Pulau Pinang · 21 May 2025

Mesyuarat pertama penggal ketiga dun ke 15 · 819 turns · 66,331 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina (AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A), Dato’ Haji Zulkifli bin Long (Setiausaha Kerajaan Negeri), Puan Wan Nor Sakina binti Saad (Penasihat Undang–Undang Negeri), Dato’ Zabidah binti Safar (Pegawai Kewangan Negeri)

(Pembukaan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, soalan lisan. Dipersilakan soalan 21.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Selamat pagi Dato’ Seri Speaker,

Pergi berkelah ke Pulau Jeram,

Menambat rakit di atas batu,

Soalan saya no 21.

21. Masalah tanah perkuburan Islam di Negeri Pulau Pinang yang

semakin padat.

(a) Apakah langkah segera yang akan diambil oleh pihak berkenaan

untuk menyelesaikan perkara ini?

(b) Bolehkah pihak yang berkenaan menyediakan tapak baru

perkuburan pada setiap daerah atau kampung bagi menyelesaikan

masalah ini?

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang di-Pertua Dato’ Seri Speaker dan juga Telok Ayer Tawar. Soalan 21 ini berkaitan dengan tanah perkuburan Islam di negeri Pulau Pinang yang soalan daripada Telok Ayer Tawar. Apakah langkah segera yang akan diambil oleh pihak berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini dan bolehkah pihak yang berkenaan menyediakan tapak baru perkuburan pada setiap daerah atau kampung bagi menyelesaikan masalah ini. Baik.

Untuk, untuk makluman Yang Berhormat, Pulau Pinang dari segi isu tanah perkuburan ini tidak ada masalah kekurangan tanah perkuburan. Namun, Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan konsep tanah perkuburan pusat di Negeri Pulau Pinang bagi menambah tanah perkuburan Islam bagi persediaan masa hadapan. Dan sehingga kini, terdapat tiga (3) tanah perkuburan berpusat telah diwujudkan iaitu, di Lot 21238, Mukim 3, Seberang Perai Utara, Pinang Tunggal berkeluasan 8.47 ekar, Lot 10076, Mukim 6, Seberang Perai Tengah, iaitu di Bandar Perda berkeluasan 4.52 ekar, Lot 504 & Lot 458, Mukim 3, Daerah Barat Daya, iaitu di Sungai Rusa berkeluasan 10.5 ekar dan Lot 3044, 1785, 3042 & sebahagian Lot 2995, Mukim 10, Seberang Perai Utara di Sungai Dua berkeluasan 5 ekar.

Di samping itu, bagi Daerah Timur Laut, pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang juga sedang dalam tindakan membangunkan tanah perkuburan tersusun di atas Lot 20112, Mukim 13, Daerah Timur Laut yang berkeluasan 1.28 ekar dan Lot 10083,

Seksyen 4, Jelutong, Daerah Timur Laut yang berkeluasan 1.46 ekar. Konsep tanah perkuburan ini dirancang untuk digunakan secara pusingan.

Selain itu, menjawab persoalan berkenaan menyediakan tapak baru perkuburan pada setiap daerah atau kampung, pihak Jawatankuasa Kariah yang memerlukan tambahan tapak perkuburan yang sedia ada di kariah masing-masing adalah digalakkan melaksanakan program mengumpul dana bagi mendapatkan tambahan tanah perkuburan baru dengan mendapatkan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkaitan program kutipan dana wakaf. Misalnya, Taman Seri Serdang di atas Lot 850, Mukim 8, Daerah Seberang Perai Utara seluas 0.85 ekar dan sebahagian tanah di atas Lot 2020 Mukim 8, Seberang Perai Utara, Pongsu Seribu seluas 1.74 ekar telah dibeli melalui kaedah kutipan dana wakaf bagi dijadikan tanah tersebut sebagai tanah perkuburan Islam kariah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Dato' Yang Berhormat Batu Maung. Apakah pelan jangka panjang Kerajaan Negeri di mana pelan tindakan untuk memastikan kelestari pesat, kelestarian tapak perkuburan bagi jangka masa panjang. Ini saya cadangkan kepada Yang Berhormat. Sekiranya kita dapat baru-baru ini terutama okey selesai bab Sungai Dua ini. Kes yang Yang Berhormat pergi pecah tanah baru-baru ini, mungkin masa akan ke depan, jangka panjang, kita tengok di daerah-daerah, parlimen-parlimen ini, perumahan begitu pesat naik. Begitu banyak naik. Contohnya di Tasek Gelugor, Scientex naik, Setia naik, Sepadu naik.

Saya cadangkan Kerajaan Negeri buat pengambilan satu tanah perkuburan, perkuburan daerah. Bermakna, tidak ada masalah macam mana kami masalah baru-baru ini. Nak simpan susah. Kena pi, Kampung Setol, kena pi Permatang Haji Hassan. Kita kena, jangka masa panjang ini bukan jangka masa pendek, jangka masa panjang. Ambil setiap daerah atau setiap parlimen, kita digazetkan satu perkuburan daerah, maka siapa yang tidak tempat, semua pergi. Contohnya di Pinang Tunggal yang Batu Maung cakap tadi kan, yang depan rumah Tok Lan itu, Alhamdulillah. Kita pun ada pergi simpan disitu maknanya dia bagi. Tapi ini jangka masa panjang. Okey, minta penjelasan. Sekian, terima kasih.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik, terima kasih Telok Ayer Tawar. Itu yang saya sebut bahawa salah satu daripada kaedah yang sedang diwujudkan adalah tanah perkuburan berpusat yang telah pun diwujudkan di Pinang Tunggal, Sungai Dua sebagai contohnya. Jadi ini dari segi jangka masa panjang. Isunya yang ditimbulkan oleh anak-anak kariah ini, ia anak-anak kariah ini tidak mahu simpan jauh. Sekarang ini berpusat, contohnya di Sungai Dua diwujudkan. Orang Sungai Dua Utama okey la. Nanti orang di sebelah Lahar Yooi kata jauh nak pergi. Jadi, isu ini adalah isu itu. Ia bukan isu berkaitan dengan ketidak cukupan tanah kubur.

Sebab itu kalau di daerah Seberang Perai Utara itu, sementara ada tanah perkuburan pusat di Sungai Dua berhadapan dengan Sungai Dua Utama itu, ia dihantar ke contohnya Permatang Haji Hassan yang masih lagi kosong. Walaupun Masjid Haji Rashid itu sudah penuh, dia dia hantar. Jadi, antara perkara yang menyebabkan kariah bangun tidak mahu kerana tidak mahu memindahkan atau pun menyimpan sanak saudara yang meninggal jauh. Jadi, kaedah yang diwujudkan memang sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Telok Ayer Tawar tadi dengan kita mewujudkan tanah perkuburan berpusat.

Yang kedua, kaedah yang telah diamalkan di negeri Pulau Pinang ini, yang telah diputuskan harus oleh Jawatankuasa Fatwa umpamanya di Masjid Jamiul Badawi pada tahun 2000 diputuskan kubur bertingkat iaitu tingkat yang kedua. Itu pun mengikut keadaan struktur masjid tersebut lah. Kalau masjid itu rendah, nak tambak lagi tingkat yang kedua susah lah. Itu kaedah yang kedua. Jadi, kaedah yang seterusnya adalah melalui usaha anak-anak kariah itu sendiri dan kita patut memuji Masjid Nyior Sebatang iaitu Masjid Nyior Sebatang ada hamba Allah ini pada tahun 2022 mewakafkan tanah dia iaitu seekar setengah.

Satu ekar setengah tahun 2022 dan akhirnya kutipan yang digerakkan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid Nyior Sebatang dapat hasil kutipan wakaf RM540,000.00 dan tambakan dilaksanakan bermula pada tahun 2023 dengan mengguna pakai hanya RM460,000.00 sahaja dan akhirnya siap pada bulan 7 tahun lepas dan boleh diguna pakai. Ini antara perkara yang kita nak gerakkan kepada anak-anak kariah di seluruh daerah bahawa kesedaran berwakaf bagi membeli tanah-tanah bagi mewujudkan tanah-tanah apa ini, perkuburan islam Insya Allah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seri Delima. Sila.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan saya soalan ke 22.

22. Jalinan Antarabangsa.

(a) Senaraikan nama-nama Pejabat Konsul Jeneral dan Pejabat Konsul

Kehormat di Pulau Pinang.

(b) Nyatakan usaha terkini yang diambil oleh Kerajaan Negeri dan

kedua-dua Majlis Bandaraya dalam mengekalkan dan

mempertingkatkan hubungan bandar berkembar (sister city) dan

bandar sahabat (friendship city).

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih. Selamat pagi Dato’ Seri Speaker dan juga terima kasih kepada soalan daripada Seri Delima. Terdapat empat Konsul General, Pejabat Konsul General di Pulau Pinang iaitu dari The People’s Republic of China, dari Indonesia, The Republic of Indonesia, Jepun dan Royal Thai Council Konsulat General. Untuk Konsul Kehormat di Pulau Pinang terdapat 23 Konsul kehormat di Pulau Pinang iaitu dari negara-negara berikut. Australia, Austria, Bangladesh, The Kingdom of Belgium, The Federation Republic of Brazil, Canada, Denmark, Republic of Fiji, Finland, France, Germany, Hungary, Nepal,

Pakistan, Poland, Russia, South Africa, United Kingdom, Ukraine, Tunisia, Chile, Sweden dan Kazakhstan.

Dan Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai perwakilan diplomatik Konsul General dan Konsul Kehormat di Malaysia selain daripada Kuala Lumpur. Untuk soalan berkenaan dengan sister city dan frienship city. Usaha dalam mengekalkan dan mempertingkatkan hubungan bandar berkembar sister city dan bandar sahabat friendship city dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertama, Kerajaan Negeri telah berusaha untuk terus membina hubungan tersebut dengan bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk memperkenalkan dan mengekalkan penerbangan terus dari bandar berkembar dan bandar sahabat ke Pulau Pinang.

Hasil daripada usaha itu, penerbangan sulung dari bandar berkembar Xiamen, China telah dilancarkan pada September 2023 dan penerbangan sulung dari bandar sahabat Chengdu, China telah dilancarkan pada April 2025. Sementara itu, jadual penerbangan dari bandar berkembar Medan, Indonesia telah mencecah kekerapan tinggi iaitu 45 kali penerbangan seminggu pada bulan Mac 2025.

Hubungan juga dipereratkan melalui lawatan rasmi antara kedua-dua bandar. Delegasi MBPP ke Adelaide, Australia yang diketuai oleh EXCO KPKT, EXCO Kerajaan Tempatan bersama Datuk Bandar MBPP sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Bandar Berkembar George Town - Adelaide dan lawatan balas oleh Datuk Bandar Adelaide ke George Town telah berlaku.

Ketua Menteri juga mengetuai rombongan lawatan rasmi ke Xiamen, China serta menghadiri persidangan dan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kerajaan dan perniagaan di Xiamen. Kerajaan Negeri turut menghadiri Persidangan Bandar- bandar Persahabatan anjuran Province Hainan di China (2024) dan Bandar Chengdu (2025) untuk merapatkan hubungan antara bandar-bandar sahabat.

Kerajaan Negeri turut menjemput penyertaan bandar-bandar berkembar dan sahabat dalam acara sukan. Pasukan Perahu Naga dari Xiamen dan Guangzhou, China telah dijemput untuk menyertai Penang International Dragon Boat Regatta 2024 di Straits Quay Marina sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

EXCO Pelancongan, saya juga yang juga merupakan Pengerusi Penang Bridge International Marathon telah diberi penghormatan untuk sesi gun-off Xiamen Marathon 2024 bersama dengan Mayor Xiamen. Ini merupakan sebahagian daripada usaha sports dan juga diplomasi tourism untuk mempereratkan hubungan antara bandar-bandar bekembar dan sahabat.

Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai juga menerima kunjungan hormat daripada pegawai-pegawai, rombongan misi pelaburan, pelancongan, pendidikan, kebudayaan dari bandar-bandar berkembar dan sahabat untuk mempelopori peluang bersama. Itu jawapan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong atas jawapan dan juga penjelasan yang diberikan tadi. Tahniah saya ingin ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana seperti apa yang dikatakan oleh Paya Terubong tadi kita merupakan destinasi utama selain daripada Kuala Lumpur di mana negara luar berhasrat untuk memilih Pulau Pinang sebagai destinasi utama untuk menubuhkan Pejabat Konsul General di Pulau Pinang. Berhubung dengan soalan saya mengenai sister city dan juga friendship city, selalunya ada tanggapan bahawa selepas perjanjian MoU itu ditandatangani ia bermula dan berhenti di situ sahaja, dan katanya selalunya bersifat simbolik. Jadi soalan saya adalah, apakah impak yang langsung dimana adakah contoh-contoh dan success stories (dengan izin) di mana selepas MoU ditandatangani ada pertukaran dari segi budaya, pendidikan dan pelancongan yang berlaku mungkin YB boleh berkongsi lagi sedikit selain daripada penerbangan terus yang dikongsikan tadi dan kedua apakah tindakan dan juga perancangan yang seterusnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengeratkan dan meningkatkan lagi hubungan kita bersama ‘Sister City’ dan juga ‘Friendship City’ kita. Itu saja, terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih kepada Seri Delima. Mungkin sebelum ini tak ada ADUN yang menanyakan soalan spesifik berkenaan topik ini. Saya menghargai soalan yang spesifik daripada Seri Delima. Oleh itu kita boleh menjawab dengan point, point dan data, data semua dan seperti kata, seperti kata bukan sahaja berhenti selepas signing MOU tetapi juga ada banyak follow up banyak peluang, antara saya bagi contoh tahun ini juga kita akan melawat Medan atas misi Medical Tourism (Pelancongan Perubatan) kerana Negara Indonesia, Medan merupakan satu, satu tempat yang source market kita untuk Medical Tourism dan sementara kita buat misi membawa hospital-hospital di Pulau Pinang untuk buat promotion di Medan, kita juga akan mengambil kesempatan untuk melawat pemimpin-pemimpin di Bandaraya Medan ini untuk mempereratkan hubungan bandar berkembar ini dan ini dalam perancangan untuk berlangsung tahun ini dan juga susulan daripada tadi kata kita, kita Chengdu, kita akan ada akan menghantar, kita telah menerima jemputan daripada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China dan juga Province Sichuan untuk menghadiri Festival Antarabangsa Warisan Budaya Tidak Ketara Ke-9 di Chengdu, China dan Kerajaan Negeri akan menghantar delegasi daripada George Town World Heritage Incorporated untuk mewakili Pulau Pinang dan juga daripada Jabatan Warisan Negara dari Kuala Lumpur juga akan hantar delegasi mewakili Malaysia. So itulah antara usaha kita bukan sahaja selepas MOU, kita ada lawatan berkala antara kedua-dua pihak untuk supaya kita boleh menggunakan kalau Bahasa Inggeris, kita leverage perhubungan ini, menggunakan hubungan ini untuk mempereratkan dari pelbagai bidang diplomatik, perniagaan, pelancongan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Terima kasih kepada Paya Terubong saya selalu bangkit tentang isu ini, bukan pertama kali yang ditanya oleh Seri Delima. Saya ingin tanya pada penggal, pada penggal yang dahulu, satu jawatankuasa yang diketuai oleh mantan EXCO Pelancongan, so saya ingin hanya adakah jawatankuasa untuk menguruskan urusan tentang Friendship City, Sister City punya jawatankuasa akan diaktif balik untuk menguruskan urusan yang, yang Seri Delima bangkit tersebutlah.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, terima kasih atas kerana saya menyemak minit-minit mesyuarat jawatankuasa tersebut, jawatankuasa tersebut tak, not functioning lah. Tidak functioning dan tidak aktiflah. So oleh itu kalau kita, kita menggerakkan balik sesuatu yang tidak aktif memang dia bukan cara beginilah dan kita kerana di bawah Friendship City, Sister City ada di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga Majlis Bandaraya Seberang Perai dan kedua-dua majlis akan ada pegawai-pegawai dan juga mayor yang akan berurusan dan perkara ini dengan kita menggunakan koordinasi di bawah MMK Pelancongan dan juga di bawah saya, kita membuat koordinasi untuk usaha ini kerana kadang-kadang jemputan juga kepada Ketua Menteri, kepada EXCO-EXCO berlainan bukan sahaja satu jawatankuasa kerana kadang-kadang EXCO-EXCO lain juga pergi melawat bandaraya-bandaraya berkembar dan bandar persahabatan. So kita, kita menggunakan, menggunakan satu sikap terbuka untuk untuk menguruskan koordinasi tersebut melalui MMK Pelancongan, itu jawapan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Soalan seterusnya iaitu soalan 23, Sungai Dua yang telah pun dijawab bersama dengan soalan nombor dua (2) dan maka saya nak menjemput soalan 24.

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan Penaga nombor 24.

24. Sejauh manakah MAINPP terlibat dalam proses pemilihan pengerusi dan

jawatankuasa masjid di Pulau Pinang oleh anak kariah untuk kali ini?

(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan proses pemilihan ini

bebas daripada campur tangan yang tidak wajar?

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker dan juga Penaga bertanyakan soalan berkaitan dengan sejauh manakah MAINPP terlibat dalam proses pemilihan pengerusi dan jawatankuasa masjid di Pulau Pinang oleh anak kariah dan bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan proses pemilihan ini bebas daripada campur tangan yang tidak wajar. Semalam kita dengar dalam ucapan Yang Berhormat Penaga berkaitan dengan hal yang berkaitan dengan pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang akan berlangsung pada tahun ini Insya-Allah.

Selaras dengan Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004, MAINPP dipertanggungjawabkan dengan penggubalan dasar-dasar berhubung kemajuan ekonomi dan sosial orang Islam selaras dengan hukum syarak. Tanggungjawab ini termasuk memastikan apa-apa kegiatan keagamaan yang seragam dan lebih terarah kepada penyatuan umat Islam di Pulau Pinang dan hal ini selaras dengan matlamat Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki semua agama hendaklah diamalkan berteraskan ketenteraman awam, kesihatan awam dan prinsip moral, maka sehubungan dengan itu Seksyen 96, Enakmen digubal bagi memenuhi dasar dan falsafah perundangan yang berteraskan kepada kedudukan MAINPP sebagai pemegang amanah untuk masjid-masjid di seluruh Negeri Pulau Pinang di mana tadbir urus masjid terletak hak kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Untuk tujuan tadbir urus yang berkesan dan selaras dengan pelbagai perundangan yang berkaitan Seksyen 104 Enakmen telah digubal bagi memberi kuasa kepada MAINPP iaitu pada tahun 2004 untuk menubuhkan jawatankuasa kariah yang bertindak bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dalam melaksanakan tanggungjawab Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di bawah Seksyen 96, Enakmen. Bagi memastikan kelestarian pentadbir urus masjid berteraskan prinsip musyawarah dan muafakat untuk keharmonian sesama jemaah kariah, maka Seksyen 104 memberi kuasa kepada MAINPP untuk menetapkan kaedah-kaedah pelantikan yang telus dan berintegriti dengan memberi kuasa dan panduan untuk undang-undang tentang bagaimana jawatankuasa kariah itu dibentuk.

Namun begitu kuasa-kuasa ini bukan memberikan hak mutlak kepada ahli jemaah untuk bebas menentukan cara pemilihan jika terdedah kepada apa-apa faktor yang boleh memprejudiskan integriti tadbir urus jawatankuasa yang menjalankan tanggungjawabnya bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Maka sehubungan dengan itu Kaedah 4, Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Negeri Pulau Pinang 1997 adalah untuk mengekalkan prerogative Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk memastikan individu-individu yang dipilih untuk menjadi ahli jawatankuasa kariah atau memegang jawatan tertentu dalam jawatankuasa tersebut supaya menjalankan tanggungjawabnya selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh MAINPP berteraskan kegiatan yang seragam dan lebih terarah kepada penyatuan umat Islam di Negeri Pulau Pinang. Jadi berdasarkan Seksyen yang disebutkan tadi maka MAINPP telah menubuhkan, menentukan Tatacara Pencalonan Jawatankuasa Kariah Negeri Pulau Pinang 2024 yang pasti mengharapkan jawatankuasa kariah dilantik dapat membantu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang mentadbir kariah mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang Pindaan 2023 dan Kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Negeri Pulau Pinang 1997. Jawatankuasa yang dilantik akan berperanan bagi pengelolaan sempurna keadaan baik masjid, surau dan semua tanah perkuburan Islam dalam kariah dan berkemampuan menjalankan daya usaha memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat Islam dalam kariah.

Tatacara pemilihan ini telah dibentang dan diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada tahun 2024, bilangan 11 bertarikh 18 November 2024 dan telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 2 Disember 2024, di mana Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang akan menguruskan sepenuhnya urusan cadangan pelantikan jawatankuasa kariah sesi 2026 sehingga 2028 ini. Bagi Masjid Negeri Pulau Pinang dan masjid-masjid daerah, Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Bilangan 9, 2024 bertarikh 30 September 2024 telah meluluskan cadangan penstrukturan semula jawatankuasa pengurusan Masjid Negeri dan masjid-masjid daerah seluruh Negeri Pulau Pinang dengan melantik Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang sebagai Pengerusi Masjid Negeri Pulau Pinang menggantikan Dato’, Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Masjid Negeri Pulau Pinang dan pegawai-pegawai tadbir agama daerah sebagai pengerusi-pengerusi di masjid-masjid daerah menggantikan pegawai daerah yang sebelum ini yang merupakan pengerusi bagi masjid-masjid, pengerusi jawatankuasa pengurusan masjid-masjid daerah.

Ahli jawatankuasa lain Masjid Negeri dan masjid daerah adalah terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai agensi seperti PDRM, JKR, Jabatan Pendidikan, Pejabat Daerah, pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil surau dalam kariah masjid-masjid daerah berkenaan. Bagi memastikan tiada sebarang campur tangan yang tidak wajar dalam pemilihan ini pencalonan perlulah dicadangkan oleh seorang pencadang dan mendapat sekurang-kurangnya seorang penyokong yang ditentukan sendiri oleh ahli-ahli kariah yang hadir dalam mesyuarat agung pencalonan. Selain itu antara syarat pencalonan adalah calon perlu tinggal tetap dalam kariah masjid itu bagi tempoh tidak kurang daripada 3 bulan dan calon perlu hadir ke mesyuarat pencalonan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila Penaga.

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Batu Maung atas jawapan yang telah diberi berkenaan dengan soalan yang telah saya utarakan. Untuk makluman Dewan dan juga Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu pemilihan pengerusi dan jawatankuasa kariah ni seringkali dan sememangnya setiap kali ada pemilihan agak panas sebab kariah ini sebagaimana kita semua sedia maklum pelbagai ideologi politik yang ada. Pemilihan parti pun panas, ideologi yang sama itu pun panas inikan pula pemilihan pengerusi kariah dan saya melihat daripada penggal lepas lagi 2018 ketika mana saya berada di dalam Dewan ini dan juga sebelum-sebelum itu daripada Yang di-Pertua Majlis Agama Islamnya Dato’ Shahbudin, Dato’ Salleh Man, Datuk Malik, Dato’ Zaki dan sekarang dah sehingga sekarang dipegang oleh Batu Maung. Apabila tibanya tahun pemilihan dia agak panas. Dengan sebab itu sebagaimana berlaku pada sesi yang lepas sangat panas dan saya kira itu yang agak kritikal. Sekian kita bangkitkan berapa kali dalam sidang Dewan dan untuk sesi 2026 dan 2028 ni juga akan berlaku pemilihan tahun ini sebab itu saya minta sangat-sangat.

Dan soalan tambahan saya, bolehkah Yang Berhormat Batu Maung selaku EXCO Agama dan juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang memberi jaminan serta komitmen agar pemilihan pengerusi dan jawatankuasa kariah ni diserah sepenuhnya kepada anak-anak kariah melalui mesyuarat agung yang diadakan dan mana-mana calon yang telah dipilih oleh anak-anak kariah, kita beranggapan telah calon yang terbaik, yang perlu diberi perhatian dan diperakui oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Jangan calon yang kalah bermakna anak kariah dah tolak dah calon tu, tiba-tiba nama dia naik semula sebagai pengerusi kariah dan ini boleh memecah-belahkan masyarakat ataupun anak kariah itu sendiri.

Sekarang ini soalan saya bolehkah Yang Berhormat Batu Maung memberi jaminan ataupun komitmen sebab di Majlis Agama Islam Negeri itu pun kita tahu jawatankuasa itu adalah orang politik yang kalah dalam pilihan raya pun ada di situ so mungkin ada kepentingan tertentu mengakibatkan pengerusi yang telah dipilih akhirnya ditolak dan saya yakin ketika mana berlakunya pemilihan jawatankuasa ataupun pemilihan pengerusi dan juga jawatankuasa kariah, mesyuarat agung diadakan, wakil daripada pejabat agama akan hadir, maka wakil ni perlu diberi tanggungjawab untuk memastikan calon yang telah dikemukakan oleh anak-anak kariah sebelum dipilih dan sebelum dilantik calon itu benar-benar menepati syarat-syarat yang telah digariskan ataupun diletakkan oleh Majlis Agama Islam. Kita tak mahu selepas itu oh calon ni umurnya melebihi daripada umur yang sepatutnya, sepatutnya wakil daripada pejabat agama itu mesti memaklumkan terlebih dahulu kepada anak kariah supaya calon itu boleh ditolak oleh anak kariah dan anak kariah boleh melantik ataupun memilih calon yang lain untuk menjadi pengerusi bagi kariah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Penaga, Jelas ya. Sila.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Terima kasih Penaga. Walaupun saya tak berada dalam penggal lepas tapi saya tahu dari segi apa yang berlaku penggal yang lepas dan lanjutan apa yang berlaku dalam penggal lepas, apabila saya diamanahkan jawatan ini maka saya kena selesaikan perkara-perkara yang lalu telah pun kita selesaikan perkara-perkara yang lalu umpamanya di Masjid Sungai Tiram dan juga Masjid Batu Maung yang kebetulan berada di dalam kawasan saya sendiri berkaitan dengan isu yang timbul dalam penggal yang lepas. Secara harmoni, secara musyawarah, saya sendiri turun ke masjid-masjid tersebut dan akhirnya dapat diselesaikan dengan cara yang aman Insya-Allah. Objektif dan juga matlamat dari sudut pemilihan adalah untuk pada kali ini adalah tujuannya perpaduan umat Islam itu motifnya. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Penaga tadi berkaitan dengan dalam Majlis Agama Islam pula dari sudut Ahli Majlis Agama Islam mempunyai juga calon-calon yang kalah. Saya rasa tidak ada calon yang kalah kepada kali ini dalam senarai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Calon pilihanraya yang kalah ya dalam Ahli Majlis Agama Islam itu satu,

Yang keduanya dan sudah semestinya pelantikan Ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ini telah diberi latar belakangnya dan dilulus dan diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, mesti mendapat perkenan daripada Tuanku dan ada wakil Pegawai Agama Istana daripada Istana Negara sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di mana Ahli-ahli Majlis Agama Islam juga dianggotai oleh lima (5) jawatan utama Kerajaan Negeri yang melibatkan Dato’ Setiausaha Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,

Yang Berhormat Penasihat Undang-undang dan juga Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Sahibus Samahah Mufti dan Ketua Polis Negeri yang merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan ahli-ahli yang lain sebagai tambahan bagi mencukupkan komposisi Ahli-ahli Majlis Agama Islam dilantik daripada kalangan mereka tokoh-tokoh masyarakat, profesional dan juga ahli akademik daripada universiti.

Itu yang pertama yang saya nak jelaskan berkaitan dengan komposisi dan ini amalan yang sejak dahulu. Sejak daripada Pakatan Rakyat juga bahawa dianggotai oleh mana-mana daripada mana-mana parti politik kerajaan yang memerintah berada dalam Ahli Majlis Agama Islam berkaitan dengan soal pemilihan yang kita tak dapat lari dan tak dapat nak memenuhi semua kehendak sebagaimana Yang Berhormat Penaga sebutkan tadi dan pada masa yang sama juga ideologi politik yang pelbagai berada di kampung itu bagaimana kita nak mencari satu titik pertemuan, kefahaman, perpaduan supaya jawatankuasa kariah itu tidak didominasi ataupun dikuasai oleh satu-satu kelompok yang tertentu.

Jadi sebab itulah di peringkat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang kena faham bahawa dari segi struktur Pentadbiran Agama Islam, Majlis Agama Islam membuat dasar perlaksanaannya adalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang diketuai oleh seorang Pengarah, penjawat awam dan mempunyai satu bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau di mana Ketua Penolong Pengarah yang mengetuai Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau. Sebab itulah kalau Yang Berhormat tengok dari sudut apa yang kita susun dan juga melakukan perubahan sejak pada tahun 1995 dari segi Pengerusi Masjid Daerah ini adalah Pegawai Daerah. Maka perubahan yang kita laksanakan pada tahun 2024 Pengerusi Masjid-masjid Daerah ini adalah PTA, Pegawai-pegawai Tadbir Agama sendiri bagi daerah tersebut yang mengetahui tentang hal yang berkaitan dengan anak-anak kariah, masjid-masjid kariah di bawah masjid daerah tersebut.

Maka PTA inilah yang bertanggungjawab berkaitan dengan hal ehwal agama bagi daerah tersebut dan Insya-Allah ia tidak akan berlaku sebagaimana penggal yang lepas di mana pelantikan dibuat so akhirnya ditarik balik melibatkan enam masjid. Itu jaminan yang saya akan saya sebut disini dalam Dewan Undangan Negeri bahawa pelantikan pengerusi yang dilantik tidak akan di tarik balik sebab ia melibatkan berkaitan dengan undang-undang juga apabila telah pelantikan itu dibuat walaupun dari segi kuasanya ada pada pada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berdasarkan pada enakmen yang saya tak mahu baca di sini sebab semalam Yang Berhormat Sungai Dua, saya tak petik nama Sungai Dua sebut tentang ayat (ayat Al-quran) itu adakah ayat dia lebih tinggi daripada enakmen lebih tinggi ke daripada ayat ini kita tak perlulah nak bahas perkara itu sebab dia melibatkan perundangan yang juga enakmen-enakmen…

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kalau boleh apa nama jelaskan kenapa ayat tu tidak menjadi panduan kepada kepada majlis enakmen.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Saya jawab tak habis lagi. Jadi enakmen-enakmen yang digubal ini berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran juga sebab dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ada Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memberi panduan di sudut hal yang berkaitan dengan tatacara, kaedah dan juga enakmen undang-undang yang dicadang untuk digubal dan hatta dibawa masuk ke dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk diberi panduan dari segi hukumnya. Maka Insya-Allah saya jawab kepada pertanyaan apa ni ADUN Penaga tadi berkaitan dengan prosesnya yang kita akan buat dengan secara harmoni yang akan diketuai oleh dipengerusikan oleh Pegawai Tadbir Agama di setiap daerah bagi menguji pemilihan pada kali ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan seterusnya Soalan 25 Sungai Bakap. Sila.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Dari Sungai Dua singgah Bumbung Lima. Soalan lisan saya Nombor 25. Terima kasih.

25. Apakah perkembangan terkini pembinaan Loji Rawatan Air Sungai

Kerian berkapasiti 114 MLD yang dijangka siap pada tahun 2027?

(a) Apakah dapatan PBAPP daripada gangguan bekalan air berjadual

pada 25 hingga 27 April 2025 di Pulau Pinang?

(b) Mengapakah terdapat kawasan di Sungai Bakap yang mengalami

gangguan dua hari lebih awal daripada jadual?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Bakap. Yang Berhormat, pembinaan loji rawatan air Sungai Kerian berkapasiti 114 juta liter sehari, yang dijangka siap pada tahun 2027 terbahagi kepada dua fasa seperti berikut. Fasa yang pertama melibatkan kerja-kerja saluran air paip perawat di mana pihak PBA dalam proses tender, jadi Fasa satu kena buat dia punya saluran paip. Fasa Kedua melibatkan kerja-kerja pembinaan loji rawatan, yang di mana PBA dalam proses Pengambilan Balik Tanah.

Yang Berhormat, untuk menjawab soalan A, kesimpulan daripada gangguan bekalan air berjadual pada 25 hingga 27 April yang lalu adalah seperti berikut. Yang pertamanya penyiapan sebanyak 23 projek infrastruktur dan pembaikan mengikut masa seperti yang dirancang. Kedua pemulihan perkhidmatan bekalan air untuk 341,708 pengguna air yang terjejas oleh SWSI April seperti yang dijadualkan. Ketiga pengepaman tambahan sebanyak 50 juta air sehari dari Loji Rawatan Air Sungai Dua mulai bulan Mei 2025 bagi memenuhi permintaan air Pulau Pinang dengan lebih baik dan keempat penambahbaikan perkhidmatan bekalan air untuk manfaat 465,000 pengguna air Pulau Pinang yang menerima air dari loji rawatan air Sungai Dua. Penyaluran lebih banyak air setiap hari, peningkatan tekanan air dan juga pengurangan isu gangguan air berulang-ulang di kawasan end of line dan juga kawasan tanah tinggi di SPS dan juga DBD.

Yang Berhormat untuk menjawab soalan B, berdasarkan pemerhatian PBA, ramai pengguna cenderung menyimpan air pada saat-saat akhir. Tindakan inilah yang telah menyebabkan tekanan air menurun secara mendadak dalam dua hari sebelum berlakunya SWSI. Seterusnya mengakibatkan gangguan bekalan lebih awal daripada jadual di sesetengah kawasan yang terletak di hujung sistem agihan dan juga kawasan tanah tinggi termasuklah kawasan di Sungai Bakap. Terima kasih Yang Berhormat.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan tambahan saya. Pertamanya saya nak ucap jutaan terima kasih pada pihak EXCO dan PBA atas tindakan Kontigensi Plan yang telah dilaksanakan di Mukim 5 iaitu antaranya Kompleks Pelan di Sungai Kerian yang boleh jana 6.2 mld yang keduanya jajaran Piping, saya tengok ada pemasangan dari Bukit Panchor ke Mukim 5. Terima kasih banyak atas inisiatif ini, cuma bagi saya sebagai pendesak untuk memastikan yang rakan-rakan YB dah sudah maklum di DUN Sungai Bakap ini sudah terlalu ada certain time tu agak kritikal. Untuk makluman Tuan EXCO, waktu puncak iaitu waktu pukul 6:00 petang hingga pukul 10:00 malam ada certain tempat tu air low pressure dan ada setengah tak dapat langsung dari pukul 6:00 petang hingga 10:00 malam. Sekadar makluman.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Bakap, soalan.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Ya, sat. Dah enam tahun Dato’ Seri Speaker. Okey kita sedia maklum tentang yang saya maklum lepas pun pembangunan dan utiliti tidak seimbang jadi isu ini kita perlu lebih proaktif bagi memastikan jajaran yang kita lakukan dapat mengatasi secepat mungkin. Soalan tambahan saya, apakah perancangan awal pelaksanaan projek ini telah memperolehi kelulusan. Dua, berapakah jumlah bekalan air terawat yang Pulau Pinang boleh nikmati selepas projek ini siap. Yang ketiga berapakah kadar tarif yang ditetapkan untuk air terawat ini. Yang keempat apakah jangka masa terkini projek ini dapat disiapkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Bakap. Tiga sahaja. Tapi digabungkan jadi satu. Tak apa.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat, cuma nak penjelasan sikit yang projek yang dimaksudkan Yang Berhormat tu LRA Sungai Kerian. Ok. Untuk projek LRA Sungai Kerian, pertamanya jumlah air tambahan adalah 114 mld, itu jumlah sepertimana kapasiti loji yang akan dibina iaitu tambahan 114 kepada sistem retikulasi air negeri Pulau Pinang dan dari segi kelulusan tu sepertimana saya maklum sekarang kita punya status projek kita memecahkan projek ini kepada dua fasa untuk dijalankan secara serentak supaya kita boleh percepatkan.

PBA dan Kerajaan Negeri mengambil maklum keadaan yang kritikal di SPS bukan sahaja untuk penduduk di kawasan Sungai Bakap tapi juga untuk industri jadi kita hendak pastikan kita boleh cepatkan proses untuk membina loji rawatan air baru yang apabila siap 114 mld ni sudah tentu akan apa ni mengurangkan tekanan air di kawasan SPS secara keseluruhannya dan dari segi tarif, dia, tarif kita adalah untuk seluruh negeri dia bukan apa ni setiap kawasan ada tarif yang lain, so untuk apa ni menjawab soalan Yang Berhormat tarif yang sama sepertimana yang sudah pun diwartakan. Dan soalan dari segi kelulusan itu semua sedang dalam proses kena membuat Pengambilan Balik Tanah dulu tetapi dari segi kelulusan Lembaga Pengarah sudah pun diperolehi dan mungkin di sini suka cita saya maklumkan juga kepada Yang Berhormat yang ni belum lagi diumumkan secara rasmi tapi PBA, Lembaga Pengarah PBA telah pun meluluskan satu projek kecemasan di untuk kawasan SPS juga tambahan 50 mld dan projek ini dilaksanakan sebagai projek kecemasan dalam tanpa memerlukan Pengambilan Balik Tanah. Jadi ini adalah modul tambahan yang akan dibuat di sungai apa ni, di Bukit Panchor dan akan dapat membantu dalam apabila siap dan kita cuba untuk menyiapkan projek ini dalam masa 13,14 bulan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya soalan Pulau Betong.

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan yang ke 26. Warga asing ditempatkan rapi agar sejahtera rakyat harmoni.

26. Apakah relevan kerajaan untuk meneruskan projek asrama warga asing di

Teluk Kumbar selepas projek ini mendapat tentangan daripada seluruh

masyarakat di situ?

(a) Adakah kerajaan lebih menjaga keuntungan pemaju daripada suara

bantahan rakyat?

(b) Jika diberi peluang, adakah kerajaan bersetuju untuk memindahkan

projek ini ke lokasi yang lebih sesuai?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Dengan izin Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya akan menjawab soalan nombor 26 yang dikemukakan oleh Pulau Betong, nombor 28 oleh Bukit Tambun dan nombor 52 oleh Bagan Dalam yang berkenaan dengan isu-isu penginapan pekerja berpusat. Terima kasih Dato’ Seri.

28. Huraikan jumlah pekerja asing di Pulau Pinang.

(a) Senaraikan semua Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) mengikut

pecahan yang beroperasi, dalam pembinaan serta mendapat

kelulusan Kebenaran Merancang.

(b) Huraikan status Penginapan Pekerja Sementara (TLQ) yang

beroperasi di hotel, bangunan komersial, kedai pejabat teres, kilang,

rumah landed dan rumah pangsa.

(c) Huraikan garis panduan CLQ dan TLQ terkini.

52. Penempatan pekerja warga asing.

(a) Nyatakan jumlah CLQ dengan status kelulusan dan lokasi di Negeri

Pulau Pinang.

(b) Adakah Kerajaan Negeri mempertimbang untuk menggariskan GP

yang lebih kondusif bagi pengusaha seperti industri kecil sederhana

untuk menempatkan pekerja warga asing dengan bilangan yang tidak

ramai?

Bagi soalan Bukit Tambun dan Bagan Dalam, yang meminta maklumat senarai CLQ dengan status kelulusan dan lokasi di Negeri Pulau Pinang mengikut pecahan, adalah seperti berikut. Di kawasan pentadbiran MBPP, terdapat dua CLQ yang terletak di Mukim 2 sorry di Mukim 12 Batu Maung, Daerah Barat Daya oleh Tetuan Ong Han Meng dan satu buah CLQ yang terletak di Jalan Haji Hashim Imam George Town, Daerah Timur Laut oleh Tetuan Dormitory Sungai Pinang Sdn. Bhd. adalah dalam pengoperasian. Manakala satu Projek CLQ telah dapat kelulusan Kebenaran Merancang iaitu di Tingkat Teluk Kumbar Daerah Barat Daya, oleh Tetuan Chong Company Sdn. Bhd.

Di kawasan pentadbiran MBSP terdapat tiga buah CLQ yang telah beroperasi iaitu di Lot 9224 Mukim 14, Daerah SPS oleh Tetuan Westlite Dormitory Sdn. Bhd. Nombor dua, Lot 1226 Mukim 12, Jalan Perusahaan Valdor oleh Tetuan Fesyen Paradise Sdn. Bhd., tiga sebahagian Lot 1377, 1690, 1692 Mukim 12 Jalan Nafiri oleh Tetuan Guh Realty Sdn. Bhd.

Buat masa kini terdapat 7 buah Projek CLQ dalam sedang, sedang dalam pembinaan ataupun dalam pembinaan. Terdapat 7 seperti dalam lampiran nanti saya akan letakkan di meja bagi ADUN Bukit Tambun dan manakala bilangan permohonan Projek CLQ telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang adalah 9 projek. Untuk menjawab soalan Bukit Tambun yang berkenaan dengan status penginapan pekerja sementara iaitu TLQ yang beroperasi di hotel bangunan komersial, kedai pejabat teres, kilang, rumah landed dan rumah pangsa bagi kawasan pentadbiran MBPP jumlah TLQ beroperasi mengikut kategori bangunan adalah seperti berikut, hotel (0), bangunan penginapan ataupun bangunan komersial kedai pejabat teres ada (3), kilang (1), kediaman rumah landed dan rumah pangsa adalah adalah 275 di mana jumlah adalah 279 TLQ yang beroperasi di pentadbiran MBPP.

Manakala di kawasan pentadbiran MBSP, di hotel adalah (7), bangunan penginap bangunan perniagaan, bangunan komersial, kedai pejabat teres adalah (571), kilang (78), kediaman ataupun rumah landed ataupun rumah pangsa adalah (58). Jumlah adalah 714 TLQ di bawah pentadbiran MBSP. Bukit Tambun juga memohon untuk huraikan jumlah pekerja asing di Pulau Pinang.

Negeri Pulau Pinang sebagai salah sebuah negeri industri utama di Malaysia, yang memerlukan tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor seperti perkilangan, pembinaan, peladangan, pertanian dan perkhidmatan. Kebergantungan kepada pekerja asing memang tidak dinafikan, bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam sektor-sektor tersebut mengimbangi keperluan pekerja asing dengan kegusaran penduduk tempatan adalah isu kompleks yang memerlukan pendekatan menyeluruh dan berterusan oleh Kerajaan Negeri.

Berdasarkan maklumat dan statistik terkini, yang diperoleh daripada Jabatan Imigresen Malaysia terdapat tujuh sektor utama yang menempatkan pekerja asing di Negeri Pulau Pinang iaitu dalam jumlah teramai di sektor perkilangan diikuti dengan pembinaan, perkhidmatan pembantu rumah asing, pertanian, peladangan dan yang terakhir adalah pembuatan.

Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia, sehingga 30 hari bulan April 2025 jumlah keseluruhan pekerja asing yang berdaftar di Pulau Pinang adalah seramai 155,220 orang pekerja asing. Perinciannya adalah seperti berikut: Bilangan pekerja asing di kawasan pulau MBPP 63,678 orang. Bilangan pekerja asing di kawasan Seberang Perai MBSP adalah 91,547 orang. Bagi bilangan pekerja asing mengikut jantina, lelaki adalah 117,534 orang bagi perempuan adalah 37,691 orang.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Dato’ Seri. Untuk minta fokus pada jawapanlah.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ini jawapan. Saya akan jawab ketiga-tiga. Jangan risau, Pulau Betong. Saya akan jawab Pulau Betong. Aah, jangan risau. Okay. Saya tak akan langkau, soalan yang diajukan oleh Pulau Betong. Duduk dulu. Sabar.

Bilangan pekerja asing mengikut negara;

1. Bangladesh; 2. Nepal; 3. Indonesia; 4. Myanmar; 5. India; 6. Philippines; 7. Pakistan; 8. Vietnam; 9. Thailand; 10. Sri Langka; 11.Cambodia; 12.China; 13.Laos; 14.Uzbekistan

Untuk menjawab soalan Bukit Tambun yang berkenaan dengan Garis Panduan CLQ dan TLQ, bersama dengan soalan Bagan Dalam sama ada Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menggariskan garis panduan yang lebih kondusif bagi pengusaha seperti Industri Kecil Sederhana untuk menempatkan pekerja warga asing dengan bilangan yang tidak ramai.

Terdapat dua garis panduan yang berkuatkuasa bagi Perancangan Penginapan Pekerja di negeri Pulau Pinang adalah Garis Panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja di negeri Pulau Pinang Tahun 2022 iaitu CLQ dan nombor dua Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Sementara TLQ Tahun 2024 Pindaan 1 hari bulan Mac 2025. Bagi memastikan sesebuah penginapan pekerja dapat beroperasi secara sah. Perakuan Penginapan Pekerja iaitu (COA) Certificate of Accomodation perlu diperoleh oleh majikan atau pengusaha asrama pekerja.

Perakuan ini dikeluarkan di bawah Jabatan Tenaga Kerja iaitu (JTK) Semenanjung Malaysia berdasarkan keperluan Akta Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta 446 dan kebenaran ataupun kelulusan bagi bangunan ataupun kawasan yang hendak dijadikan penginapan pekerja diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Untuk makluman dalam Dewan yang Mulia ini, Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia Pulau Pinang telah menunjukkan satu garis panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja di negeri Pulau Pinang Tahun 2022 iaitu CLQ yang berkuatkuasa pada 28 hari bulan April 2012. Dalam garis panduan ini, telah memperincikan dua konsep pembangunan penginapan pekerja yang dibenarkan iaitu konsep hostel ataupun Asrama Penginapan Dormitory ataupun konsep Pangsapuri, Penginapan Bukan Tormitory.

Perancangan Pembinaan CLQ boleh dibuat di kawasan baru dan premis sedia ada, manakala dari segi zon guna tanah utama yang dibenarkan pula adalah seperti berikut;

1. Zon guna tanah Perumahan; 2. Zon guna tanah Perindustrian; 3. Zon guna tanah Perniagaan

Dan perincian bagi syarat-syarat umum lain boleh merujuk kepada garis panduan yang diletakkan di atas meja nanti bagi Bukit Tambun selepas sesi soalan lisan ataupun laman web rasmi PLANMalaysia Pulau Pinang.

Untuk garis panduan Perancangan Penginapan Pekerja Sementara (Temporary Labour Quarters) iaitu TLQ, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan telah mewujudkan satu garis panduan Perancangan Penginapan Pekerja Sementara (TLQ) di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2024 yang berkuatkuasa pada 1 hari bulan Januari 2024. Kelulusan bagi penginapan pekerja yang diberikan adalah bersifat sementara iaitu satu blok adalah selama 3 tahun dan akan berakhir pada 31 hari bulan Disember 2027.

Seterusnya garis panduan ini telah dibuat pindaan berdasarkan kepentingan semua pihak dan diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Bilangan 4/2025 pada 12 Februari 2025 berkuatkuasa mulai 1 hari bulan Mac 2025. Dalam garis panduan tersebut, terdapat 5 jenis bangunan kediaman yang dibenarkan iaitu Bangunan Kediaman Strata, Bangunan Kediaman Bertanah, Bangunan Perniagaan, Bangunan Perindustrian ataupun kawasan tapak pembinaan. Perincian bagi syarat-syarat umum lain boleh merujuk kepada garis panduan yang akan diletakkan di meja Bukit Tambun selepas sesi soalan lisan atau melayari laman web rasmi PLANMalaysia Pulau Pinang.

Untuk soalan Bagan Dalam, Kerajaan Negeri telah menerima cadangan daripada pengusaha-pengusaha untuk mempertimbangkan pembangunan penginapan pekerja dalam kawasan industri kecil dan sederhana. Dengan ini, Kerajaan Negeri adalah dalam usaha untuk mewujudkan atau membuat pindaan ke atas garis panduan Perancangan Pembinaan CLQ sedia ada yang bersesuai untuk industri ringan dan sederhana sahaja. Satu bengkel yang diketuai oleh PLANMalaysia Pulau Pinang dan disertai oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Bahagian Kerajaan Tempatan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia serta Malaysian Productivity Corporation (MBC) telah diadakan pada 7 hari bulan Mei 2025 untuk berbincang kebolehlaksanaan penyediaan CLQ dalam kawasan perindustrian ringan dan sederhana.

Berdasarkan perbincangan peringkat awal, cadangan dan pandangan yang dikumpul daripada bengkel pertama termasuk penginapan pekerja asing berpusat yang berskala kecil dan berkapasiti tidak melebihi 500 orang pekerja. Hanya untuk menampung keperluan atau kegunaan pekerja sendiri sahaja, dan bukannya untuk tujuan komersial atau disewa oleh pekerja-pekerja industri lain. Hanya dibenarkan di dalam kawasan plot industri sendiri sahaja dan tidak melibatkan plot ataupun petak industri lain.

Keperluan kemudahan dalam pembangunan boleh diminimakan hanya untuk kemudahan asas dan penting sahaja. Kemudahan proses permohonan pelan Kebenaran Merancang, keperluan penilaian impact social iaitu (SIA), keperluan untuk zon penampan iaitu buffer zone. Walau bagaimanapun, inisiatif ini adalah dalam peringkat awalan sahaja dan Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia Pulau Pinang, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan akan terus mengadakan perbincangan seterusnya supaya mendapat mewujudkan garis panduan yang lebih kondusif bagi pengusaha industri ringan dan sederhana.

Berkenaan dengan soalan haa ini, soalan Projek Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar yang dikemukakan oleh Pulau Betong. Projek tersebut telah mendapat kelulusan Pelan Kebenaran Merancang bagi cadangan mendirikan satu Blok Bangunan Asrama Pekerja, 27 tingkat, 512 unit, di atas Lot 1859, 1860, 1865 Tingkat Teluk Kumbar, Mukim 9, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang yang telah dikemukakan oleh Tetuan Chong Company Sdn. Bhd. Kebenaran Merancang Borang (C1) telah diberikan pada 29 hari bulan November 2023, dan masih sah sehingga kini serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri berpandangan bahawa projek ini adalah wajar diteruskan berdasarkan justifikasi-justifikasi seperti berikut. Laporan Kajian Impact Social (SIA), cadangan pemajuan ini telah mendapat kelulusan Laporan SIA pada 10 hari bulan November 2023 tertakluk kepada syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak pemaju. SIA disyaratkan kepada pihak pemaju adalah untuk melihat perubahan positif atau negatif berkaitan cadangan pemajuan dalam sesebuah komuniti. Secara ringkasnya, hasil laporan kajian SIA mengesyorkan supaya permohonan cadangan asrama pekerja yang bertujuan menempatkan pekerja asing di penempatan khusus dengan persekitaran yang tersusun dan dikawal oleh pengurus asrama ini dibenarkan.

Segala penemuan jangkaan impak negatif daripada Borang Soal Selidik dan focus group discussion telah dinilai dan kemudiannya langkah-langkah mitigasi telah dicadangkan melalui Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) yang sistematik dan boleh dilaksanakan. Ini penting bagi memastikan Projek Asrama Pekerja Teluk Kumbar memberi manfaat pada semua pihak, berkepentingan serta mengurangkan impak buruk yang dijangka berlaku dari pelbagai aspek dalam tempoh jangkaan masa panjang.

Nombor dua, mekanisma control environment buat masa kini pekerja-pekerja asing menetap di lokaliti yang sama bersama penduduk tempatan di sekitar, di sekitar negeri Pulau Pinang dan menimbulkan sebagai isu terutamanya isu sosial dalam kalangan masyarakat. Melalui pembangunan CLQ ini, penempatan pekerja asing akan lebih terkawal dan berpusat berbanding sebelum ini. Kepentingan penyediaan CLQ ini adalah bertujuan untuk memudahkan kerajaan dan agensi berkaitan mengawal dan memantau pekerja-pekerja asing.

Tiga, menstruktur semula penempatan warga asing secara berpusat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meletakkan sasaran supaya semua pekerja asing di tempatkan di CLQ bermula 1 haribulan Januari 2028. Sebagai langkah untuk menstrukturkan semula penempatan warga asing di negeri ini, penstrukturan ini penting bagi memastikan pekerja-pekerja asing dipindahkan dari kawasan kediaman awam ke CLQ secara berperingkat supaya pengurusan pekerja-pekerja asing ini lebih sistematik seperti yang dilaksanakan di kuarters pekerja berpusat bersepadu ICLQ Pasir Gudang, Johor.

Keempat keperluan penyediaan CLQ penginapan pekerja yang kondusif. Malaysia merupakan negara anggota International Labour Organization (ILO) sejak tahun 1957. Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan bagi penyediaan penginapan pekerja kondusif selaras dengan ketetapan ILO di bawah Discrimination Employment Occupation Convention 1958 nombor 111 (dengan izin) dan Sustainable Development Goals.

Nombor 8 iaitu (kurang jelas) Decent Work and Economic Growth. Nombor 5 permohonan perancangan di atas tanah persendirian. Mana-mana pihak boleh mengemukakan pemohonan untuk membuat sebarang pemajuan termasuk pembinaan CLQ di atas tanah persendirian. Kerajaan Negeri tidak boleh melarang tuan tanah mengemukakan pemohonan merancang di tanah masing-masing dan permohonan tersebut akan diproses mengikut prosedur ketetapan dan undang-undang yang sedia ada yang berkuat kuasa. Permohonan yang dikemukakan akan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kelulusan boleh diberikan oleh pihak PBT dengan mengenakan syarat-syarat tambahan berdasarkan keperluan yang memastikan pembangunan yang dilaksanakan tidak memberi impak negatif kepada komuniti setempat.

Berkenaan dengan soalan Pulau Betong sama ada kerajaan lebih menjaga keuntungan pemaju daripada suara bantahan rakyat, saya ingin memaklumkan bahawa segala perancangan pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak tanpa berkompromi dalam perihal kesejahteraan rakyat Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sentiasa bersifat adil dalam mengimbangi suara rakyat dan keperluan pembangunan di sesebuah lokaliti. Kerajaan Negeri tidak pernah sama sekali meletakkan soal keuntungan pemaju sebagai keutamaan yang melebihi kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri Pulau Pinang ini.

Pulau Betong juga mengemukakan soalan jika diberi peluang adakah kerajaan bersetuju untuk memindahkan projek ini ke lokasi yang lebih sesuai, untuk makluman Pulau Betong rancangan bagi pembinaan penginapan pekerja berpusat CLQ di kawasan Teluk Kumbar ini telah dinilai dan diteliti, dinilai dengan teliti dan mematuhi garis panduan rancangan penginapan pekerja Negeri Pulau Pinang tahun 2022 dan undang-undang semasa yang berkuatkuasa. Selain itu pemaju juga perlu memenuhi semua syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh MBPP di dalam Kebenaran Merancang yang telah diluluskan. Justeru itu Kerajaan Negeri buat masa ini tiada perancangan untuk mengubah asrama pekerja tersebut ke lokasi lain.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan tajuk ini nanti EXCO tak perlulah dah dalam penggulungan, saya rasa cukup jelas

Okey kita sangat-sangat harapkan kita ambil nasihat daripada TYT. Kita tengok kita minta semua sekali YB rujuk ucapan perasmian TYT pada muka surat 20 nombor 37. Oleh itu saya menyeru agar Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan Yang Mulia ini terus menjiwai, menjiwai denyut nadi rakyat. Apa maksudnya itu? menjiwai, kita kena masuk dalam hati setiap rakyat. Tidak boleh kita hanya cakap, jadi menjiwai denyut nadi rakyat meletakkan kepentingan negeri dan rakyat mengatasi segala pertimbangan politik. Hah tengok apa yang TYT sebut jadi kita harap projek pembinaan asrama ini sepatutnya kerajaan memberikan hak rakyat mendengar suara rakyat, tanyalah semua rakyat, saya hendak tahulah kepada YB EXCO Jawi, boleh bagi tahu saya berapa orang yang setuju projek ini? boleh bagi tahu berapa rakyat Teluk Kumbar yang setuju? bagi tahu, cakap, berapa orang?

Yang di-Pertua (Speaker)

Pulau Betong bagi soalan tambahan sudah, soalan tambahan sudah.

Baik soalan tambahan saya.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Baik saya jawab Pulau Betong, sudah siap hah? Habis? Ada lagi?

Ya. Dalam jawapan bertulis daripada EXCO Jawi nyatakan bahawa adakah kesan positif dan kesan negatif dalam pembinaan asrama ini betul tak? Kesan negatif menyebut isu kacau ganggu peningkatan kadar jenayah, ketidakselesaan kepada penduduk tempatan, pertembungan adat dan budaya, itu negative, saya duk cari mana positif tidak ada, tidak sebut pun apa dia kesan positif untuk rakyat Teluk Kumbar apa dia kesan positif, cakaplah. Apa yang rakyat dapat?

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, soalan.

Hah, itulah soalan minta dia kupas baik-baik.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Pulau Betong yang walau pun dalam Dewan ini kita rasa sejuk tapi Pulau Betong rasa panas. Saya jawab Pulau Betong di mana segala pembinaan CLQ atau pun kita kata asrama pekerja penginapan centralize labour quarters ini perlu menjalankan SIA, ia perlu menjalankan SIA, segala laporan SIA akan dipertimbangkan semasa mengemukakan Kebenaran Merancang pihak PBT akan berdasarkan laporan SIA untuk memutuskan dalam Jawatankuasa OSC. Okey, faham? Apakah impak negatif yang tadi Pulau Betong katakan saya hendak tanya atau pun saya hendak cabar Pulau Betong. Tak, tak, tak you dengarlah, apabila saya jawab you dengar boleh? You dengar, dengar, tadi kata negatifkan di CLQ.

Saya cuma hendak tanya adalah Pulau Betong bersetuju kalau pekerja-pekerja asing ini berkeliaran duduk di semua taman di sebelah rumah Pulau Betong adakah Pulau Betong setuju atau pun kita, oh you tidak setuju, itu yang positif kalau kita kumpulkan mereka untuk penginapan asrama pekerja CLQ yang lebih tersusun yang lebih teratur. Itu sebab yang saya katakan itu positif.

32,000 jumlah warga asing.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Adakah Pulau Betong bersetuju, adakah Pulau Betong bersetuju, duduk dulu, duduk, biar saya jawab.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya hendak beri sedikit keterangan. Nampaknya Yang Berhormat Pulau Betong telah terkeliru dengan menyebut tentang projek 35,000 itu.

32,000.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

32,000 sebenarnya pada peringkat awal memang ada 2 permohonan. Satu, 32,000, satu yang diluluskan, yang 32,000 itu telah pun ditarik balik, tidak diproses pun, yang diluluskan yang inilah, bukan itu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Timbalan Speaker tidak boleh cakap, Bayan Lepas tidak boleh cakap.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya rasa Timbalan Speaker yang lebih arif sebab beliau cukup ambil berat tentang isu-isu ini. Yang Pulau Betong pun tidak mention atau pun (dengan izin) atau pun Pulau Burung, oh Pulau Betong, Pulau Burung pula, ingat Pulau Burung kawasan saya. Pulau Betong pun tidak maklum bahawa saya rasa apa yang Pulau Betong yang katakan itu 32,000 adalah di bawah Jenterai Enterprise Sdn Bhd, buatlah kerja sebelum hendak bangkitkan atau pun panaskan Dewan yang Gentle Light Enterprise Sdn Bhd telah menarik balik Kebenaran Merancang pada 9 Mei 2024. Okey, 25,000 ya sebab daripada KM daripada 30,000 kurang sehingga 25,000 kemudian 7,000

Sekarang tinggal berapa?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

7,000.

7,000 sahaja?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Yang ini projek ini di bawah Tetuan Chong yang ini yang telah 25,000 telah tarik balik Kebenaran Merancang. Saya rasa penggal lepas kita kita pun sudah maklum cuma mungkin Pulau Betong dia, saya tidak pastilah dia hadir tidak hadir saya tidak boleh kata...

Yang di-Pertua (Speaker)

Tidak apalah jelaskan isu sudah.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey, so saya harap Pulau Betong apakah impak positif adalah seperti apa yang Pulau Betong katakan impak negatif di CLQ. Adakah Pulau Betong setuju kalau pekerja-pekerja asing duduk berkeliaran di semua taman-taman, kita pun rasa tidak aman betul la? Semasa Hari Raya Haji ada yang boleh sembelih depan rumah, kita PBT kita terima aduan mungkin ada juga yang mandi depan rumah kita pun terima, ada juga mungkin yang berkumpul sembang minum dekat sampai tengah malam, kita pun tidak boleh terima.

Oleh sebab itu kita perlu satu tempat yang lebih terkawal supaya semua pekerja-pekerja asing ini dapat ditempatkan dan jangan lupa data yang saya bagi 155,000 yang didaftar di bawah Jabatan Imigresen ini sahaja tetapi yang tanpa berdaftar ada berapa ramai. Cuba lihat kita kena lihat positif dan negatif keseluruhan tapi yang positif untuk membina CLQ adalah lebih daripada kesan negatif. Saya harap saya boleh dapat kalau tidak jelas mungkin Pulau Betong boleh jumpa saya bersama dengan Timbalan Speaker kita sembang kita dapat....

Kita minta sangat-sangat kepada EXCO Jawi.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sekarang sudah turun panas sedikit ya, hah. Cakap elok-elok, jangan jerit-jerit, cakap elok-elok.

Kita hendak minta EXCO Jawi pastikan buat dalam bentuk black and white, kita hendak dapatkan kertas kerja atau pun panduan jumlah sebenarnya penempatan warga asing itu di Teluk Kumbar. Boleh tidak boleh?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya rasa dalam KM yang telah lulus atau pun mungkin boleh rujuk balik handsard-handsard yang sebelum ini. Rujuk handsard-hansard yang sebelum ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Benda itu dalam pelan kelulusan semua sudah ada.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Memang ada.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey, Bagan Dalam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagan Dalam ada kuarters?

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Ya ada. 5000 yang bakal dibina tapi saya sokong. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jawi atas penjelasan yang begitu panjang lebar sampai saya pun tidak boleh track dan yang amat tertarik kita mempunyai sebanyak 279 kuarters asrama di bahagian pulau dan 714 di bahagian Seberang Perai dengan anggaran yang berdaftar, pekerja yang berdaftar sebanyak 155,000 kita tidak dapat nafikan Pulau Pinang sebagai negeri industri yang menyumbang besar kepada KDNK negara keperluan tenaga pekerja memang perlu dan saya sokong dengan CLQ sebab di kawasan saya pun saya terima banyak aduan tentang perkara-perkara yang disebut tadi oleh Jawi.

Jadi soalan tambahan saya apakah aduan terhadap pekerja asing yang paling kerap diterima oleh PBT dan apakah tindakan yang telah diambil dan boleh diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani isu pekerja asing ini. Terima kasih

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Bagan Dalam yang saya hendak jawab Bagan Dalam ini jawapan saya boleh anggap sebagai positif untuk pembinaan CLQ, Pulau Betong tolong ambil maklum ya. Aduan yang sering kita terima di bawah PBT daripada aduan penduduk setempat terhadap pekerja asing adalah berkaitan dengan isu sosial, kebersihan, keselamatan dan gangguan ketenteraman awam yang seperti berikut.

Premis kediaman atau bangunan perniagaan dijadikan sebagai asrama pekerja asing tanpa kebenaran, oleh sebab itu kita adakan satu kaedah TLQ untuk dapat mendaftar pekerja-pekerja yang duduk di sekeliling kawasan perumahan. Kedua, aduan daripada penduduk tempatan melaporkan bahawa warga asing tidak menjaga kebersihan kawasan dan mengganggu ketenteraman dengan bunyi bising seperti apa yang saya maklum juga, Pulau Betong. Warga asing bebas menjalankan perniagaan menjejaskan perniagaan orang tempatan. Oleh sebab itu PBT memang ambil berat tentang isu ini dan kita ambil tindakan tanpa pengiraan segi kawasan atau pun ada juga penyalahgunaan lesen perniagaan melalui alasan perkahwinan dengan warga negara. Di PBT MBSP sekiranya warga asing kawin dengan warga Malaysia tetapi kedai yang dapat kelulusan itu biasa mereka minta pasangan mereka untuk dapat lesen tetapi dalam syarat-syarat kita pasangan yang dapat lesen itu perlu menjalankan perniagaan dan bukan pinjam lesen kepada pasangan warga asing untuk menjalankan perniagaan dan saya rasa di pihak MBSP kita juga ambil banyak tindakan penguatkuasaan.

Dan penguasaan bahasa yang rendah dan tidak mampu bertutur dengan jelas sewaktu mengambil pesanan. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak tanpa berkompromi dalam perihal kesejahteraan rakyat negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sentiasa bersifat adil dalam mengimbangi suara rakyat bagi mengatasi isu yang ditimbulkan oleh pekerja asing atau tindakan yang telah diambil oleh pihak PBT adalah seperti berikut, mengambil tindakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 iaitu di bawah tukar guna bangunan kepada asrama pekerja sekiranya terbukti dan berasas setelah siasatan di jalankan. Dua (2) mengeluarkan notis atau kompaun di bawah Seksyen 69, 74, 78, 79 dan 82 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 jika didapati berlakunya kacau-ganggu bising, tidak menjaga kebersihan dan rumah disifatkan penuh sesak. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cukup.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Ada. Ada, ini DUN Centralised Labour Quarters- CLQ di Bukit Tambun. Terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Jawi yang memberi jawapan yang begitu komprehensif. Kita sedia maklum bahawa sebelum inilah kebanyakan Yang Berhormat dalam sidang dewan ini keberatan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Peraturan Mesyuarat. Maaf. Yang Di-Pertua Dewan, merujuk kepada Peraturan 46 (15), Nama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, seseorang Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu ataupun Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka tidak boleh digunakan untuk mempengaruhi dewan. Pulau Betong sudah dua (2) kali semalam dalam perbahasan dan sekali dalam soalan bertulis merujuk kepada ucapan Tuan Yang Terutama untuk mengingatkan apa yang disebut. Sepatutnya saya tidak ingin bangkitkan, tetapi memang dalam peraturan ada. Supaya kita elak dari menggunakan perkara ini untuk mempengaruhi dewan ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Padang Kota, saya rasanya semua kena taulah. Cuma saya tadi anggap Pulau Betong cuma kod apa yang disebutkan tapi lantaran daripada itu mungkin Pulau Betong nak guna ucapan Tun itu untuk diguna sebagai hujah menyokong ataupun menentang sesuatu perkara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan itu, itu seelok-eloknya kita elakanlah. Bukit Tambun sila.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Memang sebelum inilah kebanyakan Yang Berhormat dalam sidang dewan ini keberatan untuk menerima CLQ. Akibatnya CLQ semua telah ditempatkan di DUN Bukit Tambun. Ketiga-tiga yang sedang beroperasi memang DUN Bukit Tambun. Teluk Kumbar 7,000. Di tepi ofis saya saja 7,000. Dan cuma bagi saya kita berdebat tentang perkara ini sejak 2016 semasa saya bersama-sama dengan ADUN Jawi sebagai Ahli Majlis. Bagi saya Bukit Tambun tidak halangan untuk CLQ ditempatkan di kawasan-kawasan perindustrian. Cuma di sini saya ingin mendapat status tentang cadangan pertukaran kelulusan sebuah servis apartment kepada CLQ di Taman Merpati Indah iaitu di kawasan perumahan. Kedua berdasarkan informasi yang diterima oleh saya, pelaksanaan pembinaan CLQ pada ketika ini tidak serancak dua tahun yang lepas atas sebab-sebab kos pembinaan yang meningkat dan juga kontrak antara Syarikat MSC dengan CLQ ini dia lebih menjurus ke arah kontrak tahunan, jangka pendek. Oleh itu ketidaktentuan tentang kontrak dan penginapan ini. Oleh itu adakah sesetengah TLQ sedia ada yang memenuhi sebahagian garis panduan CLQ dan juga tidak menerima bantahan daripada orang awam boleh kita tukar kepada status CLQ, terima kasih Dato’ Seri Speaker.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Bukit Tambun.

Burung Merpati Terbang Berdua,

Hinggap Di Dahan Pohon Kelapa,

Engkau Terima Dengan Gembira,

Hati Ikhlas Tiada Sesiapa.

Saya rasa Bukit Tambun memang tidak dinafikan banyak CLQ di kawasan Bukit Tambun dan di bawah Parlimen Batu Kawan. Saya yang perkara yang Bukit Tambun yang bangkitkan terhadap satu (1) projek yang di Taman Merpati Indah kan Bukit Tambun?

Taman Merpati Indah yang tadi, jawapan yang saya terima mereka telah dapat kelulusan SIA pada bulan April dan masa kini masih dalam peringkat mengemukakan kebenaran merancang seperti apa yang saya maklum tadi segala syarat-syarat ini adalah tertakluk dengan kelulusan syarat-syarat di bawah kelulusan SIA dan juga di bawah Jawatankuasa OSC. Maka saya tidak ada untuk projek tersebut kita masih perlu tunggu selepas.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Tentang SIA yang dibuat pada ketika ini, mungkin garis panduan SIA peringkat persekutuan mengambil kira jajar jejari 5 kilometer. Di mana merujuk kepada kejiranan yang jauh. Taman Merak, Bukit Tambun, Simpang Ampat dah bukan terhad kejiranan dalam lingkungan 500-meter atau 1km. Yang bantah sekeras-kerasnya adalah dalam kejiranan lingkungan 1km, yang sokong kawasan Simpang Ampat, Batu Kawan dan Bukit Tambun disebabkan pada ketika ini warga asing berkeliaran di kawasan penempatan mereka. Bererti SIA ini perlu kita perketatkan dari segi garis panduan untuk penyediaan SIA kepada CLQ. Lingkungan 1km memang semua bantah. Luar daripada 1km semua sokong. Itu sebab keputusan SIA memihak kepada…

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Satu pihak.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Menyokong projek ini.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih, saya ambil maklum tentang apa yang dibangkitkan oleh Bukit Tambun dan untuk kita menilai semula tentang TLQ yang sedia ada dapat ditukar kepada CLQ seperti saya maklum tadi memang satu bengkel telah diadakan di mana saya sebelum ini saya telah minta PLANMalaysia Negeri Pulau Pinang untuk melihat keseluruhan CLQ garis panduan ataupun syarat-syarat di bawah CLQ dan oleh sebab itu mereka telah mengadakan satu bengkel, dan saya harap garis panduan CLQ yang untuk berskala kecil ini ataupun daripada TLQ tukar guna kepada CLQ kita akan mengkaji dan kita akan harap-harap kita boleh dapat mewujudkan satu garis panduan yang baru dalam tahun ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, saya rasa cukup untuk yang CLQ ya. Dan saya nak menjemput soalan YB Bagan Dalam, sila.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan 26. Sorry, 27 ter confuse sikit.

27. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menerokai pasaran pelancongan dari

India?

(a) Apakah inisiatif utama yang telah dilaksanakan dalam menarik

pelancong India?

(b) Apakah pencapaian Kerajaan Negeri setakat ini dalam menarik

pelancong India ke Pulau Pinang?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, terima kasih untuk menjawab soalan daripada ADUN Kawasan Bagan Dalam, Kerajaan Negeri melalui “Penang Convention & Exhibition Bureau” ataupun PCEB merancang pelbagai strategi untuk menerokai pasaran pelancongan dari India. Antara strategi yang diambil adalah usaha untuk menganjurkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dan acara perniagaan memudahkan kemasukan pelancong daripada India dan bekerjasama dengan syarikat penerbangan, persatuan perniagaan, persatuan-persatuan pelancongan dan platform pelancongan di India. Inisiatif-inisiatif utama adalah Penang Roadshow di India adalah acara tahunan yang dijalankan di bandar-bandar utama di India.

Sesi ini terdiri daripada sesi business to business melalui perniagaan kepada perniagaan dan sesi libat urus antara rakan industri di Pulau Pinang yang menyertai roadshow dan agen-agen pelancongan serta penganjur secara perniagaan di India. Roadshow ini ada satu (1) inisiatif yang menunjukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang serius terhadap gerakan industri acara perniagaan dan pelancongan di India dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagainya destinasi pelancongan dan acara perniagaan. Kejayaan penerbangan terus daripada Chennai ke Pulau Pinang melalui Indigo Airlines semenjak Disember 2024 sehingga kini telah memudahkan kemasukan pelancong perniagaan serta penganjur acara perniagaan dan deligasi daripada India ke Pulau Pinang. Sidang media telah diadakan untuk menghebahkan penerbangan terus ini di Chennai dan Madurai serta disusuli pembentangan dan perjumpaan dengan agen-agen pelancongan di India.

Lanjutan daripada sesi tersebut juga agen-agen pelancongan yang terpilih daripada menghadiri lawatan pengenalan feminization trip to Pulau Pinang dan untuk memperkenalkan agen-agen tersebut merasai sendiri pengalaman menerokai keunikan Pulau Pinang dan memudahkan mereka untuk menawarkan pakej pelancongan sesuai kepada pelanggan-pelanggan mereka di India. Perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dengan persatuan-persatuan agen pelancongan di India telah dilakukan satu (1) MoU Memorandum Persefahaman telah ditandatangani dengan platform pelancongan terbesar di India iaitu “Is my Trip” di New Delhi pada Penang Roadshow to India tahun 2025 ini.

Perbincangan bersama persatuan perniagaan di Madurai untuk menarik lebih banyak sepanjang segmen insentif korporat ke Pulau Pinang. Video promosi dwi bahasa dalam bahasa tamil dan inggeris telah, sedang dihasilkan dengan kerjasama artis Malaysia terkenal di India. Video ini bertujuan untuk mempromosikan Pulau Pinang kepada pasaran India khususnya komuniti tamil dengan menampilkan elemen budaya tempatan dan tarikan pelancongan utama di Pulau Pinang. Dan pada inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui PICEB semenjak pelancaran penerbangan terus daripada Chennai ke Pulau Pinang ternyata terdapat peningkatan yang memberangsangkan oleh pelawat dari India. Pada tahun 2023 dan 2024 bilangan pelawat daripada India tidak menduduki top ten list. Terkeluar daripada senarai top ten dari segi ketibaan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Namun setelah direct flight dari Chennai ke Pulau Pinang melalui Indigo pada 21 Disember 2024 ketibaan pelawat daripada India telah menduduki tangga kelapan dalam senarai ketibaan Penang International Airport daripada Januari hingga Mac yang sebelum ini tidak disenarai, sekarang tangga kelapan. Bilangan ketibaan pelawat dari India dari Januari hingga Mac 2025 jelas seramai 5,045 orang berbanding 2,417 orang untuk tempoh yang sama pada tahun 2024 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 108.73%. Peningkatan ini memberikan petanda yang baik dan Kerajaan Negeri yakin dengan lebih banyak insentif yang bakal dijalankan hingga hujung tahun ini akan memberikan, akan memberi peningkatan yang lebih baik. Itu lah jawapan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Kumaran A/L KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan. Terima kasih kepada YB Paya Terubong atas penjelasan dengan fakta-fakta tersebut dan saya percaya untuk makluman Pulau Pinang memiliki potensi yang besar untuk menarik pelancong dari India memandangkan banyak persamaan iaitu dari segi makanan yang serasi dengan cita rasa mereka, wujudan komuniti India yang aktif di sini dan juga kemudahan rawatan perubatan yang berpatutan. Selain itu hubungan sejarah dan kekayaan warisan budaya yang dikongsi oleh dua-dua pihak menjadikan Pulau Pinang destinasi yang sangat sesuai untuk diterokai. Jadi sebagai soalan tambahan saya ingin bertanya.

Apakah cabaran utama yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri dalam menarik lebih ramai pelancong dari India khususnya dalam segmen pelancongan perubatan, kebudayaan dan warisan. Dan yang kedua, adakah Kerajaan Negeri sedang merancang atau berbincang dengan syarikat penerbangan untuk memperkenalkan lebih banyak penerbangan terus dari bandar utama di India ke Pulau Pinang? Jika ya, apakah status rundingan tersebut? Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih kepada soalan ADUN Bagan Dalam. Cabaran utama ialah India satu negara yang sangat besar dengan populasinya 1.4 bilion orang penduduk, populasi yang terbesar di dunia lebih besar populasinya daripada Negara China. Di India dia saya telah pergi melawat beberapa bandar di India, di selatan, di utara, di timur dan di barat, mereka bercakap bahasa-bahasa berlainan. Walaupun Bahasa Inggeris digunakan secara utama tetapi Bahasa Tamil, Bahasa Hindi, Bahasa Benggali, you know.

So salah satu cabaran ialah dengan pelbagai profil kependudukan yang berlainan daripada setiap pelusuk daripada India. Dan untuk penerbangan terus in-the-go Chennai-Penang ialah merupakan penerbangan harian setiap hari, ada daily flight dengan loading ia lebih kurang 70 peratus. Dan adalah mencabar juga kita untuk mengekalkan trafik tersebut, loading tersebut dan kita telah berjaya juga membantu mengaturkan dengan beberapa acara yang utama. Minggu lagu kita ada satu Edison Awards dengan dengan satu acara untuk pemberian… (gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Tukar tempat.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya?

Yang di-Pertua (Speaker)

I ingat Bukit Tengah hendak tukar tempat. Sila sambung.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Dengan Kollywood Edison Awards telah dianjurkan di Pulau Pinang dan sebelum ini ada Global GOTO, The Global Organization Of Tamil Origin telah berlangsung di Pulau Pinang buat pertama kali. Oleh kerana ada penerbangan terus ini, kita berjaya dapat menarik lebih banyak acara untuk dilangsungkan di Pulau Pinang untuk generic traffic dan saya nampak ada peluang untuk mengembangkan laluan penerbangan tersebut tetapi kita perlu khasnya di province Tamil Nadu ada peluang kerana Tamil Nadu profil kependudukannya bercakap Bahasa Tamil, sama dengan orang India di Pulau Pinang. Saya rasa itu peluang yang boleh kita lihat bagaimana meningkatkan.

Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan satu syarikat penerbangan yang lain, iaitu Air Asia. Air Asia juga merupakan syarikat penerbangan yang ada mengendalikan penerbangan daripada beberapa bandar dari India melalui Kuala Lumpur. Dan kita telah berbincang tentang bagaimana untuk memperkemaskan program fly through mereka supaya walaupun belum ada direct flight daripada Air Asia ke Pulau Pinang, bagaimana mengaturkan penerbangan dari bandar-bandar di India melalui Kuala Lumpur dan sampai ke Pulau Pinang yang boleh juga meningkatkan kedatangan pelancong India ke Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih.

Sesi Penggulungan

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit sudah tamat untuk Soalan Lisan selaras dengan subperaturan 26(7), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua, nampaknya relieve sudah selesai. Jawapan kepada Soalan-soalan Lisan yang telah dijawab sebentar tadi, akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi. Di samping itu Yang di-Pertua, bahawa peraturan 6A(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini, 21 Mei dilanjutkan sehingga jam 7:00 petang.

Yang di-Pertua (Speaker)

7.00 sajalah. Sokongan?

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik, saya terus mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengumumkan usul di bawah peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 21 Mei, hari Rabu dilanjutkan sehingga jam 7:00 malam. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan “Ya”.

Ahli-ahli Yang Berhormat:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Tak ada. Kita semua setuju usul ini. Terima kasih. Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telah pun tamat sesi perbahasan maka sekarang kita berada dalam sesi pergulungan atas Usul Ucapan Terima Kasih Kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang telah pun berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas. So saya nak mohon supaya penggulungan dimulakan dan mempersilakan Pantai Jerejak. Sila.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bismillahirrohmanirrahim. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Penang2030, Salam Malaysia Madani.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan sempena Istiadat Perasmian Mesyuarat pada kali ini. Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Yang Kelapan atas sumbangan dan juga kepimpinan beliau. Tidak lupa juga setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sempena Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas ini. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan salam takziah atas pemergian allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah kembali kepada yang Maha Esa pada 14 April yang lalu.

Dato’ Timbalan Speaker, sektor pertanian. Tahniah saya ucapkan kepada petani, agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan kerana sekali lagi Pulau Pinang mengekalkan rekod bersih dengan enam tahun berturut-turut di mana negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang tertinggi dalam pengeluaran hasil padi per hektar, dengan 4.8 tan matrik per hektar bermula 2019 sehingga 2024. Walaupun kita negeri yang kecil atau pun tidak dikenali sebagai 'Negeri Jelapang Padi' tetapi kita tetap konsisten tinggi dalam hasil padi di negara kita.

Timbalan Dato’ Speaker, saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Batu Lancang dan Yang Berhormat Seberang Jaya dan juga Yang Berhormat Bertam berkenaan tentang beras Cap Feri. Sedikit masa yang panjang saya cuba mengambil dalam saya memberi penerangan untuk menjawab isu-isu yang telah dilontarkan. Apa sebenarnya tujuan Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa golongan B40 mendapat beras yang murah, dalam memastikan bahawa petani dapat menjual beras tempatan dengan kadar harga yang tinggi? Justeru, apa kaedah Kerajaan Negeri yang buat? Kerajaan Negeri terbitkan beras Cap Feri, di mana pada awal yang sudah semestinya beras ini adalah beras murah dengan kita mengambil pendekatan untuk terbitkan beras tempatan.

Namun dalam keadaan realiti sekarang ini, kalau boleh saya tanya Yang Berhormat dalam Dewan yang Mulia ini, bila kali terakhir kita jumpa beras tempatan? Ini keadaan realiti, beras tempatan ada tetapi tidak mencukupi untuk menampung khususnya pada golongan B40. Justeru, adakah Kerajaan Negeri perlu tunggu beras tempatan ini cukup dalam pasaran baru kita nak tawarkan bantu golongan B40 ini? Cukup beras tempatan baru saya nak pasarkan, tak boleh. Saya bertekad bahawa walaupun beras tempatan tak ada, saya tetap nak bantu golongan B40 ini dengan pasarkan beras Cap Feri ini bagi membantu golongan B40 dan dalam tempoh 3 bulan, yang saya sebut dua hari lepas sehari yang lepas, kita dapat membantu lebih kurang 48,000 orang dengan 16,000 kampit beras telah dipasarkan dalam negeri Pulau Pinang.

Adakah usaha ini masih dipandang sinis oleh Yang Berhormat yang bertanya soalan terhadap beras ini? Kewujudan beras Cap Feri ini sebenarnya sedikit sebanyak mengwujudkan pilihan yang lain kepada petani untuk menjual padi mereka. Kalau dulu ada tujuh atau 10 kilang padi yang ada, bila kita masuk tambah lagi satu kilang dan ianya akan memberi pilihan yang lebih baik sehinggakan kita punya petani ini mampu membeli atau pun menjual padi dengan lebih tinggi dengan mewujudnya persaingan di antara kilang-kilang ini dan di antara kilang ini akan menawarkan harga yang tinggi dan secara tak langsung membantu golongan petani menjual harga padi yang lebih bermaruah, tuan-tuan.

Adakah hasrat untuk kita membantu golongan petani ini tercapai? Ya, tercapai buktinya beras tempatan di pasaran habis dijual dan juga sukar untuk kita mendapat, untuk kita pasarkan dalam beras Cap Feri. Saya ingin membandingkan bagaimana di bawah Kementerian KPDNHEP iaitu dengan Jualan Rahmah, bantuan subsidi yang diberikan hampir RM300 juta secara tahunan, kalau dulu RM200 juta tahun ini ditingkatkan lagi sebanyak RM300 juta. Apa tujuannya Jualan Rahmah ini? Tujuannya adalah nak membantu golongan B40. Asalnya mereka pasarkan beras tempatan tetapi beras tempatan tidak mampu menampung jualan ini maka mereka menjual barang beras seperti beras import. Berapa harganya? RM15 bagi lima kilogram dan mereka mendapat subsidi lebih kurang RM300 juta.

Mari kita bandingkan dengan jualan beras Feri. Berapa subsidi yang Pejabat EXCO dapat untuk melaksanakan projek ini? Kosong. Berapa kos Kerajaan Negeri untuk terbitkan beras ini? Kosong. Dan berapa jualan yang kita bawa untuk setiap kali Jualan Agro Madani? RM15 dengan lima kilo per kampit. Sama. Jualan Rahmah dapat peruntukan subsidi sebanyak RM300 juta dan jual harga RM15 per lima kilo. Tetapi Kerajaan Negeri kita menjalankan usaha terbitkan beras import RM15 dengan harga RM15 dengan lima kilo. Adakah Jualan Rahmah ini terhenti untuk membantu golongan B40 dengan ketiadaan beras tempatan? Mereka tetap terus untuk membantu golongan B40. Sekali lagi saya hendak sebut, kita tidak mengeluarkan apa kos pun untuk memasarkan beras import untuk membantu golongan B40.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Yang Berhormat mohon mencelah.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Maaf ya, jawapan yang saya dapat daripada YB adalah berkenaan RM172,000 bersamaan dengan 80 tan. Maksudnya dari segi kiraan, sekampit adalah RM17 lima kilo bukannya RM15. So jawapan salah atau pun YB bagi penjelasan salah? Saya terpaksa bertanya.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Situasi yang sama Seberang Jaya hendak apabila dijawab oleh Yang Berhormat Pantai Jerejak... (gangguan).

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Yang Berhormat, saya akan jawab... (gangguan).

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Benda yang sama. Bagi saya bagi pencerahan sikit, dalam Soalan Lisan semalam yang dijawab oleh Yang Berhormat Pantai Jerejak, disebut di sini... (gangguan).

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya akan jawab... (gangguan).

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Kat sini RM17 per kampit... (gangguan).

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya akan jawab dalam ni... (gangguan).

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

RM15 kat sini, perenggan kedua RM16 per kampit pula.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya akan jawab dalam perbahasan saya, bagi saya ruang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dalam penggulungan, penggulungan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya jawablah…

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Kenapa ada harga perbezaan harga sebegini.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sebab tu, bagi saya ruang untuk saya jawab. Bagi saya ruang untuk saya jawab. Tanya soalan yang sama tapi saya nak menjawab, saudara potong saya punya laluan. Dah 2 minit dah habis.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak pa, tak pa, saya tambah masa. Pantai Jerejak, teruskan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Macam mana kita boleh menganjurkan perkara ini. Dalam Islam mengajar untuk kita mengambil keuntungan tidak berlebihan. Untung biarlah sederhana, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu kurang. Kita beri syarat kepada Operator, berminat, hadir. Sewa kena bayar sendiri, lesen kena bayar sendiri, kos kena bayar sendiri dan juga duit modal sendiri. Satu sen pun tak pakai duit Kerajaan Negeri. Atas kebijaksanaan rundingan Kerajaan Negeri, kita berjaya menyakinkan beberapa Operator dalam menerbitkan harga yang baik tanpa subsidi daripada Kerajaan Negeri. Disebabkan tidak dapat subsidilah, beberapa syarikat telah tidak menunjukkan minat antaranya Syarikat Ban Chuan Seng Rice, Oil Mill Sdn. Bhd.

Pertubuhan Peladang Kawasan, Warisan Achmar Enterprise, Ahmad Sinar Sdn. Bhd. dan juga Meera Sahib.

Namun tinggallah beberapa syarikat menunjukkan minat untuk setuju syarat yang Kerajaan Negeri bagi dengan mereka bersama-sama untuk membantu Kerajaan Negeri dalam menawarkan harga yang lebih mampan. Kita mengalu-alukan lagi beberapa Operator yang sudi bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, boleh hantar kertas kerja kepada pihak FAMA untuk kita pertimbangkan 2, 3 Operator untuk bersama Kerajaan Negeri untuk menerbitkan beras ini, dan sekali lagi saya ulang, tidak ada 1 sen pun daripada duit rakyat digunapakai untuk tujuan penawaran beras Cap Feri ini dan ianya 100% ditanggung oleh Operator Pengeluaran.

YB Pantai Jerejak.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya habiskan dulu. Menjawab soalan harga berbeza-beza, RM17, RM16, RM15 saya syorkan Yang Berhormat-Yang Berhormat tanya soalan ni, kena buat kerja rumah terlebih dahulu sebelum bertanya. Saya lontarkan persoalan dulu, saya lontarkan persoalan, jika YB boleh jawab, jika YB boleh jawab, YB akan dapat jawapan tersebut. Persoalan saya dalam tempoh tiga, empat bulan ni, berapa harga beras yang telah ditetapkan oleh KPKM berubah? dan berapa? dan bila? Jawab.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak betul.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Jawab. Berapa harga beras yang ditentukan oleh KPKM dalam tempoh 4, 3 bulan ni. Bagi tahu. Saya jawab ya, dan tuan-tuan akan dapat jawapan.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Tak pa, tak pa, YB saya nak tanya skit. Ni ni gambar saya ambil dekat beras, dekat beras tu, gred Beras Super Import kandungan hancur 5%, harga runcit RM25.00, harga sekilo RM5.00, jadi macamana kata tak ada peruntukan langsung untuk beras ni.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya teruskan, Soalan tadi 17 ka, 16 ka, 15 ka, dalam tempoh 4 ke 3 bulan ini, KPKM telah memperkenalkan 3 harga yang berbeza. Kalau Yang Berhormat rajin buat kerja rumah, tak perlulah tanya soalan kepada saya dalam Dewan ini. 3 harga yang berbeza.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Minta, minta, minta Pantai Jerejak, Pantai Jerejak tolong sat…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pantai Jerejak.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya jawab dulu.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kerja rumah ni bukan…

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Jawablah proper dalam Soalan Lisan ka Soalan Bertulis… (gangguan).

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kalau tak bagi EXCO bertanya, kami bertanya… (gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Telok Ayer Tawar, Seberang Jaya…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Cara saya sampaikan ka, cara…

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Cara Yang Berhormat.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Selagi saya tak mengeluarkan kata-kata yang… (gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pantai Jerejak…

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Yang Berhormat Pantai Jerejak sendiri yang jawab.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Selagi saya tak mengeluarkan kata-kata yang tak baik… (gangguan).

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Bagi satu perangkaan yang… (gangguan) berkenaan harga KPKM yang berbeza-beza. Kalau ia, fakta itu ada…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Dato’ Speaker, saya tak bagi ruang, saya tak bagi ruang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang tu EXCO tak bagi… (gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seberang Jaya, Telok Ayer Tawar, (gangguan)

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak bagi ruang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Duduk, duduk, duduk, duduk (gangguan)

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Kalau nak bagi tau, tulis… (gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Telok Ayer Tawar… izin, Seberang Jaya, Telok Ayer Tawar

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya jawab, bagi saya jawab… (gangguan).

Harga beras bagi stabil, walaupun Kerajaan...

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya jawab. Selepas harga bertukar-tukar, RM17, ada RM16, ada RM15 sebab harga yang ditetapkan oleh KPKM berubah-ubah. Pada Disember, 3000 per tan metrik, pada Februari 2800 per tan metrik dan esok Khamis, KPKM akan umumkan harga beras sebanyak 2600 per tan metrik. Dalam tempoh 3, 4 bulan ni, harga berbeza-beza. Dah Abang Mat turunkan harga, patut bagi pujianlah kepada Abang Mad. Betul tak betul.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga,

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Turun harga pun tuan-tuan marah.

Harga beras kena bagi stabil.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Harga beras turun pun, Yang Berhormat marah… (gangguan).

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Nampak gaya EXCO boleh pi jadi (gangguan)…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Harga beras turun pun, Yang Berhormat marah… (gangguan).

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Bukan soal harga beras, dengar… (gangguan). Yang Berhormat Pantai Jerejak, kita minta penjelasan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Harga yang berbeza-beza…

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Kita minta penjelasan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

3000 tan per metrik pada Disember, pada Februari...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pantai Jerejak, Pantai Jerejak, duduk, duduk, duduk, semua duduk. Semua duduk, Seberang Jaya duduk, Pantai Jerejak pun duduk… Pantai Jerejak pun duduk sekejap, Pantai jerejak, Pantai Jerejak duduk. Duduk, duduk, duduk, duduk. Okey, kita…Dewan Undangan Negeri ni adalah satu floor yang tertinggi, wakil rakyat perlu mendapat jawapan dan juga ruang untuk YB EXCO mau jelaskan keadaan, tapi perlulah dikendalikan dengan cara yang baik, dan kita harap, Pantai Jerejak pun kena sporting jugalah untuk menjawab soalan daripada (menepuk meja) Wakil-wakil rakyat, dia Pembangkang pun ada, Kerajaan pun ada nak tanya, mereka amat berminat dengan Pantai Jerejak, jadi kita minta…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya jawab…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya tak habis lagi ni, sekejap.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Kaedah saya, intonasi tu biasalah… Dato’ Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Kalau saya marah ataupun saya menunjukkan perkataan-perkataan yang tidak inginkan cumanya intonasi untuk tarik…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tarik tu… provoke tu.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tarik kawan kita kat belakang ni tidur… saya bercakap cara ni, intonasi tinggi skit supaya mereka ni segar bugar, skit, Timbalan Speaker. Bagi peluang saya bercakap.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Pantai Jerejak boleh tak.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Boleh...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagi masa sedikit depa nak bangkitkan untuk mencelah tu… bagi, bagi skit ja, rilekslah, kita steady kan. Tak pa, saya tambah masa lagi, tak pa, saya tambah masa lagi.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya bagilah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ini isu rakyat.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey jawab. Tanya pelan pelan, jawab pun elok-elok.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Isunya, isunya ada kerana kalau benar ada fakta sedemikian yang ditetapkan oleh KPKM, mengapa dalam jawapan-jawapan kami yang kami tanya tidak dijawab sedemikian, maka menimbulkan kekeliruan dalam Dewan. Ada yang 15, ada 16, malah kalau pergi ke FAMA sendiri RM16.50, ni saya pi beli bayar cash RM16.50 pula. Jadi perlulah ada satu penjelasan yang sebenar-benar. Kalau betul KPKM kata ada penurunan harga beras yang sebegini maka perlulah jawab dalam Dewan. Semua, bukan sahaja Pembangkang yang…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya nak jawab ni…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Seberang Jaya, okey faham.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Bukan Yang Berhormat tanya kami balik. Yang Berhormat EXCO tak boleh duk situ, keluar, bagi orang lain jadi EXCO.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya cakap, bagi saya ruang la.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sebab tu saya sebut tadi dalam tempoh 3 bulan ini pihak KPKM telah menerbitkan harga yang berbeza-beza, dalam tempoh 3 bulan. Okey, saya jawablah. Dalam Dewan saya bagi, saya nak menjelaskan, tadi tanya, saya jawablah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, okey, rileks, rileks, steady.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak marah, saya tak marah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Seberang Jaya.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Harga yang berbeza-beza.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dah jawab belum.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya jawab. Harga yang berbeza-beza Yang Berhormat Seberang Jaya, Disember harga 3000 per kampit, 3000 per tan metrik. RM3000 per tan di pintu kilang. Okey, betul. Pada Februari, 2800 dan pada Khamis ini turun lagi 2600, harga tu berubah-ubah dan harga ni bukanlah harga ni semakin lama semakin naik, turun. 17 turun ke 16 turun ke 15. Kalau harga beras yang kita tawarkan, harga tu naik, tak pa lah Yang Berhormat - Yang Berhormat marah saya, kita berbahas untuk memastikan bahawa beras itu murah, Alhamdullillahlah. Alhamdulillah sebab turun. Terima kasih kepada Abang Mad untuk turunkan harga beras.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kerap sebut nama Abang Mad ni, aduh. Okey, sekejap.

Saya nak bertanya sikit berkaitan harga Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga, Penaga.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya uruskan, bagi saya uruskan. Saya punya floor.

Sikit saja, sikit saja.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak benarkan.

Tak, sedikit saja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga, Penaga. Sekejap, sekejap, bagi saya atur… bagi Timbalan Speaker atur…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Eh… saya atur tak bagi. Okey, Jerejak… sat.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Kalau ganti masa, saya izinkan, saya tak sempat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagi saya atur, bagi saya kendalikan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Kita ada perikanan, kita ada tuna untuk saya bahas lagi...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak pa, saya boleh bagi lebih masa. Insya-Allah Batu Lancang soalan tadi, dah jawab belum.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang di-Pertua, ini senang kalau seperti apa yang dijelaskan oleh YB tadi. Kalaulah kita bagi soalan yang bertulis tu, jawablah seperti apa yang dijawab tadi, Disember berapa, Januari berapa, Februari berapa. Memang kita tak faham, kita bukan duduk di position dia, so barulah kita masuk soalan bertulis cakaplah macam ni. At least bagitau, I mean break down bulan-bulan, kita faham, so sekarang ni kita tanya, dia bagi jawapan yang terkumpul, berjumlah. Kita tak tau, so kita divide dapat jumlah RM17 sekampit at least dia bagitau bulan bila, harga berapa, faham. Ini bertulis tak ada masalah dengan kertas kan, at least panjangkan, at least jelas.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sekarang, sekarang Batu Lancang dah faham.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

At least jelas, faham.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Pantai Jerejak tunggu sat… (gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Satu soalan, nak saya tanya, harga sekarang, harga beras tempatan sekarang hari ini, 5 kilo sekampit, berapa harganya.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya uruskan, bagi saya uruskan, bagi saya uruskan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga ni selagi dia tak tanya lagi tu dia kacau.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya uruskan. Bagi saya uruskan Timbalan Speaker, bagilah saya habiskan saya punya masa, saya tak bagi ruang. Bagi saya habiskan tengah mengganggu memontum saya. Bagi ruang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagi ruang, bagi ruang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tak bagi ruang kami keluarlah, cakap sorang-sorang tak bagi ruang.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Ya, tak pa. Saya ingin menangkis naratif ataupun perspektif jahat, ataupun perspektif negatif. Dimana beras Cap Feri ini mahal. Saya nak menangkis. Mari kita bandingkan berapa harga Beras Putih Import, Jati di pasaran, berapa? Yang Berhormat boleh menjawab, berapa?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Soalan dari saya tak jawab, soalan dari saya kamu tak jawab, jawab saya dulu berapa harga sekarang. Jawapan saya (gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Duduk-duduklah...

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

EXCO tanya balik, keluar dewan… (gangguan).

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Bagi Sungai Acheh lah... (gangguan) ... portfolio… tanya EXCO, EXCO tanya balik... akal tak dak ka...

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Harga beras tempatan, 5 kilo RM13, 5 kilo…

Abidin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Sabar, sabar, sabar… (gangguan).

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak habis lagi, bagi saya uruskan (gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

(gangguan)... Saya pula, saya bukan EXCO. Tak faham ni...

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Beras tempatan, Batu Lancang pun tak terima se beg.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya jawab.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pantai Jerejak.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

YB Batu Lancang, saya jawab RM13 untuk 5 kilo. You boleh google, ni google, okey RM13 untuk 5 kilo tempatan. Saya nak menangkis naratif yang tidak betul di mana sebut harga Cap Feri ni mahal, mari kita bandingkan dengan harga pasaran. Harga beras jati, berapa? RM17.40, Faiza berapa? RM17.50 dan kita, berapa? RM15.00.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jangan tanya orang.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tak, saya tak tanya. Ini intonasi saya, gaya saya. Saya nak bercakap bukan saya tanya Yang Berhormat Batu Lancang. Saya tanya dan saya jawab, saya tanya, saya jawab. Faham, yang lain jangan terasalah, saya tanya, saya jawab. Intonasi saya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, teruskan, teruskan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Janganlah mempersoalkan gaya Bahasa saya bercakap. Saya tak marah, saya tak marah.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Bagi laluan, saya pembeli…

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ini pertandingan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Yang Berhormat bagi habis, bagi habis, sikit lagi, sikit lagi. Okey. Jika harga beras diapungkan berkemungkinan harga beras tempatan lebih mahal berbanding import. Ini akan berlaku dalam keadaan yang akan pada masa-masa akan datang. Sebenarnya apa yang kita sibuk berbahas, import eksport, patutnya bahas bagaimana kaedah untuk membantu golongan B40, tambahkan cabang, tambahkan ranting, tambahkan kaedah ini untuk membantu golongan B40 dengan menawarkan harga yang berpatutan dan juga murah.

Mari kita perbetulkan fakta ‘berapa’ Yang Berhormat dalam Dewan dua hari lepas. Saya dapat tahu di mana Yang Berhormat telah membandingkan harga Beras Cap Feri dengan harga beras putih import Madani dengan perbandingan di mana RM15 yang telah disebut, 5 kilo, tapi secara faktanya bukan RM15. Harga putih import Madani adalah sebanyak RM15.50 per 5 kilo. Faktanya RM15.50 per 5 kilo dan untuk pengetahuan juga, beras import putih, putih import Madani ini beras campur. Beras yang dicampur beras import dan juga beras tempatan dengan harga yang mereka mengambil daripada kilang sebanyak 2,800 per tan metrik. Kalau Beras Cap Feri kita tawarkan harga pada awalnya dengan kita mengambil 2,800 per tan metrik dengan kita memberi harga lebih kurang RM16. Justeru beras import putih, import Madani RM15.50 dengan beras kita iaitu Beras Cap Feri sebanyak RM16. Beras import Madani ini beras campur, beras campur, import dengan tempatan dan kita adalah fully import. Bermakna beras kita ini hampir sama harganya, murahnya, berbaloinya dengan harga putih import Madani.

Bagi rekod 2024, sebanyak 124 jualan Agro Madani telah dilakukan di seluruh negeri Pulau Pinang dengan penjualan Beras Cap Feri juga turut diadakan. Tak semua lokasi tetapi rekod kita ada seperti yang dimaklumkan 32. Dan tidaklah kita menjalankan di kawasan seluruh KADUN. Saya syorkan sekiranya berminat untuk kita menjalankan jualan agromadani boleh maklumkan kepada FAMA untuk sama-sama kita membantu golongan-golongan B40 ini khususnya di kawasan-kawasan Yang Berhormat yang berminat.

Selain itu, saya ingin membangkitkan isu pemilikan sawah padi. Sebagai maklumat Yang Berhormat, bagi tanah milik persendirian, cukai akan dikenakan kepada pemilik mengikut kadar semasa. Sekiranya tanah adalah milik Kerajaan Negeri, Lesen Pendudukan Sementara (LPS) akan dikenakan kepada pengusaha sawah padi mengikut ketetapan yang ditetapkan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat, ini nak balik kepada soal isu kes Beras Cap Feri ini sebelum beralih kepada point lain. Izinkan saya bertanya, kena cool sikitlah mungkin tekanan pemilihan sudah sampai…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Hari Jumaat mengundi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Terus-teruskan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Jadi terima kasihlah kepada Yang Berhormat yang telahpun menjelaskan isu harga beras yang di mana program ini antaranya adalah untuk membantu keluarga B40 untuk mendapat beras pada harga yang lebih murah tapi yang saya difahamkan juga program ini sepatutnya adalah untuk membantu pesawah padi, pesawah padi dan isu yang saya nak persoalkan di sini memang telahpun dinyatakan bahawa sebab beras tempatan tak cukup jadi kita terpaksa untuk membeli beras eksport sepenuhnya 100% kalau tak silap saya. Jadi saya nak tanya, bagaimana objektif kita ini, matlamat kita ini nak bantu pesawah padi boleh dicapai bila beras yang dibeli itu, dibeli dari sepenuhnya daripada eksport dan persoalannya adakah…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Import kot?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Import lah. Adakah keuntungan yang diperolehi daripada syarikat yang diberi pemegang lesen ini akan diagihkan balik kepada pesawah padi? Kalau tidak, then saya nak tanya apa gunanya program ini untuk nak menyokong pesawah padi ini dan juga saya nak tanya bagaimana pemegang-pemegang lesen ini dilantik? Kenapa diberi kepada syarikat Mohamad Meera Sahib Sdn Bhd? Kenapa tidak boleh dibuka lebih kepada syarikat-syarikat lain? Sebab sepanjang masa ini, sebelum-sebelum ini, di Kedah pun yang telah selalu kita memperjuangkan adalah kita tidak mahu melihat monopoli. Jadi kalau kita nak bagi pun peluang ini, bagilah kepada lebih-lebih banyak syarikat yang lain. So, apa proses pelantikan pemegang-pemegang lesen ini? Is it tender kah macam mana? Terima kasih.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya ada jawab, mungkin soal beras dengan juga padi ini juga rumit sikitlah untuk difahami oleh orang biasa.

Ahli-Ahli Dewan:

(Gangguan)

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bukan saya kata…

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Aihhh, minta celah sikit, jangan pandang enteng pada orang biasa, Pantai Jerejak.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Betul saya kata, kurang, susah, saya pun faham, saya pun susah untuk memahami…

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya nak celah Bukit Tengah sikit ja, Bukit Tengah sikit YB. Macam manakah boleh bagi kepada Meera Sahib ini sedangkan dia pengimport buah kurma? Patut kita kena cari kontraktor nak bagi adalah orang yang jual beras seperti syarikat-syarikat beras.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Terima kasih. Saya sebut tadi, kita tidak menawarkan apa-apa subsidi dan lesen sebenarnya boleh di apply pun oleh mana-mana pihak. Kalau pihak syarikat Yang Berhormat Bukit Tengah nak apply beras atau pun lesen ini, silakan. Siapa-siapa pun boleh mohon. Dan kita ada juga berhubung dengan syarikat-syarikat besar, saya sebut tadi, saya sebut tadi, Syarikat Ban Chuan Seng Rice & Oil Mills Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), ini antara yang besar, kita jemput mereka datang untuk bantu Kerajaan Negeri untuk menerbitkan Beras Cap Feri tetapi mereka tidak berminat kerana tidak ada subsidi daripada Kerajaan Negeri. Mereka tak berminat YB, dan saya minta kalau ada yang berminat sila datang, dengan kita menerbitkan harga beras RM16, RM15 dan esok akan harga berubah-ubah dengan keadaan KPKM yang bagi lah. Kita jemput, kita ada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh FAMA dan juga dipengerusikan oleh pihak Jabatan Pertanian. Siapa yang nak mohon, sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Pantai Jerejak bagi peluang kat saya sat…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya habiskan, bagi saya habiskan…

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Habis satgi, keluar tajuk pulak satgi…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi, bagi saya habiskan, bagi saya habiskan…

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Keluar tajuk satgi takkan munasabah kita nak cakap…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya habiskan…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Bagi Pantai Jerejak habiskan jawapan Bukit tengah.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Dan kita jemput dan ada yang tak berminat. Yang berminat, ada yang berminat kita memilih dari segi faktor kewangan, kewangan dan juga mereka pun ada rekod. Kalau boleh, boleh semak dengan pihak KPKM syarikat yang kita pilih memang ada rekod sebelum ini atau rekod untuk memborong industri padi itu sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Okay.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi…

Penaga mohon mencelah sikit…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya, bagi saya teruskan saya punya ucapan…

Saya minta banyak kali dah ini, celahan sikit saja…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya, bagi saya teruskan ucapan saya…

Pantai Jerejak, mencelah sikit saja…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya teruskan ucapan saya…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sikit saja…

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang Amat Berhormat Pantai Jerejak bagi lah, kami setahun dua kali saja nak cakap ni…

Yang Berhormat Pantai Jerejak, kami setahun dua kali saja nk cakap, bukan kami cakap tiap-tiap bulan.

Bagi la kami cakap Pantai Jerejak sikit, sikit saja ruang padi ni pasal makan hari-hari kalau ruang lain takpa.

Izhar Shah bin Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Soalan tambahan saya semalam tidak dijawab...

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi PPK adalah milik individu dan juga mereka sebenarnya berhak untuk menjualkan padi tersebut pada kilang-kilang yang mereka minat. Kita tak boleh paksa, kita hanya boleh runding dan juga memujuk untuk mereka menjual pada kita. Sudah pasti pemilik-pemilik tanah ini mereka nak jual harga padi ini pada harga yang lebih bermaruah dan lebih tinggi. Justeru kita saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bertam, sebenarnya harga padi, kenapa padi tempatan ini hanya 12% berada berlegar dalam negeri kerana pemilik-pemilik pertanian ataupun petani-petani ini menjual harga menjual padi dengan harga yang lebih tinggi kepada pengilang-pengilang luar Pulau Pinang misalnya di Negeri Kedah ataupun Perak mereka menawarkan harga padi yang tinggi dan mereka tidak berminat, mungkin tidak berminatlah menjual padi di kilang Pulau Pinang kerana harga begitu rendah dan tawaran broker-broker di luar negeri Pulau Pinang lebih baik misalnya kemudahan mesin dan juga kemudahan peralatan yang boleh didapati oleh pihak petani. Justeru sebab itulah hanya 12% bagi 12% yang kita dapat pasarkan pada…

Celah sikit…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi 12% yang kita dapat pasarkan beras tempatan di kawasan ini…

Pantai Jerejak, Pantai Jerejak mohon celah sikit…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya selesaikan…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Sekejap, bagi Pantai Jerejak jawab yang Bertam walaupun Bertam takda dalam ni…

Aduiiii…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Berkenaan keluasan padi aktif, kini berkurangan sebanyak 2.04% berbanding tahun 2024. Kalau dulu 12,105 hektar pada tahun 2024 dan kini sebanyak 11,885 hektar pada tahun terkini 2025. Hal ini berlaku kerana pemilik telah membuat permohonan tukar tanah dan juga turut berlaku penjualan tanah-tanah padi kepada pihak ketiga. So, ini tanah peribadi, tanah keluarga, kita cuba sedaya mungkin untuk memastikan bahawa kawasan padi ini dipelihara dengan menggunakan Akta-akta PBT dan juga Akta Tanah, Kanun Tanah yang diselaraskan oleh Pejabat Tanah.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak KPKM kerana telah memperuntukkan, meluluskan peruntukan RM6.72 juta pada tahun ini bagi melaksanakan 6 projek utama dan 2 projek mega iaitu Projek Solusi Penggalak Fotosintesis Untuk Pesawah Padi di Negeri Pulau Pinang dan juga Projek Pertanian Unggul APEX Agroteknologi Negeri Pulau Pinang.

Bagi melaksanakan Program Solusi Penggalak Fotosintesis ini seperti biasa kaedah kecekapan fotosintensis tumbuhan bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran padi di negeri Pulau Pinang ini dan ladang-ladang yang telah diuji di Malaysia dan juga di Indonesia dengan peningkatan sebanyak 15% sehingga 40% dalam hasil pengeluaran padi manakala untuk pelaksanan projek APEX ini kita sasarkan kepada petani di negeri Pulau Pinang ini dalam merangkumi pembinaan kepada pekebun dalam pembinaan sebuah ladang rintis dalam sistem persekitaran yang terkawal termasuklah komponen seperti struktur rumah hijau, sistem pengudaraan, sistem pengayakan automatik, sistem pertumbuhan pemacu tumbuhan sistem katrij, sistem kawalan pusat, sistem pembiakan tunas dan juga makmal penyelidikan.

Seterusnya, pembangunan bakat muda dalam bidang pertanian…

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Pantai Jerejak…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Boleh ya bagi ruang?

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Silakan…

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Bagi ruang lah dekat kawan kita dulu ni yang duk tanya, duk nak tanya. Jangan duk buat serupa buat kenyataan akhbar, ni dewan...

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tanya, tadi saya bagi ruang…

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Jangan buat kenyataan media, kenyataan media pi buat di sana lah tak payah orang tanya, ini dalam Dewan... kita mesti ada kawasan…

Izhar Shah bin Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Berkenaan Cap Feri, Pantai Jerejak. Semalam saya ada tanya soalan tambahan. Okeylah ada beberapa komponen yang kita boleh terima. Cuma boleh tak Yang Berhormat Pantai Jerejak nyatakan komitmen Kerajaan Negeri bila sepenuhnya Beras Cap Feri ini akan guna pakai sepenuhnya beras tempatan daripada negeri Pulau Pinang itu sendiri kerana saya bagi contoh, rakan sejawat Pantai Jerejak iaitu di Melaka menggunakan beras Melaka sendiri, beras padi tempatan. Mengapa Pulau Pinang yang ada hasil padi yang begitu tinggi tidak mengguna pakai beras padi negeri ini sendiri?

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Okey saya menjawab soalan…

Izhar Shah bin Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Nyatakan satu komitmen yang tetap… okey, terima kasih.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Okey saya menjawab soalan, untuk kawalan beras tempatan sepenuhnya di Pulau Pinang kita cuba sedaya mungkin sekiranya ada beras tempatan yang ada sekiranya ada langsung yang kita boleh ambil terus kita pasarkan untuk Beras Cap Feri ini. Saya nak kata tempoh sama ada 3 bulan ke, 5 bulan ke itu cukup tak boleh berjanji dalam tempoh, sekiranya ada kita memberi komitmen untuk memasarkan beras tempatan ini.

Pantai Jerejak, Pantai Jerejak, sikit saja…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bagi saya jawab…

Sikit saja…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Beras tempatan di Pulau Pinang ini…

Sikit saja, tak saya simpulkan, simpulkan…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Kita pasarkan di negeri-negeri lain kerana tawaran yang lebih tinggi. Pesawah-pesawah ini dia jual beras dengan harga yang tinggi di luar Negeri Pulau Pinang. Saya kena berada dalam tengah-tengahlah. Pesawah dia nak jual harga padi tinggi, secara automatiknya harga beras akan tinggi, dalam masa yang sama, saya kena menjaga harga beras yang perlu diterbitkan dengan kadar yang murah dan juga berpatutan. Petani nak harga padi tinggi, padi dia nak harga beras tinggi. Kita makan ni nak pastikan bahawa harga murah. Rakyat pun kena jaga, petani pun kena jaga. Itu saya punya tanggungjawab dan kalau boleh tak maulah menzalimi kedua-dua pihak. Petani, pesawah dia nak harga tinggi, jual padi tinggi. Sebab itulah beras tempatan ini di Pulau Pinang ini banyak di pasarkan ke negeri-negeri lain. Sebab negeri lain broker lain tawarkan harga yang lebih... (gangguan).

Baik Pantai Jerejak sikit sahaja…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pantai Jerejak bagilah laluan dekat Penaga ini.

Penjelasan tadi, saya nak dapatkan sikit lagi penjelasan berkaitan dengan beras cap Feri ini. Sebagaimana yang disebut banyak syarikat yang masuk tapi oleh kerana tidak ada subsidi daripada kerajaan menyebabkan satu syarikat sajalah Mohamed Meera ni. Saya, tengok beras cap Feri tu di luar pun ada semua pakat tengok dan persoalan dia kalau tengok situ pada kampit bungkusan beras itu, gred beras adalah super import kandungan hancurnya 5%. Harga runcit RM25.90 harga sekilo RM5.18 ini harga runcit disebut RM25.90. Kita jual RM16 ataupun mungkin lebih rendah sikit RM15.50. Bagaimana kos harga runcit ni RM25 ini boleh jual dengan harga RM16 siapa yang tanggung itu? Adakah syarikat Mohamed Meera tanggung ataupun dibiayai oleh… (gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey Penaga.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Okey, Yang Berhormat terima kasih. Kita pasarkan harga 5kg RM16. Sekiranya, berlaku cetakan bermasalah RM25 ada berlaku teknikal cetakan di beras yang sebarkan kepada ADUN. Di pasaran ataupun di pasaran beli ke kedai ataupun beli FAMA dan sebagainya harga RM16 macam biasa. Itu dicetakkanlah saya mohon maaf. Sekiranya,

berlaku teknikal cetakan itulah tapi untuk di pasarkan di masyarakat dengan harga yang kita tadi harga yang kita pamerkanlah resit dan juga lain-lain.

Pada hari sidang hari ini juga saya berbesar hati di mana kita bersama dengan MIMOS Sdn. Bhd. akan membangunkan teknologi menggunakan teknologi sedia ada iaitu Trace dan Track sebagai platform pintar untuk membolehkan pemantauan menyuruh terhadap durian hasil keluaran negeri ini. Kerjasama ini bertitik tolak daripada aduan pihak pekebun-pekebun yang diterima daripada pengurusan setempat. Di mana berlakunya penipuan dan juga eksploitasi durian setempat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sehubungan itu, penggunaan teknologi Trace dan Track ini diharap dapat memberikan solusi kepada permasalahan yang akan dihadapi oleh pengusaha durian setempat. Khususnya di negeri Pulau Pinang melalui pelaksanaan teknologi ini dalam meningkatkan kecekapan operasi memastikan pematuhan terhadap peraturan membina kepercayaan terhadap produk durian setempat.

Langkah ini selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan industri durian dan melindungi kepentingan pengusaha tempatan. Sebab banyak durian daripada negeri lain mereka, sebut bahawa durian ini durian Pulau Pinang, durian Balik Pulau. Yang akhirnya, menyebabkan pengusaha-pengusaha setempat diketepikan dan juga pinggir. Ada durian daripada Thailand juga mereka jual di tepi jalan dan bila ada penduduk-penduduk luar negeri, luar negara akan datang. Adakah ini beras Pulau Pinang? Sorry Adakah durian ini durian Pulau Pinang? Adakah durian ini durian Balik Pulau? mereka cakap ya. Sedangkan durian tersebut bukan durian Pulau Pinang ataupun durian Balik Pulau. Justeru, kita akan lancarkan atau menggunakan teknologi Track and Trace bersama dengan MIMOS Sdn. Bhd.

Bagi sektor penternakan Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang telah menyalurkan peruntukan pembangunan pada 2024 sebanyak RM200,000 bagi membangunkan Projek Napier iaitu projek printis penanaman rumput napier yang di ditanam di kawasan Bertam, tapak milik UiTM Bertam. Dengan kita menganggarkan bahawa projek ini sedikit sebanyak akan membantu golongan-golongan penternak lembu dan kambing dengan memperolehi makanan napier ni dengan harga yang berpatutan. Dengan RM11/bag (25kg) untuk belian runcit.

Selain itu, Jabatan juga menyediakan pakej bantuan penanaman rumput napier kepada para penternak. Pakej bantuan yang tawarkan meliputi pembersihan kawasan, pengemburan tanah, penanaman rumput napier pembajaan, pam air serta sistem perpaipan untuk penyiraman tanaman serta pagar kawasan. Sejak 2021 sebanyak 21 orang penternak telah menerima bantuan ini dengan nilai bantuan sebanyak RM20,000 sehingga RM25,000 bagi seorang perternak. Bagi sektor perikanan. dah habis ka?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ada lagi…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Pencapaian sektor perikanan di Pulau Pinang terus mencerminkan perkembangan yang membanggakan. Dengan ini, dapat dinilai berdasarkan peningkatan jumlah pendaratan hasil laut pada tahun 2024 iaitu sebanyak 39,231.34 tan metrik berbanding 38,226.24 tan metrik bagi tahun 2023 berlaku peningkatan. Justeru, Kerajaan Negeri sekali lagi ingin menzahirkan terima kasih kepada pihak KPKM kerana telah meneruskan peruntukan bagi pelaksanaan dua (2) projek di bidang sektor perikanan iaitu peruntukan sebanyak RM370,000 naik taraf sebuah jeti pendaratan ikan di Sungai Chenaam, Nibong Tebal yang akan dilaksanakan oleh pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan peruntukan sebanyak RM350,000 bagi bekalan peranti Break to Protect (B2P) untuk menangani masalah serangan lintah terhadap ternakan ikan di kolam, ternakan akuakultur. Projek ini akan dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri turut menzahirkan komitmen yang padu terhadap perkembangan industri akuakultur di negeri Pulau Pinang. Oleh, inisiatif bagi mewujudkan kawasan ternakan akuakultur baru yang kita telah terokai dan sedang terokai belum besar iaitu di Sungai Sembilang Juru.

Kerajaan Negeri percaya bahawa permukaan kawasan ternakan akuakultur yang baru ini mampu meningkatkan lagi hasil keluaran serta membuka lebih peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan juga dalam bidang keusahawanan akuakultur. Banyak ikan-ikan kita, Siakap dipasarkan keluar negara misalnya, Thailand misalnya, Eropah dan kita punya branding kita punya ikan ni banyak terkenal di luar negara. Harap dengan pembukaan kawasan baru ini dapat membantu golongan-golongan pengusaha akuakultur ini.

Jadi dalam perkembangan yang lain industri pendaratan ikan Tuna, di negeri Pulau Pinang turut mencatat jumlah pendaratan yang ketara bagi tahun 2024 berbanding 2023. Dalam trend berikut di mana pada tahun 2023 sebanyak 3, nilai anggaran sebanyak RM3.19 juta berbanding 2024 peningkatan kepada RM7.76 juta. Bermakna ada peningkatan daripada 2023 ke 2024. Tapi, potensi besar ini banyak kekangan yang kita perolehi untuk memastikan bahawa wujudnya pendaratan ikan Tuna di negeri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan Dewan yang Mulia ini, negeri Pulau Pinang merupakan lokasi satu-satunya lokasi yang menerima pendaratan ikan Tuna di negeri lain tidak ada dan Pulau Pinang hanya pendaratan Tuna yang aktif.

Ada dua (2) saja tempat yang digazetkan oleh pihak Kementerian iaitu di Langkawi dan juga di negeri Pulau Pinang. So, kita patut bangga di mana negeri Pulau Pinang terpilih salah satu (1) lokasi pendaratan ikan Tuna dan kita antaranya negeri yang aktif. Tak ada negeri lain negeri Pulau Pinang aktif. Kita bukan menerima kapal-kapal daripada lesen di dalam negara sahaja, sebelum-sebelum ini pun kita pernah menerima kapal-kapal daripada negeri lain iaitu Taiwan dan juga negeri-negeri yang lain.

Selain, daripada masalah cabaran yang kita perolehi di mana kewujudan lokasi pendaratan ikan Tuna. Yang sekarang ini berpengkalan di Butterworth di mana milik pihak swasta dan juga sebelum ini adalah di Batu Maung dan kita cuba menerokai kawasan yang baru yang mungkin pendekatannya adalah milik pada Kerajaan Negeri sekarang ini adalah pihak swasta kapal-kapal yang masuk memaklumkan bahawa mereka mempunyai masalah tentang birokrasinya, tentang masalah kos yang agak tinggi. Justeru, Kerajaan Negeri cuba mencari lokasi yang lain untuk menawarkan sewaannya lebih baik, perkhidmatan yang lebih baik. Kerana kita lihat bahawa kapal-kapal misalnya kapal yang dahulu pernah mendarat di Pulau Pinang misalnya kapal Tuna Taiwan mereka dah pergi ke Singapura.

Walaupun perkhidmatan ataupun jumlah ataupun Singapura menggunakan caj yang lebih tinggi tetapi perkhidmatan mereka ni efisien dan juga limpahan ekonomi tu akan keluar ke Singapura bukan ke negeri Pulau Pinang.

Justeru, Kerajaan Negeri memberi komitmen sekali lagi dan harap dapat bantuan daripada pegawai-pegawai kerajaan juga untuk membantu pejabat EXCO Agro Teknologi untuk memastikan ada satu lokasi yang milik Kerajaan Negeri untuk berlaku pendaratan Tuna. Dia tak susah, dia seperti yang kita tengok di Butterworth pendaratan biasa dan kali ini kita cuba nak mengasingkan pendaratan Tuna dengan pendaratan-pendaratan komersial seperti bawang, beras dan juga lain-lain. Sekiranya, kita dapat sediakan pendaratan Tuna ini secara sistematik dan baik saya yakin kapal-kapal dari luar negara Taiwan dan juga lain-lain akan mendarat di Pulau Pinang dan akan memberi limpahan ekonomi pada masyarakat setempat dan akan meningkatkan lagi kadar KDNKK di negeri Pulau Pinang, khususnya, dalam industri perikanan.

Usaha ini menyahut persoalan Yang Berhormat Air Itam dan juga Batu Lancang yang mengutarakan isu pendaratan Tuna pada sesi perbahasan hari pertama yang lalu. Menjawab soalan Yang Berhormat Telok Bahang kerja-kerja baik pulih sebuah bangsal nelayan yang dikenali sebagai bangsal kuning. Menurut LKIM sebanyak RM290,800 ibu pejabat LKIM telah meluluskan peruntukan sebanyak jumlah tersebut untuk proses pembinaan semula tembok penahanan ombak di kawasan sesi TC ini. Selepas selesai ini pihak LKIM akan menghantar permohonan untuk membina sebuah balai nelayan baru di kawasan kompleks LKIM iaitu di sebelahan dengan bangsal kuning tersebut.

Bagi merujuk isu secara pencemaran laut di Balik Pulau ke Telok Bahang Yang Berhormat Telok Bahang penternak ikan sangkar tidak menggunakan bahan racun. Sebaliknya hanya menggunakan mesin rumput dan kapur bagi penyelenggaraan kolam. Bahan tidak membahaya dan penting untuk keseimbangan kolam. Pencemaran yang berlaku disyaki adalah berpunca daripada sistem. Ada sisa domestik dan juga perumahan berhampiran. Bagi menjawab soalan yang berbangkit Yang Berhormat Penaga, Yang Berhormat Penaga penebusan baucar bantuan nelayan ini tidak terjejas malah kita lanjut sehingga 31 Disember 2025.

Yang Berhormat bagi koperasi, kita Kerajaan ini komitmen memberi komitmen yang tinggi untuk melaksanakan projek-projek ataupun program yang bagi impak tinggi dalam bidang koperasi. Buktinya hasilnya adalah melihat pada tahun 2023 hasil daripada keseluruhan koperasi di negeri Pulau Pinang ini sebanyak RM518 juta meningkat kepada RM624 juta hasil koperasi dalam negeri Pulau Pinang daripada 2023 sebanyak RM518 juta kepada RM624 juta pada tahun 2024, dengan 11 sebuah koperasi tergolong dalam kluster besar yang menyumbang kepada perolehan melebih 500 juta pada tahun 2024. Kerajaan Negeri memberi komitmen untuk meneruskan Geran Mutiara MADANI sebanyak RM200,000 dan kita cubalah usik sikit Pegawai Kewangan Negeri untuk kita memohon peruntukan tambahan RM450,000 kalau kita dulu kita dapat RM200,000 kali ini kita cuba nak mohon RM450,000 untuk koperasi. Sekiranya dapat Alhamdulillah, tak dapat kita akan teruskan dengan RM200,000 dan sepanjang 2021 sebanyak RM1.2 juta telah diperuntukan kepada 122 koperasi yang berjaya melalui program geran operasi ini dengan memberi manfaat kepada lebih kurang 122 koperasi.

Bertitik tolak itu Kerajaan Negeri juga komitmen memberi komen penuh terhadap pemerkasaan sektor koperasi yang akan menganjurkan taklimat penggubalan Akta Koperasi 1993 pada 29 Mei ini, ianya sangat penting kerana penggubalan akta ini dah puluhan tahun tidak berlaku dan dia akan berlaku bacaan pertama dan juga bacaan kedua di peringkat Parlimen. Justeru, Kerajaan Negeri mengumpul pihak-pihak yang berkepentingan dengan koperasi ini untuk memberi idea-idea untuk dibawa dalam menggubal akta koperasi. Yang sudah puluhan tahun untuk memperkukuhkan aspek pengawalseliaan, meliberalisasikan perundangan koperasi dan memperkasakan peranan SKM sebagai badan kawal selia utama. Dengan pendekatan ini koperasi di Pulau Pinang di jangka akan beroperasi lebih cekap telus berdaya saing. Seterusnya, menyumbang segala signifikan kepada pembangunan sosial ekonomi negeri. Tuntasnya, Kerajaan Negeri menyeru semua pihak bertanggungjawab untuk mengambil bahagian dan taklimat ini untuk demi memastikan suara dan pandangan anda diambil kira di peringkat Parlimen.

Akhir kata, sebagai sebuah negeri yang memacu ke arah peningkatan kualiti hidup berteraskan misi dan juga visi Penang2030. Kerajaan Negeri sentiasa mempertingkatkan segala usaha dengan memberikan sepenuh perhatian kepada sektor pertanian, perikanan dan juga penternakan bagi meningkatkan keberhasilan yang berkualiti tinggi dan juga lestari. Saya yakin bahawa hasil makanan yang bermutu tinggi dengan bekalan yang mencukupi merupakan asas kepada peningkatan kualiti hidup yang ditekankan dalam Visi Penang2030. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan turut memainkan peranan penting dalam bidang Pembangunan Koperasi sebagai satu langkah dalam mengembangkan ekonomi negeri sekaligus menyumbang kepada hasil negeri.

Dato’ Timbalan Speaker.

Musim durian pun telah tiba,

Begitu juga manggis dan juga dokong,

Majulah negeri untuk semua,

Saya mohon untuk menyokong.

Kalau tuan memikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami,

Kepada semua YB usul diberi,

Mohon sokongan cadangan kami.

Sekian, wabillahhi taufik walhidayah wassalamualaikum.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Minta maaf Dato’ Timbalan Speaker, minta pencelahan. Minta maaf EXCO, jangan emosional, tenang.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Insya-Allah.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Baru-baru ini hari Isnin, saya ada buat perbahasan berkaitan dan pembuangan pekerja iaitu syarikat NAFAS, GLC di bawah KPKM. Seramai 8 pekerja fasa pertama dibayar pampasan dan fasa yang kedua iaitu seramai 58 orang pekerja telah diberi VSS. Kebanyakan pekerja ini kategori B40. Nafas dah tak bernafas EXCO, dan membuat pekerja sesak nafas. Sebab apa saya kata macam tu, masalah dia pampasan sehingga sekarang 30.3.2025 sehingga sekarang tak dapat lagi pampasan yang mereka harapkan.

Jadi mohon, saya mohonlah bantuan daripada EXCO untuk memberi bantuan lah kepada pekerja ini. Memang dari beras Feri kita bantu B40 tapi apabila berlaku buangan pekerja macam ni, kita kesian lah. Sampai datang tempat pejabat saya, mengadu hal ni, ke mana arah mereka nak pergi. Jadi saya mohon lah, EXCO take note lah berkaitan isu ini. Terima kasih.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Bakap. Insya-Allah saya ambil maklum tentang NAFAS ini. Saya pun turut berdukacita terhadap apa yang berlaku dan ianya adalah bidang kuasa Kementerian KPKM, NAFAS di bawah KPKM. Insya-Allah saya cuba bercakap terus dengan pihak KPKM iaitu pihak YB Menteri untuk membantu pekerja-pekerja ini. Itu saja daripada saya, sekian wabillahhi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, Pantai Jerejak. Dalam kesempatan ini, saya ingin membuat sedikit penjelasan mengenai isu kekhilafan semalam, yang mana saya menyebut YB Cap Feri. Tapi kalau kita lihat hari ini, lebih daripada separuh masa pergulungan yang dibuat oleh YB EXCO menyentuh bab Cap Feri dan saya lihat ada komen-komen di luar konteks sebenarnya diambil. Bukan tujuan saya untuk merendah atau meremehkan usaha Yang Berhormat EXCO dan kita tau beliau berusaha keras sampai bawa beras Cap Feri lah mai ke DUN ni. Jadi saya (tepuk meja) saya mohonlah kalau, kita di sini memang kita faham situasi apa yang berlaku disini, cuma komen-komen diluar. Dan saya harap YB EXCO tak kecil hatilah. Kalau kecil hati saya minta maaf banyak-banyak. Okey. Jadi seterusnya saya persilakan, Perai.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Timbalan Speaker. Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I dan II, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa syukur kerana kita dapat bersama-sama berkumpul dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas bagi membahaskan perkara-perkara penting demi kesejahteraan rakyat negeri Pulau Pinang.

Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Yang Ke-9. Semoga kepimpinan beliau terus membawa negeri ini ke arah kemajuan dan kesejahteraan yang lebih gemilang. Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Yang Ke-8 atas jasa baik, kepimpinan yang luhur serta sumbangan besar beliau kepada negeri ini sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Secara peribadi, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk bersama-sama Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dalam pelbagai usaha demi kesejahteraan rakyat negeri Pulau Pinang. Antaranya, menerusi penganjuran inisiatif penanaman 1 juta pokok dalam satu (1) hari, di mana kita dapat tanam sejumlah 1.27 juta pokok. Yang ini berjaya melakar sejarah bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat kebangsaan. Jesteru itu, saya menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyahut inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengurangkan penggunaan kertas (paperless) dalam dokumentasi harian, termasuklah teks-teks ucapan perbahasan atau penggulungan di Dewan yang Mulia ini.

Oleh kerana itu, saya guna tab daripada gunakan cetakan kertas hari ini. Sebagai EXCO, saya mengalu-alukan supaya semua ahli di dewan ini kalau boleh mulai sidang yang akan datang kita, we go paperless. Di peringkat negeri Pulau Pinang, MMK sudah pun paperless sekarang.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Cadangan. Minta apa nama ni cadangan daripada Perai, saya rasa ni cuma kena ada skrin untuk memaparkan. Skrin besar untuk memaparkan apa ni ucapan tu. Baru kita boleh kurang kalau tidak, dok cetak tu lah kertas.

Boleh. Terima kasih. Tapi kita ada allowance untuk beli tab lah. Masing-masing boleh beli juga ya. Gunakan allowance tu yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Nanti kita minta SUK consider proposal ini. Tambahan pula... (gangguan)

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Pakai dua mic tu.

Nanti tak dengar, kalau kuat tak ada orang kacau. Tambahan pula, kebanyakan dari Ahli-ahli Yang Berhormat telah dibekalkan dengan kemudahan tablet di mana penggunaan tablet ini dapat menjimatkan kos-kos seperti penggunaan kertas, dakwat, elektrik dan dalam masa yang sama dapat menyelamatkan pokok-pokok dari ditebang untuk membekalkan kertas. Tak guna kita tanam sejuta pokok kemudian tebang untuk buat kertas. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di atas pemergian beliau terutama sekali kepada sahabat kita, Yang Berhormat Bertam yang meneruskan legasi beliau di Kepala Batas.

Selanjutnya, izinlah saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan menyentuh isu-isu berkaitan perumahan dulu, diikuti dengan alam sekitar, yang merupakan antara keutamaan dalam agenda pembangunan negeri Pulau Pinang ini.

Bagi perumahan, Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, mengenai proses pemilihan dan penawaran Rumah MutiaraKu. Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu, Yang Berhormat Permatang Berangan dan Yang Berhormat Penanti. Berkenaan proses pemilihan dan penawaran Rumah MutiaraKu yang sebelum ini dikenali sebagai Rumah Mampu Milik, dilaksanakan secara telus dan tanpa campur tangan pihak berkepentingan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat menitik beratkan aspek penawaran Rumah MutiaraKu agar dikendalikan dengan teratur dan sistematik tanpa sebarang penyelewengan. Saya ingin menegaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa proses pemilihan dan penawaran Rumah MutiaraKu adalah dilaksanakan secara telus dan berintegriti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Prestasi dan Pencapaian Perumahan, dengan izin dalam bahasa Inggeris, Housing Outcome Performance Committee iaitu HOPE. Mesyuarat ini merupakan satu harapan kepada pemilik-pemilik perumahan. Jawatankuasa ini telah diperkenalkan untuk memastikan pemilihan nama bagi tujuan penawaran Rumah MutiaraKu adalah dibuat dengan telus dengan mengambil kira status permohonan yang merangkumi faktor seperti status permohonan dan berkenaan permohonan dalam senarai menunggu. Dan segala mesyuarat yang kita ada ini, dirakamkan untuk memastikan dia dijalankan dengan cara telus.

Mengenai penyelenggaraan di skim perumahan awam dan swasta. Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat berkenaan isu penyelenggaraan di skim perumahan awam dan juga PPR Kerajaan Negeri khususnya di PPR Bagan Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak dari tahun 2021 sehingga April 2025, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan sebanyak RM3,480,049.81 bagi kerja-kerja penyelenggaraan di PPR Bagan Jaya sahaja, ini untuk satu (1) projek sahaja. Kerja-kerja yang kita jalankan adalah kerja-kerja seperti pendawaian, keretakan bangunan, lapisan kalis air iaitu waterproofing, serta kerja-kerja yang lain bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk. Selain perumahan awam, Kerajaan Negeri juga prihatin terhadap penyelenggaraan perumahan swasta di bawah RM150,000.00 seperti mana dibangkitkan oleh YB Bagan Dalam.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan satu-satunya Kerajaan Negeri di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan ini. Cuma di Pulau Pinang sahaja kita menawarkan untuk menampung kos penyelenggaraan selepas kita jual rumah kepada pembeli kita. Setiap tahun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang menyediakan peruntukan sebanyak RM6.8 juta di mana peruntukan ini diagihkan untuk melaksana kerja-kerja penyelenggaraan berdasarkan senarai menunggu dan keutamaan. Oleh itu, sejak dari tahun 2013, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Pulau Pinang iaitu dikenali sebagai TPM80PP sebagai inisiaitf untuk membantu membiayai kos kerja-kerja penyelenggaraan yang merangkumi pelbagai skop. Melalui program ini, pemilik hartanah cuma bayar 20% melalui Management dan 80% akan ditampung oleh Kerajaan Negeri.

Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban berkenaan isu kerosakan tangki air di Flat Bukit Jambul. Hasil semakan mendapati Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan permohonan pembaikan 10 tangki, 10 tangki air bagi kelima-lima blok di Flat Bukit Jambul di bawah program TPM80PP dengan jumlah kos sebanyak RM402,614.00 pada 22 Mac 2022. Pihak pengurusan Flat Bukit Jambul diberi tempoh selama 3 bulan untuk menyelesaikan bayaran sebanyak 20% supaya Lembaga boleh bekalkan balance untuk menjalankan kerja-kerja dia. Tetapi pengurusan gagal untuk membayar 20% iaitu jumlah RM80,522.80 dan secara automatik tawaran itu pun lupus. Pihak pengurusan Flat Bukit Jambul telah mengemukakan permohonan kedua pada 13 Mac 2024. Status semasa ada di dalam senarai menunggu dan akan diluluskan mengikut giliran, on a first come, first serve basis. Begitu juga di skim perumahan Centrio Avenue seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan kerja-kerja pembaikan lapisan kalis air iaitu waterproofing bagi Menara B pada tahun 2022 di bawah TPM80PP. Dan kini Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan perolehan bagi kerja-kerja pembaikan lapisan kalis bagi Menara A untuk menangani masalah isu kebocoran di blok tersebut.

Bagi Akta Pembaharuan Semula Bandar iaitu Akta PSB, Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, saya juga menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menggubal Akta Pembaharuan Semula Bandar, yang turut mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Seri Delima dan Yang Berhormat Bagan Dalam. Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Julai 2025 oleh Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penggubalan akta ini diyakini dapat memudahkan pelaksanaan projek-projek pembaharuan semula bandar, di samping melindungi hak-hak pemilik sedia ada secara lebih berkesan. Projek pembaharuan semula Bandar Padang Tembak berkenaan projek pembaharuan semula Bandar Padang Tembak seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga, saya setuju bahawa Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) wajar disokong. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan beberapa projek perintis di bawah inisiatif ini melalui Pelan Induk Perancangan Pembangunan Rumah Mutiaraku yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. PSB Padang Tembak merupakan salah satu daripada projek perintis di bawah Pelan Induk ini.

Projek ini memerlukan sedikit masa sedikit lebih masa untuk diteliti. Oleh kerana tapak itu agak ketat. Kita kena cari lagi satu tapak supaya kita boleh bina rumah baharu untuk dipindah orang-orang yang sedia duduk di tapak yang sedia ada. Sekiranya Akta PSB ini dikuatkuasakan, ia dijangka akan memberi implikasi positif yang signifikan, terutamanya dalam memperkemas tatacara pelaksanaan projek dan penyelesaian pelbagai kekangan di bawah prosedur dan Akta yang sedia ada. Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama menyokong usaha Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk merealisasi hasrat ini. Saya juga mengambil maklum bahawa Yang Berhormat Kebun Bunga.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

YB Perai. Boleh.

Boleh.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Saya merujuk kepada satu kenyataan media oleh YB. Saya rasa pada dua minggu yang lepas berkenaan dengan pembangunan semula bandar di Pulau Pinang. Dalam kenyataan media itu, dipaparkan bahawa Padang Tembak ini dalam senarai yang ke-11. Kalau saya tak silap lah. Okey, cuma saya nak tanya kenapa pembaharuan semula Padang Tembak diletak dalam senarai yang ke-11 dan kekangan tapak itu. Apa yang ada masalah dengan kekangan tapak? Sebab seperti sebelum ini kita telah bincang bahawa ada satu tapak kosong oleh pihak MBPP di mana keluasannya sesuai untuk phase by phase lah, fasa untuk membuat pembaharuan semula bandar di Padang Tembak.

Terima kasih Yang Berhormat Kebun Bunga. Minggu lepas pun saya pergi ke satu tapak untuk buat program sebegitu juga. URC iaitu di Taman Mesra yang merangkumi hampir 800 unit. Lebih dari 800 unit. Tapi kelebihan tapak ini adalah memang sudah ada satu bidang tanah sebesar lebih kurang 4.5 ekar yang disediakan untuk kawasan riadah. Ya, dan tanah ini bagi kita peluang untuk membina kesemua blok yang dikehendaki untuk menampung kesemua 800 penduduk dan kemudiannya kita boleh robohkan unit-unit yang sedia ada dan bina tambahan Rumah Mutiaraku.

Tetapi untuk projek Padang Tembak ini, memang kalau nak bina dalam tapak yang sedia ada itu tidak mungkin. Tanah yang ada di sebelah itu kami masih teliti lagi kerana di sana ada tanah yang dimiliki oleh Ministry of Defence pun ada di sebelah padang sebelah sana ada. So, kami belum kenal pasti di mana tanah yang kita nak jalankan projek ini dulu. Kalau memang sudah ada satu tanah yang kita boleh melancarkan projek tidak perlu kita tunggu projek ini untuk dijalankan. Bila kita ada tanah, kita boleh bina beberapa blok untuk memindahkan orang ke dalam blok itu supaya blok yang sedia ada boleh diroboh dan projek baru boleh naik. So, bagi kita tempoh masa, kita kena kenal pasti kawasan tanah di mana kita nak bina unit-unit baru. Itu sahaja.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Seberang Perai. Izinkan saya sebab saya pun jiran kepada Kebun Bunga dan juga penduduk Air Itam. Setahu saya masa dulu apabila tanah sekarang yang dikatakan tempat letak kereta, ke Padang Tembak itu adalah tanah-tanah perumahan. Tapi masa itu ada cadangan untuk pindahkan penduduk di sana untuk menjadikan tapak itu sebagai tapak sementara untuk pembinaan blok flat baru untuk mereka ubah. So, adakah perancangan ini masih akan diteruskan atau tanah baru akan dicari.

Tidak. Terima kasih. So, purpose pembangunan itu sama, ya. Sama dengan Taman Mesra. Tanah yang sedia ada itu digazetkan sebagai kawasan lapang. Sepatutnya tidak boleh diguna. Tetapi apabila kita bina bangunan itu di kawasan lapang, esok bila projek itu siap kita akan bagi balik tanah kawasan lapang itu di tapak yang asalnya. Sama juga untuk Padang Tembak, jika kita gunakan tanah yang ada itu esok kita akan gantikan balik. Tetapi pemilikan tanah, kami belum pasti tanah yang mana satu. Memang di sebelah, di situ ada satu tanah kecil

Memang tidak cukup untuk bina untuk kesemua orang dan ada satu lagi pemilikan tanah oleh Ministry of Defence yang kita tengok ada lebih peluang untuk bina semua unit di sana dan pindah berperingkat-peringkat. Kalau nak keluarkan 100%, memang tidak boleh. Kita kena keluar, sediakan mungkin dua ke tiga blok, kita pindah dulu, roboh kemudian kita pindah. Stage by stage. This Project (dengan izin) This Project is a very very tight project to work on so we cannot like move everybody out and then build a new one and move them. Kita kena, kita tidak boleh pindah orang, pindah-randah orang kerana itu akan menampung kos kepada Kerajan Negeri juga.

So, kita kena secara kreatif menyediakan satu ke dua blok dulu, pindah orang kemudian robohkan dan bina baru di sana supaya kita boleh pindah. Kesemua projek-projek URC di Pulau Pinang ini, kita mengambil langkah sebegitu. Kalau kita nak robohkan keseluruhan projek sedia ada dan bina baru dan selepas tiga empat tahun pindah balik, memang kos akan terlalu tinggi. So, untuk Padang Tembak, bagi kita sedikit masa. Bukan hasrat kita nak nomborkan sebelas, cuma kita buat yang senang dulu. We do the easy ones first, and keep the more difficult ones later so that we can come back and revisit.

Saya juga mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Kebun Bunga agar perancangan ini dilaksanakan dengan melibatkan pakar profesional secara menyeluruh bersama Kerajaan Negeri, demi memastikan perancangan yang mampan dan menjamin kesejahteraan rakyat negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, pihak negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memerlukan bantuan dana peruntukan daripada pihak Kerajaan Pusat dengan mengambil kira complexity projek ini. Banyak-banyak projek URC kita, complexity yang tertinggi sekali adalah Padang Tembak. So, bagi kita sedikit masa dan kita akan pasti jalankan projek ini.

Berkenaan pembangunan perumahan di Kuala Juru, menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah berhubung pembangunan semula perumahan nelayan di Kuala Juru. Kerajaan Negeri sebelum ini telah meluluskan pemberimilikan tanah kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) seluas 27.59 ekar dengan tempoh pajakan selama 60 tahun mulai tahun 2007. Selari dengan tujuan asal pemberimilikan ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia perlu meneruskan program penempatan semula nelayan di Kuala Juru. Susulan kunjungan hormat saya bersama YB ADUN Bukit Tengah dengan wakil Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sebagai input kepada TYT ke-8, kos dan reka bentuk awalan telah disediakan oleh Lembaga dan sudah pun diserah kepada Lembaga Kemajuan Ikan Pulau Pinang untuk pertimbangan lanjut Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur.

Berkenaan alam sekitar pula, berkenaan pencemaran Pantai Esen. Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB ADUN Sungai Dua dan Yang Berhormat ADUN Sungai Bakap mengenai isu pencemaran Pantai Esen serta ketelusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi projek Kerajaan Negeri. Bagi isu pencemaran Pantai Esen, Kerajaan Negeri melalui pemaju projek iaitu Pulau Silikon, iaitu Silicon Island Development Sdn. Bhd. (SIDSB), telah menjalankan analisis tambahan di atas kualiti air laut di kawasan Pantai Esen dan hasil analisis tersebut mendapati bahawa paras nitrat di kawasan terbabit adalah agak tinggi dan dipercayai berpunca daripada pencemaran dari kawasan hulu sungai, khususnya akibat pembuangan air kumbahan domestik dan air basuhan yang tidak dirawat dengan sempurna.

Di samping itu, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang akan melaksanakan Program Sungai Hijau iaitu Green River Programme yang bertujuan untuk memulihkan kualiti air sungai dari kawasan hulu dalam keadaan baik. Kerajaan Negeri melalui Silicon Island Development Sdn. Bhd. juga telah melantik seorang perunding alam sekitar iaitu Dr. Nik & Associates Sdn. Bhd. bagi menjalankan kajian keseluruhan dan mengemukakan cadangan langkah-langkah mitigasi yang bersesuaian bagi jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Pada masa yang sama, pihak Silicon Island Development Sdn. Bhd. telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi menangani isu yang timbul di kawasan terlibat.

Antara tindakan yang telah dilaksanakan termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan secara manual di kawasan pantai yang terjejas, melaksanakan pemantauan fizikal secara harian bagi memastikan keadaan sentiasa berada dalam kawalan dan sesi libat urus turut diadakan bersama komuniti setempat dan pihak-pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas serta menjelaskan langkah-langkah yang akan, langkah-langkah yang sedang diambil. Pemantauan terhadap pelaksanaan tindakan ini sedang dikendalikan secara rapi oleh Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. (PICSB), iaitu anak syarikat negeri, Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana dan pemantau utama.

Laporan berkala daripada perunding alam sekitar yang akan dibentangkan kepada Mesyuarat Lembaga Pengarah PICSB yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang sebagai agensi pemantau terhadap pematauan syarat-syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar iaitu EIA.

Seterusnya, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Sungai Bakap, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa berpegang teguh dengan kepada prinsip pembangunan mampan yang berdaya tahan, di mana setiap projek pembangunan yang dirancang atau dilaksanakan perlu mengambil kira aspek perlindungan alam sekitar dan kesejahteraan sosial secara holistik.

Sebagai sebahagian daripada keperluan undang-undang dan komitmen terhadap tadbir urus yang telus, setiap projek pembangunan utama di negeri ini yang berpotensi memberi kesan ketara kepada alam sekitar dan dikenali, dikenal pasti tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling iaitu aktiviti yang ditetap, penilaian kesan kepada alam sekeliling tahun 2015 adalah tertakluk kepada perkemukaan Laporan EIA terlebih dahulu untuk meluluskan kelulusan sebelum Jabatan Alam Sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Kerajaan Negeri menyokong penuh pelaksanaan EIA yang menyeluruh dan telus, termasuk melalui pelantikan perunding alam sekitar bertauliah, pelaksanaan pemantauan dan audit secara berkala, serta penyampaian laporan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar.

Hal ini kerana, EIA berperanan penting dalam memastikan sebarang pembangunan yang dirancang akan dilaksanakan secara bertanggungjawab. EIA merangkumi analisis menyeluruh terhadap potensi impak alam sekitar, termasuk kesan di atas air, udara, tanah, biodiversiti, landskap marin, komuniti setempat, pengurusan risiko dan sisa. Melalui proses ini, langkah-langkah mitigasi dan kawalan akan dicadangkan bagi mengurangkan impak negatif yang mungkin timbul.

Yang ini berkenaan pewartaan Middle Bank. Seterusnya Yang Berhormat ADUN Machang Bubuk membangkitkan mengenai pewartaan Middle Bank. Secara asasnya, Kerajaan Negeri tiada halangan untuk mewartakan semula Middle Bank sebagai Marine Santuary apabila projek Pembangunan di sekitar telah selesai dilaksanakan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Middle Bank adalah kawasan perairan di Selat Pulau Pinang yang kaya dengan pelbagai ekosistem marin semula jadi dan juga tempat makanan tempat makan bagi pelbagai hidupan laut termasuklah ketam, ikan lumba-lumba, memerang laut dan juga dugong.

Middle Bank juga berpotensi besar untuk diiktirafkan sebagai santuari marin dan menjadi lokasi pertama bagi melaksanakan Blue Carbon Trading di Pulau Pinang. Penyerapan karbon atau carbon sequestration berpotensi dilaksanakan melalui pemuliharaan padang rumput laut iaitu seagrass meadows dan hutan bakau yang terdapat di kawasan ini. Usaha menggazetkan Middle Bank sebagai kawasan perlindungan turut sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap kelestarian alam. Pendekatan itu bukan sahaja akan memperkukuh keyakinan dalam kalangan pelabur, terutamanya yang berteraskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), tetapi juga jadi bukti kepada keseimbangan dasar Kerajaan Negeri dalam merangka pembangunan mampan tanpa meminggir aspek pemuliharaan alam sekitar.

Justeru, ingin saya menyatakan bahawa Middle Bank bukan sekadar aset alam semulajadi yang unik malah merupakan simbol komitmen jangka panjang negeri Pulau Pinang ke arah pembangunan mampan, pemuliharaan biodiversiti dan peningkatan daya tahan komuniti dalam menghadapi perubahan iklim global. Middle bank ini adalah satu tempat yang unik sekali di Asia Tenggara. Kawasan yang kita ada ini adalah satu treasure yang sangat besar untuk Pulau Pinang kerana di situlah pembiakan ikan dan makanan ikan yang banyak sekali sedia. Ya, kami memang nak gazetkan tanah ini tetapi buat masa sekarang kena sabar dulu kerana sudah ada pun beberapa projek yang diluluskan di sekitarnya yang belum siap, bila dah siap kita akan gazetkan tanah ini. Sebagai seorang…(gangguan).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

ADUN, Yang Berhormat Perai boleh saya minta pencerahan. Terima kasih YB Perai yang telah menegaskan sekali lagi pendirian Kerajaan Negeri untuk mewartakan kawasan Middle Bank ini dan usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk memelihara kawasan Marine Sanctuary ini yang begitu unik sekali. Cuma saya juga ada satu persoalan di mana saya juga difahamkan bahawa Middle Bank ini tadi YB Perai juga ada sebut di persekitaran Middle Bank sudah ada banyak projek-projek yang bakal dilaksanakan dan ia juga akan menjejaskan sekiranya kerajaan mewartakan tempat itu, maka dalam lingkungan 500 meter itu tidak boleh adakan apa-apa pembangunan. So, tadi YB Perai telah menerangkan bahawa kerajaan akan berusaha untuk mewartakan selepas projek-projek itu siap. Saya nak memastikan adakah itu apa yang akan dilakukan maka buat sementara ini kerajaan tidak akan mewartakan kerana ada projek-projek yang bakal dilaksanakan. Boleh bagi penjelasan tentang perkara ini. Sebab kita nak satu kepastian sama ada kerajaan akan teruskan usaha untuk mewartakan tempat tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Machang Bubuk. Memang janji Kerajaan Negeri itu untuk melaksanakan projek untuk menggazetkan Middle Bank ini memang akan jadi ya. Cuma seperti mana macam Machang Bubuk bagitahu tadi, bila kita ada projek-projek yang sudah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini dan jika kita gazetkan Middle Bank ini dulu, kita kena ikut set back line ya? Dan projek-projek yang sudah diluluskan tak akan, tak boleh dapat jalan lagi dah so kami nak siapkan projek-projek itu kemudiannya baru gazette. Kertas-kertas untuk menggazetkan semuanya memang dah siap cuma kita cadang untuk melambatkan sedikit, pasti akan jadi cuma lambatkan sedikit sehingga kerja-kerja yang sedang berjalan ini siap di kawasan pelupusan sampah dan sekian, di tepi tebing sana ya, bukan keseluruhan, di tepi-tepi sana.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

YB Perai, terima kasih atas penjelasan tersebut cuma saya juga rasa perlu kita tahu tentang garis masa berapa lama projek jangka, jangkaan berapa lama projek persekitaran itu akan siap dan dalam sementara kita tunggu projek itu siap, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa projek-projek yang akan dilaksanakan itu tidak merosakkan atau memusnahkan Marine Sanctuary yang Middle Bank ini tidak akan terjejas sebab apa yang saya risau adalah semasa nanti bila projek diadakan kemungkinan implikasi projek pembangunan itu akan menjejaskan Middle Bank yang ada, sedia ada ini so nanti kita projek siap, Middle Bank pun sudah habis. Nak warta pun tak, tak dapat diwarta lagi ya, so itu yang saya minta supaya ia dapat diberi perhatian yang sepenuhnya daripada EXCO Perai Alam Sekitar ini, terima kasih YB.

Terima kasih kerana input sedemikian. Sepertimana saya jelaskan tadi setiap projek yang dijalankan…(gangguan).

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Dato’ Seri Yang di-Pertua. Boleh?

Boleh saya dulu jawab dulu? Boleh? Saya jawab dulu ya.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Okey-okey.

Sepertimana saya bagitahu tadi setiap projek di Pulau Pinang bila dibangunkan kena buat EIA, TIA dan juga SIA ya. Kami akan mengambil kira semua-semua aspek ini sebelum kita menjalankan kerja-kerja. Mengenai jangka masa, projek ini pun termasuk penempatan semula nelayan di sana kalau takat kerja pembinaan dan tanah senang. Kalau nak deal dengan manusia susah sikit so kita pun tak tahu berapa lama akan makan masa tetapi projek ini memang akan jadi. Impian kita akan jadi kenyataan selepas kita selesai semua masalah di sekeliling Middle Bank ini. Tak jadi masalah. Boleh ya?

Okey, dan juga beberapa soalan dibangkitkan oleh YB, Yang Berhormat Batu Uban dan Yang Berhormat Bagan Dalam dan juga Yang Berhormat Bukit Tengah berkenaan isu pemilikan tanah kuil serta Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) warisan saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan kerana saya adalah seorang sahaja EXCO Hindu yang berbahasa Tamil dan berbangsa India so saya rasa saya ada tugasan untuk jawab soalan ini juga kerana ramai orang di luar sana mengharap supaya ada satu penjelasan untuk mengatasi masalah yang sedemikian. Jika saya dibenarkan saya nak berkongsi. Secara ringkas Yang Berhormat Dato’ Seri, Dato' Seri Yang di-Pertua Speaker so saya merujuk kepada beberapa soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban, Yang Berhormat Bagan Dalam dan juga Yang Berhormat Bukit Tengah berkenaan isu pemilikan tanah serta Rumah Ibadat Bukan Islam Warisan ya. Ini adalah rumah ibadat berwarisan sebelum kemerdekaan. Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan khususnya sebagai satu-satunya anggota pentadbiran Kerajaan Negeri yang keturunan India beragama Hindu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cuma nanti Perai, bila sampai ke EXCO yang menjaga portfolio RIBI itu, bahagian ini tak bertindihlah.

Okey, tidak, tidak bertindihlah. Cuma sebagai seorang EXCO beragama Hindu saya rasa saya ada tanggungjawab untuk bantu rakan saya untuk memastikan rumah-rumah ibadat yang dah duduk di sana sebelum kemerdekaan, zaman British, semasa ladang-ladang itu dimiliki oleh orang putih kemudiannya orang putih bagi izin untuk membina rumah ibadat dan sekolah Tamil di ladang-ladang yang sedemikian.

Selepas itu tanah itu pun dah tukar tangan dah tukar milik bila dah tukar milik, pemunya tanah baru pula tidak bagi izin ataupun diam sahaja. So saya rasa sebagai seorang Hindu rumah-rumah ibadat kita tidaklah boleh dilabelkan sebagai haram padahal pendatang tanpa izin daripada luar negara yang datang kerja sini pun dapat respect di brand, di bagi nama pendatang tanpa izin. Tak bolehlah kita menamakan satu rumah ibadat sebagai haram. Pasal benda-benda, rumah-rumah ibadat ni sudah ada di sana turun-temurun sebelum kemerdekaan cuma pemilikan tanah tidak teruskan.

So di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kami di negeri Pulau Pinang sehingga sekarang sudah pun dapat pemilikan tanah untuk lebih kurang 6 rumah ibadat Hindu dan satu rumah ibadat Cina dan saya cuma nak bagitahu di sini Kerajaan Pulau Pinang adalah kerajaan prihatin yang bagi kita peluang untuk pemilikan tanah melalui tanah kerajaan ataupun kami mendapat tanah swasta yang kita beli sekarang seperti di Penanti ada satu rumah ibadat yang dibangkitkan oleh Batu Uban semalam, pemilik tanah itu sanggup jual tanah dan kita beli tanah itu dengan harga yang ditetapkan. Okey? Akhir kata sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang…(gangguan).

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Dato’ Seri Yang di-Pertua, sikit saja saya nak dapatkan sedikit penjelasan. Boleh tak? Boleh?

Saya sudah tua, nanti saya baca dulu kemudian boleh jawab tak? Nanti saya lupa pula.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Sekejap je. Saya nak dapatkan sedikit penjelasan mengenai isu Perumahan Queenton. Dah?

Boleh.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Boleh ya? kita dapati perumahan ini sudah terbengkalai selama 3 tahun. Jadi kita nak dapatkan maklumat yang lebih jelas. Syarikat mana yang sudah, sudah mengambil alih dan juga sekarang ni kita dapati pembeli-pembeli datang ke pejabat saya, jadi mereka suarakan masalah mereka setiap bulan dibayar ansuran RM1,000.00 tiap-tiap bulan, sudah bayar lima tahun. Lepas tu mereka terpaksa sewa pula jadi dua kali bayar, satu dekat bank, satu kepada rumah, rumah sewa. Jadi kita rasa amat prihatinlah. Mereka terbeban. Setiap bulan korbankan RM2,000.00 untuk selesaikan isu rumah. Terima kasih.

Terima kasih Pulau Betong. Ini adalah satu soalan yang banyak baik ya. Projek ini memang dah terbengkalai lebih dari tiga tahun. Syarikat yang menjalankan projek itu pun sudah digulung. Penggulungan ini baru dalam beberapa bulan sahaja, ya. Kalau ikut kebiasaan, projek ini kena diserahkan kepada KPKT ya, yang mungkin mengambil masa untuk menghabiskan projek ini. Saya sebelum YB kemukakan kepada saya, saya pun sudah pantau projek ini dan saya pun sudah jumpa dengan penduduk-penduduk tempatan dan saya pun dah minta dia orang menubuhkan satu (1) Jawatankuasa Induk yang dia orang sudah tubuhkan dan saya pun sudah berjumpa dengan dia orang dengan kebenaran Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita, ya.

Ketua Menteri kita bagi saya arahan supaya saya kena siapkan projek ini secepat mungkin supaya orang tak susah lagi. Ini akan jadi satu projek hari ini dalam sejarah jika Kerajaan Negeri dapat menghabiskan. Kebiasaan kita kena pergi ke pusatlah ya, so oleh kerana masa yang dah ambil tu agak lama dan orang tunggu, hari-hari tengok rumah, bulan-bulan bayar bayaran, rumah tak dapat. Kesian dia orang ya. Ini adalah perjanjian daripada saya sebagai EXCO Perumahan, dengan izin dengan kebenaran Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya pun sudah start selidik projek ini, kita dah jumpa dengan pemilik dan jumpa dengan Jawatankuasa Induk, saya pun sudah jumpa dengan bank-bank dan kesemuanya dan saya rasa sebelum hujung tahun ini kita akan start kerja ini.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Saya nak minta, kebenaran kalau boleh apabila ada libat urus panggil semua pembeli rumah, ajak saya sekali pergi kerana apa? Kerana YB tak tahu apa yang berlaku. Jadi kita minta sangat-sangatlah. Bila ada pertemuan bersama dengan pembeli-pembeli rumah, jemputlah sekali YB kawasan kerana isu perumahan itu berlaku dalam kawasan saya, okey terima kasih.

Itu tak jadi masalah. Kerana ada orang pergi jumpa YB kan?

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Ya.

So orang tu pun saya kena bagitahu apa yang berlakulah tetapi saya kalau nak bertemu dengan 800 orang tu bukan senanglah, bukan semua kepala sama. Kita perlu dua tiga orang bising saja semua bising so saya tubuhkan satu (1) Jawatankuasa Induk di mana senang saya berbincang dengan dia orang, dengan peguam dia orang dan saya sudah adakan tiga mesyuarat bersama dia orang dan akan mengadakan satu lagi dalam tempoh sebulan lagi. Saya tengah berunding dengan liquidator macam mana kita nak mengatasi masalah hutang yang sedia ada. Impian akan jadi kenyataan. Sabar sahaja.

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat, mohon celah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan yang berkaitan, yang sama ke? atau…(gangguan).

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

RIBI tadi. Yang berkaitan RIBI. Terima kasih Yang Berhormat Perai atas kecenderungan untuk menjawab masalah RIBI ya, yang semakin runsing kebelakangan ini. Sebagai salah seorang wakil Ahli Dewan Undangan Negeri berbangsa India yang beragama Hindu saya berterima kasih. Jadi kita semua tahu isu yang dihadapi, jadi saya ingin mohon sama ada Yang Berhormat EXCO Hal Ehwal Bukan Islam ataupun Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, supaya satu kepastian bahawa kerajaan boleh menubuhkan satu task force khas RIBI untuk kita menyelesaikan isu-isu RIBI yang kita hadapi sekarang ini.

Ini amat penting untuk kita mencari satu penyelesaian secara menyeluruh, dan bukan sekadar perbahasan atau hujahan di sini sahaja. Jadi saya amat berharap, saya akan dapat satu maklumbalas yang terperinci mengenai permohonan ini. Terima kasih. Ini, ini bukan masalah satu kuil saja. Ia terlibat Kuil India, Kuil Cina dan sebagainya. Jadi, kita kena cari satu pendekatan yang menyeluruh. Terima kasih.

Terima kasih Bagan Dalam. Satu concern yang sebegitu mustahak. Bagi agama-agama lain seperti bagi agama Islam, kita ada Majlis Agama Islam dan untuk agama-agama yang bukan Islam, kita belum ada satu majlis lagi. Di peringkat persekutuan, saya rasa kita kena ada satu majlis untuk menjaga hal ehwal Rumah Ibadat Bukan Islam.

Yang bagus di Pulau Pinang, memang kita ada EXCO yang jaga Rumah Ibadat Bukan Islam dan juga kita ada Wakaf Hindu di Pulau Pinang. Itu kelebihan kita di Pulau Pinang, berbanding dengan negeri-negeri lain. Saya akan mengadakan satu mesyuarat dengan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, kalau boleh kita nak daftar semua rumah ibadat-rumah ibadat Hindu yang sedia ada di Pulau Pinang, di bawah Wakaf Hindu supaya kita ada satu rekod untuk semua rumah ibadat yang dah berdaftar. Yang tak berdaftar, tidak perlu. Yang berdaftar.

Dan kita sebagai Kerajaan Negeri, boleh bantu dia orang untuk cari pemilikan tanah melalui RIBI ataupun untuk membeli, bantu dia orang untuk membeli tanah macam di Penanti. So, jika kita boleh ada satu badan saya syorkan kalau boleh Wakaf Hindu di mana YB sendiri pun jadi commissioner. Saya minta kalau boleh Wakaf Hindu, ambil ini sebagai satu tanggungjawab dan kita daftar semua rumah ibadat Hindu yang sedia ada di Pulau Pinang, sekurang-kurangnya kita mula daripada Pulau Pinang lah ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay, landing.

So, akhir kata sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker kerana telah menjalankan tugas dengan begitu sabar dan bersikap adil dan professional.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya memang adil.

Saya juga ingin mengajak semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan ini untuk terus bersama Kerajaan Negeri, khususnya melibatkan Portfolio Perumahan dan Alam Sekitar demi memastikan perumahan mampu milik rakyat dan kehijauan alam sekitar dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat pada masa hadapan. Tak kira pembangkang atau kerajaan, marilah kita bersama-sama sebagai satu pasukan, menjalankan tugas kita secara professional.

Dengan itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Perai. Seterusnya nak jemput Padang Lalang. Sila.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia MADANI. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih diatas peluang untuk menyertai sesi penggulungan bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 khasnya bagi meliputi isu-isu berhubung dengan portfolio saya iaitu Belia, Sukan dan Kesihatan. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan isu yang berkait rapat dengan portfolio saya, semasa sesi perbahasan kepada usul. Terima kasih ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sempena mesyuarat kita pada kali ini.

Dan dikesempatan ini juga, saya ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ramli bin Ngah Talib yang telah mengangkat sumpah jawatan selaku Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang Ke-9.

Ucapan terima kasih juga ingin saya sampaikan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, di atas curah bakti yang telah pun ditaburkan demi Negeri Pulau Pinang sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selaku Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah khususnya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, yang telah membawa Pulau Pinang kepada kedudukan kewangan yang kukuh apabila negeri ini merekodkan lebihan sebanyak RM65.3 juta setakat 31 Mac yang lalu.

Dan dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah khususnya kepada barisan Staf Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan juga Pengarah Hospital Pulau Pinang di atas kejayaan Hospital Pulau Pinang yang telah mendapat pengiktirafan (dengan izin) World’s Best Hospitals tahun 2025 iaitu antara hospital yang terbaik di dunia. Bersama-sama juga dengan tujuh lagi hospital swasta yang ada di negeri Pulau Pinang, yang telah menerima pengiktirafan tersebut. Syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja Hospital Pulau Pinang.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, belia pencorak masa depan negeri kita. Sebagai makluman Dewan yang Mulia ini, pada 17 Mei yang lalu kita telah menyambut sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Hin Bus Depot, George Town. Jadi dengan tema #YakinBoleh, saya melihat anak muda kita kini berada pada landasan yang betul, dan saya ingin katakan di sini di mana Kerajaan Negeri akan terus membantu belia kita, untuk terus maju ke hadapan.

Ingin saya juga mengambil kesempatan di sini untuk melaporkan kepada Dewan yang Mulia ini, di mana kalau kita ikut kepada data ataupun statistik terkini yang dikongsikan oleh Pendaftaran Pertubuhan Belia ataupun ROY seramai 3,083 orang pemegang jawatan dalam Pertubuhan Belia di Pulau Pinang ini, adalah mereka yang berumur di bawah 30 tahun. Berbanding dengan 2,846 orang yang berumur lebih daripada 30 tahun.

Ini bermakna 52% daripada pemegang jawatan di kalangan Pertubuhan Belia yang ada di negeri Pulau Pinang ini, adalah dipegang oleh mereka yang benar-benar belia. Seperti yang ditakrifkan dan juga angka ini bukan sahaja, menunjukkan sokongan kita kepada Pelan Transisi Umur Belia yang direncanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan, tetapi ia telah membuktikan bahawasanya anak-anak muda kita di negeri Pulau Pinang, pertubuhan-pertubuhan belia ini benar-benar digerakkan dan juga diterajui oleh golongan muda yang aktif dan progresif.

Dan sebenarnya pencapaian ini tidak sebenarnya berlaku dalam sekelip mata saja, pencapaian ini adalah petunjuk di mana usaha gigih Kerajaan Negeri untuk menyediakan landasan yang terbaik untuk golongan belia di negeri Pulau Pinang ini. Melalui dasar-dasar seperti dana pembangunan belia di mana pada tahun lalu, tahun 2024 sebanyak RM93,500.00 telah pun diluluskan kepada sejumlah 30 Pertubuhan Belia bagi melaksanakan sebanyak 35 program dan telah memanfaatkan seramai 11,419 orang belia.

Manakala untuk tahun ini, sebanyak RM77,300.00 telah diluluskan kepada 41 buah Pertubuhan Belia di seluruh negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan 52 program yang akan memanfaatkan seramai 9,905 orang belia. Ini antara inisiatif yang telah pun diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, untuk kita terus memberi sokongan kepada Pertubuhan Belia yang ada di negeri Pulau Pinang, ini supaya mereka dapat maju jaya dan menganjurkan lebih banyak program untuk meningkatkan lagi kapasiti khususnya di kalangan belia di negeri Pulau Pinang.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya terus alih kepada portfolio saya yang berkait rapat dengan sukan di mana bermatlamatkan Matlamat Pembangunan Mampan ataupun (dengan izin) (SDG) Sustainable Development Goals (SDG) menjelang tahun 2030 untuk melestarikan kehidupan dan kesejahteraan buat semua. Kerajaan Negeri berhasrat untuk terus membawa Sukan Negeri Pulau Pinang ke arah dominasi dunia.

Sukan merupakan satu medium pembangunan yang paling berkesan atau dalam mempromosikan keamanan, kesejahteraan, dan pembangunan modal insan. Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun United Nations (dengan izin) di mana sukan turut diiktiraf berperanan dalam mengerakkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang tahun 2030.

Sukan telah memainkan peranan penting untuk meningkatkan matlamat serta usaha yang telah pun diiktiraf, dalam pelbagai resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam Deklarasi Agenda 2030, untuk pembangunan mampan yang telah pun dimeteraikan pada tahun 2000, di bawah Matlamat Pembangunan Millenium.

Peranan sukan dalam kemajuan sosial turut diakui merupakan pemangkin penting yang merealisasikan pembangunan dan keamanan dunia menerusi promosi, toleransi dan juga rasa hormat serta sumbangan dalam memperkasakan wanita dan golongan muda, individu serta komuniti serta dalam mencapai matlamat kesihatan, pendidikan dan keterangkuman sosial.

Jadi melalui pengiktirafan ini, usaha bagi memartabatkan lagi kegemilangan sukan negeri terus dilaksanakan. Saya ingin mengingatkan, walaupun negeri Pulau Pinang ini kita negeri saiz dia kecil, yang kedua terkecil selepas Negeri Perlis. Tapi, jangan main-main dalam bab sukan ini. Kita antara gergasi yang dapat bersaing di bukan sahaja di peringkat negara saja, tapi kita pun mampu untuk menghasilkan atlet-atlet yang mampu mewakili negara Malaysia di persada antarabangsa. Jadi Kerajaan Negeri kekal utuh dan terus komited dalam melahirkan atlet cemerlang.

Pulau Pinang tidak meminggirkan tanggungjawab untuk memperluaskan komitmen negeri dalam pembangunan sosial dan alam sekitar pada masa yang sama berlandaskan dengan inisiatif inisiatif yang tersenarai dalam Matlamat Pembangunan Mampan. Jadi antara usaha serta inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang menjelang tahun 2025 adalah seperti berusaha untuk meningkatkan lagi penyertaan wanita dalam sukan serta melipat gandakan jumlah wanita dalam pengurusan sukan-sukan negeri di peringkat induk. Mendorong keterangkuman jantina dan mewujudkan peluang yang lebih saksama buat semua selaras dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan yang keempat.

Jadi bagi merealisasikan hasrat untuk meningkatkan lagi pernyataan wanita dalam sukan yang dipertandingkan. Pada SUKMA tahun lalu tahun 2024 sebenarnya ada beberapa acara apabila kita adakan Mesyuarat Tertinggi, Jawatankuasa Tertinggi Penganjuran SUKMA kita mendapati ada beberapa acara sebenarnya misal katanya Terjun Air Wanita, Muay Thai Wanita Wai Kru, Tinju Wanita dan Bola Sepak Wanita sebenarnya hampir digugurkan sebab kurangnya penyertaan daripada antaranya negeri-negeri khususnya acara sukan yang melibatkan atlet wanita.

Tetapi negeri Pulau Pinang sudi untuk menawarkan sendiri dan meletakkan atlet-atlet wanita dihadapan untuk menyertai acara tersebut, supaya acara itu dapat diteruskan untuk dan kita menggunakan pendekatan kerjasama antara negeri-negeri saingan yang lain, dan seterusnya mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Tertinggi SUKMA bagi kita menyokong khususnya acara wanita ini untuk dapat diteruskan. Jadi untuk mengukuhkan usaha ini juga pada bulan Jun tahun ini, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan memberi kerjasama penuh kepada Majlis Sukan Negara Malaysia, dalam Penganjuran Persidangan ASEAN Conference on Gender Equity in Sports Tahun 2025 (dengan izin) yang bakal berlangsung dari 23 hingga 26 Jun di Hotel Cititel yang bertujuan untuk merencana dan memperkasakan halatuju inisiatif yang lebih berstruktur dalam memperkasakan wanita dalam ekosistem Sukan ASEAN.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga tidak lupa kepada kebajikan atlet-atlet negeri ini. Pelbagai inisiatif telah pun dilaksanakan bagi membantu atlet-atlet kita seperti pemberian sumbangan kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan SPM, STPM dan lain-lain lagi. Program Skim (dengan izin) Penang Athlete Carrier and Education ataupun PACE yang menyokong ke arah pembentukan kejayaan atlet di dalam bidang pendidikan, kerjaya dan juga kebajikan selain daripada bersukan Bukan itu saja, Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ataupun lebih dikenali sebagai (SKIMAS) turut dilaksanakan bagi memberi insentif kejayaan dalam bentuk kewangan. Insentif ini kita berikan kepada atlet-atlet daripada berasal daripada negeri Pulau Pinang yang telah mengharumkan nama negeri dan juga negara di persada antarabangsa.

Dan skim ini bukan saja kita tawarkan kepada atlet yang normal, yang normal sahaja kita juga tawarkan skim dengan jumlah ganjaran amaun Ringgit Malaysia yang sama kepada atlet para. Dan tidak lupa ganjaran dalam amount wang ringgit yang sama juga ditawarkan kepada atlet pekak. Saya kalau tak silap, kita satu-satu saja antara negeri yang menawarkan khususnya skim ini, ganjaran ini untuk menggalakkan lagi penglibatan atlet-atlet khususnya atlet para dan juga atlet pekak untuk mengambil bahagian dan juga sama-sama kita mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang dan juga nama negara Malaysia di persada antarabangsa.

Jadi, tahun ini saya ucapkan terima kasih khususnya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana Kerajaan Negeri telah telah menyalurkan sejumlah RM7 juta kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bagi merealisasikan hasrat negeri Pulau Pinang untuk memacu sukan negeri ini ke arah taraf antarabangsa. Semua ini adalah bertepatan dengan objektif utama Kerajaan Negeri yang sentiasa menyokong keterangkuman sosial dengan menangani isu kelaparan, kemiskinan dan ketidaksamaan dalam industri sukan di negeri Pulau Pinang dengan menawarkan lebih banyak lagi peluang biasiswa, kebajikan dan peluang pekerjaan kepada atlet-atlet negeri Pulau Pinang supaya mereka dapat terus memberi sumbangan kepada negeri Pulau Pinang melalui pendedahan sukan serta mengharumkan nama negeri.

Jadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang juga akan terus berusaha memartabatkan pembangunan sukan yang terbuka, menyeluruh dan melangkaui semua peringkat termasuk kepada pelajar, belia dan mahasiswa di negeri ini demi mewujudkan sukan yang sihat dan aman dan usaha ini akan digerakkan bersama semua pemegang taruh untuk terus bersama mewujudkan program-program pembangunan peringkat negeri yang kukuh, memupukkan kelahiran bakat-bakat tempatan yang baharu sambil menanam nilai-nilai kemampanan dan ketahanan yakni menyinari pentas sukan secara berkekalan dan dengan inisiatif yang diusahakan bersama dengan semua pemegang taruh industri sukan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang yakin bahawa pembangunan industri sukan akan dipertingkatkan dan dilestarikan selaras dengan matlamat pembangunan mampan. Ini menunjukkan satu tanda kepada negeri lain bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersiap sedia bukan sahaja kita menyahut cabaran untuk membangunkan lagi sektor industri sukan di negeri kita malah kita antara satu negeri yang bersedia untuk menyahut cabaran untuk menganjurkan Temasya Sukan Asia Tenggara atau pun (dengan izin) SEA Games pada tahun 2027 nanti.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk menjawab khususnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Seberang Jaya berhubung dengan pemain bola sepak yang asal daripada Negeri Pulau Pinang iaitu saudara Faisal Halim tentang isu seperti mana tempoh hari Yang Berhormat ADUN Seberang Jaya telah bangkitkan. Jadi pendirian Kerajaan Negeri di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang kekal dengan pendirian untuk tetap bersama dengan Faisal Halim berhubung dengan isu ni. Jadi kepada Faisal Halim sekiranya beliau mengikuti siaran kita saya hendak sampaikan Mickey walaupun saya bukan fans pasukan Liverpool tapi kita nak sampaikan kepada Mickey ‘you will never walk alone’.

Inilah pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana apabila berlakunya insiden yang agak mengecewakan ke atas beliau Kerajaan Negeri dan juga sayalah antara yang pertama untuk tampil bagi mengecam isu tersebut dan kita bukan saja tersebut kita telah menyampaikan bantuan kepada Abang Halim kepada bapa melalui bapa saudara Faisal Halim lah menyampaikan bantuan kepada mereka namun kita sedar tentang kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Dato’ Seri Mohamad Suhaili berhubung dengan kes ini walaupun telahpun diklasifikasikan sebagai NFA sehingga wujudnya bukti atau pun maklumat baharu namun demikian Kerajaan Negeri akan terus menyusuli kes ini dan apa yang paling penting adalah untuk memastikan siasatan yang dikendalikan oleh PDRM dapat dijalankan dengan lancar agar kita dapat memastikan mereka yang terbabit dalam insiden ini sama ada secara langsung atau tidak diheret ke mahkamah keadilan, itulah pendirian Kerajaan Negeri.

Jadi saya ingin juga menjawab kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Sungai Puyu berhubung dengan cadangan untuk menubuhkan akademi bola sepak. Sebenarnya ini adalah satu cadangan atau pun langkah yang strategik dan saya juga sebenarnya menyokong idea penubuhan akademi ini di mana ia juga boleh ditempatkan di kemudahan latihan yang disediakan dan diwujudkan melalui kerjasama bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, sektor swasta serta institusi pendidikan dan juga saya yakin sebenarnya pendekatan ini kita akan melahirkan lebih ramai bakat muda tempatan serta membina laluan pembangunan yang lebih berstruktur. Jadi untuk makluman Dewan yang Mulia sebenarnya di bawah Penang FC sememangnya kita pun telah menjalinkan kolaborasi bersama dengan beberapa entiti pembangunan bakat yang sedia ada antaranya adalah Akademi Wira Muda bagi kategori bawah umur 10 tahun dan juga bersama dengan Sekolah Sukan Mutiara Impian bagi kategori bawah 17 tahun serta juga dengan Pusat Latihan Daerah PLD-PLD yang berkenaan dan kolaborasi ini membuktikan komitmen Penang FC terhadap pembangunan akar ubi secara menyeluruh dan berskala jangka panjang.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, rakan saya daripada Batu Uban turut membangkitkan khususnya tentang isu bagi pembinaan gelanggang bola keranjang yang berbumbung di kawasan beliau dan sememangnya dalam perbahasan beliau kita telah mengadakan lawatan ke tapak tersebut dan kami memberi komitmen untuk membawa permohonan bagi membangunkan gelanggang bola keranjang berbumbung tersebut melalui peruntukan pada tahun yang akan datang dan saya juga ingin merujuk kepada permohonan daripada Yang Berhormat Seberang Jaya khasnya permohonan menaik taraf gelanggang futsal dan juga bola sepak di Taman Sembilang dan juga Taman Pauh nanti saya aturkan masa saya turun bersama dengan Yang Berhormat Seberang Jaya, kita lihat skop kerja dan sebagainya dan kita akan bantu untuk mengendalikan projek-projek menaik taraf tersebut. Jadi untuk makluman...

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan Dato' Seri.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Silakan. Bola keranjang, saya tahu jangan risau.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, Yang Berhormat Padang Lalang jangan lupa permohonan Bukit Tambun tentang gelanggang bola keranjang di Taman Sri Tambun tahun lalu dan juga tentang sebentar tadi tentang akademi bola sepak, saya berharap PFC dapat membawa bintang-bintang bola sepak kita turun ke sekolah-sekolah menengah untuk meningkatkan minat mereka terhadap bola sepak dan juga bekerjasama dengan akademi-akademi sedia ada dan juga sekolah-sekolah yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Kita cuba mengurangkan kos mengguna pakai fasiliti dan kemudahan sedia ada untuk memajukan sukan bola sepak Pulau Pinang. Terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun sememangnya itu pun sebenarnya telah pun dilakukan oleh Penang FC di mana Pengarah Teknikal, Technical Director (dengan izin) Penang FC, kita pun telah mengadakan satu sesi libat urus khususnya bersama dengan semua pengendali akademi-akademi yang ada di negeri Pulau Pinang ini untuk menerangkan khususnya hala tuju dan juga dari segi strategi pembangunan akar umbi untuk sukan bola sepak di negeri kita dan dengan adanya Pengarah Teknikal yang baharu yang baru saja menyertai pasukan Penang FC kita akan mulakan sesi libat urus tersebut untuk kita bantu bagi membangunkan bakat-bakat khususnya di peringkat akar umbi.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan berhubung dengan Kompleks Sukan Pokok Sena. Jadi untuk makluman Dewan yang Mulia, pembangunan Kompleks Sukan Pokok Sena yang terletak di lot 4,377 yang berkeluasan 32,364 meter persegi di mana lot tersebut merupakan tanah kerajaan yang telah pun direzabkan bagi maksud awam iaitu padang bola dan juga kompleks sukan seawal tahun 1992. Jadi pada tahun 2022 Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah memulakan projek pembinaan Kompleks Sukan Pokok Sena Fasa 1 dengan kos projek sebanyak RM887,310.00 yang mana di fasa pertama ini melibatkan kerja-kerja pembersihan di tanah lapang, levelling tanah bagi menyediakan pembinaan padang bola sepak bersaiz FIFA dan itu pun telah pun disiapkan.

Manakala untuk fasa ke-2 yang dilaksanakan pada tahun 2023 kita melibatkan kerja-kerja pembangunan, pembinaan skate park. Tempoh hari Yang Berhormat Permatang Berangan telah membangkitkan sama ada skate park ini bertaraf dunia, saya hendak ambil kesempatan ini untuk menjelaskan sebenarnya skate park ini direka bentuk oleh salah seorang kita boleh sebut sebagai otai dalam sukan lasak x-sport ini iaitu Pa’din Musa. Pa’din Musa sendiri yang mereka skate park ini sebab kita nampak ia telah menerima sambutan yang amat luar biasa termasuk penganjuran pertandingan yang bertaraf antarabangsa juga diadakan tempoh hari peserta daripada Thailand pun sampai ke sana untuk ambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Jadi untuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan tentang tempat letak kereta tersebut jadi untuk makluman Yang Berhormat Permatang Berangan sebenarnya tempat letak kereta sementara yang digunapakai itu adalah tapak tanah untuk pembangunan fasa yang ke-3. Itu akan jadi tapak pembangunan bagi fasa yang selanjutnya namun demikian buat sementara pihak Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah menggunakan crusher run untuk meliputi kawasan tersebut supaya diwujudkan sebagai tempat letak kereta sementara.

Saya faham apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Berangan tentang apabila hujan kawasan tersebut berlopak tapi cumanya itu adalah bersifat sementara nanti kita akan cuba untuk kita lihat kepada pembangunan fasa ke-3 supaya kita ada satu kemudahan yang lebih lengkap dan dapat memanfaatkan khususnya komuniti yang berdekatan dengan kawasan tersebut.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua saya ingin alih kepada portfolio kesihatan. Perbahasan sidang kali ini saya lihat begitu banyak sekali soalan berkaitan dengan kesihatan berbanding dengan belia dan sukan saya juga dapat lihat di mana apabila Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri apabila mereka bahas mereka sampaikan Selamat Hari Guru sahaja tapi sambutan hari belia negara mereka tak masukkan dalam teks perbahasan mereka. Masih tetap belia di hati Bukit Tambun.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

You, pernah jadi belia.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Mantan belia, tetapi kalau kita sebut bab kesihatan ini saya dapat lihat di mana kali ini Ahli-Ahli Yang Berhormat menunjukkan komitmen dan juga sokongan biar pun dari pihak kerajaan atau pun dari pihak pembangkang begitu komited dan berganding bahu menyokong sektor kesihatan khususnya kesihatan awam di negeri kita ini. Suka untuk saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini sejajar dengan hasrat Visi Penang 2030 untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebuah negeri pintar hijau berteraskan keluarga dan menginspirasikan negara, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program lestari di fasiliti kesihatan untuk berikan manfaat bukan sahaja kepada pesakit kepada kakitangan dan juga orang awam selain mengurangkan kesan perubahan iklim negara dan membantu dalam pemulihan ekosistem serta perlindungan biodiversiti.

Jadi untuk makluman Dewan yang Mulia ini kesemua enam buah hospital kerajaan di negeri Pulau Pinang telah berjaya mendapat penarafan bangunan hijau dalam piawaian 3 Malaysia Carbon Reduction and Environmental Sustainability Tools (dengan izin) atau pun MyCREST dan Leadership In Energy and Environmental Design (dengan izin) LEED. Hospital Kepala Batas juga berjaya merangkul penarafan tertinggi iaitu platinum dalam piawaian LEED dan Hospital Sungai Bakap telah berjaya meraih penarafan tertinggi iaitu 5 bintang dalam piawaian MyCREST. Jadi kita ucapkan tahniah kepada hospital kita dan selain daripada itu saya juga dapat perhati khususnya daripada soalan-soalan bertulis atau pun dari perbahasan Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, apabila kita sebut saja tentang isu kesihatan banyak yang cuba nak menyelesaikan isu kesihatan di negeri kita ini. Menyeru supaya kita bina lebih banyak klinik, kita bina lebih banyak hospital, kita tambah lagi lebih banyak katil di dalam hospital sebenarnya itu bukan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi pada masa kini.

Sebenarnya penyelesaian kepada semua isu misal katanya kesesakan di hospital, kesesakan di klinik adalah supaya kita dapat menggalakkan satu gaya hidup yang lebih sihat di kalangan rakyat kita di kalangan komuniti dan juga masyarakat kita. Itu sebenarnya penyelesaian yang betul, itu sebab portfolio saya adalah kesihatan bukan perubatan, itu sebab kita sebut Kementerian Kesihatan Malaysia bukan kementerian perubatan Malaysia.

Tujuan atau pun matlamat kita sebenarnya bukan nak berubat tetapi kita sebenarnya ingin menggalak supaya rakyat kita, komuniti kita dapat menjurus kepada satu gaya hidup yang lebih sihat. Jadi dengan itu sebenarnya kita juga tidak ketinggalan dalam aspek ini di mana kita menggalakkan juga pembangunan wellness hub di mana wellness hub ini merupakan satu one stop centre (dengan izin) di mana bukan sahaja kita menawarkan perkhidmatan untuk pengurangkan berat badan untuk kawal khususnya dari segi pemakanan, wellness hub yang ada di negeri Pulau Pinang ini juga kita menawarkan perkhidmatan seperti berhenti merokok, ini juga ditawarkan di wellness hub dan juga isu dari segi bimbingan kesihatan mental turut ditawarkan dan untuk tahun ini kita rasa amat gembira di mana Wellness Hub yang terdapat di Klinik Kesihatan Sungai Dua iaitu di Seberang Perai Utara telah pun disiap dibina dengan kos sebanyak RM1.01 juta dan juga telah pun operasi awal tahun ini. Ini salah satu Wellness Hub yang kita ada beberapa daerah pun kita sudah ada Wellness Hub seperti mana di Klinik Kesihatan Seberang Jaya kita pun ada Wellness Hub penglibatan awam Wellness Hub sebegini.

Jadi sebenarnya ini adalah salah satu halatuju daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk beralih daripada “sick care” rawatan yang sepertimana saya sebut tadi kepada “healthcare” kesihatan agar individu berkemahiran dalam penjagaan kesejahteraan kesihatan diri, keluarga dan komuniti. Jadi pelaksanaan aktiviti di Wellness Hub menyokong teras dua (2) di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi memperluaskan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan kepada komuniti. Jadi penstrukturan ini juga turut menyokong kepada kertas putih kesihatan “health white paper” yang memerlukan perubahan sistem kesihatan negara kita ke arah pencegahan faktor risiko penyakit akibat peningkatan beban penyakit tidak berjangkit dan juga kos penjagaan kesihatan kepada kerajaan. Jadi untuk maklumat Dewan yang Mulia ini usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang juga sentiasa melihat kepada peningkatan kapasiti dan pembangunan kemudahan kesihatan awam untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat disampaikan kepada warga Pulau Pinang.

Jadi di kesempatan ini saya juga dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada dewan yang mulia ini di mana kedua-dua cadangan pembangunan bagi Hospital Sungai Bakap khususnya kepada Yang Berhormat Sungai Bakap dan juga Hospital Bukit Mertajam baru-baru ini telah menerima kelulusan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan Tanah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sudah diluluskan dan selanjutnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengemukakan secara rasmi permohonan untuk hal ehwal berkaitan dengan tanah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kita meneruskan dengan projek pembangunan khususnya di Hospital Sungai Bakap dan juga Hospital Bukit Mertajam. Jadi saya akan menyusuli perkara tersebut bagi memastikan pembangunan ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang Di-Pertua, antara isu yang penting yang telah pun dibangkitkan oleh banyak Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan pada kali ini perhubung dengan isu vape dan rokok elektronik. Di sini ingin saya menegaskan bahawa pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung isu ini adalah tegas. Di mana kita menyokong larangan penggunaan rokok elektronik ataupun vape ini khususnya di kalangan orang belum dewasa ataupun “OBD”. Kerajaan Negeri turut menetapkan pendirian untuk tidak menggalakkan penjualan bahan merokok khususnya rokok elektronik atau vape. Selaras dengan usaha untuk melindungi kesihatan awam dan Kerajaan Negeri akan meneliti secara menyeluruh mekanisma penguatkuasaan dan merangka strategi pengurangan penggunaan vape di peringkat negeri Pulau Pinang.

Jadi saya ingin ambil kesempatan di sini untuk memberikan penerangan sedikit khususnya dari segi bab vape ini. Betul kita dapat lihat beberapa Kerajaan Negeri telah pun mengambil pendirian untuk melarang penjualan rokok elektronik ataupun vape melalui Undang-Undang Kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Memang ini, perkara ini kita pun telah berbincang semasa sidang Mesyuarat EXCO yang telah pun diadakan. Namun demikian ini sebenarnya isu yang sangat rumit di mana sekiranya kita melaksanakan larangan penjualan secara menyeluruh kita akan ada berhadapan dengan beberapa cabaran. Yang pertama adalah saya bagi contoh sebab sempadan negeri kita yang amat dekat khususnya dengan Negeri Kedah dan juga Negeri Perak. Bayangkan kalau kita adakan larangan penjualan di dalam sempadan Negeri Pulau Pinang mereka sampai Kulim saja mereka boleh dapat, mereka sampai Parit Buntar mereka boleh dapat. Khususnya bandar-bandar yang berdekatan daripada luar negeri yang berdekatan dengan negeri Pulau Pinang ini akan menyusahkan ataupun bertambah cabaran dari segi penguatkuasaan itu aspek yang pertama. Aspek yang kedua adalah sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita melaksanakan larangan penjualan tersebut, kita akan menolak permintaan, sebab kita larang penjualan tak semestinya bermaksud mereka akan henti rokok vape dan elektronik secara terus. Kita akan menolak pengguna ini untuk bergerak ke pasaran haram dan kita akan menggalakkan isu-isu penyeludupan berhubung dengan isu ini. Ini antara aspek yang kita perlu mempertimbangkan apabila kita nak cadang supaya kita nak melarangkan penjualan vape ini. Namun demikian, saya nak ambil kesempatan di sini untuk menjelaskan…

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Mohon pencelahan Dato’ Seri Speaker, untuk mencelah.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Silakan Yang Berhormat.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Terima kasih Padang Lalang, tadi kita dapat maklum berkaitan dengan isu vape ini, memang pada dasarnya kita nak rakyat hidup cara sihat serupa Padang Lalang cakap tadi, jaga kesihatan. Jaga apa, mencegah lebih baik dari merawat. Isu vape ini memang kita tahu memang mudarat dia amat dahsyatlah. Kurang baiklah untuk rakyat Pulau Pinang tak kiralah seluruh dunia sebab dia mengandungi unsur – unsur yang mengkhayalkan hingga mengakibatkan penyakit kanser. Okey, isu yang Padang Lalang bagitahu tadi, isu pencegahan ini ibarat seperti kita ni sebagai tuan rumah sebagai bapa pada keluarga. Kita tak menyediakan barang-barang terlarang, kita dah guide pada anak-anak kita barang ni kita tak sediakan.

Maksud contoh kita tak jualkan benda ni dan tak dibenarkan jual. Dia nak seludup itu, itu bab lain. Tapi sebagai ibu bapa tanggungjawab untuk memastikan anak kita tu sihat, kita mencegah lebih baik merawat. Jadi saya mohonlah kalau boleh kita pandang lebih jauh hal ni sebab kesihatan ni penting. Kalau bila dapat penyakit ni seorang patient ni lebih kurang kena sediakan jika mengalami sakit kanser hampir RM150.000.00. Jadi kita kena haruslah berpandangan secara lebih proaktif memastikan benda ini diharamkan.

Muhammad Fauzi Bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Padang Lalang saya juga ingin mencelah. Boleh?

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Silakan. Ketua Pembangkang.

Muhammad Fauzi Bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kita juga mana ada agensi-agensi dalam kerajaan ini, ada kerajaan tempatan, kita punya yang kita mengawal lesen dan sebagainya, kita juga ada Polis, jadi kalau kita melarang daripada penjualan ini sudah tentu penguatkuasaan itu berlaku. Maka agensi-agensi ni kena bertindak, kan. Kalau kata ada penyeludupan kah, apa kah, maka agensi-agensi ini membantu Polis dan sebagainya. Jadi kita janganlah kerana maknanya kita kata ada penyeludupan sehinggakan kita tidak boleh menyekat cara mudahnya orang mendapat vape. Hari ini begitu mudah sekali untuk mendapatkan vape ini. Terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Bakap dan juga Yang Berhormat Sungai Dua sebenarnya saya belum habis lagi, saya halfway sahaja. Saya tadi saya terangkan antara cabarannya sebab kita perlu lihat macam Yang Berhormat Sungai Bakap sebut tadilah, kita tak boleh lihat setakat sini saja. Kita kena lihat dengan lebih jauh mempertimbangkan segala aspek yang berkait rapat khususnya apabila kita nak laksanakan larangan ini. Dan saya sebenarnya saya nak bagi penjelasan sedikit di sini sememangnya untuk kawalan khususnya produk merokok khasnya rokok elektronik dan juga vape ini bukan kata buat masa kini walaupun Kerajaan Negeri kita tidak melarangkan penjualan maksudnya kita tak buat apa-apa. Memang di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia memang ada tindakan yang telah pun diambil termasuk pengenalan Akta 852 iaitu Akta Kawalan Produk Merokok demi kesihatan awam tahun 2024. Sebenarnya mula pun dikuatkuasan pada 1 Oktober tahun 2024. Jadi saya nak bagi sedikit maklumanlah, sedikit informasi sepertimana tadi Ketua Pembangkang pun sebut dari segi isu penguatkuasaan dan sebagainya. Buat masa kini memang di bawah Negeri Pulau Pinang di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang kita mempunyai kekuatan sebanyak 285 pegawai yang telah pun diberi kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan di bawah Akta 852 ini. Jadi pada tahun 2024 bermula Oktober sehingga Disember kita telah mengadakan sebanyak 321 operasi dan dijalankan dengan 1,185 lawatan terhadap 8,595 premis dengan 10,808 nasihat dan advokasi telah pun diberikan.

Ini antara sebenarnya tindakan yang kita pun telah ambil untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan khususnya dengan pengenalan Akta 852 ini isu yang berhadapan masa kini dan juga yang dibangkitkan dalam perbahasan banyak Yang Berhormat, sebenarnya isu penggunaan vape khususnya orang belum dewasa, khususnya golongan kanak-kanak ataupun golongan belia itu sebenarnya isu yang lebih mencabarkan. Dan sebenarnya melalui Akta 852 ini kita telah menunjukkan hasil di mana sebenarnya pada Oktober hingga Disember tahun lalu, kita telah menyita sebanyak 617 produk merokok berbentuk permainan dan makanan. Ini antara satu salah satu aspek yang kita mula menjalankan penguatkuasaan terlebih dahulu dan nilai sitaan ini berjumlah RM19,379.00.

Dan untuk tahun ini dari Januari hingga Mac sebenarnya 1,134 produk pun telah pun disita dengan nilai sitaan sebanyak RM9,941.60. Jadi jangan silap faham di mana seolah-olahnya kalau Kerajaan Negeri tidak melarangkan penjualan kita tak buat apa-apa sebab sebenarnya untuk kawal selia khususnya produk merokok di bawah, rokok elektronik dan vape ini kita sudah ada satu (1) Akta telah pun diperkenalkan oleh pihak Parlimen dan kita juga dapat lihat sebenarnya akta ini dari segi kawal selia dari segi produk merokok tu memang amat ketat. Saya bagi contoh untuk kawal selia rokok elektronik ataupun vape setiap produk misal katanya setiap perisa untuk produk merokok dan vape itu setiap produk pun perlu didaftarkan bersama dengan KKM dan kos pendaftaran tu sebenarnya bukan murah, kos pendaftarannya memang tinggi. Itu sebab akta tersebut dia telah mewujudkan satu persekitaran yang tidak menggalakkan penyertaan pengusaha dan juga penjualan vape sebenarnya. Saya bagi satu contoh di mana satu pengumuman bursa yang telah pun dilaksanakan oleh British America Tobacco Malaysia Berhad, saya rasa semua pun kenal lah (BAT).

Ini antara salah satu manufacturer produk merokok yang paling besar di negara Malaysia kita ini. Di mana mereka telah mengumumkan selaras dengan Akta 852 ini mulai bulan Oktober tahun ini mereka akan hentikan terus penjualan salah satu produk vape mereka yang mempunyai bahagian pasaran atau pun dengan izin, market share sebanyak 40%, maksudnya 40% daripada produk vape dan rokok elektronik yang ada di Malaysia ini dijual oleh syarikat ini dan selaras dengan peraturan di bawah Akta 852 ini mereka sudah buat keputusan untuk keluar daripada pasaran, withdraw daripada market. Dan juga kita dapat lihat sebenarnya dengan pelaksanaan Akta 852 ini dia baru saja bermula pada Oktober tahun yang lalu di mana ikut data yang terkini saya terima daripada Jabatan Pendidikan Negeri pada tahun lepas kita mempunyai di Pulau Pinang kita mempunyai 981 pelajar yang terlibat dengan isu rokok vape dan elektronik ini. Tapi pada tahun ini sehingga 28 Februari ada 12 kes saja. Kita ada nampak ada segi penurunan dari faktor tersebut namun demikian saya memberikan komitmen, jangan risau di mana Akta 852 ni sebenarnya untuk tahun ini kita masih dalam fasa pendaftaran untuk produk rokok elektronik dan juga vape itu.

Dan akan mulakan penguatkuasaanya pada 1 Oktober tahun ini. Kita akan go all out di mana mulai 1 Oktober tahun ini dari segi pameran pun kita akan kawal di mana kalau kita masuk ke dalam kedai serbaneka dan sebagainya yang almari, yang menunjukkan, yang mempamerkan produk merokok dan juga rokok elektronik ini dia akan ditutup semua. Ha, ini selaras dengan Akta 852 lah. Jadi saya memberi komitmen di mana sekiranya penguatkuasaan Akta 852 ini apabila selepas 1 Oktober nanti. Kalau kita lihat kalau Kerajaan Negeri rasa mungkin selepas Akta ini diperketatkan diperkuatkuasakan lagi sekiranya ia tidak mengubah situasi penggunaan rokok elektronik dan rokok vape khususnya orang belum dewasa di negeri ini.

Saya akan, saya rasa Kerajaan Negeri sedia untuk mempertimbangkan pelaksanaan larangan penjualan rokok elektronik ataupun vape. Tapi saya apa yang saya minta adalah memang kita ada akta sedia ada untuk kawal selia ini, kita bagi sedikit masa dan sekiranya selepas 1 Oktober tahun ini kita nampak keberkesanan pelaksanaan akta tersebut dan juga penguatkuasaan tersebut sekiranya tidak mencapai objektif ataupun matlamat yang kita inginkan saya akan berbincanglah dengan Yang Berhormat Jawi untuk kita laksanakan larangan tersebut.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Mohon mencelah Padang Lalang, terima kasih. Isu kesihatan ni memang dekat dengan saya dan dekat dengan Padang Lalang berkaitan dengan permasalahan yang berlaku pada remaja, anak-anak sekolah. Ini bukan politik sebab ini gaya hidup sihat, inspirasi keluarga sihat. Jadi saya setuju apa yang disyorkan pada pihak EXCO tapi saya nampak dari pandangan sudut pandangan saya ia tidak boleh mengawal, kita tak boleh kata 100% kita buat permulaan.

Alangkah eloknya vape ini kita larang jualan sebab kita kata vape ini tertentu-tentu tak boleh jual tapi permulaan yang biasa itu ia akan melibatkan, dia belajar dulu yang biasa ini, dia hisap vape yang bukan yang memabukkan tapi lama-lama dia akan mencari yang sebab mudah akses. Mereka boleh akses dengan medium medsos pun mereka boleh akses, banyak tempat boleh akses tapi apa yang saya cakap tadi biar kita sebagai kerajaan, kita semak dan imbang berkaitan dengan isu kesihatan rakyat terutama budak sekolah. Kalau boleh kita buat secara tuntas.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Boleh sekaligus, boleh cakap sekali. Kita hendak supaya vape ini beri perhatian kerana manipulasi ia sangat mudah kerana ia cecair boleh kita masukkan, boleh dimasukkan dadah orang pandai orang mabuk ketum ini pun mabuk ketum pun dia pandai sampai saya tanya orang yang mabuk ketum ini. Depa bubuh apa kandungan ini? Orang jenis dia memang nak mabuk kalau setakat ketum, orang tua-tua dulu pun minum. Orang minum sikit. Kita tidak mahu jangan maknanya vape ini sampai dinormalisasikan. Jadi macam rokok, cukup payah kita nak banteras. Belum dia sampai kepada satu ketika yang payah kita hendak cegah, lebih baik kita kawal dulu supaya perkara ini ia tidak menjadi masalah besar kepada kita.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Baik, terima kasih Yang Berhormat Sungai Bakap dan juga Yang Berhormat Sungai Dua. Sebenarnya memang betul saya setuju tentang apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Sungai Bakap tapi cuma kalau kita lihat dalam angle ini, bayangkan sekiranya kita terus melarangkan penjualan, kita telah menolak semua permintaan di bawah pasaran haram dan penyeludupan. Itu sebenarnya lagi mendasyatkan sebab kalau kita tolak mereka, mereka bukan dijual mengikut saluran yang normal. Mereka akan dijual mengikut saluran penyeludupan dan keberangkalian produk merokok vape ini yang dijual melalui penyeludupan dan juga pasaran haram ini, kandungan dalam liquid vape itu yang dimasukkan itu kita memang tidak dapat untuk trace. Itu sebenarnya apa antaranya pertimbangan apabila kita hendak lihat kepada larangan penjualan dan sebagainya. Itu salah satu cabaran yang kita perlu berhadapan. Namun demikian seperti mana saya sebut tadi memang kita memberi komitmen sekiranya Akta 852 ini selepas penguatkuasaan sepenuhnya mulai 1 Oktober kami memberi komitmen kita akan mempertimbangkan larangan penjualan selanjutnya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Padang Lalang, hampir masa.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Last, last. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, jadi bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Bukit Tambun. Bukit Tambun tiada tidak mengapa, saya langkau. Merujukkan kepada soalan seterus daripada Yang Berhormat Sungai Puyu dan juga Yang Berhormat Teluk Bahang berhubung dengan isu penyakit Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD). Jadi untuk makluman daripada 11 hingga 17 Mei tahun 2025, Pulau Pinang telah mencatatkan sebanyak 1,046 kes baharu. Hand, Foot and Mouth Disease yang menjadikan jumlah keseluruhan bagi tahun ini adalah sebanyak 9,885 kes. Jadi sebenarnya isu berhubung dengan Hand, Foot and Mouth Disease ini (dengan izin) telah mula melonjak pada tahun Disember yang lalu. Masa tu cuti sekolah dan sebenarnya pada awal tahun ini Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah pun ambil inisiatif untuk mengaktifkan bilik gerakan seawal Januari tahun ini.

Di mana kita bukan saja mengaktifkan bilik gerakan ini untuk memantau situasi gejala Hand, Foot and Mouth Disease ini tapi kita telah mengadakan sesi libat urus dan juga sesi town hall bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, pengusaha taska dan tadika untuk sama-sama kita membendung penularan jangkitan Hand, Foot and Mouth Disease. Jadi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kadar kes yang terkini iaitu pada minggu epid yang ke 20 tahun ini, kita mula lihat penurunan kes iaitu sebanyak 106 kes ataupun 9.2 peratus kes sudah mula turun. Namun kita akan terus pantau memastikan trend gejala penyakit Hand, Foot and Mouth Disease di negeri Pulau Pinang ini di dalam suatu keadaan yang terkawal.

Bagi menjawab Yang Berhormat Sungai Puyu, biasanya ubat yang diberikan untuk rawatan oral ulcer yang melibatkan Hand, Foot and Mouth Disease adalah jenis oral glycerin (dengan izin) atau pun oral bonjela (dengan izin). Kedua-dua ubat ini sebenarnya tersedia di Klinik Kesihatan Mak Mandin. Namun stok bekalan oral glycerin telah habis pada 28 April 2025. Namun bekalan stok telah tersedia semula pada 7 Mei 2025. Jadi sepanjang stok oral glycerin ini terhenti bonjela gel telah diberikan sebagai alternatif kepada pesakit oral ulcer. Jadi rawatan menggunakan ubat oral ulcer kepada pesakit Hand, Foot and Mouth Disease ini adalah bersifat rawatan simptomatik sahaja dan bukan rawatan khusus bagi penyakit ini.

Namun demikian, rawatan saja tidak dapat mampu menghentikan gejala penyakit ini merebak. Usaha utama bagi menghentikan penyakit Hand, Foot and Mouth Disease bermula daripada masyarakat itu sendiri mengelakkan untuk menghantar anak yang mempunyai gejala kepada pusat jagaan tidak membawa anak-anak ke tempat awam yang sesak, cuci tangan dengan lebih kerap, menggunakan air dan sabun ataupun pensanitasi tangan dan lain-lain lagi.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, menjawab soalan Yang Berhormat Bagan Dalam berkenaan usaha Kerajaan Negeri dan kerjasama rentas agensi antara kerajaan dalam menangani masalah dadah sama ada ketum ataupun vape mushroom terhadap belia negeri ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang senantiasa memberi sokongan padu terhadap segala aktiviti dan juga program Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Contohnya program tempat kerja bebas dadah TEKAD, di mana negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama memperkenalkan pelaksanaan pensijilan program TEKAD sektor awam mulai tahun 2022. Jadi sehingga Mei tahun ini, sebanyak 26 jabatan telah melaksanakan dan ini melibatkan seramai 2,029 orang pegawai dan juga penjawat awam. Dari segi sudut penguatkuasaan, pihak AADK turut melaksanakan operasi secara bersepadu bersama dengan agensi penguatkuasaan di Pulau Pinang. Sebagai contoh bersama dengan pihak PDRM, JPJ, Kastam dan lain-lain jabatan termasuk Majlis Keselamatan Negara. Salah satu contoh adalah operasi membanteras port penagihan dadah di Ujung Batu, Butterworth pada tahun 2023. Bukan itu sahaja, AADK juga mewujudkan enam anjung komuniti sebagai satu langkah untuk merakyatkan perkhidmatan dan ia mendapat kerjasama dan sokongannya yang sangat baik daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. Jadi untuk kempen kesedaran awam, kita terus melaksanakan melalui media elektronik, cetak sosial, bersemuka dan juga media luar.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban tentang isu denggi. Suka untuk saya maklumkan tahun ini kita agak baik di mana negeri Pulau Pinang kita telah mencatatkan penurunan kes sebanyak 63 peratus berbanding dengan tahun yang lalu, memang saya ucapkan syabas dan tahniahlah kepada khususnya di bawah pihak berkuasa tempatan MBPP dan MBSP serta Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang telah mengambil tindakan yang baik agar kita dapat mengawal situasi denggi ini. Di mana saya turut ingin berkongsikan, sebenarnya buat masa kini kita sudah ada vaksin untuk disampaikan khususnya berhadapan dengan penyakit denggi ini yang dinamakan sebagai Qdenga dan vaksin ini kini bersedia khususnya di klinik swasta. Mereka telah bersedia dan baru-baru ini pun saya telah berjumpa dengan pihak Takeda Malaysia iaitu penghasil vaksin untuk denggi ini. Saya difahamkan di negara Malaysia kita, sebanyak 12,000 orang telah pun mengambil vaksin untuk denggi ini.

Jadi sebagai penutup Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, akhir kata saya menghargai setiap isu.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Minta maaf minta mencelah.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Ada lagi?

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Ada lagi. Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan terima kasih Padang Lalang. Isu berkaitan dengan KK3 Bandar Tasik Mutiara. Untuk makluman pada sidang yang mulia ini, pada sidang yang lepas saya bangkit tentang kelewatan Projek KK3 Bandar Tasik Mutiara. Saya dapat makluman mesyuarat yang lepas yang bertulis, sepatutnya projek ini perlu siapkan pada 23 November 2023. Kemudian saya dimaklumkan secara bertulis, re-tender pada orang yang sama atas kapasiti, pihak lain tiada sijil, tiada lesen sijil kesihatan fasiliti. Ini bertulis. Saya cakap ini sebab dia bertulis pada yang lepas itu yang timbul isu pada saya sebab apa kita difahamkan sewaan bulanan untuk sewa di C-Mart melebihi 60,000 sebulan tidak masuk fasiliti lagi air dan elektrik.

Jadi saya hendak tanya kepada EXCO, adakah kadang-kadang ini kontraktor ini dummy sahaja, dia tukar nama sahaja. Hendak pastikan sebab apa yang saya dapat secara bertulis ini sebab retander pada kontraktor yang sama. Jadi, mohon penjelasan.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Saya hendak menjelaskan sedikit sebab kalau tidak silap, saya difahamkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sebab tender ini melibatkan satu projek sakit. Di mana kita dapat tahu prestasi kontraktor yang sebelum ini memang agak menghampakan, tidak dapat menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadi memang tender tersebut telah pun dibatalkan. Saya difahamkan sebenarnya untuk syor kontraktor penyelamat sebab ini kategori projek sakit, kategori penyelamat ini memang dari segi tender tersebut dia ada satu senarai yang disenarai pendekkan yang hanya kita akan mempelawa pihak kontraktor yang ada pengalaman khususnya dari segi bagi menyelamatkan projek sakit ini. Jadi berdasarkan fakta yang disampaikan oleh Yang Berhormat Sungai Bakap mungkin nanti saya mendapatkan maklumat yang lebih detail tapi saya yakin bukan kontraktor yang sama. Dia sudah ada satu senarai pendek, short list yang telah dilaksanakan dalam proses penilaian dan tender tersebut yang melibatkan khususnya kontraktor yang ada kemahiran khususnya bagi menyelamatkan projek sakit ini tapi jangan risau nanti saya mendapatkan maklumat saya kongsi dengan Yang Berhormat Sungai Bakap.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Boleh mencelah sedikit? Saya minta pertimbangan Padang Lalang supaya mempertimbangkan supaya yang vaksin Qdenga itu walaupun sekarang boleh mendapatkan daripada klinik swasta tetapi saya harap vaksin percuma bersasar boleh diberikan kepada tempat-tempat hotspot denggi seperti yang melibatkan kebanyakan penduduknya B40 seperti Ampang Jajar. Begitulah, maksudnya hotspot itu saya rasa boleh dipertimbangkan sebab membebankan juga kalau untuk mereka mendapatkan vaksin daripada klinik swasta itu. Terima kasih Padang Lalang.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sebenarnya Yang Berhormat Bagan Jermal untuk dari segi vaksinasi untuk denggi ini kalau kita lihat kepada negara lain yang menjalankan program vaksinasi ke atas populasi dia, dia bukan lihat dari segi pendapatan atau pun hotspot dia ada skop yang tertentu khususnya kepada mereka yang mempunyai penyakit yang lain, mobility tinggi. Kalau orang normal itu sebenarnya tak perlulah kita pun masukkan berdasarkan pendapatan mereka. Namun demikian, saya ambil maklum cadangan daripada Yang Berhormat Bagan Jermal untuk kita sampaikan khususnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadi akhir kata, saya menghargai setiap isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan portfolio saya. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang turut aktif menyokong program dan aktiviti di kawasan masing-masing tidak kira program pembangunan belia, pembangunan sukan ataupun program kesihatan awam, demi kebaikan warga Pulau Pinang. Sesungguhnya dengan kaedah Whole of Government, Whole of Society (dengan izin) yang diterapkan oleh semua dapat membantu menjayakan visi Penang2030 supaya mewujudkan satu persekitaran dan masa depan yang lebih cerah untuk negeri Pulau Pinang. Jadi dengan kata-kata itu, Padang Lalang mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Padang Lalang. Seterusnya saya mempersilakan Jawi.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, hadirin yang saya muliakan sekalian. Selamat petang, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Penang 2030. Pemula bicara, setinggi-tinggi ucapan tahniah saya zahirkan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama TYT, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Kesembilan yang baru dilantik pada 1 Mei 2025. Semoga kepimpinan TYT Tun akan terus melakar kejayaan dalam setiap cabaran yang dihadapi memperkukuhkan keharmonian dan menjamin kesejahteraan buat rakyat Pulau Pinang yang tercinta. Tidak dilupakan juga ucapan setinggi-tingginya penghargaan dan terima kasih Kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Kelapan atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sejak tahun 2021 untuk tanah Pulau Mutiara ini.

Pada kesempatan ini juga, ucapan belasungkawa yang saya titipkan kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia Kelima yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025 yang lalu. Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan negeri ini kerana permata yang hilang belum tentu ada penggantinya seperti pelita yang padam di kegelapan malam. Allahyarham Tun Abdullah terkenal sebagai seorang tokoh yang tenang, berhemah dan pendukung kesederhanaan dalam pentadbirannya. Diharapkan agar legasi yang telah diacuankan oleh beliau akan kekal membugar alam nikmat hidup kita semua. Semoga tuhan merahmati roh beliau dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Menelusuri tempoh yang belum pun genap sepenggal sebagai EXCO bukanlah waktu yang cukup panjang untuk mengurai semua permasalahan watan dan buana ini. Saya sangat menyedari bahawa sebagai peribadi yang jauh dari kata sempurna sebagai insan yang tumbuh dalam keterbatasan dan sebagai manusia yang jauh dari kata istimewa, sangat mungkin ada yang luput dari pandangan saya. Sangat mungkin ada cela dari langkah-langkah saya ambil. Dan sangat mungkin, banyak kealpaan dalam diri saya.

Namun, denai berliku itu, saya mampu lewati dengan gagah kerana saya memiliki para soldadu yang amat kekar, amat dan raga mereka tentunya di Bahagian Kerajaan Tempatan, PLANMalaysia Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, merekalah yang menjadi sanggar waringin, tempat saya membangunkan roh dan semangat untuk berbakti kepada nusa dan bangsa. Mereka sentiasa ikhlas mengabdi dan berbakti mencari jawapan atas segala gusar dan soal yang didendangkan yang oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Justeru, sekalung tahniah dan terima kasih saya ungkapkan kepada semua soldadu saya yang terkasih.

Bunga mawar harum semerbak,

Dipetik tangan penuh hikmah,

Soalan tambahan punyalah banyak,

Insya-Allah dijawab tanpa salah.

Menobros kegusaran Yang Berhormat Pinang Tunggal, Yang Berhormat Penanti, Yang Berhormat Seri Delima, insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights yang telah mencetuskan kegemparan di seluruh buana Malaysia. Jawapannya telah diulas secara terperinci oleh sahabat seperjuangan saya iaitu Yang Berhormat Tanjung Bunga berhubung penjajaran paip gas di bawah tanah di Negeri Pulau Pinang. Katanya, Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa peka dan tidak akan berkompromi dalam isu yang melibatkan soal keselamatan orang awam.

Setakat ini, tiada garis panduan khusus melibatkan laluan paip gas ini. Namun demikian, PBT melalui Jawatankuasa One Stop Centre iaitu OSC akan bertindak sebagai dengan izin, gatekeeper semasa memproses Permohonan Kebenaran Merancang. Setiap permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan pematuhan kepada syarat-syarat teknikal yang telah ditetapkan dan juga ulasan-ulasan yang dikemukakan oleh agensi-agensi berkaitan terutamanya Gas Malaysia, sebelum sebarang keputusan dituntaskan. Yang Berhormat Seri Delima tak ada sini, saya langkau. Yang Berhormat Sungai Puyu tak ada sini juga, saya terpaksa langkau.

Pokok nyiur bergoyang-goyang, saya lagi goyang apabila berlakunya pokok tumbang. Jangan gelak. Sebagai response kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua mengenai isu pemangkasan pokok berisiko di kawasan pentadbiran PBT, sudah tentu pihak PBT telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini. Antara langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut. pemantauan dan pemeriksaan pokok ameniti melalui kontraktor MARRIS, pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan pokok di jalan-jalan utama secara berkala, penggunaan teknologi Mobile LiDAR Scanning iaitu (MLS) dan Kecerdasan Buatan (AI-Artifical Intelligence) untuk analisis lanjutan serta pemantauan berterusan. Empat, pelaksanaan gotong-royong secara ‘Tautan Muhibbah’ bagi kerja-kerja pemangkasan pokok dalam usaha menyelesaikan aduan pokok berisiko atau berbahaya di ketiga-tiga daerah di bawah pentadbiran MBSP. Bukit Tambun, tak ada sini.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Jawi.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sekejap.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Boleh?

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Boleh, silakan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Terima kasihlah di atas kerja yang telah dijalankan oleh pihak agensi di bawah Jawi. Namun, ada pokok-pokok lagi saya dapati di jalan yang masih lagi menjulur sampai peringkat lori lalu dia mengelak, mungkin boleh bertembung dengan motor dengan kereta, terutamanya di Desa Murni. Saya tengok pokok tu kalau tak boleh, teruk sangat pokok tu nak jaga, kita tebang buanglah, tanam pokok lain. Sebab pokok tu dia keluar, mungkin apa nama ni, dahan dia menjulur keluar dan dia tak berapa tinggi sangat menyebabkan lori atau bas kilang dia yang tinggi, dia akan mengelak. Bila mengelak di tengah jalan, kemungkinan dia akan bertembung dengan motosikal atau pun dengan kenderaan yang lain. Jadi, minta perhatian.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Jawi, sikit. Saya nak tanya juga tentang cantas pokok atau pun potong pokok ni, saya difahamkan PBT dia ada SOP untuk mencantas terutama kepada kalau tidak dikategorikan sebagai pokok sakit so dia takkan potong semua dia hanya akan cantas sahaja walaupun kita tengok rupa bentuk pokok tu kalau angin kuat, memang membahayakan. So, penilaian tu macam mana dibuat?

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih, saya jawab.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Minta maaf sahabat saya Jawi, jiran ja. Okey baik untuk makluman pihak PBT, EXCO Jawi, isu tentang pokok ni saya dah bawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Peringkat Daerah SPS. Berkaitan pokok ni dah hampir setahun saya dah bawa isu ni. Isu dia ni, bila pokok ni dah besar, akar dia akan bertambah besar dan merosakkan struktur longkang di tepi di bahu jalan, di jalan. Jadi, saya hampir tunggu lama dah pihak MARRIS nak masuk sampai sekarang belum masuk lagi. Jadi saya mohonlah pihak EXCO pantau sebab sayanglah, bila dah collapse longkang itu, timbul isu banjir pula. Jadi, saya mohonlah percepatkan proses penebangan di situ. Terima kasih.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih... (gangguan)

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Mohon, Jawi.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ada lagi?

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ada, pasal pokok bagi habis pokok semua.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Perlu jawab sebatang pokok demi sebatang pokok, tak boleh campur.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jawi, memberi laluan. Saya nak tahu kadar proses penyelenggaraan pokok di seluruh kawasan SPU seperti Telok Ayer Tawar. Saya tengok di Sungai Dua dah proses penebangan, dah jalankan. Tapi dari Dewan saya masuk dulu sampai ke hari ni, di sebelah Telok Ayer Tawar belum buat lagi. Tapi ada saya masuk dalam website Majlis ada untuk penebangan pokok yang uzur tapi saya tengok masih belum selesai lagi. Terima kasih, Jawi.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih. Itulah saya kata bila kata pokok tumbang, saya pun ikut bergoyang. Okey, saya berterima kasih kepada atas keprihatinan kepada ADUN-ADUN semua. Sebenarnya, kita kena lihat keadaan pokok, kedudukan pokok tersebut, kalau kedudukan pokok di bawah tanah persendirian, PBT perlu mengikut prosedur SOP iaitu perlu mengeluarkan notis kacau ganggu terhadap tuan tanah tersebut. Kalau tidak, apabila kita masuk ke tanah tersebut, tuan tanah akan ambil tindakan. Tuan tanah boleh ambil tindakan terhadap PBT. Itu yang penting. Yang kedua, sekiranya pokok tersebut di bawah tanah persendirian dan mengakibatkan bahaya, risiko yang tinggi terhadap pokok tersebut, apabila PBT untuk mengambil tindakan, PBT perlu mengeluarkan notis. Yang kedua, sekiranya apabila untuk menebangkan pokok tersebut, PBT perlu mendapatkan surat persetujuan daripada tuan tanah sebab kita risau bila kita pergi menebang pokok tersebut, dia kemungkinan dia akan mengakibatkan struktur-struktur berhampiran di bawah tanah persendirian itu rosak. Dan PBT tidak akan ambil tanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan struktur apabila menjalankan cantasan pokok, bukan menebang sebatang pokok tapi cuma cantasan pokok.

Sebab kes-kes ini pernah berlaku di kawasan khususnya di tapak persendirian. Untuk pokok-pokok di bawah penyelenggaraan Majlis atau pun PBT, memang di bawah peruntukan MARRIS, kita ada buat penyelenggaraan secara berskala. Memang setiap tahun, memang ada sekurang-kurangnya dua pusingan untuk setiap kawasan. Saya rasa dekat Seberang Perai memang banyak dan khususnya di Sungai Bakap. Mungkin Sungai Bakap boleh sampaikan maklumat yang kedudukan pokok. Kalau jalan-jalan di bawah atau pun pokok-pokok di dalam taman, di bawah penyelenggaraan Majlis, maka saya akan minta Majlis untuk lihat aduan tersebut dan kalau boleh, kita boleh masuk.

Dan juga untuk makluman semua kebanyakan kita tau mungkin tanah subur di negeri Pulau Pinang ramai suka tanam pokok mangga, apabila pokok mangga itu dikira pokok persendirian. Banyak yang pandai-pandai tanam pokok mangga lepas tu apabila dah jadi besar, minta Majlis untuk masuk untuk mencantas. Ini bukan tanggungjawab Majlis. Ini tanggungjawab pemilik pokok tersebut. Apabila ada aduan sebegini, Majlis akan mengeluarkan notis kacau ganggu dan minta tuan tanah atau pun pemilik pokok tersebut untuk mencantas.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Jawi, nak kena pantun dulu ka nak masuk?

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ya masuk.

Kawasan Sungai Bakap (YB Abidin bin Ismail):

Tak payah (ketawa).

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

You masuk minta izin, saya akan bagi. You berdiri tak cakap, I pun tak cakap.

Kawasan Sungai Bakap (YB Abidin bin Ismail):

Tak, kita nak bagi habis, bagi selesa cakap, itu saya tak campur apa lagi.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey silakan, jiran saya.

Kawasan Sungai Bakap (YB Abidin bin Ismail):

Kalau pantun tu dia lembut sikit. Tak apa tak apa. Okey Jawi, berkaitan dengan isu pokok ni, Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad, tentang isu pokok di Sungai Duri, saya dah bagi tahu dekat pihak landskap, pokok mana yang mudarat, yang mendatangkan mudarat sebab itu memanglah pokok yang tu 30 tahun dulu, Projek Hijau Bumi Hijau, ditanam di persisiran jalan. Jadi, saya dah bagi tau dengan pihak landskap pokok mana yang perlu dicantas terus sebab dia merosakkan struktur yang saya cakap tadi, longkang tu. Ada hampir dekat 13 pokok, bila dia dah sampai dah collapse dah dia punya longkang tu. Itulah sekadar makluman sajalah.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey cuma saya nak ingatkan, di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) iaitu larangan untuk memotong atau menebang mana-mana pokok yang lilitannya melebihi 30 milimeter perlu dapat kelulusan di bawah Jawatankuasa Perancangan PBT masing-masing. Saya ambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Sungai Bakap khususnya apabila di kawasan Seberang Perai, memang setiap daerah ada cuma ada satu team, Landscape Team untuk untuk menguruskan pokok-pokok di bawah penyelenggaraan Majlis. Tapi ada kadang-kadang juga memang ada aduan daripada kampung-kampung atau pun kita faham, Sungai Duri yang kebanyakan kawasan tersebut bukan di bawah penyelenggaraan majlis. Sebab itu, saya mohon Sungai Bakap, mungkin boleh mengemukakan lokasi kepada saya supaya saya boleh ambil tindakan tersebut.

Seterusnya saya rasa... okey saya akan langkau, Bukit Tambun tak ada sini. Dan isu-isu kesesakan lalu lintas di Seberang Perai memang telah panjang lebar kita bincang di sini dan sini saya perlu sentuh berkaitan cadangan daripada Yang Berhormat Bukit Tambun terhadap kekurangan anggota Warden Trafik di MBSP. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, pihak MBSP telah mempunyai seramai 13 orang anggota Warden Trafik dan kini sedang dalam proses untuk melantik tambahan anggota seramai lima orang pada tahun ini. Namun, proses pelantikan ini akan berlanjutan sehingga jumlah perjawatan tersebut dapat menampung keperluan di kesemua 22 lokasi hotspot.

Air Itam. Saya amat tersentuh hati dan berdukacita dengan kemalangan maut yang berlaku di kawasan Jalan Pasar, Air Itam seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Itam. Walaupun beliau tiada di Dewan, tapi saya rasa ini penting untuk saya buat penjelasan disini. Lebih malang lagi, CCTV di sekitar kawasan tersebut gagal merekodkan insiden kemalangan maut tersebut kerana terdapat masalah teknikal di luar jangkaan iaitu lagging pada imej rakaman video yang disediakan oleh gangguan isyarat radio, radio wireless dengan izin. Justeru saya dengan rela hati ingin memohon maaf atas insiden yang berlaku dan berjanji akan menambah baik keseluruhan sistem CCTV tersebut bagi memastikan masalah tersebut tidak berulang lagi. Untuk menangani masalah gangguan isyarat radio virus, pihak MBPP telah merancang untuk memasang gentian optik iaitu fibre optic di kawasan pentadbiran MBPP.

Projek ini telah dibahagikan kepada empat fasa iaitu seperti berikut. Fasa pertama adalah bermula dari kawasan George Town ke kawasan Batu Maung yang telah disiapkan pada bulan Mac 2023. Fasa kedua adalah bermula dari kawasan George Town ke kawasan Batu Ferringhi yang telah disiapkan pada bulan Ogos 2024. Fasa ketiga adalah bermula dari kawasan Batu Maung ke kawasan Balik Pulau pula yang telah disiapkan pada bulan September 2024 dan fasa keempat adalah bermula dari kawasan Balik Pulau ke kawasan George Town melalui Jalan Tun Sardon dan kawasan Air Itam yang dijangka akan dimulakan pada bulan Julai 2025 dan dijangka akan siap pada akhir tahun 2026.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Jawi. Tentang CCTV, boleh buat sedikit pertanyaan.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Silakan.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Di pusat kawalan CCTV majlis, terdapat pegawai yang menjaga 24 jam so jika pegawai itu mendapati CCTV itu tidak berfungsi atau signal lost so berapa lamakah respond time itu akan pergi membaiki dan mempulihkan CCTV tersebut supaya perkara ini tidak berlaku lagilah.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih KOMTAR. Masalah yang berlaku di Air Itam itu adalah disebabkan lagging, rakaman video tersebut menjadikan tidak begitu jelas disebabkan lagging disebabkan radio wireless. Apa yang ditanya oleh KOMTAR untuk CCTV kita terdapat satu kontraktor di bawah penyelenggaraan di kedua-dua PBT yang sedang pun yang baru-baru kita untuk memberikan kerja kepada kedua-dua syarikat tersebut untuk projek penaiktarafan. Kepada CCTV yang sedia ada memang majlis akan menyelesaikan masalah sekiranya menghadapi kelewatan hantaran rakaman video ataupun kerosakan CCTV dalam seminggu kalau kita dapat CCTV itu tidak berfungsi maka team-team daripada Jabatan Kejuruteraan akan turun ke tapak segera sekiranya di pusat kawalan kita hadapi mengesan CCTV yang tidak berfungsi maka akan team kejuruteraan turun tapak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Yang berhormat Permatang Berangan, bangkit mengenai tindakan pengawalan projek pembangunan perumahan yang sedang rancak yang dilaksanakan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi teknikal yang berkaitan amat memberi perhatian yang serius ke atasnya. Justeru itu, pelaksanaan projek pembangunan perumahan di negeri Pulau Pinang dilaksanakan secara tersusun, teratur dan menepati matlamat pembangunan mampan melalui penempatan pelbagai mekanisme kawal selia rancangan dan pelaksanaan pembangunan.

Pelaksanaan perancangan adalah berteraskan dokumen perancangan fizikal utama seperti RSMPP 2040 dan rancangan tempatan diubah selari dengan dasar hasrat dan halatuju Kerajaan Negeri. Di samping itu, laporan penilaian teknikal seperti penilaian impak alam sekitar EIA, TIA traffic in TIA dan penilaian impak sosial, SIA serta pelbagai garis panduan perancangan di peringkat negeri, negeri dan PBT turut dijadikan sebagai pensyarat kelulusan sesuatu projek pembangunan. Pendekatan ini membolehkan sebarang potensi impak negatif akibat pembangunan dapat dikenalpasti dan ditangani lebih awal termasuklah isu kesesakan lalu lintas serta kekurangan kemudahan awam di bawah Peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Akta 172 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta 133.

Setiap permohonan pembangunan akan dinilai dari aspek pematuhan kepada garis panduan teknikal dan kawalan pembangunan sedia ada. PBT juga menetapkan syarat pindaan kemudahan asas masyarakat seperti taman permainan, dewan komuniti, rumah ibadat, sekolah, klinik kesihatan, balai polis, pasar dan pusat penjaja adalah mengikut skala pembangunan yang dicadangkan. Garis bantuan ini sentiasa dikemas kini selaras dengan keperluan semasa dan kehendak rancangan tempatan. Pelaksanaan mekanisme perancangan dan kawal selia secara holistik membolehkan projek pembangunan perumahan di Pulau Pinang dilaksanakan secara tersusun dan tidak membelakangkan kepentingan teknikal, sosial dan alam sekitar. Pendekatan ini juga dapat memastikan bahawa pembangunan yang dijalankan itu bukan sahaja memenuhi keperluan pertumbuhan fizikal bandar malah membawa manfaat secara langsung kepada kesejahteraan.

Jinak-jinak merpati, jinak lagi soalan yang berhormat KOMTAR.

Untuk makluman Yang Berhormat KOMTAR, sehingga kini sebanyak 36 buah papan tanda larangan pemberian makanan kepada burung atau haiwan yang telah dipasang di lokasi-lokasi hotspot yang telah dikenal pasti. Selain itu, pihak MBPP juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis tentang kesalahan iaitu (NTK) terhadap pembeli makanan burung, bird feeder serta melaksanakan operasi tangkapan burung merpati secara berkala iaitu sebanyak empat kali seminggu bagi mengurangi populasi burung merpati.

Jadi saya ingin menyeru kepada semua hadirin yang berada di dalam Dewan yang Mulia ini, hatta kita seorang pencinta haiwan sekalipun, usahlah masih terhegeh-hegeh memberi makan kepada burung merpati kerana larangan telah diberikan. Ini bukan bermakna kita kejam terhadap haiwan, walau kini kita hanya ingin melestarikan alam, bebas daripada hama dan wabak bawahan unggas seperti burung merpati dan isu. Ada soalan?

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Yang Berhormat Jawi, cadangan saya memang ada 36 papan tanda so cadangan KOMTAR adalah di bawah papan tanda tersebut mungkin sediakan sedikit ruang untuk memaparkan gambar-gambar semasa penguatkuasa mengambil tindakan orang yang kena saman tu so mungkin gambar tersebut boleh dipaparkan bukan dia punya mukalah betul-betul ada kesalahan dia papar di sana sebagai satu ajaran dan supaya orang lain orang ramai lain tidak tidak mengulangkan perbuatan tersebutlah.

Dan di soalan bertulis saya yang 12, saya dapat jawapan daripada Januari 2024 terdapat 36 papan tetapi hanya 24 kompaun saja dibukalah so mungkin perkara itu lebih banyak orang masih membela memberi makanan kepada burung merpatilah. So bukan kita kejamlah macam dikatakan oleh oleh Jawi tetapi itu adalah satu masalah untuk PBT juga. Pekerja PBT tiap-tiap hari perlu pergi clear kan sisa-sisa makanan dan merosakkan imej kepada bandaraya kitalah. Terima kasih.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Jawi. Buat satu iklan siapa nak makan burung merpati mai tangkap perhabis. Saya ingat cerah burung merpati tu.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih KOMTAR. Saya ambil maklum terhadap cadangan-cadangan daripada KOMTAR. Tadi saya lihat Batu Lancang... (gangguan).

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey, ah. Isu burung merpati dah habis bincang ya. Kita ke isu lembu pula.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Pantun tak habis, sekerat ja tu. ... (gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Jawi. Burung merpati memang satu ancaman buat masa sekarang kerana virus dan macam-macam. Ada tak satu penyelesaian yang lebih baik daripada sekarang. Memang kita nampak kan ada yang penguatkuasa pergi jaring burung merpati ini kalau dijaring sekali kena kali kedua takkan kenalah. Dia tak akan turun, populasi makin bertambah. Masalah kawasan saya memang banyak flat-flat semua duk buat aduan dan rosakkan memang dia akan masuk ke dalam flat dia akan rosakkan lif. So kebanyakan terima aduan adalah kerosakkan lif. Taik-taik burung itu, kerosakkan lif. Masalah-masalah yang kita hadapi seperti dulu iaitu burung gagak pada masa itu sekarang pula burung merpati makin lama makin banyak dia bukan kurang, semakin lama semakin banyak. Apakah mechanism yang baru yang boleh diingat atau boleh difikir oleh PBT untuk menyelesaikan masalah ni. Thank you.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Jawi, minta laluan sikit. Berkenaan dengan masalah burung ini burung terutamanya yang di taman-taman. Kita seperti mana yang Jawi nyatakan kitanya bukan kejam kepada haiwan tetapi dari segi kekotoran yang dilakukan oleh pemberi-pemberi makan ini yang termasuk najis burung ini juga boleh membawa penyakit. Apa kata kalau Jawi buat satu WhatsApp ataupun satu ni... (gangguan). Bukan ... (gangguan). Untuk kita yang detect sama ada orang awam memberi makan ini untuk hantar maklumat berkaitan apa ni penyerah pesalah-pesalah yang memberi makan kepada haiwan ini supaya dapat diambil tindakan. Ini bukan apa untuk nak memberi amaran kepada yang lain supaya jangan beri makan kepada haiwan. Itu saja.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih. Dari segi WhatsApp untuk memberi ruang kepada orang awam untuk membuat, mengadu aduan tersebut. Saya perlu lihat, sama ada di bawah Akta ataupun Undang-undang, adakah aduan tersebut boleh memberi kuasa kepada pihak PBT untuk mengeluarkan saman. Saya ambil maklum dan saya akan buat semakan dan juga berhubung dengan Batu Lancang yang bangkitkan. Memang tidak dinafikan najis-najis burung merpati ini memang amat berbahaya dan saya menyeru kepada rakan-rakan sekalian di sini di dalam dewan sama ada backbenchers ataupun para hadirin sekalian mohon bantu kita salurkan maklumat ataupun infomasi ini kepada orang awam. Di mana kita tidak memberi atau kita tidak menyokong kepada orang awam untuk memberi makanan kepada burung merpati ini.

Memang disebabkan isu ini, kedua-dua PBT memang ambil berat dan khususnya di majlis Seberang Perai di bawah di bahagian MBSP memang apabila terdapat aduan apabila dari segi gambar menunjukkan tuan rumah tersebut untuk membeli makanan kepada burung ataupun membela burung merpati, memang majlis akan ambil tindakan akan terus pergi ke rumah tersebut untuk memberi nasihat dan seterusnya kita akan mengambil tindakan... (gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya rasa cukup dah kot. Dah setengah jam dah ni...(gangguan).

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kita buat kempen untuk tangkap lagi mana dia duk ada burung tu burung tu duk ada dia pergi merata kan. Kita kempen tangkap.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ketua pembangkang. Saya ambil maklum yang cadangan ketua pembangkang macam buat kempen untuk minta orang awam pergi tangkap itu. Saya rasa... (gangguan). Kalau kita benarkan kaedah macam ini, dia akan jadi dia akan jadi kita tidak dapat terkawal.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Gagak kita boleh buat.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Berdasarkan apa yang telah dikuatkuasakan di bawah PBT dan belikan biar pegawai-pegawai PBT untuk menjalankan tindakan, terima kasih dan untuk membawakan kepada orang awam saya harap semua Yang Berhormat - Yang Berhormat bantulah kita sama-sama. Mungkin kita boleh buat publicity dengan izin dengan percuma melalui Facebook melalui WhatsApp, dan saya akan minta seperti cadangan daripada KOMTAR mungkin dari segi poster dan kita akan melalui sosial media supaya anda boleh kongsikan kepada orang awam.

Dari isu burung merpati kita terus ke isu lembu. Oi, banyak pula haiwan-haiwan di bawah portfolio saya. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Kebun Bunga pihak MBPP mengambil perhatian yang serius berhubung isu lembu yang berkeliaran di atas jalan sehingga mengganggu lalu lintas tanpa sebarang kompromi antara tindakan yang telah diambil oleh pihak MBPP adalah seperti berikut mengadakan operasi tangkapan dan sitaan di bawah Undang-Undang Kecil Lembu Kerbau Bandaraya George Town 1968. Dua, menjalankan tindakan rondaan dan operasi secara berjadual dan menumpukan di kawasan hotspot kacau ganggu terhadap orang awam yang Kebun Bunga bangkit di depan sekolah pula. Mengenakan denda yang tinggi kepada pemilik iaitu sebanyak RM1,000.00 bagi tangkapan kali pertama bagi aduan berulang di kawasan yang sama jawatankuasa telah memutuskan supaya lembu yang disita atau dirampas tidak akan dilepaskan kepada pemilik sebaliknya akan di lelong. Memberi pendidikan dan kesedaran kepada penternak dan pemilik lembu.

Lima, mengadakan kerjasama dengan agensi yang berkenaan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri termasuklah mengubah enakmen mengawal lembu kerbau bagi penyelesaian jangka panjang yang lebih holistic sebab sebagai maklum balas kepada pertanyaan Yang Berhormat Pulau Betong berkenaan dengan pemasangan awning di Astaka Pangsapuri Rimbun, Balik Pulau dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam tindakan pihak MBPP. Kontraktor telah pun dilantik dan telah turun tapak bagi mendapatkan input serta maklum balas daripada para peniaga yang terlibat. Pendekatan ini bertujuan bagi memastikan keperluan sebenar diambil kira dalam pelaksanaan projek kerja-kerja pemasangan bumbung tambahan dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat demi meningkatkan keselesaan dan perlindungan kepada para peniaga serta pengunjung di kawasan tersebut nak cakap lagi silakan.

Dato' Yang di-Pertua, nak dapat sedikit jawapanlah daripada EXCO Jawi bila nak dibina awning itu supaya kita dapat beritahu kepada rakyat dekat kawasan Kampung Terang.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya ambil maklum Pulau Betong dan saya akan dapatkan tarikh sebenar dan saya akan sampaikan kepada Pulau Betong. Okey, seterusnya berhubung pertanyaan Yang Berhormat Permatang Pasir berkenaan isu parkir lori kontena, MBSP tidak mengeluarkan sebarang kelulusan yang melibatkan pembinaan atau operasi depo lori di kawasan sawah di sekitar Permatang Janggus.

Walau bagaimanapun, pihak MBSP boleh mempertimbangkan untuk memberi kebenaran melalui garis panduan permit bangunan sementara bagi bangunan terminal kenderaan berat ataupun depo lori sedia ada di atas tanah yang dizonkan sebagai jelapang padi yang telah diluluskan oleh Majlis Penuh pada Januari 2015.

Kebenaran sementara yang diberikan hanya sah sehingga 31 Disember 2025. Sebagai syarat tambahan, pemilik-pemilik berkenaan juga dikehendaki mengemukakan permohonan pelingkungan semula iaitu rezoning kepada pihak PlanMalaysia dan tempoh tersebut bagi membolehkan tapak operasi beralih status secara sah mengikut peruntukan perancangan fizikal dan guna tanah yang ditetapkan.

Merujuk soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua berkaitan isu cadangan bagi perumahan baharu.

Sikit sahaja, sikit. Apa ini, dia isu sekarang ini sebab apa ini kontena tiap-tiap hari banyak sangat dia masuk ke jalan raya. Jalan itu tak besar melalui pekan Permatang Pauh tempat itu agak tak sesuai untuk apa letak tak apa tapi bila dia keluar waktu pagi banyak sangat dan akibat dia kemalangan, jammed. Itu yang saya concern, kalau boleh buat fasiliti yang elok, jalan yang besar dan mungkin orang tak complaint dan mungkin tak timbul isu lah.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Oleh sebab itu, seperti apa yang saya maklum memang walaupun saya tak pasti sama ada yang Permatang Pasir yang bangkitkan itu adalah mereka telah memohon permit sementara sekiranya ya, tuan tanah perlu buat pelingkungan semula, apabila selepas buat pelingkungan semula sekiranya dapat kelulusan tuan tanah perlu mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang.

Dari sudut Pelan Kebenaran Merancang, agensi-agensi dalaman termasuk JKR akan melihat keseluruhan dari segi rangkaian jalan, dari segi syarat-syarat yang akan dikenakan kepada pemohon tersebut. Merujuk soalan yang kedua.

Bila saya, bila saya pergi patrol pi tengok ada berlaku apa, ada berlaku tambakan, lambak tambakan bendang, dan kemungkinan lori akan bertambah so kalau tak dipantau mungkin banyak lagi.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Permatang Pasir dan jangan risau saya sentiasa bersama dengan pesawah-pesawah bendang ini. Kami telah turun ambil tindakan, saya sudah lupa kawasan tersebut, di mana kita mendapati ada sekumpulan ataupun ada tuan tanah pergi buat tambakan di kawasan bendang. Memang dalam kawasan bendang, memang dia tidak dibenarkan dan saya percaya MBSP telah mengeluarkan saman-saman terhadap pemilik-pemilik tanah tersebut. Kita ambil maklum sekiranya saya mengalu-alukan sekiranya ada maklumat tentang penyalahgunaan tanah bendang mohon bagi maklumat kepada MBSP ataupun kepada salurkan kepada saya terima kasih Permatang Pasir.

Merujuk soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua berkaitan isu cadangan bagi perumahan baharu di kawasan Taman Merbau Jaya, terdapat satu permohonan Kebenaran Merancang di kawasan Taman Merbau Jaya yang telah dikemukakan oleh Tetuan Spirit of Perai Sdn. Bhd. telah diluluskan oleh jawatankuasa OSC MBSP pada 15 Mei 2025 namun borang C1 masih belum dikeluarkan kerana pemaju masih dalam proses untuk menunaikan syarat-syarat teknikal.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Jawi.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ya.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Masalah dia bukan masalah rumah, masalah dia masalah jalan, access jalan itu. Kalau masuk ke jalan yang sedia ada sangat orang kata apa menyebabkan kesesakan lalu lintas yang akan lebih parah lagi. Bagi ada access lain lah belakang dia, dia jalan masuk melalui Seberang Perai Utara sedangkan perumahan itu nak dibuat di Seberang Perai Tengah balik sana sungai dia dekat dengan Caltex Kampung Merbau Kudung. Jadi, sangat tak sesuailah kalau buat situ keluar susur keluar tu keluar dekat Masjid Merbau Kudung lama ataupun Maahad Tahfiz Kayyis. Sekarang ini Caltex dia akan menyebabkan jalan tu parah sekitar kawasan itu. Kita nak lintas jalan pun jadi susah terlalu banyak kenderaan kalau ditokok tambah dengan, dengan susur keluar daripada tu kenderaan mari daripada situ dia akan menyebabkan jalan bertambah parah. Jadi, kita harap kalau apa nama taman yang diwujudkan supaya ada satu alternatif jalan alternatif di belakang sana.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey. Terima kasih Ketua Pembangkang, saya tidak dapat memberi ulasan tanpa pelan susunan jalan.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya ada.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya tidak dapat beri ulasan terhadap pelan susunan jalan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa OSC, saya percaya atas penilaian ataupun atas semasa dalam penilaian layout plan (dengan izin) oleh Tetuan Spirit of Perai memang JKR dan Jabatan Kejuruteraan akan melihat keseluruhan dan kalau tak silap mereka akan dikenakan TIA. Saya percaya kawasan tersebut memang ada terlibat juga pengambilan jalan, kalau ada banyaklah kalau, kalau tak silap sebab itu tanpa layout plan tanpa ulasan daripada daripada Jawatankuasa OSC saya tidak dapat memberi ulasan yang tepatlah. Mungkin saya akan dapatkan segala ulasan saya akan maklum kepada Jawatankuasa OSC khususnya bagi Jabatan Kejuruteraan untuk mengambil maklum tentang rangkaian jalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang. Boleh ya, Ketua Pembangkang?

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Boleh cuma lepas ni bagi ada libat urus apa nama Majlis Bandaraya Seberang Perai ini untuk maknanya kita turun dan membincangkan bersama supaya perkara ini dapat diselesaikan.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey, saya mabil maklum. Balik kepada isu perniagaan kecil dan penjaja di Pulau Pinang yang diutarakan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun, Yang Berhormat Batu Uban, Yang Berhormat Seberang Jaya, Yang Berhormat Kebun Bunga, Yang Berhormat Pulau Betong, Yang Berhormat Pulau Tikus izinkan saya merangkumkannya dan hanya dalam satu jawapan. Kerana isu tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh PBT terhadap penjajah tanpa berlesen terdapat dua (2) mekanisme pelaksanaan tindakan penguatkuasa iaitu nombor satu bagi kes pembinaan baru. Tindakan penguatkuasaan boleh diambil serta merta oleh pihak PBT tanpa menunggu kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri ataupun pihak pejabat saya. Manakala kes-kes yang melibatkan binaan sedia ada, PBT perlu mendapat persetujuan daripada pihak EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancang Bandar Dan Desa sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

Saya mengambil maklum terhadap isu diajukan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya mengenai pemakluman operasi terhadap penjaja peniaga kecil yang tidak seragam. Buat masa ini, tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri pada 23 Oktober 2013 yang mengkehendaki Pihak Berkuasa Tempatan mendapatkan persetujuan YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan memaklumkan kepada YB ADUN kawasan, penyelaras KADUN sebelum tindakan penguatkuasa diambil.

Seterusnya bagi menjawab persoalan berkaitan dengan pendapatan baharu penjaja yang diluluskan di dalam kawasan Seberang Jaya sebanyak tujuh (7) sesi bimbingan dan taklimat telah dilaksanakan Pihak Berkuasa Pihak MBSP. Perincian bagi pendapatan tersebut adalah seperti berikut ada tiga (3) untuk penempatan telah selesai, satu Lembah Makanan Bandar Perda, Apartment Permata Bandar Perda, Pasar Awam Seberang Jaya. Untuk penempatan dalam tindakan adalah Lembah Makanan Taman Sutera, PPR Ampang Jajar, Permatang Pauh. Cadangan pendapatan akan datang iaitu di Lorong Tuna Seberang Jaya, Taman Pauh Indah, Permatang Pauh

Menjawab persoalan Yang Berhormat Kebun Bunga, berkaitan tapak penjaja sementara, tiada tapak penjaja sementara disediakan di kawasan pentadbiran MBPP sepatutnya pihak MBPP telah mengenal pasti gerai-gerai dan Kiosk milik MBSP yang kosong untuk melaksanakan penempatan semula penjaja-penjaja yang terlibat.

Walau bagaimanapun, saya telah mohon pihak MBPP untuk buat satu lawatan bersama dengan Kebun Bunga supaya kita dapat lihat sama ada kita boleh membantu tapak tersebut untuk menaik taraf ataupun untuk menempatkan ataupun untuk menempatkan mereka di kawasan yang lebih bersesuaian.

Berhubung dengan MyKiosk. MyKiosk merupakan satu inisiatif Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui PBT dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan untuk kembali berdaya siang dan meningkatkan taraf sosial ekonomi penduduk setempat.

Inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada para peniaga melalui pemberian kadar sewaan bulanan kiosk yang rendah dan berpatutan iaitu sebanyak RM100.00 bagi MBPP dan RM120.00 bagi MBSP. Bayaran dikenakan kedua-dua PBT ini adalah tidak melebihi kos siling yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan iaitu sebanyak RM300.00 sebulan untuk sewaan.

Selain itu, inisiatif ini juga menjadi salah satu mekanisme untuk membantu para penjaja kecil termasuklah penjaja yang tidak berlesen untuk meniaga secara sah di lokasi-lokasi tumpuan di seluruh negara bagi memastikan keluh kesah rakyat yang diambil cakna oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri melalui PBT telah memberikan pengecualian bayaran sewaan selama tempoh enam (6) bulan pertama kepada penjaja yang terpilih dari semasa ke semasa pelaksanaan MyKiosk ini akan diperluas di ke semua DUN di dalam negeri Pulau Pinang termasuklah kawan-kawan di sebelah pihak Pembangkang, kalau perlu boleh cadangkan dan salurkan maklumat kepada saya. Bagi saya habis dulu ha Ketua Pembangkang.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Bunyi loceng dah tu.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Bagi memastikan penjaja-penjaja tanpa mengira latar belakang agar dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun setiap permohonan daripada penjaja-penjaja ini perlulah mematuhi kriteria-kritera yang telah ditetapkan oleh PBT antaranya adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas; ii. Tidak atau mempunyai lesen sedia ada di mana-mana premis perniagaan yang sah; iii. Tidak dibenarkan membina atau mendirikan sebarang tambahan binaan kekal di kiosk yang telah diperuntukkan; iv. Pengurusan sampah dan sisa makanan di bawah tanggungjawab peniaga; dan v. Wajib menjalani kursus pengendalian makanan dan mengambil suntikan antitifoid.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Terima kasih Jawi. Dengan izin Speaker. Apa yang disebut oleh Jawi tu kiosk dan sebagainya, kalau ada kita nak pi lepas tu kita nak pi angkut kedai orang tu, barulah tak orang tak marah. Tapi kalau sekarang tindakan yang dilakukan pi angkut kedai, pi roboh bawa turun tanda semua, ini mengundang kemarahan orang ramai. Orang yang nak berniaga, macam saya sebutkan bahawa peniaga-peniaga yang tepi jalan ni hanyalah mereka tu, buat apa nama usaha tambahan untuk menambah pendapatan mereka. Untuk hidup saja. Jadi kalau tidak ada alternatif, depa akan berniaga macam biasa. Jadi penguatkuasaan yang dilakukan oleh PBT. Angkut, buat turun, roboh dan sebagainya ni sepatutnya kita ubahlah strategi dia. Bagi ada satu apa nama alternatif dulu, kiosk dan sebagainya lepas tu nak ambil tindakan barulah kita rasa kena. Kalau dah belum ada apa-apa kita pi buat tindakan dah. Teraba-raba orang.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey, terima kasih Ketua Pembangkang.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya rasa PBT jangan buat dah. Tak mau buang masa dah tapi jangan buat kerja macam tula.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya jawab Ketua Pembangkang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Jawi, sikit saja. Saya minta izin kat you dengan hormatnya sedikit ya.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okay. Please.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Jawi, saya nak tanya sikit soalan kepada Yang Berhormat Jawi, di kawasan saya daripada tu 2008 sampai 2025, Pihak PBT keluarkan lesen kepada penjaja-penjaja di tepi jalan. Selepas mereka mengambil tindakan kepada pihak penjaja tu dengan begitu cepat tanpa memberi tempat lain untuk mereka meniaga, terus suruh mereka pindah, mereka tak pindah. Kali kedua mereka datang mengambil barang. Sedangkan baru bayar lesen dua bulan terus halau mereka keluar. Sepatutnya rekod bayar lesen Pihak PBT harus cari tempat dan bagi mereka meniaga, kalau nak tutup di kawasan tu. Sekian, terima kasih Jawi.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih saya terus jawab Telok Ayer Tawar. Sampaikan maklumat kepada saya yang berlesen selepas dua bulan diambil tindakan. Seperti apa yang saya dah maklumkan Telok Air Tawar, hari tu dah maklum saya, I dah minta sampaikan maklumat kepada saya. Tapi mungkin Telok Air Tawar suka yang ambil floor ini untuk bangkitkan perkara ini. Betul kan? Saya sudah bangkit.

Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang memang kita perlu lihat apabila kekangan ataupun tindakan penguatkuasaan diambil oleh kedua-dua PBT, ramai wakil rakyat saya percaya dia akan kata oh jangan ambil tindakan tapi apabila aduan masuk dan tindakan tidak diambil, ada juga yang akan salurkan aduan tersebut ke pihak-pihak agensi lain. Di mana tohmahan kata pegawai-pegawai ambil rasuah, pegawai ambil duit, tak mahu ambil tindakan. Tapi kita ambil tindakan dengan berhemah. Kita lihat memang kalau yang keadaan yang terpaksa untuk ambil tindakan memang kita akan pergi dan jangan sampai penjaja-penjaja yang mengganggu lalu lintas barulah minta kita untuk ambil tindakan.

Oleh sebab itu kita perlu ada satu pelan yang tersusun lebih holistic, supaya kita dapat buat penempatan bagi penjaja-penjaja sekiranya Ketua Pembangkang ada tempat yang lebih sesuai untuk buat penempatan mungkin kita boleh lihat dan kita boleh bantu untuk legalise atau dilesenkan ataupun melesenkan perniaga-perniaga kecil ini supaya jaga pinggan mangkuk peniaga-peniaga tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua

Pinggan mangkuk? Periuk nasi Jawi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya dah hantar kat Jawi. Jawi tengok. Yang hantar lesen tu Jawi tengok.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Bila saya nak berbahas, you panggil saya tengok handphone.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Cumanya penguatkuasaan tu, bila nak ambil tindakan, maklum la kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mari. Bersama kita tengok macam mana. Jangan terus pi roboh terus, angkut terus sampai orang tak ada nak buat apa kan. Jadi saya rasa cara ataupun kaedah pelaksanaan tu supaya dia tengok semula la. Janganlah buat macam tu. Kasihan.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya ambil maklum seperti apa yang saya maklum tadi dengan keputusan sejak tahun 2013 okay. Pulau Betong ada lagi?

Tadi EXCO Jawi kata tindakan berhemah sepatutnya dibuat kan. Tapi saya dapati bukan berhemah itu. Bila kita robohkan kedai-kedai, gerai-gerai, itu bukan tindakan berhemah. Tindakan berhemah tu bincang dengan baik.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Adakah Pulau Betong setuju penjaja ataupun peniaga-peniaga tanpa berlesen suka-suka membina struktur di mana-mana tempat saja? saya nak tanya. Setuju?

Memang tidak setuju tapi kaedah sebelum ini you robohkan, bincang dulu. Berapa kali you sudah buat pertemuan? Berapa kali? Cuba bagi tahu? Berapa kali sudah panggil semua pembeli, semua penjual tu, you ada buat libat urus.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sebelum ambil tindakan kita akan mengeluarkan notis. Sebelum ambil tindakan notis akan disampaikan kepada peniaga tersebut.

Berapa kali you buat?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sekurang-kurang dua (2) kali.

Tulah sepatutnya ada two ways, ada perbincangan.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Bahasa Inggeris pula. Okey, terima kasih. Saya ambil maklum. Saya ambil maklum. Terima kasih.

Kena ingat ok. Orang susah, orang miskin bukan orang senang.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Kita ambil maklum. Terima kasih Pulau Betong yang senantiasa prihatin kepada rakyat. Terima kasih. Pesta Songkran yang sepatutnya mendatangkan hawa sejuk kerana melibatkan aktiviti penyiraman atau penyimbahan air kepada para pesertanya, namun, terkalih menjadi panas gara-gara satu penganjurannya di Batu Ferringgi. Dan ia menjadi lebih panas apabila isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penaga.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan penganjuran acara berkonsepkan kebudayaan sebagai tarikan masyarakat setempat dan juga pelancong luar, tertakluk pada pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PBT. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui MBPP telah mengambil langkah proaktif dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab bertarikh 17 April 2025 bagi mendapatkan penjelasan daripada pemilik premis hiburan yang terlibat. Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak MBPP mendapati bahawa pemilik premis hiburan berkenaan mempunyai lesen hiburan awam bagi aktiviti hiburan jenis disk jockey (DJ), live band dan muzikal. Walau bagaimanapun, pemilik premis tersebut telah di kompaun kerana menjalankan aktiviti hiburan lebih awal dari waktu yang dibenarkan iaitu pada jam 4 petang.

Saya turut mengambil maklum persoalan Yang Berhormat Berapit mengenai kekurangan tandas awam di kawasan Tapak Warisan Dunia George Town (TWDGT). Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini terdapat sebanyak sembilan (9) buah tandas awam MBPP yang terletak di kawasan TWDGT. Saya menyambut baik saranan Yang Berhormat untuk mempertimbangkan pembinaan tandas awam di dalam radius 250 meter sehingga 500 meter di kawasan TWDGT. Dengan mengambil kira isu kekurangan tapak yang sesuai untuk membina tandas awam yang tetap, cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan pihak swasta (gangguan) dilihat lebih praktikal. Namun, cadangan ini masih perlu diteliti semula di peringkat Kerajaan Negeri.

Exco Jawi boleh beri…

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Pulau Betong, bila saya bahas, you kena dengan izin tunggu saya habis dulu.

Okey, okey.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Panas hari ini. Pulau Betong, Pulau Betong.

Okey, minta izin. Di Pasir Panjang adalah kawasan ramai orang terutamanya pada Hari Sabtu dah Ahad. Mereka datang untuk berkelah dekat Pasir Panjang, Balik Pulau. Jadi, yang menjadi punca masalah di situ tandas awam tidak diurus dengan baik, sampai ke tahap tidak ada air. Jadi kita harap sangat-sangat kepada Majlis Bandaraya, dapat beri keprihatinan kepada tandas awam di Pasir Panjang.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Pulau Betong. Saya ambil maklum. Saya percaya di bawah BKT kita juga ambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Pulau Betong. Isu yang terakhir jangan ada mana-mana Yang Berhormat yang gigih nak bertanya soalan kepada saya lagi ya. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Machang Bubuk mengenai Tapak Pelupusan Sampah Jelutong (TPSJ), pelan tambakan laut seluas 70 ekar telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi menjalankan kerja-kerja pemulihan tapak tersebut. Kelulusan ini diberikan selepas mengambil kira keadaan struktur TPSJ yang tidak selamat kerana ia merupakan bekas tapak pembuangan sampah secara terbuka. Merujuk isu pewartaan Middle Bank pula, saya percaya telah dijawab oleh sahabat saya saudara Dato’ Seri Sundrarajoo mewartakan semula Middle Bank sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) apabila projek pembangunan di sekitar kawasan tersebut telah selesai dilaksanakan.

Memang Kerajaan Negeri tiada halangan. Sekiranya projek ini dibatalkan ia akan memberi imej negatif kepada Kerajaan Negeri dan berkemungkinan akan kehilangan peluang untuk menjana pendapatan melalui pembangunan semula kawasan tersebut termasuk potensi pembangunan komersial dan perumahan serta hal kebajikan nelayan. Berkaitannya juga sekiranya PLBE gagal mendapatkan kelulusan EIA sebelum atau pada 28 Februari 2026, Kerajaan Negeri berhak untuk tidak meneruskan perjanjian tersebut. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Timbalan Yang di-Pertua

Habiskan. Masa kecederaan banyak sangat ni.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Memaripurna wacana ini, izinkan saya menitipkan harapan dan cita-cita seluruh rakyat jelata Pulau Mutiara ini kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan Negeri Pulau Pinang untuk penggal ini dan penggal-penggal yang mendatang. Saya yakin dan percaya, dengan perpaduan dan penggemblengan tenaga kita bersama, dengan keberlanjutan yang terjaga, Pulau Pinang mampu mendekap dan menggapai cita-cita murni sepertimana yang tertakluk di bawah gagasan Penang2030. Meski hasil yang dicapai saat ini belum sepenuhnya tuntas, semangat gagasan Penang2030 mampu membawa Pulau Pinang menuju ke masa hadapan yang lebih gemilang. Dengan penuh ketulusan, sekali lagi saya kalungkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada saya selama menerajui portfolio Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa, juga kepada semua jabatan dan agensi terutamanya Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT), PLANMalaysia, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana tidak pernah bergeming tindak, malah sentiasa bersama-sama saya mencipta swadaya dalam mendepani dinamik dunia politik yang penuh rencam dalam marcapada ini. Saya juga ingin menghulurkan kata maaf seandainya saat saya berbicara ada hati yang terluka, ada rasa yang kecewa, atau ada harapan yang belum terpenuhi. Namun, saya bersama seluruh jentera dan rakyat jelata sentiasa menderap segala usaha untuk kemakmuran negeri kita yang tercinta. Sekiranya terdapat sebarang isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih tidak jawab, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah jumpa saya ataupun hubungi saya untuk bincang selanjutnya.

Timbalan Yang di-Pertua

Dah habis baca ke ni?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Mekar mewangi bunga tanjung,

Ditanam indah di halaman,

Budi dikenang bakti disanjung,

Kekal subur dalam ingatan.

Terbang tinggi si anak unggas,

Hinggap sebentar di dahan terpotong,

Ucapan TYT telah saya bahas,

Dengan ini jiran Sungai Bakap, Jawi mohon menyokong.

Sorong papan tarik papan,

Sampai jumpa di sidang depan.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Jawi. Panjang pantunnya dia. Seterusnya saya persilakan Sungai Pinang.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Dato’ Timbalan, Yang Berhormat Dato' Timbalan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Selamat petang, Salam Harapan, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani. Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-9.

Saya juga ingin menyatakan sokongan penuh terhadap segala amanat dan saranan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun dalam ucapan beliau, khususnya yang menyentuh portfolio saya. Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, saya akan menghormati saranan tersebut dan akan terus berusaha sedaya upaya demi kesejahteraan serta manfaat rakyat Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tun Ahmad Fuzi, mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, atas segala sokongan yang telah diberikan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan diri saya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Sokongan beliau amat saya hargai, khususnya ketika sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun lalu yang telah diadakan di kediaman rasmi beliau. Tun bukan sahaja berbesar hati menjadi tuan rumah, malah turut memberi komitmen penuh dalam memastikan kejayaan program tersebut.

Seterusnya, saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta semua pihak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas sokongan berterusan yang telah diberikan kepada MMK Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, tidak lupa juga kepada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan menyentuh isu-isu berkaitan portfolio saya. Saya hargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan, dan akan memberikan perhatian serta maklum balas terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan.

Izinkan saya memperkenalkan semula Manfaat Rakyat sebagai payung utama bagi portfolio Pembangunan Sosial, Kebajikan, dan Hal Ehwal Bukan Islam. Inisiatif ini saya angkat sebagai semangat yang menjadi nadi kepada seluruh perkhidmatan MMK ini dan sebagai satu komitmen yang tidak berbelah bahagi. Inisiatif ini bukan sekadar slogan, tetapi kompas yang membimbing kami merentasi tiga portfolio yang telah diamanahkan kepada saya. Matlamat kita adalah hanya satu, iaitu untuk mengutamakan rakyat dalam setiap keputusan, setiap program, dan setiap agihan sumber. Ungkapan yang sering kita gunakan, “From Womb to Tomb” (dengan izin) mencerminkan keyakinan bahawa sokongan Kerajaan perlu wujud sepanjang kitaran hidup manusia.

Daripada anak yang baru lahir kepada ibu bapa yang bekerja, daripada golongan orang kurang upaya sehinggalah ke warga emas, malah dalam sokongan pengurusan jenazah, Kerajaan Negeri berusaha untuk hadir bertindak proaktif, dan bersifat ihsan. Kerajaan Negeri juga berpegang teguh kepada janji bahawa pembangunan tidak akan dicapai dengan mengorbankan hak asasi, maruah dan harga diri rakyat, yang merupakan penerima manfaat tersebut. Ini sejajar dengan Visi Penang2030, tiada siapa yang akan dipinggirkan dalam membina sebuah Pulau Pinang yang lebih adil, inklusif dan lestari. Hakikat di sebalik Manfaat Rakyat adalah bahawa kita tidak berkhidmat semata-mata untuk

mendapatkan publisiti, tetapi memperjuangkan perubahan yang benar-benar mengangkat kehidupan insan. Inilah pegangan utama dalam setiap langkah yang diambil, dan dalam bahagian seterusnya ucapan ini, saya akan huraikan bagaimana program-program kita terus berpandukan prinsip ini.

Langkah pertama Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bermula seawal usia kehidupan. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa lima tahun pertama kehidupan adalah fasa penting dalam perkembangan kognitif, emosi dan sosial seorang kanak-kanak. Saya percaya setiap ibu dan bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka, dan ini dengan sendirinya menunjukkan permintaan tinggi terhadap pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, selamat, dan berteraskan nilai demi memberikan permulaan hidup yang sama rata kepada semua anak. Atas sebab itulah di Pulau Pinang antara keutamaan Kerajaan Negeri ialah membantu pengusaha untuk mendapatkan perakuan pendaftaran yang sah serta penambahbaikan Garis Panduan penubuhan dan pengoperasian Taska, Tadika dan Pusat Jagaan.

Pejabat saya sendiri telah turun padang untuk bertemu dengan beberapa pengusaha bagi memahami cabaran yang mereka hadapi secara langsung. Melalui kerjasama rapat antara Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Taskforce (dengan izin) bagi mengenal pasti isu serta halangan dalam proses kelulusan, memberikan bantuan teknikal, serta memperkenalkan langkah sokongan secara berfasa untuk membantu pengusaha sedia ada mematuhi keperluan perundangan.

Kerajaan Negeri turut meneroka langkah untuk memberi subsidi atau mengurangkan caj infrastruktur bagi pengusaha Taska, Tadika dan Pusat Jagaan. Di samping menghubungkan mereka dengan latihan yang disokong demi menjamin kelestarian dan kualiti penjagaan. Untuk menyokong keseluruhan ekosistem penjagaan, kita juga perlu melihat lebih dari segi aspek penjagaan kanak-kanak. Dalam masyarakat yang semakin menua, semakin ramai keluarga tergolong dan generasi sandwich, dimana mereka bukan sahaja terikat dengan tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak kecil, tetapi juga menjaga ibu bapa yang berusia. Mereka menanggung beban berganda dalam aspek penjagaan sambil menghadapi tekanan kerja dan kewangan. Bagi mereka, kewujudan pusat penjagaan yang selamat, sah dan mudah diakses merupakan sebuah kemudahan yang amat membantu.

Oleh itu, inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri turut diperluas kepada pusat jagaan warga emas, orang kurang upaya dan wanita. Dengan memastikan pusat-pusat ini memenuhi piawaian kesihatan, keselamatan dan operasi, kita juga memberikan ketenangan fikiran kepada penjaga dan ahli keluarga. Sama ada seorang anak perempuan yang meninggalkan ibu bapanya di pusat jagaan warga emas berlesen semasa dia bekerja, atau seorang bapa yang menghantar anak kecilnya ke Taska bertauliah, setiap keluarga berhak untuk merasa yakin bahawa insan tersayang mereka berada dalam jagaan yang selamat. Menyokong infrastruktur penjagaan harus dilihat sebagai satu khidmat sosial, bukan sekadar entiti perniagaan. Dengan memastikan setiap Taska, Tadika dan Pusat Jagaan sah di sisi undang-undang dan memenuhi piawaian kesihatan, keselamatan dan operasi, kita memberikan rasa aman dan perlindungan kepada warga emas, kanak-kanak, serta keluarga mereka. Cabaran dalam pembangunan sosial masa kini semakin kompleks dan tidak lagi dapat ditangani dengan tindakan yang bersifat sementara. Silakan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Boleh? Terima kasih YB Padang Lalang dan juga Timbalan Dato’ Speaker. tadi saya dengar Yang Berhormat Padang Lalang bercakap bantuan kepada…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Pinang, Sungai Pinang.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Sungai Pinang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sorry, Sungai Pinang. Aaa bercakap tadi pasai bantuan warga emas, OKU, ibu tunggal dan juga khairat kematian oleh Kerajaan Negeri. Adakah cadangan untuk menambah beberapa lagi bantuan bagi membantu rakyat yang lebih tertekan dengan kos ekonomi sekarang? Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih. Memang banyak bantuan, program bantuan yang kita berikan kepada golongan yang tertekan. Maka apakah yang kamu cadangkan? Bantuan apa? Seperti bantuan apa?

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bantuan, saya minta kepada pihak EXCO, Sungai Pinang.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Cadang, cadang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya cadangkan kenaikan kepada orang-orang OKU, warga emas dengan keadaan kos sara hidup sekarang, terlalu mahal. Tadi pun kita dalam Dewan bertengkar dengan apa Jerejak kerana beras tak cukup. Hari tambah mahal. Sekarang dengan kos sara hidup dengan pemberian pada warga emas ni terlalu rendah.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Tau tak berapa untuk warga emas?

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Baru RM350.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Bantuan warga emas.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Untuk orang OKU.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Sebulan RM600.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Warga emas betul RM600 kalau untuk OKU.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

RM450.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ada tiga setengah lagi.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ha? Tiga setengah yang tu dia tidak proaktif maka kita akan itu ada.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Betul, itu saya kata, tak proaktif kita kena bagi proaktiflah.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Itulah proaktif.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Itu yang saya cadangkan untuk tambahan untuk proaktif.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Jadi la, bila proaktif.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bila YB tanya saya, saya cadang kepada YB masih RM350. Itu tak proaktif, tak proaktif kita kena study la begitu

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Telok Ayer Tawar.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Kita nak menggalakkan OKU back to committee dan bekerja tu, kita tambah, kita sudah tambah kepada mereka tapi macam mana pun saya terima kasih kepada Telok Ayer Tawar atas.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Terima kasih, sama-sama. Sama-sama.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih, terima kasih. Okey, cabaran dalam pembangunan sosial masa kini semakin kompleks dan tidak lagi dapat ditangani dengan tindakan yang bersifat sementara. Dengan kemunculan teknologi digital, perubahan struktur keluarga, serta kerentanan, pendekatan yang proaktif amatlah penting. Atas dasar ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dan Penang Institute sedang membangunkan Rangka Kerja Pembangunan Sosial bagi negeri Pulau Pinang. Rangka kerja ini akan merangkumi strategi komprehensif yang membimbing usaha kita dalam menyokong rakyat merentasi semua peringkat dan lapisan kehidupan, berpaksikan prinsip kesinambungan, akauntabiliti dan impak yang boleh diukur.

Melalui Rangka Kerja ini, kita bukan sahaja menangani cabaran semasa, tetapi turut bersiap sedia menghadapi perubahan demografi, ekonomi dan budaya pada masa hadapan. Perjalanan kita ke arah sebuah negeri yang adil dan saksama bermula dengan satu kesedaran bahawa pembangunan mampan bukan sekadar tertumpu kepada infrastruktur fizikal, tetapi kepada pelaburan terhadap rakyat yang menghuninya. Tanggungjawab asas kita adalah untuk membina sebuah masyarakat di mana setiap individu tanpa mengira jantina, umur, keupayaan, atau status sosial dapat hidup dengan sejahtera dan berpotensi untuk berkembang. Saya menyambut baik hujahan daripada Yang Berhormat Berapit berkenaan pengaplikasian Dasar Keterangkuman Gender dalam sektor swasta, khususnya yang melibatkan syarikat-syarikat multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Namun, kita perlu memahami bahawa kebanyakan daripada MNC ini tertakluk kepada garis panduan ketat daripada syarikat induk mereka di Amerika Syarikat. Ada antara mereka telah menyatakan komitmen untuk meneruskan amalan DEI, iaitu Diversity Equity dan Inclusion.

Walaupun mungkin dengan nama dan pendekatan yang berbeza. Mereka juga mengakui manfaat daripada pelaksanaan amalan ini dalam persekitaran kerja mereka. Jadi di peringkat negeri, walaupun kita tidak mempunyai bidang kuasa untuk memaksa sektor swasta mengguna pakai Dasar Keterangkuman Gender sepenuhnya, kita boleh memainkan peranan melalui mengadakan kempen kesedaran. Justeru, pejabat saya kini sedang meneroka peluang kerjasama dengan syarikat-syarikat ini bagi memastikan sokongan terhadap program-program berkaitan wanita, warga emas dan OKU dapat diteruskan, antaranya melalui sambutan dan pengisian hari-hari penting seperti Hari Wanita Sedunia dan Hari Orang Kurang Upaya.

Pada masa yang sama, Pulau Pinang juga kini dilihat sebagai pemangkin dan pakar rujuk nasional dalam pelaksanaan GRPB, iaitu Gender Responsive Participatory Budgeting (dengan izin) menjadikan PWDC sebagai perunding yang dirujuk oleh negeri-negeri lain. PWDC telah dijemput berkongsi metodologi GRPB di Pahang, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Selangor termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Berbekalkan pengalaman ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan satu persidangan kebangsaan "Persidangan Kebangsaan Neksus GRPB 2025” akan diadakan pada bulan Oktober tahun ini sebagai platform penting untuk memperkukuh kefahaman, memperluas perkongsian ilmu dan mengetengahkan amalan terbaik berkaitan GRPB di seluruh negara.

Wanita merangkumi hampir separuh daripada populasi Malaysia, namun penyertaan mereka dalam struktur kuasa ekonomi dan proses membuat keputusan secara formal masih rendah. Sebagai langkah responsif, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kepimpinan wanita, khususnya di peringkat akar umbi. Di Pulau Pinang, usaha ini digerakkan melalui PWDC, yang terus melabur dalam latihan kepimpinan, kesedaran gender untuk kerajaan tempatan, serta dasar-dasar yang mempromosikan keterangkuman. Sejak tahun 2019, PWDC telah membimbing bakat kepimpinan wanita menerusi penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) satu-satunya jawatankuasa seumpamanya di Malaysia. Bagi memperkukuh kapasiti kepimpinan JPWK, PWDC telah menganjurkan Bengkel Perkasa Pemimpin JPWK pada Oktober dan November tahun lalu, melibatkan 80 pemimpin wanita dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Lingkaran Harapan serta sokongan Jabatan Pembangunan Wanita melalui geran PERANTIS.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pemimpin wanita dalam merancang, melaksana dan mengurus program penjanaan pendapatan yang sesuai dengan keperluan komuniti, serta membimbing mereka dalam penyediaan kertas cadangan dan kaedah pembiayaan untuk melaksanakan program Wanita Jana Rezeki di DUN masing-masing.

Sebagai permulaan untuk memperkasakan wanita di Seberang Perai, sebanyak lapan (8) siri Bengkel Wanita Gerak telah dianjurkan dengan kerjasama Think City dan Persatuan Kebajikan Lingkaran Harapan, melibatkan 505 penyertaan wanita termasuk dari kalangan ahli JPWK. Program ini menjadi asas penting dalam memperluas impak pembangunan kapasiti wanita ke seluruh negeri dan mencungkil bakat kepimpinan dari peringkat akar umbi.

Baru-baru ini Kerajaan Negeri melalui PWDC juga telah memulakan Jelajah JPWK di setiap daerah bermula suku kedua tahun ini. Dua siri jelajah telah dilaksanakan di Daerah Timur Laut dan Barat Daya dan akan turut dilaksanakan di daerah yang lain. Jelajah ini menjadi platform penting untuk lebih memahami cabaran setempat serta mencetuskan penyelesaian sambil memperkukuh jaringan antara AJK JPWK. Saya amat bangga melihat transformasi JPWK, kini mereka lebih yakin dan memberi tumpuan kepada isu-isu komuniti seperti penjanaan pendapatan, kesedaran hak wanita dan keluarga, serta penyertaan dalam kursus-kursus kemahiran.

Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti wanita dalam bidang politik dan keusahawanan. Sidang Wanita Pulau Pinang, yang kini memasuki tahun kelima penganjurannya, telah mencatatkan 1,388 penyertaan setakat ini. Seramai 200 peserta telah terpilih untuk bersidang dan membahas isu-isu penting di Dewan yang Mulia. Inisiatif ini turut dijadikan model oleh beberapa negeri lain. Saya harap suatu hari nanti kita dapat melihat penubuhan Sidang Parlimen Wanita di peringkat kebangsaan agar model dari Pulau Pinang ini dapat digunakan dalam mencungkil lebih ramai bakat wanita dalam arena politik.

Seiring dengan itu, fokus terhadap pemerkasaan ekonomi wanita dibina atas kefahaman bahawa kuasa ekonomi adalah asas kepada keupayaan diri dan kebebasan. Apabila wanita memimpin dan berpendapatan, keluarga turut makmur. Berdasarkan kepercayaan ini, PWDC melalui program keusahawanan wanita PENMentor telah berjaya membantu 338 usahawan wanita mencatat purata peningkatan pendapatan sebanyak 30%. Tahun ini memasuki tahun keenam pelaksanaan, dan modul program akan diperluas ke dalam Bahasa Mandarin bagi memperkukuh keterangkuman.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang percaya bahawa kemajuan sesebuah negeri tidak hanya diukur melalui pembangunan fizikal, tetapi melalui pembangunan modal insan supaya rakyat dapat hidup secara bermaruah, selamat, dihargai, berdaya tahan dan mampan. Supaya tiada siapa yang tercicir, atau dalam semangat No One Left Behind (dengan izin). Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Delima kerana memberi perhatian yang sama terhadap isu warga emas. Sudah tentunya, kita tidak boleh menggelar sebagai sebuah negeri yang progresif tanpa mengambil kira keperluan warga emas. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 12.7% daripada penduduk di Pulau Pinang adalah berumur 60 tahun ke atas, telah meletakkan Pulau Pinang di tangga keempat.

Oleh itu, kini Kerajaan Negeri dalam proses bersedia untuk menjadi sebuah Negeri Mesra Usia menjelang tahun 2028. Dalam usaha membina persekitaran yang lebih inklusif untuk warga emas, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif pada tahun 2022. Pelan ini menjadi panduan kepada semua agensi dan komuniti dalam mendepani realiti negeri menua serta memperkukuh peranan warga emas sebagai aset pembangunan negeri. Inisiatif Bandar Mesra Usia telah bermula di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan kerjasama PWDC.

Pelan Tindakan Strategik Bandar Mesra Usia Pulau Pinang, Bahagian Pulau telah dilancarkan pada 7 September tahun lepas, menunjukkan kesungguhan MBPP dalam menyediakan perkhidmatan, program dan kemudahan yang mesra untuk semua golongan usia, terutamanya warga emas. Kini, inisiatif ini memasuki tahun ketiga dan sedang berada di fasa pemantauan dan penilaian, sebagaimana yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sementara itu, di Seberang Perai, Majlis Bandaraya Seberang Perai akan memulakan langkah penting dengan menghantar permohonan rasmi kepada WHO untuk pengiktirafan Bandar Mesra Usia pada suku ketiga tahun ini. Ini merupakan titik tolak kepada kerjasama strategik antara semua pihak berkepentingan dalam merealisasikan impian menjadikan seluruh negeri Pulau Pinang sebuah Negeri Mesra Usia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Peningkatan kemudahan awam bukan sahaja bertujuan meningkatkan akses fizikal, tetapi juga memperkukuh kesejahteraan, keselamatan dan maruah warga emas dalam komuniti. Dalam menjawab soalan Yang Berhormat Berapit, bagi mencapai sasaran kebersihan 70%, MBPP telah melaksanakan pemantauan berkala, gotong-royong komuniti, serta meningkatkan kesedaran awam melalui kempen dan program angkat. Penguatkuasaan undang-undang kecil turut diperkukuh, dan aplikasi digital digunakan untuk memudahkan aduan awam. Penempatan penyelia taman secara harian juga dilakukan untuk memastikan tahap kebersihan dan keselamatan yang konsisten.

Dalam menjadikan bandar lebih mesra dan inklusif, MBPP mengaplikasikan prinsip Reka Bentuk Sejagat Universal Design (dengan izin) dengan menyediakan laluan bertanah rata, jubin sentuh, tandas mesra OKU dan warga emas, susur tangan serta fasiliti mesra pengguna di bangunan dan hentian awam. Kajian daripada 423 responden mendapati 73% berpuas hati dengan laluan pejalan kaki, manakala 35% agak berpuas hati dengan kemudahan hentian bas.

Untuk keperluan pengangkutan khas seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Teluk Bahang, MBPP bersama Rapid Penang menyediakan van Rapid Mobiliti bagi OKU dengan kadar RM7 untuk dua penumpang. Selain itu, Rapid On Demand pula menawarkan perkhidmatan atas permintaan serendah RM1, beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam. MBPP turut menyediakan van mobiliti mesra usia secara percuma melalui PAWE Jalan Air Itam bagi membantu warga emas ke hospital atau klinik iaitu PAWE Jelutong actually di Jalan Air Itam.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta laluan Sungai Pinang. Yang Berhormat, terima kasih atas jawapan yang diberikan. Tadi sentuh tentang yang itu masyarakat mesra, action plan of the age friendly city yang berkaitan dengan kemudahan kepuasan kemudahan tersebut. Saya sangat gembira dengar dengan peratusan yang diterima, dengan kebanyakkan berpuas hati dengan design. Tapi saya ingin tahu seperti kalau katakan satu tempat zon untuk dimulakan fasa pertama untuk friendly design ini, ada tidak design kita kalau pergi pejalan kaki sahaja. Orang yang pakai kerusi roda iaitu wheelchair, mereka turun daripada pejalan kaki dengan smoothnya mereka boleh naik lagi satu tempat. Tetapi di sini saya nampak kebanyakan tempat adalah tinggi, wheelchair yang tak boleh lalulah. Adakah kita boleh pasti 100% supaya orang yang kurang upaya atau pregnant lady atau orang tua dapat kemudahan akses ini dengan tanpa bantuan online. Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, Terima kasih kepada Yang Berhormat Berapit. Memang saya setuju. Maka, cuma ada 33, 73% yang berpuas hati sahaja. Maka, dia adalah masih ada ruangan untuk kemajuan untuk kemajuan. Memang memang saya setuju. Sekarang kita bukan mesra OKU, kita kena mesra warga tua, mesra banyak lagilah walaupun untuk budak-budak juga kita kena mesra. Semua, semua golongan masyarakat. Terima kasih dan MBPP juga melaksanakan program pemerkasaan ekonomi warga emas melalui projek rintis pengurusan tandas awam, yang kini diperluas di bawah Program Pemerkasaan Warga Emas. Inisiatif ini memberi peluang pekerjaan sambilan kepada pesara berumur 60 tahun ke atas, termasuk kerja-kerja pembersihan dan penjagaan fasiliti awam.

Secara keseluruhan, pendekatan Bandar Mesra Usia ini bertujuan membina persekitaran yang sihat, aktif dan bermaruah untuk warga emas. Melalui kerjasama dengan Syarikat Swasta dan Badan Bukan Kerajaan, pelbagai program dilaksanakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, pembelajaran sepanjang hayat dan keterlibatan sosial agar warga emas kekal berdikari dan dihargai dalam komuniti.

i-Sejahtera. Pembangunan sosial yang mampan tidak mungkin dicapai tanpa sistem kebajikan yang berkesan. Atas kesedaran ini, Kerajaan Negeri terus memperkukuh pendekatan kebajikan melalui pelaksanaan program seperti i-Sejahtera, sebuah inisiatif teras yang menyalurkan bantuan kewangan secara langsung kepada penerima yang layak. Pada tahun 2024 sahaja, sebanyak RM50.54 juta telah disalurkan menerusi program ini

kepada 280,633 penerima dan sebanyak RM5.71 juta juga telah disalurkan bagi sumbangan pengurusan jenazah kepada 5,712 penerima.

Angka ini bukan sekadar mencerminkan skala pelaksanaan program, malah menjadi bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa kehidupan rakyat tanpa mengira usia, status mahupun latar belakang. Menyahut saranan daripada Tuan Yang Terutama dan sejajar dengan keperluan semasa, saya berpandangan bahawa program i-Sejahtera harus dilaksanakan dengan pendekatan yang lebih bersasar dan inklusif. Keutamaan perlu diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sambil memperkenalkan alternatif pemberdayaan yang mampan seperti peluang, seperti peluang latihan kemahiran dan bantuan mikro. Pendekatan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah membuka ruang untuk rakyat berdikari serta meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Yang Berhormat Seri Delima.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Minta laluan. Minta laluan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Sungai Pinang. Saya ingin mencadangkan supaya i-Sejahtera ini untuk manafaat kepada penerima-penerima supaya kita mengadakan satu lagi apa contribution. Misalannya untuk kita mengadakan itu polisi atau pun kita panggil insurans. Insurans yang bukannya harga, pembayarannya mahal sangat terutamanya warga emas ini dalam lingkungan RM50.00 ke bawah. Kita ambil daripada apa yang diterima mereka untuk masa hadapan mereka. Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih. Terima kasih kepada Telok Bahang. Yang itu memang cadangan yang bernas. Memang kesihatan warga emas itu sangat penting. Bukan sekadar untuk duit sahaja kita beri kepada mereka, saya rasa ada beberapa cadangan dan kita sedang kumpul pandangan daripada semua pihak termasuk NGO dan kita akan telitilah, mengkaji apakah yang terbaik untuk rakyat Pulau Pinang. Dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Yang Berhormat Seri Delima dan Yang Berhormat Berapit di atas cadangan yang diberikan, pihak Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan meneliti keberkesanan bagi setiap cadangan tersebut.

Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri juga sedang meneliti semula garis panduan dan kaedah pengemaskinian permohonan i-Sejahtera. Dalam hal ini, kerjasama strategik bersama Agensi Persekutuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), dan Pihak Berkuasa Tempatan akan terus diperkukuhkan dalam usaha menyantuni golongan sasar secara menyeluruh dan berkesan. Seiring dengan usaha memperkukuh agenda kebajikan, pihak saya telah memulakan satu inisiatif penting iaitu Jelajah Manfaat Rakyat.

Program ini merupakan satu bentuk lawatan turun padang yang menyasarkan golongan miskin tegar, mereka yang hidup dalam kesempitan serta kes-kes kebajikan yang tercicir daripada sistem bantuan sedia ada. Objektif utama jelajah ini adalah untuk meneliti keperluan sebenar rakyat di peringkat akar umbi serta memastikan polisi kebajikan Kerajaan Negeri benar-benar bersifat inklusif dan responsif.

Melalui siri jelajah ini, saya dapat menyaksikan secara langsung bahawa setiap kawasan Dewan Undangan Negeri mempunyai cabaran dan keperluan kebajikan yang berbeza. Ada kawasan yang memerlukan tumpuan khusus kepada isu warga emas dan OKU, manakala kawasan lain berhadapan dengan isu kehilangan punca pendapatan, kekurangan perumahan, serta cabaran dalam aspek penjagaan kesihatan dan pendidikan anak-anak. Justeru, saya amat percaya bahawa dasar kebajikan tidak boleh dilaksanakan secara seragam. Ia mesti bersifat lokal dan disesuaikan mengikut konteks sosial ekonomi setempat setiap sesi jelajah manfaat rakyat bukan sekadar lawatan malah menjadi platform perbincangan mendalam bersama pemimpin setempat termasuk ADUN, ketua komuniti seperti MPKK, Jawatankuasa Pembangunan Wanita (JPWK) dan JBPP saya yakin pendekatan turun padang dan mendekati rakyat secara langsung adalah kunci utama bagi memastikan setiap inisiatif kebajikan negeri benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.

Jelajah manfaat rakyat bukan hanya sebuah program tetapi satu budaya kerja baharu yang berpaksikan empati, kehadiran dan penyelesaian lebih penting, siri jelajah ini merentasi sebarang agenda politik kerana ianya turut diperluaskan ke kawasan KADUN Pembangkang kerana prinsip kami jelas tiada rakyat yang harus dipinggirkan.

Pada awal Mei 2025 pihak saya bersama JKM dengan kerjasama ADUN Yang Berhormat Pinang Tunggal telah membawa program ini ke kawasannya sebanyak tujuh (7) rumah, tujuh (7) buah rumah telah diziarahi dan beberapa isu untuk utama seperti permohonan bantuan membaiki rumah, penyelesaian masalah banjir serta keperluan rawatan perubatan telah dikenal pasti untuk tindakan susulan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Pinang Tunggal dan pasukan JKM atas kerjasama erat dalam menjayakan program ini lawatan ini membuktikan…

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Sungai Pinang minta maaf boleh beri laluan?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Break mengejut dia 150km/j

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Jadi kita dah dapatkan maklumat aduan daripada rakyat kita ada dikalangan rakyat kita itu dia dihalau oleh tuan rumah kerana tak mampu bayar duit sewa rumah adakah JKM menyediakan rumah-rumah transit untuk rakyat-rakyat yang berlakunya kejadian yang tidak diingini ini? Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih daripada Telok Bahang memang rumah transit ada di Pulau Betong sorry Pulau Betong memang rumah transit ada di iaitu Anjung Singgah, Anjung Singgah di lebuh Chulia dan satu lagi ialah Pusat Transit Gelandanganlah tapi untuk mereka bukan gelandangan right? Tapi bila hilang tempat menduduki maka kalau tidak dapat tempat tinggal dia akan jadi gelandangan.

Maka bolehlah berhubung dengan kita, kami akan cari penyelesaian tengok macam mana tempat PPR juga, kalau PPR yang sesuai dengan mereka maka kita buat permohonan dengan tengok keadaan jadi saya dengan jelajah manfaat rakyat ini memang kami telah berjaya untuk selain daripada membantu membina rumah yang usang, yang sangat rosak, yang bahaya juga kita dah berjaya untuk memindahkan keluarga yang terpaksa dikeluarkan daripada rumah sewa dan pindahkan mereka ke PPR ya. Boleh kita, pejabat saya selalu buka dan boleh kita bincang dan kita demi manfaat rakyat demi kebajikan rakyat ya terima kasih.

Mana ya? Lawatan ini membuktikan bahawa agenda kebajikan negeri adalah inklusif dan merentasi batasan politik sejajar dengan prinsip bahawa tiada rakyat Pulau Pinang harus dibiarkan terpinggir daripada arus pembangunan dan sokongan sosial.

Untuk makluman memang sudah semua daerah saya telah turun padang bersama JKM, tetapi masih akan teruskan usaha ini ya dan kebajikan bukan sekadar bantuan kewangan ia adalah soal membina minda masyarakat yang saling membantu. Atau semangat inilah Sukarelawan Mutiara diwujudkan sebagai pemangkin kepada semangat komuniti melalui kesukarelawanan. Sukarelawan Mutiara telah dilancarkan secara rasmi pada Disember 2024 ya 30 haribulan sebagai satu inisiatif untuk memastikan tiada golongan terpinggir khususnya warga emas yang tinggal bersendirian, orang kurang upaya dan keluarga berpendapatan rendah.

Sehingga kini sebanyak 10 Pusat Khidmat ADUN telah menyertai program fasa awal pelaksanaan program ini dalam tempoh yang singkat seramai lebih 100 orang sukarelawan telah mendaftar dan menunjukkan komitmen untuk menyumbang tenaga dan masa dalam menjayakan inisiatif ini, semua sukarelawan ini disertai secara sukarela tanpa paksaan apa yang membezakan program ini adalah semangat keterangkuman dan pendekatan rentas generasi sukarelawan terdiri daripada golongan muda, wanita bersara dan profesional yang bersatu atas satu matlamat demi menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang prihatin.

Pendekatan ini mencerminkan semangat perpaduan yang menyeluruh dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Setakat ini program ini masih berada di peringkat projek perintis, oleh itu saya menyeru kepada ADUN-ADUN yang masih belum menyertainya agar turut sama menyokong inisiatif ini, matlamat kami adalah untuk memastikan semua kawasan di Pulau Pinang dapat mengambil bahagian dan merasai manfaat daripada program ini secara berperingkat dengan sokongan padu daripada semua pihak saya yakin Sukarelawan Mutiara akan terus berkembang dan memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat.

Salah satu keutamaan utama di bawah portfolio kebajikan adalah menangani isu gelandangan secara menyeluruh. Isu ini bukan sekadar ketiadaan tempat tinggal tetapi melibatkan masalah kesihatan mental, ketagihan dadah dan ketiadaan dokumen pengenalan diri. Justeru ia menuntut penyelesaian yang merentasi agensi dan memerlukan pendekatan bersepadu dan inilah usaha yang saya terajui sejak memegang portfolio kebajikan.

Pada September 2023, Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang telah mula beroperasi dan dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara serta menyediakan pelbagai sokongan seperti kaunseling, sosial, rujukan, kesihatan dan padanan pekerjaan iaitu job matching (dengan izin). Bagi memperkukuh usaha ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama ADUN-ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen kawasan serta agensi-agensi berkaitan telah mengenal pasti kawasan berisiko tinggi dan melaksanakan sejumlah 379 operasi menyelamat di seluruh negeri bagi menyantuni golongan gelandangan.

Operasi ini dijalankan bersama MBPP, MBSP, PDRM, AADK, JPN iaitu Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri pada tahun 2024 sahaja seramai 351 individu gelandangan telah berjaya di selamatkan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua agensi yang telah memberikan kerjasama padu dalam menjayakan setiap operasi yang dilaksanakan, penghargaan khusus juga ditujukan kepada yang berusaha Datuk Bandar MBPP yang sentiasa bersama kami komited dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Namun begitu, saya ingin memaklumkan bahawa Akta Orang-Orang Papa 1977 tidak terpakai bagi kes seperti bukan warganegara, mereka yang menghidap penyakit mental atau berjangkit serta penagih dadah bagi kes-kes seperti ini JKM akan merujuk kepada agensi berkaitan seperti AADK, Hospital Kerajaan dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.

Sambil saya berdiri di sini izinkan saya juga memperjelaskan satu tuduhan yang telah dibuat terhadap Kerajaan Negeri tanpa semakan fakta oleh Yang Berhormat Batu Lancang, Yang Berhormat Batu Lancang dilihat telah memperoleh maklumat bocor berkaitan salah satu soalan yang ditujukan kepada saya, soalan lisan yang belum sampai giliran, perkara ini jelas menunjukkan berlakunya pelanggaran terhadap kerahsiaan maklumat, sama ada maklumat tersebut terpapar secara tidak sengaja dalam sistem atau sebaliknya.

Saya percaya sebagai seorang ADUN dua (2) penggal, Yang Berhormat seharusnya sudah arif tentang tatacara Persidangan Dewan dan sepatutnya segera melaporkan perkara sebegini kepada Bahagian Dewan, namun amat dikesali apabila Yang Berhormat memilih untuk mengambil kesempatan dengan menggunakan maklumat yang tidak lengkap dan membuat tuduhan tanpa asas terhadap saya di dalam Dewan ini, semata-mata demi keuntungan politik sekaligus mengelirukan mereka yang mendengar.

Dewan yang Mulia, izinkan saya mengingatkan dalam ucapan perbahasan Yang Berhormat Batu Lancang telah membuat satu dakwaan serius bahawa Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang menerima sumbangan wang tunai daripada NGO dan orang awam. Namun tidak dinyatakan dalam laporan kewangan. Untuk makluman pentadbiran dan pengurusan Pusat Transit Gelandangan tertakluk kepada garis bantuan yang ketat di mana pusat ini hanya dibenarkan menerima sumbangan dalam bentuk barangan in kind (dengan izin) seperti makanan kering, pakaian untuk kegunaan penghuni. Pihak Pusat

Transit Gelandangan tidak pernah menerima sebarang sumbangan dalam bentuk wang tunai.

Sekiranya Yang Berhormat Batu Lancang benar-benar mempunyai bukti bahawa sumbangan tunai telah diterima, saya menyarankan agar laporan dibuat dengan kadar segera agar tindakan dapat diambil mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan bukannya menunggu sehingga persidangan DUN yang seterusnya untuk dibangkitkan semula, sekiranya tiada sebarang bukti maka saya mohon Batu Lancang untuk tarik balik dan memohon maaf atas tohmahan yang dilakukan dalam Dewan ini.

Yang Berhormat Batu Lancang turut membangkitkan isu berkaitan jumlah perbelanjaan bagi kakitangan di pulau di Pusat Transit Gelandangan, untuk makluman keseluruhan peruntukan yang disalurkan bagi pengurusan pusat ini adalah semata-mata untuk tujuan pengoperasian termasuk pembayaran gaji, elaun kakitangan, kontrak keselamatan dan pembersihan, barangan keperluan, pejabat sewaan bangunan serta kos-kos pentadbiran yang lain. Hampir 7% 70% daripada jumlah peruntukan ini digunakan khusus untuk pembayaran gaji dan elaun kakitangan. Maka tidak hairanlah sekiranya Yang Berhormat melihat peratusan kos untuk kakitangan adalah tinggi kerana inilah komponen utama yang membolehkan pusat ini beroperasi secara berterusan termasuk 24 jam sehari melalui tiga syif.

Selain itu, tiada perbelanjaan lain seperti penyediaan makanan kerana asas penubuhan Pusat Transit Gelandangan adalah sebagai pusat sehenti one stop center untuk menerima sumbangan daripada orang awam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Jadi untuk makluman, berdasarkan garis panduan sedia ada pihak Pusat Transit Gelandangan tidak diwajibkan untuk menyediakan makanan kepada penghuni.

Namun begitu, hasil kerjasama erat dengan 546 rakan strategi yang terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan, pihak individu serta Mutiara Foodbank kita berjaya memastikan bekalan makanan yang berterusan dapat disalurkan kepada penghuni yang hadir ke Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang.

Saya faham bahawa Rakyat Pulau Pinang sememangnya murah hati dan prihatin terhadap nasib golongan gelandangan. Namun begitu demikian, kita amat mengesyorkan agar semua bentuk sumbangan khususnya makanan diberikan melalui saluran yang betul iaitu di Pusat Transit Gelandangan dan tidak disalurkan secara rawak di kawasan awam.

Selain itu, pendekatan ini juga bertujuan untuk menggalakkan golongan gelandangan mendapatkan perlindungan dan sokongan di Pusat Transit Gelandangan. Dengan penempatan mereka di pusat ini, isu gelandangan dapat ditangani dengan lebih teratur dan terkawal melalui pendekatan yang lebih menyeluruh.

Saya melihat bahawa Yang Berhormat Batu Lancang mempunyai minat yang tinggi terhadap isu ini, namun mungkin belum berkesempatan untuk benar-benar memahami proses pentadbiran dan operasi harian di Pusat Transit Gelandangan. Jadi saya amat berbesar hati menjemput Yang Berhormat untuk melawat Pusat Transit Gelandangan pada bila-bila masa yang sesuai saya sendiri akan membawa Yang Berhormat melihat kemudahan yang ada dan menerangkan bagaimana operasi ini dijalankan sebab kakitangan di sana sangat sakit hati sampai katakan dalam perbahasan Yang Berhormat, audit negara perlu masuk mengaudit, wah kenapa kebajikan saya lebih kita lebih kita lebih mementingkan kebajikan kakitangan daripada gelandangan.

Untuk makluman semua, tujuh (7) staf dalam Pusat Transit Gelandangan, 6 pegawai…

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Speaker, saya.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Lebih kurang gaji mereka, duduk, duduk, duduk dulu, gaji mereka kurang daripada RM2,500. Walhal seorang pengurus RM3,000.00, kurang daripada RM3,500.00 sahaja dan janganlah buat tuduhan sedemikian, show the bukti, buatlah laporan. Jangan buat itu di dalam Dewan ini dengan maklumat yang tidak lengkap, yang salah, screenshot daripada seorang tak tahu siapa, ADUN.net ke, mana ke, sebab soalan, jawapan saya belum diberi. Soalan belum sampai, esok, dia sudah membuat tuduhan. Okey, dengar sini saya nak tekankan integriti Dewan dan etika wakil rakyat. Adakah semua setuju? Betul tak? Ha! Jadi okey.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bab itu nanti saya advice.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Speaker.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Jadi saya tak taulah. Duduklah, duduklah. Tak payah, kamu sudah bawa saya sudah, kamu sudah bawa isu yang belum, soalan lisan yang belum dijawab dengan, dengan tak tahu mana maklumat itu… (kurang jelas), punya information, sorrylah. Jadi buat tuduhan, dia baca half saja kalau esok, saya terangkan esok, soalan lisan saya, saya terangkan. Esok, esok tunggu esok. Dalam sesi perbahasan YB ini, Yang Berhormat sendiri menyatakan telah mengambil banyak gambar. Janganlah hanya disimpan, salurkan maklumat melalui saluran yang betul. Kami pasti akan turun padang. Bila kita tidak turun? JKM bila tidak turun? Betulkah? Adil, kena adil kepada kakitangan penjawat awam kita. Ini penghinaan kepada penjawat awam. Saya marah. Ha! Penjawat awam, menghina akan penjawat awam kita. Ha! Kami turun padang dan memberikan bantuan sebaik mungkin. Harap YB boleh faham dengan jelas ya. Saya yakin setiap Yang Berhormat mempunyai nombor pegawai JKM di kawasan masing-masing.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Kena bagi peluang penjelasan. Kalau YB tak nak bagi penjelasan memang ini unfair untuk saya… (kurang jelas) ... ini unfair…

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Yang Berhormat mempunyai nombor pegawai JKM di kawasan masing-masing. Laporan boleh dibuat terus kepada mereka atau sekurang-kurangnya dimaklumkan kepada saya. Isu ini bukanlah tanggungjawab saya seorang atau JKM semata-mata. Ini adalah usaha kolektif. Kita semua perlu memainkan peranan menjadi mata dan telinga dalam membantu menyelesaikan isu kata, isu ini. Jadi saya haraplah kenyataan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang itu datang daripada rasa keprihatinan sebagai seorang wakil rakyat dan bukannya dengan niat lain. Jika YB kurang jelas tentang sesuatu saya sentiasa bersedia untuk menerangkan. Tidak perlu tunggu sesi DUN untuk membangkitkannya.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat KOMTAR, Yang Berhormat Kebun Bunga, Yang Berhormat Bagan Jermal, Yang Berhormat Bagan Dalam, serta ramai lagi ADUN-ADUN yang sentiasa menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan berkaitan gelandangan di kawasan masing-masing. Perkara ini sentiasa berada dalam perhatian saya dan saya sekali lagi hargai tindakan proaktif dari anda semua. Jadi dalam konteks ke arah usaha memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara khususnya ketika berdepan cabaran ekonomi dan sosial kita harus juga memberi kepentingan dalam memupuk dan memperkukuh… (gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Pinang. Sudah sejuk sikit tak? Saya nak bab yang ini sebab telah pun disebut bahawa ada kebocoran. Saya nak buat penjelasan sikitlah sebab isu ini walaupun pertikaian lisan di antara Batu Lancang dengan Sungai Pinang tapi nampaknya adanya sesuatu yang saya perlu perjelas di sinilah. Yang dikatakan apa nama, Batu Lancang telah dapat jawapan yang dikatakan bocorlah. Ya, dan yang bab ini saya sebagai Yang di-Pertua Dewan, saya nak jelaskan di sini untuk bab ini saja ya? Bab yang lain seseorang Yang Berhormat anda boleh tanya soalan, yang EXCO wajib menjawab dengan mengikut kesemua yang telah pun termaktub dalam apa nama Peraturan Mesyuarat. Untuk bab yang sabit dikatakan jawapan bocor.

Selepas saya telah mendengar feedback daripada Batu Lancang dengan Sungai Pinang, rasanya dua hari yang lalulah, waktu petang selepas Batu Lancang berbahas. Dan feedback daripada Sungai Pinang yang katakan soalan yang belum dijawab itu telah di dapat jawapannya oleh apa nama, Batu Lancang. Saya telah buat semakan selepas itulah, selepas tercetusnya pertikaian lisan dan saya dapati ada kesilapan yang tidak sengaja dalam pengurusan jawapan-jawapan Dewan di dalam sistem net. Yang itu yes! saya dapati ada kesilapan yang berlakulah di mana selalunya kalau pegawai kita muat naik Penyata Rasmi Dewan kita, di waktu itu mereka telah tidak sengajanya sekaligus telah pun muatnaikkan kesemua jawapan-jawapan soalan lisan. Ini telah pun saya semak dan dapati kesilapan inilah.

Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat amalan perjalanan Dewan kita selalunya jawapan untuk soalan lisan cuma akan kita bekalkan selepas soalan lisan tersebut dijawablah pada setiap hari, ya. So maka terjadinya soalan lisan yang belum dijawab itu, telah pun dimuatnaikkan jawapan di dalam sistem ADUN.net. Mungkin ramai Yang Berhormat tak perasan pun, cuma kebetulannya pegawai Yang Berhormat Batu Lancang telah pun terlihat jawapan soalan yang nombor 31 itulah, yang mungkin esok baru kita akan sampai. Namun bukan soalan itu saja, bukan jawapan untuk soalan 31 itu saja, kesemua telah pun dimuatnaik dan telah pun diguna oleh Yang Berhormat Batu Lancang sebagai

input dalam perbahasan beliaulah dan maka tercetuslah yang Sungai Pinang kata, mengapa you ada jawapan yang belum dijawabkan.

Itu bab adalah disebabkan oleh kesilapan yang inilah dan Sungai Pinang pertikailah kenapa boleh dapat jawapan yang belum ditanya seperti mana yang Sungai Pinang katalah. Dan saya telah pun semak dengan Unit DUN dan telah angkat tindakan pembetulan segera dan hari keesokannya saya pun semak, sudah tak ada jawapan-jawapan soalan lisan yang, yang tidak ditanyalah, yang belum ditanyalah. Dan seterusnya tindakan adalah apa nama, kita cuma akan muat naik jawapan-jawapan yang telah dijawab sajalah. So ini adalah satu pengurusan, kesilapan pengurusan daripada Bahagian DUN dan saya rasa segala kesulitan dan masalah yang telah pun dihadapi oleh baik Batu Lancang atau pun Sungai Pinang adalah amat-amat saya kesalilah dan kalau untuk kebocoran, kebocoran itu adalah disebabkan oleh apa yang saya sebut tadilah.

So yang untuk pertanyaan atau pun masalah yang ditimbulkan oleh Batu Lancang itu saya terpulang kepada EXCO untuk menjelas dan menjawablah segala yang perlu dijawab cuma untuk bab yang ini, tindakan pembetulan telah pun diambil dan saya nak ucap terima kasih kepada dua-dua ini jugalah, dua-dua Yang Berhormatlah, sekurang-kurangnya telah membantu Unit DUN untuk mengesan, mengesan satu masalah pengurusan perjalanan Dewan dan saya percaya ini akan membantu kita menambahbaikkan lagi mutu perkhidmatan, apa nama Unit DUN. Sekian. Sila sambung.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Dato’ Seri Yang, terima kasih atas penjelasan tetapi mungkin penjelasan diterima baik sekurang-kurangnya kita faham di mananya timbulnya masalah ini. Tetapi selanjutnya mungkin soalan yang timbul, siapa yang ada akses kepada jawapan ini. Sepatutnya ADUN sahaja yang boleh akses, ada screenshot, bahawa ada orang lain daripada ADUN telah mengscreenshotkan jawapan itu dan diedarkan. So ini adalah satu pencerobohan yang serius.

Dan kita berharap Dato’ Seri Yang di-Pertua pun perlu melanjutkan tindakan untuk menyiasatlah supaya pihak-pihak yang tak ada apa hak untuk akses, tidak boleh diakses. Lebih-lebih lagi menggunakan maklumat itu untuk dikongsikan dan disebarkan sebelum jawapan itu di, soalan itu tidak, belum dijawab. Kalau setelah di upload kan mungkin nak kongsi, itu sudah menjadi makluman awam, itu lain ceritalah, itu tak apalah. Jadi apakah juga tindakan terhadap pegawai yang mungkin cuai dalam perkara inilah untuk menguploadkan jawapan sebelum masanya. Itu pun perlu diambil tindakan supaya kemuliaan Dewan ini dapat ditegakkanlah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Susulan daripada apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat, saya nak nyatakan di sinilah, saya faham bahawa semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini bukannya semua menguruskan segala urusan di dalam ADUN.net itu secara sendiri. Anda selalunya memberi akses itu kepada pegawai-pegawai, pembantu-pembantu untuk membantu you all. Itu perkara yang selalunya biasa lazim bukannya perkara yang tak betul pun cumanya berlakunya episod ini. Saya mengambil apa yang telah pun disebut oleh Yang Amat Berhormat, saya nak memperingatkan lagilah kepada semua pengurusan anda untuk membolehkan mengizinkan sesiapa untuk bantu Yang Berhormat-Yang Berhormat menggunakan Sistem ADUN.net itu, saya mohonlah supaya anda semua ada satu kawalan dalaman anda sendiri.

Sebab saya tahu ADUN.net itu bukan diguna secara oleh YB sendiri. Dulu dan sekarang pun semua macam itu cumanya berlakunya ini saya tak nak perkara ini berlaku lagi. Di Bahagian Unit DUN kita akan buat pembetulan namun di bahagian Ahli-ahli Yang Berhormat anda pun bantu, kalau tak ada saya tak boleh menghalang sesiapa pembantu anda untuk akses sebab akses dan password itu di dikawal anda sendiri. So bab itu saya rasa dengan kes ini juga menjadi satu benda yang anda perlu lihatlah. Saya tak nak yang berlaku lagi dan untuk bab yang pengurusan dalaman Unit Dewan, kita akan menambah baik dan angkat tindakan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker, saya menyambut baik tentang penjelasan daripada yang Dato’ Seri Speaker dan terima kasih atas segala penjelasan. Cuma ini adalah sistem. What about the etika. What about the etika seorang wakil rakyat, betul tak?

Yang di-Pertua (Speaker)

Aaaa.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Wow …. sorry speaker. Dato’ Seri Speaker, Dato’ Seri Speaker. Kamu akan semua empathy. You orang rasakah kalau jawapan belum diberi, terima jawapan.

Saya pun saya pun rasa hairan kenapa ada ini kata nah sini. John mansor PA. John mansor PA. Spring.

Screenshot jawapan yang tidak lengkap sebab soalan ini, saya kalau penjelasan Dato’ Seri Speaker adalah telah di upload. Kenapa upload tu, half sahaja.

Maka YB Batu Lancang membawa jawapan saya yang tidak lengkap, membuat perbahasan menuduh saya gagal memberi jawapan. Adakah saya mengelakkan atau saya memadamkan. Aiiii… What is this, tuduhan. Sorry (dengan izin).

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tak boleh.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Haaa apa itu. Hah, apa itu? Dia bacakan, saya petikkan.

Yang Berhormat Ahli MMK juga gagal mengemukakan bilangan gelandangan yang menghuni di Pusat Transit Gelandangan walaupun Batu Lancang telah mengemukakan soalan lisan yang jelas mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri. Ini adalah petikan daripada hansard perbahasan Batu Lancang. Soalan belum sampai giliran, boleh buat tuduhan sedemikian.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tak boleh.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Hah?

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tak boleh.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

And then upload itu half sahaja, tidak lengkap. Itu saya rasa dengan penjelasan saya ini. Kalau kamu adalah di pendirian saya, di jawatan saya, how do you feel? Dengan izin. Sorry ya. Sebab saya tidak pasti, even seperti apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri. Siapa kah itu John Mansor PA.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Haaa

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Screenshort. Dia bagi tau dengan kepada, dia bagi tau kepada media. Ok. Saya tak kisah, itu sudah sistem punya kelemahan. What is about your etika sebagai seorang Wakil Rakyat, dua (2) penggal?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Seri Speaker.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Mana etika dia?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Biar saya terangkan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ok, tak pa la. Kamu sudah hujah banyak.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Yang ini…

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ini sudah memang berlakulah.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Yang semua ni adalah lengkap, semuanya ada lengkap dalam ADUN.net. Yang itu adalah mangsa yang dibangkitkan namanya.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Mangsa

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Mangsa

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Saya katakan mangsa. Disebabkan pada hari itu tak ingat Seberang Jaya tak ada kat sini. Saya ingat pada masa itu Mr John, Tak apalah dia tak mahu ambil nama dia, Mr. J tu, dia duduk di luar sedang bersembang dengan Seberang Jaya quit lama. Dan saya nak, sebab saya dah buat semua ni, saya tak dapat print, screenshot yang masalah ni.

Saya teringat kalau saya tak screenshot, dia akan jadi lah macam ni saya tak dapat tunjuk bukti semua tu, tiga-tiga semua dah penuh jawapan tu.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Okey.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Hari tu saya jalan keluar saya nampak dia gunakan laptop, saya ambil laptop, saya key in sendiri. Saya minta dia tolong screenshot bagi saya sebab saya nak masuk untuk buat semua tu. Itu dah mangsa.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Pukul berapa

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Namanya mangsa.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Waktu pukul berapa?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Pukul 1.00 lebih, saya nak buat (tidak jelas). Saya nak buat (tidak jelas) dalam. So saya teringat saya tak ada screenshort.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Tetapi Dato’ Seri Speaker beritahu saya pagi ada, petang sudah tutup.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Petang tutup 6.30. Saya masih… (tidak jelas).

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Boleh pengsan lagu ni. Sorang-sorang bercakap.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

… (tidak jelas) 6.00 dia tutup.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya tak mau di dalam yang ini…

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Mangsa… (tidak jelas). saya kena jelaskan. Yang itu ada membantu saya jadi… (tidak jelas).

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Tak apa. Itu tak akan jadi mangsa. Kita cakap tentang etika Wakil Rakyat kita. Sebab kalau ada yang lengkap. kenapa you tanya, you question?

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Etika Wakil Rakyat, setuju. Etika Wakil Rakyat.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

You are question on me saya tak boleh beli, tak boleh beri jawapan? adakah kelemahan? Adakah elakkan mengelakkan dan padamkan? kenapa saya padam? I belum bagi jawapan lagi. Apakah tuduhan semua ini? adakah kamu boleh terima, betul ka?

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti. Nanti Batu Lancang sampai soalan 31 tanya soalan tambahan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Tambahan sudah tanya, Dato’ Seri Speaker. Sebelum soalan, sebelum jawapan diberi, dia sudah tanya. Tiga tambahan, sudah habis.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jelas. (Ketawa)

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya rasa Dato’ Seri Yang di-Pertua perlu pandang serious.

Yang di-Pertua (Speaker)

Serious.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Pandang serious.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Apa yang dihujahkan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ha.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Tak boleh anggap ini.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Di belakang YB EXCO yang memerintah

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Satu perkara remeh-temeh. Sekiranya nak bukti keikhlasan, kita minta Batu Lancang minta maaf.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Betul.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Sekurang-kurangnya...

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Tarik balik. Minta maaf.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya nak sebut dari sini, dua (2) perkara. Perkara satu (1) saya sebut perkara kedua (2) adalah yang dibangkitkan sebagai etika ini.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Betul, etika.

Yang di-Pertua (Speaker)

Untuk itu, saya rasa Batu Lancang kalau pun sudah dapat satu (1) jawapan soalan lisan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Tak boleh bangkit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang belum lagi dijawab

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Betul.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sepatutnya boleh elakkan

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Dua (2) Penggal. Dua (2) Penggal… (Gangguan).

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Wakil Rakyat Dua (2) Penggal.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Seri Speaker, yang ini, saya dapat ini di ADUN.net senang saja, semua submission masuk ADUN.net Kalau jawapan diterima ADUN.net itu sah, bukan tak sah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sah (ketawa).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Sah, memang sah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Apa salah nya kalau itu sah. Apa itu etikanya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cuma. Maknanya. Soalan itu belum dijawab dan sesuatu yang belum dijawab di dalam dewan itu, dianggap masih belum berlaku.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Saya anggap dah jawab

Yang di-Pertua (Speaker)

Dan bab itu dipertikai.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Peraturan Mesyuarat, Dato' Seri Yang di-Pertua. Peraturan 46(13)(a) - seseorang ahli itu mestilah jangan menuduh seseorang ahli yang lain mempunyai niat yang tidak baik. Jadi seperti mana tadi Yang Berhormat Sungai Pinang merujuk balik hansard perbahasan Yang Berhormat Batu Lancang telah menuduh bahawasanya Yang Berhormat Sungai Pinang gagal.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ha… belum…

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Memberikan jawapan pada halnya giliran soal lisan tersebut belum sampai lagi jadi saya harap mungkin Dato’ Seri Speaker boleh lihat kembali kepada Peraturan Mesyuarat 46(13)(a), kita mohon Yang Berhormat Batu Lancang untuk tarik balik khususnya statement yang menuduh Yang Berhormat Sungai Pinang gagal menjawab pada halnya giliran soalan lisan tu tak sampai lagi, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih. Dalam perbahasan dia, jelaskan mengapa Yang Berhormat mengelak memberi jawapan ini? atau adakah maklumat ini telah dipadam, apa ini? hah? boleh terimakah? Kalau kamu adalah EXCO, boleh terimakah?

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya cadangkan Batu Lancang untuk tarik balik dan minta maaf sebab Dewan yang Mulia ini nak membahaskan lagi isu yang penting. Minta maaf.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Ya

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Biasa la. Kita selesailah di dalam Dewan dengan berhemah. Benda ni saya nak salah Batu Lancang pun tak boleh salah Batu Lancang. Dia dapat dalam internet.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Internet itu kamu tak faham.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Faham. Bukan tak faham. Kalau tak faham…

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Eh common la, kamu duduk la.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tak payah duduk. Kita selesai la elok-elok.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Telok Ayer Tawar tak faham.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Selesai la elok-elok, tak dak apa.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Isu ini tidak melibatkan Telok Ayer Tawar. Duduk, duduk.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Telok Ayer Tawar tak faham.

Yang di-Pertua (Speaker)

Duduk, duduk. Saya nak urus Peraturan Mesyuarat dulu.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato' Seri Yang di-Pertua. Saya tak mahu dewan ini huru hara, biar saya tarik balik.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Mohon maaf.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Mohon maaf.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih. Inilah gentleman. Okey ya. Semua kakitangan di luar sudah dengar ya apa yang saya hujah di sini. Tuduhan kepada kita semua penjawat awam marah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sambung ya.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih. Dalam konteks dalam usaha memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara khususnya ketika berdepan cabaran ekonomi dan sosial. Kita harus juga memberi kepentingan dalam memupuk dan memperkukuh asas keharmonian dalam komuniti.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Seri, ada lagi.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Justeru, melalui Portfolio Hal Ehwal Agama Bukan Islam…

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Nak sambung. Yang tu isu dah settle. Tarik balik. Saya nak sambung tentang isu gelandangan yang masih belum settle. Ini di luar saya hanya nak bangkitkan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Go your floor.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Esok saya saya jawab.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Yang tidak berkaitan dengan soalan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Esok. Esok saya jawab. Saya akan jawab. You punya soalan, saya pun tak ada.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Yang tidak berkaitan dengan soalan. Yang tidak berkaitan dengan soalan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Esok saya jawab. Saya akan jawab. You punya soalan, saya pun tak ada. Saya akan jawab. Saya akan jawab.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dengar bahas saya, dia kena jawab.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Saya tidak diberi peluang untuk jawab sudah dibahaskan dan dituduh, okey. As well as, I terima lah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau diberi laluan, EXCO tak sambung jawab. Saya tak ada masa dah.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Tak ada masalah. Justeru, melalui Portfolio Hal Ehwal Agama Bukan Islam.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Yang ini Portfolio. Semua gambar-gambar saya dah bawa dah. Gambar-gambar gelandangan yang di luar. Memang tak dapat disettlekan semua isu-isu ni. Jadi unfair.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus komited memastikan setiap komuniti agama mendapat layanan yang adil, sokongan yang saksama serta akses kepada ruang ibadat yang bermaruah dan pengiktirafan institusi yang sewajarnya.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Tak apa, saya buat PC dekat luar.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Kerajaan Negeri menzahirkan komitmen yang padu dalam realisasikan dan menunaikan manifesto perpaduan agenda 40 dengan memperuntukkan sebanyak 10 juta Ringgit Malaysia bagi keperluan RIBI sehingga tahun 2028. Ini bermakna Kerajaan Negeri akan menyalurkan sebanyak 2.5 juta ringgit setiap tahun ke dalam akaun peruntukan Hal Ehwal Bukan Islam demi memelihara keperluan RIBI di Pulau Pinang.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Air Putih, jumlah dana sedia ada adalah mencukupi untuk memenuhi permohonan yang diterima. Oleh itu, tiada keperluan buat masa ini untuk menaikkan peruntukan kepada 10 juta ringgit setahun. Dalam menerajui inisiatif ini, permohonan bantuan kewangan tabung amanah dan peruntukan khas Rumah Ibadah Bukan Islam Negeri Pulau Pinang kini dilaksanakan secara dalam talian melalui sistem eRIBI sejajar dengan langkah ke arah permodenan dan pendigitalan perkhidmatan. Pihak pengurusan RIBI boleh mengemukakan permohonan sehingga 30 Jun tahun ini.

Jawatankuasa Tabung Amanah dan peruntukan khas Rumah Ibadah Bukan Islam Negeri Pulau Pinang telah memperakui dan meluluskan sebanyak 333 permohonan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM13,619,919.32 dari tahun 2016 hingga kini. Saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Putih mengenai penyediaan tanah RIBI di Ampang Jajar di mana Yang Berhormat telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah menawarkan tanah kepada 35 persatuan RIBI.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan tanah seluas 22 ekar sebagaimana di Ampang Jajar bagi projek penyediaan tanah RIBI. Tanah seluas 22 ekar telah dipecah sempadan untuk tujuan 31 plot RIBI seluas 9.3 ekar 2 plot utiliti 0.5 ekar dan infrastruktur jalan 12.2 ekar. Sehingga kini, 31 plot RIBI tersebut telah ditawarkan kepada 31 persatuan dan seramai 20 persatuan telah pun menyempurnakan perjanjian dan memulakan proses menyediakan plan bangunan. Terdapat 10 persatuan yang masih belum menandatangani perjanjian dan Kerajaan Negeri telah memberi tempoh sehingga 31 mei 2025 kepada 10 persatuan ini untuk menandatangani perjanjian.

Kerajaan Negeri mengambil maklum isu penyediaan tempat letak kereta di tapak RIBI di Ampang Jajar. Sebagai langkah untuk mengatasi isu tempat letak kereta ini, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menukar guna beberapa lot RIBI yang belum menandatangani perjanjian dalam tempoh yang ditetapkan. Sehingga kini, satu plot telah dikenal pasti untuk tempat letak kereta dan dijangka beberapa plot lagi akan ditukar guna kepada tempat letak kereta sekiranya perjanjian tidak ditangani oleh baki 10 persatuan.

Untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri perlu menanggung kos tambahan untuk penyediaan tempat letak kereta dan perkara ini akan dibentang dalam Mesyuarat MMK kelak untuk kelulusan. Rujuk kepada statistik setakat Mei 2025 melalui sistem eRIBI pula, jumlah RIBI yang telah didaftarkan adalah sebanyak 1,203 RIBI di mana sejumlah rm1,009 maklumat RIBI telah disahkan informasinya. Manakala 194 masih bawah proses pembersihan data. Untuk makluman, pengisian data RIBI dilaksanakan melalui dua (2) kaedah iaitu pengisian oleh jabatan dan agensi kerajaan atau pengisian oleh pihak pengurusan RIBI.

Sistem eRIBI berfungsi sebagai live update system dengan izin di mana ia membolehkan proses pengemaskinian maklumat dilaksanakan pada bila-bila masa dan dari mana sahaja. Melangkah ke hadapan, sistem eRIBI akan dijadikan sebagai pusat sehenti atau one stop center dengan izin yang merangkumi penambahan fungsi dan perluasan skop baharu sejajar dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam dan penyampaian yang berfokuskan rakyat.

Antara integrasi ciri baharu termasuklah penyediaan maklumat semasa status setapak tanah atau tapak RIBI. Dokumentasi digital serta platform komunikasi antara pihak pengurusan RIBI dan pentadbiran yang lebih responsive. Dengan itu, saya turut menyambut baik cadangan Yang Berhormat Bukit Tengah agar fungsi audit ditambah sebagai elimen yang penting dalam sistem ini. Penambahan sedemikian membolehkan pemantauan data dan maklumat yang lebih sistematik serta memastikan ketetapan data dan integriti maklumat bagi Kerajaan Negeri untuk menganalisis, merancang serta merangka dasar dan polisi yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Untuk maklumat Dewan yang Mulia ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan RIBI sebagai badan utama yang bertanggungjawab menyelaras segala urusan berkaitan RIBI di Pulau Pinang. Jawatankuasa ini berperanan sebagai platform rasmi untuk menyelaras isu-isu aduan, menerima permohonan baharu, memantau status RIBI sedia ada dan menangani sebarang isu teknikal serta sosial yang timbul.

Kerajaan Negeri komited untuk memastikan pembangunan RIBI dilaksanakan secara teratur dan terancang melalui usaha merangka dasar yang komprehensif bagi memastikan proses pembinaan, pendaftaran dan pengurusan RIBI selaras dengan peraturan perancangan bandar. Permohonan akan dinilai secara menyeluruh berdasarkan kesesuaian lokasi, zon guna tanah keperluan komuniti setempat dan aspek keselamatan. Melalui kerjasama erat antara Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi teknikal permohonan akan diproses dengan telus dan professional.

Di samping itu, penetapan tapak khas untuk rumah ibadat turut dipertimbangkan dalam pelan pembangunan baharu sebagai langkah awal ke arah penyusunan komuniti yang inklusif dan harmoni. Dalam aspek penguatkuasaan Kerajaan Negeri mengamalkan pendekatan yang berhemah dan berperikemanusiaan. Sebarang tindakan terhadap RIBI yang didirikan tanpa kelulusan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut garis panduan. Pendekatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk menegakkan undang-undang tanpa mengabaikan sensitiviti agama dan perpaduan antara kaum di Pulau Pinang. Bagi mengupas balik persoalan yang di tujukan oleh Yang Berhormat Pengkalan Kota, Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa beberapa buah RIBI terjejas ekoran pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara.

Sehubungan itu, satu Jawatan khas yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah serta MRT Corp. selaku peneraju projek akan ditubuhkan untuk memperhalusi isu ini dan merangka penyelesaian terbaik untuk semua pihak. Jawatankuasa ini juga akan bekerjasama bersama Pejabat EXCO, KPKT Pulau Pinang bagi mengenal pasti tanah lapang yang bersesuaian bagi tujuan relokasi yang lebih tersusun dan berkesan. Yang Berhormat turut akan dipelawa untuk menyertai mesyuarat dan perbincangan agar pandangan dan perspektif Yang Berhormat diambil kira dalam penyelesaian isu ini. Pendekatan ini akan berpandukan prinsip “win-win situasi” dengan izin, demi menjaga kepentingan semua pihak sambil memastikan keharmonian antara agama terus dipelihara dalam proses pembangunan negeri. Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan Yang Berhormat.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Yang Berhormat.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Bukit Tengah dan Bagan Dalam mengenai kepentingan memelihara dan mewartakan RIBI yang mempunyai nilai sejarah sebagai tapak warisan di Pulau Pinang. Buat masa ini, satu kajian sedang dijalankan bagi memastikan usaha reformasi institusi keagamaan dapat diteruskan secara berkesan. Kajian ini akan melibatkan sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas. Hasil daripada proses ini akan membantu dalam merangka dasar dan garis panduan yang lebih menyeluruh demi memperkukuh tadbir urus dan kelestarian Hal Ehwal Bukan Islam di negeri ini untuk jangka masa panjang.

Sehubungan itu, saya menyeru semua Ahli Yang Berhormat dan pihak berkepentingan untuk terus menyokong usaha Kerajaan Negeri ini agar keharmonian antara penganut pelbagai agama di Pulau Pinang terus kekal terpelihara demi kesejahteraan bersama.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Yang Berhormat.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Akhir kata, saya merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Boleh.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Kita boleh jumpa lepas tu la. Terima kasih

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Ok, baik-baik. Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Nanti kita minum kopi. Tak ada suara dah. Saya suara sudah sembuh, sekarang tak ada suara lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Pinang lain kali guna alasan ini. Setiap yang bangun kata kita jumpa di luar.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Okey, dan akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala pandangan serta cadangan yang telah disuarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berhubung portfolio saya. Manfaat rakyat bukan sekadar satu agenda ia adalah peringatan bahawa setiap inisiatif yang dilaksanakan dan setiap program yang dianjurkan di bawah tanggungjawab kita mesti melangkaui kepentingan politik dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan utama. Jadi segala yang saya kongsikan hari ini bermula daripada kepentingan pendidikan awal kanak-kanak kepada kepimpinan wanita daripada inisiatif kebajikan kepada sokongan terhadap rumah ibadah adalah berpaksikan satu keyakinan bahawa kerajaan mesti sentiasa bersama rakyat.

Untuk rakyat. Oleh rakyat. Kita memikul amanah ini dengan penuh iltizam bukan sahaja kerana ia adalah tugas kita sebagai wakil rakyat tetapi kerana ia merupakan satu tanggungjawab moral untuk memastikan setiap individu tanpa mengira latar belakang usia atau keadaan sosial dirasai kehadirannya di dengari suaranya dan di santuni keperluannya oleh kerajaan yang diamanahkan untuk berkhidmat kepada mereka.

Jadi manfaat rakyat, payung kami. Isu sosial di tangani sepenuh hati, kebajikan dijulang tanpa henti, Kerajaan Negeri mendokong harmoni, segalanya dari wakil rakyat, demi manfaat rakyat. Saya memohon menyokong. Terima kasih.

Fahmi Bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Sungai Pinang dan saya nak menjemput Paya Terubong untuk membuat penggulungan.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terim kasih Dato’ Seri Speaker, saya akan baca slow sikitlah. Tadi terlalu cepat, saya slow-slow sikit ya. Bagi dia sejuk sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Slow-slow sikit. Paya Terubong.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya dengar pun haus, saya mau minum. (gangguan)…

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

YB Sungai Pinang, tak faham belum habis jawab lagi tak faham.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Okey, okey. Saya boleh mencelah bila-bila masa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jaga masa, saya tak akan izinkan.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Tuan Speaker dengan prospek sektor pembuatan yang tidak menentu akibat dasar tarif Amerika Syarikat, sektor perkhidmatan termasuk pelancongan dijangka akan memainkan peranan yang semakin penting dalam merangsang pertubuhan ekonomi Pulau Pinang. Seperti saya kata, setelah melalui fasa Pandemik COVID-19 sektor pelancongan Pulau Pinang terus menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding fasa Pra-Pendemik. Angka penginapan pelancong untuk perbandingan tahun 2024 berbanding 2019, pada 2024 sejumlah 8.2 juta pelancong direkodkan telah menginap di hotel-hotel di Pulau Pinang berdasarkan data yang dibekalkan oleh Tourism Malaysia berbanding 6.3 juta pelancong pada tahun 2019 iaitu peningkatan sebanyak 28.9%. Bilangan penumpang yang menaiki Furnicular Train Bukit Bendera, jumlah pelawat ke lokasi tarikan pelancongan utama Pulau Pinang menunjukkan peningkatan positif.

Bilangan pelawat ke Bukit Bendera bagi suku pertama tahun 2025 telah mencatatkan prestasi yang baik dengan seramai 426,308 pengunjung melebihi jumlah pengunjung pada suku pertama tahun 2019 iaitu 421,027 orang iaitu peningkatan 1.3%. Melalui indikator-indikator di atas, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa prestasi pelancongan Pulau Pinang telah mengatasi Pra-Pandemik.

Dan menurut penggiat-penggiat industri pelancongan di Pulau Pinang juga memberikan maklum balas yang positif terhadap prestasi sektor pelancongan, mereka telah mengatakan dalam Akhbar The Star dan juga Guang Ming Daily. Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Pulau Pinang Dato’ Tony Goh menyatakan bahawa Pulau Pinang tidak kekurangan produk pelancongan baharu untuk menarik pelawat. Beliau turut merakamkam bahawa kemasukan pelancong khasnya dari China telah menyuntik semula semangat dalam industri perhotelan selepas Pandemik COVID-19. Secara purata pelancong dari China membuat tambahan bilik penginapan selama dua malam di hotel bertaraf tiga hingga lima bintang dan kebiasaannya mereka bercuti bersama keluarga atau rakan. Bukan secara berkumpulan besar. Sejak Disember 2023 menurut Dato’ Tony Goh kebanyakan hotel mencatatkan pertumbuhan dua biji mengikut data penginapan, tiga pasaran utama adalah dari Singapura, China dan Indonesia. Daripada Pengerusi Persatuan Tarikan Pelancongan Pulau Pinang (ATAP) Datuk Ch’ng Huck Theng telah menyatakan kepada media menegaskan bahawa terdapat banyak tarikan di Pulau Pinang yang tidak dapat ditemui di negara asal pelancong. Justeru, mereka perlu datang sendiri untuk mengalaminya di Pulau Pinang. Ini adalah petanda positif kepada industri pelancongan negeri.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Pulau Pinang Encik Clement Liang menekankan bahawa kekuatan sebenar pelancongan Pulau Pinang terletak pada warisan budaya dan aktiviti masyarakat yang berbagai. Beliau berkata pelawat antarabangsa amat menghargai gabungan unik ini daripada tapak warisan seperti George Town, Kek Lok Si, Kawasan Tapak Warisan Dunia dan Bukit Bendera hinggalah kepada makanan tempatan yang enak, gaya hidup santai dan keramahan penduduk. Tambah beliau kumpulan pelancong dari China yang beliau kendalikan kini hampir penuh sepanjang masa, membuktikan peningkatan ketara dalam jumlah pelawat iaitu adalah ketiga-tiga industri player dan pelancongan yang diberikan mesej yang positif terhadap sektor pelancongan di Pulau Pinang.

Populariti Pulau Pinang di media sosial, Kerajaan Negeri telah mengikuti perkembangan zaman di media sosial telah membuat promosi pelancongan menggunakan media sosial khasnya untuk pasaran China iaitu pelbagai platform sama ada di XiaoHongShu, Douyin, WeChat, dan Weibo untuk menonjolkan status Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama. Dan kita telah mengalahkan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia termasuk Melaka. Begitu banyak daripada platform XiaoHongShu #Penang, Pulau Pinang dan bahasa Cina telah meraih lebih daripada 800 juta tontonan dan 3.943 juta perbincangan dan kita telah mengalahkan Melaka yang hanya mencatat 280 juta tontonan sekitar 1/3 daripada jumlah Pulau Pinang. Begitu juga di platform-platform lain. Berbagai hashtag kita check bahawa kita telah menang tetap nombor pertama dalam media sosial di pasaran China. Saya telah menjawab soalan bahawa.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Paya Terubong boleh minta pencelahan?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, boleh silakan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, saya memang menyambut baik tentang jumlah pelancong yang menaiki Bukit Bendera, Bukit Bendera memang menjadi satu destinasi utama dalam sektor pelancongan di Pulau Pinang, adakah Kerajaan Negeri atau pihak Perbadanan Bukit Bendera pernah mengkaji jumlah pengunjung maksimum pada satu masa yang boleh berada di atas puncak Bukit Bendera itu pertama. Kedua adakah kita mempunyai cadangan untuk menghadkan jumlah pelancong terutama pada waktu puncak berada di atas puncak seperti yang diadakan di sesetengah negara termasuk Budan dia mengawal jumlah pelancong pada satu-satu masa. Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih, itu soalan yang amat baik yang Bukit Bendera kalau dalam rekod dia, kalau dalam ingatan saya boleh menyambut ataupun menggunakan furnicular train boleh mencecah kepada satu hari melebihi 10,000 penumpang. Maksudnya dalam rekod dia, dia ada rekod melebihi 10,000 dari pagi sampai malam lah, of course dari pagi sampai malam. Tapi ada orang, ada ramai yang mempunyai persepsi bahawa Bukit Bendera hanyalah dataran. Bukit Bendera, dia sebenarnya Bukit Bendera begitu besar. Saya pendaki gunung, saya selalu waktu bila belum menjadi EXCO satu, dua tahun saya selalu mendaki Bukit Bendera dan Bukit Bendera bukan sahaja di atas dataran sahaja.

You boleh naik melalui Empangan Air Itam sampai ke Tiger Hill, dari Tiger Hill pusing balik ke bypath A ke bypath C dan sampai ke Kopi Hutan sana. You take empat jam untuk pendakian itu. Dan ada pelbagai Path daripada stesen 3, station 5 daripada Teluk Bahang, daripada Padang Tembak, daripada Balik Pulau semua boleh naik ke Bukit Bendera melalui pendakian. Dan Bukit Bendera 790 kaki ketinggiannya. Itu atas puncak dia, tetapi dia ada station-station. Station dan middle station dan sebagainya. Dia ada pelbagai lapisan, maksud saya Bukit Bendera bukan sahaja dataran sahaja. Kerana kebanyakkan kita pelancong dia ingat dataran sahaja.

Oleh itu, kita ingin, ingin mengembangkan ataupun memberikan pengetahuan kepada pelancong-pelancong bahawa, bahawa ada dia boleh naik buggy boleh pergi Habitat, dia pergi, boleh pergi ke Kopi Hutan, dia boleh pergi jauh sikit dia boleh turun ke bypath A dan begitu-begitu luas dia punya cara bermain. Saya kadang-kadang saya fikir saya boleh Bukit Bendera kalau you nak pergi setiap pengalaman you nak experience, tiga hari tiga malam tak boleh selesai. tiga hari tiga malam tak boleh selesai. Dua minggu lalu saya bawa kumpulan saya, kumpulan team saya pergi camping di Bukit Bendera. Kita camping di tengah bukit di atas satu banglo yang kita camp. Kemudian malam, waktu malam kita keluar kita duduk sana tengok itu bintang. Kemudian bawa night walk tengok serangga, tengok ular, tengok pelbagai, pelbagai dia macam Disneyland. Secara natural of course.

So, dia ada berbagai aspek yang begitu menarik dan bukan sahaja kita selalu ingat naik train, turun pergi makan di medan tu kemudian kita pusing, habis. Tapi begitu luasnya dia punya liputan. Begitu banyak laluan naik ke Bukit Bendera dan pagi, tengah hari, petang, malam. Malam bila semua train sudah turun boleh camping di sana. Tetapi kena ada fasiliti camping la. So, ada pelbagai cara untuk menikmati Bukit Bendera dan kita tidak buat masa ini, kita ada rekod lebih 10,000 dan kita ada boarding system seperti airport lah. Dia apabila you beli tiket dia akan diberitahu lebih kurang pukul, ½ jam hingga 1 jam baru tahu, baru boleh boarding, boleh pergi tepi minum kopi dulu. Minum kopi dulu kemudian masa sampai boarding. So, ada kawalan sikit la dari segi itu. Seperti menjawab soalan Bukit Bendera mempunyai potensi besar kerana dia bukan atas bukit sahaja, dia ada berbagai lapisan. Seperti saya hujah sebentar tadi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Paya Terubong, tengok Telok Air Tawar dia fokus, nanti bawa dia pergi. Tak kan dengar saja.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, ya. Boleh kita mendaki bukit.

Azmi Bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Paya Terubong mohon. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, Yang Berhormat Paya Terubong rungutan daripada ramai rakyat Malaysia dari luar nak ke Pulau Aman adalah 1 pulau di Pulau Pinang, Pulau Aman satu kawasan pelancongan juga tapi rungutan kerana pelancong nak datang kena tiket, tiket parking terlalu mahal. Itu kita minta pihak pengurusan (ketawa), minta daripada pihak EXCO Pelancongan kaji semula balik kerana kita nak menarik pelancong ke Pulau Aman.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Telok Air Tawar, Bukit Bendera tak habis lagi. Berlari pi Pulau Aman pulak (ketawa).

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, ya. Mungkin saya tak biasa dengan Bukit Aman la.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bukit Aman pulak (ketawa).

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Pulau Aman (ketawa). Saya biasa pergi Bukit Aman di KL.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bukit Aman na (ketawa).

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Pulau Aman tak biasa lagi (ketawa).

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Ni Paya Terubong minta sikit, saya nak sambung Bukit Bendera. Bukit Bendera.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bukit Bendera, boleh boleh. Menarik Bukit Bendera.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih, Dato’ Speaker.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Jawab dulu Bukit Bendera.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih kepada Pejabat EXCO yang bagi tiket free tu, okay terima kasih. Cumanya rungutan, apabila kita minum dan makan kat atas tu, minum di bawah. Makan tingkat atas, bila nak minum dia kena pi order bawah. So banyak orang menyuarakan rasa sukarlah. So macam mana tu?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Kita sedang dalam ubahsuaian, renovasi food court tersebut. Kita ada satu tempat khas untuk food court yang sementaralah. Tapi arrangement sebelum ini adalah aturan antara penjaja-penjaja. Mereka sendiri yang menentukan bahawa aturan yang sebegini kerana kalau tidak, kalau di atas ada air ada makanan minuman semua dia campur, semua orang pergi atas saja. Tak ada orang pergi bawah. So kita menghormati arrangement atau pun aturan antara penjaja-penjaja, mereka kata inilah caranya so kita ikut saja. So itulah masalahnya, kalau semua penjual minuman dan penjual makanan semua campur di atas, tak ada orang nak pergi bawah. Itulah maklum balas daripada penjaja. Tak apalah, walau bagaimanapun kita mengambil maklum cadangan Yang Berhormat kerana medan selera itu kita sedang buat renovasi. Kita sudah roboh dan nak bina yang baru. Oleh itu, kita hanya di tapak sementara di tepi saja.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Saya pun ada bincang, ada sembang, berbual dengan depa. Mengapa tak jadikan both tingkat, dua-dua makanan dan minuman? So bila makan saja, tiba-tiba nak order minum, boleh terlekat.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Seperti saya jawab tadi, itulah yang mereka utara sendiri kepada kita, kita hanya terima saja cadangan mereka. Walau bagaimanapun, medan selera itu sedang dibuat renovasi, selepas siap nanti mungkin kita lihat, dengar apa lagi cerita penjaja-penjaja. Kita hormati penjaja-penjaja, bukan kita nak buat cadangan itu, mereka yang memberitahu kami. Ya ya, okey.

Dan saya telah menjawab dengan panjang lebar tentang penerbangan terus dan saya ambil kesempatan ini juga menjelaskan sikit tentang beberapa chartered flights atau penerbangan sewa yang telah terhenti kerana kita harus faham bahawa operasi chartered flights atau pun penerbangan sewa dia sememangnya dalam design dia, dia memang beroperasi dalam satu tempoh tertentu sahaja. Kita ada chartered flights, kita pernah ada chartered flights pergi ke Butan, sekali saja. Pergi lepas tu habis, tempah tiket, habislah. It’s penerbangan khas, dia bukan penerbangan yang berjadual seperti yang kita faham.

Oleh itu, sifat penerbangan sewa khas ini bukan untuk menyediakan perkhidmatan secara tepat dan kekal. Sebaliknya ia sering diwujudkan berdasarkan, memenuhi permintaan bermusim atau pun menjadi projek percubaan pasaran. Kalau business bagus, dia teruskan, kalau tidak dia henti begitu saja. So itulah nature of chartered flights. Dan seperti ada pemberita yang menanyakan saya tentang penerbangan sewa khas dari Chongqing, China ke Pulau Pinang, yang dikhabarkan ditamatkan selepas Julai 2025. Kerana dia bermula pada Julai 2024, dia telah signed satu arrangement dengan syarikat penerbangan Firefly. Oleh itu, tempoh tamat dia pun tamatlah. Walau bagaimanapun, laluan ini sedang agen pelancongan tu sedang merancang laluan Chongqing ke Penang ini bakal diambil alih oleh sebuah syarikat penerbangan dari China. Tetapi dia kena buffer time, oleh itu terhenti seketika.

Untuk destinasi Xi’an oleh Loong Air ke Pulau Pinang, ia dibawa masuk oleh Tourism Malaysia pada 30 Disember 2024 dan telah berhenti bulan ini. Pemberhentian bukan sahaja penerbangan terus Xi’an - Penang tetapi juga Xi’an - Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Loong Air. Itu keputusan syarikat tersebut. Dan penerbangan sewa khas juga memainkan peranan penting membawa masuk pelancong dari pelbagai pasaran berbeza secara berperingkat dan Kerajaan Negeri juga telah dimaklumkan bahawa satu lagi penerbangan sewa khas, this is not a scheduled flights, this is a chartered flights bakal diperkenalkan oleh Pulau Pinang oleh operator pelancongan juga dari Bandar Guiyang, ibu negeri kepada Wilayah Guizhou yang terletak di bahagian barat daya China. Mereka telah memberitahu saya dan kita menunggu apa-apa pengumuman daripada syarikat tersebut. Tetapi itu juga satu chartered flights. Ya?

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Mohon pencerahan.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Silakan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Timbalan Speaker, adakah direct flight ini melibatkan pembayaran subsidi oleh Kerajaan Negeri atau Tourism Malaysia dan sekiranya berlaku, ada ke perjanjian antara direct flight ini melibatkan satu tempoh tertentu?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Untuk Tourism Malaysia, saya tidak dapat menjawab untuk mereka. Tetapi untuk Kerajaan Negeri, untuk penerbangan sedemikian biasa kita tidak memberikan. Apa yang biasa kita buat adalah membantu mereka membuat publisiti, membuat publisiti di billboard dan sebagainya. Dan biasanya Tourism Malaysia atau pun Airport akan beri insentif sikit untuk penerbangan sedemikian. Dato’ Speaker, dan selain itu, Pelancongan Berasaskan Acara Utama, acara berskala besar juga merupakan pemacu utama dalam inisiatif Pelancongan Berasaskan Acara Utama atau Major Events Tourism sedang giat digalakkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Melalui penganjuran acara berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa. Pulau Pinang Berjaya menarik kemasukan pelawat dalam jumlah besar, merangsang peluang ekonomi tempatan serta meraih liputan meluas daripada media. Itu economic spillover effect yang bagus.

Berikut kita juga dalam separuh kedua tahun ini banyak kita telah ada, telah merancang 15 acara, sekurang-kurangnya. Seperti saya sebut sikit ya, Malaysia International Miniature Hobby Show, Penang Yosakoi Parade, Penang Hill Festival, Penang Bon Odori, kita ada satu konsert ‘After Work Fest’ oleh Stesen Radio 988 pada 26 & 27 Julai ini, Festival Penang 2030, Hari Warisan Seberang Perai, Perarakan Chingay, Butterworth Fringe Festival, Kepala Batas Festival, Penang Bridge International Marathon, Perahu Naga Antarabangsa, George Town Festival, George Town Literary Festival. Ada 15 sekurang-kurangnya dan it’s a major events yang kita sedang rancangkan dengan pelbagai agensi dan juga Kerajaan Tempatan. Ada juga produk, ada YB, Yang Berhormat-Yang Berhormat yang menimbulkan produk-produk pelancongan. Salah satu tarikan Pulau Pinang, Fort Conwallis akan dibuka semula pada Julai 2025. Usaha penambahbaikan dan pembaharuan imej ke atas tapak warisan Kota Cornwallis, Fort Cornwallis adalah melibatkan beberapa projek utama.

Projek Penyediaan Semula dan Konservasi Parit Kubu (Moat) dan juga berbentuk L dan pembangunan semula Astaka Kota Selera. Kedua ialah kerja-kerja penyediaan pameran muziologi di ruang simpanan Kota Cornwallis dengan menerapkan teknologi digital termasuk elemen realiti maya (virtual reality) dan realiti terimbuh (AR) serta usaha konservasi ke atas lima laras meriam yang telah dijumpai. Ketiga, sebagai pelengkap kepada elemen pameran tersebut, komponen tambahan muziologi turut dilaksana melibatkan penambahbaikan kepada struktur lain di dalam Kota Cornwallis seperti Gunpowder Room, 2nd Munition Room dan pintu masuk Kota Cornwallis (west entrance). Dan kita ada lawatan esok bersama media dan kita dijangkakan Fort Cornwallis dengan elemen-elemen baru akan dibuka semula sempena Bulan Warisan iaitu Julai 2025.

Lagi satu projek, Gurney Bay Fasa 2 dengan menyediakan kawasan Taman Rekreasi Awam. Fasa 1 telah dibuka kepada orang awam. Kerja-kerja bagi Fasa 2 sedang giat dilaksanakan dan telah mencapai 84% di tapak dan dijangka siap dibuka kepada orang awam tahun 2026, terdiri daripada komponen Multi-level Carpark, North Vantage Point, Water Taxi Jetty, Beach and Broadwalk, Water Garden, Open Carpark dan Storm Water Channel.

Selain komponen ini, Kerajaan Negeri juga telah menerima beberapa cadangan produk pelancongan baharu di Fasa 2, Gurney Bay. Kajian feasibility study berserta cost benefit analysis akan dilaksanakan sebelum Kerajaan Negeri mempertimbangkan komponen-komponen tambahan.

Yang Berhormat yang ada juga yang menanyakan kutipan fi hotel. Bagi statistik kutipan fi hotel, tahun 2023 RM10.6 juta, 2024 RM11.4 juta, tahun 2025 sehingga 31 Mac RM3.0 juta. Dan kutipan fi telah dimasukkan terus ke dalam Akaun Hasil Kerajaan Negeri. Ada soalan berkenaan tempahan bilik hotel semasa perayaan Aidilfitri baru-baru ini. Mengikut Laporan Analisis oleh Persatuan Hotel Malaysia, kadar penginapan secara purata bagi hotel-hotel terpilih di Pulau Pinang untuk bulan April 2025 ialah 60.3% berbanding dengan bulan April 2024 iaitu 55.2%. Angka 60.3% ini telah melebihi angka purata kebangsaan seluruh Malaysia iaitu 50.6%. Sebenarnya pada bulan April 2025, Pulau Pinang mencatatkan angka kadar penginapan purata tertinggi daripada semua negeri dan Wilayah Persekutuan untuk bulan April 2025. Saya hanya ada angka April, saya tak ada angka untuk Hari Raya Aidilfitri kerana dia punya data hanya untuk April sahaja.

Dan sementara ini, bilangan penumpang kereta api furnikular Bukit Bendera pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru meningkat sebanyak 3.4% pada tahun 2025 berbanding tahun 2024. Pada tahun 2024 Hari Raya Aidilfitri, bilangan penumpang 10 April 2024 hingga 16 April 2024 adalah seramai 42,712 penumpang, manakala pada tahun 2025, 31 Mac 2025 hingga 6 April 2025 mencatatkan seramai 44,146 penumpang.

Oleh itu, tumpuan pelancongan di lokasi pelancongan utama di Pulau Pinang masih menunjukkan peningkatan dan membuktikan Pulau Pinang kekal sebagai destinasi pilihan pelancong dalam musim perayaan Aidilfitri. Bagi menjawab soalan dan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang, sukacita dimaklumkan sepanjang Minggu Emas, kita panggil Golden Week di negara China kerana mereka bercuti satu minggu sempena Hari Pekerja iaitu dari 29 April hingga 6 Mei 2025.

Jumlah ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah mencatat seramai 44,225 orang iaitu peningkatan sebanyak 15.94% berbanding tempoh yang sama tahun lalu yang sebanyak 38,145 orang iaitu peningkatan 15% semasa golden week berbanding tahun lalu. Dari segi kekerapan penerbangan antarabangsa, Pulau Pinang telah menerima sebanyak 302 penerbangan antarabangsa dalam tempoh golden week meningkat 7.09% berbanding 282 penerbangan sebelum ini. Oleh itu peningkatan ini menunjukkan sambutan positif pelancong antarabangsa khasnya daripada pasaran China terhadap Pulau Pinang sempena musim percutian minggu emas sempena hari pekerja.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Yang Berhormat Paya Terubong saya ingin tanya apakah sebab untuk penerbangan China Loong Air yang memberi perkhidmatan penerbangan terus Penang-Xi An, Xi An-Penang telah berhenti pada Mei bulan ini, so apakah sebab dia dan I dengar Chongqing, penerbangan Chongqing juga sudah berhenti, so apakah sebabnya dan apakah implikasi dia. Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih. Kalau Yang Berhormat masuk awal sikit Yang Berhormat sudah dengar jawapan saya. Walau bagaimanapun hati saya sejuk hari ini saya boleh ulang. Saya sekali lagi iaitu Xi An-Penang, Xi An-Kuala Lumpur telah terhenti bukan sahaja Penang, Kuala Lumpur juga dan Syarikat Loong Air telah yang melancarkan pada 30 Disember, perkara tersebut diuruskan Tourism Malaysia dan kita pun tidak masuk campur urusan tersebut diuruskan Tourism Malaysia dan apabila sambutan airline tersebut juga diuruskan oleh Tourism Malaysia. So kita pun tidak ada maklumat, boleh rujuk Tourism Malaysia untuk maklumat lanjut dan untuk Chongqing-Penang tadi saya telah jawab bahawa dia sudah sign suatu arrangment dengan Firefly ialah 1 tahun dan sudah tamat Julai 2025.

Dan sementara itu mereka sedang merancang untuk menggunakan syarikat penerbangan China, dari China untuk meneruskan Chongqing-Penang so dia perlu berhenti beberapa seketika untuk menyambungkan maksudnya dia akan continue tetapi menggunakan syarikat penerbangan yang lain kerana ia merupakan satu chartered flight, operator itu ialah syarikat pelancongan dia upah, dia bayar pada Firefly syarikat penerbangan kemudian dia kumpul penumpang semua masuk kemudian dia dapat keuntungan daripada itu dia bukan Firefly yang jual bukan uruskan itu chartered flight. So sekarang dia masih hendak meneruskan tetapi dia menggunakan syarikat penerbangan lain.

So chartered flight memang ada operasi sedemikian kerana dalam sekarang dalam terminologi sekarang dia ada schedule flight, schedule flight macam Southern China. Schedule flight, berjadual, pukul berapa ada orang tidak ada orang, terbang tetapi chartered flight kerana dia kena kumpul orang kena kira sama ada berbaloi atau tidak berbaloi. Mungkin dia akan divert dia akan bagaimana so dia ada beza chartered dan juga schedule flight dan tapi ada juga trend terbaru schedule chartered campur, hybrid, maksud dia syarikat penerbangan mungkin dia jual separuh daripada seat itu online separuh itu kepada syarikat ejen pelancongan so dia ada kombinasi-kombinasi sedemikian. So kerana pasaran China adalah pasaran yang baru ada syarikat chartered flight yang ingin menguji pasaran, dia cuba dulu tiga (3) bulan macam Loong Air di cuba dulu tiga (3) bulan lihat kalau loading tidak bagus dia berhenti begitu sahaja kerana Syarikat Loong Air dia bukan GLC, dia syarikat persendirian, kalau syarikat-syarikat government link mungkin lebih stable seperti schedule airline yang lebih stabil.

Dan surau Kampung Bukit, cadangan Yang Berhormat tentang Surau Kampung Bukit di Bayan Lepas. Bangunan ini pernah digunakan sebagai masjid yang dikenali sebagai Masjid Jamek Bayan Lepas namun ditukar ke surau kerana tidak mampu menampung pertambahan jemaah yang semakin bertambah, surau ini mempunyai kaitan dengan Haji Abdullah bin Haji Ibrahim, datuk kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Surau ini telah pun ada dalam senarai inventori bangunan warisan di peringkat Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan senarai inventori warisan di Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri. Bangunan ini mempunyai kepentingan dan sejarah yang penting kepada negeri dan masih mengekalkan seni bina bangunannya.

Untuk pelancongan luar bandar, saya bagi menjawab soalan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar pelancongan luar bandar dan sokongan kepada aktiviti homestay di luar bandar. Kerajaan negeri melalui Penang Global Tourism secara aktif mempromosikan pelancongan di seluruh Negeri Pulau Pinang termasuk Campaign The Opposite Sight Of The Island. Seberang yang mempromosikan pelancongan di Seberang Perai termasuk kawasan luar bandar.

Selain itu, Majlis Bandaraya Seberang Perai juga aktif menyokong aktiviti ekopelancongan di kawasan luar bandar di Seberang Perai. Bagi aktiviti homestay pula Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Program Pengalaman Homestay Malaysia sentiasa menyokong aktiviti homestay yang berdaftar di bawah MOTAC. Pada 17 Mei 2025 MOTAC telah mengadakan sesi libat urus Program Pengalaman Homestay Negeri Pulau Pinang Tahun bersama pengusaha-pengusaha homestay di seluruh Negeri Pulau Pinang dah agensi dan jabatan berkenaan seperti pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan dan PERDA yang sesi libat urus tersebut pengusaha homestay telah diberikan pendedahan berkenaan peruntukan yang disediakan oleh MOTAC kepada agensi dan jabatan kerajaan dalam membantu aktiviti homestay yang berdaftar dibawah MOTAC.

Selain itu taklimat berkenaan kursus-kursus sokongan dan pembukaan koperasi turut didedahkan dalam sesi libat urus tersebut. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Penanti berkenaan pelancongan perubatan. Sektor pelancongan perubatan di Pulau Pinang menunjukkan trend…

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Yang Berhormat Paya Terubong.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya silakan.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Saya hendak tanya juga, hendak tahu di Pulau Pinang industri perhotelan memang rancak menarik dan tadi Paya Terubong telah beritahu tentang homestay kalau di kawasan luar bandar. Apakah pendirian Kerajaan Negeri berkaitan dengan Airbnb yang nampak menjadi satu persaingan kepada industri perhotelan tetapi mereka tidak diberi satu peraturan atau pun undang-undang yang menawar Airbnb.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya kalau data yang saya perolehi sehingga September 12, 2024 ada lebih kurang 1800 aktif Airbnb listing dalam George Town. Itu hanya angka sahaja yang saya baru research 1000 lebih di George Town tahun lalu. So, kita saya rasa kita homestay adalah satu program yang diiktiraf di bawah MOTAC, di bawah MOTAC maksudnya dia di luar bandar dan kemudian disuruh negara dia ada homestay program yang perlu pendaftaran di bawah kementerian. Buat masa ini Airbnb belum lagi MOTAC dan juga kerajaan negeri belum ada dasar yang jelas.

Walaupun kita telah menerima maklum balas daripada pihak perhotelan yang meminta supaya diberikan satu tindakan yang tegas terhadap Airbnb tapi kita perlu juga pelbagai pertimbangan perlu dibuat dan belum ada satu polisi yang jelas daripada peringkat persekutuan sama ada kerajaan negeri atau pun yang tempatan berkenaan dengan isu ini. So, saya pernah bangkitkan juga di parlimen sewaktu saya jadi ahli parlimen waktu itu dan belum dapat jawapan yang bagus juga daripada menteri.

Dan bagi menjawab soalan Yang Berhormat Penanti tentang pelancongan perubatan dan negeri Pulau Pinang merupakan yang paling tinggi pencapaian dari segi pelancongan perubatan di Malaysia dan merupakan salah satu pusat pelancongan perubatan di rantau Asia Tenggara dan 6 hospital yang merupakan anggota Penang Center Medical Tourism iaitu Gleneagles Hospital, Pantai Hospital, KPJ Penang Specialist, Loh Guan Lye Specialist Centre, Penang Adventise Hospital dan Island Hospital Penang keenam-enam mereka telah tersenarai dalam senarai hospital terbaik di Malaysia, top 50 list dan juga disenaraikan dalam penarafan 240 hospital dari seluruh dunia.

Dan senarai bilangan pelancong perubatan untuk Pulau Pinang bilangan pelancong perubatan tahun 2023, 406,000 lebih, 2024 tambahan 410,000 dan pendapatan yang dijangka dijana daripada hospital-hospital ialah tahun 2023 ialah RM831 juta, tahun 2024 RM885 juta. Dijangka tahun-tahun berikutnya akan mencecah RM1 bilion dari segi revenue generated by the medical tourism dan 90% daripada medical tourism adalah bangsa daripada Indonesia, daripada Indonesia dan kita cuba diversify mempelbagaikan sumber daripada bilangan pelancong perubatan dan kita akan terus berusaha dan saya telah menyentuh banyak perkara dan Tuan Speaker akhir sekali saya ingin mengatakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau ini. Sekian terima kasih.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Yang Berhormat Speaker, sikit, sikit saja boleh. Terima kasih YB Paya Terubong. Saya hendak sentuh sikit seperti mana yang Yang Berhormat EXCO sedia maklum Taman Reakreasi Pantai Kamloon ini memang (kurang jelas) dengan izin so dia telah mengalami beberapa kali penambahbaikan dan repair tetapi sampai hari ini tidak boleh guna so apa perancangan EXCO tentang hal ini. Dan kedua ini tentang sempadan Kedah Penang dekat Bumbung Lima itu, kalau tengok di Kedah itu kalau masuk dia punya trademark itulah mesin padi besar itu tapi tengok dekat Bumbung Lima itu dekat sempadan itu ada space yang luas yang saya rasa state government punya land mungkin kita boleh buat satu tarikan pelancongan, buh feri ka, ia jadi satu tarikanlah. Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Perkara ini saya tidak ada jawapan kerana perkara ini tidak dibangkitkan semasa penggulungan tetapi saya minta pegawai untuk kita lihat bagaimana menerima cadangan mengkaji cadangan Yang Berhormat. Sekian, terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey terima kasih Paya Terubong, terus.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ada satu lagi

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, okey.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Dalam perbahasan saya sebelum ini ada saya sentuh tentang pelancongan desa di Kampung Lebuh Banting dan rasanya tidak disentuh tentang pelancongan di Lebuh Banting ini. Jadi saya hendak mintalah kalau boleh EXCO Pelancongan tolong tengok pelancongan desa di Lebuh Banting ini sebab dia ada river cruise, dia ada hutan pelajaran di situ dan macam-macam elemen yang ada disitu dan kita rasa kita kena bantu untuk pelancongan desa di sini untuk terus dikenali oleh pelancong-pelancong dalam dan luar negara, Insya-Allah.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih atas cadangan tersebut dan sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong, seterusnya saya silakan Tanjung Bunga. Cantik tie Tanjung Bunga sama dengan Paya Terubong.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato Speaker, terima kasih juga kepada semua dan izinkan saya mengambil kesempatan di Dewan yang Mulia ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas pelantikan sebagai Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-9 berkuatkuasa 1 Mei 2025. Semoga pelantikan ini akan memacu kecemerlangan negeri Pulau Pinang dan membawa manfaat yang besar kepada negeri yang kita cintai ini.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Dato’ Seri Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak atas segala jasa beliau sepanjang perkhidmatannya. Dikesempatan ini juga saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah bin Ahmad Badawi yang telah meninggalkan kita pada 14 April yang lalu semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, daripadaNya kita hidup dan kepadaNya kita kembali.

Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Seri Delima mengenai elemen pelancongan dan rekreasi di Silicon Island, sukacita dimaklumkan pulau tersebut memang dirancang secara mampan dan menyeluruh dengan menerapkan elemen-elemen nilai tambah sektor pelancongan dan juga penyediaan ruang rekreasi awam. Antaranya adalah kawasan Heart Of The Island atau pun HOTI yang telah pun diperuntukkan sebagai hub komersial dan tarikat pelancongan ekonik bertaraf dunia yang menampilkan pelbagai elemen menarik seperti kesenian dan kebudayaan, makanan dan minuman serta hiburan bertaraf antarabangsa. HOTI turut berperanan sebagai pusat perdagangan dan hub perniagaan utama atau pun central business district termasuk perkhidmatan perniagaan global atau pun global business services. Ia dirancang dengan integrasi pelbagai mod pengangkut seperti transit aliran ringan, LRT, bas transit pantas ataupun BRT, teksi air serta jaringan laluan basikal dan perjalanan kaki yang menyeluruh bagi menyokong mobiliti awal dan akhir perjalanan, first mile and last mile serta memastikan kesinambungan perjalanan yang lancar.

Selain itu perancangan pembangunan Silicon Island juga telah mengambil kira ruang rekreasi dan alam semulajadi. Sebagai maklumat Yang Berhormat. sekitar 400 ekar daripada keluasan tanah Silicon Island diperuntukkan untuk rangkaian Biru Hijau iaitu kawasan terbuka dan rekreasi yang merangkumi taman bandar, kawasan lapang, alur hijau saliran mesra alam, green swales, saluran air yang boleh dilalui serta 110 km rangkaian laluan basikal dan perjalanan kaki. Aktiviti rekreasi turut dirancang di sepanjang 3 km pantai awam persiaran promenade serta 3.5km muara dan kawasan tanah lembap ataupun wetlands yang menempatkan habitat paya bakau sebagai sebahagian daripada tarikan ecopelancongan.

Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman unik dan menyeluruh sepanjang enam (6) kilometer laluan terusan dan saluran air. Keseluruhan elemen ini menyokong gaya hidup sihat dan kelestarian di samping berpotensi menjadi tarikan pelancongan utama untuk mengukuhkan identiti Silicon Island sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan bertaraf antarabangsa yang berteraskan prinsip ESG ataupun Alam Sekitar Sosial dan Tadbir Urus.

Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang kekal sebagai antara penyumbang utama KDNK per kapita dan KDNK negara. Pertumbuhan positif yang berterusan bagi produk elektrik, elektronik dan optikal bagi sektor pembuatan yang kekal unggul dari negeri ini telah mengimbangi kadar penguncupan ekonomi nasional. Sebagai sebuah negeri perindustrian dan negeri yang aktif dari segi ekonomi yang memberi punca pendapatan kepada rakyat negeri-negeri utara. Pulau Pinang telah mengalami pertambahan kepadatan penduduk dan bilangan kenderaan saban tahun. Maka infrastruktur yang setimpal perlu diberikan untuk menyokong pemantapan dan perkembangan zon industri di Bayan Lepas, Batu Kawan, Perai serta Central Business District, Georgetown. Projek-projek yang dirancang di bawah PTMP adalah amat penting dalam penguraian trafik dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam kelak.

Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah meluluskan (PTMP) Pelan Induk Pengangkutan yang merangkumi strategi pengangkutan darat dan laut yang komprehensif, cekap dan bersepadu. Jadi di bawah PTMP ini banyak sistem-sistem yang dicadangkan seperti LRT, BRT, Trem, Teksi, Feri dan juga Teksi Air untuk mencapai penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40%. Itu adalah hasrat dan pelan tersebut juga mengambil kira impak keberkesanan komponen penggunaan tanah, bilangan penduduk, kawasan membangun ekonomi, status bandar warisan UNESCO, dan lain-lain lagi di Pulau termasuk di Seberang Perai.

Dapatan daripada kerajaan ni bertujuan agar pelaksanaan komponen-komponen PTMP tersebut berdaya maju dan akan membawa lebih banyak kebaikan dari segi ekonomi dan sosial pada rakyat. Jadi untuk menjawab persoalan Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan kajian penentuan jajaran LRT dan juga mod pengangkutan. Sebagai maklumat Yang Berhormat, jajaran LRT Laluan Mutiara yang telah dimuktamadkan bersama Kerajaan Persekutuan melalui MRT Corp sebagai agensi pelaksana telah mengambil kira kriteria-kriteria seperti kadar penumpang ataupun ridership, mod perkongsian ataupun mod sharing serta teknologi-teknologi terkini pengangkutan awam yang bersesuaian dengan permintaan taburan penduduk serta topografi Pulau Pinang untuk menentukan jajaran serta mod pengangkutan yang sewajarnya. Malah jajaran asal telah pun memperolehi segala kelulusan wajib yang diperlukan seperti Skim Rail, EIA, SIA, HIA (Heritage Impact Assessment) dan TIA (Traffic Impact Assessment).

Bagi perbandingan antara sistem LRT dan DRT yang dimaksudkan oleh Sungai Dua, LRT adalah sesuai untuk kawasan berpenduduk padat dan mempunyai aliran penumpang yang tinggi setiap hari manakala DRT lebih sesuai untuk kawasan pinggir bandar atau berpenduduk rendah dan yang tidak efisien untuk laluan tetap. Pembangunan LRT sememangnya akan menelan belanja yang tinggi. Walau bagaimanapun dengan mengambil kira kos per penumpang setelah beroperasi ia akan menjadi rendah jika kita menggunakannya secara maksimum. Manakala DRT memerlukan lebih banyak kenderaan kecil dan juga pemandu yang akan memerlukan kos pengoperasian yang tinggi jika permintaan tidak stabil.

Kedua-dua mod pengangkutan tersebut adalah sebagai sistem pelengkap ataupun complementary dan bukannya bersaing antara satu sama lain. Pemilihan mod pengangkutan yang bersesuaian diputuskan selaras dengan keperluan unjuran penumpang serta kos pembangunan dan pengoperasian yang berkadaran dengan kemampuan kewangan bagi memastikan sistem pengangkutan yang dibina adalah mampan.

Bagi mengoptimumkan kos pembangunan infrastruktur, pihak kerajaan telah mempertimbangkan pembinaan secara modular dengan mengambil kira keperluan semasa dan juga keperluan akan datang dengan kos pembangunan serta kos operasi. LRT merupakan sistem yang mampan kerana telah pun wujud di pasaran bagi tempoh masa yang lama. Selain itu, berkenaan stesen LRT yang dikatakan oleh Sungai Dua terletak jauh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa, Sungai Dua kata 200 meter. Sebenarnya Yang Berhormat, maklumat yang tepat berdasarkan reka bentuk terkini stesen hanya 120 meter daripada lapangan terbang.

Jadi tidaklah jauh sangat dan selain akses perjalanan kaki berbumbung, laluan berbantu mobiliti ataupun Mobility Assistant Pathway serta laluan perjalanan kaki yang bergerak (travellator) turut dipertimbangkan dalam reka bentuk terperinci. Bagi persoalan berkenaan kaedah sambungan LRT dari Pulau ke Penang Sentral. Sebagai maklumat Yang Berhormat, MRT Corp memaklumkan bahawa sambungan jajaran tersebut telah pun ditetapkan dengan menggunakan kaedah jambatan merentasi Selat Pulau Pinang sepanjang 3.2 km, yang telah mengambil kira impak terhadap alam sekitar. MRT Corp juga kini sedang melaksanakan Penilaian Risiko Marin ataupun Marine Risk Assessment sebelum pembinaan jambatan tersebut dimulakan.

Dato’ Yang di-Pertua, isu-isu berbangkit serta cadangan berkenaan pelaksanaan LRT ini dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat dan Kerajaan Negeri mengambil maklum dan sudah tentu akan memanjangkannya kepada pihak MRT Corp untuk tindakan dan penyelarasan yang selanjutnya. Ini kerana projek ini kini di luar bidang bidang kuasa Kerajaan Negeri dan apa pun Kerajaan Negeri akan bekerjasama lah dengan pihak Kerajaan Persekutuan serta melalui agensi MRT Corp. dan juga Kementerian Pengangkutan untuk memastikan semua pandangan-pandangan dan cadangan itu dapat dipertimbangkan.

Isu mengenai tapak-tapak RIBI yang terkena dengan jajahan LRT tadi telah pun diulas oleh Sungai Pinang tak perlu saya ulang. Berkenaan dengan kes terhadap ataupun kesan terhadap Astaka di kawasan Dewan Undangan Negeri Seri Delima. Projek LRT ini adalah di peringkat pengambilan tanah di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah oleh PTG dan MRT Corp. bagi lot-lot yang terlibat dengan jajaran LRT segmen satu (1) iaitu Komtar ke Permatang Damar Laut. Seterusnya proses siasatan di bawah Seksyen 12 Akta Pengambilan Tanah akan dilaksanakan. Proses ini akan dijalankan dalam tempoh terdekat memandangkan perwartaan telah dibuat pada 10 April yang lalu.

Kuantum pampasan atau sebarang pemindahan pengusaha gerai hanya akan dapat dimuktamadkan setelah selesai proses siasatan di bawah Seksyen 12 Akta Pengambilan Tanah ke atas semua pihak berkepentingan dengan kaedah penyelesaian yang sewajarnya. Setakat ini proses penilaian masih belum dilaksanakan dan perihal ni akan ditentukan oleh pihak Tribunal Tanah. Berkenaan status projek LRT Laluan Mutiara yang dibangkitkan Seri Delima dan juga Bukit Tambun. Sebagai maklumat Yang Berhormat projek kini dalam fasa persiapan awal. Maksudnya ia melibatkan aspek seperti pra pembinaan, pemindahan utiliti dan juga kerja-kerja yang lain terlibat sebelum pembinaan secara sepenuhnya dapat dilaksanakan. MRT Corp memaklumkan bahawa kerja-kerja fizikal bagi projek ini dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini manakala pembinaan berskala besar dijangka pada tahun depan. Pengoperasian LRT Laluan Mutiara masih dalam sasaran garis masa iaitu bermula pada hujung 2031.

Dato’ Yang di-Pertua, pelaksanaan projek Penang Island Link 1 ataupun PIL 1, yang dicadangkan di bawah PTMP bagi laluan alternatif Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu adalah jajaran pintasan yang menghubungkan persimpangan Lim Chong Eu sehingga ke persimpangan Jalan Tun Dr. Awang, melalui kawasan rizab Sungai Kluang ke Gurney Interchange. Projek ini dilihat berimpak tinggi dalam menguraikan kesesakan lalu lintas di kawasan Jalan Tengah, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Dr. Awang dan rangkaian jalan di sekitar kawasan Zon Perindustrian Bebas, Bayan Lepas. Diharap penerangan ini dapat menjawab persoalan Yang Berhormat Seberang Jaya.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencelahan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Sila Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat, Dato’ Timbalan Speaker, Yang Berhormat Tanjong Bunga mengenai PIL 1 ni, semasa pembentangan PTMP pada masa dahulu bahawa kita akan gunakan keuntungan daripada tambakan laut untuk membiayai projek ini. Apakah mekanisme untuk pembinaan PIL 1 ini pada ketika ini.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Betul semasa perancangan awal projek PIL 1 ini, sebenarnya dia terkait dengan penambakan tiga (3) Pulau tapi oleh kerana penambakan sudah pun dikurangkan kepada hanya satu (1) Pulau sememangnya hasil yang bakal diperolehi tu tidak mencukupi untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur lain seperti LRT sepertimana PIL 1 dan sebagainya. Jadi pendekatan Kerajaan Negeri sekarang kita memohon melalui RMK daripada Kerajaan Persekutuan untuk mendapat bantuanlah. Sekiranya tidak dilaksanakan sepenuhnya mungkin boleh dilaksanakan secara berfasa. Contohnya kita boleh buat fasa daripada Jalan Tun Dr Awang hingga ke Lim Chong Eu dahulu. Jadi itu contoh-contoh pendekatan yang boleh diambil tapi macam mana pun perbincangan sedang diadakanlah antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Tu sebenarnya saya nak sebut benda tu okey, nak sebut Dato’ Yang di-Pertua. Berkenaan Projek Laluan Ketiga yang dibangkitkan Yang Berhormat Machang Bubuk. Sebagai makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan perubahan reka bentuk yang baru iaitu daripada Terowong Dasar Laut kepada Jambatan merentasi Selat Pulau Pinang. Kajian kebolehlaksanaan telah dimuktamatkan pada tahun 2023 yang merangkumi kebolehlaksanaan bagi reka bentuk baharu iaitu jambatan ataupun reka bentuk alternatif.

Kajian pelaksanaan pula akan di bagi reka bentuk alternative ni akan diselesaikan dalam masa terdekat dan reka bentuk baharu dijangka akan dimuktamatkan selepas kajian itu selesai. Penilaian TIA dan semua penilaian-penilaian yang sewajarnya akan dilaksanakan setelah itu Yang Berhormat.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Dua mencadangkan agar perkhidmatan pengangkutan awam termasuk perkhidmatan transit berasaskan permintaan ataupun DRT yang kini dijenamakan semula sebagai Rapid On Demand (ROD) diperkasakan. Saya menyokong cadangan Yang Berhormat dan akan memanjangkan perkara ini pada Rapid Penang. Sebagai maklum Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rapid Penang telah mengoperasikan perkhidmatan ROD di enam (6) zon dengan menggunakan 31 buah van iaitu di Gurney, Paya Terubong, Sunway Butterworth, Georgetown, Jelutong dan juga Bayan Lepas. Sebanyak tujuh (7) zon tambahan dengan menggunakan 19 buah van akan dilaksanakan secara berfasa iaitu di kawasan Bayan Baru, Bukit Mertajam Aeon Permatang Tinggi, Batu Kawan, Bertam, Balik Pulau dan USM Transkrian.

Yang Berhormat Pengkalan Kota telah mencadangkan agar masa menunggu bagi perkhidmatan ROD dipendekkan pada lima (5) minit hingga lapan (8) minit. Sebagai makluman Yang Berhormat, masa ketibaan van ROD ni adalah bergantung kepada tempahan melalui aplikasi. Sekiranya jarak semasa pertempahan dibuat oleh penumpang adalah berdekatan maka masa menunggu adalah lebih singkat. Sebagai makluman Yang Berhormat juga radius zon perkhidmatan ROD di setiap kawasan adalah sekitar 2 kilometer agar service optimum dapat diberikan kepada penumpang.

Selain itu, Yang Berhormat Pengkalan Kota turut mencadangkan agar van ditambah di laluan ROD sedia ada. Penambahan bilangan van yang beroperasi melibatkan implikasi kewangan kepada Rapid Penang. Berdasarkan maklumat oleh Rapid Penang bilangan van yang digunakan kini merupakan jumlah yang optimum bagi mengoperasikan perkhidmatan ROD di sesuatu kawasan dengan mengambil kira kadar penumpang. Sekiranya terdapat peningkatan permintaan Rapid Penang akan mempertimbangkan keperluan untuk menambah bilangan van yang beroperasi di sesuatu kawasan tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih diucapkan pada Pengkalan Kota juga yang mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk perkhidmatan feri di Pulau Pinang. Namun begitu adalah juga diingati bahawa perkhidmatan pengangkutan air adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, pun begitu Penang Port Sdn. Bhd. selaku pengendali feri sedang melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan terhadap perkhidmatan sedia ada termasuk dari aspek jadual operasi, kapasiti perjalanan serta kemudahan di terminal. Langkah penambahbaikan ini tidak pernah terhenti. Oleh itu, usaha menambah baik perkhidmatan ini akan terus dilaksanakan secara berfasa dengan mengambil kira keperluan rakyat, kelestarian operasi dan juga aspek keselamatan. Kerajaan Negeri mengambil maklum berkenaan jadual feri dan perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) pada waktu pagi dan tengah malam dan jawapan ni telah pun diterangkan dalam jawapan soalan bertulis kepada Yang Berhormat Pengkalan Kota.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengkalan Kota dan Bukit Tengah telah bangkitkan mengenai keadaan kemudahan di Penang Sentral yang kurang mesra pengguna. Kerajaan Negeri telah menghubungi Penang Sentral berkenaan perkara ini dan sukacita dimaklumkan bahawa Penang Sentral berbesar hati dan bersedia bekerjasama demi kemudahan semua pengguna. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar Kerajaan Persekutuan melalui Railway Assets Corporation (RAC) dan juga KTMB agar dapat meneliti perkara ini bersama-sama bagi aset-aset di bawah pemilikan mereka. Dato’ Yang di-Pertua…

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Yang Berhormat.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, sila.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri untuk meneliti dan isu ini dan juga Kerajaan Persekutuan yang berkemungkinan untuk mengubahsuai rekabentuk bangunan tersebut bagi menampung keperluan orang awam. Cuma saya nak sentuh sedikit berkenaan dengan tadi Yang Berhormat sebut berkenaan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa di mana 120 meter ataupun sama ada 200 meter antara jaraknya ke stesen pun saya rasa kalau rekabentuk bangunan tersebut adalah di atas level yang rata, level yang sama, jarak itu masih okay, masih boleh diterima. Cuma kalau rekabentuk ada laluan landai tanpa escalator dan dia menjadi masalah dan juga akses untuk lif dan escalator adalah amat penting. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Pengkalan Kota. Sebenarnya perkara yang sama telah dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pengangkutan semasa mesyuarat antara Kerajaan Negeri dengan Kementerian. Beliau sendiri telah mengutarakan supaya landai itu sama. Maksudnya lantai stesen dengan departure hall terminal departure itu keberangkatan adalah sama supaya tidak berlaku seperti yang disebut oleh tadi oleh Yang Berhormat. Orang terpaksa turun dan sebagainya dan juga cadangan travel later untuk membantu. Yang Berhormat KOMTAR.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat, sorry. Just hendak tambah sikit sebab tadi disebutkan kereta api stesen Butterworth tapi semasa pencelahan saya, saya bangkitkan juga Kereta Api Stesen Bukit Mertajam dan harus diberi perhatian. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya. Sebenarnya yang saya sebut tadi saya nak panjangkan perkara yang sama kepada KTMB. Maksudnya semua stesen KTM sebenarnya banyak aduan yang kita terima bukan setakat Penang sentral tapi stesen-stesen KTMB yang lain berkenaan isu kemudahan. Ada yang lif rosak yang ada yang penumpang terpaksa naik tangga dan sebagainya.

Jadi saya, Kerajaan Negeri pun sangat berharap perkara ini akan diambil serius oleh pihak kementerian dan juga pihak KTMB. Yang Berhormat KOMTAR saya ucapkan terima kasih kerana sudi bersama-sama untuk memperkukuhkan sistem pengangkutan awam dengan menyokong Projek Lorong Bas (POC).

Sebagai maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Bandaraya Pulau Pinang sedang menimbang untuk melantik perunding bagi melaksanakan kajian kesesakan lalu lintas di bahagian pulau dan skop ini skop kajian ini turut meliputi kebolehlaksanaan lorong bas. Jadi, sehubungan dengan itu, tiada lorong bas baru akan dilaksanakan sehingga laporan perunding dimuktamadkan kelak. Proses untuk melantik konsultan akan mengambil masa 4 hingga 6 bulan dan kajian di jangka dimulakan pada penghujung tahun ini. Dato’ Yang di-Pertua,

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Minta laluan Yang Berhormat Tanjong Bunga. Harus diingatkan juga semalam semasa perbahasan saya ada menyatakan bahawa yang jarak di antara drop off point ataupun pickup point Penang Sentral untuk road rapid on demand memang jauh sedikit dan memang orang cakap ada ada satu (1) cabaranlah apabila berlakunya cuaca buruk. Jadi ada maklum balas dekat video saya yang saya buat memang mereka nyatakan hasrat mereka ada di aras 3 ataupun di aras 1 tetapi saya difahamkan aras 1 memang ada satu (1) caj RM3 untuk masuk dan keluar. That’s why saya harap ada satu perbincangan dengan MRCB ini minta dikecualikanlah. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih. Kita akan cubalah bincang dengan MRCB dan juga membangkitkan mengenai sambungan antara ROD dan juga Stesen Penang Sentral. Dato’ Yang di-Pertua, sukacita saya menyentuh berkenaan satu (1) projek keselamatan jalan raya yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Universiti Sains Malaysia dan sokongan daripada Boon Siew Honda Malaysia. Ini adalah projek Sistem Pengurusan Keselamatan Perjalanan ataupun Committing Safety Management System (CAMS), Project CAMS yang telah dilaksanakan dan kita telah melaksanakan projek ini di kawasan perindustrian Batu Kawan yang disertai dan disokong penuh oleh 14 buah syarikat di kawasan tersebut.

Sepanjang tempoh pelaksanaan CAMS dari tahun 2020 hingga 2024 seramai 2,500 pekerja syarikat-syarikat tersebut telah pun dilatih dan hasilnya melihat penurunan kadar kemalangan sebanyak 5 hingga 10%. Selain daripada latihan kepada penunggang motosikal CAMS juga menekankan pengumpulan dan penganalisaan data dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan juga kecederaan. Contohnya data menunjukkan bahawa kecederaan paling utama merupakan kecederaan tangan. Maka sarung tangan keselamatan telah pun dibekalkan kepada penunggang-penunggang motosikal dan langkah ini telah berjaya mengurangkan kecederaan tangan sebanyak 100 peratus.

Ini bermaksud produktiviti syarikat juga tidak terjejas kerana pekerja masih boleh bekerja walau pun terlibat dengan kemalangan ringan. Analisa data juga telah membantu mengenalpasti lokasi-lokasi yang paling berisiko agar intervensi dapat dilaksanakan. Sukacita dimaklumkan dalam tempoh 2 tahun yang lalu tiada kemalangan maut dilaporkan bagi pekerja-pekerja yang telah mengambil bahagian dalam latihan CAMS.

Oleh itu, Kerajaan Negeri sedang menimbang untuk memperluaskan projek CAMS ini kepada semua penjawat awam yang menunggang motosikal ke tempat kerja serta pemandu e-hailing. Saya berharap agar usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di negeri ini dapat sokongan penuh daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab persoalan mengenai keselamatan cyber yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam. Sebagai maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui BTMKN telah membangunkan Dasar Keselamatan IT ataupun DKICT yang berkuatkuasa pada 27 Februari 2019 bermula dengan versi 0.0. DKICT ini dipinda dan ditambah baik beberapa kali sehingga ke versi 2.1 yang berkuatkuasa pada 24 Disember 2019. Namun begitu, selari dengan perkembangan semasa dan keperluan Standard ISO 27001 ISMS Polisi Keselamatan Siber (PKS) versi 1.0 telah pun dibangunkan bagi menggantikan DKICT dan ini telah dikuatkuasakan mulai 31 Mei 2024 yang merangkumi pengurusan risiko keselamatan, kawalan akses, perlindungan data dan juga pelan tindak balas insiden. DKICT dan PKS di sokong oleh Pelan Pemulihan Bencana ICT yang meletakkan prosedur yang komprehensif untuk memulihkan sistem-sistem aplikasi kritikal dengan berkesan sekiranya berlaku sebarang gangguan atau bencana.

Ia telah dilaksanakan melalui tahun 2013 dan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan. Ujian simulasi turut dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun bagi tujuan ini. Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan pasukan Cyber Security Incident Response Team yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Teknologi Maklumat dan Komunikasi daripada semua jabatan dan agensi negeri. Berkenaan keselamatan rangkaian pula, Kerajaan Negeri telah melaksanakan keselamatan pelbagai lapisan ataupun multi-layer security di mana para pengguna perlu melalui beberapa lapisan fire wall untuk mencapai semua sistem aplikasi di bawah Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri turut mempunyai perancangan untuk memasang sistem pemantauan masa nyata ataupun real time monitoring bagi keselamatan siber dalam Pelan Strategik Pendigitalan Pejabat Setiausaha Kerajaan bagi tahun 2026 hingga 2030 yang kini sedang disediakan.

Selain itu, Kerajaan Negeri menjalinkan kerjasama erat bersama agensi-agensi pakar seperti National Cyber Coordination and Command Centre National Cyber Security Agency dan Siber Sekuriti Malaysia dalam melaksanakan latihan berterusan bagi pegawai-pegawai yang menguruskan keselamatan siber di jabatan dan agensi negeri bagi

memastikan pegawai-pegawai tersebut mempunyai kemahiran yang selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Sebagai maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah pun memperuntukkan sebanyak RM577,950 khusus untuk penyelenggaraan sistem perkakasan dan perisian keselamatan siber bagi tahun 2025. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam memastikan langkah-langkah segera dan menyeluruh diambil bagi memastikan semua sistem aplikasi digital berada pada tahap keselamatan siber yang tertinggi. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini adalah selaras dengan panduan daripada NAKSA dan menunjukkan komitmen negeri terhadap perlindungan infrastruktur digital serta keselamatan maklumat di negeri ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini juga untuk memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan satu inisiatif pendidikan baru di negeri Pulau Pinang iaitu penubuhan 42 Penang. Institusi ini adalah sebuah sekolah pengkodan "coding school" sepenuh masa yang percuma dan terbuka kepada semua yang berumur 17 tahun ke atas. 42 Penang adalah sebahagian daripada rangkaian global 42 network yang kini mempunyai lebih 50 kampus di seluruh dunia. Sebagai makluman, Ahli Yang Berhormat, pendekatan pembelajaran yang dilaksanakan dalam 42 Penang ini adalah sedikit berbeza dengan yang biasa kerana ia tidak mempunyai guru, tiada kelas dan semua pelajar belajar melalui rakan sebaya ataupun peer to peer learning dengan pengendalian projek yang sebenar kemasukan ke dalam 40 ataupun 42 Penang tidak memerlukan SPM atau pengalaman dalam bidang teknologi maklumat. Calon hanya perlu lulus ujian logik atas talian dan menyertai booth CAMP selama empat minggu. Jika lulus mereka boleh terus menyertai program tersebut yang akan mengambil masa 12 hingga 18 bulan.

Antara kemahiran yang ditawarkan termasuk pembangunan perisian, kecerdasan buatan AI, keselamatan siber dan juga teknologi block chain. Graduan daripada 42 Penang akan membina portfolio dan berpeluang mendapat pekerjaan dalam sektor teknologi yang sedang berkembang pesat malah berdasarkan kepada daripada hasil yang kita lihat dalam pelaksanaan 42KL di Kuala Lumpur hampir ke semua pelajar 42KL yang telah selesai kursus mereka berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang digital. Jadi kita pun harap perkara yang sama bagi bakal-bakal pelajar dari Negeri Pulau Pinang. Dato' Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Kota, Sungai Puyu, Bukit…

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Sorry, boleh? Sekiranya boleh i tahu time is scarce izinkan saya berkenaan dengan 42 Penang ini saya sangat menghargailah program yang sangat cukup baik saya rasa. Cuma soalan saya is bagaimanakah kita boleh skill program-program sebegini dan stand kepada semua sekolah khususnya di kawasan-kawasan yang ada di luar bandar dan sebagainya yang kurang akses dan yang miskin. Isu yang saya bangkitkan ini sebab saya khuatir. Saya lihat sekarang kadar technological progress sama ada teknologi ataupun lebih penting lagi sekarang AI ini dia sebegitu cepat. Tiap-tiap hari dia ada pembaharuan baru. Dulu kita kata buat coding something is important untuk semua orang belajar tapi sekarang tak payah lagi belajar coding pun. Guna bahasa biasa pun sudah boleh buat application di banyak platform. Jadi yang saya takut ini walaupun kita nak masukkan infrastruktur ini semua in five years’ time maybe we have the network structure we were things with the progress 10 tahun ke depan. Apa pandangan Yang Berhormat?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah. Sebenarnya saya bersetuju sangat dengan pandangan Yang Berhormat. Sebenarnya dan isu ini menjadi antara isu atau kekangan di peringkat universiti. Kebanyakan daripada modul-modul di peringkat universiti dia sudah menjadi outdated apabila pelajar-pelajar menghabiskan sebab dia mengambil masa empat tahun untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda dan untuk sesuatu subjek itu untuk ilmu-ilmu yang akan dimasukkan ke dalam kokurikulum subjek tersebut dia perlu melalui proses yang panjang juga.

Jadi sebenarnya dalam dunia digital yang begitu cepat yang kita lihat teknologi involve dengan begitu cepat kebanyakan masalah yang di hadapi adalah kemahiran yang dipelajari oleh pelajar dalam universiti apabila dia tamat pelajaran sudah menjadi oudated tapi itu kelebihan 42 Penang. 42 Penang ini adalah sebahagian daripada 42 network yang berpusat di Paris dan modul-modul latihan adalah yang paling terkini dan dia akan update selalu sebab dia objektif matlamat yang utama bagi core 42 ataupun 42 network ini adalah untuk memastikan semua kemahiran-kemahiran yang diajar adalah selaras dengan keperluan masa kini. Jadi sebab itu kita lihat hasil di 42 KL yang dijalankan di Kuala Lumpur dan juga di 42, 42 yang lain di seluruh dunia. Semua pelajarnya sebenarnya cepat mendapat pekerjaan malah ramai yang telah diberi penawaran kerja sebelum habis sebelum tamat apa ni kursus mereka di 42.

Jadi itulah kelebihannya tapi dari segi macam mana, bagaimana kita nak skill perkara itu, itu menjadi satu cabaranlah tapi di Pulau Pinang kita mempunyai banyak agensi-agensi seperti Tech Dome, Penang STEM dan kita nak create apa yang dikatakan sebagai talent pipeline yang di mana sebagai contoh Dato’ Yang di-pertua, Tech Dome Penang mempunyai latihan-latihan, program-program di peringkat sekolah rendah. Itu untuk menanam minat dalam sains dan STEM di kalangan murid-murid kita dan kemudian bila masuk kepada sekolah menengah ada pula program-program yang dijalankan oleh Penang STEM sebagai contoh Penang STEM mempunyai program yang melibatkan semua murid-murid yang mengambil subjek Komputer Sains dalam sekolah-sekolah kebangsaan dan juga jenis kebangsaan.

Semua murid-murid di Pulau Pinang yang mengambil subjek mata pelajaran komputer sains akan dijemput untuk melalui latihan dan juga kursus program di bawah Penang STEM dan Yang Berhormat Datuk Keramat lagi juga tahu beberapa banyak sekolah dan murid yang terlibat dan murid-murid daripada Penang STEM ini yang telah melalui kursus ini akan juga memberi expose diberi exposure kepada 42 Penang di tingkat atas jadi semua dalam bangunan yang sama. Jadi dengan itu kita boleh create talent pipeline bermula dari sekolah rendah lagi ke sekolah menengah dan kemudian ke tertiary education sekolah apa ni tinggi ataupun universiti dan sebagainya. Jadi inilah cara bagaimana Kerajaan Negeri begitu serius untuk apa ni memastikan talent pipeline ni akan berterusan di negeri kita untuk memenuhi kehendak-kehendak industri masa depan ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kita teruskan Tanjong Bunga, sebab saya nampak tadi ada pertindihan dengan Dato’ Keramat. Nanti, kalau nanti nak cakap apa pulak.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Mungkin, mungkin juga masa Dato’…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dato’ Keramat jeling daripada tadi dah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Mungkin masa Dato’ Keramat boleh menjelaskan lagilah sebab ini lebih kepada pendidikan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ya, ya

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Tetapi just cuma yang sebab Yang Berhormat Tanjong Bunga dalam membangkitkan STEM dan saya melihat sekarang ni bila kita sebut STEM pun dan budak-budak sekolah yang sekarang memasuki dalam science stream memang sedang menurun dan task our objective for 60:40 sampai hari ini kita tak dapat untuk mencapai. Ini menjadi satu masalah. So yang yang berkenaan dengan awareness saya haraplah dan mungkin nak cadangkan kepada kerajaan ataupun Yang Berhormat sama ada kita boleh membuat mulakan satu kempen, kempen AI For All maksudnya di mana kesedaran ini boleh dibawa kepada semua budak-budak sekolah dan dia exposed to AI tools dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Minta maaf Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Bukit Tengah saya rasa…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kena reserve untuk TKM 2.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ha, kita biar TKM 2 yang jawab. Beliau pun ada ada jawapannya. (Ketawa) Okey ini berkenaan kerja raya… Projek Lebuhraya Bertingkat Juru Sungai Dua yang dibangkitkan Bukit Tengah, Bukit Tambun, Seberang Jaya, Sungai Dua, Sungai Puyu, Pengkalan Kota. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Lebuhraya Bertingkat Juru Sungai Dua kini berada dalam fasa akhir reka bentuk dan kerja fizikal dijangka bermula pada suku keempat tahun ni.

Projek sepanjang 17.4-kilometer dirancang bagi memisahkan trafik tempatan daripada trafik aliran terus di Lebuhraya Utara Selatan. Kerajaan Negeri sedar akan keperluan perancangan menyeluruh bagi projek ini maka penilaian impak lalu lintas (TIA) dan juga pelan pengurusan trafik (TNP) sedang disediakan oleh perunding yang dilantik oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) termasuk cadangan lencongan dan mitigasi kesesakan di kawasan kritikal seperti Juru Auto City, Jalan Baru dan Bulatan Seberang Jaya.

Kerajaan Negeri juga telah mengambil langkah awal dengan mewujudkan task force kesesakan lalu lintas yang dianggotai oleh semua agensi teknikal agar isu-isu kesesakan sepanjang projek-projek mega yang berjalan dapat ditangani dengan lebih berkesan. Berkenaan perincian reka bentuk projek penaiktarafan persimpangan Juru Utara ataupun Auto City seperti yang dibangkitkan oleh Bukit Tengah.

Sebagai makluman Yang Berhormat skop kerja yang terlibat di kawasan Auto City ini adalah pembinaan pusingan ‘U’ bertingkat ataupun elevated u-turn di atas Lebuhraya Utara Selatan dan persimpangan dia sebenarnya dua elevated u-turn, arah selatan dan juga arah utara dan persimpangan trafik 8 fasa ketika ini akan ditutup sepenuhnya dan digantikan dengan persimpangan left in life out sahaja apabila projek ini disiapkan kelak. Dato' Yang di-Pertua…

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Yang Berhormat minta pencerahan… Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Tanjong Bunga, bypass ni... akan memendekkan perjalanan antara Juru sehingga ke Tol Sungai Dua sedia ada tetapi local road ini akan timbul masalah terutamanya dari Juru ke Sungai Dua, akan menggunakan bawah jalan sedia ada mungkin trafik pada masa itu akan jauh lebih tinggi daripada sebelum pelaksanaan. Pelaksanaan highway ini mungkin akan memendekkan perjalanan daripada Juru ke Bertam tetapi memanjangkan masa perjalanan daripada Juru ke Jalan Sungai Dua.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Memanjangkan tu saya tak pasti Yang Berhormat sebab kita akan, kita akan memisahkan trafik jadi ada sudah ada pengurangan dari segi mereka yang ingin through traffic dia tidak terlibat dalam local trafik tapi macam mana pun sebab itulah akan telah pun dilantik perunding untuk membuat kajian dalam lintas jadi TIA sudah tentu akan dilaksanakan dan daripada TIA itu kita akan lihat kepada hasilnyalah.

Yang Berhormat, semua mengenai projek Jalan Tok Kangar yang telah pun dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat. Bagi meneruskan projek tersebut kontraktor penyiap telah pun dilantik untuk menyelesaikan baki kerja serta skop tambahan di tapak. Maklumat terkini yang diterima daripada PDC kos project bagi penyiapan skop asal adalah sebanyak RM22.9 juta iaitu peningkatan sebanyak RM1.1 juta. Kerja-kerja di tapak telah bersambung pada 15 April 2025 dan dijangka siap pada suku keempat tahun depan.

Kerajaan Negeri memandang serius berkenaan isu pengurusan projek ini dan telah pun menggantikan pasukan asal projek kepada pasukan baru. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, wang jaminan pelaksanaan dari kontraktor asal turut ditahan. Sebarang kos tambahan dari kos kontraktor penyiap akan dituntut ke atas kontraktor asal. Berkenaan Jalan Pintasan Sungai Bakap. JKR kini…

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat, sorry just penjelasan. Saya nak tau okey sebahagian projek telah pun disiap, sebelah kiri saya ingat, right dan on the right belum siap lagilah sebelah kanan so soalan saya bilakah trafik boleh bermula menggunakan bahagian yang telah siap, itu satu dan untuk bahagian yang no i think is more last time you said they were supposed to finished by june almost all of the left side sebahagian kiri construction is already, the basic construction itupun pun sudah siap. So jadi soalan tu saya yang pertamalah dan yang kedua maintenance sebahagian yang sedang diguna sekarang yang, yang sedia ada tu kena tengoklah kena minta JKR untuk…PDC untuk betul-betul menyelenggaralah banyak, banyak accident lubang-lubang dan sebagainya.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Bukit Tengah. Sebenarnya Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai kemalangan yang kerap berlaku dan juga keadaan permukaan jalan yang perlu diberi perhatianlah. Perkara ini dah berulang kali kita menekankan kepada PDC dan setelah at least dilantik sebuah kontraktor baru seorang apa ni kontraktor baru maka kita mengharapkan agar kontraktor baru ni boleh lebih pro aktiflah. Dulunya dia terdapat satu masa tu setelah ataupun dalam ketika kita nak menamatkan kontrak tulah kontraktor yang lama tu dia sudah tidak mengambil tanggungjawab untuk memastikan keadaan tapak itu disenggara dengan betul dan oleh itu sebab dalam keadaan itu kalau PDC nak masuk buat kerja pun dia sebenarnya we will go a foud of the contract because tapak tu milik kontraktor yang asal.

Tapi perkara tu pun telah pun diselesaikan dan kontraktor baru telah pun di lantik. Yang belah kiri tadi yang disebut oleh Yang Berhormat yang tu saya perlu semak sebab saya rasa lampu-lampu jalan pun belum dipasang kalau tak silap dan sama ada bila dia bersedia untuk dibukakan pada orang awam yang tu perlu semakan yang lanjutlah saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat. Jalan Pintasan Sungai Bakap. Ahli-ahli Yang Berhormat, kini dalam penyediaan kertas pertimbangan MMK bagi permohonan peruntukan untuk pelaksanaan kerja-kerja awalan. Ia adalah tertakluk kepada ketersediaan peruntukan semasa di pihak JKN. Satu perbincangan turut diaturkan bersama pihak PDC untuk membincangkan pelaksanaan projek ini di bawah PDC atas cadangan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tapi belum bincanglah harap mungkin dari segi peruntukan.

(Ketawa) Bagi menjawab berkenaan isu kualiti jalan raya di Pulau Pinang khususnya Jalan FT 006 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulau Betong, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan juga telah memaklumkan kepada pihak JKR supaya Jalan Persekutuan ini dapat diselenggara dan untuk makluman Yang Berhormat JKR telah pun menerima peruntukan untuk pembaikan jalan tersebut yang turut meliputi kawasan astaka di Titi Teras ke balai bomba dan juga Balai Bomba Balik Pulau dan akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan di tapak bermula bulan Jun 2025.

Dato’ Yang di-Pertua. Seterusnya pelaksanaan Pakej 2 Projek Tebatan Banjir Taman Bunga Raya dan Taman Sin Tat. Sebagai makluman Yang Berhormat projek tersebut kini dalam fasa cadangan konsep di mana perunding lantikan MBSP sedang dalam proses penyediaan pelan pindaan reka bentuk yang baru. Bagi mengurangkan risiko kejadian banjir di kawasan tersebut Kerajaan Negeri melalui JPS melaksanakan pedalaman, pendalaman dan penyelenggaraan berkala Sungai Perai di sekitar kawasan Kampung Manggis dan juga Kampung Tok Sani. Berkenaan isu Sungai Perai Mati yang cetek tersumbat dan juga terkambus yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, sebagai makluman Yang Berhormat JPS melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala bagi saluran utama di kawasan tersebut seperti kerja-kerja pemotongan rumput dan juga pengorekan enapan sebagai tindakan penyelesaian jangka pendek.

Satu perbincangan juga telah diadakan dengan pihak PBA berkaitan isu enapan di kawasan tersebut lantaran slush ataupun enap cemar yang disalurkan oleh PBA dari proses pembersihan air ke Sungai Perai Mati melalui Sungai Merbau Kudung. Susulan daripada itu PBA akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan juga akan dipantau oleh pihak JPS. Tapi sebagai maklumat pertambahan PBA telah pun melantik sebuah syarikat swasta untuk membina sistem pemprosesan enap cemar di Sungai Dua dan kerja-kerja pembinaan ini telah pun berlangsung sejak bulan Mac 2025.

Walau bagaimanapun, memandangkan komponen recovery plan masih belum siap sepenuhnya sebahagian daripada enap cemar masih lagi terpaksa dibuang ke Sungai Perai. Logi slush recovery ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai tahun ni. Maksudnya setelah siap loji rawatan slush ini apabila beroperasi sebab sekarang ni dia masih belum the recovery facility tu masih belum boleh dioperasi tapi apabila dia operasi maka isu slush itu tidak akan berlaku lagilah Yang Berhormat.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Tanjong Bunga...

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, sila.

Muhamad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Isu Sungai Perai Mati ni, jadi yang baru ni cerita baru, cerita barulah cerita lama mendapan lama tu yang terkambus Sungai Perai tu saya mohon di koreklah. Tak boleh apa nama pihak PBA kerana sekarang ni kalau sungai ni kalau ada pokok kemeling tu maknanya ada air di bawah tapi sekarang ni tumbuh pokok menerung dah. Pokok menerung maknanya dia memang cetek, memang ada terkambus betul dan kita harap sangatlah sebab apa sebab hujan sikit dah, dia dah tak boleh dah, dia banjir dah, dah naik dah, sebab sungai tu dah terkambus. Ni nak mari ni, musim monsun ni, kena buat cepat.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih, yang ni kita sebenarnya telah minta ehsan PBA lah dan mereka telah setuju, saya akan panjangkan supaya pengorekan dibuat dengan betullah. Sebagai tindakan jangka panjang, Kerajaan Negeri juga telah mohon peruntukan dalam Rolling Plan 1, RMK-13 untuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Perai, yang tu untuk jangka panjanglah Yang Berhormat.

Berkenaan dengan isu keselamatan penduduk berdekatan dengan Projek RTB Sungai Permatang Rawa, yang dibangkitkan oleh Seberang Jaya, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan memberi perhatian serius akan keadaan keselamatan di tapak. Susulan daripada kejadian kemalangan tersebut, JPS telah mengambil langkah dan mengarahkan pihak kontraktor yang dilantik untuk meningkatkan langkah keselamatan di tapak. Antara langkah yang telah diambil adalah pelaksanaan mesyuarat tapak sebanyak dua (2) kali sebulan di samping pemantauan di tapak oleh JD, Seberang Perai Tengah sebanyak dua (2) kali sehari.

JPS juga telah mengarahkan kontraktor untuk mempercepatkan pembinaan pagar keselamatan (railing) di sekeliling kawasan pembangunan, menyiapkan pembinaan jalan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan serta menambah papan tanda dan juga pepasangan amaran di tapak tersebut. JPS sentiasa memantau rapat prestasi kerja kontraktor dan memandang serius setiap aduan yang diterima dengan mengarahkan pihak kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dari semasa ke semasa.

Untuk makluman Yang Berhormat, kemajuan projek sudah 65% dan dijangka siap pada tahun depan bulan Jun. Berkenaan dengan Projek RTB Sungai Nyiur yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam, Kerajaan Negeri juga menyokong penuh hasrat Yang Berhormat dan akan berusaha untuk memastikan peruntukan dapat diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat, ia akan dibentangkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) pada akhir bulan ini untuk kelulusan.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Pasir berkenaan dengan kejadian banjir pada 21 April di kawasan sekitar Kampung Kubang Semang, Kampung Petani, Kampung Pelet dan Bukit Indera Muda. Sebagai makluman Yang Berhormat, kejadian banjir tersebut adalah disebabkan oleh pertembungan dua (2) faktor utama iaitu hujan lebat di luar jangka dan juga peningkatan paras air sungai. Berdasarkan data daripada Stesen Hujan Kubang Semang, jumlah hujan yang direkodkan adalah sebanyak 105.0mm dalam tempoh satu jam, itu adalah hujan yang sangat-sangat lebat Yang Berhormat, dan juga 120.0mm dalam tempoh dua (2) jam.

Kadar air yang luar biasa tinggi juga telah mencetuskan aliran permukaan yang besar dalam tempoh yang singkat. Paras air Sungai Perai pada ketika itu direkodkan pada ketinggian 2.9-meter iaitu melepasi paras bahaya dan manakala, paras air laut direkodkan pada ketinggian 1.6-meter dan menunjukkan tren menaik sekitar jam 3:00 pagi sekali gus menyukarkan pengaliran keluar air dari sistem parit ke sungai dan laut.

Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan status terkini rundingan projek bekalan air antara Pulau Pinang dan Perak seperti yang dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat, Kementerian PETRA telahpun mengeluarkan kenyataan tender bagi pelantikan perunding reka bentuk projek infrastruktur melibatkan sumber air bermula dari Sungai Perak hingga Terusan Besar untuk projek Sungai Perak pada 27 Disember 2024. Ia kini dalam peringkat penilaian tender dan SST dijangka dikeluarkan pada bulan Jun 2025.

Sebagai makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri telah mengemukakan surat hasrat kepada Kerajaan Negeri Perak berkenaan cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan perkara-perkara teknikal pada 23 Januari 2025. Sedang masih lagi menunggu maklum balas daripada Kerajaan Negeri Perak. Berkenaan status empat (4) projek daripada lapan (8) projek utama bekalan air, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Bakap, Kerajaan Negeri telah mengemukakan kertas Permohonan Notis Perubahan ataupun NOC, Notice of Change Projek Rumah Pam Lahar Yooi di bawah pakej Projek Pembesaran Empangan Mengkuang pada 30 Oktober 2024 dan beberapa maklumat tambahan melalui Bahagian Bekalan Air, PETRA. Pihak Kementerian dalam proses semakan teknikal sebelum dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi.

Berkaitan itu, projek saluran paip dwi-fungsi juga termasuk di dalam skop bagi pembinaan Rumah Pam Lahar Yooi dan sedang dalam proses semakan teknikal oleh PETRA. Projek pembinaan takungan air pinggiran sungai ataupun TAPS di Sungai Kerian dan Sungai Muda, kini dalam peringkat kajian oleh pihak perunding RPM Engineers yang dilantik oleh Bahagian Bekalan Air, PETRA. Kajian Pembangunan Sumber Air Mentah Dari Lembangan Sungai Kerian Termasuk Kebolehlaksanaan Pembesaran Empangan Bukit Panchor, Seberang Perai Selatan, dilaksanakan untuk mengenal pasti lokasi yang berpotensi bagi keperluan TAPS dan keperluan teknikal dari segi reka bentuk. Ia dijangka siap pada bulan Oktober 2026.

Untuk menjawab Yang Berhormat Bukit Tambun berkenaan Loji Rawatan Air Mengkuang Park, untuk makluman Yang Berhormat, PBA telah mengesahkan bahawa SST telahpun dikeluarkan (YB Bukit Tambun pun dah hilang) pada 26 Mac dan kontraktor sudahpun masuk tapak pada 19 Mei. Sabtu ni, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan membuat ground breakinglah. Dah nak habis Yang Berhormat. Okey. Sila-sila.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Terima kasih EXCO Tanjong Bunga, saya nak tanya berkaitan tentang air. Berapakah isi rumah atau domestik kegunaan setiap hari. Untuk makluman EXCO, di kawasan DUN Sungai Bakap, Scientex dah beli tanah seluas 708 ekar, sedang dalam proses pembinaan di situ. Cuma saya nak dapat kepastian, berapa jumlah purata setiap isi rumah sehari guna berapa liter, terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya tidak mempunyai maklumat tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ada, saya pun lupa dah, memang ada. Ada apa-apa.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dari segi per kapita, penggunaan air per kapita dalam lingkungan 280 liter sehari, seorang, tapi untuk isi rumah tu, saya tak pastilah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

YB EXCO, minta sikit, maaflah, minta jasa baik selit sikit lah. Saya nak cakap tentang pembangunan di Bertam Perdana 6 iaitu sekitar Lahar Tiang. Saya tengok pelan tu, pelan untuk pembangunan kawasan tu, dia akan buat jalan 3 lorong dan 2 lorong. Maksudnya 3 belah ni, 2 belah nu. Soalnya lepas sampai 3-kilometer jadi 2, 2. Pembangunanan ini dia hanya sampai tang jalan Simpang Paya Keladi dengan Bertam Perdana, disitu dia jadi one, one balik. So ikut jawapan YB dulu ni, jalan Paya Keladi ni hanya akan dibuat saya ingat 10 tahun lagi kot. So, jadi kalau lah siap, la ni pembangunan tengah rancak ni, saya rasa dalam 1 tahun siaplah tu, so kalau kata lepas tu lorong 3 2, 2 2 sampai tang Simpang Paya Keladi Bertam Perdana jadi satu satu, bayangkan macamana. Saya minta bagi perhatianlah kawasan ni.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang Berhormat Tanjong Bunga, sikit ja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, masa habis dah ni.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sikit saja nak tanya, ini pasal sekolah, tadi Yang Berhormat cakap, saya ni semua dapat bertulis. Yang Berhormat jawab secara bertulis tadi sebut sana sebut sini, di sekolah St. Mark, Sekolah Dato’ Onn, laluan tu memang berbahaya. Tiap-tiap minggu memang accident. Anak sahabat saya di atas tu accident. Teruk-teruk accident, baru ni pecah kepala, mati pun ada. Saya minta pihak Yang Berhormat ambil tindakanlah sewajarnya untuk mengelakkan daripada kemalangan. Tiap-tiap minggu kemalangan di situ. Depan antara Sekolah St. Mark, Sekolah Dato’ Onn. Buatlah macamana, kalau boh line kuning dia tak jadi, kalau tutup jalan, kita buat kot atas. Sungai Acheh, lagi satu, saya jawab ni

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Eh, tadi sikit ja.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Dah banyak ni, jawab bertulis, saya tak boleh nak tanya, saya tengok orang lain dok tanya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dah jawab semua dah tu.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Lagi satu saya nak tanya, sampai ni, apa status projek terowong dasar laut yang dikemukakan beberapa tahun.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tadi dah jawab dah. EXCO jawab dah

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tapi saya tengoklah, saya rasa.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Telok Air Tawar, okey, okey dah jawab dah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bagilah saya tanya, kalau tak boleh tanya. Kita sambung lah sampai hari Jumaat, boleh? Kita tak boleh tanya, hari Jumaat kita tanya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tanjong Bunga silakan, Tanjong Bunga silakan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kita minta tolong ni, saya nak tanyalah. Pintu terowong masuk tang mana, pintu keluar tang mana. Sampai ke hari ni tak da lagi, dok plan, plan, plan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Telok Air Tawar, isu terowong tadi dah jawab dah tadi. Telok Air Tawar tak dak kot tadi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Jawab plan, lama dok buat plan, tak siap-siap.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dah jawab dah tadi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okey. minta maaf, terima kasih Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Okey, terima kasih. Berkenaan dengan sekolah, ia sebenarnya Kerajaan Persetujuan baru-baru ni telah membuat satu ketetapan bahawa had laju di kawasan sekolah akan dikurangkan kepada 30-kilometer sejam, dan Kerajaan Negeri pun menyambut baik cadangan tersebut dan saya dimaklumkan akan dilaksanakanlah dalam masa yang terdekat dan selain daripada tu sekiranya ada apa-apa penambahbaikan untuk sekolah yang tersebut khusus, kita boleh bincang untuk meningkatkan keselamatan. Okey, Dato’ Yang di-Pertua, ini last.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Okey, saya sukacita nak maklumkan pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Sungai Bakap baru keluar, dia sebenarnya pagi tadi saya ada sebut sedikit mengenai projek yang baru diluluskan oleh PBA, jadi di sini saya ingin maklumkan bahawa Lembaga Pengarah PBA telahpun meluluskan projek kecemasan untuk pembinaan Loji Rawatan Air yang baru di Bukit Panchor dengan kapasiti 50 juta liter sehari (mld). Projek ini akan dilaksanakan secara PFI (Private Financing Intiative) melalui kaedah BOT (Build-Operate-Transfer) dengan konsesi selama 30 tahun. Sistem rawatan air yang akan digunakan adalah kaedah DAF (dissolved air flotation) iaitu sistem yang sama dengan modul tambahan 10mld yang telah siap dibina di Bukit Panchor pada Disember 2023.

Projek kecemasan ini dijangka mengambil masa 14 bulan sahaja untuk siap dengan anggaran kos sebanyak RM122 juta, namun pelaksanaannya tertakluk kepada semua kelulusan wajib oleh pihak SPAN dan juga pihak-pihak berkuasa lain. Apabila siap, Loji Rawatan baru ini akan menambah 50mld kepada sistem bekalan air Negeri Pulau Pinang dan sudah tentu membantu memenuhi keperluan air di daerah Seberang Perai Selatan. Dato’ Yang di-Pertua, untuk mengakhiri ucapan saya, Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan pembangunan ekosistem pengangkutan, kerja raya, tebatan banjir, teknologi maklumat, bekalan air dan juga utiliti lain dengan kaedah yang paling cekap, mampan dan selamat bagi kemaslahatan bersama. Diharapkan segala pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat telah dapat saya rungkaikan di kesempatan ini.

Justeru, Kerajaan Negeri berharap agar semua pihak termasuk Jabatan dan Agensi Negeri, Kerajaan Persekutuan, pihak swasta dan juga setiap lapisan masyarakat dapat bekerjasama dan sentiasa menyokong setiap inisiatif Kerajaan Negeri bagi membangunkan dan memajukan Pulau Pinang ke arah mencapai visi Penang2030. Sekian, terima kasih dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih, Tanjong Bunga. Hai, tepuk kuat nampak. Sentiasa tenang. Seterusnya saya persilakan Sungai Acheh.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Bismillahhirohmannirrohim. Assalamualaikum W.B.T, Salam Perpaduan, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030, Salam Kemajuan Luar Bandar. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin merafakkan setinggi tahniah dan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pemilihan beliau merupakan satu penghargaan yang amat bertepatan, mencerminkan kepercayaan dan harapan tinggi kepada seorang tokoh yang berintegriti dan berpengalaman. Kepimpinan beliau diyakini akan memacu kestabilan dan kemakmuran Negeri Pulau Pinang ini ke arah yang lebih cemerlang.

Izinkan juga untuk saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak, mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, atas jasa beliau, khidmat bakti dan kepimpinan beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai Tuan Yang Terutama. Kepimpinan Tun yang tenang, berhemah dan sentiasa mengutamakan kestabilan serta keharmonian negeri amatlah dihargai oleh seluruh rakyat Pulau Pinang. Semoga Tun dan keluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Allahyarham dikenang sebagai seorang negarawan ulung yang berjiwa rakyat, berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam Hadhari dan sentiasa mengangkat prinsip kesederhanaan dalam kepimpinan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat. Kami di pihak Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk memperkukuh daya saing ekonomi negeri sekaligus memastikan tiada golongan yang tertinggal dalam arus pembangunan ini khususnya perkara-perkara mengenai Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di- Pertua, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dalam pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan, Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memastikan manfaat yang menyeluruh dalam membangun usahawan sekaligus bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negeri. Berpaksikan pada visi Penang2030 di bawah Pencapaian Sasaran Inisiatif Strategik B4 iaitu membina ekosistem yang memupuk industri kreatif dan perkhidmatan perniagaan khusus.

Program Trend Marketplace telah bermula di Aras 3 KOMTAR. Sebagai sebuah platform usahawan yang membolehkan usahawan-usahawan yang selama ini berniaga secara kecil-kecilan, seperti memasak daripada rumah dan sebagainya, serta produk kraftangan dan kecantikan untuk memasarkan produk mereka secara fizikal di lokasi strategik dan tumpuan. Apa yang unik tentang Trend Marketplace ini adalah fokusnya kepada golongan-golongan usahawan dari rumah, yang selalunya berdepan dengan pelbagai kekangan termasuk modal, lokasi jualan, dan keterbatasan dalam mempromosikan produk. Dengan adanya platform ini, mereka diberi ruang secara berkala untuk memasarkan produk terus kepada pengguna, tanpa perlu menanggung kos sewa kedai dan operasi yang tinggi. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang cukup baik serta memberikan pulangan yang lumayan kepada hampir 184 orang peserta dengan nilai jumlah jualan sebanyak hampir RM100,000.00 melalui sepuluh (10) siri. Program TREND Marketplace ini juga melebarkan sayap ke jabatan dan agensi-agensi yang lain. Pejabat KWSP dan Pejabat LHDN.

Bukan itu sahaja, kita juga kini telah menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat multinasional yang beroperasi di kawasan perindustrian terutama Batu Kawan, Prai, dan Bayan Lepas untuk program TREND Marketplace. Sebagai permulaan, program sulung ini telah berjaya dilaksanakan di kilang Sandisk Storage, Batu Kawan pada 7 dan 8 Mei 2025 dengan penyertaan 8 orang usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM13,000.00. Beberapa syarikat MNC terutama Dexcom, Mattel, Molex, Micron, HP, TF AMD, Plexus turut menunjukkan sokongan untuk memberikan kelulusan untuk menyertai inisiatif ini. Program-program susulan di kilang-kilang tersebut juga dijadualkan berlangsung pada bulan Jun 2025, yang akan memperluaskan lagi capaian dan peluang kepada lebih ramai usahawan tempatan. InsyaAllah akan ada lagi penambahan kerana kita juga masih sedang giat melakukan sesi engagement dengan beberapa kilang lagi.

Di samping itu juga, pihak EXCO dan Jabatan daripada Kerajaan kita juga menjalankan Program Jelajah Pulau Pinang. Di mana dalam Program Jelajah Pulau Pinang ini kita membawa usahawan-usahawan daripada Pulau Pinang berhijrah ke negeri-negeri yang bersesuaian dan program ini bersama dengan ICU penyertaan bumiputera Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan bersama FAMA Pulau Pinang. Dan pertama kita telah pergi ke Melaka di Pantai Klebang, Melaka. Dalam program ini, 30 orang usahawan Pulau Pinang telah mengambil bahagian, mempersembahkan pelbagai produk serta makanan ikonik negeri, produk agrotani dan barang kraf. Kejayaan program ini dapat dilihat apabila lebih daripada 7,000 pengunjung telah hadir sepanjang program tersebut dengan jumlah jualan langsung mencecah RM150,000.00.

Saya dimaklumkan usahawan Pasembor, Mi Sotong, Cendol sendiri mencecah hampir RM28,000.00. Semua ini adalah asal daripada Penang. Sepanjang jualan selama tiga (3) hari tersebut serta produk lain turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menguar-uarkan berkenaan lokasi Jelajah Penang yang seterusnya iaitu di RTC Kota Bharu, Kelantan yang akan bermula pada 29 Mei 2025 hingga 1 Jun 2025. Jadi kalau rakan-rakan yang ada usahawan-usahawan untuk join sekali boleh silakan. Kita ada 30 usahawan. Boleh no problem, cuma saya tak hadir boleh wakil. Kita offer pi. Kita ada bersama dengan FAMA Insya-Allah.

Seterusnya, Pemerkasaan Semula Usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Bukan itu sahaja, bagi memastikan potensi pelancongan di luar bandar ditingkatkan juga, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan bahawa setiap daerah dapat menghasilkan produk unggulan yang bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi juga mampu menembusi pasaran nasional dan antarabangsa. Ini sejajar dengan aspirasi kita untuk memperkukuhkan ekonomi setempat, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, serta mengangkat martabat usahawan luar bandar ke tahap yang lebih tinggi. Kerajaan Negeri kini sedang dalam perancangan untuk menghidupkan semula usahawan SDSI ini bersama pihak Pejabat Daerah dan agensi-agensi berkaitan usahawan di negeri Pulau Pinang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membuka ruang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mencalonkan usahawan di kawasan masing-masing sekiranya sesuai bagi program showcase SDSI peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada awal Julai nanti di MITEC, Kuala Lumpur. Sebanyak 12 kuota telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk dicalonkan sebagai peserta wakil usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) serta aneka rasa MADANI. Usahawan yang dicalonkan mesti berasaskan daerah setempat dimana produk dan perkhidmatan adalah berasaskan sumber tempatan, warisan budaya atau keunikan daerah serta memberikan nilai ekonomi kepada penduduk setempat.

Penyertaan ke Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Borneo 2025. Kerajaan Negeri memberi kerjasama penuh terhadap anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui penyertaan 3 orang usahawan negeri Pulau Pinang ke SDSI Wilayah Borneo di Tawau, Sabah pada 9 dan 11 Mei 2025 yang lalu. Syukur, Alhamdulillah jualan bagi ketiga-tiga usahawan amatlah menggalakkan dengan nilai jualan hampir mencecah RM20,000.00 selama 3 hari jualan dengan purata RM6,000.00 bagi setiap usahawan. Penyertaan ini dan penganjuran sebegini telah membuktikan bahawa produk tempatan telah mempunyai potensi besar untuk bersaing di pasaran luar negeri dan Kerajaan Negeri juga amat komited dalam menyediakan platform dan laluan promosi kepada usahawan kecil untuk terus berkembang ke peringkat nasional.

Seterusnya, jelajah Taklimat Usahawan Pulau Pinang. Kita tidak lupa kepada usahawan-usahawan kecil di kawasan-kawasan luar bandar di kawasan kampung. Kita menjalankan program jelajah Taklimat Usahawan Pulau Pinang. Yakni ini bagi pihak Kerajaan Negeri kita menjalankan program di setiap kawasan dengan diadakan di semua daerah. Di Pulau Pinang bermula di daerah Seberang Perai Selatan pada 30 November 2024 dengan kerjasama bersama Pertubuhan Peladang Kawasan Pulau Pinang daerah SPS. Kita juga bekerjasama rapat dengan Pejabat-pejabat Daerah untuk menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan tentang kemudahan dan peluang yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan mahupun pihak swasta bagi meningkatkan produktiviti dan usaha pendigitalan usahawan. Taklimat Jelajah Usahawan yang seterusnya akan diadakan di daerah Seberang Perai Tengah pada 14 Jun 2025 yang bertempat di Dewan Serbaguna Seri Akasia Mengkuang Titi Penanti. Nanti YB Penanti tengok lah. Ada? Seberang Perai Tengah tak ada.

Jadi tuan-tuan untuk Jelajah Usahawan ini kita turun ke setiap daerah dan pada masa yang sama kita bersama dengan Pejabat Daerah dengan JKK, MPKK dan kita harap sokongan daripada YB-YB kawasan untuk maklumkan kepada semua usahawan-usahawan supaya hadir ke taklimat jelajah kerana di dalam jelajah usahawan ini kita melibatkan banyak agensi dari Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dan kita memberi penerangan tentang lesen dan sebagainya. Dan kita memberi penerangan pinjaman dan geran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat. Dan sambutan daripada 3 tempat yang kita ada cukup, cukup menggalakkan oleh demikian kita terus ke semua bahagian InsyaAllah saya harap dapat sokongan daripada YB-YB kita dari belah sana sekali.

Saya juga ingin menjawabkan maklum balas. Maklum balas kepada YB ADUN Telok Ayer Tawar berkenaan penubuhan hub ekonomi IKS dan cabaran akses pasaran terhad yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha IKS. Justeru itu, Kerajaan Negeri, melalui Jawatankuasa MMK Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar, telah mengambil inisiatif untuk menjadikan salah satu lot kedai di KOMTAR sebagai lot hub produk tempatan usahawan Pulau Pinang. Inisiatif ini bertujuan membantu serta membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Selain itu, kewujudan hub ini juga bakal menyemarakkan suasana di KOMTAR melalui aktiviti jualan yang berterusan serta pengisian lot yang aktif dan berdaya saing. Ini InsyaAllah dalam masa sebulan kita dah sign contract dengan PDC kita dah ambik kedai di bawah dan kita akan masukkan produk-produk tempatan untuk membantu usahawan-usahawan tempatanlah memasarkan produk-produk mereka.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Kalini kena laju sikit berasa bila sejuk ini lain macam nak habis ni dekat pukul 7. Skim Pinjaman Harapan. Mengambil kesempatan ini juga saya juga suka untuk menguar-uarkan Skim Pinjaman Harapan negeri Pulau Pinang iaitu program kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan PDC dalam menawarkan pinjaman perniagaan sebagai modal tambahan kepada usahawan mikro di sekitar Pulau Pinang. Bermula dari tahun 2008. YB Telok Ayer Tawar dengar 2008 sehingga 30 April 2025, Skim Pinjaman Harapan (SPH) telah menyalurkan bantuan pinjaman kewangan berjumlah RM32.46 juta kepada 4,387 usahawan mikro di seluruh negeri Pulau Pinang dengan bayaran balik sebanyak 90%. Kira bagus lah, boleh kutip balik 90%. Bagus usahawan melayu la ni.

Seterusnya, Program Jualan Rahmah seperti yang kita sedia maklum. Saya tak mau cerita panjang sangat pasal tiap-tiap minggu bagi laporan dekat CM tentang jualan Rahmah. Pasal kos sara hidup tadi kita cakap dah statik dah. (gangguan) Tiap-tiap minggu kena. Sebab kita pada tahun 2025 Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan Program Jualan Rahmah sekarang dipanggil RAHMAH MADANI (PJRM) sebanyak 2 kali sebulan bagi setiap DUN dan Parlimen sebagai inisiatif bagi membantu golongan B40 dan ke bawah untuk mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan. Beras berapa tadi RM15 ringgit? Jadi beras RM15 tuan-tuan boleh dapat di jualan RAHMAH. PJRM ini menawarkan harga diskaun bermula daripada 10 sehingga 30 peratus lebih berpatutan daripada harga pasaran biasa.

Program ini dijangka berterusan ke seluruh negeri sehingga Disember 2025. Jumlah keseluruhan PJRM setakat 18 Mei 2025 adalah sebanyak 704 kali. Dan jualan RAHMAH tuan-tuan memang murah dan saya buka kedai satu (1) tahu lah rugi. Perniagaan kedai runcit rugi dengan jualan RAHMAH ini. Pasal orang pergi beli jualan RAHMAH lagi ramai dan harga pun murah untung kepada pengguna. Inilah tugas kepada Kerajaan menguntungkan pengguna. Jadi Timbalan Yang di-Pertua.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Sungai Acheh, boleh, sebelum pergi jauh. Tentang mikro kredit tadi.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Mikro kredit? Okay.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Memandangkan pulangan pinjaman itu tinggi dekat 90%. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk wujudkan satu (1) agensi khas untuk mikro kredit ini, sekarang ini di bawah PDC dan menambahkan segala dana yang boleh di pinjam dan juga melonggarkan kriteria. Saya difahamkan sekarang ini umur 60 tahun ke atas tak dibenarkan untuk mendapatkan pinjaman.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Buat masa ini kita tak bincang lagi untuk 60 tahun ke atas. Pasal 60 tahun ke atas ini termasuk kawasan yang kita bagi apa emas. Kita bagi i-Sejahtera jadi bila kita dah masuk fasa itu kita fikir untuk bagi loan yang lebih besar. Jadi risiko tinggi kepada kerajaan. Jadi kalau saya kerajaan kita akan bincang dulu. Tapi kita bagi pihak PDC (gangguan)…

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Mintak laluan Yang Berhormat. Sebab saya sendiri terdapat pengalaman juga. Jadi saya sokong apa yang cadangan dari Kebun Bunga adakan pasukan khas untuk pinjaman Skim Harapan ini. Pernah sekali ada seseorang daripada bakery shop dan peniaga tersebut tanya saya tentang Skim Harapan dengan semua detail dan saya juga merujuk beliau kepada PDC. Tetapi masa untuk berhubung dengan person incharge PDC nak dapatkan semua informasi sebenarnya tidak semesra kalau dia pergi ke bank sahaja. Dan saya ingin juga tanya soalan di sini, sekarang adakah interest untuk Skim Harapan? Sebab kali pertama mereka meminjam juga tetap ada interest 4 percent.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

4 percent.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

4 percent. Dan saya ada diberitahu oleh peniaga bahawa kalau mereka pergi ke bank dan memenuhi syarat, bahawanya interest rate mereka lebih rendah daripada Skim Harapan. Jadi saya mohon di sini untuk membuat review semula terima kasih.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Baik YB. Saya akan cadangkan secepat mungkin kepada pihak PDC dan di sebelah saya ini…

Timbalan Yang di-Pertua

Sungai Acheh.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ya, Timbalan Pengerusi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, saya ada ni sikit, setahu saya tahun pertama, pinjaman pertama dia tak ada interest kan.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ya, tahun pertama tak ada interest. Dia bayar tahun kedua tapi tetap adalah.

Timbalan Yang di-Pertua

So

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Dia cuma main teknikal saja tapi InsyaAllah kita akan (gangguan), ya tapi takpa tuan-tuan kena terima hakikat, ini adalah anak syarikat Kerajaan Negeri. Kita akan bantu rakyat. Saya akan ambil maklumat ni, saya akan bawa kepada PDC, saya akan bincang dengan pengerusi Bahagian Pinjaman, kita akan bincang, Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, teruskan. Teruskan kita tak banyak masa.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ha, masa tak ada. Peruntukan projek luar bandar, okey habis sampai takat pinjaman. Sebenarnya tuan-tuan…

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sungai Acheh minta laluan sikit, sebab tadi ada sebut jualan Rahmah tadi, sebut tentang keberkesanan, baguslah. Cuma mohon kepastian kenapa ADUN-ADUN pembangkang ini tak dilibatkan. Saya ada buat soalan dalam bertulis tu, tapi ditolak soalan ni sebab soalan ni dikatakan di bawah persekutuan. Sebenarnya yang organize tu negeri. So minta penjelasan kenapa ADUN pembangkang tak dilibatkan.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey takpa. Memandangkan Ahli Pinang Tunggal minta, saya akan berurusan dengan KPDNK untuk bincang.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, settle. Silakan.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Saya nak terus kepada basically saya nak, kita pun dalam Tabung Harapan ni tuan-tuan memang dan usaha, kita kempen untuk memberi pinjaman. Jadi dalam Program Jelajah Usahawan memang kita terlibat dengan PDC sekali, akan membawa program-program Pinjaman Harapan. Jadi saya harap pihak rakan-rakan di luar sana, bersama-sama dengan kita untuk program itu dan saya dengan harapan kita boleh membantu rakyat kita yang mungkin memerlukan modal dan sebagainya, InsyaAllah. Saya rasa Pinjaman Harapan ni mudah dan kita akan usaha untuk membuat dengan lebih baik. Okey, tuan-tuan tentang pembangunan seterusnya. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, peruntukan pembangunan projek luar bandar di bawah peruntukan Kerajaan Negeri. Yang ni saya nak cerita sikit ni. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengambil maklum balas mengenai perkara yang dibangkit oleh ADUN Seberang Jaya berkenaan penaiktaraf jalan kampung.

Pada tahun 2024, Kerajaan Negeri melalui kesemua Pejabat Daerah dan Tanah telah membelanjakan sebanyak RM6.56 juta di bawah peruntukan pembangunan P01 yang merangkumi projek modal insan, bina dan baiki baru, bantuan peralatan, tambah tanah, baiki gerai, jalan kampung, longkang dan dewan bagi tujuan pembangunan projek luar bandar di bawah peruntukan tersebut. Jumlah perbelanjaan bagi penaiktaraf jalan kampung dan longkang adalah sebanyak RM1,760,000.00 yang memberi manfaat kepada 46 projek dengan pecahan 24 projek jalan kampung dan 22 projek longkang.

Saya ingin mengambil ruang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri di atas peruntukan pembangunan Tahun 2025 sebanyak RM6.8 juta dengan purata RM1.36 juta bagi setiap daerah untuk tujuan projek pembangunan luar bandar di bawah skop yang saya nyatakan sebentar tadi. Jadi tuan-tuan, rapatlah dengan pejabat daerah, borang-borang ada di sana dan bagi laporan insyaAllah dia akan bawa ke JKN, pihak Kerajaan Negeri akan luluskan. Peruntukan pembangunan luar bandar di bawah, di bawah itu juga terdapat pembangunan luar bandar yang di bawah Kerajaan Negeri yang turut disokong oleh peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Pada tahun 2025, KKDW telah memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta bagi pelaksanaan projek khusus di Negeri Pulau Pinang dalam konteks pelaksanaan projek Jalan Perhubungan Desa, Jalan Ladang Pertanian, Program Ameniti Sosial dan Bekalan Air Luar Bandar. Program Ameniti Sosial Tahun 2025, 5 projek telah diluluskan dengan jumlah peruntukan RM 265,000.00. Kerja-kerja naiktaraf longkang serta lain-lain yang berkaitan di kawasan ini. Ni tak penting sangat. Itu dengan projek lampu jalan dan sebagainya tuan-tuan. Ni kalau tidak banyak, saya nak skip lah. Habis terus.

Okey saya nak masuk kepada Ayer Tawar tadi yang bercakap tentang, bukan Ayer Tawar, mana tadi cakap pasal TVET. Program TVET memang yang dilaksanakan oleh kerajaan, ha oleh Penanti. Seterusnya menjawab kepada cadangan yang dikemukakan oleh YB ADUN Penanti berkenaan pendidikan TVET luar bandar. Kerajaan Negeri tidak pernah menganaktirikan masyarakat di luar bandar terutamanya pendidikan TVET. Perlu banyak lagi TVET di kawasan luar bandar dan seperti yang kita sedia maklum IKBM MARA, Kolej Komuniti dan sebagainya banyak. Program ini dan Pusat Latihan Perindustrian (ILP) dan saya rasa tak perlu kita nak terangkan lagi keperluan TVET ini. Pusat-pusat latihan yang diadakan oleh Kerajaan Pusat cukup banyak dan saya harap kita sama-sama bantu.

Sebagai pemimpin dan kita hari ini menjadi seperti kita yang bercakap YB yang dilantik, kami juga YB yang dilantik, sama-sama kita main peranan dan tugas untuk membantu rakyat dan pada masa yang sama juga tuan-tuan, apa keperluan bagi pihak saya, pihak rakan-rakan EXCO Kerajaan Negeri juga, kita sanggup kerjasama. Jangan kita dok bubuh yang di belakang, yang mana kita tak tahu. Saya banyak nampak daripada ucapan kita, kadang-kadang benda yang kerajaan buat hari ini yang kita sepatutnya memang jelas, teratur tapi kadang-kadang kita nampak macam tak teratur. Jadi insyaAllah, selepas ini apa program yang saya ada, saya akan panggil melibatkan semua YB yang di depan sana, kita makan minum-minum, kemudian kita tunjuk peningkatan yang kita ada, jadi hubungan yang baik. Saya harap selepas ini tak timbullah soalan-soalan yang tak sepatut kita lempar kepada Kerajaan Negeri yang seolah-olah Kerajaan Negeri ini tak ambil berat tentang penduduk, rakyat.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Lalu sikit lalu sikit. Nak sambung sikit.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Boleh.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Saya sangat impress lah dengan statement daripada EXCO tadi ni. Sebab sepanjang saya menjadi ADUN di Pinang Tunggal, saya tak pernah lagi tengok atau dengar yang CM sendiri mai ke Pinang Tunggal. Atau mungkin dia mai saya taktau lah, wallahualam lah. Jadi saya rasa lepas ini, kalau pihak CM especially lah, kalau mai turun, jemputlah kami sebagai ADUN yang nak meraikan CM mai ke tempat kami. So bila kita taktau, tiba-tiba ada orang habaq, takpi ka? Tak dijemput, bukan kita nak pi sangat pun tapi kita nak rai tu.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Insya-Allah, untuk Jelajah Usahawan yang kita buat esok, kita akan panggil, kita akan jemput CM datang untuk rasmi. Jadi cukuplah setakat itu untuk harini. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, ikut-ikut banyak lagi ni saya nak cakap pasal Sungai Acheh tapi sebagai DUN. Jadi saya nak tutup awai lah.

Timbalan Yang di-Pertua

Masuk sikitlah YB Sungai Acheh.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Sebelum saya mengakhiri ucapan…

Timbalan Yang di-Pertua

Masuk sikit Sungai Acheh.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Masuk sikit.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya bagi peluang. Boleh-boleh, dan-dan.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey saya nak terus masuk kepada DUN Sungai Acheh. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri terutama YB Ketua Menteri, TKM I yang banyak membantu peruntukan ke kawasan saya. TKM ni takat kita minta masjid dia bagi la. Terima kasih kepada CM dan Tanjong Bunga yang membantu saya menyelesaikan masalan pengairan, jalan di Sungai Acheh. Saya tau projek-projek yang saya buat di Sungai Acheh ni agak kritikal dan besar bajet dia. Dan yang terakhir, saya minta terima kasih juga kepada Ketua Menteri yang menguruskan untuk Kampung Tersusun di Sungai Acheh. Terima kasih juga kepada Dato’ Sundarajoo membantu saya untuk menyelesaikan masalah tanah di Sungai Acheh. Dan kepada sahabat saya, Fahmi pun. Jabatan pertanian, perikanan memang banyak membantu.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Alhamdulillah.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Tuan-tuan, Sungai Acheh ni dia melibatkan pertanian dan perikanan, tentulah pertanian dan perikanan terlibat. Di hati saya, memang saya rapat dengan orang pertanian dan rapat dengan perikanan. Jadi, ya Sungai Udang di sana.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Baguslah Sungai Acheh tu dapat semua. Yang kami ni telan air liur ja.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Takpa. Tak, mudah-mudahan kita boleh bincang tengok penggal sekali lagi kita bincang ke arah mana dan kita akan dapat melalui Kerajaan Negeri. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalammualaikum. Saya mohon menyokong. Ada lagi?

Nak tanya. Ada bangunan kerajaan, bangunan perniagaan di luar-luar tu yang tertinggal. Bangunan-bangunan yang berada di pekan Permatang Pauh, di Kepala Batas, di sebelah Summit BM. Bangunan tinggal tu, apakah ada usaha untuk memulihkan ataupun nak panggil orang meniaga balik.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, bangunan-bangunan yang tertinggal ni, saya tau bangunan ni kebanyakan adalah milik JKP dan benda yang terlibat dengan JKP ni perlu kita bincang pasal melibatkan banyak pihak dan InsyaAllah, bagi saya masa sikit dan ruang kepada saya, saya akan maklum kepada YB Permatang Pasir.

Ada satu bangunan yang dekat Permatang Pauh tu, pokok bertumbuh dah, kalau takmau masjid mau. Takmau, masjid nak buat sekolah agama.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Takpa, boleh buat surat kita bincang.

Timbalan Yang di-Pertua

Buat surat dan bayar.

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Saya akan jadi orang tengah untuk bincang dengan JKP.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, habis dah Sungai Acheh? Duduk terus dah?

Dato' Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Tadi saya habaq dah mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Sungai Acheh. Dan seterusnya kita persilakan Batu Maung, silakan.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik, bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, salam Penang2030 dan salam Malaysia Madani. Dato’ Timbalan Speaker, Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua jabatan kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Terlebih dahulu saya dengan hormat dan rendah diri ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang kesembilan dan kepada Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Nora Ashikin binti Raja Abdullah berkuatkuasa 1 Mei 2025.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak iaitu mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas kepimpinan dan sumbangan yang besar Yang Amat Berbahagia Tun kepada Negeri Pulau Pinang. Jasa Yang Amat Berbahagia Tun akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat negeri ini.

Saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan Sempena Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas pada 16 Mei yang lalu. Ucapan tahniah kepada Ahli-ahli yang berhormat yang telah turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sempena Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas pada kali ini.

Seterusnya, saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia Kelima yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025. Marilah kita bersama-sama mengambil sedikit ruang waktu untuk mengenang jasa serta sumbangan besar kepada negara dan Negeri Pulau Pinang khususnya kepada penduduk di Kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang selaku Ahli Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978 sehingga 2008. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman dan para solihin.

Belum terlewat lagi saya zahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pelajar-pelajar SPM 2024 yang telah mendapat keputusan pada 24 April 2025 yang lalu. Dan juga tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pulau Pinang. Yang berhormat, Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh, boleh. Insya-Allah.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Timbalan Yang di-Pertua Dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Melalui MMK Pembangunan Agama Islam, Pendidikan dan Pengajian Tinggi serta Perpaduan Masyarakat, kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan agenda pembangunan Agama Islam Pulau Pinang sebagai kerangka strategi yang menyeluruh secara tersusun dan berimpak tinggi. Seiring dengan visi Penang2030, menjadi gagasan utama pelan tindakan yang merangkumi 5 teras utama iaitu pembangunan sosial ekonomi, pembangunan pendidikan, pembangunan keluarga, pembangunan anak muda serta pembangunan dakwah dan tarbiah.

Teras pembangunan sosial ekonomi dalam agenda pembangunan Agama Islam, Pulau Pinang 2030 memberi tumpuan kepada pemerkasaan ekonomi umat islam melalui pendekatan bersepadu yang merangkumi pembangunan wakaf, keusahawanan pelaburan dan pemilikan aset. Ia merupakan tunjang kepada usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan daya saing masyarakat khususnya umat Islam di Pulau Pinang. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui agensi di bawahnya seperti Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sedang berusaha membangunkan perumahan mampu milik di atas tanah wakaf. Misalnya pelaksanaan projek perumahan mampu milik ini telah dan sedang dilaksanakan di atas tanah wakaf Siti Aisyah yang bermula pada tahun 2013.

Tanah wakaf seluas 9.86 ekar ini dimajukan dengan kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Dan Uda Holdings Berhad., menjadi taman perumahan Wakaf Siti Aisyah Fasa Satu. Projek ini melibatkan pembinaan 27 unit kedai dan 76 unit rumah teres, 2 tingkat dan hasil sewaan daripada unit kedai tersebut disalurkan terus kepada penerima-penerima manfaat wakaf. Kini taman perumahan Wakaf Siti Aisyah Fasa Dua sedang dibangunkan dengan pembangunan komponen satu melibatkan perumahan asnaf sebanyak 150 unit, 20 tingkat dengan peratusan kemajuan projek sekarang ini 84.38% dan dijangka siap pada 1 November 2025. Komponen kedua pula melibatkan pembangunan pangsapuri kos sederhana Amani sebanyak 422 unit, 40 tingkat dengan peratusan kemajuan projek sebanyak 23.6% dan dijangka siap pada 31 Julai 2026. Manakala komponen ketiga pula melibatkan pembangunan 39 unit kedai, pejabat beserta surau dan dewan dan dijangka siap pada 20 November 2026.

Selain itu, di bawah teras pembangunan sosial ekonomi melalui strategi kedua, pembangunan ekonomi melalui ekosistem ekonomi halal telah menggariskan 5 pelan tindakan iaitu memperkukuhkan rantaian bekalan halal, mempromosikan gaya hidup berteraskan halal, integrasi antara agensi-agensi islam dan sistem penyampaian maklumat agensi-agensi islam, menwujudkan Institut Kajian Halal Serantau iaitu IKHLAS dan membangunkan Sistem Pengesanan Halal Berteknologi Digital sekaligus akan menyumbang kepada peningkatan nilai-nilai islam melalui industri halal di negeri Pulau Pinang. Rentetan itu sebagai langkah proaktif Kerajaan Negeri pada 12 Mei 2025 yang lalu telah melancarkan Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang (MPIHPP) yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I merangkap pengerusi Majlis Pembangunan Halal Malaysia.

Kejayaan ini telah meletakkan Pulau Pinang sebagai negeri pertama di Malaysia yang menubuhkan Majlis Pembangunan Halal, Majlis Pembangunan Industri Halal di peringkat negeri sebagai langkah strategik yang sejajar dengan dasar halal Malaysia dan pelan induk perindustrian baharu 2030 bagi memperkukuh takbir urus halal secara sistematik, telus dan bersepadu MPIHPP ini juga ditubuhkan bagi menyelaras peranan agensi kerajaan, pemain industri, komuniti dan institusi pendidikan tinggi dalam pembangunan industri halal secara menyeluruh di negeri Pulau Pinang sekaligus meransang pertubuhan ekonomi melalui pembangunan sektor halal yang inklusif, berimpak tinggi dan berorientasikan eksport.

Timbalan, Dato’ Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dalam konteks Pulau Pinang Penang Halal International (PHI) merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri yang berperanan secara khusus mempromosikan industri halal di negeri ini, pada asasnya kejayaan pembangunan industri halal di Pulau Pinang adalah berkait rapat dengan jumlah bilangan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Justeru, PHI telah memainkan peranan penting bermula tahun 2024 bergerak bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan melaksanakan program bagi meningkatkan jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia seperti Program Jelajah Taklimat dan Bimbingan Kecemerlangan Halal Pulau Pinang, bootcamp Usahawan Bumiputera Pulau Pinang dan Program Penang International Halal EXPO iaitu PIHEC.

Peningkatan bilangan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia di Pulau Pinang membolehkan produk-produk usahawan di Pulau Pinang telah dipersijilkan halal di eksport bagi menebusi pasaran antarabangsa seperti di Dubai dan Timur Tengah, hal ini terbukti dengan bilangan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia pada tahun 2019 direkodkan sebanyak 1,275 manakala pada tahun 2024 direkodkan sebanyak 1,935 dengan peningkatan sebanyak 660 pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia di negeri Pulau Pinang. Peningkatan bilangan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia pada tahun 2024 di Pulau Pinang telah memberi kesan signifikan kepada peningkatan dari sudut nilai ekspot produk halal keluar negara sebanyak RM20,570,076.00 bilion 36.4% berbanding hanya RM11,515.014.00 bilion iaitu 23.4% pada tahun 2023 seperti yang dilaporkan oleh data Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Jabatan Perangkaan Malaysia.

Hal ini sekali lagi jelas menunjukkan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia menjadi pra syarat penting yang membolehkan produk-produk halal malaysia menembusi pasaran global secara lebih kompetitif selain itu, peningkatan berterusan jumlah syarikat yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia di Pulau Pinang ini telah memberi kesan terhadap daya saing industri halal negeri ini di peringkat global. Sehingga Mei 2025 sebanyak 965 syarikat di Pulau Pinang telah memperolehi Sijil Pengesahan Halal Malaysia berbanding hanya 56 syarikat pada tahun 2008. Lonjakan ini telah menyumbang secara langsung yang menjadikan Pulau Pinang sebagai pengeksport halal ketiga terbesar di Malaysia selepas Johor dan Selangor.

Kestabilan dan kemudahan ekosistem halal di Pulau Pinang juga telah berjaya menarik minat pelabur dari luar dan dalam negara khususnya dalam sektor makanan dan minuman, kosmetik, farmaseutikal dan bahan kimia industri, penurunan tempoh pemprosesan Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada 90 hari kepada 30 hari bekerja bermula November tahun lalu turut mempercepatkan kemasukan syarikat ke dalam ekosistem halal yang diiktiraf.

Ini sekaligus, membuka peluang lebih luas kepada syarikat tempatan dan antarabangsa untuk melabur dalam Industri Halal Pulau Pinang yang semakin berkembang pesat, kini penubuhan Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang menjadi pelengkap kepada kelestarian ekosistem industri halal apabila ianya akan bertindak sebagai penyelaras antara pemain industri dengan mewujudkan platform bersepadu merentas sektor secara lebih berkesan dengan infrastruktur yang kukuh. Sokongan kerajaan dan pertumbuhan syarikat bertaraf antarabangsa Pulau Pinang berada pada landasan yang tepat untuk menjadi hab halal utama di asia tenggara sekaligus mengangkat nama negeri ini dipersada dunia. Menjawab soalan Yang Berhormat Penanti, berkaitan apakah peranan Kerajaan Negeri bagi menggalakkan potongan zakat dalam kalangan kakitangan awam negeri.

Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 6 Mei 2025 dan diucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato‘ Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang lalu telah mengeluarkan surat seruan kewajipan pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji bagi kakitangan Kerajaan Badan Berkanun dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang beragama islam dan berkhidmat di negeri Pulau Pinang kerana pembayaran zakat pendapatan ini mendapat pelepasan cukai pendapatan. Lanjutan itu, menurut rekod dari zakat dan juga Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang jumlah pembayar zakat dalam bentuk Skim Sakinah iaitu daripada kakitangan awam di Pulau Pinang direkodkan adalah seramai 18,397 orang dari 21,270 orang iaitu 86.5% dengan nilai caruman berjumlah RM2,217,669.55

Timbalan Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian seperti yang Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum melalui ucapan Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-15, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah menyentuh berkaitan pembangunan KITAB Smart City Kampus di Bandar Cassia Batu Kawan. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pendidikan sebagai salah satu teras utama agenda pembangunan agama islam 2030.

Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah pembangunan Kampus Pintar KITAB ini di atas tanah wakaf seluas 17.3 ekar yang terletak di Bandar Cassia Batu Kawan, tanah ini telah difatwakan sebagai tanah wakaf irsod iaitu tanah anugerah pemerintah yang diiktiraf statusnya sebagai wakaf oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Ini sekaligus membuktikan bahawa tanah wakaf bukan hanya terhad kepada tanah pusaka atau sumbangan individu bahkan meliputi tanah yang diperuntukkan oleh pemerintah demi manfaat ummah. Kini tanah tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan pendidikan tinggi islam di Negeri Pulau Pinang, Kampus Pintar KITAB ini dirancang dengan empat zon pembangunan utama yang merangkumi zon masjid dan pusat islam, zon pusat sepanjang hayat dan khidmat komuniti, zon residensi dan kediaman pelajar, zon akademik dan pentadbiran.

Pada tahun ini kerja-kerja awalan tanah telah pun bermula dengan peruntukan berjumlah RM 5.7 juta dengan kerja awalan tanah ini dijangka siap pada suku kedua bagi tahun 2026 dan Pembangunan Masjid Bandaraya Bandar Cassia di atas kampus ini dijangka bermula suku ketiga 2026 selama 2 tahun, pembangunan wakaf ini bukan sahaja akan menyediakan kemudahan infrastruktur pendidikan yang lengkap tetapi ianya juga mencerminkan kejayaan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang berdaya saing dan mampan khususnya di Pulau Pinang menjelang tahun 2030.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Batu Maung boleh mencelah? saya nak tanya tentang pembinaan kampus ini berapa orang yang dapat manfaat daripada kewujudan kampus ni? terima kasih.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik, sebagaimana yang saya sebut tadi dia melibatkan 4 zon iaitu zon masjid dan pusat islam, zon pusat sepanjang hayat dan juga khidmat komuniti, zon yang ketiganya adalah zon kediaman pelajar dan zon yang keempat adalah akademik dan pentadbiran dan dianggarkan untuk kapasiti bangunan tersebut adalah 1,500 pelajar, 1,500 pelajar untuk zon yang keempat di mana Masjid Bandaraya Bandar Cassia yang dicadang dan dirancang untuk zon satu itu adalah untuk jumlah jemaah maximum 3,000 orang. Baik Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Air Tawar atas keprihatinan yang ditunjukkan terhadap kebajikan guru-guru KAFA di negeri ini.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah pun mengumumkan iaitu pada 16 Mei kerana dirancang daripada tahun lepas lagi seawal seingat saya pada Jun 2024 supaya diadakan satu kajian yang menyeluruh untuk memperkasakan pendidikan KAFA di Negeri Pulau Pinang ini. Jadi kajian ini telah dibuat berkaitan dengan kita menghadkan jumlah hari kepada tiga hari KAFA di Negeri Pulau Pinang berikutan dengan PKP dan juga COVID yang melanda dunia dan juga negara dan kita menghadkan kepada KAFA kepada tiga hari, jadi kajian yang menyeluruh telah diadakan bermula pada Jun 2024 sebenarnya, maka hasil daripada kajian ni telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada awal tahun 2025 bagi kita melaksanakan kembali penyelarasan semula pendidikan KAFA ini daripada tiga hari pada lima hari kerana negeri-negeri lain dah mula dah selepas pada COVID yang berlaku pada tahun 2019.

Maka kita menangguhkan pelaksanaan itu untuk kita umumkan pada 16 Mei kerana kajian dibuat yang melibatkan bahagian pendidikan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Pengarah Jabatan Agama Islam, maka dibuat temu bual bincang dengan pengurusan premis-premis KAFA di seluruh negeri dan hasilnya kita telah mengumumkan pada 16 Mei mengambil sempena hari guru sebenarnya dalam Majlis Himpunan Guru KAFA Pulau Pinang 2025 di Dewan Millenium Kepala Batas dan kenaikan dari sudut gaji bukan gaji silap maaf iaitu elaun KAFA iaitu bermula pada Julai 2025.

Manakala bayaran sumbangan cuti bersalin, cuti bersalin kepada guru KAFA wanita sebanyak RM1,100 sebulan sebab dia terhenti elaun dia bila dia jadi bersalin ni tak ada selama ini masyaqqah so akhirnya diputuskan oleh Majlis Agama Islam untuk kita berikan RM1,100 sebulan dalam tempoh dua (2) bulan bermula Jun 2025, maka pengumuman yang dibuat pada 16 Mei tu pengumuman yang telah kita di pihak bahagian pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah berbincang dengan semua KAFA di seluruh negeri Pulau Pinang mengambil masa dalam tempoh satu (1) tahun sebenarnya enam (6) bulan kajian dibuat dan mengambil tempoh satu tahun dan kita umumkan pada 16 Mei maka guru KAFA ini tidak menerima gaji seperti kakitangan awam sepenuh masa tetapi diberikan elaun khas berdasarkan waktu bertugas sebanyak 3 jam sehari selama 3 hari seminggu yang sebenarnya elaun sebanyak RM1,300 yang diperolehi oleh guru-guru KAFA tersebut adalah diberikan sebelum sebagaimana COVID-19 iaitu 5 hari. Maka diselaraskan semula daripada 3 hari kepada 5 hari, maknanya bagi guru-guru KAFA yang baru dilantik pada tahun 2024 ni dia tak rasa lah 5 hari jadi sebab tu dia terkesan dia ingat bahawa RM1,300 itu adalah untuk 3 hari.

Bila kita umumkan kenaikan elaun RM200 daripada RM1,300 menjadikan RM1,500 dia kata 2 hari saja tambah, 2 hari tambah, tambah RM200. Jadi sebenarnya RM1,300 itu diselaraskan semula KAFA 5 hari sebagaimana sebelum COVID-19. Dan bagi Guru Besar KAFA, turut menerima kenaikan elaun dari RM1,350 kepada RM1,600. Itupun pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berbincang dengan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tidaklah setimpal elaun RM1,500 itu pada guru-guru KAFA yang mengajar anak kita, anak-anak kita di sekolah-sekolah KAFA yang melibatkan keseluruhan pelajar 40 ribu lebih di Negeri Pulau Pinang ini.

Namun demikian, dengan kedudukan kewangan yang sedia ada, maka kita mengumumkan kenaikan daripada RM1,300 kepada RM1,500 bermula Julai dan juga untuk guru besar RM1,350 kepada RM1,600 dan sumbangan cuti bersalin kerana mashaqah ini so akhirnya RM1,100 sebulan untuk 2 bulan kepada guru KAFA wanita. Dan kenaikan ini melibatkan peruntukan tambahan, ini sebab dibangkitkan oleh ADUN Penaga sama ada peruntukan ini daripada Kerajaan Negeri ataupun daripada Majlis Agama Islam. Saya ada umumkan di Dewan Millenium bahawa peruntukan yang kita tambah RM200 ini adalah daripada peruntukan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang Alhamdulillah kerana pada tahun 2024 yang telahpun saya umumkan saya rasa di Dewan yang mulia ini pada bulan 11 yang lalu bahawa berlaku Insya-Allah peningkatan kutipan zakat yang telahpun kita umumkan kutipan zakat kita meningkat iaitu daripada RM159.7 juta kepada RM172.8 juta. Jadi peningkatan RM13 juta lebih ini maka dapatlah kita agihkan kepada guru-guru KAFA ini dengan peruntukan RM4.2 juta daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Kenaikan ini membuktikan bahawa Majlis Agama Islam dan juga Kerajaan Negeri tidak pernah alpa dalam memartabatkan kebajikan warga pendidik KAFA dan akan terus menilai elaun ini dari semasa ke semasa bergantung kepada kedudukan kewangan semasa. Usaha ini selaras dengan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menjayakan Agenda Pembangunan Agama Islam yang selari dengan visi Penang2030.

Seterusnya menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya berkaitan tiada sekolah KAFA yang dinaik taraf fasiliti dan bangunan dari tahun 2023 hingga 2025 bagi kawasan DUN Seberang Jaya. Dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat DUN Seberang Jaya yang membangkitkan soal ini.

Sebagai makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, sehingga April 2025 tiada permohonan naik taraf fasiliti dan bangunan dari tahun 2023 hingga 2025 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya. Namun setelah ada permohonan nanti, pihak Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam akan meneliti permohonan daripada setiap DUN bukan hanya DUN Seberang Jaya dari semasa ke semasa.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Batu Maung, minta mencelah. Tadi saya dengar peruntukan untuk KITAB, peruntukan untuk KAFA tapi bagaimana pula dengan peruntukan untuk sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz yang banyak di Negeri Pulau Pinang ini. Ada ka tak ada peruntukan?

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya ada. Baik. Peruntukan yang diperuntukkan hampir RM20 juta yang telah saya umumkan melalui ucapan bajet yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan hampir RM20 juta peruntukan pembangunan agama Islam ini dan kita agihkan bukan sahaja untuk pembangunan masjid tetapi dia meliputi sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah tahfiz dan juga premis-premis KAFA di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Seterusnya bagi menjawab Yang Berhormat Penaga berkaitan permohonan mengadakan surau di Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu. Pasiaq Gebu. Ini sekolah yang berkaitan dengan di bawah Kementerian Pendidikan iaitu di bawah Kerajaan Persekutuan. Sebagai makluman Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat mengemukakan pemakluman dan permohonan berkaitan pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu, menurut rekod Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sehingga kini, tiada permohonan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan sekolah bagi pembinaan surau dalam Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu. Namun begitu, pihak pengurusan sekolah dalam Mesyuarat PIBG Ke-53 pada 10 Mei yang lalu yang dihadiri oleh saya atas jemputan daripada Guru Besar sekolah tersebut selaku EXCO Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengemukakan hasrat kepada saya, cadangan pembinaan surau Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu. Di samping itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan bahawa pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan yang proaktif jika terdapat permohonan yang dikemukakan berdasarkan kedudukan kewangan semasa Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Selanjutnya menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penaga juga berkaitan pertukaran guru besar ataupun diganti guru besar di sekolah, tak disebut sekolah mana, tapi kalau berkaitan dengan sekolah-sekolah yang dibina ataupun diasas ataupun diuruskan oleh mana-mana parti politik itu tidak ada campur tangan sama sekali bahkan berdasarkan kepada…

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

(tak jelas)

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Tak, ini yang berkaitan dengan Yang Berhormat sebut tentang SRIBU, SRITI (tidak jelas) ini apa ini sendiri…

Fungsi lembaga...

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Jadi tak apalah saya baca sedikit berdasarkan kepada enakmen supaya dia ada faham berkaitan enakmen di antara Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan juga pelantikan yang dibuat oleh pendaftar. Jadi Majlis Agama Islam melantik Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan sejak daripada dulu amalannya pendaftar bagi sekolah-sekolah agama Islam Negeri Pulau Pinang adalah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Jadi berkaitan dengan isunya, bolehkah pemecatan seorang yang memegang jawatan terutamanya Pengetua umpamanya di sesebuah sekolah agama rakyat dilakukan sekiranya individu tersebut terlibat atau memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik ini disediakan oleh pihak Bahagian Undang-Undang sebenarnya. Seksyen 3 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam memperuntukkan pelantikan jemaah merupakan kuasa Pendaftar Sekolah Islam Negeri iaitu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dalam memastikan dan mengawasi semua sekolah Islam dalam negeri ditadbirkan dengan sepatutnya. Seksyen 6 sebut, memberi kuasa kepada pendaftar untuk melantik atau menolak orang yang dicadangkan, ini berkaitan dengan Jemaah Pengurusan Sekolah iaitu JPS. Subseksyen 6(3) Enakmen mengatakan bahawa jika Jemaah gagal atau enggan mematuhi permintaan yang dibuat oleh pendaftar di bawah Subseksyen 1 dan 2, pendaftar mempunyai kuasa untuk memecat anggota itu. Ini berkaitan dengan Jemaah Pengurusan Sekolah.

Jadi dari sudut Pengetua, Kaedah-Kaedah Pengawalan Sekolah Agama Islam Pulau Pinang 2001, Kaedah 12 Subseksyen 1, bahawa surat cara jemaah memperuntukkan pelantikan keahlian seperti berikut:

Seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi, seorang setiausaha, seorang penolong setiausaha, bendahari, seorang pemegang amanah, tidak lebih daripada 10 orang ahli biasa dan Kaedah 12 (2) menyatakan surat cara jemaah hendaklah memperuntukkan bahawa guru besar atau pengetua adalah menjadi setiausaha jemaah. Sehubungan itu, penetapan bagi semua jawatan dalam jemaah tersebut, dalam jemaah termasuk pengetua atau mudir adalah diputuskan di peringkat jemaah bukan di peringkat Jabatan Agama Islam. Jadi kena semak dengan jemaah pengurusan lah maklumat yang diperolehi oleh Yang Berhormat DUN Penaga.

Okey, apa… celahan... bermakna kalau mengikut Seksyen ataupun Enakmen yang terdapat tu, maknanya tidak disebut secara tepat ataupun secara jelas ya keterlibatan orang-orang politik. Tidak disebut, cuma itu di bawah kita kata di bawah kuasa pendaftar.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Cuma Batu Maung, saya harap betullah kita, jangan ada agenda di sebaliknya sebab orang pegang enakmen ini kadang-kadang dia menyalahgunakan enakmen. Saya harap tak berlaku, sebab kita sekolah ni sebenarnya kita membantu kerajaan dalam memberikan pendidikan, jadi kita harap maknanya jangan ada gangguan-gangguan yang menyebabkan jadi kelancaran kepada perjalanan sekolah itu tak dapat berjalan dengan baik...

Dan saya rasa Batu Maung tau saya ada sekolah, saya rasa dia tahu. Jadi saya harap sekolah saya jangan ada gangguan. Ada gangguan saya mengamuk Dato’.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dak, sebab itu saya kata jangan ada dakwaan-dakwaan yang tidak berasas. Kalau ada, tulis surat kepada pendaftar, maklumkan. Sebab itu sebagaimana yang disebut oleh ADUN Sungai Pinang tadi juga menyebut bahawa kalau ada bawa secara data dan maklumat yang lengkap tidak menimbulkan persepsi dalam Dewan yang mulia ini yang boleh orang tengok secara langsung dan akhirnya diviralkan perkara yang tidak berasas yang dibawa ini. Tapi walau bagaimanapun saya jawab berdasarkan kepada enakmen. Kalau ada perkara itu berlaku, bawa, tulis surat itu kepada pendaftar iaitu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Saya juga suka untuk menarik juga berkaitan dengan kalau ada terdengar dan sudahpun berlaku berkaitan dengan pertukaran pengetua di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan saya ingin menegaskan bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak berkaitan dengan pertukaran pengetua di mana-mana Sekolah Agama Bantuan Kerajaan sebenarnya. Kerana dia...

SABK…

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya, SABK kerana berdasarkan ketetapan dan garis panduan sedia ada oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertukaran ini dibuat bagi mematuhi syarat pelantikan Pengetua berstatus Gred DG13 iaitu Gred DG52 dulu bagi tujuan penambahbaikan dan penarafan kualiti pengurusan sekolah. Pertukaran yang dilaksanakan adalah disebabkan terdapat pengetua sedia ada di SABK yang tidak memenuhi kriteria bagi lantikan pengetua di SABK seperti termaktub dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Bagi Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Pengetua, Guru Penolong Kanan Dan Guru Kanan Mata Pelajaran Tahun 2024 yang telah dikemaskini susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Search Committee, Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2024 pada 7 November 2024. Langkah ini juga bertujuan memastikan pengurusan pentadbiran sekolah selari dengan standard yang ditetapkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Sekolah-Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Dato’ Timbalan... Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian…

Yang di-Pertua (Speaker)

Speaker...

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa proaktif dalam memperkukuh infrastruktur pendidikan digital di sekolah-sekolah. Melalui siri jelajah ke sekolah-sekolah di seluruh negeri, MMK Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Pulau Pinang telah membuat penyerahan kemudahan smartboard kepada sekolah-sekolah terpilih sebagai salah satu usaha memperkukuh ekosistem pembelajaran abad ke 21. Inisiatif ini memperlihatkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan murid dan guru mendapat akses kepada teknologi pembelajaran yang lebih interaktif dan berkesan.

Baru-baru ini pada bulan April 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Majlis Penyerahan Smartboard dan Pengisytiharan Pencapaian 100% Penajaan Smartboard bagi Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang, menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama di Malaysia yang berjaya mencapai tahap tersebut dengan 396 buah sekolah berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan di negeri ini. Pencapaian ini merupakan hasil sinergi antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan serta pihak swasta melalui pelbagai bentuk penajaan. Ia membuktikan bahawa kolaborasi merentas sektor amat penting dalam mempercepatkan transformasi pendidikan digital selaras dengan keperluan semasa. Namun begitu sebagaimana yang ditegaskan oleh Menteri Pendidikan, teknologi tetap tidak dapat menggantikan peranan guru yang menjadi tunjang dalam pembentukan sahsiah, nilai dan akhlak murid-murid kita.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dalam pada itu Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Pulau Pinang turut menyumbang secara signifikan dalam ekosistem pendidikan digital. Majlis pada 11 April 2025 sebanyak 8,740-unit tablet disalurkan kepada 263 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM6.5 juta. Peranti ini akan digunakan sebagai akses kepada buku teks digital oleh murid-murid dari kalangan keluarga B40 yang tergolong dalam kategori asnaf fakir dan juga miskin. Dengan pencapaian 100% penajaan smartboard dan pengagihan tablet kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah. Pulau Pinang sekurang-kurangnya telah berjaya membentuk satu kelas digital yang lengkap di mana smartboard dan tablet ini digabungkan untuk memperkukuh keberkesanan kaedah pembelajaran abad ke 21. Inilah hasil kesungguhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Madani yang percaya bahawa pendidikan digital bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan asas demi masa depan anak-anak negeri ini.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usaha berterusan memperkasakan kemudahan pendidikan di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri turut menyambut baik pembinaan beberapa sekolah baharu oleh Kerajaan Persekutuan yang giat dan sedang giat dirancang dan dilaksanakan. Antara projek yang sedang dalam pembinaan termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Seberang Perai Tengah di DUN Penanti yang dijangka siap pada Julai 2025. Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Putra di DUN Pinang Tunggal yang dijangka siap Oktober 2025 serta Kompleks Sekolah Sungai Tiram dalam DUN Batu Maung iaitu merangkumi sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan yang dijadualkan siap pada November 2027.

Selain itu, beberapa projek pra pembinaan turut dirancang melibatkan SMK Air Putih (DUN Pulau Betong), SMK Datuk Nakhoda Intan dan Kolej Tingkatan 6 Sri Permatang di DUN Sungai Acheh yang kesemuanya disasarkan siap pada tahun 2028. Perkembangan ini menunjukkan komitmen berterusan dalam memastikan akses pendidikan yang selesa dan berkualiti kepada rakyat Pulau Pinang di semua daerah.

Satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dalam memperluas pilihan pendidikan Islam berkualiti di Pulau Pinang iaitu penubuhan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang hasil kerjasama strategik antara Yayasan Islam Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sekolah ini akan beroperasi di bekas tapak bangunan SMKA Al Mashoor Perempuan di Pulau Tikus dan ianya bakal menjadikan institusi pertama seumpamanya di Wilayah Utara Malaysia. Langkah ini diambil sebagai respon kepada ketiadaan sekolah antarabangsa yang berteraskan Pendidikan Islam di negeri ini di samping menyokong pelaksanaan Agenda Pembangunan Agama Islam 2030. Ia juga sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat khususnya anak-anak Pulau Pinang mendapat pilihan pendidikan yang holistik, progresif dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dengan sasaran enrolmen awal seramai 300 orang pelajar, sekolah ini akan menawarkan kurikulum antarabangsa, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan Integrated Holistic Education System yang telah terbukti berkesan dan diiktiraf di negara-negara seperti United Kingdom, Brunei dan Jepun. Sukatan pelajaran akan digabungkan dengan nilai-nilai Islam berteraskan piawaian global serta disampaikan dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. Pelaksanaan model Al Mashoor International Islamic School ini juga akan dilaksanakan secara kolaboratif dan kerjasama bersama Al Hamra Integrated School. Satu perjanjian persefahaman telah dimeterai pada 22 Mac 2025 yang lalu sebagai tanda komitmen bersama ke arah pelaksanaan tersusun dan berkualiti. Bangunan sekolah dijangka siap Insya-Allah sepenuhnya pada Ogos 2025 manakala sesi pengambilan dan pembelajaran sulung akan bermula pada tahun 2026.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Seterusnya bagi memperkukuh pembangunan modal insan dalam sektor hal ehwal Islam, Majlis Agama Islam telah merintis langkah strategik dengan melakukan penjenamaan semula Pusat Latihan Zakat dinaik taraf kepada sebuah institut yang dinamakan sebagai Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) yang terletak di Pantai Acheh. Kerja-kerja pengubahsuaian dan dinaik taraf bangunan ILIPP ini telahpun disiapkan dan diserahkan oleh pihak kontraktor pada 10 Mei yang lalu.

Manakala pembangunan modul latihan kini berada di peringkat akhir penyusunan dan institut ini akan menawarkan latihan khusus merangkumi 4 bidang teras utama iaitu ekonomi, dakwah dan tarbiah, pengurusan pembangunan dan sains kemasyarakatan serta perundangan yang secara keseluruhan memberi tumpuan kepada pengukuhan keupayaan pengoperasian institusi-institusi Islam di negeri ini. ILIPP dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos tahun ini. ILIPP disasarkan menjadi pusat latihan utama bagi guru-guru agama, guru-guru KAFA serta pegawai dan kakitangan institusi Islam di bawah MAINPP dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar mereka terus diperkasakan dengan kemahiran semasa, pengetahuan terkini dan nilai kepimpinan yang utuh. Lebih membanggakan ILIPP ini, Institut Latihan Islam Pulau Pinang merupakan satu-satunya institut latihan Islam milik Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia berbanding Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.

Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh profesionalisme dalam kalangan tenaga kerja institusi agama Islam malah menyumbang secara langsung kepada pelaksanaan dasar agama Islam negeri yang lebih berkesan, mampan dan berorientasikan masa hadapan. Penubuhan ILIPP menjadi bukti komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memperkasa institusi Islam melalui pendekatan latihan yang sistematik dan berpandangan jauh.

Seterusnya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengambil satu lagi langkah strategik dengan telah meluluskan penubuhan Pusat Inkubator Ulul Albab pada 5 Mei 2025 yang akan dilancarkan pada satu tarikh dan bulan yang akan diumumkan. Pusat ini dirangka sebagai platform pembangunan modal insan cemerlang khususnya untuk menyediakan biasiswa pendidikan penuh kepada anak-anak Pulau Pinang yang terpilih bagi melahirkan mereka ini. Ulul Albab melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka sama ada dalam mahupun luar negara. Biasiswa ini merangkumi peringkat dari Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah serta meliputi keseluruhan yuran pengajian dan kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian yang meliputi bidang-bidang bukan hanya terhad kepada Pengajian Islam tetapi bidang-bidang Ekonomi dan Kewangan dan juga Sains dan Teknologi.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, menjawab persoalan Yang Berhormat Seberang Jaya berkaitan dengan peruntukan Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Untuk makluman, PPAPP telah menerima peruntukan sebanyak RM300 ribu pada tahun 2018 bagi kerja-kerja keseluruhan bumbung alang dan siling bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, bocor lagi meskipun beberapa kaedah pembaikan telah dilaksanakan. Susulan itu pihak JKR Pulau Pinang telah merujuk perkara ini kepada Bahagian Forensik, JKR Kuala Lumpur dan hasil siasatan mendapati tiada isu melibatkan struktur kejuruteraan bangunan. Perkara ini seterusnya telah dipanjangkan kepada Bahagian Forensik, JKR Arkitek Kuala Lumpur pada tahun 2024. Bangunan pun hantar, tak dapat nak kesan sebab apa bocor. Hantar lagi, siasatan telah dijalankan serta laporan lengkap telah diserahkan kepada JKR Negeri Pulau Pinang, Bahagian Bangunan untuk tindakan lanjut.

Jadi, yang terkini JKR Bahagian Bangunan telah meminta pembekal bumbung untuk menjalankan kerja-kerja penggantian bumbung bagi mengatasi masalah ini. Jadi lawatan tapak bersama pembekal dijadualkan akan diadakan pada 21 Mei 2025 sebagai langkah ke arah pelaksanaan pembaikan menyeluruh. Jadi Kerajaan Negeri amat memahami keperluan penyelesaian segera bagi memastikan perkhidmatan Perpustakaan Awam dan saya selaku Pengerusi PPAPP ini selalu kita bermesyuarat, Lembaga Pengarah masih lagi mendapat maklumat berkaitan dengan kebocoran ini. Insya-Allah pada 21 Mei langkah ke arah pelaksanaan pembaikan menyeluruh.

Jadi, teras ketiga, saya sentuh sedikit berkaitan dengan pembangunan keluarga di bawah Teras Pembangunan Keluarga dalam Agenda Pembangunan Agama Islam ini. Kerajaan Negeri turut memberi perhatian terhadap kesejahteraan warga emas sebagaimana daripada persediaan menuju status ageing city. Jadi antara inisiatif sedia ada yang menyokong usaha ini dalam konteks Agenda Pembangunan Agama Islam, dalam menyokong hasrat Kerajaan Negeri, pengoperasian Rumah Warga Emas Darul Hanan iaitu sebuah pusat di Pongsu Seribu yang ditubuhkan dengan pembiayaan 100% oleh Yayasan Bukhary dan beroperasi di atas tanah milik Majlis Agama Islam dan kompleks ini menawarkan jagaan 24 jam perkhidmatan kesihatan, bimbingan rohani serta pelbagai aktiviti rekreasi dan mental.

Objektifnya bukan sahaja untuk memberi perlindungan dan penjagaan baik malah membentuk warga emas yang terus aktif dan berperanan dalam masyarakat selaras dengan konsep pendidikan sepanjang hayat berdasarkan nilai-nilai Islam. Jadi kesinambungan ini Kerajaan Negeri melalui MAINPP telah meluluskan satu lagi projek strategik iaitu pembangunan Rumah Persaraan Mandiri Warga Emas. Jadi YB DUN Permatang Pasir, Rumah Persaraan Mandiri Warga Emas di atas tanah Baitulmal seluas 10 ekar di Pongsu Seribu, Seberang Perai Utara telah diluluskan dan projek ini merupakan kerjasama dengan sebuah anak syarikat KWAP, Kumpulan Wang Persaraan iaitu KWEST, Kumpulan Wang Amanah Pencen Estate Management yang telah diluluskan dalam Mesyuarat MAINPP Bil.11 2024 pada 18 November 2024.

Jadi projek perintis ini akan menumpukan 290 unit kediaman warga emas termasuk rumah teres setingkat dan pangsapuri bersama kemudahan surau, dewan serbaguna, bilik seminar, pusat sumber, gym dan ia dirancang sebagai pembangunan mampan berkonsepkan senior independent living yang bukan sahaja menyediakan kediaman yang selesa tetapi turut berfungsi sebagai pusat pembelajaran agama dan aktiviti komuniti. Dengan peruntukan sebanyak RM200 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, projek ini dijangka menjadi model pembangunan warga emas moden dan berdaya saing yang menyokong agenda silver economy di negeri ini. Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan warga emas yang selari dengan visi Penang2030.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Berkaitan dengan pembangunan, iaitu anak muda, satu program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui MAINPP ini, Program Pembangunan Sahsiah Belia MADANI yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan juga 5 dari sekolah menengah seluruh Negeri Pulau Pinang ditempatkan di Kompleks Darul Hidayah iaitu di Permatang Tok Gelam telah kita mulakan dan pelaksanaan program ini adalah 40 siri yang telah bermula pada November 2024 dan 2 siri awal telah berjaya. Ini antara perkara yang berkaitan dengan anak muda.

Berkaitan dengan dakwah dan juga tarbiah, suka saya umumkan di sini juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan satu projek dan juga agenda yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersetuju mewajibkan penggunaan Sistem Pengurusan Bersepadu di semua 216 buah masjid di seluruh negeri menjelang Januari 2026. Maknanya disebut sebagai Sistem Pengurusan Bersepadu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan kos pembelian dan pelaksanaan sistem ini adalah sebanyak RM10,550 bagi setiap masjid menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM2,278,800 yang akan ditanggung sepenuhnya kos ini adalah oleh MAINPP. Sehingga kini sebanyak 200 daripada 216 masjid telah mula mengguna pakai Sistem Pengurusan Bersepadu MAINPP dan sistem ini akan diperluaskan sepenuhnya menjelang Januari 2026. Pendekatan ini...

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

MasjidPro?

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya ya. Ini menggantikan MasjidPro dan kita melebarluaskan fungsi dan dijenamakan sebagai Sistem Pengurusan Bersepadu MAINPP.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Maksudnya yang dulu ni, bajet hat dulu ini kira...

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya, di absorb masuk dalam RM2 juta, mana-mana masjid yang membayar RM5,000 akan dipulangkan oleh Majlis Agama Islam kepada masjid tersebut.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Pulang baliklah?

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Akan pulang. Terima kasih kerana bertanya, menandakan DUN Pinang Tunggal tahu iaitu MasjidPro yang dahulunya pada penggal yang lepas RM5,000 dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan RM5,000 daripada masjid dan kita akan pulangkan balik portion RM5,000 tu kepada setiap masjid yang buat benda tu.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Dato’ Batu Maung, saya bukan apa, saya dapati dulu pun ada juga masjid yang tak... halfway ja. So mungkin kadang-kadang masalah dari segi latihan teknologi, mungkin

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Latihan telah kita buat dengan konsultan yang dilantik dan telahpun turun ke masjid-masjid yang telah kita install SPB MAINPP ini. Insya-Allah jadi kita akan buat latihan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Latihan itu penting...

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Itu yang penting ILIPP tu, Institut Latihan Islam Pulau Pinang yang akan beroperasi sepenuhnya bulan 8.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okey, baik.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Jadi pendekatan ini menjadikan, ini yang bagus ni, Pulau Pinang sebagai negeri yang terawal di Malaysia yang berjaya melaksanakan pendigitalan menyeluruh pengurusan masjid secara sistematik, tersulan… tersusun dan juga berimpak tinggi. Seterusnya, susah nak sebut tu…

Menjawab kebimbangan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar dan Yang Berhormat Sungai Bakap berkenaan cadangan untuk Kerajaan Negeri melaksanakan kajian semula elaun pegawai masjid di Negeri Pulau Pinang. Saya ucapkan terima kasih kepada Telok Ayer Tawar dan juga Sungai Bakap yang bangkit benda ini. Tapi sebenarnya kertas cadangan dah siap dah. Baru bangkit hari ini, kertas cadangan dah siap tinggal tunggu nak bentang pada Mesyuarat Majlis Agama Islam pada bulan 6, Insya-Allah, itu saja yang saya nak sebutkan. Makna kajian telah dibuat, jadi dah habis dah berkaitan dengan saya ini, cuma saya nak sebut satu perkara saja yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penaga, sepatutnya saya tak mahu nak bangkit sebab dah dijawab oleh Yang Berhormat Jawi kerana dia memetik kenyataan Batu Maung dan juga Mufti.

Jadi, untuk berkaitan perkara itu, pendirian saya jelas, sebab saya ditanya oleh wartawan. Sejurus program, yang saya tak tahu pun program itu ada dan saya semak rupanya kenyataan awal telah dikeluarkan oleh Sahibus Samahah Mufti sebelum program itu. Jadi kenyataan dan saya keluarkan kenyataan selepas pada program itu telah dibuat, kenyataan saya hanya saya mengatakan bahawa menegaskan saya selari dengan kenyataan Sahibus Samahah Mufti yang dikeluarkan pada tarikh 10 April dengan menegaskan bahawa umat Islam dilarang menyertai Festival Songkran. Itu saja, kerana ini adalah festival yang dianjurkan oleh pihak swasta, bukan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Jadi untuk makluman program tersebut adalah di bawah kelulusan MBPP sebagaimana yang menjawab oleh Yang Berhormat Jawi. Jadi saya difahamkan dan juga Datuk Bandar maklumkan kepada saya bahawa penganjur tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan pihak MBPP telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan kompaun kepada pihak penganjur kerana dilaksanakan program ini di luar waktu yang diluluskan. Tapi setakat ini, pentadbiran saya tidak menerima sebarang maklumat rasmi atau bukti yang mengesahkan penglibatan umat Islam dalam program tersebut.

Yusni bin Mat PiahPAS · PNPenaga

Sikit ja, sikit ja celahan. Terima kasih Dato’ Batu Maung, yang Berhormat Batu Maung. Dan saya juga melihat sebagaimana yang di sebut oleh Dato’, sebab kebimbingan kita seolah ada pihak luar, swasta yang cuba nak normalisasikan budaya-budaya yang tidak baik ini.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Menormalisasikan itu.

Yusni bin Mat PiahPAS · PNPenaga

Perkara itu yang perlu diberi perhatian juga

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Kerajaan Negeri Kedah. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tak normalisasikan, ini private yang buat, private yang buat tapi di Kedah diadakan secara ni.

Yusni bin Mat PiahPAS · PNPenaga

Ya, ya. Sebab tu pihak kerajaan, sebab tu.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Sebab tu Yang Berhormat DUN Penaga.

Yusni bin Mat PiahPAS · PNPenaga

Sebab tu pihak kerajaan kena tengok sebab ada pihak luar

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Kerana ada satu kes juga benda ni dilakukan oleh sebuah kelab, restoran dalaman juga diangkat oleh pihak tertentu dan diletakkan muka saya, EXCO Agama tidak membantah sedangkan bila saya semak dengan Kerajaan Tempatan ini dilakukan dalam restoran tapi dibuatnya poster ada tahun lepas diviral, ditularkan dan EXCO agama tidak menghalang perkara ini dan saya akan merujuk kepada Kerajaan Tempatan. Hal ini berkaitan dengan sebuah restoran secara tertutup dilaksanakan program ini. Sebab itulah saya memberi pandangan dan nasihatlah supaya semak dahulu. Jangan mewujudkan persepsi seolah-olah EXCO Agama, Mufti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan wahalnya program itu adalah program dalaman yang dilaksanakan oleh pihak swasta.

Dapat saja poster tu terus viral kerana nak mewujudkan persepsi bahawa EXCO Agama dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menghalang budaya ini yang tular dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Bahkan itulah pihak swasta. Itu tahun lepas tapi oleh kerana tak bangkit dalam Dewan Negeri saya pun tak bangkit benda itulah. Mudah-mudahan saya menyerulah sama-sama memelihara keharmonian masyarakat dan memberi tumpuan kepada usaha membina negeri ini secara berhemah dan berpandukan kepentingan rakyat. Perpaduan masyarakat di Pulau Pinang merupakan aspek penting dalam pembangunan negeri yang berbilang kaum, agama dan budaya. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui portfolio MMK Perpaduan Masyarakat di bawah Timbalan Ketua Menteri 1 sendiri dan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai program dan dasar dalam memastikan keharmonian sosial terus dipelihara.

Dalam tempoh Januari-Mei 2025 pelbagai program aktiviti telah dilaksanakan bagi mengukuhkan perpaduan di antara kaum yang dilaksanakan oleh semua jentera perpaduan iaitu Kawasan Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela, Skuad Uniti, Tadika Perpaduan dan Taska Perpaduan di negeri Pulau Pinang. Sebanyak 2,104 program dan aktiviti telah dilaksanakan di peringkat jentera perpaduan meliputi bidang sukan, rekreasi, sosial, kebajikan, kebudayaan, pendidikan, keselamatan, kesihatan dan alam sekitar, ekonomi dan agama. Jadi, akhir kata sebagai penutup. Sebagai sebuah negeri yang memacu ke arah meningkatan kualiti hidup berteraskan misi dan visi Penang2023, Kerajaan Negeri sentiasa komited melalui usaha bersepadu dan kolaboratif antara semua pihak dalam mewujudkan keseimbangan dan kestabilan ekonomi dan social. Di samping memartabatkan nilai dan akhlak moral yang tinggi dalam kalangan penduduk di negeri ini. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menyeru semua pihak agar menghormati dan meraikan kepelbagaian agama dan bangsa dalam negeri ini agar keharmonian dan keamanan yang dikecapi kini akan sentiasa terpelihara serta di warisi kepada generasi akan datang.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Dato’…

Dewan Ditangguhkan

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Saya turut.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Boleh tak? Sikit ja.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ni penutup dah. Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar semua bakal jemaah haji (Bahasa Arab) dari negeri Pulau Pinang ini diberikan kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan ketenangan jiwa dalam mengerjakan ibadah haji. Semoga segala urusan dipermudahkan, amal diterima dan dikurniakan haji yang mabrur. Kembalilah ke tanah air nanti dengan membawa keberkatan serta menjadi contoh kepada masyarakat sebagai insan yang lebih tenang, tawaduk dan bertakwa Insya-Allah. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih Batu Maung. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan untuk hari ini dan kita bersidang semula pada hari esok jam 9:30 pagi nanti. Sekian.

Dewan ditangguhkan pada jam 7.07 petang