Pulau Pinang · 20 May 2025
Mesyuarat pertama penggal ketiga dun ke 15 · 351 turns · 40,185 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Bukhori bin Ghazali (PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG.), Dato’ Haji Zulkifli bin Long (Setiausaha Kerajaan Negeri), Puan Wan Nor Sakina binti Saad (Penasihat Undang–Undang Negeri), Dato’ Zabidah binti Safar (Pegawai Kewangan Negeri)
(Pembukaan)
Bacaan doa. Soalan Lisan.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum kita ke Soalan Lisan ingin saya maklum kepada Dewan bahawanya Yang Berhormat Pinang Tunggal telah mohon cuti sakit dan seterusnya Soalan Lisan.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan. Soalan saya nombor enam (6).
6. Apakah usaha dan pencapaian Kerajaan Negeri dalam menarik
high value high impact persidangan, konvensyen dan pameran (MICE) ke
Pulau Pinang sejak bulan Ogos 2023?
Selamat pagi Dato’ Seri Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kebun Bunga yang bertanyakan tentang MICE di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui Penang Convention & Exhibition Bureau (PCEB) telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik untuk menarik persidangan konvensyen dan pameran bernilai tinggi dan berimpak besar ke negeri ini. Antara usaha-usaha tersebut adalah penglibatan bersama pihak Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dengan menyertai acara perdagangan trade show seperti IMacs, Frankfurt, The Meeting Show London, IBTM Barcelona serta menganjurkan Penang Road Show To India untuk memastikan Pulau Pinang kekal relevan, kompetitif dan menarik dalam pasaran acara perniagaan yang global ini. Selain itu, penyertaan ini adalah penting untuk memastikan Pulau Pinang tidak ketinggalan dalam trend terkini acara perniagaan di peringkat antarabangsa. BICEP juga menitikberatkan pembangunan industri dengan menganjurkan BE@Penang ataupun singkat nama penuhnya Business Events At Penang yang dengan objektif meluaskan pengetahuan dan pendidikan dalam acara perniagaan kepada rakan industri seperti Professional Conferences Organizer (PCO), pengusaha hotel, agen pelancongan, syarikat pengurusan destinasi ataupun Destination Management Company, pembekal syarikat pengurusan acara ataupun Bahasa Inggeris Event Management Company dan agensi yang terlibat dengan lokasi tarikan pelancong.
Selain itu, BICEP juga mengukuhkan lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi acara perniagaan dengan menganjurkan acara berprestij iaitu Penang International Travel Exchange atau akronimnya PITE yang mempunyai objektif untuk meluaskan lagi hubungan antara pembeli antarabangsa dan pemain industri tempatan. Antara acara antarabangsa yang dibida dan disokong oleh BICEP untuk dianjurkan di Pulau Pinang antaranya ialah seperti The World Research Travel Conference Tahun 2024, International Advertising Association World Congress Tahun 2024, International Conference Of Butterfly Exhibitors And Suppliers Tahun 2024, International College Of Dentist Section 15 International Conference 2024 dan lain-lain. BICEP menyumbang kepada penjanaan impak ekonomi kepada penduduk rakyat Pulau Pinang dan estimated economic impact ataupun singkatan
dia EEI telah seperti berikut. Pada tahun 2023, estimated economic impact untuk yang acara 604 jumlah acara perniagaan ialah 1.03 bilion dengan penyertaan delegasi yang menyertai acara perniagaan di Pulau Pinang 162,964. Pada tahun 2024 angka ini melonjak kepada economic impact, estimated economic impact 1.29 bilion jumlah acara perniagaan di Pulau Pinang 2059 dengan jumlah delegasi 305,259 orang dan angka-angka ini jauh lebih tinggi daripada angka-angka daripada tahun 2020 sehingga 2022. Itu jawapan saya. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Paya Terubong yang telah menjawab soalan ini. Saya juga ingin tahu apakah perancangan jangka panjang daripada EXCO supaya kita boleh menarik lebih ramai konvensyen dan persidangan yang mempunyai impak yang tinggi dan juga saya difahamkan selepas ini beberapa konvensyen ataupun persidangan yang lebih profesional seperti cardiologist, dental akan diadakan di Pulau Pinang dan juga perancangan jangka panjang dalam MICE ini dan juga apakah langkah-langkah yang akan diambil supaya lebih ramai lagi pameran, konvensyen yang akan datang ke Pulau Pinang dan juga kalau ikut susunan BICEP sampai tahun berapa telah mencapai, telah berjaya untuk menarik MICE ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Kebun Bunga. Apabila saya menjadi wakil rakyat tahun 2008 yang masuk Dewan ini, Pulau Pinang tak ada convention center, Pulau Pinang tak ada convention center. Selepas itu usaha Kerajaan Negeri bersama pihak swasta barulah ada satu SPICE Convention Centre. Barulah kita menubuhkan BICEP sebagai satu agensi kerajaan yang khusus untuk menarik acara-acara MICE ke Pulau Pinang dan sukacita saya laporkan bahawa kita bakal ada lagi satu Convention Centre selepas SPICE kita juga ada Butterworth PICCA yang juga satu Convention Centre tetapi di island kita ada tambahan satu lagi iaitu Penang Water Front Convention Centre yang akan bakal dibuka pada hujung tahun ini. Dengan ini kita punya kerja-kerja berlipat ganda kerana kita perlu memenuhi ataupun memenuhkan jadual-jadual tersebut supaya Convention Centre ini boleh persidangan-persidangan, exhibition, exhibition, pameran boleh berjalan lancar dengan dan penuh dengan persidangan dan jadual di SPICE memang penuh dan dengan tambahan satu lagi kita akan lagi merancakkan melipat ganda. Soalan tadi ialah apabila kita ada banyak Convention Center sebenarnya kita sedang melalui usaha BICEP Kerajaan Negeri, kita sedang berusaha membida. Acara-acara ini bukan datang sendiri, bukan mereka datang dari langit dia drop di sini Pulau Pinang tetapi kita kena membida. Kita kena bersaing dengan pemain-pemain industri di rantau ini kita bersaing dengan Kuala Lumpur, kita bersaing dengan Singapura, kita bersaing dengan Bangkok, kita bersaing dengan Kuching dan sebagainya dirantau ini sahaja.
Oleh itu kita sedang berusaha menarik 20 sekarang tahun kena setiap acara MICE perlu perancangan bukan satu tahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun, lima tahun, so ada kita sedang berusaha untuk membida. Dalam senarai saya ada 27 acara antarabangsa sampai tahun 2033. Macam olimpik kita kena bid empat tahun, enam tahun, so antara acara yang kita ingin bid saya bagi beberapa contoh sahaja International Congress On Entomology. Entomology apa itu? Entomology adalah kajian tentang serangga. International Conference kajian tentang serangga Entomology yang kita hendak bid untuk tahun 2033, lapan tahun dari sekarang. Sudah buka dia punya bidding dan International Congress Of Neuropathology berkenaan penyakit tentang neuro dan tahun 2031 dan banyak acara, Mathematic Union And National Congress Of Mathematics dan pelbagai.
Oleh itu, adalah satu kita menjangkakan dengan pembukaan Penang Waterfront Convention Centre akan membuka satu lembaran baru tetapi kerja-kerja perlu berlipat ganda dan itu juga akan mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada Pulau Pinang kerana apabila satu konvensyen ada 1,000 orang datang, 1,000 delegasi dan beberapa bulan akan datang di Pulau Pinang kita ada tiga konvensyen yang akan memperlihatkan kehadiran 8,000 deligasi setiap kali. Maksudnya 8,000 maksudnya akan memuatkan hotel-hotel semua, muatkan, gerakan ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, saya rasa kita memandang serius terhadap aktiviti MICE ini sebagai satu penjana ekonomi yang penting untuk sektor pelancong. Itu jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih dan seterusnya saya, soalan tujuh telah pun dijawab bersamaan dengan soalan dua semalam dan soalan lapan saya persilakan.
Terima kasih. Selamat pagi Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan lapan (8).
8. Pulau Pinang terus menarik pelabur teknologi tinggi, khususnya dalam
industri elektrik dan elektronik (E&E). Sejauh manakah kerjasama dengan
MNC dimanfaatkan bukan hanya untuk pelaburan, tetapi juga memperkukuh
ekosistem E&E melalui pemindahan teknologi, pembangunan bakat serta
penyelarasan program TVET dan STEM dengan permintaan industri
berkemahiran tinggi?
Selamat pagi, Salam sejahtera, Salam Pulau Pinang 2030 dan Salam Malaysia Madani. Dato’ Seri Speaker, terima kasih kerana saya diberi peluang untuk menjawab Yang Berhormat kawasan KOMTAR atas soalan beliau, iaitu soalan lapan. Saya hendak minta izin sekiranya dibenarkan supaya saya boleh jawab bersama-sama dengan soalan 70 because more or less, the same if you can Dato’ Seri. Same issue on STEM and TVET.
70.
70 correct. That is allowed otherwise I can do it later but it’s more or a less, the same.
No lah, you jawab yang 8 dulu.
Okay, no problem, no issue. So terima kasih kepada Yang Berhormat KOMTAR yang tanya tentang satu perkara yang begitu penting sekarang iaitu bagaimana kita hendak menarik pelabur teknologi tinggi khususnya dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) dan
sejauh manakah kerjasama dengan M&C di manfaat, bukan supaya kita lihat pada pelaburan tersebut supaya kita boleh perkukuhkan ekosistem yang ni which is the main point today melalui teknologi pembangunan bakat serta penyelarasan program TVET dan STEM di mana inilah apa permintaan yang kita selalu diminta Dato’ Seri Speaker, saya akan cuba ringkaskan sedaya upaya saya. Now kita, Dato’ Seri, merupakan lokasi pilihan utama untuk sektor E&E Elektrik and Elektronik dengan pelaburan langsung asing setakat ini FDI bernilai 71.9 bilion pada tahun 2023, tahun 2023 which is about yang mewakili hampir 22% keseluruhan FDI negara. Dan Dato’ Seri Speaker, daripada jumlah ini lebih daripada 70 tertumpu dalam sektor semikonduktor. Of course saya ada dengar Ketua Menteri ada nyatakan kita hendak pelbagaikan semua industri kita tapi itulah hakikatnya. Di peringkat ini, 70% is a semiconductor. In fact, I just want to add one thing at this point. Apabila kita lihat pada produk semicon di Pulau Pinang, kita menyumbang kepada dunia. Bukan di negara, bukan di rantau, dunia, hampir 7%. Semikonduktor dibina atau pun dikeluarkan daripada Pulau Pinang.
So kita, selain daripada itu Dato’ Seri, ada banyak lagi banyak lagi industri baru yang kita sedang lihat pada fabrikasi wafer and of course as my Chief Minister as stated komponen berteknologi tinggi. Itu yang terpenting. I think yesterday when Zairil, someone showed the phone, and I just wanna correct. In this phone Dato’ Seri, actually, it’s not 60 or 70. It is 300 units of semicon products that come from Penang. In all your phones here. Just understand. There is where Penang is. I just want clarify that. Dan Dato’ Seri Speaker, kita akan bekerjasama terus dengan MNC-MNC like the Ketua Menteri telah nyatakan, actually, kita ada 450 MNC di peringkat ini that yang yang sedang bertingkat. Now MNC multinational company.
Daripada seluruh pelosok dunia, mereka ada di Pulau Pinang. And SME yang akan terus naik menjadi MNC satu hari atau pun LLC juga akan jadi SME yang terus akan naik menjadi MNC. SME 7,000 sekarang. LLC saya tidak ada angka dia tapi it is bigger number. Dan itulah yang sedang berlaku. Dan oleh yang demikian Dato’ Speaker, untuk kita ada ekosistem itu, kita perlu bekerjasama dengan MNC. There is no doubt about it and we will continue. Dan of course kita hendak mereka menjadi rakan strategik kita dalam industri kita, yang sudah pun sekarang, saya selalu nyatakan sudah 54 tahun Dato’ Seri Speaker, Bayan Lepas dibuka. Saya baru 54 tahun. Apabila saya dilahirkan, itu dilahirkan. Dan hari ini di Dewan yang Mulia ini, saya sedang sebut tentang isu ini itu. So, we will continue Dato’ Seri Speaker, and in fact we are looking at the future.
So kita apabila kita sebut tentang kerjasama dengan MNC Dato’ Seri, dan juga bukan saja MNC, but we juga have to pelihara institusi-institusi tempatan kita yang mana kita buat. Kerana mereka yang memainkan satu peranan penting dalam dalam memperkukuhkan ekosistem industri yakni tersebut dan kita akan lihat dan kita sudah lihat Dato’ Seri. Pelaburan berterusan daripada syarikat-syarikat gergasi. These are the big giant who are situated in Penang. Mereka bertempat di Pulau Pinang seperti Intel, seperti AMD, Lam Research, Vitrox, Bosch dan mereka bukan sahaja menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan. That is the important part Dato’ Seri. But of course we are looking now at the transfer of technology from the rest of the world. The world is moving too fast and we cannot be left behind and we will not be left behind. Not under our watch, i’m sure.
Datok Keramat.
Ya.
Datok Keramat.
Yes.
Minta mencelah. Jemput bercakap dalam Bahasa Malaysia.
Ya. Boleh.
Dalam Dewan, please........(gangguan)
Saya, saya. Apapun saya cakap saya mula dengan Bahasa Inggeris. Bahasa Malaysia. Ya. Cuba faham. Di SPM, Telok Ayer Tawar dapat apa dalam SPM untuk Bahasa Malaysia... (gangguan)… jawab. Boleh jawab. Berani jawab. Jawablah. Aiyyo. Pagi-pagi macam ini. Bukan. Jangan. Duduk duduk duduk… (gangguan) duduk duduk. It’s okey Telok Ayer Tawar.
It’s okay.
It’s okay. Ini kalau lepas saya cakap Bahasa Malaysia, you tak faham Bahasa Inggeris, then I will come and teach you lah. Don’t worry. Sekarang.
Kena speak Malay......(gangguan)...
Tarik balik… Tarik balik.
Sekarang... (gangguan)... Perdana Menteri kita cakap kita perlu (gangguan).
Tarik balik Telok Ayer Tawar.
Sudah sudah sudah, sudah. Datok Keramat. Seelok-eloknya lah.
I’m trying my best.
Seelok-eloknya Bahasa Malaysia. Sila sila sila.
Saya tidak ada masalah dengan Bahasa Malaysia.
Please. Please. Please... (gangguan).
Itu bahasa apa. Itu bahasa Lingua Franca dunia. That is why Perdana Menteri Anwar Ibrahim cakap kita beri mesti kita copy Bahasa Inggeris. Betul atau tidak. Saya sedang, saya harap dia sedang dengar sekarang. Saya tahu dia sedang dengar. So, Pulau Pinang kita akan pastikan itu berlaku juga.
Datok Keramat.
Yes. Okay. So, setelah saya diganggui. Okay Bahasa Malaysia. Haiyyo. You nak tanya kalau mesti (gangguan) mesti terima jawapan tahu. Sorry, sorry, sorry. Saya sudah ada di sini 18 tahun. Come on. Even my Dato’ Seri Speaker don’t know what to do with Datok Keramat. But you know, I’m doing my job for the people in Penang. (gangguan). So, Dato’ Seri, saya teruskan. So, i said kita ada syarikat gergasi. These are gergasi daripada seluruh dunia lah and i already mentioned tadi. Banyak syarikat-syarikat and i repeat lah i mean these are giants. Intel, AMD, Lam Research, Vitrox and Bosch. And the like yang saya nyatakan yang penting, apabila mereka datang ke sini, yang penting adalah mereka akan menyumbang, Dato’ Seri, kepada pekerjaan untuk rakyat kita.
Untuk warga Pulau Pinang. Itu yang begitu penting sekali. And the yang saya nyatakan tadi, proses pemindahan teknologi itu pun penting sekali. Untuk kita, pastikan kita ada di landasan dunia sekarang. Dato’ Seri, it is no longer, just here. Kita perlu ada satu penglihatan pada apa yang sedang berlaku di dunia. Itu yang saya sedang nyatakan. Dan of course, kita juga ada pelaburan Dato’ Seri, untuk membina kemudahan pengilangan dan
penyelidikan dan pembangunan R&D yang canggih, yang terkini bagi menempatkan teknologi as semicon, semikonduktor terkini seperti pembungkusan 3D dan cip AI generasi baharu. Sekarang kita sebut AI, itulah waktu hadapan kita. Itulah yang kita perlu lihat kepada dan di Pulau Pinang, saya yakin, saya percaya kita boleh ada di landasan sedunia. If i can say that. Sorry, in English. Dan kita juga there is a one very important plan.
Kita sedang melaksanakan Dato’ Seri, Pelan Induk Bakat STEM Penang, Pulau Pinang di mana kita Dato’ Seri, kita menyasarkan latihan 60,000 Jurutera-Jurutera menjelang tahun 2030. Which is selari dengan matlamat, Dasar Negara Malaysia. Iaitu dasar semikonduktor negara. Kita ada satu dasar tersebut juga. So, kita sedang selari dan selaras dengan itu. Dato’ Seri, selain itu, kita ada institusi seperti Penang Skills Development Centre (PSDC), of course ada banyak GLC yang lain. Penang STEM yang adalah payung kepada beberapa yang lain. Dan kita bekerjasama dengan politeknik dan universiti juga supaya kita boleh lihat dan pastikan pendidikan itu diberi keutamaan di Pulau Pinang.
Dan of course, apabila saya sebut tentang STEM, apabila saya sebut tentang TVET, ini adalah untuk pastikan ada cukup bakat dan tenaga untuk industri yang wujud di Pulau Pinang. So, kita ada program Dato’ Seri, seperti Train and Place, of course pensijilan daripada industri, ada pensijilan sekarang Dato’ Seri, and of course pembangunan kurikulum dengan industri. So, kita bekerjasama dengan industri. Pesat kerjasama tersebut supaya kita pastikan kita dapat dilengkapi Dato’ Seri, seperti mana saya nyatakan dengan kemahiran teknikal dan saya lihat juga kita ada program-program yang lain. And i think kita, saya akan sebut secara ringkas. Satu daripada program itu adalah like i said, daripada STEM payung kita.
Coach in School Young Investors Challenge, yang kita sudah pun laksanakan and the STEM showcase of course yang mana kita sudah pun lihat beberapa bengkel dilaksanakan yang melibatkan, actually the bengkel Dato’ Seri, it’s 4,160, empat ribu satu ratus enam puluh yang melibatkan 37,000 pelajar. Ini adalah satu daripada program-program yang kita akan terus laksanakan. So, of course banyak yang lain tapi yang penting ingin saya nyatakan beberapa number, angka itu penting kerana itulah pencapaian kita. So, kita juga telah pun daripada STEM daripada 4500 program STEM dan TVET. Dato’ Seri, ini melibatkan 500,000 pelajar setakat ini dan semua akan meningkat.
So, saya juga ingin menyatakan kita bukan sahaja sedang memberi tumpuan pada Pulau tetapi di Pulau Pinang kita ada lima (5) daerah. So, tumpuan juga adalah di Seberang. So, kepada semua rakan saya dari Seberang, jangan takut. Kita akan mari dan kita akan bantu. No issues. This is for generasi hadapan kita. Itu yang terpenting. So, ingin saya nyatakan, of course kita sudah pun ada satu identiti kalau saya boleh nyatakan, itu boleh ya Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia kan. It does (kurang jelas) no problem. Kamus ada Bahasa Inggeris yang sama juga dengan Bahasa Malaysia. Kita ada identiti di Pulau Pinang sebagai Lembah Silicon Timur.
Tapi, Dato’ Seri Speaker, because of this question, ingin saya nyatakan. Saya sudah pergi ke beberapa tempat lain di dunia sekarang. Di India, di Chennai yang Lembah itu, Lembah Silicon India. 1.5 bilion orang di situ. Kita 1.8 milion sahaja. So they are the silicon valley of India. Saya pergi ke Hiroshima, universiti di situ dan apa mereka katakan, itu yang penting. So for me kita pun sudah ada nama Lembaga Silikon Timur Dato’ Seri. Saya hendak kita sekarang lihat pada bagaimana kita boleh jadi Lembaga Silikon bakat dan kemahiran di seluruh rantau kita ini. And i think it can be done. That is what we are working
on. When we talk about this STEM, TVET Dato’ Seri, i hope you understand. So, saya tidak mau menyatakan apa-apa lagi. Itu saja.
Haa, cukup.
Unless you have a question. Terima kasih.
Sila, terima kasih Datok Keramat. Dan saya nak jemput Telok Bahang.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya nombor Sembilan (9).
9. Projek Penang South Islands (PSI).
(a) Nyatakan setakat ini berapa peratuskah penambakan terhadap pulau
tersebut dijalankan.
(b) Berapa ramaikah penduduk-penduduk yang terlibat dengan
pengambilan tanah dan rumah mereka?
(c) Berapakah pampasan yang telah mereka terima?
Terima kasih.
Terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Telok Bahang. Jumlah keluasan keseluruhan Pulau Silikon adalah 2,300 ekar. Dan kerja-kerja penambakan terbahagi kepada dua (2) fasa. Fasa Pertama melibatkan kerja-kerja tebus guna seluas 1,260 ekar, manakala Fasa Dua (2) akan melibatkan baki 1,040 ekar. Tempoh penambakan akan mengambil masa 10 hingga 15 tahun untuk disempurnakan keseluruhannya. Setakat 30 April, seluas 150 ekar telah pun ditambak iaitu lebih kurang 6.5% daripada keseluruhan. Dan kerja-kerja penambakan sepertimana Yang Berhormat sedia maklum bermula pada September 2023. Projek tambakan Pulau Silikon tidak melibatkan sebarang pengambilan balik tanah kerana kerja-kerja penambakan dilakukan di kawasan laut. Namun begitu pembinaan Projek Lebuhraya Pan Island Link 2A ataupun (PIL2A) Fasa 1 yang menghubungkan Batu Maung dengan Pulau Silikon terlibat dengan proses pengambilan tanah di kawasan Permatang Damar Laut yang melibatkan 13 lot tanah, 17 buah rumah dan dua (2) premis perniagaan serta satu (1) rumah kebajikan dan satu (1) rumah ibadat.
Pengambilan tanah tersebut telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 8 Mei 2024 dan diwartakan pada 11 Julai 2024 di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah. Kesemua pemilik atau pihak berkepentingan ke atas tanah, struktur dan bangunan telah pun menerima bayaran pampasan sewajarnya selepas penilaian menyeluruh daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) serta melalui proses siasatan bersama Pentadbir Tanah Daerah DBD pada bulan Disember 2024. Majoriti pihak berkepentingan telah pun menerima jumlah pampasan melebihi RM1.5 juta ringgit bagi setiap lot tanah manakala tiga (3) individu telah menerima bayaran ex-gratia masing-masing sebanyak RM43,500.00. Jumlah keseluruhan pampasan yang terlibat bagi projek (PIL2A) ini ialah RM24,154,948.73, manakala bayaran ex-gratia sebanyak RM130,500.00 ringgit telah pun dibayar. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Memandangkan jangka masa untuk menyiapkan ataupun memenuhi tambakan pulau ini, adakah pihak konsesi ataupun pihak kontraktor yang diberi tanggungjawab untuk menimbus ataupun membuat pulau ini mempunyai stok pasir yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tambakan atau kontraktor ataupun konsesi ini diberi inisiatif sendiri dengan izin untuk mencari stock pasir. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tanggungjawab untuk mendapatkan stock pasir bagi projek tebus guna ini adalah tanggungjawab di atas pihak kontraktor. Dan saya dimaklumkan untuk Fasa Pertama 1,260 ekar ini memang sudah mencukupi sumber-sumber pasir, malah saya difahamkan syarikat kontraktor juga memiliki konsesi sendiri di negeri lain. Jadi apa yang Kerajaan Negeri dimaklumkan sememangnya mencukupi dan apapun adalah tanggungjawab kontraktorlah untuk mendapatkan sumber pasir, terima kasih.
Terima kasih, dan saya nak jemput Yang Berhormat Air Itam.
Terima kasih Dato’ Seri Yang Di-Pertua, soalan saya soalan nombor 10.
10. Senaraikan destinasi penerbangan domestik dan antarabangsa baru yang
dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sejak bulan
Ogos 2023 sehingga sekarang.
(a) Apakah potensi tambahan penerbangan pada masa depan?
Ya, terima kasih Yang Berhormat Air Itam. Buat masa ini destinasi penerbangan domestik ke Pulau Pinang ialah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur daripada Subang, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu. Sejak Ogos 2023 sehingga sekarang terdapat tiga (3) penerbangan domestik baru yang dilancarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang iaitu pada Mac tahun 2024 Kota Kinabalu-Pulau Pinang operated by, i mean dikendalikan oleh AirAsia. Mac 2024 Kuching-Pulau Pinang, AirAsia. Mereka merupakan penyambungan semula selepas COVID, tetapi pada Jun 2024 dari KLIA ke Penang iaitu Firefly iaitu penerbangan yang baru. Sejak Ogos 2023 sehingga sekarang terdapat 14 penerbangan antarabangsa baru yang dilancarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang iaitu September 2023 Xiamen-Penang Xiamen Airlines, Oktober 2023 Doha-Penang Qatar Airways, November 2023 Don Mueang daripada Thailand di Thailand, Firefly. February 2024 Dubai-Penang Fly Dubai. April 2024 Don Mueang Thailand-Penang Thai Lion Air. Mei 2024 Shanghai-Penang Juneyao Airlines. Julai 2024 Shenzhen-Penang Shenzhen Airlines. Ogos 2024 Shanghai-Penang Shanghai Airlines. Oktober 2024 Jakarta-Penang Batik Air. Oktober 2024 Shenzhen-Penang AirAsia. November 2024 Hong Kong-Penang Hong Kong Express. Disember 2024 Chennai-Penang Indigo Airlines dan April 2025 Yangon-Penang Myanmar Airlines dan April 2025 Chengdu-Penang Sichuan Airlines. Dan seperti saya lapor 14, setiap bulan saya pergi ke airport untuk menyambut penerbangan sulung ini dan angka ini tidak termasuk beberapa penerbangan sewaan charted flight yang melancarkan penerbangan dari Bandaraya Antarabangsa ke Pulau Pinang.
Dan soalan (a) Apakah potensi tambahan penerbangan pada masa depan? Sukacita saya laporkan Cambodia Airways telah mengumumkan bahawa penerbangan sulung dari Phnom Penh ke Pulau Pinang pada 26 Jun 2025. Jadual penerbangan ialah dua kali seminggu pada hari Khamis dan Ahad. Dan mereka telah mengumumkan di sosial media dan telah menghubungi Kerajaan Negeri dan Ticket on Sales. Dan ini merupakan Negara Asean yang keenam yang akan mempunyai connectivity ke Pulau Pinang sempena dengan tahun ini Malaysia menjadi Pengerusi Asean. Tahun ini kita ada Yangon-Penang dan bulan Jun Phnom Penh-Penang. Dan sektor penerbangan di Pulau Pinang berpotensi untuk terus berkembang pada masa depan dengan pengenalan laluan baharu penerbangan terus ke Pulau Pinang. Antara faktor yang menyumbang kepelbagaian pusat pelancongan di Pulau Pinang yang terkenal dengan warisan makanan, budaya dan keindahan alamnya dan kerja-kerja promosi Kerajaan Negeri pembukaan laluan juga yang belum diterokai sejajar dengan perkembangan industri penerbangan dan kerjasama dengan syarikat penerbangan bagi meningkatkan kapasiti dan frequency penerbangan. Dan yang paling penting ada potensi Yang Berhormat Air Itam ialah perkembangan dan pemodenan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang boleh meningkatkan keupayaan dan kemudahan menjadikan lebih menarik kepada syarikat penerbangan untuk menawarkan penerbangan tambahan. Buat masa ini hanya terdapat 16 ruang parking pesawat. Bahasa Inggeris aircraft bays ada
parking. Saya cakap Bahasa melayu kemudian aircraft bays. Boleh ya Telok Air Tawar. Dan perancangan akan ditambah 12 yang baru, menjadi sejumlah 28 ruang parking pesawat. Kapasiti tambahan ini bersama dengan perancangan kapasiti lapangan terbang akan dibesarkan untuk menampung 12.0 juta penumpang pergerakan penumpang setahun. Dan ini adalah berbanding dengan kapasiti sekarang hanya 6.5 juta penumpang setahun buat masa ini. Oleh itu, saya rasa kita mempunyai potensi yang besar, sekian terima kasih.
Terima kasih
Terima kasih Paya Terubong, soalan tambahan saya apakah pencapaian penerbangan terus sebelum COVID berbanding dengan sekarang. Soalan kedua, selain penerbangan terus, apakah mod pengangkutan lain yang baru yang boleh membawa bilangan pelancong yang lebih ramai ke Pulau Pinang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Air Itam soalan yang amat bagus sekali. Sebenarnya tadi saya lapor begitu banyak airlines sebenarnya tahun lalu, tahun 2024 kita mencatatkan sejarah dalam sejarah penerbangan Pulau Pinang. Tahun lalu buat pertama kali kita mengalahkan Kota Kinabalu Airport, kita mengalahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kita menduduki tempat kedua dalam Laporan Aircraft Movement pergerakan aircraft mengikut (CAAM) iaitu Civil Aviation Authority of Malaysia yang mana menyenaraikan KLIA pertama, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kedua dan baru ikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan pada tahun, seperti soalan tadi Pre COVID dan sekarang, pada Februari 2025 setiap minggu kita ada 320 penerbangan setiap minggu ke Pulau Pinang Antarabangsa 320. Sebelum COVID iaitu pada tahun Februari 2019 hanya ada 284 sahaja. Dan kita kalau lihat lebih jauh lagi Februari 2016, 10 tahun lalu kita hanya ada 208 penerbangan International Flight seminggu ke Pulau Pinang. So, oleh itu 208 tumbuh meningkat sehingga 320. Peningkatan sebanyak 54%.
Oleh itu telah mencatatkan sejarah tahun 2024 menjadi lapangan terbang antarabangsa kedua terbesar di Malaysia selepas KLIA. Dan soalan yang bagus daripada Air Itam juga Pulau Pinang kedatangan pelancong bukan sahaja daripada udara, dia datang dari laut, datang juga dari darat. Oleh itu, kita kena macam itu Army lah, kena Air Force, kena Navy, kena ada Army. Udara, darat dan juga laut. Dan udara of course direct flight dan laut daripada kapal pelayaran pelancong yang besar. Cruises yang sampai ke pangkalan kita. Tetapi saya ada darat. Apa itu darat, lebuhraya. Sukacita saya untuk memberikan memberitahu Dewan ini ada berita telah dimaklumkan bahawa kita akan juga menerima kereta api Hat Yai - Butterworth dan yang dinamakan Mysawasdee tahun ini. Hat Yai - Butterworth dan tahun ini juga International Express Bangkok-Butterworth yang akan datang melalui kereta api yang kereta api. Ini akan memberikan satu peluang yang amat besar dari pelancong-pelancong bukan sahaja daripada selatan Thailand tetapi daripada Indo-China kebanyakan orang backpackers ataupun pelancong-pelancong daripada Europa mereka suka pergi Indo-China. Mereka suka pergi Bangkok, mereka suka pergi Vietnam, Kemboja dan sebagainya. Lepas itu datang ke Bangkok melalui kereta api sampai ke Butterworth. So, itulah boleh membawa satu lagi peluang keemasan daripada darat, daripada kereta api yang boleh meningkatkan bilangan pelancong bukan sahaja ke pulau tetapi juga di Seberang Perai. Itulah jawapan saya, terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih pada Paya Terubong. (gangguan). Tunggu, nanti, nanti. Nantilah. Ada penerbangan terus ke Jepun ya?
Boleh, boleh jawab juga. Dan kita.
Tak payah, tak payah. Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Saya jawab waktu buat penggulungan.
Ahli-ahli Yang Berhormat kita mengalu-alukan kehadiran Konsul Jeneral Jepun di Penang Encik Shinya Machida. Kalau tak ada penerbangan terus ke Jepun sila. Apa nama Batu Uban, sila.
Terima kasih Dato Speaker. Saya ucapkan tahniah kepada Paya Terubong, Yang Berhormat Paya Terubong kerana kita juga menjadi antara lapangan terbang yang sibuk di negara Malaysia ini. Dan saya nak tahu juga apakah langkah seterusnya untuk kita menghubungkan Pulau Pinang dengan destinasi-destinasi pelancongan yang lain contohnya seperti Bali sebab saya dimaklumkan pada tahun Oktober tahun 2022 Kerajaan Negeri ada membuat satu MOU untuk kita menghubungkan penerbangan terus daripada Bali ke Pulau Pinang. Maka saya nak tahu apakah status tersebut. Dan juga penerbangan terus ke India iaitu Chennai dan Pulau Pinang juga mendapat satu sambutan yang baik. Saya difahamkan (dengan izin) load factor bagi penerbangan terus ini telah mencapai lebih kurang 70%. Maka adakah akan diteruskan juga kepada bandar-bandar yang lain di Tamil Nadu, seperti di Trichy. Itu soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih soalan Batu Uban dan juga tadi Bali, Jepun, India dan sebagainya saya akan jawab sekaligus kerana kita sedang mempelopori destinasi-destinasi baru dan antara yang kita pelopori ialah seperti yang sebut tadi. Dan Bali adalah satu tempat yang penting, bukan sahaja untuk membawa orang Pulau Pinang pergi melancong ke Bali. Tetapi, membawa orang-orang dari Australia ataupun New Zealand yang melancong ke Bali kemudian hantar mereka ke Penang kerana orang-orang pelancong-pelancong Australia suka pergi ke Bali berdekatan dengan Darwin, Melbourne dan juga Sydney. Mereka pergi Bali dan kita, kita kalau ada penerbangan terus kita boleh membawa mereka sampai ke sini.
(kurang jelas) kita sedang mempelopori peluang tersebut dan juga destinasi seperti yang Jepun juga, kita belum ada penerbangan terus ke Jepun. Kita bercadang untuk melawat ataupun berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan dari Jepun yang, yang untuk lihat bagaimana kita boleh introduce satu direct flight daripada Jepun, sebab masa ini pelancong kita biasanya akan transit di Hong Kong, Taipei ataupun Shanghai ke Jepun. Dan soalan tentang India ini, tahun lalu bulan 12 bulan Disember kita telah memperkenalkan Chennai ke Pulau Pinang dengan load factor yang amat mengalakkan dan kita perlu bukan sahaja menyokong airline tersebut, tetapi juga melalui aktiviti-aktiviti. Minggu lalu kita ada satu edition award dengan dengan CM yang rasmikan dengan artis-artis daripada Kollywood. Kollywood, Hollywood di Amerika. Di Chennai panggil Kollywood ‘K’, yang Bollywood ialah Hindi side upper utara India tapi di southern India, Kollywood. So, ada edition award dengan artis pemberian-pemberian anugerah dan sebagainya dan membawa jenama Pulau Pinang ke India. Dan kita sedang melihat bagaimana kita menambahkan peluang-peluang tetapi, dia perlu sejajar dengan kapasiti airport kita. So, dia kena kena tally juga dengan kapasiti parking bay, kapasiti pelbagai facility airport. Tapi, saya boleh kata ialah kita berpeluang amat besar, amat cerah apabila apabila airport kita akan di dinaik taraf pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Itu saja jawapan saya.
Terima kasih dan.
Dato’ Speaker.
Sila.
Dato’ Speaker. Saya nak tanya berkenaan dengan lapangan terbang ni sebab (kurang jelas) sebanyak RM6.5 juta akan dinaikkan ke RM20 juta, RM12 juta eh satu angka yang begitu besar. Dan kita tahu pada tahun 2022, ada banjir besar berlaku di situ, di lapangan terbang dan kalau kita nak naikkan kapasiti penumpang di Lapangan Terbang Pulau Pinang, apakah ada kerja-kerja infra yang dijalankan untuk memperbaiki lapangan terbang tersebut?
Apabila kita mengambil peluang ini, kerana Perdana Menteri telah meluluskan Projek Perbesar Lapangan Terbang Antarabangsa ini, oleh itu kita akan termasuk apa-apa yang disebut mitigasi banjir, pembesaran ruang menunggu, improvement on the immigration dan sebagainya. Dengan bagaimana alignment dengan LRT, semua ini telah diberikan pertimbangan dan akan dimasukkan dalam skop Perancangan Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Terima kasih. Soalan 11, adalah soalan Penanti yang telahpun dijawab bersamaan dengan soalan nombor tiga semalam. Maka soalan 12, saya persilakan.
Dato’ Seri Speaker, soalan saya adalah soalan 12.
12. Senaraikan hotel-hotel baharu mengikut daerah yang telah beroperasi sejak
bulan Ogos 2023 sehingga sekarang dan berapakah jumlah bilik hotel pada
masa ini berbanding bulan Ogos 2023?
(a) Apakah hotel-hotel tambahan yang bakal beroperasi pada masa
depan dan sama ada bilangan hotel-hotel tersebut memenuhi
keperluan sektor pelancongan di Pulau Pinang?
Terima kasih.
Ya, terima kasih ADUN Berapit. Berkenaan dengan hotel-hotel baru di Pulau Pinang. Sebanyak 13 hotel baru telah dibuka di Pulau Pinang dari Ogos 2023 hingga April 2025, pembukaan hotel baru ini membawa penambahan sebanyak 2,311 bilik kepada kapasiti penginapan negeri ini. Buat masa ini, terdapat 22,513 bilik hotel. Hotel-hotel baru yang beroperasi sejak Ogos 2023, saya sebut satu persatu.
i. Crowne Plaza Penang Straits City di Butterworth, Ogos 2024, 343 bilik;
ii. yang Gurney Bay Hotel, yang dulunya dipanggil Evergreen Laurels selepas renovasi September 2024, 368 bilik;
iii. The George Penang terbuka pada 8 Oktober 2023, 92 bilik;
iv. Macalister 288 1 Januari 2024, 36 bilik;
v. The Penang Marriot Hotel Februari 2024, 223 bilik;
vi. Citadines Connect Cecil Georgetown 21 November 2024, 143 bilik;
vii. Lyf Georgetown Penang by The Ascott Limited November 2024, 143 bilik;
viii. The Iconic Marjorie di daerah Barat Daya, 298 hotel bilik;
ix. The Fifth Avenue di Georgetown 241 bilik;
x. Citadines Tanjung Tokong 143 bilik;
xi. The Millen Penang 99 tahun 2025, 146 bilik;
xii. Deview yang Kingston Hotel yang dulunya dipanggil Deview, 81 bilik;
xiii. BreakX Hotel Jelutong, 54 bilik.
Hotel-hotel, soalan tak soalan berikutnya yang tanya oleh ADUN Berapit ialah hotel-hotel baru yang bakal beroperasi, yang sebenarnya Holiday Inn and Suite Penang di Icon City di Perai dia telah soft launch. Tetapi, akan beroperasi sepenuhnya tahun ini. Capri by Fraser Penang, The Westin Hotel, Harris Hotel di Bandar Baru Ayer Itam, Le Meridian berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Inter Continental dulunya di Teluk Bahang, dulunya bekas Mutiara Resort, Evergreen Hotel di Jalan Magazine pembukaan dia semua akan datang.
Senarai yang tadi saya sebut, bukan senarai lengkap kerana dia masih belum buka yang dan adalah tertakluk kepada pengumuman semasa daripada operator hotel berkenan. Penambahan hotel-hotel ini meningkatkan kapasiti penginapan di Pulau Pinang, khasnya di kawasan-kawasan baru seperti Barat Daya dan Seberang Perai ini sekaligus membantu memenuhi keperluan serta memberikan impak positif kepada sektor pelancongan Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Saya tanyalah kepada Paya Terubong, atas ramai hotel-hotel baru yang telah didirikan sejak Ogos 2023. Ini memandang, ini telah menunjukkan Pulau Pinang adalah sangat popular dalam pelancongan, dapat menarik hotel baru didirikan dan saya selalu percaya angka itu adalah menunjukkan semua. Kalau pelabur mereka sudi untuk melaburkan wang masuk ke Pulau Pinang untuk mendirikan hotel, termasuk sini adalah potensi yang sangat tinggi.
Tapi, yang saya lebih minat di sini adalah memahami adalah ekonomi yang lebih berkesan iaitu high spending pelancong (dengan izin-nya) adalah pelancong yang lebih, yang sudi untuk berbelanja lebih tinggi. Ah bagaimana hotel baru ini dapat membantu untuk menyumbang dari dalam ekonomi Pulau Pinang yang lebih dengan kesan yang lebih tinggi. Terima kasih.
Ya, terima kasih kepada Berapit. Kebelakangan ini hotel-hotel baru yang saya sebut tadi, ada antaranya adalah adalah kita panggil mempunyai jenama antarabangsa. International branding maksud dia, dia mempunyai di peringkat antarabangsa jenama hotel yang yang paling yang lebih terkemuka seperti Marriot series ataupun Escort series, kedua-dua jenama adalah yang adalah merupakan international five star hotel yang yang mempunyai branding yang bagus, dan kebelakangan ini banyak tubuh di Pulau Pinang.
Dan ini dapat menyokong seperti yang tanya oleh Yang Berhormat Berapit ini menyokong high spending kerana apabila kita ada convention tadi saya sebut ada maiis aktiviti, ada persidangan-persidangan besar, 1,000 deligasi business leaders datang ke Pulau Pinang. Mereka duduk di hotel-hotel five-star dan hotel-hotel seperti mempunyai five-star yang yang berjenama.
Oleh itu, mereka mempunyai pilihan yang lebih baik dan dengan dengan ini juga bukan sahaja convention business, business Traveller Pulau Pinang sebagai hub semi-conductor dengan dengan pelbagai peluang ekonomi, kita menarik banyak business traveler yang datang ke Pulau Pinang untuk, untuk pelbagai urusan perniagaan dengan convention business dan sebagainya.
Maka, kewujudan hotel-hotel antarabangsa ini boleh menarik boleh menarik kehadiran dan juga boleh menarik lebih banyak international persidangan antarabangsa datang ke Pulau Pinang, kerana persidangan antarabangsa asean level, mereka juga lihat pula bilangan five-star hotel yang lokasi-lokasi bandar tersebut. Oleh itu, saya rasa itulah satu perkembangan yang positif, sangat positif untuk Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih. Dan...
Dato’ Speaker.
Soalan tambahan.
Aah, ni. Pengkalan Kota, sila.
Terima kasih, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Saya ingin tanya kepada YB Paya Terubong, bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan hotel-hotel baru dapat menyumbangkan secara aktif kepada industri dan juga ekonomi tempatan, khususnya terhadap dari segi pengambilan pekerja tempatan, mempromosikan produk tempatan pelancongan ataupun menjalinkan kerjasama dengan Perniagaan e-Mikro ataupun PKS. Terima kasih.
Saya rasa dengan penambahan kapasiti bilik-bilik hotel ini, ada dalam erti kata ekonomi dalam supply and demand dengan menambahkan supply dan terdapat persaingan yang sihat antara industri hotel. Dan mereka perlu setiap hotel-hotel operator, mereka perlu inovatif. Apakah menonjolkan perbezaan hotelnya dengan orang lain. Bagaimana mereka menonjolkan, mereka boleh menggunakan pelbagai cara bagaimana identiti hotel tersebut dengan menambahkan nilai-nilai kebudayaan, ada hotel yang yang ada dengan unsur-unsur Peranakan, misalnya.
Unsur-unsur Peranakan dari segi reka bentuknya, dari segi penyediaan makanannya dan sebagainya. Dan ini dengan penambahan bilangan hotel-hotel tersebut juga, akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan bukan sahaja kepada frontdesk staff, tetapi juga pelbagai pelbagai peringkat dari segi pereka bentuk juga yang
berbagai peluang ekonomi. Oleh itu, dia mempunyai satu effect yang bagus kepada semua sektor-sektor berkenaan.
Dan juga boleh dan paling, paling baik dalam seperti yang saya sebut dalam senarai sana, dia bukan sahaja tertumpu di George Town, ataupun di Tanjong Bunga. Di Pulau Pinang dulu waktu dulu 20 tahun, 30 tahun dulu waktu dulu hotel-hotel di George Town dan Tanjong Bunga saja, Batu Feringghi saja. Sekarang juga hotel hotel di di terkemuka di kawasan Barat Daya, di Bayan Baru, di Teluk Kumbar, di Butterworth, di Icon City, dan di Juru dan bakal juga semestinya Batu Kawan juga mesti ada. Dia tak utara, tengah dan selatan perlu ada juga. Oleh itu, saya rasa akan menjana Bertam juga, Bertam juga. So, dia dia menjana local economy satu kesan ekonomi tempatan yang yang baik kepada ekonomi tempatan. Itu sahaja.
Terima kasih.
Dato’ Speaker.
Hotel lagi?
Hotel. Ya, saya ada buat soalan bertulis berkenaan dengan perolehan percukaian yang dicapai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tetapi di dalam percukaian ini tidak tercatit cukai yang dikutip, di kita panggil cukai katil, hotel tourism tax. Lebih kurang, saya tak tahu berapa ringgit, jadi boleh kita dapatkan penerangan sikit cukai hotel, cukai katil itu dimasukkan ke dalam jabatan YB ataupun kepada Kerajaan Negeri, sebab di dalam jawapan Kerajaan Negeri tidak ada tercatit cukai katil.
Yang saya beri jawapan secara ringkas, saya boleh jawab penuh apabila saya gulung nanti. Hotel fee kita telah tahun lalu, telah kita mengutip sekitar RM11 juta dan telah dimasukkan dalam akaun Kerajaan Negeri. Jawapan penuh akan saya beri semasa penggulungan. Terima kasih.
Terima kasih, dan seterusnya saya nak menjemput soalan yang ke 13 yang dari Yang Berhormat Air Putih. Air Putih tiada dalam dewan, maka soalan dilangkau. Soalan 14 telahpun dijawab bersama dengan soalan nombor dua, soalan 15 telahpun dijawab bersama dengan soalan tiga. Maka saya nak seterusnya menjemput soalan 16. Sila.
Dato’ Speaker soalan saya nombor 16.
16. NyatakanjumlahRumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang dibina tanpa
kebenaran di Pulau Pinang dari tahun 2023 hingga 2025.
(a) Apakah usaha atau mekanisme Kerajaan Negeri untuk
memastikan pematuhan setiap binaan RIBI?
(b) Senaraikan jumlah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri
terhadap RIBI yang dibina tanpa kebenaran mengikut daerah.
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Kepada soalan lisan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kawasan Permatang Pasir. Dari tahun 2023 hingga 2024, sebanyak 43 tapak Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) tanpa kebenaran telah dikenal pasti di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai, manakala Majlis Bandaraya Pulau Pinang merekodkan sebanyak 149 tapak. Namun, selepas pengemaskinian data dan pemantauan berterusan dijalankan, menunjukkan penurunan dalam jumlah tapak binaan RIBI tanpa kebenaran. Setakat Mei 2025 iaitu tahun ini, jumlah tapak tanpa kebenaran yang direkodkan di MBPP telah menurun kepada 115, manakala angka di MBSP sebanyak 21. Jadi ini menunjukkan bahawa usaha pemantauan dan pengemaskinian data yang dilaksanakan telah memberikan kesan positif ke arah penyelesaian isu ini.
Kerajaan Negeri akan lebih kerap mengadakan sesi libat urus bersama setiap pihak persatuan RIBI bagi menerangkan tentang pentingnya mengemukakan permohonan rasmi sebelum membina sebarang struktur binaan. Pendekatan awal Kerajaan Negeri perlu menjalankan kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menggalakkan setiap RIBI bagi mendaftar maklumat terperinci bagi membantu Kerajaan Negeri untuk mempunyai rekod rasmi kewujudan setiap RIBI. Proses seterusnya Kerajaan Negeri perlu mewujudkan dasar yang jelas bagi sebarang pembinaan atau ubah suai RIBI wajib memohon Kebenaran Merancang dan pengesahan pelan bangunan melalui One-Stop Centre (OSC) negeri. Ini memastikan reka bentuk, struktur dan lokasi bangunan mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) serta pelan guna tanah yang diluluskan. Jadi jumlah RIBI yang terlibat, untuk soalan kedua, dalam tindakan penguatkuasaan adalah sebanyak enam struktur RIBI, yang kebanyakannya merupakan shrine kecil dan struktur kecil lain yang menceroboh tanah rizab Kerajaan. Antara enam tindakan ini, satu dari Seberang Perai Utara, dua dari Seberang Perai Tengah, dua dari Seberang Perai Selatan dan satu dari Daerah Timur Laut seperti di LAMPIRAN A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Terima kasih.
Terima kasih.
Ada soalan tambahan.
Sila.
Dato’ Speaker, kita ada satu isu di apa, di status RIBI di York Road yang telah difahamkan telah mengambil sebahagian daripada tanah JPS yang menyebabkan jalan menjadi sempit untuk penduduk sekitar. Jadi apa, apakah tindakan? Ia berlaku di Jalan York lah, York Road.
Terima kasih. Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Permatang Pasir. Maksud kamu adalah kuil itu di Jalan York? Oh! yang ni telah kita selesaikan. Ini telah kita melalui mesyuarat penyelarasan RIBI kita dah menyelesaikan dengan agensi-agensi, ada lawatan tapak dan berbincang bermesyuarat dengan RIBI tersebut dan juga JPS dan semua yang terlibat dan soalannya telah ajak, apa tu masalah ini telah diselesaikan terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih dan seterusnya saya nak mempersilakan… (gangguan).
Soalan tambahan Dato’. Boleh?
Sila.
Terima kasih Sungai Pinang. Berkenaan dengan kuil-kuil atau pun tokong-tokong tanpa kebenaran ini kerana saya nak tahu apakah tindakan daripada Yang Berhormat Sungai Pinang terhadap kuil-kuil yang telah berasal lebih daripada 100 tahun kerana ada kadang-kadang temple tu lebih daripada 100 tahun tetapi tidak dapat di register kerana mungkin dia terlibat dalam isu tanah dan sebagainya. Tapi bolehkah Yang Berhormat bantu untuk mendapatkan status warisan untuk kuil-kuil tersebut kerana selalunya saya ada satu isu di contohnya kuil di Penanti. Ada satu temple di Penanti yang telah lama tapi temple tu Bahagian Warisan telah datang melihat dan dia telah mengiktiraf tapi tidak dapat mengeluarkan satu surat yang mengatakan ini adalah bangunan warisan kerana dia terlibat dalam isu tanah, so sebagaimana Yang Berhormat boleh membantu untuk mereka mendapatkan status tanah untuk temple-temple yang telah lama. Terima kasih.
Ya, terima kasih YB. Batu Uban. Memang ada banyak RIBI yang terlibat dengan tiada tanah, tentang tapak tanah. Masalah tapak tanah. Jadi saya rasa adalah bagus kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh kemukakan semua dan kita adakan sesi libat urus dan juga perbincangan dan kita cari, cari jalan penyelesaian bersama. Tengok macam mana kita boleh bantu. Memang saya rasa kalau kita duduk bersama dia akan ada satu penyelesaian. Jadi, sebab kita juga sedang melaksanakan supaya tanah lapang yang di mana kita boleh buat permohonan supaya dia boleh dijadikan sedang dalam usaha, yang ini juga. Jadi untuk tanah-tanah di mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Uban, saya sukalah kalau kita boleh sama-sama, kita duduk bersama, kita kemukakan dan kita bincangkan bersama dan cari ikhtiar bersama untuk menyelesaikan isu ini. Terima kasih.
Terima kasih dan seterusnya… (gangguan).
Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri mengenai langkah-langkah yang sedang atau pun akan diambil untuk membantu Rumah Ibadat Bukan Islam yang masih belum berdaftar khususnya selepas ROS mengetatkan ataupun tidak lagi membenarkan pendaftaran baru untuk RIBI. Apakah mekanisme yang tersedia bagi menyokong RIBI yang beroperasi tanpa pendaftaran tetapi ingin bergerak secara sah buat masa depan. Terima kasih.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Pengkalan Kota. Saya rasa sekarang di masa kini untuk makluman semua, di dalam sistem e-RIBI kita sebanyak 1203 RIBI telah berdaftar dengan kita jadi jika ada masalah, masalah dengan pendaftaran, saya rasa panggillah mereka datang ke jabatan kita, apa, pejabat kita kepada HARMONICO juga kita ada satu jawatankuasa task force untuk membantu RIBI-RIBI, untuk mencari jalan penyelesaian dan difahamkan saya tak berapa faham tentang apa ketatkan. Is this isu tanah?
ROS, ya ROS. Pendaftaran ROS untuk pendaftaran RIBI yang tidak masih belum berdaftar dengan ROS untuk menubuhkan pertubuhan penganut-penganut.
Yang ini nanti you rujuk persekutuanlah… (gangguan).
Saya rasa ini datanglah ke pejabat kita and then kita sama-sama, kita tengok dokumen, apakah masalah itu dengan lebih spesifik. Baru kita selesaikan dia. Okey? Terima kasih.
Okey, terima kasih dan seterusnya 17, soalan Pinang Tunggal, Pinang Tunggal mohon cuti maka soalan dilangkau dan… (gangguan).
Dato’ Speaker.
Ya.
Mohon Jawi perjelaskan soalan 17.
Tak, tak ada. Tak boleh, tak boleh. Telok Ayer Tawar bukan Pinang Tunggal. Saya kena ikut Peraturan Mesyuarat juga. 18, Yang Berhormat Permatang Berangan. Sila.
Terima kasih kepada Dato’ Seri, Speaker. Soalan saya nombor 18.
18. Mengapakah pencemaran Sungai Kereh akibat pembuangan najis babi masih
berlaku walaupun dalam Sidang DUN yang lepas dinyatakan najis babi ini
akan dipindahkan ke Valdor untuk diproses menjadi biogas?
(a) Berapakah jangka masa isu ini benar-benar dapat diselesaikan?
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker. Menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Berangan. Cadangan pemindahan najis khinzir dari Kampung Selamat ke tapak biogas di Valdor tidak dapat dilaksanakan dalam masa sekarang ini akibat risiko penularan najis atau pun penyakit berjangkit mengenai najis ini kenderaan atau pekerja yang terlibat dalam proses pemindahan ini. Pada 1 Disember 2024, Persatuan Penduduk atau Persatuan Penternak ini telah bertemu dengan pihak pemaju untuk mereka bersetuju untuk membangunkan satu sistem yang baru dalam menangani masalah ini dengan sistem Quantum Thermal Pyrolysis Cracking di mana Syarikat HRB Q Tech Sdn. Bhd. telah bersetuju dengan penternak ini. Dan susulan tersebut pada 17 Disember 2024, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu penternak dan juga pihak pemaju ini. Mereka berbincang dan bersetuju bahawa sistem ini perlu diguna pakai dengan dua ladang dijadikan sebagai ladang rintis untuk melihat sama ada sistem ini boleh digunapakai atau sebaliknya. Pihak Jabatan Veterinar
akan menjalankan pemantauan terhadap parameter BOD, AN dan juga beberapa lagi parameter yang akan dilaksanakan selama dua minggu selepas projek rintis ini selesai dan sekiranya pemantauan ini dilihat hasil positif, projek ini akan diteruskan kepada seluruh, semua ladang iaitu 61 buah ladang dan kita mensyaratkan sehingga 1 Jun projek ini perlu dilaksanakan sekiranya hasil positif dinilai oleh pihak JPV Pulau Pinang. Sekiranya pihak penternak enggan lagi untuk memakai sistem ini kita akan mengenakan kompaun sebanyak RM15,000.00 dan akan ditarik lesen. Sekiranya sistem ini gagal, maka pihak syarikat akan menanggung kompaun tersebut. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua. Selain daripada memproses najis ini menjadi biogas, apakah ada alternatif lain untuk kita menggunakan najis babi ini untuk kita daripada ianya dibuang ke dalam sungai diproses menjadi benda lain dan kebanyakan ladang babi yang ada di Kampung Selamat ini dibuat secara konvensional. Jadi apakah Kerajaan ada cadangan untuk kita menyusun semula kandang-kandang yang ada di Kampung Selamat ini. Terima kasih.
Terima kasih soalan tersebut. Yang saya sebut tadi pada 1 Disember Syarikat HRB Q Tech Sdn. Bhd. telah mencadangkan satu sistem yang baru. Yang awal tadi kita senang sebut tentang pemindahan najis untuk kita buat biogas tapi sistem yang dicadangkan yang kedua ini adalah Quantum Thermal Pyrolysis Cracking ini, sistem yang baru untuk mereka mencipta perkara-perkara yang boleh diguna pakai misalnya arang dan juga lain-lain. Saya rasa mungkin secara lanjutnya mungkin YB Jawi, Jason ada nak tambah sikit? Saya nak bagi laluan kepada beliau.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Mungkin saya boleh tambah sedikit berkaitan dengan QTC System ini. Memang isu di Kampung Selamat adalah satu isu pencemaran yang saya tau selalu dibangkit oleh semua pihak termasuk juga pihak pembangkang. Dan kini kita ada satu sistem ini, buat sementara waktu seperti apa yang saudara saya, Saudara Fahmi, telah menerangkan. Sebenarnya QTC ini dia bukan buat biogas saja. QTC System ini dia akan buat biochar iaitu arang biochar. Lepas tu yang penting dia boleh buat crude oil. Melalui sistem ini dia akan dapat hasil crude oil iaitu minyak asli. Mungkin harap-harap sistem ini kalau dia bermula next year 2026, Januari harap dia akan mula operasi pada tahun depan dan mungkin kita boleh ajak saudara untuk melawat ke kilang tersebut dan dia ada banyak method untuk banyak cara untuk mengurus sisa-sisa pembuangan daripada sisa khinzir ni daripada ladang khinzir.
Di Kampung Selamat seperti apa yang dimaklum, mereka gunakan dua kaedah iaitu kaedah pertama mereka merawat air dalam setiap ladang khinzir. Buat sementara waktu kita telah jalankan dua pilot project dan setahu saya, keputusan try run itu, memuaskan di bawah BOD yang di bawah tahap yang ada oleh Jabatan Alam Sekitar juga JPS dan kita, kaedah yang kedua pembinaan untuk QTC plan ini, mereka akan buat satu kilang di Kampung Selamat dan akan mengambil semua sisa-sisa pembuangan daripada setiap
ladang itu untuk buat proses untuk crack sisa pembuangan daripada khinzir itu akan jadi biochar, biochar mereka boleh jual dengan harga tinggi, mereka boleh buat crude oil dan 50% daripada tersebut itu mereka akan buat akan cipta biogas. Biogas mereka akan guna balik untuk QTC system ini untuk menjana proses. So saya harap kita dapat lihat ada perubahan pada masa yang akan datang. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Jawi.
Mohon mencadang Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Sudah, cukup lah.
Dak, hendak tanya sedikit pasal biogas ini, ini penting. Terima kasih Dato' Speaker bagi saya mencelah. Terima kasih soalan tambahan kepada Yang Berhormat Fahmi dan Yang Berhormat Jason. Saya dengar itu memang cantik, kata hendak buat biogas lah apa lah semua di Kampung Selamat tetapi projek itu bila akan dibuat dan bila akan disiapkan yang kata hendak buat kilang itu tolong perjelaskan. Lagi satu yang rakyat dok bau gas ini di Tasik Gelugor, ni dok bau gas tiap-tiap pagi dan petang. Bila hujan mai macam mana hendak hindarkan dok bau gas tahi babi ini dah dekat hampir 40-50 tahun dah sampai hari ini belum diselesaikan. Itu gas juga tu, dok bau gas itu.
Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar, 40 tahun masalah ini dan zaman saya, saya akan selesaikanlah. Hah, kena bagi tepukan sedikit.
Bila? bila saya tanya? hendak selesai sampai habis pilihan raya pun tidak selesai, bila hendak selesai?
Saya sebut tadi, kita telah berjumpa dengan pihak pemaju iaitu 1 Disember 2024 berbincang dan kita telah buat pilot test pada Januari 2025 dan kita mewajibkan untuk mereka laksanakan sekiranya positif kita mewajibkan mereka laksanakan mulai 1 Jun 2025 dan proses pembinaan kilang dan proses yang lain-lain kita harap tahun 2026 boleh selesai masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan 19, Yang Berhormat Ahli Kawasan Bagan Jermal.
Soalan saya Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan 19. Terima kasih.
19. Mengenai program sports tourism di bawah portfolio PETACE (Penang State
EXCO Office for Tourism and Creative Economy).
(a) Apakah program sport tourism yang telah diusahakan dan dalam
perancangan oleh EXCO PETACE?
(b) Apakah usaha dalam dan luar negara untuk meningkatkan potensi
sport tourism di Pulau Pinang?
Terima kasih ADUN dari kawasan Bagan Jermal bertanyakan tentang Program Sport Tourism di bawah portfolio saya.
Buat masa ini, terdapat dua acara utama pelancongan sukan ataupun sport tourism yang dianjurkan di Pulau Pinang oleh Pejabat EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) iaitu Penang Bridge International Marathon dan Penang International Dragon Boat Regatta. Kedua-dua acara ini mendapat sambutan daripada peserta dari seluruh dunia. Tahun lalu pada tahun 2024, pejabat saya telah membuka lembaran baru dan memberikan nafas baru serta tenaga segar kepada kedua-dua acara ikonik tersebut iaitu kita berpindah ke tempat baru dengan sinergi bersama pihak swasta.
Larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang buat pertama kali dalam sejarah bermula dari Seberang Perai (Aspen Vision City di Batu Kawan) dan larian berlangsung atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) dan dijenamakan sebagai larian jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Ini kerana Jambatan Pulau Pinang bukan jambatan terpanjang di Pulau Pinang, bukan jambatan terpanjang di Asia Tenggara, jambatan terpanjang di Asia Tenggara ialah di Brunei tetapi mereka tidak anjurkan marathon. Oleh itu kita menjadi larian terpanjang, larian jambatan terpanjang di Asia Tenggara kerana larian ini berjaya menarik penyertaan melebihi 22,000 peserta dan merupakan acara sukan terbesar di Utara Semenanjung Malaysia.
Kedua, Pesta Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang menempah sejarah pada tahun 2024 apabila dipindahkan dari Empangan Teluk Bahang ke Straits Quay Marina. Ini kerana air, paras air empangan turun, tidak dapat kita anjurkan di sana, oleh itu kita mengambil kesempatan untuk pindah ke Straits Quay Marina. Acara ini disertai 61 pasukan daripada 12 negara. Jumlah peserta ialah 1600 orang dan lokasi baru tersebut mesra rakyat dan jauh lebih ramai penonton berbanding tahun-tahun lalu. Selain itu, berkenaan dengan soalan tambahan yang bertanyakan tentang peluang baru, terdapat cadangan untuk program pelancongan sukan baharu dianjurkan di Pulau Pinang seperti larian jarak jauh, berbasikal jarak jauh, berenang dan kombinasi aktiviti sukan tersebut dari pihak swasta yang memang bertaraf dunia. Kerajaan Negeri bersedia bekerjasama dengan pihak swasta untuk mempelopori idea-idea tersebut dalam usaha merancakkan lagi pelancongan sukan di Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri dan agensinya tentang soalan berkenaan dengan apakah usaha tambahan Kerajaan Negeri dan agensinya berusaha menambah baik dan meningkatkan prestij acara sedia ada yang dilaksanakan setiap tahun. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri telah mengadakan lawatan rasmi ke acara di luar negara pada tahun 2024, delegasi Kerajaan Negeri telah berkunjung ke Hong Kong untuk bertemu selain daripada bertemu dengan syarikat penerbangan dan juga menghadiri Hong Kong International Dragon Boat Races (HKIDBR) 2024. Pada masa yang sama kita berinteraksi dengan pasukan-pasukan antarabangsa yang hadir di Hong Kong dan juga untuk mempromosikan Penang International Dragon Boat Regatta 2024 untuk menarik penyertaan mereka.
Selain itu, delegasi Kerajaan Negeri telah sempena membuat promosi pelancongan di Xiamen, China dan mengambil kesempatan untuk menyaksikan Xiamen Marathon 2024 yang disertai melebihi 30,000 peserta full marathon. Pengalaman dan sesi networking sebegini semasa menyaksikan acara besar antarabangsa ini telah memberikan kelebihan dan juga idea-idea baru kepada penganjuran acara pelancongan sukan di Pulau Pinang.
Terima kasih.
Soalan tambahan kepada Yang Berhormat Ahli Kawasan Paya Terubong. Selain daripada pemasaran untuk menarik lebih ramai peserta adakah saya hendak bertanyakan sama ada teknologi akan digunakan untuk menaikkan lagi taraf atau piawaian sukan tersebut supaya ia akan menjadi suatu acara sukan yang unggul dan seterusnya menjadikan Pulau Pinang satu hub tourism, sport tourism ini. Terima kasih.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Bagan Jermal, dia memang minat tentang teknologi dan apabila kita menganjurkan aktiviti ataupun acara sport tourism ini bukan sahaja sport tetapi juga fokus kita kepada pelancongan iaitu supaya apabila pasukan-pasukan antarabangsa datang mereka duduk di hotel dan sebagainya memenuhi fokus kita kepada pelancongan juga. Oleh itu kita fokus kepada dua dan kita telah benchmark dengan acara antarabangsa yang lain umpamanya apabila kita buat Penang International Bridge Marathon buat tahun 2024 kita buat pertama kali di Malaysia. Di Malaysia kita introduce lead car dengan Tesla, Tesla bermodel 3 and model 5, Tesla, Tesla lead car di depan yang pasang Seiko timer dan memimpin larian marathon di Penang Bridge International Marathon so buat pertama kali di dalam marathon di seluruh Malaysia kita yang pertama sekali ada Tesla lead car. Pada malam itu Tesla adalah memimpin larian marathon ini melalui jambatan, pusing satu round balik, memimpin. So itu satu contohnya dan kita juga menggunakan teknologi terbaru, kita telah mempelajari acara-acara marathon lain apabila waktu dulu apabila pelari marathon, saya lari marathon, half marathon juga, saya tahu apabila kita berlari photographer tangkap gambar kita akan dapat beribu-ribu gambar setiap 5-kilometer ada photographer tangkap gambar, ada finishing line, kita lepasi garisan penamat kita tangkap gambar semua, mereka akan generate beribu-ribu gambar. Waktu dulu apabila saya lari marathon Penang Bridge International Marathon, saya finish saya habis full marathon tahun 2022 dan apabila habis kita cari gambar, cari beribu-ribu tidak dapat, cari 6 jam, 6 setengah jam.
Yang Berhormat, bagi pendek.
Boleh, boleh.
Cerita itu nanti di dewan makan.
Kita guna artificial intelligent untuk recognize big number kemudian daripada big number, key in big number boleh download semua dapat gambar so dalam masa singkat kita menggunakan teknologi sama ada teknologi terbaru AI dan sebagainya untuk meningkatkan prestij acara-acara pelancongan sukan yang kita anjurkan.
Terima kasih. Seterusnya Cap Feri. Yang Berhormat Ahli Kawasan Seberang Jaya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, kempen pemilihan bersungguh-sungguh, soalan saya nombor 20.
20. Apakah keberkesanan pelaksanaan Beras Cap Feri sejak bulan Disember
2024 dan sejauh manakah ia menampung keperluan isi rumah B40 Pulau
Pinang?
(a) Berapakah jumlah kampit Beras Cap Feri yang telah diedar dan terjual?
(b) Apakah indikator kejayaan program ini dan adakah laporan
pemantauan awam disediakan?
Terima kasih kepada Dato' Speaker bagi menjawab soalan Yang Berhormat Ahli Kawasan Seberang Jaya sehingga 20 Mac 2025 jumlah pengeluaran Beras Cap Feri adalah sebanyak 16,000 kampit bersamaan dengan 80 tan metrik dengan nilai jualan adalah sebanyak RM272,000 ini memberi manfaat sebanyak lebih kurang 48,000 isi rumah golongan B40 dengan terjualnya 16,000 kampit ini dalam tempoh kita pasarkan hujung Disember sehingga Mac, 3 bulan. Kita membantu golongan B40 sekitar 48,000 isi rumah. Indikator kejayaan pelancaran Beras Cap Feri ini diukur di setiap penjualan di Jualan Agro MADANI di setiap Jualan Agro Madani ini akan menyediakan hampir 500 kampit Beras Cap Feri dengan kita menganggarkan sebanyak 32 program Jualan Agro MADANI di 32 lokasi yang berbeza di seluruh negeri yang kita adakan setakat April 2025. Di semua lokasi ini, Beras Cap Feri merupakan produk tumpuan utama dengan jualannya hampir kesemua habis dalam tempoh 2 jam sahaja sewaktu program dijalankan. Namun, diperingkat
Kerajaan Negeri belum ada lagi survey ataupun pemantauan secara formal kerana Kerajaan Negeri mempunyai kekangan untuk membuat survey ataupun pandangan awam terhadap kewujudan Beras Cap Feri dalam membantu golongan B40. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih YB Dato' Speaker, terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Pantai Jerejak di atas pencerahan. Pada asalnya kita dimaklumkan dalam Dewan yang Mulia ini beras ini adalah strategi serampang 2 mata untuk membantu pesawah dan juga untuk pasarkan padi tempatan dan menutup kelompongan beras tempatan yang berlaku. Namun kini Beras Cap Feri ini menggunakan beras import dan kos adalah lebih mahal sebenarnya daripada Beras Madani. Soalan saya mengapa berlaku perbandingan kos yang sebegini, itu yang pertama.
Yang kedua, boleh tak Yang Berhormat nyatakan sebenarnya apakah mekanisme dari segi perbincangan dalam jawatankuasa pemandu yang telah digagaskan ini untuk capai supaya dapat digunakan bekalan padi tempatan dalam jangka masa panjang. Adakah boleh Yang Berhormat nyatakan juga komitmen dalam Dewan ini satu tempoh tetap bilakah Beras Cap Feri satu produk Kerajaan Negeri akan gunakan sepenuhnya beras tempatan hasil padi dalam negeri dan bukan lagi beras import dan ada lagi soalan, sat, tambahan sedikit sebab penting, ini produk Kerajaan Negeri.
Berapakah jumlah syarikat ataupun entiti yang disenarai pendek oleh jawatankuasa pemandu sebelum Syarikat Mohamed Meera Sahib ini dipilih dan mengapa pertubuhan peladang tidak dimanfaatkan sepenuhnya sama ada untuk dilesenkan atau memasarkan Beras Cap Feri ini dan selebihnya saya minta supaya kalau boleh dilampirkan mengikut setiap KADUN berapa beras ini dipasarkan dan kemukakan angka serta rekod, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ahli Kawasan Seberang Jaya, tiga soalan yang begitu panjang dan saya memilih untuk menjawab dalam ucapan gulung saya untuk memberi penjelasan yang jelas kepada semua persoalan-persoalan dan naratif-naratif yang dibuat oleh beberapa pihak berkenaan Beras Cap Feri ini tapi niatnya adalah untuk membantu golongan B40 dan persoalan yang Yang Berhormat sebut tadi beras ini mahal adalah sangkaan yang sangat tidak tepat. Saya akan jawab dalam penggulungan saya nanti. Terima kasih.
Terima kasih, dah sudah.
Dak, kena tukar nama Cap Feri boleh tak, pasal slow sangat Cap Feri tu slow sangat, tukar Cap Boat pula, speed boat.
16,000 kampit.
Kami tidak nampak pun beras ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah tamat selaras dengan Subperaturan 26(7) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi dan ada satu usul Dibawah Peraturan 6A (1) Peraturan Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini 20 hari bulan Mei, Selasa dilanjutkan sehingga 7.00 malam.
Terima kasih.
Saya mohon menyokong.
… (ketawa). Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul dibawah Peraturan 6A (1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 20 Mei 2025 hari Selasa, dilanjutkan sehingga 7.00 malam. Ahli-ahli Berhormat yang bersetuju, katakan ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat:
Ya.
Yang tidak bersetuju katakan tidak. Tak ada. Kita semua setuju, usul dipersetujui. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang ke-15, pada 16 yang lalu dan saya nak mohon mempersilakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas, Bertam sila. Siapa yang nak bangun, bangunlah. Siapa nak bahas bangunlah, kalau tak ada saya minta, bangunlah. Ni Penanti sudah lambat bangun, saya ingat tak ada.
Usul Terima Kasih Kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua NegeriMotion
Baik. Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan atas ucapan terima kasih, atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Peringkat awal, saya ingin juga sebagaimana Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang lain ingin merakamkan ucapan rasa hormat dan kesyukuran dan mengucap setinggi-tinggi tahniah pada Tun Dato’ Seri Utama Ramli Ngah Talib atas pelantikan beliau sebagai yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-9 yang pastinya merupakan satu harapan baru kepada negeri kita. TYT Tun Ramli Ngah Talib bukanlah satu nama yang asing dalam arena kepimpinan negara kerana beliau telah berpengalaman luas sebagai Menteri Besar Perak selama hampir 70, 17 tahun dan diperingkat Persekutuan pula beliau pernah menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan dengan kepimpinan Tun, kita yakin bahawa Pulau Pinang bakal melangkah kehadapan. Mewakili seluruh rakyat DUN Bertam, saya ingin melafazkan ikrar untuk memberi sokongan yang penuh kepada Tun dalam menjalankan amanah dan seterusnya diberikan kesihatan dalam memimpin negeri ke arah yang lebih gemilang.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk tidak ketinggalan untuk menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada Tuan Yang Terutama Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-8 kerana di sepanjang tempoh kepimpinan beliau, banyak sumbangan yang amat-amat tidak ternilai demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri ini telah dilakukan. Dan di samping beberapa inisiatif yang kita semua sedia maklum, dah banyak kali disebut penanaman 1,000,000 pokok dalam sehari, penubuhan Yayasan Amal TYT dan pelbagai lagi merupakan jasa dan sumbangan beliau dan semoga ia menjadi legasi kepimpinan dan segala usaha murni itu mudah-mudahan dirahmati Allah SWT.
Dan yang ketiganya Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak lengkap kalau mewakili dan tidak keterlaluanlah, bukan hanya mewakili rakyat Bertam tetapi rakyat Kepala Batas secara keseluruhan, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang dan seluruh barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atas penghargaan dan penghormatan yang tertinggi dan diberikan kepada Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana pemergian beliau merupakan pemergian yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada kami di Kepala Batas.
Dan penghargaan, penghormatan yang diberikan Kerajaan Negeri iaitu dengan menamakan semula Lebuh Raya Bandar Cassia di Batu Kawan sebagai lebuh raya atau jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu penghormatan yang amat-amat tinggi dan bernilai buat kami di Kepala Batas.
Dan keduanya ialah kesediaan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sendiri secara tidak rasmi untuk memperuntukan sebidang tapak tanah bagi tujuan diadakan pembinaan Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau adalah Perdana Menteri yang pertama datang dari negeri Pulau Pinang. Almarhum juga mempunyai banyak jasa, Jambatan Kedua bernilai 4.5 bilion dilaksanakan sewaktu zaman beliau, pembesaran airport 1.2 bilion peringkat awal dilakukan zaman beliau, 2.7 bilion Penang Sentral zaman beliau, BORR juga dilakukan di zaman beliau malahan pembangunan-pembangunan yang dilakukan, wilayah koridor dan sebagainya yang hari ini telah memberi manfaat termasuk negeri Pulau Pinang juga dilakukan di zaman almarhum maka selayaknya lah beliau kalau kita ada satu galeri bagi memberi pengiktirafan dan juga untuk dikenang pada generasi yang akan datang nanti.
Dato’ Speaker, saya nak beralih kepada beberapa agenda yang saya fikir mungkin dah disentuh namun penting untuk saya melihat bahawa ini adalah tajuk yang telah menjadi perbualan seluruh negara iaitulah berkaitan dengan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ataupun tipping tariff walaupun umumnya mengetahui bahawa tarif ini dikatakan dikenakan kepada 57 negara. Itu hanya sekadar daripada 11 hingga 50 peratus. Hakikatnya 100 negara dikenakan dengan orang kata based line of 10 percent. Dan ini telah menjadikan ekosistem perdagangan dunia berubah. Namun sebagai sebuah negara perdagangan, sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, kita tidak boleh mengambil benda ini sebagai perkara yang ringan namun pada waktu yang sama juga kita perlu melakarkan strategi secara bijak dan tidak terkecuali juga negeri Pulau Pinang yang meninggalkan ataupun yang terkesan daripada ini. Namun saya sekali lagi ingin mengulangi pujian saya kepada Kerajaan Negeri kerana begitu pantas mengambil tindakan mewujudkan Penang monitoring tariff, tariff monitoring taskforce dan juga membangunkan trade adaptation tool kit.
Kedua-dua inisiatif yang dibuat di samping di peringkat pusat pun diadakan NGCC ataupun National Geoeconomy Command Centre, sama dengan MITI yang menubuhkan MITI Tariff Taskforce. Kedua-dua ini mengambil perkiraan bahawa bukan hanya soal Amerika menaikkan tarif tetapi kesan daripada perang yang semakin menjadi sengit antara dua gergasi, powerhouse, economic powerhouse iaitulah China dan Amerika.
Sebagai untuk rekod, KDNK ataupun kalau kita nak mengukur saiz suatu ekonomi kita lihat pada GDP dia, GDP US adalah yang terbesar di dunia 27 trilion manakala GDP China bernilai lebih kurang 17 trilion. Dan kelompok ataupun blok yang ketiga yang dianggap besar adalah GDP Euro iaitulah 15 trilion. Namun dari segi dagangan dunia, negara yang mengeluar, mengeksport dan mengimport mencatatkan dagangan yang terbesar sekali adalah China dengan 5.8 trilion dan mencatatkan 1.2 trilion surplus maknanya China mengeksport nilainya lebih daripada dia mengimport.
Manakala US nilai dagangan dunia dia adalah 5.4 trilion USD, which is about 20 over trillion ringgit Malaysia. Bayangkanlah, kita hanya 2.8 dagangan, eksport 1.5 trilion ini lebih daripada 22, 23 trilion. 10 kali ganda daripada kita dan menjadikan bahawa dan dengan mencatatkan defisit 1.2 trilion. Inilah yang menjadikan pentadbiran Trump kurang senang kerana berlakunya kekurangan daripada pencapaian apa yang mereka lakukan dalam dagangan. Untuk makluman, setiap kali kita berdagang, kita mengharapkan untuk mendapat apani yang disebut trade surplus. Penyumbang trade surplus yang tertinggi kepada Malaysia adalah Amerika Syarikat. Apa makna trade surplus? Trade surplus bererti kita jual kita eksport lebih daripada kita import. Maka akan berlaku reserve of dollar lebih tinggi kepada negara kita. Secara tak langsung dia akan menyumbang kepada strengthening of ringgit dengan izin, against dollar America sebab 90% pedagangan dunia masih lagi berasaskan green bag ataupun dollar. Sebab itulah orang kata dalam soal kita melihat berkaitan dengan tarif ini, saya ingin juga menyebut bahawa kita tak terlepas daripada radar Trump kerana kita adalah antara 15 pengeksport terbesar ke US. Tetapi yang menyumbat defisit kepada US kita adalah yang ke 15. Maknanya selepas Mexico, China, Canada dan di kalangan negara Asean, penyumbang terbesar defisit terbesar kepada US adalah Vietnam. Kedua adalah Thailand dan ketiga adalah kita. Sebab itulah Vietnam punya tarif kena sampai 48% manakala kita kena 24%.
Namun yang saya nak tekankan ialah startegi yang dilakukan Kerajaan Negeri saya fikir perlu juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat sebab yang berdagang itu adalah negara tetapi penyumbang kepada dagangan negara adalah negeri. Jadi segala dasar-dasar yang dilakukan oleh di peringkat persekutuan perlu seiring dan
dalam hal ini sebagaimana yang saya sebut daripada semalam iaitu tentang berkaitan strategi mempelbagaikan pasaran ataupun destinasi pasaran dan juga mempelbagaikan sektor-sektor strategik yang lain. Dalam hal ini, saya ingin mengulangi bahawa, antara yang penting untuk kita lihat bahawa kita kena lihat tentang new imaging markets ataupun pasaran-pasaran yang baru muncul selain daripada US selain daripada China dan kita kena lihat juga pasaran-pasaran yang kita ada kekuatan. Kita kena, mungkin Kerajaan Negeri mahu mempertimbangkan misi retain and regain, yang mana kita nak senaraikan pasaran-pasaran yang kita nak retain, yang dah ada surplus, yang mana yang kita nak regain, so supaya ada clarity dalam stategi kita.
Antaranya, umpamanya adalah negara-negara yang sudah kita ada FTA. Kita ada lebih kurang 16 negara yang ada FTA bersama dengan kita dan daripada 16 ini, 7 terdiri daripada bilateral FTA, manakala yang selebihnya adalah terdiri daripada multilateral FTA. Maknanya, melalui RCEP atau CPTPP yang mana kita juga signatory kepada perjanjian tersebut, dan perjanjian-perjanjian ini kita boleh perkukuhkan lagi kerana penembusan kepada pasaran tersebut sudah sedia ada seperti Turkey, New Zealand, Chile, Australia dan banyak lagi negara-negara yang telah tersenarai dalam FTA. Dan demikian juga, dikalangan negara-negara yang dianggap sebagai negara yang mempunyai FTA bersama dengan negara Amerika Syarikat ini juga negara-negara yang wajar dijadikan sasaran dan juga target kepada kita untuk kita lihat kekuatan dan juga strategi sebagai langkah-langkah mitigasi dalam kita berdepan dengan kenaikkan tarif.
Namun Tuan Yang di-Pertua, saya optimis sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa dalam rundingan yang sedang diketuai oleh menterinya Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz banyak perkara yang telah disentuh dan ada jaminan-jaminan tertentu kita bakal menyaksikan bahawa keputusan yang lebih baik daripada peringkat awal akan dapat dicapai dan seterusnya akan menjadikan keterhubungan dagangan kita lebih kukuh dengan US dan juga lebih kukuh bersama dengan negara China. Dan dalam aspek kedua adalah berkaitan dengan kepelbagaian, mempelbagaikan sektor-sektor strategik yang lain. Salah satu sektor yang saya sebut semalam adalah sektor peranti perubatan, medical devices saya sebut semalam bahawa medical devices, jumlah eksport kita perdagangan bernilai RM49.5 bilion pada tahun 2024 meningkat 27.7% dan 70% nya datang daripada negeri Pulau Pinang. Dan saya sebut begini, begini kerana memang saya tahu bahawa industri ini sudah ada 20 tahun, dah ada 25 tahun tapi ada ruang dan peluang untuk kita melakukan pengukuhan kerana permintaan-permintaan yang datang daripada sektor healthcare ni ataupun sektor perkhidmatan kesihatan semakin hari semakin meningkatkan. Dan sebagaimana yang telah dihasrat, dihayati oleh Kerajaan Negeri untuk melihat bukan hanya MNC saja yang dapat berkembang, untuk melihat orang kata syarikat-syarikat yang disebut sebagai LLC - large local company, ataupun local large companies, mid-tier mahupun kata SME dapat berkembang dan mengambil alih tempat-tempat yang hari ini diduduki oleh MNC.
Sebagai breakdown, untuk pengeluaran, untuk pengeluaran peranti perubatan di negeri Pulau Pinang, ada tiga (3) kategori yang besar, kategori pertama adalah MNC yang dikatakan USA MNC. USA MNC terdapat lebih kurang sekitar 38% The known USA MNC maknanya datang daripada Netherland, datang daripada negara-negara lain, Germany terdiri daripada 31%. Bererti kalau campur dua-dua hampir 69% ataupun 70%. Tetapi 30% yang lain 31% yang lain terdiri daripada local companies. So, mungkin boleh dikenal pasti syarikat-syarikat local untuk dibantu bagi, bagi melihat pasaran-pasaran yang mungkin dapat ditingkatkan sekaligus ia menjadi salah satu daripada mengurangkan kebergantungan kepada kepada apa nama ni kepada sektor E&E semata-mata. Dan untuk maklumat juga, alhamdulillah di peringkat awal setakat ini eksport kita ke US walaupun
berdepan dengan pelbagai cabaran dan juga kemungkinan-kemungkinan tarif ini, eksport kita untuk penggal untuk first quarter naik RM57.42 bilion, kenaikan 36.5% daripada tahun yang lalu.
Dan mungkin saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga kerana ada di kalangan pembelian-pembelian ataupun eksport ini di dalam istilah yang digunakan di dalam external trade ataupun global trade dipanggil front loading, they want to do front loading maknanya pada bulan 12 dah bermula. Masuk waktu sebelum Inauguration of President of Trump yang berlaku pada 19 hari bulan satu (1), saya pun naik hairan selalunya kebiasaannya bulan 12 trend eksport kita selalunya menurun, tapi bulan 12 kali ini naik dan dikatakan ini menjadi disebabkan oleh, oleh apa nama front loading. Demikian juga bila mana ada grace period for 90 days ataupun suspension of the tariff in position for 90 days maka terdapat juga kecenderungan bahawa berlakunya front loading sebab itulah E&E mencatatkan hampir 70% kenaikan eksport ke Amerika Syarikat dan selain daripada sektor medical devices.
Saya juga nak kata sependapat dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, sektor yang lagi satu adalah sektor industri halal. Dan untuk tujuan itu, saya ingin mengucapkan tahniah pada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 1 yang hari ini mengetuai dan menubuhkan Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang dan disebut sebagai Majlis Pembangunan Halal yang pertama yang ditubuhkan dalam Malaysia ini. Malahan untuk makluman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, tahun lalu kita telah mencatatkan eksport berjumlah RM60 bilion dalam nilai industri halal. Ini membabitkan RM34 bilion datang daripada F&B, ramuan halal lebih kurang RM19 bilion ataupun ingredients. Boleh dikatakan F&B dengan ingredients semua hampir mencecah 50% ataupun lebih kurang 85% daripada keseluruhan eksport. Kemudian yang kosmetik, derivative kelapa sawit dan juga farmaseutikal. Dan ternyata Pulau Pinang berada di tangga yang agak commendable.
Pada 2024 Pulau Pinang berada di tangga yang ketiga dalam sektor pengeksportan, orang kata barang-barang halal terutamanya makanan halal selepas negeri Johor iaitu RM28 bilion, Selangor RM18 bilion manakala Pulau Pinang mencatatkan RM3.56 bilion. setakat first quarter. Between Januari dan Mac sejumlah RM787 juta telah pun dicatatkan dalam penjualan. Ini menjadikan bahawa sektor halal adalah sektor yang mempunyai prospek yang besar tapi dalam sektor halal Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita kena lihat bahawa ia tidak terkait dengan makanan sahaja. Dia ada 14 sektor yang lain. Dia ada ingredients, dia ada apa nama ni lifestyle, dia ada personal care macam syampu dan sebagainya. Dan juga membabitkan kata termasuk logistik. Bila kita nak export, kita nak pastikan tidak berlakunya cross contamination, bagi menjamin kapal perkara-perkara yang dilakukan itu beberapa masih lagi di dalam piawaian halal dan ini sebenarnya adalah sektor yang luas dianggar RM3.5 trilion pada saat saya bercakap ini dan bakal berkembang sehingga RM5 trilion.
Sebab itulah sebagai agensi yang diberi tanggungjawab untuk mempromosi di peringkat luar, saya suka untuk maklumkan bahawa di peringkat pusat, saya sendiri yang mengetuai MATRADE, MATRADE adalah orang kata penganjur utama kepada MIHAS, Malaysia International Halal Showcase. Sudah ada 21 Edisi, Tuan Yang di-Pertua, malahan tahun lalu MIHAS telahpun diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai the largest halal showcase in the world. Setelah kejayaan tersebut maka sudah tiba saat ketikanya kita membawa MIHAS yang sudah ada branding ini ke luar negara. Keluar daripada boundaries of Kuala Lumpur, maka destinasi pertamanya adalah di Dubai, last year. Dan Alhamdulillah sekali lagi kita mencatatkan kata kejayaan dengan jualan sebanyak RM2.2 bilion. Untuk tahun ini, jelajah international yang kedua ni, jelajah antarabangsa yang kedua MIHAS, kita
akan adakan di Shanghai, di Shanghai dan saya sendiri dah pergi ke Shanghai, berjumpa dengan yang orang kata penganjur utama China International Import Expo (CIIE). Ini adalah antara pameran perdagangan yang terbesar yang diusahakan oleh Presiden Xi sendiri. Dan kehadiran yang bakal kita dapati di situ adalah hampir 400 ribu trade visitors, jauh 10 kali ganda lebih banyak di MITEC dan Alhamdulillah, dalam rundingan kita telah diberi sebab sejumlah, seluas saiz untuk, untuk diadakan pameran iaitu sebanyak 2,500 square meter bererti hampir 25,000 square feet ataupun separuh ekar.
Maknanya, jumlah dia, tempat dia besar jadi saya nak mengajak, saya dah hantar ke negeri-negeri dan saya dah hantar dekat Penang Halal International, Alhamdulillah dah ada respon secara positif bahawa penyertaan-penyataan dalam, dalam pameran-pameran perdagangan-perdagangan halal ini amat penting kerana di Pulau Pinang dia ada, yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 1 ada buat juga PIHEC. PIHEC bagus, very good permulaan tapi saya kata mungkin selepas ini kita boleh bergandingan, kita nak format ataupun model program tu biar berorientasikan lebih kepada B2B, kalau B2C macam MAHA. MAHA maknanya boleh bawa ramai orang kata business to consumer. Bila business to consumer, maka normally, kebiasaannya catatan-catatan sales tu rendah kerana dia hanya menjual apa yang ada pada stok dan tapi kalau B2B dia lebih kepada kita deal dengan premium ataupun dia kata premium buyers yang nak bawa premium buyers daripada luar, daripada Carefour ke, daripada Family Mart, daripada Walmart, daripada CP ataupun daripada semua tu adalah tugasan daripada MATRADE. Dan dalam, dalam business matching atau padanan-padanan perniagaan yang dilakukan sewaktu berlakunya MIHAS, berlangsungnya MIHAS ini akan membolehkan nilai-nilai eksport kita akan melonjak lebih tinggi berbeza dengan kalau model kita adakan model B2C. Dan saya yakinlah penyertaan PHIC ke dalam salah satu daripada MIHAS sama ada di Malaysia mahupun di Shanghai nanti akan melebarkan, meluaskan lagi kata lantai penyertaan yang mungkinkan orang kata pengingkatan industri halal di dalam di negeri Pulau Pinang.
Yang terakhir, sebelum saya sebenarnya ada dua (2), tiga (3) lagi tapi saya nak sentuhlah walaupun benda ni belum lagi berbangkit tapi CM ada sebut dalam jawapan yang dibangkitkan semalam. Saya fikir memanglah kita ni negeri yang dianggap sebagai mempunyai ekonomi yang besar. Kita antara negeri yang mempunyai KDNK melepasi RM100 bilion. Saya difahamkan sekarang ni dan RM120 billion dah mungkin. Dulu RM115 billlion. Malahan dengan income perkapita pun kita dianggap sebagai negeri yang tertinggi antara nombor tiga (3) selepas Selangor, selepas Wilayah Persekutuan. Tetapi negeri yang kaya tidak bererti memberi petunjuk bahawa kerajaannya juga adalah kerajaan yang kaya. Dan dengan ada keterbatasan, I am strongly, saya mempunyai simpati yang tinggi bahawa dalam keadaan yang amat terbatas, hasil mahsul bumi yang tak ada. Maka kita terpaksa melihat kepada dua rangka; satu (1) sebagaimana yang disebut oleh Kerajaan Negeri, Dato’, apa nama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri itu mengurangkan perbelanjaan, yang keduanya adalah untuk mempelbagaikan pendapatan dan salah satunya yang dapat saya syorkan ialah untuk melihat semula syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.
Saya tahu banyak yang di bawah CMI, barangkali perlu ada orang kata new TOR for them, new KPI atau realignment of certain, certain strategy actionable one supaya kita dapat menyaksikan bahawa syarikat-syarikat ni dapat menyumbang macam mana Johor, Johor ada Johor Corp boleh menyumbang RM70 juta kepada Kerajaan Negeri. Di selangor ada PKNS, ada Worldwide dan ada juga industri-industri yang sememangnya boleh di sertai oleh syarikat kita, contohnya penjanaan tenaga yang diperbaharui, renewable energy yang memerlukan, yang dikeluarkan oleh ST yang terdiri daripada solar farming floating solar. Ini juga merupakan industri yang boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh
Kerajaan Negeri yang sekaligus menjana pendapatan. Dan demikian juga oleh syarikat-syarikat yang mempunyai ruang-ruang peluang dan mungkin sudah tiba saat dan ketikanya PDC juga melihat di luar jangkauan daripada negeri Pulau Pinang.
Yang kedua ialah ini agak sensitif tapi ini adalah hakikat, bahawa suka tak suka memang kadar cukai yang tidak disemak hampir 30 tahun dah Yang Amat Berhormat CM, kalau tak silap saya yang terakhir adalah pada 1994 dan kemudiannya diwarta dan dilaksanakan 1996 kot tak silap. Perlu melalui satu proses yang saya anggap perlu dilihat melalui kanta ataupun model-model yang boleh dilihat sebagai progresif dan sebab apa sementara saya minta supaya sebarang semakan ni masih mengambil kira mereka yang terutamanya berpendapatan rendah di kawasan-kawasan luar bandar agar peningkatan-peningkatan yang nak dilakukan tidak tinggi tapi kita nak lihat juga supaya cukai-cukai secara comparison, tanah model, model yang berlaku di negeri-negeri lain dan demikian juga di negeri-negeri dan di luar negara sekalipun dapat diguna pakai kerana ini adalah selaras dengan Akta Kanun Tanah Negara. Kalau tak silap saya Seksyen 101 yang mengizinkan kita untuk melakukan semakan setiap 10 tahun.
Namun, kita ketinggalan satu lagi iaitulah kita lakukan adalah cukai petak, cukai petak baru saja dilakukan pada 2019 bererti untuk melihat apa nama semakan tu hanya terpaksa kita nanti 2029 sedangkan kita ada banyak konon-kondo yang mahal-mahal, kita ada banyak banyak kawasan-kawasan komersial petak yang tinggi malahan kalau secara by comparison saya tak mahu sebut di sinilah mungkin pada masa akan datang, kita boleh bezakan, agak, agak berbeza jauh dia bandingan yang di antara negeri kita dengan negeri Selangor dan Johor sedangkan hartanah-hartanah tersebut nilainya jauh lebih tinggi malahan salebility dia jauh lebih tinggi dan hakikatnya petak tu, petak tersebut perlu menjana yang penjanaan cukai yang lebih kerana mereka terdiri daripada mereka yang mampu dan akhir sekali, akhir sekali. Tadi nak tanya juga pasal beras ni. Saya pun nak tanya jugalah beras pasal beras tadi Beras Feri. Dua tiga perkara lah saya nak Tanya, pertama; difahamkan kata berdasarkan jawapan EXCO bertulis bawahannya lebih 12% daripada beras tempatan yang dihasilkan Pulau Pinang di pasarkan dalam negeri, 12%. So what happen to the remaining? Satu.
Kedua, apakah kita tidak ingin mengikut sepertimana yang dilakukan oleh Melaka? Di mana bukan hanya beras tetapi kita juga mengeluarkan benih, benih padi. Dan yang ketiganya saya pernah tanya soalan ini dulu. Dulu kita ada 12,000 hektar, 12,000 hektar tanah sawah. Saya rasa EXCO, daripada, I think Jason, daripada mana?
Jawi…
Jawi, pernah menyatakan bahawa berlaku penambunan ke atas tanah-tanah sawah. Apakah 12,000 hektar itu masih kekal ataupun jumlah dia sudah berkurangan barangkali 11,000 atau 10,000. Jadi Dewan ingin mengetahui, Bertam ingin mengetahuilah secara lebih tepat kerana di kawasan Bertam memang banyak terdiri daripada kalangan mereka yang terlibat dalam sawah dan dalam aktiviti penanaman padi. Jadi demikianlah Tuan Yang di-Pertua dengan segala yang saya bentangkan sebentar tadi. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Bertam. Seterusnya, ya, Air Itam sila. Eh, Air Putih… Dua kali saya sebut. Jiran ah…
Tersasul cakap tak apa, asalkan harap Speaker lebih kerap datang Air Putih.
Terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan, ucapan perbahasan untuk menjunjung titah, menjunjung kasih atas titah atas ucapan Perasmian Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kelima Belas Penggal Ketiga oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Saya nak mula dengan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah ke atas lantikan Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Yang Kesembilan berkuat kuasa pada 1 Mei 2025.
Semoga Pulau Pinang akan mencatatkan prestasi cemerlang dan gemilang di bawah pimpinan beliau. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan ke atas jasa bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak atas kepimpinan dan jasa perkhidmatan beliau kepada rakyat Pulau Pinang.
Pada masa yang sama, saya ingin menyampaikan takziah kepada ahli keluarga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah atas kehilangan Allahyarham yang telah menabur bakti yang tidak terhingga kepada negara dan negeri.
Dato’ Speaker, ekonomi negeri telah mencatatkan pertumbuhan GDP sebanyak 3.3% pada 2023 iaitu lebih rendah daripada pertumbuhan GDP negara sebanyak 3.6%. Akan tetapi sektor perkhidmatan yang merupakan atau membentuk sebanyak 59.2% GDP negara menyaksikan pertumbuhan yang lebih tinggi di Pulau Pinang sebanyak 6% berbanding atau melebihi pertumbuhan 5.1% oleh negara Malaysia pada tahun 2023. Semoga untuk tahun 2024, GDP Negeri Pulau Pinang akan melebihi GDP negara sebanyak 5.1%.
Penekanan kepada sektor perkhidmatan amat penting khususnya projek-projek negeri seperti Penang IC Design and Digital Park boleh memangkinkan lagi perkembangan ekonomi Pulau Pinang. Oleh kerana Kerajaan Negeri menghadapi kekangan kewangan, maka adalah perlu penglibatan sektor swasta secara rakan kongsi penting untuk terus menjana pembangunan Negeri Pulau Pinang. Memang bantuan Kerajaan Persekutuan pada 2024 dalam bentuk wang pendahuluan sebanyak RM100 juta bagi menampung aliran tunai dan projek-projek berpuluh bilion ringgit seperti LRT, Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Dua ke Juru menjadi sandaran utama negeri kita.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengakui bahawa kerajaan akan ketinggalan baki hasil sebanyak RM50 juta pada tahun ataupun pada akhir tahun 2024. Kini dimaklumkan bahawa lebihan hasil adalah sebanyak RM65 juta pada 31 Mac 2025 yang kemudian menyusut kepada RM43 juta pada 2 Mei 2025.
Di sini Kerajaan Negeri harus menjelaskan mengapa kedudukan kewangan negeri boleh menjadi begitu runcing sehingga Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM1.15 bilion pada 2019 telah merosot dalam tempoh 5 tahun sebanyak hampir RM1.1 bilion pada akhir tahun 2024. Ini bermakna defisit kewangan akibat perbelanjaan berlebihan hasil berturut-turut selama 5 tahun hampir RM1.1 bilion ini dan bolehkah angka terperinci diberikan, macam mana wang ini dibelanjakan?
Sememangnya usaha Kerajaan Negeri menambah hasil negeri dan mengurangkan perbelanjaan memang dialu-alukan. Tetapi jangan ia menjejaskan mana-mana bantuan kewangan yang diterima oleh rakyat ataupun menambahkan beban kewangan kepada rakyat. Saya juga ingin sama-sama bersetuju dengan pandangan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri yang meminta agar bantuan kewangan untuk warga emas dikekalkan pada tahap yang sama.
Di sini saya juga ingin menanyakan mengapa PDC menetapkan harga tender semula untuk 559 ekar tanah di Ladang Byram, Changkat dengan harga yang lebih rendah daripada tender yang pertama? Apabila tanah tersebut dijual secara direct nego atau rundingan terus kepada UMECH Construction Sdn. Bhd. ia adalah dengan harga RM646 juta. Kemudian bila kontroversi tanah ini menerima kritikan orang ramai sehingga The Edge Malaysia melabelkannya sebagai transaksi tanah turnkeys of the year untuk 2024. Urusan jualan rundingan terus dibatalkan dan digantikan dengan tender terbuka. Tawaran paling tinggi dalam tender terbuka ini ialah sebanyak RM818 juta daripada satu consortium yang dipimpin oleh syarikat IJM Properties Sdn. Bhd. anak syarikat kepada sebuah syarikat terkemuka atau syarikat hartanah terkemuka yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Harga tawaran tender terbuka sebanyak RM818 juta ini adalah RM172 juta atau 27% lebih tinggi daripada harga rundingan terus sebanyak RM646 juta. Hasil RM818 juta ini amat diperlukan dalam keadaan kekangan kewangan Kerajaan Negeri masa kini. Atas sebab yang belum difahami, tawaran tender ini dibatalkan dan ditender semula. Yang difahamkah harga tender semula yang diminta adalah lebih rendah daripada RM818 juta ini. Adakah ini berlaku dan bolehkah ada kepastian harga jualan di bawah tender semula ini akan melebihi RM818 juta ini?
Tuan Yang di-Pertua, di sini apabila kita lihat beberapa kontroversi yang berlaku, ada juga ADUN-ADUN yang menyatakan tentang bebanan bonus setinggi 6 bulan kepada pihak pentadbiran PDC dan mengikut angka yang diberikan, bonus yang dibayar adalah berjumlah RM6.7 juta. Sekiranya ia diberikan secara munasabah memang ini tidak menjadi satu perkara yang menjadi buah mulut di kalangan kakitangan kerajaan. Tetapi ada ditanya, adakah ini akan dibayar kepada semua badan kerajaan yang mendapat keuntungan sedemikian seperti Perbadanan Bukit Bendera dan sebagainya?
So, di sini kita hendak tahu siapakah yang dapat bonus sebanyak 6 bulan ini? Memang sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab atas land bank, ia memang mempunyai peluang untuk meraih lebihan hasil ataupun keuntungan yang tinggi, tapi ia harus digunakan untuk pembangunan. Sekiranya ini menjadi tanda tanya, saya rasa penjelasan harus diberikan sebab dan asas khusus pembayaran begitu tinggi sehingga 6 bulan bonus dibayar. Bolehkah pihak kerajaan menyatakan berapa yang menerima bonus agar bayaran bonus 6 bulan ini?
Di sini saya juga ingin merujuk kepada keuntungan yang diperolehi oleh PDC sehingga disebut-sebutkan bahawa pihak Kerajaan Negeri berhutang lebih RM300 juta kepada PDC. Saya berasa perkara ini menimbul tanda tanya kerana dalam satu soalan yang dijawab oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, memang dinyatakan Kerajaan Negeri tidak berhutang apa-apa wang kepada PDC tapi sekarang tiba-tiba muncul RM302 juta ini.
Di samping perkara tentang pembayaran bonus yang tinggi kepada Pegawai PDC, ada juga aduan daripada rakyat yang tidak puas hati tentang prestasi yang ditunjukkan oleh PDC khususnya dalam urusan beberapa projek. Saya tidak mahu sebut secara panjang lebar projek-projek tersebut tapi salah satu projek yang selalu saya mendapat aduan dan juga ditimbul oleh pihak parti pembangkang ialah berkaitan dengan projek pelebaran jalan dan penaiktarafan jalan dari satu lorong dari Jalan Perusahaan hingga ke persimpangan lampu isyarat Jalan Tok Kangar, Seberang Perai Tengah. Projek Jalan Tok Kangar ini memang menjadi satu isu yang amat kontroversi dan memang dalam kawasan ini saya rasa semua yang duduk di kawasan berhampiran ataupun persekitaran tahu tentang masalah ini dan kita memang menjadi, pihak pembangkang memang menjadi isu ini sebagai satu kritikan kepada pihak kerajaan. Bukan sahaja yang ada di dalam Dewan yang mulia ini, di luar pun ada, so di sini…
Air Putih, boleh mencelah tak…
Nanti saya, saya habis…
Sikit sahaja, sikit, bukan banyak…
Habis ayat ini saya bagi...
Sikit sahaja, pasal ada isu untuk...
Saya habis ayat ini saya bagi…
Saya nak tanya, dengan izin…
Saya habis ayat ini saya bagi… saya habis ayat ini saya bagi…
So, oleh sebab itu saya harap bahawa perkara ini boleh diambil perhatian serius dan tarikh baru kerana perkara ini telah lewat begitu lama. Tarikh baru yang diberikan untuk menghabiskan projek ini ialah 2026, tapi apakah tindakan yang nak diambil, apakah wang tambahan yang dibelanjakan dan adakah pihak berkaitan bukan sahaja daripada pihak kontraktor tapi pegawai-pegawai dalam PDC diambil tindakan sewajarnya?
Sila, Ketua Pembangkang.
Dengan izin Dato’ Seri Speaker. Air Putih boleh bersetuju tak bahawa Jalan Tok Kangar itu kita mahu solusinya bukan kita hanya nak bangkang ikut suka sahaja. Kita mahu supaya jalan tu diselesaikan. Bukan kita membangkang bukan suka-suka untuk nak jadikan sebagai agenda tu tetapi kita yang lebih pentingnya ialah Jalan Tok Kangar tu dapat diselesaikan, ada solusinya. Boleh bersetuju tak?
Itulah saya bangkit. Ketua Pembangkang tak bangkit pun. Betul tak? So di sini kami…
Ada YB, saya bangkit dalam sesi yang dulu…
Ya lah, saya pun bangkit serupa juga. Tapi di sini saya bangkit tu bila saya bangkit takkan saya dipersalahkan pula? Saya bangkit kerana ini…
Terima kasih lah…
Baik, saya terima ucapan terima kasih ini. Saya bangkit ini kerana ini adalah rintihan daripada rakyat yang memang ini merupakan satu isu, begitu lama. Ada yang sebut sudah lebih 5 tahun dan hanya siap pada mungkin akhir 2026. Saya setuju memang kita harap dia boleh siap tapi mengapa satu projek jalan, hanya pelebaran, boleh ambil masa begitu panjang dan di sini kerana ia adalah di bawah PDC, kita harap satu penjelasan yang menyeluruh diberikan. Apakah tindakan, adakah berlaku mana-mana kecuaian dalam kalangan pegawai PDC ataupun dalam perkara urusan atau pengawalseliaan projek ke atas kontraktor oleh pihak PDC. Saya rasa itu penting supaya ia tidak berulang lagi dan tentu apabila ada kelambatan, tentu ada tambahan kos. Apakah tambahan kos ini? berbanding dengan harga asal. So, itulah yang saya nak bawa dan kita harap perkara ini dapat diselesaikan. Penjelasan yang menyeluruh diberikan, kerana kita tidak mahu timbul pula apa-apa kelewatan sekali lagi. Dijangka siap yang kita dapat makluman ialah akhir tahun 2026. So, mungkin kena tunggu 18 bulan lagi. So, kita harap tidak ada sebarang kelewatan lagi.
Dato’ Speaker, dalam perkara ini saya juga ingin merujuk kepada permohonan daripada RIBI. Ini berkaitan dengan wang peruntukan yang diberikan kepada rumah ibadat bukan islam (RIBI). Saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri tidak memberi sebarang peruntukan, kerana yang diperolehi adalah daripada pihak pemaju dan kita harap bahawa Kerajaan Negeri boleh menimbang untuk menyediakan peruntukan tahunan yang khusus dan tetap kepada tabung amanah RIBI. Supaya, dapat disalurkan kepada RIBI yang menjalankan pembinaan dan ini amat diperlukan dalam keadaan ekonomi yang kurang menentu. So, sekarang memang bukan senang untuk mendapat derma daripada pihak swasta. So, amat bergantung kepada pihak kerajaan.
Kerajaan Persekutuan ada, tapi tak cukup. Kalau boleh ada satu dana yang lebih besar daripada Kerajaan Negeri untuk RIBI ia amat membantu dan yang difahami ialah sehingga sekarang jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM12 juta ini ialah untuk tempoh sejak 2018 iaitu lebih 7 tahun. So, kalau 7 tahun tak sampai RM2 juta setahun. So, kita harap bahawa jumlah ini boleh ditambah kepada RM10 juta setiap tahun sekurang-kurangnya. Saya percaya ini tidak akan ditentang oleh parti pembangkang, kerana jumlah ini bukan dikira jumlah yang besar dan dia juga akan membantu menunjukkan bahawa memang Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang menghormati kepelbagaian agama. Sudah tentu kita menjunjung negara Islam agama Islam sebagai agama negeri seperti mana kita lihat jumlah yang diperuntukkan untuk agama islam adalah jauh lebih tinggi. So, RM10 juta ringgit setahun bukanlah satu (1) jumlah yang besar.
So, saya percaya pihak pembangkang pun tak ada masalah kerana untuk perkara yang sama berkaitan dengan RIBI saya nak menarik perhatian tentang tanah RIBI yang telah pun disediakan di Ampang Jajar dalam Kawasan Parlimen Bagan. Saya difahamkan sebanyak 6.3 ekar telah pun diperuntukkan, tetapi ia telah diberikan dan diagihkan kepada 35 pertubuhan RIBI. Untuk sepeta tanah 9.24 ekar kalau saya tak silap 9.24 ekar. Untuk 35 pertubuhan RIBI adalah terlalu banyak, tak cukup. Dan yang lagi teruk ialah tidak ada tak petak letak kereta. Saya tidak persalahkan sesiapa kerana yang menjalankan tugas sekarang tidak mahu bertanggungjawab untuk meluluskan pemberian tanah kepada mana-mana pertubuhan RIBI pada masa itu.
Tapi, mereka memang mempunyai tanggungjawab yang berat macam mana sediakan petak letak kereta untuk 35 pertubuhan ini. Ini sesuatu perkara yang saya nak timbulkan kerana ini amat serius dan kita akan berikan sokongan kepada Kerajaan Negeri macam mana untuk mengatasi masalah ini, tetapi memang kita kena sebut bahawa pemberian sedemikian sampai ada yang kira-kira 6,000 kaki persegi saya pun tak tahu saya pun tak tahu macam mana nak bina sebuah rumah ibadat bukan Islam (RIBI) dengan 6,000 kaki bersegi. Tanpa menyediakan tapak letak kereta, saya rasa yang diberikan pada masa itu memang bukanlah sesuatu yang wajar dan juga tak rasional. So, tapi sekarang pula terpaksa untuk menyelesaikan dan mengatasi masalah ini.
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua saya juga sekali lagi meminta pihak Kerajaan Negeri untuk menimbang rayuan-rayuan yang dibuat oleh Tzu Chi untuk memuktamadkan penjualan tanah di Batu Kawan kepada mereka. Tanah sebanyak 30 ekar ini telah pun diluluskan baru-baru ini. Tapi, sekarang jadi masalah ialah tentang keperluan tanah yang diwajibkan oleh pihak PDC. Saya harap perkara ini boleh dilihat bahawa Tzu Chi bukanlah sebuah badan yang berteraskan keuntungan ia memang sebuah badan amal. Kita harap bahawa kelonggaran yang sewajarnya diberikan kepada Tzu Chi. Supaya boleh memutamakan itu penjualan tanah ini, ini pun bukan dengan percuma tapi dengan harga RM40 kaki persegi bukanlah dengan harga yang secara percuma.
So, dengan ini kita harap bahawa apa-apa keperluan tentang akses jalan yang sebagainya boleh diberikan kelonggaran sewajarnya dan memang akan dihargai oleh pihak bukan sahaja pihak pertubuhan Tzu Chi tapi oleh seluruh pertubuhan-pertubuhan amal di Malaysia. Yang memang menghargai sumbangan dan bakti yang diberikan oleh pertubuhan Tzu Chi ini yang terkenal dengan bantuan semasa berlaku sebarang bencana alam sekitar.
Yang sebagai penamatnya saya sekali lagi ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri atas semua bantuan kewangan yang disalurkan. Kita harap bahawa bantuan-bantuan kewangan ini dapat dikekalkan demi memastikan bahawa keyakinan rakyat juga sama-sama di kekalkan. Kita menghadapi banyak cabaran seperti mana yang disebut oleh Ahli-ahli sebelum saya ini. Khususnya, perang tarif yang diisytiharkan oleh Donald Trump dan untuk menghadapi cabaran perang tarif ini. Kita harus mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh perniagaan. Khususnya, industri kecil dan sederhana (IKS). So, di sini saya harap kalau ada sebarang rancangan untuk menaikkan kadar ataupun menambahkan beban atau caj-caj harap ini bukan dibatalkan tapi ditangguhkan ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi pulih semula. Sehingga ke tidak tentuan dalam ekonomi ekoran daripada pengisytiharan tarif oleh Donald Trump dapatlah diselesaikan. So, sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan menyokong usul yang dibentangkan oleh Seri Delima ini.
Terima kasih Air Puteh. Dan saya nak, Penanti sila…
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua Ahli-ahli Dewan. Jadi, saya mulakan dengan ucapan tahniah di atas pelantikan Tuan Yang Terutama Gabenor yang baru Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Utama haji Ramli bin Ngah Talib dan terima kasih kepada Tun Ahmad Fuzi yang telah berkhidmat sebelum ini. Juga, ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat di dalam keluarga FRU yang baru-baru ni kita dengar menyebabkan kematian pada sembilan (9) orang anggota Simpanan Polis Persekutuan (FRU) kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pemimpin yang kita sayangi dan rakan-rakan kita di kalangan bekas-bekas ADUN yang berkhidmat dengan kita dan seterusnya, kepada semua yang menjalani masalah-masalah seperti ini ya. Jadi, daripada kelmarin sehingga hari ini kita bercakap banyak berkenaan dengan isu tarif tuan Speaker. Jadi, saya pun bercakap sikit berkenaan dengan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat kepada negara kita. Yang mana tempiasnya juga dihadapi oleh negeri Pulau Pinang. Tahniah juga kepada Kerajaan Negeri yang telah membentuk task force untuk tarif ini semoga ianya dapat memberi khidmatnya lebih baik kepada negeri kita.
Seperti saya maklumkan semalam perlu juga saya jelaskan di sini pada tahun 2023 sebanyak 9,820 orang kehilangan pekerjaan. Tahun 2024 sebanyak 7,074 orang kehilangan pekerjaan di Pulau Pinang dan hampir 90% adalah dari sektor pembuatan. Membawa maksud daripada kilang-kilanglah kalau banyak itu 90%. Ya, jadi saya amat berharap task force yang dibentuk ni dapat mempelbagaikan promosi menarik pelaburan dalam bidang-bidang lain. Mungkin daripada bidang servis yang kita dapati kurang orang yang dibuat daripada bidang tersebutnya yang hilang pekerjaan maksud saya, seperti menjadikan negeri kita sebagai pusat halal ataupun halal hub yang dicadangkan oleh YAB Ketua Menteri semalam. Dan juga kerana Pulau Pinang terkenal dengan pelancongan jadi elok juga kita perluaskan promosi pelancongan untuk negeri.
Daripada sudut IKS yang mana akan terlibat juga secara tak langsung dalam ketidakstabilan ini. Saya, juga ingin bertanya berkenaan dengan apa yang telah dimaklumkan sebelum ini oleh EXCO yang terlibat iaitu mengenai dengan industri universiti, untuk melatih pelajar-pelajar kita dalam latihan teknikal. Apakah ianya masih berfungsi dan kalau dah berfungsi di universiti mana yang di buat? Dan apakah ada usaha-usaha untuk membantu pelajar-pelajar kita di peringkat T-VET? Seperti pagi ini kita dengar banyak program T-VET yang dibuat tetapi adakah diberi bantuan biasiswa ataupun disediakan geran untuk mereka berniaga. Ya, perniagaan kecil mengikut kemahiran mereka yang dilatih di universiti ini.
Dan juga kepada sektor kesihatan kita tahu bahawa Pulau Pinang menjadi tempat pesakit-pesakit daripada luar. Khususnya, daripada negara jiran untuk datang dan berubat di sini. Jadi, sesuai sebagai sebuah negeri yang dekat dengan negara-negara yang memerlukan ini jadi sektor pelancongan perubatan ini perlu kalau boleh di perhebatkan mungkin ada insentif baru ataupun insentif-insentif kepada klinik ataupun swasta. Kerana ini adalah sumber pendapatan untuk negeri kita.
Tuan Speaker, isu pampasan tanah yang telah dijadikan jalan utama berbelas tahun di mukim 21 dan mukim 18 di Seberang Perai Tengah. Dalam mesyuarat yang lepas dalam isu ini YAB Ketua Menteri ada memaklumkan akan dilantik Jawatankuasa khas dengan bajet dan peruntukan kewangan untuk menyelesaikan dan menjalankan siasatan. Namun, sehingga kini kita tidak dapat melihat perkembangan dan aktiviti Jawatankuasa ini kalau tak salah saya mungkin daripada PTG yang akan mengetuainya. Jadi, kita harap perkara ini dapat di percepatkan kerana rakyat di bawah sedang menanti apakah keputusan kerajaan untuk membantu dan memberi balik bayaran pampasan kepada mereka setelah tanah mereka diambil selama berbelas tahun dijadikan jalan utama.
Tuan Speaker berdasarkan kepada rekod dan sistem gaji Kerajaan Negeri setakat ini seramai 1,022 daripada 3,982 penjawat awam mempunyai potongan zakat. Tak sampai setengah yang potong zakat dan kita tahu ia tidak wajib. Tetapi, kita mempunyai kemusykilan mengenai kurangnya penjawat awam yang mahu potongan gaji ini dibuat untuk bayar zakat. Apakah puncanya pengurangan ini dan apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan potongannya kerana ini adalah sumber pendapatan yang akan diberikan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan. Kita mohon Kerajaan Negeri mempelbagaikan lagi usaha untuk menggalakkan potongan ini kerana ini adalah sesuatu yang akan dapat memberi pulangan wang kepada Kerajaan Negeri membantu golongan-golongan yang perlu.
Dato’ Speaker, berkenaan dengan Rumahku Mutiaraku, okey. Itu satu penjenamaan yang baru kerana Pulau Pinang adalah dikenali sebagai Pulau Mutiara dan telah ditukar rumah mampu milik atau pun dululah dikenali sebagai rumah murah yang masih lagi dikenali sebagai rumah murah kepada Rumahku Mutiaraku. Namun kemampuan rakyat memiliki rumah mesti dikenal pasti kelemahannya dan harga-harga rumah ni perlu dikira kalau boleh mengikut kesesuaian pendapatan rakyat yang semakin hari semakin meningkat perbelanjaannya. Kalau nak pergi ke bank nak membeli rumah, kalau pendapatan RM3,000.00 kepada fresh graduate atau pun yang keluar universiti baru kerja kadang-kadang nak mendapatkan pinjaman perumahan, memang susah. Jadi perlu kalau boleh dibuat kajian dan sebelum ini pun EXCO Perumahan ada memaklumkan bahawa akan dimasukkan pembangkang atau pun di kalangan di sebelah sini untuk duduk di dalam Jawatankuasa Pemilihan untuk mengenal pasti calon-calon yang layak mendapat rumah murah atau pun rumah mampu milik. Jadi kita sehingga hari ini masih belum mendapat sebarang keputusan jadi kita berharap sangatlah, kalau boleh ditempatkanlah juga kita di
dalam jawatankuasa tersebut agar terlibat dengan pemilihan membeli rumah kepada rakyat-rakyat kita yang kurang mampu memiliki rumah yang lebih mahal.
Dato’ Speaker, kesan letupan saluran paip gas di Putra Height ini amat menakutkan. Letupan yang begitu tinggi ya, apinya menjulang kalau ada rumah bertingkat di sebelah dan berdekatan dengan paip tersebut yang bocor dan terbakar itu, tak mungkin dia mampu untuk melarikan diri. Jadi seperti yang telah saya lontarkan persoalan apakah telah ada garis panduan untuk pembinaan, untuk Kebenaran Merancang bagi rumah-rumah yang bertingkat dekat kawasan tersebut perlu dititik beratkan. Dan kita juga kelmarin dengar ada yang mencadangkan supaya diadakan simulasi apabila terjadinya letupan atau pun perkara-perkara yang tidak terjadi cara untuk evakuasi, evacuation dan cara untuk potong bekalan gas perkara-perkara ini perlu dititik beratkan bukan hanya kita bergantung kepada DOSH untuk menjalankan kerja mereka tetapi jabatan-jabatan lain perlu ya.
Dato’ Speaker, ini soalan yang saya tanya dan saya tidak mendapat jawapan iaitu mengenai tanah-tanah kerajaan yang dicerobohi tanpa tindakan. Contoh ketara adalah tanah-tanah yang dimiliki oleh KTM, Keretapi Tanah Melayu yang kita dapati di Seberang, di sini saya tak tahu. Tapi di Seberang sana kita dapati banyak binaan rumah-rumah haram yang tidak terkawal, ada perniagaan yang dijalankan. Kadang-kadang kita pun simpati kepada peniaga-peniaga ini, nak meniaga tetapi kemudahan tidak ada. Air pun tak ada kadang-kadang satu timba itu, itulah yang digunakan untuk basuh, itulah digunakan untuk tambah air, untuk dijerang, untuk dimasak. Benda-benda ini melibatkan kesihatan rakyat Negeri Pulau Pinang dan bukan sahaja Negeri Pulau Pinang tapi satu negara, satu dunia. Benda-benda macam ni mustahak. Jadi kita tidak tahu sejauh mana tindakan yang diambil oleh pihak KTM dalam mengawal tanah-tanah tersebut dicerobohi kerana apabila, seperti yang terjadi di tempat-tempat lain, apabila sudah berakar baru kita nak pergi berubah. Kita nak pergi roboh, bila dah berakar tu baru nak pi ubah dah terlambatlah. Jadi sebelum benda ni lewat, perlu diambil tindakan atau pun dikategorikan yang mana yang boleh, yang mana tak boleh seperti yang dicadangkan oleh rakan-rakan saya sebelum ini. Maknanya, tempat-tempat yang nak di meniaga, kita pamerkan 'sini boleh meniaga'. Tanah-tanah kerajaan seperti KTM kita nak kena tahu jugalah sebab dia melibatkan banyak bangunan, kadang-kadang bertelingkah masing-masing cuba nak duduk di dalam kawasan tersebut. Dan kita tahu Majlis Tempatan seperti MBSP, MBPP takkan meluluskan tetapi masih lagi terdapat binaan-binaan tersebut. Janganlah dibiarkan mereka berniaga di situ tanpa kebenaran, kalau nak bagi kebenaran biar mereka mempunyai cukup bekalan air, bekalan elektrik dan kita pun simpati dalam keadaan kita tersepit hari ini. Masing-masing berusaha untuk menjana ekonomi, menjaga keluarga dan seterusnya memastikan bahawa mereka dapat hidup dalam keadaan aman.
Dato’ Speaker, akhir sekali banyak benda yang dah dicakap oleh teman-teman saya tadi, semalam pun dah cakap banyak. Berkenaan dengan kesesakan lalu lintas, ini tidak dapat kita nafikan kesesakan yang teruklah wujud di Pulau Pinang, sampai bila pun tak tahu, mungkin berapa tahun lagi kita tak boleh nak cakaplah. Tadi pun Air Putih bercakap berkenaan dengan jalan yang tak siap. Tapi saya nak jelaskan di sini bahawa Pulau Pinang hari ni memang terkenal kalau orang daripada highway lebuh raya mengatakan bahawa daripada Tol Juru ke Tol Sungai Dua terutama sekali hari jumaat memang jam teruk. Di tempat lain contoh di Pulau, kita tengok di jalan Sungai Batu ke Teluk Kumbar, sampai ke hari ini pun masih lagi bottleneck dekat situ tak dapat diselesaikan, jam. Di Sungai Dua yang bersempadan dengan Penanti di situ, memang situ pun kesesakan yang begitu teruk terutama sekali di hari Jumaat dan di waktu petang.
Saya nak ambil contoh satu tempat di Negeri Perak iaitu di pekan Tapah. Saya rasa semua orang tahu Pekan Tapah satu ketika dulu memang jam teruk tetapi disebabkan apabila dibuat satu perancangan lain, dijadikan jalan sehala dan terpaksa masuk melalui pekan Tapah itu hingga ke jalan utama, hari ini kita nampak saya nampaklah dah tidak ada lagi kesesakan bahkan pekan itu yang satu ketika dulu suram hari ini menjadi sibuk kerana orang terpaksa masuk dalam pekan, keluar balik ke jalan utama. Jadi mungkin kat sebelah Sungai Dua yang bersempadan dengan Penanti tu boleh dibuatkan begitu. Mungkin kajian terperinci oleh Pihak Berkuasa Tempatan menjalani membuat pengajian dalam bentuk apa yang perlu, kita jalankan atau pun kita try di situ agar jalan tersebut tidak lagi sesak atau pun kurang sesak sehingga ke hari ini traffic light di situ pun tidak digunakan, tidak berfungsi. Apabila ditanya pada pihak Majlis Bandaraya kenapa traffic light dekat situ tidak digunakan, jawapannya adalah kalau digunakan lampu trafik itu jalan raya di situ akan makin bertambah sesak. Jadi mungkin Pihak Berkuasa Tempatan dapat mencari jalan yang lebih baik macam mana untuk mengurangkan kesesakan di situ kerana Pulau Pinang ni memang kita tahu seperti saya kata tadi memang sesak teruk.
Penanti, boleh saya minta laluan? Apakah Penanti bersetuju bahawa kesesakan yang ditanggung sama sekali oleh Sungai Dua begitu parah sekali dan saya lihat satu Permohonan Perumahan untuk maknanya buka satu laluan, menambahkan laluan lagi dekat dengan Caltex di apa nama ni di Taman Merbau Jaya ni, kat Caltex tu nak tambah lagi satu taman yang besar dan nak buka lorong, nak tambahkan lagi kesesakan. Maknanya kenderaan-kenderaan akan maknanya melalui di situ sudah tentulah maknanya pekan Sungai Dua ini akan bertambah sesak lagi dan pekan Sungai Dua juga mari dari Penanti, dekat dengan Masjid Nyior Sebatang tu jalan tu terus sambung ke Penanti. Dan sudah tentulah laluan daripada Penanti, laluan daripada Tasek Gelugor akan menyebabkan pekan Sungai Dua bertambah parah lagi. Jadi apa respond Penanti?
Saya setuju dengan saranan dan cadangan daripada Sungai Dua cuma perlu dititik beratkan di sini bahawa kita mempunyai Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih arif dalam soal untuk mengkaji dan menjalankan cubaan-cubaan tertentu untuk mengelakkan kesesakan di situ. Jadi kita amat berharap Pihak Berkuasa Tempatan mengambil kira dan cuba cari jalan yang terbaik untuk memastikan kesesakan berkurangan di situ, ditambahkan lagi dengan banyak projek-projek perumahan akan naik di situ. Saya tidak ada apa lagi dah Dato' Speaker sebab banyak yang dah dicakapkan sebelum ini. Jadi hanya setakat itu sahaja, sekian terima kasih.
Terima kasih. Permatang Pasirlah, sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah (bacaan doa) dan selamat sejahtera pada sahabat-sahabat yang bukan Islam. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri serta seluruh Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat Yang Dihormati, Pengarah-Pengarah serta Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan. Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya turut membahas ucapan Tuan Yang
Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke-15 pada 16 Mei 2025. Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Ramli bin Ngah Talib diatas lantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Yang ke-9 dan takziah buat keluarga Almarhum Tun Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-5 yang banyak berjasa kepada Malaysia dan kepada Pulau Pinang. Semoga Allah Taala mengampuni dan menyayangi beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua Pengarah-Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan agensi Kerajaan Negeri serta Kerajaan Pusat yang banyak membantu dalam menguruskan urusan kepentingan rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, pada sesi lepas Mesyuarat Kedua Penggal Kedua saya telah pun mengulas isu rokok elektronik atau vape ini tentang bahaya salah guna yang boleh menyebabkan kematian. Dengan ini, saya menyokong penuh pengharaman vape ini bersama-sama dengan YB pembahas kelmarin. Negeri-negeri lain yang telah atau akan mengharamkan vape ialah Johor, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Jadi saya berharap Negeri Pulau Pinang ini dapat mengikut jejak langkah negeri-negeri tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam menghadapi cuaca yang tidak menentu akibat dari perubahan iklim, pada 21hb April yang lalu telah berlaku hujan yang sangat lebat lebih daripada tiga jam pada pukul 1.00 pagi yang telah mengakibatkan beberapa tempat di DUN Permatang Pasir mengalami banjir dan banjir kilat. Seramai 42 mangsa yang terdiri daripada 13 keluarga telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terletak di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir. Antara kampung-kampung yang terjejas akibat banjir ialah Kampung Kubang Semang, Kampung Petani, Kampung Pelet (arah utara ke selatan), Kampung Bukit Indera Muda, Tanah Liat dan Permatang Rawa. Untuk di Tanah Liat dan Permatang Rawa, saya memahami mengapa terus berlaku banjir kilat ini kerana projek tebatan banjir yang belum siapkan. Akan tetapi di Kubang Semang, Kampung Petani, Kampung Bukit Indera Muda, Kampung Pelet dan beberapa tempat lain bergantung kepada aliran Sungai Kubang Semang yang bergerak ke Sungai Derhaka dan terus ke Sungai Perai. Hasil tinjauan saya pada lebih kurang jam 9.00 pagi esok, air di Ban Busuk Sungai Kubang Semang masih lagi di paras tinggi sedangkan air laut pasang mati dan ada beberapa lokasi banjir ini dan ada beberapa lokasi yang sebelum ini, tidak mengalami banjir contohnya di Kampung Kolam, Permatang Pasir tidak banjir.
Oleh itu, saya memohon penjelasan YB EXCO, adakah kerana Sungai Kubang Semang tidak diselenggarakan dengan baik atau pun perlu didalamkan lagi untuk melancarkan aliran air hujan yang bergerak ke arah Sungai Perai? Saya juga mencadangkan dan menggesa parit air hujan dari Kampung Petani hinggalah ke Sungai Kubang Semang perlu di perbesar atau diperdalamkan kerana tidak dapat menampung air hujan disebabkan pertambahan rumah di sekitar. Dato’ yang di Pertua, saya juga agak berasa sedikit apa kecewalah seolah-olah kerajaan tidak prihatin terhadap nasib mangsa-mangsa banjir yang kerugian harta benda sebagaimana yang disebut oleh Air Putih. Jadi saya memohon agar sedikit bantuan dapat diberi kepada mangsa banjir tanda simpati kerajaan kepada mangsa banjir.
Dato’ Yang di-Pertua, pihak Pusat Khidmat DUN dan Parlimen telah mengadakan Dapur Rakyat untuk menyediakan makanan pada mangsa banjir untuk makanan tengah hari termasuk dihantar kepada PPS. Tapi malangnya, saya dikhabarkan dan menjadi bualan bahawa dua orang pegawai JKM SPT telah ditukarkan kerana menerima bantuan makanan daripada Pusat Khidmat Parlimen. Saya minta penjelasan YB EXCO Kebajikan untuk mencerahkan keadaan, benarkah ianya berlaku?
Dato’ Yang di-Pertua, pada kesempatan ini juga saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini mengenai isu tempat simpanan abu mayat. Walaupun isu ini telah beberapa kali dibangkitkan di sidang DUN, saya ingin mengambil perhatian tentang isu cadangan tempat simpanan abu mayat kolumborium di belah bukit itu perlu dihentikan, dipindahkan ke kawasan lain yang bukan majoriti orang Islam. Baru-baru ini puncak air yang banyak turun dari Bukit Indera Muda ke kawasan kampung yang telah menyebabkan kegelisahan penduduk. Walaupun pembangunan masih belum pesat di atas bukit tersebut tetapi kawasan sekitar kaki bukit tersebut sangat terkesan dengan banjir. Saya harap juga agar penguatkuasaan diperketatkan supaya tidak berlaku penerokaan baru di atas bukit tersebut. Banjir yang berlaku pada 21 April yang lepas cukup untuk menjadi pengajaran kepada kita. Oleh yang demikian, saya menegaskan supaya projek ini dinoktahkan oleh Kerajaan Negeri.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berhubung dengan kedai dan lot-lot komersial yang diuruskan oleh agensi Kerajaan Negeri mahu pun Pusat yang saya dapati banyak kekosongan malah ada yang ditinggalkan begitu saja. Contohnya di Pekan Permatang Pauh, ada satu bangunan perniagaan sehingga pokok tumbuh di atas bumbung ditinggalkan begitu saja. Ini mencacatkan pemandangan dan membawa risiko keselamatan. Antaranya lagi, satu bangunan perniagaan milik agensi kerajaan di dalam pekan Kepala Batas, kampung allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, hanya satu kedai sahaja yang beroperasi dan keadaannya sangat daif tidak diuruskan. Dan lagi ada satu bangunan MARA di sebelah SUMMIT, Bukit Mertajam banyak kedai tidak dibuka dan hampir tidak terurus. Di Kompleks Dato’ Kailan, Kepala Batas juga didapati banyak lot yang kosong dan sehingga didapati notis dilekatkan oleh JKP dan mungkin banyak lagi di tempat lain yang berlaku yang semacam ini. Soalan saya, apakah usaha intervensi Kerajaan Negeri untuk memastikan untuk bangunan ini dapat menarik perhatian perniagaan atau usahawan untuk menyewa dan penyewa dapat mematuhi prosedur penyewa yang ditetapkan. Jika keadaan ini berterusan risiko menjadi bangunan gajah putih yang nampak jelas dibina tanpa perancangan yang rapi.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh kesesakan trafik yang semakin menghimpit warga Permatang Pauh khususnya di Jalan Kubang Semang. Saya difahamkan untuk jangka masa akan datang akan dibina jalan pintas daripada Bandar PERDA ke Jalan Permatang Nibong dan Jalan Kubang Semang akan menjadi jalan sehala bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik di kawasan tersebut. Saya ingin bertanya, bilakah projek ini akan dilaksanakan? Penduduk di kawasan saya sedang menunggu-nunggu dan apakah perancangan jangka pendek oleh Kerajaan Negeri untuk untuk mengatasi masalah ini? Saya minta sekurang-kuranya jalan pintas dari PERDA ke Kubang Semang disegerakan untuk penguraian lalu-lintas.
Dato’ Yang di-Pertua, kilang haram antara menjadi isu yang hangat di Pulau Pinang. Kilang haram telah menyebabkan Kerajaan Negeri kehilangan pendapatan daripada cukai perniagaan dan bayaran lesen. Operasi kilang haram tanpa pemantauan boleh menyebabkan pencemaran udara, air dan tanah. Ini boleh menjejaskan kesihatan manusia. Air kumbahan tanpa pemantauan ke dalam sungai-sungai atau ke parit akhirnya boleh tercemar dengan pelbagai bahan toksik. Kewujudan kilang haram yang banyak ini juga mencerminkan kelemahan penguatkuasaan undang-undang. Jumlah 488 buah kilang haram termasuk PBA yang direkodkan semasa Soalan Bertulis dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua hendaklah dikurangkan dari masa ke masa. Walaupun kita dapat maklumat dan jawapan bertulis yang diberikan sebanyak 125 kompaun dan notis telah dikeluarkan. Tapi soalan saya, berapakah statistik kilang haram telah berkurang dari angka 488 buah itu.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memohon penjelasan YB EXCO tentang parkir lori kontena dan gudang kontena dan parkir kren yang dibina di sekitar kawasan sawah sekitar Bukit Merah dan Permatang Janggus bersebelahan dengan Highway BKE. Oleh sebab kawasan ini kawasan kampung dan pertanian, pertambahan lori dan kontena menyebabkan kesesakan lalu lintas di Pekan Permatang Pauh serta membahayakan penduduk sekitar kerana berdekatan dengan kampung, masjid dan sekolah. Statistik menunjukkan kadar kemalangan disebabkan oleh kenderaan berat yang berlaku sebanyak 98 kes dengan kematian 16 orang sejak tahun Januari 2020 hingga Disember 2024.
Tambahan lagi, kemunculan tanah sawah yang baru ditambun untuk kegunaan menyimpan kontena atau lori kontena yang baru. Soalan saya adakah syarikat-syarikat ini telah diberi lesen ataupun kebenaran untuk beroperasi untuk menyimpan jentera-jentera berat ini. Saya minta pihak PBT memantau keadaan ini jika tidak keadaan akan menjadi tidak terkawal dengan lori kontena yang bertambah dari masa ke masa. Sebab apa tempat simpanan itu dah banyak dah, banyak kontena, banyak lori telah melalui jalan ke pekan Permatang Pauh dan dalam pemantauan saya tengok ada lagi tanah yang ditambak dan ia akan membiak. Jadi saya harap pihak MBSP dapat bertindak sama ada untuk mengurangkan atau menghentikan daripada kontena ini bertambah.
Dato’ Yang di-Pertua, saya berharap agar ucapan ini dapat diberi perhatian dan tindakan sewajarnya. Sampai di sini saja ucapan saya. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih Permatang Pasir dan untuk maklumat Dewan, seorang lagi saya akan izinkan untuk bahas dan kita akan henti rehat jam 1.00 hingga ke jam 2.00, kita henti rehat. Maka saya nak, Pulau Betong. Bagi kenyang baru ada tenaga bahas. Sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan Doa) Alhamdulillahi rabbil ‘alamin Wassalatu wassalamu 'ala saidina muhammadin asrafi mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. Subhanaka la 'ilma 'allamtana innaka antal alimul hakim. Walahaulawala Quwwata Illa Billahil Aliyil Adzim Walahaulawala Quwwata Illa Billahil Aliyil Adzim.
Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, seluruh Ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan YB, Ketua-ketua Pengarah jabatan dan agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Izinkan saya memulakan ucapan ini dengan merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Yang Kesembilan berkuatkuasa pada 1 Mei 2025. Kita yakin dengan pengalaman yang luas serta kepimpinan beliau yang mantap dan mampan, mampu membawa Pulau Pinang ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam masa yang sama saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada mantan Tuan Yang Terutama Yang Kelapan, Tun Dato’ Seri Utama Haji Ahmad Fuzi bin Abdul Razak atas segala jasa, budi dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh 1 Mei 2021 sehinggalah 30 April 2025. Saya juga turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga almarhum Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia Yang Kelima yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025. Allahyarham merupakan anak jati Pulau Pinang dan telah mengharumkan nama negeri ini di peringkat nasional dan
juga di peringkat antarabangsa. Semoga roh al marhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan siddiqin.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mulakan dengan serangkap pantun.
Burung Tempua Terbang Di Awan,
Hinggap Sebentar Di Hujung Dahan,
Biar Pahit Kebenaran Disampaikan,
Jangan Berdusta Rosaklah Iman.
Kepada semua guru, semua para mualim, para mualimah, para murabbi, para muddarris dan juga semua para mursyid dan mursyidah, kita ucapkan Selamat Hari Guru. Kita sangat memberikan penghargaan kepada semua guru kita yang berkorban pagi, petang, siang dan malam mendidik generasi pewaris masa depan, semoga mereka semua berjaya menjadi guru-guru yang hebat, guru-guru yang cemerlang. Seterusnya saya ucapkan tahniah kepada Tuan Haji Wan Sajiri bin Wan Hassan, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang yang telah pun memberi satu jasa kepada negeri ini iaitu pencapaian yang cemerlang dalam SPM 2024. Gred purata negeri pada tahun 2023 mencapai 4.49 telah meningkat kepada 4.39, dia lagi kecil lagi baik. Pada tahun 2024 manakala peratus layak sijil pada tahun 2023, Pulau Pinang telah pun mendapat 92.64 peratus telah meningkat kepada 93.67 peratus. Tahniah kepada Pulau Pinang yang diterajui oleh Tuan Haji Wan Sajiri.
Berdasarkan sekolah-sekolah menengah yang berjumlah 126 buah sekolah, kita mendapati ranking terbaik the first school (dengan izin) SMKA Al Irsyad berada ranking pertama sekali dengan mendapat GPS 1.65, diikuti oleh SMK Bukit Jambul 1.75 dan yang ketiga SMKA Perempuan Al Mashoor 1.93. Berdasarkan top five, semua sekolah agama, top five itu. Sekolah Irsyad, SMK Al Irsyad, SMKA Perempuan Al Mashoor dan juga SMKA Sheikh Abdullah Fahim. Semua subjek gred purata mata pelajaran GPMP didapati semua subjek naik kecuali dua subjek sahaja yang berlakunya penurunan iaitu subjek Pendidikan Moral dan juga Bahasa Tamil. Kita minta JPN dan PPD, kita harap wujudkan Task Force untuk memastikan buat diagnostik apakah kelemahan dalam subjek tersebut supaya lepas ini tidak berlakunya penurunan. Kita akan pastikan semua subjek GPMP mestilah naik, barulah kita dapat satu kekuatan untuk pastikan gred purata negeri sentiasa dalam keadaan cemerlang.
Seterusnya MRSM Ulul Albab sekarang ini sudah ditukar nama kepada MRSM Tun Abdullah Badawi dengan rasminya pada 12 Mei hari Isnin lepas. Sudah pun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Telah pun bertukar nama MRSM Ulul Albab ditukar kepada MRSM Tun Abdullah Badawi. Berada dalam ranking yang ke-2 terbaik MRSM seluruh Malaysia ini. Kita rasa banggalah kerana kita berada di negeri Pulau Pinang. MRSM Tun Abdullah Badawi berada dalam ranking yang ke-2 selepas MRSM Kuala Kubu Bharu.
Jadi kita berasa amat bertuah kerana kita MRSM ini berada dalam Pulau Pinang. Apakah rahsianya. Rahsianya MRSM Tun Abdullah Badawi pelajarnya semua hafiz Al-Quran. Semuanya menghafal al-Quran. Oleh itu, antara syarat untuk menjadi pelajar-pelajar cemerlang sepatutnya pelajar itu dimantapkan dengan al-Quran. Kerana apa. Pelajar yang hafiz itu dia adalah pelajar-pelajar yang genius, pelajar-pelajar yang hebat. Jadi, kita harapkan semoga anak-anak kita yang ada peluang untuk sambung belajar, sambunglah belajar di MRSM, MRSM Tun Abdullah Badawi kerana di situ antara tempat-tempat pelajar-pelajar yang hebat berada di sana.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, seterusnya isu kita nak bangkitkan di sini, isu vape dalam kalangan pelajar sekolah. Berdasarkan Utusan Malaysia, bertarikh 9 September 2024 sebanyak 8,000 pelajar sekolah di lima (5) negeri didapati ketagih vape iaitu sekolah di negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Selangor dan juga Wilayah Persekutuan. Termasuklah dalam kalangan pelajar itu, pelajar-pelajar perempuan seramai 2,000 orang didapati ketagih vape. Tinjauan selama tiga tahun dibuat oleh pihak CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang), bermula pada tahun 2021 hingga 2023 terhadap 15,000 pelajar sekolah di lima (5) buah negeri tadi. Manakala 4,000 kalangan murid-murid sekolah rendah turut menghisap vape. Sekolah rendah pun ada. Sebanyak 4,000 murid. Menurut seorang pegawai penyelidik dan pendidikan CAP iaitu Encik N.V. Subbarow berkata, gejala ini amat membimbangkan berikutan vape mudah diperolehi dan mudah dibeli di kedai-kedai runcit.
Berdasarkan Astro Awani bertarikh 26 April 2025, Ketua Menteri Pulau Pinang pernah berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbuka untuk mempertimbangkan cadangan melarang penjualan rokok elektronik dan vape di semua premis perniagaan di seluruh negeri Pulau Pinang. Negeri Johor, negeri yang pertama telah mengharamkan penjualan vape sejak 2016 lagi. Lama dah mereka dah haramkan vape ini. 2016, Johor. Negeri pertama diikuti dengan Kelantan seterusnya Terengganu dan yang terkini negeri Perlis juga telah mengharamkan vape.
Jadi kita mengharapkan kepada negeri Pulau Pinang semoga Ketua Menteri Pulau Pinang dapat juga mengharamkan vape di semua premis kerana vape terlalu memudaratkan, terlalu menyusahkan dan juga terlalu memudaratkan setiap manusia. Sejenis penyakit yang diserang pada setiap penghisap vape iaitu penyakit Evali. Terdapat enam gejalanya. Enam gejala vape, iaitu yang pertama sekali kita akan merasa sesak nafas. Yang kedua, batuk. Yang ketiga, rasa sakit di dada. Yang keempat, demam dan menggigil. Dan yang kelima, mual dan muntah. Dan yang keenam, kelelahan. Kos merawat penyakit evali ini sampai ke tahap RM150,000 dalam tempoh 12 hari masuk wad.
Dalam Islam, kita sangat menekankan berdasarkan Al-Baqarah - 195, kata Tuhan (ayat Al Quran) terjemahan: “Jangan sekali-kali kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia 2023, ada keluar fatwa pada tahun 2023 telah pun mengeluarkan fatwa bahawa vape adalah haram hukumnya. Rokok 1995. Vape 2023. Seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun telah meninggal dunia pada 3 Jun kerana disebabkan kegagalan jantungnya. Begitu juga pada 7 Mei. Seorang lelaki berusia 44 tahun di Johor Bahru meninggal dunia akibat kegagalan jantung. Sebelum dia meninggal.
Yang Berhormat.
Dia sempat, dia sempat menasihati orang ramai supaya berhentilah hisap vape dalam video yang berdurasi selama 6 minit dalam Tiktok.
Boleh saya mencelah sedikit Yang Berhormat.
Baik. Baik.
Bagi pandangan. Berkenaan isu-isu yang telah pun dibangkitkan, ada isu kesihatan yang serius. Tadi Yang Berhormat telah pun membangkitkan bahawa merokok ini telah pun ada satu fatwa bahawa ia adalah haram. Sama juga dengan vape. Dan kita lihat bahawa memang sekarang ini, merokok ini jelas dibuktikan menerusi sains dan kesihatan, 100% bahawa ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit kanser dan bagai-bagainya.
Soalan saya adalah, bukankah langkah pertama kita adalah untuk kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas dan kuat terhadap peningkatan merokok di antara kalangan anak muda dan juga untuk saya, kalau boleh larangkan sekali merokok sebab rokok ini memang racun dan telah pun dibuktikan. Tidak boleh dinafikan. Yang berkenaan dengan isu vape pula Yang Berhormat.
Bahas ke.
No, no. I just nak. Bukan bukan. Yang isu dengan vape ini ada juga ada juga kebimbangan bahawa sekiranya nak dapat pandangan Yang Berhormat lah bahawanya sekiranya kita larangkan sepenuhnya vape ini, vape industry akan akan turun ke underground. Ada yang banyak yang mengatakan kenapa mereka nak regulate and not prohibit langsung adalah supaya kita boleh kawal jualan.
As example, kita boleh kawal apakah kandungan dalam vape juice itu. Bahaya ke tak bahaya. Ada yang sekarang sebab disalahgunakan masuk mushroom dan dadah dan sebagainya sehingga itulah masalahnya. So, soalan saya adalah, persoalan saya adalah sekiranya kita banned langsung, this industry will go underground dan dia akan dilaku secara berleluasa tanpa kawalan dan akan menjadi lebih susah nak dikawal. Which is better, we go for regulation. Strict regulation kepada siapa yang boleh dijual, apa kandungan yang harus ada di dalam vape dan juga proper packaging untuk memberi amaran terhadap kesihatan. Apa pandangan Yang Berhormat.
Saya sentiasa memberikan sokongan lah untuk pastikan vape itu mestilah kita tentang habis-habisan. Okey. Dato’ Seri Yang Di-Pertua, seterusnya kita terus kepada rungutan nelayan Pulau Betong di Balik Pulau tentang perlombongan pasir laut. Semua unit nelayan Balik Pulau telah melahirkan ketidak puas hati mereka bersama semua nelayan Pulau Pulau Betong, nelayan Sungai Burung, nelayan Jalan Baru, nelayan Sungai Pinang sampai Pantai Acheh mengenai perlombongan pasir di dasar laut, kawasan perairan pelantar penuh Malaysia Pulau Pinang seluas 32.45-kilometer persegi untuk tambakan di Pulau Silicon.
Sekarang ini, semua nelayan datang ke Balik Pulau termasuklah dari daripada Teluk Kumbar, daripada Sungai Batu untuk menangkap ikan dan udang dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita sangat mendesak Kerajaan Negeri supaya mencari, mencari kawasan-kawasan lain yang bukan lubuk emas nelayan. Ini mereka nak cari rezeki, cari makan untuk bela anak isteri. Pastikan, kita harap semoga Kerajaan Negeri akan prihatin hal ini. Kita sangat mengharapkan.
Pulau Betong boleh mencelah tak.
Boleh. Boleh.
Kelmarin, Ketua Menteri ada cabar saya suruh bagi 24 jam. Saya dapat dah maklumat ini dan mungkin saya akan bagi. Cuma saya nak cabar balik kepada Ketua Menteri, turun bersama saya untuk berjumpa nelayan. Boleh.
Saya akan jawab semasa gulung.
Pandai. Ini saya sudah (gangguan) apa nama apa ini fakta-fakta yang saya sebutkan, malah tadi saya bercakap bukan hanya nak menimbulkan perkara-perkara yang itu dengan tidak ada tanggungjawab.
Pulau Betong. Tolong jaga masa perbahasan.
Oleh yang demikian, kita mendesak Kerajaan Negeri supaya mencari kawasan lain untuk perlombongan pasir laut terutama kawasan-kawasan yang bukan lubuk emas untuk para nelayan menangkap ikan dan udang. Kita mengharapkan Ketua Perunding EIA, Puan Wasfarina binti Abdullah Wahid daripada Syarikat Eco Smart Sdn. Bhd. melaksanakan kaji selidik untuk tujuan penyediaan laporan penilaian kesan alam sekeliling bagi projek cadangan mendapatkan lesen pasir dasar laut di bawah Seksyen 4 - Akta Pelantar Benua 1966 di kawasan perairan Pelantar Benua Malaysia Pulau Pinang.
Kita juga mengharapkan EIA membuat kajian impak alam sekitar sebelum meluluskan sebarang projek perlombongan pasir untuk lain-lain kesan terhadap ekosistem dan komuniti tempatan. Sehubungan dengan itu, kita juga harapkan semoga kerosakan yang berlaku, habitat plankton dan juga muflas yang penting kepada kawasan pembiakan ikan. Begitu juga dengan penggalian sumber mineral, itu juga menyebabkan wujudnya kawah besar di dasar laut selain menjejaskan kawasan terumbu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan. Yang paling membimbangkan spesis ikan akan pupus terus.
Dalam Sinar Harian bertarikh 3 Julai 2019 pernah, pengerusi nelayan, siapa namanya, Encik Mansor Yusoff bersama dengan 9,000 nelayan. Bukan 9 orang. 9,000 nelayan Perak, menggesa campur tangan Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula kebenaran aktiviti perlombongan pasir membabitkan kawasan persisiran pantai Perak Utara bagi digunakan untuk projek tambakan laut perairan selatan Pulau Pinang. Beliau berkata senario ini bukan sahaja akan menjejaskan mata pencarian mencari rezeki 9,000 nelayan, bahkan akan mengundang ancaman tsunami dan hakisan teruk di persisir pantai. Kesan kepada kerosakan pasir ini akan mencemarkan air laut, merosakkan habitat marin dan juga menjejaskan hasil tangkapan ikan. Semua hasil laut turut berlakunya benda-benda yang tidak diingini. Oleh itu, tempat nelayan mencari rezeki, kita kata di lubuk emas itu akan terancam dan musnah sama sekali.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, seterusnya beredar pula kepada isu yang lain, Astaka Pangsapuri Rimbun. Diminta pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang terutama bahagian perlesenan ambil prihatin, ambil cakna hal ini. Kita mendapat rungutan daripada penjual di gerai-gerai Astaka Pangsapuri Rimbun yang jualan mereka akan merosot apabila hari hujan. Kenapa? Kerana para pembeli tidak merasa selesa semasa hari hujan. Semasa hari hujan, sambil mereka makan berlakunya tempias, tempias berlakunya dan bila tempias maka makan dalam keadaan tidak selesa. Kerana apa? Tidak ada awning. Tidak ada awning. Kita minta bahagian perlesenan buatlah cepat tindakan drastik kepada Astaka Rimbun di Balik Pulau.
Seterusnya isu jalan raya. Mohon Kerajaan meningkatkan kualiti jalan raya di seluruh negeri Pulau Pinang. Jalan raya kurang memuaskan akan menyebabkan risiko kemalangan. Oleh itu, kita amat menegaskan semua jalan mestilah disemak. jalan persekutuan, jalan negeri, jalan bandar, jalan majlis, jalan kampung semuanya mesti diperiksa dengan teliti sama ada jalan itu jalan yang berlubang, mestilah ditampal. Jalan yang sudah lama tidak ditar, ditar semula. Jalan yang tidak rata, diratakan balik. Pastikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang prihatin dengan hal ini dan kita harap jalan raya di antara Astaka Titi Keras yang menghubungi sampai ke Balai Bomba dan Penyelamat Air Putih juga dalam keadaan tidak sempurna. Saya teringat kata Saidina Umar r.a. semasa beliau menjadi Amirul Mukminin, beliau pernah berkata “Aku paling takut jika seekor unta, seekor unta mangadu di hadapan Allah Taala kerana kakinya patah akibat aku belum baiki jalan itu”. Tengok hebat tak hebat Saidina Umar. Adilnya binatang pun dia ambil cakna, dia ambil peduli.
Dato’ Seri Yang Di-Pertua, seterusnya projek asrama warga asing. Kita harap projek yang mendapat tentangan dan halangan daripada semua pihak dan komuniti sudah sampai masanya kerajaan membatalkan projek ini. Bukan menangguhkan, tapi membatalkan projek ini. Kerana tidak ada keperluan projek ini kita buat, kalau adanya keperluan pindahlah projek ini ke tempat lain. Dengan tindakan ini, kerajaan boleh buktikan yang kerajaan mendengar suara rakyat, bukan menjadi benteng kepada pemaju-pemaju besar. Dalam jawapan bertulis kelmarin saya terima penempatan warga asing dan komuniti ada dua dalam jawapan tersebut ada kesan positif, ada kesan negatif. Tetapi kita minta EXCO jelaskan dalam jawapan tersebut hanya dijelaskan tentang kesan negatif. Kesan positif tidak diperincikan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, seterusnya isu perniagaan kecil tepi-tepi jalan, bahu-bahu jalan. Kita harapkan kebelakangan ini banyak operasi tindakan daripada pihak berkuasa terhadap peniaga-peniaga kecil. Saya mengharapkan kerajaan menjadi pemudah cara kepada peniaga-peniaga ini bukan sekadar mengambil tindakan tanpa mencari solusinya. Apakah usaha, apakah tindakan yang perlu dibuat. Pastikan, kita harapkan semoga
kerajaan menjelaskan berapa jumlah gerai sudah dibuat. Berapa jumlah astaka sudah telah dibuat. Berapa jumlah kiosk-kiosk sudah dibuat untuk menyediakan tempat perniagaan kepada rakyat terutama sekali di Balik Pulau dan juga di DUN Pulau Betong. Ingat rakyat kita bukanlah mereka itu kaya-raya, mereka itu dalam keadaan miskin, mereka itu dalam keadaan golongan yang daif, mereka hanya nak membela anak isteri. Bayangkan sedih tak sedih. Kita kena sedih, kita sebagai EXCO tak apalah gaji berbelas-belas ribu, tapi mereka satu hari, kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Kena rasa simpati dan empati. Rasa sedih, rasa sayang. Kalau kita tak sayang kepada rakyat, ingat kerajaan ialah sebagai bapa kepada keluarga. Kita ni adalah ayah ataupun bapa kepada keluarga. Rakyat ini adalah anak-anak kita. Sanggupkah kita? Kita robohkan perniagaan mereka. Cuba kita fikir dengan matang. Fikirlah dengan matang. Fikirlah dengan jelas-jelas, ini anak-anak kita. Depa bayangkan selepas kita telah robohkan, apa mereka bagi makan anak isteri mereka. Apa yang mereka buat lepas ini. Nak mencuri?
Fikirlah. Jangan sedap ja kita nak buat ikut enakmen. Tak ada lesen buang, tak dak lesen roboh. Ni apa ni? Sedarlah, fikirlah sama. Sekarang ni cost living tinggi. Kerja tak cukup hanya satu kerja. Perlukan balik kerja, pergi kerja lagi. Cari duit nak bela anak isteri. Gaji sekarang RM3,000.00 tak cukup, RM5,000.00 pun tak cukup. Kita faham, kita sendiri kita rasa. Rasa lah, prihatin la. Kepada kita harap kepada semua EXCO yang kita hormat tolong la, berilah peluang kepada rakyat yang merintih untuk bekerja pagi, petang, siang dan malam. Jangan kita hanya suka-suka roboh. Ada yang dah berniaga ada lebih 20 tahun pun ada. Tak ada ka kita ada perasaan tidak ada perikemanusian, tak ada hati perut!
Kita sangat-sangat harapkan semoga EXCO pastikan lepas ini nak buat tindakan roboh, fikir panjang lah. Jangan senang-senang kita robohkan, orang dah susah payah sediakan tempat menjual, tapi kita tak sediakan. Kita tak sediakan alternatif. Buat betul-betul. Kalau kita nak buat betul, betul-betul. Betul-betul bagi tahu. Kiosk kita dah buat, setiap bulan kamu kena bayar RM120.00 ataupun RM150.00. Bagi tahu rakyat kita, jangan tiba-tiba. YB saya pun tak tahu. Berapa kali dah berlaku di Balik Pulau, saya tengok. Saya tidak dimaklumkan pihak Majlis Bandaraya nak roboh. Sepatutnya bagi tahulah, sekurang-kurangnya saya tau bahawa roboh itu akan buat pada hari esok. Masuk harini kena bagitau sekurang-kurangnya. Kita harap semoga semua EXCO akan ambil prihatin hal ini.
YB. Habis, Pulau Betong?
Boleh sikit lagi.
Sikit lagi. Sila.
Akhir sekali saya nak pastikan, saya minta pihak MAINPP mengambil perhatian hal ini iaitu pastikan Jawatankuasa Kariah Masjid semuanya mestilah di buat dengan betul, tatasusilanya dan juga tatacaranya. Jangan ada tangan-tangan jahat yang mengganggu proses demokrasi pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid. Teruskanlah proses pemilihan Jawatankuasa Kariah itu memberikan mandat penuh kepada semua anak kariah tempatan.
Jangan sekali ada tangan-tangan yang masuk campur untuk memilih Jawatankuasa Kariah ataupun Jawatankuasa Masjid. Kita harapkan semoga kerja ini dibuat dengan penuh tertib dan pastikan tidak ada berlakunya tangan-tangan jahat. Kerana apa, saya sendiri telah pun berlaku kepada saya sendiri. Saya pada tahun 1993 pada tanggal 12 April saya dilantik menjadi Imam 2 Masjid Kongsi. Tiba-tiba, 1998 nama saya dikeluarkan tanpa sebarang surat. Tengok kita panggil apa. Tangan-tangan jahat ini. Siapa yang buat tindakan ini. Ha tengok. Sepatutnya saya mendapat tauliah menjadi imam pada tanggal 12 April 1993. Sepatutnya dalam surat itu menulis akan sekiranya selagi surat itu berkuatkuasa tidak ada berlakunya sebarang yang tidak dibenarkan.
Maksud dia, selagi surat itu akan berkuatkuasa, kalau sekiranya ada surat yang membatalkan, barulah boleh saya letak jawatan. Tapi saya terkejut kerana apa, sepupu saya berada dalam Pejabat Agama bagi tahu. Dia kata "Abang Chik, nama Abang Chik sudah tak ada lagi menjadi imam Masjid Kongsi". Saya terkejutlah surat apa pun tak ada. Pelik la kan, lantikan jadi imam ada daripada MAINPP tapi surat yang menyatakan saya sudah pun tak ada kuasa jadi imam, tak ada. Sampai hari ini tak dak. Itu kita panggil tu. Kita panggil tangan-tangan jahat. Tu tangan-tangan jahat yang masuk campur dalam pelantikan imam dan juga pelantikan AJK Masjid. Jadi kita harap selepas ini jangan sekali-kali ada tangan-tangan jahat yang akan menyusahkan pihak kariah untuk pastikan AJK Masjid dilantik dengan betul, dan pastikan kita memberikan hak sepenuhnya kepada anak-anak kariah untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan sempurna.
Semoga allah taala memberkati kita semua dan Nabi menyebut: Apabila satu urusan diserahkan kepada yang bukan ahli, kata Nabi maka tunggulah saat-saat kehancurannya. Dan barang siapa. Dalam hadis yang lain juga menyebut, barang siapa melantik seorang lelaki mengetuai sesuatu kelompok, sedangkan dalam kalangan mereka ada yang lebih baik daripada dia, kata nabi dia telah khianat kepada Allah, dia khianat kepada Rasul dan khianat kepada orang-orang beriman. Riwayat daripada Al-Hakim. Tuan Yang di-Pertua, sehingga sini saja ucapan saya pada tengah hari ini, saya akhiri dengan serangkap pantun:
Gendang di palu, semangat membara, Langkah diatur, tiada gentar, Berani kerana teguh pada kebenaran, Pantang undur walau tercabar.
Saya menyokong ucapan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Pulau Betong, tidak dicabar. Ahli-Ahli Yang Berhormat kita tangguhkan dewan dan kita bersidang semula jam 2:00 petang nanti. Jam dua.
Dewan ditangguhkan pada jam 12.56 tengahari.
Dewan bersambung semula pada jam 2.00 petang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Assalammualaikum Warrahmatulahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi perbahasan. Jadi saya jemput Bukit Tengah.
Terima kasih Dato’ Speaker memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Ucapan Perasmian TYT pada petang hari ini. Makan pun sudah, seperti yang dinasihatkan oleh Speaker dan kita akan bermula sesi perbahasan petang pula.
Saya juga bersama dengan lain-lain Ahli-Ahli Yang Berhormat, ingin memula untuk mengucapkanlah tahniah kepada pelantikan TYT baru yang Tuan Yang Terutama Tuan Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib sebagai Yang di-Pertua Pulau Pinang. Dan saya juga turut bersama-sama untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Tun Abdullah Badawi, bekas Perdana Menteri yang asal daripada Pulau Pinang.
Saya ingin bermula dengan mengambil sedikit masa juga untuk memberi penghargaan kepada Tun Fuzi, bekas TYT Negeri Pulau Pinang kita, sebab saya ingin merakamkan penghargaan kepada beliau seorang anak jati Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak telah yang tempoh perkhidmatannya sebagai TYT, tidak boleh diukur oleh gelaran. Hanya pada gelaran tetapi, kepada keikhlasan dan kesungguhan beliau deep devotion yang telah pun ditunjukkan untuk berbakti kepada negeri, beliau dan rakyatnya.
Beliau, saya masa semasa TYT Tun Fuzi berkhidmat kita selalu dengar bahawa beliau akan setiap hari jumaat, melawat dan berdoa di masjid-masjid yang berbeza di seluruh Pulau Pinang untuk berjumpa dengan warga Pulau Pinang, mendengar keluh kesah mereka, mendengar kerisauan mereka, dapat feedback daripada penduduk Pulau Pinang.
Dan dalam satu pertemuan tertutup yang atas jemputan TYT bersama dengan EXCO Perumahan, YB Perai kita telah berjumpa dengan Tun pada masa itu atas permintaan beliau dimana beliau telah pun mengeluarkan kebimbangan, kerisauan dan ingin menjaga kebajikan nelayan di Kuala Juru dan telah pun meminta agar perumahan boleh dibina untuk warga keluarga nelayan ini. Jadi, ini bukan retorik politik ini menunjukkan seorang pemimpin yang penuh ihsan compassion kepada rakyat beliau.
Bukan sahaja begitu Timbalan Speaker, kita melihat bahawa beberapa kali Tun berucap dan bertahan membela hak untuk Pulau Pinang. Pernah saya selalu dengar ucapan beliau, bahawa dia mengingatkan Kerajaan Persekutuan dengan tegas tetapi berhemah. Pulau Pinang berhak mendapat peruntukan pembangunan yang lebih adil, lebih-lebih lagi memandangkan sumbangan besar negeri ini kepada ekonomi negara. Beliau mengutarakan cadangan penubuhan satu Sovereign wealth fund pada masa itu dan mengajak agar status Pelabuhan Bebas Pulau Pinang dikaji semula bukan sebab nostalgia, tetapi untuk membuka potensi demi generasi yang akan datang. Beliau, Tun juga
merangkumi inisiatif penanaman lebih sejuta pokok sebuah pencapaian yang mencerminkan kepercayaan beliau dalam perancangan jangka masa panjang. Dan menerusi Penganjuran Bel Retiro Roundtable yang dicetuskan oleh Tun sendiri, beliau mengajak kita semua untuk berfikir jauh ke tahun 2050 dan seterusnya.
Beliau memimpin dengan contoh berwibawa, berpandangan jauh dan sentiasa meletakkan Pulau Pinang di dalam hati beliau. Meskipun Tuan Fuzi, Tun Fuzi telah pun menamatkan tugas rasmi beliau, beliau meninggalkan lebih daripada sekadar kenangan. Beliau meninggalkan satu legasi keemasan yang telah pun ayat yang saya pinjam dipetik daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam mengenangkan jasa Tun Fuzi.
Jadi, kami ada tanggungjawab kita untuk membina atas foundation asas yang Tun telah letakkan untuk meneruskan perjuangan, perjuangan beliau dalam integriti, kepedulian, minta maaf keberanian dan pemikiran yang progresif seperti yang beliau tunjukkan semasa sepanjang perkhidmatannya. Tun, terima kasih. Pulau Pinang tidak akan melupakan jasa Tun.
Semalam adalah kita sembang di luar. Adalah orang gurau juga kata bahawa apa yang Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang cakap pun, ucap pun, tak akan dapat perhatian sepenuhnya di luar. Sebab semua sekarang Tun, Tan Sri, adoi Tan Sri pula (dewan ketawa) Dato’ Speaker.
Boleh tambah lima minit.
Boleh dapat lima minit extra?
Boleh dapat lima minit.
Ada orang bergurau di luar Timbalan Speaker bahawa sekarang tumpuan semua di luar, bukan di dalam DUN. Jadi sekarang mereka kata ni gurau bahawa semua tumpuannya semua atas pemilihan PKR dan ada yang kata apa yang saya cakap nanti tak akan di you know tak akan diberi perhatian sepenuhnya.
Timbalan Speaker, kita ada. (dewan ketawa) Ya kita ada, kita ada tiga dalam Dewan ini tiga calon pemilihan daripada PKR (gangguan) Bukit Tambun calon 31, betul ha? Batu Uban, calon 78. Betul? Seberang Jaya? (gangguan) 36. Tapi bukan. Tapi itu gurauan. It’s a joke.
Timbalan Speaker, of course kita lihat walaupun pemilihan sedang berlaku tetapi ADUN-ADUN kita tetap berada dalam Dewan ini memberi perhatian sepenuh atas tugasan dan aliran yang telah mereka diamanatkan.
Bukit Tengah tak bertanding?
Hurm?
Bukit Tengah tak bertanding?
Saya tak bertanding.
Tak dak ah?
Saya tak bertanding. Dato’ Speaker, Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang telah pun berkali-kali membuktikan keupayaan melangkau batas saiznya. We have over time and time again, punch above it weight negeri yang kecil, tetapi sentiasa berdiri tinggi dari segi sumbangan kepada negara. Ketika Malaysia sekarang ini bersiap untuk merangka dan membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 yang bakal akan dibentangkan dalam Parlimen bulan Julai ini, adalah amat mustahak untuk Pulau Pinang mesti diberi perhatian nasional yang sewajarnya.
Suara kita mesti didengar, keperluan kita mesti diiktiraf dan yang paling penting sumbangan kita mestilah dihormati. Dato’ Speaker, walaupun Pulau Pinang kecil sekitar 5% daripada jumlah penduduk negara, kita selalu dengar dan kita akui Pulau Pinang secara konsisten menyumbang antara yang tertinggi dalam KDNK per kapital dalam negara. Dua tahun, dalam tahun 2023 output ekonomi Pulau Pinang mencegah, mencecah RM116 bilion dan menyumbang lebih 7% kepada KBMK Malaysia.
Kita terunggul dalam eksport pembuatan, zon perindustrian bebas kita menarik global pelabur-pelabur global. Pekerja kita antara yang paling mahir dalam negara. Tulang belakang eksport elektrikal dan elektronik (E&E) Malaysia mengalir melalui koridor industri Pulau Pinang. Dan dalam tahun 2023 Pulau Pinang merupakan pengeksport tertinggi negara RM435 bilion mewakili 31% daripada jumlah eksport negara. Tetapi apabila kita melibatkan hasil negeri, apa yang Pulau Pinang terima? Tahun 2023, hasil kita RM593 juta hanya point lima peratus daripada KDNK kita. Kita terpaksa menanggung defisit fiskal selama 13 tahun berturut-turut. Saya ambil angka ni daripada The Edge newspaper yang ada satu artikel dalam bulan 2 tahun ini, yang telah pun mengeluarkan satu analisa cover story “Malaysian States Financial Position” dia ada buat bandingan negeri-negeri ini. 13 negeri, kita antara satu negeri berturut-turut 13 tahun mencatat defisit fiskal di Malaysia.
Dan mencatat fizikal defisit terbesar dalam tahun 2023. Dari hasil pungutan hasil dari segi pungutan hasil ini yang yang menarik ni, Pulau Pinang berada di tangga keempat terakhir dalam tahun 2023. Daripada segi mendapat hasil depan kepada hanya Negeri Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka. Negeri-negeri lain dapat hasil yang lebih besar daripada Negeri Pulau Pinang dan kita telah pun mendengar bahawa kita terpaksa meminjam daripada Kerajaan Pusat, RM100 juta tahun lepas kerana bimbang kita tidak akan dapat cukup dana untuk tie us over untuk tahun ini. Kita dengar daripada Air Putih pagi ini, bahawa kita punya Akaun Disatukan (Consolidated Fund) tahun 2022 RM2.2 billion. 2019 RM2.1 billion, dan dalam Ucapan Bajet lalu Ketua Menteri kita sendiri kata kita takut awal tahun ini mungkin akan terus turun sampai RM55 juta. Tetapi, kita dapat berita sikit baik bahawa amount dia lebih tinggi RM199 juta dan itu pun belum potong lagi RM100 juta yang kita terpaksa meminta daripada Kerajaan Pusat.
Perkara ini tidak boleh disustainedkan secara lump, it’s not sustainable dan kita perlu membuat sesuatu. Bagaimana kita mengendalikan pengurusan pentadbiran kita pun, sekiranya kita boleh kutip 100% cukai tanah pun, bagaimana kita potong kos sini dan sana juga. Tetapi dalam tahun-tahun yang ke depan, kita juga akan terus menghadapi masalah kekangan fiskal ini, yang tak dapat diselesaikan. Ramai orang tanya saya, kenapa YB setiap kali bawa isu tentang ni. Sebab saya lihat bukan saya selalu nak bawa isu ini, it is an egg and chicken problem kita nak dapat peruntukan. Kalau tak dapat peruntukan ni, we cannot continue to sustain in this manner.
Timbalan Speaker, hakikatnya seperti negeri-negeri lain kita tersekat dan terbelenggu oleh Perlembagaan. Kita dilarang mengutip cukai langsung dan cukai tidak langsung, cukai pendapatan, cukai korporat, duit duty import, duty eksais, cukai penggunaan. Ini semua dimonopolikan oleh Kerajaan Pusat dan tidak sama seperti negeri-negeri lain, kita tidak ada hasil minyak, tiada gas, tiada hutan balak. Jadi, itu bukan loceng Timbalan Speaker. Jadi, kita tidak ada dapat petroleum royalti dan dana ihsan dan hak kepada cukai jual langkah seperti Sarawak ataupun Sabah. Jadi, ini semua menjadi satu isu besar. Pemberian geran mengikut kepala (Capitation Grant) ini yang diwajibkan dalam Perlembagaan. Kita dapat berapa? RM14.00 satu kepala. Mana cukup untuk menampung perkhidmatan asas kita, RM14.00 bayangkan.
Jadi Timbalan Speaker, kita bukan pengemis, we are not begging, kita bukan nak minta ihsan, we are not asking for charity. Kita menuntut apa yang adalah adil, apa yang sepatutnya dan apa yang saksama. Jadi kita menuntut satu kerangka fiskal baru digubal dalam Rancangan Malaysia Ke-13 yang menghormati peranan Pulau Pinang yang iktirafkan kekangan kami dan mencerminkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan, yang pertamanya jaminan perkongsian minima hasil SST kepada semua negeri berdasarkan sumbangan kepada KDNK nasional bagi mengimbangi sumber hasil negeri yang sempit. Kerajaan Persekutuan kutip SST setiap tahun. Berapa dia kutip? tiap-tiap harilah daripada perniagaan, daripada usaha negeri-negeri. SST revenue 2023 RM35 bilion, revenue SST 2024 RM44 bilion. SST yang dianggarkan untuk 2025 RM51 bilion. RM51 bilion, kalaulah Kerajaan Pusat kembalikan 1% kepada setiap negeri mengikut sumbangan mereka kepada KDNK, Pulau Pinang akan dapat RM1 bilion.
Cukup untuk selesaikan masalah kewangan kita Timbalan Speaker. Dan kalau setiap negeri diberikan sumbangan SST balik ini, kesemuanya 13 negeri ini jumlahnya RM15 juta sahaja. Bukan, RM15 bilion saja tak sampai separuh daripada SST yang dikutip oleh Kerajaan Pusat. Hasil Kerajaan Pusat berapa setahun? tiga, untuk 2023, RM291 bilion, bayangkan. Anggaran untuk tahun ni RM300 bilion. Apalah RM1 bilion, RM15 bilion
berbanding dengan RM300 bilion yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi saya harap bahawa Kerajaan Persekutuan bolehlah mengambil cadangan ini dan satu formula baru yang saya panggil equalization grant, penyamaan geran boleh digubal untuk semua negeri tak kira saiz, yang tak kira saiz penduduk tetapi sumbangan ekonomi dan keperluan fiskal setiap negeri bagi menjamin agihan yang lebih adil.
Apa yang saya cadangkan ini bukan untuk sahaja Pulau Pinang, negeri-negeri lain seperti Johor, Selangor juga menghadapi ketidakseimbangan fiskal persekutuan yang sama dan Pulau Pinang tidak pernah lari daripada tanggungjawab kepada negara, kita bukan beban, kita menyumbang dengan tekun, cemerlang dan penuh kebanggaan, kita adalah aset negara, Timbalan Speaker. Tetapi kapal paling kuat pun bagaimana akan karam jika beban yang ditanggung tidak seimbang. Saya nak ingatkan, ya! kita dapat projek-projek, duit yang diberikan Kerajaan Pusat untuk kita boleh buat projek-projek mega, kita terima kasih, tak pernah tidak dapat perhatian yang sebegini pada hari ini berbanding dari dulu-dulu lagi. Projek-projek mega yang kita dapatkan sekarang hebat tapi duit tak masuk kepada Kerajaan Negeri untuk diguna oleh Kerajaan Negeri bagi mentadbir negeri. Kita bukan satu agensi pelaksana Kerajaan Persekutuan. Kita bukan daerah ataupun kita bukan dipanggil Wilayah Persekutuan Pulau Pinang, kita Pulau Pinang adalah Negeri Pulau Pinang yang berdaulat. Jika Malaysia benar-benar ingin menjunjung semangat persekutuan maka termasuk Pulau Pinang mestilah menerima kepentingan dan manfaat sewajarnya dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Demi menjamin bukan sahaja kemakmuran Pulau Pinang tetapi kemakmuran negara ini.
Tuan Speaker, saya membaca ucapan perasmian TYT, di mana beliau telah pun menyebut dan mempersamakan Pulau Pinang sebagai satu permata istimewa dengan warisan sejarah yang kaya, budaya yang beraneka dan paling penting di sini keharmonian pelbagai kaum yang terpelihara dan bila saya baca ayat-ayat ini saya diingatkan balik kepada insiden yang berlaku berkaitan dengan pertikaian pemindahan Kuil Sri Pathrakaliamman. Dan ini satu kes berkenaan dengan satu kuil 130 tahun, isu dia adalah pertikaian untuk pemindahan. Dalam satu dan akhirnya kes ini telah pun diselesaikan pada saat-saat terakhir dengan cara yang baik tetapi yang saya nak sebutkan di sini adalah ini bukan kali yang pertama isu sensitif seperti pemindahan ataupun pencerobohan rumah ibadat timbul. Perobohan kuil yang sering berlaku ketika dahulu merupakan antara punca utama tercetusnya perhimpunan Hindraf dan kita juga ingat tentang kes Sri Maha Mariamman Seafield yang ada tragis mengakibatkan seorang kematian sampailah seorang anggota bomba.
Dan baru-baru ini kes KL berlaku lepasnya kejadian tu kita menyaksikan sesuatu yang lebih membimbangkan. Kewujudan sebuah Facebook page bernama “Rumah ibadat haram dibina hari ini” yang dianggotai oleh beribu berpuluh ribu pengikut, kebanyakannya terdiri daripada pengguna Melayu yang menggalakkan orang ramai mengenal pasti kuil-kuil Hindu, to identify lah. Memuat naik lokasi mereka dan melaporkan sebagai struktur haram. Ini amat membimbangkan, ini bukan activism, ini bukan social activism. Ini bukan dan ini untuk saya adalah satu ratio profiling, ethnic profiling yang amat bahaya dalam sebuah negara yang cukup maklum tentang bahaya pemecahan kaum. Kita di sini, we are icon, kita lambang kepada kepelbagaian dan jalan-jalan kita bergema dengan seruan azan, dentingan loceng gereja, nyanyian canting berirama daripada kuil-kuil yang berusia ratusan tahun. Ini adalah mozek yang hidup, a live living mosaic tapi kita tak boleh leka. Kita mesti ada mekanisme yang kita boleh mencegah apabila kejadian ini berlaku. Kita kenalah cari seperti yang Batu Uban tadi pagi ini ada bangkitkan, kena selesaikan isu-isu tanah kuil untuk menjadikan kuil-kuil Hindu ini sebagai tapak warisan. Ada banyak cadangan… (gangguan).
Mohon mencelah Bukit Tengah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Isu ini saya amat setuju dengan Bukit Tengah sebab kalau kita tengok, isu ini satu perkara penting dan menyentuh sensitiviti keagamaan serta hak asas rakyat iaitu isu-isu yang berkait dengan Rumah Ibadat Bukan Islam yang terus berdepan dengan cabaran dari segi pengiktirafan, pemilikan tanah dan penguatkuasaan dan yang lebih teruk dan membimbangkan tindakan meroboh tanpa rundingan yang adil. Pulau Pinang terkenal sebagai negeri yang berbilang kaum dan agama jadi banyak kuil, tokong dan gereja telah wujud sejak sebelum merdeka, sebelum Akta Kanun Tanah Negara diperkenalkan. Jadi kita harus mengambil iktibar dari perkara ini dan bukan saja kategorikan mereka sebagai tidak sah ataupun kuil haram sebaliknya mencari satu garis panduan yang membolehkan kita menggariskan satu panduan baru untuk membantu rumah ibadat seperti ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang banyak cadangan-cadangan telah pun diberikan selepas insiden kuil di Kuala Lumpur. Dan pertama saya rasalah kita boleh memulakan dengan menjalankan satu audit yang menyeluruh dan mewujudkan daftar digital bagi semua Rumah Ibadat Bukan Islam di Pulau Pinang. Pagi tadi kita telah pun dengar daripada Sungai Pinang Yang Berhormat bahawa dan juga saya dapat jawapan jumlah keseluruhan RIBI yang didaftarkan adalah 1,200 tetapi ini bukan keseluruhannya. Registration ini adalah dibuat secara sukarela. Saya mencadangkan bahawa kita buat satu audit bahawa kita memang survey, ambil kira semua kuil-kuil yang ada dan masukkan mereka dalam satu daftar, kemudian kita lihat apakah masalah yang dihadapi oleh setiap kuil-kuil ataupun tokong Cina di Pulau Pinang. Kedua kita mungkin boleh mencontohi pendekatan MAINPP, mengurus semua surau dan negeri, surau dan masjid di negeri yang berdaftar di bawahnya. Itu adalah satu contoh yang bagus. Jarang kita mendengar ada ancaman masjid atau surau akan diroboh atau akan dipindahkan sebab mereka ada peraturan yang cukup baik untuk mengendalikan semua masjid dan surau kerana dirikan satu masjid surau kena dapat dulu kelulusan daripada MAINPP. Mungkin ini adalah perkara-perkara yang kita boleh mempertimbangkan, mungkin.
Dan yang ketiga, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang satu-satunya seumpamanya di Malaysia haruslah diperkasakan lagi menjadi penjaga dan guardian, pelindung undang-undang bagi kuil-kuil Hindu. Mungkin juga tiba masa untuk mengubal enakmen untuk larangkan pengusiran mana-mana rumah ibadat yang berusia lebih daripada 50 tahun untuk menjawab soalan Yang Berhormat Batu Uban. Yang paling penting adalah kita nak mempromosikan pendidikan dialog agama harus diteruskan dan tiada anak-anak kita membesar dengan kepercayaan bahawa doa jirannya, the next door prayer, boleh menjadi satu ancaman. We want harmony, Timbalan Speaker. Dan kita mesti mewujudnya dasar yang telus, adil untuk semua rumah ibadat demi memelihara warisan kepelbagaian dalam negeri ini dan juga untuk menggalakkan kehormonion serta penyertaan sosial dan antara agama yang sejati, Timbalan Speaker. Beberapa isu tempatan yang sangat-sangat cepat saya yang pertama tadi telah pun diberi amaran jangan sebut banyak panjang lagi tentang Jalan Tok Kangar. Tapi Jalan Tok Kangar tu kawasan saya. Berkali-kali dah, setiap kali kita akan bincangkan persoalan Jalan Tok Kangar. Dan saya nak katakan di sini, bukan apa, saya tak salahkan EXCO-EXCO kita, Tanjong Bunga memang dia buat kerja A standard la, triple A la, triple A dan tengok dia concentration pun dalam kerja dia, dia tak dengar apa yang… (ketawa).
Dia tak dengar Bukit Tengah. Tanjong Bunga, Tanjong Bunga.
Bukan permasalahan dia. Triple A punya performance saya kata. Concentration atas kerja. Tapi Jalan Tok Kangar ini ada orang luar katakan apa tau Timbalan Speaker, mereka bandingkan, tengok di China, projek jambatan lebuhraya, jambatan yang orang panggil Hong Kong–Zhuhai–Macau, lebaran 55 km, 10 tahun mereka boleh selesaikan. Projek kita daripada persimpangan isyarat traffic light Auto City sampai ke persimpangan traffic light Juru, tak sampai 3 km, 10 tahun hari ini pun tak boleh siap lagi. 9 tahun ya? 9 tahun. Jadi saya pun saya haraplah kita boleh dapat jawapan daripada EXCO nanti bagaimana kita boleh selesaikan masalah ini. Lagi satu isu adalah kesesakan lalu lintas di persimpangan traffic light Bukit Minyak dengan Jalan Bukit Tengah. Jadi saya nak cadangkan sama ada satu TIA boleh dilakukan untuk kita lihat bagaimana kita boleh selesaikan permasalahan traffic light, I meant kesesakan lalu lintas di sana. Satu, dua, mana lagi sini.
Saya dah tambah lima minit ni, cukup lima minit dah. 2.30, hilang dah.
Vape sudah cakap tadi. Okey, baik dan ialah ini dua-dua isu, ya, yang lagi satu berkenaan dengan Projek Menaik Taraf Persimpangan Bertingkat Juru Utara Autocity. Ini adalah sebahagian projek besar dual elevator highway cuma kita hendak tahu reka bentuk how it’s actually going to work dan sudah sampai setakat mana projek ini sedang dilaksanakan.
Akhir sekali, walau pun saya tidak ada masa lagi, memang ada perbincangan sebelum ini cadangan untuk kita tengok macam mana kita boleh susun balik i-Sejahtera ini dan banyak pandangan telah diberikan. Dan untuk saya secara peribadi of course kalau kita dapat duit daripada Kerajaan Persekutuan daripada SST, selesailah isu ini. Tidak perlulah kita buat perbahasan hari ini. Tapi walaupun itu tak berlaku sekarang yang saya hendak cadangkan adalah kalaulah kita kena juga susun balik sasaran, bersasar subsidi bersasar, ini saya harap kita bolehlah letak duit itu set up satu fund untuk pendidikan. Kenapa saya katakan begitu? Baru beberapa hari lalu Menteri Wilayah, Dr. Zaliha ada keluarkan satu kenyataan di mana dia pun menyatakan bahawa jurang pendidikan sedang menjadi lebih besar sekarang ini disebabkan kekangan ekonomi. Ramai budak-budak tak boleh pergi duduk SPM dan kita lihat bahawa ada juga yang terpaksa pergi kerja gig dan tidak boleh pergi kerja dan sebagainya. Actually, saya ada satu panjang lebar punya submission yang saya nak buat tetapi saya tidak sempat. Mungkin nanti semasa penggulungan saya boleh tambah lagi tetapi saya rasa kita kena invest, labur dalam masa depan anak muda kita untuk keluarkan mereka daripada kemiskinan. Kita kena laburkan hari ini dalam pendidikan. Dan dengan itu, Dato' Speaker, saya menamatkan ucapan saya dan mohon untuk menyokong ucapan TYT. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Bukit Tengah dan seterusnya saya mempersilakan Machang Bubuk.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Penang 2030 dan salam Madani. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan perasmian yang penuh bermakna serta membawa harapan untuk kemajuan negeri yang kita cintai ini. Saya yakin dengan pengalaman dan kebijaksanaan Tuan Yang Terutama akan terus membawa Negeri Pulau Pinang ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi. Saya juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri ke-5, semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Dato’ Seri Speaker... (gangguan).
Dato’ Seri? Pakat doa... (ketawa)
Tadi Bukit Tengah panggil Tun (ketawa). So saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan Projek Tambakan Laut seluas 70 ekar di Tapak Pelupusan Sampah Jelutong (TPSJ) dan implikasinya terhadap middle bank, salah satu kawasan biodiversiti yang penting di negeri Pulau Pinang ini. Pertama sekali kita perlu memahami rasionalnya, apa rasionalnya kelulusan pelan tambakan laut seluas 70 ekar untuk dijadikan platform kerja semasa proses pemulihan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong ini dan mengapa saiz tambakan itu perlu dibuat sebegitu luas sekali. Adakah kajian atau kaedah alternatif telah dilakukan untuk melihat sama ada saiz yang lebih kecil boleh digunakan sebagai platform kerja, kaedah-kaedah seperti landfill mining, in-situ reclamation atau teknologi pemulihan moden lain juga diguna pakai dalam menjalankan kerja-kerja pemulihan tapak tersebut.
Dalam jawapan kepada Soalan Bertulis saya, YB Jawi ada menyatakan bahawa projek ini tidak akan mengganggu kawasan middle bank berdasarkan Laporan EIA yang telah dibuat tetapi ia juga membawa beberapa soalan yang penting yang saya rasa perlu kita tahu di sini iaitu adakah middle bank akan diwartakan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar seperti yang disebut. Jika ya, bila proses pewartaan ini akan dimulakan? Atau adakah kerajaan juga bersedia untuk mewartakannya sekiranya projek itu habis. Sebab dalam jawapan YB Jawi ke atas Soalan Bertulis saya, juga ada berkata jika projek ini tidak dapat diteruskan maka perjanjian Joint Development Agreement (JDA) itu perlu dibatalkan dan proses tender baru perlu dilakukan. Ini dijangka akan mengambil masa sehingga 3 hingga 5 tahun.
Namun begitu, saya rasa juga ada beberapa kebimbangan yang perlu kita tahu dalam Dewan ini iaitu dalam proses pemeteraian JDA ini apakah bentuk due diligence yang telah dilakukan untuk memastikan bahawa perjanjian tersebut tidak akan membebankan Kerajaan Negeri sekiranya projek ini tidak dapat dilaksanakan dan adakah apa-apa exit clause yang jelas untuk melindungi kepentingan Kerajaan Negeri sekiranya projek ini tidak dapat berjalan seperti yang dirancangkan? Saya berharap Kerajaan Negeri akan mengambil kira kebimbangan ini dan memastikan bahawa apa sahaja keputusan yang diambil adalah untuk memastikan manfaat jangka panjang rakyat Negeri Pulau Pinang itu dapat dijamin.
Dato' Speaker, perkara kedua yang saya ingin bangkitkan dalam sidang DUN ini adalah juga berkaitan dengan pemberian bonus enam (6) bulan kepada kakitangan PDC. Walau pun sudah ada ramai Ahli-Ahli Dewan lain yang telah menyentuh perkara ini, saya cuma ada beberapa persoalan yang harap Kerajaan Negeri juga boleh memberikan kita satu penjelasan iaitu adakah pemberian bonus ini merupakan satu dasar tetap atau memang satu kebiasaan yang diamalkan oleh PDC pada tahun-tahun yang dahulu atau itu adalah satu perkara yang baru dibuat dan apakah asas utama yang digunakan oleh Lembaga PDC untuk meluluskan bonus sehingga 6 bulan pada tahun 2024. Dan mengikut jawapan bertulis daripada YAB Ketua Menteri, memang ia ada menyatakan bahawa 54% daripada pendapatan PDC adalah hasil daripada aktiviti jualan tanah, sementara 22% daripada keuntungan atas jualan pelaburan. Ini juga menimbulkan satu persoalan asas iaitu bukankah tanah ini semua adalah dimiliki oleh Kerajaan Negeri atau juga diambil secara Akta Pengambilan Balik Tanah. Dan jika tanah tersebut adalah milik kerajaan, bukankah keuntungan jualan hasil tanah itu sepatutnya dipulangkan terus kepada kerajaan dan bukannya diberikan bonus kepada kakitangan-kakitangan PDC. Maka saya juga nak tahu apakah mekanisme Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa hasil jualan tanah itu dapat digunakan secara maksimum untuk pembangunan sosio ekonomi rakyat dan juga macam tadi Bukit Tengah ada sebut, pelaburan untuk masa depan negeri kita dan bukan sekadar memberi bonus kepada pekerja PDC.
Dan akhir sekali, saya juga ingin tahu sama ada adakah cukai atau sumbangan balik daripada PDC kepada Kerajaan Negeri ini setimpal dengan nilai tanah yang dijual oleh PDC dan adakah ia setimpal dengan keuntungan PDC untuk serah balik kepada Kerajaan Negeri. So, maka saya berharap Kerajaan Negeri dapat melihat isu ini dengan lebih menyeluruh dan memastikan bahawa aset tanah negeri yang amat berharga ini dapat bukan setakat dijual tapi dapat menjana hasil kepada Negeri Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang.
Dato' Speaker, perkara ketiga yang saya ingin bangkitkan adalah tentang Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang. Saya juga ada mendapat jawapan daripada Kerajaan Negeri bahawa reka bentuk baru telah dikeluarkan. YB Tanjung Bungah menyatakan bahawa reka bentuk baharu Projek Terowong ini merupakan alternatif penting untuk memastikan kesinambungan dan kelangsungan projek ini. Namun, saya juga ada beberapa soalan yang timbul iaitu saya nak tahu bilakah reka bentuk baharu ini dan kajian kebolehlaksanaan ini boleh dimuktamadkan? Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis masa yang jelas tentang perkara ini atau ia akan terus tertangguh seperti sebelum ini dan apakah asas-asas pertimbangan yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan atau membatalkan projek ini. Tentang impak projek ini kepada rakyat, saya juga ingin tahu bahawa bagaimana Kerajaan Negeri boleh memastikan bahawa projek ini tidak akan menggalakkan penggunaan kenderaan sendiri secara berlebihan macam bandar-bandar seperti London, Stockholm, Gothenburg dan Singapura yang telah mula melaksanakan caj kesesakan atau congestion pricing. So, adakah kita masih ingin teruskan projek ini atau projek ini hanya sekadar bertujuan untuk menjadi ikon pelancongan seperti jawapan yang diberikan oleh YB Tanjung Bungah.
Dato' Speaker, perkara yang seterusnya yang saya ingin bangkitkan adalah berkaitan dengan isu kesesakan lalu lintas di kawasan Jalan Kulim dan Jalan Rozhan, yang bukan sahaja menjadi isu kepada penduduk Machang Bubuk tetapi juga kepada pengguna jalan raya dari kawasan sekitarnya. Saya ingin menyampaikan rasa tidak puas hati saya terhadap jawapan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri berkaitan dengan soalan kedua puluh empat dan kedua puluh lima soalan bertulis saya. Meskipun disebut bahawa fasa reka bentuk untuk pelebaran Jalan Kulim telah siap, namun saya mendapati bahawa Kerajaan Negeri tidak menunjukkan kesungguhan dalam mencari jalan alternatif untuk
mengurangkan kesesakan di kawasan Machang Bubuk. Persoalan saya, kenapa kita hanya fokus dalam pelebaran jalan sedia ada ialah Jalan Kulim yang telah penuh dengan bangunan jika nak melebarkan memang ada kesulitan dan juga kos pengambilan balik tanah yang begitu tinggi sekali.
So, kenapa kita tidak mencari laluan alternatif untuk mengurangkan beban trafik tersebut? Ya, dalam Jajaran Jalan Baru dalam Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030, ya berdasarkan jawapan yang telah diberikan, menunjukkan bahawa ada satu jajaran baru yang menyambungkan Jalan Machang Bubuk 1 dengan Taman Santuari dan Jalan Seladang akan dibina pada masa akan datang. Memang ada satu jajaran baru ya, tapi ia akan bergantung kepada pemaju swasta untuk membangunkan tanah-tanah yang tersebutlah. Maksudnya, jika pemaju atau tuan tanah di sepanjang jajaran jalan baru itu tidak membuat apa-apa pembangunan, maka, jalan itu tidak akan dibuat, ya. So soalan saya adalah jika tanah tersebut tidak dibangunkan oleh pihak swasta, adakah Kerajaan Negeri boleh memikirkan perancangan yang proaktif termasuk…termasuk kita boleh gunakan contoh Jalan Song Ban Kheng yang telah dibina lebih awal dan disiapkan oleh Kerajaan Negeri kemudian akan mengenakan caj kepada tuan tanah-tuan tanah yang akan memohon untuk pembangunan tanah-tanah mereka tersebut.
So, kenapa saya sebutkan kita boleh memikirkan atau menjalan melaksanakan projek di atas jajaran baru tersebut kerana antaranya kos pengambilan balik tanah untuk projek perlebaran Jalan Kulim dianggar adalah RM100 juta. Sementara kos pembinaan jalan pula dianggarkan RM60 juta. So, total sudah RM160 juta. Jika kita boleh gunakan buat jalan jajaran baru, kemungkinan besar saya rasa dia, pengambilan balik tanah dia tak semahal yang di sepanjang Jalan Kulim ini. So, itu salah satu perkara yang saya harap Kerajaan Negeri boleh melihat kepada perkara ini supaya kita boleh mewujudkan jalan alternatif ini dalam masa yang terdekat.
Machang Bubuk, minta pencelahan. Dato’ Timbalan Speaker, mengenai jajaran yang disebutkan oleh Machang Bubuk tadi iaitu dari tepi SMK Machang Bubuk ke Taman Sanctuary. Sebenarnya, ada satu jajaran yang sedang dalam usaha untuk menyambungkan Jalan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak ke Taman Perwira iaitu di bawah Bukit Tengah. Terdapat sebuah syarikat swasta yang mengemukakan perlingkungan semula untuk kawasan perindustrian dengan pengambilan tanah untuk menyambungkan Jalan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak ke Taman Perwira kemudian ke Jalan Persekutuan. Ini akan bypass depan office saya Jalan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak dan Jalan Bukit Tambun.
Perkara yang sama, adakah kita bagi pihak Kerajaan Negeri boleh mengambil inisiatif untuk kenal pasti lot-lot tanah tersebut dan menjalankan rundingan untuk menggalakkan mereka menjalankan pembangunan dibenarkan perlingkungan semula dan bersekali dengan pembinaan jalan satu package. Adakah Kerajaan Negeri boleh berbuat demikian? Mengambil inisiatif untuk berbincang dengan tuan tanah ataupun pemaju perumahan yang terlibat di bawah jajaran tersebut?
Terima kasih Bukit Tambun yang memang sangat arif dengan kawasan sekitar Seberang Perai Tengah ini dan saya harap…
Machang Bubuk.
Saya harap Pihak EXCO yang terlibat nanti boleh memberi kita satu penjelasan yang… Dato’ Speaker, perkara yang terakhir yang saya ingin bawa ke perhatian Dewan ini adalah berkaitan dengan Akta Perkhidmatan Parlimen yang saya juga ada tanya dalam soalan bertulis saya. Saya cuma tertarik dengan satu perkara yang saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri iaitu bajet yang diperuntukan kepada Pejabat Speaker dan Pentadbiran DUN mengikut tahun sejak tahun 2018 sehingga sekarang. Ya, untuk tahun 2020, jumlah peruntukan yang diberikan kepada pejabat Yang di-Pertua DUN adalah RM337,900 ringgit. Ya, sama untuk tahun 2021, sama untuk tahun 2022, ada kurang sikit pada tahun 2023 iaitu RM335 ribu. Pada tahun 2024, ia melonjak ke RM684,710 ringgit. Ya dengan ada tambah satu OS 29000 ya. Untuk tahun 2025, untuk bahagian OS 29000 ini, dia tambah menjadi RM650,000. Jumlahkan tahun-tahun ini, peruntukan yang diberikan kepada Pejabat Yang di-Pertua DUN tambah menjadi RM1,004,692 ringgit. Mengikut apa yang ditulis di sini, iaitu OS 29000 ini adalah perkhidmatan… perkhidmatan ikhtisas perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti. Saya ingin tau apa… apa perbelanjaan yang dimaksudkan dalam perkhidmatan ikhtisas yang telah melonjakkan peruntukan kepada Pejabat Speaker sebanyak RM650,000 ini. So, saya nanti minta penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri.
Akhir kata, tuan Dato’… Dato’ Speaker, Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang berinovasi dan berdaya saing. Kita bukan sahaja mahu membina jalan dan jambatan tetapi kita juga mahu membina masa depan yang lebih cerah untuk rakyat kita. Kita mahu Pulau Pinang dikenali bukan hanya sebagai hub teknologi dan industri tetapi juga sebagai sebuah negeri yang mam… berani berfikir jauh ke hadapan serta tidak gentar untuk melakukan perubahan. Kita perlu berikhtiar untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Saya percaya dengan usaha dan kerjasama daripada semua pihak termasuk agensi kerajaan dan rakyat, kita mampu membina sebuah negeri yang berdaya tahan, berinovasi dan betul-betul liveable. Dengan ini, saya memohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Machang Bubuk. Dan seterusnya dipersilakan Penaga.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillahi rabbil alamin wassola’ tu wassalamu ala asrofil ambiya' wal mursalin wa'ala alihi wa ashabihi ajmain. Subhanaka la ‘ilma ‘allamtana innaka antal alimul hakim.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, seluruh barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan yang berhormat seterusnya kepada semua Ketua dan juga Pengarah jabatan dan agensi dan seluruh hadirin tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua yang telah memberi peluang dan ruang kepada Penaga untuk terlibat dalam sesi perbahasan dan titah ucapan Tuan Yang Terutama, Tun Haji Ramli Ngah Talib. Pada hari Jumaat yang lepas, Penaga juga mengambil peluang pada petang ini untuk
mengucapkan tahniah di atas pelantikan Tun Haji Ramli Ngah Talib sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Kesembilan. Dan juga ucapan terima kasih kepada Tun Ahmad Fuzi yang juga merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kali yang kelapan yang telah pun menamatkan perkhidmatannya. Jasa dan sumbangan yang telah diberi walaupun hanya dalam tempoh yang singkat satu penggal, tetap dikenang oleh seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Penaga juga mengambil peluang pada petang ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah pun kembali bertemu dengan sang penciptanya, Allah Azzawajalla. Jasa yang telah ditabur pada negara ini sangat besar. Mengenang jasanya, khususnya bagi DUN Penaga yang berada dalam kawasan Parlimen Kepala Batas. Allahyarham telah mewakili Parlimen Kepala Batas sekian lama dan antara jasa yang telah ditinggalkan juga di DUN Penaga ini adalah pembinaan Taman Tsunami ketika mana berlakunya peristiwa tsunami pada tahun 2004, banyak rumah-rumah nelayan yang rosak akibat daripada kesan ombak yang kuat ataupun tsunami itu maka akhirnya satu taman telah dibina yang dinamakan dengan Taman Tsunami. Itu antara jasa bagi penduduk ataupun warga Penaga.
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan di kandung tanah, Budi dan jasa yang baik dikenang jua.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, memulakan ucapan perbahasan saya pada petang ini, saya melihat dalam akhbar yang telah disiarkan atas jawapan-jawapan yang telah diberi oleh pihak Kerajaan kepada soalan-soalan lisan yang telah diungkapkan oleh rakan-rakan. Yang Berhormat, sama ada pada semalamnya ataupun hari ini dan saya nak respon kepada beberapa perkara yang telah disentuh dan disebut dalam jawapan yang telah diberi oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota selaku Ketua Menteri yang seolah-olah kita melihat Pulau Pinang ini sangat kritikal apabila Kerajaan di sini sendiri pun tidak mempunyai aliran tunai yang cukup. Yang kita melihat dulunya Kerajaan kita digambarkan sebagai negeri maju dan penuh dengan pelaburan, kini terpaksa meminta pendahuluan RM100 juta daripada Kerajaan Pusat tahun lepas sebab tak cukup duit nak tampung perbelanjaan sendiri.
Dan ini yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Sehingga kita terpaksa mengerahkan semua sumber daripada lesen jual arak, cukai hotel sampai ke sewa tak pokok di Taman Botani untuk tutup lubang kewangan yang mereka gali sendiri. Antara puncanya disebut bagaimana perbelanjaan yang tak terkawal, gaji penjawat awam yang dinaikkan dan makin ramai penduduk yang layak menerima bantuan tunai. Maka lahirlah apa yang disebut oleh Padang Kota malangnya lahirlah apa yang disebut 24 strategi luar biasa. Saya melihat ini tidak lain dan tidak bukan untuk perah duit rakyat termasuk kutip tunggakan cukai tanah, naikkan kadar lesen arak, jual tanah kerajaan dan kenaikan caj lebih tinggi untuk rawatan veterinar. Sampai haiwan pun dah kena bayar untuk tampung perbelanjaan negeri.
Dan bagaimana sendiri kita melihat rungutan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota malangnya merungut kononnya orang luar salah anggap yang Penang ini kaya sebab semua hasil cukai pelabur masuk tetapi realiti yang disebut semua cukai pelabur ini masuk ke poket Kerajaan Pusat. Negeri katanya cuma dapat duit dari jual tanah dan hasil perniagaan tempatan. Sehingga tahun 2024 tahun lepas, negeri ini tutup
akaun dengan simpanan kurang daripada tahun sebelumnya defisit RM174 Juta walaupun dikira lebih baik daripada defisit tahun sebelumnya 2023 iaitu sebanyak RM358 Juta. Jadi Dato' Timbalan Yang di-Pertua, di sini saya nak simpulkan dan saya ada lapan soalan yang saya nak tanya yang mesti diberi penjelasan dah jawapan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota, apa yang disebut itu daripada akhbar yang telah disiarkan dan kita boleh tengok pada FMT (Free Malaysia Today) pun ada. Lapan soalan yang saya nak tanya.
Yang pertama mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih memilih untuk membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ketiga belas berturut-turut walaupun mengetahui ia memberi tekanan besar kepada kewangan negeri. Yang kedua, adakah wajar negeri yang sering digambarkan sebagai maju dan berjaya kini terpaksa meminta pendahuluan RM100 Juta daripada Kerajaan Pusat kerana kehabisan tunai. Yang ketiga, bagaimana Kerajaan Negeri membenarkan perbelanjaan mengurus, meningkat tanpa kawalan, gaji dan bantuan tunai menjadi beban besar kepada bajet Kerajaan negeri. Yang keempat, kenapa Kerajaan Negeri perlu mengenakan cukai dan caj ke atas perkara sekecil, sewa pokok di Taman Botani jika kewangan diurus secara berhemah sebelum ini. Yang kelima apakah rasionalnya menjual tanah kerajaan untuk menampung aliran tunai dan tidakkah ini satu bentuk pelupusan aset yang akan mengurangkan pegangan negeri dalam jangka panjang. Yang keenam adakah Kerajaan Negeri mengakui kegagalan dalam menjana hasil baru secara lestari apabila (kurang jelas) kepada langkah-langkah menarik keluar duit daripada rakyat termasuk caj rawatan veterinar. Yang ketujuh, bagaimana hasil pelaburan RM71.9 Bilion pada tahun 2023 di manfaatkan untuk rakyat jika negeri masih mengalami defisit ratusan juta ringgit dan bergantung kepada hasil jualan tanah. Dan yang kelapan, yang terakhir soalan daripada saya, adakah Kerajaan Negeri berani mendedahkan secara terperinci bagaimana setiap sen hasil cukai dan penjualan aset negeri dibelanjakan khususnya untuk menjustifikasikan tindakan-tindakan drastik yang menekan rakyat.
Bagaimana yang disebut oleh rakan-rakan yang lain, saya tengok dan saya difahamkan, EXCO-EXCO Kerajaan Negeri pun semuanya kereta-kereta untuk EXCO ni dah tukar 2 bulan atau 3 bulan yang lepas tetapi tidak ada saya tengok dalam akhbar atau laporan rasmi tidak dikeluarkan. Ini juga saya nampak kalau ada keperluan tidak menjadi masalah tetapi sekarang ni masalahnya sehingga aliran tunai pun kita tak cukup dan kita boleh berbelanja ataupun mengeluarkan duit dengan agak boros menyediakan kereta yang lebih selesa, Toyota Camry baharu kepada semua EXCO termasuk mungkin Speaker, termasuk Timbalan Yang di-Pertua, saya tak pasti. Tidak jadi masalah, paling tidak pun kereta–kereta lama yang digunakan sebelum tu bagilah sebiji dekat...
Ketua Pembangkang.
Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang pun tiada kereta ni. Jangan bagi kereta saja, bagi sekali dengan driver. Ketua Pembangkang ni pun kadang-kadang penat, letih dan juga yang lain. Jadi, itu yang saya nampak dan saya minta penjelasan dapat diberi oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya nak masuk kepada isu-isu yang berbangkit di Pulau Pinang ini khususnya dalam hal ehwal yang melibatkan agama Islam. Yang pertama yang saya nak sentuh berkaitan pelantikan jawatankuasa ataupun pengerusi, jawatan kariah untuk sesi 2026 dan 2027. Walaupun sampai ke hari ini, masih belum ada hitam
putih, mesyuaratnya katanya ditangguh seketika, taklimat pun ditangguh seketika sehingga difahamkan selepas sidang DUN baru nak diberikan taklimat mungkin takut panas dalam sidang DUN ini.
Tapi apa yang saya nak tekankan, apabila saya telah mengemukakan soalan bertulis dan saya telah mendapatkan jawapan yang telah diberikan berkaitan dengan tatacara pelantikan pengerusi, AJK masjid dan juga pegawai masjid yang terkini dan telah diberi jawapan cuma saya nak petik pada apa yang saya nak sentuh adalah sebagaimana jawapan yang telah diberi, kepercayaan kepada anak kariah sangat penting bagi memastikan pengurusan masjid, mencerminkan kehendak dan keperluan masyarakat setempat melalui mesyuarat agong pencalonan anak kariah telah dicadangkan oleh seorang pencadang dan mendapat sekurang-kurangnya seorang penyokong yang ditentukan sendiri oleh ahli kariah yang hadir dalam mesyuarat agung pencalonan tersebut. Selain itu, antara syarat perjalanan adalah calon perlu tinggal tetap dalam kariah masjid itu bagi tempoh tidak kurang daripada tiga bulan dan calon perlu hadir ke mesyuarat pecalonan tersebut.
Kalau kita memberi mandat dan kepercayaan peranan kariah untuk memilih pengerusi kariah itu sendiri dan seluruh jawatankuasa masjid maka jangan ada campur tangan daripada pihak-pihak yang lain dan jangan apabila pemilihan itu telah dibuat, pengerusi itu telah diangkat dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang tiba-tiba balasan ataupun surat yang diberi ataupun pelantikannya bertukar seperti yang berlaku pada sesi lepas, 11 atau 12 buah masjid yang pengerusi itu ditukar walaupun menang dipilih oleh anak kariah sememangnya anak kariah kenal, tiba-tiba lantikannya orang lain termasuklah yang kalah bertanding dalam pemilihan ini bukan pemilihan PKR yang disebut tadi.
Di luar bising dengan panas dengan pemilihan PKR, ini pemilihan anak kariah. Pemilihan anak kariah dah dipilih tiba-tiba yang kalah tu dilantik semula sebagaimana yang berlaku di Masjid At-Taqwa, Bertam Indah, Kepala Batas. Ini sangat mengecewakan. Jadi kita nak pastikan dan kalau boleh kalau dikatakan tak nak orang-orang politik terlibat kalau boleh jangan bagi ada semua, jangan bagi ada walaupun seorang. Ini orang politik yang dimaksudkan hanyalah pihak pembangkang daripada pihak pembangkang.
Pihak kerajaan ramai dan kita boleh senaraikan ada daripada pemimpin, tokoh UMNO setempat, daripada PKR mungkin DAP juga ramai orang Melayu. Akan ada. Bagi kita masjid adalah tempat penyatuan ummah, anak kariah atas aliran politik apa yang dia pilih sekalipun itu hak dia dan saya kira di masjid ni kita tidak berpolitik tapi jangan menggunakan kuasa politik ini untuk mengkucar-kacirkan masyarakat khususnya anak-anak kariah dalam pemilihan jawatankuasa pada tahun akan datang.
Penaga, mohon laluan boleh.
Dengan izin daripada Timbalan Speaker, apa pandangan Penaga, berkenaan dengan iaitulah syarat yang diletakkan oleh Allah S.W.T dalam Surah Taubah Ayat 18, (bacaan Al-Quran) yang bermaksud hanya yang memakmurkan oleh mereka itu akan masjid Allah S.W.T. Syarat yang pertama ialah (bacaan Al-Quran). Yang pertama oleh orang beriman kepada Allah S.W.T orang yang kuat keimanan. (Bacaan Al-Quran) beriman kepada hari akhirat dan juga (bacaan Al-Quran) orang yang banyak berzikir kepada Allah S.W.T. Apa pandangan Penaga, meletakkan ayat ini sepatutnya mendahului daripada
enakmen untuk maknanya memilih ataupun sebagai kriteria pemilihan kepada kepimpinan masjid. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua atas celahan yang telah diberi. Sememangnya saya bersetuju, itu syarat dia. Dan kita semua pun tahu orang-orang yang senantiasa memakmurkan masjid-masjid ini adalah mereka yang beriman pada Allah dan beriman kepada hari akhirat. Sebab itu pelantikan ini mesti telus dan kalau di sana ada lantikan orang-orang yang sememangnya aktif dan proaktif tapi kalau dia boleh memainkan tanggungjawab memimpin anak kariah dengan baik tidak ada masalah apa salahnya dan jangan digugurkan dengan dia menang maknanya semua anak-anak kariah itu sama ada di kalangan UMNO ke PKR ke DAP ke PAS yang mengangkat dia sebagai pengerusi dia menang sepatutnya di kekalkan jangan ditukar.
Saya bimbang takut pemilihan akan datang pengerusi kariah masjid Kampung Banggol Yang Berhormat Permatang Berangan tiba-tiba tak lekat nama dia ataupun Yang Berhormat Sungai Bakap pengerusi kariah Masjid Sungai Duri dan ada lagi. Jadi kita nak pastikan Insya-Allah mereka boleh memainkan tanggungjawab dan memang sudah sekian lama dikenali jadi jangan kita menggunakan enakmen. Jangan salah gunakan enakmen. Dan jangan enakmen ini dipolitikkan oleh orang-orang politik. Kita ni sememangnya orang politik. Dan saya kira perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan selepas sidang ini, kita nak tengok pemilihan jawatankuasa kariah untuk sesi akan datang berjalan dengan baik dan berjalan dengan lancar.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya nak sentuh juga berkaitan dengan sekolah agama rakyat, tatacara lantikan sekolah agama rakyat ini. Ini juga berlaku isu Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Saya tak berapa pasti kenapa dalam, kenapa penggal ini, kali ini banyak isu-isu yang sebelum ini tak berbangkit tetapi kali ini berbangkit. Ini daripada masalah pemilihan kariah pergi kepada sekolah agama rakyat. Banyak pengetua-pengetua yang menghubungi saya yang mengatakan bahawa nama mereka terpaksa dikeluarkan sebab mereka orang politik.
Jadi saya tanya soalan saya kepada kerajaan juga berkaitan dengan sekolah agama rakyat ini dan ini jawapan yang telah diberi yang saya nak sebut sikit berdasarkan enakmen pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Pulau Pinang 1989 menyatakan bahawa suatu sekolah Islam didaftarkan di bawah enakmen ini hendaklah ditubuhkan suatu jemaah pengurusan untuk sekolah itu. Memang ditubuhkan tetapi saya kira enakmen pun tak ada kod dengan jelas ataupun disebut dalam enakmen itu orang politik tidak boleh terlibat. Mungkin YB LA ataupun Penasihat Undang-Undang boleh tengok, mungkin baru lagi akan tengok enakmen ini, jangan salah gunakan. Kerana yang nak menggerakkan sekolah agama ini adalah orang-orang yang sememang terlibat secara langsung dalam Jawatankuasa Lembaga Tadbir. Dia yang bersusah payah membangunkan sekolah, beli tanah dan seumpama tiba-tiba nak ditukar orang lain. Yang saya kira orang lain itu mungkin tidak ada pengalaman. Dan silap-silap sekolah itu boleh tutup.
Baik contoh pengalaman saya dalam bidang pendidikan, memang saya fokus tubuhkan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) di Permatang Pauh tahun 2005 dan sekarang ni pelajar 600 orang, ramai lepasan daripada SRIBU yang menyambung pengajian ke luar negara Jordan, Mesir dan negara-negara yang lain. Kemudian, 2012 saya tubuhkan Sekolah Maahad Tahfiz Akademik Al-Quran Asy-Syamil ada di daftarkan. Tiba-
tiba baru ni, mudir ataupun pengetua maahad tahfiz saya ni menghubungi YB Ustaz, nama YB terpaksa digugurkan atau dikeluarkan sebab saya orang politik.
Kita yang bersusah-payah membangunkan maahad tahfiz ini. Kita yang cari dana, cari duit untuk membayar gaji guru-guru nak pastikan sekolah berjalan, pengurusan pentadbiran dengan baik. Lainlah kalau sekolah tu ditanggung sepenuhnya 100% oleh Majlis Agama Islam, tak apa. 100% ditanggung oleh Majlis Agama Islam tak apa, jangan tukar. Ini banyak sekolah-sekolah agama rakyat ni, pengetua-pengetua termasuk pengerusi lembaga yang telah pun menghubungi saya minta pandangan dan mereka telah menyuarakan apa yang telah berlaku dan sememangnya mereka telah dihubungi agar nama-nama orang-orang ini dikeluarkan ataupun digugurkan daripada ahli lembaga tadbir sekolah agama rakyat itu sendiri.
Perkara ini juga saya harap dapat diteliti dan dilihat dan kita tidak mahu benda ini boleh menyebabkan dalam situasi hari ini pelajar boleh belajar dengan baik dan makin berkembang. Kita pendidikan agama Islam di Pulau Pinang ini tiba-tiba berlaku ini menyebabkan akan ada sekolah-sekolah yang akan mengerti masalah di kemudian hari.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, kita beralih kepada isu kesihatan untuk negeri kita Pulau Pinang ni dan saya tengok saya lihat ramai rakan-rakan Yang Berhormat juga turut mengambil peluang perbahasan ini untuk menyentuh soal isu vape atau rokok elektronik. Dan sememangnya saya dengan tegas, sebab rokok pun saya lawan. Saya berpegang rokok itu haram walaupun saya nampak rakan-rakan YB saya merokok saya tak cakap apa tapi saya sendirinya, saya berpegang demikian dengan juga vape. Sebab ini masalah yang sangat kritikal, serius yang anak-anak muda kita sememangnya terjebak dan ada kes di Penaga, dan itu yang saya sedih. Saya nak quote 2 kes di Penaga ini.
Ada satu kes, pelajar sekolah menengah terlibat dengan vape kemudian ambil daripada situ kepada vape mushroom ini, dadah, sehingga akhirnya otak dia jadi tak boleh nak fikir dah, murung, murung dan sekarang ini tak bersekolah, berhenti daripada sekolah terpaksa dipantau oleh keluarga. Ayah dia nak ke mana mesti bawa dia dipisahkan daripada kawan-kawan bawa pergi ke hospital diberi ubat tenang dan memang dikawal. Ayah itu mengambil tanggungjawab. Ini berlaku di Penaga dan kena jumpa dengan pelajar ni pun boleh tengok dan saya sangat simpati. Yang kedua ada kes yang berlaku di Penaga tahun ini juga, tahun ini akibat daripada vape ini berlaku kemurungan tak boleh nak fikir dah, akhir mungkin stok tak ada turun dalam sungai terjun lemas mati dan saya turun ziarah jenazah ini. Ini anak muda yang sangat-sangat menyedihkan.
Sebab itu saya melihat dan atas apa yang telah dikeluarkan kenyataan oleh Timbalan Ketua Polis Negara pun kalau kita tengok dalam akhbar memang secara peribadi pun Timbalan Ketua Polis Negara sebut vape ini adalah lebih bahaya daripada rokok lebih bahaya. 65% kandungan vape mengandungi bahan terlarang dan juga bagaimana vape ini mudah di manipulasi dengan campuran dadah baharu yang sangat berbahaya yang boleh menghancurkan masa depan remaja dan anak-anak muda. Jadi saya nak minta lah kepada Kerajaan Negeri melalui EXCO yang bertanggungjawab, Padang Lalang boleh tengok kalau negeri Terengganu dah kuatkuasakan 1 Ogos tak boleh dah apa dia jual vape di Terengganu, Perlis juga berkuatkuasa pada 1 Ogos, Kedah menyusul dan Johor dah lama dah. Johor ni daripada 2016 lagi sebab itu jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat EXCO bila saya tanya berkaitan dengan vape adakah nak dilarang atau pun bagaimana tindakan kerajaan peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini maka dia sebut di sini bagi larangan penjualan vape.
Ini jawapan bertulis ianya masih dalam kajian, maknanya kita lambat sangatlah Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih dalam kajian Kerajaan Negeri kerana dikhuatiri berlakunya isu penyeludupan haram berlaku memandangkan negeri jiran seperti Kedah dan Perak masih belum melaksanakan larangan tersebut. La Kedah dah buat Perlis pun dah buat maknanya biar kita di sebelah utara ini daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang menyusul Insya-Allah. Kerana benda ini sangat-sangat memberi mudarat kepada remaja ataupun anak-anak muda kita. Jenayah penyeludupan akan memburukkan situasi khususnya untuk mengawal selia kandungan cecair vape yang mungkin mengandungi bahan terlarang. Jadi jawapan ini saya terima dan mungkin jawapan ini boleh di update kemudiannya dan kita mungkin boleh buat pendirian untuk kita mengikuti negeri-negeri yang lain yang telah pun mengharamkan vape.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya nak pergi kepada isu seterusnya yang saya melihat di negeri Pulau Pinang juga walaupun kita tahu kita berbilang bangsa pelbagai budaya dan seumpamanya tapi saya lihat ada isu-isu dan ada hiburan-hiburan yang melampau yang perlu diberi teguran yang perlu diberi ingatan oleh kita semua terutama sekali yang saya nak sentuh adalah isu pesta Songkran yang dilaksanakan untuk kaum Siam ataupun untuk masyarakat Siam.
Jadi saya melihat pesta Songkran ini tak salah, ia adalah budaya ataupun disebut istilahnya pesta mandi air sebab dikatakan pada masa mereka merayakan pesta ini cuacanya panas katanya pada bulan April, dia ada tarikh, masyarakat Siam ini yang bagi tahu tapi apa yang kita lihat pesta ini seolah-olah dimanipulasi atau diambil kesempatan oleh pihak lain yang tak menampakkan budaya pesta itu sendiri. Sebagai contoh saya tengok bila tular yang memang yang kita bercakap dengan apa dia kempen ataupun iklan untuk pesta Songkran ini.
Ini sememangnya tak boleh sangat-sangat bagi saya jijik terbuka mendedahkan sebahagian kita semua faham anak-anak kita pun ada anak perempuan kita tak tahulah ini Siam ka ataupun dan saya nak ucap terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Ketua Menteri I yang telah pun sebut maknanya MBPP keluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur Songkran dah ada dan Mufti Negeri Pulau Pinang pun dah respon cuma nak pastikan adakah surat itu telah dikeluarkan dan apa tindakan yang telah dibuat daripada apa dia iklan ini ataupun penganjur yang telah mengambil kesempatan di atas penganjuran pesta Songkran ini.
Di negeri lain pun buat tapi tak adalah sampai ke peringkat iklan begini lebih kepada budaya. Kedah buat daripada buat di dalam Wat Siam dan mungkin tahun ini sempena Tahun Melawat Kedah dia akan secara terbuka dan apa di Terengganu ada di Kelantan ada, mana-mana masyarakat Siam yang ada maka kita meraikan kepelbagaian budaya tersebut.
Yang Berhormat sorry boleh mencelah.
Masa saya tak apa.
Bukan-bukan I just nak penjelasan bukan nak attack ke apa. Bukan-bukan yang dalam yang disebutkan dalam iklan itu apa yang ditunjukkan sebenarnya yang dikatakan tak betul dan tidak sepatutnya berlaku dan apa advertisement itu ada kutuk Pulau Pinang ke apa itu. Kenapa itu boleh tunjukkan boleh bawa sini.
Nanti boleh tengok.
Apa yang boleh tolong jelaskan apa yang begitu salah dalam poster itu.
Yang salah Yang Berhormat rakan saya daripada Bukit Tengah, wanita yang separuh bogel saya kira YB pun mungkin tak setuju dan YB pun rasanya tak boleh nak pakai pakaian yang macam ini. Betul YB? YB pun mungkin tak sanggup, tak apa nanti saya hantar nanti saya hantar, cuba tengok.
Sebab.
Dan kita tunjuk live.
Bukan Yang Berhormat.
Ini satu dua.
Yang Berhormat, sebab saya nak mencelah di sini sebab kita harus jelas yang saya difahamkan apa berlaku di Batu Ferringhi Songkran itu adalah di tempat pantai kan private party pantai, orang pergi pantai pakai baju basing swimming suit itu biasa. Apa yang sebab itu saya nak tanya sudah gambar itu apa yang salahnya dan kalau saya baca berita betul pihak masjid sebenarnya tak tau pun tak buat complain pun tentang perkara ini sehingga selepas orang viralkan, viralkan isu ini dan buat aduan.
Okey.
Masjid pun tak buat complain.
Baik terima kasih pada rakan saya daripada Bukit Tengah ini bukan private kalau private dia takkan keluarkan iklan terbuka dia takkan keluarkan iklan terbuka ini daripada web daripada umum iklan terbuka kemudian, kemudian kalau kita ambil perhatian tengok jawapan telah diberi dan Mufti Negeri Pulau Pinang pun dah respon dan kemudian apa kata pengerusi.
Saya baru ditunjukkan poster.
Tak apa ini turn saya, turn saya.
No, izinkan lah, you kata ini tak elok salah bogel jangan kelirukan Dewan katakan.
Bagi peluang saya bercakap.
Seperti Pulau Pinang ini gila-gila semua seks gila parti-parti bukan begitu kan tengok ini gambar ni apa yang apa yang salah satu lelaki tepi ada satu perempuan pakai baju itu bukan.
YB.
Bukan swimming suit pun.
Bukit Tengah, Bukit Tengah.
Bukan swimming suit. Yang kedua, ketiga tak ada pun apa yang salah.
Bukit Tengah.
Bagi kami.
Bukan maksud saya jangan kita nak mengapi-apikan isu soalan yang nak dapat model politik bukan mempermainkan agama ataupun perkauman dan sebagainya.
Ini bukan budaya kita.
Bukit Tengah duduk.
Saya fikir budaya orang Cina pun tidak orang Melayu budaya Melayu pun tidak.
Ini bukan budaya YB tapi Pulau Pinang, dulu-dulu biasa pakai pakaian ini tak ada masalah.
Bukit Tengah. Duduk, duduk, duduk.
YB Bukit Tengah boleh bersetuju ka dengan gambar ini.
Ada apa masalah?
YB Berapit boleh terima gambar ini?
Saya boleh terima 100%.
Okey relaks.
Seri Delima boleh setuju dengan gambar ini?
Apa salahnya? Apa salahnya gambar itu? Yang ini apa salahnya
YB… (Gangguan) Ahli Dewan-Ahli Dewan
Nak bagi persepsi apa macam itu janganlah selalu nak mainkan isu macam itu bagi lah persepsi yang betul. Apa ini. Ini persepsi apa?
Duduk, duduk.
Budaya ini tak sepatutnya dibawa masuk.
Duduk, duduk.
Ini bukan budaya orang Cina ini juga bukan budaya orang India, ini juga bukan budaya orang melayu.
Itu bukan terpulang kepada kamu untuk cakap ini adalah satu celebration, kita meraikan kepelbagaian, apa yang you nak cakap ini.
Masyarakat Siam sememangnya menyambut sambutan ini, masyarakat Siam pun tak buat macam ini.
Duduk, duduk.
Mohon mencelah Penaga.
Duduk dulu, saya habaq duduk dulu. Telok Ayer Tawar duduk. Duduk, Duduk dulu Telok Ayer Tawar.
Tak bagi celah.
Baik Dato’ Timbalan Yang di-Pertua saya teruskan. Bagi kami ini bukan budaya Malaysia, ini juga bukan budaya Melayu dan saya kira orang Cina pun mungkin tidak boleh terima.
Minta mencelah.
Tapi Penaga aktiviti ini. Penaga, Penaga.
Saya boleh terima baju macam ini cuma saya tak ada saiz untuk pakai baju macam ini.
Okey. Duduk.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bagi kaminya apatah lagi.
Sat. sat. Sekejap, sebentar Penaga. Sebentar, sebentar.
Benda ini perlu diberi perhatian dan kalau lihat nak merujuk dan saya sebut tadi. Tahniah kepada Timbalan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri pun dah respon dan mufti, Mufti Pulau Pinang pun dah menyatakan, dah menyuarakan saya tak nak baca la. Daripada Dato’ Sahibus Samahah Dato’ Mufti pun telah keluarkan. Terdahulu Mufti Pulau Pinang yang Dato’ Sukki Othman mengesa tindakan tegas diambil selepas beberapa wanita dilaporkan menari dalam keadaan separuh bogel di festival itu.
Penaga, Penaga semua dah faham dah.
Ini daripada Mufti. Sebab itu saya suarakan. Ini bukan suara saya. Saya nak sebut ini kenyataan daripada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I. Ada kenyataan akhbar dan ini Ketua Menteri sebut. Kalau saya nak baca satu-satu. Baik di sebut tadi apa dia, perlu diambil tindakan tegas. Kemudian pengerusi Masjid Ar Rahman, masjid Batu Ferringhi juga menyebut turut mengecam. Turut mengecam penganjuran acara itu dan berkata pihak masjid tidak dimaklumkan mengenai pesta Songkran iu, hanya mengetahui perkara tersebut menerusi video yang tular.
Okey, Penaga. Masa dah habis dah.
Saya nak ringkaskan. Oleh kerana ada celahan-celahan yang banyak jadi baik kita Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bagi masalah perayaan budaya apa, memang kita raikan, silakan buat. Dan memang kita tak tentang Songkran ini pun dibuat Kedah pun buat Terengganu, Kelantan mana masyarakat Siam yang ada tapi sambutlah buatlah sesuatu itu mengikut perayaan masyarakat Siam itu.
Yang Berhormat.
Dah, dah. Stoplah, isu ini saya tak nak panjangkan.
Saya lebih suka kalau Yang Berhormat Penaga sentuh atas isu Gaza, apa yang berlaku di Gaza sekarang bukan pasal Songkran.
Bukit Tengah sila duduk.
Saya tak bagi peluang ini turn saya.
Penaga.
Tak sikit saja, sikit saja.
Kebun Bunga, masa dah habis dah ni.
Dato’ Speaker, Dato’ Speaker.
Saya macam ni, boleh ka kita terus jump to conclusion atas siasatan yang menyeluruh.
Dato’ Speaker, yang ini private parti dia tak dijemput untuk kamu hadir yang ini private parti apa salahnya?
Tak, YB sekalian sekarang ni floor dia floor Penaga biarlah Penaga bagi pandangan beliau nak setuju tak setuju okeylah betul lah you all ada right kan tapi bagi floor dia. Seminit lagi Penaga.
Kami ya memang kalau benda itu tak betul dan tak boleh diterima kita secara terbuka kita sebut dan jangan salah gunakan pesta Songkran ini untuk kita buat benda-benda yang tak sepatutnya sememangnya dalam agenda pesta itu tidak ada sepatutnya benda-benda yang sebegini.
Okey. Penaga teruskan yang lain boleh?
Banyak gangguan Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
You pun sama la.
Saya pihak pembangkang yang terakhir, ADUN Pinang Tunggal pula demam, bagi masa dia kepada saya Insya-Allah. Sikit lagi sikit lagi Dato’ Timbalan Yang di-Pertua saya nak pergi juga kepada isu kafa dan saya nak ucapkan terima kasih dan kepada Dato’ Yang
Berhormat Dato' TKM I yang telah mengumumkan tambahan elaun kepada guru kafa Pulau Pinang daripada RM1,300.00 kepada RM1,500.00 dan pengumuman yang dibuat sempena dengan Hari Guru 16 mei baru-baru ini dan syabas, tahniah cumanya saya nak sebut dan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh Yang Berhormat Batu Maung kita. Yang pertama kita kena ingat saya ingin mengetahui pertambahan ini adakah melibatkan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau menggunakan duit hasil kutipan zakat penambahan daripada RM1,300.00 kepada RM1,500.00 tu duit tu guna duit Kerajaan Negeri ke melalui EXCO peruntukan EXCO ataupun zakat sebab banyak duk tengok duk semua tarik ambil daripada zakat, zakat kena tengok tu sama ada menggunakan duit Kerajaan Negeri ataupun zakat saya juga ingin mengetahui berapakah jumlah peruntukan tahunan dari Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah kafa ini dan peruntukan apa yang diberikan.
Saya harap satu perincian peruntukan dan perbelanjaan dari Kerajaan Negeri dan bukannya dari sumber zakat kepada KAFA secara khususnya dari tahun 2022 hingga April 2025 serahkan kepada Ahli Dewan. Saya juga Dato’ Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, diiringi dengan pengumuman kenaikan tambahan elaun tersebut satu arahan telah dikeluarkan, satu arahan telah dikeluarkan iaitulah pertambahan hari persekolahan. Umum naik elaun, dinaikkan dan dalam masa yang sama hari pun bertambah, kerja pun makin banyak. Kira pi mari tolak pi mari, tak ada apa. sama juga. Daripada seminggu tiga hari bekerja kepada lima hari. lima hari.
Jadi guru KAFA ni melahirkan rasa sedikit kekecewaan, 'biarlah kami rasa elaun tu dulu’. Ni elaun pun nak diberi Julai, tak rasa lagi. Bagi rasa elaun tu dulu, RM1,500.00 dengan kerja yang sebagaimana sebelum ini tiga hari dalam seminggu, kemudian sesi akan datang barulah dikuat kuasakan untuk lima hari. Kerana kita perlu melihat kepada persiapan dari sudut prasarana seperti dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Seberang Jaya. Banyak KAFA-KAFA di sebelah DUN Seberang Jaya pun, dia punya fasiliti tak cukup sehinggakan apa dia kantin terpaksa dijadikan bilik kelas, bilik kelas ada yang terpaksa dipecah dua, dibahagi dua untuk kemudahan ini. Dan perlu melihat juga kepada ibu bapa yang terpaksa nak hantar anak pula daripada tiga hari sekali terpaksa ambil masa nak pergi hantar, ini pulak kepada lima hari dan persediaan guru-guru juga untuk kerja mereka daripada tiga hari kepada lima hari. Mungkin kalau ada yang ada pekerjaan sampingan lain, mereka terpaksa tinggalkan sebab apa sebab telah pun dinaikkan daripada tiga hari kepada lima hari. Jadi perkara inilah perlu diberi perhatian oleh pihak Yang Berhormat berkaitan dengan kenaikan isu KAFA ini.
Tengok hebatlah, saya ucap tahniah juga dengan apa dia dikeluarkan ada lima, RM1,500.00 untuk guru KAFA, RM1,600.00 elaun guru besar KAFA, dengan semualah dengan bajet RM8.5 juta. Cuma berapa daripada Kerajaan Negeri yang Kerajaan Negeri peruntukkan dan juga berapa bajet itu yang diambil daripada daripada Zakat. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya pergi sikit lagi. Ada tiga point yang penting, Dato’ Yang di-Pertua. Insya-Allah saya cuba ringkaskan masa, insya-Allah persidangan kita saya difahamkan, insya-Allah hari ini berakhir perbahasan dan esok akan digulung oleh EXCO-EXCO. semua ni nak cepat sebab hari Jumaat... (gangguan).
Teruskan, teruskan saya pun nak cepat juga. Teruskan Penaga, teruskan.
Rakan-rakan PKR nak ke Kuala Lumpur, disebut oleh Bukit Tengah tadi... (gangguan).
Dah lebih masa ni.
Baik Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga mengemukakan soalan berkaitan dengan RIBI dan ada jawapan telah diberi. Sama juga dengan rakan-rakan yang lain, yang saya melihat perkara ini perlu ditangani dengan serius oleh pihak kerajaan sama ada pihak Kerajaan Negeri khususnya RIBI yang berada di Pulau Pinang atau pun yang berada di luar oleh kerajaan di peringkat Pusat atau pun negeri masing-masing. Dan saya melihat kepada data yang sangat membimbangkan kerana daripada data di MBSP, Majlis Bandaraya Seberang Perai daripada tahun sebelum ini 2024, 43 dikurangkan pada tahun ini hanya ada 21 RIBI yang kita sebut istilahnya tidak sahlah kemudian di peringkat Majlis Bandaraya Pulau Pinang banyak, 115 total kesemua 139. Saya lihat isu ini perlu ditangani dengan baik dan saya juga mengemukakan soalan berkaitan dengan masjid dan surau, ada tak yang dibina di tepi jalan yang boleh mengganggu ketenteraman seumpamanya. Tapi jawapan diberi Alhamdulillah di Pulau Pinang ni, semua masjid dan juga surau-surau sememangnya berdaftar dan berada di tanah wakaf yang sememangnya disediakan untuk tapak surau... (gangguan).
Okey, next. Next.
Saya nak bangkitkan supaya kerana sememangnya Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Islam juga menjaga rumah ibadah ini. Islam sangat menjaga... (gangguan).
Islam juga jaga masa ni. 3.20 dah 3.35.
Dalam perang pun tak boleh kita nak runtuh, nak musnahkan rumah ibadah. Jadi harap perkara ini dapat diselesaikan dan tidak ada lagi kuil-kuil, rumah ibadah RIBI yang tidak berdaftar ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkinlah sebab saya juga tertarik dengan apa yang telah dikupas atau pun disebut oleh rakan saya, YB Bukit Tengah tadi. Jadi isu ini kita sama-sama tangani sebab kita tahu negeri kita ini pelbagai agama budaya dan seumpamanya. Jadi saya nak pi sikit lagi, Dato’ Yang di-Pertua, dua isu saja untuk Penaga. Kalau saya tak cakap Penaga nanti... (gangguan).
Ringkas, ringkas dan padat. Satu minit saja lagi.
Yang pertama, Dato’ Yang di-Pertua, saya cuba ringkaskan Insya-Allah satu minit setengah. Bantuan kepada nelayan ini, rakan saya tak ada, bantuan kepada nelayan ini pada 28 April 2025, satu Majlis Munajat dan penyerahan bantuan nelayan dah diadakan dengan penuh semangat. Ramai orang hadir, EXCO pun turun, pimpinan negeri pun turun. Dalam majlis tersebut, baucer bantuan telah diserahkan kepada para nelayan diberi baucer khususnya dalam satu bentuk sumbangan yang amat dinantikan khususnya dalam ekonomi yang mencabar.
Namun begitu, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, ini apa dia, nelayan bangkitkan, sehingga hari ini bantuan tersebut masih belum boleh ditebus dengan sepenuhnya. Sebahagian dapat sebahagian tak dapat. Proses penebusan telah dihentikan selepas hanya dua minggu berjalan dan dimaklumkan pula bahawa ia belum disambung semula tanpa sebarang tarikh jelas bilakah ia akan diteruskan. Baucar ni dah beri pada bulan... (gangguan).
Okey next point, last point.
(Tidak jelas)... Dan hari ini dah dua bulan dah. So saya minta supaya perkara ini diberi perhatian oleh Yang Berhormat EXCO kita. Baiklah saya pergilah oleh kerana ada satu dua tiga lagi, yang terakhir yang saya pilih untuk diberi perhatian juga iaitulah masalah surau Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu. Ini dalam banyak-banyak sekolah atau pun tujuh (7) buah sekolah yang terdapat di Penaga, surau atau pun Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu belum ada surau dan mereka sangat berhasrat dan saya difahamkan baru-baru ni pun pada 10 Mei, Dato’ Timbalan Ketua Menteri I pun telah turun ke surau tersebut dan difahamkan pihak PIBG pun telah memberi surat atau pun permohonan untuk memastikan supaya sekolah ini dapat didirikan sebuah surau untuk manfaat pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah tersebut. Jadi oleh kerana Dato’ Timbalan Yang di-Pertua terima kasih memberi peluang kepada saya. Saya juga faham, takut Dato’ Yang di-Pertua nanti dikenakan tindakan disiplin maka dengan itu Penaga menyokong. Sekian, terima kasih.
Tak ada tindakan disiplinlah (ketawa). Terima kasih Penaga dan seterusnya saya jemput Berapit, dipersilakan.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas lantikan Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Yang Ke-9. Semoga Pulau Pinang akan mencatatkan prestasi cemerlang dan gemilang di bawah pimpinan beliau. Saya ingin menyampaikan penghargaan ke atas jasa bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Fuzi bin Haji Abdul Razak atas kepimpinan dan jasa perkhidmatan beliau kepada Pulau Pinang. Pada masa yang sama, saya juga merakamkan takziah kepada keluarga mantan
Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atas kehilangan Allahyarham yang telah menaruh bakti yang tidak terhingga kepada negara dan negeri.
Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin sentuhkan implikasi penghapusan Dasar Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman terhadap Pulau Pinang. Pulau Pinang perlu berwaspada terhadap kesan penghapusan Dasar DEI ini iaitu Diversity, Equity dan Inclusion daripada Amerika Syarikat. Sepanjang dekad lalu, banyak syarikat multinasional telah melaksanakan inisiatif DEI ini bagi menangani diskriminasi dalam pengambilan pekerja dan kenaikan pangkat serta menggalakkan pembangunan kerjaya wanita dan kumpulan terpinggir. Namun pada awal tahun ini, Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat membubarkan program DEI dalam jabatan kerajaan termasuk mengeluarkan Perintah Eksekutif untuk menamatkan inisiatif DEI di sektor awam dan juga menggantung pegawai DEI. Lebih membimbangkan, beberapa syarikat swasta juga mula mengurangkan sasaran serta dasar berkaitan DEI secara sukarela. Terdapat syarikat teknologi gergasi yang telah kurangkan pelaksanaan ini seperti Google menghentikan sasaran pengambilan pekerja berasaskan kepelbagaian atas alasan pematuhan undang-undang baharu. Amazon pula membekukan beberapa program dalaman DEI dan padamkan laporan berkaitan keterangkuman daripada laporan awam mereka. Trend ini berpotensi memberi kesan langsung kepada Pulau Pinang. Negeri ini menjadi tuan rumah kepada pelbagai syarikat multinasional dalam sektor teknologi dan juga pembuatan. Sekiranya syarikat induk mula membubarkan, mengikut Dasar DEI ini di peringkat global, cawangan mereka di Pulau Pinang juga mungkin berhentikan pelbagai inisiatif seperti mentor wanita, latihan bias tidak sedar atau sasaran pengambilan pekerja berasaskan kepelbagaian.
Saya bagi contoh Timbalan Dato’ Speaker, sebuah syarikat teknologi daripada berasas dari Amerika Syarikat yang merancang untuk menggaji lebih ramai jurutera wanita di Pulau Pinang mungkin akan mengantung cadangan ini disebabkan perubahan dasar di ibu pejabat. Penolakan global terhadap dasar ini akan mengurangkan tekanan luaran terhadap syarikat untuk bina budaya kerja yang inklusif, sekaligus menjejaskan peluang wanita untuk naik pangkat dalam sektor korporat. Wanita di Pulau Pinang juga berdepan jurang penyertaan ekonomi yang besar. Kadar penyertaan tenaga buruh wanita di Malaysia masih ketinggalan kira-kira 26% di belakang kaum lelaki. Untuk data tahun lepas menunjukkan kadar penyertaan lelaki di labour sector adalah 83.8% dan wanita hanya 56.7% sahaja. Jurang ini ketara dalam pelbagai kumpulan umur dan kawasan tapi kalau kadar penyertaan wanita mencatat kemuncaknya adalah umur 25 sehingga 29 tahun dan akan menurun seiring dengan peningkatan umur.
Disebabkan sebilangan majikan sekarang masih ada diskriminasi untuk kurangkan menggaji dan menaikkan pangkat wanita berumur produktif kerana tanggapan terhadap cuti bersalin dan juga tanggungjawab keluarga. Jadi, saya ingin tahu apakah langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan sektor swasta supaya tidak menarik diri daripada Dasar DEI ini walaupun trend global berubah? Saya faham Dasar Keterangkuman Gender di bawah PWDC telah dilancarkan beberapa tahun yang lalu sehingga kini, ini merupakan satu inisiatif dan usaha yang menggalakkan. Namun, adakah kita bersedia melangkaui sekadar aktiviti kesedaran dan mengambil pendekatan dasar untuk menyelesaikan masalah struktur yang menyebabkan wanita meninggalkan tenaga kerja dan kekurangan perwakilan dalam kepimpinan akibat perubahan landskap antarabangsa.
Kedua, saya ingin menyentuh tentang Fi hotel. Dato’ Timbalan Speaker, baru-baru ini Penang Chapter of The Malaysia Budget & Business Hotel Association telah menyeru agar penggunaan fi hotel dilaksanakan secara lebih telus. Saya menyokong wajar disalurkan untuk memperkukuh sektor pelancongan negeri. Namun, sebelum kita melabur
dalam projek mega dan tarikan pelancongan baharu, saya ingin pentingkan satu perkara asas tetapi sangat penting iaitu kemudahan tandas awam. Minggu lalu pada hari Sabtu, saya sendiri menggunakan Google Map untuk mencari “George Town public toilet” pada jam 5.30 petang dan hasilnya hanya tunjuk 6 buah tandas awam saja di kawasan Heritage George Town dan dua daripadanya pula tulis 'Tutup'. Untuk sebuah Bandar Warisan Dunia yang menerima ribuan pelancong harian, jumlah tandas ini, jumlah tandas awam ini memang tidak mencukupi. Bagi menyelesaikan pelancong, susun atur tandas di Tapak Warisan Dunia George Town boleh disyorkan setiap 250-meter atau tidak lebih daripada 500 meter, dalam jarak perjalanan lebih kurang 5 sehingga 8 minit. Bandar-bandar pelancongan utama seperti Tokyo, Kyoto, Hangzhou, Chengdu di China atau yang paling dekat dengan kita adalah Bangkok.
Bandar ini memperkenalkan satu konsep kepada pelancong mereka di tempat pelancongan iaitu zon tandas 5 minit dengan kelengkapan selesa. Ini membuktikan tandas bukan isu kecil tetapi sebahagian daripada kualiti pengalaman pelancong. Tapak Warisan Dunia mungkin susah untuk dapat tanah untuk bina tandas awam. Itu saya faham tetapi di sini saya ingin cadangkan menggunakan Fi hotel untuk program tandas mesra pelancong iaitu kerjasama awam swasta. Cadangan saya adalah kita melibatkan restoran, cafe, hotel, butik, pusat penjaja yang mempunyai kemudahan tandas dengan kerjasama dengan mereka Kerajaan Negeri bagi sokongan seperti insentif untuk pembersihan tandas oleh pihak kerajaan dan kita juga bagi geran kecil tawarkan kepada mereka untuk naik taraf kemudahan seperti kemudahan mesra kepada semua pihak. Tetapi untuk fasa sekarang saya juga cadangkan harus fokus kepada kawasan warisan Georgetown sahaja dan kalau ini boleh jadi kita juga boleh menganggap menggalakkan mereka letak pelekat rasmi iaitu tandas mesra pelancong Pulau Pinang. Kalau ini dapat menjadi kalau ini dapat dijadi pihak kerajaan bolehlah muat bolehlah naik ke lokasi tandas ini adalah aplikasi seperti Google Map, Trip Advisor dan juga yang lain. Dengan ini Kerajaan Negeri dapat menjimatkan kos pembinaan berjuta-juta ringgit sambil memberi pengalaman terbaik kepada pelancong. Inilah maksud sebenar pelaburan kecil impak besar.
Saya ingin sentuh di sini juga Program i-Sejahtera. Program i-Sejahtera merupakan satu bentuk sumbangan penghargaan khususnya kepada warga emas. Hari menerima bantuan ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh golongan tersebut dan mereka sebahagian juga akan datang ke Pejabat Pusat Khidmat ADUN. Maka saya berpendapat sebarang kajian semula atau perubahan kepada program ini perlu dilakukan secara penuh dengan kajian dari sudut masa depan dan juga bolehkah kita teruskan ini jaga hati orang warga emas dan tidak harus kecewakan mereka. Memang Kerajaan Negeri mempunyai pilihan untuk menukar bentuk sumbangan daripada wang tunai kepada kaedah yang lain seperti simpanan caruman, insurans atau caruman KWSP demi manfaat jangka panjang rakyat. Namun yang lebih penting adalah memastikan kos pentadbiran kekal munasabah dan juga keberkesanan program terus terjamin dan demi kelestarian inisiatif ini.
Dalam persidangan kebangsaan mengenai penuaan 2024. Para pakar telah memberi amaran bahawa golongan kelas pertengahan Malaysia kini berdepan risiko serius untuk menjadi miskin ketika tua. Statistik kebangsaan menunjukkan sekitar 26% rakyat Malaysia menjangka perlu bekerja sehingga mati disebabkan simpanan persaraan yang tidak mencukupi. Sebagai sebuah negeri yang komited terhadap pelaksanaan bandar mesra warga emas (Age-Friendly City), dua bidang utama yang perlu diberi perhatian yang ditekankan iaitu penyertaan awam dan peluang pekerjaan dan juga sokongan komuniti. Kedua-dua aspek ini berkaitan berkait rapat dengan usaha memperkukuh keselamatan ekonomi warga emas. Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) amat penting di sini walaupun di bawah Kerajaan Persekutuan, JKM beroperasi di peringkat negeri dan daerah
serta menyelia data penerima bantuan warga emas dan keluarga dalam sistem e-kasih. Data ini boleh digunakan untuk mengenal pasti warga emas atau penjaga dalam kumpulan B40 yang layak menyertai i-Saraan serta menyelaraskan bengkel dan bekerjasama dengan KWSP atau PERKESO. Sejak tahun lalu saya turut menjemput KWSP dan PERKESO menyertai semua program di kawasan saya. Walaupun usaha ini tidak mendapat liputan yang besar tetapi saya rasa ini adalah asas yang penting dalam membina jalinan pelindungan sosial yang menyeluruh. Soalan saya di sini adalah adakah Kerajaan Negeri ada cadangan kempen kesedaran tentang cara untuk simpanan kepada rakyat yang tidak ada kerja, penduduk yang tidak ada kejap tetap khususnya seperti golongan B40 dan golongan yang mereka tidak ada pendapatan tetap?
Timbalan Speaker, infrastruktur mesra warga emas di Pulau Pinang juga harus ditekankan untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang mesra warga emas, kita perlu memastikan kemudahan awam seperti taman rekreasi, tandas dan pusat perkhidmatan kerajaan mudah diakses dan mesra kepada golongan ini. Terdapat beberapa kemajuan contohnya MBPP telah menyediakan peralatan senaman luar di beberapa taman dan memperbaiki laluan pejalan kaki di kawasan pelancongan seperti Padang Kota Lama namun kebanyakan kejiranan masih kekurangan ruang khusus yang selamat untuk warga emas berkumpul. Menurut satu laporan dari Buletin Mutiara pada September tahun lepas, Yang Berhormat Jawi selaku Pengerusi Jawatan Kerajaan Tempatan menyatakan warga emas masih berhadapan dengan isu mobiliti kesukaran akses perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak mencukupi serta kekurangan infra mesra kepada warga emas. Contohnya, laluan perjalanan kaki yang tidak mempunyai bangku untuk berehat, pencahayaan yang tidak mencukupi pada waktu senja dan tandas awam yang tidak ada kemudahan akses OKU. Selain itu, proses digital dan prosedur yang rumit turut menyukarkan warga emas mendapatkan maklumat atau perkhidmatan kerajaan.
Berdasarkan kemaskini action plan of ege friendly city pada Mei tahun lepas yang saya dapat daripada internet kebersihan taman di bahagian Pulau dijangka meningkat sebanyak 70% menjelang hujung tahun dan sekurang-kurangnya empat taman serta bangunan awam akan dilengkapi dengan ciri reka bentuk sejagat iaitu universal design, infrastruktur seperti hentian bas laluan perjalanan kaki, terminal KOMTAR dan kemudahan di Pengkalan Tun Raja Uda juga akan dinaiktaraf. Namun kita masih memerlukan penjelasan yang lanjut, antaranya apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapai sasaran kebersihan 70 peratus ini? Apakah ciri-ciri reka bentuk sejagat yang akan disediakan seperti laluan cerun, jubin sentuh, tandas mesra warga emas? Apakah perkembangan semasa bagi pembaikan laluan pejalan kaki dan hentian bas? Adakah mendapat maklum balas daripada komuniti.
Saya ingin sentuh seterusnya juga berkaitan dengan warga emas iaitu memandangkan kita sekarang sedang menuju ke masyarakat menua yang semakin ramai golongan pesara. Perhatian serius perlu diberi termasuk keperluan dari segi harmoni, dari segi rohani dan emosi. Negara Jepun menawarkan contoh yang baik dalam pelaksanaan ini satu program kesihatan dipacu oleh warga emas. Kajian pada tahun 2022, mendapati bahawa 7.6 peratus warga emas Jepun terlibat dalam kerja sukarela berkaitan sukan dan senaman seperti mengatur atau mengajar sesi senaman komuniti, sukarelawan, pesara menjalankan kelas senaman seperti silver rehabilitation, taoso dan square stepping exercise. Ini lebih kurang seperti kalau di sini tai chi la, lion dance dan sebagainya untuk bantu rakan mereka mengekalkan kesihatan. Di Pulau Pinang ramai warga emas secara sukarela mengetuai kumpulan senaman pagi di kawasan perumahan masing-masing tapi saya ingin tanya adakah kita mempunyai data sistematik mengenai jumlah warga emas aktif yang mengetuai aktiviti ini?
Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkenalkan sistem untuk mengakui iaitu sistem pengiktirafan rasmi kepada sukarelawan ini bagi menghargai sumbangan mereka dan menggalakkan penglibatan yang lebih luas dengan mengenalpasti kumpulan sukarelawan senior ini. Kita boleh membentuk satu kumpulan jurulatih Perak yang boleh dilatih dan digilap untuk memimpin aktiviti kesihatan awam dan senaman besar-besaran di seluruh negeri. Ini akan menjadi konsep penuaan aktif lebih membumi di peringkat komuniti. Manfaat memperkasa penyertaan warga emas dalam program komuniti adalah luas. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit kronik, merapatkan hubungan sosial mengurangkan kesunyian dan juga memberi peranan bermakna kepada warga emas. Jadi jika aktiviti ini turut merangkumi elemen bahasa tempatan dan budaya setempat ia juga berfungsi sebagai satu alat peliharaan warisan dan juga meningkatkan penglibatan mereka semua.
Timbalan Speaker, perkara yang saya ingin sentuh di sini yang berikut adalah peranan CMI menguruskan GLC. Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Persekutuan telah melancarkan inisiatif pelaksanaan audit terhadap 1,856 syarikat bagi menangani ketirisan. Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan peranan dan tanggungjawab CMI. Difahamkan susulan terdapat daripada teguran audit, kesemua GLC telah ditempatkan di bawah CMI. Jadi di sini Pulau Pinang ini ada banyak juga GLC, adakah CMI memahami semua tanggungjawab dan tugasan-tugasan di bawah GLC berkenaan? tindakan CMI di bebani kerja tambahan selain daripada tanggungjawab hakiki CMI. Macam mana mereka bertindak? Bagaimana pula dengan laporan kewangan CMI? Siapakah yang memantau kewangan ini dan apakah sasaran kerja CMI? Adakah CMI telah mencapai sasaran seperti yang ditetapkan?
Perkara saya akan disambungkan ke masalah kawasan. Pelebaran dan kesesakan Jalan Kampung Besar. Telah lama Berapit menyentuh perkara ini daripada tahun 2018 sebab pada tahun 2017, mantan Yang Berhormat EXCO telah umumkan di dewan ini bahawa Jalan Besar akan dibesarkan. Namun sampai sekarang masih tidak ada satu cara penyelesaian. Sebelum tahun 2019 Jalan Kampung Besar bukan berada di bawah senarai Jalan MARRIS dan masa itu mengalami banyak kerosakan. Saya berjumpa dengan pihak JKR berkali-kali dan tulis surat kepada pengurus RAC sebab jalan itu di bawah RAC dan adakan pertemuan bagi permohonan penyerahan hak milik jalan. Namun hanya berjaya supaya jalan itu di MARRIS kan dan mendapat peruntukan supaya boleh tar the road, penurapan jalan daripada JKR tapi persimpangan Jalan Kulim masuk ke Jalan Kampong Besar sangat yang masalah itu adalah kesesakan tidak dapat diselesai dan jalan ini sekarang menjadi laluan utama ke Berapit dan Mengkuang. Tambahan pula Project Northern Tech Valley At BKE yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada tahun lalu dijangka akan menambah kesesakan trafik di kawasan tersebut.
Pada tahun 2022 saya melalui MBSP telah memohon kepada pihak RAC untuk kebenaran membina jalan alternatif namun ditolak atas faktor keselamatan operasi kereta api yang saya dapat jawapan di sidang dewan ini dan soalan di sini adalah apakah langkah segera akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi kesesakan dan risiko kemalangan di simpang jalan perkampungan Jalan Kampung Besar dan Jalan Kulim? Saya sering terima laporan dan aduan daripada penduduk mengatakan bahawa tempat itu seringkali ada kemalangan. Kedua, saya cadangkan TIA dijalankan dengan secepat mungkin, bila kita faham keadaan di sana dan kesan. Ketiga, adakah terdapat perancangan jangka sederhana atau panjang untuk mewujudkan jalan alternatif atau naik taraf simpang itu khususnya setelah siapnya projek Northern Tech Valley.
Timbalan Dato’ Speaker, saya akan sambung dengan perkara SOP memohon TOL di Kampung Berapit. Keluasan Lot 1002 di Mukim 9 perkampungan Berapit adalah tanah lapang lebih kurang 5,312-meter persegi dibahagikan kepada 21 plot. Dan lot ini telah lamalah menjadi perhatian komuniti setempat khususnya orang kampung disebabkan tempat ini, tempat sana boleh dipohon TOL. Baru-baru ini saya terima pertanyaan daripada orang kampung berkaitan dengan projek baru yang dibangunkan dinamakan Program Perumahan Rakyat Termiskin oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan berdasarkan maklumat yang saya faham, permohonan TOL bagi plot 1, 2, 4 dan 10 telah diluluskan. Namun pejabat saya tidak pernah menerima sebarang surat rasmi untuk minta memberi ulasan sebagai ADUN kawasan berkaitan dengan permohonan plot-plot tersebut. Bukan, Berapit bukan nak bantah projek yang baik seperti membina rumah untuk orang miskin, namun sebagai ADUN kawasan saya sentiasa menyokong supaya keutamaan permohonan TOL diberikan kepada orang yang berasal daripada kampung itu. Sehubung itu saya ingin tanya, apakah prosedur rasmi bagi kelulusan permohonan TOL bagi kawasan, bagi tempat itu? Dan berapa jumlah permohonan TOL di Lot 1002 yang telah diterima dan pemohon mereka berasal dari perkampungan Berapit dan apakah sebab-sebab penolakan bagi permohonan yang tidak berjaya.
Akhir sekali, saya ingin sentuh tentang kesihatan kita semua khususnya penjawat awam. Menteri Kesihatan telah mendedahkan satu statistik yang cukup bimbang. Kadar kelebihan berat badan dan obesiti di Pulau Pinang adalah 56.5% iaitu tertinggi di Malaysia. Kadar lebih daripada purata kebangsaan yang berada di 54.4%.
Minta penjelasan sikit. Sebenarnya bukan tertinggi di Malaysia cumanya kita lebih tinggi daripada kadar kebangsaan.
Okey, terima kasih. Tapi ini juga menunjukkan purata kita adalah lebih tinggi daripada purata kebangsaan. Saya fahamlah sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan makanan sedap dan kehidupan yang mudah, kita perlu mengakui hakikat ini dan mengambil langkah yang segera. Kini, banyak jabatan (bunyi loceng) ini akan habis. Banyak daripada bahagian dan jabatan awam beri tumpuan kepada kesihatan penjawat awam. Saya bagi contoh, Hospital Bukit Mertajam telah melancarkan polisi ke arah BMI 20 sehingga 25 dan menyasarkan pengurusan tertinggi. Ini mencapai ketua jabatan mereka mencapai BMI ideal sebelum 31 Mei tahun ini. Jadi sudah mencapailah, saya kena check dengan mereka. Dan Polis Diraja Malaysia juga mengumumkan mempertimbangkan BMI tidak lebih 28 sebagai syarat kenaikan pangkat. Baru-baru ini, Ketua Polis Daerah Barat Daya mengetuai inisiatif Cabaran 10,000 Langkah Sehari bersama dengan pasukannya. Di samping itu, Bomba dan Penyelamat Malaysia pula melaksanakan sistem pengurusan berat badan pada tahun 2026. Pegawai yang mempunyai BMI lebih 28 tidak layak untuk naik pangkat.
Kesemua ini menunjukkan satu mesej jelas, kesihatan bukan beban tetapi satu bentuk kekuatan. Walaupun jabatan yang tadi saya sebut adalah dari agensi Persekutuan tetapi Kerajaan Negeri juga mempunyai barisan penguatkuasa sendiri seperti pegawai Penguatkuasaan daripada PBT dan juga pelbagai jabatan. Mereka bertugas di lapangan setiap hari dan perlu badan yang cergas. Sewajarnya menjadi role model kepada gaya hidup yang sihat. Justeru, saya ingin mencadangkan Pelaksanaan Inisiatif Penjawat Awam Sihat Pulau Pinang, menyediakan inisiatif kesihatan, termasuk elaun bersenam, ceramah kesihatan dan pemeriksaan BMI berskala secara wajib. Menjadikan BMI sebagai salah satu
elemen tambah nilai dalam penilaian prestasi tapi bukan sebagai hukuman. Pemimpin jabatan digalakkan menunjukkan teladan, kepimpinan melalui contoh. Melalui saya pun boleh. Saya harap melalui semua YB sebab sejak 2008, kita telah membuktikan bahawa negeri hijau pertama di Malaysia, Pulau Pinang. Jadi saya percayalah kita berkemampuan dan saya cadangkan kita menjadi negeri pertama yang benar-benar sihat, mulai daripada penjawat awam.
Dengan 56.5% kadar obesiti, kita tidak boleh duduk diam sahaja. Kita perlu bertindak melalui dasar, melalui contoh, melalui budaya. Saya percaya penjawat awam sihat, pentadbiran kuat akan mendapatkan rakyat yakin kepada kita. Dan saya rasa hairanlah dengan kenyataan ketua pembangkang iaitu Yang Berhormat Sungai Dua semasa perbahasan beliau mengatakan bahawa jarak perjalanan kaki 200-meter bagi penumpang LRT adalah satu perkara yang meletihkan dan harusnya dikurangkan. Saya sudah kira melalui Google Maps, kalau jalan daripada Dewan ini sampai Dewan Sri Pinang, 500-meter. Dan kita tak rasa jauh sangat kalau bagi orang sihat.
YB mohon mencelah sebab saya pun sentuh stesen kereta api, laluan jalan tersebut.
Timbalan Speaker, saya boleh bagi masa?
Masa dah tamat.
Boleh la bagi dia mencelah.
Saya nak penjelasan sikit. YB, bila kita sebut stesen kereta api, saya kurang faham sama ada ketua pembangkang sebut apa tu tapi bila kita sebut untuk laluan stesen kereta api adalah laluan landai dan juga apabila penumpang-penumpang dengan bagasi yang besar dan juga warga-warga OKU dan warga emas. Terima kasih.
Saya ingat Yang Berhormat nak sokong saya supaya kita semua kekalkan BMI yang sihat.
Okey Berapit.
Okey, akhir sekali saya ada satu, saya nak buat, saya nak menyerula YB-YB sekalian disini mungkin selepas mesyuarat ini, kita boleh sama-sama timbang BMI. Boleh kan, Yang Berhormat Padang Lalang mungkin boleh menggalakkan…
Berapit.
Siapa tau, mungkin gaya hidup sihat kita mula cabaran bulanan dari Dewan Undangan Negeri.
Berapit, genetik Berapit.
Ini adalah satu cadangan untuk kesihatan semua. Dan akhir sekali Dato’ Timbalan Speaker, hari ini kita tidak boleh membiarkan perbahasan ini terberhenti di Dewan sahaja. Rakyat menantikan tindakan dan perubahan. Saya percaya hanya dengan meletakkan rakyat sebagai pusat pertimbangan, barulah kita dapat membuat keputusan yang benar-benar bertanggungjawab. Dengan ini, saya mohon untuk menyokong ucapan TYT.
Okey, terima kasih Berapit. Sebelum Bagan Jermal, saya nak maklumkan kita ada jamuan disediakan untuk jamuan makan malam tapi pukul 5 petang. Saya pun tak faham. Tapi sebentar lagi… (gangguan), kalau nak jaga BMI tapau bawa balik satgi. Jadi sebab kita jangka perbahasan kita habis pukul 5, jadi saya mintalah semua sat lagi pi lah amik makanan jangan membazir dan tapaulah tapi jangan makan banyak-banyak, jangan tunjuk dekat Berapit, nanti dia attack kita nanti. Okey, seterusnya dipersilakan Bagan Jermal.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Penang2030 kepada Dato’ Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang saya hormati, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi, ketua-ketua jabatan, para wartawan, saudara saudari yang dikasihi, yang mengikut sidang ini secara langsung ataupun siaran langsung melalui FB live.
Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan untuk saya turut serta membahaskan usul terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, bersempena ucapan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri kali ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama yang ke-9, atas pelantikan ke jawatan tertinggi negeri ini. Sesungguhnya, kami berharap keharmonian, kemakmuran, kepesatan pembangunan dan kelestarian yang telah dikecapi selama ini dapat dikekalkan di bawah naungan TYT. Pada masa yang sama, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai TYT Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Speaker, perkara pertama yang saya ingin bangkitkan pada hari ini adalah mengenai fiskal negeri dan pulangan kepada negeri Pulau Pinang oleh Kerajaan Persekutuan. Pulau Pinang, walaupun sebuah negeri kecil dari segi geografi tetapi telah menyumbangkan secara signifikan kepada hasil negara. Pada tahun 2024 sahaja, negeri Pulau Pinang telah menyumbangkan lebih kurang RM8 bilion kepada Kerajaan Persekutuan dalam bentuk cukai. Ini adalah kerana negeri Pulau Pinang mencapai pertumbuhan sebanyak 3.3% dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan jumlah sebanyak RM116 bilion dan angka yang memberangsangkan ini telah menjadikan Pulau Pinang nombor satu dari segi KDNK per kapita iaitu RM72,586.
Namun begitu, persoalan yang kita mesti bangkitkan hari ini ialah adakah pulangan yang kita terima setimpal dengan sumbangan ini dan adakah angka-angka KDNK membantu Kerajaan Negeri menghadapi cabaran dari segi pengurusan fiskal? Ya, tidak dapat dinafikan Kerajaan Negeri menerima projek-projek infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan sebagainya tetapi ini tidak menjamin pengurusan fiskal negeri Pulau Pinang yang tidak mempunyai punca hasil yang baru dan pada masa sama perlu menghadapi cabaran kos pentadbiran yang kini meningkat. Menurut angka pada tahun yang lepas, hanya 6 daripada 93 projek yang telah dipohon oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-5, RMK ke-12 dan hanya sebanyak RM199.14 juta yang diluluskan berbanding dengan jumlah 8 billion cukai yang Kerajaan Negeri sumbangkan. Jumlah ini amatlah kecil dan hanya bersamaan dengan 2.49%. 2.5% pun tak ada.
Oleh yang demikian, kita saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai ini dalam bentuk geran terus kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan syarat mesti dilaburkan ke dalam sektor yang boleh memberikan pulangan atau menjana pendapatan (ROI) return on investment. Dengan adanya dana ini, kita dapat melabur dan dalam sektor-sektor yang memberikan pulangan jangka masa panjang. Kerajaan Negeri boleh meneroka dalam sektor yang menjana pendapatan pasif seperti contohnya dalam tenaga boleh diperbaharui seperti solar, perlaburan dalam ekonomi digital, mewujudkan institusi pelaburan hartanah negeri, biojisim dan sebagainya yang dianggap sesuai.
Di sini saya mencadangkan pihak Kerajaan Negeri bolehlah meneroka satu kerjasama atau joint venture dengan pihak Penang Port Sdn. Bhd. dalam projek solar terapung yang dicadangkan di antara Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) dan Dermaga Dalam. Tenaga elektrik yang dijana dihasilkan dapat dijual kepada Silicon Valley yang akan datang dan dapat mendatangkan keuntungan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk dilaburkan dalam sektor lain yang ditentukan kelak.
Sama juga projek solar terapung yang tidak perlu melibatkan kos tanah seperti projek solar terapung di empangan-empangan sedia ada seperti yang saya ketengahkan sebelum ini. Ini sudah pasti memberikan manafaat win-win situation dimana elektrik yang dijana boleh dijual dan pada masa yang sama projek ini juga membantu mengurangkan kadar
penyejatan air dari permukaan sewaktu musim kemarau.Yang penting di sini ialah kita tidak bergantung sepenuhnya kepada pemberian berbentuk aset fizikal, tetapi kita mahu pulangan dalam bentuk kewangan yang membolehkan kita mendapatkan menjana pendapatan yang berterusan dan mampan supaya Kerajaan Negeri (dengan izin) self-sustainable dari segi aliran wang tunai.
Sebenarnya ini bukan soal mementingkan negeri sendiri, tetapi soal keadilan fiskal. Apabila negeri seperti Pulau Pinang menjadi antara penyumbang tertinggi KDNK dan perdagangan, maka wajarlah rakyat negeri ini mendapat hak yang setara dari segi pembangunan ekonomi, infrastruktur dan peluang menjana pendapatan selain hasil cukai untuk negeri Pulau Pinang yang kita tercinta. Saya menyeru agar perkara ini dipertimbangkan secara serius oleh Kerajaan Persekutuan. Kita bukan menuntut secara keterlaluan, kita hanya meminta pulangan yang adil agar semua program mesra rakyat negeri dapat dikekalkan, pembangunan ekonomi dan infrastuktur terus dicakna, dan pada masa yang sama segala pentadbiran kewangan boleh diurus secara berhemah demi manafaat jangka masa panjang kepada negeri dan negara yang tercinta.
Dato’ Timbalan Speaker, perkara kedua adalah kebajikan rakyat dan i-Sejahtera yang ingin saya bangkitkan disini. Saya ingin merakamkan penghargaan, setinggi-tinggi penghargaan lah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas usaha menyalurkan bantuan kebajikan sepanjang tahun 2024. Sebanyak RM50.54 juta telah diperuntukkan, memberi manafaat kepada lebih daripada 280,000 penerima. Angka ini jelas menunjukkan keprihatinan dan komitmen Negeri Pulau Pinang dalam menjaga kebajikan rakyat terutamanya warga emas di mana jumlah penerima program penghargaan warga emas adalah 205,242 orang atau pun bersamaan dengan 72% dari jumlah keseluruhan 280,000 penerima itu.
Namun begitu, sebagai wakil rakyat semasa turun padang dan berinteraksi dengan masyarakat, saya perlu menyatakan secara jujur walaupun jumlah bantuan RM200 ini disalurkan, ini belum mencukupi untuk menampung tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat. Kenaikan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi, serta insiden luar jangkaan yang berlaku telah menyebabkan ramai yang masih bergelut walaupun menerima bantuan.
Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengekalkan semua bantuan kebajikan sedia ada dalam perancangan kewangan yang akan datang. Saya faham bahawa cabaran adalah jumlah pemberian yang semakin hari semakin meningkat terutamanya untuk golongan warga emas kerana statistik penuaan mengambil kira usia 60 tahun ke atas di Pulau Pinang dijangka 26.2% menjelang tahun 2040.
Sebenarnya untuk warga emas, apa yang lebih bermakna selain pemberian one-off setiap tahun ini adalah rasa mereka dihargai oleh Kerajaan Negeri setelah menghabiskan puluhan tahun memerah keringat dan membanting tulang untuk menyumbang kepada negeri dan negara.
Oleh itu, seperti disarankan dalam ucapan saya di atas, menyarankan supaya Kerajaan Negeri mengambil satu pendekatan kolaboratif antara agensi diperkuatkan untuk menjana pendapatan, selain daripada hasil cukai dengan tujuan untuk mengoptimumkan sumber sedia ada dan meningkatkan hasil selain cukai bagi menampung pemberian program kebajikan. Saya percaya hanya dengan dasar yang lebih menyeluruh, menyentuh realiti rakyat dan dilaksanakan penuh empati, barulah kita dapat merealisasikan aspirasi “rakyat sebagai keutamaan, kesejahteraan dikongsi bersama”.
Dato’ Timbalan Speaker, perkara ketiga adalah pengurangan kesesakan melalui projek infrastruktur jalan dan pengangkutan awam. Dari segi pembangunan infrastruktur, saya amat bersetuju dengan seruan TYT supaya projek Pan Link 1 dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan untuk memberikan impak positif dalam pengurusan dan penyuraian trafik. Sebenarnya untuk mengatasi kesesakan lalu lintas, selain penaiktarafan infrastruktur seperti lebuhraya dan jalan, kita juga harus menumpukan bagaimana untuk mengurangkan kenderaan di jalan dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Selain daripada bas, feri, LRT yang akan datang pada masa kelak, salah satu mod pengangkutan yang kian mendapat sambutan adalah Rapid on Demand.
Saya sendiri telah turun untuk merasai servis ini dan sememangnya pengalaman saya temasuk penumpang-penumpang yang sempat saya interview (dengan izin), adalah amat memuaskan. Walau bagaimanapun, saya masih mendapat maklum balas supaya mencadangkan penambahbaikan terhadap Rapid on Demand Zon Sunway, Butterworth. Syabas kepada rakan-rakan seperti Pengkalan Kota, KOMTAR, Bukit Tengah dan Bagan Dalam yang telah berbahas mengenai perkara ini semalam, jadi saya tidak akan menyentuh topik yang telah dibahaskan dan saya hanya akan menumpukan kepada Zon Sunway sahaja pada petang ini. Masalah yang (dengan izin) more localized.
Walaupun Rapid on Demand telah mencapai tujuan untuk menghantar penumpang ke destinasi, ia masih menjadi masalah kepada warga emas atau golongan kurang upaya yang susah pergerakan untuk jalan masuk ke bangunan Penang Sentral kerana drop off point itu agak jauh dari bangunan Penang Sentral. Lebih mencabar lagi apabila penumpang berdepan dengan cuaca seperti angin kencang, hujan yang lebat semasa menggunakan ROD ke Penang Sentral. Oleh itu, saya ingin memohon supaya perhentian pick-up dan drop-off yang kini berada di hentian luar Penang Sentral dapat diubah kalau seboleh-bolehnya ke pintu utama yang terletak di aras 3 atau pun di aras 1 di mana ada satu kaunter memohon Pas Mutiara itu.
Namun saya difahamkan kekangan untuk aras 1 ialah semua keluar masuk akan dikenakan caj sebanyak RM3 yang dilihat membebankan Rapid on Demand. Kerana van ini tidak besar dan hanya boleh membawa paling lebih saya ingat 10 orang sahaja. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri bolehlah berbincang dengan pihak MRCB supaya dikecualikan fee RM3 ini untuk memudahkan pengambilan dan penurunan penumpang. Seterusnya, saya juga mencadangkan bahawa masa operasi feri dari Pangkalan Raja Tun Uda bermula pada 5:30 pagi pada hari bekerja kerana perkhidmatan Rapid on Demand bermula pada 6 pagi setiap hari.
Sudah tibanya masa supaya semua entiti pengangkutan tidak kira bas, feri atau Rapid on Demand diintegrasikan supaya masa perjalanan boleh diselaraskan untuk penyampaian rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih efisien dan lebih inklusif untuk semua lapisan masyarakat tidak kira tua, muda atau kelainan upaya. Dengan penyelarasan masa operasi feri, pengguna pengangkutan awam terutamanya datang dari kawasan pulau dapatlah merasai manafaat perkhidmatan Rapid On Demand di bahagian Seberang.
Dato’ Speaker, Timbalan Speaker. Perkara keempat adalah mengenai ekonomi digital dan AI. Dalam era revolusi industri keempat, industrial 4.0 (dengan izin) teknologi kecerdasan buatan atau pun AI bukan lagi satu pilihan. Ia adalah satu keperluan. Negara-negara maju telah membuktikan bahawa integrasi AI dalam sistem pendidikan bukan sahaja memperkasakan pelajar dengan kemahiran masa hadapan, malah meningkatkan prestasi akademik, kesaksamaan akses dan kemahiran insaniah.
Sebagai contoh, kita boleh lihat kepada negara Estonia, walaupun sebuah negara yang kecil tetapi cukup ada semangat berani untuk mencuba. Mereka telah memanfaatkan teknologi digital dan AI seawal sekolah rendah. Para pelajar di sana belajar geografi melalui augmented reality atau pun realiti maya dan memahami kimia melalui simulasi interaktif. Hasilnya, Estonia kini berada di tangga teratas dalam penilaian PISA untuk subjek sains, matematik dan bacaan. Ini membuktikan bahawa saiz bukanlah satu penghalang, yang penting adalah keberanian membuat dasar jangka masa panjang yang berimpak tinggi walaupun sakit akan terasa pada jangka masa yang pendek.
Manakala di Finland, Kerajaan melancarkan kursus dalam talian bernama Elements of AI, yang bertujuan untuk mendemokrasikan kefahaman tentang AI. Lebih satu peratus daripada rakyat mereka telah menyertai kursus ini. Bukan sekadar elit tetapi untuk pelajar STEM, tetapi keseluruhannya untuk masyarakat mereka termasuk guru, pekerja sektor awam, pesara agar semua lapisan rakyat tidak ketinggalan dalam gelombang digitalisasi ini.
Seterusnya Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula mendidik pelajar seawal umur empat tahun tentang konsep AI ini, asas AI, termasuk penggunaan secara beretika dan cara mengenal pasti kandungan palsu yang dihasilkan oleh AI. Jadi, pendekatan awal seperti ini memberikan kelebihan besar kepada pelajar mereka apabila melangkah ke alam pekerjaan. Berdasarkan kejayaan ini, saya menyeru agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil langkah progresif untuk menerapkan elemen AI dalam pendidikan kita.
Pertama, melancarkan program literasi AI asas secara percuma untuk semua sekolah menengah dan guru dan pelajar sekolah menengah dan guru, seperti mana yang dilakukan di Finland. Kandungan boleh dibangunkan dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan boleh mendapat kerjasama daripada pihak seperti USM dan pemain industri besar di Bayan Lepas.
Kedua, kita boleh memperkenalkan platform pembelajaran adaptif yang menggunakan AI untuk membantu pelajar daripada keluarga B40 yang menghadapi kesukaran dalam pembelajaran secara tradisional. Ini boleh dilaksanakan sebagai projek perintis di sekolah-sekolah DUN yang mencatat keputusan peperiksaan rendah atau jurang digital yang tinggi.
Ketiga, Kerajaan Negeri boleh menyediakan insentif kepada syarikat pemula atau pun start-up dalam bidang EdTech yang berasaskan AI, khususnya untuk menghasilkan kandungan pendidikan dalam Bahasa Melayu, Mandarin mahu pun Tamil. Ini bukan sahaja membantu pendidikan, tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi digital ini.
Akhir sekali, kita perlu memastikan guru tidak tercicir atau diketepikan dalam transformasi ini. Sebaliknya, gurulah yang seharusnya dibekalkan dengan latihan dan alat bantu mengajar berasaskan AI yang membolehkan mereka memberi lebih tumpuan kepada aspek kemanusiaan seperti bimbingan, empati dan kreativiti.
Dato’ Timbalan Speaker, tajuk yang kelima saya pada hari ini adalah AED dan bantuan kecemasan. Seperti diketahui, hentian jantung mengejut boleh berlaku pada bila-bila masa, mana-mana sahaja. Dan pada ketika itu adalah terpulang kepada tiga atau lima minit kritikal itu untuk menyelamatkan satu nyawa. Justeru, Automated External Defibrillator, susah lah nak nak kata, AED lah senang. Bukan sekadar peranti perubatan, ia kemungkinan besar akan menjadi penyelamat nyawa kepada mangsa hentian jantung mengejut.
Namun begitu, di Pulau Pinang ini kita berdepan dengan beberapa cabaran utama dalam memastikan keberkesanan penggunaan AED di kalangan masyarakat. Yang pertama adalah kesedaran awam yang boleh dianggap masih rendah. Ramai rakyat Pulau Pinang tidak tahu, masih tidak tahu untuk mengesan, di mana boleh mengesan kedudukan AED, atau pun takut menggunakannya kerana kekurangan pemahaman atau pengetahuan, latihan, atau kebimbangan terhadap implikasi yang mereka akan hadapi, implikasi undang-undang yang merupakan sesuatu yang sangat membimbangkan.
Jadi, kalau ikut piawaian piawaian antarabangsa, memang Ideal Ratio (dengan izin) adalah satu (1) unit AED untuk kepadatan 1,000 sehingga 2,000 penduduk. Jadi, dan AED itu mestilah dalam radius tiga minit di kawasan boleh kecapaian daripada kawasan tumpuan orang ramai. Jadi, saya harap bahawa Kerajaan Negeri kita boleh adakan satu atau pun mencipta satu aplikasi inklusif di bawah usaha Kerajaan Negeri untuk dibangunkan dan memberikan notifikasi kecemasan kepada responden dalam radius 400-meter seperti yang dilakukan di Singapura.
Iaitu dalam kes serangan jantung, kebakaran atau kemalangan atau kejadian yang memerlukan bantuan kecemasan. Tadi saya rasa Berapit ada bangkitkan tandas awam. Mungkin boleh masukkan yang itu juga. Sebab nature’s call itu pun mungkin kecemasan untuk orang perseorangan okey. Jadi, boleh masukkan juga lah.
Jadi, di sini saya ingin mencadangkan juga latihan asas CPR dan penggunaan AED mesti diterapkan sebagai satu modul tetap dalam aktiviti kokurikulum sekolah tidak kira sekolah menengah atau pun TVET dan ini boleh melatih kita punya generasi muda untuk menjadi responden kecemasan. Jadi, nak landing dah Dato’ Speaker, Timbalan Speaker.
Perkara keenam adalah sumbangan Pasukan Bomba Sukarelawan dalam bantuan kejadian kecemasan atau pun kebakaran. Saya ingin mengambil perhatian bahawa wira ini adalah wira yang tidak didendang dan kita harus lebih menghargai golongan ini kerana mereka adalah berkhidmat di bawah orang cakap apa, sukarela, sebagai sukarelawan. Jadi, saya ingin merakamkan lah syabas kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan sejumlah RM360,000 peruntukan. Dipersilakan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, mungkin untuk part AED itu saya ambil peluang ini untuk jawab sekarang. Nanti penggulungan saya, penggulungan saya saya tidak akan jawab sudah.
Ke kamu nak gulung terus.
Saya pun tidak. Saya jawab terus, untuk isu itu sahaja, untuk isu AED sahaja. Jadi nanti semasa penggulungan.
Okay. Let’s go.
Okey. Untuk makluman, saya mengambil baiklah khususnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal. Khususnya tentang kesediaan AED dan sebagainya dan juga cadangan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal supaya kita nak buat satu aplikasi baharu lagi. Sebenarnya, untuk makluman Yang Berhormat Bagan Jermal memang kita kalau kalau kita nak buat aplikasi yang baharu, memang kita perlu untuk mengadakan pendidikan kepada orang awam supaya dia kena muat turun semula aplikasi tersebut. Jadi, sebenarnya untuk inisiatif AED ni, kita tak galak untuk buat aplikasi yang baru cumanya peranti AED ni sebenarnya boleh dikesan melalui aplikasi yang sedia ada dalam telefon bimbit iaitu melalui Google Maps. Kita telah integrated (dengan izin) peranti-peranti AED yang sedia ada di dalam Google Maps. Jadi apabila kita buka Google Maps, taip saja AED, akan nampak ada AED tersebut. Dan yang keduanya tadi, Yang Berhormat juga tentang bangkitkan tentang isu khususnya komunikasi di antara first responder, sebenarnya memang aplikasi ini kita sudah ada, cumanya yang paling senang sebenarnya untuk akses kepada first responder ini adalah melalui talian 999. Dia akan disambungkan kepada MECC dan akan, memang kita ada satu rangkaian bukan sahaja di bawah perkhidmatan di bawah kesihatan awam tetapi rangkaian ini juga telah menghubungkan semua first responder yang ada di Negeri Pulau Pinang ini. Dan yang ketiga tadi cadangan Yang Berhormat tentang…
Banyak sangat tu, Bagan Jermal.
Last, last.
Ini EXCO ni. Tak boleh. Saya bagi sikit ja ni.
Sebab mungkin iaitu lah sebab, sebabkan kalau macam dekat depan saya mungkin tidak di'update'kan. Jadi, saya cakap kita kena ambil yang satu langkah yang lebih inklusif lah. Kalau Google Maps tu boleh berfungsi dan it's okay sebab saya tak dapat detect lah yang ada dekat saya punya office sana. Okey, jadi okey yang keenam, iaitu sumbangan kepada wira yang tidak didendang ini kerana memainkan peranan okey jadi saya rasa kita perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Kerajaan Negeri yang telah meluluskan sejumlah RM360,000 peruntukan khas pada bulan November 2024 yang telah diagihkan kepada 36 pasukan bomba sukarelawan aktif yang dikenal pasti pada awal tahun ni. Saya harap usaha murni ini dapat diteruskan. Dan saya juga menyeru kepada PBA supaya mengikut Langkah Kerajaan Negeri iaitu memberikan satu token of appreciation kepada semua pasukan bomba sukarelawan yang telah membantu dalam schedule water supply interruption pada bulan April yang lepas dan kita tau bahawa sebenarnya had untuk orang cakap apa tu insurance coverage (dengan izin) adalah terhad kepada 20 orang sahaja kalau yang selebihnya ada aktif saya harap boleh take up lah (dengan izin) oleh kita punya Kerajaan Negeri dan pada akhir sekali landing, dah landing dah.
Okey ialah tanah RIBI di Ampang Jajar. Jadi saya juga turut ingin meluahkan kebimbangan saya seperti yang telah dinyatakan oleh Air Putih yang juga merangkap Ahli Parlimen Bagan kerana 35 pertubuhan RIBI di sana telah menggunakan keseluruhan tanah 9.24 ekar tanpa mengambil kira tempat letak keretalah. Saya difahamkan memang ada satu rancangan untuk memang adakan sedikit tempat letak kereta di maksudnya tempat-tempat yang lokasi yang strategik tapi harus saya, maksudnya saya di sini akan cadangkan supaya kita mestilah mengambil langkah yang lebih berjaga-jaga kerana ini akan mewujudkan satu keadaan lalu lintas yang amat sesak jikalau terutamanya bila majlis atau perayaan keagamaan yang diadakan serentak pada hari yang sama yang selalunya dia sekarang memang diadakan bukan satu tempat yang orang cakap tumpuannya jadi kalau imagine memang adakan dekat satu tempat yang sama ia akan menyebabkan banyak kacau ganggulah pada masa kelak. Jadi saya harap pihak Kerajaan Negeri boleh mengambil langkah proaktif dan alternatif untuk mengatasi masalah tersebut dan sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Bagan Jermal. Seterusnya saya persilakan Pulau Tikus.
Salam Sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam Penang2030 kepada Dato' Seri, Dato’ Timbalan Speaker, YAB Ketua Menteri, Ahli-Ahli EXCO, YB-YB, dan pegawai-pegawai yang bertugas.
Dato’ Timbalan Speaker, pertama sekali, saya ingin meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang untuk membahas ucapan Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib dan menyuarakan suara rakyat Pulau Pinang secara am dan Pulau Tikus secara khusus di Dewan Undangan Negeri ini. Justeru itu, saya ingin mengutarakan cadangan-cadangan berikut untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Isu pertama berkaitan dengan masa depan Pulau Pinang dalam landskap ekonomi politik global yang tidak menentu, yang kini dipengaruhi oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan bahawa pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat akan menurunkan pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini daripada 3.3% kepada 2.8%. Kajian J.P. Morgan pula menganggarkan bahawa tarif sejagat sebanyak 10% dan tarif 110% ke atas China akan menurunkan KDNK global sebanyak 1%, yang melibatkan kerugian trilion dolar.
Namun begitu, kesan sebenar masih bergantung kepada nilai tarif yang kini sedang dirundingkan dan belum dimuktamadkan. Amerika Syarikat dan China merupakan rakan dagang terbesar Pulau Pinang. Setiap tindakan daripada kedua-dua negara ini akan memberikan kesan langsung kepada kita. Dan sebagai negeri sub-nasional, Pulau Pinang mempunyai keterbatasan dalam berurusan dengan kuasa besar dunia dan perlu melalui Kerajaan Persekutuan. Namun, kita tetap harus bertanya sama ada bolehkah Pulau Pinang meningkatkan daya tahan dalam menghadapi cabaran geopolitik masa kini dan akan datang? Saya percaya, kita boleh.
Dato Timbalan Speaker, Pulau Pinang sentiasa menjadi peneraju dalam pembangunan ekonomi. Walaupun kita merupakan negeri kedua terkecil dari segi saiz fizikal, namun kita adalah kuasa ekonomi utama negara. Pada tahun 2023, jumlah dagangan Pulau Pinang adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu RM697 bilion, dengan nilai eksport tertinggi dalam negara. Pelaburan yang diluluskan di Pulau Pinang juga adalah yang
tertinggi dengan RM72 bilion, dan KDNK per kapita yang tertinggi dalam kalangan negeri-negeri (tidak termasuk Wilayah Persekutuan). Dan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita melebihi RM71,000 juga sekali lagi tertinggi antara negeri-negeri. Melihat kepada kekuatan ekonomi Pulau Pinang, sudah tiba masa untuk kita mengembangkan keupayaan ini dengan menjalin kerjasama ekonomi bersama negeri-negeri jiran seperti Perlis, Kedah, dan Perak. Tujuannya ialah untuk memperluaskan jaringan logistik dan mempercepatkan matlamat pembangunan bersama. Benar, terdapat perbezaan politik, jurang budaya dan mungkin salah tanggapan sosial antara keempat-empat negeri ini.
Namun, dalam menghadapi ancaman dan ketidaktentuan ekonomi, kita perlu berganding bahu, menjalin hubungan, dan membina masa depan ekonomi bersama. Jika Pulau Pinang memiliki sesuatu yang boleh ditawarkan kepada jiran-jiran kita, maka kita harus membantu. Pulau Pinang tidak seharusnya berpuas hati hanya dengan kemajuan sendiri, tetapi juga harus melihat Perlis, Kedah dan Perak turut maju dan berkembang, kita semua rakyat Malaysia. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kita perlu bersatu untuk menjalin kelangsungan. Malah, bukan sekadar untuk terus hidup tetapi untuk terus maju. Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak perlu berkembang bersama, makmur bersama, dan cemerlang bersama. Sudah tiba masanya untuk rantau utara Semenanjung Malaysia dipacu menjadi kuasa ekonomi serantau yang hebat. Ini bermakna, peranan Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) sahaja tidak mencukupi. Kita perlu mempercepatkan kerangka Wilayah Ekonomi Koridor Utara iaitu NCER melalui tiga kerjasama antara negeri yang penting.
Pertama, membina laluan pengangkutan komuter tanpa halangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke pusat bandar utama seperti Kangar, Jitra, Alor Setar, Sungai Petani, Kepala Batas, Butterworth, Kulim, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bandar Baharu dan Taiping. Kita boleh menamakan perkhidmatan ini sebagai Expres Wilayah Utara, atau Northern Region Express (NRE). Selain menyediakan bas bersaiz sederhana atau van dengan waktu operasi yang berjadual, setiap 12 lokasi ini perlu dilengkapi dengan terminal yang mempunyai ruang menunggu yang selesa dan perkhidmatan tiket termasuk tempahan awal. NRE ini akan menyediakan perkhidmatan ulang-alik yang boleh dijangka, boleh dipercayai, dan mampu bagi mereka yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan dan merealisasikan potensi bandar-bandar kecil yang terlibat. Demi kelancaran perkhidmatan ini, empat (4) negeri ini juga boleh mempertimbangkan untuk melebarkan jalan sedia ada dengan lorong khas untuk perkhidmatan ekspres ini. Bayangkan anda sebagai penumpang yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan tiket NRE yang telahpun sudah booked, yang ditempah awal, selepas itu mengambil bagasi anda, anda terus ke terminal yang terletak bersebelahan lapangan terbang untuk ke destinasi, contohnya Taiping dan tiket perjalanan balik ke lapangan terbang juga telah ditempah. Ini memberi nilai tambah kepada pengguna dan memudahkan mobiliti antara 12 lokasi tersebut.
Dato’ Timbalan Speaker, kerjasama antara negeri yang kedua ialah pembangunan bakat dan inovasi teknologi. Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak boleh menubuhkan satu dana dengan dua tujuan: iaitu menyediakan biasiswa kepada pelajar dalam bidang STEM di institusi pengajian tinggi bertauliah dalam wilayah ini, dan menyediakan geran permulaan kepada syarikat pemula teknologi tempatan atau start-up. Kita namakan inisiatif ini sebagai Dana Inovasi dan Bakat Wilayah Utara, atau Northern Region Talent and Innovation Fund (NTI). Dana ini amat penting untuk memupuk bakat dan memacu kemajuan teknologi. Jika setiap negeri bergerak sendiri, bakat kritikal ataupun critical mass untuk pembangunan bakat adalah kecil. Perlis mempunyai kira-kira 200,000 penduduk, Kedah
sekitar 2 juta, Pulau Pinang 1.8 juta, dan Perak sekitar 2 juta. Dengan meluaskan kemudahan pembiayaan ini kepada penduduk di empat-empat negeri, kolam bakat akan berkembang kepada 6 juta orang. Kolam bakat yang lebih besar ini juga akan menjadi satu daya tarikan untuk menarik pelabur asing menubuhkan pejabat ataupun kilang mereka di wilayah utara.
Dato’ Timbalan Speaker, cadangan ketiga ialah kerjasama membangunkan taman perindustrian di antara Pulau Pinang dan negeri jiran. Kita boleh namakan inisiatif ini sebagai Pakatan Perindustrian Wilayah Utara, ataupun Northern Region Industrialisation Partnership (NIP). Pulau Pinang kini mempunyai 10 taman perindustrian aktif dan sedang membina banyak lagi. Dengan pengalaman lebih lima dekad, Pulau Pinang mampu menawarkan khidmat nasihat iaitu consultation ataupun kerjasama usaha sama (joint-venture) dalam pembangunan taman industri dengan negeri jiran. Kerjasama ini boleh menambah nilai kepada taman industri seperti Chuping Valley Industrial Area di Perlis, Kulim Hi-Tech Park dan Kuala Ketil Industrial Park di Kedah, serta Kamunting Raya Industrial Estate di Taiping, Perak. Kita boleh menarik lebih banyak pelabur, syarikat multinasional mewujudkan peluang pekerjaan, dan membangunkan bakat untuk menjadikan rantau utara sebagai kuasa ekonomi hebat di Malaysia. (Dengan izin) Northern Region Express (NRE), Northern Region Talent and Innovation Fund (NTI), dan Northern Region Industrialisation Partnership (NIP) merupakan tiga inisiatif kerjasama negeri yang saya cadangkan. Inisiatif ini akan meningkatkan keterhubungan, membina bakat, dan merancakkan pelaburan industri sekaligus meningkatkan daya ekonomi empat negeri ini terhadap krisis geopolitik.
Dato’ Timbalan Speaker, selain membina daya tahan serantau, Kerajaan Negeri juga perlu memberi perhatian khusus kepada pembangunan kawasan luar bandar di Pulau Pinang, khususnya Seberang Perai. Untuk rekod, Kerajaan Negeri pada masa ini telah membawa transformasi besar kepada Seberang Perai sepanjang 15 tahun yang lalu. Dahulu dianggap sebagai sebahagian negeri yang kurang maju, Seberang Perai kini telah mengalami perubahan yang ketara hasil daripada usaha berterusan dan penambahbaikan yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri. Hanya dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini sahaja, tidak kurang daripada sepuluh projek pembangunan penting yang telah dilaksanakan di Seberang Perai oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Pertama, Seberang Perai sedang membangunkan projek perumahan mampu milik terbesar di Malaysia. Projek ini dilancarkan akhir tahun lepas dan melibatkan kawasan Seberang Jaya dan Batu Kawan. Sebanyak 35,000-unit rumah mampu milik sedang dibina. Kedua, lima (5) projek mitigasi banjir sedang dijalankan di Sungai Jawi dengan kos lebih RM240 juta. Di kawasan lain juga seperti seperti Jalan Tembikai, Taman Sejahtera, Taman Machang Bubuk dan Taman Sin Tat turut dibina pada tahun ini dengan kos lebih RM11 juta. Ketiga, lebuh raya bertingkat telahpun disebut di dalam Dewan ini sepanjang 17.4km dari Sungai Dua ke Juru. Keempat, tiga infrastruktur air utama akan dimulakan dalam tempoh dua tahun ini, iaitu loji rawatan air bernilai RM250 juta di Empangan Mengkuang, loji RM400 juta di Sungai Kerian, dan saluran paip bernilai RM128 juta dari Sungai Dua ke Butterworth. Tiga projek ini yang bernilai lebih RM770 juta akan tambah baik sistem bekalan air di Seberang Perai. Lagi, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di bawah Kementerian Kewangan juga sedang melabur RM1 bilion untuk membina dua loji rawatan air di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah dan jumlah semua projek air ini adalah lebih RM1.7 bilion di Seberang Perai. Kelima, Taman Perindustrian Batu Kawan 3 dan juga pembinaan Taman Sains Pulau Pinang Selatan.
Keenam, pembangunan Penang Medi-City di Batu Kawan seluas 235 ekar. Ketujuh, Galeri Arkeologi Guar Kepah di Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Kelapan, pengembangan pelabuhan di Butterworth yang akan meningkatkan kapasiti pelabuhan untuk mengendalikan 4.1 juta kontena menjelang 2050 berbanding 2 juta sekarang. Dan kesembilan, naik taraf hospital kerajaan di Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Kepala Batas. Hospital Seberang Jaya telah dinaik taraf menjadi pusat pakar jantung Wilayah Utara yang bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada penduduk Seberang Perai tetapi juga pesakit dari negeri-negeri lain. Dan kesepuluh, pelebaran Jalan Persekutuan dari Butterworth ke Kepala Batas. Jalan dua lorong sedia ada akan diperluas menjadi empat lorong sepanjang 8km. Di bawah Kerajaan Perpaduan yang sedia ada di peringkat negeri dan persekutuan, seluruh Negeri Pulau Pinang sama ada di bahagian Pulau mahupun di Seberang Perai, ia akan terus dibangunkan demi kelestarian dan kesejahteraan seluruh rakyat negeri ini.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian sedia ada, sebaliknya perlu terus berinovasi untuk melaksanakan projek-projek baharu yang mampu merangsang ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan Seberang Perai. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan penubuhan sebuah taman teknologi pertanian yang menekankan amalan mampan demi menjamin keterjaminan makanan dan mewujudkan peluang pekerjaan mampan di kawasan luar bandar. Kita boleh namakan secara sementara projek ini sebagai Taman Lestari dan Keterjaminan Makanan Pulau Pinang (Penang Sustainable Food Security Park). Sebenarnya, idea ini telah disebut oleh YB Fahmi Zainol, Pantai Jerejak dan saya ingin mengangkatnya di sini memandangkan kepentingannya yang besar. Taman ini akan menggabungkan kelebihan alam semula jadi dan persekitaran binaan (built environment) untuk mengoptimumkan pengeluaran makanan bagi tujuan sara diri dan komersial. Inisiatif ini harus memanfaatkan kaedah pertanian moden berasaskan teknologi seperti hidroponik dan akuakultur.
Selain ladang bandar secara menegak (vertical farming), taman ini juga perlu menyediakan kemudahan penternakan makanan laut seperti ikan, udang, lobster, dan tiram. Taman ini harus dibangunkan sejak awal berdasarkan amalan mampan yang berpaksikan kerangka ekonomi kitaran (circular economy). Sebagai contoh, terdapat sebuah ladang ikan berasaskan sistem tertutup yang dikenali sebagai ‘Eco-Ark’ di luar negara yang melindungi ikan daripada algae di laut dan juga penyakit di samping menapis dan menjana air yang lebih bersih daripada air laut. Inisiatif seumpama ini bukan sahaja akan meningkatkan tahap sekuriti makanan Negeri Pulau Pinang, malah mampu membersihkan alam semula jadi dan mencipta peluang pekerjaan serta perniagaan baharu untuk rakyat tempatan. Bagi mengalakkan pengusaha melabur dalam inisiatif ini, Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan memberi diskaun bayaran sewaan tanah kerajaan atau TOL untuk 2 tahun pertama dalam taman khas ini. Inisiatif ini benar-benar menepati tiga teras utama pembangunan lestari: alam sekitar, ekonomi dan masyarakat. Memandangkan sifat taman ini, lokasi yang mungkin paling sesuai adalah di Seberang Perai, yang lebih kondusif untuk menjayakan inisiatif ini.
Dato’ Timbalan Speaker, inisiatif MyKiosk, yang merupakan kerjasama antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan Pihak Berkuasa Tempatan, telah terbukti sangat membantu peniaga kecil. Terdapat berita palsu yang tersebar mengenai inisiatif ini, kononnya ia tidak memberi manfaat kepada rakyat dan kos pembinaan kiosk adalah mahal. Namun begitu, hakikatnya ialah inisiatif ini telah berjaya meningkatkan taraf hidup perniagaan kecil tempatan. Seperti yang dinyatakan oleh YB Jawi dalam kenyataan media baru-baru ini, lebih 90% MyKiosk yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
Dewan Ditangguhkan
telah disewa keluar di Pulau Pinang seperti di Batu Feringgi dan Pantai Robina. Malah, terdapat permintaan dari kawasan-kawasan lain untuk memasang unit MyKiosk, contoh Bayan Lepas telah mohon 20-unit MyKiosk. Dan saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri supaya memperluaskan inisiatif MyKiosk ini agar lebih ramai rakyat dapat dibantu. Dato’ Timbalan Speaker, itu sahaja daripada Pulau Tikus. Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Pulau Tikus, tak lupa Bayan Lepas mohon 20 kiosk. YB-YB Yang Berhormat sekalian, saya kira semua telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Ada yang masih tertinggal? Tak ada ya? Dan sesi perbahasan kita tamatkan dan untuk sesi penggulungan saya tanya, boleh ada EXCO yang bersedia untuk membuat penggulungan pada hari ini? Tak lebih pada 60 minit. YB Cap Feri? Ke Feri dah berlayar dah? Kalau tak ada kita tangguhkan mesyuarat kita pada hari ini dan akan disambung kembali pada jam 9.30 pagi esok. Sekian, terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 4.52 petang