Pulau Pinang · 22 May 2025

Mesyuarat pertama penggal ketiga dun ke 15 · 481 turns · 42,229 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Fahmi bin Zainol (PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG.), Dato’ Haji Zulkifli bin Long (Setiausaha Kerajaan Negeri), Puan Wan Nor Sakina binti Saad (Penasihat Undang–Undang Negeri), Dato’ Zabidah binti Safar (Pegawai Kewangan Negeri)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa. (Doa). Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bersidang semula dan dalam sesi soalan lisan untuk soalan-soalan yang telah pun digulungkan sewaktu sesi penggulungan, mohon kalau boleh kita ringkaskan jawapan supaya kita dapat melihat soalan-soalan lisan yang lebih banyak. Sila. Soalan 29, saya silakan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Selamat Pagi Dato’ Seri. Soalan saya soalan 29. Terima kasih.

29. Nyatakan senarai keinginan wishlist Kerajaan Negeri untuk dimasukkan dalam

Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) – yang menumpu kepada

keperluan ekonomi dan pembangunan infrastruktur negeri Pulau Pinang.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan juga Bukit Tengah. Berkaitan dengan soalan 29 iaitu “Nyatakan senarai keinginan wishlist Kerajaan Negeri untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 yang menumpu kepada keperluan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur Negeri Pulau Pinang”.

Jadi, senarai 10 Projek Keutamaan Kerajaan Negeri bagi permohonan khas Projek Pembangunan Negeri Pulau Pinang di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) tahun 2026, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) adalah seperti dilampiran yang akan diberikan kepada Yang Berhormat.

Ya, antara yang 10 itu adalah yang pertama, Projek Lebuh Raya Pan Island Link iatu jabatan dan agensi pemohon Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) yang melibatkan RM8.6 bilion.

Projek menaik taraf Jalan Tunggal Dua Lorong kepada Jalan Berkembar Empat Lorong di Laluan Persekutuan FT006 dari Bayan Lepas ke Teluk Kumbar, Pulau Pinang yang melibatkan RM320 juta di bawah JKR.

Projek Menaik Taraf Muka Sauk Titi Kerawang Dan Pemasangan Paip Air Dari Muka Sauk Titi Kerawang Dan Teluk Awak ke Empangan Teluk Bahang di bawah Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) melibatkan RM38,500 juta.

Pembinaan Kompleks Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah Berserta Klinik Kesihatan Jenis Tiga (KK3) Kubang Semang, Pulau Pinang di bawah Jabatan Kesihatan Negeri melibatkan anggaran kos keseluruhan RM186 juta.

Projek Pembinaan Multi Storey Block Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang di bawah JK, di bawah Jabatan Kesihatan Negeri melibatkan RM1.4 bilion.

Cadangan kerja-kerja menaik taraf Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas Seberang Perai Utara di bawah agensi Majlis Bandaraya Seberang Perai iaitu RM10 juta. Pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Juru Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang mengandungi 24 bilik darjah serta kemudahan-kemudahan lain mengikut piawai iaitu di bawah Jabatan Pendidikan Negeri melibatkan RM99 juta.

Pembinaan Jalan Bawah untuk menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma di persimpangan Jalan Mount Erskine, Jalan Gottlieb, Jalan Burma, Jalan Bagan Jermal Seksyen A, iaitu Jalan Bawah Underpass di bawah tanggungjawab Majlis Bandaraya Pulau Pinang iaitu melibatkan anggaran kos keseluruhan RM33 juta.

Yang kesembilannya adalah Pelabuhan Tuna Pulau Pinang iaitu Hab Perikanan Global di bawah agensi Penang Agrotech iaitu melibatkan RM300 juta anggaran keseluruhan. Dan yang kesepuluh adalah Bandar Nelayan Pulau Pinang iaitu di bawah agensi Penang Agrotech melibatkan kos keseluruhan RM200 juta. Jadi jumlah keseluruhan lebih kurang dalam RM11.2 bilion.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih, soalan tambahan. Terima kasih Timbalan Ketua Menteri atas jawapan yang telah pund iberikan. Kita tahu, ambil maklum bahawa rancangan-rancangan Malaysia setiap lima tahun ini akan menggariskan hala tuju negara dari segi direction, vision khususnya pembangunan ekonomi. Dan apa perhatian yang diberikan kepada setiap negeri dalam planning ini, perancangan yang cukup penting sekali.

Menteri Ekonomi pun ada menyatakan dalam penyediaan rangka Malaysia kali ini yang 13 kali ini, telah pun menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan akan bermula dengan satu blank canvas, maksudnya satu permulaan membuat perancangan dengan kertas putih yang tidak ada butir-butirannya yang semua pihak-pihak stakeholder boleh memberi pandangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

Kerajaan Negeri baru-baru ini telah pun melancarkan inisiatif untuk menubuhkan satu hub financial, kewangan untuk kawasan northern corridor kita ni supaya kita boleh menjana modal yang besar dan juga menjana pelaburan khususnya dalam sektor-sektor perbuatan high technology dan sebagainya.

Jadi persoalan saya, pertama adalah bagaimana Kerajaan Negeri ataupun hasrat Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Penang International Finance Center ini, boleh dicapai melalui Rancangan Malaysia Ke-13.

Soalan saya kedua adalah kita ambil maklum, bahawa dalam Persidangan DUN kita di sini setiap kali kita bersidang dalam apa-apa soalan yang kita tanya, Timbalan Ketua Menteri berkenaan dengan masalah kawasan sudah tentu jawapannya yang akan diberi tak kisah pendidikan ke, pengangkutan ke, hospital, kesihatan ke, selalunya jawapan akan diberikan bahawa kerajaan telah pun memohon kepada Kerajaan Persekutuan di bawah rolling plan sebegini, sebegini, sebegini.

Dan kita tidak ada have no say sama ada peruntukan-peruntukan ini akan diluluskan. Dan bila ia akan diluluskan? Soalan saya, adalah sama ada Yang Amat Berhormat bersetuju bahawa kita harus ada satu kerangka fiskal, satu mekanisma yang diinstitusikan untuk memastikan bahawa dana pembangunan yang adil dan saksama diturunkan kepada Pulau Pinang. Dan peruntukan-peruntukan ini akan berasaskan kepada sumbangan ataupun performance based dan keperluan based negeri. Terima kasih.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Terima kasih Bukit Tengah, berkenaan dengan soalan tambahan berkaitan yang pertama iaitu Penang International Financial Hub yang memang perkara itu telah pun dibincangkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat MMK, dan telah dimajukan kepada peringkat pihak berkenaan di peringkat persekutuan. Dan saya amat bersetuju dengan pandangan daripada Bukit Tengah berkaitan dengan International Financial Hub yang sekiranya dapat diluluskan, untuk kita wujudkan di Negeri Pulau Pinang.

Yang kedua berkaitan dengan wishlist ini, supaya dapat pastikan supaya Kerajaan Persekutuan dapat memberi kelulusan kepada kita dari segi proses dia sebegitu. Maknanya setiap jabatan ataupun agensi akan mengemukakan projek pembangunan, berdasarkan kepada hala tuju dan kepada keperluan semasa yang melibatkan satu libat urus yang diadakan oleh pihak SUK sendiri dengan jabatan-jabatan, untuk melihat keperluan semasa negeri. Dan seterusnya BPEN akan menilai, menyusun keutamaan dan menyelaras semua permohonan projek berdasarkan garis panduan dan kriteria yang ditetapkan Kementerian Ekonomi sebagaimana yang disebutkan oleh YB Bukit Tengah tadi, bahawa memang prosesnya sebegitu.

Maka penilaian mengambil kira aspek seperti kesediaan tapak, impak sosial ekonomi, keupayaan pelaksanaan serta keselarasan projek dengan agenda pembangunan negeri. Jadi, proses seterusnya sudah semestilah diangkat kepada Mesyuarat EXCO dibincangkan dan diluluskan. Maka berdasarkan kepada kelulusan Mesyuarat MMK, maka BPEN akan mengemukakan 10 projek ini dari segi proses yang setiap tahun sebagai amalannya, dengan mengisi maklumat lengkap ke dalam sistem MYProjek, selaras dengan keperluan yang ditetapkan oleh oleh kementerian.

Maka atas usaha daripada BPEN dan juga melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri, maka secara libat urus diadakan bersama-sama dengan Kementerian Ekonomi yang sudah semestinya dipengerusikan oleh Menteri Ekonomi sendiri, yang hadir di Negeri Pulau Pinang ini. Bahkan bukan setakat itu sahaja, kita adakan Mesyuarat Khas bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bersama-sama dengan PDC, agensi yang bertanggungjawab dalam penjelasan ini juga. Dan ini antara perkara yang tindakan yang diambil, supaya apa yang dinyatakan, apa yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri, diambil perhatian yang berat oleh Kerajaan Persekutuan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Dan saya nak menjemput. Silakan Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Seri, soalan saya soalan 30.

30. Pusat Dialisis CAT.

(a) Senaraikan bilangan pesakit yang membuat hemodialisis serta kos

operasi untuk sebulan.

(b) Senaraikan peruntukan yang disalurkan oleh negeri mengikut tahun

sejak penubuhannya.

(c) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu pesakit buah

pinggang yang semakin ramai di negeri Pulau Pinang untuk

menjalankan hemodialisis?

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jiran saya daripada kawasan Machang Bubuk yang menanyakan soalan berhubung dengan Pusat Dialisis CAT. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pusat Dialisis CAT yang berdaftar di bawah Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta ataupun lebih dikenali sebagai CKAPS mempunyai 78 orang pesakit. Sehingga April tahun 2025, Pusat Dialisis ini beroperasi dengan kerjasama di antara Syarikat B. Braun Sdn. Bhd. dan Pertubuhan Komuniti Chest Pulau Pinang. Segala kos operasi, adalah di bawah seliaan Pusat Dialisis CAT sendiri.

Manakala bagi tahun 2020 sehingga tahun 2024, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM147,120.00 kepada Pusat Dialisis CAT Balik Pulau, bagi tujuan subsidi kepada pesakit dialisis, di mana perincian akan saya sampaikan perincian terperinci kepada Ahli Yang Berhormat Machang Bubuk selepas sesi soalan lisan ini.

Manakala bagi menjawab soalan Yang Berhormat Machang Bubuk berhubung dengan “Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi membantu pesakit buah pinggang, yang semakin ramai di negeri Pulau Pinang”.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selain daripada subsidi yang saya sebutkan tadi melalui Pusat Dialisis CAT ini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan subsidi secara langsung kepada pesakit-pesakit dialisis yang menjalani rawatan hemodialisis di Pusat CAT Dialisis. Kerajaan Negeri juga bekerjasama khususnya bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, yang turut menawarkan subsidi dalam bentuk kewangan sedemikian.

Saya bagi contoh, seumpamanya subsidi yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di mana setiap kali sesi rawatan hemodalisis ini, pesakit dialisis ini akan menerima subsidi sebanyak RM100.00 setiap kali. Maksudnya dalam tempoh satu bulan, maksimum 14 kali setiap kali mereka akan menerima subsidi yang bernilai RM100.00.

Dan selain daripada itu, untuk suntikan sebab sememangnya pesakit hemodialisis ini perlu menjalankan suntikan, di mana suntikan ini ada satu subsidi yang bernilai RM240.50 setiap bulanlah untuk pesakit hemodialisis ini yang disampaikan kepada mereka. Dan selain daripada itu, agensi-agensi lain di bawah kerajaan turut mengadakan perkhidmatan hemodialisis ini misal katanya Pusat Dialisis ZAKAT yang dikendalikan di bawah ZAKAT dan juga kita turut dimaklumkan di mana PERKESO di Pulau Pinang, mereka akan mengadakan satu pusat dialisis juga di bawah PERKESO, yang dapat menampung sebanyak 144 pesakit dan dijangka beroperasi pada bulan September tahun ini dan selain daripada itu Kerajaan Negeri juga peka khususnya kepada permohonan pengusaha pusat dialisis ini di mana antaranya insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri adalah mungkin dari segi kadar premium tanah dan juga daripada permohonan kebenaran merancang dan sebagainya yang dikemukakan oleh pengusaha pusat dialisis ini. Sememangnya Kerajaan Negeri memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk memberikan diskaun yang sewajarnyalah bagi permohonan ini.

Namun demikian ingin saya juga tegaskan di mana sebenarnya bagi kita mengatasi situasi di mana pesakit yang memerlukan perkhidmatan dialisis ini kian meningkat, penyelesaiannya sebenarnya bukan untuk kita tambah lebih banyak mesin dialisis, bukan kita untuk tambah lebih banyak pusat dialisis ini tetapi kita perlu lihat dari segi memupuk satu gaya hidup yang lebih sihat di mana Kerajaan Negeri kini dengan kerjasama bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia kita kini memulakan usaha kita untuk perangi 3S. 3S yang saya nak maksudkan di sini adalah sugar ataupun gula (dengan izin), salt ataupun sodium, garam dan juga smoke, 3S tersebut. Bagi meningkatkan kesedaran orang awam berhubung situasi kesihatan komuniti dan usaha ini juga diteruskan melalui Inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat bagi mempromosikan budaya hidup sihat untuk meningkatkan kesejahteraan kesihatan. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan. Terima kasih Padang Lalang yang telah menjawab soalan saya. Saya juga ada soalan tambahan. Tadi Padang Lalang ada sebut peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk pusat CAT ini adalah RM147,000.00 lebih maksudnya satu tahun anggaran dia beberapa puluh ribu sajalah sebab 2020 sehingga 2024. So kos-kos yang lain untuk menjalankan pusat dialisis CAT ini, siapa yang menanggung kos operasi dia jika kerajaan hanya memberi setahun dekat tak sampai RM100,000.00. So itu saya nak, nak mengetahui dan kedua kita pun sedia maklum apabila seseorang pesakit diabetis yang perlu cuci buah pinggang, mereka tidak dapat berhenti perkhidmatan ini. So permintaan untuk pusat dialisis ini akan bertambah yang memandangkan jangka hayat penduduk rakyat Malaysia ini juga meningkat. Yang maka saya juga ingin tahu sebab banyak pusat-pusat dialisis yang tidak berteraskan keuntungan yang NGO, mereka juga menghadapi satu kekang, satu permintaan yang amat mendesak. So adakah kerajaan, apa usaha untuk Kerajaan Negerilah untuk membantu pusat-pusat dialisis NGO ini yang tidak berteraskan keuntungan. Bagaimana kita boleh membantu mereka dan adakah kerajaan juga akan berusaha untuk menubuhkan pusat dialisis CAT ini di daerah-daerah lain? Saya rasa ada permintaan itu. Maksudnya sekarang hanya di Balik Pulau. Adakah dia juga akan diadakan di daerah-daerah lain memandangkan permintaan itu sedang meningkat. Itu soalan saya, terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih rakan saya daripada Machang Bubuk. Saya nak jawab jugalah soalan tambahan yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Machang Bubuk. Yang pertama tentang kos operasi, betul. Tadi seperti mana saya jawab dalam soalan jawapan saya di mana untuk peranan Kerajaan Negeri kita hanya menyampaikan subsidi khususnya kepada pesakit yang menjalan rawatan hemodialisis di pusat CAT dialisis di mana sebenarnya ini adalah satu kerjasama di antara Kerajaan Negeri bersama dengan syarikat B. Braun. Jadi dalam erti kata lain kos operasi termasuk upah untuk jururawat dan juga doktor yang berkenaan untuk menjalankan operasi di pusat CAT dialisis tersebut dibiayai oleh Syarikat (B. Braun) sebenarnya.

Namun Kerajaan Negeri selain daripada subsidi yang kita tawarkan, premis yang digunakan oleh pusat CAT dialisis ini sebenarnya di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Jadi di bawah bersama dengan kerjasama di antara Kerajaan Negeri bersama dengan syarikat (B. Braun), sememangnya mereka juga dapat menikmati satu kadar sewa yang murahlah berbanding dengan harga pasaran. Jadi itu antaranya sokongan dan juga kerjasama di antara Kerajaan Negeri bersama dengan Syarikat (B. Braun) bagi kita menjayakan pusat CAT dialisis yang terletak di kawasan Balik Pulau ini. Jadi selanjutnya Yang Berhormat telah menanyakan khususnya dari segi bantuan ataupun kerjasama di antara Kerajaan Negeri bersama dengan NGO-NGO lain yang menjalankan pusat rawatan dialisis boleh katakan tanpa ribalah maksudnya mereka cuba untuk menawarkan pada harga yang berpatutan sebenarnya kos untuk menjalani rawatan hemodialisis ini memang boleh katakan satu fixed cost tapi biasanya kita nak menganjakkan ataupun menurunkan kos rawatan ini sebenarnya daripada sokongan subsidi.

Misal katanya sepertimana tadi saya sudah sebut subsidi yang ditawarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, ini sebenarnya banyak membantu untuk menurunkan kos di mana untuk pesakit rawatan dialisis ini biasanya mereka dapat menikmati kos rawatan yang rendah misal katanya di pusat dialisis CAT selepas kita mengambil kira semua subsidi termasuk subsidi yang ditawarkan oleh KKM, subsidi yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri, setiap kali rawatan mereka hanya perlu membayar RM10.00 saja untuk menikmati itu.

Jadi Kerajaan Negeri juga sentiasa berusahalah bukan sahaja bersama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, sebenarnya juga ada banyak yayasan di Negara Malaysia ini yang menawarkan subsidi tersebut untuk bantu meringankan bebanlah khususnya pesakit hemodialisis ini jadi itu antaranya usaha kita cuba untuk mendapatkan bantuan subsidi daripada pelbagai pihak bagi membantu pesakit-pesakit hemodialisis khususnya mereka di kalangan golongan B40 bagi menikmati sebab untuk pesakit dialisis ini bukan semua B40 dan ada yang mampu untuk membiayai rawatan hemodialisis ini namun demikian kita ucapkan terima kasih juga kepada yayasan-yayasan dan juga banyak NGO di Negeri Pulau Pinang ini yang menawarkan subsidi bagi meringankan beban kewangan mereka.

Dan akhir sekali soalan Machang Bubuk juga menanyakan sama ada Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan lebih banyak pusat dialisis, yang pertama kita kena lihat sebab di bawah amalan CKAPS yang saya sebutkan tadi, memang kita ada kawalan dari segi setiap lokasi ataupun pusat hemodialisis yang ditubuhkan tersebut dia ada radius tertentu maksudnya kita tidak menggalakkan pusat hemodialisis diadakan sangat berdekatan supaya kita nak memastikan rangkaian pusat hemodialisis ini dapat merangkumi keseluruhan negeri Pulau Pinang untuk memudahkan sama ada pesakit tersebut datang daripada Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan dan sebagainya semua daerah kita cuba pastikan ada pusat hemodialisis yang seimbang untuk merangkumi keseluruhan rangkaian rawatan tersebutlah.

Namun demikian pada masa kini Kerajaan Negeri akan melihat lebih banyak kepada menyokong khususnya pusat hemodialisis yang sedia ada di Negeri Pulau Pinang ini daripada sendiri kita menubuhkan satu pusat sebab antara cabarannya adalah kita perlu memenuhi syarat untuk CKAPS untuk mendapatkan lesen bagi mengendalikan pusat hemodialisis ini. Ini adalah satu proses yang boleh katakan bukan senang, kita perlu memenuhi semua syarat termasuk keluasan bangunan, mesin yang ditawarkan dan, dan sebagainya dan juga tambahan dengan kos kakitangan. Jadi macam saya katakan tadi untuk pusat CAT dialisis, kita rasa syukur kerana kita ada kerjasama bersama dengan Syarikat (B. Braun) yang memberikan sokongan dari segi menampung sebahagian kos operasi tersebut dan sekiranya Kerajaan Negeri perlu mempertimbangkan untuk mewujudkan pusat hemodialisis yang baharu kita mungkin kena lihatlah sama ada ada pihak-pihak yang sudi untuk menjalinkan kerjasama bersama dengan Kerajaan Negeri agar kita dapat wujudkan pusat hemodialisis tersebut. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya saya silakan Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 31.

31. Kemukakan laporan kewangan termasuk perolehan dan kos operasi

bulanan Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang (PTGPP), termasuk

penggajian kakitangan dan bilangan gelandangan menghuni yang

diselamatkan sehingga kini.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Lancang atas soalan tersebut. Sekiranya saya telah diberikan ruang yang sewajarnya sebelum ini untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Batu Lancang, ini adalah jawapan lengkap yang akan saya berikan. Sepanjang tahun 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang (JKM) telah membelanjakan sejumlah RM532,519.78 bagi tujuan kos pengoperasian Pusat Transit Gelandangan. Antara pecahan perbelanjaan utama yang terlibat termasuk bayaran gaji, elaun dan insentif kakitangan adalah berjumlah RM246,830.60, perkhidmatan pengawal keselamatan adalah sebanyak RM158,189.00, kontrak pembersihan dan penyelenggaraan termasuk pembaikan alat pemadam api, sistem CCTV dan pam air Bomba adalah sebanyak RM93,332.56.

Perbelanjaan bagi pengurusan pejabat seperti pembelian barangan keperluan pejabat, bil utiliti, bayaran sewaan, bahan mentah dan sebagainya adalah sebanyak RM34,167.62.

Perincian perbelanjaan akan turut disertakan bersama jawapan ini bagi memudahkan rujukan lanjut Yang Berhormat Batu Lancang. Untuk makluman, pusat transit gelandangan diuruskan oleh tujuh orang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Pusat transit ini telah mula menerima client secara rasmi sejak bulan September 2023 sehingga April 2025, seramai 498 orang gelandangan telah berjaya diselamatkan dan ditempatkan di pusat ini. Secara keseluruhan pusat transit gelandangan bukan sahaja menyediakan tempat perlindungan sementara, malah turut berfungsi sebagai pusat sokongan kebajikan dan pemulihan bagi membantu golongan gelandangan membina semula kehidupan mereka. Saya faham bahawa Yang Berhormat Batu Lancang amat khuatir berkenaan isu ini.

Justeru saya ingin sekali lagi menjemput Yang Berhormat untuk meluangkan masa melawat pusat transit gelandangan bagi melihat sendiri proses pentadbiran dan operasi di pusat tersebut dan peluang ini juga terbuka kepada semua Yang Berhormat ADUN lain yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pengurusan pusat transit ini. Mungkin kita boleh pertimbangkan untuk mengadakan satu sesi taklimat bersama kepada semua ADUN yang berminat. Melalui kefahaman yang lebih jelas, saya percaya kita dapat merangka penyelesaian yang lebih baik demi kepentingan rakyat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya saya nak mohon soalan 32. Soalan tambahan. Sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Sedikit tambahan, soalan tambahan. Saya nak ingin tahu juga pusat gelandangan, yang ada penuh tak pada waktu malam? Maksudnya katil tu dipenuhi pada waktu malam. Dan boleh tau tak berapa percentage bajet yang digunakan untuk barang keperluan harian kepada gelandangan yang berada di sana.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Okey. Untuk makluman semua, saya rasa kelmarin waktu penggulungan saya pun sudah saya ada sebutkan, memang Pusat Transit Gelandangan, dia diperuntukkan bajet adalah untuk membayar gaji kakitangan, penyelenggaraan, perkhidmatan guard dan pengurusan pejabat dan untuk makluman semua makanan dan barangan diderma oleh orang awam atau daripada NGO-NGO yang saya sebutkan seramai, sebanyak, i think kalau silap 400 lebih rakan strategi kita yang menderma ke Pusat Transit Gelandangan. Jadi kita tak, tak, even ada juga makanan daripada Mutiara Foodbank. Jadi inilah jawapan saya. Terima kasih.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila KOMTAR.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Yang Berhormat Sungai Pinang, satu masalah tentang…(gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Seri, sorry. Satu lagi yang tak jawab adalah katil pada malam tu ada tak penuh diduduki oleh gelandangan?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Okey. Terima kasih. Daripada saya cuma nak tahu adakah Batu Lancang berasa dia sepatutnya penuh baru maksud kita berkesan? Untuk makluman semua, sudah lebih, kalau setakat ini lebih 498 kita telah selamat dan dimasukkan di dalam Pusat Transit Gelandangan dan ada lebih daripada 151 orang client iaitu kita panggil mereka client sebelum mereka client iaitu penghuni di Pusat Transit Gelandangan telah berjaya mendapat peluang pekerjaan melalui Perkhidmatan Job Match sebagai, ada yang sebagai pegawai keselamatan, pembersihan, pembantu am, pramusaji, tukang masak, operator kilang dan pemandu lori. Jadi dia memang kita sediakan 78 katil tapi iaitu macam nomad lah kan, sometimes masuk keluar, masuk keluar, jadi adakah nak tunjukkan bahawa dia penuh, maksud kita berkesan? Atau kita nak semua orang tinggal di pusat gelandangan?

Saya nak saya nak tunjukkan bahawa kalau diizinkan, inilah saya nak tunjukkan bahawa macam mana kita membersihkan kawasan dan juga kita membantu gelandangan. Ini adalah dua, dua gelandangan yang tidur di Bus Station General Hospital di luar, tengok macam, macam ada mental problem, tengok lepas tu kita bersihkan mereka, gunting rambut dan lepas tu dia jadi pengawal keselamatan. Tengok begitu handsome daripada betul yang ini, ini usaha daripada pegawai kita, penjawat awam kita, mereka turun padang tak kira masa, larut malam bersama dengan YB Komtar, kita turun ke padang waktu 2:00 pagi sampai 4:00 pagi. Kita selamatkan tetapi merata-rata tempat kita menyelamatkan tapi every corner ada juga.

Adakah kamu berani kata ini semua, sorry dalam, dalam dunia ini tak ada satu negara yang tak ada gelandangan. Beranikah kamu kata? tak ada? tetapi Kerajaan Negeri, kita berusaha untuk menyelamatkan mereka. Usaha pegawai kita. Kita kena berterima kasih. Jangan tunjuk gambar, saya ada lebih banyak lagi nak jadi scrapbook, saya ada gambar gelandangan bersama pegawai kita. Tetapi kita menyelamatkan mereka. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

KOMTAR. KOMTAR la, bagi KOMTAR.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Seri Speaker. Yang ni adalah peluang untuk EXCO untuk menjawab.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya faham.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Janganlah emosi sangat. Itu adalah gelandangan NGO yang hantar semua tu, nak tanya. So, kita sebagai wakil rakyat hanya untuk bertanya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa itu hak YB.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Penjelasan yang cukup. Memang NGO faham dah setuju. Itu saja.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Memang NGO pun tak faham tentang tujuan Pusat Transit Gelandangan ini. Ini satu pusat transit dan bukan bermalam pun, walaupun ada katil dan untuk tempoh maksimum dia 14 hari dan dalam tempoh itu, pelbagai intervensi dilakukan job matching dan sebagainya.

Kalau ada pihak yang merasakan Encik Abc ini memerlukan satu tempat penginapan yang berjangka panjang, sepatutnya rumah orang tua adalah pilihannya, bukan pusat transit. Sebab rumah orang tua adalah untuk jangka waktu yang panjang, mengikut kelayakan. Kalau dia layak sepatutnya pergi ke rumah orang tua, bukan pusat transit. Sebab memang ada tujuan-tujuan yang khusus pusat ini ditubuhkan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya rasa cukup kot. KOMTAR Sudah jawab. Tak ada masalah pun, kalau ada soalan yang nak ditujukan untuk jelaskan benda-benda yang kita tak tahu. Cumanya selepas dijelaskan semua fahamlah apa maknanya, apa tujuannya kita tubuh, apa langkah-langkah yang telah pun diangkat oleh kerajaan. Maka saya seterusnya nak jemput Pengkalan Kota.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan Pengkalan Kota, soalan 32.

32. Apakah usaha Kerajaan Negeri yang dilakukan untuk memupuk sektor

warisan kebudayaan tidak ketara ke peringkat antarabangsa dan

program-program yang dijalankan?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Dato’ Speaker, nasib baik saya jaga kadar penginapan hotel dan bukan kadar penginapan gelandangan. Selamat pagi kepada (gangguan). Terima kasih kepada soalan Pengkalan Kota yang bertanyakan Warisan Kebudayaan. Warisan Kebudayaan yang Tidak Ketara merupakan unsur penting yang mencerminkan identiti serta mengeratkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Negeri Pulau Pinang.

Menyedari kepentingan ini Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah menganjurkan Perayaan Warisan George Town Heritage Celebration setiap tahun. Penganjuran program ini menyediakan sebuah platform yang istimewa dan utama di negeri ini untuk memperkenalkan serta memelihara kesinambungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara dalam kalangan komuniti pelbagai kaum di Pulau Pinang. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan, bukan sahaja di peringkat tempatan, malah di peringkat antarabangsa sudah dijadikan contoh oleh UNESCO melalui laman web rasminya. GTWHI juga menganjurkan program pendidikan yang bertujuan meningkatkan kefahaman para pegawai berkaitan dengan pengurusan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara. Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat menyedari bahawa Warisan Kebudayaan Tidak Ketara bukan sekadar produk pelancongan, sebaliknya merupakan elemen penting dalam pembentukan identiti serta perpaduan masyarakat. Justeru, pemuliharan dan memupuk kesinambungan Warisan Kebudayaan ini menjadi komitmen jitu Kerajaan Negeri.

Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mengangkat Warisan Tidak Ketara yang berasal atau berkaitan dengan Pulau Pinang ke pentas antarabangsa. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bekerjasama dengan Jabatan Warisan Negara untuk mencalonkan Perarakan Chingay di bawah pencalonan bersama Malaysia dan Singapura untuk dimasukkan ke dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara ‘Intangible Cultural Heritage’ UNESCO. Dokumentasi pencalonan telah dikemukakan pada akhir Mac 2025. Dalam usaha itu, Kerajaan Negeri pernah menjemput wakil-wakil daripada Singapore National Heritage Board dan Singapore People’s Association yang menganjurkan Singapore Chingay Parade 2025 serta wakil dari Chingay Johor serta wakil UNESCO untuk menghadiri Perarakan Chingay Pulau Pinang 2024 yang telah berlangsung pada 28 Disember 2024 sebagai tetamu kehormat.

Susulan itu Pulau Pinang pula dijemput untuk menghantar sebuah pasukan yang terdiri daripada 22 penggiat Chingay bagi menyampaikan persembahan sempena Singapore Chingay Parade 2025 pada 6 hingga 10 Februari 2025 dan kita juga telah bekerjasama dengan Persatuan Chingay Pulau Pinang untuk mengaturkan penyertaan itu. Dan Kerajaan Negeri telah dua kali menghantar wakil-wakil Chingay dari kawasan Seberang Perai dan Pulau bagi menyertai Bengkel Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Singapura sempena pencalonan bersama Chingay di bawah Kategori UNESCO dan telah dianjurkan di Singapura dan Johor. Dalam bengkel tersebut ketetapan penting tercapai apabila borang ICH-02 di mana Chingay bukan sahaja akan menggunakan nama dalam Bahasa Inggeris iaitu Chingay a street parade that showcases multiculturalism, traditions, and artistic displays of communities, tetapi juga mengadaptasi nama dalam Bahasa Melayu, iaitu Chingay perarakan jalanan yang mempamerkan kepelbagaian budaya, tradisi dan artistik komuniti, Chingay Johor Bahru, Perarakan Chingay Pulau Pinang, Perarakan Chingay Singapura, serta dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Selain Chingay, Malaysia juga kini bekerjasama dengan China untuk mencalonkan Tarian Singa akan dimasukkan ke dalam ICH UNESCO. Dalam usaha ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghantar wakil daripada Persekutuan Persatuan-persatuan Wushu, Tarian Singa dan Naga Negeri Pulau Pinang yang menyertai seminar pemelihara warisan sempena pencalon tersebut yang telah diadakan di Guangzhou, China pada akhir Mac 2025. Dokumentasi rasmi pecalonan ini telah dikemukakan kepada UNESCO pada penghujung bulan yang sama. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menganjurkan Perarakan Chingay di Pulau dan Seberang Perai pada Disember setiap tahun. Kerajaan Negeri turut menganjurkan pertandingan Tarian Singa Atas Tiang Antarabangsa di Kepala Batas setiap tahun sejak tahun 2008. Selain itu, turut membanggakan ialah pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO pada Disember 2024 apabila dua elemen Warisan Budaya Tidak Ketara, Budaya Sarapan Pagi di Malaysia dan Kebaya telah berjaya didaftarkan di bawah senarai ICH UNESCO. Pengiktirafan ini bukan sahaja menyerlahkan kekayaan tradisi negara hidup masyarakat Malaysia, malah mengukuhkan lagi usaha berterusan kita menjaga dan mempromosi Warisan Budaya bersifat inklusif dan merentas kaum. Kedua-dua warisan tidak ketara Sarapan Pagi Malaysia dan juga kebaya turut berkaitan Pulau Pinang memandangkan budaya Sarapan Pagi yang kaya serta Pakaian Kebaya Nyonya yang terkenal di Pulau Pinang.

Selain itu, beberapa elemen Warisan Budaya Tidak Ketara dari Malaysia yang telah pun diiktiraf dan disenaraikan di bawah UNESCO, termasuklah Teater Mak Yong (2008), Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Pantun (2020), Upacara Wangkang (2020), Songket (2021), dan Mek Mulung (2023). Kerajaan Negeri menonjolkan dondang sayang, silat dan pantun dalam acara-acara kebudayaan Negeri Pulau Pinang untuk diperkenalkan kepada penonton tempatan dan antarabangsa. Pendek kata, Malaysia secara keseluruhannya mempunyai sembilan elemen Warisan Budaya Tidak Ketara yang telah diiktiraf oleh UNESCO. Pada masa yang sama, terdapat dua lagi elemen yang sedang dalam proses pencalonan, iaitu Perarakan Chingay dan Tarian Singa, yang masing-masing merupakan hasil usaha bersama dengan Singapura dan China. Itu saja. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih. Soalan tambahan. Saya terima kasih kepada jawapan yang diberi daripada YB Paya Terubong. Cuma saya tadi perasan kita ada kebudayaan Chingay, Tarian Singa, Silat, Pantun tapi saya ingat mungkin kebudayaan dan kesenian daripada Kaum India juga kita boleh menceburi untuk sorry untuk mendapatkan status ke Warisan Kebudayaan yang Tidak Ketara juga. Ini dapat seperti apa yang disebut oleh Paya Terubong, kita dapat merangkumi kesemua kebudayaan, khususnya kepada kepelbagaian kebudayaan di Malaysia kita. Dan soalan tambahan, saya nak kemukakan soalan tambahan. Bagaimana program-program yang berkaitan dengan warisan yang tidak ketara ini dimasukkan ke dalam Sektor Pelancongan Negeri dan supaya ia dapat memberikan manfaat kepada ekonomi dan komuniti tempatan. Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya. Terima kasih atas soalan tersebut. Saya rasa itu cadangan bagus tetapi apabila kita mencalonkan sesuatu Warisan Tidak Ketara, Budaya Tidak Ketara di peringkat antarabangsa kita perlu menyusuri checking, apa menyiasat ataupun menyusuri asal usul warisan budaya tersebut. Saya, sebagai contoh kita mengeksport Chingay ke Singapura, sebenarnya Chingay Singapura yang pada hari ini, hanya dimulakan tahun 1972 dan semasa Tahun Baru Cina dan dalam dokumentasi buku-buku di Singapura bahawa mereka sebenarnya apa mempelajari apa yang berlaku di Chingay Pulau Pinang kemudian kita eksport lah, maksudnya dari elemen kebudayaan dan perlu menyusuri tadi budaya budaya India juga kita tidak boleh mencalonkan budaya-budaya India kita, kecuali kita tanya India juga kerana budaya itu ada berasal dari Negara India. So perlu ada satu usaha bersama, pencalonan bersama, kerana untuk mengelakkan apa, ada ketidakserasian kerana perlu dalam peringkat antarabangsa kalau budaya yang berasal daripada sesuatu zon kita perlu juga bersama mereka dan bukan kita kata ini khas untuk Malaysia.

So itulah dia punya keadaan buat masa ini, untuk kita boleh mencalonkan sesuatu bersama dengan negara-negara lain dan saya rasa Jabatan Warisan Negara dalam aspek ini boleh juga melihat kepada cadangan Yang Berhormat dan soalan kedua tadi yang berkaitan apa?

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Berkenaan dengan program-program berkaitan warisan tersebut dapat dimasukkan untuk kepada sektor pelancongan demi memanfaatkan ekonomi dan juga komuniti tempatan.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya. Dia memang dia sebahagian daripada tourism calendar kita tetapi tahun lalu kita memulakan sesuatu yang baru. Kerana kalau dulu Perarakan Chingay diarak saja dari depan sampai belakang habis, habis cerita, orang menggambar Instagram, selfie itu sahaja. Tetapi tahun sejak tahun lalu kita cuba sesuatu yang baru semasa Perayaan Warisan kita ada satu kawasan zon, pengalaman, experience the Chingay. Maksudnya dia, you boleh pegang, you bukan saja tangkap gambar, you boleh pegang Chingay, boleh main, you boleh jalan, you know so kita panggil satu experience zone, supaya pelancong-pelancong sama ada penduduk tempatan juga boleh juga selain daripada tangkap gambar bersama Chingay boleh juga merasai keberatannya gaya-gaya bagaimana ia bergerak semua mereka ada satu experience zone dan perkara tersebut kita telah diperkenalkan tahun lalu dan kita akan berterusan untuk tahun hadapan supaya kita bukan sahaja masukkan dalam tourism calender tetapi ada satu pengalaman yang berlainan kepada rakyat Pulau Pinang rakyat Malaysia dan juga pelancong antarabangsa. Itu sahaja jawapan saya, terima kasih.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ingin mencadangkan supaya boria juga dimasukkan sebab kita tahu boria ini adalah satu kebudayaan yang dipamerkan sejak begitu lama sekali di Pulau Pinang.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih di atas cadangan tersebut. Jabatan Warisan Negara di peringkat persekutuan MOTAC mereka ada satu senarai yang panjang yang kita panggil warisan kebangsaan dan warisan kebangsaan ada beratus-ratus perkara, muzik, seni muzik dan sebagainya dan saya rasa sebelum kita angkat ke peringkat antarabangsa sebenarnya negara juga banyak Jabatan Warisan Negara banyak mengiktiraf alat-alat muzik seni dan sebagainya dan saya perlu semak sama ada boria dalam senarai tersebut. Sekian, terima kasih.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah, sudah 3. Seterusnya saya hendak menjemput soalan nombor 33.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Selamat Pagi Selamat Sejahtera. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua soalan nombor 33 masih isu gelandangan.

33. Pulau Pinang terkenal sebagai destinasi pelancongan Malaysia dan juga

menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan bertaraf antarabangsa,

tetapi isu gelandangan masih menjadi isu utama yang perlu ditangani.

(a) Apakah kaedah atau strategi yang akan dilaksanakan untuk mengatasi

isu ini?

(b) Berapakah jumlah gelandangan yang berjaya diselamatkan

sehingga bulan April 2025?

Yang di-Pertua (Speaker)

Tolong ringkaskan, saya rasa kebanyakan jawapan sudah pun jawab.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, I will read ya. Terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker kepada soalan Yang Berhormat Kebun Bunga. Pulau Pinang sememangnya merupakan destinasi pelancongan pilihan di Malaysia, jadi saya bersetuju bahawa imej dan kebajikan komuniti rentan seperti gelandangan perlu diberi perhatian serius. Oleh itu, pihak Kerajaan Negeri amat berkomited dalam menangani isu gelandangan secara menyeluruh dan berperikemanusiaan. Jadi antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani isu gelandangan adalah Pusat Transit Gelandangan yang ditubuhkan pada September 2023. Jadi ini saya boleh ringkaskan tak, saya bacalah ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Intipati sudah.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ada banyak kempen kesedaran kepada orang awam juga seperti bijak membantu elak tertipu dan kita juga selaku pengendali operasi untuk melaksanakan usaha pemulihan seperti program padanan pekerjaan yang semua ini pun sudah ada actually. Jadi bagi gelandangan yang dikenalpasti mempunyai potensi untuk diintegrasikan semula ke dalam masyarakat akan dimasukkan ke institusi seperti Desa Bina Diri di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengikuti latihan kemahiran dan program pemulihan.

Jadi untuk makluman, dari tahun 2022 sehingga 2025, JKM Pulau Pinang melalui Pejabat Kebajikan Daerah telah menempatkan seramai 48 orang papa ke Institusi Desa Bina Diri (DBD). Jadi daripada jumlah tersebut, 20 orang telah berjaya menamatkan latihan kemahiran dan kini mampu menjana pendapatan sendiri, manakala baki 28 orang masih menjalani latihan di institusi berkenaan. Kerjasama dengan wakil komuniti setempat, termasuk Ahli Majlis, MPKK, NGO, dan pertubuhan agama. Wakil komuniti ini berperanan sebagai frontliner yang dapat mengenal pasti dan memberikan maklumat awal kepada agensi berkaitan berkenaan isu gelandangan. Melalui jalinan kerjasama ini, tindakan intervensi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan apabila maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan cepat.

Pejabat saya turut bekerjasama dengan Yang Berhormat EXCO Perumahan untuk mengenal pasti langkah penyelesaian yang sesuai, bagi memastikan kebajikan gelandangan yang berkeluarga terus terbela. Jadi dari bulan Januari hingga April 2025, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang telah berjaya menyelamatkan seramai 79 orang gelandangan di seluruh negeri Pulau Pinang. Pecahan mengikut daerah adalah seperti di LAMPIRAN A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Usaha menangani isu gelandangan bukan sahaja perlu dilihat sebagai satu tanggungjawab sosial, tetapi juga sebagai sebahagian daripada strategi untuk memelihara reputasi Pulau Pinang sebagai negeri pintar, inklusif dan mampan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Batu Uban, silakan.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan nombor 34.

34. Adakah Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian impak terhadap

kenaikan caj perkhidmatan hospital swasta di Pulau Pinang?

(a) Langkah–langkah yang diambil untuk memastikan ia tidak

membebankan rakyat, khususnya golongan yang kurang mampu?

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya daripada Batu Uban yang menanyakan soalan berhubung dengan caj perkhidmatan hospital swasta di Pulau Pinang. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Batu Uban dan juga Dewan yang mulia ini tiada kajian khusus yang dijalankan di peringkat Kerajaan Negeri buat masa sekarang bagi mengkaji impak terhadap kenaikan caj perkhidmatan hospital swasta yang ada di Pulau Pinang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mengawal selia caj fasiliti yang dikenakan atas kemudahan penjagaan kesihatan swasta.

Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan peraturan- peraturannya hanya mengawal selia fi profesional yang dikenakan di hospital swasta. Jadi bagi menjawab soalan Yang Berhormat Batu Uban berhubung dengan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan kos rawatan ini tidak membebankan rakyat. Bagi golongan yang kurang mampu khususnya mereka daripada golongan B40, caj bayaran sebenarnya di hospital-hospital kerajaan masih sama dan belum dikenakan kenaikan. Selain daripada itu di bawah hospital kerajaan kita juga mempunyai Jabatan Kerja Sosial yang terletak di setiap hospital yang akan turut membantu dalam mendapatkan bantuan bagi golongan yang kurang mampu. Itu sahaja jawapan saya.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Tambahan Dato’ Seri. Terima kasih kepada saya sahabat saya daripada Padang Lalang kita faham bahawa Pulau Pinang ini memang terkenal (dengan izin) medical tourism, ada ramai pesakit-pesakit daripada luar negara datang berubat di Pulau Pinang ini mungkin itu boleh menyebabkan bahawa kos perubatan ini meningkatkan terutamanya di hospital-hospital swasta dan saya faham perkara ini bukan di bawah Kerajaan Negeri tapi bagi saya sekiranya isu ini tidak ditangani dengan segera saya risau lebih ramai lagi penduduk nanti akan beralih kepada hospital kerajaan yang mungkin juga akan meningkat beban kepada sistem kesihatan awam hospital di Pulau Pinang ini. Sekarang ini medical card juga telah menjadi satu keperluan it’s a must, no more optional, ramai yang mempunyai medical card tetapi sebab itu saya hendak tahu adakah kerajaan negeri juga bercadang untuk membuat pendengaran awam, atau pun menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani isu ini diperingkat negeri. Terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih rakan saya daripada Batu Uban. Saya ucapkan terima kasih khususnya soalan yang ditanyakan khususnya tentang isu mengadakan pendengaran awam tetapi saya yakin Yang Berhormat Batu Uban pun telah tahu di mana sebenarnya Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen (PAC) telah pun sebenarnya mengadakan sesi pendengaran awam khususnya yang melibatkan orang awam berhubung dengan caj perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital swasta ini. Namun demikian untuk makluman Yang Berhormat Batu Uban dan juga Ahli-ahli Dewan yang mulia ini sebenarnya Hospital Pulau Pinang kita ada betul, hospital swasta yang memberikan penumpuan perkhidmatan mereka ke atas pelancongan perubatan medical tourism (dengan izin) namun demikian di Negeri Pulau Pinang kita juga sebenarnya mempunyai hospital swasta yang bertujuan kebajikan tanpa riba antaranya walaupun mereka namanya hospital swasta namun perkhidmatan dan juga kadar harga ditawarkan adalah amat berpatutan untuk situasi di Negeri Pulau Pinang ini.

Namun demikian sebenarnya kos merupakan satu faktor yang utama di mana kalau kita lihat kepada sektor perubatan pelancongan di negeri Pulau Pinang ini kita dapat mencapai satu kejayaan yang baik dimana hampir separuh daripada jumlah hasil daripada pelancongan perubatan di seluruh negara Malaysia adalah datang daripada negeri Pulau Pinang.

Kita mencapai kejayaan tersebut disebabkan kos rawatan kita yang amat boleh dikatakan sangat berpatutan kalau kita bandingkan khususnya dengan bandar ataupun dengan negara yang lain yang turut bersama di dalam perubatan pelancongan ini harga kos itu menjadi satu faktor utama sebenarnya sebab kalau kos yang ditawarkan oleh hospital swasta ini perkhidmatan mereka kalau melambung dengan tinggi semestinya pelancong perubatan ini akan memilih mungkin pergi ke negara Thailand atau pun negara Singapura untuk menjalankan rawatan ini dan saya rasa ini dari segi pertimbangan dari segi perniagaan dan sebagainya itu adalah faktor yang akan dipertimbangkan oleh hospital swasta namun demikian saya pun mengambil maklum khususnya tentang keprihatinan Yang Berhormat Batu Uban tentang kadar caj perkhidmatan yang melambung dan juga kadar insurans sepertimana yang dibangkitkan oleh namun demikian perkara ini sebenarnya kini perkara ini di dalam perhatian dan tindakan Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kita lihat bagaimana kita hendak mencapaikan keseimbangan khususnya untuk memastikan perkhidmatan perubatan yang berkualiti taraf dunia dapat ditawarkan kepada rakyat kita pada harga yang berpatutan. Sekian, terima kasih

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. KOMTAR dipersilakan

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Selamat pagi Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan 35.

35. Apakah pelan mitigasi dan adaptasi yang telah atau sedang dirangka, oleh

Kerajaan Negeri bagi menangani ancaman kenaikan paras laut yang direkod

dalam laporan NASA iaitu paras laut global meningkat lebih cepat pada tahun

2024 khususnya untuk melindungi kawasan-kawasan yang berisiko tinggi?

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker dan terima kasih Yang Berhormat KOMTAR, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menjawab soalan pasal sidang kali ini saya mungkin tidak dapat juga kalau tidak jawab soalan ini, dapat juga peluang untuk jawab. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi agensi seperti Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan langkah langkah mitigasi dan adaptasi bagi menangani ancaman kenaikan paras laut yang semakin membimbangkan seperti yang turut disahkan oleh Laporan National Aeronautics and Space Administration (NASA). Contohnya, agensi seperti MBSP telah mengenakan sekatan pembangunan di kawasan pesisiran yang berisiko serta mewajibkan penilaian impak alam sekitar (EIA) so setiap pembangunan di sekitar kawasan persisiran dikehendaki untuk submit Pelan EIA bagi semua projek pembangunan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Selain itu, pemantauan paras laut dan peningkatan sistem saliran dijalankan secara berterusan. Di samping penggunaan teknologi seperti satelit dan model ramalan cuaca bagi meramalkan banjir pesisir. Program kesedaran komuniti seperti penanaman bakau dan pembersihan pantai turut digiatkan bersama, NGO dan juga bersama dua-dua PBT. Bagi pihak MBPP pula, usaha tersebut dapat diperhatikan melalui kajian Draf Rancangan Tempatan MBPP 2035 yang memasukkan isu kenaikan paras laut sebagai komponen penting dalam elemen Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Selain itu, dengan berpandukan kepada garis panduan seperti Dasar Alam Sekitar Negara (DASN), Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (GPPPP KSAS) dan dokumen Rancangan Fizikal Zon Pesisir Pantai Negara Kedua (RFZPPN2) akan membantu dalam mengawal pembangunan dan memastikan kelestarian kawasan zon persisiran pantai kekal terpelihara. Selain itu, permohonan pembangunan di kawasan pesisiran kini disemak dengan ketat dengan syarat penetapan aras platform yang lebih tinggi daripada aras lautan maksimum.

Adakala masa berapa puluh tahun dahulu pembangunan diluluskan dengan mengambil kira 50 years flood masa sekarang 100 years flood pun susah hendak manage, so kita ambil kira unsur-unsur sebegini untuk mengatasi masalah ini akan datang di masa depan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memantau kawasan pesisir pantai dan melaksanakan langkah pencegahan segera sekiranya berlaku limpahan air laut, tertakluk kepada peruntukan tahunan. Bagi jangka masa panjang, tiga projek berkaitan fenomena air pasang besar sedang dilaksanakan di Bagan Ajam di Byram, Nibong Tebal dan Pantai Mak Minah di Juru. Selain itu, JPS Malaysia sedang menjalankan Kajian Semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ISMP) negeri Pulau Pinang yang dijangka bermula pada Jun 2025 dan mungkin akan makan masa 24 bulan iaitu 2 tahun. Skop kajian merangkumi hakisan pantai, kesan terhadap alam sekitar, perubahan morfologi muara sungai, strategi pembangunan pesisir, garis panduan pembangunan dan pembangunan Sistem Sokongan Keputusan. Cadangan kajian ISMP akan dilaksanakan secara peringkat berperingkat. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan saya nak menjemput...(gangguan)

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan, Dato’ Seri. Soalan saya adalah apakah peranan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBPP dalam menyelaraskan Pelan Tindakan Segera sekiranya berlakunya fenomena air pasang besar atau pun ribut kuat yang mengancam keselamatan penduduk di Jeti-jeti Clan, Pengkalan Weld seperti apa yang berlaku pada tahun yang lepas. Terima kasih.

Kami masih pantau cara-cara mengatasi masalah ini kerana ini bukan sentiasanya berlaku dan seperti di kawasan-kawasan yang rendah kami dah pun memasang pintu kunci air, di mana jika ada emergency raised of water and level dapat juga kawal. Kemungkinan di kawasan-kawasan yang tersebut pun kita akan ada, kita akan ada satu cara untuk mengatasi jugalah, dengan cara yang kita sudah pun ada untuk memastikan dia tidak ulang semula. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Teluk Bahang, saya persila.

Muhamad Bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Terima kasih, Dato’ Seri Speaker. Bulan Ramadhan Bulan Puasa, Selepas Syawal Berpuasa Enam, Wahai EXCO Yang Budiman,

Soalan saya nombor 36.

36. Projek Mutiara LRT.

(a) Nyatakan setakat ini berapa peratuskah kerja- kerja persiapan

tapak dan laluan telah disiapkan.

(b) Berapa ramaikah penduduk-penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah dan rumah yang terlibat?

(c) Berapa banyak pampasan yang telah dibayar kepada mereka

yang terlibat?

Muhamad Bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, terima kasih pada Yang Berhormat Telok Bahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila jawab.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Yang Berhormat Speaker, saya nak jawab sekali dengan soalan 48 juga sebab hampir sama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, boleh.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Yang Berhormat, status terkini projek LRT adalah di peringkat pengambilan tanah yang telah pun diwartakan bagi Seksyen 8 di bawah Akta Pengambilan Tanah oleh pihak PTG bersama dengan MRTC (MRT Corp), bagi lot-lot yang terlibat dengan jajaran LRT Segmen 1 iaitu dari KOMTAR ke Permatang Damar Laut. Kebenaran mengguna melibatkan tanah-tanah kerajaan telah pun diberikan kepada MRTC bagi 86 lot setakat ini. Dan selain itu, langkah-langkah bagi kerja awal sedang diusahakan selepas mendapat kelulusan di bawah Seksyen 20A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Pada masa yang sama projek LRT Laluan Mutiara kini berada dalam fasa persiapan awal di mana aspek penting dalam kerja-kerja pra-pembinaan ialah pemindahan utiliti sedia ada dan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang kerja pembinaan stesen atau jejambat dapat dimulakan. Seperti juga yang sepertimana saya sebut dalam penggulungan, projek ini dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2025 dari segi kerja-kerja fizikal, manakala pembinaan berskala besar dijangka bermula pada suku keempat tahun 2026.

Yang Berhormat bilangan penduduk yang terlibat hanya akan diketahui apabila siasatan di bawah Seksyen 12 Akta Pengambilan Tanah dijalankan. Proses siasatan dijalankan dalam tempoh yang terdekat setelah pewartaan Seksyen 8 dibuat iaitu pada 10 April yang lalu. Kuantum pampasan pula akan dimuktamadkan setelah proses siasatan dilaksanakan. Setakat ini proses penilaian pampasan masih belum dilaksanakan dan ini akan diperlukan oleh pihak Tribunal Tanah. Untuk soalan mengenai kos sebenarnya Kerajaan Negeri, perincian kos adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Tapi maklumat yang kita ada, MRT Corp memaklumkan bahawa kos semasa projek LRT Laluan Mutiara ini dianggarkan sekitar RM13.0 bilion berdasarkan skop dan reka bentuk terkini. Kos tambahan ini adalah termasuk dengan reka bentuk tambahan bagi jambatan yang akan menghubungkan bahagian Pulau ke Penang Sentral melintasi Selat Pulau Pinang.

Berkenaan dengan pemastian bagaimana Kerajaan Negeri memastikan projek ini mengikut jadual, beberapa langkah telah pun dilaksanakan. Contohnya, kita telah mensyaratkan pihak MRTC untuk melapor status terkini pelaksanaan setiap bulan kepada EXCO yang dipengerusikan oleh YAB CM supaya Kerajaan Negeri pun maklum akan perkembangan terkini dan juga kita memberi kerjasama pemudahcaraan antara agensi Persekutuan, PBT, pemaju projek dan sebagainya untuk membantu supaya projek ni tidak mempunyai kekangan dari segi masalah di tapak. Terima kasih, Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan saya nak seterusnya mohon Air Itam.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih, Dato’ Seri. Soalan saya, soalan nombor 37.

37. Perjudian digital atas talian dan scam.

(a) Nyatakan statistik bilangan kes aduan, tangkapan, tindakan,

pendakwaan dan kes hukuman yang dijatuhkan bagi gejala perjudian

atas talian dan mempromosikan perjudian atas talian di Pulau Pinang

dan KADUN Air Itam yang telah dibuat dan langkah yang diambil

oleh pihak berkuas dari tahun 2023 sehingga kini.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang di-Pertua, untuk menjawab Yang Berhormat Air Itam, statistik bilangan kes aduan, tangkap dan pertuduhan ke atas kes perjudian atas talian dan mempromosikan perjudian atas talian di Pulau Pinang termasuk KADUN Air Itam adalah seperti berikut: Tahun 2023, 2,337 kes, tangkapan 2,681 dan pertuduhan 1,390. Tahun 2024 pula, kes sebanyak 1,510, tangkapan 1,810 dan pertuduhan 1,084.

Manakala tahun 2025 sehingga bulan Mac 485 kes, tangkapan 542 manakala pertuduhan 255. Langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa bagi mencegah dan menangani kes berkaitan dari tahun 2023 sehingga kini adalah seperti berikut:

Satu, penguatkuasaan undang-undang dan operasi bersepadu. Pindaan Akta 588, kerajaan telah meminda Akta Komunikasi dan Multimedia untuk memperkukuh tindakan terhadap jenayah siber termasuk perjudian dalam talian dan penipuan digital. Operasi berterusan oleh PDRM, PDRM melaksanakan operasi seperti Ops Dadu secara berterusan untuk menumpaskan sindiket perjudian dan scam. Sebagai contoh di Melaka, ratusan serbuan telah dijalankan dengan ratusan tangkapan direkodkan setiap tahun. Saya rasa di negeri-negeri lain, sama. Tindakan terhadap sindiket, PDRM telah membekukan lebih 150 akaun keldai yang terlibat dalam sindiket perjudian dalam talian melibatkan jumlah wang melebihi RM32 juta.

Keduanya, sekatan laman web dan talian komunikasi. Sekatan laman web melalui tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menyekat ribuan laman web perjudian dalam talian. Sebagai contoh, sebanyak 6,381 laman web disekat antara tahun 2020 hingga 2022. Penamatan talian telefon, MCMC juga telah menamatkan lebih 212,000 talian telefon yang digunakan untuk menghantar SMS spam berkaitan promosi judi dan penipuan lain.

Ketiga, kerjasama strategik antara agensi. PDRM bekerjasama dengan agensi seperti MCMC, SPRM dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan operasi bersepadu. Tindakan terhadap premis pula melibatkan langkah seperti pemotongan bekalan elektrik dan air ke atas premis yang terlibat dalam aktiviti perjudian turut dilaksanakan bersama syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional. Keempat, pendidikan dan kesedaran awam. Kerajaan menjalankan kempen kesedaran mempunyai pelbagai platform untuk mendidik masyarakat tentang bahaya perjudian dalam talian dan penipuan siber.

Saya rasa Timbalan Menteri Kementerian berkenaan amat proaktif dalam isu ini dan senantiasa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat. Seterusnya juga pendidikan di sekolah, usaha-usaha mendidik pelajar tentang risiko perjudian dan penipuan dalam talian turut diperluaskan di institusi pendidikan.

Kelima, cabaran dan halangan. Ada taktik sindiket menjadi cabaran iaitu sindiket perjudian dalam talian menggunakan struktur berlapis-lapis untuk mengelakkan pengesanan, menyukarkan tindakan penguatkuasaan. Keenam, langkah tambahan dan cadangan. Teknologi Kecerdasan Buatan atau AI, kerajaan menggesa platform media sosial untuk melabur dalam Teknologi AI bagi mempercepatkan pengesanan dan penurunan kandungan berkaitan perjudian. Dan seterusnya, lesen wajib media sosial. Ini satu perkara yang penting, pelaksanaan lesen wajib bagi platform media sosial bertujuan meningkatkan akauntabiliti dan memudahkan penguatkuasaan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan saya nak memohon Yang Berhormat Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 38.

38. Nyatakan data kanak-kanak berkeperluan khas di negeri dalam 10

tahun terakhir, mengikut kategori penyakit dan umur.

(a) Berapakah jumlah kanak-kanak yang mengalami gangguan

bahasa berbanding dengan jumlah pakar terapi bahasa di

hospital kerajaan dan berapa lamakah masa purata menunggu

rawatan?

(b) Apakah usaha kerajaan untuk menangani isu ini?

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang Di-Pertua, terima kasih kepada rakan saya daripada Berapit yang menanyakan soalan yang berkait rapat dengan kanak-kanak berkeperluan khas di negeri kita. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Berapit dan juga Dewan yang mulia ini, data kanak-kanak berkeperluan khas di Negeri Pulau Pinang menunjukkan trend meningkat iaitu daripada 4,547 kanak-kanak pada tahun 2021, ia kini telah meningkat kepada 6,165 kanak-kanak pada tahun ini, tahun 2025 iaitu setakat di bulan Mei tahun 2025. Dan perincian data tersebut adalah seperti di lampiran yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi Soalan Lisan. Jadi untuk menjawab soalan Yang Berhormat Berapit berhubung dengan jumlah kanak-kanak yang mengalami gangguan bahasa, jumlah kanak-kanak yang mengalami gangguan bahasa atau pun pertuturan di Hospital Kerajaan di Pulau Pinang pada tahun 2024 adalah seramai 6,781 orang kanak-kanak.

Manakala untuk makluman, jumlah therapist pertuturan yang ada di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang adalah seramai tujuh (7) orang. Jadi ia menjadikan purata masa menunggu untuk rawatan secara khususnya untuk therapist pertuturan ini pada tahun 2024 adalah 205 hari. Namun demikian bagi menjawab soalan selanjutnya oleh Yang Berhormat Berapit antara usaha daripada Jabatan Pediatrik, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang adalah dengan melatih ibu-bapa agar rawatan ini dapat diteruskan secara kendiri atau pun mandiri. Pelbagai bengkel dan latihan telah dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk melatih ibu-bapa agar mereka dapat membantu dalam rawatan anak-anak ini. Usaha ini juga adalah bagi mengurangkan masa menunggu rawatan yang lama ini di mana selain daripada itu permohonan penambahan perjawatan bagi therapist pertuturan di Pulau Pinang telah dimohon dan dibangkitkan beberapa kali di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun maklum balas yang diterima buat masa kini adalah tiada pertambahan perjawatan yang diberikan buat masa sekarang. Selain daripada itu, jabatan ini juga turut mengusulkan agar kerjasama dengan hospital swasta dapat dijalankan supaya masa menunggu untuk rawatan sedemikian dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Yang Berhormat Padang Lalang atas jawapan diberikan. Saya memang faham isu ini adalah di bawah Kerajaan Persekutuan, kuasa ini di bawah Kerajaan Persekutuan dan juga masa menunggu untuk pelbagai ibu-bapa untuk mendapat rawatan kepada anak-anak istimewa terutamanya mengalami gangguan bahasa, masa tunggu itu lama sangat. Dan saya ingin kongsikan dalam satu program komuniti yang saya anjurkan baru-baru ini, saya tersentuh melihat ramai ibu-bapa hadir bersama anak-anak mereka lebih 100 orang dalam satu program sahaja dan mereka semua mempunyai keperluan khas ringan saja seperti dalam (dengan izin) slow learning, slow speech. Cabaran untuk ibu bapa ini mereka bagitahu kepada saya bukan sahaja untuk membesarkan anak-anak mereka istimewa tapi untuk mencari maklumat dan sokongan yang sesuai. Jadi, juga ada yang kongsi kepada saya barulah saya faham kewujudan dan ada satu program membaca khas untuk kanak-kanak yang slow learner supaya membantu ibu bapa dari segi bukan sudut kesihatan, sudut perubatan tetapi dapat membantu kanak-kanak untuk belajar dengan lebih baik dan ini yang lebih menarik sebab kawasan itu adalah program itu di conduct dalam Bahasa Mandarin untuk golongan khusus sahaja.

Saya tidak tahu sama ada kita sekarang mempunyai satu platform rasmi atau sistem maklumat berpusat untuk senaraikan semua NGO, pusat belajar untuk kanak-kanak khas ini dan atau organisasi sokongan dan perkhidmatan tersebut yang salurkan kepada komuniti. Kalau tak ada saya cadangkan Kerajaan Negeri sebenarnya boleh ambil peranan ini untuk wujudkan platform ini. Terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih kepada soalan yang dipanjangkan oleh Yang Berhormat Berapit. Saya setuju sebenarnya memang kalau isu ini. Sebenarnya kalau kita lihat kepada keperluan kanak-kanak keperluan khas ini bukan saja kita lihat dari segi terapi pertuturan. Sebenarnya ada banyak lagi kepakaran yang kita pun perlu lihat untuk kita menawarkan satu perkhidmatan lebih baik bagi membantu kategori kanak-kanak khas ini. Saya juga turut mengucapkan terima kasih khususnya kepada kepakaran occupational therapist (dengan izin) daripada Hospital Besar Pulau Pinang ini yang turut mengadakan banyak sebenarnya program outreach untuk membantu dan juga lebih banyak ibu bapa untuk membuat, mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu kanak-kanak mereka yang mempunyai keperluan khas. Selain daripada itu, kita juga ucapkan terima kasih kepada beberapa NGO termasuk Kiwanis yang telah mewujudkan sensory room yang berpusat di Hospital Pulau Pinang dan juga terdapat beberapa NGO yang turut menyokong penubuhan sensory room ini khususnya di sekolah-sekolah Pendidikan Khas yang ada di Negeri Pulau Pinang ini tapi saya setuju dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Berapit. Mungkin Yang Berhormat Berapit boleh cadangkan di dalam Mesyuarat MMK Kesihatan selanjutnya memandangkan Yang Berhormat Berapit adalah Ahli Jawatankuasa MMK Kesihatan. Cadang dalam…

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Ya, saya juga cadang di dalam Dewan yang mulia ini.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tetapi bolehlah cadangkan di dalam Jawatankuasa MMK Kesihatan dan mungkin kita boleh tubuhkan satu rangkaian yang kita dapatkan usaha sama kerjasama daripada pihak NGO dan juga pihak swasta untuk sama-sama kita lihat bagaimana kita nak membantu golongan kanak-kanak khas ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang sudah dicadang di Dewan itu kiralah, sebab apa nak ke jawatankuasa lagi (ketawa). Seterusnya apa nama saya nak jemput Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih atas Yang di-Pertua, soalan nombor 39.

39. Nyatakan apakah harga rizab penjualan tender terbuka ke atas 559 ekar tanah di Changkat / Byram oleh PDC di antara harga direct award kepada UMECH, harga tender terbuka pertama yang dibatalkan dan harga tender terbuka sekarang dan rasional perbezaannya yang merugikan hasil PDC.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang di-Pertua, saya minta keizinan menjawab soalan 39 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Air Putih bersama juga soalan 55 yang dikemukakan oleh Machang Bubuk atas isu yang sama.

55. Batu Kawan Industrial Park 2 (BKIP 2). (a) (b) (c) Terangkan secara terperinci

berkenaan status terkini tentang pembangunan ditanah seluas 559.64 ekar.

Sekiranya tiada pembida yang layak dalam RFP kedua, apakah pelan

kontigensi kerajaan. Nyatakan cabaran dan kekangan sebenar PDC dalam

memainkan peranan utama sebagai pemaju utama serta mengurangkan

kebergantungan kepada pemaju luar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Untuk makluman dewan ini, berhubung dengan transaksi tanah BKIP 2 di Byram oleh Penang Development Corporation (PDC). Harga reserve bagi ketiga-tiga RFP di tapak berkenaan adalah seperti berikut. Pertama, rundingan dengan UMECH. Harga reserve puratanya adalah RM26.50 sekaki persegi. Tender terbuka nombor satu bagi tahun 2024 adalah RM34.30 sekaki persegi manakala tender terbuka yang kedua yang dipanggil pada tahun 2025, tender sudah tutup sekarang masih dalam peringkat penilaian. Walau bagaimanapun, PDC akan berpandukan kepada nilai yang melebihi penilaian JPPH iaitu pada kadar RM26.94. Meski pun harga tawaran tender terbuka pada tahun 2024 yang

ditawarkan oleh Consortium ASPEN IJM lebih tinggi RM7.06 sekaki persegi berbanding dengan harga tawaran UMECH tetapi tawaran tersebut tidak mematuhi 5 daripada 9 syarat utama yang ditetapkan oleh PDC.

Ketidakpatuhan syarat-syarat utama ini menjadikan tawaran yang dikemukakan oleh ASPEN IJM ini dianggap disqualified dan tidak boleh dipertimbangkan selaras dengan CAT amalan good governance. Mengikut syarat utama yang ditetapkan dengan jelas menerangkan bahawa tiada sebarang syarat tambahan yang boleh dipohon atau dikena oleh Petender kepada PDC.

Tawaran yang melebihi harga reserved tidak boleh dijadikan justifikasi utama untuk melayakkan sesuatu tender itu berjaya. Namun pematuhan terhadap syarat-syarat utama yang wajib adalah pra-syarat pertimbangan sesuatu tender atau RFP. Tambahan pula dalam kes Tender Terbuka Satu penender yang menawarkan harga tertinggi telah mengenakan pelbagai syarat tambahan yang akan membebankan kos ataupun ada implikasi kos sekiranya syarat tambahan itu disetujui oleh PDC seperti berikut, penender minta PDC menyediakan infrastruktur untuk sambung ke projek yang dicadangkan yang dianggarkan akan melibatkan kos sebanyak RM150 juta. Kedua, pemberi pemberian milik pegangan kekal walaupun syarat tender leasehold 60 tahun. Ini kalau disetujui walaupun bukan PDC yang setuju. Ini pihak Kerajaan Negeri yang perlu setuju, melibatkan premium RM144 juta. Ketiga, penender mahu PDC reserve kawasan berbukit di Batu Kawan untuk dijadikan kawasan kuari untuk menampung keperluan projek. Itu pun melibatkan kos opportunity lebih kurang RM25 juta. Keempat, dia mahu kita setuju dengan syarat First Right Refusal bagi tanah-tanah PDC seluas 500 ekar yang kita ambil dari Sime Darby. Saya percaya Yang Berhormat Air Putih masih ingat dalam perjanjian dengan ASPEN di Batu Kawan juga mengandungi klausa ini. First Right Refusal. Apa maksud First Right Refusal? Kalau dalam kes tanah Sime Darby, kalau ASPEN menang tender ini sekiranya PDC mahu majukan tanah-tanah kita di Sime Darby tanah yang kita ambil dari Sime Darby…

Yang di-Pertua (Speaker)

Kena tanya dia dulu.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kita perlu offer kepada ASPEN IJM terlebih dahulu. Ini bermaksud kita sudah dibekukan kepentingan kita dan hak kita untuk bebas memajukan tanah berkenaan. ASPEN di Batu Kawan sehingga hari ini hampir 10 tahun, tanah yang sebelah ASPEN di IKEA itu kerana First Right of Refusal, PDC menghadapi pelbagai cabaran untuk memajukan tanah ini. ASPEN tidak akan setuju atau tidak boleh setuju dengan cadangan-cadangan apabila kita mahu majukan tanah ini. Jadi syarat ini macam mana kita boleh setuju? It will restrict our right to develop 500 acre of land. Apa cost dia kalau kita setuju?

Kelima, perubahan struktur pemegang saham syarikat dan pindah milik tanah tidak perlu persetujuan PDC. Ini pun kita tidak dapat menimbang dalam kes UMECH. Oleh kerana dia tidak maklumkan penukaran ekuiti dalam syarikat itu pun kita batalkan UMECH punya transaksi. Ingat lagi? Sebab dia tak maklumkan kepada PDC. ASPEN pula yang minta syarat ini. Mengambil kira kos-kos atas syarat-syarat yang ASPEN mahu itu, kita tolak-tolak tolak sebenarnya tawaran dia tinggal lebih kurang 500 juta sahaja. If you minus all this cost, yes you may offer a higher price but minus have scores tinggal RM500 juta

lebih kurang pun dengan kes UMECH. Jadi dalam prinsip good governance, bolehkah PDC setuju? Tidak boleh. Yang Berhormat Air Putih menggunakan isu ini sidang lalu, mengkritik pengurusan PDC sebab tidak bertanggungjawab dan sebagainya tetapi kita tahu sebab sebenar.

Setelah sebab sebenar diumumkan ASPEN dan IJM pun senyap saja. Tak ambil apa-apa tindakan sebab dia tahu sebab sebenar mengapa kita tidak dapat menerima tawaran memandangkan dia pun menawarkan harga yang lebih tinggi tetapi tolak harga ini sebenarnya dia lebih rendah dengan kes UMECH. Andaian Air Putih bahawa kita tolak kita akan rugi, itu andaian semata-mata sebab mengikut PDC kita boleh tender semula. Kalau tak berjaya, lumrahlah bukan setiap kes kita berjaya. Kita boleh tender semula. Kalau tender semula boleh dapat harga yang lebih tinggi. Terbukti jugalah ASPEN tawarkan harga yang lebih tinggi berbanding UMECH tetapi dengan syarat-syarat dia. Jadi kita masih menjalankan tender yang seterusnya seperti ditanya oleh Yang Berhormat Machang Bubuk dan kita akan menunggu keputusan kes ini dan semestinya kita akan menjaga kepentingan PDC dalam perkara ini.

Lagi pun setelah kita menang kes dengan Sime Darby, 500 lebih ekar itu sekarang PDC menang kes mahkamah. Terima kasih kepada Penasihat Undang-Undang sejak pagi tadi Encik Sarjit Singh ada tapi dia tak ada. Pasukan dari Penasihat Undang-Undang menang kes dengan Sime Darby dan kita ada kawalan terhadap 500 ekar lagi. Dalam tender yang terkini, siapa yang menang perlu sediakan infrastruktur dan apabila kita memajukan baki tanah itu, kita dapat manfaatlah. Mengkongsikan infrastruktur yang disediakan oleh pihak yang menang ni, kalau menanglah. So, kita pun jimat dari segi menyediakan infrastruktur-infrastruktur ke tempat ini. Sekiranya tidak berjaya Machang Bubuk. Seperti ada vision di hadapan, sekiranya tidak berjaya kita akan teliti semula apakah syarat-syarat yang begitu susah sehingga tidak ada orang dapat kemukakan pindaan untuk memajukan tanah seluas 559 ekar ini.

Kita akan menambah baik. Tender yang terkini pun sudah ditambahkan tambah baikkan supaya dapat menarik pembida-pembida untuk memajukan tanah ini. Kalau gagal lagi kita masih ada option. Kita majukan sendiri lah tetapi kita perlu tanggung kos infrastuktur yang tinggi. Sebab tanah itu di kawasan Jawi hari ini kalau pergi sana macam no man’s land lah. Ya, keadaan tanah memerlukan tambun tanah, soil treatment. Infrastuktur nak sambung ke Batu Kawan semua melibatkan kos yang tinggi. Jadi saya berharap penjelasan yang kedua di Dewan ini, Aspen, IJM pun sudah senyap tetapi Air Putih masih minat. Tapi saya harap penjelasan ini akan menutup bab ini. Terima kasih. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Perkara pokoknya bukanlah sama ada minat tidak ada minat. Ianya berkaitan dengan kepentingan awam. Macam mana kita boleh memaksimakan hasil tanah yang diperolehi daripada jualan ini. Pada awalnya, memang tidak setuju dengan direct nego kerana jumlah hasil yang diperolehi adalah lebih rendah dan memang kita sokong usaha untuk buat tender terbuka yang lebih telus dan juga lebih kontur dan juga lebih cekap. Mujurlah akhirnya direct nego dibatalkan dan diganti dengan tender terbuka.

Di sini saya hanya nak tanya sekiranya itu hasil yang diperolehi adalah lebih tinggi daripada direct nego, dan sekarang tender kedua pula tidak adalah setinggi daripada apa yang ditawarkan tawarkan oleh IJM Aspen. Ini Aspen bukan lah yang penting, yang penting IJM. Sebuah syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan kalau kita lihat tadi Yang Berhormat Amat Berhormat Ketua Menteri cakap tidak ada jawapan, tidak ada balasan. Tetapi di sini saya nak tarik perhatian tentang kenyataan pada 2 hari bulan Disember 2024 dikeluarkan oleh Aspen dan IJM tentang perkara ini. Mungkin PDC boleh merujuk perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di mana semua perkara yang disebut oleh Yang Amat Berhormat telah pun dijawab. Ini adalah RFP secara tender terbuka di mana rundingan bolehlah dibincang di antara dua-dua pihak. Tetapi mereka mendakwa, IJM mendakwa tidak ada rundingan sedemikian. Tetapi itu di antara Kerajaan Negeri dan di antara PDC dan juga dengan IJM sama ada dijalankan secara profesional atau tidak perkara ini. Yang penting ya, pastikan kita memaksimakan hasil yang diperolehi oleh PDC dan juga Kerajaan Negeri.

Di sini kita lihat perbezaan RM172 juta di antara harga direct nego dengan harga tender terbuka. Yang Amat Berhormat Perdana Ketua Menteri menyatakan, kerana ada syarat-syarat tersebut, mengurangkan hasil sebenarnya. Ini dipertikaikan oleh IJM dalam kenyataan terbuka mereka pada 2 Disember 2024. Yang saya nak tanya, bolehkah pastikan bahawa pada tender semula ini kita dan rakyat mahu lihat hasil yang tertinggi yang boleh diperolehi daripada penjualan 559 ekar. Bolehkah kita pastikan ia lebih tinggi daripada bukan sahaja direct nego. Tapi daripada tender pertama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Dan yang kedua, saya nak ucapkan tahniah kepada PDC atas kemenangan kes mahkamah tentang pengambilan tanah Sime Darby. Ini telah dimulakan lebih 10 tahun dan akhirnya ada penyelesaian. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Segala keputusan akhirnya perlu dibuat oleh Lembaga Pengarah. Urusan boleh membentangkan apa syor, cadangan dan sebagainya. Tetapi transaksi yang sebesar ini perlu kelulusan Lembaga dan Lembaga yang membuat keputusan yang muktamad. Saya tidak dapat ulas dalam tender yang baru tutup, dalam proses penilaian. Saya sememangnya tidak ada akses kepada makluman ini. Siapa tender, berapa syarikat tender. Ini kita perlu tunggu selesainya penilaian, ianya akan dibentangkan kepada Lembaga untuk pertimbangan Lembaga Pengarah. Semestinya kita mahu menjaga kepentingan.

Sekiranya apa yang saya ulas itu yang membabitkan begitu banyak kos tambahan yang perlu dipikul oleh PDC, sekiranya kita setuju memilih syarikat ini saya percaya ada pihak yang mempertikaikan dan persoalkan juga. Mengapa walaupun harga tawaran itu, mengapa PDC tidak mengambil kira kos yang perlu ditanggung sekiranya syarikat ini dipilih.

Apa pun setakat ini, syarikat-syarikat ini tidak lagi membangkitkan isu yang sedemikian. Pejabat saya mengalu-alukan kalau syarikat ini merasakan teraniayai, mereka boleh bangkit. Saya pun tidak tahu sama ada mereka masuk tender dalam RFP yang terkini ini. Kita tunggulah keputusan tender yang dijalankan dan sudah menjadi prematured untuk kita buat andaian sedemikian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih pada Ahli-Ahli Yang Berhormat. 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri. CM.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang dijawab tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Pada usul di bawah Peraturan 6A (1) Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Di mana saya pohon supaya masa persidangan hari ini 22 Mei hari Khamis dilanjutkan sehingga semua urusan mesyuarat diselesaikan. Maksud kalau 12:00 tengah malam, 12 tengah malam lah. Terima kasih.

Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun kemukakan usul di bawah Peraturan 6A (1) untuk kita melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 22 Mei hari Khamis, dilanjutkan sehingga semua urusan mesyuarat selesai. Ahli-Ahli yang bersetuju katakan ya.

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Sesi Penggulungan

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli yang tidak bersetuju katakan tidak. Tidak ada ya. Kita semua setuju. Jangan marah nanti. Ahli-Ahli Yang Berhormat, maka kita beralih ke sesi penggulungan usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang telah pun berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini pada 16 Mei yang lalu dan saya nak mempersilakan penggulung untuk hari ini. Sila, Datuk Keramat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Salam Sejahtera, Salam Pulau Pinang 2030 dan Salam Malaysia MADANI saya ucapkan pada Dato’ Seri Speaker dan kepada semua rakan saya di Dewan yang mulia ini. Saya tidak ingin mengambil terlalu banyak masa. Banyak yang telah kita bincang dalam mesyuarat ini dan seperti mana Dato’ Seri, Dato’ Speaker, Dato’ Timbalan Speaker yang hadir sekarang nyatakan. Saya first of all pertamanya ingin saya luahkan rasa syukur saya kepada keseluruhan Dewan ini dan yang terpenting kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang telah pun begitu kita lihat bagaimana bermulanya tetapi begitu berminat dengan kepesatan dan perkembangan negeri Pulau Pinang. Itu dalam ucapan beliau yang kita dapat lihat dan juga ingin saya tidak boleh lupa juga kepada Mantan Timbalan, Mantan Tuan Yang di-Pertua iaitu Dato’ Seri Fuzi, Tun Fuzi atas perkhidmatan beliau sewaktu beliau berkhidmat pada waktu tersebut.

Dato’ Timbalan Speaker, ingin saya nyatakan untuk portfolio saya iaitu sekarang di bawah pembangunan modal insan atau pun more more or less dalam pendidikan juga dalam sains dan teknologi. Saya gembira menyatakan kepada Dato’ Speaker, Dato’ Timbalan bahawasanya kita terus sedang mengukuhkan kedudukan kita sebagai Lembah, Lembah Silikon Timur dengan menyumbang 6.5% kepada industri semi conductor dunia. Almost 7% now actually. Hampir 7%. Negeri ini menjadi pemacu utama eksport negara di mana RM71 bilion daripada RM329.4 bilion pelaburan yang diluluskan adalah berhasil dari, berasal dari Pulau Pinang.

Dato’ Timbalan Speaker, now kejayaan ini Dato’ Timbalan, didorong oleh satu ekosistem perindustrian yang mantap dan infrastruktur yang canggih serta kerjasama erat antara Kerajaan, Pihak Swasta dan Institusi Pendidikan. Ini penting bagi memastikan daya saing kekal utuh, pelaburan berterusan dalam pembangunan bakat berkemahiran tinggi itu penting. Apabila kita sebut tentang hal dan bab pembangunan bakat, kita perlu lihat di Pulau Pinang kita dah ubah sedikit di mana bakat dan kemahiran yang kita lihat itu adalah yang bakat berkemahiran tinggi. Now that is extremely important begitu penting Dato’ Timbalan Speaker because itulah apa yang sedang berlaku di dalam dunia.

So, kita sedang melihat kepada itu dan kita akan buat sedemikian rupa dengan pertingkatkan latihan teknikal, pendidikan STEM dan kerjasama dengan banyak syarikat-syarikat multinational (MNC) (dengan izin). Di mana kita bukan sahaja seperti mana saya nyatakan kepada rakan-rakan saya, satu destinasi pelaburan tetapi sekarang kita di peringkat global melihat bahawa kita pemacu utama untuk inovasi. Also another very important point. Inovasi begitu penting sekarang.

Sekarang Dato’ Timbalan Speaker, Pulau Pinang, kita bersedia menghadapi masa hadapan dengan pencapaian yang membanggakan dalam landskap ekonomi dan industrinya di mana kita telah berjaya menarik seperti mana saya nyatakan multinational company tadi, just for information untuk semua lebih dari 450 syarikat multinational, MNC dengan perusahaan kecil ataupun sederhana (PKS) or SMEs it is known around nearly 7 thousand. Sekarang 7 ribu.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat Datok Keramat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Dan kita. Yes?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Sorry. Boleh mencelah sikit? Sebelum ke nak dapat sedikit penjelasanlah.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Boleh, boleh. Silakan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Tadi ada sebut tentang pendidikan tapi sebelum saya mencelah izinkan saya Timbalan Speaker untuk mengalu-alukan kita punya Pengerusi PBS Bomba dari Juru, Chew Sin Kok bersama kawan-kawan beliau. Kita tahulah PBS ini lah, seluruh Pulau Pinang, bukan saja di Juru setiap hari malam pagi 24 jam mengkorbankan masa mereka untuk membantu orang, kadang-kadang bencana dan sebagainya. Jadi saya ingin mengucapkan penghargaan kepada seluruh PBS Pulau Pinang. Yang Berhormat, balik kepada pendidikan.

Saya nak tanya pandangan Yang Berhormat kalau kita lihat teknikal progress yang sedang begitu cepat sekarang, ada perbincangan di dunia bahawa pendidikan bukan sekarang sahaja terikat kepada bila kita habis form 5 ataupun 17 tahun bahawa sekarang, ya pendidikan harus dijadikan satu lifelong learning process. Jabatan pendidikan harus selalu mengikut perubahan yang sedang berlaku yang sebegitu cepatnya dan khususnya dalam pembangunan AI. Dan bagaimana kita nak apa ni menyediakan anak-anak kita supaya kita ada future proof learning skills. Adakah, bagaimanakah rasa soalan saya untuk boleh kita skill up exposure anak-anak kita kepada AI tools supaya mereka can be, can stay forward and right the way for this AI technological advances.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Okey terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya daripada Bukit Tengah. Thank you very much my brother from Bukit Tengah. Actually saya punya ucapan hari ini bukan macam ucapan biasa saya. 15 muka surat sahaja. Tapi kalau nak tanya soalan macam ni, then mungkin akan panjang sikit. But no problem, tu biasa, itu kerja kita. Now, I don’t look at my ucapan usually anyway. It’s all of you know. You ask me about pendidikan, pendidikan actually for me saya hendak nyatakan pada semua dalam Dewan yang mulia ini.

Pendidikan itu adalah keutamaan kita kerana kita tidak akan ada dalam Dewan ini kalau tanpa pendidikan. Betul atau tidak? Siapa yang tak ada pendidikan di sini?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Semua ada

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Ha, I hope so. thank you Pinang Tunggal. Tapi pendidikan itu, betul Bukit Tengah kata, itu mungkin bukan habis apabila kita habis SPM. Hari tu saya tanya Telok Ayer Tawar, dia tak ada sini sekarang. It’s okay, It’s okay, it’s alright. It’s a lifelong learning process. Saya juga sedang dididik sekarang. Kalau kita hendak lihat pada pendidikan, saya dah empat (4) anak, dua (2) sedang belajar Undang-undang di UK, as usual lah I didn’t ask them to tapi I don't know how is in their blood, ada dalam darah mereka sudah pergi but the thing is saya, apabila saya jadi (gangguan). No, no I didn’t, hey, you are my good friend I see. It's okay come, sit down. Ini sahabat handai saya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Teruskan, teruskan.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Okey, saya ingin teruskan. So, when I’m talking about pendidikan. I give that example and because what Bukit Tengah said is very important Dato’ Timbalan Speaker iaitu ialah satu lifelong learning process. Now, tadi saya sebut saya ada empat (4) anak, dua (2) sedang buat apa ni Ijazah Undang-undang di UK. Now, I also bekas peguam, 21 tahun saya peguam.

Dan apabila saya jadi peguam bukan senang. Dan saya telah sebut pada Dewan ini saya tak tahu sama ada kita ingat atau tidak, saya tak dapat berdiri di sini, Dato’ Timbalan Speaker sekiranya saya tidak dapat biasiswa. Saya punya ayah waktu itu ditahan dibawa ISA. Saya sudah bagi tahu semua, bukan saja di Dewan ini tapi di seluruh Pulau Pinang dan di seluruh negara, dan saya akan ulangi sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kita semua ingat YB. Kita semua sudah ingat dah.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Cuma diperingati so, dengan biasiswa dua (2) yang saya dapat, satu ke Australia dan satu ke UK saya dapat Ijazah Undang-undang itu. Saya balik, coming back to your points but issue is sekarang apabila saya buat Undang-undang dulu, of course kita not last time, kita buatlah criminal law, undang-undang jenayah dan sebagainya commercial and so forth. Tapi sekarang what Bukit Tengah said is right. Sekarang Dato’ Timbalan Speaker, di universiti that's why come back to anak saya apabila dia tunjuk saya silibus dia, that’s means dia punya model, tak sama macam kita punya waktu tau. If you are a fellow lawyers ya, completely different. Mereka ada belajar AI.

That is a course in AI law, in science and technology law. Ada sekarang ni cuma hendak saya beritahulah daripada pengalaman sendiri saya, so, itu yang sedang berlaku dan I ucapkan terima kasih kerana prihatinlah terhadap isu ini. Dan di Pulau Pinang of course, apabila saya balik kepada ucapan saya, if you don’t mind, Dato’.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Muka surat pertama tak habis lagi tu.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Sekarang muka surat lima (5). I try to cut short. I come back. Thank you for helping me out. So, I was at, ya, kita ada 450 MNC dan 6500 SME setakat ini. Tapi ia sedang berkembang, as we speak, ia sedang berkembang. As Ketua Menteri kata, nanti satu hari, itu SME akan jadi MNC, LLC akan jadi SME. That is the eco system that we are having in Penang. So it is very, very big picture. Saya sudah nyatakan, actually when we talk about science and technology and industry in Penang. Dulu kita boleh sebutlah, it is a billion dollar industry you know where science and tech is concern, no, now Dato’ Timbalan Speaker and all my rakan saya kita di sini it is a trillion dollar industry not just here in Penang but in the world and I don't know how what is the next word of the trillion, I’m trying to figured it out but it is possible, because that is the position that we are act and that is where we will continue to go forward.

Dato’ Timbalan Speaker, pada tahun 2024 NCER ataupun Wilayah Ekonomi Koridor Utara telah pun kita lihat, rekodkan satu pelaburan sebanyak RM42.76 bilion dan mencipta Dato’ Timbalan Speaker, hampir 9,000 peluang pekerjaan dan ini adalah satu hasil kerjasama antara NCER iaitu daripada Pusat dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan MIDA, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Dan kepada 25, saya hendak nyatakan momentum positif ini diteruskan dengan pelaburan yang kita lihat telah pun mencatatkan sebanyak RM13.3 bilion dan lebih daripada 3 ribu peluang pekerjaan baru yang diwujudkan. That is just as off suku pada pertama apa ni, suku pertama tahun 2025, first quarter. Dan ini melibatkan and I’m happy dalam skrip ini, apabila sebelum saya menyediakan dia di pejabat, kita lihat dalam suku pertama tahun ini Dato’ Timbalan Speaker, kita telah pun banyak program yang kita ada, telah ada plan untuk melatih 60,000 jurutera menjelang 2030. So, itu sudah pun ada. And then, hari itu saya lihat tak tahu la mungkin, Timbalan Perdana Menteri telah mendapat skrip saya, saya tak cakap ucapan leak apa lah tapi dia cakap di negara Malaysia, mereka hendak 60,000 jurutera itu. And this shows kita dalam landasan yang betul. Di Pulau Pinang kita akan bantu Pusat atas apa mereka hendak. And then It’s extremely important kerana you must understand di negara Malaysia, Pulau Pinang merupakan hub industri sains dan teknologi. Jadi perlu kita ada technician, kita perlu ada engineer, kerana semua industri memerlukan mereka. Kalau tidak, tak perlu, tak boleh kita maju dan mara ke hadapan. So, Dato’ Speaker saya ingin bangkitkan berkenaan pendidikan which is extremely important on my side, I think many have asked. Untuk Kerajaan Negeri.

Muhammad Fauzi Bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yang Berhormat, Datok Keramat, boleh saya mencelah tak?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Silakan.

Muhammad Fauzi Bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya nak tanya sekarang ni, hasil yang kita dapat daripada program yang kita laksanakan, berapa hasil dia sekarang ini?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Program untuk apa?

Muhammad Fauzi Bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Program tadilah Yang Berhormat sebut tadi. Program yang telah dilakukan.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Yang untuk melatih jurutera, program itu, ya. Itu pelan kita untuk hasilkan 60 ribu jurutera menjelang tahun 2030. Tapi di peringkat ini, kita, saya tak boleh bagi tahu exact number, sedang dibuat.

Muhammad Fauzi Bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Sedang dibuat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

It’s ongoing process tapi definitely. Saya hari-hari if you talk about 450 MNC, 7 ribu SME. Saya harap you orang semua, sorry, you orang, I means YB semua, boleh tolong ikut saya pergi ke factory lah. Dan kita boleh tahu, hari-hari mereka ada. Okey, wait, wait. hold ups, hold ups.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Hari, hari ini I tengok you speak Bahasa Malaysia, no, you sudah cakap Bahasa Malaysia. Yang Berhormat Datok Keramat, Datok Keramat. Cakap tadi you all (gangguan) ada, Yang Berhormat Datok Keramat, tadi ada cakap kata melatihkan jurutera untuk 2030. Program untuk melatihkan kemahiran jurutera 2030, 60 ribu yang jurutera sekarang ada ni adakah mereka masih mendapat kerja?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Sekarang? Ada.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ada? Masih dia orang dapat kerja? Saya dapat tahu yang masih belum dapat kerja pun hampir 2 ribu orang dalam Pulau Pinang. Terima kasih Datok Keramat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

No issue.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Bersangkutan juga, YB. Bersangkutan dengan ini juga, saya berminat nak tahu berkenaan dengan satu program yang memang memberi pendapatan dan keadaan yang baik pada negeri kita iaitu program industri universiti yang diuar-uarkan oleh YB dalam sesi yang lepas dan dalam keadaan hari ini sejauh mana perkembangan universiti industri.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

That one, itu pendidikan. Saya akan datang pada itu, nanti itu isu pendidikan saya akan maklum but I answer.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Dato Keramat, Datok Keramat sikit lagi, sikit lagi.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Banyak soalan itu nanti.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Kita minat isu ni.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Boleh, boleh no problem.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Minat isu ka, minat Datok Keramat.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Bukan tadi sebut tadi tentang progress STEM, and then talent kita pun ada PSDC lama dah.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Baru nak mula itu tadi kan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Oh, tak mula lagi ka. Sangkut, sangkut.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, okey. Datok Keramat teruskan. Bagi Datok Keramat terus kan.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Saya baru nak mula tu tadi kan. Let me talk about that in a short one. Now we are on Jurutera. ok, like this. Ingin saya nyatakan soalan yang dinyatakan adalah sama ada cukup pekerjaan kerana apa yang dinyatakan oleh rakan saya adalah ada 2,000 yang tak ada kerja. Tetapi i think, hakikat yang saya tahu di lapangan iaitu di industri permintaan untuk technician dan engineer ni begitu tinggi. Now because since i'm on this topic akan overlap dengan topik yang akan datanglah on education. Saya telah pergi ke industri, factory dan bagi tahu mereka okey mereka datang ke office saya minta eh mana engineer mana technician? That's why the problem is saya tanya, saya bagi tau, permintaan itu begitu tinggi so yang kalau ada yang 2,000 itu yang tiada pekerjaan yang mencari pekerjaan itu memang ada ruang di luar itu. That is no issue at all. In fact, we are look if i can tell you that our, what we are looking is a plan kita adalah untuk melatih 60 ribu. Kalau ada 2,000 yang tak dapat kerja, mengapa kita nak melatih 60 ribu, right? So that is the reason why we are doing this. So, mungkin now. 2,000 itu mereka punya kemahiran itu tak fit into industry yang ada tapi sekarang industri kita sudah pun begitu pesat.

So it’s not the issue. If you ask me whenever i go to any factory problem. Problem dia, dia akan cakap "Jagdeep, kita perlulah lebih pekerja mahir, berbakat". And I said, no issues. We are working on it, that's why we have this plan. So kita akan buat sedaya upaya kita untuk pastikan kita boleh sampai pada tahap itulah and this is okey, Dato' Timbalan Speaker. Setakat 2030 which is not very far also anyway. Sekarang 25 dah. Lagi 5 tahun so we are working extremly hard. And now to my next chapter bab kemudiannya saya akan bagitahu bagaimana. Now ini adalah hal dan bab pendidikan.

Dato' Speaker, Dato' Timbalan Speaker. Kepada soalan daripada rakan-rakan saya tadi, penting. Kita sedang di peringkat usaha Kerajaan Negeri perluaskan program-program dan inisiatif kita dari sudut STEM, TVET di seluruh 5 daerah di Negeri Pulau Pinang termasuk ada soalan yang nyatakan di luar bandar juga. Itu penting, itu kita tak akan abaikan okey. Saya hendak tahu, saya hendak semua tahu itu dalam inisiatif kita, everyone is covered. Itu yang ingin saya nyatakan dan kita telah pun sepertimana saya nyatakan pelbagai inisiatif ini telah pun kita perluaskan kepada akses pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET, STEM kepada golongan B40 diberi keutamaan.

Dato' Timbalan Speaker. Luar bandar B40 diberi keutamaan, we understand. Now berdasarkan rekod, Dato' Timbalan Speaker kita telah lahirkan seramai 46,036 graduan TVET daripada kawasan luar bandar dan golongan B40 dengan kadar kebolehpasaran melebihi 90 peratus untuk 3 tahun berturut-turut ini. Dan di mana as my brother from Teluk Ayer Tawar cakap, mereka diserapkan terus ke dalam industri. Dan di dalam program Dato' Timbalan Speaker, Empower NCER ada satu program yang disebut itu seramai 400 pelajar B40 di Pulau Pinang telah menerima manfaat kelas bimbingan sejak tahun 2020 juga. Dato' Speaker, Dato' Timbalan Speaker. Saya cuba percepatkan kerana ada banyak terlalu banyak program but i’ll try simplify and ringkaskan. Antara usaha kita…

Mohamad Shukor Bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Dato' Timbalan Speaker.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Ya, silakan.

Mohamad Shukor Bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Minta maaf.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Boleh, boleh...

Mohamad Shukor Bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Boleh YB Dato Keramat jelaskan setakat ini jumlah pelajar bumiputra yang terlibat dalam program TVET dan STEM?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Ada. Ada jawapan akan datang. Just a short while, i will talk about it. Now. Untuk apa yang saya telah nyatakan tadi, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Nombor yang saya sebut juga merangkumilah bumiputera semua, merangkumi semua termasuk bumiputera exact number i have the answer. I think itu soalan daripada Dato’ yang soalan bertulis if I’m not mistaken, so i’ll give the answer in a short while. Dan antara usaha utama kita yang telah pun kita laksanakan adalah sebegini rupa, Dato’ Timbalan iaitu Penang Young Innovaters (PYI) untuk melatih pelajar dalam bidang inovasi termasuk Internet Off Things, percetakan 3D, kecerdasan buatan (AI) which is a question by Bukit Tengah just now. This is looking forward kita lihat ke hadapan dan memastikan akses yang adil. Kerajaan Negeri turut menganjurkan program outreach ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar as I said just now termasuk lawatan oleh mereka ke kita di Tech Dome iaitu STEM. Kita ada beberapa GLC di bawah STEM. Satu adalah Tech Dome di KOMTAR and then we have Penang Science Cluster and then the Penang Maths Platform. So ini semua adalah untuk pendidikan. So kita ajak mereka datang and then we have program hari-hari banyak program ribuan program telah pun kita laksanakan dengan kehadiran I would say ratus ribuan pelajar.

Dato’ Timbalan Speaker. That is what is happening dan ya sorry the answer is actually lebih daripada ratus ribuan, 1 juta pelawat ke Tech Dome sudah pun kita capai. Dengan Makmal Bergerak dan aktiviti di sekolah-sekolah yang tidak dapat peluang. Now pendekatan ini Dato’ Timbalan Speaker adalah untuk memastikan tiada pelajar akan tercicir daripada mendapat pendedahan awal dalam bidang STEM dan TVET. Semua ini Dato' Yang di-Pertua, adalah selaras dengan STEM Talent Blueprint. That is very important kita ada satu blueprint yang mana kita guna itu sebagai satu panduan untuk kita mara ke hadapan dan ini adalah untuk transformasi sistem pendidikan STEM dan TVET. Now kita tidak, now is STEM dan TVET bukan satu perkara baru. Mungkin ada pihak yang tak tahu pun apa STEM maksud dia, tak tahu pun apa TVET maksud dia. Sometimes saya macam tulah have to explain to you know. Science, Technology, Engineering, Maths. TVET. It's all about vocational and vocational training.

So it is something that we are now looking at satu level yang lebih tinggi kerana itu pun wujud tapi sekarang di Pulau Pinang kita hendak ambil dia ke satu tahap yang lebih hadapan which is apabila kita lihat pada Talent Blueprint itu STEM Talent Blueprint itulah yang ada dalam STEM Talent Blueprint untuk kita ambil pendidikan STEM dan TVET kita di Pulau Pinang ke satu tahap yang lebih tinggi yang tertinggi di seluruh negara Malaysia. That is going to happen dengan talent STEM Talent Blueprint tersebut. In fact Dato’ Timbalan Speaker, since i’m here and talking about this saya jumpa Menteri Pendidikan, yes. I think YB Dato’ Fadhlina Sidek if i am not mistaken. Dia datang ke pejabat saya kerana dia dengarlah cerita dari Pulau Pinang. So she came, she sat in front of me with entire Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang and also Jabatan Pendidikan Negara Malaysia also was there and they heard kita bagi tahulah tentang semua program STEM dan TVET. Ini sedikit saja yang saya ucapkan tapi I think apa yang ingin saya nyatakan adalah dia begitu if i can say tertarik dengan usaha kita di Pulau Pinang. So i said no problem kita boleh mengongsikan no issue usaha kita untuk ia juga dilihat oleh negeri-negeri yang lain and she has agreed to that in principle. No problem for us. So i'm very happy with that meeting, Dato’ Timbalan Speaker.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Datok Keramat, Yang Berhormat Datok Keramat. Boleh mencelah?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Boleh, silakan. Sure.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Saya tertarik dengan skim Talent Blueprint yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Datok Keramat tetapi dalam zaman AI ini kita, saya lebih tertariklah adakah dalam skim ini dia akan integrasikan AI dalam TVET pembelajaran TVET kerana kita tahu dalam zaman AI ni coding pun sudah tidak perlu, tidak semestinya perlu. Apa yang kita perlukan adakah macam mana kita nak integrasikan AI untuk memudahcarakan maksudnya pekerjaan, engineer, jurutera-jurutera kita dan juga memperkasakan lagi pembelajaran kita dari segi STEM supaya kita boleh macam mana cakap, provide talent pool yang compatible dengan industri sebab kadang-kadang kalau kita ada satu talent pool tapi talent pool itu tak begitu compatible dengan apa yang permintaan skill daripada industri itu pun menjadi satu masalah. Saya harap Dato Keramat boleh bagi pencerahan, terima kasih.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Boleh, no issues. Terima kasih kepada rakan saya daripada Bagan Jermal. When we talk about talent pool, kita sebut tentang kemahiran dan bakat yang diperlukan pada peringkat ini dalam zaman ini. Kita tak mahu zaman di dalam zaman kebelakangan nu. Like I said just now, when we talk about our STEM and TVET programmes, we are going forward, right. We are mempertingkatkan standard dia, tahap dia. Dan sudah tentu AI akan termaktub dan kita akan pastikan ia termasuk dalam pembelajaran TVET dan STEM di mana-mana pun but what is important and i just want since i'm here now to Bagan Jermal and to my rakan-rakan di sini. Now, one thing you mentioned just now that’s very important which i’m gonna come to is i'm happy to have that question. So in cut short everything is apabila saya pergi ke industri, saya jumpa factory, factory manager mereka dan sebagainya.

Now you see di Pulau Pinang berapa kolej, berapa universiti kita ada? tak banyak kan, tak banyak. Dato’ Timbalan Speaker? We don't have that available, unfortunately, malang. So bagaimana kita hendak hasilkan tenaga berbakat dan mahir tersebut dengan keperluan mereka. You see the thing is, keperluan mereka adalah lebih daripada apa yang kita boleh bekal. It is a question of keperluan and pembekalan. So. Apabila saya bincang dengan mereka one way to overcome this so that we are at that level, current level. Apa yang mereka perlukan? Tak perlu kita ada satu engineer yang sudah baca dia punya ijazah 10 tahun dulu masuk pergi ke satu factory dan tak tau apa mau buat. Lihat satu machine yang begitu canggih you see. I just tell you sometimes i also go there, i don't even understand what all this thing is. Sorry, it is learning process, as someone said rightly just now.

Ya, so I am learning too. Now, So what are. Saya bagi tahu macam ni. Saya lihat you ada banyak engineers sini you ada banyak technician sini sudah pun lama masih ada di sini masih guna ini machine saya tak tahu apa pun you mahu panggil dia panggillah it's okey. I said, so don’t come and complaint to me tak ada jurutera tak ada technician yang tau apa yang hendak dibuat because that your question. Sekarang you ada engineer, you ada technician, saya beritahu mereka, you latih mereka dan mereka secara prinsip sudah setuju, okey. This is the way forward, they already agreed, they bought many many syarikat gergasi yang sudah pun mengambil begitu banyak pelajar untuk dilatih. Then, mereka akan dilatih untuk teknologi yang diperlukan di waktu dan zaman ini. Simple as that, very very simple. So its happening. There’s one, silakan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Datok Keramat, saya mendengar penerangan Datok Keramat daripada berapa, daripada berapa kali persidangan, saya agak rasanya macam sama, cuma macamana cara kita nak apply, apa nama ni STEM ni dalam pertanian moden, contoh, saya membaca satu kawan saya dia dia buat satu apa nama tulisan dan juga untuk buat satu model untuk pertanian moden ini mengguna menggabungkan AI dan Robot. Saya pernah tengok dia buatkan. Doktor robot pergi, AI dia scan ulat-ulat daun, lepas tu dia bawa keluar nozzle, dia bawa keluar racun apa daun terus tembak ataupun dia terus scan, dia terus vakum ulat itu, ini robot. Yang ni kalau kita nak perkara-perka ini juga dilibatkan kepada petani-petani moden untuk maknanya menambahkan hasil ataupun lebih apa nama ni membantu ataupun untuk nak menjana pendapatan mereka dengan lebih ini dengan menggunakan teknologi moden. Jangan hanyalah disasarkan kepada kilang sahaja, kita nak melibatkan juga maknanya petani dan juga kepada ni, boleh, boleh, boleh Datok Keramat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Saya sudah nyatakan tadi, ini bukan saja di peringkat industri, di peringkat industri untuk menjawab soalan Bagan Jermal tadi untuk bagaimana kita hendak latih mereka tapi thank you Sungai Dua kerana jawab soalan yang sepatutnya dijawab saya. Soalan yang ditujukan kepada saya di mana sendiri telah nyatakan ada orang you tau yang sudah cekap dalam AI, apa sudut ini, sudut itu. Saya pun tak tau, saya dalam proses belajar ini semua but Sungai Dua lagi cekap dengan AI compared to me dan semua orang di sini. But it’s okey, okey, it’s alright. Thank you very much for your...

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Datok Keramat, adakah yang dimaksudkan yang dimaksudkan tadi ialah akan Kerajaan Negeri akan melatih melalui TVET, STEM intergrated all the AI dalam pembelajaran itu sampai ke satu tahap tetapi apabila mereka hendak masuk ke dalam industri memang akan dilatih oleh Multinasional Company according to...

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Yes, their specs.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Mereka punya their specs. Apakah itu yang telah dimaksudkan?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Memang, memang.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Okey, okey. Terima kasih.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

So I just want, I just compete the few numbers here, Dato’ Timbalan Speaker. Setakat ini infect just for your what you just ask we actually sudah pun ada 4500 program Dato’ Timbalan Sepaker untuk TVET dan STEM yang sudah melibatkan 500,000 pelajar. Now untuk mencapai matlamat yang dinyatakan tadi oleh Bagan Jermal, very important dan kita ada banyak program lain I just very quickly go through because if I want to go through, it’s a very very long, technical, skills, training step up, STEM future proofing and all these kita dapat sokongan daripada pihak Pusat, daripada Kerajaan Pusat melalui of course, first of all Kementerian Pendidikan I said, sepertimana Menteri sendiri datang kerana the problem is like this, kita nak introduce kalau saya nyatakan, kalau kita nak introduce some programme Dato’ Timbalan Speaker, masalahnya ialah ini, program itu perlu diiktirafkan oleh Kerajaan Pusat, Kementerian Pendidikan, because the syllabus must be something that they accept. This is the problem, tetapi di Pulau Pinang kita ada begitu banyak program sekarang yang mana that is the reason why Fazlina came and saw me, dia hendak tau ini program-program semua yang brought out the entire army from the Kementerian dan Penang dan Pusat sedang bekerjasama sekarang supaya kita boleh teruskan dengan semua and of course the most important saya hendak taulah Dato’ Timbalan Speaker, you see when we talk about program-program sebegini rupa, I mean yesterday you talk about AI, what is AI. You see, dalam sekolah-sekolah ini adalah untuk pendidikan kalau kita hendak smartboard dan sebagainya, semalam saya ada nyatakan di Pulau Pinang kita ada 396 sekolah dan satu smartboard Bagan Jermal tau berapa di punya harga? Mahal juga. Siapa yang tau.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Mahal juga. Depending on the specs lah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Datok Keramat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

RM20 thousand.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Datok Keramat, Datok Keramat

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Penasihat Undang-undang, saya mesti percaya punya, jangan main-main.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Datok Keramat, suasana agak tenang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tengok specs Datok Keramat, kalau besar mahal, kecil murah.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Ya, ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Suasana agak tenang, Datok Keramat tapi dah 40 minit dah ni,

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Ya, I know, no problem.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dok nampak agak tenang ja, tapi dah 40 minit dah ni,

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Sat, saya nak habis. I just want to end by saying kita boleh ada semua program inilah saya sebut tadi and in fact saya tak habis sebut pun and then tapi dalam kita hendak laksanakan program ini kalau kita hendak Teknologi & Sains tersebut itu berada dalam tangan kita supaya kita boleh gunakan ia seperti smartboard dan sebagainya. Bagaimana, apa yang kita perlu, saya tak tau rakan-rakan saya yang kawan dengan Pusat, kita pun kawan dengan Pusat la sekarang, kita perlu dana. It’s not easy so that is the other challenge, cabaran kita tapi kita hendak lihat dan kita akan lihat I’m happy Menteri Pendidikan came and I told her also this is our problem, yes, we have all this programmes but in order to execute it untuk kita laksanakan dia.

Memerlukan dana dan kita perlu bantuan daripada Pusat. You know, like I think in the Dewan Dato’ Timbalan Speaker telah kita dengar rakan saya nyatakan, oh, perlu kita diberi balik wang berapa peratus daripada cukai yang kita bayar. Di Pulau Pinang setiap tahun kita bayar tak kurang 7 bilion ringgit. Now, semua di sini tak akan tidak setujukan untuk kita dibayar balik untuk tujuan pendidikan kerana pendidikan itu untuk generasi hadapan kita. So itu perlu diberi keutamaan dan saya telah nyatakan pada beliau dan Menteri Pendidikan secara prinsip telah setuju dan kita sedang bincang sekarang so harap, harap saya dapat satu keputusan yang positif Dato’ Timbalan Speaker supaya next time we are here I can give a good answer daripada mereka juga mereka sanggup bantu kerana itu it’s not for me, of course we all learning still but Sungai Dua is very clever already, no problem but still we all need to continue with the work that they are doing. Now, tentang yang soalan daripada Pulau Betong, bagaimana kita bantu pihak Bumiputera. Saya ingat kita ada jawapan yang mana saya akan bentang, cause that I just been inform that soalan bertulis, soalan bertulis, yes. Tapi sememangnya kita ada bantu, memang like I said, every, every programmes that we have tidak mengabaikan pihak Bumiputera, tidak langsung. So that goes without saying tapi untuk dapat perincian dia, nanti saya akan bagitau, theres no issue. Saya ada satu jawapan yang saya akan hantar kepada Dato’.

Dato’ Yang di-Pertua Timbalan Speaker, saya telah selesai, cuma ingin saya nyatakan kita ada apabila kita sebut tentang pendidikan, kita akan teruskan dengan itu dan kerjasama kita sekarang begitu erat dengan syarikat-syarikat yang besar, Intel, Jabil you know we have got ViTrox coming in, Bosch and so far I already mention this but saya hendak ulangi itu penting kerana mereka they are the main persons in our industry who will continue in fact for your information in Malaysia Dato’ Timbalan Speaker, kita ada satu syarikat yang bertempat di Pulau Pinang, syarikat industri yang tadi saya bagi tau Bagan Jermal we get our industry to train, they have the trainer to train them, right. Now we have one syarikat Dato’ Timbalan called ViTrox, I know whether you heard about it. That has university in on site, first in the whole country. Now, itu pencapaian kita dan saya yakin itu boleh berlaku di tempat lain. Soal dia bila, dan of course saya perlu terajui ia dengan pergi memujuk mereka supaya buat sedemikian rupa kerana itulah permintaan mereka. Mereka hendak ini bakat, mereka hendak kemahiran, no issues, so this one example but there will many to comes, so dengan kata-kata itu, Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin ucapkan terima kasih pada semua yang hadir dan saya tidak mau ambil masa lagi untuk beri laluan pada Ketua Menteri saya untuk teruskan dengan perbahasan dan saya mohon mencadangkan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Menyokong, menyokong.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Saya mohon mencadangkan menyokong (tepuk meja), terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih, Datok Keramat.

(YB Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri mengambil tempat)

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Datok Keramat. Saya masuk, ha ha ha. Terima kasih dan saya nak seterusnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Padang Kota untuk buat penggulungan, sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Salam Sejahtera, Salam Penang 2030 dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Rakan-rakan Media, Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan setinggi tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib yang telah dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-9 berkuatkuasa pada 1 Mei 2025. Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan perasmian sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada Jumaat, 16 Mei yang lalu.

Seterusnya, saya mewakili seluruh warga Kerajaan Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, yang telah meninggalkan kita pada 14 April 2025. Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan jasanya akan sentiasa dikenang segenap lapisan masyarakat. Bagi merakamkan penghargaan terhadap jasa dan kepimpinan Allahyarham, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia sebagai Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Langkah ini secara tidak langsung memastikan nama Tun Abdullah Ahmad Badawi akan terus mekar dalam lipatan sejarah Pulau Pinang dan terpahat kukuh dalam sanubari rakyat yang sentiasa menghargai jasa dan budinya. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyambut baik cadangan Yang Berhormat Bertam bagi pembinaan Galeri Memorial Tun Abdullah Ahmad Badawi, Kerajaan Negeri telah mengemukakan surat cadangan melalui Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri berkaitan dua tapak di Bertam kepada Yang Berhormat untuk perhatian dan tindakan selanjutnya, dua tapak itu adalah terletak di Vision Park dan juga di tepi Institut Latihan KKM di Bertam.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-8 di atas kepimpinan dan sumbangan yang besar kepada Negeri Pulau Pinang. Jasa beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat negeri ini. Saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Anwar Bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia yang membantu negeri ini untuk terus membangun melalui kelulusan peruntukan pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.

Berlayar sampan ke Padang Kota Membawa hasil dari seberang pusat Dari seberang ya Dengan adab pembuka kata Saya mula penggulungan dengan tenang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, sejak mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri pada tahun 2018, fokus utama adalah untuk mentadbir dan membangunkan sosial ekonomi negeri terutamanya dalam konteks pengurus pengurusan kewangan, pelaburan, penyediaan peluang pekerjaan dan kebajikan seiring visi Penang2030 negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga, inspirasi negara.

Penekanan yang diberikan oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri sudah tentu sudah tentulah meneruskan projek-projek yang berteraskan kebajikan rakyat tetapi juga melakukan penambahbaikan terhadap projek-projek yang sedang berjalan demi kelestarian bersama, Kerajaan Negeri perlu membuat keputusan sama ada untuk mengambil pendekatan bersifat populis atau bertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan tadbir urus yang mampan, dalam suasana ekonomi yang tidak menentu serta peningkatan perbelanjaan akibat faktor dalaman dan luaran pada masa yang sama keperluan untuk menjaga kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan.

Justeru, saya dan barisan pentadbiran Kerajaan Negeri perlu bijak dalam merancang serta mengoptimumkan penggunaan setiap sumber yang ada. Walaupun kadar pelaburan Pulau Pinang kekal tinggi saban tahun namun sumbangan langsung kepada hasil Kerajaan Negeri masih rendah. Ini kerana Kerajaan Negeri masih bergantung kepada sumber hasil sedia ada seperti cukai tanah yang tidak pernah dinaikkan dalam tempoh 30 tahun dalam masa yang sama. Hasil bukan cukai seperti premium tanah juga tidak dapat dijadikan sumber utama kerana bergantung kepada permohonan yang bersifat tidak tetap dan subjektif. Kerajaan Negeri terus giat mempromosikan pelaburan sama ada dari dalam mahu pun luar negara khususnya dalam sektor pembuatan yang berpotensi besar membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya.

Hasil usaha ini Pulau Pinang telah menjadi antara penyumbang tertinggi kepada kutipan cukai negara, atas faktor ini jugalah yang mendorong Kerajaan Negeri memohon agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pulangan 20% atau kira-kira RM1.6 bilion daripada peruntukan cukai yang disumbangkan untuk digunakan bagi pelaksanaan projek pembangunan di negeri kita.

Antara cabaran yang lain adalah penawaran tenaga kerja yang berkemahiran tinggi seiring dengan peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi tinggi terutamanya dalam bidang semikonduktor, automasi dan kecerdasan buatan.

Namun begitu, Kerajaan Negeri telah menyahut cabaran ini dengan menubuhkan Penang GBS Industry Academy pada tahun 2022 dan Penang STEM Talent Blueprint pada 8 September 2024 bagi meningkatkan kemahiran dan melatih semula individu dengan kemahiran yang diperlukan kini khususnya dalam bidang seperti sains data, pembangunan pengisian, keselamatan siber dan sebagainya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membentangkan belanjawan 2025 dengan tema Ekonomi MADANI Rakyat di Perkasa, Negeri Sejahtera yang menekankan keseimbangan fiska dan pembangunan mampan di dalam Dewan ini pada bulan November 2024, dengan peruntukan sebanyak RM1.047 bilion ringgit, penekanan diberikan terhadap pendekatan pragmatik dalam memastikan kelangsungan fiskal negeri pada jangka masa panjang sambil memberi tumpuan kepada pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.

Sebagai makluman Dewan yang mulia, sehingga 20 Mei 2025 Kerajaan Negeri mencatatkan hasil sebenar sebanyak RM374,435,482.53 dengan hasil cukai sebanyak RM98,716,994.29 hasil bukan cukai sebanyak RM250.83 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM24.88 juta ringgit.

Manakala perbelanjaan sebenar negeri sehingga 20 Mei adalah sebanyak RM296,196,333.99 ringgit pecahan perbelanjaan negeri mengikut objek am atau OA adalah seperti berikut emolumen RM71,375,762.36, perkhidmatan dan bekalan RM48,776,352.48 manakala aset adalah RM3,754,878.50 dan pemberian kenaan bayaran tetap termasuk kepada caruman wang pembangunan adalah RM170,268,758.36 dan lain-lain perbelanjaan adalah RM2,020,612.29 dengan mengambil kira kutipan hasil sebenar melebihi perbelanjaan sebenar maka Kerajaan Negeri mencatatkan lebihan hasil atau surplus sebanyak RM78,239,118.54 kedudukan baki akaun hasil disatukan sehingga 21 Mei adalah berjumlah RM235,550,779.63 I sound like the speaker dalam bajet.

Berdasarkan pecahan ini, jelas menunjukkan bahawa hasil bukan cukai merupakan penyumbang utama kepada hasil negeri merangkumi lebih 67% daripada jumlah keseluruhan hasil. Ini termasuk pendapatan daripada premium tanah, bayaran perkhidmatan dan hasil pelaburan.

Hasil cukai pun kekal sebagai komponen penting dalam struktur hasil merangkumi hampir 26% manakala terimaan bukan hasil seperti bayaran balik pinjaman dan pelbagai terimaan lain menyumbang kira-kira 7%. Kerajaan Negeri akan terus menggandakan usaha untuk memperkukuh sumber hasil sedia ada di samping meneroka potensi sumber hasil baharu yang mampan tanpa membebankan rakyat.

Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri juga akan memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan memberi pulangan maksimum kepada rakyat terutamanya dalam aspek pembangunan infrastruktur, kesejahteraan sosial dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan.

Menjawab kepada soalan daripada Yang Berhormat ADUN Bukit Tengah, Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan pendahuluan sebanyak RM100 juta kepada Kementerian Kewangan pada tahun 2024 permohonan tersebut adalah selaras dengan perkara 109(6) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan membantu Kerajaan Negeri.

Tujuan permohonan pendahuluan tersebut adalah bagi menampung unjuran defisit Kerajaan Negeri permohonan tersebut telah diluluskan dan disalurkan kepada Kerajaan Negeri pada tahun yang sama kalau Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan ingat apabila saya membentangkan Belanjawan 2025 kita anggarkan baki dalam akaun hasil RM50 juta sahaja.

Sekiranya kita tidak ambil apa-apa langkah dari segi hasil dan perbelanjaan kita akan mulakan tahun 2025 dengan RM50 juta sahaja dan tidak cukup pun untuk membayar emolumen bulan Januari sekiranya kita tidak rancang seperti Yang Berhormat Pembangkang kata if you fail to plan you are planning to fail jadi kita sudah lihat bahawa dengan RM50 juta untuk bulan-bulan awalan tahun ini kita telah mengambil tindakan ini tetapi akhirnya kita mencatatkan baki yang lebih tinggi sehingga RM155 juta.

Oleh itu, kita tidak menggunakan RM100 juta itu, RM100 juta itu tidak dicampur adukkan dalam hasil ianya diletakkan dalam amanah, Akaun Amanah jadi itu disimpankan sebab kita tak perlu guna sebab dengan surplus yang ada kita dapat membiayai perbelanjaan dalam bulan Januari, Februari dan seterusnya. Dengan penyaluran pendahuluan tersebut, ini diberi nama pendahuluan mungkin sebelum ini saya kata pinjaman. MOF akan mengurangkan atau offset bagaimana hari tu, saya pun kata pulang balik. Kaedah yang sebenarnya adalah offset di mana jumlah pemberian kepada Kerajaan Negeri, melibatkan empat pemberian iaitu Pemberian Mengikut Kepala, Bayaran Perkhidmatan, Senarai Bersama dan Pemberian Tahap di mana Yang Berhormat menyebutlah. Empat perkara mengikut Perlembagaan, pusat perlu memberikan.

Jadi dengan pendahuluan ini, ianya perlu dioffset, dioffsetkan. Pada tahun 2027, RM33 juta. Tahun 2028, RM33 juta dan tahun 2029 RM34 juta. Maksudnya dalam tiga tahun ini, mereka akan kurangkan jumlah yang besarlah sebab sudah diberi pendahuluan. Dari sudut perakaunan, bagi memastikan jumlah pendahuluan adalah selari dengan offset MOF, Kerajaan Negeri akan mula mengiktiraf pendahuluan tersebut sebagai Terimaan Bukan Hasil pada tahun 2027, 2028, 2029 mengikut apa yang saya sebutkan tadi.

Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Putih berkaitan perbelanjaan Akaun Hasil Disatukan atau AHD sebanyak RM1.1 bilion. Untuk makluman, baki AHD pada 31 Disember 2019 adalah sebanyak RM1.15 bilion. Semenjak itu baki AHD telah berkurang secara konsisten, pada setiap tahun di mana baki AHD sehingga 31 Disember tahun yang lepas adalah sebanyak RM155.94 juta. Tadi kita sebut angka ini juga. Kedudukan terkini sampai 21 Mei, oleh kerana surplus yang dapat kita catat AHD sehingga 21 Mei kemarin, adalah sebanyak RM235.55 juta. Secara asasnya kedudukan AHD adalah bergantung kepada kutipan hasil berbanding perbelanjaan.

Hari pertama saya jawab soalan Bukit Tambun, saya sudah mengilestrasikan dalam Akaun Terimaan dan Perbelanjaan. Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri merekodkan lebihan hasil atau surplus RM80.21 juta pada tahun 2019. Sebelum mencatatkan defisit mulai 2020 hingga 2024, tiap-tiap tahun adalah defisit. Prestasi tersebut menunjukkan jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri, telah melebihi kutipan hasil dalam tempoh lima tahun tersebut, iaitu dari tahun 2020 hingga 2024 every year we recorded a deficit. Defisit tertinggi dicatatkan pada tahun 2023 iaitu sebanyak RM358.79 juta, di mana Kerajaan Negeri telah berbelanja sebanyak RM951.75 juta berbanding kutipan hasil, sebanyak RM592.96 juta.

Perbelanjaan terbesar pada tahun 2023, dicatatkan di bawah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap iaitu sebanyak RM554.2 juta, meningkat sebanyak RM167.34 juta atau 43.25% berbanding tahun sebelumnya di mana Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM386.86 juta pada tahun 2022. Peningkatan ketara dalam komponen perbelanjaan tersebut, antara lain melibatkan kebajikan rakyat seperti Program i-Sejahtera, Bantuan Kepada Sekolah. Selain itu, Kerajaan Negeri perlu menyalurkan peruntukan Geran Mengurus kepada Agensi, Badan Berkanun dan anak-anak syarikat kerajaan negeri bagi menampung keperluan perbelanjaan operasi dan program.

Antara Yang Berhormat Air Putih mau tau bagaimana dalam 5 tahun dari RM1 bilion kita boleh kurang sampai RM50 juta. Dan saya ambil kesempatan untuk ekstrak apa yang kita belanjakan dalam 5 tahun sebahagian sahaja, Program i-Sejahtera dari 2018 sehingga tahun ini RM370.45 juta. Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang semasa COVID-19, RM174.52 juta. Insentif dan allowance berkaitan pengangkutan awam misalnya insentif kepada Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah, kita menyokong Pengangkutan BEST Bayan Lepas, BEST KOMTAR, Bas Percuma CAT, Tambang Feri dan sebagainya RM93.01 juta. All this are money, hard earn money.

Peruntukan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah RM69.09, Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80% Pulau Pinang atau TPM80 PP, RM68.95 juta. Projek Pembangunan Luar Bandar sebanyak 1,569 projek menelan RM50.98 juta. Sumbangan kepada NGO dan lain-lain persatuan melalui Peruntukan Khas Ketua Menteri RM47.05 juta.

Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (AES) RM27.78 juta, Peruntukan RIBI RM26.25 juta. Bayaran Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang RM24.06 juta. Peruntukan Guru Agama, allowance Guru Kafa dan Penyelenggaraan Kecil Sekolah RM19.54 juta. Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang RM18.63 juta. Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (I-BITA) RM17.76 juta, Bantuan Nelayan RM7.24 juta. Nasib baik Pelancongan kita tak perlu biayai, you jaga sendiri. Sebab ada hotel Levi.

Bantuan Pembangunan Pemerkasaan Gerakan Koperasi RM1.40 juta, Pelajar Cemerlang SPM, STPM dan Sekolah Terbaik RM1.31 juta, allowance Penarik Beca pun RM1.2 juta. Jumlah RM1.019.22 billion. Itulah yang kita hadapi. Cuma dengan Insentif Pemberian sahaja, dalam 2018 sehingga 2025 sudah habis baki dalam Akaun Hasil itu. Saya terima kasihlah, kerana kita mulakan dengan Akaun Hasil RM1 bilion, kalau tidak mati katak lah.

Saya belum sebut lagi setiap tahun kita perlu pindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan, kalau dalam 5 tahun average RM200 juta sudah RM1 bilion juga. Kita berbelanja dengan berhemah, oleh sebab itu kalau kita teruskan dengan bantuan-bantuan ini, apakah kedudukan pada masa hadapan?

Seberang Jaya dengan lantang. Ini keadaan sebenar. Adakah ini sustainable Yang Berhormat sendiri mempersoalkan. Adakah ini sustainable atau tidak? Jadi kita perlu kaji semula, lihat macam mana tanggungan kita dapat dikaji semula. Ada yang mungkin tidak perlu diteruskan, ada yang perlu kita sasarkan kumpulan yang benar-benar memerlukan dan sebagainya. Itulah tujuan mengapa kita perlu menghadapi hakikat perbelanjaan kita kian meningkat. Tetapi hasil itu tak berubah sangat, tak berubah sangat.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Padang Kota, kalau bela rakyat kalau bagi kat orang yang ini, hasil negeri boleh meningkat. Akibat tak bagi peruntukan kepada ni, mungkin negeri pun boleh down.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ada logik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada logik. Tak stand.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Sekiranya saya dapat 20% pulangan dari pusat, ini semua remeh temeh. Sekiranya hasil dapat tambah ke RM1, RM2 billion setiap tahun, tak ada masalah. Tetapi hakikatnya, sebaliknya. Okay, itu saya harap jelas. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri perlu meneruskan komitmen perbelanjaan berkanun yang meningkat saban tahun. Ada yang tak boleh kita elak bayar, it is statutory berkanun, emolument. Setiap akhir bulan kita perlu bayar. Yang meningkat contohnya, daripada RM171.4 juta pada tahun 2019 naik kepada RM194.04 juta pada tahun 2023 dengan penyelarasan gaji dan sebagainya. Tiap-tiap tahun emolumen akan naik dan Perkhidmatan dan Bekalan yang meningkat dari RM168.18 juta pada tahun 2019 kepada RM195.86 juta pada tahun 2023.

Oleh itu, defisit sebanyak RM358.79 juta tersebut telah ditanggung oleh AHD yang berbaki sebanyak RM688.85 juta pada 1 Januari 2023. Implikasinya baki AHD pada 31 Disember 2023 adalah berjumlah RM330.03 juta. Jumlah defisit yang perlu ditampung oleh AHD dalam tempoh 5 tahun iaitu dari 2020 hingga 2024 adalah seperti berikut. 2020 defisit RM267 juta. Kita ada baki AHD RM887 dan 2021 defisit RM38.96 juta maka AHD turun jadi RM848.81 juta. 2022 defisit RM159.97 juta, AHD turun kepada RM688.84 juta. 2023 ini defisit paling besar RM358.79 juta, AHD turun kepada RM330.03 juta dan 2024 defisit nasib baik dia kurang dari anggaran, defisit RM174.09 juta, maka baki AHD pada akhir 2024 adalah RM155.94 juta.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Penjelasan sikit. Yang itu, AHD RM155 juta adakah ini mengambil kira RM100 juta wang pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan? Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Mengambil kira sebab saya tadi jelaskan RM100 juta itu dimasukkan kepada akaun amanah. Tidak dicampur-adukan. Sebagai penjelasan tambahan, jumlah baki akaun atau AHD pada 31 Disember 2019 berjumlah RM1.15 bilion adalah disumbangkan sebahagian besarnya oleh hasil Purchase and Development Agreement (PDA) Bayan Mutiara yang berjumlah RM1.072.2 bilion. Mengambil kira kos-kos dan sebagainya, jumlah bersih transaksi Bayan Mutiara adalah RM1.035.9 juta. Oleh yang demikian, jumlah sebenar hasil bahagian Kerajaan Negeri yang diiktirafkan sebagai AHD adalah RM621.5 juta sekiranya bahagian PDC berjumlah RM414.4 juta itu dimuktamadkan dan disalurkan lebih awal. Saya akan terangkan nanti dalam bab berhubung dengan PDC. Tetapi pendek kata, kalau kita melihat rekod-rekod sejak 2012 di mana hasil dari Bayan Mutiara dibayar setiap tahun dari 2012, 2013 sehingga 2018. Di antara RM110 juta, ada tahun yang lebih banyak RM250 juta. Inilah keadaan hasil yang menyebabkan Yang Berhormat Air Putih semasa menjadi Ketua Menteri boleh umumkan tiap-tiap tahun surplus sebab ada hasil daripada pembayaran Bayan Mutiara yang berjumlah RM1.07 billion yang dibayar dari 2012 sehingga 2018. Sekiranya tolak ini, kalau kita tak ada hasil ini, AHD pada 2018 pun lebih sama tinggal berpuluh juta ringgit sahaja tetapi oleh kerana ada hasil ini, kita sudah umumkan pada 2018, AHD adalah dalam lingkungan RM1.074 bilion.

Kita bersyukurlah, tadi saya kata terima kasihlah, saya ambil alih dengan satu baki yang besar dan dibiayai apa yang kita lakukan sejak 2018. Tanpa hasil ini kedudukan kewangan pada masa itu pun lebih kurang dengan apa yang kita hadapi sekarang sebab perbelanjaan naik, hasil kekal sama. Saya harap ini penjelasan. Dapat kita hadapi hakikat di Negeri Pulau Pinang selagi kita tidak dapat ada sumber hasil yang banyak, maka kita akan hadapi keadaan sedemikian.

Menjawab kepada Yang Berhormat Penaga berkaitan tindakan menjual tanah untuk menampung keperluan kewangan Kerajaan Negeri. Sepanjang sesi debat, tak ada orang bagi cadangan yang baru. Apa yang kita boleh buat. Transaksi tanah, tambakan tanah, elek, lain-lain sumber tak ada. Mana, mana cadangan? Saya saya duduk sini empat hari dengar cadangan tak nampak, tak dapat pun. Memang laut, memang laut boleh jual, boleh. Kita jual konsesilah, konsesi. Sebagai makluman urusan penjualan tanah dilaksanakan bukan semata-mata untuk memperoleh hasil, memang penting dia sumber hasil tetapi pada masa yang sama juga bertujuan memaju pembangunan, menjana peluang pekerjaan dan menambah hasil ekonomi kepada kawasan setempat. Tempat-tempat ditukar untuk jadi zon industri, komersial dan lain-lain, dia menjana ekonomi kita. Kalau kita simpan tanah itu pun lalang akan semakin tumbuh. Tak ada impak ekonomi. Itu ada kebaikan dia jugalah. Selain daripada hasil membela nyamuk, lembu? Selain daripada hasil dia menjadi satu katalis kepada pembangunan sosial ekonomi. Secara teknikalnya Kerajaan Negeri tidak menjual tanah, sebaliknya istilah yang kita gunakan pelupusan tanah. Kerajaan Itu mengikut Kanun Tanah. Jangan ketawa. Kita pakai istilah di Kanun Tanah.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yang Berhormat Padang Kota dengan izin. Maknanya kita kehilangan asetlah? Negeri-negeri hilang aset. Semakin lama semakin menyusut. Semakin lama semakin menyusut, silap-silap pulau kita semakin kecil, semakin kecil. Kecil kita punya kecil kita punya pegangan bagi kat orang lain.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Sungai Dua sudah, sudah membangkitkan satu masalah dan soalan penyelesaiannya jangan bantah lagi tambakan laut. Kita akan mengembangkan tanah-tanah negeri kita. Kita tak ada lombong emas, kita tak ada balak, apa kita mau malu kalau tanah itu adalah aset kita. Malu ke Negeri Pulau Pinang kita tak ada lombong, balak tak ada, lagi? Hasil-hasil lain tak ada. Apa malunya sekiranya kita menaruh harapan kepada pembukaan tanah untuk menjana hasil untuk memastikan pembukaan tanah itu pun menggerakkan pembangunan sosial ekonomi di negeri kita. Sepanjang 50 tahun inilah formula di Negeri Pulau Pinang. Kita harapkan Pusat, tak ada. MADANI pun itu sahaja. Sama juga sebab kekangan di Pusat lebih mencabar pada hari ini. So apa malunya? Inilah dalam perkataan Yang Berhormat sendiri. Aset Negeri.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Padang Kota. Kita kalau kita membangunkan tanah-tanah tersebut, kita mendapat hasil daripada pembangunan itu. Lebih baik daripada kehilangan kita punya ni. Kita boleh buat program JV dan sebagainya, banyak lagi jalan keluar yang boleh ni tetapi tak apalah atas penjelasan Padang Kota saya dengar.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Memang kaedah-kaedah ini digunakan. Kita JV juga. Kita panggil RFP untuk membangun bersama. Tapak-tapak industri dan sebagainya. Bayangkan kalau kita mengamalkan sikap Yang Berhormat, beratus-ratus, ribu, beribu-ribu ekar tanah yang PDC majukan sebagai industri, apakah kedudukan Negeri Pulau Pinang hari ini sekiranya 50 tahun yang dahulu pendekatan menukarkan tanah-tanah kepada tanah-tanah industri tidak dilakukan di Negeri Pulau Pinang. Bayangkan apakah negeri kita kalau pendekatan ini tidak diambil. Okey, bagi urusan pelupusan tanah, Kerajaan Negeri akan mengambil kira nilaian tanah semasa berdasarkan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Selain itu sekiranya tanah tersebut melibatkan projek strategik termasuk pembinaan rumah maka Kerajaan Negeri akan menggunakan pendekatan RFP dalam melupuskan tanah tersebut. Memang banyaklah contoh-contoh. Ini bagi membolehkan Kerajaan Negeri memperolehi hasil premium yang lebih tinggi daripada nilaian tanah semasa. Kaedah pelupusan tanah ini tidak mengurangkan pegangan negeri atau semata-mata untuk meningkatkan hasil Kerajaan Negeri. Ini adalah kerana tanah tersebut digunakan untuk pembangunan dan meningkatkan sosial ekonomi kawasan tersebut.

Sekiranya mengambil pendekatan untuk tidak memajukan tanah tersebut, maka ini akan menjadi satu bebanan kepada Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan kos bagi tujuan penyelenggaraan dan rakyat tidak dapat menikmati kemudahan daripada pembangunan tanah-tanah sedemikian. Isu peningkatan hasil.

Yang Berhormat Yang di-Pertua. Peningkatan hasil membolehkan Kerajaan Negeri memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan projek pembangunan infrastruktur, sosial dan ekonomi yang mampan serta memastikan urus tadbir yang cekap dan mesra rakyat selaras dengan Visi Penang2030. Rentetan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kewangan Negeri telah melaksanakan semakan semula ke atas hasil negeri dalam dua perspektif. Perspektif pertama adalah meningkatkan kutipan hasil sedia ada termasuk tunggakan hasil melalui kaedah data cleansing dan semakan semula kadar yang tidak relevan. Manakala perspektif kedua adalah melalui pengenalpastian sumber dan kaedah janaan hasil baru termasuk semakan kadar cukai tanah dan pengkelasan desa ke bandar serta pemerkasaan unit dan Badan Berkanun Negeri bagi membolehkan kutipan hasil baharu dilaksanakan.

Antara strategi sedang dalam tindakan perlaksanaan bagi peningkatan hasil tahun 2025 adalah seperti berikut. Melaksanakan kutipan tunggakan cukai petak RM1 juta ringgit pada tahun 2025. Cadangan lelongan tanah-tanah kerajaan di bawah Seksyen 100, Kanun Tanah Negara. Semakan proses tukar syarat dan kategori tanah dan cadangan kerjasama dengan pihak swasta sebagai operator dan pengurus portal-portal kerajaan negeri. Merujuk kepada kawalan perbelanjaan setiap jabatan diberikan peruntukan yang terhad berasaskan prinsip zero base budgeting di mana setiap program dan aktiviti perlu disokong oleh justifikasi yang kukuh terutamanya dalam bentuk outcome dan nilai untuk wang atau value for money tanpa melihat kepada sejarah perbelanjaan terdahulu.

Oleh itu Pegawai Pengawal perlu memastikan perbelanjaan yang dilaksanakan pada peringkat jabatan memenuhi tujuan peruntukan diluluskan semasa sesi pemeriksaan bajet pengurus dan pembangunan. Pada masa yang sama keberkesanan kawalan perbelanjaan dilaporkan dalam beberapa medium mesyuarat seperti Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun. Zon Kewangan Khas. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan zon kewangan khas, prospek penubuhan Zon Kewangan Khas Pulau Pinang kini sedang dilaksanakan oleh Penang Institute. Sebagai makluman kepada Dewan yang mulia ini terdapat dua perbincangan meja bulat diadakan pada 27 November 2024 dan 2 Disember 2024 diwakili daripada pelbagai sektor seperti pembangkang, bukan pembangkang, pembankan, GPS, universiti, badan profesional dan penasihat kewangan syarikat-syarikat teknologi kewangan atau vintage equity swasta dan Digital Penang.

Berikut adalah hasil daripada perbincangan iaitu penemuan terhadap kewangan dan perkhidmatan berkaitan untuk menyokong aktiviti ekonomi teras yang mendasari iaitu pembuatan teknologi dan perkhidmatan perniagaan global, pelancongan perubatan dan perkhidmatan pendidikan memberi insentif kepada pembiayaan dalam sektor semiconductor, mempromosikan teknologi dan inovasi, mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk sekolah dan tempat tinggal berkualiti tinggi serta mewujudkan satu persekitaran yang terkawal untuk syarikat fintech.

Istilah yang dicadangkan adalah Pusat Kewangan Utara atau Pusat Kewangan Pulau Pinang. Kerajaan negeri bersetuju menggunapakai tema atau nama Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang, Penang International Financial Center (PIFC). Keperluan untuk mengambil kira kebolehcapaian pengangkutan, rancangan jalan dan pembangunan gaya hidup. Kerajaan Negeri telah mengemukakan surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 11 Mac 2025 bagi menyatakan hasrat menubuhkan PIFC dan mendapatkan pandangan serta sokongan dari Kerajaan Persekutuan berdasarkan justifikasi berikut.

Menarik aliran modal untuk meningkatkan sektor semiconductor di koridor utara kepada tahap seterusnya selaras Pelan Induk Perindustrian Baru dan strategi semiconductor negara, memperluas pelaburan berasaskan teknologi ke koridor utara, melengkapkan pusat kewangan lain dengan menarik sumber modal baru untuk inovasi kewangan. Mempelbagaikan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan bertaraf profesional dan meningkatkan hasil pendapatan negara dan negeri melalui peningkatan produktiviti faktor keseluruhannya. Sebagai makluman kepada Dewan susulan surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri satu perjumpaan bersama Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti telah diadakan pada 13 April khususnya untuk berbincang mengenai cadangan PIFC ini. Kerajaan negeri berbesar hati apabila cadangan ini disambut baik oleh Suruhanjaya Sekuriti yang bertanggungjawab sebagai pengawal selia pasaran modal. Semoga cadangan ini dapat diluluskan dan dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang. Susulan itu tawaran expression of interest untuk mewujudkan pusat atau PIFC telah diiklankan pada 19 Mac sehingga 19 Mei tahun ini oleh Penang Institute. Sebanyak 7 cadangan telah diterima daripada pelbagai sektor, panel penilaian cadangan telah dibentuk yang mana terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang kewangan dan pembangunan industri, panel ini akan menilai cadangan-cadangan tersebut dan memberikan syor kepada Penang Institut yang akan diangkat kepada Kerajaan Negeri pada bulan yang akan datang.

Respon Pulau Pinang ke atas isu tarif Amerika Syarikat. Saya percaya isu ini sudah dibincangkan dengan panjang lebar jadi saya bercadang

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

sebelum… (gangguan) adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memohon wang pendahuluan tambahan RM100 juta atau lebih untuk tahun ini supaya kita dapat mengambil sebarang langkah pencegahan kalau ada sebarang kekurangan. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang Berhormat Air Putih tadi saya sudah bentangkan sehingga 20 haribulan Mei, AHD kita adalah dalam kedudukan 200 lebih juta ringgit, jauh lebih baik dari keadaan tahun yang lepas tapi sekarang baru bulan Mei dan ada 7 bulan lagi. Kita akan memantau dengan rapi tetapi memantau perbelanjaan semestinya dan juga memantau hasil yang mana kita sudah jangkakan terima pada tahun ini. Kita melandaskan bajet yang kita bentangkan tahun lepas dimana perbelanjaan RM1. Something bilion dan hasil dia RM900 lebih juta.

Jadi kita akan memantau sebab pada tahun lepas kita bentangkan bajet defisit yang paling rendah dalam banyak tahun ini. Defisit adalah dalam lingkungan RM50 juta lebih kurang, RM58 juta, jadi kalau ikut apa yang dianggarkan maka keperluan mendapat pendahuluan itu kita tidak kata tidak perlu tetapi kita akan lihat khususnya hasil, kalau hasil dapat di terima seperti unjuran maka rasanya kita boleh ada baki yang selesa untuk tahun akan datang. Maksud dia perbelanjaan perlu kurang dari apa yang dibajetkan dan hasil perlu tinggi daripada apa yang kita bajetkan itulah keadaan yang lebih selesa dan saya akan melangkau isu berhubung dengan tariff dan terus kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulau Tikus tentang cadangan kerjasama antara negeri-negeri di wilayah utara semenanjung iaitu express wilayah utara dari segi mod pengangkutan, dana inovasi dan bakat wilayah utara dan juga pakatan perindustrian wilayah utara. Perkara ini saya akan bangkitkan dalam mesyuarat NCIA sebenarnya NCIA memang menjadi agensi yang perlu selaraskan pembangunan di koridor utara semenanjung tetapi maklumlah setiap negeri akan ada kepentingan negeri, dia akan jaga kepentingan negeri masing-masing terdahulu dan melihat kepada wilayah dan itulah menyebabkan setiap negeri akan memperjuangkan projek-projek dia sebagai keutamaan tanpa mengira sama ada projek ini akan ada spill over effect atau sinergi dengan negeri-negeri yang lain.

Oleh itu peranan NCIA adalah untuk memastikan semua negeri atau pembangunan projek-projek yang dibawa kepada wilayah utara ini dapat menjana satu impak yang menyeluruh bukan memanfaat sebuah negeri sahaja dimana projek itu dilaksanakan tetapi ada kesan limpahan kepada negeri-negeri bersekitar di koridor utara ini. Perkara tentang ulang atau pun kajian terhadap peranan GLC di Negeri Pulau Pinang dalam senarai ini kita tak masuk geran kepada GLC, dalam senarai yang saya baca GLC diberi geran saya rasa lebih kurang RM70 juta dalam satu tahun, GLC-GLC yang ada Kerajaan Negeri perlu memperuntukkan lebih kurang RM70 juta setahun dan Yang Berhormat Berapit ada bangkitkan tentang peranan CMI dan CMI yang merupakan berperanan sebagai agensi yang proaktif dan produktif dalam merangsang pertubuhan ekonomi negeri.

CMI melaksanakan strategi memaksimumkan nilai aset-aset negeri seperti tanah dan bangunan, melalui konsep kerjasama awam swasta dan profesional A Private Professional Partnership seperti apa yang harapkan oleh Yang Berhormat Ketua

Pembangkang tadi memang kaedah ini digunakan untuk menjanakan hasil yang lebih baik dalam pembangunan aset Kerajaan Negeri. Pendapatan CMI dijana melalui hasil penyewaan dari pajakan dan pelaksanaan projek kerjasama sektor swasta. Kini skop tugas CMI telah diperluaskan oleh Kerajaan Negeri untuk memantau fungsi dan prestasi 17 syarikat berkaitan Kerajaan Negeri atau GLC. Sasaran utama CMI adalah untuk melaksanakan projek melalui kerjasama sektor swasta bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri sambil menjana pendapatan melalui projek-projek ini. Saya pun boleh lebih kurang skip bahagian ini projek-projek yang dikendalikan oleh CMI memang banyak juga sejak tahun 2013 CMI dapat membawa pelaburan berjumlah RM3.2 bilion kepada kerajaan negeri melalui projek-projek yang mereka selenggarakan dan tanggungjawab dan mengenai pemantauan terhadap GLC memang kita memberi perhatian sebab ianya pun selari dengan inisiatif Strategik C4 mempercepatkan penyampaian program dan pembaharuan institusi di bawah Visi Penang2030.

Dimana saya sendiri adalah EXCO yang bertanggungjawab dan secara ringkas kita memang mencadangkan satu kajian dilakukan terhadap GLC-GLC seluruh Negeri Pulau Pinang melibatkan aspek seperti tadbir urus korporat, transformasi perniagaan serta ekonomi digital dan kelestarian. Dan dalam perbincangan kita, kita lihat ada 11 kluster GLC maksudnya masing-masing ada skop keutamaannya. Dan kita boleh kenal pasti bahawa memang ada 11 skop sekarang, termasuk skop pelaburan di mana InvestPenang adalah agensi. Transformasi Digital, Digital Penang. Infrastruktur di bawah Penang Infrastructure Corporation. Industry Halal di bawah Penang Halal International. Sukan di bawah Penang FC, walaupun sukan bola sepak sahaja. Keterjaminan makanan ada agensi yang baharu, Penang Agrotech Sdn Bhd. Agenda Hijau dan Sustainability ada dua buah GLC termasuk Penang Green Council dan satu GLC yang baru, itu Penang Waste Management Corporation yang kita tubuhkan untuk menghadapi berlakunya Negeri Pulau Pinang mengguna pakai Akta 672 Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia ini. Dalam pelancongan ada dua (2) GLC berkaitan Penang Tourism, Penang Global Tourism...(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dan Penang Convention Education Bureau (PICEB).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat saya ingin bertanya pasal tadi dinyatakan satu GLC baru untuk waste management akan ditubuhkan. Saya ingin bertanya sebab ini berkenaan dengan Akta 672, jadi apakah setakat perundingan sekarang. Sebab saya khuatir baru-baru ini kita ada membaca dalam berita, Laporan Audit Negara yang telah pun menunjukkan bahawa SW Corp syarikat yang nak kita berunding dengan untuk mengambil alih waste management untuk Pulau Pinang ini telah berturut-turut menghadapi masalah kewangan. Mereka tidak boleh membiayai, ada banyak isu kewangan SW Corp. Jadi adakah wajar dalam keadaan ini untuk kita memasuki dalam satu keadaan dengan SW Corp, di mana SW Corp sendiri menghadapi masalah kewangan. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kita ambil maklum masalah ini dan akhirnya Kerajaan Persekutuan perlu bertanggungjawab atas kecekapan atau kurangnya kecekapan SW Corp berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal. Penubuhan Penang Waste Management Sdn. Bhd. ini adalah langkah yang kita perlu ambil dalam rundingan mengguna pakai Akta 672 ini sebagai pengantara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal. Kita tidak mahu mereka buat lantikan syarikat dengan terus tetapi diperturunkan kuasa itu kepada Penang Waste Management Corporation untuk kita melantik kontraktor-kontraktor.

Jadi ini satu kaedah yang berbeza dengan negeri-negeri yang lain. Maksud kita masih mahu ada kawalan terhadap kontraktor-kontraktor yang dilantik. Bukan kita serah 100% kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal tetapi kita dilantik atau Penang Waste Management Sdn. Bhd. dilantik untuk kita memanggil tender dan melantik kontraktor-kontraktor. Itu sebagai satu kaedah untuk menjaga kepentingan kita dan supaya kita dapat memantau prestasi kontraktor-kontraktor yang dilantik. Sebab apa pun akhirnya Kerajaan Negeri perlu tanggungjawab, kalau sampah tak kutip, performance tidak baik, orang tidak akan salahkan kontraktor itu. Dia salahkan wakil rakyat, frontliner wakil rakyat, middle liner EXCO Kerajaan Tempatan, yang di belakang Ketua Menterilah. Di depan, wakil rakyat yang terakhir.

Di bidang kluster sosial ekonomi memang kita lihat PWDC, PYDC, Penang Harmony Corporation sebagai satu kluster yang boleh dilihat. Dalam warisan ada George Town World Heritage Incorporated, George Town Conservation Development Corporation, ini pun kita perlu lihat penindihan agensi-agensi berkenaan. Ini semua usaha diambil supaya kita mengurangkan saiz atau BMI Kerajaan Negeri. Boleh ya, boleh diibaratkan sebagai BMI. Di bidang STEM dan TVET pun ada tiga agensi, Tech Center, Science Cluster dan Penang STEM Sdn. Bhd. Walaupun ada GLC ini, sebenarnya dia dapat sokongan dan sumber pembiayaan daripada pihak swasta pun ada. Dan proses ini akan terus kita lakukan, ini pun selari dengan pengauditan oleh Jabatan Audit Negara dan sebagainya. Kita akan memastikan exercise ini dapat dilakukan dengan baik dan kita pun berharap ada Yang Berhormat sebut di Johor ada GLC yang dapat menjana hasil berbilion-bilion ringgit. Kita pun berharap GLC kita boleh menuju ke arah ini. Oleh itu, kita pun sudah mula mengarahkan syarikat-syarikat yang kini dua buah GLC sudah diminta meminda M&A syarikat itu untuk membenarkan mereka menceburi peluang-peluang perniagaan untuk menjana hasil sekurang-kurangnya untuk self-sustain, jangan harap geran lagi. Self-Sustain kalau tidak ada keuntungan pun sekurang-kurangnya self-sustain supaya geran dari Kerajaan Negeri dapat dikurangkan tahun demi tahun.

Zulkefli Bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan, minta pencerahan sedikit. YB Padang Kota, di dalam Chief Minister Incorporated ada 17 GLC. Yang terkini tahun lepas ditubuhkan Agrotech Sdn Bhd boleh kita tahu sedikit perkembangannya.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Agrotech masih dalam peringkat permulaan walaupun sudah beberapa bulan ditubuhkan. Saya difahamkan proses pelantikan Pengurus Besar atau CEO masih berjalan. Dan setelah itu maka tanggungjawab untuk menubuhkan organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya seterusnya akan menjawab Yang Berhormat Bukit Tambun berhubung dengan Land Bank yang ada. Pada peringkat ini kita sudah pun menjayakan pelaksanaan RFP bagi sebidang tanah di Bandar Gelugor. Seri Delima pun amat berminat sebab ianya berlaku di kawasan Seri Delima. Kita sudah pun melantik syarikat berkaitan setelah RFP yang dijalankan dan hasilnya dijangka dalam lingkungan RM221 juta ringgit berserta dengan 120-unit Rumah Penjawat Awam yang kita syaratkan dalam RFP ini. Jadi selain dari komponen perumahan mampu milik yang dibina ia diwajibkan atau disyaratkan membina 120-unit Rumah Penjawat Awam di samping pembayaran hasil daripada RFP ini.

Kita pun ada dua bidang tanah di Gurney Bay satunya 6.95 ekar yang masih dalam peringkat tambakan, satu plot lagi 7.91 ekar sudah siap. Maka apabila sampai waktunya, sampailah lebih kurang. Kita akan melaksanakan RFP untuk dua bidang tanah ini dengan harga rizab dan kita jangka satu potensi hasil yang tinggi dapat dijana daripada RFP ini.

Menjawab soalan-soalan berhubung dengan bonus PDC sebanyak 6 bulan yang dibangkitkan, Lembaga Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang sebenarnya meluluskan bonus 5 bulan untuk diletakkan dalam pool. Tetapi oleh kerana ianya diedarkan kepada semua yang layak maka bukan semua dapat 5 bulan. Ada segelintir atas prestasi dapat 6 bulan, yang ada pun dapat 2 bulan, 3 bulan atau 4 bulan. Jadi mengikut prestasi yang dicapai oleh kakitangan dan pegawai di PDC. Seramai 91 orang mendapat 6 bulan, yang lain adalah dalam 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan. Dan apakah justifikasinya? Pada tahun 2024 prestasi PDC mencapai keuntungan RM527 juta, yang paling tinggi pernah dicatat oleh PDC RM527 dan ianya meningkat dari RM276 juta pada tahun 2023. Dan walaupun 6 bulan ini telah menarik perhatian ramai, bonus sebenarnya melibatkan RM6.8 juta, kesemuanya kongsikan RM6.8 juta. Kita bukan kata RM68 juta atau RM680 juta, 6 bulan ini membabitkan RM6.8 juta yang merupakan one point three percent, boleh cakap English, one point three percent daripada untung yang saya katakan tadi. RM527 juta, dari itu RM6.8 juta atau 1.3% diambil keluar untuk mengedarkan bonus kepada semua warga PDC yang layak, yang layak. Saya harap ini boleh diambil maklum oleh semua. Ya, ini pun satu ganjaran yang paling tinggi tetapi justifikasi diterima oleh Lembaga memandangkan prestasi keuntungan yang tinggi dan jumlah sebenarnya melibatkan 1.3% daripada keuntungan itu. Ada orang tanya lain-lain agensi boleh dapatkah? Kalau agensi berkenaan dapat keuntungan RM500 lebih juta, kita pun timbang juga.

Berkaitan dengan isu Tzu-Chi Buddhist Merits Society, saya percaya yang Berhormat Air Putih yang bangkitkan pun sudah dapat jawapan dari soalan bertulis. Pendek kata kita telah bertemu dengan pimpinan Tzu-Chi baru-baru ini dan dua pihak ada persetujuan atas perkara-perkara yang dibangkitkan dan pihak Tzu-Chi perlu membawa perkara ini kepada Ibu Pejabat di Taiwan untuk memuktamadkan perjanjian. Kita akan menunggu dan saya percaya PDC telah memberi konsesi yang besar dengan cuma mengenakan harga jualan mengikut perjanjian yang pertama 2019.Walaupun mereka ada hak untuk mengenakan harga jualan mengikut kadar nilaian JPPH semasa.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih YAB Ketua Menteri. Berkaitan dengan Tzu Chi badan amal terkemuka daripada Taiwan. Saya ingat Yang Berhormat sendiri telah melawat kawasan dan tapak. Difahami bahawa mereka akan melaburkan lebih RM300 juga untuk kos pembinaan ke atas 60 ekar ini untuk usaha pendidikan dan kerja-kerja amal bantuan bencana dan sebagainya. Bolehkah pertimbangan diberikan supaya mereka tidak diberikan layanan seperti sebuah perniagaan atau pelabur atas sumbangan dan juga bakti yang mereka berikan kepada rakyat Malaysia semasa berlakunya bencana alam sekitar.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kita memang menghargai sumbangan tetapi the final analysis, Tzu Chi sendiri setuju dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam perbincangan terakhir termasuk sebahagian jalan itu akan ditanggungjawabkan kepada PDC yang lain masih di bawah tanggungjawab Tzu Chi dan keperluan jalan untuk sambung ke east Batu Kawan itu sudah tidak berbangkit lagi tetapi longkang perlu dibina tertakluk kepada syarat-syarat agensi yang berkaitannya. Satu lagi akses road, PDC pun setuju tidak akan mengenakan syarat itu tetapi Tzu Chi perlu tetanggungjawab sekiranya Majlis Bandaraya Seberang Perai mengenakan syarat itu sebab PDC bukan badan pihak yang meluluskan Pelan-Pelan Kebenaran Merancang. Itu disetujui dan mereka mahu bawa isu ini kepada ibu pejabat di Taiwan. Jadi kita memang sudah mencapai persetujuan menunggu go ahead daripada ibu pejabat mereka di Taiwan.

Saya kata saya akan balik ke isu ini dan isu ini sebenarnya adalah dibangkit oleh Air Putih juga dalam soalan bertulis juga dibangkit oleh Yang Berhormat Bertam berhubung dengan isu Kerajaan Negeri hutang ataupun PDC tuntut baki hasil daripada negeri yang tidak dijelaskan. Saya mahu jelaskan bahawa apabila saya buat kenyataan 2023 bahawa tak ada hutang itu sebab perkara itu tidak dibangkitkan. Mungkin PDC nampak apa yang saya cakap itu tak ada hutang baru mereka mau ambil langkah seterusnya dalam tahun 2024 mereka telah membangkitkan perkara ini dengan pihak Kerajaan Negeri. Latar belakangnya adalah berkaitan dengan Bayan Mutiara jugalah tadi sudah saya jelaskan jumlah hasil projek adalah RM1.072 bilion yang disalurkan kepada hasil mengikut tahun-tahun dari 2012 hingga 2018. Sebahagian hasil itu telah disalurkan kembali kepada PDC untuk melaksanakan affordable housing scheme dan sebanyak 6 projek telah dan sedang dilaksanakan iaitu Bandar Cassia Fasa 1 di Batu Kawan, Teluk Kumbar, di Bayan Lepas Kampung Jawa, Butterworth, Pintasan Cecil di Georgetown, di Mak Mandin Seberang Perai dan Bandar Cassia Fasa 4 di Batu Kawan.

Mekanisme penyaluran semula memang ada ketika itu ada Kerajaan Negeri sudah terima hasil jualan itu perlu serah balik kepada PDC tetapi tidak dilakukan sehingga dibangkitkan pada penghujung tahun 2024 dan dibangkitkan semula awal tahun ini dan Kerajaan Negeri setuju menimbang dan meminta PDC kemukakan satu cadangan bagaimana hasil itu atau baki hasil itu yang berjumlah RM494.4 juta itu dapat disalurkan balik kepada Penang Development Corporation (PDC).

Ini adalah kaedahnya yang disetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 April baru-baru ini iaitu baki geran affordable housing scheme itu berjumlah RM173.8 juta disalurkan balik untuk PDC menggunakan dengan perluaskan skop penggunaan tanah ini dan juga ada RM320.6 lagi setelah tolak RM173.8 juta itu ada RM320.6 juta yang akan disalurkan balik melalui kontra hasil penjualan tanah lagi tanah jangan berasa malu ya, yang membabitkan perkongsian hasil PDC dengan negeri di Linear Waterfront Department Bayan Lepas yang akan di RFP dalam sedikit masa lagi yang selain daripada boleh pulangkan segala hasil PDC melalui projek ini Kerajaan Negeri akan menerima hasil sebanyak RM1.3 bilion tetapi tidak berlaku tahun inilah setelah RFP dilaksanakan kalau ada pihak yang dipilih atau masuk ini adalah hasil yang kita dapat jangkakan atau dijanakan melalui projek ini.

Maka saya berharap bab pertalian isu ini antara PDC dan Kerajaan Negeri dapat dicapai persetujuan sudah pun mencapai persetujuan apabila cadangan ini dikemukakan oleh PDC untuk persetujuan pihak Kerajaan Negeri.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Minta jalan. Terima kasih kepada penjelasan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tentang perselisihan ataupun percanggahan di antara jawapan yang berikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri pada 24 Mei 2024 kepada saya yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak mungkin hutang yang perlu dilunaskan kepada PDC tapi berlaku perbezaan sekarang. Adalah ketara sekali ini adalah maklumat yang tidak tepat yang diberikan oleh PDC sehingga Yang Amat Berhormat memberikan satu jawapan yang tidak betul. Saya ingat Yang Amat Berhormat pun tahu ini adalah satu perkara yang serius kalau kita mengelirukan Dewan. So saya kira tahun ini bukanlah kesalahan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tapi pegawai yang memberikan maklumat yang tidak tepat ini. Saya rasa mereka amat tidak bertanggungjawab kerana mendedahkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ke atas risiko diambil tindakan kerana memberikan jawapan yang tidak benar, mengelirukan Dewan. Ini serius. Saya harap tindakan yang sewajarnya diambil ke atas pegawai PDC. Jangan-jangan apa yang berlaku semalam di mana Yang Berhormat Batu Lancang atas sesuatu yang bukan kesilapannya tetapi dia pula dikenakan tindakan. Saya harap sikap yang serupa diambil ke atas pegawai yang gagal menjalankan tugas atas satu perkara yang serius. RM320 juta, ini bukan alang-alang punya jumlah. Terima kasih Yang Berhormat.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya tidak ingin….

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebelum itu cuma saya nak jelaskan yang isu yang bersabit dengan Batu Lancang dengan Sungai Pinang telah pun selesai dengan di dalam Dewan inilah. Tidak perlu.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya hanya gunakan perbandingan saja. Saya tidak ungkit perkara itu.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Tapi Air Putih membuat kesimpulan Batu Lancang tak bersalah.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya cakap perkara ini adalah daripada pegawai. Kalau pegawai…

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dengan kes Batu Lancang menyimpulkan Batu Lancang tidak bersalah.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ini kerana ialah kes.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ya atau tidak?

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya. Saya rasa dia bimbang memberikan pandangan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kalau tidak boleh tarik balik.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Kalau nak timbul perkara ini seperti speaker pun saya sebut ini dah selesai, saya buat perbandingan saja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tapi buat perbandingan…

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Satu kesimpulan yang tidak tepat. Ahli yang berkenaan sudah tarik balik dan mohon maaf. Itu…

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

So, over laa over. Saya cakap tentang perkara PDC.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Jadi perbandingan itu tak secocoklah dengan apa yang ingin dibangkitkan. Saya tidak cadang mempertahankan mana-mana pihak di PDC oleh kerana sudah pun dibangkitkan maka PDC perlu buat siasatan terhadap penyediaan jawapan berkenaan mungkin isu ini sudah lama tidak dibangkitkan. Saya buat assumption saja. Banyak tahun tidak dibangkitkan sehingga jawapan itu maka dibangkitkan dan ini pun satu keadaan di mana menerangkan bahawa pertalian antara PDC dan Kerajaan Negeri perlu diuruskan dengan sebaik-baik maka kita perlu keputusan EXCO sampai saya pun cadangkan perlunya perjanjian bagi mana-mana projek yang membangkitkan dua pihak untuk memberi perhubungan berasaskan kepada keputusan-keputusan ataupun perjanjian-perjanjian supaya tidak ada pertikaian akan wujud di antara dua pihak apabila left pocket, right pocket itu kadangkala susah nak trace dokumen-dokumen berkaitan.

Maka kita berharap PDC ambil berat tentang perkara ini bersama dengan Kerajaan Negeri jugalah. Kadangkala pun kesilapan pun bukan semata-mata di pihak PDC di peringkat Jabatan Kewangan Negeri pun ada kelemahan dari segi rekod-rekod yang begitu lama ini dan kita ambil maklum dan dengan keputusan sedemikian kita harap chapter berhubung hasil dari Bayan Mutiara ini dapat disempurnakan melalui kaedah yang dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya memang setuju bahawa kita kena tutup bab ini kerana pihak Kerajaan Negeri telah buat keputusan. Itulah jumlah muktamad yang perlu dilunaskan oleh Kerajaan Negeri kepada PDC tapi yang saya sebut ialah tentang perkara penyediaan jawapan yang betul kerana kalau kita ikut prosedur Dewan, ini jawapan salah kena minta maaf dan sebagainya. Ini semua berasal kerana kelalaian dan kecuaian pegawai PDC. Sekarang bagi bonus 6 bulan. Kena ada professional sikit sebab saya harap bahawa tindakan yang tegas dan sewajarnya dapat dikenakan. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kita berharap sesiapa yang bertanggungjawab mungkin tarik balik bonus dia tetapi tidak bermaksud PDC sebagai satu perbadanan perlu dihukum kalau adanya kelalaian oleh mana-mana pihak

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya tidak sebut sedemikian. Saya tidak sebut PDC.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya sebut. Kalau tidak sebut tidak apa. Saya sebut. Menjawab Yang Berhormat Seberang Jaya berhubung dengan Rumah Bakat Baru MADANI yang dilaksanakan di Seberang Jaya, pihak PDC telah mengadakan dua sesi libat urus bersama pelbagai jabatan untuk mendapat maklum balas terhadap trafik, pencemaran dan lain-lain isu yang akan mengimpakkan penduduk-penduduk. Dan terkini Pelan Kebenaran Merancang telah mengambil kira hasil daripada sesi libat urus dan ianya pun sudah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai pada 6 hari bulan Februari yang lalu.

Yang Berhormat Machang Bubuk juga berhubung dengan hasil jualan tanah yang melibatkan PDC, Machang Bubuk mengandaikan bahawa sepatutnya tanah-tanah itu milikan Kerajaan Negeri. Tetapi sebenarnya tidak sebab ini arrangement dari dahulu lagilah di mana tanah-tanah itu dibuat pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah oleh pihak Kerajaan Negeri bagi pihak PDC sebab PDC yang memerlukan tanah-tanah itu untuk tujuan industri. PDC akan membiayai kos pengambilan itu tetapi setelah selesainya pengambilan, geran tidak dikeluarkan kepada PDC.

Tetapi masih kalau tidak ada geran dikeluarkan masih dianggap akan dianggap sebagai tanah kerajaan lah setelah pengambilan sehingga PDC dapat pelabur yang sudah pun minat dan buat keputusan untuk membeli tanah itu. Setelah pembayaran dibuat maka tittle itu akan dikeluarkan kepada pelabur atau pembeli berkenaan. Jadi, memang arrangement ini menimbulkan pelbagai masalah kalau ada orang buat search di land office, dia akan dapati ianya state land. Tetapi di antara PDC dan negeri tahu ini sebenarnya akan dikurniakan balik kepada PDC apabila ada pembeli.

Dan kita bukan hilang itu nilai penjualan itu, nilai penjualan itu akan dibayar kepada PDC sebab PDC adalah pihak yang membiayai pengambilan dan juga untuk menyediakan infrastruktur itu untuk dijadikan sebagai estate industry. Cuma negeri akan kira balik kehilangan cukai untuk tempoh di mana geran tidak dikeluarkan. Sebab kalau 10 tahun kita tidak keluarkan geran, PDC tidak akan perlu bayar cukai tanah. So, kalau itu kita perlu kira balik tiga tahun ka lima tahun ka, dia akan dicas satu bayaran khas sebagai ganti kepada cukai tanah yang tidak, tidak perlu dibayarlah dalam tempoh itu.

Saya harap ini dapat memperjelaskan isu berhubung dengan satu lagi pertalian PDC dengan Kerajaan Negeri yang saya tidak ada kawalan, Air Putih pun tidak ada kawalan. Ia ditentukan pada zaman-zaman dahulu. Tetapi kini pun kita cadang dikaji semula, kita pun cadang untuk mengelakkan masalah sebaik sahaja pengambilan sempurna kita akan keluarkan geran kepada PDC. Tetapi PDC kalau jual kepada pihak ketiga ini membabitkan cukai-cukai dan lain-lain isu lah. Sampai kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, terima kasih sabar menunggu. Berhubung dengan aktiviti pengeluaran pasir berhampiran Pulau Betong, kenyataan Yang Berhormat adalah tidak betul, tidak tepat.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan semakan didapati tapak tersebut terletak di luar perairan negeri Pulau Pinang iaitu melebih tiga batu nautika dan termasuk di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan. Lesen mengeluarkan pasir bagi tapak-tapak berkaitan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) setelah satu proses yang panjang. Berdasarkan rekod dari JKPTG.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi habis dulu.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terdapat empat lesen telah dikeluarkan di bawah Akta Pelantar Benua 1966 di kawasan luar perairan negeri Pulau Pinang. Pada masa ini tiada pelesen di kawasan luar perairan Pulau Pinang yang sedang dan aktif beroperasi. Kes yang dibangkitkan itu mungkin dalam proses permohonan. Tadi.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Padang Kota.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ya. Saya akan habiskan. Jadi, kini Yang Berhormat akan tanya dan sudah tanya. Jadi kalau bukan dari sini, datang dari mana. Jawapan adalah pada ketika ini ada tiga pelesen di kawasan luar perairan negeri Perak yang membekalkan pasir ke projek-projek di negeri Pulau Pinang iaitu syarikat CSO Marine Sdn. Bhd. Penghantaran pasir dasar laut ke Projek Penang World City dan kepada juga Tanjung Seri Pinang, Tanjung Pinang di Gurney.

Kedua Syarikat EKL Business, penghantaran hasil kepada projek juga Penang World City dan juga Penang South Reclamation atau Silicon Island. Ketiga Syarikat Teratai Senandung Sdn. Bhd. yang menghantar pasir ke Projek Seri Tanjung (STP2). Jadi, bekalan pasir untuk Pulau Silicon diambil dari tempat-tempat yang saya sebutkan tadi dan melalui proses-proses EIA dan sebagainya dan akhirnya lesen itu perlu ditandatangani oleh Menteri berkenaan. Cuma Menteri bertanggungjawab. Kita ada Menteri dulu.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Padang Kota. Tidak habis lagi.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Sikit lagi. Menteri Dato’ Seri Takiyuddin pun ada Menteri Nik Nazmi pun ada, Menteri Tuan Ibrahim pun ada. Tidak kisah siapa lah. Dia Menteri berkaitan, dia perlu tandatangan lah. Itulah keadaan berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Padang Kota. Maklumat yang saya berikan kepada Padang Kota itu, syarikat yang yang terlibat itu makna tidak betullah. Maklumat yang saya berikan kepada Padang Kota setelah Padang Kota cabar saya 24 jam itu suruh saya bagi, saya berikan maklumat tersebut.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Permohonan memang ada.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Okey makna syarikat itu belum ada lah. Belum korek pasir.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Belum ada lah. Saya sudah jawab.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Jadi makna ini ini satu scammer, scammer terhadap nelayan. Betul tidak. Boleh kita setuju tidak.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Mungkin dia dalam proses.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Dalam proses macam mana dia boleh panggil dia nelayan. Sampai tiga kali panggil nelayan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Boleh.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Bermakna dia menakut menakutkan nelayan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ini proses.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Proses FIA.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

(gangguan) Adakah kita boleh membenarkan maknanya syarikat sedemikian ya, orang kata menakut-nakutkan kepada nelayan sampai nelayan, makna jadi, jadi bimbang.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Bukan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Jadi maknanya saya berpandangan syarikat ini kita kena blacklist. Tidak boleh buat kerja macam ini. Panggil melayan sebelum maknanya ada apa-apa.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya rasa Ketua Pembangkang.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Apakah autoriti. Apa autoriti makna untuk panggil ini. Maknanya menyebabkan nelayan jadi bimbang. (gangguan) Itu yang saya bangkitkan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ini proses. Sebelum Menteri boleh tandatangan, saya kata dia perlu melalui satu proses permohonan termasuk buat EIA, SIA, T apa A dan FIA. Syarikat yang bertanggungjawab. Dia perlu buat sesi libat urus, tanya. Macam mana kalau tidak membuat soal selidik dengan pihak-pihak yang terkesan itu macam mana dia boleh sediakan laporan kan. Ini proses perlu dilakukan oleh syarikat bukan kerajaan. Ia perlu dilakukan oleh konsultan lah saya rasa.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Padang Kota.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ya.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Diorang dah panggil nelayan bagi tahu mereka dapat EIA. Ini satu penipuan oleh syarikat tersebut kepada nelayan-nelayan. Dia panggil tiga kali. Adakah patut bagi syarikat yang belum lagi masih dalam proses nak memohon boleh memanggil nelayan dan menyatakan kepada nelayan bahawa mereka akan korek pasir daripada Pulau Betong ke Pantai Acheh ini. Ini isunya. Isu maknanya mereka telah menyebabkan telah menyebabkan nelayan jadi takut. Nelayan jadi khuatir. Jadi bagi saya bagi saya maknanya ini satu perkara yang tidak patut dilakukan oleh syarikat tersebut. Tidak sepatutnya. Patutnya mana dah dapat dah kelulusan baru sepatutnya mereka dengan agensi yang sepatutnya memanggil nelayan dan juga memaklumkan kepada nelayan. Yang ini sampai nelayan takut nelayan pakat ramai membangkitkan. Ini satu perkara yang saya rasa serius kalau sekiranya maknanya kita membiarkan syarikat-syarikat ini bermaharajalela membuat suka-suka sahaja sehingga mencetuskan keadaan yang mencetuskan ketidaktenteraman kepada rakyat kita nelayan kita. Patut tak perkara ini?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Itu satu proses sehingga Menteri dari PAS pun sudah tandatangan berapa lesen dah. Ini proses, semalam kita dengar panjang lebar untuk CLQ.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

EIA.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Syarikat itu pun perlu buat soal selidik di lingkungan berapa. Dua.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Dua kilometer.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dua kilometer.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Okey. Saya boleh terima. Kita boleh terima proses. Tetapi memanggil nelayan dalam keadaan belum apa-apa lagi mencemaskan nelayan ini (gangguan) tidak apa. Sebahagian daripada daripada proses tidak apa kan. Tetapi kena kena kena jelaskan. (gangguan)

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Kalau Ketua Pembangkang nak sangat korek pasir (tidak jelas).

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yang ini masalah dia tipulah… (gangguan). Masalah dia menipu nelayan. Pasal apa nelayan cemas.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Dua. Sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kita alih ke isu yang seterusnya. Not misundertanding Ketua Pembangkang masih tidak faham.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Tidak puas hati. (gangguan)

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Okey, saya rasa tidak perlu ada pertikaian lain-lain isu nelayan sebab sejak 2016 lagi apabila kita mulakan inisiatif South Reclamation ini, berbagai stake holders engagement sudah pun dilakukan di kawasan berkenaan sampai pusat perkhidmatan setempat nelayan diadakan sesi libat urus diadakan sehingga kini 17,000 orang kepentingan termasuk para nelayan telah terlibat dalam sesi libat urus dan sebagainya.

Yang Berhormat Bukit Tambun juga menimbulkan tentang pelaksanaan kadar cukai baharu setelah mendapat kelulusan dari Majlis Tanah Negara pada 19 November 2024. Pengarah Tanah dan Galian dan semua Pejabat Tanah di negeri Pulau Pinang sedang menjalankan semakan semula kadar cukai tanah pada semua hak milik berdaftar di negeri Pulau Pinang. Langkah ini merupakan semakan kali pertama dilakukan sejak 30 tahun. Proses ini melibatkan 373,000 hak milik di seluruh negeri dan dijangka kerja ini akan berterusan untuk beberapa bulan lagi.

MMK masih belum memutuskan bila kuatkuasa, tetapi kita perlu buat keputusan dan akan memaklumkan kepada umum apakah sebab kita perlu kaji semula dan mencadangkan kenaikan yang dapat menjana hasil di samping tidak membebankan terlalu banyaklah rakyat jelata. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penanti, secara ringkasnya bagaimana kita dapat mencegah pencorobohan tanah-tanah kerajaan melalui pemantauan secara berkala, pemasangan pagar dan tanda amaran, tindakan penguatkuasaan undang-undang yang sepadu dan antara tindakan yang boleh diambil, di bawah Akta Tanah Kanun Tanah Negara termasuk notis pengosongan, perobohan dan juga tindakan undang-undang dibawah Seksyen 426 (1b) Kanun Tanah Negara yang membawa hukuman denda maksimum sehingga setengah juta ringgit atau sehingga lima tahun penjara atau kedua-duanya dan juga termasuk rampasan barangan dan lain-lain.

Isu berhubung dengan pemberian kenderaan rasmi. Saya rasa, laporan media pun sudah banyak kita dapat tentang perkara ini. Cuma secara rumusan, pemberian kenderaan kepada EXCO mengikut rekod sejak tahun 2013, memang setiap enam tahun, kereta digantilah, ditukar dengan kos yang meningkatlah berbanding dengan 2013 atas mengurangkan kos penyelenggaraan dan sebagainya dan ada soalan apa berlaku dengan kereta yang ditukar itu. Kereta-kereta itu masih digunakan oleh Pihak Kerajaan Negeri, diletakkan dalam pool ya, can explain in English? Pool, carpool.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Pool?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Bukan kolamlah. Untuk diguna oleh pegawai-pegawai yang memerlukanlah. So, masih digunakan untuk banyak tahun lagi. Maksud dia, dia apa jual tak jual kita simpan sebab poolcar yang ada ni, adalah digunakan yang dibeli pada tahun 2013 lagi. So, kita sekarang apa yang ditukar adalah dibeli pada tahun 2019, So, batch kereta ini akan berfungsi lagi sebagai poolcar. Itu pun poolcar kita tak cukup.

Okey, sebagai penutup, sebelum sempat makan tengah hari persidangan Dewan pada hari ini…

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Sebelum tutup, Padang Kota, ada tertinggal iaitu berkenaan dengan berkenaan dengan jawatankuasa yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri untuk membuat siasatan dan diwujudkan bajet untuk menyiasat kes tanah pampasan yang belum dibayar setelah dimiliki oleh kerajaan selama berbelas tahun.

Jadi, bila Ketua Menteri umumkan dalam mesyuarat yang lepas, rakyat di bawah bertepuk tangan seronok sebab Ketua Menteri nak ambil tindakan, nak bayar balik tanah mereka telah diambil tapi sehingga ke hari ini aktiviti tersebut tak dijalankan dan saya pun tak mendengar sebarang ulasan tadi.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

I know Yang Berhormat will surely raises issue sebab sudah banyak kali dibangkitkan. Jawapannya, masih dalam proses. Ia berjalan masih berjalan dan sehingga dimuktamadkan, kita pun perlu sediakan bajet. Apa yang berlaku berpuluh tahun itu adalah ketidaksempurnaan dokumen itu. Sebagai kerajaan, kita perlu tanggungjawablah walaupun mungkin pampasan pada masa itu pun sudah dibayar tetapi tak ada dokumen untuk menyokong perkara ini. Maka kita perlu bertanggungjawab. Kalau ikut penilaian sekarang, ha itu tanggungan yang beratlah. Tetapi ada kelemahan yang berada pada puluh-puluh tahun. Ini semua kes-kes 60-an dan 70-an. Kita harap dalam tempoh ini kita dapat selesaikan. Yang Berhormat Doktor Norlela masih ada berhubung Yang Berhormat? Sebab Dato’ Norlela yang mula bangkitkan isu ini.

Jadi, persidangan kali secara tidak langsung, turut memperlihatkan pemerintahan penggal kedua dan terakhir saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya dibantu oleh pasukan atau barisan EXCO yang baru yang begitu komited dan amat bertanggungjawab dalam melaksanakan amanat yang dipertanggungjawabkan. Walaupun dalam penggal kedua, saya dibekalkan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dibekalkan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kebanyankkan, muka barulah. Yang otai itu cuma Yang Berhormat Tanjung Bunga, yang lagi otai itu Yang Berhormat Datuk Keramat. Yang lain itu semua, generasi muda. Walaupun sudah 60 lebih. Jadi, itulah keadaan kita bagaimana kita dapat gembelingkan tenaga baru inilah untuk…untuk melaksanakan amanat yang ditanggungjawabkan. Jadi setelah hampir 2 tahun, barisan EXCO saya, my EXCO memperlihatkan kematangan, bukan sahaja mungkin ada yang emotional sikit adalah. Memperlihatkan kematangan bukan sahaja dalam menerajui portfolio masing-masing, malah dibawah kepimpinan saya, kami berusaha mencari alternatif-alternatif dalam membangun serta memenuhi keperluan negeri ini terutamanya dalam aspek kewangan.

Sebagai sebuah pasukan, kami sedar akan isu yang bakal dan mungkin dihadapi, dengan baki sebenar berjumlah RM115.94 juta pada awal tahun ini, sebagaimana dibangkitkan. Kami sentiasa peka dan terus merancang dalam menguruskan sumber ini dengan sebaiknya tanpa mengabaikan agenda pembangunan negeri khasnya kebajikan rakyat negeri ini.

Di Dewan yang mulia ini, saya juga ucapkan terima kasih kepada barisan ex officio iaitu yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri yang otai dalam perkhidmatan Negeri Pulau Pinang. Otai atau dalam perkataan lain taiko juga. Ada Pegawai Kewangan Negeri, yang ramai tak suka sebab terlalu tegas tetapi ini semata-mata amanat dan tanggungjawab, untuk menjaga kepentingan Negeri Pulau Pinang dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang bernasib baik menyaksikan kamilah sebagai Ahli Dewan memperform sepanjang lima hari ini.

Dan memberi sokongan berterusan kepada barisan EXCO untuk melaksanakan tugas masing-masing. Di bawah perlembagaan, Pulau Pinang mempunyai hak untuk memohon peruntukan dari Persekutuan bagi menghadapi apa-apa cabaran. Oleh itu, kita pun menerima bahawa mereka sudah tolak tuntutan kita mendapat 20 peratus. Kita tuntut lagi. Harap esok ada pimpinan baru di Parti Keadilan. Ya, dalam tempoh tujuh tahun saya menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Menteri, tidak keterlaluan saya percaya tidak keterlaluan saya nyatakan bahawa perkhidmatan serta pembekalan air Pulau Pinang adalah lebih lestari yang mana banyak isu-isu yang tidak memperolehi penyelesaian, berjaya diselesaikan atau akan diselesaikan.

Maka perancangan jangka panjang telah dirancang sehingga tahun 2030 bagi memastikan bekalan air terus mampan di seluruh negeri. Serentak itu, projek-projek infrastruktur termasuk jaringan jalan raya, rancangan tebatan banjir dan pembekalan tenaga elektrik juga telah dilaksanakan serta dirancang secara berterusan. Buktinya, adalah sebagaimana dikongsi oleh pasukan EXCO sama ada dalam jawapan lisan, bertulis serta penggulungan di Dewan yang mulia ini. Selain sumber kewangan negeri yang digunakan dengan sebaiknya, kami juga berjaya mendapat dana daripada Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa demi pembangunan negeri tercinta ini. Pada aspek industri, Pulau Pinang pun juga, kami juga membuktikan kita berjaya membuktikan bahawa Seberang Perai adalah masa depan Negeri Pulau Pinang. Batu Kawan kini memperlihatkan perubahan mendadak dan kini Seberang Perai Utara pun giat dibangunkan. Malah dari segi land, Industrial Land Regionals, PDC ada tanah seluas 500 ekar yang akan disediakan untuk memenuhi keperluan pelaburan masa depan. Kita akan meneruskan pengambilan tanah di Nibong Tebal di SPT untuk memastikan kita ada dana tanah yang mencukupi.

Berlandaskan pencapaian dan komitmen ini, saya yakin gagasan visi Penang2030, akan berjaya dicapai dan diserahkan kepada pewaris tampuk pemerintahan saya kelak. Itu hasrat sayalah. Surrender the state in the better situation to my successor. Saya berani katakan dan yakin bahawa apabila pengganti saya mengemudi pemerintahan Pulau Pinang suatu hari nanti, negeri ini akan diserahkan dengan keadaan yang sempurna, dengan kedudukan kewangan kukuh. Jawapan sudah saya berikan. Saya akan melihat harap dalam semasa saya tamat, saya bolehkan memulihkan Akaun Hasil Disatukan kepada satu bilion ringgit. Supaya pewaris dapat menggunakan wang itu untuk pembangunan dan kebajikan tetapi bukan untuk naik gaji.

Saya berharap dengan baki tempoh pemerintahan yang ada, barisan EXCO serta kepimpinan sedia ada akan terus memberi sokongan penuh menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti, sudi mendengar suara dan cadangan daripada akar umbi demi kepentingan negeri kita yang tercinta ini.

Pembentangan Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025Bill

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Bersetuju berbahas adat bersidang, Jangan ada yang berkecil hati, Kalau ada umur yang panjang, Kita bersidang semula November nanti.

Sekian, Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, serta Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi. Dengan ini, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi penggulungan telah pun selesai dan Ahli-ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul bahawanya kami Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15 pada 16 Mei 2025 dipersetujui. Ahli-ahli yang bersetuju katakan Ya.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju katakan tidak. Sebulat suara, kita setujui. Ahli- ahli Yang Berhormat, maka Dewan ditangguhkan untuk henti rehat. Kita sambung balik jam 3:00 petang nanti.

Dewan bersidang semula jam 03.00 petang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Seri Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di Negeri Pulau Pinang dan perkara yang berkaitan dengannya dibacakan bagi kali yang pertama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di Negeri Pulau Pinang dan perkara yang berkaitan dengannya dibacakan bagi kali yang pertama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang pertama.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Seri Speaker, mengikut Peraturan 59, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini diteruskan dengan serta-merta.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025. Bacaan kali yang kedua.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Seri Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di Negeri Pulau Pinang dan perkara yang berkaitan dengannya dibacakan bagi kali yang kedua.

Dato’ Seri Speaker, Dewan yang mulia ini sedia maklum akan peri pentingnya usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air di Negeri Pulau Pinang. Ini kerana sumber air merupakan aset alam yang kritikal untuk kehidupan, pembangunan ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat. Namun sehingga kini, pengurusan sumber air di negeri ini masih menggunakan punca kuasa berdasarkan peruntukan Undang-Undang Air, memperluaskan penggunaan ke Pulau Pinang Tahun 1967 atau lebih dikenali sebagai Enakmen Air 1967. Malah Dato’ Seri Speaker, ejaan air pun ‘AYER’. Itu menunjukkan betapa lamanya undang-undang yang kita guna, dan Enakmen Air ni kuasanya hanya melalui Pegawai-Pegawai Daerah dan peruntukan juga terhad.

Jadi selain enakmen sedia ada yang sudah ketinggalan zaman, terdapat juga kelompangan dalam Akta-Akta Persekutuan yang tidak dapat menangani masalah pencemaran sumber air dengan menyeluruh. Sebagai contoh, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan hanya aktiviti tertentu sahaja yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Efluen Perindustrian 2009. Di bawah Akta tersebut, pelepasan efluen daripada aktiviti perladangan seperti pemprosesan kelapa sawit, getah asli dan juga perlombongan tidak termasuk dalam pemakaian peraturan.

Di samping itu, efluen perindustrian kurang daripada 60-meter padu sehari atau pepejal terampai kurang daripada 6 kilo sehari, juga tidak tertakluk. Sehubungan dengan itu, penggubalan Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025 ini adalah langkah strategik untuk memperkukuh sistem pengurusan sumber air agar lebih menyeluruh, bersepadu dan lestari. Dengan tekanan yang semakin meningkat akibat pertumbuhan penduduk, pembangunan pesat dan kesan perubahan iklim, pengurusan air memerlukan pendekatan yang lebih sistematik, efisien dan berasaskan punca kuasa yang lebih berkesan. Justeru Kerajaan Negeri yakin, RUU Sumber Air ni dapat menyediakan kerangka perundangan yang lebih jelas untuk mengawal pengambilan, penggunaan, pemuliharaan serta kualiti sumber air. RUU Sumber Air ni akan memberi punca kuasa yang kukuh bagi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih ketat serta memperkenalkan teknologi pintar dalam pengurusan air. Di samping itu, undang-undang baru ini juga akan adalah penting untuk menjelaskan hak dan tanggungjawab pelbagai pihak dalam penjagaan sumber air. Tanpa asas undang-undang yang kukuh kita akan berdepan kesukaran dalam menyelaras tindakan serta menangani risiko konflik penggunaan sumber air. Oleh itu penggubalan RUU Sumber Air ini adalah suatu keperluan untuk memastikan pengurusan air yang berdaya tahan dan lestari dalam jangka masa panjang. Dato’ Seri Speaker, Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025 yang dibentangkan ini mengandungi sebanyak 61 Fasal yang dibagikan pada 10 Bahagian.

Bahagian 1, Enakmen iaitu Fasal 1 dan 2, dicadangkan ataupun mengandungi perkara berhubung dengan peruntukan permulaan seperti tajuk, tarikh kuat kuasa, takrifan dan sebagainya. Bahagian 2 iaitu Fasal 3 hingga 6 mengandungi perkara berhubung dengan Pengurusan dan Perlindungan Sumber Air. Contohnya peranan dan tanggungjawab Pengarah Sumber Air dan juga keperluan Pengarah untuk menyediakan Pelan Pengurusan Sumber Air, juga tanggungjawab dari segi pelaksanaan peruntukan Enakmen dan sebagainya. Untuk Bahagian 3, Dato' Seri Speaker, Fasal 7 hingga 16 mengenai perkara berhubung dengan Kawasan Perlindungan dan Kawasan Sumber Air. Jadi dalam erti kata lain, pewartaan kawasan perlindungan, aktiviti-aktiviti serta pembangunan yang dibenarkan di kawasan perlindungan, keperluan untuk mendapatkan lesen, syarat-syarat yang diperlukan untuk apa-apa pembangunan serta langkah-langkah dalam pengawalan dan pengurusan sumber air semasa banjir atau kemarau. Juga terkandung dalam bahagian tersebut, tindakan-tindakan untuk menangani ancaman pencemaran air dan juga mengawal pembaziran air. Bahagian 4, iaitu Fasal 17 hingga 18 mengandungi perkara berhubung dengan Pemuliharaan Sumber Air iaitu kuasa Pengarah untuk mengambil tindakan pemulihan sumber air dan juga mengenakan kos pemulihan tersebut ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab. Bahagian 5, Fasal 19 hingga 30, mengandungi perkara berhubung dengan Perlesenan, jadi semua perkara-perkara berhubung dengan perlesenan ada dalam Fasal-Fasal yang ni.

Bahagian 6, Fasal 31 hingga 35 mengandungi perkara berhubung dengan Penggunaan Sumber Air, contohnya hak terhadap air bagi tujuan sara diri, kuasa Pengarah untuk memasang dan mengendalikan apa-apa jenis alat pengukur untuk merekodkan pengabstrakan air, kuasa untuk mengenakan caj bagi penggunaan sumber air dan sebagainya. Seterusnya Bab 1, bahagian ini, Bab 1, Bahagian 6, Fasal 36 memperuntukkan bahawa tiada mana-mana orang boleh mengabstrak sumber air melainkan dengan kebenaran Pengarah melalui permohonan lesen. Bab 2, ini iaitu Fasa 37, memperuntukkan bahawa tiada mana-mana orang boleh menjalankan kerja yang akan melencong, mengganggu atau menghalang aliran sumber air. Bab Ketiga, Fasal 38 berkenaan dengan pengendalian vessel atau pun navigasi dalam melalui sumber-sumber air atau pun jalan air pedalaman tanpa lesen. Bahagian 7, Fasal 39 hingga 50 berkenaan dengan perkara berhubung dengan Penguatkuasaan, maksudnya kuasa untuk menyiasat, memasuki premis, memberhentikan, menggeledah dan juga menyita barangan dan lain-lain yang berkait. Bahagian 8, Fasal 51 hingga 55 adalah mengenai perkara berhubung dengan Kesalahan dan Penalti dalam erti kata lain pengkompaunan kesalahan dengan keizinan Pendakwa Raya, denda-denda dan juga hal bersangkut-paut dengan pendakwaan. Bahagian 9 Enakmen, iaitu Fasal 56 hingga 60 mengandungi perkara berhubung dengan Peruntukan Pelbagai. Contohnya perlindungan undang-undang kepada Lembaga Pengarah dan lain-lain, kuasa Pengarah untuk menghendaki mana-mana orang untuk memberikan maklumat serta perlindungan identiti pemberi maklumat. Akhir sekali, Bahagian 10 Enakmen ini, iaitu Fasal 61 adalah mengenai Pemansuhan, Pengecualian dan Peralihan Bagi Undang-Undang Lama. Dalam erti kata lain, setelah digubal dan diluluskan Rang Undang-Undang ni maka undang-undang yang sebelum ni iaitu Undang-Undang Air ataupun Enakmen Air 1967 yang saya sebut tadi akan digantikan.

Dato’ Seri Speaker, telah jelas dari peruntukan-peruntukan yang saya sebut tadi betapa pentingnya untuk mewujudkan Enakmen Sumber Air Pulau Pinang 2025 yang merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sumber air menerusi punca kuasa yang diberikan berdasarkan lima fokus utama seperti berikut: Yang pertama, Pengurusan dan Perlindungan Sumber. Kuasa untuk melindungi sumber dan badan air dengan mewujudkan pelan mitigasi serta syarat-syarat serta prosedur yang akan ditentukan melalui setiap permohonan aktiviti yang dikemukakan ke atas sumber air atau aktiviti bersebelahan dengan sumber air. Kedua, Penggunaan Sumber. Kuasa untuk mewujudkan peraturan dalam penggunaan sumber melibatkan pelbagai aktiviti sebagai contoh pengabstrakan air, aktiviti-aktiviti badan air seperti navigasi dan rekreasi serta pelepasan bahan pencemar ataupun efluen ke atas sumber atau badan air. Kawalan dilaksanakan dengan menggunakan punca kuasa untuk mengawal dan mengenakan caj, fi dan sekuriti terhadap penggunaan sumber air melalui aktiviti yang dilaksanakan. Ketiga, Pemuliharaan Sumber. Kuasa untuk mengeluarkan lesen bagi aktiviti-aktiviti penggunaan sumber supaya mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan bagi tujuan pemuliharaan kawasan sumber dan badan air yang telah pun ditetapkan. Langkah ini juga untuk mengawal aktiviti pencemaran ke atas sumber air yang boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sumber air. Keempat, Penguatkuasaan. Kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan ke atas kawasan perlindungan sumber, penggunaan sumber serta pemuliharaan melalui prosedur yang telah ditetapkan dalam Rang Undang-Undang. Kelima, Kesalahan dan Penalti. Kuasa untuk mengenakan kompaun dan penalti mengikut peruntukan kesalahan dalam Rang Undang-Undang ini.

Dato’ Seri Speaker, Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025 adalah perlu untuk menggantikan Enakmen Air 1967 yang digunapakai kerana Negeri Pulau Pinang memerlukan perundangan yang khusus, yang menyeluruh untuk memenuhi kehendak semasa yang masih lompang dan juga peruntukan sedia ada tidak dapat dikuatkuasakan. Dengan ini saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang yang bernama satu Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025 diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke-15. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Silakan memberi sokongan.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Sebagai EXCO, sebagai EXCO yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, saya ingin menegaskan bahawa isu sumber air bukan sahaja berkaitan dengan bekalan air sahaja. Tetapi juga mencerminkan keupayaan kita menguruskan ekosistem secara mampan. Negeri Pulau Pinang ini, Pulau Pinang kini berdepan dengan tekanan sumber air yang semakin meningkat akibat pertumbuhan populasi, perindustrian, pembangunan dan kesan perubahan iklim. Justeru Rang Undang-Undang ini amat tepat pada masanya. Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan dalam memastikan sumber-sumber semula jadi seperti sumber air mentah ini dipelihara demi generasi akan datang, saya dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025 yang telah dibentangkan. Rang Undang-Undang ini merupakan satu langkah penting dan strategik dalam memastikan kesinambungan dan kelestarian pengurusan sumber air di negeri kita yang tercinta ini. Tuan Yang di-Pertua Dato’ Seri Speaker, antara perkara utama yang saya ingin tekankan dalam menyokong Rang Undang-Undang ini adalah seperti berikut. Pengurusan sumber air secara holistik. Rang Undang-Undang ini memperkenalkan pendekatan yang lebih menyeluruh dalam mengurus sumber air termasuk air permukaan, air bawah tanah dan air hujan. Ini penting untuk menjamin ketahanan air jangka masa panjang.

Kedua, penekanan terhadap konservasi dan pemuliharaan. Peruntukan dalam Rang Undang-Undang ini turut menggariskan kepentingan memelihara kawasan tadahan air, sungai dan hutan selaras dengan Agenda Alam Sekitar Negeri yang mementingkan pemuliharaan biodiversiti dan keutuhan ekosistem. Ketiga, kawal selia dan penguatkuasaan lebih tegas dengan adakan kuasa perundangan yang jelas dan terkini, Kerajaan Negeri akan lebih keupayaan untuk mengawal pencemaran sumber air, mengurus pengambilan air secara adil serta mengenakan penalti terhadap pihak yang melanggar peraturan. Dan keempat peningkatan kesedaran dan pendidikan masyarakat. Rang Undang-Undang ini juga memperuntukkan aspek pendidikan dan

kesedaran awam dalam menguruskan air. Yang mana amat penting untuk membentuk budaya penggunaan air yang bijak dan bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua Dato’ Seri Speaker, saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama menyokong Rang Undang-Undang ini demi masa depan generasi akan datang, demi negeri yang lestari dan demi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan. Sekian, saya menyokong Rang Undang-Undang ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka kita berada dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025 maka saya nak persilakan Ahli-ahli Yang Berhormat sesiapa yang ingin mengambil bahagian. Sila Sungai Dua. Tak apa, Sungai Dua.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker memberikan peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025. Air bukan sekadar sumber ekonomi ataupun bahan mentah, ia adalah amanah Tuhan. Di dalam Surah Al-Anbiya ayat 30, Allah berfirman (bacaan Al-Quran) dan kami jadikan daripada air akan segala sesuatu yang hidup. Maka air adalah asas kehidupan dan mengurusnya dengan zalim, boros atau tidak adil adalah menyalahi amanah syariah. Islam meletakkan pengurusan air sebagai satu tanggungjawab sosial dan agama. Dalam banyak hadis kita melihat Rasulullah S.A.W menekankan keadilan dalam pembahagian air. Rasulullah S.A.W bersabda (bacaan Hadis) manusia berkongsi pada tiga perkara iaitu air, padang, padang ragut dan juga api. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abi Daud.

Ini menunjukkan bahawa air ialah hak kolektif yang tidak boleh dimonopoli ataupun disalahguna. Islam melarang pemusatan sumber asas ataupun air mentah yang membawa mudarat kepada ramai. Bahkan dalam surah Ar-Rum Allah S.W.T firman (bacaan Al-Quran) telah zahir kerosakan di darat dan juga di laut disebabkan tangan-tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali kepada jalan yang benar. Ayat ini menjadi peringatan besar bahawa pengurusan sumber alam seperti air mesti bersifat adil, lestari dan tidak menyebabkan kerosakan akibat ketamakan ataupun monopoli. Dalam konteks ini, mana-mana undang yang digubal untuk mengurus sumber air mestilah menepati objektif pensyariatan ataupun maqasid syariah iaitu menjaga nyawa, menjaga harta dan juga menjaga kesejahteraan awam. Maka RUU ini harus dinilai bukan sahaja dari sudut teknikal dan pentadbiran tetapi dari lensa etika dan juga keadilan.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara pandangan yang ingin saya lontarkan. Pandangan daripada RUU Sumber Air Pulau Pinang 2025 ini. Yang pertamanya, dalam Fasal 3, tanggungjawab mengurus dan melindungi sumber air. Pengarah perlu membentangkan laporan tahunan kepada Dewan Undangan Negeri yang merangkumi semua arahan, pemantauan dan pelaksanaan yang dibuat di bawah RUU ini. Ini supaya dapat menjamin ketelusan serta membolehkan wakil rakyat menyemak dan juga menilai prestasi serta kesan kepada rakyat.

Yang kedua, dalam Fasal 7, pengisytiharan kawasan perlindungan. Masukkan klausa, klausa yang mewajibkan Pihak Berkuasa Negeri mengadakan rundingan awam dan memaparkan draf kawasan perlindungan sebelum pewartaan agar rakyat, NGO, pakar dan pemilik tanah tempatan dapat memberi pendapat mereka terhadap kawasan tersebut. Yang ketiga, dalam Fasal 6 pelan pengurusan sumber air antara negeri. Kita perlu adakan satu perjanjian formal yang mengandungi MOU rasmi kerangka pampasan dua hala dan penyelesaian pertikaian melalui tribunal neutral ini termasuk dengan Perak yang kita sedang dalam proses mengambil air dari Sungai Kerian dan juga dengan Kedah di mana kita amat bergantung kepada 80% daripada Sungai Muda.

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini boleh menjadi asas yang baik tetapi ia perlu disemak semula agar tidak menjadi instrumen tekanan kepada rakyat kecil ataupun senjata kuasa mutlak kepada pihak pentadbiran. Sebagai umat Islam, saya menyuarakan pandangan Islam ini terhadap RUU ini agar kita tidak boleh memisahkan pengurusan air daripada nilai ihsan, rundingan dan keadilan. Air bukan milik sesiapa, air ialah nikmat yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk kepada kita manusia dan juga kepada alam semesta ini dan ia adalah merupakan nikmat yang sangat besar kepada kita. Tuan Yang di-Pertua, sekian saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Sungai Dua dan Bukit Tengah. Habis.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’ Seri Speaker kerana memberikan saya peluanglah untuk juga terlibat dalam perbahasan RUU Sumber Air Pulau Pinang. Kita sedia maklum daripada ucapan tadi daripada Yang Berhormat Tanjong Bunga bahawa RUU ini sangatlah penting dan sangatlah diperlukan sebab sebelum ini kita ada hanya satu enakmen air yang sudah pun untuk saya purba lah right 1967 dan saya pun telah baca 18 Fasal yang memang tidak lagi relevan dan tidak totally outdated. Kita memerlukan satu punca kuasa baru untuk menangani cabaran-cabaran air Pulau Pinang yang unik kepada kita. Ketua Pembangkang tadi telah pun sebut berkenaan dengan isu air di mana ada batasan sungai. Sungai Kuala Muda yang membekalkan lebih daripada 90% ataupun 80% lebih daripada sumber air Pulau Pinang. Kita adalah satu negeri yang water stress maksudnya kita bergantung banyak kepada air daripada Kedah dan juga Perak dan juga kita ada urbanization yang cukup rapid dan pesat dan ini juga memerlukan bahawa kita ada satu punca kuasa yang betul untuk mengendalikan sumber air kita dan kita selalu dengar isu bagaimana pembangunan baru kalau tidak dijaga dengan baik, pembangunan baru lepas buat dia akan mengakibatkan banjir kepada kampung-kampung ataupun taman-taman lama so dengan adanya satu enakmen baru ini secara dasarnya adalah sangat amat diperlukan. Tak terlupa juga untuk melindungi sungai-sungai, alam sekitar dan dalam keadaan mencabar apa ni climate change sekarang ni.

So kita sangat memerlukan. Cuma dan saya juga terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat sebab seminggu sebelum kita bermula sidang DUN, ada satu taklimat juga telah pun diaturkan kepada ADUN-ADUN lah untuk memberi penjelasan tentang RUU hari ini. Dan sangat berguna, it was very useful untuk kita boleh memahami. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat cuma kalau saya boleh beri pandanganlah sebab RUU ini dia ada 61 Fasal seperti Yang Amat Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Bunga memberitahu kita dan

RUU ini juga akan dibaca bersama dengan RUU untuk menubuhkan lembaga air kemudian dan itu pun 31 Fasal kalau kita campur semua 90 Fasal lebih dan punca kuasa, kuasa-kuasa dan sebagainya sangat meluas. Skop dan lingkungannya amat luas sekali. It would have been better lah kalau dalam satu Rang Undang-Undang yang penting seperti ini mungkin di depan masa bolehlah ditubuhkan satu jawatankuasa pilihan untuk semua stakeholder, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan expert NGO tu kita boleh duduk untuk menelitikan satu Rang Undang-Undang seperti begini.

Namun demikian, kita juga sudah berdepan dengan RUU ini, jadi saya ada sikit pandanganlah selepas mentelitikan RUU ini dan juga RUU penubuhan lembaga tu lah. Sekiranya saya boleh bermula dengan Seksyen 3, Fasal 3 ini semua segi teknikal sahaja lah, teknikal. Fasal 3, Seksyen 3 Bahagian 2 Subseksyen 2 ini bertanggung berkenaan dengan tanggungjawab mengurus dan melindungi sumber air. Ia bermula seksyen subseksyen 1 dengan menyatakan tanggungjawab pengarah adalah berkait dengan semua sumber air dalam negeri.

Subseksyen 2 pula menyatakan pengarah boleh melaksanakan fungsinya dengan berkesan, dengan mengarah boleh mengarahkan mana-mana orang untuk berbuat demikian A, B or C mengarahkan right, can order. Satu, A adalah untuk memberi bantuan atau maklumat yang berada dalam milikan mereka sebagaimana yang dikehendaki okey itu satu jelas. Dia boleh mengarahkan mana-mana pihak untuk memberi maklumat ataupun bantuan. Dua, dia boleh mengarahkan B, membangunkan ataupun menggubah suai polisi, pelan, strategi mereka agar selaras dengan enakmen ini.

Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat. Sebab ini perenggan, perenggan B ini seolah-olah dia merujuk kepada satu agensi kerajaan. Bila sebut tentang polisi, strategi dan pelan, saya rasa adakah ini ditujukan kepada mereka? Saya ingin mendapatkan penjelasan kalau dan sebab punca kuasa tu. Adakah lembaga ataupun pengarah, pengarah yang dilantik ni boleh mengarahkan satu agensi lain untuk membuat sesuatu? Yang ketiga adalah untuk C mengemukakan laporan yang mengandungi butiran-butiran dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarah yang berkaitan dengan kerja mereka.

Jadi, soalan susulan saya adalah sekiranya pengarahan telah pun diberikan, jadi kalau tidak ada pematuhan I mean apa ni kalau pihak yang telah terima arahan itu tidak mematuhi arahan itu, adakah itu merupakan satu kesalahan? Sekiranya adalah satu kesalahan maka haruslah dalam seksyen ini untuk nyatakan bahawa ini adalah satu kesalahan dan sekiranya satu kesalahan, apakah hukuman yang akan diadakan? Sebab di seksyen-seksyen lain memang ada peruntukan di mana kalau ada buat sesuatu diperintahkan atau diarahkan maka ada mempunyai seksyen untuk hukuman. Mungkin nanti boleh di argue bahawa perkara-perkara ini boleh dimasukkan dalam peraturan-peraturan tetapi peraturan-peraturan hanya boleh membuat apa yang telah pun diberi kuasa dalam the enabling act ataupun akta enakmen yang nak dicadangkan. So kesalahan itu tak boleh disebut dalam peraturan nanti. Jadi saya nak penjelasan berkenaan perkara ini. Sebab saya juga buat bandingan dengan luas. Seksyen 109 kalau tak silap saya, mereka ada juga satu seksyen di mana dinyatakan kalau arahan diberikan dan tidak dipatuhi, maka itu merupakan satu kesalahan dan kalau disabit boleh dihukum dengan denda dan sebagainya. Saya berterus kepada Seksyen 6, berkenaan dengan Pelan Pengurusan Sumber Air Antara Negeri di mana dinyatakan dalam seksyen ini bahawa pengarah di pertanggungjawabkan untuk mempersiapkan satu pelan pengurusan sumber air sekiranya sumber air itu mengalir cross border daripada satu negeri kepada satu negeri yang lain.

Saya rasa seksyen ini adalah amat baik sekali sebab sebelum ini pun PBA pernah mencadangkan supaya kita boleh ada tubuhkan satu Ulu Muda Basin Authority untuk boleh kita bersama-sama menguruskan sumber air ini demi kebaikan kedua-dua negeri sekali dan saya tadi telah pun mendengar ucapan daripada Ketua Pembangkang yang jelas menyatakan bahawa sumber air ini, sangatlah bernilai tidak ada mana-mana pihak yang harus bermonopoli atas sumber itu demi kebaikan pengguna, manusia sama ada di Kedah ataupun di Pulau Pinang. Jadi saya berharap, dengan adanya satu peruntukan Seksyen 6 ini, dengan adanya Seksyen 6 ini yang memberi mandat kepada kerajaan ataupun pengarah nanti, untuk mengeluarkan satu pelan ini, pengurusan ini, bahawa Negeri Kedah nanti bolehlah duduk bersama-sama dengan lembaga yang akan ditubuhkan untuk secara damai demi kebaikan dua-dua negeri selesaikan isu air di Pulau Pinang. Okey, okey alright.

Cuma apa-apa penyelesaian yang nak dicapai mestilah dibuat dengan persetujuan kedua-dua negeri. Dan inilah sikitnya saya kena juga membawa perhatian kepada Yang Berhormat Tanjong Bunga. Subseksyen 4 itu nampaknya ada pelik sikitlah. Dia di sini dia dinyatakan bahawa apa-apa pelan pengurusan yang dipersetujui di bawah Subseksyen 1 hendaklah dilaksanakan oleh semua negeri. Jadi saya tak tahulah sama ada Negeri Pulau Pinang mempunyai punca kuasa itu, the power itu untuk mengarahkan semua negeri kena ikut tetapi secara perundingan dan persetujuan itu kena dilakukan. Itu tak boleh dinafikan. Saya juga ingin merujuk kepada seksyen, sampai oh okey, I mean ada, ada dua, dua, tiga perkara nanti yang juga amat penting yang kita kena lihat dalam lembaga yang apabila dibentangkan nanti, saya akan membuat cadangan. Cuma juga saya di sini kalau kita lihat kepada LUAS di Selangor mereka juga ada satu kesalahan yang mereka masukkan dalam enakmen mereka iaitu untuk menjadikan satu kesalahan terhadap apa itu obstruction oleh mana-mana pihak terhadap officers yang sedang melakukan kerja mereka.

Mungkin itu juga boleh dimasukkan dalam enakmen kita memberi pegawai-pegawai penguatkuasa kita lebih banyak kuasalah. Jangan nanti mereka nak masuk dalam mana-mana premis untuk nak jalankan tugas mereka ini penghuni atau house owner tak akan benarkan. Jadi saya mungkin boleh cadangkan supaya itu dimasukkan. Dan saya rasa, secara dasar, the one last point yang saya nak buat di sini adalah, sebelum-sebelum ini satu antara satu masalah yang kita sebagai ADUN-ADUN selalu mendapat maklumbalas is berkenaan dengan isu air atau banjir dan sebagainya. Kebanyakan agensi-agensi ini, mereka akan bekerja dalam silo, JPS akan kata bahawa ini adalah bukan tanggungjawab mereka, bukan dalam bidang kuasa mereka, bila rujuk kepada MBSP, MBSP akan kata ini adalah dalam bidang kuasa JPS dan sebagainya. Jadi saya rasa dengan adanya satu Rang Undang-Undang ini dan kemudiannya ditubuhkan dengan satu lembaga, ini semua bolehlah ada satu penyelarasan ataupun koordinasi inter-agency, agensi-agensi kerajaan yang lebih baik untuk menguruskan sumber air dalam negeri kita yang kemudian saya akan tambah lagi dalam rang undang-undang lembaga. Itu saja yang Dato’ Seri. Terima kasih, dimohon untuk menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bukit Tengah. KOMTAR sila.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua. Air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Kita perlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia sumber penting dalam menjana pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perikanan dan juga penjana sumber tenaga elektrik dan sebagainya. Tanpa air, kita semua tidak dapat teruskan kehidupan harian. KOMTAR bangun untuk menyatakan sokongan penuh terhadap Enakmen Sumber Air Pulau Pinang 2025. Usaha ini bukan sahaja wajar. Bahkan amat realistik dan strategik demi memperkukuhkan kedaulatan serta keupayaan negeri dalam aspek pengurusan sumber air yang bersepadu dan mampan. Negeri-negeri lain seperti Selangor, Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan telah pun jauh ke hadapan dengan mengubah enakmen khusus. Pulau Pinang boleh kira last, adakah last sekali I tak pastilah cuma bagi menubuhkan badan berkanun masing-masing seperti Lembaga Air Selangor, Lembaga Air Perak. Melalui kerangka perundangan tersendiri ini, mereka telah berjaya mengurus sumber air secara lebih efisien. Enakmen sedemikian membolehkan pengurusan dan perlindungan air yang lebih terancang, melindungi kawasan perlindungan sumber air dengan lebih baik, pengisytiharan kawasan perlindungan dan pengarah mempunyai kuasa terhadap pembangunan atau aktiviti di kawasan perlindungan, kawasan sumber air atau kawasan yang bersebelahan dengan sumber air. Seperti apa yang dikatakan oleh Bukit Tengah tadi, kadang-kadang kita membuat sesuatu aduan terdapat ada pihak yang mencemarkan sungai, kita rujuk sini mereka rujuk pergi sana. Kita faham kerana limitasi punca kuasa. Dengan adanya Enakmen Sumber Air ni saya harap, semua ini akan tambah baiklah. So buat sementara ini, orang yang melepaskan sisa-sisa buangan yang mencemarkan sungai atau sumber air yang lain susah diambil tindakan tetapi sekarang dengan adanya enakmen ini, dia itu boleh dikenakan saman tidak lebih daripada RM300 ribu. Mungkin RM300 ribu itu, tak cukuplah. Mungkin kita boleh dicadangkan naik sampai RM500 ribu atau lebih banyak atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, kos untuk meremedi pencemaran tersebut dan segala kos berkaitan dengannya hendaklah ditanggung oleh pihak yang melakukan kesalahan itulah. Selain itu enakmen ini lebih baik untuk menguruskan amalan cekap bagi pemulihan dan penggunaan mampan sumber air di samping dapat mengawal pembangunan di kawasan tadahan air. Sekiranya mendapati apa-apa pembangunan atau aktiviti di kawasan perlindungan kawasan sumber air yang menyebabkan kemerosotan kepada kualiti dan kuantiti sumber air, sekarang hari tu dalam taklimat Ketua BKSA kata mereka hanya boleh bagi notis sahaja. Tindakan tidak dapat diambil tetapi dengan enakmen ini, pengarah boleh mengarahkan orang yang melaksanakan pembangunan atau aktiviti tersebut untuk mengubahsuai, menempatkan semula dan menghentikan kerja-kerja di tapak tersebut. Sekarang semua pengekstrakan sumber air adalah percuma. Enakmen ini juga memberi kuasa menetapkan struktur tarif air yang munasabah bagi mereka yang mengekstrak sumber air. Lembaga boleh dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam warta menetapkan caj atau bayaran kepada pihak komersial yang menggunakan sumber air itu untuk perniagaan.

Tetapi bagi individu biasa pula yang mengekstrak sumber air bawah tanah atau air sungai tidak terawat bagi kegunaan isi rumah dan pertanian sara diri dengan syaratnya tidak menyebabkan halangan atau lencongan terhadap aliran air, selain itu penggunaan air dalam satu hari hendaklah tidak melebihi 30 ribu liter atau jumlah lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa. Kaedah ini adalah baik demi pembangunan dan penggunaan air secara mampan di samping dapat meningkatkan

hasil negeri malah ianya juga akan elakkan pembaziran air dengan sewenang-wenangnya. Akhir sekali Enakmen Sumber Air ini juga bakal menjadi instrumen penting dalam usaha pemulihan alam sekitar dan jaminan sumber air untuk masa depan. Melaluinya negeri boleh mengubah dasar perlindungan kawasan tadahan air, mengawal pembangunan berhampiran sumber air serta menggalakkan amalan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat. Dengan ini KOMTAR menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Sebagai badan perundangan tertinggi peringkat Negeri Pulau Pinang, Dewan Undangan Negeri pada hari ini akan mencipta sejarah. Walaupun tadi KOMTAR cakap mungkin agak terlambat untuk meluluskan satu Rang Undang-Undang mengenai penggunaan, pembangunan dan juga perlindungan sumber air di Negeri Pulau Pinang dengan yang begitu komprehensif. Bagi saya Rang Undang-Undang ini sebenarnya akan mengisi kekosongan atau perkara-perkara yang tidak terangkum dalam Kanun Tanah Negara, Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta Kerajaan Tempatan, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan juga Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. RUU ini merangkumi sepuluh bahagian, walau bagaimanapun dalam perbahasan saya, saya hanya akan menyentuh tiga bahagian. Pertama Bahagian Dua iaitu Seksyen 4, saya menyambut baik cadangan RUU ini untuk penyediaan Pelan Pengurusan Sumber Air Bersepadu. Ini penting untuk mengenal pasti kawasan tadahan sumber air, status kuantiti dan kualiti sumber air. Ini dalam tafsiran ada satu perkataan iaitu badan air. Perkataan ini amat penting. Badan air ini meliputi semua punca air. Kedua tentang larangan aktiviti yang boleh mempengaruhi kawasan sumber air. Dalam takrifan juga perkataan kerja, dalam tarifan tersebut kerja telah dijelaskan (a), (b), (c), (d), (e). Perkara-perkara ini penting.

Cuma dalam perkara ini, saya mencadangkan untuk memperluaskan kawasan larangan. Pada ketika ini kita hanya mengenakan kawasan larangan kalau tak silap hanya di kawasan empangan sahaja. Kita perlu, mungkin Pegawai Undang-Undang ataupun Kerajaan Negeri boleh memperincikan tentang kawasan larangan mengambil kira Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. Bagi Seksyen 6, bagi mana-mana sumber air yang tidak terletak secara keseluruhan dalam Pulau Pinang seperti yang disebutkan oleh Bukit Tengah sebentar tadi, bukan saja bagi Lembangan Sungai Muda, kebanyakan punca air kita, sungai-sungai kita adalah dari negeri jiran. Sungai Kerian, Sungai Perai termasuk sungai-sungai kecil, Sungai Junjung, Sungai Jawi.

Oleh itu, saya setuju dengan cadangan Bukit Tengah, ketiga-tiga negeri bukan saja Pulau Pinang dan Kedah, kita perlu melibatkan Perak juga sebab Sungai Kerian kini digunakan oleh PBA untuk kita merawat air.

Bagi Bahagian Ketiga iaitu melibatkan Seksyen 7, kawasan perlindungan dan kawasan sumber air. Saya menyambut baik kawasan-kawasan badan air yang bakal diisytihar sebagai Kawasan Perlindungan. Seperti yang saya sebutkan tadi, adakah kawasan-kawasan ini akan diklasifikasikan sebagai Kawasan Larangan. Bagi Seksyen 10 iaitu pengurusan air larian hujan, kita menghadapi masalah apabila berlaku hujan lebat dalam dua hingga tiga jam. Kawasan rendah akan menghadapi banjir kilat tetapi pada musim kemarau, Mukim 5 Sungai Bakap hadapi tekanan air rendah, Bayan Lepas menghadapi catuan air. Oleh itu, dalam perkara ini, pengurusan surface runoff (dengan izin) adalah tepat pada masanya. Kalau di Singapura, setiap titisan air hujan adalah milik kerajaan dan dengan adanya RUU ini, saya nampak kita juga akan ke arah tersebut iaitu setiap titisan air hujan sehingga ke penggunaan penguna dan juga ke laut adalah di bawah kawalan Kerajaan Negeri. Ini amat penting.

Oleh itu, Lembaga yang akan ditubuhkan nanti perlu menyediakan pelan pengurusan sumber air pada masa yang sama, Lembaga juga perlu menyediakan pelan pengurusan sumber air akibat pencemaran. Dalam RUU ini, semua persoalan saya sepanjang 7 tahun ini terjawab. Ya, sebelum ini kalau Sungai Dua dan Pinang Tunggal selalu tanya pasal Sungai Kereh, saya juga selalu tanya pasal pencemaran sungai di Bukit Tambun, Valdor. Apabila saya ajukan soalan tersebut, Veterinar hanya kawal BOD 50 dan itu berdasarkan spot check. Jabatan Alam Sekitar hanya kawal kilang-kilang yang berlesen. JPS hanya menguruskan sungai iaitu menjalankan pengorekan dua kali setahun. Dengan adanya Rang Undang-Undang ini, kita boleh kawal semua, kita boleh kawal yang pencemar. Minta maaf ya, termasuk Jabatan Perikanan sebab isu di Sungai Acheh masih belum selesai. Efluen daripada kolam ternakan ikan. Jabatan Veterinar, isu penternakan, bukan saja khinzir tetapi juga lembu, kambing, ayam juga menjadi punca pencemaran. Indah Water Konsortium, ini juga salah satu pencemar sebab siapakah yang kawal mereka dari segi rawatan. Dan pada masa yang sama juga jangan lupa kita adalah negeri perindustrian. Masih ada kilang-kilang zaman 50 tahun yang lalu, di Mak Mandin, di Perai. Ini adalah jabatan-jabatan yang, minta maaflah, yang mencemarkan. Dan bagi yang terkesan, PBA ya, Sungai Dua ada tanya pada hari itu, saya juga pernah tanya tetapi masih belum, hari ni COO ada?

Bagi jabatan-jabatan yang terkesan, JPS hari ini kita minta mereka korek, dua minggu ke depan penuh balik. Jabatan Alam Sekitar, seksa ADUN Jawi, ADUN Jawi pulak, ADUN Perai. Dan MBSP, MBPP dan termasuk PBA. PBA dia menjadi pencemar dan dia juga menjadi jabatan yang terkesan sebab susah untuk mendapat sumber air yang boleh dirawat termasuk Sungai Perai, kita sudah lama mengkaji tetapi sehingga kini tidak boleh digunakan.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, akhir sekali Bahagian 6 iaitu Seksyen 31 tentang hak penggunaan sumber air. Sebentar tadi, KOMTAR ada sebut tentang penggunaan pertanian sara diri iaitu tidak lebih daripada 30,000-liter sehari, kegunaan isi rumah tidak melebihi 12,000 sehari. Perkara-perkara ini sebenarnya berlaku setiap hari untuk tujuan pertanian, penternakan dan akuakultur. Kalau di Valdor, memang air digunakan sebab bil air PBA agak tinggi.

So, penternak memang menggunakan air bawah tanah untuk penternakan ikan kolam, kalau di DUN Sungai Acheh, DUN Jawi, kita ambil air terus daripada sungai ataupun muara sungai. Adakah itu juga di bawah kawalan Rang Undang-Undang ini?

Persoalannya, bagaimanakah Lembaga dapat menyukat, sukat sumber air yang akan digunakan dan bagaimana pula kita dapat mengawal eksplorasi air bawah tanah ini? Adakah mungkin kita akan dibincangkan dalam Rang Undang-Undang Lembaga nanti. Kesimpulannya, Rang Undang-Undang ini memang sangat-sangat penting untuk Kerajaan Negeri. Sumber air adalah milik Kerajaan Negeri, milik rakyat Pulau Pinang. Oleh itu, kita perlu pastikan air kita sentiasa berada dalam kuantiti yang cukup, berkualiti tinggi dan dapat dibekalkan secara lestari. Bukit Tambun memohon untuk menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Penanti.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Penanti dulu.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Air adalah mustahak, semua bercakap berkenaan mustahaknya air. Namun kita tidak boleh lupa peristiwa tahun 2024 di awal bulan Februari apabila tarif air dinaikkan. Ini menyebabkan satu kenaikan yang mendadak terutama sekali masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh kumpulan B40. Ini satu kelemahan yang saya nampak perlu diperbetulkan. Kalau ada kenaikan tarif ataupun cadangan perlu dipertimbangkan dan dibuat satu soal selidik yang lebih awal. Kalau kita tengok tahun 2024, pemotongan air secara berjadual adalah 34 tetapi tidak berjadual adalah sebanyak 1,013 kali. Beza begitu banyak sekali. Lepas tu tahun 2025, yang berjadual 8 tapi sehingga April ada 213. Jadi, atur cara ataupun pengurusan yang tidak begitu baik dalam soal ini mungkin dapat diperelokkan agar potongan jadual dan tak berjadual ini mempunyai satu jarak yang mungkin tidak jauh atau pun kurang langsung (gangguan). Ya, sumber terawat tapi kita nak sembang sikit berkenaan dengan (gangguan) saya akan terus walaupun ada di Undang-undang Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Okey.

Dalam mesyuarat baru-baru ini pun, pihak pembangkang Sungai Dua memaklumkan, pihak PBA sendiri mahu mengeluarkan air kumbahan ataupun sludge di Sungai Perai lama yang mempunyai sempadan dengan Penanti. Saya duduk di kawasan Penanti, jadi sektor ekonomi, sektor pertanian, sektor perikanan tercemar. Jadi benda-benda macam ni perlu dititkberatkan oleh pihak PBA. Sekurang-kurangnya dalam soal untuk mentadbir ataupun kita, saya tak ada masalah untuk meluluskan undang-undang ini, enakmen ini, ini perkara baik.

Tetapi perlu diperingatkan, perlu diperingatkan bahawa perkara-perkara seperti ini dan kelemahan-kelemahan ini ditutup. Ini adalah kehendak daripada semua masyarakat yang mana kita katakan tadi, air adalah satu perkara yang paling mustahak. Dan untuk bekerjasama dengan negeri-negeri, sama ada tiga negeri atau pun dua negeri, kita tak ada masalah dalam soal itu. Kita boleh bawa berbincang dan kita boleh kemukakan secara, mungkin sebagai satu negeri yang berkehendakan bekalan air yang mencukupi, kita sedia membantu di pihak pembangkang. Baik, sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih… (gangguan).

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Ya, saya sokong.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Machang Bubuk dulu.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey terima kasih Dato’ Seri Speaker. Saya juga terpanggil untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya setuju dengan apa yang tadi dikongsikan oleh saudara Bukit Tengah iaitu Rang Undang-Undang ini begitu penting dan bagi saya sangat ambitious untuk negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan satu plan integrated water resource management yang saya rasa begitu bercita-cita besar dan ini sepatutnya juga, lain kali masa akan datang, boleh kita adakan Jawatankuasa Pilihan Dewan untuk kita meneliti fasa berfasa tentang semua yang terkandung dalam Rang Undang-Undang ini. Saya juga tertarik daripada perbahasan Bukit Tambun tadi iaitu berkaitan dengan begitu banyak agensi-agensi kerajaan yang juga terlibat dalam Rang Undang-Undang ini. Antaranya kita nak tengok, jika sekiranya Rang Undang-Undang ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka semua yang berkaitan termasuk agensi-agensi kerajaan yang tadi disebutkan, perlu memberi kerjasama dan juga bekerja satu pasukan dalam plan integrated water resource management ini.

Saya, hanya ada beberapa perkara yang saya nak tanya adalah fungsi sama ada fungsi Lembaga ini ada pertindihan dengan Jabatan Pengaliran Dan Saliran dalam isu pengurusan sumber air semasa banjir atau kemarau iaitu kita sedia maklum banjir memang kadang kala berpunca daripada kuantiti hujan yang banyak dan juga bagaimana kita dapat menguruskan air tersebut dengan lebih baik. Disebabkan kita tidak dapat mengurus air itu dengan baik, maka air itu akan menjadi air banjir dan juga mengalir ke laut sahaja.

So, how? Bagaimana Rang Undang-Undang ini dapat memberi kuasa atau memberi kemampuan kapasiti kepada JPS untuk menguruskan air itu secara lebih berkesan lagi. Itu saya rasa sangat penting untuk kita lihat. Dan kedua, saya juga tertarik dengan pelan pengurusan sumber air akibat pencemaran yang tadi YB Bukit Tambun juga ada sebut tentang banyak isu-isu pencemaran sungai di kawasan Negeri Pulau Pinang ini. Saya juga nak mengetahui bagaimana Rang Undang-Undang ini dapat menangani isu-isu tersebut. Sekiranya Rang Undang-Undang ini diluluskan, bagaimana ia akan menangani isu-isu sungai yang tercemar itu. Ya sebab YB Bukit Tambun tadi kata tujuh (7) tahun persoalan dia sudah terjawab dengan dokumen RUU ini. So, saya juga nak tahu bagaimana dengan adanya RUU ini kita dapat menangani isu-isu tersebut ya. Dan yang satu (1) lagi perkara iaitu tentang Kawalan Pembaziran Air, ini dalam Seksyen 16.

Saya juga ingin tahu sama ada macam PBA “Non-Revenue Water” (NRW) adakah ia di kategori sebagai Kawalan Pembaziran Air. Jika ia dikategori sebagai pembaziran air adakah dalam Seksyen 16 (2), Subseksyen 2 iaitu adakah PBA juga perlu mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh Sub Seksyen 1, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun.

Adakah CEO yang akan dipenjarakan 5 tahun atau COO. So, itu saya rasa agak penting kerana kita Negeri Pulau Pinang kita walaupun NRW kita tidak sampai 30% tapi masih ada pembaziran ya i think 20 lebih peratus. So, ini satu (1) perkara yang saya juga ingin dapat kepastian daripada pihak Kerajaan Negeri dan yang satu (1) lagi perkara iaitu Seksyen 18, Subseksyen 2 (i) iaitu Penyediaan Rancangan Lembangan Sungai iaitu pengenalpastian Kawasan Perlindungan Air yang dirujuk di dalam Seksyen 7 Pengubahan Rizab Sungai yang dirujukkan di dalam Seksyen 9 dan juga Kawalan Penggunaan Sumber Air yang dirujuk di dalam Seksyen 35. Saya hanya nak ambil satu, saya hanya nak tanya satu (1) keadaan, sekiranya lembaga telah mengenal pasti sesuatu rizab sungai itu adalah kawasan sumber air, tadahan sumber air yang penting. Jika kita sudah mengenal pastikan perkara itu, adakah kita Kerajaan Negeri perlu melaksanakan Akta Pengambilan Balik Tanah untuk memastikan, mewartakan kawasan sungai yang telah diduduki sebelum kata dicerobohi tapi diduduki oleh penduduk-penduduk yang sedia ada tapi kita belum mewartakan lagi, tapi selepas lembaga ini mengenal pengarah, mengenal pasti bahawa tempat itu adalah rizab sungai yang penting tak boleh ada penduduk-penduduk duduk di atas rizab tersebut. So, adakah kita akan menggunakan Akta Pengambilan Balik Tanah untuk mengambil rizab sungai dan mewartakannya sebagai rizab sungai. So, itu persoalan-persoalan yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasan saya. So, dengan kesimpulannya saya sangat mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri dalam mengemukakan Rang Undang-Undang yang begitu komprehensif dan sangat berimpak tinggi, saya menaruh harapan yang tinggi ke atas pelaksanaan rang undang-undang ini supaya kita akan menjadi Negeri Pulau Pinang ini betul-betul mengurus sumber air kita dengan berkesan ya, seperti apa yang dikatakan Bukit Tambun tadi. Singapura setiap air hujan itu juga kita menghargainya, menguruskannya dengan baik dan tidak mensia-siakan dan sehingga kita mencemari sumber air yang begitu penting itu. Dengan itu saya mohon menyokong, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila Sungai Bakap.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih sekali lagi Dato’ Seri Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada Sungai Bakap untuk serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Enekmen Sumber Air Pulau Pinang ini. Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam menggubal enakmen khusus bagi pengurusan sumber air. Air adalah sumber kehidupan dan kita wajib menjamin kualiti kelestarian serta keadilan dalam pengagihan. Namun saya ingin menegaskan bahawa mana-mana undang berkaitan air mesti digubal bukan sekadar untuk pentadbiran atau kutipan hasil tapi melindungi rakyat dan alam sekitar secara menyeluruh. Kita sedia maklum Negeri Pulau Pinang dianggarkan bergantung kepada bekalan air mentah dari Sungai Muda lebih daripada 80% seperti YB Bukit Tengah cakap tadi dan Ketua Pembangkang yang sebahagian besar kuasanya berada di Ulu Muda, Kedah. Situasi ini meletakkan negeri kita adalah dalam kedudukan yang membimbangkan. Sama ada dari segi pencemaran,

pembangunan, huluan ataupun pertikaian antara negeri. Dalam konteks ini saya menyambut baik langkah Kerajaan Negeri meneroka sumber air alternatif bagi menjamin kesinambungan bekalan. Maka pengurusan dan perlindungan terhadap sumber air adalah kritikal dan RUU ini hadir dalam konteks ini.

Dato’ Seri Tuan Speaker saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas perancangan yang sedang dilaksanakan untuk memastikan kelestarian sumber air. Antara sumber dan usaha yang sedang diterokai termasuk satu (1) Sungai Kerian dan Sungai Perai sebagai sumber air mentah tambahan. Dua (2) penerokaan air bawah tanah ground water, dengan izin di kawasan berpotensi melalui permohonan kerja-kerja pemetaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 iaitu (RMK-13) (RP1). Tiga (3) kajian terhadap Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai atau TAPS oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air iaitu (PETRA) untuk menyokong aliran sungai semasa musim kemarau. Empat (4) kajian pemulihan air kumbahan dari loji rawatan kumbahan Bayan Baru untuk tujuan air industri bagi menyokong keperluan kawasan industri. So, recycle water tu guna balik air yang dah terpakai diguna untuk generate industri, bukan untuk minum lah. Yang kelima (5), penggunaan semula air hujan melalui Sistem Penuaian Air Hujan atau SPAH yang dipraktikkan dalam pembangunan baharu selaras dengan Undang-Undang Kecil Seragam 1986.

Dato’ Seri Yang di-Pertua. Langkah-langkah ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri tidak hanya bergantung kepada satu (1) sumber, tetapi mula mempelbagaikan pendekatan untuk menjamin kelangsungan sumber air bagi generasi akan datang. Saya menyokong usaha ini namun usaha ini perlu digiatkan secepat mungkin. Sebarang kajian perlu dinatijahkan kepada tindakan segera.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat boleh saya mencelah sikit.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Ya, boleh.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Bakap. Saya ada pihak kepentingan (interested party) di luar la yang ada hantar saya mesej untuk juga bertanya kepada Yang Berhormat tentang enakmen ini. Berkenaan dengan bahagian lesen lah. Mungkin mereka nak dapat penjelasan, siapakah yang memerlukan dan memohon lesen ini. Sama ada pengguna air, penternak ikan, pekebun sayur, sebab memang skop sumber air ini begitu luas dan untuk jenis aktiviti apa yang perlu untuk memohon lesen. Dan adakah ini akan menyusahkan rakyat? Saya rasa ini orang-orang yang mungkin ada kebimbangan, kerisauan yang ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat, terima kasih.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Baik Bukit Tengah, ada dalam teks saya. Saya teruskan ya Dato’ Seri Speaker. Saya juga mencadangkan kajian pemuliharaan air kumbahan turut dibuat di kawasan perindustrian Batu Kawan untuk diguna semula bagi tujuan air industri di sana. Dato’ Seri Tuan Speaker saya ingin menekankan bahawa sebarang pelaksanaan enakmen ini harus mengambil kira realiti rakyat di bawah, serupa YB Bukit Tengah usulkan tadi. Di Sungai Bakap ramai penduduk mengusahakan kebun, menternak ayam kecil-kecilan, ikan keli, itik dan kambing secara kecil-kecilan. Sumber air mereka adalah dari telaga, sungai kecil atau parit, bukan dari sistem terawat. Itu berkaitan dengan lesen lah, adakah diberi kelonggaran pada penternak-penternak industrian kecil ini? Dato’ Seri, jika mereka diwajibkan memohon lesen atau dikenakan bayaran, ini menjadi beban tambahan yang tidak wajar. Saya mohon agar kategori penggunaan kecil seperti ini diberi pengecualian atau insentif khas di bawah pelaksanaan enakmen ini.

Seterusnya, pada hemat saya pencemaran sumber air masih berlaku di berbagai kawasan termasuk di Sungai Bakap. Makluman Dewan yang mulia ni, banyak sungai atau sumber air semakin tercemar saban tahun. Buat makluman Dewan yang mulia, sahabat-sahabat semua YB, sebelum ni 10 tahun dulu saya di Sungai Duri ini, saya boleh terjun dalam sungai, boleh tangkap ikan. La ni jangan terjun, ikan pun mati. Jadi wujudkan lembaga ni pada dasarnya saya setuju. Cuma nak maklum la 10 tahun dulu kita boleh terjun sungai, mandi, boleh pancing. La ni jangan main-main. Kalau Jawi nak try jom, ikut saya. Okey, tak jauh dah. Okey. Disebabkan pencemaran ini ialah berpunca daripada aktiviti industri, penternakan, pertanian, pembuangan sisa haram, yang lebih mengecewakan ialah kelewatan tindakan. Kita tidak boleh biarkan sistem penguatkuasaan hanya aktif selepas berlaku kerosakan. So, kita perlu cegah sebelum berlaku benda sesuatu tu mungkin enakmen, RUU ni boleh mengatasi masalah pencemaran yang berbangkit seperti YB Bukit Tengah, Bukit Tambun cakap, YB Komtar pun bagi tahu tadi. Kita tidak boleh biarkan sistem penguatkuasaan hanya aktif selepas berlaku kerosakan saya mencadangkan satu (1) senarai hitam awam terhadap syarikat yang berulang kali, acap kali melakukan pelanggaran. Kedua kewajipan membayar kos pemulihan kepada Kerajaan Negeri dan agensi air.

Tiga (3) sistem pemantauan kualiti air automatik dan amaran awal di sungai utama. Dia ada di Selangor ada benda ni. Dia boleh detect. Dato’ Seri Speaker saya juga ingin menekankan bahawa enakmen ini boleh sekadar mengatur tatacara pentadbiran tetapi mesti menyeluruh dari aspek pencegahan. Cadangan saya. Satu (1) kewajipan penilaian risiko dan audit alam sekitar secara berkala. Dua (2) penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Air Daerah yang melibatkan wakil komuniti, NGO, agensi serta ADUN. Tiga (3) kempen kesedaran berkala kepada rakyat agar mereka turut menjadi mata dan telinga dalam menjaga sumber air.

Langkah-langkah ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri ini tidak hanya bergantung pada satu sumber. Tapi, telah mula mempelbagaikan pendekatan untuk menjamin kelangsungan sumber air bagi generasi akan datang. Saya menyokong usaha ini. Namun, usaha ini perlu digiat secepat mungkin sebarang kajian perlu dinatijahkan kepada tindakan segera. Saya juga mencadangkan kajian pemulihan air kumbahan turut. Eh, ulang baliklah. Ulang minta maaf. Okay, okay reverse balik. Yang tu potong tu tak simpul lagi ni. Okay, berkaitan tentang isu aduan di pejabat seperti YB Bukit Tengah, YB KOMTAR dan YB Bukit Tambun, isu jadi orang kata kong kali kong atau bangau oh bangau. Apabila berlaku pencemaran sesuatu tempat kita, minta maaflah Ketua-ketua Jabatan bukan nak

nak marah atau apa cuma nak ambil maklum berkaitan isu bila, aduan bila kita sampai kepada agensi tertentu dia kata bukan bawah skop dia. Bila kita adu pada agensi ini bukan bawah bidang kuasa dia. Jadi, timbul isu bila antara agensi tidak mengaku kesalahan masing-masing. Jadi, pihak kami ini bila tunggu sampai contohnya, bila berlaku mendapan atau collapse di dalam taman ada 3 agensi akan terbabit iaitu IWK, PBA dan MBSP. (gangguan) Apabila kita adu kepada si pulan ni dia kata. Eh, bukan skop saya. Bila kita adu ini dia kata bukan. Bila buat tu sampai siap lagi sampai empat (4) lima (5) bulan tak selesai isu. Jadi penduduk kata, macam mana boleh banjir macam ni jadi punca kuasa itu penting. Jadi apabila wujud Lembaga ini, kita rasa boleh memandu agensi ini apa yang perlu mereka lakukan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Habis?

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Okay. Akhir kata saya menyokong hasrat Kerajaan Negeri untuk memodenkan pentadbiran sumber air. Namun, saya menyeru agar pelaksanaan, penguatkuasaan, pemantauan berkala dilakukan dengan telus adil dan tegas. Sekian, ucapan saya terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Sungai Bakap. Apa, sila Pengkalan Kota. (gangguan)

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Dato’ Seri Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, kepada Seksyen 35(d) satu (1) isu yang semakin mendapat perhatian dan penting dalam pembangunan sukan masyarakat sihat serta memacu pelancongan negeri. Iaitu berkaitan dengan sukan air, seperti perlumbaan perahu naga “dragon boat” (dengan izin) aktiviti berenang terbuka, kayak (SUP) ataupun dikenali sebagai Stand Up Pedal (dengan izin) dan lain-lain aktiviti rekreasi air yang sedang berkembang pesat di negeri kita.

Namun begitu, dengan apa yang tersebut pada Seksyen 35(d) proses mendapatkan lesen dan kelulusan bagi penganjuran acara serta latihan sukan air masih belum subur dan cerah lagi. Saya ingat ia melibatkan banyak agensi dan memakan masa yang agak lama. Ini menyebabkan sesetengah pihak mengambil pendekatan tidak rasmi yang akhirnya akan ataupun bakal mengundangkan risiko keselamatan dan menjejaskan usaha pembangunan sukan itu diri sendiri. Maka, saya mencadangkan agar satu (1) pelan tindakan ataupun mekanisme penyelarasan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Sukan, Pihak Berkuasa Negeri sama ada melalui PBA, MSN, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Laut ataupun Jabatan Alam Sekitar. Bagi menyediakan satu (1) saluran sehenti One Sub-Centre (dengan izin) untuk permohonan lesen aktiviti sukan air. Mengkaji semula keperluan dokumentasi dan memudahkan cara untuk memohon lesen dan memberi keutamaan kelulusan kepada program-program yang jelas bertujuan membangunkan bakat belia, pelancongan sukan dan ekonomi setempat. Mewujudkan panduan piawaian keselamatan yang mudah difahami dan boleh dipatuhi oleh semua pihak dan saya yakin jika proses permohonan lesen ini dipermudahkan dan diperkemaskan kita bukan sahaja boleh dapat mempergiatkan penglibatan belia dan masyarakat dalam gaya hidup yang sihat.

Sesi Penggulungan Atas Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025Bill

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Malah, dapat menjenamakan negara ini sebagai hak sukan air yang progresif selamat dan berdaya saing. Sekian dengan itu saya memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Pengkalan Kota. Satu (1) lagi saya minta Permatang Berangan.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Dato’ Seri Speaker, Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Saya terpanggil untuk membahaskan tentang RUU Sumber Air Pulau Pinang 2025. Kita dapat dengar tadi semua Ahli Yang Berhormat menyokong RUU ini tentang berapa pentingnya sumber air kita dijaga. Di sini Permatang Berangan bersetuju dengan apa yang disebut oleh Bukit Tambun tadi saya nak menyokong RUU ini untuk diluluskan. Sebab saya amat yakin apabila ada bidang kuasa yang cukup masalah yang dibelenggu oleh penduduk-penduduk di Sungai Kereh daerah Sungai Kereh akan selesai ya dan juga kita dah mengenal pasti sumber air daripada Sungai Perai. Tapi Sungai Perai ini tercemar disebabkan oleh pencemaran daripada Sungai Kereh. Menyebabkan sumber air di Sungai Perai tak dapat digunakan untuk PBA untuk memproses bekalan air bersih kepada rakyat Pulau Pinang. Saya difahamkan satu (1) rumah pam telah dibina sudah lama di Air Itam, Sungai Dua tapi tidak dapat digunakan rumah pam ini disebabkan oleh pencemaran Sungai Kereh tadi.

Jadi, ini merupakan satu (1) langkah yang tepat pada masanya dan kita yakin ianya dapat menyelesaikan masalah yang berlaku tentang pencemaran di sungai-sungai di Sungai Kereh dan juga sungai-sungai lain di Valdor dan sebagainya.

Jadi, kita yang keduanya Permatang Berangan merasakan tentang perkara 14, pelan pengurusan sumber air akibat pencemaran. Untuk perkara tiga (3) mana-mana orang yang melanggar subseksyen 2 melakukan satu (1) kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya. Permatang Berangan rasanya jumlah had maksimum denda ini terlalu rendahlah. Saya rasa kita patut letakkan had maksimum ini lebih tinggi. Tapi untuk kesalahan-kesalahan pertama kedua kita terpulang kepada mahkamah ataupun pengarah untuk meletakkan jumlah denda. Tapi kalau berulang-ulang had maksimum RM300,000 ini memang terlalu rendah. Kita perlu kaji semula had denda maksimum ini. Semoga ianya ada diletakkan lebih tinggi, bagi mengelakkan perkara yang sama berulang, pencemaran ini berulang itu cadangan Permatang Berangan. Jadi, sekali lagi lah Permatang Berangan sangat menyokong Rang Undang-Undang Bekalan Sumber Bekalan Air Pulau Pinang 2025 disokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka, Ahli-ahli Yang Berhormat terima kasih semua yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Maka, kita sekarang berada dalam sesi penggulungan atas Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025. Sila, untuk menggulung.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato Seri Speaker dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan bagi Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Pulau Pinang 2025. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaanlah pada semua iaitu Yang Berhormat Sungai Dua, Bukit Tengah, KOMTAR, Bukit Tambun, Penanti, Machang Bubuk, Sungai Bakap, Pengkalan Kota pun minat dan juga Permatang Berangan. Terima kasih atas semua soalan-soalan yang ditanya dan juga cadangan-cadangan yang telah pun diberikan.

Yang pertamanya, saya nak menjawab air sememangnya adalah satu (1) nikmat yang besar dan sebab itu kita nak letakkan nilai yang tinggi, nilai yang besar ke atas air ni. Apabila perkara seperti air sumber yang begitu penting tidak mempunyai nilai. Maka orang pun mensia-siakan dari segi penggunaan jadi dengan adanya Enakmen Sumber Air ini. Maka dan dengan penggunaan caj bagi penggunaan air maka nilai tu akan ada kata sumber tersebut dan supaya kita bukan sahaja dapat mengawal tapi dia akan mengurangkan dari segi pembaziran. Supaya kita boleh elak daripada disia-siakan. Dan saranan untuk berunding dengan negeri-negeri lain sememangnya sudah ada dalam seksyen ataupun fasa 6 tadi tak silap. Supaya diadakan rundingan bersama dengan negeri lain dalam proses membuat pelan pengurusan sumber air antara negeri. Bukit Tengah rasanya ada utarakan, bagaimana kita nak menguatkuasakan sekiranya negeri lain tidak apa ni melaksanakan apa yang dipersetujui jawapan yang ringkas kita memang tak boleh nak paksa negeri lain untuk melaksanakan apa-apa sebab air ni adalah bidang kuasa negeri.

Sepertimana, juga negeri lain tidak boleh memaksa negeri Pulau Pinang untuk membuat apa-apa berkaitan dengan sumber air di negeri kita. Tapi secara rundingan tu kita boleh mencapai kesepakatan dan juga persetujuan bersama. Tapi contoh yang lebih baik sepertimana Yang Berhormat Bukit Tengah ada sebut tadi, mengenai cadangan umbah Ulu Muda mesin authority. Saya rasa kerangka tu sebenarnya adalah kerangka yang lebih baik kerana mempunyai punca kuasa yang lebih kuat dan juga mempunyai keterlibatan Kerajaan Persekutuan. Itu yang paling afdal lah. Tapi walaupun sudah pun dicadangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan telah pun diambil maklum dalam Majlis Air Negara sampai hari ini masih belum diwujudkanlah sebuah Pihak Berkuasa antara negeri untuk melihat kepada apa ni kawasan tadahan air Ulu Muda. Jadi, buat masa ini setakat inilah peruntukan dalam RUU ini yang boleh Kerajaan Negeri mencadangkan sebab seperti saya sebut tadi kita cuma boleh mengawal apa yang berlaku dalam negeri kita. (gangguan)

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat, atas isu yang sama Seksyen 1 memang ada Seksyen 6 ini memang adalah baik sebab dia memberi kuasa dan memandatkan Pengarah untuk bermula proses untuk membuat pelan pengurusan air antara negeri ini. Cuma disebabkan yang seperti dinyatakan oleh Yang Berhormat kita tidak boleh paksa dan tidak ada kuasa untuk enforce sebarang persetujuan untuk pengurusan air ini. Saya mencadangkan bahawa kita memindah Seksyen 4 ini untuk dikeluarkan daripada Enakmen. Sebab yang saya rasa Seksyen 1 Subseksyen 1,2 and 5 itu pun sangat cukup memadai dan cukup untuk proses ini boleh dilakukan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah di atas cadangan tersebut tapi Sub Seksyen 4 ini kurungan empat adalah perlu supaya Kerajaan Negeri sendiri melaksanakan apa yang dipersetujui. Jadi, saya rasa tidak perlu kita mengeluarkan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Dengan izin Yang Berhormat, kalau begitu dan tukar kepada hendaklah dilaksanakan oleh negeri Pulau Pinang tapi bukan dilaksanakan oleh semua negeri.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Yalah tapi kalau ikutkan paling afdal kita nak semua. Itu yang saya sebut tadi kesepakatan dan persetujuan bersama Dato’ Seri Speaker. Jadi, sekiranya sebuah pelan pengurusan sumber air antara negeri dapat dipersetujui bersama. Kita apa ini menganggap baik bahawa negeri-negeri lain yang setuju akan juga melaksanakannya. Jadi sebab itulah peruntukan fasal ini ada. Jadi terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah juga ada tanya mengenai Fasal 3 ya Fasal 3. Ya, Sekiranya perkara-perkara dalam (2) tidak dipatuhi. Dia sebenarnya suka saya menjelaskan bahawa fasal ini sebenarnya tujuan ataupun the intention of this section adalah untuk memudahcarakan perkongsian maklumat antara agensi-agensi dan jabatan-jabatan, bukan untuk dijadikan kesalahan.

Pun begitu, kita mempunyai satu peruntukan di bawah Fasal 51 (1) yang di mana apa-apa kesalahan yang tidak mempunyai hukuman boleh digunakan Seksyen 51 (1) yang mana Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan kesalahan dan hukuman tersebut. Jadi itu untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Sorry Yang Berhormat. Minta maaf Yang Berhormat. Just, sebagai seorang peguam kita lebih integriti sikit. Sebab untuk saya, kalau kita tak menyatakan bahawa itu adalah satu kesalahan, Seksyen 51 tak boleh impulse satu kesalahan kepada ketidakpatuhan Seksyen 32. Kalau ada Seksyen 51 itu adalah di mana yang dinyatakan tadi Seksyen 51… (gangguan). What i am saying is Section 3 must be desinated as offence first, then Section 51 will the apply, betul?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Tapi sebenarnya apa yang saya sebut tadi dua perkara yang berlainanlah cuma saya apa ni nak maklumkan ada Fasal 51 tersebut tetapi yang dalam penjelasan saya dalam Fasal 3 itu tidak bermaksud untuk menjadikan kesalahan. It just for a pemudahcaraan, bukan. Terima kasih Yang Berhormat. Okey, Yang Berhormat juga ada bertanya sekali dengan Sungai Bakap mengenai siapa yang perlu memohon lesen. Ini jelas Yang Berhormat dalam Fasal 35. Fasal 35 basically tertakluk kepada Seksyen 31 tiada mana-mana orang pun dibenarkan untuk menggunakan sumber air negeri bagi apa-apa aktiviti melainkan dilesenkan lah dan pengecualian diberi untuk seperti mana dalam Fasal 31 "Aktiviti-aktiviti sara diri". Aktiviti penggunaan isi rumah sebanyak 12,000-liter sehari ataupun aktiviti pertanian sara diri sebanyak 30,000-liter sehari. Banyak juga air tersebut yang di mana dalam lingkungan tersebut tidak perlu memohon lesen. Jadi selain daripada itu apa-apa aktiviti pengabstrakkan, apa-apa aktiviti yang melibatkan sumber air perlu

mendapatkan lesen. Yang Berhormat KOMTAR dan juga Permatang Berangan ada sebut mengenai penalti yang perlu dinaikkan. Kerajaan Negeri mengambil maklum dan saya rasa mungkin kita laksanakan dahulu dan sekiranya dalam masa depan kita mendapati bahawa penalti-penalti, hukuman-hukuman tidak mencukupi tidak memadai, maka mungkin dalam masa depan itu kita boleh untuk pertimbangkan untuk menaikkan dari segi hukuman tapi buat masa ini setelah perbincangan beberapa kali dengan semua pihak-pihak yang terlibat termasuk pihak Penasihat Undang-Undang Negeri, pendapat Kerajaan Negeri adalah hukuman yang ini sudah pun cukup untuk pelaksanaan.

Bukit Tambun dia bertanya mengenai Kawasan Perlindungan. Adakah ia akan menjadi Kawasan Larangan? Sebenarnya Kerajaan Negeri melihat ini tidak perlu, cukup memadai setakat diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan yang mana apabila dia sudah menjadi suatu kawasan itu menjadi Kawasan Perlindungan sepertimana dalam enakmen maka Pengarah Sumber Air berhak untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk pemeliharaan dan pemuliharaan. Jadi tidak perlu saya rasa sebab bila kita nak masuk kepada Kawasan Larangan itu sudah menjadi satu isu sekuriti isu lah. Jadi okey, Bukit Tambun ada tanya bagaimana untuk melaksanakan kaedah penyukatan penggunaan ataupun pengabstrakan air?

Yang ni di bawah Fasal 32, Yang Berhormat ada menyebut mengenai perkara ini yang di mana Pengarah Sumber Air boleh mewajibkan ataupun memasang dan mengendalikan apa-apa jenis alat pengukur ataupun perekodan seperti flow meter (dengan izin) Dato’ Seri Speaker, boleh dipasang supaya kita boleh rekod jumlah air yang diabstrak dan kemudian caj boleh dikenakan sekiranya melebihi tahap. Jadi kos pemasangan alat tersebut juga akan ditanggung oleh pemilik atau penghuni mana-mana premis lah.

Yang Berhormat Penanti. Mungkin Yang Berhormat ada sedikit salah faham mengenai tarif air terawat apa ni air terawat dengan sumber air. Bila kita bincang ataupun sebut mengenai caj yang akan dikenakan di bawah Enakmen Sumber Air ini adalah untuk air ataupun sumber air. Maksudnya bukan air terawat, air yang datang daripada PBA itu, dia adalah air terawat. Jadi kos tadi ada bertanya mengenai kos yang ini belum ditentukan. Sebenarnya yang kita bentang hari ini adalah untuk mendapatkan punca kuasa Rang Undang-Undang ini adalah untuk mendapatkan punca kuasa daripada Dewan Undangan Negeri. Selepas kita luluskan Rang Undang-Undang ini maka peraturan-peraturan akan dibuat oleh lembaga dan Fasal 60 dalam Rang Undang-Undang ini memperuntukan kuasa untuk membuat peraturan. Dalam peraturan tersebutlah akan ada segala perincian dari segi caj, tatacara untuk memohon lesen dan sebagainya. Jadi kalau apa ini ada juga Yang Berhormat tadi bertanyakan mengenai cara nak mohon, tatacara, caj, bagaimana fee security deposit yang perlu diberi dan sebagainya semua akan tertera dalam peraturan dan dalam kita nak membuat peraturan ini akan diadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan supaya kita mengambil kira juga pandangan daripada pihak-pihak yang akan dikenakan caj kelak.

Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat juga sebagai perbandinganlah negeri-negeri lain kita lihat dia sebenarnya caj itu tak banyak pun dalam 10 sen setiap meter padu. Jadi dia bukan macam air terawat, kalau 10 sen PBA akan bankrap apa ini semestikan tidak mampu untuk membayar kos operasi tapi untuk air mentah ini dia lain, sumber air dan semuanya akan ditentukan dalam peraturan.

Yang Berhormat Machang Bubuk bertanya mengenai pertindihan fungsi. Dia sebenarnya tidak akan berlaku pertindihan fungsi sebab setiap agensi mempunyai mandat ataupun tanggungjawab masing-masing. Contohnya JPS. JPS bukan agensi penguatkuasa, dia langsung tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasa. Dia cuma agensi yang terlibat dalam mengendalikan projek-projek tebatan banjir dan juga saliran air. Jadi dalam isu banjir, dia sebenarnya Pengarah Sumber Air ini akan bekerjasama rapat dengan JPS dan sekiranya ada perkara-perkara yang perlu diubah dalam pelan-pelan JPS dan sebagainya akan dibincang. Kita semua di bawah payung yang sama. Saya rasa agensi-agensi kerajaan tidak akan menjadi masalah.

Soalan daripada Machang Bubuk juga menarik mengenai NRW (Non-Revenue Water) sama ada dia terangkum dalam fasal mengenai pembaziran air. Jawapannya tidak sebab yang itu air terawat. Non-Revenue Water itu adalah pembaziran air terawat, itu di bawah PBA dan tidak termasuk dalam bidang kuasa Rang Undang-Undang ini yang hanya mengendalikan berkenaan dengan isu air sumber air.

Yang di-Pertua (Speaker)

Oh, yang terawat tak kena, yang tidak rawat kena? Saya cuma nak jelas saja.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, betul Dato’ Seri Speaker. Itu penjelasannya. Berkenaan dengan cadangan akta menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk kawasan-kawasan perlindungan. Kerajaan Negeri merasa buat masa ini tidak perlu sebab sebenarnya Rang Undang-Undang ini dan apabila diluluskan Enakmen Sumber Air ini akan memberi kelonggaran dari segi penggunaan dan juga aktiviti-aktiviti. Kalau ikut pada peruntukan yang sedia ada kita mempunyai kawasan-kawasan tadahan air contohnya, dan kawasan-kawasan ini sebenarnya bila dah diwartakan sebagai kawasan tadahan air, dia punya aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam kawasan tersebut sangat terhad tapi dengan adanya Enakmen Sumber Air ini ada ruang untuk melaksanakan aktiviti secara berlesen ataupun ada juga peruntukan yang memberikan Pengarah Sumber Air kelonggaran untuk membenarkan apa-apa aktiviti yang difikirkan, you know boleh dilaksanakan dalam kawasan tersebut. Jadi dia punya kelonggaran itu ada dan juga dia memberi peluang kepada pemilik-pemilik tanah bukan bermaksud tiada sebarang aktiviti ataupun pembangunan yang boleh dilaksanakan. Dia boleh dibuat sekiranya mendapat persetujuan daripada pengarah dan juga Lembaga Sumber Air.

Sungai Bakap ada mencadangkan untuk senarai hitam orang yang melanggar berulangkali. Itu cadangan yang baik mungkin, yang boleh dipertimbangkan dan boleh sekiranya perlu saya rasa boleh dibuat secara pentadbiran. Tidak menjadi masalah dan sememangnya kos untuk pemeliharaan akan dikenakan kepada pihak yang bersalah. Itu sudah termaktub dalam peruntukan fasal Rang Undang-Undang ini.

Sungai Bakap juga ada sebut supaya pekebun-pekebun diberi pengecualian. Dia sebenarnya di bawah Fasal 33 (3). Lembaga boleh atas nasihat pengarah mengecualikan mana-mana orang daripada bayaran semua atau sebahagian cas. Jadi maksudnya peruntukan untuk memberi pengecualian sudah ada tapi siapa yang akan dapat pengecualian, siapa yang layak, yang itu boleh dipertimbangkan kemudian oleh pengarah dan juga melalui peraturan.

Pengkalan Kota berkenaan dengan rekreasi dan sukan air. Di bawah Seksyen 35 (d) Yang Berhormat. Apa-apa aktiviti rekreasi atau riadah di mana-mana sungai atau badan air sememangnya akan terlibat lah dalam enakmen ini memerlukan lesen dan sebagainya, tapi tatacara dan juga perinciannya akan ada dalam peraturan. Jadi maksudnya apabila peraturan itu hendak digubal maka pihak-pihak berkepentingan seperti persatuan-persatuan sukan air dan sebagainya akan dilibat urus, sudah tentu. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya rasa itu adalah isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat semua saya amat berterima kasih kerana Yang Berhormat semua amat prihatin dan juga menyokong Rang Undang-Undang yang penting ini. Rang Undang-Undang Sumber Air ini merupakan suatu instrument perundangan yang sangat penting bagi Kerajaan Negeri dalam usaha mengurus dan mengawal selia sumber air secara sistematik berkesan dan juga sah di sisi undang-undang. Melalui Rang Undang-Undang ini juga telah membentukan punca kuasa untuk melesenkan segala aktiviti pengambilan air, meletakkan kadar bayaran atau caj terhadap penggunaan sungai mentah serta mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang ditetapkan. Ini juga secara tidak langsung adalah untuk memastikan segala aktiviti penggunaan sumber tidak berlaku secara sewenang-wenangnya atau tanpa kawalan yang teratur. Rang Undang-Undang Sumber Air juga penting bagi menjamin kelestarian alam sekitar, tadi EXCO Alam Sekitar ada sebut.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sokong.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ia akan membolehkan Kerajaan Negeri mengawal tahap pengambilan sumber air bagi mengelakkan eksploitasi berlebihan yang boleh mengancam keseimbangan ekosistem dan menjejaskan bekalan air kepada generasi yang akan datang. RUU Sumber Air ini turut membolehkan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan agensi khusus iaitu Lembaga Sumber Air Negeri yang berperanan untuk memantau, menyelia dan merancang pengurusan sumber air secara profesional serta berlandaskan kepada prinsip tadbir urus yang baik.

Dari sudut perundangan pula RUU Sumber Air memberi kekuatan undang-undang kepada Kerajaan Negeri dalam mempertahankan hak ke atas sumber air memandangkan air berada di bawah bidang kuasa negeri sebagaimana yang termaktub dalam Jadual Kesembilan (9) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu kewujudan RUU Sumber Air ini bukan sahaja penting dari segi teknikal dan operasi tetapi juga sebagai simbol kedaulatan negeri dalam menguruskan khazanah semula jadi yang berada dalam wilayah pentadbiran kita. Secara keseluruhannya, RUU Sumber Air ini memainkan peranan yang penting dan strategik dalam memastikan sumber air dapat diurus secara mampan, menjana pendapatan negeri serta dapat melindungi kepentingan rakyat dan dapat memelihara alam sekitar selaras dengan matlamat pembangunan lestari dan prinsip tanggungjawab bersama dalam pengurusan sumber asli negara. Sekian terima kasih Dato’ Seri Speaker, saya mohon menyokong juga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi adalah Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025 dibacakan bagi kali yang kedua (2). Ahli-ahli yang bersetuju katakan, ya.

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju katakan, tidak. kita semua setuju ‘Ya’.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di Negeri Pulau Pinang dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka Ahli-ahli Yang Berhormat Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang Kedua (2). Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan di peringkat jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan 2.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 1 dan 2 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya

Setiausaha Dewan

Fasal 3 hingga 6.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 3 hingga 6 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 7 hingga 16.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 7 hingga 16 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya

Setiausaha Dewan

Fasal 17 dan 18.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 17 dan 18 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 19 hingga 30.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 19 hingga 30 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 31 hingga 35.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 31 hingga 35 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 36.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 36 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 37.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 37 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 38.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 38 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 39 hingga 50.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 39 hingga 50 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 51 hingga 55.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 51 hingga 55 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 56 hingga 60.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 56 hingga 60 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 61.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 61 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu penggunaan, pembangunan, perlindungan sumber air di Negeri Pulau Pinang dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka tajuk penuh dan fasal yang menggunakan adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan bersidang semula.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato Seri’, oh belum.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sabar, sabar.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Tak naik lagi, tak nak lagi.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sitdown dulu.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Seri Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Sumber Air Pulau Pinang 2025, telah pun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ni sekarang dibacakan bagi kali ketiga (3) serta diluluskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Tanjong Bunga, maka masalah yang kita hadapi sekarang ialah Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali yang ketiga (3) serta diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘ya’.

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan tidak. Tiada ya, sebulat suara kita setujui. Terima kasih.

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

(ketukan meja)

Setiausaha Dewan

Enakmen Sumber Air Pulau Pinang 2025, maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga (3) dan telah diluluskan.

Pembentangan Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Seri Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang undang-undang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Lembaga Sumber Air Pulau Pinang dan perkara berkaitan dengannya dibacakan bagi kali yang pertama (1).

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Lembaga Sumber Air Pulau Pinang dan perkara berkaitan dengannya dibacakan bagi kali yang pertama (1).

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang pertama (1).

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Seri Speaker, mengikut Peraturan 59 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua (2) Rang Undang-Undang ini diteruskan dengan serta-merta.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025 bacaan kali yang kedua (2).

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Seri Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Lembaga Sumber Air Pulau Pinang dan perkara berkaitan dengannya dibacakan bagi kali yang kedua (2).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Seri Speaker, saya meneruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang kedua iaitu Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025. Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk menaik taraf Bahagian Kawal Selia Air Pulau Pinang ataupun BKSA yang ditubuhkan pada tahun 1999 kepada sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Sumber Air Pulau Pinang. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat antara contoh Badan Pengurusan Sumber air Negeri-Negeri lain adalah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang ditubuhkan pada tahun 1999, Lembaga Air Negeri Kedah pada tahun 2008, Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) pada tahun 2020 dan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak pada tahun 2023. Yang terkini adalah Negeri Johor yang baru selesai proses perwartaan.

Selaras dengan RUU Sumber Air Pulau Pinang 2025 yang baru diluluskan oleh Dewan yang mulia ini sebentar tadi, maka RUU berkaitan penubuhan Lembaga Sumber Air Pulau Pinang adalah penting untuk mewujudkan Lembaga Sumber Air untuk menguruskan sumber air mentah dan infrastruktur berkaitan secara holistik, cekap dan juga berkesan. Penubuhan Lembaga Sumber Air merupakan salah satu perkara penting dalam penyataan Dasar Air Negara untuk memperkasakan pengurusan sumber air di peringkat negeri dengan punca kuasa yang jelas untuk mengurus, mentadbir dan melaksanakan pelan-pelan tindakan yang sedang dan akan diwujudkan seperti Pelan Tindakan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM), serta pelan-pelan tindakan lain melibatkan mana-mana sumber air termasuk Pelan Pengurusan Sumber Air antara negeri.

Dato’ Seri Speaker, keseluruhan Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025 mengandungi sebanyak 31 fasal yang dibagikan pada empat (4) Bahagian.

Bahagian satu adalah fasal 1 hingga 2 yang mengandungi perkara berhubung dengan peruntukan permulaan seperti tajuk ringkas, tarikh kuat kuasa, takrifan, dan sebagainya. Bahagian dua enakmen mengandungi perkara berhubungan dengan pentadbiran. Bab satu bahagian dua ini iaitu fasal 3 hingga 14 mengandungi perkara berhubung dengan Lembaga Sumber Air Pulau Pinang jadi dari segi peletakhakkan meterainya lembaga keanggotaan, kepentingan pengosongan jawatan, tadbir urus dari segi minit mesyuarat, jawatankuasa, perwakilan kuasa dan sebagainya.

Bab dua bahagian ini iaitu fasal 15 hingga 18 mengandungi peruntukan berhubung dengan fungsi dan kuasa lembaga. Bab tiga iaitu fasal 19 hingga 24 mengandungi peruntukan berhubung dengan pekerja lembaga iaitu pelantikan pengarah, fungsi dan kuasa pengarah, perwakilan kuasa pengarah dan juga tindakan tatatertib dan sebagainya.

Bahagian tiga iaitu fasal 25 hingga 30 mengandungi peruntukan berhubung dengan kewangan. Jadi contohnya fasal 25 mengenai penubuhan Kumpulan Wang Lembaga, fasal 26 mengenai penubuhan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Air, Fasal 27 mengenai kuasa meminjam kemudian ada kuasa pelaburan, akaun dan laporan tahunan dan sebagainya. Bahagian keempat iaitu fasal ke 31 yang terakhir adalah berhubung dengan kecualian dan peralihan.

Dato’ Seri Speaker. Rang Undang-Undang ni akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan buat masa ini. Seperti mana Dewan yang mulia sedia maklum BKSA tidak mempunyai punca kuasa sebelum ini yang dapat menjana hasil pendapatan. Oleh yang demikian, penubuhan lembaga ini masih memerlukan bantuan dan sokongan kewangan daripada Kerajaan Negeri seperti mana badan-badan dan GLC lain. Walau bagaimanapun, melalui punca kuasa yang diberikan lembaga akan dapat menjana hasil melalui penguatkuasaan undang-undang dalam masa depan dan hasil tersebut akan dikongsi bersama dengan Kerajaan Negeri mengikut persetujuan bersama yang akan ditentukan nanti.

Dato’ Seri Speaker, penubuhan Lembaga Sumber Air merupakan suatu keperluan utama dan langkah yang terbaik dalam memantapkan pengurusan sumber air berdasarkan objektif dan matlamat seperti berikut.

Pertama, lembaga akan menguruskan sumber air dengan menyeluruh termasuk semua sistem sungai yang bersifat kekal sementara atau bermusim, lembangan sungai, kawasan tadahan air, tanah perairan, air bumi, perairan pantai, dan badan air serta lain-lain sumber yang ditetapkan dalam Negeri Pulau Pinang.

Kedua, lembaga akan menjadi agensi penasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri berhubung Dasar-Dasar Sumber Air untuk menjaga, memelihara dan juga memudahkan pembangunan mampan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air yang efisien termasuk pengurusan perkongsian lembangan sungai antara negeri.

Ketiga, lembaga akan menjadi peneraju kepada kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta dalam pengurusan sumber air dengan mengambil kira kepentingan awam dan Kerajaan Negeri serta menanamkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya sumber air dipelihara.

Keempat, lembaga akan menyelaras perhubungan pelbagai agensi dalam negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber-sumber air pelbagai fungsi.

Kelima, lembaga akan menjaga kepentingan negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber-sumber air bagi memastikan keterjaminan sumber air bersih dan selamat untuk kegunaan pelbagai sektor domestik, industri, pertanian, dan juga alam sekitar.

Keenam, lembaga akan mengawal aktiviti penggunaan sumber melalui pengeluaran lesen dengan syarat-syarat tertentu kepada mana-mana pihak untuk mengusahakan apa-apa perkara atau aktiviti berkaitan sumber air serta menguatkuasakan undang-undang ataupun peraturan yang berhubung dengan suatu sumber air bagi menjamin kelestarian sumber air negeri ini.

Dan ketujuh, lembaga akan membantu meningkatkan hasil negeri dengan mengenakan kutipan fee, charge dan security berkaitan dengan aktiviti-aktiviti serta kawalan pencemaran ke atas sumber air. Justeru itu penubuhan lembaga adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh pengurusan, menangani cabaran berkaitan pengurusan dan tadbir urus sumber air di Pulau Pinang, termasuk keperluan dalam sumber air yang lebih berkualiti dan mampan untuk memenuhi permintaan rakyat berdasarkan kepada kawalan undang-undang.

Dengan ini saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang yang bernama ‘Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025’ diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kelima Belas. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Tanjong Bunga.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya mohon menyokong. Selaku anggota Pentadbiran Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, menyatakan sokongan penuh terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Kosongkan tangki (ketawa).

Enakmen ini bukan sahaja sebagai satu rangka kerja undang-undang, malah sebagai satu komitmen Kerajaan Negeri terhadap kelestarian sumber asli kita yang paling berharga iaitu air. Tuan Yang di-Pertua Dato’ Seri Speaker, memperkasakan pengurusan sumber air dengan menubuhkan satu agensi menguruskan air Negeri Pulau Pinang melalui Lembaga Sumber Air Pulau Pinang di bawah Enakmen ini adalah tepat pada masa ini. Lembaga ini akan menjadi badan berkuasa yang akan merancang dan mengurus pengunaan air mentah secara mampan, mengawal pencemaran melalui sistem pelesenan dan penalti, memelihara sumber air kawasan tadahan dan sistem semulajadi dan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara sepadu. Sebelum ini sebagai EXCO Alam Sekitar, setiap kali saya dapat aduan kerana pencemaran, saya sentiasa tanya-tanya diri saya. Sungai bukan jagaan saya, air pun bukan saya punya, pembuangan sisa ke dalam sungai pun bukan saya punya, binatang yang diternak pun bukan saya punya. Kenapa pencemaran saya punya? (Ketawa) Tetapi sekarang oleh kerana kita ada satu Lembaga untuk menguruskan segalanya, maka kuranglah pening saya.

Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025

Yang di-Pertua (Speaker)

Tetap sama (ketawa).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Saya tanya mau tukar? Dia mau Alam Sekitar… dia mau Alam Sekitar (ketawa).

Yang di-Pertua (Speaker)

Tetap anda punya (ketawa).

Melalui ada satu Lembaga, banyak benda boleh jadi lebih jelas dari dulu, tidak ada kekeliruan lagi. Oleh itu, saya menyeru agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat menyokong Enakmen ini dengan sebulat suara demi menjamin masa depan air Negeri Pulau Pinang. Sekian, saya menyokong Rang Undang-Undang ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Perai. Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat bagi kita sekali lagi berada dalam sesi perbahasan atas Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025. Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas, silakan. Sungai Dua, sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk sekali lagi membahaskan Rang Undang-Undang berkenaan dengan mewujudkan Lembaga. RUU Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025 ini membawa matlamat besar untuk nak menyusun semula sistem tadbir urus air negeri. Dalam pentadbiran Islam, kita harus pastikan bahawa penubuhan Lembaga ini tidak hanya berfungsi sebagai institusi teknikal tetapi sebagai badan yang berjiwa amanah. Pentadbiran dalam Islam menuntut prinsip hisbah iaitu mengurus dengan integriti, memelihara keadilan dan menolak pembaziran. Maka Lembaga ini harus bertindak bukan sahaja sebagai pelaksana projek tetapi juga penjaga keadilan akses terhadap air. Semua rakyat, tanpa mengira latar belakang, berhak kepada air bersih dan juga mencukupi. Lembaga ini juga mesti telus. Saya menyeru agar segala data, pelan dan belanjawan Lembaga ini nanti diterbitkan secara terbuka. Ini bukan sahaja menepati prinsip akauntabiliti tetapi selaras dengan tuntutan Islam terhadap amanah dan kejujuran dan kepimpinan.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya berkongsi pandangan saya tentang RUU ini. Yang pertama, dalam Seksyen 15 Fungsi Lembaga, saya mencadangkan agar ada satu klausa iaitu menyediakan akses kepada semua data, laporan dan pelan pengurusan sumber air secara terbuka melalui laman rasmi dan sistem maklumat yang telus. Perkara ini agar rakyat boleh menilai sendiri bagaimana sumber air diurus, ini selari dengan prinsip Islam yang menekankan keterbukaan.

Yang kedua, dalam Seksyen 25 Kumpulan Wang Lembaga, sebagai langkah memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti adalah dicadangkan agar Lembaga mewujudkan satu mekanisme aduan kewangan serta sistem semakan awam. Ini membolehkan rakyat mengemukakan pertanyaan, membantah ataupun meneliti sebarang ketidaktelusan dalam pengurusan dana. Mekanisme ini bukan sahaja akan memperkasakan hak rakyat sebagai pemegang taruh utama sumber air malah akan menggalakkan amalan tadbir urus terbuka dan memastikan setiap sen dana awam digunakan secara berhemah dan juga berintegriti.

Yang ketiga, dalam Seksyen 26 Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Air, dicadangkan pemilihan mana-mana kontraktor, perunding ataupun pelaksana projek hendaklah dibuat melalui proses perolehan terbuka dan telus mengikut garis panduan kerajaan. Perkara ini bagi mengelakkan ketirisan, amalan-amalan pilih kasih dan memastikan nilai wang atau value for money, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin tekankan agar kita tidak memisahkan pengurusan air dengan nilai-nilai ehsan, rundingan dan juga keadilan. Air bukan milik sesiapa, air adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia dan seluruh alam ini. Saya mohon… (gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Boleh minta penjelasan sikit, Ketua Pembangkang. Tadi saya tertariklah dengan hujah Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi sebut khususnya tentang maklumat ataupun data yang dikemukakan supaya orang awam boleh dapat akses, data khususnya Lembaga ini.

Sebenarnya Yang Berhormat Ketua Pembangkang pun sememangnya sedia maklumlah, kita pun ada Enakmen Kebebasan Maklumat. Dan sekiranya ada apa-apa pertikaian dan sebagainya ataupun maklumat yang perlu diperolehi oleh orang awam, mereka boleh memohon mengikut tatacara di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat. Dan satu lagi yang tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebut tentang satu sistem semakan awam, khususnya berkaitan dengan kewangan dan sebagainya. Sebenarnya kita pun ada sistem tersebut…. (gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Padang Lalang, you nak gulung untuk Tanjong Bunga ka?

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Bukan, penjelasan saja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jawapan yang sama, nanti Tanjong Bunga tak boleh gulung.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tak, tak. Penjelasan saja. Sistem semakan awam tersebut adalah dinamakan Jawatankuasa Kira-Kira Dewan yang mana pengerusi dia adalah tidak lain tidak bukan, Ketua Pembangkang sendiri. Sekian, terima kasih.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Amboi, pandai dia ni na (ketawa). Saya juga maknanya terima kasih kepada Padang Lalang. Padang Lalang, dia orang kata apa, dia duduk di EXCO dan juga terlibat, dia faham berkenaan dengan ni. Saya ambil maklum apa yang beliau perkatakan dan apa yang saya sebutkan ini adalah perkara yang dibolehkan, perkara yang tidak menjadi rahsia dan juga perkara yang perlu, maknanya diberikan maklumat kepada awam untuk mereka menilai dan juga mereka ada proses-proses yang seperti yang saya sebutkan supaya dapat dilakukan dan perkara-perkara ini akan memberikan kebaikan kepada rakyat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya mohon mencadang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seberang Jaya, sila.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Bismillahirrohmanirrohim. Assalammualaikum Warahmatullahiahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, salam hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat, para penjawat awam, rakan-rakan media dan semua yang mengikut sesi sidang ini secara langsung. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Seberang Jaya untuk terlibat langsung dalam perbahasan Rang Undang-Undang ini. Air nadi kehidupan, bukan sekadar komoditi maka kita wajib memastikan bahawa sebarang undang-undang yang digubal berkaitannya mestilah berasaskan prinsip Good Governance, Sustainability dan Accountability. Saya merakamkan penghargaan terhadap usaha untuk menggubal RUU ini, yang pada asasnya adalah satu langkah penting ke arah memperkemas pengurusan sumber air secara mampan dan bersepadu.

Namun begitu, saya berpandangan bahawa Rang Undang-Undang ini meskipun lengkap pada zahirnya, masih mempunyai ruang-ruang penambahbaikan yang signifikan agar matlamat pengurusan air yang lestari, cekap dan berintegriti benar-benar tercapai. Saya menyokong kesemua yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua sebentar tadi, yang membawa maksud juga mewajibkan laporan atau penyata tahunan itu dibentangkan dalam Dewan seperti mana yang termaktub dalam seksyen yang ada dalam Rang Undang-Undang ini. Dan sebagai tambahan, dalam Seksyen 15 saya percaya untuk fungsi Lembaga ini, sebenarnya saya lihat Rang Undang-Undang ini perlu ada jaminan bahawa rakyat atau pun penduduk negeri ini mahu pun komuniti di kawasan-kawasan kampung atau mana-mana kawasan yang berdekatan dengan kawasan tadahan, kawasan sumber air, para nelayan sungai, para petani sawah dan lain-lain, bahawasanya akan didengari atau diberi tempat dalam menentukan hal sumber air yang mereka telah manfaatkan sekian lama.

Maka saya ingin mencadangkan agar dimasukkan satu subseksyen baharu berkenaan konsultansi awam (public consultation) yang perlu dijalankan oleh Lembaga, khususnya apabila Lembaga ingin mewartakan sesuatu kawasan sumber air baru, kawasan tadahan baru, pembinaan empangan atau pengambilan tanah, perlulah diwajibkan melalui proses rundingan awam yang telus. Erti kata, Lembaga hendaklah mengadakan konsultansi awam dan pendengaran terbuka sebelum melaksanakan mana-mana projek pembangunan sumber air yang melibatkan tanah, ekosistem atau komuniti setempat sepertimana yang dilaksanakan dalam perundangan negara-negara jiran termasuk negeri-negeri jiran kita. Pendengaran awam dijalankan terlebih dahulu sebelum projek sumber air dilaksanakan kerana ia adalah amalan yang menzahirkan keadilan dan mengangkat martabat rakyat. Cara sebut ‘keadilan’ betul? (ketawa)

Selain daripada apa yang dizahirkan dalam Seksyen 6(1)(d), saya juga ingin mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dapat diperkembangkan peranannya dalam perkongsian pandangan, nasihat dan juga input-input yang berkaitan oleh pakar-pakar awam dengan menubuhkan satu Majlis Penasihat Awam Sumber Air yang dianggotai wakil komuniti luar bandar, pakar bebas dan NGO berkaitan alam sekitar. Majlis ini boleh berperanan menasihati Lembaga dan menilai impak sosial terhadap dasar dan juga semua projek-projek air negeri.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar Lembaga Sumber Air Pulau Pinang ini dapat mempertimbangkan pelaksanaan Dasar Pelepasan Sifar (Zero Discharge Policy) seperti yang dilaksanakan oleh Lembaga Urus Air Selangor. Di bawah dasar ini, yang boleh dikuat kuasakan menerusi Rang Undang-Undang ini, semua kilang atau premis industri diwajibkan untuk memastikan tiada sisa air kumbahan atau efluen industri dilepaskan terus ke sungai tanpa rawatan yang sempurna. Saya percaya cadangan ini bukan sahaja untuk melindungi kualiti sumber air tetapi juga membuka ruang penjanaan pendapatan yang lestari dan mampan kepada Lembaga. Saya fikir inilah beberapa cadangan penambahbaikan yang wajar diketengahkan supaya Rang Undang-Undang ini dapat benar-benar menjaga kepentingan dan keterlibatan rakyat secara holistik. Saya mohon cadangan ini dipertimbangkan dengan serius demi masa depan pengurusan air negeri yang adil, telus dan berasaskan prinsip kebertanggungjawaban bersama. Harap kita semua dapat lakukan sesuatu kepada yang memerlukan. Dengan itu, saya mohon menyokong dengan beberapa cadangan penambahbaikan dan pindaan sepertimana yang dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Seberang Jaya. Bukit Tengah dulu.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’ Seri Speaker untuk membenarkan saya juga mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air. Saya sangat bersetujulah dengan adanya kita satu Lembaga dan Lembaga ini memang sebahagian pun daripada, untuk melaksanakan Enakmen Sumber Air Pulau Pinang, kita perlukan. Pelantikan Pengarah pun, sebenarnya ada dalam Enakmen ini di mana diperuntukkan bagaimana Pengarah nanti akan dilantik untuk melaksanakan tanggungjawab dalam Enakmen Sumber Air ini. Dan tadi ada dikatakan juga oleh Yang Berhormat Tanjong Bunga bahawa selepas ini Lembaga ini bolehlah berbuat urusan untuk menguruskan seperti menjalankan Pelan-Pelan Pengurusan Lembaga Lembangan Sungai Bersepadu dan ini

menarik sebab akhirnya kita bolehlah melaksanakan sepenuhnya. Saya nak sebutkan di sini Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Juru yang telah pun disiapkan dalam tahun 2021 dengan kos yang besar di mana dia telah pun melibatkan mendapat feedback daripada stakeholder termasuklah ADUN dan sebagainya tapi sehingga ini tidak dapat dilaksanakan sebab tidak ada koordinasi agensi-agensi ataupun tidak ada satu lead agent yang akan mencoordinatekan this IRBM ini. The kosnya memang besar untuk menyiapkan pelan ini RM1 juta kalau tak silap saya cuma untuk penambahan baik yang saya ingin mencadangkan supaya ada lebih baik coordination antara agensi-agensi ini.

Saya juga ingin merujuk kepada Seksyen 6 iaitu Seksyen 6 iaitu seperti yang disebutkan oleh tadi dibangkitkan juga oleh Seberang Jaya so di mana di sini adalah keanggotaan Lembaga buat sekarang yang diperuntukkan di sini Ahli-ahli Lembaga adalah pengerusi Ketua Menteri Setiausaha Kerajaan, lima (5) orang anggota atas jawatan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri iaitu Penasihat Undang-Undang, Pegawai Kewangan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan dua (2) orang Ahli Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Jadi saya nak katakan di sini tak cukup untuk supaya boleh ada satu (1) koordinasi yang betul dan bersepadu, saya mencadangkan bahawa kita kena membesarkan Lembaga ini. Dengan yang pertama memasukkan Datuk Bandar daripada MBPP dan juga MBSP. Ini dua agensi pelaksanaan ataupun yang sangat penting. Saya cadangkan bahawa mereka dimasukkan atau wakil mereka dimasukkan dalam Seksyen 6 ini dipinda saya juga bercadang untuk meminda Seksyen 6 ini untuk memasukkan Pengarah Jabatan Pengaliran Dan Saliran (JPS) sangat dipentingkan atau wakil mereka. Saya juga ingin mencadangkan supaya kita masukkan juga Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) atau wakilnya dan akhir sekali lagi satu stakeholder yang sangat penting adalah CEO PBA Pulau Pinang atau wakil dia sebab mereka mengendalikan struktur aset-aset dan sebagainya pembekalan air dan pihak-pihak ini harus dan sepatutnya dimasukkan dalam keanggotaan Lembaga yang disebutkan ini.

Saya juga, berkenaan dengan perkara yang tadi di bawa oleh Ketua Pembangkang berkenaan dengan enakmen sumber air tadi dia kata oh kita kena apa ini ada perkara ini kena laporkan urusan ini kena laporkan balik kepada Dewan yang mulia ini. Memang dalam Seksyen 29 pun sudah ada peruntukan di mana dengan cukup detail bahawa Lembaga setiap tahun ini dia kena laporkan kewangan kepada Audit Negara untuk diauditkan dan memang di sana memang ada dan kemudiannya statement of account, recommendation, observation of Ketua Audit Negara ini dia kena dimaklumkan report kepada Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri bersama dengan annual report, laporan tahunan ya yang akan kemudiannya dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini.

Memang dinyatakan di sana saya terima kasih juga selepas berbincang dengan Yang Berhormat Tanjong Bunga ini. Saya tengok juga sekarang ada lagi pindaan yang dicadangkan untuk masukkan lagi make it even clear supaya laporan tahunan itu akan juga dimaksudkan dalam subseksyen 29 (4). Ini menunjukkan komitmen kerajaan atas prinsip good governance, urus tadbir, tatakelola ini yang selalu tatakelola yang baik atas prinsip CAT dan ini adalah untuk juga memastikan bahawa operasi lembaga ini tertakluk kepada over side legislative dan yang boleh mempromosikan transparency dan accountability.

Cuma yang last point yang saya nak bawa ini adalah berkenaan dengan Seksyen 28 (2) di mana Lembaga diberi kuasa untuk boleh untuk boleh menjana hasil pendapatan Seksyen 29, 28 ya especially subseksyen 2, disini dinyatakan bahawa Lembaga boleh dengan kelulusan pihak berkuasa memperoleh dan membangunkan tanah dan harta bagi yang berkaitan atau berkaitan dengan perjalanan kuasanya dan bagi maksud ini boleh membuat apa-apa perundingan perkiraan dan perjanjian sebagainya yang perlu untuk menghasilkan pendapatan. Saya cadangkan supaya klausa ini the purpose dia mestilah jelas apakah situasi yang boleh menjana income ini sebab di sini kalau ada, kita tidak mahu satu situation di mana akan berlakunya orang boleh mendakwa ada penyalahgunaan kuasa ataupun akan dipolitikkanlah kita a quire property sell to developer then they make money and the money comes back. Kita tak mahu dakwaan-dakwaan seperti itu. Jadi saya mencadangkan supaya ada pindaan kepada seksyen ini supaya dinyatakan bahawa penjanaan pendapatan yang dinyatakan hanya boleh dibuat untuk tujuan yang berkaitan dengan pengurusan sumber air dan infrastructure sahaja itu yang saya cadangkan.

Dengan itu saya rasa memang ini adalah satu (1) enakmen yang bagus dan juga saya katakan bahawa cadangan daripada Seberang Jaya untuk ada public konsaltasi itu juga adalah satu (1) cadangan yang baik dan juga untuk kita boleh masukkan NGO-NGO lah kepada Lembaga tapi itu ada seksyen memang ada seksyen yang dinyatakan bahawa mereka boleh tambah dua (2) lagi tapi sekarang yang Berhormat Tanjong Bunga telah pun membuat lagi cadangan pindaan untuk tambah lima (5) lagi so itu nanti boleh dimasukkan dalam sana tetapi yang saya harap boleh berlaku adalah secara rasmi statutorily kita masukkan MBSP, MBPP, JAS, JPS dan juga PBA dalam Lembaga yang disebutkan. Sekian terima kasih saya mohon untuk menyokong terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bukit Tengah, ya Bagan Dalam.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya menyambut baik pembentangan Enakmen Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025 yang menjadi langkah penting dalam memperkukuh tadbir urus air negeri namun saya ingin menarik perhatian Dewan kepada peruntukan yang memberi kuasa yang sangat luas kepada pengarah Lembaga merujuk kepada Seksyen 20 hingga 22 pengarah diberi bidang kuasa merangkumi pelaksanaan dasar pengeluaran lesen, pemantauan kawasan tadahan, pelaksanaan pelan pembangunan malah mewakilkan kuasa kepada mana-mana individu walaupun kecekapan pelaksanaan amat penting saya percaya wujud keperluan untuk memperkemaskan sempadan kuasa ini demi prinsip check and balance (dengan izin) serta integriti pentadbiran.

Justeru, saya mencadangkan agar segala keputusan strategik seperti pengeluaran lesen, pelan pembangunan atau pengisytiharan kawasan perlindungan hendaklah ditentukan oleh Lembaga secara kolektif dan bukannya secara eksklusif oleh pengarah. Dan yang kedua, enakmen perlu menyatakan bahawa kuasa pengarah tertakluk kepada audit berkala oleh badan Audit Negeri atau Jawatankuasa Audit Lembaga. Sebarang perwakilan kuasa oleh pengarah hendaklah didedahkan kepada Lembaga dan direkodkan secara rasmi dalam minit mesyuarat dan saya juga sarankan penubuhan Jawatankuasa Penasihat Teknikal Sumber Air Negeri sebagai badan penasihat bebas untuk menyemak cadangan strategik yang dikemukakan oleh pengarah dari masa ke semasa. Saya percaya

Sesi Penggulungan Atas Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025Bill

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

dengan cadangan ini selaras dengan prinsip tadbir urus baik yang ditekankan dalam dasar Kerajaan Negeri akan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa aset sepenting sumber air dikendalikan secara telus dan professional. Dengan ini saya memohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bagan Dalam. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka sekarang kita berada dalam Sesi Penggulungan Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025. Sila Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Dua, Yang Berhormat Seberang Jaya, Yang Berhormat Bukit Tengah dan Bagan Dalam kerana telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang. Yang Berhormat telah membangkitkan isu mengenai ketelusan dan juga dari segi kuasa-kuasa Lembaga dan juga pengarah itu semua adalah cadangan dan saranan-saranan yang baik, kita menyambut baik berkenaan dengan isu ketelusan dan perkongsian data atas talian dan sebagainya. Sebenarnya itu adalah isu yang boleh dibuat secara pentadbiran tidak memerlukan pindaan kepada Rang Undang-Undang dan berkenaan dengan akaun dan juga laporan tahunan sebenarnya dalam fasal 29 telah pun diperuntukkan supaya akaun dan juga laporan akan di audit jadi dan kemudiannya dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri seperti mana yang disebut tadi. Jadi tiada isu yang berbangkit.

Mengenai cadangan untuk rundingan awam, dia sebenarnya kalau kita lihat pada fasal 15 (d) okay di mana Lembaga mempunyai fungsi untuk membuat apa-apa perkara lain yang difikirkan patut dia sebenarnya peruntukan ni memberi kelonggaran untuk apa ini Lembaga dan juga kuasa untuk lembaga untuk melaksanakan perkara-perkara seperti rundingan awam dan saya seperti yang saya sebut dalam penggulungan awal tadi. Sebarang perkara yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan sudah tentu pihak Lembaga akan melaksanakan ya dasar libat urus. Sebab dasar libat urus ni sudah menjadi sebahagian daripada dasar rasmi Kerajaan Negeri yang ni telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota untuk menjadikan dasar libat urus sebagai dasar rasmi Kerajaan Negeri. Jadi, perkara-perkara dasar sudah tentu seperti contohnya saya sebut tadi peraturan ya dari segi caj-caj dan sebagainya sudah tentu akan dilibat uruskan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Berkenaan dengan cadangan zero discharge yang ini kita sambut baik sebenarnya satu (1) matlamat yang dikongsikan oleh Kerajaan Negeri juga kita telah melihat kepada contoh di negeri Selangor dan fasal 15 (b) memperuntukkan kuasa kepada Lembaga untuk menasihati Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara seperti ini jadi, akan menjadi satu (1) matlamat kita jugalah dan antara niat kita untuk melaksanakan Rang Undang-Undang ini juga adalah supaya kita boleh mencapai hasrat zero discharge.

Yang Berhormat Bukit Tengah seperti biasa membangkitkan banyak isu. Pelaksanaan dan penguatkuasaan pelan-pelan seperti IRBM yes sebenarnya itu adalah antara hasrat juga yang kita nak melaksanakan sumber enakmen sumber air dan juga mewujudkan lembaga dan mewujudkan jawatan Pengarah Sumber Air Negeri Pulau Pinang supaya pelan-pelan ini bukan hanya pelan tapi sesuatu yang boleh dilaksanakan dan juga

dikuatkuasakan. Dari segi keahlian anggota lembaga, perkara ni telah pun dibincangkan sebelum ni dan sukacita saya maklumkan seperti mana yang dimaklumkan pada Yang Berhormat semua.

Ada sedikit pindaan yang ingin dibuat fasal 6(1) (d) yang di mana kita nak meminda perkataan ‘tiga’ kepada ‘lima’ maksudnya untuk memberi pelantikan tambahan kepada Kerajaan Negeri dengan budi bicara Kerajaan Negeri sebanyak lima (5) apa ni pelantikan tambahan dan cadangan daripada Yang Berhormat Bukit Tengah adalah untuk menjadikan jawatan-jawatan tertentu itu sebagai satu statutory members tapi pendapat Kerajaan Negeri adalah memadai kita memberi budi bicara kepada Kerajaan Negeri untuk memilih pihak-pihak yang dilihat sesuai untuk dijadikan anggota. Tetapi dengan adanya lima (5) saya kira tadi semua yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah boleh masuklah tapi yang tu kita akan membiarkan lembaga dan juga pihak Pihak Berkuasa Negeri untuk tentukan.

Yang Berhormat Bukit Tengah juga ada sentuh mengenai akaun dan laporan tahunan yang ni juga kita telah menjadikannya lebih jelas dalam fasal 29(4) dengan pindaan tambahan perkataan dan laporan tahunan selepas salinan penyata akaun supaya menjadi jelas dan tidak apa ni ada pertikaian dalam masa depan kedua-dua akaun penyata akaun dan juga laporan tahunan akan dibentangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan kemudiannya dibentangkan ke dalam Dewan Undangan Negeri.

Berkenaan dengan isu Bukit Tengah membangkitkan mengenai 28(2) apa ni dari segi pelaburan dan pembangunan. Dia sebenarnya sudah jelas dalam 28(2) bahawa apa-apa tujuan untuk memperoleh harta dan juga apa ni hasil dan sebagainya adalah berkaitan dengan perjalanan kuasa. Yang ni dah sebut so in the cause of the duty dia bukan sembarangan Dato’ Seri Speaker yang kita boleh buat. Jadi perkara ni sudah termaktub dalam fasal-fasal saya kira tidak menjadi isu. Yang Berhormat Bagan Dalam ada sebut mengenai apa ni kuasa pengarah. Pengarah pun tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dia perlu merujuk dan mendapat persetujuan lembaga dalam apa-apa isu dasar dan juga apa-apa isu yang dalam apa ni perjalanan tugasnya dan tambahan kepada itu lembaga pun boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa ya yang dilihat sesuai sekiranya perlu untuk melihat kepada isu-isu yang berbangkit. Jadi sekiranya tiada lagi Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker saya akhiri penggulungan saya dengan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi banyak cadangan-cadangan yang bernas dan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas-petugas, penjawat-penjawat awam yang telah membantu untuk merangkakan kedua-dua Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air dan juga Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025 khususnya kepada BKSA sebagai peneraju, agensi peneraju dan juga kepada BPEN, kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan juga jabatan-jabatan lain yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung. Jadi dengan ini saya ucapkan terima kasih dan saya mohon menyokong jugak, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Tanjong Bunga. Ahli Yang Berhormat. Maka masalah yang kita hadapi sekarang ialah Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025 dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘ya’.

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

‘Ya’.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’. Tiada bantahan. Semua setuju. (Ketawa).

Timbalan Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama satu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Lembaga Sumber Air Pulau Pinang dan perkara berkaitan dengannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat. Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan di peringkat jawatankuasa.

Timbalan Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan 2.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 1 dan 2 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Timbalan Setiausaha Dewan

Fasal 3 hingga 5.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 3 hingga 5 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Timbalan Setiausaha Dewan

Fasal 6.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 6 bahawa fasal ini sebagai yang dipinda. Adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Timbalan Setiausaha Dewan

Fasal 7 hingga 14.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 7 hingga 14 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Timbalan Setiausaha Dewan

Fasal 15 hingga 18.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 15 hingga 18 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Timbalan Setiausaha Dewan

Fasal 19 hingga 24.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 19 hingga 24 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Timbalan Setiausaha Dewan

Fasal 25 hingga 28.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 25 hingga 28 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Timbalan Setiausaha Dewan

Fasal 29.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 29. Bahawa fasal ini sebagaimana yang dipinda adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Timbalan Setiausaha Dewan

Fasal 30.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 30 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Timbalan Setiausaha Dewan

Fasal 31.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 31 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Timbalan Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Lembaga Sumber Air Pulau Pinang dan perkara berkaitan dengannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tajuk penuh dan fasal yang menggunakan adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan bersidang semula. Belum lagi… (ketawa).

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dato’ Seri Speaker. Saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025 telah pun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam jawatankuasa dan dipersetujui dengan pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang ini sekarang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalah yang kita hadapi sekarang ialah rang undang-undang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘ya’.

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak setuju katakan ‘tidak’. Tiada yang bantah kita semua setuju.

Timbalan Setiausaha Dewan

Enakmen Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025. Maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang. Usul daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan. Saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini…

Yang di-Pertua (Speaker)

Aaa… saya ada sekerat lagi tu. Ahli-ahli Yang Berhormat ada satu yang saya terlepas lagi terlalu cepat. Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan telah diluluskan. Ha itu kena ada. (Ketawa)

Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (Yab Ketua Menteri)

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

Tepuk meja. Suara ketawa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Bahawa Dewan ini meluluskan penyataan khas Laporan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang dibentangkan sebagai Risalah Bilangan 2 Tahun 2025 dan menetapkan bahawa risalah tersebut hendaklah berkuatkuasa pada hari ia diwartakan dalam warta kerajaan mengikut Peraturan 119 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Dato’ Seri yang di-Pertua. Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan bahawa Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat adalah dibentuk di bawah Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap dengan rujukan kepada Perkara 109(d). Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat adalah diberi kuasa untuk meminda apa-apa perkara berkaitan dengan peraturan-peraturan dan notis dengan draf pindaan perlulah diusulkan. Pindaan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri pernah dilaksanakan pada tahun 1960, 1966, 1975 2005 dan 2015. Seterusnya pada 26 Februari tahun 2025 Mesyuarat Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2025 telah bersidang dan bersetuju untuk melaksanakan pindaan melibatkan teks bacaan doa dan penyataan Perkara 14, pengwujudan penyataan baharu Perkara 11(a), Perkara 15(4) dan perkara 109(3) serta pemansuhan penyataan perkara 109A (5). Perincian pindaan ini adalah seperti kandungan Risalah Bilangan 2 Tahun 2025 yang telah dibentangkan sebagai Penyata Khas Laporan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk meminda dan mengemaskini Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Pindaan Peraturan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang diusulkan kali ini dijangka mampu memartabatkan pelaksanaan Persidangan DUN dengan penuh adat istiadat serta amalan protokol. Perincian pindaan seperti kandungan Risalah Penyata Khas Laporan Jawatankuasa Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk meminda dan mengemaskini Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah satu tindakan yang wajar agar imej dan taraf Persidangan DUN kekal dengan status berprestij tinggi. Sehubungan dengan itu dipohon agar Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju dengan usul yang diangkat. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyokong usul, sila.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker Dewan. Sungai Acheh mohon menyokong.

Usul Mengaktifkan Semula Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri Dan Persekutuan (Yb Lee Khai Loon)Motion

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi perbahasan usul yang telah pun dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri maka saya secara official saya kena mohon kalau adanya yang nak berbahas dipersilakan. Memandang kita cuma kemaskini kan peraturan-peraturan mesyuarat yang sedia ada kalau ada Yang Berhormat yang berminat dipersilakan. Kalau takde saya mohon supaya Yang Amat Berhormat menggulung.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kerana Ahli-ahli Dewan menerima usul ini tanpa bahas. Terima kasih.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri:

Tepuk meja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul bahawanya Dewan ini meluluskan Penyata Khas Laporan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang dibentangkan sebagai Risalah Bilangan 2 Tahun 2025 dan menetapkan bahawa Risalah tersebut hendaklah berkuat kuasa pada hari ia diwartakan dalam Warta Kerajaan mengikut Peraturan 119, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dipersetujui.

Ahli-ahli yang bersetuju, katakan 'ya'.

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

'Ya'

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak setuju, katakan 'tidak'. Kita sebulat suara sekali lagi terima usul ini.

Timbalan Setiausaha Dewan

Usul daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya memohon mencadangkan bahawasanya Dewan yang mulia ini mengaktifkan semula Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas bagi menambah baik tadbir urus perhubungan Negeri dan Persekutuan supaya lebih cekap, bertanggungjawab, adil dan saksama.

Senarai Ahli Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan adalah seperti berikut:

Yang Berhormat Gooi Hsiao-Leung – Pengerusi

Yang Berhormat Dato’ Azrul Mahathir bin Aziz – Ahli

Yang Berhormat Teh Lai Heng – Ahli

Yang Berhormat Tan Hooi Peng – Ahli

Yang Berhormat Lee Khai Loon – Ahli

Yang Berhormat Muhammad Fauzi bin Yusoff – Ahli

Yang Berhormat Izhar Shah bin Datuk Arif Shah – Ahli

Dato’ Seri Yang di-Pertua, penubuhan Jawatankuasa Pilihan ini adalah penting dalam usaha memperkukuhkan peranan Dewan Undangan Negeri sebagai institusi semak dan imbang serta memperkukuhkan hubungan dua hala yang lebih adil, telus dan konstruktif antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Jawatankuasa ini bertujuan untuk:

(a) Mengkaji isu dan dasar Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri serta

projek-projek yang memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Pusat dibawah

Perlembagaan Persekutuan.

(b) Menuntut penurunan kuasa dan hasil daripada Kerajaan Persekutuan bagi

menambah tahap autonomi Kerajaan Negeri dalam membuat keputusan yang

menyentuh kepentingan rakyat di peringkat tempatan.

(c) Menuntut agihan peruntukan yang lebih adil agar Kerajaan Negeri dapat

memainkan peranan yang lebih bermakna dalam pembangunan negeri

khususnya dalam sektor infrastruktur, sosial dan ekonomi; dan terakhir

(d) Menuntut ketelusan dalam Akaun Kerajaan Persekutuan serta

mengadakan perbincangan yang lebih terbuka berkenaan cara dan formula

perkongsian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Speaker, kita tidak menafikan bahawa konsep Persekutuan dan dalam Perlembagaan Persekutuan kita memberi peranan kepada kedua-dua peringkat kerajaan. Namun secara praktiknya, wujud pelbagai kekangan dan ketidakseimbangan yang perlu ditangani secara institutional bukan secara ad hoc sahaja. Di sinilah peranan Jawatankuasa ini menjadi sangat significant kerana ia bukan untuk mencetuskan konfrontasi tetapi untuk memastikan bahawa hak Negeri tidak diketepikan dan suara rakyat di peringkat negeri dapat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi secara tersusun dan juga berkesan. Dengan ini saya dengan penuh rasa tanggungjawab memohon agar Dewan ini meluluskan usul pengaktifan semula Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan demi kelangsungan tadbir urus yang lebih telus, adil dan menjunjung semangat federalisme yang sebenar. Sekian, saya memohon untuk mencadang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya perlu penyokong usul.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka sekarang kita berada dalam sesi perbahasan atas usul yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Machang Bubuk. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat sekali lagi yang berminat dalam perbahasan atas usul ini dipersilakan.

Ini satu usul yang untuk kita mengaktif baliklah satu Jawatankuasa Pilihan yang telah pun kita wujud di penggal yang lalu. Memandang ada Yang Berhormat yang berasa ada keperluan dan tanggungjawab untuk kita mengaktifkan balik Jawatankuasa ini, maka usul ini telah dipersetujui untuk dibahas di dalam Dewan ini. Kalau ada yang berminat saya silakan. Kalau tak ada saya nak mohon Machang Bubuk…

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Gulung…

Yang di-Pertua (Speaker)

Gulung... Lipat pun tak apa. Lipat lebih cepatlah.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Kena gulung ohh…

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Boleh gulung lahh…

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukit Tengah sudah sokong lah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya, ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Gulung saja.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Gulung, gulung paper ahh…

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey, Dato’ Seri Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua. Maka usul ini di…

Yang di-Pertua (Speaker)

Belum lagi… (ketawa)

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Gulung, gulung…

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Ha? Bukan?

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Ucapkan terima kasih lah…

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Saya, saya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak payah gulung.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Angkat paper gulunglah…

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Ya, saya ucapkan terima kasih kerana Dewan, Dato’ Seri Speaker membenarkan usul ini dibawa ke Sidang DUN ini supaya kita boleh mengaktifbalikkan dan ini hanya satu titik permulaan, banyak kerja lagi perlu dilakukan dan saya nampak Jawatankuasa Pilihan ini akan begitu penting sekali khasnya yang akan dipimpin oleh Yang Berhormat Bukit Tengah yang akan dipengerusikan oleh Bukit Tengah dan saya juga berharap semua anggota-anggota yang ada dalam Jawatankuasa Pilihan ini mengambil, memberi sumbangan anda untuk sama-sama kita berjuang untuk kepentingan Kerajaan Negeri serta Negeri Pulau Pinang ini. Dengan itu saya mencadang…

Yang di-Pertua (Speaker)

(Ketawa).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Memohon untuk meluluskan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa sampai hari yang terakhir, ucapan yang terakhir baru dia kecut. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi penggulungan selesai. Maka masalah yang kita hadapi sekarang adalah bahawanya Dewan yang mulia ini mengaktif semula Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas bagi menambah baik tadbir urus perhubungan Negeri dan Persekutuan supaya lebih cekap, bertanggungjawab, adil dan saksama.

Senarai Ahli Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan adalah seperti berikut:

Yang Berhormat Gooi Hsiao-Leung – sebagai Pengerusi

Yang Berhormat Dato’ Azrul Mahathir bin Aziz – Ahli

Yang Berhormat Teh Lai Heng – Ahli

Yang Berhormat Tan Hooi Peng – Ahli

Yang Berhormat Lee Khai Loon – Ahli

Yang Berhormat Muhammad Fauzi bin Yusoff– Ahli

Yang Berhormat Izhar Shah bin Datuk Arif Shah– Ahli

Dipersetujui. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan 'ya'.

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

'Ya'…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju, katakan 'tidak'.

Dewan Ditangguhkan

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri:

…

Yang di-Pertua (Speaker)

Semua kita setuju untuk kita aktif balik lah Jawatankuasa Pilihan ini. Terima kasih. Usul dipersetujui.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ini ditangguhkan persidangan sekarang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak mau sokong?

Dato’ Haji Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang di-Pertua Dewan, Sungai Acheh mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Menyokong…

Timbalan Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan dan usul telah mendapat sokongan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua. Sepanjang persidangan ini, kerjasama semua telah pun melancarkan persidangan kali ini. Dengan ini, Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Terima kasih.

Dewan ditangguhkan.