Pulau Pinang · 14 November 2025
15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting (Budget 2026) · 155 turns · 19,964 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat, bacaan doa. Doa. Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telahpun menetapkan hari ini, 14 November 2025 sebagai hari permulaan Mesyuarat Kedua Penggal Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas melalui pengisytiharan yang telahpun diwartakan pada 2 Oktober 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dimaklumkan bahawanya Mendiang Tuan Gooi Hock Lye telah meninggal dunia pada 16 September 2025. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, untuk kawasan Machang Bubuk selama dua penggal iaitu dari tahun 1986 sehingga 1995 dan Allahyarham Dato’ Abdul Rahman bin Abdul Kadir telah meninggal dunia pada 8 November 2025. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, selama satu penggal iaitu dari tahun 1999 hingga 2004. Oleh yang itu, para hadirin saya mohon untuk bertafakur selama satu minit. Para hadirin diminta berdiri (Dewan bertafakur). Hadirin sila duduk. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita meneruskan agenda mesyuarat untuk hari ini, Dewan yang Mulia ini merakamkan ucapan Selamat Datang kepada Yang Berusaha Tuan Mohamed bin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan untuk Bahagian Pembangunan dan Yang Berusaha Tuan Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah, Timbalan Setiausaha Kerajaan untuk Bahagian Pengurusan Negeri Pulau Pinang dan mereka telahpun mula menjalankan tugas pada 3 Jun 2025 yang lalu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi persidangan kali ini tempoh masa untuk sesi perbahasan setiap Yang Berhormat adalah tidak lebih daripada 25 minit seperti biasa. Ahli-ahli Yang Berhormat dimohon untuk menyusunkan agenda-agenda perbahasan dan supaya boleh lancar dan sempurna. Yang Ketua Pembangkang dikecualikan.
Suka juga diingatkan, agar segala agenda perbahasan itu diberi fokus kepada Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026 nanti yang akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat dan untuk kali ini dewan akan terus bersidang tanpa waktu rehat. Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat diminta menguruskan masa sendiri termasuklah waktu makan dan solat mengikut kesesuaian masing-masinglah seperti biasa.
Ahli-ahli Yang Berhormat pada sesi kali ini, kita akan mempertimbangkan sejumlah 73 soalan lisan, 73 soalan lisan. 766 soalan bertulis, 766 soalan bertulis, Dua Rang Undang-Undang dan Tiga Usul. Mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai.
Pembentangan Risalah.
Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Saya memohon membentangkan di atas meja Dewan, Risalah Bilangan Empat hingga Lima Belas Tahun 2025 seperti yang tersenarai dalam susunan urusan mesyuarat.
Terima kasih. Tidak terlupa kita nak mengucapkan Selamat Hari Lahirlah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Soalan-soalan. Soalan Bertulis.
Perbahasan Soalan-Soalan LisanQuestions
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan, jawapan kepada soalan-soalan bertulis telah diletakkan di atas meja Ahli yang bertanya selaras dengan Sub Peraturan 15(1) (h), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih.
Soalan Lisan.
Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya kita berada dalam sesi soalan lisan. Ingin saya mempersilakan Machang Bubuk.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya soalan nombor 1.
No.1 Soft power Seberang Perai.
(a) Terangkan pencapaian kerajaan negeri dalam meningkatkan kesedaran
awam mengenai sejarah, kebudayaan dan soft power;
(b) Nyatakan inisiatif khusus yang dilaksanakan bersama Think City dan komuniti
tempatan;
(c) Bagaimana Pulau Pinang memanfaatkan tokoh sejarah, komuniti seni,
diaspora dan Institusi Pengajian Tinggi sebagai duta budaya negeri?
Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Terima kasih kepada soalan daripada Ahli Kawasan Machang Bubuk yang bertanyakan Soft Power untuk Seberang Perai.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Penang Global Tourism, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap sejarah kebudayaan dan kekuatan soft power negeri dengan kolaborasi dengan Think City dan juga institut-institut pengajian awam dan pelbagai agensi.
Antara inisiatif utama termasuk penerbitan bahan promosi baharu oleh Think City dengan kolaborasi dengan Kerajaan Negeri yang dilancarkan seperti Buku Sejarah dan Warisan Haji di Seberang Perai. Panduan pelancongan Guar Kepah, Petak Budaya Permatang Tinggi serta Risalah Pelancongan bagi daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan. Tujuh video promosi bertajuk “Small Town of Seberang Perai” hasil inisiatif Think City yang memperkenalkan sejarah komuniti dan identiti budaya tempatan di peringkat antarabangsa turut diterbitkan.
MBSP telah terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama Think City dan komuniti tempatan dalam usaha menaiktaraf imej Bandar Seberang Perai melalui pendekatan Place Making serta pembangunan berasaskan komuniti bagi memperindah bandar, memperkaya ruang awam dan meningkatkan kualiti hidup penduduk.
Antara projek utama termasuk Program Geran Pekan Seberang Perai 2024 hingga 2025 yang menyokong pembangunan sosial ekonomi serta menghidupkan semula bandar kecil di Seberang Perai. Salah satu contoh kejayaan Place Making ialah Projek Butterworth Art Walk iaitu usaha untuk menghidupkan lorong lama dengan elemen seni awam seperti mural, arca dan pemasangan kreatif yang menonjolkan sejarah serta identiti masyarakat Seberang Perai.
Selain itu, Projek Naiktaraf Taman Pantai turut dilaksanakan bagi memperindahkan kawasan rekreasi awam dengan elemen seni landskap, laluan pejalan kaki, ruang komuniti dan pencahayaan yang berfungsi sebagai pusat interaksi sosial dan tarikan pelancongan komuniti. MBSP juga melaksanakan Projek Papan Informasi Burung Hijrah di Sungai Tembus, Bird Flyway Project dengan kerjasama Persatuan Nelayan Sungai Tembus untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kepelbagaian spesis burung migrasi serta menyokong pelancongan berasaskan alam semulajadi.
Selain itu, Hab Komuniti Bersepadu Presint Lebuh Kampung Benggali yang menempatkan Perpustakaan Digital Butterworth, Pocket Park dan Kolam Renang Awam turut diwujudkan sebagai ruang sosial masyarakat. Melalui Seberang Perai Small Town Grants Programme, penduduk tempatan turut diberi peluang melaksanakan Projek Pelancongan Komuniti berasaskan warisan dan budaya bagi memperkasa premis setempat. Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan pihak universiti dalam perkara berkenaan. Kerajaan Negeri bekerjasama dengan USM untuk menghasilkan kajian sejarah dan Warisan Haji di Seberang Perai. UPSI dan USM turut terlibat dalam Bird Flyway Project di Sungai Tembus, manakala UPM melaksanakan Fun Map Seberang Perai Eco dan Warisan yang memperkenalkan tapak sejarah dan eco pelancongan secara interaktif.
Hasil penyelidikan seperti Buku Sejarah Seberang Perai turut dijadikan bahan rujukan di MBSP dan UITM. Dalam masa yang sama, komuniti seni tempatan memainkan peranan sebagai duta budaya Pulau Pinang melalui Penyertaan Aktif dalam Festival Seni dan Kebudayaan seperti Butterworth Fringe Festival, Nibong Tebal Festival serta Pesta Penang2030 dan Hari Warisan Seberang Perai. Itulah jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Dato' Seri Speaker dan juga Paya Terubong. Soalan tambahan saya adalah kita juga tau soft power atau kebudayaan sejarah itu merupakan satu ekonomi kreatif yang sangat penting unsur ekonomi kreatif ekonomi. So, saya juga ingin tau selain daripada program-program yang kita berja bekerjsama dengan Think City, apa strategi yang
menyeluruh dari segi bagaimana kita boleh membangunkan ekonomi kreatif di Negeri Pulau Pinang, khasnya macam dalam bidang perfileman, bidang yang pertumbuhan daripada seni muzik. Bagaimana ia dapat kita belajar daripada contohnya, Korea Selatan. Kita boleh menjadikan Seberang Perai satu tempat untuk orang mengambil filem atau ada bakat-bakat yang boleh kita tonjolkan di Negeri Pulau Pinang ini. Itu saja soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tersebut dan Kerajaan Negeri prihatin terhadap pembangunan ekonomi kreatif di Seberang Perai dan kita juga bersama dengan beberapa agensi ada melancarkan Galeri Nordin Ahmad yang baharu-baharu ini di Permatang Pasir yang merupakan penghormatan kepada seorang tokoh seni yang penting. Begitu juga dengan pelbagai aktiviti seperti boria yang sememangnya aktif di Seberang Perai, antaranya tokoh-tokoh macam Boria Omara yang telah diberikan penghormatan dan saya rasa ada peluang besar lagi kerana melalui filem tujuh, filem pendek yang saya sebut tadi telah menonjolkan antara lain, silat. Bagaimana seni silat aktif di Seberang Perai dan apabila filem-filem yang pendek satu dua minit akan di upload di internet dan akan mendapat perhatian dunia. Bagaimana kekuatan kepelbagaian sama dari seni daripada pertahanan, nyanyian dan sebagainya boleh mendapat perhatian. Kerana dalam dunia internet daripada sosial media ini, saya rasa peluang amat besar dan kita harus menggunakan peluang ini kita akan terus pihak Kerajaan Negeri bersama agensi-agensi yang saya sebut tadi akan terus bekerjasama dengan para seniman dengan untuk merancakkan lagi pembangunan ekonomi kreatif di Seberang Perai.
Terima kasih. Jemput Telok Bahang.
Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor dua.
No.2 Setakat hari ini, berapa banyakkah kawasan atau kampung-kampung yang
telah diwartakan sebagai kampung warisan atau zon warisan di negeri ini?
Terima kasih.
Terima kasih soalan daripada ADUN Telok Bahang, Telok Bahang berkenaan dengan Kampung Warisan. Kampung Melayu Lama Air Itam telah dicalonkan sebagai Tapak Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Pencalonan kini dalam proses mendapatkan persetujuan daripada pemilik dan Pihak Berkuasa Negeri sebelum tindakan selanjutnya diambil oleh Jabatan Warisan Negara bagi tujuan pewartaan rasmi. Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memelihara dan melindungi tapak-tapak warisan bersejarah serta kampung tradisional sebagai sebahagian daripada identiti budaya dan sejarah Pulau Pinang. Itu jawapan saya.
Terima kasih. Sila.
Soalan tambahan, Dato’ Seri. Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai untuk menjadikan sesuatu kawasan zon ataupun kampung untuk didaftarkan sebagai selain daripada peninggalan ataupun telah lama wujud dijadikan sebagai Zon Warisan. Dan yang keduanya, apakah benefit apabila sesuatu kawasan itu didaftarkan sebagai Zon Warisan. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tadi. Selain daripada peninggalan sejarah, peninggalan sejarah amatlah penting kerana tempat itu perlu ada sejarah baharu boleh diiktiraf sebagai warisan. Tetapi apa yang lebih penting lagi ialah kawasan tersebut perlu dihuni. Maksudnya masih ada penduduk lagi, masih ada penduduk yang menjalankan aktiviti-aktiviti sosial, kesenian dan kemasyarakatan, ia bukan satu tempat yang kosong. Tetapi oleh itu Kampung Melayu Lama Air Itam ini, kita telah membuat pencalonan kerana Makam Sheikh Omar di
sana mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan merupakan satu salah satu sumber penyebaran Islam di Pulau Pinang dan Sheikh Omar, Mufti pertama di Pulau Pinang. Dan saya rasa selain daripada dia perlu ada universal value dengan sejarahnya, dengan penghuniannya, dengan aktiviti kemasyarakatannya dan sebagainya. Dan tertakluk kepada Jabatan Warisan Negara, Jabatan Warisan Negara kerana ada satu kriteria yang menetapkan beberapa unsur yang saya sebut tadi sebelum mereka boleh meluluskannya sebagai Tapak Warisan. Ia perlu ada memenuhi ciri-ciri persejarahan dengan sejarah komuniti tersebut dan sesiapa yang ingin membuat pencalonan perlu mengisi satu borang pencalonan dan perlu mengisi borang tersebut dengan maklumat-maklumat penting yang saya sebut tadi sebelum ia dapat dipertimbangkan sebagai Tapak Warisan oleh Jabatan Warisan Negara peringkat Persekutuan. Itu jawapan saya.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
YB boleh kita tahu berapa banyakkah kawasan atau Kampung Warisan yang ada hari ini?
Yang saya sebut tadi ialah nama yang kita calonkan. Kalau ada kampung yang belum, ada berpotensi tetapi belum dicalonkan sebenarnya sesiapa saja ataupun sebarang persatuan boleh membuat pencalonan dan tertakluk kepada Jabatan Warisan Negara untuk meluluskannya. Dan tadi saya just Telok Bahang tanya apakah kebaikan tadi. Saya saya
tambah sikit apakah kebaikan kerana apabila sesuatu tempat diisytiharkan sebagai Tapak Warisan, sememangnya dia akan diuar-uarkan kepada orang ramai dan dia akan secara nasional ataupun international akan dimaklumkan kepada orang ramai dan akan menjadi satu tempat tarikan yang baharu. Dan selain daripada itu, Tapak Warisan kalau peringkat nasional dia ada satu peruntukan kewangan tertentu, kalau ada peruntukan kewangan tertentu, supaya untuk refurbished ataupun naik taraf Tapak Warisan, Tapak Warisan tersebut kerana dia sudah ada satu status yang penting dan itulah kebaikan yang saya sebut tadi. Terima kasih kepada soalan tersebut.
Penanti minta senarai. Oh, cuma yang ini sajalah, terima kasih. Saya nak mohon Bukit Tengah, sila.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan nombor tiga.
No.3 Jelaskan rancangan terperinci Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pusat kewangan
antarabangsa di Pulau Pinang yang telah dicadangkan kepada Kerajaan Pusat dan
bagaimana rancangan ini penting sebagai pemangkin ekonomi baharu untuk
Pulau Pinang.
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan 3 dari Yang Berhormat Bukit Tengah bersekali dengan soalan 69 dari Yang Berhormat Air Putih berkenaan dengan Penang International Financial Centre.
No.69 Nyatakan sebabnya permohonan Kerajaan Negeri untuk sebuah Zon
Kewangan Khas Pulau Pinang dalam kawasan Pulau tidak diluluskan.
(a) Adakah pilihan suatu tapak di Ampang Jajar dalam kawasan
Parlimen Bagan lebih sesuai demi memastikan pembangunan
seimbang di antara kawasan Pulau dan Seberang Perai?
Boleh, sila.
Terima kasih atas soalan berhubung dengan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang yang dicadangkan oleh Pihak Kerajaan Negeri. Bagi menjawab soalan:
(a) Konsep dan mekanisme penubuhan PIFC ini, ia merupakan inisiatif strategik Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memperkukuh ekosistem kewangan negeri dan memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi. Tiga teras utama PIFC ialah Dana Pelaburan Industri Negeri atau State Sovereign Wealth Fund menggunakan hasil negeri seperti tanah untuk menjana modal pelaburan tanpa perlu kelulusan langsung daripada Kerajaan Persekutuan. Kedua, pendigitalan hartanah, menukar aset tanah milik negeri kepada Amanah Pelaburan Hartanah atau REIT bagi menarik pelabur swasta. Dan ketiga, pembangunan fiskal hab kewangan, mewujudkan Zon Khas dengan infrastruktur moden dan ekosistem perniagaan digital disokong oleh Pusat Data Fintech dan perkhidmatan sokongan profesional.
(b) Status permohonan dan respon Kerajaan Persekutuan. Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan, adalah diperlukan sekiranya cadangan penubuhan PIFC melibatkan dana luar atau pelaburan syarikat antarabangsa yang tertakluk kepada Dasar Kewangan Negara. Kerajaan Negeri telah kemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan Malaysia, MOF bagi mewujudkan Zon Kewangan Khas Pulau Pinang. Permohonan tersebut tidak melibatkan sebarang kos kepada Kerajaan Negeri setakat ini. Walau bagaimanapun, MOF telah memaklumkan bahawa pada masa ini tiada perancangan dasar untuk menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa. MOF juga menjelaskan
bahawa cadangan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Kumpulan Kerja, Working Group yang terdiri dari wakil Kerajaan Negeri Pulau Pinang, MOF, Bank Negara Malaysia dan agensi berkaitan tidak disokong memandangkan kementerian berkenaan belum mempunyai sebarang dasar khusus berhubung penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa di Malaysia.
(c) Lokasi dan tapak cadangan. Penentuan lokasi bagi PIFC memerlukan pertimbangan yang menyeluruh serta perbincangan lanjut bersama pihak-pihak berkepentingan khususnya melibatkan implikasi perundangan, kewangan dan keperluan industri. Sebagai perbandingan Pusat Kewangan Antarabangsa utama di luar negara mengambil masa sehingga tujuh tahun sebelum dapat beroperasi sepenuhnya. Oleh yang demikian proses pemilihan lokasi bagi PIFC akan dilaksanakan secara berhati-hati, berfasa dan berasaskan kepada analisis kesesuaian serta keperluan pasaran semasa. Cadangan penubuhan PIFC di Ampang Jajar seluas kira-kira 40 hektar adalah amat dihargai dan akan dipertimbangkan bersama lokasi-lokasi lain yang turut dikenal pasti berpotensi selaras dengan perancangan pembangunan negeri bagi memastikan kesinambungan pertumbuhan antara kawasan Pulau dan Seberang Perai.
(d) Justifikasi dan manfaat ekonomi kepada negeri. Penubuhan PIFC diunjurkan menjadi pemangkin ekonomi baharu Pulau Pinang dan memberi tumpuan kepada integrasi antara industri semikonduktor dan sektor kewangan digital. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik bagi mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab ekonomi berteknologi tinggi dan berdaya saing di rantau ini. Antara manfaat utama ekonomi yang dijangka peroleh melalui pelaksanaan PIFC ialah peningkatan rantaian nilai industri atau upgrading the value chain. Pembiayaan aktiviti bernilai tinggi melalui PIFC berpotensi menarik modal teroka dan ekuiti persendirian bagi menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan, R&D. Reka bentuk litar bersepadu serta pengkhususan perkhidmatan kejuruteraan. Pendekatan ini sejajar dengan aspirasi Strategi Semikonduktor Nasional untuk membawa industri Malaysia ke tahap rantaian nilai yang lebih tinggi. Keduanya, menarik dan menahan modal serta bakat berkualiti tinggi. Pusat Kewangan Antarabangsa berupaya menyediakan infrastruktur, institusi dan ekosistem pelaburan yang diperlukan untuk menarik dana antarabangsa berskala besar. Kewujudan PIFC bukan sahaja menyokong sektor pembuatan berteknologi tinggi
tetapi turut memperkukuh perkhidmatan sokongan profesional di samping mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat tempatan serta mengurangkan masalah penghijrahan bakat atau brain drain. Ketiga, perintis inovasi kewangan digital, PIFC dijangka berfungsi sebagai platform kewangan digital serantau yang membeza Pulau Pinang daripada Pusat Kewangan Antarabangsa lain dengan memberi tumpuan kepada Teknologi Kewangan Fintech dan integrasi industri berasaskan data automasi serta AI. Keempat, peluang pekerjaan dan pemerkasaan ekonomi setempat. Pembangunan PIFC akan menjana pelbagai peluang pekerjaan baharu dalam sektor kewangan, ICT, kejuruteraan dan perkhidmatan teknikal. Secara langsung, ia akan memperkukuh aktiviti ekonomi setempat melalui pembangunan infrastruktur moden, ekosistem digital menyeluruh serta peningkatan taraf hidup rakyat.
(e) Pelan susunan dan arah tuju. Walaupun cadangan asal ini tidak disokong oleh MOF pada ketika ini, Kerajaan Negeri tidak menghentikan usaha tersebut. Melalui Penang Institute, kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan bagi memperinci model ekonomi dan potensi PIFC sebagai hab kewangan digital serantau. Langkah-langkah susulan termasuk meneruskan libat urus dengan Agensi Kewangan, Pelabur dan Pemaju Hartanah Strategik. Menubuhkan kepada inisiatif Fintech dan Kewangan Digital yang tidak bertindih dengan pusat kewangan sedia ada dan menyusun semula strategi pelaksanaan PIFC secara berfasa dan berdikari dengan sokongan dana negeri serta kerjasama sektor swasta.
Secara keseluruhannya dan rumusan PIFC merupakan aspirasi jangka panjang Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat kewangan digital dan teknologi baharu yang menyokong ekonomi berpendapatan tinggi. Walaupun belum mendapat kelulusan dasar di peringkat Persekutuan, inisiatif ini akan terus di perhalusi melalui pendekatan fasa pembangunan inovasi kewangan digital dan perkongsian strategik awam-swasta agar Pulau Pinang kekal sebagai peneraju pembangunan ekonomi moden negara. Terima Kasih
Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas soalan yang cukup detail sekali lah dalam menjawab soalan ini. Jawapan sorry, seperti mana yang telah pun dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri rancangan PIFC ini amat penting untuk masa depan pertumbuhan Negeri Pulau Pinang. Its very important kepada masa depan kita dari segi untuk mempelbagaikan ekonomi negeri kita dan seperti yang telahpun dimaklumkan oleh Ketua Menteri juga akan sejajar dengan Pelan Induk Master Plan Malaysia dan akan mengukuhkan lagi di inisiatif Global Financial Centre Malaysia yang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Namun kita semua, saya boleh menyatakan bahawa agak kecewa bahawa Kerajaan Persekutuan telahpun menolak cadangan penubuhan financial centre ni pada peringkat yang sebegitu awal sekali dan daripada alasan-alasan yang diberikan tadi oleh Ketua Menteri jawapan Federal Government juga agak tidak menyakinkan saya rasa. Jadi persoalan saya adalah khususnya apakah tindakan susulan Kerajaan Negeri walaupun kerajaan Yang Amat Berhormat telah pun maklumkan Dewan yang Mulia ini bahawa kita akan terus untuk mengusahakan projek ini, tetapi bagaimanakah kita akan convince menyakinkan Kerajaan Persekutuan untuk kita boleh teruskan dengan projek ini. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah atas soalan tambahan. Saya tidak merasa kecewa sebab kita cuma memulakan inisiatif ini peringkat pra awalan atau awalan di mana cuma melalui sepucuk surat kepada Perdana Menteri dan mungkin dipanjangkan kepada Perbendaharaan untuk mengambil maklum tentang inisiatif pihak Kerajaan Negeri berhubung dengan PIFC ini dan walaupun jawapan itu menyatakan pada ketika ini tak ada perancangan dasar. Inisiatif sebesar ini kalau diluluskan dengan sepucuk surat itu kita hairan juga. Sepatutnya ini satu proses yang agak panjang. Bayangkan kalau projek LRT kita berusaha hampir 10 tahun baharu dapat menyakinkan Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri bukan lulus saja, tetapi ambil kira kepentingan Seberang Perai melanjutkan LRT Mutiara dari Pulau Pinang ke Seberang Perai. Itulah hasil walaupun tak mau kita ambil maklum juga lah. Bagi juga la. (Dewan ketawa).
Jadi saya percaya cadangan ini masih ada banyak ruang, saya memang belum ada kesempatan untuk engage dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung dengan perkara ini dan di peringkat Negeri Pulau Pinang pun apa yang kita dapat lakukan masih ada banyak ruang untuk diperbaiki, diperkukuhkan dan Penang Institute masih meneruskan inisiatif ini dan terkini setelah mesyuarat yang baharu berlangsung kita sudah minta Penang Institute meminta tiga buah syarikat yang respon kepada expression of interest kita sudah melaksanakan satu exercise expression of interest supaya maklumkanlah kepada pihak Kerajaan Negeri macam mana pihak swasta ini dapat membantu dan menjadi rakan strategik untuk memperoleh kelulusan pun termasuk daripada Kerajaan Persekutuan dan macam mana dapat menarik financial support untuk membantu syarikat-syarikat swasta di Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan PIFC bersama dengan Kerajaan Negeri dan kita sudah minta tiga buah syarikat ini menghalusi cadangan awal ini, memperdalamkan apa yang di bentangkan sebelum ini supaya pihak Kerajaan Negeri bersama Penang Institute dapat meneliti dengan lebih baiklah sebelum perkara ini akan diangkat semula kepada Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
KOMTAR dulu.
Terima kasih, kerana kita ada satu Ketua Menteri yang positif. So, tetapi saya nak tanya adakah Ketua Menteri kaji bagaimana Johor dapat status finacial centre dengan masa yang dianggap singkat jugalah. So, itu mungkin satu, satu cara untuk Pulau Pinang untuk belajar untuk mendapatkan status tersebut lah.
Saya harap Perdana Menteri pun dapat mendengar pandangan Yang Berhormat KOMTAR sebab ada perkara yang Penang ada banyak macam char kue tiau dan Laksa, Johor tak ada, tapi ada yang Johor ada, kami tak ada. (Dewan Ketawa).
Terima kasih.
Air Putih sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas jawapan diberikan di mana kawasan Seberang Perai juga diambil kira sebagai salah satu pilihan untuk Zon Kewangan Khas ataupun PIFC ini. Dan memang ia selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Seberang Perai sebagai pemangkin ekonomi masa depan Negeri Pulau Pinang. Dan di sini bolehkah keutamaan kerana kalau dilihat Seberang Perai, kawasan Ampang Jajar ini melibatkan dua kawasan parlimen. Dia selain daripada kawasan Parlimen Bagan juga kawasan Permatang Pauh. Dan saya percaya pembangkang pun akan sokong usaha yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri supaya ia dapat menjana pendapatan yang lebih banyak untuk rakyat Negeri Pulau Pinang. Apakah cadangan ini dapat juga, dapat restu kerana Perdana Menteri juga anak Negeri Pulau Pinang. Tapi daripada semua penduduk agar semua lapisan masyarakat Pulau Pinang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Air Putih, di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri everything is possible khususnya berhubung dengan Pulau Pinang dan Seberang Perai. Yang Berhormat Bagan amat menyokong kalau Seberang Perai khususnya Bagan menerima manfaat, tetapi kita tak tahu sama ada Yang Berhormat
Permatang Pauh mahu atau tidak mahu. (Dewan Ketawa). Tetapi mau tak mau kalau, kalau sesuai kita bagi juga, kalau sesuai. Tetapi di peringkat ini mengikut apa yang dicadangkan oleh tiga buah syarikat mereka memang mempunyai pertimbangan masing-masing untuk memilih kawasan-kawasan tertentu. Tetapi sikap Kerajaan Negeri pada ketika ini, kita masih belum menghalusi banyak perkara termasuk lokasinya.
Oleh itu memang ada ruang untuk meneroka bukan di satu tempat, mungkin boleh diadakan serentak di beberapa lokasi pun yang mungkin menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan khusus di lokasi A, lokasi B, lokasi C dan lain-lain lagi. Jadi ini masih di peringkat awalan, saya tak pasti walaupun hari ini hari birthday saya, kalau saya buat make a wish pun bukan hari ini boleh ditunaikan. Jadi ini satu usaha yang akan diteruskan dan harap ianya akan berhasil juga terima kasih.
Terima kasih.
YB.
PIFC. Sila.
Selamat pagi dan salam sejahtera.
Bakal calon Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Sila.
Selamat pagi Dato’ Speaker dan Ketua Menteri, apa soalan yang tadi yang ditanya tiga (3) syarikat untuk nak buatkan LRT apa semua itu, benda ini. Adakah benda ni akan wujud atau tidak yang mana kita tengok selama ni contoh dia kita tengok digembar-gemburkan seperti terowong tak jadi sampai ke hari ini. Adakah benda ini akan jadi (Gangguan). Yang Berhormat.
Tak kena dengan soalan pokok. (Gangguan). Tapi nak jawab juga.
Tak mau dengar pun jawab juga. (Dewan Ketawa). Pihak Kerajaan Negeri khusus saya setakat ini tidak pernah menyatakan projek terowong tidak berjalan, kita masih menyatakan ianya akan berjalan, tetapi kita ada fokus-fokus yang lain tetapi sementara itu kerja-kerja masih berjalan dalam Mesyuarat MMK yang terkini Rabu yang lalu masih kita menerima pembentangan daripada syarikat berkaitan untuk melihat macam mana menangani isu-isu berhubung dengan pembinaan projek ini kerana melibatkan pembesaran Pelabuhan Pulau Pinang. Kalau dibina jambatan sebagai gantian apakah ketinggian jambatan itu memandangkan Lapangan Terbang Butterworth pun amat berdekatan. Ini semua merupakan isu-isu teknikal yang masih di dalam peringkat penghalusan. Lagipun mengikut perjanjian induk kerja-kerja kajian ini masih belum habis lagi, mereka masih perlu meneruskan sehingga semua pihak puas hati dengan reka bentuk cadangan jajaran dan financial arrangement dan sebagainya. Walaupun ini satu perkara yang senantiasa dikatakan tetapi di peringkat Negeri Pulau Pinang ini sebuah projek aktif dan bukan satu projek terbengkalai ataupun sudah dihentikan tidak. Jadi saya rasa PIFC sama juga. Ini cuma peringkat awalan, tadi Yang Berhormat KOMTAR kata ada baiknya ada seorang Ketua Menteri yang optimistik, positif. Optimistik, positif saya jemput Yang Berhormat Telok Air Tawar bersama-sama dengan saya dalam perjalanan yang lebih positif (Dewan Ketawa) supaya Telok Air Tawar, Tasek Gelugor dan seluruh Negeri Pulau Pinang akan dapat mengalami satu perubahan dan transformasi yang positif untuk anak-anak kita.
Terima kasih. Okey terima kasih sudah cuma saya nak maklum ada sedikit pembetulan sebab saya ada kesilapan tadi iaitu tadi saya menyebut bahawa mendiang Tuan Goik Hock Lai telah meninggal dunia pada 16 September 2025 iaitu ada kesilapan. Tarikh yang betul adalah mendiang meninggal dunia pada 19 Jun, 19 Jun 2025, minta perbetulkan handsard. Dan saya mohon maaf dan saya nak jemput soalan yang seterusnya, Bukit Tambun.
Terima kasih, Dato’ Seri Speaker. Soalan saya soalan nombor empat (gangguan), ada.
No.4 Huraikan persiapan Penang Bridge International Marathon (PBIM) 2025.
(a) Huraikan penganjuran PBIM 2024 yang julung kali diadakan di Batu Kawan. (b) Apakah impak penganjuran PBIM 2024 kepada pelancongan sukan di
Seberang Perai? (c) Huraikan perkembangan ekosistem pelancongan sukan di Pulau Pinang serta
program promosi yang telah dan akan dilaksanakan.
Terima kasih, Bukit Tambun dan Penang Bridge International Marathon 2025 telah dijadualkan pada 14 Disember 2025 akan bermula larian daripada Aspen Vision City di Batu Kawan dan larian atas Jambatan Kedua Pulau Pinang dan pelbagai persediaan dan penambahbaikan sedang dirancang termasuk pengukuhan penajaan, penganjuran aktiviti satellite dan festival komuniti serta pengenalan pakej racecation yang menggabungkan aktiviti larian dan pelancongan. Fokus juga diberikan kepada peningkatan kemudahan awam, kawalan trafik serta pengalaman peserta bagi memastikan PBIM terus kekal sebagai acara larian bertaraf antarabangsa dan ikon pelancongan sukan Pulau Pinang. Seramai 22,609 peserta telah membuat pendaftaran. Bagi kategori Full Marathon 4,287 orang, Half Marathon 10,237 pelari dan 10km 8,085 orang. Untuk PBIM 2024 telah julung kalinya dianjurkan di Batu Kawan dengan laluan baharu merentasi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah iaitu Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Pemilihan lokasi ini memberikan kelebihan dari segi ruang permulaan dan penamat yang lebih luas serta kemudahan logistik yang lebih efisien. Acara 2024 ini mencatatkan penyertaan melebihi 22,000 peserta daripada lebih 60 negara menjadikannya acara larian terbesar di utara Semenanjung. Dari aspek penganjuran, PBIM 2024 telah dilaksanakan oleh pejabat saya dengan kerjasama anak syarikat Kerajaan Negeri, Penang Convention & Exhibition Bureau serta rakan strategik seperti Aspen-Klippa dan beberapa penaja utama. Pelbagai aktiviti pra acara turut dijalankan.
Secara keseluruhannya, lokasi baharu di Batu Kawan menawarkan pengalaman yang lebih selesa kepada peserta melalui akses mudah, ruang lapang dan kemudian fasiliti yang tersusun. Penganjuran PBIM memberi impak ekonomi dan sosial yang signifikan kepada kawasan Seberang Perai khususnya di sekitar Batu Kawan. Kehadiran ribuan pelari dan pengiring telah meningkatkan kadar penginapan hotel, perbelanjaan makanan serta aktiviti ekonomi tempatan. Daripada perspektif pelancongan, PBIM berjaya menjenamakan Batu Kawan sebagai destinasi baharu acara sukan pelancongan ataupun sport tourism antarabangsa sekali gus mengimbangi tumpuan pelancongan antara bahagian Pulau dan Seberang Perai.
Acara ini turut merancakkan rantaian ekonomi pelancongan sukan. Selepas penganjuran PBIM 2024 di Aspen Vision City di Batu Kawan, kawasan tersebut sukacita saya laporkan terdapat 8 acara larian di situ iaitu selepas penganjuran tahun 2024, tempat tersebut telah diangkat menjadi satu destinasi baharu acara larian. Antara 8 larian yang telah dijalankan Larian Sarapan Milo, Larian Jabil, Larian Leader Land I'm The Leader, Larian Rotary Darkness into Light, Larian Perhimpunan Perdana Penjawat Awam, Larian Jersey Ipal, Larian Santai Shell 5 Kilometer serta Larian Tian Siang BMW. Kerajaan Negeri melalui pejabat saya telah akan terus memperkukuh ekonomi ekosistem pelancongan sukan selaras dengan Aspirasi Penang2030 menjadikan PBIM sebagai acara utama dalam kalendar sukan dan pelancongan negeri dan itulah jawapan saya.
Terima kasih di atas jawapan Paya Terubong yang begitu komprehensif. Persoalan saya adalah Penang Bridge Marathon telah bermula sejak 1986 dan pada pengetahuan saya, pengamatan saya Penang Bridge Marathon ini satu-satunya acara Marathon yang dianjurkan oleh Kerajaan, saya lihat dimana-mana penganjuran marathon adalah pihak
swasta tapi yang ini sejak 1986 dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan terutamanya sejak peralihan kuasa di bawah PETACH. Adakah sepanjang penganjuran Penang Bridge Marathon ini membawa hasil atau pulangan pada Kerajaan Negeri. Sekiranya tidak, apakah inisiatif yang akan dilakukan oleh pihak Yang Berhormat untuk menjana pendapatan kepada Kerajaan Negeri memandangkan peserta sudah mencecah 22,000 dan peserta Marathon 4,287. Itu soalan pertama, soalan kedua, sama ada Kerajaan Negeri ingin merancakkan Sport Tourism Event dengan kombinasi dengan Batu Kawan, Jambatan Kedua Pulau Pinang dan apakah cabarannya.? Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tersebut. Fi penyertaan Marathon Antarabangsa saya bagi contoh Tokyo Marathon, fi-nya USD250. Maksudnya lebih kurang RM1000 dan kita hanya caj di Penang Bridge International Marathon RM100 lebih sahaja. So kita juga bagi t-shirt Finisher, di Tokyo Marathon you kena beli sendiri t-shirt Finisher. Dan saya rasa kita tidak kita bekerjasama dengan pihak swasta, dengan penaja-penaja untuk cover the expenses dan sekiranya ada tak ada apa-apa hasil tambahan kepada Kerajaan Negeri kita 2 tahun ini, kita maintain fi penyertaan supaya fi penyertaan ini minimum supaya dia boleh affordable itulah cara, kalau kita naikkan fi seperti Tokyo Marathon saya janji akan dapat hasil tetapi kita tidak berbuat demikian kerana kita rasa ini adalah satu acara yang, yang melibatkan semua pelari.
Oleh itu, kita maintain fi kita meminta tambahan daripada swasta, pihak swasta untuk membuat penajaan. Dan kepada soalan kedua dan harus Jambatan Kedua Pulau Pinang sebenarnya adalah satu infrastruktur yang kritikal. Maksudnya dia merupakan satu infra yang kritikal dan dia bukan diuruskan oleh Kerajaan Negeri. Sebarang penutupan Jambatan Pertama ataupun Jambatan Kedua Pulau Pinang, perlu kelulusan tiga pihak. Untuk kelulusan Jambatan Kedua perlu kelulusan Jambatan Kedua Sdn Bhd, perlu kelulusan Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM dan juga perlu Kementerian Kerja Raya, Menteri kena sign untuk tutup Jambatan. Dan kita telah difahamkan bahawa pihak authority-authority yang saya sebut tadi, mereka telah mengehadkan satu tahun boleh tutup beberapa kali sahaja, tak boleh setiap bulan tutup Jambatan. Kalau setiap bulan tutup Jambatan, pengguna jalan raya akan hotline ataupun e-mel ataupun sosial media LLM dan JKSB akan meletup kerana jambatan adalah tempat yang kritikal.
Oleh itu, saya kita masih mengekalkan PIBM sebagai satu acara utama tetapi kalau ada peluang untuk menambah, perlu kelulusan ketiga-tiga pihak. Saya juga ingin mengambil peluang itu menasihati pihak penganjur swasta yang sekiranya mereka ingin menggunakan Jambatan Pertama, Jabatan Kedua untuk untuk aktiviti-aktiviti sukan dan sebagainya ataupun sukan pelancongan sebagainya, mereka perlu mendapat kelulusan daripada ketiga-tiga authority ini sebelum pengumuman acara tersebut kerana memang itu adalah infrastruktur kritikal yang tidak boleh ditutup sewenang-wenangnya. Apabila kita buat event, kita hanya perlu lulus, kita submit kelulusan satu, satu tahun sebelum event, kemudian dapat kelulusan kena buat pembayaran dan sebagainya dan kena tutup pada masa tetapi kena buka balik pada masa tertentu untuk kegunaan orang ramai. Itulah keunikan penggunaan Jambatan Kedua ataupun Jambatan Pertama Pulau Pinang.
Terima Kasih.
Tambah sikit.
Seorang sekali sahaja.
Boleh, okey.
Sila-sila.
Sebab terima kasih jawapan daripada Paya Terubong. Sebentar tadi Paya Terubong telah menyebut selepas penganjuran Penang Bridge Maratahon yang diadakan di Batu Kawan telah menjana atau penarikan penganjuran Marathon atau Fun Run di Batu Kawan ini meningkat kepada 8 acara. Oleh itu, adakah Paya Terubong berhasrat biar Marathon, Half Marathon atau Fun Run ini lebih kepada acara-acara lain dalam 8 acara ini dan Penang Bridge Marathon ini kita tingkatkan kepada acara Marathon bertaraf antarabangsa boleh meningkatkan fi untuk menjadikan Penang Bridge Marathon ini sebagai salah satu penjanaan hasil kepada Kerajaan Negeri. Sebab dah sekarang dah 4,287, kita boleh meningkatkan untuk peserta Marathon.
Kita, saya benchmark kesemua ini dengan acara Marathon di seluruh tanah air. Marathon di seluruh tanah air ada beberapa Aim Certified antaranya Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon dan juga Putrajaya Score Marathon. So kita benchmark harga penyertaan dengan kedua-dua Marathon utama di tanah air. Kita tak boleh benchmark kepada Tokyo Marathon atau Boston Marathon. Oleh itulah kita benchmark terhadap ini dan kita cuba mendapatkan penajaan swasta yang lebih banyak supaya memeriahkan lagi acara Marathon tersebut. Itu sahaja jawapan saya.
Okey, cukup Marathon. Kebun Bunga, sila.
Terima kasih, Dato’ Seri Speaker. Hari pertama membawa rindu yang lama, soalan saya nombor lima.
No.5 Apakah pencapaian Kerajan Negeri dalam menarik dan mempromosikan lebih
banyak penganjuran acara MICE di Pulau Pinang bagi tahun 2024 hingga 2025?
(a) Apakah langkah tambahan yang akan diambil untuk terus
memperkembangkannya?
Terima kasih ADUN Kebun Bunga. Maaflah saya tak ada pantun untuk balas. Bagi tempoh tahun 2024 hingga 2025, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Penang Conventional Exhibition Bureau (PCEB) terus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai destinasi utama acara perniagaan, business event di rantau ini. Sepanjang tahun 2024, Pulau Pinang berjaya menarik 2,059 acara perniagaan melibatkan 300,000 peserta tempatan dan antarabangsa dengan anggaran sumbangan ekonomi, economic impact analysis melebihi 1.29-billion-ringgit malaysia. Bagi tahun 2025 sehingga Ogos ini. melebihi 1,183 acara perniagaan telah dilaksanakan di Pulau Pinang membabitkan 170,000 peserta dengan economic impact analysis melebihi 800 juta. Selain pelibatan aktif dalam trade show dan road show bersama Malaysia Conventional of Exhibition Bureau ataupun MyCEB serta penganjuran Penang International Travel Exchange (PITE), PCEB turut melaksanakan beberapa strategi baharu bagi memperluas capaian pasaran dengan pasaran baharu di India dengan pembukaan laluan penerbangan terus antara Chennai dan Pulau Pinang bermula 21 Disember 2024. Penerbangan Chennai-Penang ini telah meningkatkan kemasukan pelancongan perniagaan dari India melebihi 100% dalam tempoh sembilan bulan pertama. Selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, PCEB akan melancarkan kempen promosi khas pada 24 November ini bagi menarik lebih banyak penganjuran acara antarabangsa ke Pulau Pinang. Tambahan pula dengan bermulanya yang sudah mula nya operasi Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), PCEB telah menjalin kerjasama strategik operator dengan PWCC iaitu Korea International Exhibition Centre KINTEX, untuk membawa masuk lebih banyak acara dari Korea dimulakan minggu depan dengan penganjuran KBeauty Expo pada 20 hingga 22 November 2025. Dengan sokongan padu Kerajaan Negeri dan rakan industri, PCEB yakin Pulau Pinang akan terus muncul sebagai hab utama acara perniagaan serantau sekali gus merancakkan ekonomi negeri sedang membuka lebih banyak peluang pekerjaan berimpak tinggi kepada rakyat. Itulah jawapan saya.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada YB Paya Terubong. Saya juga nak ingin tahu apakah status terkini berkenaan dengan PWCC. Tadi YB beritahu akan dimula pada minggu depan so saya nak tahu status terkini PWCC dan juga soalan kedua saya dengan macam Bukit Tambun, apakah pendapatan yang Kerajaan Negeri boleh dapat melalui penganjuran EXPO Perniagaan Conference? tadi YB bagi tahu untuk Tahun 2004 kita sebanyak 2,500 aktiviti sehingga Ogos 2025, 1,800 tetapi apakah ia mempunyai pulangan secara langsung pendapatan secara langsung kepada Kerajaan Negeri, kalau tidak apakah langkah-langkah atau pun inisiatif yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri supaya kita bukan saja nampak dia merancakkan ekonomi negeri tetapi juga memberi pulangan kepada hasil pendapatan negeri. Terima Kasih.
Terima kasih kepada soalan tersebut, PWCC sebenarnya telah bermula operasi saya rasa bulan Oktober mereka telah pun bermula operasi dengan beberapa persidangan nasional dan juga antarabangsa dan sukacita saya laporkan bahawa pada 20 hari bulan November 2025, Penang Waterfront Convention Centre dibuka secara rasmi dia sudah operasi tetapi upacara perasmiannya pada 20 November akan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Gabenor dan juga Gabenor daripada Wilayah Gyeonggi, Korea dan upacara perasmiannya ada pada 20 November dan ada beberapa acara antarabangsa sedang di line up untuk mengisi PWCC ini dan seperti tadi soalan Kerajaan Negeri membantu pihak penganjur untuk bidding supaya acara-acara antarabangsa kalau minggu ini di Penang kita ada World Hainanese Congress yang dianjurkan di Pulau Pinang dengan ribuan peserta dan Kerajaan Negeri membantu pihak penganjur untuk menguruskan dan juga membid untuk projek tersebut dan tadi angka yang saya sebut tadi ekonomi impact analisis itu ialah ekonomi sampingan yang dijana kepada perhotelan kepada F&B kepada airline kepada restoran kepada hotel dan sebagainya dan untuk menjawab soalan daripada Kebun Bunga. Kerajaan Negeri mendapat pulangan daripada Kerajaan Negeri melalui pembayaran hotel fee kalau peserta-peserta menduduk dalam hotel kita mereka menginap dan hotel kita mereka membayar hotel fee kutip oleh hotel kemudian dibayar kepada Kerajaan Negeri itu sahaja tak ada direct income yang lain selain, selain daripada hotel fee tetapi apa yang saya sebut tadi adalah penjanaan ekonomi kepada semua industri di Pulau Pinang kerana kedatangan delegate delegasi-delegasi ini secara pukal satu international convention 2,000
orang, 3,000 orang mereka belanja dan sebagainya, tulah kita mengaktifkan ekonomi itulah jawapan saya.
Terima kasih. Maka saya nak jemput Sungai Bakap, sila.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Bangun pagi terus bersenam, soalan saya nombor enam.
No.6 Apakah status rundingan atau pelaksanaan projek pengambilan air dari Sungai
Perak, dan sejauh mana ia telah bergerak untuk menjamin bekalan air jangka
panjang bagi Pulau Pinang?
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sungai Bakap, Yang Berhormat, projek pengambilan air dari Sungai Perak merupakan satu inisiatif strategik jangka panjang bagi menjamin kesinambungan bekalan air mentah ke Negeri Pulau Pinang. Projek ini merupakan penyelesaian bagi menjamin keselamatan dan kelestarian bekalan air dan jangka panjang sehingga Tahun 2050. Kerajaan Negeri Perak telah melantik sebuah konsortium yang terdiri daripada dua (2) agensi, satu ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak PKNP dan lagi satu ialah syarikat swasta Kumpulan Gamuda Berhad sebagai wakil rasmi bagi Negeri Perak bagi mengadakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jadi beberapa siri mesyuarat telah pun diadakan dan melalui Mesyuarat Rundingan Bilangan 3 Tahun 2025 pada 10 Oktober 2025, kedua-dua pihak Negeri Perak dan juga Pulau Pinang telah pun mencapai satu persetujuan dasar yang akan menjadi asas kepada pertimbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam membuat keputusan berhubung cadangan pembelian air terawat daripada Negeri Perak. Kerajaan Negeri melalui PBA telah pun memeterai memorandum persefahaman ataupun MoU dengan konsortium PKNP Gamuda tersebut pada 6 November yang lalu bertempat di Casuarina Convention Centre Hotel Casuarina Meru, Ipoh bagi projek pembekalan air terawat dari Sungai Perak. Maka dengan
termeterainya MoU ini ianya bakal membolehkan Pulau Pinang membeli sekurang-kurangnya 300 juta liter sehari air terawat mulai tahun 2031 daripada Negeri Perak. Perjanjian ini adalah hasil rundingan intensif yang menetapkan terma utama penjualan air kepada Pulau Pinang termasuk harga, jumlah dan tempoh pembekalan sebagai asas kepada perjanjian pembekalan air pukal atau pun bulk water supply agreement yang akan dimeterai nanti. Kedua-dua pihak menyasarkan untuk memuktamadkan perjanjian Bulk Water Supply Aggrement ini dalam tempoh enam bulan tertakluk kepada kelulusan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima Kasih.
Terima kasih YB EXCO pada yang dimaklumkan tadi pada Dewan yang Mulia ini pada 6 haribulan 11 2025 baharu-baharu ni pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perak telah menandatangani memorandum persefahaman iaitu MoU bagi perjualan lebihan air terawat dari Skim Bekalan Air Utara Perak NPWSS ke Pulau Pinang. Soalan tambahan saya, apakah perincian MoU tersebut dari aspek teknikal, pembiayaan dan kaedah pengedaran air termasuk caj air yang dikenakan?
Soalan kedua saya, sejauh mana MoU ini menjamin bekalan air Pulau Pinang di masa depan kerana apa yang saya faham Pulau Pinang akan dapat lebihan dari projek tersebut. Jadi saya minta YB EXCO tolong penjelaskan apa yang dibangkitkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan-soalan berkenaan dengan projek air dari Negeri Perak ini. Okey, soalan pertama mengenai perincian teknikal berdasarkan kepada MoU yang telah pun ditandatangani apa yang di panggil sebagai variable charge adalah RM1.70 per meter kiub ini adalah berdasarkan kepada berapa banyak air yang kita beli dan keduanya adalah fixed annual kapasti caj bernilai 210 juta setahun ini adalah untuk pembinaan loji rawatan air 500 mld dan ada juga, itulah yang menjadi kos-kos yang utama
yang telah pun dipersetujui. Selain daripada tu, tempoh 40 tahun ya konsesi antara Negeri Perak dengan apa ni konsortium ini dengan pada tahun selepas 20 tahun tu pada tahun ke 21 boleh dirunding semula harga-harga yang ditetapkan.
Jadi, Yang Berhormat pun tanya tadi soalan kedua berkenaan dengan adakah projek ini dapat apa selesaikan isu yang kita ada Yang Berhormat. Sebenarnya 300 mld yang akan diambil daripada Negeri Perak ni adalah minimum sekurang-kurangnya. Loji rawatan air yang dibina adalah 500 mld dan loji rawatan air ni dibina hanya untuk memberi air kepada Negeri Pulau Pinang. Untuk kegunaan Perak akan dibina loji rawatan air yang lain yang asing yang akan diambil daripada Sungai Perak bukan 500 mld tapi 1,500 mld dari Negeri Perak. Itu adalah The Perak Water Transfer yang di mana sebuah rumah pam akan dibina down stream daripada Empangan Chenderoh yang akan mengepam air ke dalam terowong yang akan menembus bukit dan keluar dekat Bukit Merah dan kemudian di Bukit Merah akan dibina loji rawatan air 500 mld atau pun di mana-mana lokasi yang berdekatan itu terpulang pada Negeri Perak untuk membuat rawatan air bagi Negeri Pulau Pinang dan jadi loji yang akan dibina adalah khusus untuk kegunaan Negeri Pulau Pinang.
Jadi daripada 1,500 mld yang akan diambil daripada Sungai Perak, paling banyak Pulau Pinang boleh ambil pun berdasarkan pada perjanjian ni adalah 500 mld lah sebab loji rawatan yang dibina pun maksimum hanya 500 mld tapi sekurang-kurangnya 300 lah yang kita akan dapat. Bila dikatakan air berlebihan ni kalau kita menggunakan logik 1,500 mld adalah satu jumlah yang sangat besar ya, kalau Pulau Pinang kita ambil maksimum pun 500 mld hanya satu pertiga daripada jumlah besar tersebut saya rasa tidak mempunyai masalah dan walau bagaimanapun, dalam perjanjian ni kita ada the minimum guaranteed amount iaitu 300 mld jadi busuk-busuk pun Negeri Pulau Pinang terjamin mendapat 300 mld daripada bukan air busuk (gangguan) Dato’ Speaker, air tu berkualiti tinggi daripada Negeri Perak. Terima kasih Dato’ Seri Speaker.
Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan tambahan saya, saya tadi tertarik dengan satu maklumat di mana kerajaan dalam MoU tersebut kerajaan, Kerajaan Negeri setiap tahun kena bayar fixed annual charge yang bernilai RM200 juta setahun (gangguan) RM210 bukan RM200 so saya nak tau bagaimana jumlah ini ditetapkan. Adakah Kerajaan Negeri bersetuju dengan caj yang RM210 juta ini kena bayar 20 tahun jika tak
salah saya 40 tahun so buat ini satu angka yang sangat besar dan apa yang saya difahamkan jika saya salah mungkin boleh diperbetulkan iaitu apabila projek ini kita nak jalan Kerajaan Negeri hanya beli air daripada Negeri Perak. Air terawat pada asalnya kita memang nak air yang mentah tapi tak dapat Kerajaan Negeri Perak hanya nak bagi air terawat sahaja. So apa yang kita difaham dalam DUN, Sidang DUN yang lepas sebelum ini Kerajaan Negeri kita hanya beli air terawat kos bayarlah ini jika dia nak cas RM1.70-meter kiub yang seperti yang disebut oleh Tanjung Bunga tadi so bukankah kita hanya beli dengan kadar yang telah ditetapkan yang RM210 juta itu memang, jadi macam mana kita perlu menanggung kos yang begitu tinggi itu, saya minta penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk, soalan yang baik dan akan saya cuba untuk apa ni memberi penjelasan (gangguan) kurang sikitlah CM. Kurang sikit. Okey, dia sebenarnya seperti yang saya sebut tadi loji rawatan air dan bukan hanya loji rawatan air dia termasuk infrastruktur-infrastruktur lain yang terkait dengan projek tersebut dibina hanya untuk Negeri Pulau Pinang. Dia lain sekiranya dia memang sedia ada sudah ada loji rawatan air yang besar kita nak ambil sikit (gangguan) ha kita nak cuma sambung paip kita bayar okey mungkin kos penyambungan paip dan juga air yang kita ambillah tapi yang ni dia perlu membina sebuah projek baharu sebuah infrastruktur yang baharu loji rawatan air 500 mld sangat besar, dengan semua sistem retikulasi sistem paip nak bawa ke Pulau Pinang balancing tanks reservoir semua perlu dibina di Sungai Kerian juga semuanya akan ditanggung oleh pihak PKNP Gamuda okey. Jadi oleh itu kita mengambil kira juga financing cost sebab projek untuk PKNP Gamuda ni semua infrastruktur dalam tiga billion ringgit. Ya tiga billion-ringgit jadi tiga billion-ringgit dengan kos financing selama 40 tahun Yang Berhormat pun boleh kira sendiri adalah jumlah yang sangat besar tapi Kerajaan Negeri pun ada buat due diligence kita melihat dan kita buat benchmarking, benchmarking yang kita buat adalah berdasarkan kepada projek yang kita buat dengan PAAB, Perbadanan Aset Air Berhad sebuah agensi kerajaan pusat jadi kita membuat perbandingan dengan financing cost yang diberi oleh PAAB dan apa yang dicadangkan oleh pihak PKNP Gamuda. Dia sangat kompetitif. Ya. Jadi dia seperti kita yang membina sebuah loji rawatan air dan kita membina small infrastructure juga akan menelan kos berbilion-bilion ringgit.
Jadi, tapi dengan cara kita spread out the cost 40 tahun ini, maksudnya Kerajaan Negeri tidak perlu dan PBA tidak perlu mengeluarkan capex yang tinggi. Kita cuma bayar fix capacity charge tambah, tambahan kepada itu kita bayar apa ini, variable charge iaitu untuk air yang kita guna lah Yang Berhormat. Saya harap yang itu jelas, cukup jelas untuk Yang Berhormat.
Terima kasih. Maka saya hendak jemput soalan Pengkalan Kota.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor tujuh.
No.7 Apakah kedudukan Pulau Pinang sebagai hab pelancongan kesihatan (medical
tourism) dan usaha yang diambil untuk mengekalkan status Pulau Pinang sebagai
hab serantau tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kota. Pulau Pinang kini diiktiraf sebagai hab pelancongan kesihatan terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara. Hasil gabungan kemudahan perubat perubatan bertaraf antarabangsa, kepakaran profesional kesihatan yang diiktiraf global serta sokongan infrastruktur pelancongan yang mantap. Negeri ini menyumbang lebih daripada 40% daripada jumlah pelancong kesihatan ke Malaysia dan menjadi antara destinasi utama bagi pesakit antarabangsa terutamanya dari Indonesia dan China, mencari rawatan berkualiti tinggi pada kos yang berpatutan, berbanding dengan destinasi serantau lain seperti Singapura dan Bangkok.
Pulau Pinang mempunyai hospital swasta bertaraf antarabangsa yang dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk sistem pembedahan robotik rawatan kanser berasaskan teknologi moden serta kemudahan kardiologi dan ortopedik yang setanding dengan negara-negara maju. Kualiti penjagaan kesihatan yang tinggi digabung dengan persekitaran pelancongan yang selesa dan akses mudah menjadikan Negeri Pulau Pinang pilihan utama bagi pelancong kesihatan antarabangsa.
Melalui Penang Centre of Medical Tourism (PMED) di bawah Penang Global Tourism yang mempunyai 18 keahlian institusi hospital dan kesihatan. Kerajaan Negeri terus memperkukuh ekosistem pelancongan kesihatan melalui pelbagai inisiatif strategi antara lain bekerjasama dengan syarikat penerbangan seperti Air Asia melalui boarding pass programme. Promosi bersama Malaysia Healthcare Travel Council, MHTC, penyertaan dalam Expo antarabangsa seperti Malaysia Healthcare Expo, MHX, di Bandung dan Jakarta serta menganjurkan program familiarisation trip kepada agen-agen pelancongan dan penggiat media luar negara.
Selain itu, Pulau Pinang juga menonjol dalam pendekatan wellness tourism yang menggabungkan rawatan kesihatan moden dengan pengalaman pemuliharaan berasaskan gaya hidup sihat seperti spa kesihatan, rawatan holistik dan pelancongan alam semula jadi. Dengan strategi promosi yang disokong oleh Penang Global Tourism, PGT dan PMED, Negeri Pulau Pinang bukan sahaja kekal sebagai destinasi utama pelancongan kesihatan Malaysia, tetapi juga sedang bergerak ke arah menjadi hab pelancongan perubatan serantau bertaraf dunia menjelang tahun 2030.
Soalan tambahan. Apakah, adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengimplementasikan cukai pelancongan kesihatan terhadap warga asing yang datang dari jauh untuk menerima rawatan perubatan di Negeri Pulau Pinang dan soalan kedua saya adalah, apakah impak terhadap pelancongan perubatan memandangkan peningkatan nilai mata wang ringgit Malaysia berbanding dengan mata wang asing serta impak cukai jualan dan perkhidmatan SST yang dikenakan ke atas pelancongan perubatan dan pada masa yang sama Negeri Pulau Pinang banyak menerima penerbangan terus dari luar negara dan luar negeri. Terima kasih.
Banyak soalan ya. Terima kasih dan Kerajaan Negeri belum mengimplementasikan cukai pelancongan perubatan. Walau bagaimanapun kita hanya mengutip hotel fi yang mereka yang singgah yang duduk di hotel dan membuat pembayaran penginapan dan berkenaan dengan tentang kita dalam penggal keempat ini, kita akan melancarkan beberapa penerbangan baharu yang penting. Antaranya ialah syarikat penerbangan
TransNusa akan melancarkan penerbangan dia daripada Jakarta ke Pulau Pinang dan Batik Air akan memulakan penerbangan daripada Medan ke Pulau Pinang dan daripada Singapura ke Pulau Pinang dan juga Scoot Airline akan meningkatkan frekuensi dari penerbangan mereka dari Singapura ke Pulau Pinang dan Hong Kong Express telah meningkatkan frekuensi penerbangan daripada Hong Kong ke Pulau Pinang. Dan melalui strategi penambahan penerbangan yang dan juga promosi, kita harap kita dapat menembusi pasaran-pasaran perubatan pelancongan di rantau ini. Itu jawapan saya.
Dengan izin Yang Amat Berhormat. Just a very quick soalan tambahan. Berkenaan dengan soalan yang telah pun ditanya, tadi berkenaan dengan SST. So, Kerajaan Persekutuan sekarang telah pun menetapkan SST ke atas pesakit luar negara, 6%. Saya, soalan tadi adalah saya harap juga boleh dijawab. Apakah kesan SST ini kepada tourism, medical tourism negeri kita, memandangkan medical tourism ini membawa menjana RM800 juta.
RM1 bilion.
RM1 bilion setahun kepada ekonomi negeri kita. Itu soalan saya pertama dan yang kedua, adakah Yang Amat, Yang Berhormat bersetuju sama ada kita harus juga menuntut kalau Kerajaan Persekutuan terus dengan mengenakan SST ini, bahawa negeri kita harus juga untuk meminta sebahagian daripada SST yang dikutip untuk dikembalikan balik kepada Pulau Pinang seperti tourism tax yang dibuat sebelum-sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih daripada Bukit Tengah yang juga Pengerusi Hubungan Jawatankuasa Hubungan Persekutuan dan Negeri ya. Saya memang setuju dengan cadangan Yang Berhormat tadi. Perkongsian SST ini dan harus mungkin kita perlu membawa isu ini ke peringkat yang lebih tinggi, peringkat-peringkat persekutuan, peringkat Parlimen dan
sebagainya dan supaya ada satu formula perkongsian seperti perkongsian tourism tax di antara Federal Government, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Seharusnya pihak SST juga perlu tapi. Walau bagaimanapun kita belum ada satu kajian spesifik apakah impact SST terhadap industri pelancongan perubatan. Kita belum ada satu kajian spesifik dan saya menghargai cadangan Yang Berhormat, terima kasih.
Terima kasih. KOMTAR, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker. Soalan saya soalan 8.
No.8 Apakah strategi serta pencapaian baharu bagi GeorgeTown Festival (GTF) pada
tahun ini?
Senaraikan usaha yang telah diambil untuk meningkatkan kesedaran serta
memupuk.
Terima kasih ADUN KOMTAR. George Town Festival edisi ke-16 diadakan pada 2 hingga 10 Ogos 2025. George Town Festival 2025 memperkenalkan tema connection yang menumpu kepada acara cara seni mencerminkan pengalaman hidup manusia. GTF ataupun George Town Festival menonjolkan kreativiti warisan serta inovasi budaya. GTF menumpukan kepada pembangunan ekosistem seni yang mampan dan inklusif melalui penyediaan ruang untuk penggiat seni tempatan, kebangsaan dan serantau. Melalui kerjasama antarabangsa serta penerapan teknologi digital seperti platform dalam talian, pameran maya dan interaksi digital, GTF memperluas capaian dan penglibatan masyarakat. Festival ini terus kekal relevan sebagai ruang dynamic yang menghubungkan seni komuniti dan masyarakat global.
Melalui teater, muzik, tarian, fotografi dan seni visual with festival ini menunjukkan cara baharu untuk menghargai seni membangkitkan imaginasi dan emosi serta menonjolkan peranan seni dalam kehidupan manusia. Bengkel dan sesi perkongsian juga diadakan bagi memupuk minat komuniti tempatan termasuk aktiviti komuniti seperti George Town Festival yang julung-julung yang di bawa ke GTF di Paya Terubong. Dan juga aktiviti seperti Macam-Macam Berapit dan beberapa aktiviti lain lagi. Aktiviti digital seperti Terang: Projection Mapping dengan projection mapping ke bangunan warisan town hall yang begitu mendapat sambutan. Symbiosis Crab Chronicle dan stories emotion a videography workshop by Canon dan pelbagai lagi.
Dan aktiviti artis tempatan dan juga diberikan perhatian dan aktiviti antarabangsa di bawah tajaan kedutaan Sepanyol di Malaysia, kerjasama dengan Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei dan kita juga membawa persembahan Ombak Potehi yang di GTF ini di bawa ke Singapore Night Festival yang berlangsung pada Ogos 2025. Dan kita juga membawa aktiviti yang lain. Bagi meningkatkan kesedaran serta memupuk minat dalam kalangan masyarakat setempat, GTF 2025 telah menganjurkan lebih daripada 50 program dengan 80% daripada program tersebut dibuka secara percuma kepada orang ramai. Seramai 186,000 orang ataupun 97.67% telah mengambil bahagian dalam program percuma ataupun tidak berbayar. Festival ini turut melibatkan 520 orang, 526 orang iaitu 526 orang peserta tempatan iaitu 71.96% adalah peserta tempatan. Itu jawapan saya.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong. Memang GTF ada satu program yang bagus untuk menaikkan nama Pulau Pinang. So, bolehkah Yang Berhormat jelaskan kos untuk menganjurkan GTF dan adakah Kerajaan Negeri atau pihak penganjur akan mencari sponsor yang besar untuk, untuk sama-sama untuk menyokong program GTF ini dan akan menjadikan program GTF ini lagi besar lagi dan apakah usaha yang dijalankan oleh pihak penganjur untuk mempromosikan GTF di luar negara. Itu sahaja soalan tambahan saya.
Terima kasih di atas soalan tersebut. Kerajaan Negeri pada tahun GTF 2025 telah memperuntukkan RM1.5 juta untuk penganjuran aktiviti ini dan kita tadi saya telah sebut Sepanyol, Taipei dan sebagainya kita bekerjasama dengan dengan foreign mission yang di mereka telah sponsor beberapa aktiviti show. Itulah dan juga kita juga akan juga akan dapatkan tajaan swasta seperti yang sebut tadi untuk memperkayakan. Tetapi untuk dan kita akan juga apabila kita membuat lawatan di luar negara, roadshow tourism di luar negara kita juga akan menonjolkan aktiviti seni antaranya ialah GTF di merata tempat apabila supaya dan dia telah, dia telah tonjol sebagai satu program yang serantau.
Oleh itu, kita dapat sokongan daripada Sepanyol dan juga beberapa kedutaan yang saya sebut tadi. Dan untuk maklumat Yang Berhormat, pada tahun 2009 apabila GTF bermula, hanya ada satu festival di Pulau Pinang, GTF. Tetapi sejak 10 tahun ini kita telah kita lahir GTF telah lahir beberapa festival. Antara lain ialah Butterworth Fringe Festival, Nibong Tebal Festival akan dianjurkan juga Kepala Batas Festival dan Seberang Perai Heritage Festival dan JKKN juga ada telah membuat Balik Pulau Festival. Oleh itu, GTF sebagai asas kemudian dia sudah ada anak-anak di festival di beberapa daerah dan lokasi. Itu hasrat kita supaya lihat bukan sahaja di George Town, ada festival kesenian tetapi beyond George Town, di luar George Town di merata tempat kita mempunyai festival kesenian yang mirip dengan semangat George Town Festival. Itu jawapan saya.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Satu lagi.
Okey Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya ada soalan tentang George Town Festival. Kebetulan saya ada figure George Town Festival melalui soalan bertulis. Apa yang saya dapati di sini, walaupun George Town Festival bermula daripada tahun 2010 dengan peruntukan RM1 juta, tetapi disebabkan dapat sambutan yang sangat baik, jadi peruntukan telah mencapai RM4.5 juta pada tahun 2017. Akan tetapi masa sekarang telah hanya sampai, hanya tinggal saja RM1.5 juta.
Dengan ini, saya juga ingin, saya tanyalah bahawa disebabkan George Town Festival telah pergi ke banyak tempat di luar bandar seperti Berapit, dengan telah berturut-turut beberapa tahun program Macam-Macam Berapit mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ia juga merupakan satu program sambungan dengan George Town Festival. Tetapi saya ingin tanya, adakah Yang Berhormat Paya Terubong bercadang supaya peruntukan untuk George Town Festival dipertingkatkan pada masa depan supaya betul-betul kita mendapat artis daripada artis yang popular daripada luar negara seperti di tahun 2017, terima kasih.
Terima kasih kepada soalan Berapit ini. Memang kita juga ingin menambahkan peruntukan untuk festival-festival kesenian akan tetapi seperti saya kata tadi kita terpaksa membahagikan resources sumber-sumber yang kita ada kepada pelbagai festival di merata tempat Pulau Pinang apabila keknya kita kena potong-potong bagi sikit kawasan-kawasan lain itulah tetapi ada peluang kita akan mempertingkatkan lagi peruntukan dan juga Prestij George Town Festival.
Terima kasih. Penaga. Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan Penaga nombor sembilan.
No.9 Apakah lokasi sebenar tanah yang dibeli atau dikenal pasti oleh MAINPP di Daerah
Barat Daya menggunakan peruntukan RM15 juta (2025)? (a) Nyatakan jenis tanah, keluasan dan mukim. (b) Apakah status urusniaga (dimuktamadkan atau rundingan)? (c) Apakah objektif pembangunan bagi tanah tersebut?
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan juga Penaga. Berkenaan dengan soalan nombor sembilan ini iaitu berkaitan dengan apakah lokasi sebenar tanah yang dibeli atau dikenal pasti oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di Daerah Barat Daya menggunakan peruntukan 15 juta ringgit dan nyatakan jenis tanah keluasan dan mukim apakah status urus niaga apakah objektif pembangunan jawapan saya mudah sahaja sehingga kini tiada lagi tanah yang dikenal pasti dirunding dan dimuktamadkan dengan menggunakan peruntukan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung atas penjelasan ringkas yang telah diberikan. Walaupun kalau melihat kepada page Yang Berhormat Dato’ Seri, Dato’ sendiri bertarikh 20 Julai memang ada peruntukan untuk pembelian tanah di sebelah Barat Daya dengan nilai RM15juta. Soalan saya sebab di sana ada juga yang saya terima ini tanah yang hendak dijual dan telah dipanjangkan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang surat itu bertarikh 11 Ogos bermakna daripada 11 Ogos sehingga ke harini dah tiga bulan telah berada di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Jadi soalan tambahan saya supaya kalau boleh tanah ini di sebelah Barat Daya dengan keluasan lebih kurang dengan keluasan 204,000 kaki persegi di Mukim 6 Pondok Upeh Barat Daya itu bolehkah, adakah dan bolehkah pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk membuat pertimbangan atas tawaran yang telah diberi oleh pemilik tanah tersebut kepada pihak majlis supaya yang pertama tawaran yang telah diberi supaya pihak majlis dapat membeli tanah yang ditawarkan itu dengan nilai RM11,251,00.00 ataupun yang kedua tawaran yang telah diberi adalah usaha sama terpericil antara pihak pemilik tanah dengan pihak Majlis Agama Islam supaya pihak majlis boleh pertimbangkan dan memastikan supaya tanah tadi kekal berada di berada di, berada pada milik bumiputera
Muslim Melayu la di Pulau Pinang sebab surat itu telahpun dihantar dan minta supaya Yang Berhormat sendiri selaku Yang di-Pertua Majlis untuk pertimbangan tanah tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan atau pandangan. Baik, sebagaimana yang saya umumkan itu sebagai di saya ingat di sekolah Pondok Upeh saya buat pengumuman itu RM15 juta ini daripada dana istidal dan jadi apabila dana istidal ini untuk kita gantikan balik tanah wakaf yang telah diambil alih oleh kerajaan dengan peruntukan yang terhad. Jadi saya buat pengumuman itu di dalam Program di Sekolah Pondok Upeh untuk menggamit pemilik-pemilik tanah untuk membuat tawaran kepada Majlis Agama Islam daripada dana itu hasrat dan niat saya sebenarnya sememangnya selepas daripada pengumuman itu banyak tawaran-tawaran yang dibuat oleh pemilik-pemilik tanah bukan sahaja di Daerah Barat Daya tetapi seluruh Negeri Pulau Pinang untuk menjual kepada Majlis Agama Islam tetapi belum kita kenal pasti prosesnya sebegini akan dibawa angkat dibawa masuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Aset dan juga hartanah Majlis Agama Islam iaitu prosesnya akan dikenal pasti. Yang keduanya apabila kita kenal pasti tanah yang nak dibeli di Daerah Barat Daya maka proses seterusnya adalah melalui penilaian daripada peringkat JPPH sebelum diangkat ke Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk dibuat keputusan dan sekiranya tanah itu untuk dibuat pembangunan kita akan tengok dulu status tanah tersebut. Jadi insya Allah sebagaimana pandangan yang diajukan oleh Penaga akan dipertimbangkan dalam mesyuarat yang saya sebut tadi.
Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat 1jam 30minit untuk soalan lisan pun tamat selaras dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat Yang di-Pertua. Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan diatas meja-meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi. Terima kasih
USUL 6B DAN 6C
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat saya selaku Yang di-Pertua Dewan ingin mengusulkan kepada Dewan yang Mulia ini selaras dengan subperaturan 15(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bahawanya aturan urusan mesyuarat dipinda dengan mendengar usul 6B dan 6C terlebih dahulu. Perubahan aturan ini bertujuan untuk melicinkan perjalanan mesyuarat yang akan ditangguhkan pada waktu tengahari nanti bagi memberi ruang waktu solat Jumaat serta saya nak memastikan pembentangan Rang Undang – Undang Perbekalan Tahun 2026 Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026 ini boleh dijalan lebih lancar maka ahli-ahli yang bersetuju katakan ya.
Ya.
Yang tidak bersetuju katakan tidak. Kita semua semua setuju ya. Kita dengar dengan mendengar usul 6B dan 6C terlebih dahulu.
Usul daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan. Saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini meluluskan usul Pengkelasan Semula Surat Ikatan Amanah Kumpulan Wang Amanah Pengurusan Kompleks Masyarakat Penyayang, KMP yang ditubuhkan dibawah Seksyen 9 kepada Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957.
Untuk makluman Dewan yang Mulia ini Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 atau Akta 61 memperuntukkan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan berasaskan resolusi Badan Perundangan Persekutuan atau Negeri bagi mengakaun terimaan dari
peruntukan kerajaan dan bayaran bagi maksud khas tertentu. Panduan mengenai Tatacara Pengurusan Akaun Amanah atau Kumpulan Wang Amanah digariskan melalui Pekeliling Perbendaraan Malaysia WP10.4. Berdasarkan pekeliling tersebut setiap penubuhan dan penutupan akaun amanah dibawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan hendaklah melalui resolusi Badan Perundangan. Akaun Amanah Pengurusan Kompleks Penyayang Masyarakat Penyayang di Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai Akaun Amanah Awam dibawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957. Bagi mengakaunkan peruntukan yang disalurkan Kerajaan Negeri terimaan dan sumbangan daripada pelbagai pihak serta kutipan sewaan ruang pejabat, dewan dan kemudahan-kemudahan lain dibawah pengurusan Kompleks Masyarakat Penyayang untuk tujuan pelaksanaan dan pembiayaan program, aktiviti dan pembangunan KMP.
Penubuhan akaun amanah ini dibawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan adalah tidak tepat kerana meliputi saluran peruntukan daripada Kerajaan Negeri yang mana penubuhan Akaun Amanah sewajarnya adalah dibawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan. Hal ini disedari melalui aktiviti permuliaan Akaun Amanah dan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Negeri yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 dan telah mendapati dan telah mendapat perhatian daripada Jabatan Audit Negara selaras dengan keperluan penyaluran peruntukan Kerajaan Negeri melalui Akaun Amanah Pengurusan KMP bagi membiayai dan melaksanakan program, aktiviti dan pembangunan KMP, Pengkelasan Semula Akaun Amanah ini daripada Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan kepada Kumpulan Wang Amanah Pengurusan KMP, sebagai Akaun Amanah Kerajaan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan adalah wajar.
Pengendalian dan Pengurusan Kumpulan Wang Amanah ini dikawal selia melalui peraturan kewangan dan perakaunan yang berkuatkuasa yang digaris dibawah akta ini dan Arahan Perbendaharaan Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeling Akauntan Malaysia dan Peraturan serta Arahan Perbendaharaan dan Pihak Berkuasa Kewangan Negeri yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Kumpulan Wang Amanah ini akan ditutup apabila ianya tidak diperlukan lagi melalui kelulusan Badan Perundangan Negeri iaitu Dewan Undangan Negeri dan bakinya sekiranya ada akan dikreditkan ke Akaun Hasil Negeri. Dato’ Yang, Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyokong usul ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon menyokong.
Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat walaupun satu usul yang saya lihat cuma kita nak membuat satu Pengkelasan Semula atas seksyen yang lama ke satu seksyen yang baharu namun saya juga nak bertanya kepada Dewan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sesiapa yang ingin bahas atas usul yang telah pun dibawa oleh Yang Amat Berhormat boleh la dipersilakan. Okay. Kalau begitu Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ya.
Sila.
Ringkas.saya hanya ingin penjelasan terima kasih atas peluang yang diberikan. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sememangnya Kumpulan Wang Amanah Pengurusan Kompleks Masyarakat Penyayang harus dikelaskan dengan betul mengikut Seksyen 10 dan bukan dibawah Seksyen 9 dimana banyak Kumpulan Wang telah pun dikelaskan semula seperti Kumpulan Wang Pembangunan Hutan pun telah dibuat sebelum ini. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri daripada Kumpulan Wang Pusingan dan Akaun-Akaun Amanah yang diwujudkan bagi menerima peruntukan Kerajaan Negeri dengan tujuan bayaran bagi maksud tertentu mengikut Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan. Antaranya ialah Kumpulan Wang Pinjaman
Kenderaan Humineter, Pendahuluan Diri dan Pelbagai, Pinjaman Penuntut, Kumpulan Wang Penyelenggaraan Jana Raya Negeri, Kumpulan Wang Amanah Pelaburan Negeri, Kumpulan Wang Amanah Tabung Bencana Negeri dan lain-lain kumpulan wang.
Secara keseluruhannya kalau kita lihat jumlah dalam Kumpulan Wang Amanah tersebut telah menurun sebanyak RM30.54juta pada tahun 2024 kepada RM118.61juta berbanding dengan tahun 2023 yang berjumlah RM129.15juta. Saya nak tanya adakah jumlah ini akan tambah selepas Pengkelasan Semula ini dilakukan dan sememangnya ini adalah Kumpulan Wang Amanah yang tentu tidak ada kesan yang besar keatas kedudukan Kewangan Negeri tetapi seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ia memang adalah perlu untuk keperluan audit dan juga memastikan ia mengikut tatacara yang betul. Isu itu memang ia memang disokong oleh pihak saya dan saya percaya oleh semua ADUN-ADUN kerana ini adalah keperluan audit bukan la ada apa-apa tujuan lain. Terima kasih
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya tiada yang lain ingin berbahas maka saya nak mempersilakan Yang Amat Berhormat untuk membuat pergulungan sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-Ahli Dewan khususnya Yang Berhormat Air Putih yang ambil bahagian dalam perbahasan. Usul ini dikemukakan bagi memastikan pengurusan kewangan dan tata kelola Akaun Amanah yang menyalurkan peruntukan Kerajaan Negeri kepada Kompleks Masyarakat Penyayang, KMP, supaya ianya dilaksanakan secara lebih tepat tulus dan mematuhi kehendak undang-undang yang ada, lebih-lebih lagi apabila dikesan oleh Jabatan Audit Negara maka ini adalah tindakan susulan yang perlu dilakukan dibawah seksyen yang betul dan yang berkenaan. Jadi saya rasa dalam ucapan untuk membentangkan usul ini saya pun sudah menerangkan tujuan dan mengapa ianya perlu dilaksanakan dan saya memberi komitmen bahawa Pejabat Kewangan Negeri dan Kerajaan Negeri akan sentiasa peka dengan tatacara kewangan tata kelola untuk mengendalikan wang-wang amanah yang berada Akaun Amanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang jadi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Dewan dan juga kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang
serta Uru Setia Dewan Undangan Negeri atas kerjasama dan sokongan sepanjang proses penyediaan serta pembentangan usul ini dan dengan ini saya mohon sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk meluluskan usul ini.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat sesi pengulungan pun selesai, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul bahawanya Dewan ini meluluskan Usul Pengkelasan Semula Surat Ikatan Amanah Kumpulan Wang Amanah Pengurusan Kompleks Masyarakat Penyayang yang ditubuhkan dibawah Seksyen 9 ke Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 dipersetujui. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ya.
Ya.
Yang tidak persetuju katakan tidak. So kita semua setuju bahawa usul ini diterima. Terima kasih.
Usul daripada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II
Sila.
Selamat pagi dan salam sejahtera pada Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker dan semua rakan saya di Dewan pada pagi ini. Ingin saya mohon untuk dicadangkan bahawa Dewan ini akan meluluskan pembatalan pelantikan YBhg Dato’ Abdul Fareed bin Abdul
Gafoor sebagai Timbalan Pengerusi dan jugak Puan Regina Amalorpava Mary A/P Aboorvasamy sebagai ahli Lembaga Rayuan berkuatkuasa pada 15 November tahun ini. Pelantikan baharu, Timbalan Pengerusi dan empat orang Ahli Lembaga Rayuan dibawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 iaitu Enakmen 16 untuk sesi 24 sehingga 27 bagi tempoh mulai 15 November tahun ini sehingga 31 Mei 2027 adalah seperti berikut, Dato’ Seri Speaker iaitu Timbalan Pengerusi akan digantikan dengan Encik Simon Murali A/L Kalimuthu dan ahli-ahli baharu adalah yang YBhg Dato’ Roslinda Mohammad Shafie, Encik Harcharan Singh Najar Singh, Encik Dominic Pillai a/l RK Pillai dan Encik Shamsul Azhar bin Hasan. Sekian Yang Berhormat Dato’ Seri.
Saya perlukan Yang Berhormat untuk menyokong usul ini.
Terima Kasih. Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat memandang ini pun juga satu usul yang untuk kemaskinikan keahlian di dalam Lembaga Rayuan maka saya nak mohon kalau ada yang ingin nak membahas juga. Kalau tak ada saya nak mintak kalau ada nak menggulung.
Dato’ Seri Speaker it is a formality just to regularize the position because yang Dato’ Abdul Fareed bin Abdul Gafoor yang hendak digantikan sudah menjadi satu hakim so dia tidak boleh and then Puan Regina yang adalah bekas majistret dia hendak retire so itu adalah sebab utama lah. So, yang lain-lain ada nama-nama yang telah pun saya nyatakan. Pengerusi untuk Lembaga Rayuan Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker adalah still Dato’ Seri K. Kumarendran, Dato’ Seri K. Kumarendran he will continue. Encik Simon akan menjadi Timbalan Pengerusi yang baharu la and then I think keseluruhannya ada lapan (8) ahli la Dato’ Seri Speaker so acting the flow I have to say because it very formal usul this one. Terima kasih Dato’ Seri.
Terima Kasih. Maka masalah kita hadapi sekarang adalah usul bahawa Dewan ni meluluskan pembatalan pelantikan YBhg Dato’ Abdul Fareed bin Abdul Gafoor sebagai Timbalan Pengerusi dan Puan Regina Amalorpava Mary A/P Aboorvasamy sebagai Ahli Lembaga Rayuan berkuatkuasa 15 November 2025. Pelantikan baharu Timbalan Pengerusi dan empat orang Ahli Lembaga Rayuan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (Enakmen 16) sesi 2024/2027 bagi tempoh mulai 15 November 2025 sehingga 31 Mei 2027. Senarai Ahli Lembaga Rayuan adalah seperti berikut, pertamanya Encik Simon Murali a/l Kalimuthu sebagai Timbalan Pengerusi, yang kedua YBhg Dato’ Roslinda binti Mohammad Shafie sebagai ahli, yang ketiga Encik Harcharan Singh a/l Najar Singh sebagai ahli, yang keempat Encik Dominit Pillay a/l Arkid Pillay sebagai ahli, yang kelima Encik Shamsul Azhar bin Hasan sebagai ahli untuk dipersetujui Ahli-ahli yang bersetuju katakan ya.
Semua Ahli-Ahli
Ya.
Yang tidak bersetuju katakan tidak? Maka kita setuju atas usul ini. Ahli-ahli Yang Berhormat maka untuk Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan 2026 cuma akan bermula pada jam 3:00 petang nanti. Dewan ditangguhkan dan kita bersidang semula pada jam 3:00 petang nanti.
Dewan ditangguhkan pada jam 11.24 tengahari.
Dewan disambung semula pada jam 3.00 petang.
Rang Undang- Undang Perbekalan Tahun 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026.
Sila Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama, suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan bagi kali yang pertama.
Boleh.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Rang Undang-Undang bernama, suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.
Maka Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan mengikut Sub Peraturan 59 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini diteruskan dengan serta merta.
Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 bacaan kali yang kedua.
Sila.
Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang Mulia, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bertajuk satu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang tersebut untuk tahun 2026 dibaca bagi kali kedua sekarang.
Sila.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, Pulau Pinang pernah dikenali sebagai Mutiara Timur atau dengan izin The Pearl of The Orient atas keunikan dan kepelbagaiannya dari tapak Warisan Dunia UNESCO di Georgetown kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Bayan Lepas dan Batu Kawan, kawasan pertanian di Seberang Perai hingga ke destinasi pelancongan di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang membuktikan bahawa Pulau Pinang memiliki segalanya atau dengan izin Penang Has It All.
Oleh itu, bagi memastikan Kerajaan Negeri terus memacu Pulau Pinang pada landasan yang tepat dalam memenuhi tuntutan persekitaran pasca normal menjelang tahun 2026, maka saya berdiri di Dewan yang Mulia ini untuk membentangkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2026. Seperti yang diucapkan oleh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia Kelima semasa Pembentangan Belanjawan 2006, berbelanja bukan sekadar soal angka, tetapi soal amanah setiap sen mesti memberi pulangan kepada rakyat dan masa depan negara.
Berdasarkan ungkapan ini Belanjawan Negeri Pulau Pinang bukan hanya mempamerkan angka tetapi menterjemahkan keputusan fiskal berpaksikan nilai murni, kebertanggungjawaban dan keadilan sosial yang menjadi teras Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2026 di rangka berdasarkan teras visi Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara, yang juga selari dengan Aspirasi Malaysia MADANI seperti mana di terjemahkan dalam ucapan Belanjawan 2026 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Anuar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan pada 10 hari bulan Oktober 2025.
Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang Mulia, tahun 2025 menyaksikan persaingan perdagangan antara negara kuasa besar dunia situasi ini menghimpit ekosistem fiskal dan ekonomi negara-negara membangun termasuk Malaysia. Tekanan inflasi dan kenaikan tarif mencetuskan kesan domino krisis ekonomi yang dapat dilihat melalui kenaikan harga barang dan bahan mentah serta ketidaktentuan pasaran kewangan global.
Sebagai retrospektif ekonomi Pulau Pinang berkembang sebanyak 4.8% tahun 2024 berbanding 3.3% yang dicatatkan pada tahun 2023 dengan jumlah KDNK mencecah 121.5 bilion Ringgit dipacu sektor perkhidmatan dan pembuatan. Menurut Jabatan Perangkaaan Malaysia DOSM, Pulau Pinang telah menyumbang sebanyak 7% daripada jumlah KDNK negara pada tahun 2024. Sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal sebagai komponen terbesar KDNK negeri melalui sumbangan kumulatif 94.3%. Ini diikuti Sektor Pembinaan sebanyak 3.2%, Sektor Pertanian sebanyak 1.8% dan Sektor Perlombongan dan Pengkuarian sebanyak 0.1%. Bagi tahun 2025 pula Kerajaan Negeri yakin bahawa KDNK Negeri mampu mengembang sehingga 5.4%, di dorong perkembangan Sektor Elektrik dan Elektronik serta peningkatan permintaan semikonduktor global.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tahun 2024 telah menerima Sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran pada 7 haribulan Ogos 2025. Pengiktirafan ini sebenarnya mencerminkan prinsip ''Cekap, Akauntabiliti dan Telus'' yang diterapkan sebagai budaya kerja pentadbiran Kerajaan Negeri. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua Penjawat Awam Negeri yang telah memberi kerjasama kepada Jabatan Kewangan Negeri dalam memastikan Pulau Pinang terus kekal sebagai antara negeri yang terbaik dalam perspektif pengauditan penyata kewangan.
Secara purata Kerajaan Negeri berbelanja sekitar RM831.37 juta setahun dari tahun 2020 hingga 2024 bersandarkan kesedaran bahawa perbelanjaan tersebut telah mengurangkan rizab kewangan negeri atau dikenali sebagai Akaun Hasil Disatukan. Atas realiti ini Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meminimumkan defisit perbelanjaan dengan menyedari bahawa purata hasil negeri adalah sekitar RM631.6 juta sahaja manakala purata penyusutan baki akaun hasil di satukan adalah sebanyak RM199.77 juta setahun bagi tempoh 5 tahun terkini iaitu dari tahun 2020 hingga 2024. Oleh itu, bagi memastikan kedudukan Akaun Hasil Disatukan terus stabil Bajet Negeri Pulau Pinang tahun 2026 dirangka dengan lebih sistematik dengan memfokuskan penjanaan hasil negeri yang memberi impak langsung kepada rakyat tanpa menjejaskan keperluan perbelanjaan terutamanya yang melibatkan kepentingan rakyat.
Maka pada hari ini Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 dibentangkan untuk mendapat kuasa berkanun bagi membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan perbelanjaan bekalan tahun 2026 berjumlah RM1,050,875,684.00 atau secara ringkasnya RM1.051 bilion. Manakala RM37,0072,950.00 diperuntukan untuk menampung perbelanjaan tanggungan 2026 berdasarkan undang-undang di bawah Kumpulan Wang Disatukan menjadikan jumlah keseluruhan anggaran perbelanjaan negeri 2026 adalah sebanyak RM1.088 bilion atau secara lengkapnya adalah RM1,087,948,634.00. Komponen perbelanjaan mengurus adalah terdiri daripada emolumen sebanyak RM226,733,229.00 atau 20.84%. Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak RM200,509,235.00 atau 18.43%. Aset sebanyak RM3,593,203.00 atau 0.33% manakala pemberian dan kenaan bayaran tetap sebanyak RM645,731,927.00 atau 59.35% dan perbelanjaan lain sebanyak RM11,381,040.00 atau 1.05%.
Secara perbandingan anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 menunjukkan peningkatan sebanyak RM147.72 juta atau 15.71% berbanding tahun 2025 yang mencadangkan ke semua objek am atau OA perbelanjaan mengurus 2026 meningkat kecuali melibatkan aset ataupun OA 30000. Peningkatan emolumen sebanyak RM19.19 juta atau 9.25% adalah disebabkan oleh pelaksanaan fasa kedua Sistem Saraan Perkhidmatan Awam SSPA, melibatkan kenaikan gaji pokok sebanyak 7% bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima kenaikan sebanyak 3%. Peningkatan sebanyak RM6.58 juta atau 3.39% melibatkan Perkhidmatan dan Bekalan 2026 pula adalah disebabkan oleh peningkatan dasar gaji minimum daripada RM1,500.00 kepada RM1,700.00 yang melibatkan kos Kontrak Kerajaan Negeri bagi perkhidmatan pembersihan, penyelenggaraan, keselamatan serta perkhidmatan berkontrak sedia ada. Selain itu, peningkatan tersebut juga disebabkan oleh peningkatan kos penganjuran Majlis-Majlis Rasmi Peringkat Negeri serta kenaikan tarif utiliti dan bahan bakar yang dibayar di bawah OA 20000. Peningkatan pemberian dan kenaan bayaran tetap sebanyak RM113.03 juta atau 21.22% disebabkan oleh peningkatan caruman ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri daripada RM180 juta pada tahun 2025 kepada RM265 juta bagi tahun 2026 bagi menampung keperluan Perbelanjaan Pembangunan Negeri tahun 2026.
Selain itu peningkatan OA 40000 disebabkan oleh pelarasan geran mengurus kepada syarikat berkaitan kerajaan GLC, Badan Berkanun dan Agensi Negeri serta peruntukan kepada Jawatankuasa MMK di bawah objek sebagai atau OS42000 yang mengambil kira, kira keperluan tahun 2026.
Peningkatan ketara perbelanjaan lain 2026 sebanyak RM9.96 juta atau berlaku disebabkan Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM10 juta setahun sebagai pulangan balik bayaran pinjaman Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang melibatkan Pengstrukturan Semula Perkhidmatan Air Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 seperti yang telah saya nyatakan tadi, anggaran Perbelanjaan Mengurus ataupun 2026, sebanyak RM1.088 bilion ini turut meliputi caruman ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri sebanyak RM265 juta bagi menampung komitmen perbelanjaan pembangunan negeri yang berjumlah RM318.62 juta.
Secara perbandingan anggaran Perbelanjaan Pembangunan tahun 2026 meningkat sebanyak RM98.62 juta atau 44.83% berbanding tahun 2025. Perhatian utama Kerajaan Negeri bagi tahun 2026 tertumpu kepada Projek Berimpak Tinggi yang melibatkan kepentingan strategik termasuk pengambilan tanah bagi pelaksanaan Projek LRT Laluan Mutiara, Projek Gurney Bay Fasa 2, Pembangunan Pulau Silikon serta projek-projek sambungan di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang atau Penang Transport Master Plan yang menjadi antara pemaju utama pembangunan negeri.
Selain projek baharu sebanyak 122 projek sambungan telah disenaraikan untuk tahun 2026, meliputi pelbagai kategori pembangunan seperti infrastruktur awam, kemudahan masyarakat dan projek khas ekonomi. Jumlah ini menggambarkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek pembangunan demi manfaat dan kemudahan kepada rakyat. Antara projek pembangunan lain yang disenaraikan pada tahun 2026, termasuk Projek Pembesaran Muzium dan Balai Seni Lukis, Projek Kemajuan Bukit Bendera, Projek Pembinaan Bangunan Asrama Majlis Sukan Negeri dan Pembinaan Bangunan Baharu Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut.
Selain itu, beberapa projek pembinaan dewan komuniti seperti Dewan Batu Maung, Dewan Kampung Baharu Alma dan Dewan Taman Senangin turut disenaraikan sebagai projek sambungan bagi tahun 2026. Pada kesempatan ini, Kerajaan Negeri menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan beberapa projek utama dan berimpak tinggi di bawah RMK-13 sebagaimana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2026 yang lalu.
Hal ini kerana, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan kesemua 10 wish list rolling plan pertama RMK13 yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri bernilai RM283 juta dengan peruntukan sebanyak RM54.5 juta bagi tahun 2026 melibatkan 10 projek dalam wish list kita: 1) Kajian trafik dan guna tanah ke atas cadangan Pembinaan Pan Island, Island
Link; 2) Kerja awalan projek naik taraf FT 006 dari Bayan Lepas ke Teluk Kumbar
Seksyen 20 hingga Seksyen 23, Daerah Barat Daya untuk reka bentuk;
3) Timbalan Speaker ada haa. Dia tak boleh cakap, boleh tepuk saja. Ketiga,
Projek Menaik Taraf Muka Sauk di Titi Kerawang dan Teluk Awak serta
pemasangan paip air mentah dari Muka Sauk ke Empangan Teluk Bahang
dan lain-lain kerja berkaitan; 4) Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2, Kubang Semang dan Kompleks
Kesihatan Bersepadu Seberang Perai Tengah; 5) Kerja Awalan Projek Pembinaan Blok Bertingkat Hospital Kepala Batas; 6) Menaik taraf Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas; 7) Pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Juru, Daerah SPT yang
mengandungi 36 bilik darjah serta kemudahan-kemudahan lain mengikut
piawaian; 8) Kerja Awalan Pembinaan Jalan Bawah (Under Pass) yang menghubungkan
Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma di persimpangan Jalan Mount Erskine,
Jalan Gottlieb, Jalan Burma dan Jalan Bagan Jermal, Bagan Jermal
Seksyen A, Jalan Bawah (Under Pass); 9) Kajian kemungkinan Pembangunan Pelaburan Tuna di Pulau Pinang Arah
Keterjaminan Makanan Dalam Negara; dan 10) Pemerkasaan Pasar Nelayan di Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, secara dasarnya kelulusan serta komitmen ini jelas mencerminkan keprihatinan serta sokongan padu Kerajaan Persekutuan terhadap Pulau Pinang dalam memastikan pembangunan negeri terus seiring dengan agenda pembangunan nasional di bawah kerangka Malaysia MADANI.
Mengambil kesempatan ini, saya menyeru agar semua jabatan serta agensi pelaksana di peringkat Negeri dan Persekutuan digembleng secara bersepadu dengan semangat tanggungjawab bersama, bagi memastikan setiap projek pembangunan ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
Dalam pada itu, pemeteraian Memorandum Persefahaman, MoU, antara Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Konsortium PKNPk Gamuda bagi Projek Pembekalan Air Terawat Pukal pada 6 November yang lalu, bakal membolehkan Pulau Pinang membeli sekurang-kurangnya 300 juta liter air terawat sehari dari Negeri Perak mulai tahun 2031 apabila projek itu siap.
Secara keseluruhan MoU tersebut akan memberi akses kepada sumber air utama yang kedua yang amat penting bagi memenuhi keperluan jangka panjang negeri selaras dengan komitmen dalam memastikan projek plan kontigensi air 2030 yang dirangka berjalan lancar mengikut perancangan.
Anggaran hasil 2026, Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang Mulia, anggaran hasil negeri tahun 2026 adalah berjumlah RM1068,32,417.00 atau secara ringkasnya RM1.068 bilion. Umumnya anggaran hasil tahun 2026 meningkat sebanyak RM161.44 juta atau 17.81% berbanding tahun 2025. Dari segi pecahan hasil pula, sejumlah RM269,783,213.00 dianggarkan sebagai Hasil Cukai. Manakala sejumlah RM699,686,750.00 adalah Hasil Bukan Cukai dan sejumlah RM98,562,454.00 adalah Terimaan Bukan Hasil. Seperti lazimnya, Hasil Bukan Cukai dijangka terus menjadi penyumbang utama kepada hasil negeri melalui unjuran terimaan bayaran premium dan bayaran khas selain faedah pelaburan yang memberi pulangan yang konsisten.
Kerajaan Negeri juga menjangkakan peningkatan hasil cukai, terutama Cukai Langsung melalui Kadar Baharu Cukai Tanah mulai tahun 2026. Sesungguhnya begitu, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan rebat cukai tanah bagi memastikan pemilik tanah tidak terkesan dengan kadar cukai baharu tersebut, dengan mengambil kira anggaran hasil negeri sebanyak RM1.068 bilion berbanding anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.088 bilion, Belanjawan Tahun 2026 menyaksikan anggaran defisit terendah dalam sejarah Belanjawan Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak RM19.92 juta berbanding unjuran defisit ataupun tahun 2025 sebanyak RM33.63 juta.
Tahun 2026 akan menyaksikan Visi Penang2030, memasuki tahun kelapan sejak pelancaran pada tahun 2018. Oleh itu, Belanjawan tahun 2026 adalah berteraskan empat tema iaitu;
a) Meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan; b) Menaiktaraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah; c) Memperkasa rakyat bagi meningkatkan penyertaan awam; dan d) Melabur dalam bersekitaran terbina bagi menambah baik daya pemulihan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah tema (A) iaitu meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan. Kerajaan Negeri memberi fokus kepada empat inisiatif strategik iaitu;
a) Menangani isu kemampuan dan kepelbagaian perumahan; b) Meningkatkan keselamatan dan kebersihan awam secara berterusan; c) Meningkatkan sistem kebajikan dan penjagaan; dan d) Memperbagaikan kemudahan rekreasi, sukan, seni dan budaya.
Kerajaan negeri telah menetapkan sasaran 220,000 unit Rumah Mampu Milik, RMM, yang kini dikenali sebagai Rumah MutiaraKu atau RMKu melibatkan pelbagai kategori menjelang 2030. Bagi mencapai sasaran tersebut, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri, LPNPP, telah menetapkan 17 projek pembangunan di bawah Pelan Induk Perancangan Pembangunan 2021 hingga 2030. Sehingga 31 Oktober tahun ini, pembekalan unit RMKu telah mencecah sebanyak 170,706 unit atau 77.59% bagi menampung permintaan RMM yang tinggi serta menggalakkan pembinaan RMKu di Pulau Pinang, Kerajaan melalui LPNPP telah menyelaras semula syarat penyediaan RMKu A mengikut zon, manakala RMKu B dan C menjadi opsyen pematuhan kepada pemaju.
Disamping itu syarat pematuhan penyediaan rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah melalui Skim Sewa Beli atau Rent To Own juga ditambah baik. Yang mana unit-unit tersebut diserahkan secara percuma kepada Kerajaan Negeri bagi pemajuan yang berada dalam Zon 2 dan Zon 3 dengan kadar pematuhan sebanyak 10 peratus. Penetapan had pendapatan isi rumah bagi permohonan pasaran terbuka atau PN4, khususnya kepada golongan T20 adalah maksimum RM20,000.00. Penetapan ini selaras dengan data Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan isi rumah yang berpendapatan purata RM18,000 sebulan adalah berada dalam kategori T20 dan tidak layak membeli rumah bersubsidi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga menyambut baik perancangan Kerajaan Persekutuan bagi membangunkan projek Program Residensi Rakyat atau PRR Kota Giam yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan 3, RMK-12, dengan peruntukan sebanyak RM55 juta ringgit dan projek PRR Seberang Perai Tengah yang telah diluluskan di bawah RP5, RMK-12 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta ringgit. Kerajaan Negeri turut prihatin terhadap golongan bujang serta warga emas khususnya mereka yang tinggal bersendirian dan memerlukan penyelesaian kediaman pada kadar segera. Oleh itu, Kerajaan Negeri memperkenalkan cadangan
penyewaan rumah sewa Kerajaan Negeri dan Program Perumahan Rakyat secara perkongsian atau dengan izin co-living space bagi mewujudkan peluang yang setara kepada golongan tersebut.
Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin mengalihkan fokus kepada dua tonggak utama yang menjadi nadi kepada sebuah bandaraya maju dan beradab iaitu kebersihan awam dan keselamatan rakyat. Kita sedar asas sebuah bandaraya yang madani bermula dari pengurusan kebersihan cemerlang dan lebih penting lagi keselamatan awam menjadi keutamaan yang tidak boleh dikompromi. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Seberang Perai sentiasa melaksanakan usaha-usaha berterusan untuk menambah baik tahap keselamatan dan kebersihan awam di negeri kita.
Bagi memperkukuh aspek keselamatan awam Kerajaan Negeri melalui inisiatif Penang2030 terus melaksanakan langkah proaktif menerusi pemasangan kamera litar tertutup atau CCTV di seluruh Negeri Pulau Pinang. Inisiatif ini bukan sahaja berperanan dalam mencegah jenayah malah turut menyokong pemantauan lalu lintas dan memperkukuh pelaksanaan konsep bandar pintar ke arah negeri yang lebih selamat, berdaya huni dan berteknologi tinggi. Selaras dengan aspirasi menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang sejahtera menjelang tahun 2030 sebanyak 5,000 unit CCTV disasarkan untuk dipasang di seluruh negeri. Sehingga kini, sebanyak 1,525 unit CCTV atau 30.5% daripada sasaran telah dipasang. Meliputi 1,137 unit di bawah MBPP dan 388 unit di bawah MBSP. Usaha ini dilaksanakan secara berterusan melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, agensi penguatkuasaan dan sektor swasta bagi memastikan Pulau Pinang kekal sebagai negeri yang selamat dan berdaya huni.
Antaranya adalah menambah bilangan CCTV berteknologi tinggi yang mampu merakam dengan resolusi jelas serta dilengkapi dengan sistem pengesan pintar bagi membantu pihak polis dan PBT dalam tindakan segera. Indikasi data dengan pusat kawalan pintar atau Smart Command Centre yang membolehkan pemantauan berterusan secara lebih efisien dan bersepadu. Kerjasama strategik dengan agensi keselamatan bagi meningkatkan keberkesanan rondaan dan memperkukuh tindakan pencegahan jenayah. Pemasangan CCTV di kawasan berisiko tinggi seperti kawasan awam, taman perumahan, jalan utama, kawasan perniagaan dan lokasi tumpuan pelancong dan pembangunan sistem
bandar pintar atau smart city infrastructure yang membolehkan CCTV disambungkan dengan teknologi Internet of Things untuk analisa data masa nyata.
Selain daripada tanggungjawab utama Kerajaan Tempatan MBPP dan MBSP, turut menyantuni denyut nadi dan keperluan semasa rakyat dengan pendekatan yang inklusif dan berasaskan kesejahteraan komuniti. Antara inisiatif tersebut termasuklah Operasi Crow Sharpshooter dan operasi Pigeon Purge yang dilaksanakan oleh MBSP bagi mengurangkan populasi burung gagak dan merpati yang dikhuatiri memberi ancaman kepada tahap kebersihan dan kesihatan awam di kawasan Seberang Perai. Serentak itu bagi mengatasi isu haiwan berkeliaran seperti lembu, anjing dan kucing, MBPP telah melaksanakan operasi kawalan dan penempatan haiwan berkeliaran atau terbiar termasuk melalui pelaksanaan projek Pusat Ternakan Dominan Pantai Acheh dan Sanctuary Kucing di Batu Feringghi.
Sejak tahun 2008 amalan kitar semula di negeri ini telah dibudayakan melalui dasar Cleaner Greener Penang. Lama tak dengar Cleaner Greener Penang, pembudayaan amalan ini telah terus diperkasakan dan berdasarkan rekod kadar kitar semula di Pulau Pinang telah meningkat pada setiap tahun iaitu sebanyak 49.57% pada tahun 2023, tahun 2024 pula 50.64% dan sehingga Julai 2025, 37.8%. Sebagai usaha berterusan untuk memperkukuhkan amalan kitar semula MBPP akan melaksanakan projek naik taraf fasiliti pengurusan sisa pepejal termasuk projek Pusat Pendidikan Alam yang sedang diwujudkan di Jalan D.S. Ramanathan yang akan berfungsi sebagai Pusat Inkubator dalam pemeliharaan dan pembelajaran alam sekitar serta menjadi pusat kecemerlangan dalam Urban Farming.
Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dari aspek penjagaan dan kesihatan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM83 ribu ringgit kepada jawatankuasa MMK Kesihatan untuk melaksanakan program kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri pada tahun 2025. Kerajaan Negeri akan meneruskan komitmen yang sama pada tahun 2026. Antara program utama yang dilaksanakan pada tahun ini adalah program inisiatif saringan kesihatan Kebangsaan melibatkan 241,909 individu sehingga bulan September tahun ini.
Selain itu program wellness hub diteruskan sebagai perkhidmatan kesejahteraan kesihatan melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran gaya hidup sihat. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kesihatan berhubung inisiatif menaiktaraf fasiliti kesihatan Pulau Pinang. Sehingga 30 September sebanyak 42 projek naik taraf, ubah suai dan pembaikan fasiliti kesihatan tahun 2025 telah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM8.99 juta ringgit. Manakala bagi Rolling Plan Kelima, RMK-12 Jabatan Kesihatan Negeri telah diluluskan peruntukan sebanyak RM9.4 juta ringgit untuk dua projek baharu iaitu naik taraf sistem tangki bekalan air di Hospital Balik Pulau dengan anggaran kos sebanyak RM5 juta ringgit serta naik taraf sistem chiller dan menara menyejuk di Hospital Kepala Batas dengan anggaran kos sebanyak RM4.4 juta ringgit.
Bagi meneruskan agenda pembangunan sukan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM350,000.00 kepada Jawatankuasa MMK Sukan pada tahun ini. Sebagai tambahan sejumlah RM7 juta ringgit di peruntukan kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bagi melaksanakan program-program sukan negeri dan sejumlah 7 juta ringgit kepada Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang. Sebagai persiapan Sukan Malaysia atau SUKMA 2026 di Selangor, MSNPP kini sedang melaksanakan persiapan rapi melibatkan 37 acara dengan sasaran 60 pingat emas. Kerajaan Negeri juga meneruskan penyaluran geran mengurus sebanyak RM8 juta ringgit kepada Penang Football Club atau Penang FC sebagai sokongan kepada pembangunan bola sepak negeri.
Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah Tema B pula, Menaik Taraf Ekonomi bagi Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah. Kerajaan Negeri menyasarkan empat inisiatif strategi iaitu memajukan kesediaan industri pembuatan tempatan untuk era digital dan ekonomi hijau. Memodenkan dan mempelbagaikan pertanian lestari mencipta pelbagai produk pelancongan yang berkualiti di seluruh Pulau dan Seberang Perai dan membina ekosistem yang memupuk industri kreatif dan perkhidmatan perniagaan khusus. Hasil sokongan Kerajaan Persekutuan melalui komitmen peruntukan sebanyak RM50 juta ringgit dan geran pandangan oleh Kerajaan Negeri Penang Silikon Design @ 5km+ telah mula membuahkan hasil. Jumlah syarikat reka bentuk litar bersepadu atau IC Design yang beroperasi di Pulau Pinang meningkat daripada 20 syarikat pada tahun 2024 kepada lebih 45 syarikat pada tahun 2025. Malah Kerajaan Negeri turut berbangga dengan pencapaian dua buah syarikat tempatan iaitu SkyeChip dan Silicon X yang
masing-masing membangunkan cip berteknologi tinggi dan proprietary chip tempatan yang dibuat dalam Malaysia, Made by Malaysia.
Bagi memantapkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan berimpak tinggi, Kerajaan Negeri telah melaksanakan promosi pelaburan bersasar kepada pelabur baharu dan sedia ada melalui penganjuran misi pelaburan ke negara-negara utama seperti Jepun serta Belanda pada tahun 2025. Misi ini memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat baharu yang berpotensi melabur di Pulau Pinang di samping mengeratkan hubungan dengan pelabur sedia ada yang merancang pengembangan operasi mereka, khususnya dalam industri semikonduktor. Usaha ini turut merangkumi jaringan hubungan awal dengan pembekal sedia ada ASML dari Belanda dan kini meninjau peluang untuk memperluaskan kemudahan pengeluaran mereka ke rantau Asia Tenggara. Melalui usaha gigih ini kita telah menyaksikan peningkatan ketara dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun 2025, Pulau Pinang merekodkan pelaburan pembuatan yang diluluskan berjumlah RM12.5 billion ringgit merangkumi 86 projek yang dicatatkan oleh MIDA dan dianggarkan akan mewujudkan sebanyak 11,116 peluang pekerjaan baharu. Daripada jumlah ini RM10.5 billion ringgit adalah pelaburan langsung asing, manakala RM2.0 billion adalah pelaburan langsung domestik.
Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pelbagai langkah persediaan dari segi infrastruktur dan penyediaan ruang yang kondusif bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri kita. Antara inisiatif utama yang telah dan sedang dilaksanakan adalah pembangunan taman-taman industri baharu yang lengkap dengan infrastruktur bertaraf antarabangsa seperti Taman Teknologi Bandar Cassia, Batu Kawan Industrial Park 3 dan Penang Science Park South. Pada masa sama Kerajaan Negeri tetap komited memastikan pembangunan ekonomi ini berjalan seiring dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui pelaksanaan pelbagai program yang diterajui oleh Penang Green Council dan kos banyak RM424,000.00 ringgit antaranya Penang Green Data Programme, Penang Energy Study dan Penang Green Industry Programme yang diharapkan dapat memperkukuh ekosistem pelaburan negeri, menggalakkan pertumbuhan hijau serta memacu Pulau Pinang ke arah menjadi negeri pintar, mampan dan berdaya saing di peringkat global.
Pulau Pinang sering dilihat sebagai negeri industri, tetapi ramai yang kurang sedar bahawa negeri kita juga memiliki kawasan hijau berorentasikan pertanian mampan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan memanfaatkan Agroteknologi untuk meningkatkan hasil dan kualiti produk pertanian. Hasilnya pengeluaran padi negeri tahun 2023 mencapai 122,345 tan metrik dengan nilai RM183.5 juta ringgit. Manakala pada tahun 2024 sebanyak 116,402 tan metrik dengan nilai RM174.6 juta dicatatkan. Terkini Kerajaan Negeri menjalinkan kerjasama dengan Fujian Agriculture and Forestry University, sebuah institusi penyelidikan pertanian utama di wilayah Fujian, China untuk meneroka teknologi penanaman padi ratoon atau dengan izin “ratoon rice”. Kaedah tersebut membolehkan padi dituai sebanyak dua kali dengan hanya sekali tanaman. Sekiranya teknologi tersebut berjaya, dia akan membuka lembaran baharu dalam industri pertanian padi negara. Oleh itu, Negeri Pulau Pinang bersedia menjadi peneroka kepada pelaksanaan teknologi tersebut.
Selain itu, pengeluaran buah-buahan pada tahun 2023 merekodkan 33,560 metrik tan yang bernilai RM335.6 juta ringgit, manakala sebanyak 29,388 tan metrik bernilai RM293.9 juta ringgit dicatatkan pada tahun 2024. Hasil sayur-sayuran pula mencatatkan 10,936 tan metrik yang bernilai RM32.8 juta ringgit pada tahun 2023. Sebanyak 7,158 tan metrik yang bernilai RM21.5 juta ringgit pada tahun 2024. Menurut dapatan interim Bancian Pertanian Pulau Pinang tahun 2024, sektor ternakan muncul sebagai penyumbang terbesar nilai jualan pertanian keseluruhan Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 44% dengan jumlah sebanyak RM3.514 billion ringgit. Manakala bagi aspek pengeluaran ladang nilai hasil ternakan telah mengekalkan perolehan melebihi satu billion ringgit setiap tahun sejak 2019. Pada tahun 2024 hasil, nilai hasil ternakan menunjukkan peningkatan berjumlah RM41.54 juta ringgit mencatatkan RM1.91 billion ringgit berbanding RM1.86 billion ringgit pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini didorong oleh kenaikan harga pasaran khususnya bagi komoditi ayam, itik dan khinzir serta peningkatan pengeluaran ternakan dominan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar melaksanakan Enakmen Penternakan Negeri melibatkan industri ternakan mandiri seperti unggas dan khinzir bagi menggalakkan transformasi penternakan secara moden atau dengan izin modern farming. Penggunaan kandang dan reban tertutup atau closed house dijadikan salah satu kriteria penternakan moden bagi menyokong komitmen ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan sebanyak RM4.25 juta ringgit bagi tahun 2026.
Negeri Pulau Pinang turut menyumbang kepada pengeluaran hasil Akuakultur Negara dengan mencatatkan nilai sebanyak RM866 juta ringgit pada tahun 2024. Sektor perikanan tangkapan juga tidak kurang hebatnya kerana pada tahun 2024 sebanyak 39,441 tan metrik dicatatkan sebagai pendaratan ikan darat dan laut. Sejak tahun 2024 Kerajaan Negeri telah menerima peruntukan sebanyak RM350,000.00 bagi projek kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan Kerajaan Negeri bagi program perlepasan benih ikan ke perairan darat. Melalui program ini sebanyak 1.35 juta ekor benih udang galah, ikan baung dan ikan lampam sungai telah dilepaskan ke dalam pengairan sungai. Pada tahun 2025 pula, program ini diperhebatkan lagi dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM880,000.00 melibatkan pelepasan ke perairan laut selain perairan di darat. Selain itu Jabatan Perikanan Negeri sentiasa memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan dan kehadiran vesel tuna negara asing bagi pendaratan ikan tuna di negeri kita. Uniknya berdasarkan data tahun 2025 Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mengeluarkan lesen vesel tuna untuk 32 vesel C3 tempatan yang keluar menangkap tuna di Lautan Hindi menggunakan peralatan rawai selama 2 hingga 3 bulan dan kembali semula ke pelabuhan di Pulau Pinang untuk pendaratan.
Sehingga kini terdapat empat vesel asing dari luar negara yang mendaratkan ikan-ikan mereka pada tahun ini sebelum di eksport ke luar negara. Pada tahun lepas pula sebanyak 431 matrik tan ikan tuna telah didaratkan dan dijangka akan meningkatkan pada tahun 2025 dan 2026. Malah pemeteraian Memorandum Perjanjian atau MoA antara Asia Ocean Resources Sdn. Bhd. dengan Penang Port Sdn. Bhd. yang berlangsung pada 16 September yang lalu bakal mengubah Pelabuhan Pulau Pinang daripada menyediakan perkhidmatan kargo konvensional kepada pintu masuk strategik untuk rantaian bekalan makanan laut bernilai tinggi, sekaligus meningkatkan kedudukannya dalam industri perikanan antarabangsa. Keyakinan ini adalah selaras dengan kelulusan RP1 tahun 2026 RMKe-13 mengenai Kajian Pembangunan Pelabuhan Tuna di Pulau Pinang yang saya nyatakan tadi.
Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelancong berkualiti di rantau ini. Sehingga suku pertama tahun ini, Pulau Pinang menerima 2.1 juta tetamu hotel, meningkat sebanyak 10.2% berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2024. Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merekodkan 5.2 juta
penggerakkan penumpang. Peningkatan meningkat 5.98% berbanding tempoh sama tahun 2024. Selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan peningkatan penerbangan terus ke Pulau Pinang, Kerajaan Negeri yakin sektor pelancongan negeri akan menjadi lebih rancak pada tahun hadapan. Sejak tahun 2023 hingga 2025 sebanyak 372 program serta produk atau projek pelancongan dan ekonomi kreatif telah dilaksanakan dengan jumlah perbelanjaan melebihi RM21.0 juta ringgit. Sokongan ke atas industri pelancongan dan ekonomi kreatif akan diteruskan pada tahun 2026. Antaranya, penambahbaikan Galeri Arkeologi Guar Kepah di SPU hasil kerjasama dengan Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan juga pembukaan Galeri Seni Lin Xiang Xiong sebagai mercu tanda budaya baharu di Pesiaran di The Light yang menyuburkan semangat kreativiti. Ia bakal menjadi ruang pertemuan antara seni, pendidikan dan pelancongan sekaligus memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai hub kreatif dan destinasi warisan bertaraf dunia.
Kerajaan Negeri akan menyokong pelaksanaan 100 program pelancongan dan ekonomi kreatif dengan unjuran kos sebanyak RM7.0 juta ringgit pada tahun 2026. Fokus utama adalah untuk memastikan setiap inisiatif yang dijalankan membawa nilai tambah tinggi selari dengan matlamat untuk memperkukuh ekosistem pelancongan dan industri kreatif yang berdaya tahan. Pulau Pinang turut mencatat 2,059 acara perniagaan pada tahun 2024. Peningkatan sebanyak 240% berbanding tahun 2023 dengan 604 acara perniagaan. Bagi tempoh sehingga Ogos tahun ini 1,183 acara telah dilaksanakan di Pulau Pinang dengan unjuran impak ekonomi melebihi RM800 juta ringgit. Sekaligus memposisikan negeri ini sebagai hub konvensyen utama di Malaysia. Pada tahun 2025, Pulau Pinang menerusi Penang Convention and Exhibition Bureau, PICEB, sedang mempergiatkan promosi segmen baharu iaitu acara pameran dengan izin Exhibition melalui pembukaan Penang Waterfront Convention Centre, PWCC, mulai Oktober tahun ini. Melalui perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani antara PICEB dan KINTEX Korea lebih banyak acara pameran yang akan diadakan di Pulau Pinang pada tahun akan datang.
Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, selanjutnya di bawah tema C iaitu memperkasa rakyat bagi meningkatkan penyertaan awam, Kerajaan Negeri memberi penekanan terhadap empat inisiatif strategik iaitu membantu komuniti yang rentan dan mengurangkan ketaksamaan, meningkatkan penyertaan belia wanita dan warga emas dalam kehidupan masyarakat. Mewujudkan lebih banyak platform untuk penglibatan orang ramai dalam pembangunan sosial dan mempercepat penyampaian program dan pembaharuan institusi. Selaras dengan tema C1 di bawah kerangka Visi Penang2030
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Pendidikan dan Pengajian Tinggi kekal komited memartabatkan institusi pendidikan negeri ini sebagai hub pendidikan progresif, inklusif serta bertaraf antarabangsa. Usaha ini mencerminkan tekad Kerajaan Negeri dalam melahirkan generasi berilmu berkemahiran dan berakal mulia yang mampu menjadi pemangkin kemajuan negeri.
Sejak tahun 2023 sejumlah RM826,000.00 telah diperuntukkan di bawah jawatankuasa ini bagi melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program pendigitalan pendidikan seperti pemberian smartboard serta pelaksanaan program menangani isu keciciran belajar dan pemantapan literasi dan numerasi 3M, di seluruh Negeri Pulau Pinang. Program i-Sejahtera merupakan bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menyantuni golongan rentang dan menghargai sumbangan rakyat negeri ini pada tahun 2024 Kerajaan Negeri telah mengagihkan sejumlah RM56.24 juta termasuk bantuan pengurusan jenayah kepada jenazah kepada 286,335 penerima di bawah Program Warga Emas. Sehingga 31 Oktober 2025 Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM53.57 juta ringgit melibatkan 287,923 penerima, penerima warga emas akan tambah setiap tahun. Tahun ini siapa akan layak, saya sudah lama layak, Air Tawar Telok Ayer Tawar tiap-tiap tahun ada tambah. Malah sebagai sebuah negeri yang cakna kebajikan Kerajaan Negeri berhasrat meneruskan program i-Sejahtera pada tahun 2026 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM65 juta ringgit bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir mahupun di pinggirkan. Bagi memperkukuh peranan Jawatankuasa Belia Pulau Pinang, JBPP, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1.39 juta ringgit pada tahun 2025 bagi tujuan pembayaran allowance serta perlaksanaan program pembangunan belia.
Bagi tahun hadapan Perbadanan Belia Pulau Pinang (PYDC) bersama Jawatankuasa Belia Pulau Pinang akan terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif ini dengan sasaran penyertaan 40,000 belia menjelang tahun 2027 seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing berwawasan dan berjiwa kepimpinan. Umum mengetahui bahawa Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga (JPWK) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang, PWDC, merupakan satu-satunya struktur rasmi di bawah Kerajaan Negeri di Malaysia dengan keahlian 15 wanita di setiap KADUN jumlah keseluruhan JPWK di Pulau Pinang kini mencecah seramai 600 orang.
Menyentuh mengenai negeri menua atau aging state Kerajaan Negeri cakna akan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan pada tahun 2024 seramai 8% penduduk Pulau Pinang adalah berusia 65 tahun ke atas sekaligus meletakkan Pulau Pinang antara negeri menua dalam negara. Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui MBPP telah melancarkan Inisiatif Bandar Mesra Usia atau Age Friendly City. Inisiatif sama akan diperluaskan ke kawasan Seberang Perai bermula tahun ini yang mana sejumlah RM403,800.00 telah diperuntukkan bagi pelaksanaannya dan ia akan disalurkan secara berperingkat mula tahun 2025 hingga 2028.
Kerajaan Negeri terus komited dalam usaha mewujudkan lebih banyak platform atau ruang penyertaan awam membabitkan pembangunan sosial melalui pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender atau DKG yang kini memasuki fasa kedua pelaksanaannya di bawah hala tuju DKG 2019 ke 2030. Dasar ini digerakkan bagi memastikan prinsip kesaksamaan gender di integrasi dalam semua dasar perancangan dan pelaksanaan di peringkat negeri serta PBT. Antara teras utama pelaksanaan dasar ini ialah Bajet Penyertaan Rakyat dan Responsif Gender, GRPB, yang menekankan penglibatan aktif rakyat dalam proses perancangan bajet agar lebih berorientasikan keperluan sebenar masyarakat melalui pelaksanaan GRPB pelbagai bengkel sesi dialog dan program libat urus bajet rakyat telah dijalankan bagi menggalakkan penyertaan komuniti dalam rangka bajet di peringkat Kerajaan Tempatan. Pulau Pinang kini menjadi perintis dalam pendekatan ini malah model GRPB yang dilaksanakan di negeri ini telah diiktiraf sebagai amalan terbaik di Malaysia dan dirujuk oleh agensi serta PBT dari negeri-negeri yang lain. Usaha ini bukan sahaja memperkukuh dasar inklusif negeri malah memperlihatkan kepimpinan Pulau Pinang dalam menggalakkan rakyat sebagai rakan kongsi pembangunan sosial ekonomi yang mampan.
Menerusi iltizam untuk merealisasikan Visi Penang2030 dengan membentuk persekitaran yang selamat untuk semua Kerajaan Negeri melalui PWDC kekal komited dalam menangani ketaksamaan gender dan keganasan keluarga melalui pelaksanaan Dasar Keluarga Selamat atau DKS sejak 5 tahun yang lalu. Dasar ini telah berjaya melatih seramai 2,086 individu dan 536 First Support Point terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan komuniti malah 69 anggota Polis turut dilatih untuk meningkatkan kecekapan barisan hadapan dalam mengendalikan kes keganasan rumah tangga. Lebih membanggakan usaha kita melalui kerjasama PWDC dengan Unit Pengurusan Maklumat Geospatial atau PEGIS telah menghasilkan aplikasi mudah alih
Penang Stops Violence bagi memudahkan mangsa mengenal pasti First Support Point terdekat dan aplikasi berkaitan telah menerima pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi anugerah Geospatial World Excellence Award 2023 dan The World Summit On The Information Society Prices 2025.
Selain itu kempen kesedaran awam seperti Penang Goes Orange yang kini memasuki tahun kedua belas berperanan sebagai tunjang penting dalam membina komuniti yang selamat dan lestari. Sejak Pilihan Raya Negeri tahun 2023 Kerajaan Negeri terus menggiatkan usaha reformasi institusi dan kekal komited dalam memperkasa pembangunan agama Islam melalui Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 yang berpaksikan lima teras utama iaitu Pembangunan Sosial Ekonomi, Pembangunan Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Pembangunan Anak Muda, serta Pembangunan Dakwah dan Tarbiyah. Dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui pembangunan seimbang antara kemajuan fizikal dan spiritual antara keutamaan yang diberikan perhatian ialah usaha membangunkan masjid di seluruh negeri bagi memenuhi keperluan rakyat Islam terhadap kemudahan ibadah yang kondusif serta selamat.
Usaha membangunkan masjid dilaksanakan melalui peruntukan kewangan tahunan bantuanpenyelenggaraan, pembangunan prasarana, serta sokongan terhadap aktiviti dakwah dan pendidikan di masjid seluruh negeri. Komitmen ini dibuktikan melalui peruntukan dan perbelanjaan bagi setiap projek pembinaan dan pengubahsuaian masjid serta surau di Pulau Pinang bagi tempoh tahun 2023 hingga 2025.
Pada tahun ini lima buah masjid telah siap dibina iaitu Masjid Papan, Masjid Taman Sungai Dua Utama, Masjid Bandar Cassia, Masjid Sungai Kecil Nibong Tebal dan Masjid Mengkuang Titi dengan jumlah komitmen Kerajaan Negeri sebanyak RM9.8 juta ringgit. Selain itu, Masjid Bandar Putra Bertam juga dijangka siap pada tahun ini dengan peruntukan RM2 juta ringgit manakala tiga buah masjid lagi sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2026 dan 2027 nanti. Iaitu Masjid Lama Sungai Bakap dengan jumlah peruntukan RM6 juta ringgit, Masjid Cherok Tok Kun Bawah RM4.5 juta ringgit dan Masjid Permatang Tinggi RM3.5 juta ringgit. Kerajaan Negeri juga merancang membangunkan sebuah Masjid Bandaraya di tapak Smart City Campus Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) di Bandar Cassia Batu Kawan.
Pada tahun ini, Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan kerja-kerja awalan yang meliputi siasatan dan pengukuran tanah serta penyediaan reka bentuk masjid. Pada tahun 2025, fokus utama turut diberikan kepada pembangunan Sekolah Agama Rakyat, SAR, keseluruhan kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melibatkan dua buah SAR yang akan siap dibina iaitu di Cherok Tok Kun, SPT dengan perbelanjaan RM3.85 juta dan di Seberang Perai Utara iaitu di Telok Ayer Tawar RM4.01 juta ringgit sementara itu tiga buah SAR lagi sedang dalam fasa pembinaan iaitu di Kampung Selamat, SPU di Taman Berjaya Nibong Tebal, SPS dan di Masjid Bandar Baharu Ayer Itam Daerah Timur Laut. Jumlah peruntukan ketiga-tiga projek berkaitan adalah sebanyak RM15.07 juta.
Sebagai sebuah negeri harmoni yang turut meraikan ke pelbagaian agama pelbagai perayaan utama program eksplorasi rumah ibadat dan sesi dialog antara agama telah diadakan secara berterusan. Selain itu, sambutan Penang Harmoni dan pengenalan Streets of Harmony baharu di Bukit Mertajam turut dilaksanakan. Manakala, sebuah lagi Streets of Harmony baharu telah diperkenal di Bayan Baharu. Secara keseluruhan Kerajaan Negeri memperuntukkan sekurang-kurangnya RM5 juta ringgit bagi menyokong program dan projek infrastruktur Rumah Ibadat Bukan Islam, di Pulau Pinang tidak termasuk peruntukan di bawah Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Bukan Islam berjumlah RM150 ribu ringgit dan Akaun Amanah RIBI. Sehingga September 2025, sebanyak 77 RIBI telah menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program dan projek naik taraf.
Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah tema (D) melabur dalam persekitaran terbina bagi menambah baik daya pemulihan, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada empat inisiatif strategik, iaitu mengimbangi pembangunan melalui perancangan ruang yang berkesan mengukuhkan mobiliti hubungan dan infrastruktur digital mengintegrasikan perkhidmatan perbandaran dengan teknologi pintar dan melaksanakan rancangan penyesuaian perubahan iklim. Pulau Pinang akan terus memaju pembangunan dengan pendekatan yang berdaya tahan terhadap cabaran global terutamanya isu perubahan iklim yang kini mengancam negeri dengan kejadian banjir, kemarau dan tekanan ekologi marin.
Justeru, Kerajaan Negeri telah menetapkan hala tuju pembangunan ke arah Bandar Berdaya Tahan atau Resilience City melalui inisiatif alam perancangan strategik dan projek infrastruktur inovatif. Usaha-usaha utama seperti Penang Nature-Based Climate Adaptation
Programme, pertanian bandar, penanaman pokok berskala besar termasuk pembangunan strategik seperti Pulau Silikon bakal memastikan Pulau Pinang bergerak ke arah persekitaran yang lebih lestari dan tangkas selari dengan Visi Penang2030. Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia akan terus beriltizam sebagai peneraju perancangan bandar dan desa dengan memperkukuh tadbir urus serta kerangka perundangan pembangunan. Kerajaan Negeri telah mencapai kemajuan signifikan dengan kelulusan lapan garis bantuan perancangan baharu oleh Jawatankuasa Perancang Negeri sehingga Julai 2025 termasuk garis panduan Managed Industrial Park dan Laluan Kenderaan Micromobiliti.
Di samping itu, kajian semula dokumen perancangan utama sedang giat dilaksanakan, merangkumi Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 dan penyediaan Rancangan Tempatan serta Rancangan Kawasan Khas. Rancangan Struktur Negeri 2040 ini akan mengambil kira dasar perancangan terkini dan menyelaraskan projek berimpak tinggi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan projek Pulau Silikon. Saya juga ingin membentangkan kemajuan yang telah dicapai dalam projek pembangunan strategik negeri iaitu Pembangunan Pulau Silikon. pembangunan Pulau Silikon yang berkeluasan 2,300 ekar terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan. Kerja-kerja tambakan yang dimulakan pada September 2023 telah meliputi keluasan sebanyak 250 ekar sehingga akhir Oktober ini. Tanah yang disiap ditambak, kini sedang dimampatkan bagi membolehkan tapak dijual mengikut Pelan Perancangan Kemajuan yang diluluskan. Projek ini dilaksanakan dalam 2 Fasa dengan Fasa 1 melibatkan keluasan 1,260 ekar dan dijangka siap pada tahun 2030, disusuli oleh Fasa ke 2 yang berkeluasan 1,300 ekar. Bagi Fasa 1 tapak-tapak kritikal yang dijadualkan siap pada akhir tahun ini juga dan suku pertama tahun 2026 termasuk tapak Depo LRT Laluan Mutiara yang perlu dibina di Pulau Silikon. Dua, tapak loji Indah Water Konsortium seluas 16 ekar dan Ketiga, sebahagian kawasan industri Green Tech Park berkeluasan 100 ekar. Ini adalah projek-projek keutamaan yang perlu disiapkan dalam tempoh yang saya nyatakan tadi. Manakala, tapak-tapak strategik lain seperti tapak rumah mampu milik seluas 21 ekar, tapak masjid, kawasan Heart of The Island serta tapak Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri akan disiapkan sepenuhnya antara suku keempat tahun 2026 hingga 2030. Bagi menjaminkan kelancaran kerja infrastruktur dan pembangunan pembinaan jambatan sementara yang menghubungkan Pulau Pinang Selatan dengan Pulau Silikon telah disiap sepenuhnya. Selain itu, kerja pembinaan jambatan kekal beserta jalan masuk utama ke Pulau Silikon iaitu
Pan Island Link 2A, Fasa 1 sepanjang 1.5-kilometer dengan kos RM389 juta ringgit telah dimulakan.
Pada masa sama pembinaan Loji Rawatan IWK telah menerima kelulusan dan dijangka akan dimulakan selewat-lewatnya pada suku pertama 2026. Menyentuh mengenai komitmen Kerajaan Negeri berhubung penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat negeri ini. Perkhidmatan bas merupakan salah satu perkhidmatan pengangkutan awam yang amat dititik beratkan oleh Kerajaan Negeri. Antara program utama yang diteruskan adalah perkhidmatan dua laluan bas percuma CAT Bridge, empat laluan BEST KOMTAR, perkhidmatan bas Central Area Transit, CAT, George Town, manakala penambahan laluan baharu iaitu CAT Hospital akan mula beroperasi mula 1 Januari 2026. Kerajaan Negeri juga sekali lagi akan meneruskan pembiayaan Pas Mutiara pada tahun hadapan, menjadikan semua laluan bas awam termasuk Rapid On-Demand adalah percuma di Pulau Pinang melalui penggunaan Pas Mutiara.
Secara keseluruhannya, pada tahun ini sejumlah RM12.3 juta ringgit telah diperuntukkan sebagai subsidi Kerajaan Negeri dalam sektor pengangkutan awam. Kerajaan Negeri juga amat komited terhadap Pelan Pengurusan Impak Sosial atau SIMP dan sukacitanya melaporkan bahawa janji-janji kepada komuniti nelayan telah ditepati, malah dilaksanakan secara berterusan. Sebagaimana yang dijanjikan bayaran ex-gratia secara tunai berjumlah RM11.9 juta ringgit telah disalurkan kepada 795 nelayan layak dari Tahap 1 dan Tahap 2. Kerajaan Negeri juga ingin menegaskan bahawa bantuan bot baharu yang bersaiz 27 kaki panjang lengkap dengan enjin dan peralatan menangkap ikan telah disempurnakan sepenuhnya kepada 77 nelayan dari Unit Permatang Tepi Laut. Penyerahan bot bagi baki 3 unit ni iaitu Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul sedang dilaksanakan dan dijangka selesai sepenuhnya pada suku pertama tahun 2027. Sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab kesemua sembilan unit nelayan terlibat telah menerima bantuan ex-gratia manakala kesemua empat unit layak nelayan dari tahap satu akan menerima bot dan enjin berserta peralatan menangkap ikan walaupun Kerajaan Negeri kini hanya melaksanakan tambak sebuah pulau sahaja berbanding sebelum ini yang melibatkan tiga pulau.
Walaupun sudah dikurangkan dua pulau, SIMP seperti dijanji pada awalnya masih berjalan dengan penuhnya. Dalam pada itu 14 daripada 61 bangsal nelayan bernilai RM1.039 juta telah diserahkan kepada nelayan kawasan Kampung Binjai. Bangsal-bangsal
ini dibina dengan struktur yang lebih kukuh beserta kemudahan menambat bot. Penyerahan baki bangsal yang melibatkan anggaran kos RM4.22 juta ringgit kepada nelayan Permatang Tepi Laut dan Kampung Binjai akan disiapkan secara berfasa menjelang tahun 27. Dalam usaha meningkatkan kemudahan masyarakat tempatan sebuah bangunan gantian baharu pusat kegiatan desa di Permatang Tepi Laut dengan kos RM900 ribu ringgit telah disiapkan dan diserahkan. Kemudahan ini akan digunakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS, Pulau Pinang sebagai tadika, pusat perkhidmatan digital dan kelas jahitan. Selain itu, kerja perancangan akhir sedang dilaksanakan bagi membina Medan Selera Matang di Permatang Tepi Laut dan kemudahan ini merangkumi antara lain 10 gerai perniagaan termasuk restoran, sebuah dewan MPKK dan kawasan riadah. Sebagai makluman, di kawasan yang sama juga keseluruhan kerja-kerja pembinaan kemudahan Medan Selera Matang, tangki sedutan dan rumah pam bagi penyediaan bekalan air sementara ke Pulau Silikon sebagaimana ketetapan PBA berserta kerja-kerja tanah di Permatang Tepi Laut akan melibatkan kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM36 juta ringgit.
Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, menyentuh mengenai agenda Transformasi Digital Kerajaan Negeri meneruskan komitmen melalui penaiktarafan sistem makluman Geografi, GIS, SMARTPLAN di bawah Penang GeoHub yang kini membuatkan 18 modul termasuk SMART Industri dan SMART Penang Bay bagi merangka dasar perancangan yang lebih mantap. Selain itu, BluePrint Bandar Pintar Negeri Pulau Pinang sedang disiapkan untuk mengganti dokumen terdahulu dan mengaplikasikan komponen Bandar Pintar bagi meningkatkan kualiti hidup pertubuhan ekonomi serta persekitaran yang mampan menjelang 2030. Kerajaan Negeri juga telah melancarkan Pelan Induk Perindustrian Negeri Pulau Pinang 2030 membuktikan komitmen untuk meningkatkan rantaian nilai sektor perindustrian dan mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini. Dalam pada itu Creative Digital District merupakan kawasan berpusat di Gat Lebuh China yang diwujudkan bagi menghidupkan semula kawasan teras bandar Pulau Pinang serta membentuk sebuah daerah inovasi berteraskan teknologi digital dan industri kreatif. Pada tahun 2022 kawasan seluas 114 ekar ini telah berkembang pesat dengan kehadiran pelbagai institusi dan syarikat termasuk Fakulti Teknologi Digital, Wawasan Open Universiti, Digital Penang, 42Penang, Finexus, Penang Science Cluster, Rekayu, Think City Sdn. Bhd., MDEC, Pejabat Zon Utara, dan TS Cloud Sdn. Bhd. Pelaksanan Creative District ini turut diperkukukan melalui pelbagai program pembangunan digitalisasi usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana, PMKS, bengkel teknikal serta inisiatif kolaboratif antara Agensi Kerajaan dan sektor swasta bagi
memperkukuh keupayaan syarikat teknologi bermula tempatan. Inisiatif ini terus berkembang secara dinamik dengan penyertaan komuniti kreatif digital dan teknologi bagi mewujudkan ekosistem inovasi yang mampan serta berdaya saing dan seterusnya memberi manfaat kepada syarikat teknologi pemula, PMKS, syarikat digital serta rakyat Pulau Pinang keseluruhannya.
Kerajaan Negeri melalui Digital Penang telah membangunkan Pelan Induk Ekonomi Digital atau Digital Economy Master Plan, DEMP, 2025, 2030 untuk membentuk masyarakat terhubung, kreatif dan berdaya saing, di samping menyokong agenda strategik negeri terutama dalam meletakkan Pulau Pinang sebagai IC Design Hub di Asia Tenggara. Keberkesanan DEMP ditentukan oleh beberapa indikator utama seperti berikut pertama meningkatkan sumbangan KDNK Pulau Pinang daripada RM116 ringgit bilion pada tahun 2023 kepada RM156 bilion ringgit menjelang tahun 2030.
Kedua, meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada 35% daripada KDNK Pulau Pinang menjelang tahun 2030. Ketiga, menarik pelaburan digital sehingga RM20 bilion dan pelaburan pembuatan semi konduktor maju sehingga RM13 bilion menjelang tahun 2030. Dan keempat, meningkatkan pendapatan medium isi rumah Pulau Pinang sebanyak kira-kira 17% kepada 7,700 menjelang tahun 2030.
Kelima, mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan digital baharu dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja sebanyak 30%. Dan keenam, mengurangkan intensiti tenaga sebanyak 25% dan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui kepada 10%. Bagi mengukuhkan mobiliti dan infrastruktur digital, Penang Internet Exchange atau, PIX, telah ditubuhkan untuk meningkatkan kelajuan data internet dan kualiti sambungan digital. Bagi tahun 2026, Kerajaan Negeri melalui Digital Penang akan memberi tumpuan kepada pemupukan bakat digital dan inovasi antaranya melalui pensijilan, pengujian, perisian dan di samping itu, penekanan turut diberikan kepada pemerkasaan keselamatan siber dan privasi data melalui initiatif Penang Internet Exchange, dengan unjuran kos sebanyak RM300 ribu.
Kerajaan Negeri menyokong usaha MBPP untuk mengintegrasi perkhidmatan perbandaran melalui teknologi pintar pada tahun 2026. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah 3D Heritage Building Mapping, Weather Station dan Penggunaan Teknologi Geotech Lidar.
Selain itu, bagi memastikan kemajuan teknologi pintar dapat dioptimumkan secara total, Kerajaan Negeri turut menggalakkan penerapan teknologi pintar dalam kalangan syarikat pemula dan PKS. Sejumlah RM560,318.00 telah dibelanjakan dari tahun 2023 hingga Oktober 2025 yang meliputi program literasi digital, keterangkuman teknologi serta penglibatan komuniti dalam agenda transformasi digital. Sebagai tambahan, Digital Penang turut memperkenalkan aplikasi PANTAU, iaitu sebuah sistem penjejak lokasi masa nyata atau dengan izin, real time location tracking untuk kegunaan orang awam, khususnya semasa berlangsung sambutan perayaan-perayaan utama dalam negeri kita. Sehingga kini, aplikasi ini telah dimanfaatkan oleh lebih daripada 20,000 pengguna. Sementara itu, usaha untuk meningkatkan keselamatan siber dalam kalangan KADUN melalui inisiatif MyKADUN masih diteruskan dan kini telah mencatatkan rekod pelanggan melebihi 20,000 orang.
Menjelang tahun 2026, sejumlah RM790,000 akan diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif Digital Penang demi memastikan penyebaran teknologi yang menyeluruh dan inklusif dalam kalangan penduduk di negeri ini.
Sebagai sebuah negeri pesisir yang sentiasa berdepan cabaran perubahan iklim, Kerajaan Negeri terus komited memperkukuh daya tahan dan kelestarian bandar. Kerajaan Negeri terus memberi keutamaan kepada pelaksanaan perancangan adaptasi perubahan iklim secara menyeluruh, selaras dengan Teras 5 Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang serta Visi Penang2030. Inisiatif ini merangkumi pemeliharaan kawasan sensitif alam sekitar, pengawalan pembangunan di kawasan tanah tinggi serta pengukuhan dasar guna tanah berasaskan konsep Resilient City.
Melalui Projek Nature Based Climate Adaptation Programme, Kerajaan Negeri melaksanakan pendekatan berteraskan Nature Based Solutions, dengan memfokuskan kepada penghijauan bandar, pengurangan kesan haba serta pembentukan persekitaran yang lebih lestari dan berdaya huni, khususnya di Tapak Warisan Dunia UNESCO, George Town. Inisiatif ini bukan sahaja membantu menurunkan suhu persekitaran dan mengurangkan risiko banjir kilat, malah secara tidak langsung turut meningkatkan kualiti hidup rakyat secara menyeluruh. Sejajar dengan komitmen ini, Kerajaan Negeri melalui MBPP akan melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Nature Based Climate Adaptation Programme sebagai penanda aras baharu dalam transformasi ruang awam serta meletakkan Pulau Pinang sebagai perintis adaptasi iklim yang inovatif dan inklusif di Malaysia.
Bagi memperkukuh infrastruktur saliran negeri, pengurusan sumber air dan infrastruktur turut dipertingkat melalui pelaksanaan program tebatan banjir, penggunaan Manual Saliran Mesra Alam atau, MSMA, serta langkah perlindungan kawasan pesisir pantai daripada kenaikan paras air laut. Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk melindungi kesejahteraan rakyat serta memastikan Pulau Pinang kekal mampan dan berdaya tahan demi generasi akan datang.
Melalui peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM6 juta ringgit, pelaksanaan Projek Tebatan Banjir di Sungai Sanglang, Fasa 1, berperanan membantu dalam menaik taraf sistem saliran dan pembentung serta rumah pam secara berfasa. Projek ini dijangka dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan Sanglang dan sekitarnya.
Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan berjumlah RM5.1 juta ringgit di bawah Projek Tebatan Banjir Berimpak Tinggi bagi sambungan Projek Tebatan Banjir Sungai Permatang Rawa yang melibatkan kerja-kerja pemuliharaan sungai, pembinaan lintasan dan struktur outfall bagi mengurangkan risiko serta impak banjir di kawasan berisiko tinggi. Seiring dengan itu, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan State Disaster Command Centre sebagai pusat kawalan bersepadu bagi mengintegrasikan maklumat bencana antara Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA, dan agensi-agensi negeri. Integrasi ini bukan sahaja memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan meningkatkan tahap responsif bencana, malah memastikan koordinasi pengurusan bencana dan penyaluran bantuan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, tersusun dan berkesan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, berkuat kuasa 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri menerima pakai dasar pengambilan baharu penjawat awam secara Lantikan Kontrak Interim atau LKI, selaras dengan dasar Kerajaan Persekutuan. Sebagai makluman, tempoh LKI adalah selama tiga tahun atau sehingga kaedah baharu lantikan tetap berkuat kuasa, yang mana terdahulu.
Memandangkan LKI ini adalah lantikan secara kontrak, tatacara semasa menetapkan bahawa pegawai LKI dan Contract of Service hanya layak menikmati cuti sakit bergaji penuh selama 15 hari setahun. Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan pula perlu memohon kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab perubatan, yang mana tiada emolumen dibayar bagi tempoh berkenaan.
Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan inisiatif bantuan cuti sakit kontrak sebagai langkah kebajikan tambahan untuk memastikan mereka terus mendapat perlindungan sewajarnya ketika menghadapi masalah kesihatan serius. Melalui pelaksanaan inisiatif ini, pegawai LKI dan Contract of Service yang disahkan tidak dapat bertugas atas sebab kesihatan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh dipertimbangkan bayaran bantuan, dengan kadar bayaran bersama emolumen semasa pegawai bercuti. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen negeri terhadap kebajikan pegawai lantikan kontrak, di samping menzahirkan prinsip tadbir urus berteraskan kesejahteraan, empati dan keadilan sosial dalam pengurusan sumber manusia sektor awam negeri.
Di samping itu, dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, SSPA, yang telah berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024, adalah diharapkan penjawat awam seluruh Negeri Pulau Pinang lebih komited dalam memenuhi aspirasi negeri. Sesuai dengan harapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dizahirkan semasa Persidangan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 pada 15 Ogos lalu, penambahbaikan ini perlu disusuli dengan semangat ‘Perkhidmatan Awam MADANI Teras Kecemerlangan’.
Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang Mulia ini, bahawa sehingga pagi ini 14 November 2025, Kerajaan Negeri telah mencatatkan kutipan hasil iaitu anggaran yang dibentangkan tahun lepas, sebanyak RM920.15 juta ringgit. Kutipan ini telah melebihi sasaran tahun 2025 yang berjumlah RM906.59 juta, sekali gus meletakkan Kerajaan Negeri pada landasan yang tepat untuk meningkatkan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan. Dengan komitmen berterusan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri, Kerajaan Negeri optimis untuk mencapai kutipan hasil keseluruhan melebihi RM1 bilion sebelum penutupan akaun akhir tahun ini seperti mana kali terakhir yang pernah dicapai adalah pada tahun 2016, di mana Kerajaan Negeri pada masa itu mencatat kutipan hasil berjumlah RM1.029 bilion.
Maka, (gangguan) sebagai apresiasi. Pagi saya sudah cakap Johor ada tak semestinya Penang ada. (gangguan) Seluruh Anggota Perkhidmatan Awam Negeri seramai 3,954 orang, sukacita saya umumkan Bantuan Khas Kewangan, BKK sebanyak 0.75 bulan gaji (gangguan) dengan bayaran minimum RM1,000.00, it’s means quarter month, three quarter month. Selain itu, penyelia, guru Kelas Al-Quran serta KAFA, guru SRAR, guru SMAR, kakitangan SRAR, SMAR, SABK, guru tahfiz, guru pondok, guru Tadika Islam serta
guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina di Negeri Pulau Pinang seramai 3,358 orang akan turut diberi imbuhan sebanyak RM300 seorang secara one-off. Dengan pengumuman senang ini ia melibatkan implikasi kewangan RM11.49 juta ringgit, bayangkan kalau dua bulan tiga bulan. Mana Pegawai Kewangan Negeri. Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian sebelum menutup lembaran Belanjawan Negeri pada hari ini izinkan saya menegaskan sekali lagi bahawa setiap angka dan peruntukan yang dibentangkan hari ini bukan sekadar urusan fiskal semata-mata tetapi sebuah janji dan amanah. Amanah untuk memastikan setiap keluarga menikmati kesejahteraan, setiap anak muda mendapat peluang dan setiap warga negeri ini merasai nikmat pembangunan yang seimbang. Belanjawan ini adalah nadi kepada perjalanan kita menuju Visi Penang2030, sebuah negeri yang bukan sahaja maju dan makmur tetapi juga berdaya tahan berorentasikan keluarga dan berpaksikan nilai Malaysia Madani. Kita ingin membina Pulau Pinang yang bukan sekadar indah dipandang tetapi juga sejahtera untuk didiami.
Mengakhiri pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 pada petang ini marilah kita sama-sama memperbaharui tekad untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah dan dedikasi. Dengan semangat kebersamaan, marilah kita berganding bahu agar setiap dasar serta inisiatif yang dirancang dapat benar-benar memberi makna kepada kehidupan rakyat di setiap pelosok negeri. Berbekalkan semangat “Untuk Negeri Kita” saya yakin Pulau Pinang akan terus makmur dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai Visi Penang2030 menjelang tahun 2030.
Bersulam tekad di bumi bertuah, Bersama rakyat kita berjuang, Belanjawan ini janji amanah, Membina negeri, makmur gemilang.
Embun pagi menyapa bumi, Menyubur harapan di hati nurani Dengan semangat Penang2030 yang harmoni, Kita dukung gagasan Malaysia Madani.
Langit cerah tanda permulaan, Mentari terbit membawa erti, Bersama rakyat, kerajaan dan pimpinan, Kita ukir masa depan yang lestari.
Sekian, Dato’ Seri Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026 daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Sila.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini meluluskan perbelanjaan sebanyak RM318,622,100.00 sahaja yang tertera di dalam anggaran Pembangunan Tahun 2026 yang dibentangkan sebagai risalah Dewan Undangan Negeri Bilangan 4 Tahun 2025 dan menetapkan bahawa jumlah yang tersebut
Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026. Dewan DitangguhkanBill
hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2026 itu.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri saya mohon menyokong.
Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat untuk Sesi Perbahasan atas Rang Undang–Undang Perbekalan Tahun 2026 dan untuk Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026 akan kita mulakan pada 17 November 2025, hari Isnin nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dan akan kita bersidang semula pada 17 November 2025 jam 9.30 pagi. Sekian.
Dewan ditangguhkan pada jam 4:50 petang.