan terus dari negara China ke Pulau Pinang. Buat masa ini terdapat penerbangan terus dari empat (4) daripada lima (5) lapangan terbang yang paling sibuk dari China ke Pulau Pinang iaitu dari Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Chengdu.
Sejak Ogos 2023 sehingga sekarang terdapat tujuh (7) penerbangan baharu yang dilancarkan dari bandar-bandar di China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang seperti yang akan saya berikan iaitu September 2023 dari Xiamen, Xiamen Airlines. Mei 2024 Shanghai, Juneyao Airlines. Julai 2024 dari Shenzhen, Shenzhen Airlines. Ogos 2024 dari Shanghai, Shanghai Airline. Oktober 2024 dari Shenzhen, AirAsia. November 2024 Hong Kong daripada Hong Kong Express. April 2025 Chengdu, Sichuan Airlines. Jadual ini tidak termasuk beberapa penerbangan sewaan (charted flight) yang melancarkan penerbangan dari bandar-bandar China ke Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri melaksanakan kempen pemasaran secara agresif di platform media sosial dan antara lainnya iaitu Wechat, Toh Ying, Weibo dan juga Xiaohongshu (Little Red Book) dan hasil daripada ini, harini kita ada satu laporan di Sin Chew Jit Poh bahawa pencapaian sosial media Pulau Pinang melepasi negeri-negeri lain di semua negeri di Malaysia. Boleh rujuk di bilik rehat nanti. Saya akan terjemah apabila saya buat penggulungan. Kerjasama dengan online travel agency China dan juga melaksanakan familiarisation trips kepada agensi-agensi, ejen-ejen pelancong media dan influencer dari China berkenaan dengan tarikan-tarikan di George Town, Bukit Bendera, Balik Pulau, Seberang Perai serta tarikan gastronomi. Dan platform sosial media yang kita mempromosikan dan saya rasa pencapaian yang ketara ini dengan peningkatan mendadak pelancong dari negara China yang tiba melalui ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang iaitu sebanyak 218.6% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023 ketibaan pelancong China melalui ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ialah hanya 5,918 orang. Pada tahun 2022, hanya 37,711 orang tahun 2023, tetapi pada tahun 2024 telah mencecah 120,245 orang. Peningkatan ini membuktikan negara China terus kekal sebagai salah satu pasaran utama luar negara bagi Pulau Pinang. Itulah jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Seri Speaker.
Sila.
Soalan tambahan, saya ada tiga (3) soalan tambahan. Bagaimanakah keadaan kedatangan pelancong China pada Golden Week baru-baru ini. Saya tadi. Soalan kedua adalah tentang kehadiran pelancong daripada negeri China itu banyak telah mencecah 120,000. Adakah mereka menghadapi masalah komunikasi semasa masuk ke lapang terbang antarabangsa kita. Soalan ketiga, adalah tentang Pulau Pinang telah dikenal sebagai sebab pusat pelancongan, perubatan, warisan dan makanan sejak 20 tahun yang
lalu. Di bawah kepimpinan Yang Berhormat EXCO, mohon nyatakan adakah apa produk pelancongan baru di Pulau Pinang untuk menarik lebih ramai pelancong asing terutama dari negeri China. Terima kasih.
Saya kena rujuk angka-angka. Terima kasih Batu Lancang dan tentang persoalan tentang Golden Week dan saya telah memberikan temuramah dengan surat khabar minggu lalu dan kita tidak ada angka spesifik tetapi pada tahun lalu hanya ada beberapa penerbangan terus daripada China, Golden Week tahun lalu. Tetapi sejak Golden Week tahun ini kita telah menampakkan banyak penerbangan penambahan banyak penerbangan untuk sampai ke China, oleh itu kita mempunyai daripada tadi saya sebut sepanjang tahun 2024 pada banyak penerbangan ada expansion of direct flight saya beri interview itu dan nanti saya akan bagi angka-angka tentang bilangan penerbangan yang berbeza tahun ini berbanding tahun lalu. Dan angkanya memang besar. Dan daripada soalan seterusnya, produk baru. Sebenarnya apabila kita sebut produk baru dia tidak semestinya bermaksud lokasi baru. Produk baru boleh seumpama sejak Kebaya disenaraikan sebagai UNESCO Intangible Cultural Heritage telah ada satu trend di Pulau Pinang “Kebaya Tourism”.
Apabila ada pelancong-pelancong sama ada China dan negara asing mereka datang ke Pulau Pinang, mereka suka memakai kebaya. Mereka pergi ke peranakan muzium dan premis-premis lain mereka bersolek, memakai Kebaya kemudian menangkap gambar. Sebagai satu pakej baru kemudian hantar kepada satu dunia bahawa mereka memakai sesuatu pakaian yang begitu cantik, yang di Asia Tenggara. So, “Kebaya Tourism” telah menjadi satu (1) trend yang baru. Dia bukan satu destinasi tetapi dia satu produk yang seumpamanya dengan pertambahan begitu banyak penerbangan daripada negara China juga ada satu trend baru “Durian Tourism”. Durian memang kita tau satu produk yang lama. Kita sejak beratus tahun. Tetapi dia diterjemahkan kepada satu (1) produk “Durian Tourism” yang baru apabila pelancong-pelancong datang ke dusun-dusun menangkap gambar, drone dan sebagainya menghantar kepada kawan-kawan. Oleh itu, “Durian Tourism” juga menjadi satu produk yang baru.
Dan untuk menjawab tadi soalan tentang pelancong-pelancong dari China dia ada beberapa kategori yang berbeza, ada yang duduk dekat dengan pantai, macam Shanghai, Hong Kong, Shenzhen yang mereka duduk dekat pantai. Tetapi ada pelancong-pelancong di China yang di pedalaman mungkin di Chengdu mungkin di Chongqing mereka yang dipedalaman. Mereka tak ada peluang untuk datang ke tepi pantai. Oleh itu apabila mereka datang ke Pulau Pinang dikelilingi pulau dan seberang perai coastal state dengan mereka begitu gembira apabila melihat pantai dan produk-produk baru seperti Ferringghi Bay, satu (1) Ferringghi Bay di Batu Ferringghi. Gurney Bay, taman rekreasi tepi laut yang begitu menarik bagi mereka kerana mereka tidak biasa dengan laut dan makanan laut sepanjang lokasi-lokasi tersebut. Dan di Escape, Teluk Bahang juga ada produk-produk baru nama dia “Tipping Bucket” yang terbesar, “Tubing Race” yang terpanjang. Escape Pulau Pinang sudah satu produk lama tetapi ditambahkan tarikan yang baru. Sekarang Escape Penang telah ada empat (4) Guinness World Record dan saya nampak ramai pelancong dari China dan juga negara lain suka kepada pergi ke sana kerana mencabar permainan dan sebagainya.
Saya bagi contoh Entopia. Entopia satu (1) dulu panggil Taman Rama-rama. Tetapi dia diterjemahkan kepada Entopia. Entopia yang kita tahu sekarang mereka tambah lagi ''Entopia by Night''. Biasanya mereka tutup pukul 6.00, sekarang mereka tambah ''Entopia by Night''. Malam boleh nampak rama-rama dengan Taman Biolumisen yang pertama di dunia dengan pelancongan ekologi. Contohnya dan ada juga Galeri Sejarah Pulau Pinang, ''Butterworth Artwalk'' dengan ferry installation. In the dalam-dalam perancangan kita ada juga Galeri Arkeologi Guar Kepah untuk memenuhi citarasa ekologi. Kita juga ada Terusan Parit untuk Fort Cornwallis yang bakal siap tahun ini juga. Dan Muzium Negeri di Jalan Farquhar juga sedang dibuat ubahsuaian. Dan akan siap tahun ini juga dan seperti Penang Waterfront Convention Centre yang akan siap tahun ini juga untuk sebagai satu convention hall yang baru dan of course kita semua tahu kereta kabel Bukit Bendera apabila siap nanti ada empat (4) mod untuk naik ke Bukit Bendera.
Pertama, Furnicular Train, kedua jip, ketiga mendaki, keempat kereta kabel. So, kita satu produk tetapi kita pelbagaikan menjadi satu tambahan tarikan kepada pengalaman pelancong yang berlainan. Bukan saja untuk China dan saya rasa terhadap soalan tentang komunikasi saya sekarang saya rasa dengan-dengan pelbagai apps dan sebagainya apabila kita pergi melancong juga kita pergi Europe, kita pergi Arab juga kita boleh menggunakan apps untuk-untuk translate sikit, untuk-untuk sudah ada teknologi baru untuk kita memperbaiki kita punya pengalaman pelancongan melalui apps translation dan sebagainya. Itu saja jawapan saya.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan Sub Peraturan 26 (7) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Negeri jawapan kepada soalan-soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja-meja Ahli-ahli yang bertanya dan dimasukkan dalam penyata rasmi dan ada satu (1) usul iaitu di bawah Peraturan 6A (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa bersidangan hari ini 19 Mei dilanjutkan sehingga jam…
11.00… (gangguan)
Ok, kompromi ya. Ok, 7.00 malam.
Sokongan?
Iya. Saya mohon menyokong.
Pembentangan UsulMotion
Terima kasih. Ahli-ahli Yang berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A(1) untuk kita melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 19 Mei 2025 hari Isnin dilanjutkan sehingga jam tujuh malam. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju katakan ya, yang tidak setuju katakan tidak. Semua setuju, terima kasih. Makanan ada disediakan jam tujuh nanti.
Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, selaku yang di-Pertua Dewan ini saya ingin menyusulkan juga kepada Dewan yang Mulia ini selaras dengan Perkara 15(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bahawanya, aturan urusan mesyuarat dipinda dengan mendengar usul 7A terlebih dahulu. Iaitu Usul Terima Kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. Ini adalah bagi menzahirkan penghargaan yang tertinggi kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang telah pun berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15 pada 16 Mei 2025 lalu. Dewan seterusnya, akan bersidang dengan aturan 6A dan lain-lain urusan sehingga selesai. Maka, saya memerlukan persetujuan Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘ya’. Yang tidak setuju katakan tidak. Kita semua setuju untuk kita dengar terlebih dahulu usul ucapan terima kasih ke atas Tuan Yang Terutama Tun.
Usul daripada YB Ahli Kawasan Seri Delima.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Saya memohon mencadangkan bahawa kami Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15 pada 16 Mei 2025. Saya memohon untuk meneruskan ucapan perbahasan saya…
Sila…
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam sejahtera salam Malaysia MADANI, salam Penang2030, saya ucapkan kepada Dato’ Seri Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ketua-ketua jabatan serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua, kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Terima Kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas pelantikannya sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-9 berkuatkuasa 1 Mei 2025. Dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam pelbagai jawatan tinggi kerajaan termasuk sebagai Yang di-Pertua Dewan
Rakyat dan Menteri Besar. Saya yakin dan percaya bahawa kebijaksanaan integriti dan wawasan Tun akan terus memperkukuh institusi Yang di-Pertua Negeri serta menyumbang kepada kestabilan, keharmonian dan juga kemajuan dalam negeri Pulau Pinang. Dato’ Seri Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada beberapa pihak yang sedang melalui saat kehilangan.
Pertama, setinggi-tinggi takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Saya juga ingin merakamkan takziah kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di negeri Perak baru-baru ini.
Takziah turut saya sampaikan kepada semua yang telah kehilangan insan tersayang kebelakangan ini. Secara peribadi, saya juga baru kehilangan seorang sahabat sekolah rendah saya, mendiang Kong Meicy. Saya doakan agar keluarganya terus diberi kekuatan dan juga ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.
Sebagaimana yang diungkap oleh penyair Inggeris, John Donne (dengan izin) "No man is an island, entire of itself. Every man is a piece of the continent, a part of the main. Never send to know for whom the bell tolls it tolls for thee." Pemergian mereka adalah kehilangan kita bersama. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan-kalangan orang-orang yang beriman.
Dato’ Seri Speaker, Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya ingin menyatakan bahawa kami, anak-anak Pulau Pinang, mempunyai sebab yang kukuh untuk berasa bangga terhadap negeri ini. Kejayaan Pulau Pinang hari ini bukan hanya terletak pada keindahan alam dan warisan budayanya, tetapi turut disokong oleh tadbir urus yang berwibawa, pencapaian ekonomi yang memberangsangkan, serta jenama negeri yang kini dikenali dan dihormati di dalam dan luar negara.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hospital Pulau Pinang (HPP) yang baru-baru ini telah diiktiraf dalam laporan World’s Best Hospitals 2025 oleh Newsweek, sebuah majalah mingguan berprestij dari Amerika Syarikat yang telah diterbitkan sejak tahun 1933, dengan kerjasama firma penyelidikan data antarabangsa, Statista.
Hospital Pulai Pinang telah disenaraikan sebagai salah sebuah hospital terbaik di Malaysia, dan menduduki tangga keempat dalam kalangan hospital awam, selepas Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sarawak dan Hospital Putrajaya. Pengiktirafan ini merupakan bukti keupayaan Hosptal Pulau Pinang dalam menyediakan rawatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada rakyat. Tahniah dan syabas kepada Dr Goh dan juga seluruh pasukan Hospital Pulau Pinang atas kejayaan ini.
Untuk makluman, selain daripada Hospital Pulau Pinang, beberapa hospital swasta di Pulau Pinang turut tersenarai dalam laporan yang sama, antaranya, Island Hospital, Gleneagles Hospital Pulau Pinang, Pantai Hospital, KPJ Penang Specialist di Bukit Mertajam, Penang Adventist Hospital, Lam Wah Ee Hospital dan juga Loh Guan Lye Specialists Centre.
Kehadiran begitu banyak institusi perubatan Pulau Pinang yang diiktiraf antarabangsa ini mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai salah satu hab utama pelancongan perubatan di rantau ini, yang bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi negeri, tetapi juga memperkukuh keyakinan pelabur dan pelawat terhadap kualiti sistem penjagaan kesihatan di negeri ini. (gangguan) sila…
Bagi dia rehat. Terima kasih Dato’ Seri Speaker, terima kasih Seri Delima. Mengenai Hospital Besar Pulau Pinang saya memang bersetuju dengan Seri Delima bahawa Hospital Besar Pulau Pinang ini memang dari segi kepakaran dari segi kelengkapan perubatan memang berada pada tahap yang agak tinggi. Walau bagaimanapun, Hospital Besar Pulau Pinang ini sudah begitu sesak.
Tak cukup besar.
Tak cukup besar dan kesian kepada tenaga perubatan kita mungkin Padang Lalang dalam penggulungan boleh bentangkan tentang data ratio doktor berapa pesakit. Sebab tahun ini sudah beberapa kali ke Hospital Besar Pulau Pinang. Saya amat menyanjung tinggi kepada Dr Goh dan barisan tenaga perubatan di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada masa yang sama saya juga memohon Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Hospital Bukit Mertajam, Hospital Sungai Bakap dan menyediakan hospital di Batu Kawan…
Terima kasih Bukit Tambun saya juga setuju dengan cadangan itu. Seterusnya, saya ingin memberi tumpuan kepada prestasi ekonomi negeri. Pada tahun 2023, Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang keempat tertinggi kepada KDNK nasional dengan sumbangan sebanyak 7.4%, serta mencatatkan KDNK per kapita tertinggi di Malaysia, iaitu sebanyak RM72,586.
Tahun 2024, pula menyaksikan jumlah dagangan negeri ini mencecah RM788.1 bilion, peningkatan 11.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Satu angka yang mencerminkan kekuatan asas ekonomi negeri. Pulau Pinang juga kekal sebagai pengeksport utama negara, menyumbang 30.5 peratus daripada jumlah eksport Malaysia mengatasi kesemua negeri-negeri yang lain. Dari segi hasil pula, LHDN mengutip antara RM7 hingga RM8 bilion setiap tahun daripada negeri ini satu jumlah yang amat besar dan berterusan.
Dato’ Seri Speaker. Sejak tahun 2008, transformasi Pulau Pinang dapat dilihat, dirasai dan dinikmati. Dari sebuah negeri yang pernah digelar "darul sampah", Pulau Pinang kini dikenali sebagai Pulau Mutiara yang sebenar, hasil usaha dan dasar progresif Kerajaan Negeri. Kejayaan ini bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat negeri ini, malah turut menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara. Namun begitu, meskipun Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara, kebanyakan hasil yang dikutip masih berada di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan.
Pulau Pinang bukan sekadar penerima hasil negara. Kita adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Maka, negeri yang memberi sumbangan sebegini besar wajar menerima pulangan yang adil dan setimpal, baik dalam bentuk peruntukan pembangunan mahupun perhatian dasar. Cadangan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri tentang sekurang-kurangnya 20 peratus daripada hasil cukai yang dikutip di negeri ini dikembalikan ini sangat berasas, selaras dengan semangat federalisme dan prinsip keadilan ekonomi antara pusat dan negeri.
Maka, saya ingin menggunakan ruang ini bukan sekadar untuk bertanya, tetapi untuk mendesak agar isu pulangan hasil ini diberi perhatian segera dan dimuktamadkan dengan satu mekanisme yang jelas, yang telus dan juga berjadual.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, dalam kerancakan pertumbuhan negeri Pulau Pinang akhir-akhir ini, saya berbangga memaklumkan bahawa kawasan Seri Delima turut menerima limpahan manfaat positif hasil daripada pembangunan pesat ini. Tahun ini merupakan tahun yang amat mengujakan bagi Seri Delima, kerana terdapat 6 projek infrastruktur dan berjiwa rakyat sedang dan akan dilaksanakan, memberikan impak besar kepada kesejahteraan penduduk setempat. Antara projek-projek utama yang sedang dan akan dilaksanakan di Seri Delima termasuk nombor satu, Projek LRT Laluan Mutiara, yang telah pun disempurnakan majlis pecah tanahnya pada bulan Januari lalu. Kawasan Seri Delima akan menempatkan dua stesen yang penting, iaitu Stesen Waterfront dan Stesen Gelugor.
Kedua, projek Pakej 2, yang menghubungkan Farlim dengan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu melalui Gelugor kini telah mencapai kemajuan sebanyak 79% setakat bulan April. Walaupun projek ini sebelum ini menghadapi pelbagai cabaran berkaitan dengan isu pemaju. Tetapi sekarang saya nampak ada banyak peningkatan dan penambahbaikan dan ini merupakan hasil daripada kepimpinan mantap oleh Kerajaan Negeri dan juga Project Director baru Pn. Ir. Hajar Sarimah dan pasukan PIC yang komited serta tegas dalam pemantauan. Saya ucapkan terima kasih.
Ketiga, Projek Pusat Konvensyen Waterfront (PWCC) yang bakal dibuka jangka Oktober ini, dan dijangka akan membawa impak ekonomi yang besar kepada Seri Delima.
Keempat, Projek penaiktarafan Astaka Taman Tun Sardon kepada sebuah astaka moden berkonsepkan bangunan hijau, dengan kos pembinaan sebanyak RM3.3 juta yang juga dijangka akan bermula pada tahun ini.
Kelima, Projek penyelenggaraan Flat Taman Tun Sardon dengan peruntukan sebanyak RM900,000 kini sedang dilaksanakan.
Keenam, kerja-kerja penaiktarafan kemudahan sukan dan rekreasi, termasuk penambahan gelanggang pickleball baharu di Island Glades, gelanggang bola keranjang di Japanese Garden, gelanggang futsal di Sungai Gelugor, yang dilaksanakan oleh MBPP serta agensi kerajaan yang berkaitan.
Kesemua projek pembangunan ini merupakan projek yang wajar dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan atas kesungguhan dan komitmen dalam mempergiatkan pembangunan infrastruktur serta pelbagai penambahbaikan kemudahan awam di Seri Delima.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, PWCC berpotensi menjadi pemangkin ekonomi bukan sahaja bagi Seri Delima, malah untuk negeri Pulau Pinang secara keseluruhan. Dengan kewujudan pusat konvensyen bertaraf dunia ini, rangkaian hotel antarabangsa, dan pusat beli-belah yang membangunkan kawasan pesisiran The Light, banyak peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan. Dan kesan limpahan ekonomi dijangka akan turut merancakkan sektor makanan, peruncitan dan juga pelbagai perkhidmatan sedia ada. Ini secara tidak langsung menjadikan Seri Delima sebagai kawasan tumpuan yang paling “happening” (dengan izin) di pulau ini. Namun begitu, dalam kita meraikan pembangunan ini, keresahan utama yang dibangkitkan penduduk adalah berkaitan dengan potensi kesesakan lalu lintas. Sebagai pusat konvensyen terbesar di Pulau Pinang, kemasukan trafik ke kawasan The Light ini dijangka meningkat secara drastik dan mendadak. Persoalannya, adakah sistem laluan trafik sedia ada mampu menyerap kepadatan yang bakal berlaku?
Selain itu, projek LRT yang diharap menjadi penyelesaian utama kepada isu mobiliti masih dalam fasa awal. Difahamkan kerja-kerja pembinaan fizikal hanya akan bermula pada suku ketiga tahun 2026, Apakah kekangan spesifik yang dihadapi dan adakahnya akan dilanjutkan lagi? Sebab kelewatan ini bermakna rakyat perlu menunggu hampir setahun setengah lagi sebelum melihat perkembangan fizikal projek ini. Dengan kepadatan penduduk di kawasan Gelugor dan operasi PWCC yang akan bermula tidak lama lagi, isu kesesakan lalu lintas pasti akan menjadi cabaran utama jika tidak ditangani dari awal.
Justeru itu, saya ingin mengusulkan dua perkara penting:
1. Pihak Berkuasa Tempatan khususnya MBPP perlu menjalankan kajian impak trafik yang komprehensif di kawasan The Light dan sepanjang Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, dengan mengambil kira data serta perancangan daripada Projek Pakej Dua. Kajian ini harus disusuli dengan pelaksanaan syarat-syarat perancangan ke atas pemaju bagi memastikan kelancaran aliran trafik, sama ada dalam jangka masa pendek ataupun masa jangka panjang.
2. Projek LRT Laluan Mutiara ini mesti dimulakan dan disiapkan mengikut jadual asal, iaitu menjelang tahun 2031, tanpa sebarang kelewatan tambahan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan kepada impak pembinaan projek LRT terhadap satu astaka di kawasan saya, yang difahamkan akan terjejas akibat jajaran trek yang melalui kawasan tersebut. Ini memberi kesan kepada para peniaga kecil yang bergantung kepada astaka itu sebagai sumber pendapatan harian mereka. Saya menyeru agar Kerajaan Negeri, khususnya MBPP dan juga MRT Corp, menyelesaikan isu ini secara menyeluruh dan bertanggungjawab, dengan memastikan peniaga-peniaga terbabit ditempatkan semula di lokasi yang sesuai, agar kelangsungan ekonomi mereka terus terpelihara.
Dato’ Seri Speaker, seperti apa yang sedia maklum, flat-flat kos rendah yang dibina sekitar tahun 1970-an termasuk di Taman Tun Sardon kini sudah jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas dan keselesaan. Reka bentuknya tidak lagi memenuhi keperluan semasa, khususnya bagi warga emas dan juga golongan OKU. Saya sendiri telah menyaksikan keadaan menyedihkan apabila warga emas yang uzur dan orang yang sakit lama terperuk di dalam rumah, bertahun-tahun lamanya tak pernah keluar dari rumah kerana tiada kemudahan lif dan reka bentuk bangunan yang tidak mesra warga emas.
Justeru itu, saya secara dasarnya menyokong penuh pelaksanaan projek Pembaharuan Bandar yang diperkenalkan. Ini merupakan satu langkah strategik dan berani untuk menggantikan blok-blok lama dengan perumahan moden, selesa dan lebih selamat. Selaras dengan aspirasi untuk membina bandar yang inklusif dan mampan.
Namun, kita juga harus berterus terang bahawa projek berskala besar seperti ini pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran, diantaranya keperluan mendapatkan persetujuan penduduk, penempatan sementara, isu kos dan pembiayaan, serta yuran penyelenggaraan yang berkemungkinan lebih tinggi daripada kadar semasa.
Walaubagaimanapun, Seri Delima berpendapat cabaran-cabaran ini bukanlah penghalang, sebaliknya ia boleh diatasi melalui libat urus yang telus dan berterusan, perancangan yang rapi serta kerjasama erat antara semua pihak berkepentingan. Sehubungan itu, Seri Delima berharap agar Rang Undang-Undang ini diperhalusi dan dipertimbangkan secara menyeluruh di Dewan Rakyat, supaya kuasa pelaksanaannya dapat diturunkan kepada Kerajaan Negeri, bagi memulakan rundingan rasmi dengan penduduk.
Dato’ Seri Speaker, Projek Pulau Silikon kini telah mencatatkan kemajuan sebanyak 6.5%, dengan 150 ekar kawasan penambakan telah disiapkan daripada jumlah keseluruhan 2,300 ekar. Ini menjadikan projek ini sebagai antara pembangunan strategik terbesar dalam sejarah Pulau Pinang. Seiring dengan hasrat untuk menjadikan Pulau Silikon sebagai pusat teknologi bertaraf dunia, saya percaya kita juga perlu melihatnya sebagai peluang untuk mencipta produk pelancongan baharu yang ikonik dan berimpak tinggi. Dengan perancangan rapi, Pulau Silikon berpotensi menjadi destinasi dua dalam satu, two in one (dengan izin) sebuah hab teknologi dan pelancongan.
Justeru, adalah wajar sekiranya elemen seperti ruang rekreasi, kawasan marina, seni bina ikonik, serta tarikan pelancongan kreatif turut disepadukan dalam reka bentuk induk projek ini seperti mana yang dilihat di kawasan inovasi pantai di negara-negara seperti Korea Selatan (Songdo) dan Emiriah Arab Bersatu iaitu (Masdar City). Saya mohon penjelasan sama ada aspek pelancongan ini telah diambil kira dalam reka bentuk induk Pulau Silikon.
Dato’ Seri Speaker, saya merujuk kepada ucapan Tun Yang di-Pertua Negeri yang menekankan bahawa Program i-Sejahtera perlu diteruskan dengan pendekatan yang lebih bersasar dan inklusif, serta memberi keutamaan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Kenyataan Tun ini membawa makna yang mendalam ia bukan soal sama ada sumbangan ini harus diteruskan atau dikurangkan, tetapi bagaimana kita boleh memperkukuh program ini secara lebih lestari, strategik dan bersepadu.
Sebagai permulaan, antara pendekatan yang boleh dipertimbangkan ialah pengintegrasian sumber antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan NGO bagi membentuk ekosistem sokongan sosial yang lebih menyeluruh dan mampan. Negara-negara lain seperti Jepun, Korea Selatan dan negara jiran seperti Singapura memberi contoh yang menarik. Menerusi “Silver Support Scheme”, di Singapura bantuan tunai hanya disalurkan kepada warga emas yang benar-benar tiada simpanan atau sokongan keluarga.
Pada masa yang sama, skim seperti ''Healthier Singapore'' dan ''Community Health Assistance Scheme'' menyediakan pemeriksaan kesihatan berkala dan rawatan asas secara bersubsidi kepada golongan yang memerlukan. Persoalannya, adakah penghargaan kepada warga emas hanya perlu dalam bentuk wang tunai atau boleh kita
perluaskan kepada bentuk sokongan bukan kewangan seperti pemeriksaan kesihatan berkala termasuk pemeriksaan mata, kesihatan gigi, kelas senaman komuniti, kaunseling, lawatan sukarelawan dan program literasi digital. Negara-negara maju menekankan maruah, autonomi dan juga penuaan aktif prinsip yang wajar kita adaptasi dalam penambahbaikan Program i-Sejahtera agar lebih mampan dan relevan dengan keperluan masa kini.
Namun begitu, saya berpendapat sumbangan pengurusan jenazah sebanyak RM1,000 harus dikekalkan. Ini adalah satu bentuk bantuan yang amat bermakna buat ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang dan pada waktu yang sukar itu, sedikit kelegaan kewangan boleh membawa erti yang besar. Amat penting untuk ditegaskan bahawa penilaian ini tidak harus dikaji semula atas alasan kesuntukan kewangan, tetapi dikaji dari segi kemampanan dan keberkesanan demi memastikan setiap sen yang dibelanjakan dengan berkesan dan tanpa pembaziran.
Program i-Sejahtera mempunyai potensi untuk berkembang sebagai satu platform pembangunan sosial yang menyokong penuaan aktif, bermaruah dan membina masyarakat yang lebih penyayang di Pulau Pinang. Tetapi Kerajaan Negeri mesti pastikan ia disemak dan diperbaiki dengan teliti, dan bukan tergesa-gesa kerana niatnya bukan untuk mengurangkan, tetapi untuk memperkukuh dan memperhalusinya demi manfaat semua.
Akhir sekali, segala cadangan dan syor yang dikemukakan adalah untuk renungan dan pertimbangan bersama. Meskipun mungkin terdapat perbezaan pandangan, setiap cadangan yang dikemukakan adalah lahir daripada keprihatinan yang sama iaitu kasih dan komitmen kita terhadap rakyat Pulau Pinang serta hasrat untuk melihat Pulau Pinang, Pulau Mutiara terus maju dan sejahtera. Dengan itu, saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan permohonan untuk menyokong. Sekian, terima kasih.
Mencadang. Yang Berhormat, mencadang.
Saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Seri Delima. Saya perlukan penyokong usul. Penyokong usul. Ada? Tak ada kita tak perlu bahas. Saya kerja senang. Sungai Puyu, sila.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.
Dato’ Seri Speaker, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan junjungan kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang baharu. Saya yakin dengan pengalaman dan wibawa yang dimiliki, Tun akan terus membantu memacu pembangunan negeri Pulau Pinang ke tahap yang lebih cemerlang. Semoga pemerintahan Tun membawa keberkatan, kestabilan dan kemajuan yang berterusan kepada seluruh rakyat di negeri Pulau Pinang. Pada
kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama, Tun Ahmad Fuzi bin Abdul Razak di atas segala jasa dan bakti beliau sepanjang menerajui negeri ini.
Dato’ Seri Speaker, titah ucapan Tuan Yang Terutama telah memberi penekan terhadap hala tuju pembangunan negeri yang mampan, inklusif dan sejahtera. Dalam semangat menjunjung titah tersebut, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Tuan Yang Terutama terhadap kemajuan negeri Pulau Pinang dan juga terhadap kesejahteraan rakyatnya. Dalam kesempatan perbahasan ini, saya ingin menyentuh tentang satu aspek penting dalam pentadbiran yang sering kali dilihat sebagai hal kewangan semata-mata, tetapi sebenarnya melibatkan soal nilai kemanusiaan. Iaitu kebajikan rakyat di negeri kita. Program i-Sejahtera, yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukan sekadar bantuan fizikal dan material. Ia adalah lambang kasih sayang dan penghargaan kita terhadap rakyat negeri ini khususnya warga emas yang telah sekian lama menyumbang kepada pembangunan negeri. Mereka pernah menjadi tenaga kerja, membina keluarga dan tonggak masyarakat.
Apabila kita menyentuh tentang warga emas, kita tidak sepatutnya berbicara hanya dari sudut kira-kira dan penjimatan. Kita perlu bercakap dari hati ke hati dengan jiwa seorang anak kepada ibu bapa dengan naluri seorang pemimpin yang penuh empati kepada rakyat. Kasih sayang kepada warga emas bukanlah pilihan, ia adalah tanggungjawab. Program i-Sejahtera adalah manifestasi kasih sayang ini diterjemahkan dalam bentuk bantuan tunai sokongan kesihatan dan program sosial yang memberi makna kepada kehidupan hari tua. Sebagai anak kepada seorang warga emas, sebagai wakil kepada ribuan warga emas di Sungai Puyu saya berdiri hari ini untuk membawa suara kasih sayang, suara penghargaan dan suara amanah rakyat agar program kebajikan ini tidak hanya diteruskan tetapi diperkasakan dengan penuh iltizam.
Dato’ Seri Speaker, ucapan Tuan Yang Terutama juga telah menyentuh berkenaan projek-projek mega yang telah direncanakan untuk memperkukuhkan rangkaian infrastruktur dan mobiliti rakyat negeri ini termasuklah Projek Lebuhraya Bertingkat Juru ke Sungai Dua. Isu kesesakan lalu lintas semakin meruncing di laluan utama Juru dan Sungai Dua terutamanya pada waktu pagi dan petang. Kawasan ini merupakan nadi penggerak bukan saja untuk penduduk tempatan tetapi juga ribuan penggunaan dari Sungai Petani dan Seberang Perai Utara yang menuju ke tempat kerja atau pusat bandar dan sebagainya. Setiap kali waktu puncak baik waktu bekerja mahupun ketika cuti umum, kesesakan boleh menjangkau sehingga ke kawasan Sungai Puyu dan menyekat aliran trafik di sepanjang BORR serta Lebuhraya Utara Selatan dari Juru sehinggalah ke Sungai Dua dan sebaliknya. Keadaan ini bukan sahaja akan mengganggu rutin harian malah memberi kesan kepada produktiviti dan kesejahteraan rakyat.
Oleh itu, saya menyokong penuh pelaksanaan projek Lebuhraya Bertingkat Juru ke Sungai Dua sebagai satu penyelesaian jangka panjang. Namun begitu, saya ingin menegaskan agar Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian segera kepada usaha interim dan mitigasi kesesakan trafik termasuk cadangan penambahan laluan sementara, mengasingkan lorong atau lorong ekspres yang membawa mod laluan terus dari Tol Juru ke Sungai Dua, Tol Sungai Dua ke Juru dan pelarasan semula lampu isyarat di persimpangan utama serta kerjasama erat dan pihak PLUS dan pihak PBT untuk pelaksanaan pelan trafik yang bersepadu di kawasan-kawasan yang berkaitan.
Sungai Puyu minta pencerahan. Dato’ Seri Speaker saya menyokong penuh apa yang disampaikan oleh Sungai Puyu sebentar tadi. Di sini saya juga ingin memohon kepada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk menyediakan perancangan yang komprehensif dalam pelaksanaan projek Lebuhraya Bertingkat Juru Sungai Dua ini agar mengambil kira impak terhadap lalulintas setempat ketika kerja-kerja pembinaan dan juga selepas siapnya projek ini. Saya juga berharap projek ini bukan sekadar melancarkan trafik di Lebuhraya Utara Selatan tetapi berupaya menangani isu lalu lintas setempat termasuk Juru Autocity, Jalan Baru, Bulatan BKE, Jalan Permatang Pauh dan Jalan Sungai Dua. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Seri Speaker, saya juga ingin menyambut baik langkah progresif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha membentuk dasar perumahan yang inklusif melalui gagasan Rumah Mutiaraku iaitu satu program penjenamaan semula skim Rumah Mampu Milik (RMM) yang dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Matlamat projek ini sememangnya sangat baik untuk menyediakan kediaman berkualiti kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Namun begitu, saya ingin mengangkat suara rakyat yang telah menyatakan beberapa kebimbangan berkaitan pelaksanaan projek RMM pada sebelum ini. Antaranya ialah ketelusan dalam sistem pemilihan. Isu ini perlu diperbaiki agar rakyat dapat yakin bahawa proses pengagihan dapat dilakukan secara adil dan telus. Begitu juga dengan kualiti binaan dan kemudahan asas. Sesetengah projek perumahan yang telah siap, menerima banyak aduan mengenai kualiti pembinaan dan penyelenggaraan yang kurang memuaskan.
Dato’ Seri Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa perhatian Dewan, satu isu yang membimbangkan dan menyentuh secara langsung soal keselamatan rakyat, khususnya di kawasan Taman Tasek Gelugor Utama yang menempatkan projek RMM oleh pihak pemaju Scientex. Isu utama di sini ialah soal keselamatan struktur rumah, bukan hanya kecacatan kecil atau kerosakan kosmetik, tetapi melibatkan risiko kepada nyawa penghuni itu sendiri. Maka timbul persoalan penting adakah Sijil Penyiapan dan Pematuhan dikeluarkan hasil pemeriksaan yang menyeluruh di tapak atau hanya berpandukan laporan atas kertas demi mengejar masa untuk elak denda LAD kerana projek ini dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jika kerosakan rumah terus berulang dan gagal diperbaiki secara kekal, adakah Kerajaan Negeri bersetuju bahawa pihak pemaju perlu membayar pampasan setimpal kepada pemilik rumah atau menyediakan unit rumah gantian yang lebih selamat. Kerajaan Negeri tidak boleh lepas tangan kerana Scientex juga sedang mengendalikan projek RMM atau Rumah Mutiaraku yang lain di Sungai Dua dan projek baru di Jawi. Rumah mampu milik bukan sekadar mampu dibeli, tetapi mestilah selamat didiami.
Rumah adalah asas kehidupan. Jika Kerajaan Negeri dapat memastikan program Rumah Mutiaraku berjaya dilaksanakan dengan baik, ini akan menjadi antara pencapaian paling bermakna dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dato’ Seri Speaker, saya juga ingin menyentuh berkenaan keadaan di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya di Thamby Kecil yang sangat menyedihkan. Aduan demi aduan telah diterima berkenaan kemudahan asas yang gagal diselenggara dengan baik seperti lampu koridor yang tidak menyala selama berbulan-bulan dan siling rumah di tingkat atas bocor. Keadaan ini amat gelap, boleh meningkatkan risiko jenayah seperti samun dan gangguan seksual,
serta bahaya fizikal seperti jatuh tangga atau tergelincir. Keadaan ini juga sangat berbahaya kepada kanak-kanak, warga emas, OKU dan wanita mengandung. Kita harus sedar bahawa keselamatan rakyat adalah tanggungjawab asas Kerajaan Negeri. PPR bukan sekadar atap di atas kepala, tetapi ia adalah simbol komitmen negara terhadap rakyat marhaen. Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berlarutan sehingga berlaku suatu tragedi, barulah tindakan nak diambil.
Dato’ Seri Speaker, selain itu, saya juga ingin menyentuh berkenaan isu banjir kilat yang sering berlaku di kawasan taman perumahan dalam DUN Sungai Puyu iaitu di Taman Bunga Raya. Walaupun Kerajaan Negeri telah memulakan Projek Tebatan Banjir dan pembinaan rumah pam di Taman Bunga Raya, namun kejadian sama masih berulang. Ini menunjukkan bahawa perlunya disegerakan Fasa 2, Projek Tebatan Banjir yang turut melibatkan kawasan Taman Sin Tat.
Saya percaya kejadian banjir kilat ini bukan sahaja merosakkan harta benda penduduk, tetapi juga meningkatkan kos Kerajaan Negeri dalam aspek pembersihan dan bantuan kecemasan. Insiden ini juga akan memberi tekanan emosi dan bebanan kewangan kepada keluarga yang terkesan, terutamanya golongan B40. Kejadian banjir yang berulang juga boleh menjejaskan kesihatan awam akibat air bertakung yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, selain risiko jangkitan bawaan air.
Dato’ Seri Speaker, saya juga ingin membawa perhatian Dewan kepada satu isu kesihatan awam yang semakin membimbangkan di Pulau Pinang iaitu peningkatan kes penyakit kaki, tangan dan mulut. Saya difahamkan dari 1 Januari sehingga 22 Mac 2025, Pulau Pinang telah merekodkan sebanyak
Penjelasan… kaki paused sikit tangan, bukan kakitangan.
Terima kasih CM, I will say Hand, Foot Mouth Disease (dengan izin). Saya difahamkan dari 1 Januari sehingga 22 Mac 2025, Pulau Pinang telah merekodkan sebanyak 3,446 kes HFMD, menunjukkan peningkatan sebanyak 409% berbanding 677 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. Majoriti kes ini melibatkan kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah yang dikesan berlaku di Taska, Tadika, Tabika, Pra-sekolah, sekolah rendah dan pusat jagaan. Ini adalah angka yang sangat membimbangkan. Kanak-kanak yang menjadi tonggak masa depan negara kita kini terdedah kepada jangkitan yang mudah merebak ini. Virus yang menjadi punca wabak kali ini mungkin menyebabkan gejala ringan, tetapi kesan sosial dan tekanan kepada keluarga dan sistem kesihatan, sangat besar. Apa yang lebih mengecewakan ialah apabila ibu bapa yang membawa anak mereka ke Klinik Kesihatan Mak Mandin untuk mendapatkan rawatan memberitahu bahawa ubat ulser mulut yang penting dalam rawatan HFMD tidak tersedia di klinik kesihatan. Mereka telah diminta untuk membeli ubat itu di farmasi luar.
Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, pesakit yang datang ke klinik kerajaan hanya dikenakan bayaran RM1 dan mereka tidak mampu berbelanja lebih untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta. Tetapi dalam kes ini, mereka terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli ubat di farmasi luar pula. Ini amat tidak adil dan menindas golongan yang kurang berkemampuan.
Persoalannya, bagaimana klinik kesihatan boleh kehabisan bekalan ubat atau tidak mempunyai bekalan ubat yang penting pada waktu wabak sedang memuncak?
Ini adalah satu kegagalan sistem yang tidak boleh kita pandang ringan. Saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera dalam isu pembekalan ubat di klinik kesihatan dan hospital-hospital kerajaan.
Saya juga ingin mencadangkan supaya dilaksanakan audit bekalan ubat di semua klinik kesihatan, terutama di kawasan yang mencatatkan peningkatan kes HFMD serta melaksanakan proses penutupan sementara dan nyah kuman premis pendidikan yang mencatatkan wabak HFMD, selaras dengan Akta 342 iaitu Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, satu lagi isu yang sangat penting dan melibatkan keselamatan awam, khususnya penduduk dan pekerja di kawasan Perai dan sekitarnya adalah berkenaan penempatan Unit Khas Bahan Berbahaya atau lebih dikenali sebagai Unit Hazmat yang pernah ditempatkan di Balai Bomba Perai.
Penempatan ini amat bertepatan kerana kawasan Perai merupakan antara kawasan perindustrian utama di negeri ini, yang menempatkan pelbagai jenis kilang termasuk industri berat, kimia dan bahan berbahaya.
Namun begitu, kini Unit Hazmat telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Bomba Negeri Pulau Pinang dekat Batu Kawan. Walaupun Batu Kawan juga kawasan yang berkembang pesat, kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa Perai masih menampung jumlah industri yang jauh lebih tinggi dengan risiko kemalangan bahan kimia atau bahan berbahaya yang lebih besar dan lebih kerap berlaku.
Dato’ Seri Speaker, jarak antara Batu Kawan dan Perai bukanlah dekat. Dalam situasi kecemasan, setiap minit adalah sangat kritikal. Kelewatan walau hanya 10 atau 15 minit boleh membawa kesan buruk, bukan sahaja kepada pekerja kilang, malah kepada penduduk setempat yang akan terdedah kepada bahaya pencemaran bahan toksik, kebakaran industri dan sebagainya.
Dengan ketiadaan Unit Hazmat di Perai, kita kini menghadapi satu kekangan besar dari segi keupayaan tindak balas segera terhadap sebarang insiden melibatkan bahan berbahaya. Ini adalah satu risiko yang sangat tidak wajar untuk kita abaikan, lebih-lebih lagi di kawasan yang menjadi nadi ekonomi negeri.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri berbincang dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta kementerian berkaitan untuk menambah satu lagi Unit Hazmat khusus di Balai Bomba Perai atau mengembalikan semula penempatan Unit Hazmat di Balai Bomba Perai dengan mempertimbangkan keperluan logistik dan risiko semasa.
Ini adalah satu pelaburan terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan sektor industri kita. Langkah ini bukan sahaja akan memberi tindak balas pantas kepada sebarang insiden, malah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap tahap keselamatan dan kesiapsiagaan Kerajaan Negeri dalam menangani bencana. Janganlah kita tunggu sesuatu yang buruk berlaku barulah kita bertindak. Lebih baik kita bersedia sekarang. Saya harap Kerajaan Negeri dapat mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan bertindak segera demi kepentingan bersama.
Dato’ Seri Speaker, di kesempatan ini, saya juga ingin mempersoalkan tentang hala tuju pembangunan sukan bola sepak negeri Pulau Pinang. Apakah pelan pembangunan jangka panjang untuk pasukan Harimau Kumbang dan bagaimana Kerajaan Negeri menyokong pembangunan akar umbi bola sepak negeri?
Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan Akademi Harimau Kumbang di Seberang Perai dengan jurulatih profesional dan kemudahan latihan moden, agar bakat belia tempatan dapat di asah. Kerajaan Negeri juga boleh bekerjasama dengan syarikat korporat dan kelab-kelab luar negara untuk mewujudkan program pertukaran pemain serta memberi pendedahan antarabangsa kepada pemain-pemain muda. Namun, satu perkara yang tidak boleh kita abaikan adalah prestasi Harimau Kumbang dalam Liga Super yang masih belum mampu menandingi pasukan-pasukan elit seperti Johor Darul Ta’zim (JDT). Kekalahan demi kekalahan kepada JDT bukan sahaja mencerminkan jurang prestasi, tetapi juga mendedahkan kelemahan dari segi pembangunan sistematik, strategi pengurusan dan pelaburan terhadap pasukan.
Justeru itu, saya mencadangkan usaha pencarian bakat dari peringkat sekolah dan pertandingan Piala Ketua Menteri misalnya, untuk melahirkan pelapis yang benar-benar kompetitif. Sudah tiba masanya kita melihat sukan ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai satu industri pembangunan bakat dan ekonomi tempatan. Dengan pendekatan profesional dan perancangan jangka panjang, Pulau Pinang berpotensi untuk kembali menjadi antara gergasi bola sepak Malaysia.
Dato’ Seri Speaker, dalam menghadapi cabaran pandemik dan ketidaktentuan ekonomi global, kita memerlukan kepimpinan yang progresif dan dasar-dasar yang berpaksikan kepada rakyat Pulau Pinang perlu terus melangkah ke hadapan dengan memberi penekanan kepada pembangunan lestari, pemerkasaan komuniti dan penyelesaian kepada isu-isu rakyat di peringkat akar umbi. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah menunjukkan kepimpinan cemerlang yang membawa Pulau Pinang ke atas satu tahap kemajuan yang membanggakan.
Saya juga ingin menyatakan sokongan penuh terhadap ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, ucapan Tun memberikan hala tuju jelas, penuh wawasan dan amat bertepatan dengan aspirasi rakyat Pulau Pinang.
Akhir kata, izinkan saya menutup perbahasan hari ini dengan dua rangkap pantun. Makan laksa di tepi jeti, Naik feri sambil goyang kaki, CM kita steady dan berdedikasi, Pulau Pinang maju rakyat pun happy.
Budi bahasa jadi budaya, Adat dijunjung sepanjang masa, Mohon sokong usul mulia, Ucapan TYT penuh bermakna.
Dato’ Seri Speaker, saya mohon menyokong.
Usul Terima Kasih Kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua NegeriMotion
Siap. Habis? Terima kasih Sungai Puyu. Ahli-ahli Yang Berhormat maka kita berada dalam sesi perbahasan atas usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah berkenan melafaskan ucapan kepada Dewan yang Mulia ini di Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kelima Belas pada 16 Mei 2025 yang lalu. Ahli-ahli Yang Berhormat saya nak mohon siapa yang ingin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Sila Ahli kawasan Sungai Puyu. Ahli kawasan Sungai Puyu pula Ahli kawasan Sungai Dua. Dari Sungai Puyu ke Sungai Dua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah (bacaan doa).
Pertama ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk memulakan perbahasan pada pagi yang mulia ini. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua dan juga ketua pengarah jabatan dan agensi. Izinkan saya memulakan ucapan ini dengan merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Dato’ Haji Ramli bin Ngah Talib atas perlantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang kesembilan berkuatkuasa mulai 1 Mei 2025. Saya yakin pengalaman luas serta kepimpinan beliau akan membantu membawa Pulau Pinang ke tahap yang lebih cemerlang. Dalam masa yang sama saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ahmad Fuzi bin Abdul Razak atas segala jasa budi dan kepimpinan yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh beliau menyandang jawatan tersebut. Bermula dari 1 Mei 2021 sehingga 30 April 2025, sumbangan beliau dalam memayungi kestabilan dan keharmonian negeri amat kami hargai dan akan terus dikenang. Saya juga turut mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025.
Allahyarham merupakan anak jati Pulau Pinang yang telah mengharumkan nama negeri ini di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Kepimpinan beliau yang berteraskan kesederhanaan, kebijaksanaan dan budi pekerti tinggi akan terus menjadi teladan kepada kita semua. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan ditempatkan di kalangan para hambanya yang soleh.
Tuan Yang di-Pertua, dalam sejarah tamadun manusia, agama dan politik saling berkait. Agama memberi nilai, politik melaksanakan. Agama membentuk hati nurani, politik membentuk dasar dan keputusan. Bagi umat Islam, kami percaya bahawa manusia dijadikan di muka bumi ini sebagai khalifah. Sepertimana firman Allah S.W.T. (ayat Al-Quran).
"Dan sesungguhnya, ingatlah kata Allah S.W.T. ketika kami berfirman kepada malaikat. Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang khalifah di atas muka bumi". Suratul Baqarah ayat 30.
Di mana khalifah itu ialah pemegang amanah untuk memakmurkan bumi dan berlaku adil kepada sesama manusia. Konsep ini bukan eksklusif kepada umat Islam sahaja, dalam ajaran agama lain juga seperti agama Kristian, Buddha dan Hindu semuanya menekankan nilai kebenaran, keadilan, tanggungjawab dan kasih sayang sesama manusia. Ini menunjukkan bahawa dalam masyarakat bertamadun, politik tanpa nilai agama atau moral akan mudah terpesong. Apapun kepercayaan kita, kita semua bersetuju bahawa pemimpin mesti jujur, amanah, adil dan bertanggungjawab. Firman Allah S.W.T. (ayat Al-Quran).
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menyeru kepada kamu, menyeru kepada kamu, kepada pemimpin-pemimpin supaya menyampaikan amanah kepada yang berhak. Dan apabila kamu menghukum, kamu memerintah di antara manusia, maka hendaklah kamu menghukum dengan seadil-adilnya". Ini adalah prinsip sejagat, keadilan dan juga amanah.
Sebagai Ketua Pembangkang, saya ingin tegaskan, menjadi Kerajaan bukan soal kuasa semata-mata, ia adalah amanah. Amanah untuk menjaga kebajikan rakyat, memelihara keharmonian kaum dan memastikan masa depan yang adil untuk semua. Setiap keputusan dasar, setiap peruntukan bajet, setiap projek pembangunan semuanya akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat. Maka ia bukan sekadar keputusan politik, ia adalah keputusan moral.
Sudah saya sebutkan tadi bahawa kami juga berperanan dalam Kerajaan sebagai semak dan imbang. Maka keadilan juga perlu diberikan kepada kami, kepada ADUN-ADUN Pembangkang. Memberi peruntukan kepada ADUN-ADUN Pembangkang. Saya memohon agar setiap ADUN Pembangkang ini diberikan peruntukan separuh jumlahnya daripada apa yang diterima oleh ADUN Kerajaan yang merangkumi pembekalan dan juga infra.
Pada ketika ini peruntukan yang diberikan kepada ADUN Pembangkang hanyalah infra sebanyak RM60 ribu sahaja. Nak buat apa? RM60 ribu banyak ka? RM60 ribu tak banyak mana, sikit sangat. Ahli Majlis lagi banyak daripada ADUN Pembangkang. Penyelaras KADUN lagi banyak daripada ADUN Pembangkang. (gangguan)
Jumlah ini sangat sedikit dan tidak cukup untuk membantu rakyat di kawasan kami berbanding dengan ADUN di Kerajaan. Adakah ini satu keadilan? Dan bagi kami yang beriman kepada Allah S.W.T., kita semua akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T. terhadap tindakan yang kita lakukan di atas muka dunia ini. Firman Allah S.W.T. (ayat Al-Quran).
"Pada hari ini, yakni pada hari kiamat, kami akan kuncikan mulut-mulut yang pandai berkata-kata, yang pandai berjanji, yang pandai untuk berputarbelit dan berkata-katalah kepada kami oleh tangan-tangan mereka". Tangan bercakap, bukan mulut bercakap pada hari itu, tangan bercakap! Memberikan penjelasan-penjelasan kemudian menjadi saksilah oleh kaki, kaki menjadi saksi di atas apa yang telah dikerjakan.
Dahulu kita tandatangan, apa agreement yang kita tandatangan, tangan akan memberikan kesaksian, tangan akan melaporkan. Kita buat yang baik, tangan akan melaporkan. Kita buat jahat, kita buat zalim, kita tindas orang, kita tak buat keadilan, tangan akan melaporkan pada hari tersebut.
Tuan-tuan, Dato’ Seri Speaker, kita semua mahu melihat Pulau Pinang ini terus maju tetapi biarlah kemajuan itu seiring dengan keadilan sosial, nilai kemanusiaan dan tanggungjawab moral. Politik tanpa nilai akan melahirkan pemimpin yang bijak berjanji tetapi lupa menunaikan. Petah berkata-kata tapi gagal melaksanakan.
Tuan Dato’ Seri Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik di seluruh negara khususnya di Pulau Pinang ini. Jasamu mendidik anak bangsa sangat kami hargai. Guru adalah tiang seri negara, tanpa guru tiadalah doktor, tanpa guru tiadalah jurutera, tanpa guru tiadalah Speaker, tanpa guru tidak adalah yang lain, tidak ada hatta Ketua Menteri pun tidak ada. Tidak ada saya yang berdiri pada ketika ini. Tidak ada semua yang berada dalam Dewan yang Mulia pada hari ini. Lebih mengecewakan apabila kami melihat dengan jelas bahawa parti-parti dalam Kerajaan dibenarkan menjalankan program politik mereka di sekolah-sekolah. Bagaimana mungkin sekolah dibuka luas untuk program politik Kerajaan tetapi tertutup rapat untuk wakil Pembangkang yang ingin sekadar menyampaikan penghargaan dan juga meninjau keperluan sekolah.
Ini adalah layanan dua darjat. Ini adalah salah guna kuasa dan ini adalah satu bentuk intimidasi ataupun tekanan politik yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi. Kami menyeru agar Kerajaan menghentikan segera dasar zalim dan tidak adil ini. Demokrasi tidak bermakna jika hanya satu pihak diberi ruang manakala pihak lain ditindas dan dibisukan.
Tuan Dato’ Seri Yang di-Pertua, kita sedar…(gangguan)
Tuan Speaker…
Bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah negeri industri…
Ketua Pembangkang minta mencelah…
Sila-sila.
Terima kasih Dato’ Speaker. Berkaitan dengan peruntukan dan pihak Pembangkang tidak dapat masuk ke sekolah-sekolah. Tapi yang lebih malangnya Ketua Pembangkang, apabila ada program oleh pihak sekolah, mereka mohon peruntukan dari YB Kawasan. Jadi, bagaimana pihak YB Kawasan untuk membantu untuk program-program di sekolah-sekolah sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah. Jadi, agak malang bagi kami, Ketua Pembangkang tidak boleh bagi banyak untuk program-program melibatkan pihak sekolah. Jadi, mohonlah Tuan Speaker, pertimbangkan permohonan dari Ketua Pembangkang untuk memberi peruntukan yang sewajarnya. Terima kasih.
Speaker tak boleh…
Terima kasih Sungai Bakap. Bukan setakat ini, kita mahu supaya demokrasi itu berjalan dengan telus dan dengan baik. Kita diberikan ruang, kita bukan nak berpolitik di sekolah, kita nak membantu macam tu lah. Kita nak tahu, kita nak tahu apa dia perkara-perkara yang boleh kita bantukan supaya prestasi sekolah itu dapat ditingkatkan. Bukan kita nak poiltik. Politik apa? Budak-budak, politik apa. Jadi kita harap mana pihak-pihak yang lain pun hentikanlah kita berpolitik, berkempen politik di sekolah. Kita turun untuk membantu, memberikan khidmat bakti kepada sekolah-sekolah yang ada di dalam kawasan kita dan juga di dalam negeri Pulau Pinang.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah negeri industri yang amat bergantung kepada perdagangan antarabangsa khususnya eksport komponen elektronik, peralatan perubatan, produk berteknologi tinggi. Pengumuman terbaru oleh Kerajaan Amerika Syarikat yang menaikkan tarif ke atas beberapa produk utama yang diimport daripada negara kita amat membimbangkan. Syarikat-syarikat multinasional, perusahaan kecil dan sederhana yang beroperasi di Bayan Lepas, Batu Kawan dan kawasan perindustrian lain akan terkesan secara langsung akibat tarif ini.
Pada tahun 2023, Amerika Syarikat merupakan negara kedua tertinggi dalam senarai eksport daripada Pulau Pinang dengan nilai RM76 bilion bersamaan dengan 17% daripada keseluruhan nilai eksport dalam negeri ini. Antara kesan yang terpaksa dihadapi, tarif ini, bermakna kos eksport dari Malaysia ke Amerika Syarikat akan meningkat. Produk kita akan menjadi kurang kompetitif dan pelanggan di Amerika Syarikat mungkin beralih kepada pembekal-pembekal dari negara lain. Ini satu tamparan hebat kepada kilang-kilang di Pulau Pinang yang majoriti hasil produksinya dipasarkan ke pasaran global.
Kedua, kita harus risau dan berkemungkinan berlaku penguncupan pelaburan asing, pelabur luar mencari ekosistem yang stabil dan kompetitif dari segi kos. Kenaikan tarif ini menambahkan ketidaktentuan dan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan boleh hilang daya tarikan jika kita gagal bertindak secara strategik.
Ketiga, kesan rantaian kepada peluang pekerjaan amat membimbangkan jika permintaan eksport menurun, jika pelabur mula berhijrah, maka pekerja-pekerja khususnya anak-anak muda di Pulau Pinang bakal menjadi mangsa pertama, pengangguran boleh meningkat dan kesan sosialnya akan meluas.
Maka saya menyeru Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk yang pertamanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mesti dilibatkan secara langsung dalam usaha penyelarasan dasar perdagangan, pelaburan dan juga pelabuhan. Pulau Pinang yang merupakan pengkalan kepada pelbagai kluster industri, harus memainkan peranan penting dalam penyelarasan dasar perdagangan dan juga pelaburan.
Yang kedua, melindungi perusahaan tempatan. Melindungi perusahaan tempatan dengan memperkenalkan insentif baharu kepada industri yang terkesan termasuk rebat cukai dan bantuan infrastruktur.
Yang ketiga, melaksanakan plan pemelbagaian pasaran eksport. Jangan terlalu bergantung kepada satu pasaran sahaja. Pasaran Asia, Timur Tengah, Eropah Timur dan juga Afrika harus diterokai dengan lebih agresif.
Tuan Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu ini bukan soal politik semata-mata. Ini soal masa hadapan ekonomi negeri kita. Ini soal rezeki ribuan keluarga Pulau Pinang. Saya berharap kita dapat mencari solusi terbaik kepada masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu LRT pula, yang disentuh secara umum dalam ucapan TYT tempoh hari. Meskipun projek ini sudah menjadi projek Persekutuan, namun di peringkat rakyat perlu kepada penerangan memandangkan projek ini dijalankan di negeri kita. Kami di peringkat Pembangkang tidak menolak pembangunan. Bukan juga untuk menafikan keperluan infrastruktur moden yang mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang. Namun menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan penuh amanah, setiap projek mega dijalankan dengan ketelusan dan setiap dasar pembangunan berteraskan prinsip keberkesanan serta keadilan sosial.
Hari ini rata-rata berbicara tentang projek Transit Aliran Ringan (LRT) dan juga PIL yang dijangka menelan belanja berbilion ringgit wang rakyat. Projek ini dijual kepada rakyat sebagai jawapan muktamad kepada masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di negeri kita. Kami ingin tahu berapa kos sebenarnya projek LRT ini? Benarkah LRT ini satu-satunya penyelesaian terbaik dan lebih penting, adakah ianya benar-benar berbaloi?
Dengan melihat perkembangan semasa projek ini, apakah status sebenar pengambilan tanah? Kerajaan memaklumkan bahawa pengambilan tanah akan dilakukan secara berperingkat dan dikekalkan pada kadar nominal tetapi adakah semua proses ini telah selesai sebelum projek dimulakan? Kita perlu ketelusan, berapa banyak keluarga dan juga perniagaan yang akan terkesan? Bagaimana pula dengan kerja-kerja infrastruktur bawah tanah, paip air, pembentungan, kabel utiliti? Projek berskala besar seperti ini akan memerlukan kerja-kerja pemindahan utiliti bawah tanah yang jika tidak diurus awal boleh menyebabkan kelewatan dan juga kos tambahan. Adakah tarikh untuk kerja pemindahan ini telah ditetapkan? Siapa yang bertanggungjawab? Dan adakah anggaran kos ini termasuk dalam jumlah projek?
Saya ingin memohon kepada pihak Kerajaan Negeri agar Laporan Trafic Impact Assesment (TIA) yang seharusnya menjadi dokumen asas sebelum sesebuah projek mega seperti ini dapat dikongsi kepada umum memandangkan apabila projek ini bermula sudah tentu masalah kesesakan akan menjadi lebih kronik daripada sebelum ini. Apakah langkah dan usaha kerajaan dalam mengatasi masalah kesesakan ketika projek ini sedang berjalan? Kami ingin tahu berapa peratus rakyat Pulau Pinang akan benar-benar menggunakan LRT ini? Adakah lokasi-lokasi stesen yang dicadangkan benar-benar mencerminkan laluan mobiliti rakyat harian dari tempat tinggal ke tempat kerja, dari pekan ke kawasan industri, dimana kita melihat jajaran stesen LRT ni kita lihat laluannya saya mengambil contoh iaitulah stesen yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang jaraknya ialah 200-meter. Kalaulah kita katakan bahawa LRT ini adalah suatu projek untuk menarik pelancong ke Negeri Pulau Pinang ini adakah maknanya pelancong-pelancong kita sanggup berjalan kaki daripada airport ke stesen ini atau pun kena menggunakan transport yang lain pula untuk membawa pelancong-pelancong yang turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang 200 bukan 200 kaki, 200-meter, 200-meter ini padang bola, 2 padang bola, tidak tahulah saya rasa sakit kaki kot…
Ketua Pembangkang kena biasa berjalan
200-meter. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri nak bawa beg besar, saya tidak tahu, kita kena kira orang tua-tua sama jangan kira orang muda-muda macam dengan Yang Berhormat Ahli Kawasan Jawi, Jawi tidak apa kerana dia muda lagi. Okey, kami juga ingin tahu berapa peratus rakyat Pulau Pinang akan benar-benar menggunakan LRT ini? Adakah lokasi-lokasi stesen yang dicadangkan benar-benar mencerminkan laluan mobiliti rakyat harian dari tempat tinggal ke tempat kerja, dari pekan ke kawasan industri.
Seterusnya mengapa tidak diperkasakan dahulu sistem bas awam dan juga memperbanyakkan perkhidmatan DRT Demand Responsive Transport atau pun lebih kita mudah cakap punya van, van dah boleh bergerak ke mana-mana mudah untuk membawa dan kita memperkasakan kita perbanyakkan supaya dia menjadi transport yang akan dapat orang kata apa memberikan khidmat kepada rakyat di negeri ini. Adakah Kerajaan Negeri sudah meneliti dan membandingkan kos serta impak sosial ekonomi kepada pelbagai pilihan yang ada dikatakan juga LRT ini mampu menarik pelancong ke negeri ini tetapi seperti saya katakan tadi kalau kita melihat kepada jajaran stesen ini juga adakah sesuai ataupun adakah memenuhi kepada cita-cita tersebut.
Kami juga ingin mendapat penjelasan penuh mengenai sambungan antara laluan LRT di pulau ke Stesen Penang Sentral di tanah besar. Soalan dia adakah laluan ini akan dibina melalui terowong bawah laut kah atau dibina menggunakan jejambat ataupun jambatan yang merentasi laut. Kalau kita tengok kita ada perlabuhan kalau kita daripada Georgetown kita hendak pi sama paras laut mungkin kita kacau kapal dan juga kalau kita hendak naik tinggi 20 berapa 20 tingkat kah
Baca sana.
20 tingkat kita naik kita tidak ganggukah laluan lapangan terbang di Telok Ayer Tawar, ini lontaran ya nanti boleh pihak kerajaan nanti boleh jawab. ini bukan soal teknikal semata-mata ia melibatkan kos pembinaan yang sangat berbeza terowong bawah laut akan menelan belanja jauh lebih besar berbanding struktur atas laut. Yang kedua impak terhadap alam sekitar marin dan hidupan pesisir pantai. Yang ketiga risiko keselamatan dan juga penyelenggaraan jangka panjang terutama jika melalui laluan bawah laut yang memerlukan sistem ventilasi penyaliran dan juga teknologi khas. Yang keempat kesesuaian struktur dengan landskap semula jadi dan warisan bandar Georgetown yang sensitif.
Kami ingin tahu sudahkah kajian terperinci dilaksanakan untuk laluan ini? Apakah justifikasi teknikal dan kewangan yang menyokong pilihan laluan yang dicadangkan. Kami tidak menolak pembangunan tetapi pembangunan mestilah membawa keuntungan kepada rakyat bukan semata-mata menguntungkan pemaju. Kita tidak mahu melihat Pulau Pinang berubah menjadi kota elit yang menyingkirkan golongan marhaen ke pinggiran.
Tuan Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, sumber daripada Buletin Mutiara menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan antara RM300 hingga RM400 juta sejak tahun 2010 untuk pelbagai projek mitigasi banjir. Ini termasuk lebih RM200 juta untuk projek rancangan tebatan banjir (RTB) dan RM56 juta daripada caruman perparitan walaupun pelaburan-pelaburan besar telah dilakukan kejadian banjir kilat masih berlaku pada September 2024 Bayan Baru dilanda banjir selepas hujan lebat hanya 3 jam walaupun hampir RM50 juta diperuntukan bagi penyelesaian masalah banjir di kawasan itu.
Apa yang lebih mengecewakan walaupun berjuta-juta dibelanjakan tiada skim bantuan atau pampasan khusus diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir mereka hanya dibekalkan dengan makanan dan minuman di pusat pemindahan sementara rakyat yang harta benda mereka rosak akibat banjir tidak menerima bantuan langsung janganlah disebabkan kegagalan kerana terlalu mengejar pembangunan sehingga rakyat terpaksa menanggung kerugiannya. Yang Berhormat Tuan Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri sejauh mana pula pembinaan infrastruktur seperti mana parit dan sistem saliran sepatutnya diberikan keutamaan sebelum projek pembangunan diluluskan. Isu ini tidak boleh dipisahkan daripada masalah banjir pembangunan pesat yang tidak berpandukan kepada analisis impak alam sekitar telah menyebabkan parit dan sungai sedia ada tidak mampu menampung air hujan lalu menyebabkan banjir kilat.
Dalam Buletin Mutiara juga Ketua Menteri sendiri mengakui bahawa projek mitigasi banjir yang dilaksanakan direka bentuk kejuruteraan yang ada kapasiti dan apabila melimpahi kapasiti itu maka terjadilah banjir kilat. Ini bermaksud bahawa pelaksanaan projek-projek mitigasi ini gagal menangani situasi sebenar yang kerap berlaku di lapangan. Untuk masalah banjir ini saya mencadangkan agar yang pertama, semua projek pembangunan sama ada awam ataupun swasta wajib melalui penilaian impak alam sekitar EIA dan Penilaian Impak Saliran (DIA) Drainage Impact Assessment yang dikendalikan secara telus oleh badan profesional bebas bukan semata-mata laporan diluluskan secara dalaman dan berdasarkan dokumen pemaju.
Yang kedua, dalam setiap pembangunan keutamaan harus diberi kepada keselamatan dan juga kesejahteraan rakyat bukan keuntungan jangka pendek pemaju. Ini termasuk memastikan kawasan perumahan rakyat tidak menjadi mangsa limpahan projek berhampiran akibat sistem saliran yang gagal. Yang ketiga, reka bentuk untuk sistem tebatan mesti dibina berdasarkan data cuaca ekstrem terkini bukan purata hujan zaman dulu. Kita tidak boleh lagi guna andaian lama model baru harus mengambilkira pola iklim baharu dan juga kejadian luar jangka. Yang keempat, tubuhkan satu Tabung Kecemasan Negeri Pulau Pinang untuk memberi bantuan kewangan atau pampasan minimum kepada mereka yang mengalami kerosakan akibat banjir.
Tuan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri kawasan DUN Sungai Dua sering terdedah kepada banjir kilat maklumlah kawasan hotspot banjir Sungai Dua ni, tiap-tiap kali berucap saya tak akan meninggalkan isu banjir ini, semua Exco kena ambil perhatian. Kawasan DUN Sungai Dua ini sering terdedah kepada banjir kilat dan juga angin kencang ribut sewaktu peralihan dan juga perubahan monsun, bila mari perubahan monsun inilah waktu bukan kata Sungai Dua sahaja bahkan maknanya di belah utara kita ni terdedah kepada ribut dan juga kepada hujan yang lebat.
Maka apakah bentuk persediaan menyeluruh yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri termasuk usaha penambahbaikan sistem infrastruktur seperti longkang tersumbat, parit cetek, saliran tersumbat dan istimewanya Sungai Perai Mati ini PBA dia buang slush, saya kena cakap lagi, lagi tak buat selesai saya terus bercakap ya slush itulah apa nama ni mendapan menyebabkan Sungai Perai Mati ini terkambus, Sungai Perai Mati terkambus, sungai yang besar tu boleh terkambus, bila sungai terkambus cetek air dia, air naik, hujan air naik masuk dalam rumah orang.
Rumahkah? Kilangkah?
Tidak tahulah rumahkah? buat kilangkah? Saya pun tidak tahu tetapi saya dengar ada usaha yang dikatakan untuk maknanya menangani ataupun slush ini hendak diproses untuk dijadikan saya ucapkan syabas dan tahniah dalam perkara itu cumanya mendapan lama itu tolong korek sat, ni bulan ini bulan 5 nak mai bulan 6, bulan 7 dah hendak mula dah monsun. Begitu juga dengan Yang Berhormat Ahli kawasan Jawi tolong tengok sat pokok-pokok yang tinggi-tinggi, pokok-pokok yang tua-tua tu yang tumbang haritu sudah tumbang dah kena atas kereta mujur tidak ada orang, mujur tiada orang
Ahli Majlis buat kerja.
Hah tak apa Ahli Majlis buat kerja, kita harapnya ketua Ahli Majlis duk ada sini yang bertanggungjawab dapat memperingatkan kepada mereka begitu juga dengan pemangkasan pokok besar yang saya sebutkan tadi dan pokok yang berisiko tumbang. Ini bukan hanya soal pemandangan tetapi soal keselamatan dan juga nyawa rakyat. Pernah berlaku macam yang saya sebutkan tadi tumbang itu banyak di kawasan Taman Desa Murni yang tumbang. Kawasan di situ bercampur orang Cina ada, orang India ada, orang Melayu ada tetapi kebanyakkan masyarakat Tionghoa ada di situ pokok tumbang kena kereta dia habis ranap jadi kita kena ini janganlah pangkas dah habis ribut, dah habis hujan dah baru lah hendak pi tebang saya tengok haritu macam itula
Yang itu jadi depan rumah wakil rakyat, depan rumah saya tu yang tebang pokok tumbang kena kereta.
Saya pi tebang, saya bawa pi enjin pi situ sebab pokok-pokok tumbang rata jadi saya ada enjin potong pokok saya pi potong pokok untuk memudahkan laluan kepada penduduk-penduduk di situ.
Tuan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya ingin menyentuh isu yang membimbangkan menyentuh soal integriti keselamatan ekonomi, walaupun loceng bunyi kena bagi masa tambahanlah dan kredibiliti pentadbiran Kerajaan Negeri isunya ialah penglibatan entiti dan individu yang dikaitkan dengan skim cepat kaya MBI Group International dalam projek-projek besar di negeri ini. Isu ini mencuri perhatian setelah penahanan tiga tokoh korporat terkenal termasuk Yang Berhormat Tan Sri Datuk Alex Ooi, Pengerusi Eksekutif Ideal Property Group, syarikat yang memegang 20 peratus kepentingan dalam SRS Consortium pelaksana utama projek LRT Mutiara Pulau Pinang. Saya difahamkan siasatan melibatkan pembekuan aset RM3.17 bilion termasuk hartanah, saham, kenderaan mewah dan barangan bernilai tinggi sekiranya siasatan membawa kepada pembekuan aset Ideal Property Group termasuk saham mereka dalam SRS Consortium tidakkah ia boleh mengganggu aliran kewangan projek LRT. Saya khuatir bahawa skandal ni boleh menjejaskan kredibiliti projek-projek besar di negeri ini terutama LRT dan menggesa agar siasatan telus dan bebas diteruskan tanpa campur tangan politik.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya juga ingin menyentuh isu Projek Penang South Island (PSI) projek ini bukan sekadar soal pembangunan bukan soal membina pulau buatan projek-projek ini juga adalah soal kelangsungan hidup komuniti nelayan. Saya difahamkan bahawa pasir akan dikorek oleh sebuah syarikat swasta sejauh 34-kilometer bermula daripada Pulau Betong ke Pantai Acheh iaitu lah 6 batu nautica daripada pantai, bila sebut tentang 6 batu nautica daripada pantai habislah nelayan pantai ini bila hisap pasir disitu bermakna ekosistem itu akan rosak dan nelayan pantai akan hilang pendapatan di situ. Ini disebut oleh nelayan kepada saya…
Minta laluan
Ya sila
Adakah Yang Berhormat bersetuju saya membuat konklusi tindakan kerajaan melakukan perlombongan pasir ini akan membunuh profesion nelayan di Pulau Betong dan di Balik Pulau.
Terima kasih Yang Berhormat Ahli kawasan Pulau Betong, ini memang kawasan Pulau Betong lah sebab mula daripada Pulau Betong. Pulau Betong tidak boleh duduk, nelayan dok pi kacau dia
Sebelum Yang Berhormat menjawab Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat tadi cakap dengar dari nelayan fakta ini, nelayan itu dapat makluman dari mana? kalau ada apa-apa makluman harap dapat serahkan kepada pihak kerajaan untuk disiasat sebab di Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita langsung tidak ada makluman sedemikian minta nelayan itu membekalkan maklumat yang berkaitan.
Terima kasih kepada YAB Ketua Menteri kerana respon kepada apa yang saya bawa ini dan saya harap maknanya nelayan kita lepas ini kita hendak minta nelayan supaya bawa kepada Kerajaan Negeri mungkin benda ini bukan dalam pengetahuan Kerajaan Negeri ada syarikat swasta yang hendak mengambil pasir, telah lah berlaku kita tengok di negeri Perak buat tunjuk perasaan tidak mahu supaya pasir diambil dari tempat mereka kerana apabila berlaku kawah akan menyebabkan runtuhan akan berlaku dan akan memusnahkan ekosistem di kawasan dia dan juga kalau sekiranya ini berlaku di kawasan kita amat malanglah la di sebelah kita buat Pulau Silicon itu pun dah hari ini ramai daripada kalangan nelayan di situ yang mereka menyatakan bahawa hasil tangkapan mereka sangat merosot dan mereka berpindah pergi memukat di kawasan Pulau Betong, kalau Pulau Betong pula ambil ke mana pula mereka hendak pi tuan-tuan.
Boleh Yang Berhormat bekalkan maklumat ini dengan secepat mungkin, esok boleh?
Esok mana boleh.
Tanya nelayan petang ini esok dapat. Okey?
Okey-okey, kita ni ialah kita wakil rakyat, bila orang bagi ini, kita tanya di sini. Ini tempat membuat dasar. Tempat yang boleh di mana diberikan jawapan. Tempat yang kita boleh dapat jawapan. Bukan kita menuduh, kita melahirkan, melahirkan kebimbangan. Sudah tentulah makna bila ramai bercakap-cakap, ramai nelayan yang melaporkan, di kalangan ini pun ada juga, ada orang yang takut, biasalah orang takut.
Okey, kita akan dapat maklumat 24 jam dari sekarang.
Okey-okey. Terima kasih di atas respon segera.
Bukan, nelayan perlu bekalkan maklumat itu dalam 24 jam. Bukan saya bagi makluman.
24 jam boleh bagi Oh, lagi bagus! Kemudian kesan projek PSI yang sudah pun terasa, saya gesa Kerajaan Negeri supaya melihat perkara ini dengan orang kata apa, dengan segera. Saya juga ingin membangkitkan isu pencemaran Pantai Esen di Permatang Damar Laut. Rakyat masih menunggu keputusan akhir ujian makmal yang telah dijanjikan oleh pihak berkuasa. Kita ingin tahu apakah keputusan yang diperoleh, apakah punca pencemaran, apa nama tersebut. Kerajaan Negeri menyatakan bahawa pantai tu memang berlumpur semulajadi dan bahawa peningkatan alga serta aktiviti hulu sungai mungkin penyebab pencemaran, namun kita tidak boleh menafikan keresahan rakyat. Adakah projek tambakan berdekatan menyumbang kepada keadaan ini. Saya gesa Kerajaan Negeri supaya berhenti berselindung di sebalik alasan teknikal jika benar pencemaran itu berpunca daripada Projek PSI, buktikan secara saintifik dan telus, dedahkan laporan ujian makmal kepada umum.
Tuan yang, Dato’ Seri Speaker, saya juga ingin menarik perhatian tentang iaitu isu tambakan di Persiaran Karpal Singh akan ditambak 70 ekar dalam laut. Kemudiannya pula dicampur dengan tempat pelupusan sampah 90 ekar menjadikan kawasan tersebut 160 ekar. Ada satu jawatankuasa bertindak di sana. Penduduk, mereka apa nama ni, beritahu bahawa makna projek ini akan dilaksanakan di sana dan juga mereka sangat khuatir dengan ancaman hasil daripada pengorekan, apa nama tempat pelupusan sampah tu, gas-gas yang terpendam, toksik yang terpendam, bebas dan juga dalam lingkungan 20-meter, 20-kilometer bukan 20-meter, 20-kilometer akan memberikan kesan, akan menjejaskan kesihatan kepada penduduk yang berada di kawasan tersebut. Jadi apa, apakah langkah keselamatan yang akan orang kata dilakukan. Kemudian apa alasan penambakan di dalam laut, sebanyak 70-ekar tu. Sudahlah kerosakan di dalam laut ini berlaku tambakan berlaku kemudian ini tempat baru pula, nak tambak. Kemudian apa nama ni nelayan-nelayan kita nak cari makan, nak pukat di mana pula?
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan tentang projek perumahan yang dibina tidak mengutamakan kualiti malah meletakkan rakyat dalam keadaan terdedah kepada risiko keselamatan dan tekanan hidup. Isu yang melibatkan Pangsapuri Sentral Avenue di Bukit Gelugor Pulau Pinang di kawasan Batu Uban. Projek ini merupakan satu simbol kemajuan dan penyelesaian kepada isu perumahan, dikawasan bandar namun malangnya sejak tahun 2015, isu kebocoran bumbung yang berlarutan masih tidak diselesaikan sehingga hari ini. Isu ini pernah dibangkitkan oleh Sidang DUN pada tahun 2021 oleh ADUN Penaga, betul tak ADUN Penaga? Pada waktu itu, namun sehingga hari ini penduduk yang saya jumpa baru-baru ini menyatakan bahawa masalah tersebut masih belum selesai. Hujan turun bocor masuk dalam rumah, berlaku renjatan elektrik, membahayakan. Kita minta kerajaan mengambil perhatianlah. Kesianlah depa, depa beli rumah habis duit tetapi rumah yang tidak berkualiti ni tidak orang kata apa, memberikan orang kata apa, kebaikan ataupun kesejahteraan kepada kehidupan mereka.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, satu dasar yang diperkenalkan dengan penuh gah pada satu ketika dulu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika mana Pakatan Rakyat menjadi pemerintah ialah dasar CAT (Cekap, Akauntabiliti dan juga Telus). Ia dicanang sebagai tonggak pentadbiran baharu, namun persoalannya hari ini selepas hampir dua dekad berlalu, di manakah CAT? Sudah jarang sekali kita dengar dasar CAT disebut secara serius. Apakah dasar ini masih menjadi prinsip utama Kerajaan Negeri atau sudah menjadi sekadar slogan yang ditinggalkan dalam lipatan sejarah. Sekiranya masih dilaksanakan, pertama kita mendesak agar prinsip transparency disebut dalam CAT tidak tinggal nama. Kita minta agar Kerajaan Negeri mendedahkan secara penuh butiran kewangan
negeri kepada umum, bukan sekadar anggaran belanjawan tahunan tetapi laporan terperinci perbelanjaan dan juga kutipan hasil. Dokumen ini wajar dipaparkan di portal rasmi Kerajaan Negeri, boleh dimuat turun oleh rakyat dan dikemaskini secara berkala. Jika benar CAT masih hidup maka tiada sebab untuk menyembunyikan angka dan fakta kepada rakyat yang membayar cukai. Mereka berhak mengetahuinya. Kedua, menggesa agar audit bebas dilakukan secara berkala… (gangguan).
Yang berhormat boleh mencelah? Nak tanya satu soalan.
Beberapa entiti khususnya Kerajaan Negeri. Sila.
Yang berhormat telah bangkit isu CAT, Transparency Accountability dan sebagainya. And Yang Berhormat juga telah pun meminta supaya ada transparency dalam kenyataan kewangan. Boleh tak Yang Berhormat bagitahu butiran apakah yang tak dibekalkan oleh kerajaan sebelum ini? Yang Berhormat juga terlibat dalam perbahasan bajet sebelum ini. Dan memang setiap tahun, buku, buku kewangan dan sebagainya semua ada di dalam sana. Jadi ada kalau sesuatu yang tercicir ataupun tidak masuk ataupun ada yang dia mungkin you nak sebut hidden kah, apakah itu? Tolong jelaskan, kalau tidak ini akan menjadi satu isu pengeliruan kepada Dewan ini.
Saya bertanya dan juga saya juga, apa nama saya bertanya kepada kerajaan, pihak kerajaan. Mungkin kita dapat tapi rakyat? Rakyat dapat macam mana? Okey-okey, saya tanya nanti sampai masa kerajaan, dia jawab balik. Jika benar CAT masih hidup maka tiada sebab untuk menyembunyikan angka dan fakta macam tadi. Keduanya kami menggesa agar audit bebas dilakukan secara berkala terhadap berapa entiti utama Kerajaan Negeri termasuk Penyelaras KADUN. Penyelaras KADUN kena audit. Dia dapat duit tapi bila pi kat depa, depa halau mai kat kita. Kata pi dekat wakil rakyat…(gangguan).
Penjelasan. Adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang mencadangkan bahawa Jabatan Ketua Audit Negara semua tidur, tak semak laporan tahunan, penyataan kewangan dari Negeri Pulau Pinang serta lembaga, perbadanan, semua serah kepada Jabatan Audit untuk buat auditan. Adakah Yang Berhormat cadangkan mereka semua tidur, tak lakukan kerja di negeri Pulau Pinang?
Yang Berhormat, Yang Berhormat minta celah apa yang Ketua Menteri cakap tadi… (gangguan).
Ketua Pembangkang adalah juga Pengerusi PAC. So apa ini PAC Ketua Pembangkang?
Ketua Pembangkang tak buat kerja ke?
Yang Berhormat, minta dicelah sedikit apa Ketua Menteri cakap tadi. Dia kata dia tanya adakah audit tidur. Itu Ketua Pembangkang tak sebut dalam ucapan dia sebut Ketua Audit tidur. Ketua Pembangkang tak kata Ketua Audit tidur. Macam mana CM boleh kata adakah Ketua Audit tidur?
Sebab perbahasan… (gangguan).
Tarik balik tidur. Tarik balik tidur.
Jawablah betul-betul, tidur atau tidak.
Bagi saya selaku Pengerusi PAC, saya bekerjasama dengan Jabatan Audit Negara, ada benda-benda jadi sebab itu ada kenampakan di sini, ada keperluan, bila saya keluar, saya bercakap di sini. Di sini tempat kita membuat dasar, tempat ada kerajaan. Saya bercakap berterus terang di hadapan ini. Kemudian nanti pihak kerajaan boleh menjawab apabila dalam penggulungan nanti ya. Ini penting bagi memastikan tidak wujud sebarang salah guna kuasa dana, nepotisme dan ketirisan dalam takbir urus. Syarikat GLC perlu di ini, bukan semua, dia Jabatan Audit ni dia ambil sampel-sampel tertentu saja, dia tak audit. Tapi kalau sekiranya Jabatan Audit Dalaman membekalkan kepada kita audit yang dilaksanakan kepada GLC-GLC yang ada di dalam negeri ini untuk mana diketahui oleh apa nama ini ADUN-ADUN dalam Dewan ini. Kita tak payah dok semua nak pi ambil, kita ambil yang masalah saja.
Mintak mencelah sat. Bukan, saya nak tokok sikitlah. Tak sepatutnya Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebut tentang tidur tu, itu sangat buruk. Sebenarnya Sungai Dua, Ketua Pembangkang, tanya sahaja, just curious (dengan izin), tanya. Saya pun ahli PAC juga. Kita nampak ada benda yang macam tak jelas. So dia tanya la. Jawab je la. Tak payah buat sangkaan tak baik kat dia.
Terima kasih di atas keperihatinan Pinang Tunggal… (gangguan).
Dato’ Seri Yang di-Pertua. Cuma saya nak tambah sedikit. Setiap kali semasa pembentangan bajet semua backbencher (dengan izin) ataupun Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan memang ada terima buku laporan bajet. So saya nak cadangkan Ketua Pembangkang as Ketua Pembangkang bukalah kelas, ajar, bincang sekali, bangkit semasa Dewan. Jangan yang lepas bangkit sekarang. Anggap macam seperti apa yang Ketua Menteri kata anggap Ketua Audit Negara macam tidur, tak buat kerja. Buatlah kerja sebelum nak bentangkan.
Yang Berhormat, sekejap. Jawi ni dia cucuk. Sat kita tengok dia. Yang Berhormat Ketua Pembangkang bertanya, bukan Ketua Menteri cakap tidur. Yang Berhormat tanya di dalam Dewan untuk memahami di dalam Dewan. Buku ni bagi kat wakil rakyat, takkan wakil rakyat boleh fotostat hantar semua rakyat dalam kawasan, baru rakyat tau. Dia tanya untuk nak bagi rakyat dengar ini. Ini kita live, rakyat boleh dengar. Dia tanya untuk kita dapat… (gangguan).
Maksud Telok Ayer Tawar, cuma semasa sidang Dewan baru boleh berlakon untuk rakyat dengar? Betul ke? Kalau betul kata ya.
Bukan berlakon, itu bukan berlakon. Ini Ketua Pembangkang tanya kepada kerajaan untuk memastikan bahawa juruaudit… (gangguan).
Cukup, cukup. Cukuplah. Bagi sat saja bolehlah.
Takpalah tengah-tengah hari mengantuk ni.
No, yang itu semuanya dokumen awam. Boleh kalau pengundi di kawasan nak tengok, bagilah depa tengok buku tebal itu.
Bajet tak bagi peruntukan tak bagi macam mana nak fotostat.
Okey, okey… (ketawa). Sungai Dua sambung.
Kita fotostatlah senang kita fotostat...
Tidak mengapa sudah bagi saya cakap dulu. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri berapakah sebenarnya kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyambut lawatan Perdana Menteri ke negeri ini sehingga kini. Saya ingin tahu adakah semua perbelanjaan ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri atau adakah terdapat daripada Kerajaan Persekutuan? Jika ya berapakah pecahan kos yang ditanggung oleh setiap pihak? Lebih penting adakah peruntukan-peruntukan ini menyebabkan pemotongan terhadap bajet lain dalam negeri. Khususnya lebih mendesak dan memberi manfaat langsung kepada rakyat seperti pendidikan, infrastruktur awam, bantuan kebajikan dan sebagainya. Kita mahu kepastian dan ketelusan. Ini bukan sekadar soal angka tapi soal keutamaan. Apakah keutamaan negeri menyambut pemimpin dengan majlis penuh gemilang atau memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat.
Tuan Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin membawa isu tempatan iaitu keperluan mendesak tanah perkuburan di Sungai Dua. Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen. Ahli Parlimen pula. Batu Maung... (ketawa). Selaku Yang di-Pertua... (ketawa). Ada, nampak gaya ada (ketawa)… (Gangguan) Mana hendak tahu, masin mulut saya... (ketawa).
Saya ingin menekankan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat apa nama EXCO Agama dan juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang telah hadir dan melaksanakan Majlis Pecah Tanah di tanah perkuburan berpusat di Sungai Dua baru-baru ini. Walaupun saya tidak dijemput, tidak diundang tapi saya terjah juga pergi. Saya jumpa dengan Batu Maung walaupun dia mai Sungai Dua, Sungai Dua pergi jemput. Perkara ini saya suka untuk sebut dalam Dewan yang Mulia ini dulu mungkin persepsi menyatakan bahawa bila saya bersama dengan penduduk pergi membuat desakan di tanah perkuburan saya memfitnah Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Saya tidak fitnah. Saya pergi desak saya bawa dah tunjuk siapa dia yang desak saya selama ini, suruh ini.
Saya bawa tunjuk, buktikan siapa dia yang berhendak sangat daripada tanah kubur ini, bukan saya seorang mereka-reka kata perlukan tanah kubur tetapi saya membawa penduduk mereka sendiri maknanya memohon supaya dipercepatkan desakan saya bukan memfitnah Majlis Agama Islam. Tanah luar, keluar negeri pun langsung saya tidak sebut hanyalah dalam negeri Pulau Pinang dan juga maknanya yang berjasa daripada zaman Dato’ Yusuf lagi bekas mantan ADUN Sungai Dua beliau yang membawa permohonan kepada majlis, tanah perkuburan ini, Dato’ Yusuf ini kalau orang mati mana tak ada, boleh jumpa dia disana, hendak jumpa dia, pergi ke rumah orang mati, Dato’ Yusuf ini. Makna dia prihatin sungguh dan dia masyarakat dan rakyat yang berada di Sungai Dua ini selalu mendesak kepada beliau. Zaman saya saya teruskan usaha-usaha melalui majlis mesyuarat apa nama JTPD. Jawatankuasa tindakan DUN, suarakan di sana, dalam Dewan yang Mulia ini juga saya berapa kali menyuarakan.
Jadi saya mengharapkan supaya Batu Maung tolong tengok bagi boleh kambus, bagi boleh maknanya ada perasmian mayat di situ. Saya rasa orang Sungai Dua tidak akan kacau lagi. Insya-Allah. Jadi jasa yang telah dilakukan oleh kawasan Batu Maung, saya mengucapkan ribuan terima kasih banyak. Cuma nanti jangan mai sampai tidak panggil saya. Kenal saya tidak? Kenalkan?
Tuan Dato’ Seri Yang di-Pertua, untuk penutupnya daripada ucapan yang saya bangkitkan, daripada cabaran ekonomi yang kian meruncing, ketirisan dalam pengurusan sehingga kepada suara-suara rakyat semakin hilang keyakinan saya tegaskan sekali lagi bahawa kami di bahagian pembangkang akan terus memainkan peranan semak dan imbang serta bertanggungjawab. Kami bersedia bekerjasama demi kepentingan rakyat kami dan kami juga tidak akan berdiam diri jika amanah dikhianati dan suara rakyat dipinggirkan. Akhir kata, saya menyokong ucapan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
Terima kasih Sungai Dua. Bukit Tambun, sila.
Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Timbalan Ketua Menteri I, barisan EXCO, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan, serta seluruh warga Pulau Pinang yang mengikuti siaran langsung. Selamat petang dan salam Penang2030. Terlebih dahulu Bukit Tambun ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke Sembilan. Bukit Tambun juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun atas Penyempurnaan Istiadat Perasmian Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke Lima Belas pada jumaat yang lalu.
Sidang DUN yang dimuliakan, Bukit Tambun ingin mengambil kesempatan dalam sesi perbahasan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Yang Kelapan di atas kepimpinan yang luhur dan sumbangan yang besar kepada negeri Pulau Pinang. Sepanjang empat (4) tahun memimpin Pulau Pinang, Yang Amat Berbahagia telah menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri, Majlis Berbuka Puasa, Perayaan Cap Goh Mei dan Program Deepavali di Bukit Tambun. Yang Amat Berbahagia pernah meninjau kerja-kerja penaiktarafan Stadium Negeri Pulau Pinang Batu Kawan, berkunjung ke masjid baru Sungai Bakap, mendarat di Pulau Aman dan menyempurnakan penanaman pokok di Jeti Batu Musang sempena pembukaan semula Kompleks Makanan Laut serta berkayuh basikal merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang. Jasa Yang Amat Berbahagia akan sentiasa dikenang oleh warga Bukit Tambun dan seluruh rakyat Pulau Pinang. “Ke Samudera naik kapal selam, udaranya panas dan juga lembab, kalau saya nanti memberi salam, jangan lupa EXCO-EXCO menjawab.
Dato’ Seri Speaker, sejak kebelakangan ini, sokongan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Pulau Pinang semakin rancak terutamanya kelulusan projek-projek infrastruktur mega seperti Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Projek LRT Laluan Mutiara dan baru-baru ini pengumuman Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan. Namun demikian, Bukit Tambun sekali lagi memohon jasa baik Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan penaiktarafan rangkaian infrastruktur di kawasan sekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang agar dapat meringankan bebanan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang masih menghadapi defisit kewangan. Kalau Kerajaan Persekutuan pada ketika melaksanakan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, buatlah sekali jaringan infrastruktur di sekitar Bayan Baru dan Bayan Lepas. Jangan menggunakan dana Kerajaan Negeri untuk kerja-kerja penaiktarafan tersebut.
Bukit Tambun juga meminta Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Pengangkutan dan MRT Corp. untuk menyegerakan permulaan kerja Laluan Mutiara termasuk memuktamadkan laluan merentasi selat ke Penang Sentral di Butterworth. Projek ini sangat penting untuk memperkukuhkan mobiliti rakyat Pulau Pinang termasuk mengurangkan kebergantungan penduduk Seberang Perai. Terutamanya penduduk-penduduk Seberang Perai Utara terhadap Jambatan Pulau Pinang. Kami penduduk Seberang Perai yang bekerja di bahagian Pulau mendahagakan sistem pengangkutan awam yang efisyen selain feri dan Rapid Pulau Pinang. Saya ingat Telok Ayer Tawar bersetuju?
Mengenai Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua, sebentar tadi saya telah mencelah semasa ucapan Sungai Puyu iaitu perlu ada perancangan komprehensif semasa pelaksanaan dan juga selepas siapnya projek ini termasuk mengambil kira trafik setempat. Bukit Tambun juga menyambut baik mengenai kelulusan konsep bagi cadangan jalan pintas Sungai Bakap oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia pada November 2024 yang lalu. Persoalannya adakah JKR Pulau Pinang mempunyai dana untuk melaksanakan projek ini. Itu penting. Lembaga lebuhraya telah meluluskan satu exit yang baru di antara Bukit Tambun dengan Jawi tetapi hanya mendapat kelulusan konsep. Saya difahamkan Kerajaan Negeri pula yang perlu menanggung projek yang dalam kiraan kasar lebih kurang RM40 hingga RM50 juta. Dalam perkara ini juga saya memohon Kerajaan Perpaduan Kerajaan Persekutuan menurunkan peruntukan. Bagi Kerajaan Persekutuan, RM40 juta tidak banyak tetapi bagi Kerajaan Negeri, RM40 juta itu amat besar. Walau bagaimanapun, sebagai permulaan, Bukit Tambun mencadangkan Kerajaan Negeri untuk memberi peruntukan untuk memulakan pelaksanaan kerja awalan termasuk kajian trafik agar projek ini dapat dimulakan.
Sidang Dewan yang saya Muliakan, dalam sidang DUN yang lalu saya antara wakil rakyat yang menghentam PBA. Pada kali ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada PBA atas menyempurnakan kerja-kerja penyambungan paip dan juga 22 projek penaiktarafan yang berkaitan mengikut jadual yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada PBA kerana pihak kontraktor PBA telah mula masuk tapak Loji Rawatan Air Empangan Mengkuang pada hari ini iaitu 19 Mei 2025. Mungkin Yang Berhormat Tanjong Bunga boleh mengesahkan tentang projek ini sejajar dengan penukaran Empangan Mengkuang kepada empangan harian. Ini adalah isu yang saya bangkitkan sejak hari pertama saya menjadi wakil rakyat, saya tanya soalan lisan tentang fungsi Empangan Mengkuang mungkin selepas ini saya tidak perlu lagi tanya soalan ini. Saya berharap pihak PBA dapat menyempurnakan projek ini dalam tempoh 18 bulan seperti yang dijanjikan mengikut kontrak.
Walau bagaimanapun, Bukit Tambun ingin mendapatkan pencerahan daripada Yang Amat Berhormat Padang Kota dan Yang Berhormat Tanjong Bunga tentang status Projek Air Perak-Pulau Pinang. Kini hubungan Perak dan Pulau Pinang semakin akrab, setelah dari Pasir Salak ke Pulau Mutiara, hubungan kedua-dua negeri semakin akrab, kita perlu memuktamadkan projek ini dengan kadar segera. Bilakah projek ini akan dimulakan? Siapakah yang akan melaksanakan? Harga pembelian air terawat daripada Pulau Pinang. Perkara ini penting untuk memastikan penduduk Seberang Perai terutamanya Seberang Perai Selatan mendapat pembekalan air yang lestari.
Sidang Dewan yang saya Muliakan, sebagai seorang jururancang bandar saya tertarik dengan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040, seperti dalam ucapan Tun. Saya berharap RSNP2040 ini tidak tertumpu terhadap perancangan spatial atau perancangan guna tanah sahaja. Tetapi, lebih responsif terhadap arus perancangan semasa dan masa hadapan, perkembangan ekonomi digital, unjuran demografi yang lebih tepat dan perlu berpaksikan (dengan izin) Integrated Land Use and Land Transportation Planning. Mengapa kita perlu berdasarkan perkembangan ekonomi digital, kalau dunia pada hari ini atau pada masa hadapan, perkembangan ekonomi lebih ke arah digital, adakah kita perlu merancang guna tanah komersial ataupun kompleks membeli-belah yang memerlukan ruang tanah yang lebih besar. Perkara-perkara ini perlu diambil kira oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa ataupun PLANMalaysia dan juga kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan dan saya juga berharap dalam Rancangan Struktur 2040 ini, perlu kita masukkan Laluan Pengangkutan Awam, baik LRT, MRT ataupun yang sesuai pada masa hadapan, untuk menghubungkan dari Penang Sentral ke Bertam dan juga Penang Sentral melalui Batu Kawan ke Nibong Tebal.
Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, Bukit Tambun juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Negeri, kerana telah bersama-sama menjayakan pembinaan Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia. Masjid yang baru ini terletak di Jalan Batu Kawan ke arah Batu Musang. Persoalannya, masjid ini telah menjadi tumpuan pekerja-pekerja Kawasan Perindustrian Batu Kawan untuk bersembahyang Jumaat. Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengalami kesesakan sampai tidak boleh jalan pada waktu sembahyang Jumaat, semasa pergi ataupun selepas sembahyang Jumaat. Dalam perkara ini, saya telah meminta pihak PDC untuk mengkaji semula. Walau bagaimanapun, laluan ini melibatkan kuasa JKR dan PDC serta traffic light di bawah MBSP. Harap ketiga-tiga pihak yang terlibat, dapat menangani isu ini.
Selain daripada itu, saya juga ingin mendapat pencerahan daripada barisan EXCO tentang jawapan-jawapan bertulis yang diajukan oleh saya. Pertama, mengapakah peruntukan Geran MARRIS yang diterima oleh (MBSP) Majlis Bandaraya Seberang Perai menurun dari RM135 juta pada tahun 2024 kepada RM91.2 juta pada tahun 2025? Adakah angka ini adalah angka yang telah dimuktamadkan atau akan diberikan dari masa ke semasa.
Kedua, juga kepada Yang Berhormat Jawi. Jumlah kawasan hotspot kesesakan di Seberang Perai adalah melibatkan 22 lokaliti atau 22 jalan utama iaitu lima di Seberang Perai Utara, 11 di Seberang Perai Tengah, enam di Seberang Perai Selatan. Namun demikian, Unit Lalu Lintas Majlis Bandaraya Seberang Perai hanya memiliki 13 anggota Warden Trafik sahaja. Pada ketika kita menunggu peruntukan persekutuan untuk menaiktaraf jalan-jalan persekutuan tersebut, dan juga jalan-jalan negeri yang terlibat kita sememangnya memerlukan Warden Trafik daripada MBSP dan juga Polis Trafik daripada PDIM untuk menyuraikan trafik atau mengawal lalu lintas semasa waktu puncak pagi dan
juga waktu pencak selepas bekerja. Adakah pihak MBSP bercadang untuk menambah jumlah anggota Warden Trafik atau menstrukturkan semula kakitangan dalam antara jabatan.
Ketiga, tentang MyKiosk KPKT. Ini isu yang agak hangat pada ketika ini. Walaupun terdapat segelintir Ahli-ahli Politik yang mempersoalkan inisiatif ini. Bagi Bukit Tambun, saya mengalu-alukan inisiatif ini. Saya memohon jasa baik Jawi yang rapat dengan Menteri KPKT untuk memanjangkan permohonan Bukit Tambun dan juga ADUN-ADUN yang inginkan MyKiosk ini untuk ditempatkan MyKiosk. Ini penting untuk kita menempatkan semula penjaja jalanan. Semasa menjadi Ahli Majlis pada tahun 2016 dan semasa sebagai ADUN, saya memang memperjuangkan untuk menghalalkan penjaja jalanan dan saya telah lakukan di Taman Puteri Gunung dan juga Taman Merak di mana kedua-duanya telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota. Penjaja jalanan ini boleh kita tempatkan di lokasi yang strategik, lokasi yang sesuai agar mereka boleh menjalankan perniagaan secara sah.
Pada ketika ini, sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan MBSP hendak membina tapak penjaja jalanan, ia mengambil masa dan melibatkan kos yang tinggi seperti di Jalan Rozhan kawasan Machang Bubuk, Taman Puteri Gunung di kawasan Sungai Bakap dan Jalan Merak 2 di kawasan Bukit Tambun. Tetapi, bagi saya itu masih lagi belum sempurna sehingga saya terlihat inisiatif ini dalam surat khabar dan media sosial. Inisiatif ini bukan sekadar menyediakan ruang niaga yang sah, tetapi menjadi pemangkin kepada ekonomi komuniti.
Oleh itu, saya menyeru Yang Berhormat Jawi, MBSP dan MBPP untuk mengambil inisiatif ini. Apa yang penting adalah, apabila kita sewakan MyKiosk ini, perlu disertakan sekali dengan permit berniaga. Jangan pula kita bagi MyKiosk tanpa lesen. Kedua, menawarkan sewaan percuma selama enam bulan pertama dan juga kadar sewa maksimum tidak boleh melebihi RM10.00 lah sebab pasar malam lebih kurang RM10.00 sehari.
Nanti jawab.
Ini memang penting. Akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang tadika, taska dan juga pusat jagaan. Pusat Jagaan Warga Emas dan juga kepada ni Pusat Jaga Ibu dan Bayi, ibu selepas bersalin. Kita sudah lama menyediakan garis panduan yang komprehensif, akan tetapi, sehingga kini hanya terdapat sebahagian kecil saja telah mengemukakan permohonan dan mendapat kelulusan. Apakah sebab sebenar sebahagian besar yang masih belum atau tidak mahu mengemukakan permohonan dalam tempoh pemutihan ini.
Kedua, kalau tadika bawah Kementerian Pendidikan, pusat asuhan bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dan confinement center pula akan melibatkan Kementerian Kesihatan. Oleh itu, kita perlu mempunyai seorang EXCO ataupun satu jabatan yang boleh mengkoordinasikan (coordinate), mungkin Jawi nak ambil alihkah?
Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu ini memang saya sedang berusaha bersama dengan YB EXCO, Lim Siew Khim. Dan kami telah putuskan isu ini kita letak di bawah portfolio YB Lim Siew Khim dan buat masa kini, kami masih sedang meneliti garis panduan supaya kita dapat untuk membantu pengusaha-pengusaha seperti apa yang dimaklum oleh Bukit Tambun lah. Beri sedikit masa. Memang ada kekangan dari segi pelbagai-bagai faktor, khususnya bagi pengusaha yang berada di tempat yang tanpa kelulusan dari segi kelulusan dari segi building plan atau pun KM lah. Maka kita perlu lihat dari segi peraturan-peraturan yang sedia ada.
Nanti waktu penggulungan tak perlu lah. Tak perlu masuk point ini. Tambun.
Terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker dan juga Jawi. Dan last lah. Tadi sudah akhir, sekarang last. Dalam ucapan perasmian Tun pada kali ini, saya lihat tidak merangkumi sektor wanita, belia dan sukan. Sebab jarang, sebab kita banyak kali, kali ini tidak menyentuh wanita sebagai Ahli Lembaga PWDC. Saya berharap pihak Yang Berhormat Sungai Pinang dapat mungkin dapat menerangkan perancangan ataupun isu-isu wanita semasa dalam penggulungan dan juga memohon Yang Berhormat Padang Lalang untuk menyentuh tentang pembangunan belia, sebab belia adalah tonggak negara pada masa hadapan dan sukan.
Tadi Sungai Puyu sentuh tentang bola, sebagai pemilik apa kelab bola sepak, peminat sukan. Saya juga ingin dapat pencerahan atau penerangan daripada Yang Berhormat Padang Lalang tentang hala tuju pembangunan belia, hala tuju pembangunan sukan negeri Pulau Pinang dan juga mengenai perkembangan terkini Perbadanan Pembangunan Pengurusan Stadium dan Kawasan Lapang.
Dan saya juga ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ketua-ketua Jabatan dan Anggota Perkhidmatan Awam kerana telah melaksanakan tugasan atau amanah dengan begitu cemerlang dari sesi DUN yang lalu sehingga hari ini. Saya berharap semua telah mendapat kenaikan gaji yang setimpal, berharap semua lebih bersemangat untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri agar kita dapat boleh mencapai lebihan pada tahun, lebihan dari segi Penyata Kewangan pada tahun, pada akhir tahun 2025. Sekian. Saya Bukit Tambun menyokong.
Terima kasih. Terima kasih Bukit Tambun dan seterusnya saya nak mohon, ya Air Itam. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Selamat Datang Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media yang dimuliakan. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam Penang2030.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul Terima kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada petang yang mulia ini.
Dato’ Yang di-Pertua, Air Itam ingin mengambil kesempatan di dalam Dewan yang Mulia ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dr. Dato’, Tun Dato’ Sri Utama Haji Ramli Ngah Talib di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ke-9. Izinkan serangkap pantun dari Hikayat Silam untuk dijadikan hadiah.
Geliga embun pusaka bersakti, Ikatan janji bisik Tok Temu, Pemimpin berwibawa lagi berbakti, Idea saksama rakyat menyangjung.
Semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Tuan Yang Mulia, Toh Puan dirgahayu dipanjangkan umur dan kekal bahagia. Dato’ Yang di-Pertua, Air Itam juga ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berbahagia, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak, bekas Tuan Yang Terutama Pulau Pinang atas jasa dan bakti yang dicurahkan. Semoga Yang Amat Berbahagia Tun akan sihat dan sentosa selalu.
Dato’ Yang di-Pertua, Air Itam ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, iaitu Perdana Menteri Malaysia Ke-5 atas pemergian Almarhum Tun baru-baru ini. Di sini, Air Itam ingin mencadangkan supaya Jabatan Warisan membuat tinjauan ke surau Kampung Bukit, Bayan Lepas yang dibina sejak tahun 1921. Surau ini dikenali oleh orang tempatan sebagai surau Hasan Kwantung yang dikatakan dibina oleh datuk kepada Almarhum Tun. Kampung Bukit adalah kampung kelahiran Almarhum Tun dan juga adalah kampung halaman ibu kepada Almarhum, Dato’ Kailan Haji Hasan Kwantung.
Air Itam berharap selepas tinjauan kelapangan dan sekiranya keadaan mengizinkan, maka boleh dipertimbangkan untuk mewartakan surau tersebut sebagai bangunan warisan memandangkan surau tersebut telah berusia 104 tahun dan berhubung kait dengan keluarga bekas Perdana Menteri Ke-5. Dato’ Yang di-Pertua, perbahasan Air Itam akan menyentuh lima (5) perkara pokok yang mengandungi tiga (3) ciri-ciri utama iaitu pertama, perkara mendesak rakyat. Kedua, perkara penting negeri dan ketiga, perkara melibatkan integriti dan semak imbang (dengan izin) check and balance. Namun, sebelum dibahaskan lima (5) perkara pokok, Air Itam ingin mengangkat kepada pengetahuan Dato’ Yang di-Pertua perkara berhubung Mesyuarat Dewan.
Pertamanya, adalah Sistem Adun.Net. Kebelakangan ini Air Itam mendapati bahawa laman sesawang Dewan mengalami gangguan sistem. Contohnya, apabila paparan jawapan kepada soalan Yang Berhormat dijana, paparan kemuka yang selanjutnya akan terputus. Terdapat gangguan sistem (dengan izin) system breach yang melarat dan ketara di dalam Adun.Net. Kedua, adalah berhubung lampiran-lampiran kepada jawapan Dewan di dalam Sistem Adun.Net. Lazimnya jawapan asas akan dipaparkan pada hari pertama persidangan, namun terdapat sesetengah jawapan yang perlu dilampirkan dengan maklumat terperinci. Lampiran ini tidak dipaparkan di dalam sistem tersebut dan hanya akan diberikan dalam bentuk salinan cetak beberapa hari kemudian. Lampiran untuk jawapan di sidang terdahulu juga tidak ada di dalam paparan soalan dan jawapan laman sesawang. Ini akan mengganggu kelancaran Ahli-ahli Dewan ketika melaksanakan tanggungjawab semak imbang kerajaan dan semasa menyediakan inti perbahasan.
Air Itam memohon kepada Dato’ Yang di-Pertua untuk mengambil maklum perkara ini dan mengambil langkah penambahbaikan untuk sidang yang selanjutnya. Dato’ Yang di-Pertua, untuk perkara pertama adalah berkenaan keselamatan awam perparitan saliran dan sistem pemantauan kamera litar tertutup, singkatannya CCTV oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perkara berhubung CCTV adalah penting kerana kejadian kecemasan, jenayah, kemalangan dan sebarang perkara yang tidak diingini dapat dikesan dan dikenal pasti melalui CCTV. Berkenaan CCTV di kawasan Majlis Bandaraya. Air Itam telah menunjukkan soalan kepada Dewan untuk menyatakan jumlah CCTV yang ada di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dalam lingkungan pentadbiran PBT serta lokasinya.
Ini termasuk perincian kos memasang CCTV dan kos perkhidmatan tetap bulanan yang perlu dibayar oleh kedua-dua PBT dan menyatakan bilangan CCTV yang masih berfungsi mengikut kawasan. Didapati bahawa jumlah CCTV di bawah lingkungan pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah sebanyak 1,117... 1,137 unit. Jumlah keseluruhan kos yang telah dan akan dibelanjakan oleh MBPP dalam projek-projek memasang, menaik taraf dan menyelenggara sistem CCTV adalah sebanyak RM76 juta... RM76.3 juta. Nilai ini termasuk dua (2) tender memasang dan menaik taraf sistem CCTV MBPP yang sedang dilaksanakan. Kos penyelenggaraan CCTV yang perlu dibelanjakan pada setiap bulan adalah sebanyak RM300,000.00.
Manakala sebanyak 388-unit CCTV telah dipasang di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seberang Perai iaitu MBSP dan kos pemasangan CCTV dan kos perkhidmatan tetap sebulan yang perlu dibayar oleh MBSP adalah sebanyak RM72,000.00. Menurut jawapan yang diberikan kepada Dewan, kesemua 1,137-unit CCTV yang dipasang di bawah pentadbiran MBPP dan 388-unit CCTV yang dipasang di bawah pentadbiran MBSP, masih berfungsi dengan baik. Kos penyelenggaraan CCTV MBPP setahun mencecah RM3.6 juta.
Manakala di MBSP, ia mencecah RM860,000.00. Kos penyelenggaraan terkumpul kedua-dua PBT mencecah RM4,464,000.00 setahun untuk 1,525 CCTV di seluruh negeri. Jumlah yang wang yang dibelanjakan untuk prasarana CCTV Kerajaan Tempatan walaupun tinggi, tetapi adalah berbaloi sekiranya dapat berfungsi dengan baik. Akan tetapi, Air Itam ingin mengangkat kepada pengetahuan Dewan ini bahawa satu kemalangan maut yang berlaku di kawasan pasar Air Itam. Ketika pihak KADUN dan pihak PDRM bersama ahli keluarga mangsa meminta MBPP untuk mendapatkan rakaman kemalangan tersebut untuk mencari orang yang bertanggungjawab, malangnya CCTV di simpang jalan pasar tidak berfungsi dan bukti kejadian kemalangan gagal diperolehi.
Maka, Air Itam meminta PBT membuat semakan semula kepada CCTV yang telah dipasang dan pastikan jawapan yang baru diterima bahawa kesemua 1,525-unit CCTV di seluruh negeri benar-benar berfungsi dengan baik adalah jawapan Dewan yang benar dan tepat, tidak mengelirukan Dewan kerana prasarana ini melibatkan belanja wang Kerajaan yang besar dan tidak dan kita perlu cermat terutamanya ketika Kerajaan sedang berada dalam kedudukan perbendaharaan yang terhimpit. Air Itam turut meminta penjelasan berkenaan CCTV yang sering gagal berfungsi. Bukan sahaja di kawasan Air Itam, malah kawasan DUN lain apabila rakaman yang penting diperlukan.
Isu yang selanjutnya di bawah perkara pokok yang sama adalah berkenaan parit dan longkang sekitar kawasan Air Itam dan Bandar Warisan UNESCO George Town. Air Itam telah pada sidang ini mendapatkan perincian bajet pembangunan dan perjanjian program jawatan dari tahun 2020 hingga ke tahun 2025. Bagi projek di KADUN Air Itam, yang merangkumi butiran projek, status dan nilai pelaksana.
Sukacita Air Itam mengambil maklum bahawa sebanyak RM136,036.00 dibelanjakan untuk kawasan Air Itam pada tahun ini iaitu 2025 untuk perkhidmatan pembersihan saluran dan rizab sungai Air Itam dan dalam pelaksanaannya. Pada tahun 2024, sebanyak RM348,345.00 telah dibelanjakan untuk kerja-kerja pembersihan saluran sungai, membaiki, membina tebing serta mendalamkan sungai Air Itam. Kesemua kerja-kerja ini telah dilaksanakan. Air Itam mengambil maklum bahawa sebanyak empat (4) projek longkang perparitan dan saliran untuk kawasan Bandar Warisan UNESCO George Town yang bernilai RM3.075 juta. Projek terawal bermula Januari dan berakhir September tahun ini. Namun demikian, walaupun dengan perancangan ini, tetapi oleh kerana kawasan Air Itam dan Bandaraya Warisan UNESCO George Town adalah kawasan penempatan yang lama, banyak parit dan longkang tidak mempunyai penutup yang lengkap. Hujan yang lebat kebelakangan ini telah mengakibatkan longkang tanpa penutup dipenuhi air yang keruh hingga ke paras jalan raya. Kepada orang yang tidak peka dengan keadaan setempat terutamanya pelancong, mereka akan terjatuh ke dalam longkang tersebut menyangkakan tempat tersebut adalah tanah yang rata.
Baru-baru ini, ketika hujan lebat di kawasan Air Itam sebuah kenderaan telah dipandu masuk ke longkang. Kejadian ini telah mengakibatkan kesesakan jalan raya yang teruk. Terbukti masalah ini mendesak. Berdasarkan audit kerosakan, keadaan semasa peparitan dan longkang kecil di kawasan bandaraya warisan UNESCO George Town yang di kemukakan pada sidang ini berjumlah 24 kes jumlah kos membaik pulih untuk 24 kes adalah sebanyak Ringgit Malaysia RM516,589. Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang dikenali sebagai pusat pelancongan dan pengunjung kini yang semakin peka dengan kesihatan badan dan kelestarian alam sekitar akan memilih untuk berjalan kaki sambil melawat sekitar bandaraya George Town dan kawasan pelancongan di Air Itam.
Oleh yang demikian, Air Itam meminta supaya jabatan-jabatan berkenaan mengambil tindakan secepat terhadap aduan yang diterima demi keselamatan pengguna untuk mengelak kemalangan yang tidak diingini berlaku. Perkara kedua, adalah berkenaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang nama singkatan PDC. Air Itam menyambut baik berita bahawa PDC telah berjaya memperolehi keuntungan besar sebanyak RM500 juta juga dilaporkan bahawa seramai 396 kakitangan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang iaitu PDC bakal menikmati bonus minimum 1 hingga 6 bulan iaitu kadar tertinggi dalam sejarah penubuhannya sejak 1969. Dalam soalan kepada Dewan pada sidang ini dilaporkan bahawa sejumlah RM41.52 juta telah diagihkan sebagai nilai bonus Bantuan Khas Kewangan kepada kakitangan PDC dan kakitangan anak syarikat PDC dari tahun 2018 sehingga kini 2025 mengikut tahun ke tahun dan mengikut kategori jawatan. Agihan ini selain dari agihan PDC adalah temasuk agihan yang diumumkan oleh Ketua Menteri dari tahun ke tahun dalam bentuk Bantuan Khas Kewangan untuk kakitangan kerajaan singkatan BKK.
Pada tahun lepas, BKK telah dibayar pada bulan Disember 2024 namun perlu diingatkan bahawa pemberian BKK ini juga dipanjangkan kepada Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan anak syarikat kerajaan negeri tertakluk kepada kemampuan kewangan masing-masing. Air Itam berpandangan bahawa PDC bukan sebuah syarikat swasta dalam carian Hansard Dewan didapati bahawa mengikut enakmen Bilangan 10(3) menyatakan bahawasanya PDC adalah satu perbadanan yang diperkenan dan ditubuhkan di bawah enakmen Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang 1971. Air Itam juga berpandangan bahawa pegawai dan kakitangan PDC bukan pekerja swasta yang boleh mengagih-agihkan hasil perbadanan sesama sendiri sebagai imbuhan kewangan.
Sekiranya boleh, kakitangan kerajaan di jabatan yang lain juga layak berbuat demikian. Menurut Bahagian Tiga Seksyen 12 Enakmen Perbadanan Kakitangan PDC adalah ditakrifkan sebagai penjawat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan Pegawai dan Kakitangan PDC ada dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 seperti yang disebut di Seksyen 13 Bahagian dan Enakmen yang sama berkenaan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan yang mengumumkan agihan dan bayaran pada Februari tahun ini.
Air Itam berpandangan bahawa ini adalah sangat tidak wajar kerana pertama kakitangan PDC adalah penjawat awam seperti kakitangan yang lain di bawah jabatan-jabatan negeri Pulau Pinang. Mereka hanya menerima BKK setiap sekali setahun. Mereka juga memungut hasil untuk Kerajaan Negeri. Hasil terkumpul yang dipungut oleh jabatan ini juga mencecah jutaan ringgit. Air Itam berpandangan bahawa ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati, memilih kasih dan ketidak-adilan terhadap pegawai kerajaan di jabatan lain.
Kedua, PDC dan kumpulan anak syarikat PDC masih banyak berhutang kepada kerajaan dan pihak bank. Ketiga, Air Itam berpandangan bahawa PDC mempunyai kelebihan dalam perniagaan hartanah dan berkemampuan untuk mendapatkan keuntungan yang besar bukanlah satu perkara yang luar biasa atau mengkagumkan. Ini kerana berbeza dengan syarikat swasta, PDC mempunyai kedudukan yang istimewa. Di mana PDC dibantu oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dari segi kemudahan pinjaman dan perolehan tanah maka kalau bukan kerana sokongan dan bantuan segala jentera dan agensi kerajaan, mustahil PDC akan mendapat keuntungan yang besar. Keempat, Kerajaan Negeri sedang berada dalam kedudukan kewangan yang ketat maka ketika Kerajaan Negeri berdepan dengan masalah kewangan, Air Itam berpandangan bahawa PDC seharusnya membayar semula hutang kepada Kerajaan Negeri sebelum Ketua Pegawai Eksekutif PDC memilih untuk mengisytiharkan keuntungan dan bayaran bonus enam (6) bulan sesama kakitangan PDC. Maka Air Itam memohon Kerajaan Negeri untuk memberi keterangan
Urmm minta laluan.
PDC yang telah dibangkitkan. Ya?
Terima kasih Air Itam. Dato’ Speaker saya, saya rasa pandangan daripada Yang Berhormat Air Itam sangat, sangat-sangat menarik dan saya setuju juga dengan cadangan daripada Air Itam disebabkan di bawah Kerajaan Negeri kita, kejayaan kita bukan sekadar sahaja bergantung kepada sesuatu GLC atau agensi tetapi keseluruhannya. Saya tidak menafikan kejayaan dan usaha daripada pihak PDC untuk menarik untuk pelaburan keseluruhan Pulau Pinang. Namun kalau kejayaan PDC diambil oleh PDC sendiri dan pekerja mereka macam mana dengan agensi atau bahagian yang turut bersama-sama menjayakan pelaburan yang masuk ke Pulau Pinang seperti kerajaan tempatan dan agensi yang lain. PDC satu agen sebuah agensi yang memang bertuah sebab mereka mempunyai tanah jadi saya rasa…
Baik, Terima Kasih…
Sokonglah.
Nanti Berapit boleh bahas juga dalam masa Berapit. Terima kasih kepada Berapit kerana menyokonglah cadangan saya, pandangan saya. Saya ingin sambung Dato’ Yang di-Pertua, perkara ketiga adalah berkenaan keterjaminan makanan pertanian dan industri tuna. Perkara ini juga disebut di dalam ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun. Air Itam berpendapat bahawa industri tuna di Pulau Pinang mempunyai potensi yang besar. Oleh yang demikian, Air Itam menyambut baik usaha untuk memajukan pendaratan ikan tuna di Malaysia dari lautan Hindi sebelum dieksport ke negara lain pasaran antarabangsa antaranya Jepun dan Taiwan.
Usaha Kerajaan Negeri yang memberi perhatian dan komitmen yang tinggi bagi mengembangkan industri tuna di negeri Pulau Pinang dengan usaha untuk menarik lebih banyak pelabur serta pengusaha yang berminat dalam industri penangkapan ikan tuna harus dipuji. Air Itam mengambil maklum bahawa sehingga kini terdapat 16 permit vessel tuna dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan DOF negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri masih dalam perancangan bagi mewujudkan kemudahan infrastruktur, logistik dan perkhidmatan sampingan atau sokongan yang lebih baik dalam usaha menggalakkan lebih banyak vessel tuna mendarat di Pulau Pinang.
Air Itam menyambut baik matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi industri tuna ini adalah bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai hub terbaik bagi pendaratan tuna seterusnya menjadi hub utama untuk pemprosesan tuna membekalkan sumber makanan laut premium bagi pasaran tempatan dan antarabangsa. Industri tuna juga dilihat dapat menarik pelancong kerana operasi pendaratan tuna adalah satu yang unik untuk tarikan awam. Air Itam ingin mengulas bahawa kerajaan untuk mewujudkan tingkap khas (dengan izin), special window untuk menyambut usahawan tempatnya yang bersedia menceburi industri tuna dengan kerjasama pelaburan asing.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara keempat mengenai warga emas dan program i-Sejahtera. Isu berkaitan warga emas Malaysia telah mula memasuki fasa penuaan penduduk yang pertama semakin ramai warga emas uzur dijaga oleh keluarga terutamanya pasangan atau anak dewasa yang boleh menyebabkan tekanan fizikal dan mental kepada penjaga. Air Itam telah menunjukkan soalan kepada Dewan tentang ketersediaan mempunyai mekanisme kursus Kerajaan Negeri untuk membantu penjaga seperti pusat penjagaan rehat komuniti, subsidi penjagaan sementara, kaunseling psikologi ataupun latihan sokongan. Maklum balas jawapan Dewan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu JKM telah melaksanakan inisiatif khidmat bantu di rumah iaitu KBDR yang melibatkan seramai 64 orang sukarelawan dan 256 orang client yang dibantu oleh kesemua sukarelawan ini. Client yang akan dikenal pasti oleh pihak JKM dan dipadankan dengan sukarelawan melalui sebuah NGO bernama Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia (MPKSM) yang telah dilantik oleh JKM untuk menyelaras program ini.
Namun begitu, program ini agak terhad disebabkan kekangan dana, menjadikan jumlah client dan sukarelawan yang boleh disertakan adalah terhad. Menyedari cabaran ini, Kerajaan Negeri telah melancarkan Inisiatif Sukarelawan Mutiara pada hujung Disember 2024. Perbezaan dengan KBDR yang menawarkan insentif, Sukarelawan Mutiara dilaksanakan secara sepenuhnya berasaskan semangat kesukarelawanan. Sehingga kini, seramai 70 Sukarelawan Mutiara telah berjaya digerakkan dari 10 kawasan DUN.
Selain itu, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) juga merupakan satu lagi inisiatif yang penting yang disediakan, untuk ruang untuk warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. PAWE berperanan sebagai satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosio reaching out dan pembangunan developmental kepada warga emas yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan. Sehingga Oktober 2024, terdapat sembilan (9) PAWE yang beroperasi di Pulau Pinang.
Di samping itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang turut menawarkan Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) iaitu rawatan dan rehabilitasi yang dijalankan terus di rumah pesakit. Perkhidmatan ini bertujuan untuk memastikan kesinambungan penjagaan, memberi sokongan kepada keluarga melalui latihan penjagaan di rumah serta mengurangkan kadar kemasukan semula ke hospital. Rawatan ini dikendali oleh anggota kesihatan terlatih yang turut memberi tunjuk ajar kepada penjaga supaya penjagaan dapat diteruskan selepas rawatan. Semua Klinik Kesihatan di Pulau Pinang juga menyediakan Perkhidmatan Kaunseling Psikologi bagi penjaga atau orang awam yang memerlukan orang ramai boleh mendapatkan temu janji dengan Pegawai Psikologi di Klinik Kesihatan.
Berhubung kekangan kewangannya dihadapi JKM dalam melaksanakan program yang bermanfaat, Air Itam mencadangkan supaya Kerajaan Negeri turut menyalurkan dana sejauh mana yang boleh atau mampu melibatkan ke atas agensi anak syarikat negeri yang mempunyai peranan dan kegiatan yang sama boleh dimansuhkan dan dana tersebut boleh dimanfaatkan oleh jabatan yang benar-benar melaksanakan program berkenaan.
Air Itam berpandangan bahawa pada ketika Kerajaan Negeri sedang mengalami cabaran kewangan sehinggakan kini ada cadangan bahawa program i-Sejahtera sedang dipertimbangkan semula kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar. Jika mahu diteruskan sepenuhnya, komitmen kewangan negeri juga perlu kukuh maka lebih baik jika agensi yang gagal menunjukkan sebarang prestasi yang berimpak dan memberi nilai kepada perbelanjaan duit awam value for money perlu distrukturkan semula dan disusutkan (dengan izin), down-sizing supaya kewangan negeri yang dijimatkan boleh dimanfaatkan kepada program yang membantu kebajikan rakyat secara nyata seperti i-Sejahtera. Berkenaan sumbangan kebajikan dan penghargaan kepada rakyat negeri Pulau Pinang sebagai wakil rakyat dan suara warga emas ataupun bakal warga emas pengundi, Air Itam mengambil pendirian tidak bersetuju dengan sebarang pengurangan pemansuhan pemindahan syarat kelayakan dan pembatalan penerima sumbangan ihsan dan penghargaan negeri kepada golongan warga emas sedia ada dan bakal warga emas kerana program ini adalah asas titik permulaan sumbangan kebajikan pertama kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa itu dan seterusnya ke Kerajaan Pakatan Harapan dan kini Kerajaan Perpaduan yang menunjukkan satu tanda penghargaan kepada warga emas oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Yang di-Pertua, pekara kelima prasarana dan kemudahan KADUN Air Itam. Air Itam semakin membangun dengan tersusun pada awal zaman 1830-an, Air Itam merupakan kebun pertanian dengan beberapa taburan perkampungan maju ke 1940-an dan 1950-an dengan peningkatan penduduk kawasan Tanjung, Air Itam mula muncul sebagai penempatan alternatif yang dekat dengan George Town.
Hari ini Air Itam adalah hub pelancongan, perniagaan dan penempatan yang semakin maju. Kebolehhubungan Air Itam yang terletak di tengah-tengah persimpangan di persimpangan ke Jambatan Pulau Pinang, Balik Pulau dan Bayan Baru jelas kelihatan dengan pembinaan pintasan lebuhraya dan jejantas. Kini, Air Itam mempunyai pusat membeli-belah terbesar, hotel bertaraf antarabangsa, sekolah dan institusi pendidikan yang terbuka seperti Sekolah Menengah Chung Lin. Air Itam kini serba lengkap melainkan satu lagi prasarana awam yang diperlukan iaitu sebuah Ai community One Stop Centre. One Stop Centre ini harus dilengkapi dengan dewan serbaguna, perpustakaan, ruang kegiatan pendidikan dan pusat kegiatan sukan yang mengandungi gelanggang bola keranjang. sepak takraw, volleyball, pingpong dan badminton.
One Stop Centre ini akan melengkapkan kawasan penempatan di Air Itam dan kehidupan penduduk di sini akan lebih sihat dan mampan. Air Itam telah mengadakan perbincangan awal bersama Ahli Parlimen Bukit Gelugor bahawa kawasan Air Itam sangat berkurangan dewan serbaguna awam untuk majlis keramaian. Populasi penduduk kawasan ini semakin meningkat namun tidak mempunyai satu dewan serbaguna yang cukup besar seperti di daerah lain contohnya Dewan Serbaguna Spice Arena, Dewan Millenium, Dewan dan Gym MBPP Balik Pulau dan Arena PICCA. Walaupun dewan-dewan sekolah di kawasan Air Itam tersedia dan membenarkan program digunakan oleh orang awam namun bilangannya terhad dan orang awam yang ingin mengadakan majlis terutamanya pada musim cuti persekolahan terpaksa mengadakan majlis mereka di luar kawasan Air Itam kebanyakannya menuju ke Georgetown dan Bayan Baru. Ini secara tidak langsung menyebabkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua pusat tumpuan tersebut.
Maka di dalam Dewan ini, Air Itam mencadangkan pembangunan sebuah Ai community One Stop Centre di Kadun Air Itam dengan mengguna pakai bangunan yang telah dikosongkan oleh sebuah pasar raya yang terletak di simpang Jalan Thean Tek dan Jalan Kampung Pisang milikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Akhir sekali. Akhir Sekali.
Akhir sekali. Sekejap lagi. Berapit ada kacau sikit. Bangunan yang sedia ada di tapak yang dicadangkan cukup luas dan terdapat ruang kosong yang masih boleh dimanfaatkan untuk pusat kegiatan yang lain. Diharapkan cadangan ini dapat di realisasikan demi kesejahteraan penduduk kawasan dan sejajar dengan Visi Penang2030 demi meningkatkan kualiti pendidikan kesihatan dan kemudahan sosial untuk penduduk.
Dato’ Yang di-Pertua, Air Itam telah membahaskan lima isu pokok pada hari ini. Air Itam memohon supaya setiap perkara yang telah dikemukakan dipertimbangkan dan diambil tindakan yang sewajarnya. Air Itam juga memohon kerajaan untuk mengulas dan memberi komitmen yang jitu bagi cadangan-cadangan yang telah diketengahkan.
Maka Air Itam dengan ini memohon menyokong usul terima kasih Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal ke-15 Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada hari ini. Sekian, Terima Kasih.
Terima Kasih Air Itam. Seterusnya kita persilakan Permatang Berangan. Silakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Rasul Ni Kasayidina Muhammad Wa Ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli Exco Kerajaan Negeri rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.
Dengan penuh hormat dan sukacita ingin Permatang Berangan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib di atas pelantikan sebagai yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang baharu. Perlantikan ini merupakan satu amanah besar yang pastinya mencerminkan keyakinan terhadap kewibawaan, integriti dan kepimpinan Tuan Yang Terutama Tun.
Semoga negeri Pulau Pinang akan terus melangkah maju dengan lebih gemilang dalam semangat perpaduan, kemakmuran dan kemajuan yang inklusif. Kami mendoakan semoga Tuan Yang Terutama Tun sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wataala dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang mulia ini.
Permatang berangan juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang Kelapan di atas segala jasa bakti kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan yang amat penting ini dan saya mengambil kesempatan ini untuk membawa perhatian Dewan yang Mulia ini kepada isu-isu yang sedang membelenggu penduduk di kawasan Permatang Berangan.
Isu pertama iaitu berkaitan dengan Balai Polis Tasek Gelugor. Balai ini bukan sahaja menjaga kawasan DUN Permatang Berangan malah turut merangkumi sebahagian kawasan DUN Pinang Tunggal yang mempunyai kepadatan penduduk dan geografi yang luas. Malangnya, kekurangan anggota polis menjadi penghalang utama kepada keberkesanan pemantauan keselamatan di kawasan ini. Terdapat juga kekangan dari segi kemudahan asas khususnya kekurangan van ataupun kenderaan rondaan yang menyebabkan pergerakan pasukan menjadi terbatas dan lambat memberi respon kepada aduan penduduk.
Saya memohon perhatian dan tindakan segera daripada Kerajaan Negeri dan Kementerian Dalam Negeri serta Polis Diraja Malaysia agar mengambil langkah-langkah berikut. Pertamanya menambah bilangan anggota polis yang bertugas di Balai Polis Tasek Gelugor. Yang kedua, menyediakan sekurang-kurangnya satu unit van rondaan tambahan bagi melancarkan tugasan luar dan pemantauan kawasan berisiko tinggi.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Permatang Berangan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah membangunkan semula Klinik Kesihatan Desa Padang Menora. Dengan siapnya klinik baru ini, ianya telah meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penduduk sekitarnya. Terima Kasih Padang Lalang.
Tentang isu kesihatan ini, saya juga ingin menyentuh tentang Klinik Kesihatan Tasek Gelugor yang kini berdepan dengan cabaran pertambahan penduduk yang mendadak namun tidak disokong dengan jumlah kakitangan dan kemudahan yang mencukupi. Antara isu utama yang sering dibangkitkan oleh penduduk ialah kekurangan doktor dan kakitangan kesihatan menyebabkan beban tugas yang tinggi serta masa menunggu yang terlalu lama bagi pesakit.
Kekurangan tempat letak kenderaan ataupun parking yang menyebabkan kesesakan ketidakselesaan dan risiko kemalangan kepada pengunjung terutama pada waktu puncak. Saya menggesa agar Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan Negeri mempertimbangkan perkara-perkara berikut. Pertamanya, menambah bilangan pegawai perubatan dan kegiatan sokongan di klinik ini. Yang kedua, menaik taraf Klinik Kesihatan Tasek Gelugor kepada kategori yang lebih tinggi berdasarkan populasi penduduk yang semakin meningkat. Dan yang ketiga, merancang pembangunan parkir tambahan sama ada melalui pembesaran tapak atau pembinaan parkir bertingkat bergantung kepada kesesuaian lokasi. Isu keselamatan dan kesihatan adalah dua perkara asas dalam membina sebuah komuniti yang sejahtera. Apabila keperluan asas ini tidak dapat dipenuhi maka ia akan menjejaskan kualiti hidup rakyat dan keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran kita.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Permatang Berangan ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini terhadap satu isu yang sangat penting bagi pembangunan ekonomi luar bandar khususnya di kawasan Labuh Banting, Permatang Berangan, Tasek Gelugor iaitu memajukan industri pelancongan tempatan ataupun pelancongan desa. Kawasan Labuh Banting memiliki pelbagai khazanah semula jadi yang jika dimanafaatkan secara strategik mampu menjadi destinasi pelancongan yang berasaskan komuniti yang menarik dan berimpak tinggi.
Beberapa isu yang dikenal pasti telah membantutkan pembangunan industri pelancongan di kawasan ini. Antaranya kekurangan infrastruktur pelancongan khususnya jalan masuk ke destinasi boleh menjadi halangan besar kepada potensi pembangunan industri ini. Salah satu isu kritikal yang sering timbul adalah ketiadaan ataupun kekurangan jalan masuk yang sesuai untuk kenderaan bersaiz besar seperti bas pelancongan. Yang keduanya, kekurangan promosi dan publisiti. Dan ketiganya, tiada penyelarasan antara agensi kerajaan dan komuniti. Yang keempat, kurangnya program latihan dan bantuan kepada pengusaha tempatan.
Permatang Berangan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan untuk membesarkan laluan masuk ke Jeti Labuh Banting. Yang keduanya melaksanakan program khas promosi digital dan media sosial. Yang ketiga, menyalurkan peruntukan khas dan insentif kepada pengurusan tempatan. Keempat, mengadakan kursus latihan pengurusan pelancongan kepada komuniti kampung dan yang kelimanya mengadakan papan tanda pelancongan di kawasan ini seperti mana yang telah diminta dalam sesi yang lepas tetapi masih belum diambil tindakan.
Industri Pelancongan Desa bukan sekadar sumber ekonomi baharu untuk negeri malah ianya pemangkin pembangunan luar bandar secara menyeluruh. Saya amat yakin dengan perancangan strategik dan sokongan daripada Kerajaan Negeri serta agensi yang berkaitan kawasan Labuh Banting mampu menjadi destinasi pelancongan desa yang berjaya dan membanggakan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang sangat mendesak dan telah sekian lama membelenggu kehidupan rakyat di kawasan Permatang Berangan iaitu pencemaran Sungai Kereh yang berpunca daripada najis ternakan babi. Izinkan saya menegaskan bahawa masalah ini bukanlah perkara baru. Rungutan mengenai pencemaran ini telah berlarutan lebih daripada 40 tahun. Malah saya sendiri telah membangkitkan isu ini sebanyak tiga kali di dalam Dewan yang Mulia ini. Malangnya sehingga ke hari ini, penyelesaian tuntas masih belum kelihatan.
Pencemaran ini bukan sahaja melibatkan air sungai yang tercemar dengan najis babi tetapi juga menyebabkan pencemaran bau yang amat busuk dan mengganggu kehidupan seharian penduduk. Setiap hari penduduk terpaksa berdepan dengan bau busuk yang meloyakan terutama di waktu pagi dan petang. Bayangkanlah jika ada keluarga yang tidak boleh membuka tingkap rumah mereka kerana bau busuk ini. Ibu-ibu tidak boleh menjemur pakaian dan anak-anak tidak dapat bermain di luar rumah. Para peniaga makanan terganggu dengan pencemaran bau ini dan menjejaskan perniagaan mereka. Masalah ini telah mengganggu kehidupan penduduk secara fizikal, emosi dan mentalnya.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa kemajuan ekonomi melalui industri ternakan tidak boleh mengatasi hak rakyat untuk menikmati persekitaran yang bersih dan sihat. Kita akui bahawa penternakan memberikan sumbangan kepada negeri tetapi ia mesti selari dengan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan penduduk. Justeru itu, saya ingin menggesa pihak Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan segera dan berkesan dalam menangani isu ini.
Saya mencadangkan agar siasatan menyeluruh dilakukan terhadap semua penternakan babi di Kampung Selamat bagi memastikan tahap pematuhan terhadap garis panduan pengurusan sisa ternakan. Yang keduanya, tindakan penguatkuasaan yang tegas diambil terhadap mana-mana pengusaha yang gagal menguruskan sisa najis ternakan dengan baik dan mencemarkan alam sekitar. Dan yang ketiga, pelan pemulihan Sungai Kereh diwujudkan termasuk kerja-kerja pembersihan sistem penapisan dan pemantauan berkala bagi memastikan tahap kebersihan sungai terjamin.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, rakyat sudah terlalu lama menanggung derita. Jangan biarkan isu ini berpanjangan sehingga menjadi simbol kegagalan kita dalam menjaga kebajikan rakyat. Sudah tiba masanya kita mengambil tindakan tegas. Bukan lagi dengan alasan, bukan lagi dengan penangguhan tetapi dengan keputusan dan pelaksanaan yang berani dan berkesan. Saya berharap Kerajaan Negeri akan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap perkara ini demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat serta kelestarian alam sekitar.
Permatang Berangan mohon mencelah.
Ya, silakan Sungai Dua.
Isu Sungai Kereh ni dia juga melalui dalam DUN Sungai Dua iaitu melalui Kampung Permatang Che Dol dan sebagainya dalam dua minggu yang lalu saya menaiki bot bersama dengan Pengarah JPS, ketika mana kami melalui kawasan tersebut najis dilepaskan dengan begitu ni sampai Pengarah JPS nak termuntah begitu ini. Adakah perkara ini disedari oleh apa nama ni Permatang Berangan?
Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, memang saya pun ikut sekali pada hari tu dan kita memerhatikan tahap pencemaran di Sungai Kereh yang masuk terus kepada sungai-sungai yang bertembung dengan Sungai Kereh, Sungai Perai, Sungai Kulim dan sebagainya. Nampak dengan jelas pencemaran masih berlaku di Sungai Kereh dan dia menyebabkan sepanjang laluan Sungai Kereh tu dan rakyat yang tinggal di sekitar sungai itu menjadi mangsa kepada pencemaran bau dan sebagainya. Jadi saya minta supaya apa yang disebut oleh Sungai Dua tadi dimasukkan dalam ucapan saya Insya Allah.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini pada satu perkara yang menyentuh kepentingan rakyat khususnya di kawasan saya iaitu mengenai prasarana Kompleks Sukan Pokok Sena yang memerlukan perhatian serta tindakan segera daripada pihak berwajib, dalam Buletin Mutiara pada 29 oktober 2022, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah membuat acara pecah tanah untuk fasa pertama program pembangunan di atas tanah Lot 4377 Mukim 12 Seberang Perai Utara ini. Terima kasih di atas usaha yang telah dilakukan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kompleks Sukan Pokok Sena merupakan antara pusat riadah dan sukan yang aktif digunakan oleh penduduk setempat terutamanya golongan belia. Namun begitu salah satu isu utama yang sering dibangkitkan oleh pengguna ialah berkenaan dengan tempat letak kereta yang tidak diturap dan becak khususnya selepas hujan. Keadaan ini bukan sahaja mencacatkan imej kompleks tersebut sebagai tempat awam tetapi juga menimbulkan ketidak selesaan dan risiko kepada para pengguna termasuk golongan seperti warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak yang terpaksa meredah kawasan becak untuk ke trek joging ke padang dan kemudahan lain. Maka saya mengesa Pihak Kuasa dan Kerajaan Negeri agar menurap kawasan letak kereta ini dengan segera menggunakan premix atau konkrit yang sesuai. Membina sistem saliran air hujan yang efisien untuk mengelakkan takungan air dan mempertimbangkan penyediaan ruang letak kereta berbumbung bagi pengguna berkeperluan khas ataupun OKU. Langkah-langkah yang penting ini bukan sahaja dari segi keselesaan tapi juga keselamatan dan kebajikan pengguna.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada itu Permatang Berangan juga ingin menyentuh tentang satu kemudahan sukan yang semakin mendapat tempat di kalangan belia kita iaitu Skate Park yang ada di Kompleks Sukan Pokok Sena itu dan saya difahamkan ianya bertaraf dunia. Terima kasih. Tahniah atas inisiatif ini kerana ia memberi peluang kepada golongan muda untuk bergiat aktif dalam sukan alternatif yang sihat dan kreatif.
Namun Permatang Berangan ingin menegaskan bahawa Skate Park ini dibina di kawasan terbuka tanpa sebarang perlindungan atau bumbung menjadikan ia tidak dapat digunakan apabila cuaca hujan ataupun terlalu panas. Situasi ini bukan sahaja menyekat aktiviti belia malah akan menimbulkan risiko keselamatan akibat permukaan yang licin apabila hujan dan panas terik yang boleh menyebabkan strok haba dan sebagainya. Ada pertandingan yang terpaksa ditangguh dan dibatalkan disebabkan hujan. Oleh itu Permatang Berangan mencadangkan agar satu struktur bumbung dibina bagi menutup keseluruhan kawasan Skate Park ini.
Yang keduanya menggunakan bahan tahan cuaca dan mesra alam supaya bumbung tersebut dapat memenuhi ataupun menahan cuaca ekstrem. Yang ketiga memastikan reka bentuknya tidak mengganggu penggunaan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi kawasan tersebut. Dengan langkah ini kita bukan sahaja memberi ruang aktiviti sepanjang masa kepada belia tetapi juga menunjukkan bahawa kita mengambil serius tentang pembangunan sukan dan kreativiti mereka.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Permatang Berangan percaya bahawa pelaburan dalam prasarana sukan adalah pelaburan jangka panjang yang untuk kesejahteraan masyarakat. Kompeks Sukan bukan sekadar untuk tempat kita bersenam atau beriadah ia adalah pusat komuniti, tempat berinteraksi sosial dan platform untuk membina generasi sihat dan berdisiplin. Permatang Berangan harap Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan ini dengan sewajarnya dan memperuntukan perbelanjaan khusus dalam bajet pembangunan akan datang untuk menaik taraf Kompleks Sukan Pokok Sena agar ia benar-benar memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, ketika ini kita menyaksikan di kawasan Permatang Berangan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan perumahan berskala besar seperti Setia Fontaines, Scientex Tasek Gelugor, Scientex Sungai Dua di samping deretan taman-taman perumahan baharu yang sedang giat dibangunkan di kawasan Ara Kuda. Kesemua projek ini dijangka menyumbang kepada pembinaan puluhan ribu unit kediaman yang bertujuan untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat di Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya. Saya tidak menolak pembangunan, rakyat perlukan rumah tetapi saya nak tanya di sini di manakah tanggungjawab kerajaan dalam memastikan pembangunan ini tidak mendatangkan masalah kepada rakyat. Permatang Berangan sangat yakin apabila dia projek-projek perumahan ini siap ianya akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas masalah kesesakan di hospital dan klinik kerajaan. Masalah keselamatan yang memerlukan lebih ramai anggota polis serta masalah kekurangan bilik darjah bagi menampung jumlah murid dan pelajar yang ramai. Kebimbangan ini bukan sekadar khabar angin tapi hakikat yang akan berlaku di masa akan datang.
Namun soalan saya di manakah perancangannya, pelan jangka panjangnya, siapa yang memantau impak kepada infrastruktur sedia ada? Permatang Berangan sangat berharap supaya Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang ada di setiap daerah supaya dapat mengambil langkah proaktif dalam membuat kajian dan cadangan yang sesuai bagi mengatasi masalah-masalah yang bakal berlaku. Sebagai contoh sistem jalan raya kita banyak berlaku bottleneck (dengan izin) yang menyebabkan perjalanan kenderaan tidak lancar dan menyebabkan trafik jem.
Permatang Berangan saya mohon mencelah dengan izin Timbalan. Permatang Berangan kemajuan pesat yang berlaku di Permatang Berangan dia memberikan kesan kepada Sungai Dua kerana kereta-kereta yang keluar daripada Permatang Barangan akan melalui jalan Sungai Dua. Begitu teruk dan parah pertama sekali pada waktu kemuncak waktu pagilah dan waktu petang sehinggakan orang nak lintas jalan pun susah orang tak berani nak lintas pakai tak boleh lintaslah dan ditokok tambah pulak dengan macam berlaku juga di Permatang Berangan iaitulah apa pembangunan ada satu pembangunan di Sungai Dua yang dilakukan dan akses keluar pun nak pergi ke jalan tu juga yang menyebabkan orang kata apa jalan bertambah parah dan juga bertambah buruk. Saya apa nama apa pandangan Permatang Berangan kewujudan taman-taman ni perlu dikajilah, akses-akses jalan sama ada bersesuaian tak dengan kemunculan taman yang begitu padat ini dengan kenderaan yang akan melalui jalan-jalan yang sedia ada. Bukan ada akses yang lain yang menyebabkan yang berlaku parah Sungai Dua apa nama menerima orang kata apa kedatangan kenderaan yang banyak dan parah dan apa nama kesesakan lalu lintas yang parah kerana kereta-kereta tersebut mari daripada Padang Serai apa melalui kawasan Permatang Berangan dan terusnya ke Sungai Dua dan naik ke apa lebuh raya. Mohon pandangan Permatang Berangan.
Terima kasih Sungai Dua, saya bersetuju dengan kebimbangan yang telah disebut oleh Sungai Dua tadi, di mana pada masa ini walaupun projek-projek perumahan yang ada dibuat di kawasan Permatang Berangan ini belum siap sepenuhnya. Kita dah berasakan impak kesesakan lalu lintas yang sedang berlaku. Tetapi jika kerajaan tidak dapat membuat satu perancangan ataupun mengkaji tentang masalah yang bakal berlaku ini, sama ada dengan membuat pembesaran jalan ataupun jalan alternatif, ianya akan bertambah teruk di masa akan datang. Sistem jalan raya kita ni banyak berlaku bottleneck (dengan izin) yang menyebabkan perjalanan kenderaan tidak lancar dan menyebabkan traffic jam. Pemaju perumahan hanya membesarkan jalan yang berdekatan dengan projek mereka sahaja. Adalah tidak bijak sekiranya kita tunggu masalah berlaku masalah baru nak ambil tindakan sedangkan kita punya ruang untuk elak masalah daripada berlaku. Janganlah kita menunggu sehingga rakyat mula merungut baru kita bertindak seperti kata pepatah, "Jika kita gagal merancang maka kita sebenarnya sedang merancang untuk gagal". Permatang Berangan nak menegaskan kepada Kerajaan Negeri, kalau perkara ini tidak diberi perhatian serius pada masa terdekat, Kerajaan Negeri sedang gagal menjalankan amanah kepada rakyat. Kita bukan menentang pembangunan tapi kita mahu pembangunan yang terancang, berimpak dan tidak membebankan rakyat di kemudian hari Insya-Allah.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri perbahasan ini, Permatang Berangan merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Jabatan dan agensi yang terlibat atas makluman maklum balas yang pantas dan tindakan positif yang telah diambil terhadap segala isu dan permasalahan yang dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri sebelum ini. Segala kerjasama, keprihatinan dan iltizam yang ditunjukkan amatlah dihargai. Sesungguhnya hanya Allah SWT jua yang layak membalas segala jasa pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan demi kepentingan rakyat dan kemajuan negeri ini. Permatang Berangan turut mendoakan agar negeri yang tercinta ini terus dianugerahkan keberkatan dan kemakmuran berpanjangan seterusnya memastikan seluruh rakyat dapat menikmati kehidupan yang aman, harmoni dan penuh kebahagiaan.
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan komitmen terhadap kepentingan masyarakat, Permatang Berangan mohon menyokong. Sekian Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Permatang Berangan. Seterusnya dipersilakan Batu Lancang.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, salam sejahtera Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan rakan-rakan media yang saya hormati sekalian.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas giliran yang diberikan kepada Batu Lancang untuk perbahasan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada pagi ini. Dato’ Yang di-Pertua, Batu Lancang ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-9 dan juga penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri kepada Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah pada 7 Mei 2025. Semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Mulia Toh Puan sentiasa beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan seisi keluarga. Batu Lancang mengambil perhatian yang sungguh-sungguh ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun yang menyentuh hal-hal mustahak melibatkan kemakmuran negeri dan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Ia sejajar dengan hala tuju dan hasrat Tuan Yang Terutama Tun yang memberi keprihatinan khusus tentang keselesaan hidup rakyat Pulau Pinang antaranya Projek Pan Island Link 1 (PIL1). Projek ini dijangka… sabar, hilang.
Hilang dah.
Dato’ Yang di-Pertua, Batu Lancang bersambung dengan paip gas. Batu Lancang rasa terkejut dan bersimpati dengan mangsa tragedi kebakaran saluran paip gas bawah tanah di kawasan perumahan Putra Heights, Selangor. Bencana ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda, tempat tinggal dan trauma kepada mangsa kejadian. Kita tidak boleh nafikan bahawa orang awam akan resah dan risau apabila melihat berita bencana yang besar berlaku di negara sendiri. Lebih - lebih lagi, Putra Heights dan Batu Lancang memiliki ciri - ciri yang hampir sama, iaitu merupakan kawasan perumahan yang padat dan berhampiran kawasan tumpuan jana kuasa iaitu di kawasan Gelugor. Batu Lancang mengambil maklum penerangan Dewan yang panjang lebar dari pagi tadi. Oleh itu, Batu Lancang mencadangkan langkah berikut yang boleh diambil oleh pihak berkuasa bagi menangani isu ini.
Pertama, jentera kecemasan negeri dan jawatankuasa bencana perlu mengambil langkah persiapan dan latihan supaya dapat menjalankan usaha cari dan menyelamat dengan lebih cekap dan berkesan. Kedua, PBT perlu mensyarat pemaju perumahan baru untuk mengemukakan disclosed (dengan izin) sebarang risiko bawah tanah yang berhampiran kepada pembeli rumah supaya mereka pembeli rumah peka dengan persekitaran mereka dan risiko yang bakal diambil. Ketiga, PBN bersama PlanMalaysia perlu merancang kawasan perumahan dengan lebih cermat supaya jalur tenaga berbahaya tidak bertindih dengan kawasan berpenghuni. Yang keempat ialah menyediakan peta risiko kawasan kediaman yang mengandungi maklumat lokasi saluran paip gas dan infrastruktur kritikal lain. Yang kelima dan mewajibkan syarikat utiliti untuk melakukan audit keselamatan berkala dan laporan status paip kepada Pihak Berkuasa Tempatan serta kepada komuniti. Saya mohon agar isu keselamatan infrastruktur gas ini diberi perhatian serius demi memastikan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat negeri ini terjamin.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini kepada satu isu keselamatan awam yang semakin mendesak iaitu keperluan menilai semula daya tahan bangunan bertingkat tinggi di Pulau Pinang terhadap ancaman gempa bumi. Pada 28 Mac lalu, gempa bumi berskala 7.7 skala Richter telah melanda bandar Mandalay, Myanmar. Sebuah bangunan 33 tingkat di Bangkok yang dibina oleh sebuah syarikat milik kerajaan asing runtuh secara keseluruhan total collapsed (dengan izin) walaupun kononnya menggunakan teknologi pembinaan moden. Gegarannya dirasai sejauh Bangkok, lebih 1,000-kilometer dari pusat gempa. Pada 11 Mei, ketika penduduk Pulau Pinang menyambut Hari Ibu Sedunia, satu kejadian gegaran sekuat 6.0 skala Richter dari gempa bumi di Sumatera Utara kedudukan terletak hanya 500-kilometer dari pusat gempa turut dirasai di Pulau Pinang, termasuklah di kawasan saya, Batu Lancang. Ramai penduduk berasa cemas dan terkejut, memandangkan kawasan ini menempatkan pelbagai pangsapuri bertingkat tinggi, antaranya: Pangsapuri Central Park: 33 tingkat, ada 5 blok Setia Sky Ville: 33 tingkat, 2 blok Taman Seri Perak: 24 tingkat, 2 blok. Ini hanya sebahagian daripada ratusan bangunan kediaman tinggi yang padat dengan penduduk di kawasan Batu Lancang. Maka, isu keselamatan struktur bukan lagi satu kemungkinan yang boleh diketepikan.
Dato’ Yang di-Pertua, apabila ditanya berkenaan jumlah bangunan tahan gempa di Pulau Pinang, jawapan yang diterima daripada Ahli MMK Kerajaan Tempatan melalui pihak MBPP adalah amat merisaukan bahawa tiada data khusus mengenai bangunan yang direka bentuk untuk menahan gempa bumi. Ini bermakna tidak ada keperluan undang-undang setakat ini untuk memastikan semua bangunan bertingkat dibina mengikut spesifikasi daya tahan gempa. Walhal, Bangkok yang telah mengalami bencana serupa merupakan Bandar Persahabatan MBPP dan kejadian yang berlaku di sana sepatutnya menjadi amaran jelas kepada kita. Isu ini telah pun dibangkitkan 14 tahun yang lalu dalam Mesyuarat Penggal Keempat Dewan Negeri Kedua Belas pada tahun 2017, namun hingga kini belum ada perubahan ketara terhadap Dasar, Garis Panduan atau Perundangan berkaitan.
Dato’ Yang di-Pertua, setakat yang diketahui, hanya dua struktur di Pulau Pinang direka dengan bentuk untuk menahan gempa bumi iaitu sejak tahun 1980-an hingga kini yang direka bentuk berdasarkan daya tahan pada kekuatan gempa bumi 7.0 skala Richter dan dalam 300-kilometer pusat gempa iaitu Jambatan Pulau Pinang Pertama dan Menara KOMTAR, yang menempatkan Pejabat Ketua Menteri dan barisan EXCO Kerajaan Negeri. Ini menunjukkan keupayaan teknikal dan perancangan struktur yang tahan gempa sememangnya wujud. Maka adalah wajar teknologi dan keperluan ini diperluaskan kepada semua bangunan kediaman tinggi.
Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan langkah-langkah berikut kepada Dewan ini, Penggubalan Dasar dan Garis Panduan baru: Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengemas kini Garis Panduan Teknikal Bangunan Bertingkat dengan mewajibkan reka bentuk tahan gempa bumi untuk semua projek pembangunan baharu. Penyesuaian terhadap Uniform Building By-Laws serta Rancangan Tempatan perlu dibuat agar sesuai dengan keperluan semasa dan risiko bencana moden. Audit struktur bangunan sedia ada: MBPP dan agensi berkaitan disarankan melaksanakan penilaian semula struktur atau structural audit bagi bangunan sedia ada, khususnya yang melebihi 20 tingkat atau dibina sebelum tahun 2000. Perlindungan insurans bencana dicadangkan agar Kerajaan Negeri memperkenalkan Skim Perlindungan Gempa Bumi seperti yang diamalkan di Taiwan, di mana perlindungan bencana gempa adalah sebahagian daripada polisi insurans kebakaran. Satu Dana Perlindungan Bencana Negeri Pulau Pinang boleh diwujudkan, dengan kerjasama sektor insurans dan kewangan.
Dato’ Yang di-Pertua, keselamatan rakyat Pulau Pinang adalah tanggungjawab kita bersama. Janganlah kita tunggu runtuhan pertama berlaku sebelum mahu bertindak. Tragedi di Bangkok perlu menjadi wake-up call untuk kita memperkukuh dasar keselamatan struktur bangunan. Maka, saya mohon agar cadangan ini diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri, dan dimasukkan dalam agenda dasar pembangunan negeri serta bajet akan datang demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.
Dato’ Yang di-Pertua, isu kemiskinan dan gelandangan merupakan perkara yang dibangkitkan di Dewan ini seawal persidangan sejak tahun 1950-an dan 1960-an. Setiap penggal persidangan pasti ada hal-hal dan soalan-soalan yang berbangkit. Pusat Transit Gelandangan MBPP telah berjaya membantu golongan yang tidak bernasib baik. Dalam soalan Batu Lancang bahawa, sama ada modul ini akan diperluaskan oleh Kerajaan Negeri selaras dengan Penang 2030. Yang Berhormat Ahli MMK berkenaan menjawab bahawa, Kerajaan Negeri mempunyai hasrat. Namun begitu, sebarang inisiatif yang diambil perlu diteliti dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa Kerajaan Negeri. Adakah Yang Berhormat Ahli MMK yang menjawab itu bermaksud bahawa Kerajaan Negeri tidak ada wang untuk membiayai usaha menyelamatkan gelandangan di KADUN lain?
Jawapan Dewan pada sidang ini kepada Batu Lancang mengenai kos perbelanjaan Pusat Gelandangan di Jalan CY Choy sangat mengejutkan, iaitu kos setahun sebanyak RM598,610.00. Daripada jumlah ini, gaji, elaun dan insentif tujuh (7) kakitangan adalah RM406,106.39. Kos CCTV, keselamatan dan pembersihan RM93,332.56 manakala lain-lain barangan, utiliti, bahan mentah sebanyak RM33,080.83. Untuk makluman, 67.8% perbelanjaan ini adalah gaji kakitangan. Hanya 5% untuk lain-lain barangan keperluan pusat gelandangan. Batu Lancang ingin bertanya, sama ada kebajikan kakitangan dan pekerja di sana lebih terbela atau gelandangan? Dengan kos hampir setengah juta ringgit setahun dan hampir 70% kos itu adalah untuk menggajikan staf, bagaimana Kerajaan Negeri akan mampu untuk memperluaskan program ini selaras dengan misi Penang 2030. Ahli MMK juga menjawab bahawa Kerajaan harus memastikan Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang (PTGPP) yang sedia ada telah dimanfaatkan dengan sepenuhnya sebelum membuat keputusan lanjut berkenaan perluasan modul.
Adakah ini bermaksud PTGPP beroperasi di bawah kapasiti? Adalah difahamkan bahawa PTGPP tidak penuh pada waktu malam khususnya gelandangan (dengan izin) homeless yang tinggal di pusat tersebut. Masih terdapat banyak katil kosong pada waktu malam, sebaliknya apabila membuat tinjauan di bawah bangunan KOMTAR pada waktu malam, masih terdapat gelandangan di kaki lima.
Batu Lancang mohon Yang Berhormat Ahli MMK berkenaan untuk menjawab dan memberi penjelasan kepada kelemahan-kelemahan yang telah dinyatakan, antaranya perbelanjaan bajet tidak seimbang, mengapa hanya 5% bajet digunakan untuk barang keperluan lain-lain, Pusat gelandangan yang tidak penuh pada waktu malam dan keempat jawapan yang disediakan oleh Kerajaan untuk isu ini menimbulkan banyak persoalan. Ahli MMK menyatakan dalam jawapan kepada sidang Dewan ini bahawa PTGPP telah menunjukkan keberkesanan dalam menyediakan perlindungan kepada gelandangan, namun gelandangan masih ramai yang berkeliaran di banyak tempat, adakah Ahli MMK sedang mengelirukan Dewan ini? Batu Lancang pada pagi ini telah mengambil gambar-gambar gelandangan yang berkeliaran di negeri Pulau Pinang pada awal pagi tadi dalam jam lebih kurang 6-6.30 pagi. Gambar-gambar ini saya sertakan dalam lingkungan 1.5 radius di kawasan KOMTAR, dewan negeri dan pusat gelandangan. Saya telah terjumpa 14 gelandangan yang bertidur di kawasan seperti kawasan Lebuh Pantai, Bank CIMB yang berdekatan dengan sini Jalan Kapitan Keling, Kuan Yin Temple, Masjid Kapitan Keling, Kampung Kolam, bawah KOMTAR paling banyak dan juga di belakang Dewan ini sahaja, di Bishop Street. Semuanya gambar-gambar telah diambil pada pagi ini sahaja.
Kelemahan yang telah dibangkitkan perlu diambil perhatian, disemak semula dan diberikan satu penjelasan kepada Dewan pada sesi penggulungan sidang ini. Batu Lancang juga memohon satu audit penuh daripada Jabatan Audit Negara ke atas PTGPP berhubung keberkesanan pengoperasian, perbelanjaan aset, perolehan, sewaan dan dana sumbangan orang awam termasuk NGO yang telah disalurkan kepada gelandangan di PTGPP kerana difahamkan bahawa orang awam dan NGO amal turut memberi barangan keperluan dan wang kepada gelandangan di PTGPP. Namun, barangan dan wang derma ini gagal dikemukakan oleh Ahli MMK yang menjawab apabila ditanya tentang laporan kewangan termasuk perolehan dan kos operasi bulanan Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang, termasuk penggajian kakitangan dan bilangan gelandangan yang menghuni.
Yang Berhormat Ahli MMK juga gagal mengemukakan bilangan gelandangan yang menghuni di pusat tersebut walaupun Batu Lancang telah mengemukakan soalan lisan yang jelas mengikut tarikh yang ditentukan oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Jelaskan mengapa Yang Berhormat mengelak memberi jawapan ini atau adakah maklumat ini telah dipadam? Adakah kerana bilangan gelandangan yang menghuni di pusat tersebut tidak ramai? Yang Berhormat sila nyatakan bilangan katil untuk gelandangan yang kosong berbanding dengan yang telah dihuni pada setiap waktu malam sejak Januari tahun ini hingga sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya masuk ke isu keterjaminan makanan. Isu keterjaminan makanan bukan sekadar soal ekonomi, tetapi menyentuh terus kepada keperluan asasi rakyat dan daya tahan negeri dalam menghadapi ketidaktentuan global. Hal ini telah pun disentuh oleh Tuan Yang Terutama Tun dalam titah perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri ini memandangkan bahawa perkara ini berada pada tahap keutamaan tertinggi dalam agenda dasar negeri. Berhubung dengan pelaksanaan inisiatif Beras Cap Feri, Batu Lancang mengambil maklum bahawa satu Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Beras Cap Feri Pulau Pinang telah ditubuhkan, dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ahli MMK. Namun, walaupun inisiatif ini tampak menyeluruh dan berniat baik, Batu Lancang kecewa kerana penduduk kawasan kami langsung tidak mendapat manfaat daripada skim ini. Apabila Batu Lancang mengemukakan pertanyaan rasmi, jawapan yang diterima menyatakan bahawa tiada sebarang aktiviti penjualan Beras Cap Feri di Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Lancang dari tahun 2024 sehingga kini.
Jawapan ini bukan sahaja mengecewakan, malah menimbulkan persoalan serius. Bagaimanakah sebuah program negeri yang diuar-uarkan sebagai menyasarkan golongan B40 dan rakyat umum boleh meminggirkan kawasan-kawasan bandar yang padat seperti Batu Lancang.
Berdasarkan maklumat rasmi beras Cap Feri telah dilancarkan pada 19 Disember 2024 sehingga 20 Mac 2025. Sejumlah 80 tan metrik telah dihasilkan, bersamaan 16,000 kampit beras, dengan jumlah jualan sebanyak RM272,000. Namun, Batu Lancang ingin menekankan bahawa walaupun angka ini nampak memberangsangkan di atas kertas, akses kepada beras ini amat terhad dan penduduk kami tidak pernah melihat atau membeli produk tersebut secara langsung di kawasan mereka.
Batu Lancang ingin mengulangi penjelasan Yang Berhormat Ahli MMK sendiri bahawa matlamat Beras Cap Feri ialah untuk mengeluarkan beras tempatan berjenama sendiri bagi menjamin bekalan makanan di negeri ini. Namun, semakan yang dilakukan mendapati bahawa sebahagian besar beras yang digunakan untuk program ini sebenarnya adalah beras import bukan beras tempatan sekali gus mencetuskan persoalan pihak ketulenan niat asal dan pelaksanaan dasar.
Batu Lancang minta mencelah.
Saya tak ada masa. Nanti jawab waktu EXCO MMK bagi jawapan baru. Okay. Tambahan pula Batu Lancang mengkaji angka jualan yang dilaporkan RM272,000 untuk 80 tan beras menghasilkan purata harga RM3.40/kg, atau RM17 bagi setiap kampit lima (5) kilogram. Ini adalah lebih mahal berbanding dengan harga semasa Beras Malaysia MADANI yang dijual sekitar RM15.00. Maka, apabila Yang Berhormat menyatakan bahawa harga jualan adalah RM15 sekampit, timbul kekeliruan besar mana satu harga yang benar RM15 ataupun RM17? Jawapannya adalah RM17 yang dibagi jawapan daripada soalan saya. So, apakah harga subsidi diumumkan kepada rakyat. Namun, realitinya pembeli membayar lebih.
Batu Lancang memohon penjelasan lanjut berkaitan dengan 43.89 hektar tanah yang diumumkan sebagai kawasan penanaman padi. Soalan yang ditimbulkan adalah seperti berikut. Apakah nombor geran dan lot tanah tersebut, siapakah pemilik sebenar tanah tersebut. Adakah milik kerajaan, individu ataupun syarikat. Apakah status pajakan dan kadar sewa yang dikenakan kepada pengusaha. Apakah jenis pembangunan dan kegiatan selain penanaman padi yang berlaku di atas tanah tersebut. Maklumat ini penting bagi memastikan bahawa dasar ini benar-benar memanfaatkan rakyat. Bukan hanya memperkayakan segelintir pihak yang terpilih. Batu Lancang juga ingin menarik perhatian Dewan bahawa lesen pengedaran dan pengimportan beras bukannya perkara kecil. Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. telah mendapat lesen beras C7426 hasil sokongan Kerajaan Negeri.
Namun, semakan menunjukkan bahawa beras yang diedarkan adalah oleh syarikat ini bukan sepenuhnya beras tempatan, malah turut melibatkan beras import. Maka, Batu Lancang bertanya dengan penuh tanggungjawab adakah Kerajaan Negeri telah tersasar daripada matlamat asal iaitu untuk membina ekosistem beras tempatan yang mampan atau kini kita sekadar memberi laluan kepada satu syarikat swasta untuk mendapat lesen
pengimportan pengilangan dan pengedaran dengan menggunakan nama dan bantuan pentadbiran negeri. Jika benar, sebahagian besar beras cap Feri adalah beras import maka pendekatan ini bolehlah diumpamakan sebagai membelanjakan duit kad kredit orang lain untuk menyara hidup sendiri. Iaitu kebergantungan kepada sumber luar tanpa menyelesaikan masalah asas iaitu kekurangan bekalan beras tempatan.
Sehubungan itu, Batu Lancang mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyemak semula pendekatan Program Beras Cap Feri agar benar-benar melandaskan prinsip keterjaminan makanan berasaskan sumber dalaman. Menjalankan audit menyeluruh ke atas rantaian bekalan penetapan harga dan pengagihan beras supaya lebih telus dan adil. Memastikan semua KADUN, termasuk kawasan bandar seperti Batu Lancang, turut diberi akses kepada produk ini secara saksama.
Batu Lancang ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang meneroka dan membangunkan potensi industri tuna, khususnya bagi tujuan keterjaminan makanan laut Pulau Pinang yang dikelilingi perairan strategik mempunyai potensi tinggi untuk menjadikan industri ini sebagai satu rantaian nilai baharu dalam sektor makanan negara. Maka, mohon pihak berwajib membentangkan kepada Dewan perkembangan semasa industri tuna negeri, dasar sokongan yang sedang dirancang, dan cara untuk membantu pengusaha baharu dari Pulau Pinang menyertai bidang ini secara lestari dan berdaya saing.
Yang Berhomat Dato’ Yang di-Pertua, satu kenyataan umum telah dilaporkan yang menyatakan Program i-Sejahtera melibatkan perbelanjaan besar. Jika mahu diteruskan sepenuhnya, komitmen kewangan Kerajaan Negeri juga perlu kukuh. Untuk makluman, sumbangan kewangan i-Sejahtera bukan bantuan kewangan tetapi adalah penghargaan. Pulau Pinang sentiasa berbangga dengan kebolehan memberi ehsan kewangan kepada rakyat kerana pengurusan kewangan yang baik dan tidak melebih-lebihkan cukai kepada rakyat. Ini jelas dinyatakan dalam kenyataan umum pada 2017 yang berbunyi, Pulau Pinang tidak ada GST, tapi kita Kerajaan Negeri PH Pulau Pinang masih boleh memberikan bantuan kewangan kepada rakyat melalui Program i-Sejahtera ini. Ketika itu, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sokongan kewangan tambahan dari Kerajaan Persekutuan. Namun, kita masih mampu memberi wang ehsan kepada rakyat. Hari ini, pada ketika kita berada dalam Kerajaan Perpaduan bersama Kerajaan Persekutuan, kita sewajarnya lebih mantap dan berkebolehan dalam memberi sumbangan penghargaan kepada rakyat.
Di sini Batu Lancang memetik kenyataan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung i-Sejahtera seperti berikut. Falsafah pelaksanaan cukai menurut Islam adalah mengurangkan jurang kemiskinan antara golongan kaya dan miskin. Sebuah kerajaan yang adil akan ambil cukai daripada orang kaya sahaja, dan hasil kutipan ini dikongsi sesama orang miskin. Batu Lancang tidak setuju dengan sebarang cadangan untuk mengubah atau mengurangkan jumlah sumbangan wang i-Sejahtera kepada rakyat. i-Sejahtera adalah sebahagian dari manifesto Kerajaan Negeri untuk banyak penggal. Meminda sebarang syarat, nilai atau memansuhkan sumbangan tersebut selepas menang pilihan raya adalah umpama mengkhianati janji kita kepada rakyat, sepertimana pepatah dalam Bahasa Melayu menyebut “Habis madu sepah dibuang”.
Batu Lancang memohon Yang Berhormat Ahli MMK berkenaan supaya tidak membuat sebarang perubahan atau pindaan terhadap sumbangan i-Sejahtera kerana ini melibatkan kebajikan golongan terpinggir, B40 dan warga emas. Jangan mengkhianati kepercayaan rakyat kepada Kerajaan Negeri. Jika sebarang perubahan hendak dilakukan, pandangan peribadi saya disebabkan pemberian ini termaktub dalam manifesto, maka tunggulah sehingga PRU-16 nanti. Buatlah satu manifesto baharu, bagi mandat kembali
kepada rakyat. Jika mereka setuju dan kita menang, maka Kerajaan yang dilantik boleh mengubah atau mengurangkan syarat pemberian i-Sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Batu Lancang berharap semua perkara berbangkit yang telah dibahaskan tadi akan dijawab pada penggulungan sidang Dewan dan pastikan jangan ada isu yang ditinggalkan tanpa ulasan dan jawapan. Maka, saya dengan ini mohon menyokong Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas Negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Batu Lancang. On time tak sempat nak tekan loceng. Dipersilakan Pengkalan Kota.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya bersyukur kerana berpeluang untuk mengambil bahagian Dalam Perbahasan Usul Terima Kasih ke atas ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-9 bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri yang Kelima Belas ini. Bagi pihak seluruh warga Pengkalan Kota kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas lantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-9.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, dalam ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun, beberapa projek mega yang memperkukuhkan rangkaian infrastruktur dan mobiliti rakyat negeri Pulau Pinang telah pun disebut, termasuk Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang yang kini tengah dijalankan kerja-kerja penaiktarafan di tapak. Ramai tertanya-tanya mengapa majlis pelancaran projek LRT telah pun disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi masih belum dilihatkan mana-mana projek pembangunan fizikal di tapak. Sesetengah ahli politik daripada parti-parti pembangkang yang tidak berpeluang berkerusi di Dewan yang mulia ini asyik mengapi-api topik ini di luar Dewan. Sebagai salah seorang wakil rakyat di mana kawasan saya terlibat dalam pembangunan dua buah stesen LRT, saya memahami bahawa pihak MRT Corp. dan kontraktor berkenaan tengah bertungkus-lumus menjalankan kerja awalan projek LRT termasuk ujian tanah, pemasangan meter pencatat data bunyi, pemasangan meter getaran ataupun sistem pemantauan struktur di sekitar kawasan berdekatan, khususnya bangunan tinggi seperti flat-flat perumahan.
Ini adalah satu langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan komuniti setempat sepanjang projek pembangunan LRT. Kalau kita melalui Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, kita dapat melihat tapak kosong yang berdekatan dengan persimpangan Gat Lebuh Macallum kini dimasuki dengan jentera-jentera pembangunan dan pekerja-pekerja kontraktor. Ada yang tanya pada saya adakah sebarang projek pembangunan rumah ataupun komersial bakal dijalankan di tapak tersebut. Sebenarnya kerja-kerja itu tapak adalah kerja awalan bagi projek LRT. Saya yakin, dengan adanya sokongan daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Kerajaan Persekutuan dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling teruja untuk melihat projek pembangunan LRT tersebut,
negeri Pulau Pinang kini dalam landasan yang betul ke arah memperkukuhkan kelestarian mobiliti bandar di negeri yang kita sayangi ini.
Pada waktu yang sama, saya ingin menegaskan bahawa isu penempatan semula bagi tapak RIBI yang terlibat dalam projek pembangunan LRT haruslah ditangani dan diselesaikan dengan baik dan berhemah. Kita harus kekalkan pegangan prinsip di mana negeri Pulau Pinang tidak merobohkan mana-mana tapak keagamaan tanpa membekalkan penyelesaian. Kerajaan Negeri perlu memastikan setiap tapak keagamaan yang terlibat dalam projek pembangunan LRT ditempat semula dengan baik dan teratur. Saya fahami bahawa tanah di negeri Pulau Pinang adalah terhad dan berkemungkinan besar tidak dapat memuatkan kesemua pihak. Namun, di KADUN Pengkalan Kota yang mempunyai 2 stesen LRT telah melibatkan sekurang-kurangnya 7 buah tapak RIBI yang bakal diberi laluan demi projek pembangunan LRT.
Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri bahawa bagi tapak RIBI yang terlibat dan ke atas masalah ketidakcukupan tanah RIBI yang kosong, konsep tapak RIBI bergabungan boleh diperkenalkan bagi memastikan kesemua RIBI yang terlibat dapat ditempat semula dengan teratur. Penyepaduan sumber adalah satu pendekatan yang baik bagi mengatasi masalah kekurangan tanah RIBI dan masalah penempatan semula tapak RIBI yang terlibat dalam Projek Pembangunan LRT. Konsep tapak RIBI bergabungan pernah diguna pakai di beberapa projek pembangunan swasta dan juga pihak PDC. Tanah lapang yang kini dijadikan sebagai tempat letak kenderaan berpusat di hujung Lintang Macallum Dua adalah satu (1) contoh yang baik dan berjaya di mana tanah lapang tersebut dikongsikan kegunaan tanahnya oleh lebih kurang 5 pihak RIBI termasuk kuil dan tokong di Kawasan tersebut. Bagi tujuan aktiviti keagamaan termasuk meletak kenderaan bagi penganut-penganut masing-masing. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat menelitikan isu keagamaan ini dan mencari penyelesaian yang dapat memuaskan kesemua pihak secara majoritinya.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya turut merakamkan tahniah dan penghargaan kepada pihak Rapid Penang yang telah pun memperkenalkan Projek Rapid Penang On-Demand. Okay, ini poster untuk Rapid Penang On-Demand yang merupakan projek perkhidmatan pengangkutan awam berkonsep menghubungkan perjalanan batuan pertama dan batuan terakhir ataupun dengan izin “First Mile and Last Mile Public Transportation” di negeri Pulau Pinang. Pada awalnya, projek Rapid Penang On-Demand bermula di kawasan zon Paya Terubong dan Air Itam. Berdasarkan statistik penumpang, sambutan orang awam ke atas perkhidmatan ini amat baik dan sehingga adanya permintaan di komuniti sekitar George Town termasuk KOMTAR, termasuk Pengkalan Kota, termasuk Padang Kota yang banyak mempergunakan pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan harian mereka. Atas permintaan daripada kalangan rakyat negeri Pulau Pinang, perkhidmatan Rapid Penang On-Demand telah pun diperluaskan ke beberapa zon baru termasuk George Town, Jelutong, Bayan Lepas dan juga beberapa zon di Seberang. Dan Rapid Penang maklumkan bahawa antaranya Jelutong yang paling kurang ridership. So, YB Jelutong, YB Batu Lancang boleh tolong promosikan ya.
Ya, memang ada promosikan.
Ini dapat meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam di negeri Pulau Pinang dan meningkatkan keyakinan, mengurangkan kesulitan ataupun kekangan rakyat yang berhasrat untuk memakai pengangkutan awam bagi kehidupan harian mereka. Sebanyak 50 buah van ditugaskan bagi kawasan zon baru tersebut tadi. Dan purata waktu menunggu kini adalah lebih kurang 10 minit hingga 15 minit, tetapi ada yang perlu menunggu selama 40 minit baru tibanya van Rapid Penang On-Demand ini. Saya berpendapat bahawa waktu menunggu bagi van Rapid Penang On-Demand masih mempunyai ruang yang amat besar untuk ditambah baik lagi di mana sekiranya waktu menunggu dapat dipendekkan sehingga 5 minit ke 8 minit maksimum. Andaikan seseorang penumpang yang telah memakaikan pengangkutan awam bas ke tempat bekerjanya. Setelah, maaf. Setelah tiba di tempat tersebut maka, sorry, maaf.
Hilang lagi YB?
Tertekan, tertekan. Boleh nak mencelah, silakan.
Minta celahlah. Sebenarnya topik ini KOMTAR juga nak bahas untuk membantu rakan saya. Saya seorang telah cuba perkhidmatan Rapid Penang On-Demand inilah dan pengalaman saya juga share kepada pihak Rapid Penang semasa saya nak daripada Pusat Khidmat saya ke satu tempat lokasinya, waktu yang ditunjukkan pada semasa kita nak tempah, waiting area. Waiting time adalah 5 minit, tetapi malangnya van itu sampai ke Pusat Khidmat saya lebih daripada 10 minit. Dan tempat yang saya nak tuju itu sebenarnya ditunjukkan 7 minit sahaja, tetapi kerana ini adalah share concept, selepas ambil saya, dia akan ambil orang lain jika ke lokasi-lokasi yang sama. So, maka pada asasnya jangkaan 7 minit tetapi sampai ke tempat saya nak tuju itu lebih daripada 20 minit. So, gap itu sudah di luar jangka sayalah. Masalah ini mungkin disebabkan oleh Zon George Town hanyalah mempunyai 6 buah van. So, kerana Prasarana memberi kepada Pulau Pinang 50 buah dan mereka need to cover 13 zon. 13 zon, ada zon yang lain belum lagi. Saya ingat mulai Jun mereka akan mulakan perkhidmatan. So, maka saya kerana respon itu agak bagus, paling bagus adalah di Zon Pulau Tikus dan keduanya di George Town. So, maka kita minta lah kerajaan pusat melalui Prasarana boleh memberi lebih banyak van ke Pulau Pinang untuk memberi perkhidmatan yang lebih bagus dan ini akan meyakinkan.
Pengkalan kota, you punya masa.
Sekejap saja. Meyakinkan penumpang itu mengambil public transport lah, terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Kota, KOMTAR atas topik yang sama.
Minta laluan. Padang Kota minta sat.
Nak bagi dak tu?
Ok, ok.
Sikit saja. Untuk perbetulkan Pengkalan Kota, Batu Lancang bukan keseluruhan Jelutong. Batu Lancang telah mencuba dan telah juga mempromosi Rapid di kawasan saya. Tetapi feedback daripada penduduk adalah tempat adalah limit area for Jelutong only lah. Saya memang faham di bahagian town memang laku, di bahagian Jelutong memang kekurangan.
Minta Bayan Lepas sama.
Saya juga.
Paling kurang.
Saya juga promote di kawasan Batu Lancang, ada video promotion dan juga ada sesi libat urus bersama dengan penduduk di kawasan tu.
Okey, sila Pengkalan Kota.
Okey, so seperti yang disebut oleh YB KOMTAR dan YB Batu Lancang tadi memang saya mohon supaya Rapid Penang dapat mempertimbangkan untuk memendekkan masa menunggu sehingga 5 minit ataupun 8 minit. Jadi disebabkan untuk masa menunggu sehingga 40 minit, ada yang sesetengah orang menunggu sampai 40 minit untuk ketibaan van tersebut. Ini saya rasa adalah amat tidak praktikal. Masa itu, masa emas.
Jadi saya ingat ramai akan memilih mod pengangkutan berjalan kaki dari perhentian bas ke rumah mereka ataupun ke tempat bekerja mereka daripada memakai servis untuk van Rapid Penang On-Demand ini sebab atas perjalanan untuk menunggu sahaja van sampai 40 minit, dan atas on the road macam YB KOMTAR sebut tadi sampai 20 minit tapi apa yang saya terima adalah sesetengah orang on the road iaitu di dalam van tersebut sampai ke destinasi beliau adalah up to sehingga 40 minit ataupun lebih lanjutnya. Justeru, secara keseluruhan saya amat menyambut baik atas perkhidmatan “Rapid Penang On-Demand” yang diperkenal oleh Rapid Bas Sdn. Bhd. kerana ini adalah satu tonggak kejayaan dalam perkhidmatan pengangkutan awam. Saya sendiri menerima pelbagai surat daripada kalangan komuniti yang memuji atas usaha “Rapid Penang On-Demand” ini. Cuma terdapat juga maklum balas yang saya rasa berasas dan mempunyai ruang penambahbaikan demi keselesaan dan kebajikan rakyat. Justeru saya menyeru kepada pihak Rapid Bas Sdn. Bhd. untuk menambahkan lagi banyak van Rapid Penang On-Demand demi menjayakan projek “First Mile, Last Mile Public Transportation” dengan izin. 50 buah van adalah tidak mencukupi langsung untuk menampung permintaan yang tinggi daripada rakyat negeri Pulau Pinang tambahkanlah lagi 100 buah, 200 buah van dan publisiti.
Nanti jem pula. Banyak sangat van.
Atas perkhidmatan Rapid Penang. Kalau semua orang boleh pakai untuk van pengangkutan awam, maka kurangnya kenderaan persendirian di atas jalan. Dan seperti I sebutkan tadi publisiti itu adalah amat penting. Saya bersyukur dengan YB Batu Lancang yang telah membuat publisiti dan juga YB Bagan Jermal yang buat publisiti dan saya rasa perkhidmatan Rapid Penang On-Demand ini perlu diperkuatkan lagi supaya kesemua lapisan masyarakat turut mengetahui atas usaha Rapid Penang demi mod pengangkutan awam ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun, di mana dalam ucapan Tun telah menyeru agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan projek pembangunan infrastruktur dan memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya mengambil peluang perbahasan usul ini untuk membangkitkan beberapa perkara di mana ruang penambahbaikan dan penaiktarafan adalah diperlukan dan memohon pertimbangan dan kelulusan Kerajaan Persekutuan. Ruang menunggu ataupun lobi bagi kereta Electric Train Service (ETS) di stesen Butterworth dan Penang Sentral adalah bersaiz sederhana sahaja. Di mana ruang sedia ada adalah tidak mencukupi untuk menampung bilangan penumpang setinggi-tingginya lebih kurang 316 orang penumpang bagi satu perjalanan yang berkeperkhidmatan penuh full (loaded service), dengan izin. Keadaan ruang lobi yang hanya berkipas tetapi dengan bilangan kipas yang amat mengurangkan tanpa sistem pengudaraan penghawa dingin tetapi lagi bertingkap sebahagian besar pada dindingnya telah mewujudkan kesan rumah hijau (green house effec) pada siang hari khususnya waktu petang. Oleh sebab polisi sedia ada tidak membenarkan penumpang menunggu di platform kereta api yang mempunyai ruang terbuka, kesemua penumpang harus menunggu di ruang menunggu yang tersebut tadi dan menjadikan lagi suhu udara ruang menunggu ataupun lobi tersebut naik.
Minta laluan.
Silakan.
Minta laluan Pengkalan Kota boleh saya mencelah.
Silakan.
Ini isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Pengkalan Kota tentang ETS adalah menarik Timbalan Speaker. Saya sering menggunakan ETS untuk ke Kuala Lumpur dan saya akan naik kereta api di Bukit Tengah, Bukit Mertajam stop. Dan saya melihat bila travel, kita ada satu lif sahaja. Dan lif itu sudah tentu tidak boleh menampung passenger-passenger yang naik turun daripada kereta api lah. Sebab Bukit Mertajam is a hub yang penting, yang besar yang memang ada banyak penumpang-penumpang. Dan saya naik atas tangga, turun tangga. Satu tangga 52 langkah. Pernah, i pernah kira dan kesian kita melihat khususnya warga-warga emas, orang-orang tua, OKU yang bawa beg nak naik tangga itu untuk ke atas dan ke bawah daripada train station. Jadi saya tidak. Saya sememangnya ada bertanya soalan dalam DUN ini secara bertulis. Saya nak tanya tentang ridership dan juga saya nak tanya tentang apakah kemudahan yang boleh dibuat untuk naik taraf stesen-stesen ini. Tetapi malangnya soalan saya telah pun ditolak sebab kata bahawa data-data ini bahawa kawalan federal dan KTM dan sebagainya. Jadi saya.
Saya terima. Saya ada soalan itu. Saya terima jawapan bertulis itu juga.
Saya haraplah, saya harap boleh diterima dalam (gangguan).
Saya terima jawapan.
Terima jawapan.
Berkenaan dengan kereta api.
Jadi saya harap ucapan, I mean saya bahagian yang saya nak katakan di sini boleh juga dimasukkan dalam ucapan Pengkalan Kota dan meminta supaya kerajaan menelitikan dan meminta kepada Kerajaan Persekutuan, KTM untuk kita naiktarafkan station kereta api ini di Bukit Mertajam dan tempat-tempat lain untuk keselesaan orang ramai Timbalan Speaker.
Okey, Pengkalan Kota.
Terima kasih.
Pengkalan Kota tiga (3) minit lagi.
Terima kasih Bukit Tengah atas sokongan atas topik ini bukan sahaja untuk stesen Bukit Mertajam tetapi untuk stesen di dalam Pulau Pinang termasuk Butterworth. Jadi saya teruskan Dato’ Yang di-Pertua, jadi untuk seseorang yang sihat dan cergas beliau perlu mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk berjalan kaki dari terminal feri sehingga ke Stesen Kereta Api Butterworth dan juga melalui laluan tangga dan juga access lift yang terhad itu seperti tersebut tadi. Dan antaranya ada satu (1) laluan landai yang panjang berdekatan dengan Stesen Kereta Api Butterworth. So, jadi bagi golongan warga emas ataupun mereka yang mengambil bagasi besar seperti tersebut tadi memang kena berjalan berjarak jauh dan ini adalah satu cabaran besar kepada mereka. So, saya skip apa yang tersebut oleh YB Bukit Tengah. Jadi, saya dengan penuh ikhlasnya memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya kerja-kerja naik taraf bagi menambahbaikan ruang menunggu dan lobi di stesen Butterworth khususnya sistem pengudaraan dapat dipertimbangkan dan diluluskan demi keselesaan dan kebajikan penumpang-penumpang pengangkutan awam. Sejauh mana kita melihat dari segi aspek kelestarian, saya merayu kepada pihak Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperkenalkan rancangan jangka masa panjang untuk menaik taraf fasiliti-fasiliti termasuk access lift ataupun escalator di dalam kawasan Stesen Kereta Api Butterworth dan laluan menghubungi terminal feri dan Penang Sentral. Dan di sini saya menerima jawapan bertulis yang mengatakan kerajaan bersetuju untuk adanya ruang penambahbaikan di Stesen Kereta Api Butterworth. Dan di sini, jawapan di sini mengatakan ini di bawah Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) iaitu Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun cadangan pemasangan access lift evelator, travelator itu akan dipanjangkan kepada pihak MRCB untuk pertimbangan lanjut iaitu untuk Kerajaan Persekutuan.
Mohon mencelah?
Selepas ini. Saya mohon, saya tegaskan untuk Kerajaan Negeri bahawa jawapan ini saya harap dapat dilaksanakan iaitu untuk membincang dengan secara lanjutnya bersama dengan Kerajaan Persekutuan atas penaiktarafan ruang di stesen kereta Butterworth. Stesen Kereta Api Butterworth. Silakan.
Timbalan Speaker, just nak rujuk kepada isu itu.
Seminit je lagi.
Saya harap.
Tuan rumah, tuan rumah.
Okey, okey.
Tuan Tanah.
Ini perkara menarik Dato’ Timbalan Speaker kerana. Terima kasih Pengkalan Kota menjuangkan isu di Butterworth dan Bagan Dalam. Isu ini bukan isu baru, memang sudah lama di setiap stesen kereta api dan ETS dan yang paling teruk Penang Sentral merupakan Hub Transportasi Bersepadu dan isu ini sudah saya bangkitkan sejak saya mula jadi ADUN tetapi tidak ada penyelesaian. Saya sudah bangkitkan isu ini kepada (MRCB), (MRCB) sudah adakan mesyuarat dengan RAC, KTMB sampai sekarang tiada jalan penyelesaian. Bukan sahaja tidak lif tetapi juga jalan masuk untuk pick up dan drop mengambil dan menurunkan penumpang juga tidak sesuai di sana. Jadi ini menimbulkan kesesakan jalan dan saya terima banyak aduan sebab terletak hampiran dengan pejabat saya. Jadi saya mohon kita dapatkan satu penyelesaian menyeluruh untuk isu ini. Terima kasih.
Okay, faham.
Terima kasih.
Satu minit saja. Satu minit saja.
Tinggal 1 minit saja jika saya dapat dipanjangkan masa.
1 minit ja, just one-point sahaja.
Extra time, mohon izin.
Saya setuju dengan Bagan Dalam, Grab stand di KL Sentral tak tau kenapa mereka letak di tingkat tujuh.
Di Penang Sentral lapan.
Ha, tinggi lagi ini adalah sesuatu perkara yang saya tidak boleh faham Grab driver dia kena naik round round ke atas untuk mengambil dan turunkan penumpang. Itu saya, isu yang saya memang saya harap dapat di address dan Timbalan Speaker tolonglah kalau boleh I tak faham kenapa soalan Pengkalan Kota yang sama jenis dengan soalan saya dia beliau boleh diterima saya ditolak.
Itu nanti perbahasan baru YB sebut nanti. Timbalan Speaker, saya teruskan.
Okey.
So, lepas kereta api ETS maka saya masuk ke perkhidmatan feri. Jadi perkhidmatan feri baru, saya rasa amat bersyukur kerana sistem penggunaan berhawa dingin dan juga keadaan keseluruhan dalam feri itu adalah bersih dan selesa bagi feri baru. So, ini kita kena ucapkan syabas kepada PPSB dan juga PPC. Saya masih teringat bahawa perkhidmatan feri zaman sebelum ini mempunyai perkhidmatan awal dan lewat bagi menampung penumpang-penumpang perkhidmatan kereta api ETS.
Saya pun pernah mengongsikan kenangan yang bagus ke platform sosial media beberapa tahun lalu di mana saya menaiki feri dalam jam lebih kurang 6.00 pagi dan
meneruskan perjalanan saya melalui ETS pada yang dijadualkan pada 6.30 pagi. Jadi seperti ramai yang sedia maklum, perkhidmatan kereta ETS pertama bermula seawalnya jam 5.15 awal pagi dan perkhidmatan seterusnya adalah jam 6.30, 7.50 dan sebagainya. Seandaikan seorang yang mengembara ke ibu kota dapat tiba di destinasi stesen KL pada sesi selewat-lewatnya sebelum tengah hari, maka beliau mempunyai masa sepanjang hari yang mencukupi untuk menjalankan tugasnya tetapi hakikatnya perkhidmatan feri Pulau Pinang hanya mula beroperasi pada jam 7.00 pagi dari George Town ke Seberang. Penumpang kereta ETS hanya dapat menyambungkan perjalanan pada jam 7.50 pagi dan tiba di KL pada 12.10 tengah hari.
Dalam satu laporan liputan media, Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dikatakan telah mencatatkan 5 million orang penumpang yang memakai perkhidmatan feri baru sejak ia dilancarkan pada 7 Ogos 2023. Syabas saya ucapkan kepada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan PPSB ini menunjukkan satu kejayaan yang mengagumkan, jadi saya difahamkan PPSB, saya cut short lah Dato’ Yang di-Pertua.
Boleh-boleh ada dua minit lagi.
Saya difahamkan bahawa pihak PPSB mempunyai rancangan untuk menambahbaikan lagi perkhidmatan feri sedia ada khususnya kepada penumpang-penumpang yang meneruskan perjalanan dengan kereta api ETS di Stesen Butterworth sama ada mengubahsuaikan jadual sedia ada ataupun menambahkan lagi trip feri bagi menyambungkan perkhidmatan kereta api ETS.
Sekali lagi saya menerima jawapan bertulis mengatakan bahawa confirmed bahawa PPSB ataupun SPPP akan mempertimbangkan dan menyelaraskan jadual ETS dengan jadual feri bagi meningkatkan keselesaan cuma dia hanya menyelaraskan jadual waktu sahaja untuk menampung train-train antara 6.00 pagi sehingga sebelah petang sahaja. Bagi train pertama 5.15 pagi yang bertolak dari Butterworth ke KL ataupun yang train terakhir dari KL kembali ke Butterworth yang akan tiba pada 12.10 malam itu tidak terjadual dalam feri dan penjelasan oleh PPSB adalah kekurangan penumpang.
Kekurangan penumpang kadang-kadang adalah sebab tiada perkhidmatan yang disebutkan tadi. Sekiranya perkhidmatan tersebut di sediakan, inilah mod pengangkutan awam, kalau you sediakan pengangkutan awam, maka orang akan cuba adapt into that situation lagi nak mencelah.
Setuju, setuju.
Okey, terima kasih.
Ini sudah banyak kali dibangkitkanlah saya ingat dalam Dewan ini topik ini bukan topik barulah tadi punya ETS, feri saya ingat kawan-kawan di sini sudah banyak kali bangkitkan so sudah sampai masanya Kerajaan Negeri bincang dengan pihak-pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah ini untuk kebajikan rakyat terima kasih.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Memandangkan ramai wakil rakyat di sini memang memohon dan merayu kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri untuk mengkaji kebolehlaksanaan demi kebajikan rakyat dan bukan untuk kita sendiri dan Dato' Yang di-Pertua, saya tinggal berapa minit lagi?
Habis dah.
Habiskan. Okey, saya skip kan satu perbahasan untuk Dewan yang akan datang. Jadi, saya terus masuk ke akhir kata Dato’ Yang di-Pertua saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hospital Pulau Pinang dan bukan sahaja Hospital Pulau Pinang, Hospital Pulau Pinang itu salah satu daripada Kerajaan Awam tapi tersebut dengan seperti disebut oleh Seri Delima memang ada lagi tujuh (7) buah hospital persendirian juga diiktirafkan sebagai salah sebuah hospital terbaik dunia dari Malaysia bagi tahun 2025 pada hujung minggu yang lepas.
Jadi kita ucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua warga Hospital Pulau Pinang dan juga private hospital yang memenangi anugerah tersebut dan termasuk juga kepada setiap pegawai perubatan dan jururawat. Walau bagaimanapun, semoga pihak Hospital Pulau Pinang dapat teruskan usaha baik bukan sahaja membekalkan perkhidmatan perubatan yang unggul sehingga diiktirafkan sahaja tetapi juga memberi pengalaman yang selesa dan bukannya pahit kepada pesakit dan waris khususnya dari segi infrastruktur yang sedia ada dan sudah pun usang ataupun berusia.
Akhirnya.
Marilah kita sama semua menjunjung ucapan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bahawa kesemua kita sebagai sebahagian daripada kerajaan, kita harus sentiasa turun mendekati rakyat mendengar nadi perasan dan komen rakyat biarpun positif ataupun negatif turut kita menerima dengan hati yang penuh ikhlas dan terbuka. Dengan itu, saya memohon menyokong.
Terima kasih Pengkalan Kota dan saya ambil kesempatan jugalah untuk peringatkan AMMK supaya tidak setiap kali sidang DUN perkara yang sama juga yang dibangkitkan kita kalau sebolehnya jadikan sidang DUN ini satu platform untuk selesaikan masalah berbangkit. Terima kasih seterusnya, saya persilakan Telok Ayer Tawar sudah ready? Persilakan Telok Ayer Tawar.
Terima kasih Dato’ Speaker, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Dewan yang saya hormati, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sebagai permulaan saya melangkahkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun yang lalu ialah Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak di atas jasa Tun kepada Pulau Pinang. Saya juga menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib yang baru atas pelantikan rasmi sebagai Ketua Negeri. Sesungguhnya, rakyat meletakkan harapan agar pemimpinan beliau dalam memayungi seluruh rakyat dengan adil dan saksama. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya Ketua Menteri atas usaha berterusan memacu pembangunan negeri.
Hilang juga, ramai hilang hari ini.
Dato’ Speaker, yang dihormati saya rasa masih belum terlewat untuk saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil keputusan SPM pada bulan April yang lalu. Ini merupakan platform penting bagi anak-anak kita memulakan langkah yang lebih tinggi menempuh dunia yang luas di luar sana. Kepada yang cemerlang terus membina kecemerlangan dalam pelajaran anda, pada yang kurang berjaya jangan putus asa masih banyak peluang yang membuka kepada mereka yang terus menimba ilmu juga.
Saya ingin menimba ilmu juga ingin saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat pergi dan balik kepada semua jemaah haji yang sudah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Saya memohonkan semoga semua bakal haji akan mendapat haji mabrur. Insya-Allah.
Saya juga turut merasakan simpati dan mengucapkan ucapan takziah ke atas pemergian ayahanda Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jasa Tun akan sentiasa dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya juga turut sedih, merasa sedih, simpati dan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas kemalangan jalan raya yang meragut nyawa sembilan (9) orang anggota polis FRU baru-baru ini di Perak. Jasa-jasa mereka sepanjang perkhidmatan untuk negara tetap dikenang.
Dato’ Speaker, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling pesat membangun di Malaysia. Terkenal dengan pencapaian dalam sektor pelancongan, perindustrian dan teknologi tinggi. Namun dalam kegemilangan pembangunan dan kawasan luar bandar seperti Teluk Air Tawar masih bergelut untuk menikmati kadar kemajuan yang seimbang.
Maka, dalam sidang Dewan Undangan Negeri ini saya mengambil tanggungjawab untuk membawa suara rakyat di luar bandar ke tengah pentas perbincangan. Namun pembangunan tidak harus bersifat berpusat. Kawasan luar bandar wajar turut menerima limpahan manfaat.
Justerunya, saya ingin mengetengahkan tiga (3) aspek utama yang memerlukan perhatian segera pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), pelancongan luar bandar serta agihan infrastruktur yang saksama di kawasan pembangkang.
Dato’ Speaker, pelaksanaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di luar bandar merupakan tulang belakang ekonomi luar bandar. Ia bukan saja membuka peluang pekerjaan, malah menjadi saluran utama untuk meningkatkan taraf hidup penduduk setempat di Pulau Pinang. Kita telah menyaksikan beberapa inisiatif positif seperti menyediakan kilang IKS oleh Perda Program ‘Farmers to Farmers’ Industri Asas Tani dan penubuhan SMART Centre serta Penang SME Centre.
Usaha-usaha ini sememangnya harus dipuji. Namun, realitinya masih ramai usahawan kecil di luar bandar berdepan cabaran akses pasaran yang terhad, kekangan modal dan kurangnya bimbingan. Maka saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengambil inisiatif daripada negeri-negeri lain. Contohnya, program SME-UP di Sabah yang juga menyediakan bantuan peralatan dan pembungkusan serta program inkubator.
Inkubator.
Inkubator dan vendor di Selangor yang berjaya menjadikan usahawan kecil sebagai vendor kepada syarikat besar melalui konsep outsourcing. Cadangan saya adalah agar Kerajaan Negeri mewujudkan dana ikhlas pembangunan IKS luar bandar, menubuhkan hab ekonomi mikro di lokasi strategik, menyediakan latihan keusahawan digital secara percuma serta membuka akses produk luar bandar ke platform pelancongan negeri langkah-langkah ini akan mengangkatkan sektor IKS luar bandar menjadi lebih mampan, berdaya tahan dan kompetitif dalam landskap ekonomi moden.
Dato’ Speaker, Pulau Pinang sering dikaitkan dengan pelancongan bandar warisan dan gastronomi. Namun, kawasan luar bandar negeri ini mempunyai potensi pelancongan yang unik dan tersendiri. Kampung-kampung seperti Permatang Tok Jaya dan Lahar Yooi boleh dijadikan destinasi agro pelancongan. Sungai Chenam dan persisiran Kuala Muda pula sesuai dibangunkan sebagai zon eko pelancongan maritim.
Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyediakan dana galakan pelancongan luar bandar bagi menyokong pembangunan homestay, pakej pelancongan komuniti dan produk pelancongan setempat. PETACH dan PDC juga perlu dilibatkan secara langsung dalam permintaan kawasan pelancongan luar bandar sementara platform pelancongan rasmi negeri harus menyenaraikan lokasi-lokasi luar bandar agar lebih ramai pelancong dapat menjelajah kawasan desa. Dengan cara ini, saya dapat mewujudkan dengan cara ini kita dapat mewujudkan ekonomi kepada penduduk luar bandar serta mengurangkan kebergantungan kepada bandar sebagai satu-satunya pusat peluang.
Akhir sekali, saya ingin menyentuh isu ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur di kawasan pembangkang. Rakyat di kawasan ini membayar cukai yang sama. Namun, sering dinafikan hak kepada pembangunan asas seperti sistem perparitan dan pembaikan kemudahan awam. Kerap kali permohonan yang dikemukakan oleh penduduk atau wakil rakyat diberi jawapan klise peruntukan terhad. Ini bukan sahaja mengecewakan malah melunturkan keyakinan rakyat terhadap prinsip keadilan dan kesamaan dalam pemerintahan. Saya menegaskan bahawa pembangunan negeri tidak boleh dilihat melalui kanta politik. Keperluan rakyat tidak mengenal warna, parti. Tambahan pula, dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kini dipimpin oleh gabungan yang sama tiada alasan munasabah untuk menangguh atau mengabaikan mana-mana kawasan. Saya turut menjunjung seruan Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib agar pelaksanaan projek mega di Pulau Pinang dipercepatkan. Namun saya mengingatkan bahawa pembangunan sebenar ini bermula dengan projek kecil di kampung, taman dan lorong-lorong yang menjadikan nadi kehidupan rakyat marhaen.
Banyak kali tersasul ya.
Di samping isu-isu utama tersebut, terdapat beberapa perkara yang lain yang semakin meresahkan rakyat Pulau Pinang khususnya di kalangan golongan pendapatan rendah dan sederhana.
Pertama isu kos sara hidup yang semakin meningkat, harga barang keperluan harian, sewa rumah dan caj perkhidmatan semakin menekan kehidupan rakyat biasa. Kita memerlukan campur tangan Kerajaan Negeri dan bentukkan insentif bersasar dan pengawalan harga di pasar awam.
Kedua, wujudkan jurang pembangunan antara Pulau dan Seberang Perai. Infrastruktur dan kemudahan awam di Seberang Perai terutama di kawasan utara dan pedalaman, masih jauh ketinggalan berbanding Pulau. Keseimbangan agihan peruntukan harus menjadi keutamaan dalam belanjawan negeri seperti yang akan datang.
Ketiga, saya ingin menarik perhatian kepada keperluan memperkasakan anak muda, khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan kemahiran. Seiring dengan perkembangan industri di kawasan Batu Kawan dan Tasek Gelugor, kita harus menyediakan anak muda dengan kemahiran yang relevan agar mereka tidak hanya menjadi penonton tetapi peserta utama dalam pertumbuhan ekonomi.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan rakan-rakan Ahli Dewan yang mulia ini. Saya berdiri di dalam Dewan yang mulia ini dengan penuh rasa tanggungjawab untuk membicarakan satu isu yang amat sensitif kepada masyarakat dan industri keagamaan di negeri ini iaitu bayaran elaun kepada pegawai masjid yang wajar dikaji semula serta ditingkatkan seiring dengan kepentingan peranan mereka dalam membangun sosial dan rohani masyarakat.
Tadi macam hendak habis dah tiba-tiba timbul teks lain pula
Institusi masjid bukan sahaja tempat ibadah tetapi juga berfungsi sebagai pusat komuniti yang memainkan peranan utama dalam mendidik masyarakat, membimbing generasi muda, serta menangani pelbagai isu sosial yang semakin kompleks. Pegawai masjid iaitu imam, bilal dan siak memikul tanggungjawab besar dalam memastikan kelangsungan pengurusan masjid yang efektif dan memberi impak positif kepada masyarakat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri yang saya hormati peranan mereka telah berkembang melangkaui tugas hakiki. Hari ini mereka berperanan sebagai pemimpin masyarakat, pendidik agama, kaunselor sosial, dan pencetus keharmohian dalam komuniti. Namun demikian, imbuhan yang diberikan kepada mereka masih belum mencerminkan bebanan kerja serta komitmen yang mereka galas.
Mohon mencelah Yang Berhormat Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar
Ya silakan. Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar sentiasa memberi.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Berkaitan dengan elaun imam pegawai masjid yang sedia kita maklum memang tidak setimpal dengan tanggungjawab. Selaku pengerusi masjid, pihak imam dan pegawai masjid terpaksa membuat kerja sambilan untuk menambah pendapatan dengan elaun yang sedia ada ini tidak mencukupi untuk sara hidup keluarga. Jadi ada patutnya elaun mereka disemak semula untuk kenaikan Insya Allah.
Saya minta Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Bakap dan Yang Berhormat Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar semak baliklah setahu saya elaun peruntukan masjid ini di bawah JAKIM. Dua-dua…
Dua-dua. Okey, terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Bakap, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita mengambil langkah proaktif dalam mengkaji semua serta menambah elaun mereka agar penghargaan terhadap jasa mereka dapat diterjemahkan dalam bentuk yang lebih bermakna. Sehubungan dengan itu, saya mengesyorkan supaya pihak berkenaan membuat kajian menyeluruh terhadap sektor pembayaran elaun pegawai masjid dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan keperluan semasa juga memberi pemberian insentif khas kepada pegawai masjid yang terlibat secara aktif dalam program kemasyarakatan, pendidikan agama, kaunseling dan kebajikan. Saya percaya bahawa langkah-langkah ini bukan sahaja akan memperkukuhkan institusi masjid sebagai pusat kepimpinan masyarakat tetapi juga meningkatkan kesejahteraan para pegawainya serta mengiktiraf peranan mereka dalam pembangunan negara.
Oleh itu saya menyeru agar perkara ini diberi perhatian serius oleh pihak yang berkenaan dan rakan-rakan di dalam Dewan yang Mulia ini demi kepentingan, keharmonian negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri serta rakan-rakan Ahli Dewan yang mulia ini, hari ini saya ingin membawa perhatian satu lagi isu yang amat penting bagi pembangunan pendidikan Islam di negeri kita iaitu bayaran gaji kepada guru KAFA di Pulau Pinang. Kita semua sedia maklum bahawa guru KAFA memainkan peranan besar dalam pembentukan sahsiah dan keperibadian anak-anak kita. Mereka adalah tulang belakang kepada pendidikan agama yang berkualiti, membimbing generasi muda memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam. Namun, cabaran yang mereka hadapi terutamanya dalam aspek gaji dan kebajikan perlu kita tangani dengan serius.
Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Penaga. Kita perlu mengambil maklum bahawa imbuhan yang diterima oleh guru-guru KAFA pada masa kini masih belum mencerminkan sepenuhnya sumbangan besar mereka dalam masyarakat. Pada masa ini, mereka menerima bayaran sebanyak RM1,100 sebulan daripada Kerajaan Persekutuan, melalui JAKIM Zakat RM150 dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah menambah pemberian ex-gratia.
Ex-gratia.
Ex-gratia.
Gigi ada tak?
Sebanyak RM50 sebulan. Keseluruhan gaji mereka adalah RM1300 sebulan. Ianya jauh lebih rendah jika dibanding dengan jumlah gaji pekerja am sekarang yang bergaji RM1700 sebulan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Madani. Keperluan terhadap skim perkhidmatan ini amat mendesak bagi memastikan kestabilan dan masa depan guru-guru KAFA lebih terjamin. Saya percaya bahawa dengan sokongan daripada semua pihak termasuk Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan serta masyarakat, kita mampu merealisasikan usaha ini demi kepentingan pendidikan Islam yang lebih kukuh dan sistematik.
Dan apa? Tidak dengar.
Sistematik
Oh sistematik.
Dia kering kerongkong, pasaipa mic ini tarik suara.
Mohon mencelah Yang Berhormat Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar. Ini bukan berkaitan dengan isu elaun, elaun itu antara salah satu faktor. Boleh tak kalau ditambahkan isu utama tenaga pengajar untuk kelas KAFA tidak mencukupi dan masa yang sama fasiliti pun tidak mencukupi, contoh di tempat saya sebelum ni sekolah di Sungai Duri jumlah pelajarnya 1200 pelajar, apabila berlakunya satu sesi pada tahun ni.
Makan coklat, minta maaf. Apabila sekolah bermula dengan satu sesi jadi lambakan pelajar dia akan belajar sebelah petang untuk kelas KAFA, jadi timbul isu kepada ibu bapa untuk hantar anak-anak ke kelas KAFA tidak dapat masuklah sebab jumlah bilik darjah tidak cukup dan jumlah tenaga mengajar pun tidak cukup. Jadi, bolehlah tambah dalam ucapan Yang Berhormat Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar, terima kasih.
Yang Berhormat Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar, nanti semak lagi sekali yang apa tu elaun guru KAFA itu, tidak silap saya sudah viral tambah jadi lagi RM200, jadi RM1,500. Tidak apalah saya just ini saja, nanti check dengan Timbalan Ketua Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, memang sudah keluar viral, keluar dalam media sosial, viral dalam media sosial baru-baru ini dalam TikTok kenaikan guru KAFA lagi RM200 kot kalau tidak silap tetapi sebelum soalan saya hantar tidak keluar lagi TikTok, bila saya hantar baru keluar dalam TikTok tetapi saya kena bahas lah pasal ini saya punya soalan, taruh bawah meja.
Teruskan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Bakap atas sokongan saya tadi. Terima kasih juga Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini di dalam media sosial Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I bertarikh 17 Mei 2025, elaun guru KAFA akan dinaikkan sebanyak RM1,500 bermula pada Julai 2025, itu dalam media sosial. Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan dan tindakan segera Yang Berhormat.
Namun begitu, saya amat berharap kenyataan yang dikeluarkan ini bukanlah sekadar sebuah petikan sahaja tetapi akan dilaksanakan seperti yang dijanjikan. Cuma bolehkah pihak Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I ataupun Batu Maung menyatakan kenaikan RM200 ini akan dibayar melalui pihak JAKIM atau Zakat atau Kerajaan Negeri. (Gangguan) tapi dia tak ada. Kalau dia ada kita tanya la, la suruh jawab. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, penutupan saya.
Saya ucap terima kasih kepada Dato’ Speaker, Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, rakyat tidak boleh menuntut lebih daripada hak. Mereka hanya mahu keadilan, keperhatian. Mereka mahu pembangunan yang menyeluruh, tidak terhad kepada kawasan yang selari politiknya tetapi merangkumi seluruh pelosok negeri. Sebagai wakil rakyat dari luar bandar, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan suara mereka. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan segala cadangan ini dengan hati terbuka, dengan senyum sekali dan bersemangat. Pembangunan yang adil akan menghasilkan negeri yang lebih bersatu, progresif dan stabil. Sebelum saya akhiri, saya minta Telok Ayer Tawar mohon menyokong. Sekian terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih Telok Ayer Tawar. (Gangguan) Telok Ayer Tawar, okey? Saya dan juga rakan-rakan dalam DUN, saya pun terpanggil jugalah dengan Telok Ayer Tawar tadi dalam pembukaan ucapan. Kita sama-sama merakamkan doa kepada semua jemaah haji seramai 31,600 orang yang telah dan akan mengerjakan haji. Moga-moga mereka selamat pergi dan selamat pulang dan bagi negeri Pulau Pinang, kita akan ada satu majlis di Tabung Haji pagi esok. Moga-moga selamat pulang dan dapat haji yang mabrur. Dipersilakan Batu Uban.
Terima kasih Dato’ Speaker. Salam sejahtera, Salam Penang2030. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan juga setinggi-tinggi tahniah dan juga menjunjung kasih atas pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang baru, dari Pasir Salak ke Pulau Mutiara. Dan saya pun tumpang gembira juga sebab saya asal daripada orang Perak juga. Saya dari Batu Gajah ke Batu Uban. Kami percaya dengan kepimpinan, kebijaksanaan dan juga kewibawaan Tuan Yang Terutama, institusi negeri ini akan terus dipelihara dengan penuh integriti dan juga berwibawa. Pelantikan ini juga memberi nafas baru kepada aspirasi rakyat dan juga memperkukuh semangat kita untuk terus bekerja dengan lebih gigih demi pembangunan Pulau Pinang yang inklusif, progresif dan juga bersatu.
Dato’ Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan setinggi penghargaan dan juga ucapan terima kasih kepada mantan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang menjawat jawatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Kepimpinan beliau yang tenang, berwibawa dan juga berpaksikan nilai kenegaraan telah memberikan stabiliti dan juga teladan yang amat dihormati oleh seluruh rakyat negeri Pulau Pinang ini. Semoga beliau terus dikurniakan kesihatan dan juga kesejahteraan yang berpanjangan. Dan saya juga mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah di atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu bekas Perdana Menteri kita yang kelima.
Dato’ Speaker, saya berdiri hari ini bukan semata-mata untuk menggulung perbahasan tetapi untuk menyuarakan harapan dan juga keresahan tuntutan rakyat yang telah mengangkat kita ke Dewan yang mulia ini. Sebagai wakil rakyat kawasan Batu Uban, sebuah kawasan yang mencerminkan kepelbagaian etnik, kemajuan pendidikan, nadi anak
muda serta nadi intelektual negeri ini, saya juga membawa suara mereka di dalam Dewan yang Mulia ini.
Dato’ Speaker, dalam lawatan saya ke kawasan Taman Lip Sin, Sungai Dua dan Bukit Jambul baru-baru ini, saya telah bertemu dengan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan ruang niaga yang sesuai. Mereka bukan hanya memerlukan bantuan kewangan tetapi juga sokongan dari segi lokasi strategik dan juga promosi digital. Saya ingin mencadangkan agar pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang dapat menyediakan tapak niaga yang bersesuaian seperti penyediaan Tapak Penjaja Sementara (TPS) ataupun kiosk, seperti yang disebut oleh sahabat saya dari Bukit Tambun. Saya amat menyokong sekiranya MBPP, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dapat menyediakan sebuah tempat perniagaan yang bersesuaian atau pun yang sah kerana selepas berlakunya pandemik COVID-19 ini kita lihat ramai yang telah hilang pekerjaan mereka dan mereka telah menceburi dalam bidang perniagaan dan ramai juga telah menjadi peniaga secara adhoc di mana mereka juga untuk meneruskan kehidupan mereka ni. Jadi, saya rasa adalah tepat waktunya sekiranya MBPP dapat bertindak secara progresif, kita bukan saja mengambil tindakan terhadap semua gerai-gerai yang di tepi jalan ini tetapi kita juga memberikan juga penyelesaian menyeluruh kepada peniaga-peniaga ini supaya mereka juga dapat meneruskan ekonomi mereka.
Selain itu, saya juga ingin memohon agar pihak MBPP Majlis Bandaraya Pulau Pinang melihat pada penjagaan terutamanya landskap di kawasan open space contohnya di Taman Pekaka kerana berdasarkan pemerhatian saya, landskap di Taman Pekaka ini amatlah tidak memuaskan kerana dengan keadaan pokok yang tidak di`trim’ serta rumput yang tidak dipotong dan juga longkang tersumbat dan juga terdapat trek joging yang membahayakan terutamanya kepada warga emas yang menggunakan kemudahan di situ. Saya percaya ini bukan cerminan sebagai sebuah bandar raya yang berdaya huni. Oleh itu, pihak MBPP perlu mempunyai satu standard pemantauan yang konsisten dalam memastikan landskap di kawasan Batu Uban dan juga di seluruh kawasan Pulau Pinang ini selari dengan tema Bersih, Hijau dan Selamat.
Saya menyeru kepada pihak MBPP untuk memastikan setiap pelantikan kontraktor pembersihan ini juga mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan kerana di kawasan saya di Batu Uban saya amat dukacita dengan perkhidmatan atau pun service yang diberikan oleh kontraktor-kontraktor yang telah dilantik kerana kita bagi tempoh kontrak itu selama dua then plus satu (2+1) kerana tempoh kontrak yang terlalu panjang, maka kontraktor ini yang telah dilantik ini mengambil mudah. Pada enam bulan yang pertama ataupun satu tahun yang pertama, mereka memang menjalankan tugasan dengan sungguh baik, sangat baik. Tetapi selepas setahun, kita dapat melihat mereka tidak konsisten, tidak mengikut jadual pembersihan dan juga selalu kita juga perlu memantau mereka. Pegawai-pegawai saya pula perlu menjadi mandor untuk memantau mereka. Maka saya rasa ini adalah perkara yang perlu kita melihat semula ataupun kita boleh tidak memberikan satu tempoh kontrak yang panjang tetapi kita memantau KPI mereka sama ada kontraktor ni apa melakukan yang terbaik ataupun tidak. Jadi saya ini adalah perkara yang perlu kita memberi perhatian.
Bercakap soal Batu Uban, tidak sah juga jika saya tidak menyentuh tentang soal kesesakan lalu lintas. Saya mohon agar pihak berwajib melihat kepada kesesakan terutamanya di Jalan Bukit Gambir menghala ke Jalan Tun Dr Aziz Ibrahim yang menjadi mimpi ngeri kepada penduduk dan juga pelajar dan juga pekerja terutamanya pada waktu puncak kerana kawasan-kawasan ini adalah kawasan jalan utama yang menghubungkan kepada kawasan perindustrian dan juga kepada kawasan perumahan dan juga universiti,
USM. Saya mohon agar satu pelan penyuraian trafik yang serius termasuk juga semakan semula waktu lampu isyarat dan juga kalau boleh kita menempatkan juga pegawai trafik terutamanya pada waktu puncak dan juga saya mohon MBPP juga boleh mengkaji dengan menggunakan teknologi pintar di kawasan ini iaitu smart traffic light.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain itu, masalah denggi juga menjadi antara isu yang semakin meruncing bagi penduduk di Batu Uban kerana kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi dan pencegahan wabak ini juga merupakan satu cabaran yang besar kerana setakat minggu lepas, Batu Uban telah mencatatkan sebanyak 69 kes wabak denggi dan ini adalah kes yang tertinggi untuk Daerah Timur Laut. Dan saya sangat risau kerana denggi ni bagi saya adalah lebih bahaya daripada COVID. Dia kalau kita tidak jaga dengan baik kalau sesiapa kena demam denggi ni dia juga boleh bawa kepada maut. Sebab itu saya memohon walaupun saya melihat usaha dan juga kerja kuat daripada Pihak Berkuasa Tempatan, daripada EXCO dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk membasmi denggi ini terutamanya di kawasan Batu Uban. Namun begitu, saya ingin juga memohon untuk memperhebatkan lagi tindakan sedia ada dengan bukan sekadar membuat fogging tapi juga kita perlu memperkasakan lagi lebih banyak program kesedaran komuniti terutamanya komuniti setempat. Mereka perlu faham betapa bahayanya wabak denggi ini dan juga mereka perlu melakukan pencegahan tentang denggi ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mengutarakan beberapa perkara penting yang memerlukan jawapan lanjut berkaitan dengan isu tempatan di kawasan Batu Uban. Antaranya, isu status gelanggang bola keranjang berbumbung di Taman Pekaka di mana ini adalah satu permintaan juga daripada golongan muda di kawasan tersebut. Saya ucap terima kasih kepada YB Padang Lalang kerana beliau telah menghantar pegawai beliau untuk turun padang dan juga melihat kawasan tersebut dan saya hanya nak mohon apakah status terkini tentang projek gelanggang bola keranjang berbumbung ini. Selain itu, saya juga ingin membawa suara penduduk di kawasan Flat Bukit Jambul iaitu ada lima blok yang terlibat, Blok D hingga Blok H yang telah mengalami masalah tangki air yang daif dan juga bocor. Masalah ini telah saya kemukakan kepada Lembaga Perumahan Pulau Pinang pada 22 Februari tahun 2024. Pihak berwajib juga telah mengadakan lawatan tapak bersama dengan pengurusan flat. Namun begitu, sehingga hari ini tiada sebarang kelulusan dan juga tindakan yang diambil bagi masalah tersebut. Perkara ini harus ditangani dengan segera kerana kelewatan dari Lembaga Perumahan juga akan menyebabkan gangguan air yang kronik sekiranya tangki ini tidak dapat bertahan, bocor dan sebagainya. Maka, tempat itu akan mengalami akan terjejas dengan bekalan air. Maka, saya memohon kerana kawasan ini adalah kawasan kepadatan penduduk yang sangat tinggi dan saya juga telah beberapa kali juga menulis surat kepada Lembaga Perumahan dan juga kepada Pejabat EXCO Perumahan maka saya mohon perkara ini dapat diteliti dengan lebih lanjut. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tempoh hari saya juga digemparkan dengan masalah kes kecurian kabel Telekom Malaysia yang semakin berleluasa di kawasan Batu Uban dan contohnya di kawasan Minden Heights. Saya dimaklumkan pada waktu 3.00 pagi hingga 6.00 pagi, ada satu kumpulan ataupun sindiket yang mencuri kabel-kabel Telekom Malaysia. Dan sejurus saya mendapat maklumat, saya juga telah turun bersama dengan pegawai polis dari Balai Polis Jelutong, pegawai TM, Telekom Malaysia dan juga bersama-sama dengan MPKK Taman Brown, kita telah turun dan juga memantau kawasan tersebut. Oleh itu, besarlah harapan saya jika Kerajaan Negeri juga di bawah konsep Bandar Selamat dapat mempertimbangkan pemasangan CCTV yang dilengkapi dengan teknologi pengecaman wajah (face recognition) di sekitar kawasan tersebut. Tadi ramai
juga kawan-kawan lain Yang Berhormat juga telah membangkitkan isu untuk penambahan CCTV ini terutamanya di kawasan-kawasan hotspot. Maka saya rasa dengan adanya CCTV ini, ia juga merupakan sebahagian daripada strategi untuk pencegahan jenayah melalui reka bentuk persekitaran, iaitu Crime Prevention Through Environmental Design (dengan izin). Saya juga menyeru supaya pasukan Polis Diraja Malaysia juga boleh mengadakan lawatan secara aktif di kawasan yang terbabit. Yang Berhormat Dato’ Speaker… (gangguan).
Minta laluan. Terima kasih Batu Uban. Saya sangat tertarik dengan satu isu yang telah dibangkitkan oleh kecurian wayar atau untuk mendapatkan copper. Ini bukan sekadar berlaku di Batu Uban, I think seluruh Negeri Pulau Pinang juga terkesan. Saya rasa ramai Ahli-ahli Dewan di sini juga menerima banyak aduan ya, tapi nampaknya kumpulan tersebut macam tidak takut kepada apa-apa tindakan dan malah mereka lebih berleluasa lagi so saya juga ingin tahu ada, sama ada orang-orang penjenayah-penjenayah, pencuri itu dapat ditangkap oleh polis dan apakah usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri atau pihak polis untuk membanteras apa yang, setujukah Batu Uban, apa yang sekarang kita buat hanya macam padam api saja. Mereka curi kemudian dia buka manhole atau itu bukan manhole, itu manhole di jalan, then dia tak tutup ada kemalangan juga berlaku so benda ini perlu ditangani dengan begitu, dengan tegas supaya dapat dibendungkan ya.
Yang Berhormat, atas isu yang sama, just I just nak tambah sikit. It just so happened over the weekend baru-baru ini, hari minggu, saya pun menerima aduan Taman Seri Delima di kawasan saya, lima manhole telah pun dibuka akibat pencurian kabel pada pukul 2.00 pagi, pada hari Sabtu. Jadi saya rasa ini adalah satu perkara yang selalu sering berlaku dan kita mesti ada, mesti ada penyelesaian yang tegas ya, Yang Berhormat dan saya haraplah perkara ini dapat diselesaikan. Tiap-tiap kali kita akan dengar dan ini akan juga mengambil banyak kos daripada kehilangan kos daripada kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih rakan saya Machang Bubuk dan juga daripada Bukit Tengah. Saya ya, saya bersetuju kerana ini adalah satu kumpulan sindiket yang dalam kumpulan kerana saya sendiri tengok CCTV yang diberikan oleh penduduk di mana ada mula-mula satu geng tu datang, dia buka manhole tu, lepas buka manhole ada lagi satu geng datang dengan kereta, dia akan buat untuk tarik wayar-wayar tu keluar dan juga dia ada lagi satu tim juga yang datang untuk potong kabel dan sebagainya. Maka, ini adalah dalam satu kumpulan yang melakukan jenayah ini dan saya juga dimaklumkan bahawa sekarang ni harga kabel ni kalau tanpa dia buka kulit, dalam pasaran RM20.00 hingga RM25.00 sekilo. Kalau dia buka kulit boleh pergi mencecah RM40.00 hingga RM45.00 so memang mahal, copper tu memang mahal maka jenayah kabel ni sejak kebelakangan ini juga berlaku bukan saja di kawasan saya tapi di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah berlaku.
Maka, kita nak satu penyelesaian kerana baru-baru ini saya juga melihat dalam satu akhbar Bahasa Cina bahawa ada juga penangkapan ataupun tangkapan yang telah dibuat tapi saya tak pasti tu di kawasan yang mana tapi saya berharap bukan saja kita buat fire fighting saya bersetuju, tetapi kita juga perlu memastikan setiap kali membuat rondaan dan pihak Telekom Malaysia juga dia juga mempunyai satu skuad untuk dia orang membuat rondaan maka saya rasa skuad ini perlu dihidupkan semula untuk mereka membuat
rondaan di kawasan-kawasan perumahan kerana sangat bahaya saya setuju sebab selepas dia orang buka manhole tu dia dibiarkan sebegitu saja. Kalau pagi tu, kalau ada orang warga emas jogging atau berjalan di kawasan itu boleh berlaku kemalangan.
Seterusnya yang, Dato’ Speaker saya juga menerima juga banyak aduan tentang perkhidmatan internet yang sangat perlahan di kawasan Universiti Sains Malaysia (USM). Kita tahu USM ini adalah satu gedung ilmu, ramai pelajar-pelajar di situ tetapi saya juga diberitahu bahawa internet connection terutamanya di kawasan itu terlalu perlahan maka saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan pihak MCMC dan juga penyedia perkhidmatan Telco untuk kita menaik taraf liputan dan juga kelajuan di kawasan-kawasan yang berimpak tinggi seperti di kampus dan juga di kawasan taman ilmu seperti sekolah, politeknik dan sebagainya.
Dato’ Speaker, Batu Uban bukan sekadar kawasan pinggiran George Town. Ianya juga adalah nadi strategik antara kampus Universiti Sains Malaysia, komuniti rumah pangsa, penjawat awam, profesional muda, dan peniaga kecil yang terus berjuang dalam suasana ekonomi yang mencabar. Tahun ini, kita telah menumpukan usaha menaik taraf infrastruktur asas seperti penyelenggaraan longkang, serta penambahan kemudahan awam di kawasan-kawasan tumpuan komuniti. Namun saya tegaskan, pembangunan fizikal mestilah seiring dengan pembangunan manusia. Kita perlukan lebih banyak lagi program intervensi sosial, sokongan kesihatan mental untuk anak muda, bantuan pendidikan untuk pelajar B40, dan perumahan mampu milik. Oleh yang demikian, saya juga ingin bertanya tentang apakah status pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) terutamanya di tanah CMI di atas Lot 9117 dan juga Lot 20133, Mukim 12, Daerah Timur Laut di Sungai Dua kerana saya difahamkan tanah ini telah diserahkan kepada CMI untuk tujuan rumah mampu milik beserta dengan pembangunan pasar awam moden dan juga gerai. Namun, daripada jawapan soalan bertulis yang diterima oleh saya pada pagi ini, pihak Hamna Sdn. Bhd. iaitu pemaju telah mencadangkan untuk menukar komponen pembangunan daripada rumah mampu milik kepada pembangunan pangsapuri perkhidmatan serta penambahan komponen pembangunan lain. Dan saya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut, saya tidak bersetuju sekiranya komponen pembangunan ini diubah daripada rumah mampu milik, kita ubah kepada serviced apartment ataupun lain-lain.
Jangan risau YB. Saya pun tak galakkan, saya pun tak akan lulus permintaan sebegitu. Ini adalah khas untuk Rumah Mampu Milik sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Perai. Namun itulah hasrat saya kerana saya di kawasan Batu Uban ini kita kekurangan rumah mampu milik dan sekarang ini kita mempunyai sebidang tanah dan saya berharap Kerajaan Negeri akan consistent dan juga akan mengekalkan pelan perancangan asal iaitu mendirikan rumah mampu milik berserta dengan satu pasar awam moden di kawasan tersebut yang betul-betul memerlukan.
Dato’ Speaker, sebagai ADUN Batu Uban juga saya saya ingin juga mengambil peluang mengatakan isu berkaitan dengan pembangunan sosial dan juga kemakmuran negeri tercinta ini. Saya telah menerima beberapa siri kunjungan oleh anggota kerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang membangkitkan isu penjawatan mereka sebagai anggota kerja dan saya difahamkan terdapat 414 orang staff yang sudah berkhidmat lama tetapi mereka masih lagi berstatus kontrak. Saya mohon agar pihak MBPP dapat memberikan
penjelasan rasmi berkaitan isu penjawatan kerana tinggilah harapan saya agar satu dasar pemutihan status jawatan kontrak ini dapat disegerakan secara menyeluruh dan juga berperingkat. Isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, saya rasa saya tidak mahu menyentuh panjang kerana pagi ini Ketua Menteri telah memberikan dalam, melalui soalan lisan telah menjawab dengan lebih terperinci tentang plan kontigensi Kerajaan Negeri untuk melindungi pelabur dan juga pekerja tempatan dalam usaha Kerajaan Negeri menarik pelaburan baru.
Saya juga ingin menarik satu isu tentang Beras Cap Feri iaitu jenama beras tempatan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sebagai inisiatif untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan juga menawarkan beras putih tempatan pada harga yang lebih murah dan juga memberi manfaat terutamanya kepada golongan B40 dan pada tahun lepas apabila ADUN Pantai Jerejak telah mengumumkan tentang inisiatif ini dan saya juga telah memberi sokongan penuh dalam ucapan saya tetapi pada hari ini saya nak tahu juga keberkesanan dan juga pelaksanaan program ini dan juga berapa penduduk tempatan yang telah mendapat manfaat kerana tadi saya pun terkejut apabila Batu Lancang bagitahu, lesen untuk mengimport telah diberikan kepada Meera Sahib, kalau tak silap saya setahu saya Meera Sahib ini dia jual buah kurma di Market Street. Saya pun tak pasti macam mana dia boleh mendapat ini so kita memerlukan penjelasan di dalam Dewan yang mulia ini dan okey, satu lagi isu ialah penggunaan rokok elektronik. Ini satu fenomena yang amat serius di kalangan golongan remaja hingga ke golongan tua dan negeri Kedah, Johor dan Terengganu telah pun mengumumkan langkah drastik dengan tidak menyambung pembaharuan lesen penjualan rokok elektronik ataupun vape di negeri tersebut. Saya ingin bertanyakan kepada Kerajaan Negeri berkenaan pendirian yang jelas berhubung dengan penjualan vape dan juga rokok elektronik, terutamanya kepada golongan remaja kerana isu ini juga telah melibatkan kesihatan awam dan juga masa depan anak-anak kita dan saya mohon pihak berwajib meneliti perkara ini dari sudut dasar dan juga perundangan dan bagi tindakan progresif yang kita boleh buat di Negeri Pulau Pinang ini. Ada banyak lagi tapi saya rasa banyak yang telah saya sentuh dan masa juga tidak mengizinkan saya maka dengan ini saya mohon menyokong, Dato’ Speaker. Terima kasih.
Terima kasih Batu Uban. Seterusnya, silakan Seberang Jaya.
Terima kasih. Bismillahirahmanirrahim, alhamdulillahi rabbil alamin, wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya iwal mursalin, wa ala alihi washohbihi ajmain. Rabbish rahli sadri, wa yassirli amri, wahlul uqdatan min lisaani, yaf kahu kauli. Assalammu’alaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati, para penjawat awam yang sentiasa komited, rakan-rakan media serta rakyat Negeri Pulau Pinang yang dikasihi, yang turut mengikuti sesi ini secara langsung. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, atas segala peluang dan ruang yang diberikan kepada Seberang Jaya untuk terlibat langsung dalam perbahasan bagi membahaskan ucapan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang baharu. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat ilahi, atas segala limpah kurnia dan inayahNya, kita dapat berkumpul dan bersidang dalam sesi mesyuarat kali ini.
Sebelum memulakan perbahasan, saya ingin mengambil ruang di Dewan yang Mulia ini, untuk menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang baharu. Didoakan semoga kepimpinan Tuan Yang Terutama Tun akan terus membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada Negeri Pulau Pinang yang tercinta.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 sememangnya telah mengabdikan banyak jasa dan membawa pelbagai projek infrastruktur dan dasar pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada Negeri Pulau Pinang, khususnya di kawasan Seberang Perai termasuk di Seberang Jaya. Pelbagai projek yang digagaskan, dilancarkan dan dilaksanakan, telah beri banyak manfaat kepada penduduk Seberang Jaya pada ketika Almarhum Pak Lah memimpin negara, sesungguhnya Seberang Jaya amat-amat hargai dan akan terus kenang serta sematkan dalam sanubari kami. Salam takziah diucapkan pada seluruh ahli keluarga Almarhum Pak Lah. Terima kasih Pak Lah.
Saya juga ingin mengambil ruangan ini, untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-8 di atas segala kepimpinan dan sumbangan yang besar yang beliau telah curahkan kepada Negeri Pulau Pinang. Walaupun dalam tempoh yang tidak lama, namun jasa dan segenap langkah yang telah beliau corakkan, akan sentiasa dikenang dan dihargai seluruh rakyat negeri ini.
Seberang Jaya juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa anggota FRU yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. Seberang Jaya ingin mendoakan semoga anggota-anggota FRU yang tercedera akibat kemalangan tersebut segera dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.
Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, saya berdiri di Dewan yang Mulia ini, bukan sekadar sebagai wakil rakyat, malahan yang termuda pula tu, tapi sebagai seorang anak muda, anak muda Pulau Pinang yang mahu bersama dengan majoriti anak-anak muda bukan sahaja dalam negeri, malah diseluruh negara, yang mahu bangkit kerana telah saksikan bahawa ada keadilan yang telah dinodai. Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada apa yang telah seorang anak jati negeri ini, iaitu Faisal Halim. Beliau bukan hanya pemain bola sepak, akan tetapi beliau ialah simbol aspirasi anak muda, lambang semangat rakyat marhaen yang memburu kejayaan dengan keringat dan semangat. Tapi hari ini, kita sedar aspirasi itu diibarat seolah-olah dicurah asid, bukan sekali, tetapi dua kali, pertama oleh penyerang yang kejam, dan kedua oleh sistem yang memutuskan kes ini sebagai No Further Action. Saya hargai, beberapa usaha dan kenyataan bersama yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat Padang Lalang bersama dengan wakil-wakil rakyat pemuda pada tahun sebelum ini.
Namun, saya yakin rakyat menantikan pendirian rasmi yang baharu, yang tegas, yang jelas dan berprinsip daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya seru, supaya Ahli-ahli Dewan, khususnya Kerajaan Negeri, mesti menyatakan pendirian baharu yang terbuka terhadap klasifikasi NFA ke atas kes Faisal Halim. Seterusnya mendesak agar proses penyiasatan ini digiatkan semula sehingga penjenayah tersebut dibawa ke muka pengadilan. Anak muda negeri dan negara ini khuatir dan boleh berlaku kehakisan kepercayaan kepada sistem negara. Kita tidak mahu anak-anak muda mengatakan “Jangan percaya pada sistem, kerana sistem takkan lindungi kamu”. Sebagai anak Pulau Pinang, saya mengajak kesemua Ahli-ahli Dewan, khususnya Kerajaan Negeri, kita tuntut keadilan buat Faisal Halim.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, Ketua Pembangkang pagi tadi, keraguan yang kian menebal dalam kalangan rakyat Pulau Pinang ialah satu persoalan besar yang semakin sukar dijawab, adakah benar-benar wajar kita teruskan projek-projek mega yang dihasratkan antaranya seperti dalam PTMP seperti contoh Projek Pan Island Link 1 (PIL1). Saya ambil contoh, PIL1 ialah sebuah projek mega, bernilai sekurang-kurangnya hampir RM9 bilion, panjangnya cuma sekitar anggaran 20 kilometer, kalau dibahagikan dengan kos pembinaan ini boleh mencecah lebih RM400 juta setiap kilometer, boleh dikatakan ianya sebagai projek lebuhraya antara yang termahal dalam sejarah negara. Dan dengan saranan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri, kini kita dapati pula Kerajaan Negeri telah beralih arah, memohon dana dari Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek ini dan telah dimasukkan dalam senarai permohonan Rolling Plan 1 RMK-13.
Bukankah selama ini rakyat negeri ini diyakinkan bahawa PIL1 tidak akan membebankan Kerajaan Persekutuan atau melibatkan wang rakyat? Mengapa kini Kerajaan Negeri berharap dana pusat boleh bail out perancangan komponen projek mega yang kabur ini. Sedangkan saya percaya masih banyak keutamaan lain negeri ini yang telah pun dibahaskan dan dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang masih belum dibereskan. Adakah ini benar-benar keutamaan kita? Setuju dengan Yang Berhormat Sungai Dua. Kita tidak menolak pembangunan. Kita juga tidak menolak keperluan menangani kesesakan. Tetapi kita menolak pendekatan pembangunan yang tidak berfokus yang akhirnya memindahkan bebanan kepada Kerajaan Persekutuan yang terpaksa mengguna pakai wang rakyat.
Maka saya ingin gesa, supaya Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, perlu memastikan kajian impak daripada pelbagai aspek siap secara keseluruhannya agar dapat ditentukan dengan lebih tepat. Kerajaan perlu ambil kira segala pandangan termasuk yang telah disuarakan oleh NGO-NGO dalam negeri, supaya dinilai semula keutamaan bajet pembangunan negeri, dengan mengutamakan projek berimpak langsung kepada rakyat seperti perbaiki dan perbaharui serta memantapkan lagi sistem ataupun mod pengangkutan awam yang lebih efisien dan tidak membebankan kos, khususnya yang melibatkan duit rakyat. Pembangunan bukan hanya tentang menara tinggi, terowong dalam laut atau darat ataupun nilai projek angka berbilion ringgit. Pembangunan adalah tentang keberanian untuk memilih apa yang rakyat benar-benar perlukan dan kesanggupan untuk mengakui jika kita telah silap. Janganlah kita biarkan projek-projek mega yang mengguna pakai wang rakyat, menjadi impian besar yang tidak berakar, indah di kertas tetapi membebankan negeri dan negara untuk generasi akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kita semua hendakkan negeri ini dapat memayungi warga emas yang hidup bersederhana, ibu tunggal yang membesarkan anak-anak secara bersendirian, dan anak-anak Pulau Pinang yang mengharapkan sedikit kelegaan dari sumbangan penghargaan untuk meringankan sedikit sebanyak bebanan hidup yang kian menghimpit. Program i-Sejahtera ini sebenarnya bukanlah program luar biasa. Nilainya pun tidaklah besar. RM100, RM200 setahun, bukan cukup pun untuk nak membina masa depan. Saya sendiri dalam Dewan yang mulia ini pernah mencadangkan kepada kerajaan untuk menilai program i-Sejahtera untuk dijadikan ia lebih bersasar dan lebih komprehensif serta lebih holistik. Sesuai dengan keadaan pada masa ini, dan hari ini Kerajaan Negeri menyatakan akan mengkaji semula program i-Sejahtera, persoalannya, apakah yang akan dikaji? Adakah dari segi syarat kelayakannya, kadar bantuannya, sehinggalah kemungkinan memansuhkan sesuatu kategori tertentu? Saya mohon diberi penjelasan.
Adakah apabila penerima yang telah cecah umur 60 tahun yang melayakkan beliau terima pada tahun ini, sekiranya hendak diangkat syarat contohnya seperti ke umur 65 tahun, adakah penerima tersebut tahun hadapan yang akan cecah 61 tahun akan dihentikan bantuan yang diterima? Jadi kita mohon pencerahan dan juga kaedah yang terperinci. Tapi dalam semua keluhan ini, saya bukan hendak kritik semata-mata, kita sedia kemukakan cadangan, jika benar hendak lakukan perubahan, saya syor supaya kekalkan i-Sejahtera dalam bentuk asal untuk golongan-golongan utama, warga emas, OKU, ibu tunggal dan suri rumah. Usahlah diganggu-gugat hak kecil mereka demi menampung kegagalan fiskal yang lebih besar. Kalau betul nak kaji, laksanakan pengukuhan digital dan pemadanan data dengan agensi pusat untuk pastikan bantuan sampai kepada yang benar-benar layak. Tambahkan pendekatan baharu: Boleh diperkenalkan modul seperti contoh “i-Sejahtera Produktif” contohnya, iaitu latihan kemahiran asas untuk ibu tunggal dan warga emas yang masih sihat, agar mereka dapat menjana pendapatan, pendapatan sampingan. Mungkin juga boleh disediakan inisiatif ataupun insentif e-dagang mikro untuk penerima-penerima i-Sejahtera ini yang menjalankan perniagaan kecil dari rumah, beri mereka peluang berdikari, bukan hanya bergantung bantuan. Ibarat beri joran dan umpan, bukan ikan secara terus.
Namun, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, persoalan pokoknya, hakikatnya, yang membelenggu fikiran rakyat kini sebenarnya mengapa kita sampai tahap perlu mengkaji atau revise program ini. Adakah Kerajaan Negeri sudah kehabisan ilham untuk menambah hasil? Adakah kerana Kerajaan Negeri lebih ghairah memburu projek mega berbilion ringgit hingga bantuan dua ratus ringgit setahun pun kini perlu dirunding dan back to the drawing board. Sungguh ironik, di negeri yang bercita-cita membina lebuh raya berbilion ringgit dan pulau buatan seluas KLIA, bantuan i-Sejahtera hampir pasti sedang dipertimbang untuk dikaji semula. Jika benar Kerajaan Negeri mengalami kekangan kewangan, maka itu bukan salah rakyat. Itu kegagalan kerajaan dalam mengurus hasil dan merancang pertumbuhan negeri. Saya pernah bangkitkan, adakah jalan ke hadapan hanya bergantung kepada premium dan cukai tanah? Habis tanah, tambak lagi? Sebab itulah sebenarnya, kita pernah gesa dari awal saya mula duduk di kerusi ini dari Mesyuarat Pertama Penggal Pertama lagi, selain dari kaji strategi dan kaedah tingkatkan hasil, perkara paling asas ialah kaji sumbangan kerajaan kepada GLC negeri terlebih dahulu. Saya pernah nyatakan gesaan supaya dikaji semula semua peranan-peranan GLC negeri terlebih dahulu, kerana kesemua aliran kewangan ini, saling berhubung kait, rakyat perlu tahu apa yang GLC buat dengan sumbangan Kerajaan Negeri kepada GLC-GLC ini, dan sumbernya ialah duit rakyat. Maka kembali kepada soalan saya di tahap manakah kajian terhadap GLC-GLC negeri ini?
Saya masih ingat Yang Amat Berhormat Ketua Menteri setuju sebenarnya untuk mengkaji. Jadi apakah GLC yang hendak dimansuhkan? Apakah GLC yang hendak dicantumkan? Apakah GLC yang telah dikaji semula (TOR) Term of Reference atau Business Nature GLC ini agar dapat menjadikannya sebuah GLC yang dapat menyumbang hasil kepada kewangan negeri bukan hanya sebagai vehicle untuk menjalankan program-program sosial? Banyak negeri lain dimana GLC-GLC mereka menyumbang hasil kepada Kerajaan Negeri mereka. Tambahan pula, kita sekarang sudah ditambah pula dengan GLC baru. Saya tengok jawapan bertulis dah mohon dua (2) perkara dalam Rolling Plan 1 RMK-13, nilainya juga cukup besar oleh GLC baru ini. Ini pun masih kabur apakah hala tuju dan pelaksanaan yang hendak dilaksanakan. Maka gesaan diteruskan supaya laporan tahunan setiap satu GLC negeri perlu dikuatkuasakan supaya dapat diletakkan di atas meja di Dewan yang mulia ini pada setiap tahun, iaitu setiap GLC (menepuk meja).
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, kami semua tidak menafikan, rakyat negeri ini tidak menafikan bahawasanya projek-projek seperti projek tebatan banjir adalah sebuah keperluan yang mendesak. Saya ambil situasi di Seberang Jaya, sedang dijalankan di Taman Siakap dan juga di Permatang Rawa. Saya hendak bawa ke perhatian Dewan tentang situasi di Permatang Rawa, ianya adalah antara kawasan yang sering terkesan dengan limpahan air yang akhirnya mengakibatkan banjir. Namun demikian, niat baik dan pelaksanaan dasar yang tepat, haruslah disusuli dengan tatakelola projek yang memberi jaminan keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan penduduk setempat. Sejak saya diberi amanah sebagai wakil rakyat, banyak aduan yang diterima, keluhan yang diluahkan, malah telah banyak kali saya sendiri turun ke lapangan santuni penduduk kampung di Permatang Rawa ini. Rata-ratanya menyatakan ketidakselesaan mereka, kerisauan mereka, terhadap kerja-kerja yang sedang dijalankan bagi projek tebatan banjir ini. Jalan yang rosak, lumpur berserakan, keselamatan penduduk khususnya buat penduduk yang pelbagai lapisan usia, yang perlu menggunakan jalan utama di sisir sungai ini, untuk segenap aspek urusan harian mereka. Baik untuk pergi tadika, sekolah, surau masjid dan sebagainya, hanya jalan itu sahaja yang ada. Semua keresahan ini kita tak boleh pandang enteng. Projek yang tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir, tapi sementara nak tunggu siap, akhirnya telah menjadi bebanan yang menjejaskan kualiti hidup penduduk setempat.
Saya ingin kongsikan beberapa insiden malang telah pun berlaku akibat keadaan projek ini yang tidak kondusif. Saya kongsikan dua (2) insiden yang mutakhir, kes pertama melibatkan seorang warga emas yang menaiki motosikal bersama cucunya yang baru sahaja pulang dari tadika dari dalam kampung tersebut hendak menuju ke rumah mereka dalam kampung tersebut juga. Oleh kerana jalan yang tidak kondusif, berlecak akibat hujan yang lebat sebelum ni jalan tu jalan tar, elok. Akhirnya telah jatuh mereka ini, akibat keadaan yang tidak kondusif. Saya ada print gambar Tanjong Bunga tak da tapi tak pa. Keadaan jalan yang sebegini yang perlu dihadapai oleh penduduk kampung. Dulu zaman mantan ADUN sebelum ini pun tidak seteruk ini. Seterusnya insiden melibat seorang lelaki yang motosikalnya telah jatuh ke sungai tersebut kerana ketiadaan hoarding atau railing sebagai langkah menjamin keselamatan di projek berkenaan. Keadaan sungai yang tak da hoarding, tak ada railing, akhirnya motosikal masuk dalam sungai.
Namun, saya nak zahirkan penghargaan, hadirnya Jurutera Daerah yang baharu, beliau mengambil inisiatif untuk turun padang setelah beberapa siri perbincangan dengan wakil rakyat kawasan, dan telah bertemu mata dengan penduduk setempat dalam satu sesi libat urus. Dalam sesi libat urus bersama penduduk, saya percaya, beliau sendiri dapat rasakan bahawasanya keresahan dan tahap kesabaran penduduk di Permatang Rawa ini telah capai tahap hampir maksima. Isu Permatang Rawa tidak terhenti di projek ini saja, tak cukup dengan tekanan keadaan projek tebatan banjir yang tak kondusif ini, PBT meluluskan pula kebenaran projek perumahan baharu di tengah-tengah kampung dan pinggir taman pinggir taman sedia ada dengan andaian RTB tersebut telah siap tapi hakikatnya projek ini projek tebatan banjir ini terlewat. Jadinya projek untuk membangunkan perumahan ini pula telah mengakibatkan tambahan bebanan dan tekanan kepada penduduk apabila limpahan air tanah merah mula berlaku apabila berlakunya hujan lebat telah membanjiri rumah-rumah kampung di sekeliling projek perumahan ini. Rakyat persoal siapa nak tanggung kerugian kerosakan siapa nak ambil tanggungjawab kelulusan telah dibuat tanpa diselidik keadaan semasa di kampung tersebut terlebih dahulu. Lantikan-lantikan politik yang mengisi jawatan-jawatan tertentu juga tidak ambil inisiatif awal untuk turun bantu PBT membuat siasatan sebelum sesuatu kelulusan diberikan hanya apabila banjir tanah merah dah berlaku baru lah tergesa-gesa hendak panggil penduduk buat lawatan tapak dan sebagainya. Pada masa itu, sofa pun sudah habis rosak.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga hendak bawa ke perhatian kerajaan apabila kerajaan bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melancarkan sebuah projek di ibu negara yang dinamakan Projek Rumah Bakat Baru MADANI untuk dibina di atas sebidang tanah yang cukup luas di Seberang Jaya. Adakah kerajaan atau dalam konteks ini PDC sebagai tuan tanah mahupun pihak pemaju yang akan bangunkan projek ini telah laksanakan kajian-kajian seperti kajian impak sosial dan membuat sesi libat urus sebelum kebenaran merancang diluluskan. Projek ini hendak dibangunkan boleh dikatakan berhampiran saja dengan kediaman saya. Dekat saja, jalan kaki pun sampai tapi kami tidak pernah pula terima apa-apa pemakluman untuk hadiri sebarang taklimat mahupun sesi libat urus untuk dibangunkan projek ini. Kalau ada pun libat urus dan jika ianya hanya melibatkan sekadar dalam kalangan orang-orang tertentu sahaja tak berguna pun kerana untuk pengetahuan pusat khidmat saya telah terima bantahan dan saya ingin mengangkat bantahan ini di dalam Dewan yang mulia ini. Bantahan yang saya terima saya fikir cukup berasas bantahan yang telah dikumpulkan berserta tandatangan daripada penduduk akan saya panjangkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang ini tak perlu tunggu 24 jam.
Antara keluhan dan kebimbangan yang disuarakan ialah impak kesejahteraan kepada penduduk setempat. Bantahan penduduk yang diwakili oleh pihak Jawatankuasa KRT adalah antaranya tentang keadaan trafik yang akan bertambah teruk dalam kawasan ini. Kalau Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker mai ke kawasan saya dalam waktu pukul 5:00, pukul 6:00 pun sudah teruk jem apatah lagi jika ada projek perumahan berstrata 37 tingkat ini. Ditambah dengan pencemaran yang bakal berlaku debu, bunyi, semua ini akan mempengaruhi kesejahteraan dan kesihatan mental penduduk setempat. Pembinaan perumahan ini saya quote dari surat bantahan yang disampaikan oleh penduduk. Saya quote berdasarkan kepada hujah-hujah di atas dapat disimpulkan bahawa pembinaan Rumah Bakat Baru MADANI berstrata 37 tingkat ini akan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan kepada penduduk di dalam taman ini.
Maka, sekali lagi kami ingin menyatakan bahawa kami membantah sekeras-kerasnya pembinaan Rumah Bakat Baru MADANI ini. Maka saya gesa, saya seru dan sebenarnya sudah tahap sampai merayu cuma belum melutut agar Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi pelaksana serta kontraktor yang dilantik dan para pemaju tolonglah atas segala permasalahan yang saya sebutkan tadi bertindaklah sebaik mungkin perketatkan SOP kelulusan sesebuah pembangunan. Lebih proaktif turun ke lapangan untuk jalankan siasatan dan laksanakan lebih banyak sesi libat urus terlebih dahulu khususnya dalam mengumpul suara serta pandangan penduduk setempat dan apabila melibatkan progres di tapak projek, pastikan yang diambil kaedah yang paling mengurangkan gangguan kepada penduduk dan sediakanlah mekanisme penyelesaian masalah yang progresif.
Sekali lagi saya ulang dengan tegas, rakyat tidak menolak pembangunan tetapi mereka berhak mendapat perlindungan dan penghormatan serta pembelaan maruah mereka apabila sesuatu pembangunan itu giat dijalankan. Libatkanlah penduduk kalau tak mahu melibatkan wakil rakyat kawasan tidak mengapa. Libatkanlah penduduk. Panggil wakil-wakil penduduk yang bukan daripada kalangan lantikan-lantikan politik. Jadilah kerajaan pemerintah yang proaktif, prihatin akan keadaan semasa dan kesejahteraan rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pada sidang yang lepas dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Jawi ketika memberi maklum balas kepada Yang Berhormat Batu Uban berkenaan operasi yang akan dilakukan terhadap penjaja kecil dalam kawasan-kawasan yang terlibat dan akan dihantar pemakluman kepada wakil-wakil rakyat kawasan terlebih dahulu sebelum sesuatu operasi dijalankan. Sejak dari sidang yang lepas sehinggalah ke baru-baru ini saya terima kosong pemakluman. Yang Berhormat Jawi.
Dato’ Timbalan Speaker.
Bagi saya habis dulu.
Saya cuma hendak beri penerangan berkaitan dengan notis itu telah dihantar kepada penyelaras KADUN.
Okey, bagi saya habis dulu. Sebentar saya sebut. Bagi saya habis dulu. Terima kasih, tunggu. Sejak dari sidang yang lepas saya terima kosong pemakluman. Saya sendiri perlu ambil inisiatif untuk call, WhatsApp Pengarah Jabatan bertanya minta pengesahan, betulkah akan berlaku operasi dan sebagainya. Akan tetapi, saya difahamkan ada ADUN yang terima pemakluman sedemikian, ada ADUN yang tidak terima. Persoalan saya mengapa ada perbezaan? Pemakluman sebegini. Kita semua Ahli Yang Berhormat yang telah sah dipilih melalui proses demokrasi negara iaitu menerusi pilihan raya. Kesemua ini dipilih oleh majoriti pengundi di kawasan masing-masing dan bukan penyelaras KADUN yang dilantik secara lantikan politik oleh Kerajaan Negeri. Tidak boleh. Kalau itu dasar kerajaan tidak berubah dengan apa yang dimomokkan pada zaman dahulu. Maka, saya gesa supaya pihak Kerajaan Negeri tidak membeza-bezakan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, kalau begitu kami semua keluar panggil penyelaras KADUN duduk sini. Boleh tidak boleh? Sudah tentu tidak boleh.
Sebegitu juga dengan tindakan yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Kalau hendak beri makluman, beri makluman kepada semua wakil rakyat baik daripada kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang. Sewajarnya diletakkan sebagai keutamaan, baru sampaikan makluman. Tidak salah hendak sampaikan makluman kepada penyelaras KADUN tidak ada masalah tapi sampaikan dulu kepada wakil rakyat, baru sampaikan makluman kepada lantikan-lantikan daripada kalangan orang-orang politik, MPKK, penyelaras KADUN, Ahli Majlis dan sebagainya.
Seberang Jaya. Minta mencelah.
Sila.
Seminit lagi.
Tambah sikit masa, tidak mengapa. Tambah sikit.
Yang Berhormat Seberang Jaya. Saya bersetuju apa Yang Berhormat cakap. Wakil rakyat ini dimenang oleh kerana rakyat mencalonkan sebagai jadi wakil rakyat termasuk pembangkang dan kerajaan. Tiada dilantikkan. Penyelaras KADUN, Ahli Majlis adalah lantikan. Kita bertanggungjawab kepada rakyat pasal kita rakyat yang mencalonkan kita sebagai wakil rakyat. Harus surat sampai kepada wakil rakyat dulu, tidak kira pembangkang ataupun kerajaan.
Terima kasih, Yang Berhormat Telok Ayer Tawar.
Seberang Jaya. Sikit, sikit.
Sudah, sudah teruskan Seberang Jaya.
Sikit, sikit.
Masa limit. Habis sudah itu.
Bagi habis, tidak mengapa.
Kita habis beratus juta buat pilihan raya, tapi mereka tidak hormat apa yang rakyat pilih. Di mana keadilan?
Tidak mengapa, terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal. Ini yang saya sebut. Ini yang saya tegaskan. Ini yang saya tegaskan amalan yang tidak inklusif yang dijalankan oleh pihak kerajaan sekarang tapi tidak mengapa mungkin masa mereka tidak lama di kerusi itu kita pula di sana nanti… (ketawa). Mimpi lama-lama boleh jadi kenyataan.
Yang Berhormat dulu pun pernah bermimpi untuk menjadi untuk berada di situ tunggu berapa puluh tahun untuk…
Duduk Seberang Jaya.
Saya masih muda. Insya-Allah saya akan berada di kerusi itu nanti Insya Allah.
Seberang Jaya.
Seterusnya persoalan saya. Belum lagi, sabar ada lagi. Bagi masa, ini ADUN yang paling muda hendak bersuara.
Paling muda, paling ringkas.
Sikit lagi. Seterusnya persoalan saya apakah kerajaan sedar impak dan kesan daripada penguatkuasaan yang berlebihan ini sangat merugikan peniaga kecil dan ekonomi tempatan. Betul kita tidak mahu nominalisasikan kesalahan tapi golongan peniaga dan penjaja kecil ini bukan berniaga untuk hendak kaya, bukan berniaga untuk hendak mewah dalam kehidupan tapi mereka secara kecil-kecilan, berbekalkan sekadar termampu modal yang kecil. Namun, akibat daripada penguatkuasaan sebegini peniaga terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membayar kompaun pada hari sama. Sumber rezeki yang mereka cari secara harian pula boleh dikatakan hilang apabila barangan perniagaan mereka pula dirampas. Saya pernah tegaskan di dalam Dewan yang mulia ini berpada-pada, berhati perut. Kalau, ya pun kita hendak kejar audit aduan yang baik, perlu ada tindakan yang seiring parallel iaitu bimbing, libat urus, turun padang, jumpa peniaga, cari solusi, luluskan tapak dengan penempatan penjaja yang baru. Rangka reka bentuk fasiliti yang mengambil kira keadaan dan kekangan peniaga dan sebagainya. Soalan saya seterusnya kepada Yang Berhormat Jawi. Berapakah jumlah sesi bimbingan libat urus dan berapakah jumlah penempatan penjaja baru dan penempatan penjaja kompleks awam yang telah dibuat dan diluluskan di dalam kawasan Seberang Jaya? Sikit lagi hendak habis dah. Isu-isu penting.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Dalam kawasan saya banyak fasiliti awam yang perlu diberi perhatian. Beberapa gelanggang futsal yang telah lama tidak dinaik taraf seperti contoh di Bandar Perda dan di Taman Siakap. Saya hargai dalam jawapan bertulis Yang Berhormat EXCO telah jawab dua fasiliti futsal yang saya bangkitkan ini akan dilaksanakan penaiktarafan. Saya harap ianya akan dilaksanakan dengan kadar segera dan dilaksanakan dengan baik kerana anak-anak muda di dalam kawasan saya termasuk saya telah menerima manfaat daripada fasiliti seperti ini.
Beberapa padang bola sepak juga perlu dinaik taraf. Infranya seperti pagar dan kerja-kerja tanah yang baharu seperti padang di Taman Sembilang dan juga di Taman Pauh sebegitu juga taman-taman rekreasi, laluan trek joging, tempat istirahat, taman awam seperti di Taman Tunku Seberang Jaya amat perlu tindakan pembaikan dan penaiktarafan yang segera.
Yang Berhormat Permatang Berangan, sebentar tadi telah bangkitkan berkenaan skate park. Seberang Jaya juga mempunyai sebuah skate park yang telah dibina sebelum ini. Skate park ini juga telah lama tidak dinaik taraf. Saya syor saya jemput Yang Berhormat Padang Lalang untuk turun sama-sama saya dekat saja dengan rumah saya. Keadaan skate park ini memerlukan kerja-kerja penaiktarafan yang baru pencahayaan baru, pembaikan infra sedia ada seperti pagar pelebaran atau penambahan trek dan juga fasiliti penambahan struktur berbumbung dan sebagainya supaya dapat terus menarik minat anak-anak muda untuk terus menggunakan fasiliti ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seperkara lagi saya sering bawa anak saya untuk menggunapakai fasiliti di perpustakaan awam khususnya di Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang yang terletak di Seberang Jaya malah saya sendiri sehingga kini sering menggunapakai fasiliti di perpustakaan ini untuk tujuan-tujuan ilmiah. Namun, amat sedih hampir setahun sebenarnya saya lihat masalah ini masih belum ditangani dengan baik. Bumbung dan siling di lobi utama perpustakaan dan di auditorium telah bocor apabila limpahan air ini berlaku struktur siling telah tidak dapat menampung.
Okey?
Belum. Tidak dapat menampung peralatan di siling seperti pembesar suara dan lampu siling yang akhirnya telah menyebabkan pembesar suara telah jatuh ke lantai dari ketinggian yang amat tinggi. Nasib baik tak ada sebarang pengguna ataupun rakyat negeri ini yang berada berhampiran semasa kejadian malam tersebut berlaku. Tambahan pula, projek penaiktarafan tapak parkir berbumbung di perpustakaan ini juga telah lama tidak ada progres yang baik. Negeri gah tapi hal semudah ini tidak dapat ditangani dan diuruskan dengan baik sehingga ada pengguna yang telah mula menyindir bumbung bocor ini nak buat tadahan hujankah? Ini lubang speaker yang jatuh. Bukan speaker ini. Ini keadaan bumbung yang bocor. Adakah ini taraf Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang?
Maka, saya berharap Kerajaan Negeri ambil tanggungjawab segera untuk menjalankan pembaik pulih fasiliti di sini dan saya memohon supaya dapat diberi pencerahan kepada saya berapakah jumlah bajet atau peruntukan yang telah diterima oleh Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya ini dari tahun 2020 sehingga 2025 yang terkini. Last Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, keadaan di sekolah-sekolah KAFA dalam kawasan saya juga boleh dikatakan telah capai tahap kebimbangan dan perlu tindakan intervensi yang segera demi memastikan warga KAFA khususnya anak-anak yang hadir menimba ilmu agama di sini dapat dijamin keselesaan mereka dan berada di dalam fasiliti kelas yang kondusif. Saya dimaklumkan melalui jawapan bertulis yang dilampirkan daripada tahun 2023 sehingga 2025, tak ada satu, dekat kawasan lain ada. Pulau Pinang tidak ada satu pun sekolah KAFA yang telah dijalankan kerja-kerja penaiktarafan fasiliti atau bangunan dalam kawasan ini.
Saya amat berharap supaya dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk menaik taraf fasiliti dan bangunan sekolah-sekolah KAFA ini kerana ada beberapa sekolah yang telah saya turun padang dan saya sendiri pakai duit sendiri. Peruntukan tak ada tapi tak apa itu bukan alasan untuk tidak membantu. Saya sendiri perlu tambah sedikit kelengkapan-kelengkapan kepada sekolah tersebut untuk memberi keadaan yang kondusif dan selesa kepada anak-anak. Ada sekolah KAFA yang perlu diubah suai ruangan kafeteria untuk dijadikan kelas, ada sekolah KAFA yang perlu diubah suai satu kelas untuk diletakkan pembahagi ataupun divider (dengan izin) supaya dijadikan dua kelas. Ini adalah keadaan yang sangat membimbangkan. Tidak harus kita pinggirkan juga Yang Berhormat Sungai Acheh keadaan kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang memerlukan penaiktarafan jalan-jalan dalam kampung.
Dah lebih masa banyak dah ni.
Penting, orang kampung marah sat lagi, pencahayaan baru, penaiktarafan perparitan dalam kampung, pelebaran tali-tali air dan sungai, seperti di Kampung Masjid Timah, Kampung Belah Dua, Kampung Pertama, Kampung Permatang Janggus, Kampung Telok Siakap, Kampung Terubuk, Kampung Surau, Kampung Tersusun dan banyak lagi sebenarnya kampung-kampung dalam kawasan saya yang perlu diberi perhatian khusus oleh Kerajaan Negeri. Saya jemput Yang Berhormat EXCO satu hari kita naik motor pusing dalam kawasan saya.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, ini dah habis tunggu, Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri yang baharu ini pada Jumaat yang lepas telah menyeru supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini untuk terus menjiwai denyut nadi rakyat, letak kepentingan negeri dan rakyat mengatasi segala pertimbangan politik, serta pelihara keutuhan negeri yang kita cintai ini.
Maka, saya ulang gesaan agar Kerajaan Negeri lebih menumpukan kepada pentadbiran yang lebih adil dan berhemah serta penerapan amalan inklusif dengan sepenuh tulus dan ikhlas tanpa meminggirkan suara dan penglibatan ADUN-ADUN oposisi yang juga sebahagian daripada rangka struktur kerajaan.
Harap dapat dilakukan sesuatu kepada yang memerlukan. Di dalam sesuatu perkhidmatan itu, harus ada keikhlasannya. Berkhidmatlah kita dengan sepenuh keikhlasan kerana Allah SWT. Hanya kepada Allah SWT kita berserah. Dengan itu, saya mohon menyokong dengan teguran, cadangan dan pindaan sepertimana yang telah saya bahaskan dalam Dewan yang mulia ini.
Sekian, Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih Seberang Jaya. Duduk rehat-rehat dulu. KOMTAR dipersilakan. Silakan KOMTAR.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat petang, salam Penang 2030 dan salam Malaysia Madani kepada semua dalam Dewan yang mulia ini. Tadi Seberang Jaya memang panas lah sekarang dah sejuk kan Dewan ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul. Terima kasih atas ucapan Tuan Yang Terutama Tun di dalam Dewan yang mulia ini. Sebelum memulakan perbahasan saya ingin menghadiahkan serangkap pantun bagi mengalu-alukan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kesembilan.
Bunga tanjung mekar berseri, Harum semerbak wangi sekali, KOMTAR menyambut dengan harmoni, Sopan santun jadi identiti.
Sesungguhnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbesar hati dan mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan kepimpinan Tuan Yang Terutama Tun dalam memayungi negeri yang tercinta ini, ibarat kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyuarakan sokongan terhadap perutusan Tuan Yang Terutama Tun menyeru Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek PIL 1. Tadi Seberang Jaya tak setujulah yang akan dapat membantu kurangkan masalah kesesakan trafik di negeri Pulau Pinang khususnya di dalam pulau. Dalam ucapan TYT Tun, beliau telah puji prestasi dan pencapaian negeri Pulau Pinang membantu dalam pembangunan negara dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah RM 116 bilion pada tahun 2023 dan Pulau Pinang telah merekodkan jumlah dagangan sebanyak RM 788.1 bilion bagi tahun 2024.
Walaupun dengan report (dengan izin) atau rekod yang cemerlang namun ianya tidak meningkatkan hasil negeri secara langsung sehingga Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil langkah proaktif dengan mengawal perbelanjaan beberapa jabatan, agensi dan anak syarikat negeri bagi mengurangkan unjuran defisit bajet 2024 yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 lalu. Tahun ini juga perlu bincang bagaimana kurangkan perbelanjaaan negeri sampai yang ada cadangkan untuk kurangkan pembayaran wang penghargaan untuk program i-Sejahtera, untuk kurang saya tidak setuju dengan cadangan ini. Samalah di sini saya ingat rakan-rakan dalam Dewan semua mewakili rakyat membawa wish list (dengan izin) yang panjang untuk mendapatkan peruntukan yang banyak untuk membantu infrastruktur atau kebajikan di kawasan masing-masing akan tetapi seperti apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat, tangan kiri masuk tangan keluar, tangan kanan kena keluar.
So, kena balance lah. Semua orang nak dapatkan bajet tetapi sampai sekarang pun tak nampak ada wakil rakyat yang memberi cadangan yang bagus bagaimana untuk meningkatkan hasil negeri lah. So ramai di luar sana ingat Kerajaan Negeri adalah negeri yang kaya tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Saya telah beberapa kali merayu supaya Kerajaan Persekutuan boleh memulangkan 20% hasil cukai yang dikutip dari Pulau Pinang supaya wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat. Tapi malangnya tadi Yang Amat Berhormat sekali lagi membagitahu kita Menteri Kewangan II itu sudah tolak cadangan tersebut kerana jika permintaan ini diluluskan maka negeri-negeri lain akan ikut sahaja. Tetapi sebaliknya kita perlu fikir ada sekarang adalah masa yang sudah sampai Kerajaan Pusat harus memikirkan satu mekanisme baru bagi sistem pengagihan
hasil cukai kepada negeri-negeri di bawah konsep federalisme. Berpuluh tahun Pulau Pinang dianaktiri oleh Kerajaan Pusat kerana tidak sama parti pemerintahan. Projek mega yang akhir sekali diluluskan dan berjaya dilaksanakan adalah Jambatan Kedua Pulau Pinang. Itu pun adalah hadiah daripada Allayarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah, Perdana Menteri Kelima Malaysia yang juga anak jati Pulau Pinang.
Sehingga tahun 2018, Pakatan Harapan telah menang PRU ke 14. Masa itulah rakyat Pulau Pinang melihat sinar cahaya dalam kegelapan tetapi sinar itu sekejap sahaja telah hilang kerana Langkah Sheraton. Projek yang dijanjikan oleh pusat semua ditarik balik atau dibatalkan termasuklah pembinaan LRT, penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Projek Kereta Kabel Bukit Bendera. Kerajaan Negeri terpaksa untuk menjalankan projek pembangunan infrastruktur mega dengan dana negeri yang terhad contohnya Projek Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong, Bukit Kukus dengan menelan kos belanja RM 378.2 juta itu dibiayai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Selain itu, projek pakej bernilai RM 6.3 bilion yang turut merangkumi tiga jalan berkembar dan satu projek terowong dasar laut di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Sehingga PRU yang kelima belas, Kerajaan Perpaduan telah ditubuhkan, dan saudara Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesepuluh Malaysia, barulah projek-projek yang dinanti-nantikan oleh rakyat Pulau Pinang diluluskan dan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. Maka, di dalam Dewan yang mulia ini saya ingin mewakili rakyat Pulau Pinang merayu kepada Kerajaan Pusat supaya boleh meluluskan projek PIL 1 yang mana Kerajaan Negeri telah mohon projek ini di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia ke-13.
Dato’ Yang di-Pertua, tentang Rapid On-Demand, tadi Pengkalan Kota telah membahaskan, saya ingin mengalukan-alukan lebih ramai, orang ramai menggunakan perkhidmatan Rapid On-Demand untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan terima kasih saya mengucapkan kepada Rapid Penang.
Dato’ Yang di-Pertua, isu perlombongan kripto haram dan kecurian elektrik. KOMTAR ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu serius yang semakin menular iaitu kegiatan perlombongan kripto secara haram yang melibatkan kecurian elektrik berskala besar atau lebih dikenali sebagai melombong elektrik. Sindiket-sindiket ini dikesan melakukan pengubahsuaian haram pada kotak agihan elektrik milik TNB demi menjalankan operasi perlombongan mata wang kripto. Lebih malang terdapat banyak kes yang mana pemilik rumah itu tidak tahu kerana penyewa mereka telah melakukan perkara-perkara sebegini dan akhirnya pemilik rumah terpaksa menanggung bil elektrik yang amat tinggi. Ini adalah satu bentuk ketidakadilan. Menurut TNB, aktiviti ini semakin berleluasa seiring dengan peningkatan dagangan matawang kripto di seluruh dunia. Dalam tempoh antara tahun 2018 hingga 2024, kes kecurian elektrik berkaitan perlombongan kripto meningkat hampir 300%. Angka ini yang sangat membimbangkan dan tidak boleh dipandang enteng. KOMTAR menyokong penuh kenyataan TNB bahawa pihak berkuasa perlu mengukuhkan penguatkuasaan di bawah Akta Bekalan Elektrik serta mengguna pakai teknologi seperti AI dan analisis ramalan untuk mengesan corak penggunaan tenaga yang mencurigakan. Ini bukan sahaja soal kerugian kewangan tetapi juga menyentuh soal keselamatan, keadilan dan kesejahteraan rakyat. Saya berharap TNB akan terus bertindak tegas dan proaktif agar bilangan mangsa tidak terus bertambah.
Dato’ Yang di-Pertua, belakangan ini kita dikejutkan oleh pendedahan menyayat hati berkaitan penderaan, gangguan seksual dan buli. Ini bukan hanya di sekolah tetapi juga di pusat latihan dan institusi pendidikan lain. Kejadian-kejadian ini bukan sahaja mencemarkan imej institusi pendidikan malah menimbulkan persoalan besar tentang keberkesanan perlindungan terhadap pelajar dan remaja kita. Tahun lalu, negara digemparkan dengan kematian seorang pelatih tentera akibat dipercayai dibuli. Baru-baru ini pula tular kes yang terlibat kes guru yang terlibat dengan pengedaran bahan lucah melibatkan pelajar serta beberapa kes gangguan seksual di sekolah swasta. Semua ini menunjukkan bahawa krisis perlindungan terhadap anak muda semakin membimbangkan. Penderaan dalam apa jua bentuk dari aspek fizikal, seksual atau emosi pastinya meninggalkan kesan trauma yang panjang. Ianya bukan sahaja merosakkan masa depan mangsa malah menghakis kepercayaan masyarakat terhadap institusi yang sepatutnya melindungi mereka. Lebih menyedihkan lagi ramai mangsa memilih untuk berdiam diri kerana takut, malu atau tidak yakin akan mendapat keadilan. Dalam banyak kes, pelaku pula merupakan individu berkuasa seperti guru, penyelia atau pelatih kanan. Justeru, sekolah dan institusi pendidikan perlu bertindak dengan lebih telus dan bertanggungjawab. Kita tidak mahu lagi mendengar kes ditutup demi menjaga naik menjaga nama baik institusi sedangkan hak mangsa diketepikan.
Setiap aduan mesti disiasat dengan profesionalisme tanpa menyalahkan mangsa atau menyorokkan isu demi imej. Keselamatan pelajar mesti diutamakan daripada reputasi. Oleh itu, saya menyeru agar Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi segera mengubah pelan tindakan nasional bagi menangani keganasan institusi terhadap golongan muda. Kita perlukan polisi holistik meliputi sekolah berasrama, pusat latihan, sekolah agama dan mana-mana tempat yang mana remaja berada dalam jagaan pihak berkuasa. Undang-undang sedia ada mesti diperketatkan dan KOMTAR berharap agar kita bersama-sama mampu membanteras masalah ini.
Dato’ Yang di-Pertua, KOMTAR ingin menyeru Kerajaan Negeri mengawal selia penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape yang lebih ketat atau mempertimbangkan terus melarangkan penjualan vape. Vape kini bukan sekadar satu trend sosial malah telah menjadi ancaman baharu kepada kesihatan awam dan perkembangan sosial generasi muda. Kandungan nikotin yang tinggi, perisa menarik serta akses yang terlalu mudah menyebabkan produk ini menjadi pilihan ramai remaja. Bahkan ada yang masih di bangku sekolah. Apa yang lebih membimbangkan Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia baru-baru ini memberi amaran keras bahawa terdapat vape yang telah dicemari dengan dadah berbahaya seperti ketamin, metamfetamin dan dadah sintetik. Penemuan ini bukan berdasarkan spekulasi tetapi hasil siasatan makmal terhadap beberapa sampel vape yang telah dirujuk kepada pusat tersebut. Ini menunjukkan bahawa vape bukan sahaja membawa risiko ketagihan nikotin, malah kini telah menjadi saluran baharu untuk penyebaran dadah dalam kalangan masyarakat termasuklah belia dan pelajar sekolah. Kita boleh belajar dari negara-negara lain yang telah mengambil langkah proaktif. Contohnya, United Kingdom akan melaksanakan larangan penjualan vape pakai buang mulai 1 Jun 2025 setelah didapati produk ini menjadi tarikan utama kepada golongan muda. Sementara itu, Australia telah pun melaksanakan undang-undang yang lebih ketat bermula Mac 2025 termasuk melarang penjualan semua vape yang tidak mempunyai preskripsi atau lesen sah. Dalam Malaysia pula, negeri Perlis merupakan negeri yang pertama mengumumkan bahawa penjualan vape akan diharamkan di negeri itu berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini.
Saya sangat setuju dengan usaha ini kerana tindakan mengharamkan penjualan rokok elektronik itu mampu menyelamatkan anak-anak muda daripada terjebak dengan pengambilan vape. Maka, saya berharap agar maklumat dan contoh yang dikemukakan ini dapat diterima didengari, dan dipertimbangkan dengan serius oleh Dewan yang mulia ini demi kesejahteraan rakyat negeri Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua, tindakan tegas terhadap individu yang memberi makanan kepada burung merpati. Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang atas segala usaha dan tindakan yang telah diambil bagi mencegah aktiviti memberi makanan kepada burung merpati secara sembarangan. Kami menyedari kesungguhan Pihak Berkuasa Tempatan, termasuk operasi penguatkuasa yang berterusan serta tindakan menangkap burung merpati yang telah dilaksanakan. Segala usaha ini kami lihat dan sangat hargai. Namun begitu, saya berpendapat bahawa masih terdapat ruang yang untuk penambahbaikan, terutamanya dalam aspek mengurangkan perbuatan memberi makanan kepada burung secara haram. Langkah-langkah sedia ada adalah baik, tetapi masih belum mencukupi untuk membendung isu ini secara menyeluruh.
Oleh itu, saya mencadangkan agar MBPP memperketatkan lagi peraturan yang berkaitan dan turut mempertimbangkan untuk menambah bilangan papan tanda di kawasan tumpuan orang ramai bagi memberi peringatan bahawa memberi makanan kepada burung merpati adalah satu kesalahan. Selain itu, papan kenyataan ini juga boleh digunakan untuk memaparkan gambar individu yang melanggar peraturan berserta perbuatan mereka sebagai pengajaran kepada orang ramai, orang awam yang lain. Saya ingin mengingatkan bahawa burung merpati adalah antara spesis burung yang boleh membawa pelbagai jenis kuman dan virus berbahaya yang mana najis burung itu membahayakan kesihatan manusia dan mewujudkan persekitaran yang tidak bersih. Perlu ditegaskan bahawa perbuatan memberi makanan kepada burung bukanlah satu amal kebajikan, sebaliknya ia menyumbang kepada masalah kesihatan awam dan mewujudkan beban tambahan kepada pihak berkuasa serta komuniti setempat. Saya menyeru agar masyarakat bersama MBPP memainkan peranan dalam menjaga kesihatan, kebersihan bandar kita. Hentikan tabiat memberi makanan kepada burung merpati dan bantu kita menuju ke arah persekitaran yang lebih sihat dan harmoni untuk semua.
Dato’ Yang di-Pertua, KOMTAR ingin sentuh sekali lagi tentang isu pelaksanaan lorong bas di kawasan KOMTAR. MBPP telah mula percubaan pada bulan November 2024 dengan tempoh percubaan selama 6 bulan. Maka, bulan ini genap 6 bulan tempoh percubaan. Saya dimaklumkan MBPP berhasrat untuk meneruskan 6 bulan lagi tempoh percubaan termasuk cadangan untuk memperluaskan lorong bas di kawasan lain. Tidak dinafikan lorong bas memang salah satu inisiatif yang baik untuk meningkatkan keyakinan orang ramai bagi menggunakan bas awam, menggantikan kenderaan persendirian sekaligus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Tetapi selepas pemantauan 6 bulan ini, saya berpendapat buat masa sekarang, masih bukan satu masa yang tepat untuk. Sendiri set masa punya masa sudah sampai. Tetapi selepas, tetapi selepas pemantauan 6 bulan ini, saya berpendapat buat masa sekarang masih bukan satu masa yang tepat untuk meneruskan lorong bas ataupun memperluaskan lorong bas berkenaan. Ini kerana bilangan bas masih tidak mencukupi dan LRT juga belum siap. Selain itu, sistem lorong bas yang berjaya perlu melibatkan kawasan yang lebih komprehensif dan bukan satu dua jalan sahaja. Dalam pemantauan saya, kesesakan lalu lintas di kawasan George Town khususnya kawasan KOMTAR adalah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya. Pengguna yang suka berhenti kenderaan mereka sesuka hati, double parking dan berhenti dalam petak kuning. Sekiranya, unit trafik MBPP boleh membuat rondaan dan penguatkuasaan yang lebih kerap, saya yakin masalah kesesakan lalu lintas akan dikurangkan lah. Tidak dan tidak perlu melaksanakan lorong bas pada pada masa sekarang.
Sebelum mengakhiri perbahasan, KOMTAR berharap agar cadangan-cadangan bernas ini dapat diteliti oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri. Dengan sokongan penuh daripada warga negeri untuk menjadikan ianya sebuah negeri yang lestari dan harmoni sejajar dengan Visi Penang2030. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih KOMTAR dan seterusnya ahli kawasan. Ada. Tidak ada.
Saya lah.
Sungai Bakap. Boleh.
Boleh.
Okey. On.
Bismillahirahmanirrahim (bacaan doa) Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan titah ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bersempena pembukaan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15. Yang Berbahagia, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan EXCO Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, rakan-rakan Yang Berhormat, Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan Agensi Kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan serta seluruh rakyat Pulau Pinang yang mengikuti perbahasan ini secara langsung.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib atas pelantikan rasmi sebagai Yang di-Pertua bagi negeri Pulau Pinang yang ke-9 serta penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Tun atas ucapan perasmian dalam sidang DUN kali ini. Kami mendoakan Tun terus diberi kekuatan dalam menjalankan tugas dengan penuh hikmah dan kewibawaan. Semoga pentadbiran negeri di bawah lindungan dan naungan Tun akan terus menjunjung prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Speaker, Sungai Bakap juga mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Utama Haji Ahmad Fuzi bin Abdul Razak, mantan Tuan Yang di-Pertua Pulau Pinang yang ke-8 di atas sumbangan dan jasa Tun mengemudi institusi Tuan Yang di-Pertua Pulau Pinang sejak tahun 2021. Yang Amat Berbahagia Tun selaku anak jati Sungai Bakap juga
telah beberapa kali turun ke Sungai Bakap bagi meluangkan masa beramah mesra bersama rakyat sepanjang tempoh kepimpinan beliau. Sekali lagi terima kasih Tun.
Saya turut mengambil peluang ini mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025 yang lalu. Beliau juga merupakan anak jati Pulau Pinang telah menabur jasa dalam landskap politik Malaysia dan memberi makna yang amat besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga Allah SWT. merahmati rohnya, menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Amin.
Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana telah menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia sebagai Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kepada Majlis Amanah Rakyat kerana kerana memahsyurkan nama MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai menghargai jasa dan sumbangan Almarhum. Timbalan, Dato’ Timbalan Speaker, pertama. Saya menjunjung kasih atas titah Tuan Yang Terutama Tun yang menyentuh pelbagai aspek pembangunan dan kemajuan negeri termasuk ekonomi, infrastruktur, syiar islam, pendidikan, kebajikan rakyat, kelestarian sumber dan sebagainya.
Namun sebagai ADUN pembangkang, menjadi tanggungjawab kami untuk bukan sahaja mengalu-alukan pencapaian tetapi juga mengangkat dan menzahirkan suara rakyat serta menuntut penambahbaikan daripada pihak Kerajaan Negeri sebagai pihak semak dan imbang. Mengulas berkenaan ucapan Tuan Yang Terutama yang menyentuh pencapaian Negeri Pulau Pinang dalam sektor ekonomi seperti yang dinyatakan, pencapaian ekonomi negeri ini didorong oleh dua sektor utama iaitu perkhidmatan 48% dan pembuatan 46.5%. Justeru, Sungai Bakap ingin menyatakan kebimbangan terhadap kesan perang tarif di antara Amerika Syarikat dan China terhadap kedua-dua sektor ini memandangkan dua sektor ini menyumbang hampir keseluruhan struktur ekonomi negeri. Sebarang perubahan terhadap dasar tarif, pasti akan memberi kesan kepada syarikat multinasional, dengan izin multinational company yang beroperasi di negeri ini maka secara tidak langsung akan menjejaskan pembelian dan penjualan syarikat-syarikat ini serta kemungkinan pemindahan operasi perkilangan dan pelaburan mereka dari Pulau Pinang di masa depan. Saya menyeru Kerajaan Negeri untuk memantau perkembangan perkara ini dengan serius dan teliti melalui Pasukan Petugas Khas Pemantauan Tarif atau Tariff Monitoring Task Force yang telah ditubuhkan serta mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai pusat pembuatan bernilai tinggi dan inovasi teknologi.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu krisis air memang isu ni dekat di hati saya. Sungai Bakap menyambut baik ucapan Tuan Yang Terutama yang menyentuh berkenaan Pelan Kontigensi Air 2030 Negeri Pulau Pinang dengan pelaburan RM1.18 bilion termasuk Projek Pemindahan Air Terawat Sungai Perak dan Projek Air Perak-Pulau Pinang sebagai langkah menangani permintaan air masa depan. Saya juga menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri mencadangkan dua Rang Undang-Undang baharu yang akan dibentang dalam sidang Dewan kali ini iaitu Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025 dan
Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025 bertujuan bagi memperkasakan pengurusan sumber air negeri.
Namun, baru-baru ini pada 25 hingga 27 April 2025, kira-kira 337 ribu penduduk Pulau Pinang telah mengalami gangguan bekalan air berjadual antara tempoh 24 jam hingga 60 jam berikutan kerja-kerja penyambungan bahagian saluran paip menyeberangi Sungai Perai oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. Semua rakyat memahami akan kepentingan projek ini untuk dilaksanakan secepat mungkin. Namun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian segera. Apa yang menjadi polemik di kalangan penduduk Sungai Bakap terutamanya di Mukim 5 adalah mereka merupakan penduduk yang terkesan paling awal dengan gangguan air tersebut iaitu 2 hari sebelum tarikh diumumkan dan paling lama iaitu hampir 60 jam. Walaupun PBA Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara ini namun pada hemat saya, tindak balas ini harusnya boleh dijangka dan boleh dielak jika diuruskan sebaiknya khususnya dari segi agihan dan hebahan.
Saya difahamkan masih terdapat baki empat (4) daripada lapan (8) projek utama akan diteruskan di bawah pelan kontigensi tersebut. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada EXCO Infrastruktur, apakah perkembangan terkini Projek Pemindahan Air Terawat Sungai Perak dan Projek Air Perak-Pulau Pinang terutamanya dari sudut proses pengambilan tanah serta kawasan-kawasan yang terlibat. Seterusnya apakah perancangan Kerajaan Negeri berkenaan tindak balas dan kesan projek-projek utama ini khususnya kepada penduduk di Mukim 5, Sungai Bakap serta kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang bagi memastikan masalah ini tidak berulang lagi. Walaupun penduduk Sungai Bakap sudah lali dengan isu ketiadaan air hampir enam tahun, ingin saya tegaskan perkara ini tidak boleh dinormalisasikan.
Di saat kita bercakap tentang negeri pintar, pesat membangun, semikonduktor bertaraf dunia, apa yang menyedihkan adalah masih ada rakyat di kawasan saya yang masih mengalami isu keperluan asas iaitu bekalan air. Bekalan air bersih adalah hak asasi rakyat. Kerajaan Negeri seharusnya bertanggungjawab memastikan seluruh rakyat Pulau Pinang dapat menikmati sumber air anugerah Tuhan tanpa sebarang prejudis. Namun saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh kakitangan PBA Pulau Pinang yang bertungkus-lumus di lapangan menyediakan dan memastikan tangki-tangki sementara yang diletak di kawasan penduduk sentiasa dipenuhi air termasuk di rumah kenduri atau sebarang program ketika kejadian. Tindakan ini sedikit sebanyak mengurangkan kesan gangguan bekalan air kepada rakyat. Begitu juga dengan projek-projek jangka pendek yang telah mula dilaksanakan bagi menyelesaikan krisis air di Mukim 5. Sungai Bakap mengucapkan tahniah syabas dan terima kasih daun keladi, harap nanti pun kekal begini, Insya-Allah.
Bulan Julai baru habis.
Insya-Allah, terima kasih. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu projek mega dan kesan pada alam sekitar. Saya ingin menyentuhkan bahagian titah yang menyatakan perkembangan projek mega seperti LRT Laluan Mutiara, Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua khususnya Projek Pulau Silikon yang telah dimula proses penambakan kawasan laut di Permatang Damar Laut. Projek Pulau Silikon walaupun dikatakan mencatat
6.5 kemajuan masih menimbulkan kegusaran rakyat terutama komuniti nelayan dan pencinta alam sekitar. Impak ekologi dan sumber mata pencarian nelayan di masa hadapan perlu diberi perhatian serius. Kita perlu sedar bahawa Projek Pulau Silikon ini melibatkan penambakan sebanyak 2,300 ekar kawasan laut, satu skala yang besar dan memberi kesan, pasti memberi kesan sedikit sebanyak langsung kepada ekosistem marin. Penambakan laut dalam skala begini tidak hanya memusnahkan habitat marin tapi turut mengganggu kitaran semula jadi pasang surut, hakisan pantai dan menyebabkan perubahan mendadak pada garis pantai yang boleh menjejaskan komuniti pesisir. Nelayan khususnya di kawasan selatan pulau seperti Teluk Kumbar, Permatang Damar Laut dan Gertak Sanggul telah beberapa kali menyuarakan kebimbangan mereka terhadap hasil tangkapan yang semakin berkurangan dan kawasan perairan semakin cetek serta kawasan pantai yang tercemar. Walaupun mereka telah diberi wang pampasan untuk menampung kerugian yang mereka alami namun pada hemat saya, wang pampasan ini hanyalah bersifat sementara sedangkan projek ini memberi impak jangka masa panjang kepada alam sekitar dan penduduk setempat.
Apa yang lebih merisaukan, walaupun baru 150 ekar kawasan laut yang telah ditambak namun kesannya kepada kawasan sekitar seperti Pantai Esen telah tercemar teruk. Hingga kini analisis mengenai bendasing menyebabkan Pantai Esen tercemar masih belum diketahui dan belum diumumkan sedangkan beberapa sampel telah diambil di pantai tersebut pada 21 Oktober 2024. Kami di pihak pembangkang menegaskan bahawa pembangunan mesti dilaksanakan dengan prinsip keterangkuman dan kelestarian. Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) yang dijalankan mestilah telus, bebas dan melibatkan penglibatan komuniti secara aktif. Sekiranya projek pembangunan ini memberi kesan khusus terhadap alam sekitar, Kerajaan Negeri perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan proses pemeliharaan dengan segera. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang membawa pendekatan negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara aspek ini perlu dipandang serius.
Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Negeri supaya melaksanakan satu penilaian semula bebas terhadap impak sebenar projek ini kepada persekitaran dan masyarakat setempat serta menilai semula projek ini secara menyeluruh dan telus termasuk kemungkinan untuk memperkecilkan skala penambakan atau menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemeliharaan Alam Sekitar khusus untuk kawasan sekitar projek agar keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar dapat dicapai. Demi generasi akan datang janganlah kita gadaikan alam semula jadi kurniaan Tuhan ini hanya semata-mata untuk kemajuan pembangunan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu kesesakan lalu lintas dan lori tanah di DUN Sungai Bakap. Acap kali kita dengar YB bangkit sama, isu yang sama yang timbul di DUN Sungai Bakap terutama tentang lori tanah. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu isu yang membelenggu ribuan penduduk setiap hari terutamanya di kawasan selatan negeri ini iaitu keselamatan penduduk kampung laluan utama iaitu Jalan Valdor, Tasek Cempedak. Jalan ini menjadi laluan harian penduduk, pelajar, pekerja kilang, peniaga kecil malah menjadi penghubung penting antara kawasan peindustrian dan penempatan luar bandar serta salah satu jalan penghubung antara Pulau Pinang dan Kedah. Apa yang dahulunya jalan kampung ini menjadi lorong utama kepada lori-lori berat khususnya lori tanah yang keluar-masuk saban hari tanpa kawalan yang jelas, lori-lori ini bukan sahaja menyumbang kepada kesesakan lalu lintas yang luar biasa malah menimbulkan risiko keselamatan yang membimbangkan terutama kepada warga emas. Kita bercakap berkenaan laluan jalan yang sempit dan berselekoh, lori besar yang meluncur laju pada waktu puncak, penunggang motosikal
menjadi mangsa keadaan kerana jalan yang sempit serta penduduk kampung yang keluar masuk untuk bekerja dan menghantar ke sekolah.
Baru-baru ini juga dikejutkan dengan kehilangan sembilan (9) anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akibat kemalangan melibatkan lori tanah malah jumlah kes-kes kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat di seluruh negara juga dilihat semakin membimbangkan. Di sini saya ingin merakam salam takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga mangsa-mangsa yang terlibat. Untuk makluman Dewan yang mulia, boleh dikatakan setiap minggu ada kemalangan membabitkan kenderaan berat di DUN Sungai Bakap. Inilah juga realiti yang terpaksa dihadapi oleh penduduk kampung Tasek Cempedak saban hari. Ramai ibu bapa kini bimbang untuk benarkan anak-anak mereka menunggang motosikal ke sekolah malah ramai juga anak-anak yang risau akan keselamatan ibu dan ayah mereka yang telah berusia untuk keluar sendiri untuk urusan. Saya dapati pihak JKR telah mengambil maklum akan perkara ini dan telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kesesakan di jalan tersebut.
Namun, isu keselamatan penduduk kampung, pencemaran udara dan kerosakan jalan raya disebabkan oleh lori tanah ini masih lagi berlarutan dan tidak berkesudahan. Apa yang lebih membimbangkan, isu lori tanah ini bukan sahaja dihadapi oleh penduduk Kampung Tasek Cempedak malah penduduk di sekitar DUN Sungai Bakap iaitu Sungai Duri dan DUN Jawi juga terkesan dengan masalah ini. Isu ini juga hangat dibincang dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Seberang Perai Selatan. Saya mengikuti rapat atas setiap perkembangan terkini berkenaan isu ini. Berdasarkan maklumat yang saya terima, lori-lori tanah ini mengambil tanah daripada beberapa kawasan berhampiran sempadan Pulau Pinang - Kedah dan dihantar ke beberapa tapak projek untuk tujuan pembangunan yang diurus oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Selain itu…
Nak minta pencelahan
Ha. Ya boleh.
Jiran. Jiran.
Ha, jiran.
Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker. Yang Berhormat Sungai Bakap. Memang, dalam perkara ini saya mencadangkan Tuan DO iaitu Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan perlu mengadakan satu mesyuarat melibatkan pegawai, Tuan OCPD PDRM, JKR yang meluluskan laluan, PDC iaitu pemaju utama yang menerima pembelian tanah merah, pasir atau batu dan semua syarikat pengangkutan tanah pasir dan batu ini untuk mengadakan satu mesyuarat koordinasi bukan OCPD jumpa pihak pengurusan lori, Tuan
DO jumpa pihak yang lain. Kita perlu semua duduk sekali dan melibatkan ketiga-tiga pejabat ADUN iaitu Jawi, Sungai Bakap dan Bukit Tambun. Itu saja, terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Bukit Tambun masuk dalam ucapan saya. Saya setuju. Selain itu, saya juga mengambil peluang ini untuk menimbulkan isu berkaitan, dan merisaukan penduduk sekitar iaitu isu bukit yang ditarah kawasan saya, berhampiran Kampung Lima Kongsi. Jika perkara ini tidak dikawal atau dipantau sebaiknya, kesan kepada manusia seperti bencana alam, banjir kilat dan tanah runtuh akan berlaku. Tidak lain tidak bukan, rakyat juga yang jadi mangsa demi pembangunan. Saya faham bahawa pembangunan memerlukan pengangkutan bahan, saya tidak berniat untuk menuding jari mencari kesalahan mana-mana pihak dan juga tidak menolak pembangunan, namun pembangunan harus disusun dengan akal dan ehsan. Kita tidak boleh membina masa depan di atas derita rakyat. Pada hemat saya, sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang membawa pendekatan negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara, aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah lebih utama dan mustahak kerana isu ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa rakyat Negeri Pulau Pinang.
Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu mencari solusi yang memberi manfaat untuk semua pihak dalam kadar yang segera. Saya mengambil kesempatan ini ingin mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri mengambil berapa langkah seperti pertama, mengadakan kajian trafik yang menyeluruh untuk laluan lori tanah di kawasan-kawasan yang saya sebut tadi termasuk jumlah lori harian dan waktu kemuncak pergerakan. Dua, menyusun semula jadual operasi lori tanah, mungkin dengan menghadkan waktu operasi semasa waktu sekolah dan waktu puncak. Ketiga, mengkaji penghalaan sebuah lori tanah daripada kawasan kampung dan laluan orang ramai. Empat, menambah baik infrastruktur keselamatan termasuk lampu jalan, isyarat awas dan perlahan. Bonggol di kawasan hadapan kampung, laluan motosikal atau pejalan kaki yang selamat. Lima, memastikan syarikat pemaju atau pemilik lori bertanggungjawab membaiki jalan yang rosak serta kotor disebabkan aktiviti mereka. Enam, penguatkuasaan dan pemantauan ketat, pematuhan undang-undang jalan raya terutamanya had laju lori di laluan kebiasaan mereka. Saya percaya sekiranya Kerajaan Negeri proaktif dan ambil cakna berkenaan isu ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerisauan penduduk setempat terhadap keselamatan mereka ketika di jalan raya. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Dato’ Timbalan Yang diPertua.
Akhirnya.
Sikit saja, ada lagi. Banyak lagi.
Jangan.
Okey. Isu GLC. NAFAS. Sudah tidak bernafas sehingga pekerja sesak nafas. Untuk makluman Dewan yang mulia. Seterusnya saya ingin membawa isu yang sedang membelenggu ramai keluarga di kawasan saya iaitu pelaksanaan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) di kilang NAFAS Food Processing And Marketing Sdn. Bhd. di kawasan perindustrian Valdor, Sungai Bakap. Sebelum ini, NAFAS digantung perlembagaannya berkuat kuasa 1 November 2024 kerana kepentingan am kumpulan peladang itu sendiri. Semakan serta siasatan ke atas data kelola dan tadbir urus NAFAS juga telah selesai dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menambah baik pelaksanaan operasi serta pengurusan NAFAS. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengambil keputusan untuk menstruktur semula syarikat subsidiari NAFAS melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos serta penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS. Sehingga hari ini saya difahamkan masih ada 58 orang pekerja kilang NAFAS Food Processing dan Marketing Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian Valdor, Sungai Bakap belum menerima pampasan penuh mereka.
Walaupun telah menandatangani dan bersetuju dengan skim VSS tersebut, ramai di antara mereka ini adalah golongan berusia, berumur 40 ke 50 tahun ke atas. Ada yang telah berkhidmat dan mencari rezeki di sana sejak sekian lama. Bayangkan perasaan mereka diminta berundur kononnya secara sukarela malah mereka telah pun bersetuju dan menandatangani perjanjian skim VSS tapi pampasan pula tidak mereka terima. Jadi, saya mohon EXCO Keterjaminan Makanan mungkin boleh membantu pekerja yang belum dapat pampasan ini. Jadi mohonlah pihak EXCO take note dan bagi bantuan yang sewajarnya pada pekerja yang telah dibuang kerja. Lebih malang lagi ramai di antara mereka tidak ada pekerjaan.
Ok. Ringkaskan. Ringkaskan.
Okey. Malangnya pekerja ni walaupun dah dia berhenti, mereka dengan faktor umur jadi bila tak ada pampasan depa terpaksa bekerja tak tentulah. Maksud, pendapatan tak tetap. Ada yang bekerja e-hailing, ada yang tolong bantu kedai makan, ada yang masih mencari-cari pekerjaan. Jadi, saya mohon sangat-sangat pada EXCO lah untuk ambil maklum berkaitan isu ini.
Sekian, wabillahi taufik.
Ada lagi sikit, tunggu. Tunggu. Okey. Isu, tentang isu vape. Okey, saya sentuh sikit tentang isu perkuburan. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu yang penting buat masyarakat Islam iaitu kekurangan tanah perkuburan Islam yang menampung keperluan masyarakat setempat di masa hadapan. Saya mendengar kerisauan yang disampaikan oleh anak kariah ahli kariah di DUN Sungai Bakap berkenaan tanah perkuburan yang bakal menghadapi kekangan ruang yang serius dalam masa
beberapa tahun lagi. Jadi, saya mohonlah pada pihak Majlis Agama buat secara lebih proaktif untuk buat pengambilan tanah agar jangan sampai dah ruang kubur dah tak dapat dah tampung baru kita nak cari. Jadi, kita mohonlah pihak Majlis Agama Pulau Pinang buat persediaan isu kekurangan tanah perkuburan. Yang last, ya Timbalan Speaker.
Okey.
Tentang vape. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan ini kepada satu fenomena yang sangat membimbangkan dan tular di media sosial baru-baru ini. Fenomena yang saya maksudnya ialah penularan penggunaan vape atau rokok elektronik dalam kalangan pelajar sekolah menengah malah pelajar sekolah rendah. Gejala ini tidak lagi berlaku secara tersembunyi, ia kini semakin berani terbuka seolah-olah telah menjadi satu budaya yang norma di kalangan masyarakat kita. Saya difahamkan bahawa kandungan vape ini bukan lagi sekadar nikotin tapi turut dikesan bercampur dengan bahan terlarang seperti ganja cair, dadah sintetik dan lebih halus dan lebih menakutkan apabila penggemar vape ini hingga mendapat sakit kanser. Jadi saya mohon perhatian pihak Negeri Pulau Pinang, EXCO buat, kalau boleh diharamkan lebih baik sebab kita perlukan masyarakat yang sihat. Kalau kos dengan rawatan jika kena kanser saya dimaklumkan sekitar RM150,000.00. Jika berlaku penyakit ni jadi saya mohonlah pihak EXCO ambil perhatian perkara ini memang semua YB bangkit isu ini, memang penting. Jadi
Okey.
Nak duduk, tak boleh duduk.
Habis dah, dah habis. Dah lebih 10 minit dah bagi.
Okey, okey. Sekali lagi Sungai Bakap mengucakan terima kasih kerana diberi peluang dan turut serta dalam perbahasan titah Tuan Yang Terutama. Dengan ini saya mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih Sungai Bakap dan seterusnya kita persilakan Kebun Bunga. Silakan.
Selamat petang. Salam sejahtera dan salam Penang2030. Terima kasih kepada Dato' Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang Kebun Bunga untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan terima kasih terhadap teks ucapan perasmian oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang baru iaitu Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ramli bin Ngah Talib. Saya mulakan perbahasan saya pada petang ini dengan serangkap pantun.
Harimau kumbang mencari makan, Gajah diikat dengan tali perkasa, Selamat datang TYT baru saya ucapkan, Semoga pemerintahan di restu Yang Maha Esa.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Mengimbas kembali ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 dan juga seterusnya Pakatan Harapan. Satu skim penghargaan telah diwujudkan bagi memberi penghormatan kepada penduduk-penduduk di Pulau Pinang. Skim ini seterusnya dijenamakan sebagai i-Sejahtera yang merangkumi Penghargaan Warga Emas, Bantuan Ibu Tunggal, Suri Rumah, Bantuan OKU, Anak Emas dan terbaru Bantuan Teksi dan Bas Sekolah. Keseluruhan bantuan dan penghargaan ini telah menelan perbelanjaan Kerajaan Negeri sekitar RM50.5 juta iaitu lebih kurang 5% daripada perbelanjaan Kerajaan Negeri telah diguna dalam skim ini dan penerimanya lebih kurang 280 ribu. Baru-baru ini terdapat seruan supaya skim ini di review kerana tanggungan Kerajaan Negeri terhadap skim ini adalah semakin besar. Saya berpendapat bahawa Kerajaan Negeri perlu meneruskan perbelanjaan skim ini memandangkan pelaksanaan skim ini telah lama dan menjadi produk kebanggaan Kerajaan Pakatan Harapan ataupun Perpaduan pada sekarang. Ditambah warga Pulau Pinang telah biasa menerima bantuan dalam skim ini dan yang lebih penting bagi saya ia merupakan janji ataupun manifesto Kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi Kerajaan Negeri boleh mengkaji dengan bantuan data yang ada, sama ada dari Kerajaan Negeri atau Persekutuan, supaya pemberian skim ini dapat ditambah baik dan memberi kesan yang lebih sempurna kepada ekonomi negeri dalam perbelanjaan Kerajaan Negeri melalui skim ini.
Cadangan yang ingin saya ketengahkan ialah pemberian wang tunai ditukar ke voucher membeli barangan essential di pasar raya terpilih kepada golongan warga emas. Kenapa saya cadangkan kerana ini dapat membendung wang penghargaan ini boleh disalah guna untuk membeli barang yang tidak sesuai, seperti rakan-rakan saya bahaskan tentang vape ataupun loteri. Saya rasa lebih baik mereka guna voucher ini membeli beras Cap Feri. Manakala bagi ibu tunggal dan suri rumah, kerajaan boleh pertimbang untuk mewujudkan satu tabung khas untuk membantu mereka yang memerlukan bagi memohon, dia boleh dalam bentuk mikrokredit ataupun bantuan terus bagi mereka menjalankan aktiviti perniagaan ataupun yang berupaya menjana pendapatan kepada mereka. Sebab, bantuan ibu tunggal hanya RM150 setahun, ia tak memberi kesan ekonomi kepada penerima.
Secara kesimpulan, Skim i-Sejahtera ini adalah bukti kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan dan telah menjadi satu produk Pulau Pinang yang telah diikuti oleh negeri lain. Maka perlu memastikan skim ini diteruskan dan Kerajaan Negeri perlu mengoptimumkan penggunaan Big Data dalam skim ini supaya dapat imbang antara bebanan kerajaan dan juga kebajikan kepada warga Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pada tahun 2024, Jabatan Taman Botani memperolehi peruntukan lebih kurang RM2 juta, peruntukan pembangunan RM2 juta daripada Kerajaan Negeri. Tetapi pada tahun 2025, saya difahamkan telah dikurang sehingga ke RM1.3 juta, pengurangan lebih kurang dalam RM700,000.00. Keadaan ini tidak sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri yang ingin mewujudkan negeri yang hijau. Taman Botani ini diwujudkan pada tahun 1884. Dalam erti kata lain, pokok-pokok ataupun flora dan fauna dalam taman ini telah berusia 100 tahun ke atas dan ada yang mencecah 200 tahun ataupun 300 tahun. Oleh yang demikian, sudah tentu penyelenggaraan dan penjagaan akan perlukan kos yang tinggi saban tahun.
Jalan Kebun Bunga telah ditutup bagi memberi laluan kepada Projek Kereta Kabel Bukit Bendera. Dan selepas projek ini siap nanti, ia merupakan satu tarikan pelancongan yang utama. Secara langsung, limpahan ini akan dinikmati oleh Taman Botani di mana akan berlaku penambahan pengunjungan ke taman ini. Untuk masa sekarang, Taman Botani menerima jumlah pengunjung sekitar 120,000 setahun. Sepatutnya, dalam tempoh ini, Taman Botani juga perlu dijalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan juga menaik taraf dalam skala besar supaya semua fasiliti flora dan fauna dalam taman ini dapat seiring dalam menerima pengunjung yang ramai kelak. Pada bulan April lepas, kita difahamkan bahawa Penang Turf Club melalui EGM nya telah membuat keputusan untuk menamatkan operasi mereka dalam tahun ini. Maka negeri ini akan kehilangan sebuah green lung jika tapak lumba kuda ini dibangunkan untuk projek pembangunan pada masa depan.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab besar Kerajaan Negeri supaya dapat memelihara Taman Botani dalam keadaan yang optimum supaya 100 tahun lagi Taman Botani ini akan kekal dan menjadi tarikan orang ramai. Di sini, suka saya ingin cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mempertimbangkan Jabatan Taman Botani diperbadanankan. Sebab utama ialah selepas tamat Projek Kereta Kabel, Jabatan Taman Botani akan mempunyai aset untuk diuruskan kerana sebahagian projek dilaksana atas tanah Jabatan Taman Botani. Saya tidak pasti perbincangan lanjut berkenaan isu ini tetapi ini merupakan peluang kepada jabatan ini untuk mempunyai sumber pendapatan. Ditambah untuk sekian lama, Jabatan Taman Botani tidak diletak dibawah portfolio MMK. Saya juga difahamkan, jawapan yang saya terima bahawa Jabatan Taman Botani sendiri berpendapat bahawa melalui penempatan portfolio MMK yang khusus untuk jabatan ini akan lebih membantu bagi mengukuhkan tadbir urus dan melancarkan urusan di peringkat Pihak Berkuasa Negeri. So, saya mohon Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan yang dapat membantu Jabatan Taman Botani ini. Oleh itu, sebab taman ini selain daripada taman rekreasi, taman ni juga merupakan tempat kajian pakar tumbuhan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Akaun Hasil Disatukan Pulau Pinang telah semakin berkurang, ini adalah satu hakikat yang nyata. Kelestarian kewangan negeri akan jadi isu yang hangat dibahaskan sama ada dalam Dewan ini ataupun di luar Dewan. Dan sudah tentu saya percaya bahawa Kerajaan Negeri bawah pimpinan YAB Ketua Menteri akan sentiasa berusaha memastikan kewangan Kerajaan Negeri adalah stabil. Pengajaran yang kita dapat ialah Kerajaan Negeri tidak boleh hanya bergantung kepada penjualan tanah semata-mata untuk menambahkan Akaun Hasil Disatukan. Kerajaan Negeri perlu mempunyai beberapa sumber yang berlainan untuk mencapai matlamat dalam usaha ini. Mengkaji semula cukai tanah merupakan satu rancangan jangka panjang, kesan terhadap ekonomi, kewangan negeri juga akan mengambil masa.
Dalam masa terdekat ini, Pulau Pinang sebagai negeri industri, kerajaan perlu mewujudkan saya mencadangkan supaya kerajaan perlu mewujudkan satu pasukan pelaburan yang terdiri daripada pakar-pakar investment untuk memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri melabur dalam syarikat-syarikat industri supaya dapat memberi pulangan kewangan kepada Kerajaan Negeri. Dalam soalan bertulis saya, saya difahamkan bahawa sebanyak 76 hotel bertaraf tiga bintang ke atas telah diarahkan, telah wujud di Kerajaan Negeri. So bolehlah Kerajaan Negeri mempertimbang untuk melabur dalam industri perhotelan yang sudah tentu membawa pulangan yang besar kepada operator dia. Sebab itu semakin ramai hotel yang akan diwujudkan di Pulau Pinang.
Di samping itu, saya juga mencadangkan bahawa mengintegrasi ataupun menyatukan agensi atau GLC Kerajaan Negeri yang mempunyai peranan yang bertindih sebab seperti telah disarankan oleh YAB Ketua Menteri, langkah progresif penjimatan ini seharusnya kita bermula daripada GLC ataupun anak syarikat Kerajaan Negeri.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan, saya agak terkilan apabila Setiausaha Agung Parti PAS dalam kenyataan media beliau menyatakan bahawa Perikatan Nasional akan bantah Akta Pembaharuan Semula Bandar yang dijangka akan dibentang ke Parlimen pada bulan Jun ini untuk bacaan kedua. Saya tak pasti apakah pendirian kawan-kawan saya di sini terhadap Akta PSB tetapi ini menunjukkan SUA Parti PAS sangat daif pengetahuan berkaitan dengan perumahan strata yang ada di Malaysia amnya, Pulau Pinang khususnya. Selepas hampir 50 tahun, perumahan strata ini adalah sangat tidak sesuai untuk didiami. Bau, keadaan yang kotor, struktur bangunan yang bahaya, luas unit yang tidak lagi mampu tanggung kapasiti keluarga. Dan kalau di DUN Kebun Bunga, kita ada satu perumahan strata yang telah berusia lebih daripada setengah abad iaitu Rumah Pangsa Padang Tembak. Keadaan populasi di sini telah mencapai tahap aging society kerana mengikut statistik lebih kurang 40% penduduk di sini merupakan warga emas yang telah berusia 60 tahun ke atas. Itu sebab saya kena pertahankan Skim i-Sejahtera.
Salah satu masalah yang dihadapi ialah aset, ini salah satu saja ya masalah yang dihadapi, saya bagi contoh salah satu masalah yang dihadapi di rumah pangsa ini ialah aset daripada hospital ataupun pasukan keselamatan tidak dapat sampai ke unit pesakit kerana lif yang ada adalah terlalu kecil dan reka bentuk tangga juga sempit. Ini reka bentuk pada 50 tahun yang lepas, mereka tidak mengambil kira apa yang akan berlaku selepas 50 tahun. Satu lagi contoh ialah kalau berlaku kematian dalam unit, mayat tu terpaksa digendong oleh orang untuk dibawa turun. Ini adalah keadaan yang realiti yang berlaku di Rumah Pangsa Padang Tembak. Oleh itu, Akta PSB atau pun Pembaharuan Semula Bandar yang akan memberi nafas baru kepada perumahan strata yang lama perlulah kita sokong bukan bantah tanpa mengetahui keadaan sebenar di perumahan strata.
Di pihak Kerajaan Negeri pula, saya difahamkan oleh pengumuman EXCO Perumahan bahawa Rumah Pangsa Padang Tembak terletak di senarai yang ke-11 dalam perancangan Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan untuk dibangunkan semula. Secara jujurnya Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pengumuman ini mendapat reaksi yang agak marah daripada penduduk di kawasan Padang Tembak yang mempunyai 3500 unit. Sebab marah ialah pembangunan semula Padang Tembak ini telah diperkatakan sejak 10 tahun yang lepas. Penduduk hanya dengar tetapi tidak ada tindakan drastik atau tindakan yang lebih complete yang telah diambil. Dan jangan lupa, Projek Perumahan Strata Padang Tembak merupakan projek perumahan awam yang pertama di Pulau Pinang. Ini bermakna, usia rumah pangsa ini menjangkaui semua rumah pangsa ataupun apartment di Pulau Pinang. Agak tidak munasabah jika pembangunan semula diletak dalam senarai ke-11.
Kalau di senarai ke-11 ni, saya tak pastilah berapa, 10 tahun lagi yang kita kena tunggu. So, saya pohon dan rayu Kerajaan Negeri supaya semak semula senarai ini. Di sini saya juga ingin tahu, apakah tindakan lanjut daripada Lembaga Perumahan seiring dengan penggubalan Akta PSB oleh Kerajaan Pusat melalui KPKT. Adakah lembaga akan semak semula prosedur sedia ada supaya dapat disebatikan dengan Akta PSB ini. Saya rasa sudah tiba masa juga oleh Kerajaan Negeri untuk regulate perancangan pembangunan semula bandar dengan sokongan satu set undang-undang, bukan prosedur biasa, serta perumahan mana yang perlu diberi keutamaan untuk pembangunan semula sepatutnya dinilai oleh pakar-pakar yang lebih profesional supaya kita tidak berlaku ketidakadilan kepada rumah pangsa yang lain.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga kongsi kerisauan bersama rakan dalam Dewan ini berkenaan dengan gejala hisap vape di kalangan remaja terutama pelajar sekolah yang kini dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Kajian oleh pakar telah menunjukkan keburukan hisap vape terhadap kesihatan. Dan baru-baru ini, beberapa Kerajaan Negeri di Malaysia telah mengumumkan supaya untuk mengharamkan penjualan vape di premis perniagaan. Pulau Pinang mempunyai jumlah pesakit penyakit kronik yang tinggi di Malaysia. Ini akan menambah beban fasiliti kesihatan di negeri ini dan salah satu sebab adalah penghisapan vape. Selain itu, remaja yang hisap vape juga dicampur dengan cecair ataupun bahan kimia yang terlarang seperti dadah sintetik dan juga sekarang ada satu brand yang sangat terkenal, sangat famous di kalangan remaja iaitu Mushroom. Kalau menghisap, ia menyebabkan khayal, euforia dan lain-lain dan kesannya adalah sama dengan pengambilan dadah. Oleh itu, tindakan mengharamkan penjualan vape perlu disegerakan supaya kita dapat bendung kesan negatif kepada masyarakat dan bebankan fasiliti kesihatan. Mungkin Kerajaan Negeri mempunyai pertimbangan dan cabaran yang perlu dihadapi selepas pengharaman vape, terutama mengaktifkan penjualan di pasaran gelap. Tetapi ini kita perlu dilakukan juga dan kita harap penguatkuasaan yang lebih ketat supaya selepas ini tiada lagi penjualan vape di premis-premis kerajaan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota FRU yang telah meninggal dunia akibat kemalangan di Ipoh pada minggu lepas. Dan ini telah memberi satu mesej kepada kerajaan terutama di Pulau Pinang bahawa larangan untuk lori ataupun kenderaan berat masuk ke jalan utama di bandar pada waktu puncak adalah sangat penting. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Saya bagi contoh di Jalan Green Lane, Seri Delima selalunya kalau pada awal pagi pukul 8.30 hingga 9.30 saya guna jalan untuk ke town saya selalu melihat kenderaan berat yang membawa pasir batu melalui kawasan jalan tersebut dan dipandu sangat berbahaya. So saya berharap selepas ini sebarang perancangan pembangunan Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Negeri, JKR dan juga PBT dapat mengambil kira kenderaan berat, lori berat yang akan masuk ataupun yang akan menggunakan jalan raya dan hadkan mereka untuk menggunakan jalan-jalan utama pada waktu puncak. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua…
Sorry mohon mencelah. Sebab Kebun Bunga ada sebut tentang Seri Delima. Saya nak ambil kesempatan ini juga nak highlight lah sebab saya nampak Datuk Bandar ada di sini. Sebenarnya saya nak bangkitkan tentang underpass. Underpass Seri Delima itu selalunya ada banyak kemalangan dan telah pun beberapa kali apabila saya lalu saya nampak ada kemalangan yang berlaku di situ dan itu memang semua orang tahu hotspot, hotspot kemalangan. Jadi ada cadangan untuk kita tambah lagi signboard di tapak
berkenaan sebab kita nampak lagi ada banyak motosikal khususnya yang masih menggunakan underpass itu sedangkan motosikal tidak dibenarkan untuk masuk underpass itu jadi saya di sini pinjam platform sekejap untuk highlight kepada Datuk Bandar supaya memberi tumpuan kepada tempat ini dan pada masa yang sama saya nak ucapkan terima kasih kerana baru-baru ini ada tindakan untuk membersihkan dan mengecat semula ataupun membersihkan tempat underpass itu supaya menjadikan tempat itu lebih ceria dan bersih. Terima kasih.
Terima kasih kepada Seri Delima. Untuk kes ini untuk isu ini saya juga ingin tanya kepada EXCO berkaitan bahawa sebarang kebenaran merancang adakah akan diambil kira kenderaan-kenderaan berat yang akan diguna oleh kontraktor dan juga laluan-laluan, adakah dihadkan laluan-laluan ataupun dia boleh guna laluan apa saja untuk sampai ke tapak tersebut.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Baru-baru ini pihak MBPP telah menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja-penjaja tanpa lesen di seluruh Pulau. Saya ucapkan tahniah dan syabas terutama terhadap warga asing. Tindakan ini perlu demi menjaga kebersihan bandar serta memastikan makanan yang disediakan adalah pada tahap hygiene yang tinggi. Tadi, kawan saya Seberang Jaya dia berasakan bahawa sebarang tindakan terhadap penjaja perlu dimaklumkan kepada ADUN terlebih dahulu tetapi ingin saya beritahu kepada Seberang Jaya bahawa ini bukan pemberitahu ini bukan satu keistimewaan tetapi satu keseksaan sebab penjaja yang tahu gerai mereka akan diroboh akan datang jumpa YB untuk merayu so kita kena timbang antara kebersihan bandar, makanan yang hygiene dengan untuk sara hidup mereka so ini bukan satu keistimewaan bagi saya maaf tidak berpihak kepada pembangkang bagi isu ini.
Tak apa saya minta disampaikan pemakluman tersebut. Apa tindakan daripada kami sebagai wakil rakyat adalah terpulang kepada kami untuk melakukan tindakan susulan. Terima kasih.
Okey, selain penguatkuasaan yang dijalankan oleh MBPP saya rasa peranan hakiki MBPP adalah jugak untuk menyediakan tapak perniagaan penjaja yang lebih sempurna dan bersih. Saya ingin merujuk kepada kes di kawasan saya, iaitu Tapak Penjaja Sementara Mount Erskine atau pun TPS Mount Erskine yang sangat uzur dan usang, sudah tidak lagi sesuai sebagai tapak penjaja dan juga ia memberi imej yang negatif terhadap MBPP kerana dia di bawah seliaan MBPP. Oleh itu, ingin saya cadangkan kepada MBPP supaya dapat membangunkan semula TPS ini supaya lebih selesa kepada peniaga dan pengunjung ditambah lagi populasi di kawasan tersebut juga telah bertambah selepas beberapa projek perumahan di sana. TPS ini telah berusia lebih kurang 30 tahun dan dia tidak lagi tersusun, tidak teratur, tidak tersusun dan sangat kotor kawasan tersebut. Saya berharap pihak MBPP dapat memberi fokus pada TPS ini pada belanjawan yang akan datang ataupun tidaklah memohon kepada Kerajaan Persekutuan melalui KPKT seperti yang telah dilaksanakan di TPS Lebuh Cecil saya cemburu dengan kawan saya dari Pengkalan Kota.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Isu seterus yang ingin saya bangkitkan di kawasan saya adalah satu fenomena yang sangat aneh iaitu pada waktu pagi ketika ibu bapa siap sedia membawa anak mereka ke sekolah, sekumpulan lembu juga berlumba-lumba untuk ke sekolah (ketawa) saya boleh tunjukkan gambar ini iaitu di SMK Perempuan Cina di belakangnya okey lembu ini juga nak ke sekolah dan mereka berada di atas jalan terutama jalan utama Jalan Gottlieb di mana terletak tiga buah sekolah iaitu SJK(C) Perempuan Cina, SMK Perempuan Cina dan SMK Perempuan Cina Persendirian. Lembu yang sibuk di atas jalan ini sudah tentu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya. Saya ingin ketahui apakah langkah MBPP dalam membendung gejala lembu yang berkeliaran ini. Selain daripada rampas serta sediakan tapak kepada penternak lembu yang saya difahamkan di Balik Pulau adakah akan diambil tindakan undang-undang terhadap penternak lembu ini. Kita jangan lihat isu ini dari aspek agama sahaja tetapi aspek keselamatan pengguna jalan raya, pernah berlaku kemalangan di Jalan Mount Erskine kerana terlanggar lembu pada waktu malam. Pembonceng motosikal itu cedera dan lembu itu mati so saya berharap jangan tunggu isu ini mendatangkan kehilangan nyawa baru diambil tindakan yang drastik.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pada sesi yang lepas, saya bangkitkan isu tanah terbiar milik kerajaan di Jesselton yang akhirnya diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri melalui RFP bagi pembangunan residential, terima kasih. Pada sesi ini, saya ingin membangkitkan pula isu tanah yang bertuan tetapi diabaikan penjagaan sehingga mendatangkan kacau ganggu kepada jiran dan juga menyebabkan kes denggi yang tinggi di kawasan tersebut. Saya ingin tahu apakah ada undang-undang daripada Pihak Berkuasa Negeri untuk supaya tuan tanah ini lebih cakna terhadap tanah yang dimilikinya kerana supaya ia tidak dijadikan tempat pembiakan denggi ataupun dijadikan tempat membuang tabiat oleh penghisap penagih dadah dan seterusnya saya juga ingin tahu bahawa adakah Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap tuan tanah yang juga mengabaikan penjagaan tanah mereka. Saya bagi contoh di Ladang Hong Seng, tuan tanah dia hanya mengenakan caj sewa tanah kepada penduduk tanpa berlaku sebarang aktiviti penyelenggaraan di tanah tersebut. Adakah ini satu tindakan yang diizinkan di bawah undang-undang dan juga sebab selalunya penduduk mereka tidak dapat mengadu kepada siapa-siapa untuk mengambil tindakan. MBPP bukan kuasa MBPP bukan kuasa JKR bukan kuasa JPS dan akhirnya ia akan menjadi tanggungjawab ADUN dan Ahli Parlimen untuk selesaikan masalah mereka so saya ingin tahu adakah Kerajaan Negeri dalam pengurusan tanah ini adakah ada satu set undang-undang yang boleh kita ambil tindakan terhadap tuan tanah ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya rasa masa sudah sampai. Saya rasa setakat ini sahajalah perbahasan saya pada petang ini dan saya akhiri jugak dengan serangkap pantun:
Dewan ini tempat bertemu, Tempat sembang putra puteri, Balik nanti bawalah ilmu, Bina bangsa bangunkan negeri. Sekian, terima kasih saya mohon untuk sokong usul.
Terima kasih Kebun Bunga seterusnya saya persilakan Bagan Dalam.
Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, vanakkam dan Salam Penang2030.
Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Speaker sekarang Dato’ Seri Speaker magic sudah tukar (ketawa). Selamat datang dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri kali ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Ketua Menteri dan seluruh barisan EXCO Kerajaan Negeri atas segala usaha dan inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat Negeri Pulau Pinang. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan para solihin. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-9. Kepimpinan berpengalaman beliau pastinya akan terus memperkukuhkan landskap pentadbiran negeri. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak atas jasa dan sumbangan besar beliau kepada negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker. Dengan kata ekonomi maju, rakyat sejahtera, saya ingin menyentuh satu isu penting yang memberi impak langsung terhadap ekonomi Negeri Pulau Pinang, iaitu pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap 57 negara, termasuk Malaysia. Pulau Pinang, yang merupakan negeri eksport kedua tertinggi ke Amerika dengan nilai RM76 bilion pada tahun 2023, tidak terkecuali daripada kesan negatif ini. Industri elektrik, elektronik dan semikonduktor di negeri ini menghadapi tekanan yang sangat ketara akibat pelambakan inventori dari negara-negara serantau yang mencari pasaran alternatif. Ini akan memberi kesan kepada harga, permintaan, dan akhirnya kestabilan industri. Industri PKS yang bergantung pada eksport turut terkesan oleh kenaikan kos operasi seperti tarif, elektrik dan gaji minimum. Ini akan menjejaskan daya saing syarikat tempatan yang sedang berhadapan dengan pelabur antarabangsa yang semakin berhati-hati dalam keputusan pelaburan mereka. Wujudnya risiko pemindahan operasi oleh syarikat antarabangsa ke negara lain seperti Mexico atau Brazil, jika Pulau Pinang gagal menawarkan insentif dan kestabilan strategik jangka panjang.
Maka dengan ini, Bagan Dalam ingin mengemukakan cadangan yang menarik dan langkah preemptif seperti berikut: Mempercepatkan penggubalan Kit Penyesuaian Perdagangan (Trade Adaptation Toolkit) secara kolaboratif di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk membolehkan pemain industri membuat pelarasan pantas terhadap strategi pasaran global. Mengukuhkan peranan Invest Penang dalam pelaburan strategik dengan sasaran ke negara-negara seperti Jepun, Korea, Taiwan dan Kesatuan Eropah bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasaran Amerika. Mempercepatkan pelaksanaan Penang Silicon Design 5km+ dan memperluaskan inisiatif ini kepada penyelidikan reka bentuk cip dan pembangunan jaguh tempatan dalam bidang Integrated Circuit (IC). Kerajaan Negeri perlu bekerjasama dengan universiti tempatan dan sektor swasta dalam menyelaraskan pembangunan bakat serta penyelidikan dan juga mewujudkan Dana Penstabilan PKS Pulau Pinang khusus bagi membantu syarikat kecil dan sederhana menanggung beban tarif, peningkatan kos dan ketidaktentuan pasaran luar negara. Dana ini boleh memberi subsidi bersasar dan insentif untuk automasi serta digitalisasi operasi dan membangunkan Pelan Tindakan Krisis Perdagangan Negeri yang boleh diaktifkan dalam
tempoh singkat apabila berlaku gangguan pasaran luar. Ini termasuk pelan penempatan semula pelaburan (reshoring), pelan pembangunan pasaran domestik dan insentif perdagangan intra-ASEAN.
Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa meskipun Pulau Pinang telah menyumbang lebih RM7 bilion kepada hasil negara pada tahun 2023, negeri ini hanya menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM15.52 juta daripada Kerajaan Persekutuan, jumlah kedua terendah dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia. Ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan demi prinsip federalisme yang adil dan inklusif. Pulau Pinang sebagai antara penyumbang utama ekonomi negara berhak menerima pulangan yang setimpal bagi membolehkan infrastruktur dinaik taraf secara menyeluruh termasuk di kawasan luar bandar dan separa bandar. Saya berharap Kerajaan Negeri akan terus memperjuangkan perkara ini agar tiada rakyat Pulau Pinang yang terpinggir dari arus pembangunan negara. Kita tidak mampu bergantung pada strategi lama dalam menghadapi landskap ekonomi global yang berubah-ubah, Pulau Pinang perlu menjadi negeri yang tangkas, adaptif dan sentiasa ke hadapan dalam menyediakan ekosistem perdagangan dan pelaburan yang kondusif dan berdaya saing.
Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, pendidikan dan harapan anak muda ingin saya ketengahkan di sini. Saya menyokong penuh inisiatif Penang STEM Talent Blueprint dan Penang Global Business Services (GBS) Industry Academy, namun pelaksanaan ini di peringkat komuniti masih kurang menyeluruh khususnya di kawasan seperti Bagan Dalam yang mempunyai ramai belia yang berpotensi tetapi berhadapan dengan kekangan akses. Justeru, saya mencadangkan agar lebih banyak Program TVET dan latihan digital diwujudkan di peringkat komuniti agar pembangunan modal insan tidak terhad kepada kawasan bandar atau pusat teknologi semata-mata.
Kerajaan Negeri juga boleh mengambil langkah proaktif dengan menyediakan dana padanan matching grant kepada NGO dan pusat komuniti untuk menganjurkan kelas kemahiran digital asas dan lanjutan seperti pengaturcaraan (programming), reka bentuk grafik (graphic designing), pemasaran digital dan automasi pejabat. Selain itu, pusat penubuhan pusat pembangunan TVET komuniti di kawasan pedalaman seperti Bagan Dalam akan memberi ruangan kepada belia untuk memperoleh kemahiran teknikal secara percuma atau kos rendah sekaligus meningkatkan kebolehpasaran mereka. Saya turut mencadangkan agar geran mobiliti ditawarkan kepada anak-anak muda yang ingin mengikuti latihan industri di luar kawasan tempat tinggal mereka agar tiada belia tercicir hanya kerana halangan kewangan atau logistik. Langkah-langkah ini penting demi memastikan pembangunan bakat di Pulau Pinang bersifat inklusif dan tidak meninggalkan mana-mana komuniti di belakang.
Dato’ Seri Speaker, saya juga ingin memohon campur tangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Nyior yang bernilai RM161 juta yang telah dimohon oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dalam Rancangan Malaysia ke-13 Rolling Plan I diberikan keutamaan dan sokongan penuh. Projek ini amat penting bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda kawasan sekitar Sungai Nyior, Bagan Dalam yang bukan sahaja mengganggu kehidupan harian hampir 10,000 penduduk tetapi juga merosakkan harta benda dan mengancam keselamatan awam. Dengan kelulusan segera dan pelaksanaan rancangan tebatan banjir ini diharapkan risiko banjir dapat dikurangkan secara signifikasi sekaligus meningkatkan kualiti hidup dan keyakinan masyarakat tempatan terhadap usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam menjaga kebajikan rakyat.
Saya menyeru agar Kerajaan Negeri menggunakan pengaruh dan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan projek ini diberi keutamaan dalam peruntukan dan juga pelaksanaan. Saya juga ingin menggesa agar Kerajaan Negeri mendesak Kerajaan Persekutuan untuk peruntukan khas supaya dapat menaik taraf infrastruktur di kawasan yang memerlukan kawasan-kawasan perumahan yang agak lama seperti Jalan Siram, Taman Bagan dan Kampung Benggali. Kawasan-kawasan ini masih berdepan dengan isu-isu jalan yang sempit dan usang, sistem perparitan yang tidak efisien serta kemudahan awam yang tidak mencukupi. Semuanya memberi kesan langsung kepada kualiti hidup penduduk setempat. Saya mencadangkan agar diwujudkan satu Jawatankuasa Khas Teknikal yang melibatkan kerjasama antara Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi menyelaras keutamaan infrastruktur di kawasan-kawasan berisiko tinggi khususnya di DUN Bagan Dalam. Kawasan-kawasan ini sering berdepan dengan isu seperti banjir kilat, jalan rosak, sistem saliran tidak efisien dan pembangunan yang tidak seimbang. Penubuhan jawatankuasa ini akan membolehkan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek infrastruktur dilaksanakan secara bersepadu berdasarkan data teknikal dan keperluan semasa penduduk setempat. Ia juga dapat mengelakkan pertindihan kerja antara agensi dan mempercepatkan respon terhadap aduan rakyat. Pendekatan ini penting untuk memastikan kecepat kecekapan penggunaan sumber awam serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti di kawasan berisiko tinggi seperti di Bagan Dalam.
Dato’ Seri Speaker, Skim Perumahan Mampu Milik harus dipertingkatkan dan diperluaskan. Kewujudan taman perumahan lama dan flat kos rendah yang semakin uzur di Pulau Pinang seperti yang dibawa oleh rakan saya, Kebun Bunga, termasuk juga di kawasan Bagan Dalam semakin membimbangkan dan menimbulkan risiko keselamatan serta kesihatan kepada penduduk. Banyak bangunan ini mengalami kerosakan struktur, sistem pendawaian usang, saliran tersumbat dan lif yang sering rosak, sekaligus menjejaskan kualiti hidup penghuni yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40 dan warga emas. Justeru, saya menyeru agar Kerajaan Negeri melaksanakan dua pendekatan bersepadu. Untuk jangka masa pendek, wujudkan penambahan peruntukan khas bagi menyelenggara segera flat kos rendah yang uzur termasuk baik pulih bumbung, tangki air, sistem saliran, lampu keselamatan dan lif. Ini penting bagi mengurangkan risiko kemalangan dan masalah kesihatan seperti denggi serta penyakit berjangkit. Untuk jangka panjang saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menggubal dasar pembaharuan semula bandar (urban renewal) secara menyeluruh dengan menawarkan insentif kepada pemaju untuk melaksanakan pembangunan semula secara inklusif. Modul pembangunan semula ini seharusnya memastikan penduduk asal tidak dipinggirkan sebaliknya diberikan unit baharu dalam persekitaran yang lebih selamat, moden dan kondusif. Pendekatan ini bukan sahaja akan menyelesaikan masalah fizikal perumahan lama tetapi juga memacu pembaharuan sosial ekonomi di kawasan bandar yang padat.
Dato’ Seri Speaker, kesejahteraan sosial dan pemerkasaan insan program i-Sejahtera yang telah berjaya membantu lebih 280,000 penerima dengan agihan sebanyak RM50 juta membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang. Namun bagi memastikan impaknya lebih mendalam dan mampan, saya mencadangkan agar program ini dikekalkan dan diperluaskan lagi dengan pendekatan yang lebih bersasar. Pertama, latihan kemahiran mikro seperti jahitan, penjagaan kanak-kanak atau kemahiran digital asas harus ditawarkan mengikut latar belakang dan keperluan penerima, agar bantuan yang diberikan benar-benar menjurus kepada peningkatan pendapatan dan pemerkasaan individu. Dan yang kedua, bantuan tunai sedia ada perlu diperkukuh dengan insentif keusahawan kecil seperti geran permulaan atau bantuan peralatan untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan dari rumah.
Ketiga, saya mencadangkan agar diperkenalkan satu sistem pemantauan bersepadu melibatkan pelbagai agensi bagi mengelak pertindihan agihan dan memastikan setiap bantuan sampai kepada golongan sasar serta memberi impak sebenar kepada kehidupan mereka. Pendekatan holistik ini akan menjadikan i-Sejahtera bukan sahaja sebuah program kebajikan tetapi juga platform pemerkasaan sosial dan ekonomi yang berkesan. Dato’ Seri Speaker, saya juga ingin mencadangkan agar projek pertanian bandar seperti hidroponik komuniti diperluaskan ke lot-lot terbiar di kawasan di dalam Bagan Dalam sebagai usaha memanfaatkan ruang yang tidak digunakan sambil menggalakkan aktiviti ekonomi lestari di peringkat akar umbi. Projek sebegini bukan sahaja dapat menyediakan sumber makanan yang segar dan berkhasiat untuk komuniti, malah membuka peluang kepada belia untuk terlibat secara aktif dalam bidang pertanian moden yang berinovasi. Bagi menarik penyertaan lebih ramai belia, Kerajaan Negeri boleh menyediakan Geran Pemula khusus untuk projek pertanian bandar yang dikendalikan oleh golongan anak muda. Selain itu, kerjasama strategik dengan institusi TVET serta Koperasi Belia penting bagi menyediakan fasiliti latihan dan kemudahan teknikal serta membantu pemasaran hasil pertanian secara lebih sistematik dan berkesan. Pendekatan ini diyakini dapat memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia sekaligus memperkukuh ekonomi komuniti secara inklusif dan mampan.
Dato’ Seri Speaker, ingin saya ketengahkan satu lagi isu yang amat membimbangkan dan merisaukan di kalangan belia dan kalangan pelajar yang terjebak dalam masalah bukan sahaja di DUN Bagan Dalam tetapi di seluruh Pulau Pinang iaitu masalah ketum dan dadah jenis mushroom vape. Ianya amat membimbangkan kerana ianya memberi kesan serius terhadap kesihatan, keselamatan dan masa depan generasi muda kita.
Oleh itu, saya memohon agar Kerajaan Negeri segera menubuhkan Pusat Intervensi Sosial Belia di setiap DUN termasuk di Bagan Dalam sebagai pusat sokongan dan pemulihan bagi mereka yang telah terjebak atau berisiko terjebak dalam masalah ini. Selain itu, Kempen Kesedaran Anti Dadah perlu dipertingkatkan dan disasarkan secara khusus kepada pelajar sekolah serta penduduk kawasan PPR yang dianggap paling terdedah. Pendidikan dan pencegahan awal adalah kunci untuk mengurangkan permintaan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia. Di samping itu, kerjasama rentas agensi antara kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu diperkukuhkan untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan, rawatan serta program sokongan komuniti secara menyeluruh dan bersepadu. Rangkaian kolaborasi ini adalah untuk intervensi awal supaya dapat membina persekitaran yang lebih selamat dan sihat untuk semua.
Dato’ Seri Speaker, dalam aspek pendidikan saya ingin menekankan bahawa sekolah-sekolah utama di kawasan DUN Bagan Dalam yang telah wujud sebelum zaman pra-merdeka seperti SK Convent Butterworth, SK St. Mark Butterworth dan SMK Convent memerlukan peruntukan khas segera untuk membaiki dan menaik taraf struktur bangunan yang semakin lama dan usang. Saya ingin berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri yang sentiasa memberikan dana setiap tahun untuk sekolah-sekolah sebegini. Namun, keadaan fizikal yang kurang memuaskan bukan sahaja menjejaskan keselesaan murid ketika menimba ilmu malah berisiko kepada keselamatan mereka. Keutamaan perlu diberi kepada pembaikan bumbung, sistem elektrik, tandas serta kemudahan bilik darjah dan makmal sains supaya persekitaran pembelajaran menjadi lebih kondusif dan selamat. Dengan inisiatif ini kita bukan sahaja menjaga kebajikan pelajar tetapi juga memastikan mereka dapat belajar dengan lebih fokus dan bersemangat seterusnya meningkatkan prestasi akademik dan pembangunan sahsiah pelajar di negeri ini.
Saya mohon agar Kerajaan Negeri memperjuangkan peruntukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia serta melalui projek RMK-13 disalurkan dengan segera kepada sekolah-sekolah ini. Lebih penting kita mesti melihat pendidikan bukan semata-mata sebagai beban belanja tetapi pelaburan jangka panjang. Institusi pendidikan adalah asas kepada pembentukan modal insan negeri dan negara. Mereka bukan sekadar mendidik murid untuk lulus peperiksaan tetapi membentuk watak, nilai dan wawasan generasi akan datang. Sekolah hari ini adalah kilang masa hadapan. Di sinilah lahirnya pemimpin, doktor, jurutera dan rakyat beretika termasuk ahli politik. Jika kita abaikan pendidikan hari ini, kita menempah kelemahan masa depan.
Dato’ Seri Speaker, saya juga ingin membangkitkan satu isu yang mendesak dan memerlukan perhatian serius iaitu isu keselamatan siber dalam sistem pentadbiran dan perkhidmatan Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan serangan siber terhadap DBKL yang menyebabkan gangguan terhadap sistem perkhidmatan penting serta satu tuntutan wang tebusan sebanyak RMRM236 juta oleh kumpulan penggodam. Ini bukan sahaja membuktikan bahawa sistem kita terdedah kepada ancaman siber tetapi juga menunjukkan bahawa sebarang kelemahan dan keselamatan digital boleh membawa kesan buruk kepada rakyat dan integriti institusi kerajaan. Pulau Pinang tidak boleh memandang rendah dan ringan perkara ini.
Saya ingin menegaskan tiga (3) perkara penting disini. Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah langkah konkrit dan menyeluruh yang sedang dan yang telah dan sedang diambil oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk memperkukuhkan keselamatan siber khususnya kepada sistem pembayaran digital seperti portal saman trafik dan parking, portal e-perkhidmatan dan maklumat awam, aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh PBT. Adakah sistem-sistem ini telah melalui audit keselamatan berkala dan apakah tahap ketersediaan kita terhadap serangan berbentuk ransomware, phishing dan pencerobohan data. Adakah Kerajaan Negeri telah membangunkan pelan Tindakan Kecemasan Siber (Cyber Emergency Response Plan) sekiranya berlaku serangan yang mampu melumpuhkan operasi kritikal. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan Unit Tindak Balas Kecemasan Siber (Cyber Security Incident Response Team) peringkat negeri bagi menyelaras tindakan segera serta komunikasi antara agensi jika berlaku krisis. Langkah-langkah seperti pendigitan berlapis iaitu multilayer security dengan izin pemantauan masa nyata (real-time monitoring) serta latihan berkala kepada pegawai berkaitan amatlah wajar dan mendesak. Apakah jumlah pelaburan, jumlah peruntukan khusus yang telah disediakan dalam bajet Kerajaan Negeri bagi tahun ini dan yang akan datang untuk meningkat keselamatan teknologi maklumat (IT security). Pelaburan dalam aspek infrastruktur digital yang selamat, latihan keselamatan siber kepada kakitangan kerajaan serta kerjasama dengan agensi pakar seperti CyberSecurity Malaysia perlu menjadi agenda utama dalam perancangan digital negeri ini.
Dato’ Seri Speaker, dalam era transformasi digital ini, keselamatan siber bukan lagi satu pilihan. Ia adalah satu keperluan mendesak. Kelemahan dalam sistem digital kerajaan bukan saja menjejaskan perkhidmatan awam, bahkan membuka ruang kepada manipulasi data, kecurian identiti dan kehilangan kepercayaan rakyat. Saya berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil langkah segera dan menyeluruh bagi memastikan semua sistem digital berada pada tahap keselamatan tertinggi.
Dato’ Seri Speaker, Pulau Pinang bukan milik satu kaum, bukan milik satu kelas, tetapi milik seluruh rakyat Malaysia yang hidup di bawah langit biru negeri ini. Pulau Pinang bukan sekadar titik di peta tapi wadah cita, harapan dan usaha. Bersama-sama kita rapatkan barisan demi negara, sorry, demi negeri yang sejahtera dan cemerlang dipersada antarabangsa. Saya juga ingin membaca serangkap pantun sebab Kebun Bunga selalu baca.
Bagan Dalam suara rakyat, Bicara jujur demi perubahan, Ekonomi mampan belia dikuat, Pulau Pinang maju penuh harapan.
Saya dengan ini menyokong penuh usul menjunjung kasih atas titah ucapan perasmian ini dan berikrar untuk terus menjadi suara rakyat Bagan Dalam, jujur, lantang dan bertanggungjawab. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih Bagan Dalam. Dan saya nak jemput Ahli Yang Berhormat, sila Telok Bahang.
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Asyrafilanbiya Iwal Mursalin Waala Alihi Waashabihi Ajmain. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Dato’ Yang di-Pertua, YAB Padang Kota, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri Pulau Pinang dan Persekutuan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama di atas ucapan perasmian beliau. Dengan pelantikan Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib sebagai Tuan Yang Terutama Pulau Pinang yang ke-9 berkuatkuasa pada 1 Mei 2025. Kita berharap negeri ini akan terus makmur dan aman di bawah payung kedua-dua Tuan Yang Terutama Tun dan Toh Puan.
Tidak lupa juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan Toh Puan Khadijah binti Mohd Noor kerana telah memimpin negeri ini selama 4 tahun yang lalu. Segala jasa-jasa Tun berdua akan tetap dikenangi sehingga akhir hayat. Di bawah kepimpinan Yang Amat Berbahagia Tun banyak pencapaian-pencapaian yang telah negeri bertuah ini alami. Di samping itu juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang telah pergi meninggalkan kita pada awal bulan yang lepas. Serta saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berangkat kepada jemaah haji Negeri Pulau Pinang amnya dan Balik Pulau khususnya yang bakal berangkat untuk menunaikan haji pada tahun ini. Semoga selamat pergi dan selamat kembali dan mendapat haji yang mabrur Insya Allah.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, hari ini kita merasa bangga dengan pencapaian yang negeri bertuah ini telah alami, banyak juga isu-isu yang sedang melanda penduduk Pulau Pinang yang masih belum diselesaikan dengan jayanya. Tambahan pula, ada isu-isu baru sama ada isu lokal ataupun isu nasional yang akan saya sebutkan secara sekali lalu. Pertamanya, kos sara hidup yang tinggi yang sentiasa membelenggu masyarakat kita. Beras tempatan yang tiada di pasaran, minyak masak paket yang tiada di pasaran, pendatang-pendatang asing, peniaga-peniaga asing yang merampas hak penduduk tempatan, peniaga-peniaga jalanan dan peniaga-peniaga di kaki lima yang mana mereka telah diroboh tanpa budi bicara yang sepatutnya dan setengah-setengah kawasan langsung tidak disentuh walaupun berniaga di kaki lima juga. Seterusnya, pengagihan kios oleh KPKT kepada peniaga-peniaga masih terdapat banyak kios yang belum diisi dan menjadi tayangan ataupun pandangan kepada masyarakat peniaga yang telah dirobohkan gerai-gerai mereka. Seterusnya, pencemaran alam sekitar dan lain-lain isu yang berkaitan.
Dato' Seri Yang di-Pertua, isu pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan Balik Pulau khususnya bermula dari Pantai Kuala Sungai Pinang hingga ke Pulau Betong adalah disebabkan pencemaran yang berlaku kerana agensi penguatkuasaan yang bolos lantaran mengakibatkan racun-racun dan pesticide yang digunakan oleh pengusaha kolam-kolam udang dan ikan menjadi racun kepada pokok-pokok bakau. Justeru, merosak seluruh alam sekitar terutamanya di tepi pantai. Bukan itu saja, racun-racun ini juga membunuh hidupan-hidupan seperti anak-anak ikan, udang, ketam, siput-siput belitung, sudu yang pada suatu masa dahulu amat banyak dan senang diperolehi di kawasan Balik Pulau.
Di samping usaha kerajaan terutamanya kempen yang dilaksanakan pada tahun lepas oleh Tuan Yang Terutama Tun iaitu kempen menanam 1 juta pokok merupakan usaha yang sia-sia sekiranya pihak kerajaan memandang enteng terhadap gejala ini. Kerajaan perlu mengetatkan pelaksanakan undang-undang yang termaktub di dalam syarat melaksanakan projek kolam udang atau kolam ikan agar pencemaran dapat dielakkan dan semestinya lulus ujian EIA yang dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Faktor penyelenggaraan EIA mestilah terdiri dari agensi yang credible dengan izin, terhadap kolam-kolam ataupun tuan punya kolam-kolam udang dan ikan ini kerana mereka membuat keuntungan tiap-tiap tahun sedangkan rakyat mengalami apa permasalahan yang akibat daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Kerosakan dan pencemaran yang berlaku di kawasan Balik Pulau menjadi lebih serius apabila selut-selut yang dibawa oleh ombak ke pantai telah menyebabkan muara kuala menjadi cetek, khususnya semasa air surut dan menimbulkan masalah kepada nelayan-nelayan yang pulang dari laut untuk mendarat di kawasan muara-muara ini kerana terdapat tebing-tebing. Di samping itu fenomena air pasang turut membawa sampah sarap ke kawasan penangkapan ikan yang menyebabkan masalah kepada nelayan secara berterusan terutamanya pukat-pukat akan bergumpul dan rosak akibat terbelit dengan ranting-ranting dan sampah-sampah yang dihanyutkan oleh air yang pasang.
Dato' Yang di-Pertua, Dato' Seri Yang di-Pertua, sejak akhir-akhir ini, penyakit HFMD telah melanda negara dan keseriusan penyakit ini amat ketara sehingga ura-ura penutupan taska-taska sedang dirancang oleh KPM sementara menunggu lampu hijau dari KKM. Oleh kerana penyakit ini menyerang terutamanya kanak-kanak, justeru apakah langkah awal dan tindakan yang bakal diambil bagi menyekat penyakit ini daripada terus menular sebagai wabak. HFMD di Pulau Pinang telah mencecah 3,446 setakat ini. Apakah resolusi KKM negeri untuk menyekat penyebaran penyakit ini seterusnya.
Dato' Seri Yang di-Pertua, pagi tadi hingga tengah hari, kita mendengar ramai rakan-rakan yang telah menyentuh berkaitan dengan isu perubatan ataupun isu klinik dan hospital di negeri kita. Izinkan saya menyentuh tentang kaji selidik yang telah dilaksanakan oleh Code Blue berkaitan Malaysian public healthcare system (dengan izin), perkara ini juga turut mendapat perhatian daripada Penolong Bendahari Agung Parti MCA, Ir. Lawrence Low pada 7 Februari 2023 agar kerajaan memberi peruntukan yang setimpal terhadap bidang kesihatan. Pada 6 Februari 2025, Code Blue telah memetik seorang pegawai perubatan menyatakan menteri telah membuat perbandingan Malaysia's public healthcare system dengan izin, dengan UK’s NHS ataupun National Health System (dengan izin) mencerminkan satu keadaan yang membimbangkan terhadap penafian dan enggan menangani permasalahan sistem kesihatan yang telah berada di ambang keruntuhan.
Di sebalik jaminan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dzulkefly Ahmad bahawa sistem kesihatan kita sangat baik, tetapi realitinya di medan secara terang-terangan menggambarkan keadaan sebaliknya iaitu realiti di lapangan yang memberikan gambaran yang jauh berbeza. Malaysian Healthcare System (dengan izin), A Collapse In Denial by medical officer. The brain drain crisis. Penghijrahan besar-besaran profesional perubatan, kakitangan yang terlalu tertekan dan gaji yang rendah. Kakitangan yang terpaksa bergelut memenuhi permintaan yang semakin meningkat. System in denial. Keengganan Menteri mengakui isu-isu ini bukan sekadar kegagalan kepimpinan malah, satu delusi merbahaya yang mengancam kesihatan dan kesejahteraan jutaan rakyat Malaysia.
Krisis penghijrahan doktor pakar dan jururawat berpindah dari hospital kerajaan ini secara tidak langsung hospital kerajaan kehilangan para profesional perubatan yang amat kritikal juga termasuk perpindahan ke luar negara. Bebanan kerja yang terpaksa ditanggung oleh staf yang tinggal ditambah pula gaji dan elaun yang rendah menjadi titik pertikaian. Kesan daripada beban kerja yang berlebihan dan bayaran gaji yang rendah sangat serius.
Keletihan melampau, burnout (dengan izin) menjadi kebiasaan dengan ramai pekerja-pekerja kesihatan melaporkan keletihan mental dan fizikal. Faktor ini juga menjejaskan keselamatan pesakit. Kajian menunjukkan pekerja kesihatan yang terlalu penat lebih cenderung melakukan kesilapan perubatan dan hasil rawatan yang buruk. Walaupun isu-isu ini begitu ketara, Kementerian Kesihatan masih memandang ringan dan berdolak dalih dalam perkara ini.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Kementerian Kesihatan turut mendakwa bahawa penjagaan kesihatan di Malaysia jika dibandingkan dengan NHS, National Health System UK bahawa sistem Malaysia tidak sedang runtuh sepertimana yang didakwa oleh Code Blue. Perkara ini amat berbahaya. Tidak mahu mengakui hakikat kekurangan kakitangan di hospital-hospital kerajaan, pemotongan bajet dan permintaan yang meningkat, masa bekerja yang panjang, kepenatan staf, justeru meletakkan risiko kesihatan kepada jutaan rakyat Malaysia.
Kecaman terhadap Kementerian Kesihatan, kegagalan menyekat penghijrahan tenaga pakar. Akibat dari fenomena ini, pakar-pakar meninggalkan perkhidmatan. Beban kerja yang ditanggung oleh mereka yang tinggal dan terbeban dan akhirnya berhenti kerja. Perkara ini perlu dihentikan sekiranya kementerian mahu memperbaiki kondisi kerja di hospital-hospital kerajaan termasuk memberi insentif-insentif dan membaiki mutu kerja di hospital.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, tidak keterlaluan jika dikatakan sektor kesihatan merupakan satu bentuk pendapatan kepada Negeri Pulau Pinang. Dengan adanya pelancongan kesihatan atau medical tourism (dengan izin), Kerajaan Negeri perlu peka dengan penambahan kekurangan pelancong-pelancong dari luar dengan penambahan kunjungan pelancong-pelancong dari luar negeri luar ini. Sekiranya isu-isu berkaitan permasalahan menjadi berita-berita sensasi di media cetak atau media sosial, kesan kepada industri ini turut mengalami kemerosotan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkaitan gejala vape dan saya rasa ramai sahabat-sahabat saya telah menyentuh perkara ini. Gejala vape di kalangan kanak-kanak sekolah sepertimana yang dapat kita saksikan di media-media sosial mencerminkan bahawa gejala ini amat parah dan bakal mengundang berbagai-bagai penyakit seperti EVALI (E-cigarette or Vaping Use-Associated Lung Injury). Seperti yang disebutkan oleh Sungai Bakap, kos untuk merawat penyakit ini yang merupakan kesan menghisap vape adalah paru, penyakit paru-paru, dianggarkan sebanyak RM150 ribu seorang pesakit.
Perisa vape yang sering menjadi minat penghisap-penghisap vape adalah perisa apple, pineapple dan mushroom.
Wahhh, YB tau ha… Pengalaman.
Penyalahgunaan dadah juga sangat senang dilakukan melalui kaedah vape…
Rasa durian ada?... (Dewan ketawa)
Ada Dato’, ada YB… melalui kaedah vape dan atas permintaan penghisap-penghisap vape, kesan vape kepada kanak-kanak sekolah yang menggunakan perisa tertentu termasuk extra injection akhirnya akan menjadi penagih disebabkan mengalami banyak penyakit. Di dalam usia muda, mereka menjadi pemalas dan tidak bertenaga, akhirnya menjadi zombie. Justeru, adalah disarankan supaya pihak sekolah melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan, pihak Polis dan PBT membanteras habis-habisan penjualan vape terutamanya di kawasan perumahan.
Negeri Perlis telah mengambil langkah ke hadapan apabila mengharamkan penjualan vape di negeri itu. Pada pandangan mata kasar, vape tidaklah merbahaya jika dibandingkan dengan rokok, namun hakikatnya gejala vape telah dimodified (dengan izin) untuk memberi kesan yang lebih termasuk dengan penyalahgunaan dadah.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, Telok Bahang juga turut terpanggil untuk menyuarakan isu-isu kebajikan terutamanya golongan-golongan warga emas yang mana suatu hari nanti kita juga akan menjadi ahli golongan ini.
Sudah...
Penyediaan fasiliti-fasiliti kemudahan dan prasarana bagi golongan 60 tahun ke atas menjelang tahun 2030 yang mana 15 peratus dari penduduk negeri ini akan mengalami umur lebih 60 tahun. Ketua Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Hayati Kadir @ Shukor mendedahkan Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya masih belum bersedia untuk menjadi negara menua pada tahun 2030. Penyediaan perkhidmatan serta kemudahan perumahan dan lain-lain termasuk kemudahan-kemudahan kewangan di dalam bajet tahunan tidak dimasukkan.
Peningkatan jumlah warga emas yang pantas berbanding 30 tahun lalu umumnya negeri dan negara kita belum ke arah itu dan malah terkebelakang berbanding negara membangun lain pada tahun 2030 yang sudah dekat tetapi tanpa prasarana yang menyeluruh untuk menghadapi populasi warga emas yang meningkat, katanya kepada Utusan Malaysia. Apakah Pulau Pinang mempunyai satu sistem pengangkutan dan mobiliti warga emas? Pengangkutan awam sedia ada sekarang ini masih belum mesra warga emas. Masih banyak tandas-tandas yang kurang mesra warga emas Malaysia. Kurang mesra warga emas.
Malaysia ataupun Pulau Pinang perlu mencontohi negara Jepun yang merupakan negara tua dan melakukan persediaan lengkap dari segi dari semua segi. Bayangkan bagaimana golongan warga emas ini mahu hidup berdikari sekiranya fasiliti di negara ini masih belum mesra warga emas.
Penyelidik turut menyuarakan kebimbangan apabila golongan ini menua di dalam keadaan daif dan tidak sempurna jika struktur pencapaian kemudahan dan perkhidmatan tidak dilakukan. Masanya telah tiba dari peringkat Persekutuan hingga ke PBT menyediakan perkhidmatan kebajikan. Menyediakan pendekatan kebajikan kepada golongan sasar warga emas agar ditambah baik dan ramai lagi yang bakal mendapat manfaatnya. Keutamaan perlu diberi kepada warga emas di dalam komuniti agar kebolehcapaian dan kemampuan mereka untuk mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan dapat ditingkatkan. Peranan MyAgeing, MyAgeing perlu menjadi pemacu inovasi untuk menghadapi cabaran dan peluang multidimensi penuaan penduduk, menjadi hub intelektual dan fizikal bagi Penyelidikan Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (RCDI), Research Commercial Development dan Innovation (dengan izin).
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia berhubung permohonan untuk membaiki bangsal kuning di Telok Bahang yang telah saya majukan pada tahun 2023. Permasalahan ini timbul kerana setelah sekian lama permohonan untuk membaiki bangsal itu sehingga hari ini setelah saya membuat lawatan masih daif, bumbungnya tiada, lantainya pecah. Manakan mampu nelayan-nelayan untuk orang kata, turun ke laut dengan persediaan pukat dan sebagainya yang tidak diperbaiki tempat khususnya daripada hujan, matahari. Mereka perlu menyiapkan pukat-pukat sebelum mereka turun ke laut. Jadi perkara ini saya majukan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk membaiki bangsal kuning yang terdapat di Telok Bahang ini yang mana ramai nelayan-nelayan yang menggunakan tempat itu dengan daif dan tidak sesuai untuk mereka menduduki tempat itu.
Dewan Ditangguhkan
Saya berharap pihak LKIM memberi tumpuan sedangkan mereka mendapat sejumlah RM278,999.40 untuk membuat tembok menahan ombak sedangkan rumah ataupun bangsal ini lebih priority kepada nelayan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin penjelasan berkaitan prosedur tetap berkaitan projek-projek yang dikeluarkan oleh PPK kawasan khususnya projek-projek berkaitan sawah. Adakah ianya dilaksanakan secara tender terbuka atau direct nego? Apakah langkah-langkah yang disyaratkan kepada penender-penender sesuatu projek itu agar penender tersebut bukanlah orang yang sama dari tender A, tender B , tender C dan tender D, semuanya dia sapu bersih. Terutamanya diharapkan pihak PPK memberi peluang kepada penender-penender lain untuk turut serta. Jika tidak, perkara ini tergolong sebagai salahguna kuasa ataupun kronisme.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, Telok Bahang ingin menyentuh permasalahan setempat terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan anjing liar, burung merpati, kera, babi dan sebagainya. Babi hutan… (gangguan)
Saya cakap babi, belum sambung lagi. Babi hutan… (gangguan). Sehingga petani langsung tidak boleh menanam sayur-sayuran dan buah-buahan kerana sering dirosakkan oleh makhluk perosak. Bagi penanam durian, manggis, rambutan dan lain-lain pada tahun ini amat malang sekali kerana hasil walaupun masih putik, buah-buahan tersebut telah dimusnahkan oleh kera. Ini adalah bagi penanam yang tidak menumpukan seratus peratus perhatian kepada kebun-kebun tersebut khususnya semasa buah masih berputik kerana kerja ataupun tinggal jauh daripada kebun-kebun mereka.
Sekian, Telok Bahang mohon menyokong ucapan TYT.
Terima kasih. Saya duk ingat ada lagi. Terima kasih kepada semua. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka Dewan ditangguhkan dan kita bersidang semula pada hari esok jam 9.30 pagi.
Dewan ditangguhkan pada jam 7.00 malam.