Pulau Pinang · 17 November 2025
15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting (Budget 2026) · 427 turns · 54,402 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina (3), Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long (Setiausaha Kerajaan Negeri)
(Pembukaan)
Bacaan doa. Doa.
Selamat Pagi Ahli-ahli Yang Berhormat.
Soalan lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bersidang semula dengan sesi soalan lisan dan saya nak menjemput Batu Lancang.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.
No.10 Senaraikan 10 negara teratas bagi ketibaan pelancong antarabangsa di
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi tahun 2025 dan
bandingkan dengan tempoh yang sama bagi tahun 2023 dan 2024.
(a) Apakah pasaran yang berpotensi untuk perkembangan yang lebih
lanjut pada masa hadapan?
Terima kasih.
Terima Kasih ADUN dari kawasan Batu Lancang yang menanyakan tentang pasaran pelancongan. Saya ingin juga menjawab bersama soalan 61 daripada ADUN Pinang Tunggal yang menanyakan perkara yang serupa.
No.61 Apakah strategi dan pencapaian Kerajaan Negeri dalam menerokai pasaran
pelancongan dari Asia Barat?
(a) Apakah inisiatif utama yang telah dilaksanakan dalam menarik
pelancong Asia Barat ini?
(b) Nyatakan hasil pendapatan pelancongan dari Asia Barat berbanding
dari Eropah, China dan India dari tahun 2020 sehingga sekarang.
Dan untuk 10 negara teratas bagi ketibaan pelancong antarabangsa di Lapangan Terbang Pulau Pinang bagi tahun 2025, mengikut turutan iaitu Indonesia, China, Singapura, Taiwan, Ireland, India, Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Jepun.
Soalan yang ditanyakan oleh Pinang Tunggal negara-negara Asia Barat tidak tersenarai dalam Top 10 iaitu mereka bukan dalam senarai 10 negara teratas dalam belakang sikit.
Dan untuk ketibaan tersebut, kalau 2025 Januari sehingga September berbanding dengan Januari-September 2023, dalam masa dua tahun ini terdapat peningkatan yang amat ketara untuk Negara China 520%, diikuti dengan India 245% dan terdapat peningkatan juga untuk negara-negara Double Digit Grove, peningkatan dua angka, United Kingdom 44%, Jepun 41%, Thailand 49%, Indonesia 12%, Australia 25% dan butiran akan saya letakkan dalam di atas meja Yang Berhormat Batu Lancang.
Pasaran yang berpotensi untuk diteroka bagi perkembangan lebih lanjut pasal masa depan ialah negara China, India, Asia Tenggara, Australia, Timur Tengah, Korea dan Jepun.
Soalan daripada Pinang Tunggal ia berkenaan dengan Asia Barat Penang Global Tourism aktif menjalinkan kerjasama promosi dengan syarikat penerbangan dan agensi pelancongan dari negara-negara seperti Arab Saudi, UAE, Qatar dan Oman. Ini termasuk penyertaan dalam Pameran Pelancongan Antarabangsa seperti Arabian Travel Mark (ATM Dubai) bagi memperkenalkan produk dan pakej Pulau Pinang, Pelancongan Pulau Pinang kepada pasaran Timur Tengah.
Pada dua tahun kebelakangan ini, perterbangan penerbangan dari Pulau Pinang ke dua bandar di Asia Barat iaitu di Doha, Qatar melalui Qatar Airways dan Dubai di UAE melalui Fly Dubai telah dilancarkan untuk pasaran Asia Barat.
Selain itu, Penang Global Tourism mempergiatkan Kempen Promosi Digital yang disesuaikan dengan keperluan pelancong Asia Barat menonjolkan elemen seperti Penginapan Mesra Muslim, Makanan Halal, Kemudahan Keluarga, Kesihatan Dan Gaya Hidup Mewah.
Kandungan promosi turut diterjemahkan kedalam Bahasa Arab dan disebabkan melalui media sosial serta portal pelancongan popular di rantau tersebut. Bagi meningkatkan daya tarikan pelancong, Pulau Pinang turut memperkukuhkan segmen pelancongan kesihatan dengan mempromosikan hospital-hospital bertaraf antarabangsa yang menawarkan kepakaran tinggi serta pakej pemeriksaan kesihatan.
Usaha ini diperkasakan melalui Kempen Kerjasama Strategik bersama syarikat-syarikat penerbangan bagi memudahkan akses dan menarik lebih ramai pelancong kesihatan dari rantau Asia Barat.
Kerajaan Negeri tidak mempunyai data terperinci berkenaan hasil pendapatan pelancongan dari Asia Barat berbanding Eropah, China dan India. Itulah jawapan kepada kedua-dua Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih.
Dato’ Seri.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Bagi Batu Lancang dulu. Nanti.
Soalan tambahan saya adalah apakah strategi yang akan digunakan oleh PETACE untuk menembusi pasaran Korea dan Japan memandangkan ketiadaan penerbangan secara terus kedua-dua negara ini.
Kita. Pulau Pinang tiada penerbangan terus, masih belum ada penerbangan terus ke Korea dan Jepun. Walaubagaimana pun, kita merancakkan aktiviti-aktiviti berkenaan dengan negara tersebut dan minggu ini kita ada satu pameran di Penang Waterfront Convention Centre, iaitu berkenaan dengan K-Beauty iaitu satu pameran tentang produk-produk kecantikan daripada Korea kerana Penang Waterfront Convention Centre ini telah ada satu arrangement dengan seorang operator dari Korea yang untuk kita akan bekerjasama dengan KINTEX untuk membawa lebih banyak persidangan ataupun convention daripada Korea untuk ke Pulau Pinang. Dengan ini, kita akan rancakkan pengisian program-program berkenaan Korea supaya meninggikan lagi kedatangan pelancong dari Korea buat masa ini mereka datang melalui Singapore ataupun Kuala Lumpur ataupun Thailand sampai ke Pulau Pinang.
Untuk Jepun pula, kita masih belum ada penerbangan terus ke Jepun. Walaubagaimana pun, kita bekerjasama dengan Malaysian Japanese Society dan juga Konsulat General Jepun ke Pulau Pinang dengan pelbagai aktiviti yang semalam baru kita habis aktiviti ‘Aki Matsuri Jepun’, kita biasa juga menganjurkan bersama masyarakat Jepun di Pulau Pinang ‘Bon Odori’ dengan Osaka Parade.
Dan kita juga membuat promosi di Penang Week di Osaka World Expo baru-baru ini, dengan pelbagai pengisian dengan ini kita menggunakan platform antarabangsa ini untuk pergi ke antarabangsa dan juga aktiviti dilangsungkan di Pulau Pinang untuk pengisian tersebut untuk menarik lebih banyak pelancong dan juga pengusaha untuk datang ke Penang untuk supaya kita meninggikan lagi kedatangan pelancong daripada Korea dan juga Jepun. Itu jawapan saya.
Terima kasih. Sila. Pinang Tunggal.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya, agak-agak apakah yang menyebabkan pelancongan Pulau Pinang kurang menjadi daya tarikan kepada pelancong Asia Barat.
Yang kedua, saya teringat dulu sebelum COVID lah. Sebelum COVID, kalau saya pi Batu Ferringhi tu even kalau di George Town, ramai kita dapati pelancong Asia Barat ni. Lani kita nampak kurang. Kenapa?
Kita juga dia bukan saja di Pulau Pinang, di Malaysia juga secara nasional juga. Statistik yang kita perolehi bahawa kedatangan pelancong yang, yang tiba, yang tiba di kurang sikit. Tetapi, data yang saya perolehi dalam masa dua tahun ini dia mungkin tak sehebat kedatangan pelancong daripada Arab, Arab Asia Barat tidak sehebat sebelum COVID. Dan dalam masa tetapi, masa data yang kita dapati daripada 2023 sampai 2025 ini, dua tahun ini menunjukkan peningkatan 22% berbanding tahun 2023.
Walaupun, kita kurang berbanding sebelum covid dan saya rasa itu perlu satu usaha nasional kerana kedatangan pelancong dari Arab kurang juga di seluruh negara berbanding dengan COVID. So, kita akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk merancakkan kempen kita kerana pelancong-pelancong Arab, mereka sememangnya Malaysia menjadi satu tempat tarikan kerana kita ada makanan halal, kita ada banyak yang tempat yang mesra muslim dan sebagainya. Dan mereka suka juga tempat-tempat eko pelancongan, pantai dan bukit dan sebagainya.
Saya rasa kita perlu mempergiatkan kempen kita, kita belum pick up lagi. Kita belum kita terhenti, tergendala oleh kerana COVID dan kita perlu pick up lebih tinggi lagi selepas covid dengan perintaan lebih banyak tenaga di perlu dicurahkan untuk semasa Arab Travel Mark yang diadakan setiap tahun. Dan saya rasa usaha yang lebih gigih peringkat nasional, perlu dilakukan untuk menarik lebih banyak pelancong dari Asia Barat untuk sampai ke Pulau Pinang dan juga ke Malaysia secara amnya.
Terima kasih kerana seterusnya saya nak jemput Batu Uban.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan nombor 11.
No.11 Apakah peranan dan perkara yang telah dilaksanakan oleh
Jawatankuasa Khas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di bawah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memperkukuh pembangunan
infrastruktur, akademik serta kebajikan pelajar di sekolah-sekolah Tamil
di negeri ini?
Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan terima kasih kepada Batu Uban kerana soalan yang ditanya itu adalah satu topik yang terlalu dekat, dekat hati saya.
Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Pulau Pinang pada asalnya, ditubuhkan oleh pengusaha ladang estet pada masa itu semasa era jajahan British. Pengusaha ladang mengambil inisiatif untuk menubuhkan sekolah-sekolah Tamil, untuk anak-anak pekerja mereka. Tujuan asalnya adalah bagi menyediakan asas pendidikan sahaja. Namun, apabila industri perla, perda, peladangan mula merosot dan banyak ladang ditinggalkan atau dijual kepada pihak lain, sekolah-sekolah Tamil yang berada di kawasan ladang turut berkesan.
Ramai pengusaha ladang tidak lagi bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan dan penyaluran dana kepada sekolah-sekolah Tamil tersebut. Akibatnya, banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Pulau Pinang terutama di kawasan luar bandar ketinggalan dari segi pembelajaran, infrastruktur dan kemudahan asas seperti bangunan sekolah yang usang kekurangan bilik darjah, makmal komputer dan peralatan pembelajaran yang moden. Bagi menangani kelemahan dan ketidakseimbangan ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk sekolah-sekolah Tamil pada masa itu semasa mantan Ketua Menteri ya, Mantan Ketua Menteri menubuhkan jawatankuasa khas ini dan diletak di bawah Pejabat Timbalan Ketua Menteri II dan jawatankuasa ini ditubuhkan lebih kurang 15 tahun yang lepas dan YB Bagan Dalam dan juga YB Batu Uban merupakan Ahli-ahli dalam Jawatankuasa saya yang memang faham apa yang kita buat di sana. Dan Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang ada jawatankuasa terkini. Saya rasa di negeri-negeri lain belum ada lagilah, cuma sekarang di Pulau Pinang kita ada jawatankuasa khas untuk sekolah-sekolah Tamil dan sehingga hari ini Kerajaan Negeri sudah hulurkan bantuan sebanyak berpuluh-puluh juta ringgit dan ini digunakan untuk inisiatif-inisiatif macam kerja penambahan infrastruktur, penyediaan makmal komputer serta program peningkatan akademik dan kemahiran digital di semua sekolah-sekolah Tamil di seluruh negeri.
Inisiatif bersepadu ini bukan sahaja telah meningkatkan mutu pendidikan Sekolah Tamil di Pulau Pinang malah turut menjadi model pentadbiran pendidikan komuniti minoriti yang berjaya di peringkat nasional, malah beberapa negeri lain turut hadir ke Pulau Pinang untuk meninjau dan mempelajari sistem pelaksanaan yang diusahakan oleh Jawatankuasa
Khas Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang sebagai contoh amalan terbaik dalam memperkasa pendidikan sekolah vernakular di Malaysia. Antara komitmen utama jawatankuasa ini adalah untuk memastikan isu status pemilikan tanah sekolah jenis kebangsaan dapat diselesaikan dan juga meningkatkan prestasi pendidikan sekolah agar tidak ketinggalan. Selain itu, antara peranan lain adalah untuk melaksanakan banyak program seperti di bawah jawatankuasa khas ini kita pun ada kursus untuk Guru Besar, Penolong Kanan dan Cikgu-Cikgu sekali, bukan sahaja infrastruktur saja. Kita penyelarasan peruntukan dan pembangunan infrastruktur, jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memastikan kita menyelaras serta menyalurkan peruntukan khas bagi pembangunan sekolah Tamil melalui geran dan tabung khas negeri.
Pada tahun 2025 sebanyak RM2.3 juta ringgit malaysia telah diagihkan kepada 28 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan 14 buah tadika merangkumi projek penambahbaikan infrastruktur latihan dan kursus pembelian peralatan sekolah serta pelbagai keperluan pelajaran. Untuk yang lain, aktiviti lain pemantauan berterusan dilaksanakan terhadap keperluan asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil termasuk naik taraf tandas, bumbung, bilik darjah, kelas tadika. Kelas tadika adalah satu item yang sangat mustahak kerana tadika sekolah Tamil merupakan feeder service. Kalau kita tidak menyalurkan bantuan yang cukup untuk sekolah tadika maka jangka masa panjang kemungkinan angka kira anak-anak murid sekolah Tamil akan kurang juga. So, kita fokus banyak pada sekolah tadika dan juga sediakan kemudahan smartboard, peralatan pembelajaran digital bagi memperkukuhkan dan memperkukuh dan melaksanakan pembelajaran Abad Ke-21. Saya rasa bangga sangat atau satu pencapaian di jawatankuasa kita, iaitu kita ada 20 sekolah Tamil di Pulau Pinang dan sekolah yang paling rendah angka murid adalah Sekolah Changkat di mana total murid adalah lebih kurang 16 orang sahaja. Tetapi sekolah itu pun ada dua smartboard untuk murid-murid. So, kesemua sekolah Tamil di Pulau Pinang hari ini mempunyai smartboard dan juga kita hantar anak-anak kita untuk kelas robotics dan banyak inisiatif IT.
Selain daripada itu pembangunan akademik dan memartabatkan bahasa Tamil. Fokus turut diberi kepada peningkatan pencapaian akademik dan usaha memertabatkan bahasa Tamil melalui pengagihan buku latihan. Kami juga menghulurkan bantuan melalui buku-buku teks dan buku-buku yang dikehendaki untuk pelajaran Tamil tambahan. Usaha ini memastikan suasana pembelajaran yang kondusif, inklusif dan saksama untuk semua pelajar. Tumpuan khusus turut diberi kepada penambahbaikan tadika dan pra-sekolah di
bawah SJKT seperti mana saya bagi tahu tadi kita menggunakan banyak juga duit untuk memastikan infrastruktur di pra-sekolah pun meningkatkan prestasinya dan juga kita bantu sekolah-sekolah itu untuk aktiviti seperti sukan di mana tahun lepas kita pun nak, kita sudah ada satu karnival sukan bersama 28 sekolah bersama, satu kali. Karnival sukan setahun sekali bersama semua sekolah. Ini dapat bawah lebih kurang 2,000 murid bersama untuk mengambil bahagian dalam karnival sukan ini. Dan ini adalah satu-satunya di mana negeri lain saya rasa belum ada lagilah. Saya masih ingat semasa saya budak-budak belum ada karnival di stadium bersama semua sekolah-sekolah, so kalini kita buat kali pertama dan dia jadi satu success story buat Pulau Pinang lah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Speaker.
Sila.
Terima Kasih Yang Berhormat Perai, saya mengalu-alukan lah semua usaha dan juga inisiatif yang telah diadakan oleh Kerajaan Negeri. Tetapi kita faham bahawa pendidikan ini adalah kuasa penuh Kerajaan Persekutuan, sebab tu saya nak tahu apakah bentuk kerjasama Kerajaan Negeri bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan penambahbaikan kemudahan infrastruktur di sekolah Tamil dan juga adakah kita menerima apa-apa jenis bantuan misalnya daripada MITRA untuk sekolah-sekolah Tamil ini. Dan yang kedua saya nak tahu juga apakah status terkini berkenaan dengan pembinaan bangunan baru SJKT Sungai Bakap. Terima kasih.
Terima kasih Batu Uban, untuk soalan pertama apakah bentuk kerajaan. Memang Kerajaan Pusat pun hulurkan bantuan juga, di Pulau Pinang kita ada kesemuanya 28 sekolah dan 6 merupakan sekolah kerajaan penuh yang lainnya bantuan kerajaan saja. So, memang daripada Kerajaan Pusat kita dapat bantuan untuk Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), tetapi cuma dana tidak cukuplah. So, dana yang Kerajaan Negeri hulurkan tu memang bantu sangatlah, sangat-sangat terutama sekali untuk Sekolah Bantuan Kerajaan yang kerajaan penuh tu tak jadi masalah juga tapi yang bantuan tak penuh punya tu memang ada kekangan. So, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasihlah kerana kalau tidak bantuan dari Kerajaan Negeri banyak benda tidak boleh dibuat di sekolah-sekolah Tamil. Untuk soalan yang kedua tadi berkenaan dengan Sekolah Sungai Bakap eh, okey, Sungai Bakap ni asal usulnya Kerajaan Pusat hulurkan bantuan sebanyak RM3.6 juta ringgit dan sedihnya kerja-kerja pembangunan dimula tetapi RM3.6 juta ringgit itu digunakan untuk foundation sahaja. Dan tambahan pula ada (VO) sebanyak RM800,000.00 yang masih hutang lagi. So, kontraktor yang buat projek itu sekarang tengah sue kita, bawa kita ke mahkamah kerana ada (VO) sebanyak RM800,000.00 yang belum dibayar. So, selagi kes mahkamah ini selesai kerja-kerja pembangunan tidak akan mula jugalah rasa saya. Tetapi walau macam mana pun saya sudah berjumpa dengan Menteri Pendidikan dan berkongsi banyak cadangan seperti nombor satu kita bayar kontraktor itu dan ambil alih projek itu dan bagi third party kontraktor, kalau tidak kita bayar RM800,000.00 itu kepada kontraktor yang sedia ada dan panggil dia sambung kerja ataupun kita pergi ke mahkamah. Yang paling senang bayar hutang terus sambung kerja. Ini cadangan saya kepada menteri, saya masih tunggu untuk jawapan. Terima kasih.
Terima kasih.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, berkenaan dengan jawatankuasa khas SJKT, kita difahamkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil tidak ada di negeri kita malah saya percaya di seluruh negara lah. Jadi soalan saya adakah jawatankuasa khas ini mengambil inisiatif untuk membantu lepasan-lepasan pelajar daripada SJKT yang transisi ke sekolah
menengah kebangsaan di mana mereka mungkin akan menghadapi kesukaran dari segi untuk cope pembelajaran dalam sekolah menengah kebangsaan. Jadi, adakah jawatankuasa khas ini mengambil inisiatif tambahan sama ada untuk mengadakan tuisyen atau sebagainya untuk membantu segmen pelajar dari SJKT yang transisi ke SMK, terima kasih.
Terima kasih, soalan yang cukup baik. Di sekolah-sekolah Tamil masalah anak-anak murid sekolah Tamil transit ke sekolah menengah adalah Bahasa Malaysia. So, di bawah jawatankuasa khas kita memang menumpukan banyak tenaga kita atas meningkatkan prestasi Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah Tamil. Kita akan ada, tahun depan kita akan ada tambahan lagi fokus untuk Bahasa Malaysia terutamanya. Dan untuk sekolah menengah tadi ya, sekolah menengah di seluruh Malaysia memang belum ada lagi, dari zaman mantan Ketua Menteri II memang kita cerita pasal ini, tapi kadang-kadang bila kita ada cadangan kita kena tengok praktikal ke tidak saja, kalau kita nak adakan sekolah menengah buat masa sekarang, saya rasa kita kena ada satu sekolah penuh berasrama kalau tidak tak cukup murid pula jadi satu masalah lagi. So, kita masih pantau lagi belum buat satu keputusan. Walau macam mana pun di kawasan Bagan kita fokus untuk tambah lagi satu sekolah Tamil iaitu akan jadi 29 sekolah di Pulau Pinang selepas kita buat. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya Air Itam. Sila
Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan nombor 12.
No.12 Apakah inisiatif atau program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri
bagi mempromosikan Pulau Pinang sebagai Hab Gastronomi serantau?
Terima kasih ADUN Air Itam atas soalan ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai Hab Gastronomi serantau melalui pelbagai inisiatif strategik yang mempromosikan kepelbagaian makanan serta warisan makanan tempatan. Antara inisiatif adalah penganjuran Penang International Food Festival (PIFF) yang kelmarin (PIFF) di Tanjung majlis penutupan merupakan acara tahunan ikonik menghimpunkan pengusaha makanan tempatan, chef terkenal dan penggiat industri bagi memperkenalkan keunikan rasa Pulau Pinang kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Selain itu, penyenaraian makanan Pulau Pinang di bawah Michelin Guide Malaysia yang menampilkan restoran serta penjaja dari Pulau Pinang turut memperkukuhkan reputasi negeri ini sebagai destinasi gastronomi bertaraf dunia. Pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan imej Pulau Pinang di peringkat antarabangsa malah memberi galakan kepada pengusaha makanan tempatan untuk mengekalkan mutu keaslian dan identiti dalam penyediaan makanan.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut telah mencalonkan 10 makanan tradisi Pulau Pinang kepada Jabatan Warisan Negara untuk diwartakan sebagai warisan kebangsaan. Antara lainnya ialah Nasi Kandar, Pasembur, Char Koay Kak, Mee Hookien, Mee Jawa, Oh Chien, Mee Udang, Mee Sotong, Kerabu Bihun dan Roti Bengali. Usaha ini bertujuan iktiraf nilai warisan makanan tempatan serta memelihara identiti Gastronomi Pulau Pinang sebagai khazanah budaya perlu diwarisi oleh generasi akan datang. Di samping itu semasa minggu Pulau Pinang di Osaka World Expo demonstrasi roti canai terbang oleh chef dari Pulau Pinang turut menjadi tumpuan utama pelancong di Pavilion Malaysia. Persembahan makanan ini bukan sahaja menunjukkan kemahiran dan kreativiti chef tempatan, malah pelancong turut berpeluang merasai keenakan roti canai secara langsung sekaligus mengalami sendiri keunikan makanan Malaysia.
Aktiviti ini berjaya memperkenalkan warisan makanan negeri kepada khalayak antarabangsa sekaligus memperkukuh penjenamaan Pulau Pinang dan Malaysia sebagai Hab Gastronomi serantau. Promosi negeri sebagai destinasi makanan turut diperkasa melalui kempen media sosial, penerbitan kandungan digital bertema makanan serta kerjasama dengan syarikat penerbangan dan media antarabangsa. Selain itu, Pulau Pinang turut menerima pengiktirafan global sebagai destinasi global gastronomi unggul platform media dan hiburan antarabangsa “time-out” telah menyenaraikan Pulau Pinang sebagai
salah satu daripada 10 bandar makanan jalanan terbaik di Asia yang wajib dicuba, dengan gambaran Pulau Pinang ini sebagai destinasi yang murah, mudah dan lazat di mana pelancong yang berkunjung ke syurga makanan ini tidak akan pernah berasa lapar. Selain itu, media National Geographic telah menobatkan Pulau Pinang sebagai salah satu pulau terbaik di Asia Tenggara kerana keunikan makanan tempatan menekankan bahawa tiada destinasi lain dirantau ini yang mampu menandingi kekayaan pengalaman gastronomi Pulau Pinang. Itu jawapan saya, terima kasih.
Lapar.
Memang lapar Dato’ Seri. Soalan tambahan saya kepada Paya Terubong. Terima kasih atas huraian yang telah diberikan tadi, soalan tambahan saya adalah apakah strategi tambahan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menonjolkan Pulau Pinang sebagai hab gastronomi lagi.
Kerajaan Negeri melalui Georgetown World Heritage Incorporated sebenarnya jawapan bertulis telah dibekalkan kepada ADUN Kawasan Batu Lancang, soalan berkenaan dengan makanan. Georgetown World Heritage Incorporated sedang dalam penyediaan strategi untuk mengangkat gastronomi makanan Pulau Pinang dalam senarai UNESCO Creative Cities of Gastronomy. Dua orang pakar warisan tidak ketara yang sekarang berkhidmat di GTWHI dalam proses menyediakan dokumen strategi dan bakal menyediakan kerja-kerja penyediaan dokumen berkenaan di bawah seliaan saya, kita cuba untuk lihat untuk bagaimana kita mengangkat makanan atau gastronomi Pulau Pinang ke status UNESCO Creative Cities of Gastronomy. Itu jawapan saya.
Terima kasih dan seterusnya saya nak mohon Pinang Tunggal.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Sudah baca harap balas, soalan saya nombor 13.
No.13 Terdapat kawasan parkir yang luas berhampiran Jambatan
Merdeka, Bumbung Lima (sempadan Pulau Pinang dan Kedah) yang telah
terbiar sekian lama.
(a) Nyatakan status terkini dan apakah rancangan Kerajaan Negeri
terhadap kawasan parkir tersebut?
(b) Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina
replika sebagai salah satu daya tarikan pelancong di
kawasan tersebut?
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Pinang Tunggal. Untuk jawab soalan daripada Pinang Tunggal, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah melaksanakan projek mercu tanda Fasa 1 yang turut merangkumi pembangunan parkir di kawasan tersebut. Projek tersebut telah dilaksanakan menggunakan peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kerajaan Negeri buat masa kini tiada perancangan lanjut bagi kawasan parkir tersebut di mana tanah tersebut di bawah pejabat Pengurusan Lembaga Sungai Muda iaitu PLSM. Untuk menjawab soalan yang kedua di mana cadangan pembinaan sebuah replika feri pernah dicadangkan dalam pelaksanaan projek mercu tanda Fasa 2. Namun projek tersebut tidak diteruskan memandangkan tiada peruntukan daripada KPKT. Kerajaan Negeri buat masa ini tiada perancangan untuk meneruskan projek tersebut memandangkan tumpuan diberikan untuk pelaksanaan projek-projek kritikal terlebih dahulu. Terima kasih.
Tambahan ya. Terima kasih YB EXCO. Cuma saya difahamkan sedikit masa dulu memang ada cadangan untuk buat satu replika dan tender telah dikeluarkan. Saya mahu penjelasan kenapa tender ditarik balik?
Terima kasih daripada Pinang Tunggal. Apa yang saya maklum di sini di mana peruntukan daripada KPKT tidak diluluskan dan tender untuk replika feri yang dicadangkan di mana peruntukan itu telah disalurkan untuk buat projek-projek kritikal. Di mana kita perlu tumpuan seperti yang saya jawab sebentar tadi, tumpuan diberikan untuk pelaksanaan bagi projek-projek kritikal dahulu di mana replika feri telah dibina di atas inisiatif oleh Bagan Dalam dan juga Parlimen Bagan di Kawasan Bagan yang telah dirasmikan pada bulan Januari 2025. Dan saya akan usaha lagi sekiranya memang kita ada, saya faham sebagai wakil ADUN Kawasan memang selalu akan memajukan kawasan anda di mana memang ada MBSP mempunyai cadangan untuk membina mercu tanda ‘Selamat Datang ke Pulau Pinang’ iaitu di sempadan negeri di Bumbung Lima melalui draf Pelan Induk Landskap 2025-2035 yang dijangka akan dilancarkan pada Disember 2025. Ia bukan sahaja dapat mengindahkan persekitaran malah akan menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan luar ke Seberang Perai dari aspek pelancongan dan jangkaan ataupun anggaran kos untuk pembinaan mercu tanda ini adalah sebanyak RM150,000.00. Saya harap dengan Pinang Tunggal sabar kita akan buat perancangan di mana di sempadan negeri Kedah, Perak memang kita akan untuk membina satu mercu tanda. Terima kasih.
Soalan... (gangguan)
Ada lagi.
Ada lagi? Sila.
Saya terima kasih atas penjelasan YB EXCO. Saya ucap terima kasih. Cuma apa yang saya nak harapkan sebab mercu tanda ini penting untuk imej Pulau Pinang sebab satu-satunya Jalan Persekutuan, jalan tulah. Dan setakat ni di Pinang Tunggal tak ada lagi tarikan pelancongan so saya harap ini akan jadi satu benchmark lah.
Saya mengambil baik cadangan daripada Pinang Tunggal harap projek-projek kalau dibawa Kerajaan Negeri, Pinang Tunggal sokong sepenuhnya. Terima kasih.
Terima kasih dan saya nak jemput Berapit. Sila.
Terima kasih Yang di-Pertua Speaker. Soalan saya soalan 14.
No.14 Apakah pencapaian serta strategi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam
mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pilihan untuk industri perfileman
dan program hiburan televisyen?
Terima kasih ADUN Berapit yang menanyakan tentang industri perfileman dan program hiburan di televisyen di Pulau Pinang. Antara pencapaian Kerajaan Negeri dalam mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pilihan untuk industri perfileman dan program hiburan televisyen adalah dengan menerima kehadiran produksi Miss Hong Kong Pageant 2025 dan produksi rancangan variasi terkenal Mr. Player yang menjalani penggambaran di
Pulau Pinang. Produksi Miss Hong Kong Pageant 2025 telah menjalankan pengambaran di Pulau Pinang buat julung kalinya dalam sejarah 80 tahun. Ini merupakan hasil kerjasama strategik bersama syarikat penerbangan HK Express dan syarikat TVB. Langkah ini susulan lawatan promosi pelancongan ke Hong Kong pada Jun 2025 yang turut membawa kepada peningkatan penerbangan terus Hong Kong ke Pulau Pinang kepada dua kali sehari bermula 26 Oktober 2025.
TVB sebagai penerbit televisyen berbahasa Cina terkemuka dengan capaian global telah memperkenalkan keindahan landskap warisan budaya dan daya tarikan moden Pulau Pinang kepada jutaan penonton antarabangsa. Kehadiran 14 finalis serta 2 pelakon popular Benjamin Yuen dan Moon Lau bukan sahaja memperkukuh hubungan pelancongan serantau malah mempertingkatkan penjenamaan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dan penggambaran bertaraf antarabangsa. Produksi rancangan variasi terkenal Mr. Player juga telah menjadi penggambaran selama 4 hari di Pulau Pinang. Program popular dari Taiwan ini terkenal dengan cabaran permainan menarik, kejutan lucu serta barisan selebriti terjenama seperti Jacky Wu, Kuo Hsien Ma dan Tsai Wei Lin. Penggambaran ini memperkukuh lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan penggambaran antarabangsa.
Sejak awal tahun ini, Pulau Pinang telah menerima kehadiran pelbagai produksi filem dan televisyen terkemuka serta pengarah kelahiran Pulau Pinang, Mr. Sam Quah. Dengan kehadiran budaya yang kaya, pemandangan indah dan kepelbagaian gastronomi, Pulau Pinang menjadi pilihan untuk penggambaran dan cara ini di lokasi ikonik seperti Padang Kota Lama dan Street of Harmony. Penggambaran Mr. Player telah mempromosikan Pulau Pinang kepada penonton antarabangsa. Menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini serta merancakkan ekonomi tempatan. Rancangan ini telah mencatat lebih 1.0 billion tontonan di youtube dengan lebih 15.5 juta pelanggan. Dijangka meningkatkan profil Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama Asia Tenggara serta memperkukuhkan sektor ekonomi kreatif negeri. Kerajaan Negeri akan terus membuka pintu kepada produksi dalam dan luar negara untuk menjadikan Pulau Pinang destinasi pilihan industri perfileman dan ekonomi kreatif. Itu jawapan saya.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong. Memandangkan industri perfileman ini datang begitu, datangkan manfaat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang jadi saya ingin tanya, apakah perancangan kerajaan dalam merancakkan usaha ini dan apakah kemudahan kerajaan yang akan diberikan untuk menarik lebih pengambilan filem dan tv show di Pulau Pinang. Terima kasih.
Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism selalu bekerjasama dengan syarikat perfileman ataupun tv show ini kerana apabila penggambaran dilakukan di Pulau Pinang, pelbagai kemudahan apa, penutupan jalan, penggunaan bangunan dan sebagainya perlu ada kelulusan Authority. Oleh itu, Penang Global Tourism sedia membantu syarikat-syarikat perfileman tersebut untuk mendapatkan kelulusan sedemikian. Selain itu juga baru-baru ini juga delegasi Kerajaan Negeri juga telah melawat ke Hong Kong, kita telah pergi berjumpa dengan dua TV Station yang terkemuka di Hong Kong iaitu TVB dan View TV untuk berbincang untuk melakukan perbincangan supaya apabila syarikat TV-TV Station ini ataupun mereka ingin melakukan penggambaran di Pulau Pinang kita boleh bersedia memberikan kemudahan dan sebagainya. Dan kita memang komited, bukan sahaja untuk syarikat perfileman antarabangsa, syarikat perfileman tempatan juga kalau dari Pulau Pinang dari Malaysia dari serantau ini yang ingin mengadakan penggambaran di Pulau Pinang kita sedia membantu kerana perfileman dan sebagainya dia membantu mengangkat naik nama Pulau Pinang dengan pemandangan dengan bangunan-bangunan dan akan membantu kita membuat publisiti dan promosi ke seluruh dunia. Dan saya rasa inilah approach ataupun pendekatan yang kita guna buat masa ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih dan saya nak jemput Seri Delima. Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke 15.
No.15 Apakah pencapaian Kerajaan Negeri dalam menarik penganjuran konsert ke
Pulau Pinang dan apakah impak limpahan ekonomi yang terhasil kepada
negeri ini hasil daripada penganjuran konsert-konsert tersebut?
Terima kasih ADUN Seri Delima yang menanyakan tentang penganjuran konsert. Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai satu destinasi concert tourism ataupun pelancongan konsert iaitu bentuk pelancongan di mana pelancong datang khas untuk menghadiri pertunjukkan muzik secara langsung. Beberapa lokasi utama boleh digunakan untuk penganjuran konsert dan acara besar antara lainnya Padang Kota Lama, Setia SPICE Convention Centre dan SPICE Arena. Namun begitu kapasiti lokasi penganjuran yang akan terhad merupakan kekangan untuk penganjuran konsert berskala mega di Pulau Pinang. Pembukaan Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) baru-baru ini yang boleh memuatkan sehingga 10,000 pengunjung konsert, berpotensi menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak konsert terkemuka dianjurkan di negeri ini. Dengan tersedianya lokasi konsert seperti SPICE Arena, beberapa konsert artis terkemuka tanah air dan antarabangsa telah dan akan diadakan di Pulau Pinang. Dan antaranya konsert yang terkenal dilakukan, 'Jilid Akhir: Ella Puteri Kota' berlangsung pada 28 Oktober 2023 di SPICE Arena dengan kehadiran kira-kira 14,000 penonton dan konsert Afghan Live in Penang 2024 pada 28 Disember 2024 di SPICE Arena.
Selain itu, Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan stesen-stesen radio untuk penganjuran konsert di negeri ini. Antara lainnya ialah konsert After Work Fest 2025 oleh Stesen Radio 988 telah berlangsung pada 26 & 27 Julai 2025 di Padang Kota Lama merupakan satu festival muzik dan hiburan berskala besar yang menampilkan artis-artis popular Malaysia dan serantau. Konsert My FM Big Show 2025 diadakan pada 27 September 2025 di SPICE Arena ialah konsert stesen radio popular yang menghimpunkan barisan artis ternama tempatan. Penganjuran konsert mampu menarik kehadiran pelancong dari luar negeri dan luar negara. Kehadiran pelancong ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan kadar penginapan hotel, perbelanjaan pelancong dalam sektor
makanan dan minuman, pengangkutan, runcit dan hiburan tempatan. Dengan penyediaan kemudahan venue dan promosi berterusan, Kerajaan Negeri terus dapat meningkatkan nilai tambahan pelancong negeri melangkaui daya tarikan sedia ada. Pendekatan ini menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan bagi pelancong yang mencari pengalaman pelancong yang pelancongan yang pelbagai iaitu experience tourism. Selain itu penganjuran acara berskala besar berupaya menaikkan profil Pulau Pinang di peringkat nasional dan antarabangsa. Memperkukuh penjenaman negeri serta berpotensi menarik pelaburan dalam sektor industri kreatif, hiburan dan pelancongan, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh. Itu jawapan saya.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong atas jawapan yang diberikan tadi. Syabaslah saya ucapkan kepada kerajaan dalam usaha untuk terus menarik penganjuran konsert di Pulau Pinang. Jadi soalan tambahan saya adalah dengan kewujudan fasiliti yang baru seperti PWCC dan juga difahamkan Dewan Seri Pinang juga bakal dinaik taraf, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memposisikan Pulau Pinang sebagai sebuah hab konsert selepas Kuala Lumpur dan soalan kedua saya adalah mengenai seorang ahli muzik berasal dari Pulau Pinang iaitu Vincent Ong yang baru-baru ini telahpun mencipta sejarah apabila beliau bertanding dalam Chopin Piano Competition di Poland dan mencipta sejarah sebagai seorang warganegara yang pertama untuk melangkah ke pusingan yang terakhir dan meraih tempat ke-5. Soalan saya adalah adakah kerajaan ada perancangan untuk menjemput beliau untuk kembali untuk mengadakan satu konsert solo di Pulau Pinang dan adakah sebarang insentif ataupun ganjaran yang akan diberikan kepada beliau memandangkan beliau telah pun mengharumkan nama negeri dan negara di persada antarabangsa. Itu sahaja.
Terima kasih Seri Delima atas soalan tersebut. Seperti yang saya kata dengan terbukanya Penang Waterfront Convention Center dan juga apabila Dewan Sri Pinang bakal
dinaik taraf kita mempunyai tempat yang baru yang menarik untuk pertunjukan-pertunjukan konsert ataupun muzik. Tetapi itu tidak boleh kita tidak boleh lawan dengan Kuala Lumpur lagi kerana kita masih hanya mampu untuk mengadakan konsert kecil dan sederhana. Kita tidak sampai kepada Konsert Mega dengan kehadiran 70,000, 80,000 penonton kerana kekangan tempat tersebut. Tetapi seperti yang tadi kata dua tempat ini apabila ia ia bakal menjadi satu tempat yang menarik untuk adakan konsert secara berskala sederhana.
Berkenaan dengan Encik Vincent Ong, Kerajaan Negeri telah mengutuskan surat, pejabat saya telah mengutuskan surat mengucapkan tahniah kepada kemenangan beliau dalam pertunjukan dan sebenarnya ada dua persatuan ataupun muzik di Pulau Pinang telah memberikan cadangan kepada saya untuk menjemput beliau datang kerana jemputan saya bukan saya seorang yang jemput tetapi ada dua persatuan muzik di Pulau Pinang yang sudi menjadi perantara untuk menyokong pertunjukan beliau di Pulau Pinang.
Salah satunya dinamakan RondoFest di Pulau Pinang kita ada setiap tahun kita ada classical music performance oleh RondoFest. Pihak penganjur RondoFest telah bagi cadangan untuk menjemput beliau kembali untuk membuat pertunjukan solo recital persembahan solo di Stonyhurst International School. Cadangan dia, cadangan oleh penganjur RondoFest. Daripada persatuan kedua ialah daripada Penang Philharmonic Orchestra. Penang Philharmonic Orchestra telah juga mencadangkan untuk mengadakan pertunjukan orkestra bersama dengan Vincent Ong. So kedua-dua pertubuhan muzik ini telah menghubungi terus dengan Vincent Ong dan harap dan memberikan cadangan-cadangan tersebut dan diharapkan beliau dapat memberikan pertimbangan terhadap kedua-dua cadangan tersebut dan Kerajaan Negeri bersedia bersama dengan kedua-dua ini untuk melihat bagaimana facilitate kembali Vincent Ong untuk memberikan pertunjukan di Pulau Pinang dan kita akan lihat bagaimana kita dapat membantu menjayakan konsert yang dicadangkan oleh kedua-dua persatuan ini. Itulah jawapan saya, terima kasih.
Terima kasih dan saya nak jemput Telok Air Tawar.
Terima kasih Dato’ Speaker. Kita bagi Paya Terubong rehat sikit. Soalan saya nombor 16.
No.16 Adalah wajar mengembalikan hak merotan pelajar kepada guru sekolah. Guru
berfungsi sebagai ibu bapa di sekolah. Apakah kerajaan tidak peka dengan
pelbagai salah laku danj enayah dilakukan oleh pelajar yang semakin
berleluasa?
(a) Kenapa sesuatu kesalahan besar/kes yang dilakukan oleh pelajar tidak
diambil tindakan segera malah dilengah-lengahkan seolah tidak
dipandang serius?
Sebenarnya Telok Air Tawar sebenarnya soalan ini saya kena tolak awal-awal lagilah. Saya lihat soalan ini memang pun kuasa kementerian. Cumalah saya sayang sama Telok Air Tawar dan saya minta ini TKM untuk jawab. Beliau juga pernah dalam bidang pendidikan.
Baik, terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Air Tawar kerana berminat untuk mencari tentang isu berkaitan dengan adakah wajar mengembalikan hak merotan pelajar kepada guru sekolah. Ini soalan daripada Yang Berhormat Telok Air Tawar dan apakah Kerajaan tidak peka dengan pelbagai salah laku dan jenayah dilakukan oleh pelajar yang semakin berleluasa dan persoalan yang ditimbulkan oleh Telok Air Tawar kenapa sesuatu kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar tidak diambil tindakan segera malah dilengah-lengahkan seolah tidak dipandang serius. Baik.
Jawapan ini disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Jadi kuasa merotan murid masih kekal dibenarkan tidak pernah dibatalkan dan tidak pernah dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu KPM. Pelaksanaan hukum rotan
hukuman rotan ini adalah berdasarkan kepada ketetapan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 7 Tahun 2003 kuasa guru merotan murid. Menurut SPI tersebut hanya guru besar atau pengetua serta guru yang diberi kuasa secara bertulis dibenarkan melaksanakan hukuman rotan dan hanya bagi kesalahan disiplin berat. Hukuman hendaklah dilaksanakan secara berhemah, tertutup, tidak keterlaluan, serta bertujuan mendidik dan membentuk sahsiah murid bukan untuk mendera atau memalukan pelajar. Selain itu, KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang turut memperkukuh pengurusan disiplin dan sahsiah murid melalui pelaksanaan pelbagai dasar dan program seperti SPI KPM Bilangan 12 Tahun 2023 iaitu Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan yang menekankan pendekatan pencegahan, intervensi dan pemulihan, program Terjah Asrama, pemantauan mengejut bersama PDRM untuk memastikan keselamatan dan disiplin murid terjamin dan program Sahsiah Terpuji yang membentuk budaya sekolah berempati serta menolak keganasan fizikal.
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sentiasa peka terhadap cabaran disiplin semasa dan komited memastikan semua tindakan terhadap murid dilaksanakan secara profesional, beretika serta selaras dengan pekeliling dan peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru kekal berperanan sebagai in loco parentis (dengan izin) iaitu ibu bapa di sekolah yang mendidik dengan kasih sayang, disiplin dan tanggungjawab. Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengambil maklum pandangan berhubung persepsi bahawa tindakan terhadap kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar di sekolah dilengah-lengahkan. Ini satu persepsi atau tidak diambil dengan segera.
Untuk makluman, setiap laporan salah laku pelajar khususnya kesalahan berat seperti buli, pergaduhan, vandalisme, penyalahgunaan bahan dan seumpamanya akan diambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Contohnya Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 Tahun 2023, Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan serta SPI Bilangan 8 Tahun 2010 iaitu Tatacara Pengurusan Disiplin Murid Sekolah.
Setelah aduan diterima tindakan segera akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Namun begitu, setiap kes perlu melalui proses siasatan terperinci bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk mangsa, pelaku dan saksi. Proses ini melibatkan pengumpulan bukti dan kenyataan saksi, Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah bagi menentukan bentuk salah laku dan tahap tindakan.
Pelaporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang serta rujukan kepada pihak polis atau agensi berkaitan sekiranya terdapat elemen jenayah. Proses ini kadangkala mengambil masa bagi memastikan tindakan yang diambil adil dan sah di sisi peraturan serta mematuhi garis panduan KPM. Walau bagaimanapun, pihak sekolah tetap mengambil langkah segera berbentuk intervensi seperti menempatkan murid terbabit di bawah pemantauan kaunselor, menasihatkan ibu bapa dan memastikan keselamatan murid lain terjamin sementara siasatan dijalankan. Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang menegaskan bahawa semua kes salah laku berat dipandang serius dan tindakan sewajarnya sentiasa diambil. Jabatan turut memperkukuh pemantauan melalui program Terjah Asrama serta kolaborasi dengan PDRM bagi memastikan tindakan disiplin lebih pantas, telus dan berkesan.
Saya rasa cukup jelas.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker kerana kesian kat saya. Soalan saya semua ditolak. Tiga-tiga ditolak, dua-dua ditolak, satu bagi. Soalan tambahan saya jangan kacau kami jangan usik guru kami dan soalan saya apakah tindakan sebagai sekolah apabila pelajar keluar daripada dari rumah beruniform tapi mereka tidak hadir ke sekolah. Zaman kita dulu sekolah, guru disiplin dan guru kelas akan maklumkan kepada guru disiplin bahawa pelajar ini tidak hadir ke sekolah. Guru disiplin akan keluar di luar kawasan. Hari ini kita tengok ramai pelajar sekolah duduk di luar sekolah waktu sekolah dengan hisap vape. Contoh dia di Sungai Dua pun ada. Ni saya cakap contoh. Vape vape, hisap vape.
Bukan weed, vape.
Hisap vape.
Calon parlimen ni calon parlimen.
Hisap vape
Bakal calon parlimen Tasik Gelugor.
Setuju, setuju.
Saya tak hisap rokok.
Bakal calon parlimen.
Okeylah. Ini. Okey. Saya fahamlah. Ini kesayangan saya kepada Telok Air Tawar setakat inilah.
Soalan saya tak habis lagi Dato’ Speaker.
Ini lebih kepada kementerian lah. Saya pun tak nak jadikan Batu Maung sebagai Menteri Pendidikan.
Kita kalau kementerian, pendidikan mesti ada di setiap daerah negeri. di daerah. Kalau kita tak bercakap soal ini siapa nak cakap dalam Dewan Dato’ Seri.
Boleh. Boleh. Soalan sudah tau.
Bukan. Di parlimen, di parlimen. Federal is federal. State is state. Boleh cakap. How can kita. Buat apa kita datang ke sini kalau kita tidak ada bawa soalan dan jawapan apa-apa. Tak ada bermakna kita duduk dalam Dewan ni.
Okey, okey saya minta jawab. TKM.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Telok Air Tawar. Saya ingat dalam jawapan yang saya berikan tadi yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang panjang lebar, maknanya dari segi tata cara, panduan untuk menangani isu-isu yang antaranya dibangkitkan oleh Telok Air Tawar tadi. Tapi dalam konteks yang kata jangan ganggu kami apa kena tengok ucapan itu secara keseluruhannya. Jangan ambil yang itu sahaja. Tapi dalam konteks yang disebut
oleh Telok Air Tawar memang diambil pandang serius oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan kita ada PPD daerah dan sekolah dah ada guru disiplin dan juga kaunselor dan sebagaimana jawapan yang saya berikan tadi ada dalam jawapan yang saya sebutkan.
Okey. Puas. Okey ya. Permatang Pasir, saya silakan soalan seterusnya.
Dato’ Speaker, soalan saya nombor 17. Terima kasih.
No.17 Apakah kerajaan berhasrat menggantikan tapak Pasar Permatang Pauh yang diambil untuk dirikan Masjid Madani memandangkan pasar sedia ada semakin sesak dan parkir terhad?
(a) Dimanakah lokasi baharu, keluasan dan kapasiti gerai yang dirancang?
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih Permatang Pasir. Dimana soalan yang 17 saya akan jawab soalan 17 bagi Permatang Pasir dimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mempunyai cadangan untuk membina pasar awam baharu di lokasi lain iaitu di atas tanah milik Kerajaan Negeri di Lot 1272, 1273, 2051 dan sebahagian Lot 754 dan sebahagian Lot 2054 Sama Gagah, Mukim 2, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, yang berkeluasan sebanyak 8,172.2-meter persegi.
Namun demikian, permohonan pembeli milikan tanah bagi tujuan tersebut telah ditolak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKN) Bilangan 25/2025 pada 4hb September 2024 dan disahkan pada 11hb September 2024 kerana lot-lot tanah tersebut adalah diperuntukkan untuk pembinaan masjid baharu di kawasan Permatang Pauh. Susulan penolakan itu, MBSP telah meneliti semua keperluan projek dan mendapati bahawa pada masa ini tiada tapak baharu yang sesuai untuk pembangunan pasar awam yang berkenaan. Pihak MBSP akan terus mempertimbangkan dan mengkaji semua cadangan pembinaan semula pasar awam tersebut sekiranya terdapat tapak yang memenuhi keperluan dan kesesuaian pada masa hadapan. Justeru itu, Pasar Awam Permatang Pauh, iaitu Pasar Awam Sama Gagah masih beroperasi di lokasi sedia ada. Walau bagaimanapun, pihak MBSP sentiasa membuat pemantauan dan kawalan di tapak pasar tersebut bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang isu yang melibatkan orang awam tersebut termasuklah isu kesesakan yang serius dan parkir yang terhad. Sehingga kini, pihak MBSP masih belum mempunyai tapak yang memenuhi keperluan dan kesesuaian untuk menggantikan tapak pasar awam Permatang Pauh. Oleh hal yang demikian, pasar awam Permatang Pauh, pasar awam Sama Gagah masih dikekalkan di lokasi yang sedia ada iaitu di Jalan Sama Gagah, Taman Sama Gagah, Permatang Pauh, Daerah Seberang Perai Tengah. Pihak MBSP akan mempertimbangkan semula cadangan pembinaan semula pasar awam tersebut sekiranya terdapat tapak yang sesuai dan memenuhi keperluan pada masa hadapan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Dato’ Yang di-Pertua, saya agak lega sikit bila apa bila dalam mesyuarat sesi yang sudah, dikatakan telah dicadangkan tapak pasar malam Arowana itu sebagai tapak pasar yang baru. Tetapi apabila melibatkan tanah itu sudah diambil untuk apa, pembinaan masjid. Cumanya saya tanya adakah cadangan untuk menaik taraf market, market apa yang sedia ada itu, untuk keselesaan pengunjung dan juga untuk membolehkan ramai lagi yang boleh berniaga ataupun sekurang-kurangnya pasar itu saya tengok apa, dia punya jalan, jalan itu agak apa, banyak yang rosak, dan juga tidak rata disebabkan oleh akar pokok. Kemudian ada juga yang bumbung yang bocor. Jadi saya minta apa, pihak MBSP dapat memantau juga lah dari segi apa, dari segi maintenance pasar tersebut. Baik.
Terima kasih Permatang Pasir. Saya ambil maklum tentang yang dibangkitkan oleh Permatang Pasir berkaitan dengan pasar awam sedia ada, keadaan pasar awam sedia ada, saya akan minta MBSP untuk buat lawatan dan kita lihat setakat mana yang kita boleh membantu untuk menaik taraf pasar yang sedia ada. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan Jawi. Adakah perancangan untuk tambahkan pasar awam di daerah Telok Ayer Tawar, di Telok Ayer Tawar ini tidak ada pasar awam.
Saya akan dapatkan maklumat yang lanjut dan saya akan berikan semasa ucapan penangguhan. Saya akan jawab pada.
Penggulungan.
Penggulungan. Sorry. Saya akan jawab soalan yang ditujukan oleh Telok Ayer Tawar.
Terima kasih. Dan Pulau Betong, sila.
Pulau Betong, soalan ke 18.
No.18 Nyatakan punca utama kejadian banjir kilat yang semakin
kerap berlaku di Air Putih, Balik Pulau.
(a) Sama ada melalui kajian teknikal atau audit sistem perparitan telah
dilaksanakan?
(b) Apakah langkah segera serta jangka panjang yang telah atau akan
diambil oleh Kerajaan Negeri?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong. Untuk makluman Yang Berhormat, punca utama berlakunya kejadian banjir kilat di kawasan Air Putih, Balik Pulau adalah disebabkan oleh hujan lebat yang berlarutan dan juga fenomena air pasang yang menyebabkan sistem perparitan tidak dapat menampung kapasiti larian air. Buat masa ini tiada kajian teknikal audit sistem yang khusus yang telah dilaksanakan di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui JPS akan melihat keperluan untuk melaksanakan kajian hidrologi dan juga topografi bagi merancang sistem saliran yang menyeluruh di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri melalui JPS juga menyediakan peruntukan tahunan bagi melaksanakan kerja pengorekan dan pembersihan kolam takungan Taman Manggis yang berada di Simpang Tiga Air Putih
supaya dapat menampung kapasiti air larian daripada Taman Manggis ke sistem perparitan di air, Air Putih.
Selain daripada itu, kerja-kerja pembersihan di sungai-sungai berhampiran iaitu Sungai Pak Long Konkrit dan juga Sungai Bagan Ayer Itam turut dilaksanakan bagi melancarkan aliran air dan mengurangkan risiko banjir kilat. Namun begitu, penyenggaraan Sungai Air Putih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana sebahagian besar sungai tersebut terletak dalam kawasan tanah persendirian. Tiada laluan atau akses yang sesuai, menyukarkan pergerakan jentera bagi kerja-kerja pengorekan dan juga penyenggaraan di kawasan tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Dimaklumkan oleh pihak penduduk di situ, sudah 25 tahun mereka menanggung kesusahan. Jadi minta supaya Kerajaan Negeri dapat buat RTB kerana mereka telah menanggung beban begitu berat. Kalau hujan 2 jam sahaja, banjir terus akan berlaku. Tidak perlu lama-lama. Hanya 2 jam sahaja kalau hujan lebat terus akan berlaku banjir di kawasan Simpang Tiga Air Putih. Jadi minta sangat-sangatlah RTB dibuat di kawasan Simpang Tiga Air Putih. Terima kasih.
Terima kasih Pulau Betong dan pejabat saya akan maklumkan kepada jurutera daerah JPS untuk melihat perkara ini lah. Sama ada RTB boleh dilaksanakan di kawasan Simpang Tiga Air Putih. Terima kasih.
Terima kasih dan Bagan Jermal, sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya No.19.
No.19 Apakah strategi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mempromosikan
eko-pelancongan dinegeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2026?
Terima kasih ADUN kawasan Bagan Jermal yang menanyakan eko pelancongan di negeri ini. Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism (PGT) sedang memperkukuh promosi produk eko-pelancongan dan menonjolkan destinasi seperti Taman Negara Pulau Pinang, Hutan Simpan Bukit Mertajam di Cherok Tok Kun, Hutan Paya Bakau Sungai Acheh, Entopia, Penang Hill UNESCO Biosphere Reserve, Kampong Agong serta Penang River Cruise di Sungai Juru. Inisiatif ini memberi penekanan kepada aktiviti berasaskan alam seperti mendaki bukit, jelajah hutan, pemerhatian burung, pelancongan pendidikan dan program kesedaran biodiversiti.
Aplikasi Penang Hill Hiking Trails telah dilancarkan untuk memberikan panduan kepada pendaki Bukit Bendera, jeti di pintu masuk utama ke Taman Negara Pulau Pinang juga telah siap dinaik taraf untuk keselesaan pengunjung yang melawat Pantai Kerachut, Rumah Api Muka Head atau ke Pusat Penyelidikan Marin dan Pantai (CEMACS), USM. Entopia turut melancarkan Entopia By Night yang merupakan pengalaman taman biofluorescent yang pertama di dunia. Selain itu, pelancongan berasaskan komuniti turut diperluaskan di kawasan luar bandar seperti Pulau Aman, Nibong Tebal dan Balik Pulau. Melalui pakej lawatan ke ladang, aktiviti memancing, serta pengalaman kampung yang dikendalikan oleh komuniti setempat. PGT juga bekerjasama dengan agensi pelancongan tempatan bagi membangunkan dan memasarkan pakej-pakej ini. Di samping mempergiat promosi digital melalui media sosial, saluran YouTube MyPenang dan laman rasmi pelancongan untuk menarik pelancong yang menghargai alam dan gaya hidup lestari.
Sementara itu, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) turut memainkan perasaan penting dalam memperkukuh eko-pelancongan di Seberang Perai. MBSP kini sedang menjalankan kajian inventori produk pelancongan di Seberang Perai di Utara, Tengah dan Selatan yang dijangka siap pada tahun 2026 bertujuan mendokumentasikan produk pelancongan tempatan dalam kategori warisan, budaya gastronomi, agrotourism, ecotourism, sukan dan rekreasi. Selain itu, sambutan Hari Warisan Seberang Perai sempena Festival Penang2030 telah diadakan di Kampung Agong, Penaga pada 12 Julai 2025. Sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan menarik pelancong ke kawasan eko-pelancongan luar bandar. MBSP juga bekerjasama dengan pihak swasta dan komuniti tempatan, termasuk Auto-City Group, Think City Sdn. Bhd. dan agensi pelancongan negeri telah membangun produk seperti Penang River Cruise di Sungai Juru yang menampilkan pelayaran menyusuri perkampungan nelayan, ladang akuakultur dan hutan paya bakau.
Di samping itu, MBSP juga turut mempromosikan kawasan Teluk Air Tawar, Kuala Muda (TAT-KM) sebagai destinasi eko-pelancongan strategik melalui kolaborasi dengan NGO dan inisiatif Bird Flyway bagi memelihara habitat burung migrasi serta memperkukuh potensi pelancongan alam semula jadi di Seberang Perai.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Dato’ Seri Speaker, terima kasih Paya Terubong atas jawapan yang begitu komprehensif yang menampakkan memang bahan-bahan promosi dan juga risalah di bahagian Pulau memang mencukupi. Tetapi memandangkan industri eko-pelancongan di sebelah Seberang Perai tidak kurang hebatnya. Saya ingin bertanya secara lanjut, apakah bahan-bahan publisiti atau promosi yang akan disediakan atau dirancang untuk disediakan untuk merancakkan lagi industri eko pelancongan di Seberang Perai dan terutamanya di Seberang Perai Utara. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan ini. Dan hari jumaat lalu, saya telah menjawab soalan daripada Machang Bubuk berkenaan dengan Seberang Perai dan sebenarnya Kerajaan Negeri bersama dengan Think City telah kemas kini cetakan-cetakan produk pelancongan termasuk juga dengan video tersebut dan pelancaran telah dibuat di Pulau minggu lalu dan akan dibuat di Seberang Perai pada Butterworth Fringe Festival yang akan berlangsung pada hujung November ini yang saya bawa satu (1) ini adalah burung. Ini adalah birds of Seberang Perai, burung-burung di Seberang Perai. Begitu cantik dengan pelbagai, dengan pelbagai burung lah. AB tourism di kawasan yang kaya Ayer Itam dalam education forest Taman Negeri Bukit Panchor, Teluk Air Tawar, Taman Rimba Bukit Mertajam. Ini mix bucket lah, bukan orang semua orang nak nak tengok burung. Kita pun tak tahu, kita ingat burung, tapi dia banyak jenis. Ada tourism, ada tourist yang suka tengok burung dan datang jauh, datang jauh beratus kilometer untuk tangkap gambar burung saja.
So, saya rasa itulah approach kita, kita nak promote eko pelancongan supaya pelancong- pelancong boleh juga ke Seberang Perai, semua dijemput ke datang ke Butterworth Fringe Festival yang kita akan ada satu booth dengan semua produk-produk baru dan cetakan-cetakan baru akan diadakan kepada orang ramai pada hari Butterworth Fringe Festival pada hujung bulan November. Itu adalah satu daripada contoh. Birds of Seberang Perai, burung- burung di Seberang Perai. (kurang jelas)
YB EXCO bawa YB Seberang buat TikTok lah.
Boleh lah, boleh. Okey.
Sebenarnya, Yang Berhormat. Saya jelas sikit. Sebenarnya bird watching ini satu pelancongan yang begitu boleh dapat pulangan. I get to know yang bird tour leader yang ada orang yang nak bawa you pergi tengok burung itu, dia tahu cara untuk menarik burung
mai itu, sejam dia punya upah berapa duit, ratus ringgit. Sampai RM200 sejam pun ada. Cuma bawa you pergi tengok burung, dapat tak dapat, lain cerita tapi dia pengalaman dia, dia tahu macam mana nak panggil burung. That deserves big business.
Sebenarnya, Seberang Perai merupakan satu tempat route, burung migrasi daripada Siberia. Mereka terbang jauh. Mereka tidak ada GPS tapi mereka tahu tempat itu. Mereka terbang jauh sampai ke Seberang Perai Utara dan akan saya difahamkan sekali kalau ada musim dia ada beribu-ribu burung. So, semua boleh tangkap gambar semua, saya rasa kita perlu membuat lebih banyak promosi terhadap aspek-aspek sedemikian dan juga untuk memperkayakan profil eko-pelancongan di negeri kita.
Terima kasih. Dari burung kita pergi ke padi. Soalan, sila Permatang Berangan.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, dari Sungai Dua ke Sungai Buluh, soalan saya No. 20.
No.20 Apakah Kerajaan Negeri sedar tentang kemerosotan hasil tanaman padi pada
musim 1/2025 mengalami kerugian?
(a) Adakah bantuan one-off akan diberikan kepada semua pesawah yang
rugi bagi membantu memulakan musim 2/2025?
(b) Apakah cadangan Kerajaan Negeri bagi memperkasakan sektor
tanaman padi supaya pesawah dapat menikmati pendapatan yang
lebih baik di masa hadapan?
Terima kasih Dato’ Seri. Bagi menjawab soalan ini, Kerajaan Negeri sentiasa cakna berkenaan tentang kerugian dan juga penurunan hasil padi. Antara faktor utama bagi musim yang pertama 2025 ini, adalah berkenaan tentang serangan rumpai keladi agas dan rumpai ini sering dijumpai di kawasan sawah padi. Dengan ia merupakan kumpulan rumpai daun lebar akuatik. Ianya membiak secara cepat melalui biji benih dan juga rizom serta bersaing dengan tanaman padi, padi bagi mendapatkan nutrien, cahaya matahari dan air sekaligus ianya menyebabkan pertumbuhan pokok padi terbantut, hasil menurun dan juga mutu beras menurun. Selain daripada faktor keladi agas, terdapat faktor yang lain antaranya adalah kualiti air pengairan yang terjejas, penggunaan benih padi yang tidak sah, amalan agronomi yang tidak mengikut piawaian serta kekurangan tenaga kerja di lapangan.
Bagi menangani isu ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah menubuhkan satu Jawatankuasa Task Force. Pada Mei 2023, dengan kita telah memperuntukkan sebanyak RM900,000 pada tahun 2023 dengan sebanyak RM400,000 di khaskan untuk perolehan perkhidmatan kawalan keladi agas mengikut pakej yang telah disyorkan oleh pihak MARDI yang dijalankan di dua daerah utama pengeluaran padi iaitu di Seberang Perai Utara dan juga Seberang Perai Selatan. Hasil pelaksanaan ini sebanyak 64.15 peratus kesan positif dalam penurunan keluasan investasi bagi musim pertama 2024. Selain itu, sebanyak 12 siri kempen dan juga taklimat kawalan rumpai perosak penyakit telah dijalankan sepanjang tahun 2025 bagi meningkatkan kesedaran pesawah tentang kepentingan kawalan awal di peringkat penyediaan tanah petak desmonisasi penanaman mengikut kaedah rice check dengan izin, turut dilaksanakan di daerah Seberang Perai Utara yang melibatkan keluasan sebanyak 4 hektar bagi memperkukuhkan amalan agronomi yang tepat, berkesan dalam mengurangkan serangan rumpai. Buat masa ini Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada usaha untuk pemulihan kawasan sawah dan juga peningkatan hasil melalui satu pendekatan kawalan bersepadu. Kedua, bantuan teknikal serta yang ketiga, pemantapan amalan pertanian lestari di peringkat pesawah. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan meneliti keperluan dalam pemberian bantuan one-off kepada pesawah yang terjejas dengan mengambil kira tahap kerosakan sebenar kesan terhadap pendapatan pesawah serta kemampuan kewangan semasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan Kawasan Pertubuhan Pertanian Bersepadu (IADA), Lembaga Pertubuhan Peladang dan juga Jabatan Pertanian Malaysia dalam
menyalurkan bantuan teknikal dan juga sokongan sewajarnya kepada pesawah yang terjejas. Dengan izin, Dato’ Seri saya ingin menjawab soalan, soalan bagi 844 juga.
Berapa? Soalan?
844, bukan ID 844 nombor 64, minta maaf ya sebab soalan yang sama.
No.64 Pendapatan pesawah musim terbaru mengalami kerugian dan yang lebih
malang lagi ada yang tidak mendapat hasil langsung akibat rumpai terlalu
banyak. Adakah Kerajaan Negeri bercadang memberi one-off kepada semua
pesawah di Pulau Pinang?
Sila.
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperkasakan sektor tanaman padi, padi sebagai salah satu tunjang utama sekuriti makanan dalam usaha ini pelbagai strategi dan juga inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan pesawah mendapat pendapatan yang lebih stabil dan juga mampan pada masa hadapan seperti perkara yang berikut, satu. Peningkatan produktiviti dan juga hasil tanaman. Pada tahun 2025, musim 2025, musim pertama kita telah mencatat sebanyak 4.9 tan sehektar dan Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 7.0 tan sehektar menjelang tahun 2023, dengan kita usaha ini dilaksanakan melalui pengenalan variety padi yang berpotensi tinggi iaitu usaha sekarang yang kita jalankan dengan universiti di China. Penggunaan benih padi yang sah, pembajaan seimbang serta amalan agronomi yang baik mengikut piawaian rice check.
Yang kedua, kawalan rumpai rosak dan juga penyakit secara bersepadu Kerajaan Negeri akan meneruskan pelaksanaan langkah kawalan bersepadu melalui jawatankuasa Task Force Khas, Program Kawalan Kimia dan juga manual serta kempen kesedaran kepada pesawah.
Yang ketiga, memulihkan kawasan pasir terbiar dan juga mengoptimumkan pasir aktif sebanyak 12,218.08 hektar. Keluasan keseluruhan pasir padi dalam Negeri ini termasuk 11,858 pasir aktif dan 177.24 pasir terbiar. Kerajaan Negeri berhasrat memberi tumpuan kepada usaha memulihkan kawasan terbiar dan juga mengoptimumkan kawasan tanah secara optimum terutamanya di daerah SPU yang mempunyai kawasan PA yang tertinggi iaitu 8,000.00412 hektar.
Yang keempat, pemodenan sektor peranaman padi penggunaan jentera moden sistem pengairan cekap aplikasi teknologi digital seperti Smart Farming akan diperluaskan dengan kerjasama jabatan agensi teknikal dan juga institusi pendidikan seperti universiti.
Yang kelima, penggunaan modal insan penglibatan belia dan juga pengukuhan organisasi tani. Kerajaan Negeri memberi fokus usaha dalam menarik minat generasi muda. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan penubuhan koperasi petani dalam kalangan kelompok petani aktif bagi memperkukuhkan kerjasama meningkatkan keupayaan pemasaran hasil serta membolehkan pesawah menikmati ekonomi skala dan juga pengurusan input pertanian yang lebih cekap.
Dan yang terakhir, enam (6). Insentif dan juga sokongan berterusan kepada pesawah, selain daripada bantuan infrastruktur dan juga kaedah teknikal Kerajaan Negeri turut meneliti bentuk inisiatif tambahan termasuklah bantuan one-off kepada pesawah terjejas. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri ianya bergantung kepada kemampuan kewangan semasa Kerajaan Negeri dan juga tahap impak kerugian yang dialami oleh pesawah. Kes utama adalah memastikan pesawah dapat kembali menanam dengan sokongan input, khidmat nasihat teknikal serta bantuan pengurusan ladang yang berkesan. Terima kasih Dato’ Seri.
Soalan tambahan.
Sila.
Dato’ Seri Yang Di-Pertua, apakah hasil padi ni di Negeri Pulau Pinang ini dalam trend menaik ataupun menurun dalam tempoh 3 tahun.
Bagi menjawab persoalan tersebut, bagi tempoh 3 tahun ke belakang ini trend kita adalah menurun. Saya akan bagi secara detail angka tersebut, namun Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih mengekalkan lagi produktiviti di mana kita masih mengekalkan peningkatan ataupun kita masih menjadi negeri yang pertama dalam praktiviti padi kita dalam kalangan negeri-negeri yang lain sekiranya hujung tahun ini kira mendapat keputusan daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Pulau Pinang mengekalkan 7 tahun berturut-turut dalam negeri yang tertinggi dalam menghasilkan produktiviti padi dalam Negeri kita. Terima kasih.
Speaker, apa ini, saya tengok bendang di tempat saya tak jadi, boleh nak tau tempat mana kata tempat apa, yang banyak itu? Boleh? Lokasi dia.
Bagi daerah saya akan kemukakan daerah tapi untuk pengkhususan di lokasi mana saya akan maklumkan secara bertulis, untuk daerah yang tertinggi dalam hasil padi dalam daerah Seberang Perai Utara di bahagian Kepala Batas lah tetapi saya akan bagi jawapan bertulis tentang detail di kawasan mana dan juga kelompok mana yang aktif. Terima kasih.
YB Speaker sekejap.
Sila Penanti.
Pada tahun 2022 ya kita difahamkan bahawa Pulau Pinang telah membuat peruntukan sebanyak RM2.63 juta untuk 5,262 pesawah di mana setiap pesawah menerima bantuan bayaran sara hidup sebanyak one paid off RM500.00 jadi seperti apa yang EXCO kata tadi tidak ada tahun ini ya.
Seperti yang saya sebut tadi Kerajaan ni sedang meneliti bantuan one-off yang kita.
Meneliti ya belum keputusan tapi itulah harapan kita agak kalau boleh diberilah bantuan Insya-Allah sebab apa macam EXCO kata tadi nak jawab kemudian betapa teruk dan baiknya kedudukan padi kita, untuk makluman kita dah kerugian lebih kurang dalam RM2 juta ringgit berbanding tahun 2023, 2024 seperti yang dimaklumkan oleh TKM dalam ucapan baru-baru ini.
Betul Insya-Allah kita akan meneliti mengikut kesesuaian.
Kita minta kalau boleh kepada petani-petani ini diberilah one off payment sebanyak RM500, sebab dia pun dalam RM2 Juta lagu tu saja.
Insya-Allah.
Terima kasih EXCO. Baik
Telok Ayer Tawar.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker, dalam kajian rekod di PPM dan PPK, pesawah yang berdaftar tahun 2025 adalah berjumlah 5,603 orang mengikut data Skim Baja Dan Subsidi Padi. Keadaan tadi Yang Berhormat, Pantai Jerejak cakap kita adalah yang teratas sekali dalam Malaysia. Maka kita ni pesawah yang terbaiklah, maka one of keadaan sekarang keladi agas ni yang bermaharajalela di dalam sawah padi maka Kerajaan harus peka dan lihat kepada pesawah-pesawah dengan memberi one-off kalau kita bagi RM1,000 baru RM5.6 Juta saja sedangkan kita adalah pesawah yang terbaik, maka kita Kerajaan Negeri yang terbaik bantulah pesawah. Sekian, terima kasih.
Insya-Allah kita sedang menitilah permohonan-permohonan bukan Telok Ayer Tawar saja yang membuat permohonan tapi di peringkat ADUN Kerajaan juga ada buat permohonan tersebut. Terima kasih.
Dato’ Seri Speaker. Last, last but not least.
Sila-sila.
Okey, saya nak sambung sikit Telok Ayer Tawar tadi. Data menunjukkan 5,600 okey, dia punya jumlah ini ada 144 sahaja petani yang berumur di bawah 40 tahun bermakna semua tua-tua dah. Sebab itu, pentingnya kita membantu aspek pertanian padi ini sebab dia kita punya makanan, tu saya minta kita serius tentang angka ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat seperti yang saya jawab tadi ada satu strategi yang saya telah gariskan iaitu kita sedang usaha untuk menarik minat golongan muda untuk meneruskan industri pertanian ini. Terima kasih.
Okey, terima kasih dan soalan seterusnya dari Bertam. Bertam untuk makluman Dewan Yang Mulia ini Bertam telah pun hantar surat untuk mohon ketidakhadiran beliau, sebab ayah mertua dia berada dalam keadaan sangat kritikal serta nazak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bersama-sama kita berdoalah bahawa mertua beliau boleh sembuh segera. Maka soalan ni dilangkaukan Soalan 21 di langkaukan saya nak menjemput Penanti.
YB Speaker, soalan saya yang seterusnya soalan 22.
No.22 Mohon pencerahan akan projek galeri seni The Light Waterfront di kawasan
Gelugor, Pulau Pinang yang dianggarkan berjumlah RM80 juta yang akan
dirasmikan pada bulan Disember ini dan adakah sebarang elemen
kebudayaan masyarakat majmuk berbilang bangsa di dalam galeri ini.
Terima kasih soalan daripada Penanti berkenaan dengan Lin Xiang Xiong Art Gallery yang merupakan sebuah galeri seni yang bakal mempamerkan hasil karya pelukis Encik Lin Xiang Xiong seorang tokoh seni lukis Asia Tenggara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Projek galeri ini adalah inisiatif penuh pihak swasta di mana pembinaan, pengurusan pameran dan accuracy kandungan berada di bawah tanggungjawab pihak berkenaan tertakluk kepada semua undang-undang serta garis panduan sedia ada. Buat masa ini, galeri tersebut belum dibuka secara rasmi walaupun hari minggu lalu telah dibuat soft launching oleh Governor Tuan Yang Terutama dan dihadiri ramai daripada ADUN-ADUN dan Kerajaan Negeri menyambut baik dan menghargai usaha pihak swasta dalam memperkukuh ekosistem seni serta merancakkan perkembangan kebudayaan di Pulau Pinang sejajar dengan aspirasi negeri untuk menjadi hab seni dan budaya serentak.
Soalan tambahan.
Ya, boleh.
YB, Galeri Seni Lin Xiang Xiong ini lokasinya di atas laut ataupun dipersisir pantai The Light Waterfront dengan pembinaan dianggarkan melangkau lebih daripada RM100 Juta. Jadi, soalannya apakah program-program yang dicadangkan akan diadakan di situ dan apakah kesan pembinaan itu di situ diambil kira terhadap golongan nelayan yang mencari makanan dan bekerja di situ kerana ini akan menyebabkan kehilangan ataupun perubahan ekologi kawasan penangkapan ikan tradisional di kawasan tersebut itulah YB, 2 soalan.
Projek ini tidak menggunakan dana awam, maksud dia dibiaya sepenuhnya oleh pihak swasta dan dalam pembukaan galeri ini telah menonjolkan kekuatan seni dan berkenaan dengan kelulusan dan sebagainya dia telah mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan saya pihak MBPP dan apabila agensi-agensi meneruskan sesuatu projek, input pelbagai jabatan teknikal telah diperolehi dan maksud dia Jabatan JKR, Jabatan Laut berkenaan dengan Jabatan Perikanan semua diperolehi dan saya rasa maka masalah yang timbul tetapi pihak tersebut telah mengambil langkah-langkah mitigasi dan berjaga-jaga dan saya rasa telah diberi pertimbangan semasa kelulusan tersebut dan MBPP telah memberikan pertimbangan dan juga meneruskan projek tersebut dan saya rasa masalah yang ditimbulkan oleh yang Yang Berhormat tidak timbul. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja-meja yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi.
Terima kasih.
Saya juga mohon selaras dengan peraturan 6A (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini dilanjutkan sehingga 6:30 petang.
Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan Tahun 2026 Dan Usul Anggaran Pembangunan TahunBill
Ada sokongan?
Ya, saya mohon menyokong.
Terima kasih, pada ahli-ahli Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah peraturan 6A (1) untuk kita melanjutkan tempoh masa persidangan untuk hari ini, 17 November 2025 (hari isnin) dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang. Maka ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju kata kan ya. (Semua bersetuju, ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan tidak. Kita semua setuju (tidak pasti) ya dan apa nama, dinner will serve kita akan sediakan makan petang nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita alih ke sesi perbahasan atas Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 dan usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026 dan saya nak mempersilakan ketua pembangkang untuk buka tirai ini. Sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah (doa). Pertama terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-Ketua dan juga Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi sekalian. Sekali lagi terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya berbahas bagi ucapan Bajet 2026 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah disampaikan pada 14 November 2025 yang lalu iaitu lah pada hari Jumaat yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, saya memetik Firman Allah Subhanahuwa Taa'la (Ayat Al-Quran) 'Dan jika sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, nescaya kami akan membuka kepada mereka keberkatan yang melimpah-limpah daripada langit dan bumi tetapi mereka mendustakan lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa
yang telah mereka usahakan'. Surah Al-A'raf ayat 96. Ayat ini bukan hanya peringatan spiritual tetapi merupakan pedoman kepada kita semua sama ada yang memegang amanah sebagai kepimpinan atau pun rakyat jelata bahawa keberkatan negeri bergantung kepada integriti pemerintah. Manakala kerosakan negeri akan datang apabila amanah diabaikan. Nikmat yang kita perolehi boleh menjadi rahmat dan dalam masa yang sama juga boleh bertukar menjadi bala apabila tidak diuruskan dengan baik. Perkara ini adalah satu peringatan kepada kita semua terutama kepimpinan negeri.
Kepimpinan ini adalah merupakan amanah yang akan dipertanggungjawabkan berdasarkan kepada Sabda Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam (Hadis), 'setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawab dan akan dipersoalkan dari kepimpinan. Menunaikan amanah dalam asas penting bagi pemimpin kerana kesannya sangat besar'. Jatuh bangun sesebuah kerajaan terletak kepada integriti pemimpin. Pemimpin yang berintegriti ialah pemimpin yang tidak mensia-siakan amanah. Pepatah cina ada menyebut busuk ikan daripada kepalanya kerana dalam kepala tu ada otak, otak nilah tempat kita berfikir sama ada yang baik ataupun buruknya. Jika pemimpin melakukan perkara yang buruk, memutuskan perkara yang buruk implikasinya akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat jelata.
Sebagai pemimpin kita diajar supaya sentiasa berhati-hati terhadap keputusan yang kita buat, jangan sekali-kali melakukan kezaliman kerana kuasa doa orang yang teraniaya amat besar di sisi Allah Subahanahuwataala. Sabda nabi (Hadis), 'takutlah kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa dan antara Allah Subahanahuwa Ta'ala tidak ada lagi pendinding atau pun hijab. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari. Ini bermakna apabila rakyat dibebankan dan dinafikan hak, tidak dibantu sewajarnya atau dipinggirkan dalam dasar-dasar kerajaan, maka doa mereka terus naik ke langit tanpa penghalang. Doa itu bukan sekadar keluhan ia menjadi saksi terhadap amanah yang gagal ditunaikan. Justeru, pemerintah wajib memastikan setiap keputusan peruntukan dan pelaksanaan dasar benar-benar adil, telus dan boleh berpihak kepada rakyat, agar kita tidak termasuk dalam golongan yang menyebabkan doa kezaliman itu terkena kepada kita.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Penyata Kewangan Negeri Pulau Pinang Aliran Tunai ataupun Akaun Hasil Disatukan adalah sebanyak RM1.15 bilion pada tahun 2019, menurun kepada RM887 juta pada tahun 2020. Kemudiannya RM848 juta pada tahun 2021, RM688 juta pada tahun 2022, RM330 juta pada tahun 2023 dan jatuh merudum kepada RM155 juta
pada tahun 2024. Mengapa ini berlaku? Mohon penjelasan. Dalam tempoh lima (5) tahun sahaja, kewangan negeri merosot dalam 90%. Ketua Menteri ada menyebut, pada awal tahun 2025 unjuran aliran tunai hanya berbaki RM50 juta menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa memohon pendahuluan advance RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi menampung masalah aliran tunai dan juga risiko kekurangan tunai. Difahamkan bayaran balik RM100 juta itu tidak dibuat secara tunai tetapi melalui potongan empat (4) jenis Geran Persekutuan kepada Negeri Pulau Pinang bagi tiga tahun berturut-turut tahun 2027, tahun 2028, masing-masing RM33 juta dan tahun 2029 sebanyak RM34 juta. Potongan Geran yang bermaksud hasil negeri akan berkurang selama 3 tahun menyebabkan tekanan tambahan terhadap Bajet Mengurus dan juga Bajet Pembangunan negeri. Implikasi kepada senario ini akan menyebabkan bertambah bebanan kepada masalah Kewangan Negeri.
Tuan Yang di-Pertua sebagai kesinambungan daripada apa yang saya perkatakan sebentar tadi saya menggesa agar kerajaan merangka pelan kewangan lima tahun yang jelas bagi mengatasi masalah kewangan negeri tanpa terus membebankan rakyat. Contohnya adakah kaedah meningkatkan Hasil Cukai Semasa daripada anggaran RM124 juta pada tahun 2025 kepada RM210 juta pada tahun 2026 iaitu kenaikan sekitar 69% dianggap sebagai penyelesaian kepada masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua saya ingin menarik perhatian dewan kepada kesan komulatif dan serta kenaikan tanah, cukai tanah yang sedang membebankan pemilik tanah kecil, pesawah serta penduduk kampung tradisi. Walau pun kerajaan hujah bahawa semakan kadar cukai ini hanya dibuat selepas puluhan tahun. Realitinya rakyat di lapangan khususnya petani, pesawah dan pemilik tanah lot kampung menghadapi kenaikan yang mendadak sehingga menjejaskan pendapatan bulanan mereka yang sedia pun rendah. Pesawah terpaksa menanggung kos input pertanian yang semakin meningkat kini ditambah pula dengan cukai tanah yang lebih tinggi, pemilik tanah kecil dan kampung tradisi pula berdepan dengan risiko tunggakan serta kemungkinan kehilangan tanah, jika gagal membayar dalam jangka masa panjang. Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri telah menjalankan analisis impak sosioekonomi secara menyeluruh sebelum menaikkan kadar ini.
Tuan Yang di-Pertua, kami dimaklumkan bahawa tunggakan hasil Kerajaan Negeri meningkat ketara daripada RM91 juta pada tahun 2023 kepada RM294 juta pada tahun 2024. Apakah faktor yang yang menyumbang kepada kenaikan besar ni dan apakah
langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan untuk memperkukuhkan kutipan tunjuk tunggakan tersebut. Kita tidak mahu kelemahan kutipan hasil akhirnya dijadikan alasan untuk menaikkan lagi cukai yang membebankan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan persoalan tentang lonjakan luar biasa perbelanjaan lain OA50000 bagi tahun 2026 yang meningkat sebanyak 703% ataupun RM9.96 juta ekoran peruntukan RM10 juta setahun bagi bayaran balik pinjaman PBAPP di bawah penstrukturan semula perkhidmatan air dengan kerajaan persekutuan. Apa justifikasi komitmen sebesar ini dan berapa tahun Kerajaan Negeri sebenarnya perlu membayar jumlah RM10 juta setahun ini, lebih penting apakah manfaat yang nyata kepada rakyat dan adakah bebanan kewangan jangka panjang ini akan menambah tekanan kepada Bajet Negeri yang semakin sempit.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan berapa banyak lawatan keluar negara, yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga barisan EXCO sepanjang tahun ini termasuk kos keseluruhan setiap lawatan serta hasil sebenar yang telah berjaya di bawa pulang kepada negeri. Rakyat berhak tahu sama ada misi-misi ini menghasilkan pelaburan yang nyata, boleh diukur atau sekadar lawatan program tanpa pulangan strategik. Ketelusan dalam perkara ini penting bagi memastikan setiap perbelanjaan kerajaan memberi manfaat langsung kepada ekonomi Pulau Pinang. Seperti mana yang disebut oleh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, berbelanja bukan sekadar soal angka tetapi soal amanah setiap sen mesti memberi pulangan kepada rakyat dan juga masa depan negara.
Tuan Yang di-Pertua, Pulau Pinang kini berada di ambang krisis mobiliti. Negeri ini telah merekodkan jumlah kenderaan yang amat besar 2.67 juta kenderaan setakat Oktober 2024. Mengikut data JPJ terdapat 1.52 juta motosikal dan 1.15 juta kereta persendirian bersamaan hampir dua kenderaan bagi setiap penduduk, jumlah ini pula meningkat saban tahun sebanyak 2.65 juta kenderaan pada tahun 2022 meningkat kepada 2.68 juta pada 2023 dan terus melonjak pada tahun 2024. Di atas kertas Plan Induk Pengangkutan Pulau Pinang ataupun PTMP menjanjikan matlamat besar nisbah penggunaan pengangkutan awam 40% berbanding dengan 60% kenderaan persendirian menjelang tahun 2030, tetapi realitinya pada hari ini penggunaan pengangkutan awam Pulau Pinang masih sangat rendah jauh daripada sasaran yang digariskan dengan 2.67 juta kenderaan di jalan raya dan pertambahan berterusan setiap tahun persoalan asas mesti dijawab. Adakah sasaran
40 - 60 ini, 40 kenderaan awam, 60 kenderaan persendirian benar-benar realistik, dan atau sekadar aspirasi tanpa pelan tindakan yang jelas.
Ini mesti diperjelaskan. Kita tidak boleh memberi rakyat harapan yang tidak selari dengan kapasiti sebenar. Setiap hari rakyat terperangkap berjam-jam, menanggung kerugian masa, petrol dan juga psikologi akibat tekanan trafik yang tidak berkesudahan, rata keseluruhan Negeri Pulau Pinang ini.
Bahkan di tempat saya, Sungai Dua ni, orang mari daripada Padang Serai nak mari ke Sungai Dua nak masuk ke lebuh raya, hari ini jalan tersebut sudah penuh jam sampailah lebuh raya penuh. Pagi orang nak gunakan lebuh raya untuk mari ke seberang ini. Kemudian pula, lori pula, dia pula nak ambil barang, dia pula bersama-sama juga masuk menyebabkan jambatan ataupun lorong untuk masuk ke Jambatan Pulau Pinang begitu dahsyat, begitu teruk, begitu parah kesesakannya. Hari ini kalau kita pergi ke mana-mana sahaja, semua jalan dan semua lorong ini menghadapi masalah yang sama.
Kita tidak boleh terus memberi rakyat harapan yang tidak selari dengan kapasiti sebenar. Setiap hari rakyat terperangkap berjam-jam, menanggung kerugian masa, petrol, psikologi akibat tekanan trafik yang tidak kesudahan. Dan apabila kenderaan bertambah, jalan bertambah sesak. Apabila jalan bertambah sesak, kerja mereka tergendala. Apabila kerja tergendala, ekonomi negeri turut menerima tempias.
Tuan Yang di-Pertua, kami mengambil pendirian rasional bahawa projek-projek utama PTMP, termasuk LRT Mutiara yang sudah pun diluluskan dan sedang berjalan. Justeru, fokus kita ialah memastikan pelaksanaannya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, menepati masa, bajet serta tidak menjadi liabiliti kewangan kepada Kerajaan Negeri. Kita tidak mahu LRT menjadi satu lagi projek gajah putih sepertimana peribahasa "yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran". Kita nak supaya kesesakan ini dapat ditangani, tetapi bila kita buat rupa-rupanya kesesakan ni tak dapat ditangani kerana projek LRT Mutiara hanyalah salah satu daripada projek untuk menanganinya.
Tuan Yang di-Pertua, kita bimbang kerajaan terlalu mengejar projek mega sehingga perkhidmatan asas yang penting untuk rakyat seperti bas, laluan perantara, dan penyuraian trafik diabaikan. Realitinya, jajaran LRT yang dirancang dengan 20 stesen hanyalah meliputi empat kawasan Parlimen iaitu Bayan Baru, Jelutong, Bukit Gelugor, dan Tanjung. Di
Seberang Perai, LRT hanya berhenti di Penang Sentral. Parlimen lain seperti Balik Pulau, Bukit Bendera, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, kawasan luar bandar tidak langsung termasuk pada fasa awal ini, sedangkan keseluruhan rakyat negeri akan menanggung kos pembangunan.
Persoalan timbul di sini, adakah LRT benar-benar mewakili keperluan seluruh negeri atau hanya memberi manfaat kepada kawasan yang tertentu sahaja. Saya juga ingin mendapat penjelasan jelas tentang 236 lot yang dianggarkan akan terlibat dalam pengambilan tanah bagi projek LRT. Bolehkah Kerajaan Negeri menyatakan secara terperinci lokasi-lokasi lot ini serta berapa ramai penduduk, premis perniagaan, dan bangunan yang akan terkesan akibat pengambilan tersebut. Sejauh mana impak sosial (SIA) projek ini dijalankan sebelum sebarang kerja dimulakan.
Persoalan seterusnya berkaitan dengan LRT ni, saya ingin bertanya berapakah jumlah tenaga asing dan tempatan yang akan terlibat dalam pembinaan projek LRT ni. Berapakah anggaran bilangan pekerja asing yang bakal dibawa masuk. Di manakah tempat tinggal mereka. Di sini saya ingin menegaskan supaya menolak cadangan pembinaan asrama pekerja asing di Teluk Kumbar. Diharap perkara ni tidak menjadi alasan untuk meneruskan projek asrama pekerja asing.
Baru-baru ini saya menerima memorandum untuk menolak pembinaan asrama pekerja oleh Jawatankuasa. Saya menerima memorandum ni. Dalam memorandum yang saya semak, kumpulan ataupun mereka yang menolak termasuklah dengan ADUN Bayan Lepas sendiri yang menolak. Kemudian, Ahli Parlimen Balik Pulau sendiri juga menolak. Begitu juga dengan beberapa Ketua-ketua Politik, Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau juga menolak. Salah satu cawangan DAP Gertak Sanggul juga menolak. Persatuan Tokong, Persatuan sekolah-sekolah sama ada sekolah kebangsaan, sekolah rendah jenis Cina, juga menolak. Bermakna komuniti masyarakat sana sangat terkesan dengan asrama pekerja. Jadi, kita melihat di dalam memorandum ni, saya percaya bahawa sudah pun dihantar kepada Ketua Menteri kita, Padang Kota, supaya diteliti. Dan sekiranya ia mendatangkan masalah.
Jadi kita minta sangat-sangat kepada pihak Kerajaan Negeri, berdasarkan Kerajaan Negeri tidak pernah sama sekali meletakkan soal keuntungan pemaju sebagai keutamaan yang melebihi kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini. Jadi kita dapat, sudah pun maklumkan semua parti telah pun membantah projek pembinaan warga asing, termasuklah Puan Nurul Izzah binti Anwar, anak PMX sendiri tolak. Surat memang ada dalam ni. YB Muhammad Bakhtiar PKR, Datuk Azrul Mahathir. Datuk Azrul sendiri pun ada surat dia membantah sama sekali pembinaan warga asing. Bahkan Datuk Azrul minta Kerajaan Negeri buat di Pulau Silikon. Jadi kita harap semoga Kerajaan Negeri dapat ambil caknalah kerana apa. Seluruh rakyat di Teluk Kumbar dan juga parti-parti yang terlibat membantah sama sekali projek pembinaan asrama warga asing. Terima kasih.
Sama-sama, Pulau Betong. Boleh dimasukkan dalam ucapan saya, bahagian ucapan saya. Jadi kita harap supaya asrama pekerja ni ditolak memandangkan timbul bantahan di semua peringkat di dalam kawasan.
Kita sedia maklum bahawa pekerja asing ni sangat diperlukan di sektor-sektor ataupun industri tertentu terutamanya pembinaan. Kalau kita tolak asrama pekerja asing, di mana pula pekerja asing ni kena tinggal. Mereka adalah salah satu golongan yang memberi, boleh membantu dalam merancakkan ekonomi di Pulau Pinang. So, kita kena praktikal dalam isu ni. Mungkin kawasan itu tak sesuai, kawasan itu tak sesuai, tetapi apakah cadangan daripada Ketua Pembangkang, di mana kita kena letak ataupun menyediakan tempat kediaman kepada pekerja asing ni? Kita tak boleh tolak secara tuntas begitu saja. Adakah mereka bekerja di Pulau Pinang, tolak, adakah mereka bekerja di Pulau Pinang dan mereka tinggal di Kedah.
Terima kasih Kebun Bunga. Kebun Bunga boleh ambil sikit, letak sana. Hat lain-lain boleh ambil sorang sikit. Boleh jadi Pulau Jerejak, tak ada siapa, pi letak sana. Pulau Silikon
pun boleh. Depa nak kerja di situ, buat di situ tempat mereka ataupun dalam tempat, dalam industri punya kawasan-kawasan yang dilihat ada kosong. Saya tengok berlambak lagi nu di Jambatan Kedua, di sebelah Batu Kawan, di sebelah Juru sana. Boleh difikirkan untuk dibina penempatan sementara. Bukan pekerja ni nak duduk sampai selama-lamanya. Mereka akan duduk sementara dan mereka sudah biasa dengan rumah-rumah pekerja yang didirikan dengan sementara itu.
Saya, Kerajaan Negeri juga mempromosi lebuh raya besar seperti Pan Island Link 1 dan juga Jalan Pintasan Air Hitam LCE sebagai penyelesaian kesesakan. Tetapi kita harus jujur melihat bahawa pengalaman seluruh dunia membuktikan lebuh raya baharu sering membawa kepada fenomena induced demand. Lebih banyak jalan dibina, lebih banyaklah kenderaan akan memenuhi jalan tersebut sehingga kesesakan kembali semula. Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi saya...
Tuan Yang di-Pertua, memohon mencelah.
Sungai Dua kena jaga masa kalau tak nak hak Sungai Dua untuk tak mengizinkan...
Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi saya ada menerima memorandum lah daripada Persatuan Penduduk Tanjung Bunga, Pulau Pinang, yang mana dalam ini mereka telah mengutuskan surat kepada Ketua Menteri dua kali, tapi depa kata Ketua Menteri tak ada respons apa-apa. Tak tahulah, saya hanya maknanya membawa suara mereka. Dan mereka bukan menolak pembangunan tetapi mereka nak adakan libat urus kerana mereka adalah penduduk-penduduk yang menduduki di kawasan tersebut. Mungkin mereka nak tahu berkenaan dengan rancangan yang nak dibina iaitu berkenaan dengan Lebuh Raya Lingkaran Pantai Utara (NCPR) yang melalui kawasan mereka. Saya harap Ketua Menteri dapat tengok dan juga respons terhadap surat yang mereka ini. Saya membawa suara mereka ke dalam Dewan yang Mulia ini.
Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan menambah satu bentuk perjalanan Rapid On Demand (ROD) yang khusus dan fokus kepada rakyat terus kepada pusat pentadbiran kerajaan dan juga ke lokasi-lokasi yang utama. Contohnya macam dengan hospital, Hospital Besar Pulau Pinang. Tempat parking ni di hadapi memang cukup susah. Apa salahnya adakan laluan rapid khusus daripada Jeti, mai ke Komtar, terus pergi ke Hospital. Bawa, bawa, bawa, ni panggil, ni panggil, ni kita buatkan maknanya laluan khusus untuk maknanya pergi ke tempat itu saja. Kalau kata ada bas, mungkin orang perlukan van, perbanyakkan lagi kalau sedikit mungkin perbanyakkan lagi. Tadi Padang Kota, Padang Kota tak ada apa kut. Padang Kota ada apa.
Pengkalan Kota.
Oh, saya bagi, sebab dia anggota PAC.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Perkara berkenaan dengan LRT. Tadi Yang Berhormat Sungai Dua sebut tentang lebuh raya, kalau kita bina lebuh raya lagi banyak kenderaan. Justeru, kita memerlukan projek LRT. Saya ada soalan nak tanya, sama ada Yang Berhormat Ketua Pembangkang sokongi ke projek LRT dan juga lebuh raya untuk Juru dan Sungai Dua. Dan untuk makluman Yang Berhormat, LRT tersebut hanya sentuh sampai empat kawasan Parlimen kalau berdasarkan dengan Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Walau bagaimanapun, kesemua projek LRT ataupun pengangkutan awam memula dengan landasan pertama, track pertama. Lepas tu akan kembangkan network itu sehingga ke keseluruhan kawasan, di Pulau ke di Seberang. Dengan projek untuk segmen dua yang kita nak sambungkan dari Macallum, dari Pengkalan Kota ke Seberang, Penang Sentral, Bagan Dalam. Ini bermakna satu tanda yang kerajaan berhasrat untuk memanjangkan projek LRT ke keseluruhan Seberang, termasuk dengan Sungai Dua, termasuk dengan Permatang Pauh dan sebagainya.
Terima kasih. Saya harap kerajaan jawab. Dan tadi sedikit sebanyak ada lagi maknanya saya punya... dalam perbahasan saya ini, mungkin akan merangkumi pada isu tersebut. Saya juga ingin menyentuh tentang perkhidmatan Rapid On-Demand yang diperkenalkan Kerajaan Negeri sebagai salah satu komponen penting dalam PTMP. Kita hargai langkah Kerajaan menyediakan perkhidmatan ini kerana memberi stability kepada rakyat, saya ingin cadangkan agar kerajaan menambah satu bentuk perjalanan ROD yang khusus dan fokus kepada rakyat ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri ke hospital, Hospital seberang jaya, kita ada Hospital Bukit Mertajam, kita ada Hospital Kepala Batas, mesti dibuat kajian bagaimana nak merancang perjalanannya supaya berfokus dan dapat sedikit sebanyak orang kata apa menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh apa nama rakyat kita berkenaan dengan kesesakkan lalu lintas. Sudah tentulah laluan khas ini akan memberi keselesaan kepada warga emas, orang pesakit, penjawat awam, peniaga dan juga orang ramai yang perlu berurusan di Pusat Pentadbiran Kerajaan ataupun hospital tanpa perlu risau tentang parkir ataupun kesesakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa Projek Penang South Island ataupun PSI bukan sekadar menambun laut semata-mata hakikatnya, projek ini turut membawa implikasi langsung ke kawasan daratan berhampiran, termasuk pengambilan tanah, pemindahan penduduk, perubahan guna tanah kampung tradisi serta pembinaan infra struktur, sokongan seperti mana jalan, jambatan, utiliti yang menjejaskan kawasan yang sedia ada.
Ertinya PSI bukan hanya membentuk pulau buatan di tengah laut tetapi memberi kesan terus kepada tanah, rumah dan komuniti yang berada di kawasan sekitar. Berhubung pembinaan jambatan kekal dan jalan masuk utama melalui Field 2A fasa 1 sepanjang 1.5 Kilometer dengan kos RM389 juta, saya ingin mendapatkan penjelasan jelas daripada Kerajaan Negeri berapa banyak lot tanah dan berapa buah rumah yang terlibat dalam proses pengambilan tanah bagi projek ini. Selain itu, berapakah jumlah pampasan keseluruhan yang telah dibayar kepada pemilik dan penghuni yang terkesan, termasuk pampasan bangunan, premis perniagaan dan apa-apa ex-gratia tambahan yang diberikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan penuh berhubung dengan projek Pulau Andaman, Pulau Andaman bukan PSA bukan apa nama Silicon ini Pulau Andaman, berapakah kos sebenar keseluruhan projek ini termasuk kos penambakan pembinaan infrastruktur awam, pembinaan jambatan sambungan dari Gurney Drive serta kos penyelenggaraan jangka panjang bagi sebuah pulau buatan.
Yang kedua, adakah sebarang audit bebas telah dijalankan terhadap laporan Penilaian Impak Sosial SIA, Impak Alam Sekitar EIA dan juga analisis kos fiskal yang mungkin tanggung oleh Kerajaan Negeri.
Ketiga berapakah pula pendapatan sebenar yang akan diterima oleh Kerajaan Negeri daripada keseluruhan pembangunan Pulau Andaman ini, termasuk premium tanah, caj pembangunan, cukai masa depan serta nilai infrastruktur yang diserahkan kembali oleh pemaju. Projek sebesar 760 ekar ini menuntut jawapan jelas kerana rakyat berhak tahu sama ada negeri benar-benar mendapat pulangan yang setimpal ataupun sekadar hanyalah menjadi pemerhati dalam pembangunan berskala besar ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sering menyebut angka besar dalam pembangunan perumahan, ratusan ribu unit RMku diumum, pelbagai projek digerakkan namun apa rakyat apa yang rakyat ingin lihat bukan sekadar jumlah rumah tetapi rumah yang dibina berdasarkan keperluan rakyat bukan berdasarkan komitmen pemaju ataupun pulangan komersial.
Rakyat mahukan dasar yang memastikan setiap ringgit pembangunan perumahan benar-benar memihak kepada mereka yang memerlukan, saya ingin mengajak kerajaan melihat isu ini dengan lebih teliti kita dapati golongan B40, M40 muda masih tidak mampu memiliki rumah kerana harga yang dianggap mampu milik sebenarnya masih jauh daripada kemampuan pendapatan bulanan mereka.
Ramai pasangan muda, graduan, pekerja kilang dan kakitangan kerajaan baru yang mula bekerja mereka membina hidup di Pulau Pinang tetapi tidak mampu tinggal di negeri sendiri sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan satu plan Perumahan Khas Belia skim ini boleh merangkumi beberapa inisiatif. Yang pertama, rumah belia 25 hingga 35 tahun dengan harga yang lebih realistik antara RM120,000 sehingga RM180,000 bergantung kepada lokasi. Yang kedua, Skim
Sewa Milik atau Rent to Own walaupun dah ada saya ulang di sini untuk membantu anak muda yang belum mampu untuk menyediakan deposit 10%.
Ketiga, Perumahan Transit Belia iaitulah unit kecil dan selesa di kawasan strategik seperti mana Bayan Lepas, Batu Kawan, Seberang Jaya dan juga Kepala Batas. Keempat, dana deposit 10% untuk belia berpendapatan rendah yang boleh dibayar semula selepas tempoh yang tertentu, inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat membantu anak muda memulakan kehidupan dan keluarga, bahkan ia memastikan tenaga kerja mahir kita kekal tinggal di Pulau Pinang dan tidak berhijrah keluar kerana tekanan kos.
Saya juga ingin menyentuh soal ketelusan dan kepertanggungjawaban projek perumahan rakyat perlu dinilai secara berkala, beberapa unit benar-benar siap, berapa unit benar-benar diberikan kepada rakyat dan sejauh mana lokasi itu menyediakan akses kepada pengangkutan, sekolah, kesihatan dan juga peluang pekerjaan. Kita juga perlu memastikan dasar perumahan bebas daripada unsur manipulasi harga dan juga spekulasi agar rumah kekal sebagai keperluan rakyat bukan komuniti pelaburan semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai usaha kerajaan melalui beberapa projek tebatan banjir seperti peruntukan RM6 juta ni di Sungai Sanglang dan RM5.1 juta di Permatang Rawa, ini langkah penting namun saya percaya kita semua dalam Dewan ini sedar bahawa segala masalah banjir hari ini jauh lebih besar daripada rangka kerja projek kecil-kecilan yang diumumkan.
Tuan Yang di-Pertua, masalah banjir di Sungai Dua tempat saya ni, Sungai Dua di antara kawasan yang termasuk hotspot banjir. Tempat yang banjir saya sudah bercakaplah berkali-kali dalam Dewan ini supaya persiapan awal supaya dapat di kita bersedia untuk menghadapan dengan perubahan monsun, kita jangkakan dalam bulan 7 tapi tahun ni lewat sikit tetapi kita lihat tempat-tempat yang boleh dijangkakan turut banjir termasuk dengan sungai-sungai yang dipenuhi dengan rumput, sungai yang sudah pun ditimbus dengan kelodak di antaranya Sungai Perai Mati.
Saya bercakap kali-kali dah CEO PBA kata nak korek, tak korek juga sampailah banjir baru ni orang dah jadi jeruk, dah habis dah apa nama perabot apa semua kembang semua masuk air, baru lah kita punya kita pi tangkap gambar baru lah nak mai korek, orang dah jadi jeruk dah sebab tu kita kena prihatinlah kepada rakyat ni, soal banjir
ni sungai tempat laluan air kalau tak dikorek bila tidak diselenggara akan menyebabkan air tidak dapat berjalan dengan baik, maka air akan naik semula ke rumah-rumah terutamanya rumah-rumah yang berdekatan dengan sungai dan juga parit sebab itulah kita mesti selenggara peruntukan mestilah diberikan secukupnya tapi kita lihat ni satu pengabaian orang tak nak tengok pun mungkin di kawasan komuniti masyarakat Melayu atau mungkin juga kawasan pembangkang kot pilih kasih, tak payah duk bagilah takkan macam tu kot.
Ini rakyat kita, kawasan-kawasan mesti di korek Sungai Perai Mati mesti di korek, Sungai Perai juga perlu untuk maknanya diselenggarakan. Maka sudah tentu rakyat kena apa nama kerajaan kena memikirkan untuk membawa perkara ini kalau perlu sampai ke peringkat Kerajaan Persekutuan supaya perkara ini dilihat kerana dia memberikan kesan yang besar tuan-tuan tak apalah Ketua Menteri duk atas KOMTAR mana kena banjir, saya duduk rumah kena banjir juga, mungkin kawan-kawan kita yang tak terlibat tak terasa betapa peritnya untuk mengharungi banjir.
Baru-baru ni sekolah Lahar Yooi saja menempatkan 400 orang lebih di penempatan banjir tu, belum lagi dengan kawasan-kawasan yang lain, belum lagi dengan pusat-pusat penempatan banjir yang lain menunjukkan banjir semakin parah banjir sekarang ini ialah banjir kilat banjir kilat di puncanya ialah selenggara apa nama ni kita tidak menyelenggarakan sungai, parit dengan baik dengan sebab itu lah berlakunya banjir kilat itu sebab itu lah kita menggesa supaya kerajaan melihat perkara ini dan juga tidak membiarkan perkara ini berlaku seperti mana yang kita jangkakan.
Sungai Dua minta celah sikit.
Ya, Telok Bahang sila.
Fenomena banjir ini seperti mana yang kita tahu dua minggu yang lepas memang hebat dan Balik Pulau adalah salah satu kawasan yang terkesan terutamanya di Kuala
Sungai Pinang dan Teluk Bahang yang mana dinyatakan oleh Ketua Pembangkang tadi adalah banjir kilat. Banjir kilat ini selaras dengan apa ni air pasang, air laut pasang, dia naik dan air yang daripada kampung-kampung atau pun daripada air daripada bukit tidak dapat turun dan terus menjadi banjir.
Justeru, adakah Kerajaan Negeri mahu mengadakan RTB untuk kampung-kampung yang mengalami masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Teluk Bahang, jadi masalah banjir ini bukan masalah kecil, bukan masalah Sungai Dua itu tetapi juga menjadi masalah kepada tempat-tempat atau pun kawasan yang lain.
Sungai Dua.
Semua berminat dengan banjir, sila kan
Sebab banjir ini isu semua tempat lah, saya pun ingin menyatakan kehairanan lah kenapa isu banjir ni lambat ditangani, cuma untuk pengetahuan Sungai Dua lah tempat-tempat yang disebut tu mungkin tempat yang tak ada hasil. Tol Sungai Nyok yang bagi hasil pun kerap banjir, jadi apatah lagi yang tak bagi hasil tu.
Dia bukan kira bila banjir nak mari dia kira ada hasil ka tak ada hasil ka sawah padi yang sedang menguning bila mari banjir habis tenggelam.
Di Permatang Pasir, Kampung Kolam patut lah nama Kampung Kolam dah memang kolam sungguh dulu tempat Permatang Pasir sebab dia berhampiran dengan sungai, sungai penting untuk kita kena kita kena jaga sungai ni kalau sungai ni dia tersumbat ataupun aliran tidak berjalan dengan baik maka dia akan menyebabkan banjir.
Tuan Yang di-Pertua saya juga mengambil maklum inisiatif Penang Nature-Based Climate Adaptation Programme (PNBCAP) yang menekankan penghijauan bandar Nature Based Solution dan mengurangkan risiko banjir kilat, ini usaha baik dan juga selaras dengan agenda kelestarian namun saya ingin memperingatkan bahawa penghijauan sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan punca sebenar banjir iaitu kebergantungan kepada sistem saliran lama, pembangunan padat, kehilangan kawasan resapan semula jadi, ni kita bimbang ini bila dah nak buat penjajaran LRT ini kerajaan kena ambil kira dalam di Bayan Baru ni di Bayan Baru ni berlaku banjir kilat dan kita melihat apabila ada sekatan-sekatan hasil daripada projek kita buat air tidak dapat dapat lalu dengan baik, menyebabkan berlaku banjir kilat.
Teruk juga di Bayan Baru ini bila banjir kilat terutama sekali Jalan Tengah saya melihat di persekitaran dengan Sunshine dan juga rumah-rumah pangsa di situ di naiki air agak dalam paras lutut tu, paras lutut tu dikira dalam la juga.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menilai semula keseimbangan perbelanjaan antara projek mega dan juga usaha mitigasi banjir. Berdasarkan bajet projek infrastruktur besar seperti mana PIL 2A bernilai RM389 juta dan pembangunan kawasan persisir serta projek-projek lain jelas menerima tumpuan besar namun rakyat di akar umbi masih berdepan dengan banjir.
Tuan Yang di-Pertua dalam konteks ini saya juga ingin menyentuh isu banjir ketika pembinaan LRT, walaupun LRT membawa nilai mobiliti masa depan. Ia juga merupakan projek besar yang melibatkan struktur jejambat panjang, kerja tanah luas dan juga perubahan saliran, aliran air seperti mana saya sebutkan tadi, saya percaya kerajaan perlu memberi penjelasan yang jelas apakah plan mitigasi banjir yang disepadukan dengan pembinaan LRT. Adakah kajian risiko banjir telah dibuat secara menyeluruh? Kerana LRT dibina merentasi kawasan padat dan rendah yang sedia ada risiko banjir kilat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru agar kerajaan negeri mempertimbangkan satu pelan tebatan banjir negeri yang menyeluruh dengan sasaran jelas, jadual pelaksanaan dan pemantua dan pemantauan tahunan. Isu banjir bukan masalah satu kawasan, tetapi isu seluruh negeri. Kita perlu rancangan setara dengan skala cabaran ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pula.
Err... minta maaf. Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, minta mencelah. Isu banjir.
Isu banjir lagi.
Okay, sikit ja nak tambah. Err. Terima kasih Ketua Pembangkang. Untuk makluman pada dua minggu yang lepas, berlaku banjir di DUN Sungai Bakap, termasuk di DUN Jawi dan Bukit Tambun, yang bawah Parlimen YB sendiri.
Apa yang kita lihat sini tentang saliran, iaitu sungai lah, sepatutnya pihak Agensi JPS atau mana-mana badan, perlu buat berkala. Bermaksud kena perlu buat penyelenggaraan berkala. Kita tak nak pihak agensi terbabit, buat semasa dah berlaku banjir.
Jadi timbul isu lah. Apa yang saya nak tekan di sini, kita lihat kesian lah mangsa-mangsa banjir ni. Bila berlaku banjir, kerosakan yang agak teruk, terutama pada warga emas. Ada yang setengah tempat tu hampir dua, tiga hari, iaitu “air termenung”.
Jadi kita mintalah, setuju kah Ketua Pembangkang, kita kena tingkatkan untuk buat RTB di kawasan-kawasan hotspot banjir. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Bakap. Saya rasa dia termasuk di dalam apa yang saya telah sebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membentangkan tentang ini cerita anak muda pula. Iaitu lah, saya ingin membangkitkan tentang Penang FC, kaki bola. Kerajaan Negeri saban tahun memperuntukkan sebanyak RM8 juta setahun kepada kelab ni. Namun, saban tahun juga kita lihat kemerosotan pasukan semakin membimbangkan.
Terkini, daripada lapan perlawanan Liga Super, Penang FC ni hanya menang satu saja perlawanan. Saya difahamkan dua daripada sembilan pemain import, iaitu Lim Inkyu daripada Korea Selatan dan juga Limbi Kani Oscar Mazawa daripada Malawi, tidak berupaya untuk beraksi. Mereka sebut kata, Lim apa nama ni daripada pemain Korea Lim Inkyu ni, tak nampak pun turun berlatih. Hanya nampak jadi poster boy ja. Kan?
Mungkin orang kita ni terpengaruh dengan Korea, cerita Korea rata ceruk, makan pun Korea. Kan? Buat poster boy ja, turun berlatih tak. Kita tak tahu keupayaan dia, sedangkan apa nama Oscar, apa Limbi Kini Oscar tu dikatakan bila bila turun, turun dalam padang tak boleh nak lari. Pemimpin pencen dah, pemimpin dah pencen dah. Kan? Depa ni beli di mana ni? Pi beli pemain macam ni ni. Adakah pemain, adakah dipilih pemain ni melalui aplikasi Shopee? Pi beli. Buat malu kita ja.
Untuk Piala Presiden pula, daripada 20 perlawanan, Penang FC ni hanya memperolehi satu kemenangan. Berada di tangga terakhir pula tu. Piala Belia pula, Penang FC 3 berada di tangga lapan daripada 26 perlawanan, dengan hanya menang lapan perlawanan.
Saya mencadangkan pengurusan Penang FC ni dirombak semula, supaya segala masalah berlaku dapat diatasi, dapat meningkatkan prestasi Penang FC ke tahap yang lebih baik. Saya tengok antara orang yang paling layak dan juga orang yang berminat ialah Tambun. Tambun ni kalau, ha, orang kata bab bola ni, daripada dulu start daripada persidangan yang mula saya sertai, Tambun sering membangkitkan tentang bola ni. Saya rasa ni adalah orang ahlinya, kalau boleh dilantik untuk apa nama mengurus. Saya harap boleh setuju? Yang lain semua boleh setuju? Ha, boleh setuju.
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan isu pemilihan Jawatankuasa Masjid yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Saya melihat proses pemilihan yang telah dijalankan, menimbulkan kekecohan apabila Majlis Agama Islam Pulau Pinang dilihat menafikan hak ahli kariah untuk memilih jawatankuasa yang mereka kehendaki. Sedangkan ahli kariah lebih layak membuat pilihan, kerana merekalah yang paling mengenali individu yang berkelayakan untuk memimpin dan juga mengimarahkan masjid.
Kita takut berlaku salah guna kuasa, kerana Yang Dipertua Majlis pun orang politik juga. Dia ada nafsu politik dia. Dan juga selalu menyebut tentang enakmen. Enakmen ni bukan baru, saya sendiri waktu dulu dah tengok enakmen ni. Bukan baru.
Enakmen ni ada latar belakang dia, mungkin digunakan atas perkara yang luar biasa. Perkara yang luar biasa, digunakan untuk maknanya menggantikan ataupun tidak melantik seseorang. Tetapi, perkara yang biasa juga digunakan ni satu perkara yang pelik.
Sebelum ni proses pemilihan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Namun apabila wujud campur tangan langsung daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang, suasana menjadi tidak harmoni, menjejaskan objektif pengimarahan masjid. Hak anak kariah untuk memilih jawatankuasa masjid seolah-olah dinafikan.
Oleh itu, saya mendesak agar Garis Panduan sedia ada disemak semula bagi mengembalikan hak anak kariah, dengan Majlis Agama Islam memainkan peranan sebagai pemantau, bukannya mengambil alih proses pemilihan. Banyak lagi isu lain yang wajar diberi perhatian oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Dato' Yang di-Pertua. Ketua Pembangkang.
Ya.
Mengapakah pemilihan yang selalu ataupun kebiasaan dilaksanakan oleh ahli-ahli kariah ataupun sesuatu kariah itu ditukar sebegini rupa? Apakah motifnya? Adakah ianya berunsurkan politik? Terima kasih.
Ha, kita tanya orang yang patut jawab. Ternyata lagi isu lain yang wajar diberi perhatian oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang termasuklah masalah semakin ramai yang meninggalkan Solat Jumaat. Jangan duk pi kacau masjid, duk pi buat hinggut masjid buat apa? Orang yang tak sembahyang Jumaat ni ramai.
Hari ini kita nak pergi sembahyang Jumaat, kita tengok orang duk minum lagi, duk apa. Penguatkuasaan sepatutnya berjalan. Bimbingan juga perlu diberikan kepada mereka. Mungkin mereka tak tahu, tentang maknanya besarnya dosa meninggalkan sembahyang Jumaat ni. Tetapi, Majlis Agama Islam buat tak peduli ja. Dia kacau masjid ja. Masjid tu bagi dia satu ni. Orang tak pi masjid, dia tak kacau.
Oleh itu, saya mendesak agar Garis Panduan sedia ada disemak semula. Isu-isu yang berkaitan tadi yang saya sebutkan, Solat Jumaat, satu perkara yang lebih memerlukan tumpuan dan juga penyelesaian. Saya mendesak supaya Majlis Agama Islam Pulau Pinang menjalankan penguatkuasaan, bukan diam membatu.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon supaya pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang membekalkan Laporan Tahunan Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Semua kita tengok hat lain pakat membekalkan laporan apa nama kewangan. Majlis Agama Islam tak bekal. Sila bekalkan, terutamanya kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang beragama Islam, sila bekalkan di atas meja.
Kemudian, kita juga memohon kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang supaya cetak Takwim Hijrah. Takwim Hijrah ni tak cetak dah, pakai digital, dan orang tua-tua mana dia reti dengan digital ni. Bunyi kadang-kadang kita tengok nak dekat, nak ni, dia nak tutup tu. Nak tutup, bunyi tu pun kelam kabut dah orang tua-tua ni.
Yang ni orang nak tengok waktu sembahyang di surau, di masjid. Kan? Begitu juga bagi orang yang nelayan, mereka menggunakan Takwim Hijrah. Sebab itulah, cetaklah. Bukan suruh cetak banyak-banyak. Cetaklah supaya ada, dapat dibekalkan di masjid, dapat dibekalkan di tempat-tempat yang tertentu, dan selebihnya penggunaan digital mungkin akan dimanfaatkan oleh golongan mudia, muda dan juga orang yang berupaya untuk menggunakannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara yang sering disebut, tetapi belum benar-benar ditangani dengan tuntas, Pembangunan Belia sebagai golongan strategik negeri. Dalam Bajet 2026, kita sekali lagi melihat belia dimasukkan dalam naratif, tetapi persoalannya adakah mereka benar-benar diberi ruang, peluang, dan pemerkasaan?
Pertama, walaupun negeri memperuntukkan dana PYDC dan juga JBPP dengan rekod RM1.39 juta pada 2025, persoalan utama ialah impak sebenar kepada majoriti belia. Berapa ramai belia luar bandar yang terlibat? Berapa ramai belia B40 yang mendapat manfaat? Apakah KPI yang benar-benar mengukur kesan, bukan sekadar jumlah program? Kita tidak boleh berpuas hati dengan angka tanpa hasil.
Kedua, sasaran 40,000 belia menjelang 2027 kedengaran besar, tetapi tanpa strategi last mile engage engagement, ia hanyalah kekal sebagai angka. Belia di lapangan masih merungut, peluang tidak sampai, latihan tidak bersasar, dan program terlalu bersifat ceremonial.
Ketiga, Pulau Pinang sedang berkembang pesat dalam industri semikonduktor, industri digital, IC design dan pembangunan Pulau Pinang, Pulau Silikon. Namun, soalan-soalan kritikalnya ialah, adakah belia tempatan disiapkan untuk mengisi peluang besar ini? Atau mereka bakal menjadi penonton kepada kemasukan tenaga kerja luar?
Jika tiada latihan berskala besar yang bersepadu, jurang ini akan menjadi bom jangka sosial dan ekonomi. Belia bukan hiasan dalam ucapan bajet. Mereka adalah barisan hadapan, masa depan negeri. Jika kita gagal memberi mereka latihan yang tepat, peluang yang adil, dan suara dalam pembangunan negeri, maka seluruh agenda pembangunan Pulau Pinang akan tempang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu pembangunan dan kebajikan wanita. Saya yakin semua pihak dalam Dewan ni bersetuju, bahawa kemajuan negeri tidak akan lengkap tanpa memastikan wanita turut menikmati peluang, perlindungan, dan juga sokongan yang sewajarnya.
Walaupun Bajet 2026 bernilai RM1.088 bilion memperlihatkan komitmen kerajaan untuk membangunkan negeri, saya ingin menekankan bahawa wanita masih belum menerima perhatian khusus yang sepadan dengan peranan besar mereka dalam keluarga, masyarakat, dan ekonomi.
Sebagai contoh, beberapa dasar seperti Dasar Keluarga Selamat serta GRPB adalah usaha yang bagus. Namun, saya percaya Dewan ini memerlukan lebih banyak maklumat berkaitan dengan hasil sebenar dasar-dasar tersebut. Kita ingin melihat bukan sahaja program dijalankan, tetapi juga impak yang jelas terhadap keselamatan, kesejahteraan, dan juga peluang wanita.
Dalam sektor pekerjaan pula, kita tahu Pulau Pinang adalah nadi industri elektronik negara. Ramai pekerja wanita terlibat dalam operasi kilang dan sektor sokongan. Justeru itu, saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan perhatian khusus kepada keselamatan, mobiliti, kebajikan pekerja wanita, terutamanya mereka yang bekerja shift malam ataupun yang berpendapatan rendah.
Isu perumahan juga wajar diberikan perhatian khusus. Puluhan ribu unit RMKu yang diumumkan adalah satu pencapaian. Namun, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan kuota ataupun keutamaan untuk golongan wanita berisiko seperti ibu tunggal, wanita warga emas, wanita OKU, dan wanita B40. Mereka adalah di antara kumpulan yang paling memerlukan jaminan tempat tinggal yang selamat.
Dalam aspek kesihatan pula, saya berharap peruntukan sedia ada dapat diperkasakan, khususnya melibatkan saringan penyakit wanita, kesihatan mental, dan kesihatan reproduktif. Wanita adalah tulang belakang keluarga. Pelaburan dalam kesihatan mereka adalah pelaburan untuk generasi yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu penternakan babi yang bakal menjadi sumber bau busuk dan juga pencemaran sungai di beberapa kawasan, terutamanya Sungai Kereh di Tasek Gelugor, masuk dalam kawasan saya juga Sungai Dua. Penternakan babi, pencemaran Sungai Kereh ni bukan baru, beberapa kali dah. Saya bawa dah start dari tiap-tiap kali Dewan kita bawa berkenaan dengan pencemaran najis babi. Bukan masalah bela babi, masalah dia pencemaran itu. Pencemaran. Hari ini berkali-kali, boleh kata sentiasa maknanya duk buang sehingga Sungai Perai tu rosak begitu saja. Sungai Kereh rosak. Masyarakat, komuniti masyarakat Melayu sangat terkesan.
Nelayan sungai, petani yang berada di persekitaran itu menerima nasib yang sangat tidak baiklah. Bukan setakat itu, bahkan juga pencemaran bau ni sekarang ni sedang menyebabkan masyarakat yang berada di dalam kawasan Tasek Gelugor juga terancam. Di Permatang Berangan, saya dipahamkan. Di Permatang Berangan. Di taman apa? Di taman apa Permatang Berangan? Tasek Gelugor utama. Sampai orang pening kepala. Macam mana nak duduk? Bau punya dashyat, punya teruk. Di kawasan apa nama ni, Kubang Menerong. Begitu juga, cukup teruk apa nama pencemaran, pencemaran bau ni.
Sungai Dua mohon mencelah.
Ya, ya. Sila, sila Permatang Berangan.
Terima kasih Sungai Dua, Terima kasih Dato' Seri Speaker. Adakah Sungai Dua bersetuju bahawa disebabkan kegagalan kerajaan mengawal pencemaran Najis Babi di Sungai Kereh ni lah, telah menyebabkan Negeri Pulau Pinang kehilangan sumber air bersih yang sepatutnya kita boleh guna bagi mengatasi isu kekurangan sumber air sehingga Pulau Pinang terpaksa berunding dengan negeri Perak untuk beli air bersih.
Ya, boleh setuju boleh masukkan dalam apa nama saya punya ucapan. Ruginya kita, sebab Sungai Perai ni, dia ada lembangan dia. Lembangan Sungai Kulim, lembangan Sungai Jarak, Sungai Kereh. Jadi dia ada lembangan dia dan yang menyebabkan Sungai-Sungai, Sungai Perai tercemar, satu daripada dua sungai tu lah. Sungai Kereh punya pasai ja. Apa nama ni, e-coli. Siasatan yang dibuat mana e-coli tak boleh. Kita nak minum air tu, tuan-tuan sanggup nak minum air tu. Nak tapis air tu dengan penuh virus. Rugi PBA. Patutnya PBA boleh tapis air Sungai Perai tu tetapi ruginya kita kerana apa? Kerana pencemaran ni. Pencemaran tu pula berskala besar. Teruk, tuan-tuan boleh pergi tengok lah. CM boleh turun. Kalau CM nak turun, boleh mai. Saya boleh tunggu sana. CM, saya boleh tunggu sana boleh tengok betapa teruknya sungai tu. Tak tahu nak habaq la, hitam air. Kenapa dia lepas? Dia bela kalau tak lepas tak ada masalah. Pencemaran tu yang masalah bukan masalah bela babi. Masalah bela babi ni biasa lah pada non-Muslim untuk ni tetapi masalah dia pencemaran tu.
Sungai Dua mohon mencelah.
Ya, sila.
Terima kasih Dato Seri’ Speaker. Sungai Dua tahu tak? Kalau kita naik komuter daripada Padang Besar ke Selatan.Sampai kawasan tu memang mesti bau punya. Dia bukan masalah bela tu, masalah kacau ganggu tu. Sungai Dua tahu tak?
Tahu. Saya tahu kerana yang terlibat ni. Kawasan ni. Saya tahu sebab Kampung Selamat tu termasuk dalam, dalam apa? Dalam DUN Pinang Tunggal. Pinang Tunggai punya pasai, mai dekat kawasan Pematang Berangan, mai dekat kawasan Sungai Dua.
Saya tak puas hati sungguh. Jadi, pencemaran ni tuan-tuan. Kalau tak boleh, kalau tak boleh dah. Kita lihat apa nama ni. Tak ada ni. Tak ada apa nama ni. Bukan alternatif. Patutnya dikenakan kompaun dan sebagainya. Mencemarkan ni. Teruk. Kalau tak boleh selesai juga, tutup kandanglah jawab dia. Buat apa kalau nak kalau ni? Kalau tak boleh selesai. Tak boleh cari penyelesaian. Tutuplah jawab dia. Saya tau. Tambun dok tengok dia ada pengalaman. Saya angkat tapi semua itu pergi Tambunlah. Boleh angkat pi Tapergi Tambunlahdi sana. Tambun selalu tengok saya. Bila taik babi, dia tengok saya. Saya tahu lah. Bukan kata taik babi, taik lembu ka atau taik asaya. Saya la mari pencemaran, tuan-tuan, apa nama Dewan? Tuan Speaker. Dia akan mendatangkan masalah yang besar. Betapa skala pencemaran, skala besar ni merosakkan habis. Saya mintalah supaya maknanya selagi mana pencemaran ni kita nampaknya akan terus berlaku. Eloklah kita sita kandang tu supaya tidak dibela di situ lagi.
Sungai Dua Minta celah.
Ada?
Boleh?
Tak apalah, boleh. Bagi peluang
Terima kasih Ketua Pembangkang bagi saya celah. Isu Najis Khinzir ni dah berlarutan hampir 60 tahun yang mengalami di Tasek Gelugor dan juga Pinang Tunggal, Sungai Dua. Kerajaan adakah mengambil peka tentang ini? Di masuk di dalam Dewan ni saya ingat masih kita sekolah dah masuk dah isu ni di Tasek Gelugor. Tapi kerajaan
ni buat pekak ja. Takdak buat selesai masalah. ADUN tak dak peruntukan nak buat. Kerajaan Negeri ada peruntukan. Kita kena tengoklah setiap kali kita masuk, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan, Ketua Pembangkang. Terima kasih.
Terima kasih kepada apa namanya, apa, Telok Ayer Tawar. Telok Ayer Tawar ni Ketua Bahagian Tasek Gelugor. Sebab tu dia merasai perkara ini kerana berlaku di kawasan Tasek Gelugor. Mengikut Belanjawan 2026, industri ternakan termasuk Khinzir mencatat hasil 1.91 bilion. Namun peruntukan untuk transformasi perternakan moden hanyalah 4.25 juta sahaja.
Tuan Yang di-Pertua yang terakhir. Kebelakangan ni negara digemparkan dengan isu buli. Sekolah, di sekolah satu perbuatan yang kita semua kecam. Buli ni bukan baru. Tapi dulu buli ni tak sampai setara ni. Punya teruk. Hari ni sudah menjadi-jadi insiden buli ni berlaku di sekolah-sekolah. Orang semua takut nak hantar anak ke asrama semua pakat takut. Pertama sekali itulah anak-anak ataupun pelajar-pelajar perempuan ni semua orang pakat takut. Hari ni, lambat saja orang kata apa, ada cuti mereka akan pulang segera. Takut nak pi hantar takut dengan berlakunya insiden buli ni. Satu perbuatan yang kita semua kecam kerana ia menindas yang lemah, mengugut tidak berdaya dan berlaku apabila kuasa disalahgunakan. Tetapi Tuan Yang di-Pertua budaya buli ni bukan hanyalah berlaku di pagar sekolah. Malangnya juga kelihatan dengan cara Kerajaan Negeri membuli lebih bagi kami kepada wakil rakyat pembangkang ni. Jangan buli nah. Ketua Menteri, jangan buli kami. Orang marah orang buli orang ni. Buli terhadap penjawat awam. Penjawat awam menerima tekanan halus supaya tidak hadir dalam program ataupun urusan dengan ADUN Pembangkang
Yang ni hati-hati. Betul ka buli penjawat awam? Yang ni tak mau la.
Mencelah, nak mencelah.
Yang ni tak perlu lah.
Sebab tu kita takmau.
Kenapa, kenapa disebutkan buli penjawat awam pulak? Dekat pejabat daerah tak adakah sama-sama kita dengan Teluk Air Tawar dok mesyuarat? Jawab. Janganlah macam tu mengelirukan Dewan tarik balik.
Saya takmau tarik balik sebab saya mendapat aduan.
Ini persepsi yang sangat tidak bagus, Ketua Pembangkang. Jadi Ketua Pembangkang, jangan jadi ketua pembangang.
Sudah-sudah.
Duk satu Seberang Perai Utara, jangan marah-marah
Bagan Jermal tarik balik, Bagan Jermal tarik balik, tarik balik. Jangan sebut kata I bangang.
Kenapa you cakap buli penjawat awam secara halus.
Tarik balik, Jangan cakap bangang.
Tarik balik.
Cukup-cukup. Sudah, dah, dah.
Saya sangka yang baik. Jangan sangka yang buruk-buruk.
Tarik balik Bagan Jermal. Tadi Bagan Jermal baru cakap Telok Ayer Tawar dengan Bagan Jermal dan Pejabat Daerah sama-sama berbincang.
Apa, you justify kan dia dulu.
Cukup, cukup, cukup, cukup.
Saya tarik pembuli kepada penjawat awam tetapi saya nak nyatakan bahawa jangan buat sembarangan kepada penjawat awam.
Sudah-sudah.
Saya dah tarik dah tarik dah. Terima kasih Bagan Jermal. Bagan Jermal sama-sama Seberang Perai Utara.
Sorry-sorry. Tadi saya cakap pembangkang sebagai pembangangankan. Saya tarik balik pembangang itu.
Jadi, saya nak supaya janganlah buat macam itu kepada penjawat awam. Depa adalah sistem sokongan kita. Jangan sampai nak bergambar pon tak boleh. Sampai kita pi pejabat depa pun, depa jadi masalah. Ini isu, ini isu yang sedang berlaku. Ini amalan yang sangat tidak baik.
Okey okey, saya nak habiskan.
Saya takmau bagi habis, saya mau habiskan dia.
Kerana ada ini, perkara yang berlaku.
Jangan macam tula, bukan persepsi yang baik.
Bukan persepsi ini. Ini perkara yang betul. Perkara yang berlaku.
MBSP tak bagi kerjasama. Sebutlah. Baik baik. Jangan macam itu. Jangan bagi persepsi macam itu. Kita semua elok-elok. Sangka baik. Doakan semua yang baik-baik. Kita tak mahu huru hara. Kita mahu harmoni.
Bagan Jermal setuju tak orang buat macam itu?
Mana saya tahu? Sebab saya memang berkerjasama baik dengan Telok Ayer Tawar. Kita bermesyuarat secara baik. Adakah Ketua Pembangkang tak datang untuk bermesyuarat kebelakangan ini?
Inilah yang masalah dia.
Inilah yang masalah dia.
Inilah masalah bila dianggap hanya pejabat daerah itu yang penjawat awam.
Cukup-cukup.
Orang bercakap tentang masalah ini.
Ni rumuskan.
Okey. Dia silap faham dia yang masalah.
Rumus-rumus.
Sungai Dua Sungai Dua, sikit, sikit, sikit, sikit.
Okey, okey. (gangguan)
Sat, sat, sat.
Jangan nak tunjuk herolah. Duduk.
Cukup-cukup.
Yang marah sangat ni pasaipa?
Dengar-dengar. Bagi habis.
Yang marah sangat ni pasaipa?
Tak marah ini Ketua Pembangkang, Saya hormat kepada you.
Keluar jom kita pi minum kopi satgi.
Boleh-boleh boleh anytime. Pergi Sungai Dua pun boleh.
Dia duduk di Seberang Perai Utara sama saya tapi bukanlah kita Janganlah bubuh maknanya penjawat awam ni hanya pejabat daerah. Tang lain-lain yang kita dengar rungutan orang, kita tolong bawa di sini. Okey, jadi saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada apa nama Yang Dipertua kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk apa nama ni, membahaskan di dalam apa nama ni, sidang pada kali ini. Dan dengan itu, saya akhiri (Ayat Al-Quran) Selamat sejahtera dan saya mohon untuk menyokong. Terima kasih.
Terima Kasih.Sila Bukit Tambun.
Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Seri Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, rakan-rakan seperjuangan dan sidang Dewan Sekalian. Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang tidak memiliki sumber asli seperti petroleum, gas asli, kayu balak, ataupun nadir bumi. Belum lagi. Oleh itu, pengurusan tanah merupakan sumber pendapatan yang paling penting bagi Kerajaan Negeri.
Patut keluar awal.
Pada tahun 2024, sejumlah 481.25 juta atau 59.38 peratus hasil negeri adalah diperolehi melalui pertama, kutipan cukai tanah dan cukai petak sejumlah 142.8 juta. Bayaran permohonan tanah 89 juta. Carian rasmi dan carian persendirian hak milik 7.1 juta. Bayaran pendaftaran pindah milik tanah 64.6 juta. Bayaran khas tanah 44.3 juta. Premium tanah untuk tukar syarat 33.47 juta. Premium pemberian milikan 66.9 juta. Ini semua berkaitan perihal tanah. Memandangkan semakan terakhir cukai tanah di Pulau Pinang telah dilaksanakan pada tahun 1994, iaitu 31 tahun yang lalu. Purata hasil negeri bagi tahun
2020 hingga 2024 hanya RM631.6 juta per tahun. Ini menyebabkan purata defisit bagi tahun-tahun ini iaitu 2020 hingga 2024 sentiasa tinggi iaitu RM199.77 juta ringgit setahun, purata tahunan. Sehubungan itu, semakan semula cukai tanah dan pengelasan tanah desa ke bandar perlu dilakukan. Ini sebagai, walaupun sebagai ADUN saya tuntut ini sejak 2018.
Dato’ Seri Speaker, berkat iltizam Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan komitmen pasukan petugas di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan kelima-lima Pejabat Daerah dan Tanah, semakan semula 370,000 hak milik tanah serta pengelasan tanah desa kepada tanah bandar telah disempurnakan. Syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri dan semua pihak yang terlibat. Dengan semakan semula cukai tanah yang telah dilaksanakan, anggaran kutipan hasil cukai tanah selepas diskaun, Kerajaan Negeri masih lagi bagi diskaun 2026 dan 2027 tidak termasuk cukai petak bagi tahun 2026 adalah RM210 juta iaitu DTL RM55 juta, SPU RM50 juta, SPT RM50 juta, SPS RM30 juta, DBD Barat Daya RM30 juta. Keseluruhannya RM210 juta. Itu kutipan, anggaran kutipan hasil cukai tanah tidak termasuk cukai petak selepas diskaun. Kalau kita nak kuda berlari, kita tidak boleh biarkan kuda tidak makan rumput. Itu pepatah cina, dengan izin. (我们不能要马儿跑,又要 马儿不吃草). Ini menyahut.
Telok Air Tawar faham kan.
Ini menjawab kepada tadi apa yang disebutkan oleh Sungai Dua tentang cukai tanah. Gaji kita semua dibayar sebahagian besar daripada hasil kutipan cukai tanah. Kalau Teluk Air tawar nak gaji lebih sikit, cukai tanah juga perlu tambah sikit, itu saja.
Saya mengajak seluruh anak Pulau Pinang memberi sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengimplementasi kadar cukai baru bagi menjamin kelangsungan perbelanjaan mengurus tahun 2026 yang dianggarkan berjumlah RM1.051 billion termasuk mengekalkan semua bayaran i-Sejahtera bagi memastikan kesejahteraan masyarakat Pulau Pinang terus terjamin. Untuk pengetahuan sidang dewan jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan
bagi program i-Sejahtera sejak tahun 2010 hingga Oktober 2025 adalah sebanyak lebih kurang RM570 juta. Ini bukan angka yang kecil.
Dato’ Seri Speaker, anggaran perbelanjaan mengurus sejumlah RM1.05-billion turut meliputi caruman ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri iaitu sebanyak RM265 juta bagi menampung komitmen perbelanjaan pembangunan negeri tahun 2026. Kita perlukan pendapatan, hasil pendapatan yang lebih tinggi untuk memastikan komitmen perbelanjaan pembangunan negeri. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap kadar cukai baru untuk menampung perbelanjaan mengurus yang meningkat setiap tahun. Sebaliknya kita perlu meneroka sumber pendapatan baru untuk memperluaskan perbelanjaan pembangunan pada tahun-tahun akan datang lagi bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.
Antaranya, ini menyentuh anak syarikat yang saya menjadi Ahli Lembaga. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Sebagai agensi utama Kerajaan Negeri yang mengurus, Timbalan CEO ada. Yang mengurus dan membangunkan tanah yang diperolehi melalui pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri wajar memberi pulangan tunai yang lebih tinggi kepada Kerajaan Negeri. Kita sedia maklum PDC telah merekodkan pendapatan sebelum tax sejumlah RM216.6 juta pada tahun 2023 dan RM527.1 juta pada tahun 2024. Sebagai Ahli Lembaga PDC saya menghargai sumbangan seluruh warga PDC atas pencapaian yang memberangsangkan serta memberi sumbangan tunai sebanyak RM11.88 juta kepada Kerajaan Negeri pada 2024. Ada pulangan RM11.88 juta. Namun sebagai wakil rakyat Pulau Pinang saya berpendapat PDC dan Pegawai Kewangan Negeri wajar menggariskan satu formula sumbangan tunai PDC kepada Kerajaan Negeri bagi memastikan Kerajaan Negeri turut mengecapi keuntungan PDC untuk menanggung perbelanjaan mengurus dan menjana pembangunan Negeri Pulau Pinang selain pembangunan industrinya telah dijalankan oleh PDC.
Dato’ Seri Speaker, pada masa yang sama PDC juga perlu mempertingkatkan kecekapan pengurusan tanah yang diambil balik agar tidak terbiar tanpa had tempoh masa. Sewajarnya PDC perlu menyempurnakan pemberimilikan ke atas mana-mana tanah yang diambil balik bagi satu tempoh, tempoh itu. 5 tahun kah, 10 tahun kah. Kita perlu ada 1 tempoh, tidak boleh membuat pengambilan dan biar begitu saja tanpa pembelian beli tanah tanpa bayaran cukai kepada Kerajaan Negeri. Tindakan ini akan memudahkan kerja-kerja pentadbiran tanah di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah serta membolehkan Pejabat
Daerah dan Tanah membuat unjuran kutipan cukai tanah dan seterusnya meningkatkan aliran tunai Kerajaan Negeri.
Selain PDC, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) turut berperanan menguruskan aset negeri seperti tanah dan bangunan untuk menjana pendapatan melalui pajakan, sewaan dan penjualan tanah. Berdasarkan jawapan kepada soalan bertulis Bukit Tambun, sejumlah 70 projek pajakan, penyewaan, penyediaan plan induk, pembinaan dan pembangunan telah dilaksanakan oleh CMI sepanjang tahun 2024 dan 2025. Oleh yang demikian, CMI ini tidak boleh ada satu persepsi “one woman shows”. Bagi yang faham. Dalam pelaksanaan projek dan program saya tidak bersangka jahat terhadap Pengurus Besar CMI. Sebaliknya berpendapat beliau memerlukan sebuah pasukan profesional yang lebih mantap untuk melaksanakan projek pembangunan melalui perkongsian awam dan swasta iaitu PPP. Konsep PPP boleh melibatkan pelaburan swasta yang lebih besar untuk mengurangkan beban Kerajaan Negeri di samping menjana pendapatan yang lebih lumayan. Namun ia memerlukan pemantauan dan pengawasan yang lebih profesional dan menyeluruh. CMI juga perlu expertise atau tenaga profesional untuk menjalankan pengawasan kewangan ke atas 17 syarikat berkaitan Kerajaan Negeri iaitu GLC. Iaitu 17 GLC di bawah pemantauan CMI. Disamping itu saya mencadangkan CMI untuk menjalankan kajian terhadap GLC-GLC tertentu agar sesetengah GLC ini di transformasi untuk menjalankan aktiviti yang berteraskan keuntungan dan mengurangkan kebergantungan kepada geran tahunan daripada Kerajaan Negeri.
Bukit Tambun boleh saya celah sikit. Baik Dato’ Speaker, jadi setujukah Bukit Tambun kalau saya cadangkan Kerajaan Negeri menguruskan sebuah syarikat yang fokus hanya kepada aktiviti ekonomi. Macam kita tengok di Johor ada Kumpulan KPJ, JCORP. Selangor Kumpulan Peransang maka kita boleh ambil model ini untuk kita jana ekonomi di Pulau Pinang.
Sebentar tadi saya telah menyentuh, CMI sudah ada 17, mengawas 17 GLC. Sebenarnya PDC telah menguruskan pembangunan perindustrian pembangunan bercampur dan CMI pula menguruskan tugas-tugas seperti yang saya sebut tadi
penyewaan, pajakan, penyediaan pelan induk untuk menjalankan projek pembinaan projek pembangunan. Kita perlu memperkasakan PDC dan CMI untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya membangunkan Kerajaan Negeri. Tidak perlu lagi, kita 17 kalau boleh saya pernah mencadangkan dalam sidang dewan ini, pada sidang sebelum ini nak kurangkan. Bagi saya, saya nak cadangkan kurangkan dan bukan tambah lagi itu saja.
Untuk makluman, minta maaf. Jawapan yang diberi kepada saya berkaitan dengan GLC dan CMI ini, jawapan dia ialah memang 17 ni dia bukan orientasi keuntungan, itu jawapan dia.
Itu saya cadangkan perlu di transformasi daripada tidak bergantung kepada keuntungan, berorientasikan keuntungan kepada berteraskan keuntungan. Berbekalkan gelaran Mutiara Timur atas keunikan dan kepelbagaiannya.
Yang Berhormat Bukit Tambun, boleh mencelah.
Okey, Bukit Tengah.
Terima kasih, saya mendengar perbahasan Yang Berhormat tentang PDC lah dan pencapaian-pencapaian hasil yang agak tinggi daripada 2024 dan tahun 2023, beratus juta. Jadi apabila saya menyemak Penyata Kewangan Negeri Pulau Pinang tahun 2024. Ada sebenarnya beberapa persoalan yang sepatut yang saya nak tanya sebelum ini yang saya akan guna kesempatan ini untuk bertanya kepada Yang Berhormat sedangkan Yang Berhormat juga adalah.
Lembaga.
Lembaga Pengarah. Dinyatakan di sini dalam muka surat roman 16, muka surat 16, ada liabiliti luar jangka, di mana dinyatakan bahawa liabiliti luar jangka ini akan menjadi liabiliti sebenar kerajaan sekiranya entiti berkenaan gagal memenuhi obligasi perjanjian atau sesuatu peristiwa tertentu. Pada tahun 2024 Kerajaan Negeri mempunyai back-to-back guarantee kepada PDC untuk kemudahan pinjaman kredit tidak yang diperolehi daripada CIMB dan Bank Islam yang berjumlah RM236 juta ringgit. Mungkin sebab saya tak ada dalam PDC dan saya pun tak faham. Mungkin saya tak, nak tanya sama ada Bukit Tambun tahu ataupun kita boleh meminta Kerajaan Negeri nanti untuk menjelaskan apakah liabiliti luar jangka ini maksudnya, this is something that is tidak dijangka, liabiliti yang tidak dijangka, dan juga dalam akaun yang saya lihat bahawa dalam muka surat 29 sini, Penyata Perbelanjaan Pembangunan Terperinci pada 31 Disember 2024, ada juga saya tengok di sini, pinjaman kepada PDC sebanyak RM100 juta, RM100 juta adalah jumlah anggaran harga projek, dan daripada 2021 sampai 2025 also RM100 million and until 2023 sudah RM20 juta telah dipinjam. Jadi saya nak tanya apabila, kenapa PDC yang sepatutnya menjana banyak keuntungan dan sepatutnya membantu Kerajaan Negeri, kenapakah dalam mengikut penyata ini, mungkin saya baca silap tetapi dalam kenyataan ini dinyatakan bahawa ada pinjaman kepada PDC sebanyak RM100 juta dan juga ada liabiliti luar jangka untuk RM236 juta. Terima kasih.
Tentang apa yang disoalkan oleh Bukit Tengah juga sentiasa ditanya oleh saya di dalam Mesyuarat Lembaga PDC dan pinjaman-pinjaman terlibat juga melibatkan proses pengambilan tanah yang secara berterusan untuk menambahkan bank tanah dan mengenai risiko luar jangkaan sehingga kini masih lagi dalam keadaan terkawal…
Tambun, Tambun. Lebih baik biar EXCO yang menjawab. Saya takut nanti maklumat ini silap.
Tak, tak itulah dalam keadaan terkawal dan jawapan yang lebih terperinci akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota. Berbekalkan gelaran ''Mutiara Timur'' atas keunikan dan kepelbagaiannya, Pulau Pinang kini juga dikenali sebagai Lembaga Silikon Timur yang telah menjadi hab semikonduktor utama di dunia. Dari Januari hingga Jun 2025, pelabur langsung asing, FDI mencecah RM10.5 bilion dan pelaburan langsung domestik DDI sejumlah RM2 bilion di mana melibatkan 86 projek dan mewujudkan 11,116 peluang pekerjaan baru. Terima kasih diucapkan kepada MITI, MIDA dan Invest Penang. Lanjutan daripada perkembangan ini, Kerajaan Negeri melalui PDC telah memulakan pembangunan taman perindustrian baharu termasuk Taman Teknologi Bandar Cassia, Batu Kawan, Batu Kawan Industrial Park (BKIP3), Penang Science Park South dan sebaliknya. Sebalik daripada kerancakan kepesatan pembangunan perindustrian di Negeri Pulau Pinang, kesesakan lalu lintas telah membelenggu anak Pulau Pinang yang berada di atas jalanraya setiap hari. Dalam perbahasan sulung saya, pada Ogos 2018 yang lalu, saya telah mengusulkan cadangan Integrated Land Use Planning and Land Public Transportation di Pulau Pinang untuk memastikan kelangsungan pembangunan disamping menangani kelancaran trafik di bahagian Pulau dan Seberang Perai. Dalam menangani isu lalu lintas ini, kerajaan telah mengetengahkan laluan bas percuma CAT Bridge. Ini untuk makluman pada Sungai Dua, BEST KOMTAR dan juga cadangan laluan baru CAT Hospital bermula Januari 2026.
Dato’ Seri Speaker, pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan LRT Mutiara yang menghubungkan Pulau Silikon ke Penang Sentral termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan 21 stesen. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, terdapat seorang wakil rakyat yang cuba menggelar dirinya wakil anak Pulau Pinang, telah menyuarakan bahawa anak Pulau Pinang tidak memerlukan LRT. Saya ingin mendapat, mengambil kesempatan ini untuk mendapat pengesahan daripada rakan-rakan seperjuangan dalam Dewan yang Mulia ini, siapakah yang menyokong pendirian Ahli Parlimen Permatang Pauh bahawa anak Pulau Pinang tidak memerlukan LRT, sila berdiri.
Mohon mencelah.
Dato’ Seri Speaker, hari ini 17hb November 2025, jam 12.35 minit kita dapat mengesahkan bahawa semua ADUN Pulau Pinang menyokong pembinaan LRT dan menolak hujah Ahli Parlimen Permatang Pauh. Saya tidak bagi laluan. Masa suntuk. (Kurang jelas)
Tadi (kurang jelas). Saya kena bagi penjelasan sebab ini bersangkut dengan ADUN. Saya hendak bagi penjelasan sebenarnya, kita tak boleh ambil, maaf Dato’ Seri Speaker, kita tidak boleh ambil ucapan YB Permatang Pauh secara individu. Dia mengulas apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang Parlimen yang melihat dalam konteks Malaysia. Kita Penang la. (kurang jelas)
Okey, okey.
Mohon mencelah. Sikit, sikit sahaja. Terima kasih, Yang Berhormat. Topik ini amat interesting bagi saya sebab...
Topik belanjawan you all tak semacam tak aktif. Topik politik, cukup aktif. Nanti saya nak turunkan arahan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebab kebanyakan sini mungkin tak tahu sebenarnya Seri Delima, saya merupakan pengundi Permatang Pauh dan saya tidak pernah ditanya dan saya nak tegaskan di sini bahawa apa yang diungkitkan dalam Parlimen oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak sama sekali mewakili suara rakyat, suara saya sebagai pengundi Permatang Pauh dan juga tidak mewakili suara majoriti rakyat Pulau Pinang…
Okey, okey. Sudah saya tak ada Ahli Parlimen Permatang Pauh di sini. Saya tak boleh tanya dia. ADUN, sila.
Okey, okey. Seri Delima tolong pastikan kita tukar Ahli Parlimen Permatang Pauh. Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi semua sistem pengangkutan yang membolehkan penumpang bergerak tanpa menggunakan kenderaan sendiri. Pengangkutan awam adalah penting kepada masyarakat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara dengan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya. Pengangkutan awam juga meningkatkan aksesibiliti kepada orang ramai termasuk pekerja-pekerja ke tempat bekerja, pelajar-pelajar ke institusi pendidikan. Pendek kata, pengangkutan awam yang bersepadu dan efisien mampu meningkatkan kualiti hidup dengan menyediakan pilihan pengangkutan yang lebih baik, lebih berpatutan kepada masyarakat serta menjana pembangunan bandar.
Walau bagaimanapun, Bukit Tambun juga ada masa kecewa. Berasa kecewa terhadap 10 list, list Rolling Plan Pertama RMKe-13 yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri tidak melibatkan satu projek pun di Seberang Perai Selatan. Terutamanya Projek Menaik Taraf Jejambat Jalan Perusahaan Valdor dan titik-titik konflik di Jalan Bukit Tambun.
Sehubungan itu, Bukit Tambun mengesyorkan agar Kerajaan Negeri melaksanakan proses penyuraian trafik di SPS berlandaskan kaedah pelaksanaan projek pintasan Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pakej Dua, di mana menggunapakai kaedah pembayaran kemajuan kerja secara in kind iaitu melalui pemindahan tanah secara
berperingkat berdasarkan kemajuan tanah, kerja. Kalau Federal 10 list, list itu tidak termasuk SPS, Kerajaan Negeri perlu menanggung.
Menyentuh isu perumahan, saya menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri untuk menangani isu kemampuan dan kepelbagaian perumahan. Namun begitu, satu (1) projek perumahan Rent-To-Own, yang hanya melibatkan 38-unit rumah di Taman Murai Jaya telah mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkannya. Permohonan CCC juga sudah hampir satu (1) tahun, masih gagal diperolehi. Saya banyak kali sebagai ADUN kawasan, mengemukakan soalan bertulis dan jawapan pula selalu menampakkan projek ini akan siap tidak lama lagi. Saya juga menawarkan kepakaran saya untuk membantu malangnya tidak diendahkan. Saya sudah tidak mampu lagi untuk menjawab pertanyaan daripada para pemohon dan penduduk Bukit Tambun.
Dari perumahan kita beralih ke bola sepak. Sudah masuk tahun kelima, Kerajaan Negeri menyalurkan geran mengurus RM8 juta kepada Penang FC. Pada peringkat penubuhan Penang FC, Kerajaan Negeri hanya berhasrat untuk menyalurkan geran mengurus selama dua (2) tahun, dan mempunyai perancangan untuk melepaskan share secara berperingkat kepada pihak swasta atau penaja. Kerajaan Negeri tidak wajar untuk terus menanggung bebanan ini lagi kerana masih, kerana PFC masih ketandusan piala, kehadiran penonton ke stadium lazimnya hanya untuk game, game awalan. Apabila prestasi hambar, pengurusan PFC, termasuk Kerajaan Negeri menjadi sasaran para penyokong termasuk Sungai Dua mencadangkan rombakan pengurusan PFC. Dan pada masa yang sama, marketing brand PFC sebab tidak menjadi tajaan daripada pihak swasta pula tidak berkekalan dan jumlah tajaan semakin menyusut. Bagi saya cukuplah. Saya mencadangkan agar RM8 juta peruntukan tahunan disalurkan bukan kepada sektor yang lain, disalurkan balik kepada MSNPP untuk pembangunan sukan-sukan lain dan Perbadanan Pengurusan Stadium dan Kawasan Lapang untuk mempelbagaikan kemudahan sukan dan rekreasi selaras dengan Tema A iaitu meningkatkan gaya hidup dan kualiti hidup.
Dato’ Seri Speaker, Menyentuh tentang…
Bukit Tambun, sikit ja, sikit ja.
Tak ada masa la.
Bola, bola. Pasal bola.
Tak payah la.
Dengar, dengar. Sikit, sikit ja lagi. Minta maaflah. Bukit Tambun tau tak baru ni keputusan perlawanan antara Penang dengan Imigresen, tau tak?
Tau, kita kalah satu kosong. Saya tidak mahu menyentuh sebab Bukit Tambun pernah mengalahkan Imigresen dalam Piala FA. Itu saja.
Mengenai upacara peringkat kebangsaan, saya mohon Kerajaan Negeri menghuraikan kos perbelanjaan yang telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Batu Kawan dan Sambutan Hari Malaysia di PICCA, Butterworth.
Isu seterusnya adalah isu kuarters pekerja. Bukit Tambun memang menjadi rumah kepada pekerja-pekerja asing. Dalam sidang Dewan ini, tidak siapa yang lebih layak untuk bincangkan isu kuarters pekerja asing selain Bukit Tambun. Pada ketika ini, terdapat tujuh (7) kuarters pekerja iaitu pertama, Jalan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, di tepi pejabat saya. Kedua, di Jalan Perusahaan Valdor iaitu Passion Paradise, ketiga Kawasan Perindustrian Nafiri. Keempat, Kawasan Perusahaan Valdor. Kelima, Penang Science Park yang telah memulakan kerja. Keenam, Kawasan Perindustrian Batu Kawan yang telah mengemukakan permohonan kebenaran merancang oleh PDC. Ketujuh, Kawasan
Perindustrian Batu Kawan 3 iaitu oleh MYEG yang telah membeli tanah daripada PDC. Dalam, dan dalam 7 (tujuh) permohonan ini semua di kawasan perindustrian tiada masalah untuk Bukit Tambun dan permohonan terbaru adalah di Pusat Perniagaan Vortex bersebelahan Taman Merpati Indah. Sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menempatkan paling ramai pekerja asing di Negeri Pulau Pinang, Bukit Tambun tidak pernah bantah ataupun kacau tetapi memandangkan tapak cadangan terbaru ini terletak di tengah-tengah Pusat Perniagaan Vortex bersebelahan dengan rumah pangsa kos rendah sedia ada, dan juga rumah teres bertentangan dengan Pangsapuri Servis yang mendapat kelulusan dan pada masa yang sama, syarat-syarat nyata bagi hak milik tapak cadangan ini adalah Pangsapuri Servis dan pemajuan ini telah mendapat kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (PKM), Pelan Bangunan dan juga telah disempurnakan Majlis Pecah Tanah oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan saya sebagai ADUN Kawasan (suara ketawa) dan saya
Ada kepentingan.
Tetapi baru-baru ini tapak ini telah dimasuk permohonan baru ditukar sebagai kuarters pekerja, kuarters pekerja. Kita sedia maklum di konteks Pulau Pinang, Pangsapuri Servis ini dikategorikan sebagai perumahan. Itu sebab EXCO Perumahan telah kenakan syarat baru iaitu perlu sediakan rumah low cost, rumah kos rendah bererti Pangsapuri Servis adalah perumahan. Tapak cadangan adalah pernah mendapat kelulusan Pangsapuri Servis bertentangan adalah Pangsapuri Servis, sebelah adalah rumah low cost sedia ada, surau Taman Merpati Indah, rumah teres Merpati Indah, adakah tapak ini sesuai. Tapak ini umpama Summit Hotel ditengah-tengah Bandar Bukit Mertajam yang sekarang juga dijadikan sebagai CLQ. Kalau ini jadi, ini boleh, Hotel Summit juga boleh ditukar sebagai CLQ. Itu perbandingan yang saya boleh buat. Nak landing ya Dato’ Seri.
Kena cepat.
Apa yang menimbulkan kemarahan penduduk setempat ialah isu kesesakan di persimpangan SJK(C) Keng Koon iaitu persimpangan Jalan Bukit Tambun, Jalan Perindustrian Bukit Minyak Lapan iaitu dari Penang Science Park dan Jalan Batu Kawan. Kesesakan ini masih belum ada jalan penyelesaian. JKR, MBSP, PDC kebuntuan untuk menangani isu ini. Kalau hari biasa Merpati Indah sampai ke simpang dua (2) minit, tetapi masa kemuncak 45 minit. Tak percaya, tanyalah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang pernah sangkut di jalan tersebut.
Bukit Tambun, faham.
Okey.
Rumus.
Oleh itu, Bukit Tambun yang membawa suara penduduk setempat dan pengguna-pengguna jalanraya tersebut membantah cadangan pemajuan ini buat kali pertama bagi Bukit Tambun. Lapan, saya hanya bantah satu, itu permintaan saya.
Sekian, terima kasih.
Dengan itu, saya sekali lagi memohon sokongan daripada semua rakan-rakan seperjuangan dan juga anak Pulau Pinang tentang kadar cukai baru itu memang bagi saya walaupun hari ini saya berucap nanti kena marah dalam media sosial tetapi implimentasi kadar cukai baru amat penting dan perlu dilaksanakan 1 hari bulan Januari, tahun 2026 untuk memastikan kita dapat menanggung perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun-tahun seterusnya, dengan itu, Bukit Tambun menyokong.
Okey, terima kasih. Machang Bubuk sila, Machang Bubuk dulu.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan Belanjawan 2026 yang tertib, realistik dan juga berpaksikan masa depan Negeri Pulau Pinang. Belanjawan kali ini juga merupakan kesinambungan kepada Visi Penang2030. Kita semua sedang menyaksikan Pulau Pinang sedang bergerak, pelaburan masuk, ekonomi membangun dengan pesat dan juga kita lihat pelbagai penambahbaikan dalam institusi juga sedang dilaksanakan. Kita bersidang di Dewan bukan setakat membahaskan angka dalam Buku Bajet tatapi bajet ini juga merupakan satu peluang keemasan untuk kita sama-sama membina sebuah negeri yang lebih dinamik, lebih berdaya tahan dan juga lebih signifikan. Saya mengiktiraf kekuatan belanjawan ini namun saya juga ingin mengangkat beberapa persoalan penting demi memperkukuh, memastikan Negeri Pulau Pinang kita terus melangkah ke depan dengan keberanian dan juga ketelitian.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu isu yang agak mengejutkan pada hari Jumaat yang lepas, iaitu tentang permeteraian MoU antara PBAPP dan juga Konsortium PKNPK, Gamuda bagi pembekalan air terawat mulai tahun 2031. Saya terkejut dengan kewujudan Fixed Capital Charge (FCC) yang berjumlah RM210 juta setahun dan dikunci untuk tempoh 40 tahun ini. RM210 juta setahun selama 40 tahun bermakna RM8.4 bilion untuk kita perlu tanggung Negeri Pulau Pinang. Walaupun saya difahamkan
jumlah itu akan ditanggung oleh PBAPP tapi akhirnya jumlah itu juga akan ditanggung oleh rakyat Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Seri Yang di-Pertua ini adalah satu angka yang besar dan juga merupakan satu komitmen fiskal jangka masa panjang yang akan meningkat yang akan juga mengikat sekurang-kurang empat orang Ketua Menteri yang akan datang selepas ini. So, ini bukan satu perkara yang kecil, maka saya juga ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa butiran terma MoU yang telah ditandatangani dan macam mana formula pengiraan FCC itu dibuat dan apakah risiko penalti dan kewajiban yang perlu ditanggung oleh PBAPP. Oleh itu saya memohon supaya Kerajaan Negeri boleh membentangkan dan juga memaparkan MOU tersebut kepada orang ramai atau orang sekurang-kurangnya ADUN-ADUN yang ada di sini untuk pemahaman umum.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, kita semua sedar bahawa projek pembekalan air terawat ini amat penting untuk masa depan Negeri Pulau Pinang. Tanpa sumber air yang mencukupi, ekonomi Negeri Pulau Pinang juga tidak boleh dibangunkan dengan pesat. Tetapi soalan yang besar adalah perlu kita tanya, mengapa Pulau Pinang perlu menanggung kos CAPEX, capital expenditure infrastructure yang dibina di negeri lain. Kita sedia maklum bahawa air terawat Perak dari Perak itu, kita bukan diberi secara percuma. Kita juga sudah setuju untuk membelinya tapi dengan kos operasi yang signifikan juga telah kita minta. Ya, dimasukkan tetapi mengenakan fixed capital charge RM210 juta ringgit setahun ke atas PBAPP selama 40 tahun ini adalah seperti seumpama satu orang buka kedai kopitiam ya, yang mengenakan caj pembinaan kedai ke atas orang yang beli secawan kopi di kedai tersebut. So, ini bukan cost recovery, ini adalah cost transfer, so Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebagai seorang wakil rakyat, saya amat concern dan juga bimbang, kerana kita juga dengar bahawa adakah Kerajaan Negeri terpaksa untuk akur kepada terma-terma yang tidak adil ini. Adakah juga berlakunya armtwisting, unsur-unsur armtwisting ini adakah wujud, adakah juga berlaku blackmail atau ancaman jika kita tidak tandatangan MOU maka air itu tidak akan diberikan kepada Negeri Pulau Pinang. So, saya rasa kita perlu ada penjelasan itu dan adakah semua opsyen-opsyen telah dipertimbangkan sebelum kita bersetuju dengan MOU tersebut dan adakah PBA juga ada mengkaji model-model pembiayaan alternatif yang telah dikemukakan dan satu soalan yang sangat penting yang saya juga ingin mendapat kepastian, kenapa Kerajaan Persekutuan tidak menanggung CAPEX sepertimana yang dijalankan di negeri-negeri lain. Adakah kepentingan pengguna air Pulau Pinang itu betul-betul, benar-benar dipertahankan.
Maka saya, jika tidak saya rasa tandatangan MOU ini mewujudkan satu precedent di mana satu negeri yang kecil yang akan sentiasa terpaksa tunduk kepada negeri yang lebih besar dalam isu asas seperti air ini. So, ini amat merbahaya kepada federalisme Malaysia. Air itu adalah hak rakyat dan kerajaan bertanggungjawab memastikan air kekal sebagai perkhidmatan asas yang bersih, murah dan juga mencukupi.
So, saya bukan, saya nak kata di sini, saya bukan menentang projek air terawat ini. Saya hanya tidak mahu apa-apa perjanjian yang membebankan rakyat tanpa justifikasi yang kukuh dan juga ketelusan. Saya yakin Kerajaan Negeri yang telah terbukti sentiasa mempertahankan rakyat Negeri Pulau Pinang juga mahu melakukannya yang terbaik untuk Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu kedua yang saya ingin bawa dalam Sidang DUN ini adalah isu tentang perjanjian penambakan tanah dan penempatan dari Bagan Ajam sehingga ke Telok Air Tawar. Dalam soalan bertulis saya 18, saya ada tanya tentang status terkini, tentang projek ini. So, baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa perjanjian penambakan tanah di Bagan Ajam, Telok Air Tawar telah ditamatkan melalui Notis Penamatan kepada Rayston Consortium pada 22 September 2025, maksudnya baru-baru ini sahaja. Saya memuji langkah Kerajaan Negeri kerana berani membuat keputusan yang tepat berdasarkan lokasi tambakan, kos pelaksanaan dan impak sosial ekonomi sepertimana yang dijawab dalam soalan bertulis saya nombor 18. Namun saya rasa projek ini perlu menjadi satu case study yang penting kepada kerajaan. Kita telah masuk ke boleh dikatakan Era Mega Projek, kita ada LRT, ada Sillicon Island, ada Pan-Island Link dan juga Projek Air di antara negeri dan lain-lain. Setiap projek-projek yang telah dicadangkan dilaksanakan dia membawa risiko kewangan, risiko reputasi, dan juga risiko sosial.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerajaan boleh menyediakan satu laporan ringkas pasca penamatan post-mortem ya, berkaitan dengan projek tambakan laut ini dan memperkukuhkan mekanisma penilaian awal ya kenapa kita boleh menandatangan perjanjian itu sebelum kita membuat keputusan untuk menjalankan projek tersebut dan apa jadi dengan pemantauan projek-projek perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai itu tidak akan berulang masalah yang sedemikian sekali lagi. Oleh itu saya, saya kita di sini kita mahu Institusi Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu menjadi satu institusi yang paling berdisiplin dan juga dari segi projek perancangan projek strategik di Negeri Pulau Pinang ini.
Dato’ Seri Yang di-Pertua perkara yang ketiga yang saya ingin menyentuh adalah berkaitan dengan kebergantungan kepada firma perunding luar. Saya ingin membawa perhatian Dewan ke satu isu yang serius dalam tadbir urus kerajaan iaitu kebergantungan kerajaan terhadap perunding luar. Hari ini hampir setiap kajian, pelan dan juga penyelesaian masalah besar kerajaan diserahkan kepada firma perunding termasuk firma antarabangsa yang berprofil tinggi. Misalnya dalam 10 wishlist yang tadi Bukit Tambun sebut yang diluluskan dalam RMK ke-13 kajian trafik dan guna tanah ke atas cadangan pembinaan Pan Island Links kajian kemungkinan pembangunan Pelabuhan Tuna di Pulau Pinang arah keterjaminan makanan dalam negara. Selain itu, kita juga ada pelbagai master plan:
· Penang Transport Master Plan · Penang Resilient Strategy · Penang City Competitiveness Master Plan · Pelan Induk Perindustrian Negeri Pulau Pinang · Digital Economy Master Plan
Semua pelan-pelan yang saya difahamkan kebanyakan adalah dibuat oleh konsultan-konsultan bukan dibuat secara in-house ya atau dalaman. So selain daripada maka saya rasa ada keperluan untuk kita tanya sebelum kita membuat outsource ya mengapa kita perlu melantik perunding. Adakah kerajaan tidak ada kapasiti dalaman. Adakah kerana ini dilihat sebagai jalan mudah, cepat, dan juga boleh deliver dan sebenarnya ia tidak semestinya tepat.
Dato’ Seri Speaker saya tidak menolak kepakaran perunding tapi kita mesti akur bahawa laporan perunding itu bukan satu laporan yang macam kitab suci. Ia perlu dibaca, diteliti, dicabar dan diverifikasi oleh penjawat awam kita sendiri. Jika tidak saya juga nak berkongsi satu cerita bukan cerita ini perkara yang sebenar yang berlaku di Australia baru-baru ini tahun ini juga apabila Kerajaan Australia mendapati bahawa laporan bernilai Australia Dolar 440 ribu yang mereka outsource kepada Deloitte Australia yang merupakan Big Four yang berprofil tinggi begitu terkenal mendapati mereka menggunakan rujukan palsu ya kajian akademik yang tidak wujud ya dan juga petikan mahkamah yang direka kerana laporan itu adalah disediakan dengan menggunakan AI generatif. So ini satu kes yang perlu kita kaji juga. Ya kadangkala kita dengar nama Deloitt wah itu mesti boleh dipercaya ini. Tapi di Australia ya Deloitte Australia terpaksa memulangkan bayaran kepada kerajaan akibat kesilapan yang memalukan itu. Saya tak pasti sama ada kita ada
Pulau Pinang ada Deloitte atau tidak tapi Deloitte memang ada di Malaysia dan perkara ini kita sekarang semua bincang tentang AI, AI tapi siapa yang dapat pergi scrutinize laporan-laporan yang telah dihasilkan oleh Big Four, Big Four macam ini. Ini yang sangat membimbangkan kepada kita dan saya rasa kes ini adalah satu peringatan yang besar kepada kerajaan supaya kita tidak juga ada kelemahan di mana kita kita menerima laporan-laporan daripada perunding dengan tanpa semakan manusia yang ketat.
Oleh itu, Dato’ Seri Speaker saya ingin menegaskan bahawa kerajaan mesti ada kapasiti dalaman. Pegawai kerajaan perlu dilatih dalam analisis dasar data dan juga teknologi termasuk AI. Jika kita tidak kita akan terus bergantung dan tidak mampu mempersoalkan laporan yang telah dibentangkan. Kedua, laporan perunding juga perlu disemak oleh universiti tempatan dan juga pakar profesional dalam negeri. Kita mesti wujudkan proses peer review yang bebas satu bentuk semak imbang yang melindungi kerajaan daripada penipuan, kesilapan teknikal, atau dapatan yang lemah. Ketiga setiap perunding wajib untuk mendedahkan metodologi, sumber data, dan juga penggunaan AI dalam laporan mereka. Tiada lagi laporan black box yang kita sendiri tidak faham dari mana angka itu datang.
Dato’ Seri Speaker that's why kerajaan yang baik bukan sekadar kerajaan yang hanya membaca laporan tetapi kerajaan yang mampu menyoal, memahami, dan juga mencabar laporan tersebut. Dato’ Seri Yang di-Pertua Empowering State Autonomy. Saya juga ingin mengambil menarik perhatian Dewan yang Mulia ini bahawa laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan telah dibentangkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat. Sejak penubuhan Jawatankuasa Pilihan Raya, Jawatankuasa Pilihan, Jawatankuasa Pilihan ini yang diketuai dipengerusi oleh Yang Berhormat Bukit Tengah pelbagai usaha serta mesyuarat telah diadakan untuk menegakkan federalisme Malaysia yang lebih adil dan juga lebih bermakna. Sistem negara kita hari ini terlalu centralized. Lebih 90% hasil negara dikutip oleh Persekutuan dan negeri-negeri hanya menerima kira-kira 2% sahaja. Laporan ini mengesyorkan agar perkongsian hasil yang lebih adil dan cadangan sekurang-kurangnya 20% dikembalikan kepada negeri dan juga Jawatankuasa Pilihan ini juga kita merasakan perlu ada satu mekanisma equalization dan formula pembahagian semula hasil yang telus untuk memastikan tiada negeri yang terpinggir atau ketinggalan dan juga satu perkara yang saya rasa amat penting di mana kita menyeru supaya Kerajaan Persekutuan perlu menubuhkan sebuah
Suruhanjaya Federal State Relations yang menjadi platform untuk tetapkan rundingan di antara Kerajaan Negeri dengan Pusat.
Dato’ Seri Speaker, ini bukan konfrontasi. Ini soal menjadikan Malaysia sebuah persekutuan moden yang lebih cekap, lebih responsif, dan sejajar dengan semangat Malaysia Madani. Penang bersedia menjadi negeri perintis untuk merealisasikan decentralization secara tersusun.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, tanpa menyentuh isu-isu setempat Machang Bubuk, perbahasan saya tidak lengkap. Maka saya juga ingin menyatakan beberapa perkara yang di kawasan saya iaitu antaranya adalah Jalan Alma Bukit Minyak di bahagian Isuzu sehingga ke petrol station Shell yang sentiasa mengalami banjir kilat walaupun pelebaran jalan tersebut baru siap tahun lepas. Saya menghargai jawapan Kerajaan Negeri yang menyatakan bahawa punca utama adalah fenomena air laut pasang tinggi menyebabkan aliran balik ke dalam sistem longkang jalan. Namun persoalan saya adalah kenapa perancangan dan reka bentuk jalan yang dikatakan telah mengambil kira data hidrologi tetapi realitinya jalan baru tersebut masih gagal menangani perubahan cuaca dan paras air sungai. So, saya juga ingin mengambil kesempatan ini supaya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan permohonan projek RTB Sungai Kilang Ubi supaya penyelesaian jangka masa panjang di bahagian jalan tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.
Dato’ Seri Yang di-Pertua jalan baru untuk sambung Jalan Machang Bubuk 1, Taman Century, dan juga Jalan Seladang. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah menyatakan bahawa JKR telah pun menyenaraikan projek ini dalam RNPP5 iaitu Rancangan Negeri Pulau Pinang 5. Projek ini amat penting kerana kesesakan lalu lintas di Jalan Kulim semakin kritikal tambahan pula kos pengambilan balik tanah untuk jalan baharu ini hanyalah RM46.44 juta jauh lebih rendah berbanding dengan RM100 juta untuk pengambilan balik tanah jajaran Jalan Kulim ini. Maka pembinaan jalan baru ini bukan hanya menjimatkan kos malahan dapat mewujudkan satu laluan alternatif strategik kepada penduduk di kawasan Machang Bubuk serta menambahbaikan tentang connectivity.
Akhirnya Dato’ Seri Speaker segala persoalan yang saya bangkitkan hari ini tentang MOU pembekalan air, tentang ketelusan projek, tentang integriti perancangan dan juga tatakelola perunding ya semuanya berkongsi di atas satu asas yang sama iaitu kita mahu
lihat Negeri Pulau Pinang menjadi sebuah negeri yang hebat dalam pembangunan ekonomi, berdisiplin dalam perancangan dan serta urus tadbir negeri yang cemerlang. Kita tidak boleh mengambil sikap tunggu durian runtuh. Kita perlu berusaha dan berjuang dengan kepintaran serta penuh integriti. Penang sedang menuju ke Visi2030 satu era baru dan dalam keadaan dunia geopolitik yang semakin tidak menentu. Maka kita tidak boleh bergerak dengan model pentadbiran lama kita perlu institusi yang lebih cekap, lebih accountability, dan juga penuh integriti. Dengan ini saya mohon menyokong.
Terima kasih Machang Bubuk dan saya menjemput Yang Berhormat Telok Bahang.
Terima kasih Yang di-Pertua Dato’ Seri. (Bacaan ayat Al-Quran).
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Padang Kota, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Ketua-ketua Jabatan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas peluang yang diberikan oleh Dato’ Seri Yang di-Pertua untuk Telok Bahang ingin mengambil kesempatan sempena Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi membahaskan isu-isu berkaitan kewangan dan isu-isu yang amat kritikal pada masa ini.
Dato’ Yang di-Pertua, nama baik Balik Pulau telah masyhur di seluruh dunia dengan berbagai kejadian yang telah berlaku bermula dari 23 haribulan Oktober 2025 iaitu rakyat di Balik Pulau telah diuji dengan berbagai malapetaka yang amat perit. Kejadian hujan lebat serta angin yang kuat menyebabkan beberapa buah rumah terangkat bumbung dan bocor dan ada seterusnya kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Sardon merupakan puncak kepada malapetaka sehingga mengakibatkan lebih 10,000 rakyat Balik Pulau terpaksa mengharungi 6 jam traffic jam pada malam 23 haribulan Oktober 2025. Ini kerana Jalan Lama Simpang Empat ke Teluk Kumbar sahaja yang boleh dilalui manakala Jalan Baru Tun Sardon dan Jalan Telok Bahang telah ditutup.
Faktor yang kedua, Jalan Telok Bahang turut mengalami tanah runtuh dan pokok tumbang serta turut ditutup kepada lalu lintas untuk menghubungi Balik Pulau. Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Tun Sardon serta Jalan Telok Bahang adalah berpunca daripada tanah-tanah di sepanjang jalan tersebut yang sepatutnya menjadi benteng telah digondolkan oleh penanam-penanam durian dan tanaman lain tanpa mengambil kira implikasi dan musibah musim tengkujuh.
Justeru kerosakan, kemusnahan dan kesengsaraan yang telah dialami akibat musibah ini amatlah wajar sekiranya Kerajaan Negeri memantau aktiviti-aktiviti pertanian terutamanya tanaman durian dan lain-lain penanaman sayuran di sepanjang bukit-bukit tersebut.
Persoalannya, sekiranya terdapat kemalangan maut semasa kejadian tanah runtuh tempoh hari, siapakah yang patut dipersalahkan? Adakah tuan-tuan tanah? Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mahu bertanggungjawab dalam hal ini?
Apakah Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memantau struktur tanah di sepanjang jalan-jalan tersebut terutamanya kawasan yang telah digondolkan oleh penanam-penanam durian? Sepatutnya hutan simpan kekal perlu diwujudkan sebagai zon penampan dan sebarang pencerobohan perlu diambil tindakan tegas. Hutan simpan yang bertindak sebagai zon penampan tidak boleh dikompromi oleh sesiapapun. Jikalau ianya telah habis diberikan kepada pemilik individu atau syarikat-syarikat tertentu, Kerajaan Negeri perlu mengambil pengambilan balik atas kepentingan awam dan keselamatan pengguna jalan-jalan di Jalan Tun Sardon dan Telok Bahang.
Jika diperhatikan pada masa kini, dari Bukit Kukus ke Balik Pulau bermula dari puncak hingga ke jalan raya, kebanyakannya telah digondolkan. Ini bermaksud puncak bukit juga telah diberi hakmilik ataupun telah diceroboh. Andai kata puncak-puncak bukit ini telah disalahgunakan, maka tunggulah bencana yang serupa akan turut berulang sepertimana yang berlaku di Cameron Highland.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, selama lebih dari seminggu, 20 ke 30,000 penduduk Balik Pulau terpaksa menghadapi traffic jam yang amat perit sehingga 2 ke 6 jam disebabkan bencana ini. Terdapat juga kemalangan maut disebabkan jalan utama bukit baru ditutup
maka mereka berpusu-pusu menggunakan jalan lama. Penduduk Balik Pulau rata-rata meluahkan keluhan, kekesalan dan perasaan tidak puas hati akibat kerakusan tangan-tangan yang menggondolkan bukit-bukit semata-mata mencari keuntungan tanpa memikirkan permasalahan orang lain.
Allah S.W.T menyatakan di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 (bacaan ayat Al-Quran). Maksudnya, telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia sendiri. Timbulnya yang demikian supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar.
Dato’ Yang di-Pertua, tidak juga keterlaluan jika dikatakan bencana banjir sepertimana yang diutarakan oleh Ketua Pembangkang tadi yang berlaku di kawasan Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Selatan semasa musim tengkujuh ini sedikit sebanyak berpunca daripada PSI. Perkara ini telah saya utarakan semasa mesyuarat yang lepas iaitu Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, namun umpama mencurah air ke daun keladi.
Bermula pada malam 4 November 2025 hingga 7 November 2025, air pasang telah mula naik dari 3-meter dan kemuncaknya pada 5 November 2025 di mana air pasang telah mencecah 3.5 meter. Sila tuan-tuan bayangkan perumahan di Kuala Sungai Pinang yang terus ditenggelami banjir dan bayangkan keadaan rumah-rumah mereka. Lebih malang lagi terutamanya bagi penuntut-penuntut yang sedang mengambil peperiksaan SPM. Bagaimanakah mereka hendak menghadapi peperiksaan sedangkan rumah mereka ditenggelami air?
Rakyat juga terpaksa menanggung segala kerosakan perkakasan rumah, harta benda dan tanaman. Jika Kerajaan Negeri merupakan sebuah kerajaan yang cakna nasib rakyat, sepatutnya projek RTB telah dilaksanakan dari awal-awal lagi termasuk memberi bantuan kepada isi rumah yang terlibat khususnya yang mengalami kerosakan rumah dan peralatan perkakasan rumah dan tanaman.
Dato’ Yang di-Pertua, bertitik tolak dari sepanjang kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Sardon sebagai permasalahan, juga terkait ingin diutarakan termasuk aspek kesihatan. Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan pakar dihantar dari Hospital Daerah Balik Pulau
dengan kereta ambulans ke Hospital Besar (GH) di mana keadaan pesakit ini amat-amat menyedihkan terutamanya semasa penghantaran berlaku waktu puncak dengan satu laluan saja iaitu dari Balik Pulau ke Bayan Lepas kemudian ke Hospital Besar. Sudah tentulah faktor masa dan kelewatan akan menyebabkan pesakit-pesakit bertambah tertekan.
Apabila sampai di Hospital Besar (GH), pesakit terpaksa ditahan di Jabatan ED, Emergency Department selama beberapa jam kerana kekurangan katil di wad-wad. Ada pesakit yang telah ditahan selama lebih 6 jam. Faktor kekurangan doktor pakar dan jururawat, perkara ini telah lama dialami oleh Hospital Besar (GH) dan saya telah utarakan di dalam Mesyuarat Dewan yang lepas.
Terbaru, melalui media sosial whatsapp Penang Kini, luahan isi hati seorang doktor yang bertugas di Pulau Pinang. “Klinik pakar pun tak cukup pakar, MO pun banyak resign, staf nurse pun resign, jangan marah dan amuk bila jumpa doktor lambat, yang mana tinggal pun dah cukup exhausted dan depress, beban kerja teruk, tak rehat, makan tak sempurna, solat tergesa-gesa, tunggu masa nak refer kaunseling.” (Sumber: Dr. Om Prakash)
Bagi pesakit luar, masa menunggu juga amat ketara lamanya. Bagi pesakit yang membawa kenderaan sendiri ke Hospital Besar, permasalahan kedua yang perlu ditanggung adalah tempat parkir yang terhad. Namun kita sedia maklum bahawa tempat parkir masih di dalam kategori pelaksanaan. Sebagai cadangan dan solusi, saya ingin mencadangkan supaya Hospital Balik Pulau turut dinaikkan taraf bagi menampung kesesakan di GH dan dikurangkan melalui penaikan taraf ini.
Dato’ Yang di-Pertua, menyentuh tentang kos sara hidup. Saya mahu mengajak tuan-tuan meneliti faktor-faktor yang berikut. Saban minggu rakyat disajikan dengan Jualan RAHMAH dari satu kampung ke kampung yang lain dan kita mengakui bahawa barang-barang yang dijual sedikit murah. Namun banyak kedai-kedai kampung yang terpaksa ditutup kerana tiada pelanggan dan kurang kemampuan bersaing dan ditambah dengan birokrasi-birokrasi, umpamanya berbagai pemeriksaan yang tidak habis-habis oleh KPDNKK, KKM dan lain-lain agensi.
Jualan RAHMAH yang dianjurkan oleh pemimpin parti-parti seperti MPKK melalui kontraktor yang dilantik, jika dibandingkan kontraktor dengan kedai-kedai kampung, mereka tidak mempunyai komitmen-komitmen seperti lesen, permit dan lain-lain kos sampingan.
Manakala kedai-kedai kampung terpaksa berdepan dengan banyak kos-kos seperti lesen-lesen, permit dan pemeriksaan kesihatan. Justeru handicapped ini merupakan perbezaan lapangan di antara kedai-kedai kampung dan Jualan RAHMAH yang mana secara tidak langsung menutup pendapatan kedai kampung dan akhirnya terpaksa gulung tikar.
Apakah tindakan ini wajar? Sepatutnya kerajaan menyokong pengusaha-pengusaha kedai kampung dengan membekalkan barangan-barangan murah kepada mereka supaya mereka mampu bersaing.
Dato’ Yang di-Pertua, dari aspek pelancongan. Pulau Pinang dilihat telah kehilangan ramai pelancong-pelancong dalam dan luar negeri apabila perkhidmatan feri Pulau Pinang ditamatkan dan digantikan dengan feri kecil, catamaran atau bot saja. Dalam era 70an, 80an dan 90an, kesibukan George Town dengan pelancong-pelancong dari luar dan dalam negara tidak dapat dinafikan. Pelancong-pelancong ini terdiri daripada pelancong-pelancong dari Eropah dan daripada Timur Tengah, ‘Mat Saleh’ dan ‘Pak Arab’.
Kawasan di Pengkalan Weld dipenuhi dengan lampu-lampu yang berwarna warni tiap-tiap malam khususnya apabila kita bertolak daripada Butterworth ke Pulau Pinang kita akan lihat bermacam-macam lampu yang ada di seluruh Pulau Pinang. Tetapi hari ini tinggal kenangan semata-mata, George Town umpama bandar tinggalan yang kaku. Kawasan-kawasan Weld Quay, Padang Kota Lama, Padang Kota Baru serta sekitar area George Town sentiasa dibanjiri pelancong-pelancong dan begitu juga di sebelah Seberang Perai, kawasan Bagan, Bagan Ajam sentiasa dipenuhi dengan orang ramai. Maka, di situ tumbuh berbagai-bagai perniagaan, umpamanya Gurney Drive dan Night Market di Batu Ferringhi. George Town tidak tidur, boleh dikatakan sepanjang masa George Town dibanjiri oleh manusia yang datang dari seluruh dunia. Tapi hari ini, dapat dilihat pusat-pusat komersial di Pulau Pinang telah semakin hapus satu demi satu disebabkan tiada daya tarikan terutamanya pelancong-pelancong antarabangsa dan tempatan yang dulunya sentiasa ingin berkunjung, tapi kini telah mengalihkan tumpuan mereka ke Hat Yai, Thailand.
Lihat saja musim cuti yang lepas, pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar terpaksa menampung kebanjiran pelancong antara dua (2) ke tiga (3) juta orang dan semua bilik hotel telah habis ditempah. Malah, ada syarikat-syarikat pelancongan yang terpaksa menempah bilik di Alor Setar kerana tetamu mereka tidak mempunyai bilik untuk bermalam pada malam tersebut. Justeru, bayangkan berapa banyak pendapatan Thailand
dalam tempoh tiga (3) ke empat (4) hari tersebut. Kalau hendak dibandingkan produk-produk pelancongan di Thailand, Thailand terpaksa melangkaui lebih jauh sehingga menggunakan wanita sebagai tarikan pelancong mereka. Sedangkan Pulau Pinang mempunyai produk ikonik yang hanya ada di negeri kita saja. Tapi, seperti lirik lagu Ito Blues Gang, Apo nak dikoto, apa nak dikato.
Justeru, untuk mengambil mengembalikan kegemilangan Pulau Pinang seperti mana di era 70-an, 80-an, dan 90-an, rakyat Pulau Pinang perlu menilai semula sama ada kerajaan mampu untuk memulihkan dan memberi peluang kepada kerajaan yang baharu untuk menghayati nadi denyut rakyat yang boleh meningkatkan pendapatan negeri terutamanya di sektor pelancongan dan mengembalikan Pulau Mutiara yang pada satu masa dulu amat tersohor sinarnya. Hari ini Pulau Mutiara telah malap dan longlai akibat pengurusan yang tidak kompeten. Bagi melestari bidang pelancongan di Pulau Pinang, banyak sektor-sektor lain yang boleh difokuskan sebagai produk pelancongan, terutamanya menarik pelancong-pelancong dari luar negara seperti Timur Tengah, di mana kestabilan rantau itu yang sedang bergolak pada masa ini dan boleh dijadikan sebagai pull factor bagi pelancong-pelancong luar memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan mereka.
Sektor pelancongan luar bandar boleh memberi manfaat sekiranya Kerajaan Negeri tidak hanya fokus kepada sektor pembuatan dan sektor perkilangan saja. Kita akui, kilang-kilang memberi sumbangan yang tinggi. Namun, sekali lagi saya memohon kepada rakyat Pulau Pinang supaya mengkaji masak-masak perkara ini supaya Negeri Pulau Pinang dapat dikembalikan kegemilangan dan kemasyhuran yang pernah kita kecapi satu masa dulu.
Dato' Yang di-Pertua, perkhidmatan feri Pulau Pinang merupakan serampang dua mata, iaitu sebagai jalur penghubung dan daya tarikan pelancong. Saban hari Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan yang serius, terutamanya waktu puncak. Apatah lagi jika terdapat kemalangan di atas jambatan. Sekiranya terdapat perkhidmatan feri yang efisien, kesesakan akan dapat diuruskan dengan berkesan. Walaupun Kerajaan Negeri menyatakan perkhidmatan feri sentiasa mengalami kerugian yang mencecah puluhan juta setahun, namun perkara ini boleh dikontra dengan pentadbiran yang cekap dan efisien demi memartabatkan semula Pulau Mutiara sebagai "Pearl of the Orient" yang amat kita banggakan satu masa dulu.
Dato' Yang di-Pertua, dahulu Pulau Pinang terkenal sebagai negeri pelancongan utama, pusat membeli-belah dan negeri syurga makanan. Gama sebagai mall tempat membeli-belah tersohor ketika itu. Kemudiannya syurga makanan di Gurney Drive, Padang Kota Lama, Simpang Enam dan Queen Street. Berbagai-bagai tempat lain yang telah mengangkat martabat Negeri Pulau Pinang. Namun disebabkan kerajaan yang mentadbir pada hari ini tidak fokus kepada permasalahan rakyat dan kepentingan untuk memartabatkan negeri, serta lebih menumpukan…
Telok Bahang.
Usaha-usaha ke arah.
Telok Bahang, boleh bagi laluan.
Silalah, sila.
Sedarkah Telok Bahang bahawa ridership ataupun pelancong yang ke Bukit Bendera telah pun mencapai satu jumlah tertinggi dalam sejarah, iaitu 2 juta pelancong ke Bukit Bendera, kalau dibandingkan dengan sebelum?
Tahu kita tahu. Tapi tengoklah malam-malam di Tanjung ini, yang mana dulu kita nampak dia punya brightness, dia punya keceriaan. Tapi hari ini apa ada? Tak ada. Tak ada apa. Orang pun tak ramai. (gangguan) Okey. Namun disebabkan.
Telok Bahang. Telok Bahang, minta laluan.
Silalah, silalah.
Terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat tentang kesesakan lalu lintas, Jambatan Pulau Pinang dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat bersetuju jikalau projek LRT siap nanti kelak sampai ke Penang Sentral, kesesakan lalu lintas yang disebut tadi itu akan berkurangan. Jadi adakah Yang Berhormat setuju dengan itu, kenyataan itu?
Yang Berhormat, itu adalah satu usaha daripada Kerajaan Negeri. Tapi memakan masa yang lama. Sekarang ni kita cakap sekarang ini. Sebab apa. Kesibukan hari-hari berlaku. Tak tak kisahlah kita pergi kecuali kalau kita pergi bukan masa peak hours, bolehlah kita lalu jambatan tu. Dalam 30-kilometer sejam, 40-kilometer sejam. Tapi kalau time peak hours, minta maaf. Berdenyut-denyutlah kita. Saya tidak tidak apa orang kata tidak menolak, tapi saya masa itu tidak sokong lagi. Sebab masa itu belum belum tiba lagi. Memakan masa yang agak lama.
Saya mohon Yang Berhormat tolong nasihat MP Permatang Pauh lah, suruh dia sokong juga.
Okey. Okey. Nanti sekejap. Kepentingan untuk memartabatkan negeri, serta lebih menumpukan usaha-usaha ke arah infrastruktur moden dan projek-projek mega yang
berjumlah berbilion-bilion ringgit, kesannya adalah jangka masa panjang. Tapi rakyat perlu hidup sehari-hari. Tiada pendapatan yang boleh rakyat jadikan sandaran lantaran menyisihkan penglibatan warga tempatan terutamanya rakyat miskin yang tidak mampu mengecapi kemudahan ini dan semata-mata dapat memandang saja. Hari ini Port Swettenham dan Bagan Terminal di Butterworth tidak lagi dikunjungi oleh kapal-kapal yang berlabuh, di mana ianya boleh digunakan sebagai benchmark ekonomi Pulau Pinang yang telah menyusut sebanyak RM199.77 juta selama lima (5) tahun berturut-turut dari 2020 hingga 2024. Dan sekiranya dibiarkan, tidak mustahil Pulau Pinang akan terus mengalami defisit kewangan yang tidak berkesudahan. Namun, nasib baik Pulau Pinang agak nasib baik Pulau Pinang dibantu oleh Pusat, tanpa Pusat, Pulau Pinang tidak mampu bersaing.
Dato' Yang di-Pertua, mengapa saya mengatakan Kerajaan Negeri hari ini tidak kompeten adalah disebabkan satu demi satu produk pelancongan di negeri ini bakal dinyahkan dari kalendar negeri ini. Sebagai contoh, Pesta Pulau Pinang akan mulai tutup pada tahun depan kerana tapak Pesta Sungai Nibong akan diambil oleh oleh diambil oleh MRT Corporation mulai April 2026 bagi kerja-kerja pembangunan jajaran LRT dan depoh. Sepatutnya Kerajaan Negeri perlu menggantikan tapak Pesta Sungai Nibong dengan tapak baru untuk meneruskan acara tahunan ini dan sekaligus meneruskan identiti Pesta Pulau Pinang sebagai wadah pelancongan yang turun-temurun dan impak positif kepada negeri ini. Kesan daripada pembatalan ini bukan saja kepada Negeri Pulau Pinang, tetapi jauh lebih memudaratkan adalah kakitangan Jabatan Kewangan Negeri yang telah bertugas lama dari dua (2) tahun ke 15 tahun yang perlu ditamatkan kontrak mereka kerana mereka bertugas di bawah Terms of Service iaitu Contract for Service. Merupakan satu penganiayaan kepada mereka kerana servis itu ditamatkan oleh Kerajaan Negeri.
Justeru saya menyeru Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula untuk menyerapkan mereka-mereka yang terlibat di jabatan-jabatan ke jabatan-jabatan lain kerana faktor umur mereka yang telah meningkat dan agak susah untuk mencari pekerjaan baru.
Dato' Yang di-Pertua, saya telah mengutarakan soalan lisan berkaitan tapak warisan dan sepertimana yang dijelas dijelaskan oleh YB Paya Terubong, tapak warisan dipilih berdasarkan sejarah. Justeru salah satu tempat sejarah di Pulau Pinang adalah Batu Uban. Bukti bahawa Pulau Pinang telah dibuka pada 1734, abad ke-18 oleh Nakhoda Intan, seorang pelaut Minangkabau. Ini menunjukkan sudah wujud komuniti Melayu Islam yang
teratur sebelum British. Tokoh-tokoh seperti Nakhoda Intan, Nakhoda Kecil dan Datuk Jenaton adalah tokoh-tokoh yang membuka kampung dan kawasan pertanian di Batu Uban sekitar tahun 1730 hingga 1750 dan terkenal sebagai kawasan pertanian, perdagangan laut, kampung nelayan.
Manakala kedatangan Francis Light pada 1886 hingga 1890, British menggunakan Batu Uban sebagai kawasan sokongan perdagangan. Kampung Melayu Batu Uban tidak dipindahkan dan terus berkembang. Justeru Batu Uban di dalam evolusi Pulau Pinang yang mempunyai kriteria kampung Melayu tertua di Pulau Pinang. Penempatan terawal berorganisasi di pulau ini. Tapak awal hubungan perdagangan Minangkabau-Kedah. Bukti bahawa Pulau Pinang bukan kosong ketika British datang. Ini menunjukkan bahawa Batu Uban perlu didaftarkan sebagai tapak warisan bersama-sama faktor sejarah.
Dato' Yang di-Pertua, saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana bagi tiga (3) tahun, 2023 hingga 2025, Kerajaan Negeri berjaya membina lima (5) buah masjid, tetapi apa yang menggusarkan adalah permohonan untuk menaik taraf masjid di kawasan Balik Pulau sejak tahun 2024 masih menunggu hingga sekarang. Saya menyeru Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Pulau Pinang lebih cakna kepada masjid-masjid yang daif daripada membina masjid-masjid di tempat yang penghuninya tidak seberapa. Saya bukannya menolak pembinaan masjid, tetapi mestilah mampu mempunyai keutamaan, priority (dengan izin).
Masjid Bandar Cassia telah siap dibina, tentukah masjid tersebut boleh menampung seluruh qaryah di kawasan itu. Dan bandar dan Masjid Bandar Raya di Kitab Bandar Cassia boleh diletakkan sebagai prioriti kedua. Ini adalah untuk mengimbangi kewangan daripada Kerajaan Negeri bagi membantu membina masjid-masjid. Dan saya juga terpanggil untuk menyentuh isu pelantikan AJK masjid, yang mana ianya amat mengelirukan anak-anak qaryah. Di mana pelantikan AJK hanya diputuskan oleh Majlis Agama Islam dengan dicalonkan oleh anak qaryah dan bukannya oleh anak qaryah itu sendiri yang melantik AJK masjid.
Dan akhir kata, saya sudahi dengan Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh dan saya mohon menyokong.
Terima kasih Telok Bahang. Dan seterusnya saya persilakan Permatang Berangan. Silakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Wassalatu Wassalamu Ala Rasulika Sayyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan izin-Nya kita dapat berhimpun di Dewan ini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Terima kasih kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas tentang Belanjawan 2026 bagi Negeri Pulau Pinang pada hari ini. Sebagai hamba Allah dan wakil rakyat kita wajib menunaikan amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat yang memberi kepercayaan kepada kita. Dalam tempoh dalam setiap keputusan dasar dan belanjawan yang dibentangkan kita perlu meletakkan keadilan, kebajikan dan maslahat rakyat sebagai asas bukan hanya kehendak politik atau kepentingan tertentu.
Firman Allah SWT yang bermaksud, Dan tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa dan janganlah tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan Surah Al-Ma'idah ayat dua.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, dalam data terkini menunjukkan bahawa DUN Permatang Berangan mencatatkan bilangan rakyat termiskin tertinggi di Pulau Pinang berjumlah 794 ketua isi rumah, ini adalah realiti kehidupan rakyat yang bergelut untuk menyara keluarga mereka setiap hari malah ramai yang menghadapi kesempitan sehingga terpaksa berjimat sehingga peringkat bergolok bergadai untuk menyara kehidupan seharian namun sehingga kini kita sebagai negeri maju masih gagal melakukan intervensi yang bersungguh-sungguh dan berkesan untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Permatang Berangan menyeru agar setiap dasar ataupun program dan perbelanjaan kerajaan diberi keutamaan pada golongan ini berlandaskan kepada keadilan dan kebajikan rakyat tanpa mengira agama bangsa dan warna kulit sebagaimana
yang diperintahkan oleh syariat. Firman Allah SWT yang bermaksud Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan membuat kebaikan Surah An-Nisa ayat 58. Rakyat yang miskin tidak boleh dibiarkan terus menerus menderita dan sebagai pemimpin kita wajib memastikan kehidupan mereka terbela dan dibantu dengan ikhlas.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, rakyat kini dihimpit dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan SST, cukai pintu, cukai tanah, bil air dan bil elektrik telah menjejaskan kehidupan mereka sekeluarga. Golongan B40 dan M40 yang paling terkesan terutama keluarga yang ramai anak yang terpaksa berjimat cermat menguruskan keperluan asas kehidupan mereka.
ini bukan sekadar isu kewangan tapi isu kemanusiaan, Permatang Berangan sangat berharap agar institusi seperti Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memainkan peranan lebih aktif dan proaktif serta berkesan untuk membantu golongan ini, dalam Islam pemimpin diamanahkan untuk meringankan beban rakyat bukan menambah kesusahan mereka. Oleh itu, setiap langkah yang boleh meningkatkan kos sara hidup rakyat perlu dibuat secara berhati-hati dan wajar diiringi dengan langkah dan sokongan yang jelas tanpa beban yang ditanggung rakyat supaya beban yang ditanggung rakyat dapat dikurangkan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Permatang Berangan ingin merakamkan tahniah atas usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit belanjawan negeri dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan perlu mengawal perbelanjaan seperti lawatan ke luar negara majlis-majlis rasmi kerajaan dan pembelian kenderaan dan aset kerajaan sedangkan ianya boleh tangguh ke suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan.
Dalam Islam pemimpin adalah amanah dari Allah SWT dan setiap ringgit yang dibelanjakan mesti diperuntukan untuk maslahat rakyat dan keadilan sosial, rakyat menuntut belanjawan yang menepati prinsip keadilan yang mengutamakan aspek kebajikan, keselamatan, pendidikan dan kesihatan rakyat, begitu juga peruntukan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik untuk rakyat yang memerlukan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman semua sudah dua sidang DUN Permatang Berangan memohon supaya pihak kerajaan membantu mempromosikan Kampung Labuh Banting sebagai satu tempat pelancongan luar bandar, saya ingin
menjemput Paya Terubong dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk melawat tempat yang tempat ini dan merasai keunikan tempat ini di sini ada river cruise, ada kayuh basikal masuk kampung, ada medan selera yang menyajikan mee udang galah, ada projek pembuatan kuih tradisional, ada pusat pengumpulan produk makanan seperti Ayuni Kerepek dan lain-lain lagi.
Permatang Berangan pernah memohon di dalam Dewan yang Mulia ini supaya dibina sebuah papan tanda pelancongan khusus ke Labuk Banting buat masa ini tiada ada lagi papan tanda pelancongan yang menujukkan arah ke Kampung Labuh Banting ini. Oleh itu, mohon sangat-sangat supaya tempat ini dimasukkan sebagai destinasi pelancongan Negeri Pulau Pinang seperti telah dibuat untuk Kampung Agung di Penaga.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu pencemaran najis babi dan bau busuk di Sungai Kereh yang disentuh oleh Ketua Pembangkang tadi juga akan saya sentuh ianya berpunca daripada ladang ternakan babi di Kampung Selamat, ianya semakin membimbangkan rakyat. Aduan semakin banyak diterima tetapi tindakan penyelesaian masih tidak kelihatan.
Dalam sidang DUN yang lalu, Pantai Jerejak memberi jaminan bahawa isu ini akan diselesaikan pada hujung penggal ini tetapi sehingga hari ini belum ada tanda ianya dapat diselesaikan, Permatang Berangan menuntut janji ini dipenuhi segera. Rakyat berhak mengetahui perkembangan dan garis masa penyelesaiannya.
Isu ini menjejaskan kehidupan mereka setiap hari dan tidak boleh dipandang sambil lewa. Sehingga kini rakyat Kampung Selamat dan sekitarnya yang tinggal di sepanjang Sungai Kereh terus menerus merasai pencemaran air sungai dan pencemaran bau yang sangat mengganggu kehidupan seharian mereka, masalah pencemaran yang berterusan ini mencerminkan kegagalan kita menguruskan isu pencemaran ni.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pesawah di Permatang Berangan dan juga di Negeri Pulau Pinang berdepan dengan pelbagai masalah seperti rumpai yang sukar dikawal, penyakit tanaman yang pelbagai, tanah jerlus dan cuaca yang ekstrem. Kejatuhan hasil musim satu 2025 menyebabkan ramai pesawah menanggung kerugian sehingga tidak mampu membayar sewa tanah, upah jentera apatah lagi menyediakan modal untuk musim baharu. Sebagai contoh musim satu 2025 kelompok padi Permatang Kerai Kecil di Kepala Batas Seberang Perai Utara merekodkan hasil padi kasar pada jumlah 234.78 metrik tan
hasil padi bersih selepas ditolak 20 peratus potongan adalah 187.82 metrik tan keluasan sawah padi berjumlah 80.34 hektar purata hasil sekitar adalah 2.34 metrik tan sehektar, 2.34 tan sehektar ini dikali dengan RM2,000 se tan jadi jumlah pendapatan RM4,680 untuk satu hektar. Manakala kos untuk mengusahakan sawah padi bagi satu hektar berjumlah RM4700 jadi pesawah mengalami kerugian sebanyak RM20 pada musim lepas. Rugi bukan kata nak makan ni rugi tak dapat menampung perbelanjaan yang telah dikeluarkan begitu juga dengan kelompok-kelompok padi yang lain hasil padi sangat teruk pada musim yang lepas.
Oleh itu, Permatang Berangan ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberi bantuan one-off pada pesawah setiap pesawah berjumlah RM1,000 sebagai bantuan segera untuk meringankan beban mereka dan membolehkan mereka meneruskan aktiviti penamanan padi pada musim yang akan datang, ini bukan sahaja membantu mereka dari segi ekonomi tetapi juga menjaga keselamatan rantaian makanan beras di negeri ini yang dibanggakan selalunya mencapai hasil yang tertinggi di Malaysia ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, banjir kilat ini kerap berlaku dan ianya telah menjejaskan kehidupan penduduk sekitar. Baru-baru ini berlaku banjir di kawasan Labuh Banting dan juga di kawasan Lahar Yooi dan dalam perbincangan saya dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati bahawa projek tebatan banjir di kawasan ini telah diangkat untuk dilaksanakan tetapi ianya telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan asalnya tak diberi keutamaan yang penting jadi saya minta supaya Projek Tebatan Banjir untuk kawasan Sungai Perai ini diberi keutamaan bagi mengelakkan kawasan ini yang sentiasa menjadi kawasan hotspot banjir dapat dielakkan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Permatang Berangan juga menuntut agar Pelan Tindakan Bersepadu bagi menangani banjir dan banjir kilat dibentangkan dengan garis masa yang jelas, langkah pelaksanaan yang konkrit dan pemantauan berterusan, ini bukan soal politik tapi soal keadilan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang wajib diutamakan mengikut prinsip Islam.
Permatang Berangan juga mohon supaya Rancangan Tebatan Banjir yang saya sebutkan tadi diberi keutamaan, begitu juga dengan isu banjir kilat yang sering berlaku di Taman Desa Ara Permai dan Institut Kemahiran Mara Pulau Pinang di Ara Kuda, penduduk di sini memaklumkan lebih lima tahun banjir kilat ini berlaku dan aduan telah banyak kali
dibuat pada Yang Berhormat terdahulu pada Majlis Bandaraya Seberang Perai dan juga kepada Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran. Permatang Berangan memohon supaya satu Jawatankuasa Teknikal ditubuh bagi mengkaji semula sistem perparitan yang sedia ada yang ternyata gagal menampung aliran air semasa hujan lebat.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu kesesakan lalu lintas di Permatang Berangan, Permatang Berangan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pusat atas pelaksanaan Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua di Lebuhraya Utara Selatan PLUS.
Walau bagaimanapun, kawasan Seberang Perai khususnya persimpangan Tasek Gelugor, Pokok Sena dan Lahar Yooi kini mengalami kesesakan teruk setiap hari terutama hujung minggu dan cuti umum, projek pembesaran jalan di Pokok Machang dan Pokok Sena perlu dilakukan dengan cermat, baru-baru ini penduduk di sepanjang jalan tersebut telah diberi notis mengosongkan tanah simpanan jalan oleh pihak JKR dan dianggap telah menceroboh tanah kerajaan padahal penduduk di sini telah tinggal di sini lebih daripada dua generasi sebagai pekerja Ladang Malakoff.
Pada tahun 1986 mereka telah membeli tanah tersebut mereka tinggal dan pihak Malakoff estet telah memohon untuk pecah sempadan tanah tersebut selepas pecah sempadan sebahagian tanah tersebut telah diserahkan kepada kerajaan sebagai simpanan jalan dan termasuk pagar dan ada yang termasuk bahagian hadapan rumah mereka. Mereka bukannya menceroboh tanah kerajaan, oleh itu Permatang Berangan mengharapkan agar satu perbincangan dapat dibuat dengan penduduk terlibat bagi mencari jalan penyelesai yang terbaik.
Penduduk di sini tak menghalang kerja-kerja pembesaran jalan yang akan dibuat sepanjang jalan Pokok Machang ke Pokok Sena tapi mereka minta sedikit perhatian daripada kerajaan untuk pampasan dan sebagainya Insya-Allah.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Permatang Berangan ingin mendapat penjelasan berhubung tanah PERDA yang dijadikan Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) PERDA telah mengeluarkan notis mengosongkan tanah di TKPM Mayfield untuk dijadikan ladang solar, lebih kurang 20 peserta terlibat dengan keluasan kira-kira 100 ekar.
Permatang Berangan juga dimaklumkan tentang hasrat untuk mewujudkan sebuah bandar MADANI di TKPM Ara Kuda melibatkan keluasan tanah hampir 1,000 hektar. Pihak kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah mengeluarkan peruntukan yang sangat besar bagi mewujudkan TKPM Ara Kuda dan TKPM Mayfield ini.
Apakah kita akan korbankan kedua-dua TKPM ini untuk pembangunan? Apakah nasib petani yang sedang mencucuk tanam di situ? Apakah hala tuju dasar keterjaminan makanan yang diusahakan selama ini? Apakah pandangan dan jaminan Kerajaan Negeri berhubung isu ini mohon penjelasan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, hari ini Permatang Berangan berbicara sebagai suara rakyat yang sering terhimpit, tertindas dan berjuang dalam kesukaran sehari-hari. Isu kemiskinan, peningkatan kos sara hidup, kerugian pesawah, kesesakan jalan raya, pencemaran, tekanan kepada kakitangan kerajaan telah membelenggu rakyat negeri ini. Permatang Berangan menyeru agar kerajaan memandang serius segala permasalahan yang sedang dihadapi rakyat. Bajet yang dibentangkan perlu menyeluruh dalam menyelesaikan segala masalah rakyat. Apa juga dasar, apa juga perancangan dan apa juga projek yang dilaksanakan, dijalankan dengan ikhlas berpandukan keadilan dan demi kesejahteraan rakyat. Marilah kita sama-sama menjadikan amanah ini bukan sekadar tanggungjawab politik tetapi ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, di mana setiap usaha untuk membela rakyat adalah jalan untuk meraih keredhaan-Nya dan menegakkan keadilan di bumi ini. Semoga setiap suara, setiap rungutan, dan setiap harapan rakyat yang saya sampaikan hari ini didengari, diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya demi kesejahteraan rakyat dan demi keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Permatang Berangan mohon menyokong. Sekian Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, terima kasih Permatang Berangan. Seterusnya, kita menjemput Pengkalan Kota. Dipersilakan YB.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan 2026 di mana Belanjawan Tahun 2026 Negeri Pulau Pinang yang telahpun dibentang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada hari Jumaat yang lalu.
Dalam teks ucapan Belanjawan Tahun 2026, Yang Berhormat Ketua Menteri telah pun mengumumkan bahawa ekonomi Negeri Pulau Pinang berkembang dengan prestasi yang lebih baik daripada berbanding dengan tahun 2024 dan sebelumnya dan ini menunjukkan Kerajaan Negeri dalam landasan yang betul untuk menuju ke arah yang cerah sungguh pun keadaan perdagangan dan ekonomi dunia mengalami ketidakstabilan kebelakangan ini. Pengkalan Kota mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat dan Kerajaan Negeri yang telah pun sekali lagi menerima Sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran dan membentangkan Belanjawan Negeri yang mencatat anggaran defisit terendah dalam sejarah Belanjawan Negeri Pulau Pinang dan saya menyambut baik di mana Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) pada tahun depan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya anak Pulau Pinang dan saya juga wakil rakyat Negeri Pulau Pinang sungguhpun ada tadi Yang Berhormat Yang Berhormat telah bangkit berkenaan dengan perkara yang LRT tetapi memandangkan kita harus menegaskan lagi melalui Dewan Yang Mulia ini bahawa rakyat Negeri Pulau Pinang mahu LRT. Dengan izin Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua, 槟城人要轻 快铁!Penang Lang ai LRT! (bahasa Cina), Yenggaluku LRT Venum! (bahasa Tamil). Saya tidak faham mengapakah wujudnya seseorang yang membantah pelaksanaan projek LRT. Kita semua pun tahu betapa pentingnya sistem pengangkutan awam dapat membantu dalam perkembangan ekonomi dan juga sistem infrastruktur sesebuah bandaraya.
Namun amat kesal dan terdapatnya seorang wakil rakyat dari Negeri Pulau Pinang sendiri yang mengatakan Negeri Pulau Pinang tidak perlu LRT dan beliau menuntutkan di bawah kenyataan ini adalah antara suara rakyat Negeri Pulau Pinang. Tetapi Yang Berhormat Seri Delima yang merupakan penghuni daripada kawasan beliau, tidak tahu tentang soal selidik itu, sekiranya ada. Dan saya ingat mungkinlah, saya kata mungkin seseorang memakai Perkhidmatan Piagam biasanya jadi beliau berpendapat bahawa tidak
ada keperluan untuk mewujudkan pengangkutan awam berlandasan. Tapi Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan terlupa yang memakai kereta dengan pemandu persendirian pun kena menghadapi masalah kesesakan lalu lintas di atas jalan raya seperti yang sebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat tadi. Dan sistem pengangkutan awam berlandasan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dan menangani masalah lalu lintas yang semakin serius di Negeri Pulau Pinang.
Jadi, jangan sesekalilah membantah projek LRT. Adalah pentingnya sistem LRT ini dipanjangkan ke Seberang. Saya berpendapat bahawa keputusan ini adalah berpandangan jauh dan berbijaksana, ini menandakan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan mementingkan pembangunan seimbang antara Pulau dan juga Seberang. Segala pembangunan dan pemajuan bermula dengan infrastruktur dan lalu lintas yang lengkap. Sungguhpun kos pembinaan tersebut menjadi lebih tinggi tetapi ia membawa manfaat kepada penumpang dan juga pihak berkepentingan serantau. Saya bersyukur kedua-dua pihak MRT Corp dan juga kontraktor LRT telah pun bekerjasama rapat dengan wakil rakyat dan wakil komuniti di tapak pembinaan yang terlibat. Saluran komunikasi turut diwujudkan bagi pemakluman kerja-kerja yang bakal membawa kesulitan kepada para penduduk setempat dan juga para pengguna jalan raya, setakat ini keadaan adalah terkawal dan baik dan dalam tempoh pembangunan projek LRT ini sudah tentunya penyuraian lalu lintas akan dijalankan dari masa ke semasa. Sungguhpun kesesakan lalu lintas menjadi lebih mencabar namun saya yakin rakyat Negeri Pulau Pinang telah pun bersiap sedia untuk mengharunginya. Dan saya menyeru kepada para pengguna jalan raya supaya bersabar sewaktu memandu selama tempoh pembinaan projek LRT kerana kesulitan hari ini adalah demi keselesaan keesokan hari. (Dengan izin) Dato’ 今天的辛苦,是为了明天的幸福 (bahasa Cina).
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya pernah menyentuh tentang isu infrastruktur dan kelengkapan awam di Penang Sentral yang mempunyai ruang penambah baikan dan juga penaiktarafan pada yang DUN yang lepas termasuk juga Stesen Keretapi Butterworth dan Terminal Feri. Baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan telah pun mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta ringgit bagi tujuan penaiktarafan Stesen Kereta Api Butterworth. Sebagai jiran yang adanya stesen penukaran LRT ke Seberang, Pengkalan Kota menyambut baik dan mengalu-alukan pengumuman Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.
Satu lagi projek pembangunan yang dapat menjadikan sebagai pemangkin kemajuan kepada Negeri Pulau Pinang selepas projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa, projek LRT, projek Cable Car Bukit Bendera dan sebagainya. Pengkalan Kota bersyukur kerana suara dan harapan rakyat Pulau Pinang terutamanya penumpang-penumpang Feri, Komuter dan juga ETS diambil berat dan akan ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan yang berprinsip Malaysia MADANI ke arah pembangunan ekonomi serantau yang berorentasikan transit ataupun dikenali sebagai Transit Oriental Development (TOD). Pengkalan Kota dengan ini, menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia yang sudi mementingkan kebajikan rakyat Pulau Pinang dan sudi membangunkan Negeri Pulau Pinang ke satu tahap yang tinggi dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Pulau Pinang sebuah negeri berdaulat yang telah pun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Pulau Pinang juga disenaraikan sebagai salah satu negeri yang membentuk Persekutuan sama taraf dengan negeri-negeri lain. Pengiktirafan ini bukan sahaja penting dari segi perundangan malah kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang struktur sejarah dan Persekutuan Malaysia sejak tahun 1957 sehingga hari ini. Saya tidak setuju dengan langkah Yang Amat Berhormat Jeneri selaku Menteri Besar Negeri Kedah yang berhasrat untuk memulakan tindakan perundangan berhubung dengan isu kedudukan dan hubungan Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang. Saya bangga sebagai seorang warganegara yang dilahirkan di Negeri Pulau Pinang dan setiap rakyat Pulau Pinang termasuk setiap Ahli-ahli Yang Berhormat turut patut mempertahankan dan memastikan Pulau Pinang dikekalkan sebagai sebuah negeri berdaulat selama-lamanya.
Saya masih teringat pada bulan Mac tahun 2017, Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang telah pun melancarkan kempen I Love Penang, susulan Menteri Wilayah Persekutuan buat masa itu bercadang untuk mengisytiharkan Negeri Pulau Pinang sebuah Wilayah Persekutuan. Kempen larian I Love Penang pada tahun 2017 telah pun disambut baik di mana larian dibanjiri dengan anak Pulau Pinang dan juga rakyat Malaysia dari negeri lain yang sayangi Negeri Pulau Pinang dan ingin mempertahankannya dengan segala usaha dan sedaya upaya. Pada tahun yang sama iaitu bulan Mei mantan EXCO Perumahan Perancangan Bandar Dan Desa turun melancarkan kempen pengecatan Logo I Love Penang di skim-skim Perumahan Awam di Negeri Pulau Pinang bagi memupuk selagi semangat saya sayangi Pulau Pinang dan berharap rakyat Negeri Pulau Pinang senantiasa
diperingati tanah bumi Negeri Pulau Pinang adalah kepunyaan kita semua selama-lamanya dan sebarang tindakan yang mengambil alihnya langsung tidak boleh diterima oleh rakyat jelata Negeri Pulau Pinang.
Pada bulan Jun tahun 2022, Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Padang Kota juga melancarkan kempen Love Penang sebagai seruan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang untuk bangkit dan bertindak dalam membina masyarakat yang bukan sahaja penyayang serta harmoni tetapi juga menonjolkan potensinya sebagai sebuah tempat yang berdaya huni dan mampan kepada generasi yang akan datang. Kempen Love Penang ini disambut baik sehingga hari ini dan telah pun menjadi satu trend di mana setiap warga Pulau Pinang yang turut menunjukkan isyarat tangan Love Penang sewaktu pengambilan gambar. Sebenarnya royalti sebanyak RM10,000.00 setahun kepada Kerajaan Negeri Kedah adalah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan sudah pun ditambahkan lagi RM10 juta sebagai pemberian sumbangan khas kepada Negeri Kedah.
Jadi Pengkalan Kota senantiasa berdiri bersama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sokongan penuh untuk kekal mempertahankan maruah dan hak asasi setiap warga Pulau Pinang dan memastikan kedudukan Negeri Pulau Pinang tidak tergugat. Saya berharap Ahli-Ahli Berhormat termasuk blok Pembangkang kita, turut berada di atas lembaran yang sama dalam dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyuarakan bantahan terhadap tindakan berterusan daripada Yang Amat Berhormat Jeneri yang menggunakan kisah 200 tahun lalu sebagai asas rujukan bagi tuntutan perundangan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua saya teruskan, Visi Penang2030 bertema Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Seperti tersebut dalam ucapan Belanjawan Negeri oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, keselamatan sesebuah bandar merupakan salah satu unsur penting yang dinilaikan bukan sahaja oleh orang tempatan tetapi juga pengunjung asing termasuk pelabur. Saya menyokong atas usaha Kerajaan Negeri dalam perkukuhkan aspek keselamatan awam melalui pemasangan lagi Kamera Litar Tertutup ataupun CCTV di negeri kita. Saya berpendapat bahawa penyelarasan usaha menaik taraf perhentian bas di Negeri Pulau Pinang boleh dipertimbangkan dengan Aspirasi Bandar Pintar, (dengan izin) Smart City di bawah Visi Penang2030.
Buat masa kini banyak perhentian bas sama ada yang dinaik taraf melalui peruntukan Kerajaan ataupun dibina melalui kerjasama awam-swasta (public-private partnership) masih mengekalkan pendekatan lama yang menumpukan kepada kecantikkan fizikal dan fungsi asas. Walaupun kelihatan bersih dan cantik, ia tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan sebuah Bandar Pintar Moden. Kita tidak lagi boleh mengikuti amalan lazim banyak PBT lain yang menggantikan perhentian bas lama dengan reka bentuk baharu yang sekadar memperelokkan fasad sahaja. Usaha Kerajaan Negeri di bawah Visi Penang2030 patut menuntut lebih daripada itu. Kita memerlukan perhentian bas yang berteknologi, selamat, cekap dan mampu menyumbang kepada data bandar untuk pengurusan yang lebih efektif. Kebanyakan perhentian bas kita masih belum dilengkapi ciri-ciri pintar seperti paparan masa ketibaan bas secara masa nyata (real time), makluman awam digital, wi-fi ataupun infrastruktur sambungan, sistem pencahayaan pintar dan sensor. Tanpa ciri-ciri yang tersebut, usaha meningkatkan penggunaan pengangkutan awam sukar untuk dicapai kerana pengalaman dan rasa keselesaan pengguna ataupun penumpang tidak dipertingkatkan.
Isu keselamatan di perhentian bas juga harus ditumpukan, reka bentuk tradisional bakal ditambahbaikan lagi dengan fungsi-fungsi keselamatan penumpang khususnya pada waktu malam. Perhentian bas moden seharusnya mempunyai CCTV, butang kecemasan ataupun panic button, lampu pintar yang bertindak balas kepada keadaan gelap, integrasi dengan Pusat Kawalan Pintar seperti tersebut dalam ucapan Belanjawan Negeri. Dalam menggubal dasar kemudahan awam seperti perhentian bas, kita seharusnya bukan sahaja mengutamakan kecantikan struktur dan elemen yang boleh meningkatkan hasil sahaja tetapi juga harus memberi tumpuan kepada peningkatan fungsi-fungsi teknologi yang membawa manfaat jangkaan masa panjang kepada rakyat dan negeri sendiri.
Memandangkan Kerajaan Negeri dalam hala tuju memupuk dan menyeru rakyat Negeri Pulau Pinang untuk memakai pengangkutan awam, saya mengemukakan cadangan supaya perhentian bas sebagai kemudahan awam yang asas kepada sistem pengangkutan awam ini harus diperuntukkan dengan integrasi teknologi pintar yang juga selaraskan dengan inisiatif bandar pintar di negeri kita demi keberkesanan pengurusan bandar dan keselamatan rakyat.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, rakyat Pulau Pinang menyaksikan satu lagi mercu tanda ikonik baru dinamakan Galeri Seni Lin Xiang Xiong yang telahpun dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun pada hari Sabtu yang lalu. Selain itu, Majlis pelancaran bahan promosi pelancongan Seberang Perai dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Think City dan juga Penang Global Tourism juga disempurnakan oleh YB Paya Terubong pada minggu lepas. Di negeri kita sememangnya mempunyai produk seni dan budaya yang juga bakal dijadikan produk pelancongan dan ekonomi kreatif yang mampu menarik pelancong-pelancong ke Negeri Pulau Pinang.
Pada 5 Disember 2024 iaitu tahun lalu, kebaya secara rasminya telah diiktirafkan dalam sebagai Warisan Budaya tidak ketara UNESCO. Pengiktirafan ini menamakan kebaya sebagai pakaian tradisi yang indah dan simbol identiti, kehalusan seni, dan tradisi yang hidup bagi serantau Asia Tenggara. Kebaya Nyonya bukan sahaja sekadar pakaian ia adalah kisah visual tentang gabungan budaya, keanggunan feminin, dan kepakaran seni kraf. Berasal daripada abad ke-19, Kebaya Nyonya berkembang daripada bentuk awal baju panjang Melayu, menggabungkan dengan sulaman halus Eropah, motif sulaman Cina, dan estetika jahitan Melayu.
Sebelum Perang Dunia II, Pulau Pinang merupakan pusat pembuatan kebaya mengikut tempahan khas. Penjahit dan penyulam yang mahir, ramai dilatih oleh sifu-sifu tempatan, mencipta kebaya yang mencerminkan personaliti dan status sosial pemakainya. Setiap kebaya, dihiasi dengan sulaman tangan dan kerongsang, mewakili ekspresi identiti dan kehalusan seni yang unik. Kebaya Nyonya Pulau Pinang menjadi simbol kepelbagaian budaya di mana ia menyatukan komuniti melalui kraf, reka bentuk, dan warisan gabungan bersama.
Sejajar dengan pengiktirafan dunia ini, adalah wajarnya bagi Negeri Pulau Pinang yang telah lama dikenali sebagai hub pembuatan Kebaya Nyonya sebelum Perang Dunia II, secara rasminya menetapkan 5 Disember setiap tahun sebagai Hari Kebaya ataupun Hari Kebaya Malaysia. Sempena Kebaya ini diiktirafkan warisan budaya tidak ketara dunia. Hari Kebaya Malaysia bukan sahaja akan memperingatkan penyenaraian kebaya, tetapi juga memperingatkan menjadi satu peringatan bermakna tentang peranan Pulau Pinang dalam memelihara, memperbaharui, dan meraikan budaya Peranakan.
Melalui usaha dan inisiatif Hari Kebaya Malaysia, kita dapat menjaga peranan Pulau Pinang sebagai pusat warisan budaya tidak ketara Kebaya Nyonya dan juga menggalakkan pemindahan kemahiran kraf dari generasi ke generasi, termasuk sulaman, manik, dan jahitan. Menjadikan Pulau Pinang destinasi pelancongan budaya melalui festival, pesta, pameran, dan bengkel bertemakan Kebaya. Menyokong artisan tempatan, pereka fesyen, dan perniagaan kecil dalam industri budaya yang lestari. Meningkatkan rasa bangga di kalangan belia terhadap warisan pelbagai budaya Pulau Pinang. Mempromosikan kefahaman tentang simbolisme kebaya sebagai warisan inklusif yang menyatukan komuniti berlainan.
Cadangan ketetapan Hari Kebaya Malaysia bukan sekadar sambutan kebudayaan, ia juga satu tanda penghargaan Kerajaan Negeri ke atas warisan budaya tidak ketara dunia melalui pemeliharaan, kebanggaan, dan juga kemajuan. Ini juga merupakan satu penghargaan kepada artisan yang memelihara tradisi ini selama ini dan meraikan identiti warisan unik Pulau Pinang, dan menyumbangkan kepada usaha global dalam memelihara warisan budaya tidak ketara selaras dengan matlamat pembangunan manpan (SDG).
Seperti tersebut dalam ucapan Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat, Penang Has It All (dengan izin). Melalui inisiatif penghargaan Kerajaan Negeri terhadap kebaya ini, Pulau Pinang dapat terus menjadi penanda aras warisan budaya tidak ketara dunia, dengan izin Penang Leads Again, di mana tradisi bertemu inovasi.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Pengkalan Kota ingin menyentuhkan satu isu di Kawasan DUN di mana menurut jawapan yang dibekalkan, cadangan pembangunan tempat letak kereta bertingkat di Gat Lebuh Macallum tidak akan diteruskan oleh pihak MBPP sejak keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dibuat pada 9 Januari 2019 yang lalu disebabkan keluasan tapak projek yang kecil.
Untuk pengetahuan Dewan yang Mulia, isu ketidakcukupan tempat letak kenderaan di Kawasan Gat Lebuh Macallum semakin serius. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), KADUN Pengkalan Kota, khususnya Gat Lebuh Macallum mencatatkan kepadatan yang tertinggi di satu negara, dan sudah tentunya bilangan kenderaan yang banyak ini juga menjadi satu isu yang penting dan harus ditangani demi kebajikan rakyat.
Saya sedar bahawa bukan saja saiz keluasan tapak yang tidak mencukupi untuk tempat letak kenderaan bertingkat termasuk laluan ramp bagi kenderaan berpusing keluar masuk, tetapi dengan kos pembinaan yang melampau tinggi pada masa kini menjadikan cadangan tersebut amat mencabar. Walau bagaimanapun, seiring dengan kemajuan teknologi tempat letak kenderaan mekanikal secara automatik turut biasa digunakan di negara asing termasuk negara China yang sungguhpun mempunyai tanah air yang besar tetapi masih memakai tempat letak kereta mekanikal yang bertingkat.
Ramai pengusaha dan pengguna masih mempunyai stereotaip terhadap tempat letak kenderaan mekanikal yang lama ini, ramai berpendapat bahawa ia bakal mengalami kerosakan dan kenderaan bakal terperangkap di atas strukturnya ataupun di tingkat atas dan tidak boleh dikeluarkan dan sebagainya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, teknologi terkini dengan perkembangan bantuan kecerdasan buatan ataupun dikenali AI, tempat letak kenderaan mekanikal telah menjadi moden dan mempunyai sistem yang stabil dan amat matang, dan penting sekali kos pemasangan pun tidak setinggi kalau berbanding dengan tempat letak kenderaan bertingkat konvensional yang mana kita kena membinakannya dari asal.
Demi menyampaikan suara rakyat dan menghadapi masalah di kalangan rakyat, Pengkalan Kota berharap cadangan pembangunan tempat letak kenderaan bertingkat di Gat Lebuh Macallum boleh dihidup dan dikaji semula dengan penggantian idea tempat letak kenderaan mekanikal yang moden dan berteknologi terkini. Selagi pihak Kerajaan Negeri melalui MBPP berhasrat untuk mengkaji semula untuk membina, memasang tempat letak kenderaan bertingkat mekanikal yang berteknologi moden, maka Pengkalan Kota sudi mengambil bahagian dan meneroka dengan lebih lanjutnya pada bila-bila masa demi kepentingan komuniti tempatan. Jadi, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong.
Terima kasih Pengkalan Kota dan seterusnya saya persilakan Air Itam. Dipersilakan.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Salam sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam Penang2030. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang saya hormati, para anggota kerajaan, rakan-rakan media yang saya muliakan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua memberi ruang kepada Air Itam untuk membahaskan Usul Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026.
Air Itam mengambil maklum nasihat Yang di-Pertua Jumaat lepas bahawa perbahasan Ahli Dewan untuk memberi tumpuan kepada hal berhubung Belanjawan Negeri pada tahun 2026. Oleh itu, perkara pertama adalah berkenaan kewangan Kerajaan. Pada sidang Belanjawan 2025, tahun lepas, Air Itam setelah meneliti Penyata Kewangan Negeri dan menemui satu isu wang Kerajaan Negeri yang dipinjamkan kepada Jelutong Development Sdn. Bhd. (JDSB) sejak 17 Januari 2003 yang berjumlah RM33.18 juta yang gagal dikutip kembali dan dibenarkan tertunggak selama lebih 20 tahun.
Setelah perkara ini dibangkitkan dalam perbahasan Dewan tahun lepas dan menggesa kerajaan untuk memperolehi semula sejumlah wang tersebut kerana ia akan menjadi kerugian kepada kerajaan. Setelah diusahakan oleh Kerajaan selama setahun ini, hari ini, sukacita Air Itam mendapat jawapan dari kerajaan bahawa syarikat tersebut telah mula membuat bayaran balik berjumlah RM4.5 juta bagi tahun ini dan akan tamat melunaskan bayaran ansuran pada tahun 2027 dengan jumlah RM33.18 juta bayangkan dengan bayaran balik ini banyak lagi projek-projek manfaat dapat dijalankan oleh kerajaan demi rakyat Pulau Pinang oleh sebab itu Air Itam berharap pihak kerajaan harus terus memantau kes tunggakan lama dan teruskan usaha untuk mendapat balik tunggakan yang sepatut dibayar.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang berhubung kait dengan dana Kerajaan adalah kedudukan kewangan dua PBT. Air Itam dukacita menerima jawapan kerajaan bahawa MBPP dan MBSP telah mengalami defisit tiga tahun berturut-turut dari tahun 2023 hingga 2025.
Bagi tahun ini, MBSP mencatat defisit tertinggi dalam tiga tahun yang berjumlah RM48.79 juta, ini adalah peningkatan defisit sebanyak RM9.9 juta dari tahun terdahulu. MBPP pula mencatat peningkatan perbandingan peratusan defisit tertinggi dari tahun sebelum, 2024 ke tahun semasa 2025, iaitu sebanyak 65% iaitu bersamaan RM13 juta dan akhir sekali, MBSP mencatat purata defisit tiga tahun tertinggi iaitu sebanyak RM 43.3 juta setahun.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Air Itam terkedu dengan angka kewangan PBT yang telah diperolehi dalam persidangan ini. Kedua-dua Kerajaan Tempatan telah masing-masing meningkatkan beberapa bayaran fi dan cukai pada tahun ini, contohnya cukai taksiran MBSP dinaikkan sebanyak 5%. MBSP sendiri yang mengunjurkan kenaikan kadar ini mampu menambah hasil sebanyak RM10.7 juta pada tahun 2025.
Lazimnya kenaikkan cukai dan fi bermakna hasil PBT sewajarnya bertambah, namun mereka masih berada dalam defisit, dan yang lebih mengejutkan adalah defisit dari tahun ke tahun tidak menurun, sebaliknya semakin meningkat. Apa yang telah berlaku dan di mana kesilapannya? Kedudukan kewangan PBT yang kekal defisit dan lemah pada kesudahannya akan membebankan Kerajaan Negeri dengan pinjaman yang terpaksa diberikan kepada mereka untuk meneruskan kelangsungan perkhidmatan PBT yang diperlukan.
Semakan terhadap risalah Penyata Kewangan Negeri yang dibentangkan pada sidang ini menunjukkan jumlah pinjaman kepada MBSP sahaja yang dikenakan kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri adalah sebanyak RM 84.7 juta. Sekiranya defisit negeri PBT tidak dapat dikawal adakah ini bermaksud mereka akan terus bergantung kepada Kerajaan Negeri untuk menyokong kelemahan kewangan mereka dan sampai bila kita perlu meminjam kepada mereka. Maka Air Itam, memohon kerajaan untuk menerangkan keadaan ini kerana orang ramai yang bayar cukai dan fee kepada PBT juga ingin tahu apa sebabnya. Dato' Timbalan Yang di-Pertua isu kedua iaitu mengenai Kampung Warisan Melayu yang pertama, Kampung Melayu Lama di KADUN Air Itam, bakal di masyhurkan sebagai Kampung Warisan Melayu yang pertama di negeri ini seperti yang dimaklumkan dalam soalan lisan sebelum ini.
Untuk makluman dewan, usaha untuk mewujudkan kampung warisan telah dibangkitkan di Dewan ini seawal 35 tahun yang lalu iaitu dari tahun 1990, kebanyakan perbincangan di dewan pada zaman itu cenderung menggunakan istilah Kampung Kebudayaan. Lantaran itu, 25 tahun yang lepas pada tahun 2000, empat kampung tradisonal untuk pemilihan telah disenaraikan iaitu Kampung Ban Liau, Tanjung Tokong yang keduanya Kampung Mutiara, Batu Feringhi, Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau dan Kampung Seronok, Bayan Lepas. Namun demikian selama 25 tahun tidak ada sebarang perkembangan yang kukuh untuk keempat-empat kampung tersebut diwartakan sebagai Kampung Warisan.
Oleh kerana itu, apabila Air Itam meneliti catatan Hansard Dewan pada tahun 1990 dan melihat kepada kesinambungan nilai sejarah Makam Sheikh Omar Basheer kekayaan warisan pendidikan agama Islam di Rumah Suluk Kampung Melayu di kawasan Air Itam yang telah memberikan satu ikhtiar bahawa Kampung Melayu Lama di Air Itam sangat sesuai untuk dipertimbangkan sebagai Kampung Warisan bagi mengangkat sejarah dan budaya masyarakat Melayu di Negeri Pulau Pinang. Maka satu lawatan tapak telah diadakan bersama Jabatan Warisan dan perbincangan telah diadakan di lapangan berhubung pemuliharaan Makam Rumah Suluk dan kawasan sekeliling. Atas usaha-usaha tersebut hari ini Air Itam berbesar berasa sangat bangga kerana Kampung Warisan Melayu yang pertama di Pulau Pinang bakal di masyhurkan di KADUN Air Itam yang telah diumumkan oleh kerajaan. Tapak utama Kampung Warisan terletak di LOT 3, Mukim 13, Daerah Timur Laut, berkeluasan 6,350-meter persegi. Kawasan persekitaran termasuk bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah juga akan diteliti. Maka Air Itam ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan perwartaan Rumah Suluk Sheikh Omar Basheer di Kampung Melayu sebagai sebuah bangunan warisan kerana bangunan tersebut memiliki peninggalan nilai ketokohan Sheikh Omar Basheer dan sejarah 200 tahun pendidikan agama Islam di Negeri Pulau Pinang.
Perwartaan ini bakal menjadikan Rumah Suluk yang pertama di Malaysia diiktiraf sebagai Pembangunan Warisan. Perwartaan warisan ini sekiranya hanya pada pengikhtirafan sahaja tanpa sokongan kewangan untuk pemuliharaan dan penerbitan sejarah tidak akan memberi kesan yang nyata. Air Itam merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas dana RM100,000.00 yang telah di salurkan kepada MAINPP pada tahun ini untuk kerja-kerja pemuliharaan yang dijadualkan bermula tahun depan. Namun angka ini masih kecil untuk menjalankan kerja konservasi yang menyeluruh, maka
Air Itam memohon Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan dana sekurang-kurangnya setengah juta ringgit pada tahun 2026 bagi melengkapkan usaha memartabatkan warisan, sejarah dan kebudayaan masyarakat Melayu di Kampung Warisan Melayu Air Itam. Mohon Kerajaan Negeri mengulas cadangan ini pada sesi penggulungan perbahasan.
Air Itam juga mengambil maklum keprihatinan rakan di seberang sana. Ahli Pulau Betong yang pada sidang ini juga mengambil berat tentang kampung-kampung warisan di Pulau Pinang yang telah dihapuskan atau dipindahkan. Sekadar perkongsian dengan ADUN Pulau Betong demikian pernah ada laporan media berhubung Kampung Warisan Masyarakat Siam Bumiputera di Pulau Pinang yang berusia 200 tahun telah lenyap dan dipindahkan, seandainya kampung tersebut diwartakan sebagai Kampung Warisan mustahil kampung ini menjadi mangsa kepada pemaju hartanah yang membuatkan mengambil kesempatan untuk pembangunan.
Untuk makluman Dewan, dalam usaha mewartakan Kampung Melayu Lama di KADUN Air Itam ia juga merupakan satu kepastian untuk kampung yang berusia ratusan tahun tidak menemui nasib malang di tangan pemaju hartanah. Air Itam, Air Itam memanjangkan jemputan kepada Pulau Betong dan Ahli-Ahli Dewan yang lain untuk datang mengunjung ke Kampung Melayu Lama Air Itam, iaitu Makam Sheikh Omar Basheer dan Rumah Suluk Air Itam. Mungkin Pulau Betong dan Ahli Dewan yang lain boleh mendapat ilham bagi mengusahakan Kampung Warisan di KADUN masing - masing.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perkara ketiga iaitu isu krematorium yang juga dikenali sebagai tempat pembakaran mayat untuk masyarakat bukan Islam. Mutakhir ini, masalah besar yang dihadapi oleh masyarakat bukan Islam, adalah kekurangan, kelemahan perkhidmatan dan kedaifan infrastruktur pusat krematorium, terutamanya untuk masyarakat India. Bertanya tentang isu ini dalam sidang semasa, jawapan kerajaan kepada Air Itam adalah Kerajaan tidak ada krematorium di bawah seliaan PBT. Kedua, hanya ada satu krematorium di Tanah Perkuburan Hindu Batu Lanchang dibawah seliaan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, singkatan PHEB. Ketiga PHEB telah menjalankan kerja ukur tanah bagi menentukan plot pengebumian. Keempat Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah melaksanakan Kajian Perancangan Kemudahan Tapak Perkuburan Islam dan Agama Selain Islam Negeri Pulau Pinang dan telah mendapat keputusan secara prinsip dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 30 Oktober 2025.
Kajian ini mengangkumi pelaksanaan kajian tapak ground survey, dengan izin mengikut daerah bagi mendapatkan inventori menyeluruh meliputi tapak perkuburan kolumbarium, krematorium dan tapak pelepasan abu mayat. Data yang diperoleh telah dikemas ini dan bentuk spatial bagi tujuan perancangan dan rujukan masa hadapan. Kerajaan juga menjawab bahawa akan dikaji dan diteliti semula sekiranya terdapat lokasi tapak yang bersesuaian untuk pembinaan kemudahan baru bagi tujuan freemetorium. Walaubagaimanapun, pelaksanaan ini adalah bergantung kepada ketersediaan peruntukan kewangan tahunan oleh kerajaan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sekiranya ini adalah satu isu yang baharu jawapannya diberikan masih munasabah, bahawa kajian kian dijalankan tanah sedang dicari dan pelaksanaan sekiranya ada wang akan tetapi Air Itam terkilan dengan jawapan yang diterima kerana masalah ini bukan masalah yang baru, ini adalah masalah yang telah diangkat ke dewan sejak 34 tahun yang lalu, oleh bukan satu tetapi ramai Ahli Dewan Undangan Negeri. Yang pertama pada tahun 1991 oleh Ahli Kawasan Dato’ Keramat, yang kedua pada tahun 1994 oleh ADUN Kawasan Mak Mandin, yang ketiga pada tahun 1995 oleh Ahli Kawasan Kebun Bunga, yang keempat pada tahun 2003 oleh Ahli Kawasan Jawi dan yang kelima pada tahun 2004, Ahli Kawasan Seberang Jaya. Senarai ini boleh diteruskan hingga ke 2025. Namun Air Itam percaya bahawa ini telah jelas dibuktikan kepada dewan bahawa masalah krematorium Pulau Pinang bukan hanya timbul pada penggal sekarang. Tetapi telah berlarutan berdekad-dekad.
Oleh yang demikian, jawapan yang dibekalkan dalam seorang bertulis seolah-olah adalah isu baru dan tidak ketersediaan dana untuk mengatasi kekurangan krematorium masih mencari tanda tanya tidak mencerminkan prihatinan kita terhadap masalah penduduk setempat. Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua, Air Itam ini memohon kerajaan untuk memberikan satu ketetapan bilakah isu ini dapat selesaikan dan kemukakan dalam kemukakan satu takwim tindakan.
Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua perkara keempat adalah berkaitan kesejahteraan masyarakat Pulau Pinang. Dua perkara diberi penekanan iaitu yang pertama adalah tentang penuaan masyarakat ataupun dengan izin aging society dan kedua adalah kedudukan kesihatan mental penduduk Pulau Pinang. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berkenaan penuaan masyarakat atau aging society dengan izin maklumat DOSM terkini yang dilaporkan kepada Dewan meletakkan unjuran bilangan penuaan rakyat Pulau Pinang bagi
tahun ini adalah seramai 151,477 orang ataupun 8.4% daripada keseluruhan jumlah 1.8 juta penduduk Negeri Pulau Pinang.
Air Itam membangkitkan isu ini ekoran berita mengenai warga emas yang ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci atau berseorangan semakin banyak dalam suku ketiga dan keempat sahaja sebanyak 5 kes telah dilaporkan, seperti berikut pada 12 Julai di Ladang Hong Seng, pada 17 Julai di PPR Jalan Sungai Pinang, pada 11 Oktober di Flat Kampung Melayu pada 23 Oktober di Tanah Perkuburan Hokkien, Jalan Batu Gantung dan pada 28 Oktober di Pangsapuri Taman Teluk Kumbar. Kekerapan ini berlaku pada ketika peratusan warga emas Pulau Pinang hanya berada pada tahap 8.4% gejala ini semakin membimbangkan kerana ini merupakan petanda bahawa masyarakat Pulau Pinang sedang menuju ke arah aliran warga emas yang hidup berseorangan akan semakin ramai. Dalam pada itu, Air Itam telah menyelami 2 kajian utama dari LPPKN dan mengenal pasti, 2 keadaan yang memenuhi kerangka Pulau Pinang.
Yang pertama mengetengahkan kelemahan Sokongan Sosial Tradisional, walaupun nilai keluarga tradisional di Malaysia masih kuat di mana anak-anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka, proses perbandaran yang besar dan tuntutan pekerjaan menyebabkan sokongan rangkaian keluarga menjadi semakin terhad. Kekurangan ahli keluarga yang dapat menjaga warga emas di rumah mendorong peningkatan kesetediaan masyarakat untuk beralih kepada institusi penjagaan professional. Yang kedua sokongan sosial yang tertekan didapati bahawa sokongan sosial sedang mengalami tekanan akibat pemindahan beban penjagaan daripada keluarga kepada kerajaan, kekurangan liputan keselamatan sosial terutama, tension menyumbangkan kepada ketidakmampuan warga emas untuk bersara. Oleh yang demikian, Air Itam menyambut baik usaha JKM memperkasakan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang berfungsi sebagai pusat komuniti bagi warga emas. PAWE menjalankan aktiviti seperti kelas memasak, senamrobik, bengkel kemahiran serta aktiviti sosial bagi menggalakkan penyertaan aktif dan meningkatkan kesejahteraan mental serta serta fizikal mereka.
Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua, bahagian kedua perkara dalam perbahasan adalah kesejahteraan masyarakat kesihatan mental penduduk Pulau Pinang. Ini kerana kebelakangan ini kes bunuh diri semakin kelihatan di dalam laporan berita, daripada jawapan terkini kerajaan iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang adalah 13.1% di kalangan remaja di Malaysia mempunyai pemikiran untuk bunuh diri, 10% perancangan
untuk membunuh diri, dan 9.5% pernah mencuba bunuh diri. Manakala di Pulau Pinang, prevalens adalah sedikit lebih rendah berbanding dengan data nasional tetapi masih membimbangkan di mana 12.0% remaja di Pulau Pinang mempunyai pemikiran untuk bunuh diri, 9.5% perancangan untuk membunuh diri, dan 9.3% pernah mencuba membunuh diri. Walaupun rendah dari purata nasional yang masih meletakkan nisbah 1 dalam 10 remaja Pulau Pinang menghidapi masalah tersebut. Statistik bagi percubaan bunuh diri dan mangsa yang berjaya diselamatkan bagi Negeri Pulau Pinang dari tahun 2020 hingga 2025 hanya berjumlah 103 orang. 20 ini bermakna dalam lima tahun ini puratanya yang kita hanya berjaya menyelamatkan 20 orang setahun. Statistik bagi bunuh diri di Negeri Pulau Pinang di Negeri Pulau Pinang dari tahun 2020 hingga 2025 adalah berjumlah 564 orang dan Pulau Pinang menduduki ranking kelima berbanding negeri-negeri lain di Malaysia untuk tempoh tersebut. 21 daripada jumlah besar motif membunuh diri tertinggi adalah tekanan perasaan sebanyak 209 kes, diikuti masalah kesihatan 73 kes, masalah kewangan 70 kes, dan masalah keluarga 60 kes. Air Itam memohon kerajaan supaya mengambil perhatian kedudukan kesihatan mental penduduk Negeri Pulau Pinang yang membimbangkan dan menggesa orang awam untuk lebih peka kepada keadaan anak-anak mereka supaya mendapatkan bantuan sewajarnya dari pakar kesihatan tanpa rasa prejudis atau stigma.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perkara kelima adalah berhubung pendidikan dari tahun 2018 hingga 2025 jumlah terkumpul lima tahun tenaga mengajar negeri adalah seramai 157,199 orang dan khusus untuk tahun 2025 adalah 19,196 orang. Antara KADUN yang mempunyai bilangan guru terkumpul dalam 5 tahun masing-masing melebihi 7,000 orang adalah Machang Bubuk dan Seberang Jaya, antara yang paling ramai di negeri ini. Daripada jumlah tenaga pelajar yang ramai, statistik kini kes buli di Pulau Pinang di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2024 adalah seramai 709 murid, manakala tahun ini sehingga September 2025 adalah seramai 313 murid.
Di samping itu, laporan kes buli yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia iaitu PDRM Pulau Pinang bagi tahun 2024 adalah sebanyak 32 kes, manakala tahun ini sehingga September 2025 pula sebanyak 31 kes. Secara keseluruhan, kes buli di negeri menunjukkan peningkatan ketara dari 2021 hingga 2024, sebelum mencatat penurunan pada 2025. Namun tahun ini masih belum berakhir dan angka keseluruhan masih belum dimuktamadkan.
Air Itam menyambut baik usaha Kerajaan Negeri bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang serta PDRM dalam menangani kes buli dan keselamatan pelajar di sekolah terus dipelihara. Antara usaha seperti Program Kesedaran Dan Pendidikan, iaitu:
1. Menganjurkan ceramah antibuli di sekolah. 2. Memberi penerangan kepada pelajar tentang akibat undang undang jika terlibat dalam kes buli. 3. Kerjasama dengan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru iaitu PIBG. 4. Menjalin kerjasama rapat dengan guru disiplin, kaunselor, dan PIBG bagi mengesan awal pelaku dan mangsa buli. 5. Membantu pihak sekolah dalam menyiasat kes buli yang dilaporkan dan memastikan tindakan susulan diambil.
Air Itam memohon kerajaan supaya tenaga kerja diberi latihan khas berhubung kesihatan mental pelajar dan kemahiran lain yang bermanfaat untuk para guru mengenal pasti pada peringkat awal gejala di kalangan pelajar sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku seperti yang telah berlaku di negeri lain.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Perkara keenam adalah berkenaan kedudukan Negeri Pulau Pinang dan kedaulatan negeri ini. Air Itam menyokong kenyataan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam isu kedudukan Negeri Pulau Pinang. Kedaulatan Negeri Pulau Pinang adalah muktamad dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948 dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Pulau Pinang menyertai sebagai negeri yang berasingan di bawah Negeri-negeri Selat.
Perlembagaan ialah undang-undang utama persekutuan dan Perkara 1(2) secara jelas menyenaraikannya sebagai negeri berdaulat. Oleh itu, Air Itam memohon supaya dewan ini dan seluruh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang berada di sini dari kerajaan dan juga pembangkang sepakat dalam mempertahankan kedaulatan Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Isu ketujuh dan yang terakhir adalah berkenaan LRT Mutiara. Air Itam tidak ketinggalan membahaskan isu yang sedang panas dibincangkan dari Dewan Rakyat ke Dewan Undangan Negeri, sehinggalah ke kedai kopi.
Terlebih dahulu, Air Itam ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pelaksanaan LRT Mutiara di bawah tanggungan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa hasrat untuk menyediakan LRT kepada penduduk Pulau Pinang diupayakan dengan bersungguh-sungguh pada ketika pentadbiran Pakatan Rakyat, lebih 10 tahun yang lalu dan kemudiannya usaha ini dilangsungkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sehingga hari ini. Kita telah beroleh pencapaian yang boleh dibanggakan. Akan tetapi, untuk pengetahuan dewan, cita-cita LRT di Pulau Pinang bukan sekadar usaha 10 tahun yang kebelakangan ini, yang merupakan satu impian rakyat Pulau Pinang yang berusia lebih 30 tahun. Ketika sebilangan Ahli Dewan di sini masih bersekolah, catatan dewan menunjukkan bahawa keinginan untuk melaksanakan LRT bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, kelemahan pengangkutan awam telah dibangkitkan sejak tahun 1994 iaitu 31 tahun yang lalu. Tercatat dalam Hansard Dewan bahawa USM dan EPU menjalankan kajian pelaksanaan cadangan tersebut.
Maka Air Itam ingin bertanya kepada ahli dari Sungai Dua, kenapa rakan-rakan sehaluan Sungai Dua seperti Permatang Pauh mempertikaikan pelaksanaan LRT Mutiara sehingga membuat kenyataan bahawa penduduk
tidak perlukan LRT. Baru tadi Sungai Dua juga menyentuh isu kesesakan jalan raya. LRT adalah jawapan kepada permasalahan tersebut. Tidakkah seruan dan hasrat Sungai Dua untuk mengetengahkan penyelesaian kesesakan jalan raya dan kenyataan rakan-rakan seperjuangan beliau bercanggah.
Oleh yang demikian, Air Itam ingin sekali lagi menujukan soalan kepada Sungai Dua dan rakan-rakan beliau di sini, sama ada mereka semua sebulat suara akan menyokong rancangan LRT Mutiara, ya atau tidak? Kerana Air Itam di sini ingin menyuarakan sokongan pada pelaksanaan LRT Mutiara yang telah dinanti-nantikan oleh penduduk Pulau Pinang 3 dekad lamanya.
Sebagai penutup, Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Sekuntum teratai di tengah tasik, Kembang wangi disinar mentari, Panjang lebar berbahas dan kritik, Izinkan Air Itam meminta diri.
Maka dengan ini, Air Itam mohon menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Air Itam dengan 7 point. Seterusnya saya persilakan Penanti, dipersilakan. Kut ada nak jawab yang dipersoalkan oleh Air Itam tadi bagi pihak Pembangkang.
Ada, ada 4 hari lagi. Tapi jawapannya okey kut. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dato' Timbalan Yang di-Pertua dan YB-YB yang dihormati sekalian. Dalam intipati ucapan Ketua Menteri ada menyatakan pengeluaran padi tahun 2023 sebanyak 122,345 tan metrik dengan nilai sebanyak RM183.5 juta dan tahun 2024-pula sebanyak 116,402 tan metrik bernilai Ringgit Malaysia 174.6 juta. Ini menunjukkan penurunan pendapatan sebanyak 5,943 tan metrik dan nilai kewangan RM8.9 juta.
Jadi masalah-masalah yang ada hari ini adalah masalah seperti serangan keladi agas, jadual pelepasan air yang tidak tetap, serangan tikus, tanah jerlus dan ada beberapa masalah lagi yang perlu diselesaikan. Jadi Penanti mohon agar digembelengkan agensi-agensi Kerajaan seperti MARDI dan Jabatan Pertanian untuk kerja-kerja R&D dan tindakan sewajarnya untuk mencari jalan macam mana mencegah keladi agas dan benda-benda lain yang kita rasa hari ini tak berapa aktif dalam research and development dengan izin.
Jadi pemberian one-off kepada petani yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 juta sebelum ini untuk lebih kurang 5,000 pesawah, saya mohon dilaksanakan semula one pay-off (dengan izin) sebanyak mungkin RM500 atau lebih, terpulang. Kerana ini akan meringankan beban hidup pesawah-pesawah di Negeri Pulau Pinang.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Perkara kedua berkenaan dengan isu tapak warisan yang semua bercakap termasuk daripada Air Itam tadi. Di dalam dewan ini hari Jumaat lepas YB EXCO Pelancongan ada mencadangkan untuk dicalonkan Kampung Melayu Lama sebagai kampung warisan yang setakat ini mengikut apa yang dimaklumkan oleh beliau, inilah satu-satunya kampung yang dicalonkan. Namun, baru tadi Air Itam ada
maklumkan ada 4 lagi kampung lain yang telah dicadangkan sebelum ini. Jadi kita tidak tahu data yang mana satu yang betul. Jadi persoalannya ialah jika kampung-kampung ini dicalonkan sebagai kampung warisan, apakah kebaikan dan apakah keburukannya. Kita juga perlu mengambil kira, menurut apa yang dilaporkan oleh pihak Centre for Studies USM, mengenai kepupusan kampung-kampung di Pulau Pinang. Pencalonan kampung-kampung untuk dijadikan sebagai kampung warisan biar jangan menyulitkan pemajuan kepada kampung tersebut, seperti kerja-kerja membaiki kediaman dan kerja-kerja lain dalam pemajuan tempat-tempat tersebut. Ini mustahak. Kita nak jadikan kampung warisan tetapi mereka tidak dapat membina, mengubah suai dan seterusnya kerana benda-benda ni termaktub dalam Akta Kampung Warisan nanti.
Perkara ketiga berkenaan dengan isu pampasan bayaran yang belum dijelaskan kepada tuan-tuan tanah di Seberang Perai Tengah, khususnya di Jalan Guar Perahu ke Kampung Terus dan di Mengkuang, Guar Jering. Sehingga kini tidak dibayar walaupun sudah dibina jalan utama dan jalan yang digunakan sejak berbelas tahun. Tempatnya saya mungkin sebut tak betul tadi tapi di Jalan Kampung Guar Jering ke Kampung Terus dan di Mengkuang, ya, saya ulang balik ya kat situ.
Jadi telah berbelas-belas tahun digunakan tempat itu, jalan tersebut, tetapi pampasan tidak dibayar. Dalam mesyuarat yang sebelum ini, Ketua Menteri ada menjanjikan untuk ditubuhkan jawatankuasa bertindak di bawah PTG tetapi sehingga kini tiada mesyuarat ataupun penubuhan jawatankuasa tersebut dimaklumkan. Jadi kita berharap sangatlah agar isu dan kes ini dipercepatkan.
Sedikit statistik berkenaan dengan ibu-ibu yang bersalin di Pulau Pinang ni sebelum saya cakap berkenaan dengan masalah ini.
· Tahun 2022 - Ibu bersalin di Hospital Pulau Pinang 4,123 orang. · 2023 - 4,556 ibu yang bersalin di Hospital Pulau Pinang. · 2024 - Turun 4,193 orang. · 2025 - 2,937 sehingga September.
Persoalannya sehingga kini, sudah siapkah pembinaan Hospital Bersalin Pulau Pinang ini. Dah dekat 6 tahun, 7 tahun belum siap lagi. Persoalannya, kesempitan dan ketidak siapan hospital ini memberi masalah kepada ibu-ibu yang hendak bersalin.
Oleh kerana masalah ini, kebanyakan ibu-ibu ni terpaksa pergi ke klinik swasta dan kita faham, bila ke klinik swasta dia terpaksa berbelanja dengan begitu banyak, ribu-ribu ringgit, terutamanya sekali di kalangan B40.
Jadi apa tindakan kerajaan dalam nak mempercepatkan pembinaan hospital ini. Kita berbangga dengan ikon negeri kita, kita berbangga dengan pembangunan seperti kita bincang sebelum ni, bangunan Pusat Seni Lin Xiang Xiong yang berharga lebih kurang RM100 juta. Walaupun ianya swasta, tetapi rakyat di bawah masih tertanya-tanya, perbelanjaan begitu banyak tetapi hospital tak siap. Jadi kita minta Kerajaan Negeri ambil berat dalam soal ini kerana masih banyak lagi ibu-ibu yang nak bersalin yang sekarang ni sedang kumpul duit takut nak pergi ke hospital kerajaan, tak dak tempat. Itu berkenan dengan isu hospital.
Jadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Penerangan Negeri, mohon diperbanyakkan kempen kesedaran dan pendidikan patriotik dalam memastikan Jalur Gemilang bendera negara kita dihormati serta dikibarkan dengan penuh semangat patriotik oleh rakyat negeri kita ini. Untuk makluman semua, setakat ini Pulau Pinang terima tak banyak, 5 laporan polis sahaja berkenaan dengan silap pasang bendera ni. Tetapi walaupun satu jika gambarnya diambil dan dipamerkan, ia dah cukup untuk dipertontonkan kepada berapa juta rakyat Malaysia. Ini satu perkara yang patut kita ambil berat. Kerajaan Negeri patut cari jalan untuk membuat kempen-kempen ataupun memberi penerangan mengenai kesalahan, cara yang betul untuk memasang Jalur Gemilang. Itu yang kelima.
Yang keenam, dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menawarkan pelbagai skim dan program keusahawanan. Dalam isu ini, kita ingin tahu perkembangan kemajuan dalam program seperti NCER, dengan izin, Entrepreneur Sustainable Transformation (NEST) oleh Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) dan juga skim Pinjaman Harapan oleh PDC yang menawarkan pinjaman mikro tanpa cagaran antara RM5,000 ke RM50,000. Jadi kita nak tahu berapa banyak pesertakah yang telah dibantu dan berapa banyakah kejayaan yang telah kita capai dalam program tersebut.
Masalah banjir. Saban kali bila hujan lebat pasti kejadian banjir dan bahkan banjir lumpur terjadi. Antara tempat-tempat yang sering menerima situasi banjir di SPT, kawasan saya Seberang Perai Tengah di kawasan Penanti, adalah di Guar Perahu, Guar jering, Kampung Terus, Mengkuang, Kuala Mengkuang, Tanah Liat dan beberapa tempat lagi.
Jadi Penanti berharap tindakan jangka panjang diambil oleh pihak berkuasa Kerajaan Tempatan seperti menempatkan pam-pam di tempat-tempat tertentu kerana setengah tempat dia kedudukan paras sungainya lebih rendah daripada tempat-tempat lain, dia menjadi tempat takungan air. Jadi eloklah tempat-tempat itu diletakkan pam walaupun harganya lebih mahal daripada menyelesaikan masalah itu dengan cara lain. Jadi kita mintalah supaya kajian menyeluruh dibuat agar pam-pam ini dapat diletak di tempat-tempat yang memang aliran air yang tidak dapat memenuhi kawasan sungai. Jadi Tuan Speaker, Tuan Timbalan Speaker, saya tak ada banyak nak cakap, semua duk ada, masing-masing dah ada tanggungjawab.
Tak nak jawab Air Itam? Ada masa lagi.
Hari last esok saya jawab.
Sokong tak sokong?
Jadi saya sebagai rakyat Pulau Pinang ya... (gangguan)
Sokong tak sokong?
Saya rakyat Pulau Pinang, saya memaklumkan di sini bahawa apa yang diminta bukannya dia minta negeri. Dia nak minta supaya harga pajakan tu dinaikkan. Jadi cerita dia hari ni, dia ada sebut 'saya nak balik ni Pulau Pinang', itu lainlah. Jadi jawapan dia, kita
biar mahkamah yang tentukan. okey. Mahkamah yang tentukan cara yang paling elok sebab kalau saya jawab sat lagi dia jadi controversial. Harap bolehlah terima jawapan tu ya.
Sokong tak sokong?
Saya antara dua, sokong tak sokong. Tak sokong kalau... (gangguan)
Air Itam, sila bangun untuk mencelah.
Untuk LRT, sokong tak sokong?
Mohon mencelah ya. LRT saya sokong tapi implikasi dia tu kita kena tengok, bukan kata hari ini kita nak buat benda baik terus sokong tanpa kita kira tengok benda-benda lain. Macam tadi, tapak warisan kita sokong tetapi kita tidak mahu bila buat Akta Warisan itu ia akan menyebabkan penduduk menjadi masalah untuk membaiki rumah semua.
Yang itu saya sokong tapi yang saya saya nak bangkitkan adalah tentang LRT iaitu dimaklumkan LRT tidak disokong oleh rakyat Pulau Pinang, siapa yang bagi tahu, tu yang penting sekali dalam dewan rakyat.
Saya tak pasti depa yang tak sokong tu, dia mungkin bercakap kesan daripada situ atau pun benda yang akan menyebabkan masalah tersebut.
Okey, Tuan Speaker.
Okey, saya bagi peluang tadi.
Okey, terima kasih banyak.
Terima kasih Penanti. Seterusnya saya persilakan Telok Ayer Tawar.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker, sahabat Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sebelum saya mengucapkan, saya ingin memulakan bicara dengan beberapa rangkap pantun, pasal kali ni tak dengar siapa pantun, tiap-tiap kali ada pantun;
Kemas segak wakil-wakil rakyat Cukup bersemangat dan jangan lena Saya berhujah demi suara rakyat Harapan kerajaan amanah dan cakna
Nama saya Azmi Alang, diberi dahulu hingga kini. Sebagai ADUN Telok Ayer Tawar, tidak banyak hujah saya pada hari ini, hanya berapa isu perlu dirunding dan didengar. Banyak topik yang telah disentuh oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam Bajet Negeri Pulau Pinang. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya menerima kelulusan 10 projek utama daripada Kerajaan Persekutuan. Ini dilihat akan membawa keuntungan kepada negeri sekali gus menaikkan taraf ekonomi dan sektor pelancongan negeri.
Salah satu yang dapat kita lihat adalah projek Pan Island Link merupakan sebuah projek pengangkutan tetapi ia mempunyai kaitan langsung dengan sektor pelancongan. Tidak kira dan dinafikan setiap sesuatu pelaksanaan projek akan ada baik dan buruknya. Terutama projek mega berskala besar seperti ini akan memakan jangka masa yang panjang untuk disiapkan. Sepanjang pelaksanaan ini, pelbagai risiko yang perlu dihadapi oleh penduduk setempat dan salah satunya adalah berlaku kesesakan dan yang luar biasa. Ini berlaku apabila penutupan satu atau dua lebihan lorong, laluan, lencongan sementara dan kehadiran jentera berat yang akan bergerak perlahan keluar masuk di tapak pembinaan. Jalan-jalan utama yang akan dinaik taraf akan mengganggu pengguna jalan raya terutama di kawasan yang sedia sibuk. Bagaimana pihak Kerajaan Negeri akan mengatasi perkara ini?
Selain itu, projek ini hanya memberi risiko kepada alam sekitar untuk satu jangka masa panjang. Projek lebuh raya besar akan melibatkan kawasan semula jadi yang terbukti dan cerun. Perkara ini boleh menyebabkan habitat iaitu pemecahan kawasan hutan semulajadi. Perkara ini boleh menjejaskan dan kerosakan jangka masa panjang mungkin sukar dipulih terutama jika mitigasi tidak dilaksanakan dengan betul. Ini tidak lagi disentuh bagaimana perlu Kerajaan Negeri berhadapan dengan tanah milik penduduk setempat. Beberapa pemilik tanah diarahkan untuk mengosongkan tanah dan berlaku ketidakpuasan dalam kalangan penduduk yang terjejas kerana mereka merasakan pampasan tidak setimpal dengan pengambilan tanah mereka.
Oleh itu, saya berpendapat projek-projek berskala besar seperti ini perlu ditangani dengan perancangan rapi. Pemantauan ketat dan pemulihan alam sekitar agar impak negatif dapat dikurangkan dan tidak terasa kesannya. Saya harap projek-projek mega yang dicadangkan Kerajaan Negeri ini dapat melaksanakan mengikut time-line yang sepatutnya,
jangan jadikan projek-projek berimpak tinggi ini hanya wayang seperti yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu yang akhirnya penuh konfrontasi.
Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker dan sahabat-sahabat Ahli Dewan yang saya hormati, saya tertarik untuk sama-sama kita lihat bajet berkaitan pelancongan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri memaklumkan sebanyak 372 program serta projek pelancongan dan ekonomi kreatif telah dilaksanakan dari tahun 2023 hingga 2025 yang menelankan kos melebihi RM21 juta. Namun apakah pulangan yang kita dapat melebihi kos yang dikeluarkan. Difahamkan Pulau Pinang memfokuskan kepada Tahun Melawat Malaysia 2026 dan menyatakan komitmen kerana ianya sebagai sebahagian daripada strategik nasional untuk mengangkat pelancong Malaysia. Momentum Tahun Melawat Malaysia 2026 memberi peluang untuk meningkatkan bilangan pelancong memperluaskan pasaran antarabangsa dan domestik. Pulau Pinang melihat pelancong sebagai salah satu cara untuk menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.
Kemasukan pelancong yang terlalu ramai seperti yang dinyatakan di dalam Bajet bahawa suku pertama tahun 2025, Pulau Pinang menerima 2.1 juta tetamu hotel meningkat sebanyak 10.2% berbanding tempoh masa tahun 2024. Namun begitu, kesan buruknya terhadap setiap kawasan tourism tetap ada. Salah satunya kesan terdapat warisan UNESCO George Town. Perkara ini boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas. Contoh paling jelas yang saya sedari, alami semasa ingin hadir ke Dewan Undangan Negeri pada hari Jumaat lepas, dua buah kapal persiaran yang bersaiz besar, tiba serentak di jeti perairan kita. Berlaku kesesakan yang luar biasa di hadapan mata saya sendiri. Secara automatik, negeri kita seolah-olah seperti pulau dilanda orang.
Kebanjiran para pelancong sedikit sebanyak membawa impak kepada masyarakat setempat. Pergerakan perjalanan menjadi penghalang, terhalang dan menyulitkan apabila terpaksa menghadapi dengan situasi tersebut. Begitu juga apabila berlaku overtourism, maka kecil seperti kerosakkan sektor lama akan berlaku terutama pada lokasi dan bangunan heritage yang kita jaga dan lambang negeri kita. Kebanjiran pelancong turut membawa budaya luar yang berbeza dan mencemarkan adat kita warga Malaysia, membawa impak negatif, sosial dan urbanisasi budaya tempatan dikomersialkan secara berlebihan untuk memenuhi kehendak pelancong. Ini membawa kehancuran dan nilai asli masyarakat dan adat kita beransur hilang.
Selain itu, rumah kedai warisan banyak diubahsuai menjadi kafe dan homestay. Tanpa kawalan ketat ini, boleh menghakis nilai warisan asal. Begitu juga dengan kenaikan kos sara hidup dan harga tanah yang drastik, kadar sewa di kawasan pelancongan meningkat kerana ramai pemilik rumah sewa beralih kepada homestay. Ini menyebabkan penduduk tempatan sukar mencari rumah mampu milik untuk disewa. Kajian oleh USM pada tahun 2023 menunjukkan harga sewa di George Town meningkat hampir 40 peratus dalam tempoh 5 tahun…(gangguan)
Telok Ayer Tawar, boleh mencelah?
Silakan.
Ayer Tawar, saya ingat jawapan yang Ayer Tawar bagi saya anggap sebagai satu jawapan. Tadi yang dibangkitkan oleh Telok Bahang katakan pelancong di Pulau Pinang memang tak banyak tapi daripada mulut Ayer Tawar tu pelancong ni memang terlalu lebat. Apa yang terjadi ni, kedua-dua ni konflik sangat ini adalah satu jawapan kepada Teluk Bahang.
Ya.
Boleh saya juga mencelah sikit. Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, saya nak tanya sebab pandangan yang dibawa oleh Yang Berhormat ini adalah daripada penduduk Telok Ayer Tawar atau daripada George Town? Sebab complaint, aduan berkenaan dengan overtourism ini, saya rasa kalau kita bila lihat penjanaan ekonomi, 50% daripada hasil negeri kita datang daripada services sector yang kebanyakan itu adalah daripada tourism. Dan
maksudnya daripada penjanaan ekonomi ini, restoran-restoran, pekerja-pekerja, business-business, hotel-hotel, semua mendapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti overtourism.
Saya faham kalau kita perlu meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan, selesaikan masalah traffic jam tetapi saya ingin nak tanya, apa yang saya tak faham itu, bila katanya overtourism ini akan merosakkan nilai budaya kita dan sebagai, apa yang dimaksudkan? Boleh bagi details yang lebih terperinci apa yang dimaksudkan itu dan kenapa overtourism itu adakah itu tak bagus untuk ekonomi kita. Terima kasih.
Terima kasih Bukit Tengah. Overtourism tu bukan tak bagus untuk ekonomi Pulau Pinang. Kita menggalakkan pelancong datang lebih banyak ke Pulau Pinang tapi ya (gangguan) kita minta datang tak kiralah daripada negara barat atau negara mana itu adalah sumber ekonomi kita. Tetapi kita Kerajaan Negeri ni kena ada sistem. Bila macam turun kapal kelmarin, dua kapal. Dengan beca, dengan bas, dengan apa dia kereta sesak masuk, traffic jam, tak ada keselamatan jaga sepertinya mungkin polis daripada Majlis Perbandaran jaga. Itulah yang rosakkan imej kita kerana kesesakan.
Bukan saya tak suka, saya suka melancong. Kalau Bukit Tengah pun suka pergi melancong juga, betul. Depa pun seru di negara mana untuk melancong, melancong adalah sumber ekonomi. Tidak tak berebut di Thailand sampai tidur dalam kereta tak boleh balik, betul tak? Saya sokong apa Bukit Tengah kata, tourism tetapi dari segi tu kita kena ada sistem untuk tourism. Makna, tourist ni pulang, oh Pulau Pinang sistem trafik dia hebat... (gangguan)
Isunya bukan overtourism. Isunya adalah kemudahan asas yang perlu ditingkatkan.
Okey, terima kasih Bukit Tengah.
Okey, teruskan. Bersetuju?
Bersetuju. Minta maaf, saya banyak ni sat lagi takdan habis. Begitu juga dengan nasib penduduk berasal di kawasan warisan dan kampung tradisional semakin kekurangan kerana tekanan ekonomi dan pembangunan komersial menyebabkan kehilangan aktiviti komuniti dan suasana tempat yang dahulunya menjadi tarikan pelancong itu sendiri. Kesimpulan di sini, pada pandangan saya, kemasukan pelancong terlalu banyak tidak semestinya tak baik. Walaupun ia dilihat dapat meningkatkan ekonomi negeri, namun ia boleh juga membawa kepada kemerosotan alam sekitar, tekanan sosial, kenaikan kos hidup dan menjejaskan warisan budaya. Selain satu langkah penyelesaian yang dapat kita lakukan adalah menyebabkan tempat pelancongan agak pelancong tidak hanya tertumpu pada satu tempat sahaja sehingga boleh berlaku perkara-perkara di atas. Komersialkan kawasan-kawasan sejarah dan wujudkan tarikan pelancong yang lebih banyak di sebelah tanah besar juga. Bukan hanya tertumpu kepada pembukaan baru iaitu Galeri Arkeologi Gua Kepah sahaja malah perlu kebanyakkan lagi sekurangnya tumpuan pelancong tidak hanya tumpu di George Town hingga menjadi kawasan yang sesak.
Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker dan Ahli Dewan semua, dalam Bajet Pulau Pinang 2026 juga menyatakan hasrat Kerajaan Negeri menyokong pelaksanaan 100 program pelancongan ekonomi kreatif dengan anggaran kos sebanyak 7 juta. Pada tahun hadapan 2026, saya bersetuju dengan perkara ini namun saya mohon pihak Kerajaan Negeri mengambil peduli keterjaminan penduduk setempat dan menjalankan program yang kurang kesan negatifnya kepada sesuatu kawasan. Sesuatu program atau acara yang ingin dilaksanakan biarlah ambil pandangan budaya dan kesesuaian setempat kawasan tersebut. Juga perlu melihat kepada masalah kesesakan jalan raya, pencemaran bunyi, tekanan di atas infrastruktur tempatan gangguan kepada kehidupan penduduk tempatan dan peningkatan risiko jenayah dan penguatkuasaan. Juga memikirkan impak program dilaksanakan membawa keuntungan kepada Kerajaan Negeri juga. Kepada penduduk di kawasan tersebut, saya juga melihat bahawa setiap program yang akan dilaksanakan di suatu kawasan perlulah melibatkan komuniti kawasan tersebut. Ini dapat membantu mengurangkan konflik dan meningkatkan penerimaan masyarakat.
Kos sebanyak 7 juta untuk 100 program bukanlah sesuatu amaun yang tinggi. Jadi saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri dapat membahagikan dengan saksama program yang bakal dilaksanakan antara sebelah George Town dan Seberang Perai. Juga program yang menterangkumi semua budaya dalam masyarakat kita dengan mengekalkan nilai-nilai warisan setiap kaum dalam Pulau Pinang. Kembalikan nostalgia lama nenek moyang yang semakin dilupai oleh generasi muda. Biarlah warisan dan adat budaya kecil sepanjang zaman. Ibarat berpatah tak lapuk dek di hujan, tak lekang dek di panas. Ahli Dewan yang Mulia, dalam membina ekosistem yang memupuk industri kreatif Pulau Pinang mencatat peningkatan sebanyak 240.9% berbanding daripada tahun 2023 dalam acara perniagaan, perkara ini dikatakan mempersisikan negeri sebagai hab komisyen utama di Malaysia. Namun begitu ekosistem kreatif memerlukan kesinambungan polisi serta koordinasi antara agensi di Pulau Pinang. Terdapat inisiatif kecil atau bersifat acara seperti festival seni dan program komuniti. Tetapi tiada plan induk yang menyeluruh untuk industri kreatif. Kerajaan Negeri lebih memfokuskan kepada warisan dan pelancongan tetapi kurang tumpukan kepada subsektor penilai tertinggi seperti reka bentuk digital, animasi kandungan media, permainan video dan perkhidmatan kreatif yang lebih profesional.
Pulau Pinang dikenal sebagai Silicon Valley of the East (dengan izin) satu jenama yang kita banggakan. Akan tetapi dalam mengejar kejayaan industri perbuatan dan EIA, fokus negeri telah condong kepada dasar yang menyokong pelaburan asing dan industri berat. Sementara sektor kreatif tidak diberi perhatian, serta industri kreatif model tidak boleh dipisahkan daripada ekonomi digital. Namun hingga kini tiada Plan Induk Negeri yang benar-benar menyeluruh untuk mengintegrasikan industri ini. Yang wujud hanyalah infratasi produktif iaitu festival seni, acara kebudayaan dan aktiviti ekonomi. Kita perlu mengimbangi antara kedua-duanya mempromosikan warisan dan budaya asal seimbang dengan mempromosikan industri kreatif. Pulau Pinang mempunyai modal insan sejarah dan daya tarikan yang sangat luar biasa. Namun tanpa dasar pembangunan ekosistem yang aktif, kita sedang mensia-siakan satu peluang besar untuk menjadikan negeri ini sebagai hab kreatif serantau. Saya berharap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menilai perkara ini dengan serius demi masa depan ekonomi negeri.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, di sini juga saya ingin beberapa isu sempat untuk sama-sama fikirkan. Sebagai ADUN di Kawasan Telok Ayer Tawar adalah menjadi tanggungjawab saya membantu semua golongan penduduk yang bermastautin di kawasan ADUN saya tanpa mengira latar belakang politik dan mereka pengundi di kawasan saya
atau luar kawasan. Namun begitu, saya sedih kerana kebanyakan pengundi di kawasan saya yang rumah mereka di kawasan lain ditolak dan perlu datang ke pusat khidmat saya juga. Saya memandang serius akan hal ini kerana ianya menyusahkan rakyat yang datang ke pusat khidmat dan tolak ke pusat khidmat lain. Masyarakat akan datang mencari pertolongan dan mengadu nasib kepada ADUN yang berdekatan dengan kediaman mereka. Kebanyakan ADUN melihat bantuan yang ingin disalur merupakan sebagai ganjaran kepada penyokong bukan sebagai tanggungjawab kepada masyarakat setempat. Ini seolah-olah kecenderungan untuk menghukum rakyat yang tidak menyokong secara terang-terang.
Agihan sumbangan ini dilihat tidak adil kepada penduduk di kawasan tersebut. Dimanakah pembelaan mereka sekiranya mereka terpaksa ke tempat lain untuk memohon dan mengadu nasib sedangkan kawasan sendiri menafikan hak mereka. Bagaimanapun pula nasib golongan warga emas yang uzur walaupun ada penduduk warga emas yang mohon bantuan atau nak mohon pendaftaran warga emas tolonglah bantu mereka. Tak perlu minta mereka ini datang pula ke pejabat ADUN lain. Kasihanlah mereka, kita dalam satu daerah Seberang Perai Utara yang sama kita boleh sahaja terima mana-mana permohonan pendaftaran warga emas. Dimanakah budi bicara dan sikap perikemanusiaan kita sebagai pemimpin yang dipercayai mewakili mereka dan sepatutnya menjadi saluran mudah antara mereka dan pihak kerajaan. Kerana sikap pemimpin beginilah yang selalu diejek oleh rakyat. Apabila mahu merayu undi barulah pelbagai janji manis ditaburkan. Selepas menang wakil rakyat hilang entah ke mana. (gangguan) Ada...
SPU ni. (gangguan) SPU, SPT (gangguan). Teruskan, teruskan.
Kita di sini tak payahlah mention nama. Kalau kita mention nama dalam dewan, tak boleh la. (gangguan) Bagan. (gangguan). Melawak ja.
Teruskan, teruskan.
Oleh itu, saya memohon kerjasama di antara kita wakil rakyat untuk sama-sama melihat dan membantu supaya perkara ini tidak dibebankan rakyat di kawasan masing-masing terutama YB Kerajaan yang mempunyai peruntukan. Lebih bantu-bantulah, salur-salurlah kepada penduduk dalam kawasan tanpa perlu mengira data pengundi. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada (yang ni, Sungai Puyu) yang banyak membantu di kawasan saya. (gangguan). Kita jangan mengambil kira politik tetapi lihatlah masyarakat yang memerlukan. Oleh itu saya harap kawan-kawan kita di DUN jiran yang lain juga boleh main peranan saling bantu-membantu.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, satu lagi isu yang saya lihat perlu saya bangkitkan di Dewan yang Mulia ini adalah berkaitan nasib para pesawah di Pulau Pinang. Di kawasan saya juga ada golongan pesawah walaupun tidak banyak seperti di kawasan yang lain. Namun saya rasa terpanggil untuk membela nasib mereka. Ahli Dewan juga sedia maklum Pulau Pinang bukan sebuah negeri yang majoritinya pesawah. Namun begitu Pulau Pinang telah mencatat purata hasil padi paling tinggi di Malaysia iaitu kira-kira 4.86 tan semetrik per hektar pada tahun 2024. Terima kasih kepada pesawah di Pulau Pinang kerana membawa Negeri Pulau Pinang kedudukan di atas. Angguk angguk juga Pulau Jerejak.
Nak minta duit ka?
Pulau Jerejak la ni (gangguan).
Juga rekod di PPN dan di PPK bahawa pesawah yang berdaftar pada tahun 2025 adalah sebanyak 5,603 orang. Ini diambil daripada rekod mengikut data Skim Baja Padi dan Subsidi. Jumlah ini saya lihat bukan satu angka yang sedikit dan perlu diberi perhatian. Para pesawah mendapat inisiatif bantuan kewangan yang disalurkan oleh pihak kerajaan,
bantuan one-off. Sebanyak 500 sebagai bantuan sara hidup. Akan tetapi masih banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh pesawah walaupun hasil padi tinggi tetapi pendapatan pesawah tetap cukup-cukup makan. Pesawah terpaksa menampung harga bahan, input seperti baja, racun, upah jentera dan melambung tinggi ini tidak dikira lagi dengan faktor cuaca yang semakin tidak menentu. Dan masalah keladi agas yang membawa risiko kepada kualiti hasil dan pendapatan pesawah. Faktor-faktor ini membawa kepada punca mereka mula membuat pinjaman dan akhirnya membebani hutang dengan berbagai pihak. Apabila musim padi gagal membuahkan hasil yang menguntungkan akibat cuaca atau serangan penyakit, mereka tidak mampu membayar balik hutang.
Oleh yang demikan, saya ingin mencadangkan di dalam Dewan yang Mulia ini, bagi meringankan beban mereka pada pesawah, diberi penambahan bantuan one-off sebanyak 1,000 seorang. Sekurang-kurangnya itu satu jumlah kewangan yang lebih tepat untuk membantu mereka menyelesaikan masalah kewangan. Ia bersesuaian dengan kos sara hidup dan kos petani yang semakin meningkat. Penambahan jumlah bantuan ini dapat memberi nafas lega kepada pesawah. Pihak Kerajaan Negeri, terutama kepada Tuan Exco, Tuan Exco ingat ya.
Di sini, di sini.
Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, tolong fikir fikirlah nasib para pesawah ini. Renung-renungkanlah demi kebaikan kita bersama penduduk Pulau Pinang. Kalau kita tak jaga depa, Cap Feri pun kita tak dak.
Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuhkan perkara penyelenggaraan kawasan pokok di tepi-tepi Jalan Persekutuan dan tanaman-tanaman perumahan. Kebanyakan pokok di jalan utama di Telok Ayer Tawar, Bagan menghala Kepala Batas yang melalui jalan Telok Ayer Tawar juga daripada Pekan Darat menghala ke Pematang Binjai sepanjang jalan tersebut, banyak pokok tua yang berisiko, tumbang dan ranting yang menjalur ke jalan. Ada dahan pohon yang telah menghalang papan tanda dan isyarat. Ini menyulitkan para pemandu terutamanya orang-orang luar. Ni, masa tinggal sikit.
Habis dah pun.
Ada sikit lagi. Yang ni last. Ada lagi tapi saya langkah. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker dan Ahli Dewan yang Mulia. Ini satu juga isu, lihat perlu saya dengarkan di dalam Dewan yang Mulia ini, iaitu isu jalan berlubang dan tidak rata di samping Jalan Telok Ayer Tawar yang menyambung hubungan di antara Bagan dan Kepala Batas dan jalan sempadan Teluk Air Tawar ke Sungai Puyu. Jalan-jalan ini merupakan jalan yang setiasa sesak dengan pengguna jalan raya terutama waktu kemuncak pagi dan petang. Jalan-jalan ini menghadapi keadaan lubang dan tidak rata dan saya sebut. Lubang-lubang ini membahayakan para pengguna jalan raya terutama penunggang motorsikal di waktu malam. Hal ini telah banyak dibincang dan dibawa ke mesyuarat.
Oleh itu, saya berharap penurapan semula jalan-jalan ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera bagi pemudah pengguna jalan raya. Begitu juga dengan jalan yang menghubungi Sungai Dua ke Pekan Darat. Jalan ini melihatkan merupakan jalan alternatif masyarakat dari Sungai Dua untuk ke Telok Ayer Tawar. Saya juga kerap guna jalan tersebut. Namun begitu, sentiasa perlu berhati-hati kerana sektor permukaan jalan tersebut tidak rata dan beralun.
Jalan ini di acap kali berlaku kemalangan jalan raya. Kes terbaru adalah kemalangan sehingga kereta yang dinaiki terbabas dan terbakar hingga menyebabkan kematian. Oleh itu, saya cadangkan perkara seperti ini perlu ditangani segera dengan meneliti kembali keadaan sektor muka bumi di kawasan tersebut dan bagaimanapun cara untuk mengatasi juga pemasangan lampu jalan solar di sepanjang selekoh dan kawasan kerap berlaku kemalangan tersebut.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, menjawab kepada Dato Keramat, Batu Maung tak ada. Di atas jawapan beliau pada soalan saya berkaitan kerjasama Kerajaan Negeri dengan YB Pembangkang. YB menyatakan bahawa tiada kerjasama dan tidak membawa agenda yang seiring dengan dasar kerajaan. Ini adalah tidak benar. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kami sebagai YB Pembangkang yang dipilih dan diberi mandat
kepada rakyat untuk membawa dan memberi khidmat sebagai Yang Berhormat adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memberi kerjasama dalam hal-hal yang membawa keuntungan kepada penduduk setempat.
Kenyataan kami YB Pembangkang bukan saja dapat memastikan proses semak dan imbang berjalan dengan lancar…
Semak, semak,
Bukan semak, semak. Saya tersangkut ni. ha.
Minum air dulu.
Bukan semak, semak. Ha, dan seimbang berjalan dengan lancar, tetapi juga memberi ruang kepada pelbagai pandangan dan mewakili kepentingan rakyat secara menyeluruh. Pendekatan persepsi dan mampu meningkat ketulusan sesuatu program yang dijalankan, mengukuhkan kebertanggungjawaban serta membina keyakinan rakyat terhadap keputusan yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri. Jika kerajaan benar-benar yakin dan tulus dan integriti pentadbirannya, maka penglibatan pembangkang bukan ancaman, malah ia sebagai bukti keberanian dari pihak Kerajaan Negeri. Program kerajaan yang tidak melibatkan pembangkang hanya mencetuskan persepsi bahawa kerajaan takut kepada pandangan berbeza.
Habis, ada lagi.
Sikit ja habis dengan kerajaan yang lebih terbuka dan tulus di antara Kerajaan Negeri dan pihak pembangkang, pelaksanaan sesuatu program dapat dijalankan dengan lebih baik dan aktif dan seimbangan demi manfaat semua lapisan masyarakat khususnya di kawasan kami. YB Pembangkang, rakyat berhak melihat kerajaan dan pembangkang duduk semeja demi imej politik. Inilah masa untuk membuktikan bahawa kepimpinan negara mampu mengutamakan rakyat, bukan ego politik semata-mata. Inilah saat Kerajaan Negeri membuktikan bahawa demokrasi bukan sekadar slogan, tetapi satu amalan yang dihormati dan dipertahankan. Bagi mengakhiri ucapan saya ini, menegaskan bahawa marilah kita sama-sama melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita sebagai wakil kepada rakyat dengan penuh amanah dan dedikasi. Oleh itu, dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Telok Ayer Tawar. Cuma kali ini tak ada apa tu hal yang dibangkitkan Telok Ayer Tawar untuk naik gaji. Yang dah sedia naik gaji, kan.
Naik gaji ni semua mahu tapi tak berani bunyi.
Okey, terima kasih. Seterusnya saya mempersilakan Batu Lancang, dipersilakan.
Salam Sejahtera, Salam Madani dan Salam 2030. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 1 dan 2, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang saya muliakan, ketua-ketua Jabatan Negeri dan rakan-rakan pihak media.
Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua atas giliran yang diberikan kepada Batu Lancang untuk perbahasan usul Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2026 dan usul Anggaran Pembangunan tahun 2026.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Batu Lancang merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang di atas pembentangan Belanjawan Negeri tahun 2026. Batu Lancang juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada anggota Kerajaan Negeri atas pengurusan pembangunan dan kutipan hasil kerajaan bagi tahun 2025. Laporan Belanjawan 2026 yang menunjukkan kebergantungan hasil kerajaan pada hasil tanah yang masih ketara. Oleh itu, Batu Lancang ingin mengulangi saranan atau nasihat ahli Pengkalan Kota ketika Persidangan DUN ke-8 Mesyuarat ke-4 Penggal Pertama tahun 1991 bahawa pengurusan kutipan hasil tanah perlu diurus dengan berkesan bagi memastikan aliran wang tunai kerajaan yang baik. Walaupun ini adalah catatan Dewan 34 tahun lalu, namun teguran yang baik tidak tarikh luput.
Sekapur sirih seketul kemenyan Badik diasap bilah diwarang Serangkap pantun membuka perbahasan Di sasana bicara dana dan wang
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM1.088 bilion bagi Belanjawan 2026, dengan catatan defisit RM19.92 juta, iaitu terendah dalam sejarah negeri ini. Belanjawan ini jelas memberi manfaat langsung kepada rakyat selaras dengan visi Penang2030 dan Aspirasi Malaysia Madani. Jangkaan hasil negeri adalah sebanyak RM1.068 bilion berbanding anggaran perbelanjaan RM1.088 bilion. Belanjawan Negeri 2026 adalah berteraskan empat tema, iaitu meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan, menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah, memperkasa rakyat bagi meningkatkan penyertaan awam, dan melabur dalam persekitaran terbina dan menambah baik daya pemulihan.
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu semua penjawat awam Pulau Pinang, Kerajaan Negeri bersetuju meneruskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada 3,954 penjawat awam minimum RM1,000 atau 3/4 bulan gaji. Bantuan berkenaan akan dibayar bulan depan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM11.49 juta. Bantuan ini diharap meningkatkan semangat penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang
lebih cemerlang. Mulai 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri menerima pakai dasar pengambilan baharu pegawai awam secara lantikan kontrak interim, selaras dengan dasar Kerajaan Persekutuan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Batu Lancang telah meneliti usul Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2026. Terdapat satu perkara yang hendak diketengahkan berhubung hasil negeri. Walaupun hasil tahunan mencatatkan prestasi yang meyakinkan, tetapi kita sentiasa mengambil ikhtiar untuk meneroka hasil baharu demi mengukuhkan kedudukan kewangan negeri. Pada masa yang sama, usaha ini tidak harus membebankan rakyat. Simpanan dana kerajaan yang bertambah membolehkan kita memantapkan mutu perkhidmatan dan membangunkan prasarana yang lebih baik antaranya jalan raya, sekolah, taman, perparitan, pengukuhan lereng bukit dan sebagainya. Laporan penemuan sumber alam unsur nadir bumi (REE) negeri yang dinyatakan bernilai RM100 bilion dalam catatan Hansard dan ulasan ahli dari Perai pada persidangan November lepas bahawa langkah penggubalan Peraturan-peraturan Mineral Pulau Pinang sedang diuruskan oleh PTG. Dengan mengambil maklum pemeteraian MoU antara Malaysia dan Amerika Syarikat berhubung dagangan REE pada persidangan ASEAN baru-baru ini, maka kini tiba masanya untuk Pulau Pinang mengambil peluang dagangan REE.
Batu Lancang menjalankan supaya kerajaan meneroka peluang kerjasama dengan syarikat awam atau syarikat swasta Amerika Syarikat bagi menjana hasil RM100 bilion tersebut. Pendapatan yang bakal diperolehi daripada unsur nadir bumi boleh disalurkan ke satu tabung amanah baharu dengan nama Tabung Amanah Anak dan Warga Emas Pulau Pinang atau Penang Adolescents and Retiree Monetary Incentive Trust Fund (singkatan PARAMI Trust Fund) dengan izin. Kerangka pelaksanaan tabung ini boleh mencontohi kaedah pengandalian hasil minyak mentah Norway, Tabung Persara Kerajaan Global Norway di mana setiap sen hasil petroleum disalurkan terus ke dalam tabung ini. Kerajaan Norway dilarang menyentuh wang pokok dana tersebut, sebaliknya dilabur. Mereka hanya dibenarkan untuk membelanja hasil pulangan pelaburan tahunan yang dihadkan sekitar 3 hingga 4 peratus untuk membiayai perbelanjaan negara.
Bagi kerangka Pulau Pinang pula, hasil pendapatan REE boleh disalurkan sepenuhnya ke Tabung Amanah Anak dan Warga Emas Pulau Pinang. Wang ini kemudiannya boleh dilaburkan dalam pulangan faedah tahunan akan diagihkan sebagai wang ihsan tambahan kepada kanak-kanak Pulau Pinang yang berumur 1 hingga 12 tahun
dan warga emas berusia 60 tahun ke atas. Agihan wang ini bertujuan menampung perbelanjaan pendidikan anak muda dan tanggungan kehidupan harian waktu tua warga emas. Kerajaan Negeri dilarang menyentuh dana pokok, tetapi boleh menggunakannya sebahagian kecil pulangan faedah untuk pembangunan negeri. Ini bagi memastikan sumber alam yang terhad boleh menjana hasil dan manfaat jangka masa panjang walaupun setelah hasil bumi ini habis. Mohon kerajaan mengulas dengan memberi satu kerangka jelas untuk mengupayakan cadangan ini untuk mengambil kira kesan alam sekitar selaras dengan Perjanjian Paris 2015. Juga laporkan perkembangan terkini Peraturan-peraturan Mineral Pulau Pinang dan kemukakan laporan terperinci libat urus termasuk laporan perjumpaan kontraktor REE yang telah dinyatakan oleh kerajaan pada sidang terdahulu.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pada sidang terdahulu Batu Lancang telah membangkitkan gejala pusat kecantikan yang menjalankan prosedur perubatan estetik tanpa lesen dan tidak bertauliah. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri kerana dalam masa setahun ini telah menjalankan risikan yang berjaya disusuli tindakan tegas dan membawa hasil. Ini jelas kelihatan kerana kini pihak yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan wang ringgit lebih daripada keselamatan dan nyawa manusia telah menukar taktik perniagaan mereka. Mungkin mereka khuatir kegiatan perbuatan tidak bertauliah mudah dikesan pihak berkuasa di premis tetap. Kini mereka mengiklankan perkhidmatan perubatan kecantikan dan kesihatan di atas talian. Selepas dihubungi oleh pelanggan yang kurang peka dan temu janji disahkan, perawat ini akan ke rumah pelanggan untuk menjalankan rawatan. Kaedah ini dikenali sebagai House Call (dengan izin). Antara perkhidmatan kesihatan dan kecantikan yang sedang hangat sekarang ialah IV drip vitamin yang juga dikenali sebagai terapi vitamin Intravena atau Intravenous Vitamin Therapy. Ini adalah satu kaedah rawatan kesihatan di mana vitamin, mineral, antioksidan, dan cecair berkhasiat dimasukkan terus ke dalam aliran darah melalui saluran urat menggunakan tiub dan jarum suntikan khas. Perkhidmatan seperti ini sedang giat dijalankan di Pulau Pinang.
Ancaman besar apabila prosedur perubatan dikendalikan oleh individu yang tidak bertauliah, kurang mahir, dan tidak profesional di dalam kediaman persendirian yang tidak berdaftar. Tindakan ini bukan sahaja mempertaruhkan nyawa pelanggan tetapi merupakan satu pelanggaran undang-undang. Di bawah Akta Perubatan 1971, Akta 50, Seksyen 32 dan 33 adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang tidak berdaftar dengan MMC untuk mengamalkan perubatan. Prosedur memasukkan jarum ke dalam urat,
Venipuncture (dengan izin), untuk terapi IV adalah satu amalan perubatan yang tidak kira di mana dilakukan. Apabila seorang individu tanpa kelayakan perubatan melakukan prosedur ini di dalam rumah pelanggan, mereka secara terang-terang menyamar sebagai pengamal perubatan berdaftar. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda, dipenjarakan atau kedua-duanya sekali.
Seterusnya, premis yang digunakan dalam kes ini, rumah kediaman menyamakan pelanggaran Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, Akta 586. Akta ini menetapkan bahawa mana-mana premis yang menyediakan perkhidmatan perubatan mesti dilesenkan sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta, contohnya klinik atau hospital. Apabila perkhidmatan ini dijalankan dalam rumah persendirian, ia secara automatik melanggar akta. Kediaman persendirian tidak boleh dan tidak akan dilesenkan sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta untuk menjalankan prosedur perubatan invasif. Ini kerana ia tidak mematuhi piawaian wajib kawalan jangkitan, pengurusan sisa klinikal, dan ketidaksediaan peralatan kecemasan.
Di samping itu, produk vitamin suntikan yang digunakan itu sendiri boleh ditafsirkan sebagai melanggar Akta Jualan Dadah 1952. Setiap produk farmaseutikal termasuk vitamin untuk suntikan mesti didaftar dengan PBKD dan NPRA sebelum ia boleh diimport, dijual, atau digunakan di Malaysia. Produk yang berdaftar akan mempunyai nombor pendaftaran MAL dan pelakat hologram Meditech. Kemungkinan koktel vitamin yang dibawa oleh pengamal haram ke rumah pelanggan ini berkemungkinan diseludup masuk tanpa kelulusan KKM. Justeru, Batu Lancang memohon supaya kerajaan, KKM, dan MCMC menjalankan risikan, siasatan, dan operasi bagi membanteras kegiatan berbahaya ini. Orang awam, NGO, dan pengguna laman sosial juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. Batu Lancang juga memohon kerajaan untuk memberi laporan terkini tindakan tangkapan, denda, dan pendakwaan yang telah dijalankan berhubung perkara yang berkait sepanjang tahun ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu yang perlu perhatian berat kerajaan adalah gejala kebanjiran warga asing. Batu Lancang telah mengkaji laporan handsard dewan sepanjang tiga setengah dekad dan mendapati isu ini tidak, telah menghantui Pulau Pinang terlalu lama. Antara catatan yang ditemui adalah seawal tahun 1989. Ahli dari Jawi mempersoalkan kedatangan pekerja asing haram. Tahun 1992, ahli dari Padang Kota bertanyakan tentang warga asing dan gejala jenayah. 1996, dua Ahli Dewan Padang Kota mempersoalkan
tindakan kerajaan tentang aduan awam berkenaan warga asing, manakala Teluk Kumbar mempersoalkan tentang warga asing yang menyewa tapak daripada penjaja berlesen. 2001, ahli dari Bukit Tengah mempersoalkan tentang isu pekerja warga asing yang menyebabkan masalah sosial. 2007, ahli dari Jawi juga mengulas tentang warga asing merampas peluang ekonomi tempatan. 2011, dua Ahli Dewan Pinang Tunggal dan Tanjong Bunga membangkitkan persoalan kebanjiran warga asing di Pulau Pinang dan diulas oleh YAB Ketua Menteri. 2018, tiga Ahli Dewan Bertam, Batu Uban dan Bagan Dalam mengangkat isu berkenaan warga asing menjalankan perniagaan tanpa lesen. 2019, PAC di bawah Perkara 109A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat DUN bermesyuarat panjang lebar bersama MBPP, MBSP, JIM dan Ahli DUN untuk menangani masalah ini. 2024, Ahli Sungai Dua membangkitkan isu ancaman warga asing dengan ulasan kerajaan bahawa ia sememangnya memberi ancaman ekonomi.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, catatan dewan selama 36 tahun membawa kita pada dua kesimpulan, jika benih kebanjiran warga asing dulu berpucuk daripada penyeludupan masuk jalan tikus, daratan, bersembunyi, kapal pelarian, lolos dari majikan. Namun, helah licik mereka berubah-ubah mengikut peredaran masa. Bagi mengelak penguatkuasa agar helah terkini adalah memburu jodoh warga Malaysia. Lelaki mahupun perempuan dimangsakan. Meneliti laporan media dulu hingga sekarang terdapat kes perkahwinan palsu wanita China dengan warga tempatan demi mendapatkan Visa Malaysia telah dilaporkan. Gejala memperalatkan institusi perkahwinan demi tujuan tersembunyi contohnya bekerja di pusat hiburan atau berniaga. Begitu serius sehinggalah didedahkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) pada Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini. Ini membawa kita kepada kesimpulan kedua bahawa kebanjiran warga asing pasti mengundang masalah sosial, menghakis kesejahteraan keluarga, mengancam keselamatan awam dan menggugat ekonomi peniaga tempatan. Mereka kini semakin bongkak seperti “kaduk naik junjung”.
Perniagaan milik warga asing semakin berleluasa contohnya kedai runcit dikendali warga Bangladesh, restoran makanan negara asal, steamboat, kilang dan sebagainya. Kegiatan perniagaan ini yang terletak di kawasan kediaman pastinya mengakibatkan kacau ganggu, ketidakselesaan penduduk dan mengancam perusahaan tempatan. Kita mengambil maklum bahawa punca kuasa menyelesaikan premis perniagaan adalah di bawah PBT dan Batu Lancang menyambut baik ikhtiar Timbalan Menteri KPDN untuk membasmi masalah kebanjiran perniagaan asing. Maka Batu Lancang mencadangkan satu
task force tetap yang pertama diwujudkan bersama PBT, KPDN, JIM dan SSM untuk mengambil tindakan terhadap premis perniagaan ini yang melanggar undang-undang. Dalam masa sama mengatasi isu lesen perniagaan proksi dikendalikan warga asing yang berselindung di sebalik perkahwinan palsu dan perkahwinan berkepentingan. Batu Lancang mencadangkan PBT mengkaji semula tatacara permohonan lesen perniagaan dan satu mekanisme untuk menyemak semula permohonan tersebut bagi memastikan warga asing tidak mengambil kesempatan terhadap sistem pelesenan supaya lesen proksi atau lesen keldai dapat dibasmi. Kita sebagai kerajaan mempunyai tanggungjawab besar untuk melindungi kepentingan rakyat Pulau Pinang. Marilah kita berjuang dengan sepenuhnya jiwa, raga untuk mengatasi masalah ini yang telah membelenggu Pulau Pinang selama 36 tahun.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berkenaan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar atau dikenali URA yang telah dibentang untuk bacaan pertama dalam Dewan Rakyat pada bulan Ogos 2025 lalu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam konteks negara kita yang semakin pesat membangun, isu-isu pembaharuan semula bandar sering menjadi topik perbincangan yang penting. Reaksi terhadap RUU PSB ini adalah bercampur iaitu ada sokongan kerana potensi manfaat kepada pemilik rumah lama dan kawasan usang, tetapi kebimbangan dari sudut perlindungan hak milik, kelangsungan komuniti dan proses penggubalan yang dianggap belum cukup inklusif oleh sebahagian pihak. Proses pembaharuan semula ini tidak boleh hanya memfokuskan pada pembangunan fizikal tapi juga harus memberi perhatian serius kepada hak dan kebajikan pemilik unit kediaman yang merupakan golongan yang paling terkesan dengan perubahan-perubahan ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, debate hangat mengenai RUU ini tertumpu kepada dua (2) kelonggaran utama iaitu ambang persetujuan dan jaminan pampasan. Yang pertama iaitu ambang persetujuan walaupun difahamkan Kerajaan Persekutuan mungkin meminda RUU ini kepada ambang persetujuan seragam 80% berikutan kritikan awam. Ia masih bermakna hakmilik 24% penduduk minoriti boleh diatasi. Yang kedua iaitu jaminan pampasan, walaupun Menteri telah memberi jaminan lisan bahawa pampasan akan melebihi nilai pasaran. Pengkritik menegaskan bahawa jaminan ini tidak termaktub secara jelas di dalam RUU. Kelonggaran inilah yang kita khuatir akan membuka ruang kepada pemaju swasta untuk mengambil kesempatan terutamanya di kawasan bandar tanpa mensyaratkan pampasan yang adil iaitu ganti satu rumah lama dengan satu rumah baharu
di kawasan yang sama. Kita berisiko mengulangi kesilapan di Hong Kong atau Singapura. Di sana pembaharuan semula bandar telah menjurus kepada spekulasi hartanah dan pemindahan displacement dengan izin penduduk asal yang terhimpit dengan kos tambahan untuk terus menghuni di skim perumahan baru yang lebih mahal.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kita di Pulau Pinang tidak perlu melihat jauh untuk mencari model yang adil, pelaksanaan pembaharuan semula bandar PSB oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) bersifat adil dan lagi saksama dan harus menjadi piawaian mandatori bagi semua projek di negeri ini dan negeri-negeri lain pada masa depan. LPNPP mengguna pakai Garis Panduan Pembaharuan Semula Bandar (GP PSB) yang telah diluluskan oleh SPC pada tahun 2022. Enam (6) projek rintis di bawah Pelan Induk Rumah Mutiaraku yang dilaksanakan oleh LPNPP seperti PSB Mahsuri, Mak Mandin, Siakap, Taman Mesra, Taman Free School dan Padang Tembak adalah bukti pendekatan yang betul dan menitikberatkan kebajikan pemilik asal. Berdasarkan model projek PSB LPNPP, pemilik asal ditawarkan unit gantian rumah yang lebih luas dan dilengkapi tempat letak kereta yang diberi secara percuma dan juga fasiliti yang lebih baik ini adalah perlindungan hak yang hakiki berbanding unit asal yang lebih kecil dan usang, bangunan tidak diuruskan dengan baik serta tidak mempunyai fasiliti yang sempurna jika projek ini dilaksanakan oleh pemaju swasta dan hanya mementingkan keuntungan sudah tentu mereka akan mengenakan bayaran mahal ke atas penduduk asal untuk kemudahan tambahan ini.
Oleh itu, Batu Lancang menggesa Kerajaan Negeri supaya bertindak proaktif untuk menyediakan jaringan keselamatan di peringkat negeri. Maka, Batu Lancang mencadangkan dan memohon Kerajaan Negeri dan PBT sama-sama mendukung projek PSB yang dilaksanakan oleh LPNPP dan memberi jaminan bahawa pemaju swasta tidak akan dibenarkan menggunakan RUU PSB ini untuk mengaut keuntungan semata-mata mengetepikan hak pemilik kediaman. Dasar garis panduan PBT ini harus mewajibkan sebarang pembangunan semula oleh pemaju swasta untuk mematuhi model LPNPP terutamanya tawaran ganti unit, satu ganti satu secara percuma di tapak yang sama bagi menjamin hak pemilik asal. Tahniah diucapkan kepada YB EXCO Perumahan dan LPNPP di atas segala usaha, perih jerih dalam melaksanakan projek PSB yang mencabar dan sangat kompleks yang menjadi sumber rujukan bagi Kerajaan Persekutuan iaitu KPKT dan Kerajaan Negeri lain dalam pelaksanaan projek PSB ini khususnya sesi libat urus
engagement bersama pemilik unit kediaman asal yang tinggi dan konsep pembangunan yang lebih selesa dan berdaya huni.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya Akta Pembaharuan Semula Bandar yang melindungi hak pemilik unit kediaman satu langkah sangat positif dalam memastikan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan kebajikan sosial. Dengan melindungi hak pemilik rumah, menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah dan pertengahan serta memastikan proses yang telus dan adil, kita akan dapat mencipta bandar yang bukan sahaja maju tetapi juga inklusif dan mesra komuniti. Saya berharap RUU PSB ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti dan keadilan bagi semua pihak yang terlibat.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Batu Lancang ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan dan Ketua Menteri dan terus merancakkan pembangunan prasarana Pulau Pinang LRT Mutiara yang bukan sahaja dilaksanakan di pulau tapi kini telah dimajukan ke Seberang Perai kawasan yang merupakan kampung halaman kepada dua orang Perdana Menteri. Prasarana pengangkutan awam ini telah dinanti-nantikan oleh anak Pulau Pinang sejak tahun 2015 iaitu selama sepuluh tahun.
Justeru, Batu Lancang menggesa semua pihak untuk meneruskan sokongan kepada pembangunan LRT Mutiara. Mutakhir, terdapat pihak yang mempertikaikan pelaksanaan LRT Pulau Pinang dengan membangkitkan persoalan berhubung kos pembangunan yang tinggi, tetapi Batu Lancang mendapati persoalan peningkatan kos ini tidak mengambil kira bahawa perancangan LRT asal dan hanya tertumpu di Pulau kini diperluaskan jajarannya merentas laut hingga ke Seberang Perai. Sudah tentu tanggungan perbelanjaan projek akan meningkat. Izinkan Batu Lancang membuat perumpamaan yang mudah difahami orang ramai. Sekiranya semalam dihidang gulai keli, dan hari ini pula dihidang gulai kelah. Jangan-jangan selepas makan kelah, nak bayar harga keli. Begitu juga apabila mempertikaikan mempertikaikan kos LRT yang tinggi mestilah disemak berdasarkan perbandingan yang seimbang dan saksama. Janganlah nak makan durian udang merah, tetapi nak bayar harga D604.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Batu Lancang menyambut baik kenyataan media yang pada 19 Mei 2025, ahli dari Sungai Dua merangkap Ketua Pembangkang bahawa beliau tidak menolak pembangunan dan tidak berniat untuk menafikan keperluan
infrastruktur moden yang mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang. Akan tetapi, rakan seperjuangan Ahli Sungai Dua dari Permatang Pauh membuat kenyataan bahawa LRT ini bukan keperluan, dan ini jawapan adalah dari rakyat Pulau Pinang. Maka, Batu Lancang ingin bertanya kepada ahli dari Sungai Dua, walaupun tak ada dalam dewan dengan rakyat, mana Ahli Dewan Rakyat Permatang Pauh bertanya rakan beliau ahli dari Sungai Dua sendiri menyatakan sokongan kepada pembaharuan dan tidak akan menafikan keperluan infrastruktur moden. Adakah selaku rakan seperjuangan beliau terlupa tanya ahli dari Sungai Dua kerana nampaknya ini seolah-olah pendirian mereka berbeza-beza walaupun mereka adalah di dalam urus perjuangan yang sama. Bagi maklumat terkini, saya ingin juga tahu daripada Ketua Pembangkang yang tak ada dalam dewan tapi dengan barisan-barisan pembangkang terkini, apakah pandangan mereka yang sebenarnya sekarang. Adakah mereka berpegang kepada sokongan mereka pada Mei lepas, ataupun telah membuat perubahan. Maka, saya mahu Dewan yang Mulia ini dimaklumkan apakah pendirian mereka sekarang. Ada jawapan?
Batu Lancang.
Wakil kepada semua pembangkang.
Bukan, saya nak tahu yang you cakap tadi Mei tu, yang buat keputusan tu. Apa keputusan tu?
Kamu boleh google boleh dapat dari berita daripada Ketua Pembangkang yang keluarkan pada masa itu. Nanti saya akan bantu Ayer Tawar. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Batu Lancang telah membahaskan perkara pokok berhubungan belanjawan negeri dan memberikan cadangan lima (5) isu berkepentingan untuk penduduk Pulau Pinang juga telah diketengahkan. Batu Lancang memohon kerajaan untuk meneliti intipati perbahasan
ini dan diulas dengan sewajarnya setiap satu. Batu Lancang telah sampai ke penghujung bicara wacana dan izinkan diakhiri dengan pantun.
Di Mana kini Sita bersiram,
Batu Lancang.
Di mana kini sita bersiram, Sebelum beradu di sisi Rama, Berangkat Suria diganti Candra, Kini tiba penghujung bicara.
Air Meru ke muara Gangga, Mengalir sampai ke Maha Samudera, Jika ada yang tersilap kata, Mohon ampun saudari dan saudara.
Maka, Batu Lancang dengan ini mohon menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026. Sekian, terima kasih YB Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Ya, terima kasih Batu Lancang, Sungai Dua baru masuk tak sempat nak jawab Batu Lancang. Seterusnya, kita persilakan lah Seberang Jaya, dipersilakan.
“Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya wal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajmain”, "Robbisrohli sodri wayassirli amri Wahlul uqdatam mil-lisani yafqahu qauli", Assalamualaikum warahmatullahi taala
wabarakatuh. salam sejahtera salam hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli-Ahli Dewan yang dihormati, Ketua-Ketua Jabatan dan para penjawat awam yang sentiasa komited, sahabat-sahabat media serta kepada rakyat Negeri Pulau Pinang yang dikasihi yang turut mengikuti sesi ini secara langsung. Setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua atas segala peluang dan ruang yang diberikan kepada Seberang Jaya untuk terlibat langsung dalam perbahasan sebagai Ahli Yang Berhormat mewakili saf posisi Negeri ini bagi melunaskan proses semak dan imbang menerusi perbahasan saya ke atas bajet 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota selaku Ketua Menteri pada hari Jumaat yang lalu. Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah kurnia dan inayah-Nya kita dapat berkumpul dan bersidang dalam sesi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, belanjawan ini dibentangkan dengan nada penuh keyakinan, negeri kita dipersembahkan seolah-olah kita berada dalam kedudukan yang kukuh akan tetapi hakikatnya kita tidak dapat menyangkal fakta bahawa ini adalah pembentangan bajet defisit 15 kali ataupun 15 tahun berturut-turut. Saya ingin menyentuh satu perkara yang amat membimbangkan dalam struktur hasil negeri kita. Kebergantungan kita kepada sumber hasil yang tidak mampan terutama premium pemberian belikan tanah dan sumber lain berkenaan tanah seperti mana yang telah disebut oleh rakan saya walaupun berlainan parti tetapi kita berkongsi ideologi ataupun keresahan yang sama iaitu berkenaan tanah.
Dalam anggaran tahunan 2026, Kerajaan Negeri menjangkakan lonjakan kutipan dengan kenaikan 130 juta premium pemberian milikan tanah dari tahun 2025 kepada anggaran pada tahun 2026. Ini pun jelas sepertimana yang disebutkan bahawa Kerajaan Negeri masih lagi bergantung kepada tanah sebagai sumber besar enjin hasil negeri. Persoalan terbesarnya ialah saya pernah nyatakan dalam dewan ini berapa lama lagi negeri ini mampu menjana pendapatan melalui tanah dan apakah jawapan Kerajaan Negeri sekiranya bank tanah sudah hampir pada tahap tidak mencukupi. Oleh itu, ini bukanlah pertumbuhan yang mampan, ini bukanlah sebuah strategi jangka panjang yang baik jika cara kerajaan untuk meningkatkan hasil ialah dengan menaikkan cukai yang berkaitan dengan tanah ataupun bergantung kepada apa-apa sumber berkaitan tanah. Maka jelaslah bahawa negeri ini sedang bergerak ke arah modal fiskal yang rapuh dan akhirnya rakyat
yang bakal menanggung akibatnya melalui pelbagai kos yang semakin tinggi dan yang semakin menghimpit.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada ucapan penggulungan Yang Amat Berhormat Padang Kota selaku Ketua Menteri pada 30 November 2023, dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama yang lalu. Saya quote “selepas CMI diperbadankan sepenuhnya dan Kumpulan Wang Disatukan diwujudkan dengan akaun sendiri maka penyata kewangan akan disediakan secara tahunan” disambungkan ayat tersebut “maka kita sedang menuju untuk mengadakan akaun sendiri dan penyata kewangan akan dibentangkan seperti lain-lain badan yang diwajibkan” saya tutup quote.
Maka setelah hampir genapnya 2 tahun sejak dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam Dewan yang Mulia ini, saya ingin mengajukan persoalan apakah status ke arah langkah yang hendak diambil terhadap CMI ini sepertimana supaya dapat menuju mengadakan akaun sendiri, penyata kewangan yang berasingan dan dibentangkan seperti lain-lain badan yang diwajibkan. Saya mohon moga dapat diberi penjelasan sebaiknya.
Saya juga ingin memohon kepada PAC supaya mengambil langkah untuk dapatkan perincian penuh dalam prosiding akan datang daripada CMI agar dapat diperjelaskan apa yang diterima dan apa yang dibelanjakan dan bagaimana ianya telah diusahakan dan saya syor supaya PAC jadikan sesi prosiding tersebut sebagai prosiding ataupun pendengaran awam kerana rakyat negeri ini berhak tahu apa dan bagaimana dana rakyat digunakan seperti mana yang telah dibuat oleh syarikat di Negeri Selangor.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Seberang Jaya sejak bermulanya berdiri dalam Dewan yang mulia ini, konsisten menegaskan bahawa GLC dan syarikat-syarikat negeri ini perlu bantu semula Kerajaan Negeri bukan sekadar sebagai pelaksana program sosial akan tetapi bantu semula Kerajaan Negeri menerusi sumbangan semula hasil.
Pulau Pinang perlukan anjakan hasil daripada sumber baru, ekonomi digital yang inklusif, pendapatan daripada sektor kreatif, inovasi teknologi sebenar hasil daripada pengurusan yang cekap, keuntungan daripada syarikat-syarikat negeri yang benar-benar boleh menjana pendapatan bukan sekadar memakan geran. Hari ini kita boleh lihat model
yang sama masih sepuluh, lima belas tahun yang lalu tidak ada pembaharuan, tidak ada reformasi fiskal, tidak ada keberanian untuk membina sumber hasil yang mampan.
Saya ambil contoh hakikat yang boleh dikuatiri rakyat, beberapa GLC yang sepertimana saya terima jawapan bertulis, mencatatkan kerugian menerusi penyata kewangan ini iaitu Penang Tech Centre dan PWDC. Saya ingin memohon penjelasan dalam keadaan GLC-GLC kita menerima geran daripada kerajaan bagaimana ianya boleh rugi malah disumbangkan ataupun diberikan bonus pula kepada kepada kakitangan kerajaan pada kakitangan GLC ini. Maka namun yang demikian sekiranya.
Minta mencelah Seberang Jaya.
Sila.
Boleh nyatakan bonus GLC daripada mana? Bahagian mana? GLC mana? Berapa? Berapa bulan?
Terima kasih kepada Teluk Ayer Tawar yang berminat mendengar tentang jumlah bonus pada GLC khususnya. Saya.
Tadi sebut apa? PWDC ka?
Ya! PWDC.
PWDC ini bukan satu GLC yang untuk cari untung.
Benar! berikan saya masa untuk saya habiskan hujah saya. Ianya berada dalam, dalam jawapan bertulis yang akan saya serahkan kepada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar sebentar nanti. Tiba-tiba tak dapat cari pulak.
(ketawa)
Walau bagaimanapun, kebanyakan GLC-GLC dalam negeri ini mempunyai peranan yang lebih kurang sama dengan agensi ataupun jabatan kerajaan sedia ada. Maka, saya ingin mencadangkan agar jumlah geran ini di salurkan secara terus kepada agensi ataupun jabatan kerajaan sama ada yang ada di peringkat Persekutuan yang punyai cabangnya di negeri supaya GLC kita tidak dilihat sebagai beban pada masa kini atau pada masa akan datang. Namun yang demikian, sekiranya GLC-GLC ini tidak dibubarkan atau tidak digabungkan fungsi maka amat-amat wajar dan tibalah masanya supaya GLC negeri dapat kita benarkan menjadi entiti sekurang-kurangnya berorientasikan keuntungan minima.
Selain daripada menjalankan program-program sosial seperti yang ada sekarang. Bukan sekadar badan bukan untung supaya mereka boleh terus berdikari tanpa lagi bergantung kepada geran kerajaan. Penjimatan dana rakyat, keuntungan syarikat yang bakal dicatat kelak boleh disalurkan semula untuk mempertingkatkan lebih banyak program kebajikan rakyat. Bayangkan jika beberapa GLC memberi dividen semula kepada kerajaan, belasan malahan puluhan juta ringgit boleh dijana untuk membantu program sosial yang lebih menyeluruh, lebih berimpak tinggi dan lebih membantu menyuntik kelegaan terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat pada masa kini.
Kerajaan akan dapat keupayaan untuk memperkasa bantuan bukan sahaja melalui iSejahtera seperti mana sekarang, bahkan dapat dicorak bentuk bantuan kepada belia dan wanita untuk mendepani cabaran baharu masa kini. Membantu keluarga miskin bandar dengan lebih holistik, perkasa bantuan untuk anak-anak muda dalam industri-industri gig, malah boleh diolah juga untuk memberi sokongan penghargaan kepada rakan-rakan pengamal-pengamal media yang saban hari semakin mencabar kehidupan mereka. Saya percaya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, akan mengambil masa yang sewajarnya untuk pertimbangkanlah sebaik-baiknya.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, datanglah pelbagai sukan yang baru pun, trend barukah, akan tetapi bola sepak kekal terpasak sebagai sebuah sukan yang digemari dan sering diikuti malah menjadi sukan yang kekal giat dimain dalam kalangan akar umbi rakyat. Saya kongsi keresahan yang telah disebutkan oleh beberapa rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dewan ini keresahan penyokong dan pendukung pasukan bola sepak negeri kita. Apabila menyaksikan prestasi dan perkembangan muktakhir ini tentang pasukan-pasukan bola sepak negeri kita. Saya ulangi fakta yang disebutkan oleh Sungai Dua, pasukan Liga Super baru catat satu (1) kemenangan daripada lapan (8) dan menduduki tangga ke-10 daripada 14 dalam carta liga setakat ini. Pasukan Piala Presiden, Penang FC 2 menduduki tangga terakhir dan hanya mencatat satu (1) sahaja kemenangan daripada 20 perlawanan. Pasukan Piala Belia pula Penang FC 3 menamatkan liga dengan menduduki tangga kelapan (8) daripada 14 Pasukan. Maka saya ingin mengajukan beberapa persoalan kepada Yang Berhormat Padang Lalang, apakah tindakan jangka pendek dan jaga panjang yang telah atau akan diambil untuk memulihkan prestasi merudum Penang FC dan pasukan-pasukan di bawah seliaan Penang FC ini.
Adakah kerajaan atau pengurusan Penang FC dan keseluruhan pasukan di bawah seliaannya berada untuk bersedia untuk mengkaji semula tangga gaji atau elaun supaya dapat menyuntik pada angka yang lebih baik khususnya kepada pemain Piala Presiden, Piala Belia dan Skuad Futsal Negeri agar apa yang diterima oleh mereka dapat memberi kesan positif dan melonjak semangat mereka untuk beraksi dengan lebih baik. Dan pada permulaan musim Liga Super tahun ini, hampir semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang Mulia ini berlumba-lumba mengambil inisiatif untuk menggalakkan kehadiran penyokong pasukan bola sepak negeri kita iaitu Penang FC dengan menaja tiket untuk turunkan para penyokong kita ke stadium bagi memberikan sokongan. Maka saya mohon pencerahan dan perincian lanjut saya berkongsi keresahan dengannya Yang Berhormat
Bukit Tambun, apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan ataupun pengurusan Penang FC untuk menggalakkan orang ramai para penyokong kita hadir ke stadium dalam setiap perlawanan dan jika dapat diperincikan, nyatakan statistik jumlah kehadiran penonton ke Stadium Bandaraya dari perlawanan pertama sehingga yang terkini.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya masuk ke beberapa isu kawasan yang perlu saya bangkitkan dalam Dewan yang Mulia ini. Kita menyambut baik pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua (JSD) kerana ianya diunjurkan untuk menjadi penyelesaian kepada masalah kesesakan kronik yang sudah bertahun-tahun membebankan rakyat. Wakil-wakil rakyat kawasan Seberang Jaya yang berada di kerusi ini dahulunya sebelum ini juga pernah mencadangkan penyelesaian yang sama dalam Dewan yang Mulia ini. Namun saya ingin tegaskan bahawa projek untuk mengurangkan kesesakan ini tidak boleh pula mencetuskan kesesakan berganda akibat kelemahan pengurusan trafik sepanjang tempoh pelaksanaan ataupun pembinaannya. Saya syor supaya Kerajaan Negeri ambil sedikit langkah proaktif mencadangkan kepada pihak pelaksana Pelan Pengurusan Trafik ataupun Traffic Management Plan (dengan izin) (TMP), usahlah terlalu konvensional yang hanya bergantung kepada papan tanda dan maklumat dan makluman melalui media sosial semata-mata sedangkan keperluan di lapangan memerlukan pendekatan yang jauh lebih moden dan tepati masa. Di zaman kian canggih sekarang, rakyat dah tak boleh hanya diberi peta aliran trafik yang kelihatan seperti peta kenduri kahwin. Kita perlukan komunikasi 24 jam, real time dan berfungsi bukan sekadar info siaran berkala. Jika tiada tindakan yang lebih proaktif diambil sebegini, saya khuatir rakyat akan terperangkap berjam-jam setiap hari dan projek yang dinanti-nantikan, this Highly Anticipated Project (dengan izin), akan menjadi punca kemarahan rakyat pula. Kita mahu JSD menjadi penyelesaian malah saya sendiri mahu ianya menjadi penyelesaian bukan menambah masalah.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Minta pencerahan.
Silakan.
Mengenai perkara ini, saya sepakat dengan Seberang Jaya, sebelum projek ini dimulakan pihak yang bertanggungjawab sebenarnya perlu menangani atau menaik taraf 40 lokasi di sepanjang jajaran sebelum Projek Lebuhraya Bertingkat ni dimulakan dan pada masa yang sama kita juga perlu mencari jalan alternatif kepada yang pengguna lebuh raya semasa projek di langsungkan.
Terima kasih, saya minta dimasukkan kenyataan tersebut dalam ucapan saya.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Seberang Jaya telah berkembang menjadi hab ekonomi yang sangat pesat, padat dengan penduduk dan menjadi nadi kepada ribuan aktiviti mikro dan makro setiap hari. Kemasukan pelbagai pembangunan baru yang telah dan bakal diluluskan menandakan Seberang Jaya terus menjadi tumpuan utama. Namun perkembangan ini mesti diiringi oleh peningkatan prasarana dan fasiliti awam yang setimpal dengan aras pembangunan tersebut. Saya ingin menyeru pihak Kerajaan Negeri, supaya memberi perhatian serius terhadap keadaan kompleks-kompleks penjaja, medan-medan selera, dan pasar awam di Seberang Jaya yang kini berada dalam keadaan daif dan tidak lagi memenuhi standard kawasan yang sedang berkembang pesat. Khususnya di Medan Selera Lengkok Tenggiri berhadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, di Astaka Bandar Perda, Kompleks Makanan Taman Siakap, Medan-medan selera di dalam Taman Sembilang, Kompleks Penjaja di Taman Pauh, Pauh Damai dan Taman Pauh Indah, Kompleks Makanan Taman Hj. Mohd Amin, Kompleks Makanan Kelisa Emas, Kompleks Makanan Taman Tun Hussein Onn, banyak kompleks makanan dan diambil tindakan penaiktarafan. Telok Ayer Tawar tak ada kompleks makanan? Beberapa fasiliti ini amat perlu diberi perhatian struktur perparitan yang usang, longkang tersumbat berkala, lantai dan bumbung mula dimamah usia, sistem pengudaraan serta pencahayaan yang semakin lemah, laluan yang sempit, dan kemudahan sokongan seperti tandas, singki serta ruang pejalan kaki yang tidak lagi kondusif, papan tanda kompleks atau ketiadaan papan tanda
promosi penjaja, semuanya boleh mencacatkan persekitaran perniagaan dan menjejaskan keselesaan pengunjung serta boleh menjejaskan pendapatan peniaga. Ini juga termasuk berkenaan pasar awam yang telah siap dinaiktaraf, yang masih lagi memerlukan beberapa sentuhan tambahan untuk menyelesaikan masalah pengunjung dan peniaga.
Dalam masa yang sama, saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri terhadap keperluan membantu menaik taraf fasiliti untuk penganjuran Uptown Bandar Perda, yang saban minggu menjadi tumpuan ribuan pengunjung dan usahawan kecil yang bukan sahaja dari dalam kawasan, malah dari luar kawasan Seberang Jaya juga. Uptown ini Yang Berhormat Sungai Acheh sudah menjadi sebahagian daripada ekosistem ekonomi rakyat di Bandar Perda dan kawasan DUN Seberang Jaya. Maka amat wajar supaya kerajaan mempertimbangkan penyediaan infrastruktur yang lebih teratur, lebih moden, selamat dari risiko cuaca mahupun ribut, dan yang lebih tersusun agar ia dapat berkembang potensinya sebagai sebuah pusat ekonomi malam yang lebih berdaya saing dan boleh menjadi penyumbang destinasi pelancongan negeri khususnya dalam Seberang Perai.
Selain daripada itu, juga berdekatan dalam kawasan Bandar Perda, saya juga ingin meminta kerajaan untuk meneliti pelaksanaan peningkatan pencahayaan di beberapa kawasan dalam kawasan Bandar Perda khususnya di Pangsapuri Permata Blok A-N sehingga O-T, di kawasan Kondominium Mutiara dan Taman Perumahan Perda Timur, termasuk mercu pintu gerbang Bandar Perda, yang kini menghadapi kekurangan pencahayaan pada waktu malam dan menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk dan menjejaskan pemandangan sebuah bandar dalam sebuah bandaraya, serta risiko kepada pengguna yang berhampiran. Benar, ada di antara kawasan ini ialah kawasan strata, namun jika tanggungjawab. Minta maaf. Namun jika tanggungjawab ini diambil secara bersama Insya-Allah saya yakin dapat ditunaikan demi kesejahteraan rakyat.
Saya juga ingin mengajukan persoalan, berkenaan kompleks Bazar Perdana, saya dimaklumkan ada beberapa perkembangan terbaharu, maka adakah Kerajaan Negeri boleh menjelaskan dalam Dewan yang Mulia ini berkenaan cadangan, rancangan dan perkembangan bagi rejuvenasi atau pembinaan semula di tapak Bazar Perdana Bandar Perda ini. Saya seru supaya pihak Kerajaan Negeri dapat mengepalai dan mengetuai jawatankuasa bertindak khas. Insya-Allah dengan sepenuh fasilitasi dari pihak Pejabat Pusat Khidmat ADUN Seberang Jaya berkenaan Bazar Perdana ini.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin mengalih perhatian dewan kepada satu isu kritikal yang menjejaskan ribuan penduduk rumah pangsa lama dalam kawasan Seberang Jaya. Dalam DUN Seberang Jaya sahaja, terdapat lebih 35 blok rumah pangsa yang telah berusia lebih 30 tahun, namun majoritinya kini tidak lagi mempunyai badan pengurusan berdaftar yang terkini, sama ada Joint Management Body (JMB) atau Management Corporation (MC). Tanpa badan pengurusan yang sah, penduduk terperangkap dalam keadaan serba kekurangan, pelbagai fasiliti telah rosak, longkang tersumbat, paip bocor, wiring usang, keselamatan terjejas, dan pelbagai kerja penyelenggaraan tidak dapat dibuat kerana tiada organisasi rasmi untuk mengurus permohonan bantuan penyelenggaraan daripada pihak berwajib. Sebagai wakil rakyat, saya telah usahakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan sedikit dana tambahan bagi membantu membaiki beberapa kerosakan dan keperluan yang mendesak.
Akan tetapi, banyak masalah yang dihadapi ini bukan masalah yang kecil, ia masalah struktural yang membelenggu ribuan keluarga di rumah pangsa kos rendah dan sederhana lama. Penduduk mahu mohon bantuan kerajaan, namun terhalang hanya kerana syarat “perlu ada badan pengurusan berdaftar”. Sedangkan realiti lapangan telah pun berbeza, unit-unit lama ini dibina sebelum penguatkuasaan undang-undang baharu, pembeli sudah pun bertukar tangan beberapa kali, dan ramai penduduk tidak lagi mempunyai kapasiti untuk menubuhkan badan pengurusan formal secara sendirian. Walaupun telah diusahakan beberapa langkah proaktif oleh pihak saya untuk lakukan sesi libat urus bagi menubuhkan jawatankuasa secara rasmi.
Maka harini saya ingin memohon pencerahan daripada Kerajaan Negeri, adakah pihak Kerajaan Negeri boleh membenarkan peruntukan sebuah Interim Committee, pembentukan sebuah Interim Committee iaitu jawatankuasa sementara yang terdiri daripada 1 hingga 2 orang wakil penduduk, dengan penglibatan dan sokongan teknikal daripada Pejabat ADUN, bagi membolehkan permohonan bantuan penyelenggaraan disalurkan daripada kerajaan? Interim Committee ini bukan pengganti JMB atau MC, tetapi mekanisme sementara supaya kerja-kerja permohonan dana bantuan penyelenggaraan yang kritikal dapat disalurkan.
Saya juga ingin membawa ke perhatian supaya dapat dibantu berkenaan keadaan jalan di Kampung Masjid Timah dan Kampung Besar, yang kini telah berubah menjadi laluan pintas utama bagi ribuan pengguna jalan yang mahu mengelak kesesakan dari Seberang
Jaya menuju ke Bandar Perda, Bukit Mertajam dan Kubang Semang. Tidak lupa juga kepada jalan di sekitar Residensi Pauh Permai dan Residensi Damai, dimana limpahan kenderaan yang ada, telah mengakibatkan insiden yang menghalang lalu lintas khususnya kepada orang-orang kampung di belakang kedua-dua perkampungan atau residensi ini. Malah, kemasukan trafik luar yang begitu tinggi ini menjadikan jalan kampung yang asalnya kecil, sempit dan tidak direka untuk menampung aliran berat telah menjadi semakin sesak, tidak selamat dan membebankan penduduk setempat.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin membawa suara dan keluhan serta keresahan nasib 117 keluarga, yang telah menunggu rumah baharu mereka, hampir berbelas tahun lamanya. Dari saya masih di bangku sekolah, sehinggalah saya berdiri dalam Dewan yang Mulia ini. Saya ingin meminta penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri yang menyeluruh berkenaan kelewatan ketara Projek Perumahan Kampung Bagan Serai, Seberang Jaya, yang dibangunkan oleh Tetuan JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) dan kini dalam proses memuktamadkan usaha sama bersama Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB). Kerajaan memaklumkan bahawa laporan kajian kebolehlaksanaan hanya akan diterima selewat-lewatnya Disember tahun ini, sedangkan tanah ini telah dikosongkan lebih daripada lebih 10 tahun lalu. Seramai 117 keluarga ini telah menunggu dengan penuh sabar, tetapi sehingga kini tiada satu pun tarikh rasmi, pelan fizikal ataupun jadual pembinaan dikemukakan kepada mereka. Mereka berhak mendapat lebih daripada sekadar penangguhan demi penangguhan.
Dalam hal ini, saya mohon Kerajaan Negeri menjelaskan kronologi lengkap, perkara yang termaktub dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, tahun demi tahun, mengapa projek ini masih tidak bermula. Apakah halangan sebenarnya? Adakah isu dalaman JKPSB? Adakah terdapat masalah kelulusan pelan, perundingan semula konsep, atau isu pengesahan tanah? Tanpa kronologi yang jelas, penduduk tidak dapat memahami mengapa projek yang sepatutnya bermula bertahun-tahun dahulu masih berada pada tahap rundingan dan kajian. Jika laporan hanya siap pada Disember tahun ini, maka bilakah tarikh sebenar pembinaan akan bermula, awal 2026, pertengahan, atau sekali lagi mungkin ditunda? Dan bilakah jangkaan siap yang realistik untuk projek ini?
Saya juga ingin tahu tentang apakah konsep pembangunan yang dicadangkan untuk tapak penting ini. Apakah bentuk rumah yang hendak dirancang, rumah bertingkat, bercampur, atau perumahan kos mampu milik? Berapa jumlah unit yang dicadangkan dan
adakah ia menjamin penempatan semula yang adil dan saksama dan teratur bagi kesemua 117 keluarga ini? Rakyat tidak boleh terus dibiarkan dalam ketidakpastian tanpa tahu rupa bentuk akhir pembangunan yang bakal menggantikan kampung asal mereka.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebuah lagi isu penting yang berlaku dalam kawasan. Berkenaan keadaan yang semakin meruncing khususnya di kawasan Hospital Seberang Jaya dan laluan utama menuju Jambatan Pulau Pinang. Hari ini kita melihat bukan sahaja warga tempatan, bukan sahaja pelawat hospital, tetapi pengguna dari kawasan sekitar memilih untuk meletakkan kenderaan di kawasan parkir hospital hingga melimpah ke bahu jalan, ke bahu-bahu jalan utama. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu kelancaran trafik, malah telah menjadi isu keselamatan kerana laluan tersebut merupakan laluan kritikal ke jambatan, ke pusat bandar dan ke kawasan industri pertama.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan pembinaan kompleks parkir bersepadu, sama ada di tapak Ekspo Seberang Jaya yang kini terbiar ataupun di tanah berhampiran hospital. Kompleks parkir bertingkat ini boleh menjadi hab parkir utama bagi warga Seberang Perai. Khususnya, mereka yang bekerja di dalam Pulau Pinang, atau pada jangka masa pendek, pertimbangkanlah untuk membenarkan sebahagian tanah lapang di tapak Ekspo ini untuk dijadikan tapak parkir awam dan disediakan dengan kemudahan shuttle rapid on demand atau tempat hentian bas pekerja agar dengan adanya cadangan kemudahan jangka pendek dan panjang ini, warga sekitar boleh meletakkan kenderaan dengan selamat dan seterusnya, menggunakan shuttle bas ataupun pengangkutan awam yang lain untuk ke tempat kerja. Ianya bukan sahaja mengurangkan kesesakan menuju ke jambatan, tetapi juga menyokong agenda mobiliti mampan negeri ini. Untuk pelawat hospital, mungkin kita boleh mempertimbangkan sistem parking validation supaya mereka tidak terbeban dengan kadar bayaran parkir yang tinggi. Cadangan ini juga selari dengan apa yang pernah saya kemukakan dalam Dewan yang Mulia ini untuk menjadikan tapak Ekspo sebagai sebuah Integrated Logistic dan Mobility Hub, lengkap dengan ruangan parkir bertingkat dan pelbagai kemudahan lain. Saya mohon cadangan ini diteliti sebaiknya dan diberi kelulusan untuk membantu menyelesaikan masalah yang saban tahun dihadapi oleh warga kawasan.
Akhir sekali, saya telah teliti jawapan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan berkenaan reka bentuk jambatan kekal di Sungai Pertama atau Sungai Derhaka yang kini telah dipasang jambatan Bailey baru-baru ini. Saya mohon supaya Yang Berhormat Tanjong
Bunga dapat membantu supaya memasukkan juga cadangan untuk memuatkan laluan motosikal dan laluan pejalan kaki dalam reka bentuk jambatan yang kekal bakal dibina kelak. Kerana jambatan ini menjadi jalan utama untuk penduduk di sekitar Taman Hj. Mohd Amin, Kampung Pertama dan sekitarnya untuk ke masjid, hantar anak ke sekolah, pergi ke kerja dan sebagainya, dan jika seandainya perkara ini tidak dapat dimuatkan dalam reka bentuk jambatan kekal nanti, maka diharap dapat dipertimbangkan laluan alternatif yang berasingan, sama ada jambatan kecil yang lain yang merentasi sungai tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sebagai penutup, izinkan saya menegaskan sekali lagi bahawa Bajet 2026 mesti benar-benar menjadi bajet yang berpihak kepada rakyat, bukan hanya angka di atas kertas. Kita mahu bajet yang memacu pembangunan, tetapi dalam pada masa sama tidak meninggalkan rakyat biasa di belakang. Kita mahu hasil negeri berkembang, tetapi dengan model ekonomi yang mampan, bukan hanya bergantung besar kepada sumber tanah, kenaikan cukai atau GLC yang tidak menjana pulangan. Saya berharap kerajaan dapat menerima teguran, cadangan ini sebagai satu komitmen bersama untuk memperbaiki perjalanan negeri ini. Rakyat tidak meminta terlalu banyak, mereka hanya mahu keadilan pembangunan, kemudahan yang baik, maklumat yang jelas dan sebuah kerajaan yang benar-benar mendengar suara rakyat secara amnya. Sebelum akhiri setinggi penghargaan ingin saya ucapkan dan zahirkan kepada setiap seorang penjawat awam, baik dari agensi mahupun jabatan kerajaan di peringkat negeri mahupun persekutuan yang tanpa henti telah melaksanakan tugas untuk menyelesaikan masalah yang dikeluhkesah oleh rakyat. Amatlah diharap agar sama-sama kita dapat lakukan sesuatu kepada yang memerlukan. Di dalam sesuatu perkhidmatan itu harus ada keikhlasannya. Berkhidmatlah kita dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT. Hanya kepada Allah SWT kita berserah. Dengan itu saya mohon menyokong dengan teguran, cadangan dan pindaan seperti mana yang dibahaskan dalam Dewan yang Mulia ini. Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Terima kasih.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Seberang Jaya, dan seterusnya kita persilakan Pulau Betong. Nak rehatkah?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahirahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil 'alamin, wassolatu wassalamu 'ala asyrafil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Subhanaka la 'ilmalana illa ma 'allamtana innaka antal 'alimul hakim, wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'azim. Wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'azim. Wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'azim. Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ketua Menteri, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, seluruh Ahli Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan YB, Ketua-ketua Pengarah, Jabatan dan Agensi, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan ucapan kepada semua para hadirin hadirat sekalian. Izinkan saya memulakan ucapan dengan dua rangkap pantun.
Ke hulu berjalan melihat paya, Airnya jernih mengalir perlahan, Pemimpin turun padang sentiasa setia, Rakyat dibela sepenuh perhatian.
Ke sawah padi petani ke bendang, Panas terik tetap berjuang, Menjiwai rakyat susah dan senang, Itulah asas kepimpinan cemerlang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua tadi dimaklumkan sejak tahun 2023 sejumlah RM826 ribu telah diperuntukkan di bawah jawatankuasa ini bagi melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah program Digital Pendidikan seperti pemberian Smart Board serta pelaksanaan program menangani isu keciciran murid pemantapan literasi numerasi 3M membaca, menulis, dan mengira di seluruh Pulau Pinang. Justeru saya hendak mendapatkan pencerahan. Berapakah jumlah murid yang dikenal pasti sebagai keciciran dan berapa yang berjaya dipulihkan melalui program intervensi tersebut. Seterusnya berapakah bilangan sekolah yang menerima program pemulihan 3M serta apakah indikator yang digunakan untuk menilai keberhasilan peningkatan literasi dan numerasi. Yang ketiga adakah laporan keberkesanan outcome based telah disediakan termasuk perbandingan prestasi sebelum dan selepas pelaksanaan program. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menilai bahawa
peruntukan RM826,000 ribu itu mencukupi untuk menangani isu keciciran dan kelemahan asas 3M yang semakin kritikal pasca pandemik. Saya percaya isu keciciran dan kelemahan asas 3M ini bukan isu yang kecil malah merupakan penentu masa depan pendidikan anak-anak Pulau Pinang. Tanpa data, tanpa metrik dan tanpa laporan keberhasilan Dewan tidak dapat menilai sejauh mana program ini benar-benar memberi manfaat kepada semua murid-murid sekolah dalam Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu pengabaian solat lima waktu. Banyak kemungkaran banyak maksiat yang dilakukan oleh umat Islam disebabkan mereka meninggalkan solat fardhu lima waktu. Justeru kita meminta MAINPP selaku pembuat dasar dapat dengan seriusnya menggubal enakmen dalam kesalahan menunaikan fardhu solat lima waktu sepertimana yang terdapat enakmen di Terengganu dan Kelantan. Dalam Negeri Terengganu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir 2001, Seksyen 96 Tidak Menunaikan Solat Fardhu. Mana-mana orang Islam yang telah baligh dan berakal sempurna dengan sengaja meninggalkan solat fardhu setelah ditegur dan dinasihati supaya menunaikannya adalah melakukan satu kesalahan. Apabila disabit kesalahan didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun ataupun kedua-duanya sekali. Manakala dalam Negeri Kelantan dalam Seksyen 104 Tidak Menunaikan Solat Fardhu juga adalah melakukan satu kesalahan. Disabitkan kesalahan didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi 1 tahun ataupun kedua-duanya sekali.
Pulau Pinang belum ada lagi seksyen mengenai meninggalkan solat fardhu cuma ada Seksyen 101 iaitu Tidak Menghadiri Solat Jumaat. Mana-mana lelaki Islam yang telah baligh, bermastautin di sesuatu Qariah yang meninggalkan Solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie adalah melakukan kesalahan. Disabitkan didenda tidak melebihi RM1,000 ataupun dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan ataupun kedua-duanya sekali.
Saya menyarankan supaya MAINPP dapat buat satu kajian terperinci di seluruh Negeri Pulau Pinang berapa umat Islam dalam negeri ini yang menunaikan solat fardhu lima waktu secara jamaie (secara jemaah) dan juga yang menunaikan solat fardhu tanpa jamaie (tanpa jemaah).
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya kita dapati pasar-pasar malam tidak menjaga waktu sembahyang dengan sempurna. Kita memohon kepada PBT dengan kerjasama MAINPP terutamanya sekali di kawasan majoriti umat Islam dapat membuat peraturan dan undang-undang supaya bila azan berkumandang minta semua perniagaan ditutup sementara selama 15 minit supaya memberikan laluan kepada peniaga dan pembeli untuk solat fardhu secara berjemaah. Terutama sekali pada waktu Maghrib. Maghrib masanya pendek hanya sejam sahaja. Jadi kita harapkan semoga perkara ini diambil cakna oleh pihak MAINPP.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Fadzilah Kamsah pernah menyatakan dalam ceramah motivasinya bahawa lebih 70% generasi muda generasi belia tidak solat lima waktu sehari semalam 70%. USIM tahun 2018 hanya 30% hingga 40% pelajar yang solat lima waktu secara konsisten. UKM tahun 2015 lebih 60% pelajar Muslim tidak solat lima waktu dengan sempurna. UIAM 2017 hanya 50% mengakui tidak solat lima waktu. Manakala UUM 2019 hanya 35% sahaja pelajar yang solat cukup lima waktu sehari semalam.
Banyak murid sekolah hari ini kita tengok pelbagai jenayah pelbagai kemungkaran yang berlaku. Kes bunuh, kes rogol. Semuanya itu kerana apa kerana pelajar tidak ditekankan bab solat. Sedangkan dalam Surah Al-Ankabut ayat 45 telah menyebut Auzubillahi Minashshaytonirrajim. Innassolata tatanha anil-faḥsyā iwal-munka 'sesungguh sembahyang itulah dapat mencegah kamu daripada perbuatan keji dan mungkar'. Tengok Tuhan sebut Tuhan kata apa dengan sembahyang itulah kamu akan dicegah buat benda keji dan buat benda mungkar. Jadi kita sangat sedihlah kita dapati sekolah-sekolah hari ini tidak mengambil cakna. Contohnya salah sebuah sekolah menengah dalam Daerah Barat Daya saya menghubungi pengetua dan pentadbir sekolah tersebut dia kata sekolah kami tak sampai 10% pelajar yang solat fardhu lima waktu secara tamam (secara sempurna). Macam mana, Tak sampai pun 10%? Bermakna kalau dalam 1,000 orang pelajar tak sampai 100 pelajar yang sembahyang.
Jadi kita sangat-sangat sedihlah. Kita begitu memberikan tumpuan kepada penghasilan keputusan yang terbaik dalam SPM tetapi kerohanian anak-anak kita diabaikan. Kita harap semua PPD silalah ambil perhatian pastikan dibuat tinjauan dan survey semua sekolah setiap PPD. Buatlah tinjauan untuk mengenal pasti berapa peratus sekolah-sekolah dalam setiap daerah itu sebenarnya anak-anak kita solat lima waktu
dengan sempurnanya. Kerana apa dalam ayat Al-Quran dalam Surah Al-Muddaththir Tuhan menyebut 'Maa salakakum fii Saqar'. Tuhan tanya Kenapa kamu masuk neraka Saqar 'Qooluu nam nakun minal musolliin'. Tuhan bertanya Tuhan juga jawab kerana semasa di dunia dulu kami tak sembahyang, itulah punca kami dihumban masuk neraka Saqar.
Minta mencelah Pulau Betong YB Pulau Betong.
Sila.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Isu dia la ni tentang solat saya nak sentuh sikit atas pengalaman saya. Di sektor swasta iaitu di kilanglah, untuk kita solat Jumaat ni dia perlu giliran. Bermaksud tiga, tiga kali tak solat baru boleh pergilah. Bermaksud bila saya tanya pihak Jabatan Buruh berkaitan tentang solat ni dia tak ada enakmen atau akta menyatakan diwajibkan compulsory (dengan izin) untuk membenarkan pekerja Islam keluar solat. Jadi saya mohon mungkin pihak MAINPP pihak Tuan EXCO boleh kemukakan cadangan pada pihak syarikat kilang sebab solat ini penting, solat ini tiang agama. Jika kita maju macam mana pun kalau kita tak solat tak guna serupa cikgu cakap tadi YB cakap tadi. Jadi saya mintalah saya tekankan atas pengalaman saya. Kadang-kadang majikan bukan orang Islam tak faham situasi yang wajib untuk umat Islam keluar solat setiap minggu. Jadi setuju tak, YB Pulau Betong untuk kita mohon pada MAINPP buat satu enakmen mewajibkan pekerja-pekerja Islam di syarikat swasta untuk keluar solat setiap minggu. Terima kasih.
Ya, sebagai pemimpin kita maklumi Kullukum ra'in, wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyyatihi. Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya dipersoal mengenai kepimpinannya. Masing-masinglah kita akan bertanggungjawab besok akhirat. Di dunia boleh lepas tapi di akhirat tidak boleh lepas. Dalam Surah Al-Mu'minun Tuhan
menyebut "Qad aflahal mu'minuun, alladziina hum fii solaatihim khoosyi'uun'. Enam syarat untuk layak masuk ke dalam Syurga Firdaus dua syaratnya bab sembahyang mesti diselesaikan. Syarat yang pertama 'alladziina hum fii sholaatihim khoosyi'uun' dan manakala syarat yang kedua 'walladziina hum 'alaa sholawaatihim yuhaafizhuun'. Mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjaga semua waktu sembahyang dengan sempurna barulah ada habuan untuk masuk ke dalam Syurga Firdaus.
Kita berharap semua pengetua ambillah tindakan drastik, caknalah ambil peduli supaya sesi pagi mestilah ada program solat Zohor berjemaah semua sekali satu sekolah manakala sesi petang solat Zohor dan solat Asar secara berjemaah.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua isu seterusnya isu Eksploitasi Seksual Komersial Kanak-Kanak (ESKK). Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada mantan Ketua Polis Daerah Barat Daya pernah menyatakan dalam mesyuarat bersama Tuan Pegawai Daerah Barat Daya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Barat Daya tentang kes ini. Dia kata apa beliau mengatakan sekarang ini isu yang sangat memalukan mengaibkan dalam Barat Daya iaitu isu dia kata isu dagang seks (jual seks) kepada murid lelaki. Bila ditanya kenapa kamu rogol. Dia jawab dia kata apa saya tidak rogol, saya membayar, saya bayar khidmat seks kepada pelajar perempuan itu. Dengan bangganya dia kata saya bayar.
Jadi kita sangat-sangat sedih kerana apa kerana nila setitik akan rosak susu sebelanga. Jadi kita kena jaga baik-baik agar nama baik sekolah setiap daerah dijaga baik-baik. Kita harap semoga semua PPD ambillah cakna kerana kita dapati jawapan bertulis yang kita tanya pada baru-baru ini pihak Kerajaan Negeri menyatakan bahawa daripada tahun 2022 sehinggalah 31 Oktober 2025 sebanyak 28 kes sudah berlaku. Tuan-tuan boleh fikir betapa banyaknya kes Eksploitasi Seksual ini 28 kes.
Saya sangat-sangat menyarankan kepada PPD dapatkan data murid-murid yang akhlaknya yang rosak dan pastikan gejala ini mesti dibendung secepat mungkin agar gejala ini tidak akan mempengaruhi murid-murid lain. Mantapkan sesi kaunseling individu dan sesi kaunseling kelompok. Kena perbanyakkan ceramah-ceramah agama menimbulkan kesedaran kepada semua murid terutama sekali tentang diri mereka. Apakah tujuan mereka dihidupkan dan di manakah destinasi mereka yang terakhir selepas ini? Dalam Surah Israa ayat 32 Tuhan menyebut Auzubillah Minashaitan Nirajeem, Walaa taqrobuzzinaa innahuu
kaana faahisyah, wa saa'a sabiilaa. “Jangan sekali-kali kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang amat jijik dan jalan-jalan yang amat buruk.”
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya kita pindah kepada isu tempatan isu Sungai Nipah. Isu ini amat kritikal kerana lima tahun, sudah menjangkau lima tahun Sungai Nipah tidak dibersihkan. Lima tahun bukan masa yang pendek sepatutnya tiga bulan sekali mestilah dibuat pembersihan sungai-sungai. Sungai ini sungai yang besar bukan sungai yang kecil. Apabila tidak dibuat selenggara maka sungai tersebut tersumbat, dipenuhi dengan rumput rampai, dipenuhi dengan pokok kangkung dan sebagainya. Pokok kangkung ini dia tiga bulan saja. Tiga bulan kita tak selenggara dia akan penuh hidup di sungai-sungai.
Bayangkan apabila sungai tidak dibersihkan Nabi menyebut “sesiapa yang mengalirkan air yang tersumbat maka dia akan mendapat pahala sedekah” Hadis sahih riwayat Ibnu Hibban. Saya tidak pasti kenapa tidak dibuat pembersihan. Bila ditanya kepada pihak JPS, JPS kata tidak ada peruntukan. Kami tidak ada peruntukan. Yang sedihnya tuan tanah yang tanam pelbagai sayur-sayuran, pokok-pokok habis musnah. Tanam pokok duri hitam musnah, tanam pokok Musang King musnah, tanam pokok cempedak, pokok jambu, pokok pisang, sayur-sayuran semuanya habis musnah. Akhirnya, tuan tanah tak tahan dengan gejala tersebut. Tuan tanah sendiri menghubungi YB EXCO dan pagi tersebut dia menghubungi YB EXCO, petang hari yang sama EXCO tersebut mengarahkan jentolak untuk mengorek tanah-tanah dan rumput rampai di Sungai Nipah daripada tarikh 24 Oktober sehinggalah 30 Oktober.
Apa yang kita dapat makluman bahawa setakat ini Sungai Nipah masih lagi belum selesai, masih lagi kedapatan 800-meter belum lagi dikorek. Kita minta EXCO yang terlibat buatlah tindakan drastik, Sungai Nipah koreklah bagi habis kerana apa daripada tempat sekarang ni yang dikorek itu yang tak selesai sampailah kepada pintu Pantai Malindo sepanjang 800-meter menjadi punca berlakunya banjir di kawasan tersebut. Sepatutnyalah tiga bulan sekali buatlah jadual berkala, jadual berkala kena buat. Saya tak boleh fikir kenapa JPS lena ke dok tido ke. Sungai tu sungai yang sangat cantik. Sepatutnya sungai itu boleh dikomersialkan kerana airnya begitu cantik, tenang dan sangat sesuai dibuat dalam bahagian rakit, aktiviti merakit, berkayak dan sebagainya. Berkayak pun juga sangat sesuai.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Kita pergi terus kepada isu seterusnya. Isu Simpang Tiga Air Putih ini juga isu yang sangat kritikal. Kita beritahu sudah 25 tahun penduduk-penduduk di situ mengalami kesusahan masalah banjir setiap tahun lima kali enam kali berlaku banjir yang paling sedih sekali salah seorang penduduk di situ bernama Tuan Haji Taufik, jalan rumah dia tu pun disebut Jalan Taufik bin Hashim. Jalan Taufik Bin Hashim dia salah sorang Imam Masjid Titi Teras, dia telah menanggung bersama dengan semua penduduk di situ lebih kurang ada dalam sepuluh buah rumah di kawasan Simpang Tiga Air Putih itu selama 25 tahun mereka menanggung banjir yang tidak pernah selesai. Yang paling kemuncaknya pada 16 Jun 2025 air masuk ke dalam rumah sampai ke peringkat pinggang sampai ke pinggang. Itulah air yang paling dalam sekali masuk ke dalam rumah. Jadi kita minta sangat-sangat kepada EXCO yang terlibat silalah buat projek RTB di Simpang Tiga Air Putih kerana apa bukan setakat penduduk di situ saja ia berkait dengan Taman Manggis. Taman Manggis juga terlibat.
Seterusnya, kita dapati sikap double standard dari pihak Majlis Bandaraya. Kita minta, kita dapati gerai-gerai yang diroboh di Taman Seri Indah Balik Pulau hanya gerai-gerai yang dimilik oleh orang-orang Melayu tetapi yang paling sedih dipersoalkan kepada YB di situ kenapa kedai minuman keras Kim Kim tidak diambil tindakan. Jadi mereka pertikaikan kenapa kedai Kim Kim ini yang berada di bahu jalan juga tidak dirobohkan. Sepatutnya roboh semualah, jangan dipilih kasih. Ada orang Melayu diroboh yang bukan Melayu tidak diroboh. Jadi kita sangat-sangat perlukan pencerahan daripada YB EXCO yang terlibat.
Isu petani dan pekebun kita dapati di kawasan Sungai Burung 12 ekar tanaman padi musnah semasa banjir pada tanggal 6 September 2025. 12 ekar dimiliki oleh oleh Encik Azahri bin Hariff lokasinya Bakau Tok Kiat Fasa ketiga. Berlaku banjir pada 6 September 2025 sampai ke hari ini pun belum lagi ada sebarang bayaran yang dibuat oleh Pejabat Pertanian. Kita minta sangat-sangat pejabat Pertanian dapat memberikan sumbangan kepada orang-orang yang terkesan dengan banjir. Manakala di Kampung Perlis seramai 15 orang pekebun sayur juga terkesan, banjir pada 24 Oktober baru-baru ini habis sayur mereka musnah tanam jagung, tanam terung, tanam pisang, tanam cili, tanam serai semuanya musnah. Melibatkan lebih daripada 13 ekar. Juga kita minta Pejabat Pertanian dapat membuat tindakan untuk membayar ganti rugi dan juga untuk membantu meringankan bebanan petani dan juga pekebun sayur.
Seterusnya projek perumahan sakit Quinton. Sejumlah 320-unit dan jumlah tingkat 16 tingkat pembeli rumah Quinton amat terkesan kerana apa mereka telah membuat potongan bank melebihi 7 tahun bermula 2018 sudah di bayar bank. Bayangkan bank bayar rumah kena sewa tiap-tiap bulan mereka menanggung menderita. Yang paling sedih sekali bila jumpa dengan YB EXCO, YB EXCO menjawab good news, good news tapi tak selesai masalah. Tapi kita haraplah semoga YB ambil caknalah isu ni, kesian kepada rakyat-rakyat kita yang menderita yang sangat-sangat menunggu. Di harap dapat diperjelaskan siapa…
YB Pulau Betong kalau boleh tolong mention EXCO mana sebab depa… EXCO-EXCO pun terasa jugak. EXCO perumahan ada sini…
Boleh tanya bila pernah jumpa EXCO pasal Quinton ni?
Ya?
Bila jumpa EXCO?
Tak bukan. Mereka buat aduan.
Tak. Bagitau. Tadi cakap EXCO-EXCO bagitau settle. Bila jumpa EXCO? Tak pernah saya dengar pun hal ini. Tak pernah saya tengok ADUN kawasan mari cari saya untuk ini projek. Saya sendiri jalan saja.
Saya jugak….
Dalam perbahasan kena berhati-hati supaya tak langgar peraturan. Kena jelas.
Okey-okey. YB juga ada kata akan panggil saya kan semasa libat urus dengan pembeli kan tapi saya dok tunggu tak panggil pun. Jadi saya…
Saya pun belum jumpa dengan penduduk lagi. Saya ada strategi mengatasi masalah ini sebagai Kerajaan Negeri bila semuanya settle bila saya jumpa dengan penduduk, pembeli saya bagitau nanti ya.
Okey, terima kasih, terima kasih. Dato; Timbalan Yang di-Pertua seterusnya pasar tani. Pasar Tani di Balik Pulau ni yang sangat sedih dia dalam keadaan begitu daif, begitu muram dan tidak ceria. Kenapa daif kenapa suram. Bayangkan asalnya 60 tapak boleh diisi dalam pasar tani itu tapi sekarang ini cuma diisi 25 tapak sahaja tak sampai pun 50 peratus penjual yang datang untuk menjual di pasar tani. Kerana apa, kerana tarnya masih lama. Tar dia dah lama tak diturap balik kita minta sangat-sangat pada Majlis Bandaraya supaya dapat turap balik supaya dapat menaikkan balik kecantikan, keceriaan pasar tani di Balik Pulau supaya lebih ramai pembeli dan pelanggan akan datang ke Pasar Tani Balik Pulau.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya pembinaan asrama warga asing. Ini juga pendirian Pulau Betong tidak berganjak kita sama sekali membantah sekeras-kerasnya projek asrama ini tidak akan kita harap semoga Kerajaan Negeri dengarlah rintihan daripada seluruh rakyat di Teluk Kumbar. Kita harap semoga semua kita dapati bahawa semua tokoh-tokoh politik, ahli-ahli politik, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),
semua MPKK ada dua belas yang tulis surat mereka tak mahu, tak mahu projek pembinaan warga asing. Qaryah dan surau ada sembilan, tokong ada dua, persatuan penduduk ada tujuh, persatuan perniagaan ada tiga, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ada tiga belas, pendidikan ada enam, peladang dan nelayan ada tiga. Dan kita harap semoga projek ini dibatalkan dan kalau boleh kita minta cadangan daripada ADUN Bayan Lepas diambillah projek itu dipindah ke Pulau Silikon.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua seterusnya pondok polis kita dapati kita terdengar ada pondok polis yang nak ditutup. Kita harap semua pondok polis di Balik Pulau, Pondok Polis Air Putih, Pondok Polis Pulau Betong kita harap diupgradekan menjadi Balai Polis Pulau Betong, Balai Polis Air Putih janganlah sekali-kali ditutup kerana kita harap setiap pondok polis tu akan berfungsi dengan baik apatah lagi dimantapkan lagi dengan diupgradekan dari pondok kepada balai. Saya sangat berharap semoga PDRM ambik cakna hal ini.
Pergi ke bendang membawa benih,
Benih ditabur tumbuh berseri,
Rakyat mendambakan pemimpin yang bersih,
Membawa negara maju lestari.
Pulau Betong mohon menyokong. Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh.
Waalaikummussalam warrahmatullah hiwabarokatuh. Terima kasih Pulau Betong on time. Seterusnya saya jemput Sungai Puyu. Dipersilakan.
Dato’ Timbalan Speaker, pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Tuan Chow Kon Yeaw Ketua Menteri Pulau Pinang di atas di atas Perbentangan Belanjawan 2026 yang begitu jelas hala tujunya, kemas susunannya dan menyakinkan dari segi pelaksanaannya. Kita semua tahu sejak YB menerajui kepimpinan Negeri Pulau Pinang kelihatan lebih stabil, lebih tenang dan lebih produktif. Tidak seperti yang lalu lebih banyak headline daripada timeline. Di bawah kepimpinan hari ini kita lihat
projek diumumkan bukan sekadar untuk dipamerkan tetapi untuk dibangunkan. Dari projek mega ke pembangunan negeri, semuanya bergerak maju.
Dato’ Timbalan Speaker apabila kita lihat projek-projek mega di Pulau Pinang hari ini. Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru ke Plaza Tol Sungai Dua, LRT Laluan Mutiara, Kereta Kabel Bukit Bendera dan pelbagai projek mobiliti serta digitalisasi ekonomi. Semuanya menunjukkan bahawa Pulau Pinang kini berada dalam fasa pelaksanaan, bukan lagi sekadar perancangan. Inilah gaya pentadbiran yang rakyat mahukan. Tenang tetapi bekerja, senyap tetapi siap. Dato’ Timbalan Speaker, seiring dengan pembangunan fizikal, Pulau Pinang turut ke hadapan dalam isu perubahan iklim melalui Penang Nature-Based Climate Adaptation Programme (PNBCAP) bernilai USD10 juta, kira-kira RM47 juta. Projek-projek di Lebuh Pantai, Pesara King Edward, Pengkalan Weld dan Gat Lebuh Chulia membuktikan bahawa negeri ini serius dalam usaha adaptasi iklim, bukan sekadar menanam pokok dan bergambar.
Saya difahamkan pihak JPS juga sedang melaksanakan projek-projek rintis seperti Kolam Takungan Banjir Taman Lintang Nibong dan Blue-Green Corridor di Sungai Keluang yang bukan sahaja berfungsi menangani banjir tetapi menyediakan ruang hijau berkualiti kepada rakyat. Dan saya berharap program-program ini dapat diperluaskan ke Seberang Perai kerana kami di sini juga mahu menikmati ruang hijau, pengurusan air lebih efisien dan persekitaran yang lebih tahan iklim.
Dato’ Timbalan Speaker, ketika kita berbicara tentang kelestarian negeri ini, saya juga ingin memberikan penekanan khusus, bukan sekadar teguran tetapi rayuan yang sangat serius tentang pewartaan Middle Bank sebagai Marine Sanctuary Negeri Pulau Pinang. Isu ini tidak boleh lagi dipandang sebagai proses teknikal biasa atau sekadar satu perbincangan antara jabatan. Ia adalah legasi ilmu Pulau Pinang, ia adalah hasil penyelidikan puluhan tahun oleh tokoh-tokoh akademik besar daripada USM seperti The Late Dato’ Prof. Zul dan Dato’ Prof. Dr. Aileen Tan. Mereka telah mengangkat Middle Bank sebagai ekosistem rumpai laut paling penting di utara Semenanjung Malaysia menjadi rujukan akademik dan konservasi serantau.
Di tangan saya ada kronologi USM telah memulakan kajian di Pulau Gazumbo sejak 1993 sehingga 2025. Saya merayu agar semua agensi yang terlibat dapat menyegerakan proses pewartaan ini tanpa lagi penangguhan biokrasi. Jika kita lambat bertindak, kita
bukan sahaja melengahkan perlindungan ekosistem tetapi dilihat gagal menghargai karya ilmiah yang telah meletakkan Pulau Pinang di atas peta dunia dalam pemuliharaan marin.
Selain itu, saya ingin menarik perhatian dewan terhadap satu lagi perkara yang memerlukan tindakan tegas dan jelas iaitu isu nama Pulau Gazumbo. Saya difahamkan terdapat usaha atau cadangan untuk menukar nama Pulau Gazumbo kepada Pulau Seri Mutiara. Pulau Gazumbo bukanlah sekadar nama biasa, ia sebahagian daripada sejarah kawasan tersebut, terakam dalam peta kajian lama, dalam rekod penyelidikan dan dalam dokumen akademik yang digunakan oleh komuniti saintifik.
Tetapi saya dapati nama tempat ini telah ditukar dalam Google Maps tanpa justifikasi profesional kepada nama Pulau Seri Mutiara. Saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat meneliti semula dan memperbetulkan rujukan geografi ini. Saya percaya Kerajaan Negeri akan bersikap konsisten dan tegas dalam mempertahankan nama Pulau Gazumbo. Usaha menukar nama sewenang-wenangnya bukan sahaja boleh mengelirukan komuniti penyelidik dan pemetaan tetapi berpotensi memadamkan sejarah alam sekitar yang telah direkodkan sejak sekian lama.
Oleh itu, saya merayu dengan penuh harapan agar Kerajaan Negeri dapat memastikan pewartaan Marine Santuary kelak dikekalkan dengan nama Pulau Gazumbo dan bukannya Pulau Seri Mutiara. Pewartaan Middle Bank dan pengekalan nama Pulau Gazumbo merupakan langkah penting untuk memastikan Pulau Pinang bukan sahaja pembangun tetapi membangun dengan jati diri, dengan rasa hormat kepada ilmu, kepada warisan dan juga hormat kepada ketepatan sejarah.
Dato’ Timbalan Speaker, di kesempatan ini saya juga nak mengucapkan tahniah kepada YB Sungai Pinang di atas inisiatif penting menangani isu TASKA, TADIKA dan pusat jagaan yang telah lama berlarutan di Pulau Pinang. Masalah utama para pengusaha ini ialah proses legalisasi yang sukar, garis panduan yang kurang jelas serta kos terlibat yang tinggi. Usaha YB Sungai Pinang mengadakan sesi Town Hall untuk mengumpulkan maklumat terus daripada pengusaha serta menyemak semula garis panduan agar lebih mesra dan mudah dilaksanakan, amat dihargai. Langkah ini bukan sahaja dapat mengelakkan kekeliruan malah mempercepatkan proses pendaftaran untuk manfaat pengusaha dan agensi terlibat. Persoalannya ialah adakah Kerajaan Negeri bercadang
untuk melaksanakan proses pemutihan sekali lagi atau memperkenalkan skim baharu yang lebih jelas dan memberi manfaat yang lebih luas kepada para pengusaha.
Dato’ Timbalan Speaker, apabila kita berbicara tentang pembangunan negeri, tidak adil kalau saya tidak membawa suara rakyat di kawasan Sungai Puyu. Jika projek mega menggambarkan hala tuju negeri, maka isu-isu akar umbi di kawasan DUN Sungai Puyu ini juga menggambarkan realiti harian rakyat. Salah satu isu paling serius yang sering berulang ialah banjir kilat terutama di Kampung Manggis dan Kampung Tok Sani. Sungai-sungai kecil di kawasan ini semakin cetek, penuh dengan mendapan, tumbuhan liar dan sampah sarap menyebabkan aliran air tidak lancar. Malangnya, penyelenggaraan hanya dilakukan sekali setahun, sedangkan keadaan sungai ini memerlukan kerja pembersihan dua kali setahun atau lebih kerap di kawasan kritikal. Banyak keluarga dan penduduk juga tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana bimbang keselamatan rumah mereka dan barangan peribadi. Ini realiti yang perlu kita ambil kira dan bukan sekadar angka dalam laporan.
Begitu juga dengan saliran-saliran kecil dalam kawasan perkampungan yang tidak berada di bawah penyelenggaraan JPS tetapi memberikan kesan besar kepada aliran air. Persoalannya, siapakah yang akan menyelenggara saliran-saliran kecil dalam kawasan perkampungan ini? Apabila saliran ini dipenuhi rumput panjang, lumpur dan sampah, air melimpah masuk ke rumah penduduk walaupun hujan tidak terlalu lama. Ini hakikat yang penduduk alami bukan sahaja di DUN Sungai Puyu tetapi kebanyakan kawasan perkampungan lain di seluruh negeri. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian lebih serius dalam perkara ini kerana walaupun ia perkara kecil tetapi apabila diabaikan boleh menjadi masalah besar ketika ribut atau hujan lebat berpanjangan.
Dato’ Seri Timbalan Speaker, Taman Bunga Raya pula terus menjadi kawasan yang sangat membimbangkan apabila hujan lebat berlaku walaupun Projek Mitigasi Banjir Fasa 1 telah siap dilaksanakan. Saya menghargai usaha Kerajaan Negeri melalui Projek Mitigasi Banjir Fasa 1 ini, hakikatnya masalah utama masih belum dapat ditangani secara tuntas kerana kawasan tersebut adalah sebuah sistem aliran air yang saling bergantung. Apabila satu bahagian dinaiktaraf tetapi kawasan berhampiran seperti Taman Sin Tat tidak dibangunkan serentak, aliran air akan menjadi tidak seimbang dan menyebabkan air bertakung dalam masa yang lebih lama. Penduduk telah berkali-kali menyuarakan keresahan kerana setiap kali hujan berpanjangan, mereka akan berada dalam keadaan
berjaga-jaga, risau, menyelamatkan dokumen penting dan menunggu sama ada air naik atau tidak.
Situasi ini bukan sahaja memberi tekanan mental kepada mereka tetapi juga boleh menjejaskan nilai hartanah di kawasan tersebut. Saya ingin menegaskan bahawa penyelesaian kepada masalah banjir di Taman Bunga Raya bukan lagi boleh dianggap sebagai projek pilihan tetapi ia adalah keperluan mendesak. Projek Mitigasi Banjir Fasa 2 perlu dilaksanakan segera supaya aliran air utama dari kawasan perumahan ini dapat diselaraskan dengan sistem saliran di sekitarnya. Menangani banjir bukanlah hanya soal membina longkang lebih besar dan rumah pam tetapi memastikan air ada laluan keluar yang jelas, lancar dan mampu menampung kapasiti ribut yang semakin ekstrem akibat perubahan iklim. Dalam permasalahan ini, saya mohon pihak Kerajaan Negeri nyatakan status terkini pelaksanaan projek Fasa 2 berkenaan dan maklumkan dalam Dewan yang Mulia ini, apakah halangan-halangan yang menyebabkan projek tersebut belum dapat dilaksanakan.
Dato’ Timbalan Speaker, isu jalan berlubang pula semakin meruncing selepas hujan lebat berturut-turut pada minggu-minggu sebelum ini. Jalan utama seperti Jalan Bagan Lalang, Jalan Ong Yi How, Jalan Raja Uda serta beberapa lorong penghubung telah mengalami kerosakan permukaan yang ketara. Jalan-jalan ini merupakan nadi pergerakan masyarakat, bukan sahaja kepada penduduk Sungai Puyu tetapi juga banyak pengguna yang berulang-alik dari Seberang Jaya, Telok Ayer Tawar, Sungai Dua, Kepala Batas, Permatang Pauh, Bukit Metajam dan sebagainya. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak JKR SPU kerana telah bertindak pantas setiap kali menerima aduan dan maklumat daripada pejabat saya. Namun, realitinya ialah kerosakan selepas hujan berlaku dengan begitu cepat dan banyak sehingga memerlukan rondaan yang lebih kerap. Jalan berlubang ini bukan sekadar isu ketidakselesaan tetapi ia adalah isu keselamatan. Lubang-lubang yang bertaburan di laluan utama boleh menyebabkan penunggang motosikal terjatuh, boleh mengubah haluan kenderaan secara mengejut dan boleh merosakkan rim, tayar serta sistem absorber kereta. Kita tidak mahu tragedi berlaku hanya kerana tindakan penyelenggaraan tidak dilakukan secara berkala. Jika rondaan dilakukan lebih kerap dan bukan bermusim, saya percaya kerosakan dapat dikesan lebih awal sebelum menjadi lubang besar yang berbahaya. Saya harap pihak JKR dapat mempertimbangkan pendekatan (dengan izin) maintenance prevention dan bukan maintenance after damage.
Kerana ini bukan hanya menjimatkan kos kerajaan tetapi menyelamatkan nyawa dan harta benda rakyat.
Dato’ Timbalan Speaker, saya juga ingin menyentuh berkenaan isu pokok besar yang telah reput di sekitar kawasan DUN Sungai Puyu. Banyak pokok besar sudah condong ke jalan dan mempunyai dahan mati yang bila-bila masa boleh tumbang. Jika tindakan pencegahan seperti pemangkasan atau penebangan terancang dibuat lebih awal, kita boleh mengelakkan kerosakan kenderaan, kejadian dahan jatuh, kos pembersihan yang tinggi dan risiko kecederaan kepada orang awam. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, JPS, JKR, JKM, MBSP, Bomba, PDRM, APM, PPDSPU, Jabatan Kesihatan dan semua sukarelawan yang sentiasa bekerjasama baik dengan pasukan dan pejabat saya.
Mengambil contoh situasi hujan lebat berpanjangan pada baru-baru ini, komunikasi dan koordinasi semua agensi dan jabatan amat cekap untuk persediaan menghadapi sebarang kemungkinan dan saya amat menghargai kerjasama tersebut. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang mengambil langkah baru dalam menjaga kebajikan pegawai lantikan kontrak dan memperkenalkan Bantuan Cuti Sakit Kontrak khusus bagi pegawai Lantikan Kontrak Interim dan perkhidmatan kontrak. Ini satu langkah kemanusiaan yang sangat penting, memastikan sumbangan pegawai kontrak turut diiktiraf dan dilindungi. Ini sejajar dengan visi Penang2030 untuk meningkatkan kesejahteraan seluruh warga sektor awam.
Dato’ Timbalan Speaker, izinkan saya menutup perbahasan ini dengan mengulangi pendirian bahawa Belanjawan 2026 ini membuktikan bahawa Pulau Pinang berada di tangan pentadbiran yang bekerja dengan bukti, bukan bunyi. Kita sudah meninggalkan zaman riuh rendah tetapi kurang kerja, dan kini berada dalam era di mana setiap keputusan dibuktikan melalui pelaksanaan. Apa yang saya bangkitkan hari ini bukanlah rungutan tetapi suara rakyat yang mahu Kerajaan Negeri kekal di landasan stabil, profesional dan bebas daripada kontroversi remeh.
Dato’ Timbalan Speaker, izin saya kongsi satu nasihat yang saya baru terima. Saya amat rasa bahawa apa yang betul dan bagus mesti dikongsi dengan semua rakan-rakan. So (dengan izin) I received a quote, strong people don’t put others down, they lift them up. True strength isn’t about making other feels small, it's about helping them to rise. The
strongest people are the ones who lifted others, shared hopes and built each other up. Strength is found in kindness, empathy and the power to make someone feel seen and valued.
Dengan penuh peyakinan dan bagi pihak rakyat di DUN Sungai Puyu yang mahukan masa depan negeri ini terus maju dan stable, saya menyokong sepenuhnya Belanjawan 2026. Sekian terima kasih.
Terima kasih Sungai Puyu. Seterusnya saya jemput Bagan Dalam, jiran. Silakan.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Salam Perpaduan, Vanakam, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia MADANI. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, (cakap Mandarin) saya terlupa itu serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya sekali lagi untuk membawa suara rakyat Bagan Dalam dalam persidangan pada hari ini. Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 yang penuh dengan hala tuju jelas, disiplin fiskal dan keberpihakan kepada rakyat.
Pulau Pinang terus membuktikan kedudukan sebagai sebuah negeri berprestasi tinggi. Pada tahun 2024, ekonomi negeri berkembang 4.8% dan terus menyumbang 7% kepada KDNK negara, dipacu oleh sektor elektrik dan elektronik, perkhidmatan dan pembuatan. Tahun 2025 pula dijangka lebih kukuh dengan unjuran pertumbuhan 5.4% selari peningkatan permintaan global semikonduktor.
Dari sudut fiskal, Kerajaan Negeri mengekalkan rekod sebagai antara yang terbaik dalam negara, dibuktikan dengan penerimaan Sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran oleh Jabatan Audit Negara. Ini mencerminkan nilai cekap, telus dan akauntabiliti yang menjadi budaya pentadbiran negeri ini sejak tahun 2008. Sebahagian besar perbelanjaan mengurus tertumpu kepada emolumen penjawat awam, perkhidmatan dan bekalan serta pemberian
tetap. Satu keperluan asas bagi memastikan Kerajaan dapat beroperasi secara stabil dan berkesan.
Manakala peruntukan pembangunan akan memberi fokus kepada infrastruktur, kemudahan awam, pendidikan, kebajikan masyarakat, kelestarian alam serta pengukuhan sektor ekonomi negeri. Apa yang paling penting, Bajet 2026 ini kekal berteraskan Aspirasi Penang2030 dan selari dengan visi Malaysia MADANI iaitu memastikan pembangunan negeri bukan sekadar fizikal tetapi juga inklusif, mampan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat di seluruh Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen luar biasa dalam meluluskan dan memulakan pelbagai projek mega yang telah sekian lama dinantikan oleh rakyat Pulau Pinang, khususnya di Seberang Perai dan di kawasan Bagan.
Dalam tempoh yang singkat, kita telah menyaksikan deretan projek besar yang memberi impak langsung kepada pertumbuhan ekonomi, mobiliti rakyat dan kesejahteraan masyarakat. Antaranya termasuk pelanjutan LRT ke Penang Sentral, menjadikan Butterworth sebagai hab pengangkutan utama wilayah utara. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, saya seorang pengundi Permatang Pauh, masih lagi pengundi Permatang Pauh dan saya sokong sepenuhnya dengan projek LRT.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya tertarik akan permintaan rakan saya dari Sungai Dua, beliau tak ada di dalam, mahu LRT sampai ke semua Parlimen dan kita sebagai wakil rakyat semua pun mahu dan berkongsi hasrat yang sama. Kalau boleh sampai ke setiap taman perumahan, itu pun saya mahu. Tetapi, kita juga perlu realistik. Implikasi kos, keutamaan laluan, kapasiti ridership dan kemampuan kewangan Negeri serta Persekutuan mesti diambil kira. Kalau setiap cadangan kita dijawab dengan 'mahu', semua akhirnya tiada satu pun yang dapat dilaksanakan. Kita kena buat keputusan berdasarkan data, bukan semata-mata retorik. Saya mohon Yang Berhormat, sabar dan tunggu untuk pakej pelebaran laluan LRT Mutiara yang seterusnya.
Dan yang kedua, naik taraf stesen KTMB Butterworth bernilai RM30 juta juga diumumkan, memodenkan sistem mobiliti di Bagan. Ini akan menyelesaikan keluhan rakyat berkenaan isu tempat menurun dan mengambil penumpang serta isu laluan masuk yang kritikal di KTMB Butterworth. Saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan atas pengumuman yang terbaru ini.
Untuk makluman, Urban Transformation Centre dengan izin, UTC Penang Central iaitu sebuah pusat sehenti dengan 9 agensi kerajaan beroperasi untuk memudahkan urusan rakyat di Seberang Perai. Pelan tebatan banjir Sungai Nyior bernilai RM161 juta, projek kritikal bagi keselamatan ribuan keluarga di Seberang Perai. Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang mendalam terhadap kelulusan projek Juru-Sungai Dua Elevated Highway, sebuah projek transformasi infrastruktur bernilai kira-kira RM3 bilion, merangkumi jajaran sepanjang 17.3 km termasuk 9 km laluan bertingkat.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuktikan bahawa Seberang Perai bukan lagi kawasan pinggiran tetapi kini menjadi tumpuan utama pembangunan nasional. Kerajaan Negeri pula telah menunjukkan visi yang konsisten dan kecekapan dalam menyelaras setiap projek ini secara profesional, telus dan tersusun. Bagi pihak rakyat Bagan Dalam, saya ingin menyampaikan rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana segala projek ini akan membawa perubahan yang nyata kepada keselamatan rakyat, peluang pekerjaan, mobiliti dan aliran trafik, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan komuniti.
Sebagai ADUN Bagan Dalam, saya komited untuk terus bekerja rapat dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan agar setiap projek yang diumumkan dapat dilaksanakan dengan cepat dan memberi impak maksimum kepada rakyat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Bagan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana Pulau Pinang terus maju, Seberang Perai terus bangkit dan Bagan terus membangun.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan yang Mulia ini untuk membahaskan mengenai kepentingan kewujudan Zon Ekonomi Khas, Special Economic Zone, khususnya di kawasan Ampang Jajar di Seberang Perai. Pertama, izinkan saya menegaskan bahawa keperluan Special Economic Zone bukan sekadar projek pembangunan ekonomi tetapi suatu strategi berstruktur jangka panjang untuk memastikan Pulau Pinang kekal berdaya saing sebagai kuasa ekonomi utama di Asia. Pada ketika
negeri-negeri lain sedang memperkenalkan model ekonomi baharu, Pulau Pinang juga perlu bergerak seiring atau lebih pantas agar tidak kehilangan daya saing. Kedua, Seberang Perai merupakan lokasi yang sesuai kerana ia mempunyai ketersediaan tanah yang lebih luas, kos operasi yang lebih kompetitif dan kedudukan strategik yang menyokong industri bernilai tinggi seperti perkhidmatan kewangan, teknologi digital, logistik moden, automasi dan kecerdasan buatan AI.
Pembangunan Special Economic Zone di tanah besar akan menjadi pemangkin kepada fasa pertumbuhan baru ekonomi Pulau Pinang. Seberang Perai memiliki kelebihan logistik yang paling lengkap di utara Malaysia dengan adanya pelabuhan NBCT, Terminal Kereta Api dan Cargo Butterworth, Penang Sentral sebagai hab integrasi pengangkutan, akses terus ke Leburaya PLUS, BORR dan masa depan LRT Penang Sentral. Seberang Perai berada pada titik strategik untuk muncul sebagai northern logistic and financial gateway negara.
Special Economic Zone ini juga yang bersambung terus kepada infrastruktur ini akan menarik lebih pelaburan berkualiti tinggi dan mencepatkan proses industrial upgrading dengan izin, di seluruh negeri. Kewujudan Special Economic Zone juga akan menyokong dan mengukuhkan rangkaian bekalan elektrik E&E yang sedia menjadi nadi ekonomi Pulau Pinang. Banyak pemain industri kini memerlukan kawasan yang lebih besar, lebih fleksibel dan kos operasi yang lebih rendah.
Seberang Perai memenuhi semua faktor ini sekaligus mampu menempatkan pembekal Tier 1 dan Tier 2 serta pusat R&D, research and development dengan izin, untuk melonjakkan inovasi negeri. Special Economic Zone di Seberang Perai juga memainkan peranan penting untuk memastikan pembangunan negeri berlaku secara lebih seimbang antara Pulau dan tanah besar. Selama beberapa dekad tumpuan pembangunan tertumpu di bahagian Pulau, kini sudah tiba masanya Seberang Perai menerima limpahan pembangunan dan muncul sebagai pusat ekonomi kedua yang setara dengan pulau, selaras dengan visi Penang2030. Dari sudut sosioekonomi, ianya akan membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada anak-anak muda di Seberang Perai, khususnya dari kawasan Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan dan kawasan berdekatan. Special economic zone bukan hanya mencipta kilang tetapi menawarkan pekerjaan profesional dalam bidang fintech, automasi, penyelidikan, inovasi, dan ekonomi digital. Ini akan membawa perubahan struktur kepada taraf hidup rakyat di Tanah Besar.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, dengan landskap ekonomi global yang semakin kompetitif, Pulau Pinang tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada model lama. Special Economic Zone di Seberang Perai adalah langkah penting untuk membawa Pulau Pinang ke tahap pertumbuhan baharu lebih seimbang, inklusif, inovatif dan berdaya saing. Kerana saya percaya Seberang Perai bukan sekadar lokasi, tetapi masa depan ekonomi negeri dan Special Economic Zone adalah pemangkin yang akan membuka era baharu pembangunan di Pulau Pinang.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu isu besar yang menjejaskan puluhan ribu penduduk di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah setiap hari, iaitu kesesakan kronik di Tol Sungai Nyior dan Tol Perai. Di Tol Sungai Nyior, masalahnya sudah lama berlarutan. Setiap pagi dan petang, trafik bergerak perlahan hampir satu (1) kilometer sebelum memasuki plaza tol. Kita boleh lihat dia punya kesesakan dari Tol Sungai Nyior sampai ke tol di depan Penang Port. Lebih memburukkan keadaan, setiap kali hujan lebat atau fenomena air pasang, kawasan sekitar Tol Sungai Nyior turut terjejas dengan banjir kilat menyebabkan trafik lumpuh sama sekali.
Sementara itu, di Tol Perai, situasinya tidak jauh berbeza. Kesesakan di Tol Perai ini semakin kritikal berikutan peningkatan pembangunan di kawasan Perai, Seberang Jaya, dan Bukit Mertajam. Aliran masuk yang tinggi daripada Zon Perindustrian Perai, Jambatan Pulau Pinang, dan Susur Lebuhraya Utara Selatan menyebabkan kapasiti lorong sedia ada tidak lagi mencukupi. Saya ingin menegaskan dengan penuh hormat bahawa pihak konsesi harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah ini. Mereka tidak boleh lagi terus berdiam diri dan membiarkan rakyat menanggung penderitaan setiap hari. Disebabkan ketidakcekapan mereka mengurus dan menaik taraf infrastruktur, wakil rakyat pula yang sering dipersalahkan seolah-olah kami yang mengutip bayaran tol dan mengurus plaza tol tersebut. Ini tidak adil kepada rakyat dan tidak sama sekali adil kepada kami yang bekerja setiap hari untuk menyelesaikan isu.
Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan perlu memberikan teguran tegas kepada pihak konsesi. Saya difahamkan bahawa syarikat konsesi yang mengurus sekarang sedang menghadapi isu dalaman dan liquidator telah dilantik. Namun, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab mereka. Keselamatan, kelancaran trafik, dan kesejahteraan rakyat mesti menjadi keutamaan. Kesan kepada rakyat amat
besar. Pekerja lewat ke tempat kerja, pelajar terpaksa keluar rumah lebih awal, peniaga mengalami kerugian, dan kenderaan kecemasan turut tersekat dalam kesesakan.
Oleh itu, saya mencadangkan agar langkah segera diambil oleh LLM dan pihak konsesi termasuk:
• Pelebaran lorong masuk dan keluar di Tol Sungai Nyior dan Perai; • Rekabentuk semula susur masuk bagi mengurangkan choke point trafik; • Menambahkan lorong elektronik RFID dan SmartTAG untuk mempercepatkan aliran; dan • Integrasi jangka panjang dengan projek Elevated Highway Juru-Sungai Dua serta naik taraf Lebuhraya Perai.
Bagan? Boleh celah sikit?
Ya. Silakan.
Bagan tahu tak Tol Sungai Nyior ni adalah kawasan yang selalu banjir?
Ya.
Orang marah sebab kawasan ni bayar tol. Sebab tu orang marah. Cara tak bagi orang marah? Hapuskan tol. Tol Sungai Nyior? Boleh? Setuju tak?
Itu kita tak boleh beri jawapan sebab dia ada konsesi dengan Kerajaan Persekutuan. Tapi saya setuju kawasan itu selalu banjir. Tetapi apakah sebab kebanjiran yang menyebabkan banjir? Satunya ialah kawasan itu kawasan rendah dan keduanya backflow dari Sungai Perai. Memang pihak konsesi dan BORR ada membuat penambahbaikan dan menaikkan dia punya tebing, tetapi tidak cukup sebab bila fenomena air pasang tinggi, airnya lebih tinggi daripada tebing yang dibina. Sebab itu saya memohon pihak konsesi mengambil penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang yang berterusan. Saya memang memberikan tekanan kepada mereka setiap hari.
Cuma dulu ni, saya difahamkan, saya difaham dulu ni semasa 2009, 2010 ada janji untuk hapuskan tol tu. Bilamana Kerajaan Persekutuan sama dengan Kerajaan Negeri. Sebab apa tidak.
Lari daripada tajuk asal. Silalah Yang Berhormat Bagan.
Itu macam sudah lari topik. Tapi masa tu tahulah maklumlah ada apa tu ha. Ada ada kejadian apa tu Langkah Sheraton ke apa masa tu so tak dapatlah ha. Jadi, saya juga. Okay, rakyat Bagan Dalam dan seluruh Butterworth tidak meminta sesuatu yang luar biasa dan mereka hanya mahu perjalanan yang lancar dan selamat. Isu kesesakan kronik di plaza tol ini mesti diselesaikan dengan segera. Saya mohon pihak yang berkaitan akan mengambil tindakan setegas-tegas yang boleh.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini ialah terhadap isu kebanjiran warga asing di kampung tradisi serta perumahan kos rendah di seluruh tempat dan terutamanya di Bagan Dalam yang semakin menjadi kebimbangan utama penduduk setempat.
Setiap tahun Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan jumlah kewangan yang besar bagi tujuan membaikkan infrastruktur asas, termasuk jalan, longkang, kemudahan awam, dan penyelenggaraan perumahan kos rendah. Namun, terdapat keadaan di mana kemudahan yang sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat tempatan akhirnya dinikmati secara berlebihan oleh warga asing, termasuk pemegang kad UNHCR dan pelarian.
Situasi ini telah menimbulkan beberapa implikasi negatif. Antaranya, kesesakan penghuni overcrowding di kawasan perumahan, masalah kebersihan, isu sosial, dan risiko keselamatan. Terdapat juga aduan bahawa sebahagian rumah kos rendah milik penduduk tempatan telah disewakan kepada warga asing tanpa kawal selia yang sewajarnya, menyebabkan kepadatan penduduk melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan bahawa kerajaan tidak memandang rendah, mendiskriminasi, atau menafikan hak asasi mana-mana warga asing atau pelarian. Kita memahami bahawa mereka turut berhadapan dengan pelbagai cabaran di negara asal masing-masing. Namun demikian, adalah menjadi tanggungjawab utama kerajaan untuk memastikan kepentingan, keselamatan, dan kesejahteraan rakyat tempatan diberikan keutamaan.
Sehubungan itu, saya ingin menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah berikut:
• Menguatkuasaan yang lebih tegas terhadap had penyewaan dan bilangan penghuni, khususnya di rumah kos rendah serta kampung tersusun. • Pelaksanaan operasi pemantauan berkala oleh PBT dengan kerjasama JPN, PDRM, dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan kawalan dokumentasi, kebersihan, dan keselamatan sentiasa terjamin. • Penyediaan garis panduan jelas kepada pemilik rumah supaya penyewaan kepada warga asing tidak berlaku secara berlebihan atau tanpa permit yang sesuai. • Dan juga memberikan keutamaan kepada penduduk tempatan dalam segala bentuk penambahbaikan infrastruktur dan program kesejahteraan rakyat.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Bagan Dalam ialah sebuah kawasan yang harmoni, majmuk, dan saling menghormati, namun keseimbangan ini perlu dipelihara dengan memastikan sebarang isu yang mengganggu ketenteraman awam ditangani secara berhemah tetapi tegas. Saya berharap Kerajaan Negeri akan memberikan perhatian serius terhadap perkara ini demi menjamin kesejahteraan rakyat tempatan serta kestabilan komuniti secara keseluruhan.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya ingin bawa kepada perhatian Dewan yang Mulia ini ialah terhadap pengiktirafan terhadap seorang anak jati Bagan dan Pulau Pinang yang telah mengharumkan nama negeri dalam arena sukan bina badan, iaitu Encik Loganathan Chandran.
Beliau merupakan Juara Keseluruhan Mr. Penang tahun 2013 dan juga pemenang kategori ringan, lightweight dalam pertandingan Mr. Malaysia tahun 2016, di mana beliau turut dinobatkan sebagai Best Poser pada peringkat kebangsaan. Namun, amatlah mendukacitakan apabila seorang atlet seumpama ini yang telah membawa nama negeri kita ke persada nasional tidak pernah menerima sebarang pengiktirafan rasmi daripada MSN mahupun Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang pada masa itu.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman semua, sekali lagi Encik Loganathan telah mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang apabila muncul sebagai Juara Mr. Penang untuk tahun ini, tahun 2025 dan juga Mr. Malaysia 2025 dalam kategori Bantamweight. Kejayaan Encik Loganathan bukan sahaja menunjukkan disiplin, semangat juang, dan dedikasi luar biasa, malah turut menjadi inspirasi kepada ramai anak muda Pulau Pinang untuk melibatkan diri dalam sukan yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Oleh itu, saya berpendapat bahawa sudah sampai masanya Kerajaan Negeri memberikan pengiktirafan rasmi kepada individu seperti Encik Loganathan sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan sumbangan beliau terhadap sukan negeri. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri melalui Exco Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang meneliti semula mekanisma pengiktirafan kepada atlet negeri, termasuk bagi sukan-sukan yang dianggap niche seperti bina badan. Satu sijil penghargaan rasmi atau plak penghormatan diberikan kepada Encik Loganathan atas pencapaiannya di peringkat negeri dan kebangsaan.
Bagan Dalam, Bagan Jermal boleh?
Silakan, jiran saya.
Okay lah, just tambahanlah. Sebab yang ini adalah seorang juara yang lahir, bukan daripada bajet berjuta-juta, tetapi daripada hasil konsistensi, keringat seorang atlet, tekad seorang anak Pulau Pinang, dan keberanian untuk menempuh segala cabaran demi mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang. Itulah yang dilakukan oleh Loganathan Chandran, seorang anak jati Pulau Pinang. Jadi, persoalannya, adakah Yang Berhormat Bagan Dalam sokong kalau ada insentif ataupun pengiktirafan seperti yang dikatakan diberikan dan seterusnya juga menyokong beliau bukan sahaja dalam insentif tetapi pemberian, macam orang cakap apa kata, dalam jangka masa panjang, latihan, sokongan, dan seterusnya menjadikan bina badan ni satu juga sukan yang boleh dipertimbangkan sebagai sukan arus perdana seperti zaman Malek Noor masa dulu?
Terima kasih, Bagan Jermal. Saya bersetuju dengan pandangan Bagan Jermal.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, kita sering berbicara tentang pembangunan belia dan gaya hidup sihat tetapi kadangkala gagal menzahirkan penghargaan kepada insan yang benar-benar hidup dengan nilai-nilai itu. Jika kita tidak menghargai mereka hari ini, bagaimana kita ingin melahirkan generasi baharu yang akan mencontohi mereka? Saya percaya dengan sedikit penghargaan daripada Kerajaan Negeri, bukan sahaja Encik Loganathan akan terus bersemangat untuk melatih generasi muda, malah Pulau Pinang akan dilihat sebagai negeri yang menghargai semua atlet tanpa mengira jenis sukan atau populariti. Saya mohon agar Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada perkara ini dan mempertimbangkan satu pengiktirafan rasmi kepada Encik Loganathan dan atlet lain yang
telah mengharumkan nama negeri kita sebagai simbol bahawa Pulau Pinang tidak pernah melupakan wira-wira sukan yang telah mengharumkan nama negeri.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu perkara penting yang menyentuh masa depan pendidikan anak-anak masyarakat India atau Tamil di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia.
Pertama, Pulau Pinang merupakan antara negeri dengan bilangan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tertinggi iaitu melebihi 28 buah sekolah Tamil. Setiap tahun, ribuan pelajar menamatkan pendidikan Tahun 6, namun mereka terpaksa beralih ke sekolah menengah arus perdana dengan perubahan bahasa pengantar yang drastik. Jurang ini memberi kesan kepada prestasi akademik, penguasaan bahasa, subjek Sains dan Matematik, serta meningkatkan risiko keciciran dalam kalangan keluarga B40. Oleh itu, penubuhan Sekolah Menengah Tamil bukan lagi sekadar aspirasi, tetapi merupakan satu keperluan mendesak demi memastikan kesamaan akses pendidikan menengah yang lebih menyeluruh untuk pelajar Tamil.
Pulau Pinang berada dalam posisi paling sesuai untuk menjadi negeri pertama menubuhkan Sekolah Menengah Tamil di Malaysia atas berdasarkan faktor berikut:
• Ekosistem pendidikan negeri yang progresif termasuk komponen STEM, TVET, dan teknologi masa depan. • Populasi pelajar Tamil yang stabil dan signifikan. • Komitmen Kerajaan Negeri terhadap pendidikan vernakular yang konsisten. • Sokongan struktur sedia ada melalui Jawatankuasa Khas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pulau Pinang yang aktif dalam memantau pembangunan pendidikan Tamil di negeri ini.
Penubuhan Sekolah Menengah Tamil ini selaras sepenuhnya dengan visi Kerajaan Madani yang menekankan kepada pendidikan inklusif, keadilan sosial, dan peluang saksama untuk semua anak Malaysia.
Ketiga, khusus di kawasan DUN Bagan Dalam, terdapat tanah yang telah diperuntukkan untuk pembangunan sekolah Tamil. Tapak ini strategik, mudah dicapai dan amat sesuai untuk dijadikan projek perintis bagi Sekolah Menengah Tamil pertama di Bagan
Dalam. Jika cadangan ini dapat direalisasikan, ia bukan saja memberi manfaat kepada Pulau Pinang malah akan menjadi model nasional dan membuka lembaran baru bagi pendidikan vernakular berperingkat menengah di Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri membawa permohonan rasmi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kelulusan dasar penubuhan Sekolah Menengah Tamil Pertama di Malaysia.
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Jawatankuasa Khas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pulau Pinang digerakkan untuk menyediakan kajian kebolehlaksanaan merangkumi keperluan pelajar, unjuran enrolmen, kokurikulum, tenaga pengajar serta keperluan TVET dan STEM dan juga Kerajaan Negeri memulakan rundingan awal dengan Kementerian Pendidikan berkenaan model struktur pentadbiran dan keperluan infrastruktur Sekolah Menengah Tamil.
Akhir sekali, pembinaan sekolah Menengah Tamil bukan sekadar mendirikan sebuah bangunan, ia adalah langkah strategik untuk memperkukuhkan pencapaian pelajar tamil, mengurangkan jurang peralihan, meningkatkan peluang masa depan serta memperkukuhkan identiti budaya selaras dengan prinsip Malaysia MADANI. Pulau Pinang mampu memecah rekod sejarah dan Bagan Dalam bersedia menjadi lokasi perintis kepada Sekolah Menengah Tamil Pertama di Malaysia.
Dato’ Timbalan Speaker serta Ahli-ahli Yang Berhormat, isu-isu yang dibangkitkan oleh Bagan Dalam ini mencerminkan keperluan sebenar masyarakat Bagan Dalam dan rakyat Pulau Pinang. Saya berharap cadangan-cadangan ini dapat dipertimbangkan dan dijawab semasa sesi penggulungan Yang Berhormat EXCO demi kesejahteraan dan kemajuan negeri kita. Semoga Bagan Dalam dan Pulau Pinang terus maju dan rakyatnya menikmati kemakmuran yang berpanjangan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Bagan Dalam dan juga kita ucap tahniah pada Bagan Dalam, Selamat Pengantin Baru. Seterusnya kita jemput Sungai Bakap, silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillahi rabbil alamin, wassalatu wassalamu ala asrafil ambiyai wal mursalin, wa ala alihi wasahbihi ajmain. Rabbi shrohli sodri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqohu qouli. Amma ba'd.
Pucuk paku di tepi paya, Dimasak lemak berserta pedas, Bajet dibentang kepada semua, Kini giliran saya berbahas.
Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan kerana memberi peluang kepada Sungai Bakap untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2026. Yang Berbahagia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pengarah, Ketua dan Wakil Jabatan, sidang hadirin, dan seluruh rakyat Pulau Pinang yang sedang menonton sidang ini secara langsung.
Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan seluruh jentera pentadbiran negeri atas pembentangan Bajet 2026 Negeri Pulau Pinang yang telah disampaikan baru-baru ini. Sebagai wakil rakyat dari barisan Pembangkang, tanggungjawab kami adalah untuk meneliti, menyemak dan mengimbangi setiap dasar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pengurusan negeri dikendali dengan baik dan efisien.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengecam segala bentuk tindakan rejim Zionis zalim iaitu Zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan dalam melakukan jenayah perang terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza. Apa yang malangnya, kita melihat kanak-kanak dan wanita dibunuh dengan kejam. Kanak-kanak kehilangan ibu bapa dan kediaman mereka dibom. Malah, hospital dan kem penempatan sementara juga turut diroboh walaupun perjanjian damai telah dimeterai. Namun, kekejaman Zionis Israel masih berterusan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada seluruh calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini yang sedang menduduki ujian amali Sains. Peperiksaan ini bukan penghujung, tetapi sebagai jambatan permulaan untuk masa depan yang lebih cerah.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan Negeri Pulau Pinang tahun 2026 telah mencatatkan perbelanjaan bekalan berjumlah RM1.088 bilion dengan anggaran hasil negeri berjumlah RM1.068 bilion.
Saya menghargai usaha dan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pelbagai aspek dalam negeri diberi keutamaan dalam perbelanjaan ini. Namun, saya dapati perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan defisit dengan kadar yang meningkat sejak tahun 2020 hingga 2024. Jumlah kumulatif defisit berjumlah RM998.88 juta iaitu hampir 1 bilion dalam tempoh lima tahun. Ini telah menyebabkan rizab kewangan negeri merosot kepada RM155.94 juta pada tahun 2024 berbanding RM887.78 juta pada tahun 2020. Iaitu pengurangan sebanyak RM731.84 juta dalam tempoh lima tahun.
Sekaligus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan langkah pengurusan fizikal oleh Kerajaan Negeri, meskipun defisit belanjawan yang diumumkan pada tahun 2026 hanya sekitar RM19.92 juta, tetapi persoalan utamanya mengapakah baru tahun ini perkara ini dapat dirancang sedangkan rizab kewangan negeri telah merosot dengan drastik saban tahun.
Pada hemat saya, Kerajaan Negeri seharusnya memberi perhatian yang sangat serius terhadap saranan Ketua Pembangkang, iaitu merangka pelan strategik pemulihan rizab kewangan negeri setelah negeri kehilangan lebih daripada RM700 juta daripada Akaun Hasil Disatukan. Nilai rizab tunai terkumpul pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 hanya berjumlah RM63.5 juta. Keadaan kewangan yang sangat genting ini dibayangi oleh purata perbelanjaan bulanan negeri yang berjumlah RM69.25 juta, seperti mana yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri baru-baru ini. Berdasarkan keadaan kewangan semasa, Kerajaan Negeri dilihat seolah-olah tidak mampu membiayai komitmen perbelanjaan bulanan negeri kerana nisbah antara rizab tunai dan perbelanjaan tunai bulanan hanyalah 0.92%, sekaligus meletakkan keadaan kewangan negeri dalam risiko kecairan yang serius, dan kedudukan fiskal yang tidak sihat.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, walaupun Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengumumkan jumlah hasil sebenar Negeri Pulau Pinang setakat 14 November 2025 yang menunjukkan peningkatan sebanyak RM13.55 juta berbanding jumlah hasil anggaran, apa yang membimbangkan saya adalah pertambahan hasil ini disebabkan bebanan yang diletakkan kepada rakyat terutamanya dari sudut cukai. Saya tidak menentang inisiatif pengutipan cukai, cukai sememangnya salah satu hasil kepada Kerajaan Negeri, tetapi peningkatan kadar cukai yang terlalu drastik ini menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dan sekaligus bakal menambah bebanan kewangan keluarga rakyat Pulau Pinang khususnya golongan B40. Pada pendapat saya, Kerajaan Negeri seharusnya menyedari mengenai kepentingan pengurusan kutipan cukai yang efektif dengan mencadangkan peningkatan cukai secara bertahap, berkajian mengikut kawasan dan memberi fokus kepada individu atau syarikat yang berpendapatan tinggi terlebih dahulu. Tiada gunanya jika kita menaikkan kadar cukai, tetapi sistem dan kaedah pengutipan cukai tidak dijalankan dengan efisien dan berkesan.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, menerusi Tema A, Belanjawan Tahun 2026, iaitu Meningkatkan Daya Huni Bagi Menambahbaik Kualiti Kehidupan, khususnya dalam konteks Keselamatan dan Kebersihan Awam, saya berpendapat bahawa sebarang langkah pengurangan perbelanjaan Kerajaan Negeri yang melibatkan pemotongan peruntukan untuk kontraktor kebersihan awam adalah amat tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku. Ini adalah susulan aduan yang saya terima berhubung pengurangan kekerapan perkhidmatan pembersihan awam. Sesetengah kerja yang sebelum ini dilaksanakan sebulan sekali, kini dilaporkan hanya dijalankan tiga bulan sekali, bagi tujuan pengurangan kos. Saya amat berharap perkara ini tidak benar. Saya berbesar hati sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan dapat memberi komitmen bagi memastikan perkara ini tidak berlaku.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya, saya menghargai usaha Kerajaan Negeri dalam membina unit Rumah Mampu Milik atau Rumah Mutiaraku, yang dilaporkan telah mencecah sebanyak 170,706 unit, setakat 31 Oktober 2025. Namun, saya telah menerima aduan daripada beberapa pembeli Projek Perumahan Mampu Milik Kerajaan Negeri ini, bahawa terdapat pemaju yang sengaja melengahkan pembaikan kerosakan seperti retak, sistem paip rosak dan khususnya bocor atau leaking. Walaupun aduan telah dibuat dalam tempoh dua tahun tanggungan kecacatan atau (dengan izin) defect liability period, seperti yang berlaku di Apartment Casa Ara, Sungai Ara. Soalan saya kepada YB Exco Perumahan. Apakah sistem pemantauan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk
memastikan pemaju khususnya pemaju Projek Perumahan Mampu Milik, bagi menyelesaikan pembaikan dalam tempoh tersebut? Kedua, apakah tindakan atau penguatkuasaan di bawah Enakmen Lembaga Perumahan Pulau Pinang 2010 yang dikenakan kepada pemaju jika aduan tidak diselesaikan dalam masa ditetapkan? Yang ketiga, adakah penyelesaian dan solusi terhadap pemilik rumah di Apartment Casa Ara telah tertindas ini?
Sungai Bakap, Casa Ara ni, di mana ni. Casa Ara Sungai Ara.
Sungai Ara.
Bayan Lepas. Terima kasih, jauh lari ni.
Dia maksud YB ni take note ni, ambil maklum.
Dia kena habar sama, area mana, Bayan Lepas.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, dalam konteks isu nasional pula, saya ingin menyentuh isu yang amat membimbangkan rakyat iaitu isu keselamatan di sekolah. Sekolah sepatutnya menjadi kawasan yang selamat untuk anak-anak. Namun, apa yang menyedihkan dan membimbangkan, kita digemparkan dengan isu bunuh, buli sehingga menyebabkan kematian. Rogol secara beramai-ramai, gangguan seksual atau sexsual harassment serta ketagihan vape. Saya menerima aduan daripada guru-guru bahawa guru-
guru sekarang hanya mampu mengajar sahaja, bukan lagi mendidik kerana seringkali tindakan mereka untuk mendidik dikaitkan dengan cubaan untuk mencederakan murid.
Apa yang kita sedia maklum, isu berkaitan dengan rotan, isu rotan, 2023 yang lepas, disabit di mahkamah di atas mendatangkan kecederaan pada guru-guru, pada murid-murid. Jadi, ini mungkin antara fobia untuk guru-guru mengambil tindakan merotan anak murid. Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri perlu serius menguruskan perkara ini dengan mengenal pasti punca utama dan mengkaji mekanisme yang terbaik untuk membendung gejala ini. Saya percaya program pengukuhan sahsiah dan emosi pelajar telah pun dilaksanakan. Namun, sudah tiba masanya untuk program-program ini diberi nafas baru serta melibatkan ibu bapa sebagai langkah kebersamaan untuk menangani isu ini.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri mengkaji semula penguatkuasaan untuk kawalan minuman beralkohol. Baru-baru ini, Thailand telah memperketatkan undang-undang alkohol mereka. Bukan hanya kepada penjual, tetapi juga kepada pengguna. Mereka menggunakan denda sehingga 10,000-baht kepada sesiapa yang minum atau menghidangkan alkohol di luar waktu dibenarkan. Langkah ini membuktikan bahawa penguatkuasaan tegas dan menyeluruh boleh mengurangkan risiko sosial akibat alkohol. Saya berpandangan bahawa Pulau Pinang juga perlu meneliti langkah yang lebih berani termasuk larangan mempamerkan produk alkohol termasuk secara terbuka di premis perniagaan. Ini adalah kerana pemandu mabuk boleh menjadi punca kemalangan maut, menyebabkan keluarga kehilangan pencarian nafkah utama, isteri kehilangan suami dan anak kecil menjadi yatim. Berdasarkan jawapan bertulis saya yang saya terima daripada YB EXCO Kebajikan, hanya bayaran mangsa bencana meninggal dunia sebanyak RM1,000 sahaja (one-off). Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri menubuhkan satu tabung khas atau skim pampasan kepada keluarga mangsa kemalangan maut akibat pemandu mabuk bagi memastikan keadilan sosial segera kepada keluarga yang teraniaya.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membawa perhatian dewan kepada isu-isu tempatan di kawasan saya. Isu DUN Sungai Bakap. Tak lengkap ucapan saya di Dewan yang Mulia ini tanpa menyentuh isu bekalan air yang sememangnya sinonim di DUN Sungai Bakap. Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang kerana telah memberi komitmen untuk menyelesaikan kemelut bekalan air bersih di DUN Sungai Bakap khususnya di Mukim 5
melalui projek-projek jangka pendek yang telah dibentang sebelum ini. Terima kasih daun keladi. Ha, Tuan EXCO senyum. Kena belanja makan satgi.
Namun saya juga menerima aduan mengenai tekanan air rendah yang masih berlaku di kawasan-kawasan seperti Kampung Permatang Ara, Taman Suruling Emas, Lima Kongsi dan Tasik Junjung. Mohon PBA Pulau Pinang ambil tindakan yang sewajarnya. Saya juga ingin menyentuh perjanjian bekalan air Pulau Pinang dengan Perak melibatkan komitmen RM210 juta setiap tahun selama 40 tahun dengan jumlah RM8.4 bilion, di mana nilai projek RM3 bilion. Bermaksud RM8.4 bilion pihak Kerajaan Negeri beri komitmen untuk buat bayaran selama 40 tahun dengan nilai RM8.4 bilion.
Komitmen ini berisiko menjadi liabiliti jangka panjang jika berlaku perubahan politik, teknologi atau keperluan air kepada masa depan. Struktur bayaran dengan izin, kapasiti caj juga bermaksud kita perlu membayar walaupun air tidak diguna sepenuhnya iaitu risiko bayar lebih, guna kurang tetap wujud. Kadar RM1.70 setiap meter padu pula mungkin meningkat kos keseluruhan apabila kos tenaga, bahan kimia dan penyelenggaraan naik. Projek bekalan besar seperti ini juga berisiko lewat siap dan melebihi anggaran dan jika berlaku rakyat akhirnya yang akan menanggung beban. Tanggungjawab penyelenggaraan paip, loji dan takungan juga perlu jelas kerana tiada makna sumber baru jika infrastruktur gagal. Maka saya menegaskan perjanjian ini perlu dipantau secara tulus dan teliti dengan pelan semakan semula dan mitigasi risiko yang jelas supaya negeri tidak terperangkap dalam komitmen jangka panjang yang membebankan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu yang kedua adalah melibatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Penduduk kampung di sekitar Sungai Kecil, Tasek Junjung dan Jawi sering mengadu masih terdapat lori berat yang membawa tanah, batu dan bahan binaan yang beroperasi di awal pagi menjejaskan keselamatan penduduk khususnya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah. Saya mohon kerjasama pihak PBT memperketatkan penguatkuasaan operasi lori berat di kawasan ini. Operasi lori berat yang seharusnya dilarang beroperasi pada waktu puncak sekolah atau awal pagi, contohnya antara jam 7 pagi hingga 8 pagi. Langkah ini penting untuk melindungi keselamatan pelajar sekolah dan ibu bapa khususnya pengguna motosikal.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah berkenaan kesesakan pesakit di Hospital Sungai Bakap. Saya sendiri melihat betapa hospital ini tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai untuk mendapatkan rawatan. Ini adalah susulan peningkatan jumlah penduduk melalui kawasan perumahan baru di daerah Seberang Perai Selatan. Berdasarkan jawapan bertulis yang disediakan oleh YB EXCO Kesihatan, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membina hospital baru di daerah SPS.
Namun, terdapat perancangan untuk naik taraf Hospital Sungai Bakap. Saya mohon YB EXCO untuk memberi perincian berkenaan projek penaiktarafan ini. Saya berpendapat ini adalah projek yang sangat mustahak dan perlu, diperlukan oleh rakyat Sungai Bakap. Buat makluman EXCO, pesakit terpaksa menunggu tempoh yang lama untuk menerima rawatan. Kasihan pada pesakit, sudahlah sakit, bertambah sakit bila tunggu tempoh rawatan yang terlalu lama. Terutama pada warga emas yang berumur 60, 70, 80 tahun. Ini atas pengalaman saya sendiri, isteri saya baru ni menerima rawatan di GH Hospital. Pukul 8:30 masuk, pukul 1 baru boleh jumpa doktor. Isunya masalah pesakit yang ramai dan jumlah doktor yang kurang. Saya tengok juga warga emas ni 60, 70, 80 ni duduk atas lantai. Ada yang sampai keluh-kesah dengan sakit duduk lama-lama pun sakit orang tua-tua kan. Jadi kita minta EXCO pantau masalah yang dihadapi pesakit.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, jika benih disemai padi, jangan dibiarkan menjadi lalang. Jika bajet ini benar untuk negeri, pastikan pelaksanaannya tulus dan seimbang. Dalam semangat perbahasan ini, sebagai penutup izinkan saya memetik sebuah hadis daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud ‘Tidak sempurna iman seseorang yang tidak amanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menunaikan janji’ Riwayat Baihaqi. Hadis ini mengingatkan kita sebagai pemimpin masyarakat bahawa apa jua janji yang telah kita katakan ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab. Belanjawan bukan sekadar dokumen, tapi janji kepada rakyat. Setiap janji akan dipersoal di dunia dan di akhirat. Jadi saya nak mengakhiri ucapan saya dengan pantun.
Pulau Mutiara indah berseri, Warisan terpelihara teguh terbina, Bersama kita memacu negeri, Rakyat tercinta hidup sejahtera.
Dewan Ditangguhkan
Dari Sungai Bakap ke Kampung Jawa, Naik feri sampai ke Jeti,
Jika bicara mengguris jiwa, Maaf dipinta seikhlas hati.
Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon menyokong.
Terima kasih kepada Sungai Bakap. Ahli-ahli Yang Berhormat, Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2026 dan usul Anggaran Pembangunan tahun 2026 akan disambung pada 18 November 2025 esok jam 9:30 pagi. Sekian, wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dewan ditangguhkan pada jam 6.11 petang.