Pulau Pinang · 18 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting (Budget 2026) · 291 turns · 44,068 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina (Bertam), Kumaresan a/l Aramugam (Batu Uban), Lee Khai Loon (AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A), Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long (Setiausaha Kerajaan Negeri), Dato’ Wan Nor Sakina binti Saad (Penasihat Undang–Undang Negeri), Dato’ Zabidah binti Safar (Pegawai Kewangan Negeri)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah rabbil alamin, wassalatu wassalamu ala asyraf al-anbiya'i wal mursalin, sayyidina wa maulana Muhammad, wa 'ala aalihi wa sahbihi ajma'in.

Ya Allah, kami mohonkan dengan sepenuh-penuhnya daripada-Mu Yang Maha Pemurah. Moga-moga dilimpahkan nikmat-Mu di atas kami, hamba-hamba-Mu yang mana kami ini telah dipilih dengan kehendak-Mu, menjaga amanah tanah ini. Kami berdoa supaya rahmat-Mu dicurahkan kepada kami yang berhimpun di sini. Dan kami pinta pada-Mu yang mana kami dapat menimbangkan sebarang perkara yang dibawa kepada kami dengan segala keadilan dan keikhlasan. Semoga dimuliakan segala kebesaran-Mu dan semoga dapat mengadakan keamanan, kemakmuran dan kebajikan oleh kerajaan dan penduduk Negeri Pulau Pinang. Rabbana atina fid dunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina azabannar. Wa sallallahu ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sahbihi wa sallam walhamdulillahi rabbil alamin. Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Selamat pagi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nak menjemput Yang Berhormat Seberang Jaya.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua. Sirih berlipat sirih pinang, sirih dari Tanjung Penaga. Mereka datang hendak berdagang. Soalan saya 23.

No.23 Jelaskan impak Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika

Syarikat (ART) terhadap Negeri Pulau Pinang.

(a) Nyatakan kesan langsung kepada sektor E&E, pelaburan asing dan

pekerjaan berkemahiran tinggi.

(b) Jelaskan risiko kepada industri PKS, pertanian dan halal negeri.

(c) Adakah langkah mitigasi direncana bagi melindungi kepentingan

ekonomi dan sosial Pulau Pinang?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya atas soalan berhubung dengan impak Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat atau ART (Agreement of Reciprocal Trade) terhadap Negeri Pulau Pinang, sektor E&E, PKS dan berkaitan.

Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, kesan langsung kepada sektor E&E, pelaburan asing dan pekerjaan berkemahiran tinggi. Perjanjian ini merupakan perjanjian yang baru dimeterai dan kesan langsungnya terhadap Negeri Pulau Pinang masih belum dapat dikenalpasti secara menyeluruh. Sebab mengikut laporan-laporan, pihak Amerika Syarikat dengan pihak Malaysia masih dalam perbincangan pasca pengumuman itu dan kedua-dua pihak akan meneliti domestic formalities untuk menyediakan penguatkuasaan perjanjian ini. Walau bagaimanapun, perjanjian ini dijangka membuka ruang yang lebih luas kepada sektor elektronik dan elektrik untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat. Di samping, berpotensi menarik kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) yang baharu serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Pada masa yang sama, pelaksanaan ART juga dijangka mendorong pengukuhan program latihan teknikal dan peningkatan kapasiti tenaga kerja tempatan bagi memenuhi permintaan industri berteknologi tinggi serta menyokong pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan. Risiko dan peluang kepada industri PKS, pertanian dan sektor halal negeri. ART turut membawa cabaran kepada sektor PKS, pertanian dan halal.

Namun demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kekal proaktif dalam memastikan komuniti perniagaan tempatan terus berdaya saing melalui pelbagai inisiatif pemerkasaan ekonomi tempatan. Melalui portfolio perdagangan, pembangunan keusahawanan dan luar bandar, pelbagai program pembangunan keusahawanan telah dilaksanakan termasuk skim pembiayaan mikro, bantuan peralatan serta program peningkatan kemahiran dan kapasiti usahawan. Langkah-langkah ini bertujuan memastikan masyarakat tempatan khususnya golongan B40, belia dan usahawan luar bandar mampu menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi semasa serta memperkukuh daya saing dalam pasaran domestik dan serantau.

Selain itu, ART dijangka memberi kesan positif terhadap sektor pertanian bagi komoditi seperti getah asli, minyak sawit dan hasil makanan lain. Kendatipun begitu, Pulau Pinang bukan pengeluar utama bagi komoditi tersebut dan negeri ini berpotensi untuk memanfaatkan perjanjian ini melalui pembangunan produk pertanian inovatif, pemprosesan berasaskan nilai tambah serta penerokaan pasaran pertanian yang lebih premium. Pendekatan ini adalah sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan asas ekonomi dan memperkukuh rantaian nilai sektor agro makanan serta industri halal tempatan.

Dalam konteks industri Halal, ART dijangka membuka peluang akses pasaran bebas tarif kepada PKS, sektor halal tempatan ke pasaran Amerika Syarikat. Inisiatif ini berpotensi menjadikan aktiviti eksport lebih mudah dan kos efektif. Di samping, membolehkan PKS sektor halal berintegrasi dengan rangkaian bekalan global bernilai tinggi sebagai rakan kongsi strategik kepada syarikat Amerika Syarikat dalam industri berteknologi tinggi. Sokongan berterusan daripada Kerajaan Negeri serta kerjasama rapat dengan agensi Persekutuan dan sektor swasta dijangka membantu PKS halal tempatan memanfaatkan peluang ini serta memperluas operasi mereka ke peringkat antarabangsa. Industri Halal di Pulau Pinang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi khususnya dalam sektor makanan siap dan pemprosesan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap potensi cabaran yang mungkin timbul daripada pelaksanaan ART, khususnya dalam memastikan daya saing, pematuhan piawaian halal dan kestabilan eksport dapat dikekalkan.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sedang meneliti pelbagai langkah bagi memperkukuh ekosistem Halal di negeri kita agar selaras dengan peluang yang bakal terhasil melalui pelaksanaan ART ini. Dan langkah mitigasi direncanakan bagi melindungi kepentingan ekonomi dan sosial Pulau Pinang. Pelaksanaan langkah mitigasi khususnya berkaitan ART ini masih dalam penelitian di peringkat negeri dalam memastikan dasar yang digubal menepati keperluan dan kepentingan ekonomi kita. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan terus kekal komited dalam memperkukuh ketahanan ekonomi serta daya saing industri melalui pelbagai inisiatif di bawah InvestPenang. Antara langkah yang diberi penekanan termasuk usaha mempertingkatkan infrastruktur sokongan, memperkemas proses pengawalseliaan dan perniagaan serta mengurangkan kos operasi bagi menarik pelaburan baharu dan mengekalkan pelabur yang sedia ada. Usaha-usaha ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memastikan Pulau Pinang terus memainkan peranan strategik dalam rantaian bekalan global, memperkukuh kemampanan ekonomi negeri dan pada masa yang sama memberi manfaat langsung kepada masyarakat serta komuniti usahawan tempatan. Terima kasih.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas penjelasan berkenaan dengan ART yang kita faham kebelakangan ini akan berlakunya beberapa perkembangan baru. Dan kalau kita lihat beberapa ahli Dewan Rakyat juga bukan sahaja daripada Perikatan Nasional malah di peringkat kerajaan sendiri pun sedang mempersoal tentang risiko negara kita hilangnya dasar berkecuali. Dan ini juga bakal memberi impak kepada negeri kita. Saya difahamkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tadi kita sedang meneliti dengan baik. Persoalan saya, apakah sekiranya mekanisma sekiranya perjanjian ini telah termeterai dan dilaksana, adakah Kerajaan Negeri akan meneliti ataupun mengenal pasti impact terhadap supply chain retaliation daripada negara-negara bukan daripada Amerika Syarikat contoh seperti China yang ada industrinya di negeri kita? Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Walaupun isu ini dibahaskan secara hebat di peringkat Dewan Rakyat, ini menunjukkan keprihatinan wakil kerajaan mahupun pembangkang terhadap isu berkenaan. Tetapi penjelasan sudah pun diberikan oleh Menteri berkaitan dan juga Perdana Menteri sendiri. Jadi, kita boleh gunakan satu contoh.

Bayangkan sekiranya perjanjian ini tidak dimeteraikan, maka tarif yang dikenakan pada asalnya akan kekal dan tidak akan diturunkan dan impak dia adalah amat besar atau lebih besar daripada persetujuan dan termeterainya perjanjian ART ini. Dan kita masih menikmati pengecualian daripada tarif-tarif berkaitan dan 1,700 produk eksport Malaysia yang bernilai 5 bilion USD ataupun 12% dari eksport kita ke US dapat dikecualikan tarif-tarif berkaitan. Dan dengan ART ini pun kerana sudah pun ditetapkan pada kadar yang lebih rendah, ia telah memberi satu kemantapan dari segi persaingan dari segi harga kepada industri-industri kita dan exporter kita dapat merancang dengan tarif yang sudah pun ditetapkan. Dan ini pun dapat melindung industri-industri tempatan supaya mereka lebih kompetitif dan inovatif.

Satu isu berhubung dengan supply chain yang Yang Berhormat bangkitkan. Jadi, mengikut Menteri MITI dalam sesi memberi jawapan kepada Parlimen, perjanjian ini sebenarnya telah menaiktarafkan negara Malaysia untuk menjadikan Comprehensive Strategic Partnership dengan Amerika Syarikat berbanding dengan peranan yang sebelum itu sebagai regular supplier sahaja. Kita sebenarnya dipertingkatkan perhubungan dan menjadi Key Supply Chain Partner kepada Amerika Syarikat. Ini menunjukkan mereka tahu peranan yang dimainkan oleh sektor E&E dan semikonduktor Pulau Pinang yang menjadi satu supply chain partners yang amat penting kepada Amerika Syarikat.

Jadi, dari ini kita sudah tahu bahawa semikonduktor kita akan dapat peluang yang lebih besar berbanding dengan apa yang kita lihat. Sebab bukan banyak negara dapat dipilih oleh Washington untuk menjadi strategic supply chain partner. Jadi ini satu perkara yang penting untuk kita terus dapat menarik FDI dari Amerika Syarikat dan juga eksport-eksport kita kepada Amerika Syarikat. Sekiranya supply chain kita dikeluarkan dari supply chain US, bayangkan apakah impak kepada Amerika Syarikat. Contoh yang amat jelas semasa pandemik apabila supply chain dunia dihentikan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan bahawa E&E dan semikon adalah essential service yang dibenarkan beroperasi semasa pandemik COVID dan dengan itu, maka supply chain di seluruh dunia dapat diaktifkan untuk memastikan kegiatan pembuatan dapat diteruskan. Jadi, kita yakin bahawa peranan yang kita bentuk atau kekukuhan yang kita bentuk selama beberapa dekad ini, akan memastikan kita semakin kuat, walaupun ada persaingan ataupun pengenaan tarif-tarif yang lebih tinggi sedikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Dan mungkin saya nak menjemput Yang Berhormat Air Putih untuk soalan seterusnya.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan 24.

No. 24 Nyatakan jangkaan kos LRT Pulau Pinang bila kerja akan bermula serta

tempat terlibat yang akan memudaratkan kesesakan trafik dan berapa lama

tempoh kerjanya?

(a) Bolehkah kerja pembinaan yang dijadualkan pada Januari 2026

ditangguhkan sehingga selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato' Seri Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Air Putih.

Malaysia Rapid Transit Corporation Sendirian Berhad ataupun MRTC telah pun dilantik oleh Kerajaan Persekutuan sebagai pemaju dan juga pemilik aset Projek LRT Pulau Pinang pada April 2024 dan untuk menjawab soalan Yang Berhormat mengenai kos, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan oleh pihak MRTC bahawa Jemaah Menteri pada Disember 2024 telah meluluskan siling bajet Projek LRT Laluan Mutiara sebanyak RM16.8 bilion.

Yang Berhormat, kerja-kerja pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara, telah bermula secara rasmi sejak Kontraktor Pakej Sivil Utama 1 ataupun CMC1, iaitu SRS Konsortium Sendirian Berhad telah menerima Notis Mula Kerja pada 15 Julai 2025. Kerja pembinaan CMC1 dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2031.

Kontraktor CMC1 telah mengenal pasti tiga lokasi hotspot yang akan lebih terjejas akibat pembinaan Projek LRT ini, iaitu Jalan Magazine, Persimpangan di hadapan Sunny Point di Batu Uban dan juga Jalan Sultan Azlan Shah di kawasan Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas. MRTC telah disyaratkan melalui MBPP untuk menyediakan Pelan Pengurusan Trafik ataupun TMP bagi setiap lokasi stesen bermula dari George Town hingga ke Permatang Damar Laut, supaya langkah mitiligasi dapat dianalisis dan dilaksanakan dengan lebih terperinci.

TMP terperinci yang disediakan oleh MRTC telah diluluskan oleh PBT pada 14 Oktober 2025. Pelan ini sedang dilaksanakan secara berperingkat mengikut lokasi untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas yang tidak dapat dielakkan akibat aktiviti pembinaan di jalan-jalan yang terlibat.

Langkah-langkah mitigasi akan dilaksanakan oleh pihak MRTC, untuk meminimumkan impak terhadap trafik sedia ada, memastikan pergerakan kenderaan kekal lancar dan meningkatkan kecekapan aliran trafik di kawasan-kawasan utama sepanjang tempoh pembinaan LRT Laluan Mutiara.

Sebagai sebahagian daripada TMP, pihak MRTC juga akan menyediakan laluan alternatif dan juga pengalihan trafik dan juga TMP akan disemak semula dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi perancangan masa depan. Sementara pihak pemaju dan kontraktor mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meminimumkan kesan projek terhadap keadaan trafik dari semasa ke semasa, pengguna jalan raya dinasihatkan dari masa ke semasa untuk merujuk kepada laman web Projek Laluan Mutiara dan media sosial LRT Mutiara Pulau Pinang. Untuk maklumat TMP dan pengumuman trafik terkini serta menyemak aplikasi seperti Waze untuk mendapatkan maklumat trafik masa nyata ataupun real time bagi merancang perjalanan. Pelaksanaan TMP dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Yang Berhormat, pihak MRTC memaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan yang dijadualkan bermula pada Januari 2026 akan diteruskan seperti dirancang, termasuk sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina pada bulan Februari dan Hari Raya pada bulan Mac.

Kerja-kerja pembinaan tidak dapat ditangguhkan mengambil kira jadual pembinaan yang sangat padat, bagi mencapai sasaran penyiapan projek pada Disember 2031. Selain itu, sebarang kelewatan dalam mencapai sasaran penyiapan kerja juga akan mencetuskan klausa denda seperti yang termaktub dalam kontrak. Walau bagaimanapun, pelaksanaan TMP pada musim perayaan akan disusun agar tidak menjejaskan kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya, dalam menghadapi peningkatan trafik musim perayaan berkenaan.

Yang Berhormat, saya sendiri telah berbincang dengan Pengarah Projek LRT Laluan Mutiara dan berdasarkan semakan jadual bagi kerja-kerja yang akan dilaksanakan dari bulan Januari hingga Mac tahun depan, dia masih lagi tidak melibatkan penutupan jalan ataupun sebahagian lorong jalan. Kebanyakan kerja masih boleh dilaksanakan di tepi jalan, ataupun dalam kawasan yang tidak melibatkan lalu lintaslah, Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ya, terima kasih. Terima kasih pada Dato' Seri Yang di-Pertua. Saya nak mula dengan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Perdana Menteri kerana telah meluluskan Projek LRT ini kepada Pulau Pinang dan sungguh pun, tentu akan menghadapi masalah-masalah seperti yang dinyatakan tadi, tapi ia masih mendapat sokongan daripada rakyat Pulau Pinang.

Saya ingin tanya, apakah kos yang ditanggung untuk mengurangkan atau menyuraikan itu trafik semasa kerja dijalankan? Dan adakah satu mungkin satu taklimat kalau perlu diadakan dengan ADUN-ADUN berkaitan dengan kesesakan trafik yang berlaku, supaya bukan sahaja pandangan, maklum balas boleh diberikan tapi lihat cari jalan macam mana ia boleh dikurangkan.

Dan akhirnya ialah adakah beliau bersiap sedia untuk menghadapi sebarang sabotaj daripada pihak-pihak yang menentang Projek LRT ini? supaya ia berjalan lancar dan tidaklah menghadapi sebarang masalah, memandangkan bahawa Parti Pembangkang menentang Projek LRT ini. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Air Putih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada mana-mana bangkang?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ingatkan diaorang dah sokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak ada.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Tak boleh percaya.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Untuk menjawab soalan Air Putih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Air Putih, Air Putih tak masuk ka semalam.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Semalam depa dah sokong.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Eeh, Air Putih ada. You tidur saja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila. Sila.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Okey. Mungkin tak sebut lagi, mesti sebut lagi, mesti sebut, nyatakan dengan terang.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Yang Berhormat, kos untuk menyuraikan trafik akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MRTC sebagai sebahagian daripada kos projek. Saya tidak mempunyai perincian kos tersebut, dan mungkin kos itu juga akan apani dia akan bergantung kepada keadaan semasalah, tapi sememangnya sudah ada dan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Berkenaan dengan cadangan untuk membuat pembentangan kepada ADUN-ADUN, sememangnya satu taklimat Pelan Pengurusan Trafik sebenarnya akan dibentangkan. Dan saya akan menjemput semua ADUN-ADUN yang berkaitan, termasuk Ahli-Ahli Majlis juga, PBT supaya boleh didapatkan pembentangan daripada pihak MRTC dan juga Kontraktor CMC1 dan kemudian feedback kita pun boleh beri kepada mereka supaya kita boleh pastikanlah TMP tu, walaupun akan kita tidak boleh elak daripada kesukaran di jalan raya tapi kita akan cuba sebaik mungkin untuk mengurus dengan yang terbaik. Terima kasih Yang Berhormat.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tiga soalan sudah ditanya habis oleh Air Putih. Dengan Sungai Dua saya silakan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Soalan saya, soalan nombor 25.

No. 25 Adakah kerajaan mempunyai pelan pengurusan banjir?

(a) Nyatakan langkah jangka pendek untuk menangani masalah banjir di

DUN Sungai Dua.

(b) Nyatakan peruntukan yang telah diberikan bermula tahun 2021 hingga

kini di DUN Sungai Dua.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Speaker dan juga Yang Berhormat Sungai Dua. Kerajaan Negeri melalui JPS telah membangunkan Pelan Induk Tebatan Banjir dan Sistem Saliran, untuk daerah Seberang Perai Utara yang diterbitkan pada bulan Februari 2019. Pelan Induk ini telah mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko tinggi banjir, dan menetapkan garis panduan sistem saliran yang lebih mesra alam. Langkah-langkah jangka pendek yang telah dilaksanakan untuk menangani masalah banjir di DUN Sungai Dua pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

Pertamanya, Program Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Sungai Orang Putih. Kedua, Program Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Sungai Perai Mati. Ketiga, Program Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Sungai Lokan. Keempat, kerja-kerja pembersihan parit-parit meter dan parit monsun secara berkala. Kelima, kerja-kerja pembersihan dan korekan endapan kolam

takungan banjir. Dan keenam, kerja-kerja penyelenggaraan kecil di sistem perparitan perumahan.

Peruntukan yang telah diberikan untuk menangani masalah banjir di DUN Sungai Dua dari tahun 2021 adalah seperti dalam jadual yang akan diberi kepada Yang Berhormat, tapi sepintas lalu saya boleh bagi.

Untuk tahun 2021, JPS telah belanja saya bundarkan angka, RM630,000.00. Untuk MBSP telah belanja RM400,000.00.

Untuk tahun 2022, JPS telah belanjakan RM1.1 juta dan manakala MBSP telah belanja RM403,000.00.

Untuk tahun 2023, JPS telah belanja RM2.4 juta di DUN Sungai Dua, manakala MBSP RM402,000.00.

2024, RM1 juta telah dibelanjakan di Sungai Dua oleh JPS dan RM245,000.00 oleh MBSP.

Dan untuk tahun ini RM780,000.00 oleh JPS dan RM285,000.00 setakat ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Tanjong Bunga. Apa, soalan tambahan saya pertama berkenaan dengan tadi disebut tentang kerja-kerja mengorek ataupun apa nama menyelenggara parit-parit ataupun sungai-sungai utama. Jadi, di sini saya dapati Sungai Perai Mati ni baru saja nak korek, dah orang dah tenggelam banjir dah. Barulah pi cuci rumput. Dan juga Sungai Perai Mati yang PBA telah janji nak korek one off tu pun, tak korek. Tak korek. Jadi menyebabkan baru ni banjir ni masuk dalam rumah habis.

Jadi, bilakah pihak PBA nak mengotakan janji mengorek one off disebabkan oleh sludge yang dilepaskan oleh LRA Sungai Dua yang menyebabkan mendapan. La ni dah depa, dah dah dah ni dah. Tapi mendapan yang lama tu tak dikorek, menyebabkan parit tersumbat dan juga pokok menerung tumbuh. Pokok menerung ni tumbuh ni, maknanya sungai tu ceteklah. Kan? Jadi, itu yang pertama.

Yang kedua, selain daripada Sungai Perai, Sungai Perai juga menghadapi masalah. Sungai Perai dia dalam lembangan dia Sungai Kulim, Sungai Jarak. Jadi, Sungai Perai sekarang ini sudah berada dalam keadaan yang tidak terurus, yang tidak baik, cetek. Jadi, adakah kerajaan melihat bahawa Sungai Perai ni juga perlu diselenggarakan dengan baik, supaya aliran air dalam apa sama ada DUN Sungai Dua mahupun DUN-DUN yang berkaitan yang sering dilanda bandir ni dapat, dapat diselesaikan. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Untuk Sungai Perai Mati, saya difahamkan kerja-kerja untuk penyelenggaraan yang disebut tadi dalam proses tender, dan dijangka dilaksanakan pada awal tahun 2026. Dan setelah dilaksanakan oleh PBA, satu apa ni lawatan tapak akan dilakukan oleh JPS dan juga JAS (Jabatan Alam Sekitar) sebelum dia diberi balik untuk penyelenggaraan kepada JPS.

Ya, sebelum ni kita PBA telah mengambil tanggungjawab untuk menyelenggara sebab yalah seperti Yang Berhormat kata tadi, sebelum ni charge akan discharge kepada Sungai Perai Mati. Tapi kini perkara tu, proses sludge tu sekarang ni tidak lagi kita discharge dalam sungai. Tapi, pengorekan terakhir tu akan dibuat oleh PBA lah, dan Insya-Allah selepas itu akan diselenggara seperti biasa oleh JPS. Terima kasih.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Satu lagi soalan tambahan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya, Tanjung Bunga. Adakah kerajaan boleh bersetuju dengan saya bahawa apa nama pengorekan sungai, penyelenggaraan sungai, pemangkasan pokok perlu dibuat sebelum perubahan monsun. Kita tengok selalunya dah bila dah banjir dah, bila pokok dah tumbang dah baru kelam-kabut. Ini satu perkara yang tidak baik.

Saya menyebut berkali-kali dalam Dewan supaya persediaan dibuat sebelum menjelang perubahan monsun. Sebab perubahan monsun ni hujan lebat, ribut mari, pokok tumbang. Jadi boleh setuju tak dengan saya, bahawa penyelenggaraan perlu dibuat, persediaan perlu dibuat sebelum daripada perubahan monsun iaitu sekitar bulan apa nama Julai ke atas. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Yang tu pun saya setuju, saya sebenarnya selalu setuju dan semasa Mesyuarat MMK Tebatan Banjir, saya juga sering mengingatkanlah agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk menyelenggara bukan sahaja sungai, tapi parit-parit di bawah PBT sebelum berlakunya musim peralihan monsunlah dan sekiranya tidak dilaksanakan dengan elok, saya akan mendapatkan maklumat yang lebih untuk dan semak dengan Jabatan yang berkenaan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak jemput Bagan Dalam.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato' Seri Speaker.

Pekerja datang mencari rezeki

Tempat berteduh biar tersusun rapi

TLQ akan tamat tahun 2025

Maka, saya bertanya apa hal tuju Kerajaan Negeri selepas tempoh itu nanti? Soalan saya, soalan nombor 26.

No. 26 Memandangkan permohonan bagi pengoperasian penginapan pekerja secara

sementara (TLQ) adalah sehingga 31 Disember 2025 sahaja,

apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi syarikat / majikan yang ingin

mengemukakan permohonan pengoperasian TLQ selepas tahun

2025?

(a) Apakah hala tuju kerajaan negeri untuk membantu TLQ sedia ada

ditukar kepada CLQ?

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya pun tak tau nak macam mana jawab pantun ni. Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan nombor 26 bersama dengan soalan nombor 41 daripada Pulau Betong yang selalu soalkan, ambil prihatin di kawasan Pulau Betong.

No.41 Apakah rasional dan asas kelulusan kerajaan terhadap projek pembinaan

asrama warga asing di kawasan penempatan awam seperti di Teluk

Kumbar?

Untuk jawab soalan 26 seperti apa yang dimaklum, berdasarkan Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Sementara di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pulau Pinang yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2024, kelulusan bagi penginapan pekerja ataupun Temporary Labour Quarters - TLQ, kelulusan yang diberikan bagi penginapan pekerja TLQ adalah bersifat sementara sahaja iaitu selama tiga (3) tahun akan berakhir pada 31 Disember 2027. Garis panduan berkenaan juga telah dibuat pindaan berdasarkan kepentingan semua pihak dan diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 12 Februari 2025 serta berkuatkuasa mulai pada 1 Mac 2025. Garis panduan berkenaan merupakan langkah penyelesaian jangka pendek yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi perkara penginapan pekerja untuk mengurangkan kesan negatif penempatan warga asing dalam komuniti serta memastikan kesejahteraan dan keharmonian penduduk tempatan dipelihara. Garis panduan TLQ ini juga merupakan satu dasar yang menjadi rujukan kepada Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak majikan atau syarikat untuk menempatkan pekerja-pekerja secara sementara sebelum dipindahkan ke CLQ. Dengan itu, Kerajaan Negeri tidak akan lagi

mempertimbangkan sebarang permohonan baru TLQ selepas tarikh tersebut iaitu 31 Disember 2025.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan memberi tumpuan untuk membantu pemohon TLQ sedia ada untuk beralih ke CLQ berpandukan Garis Panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja di Negeri Pulau Pinang Tahun 2022, Centralised Labour Quarters – CLQ. Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia@Pulau Pinang buat masa ini sedang dalam peringkat penilaian dan kajian bagi Garis Panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja di Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 - Centralised Labour Quarters (CLQ). Kerajaan Negeri memang memberi perhatian dan sedang dalam perbincangan untuk mempertimbangkan iaitu zon industri. Bagi ringan bagi zon industri kawasan industri ringan dibenarkan untuk mewujudkan CLQ dalam premis sendiri bagi kegunaan pekerja sendiri sahaja. Di Zon Komersial yang telah dijadikan sebagai TLQ dan dapat ditukar guna kepada CLQ. Untuk zon perumahan adalah tidak akan dipertimbangkan dan dibenarkan untuk mewujudkan CLQ. Ini bermaksud, bagi TLQ yang berada di zon perumahan hendaklah dipindah ke CLQ selepas tamat tempoh permit dan tarikh berakhir adalah pada 31 Disember 2027. Manakala, bagi TLQ yang berada di zon perniagaan dan komersial akan diteliti kebolehlaksanaan penukaran kepada CLQ. Seterusnya, saya, bagi saya jawab nombor 41 iaitu dari Pulau Betong di mana Pulau Betong bertanya, apakah rasional dan asas kelulusan kerajaan terhadap projek pembinaan asrama pekerja warga asing di kawasan penempatan awam seperti di Teluk Kumbar?

Penginapan pekerja berpusat (Centralised Labour Quarters – CLQ) adalah satu pendekatan yang berkesan bagi tujuan pemantauan dan juga sebagai mekanisme controlled environment. Dengan itu, Kerajaan Negeri dan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai memandang serius terhadap setiap permohonan pembangunan CLQ. Setiap pembangunan projek CLQ di Negeri Pulau Pinang perlu dikemukakan kepada PBT, iaitu MBPP dibahagian Pulau dan MBSP dibahagian Seberang Perai. Kelulusan hanya akan diberikan sekiranya permohonan yang dikemukakan adalah mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja (Centralised Labour Quarters – CLQ) di Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 dan mana-mana syarat yang ditetapkan oleh PBT. Rasional dan asas kelulusan kerajaan terhadap projek pembinaan asrama warga asing di kawasan penempatan awam antaranya adalah seperti berikut, bagi mewujudkan penempatan yang terancang dan sistematik ditetapkan kepada pekerja asing di kawasan ditetapkan disamping itu

meningkatkan sistem pengawalan keselamatan yang tinggi kepada penghuni asrama dan penduduk di sekitar. Mengurangkan tukar guna bangunan atau premis tanpa kebenaran kerana tindakan ini akan menyebabkan perancangan yang tidak teratur tanpa kawalan dan secara tidak langsung akan menjadi kawasan sesak pekerja asing. Kawalan kesihatan awam dan kebersihan melalui pemusatan penginapan pekerja membolehkan agensi kesihatan menjalankan pemeriksaan dan rawatan berkala bagi mencegah penyakit berjangkit. Di samping memastikan tahap kebersihan yang lebih baik dan memudahkan pengawasan oleh pihak berkuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang. Sekian, terima kasih.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Tambahan Dato' Seri Speaker?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan yang panjang lebar. Namun, soalan tambahan saya, memandangkan Kerajaan Negeri tidak akan lagi menerima permohonan TLQ, Temporary Labour Quarters dengan izin, selepas 31 Disember, apakah tindakan atau mekanisme yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri sekiranya ada masih terdapat majikan atau syarikat yang ingin mengemukakan permohonan selepas tarikh tersebut? Selain itu, adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menukar TLQ sedia ada kepada CLQ, Centralised Labour Quarters secara terus? Jika ya, apakah SOP, garis panduan, atau kriteria yang akan digunapakai oleh Kerajaan Negeri bagi proses penukaran TLQ kepada CLQ? Dan yang terakhir, adakah kapasiti CLQ sedia ada di negeri ini mencukupi untuk menampung bilangan pekerja asing yang kini ditempatkan di TLQ yang tidak lagi dapat melanjutkan pengoperasian selepas 31 Disember 2025? Terima kasih.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Bagan Dalam. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu TLQ dan CLQ, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit penjelasan dan usaha Kerajaan Negeri dalam perkara TLQ dan CLQ. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang membangkitkan isu TLQ dan CLQ, saya rasa semasa ucapan juga ada banyak yang telah sentuh dengan isu TLQ CLQ. Sekiranya boleh saya jelaskan di sini dan saya tidak akan bagi jawapan atau pun jawab dalam semasa penggulungan. Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia@Pulau Pinang buat masa ini sedang peringkat penilaian dan kajian garis panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja di Negeri Pulau Pinang tahun 2022, CLQ. Kerajaan Negeri memang memberi perhatian dan sedang dalam perbincangan untuk mempertimbangkan iaitu daripada TLQ kepada CLQ. Di mana TLQ memang untuk temporary. Mengapa saya kata tempoh tamat untuk permohonan adalah sehingga 31 Disember 2025? Di mana di bawah JTK, Jabatan Tenaga Kerja, satu blok yang dikeluarkan permit di bawah Certificate of Accommodation, iaitu COA adalah 3 tahun. Tarikh kuat kuasa TLQ bermula 1 Januari 2024. Kalau 3 tahun, kita akan tamat pada 31 Disember 2026. Di mana kita bagi setahun lagi untuk buat permohonan iaitu pada tahun ini 2025 kepada sesiapa yang buat permohonan dalam tahun ini akan dapat permit 3 tahun di bawah JTK untuk dapatkan sijil COA bagi pekerja-pekerja yang sah untuk duduk di TLQ. Untuk masa yang akan datang, di mana memang kita sedang membuat penilaian semula tentang kebolehlaksanaan daripada TLQ kepada CLQ. Memandangkan permintaan yang begitu tinggi daripada TLQ kepada CLQ, maka kita akan lihat sekiranya di bawah dalam zon industri yang sedia ada, pembinaan TLQ yang ada di dalam zon industri yang sedia ada kemungkinan kita akan mempertimbangkan di mana sekiranya kita ubah daripada TLQ kepada CLQ di kawasan zon industri, kita tidak akan menjadikan kacau ganggu kepada kawasan perumahan, di mana TLQ kita boleh buat dekat light industry unit masing-masing.

Yang di-Pertua (Speaker)

SOP?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sorry?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat tanya SOP ada?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya nak terangkan TLQ kepada CLQ. Di kawasan zon komersial yang duduk bersama dengan kawasan light industry, kita juga akan mempertimbangkan tetapi kawasan komersial bersama dengan kawasan zon perumahan, kita tidak akan mempertimbangkan daripada TLQ tukar kepada CLQ. Namun, perkara-perkara teknikal seperti plot ratio bangunan, kapasiti, kemudahan asas yang diperlukan, proses permohonan kebenaran merancang masih dalam peringkat perbincangan terakhir dan perlu diperhalusi selanjutnya supaya dapat mewujudkan garis panduan yang inklusif dan berkesan. Di mana Bagan Dalam juga ada soalkan tentang adakah CLQ yang sedia ada dapat menampung bilangan pekerja asing dari TLQ yang tidak dapat melanjutkan pengoperasian.

Untuk makluman semua, sehingga hari ini di bawah pendaftaran warga asing di bawah Jabatan Imigresen Malaysia, terdapat 7 sektor utama yang menempatkan pekerja asing di Negeri Pulau Pinang iaitu sektor perkilangan, pembinaan, perkhidmatan, pembantu rumah asing, pertanian, perladangan dan pembuatan. Sejumlah keseluruhan pekerja asing adalah sebanyak 146,297 orang. Bilangan pekerja asing mengikut jantina lelaki 110,876 orang, bagi jantina perempuan 35,421 orang. Memang kita ambil serius tentang kewujudan CLQ. Perkara isu TLQ dan CLQ, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit penjelasan di mana bagi menghadapi pembangunan yang semakin pesat, peningkatan keperluan bilangan pekerja asing di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri adalah dalam kajian meneliti Garis Panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja di Negeri Pulau Pinang tahun 2022. Tujuan kajian ini adalah untuk membantu majikan atau syarikat supaya dapat menyediakan tempat penginapan pekerja atau CLQ di tempat yang sesuai seperti di zon industri atau pun zon komersial yang tadi saya telah jelaskan. Dengan itu pihak majikan dan syarikat dapat menempatkan pekerja asing sendiri di satu tempat yang dekat dengan tempat kerja bagi mengurangkan isu sosial dan isu trafik. Seperti mana yang saya jelas tadi, saya ingin menekankan sekali lagi bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak tanpa berkompromi dalam perihal kesejahteraan rakyat Negeri Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, buat masa kini terdapat 4 projek CLQ di MBPP dan 19 projek CLQ di MBSP. Ini termasuk CLQ dalam pengoperasian, dalam pembinaan, dan telah memperolehi kelulusan kebenaran merancang. Di kawasan pentadbiran MBPP, terdapat 3 buah CLQ dalam pengoperasian, 1 projek CLQ yang telah dapat kelulusan kebenaran merancang dan tiada projek CLQ dalam pembinaan pada setakat ini. Manakala kawasan pentadbiran MBSP, terdapat 3 CLQ dalam pengoperasian, 7 projek CLQ dalam pembinaan dan 9 projek CLQ telah memperolehi kelulusan kebenaran merancang. Dengan CLQ yang sedia ada yang akan wujud pada masa yang akan datang serta pindaan garis panduan berdasarkan keperluan dan kepentingan semua pihak, Kerajaan Negeri yakin bahawa pihak majikan dan syarikat dapat menyediakan tempat penginapan pekerja yang sesuai kepada pekerja-pekerja masing-masing tanpa menimbulkan isu-isu sosial dan trafik. Ya, Pulau Betong.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Adakah sebarang sesi libat urus atau rundingan awam telah diadakan bersama penduduk sebelum projek ini diluluskan dan adakah Kerajaan Negeri bersedia membatalkan projek ini kerana mendapat bantahan terbuka daripada masyarakat termasuk daripada ADUN Bayan Lepas sendiri tidak bersetuju projek ini dilaksanakan. Dan adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memindahkan projek ini ke Pulau Silikon. Ini juga cadangan daripada ADUN Bayan Lepas. Terima kasih. (Dewan Ketawa).

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Kalau, kalau merujuk soalan yang dibangkitkan oleh Pulau Betong, saya rasa Pulau Betong selalu ulang. Soalan yang ditanya adalah balik kepada soalan ataupun ucapan semasa last sidang Dewan yang lepas. Saya boleh jawab Pulau Betong. Segala permohonan, seperti apa yang saya tadi bangkitkan, semasa permohonan untuk mewujudkan CLQ, proses-proses iaitu SOP perlu dilaksanakan. Mereka perlu mengadakan SIA, EIA di kawasan masing-masing. Dan kalau Pulau Betong berasa seperti, saya nak bangkit semula apa yang saya pernah tegur, di mana adakah Pulau Betong bersetuju, rumah sebelah anda duduk dengan warga-warga asing yang berjiran dengan Pulau Betong. Adakah Pulau Betong bersetuju dengan saya warga-warga asing harus ditempatkan di kawasan yang terdapat kawalan yang sistematik. Untuk soalan yang dikatakan untuk

memindahkan atau mewujudkan CLQ di Pulau Silikon Island, saya rasa buat sementara waktu tidak ada perancangan. Dan Pulau Betong tadi dah tanya adakah Kerajaan Negeri untuk menarik balik, betul kan. Batalkan. Ini pun saya pernah jawab, kalau boleh, boleh rujuk hansard sidang Dewan yang lepas, di mana Kerajaan Negeri tiada hak untuk menarik balik sekiranya kelulusan KM telah diluluskan. Maka segala proses kita perlu ikut semua-semua proses. Di mana KM di bawah Syarikat Chong Company kan yang dimaksudkan. Memang KM. Permohonan Kebenaran Merancang bagi cadangan mendirikan satu blok asrama di bawah Tetuan Chong Company telah diluluskan pada 29 November 2023. Tertakluk kepada syarat-syarat, pelanjutan pertama Kebenaran Merancang telah diberikan dari tarikh 29 hari bulan November 2024 dan tarikh akan luput pada 28 hari bulan November 2025. Pemohon telah mengemukakan permohonan pelanjutan yang kedua pada 22 hari bulan Oktober 2025. Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat OSC pada diadakan pada 12 hari bulan November 2025 telah mempertimbangkan pelanjutan yang kedua diberi dari tarikh 29 hari bulan November 2025 dan akan luput pada 28 hari bulan November 2026.

Sekiranya dalam tempoh ini tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak, Kebenaran Merancang yang akan, yang diberikan akan luput. Okey, dan saya juga ingin maklum kepada Pulau Betong, di mana Pulau Betong pernah lihat ke KM yang telah diluluskan. Dengan syarat-syarat pemaju perlu memenuhi kalau Pulau Betong nak KM ini, saya boleh bagi peta ini. Dan jangan selalulah dok tanya ulang alik, ulang alik soalan yang pernah ditanya last sidang. Saya sebenarnya, saya dah tangkap apa yang Pulau Betong nak cakap. So, Pulau Betong boleh datang pejabat saya kita boleh bincang untuk saya boleh bagi penjelasan tentang kaedah-kaedah setiap permohonan untuk mewujudkan penginapan CLQ di Negeri Pulau Pinang. Saya boleh bagi terangkan. Dan seperti saya nak tanya Pulau Betong, adakah Pulau Betong setuju kalau kita tiada kawalan pekerja-pekerja warga asing yang duduk jalan di sekeliling rumah Pulau Betong. Kita tak setuju betul kan. Adakah anda bersetuju dengan saya bahawa dengan kewujudan CLQ akan membantu kita untuk mengawal masalah sosial, masalah keselamatan, dan kesihatan yang penting ya. Di mana semasa MCO, PKP, kalau ada CLQ, kita akan dapat menjaga lebih selamat. Dan rakyat Pulau Pinang akan dalam kehidupan yang sejahtera.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Okey, Terima kasih, Dato’ Seri.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ada lagi?

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Jadi masalah sekarang ni, seluruh masyarakat daripada pengerusi kariahnya sampailah rakyat tak bersetuju. Masalah itulah. Semua peringkat tak bersetuju. Semua parti tak bersetuju. Jadi kenapa kerajaan masih mengekalkan di Teluk Kumbar. ADUN sendiri tak setuju. Tapi kita, kita harap pindah tempat lainlah. Kenapa kita nak paksa rakyat terima.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Pulau Betong, saya ulang sekali lagi. Kelulusan KM telah lulus. Segala prosedur perlu ikut. Kalau Pulau Betong rasa tak setuju dengan projek ini, Pulau Betong masa itu boleh angkat, buat rayu kepada Lembaga Rayuan. Dan saya faham, memang saya dah terima juga memo daripada Pejabat Ketua Menteri pada 13 hari bulan November. Memang saya faham. Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Pekerja Asing di Teluk Kumbar. Jawatankuasa ini pun jumpa saya berapa kali. Semasa sebelum ini adalah dua permohonan, dan satu sudah tarik balik. Betul kan. Dan satu lagi, sekiranya KM dah lulus, kita perlu tunggu Syarikat Chong Company untuk memenuhi segala syarat-syarat. Ataupun dengan sudi hati, dia tarik balik. Pulau Betong jangan paksa Kerajaan Negeri untuk tarik balik, untuk mereka untuk batalkan, tak boleh. Kita kena ikut prosedur. Setuju saya, Bayan Lepas, Timbalan Speaker, Dato'. Setuju ah. Memang ada. Memang kita ambil perhatian. Memang kita ambil berat tentang isu ini. Semua surat yang disalurkan kepada Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, memang CM, Pejabat CM telah memo kepada pejabat saya untuk bertindak selanjutnya. Memang kita ambil berat tentang isu-isu ini. Oleh sebab itu saya dah kata, tadi saya dah tunjuk layout KM ini. Pemaju perlu tunaikan syarat-syarat di bawah telah disyaratkan semasa Jawatankuasa OSC. Boleh Pulau Betong. Terima kasih. Thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Semua sudah ditanya. Habis soalan tambahan.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Dato' Seri Speaker, soalan saya 27.

No.27 Nyatakan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan Kerajaan Negeri

untuk memperkasakan golongan wanita di Pulau Pinang khususnya dalam

bidang keusahawanan, kepimpinan komuniti dan pembangunan

sosioekonomi.

(a) Berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan bagi program

pembangunan wanita serta mekanisme pemantauan keberkesanan

program tersebut.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih pada soalan yang dikemukakan oleh Sungai Puyu, bagi memperkasa golongan wanita di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) sentiasa komited melaksanakan pelbagai inisiatif yang menyokong pembangunan wanita khususnya dalam tiga bidang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, saya takut nanti glass terjatuh nanti, pecah.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Oh, okey.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tolong angkat turun sat.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, dalam tiga bidang utama, iaitu keusahawanan, kepimpinan, serta pembangunan sosio ekonomi. Pertama, dalam bidang keusahawanan, Kerajaan Negeri melaksanakan program Penang Women Entrepreneurs Mentoring Program atau Pen Mentor yang memberi latihan keusahawanan, bimbingan mentor, kelas pemasaran digital, serta peluang rangkaian perniagaan. Program ini dijalankan bersama NGO serta rakan strategik seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Digital Penang yang turut menyumbang dana dan kepakaran bagi memperkukuh keberkesanan program. Selain itu, program Wanita Jana Rezeki dan JPWK memberi tumpuan kepada latihan pengurusan projek, kewangan dan pemasaran kepada wanita di peringkat akar umbi. Sebagai contoh, Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) Bukit Tengah berjaya memperoleh dana sebanyak RM100 ribu di bawah inisiatif Sejati Madani bagi menubuhkan Pusat Komuniti The Garden yang kini menjadi platform wanita setempat menjana pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan keluarga.

Kedua, dalam bidang kepimpinan komuniti, Kerajaan Negeri terus memperkukuh peranan JPWK di setiap kawasan DUN sebagai jentera pelaksana di peringkat akar umbi. Ahli JPWK dilatih untuk merancang dan melaksanakan projek komuniti, latihan kemahiran, serta aktiviti kesedaran sosial yang dapat memperkasakan wanita dan keluarga setempat. Tambahan pula, beberapa JPWK telah berjaya membuktikan keupayaan mereka melaksanakan projek yang berimpak tinggi hasil daripada latihan dan bimbingan yang diterima di bawah PWDC.

Yang ketiga, dalam bidang pembangunan sosio, ekonomi dan politik, PWDC dengan kerjasama Persatuan Komuniti Literasi Pulau Pinang (Peniti) akan menganjurkan program Kepimpinan Wanita Elit dalam Politik, iaitu We Lead, platform latihan intensif untuk melahirkan pemimpin wanita berpotensi dalam dasar awam, komunikasi strategik dan tadbir urus baik. Program We Lead telah berjaya memperolehi dana Program Perantis Kepimpinan Wanita (Perantis) sebanyak RM50 ribu ringgit malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk pembiayaan program ini.

Selain itu, Program Sidang Wanita Pulau Pinang yang kini memasuki tahun keenam terus menjadi platform latihan kepimpinan bagi wanita memahami secara langsung proses perbahasan dan penggubalan dasar di Dewan Undangan Negeri. Menariknya, model Sidang Wanita ini turut dijadikan contoh oleh beberapa negeri lain untuk diguna pakai di peringkat masing-masing. Bagi tahun 2025, jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi program pembangunan wanita yang dilaksanakan PWDC ialah RM654,840 ringgit di mana RM413,440 ringgit merupakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang manakala selebihnya disumbangkan oleh agensi Negeri serta Kerajaan Persekutuan bagi memperluas capaian dan impak program.

Dari segi pemantauan keberkesanan, PWDC menjalankan penilaian secara berterusan melalui maklum balas peserta, laporan pelaksanaan, serta hasil impak ekonomi komuniti. Maklumat yang diperoleh digunakan untuk menambah baik reka bentuk program dan memastikan setiap inisiatif benar-benar memberi manfaat kepada wanita, keluarga dan masyarakat di Pulau Pinang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Dato' Seri Speaker, soalan tambahan. Nampaknya banyak usaha telah dijalankan dari segi pemerkasaan wanita dalam ekonomi dan kepimpinan. Tahniah Sungai Pinang. Bagaimana pula usaha Kerajaan Negeri dalam ekonomi penjagaan atau care economy. Dan apakah indikator prestasi utama (KPI) yang digunakan bagi menilai keberkesanan program pembangunan wanita agar tidak sekadar bersifat simbolik atau program tahunan semata-mata. Thank you.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Sungai Puyu yang prihatin dan mengambil perhatian tentang ekonomi penjagaan. Jadi, ekonomi penjagaan merupakan satu yang sungguh pentinglah dia mempunyai dua faktor, dua objektif yang utama. Iaitu pertama, ia membuka ruang, membuka ruang dan membuka peluang kepada golongan wanita berkecimpung dalam

industri penjagaan, dan kedua apabila industri ini lebih matang ia membolehkan wanita terus bekerja sebab ada ekosistem yang lebih menyokong. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang mengemaskini garis panduan yang lebih mesra pengusaha untuk mendorong lebih ramai pengusaha mendaftar taska, tadika, dan pusat jagaan. Dengan adanya kemudahan seperti ini, ia akan membolehkan ibu bapa menghantar anak-anak ke pusat-pusat tersebut dengan hati yang lebih senanglah. Dan saya ingin tegaskan di sini bahawa penjagaan anak-anak dan warga emas perlu dipikul. Kalau untuk anak-anak, adalah perlu dipikul oleh ayah, ibu, kalau untuk warga emas juga untuk oleh anak lelaki dan anak perempuan juga. Bukan sahaja dipikul oleh ibu dan anak perempuan semata-mata. Tanggungjawab tersebut mesti berkongsilah iaitu tanggungjawab bersama-sama. Dan langkah seterusnya adalah melihat kepada sumber-sumber manusia yang terlatih. Untuk ini Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan sektor swasta dan NGO dalam membina talent pool untuk ekonomi penjagaan.

Dan untuk soalan tentang indikator prestasi utama. Okey, yang pertama, bagi JPWK pengukuran keberkesanan dilakukan melalui pembangunan kapasiti yang berterusan. Latihan kepimpinan, perancangan projek komuniti dan pemantauan secara berkala dilaksanakan melalui mesyuarat rutin bersama dengan Ahli JPWK. KPI utama meliputi tahap peningkatan kemahiran kepimpinan, keupayaan merancang dan melaksanakan projek komuniti yang berimpak serta kadar penyertaan aktif ahli dalam aktiviti pembangunan setempat. Yang kedua bagi program sidang wanita, satu kajian impak lima tahun telah dijalankan baru-baru ni untuk menilai hasil jangka panjang program tersebut dan hasilnya menunjukkan 86% peserta melaporkan peningkatan minat terhadap politik dan proses-proses demokrasi manakala 84% peserta menyatakan mereka mempelajari kemahiran yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian. Jadi kesan positif dan lain yang dikenal pasti termasuk peningkatan penyertaan wanita dalam JPWK serta dalam organisasi serta pelantikan beberapa peserta ke jawatan kepimpinan di dalam organisasi masing-masing.

Selain itu maklum balas dikumpulkan setiap tahun dan digunakan untuk menambah baik modul program secara berterusan. Para alumni sidang wanita juga turut menubuhkan sebuah NGO sebagai platform untuk memastikan kesinambungan sumbangan mereka kepada pembangunan wanita di negeri ini iaitu satu indikator jelas bahawa program tersebut menghasilkan impak jangka panjang. Jadi ketiga bagi Program PENMentor, kaedah pengukuran dilakukan melalui penilaian pra dan pasca penyertaan menti. Antara indikator yang dinilai ialah peningkatan hasil jualan dan pengembangan perniagaan. Secara purata peserta mencatatkan peningkatan jualan 30% setelah menamatkan program. Selain itu

terdapat menti yang bergabung usaha iaitu joint venture untuk mengembangkan perniagaan dan mentor-mentor terus memberikan bimbingan walaupun selepas program tamat. Dan program ini turut diperkemas dari semasa ke semasa bagi memastikan ia selari dengan perkembangan alat pemasaran terkini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Telok Bahang. Sila.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Terima kasih ya terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 29.

No.29 Penamaan jalan-jalan kampung yang dinamakan tanpa ada asas asas yang

mantap menyebabkan kekeliruan kepada penduduk kampung.

(a) Apakah kriteria yang perlu diambil bagi menamakan jalan-jalan

kampung? Contohnya "Jalan Pening Lalat" yang tidak relevan.

Yang di-Pertua (Speaker)

First time jawab.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Telok Bahang, Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker. Penamaan jalan-jalan kampung adalah termasuk dalam kategori nama geografi iaitu kata nama khas atau istilah yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu entiti geografi sama ada semula jadi atau buatan manusia yang mempunyai identiti dan nilai budaya tersendiri. Nama jalan kampung bukan sahaja berfungsi sebagai penanda lokasi tetapi turut mencerminkan identiti, warisan dan budaya masyarakat setempat di sesuatu kawasan. Piawaian nama geografi penting untuk ketepatan dalam sistem komunikasi, pengangkutan, carta dan peta, di samping mencerminkan identiti, budaya, warisan serta landskap setempat. Di peringkat Negeri Pulau Pinang, Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Malaysia Edisi Tahun 2025

menjadi sumber rujukan utama kepada Jawatankuasa Negeri Nama Geografi (JNNG) dalam menentukan dan memutuskan nama geografi bagi sesuatu kawasan termasuk nama jalan kampung. Garis panduan ini disediakan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi di bawah naungan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sebagai inisiatif pembangunan infrastruktur data geospatial negara.

Selain itu, Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Tahun 2018 turut digunakan sebagai sumber rujukan tambahan dalam penentuan nama geografi tertentu. Bagi tadbir urus pengurusan nama geografi di peringkat Negeri Pulau Pinang, terdapat dua (2) jawatankuasa yang ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Negeri Nama Geografi dan Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Negeri yang bertujuan untuk menyelaras dan melaksanakan penentuan nama geografi termasuk jalan kampung di peringkat negeri. Berdasarkan garis panduan yang sedia ada, Ahli-ahli JNNG dan Ahli JTNGN juga terdiri daripada wakil dari semua Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab berkaitan jalan kampung. Sebarang permohonan baharu bagi menentu nama geografi hendaklah terlebih dahulu dipertimbangkan di peringkat JTNGN sebelum diperakukan dan disyorkan oleh JNNG untuk diangkat ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi kelulusan. Nama geografi yang telah diluluskan oleh MMKN seterusnya perlu digazetkan bagi mengesahkan statusnya di sisi undang-undang serta diiktiraf sebagai nama rasmi oleh Kerajaan Negeri. Selain itu, maklumat kelulusan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi di peringkat Persekutuan untuk tujuan pengemaskinian dalam Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan. Kriteria yang dipertimbangkan bagi tujuan penamaan geografi termasuk nama jalan kampung adalah seperti berikut sebanyak 21 prinsip yang telah digariskan dalam garis panduan tersebut.

Akhirnya, sekiranya terdapat penamaan nama jalan kampung yang dikategorikan sebagai tidak sesuai, yang pihak Yang Berhormat atau melalui Ketua-ketua Komuniti seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bolehlah memanjangkan aduan atau cadangkan permohonan pertukaran nama jalan kepada PDT atau Pejabat Daerah yang terlibat masing-masing. Dan seterusnya pihak JNNG akan membuat proses penilaian dan kelulusan. Dan terima kasih untuk Telok Bahang.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Terima kasih Yang Berhormat di atas penerangan. Cuma saya nak tahu siapakah yang boleh membawa ataupun menyokong sesuatu nama tu selain daripada ketua masyarakat, Yang Berhormat ataupun Pengerusi Qariyah? Sebab apa terdapat nama-nama yang amat mengelirukan diletakkan di nama jalan-jalan kampung. Terima kasih.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Saya rasa kalau ada sebarang perubahan ataupun pertikaian daripada pihak Yang Berhormat atau pihak Komuniti Kampung boleh bawa kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah akan bawa ke Jawatankuasa Negeri untuk dibincangkan. Dan kita kena ikutlah sejarah nama kampung yang lama Pening-Pening Lalat. Kemungkinan P. Ramlee ada buat berlakon kat situ dan sebagainya. Jadi terima kasih. Benda yang mudah sangat. Jadi kita ada jawatankuasa yang boleh kita uruskan secara rasmi. Insya-Allah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ni Telok Bahang. Saya nak tanya soalan ni. Yang Berhormat quote satu jalan nama yang saya pun interesting. Jalan Pening Lalat. Jalan Pening Lalat itu kat mana?

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Dato’ Seri yang di-Pertua, sebab nama ini telah diwujud sebelum saya memegang jawatan sebagai Yang Berhormat. Jadi inilah yang masalahnya timbul. Bila... (gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Dekat Telok Bahang?

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Diorang refer kepada saya. Saya sendiri pun tak tahu sebelum ni. Jadi bila saya buat check, checking baru tahu ada nama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Memang ada?

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Tapi itulah yang saya tanyakan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, ya. Betul.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Praktikalnya nama-nama ni diberikan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jalan Pening Lalat. Saya tahu pening YB tau lah...(gangguan)

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Lagu Ahmad Albab, Kampung Pening Lalat (tidak jelas) kemungkinan itu sejarah ada situ. Sebab tu P. Ramlee berlakon. Jadi masa tu, YB tak jadi YB lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Jangan asyik tukar. Ini ada sejarah. Tadi saya pula baru tahu ada Sungai Orang Putih. Ada ar? Ada. Banyak la. Yang ni semua mungkin semua ada sejarah yang tertentu. Jangan, okey. Seterusnya Bukit Tambun. Sila.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Dato’ Seri. Soalan saya soalan no.30.

No.30 Huraikan kemudahan sedia ada kompleks kargo di LTAPP.

(a) Huraikan jumlah metrik tan kargo dan nilai eksport yang dikendalikan

oleh LTAPP serta syarikat penerbangan kargo yang terlibat.

(b) Huraikan projek Penang International Logistics Aeropark (PILA).

(c) Huraikan MoU yang ditandatangani antara PDC dengan FedEx dan

DHL.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera, Dato’ Seri Speaker dan kepada semua rakan saya. Terima kasih kepada Ahli Bukit Tambun atas soalan yang diajukan iaitu berkenaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Apakah jumlah metrik tan kargo dan nilai eksport yang dikendalikan olehnya dan apakah projek, status projek Penang International Logistics Aeropark ataupun dikenali sebagai PILA, Dato' Seri dan juga MOU yang telah ditandatangani antara PDC dengan FedEx dan DHL di terminal kargo tersebut di LTAPP, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dato’ Seri Speaker, ingin saya nyatakan bahawasanya antara kemudahan yang terdapat di Free Commercial Zone (FCZ) adalah seperti berikut, nombor satu Gudang Penyimpanan (Warehouse) untuk kegunaan eksport, import, dan kargo transshipment dan ia dilengkapi sistem kawalan suhu (cold room) untuk barangan sensitif haba di Kargo Terminal Operator.

Nombor dua Kemudahan logistik iaitu penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan syarikat kargo seperti MAB Kargo, Pos Aviation, DHL, FedEx also UPS and many companies, Dato’ Seri. Syarikat-syarikat ini juga menyediakan kawalan keselamatan dan mesin pengimbas di setiap gudang masing-masing.

Nombor tiga Sistem EFCZ iaitu satu sistem elektronik untuk pemantauan keluar masuk barangan mengikut Akta Zon Bebas yang memerlukan pengisytiharan rasmi bagi barangan yang dikenakan cukai. Ia berlaku dalaman, Dato’ Seri.

Nombor empat Perkhidmatan dari Bahagian Kastam dan Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkaitan pengesahan borang dan pemantauan barang keluar dan masuk di kawasan zon juga in-house berlaku di dalam.

Nombor lima Kemudahan infrastruktur yang merangkumi akses ke apron untuk pengendalian kargo udara, sistem keselamatan 24 jam (Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan kawalan akses) dan sistem Visitor Management System (VMS).

Nombor enam Perkhidmatan sokongan seperti freight fowarders, agensi pengangkutan dan syarikat kurier.

Nombor tujuh Pintu Masuk Kawalan FCZ yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Aviation Security (AVSEC) di bawah Malaysia Airports Sdn. Bhd. dengan melaksanakan pemeriksaan di kawasan Pintu Masuk Utama.

Dato’ Seri Speaker, jumlah kargo yang dikendalikan di Lapangan Terbang Pulau Pinang setakat bulan September 2025 adalah sebanyak 130,896 metrik tan. Jenis kargo utama yang dijalankan oleh pihak Terminal Operator adalah terdiri daripada barangan elektronik dan semikonduktor, it's a majority of it, peralatan perubatan, komponen automotif dan penghantaran ekspres. Dan pengukuran nilai eksport yang terlibat, Dato’ Seri adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Antara syarikat penerbangan yang mengendalikan kargo di LTAPP adalah MASKargo, as I've said just now, DHL, FedEx, UPS, Cargolux Airlines, China Airlines, Korean Airlines, Air Hong Kong, Cathay Pacific Cargo, Eva Airways, Cargo Express, My Indo Airlines and Transmile Air.

Dato’ Seri Speaker, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan melancarkan satu projek hab logistik udara, that's what the question was just now, iaitu Penang International Logistic Aeropark or we we we call it PILA. Selepas perjanjian usaha sama antara mereka dengan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan. Pada masa ini, perjanjian tersebut berada di peringkat almost completion dan dalam proses kelulusan Lembaga Pengarah MAHB. PILA merupakan Dato’ Seri Speaker, satu inisiatif strategik pembangunan oleh PDC untuk perkukuhkan ekosistem industri logistik udara dan menyokong pertumbuhan sektor perindustrian berteknologi tinggi di Pulau Pinang.

Dan ia terletak di atas tanah milik PDC iaitu di Mukim 12, daerah Barat Daya di kawasan Bayan Lepas yang adalah seluas 79.32 ekar. That is the lot bersebelahan LTAPP iaitu the airport dan tanah itu melibatkan ataupun adalah berstatus pajakan kepada MASB dan which is satu anak syarikat di bawah MAHB dan kolaborasi antara MAHB and PDC akan membincangkan juga isu berkaitan tanah dengan lebih terperinci.

Anggaran kos pembangunan projek ini sedang dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak dengan proses value engineering ataupun value management yang sedang dijalankan bagi memastikan kos pembangunan yang optimum. Dan Dato’ Seri Speaker, berdasarkan kajian kebolehlaksanaan iaitu feasibility study yang telah siap pada 2023, PDC telah terima kelulusan daripada Ministry of Transport, Kementerian Pengangkutan melalui surat bertarikh 7 Jun 2024. And the seiring itu, mereka PDC telah ambil langkah-langkah proaktif untuk mendapat semua kelulusan teknikal yang diperlukan termasuk number one, penilaian impact alam sekitar, EIA. Number two, penilaian impact traffic or TIA dan nombor tiga, penilaian impact social iaitu SIA dan juga Pelan Kebenaran Merancang yang telah diluluskan, saya difahamkan pada 25 Ogos.

Selain itu Dato’ Seri Speaker, tender bagi kerja tanah untuk keseluruhan projek PILA ini di peringkat penilaian dan dijangka akan kita dapat mulakan pada awal tahun depan iaitu 2026. Kedudukan strategik PILA akan menjadikannya sebuah hab logistik bersepadu iaitu Integrated Logistics Hub (dengan izin) yang menghubungkan aktiviti eksport dan import dan sekaligus meningkatkan keupayaan pengendalian kargo udara serta memperkukuh daya saing Pulau Pinang sebagai pusat logistik serantau. Keseluruhan cadangan pembangunan PILA ini akan digazetkan Dato’ Seri Speaker, sebagai Free Commercial Zone (FCZ) dan akan menjadi pelengkap kepada FCZ sedia ada yang ada di kawasan Bayan Lepas.

Dan bagi menjayakan pembangunan ini, PDC dan MAHB telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman pada Januari 2025 untuk pelaksanaan Tier 1 projek iaitu pembangunan gudang terminal kargo, Cargo Terminal Warehouse (dengan izin) yang terletak berhadapan dengan apron lapangan terbang. Sementara itu Dato’ Seri Speaker, Tier 2 dan Tier 3 yang melibatkan gudang sokongan, Supporting Warehouses akan dibangunkan oleh PDC bagi melengkapkan PILA sebagai hab logistik yang bersepadu.

Dato’ Seri Speaker, selain itu, kerjasama strategik dengan syarikat logistik global turut dirancang bagi memastikan pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar serta mampu menarik pelaburan langsung iaitu FDI dalam sektor perindustrian. Secara keseluruhannya Dato’ Seri Speaker, PILA akan jadi pemangkin utama kepada transformasi rantaian bekalan, supply chain transformation dan kemudahan infrastruktur pengangkutan selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030.

Syarikat FedEx dan DHL merupakan dua (2) pemain utama dalam industri logistik udara antarabangsa yang telah beroperasi, Dato’ Seri Speaker, sekian lama di Pulau Pinang. They are the biggest in the world and they are here, present. Dan kedua-dua syarikat ini telah menyatakan minat dan komitmen untuk menjadi sebahagian daripada pembangunan projek PILA yang akan dilaksanakan oleh PDC. Dan bagi memperkukuhkan komitmen tersebut Dato’ Seri Speaker, PDC bersama FedEx dan DHL telah mengadakan majlis pertukaran MoU pada 24 September 2025 sempena Ekspo di Osaka 2025 di Jepun. Di mana saya sendiri kita hadir dan mereka dalam MoU tersebut yang ditandatangani itu, mereka telah menunjukkan minat mereka, kedua-dua FedEx dan DHL, untuk menyewa ruang dalam bangunan Tier 1 yang akan dibangunkan oleh PDC yang melibatkan gudang terminal yang saya nyatakan tadi berhadapan dengan apron LTAPP.

Nombor dua, mereka hendak menjalin kerjasama strategik bagi menjadikan PILA sebagai hab logistik serantau yang mampu meningkatkan kapasiti, kecekapan dan daya saing sektor logistik udara di Pulau Pinang dan selaras dengan pembesaran terminal penumpang LTAPP. Nombor tiga Dato’ Seri Speaker, meneruskan perbincangan antara pihak-pihak terlibat berhubung terma-terma komersial termasuk kadar sewaan, keperluan operasi serta aspek teknikal pembangunan gudang dan juga untuk menetapkan satu tempoh sah MoU selama 6 bulan dengan kemungkinan lanjutan sekiranya diperlukan bagi membolehkan penyelarasan lanjut dilaksanakan dengan lebih terperinci.

Dato’ Seri Speaker, secara keseluruhannya pemeteraian MoU ini mencerminkan keyakinan syarikat logistik global terhadap potensi PILA sebagai projek strategik yang akan memperkukuh ekosistem logistik udara dan perdagangan antarabangsa Pulau Pinang dan sekaligus menyumbang dan menyokong terhadap pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh. Terima kasih Dato’ Seri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, tak cukup lagi jawapan.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Panjang, panjang lebar sudah. Okey. Carry on.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey, terima kasih Dato’ Seri. Terima kasih kepada Datok Keramat memberi jawapan yang begitu komprehensif. Dan kita sedia maklum sebelum kita memasuki Jambatan Kedua, kita dapat melihat City Zone Express, PKT Logistic. Sejurus mendarat di Batu Maung, kita dapat lihat DHL di kiri kanan dan juga Nippon Express. Dan kini FedEx, DHL pula akan membangunkan pusat logistik dan kargo bersepadu. Nama-nama yang disebutkan oleh saya tadi adalah tanah-tanah yang dijual oleh PDC. Dan kini, PDC pula meneroka untuk terlibat dalam pembinaan logistik hab. Tahniah kepada PDC. Kehadiran syarikat logistik multinational ini memperkukuhkan lagi ekosistem industri dan perdagangan negeri sejajar dengan Pulau Pinang mencatat eksport sebanyak RM431 bilion mewakili 31.4 daripada jumlah eksport Malaysia.

Persoalannya, selain daripada bayaran cukai tanah kepada Kerajaan Negeri dan bayaran cukai taksiran kepada PBT-PBT, adakah Kerajaan Negeri mempunyai ruang untuk mendapatkan hasil baru daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga Kompleks Kargo yang telah mengendalikan nilai eksport sejumlah RM431 bilion pada tahun 2024. Dan soalan kedua, mohon Yang Berhormat Datok Keramat untuk menerangkan lebih teliti lagi mengenai Free Commercial Zone yang agak baru buat saya. Terima kasih.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Ya, terima kasih kepada rakan saya daripada Bukit Tambun atas soalan yang ditanyakan. Dua soalan tambahan tersebut. Yang pertama, first of all, ingin saya nyatakan pada Dato’ Seri Speaker dan juga Bukit Tambun. Di Pulau Pinang, kita merupakan satu negeri industri bersandarkan sains dan teknologi yang begitu pesat dan lebih terus berkembang sahaja. Kiraan kita sekarang sahaja Dato’ Seri Speaker, kita ada 450

multinational company and that is a, an old count actually, (dengan izin) mungkin dekat 500 sekarang mungkin. Dan kiraan kita juga 7,000 lebih SME dari seluruh sudut dunia berada di Pulau Pinang beroperasi di sini, bertapak di sini. We talk about Bayan Lepas, if you talk about Bayan Lepas, 55 tahun, Dato’ Seri Speaker.

Dan bukan Bayan Lepas saja, kita sekarang ada Batu Kawan. Batu Kawan ada tiga (3) fasa. Dua sudah beroperasi. Kita pergi pula ke Utara, Seberang. Di Bertam juga sudah pun beroperasi dua (2) daripada tujuh (7) fasa yang ada di situ. Now, all these companies perlu, mereka bukan buat produk Dato’ Seri Speaker, untuk berada di sini. Mereka perlu ada logistik udara antarabangsa seperti FedEx, DHL untuk hantar barangan mereka ke seluruh sudut dunia. And of course, your question is, how can we get more income. Yes, we know itu adalah satu perkara yang penting. Tetapi sememangnya semua industri-industri kalau saya boleh nyatakan sebegitu rupa, mereka sememangnya perlu bayar ke kepada Kerajaan Negeri dan PBT juga. That happens.

Dan oleh yang demikian, apa yang kita buat Dato’ Seri Speaker, adalah buka lebih ruang. That's a reason why we are moving from Bayan Lepas, we are going to the mainland side because that is ready. And I mean the land is there, so we can do that. And that is happening. I, one day, and I know that's going to happen, but it will take time. We talk about Silicon Valley, there was a question just now, that's going to be a hub. The first, the first island is going to be industrial, very very industrialize, industrialized based (dengan izin) Dato’ Speaker. Of course, there will be commercial and residential too. But we don't want to wait for that. Kita tak boleh tunggu untuk itu, kerana kita hendak buka ruang kerana ramai yang hendak datang. Tadi, Ketua Menteri saya telah nyatakan berkenaan minat daripada Amerika Syarikat. Now, saya boleh nyatakan minat daripada India. Mereka telah bertemu dengan kita. Minat daripada China.

Dato’ Seri Speaker, Ketua Menteri kita telah pun pergi ke China juga. I mean, these are the big, big giant players in the world who want to come here. One and a half billion, RM1.4 billion India and China masing-masing. We are talking about Europe. Eropah pun telah jumpa saya. Daripada UK sampai Rusia telah jumpa saya. Mereka hendak datang ke sini. Dan apabila mereka datang dan buat pelaburan itu, maka Kerajaan Negeri dan PBT kita sememangnya akan dapat hasil, number one. Your second question now.

Yang di-Pertua (Speaker)

FCZ. Free Commercial Zone.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

The Free Commercial Zone. Yes, yes, yes. The Free Commercial Zone will include apa yang saya nyatakan tadi, the cargo hub which already is existing. Now, in fact just for information, when we talk about the FCZ, the big players like DHL and FedEx, we have met them. I've met them. With my Chief Minister also I've met them, I understand. Now they, they are intend for information to expand their operation because it has become too small. In fact, Dato’ Seri Speaker, one interesting point, I just want to just inform everyone. You know, bertapa tertarik mereka dengan pelaburan yang datang sehingga mereka sedang on the FCZ bincang dengan MHB untuk lebarkan LTAPP. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang cargo side. I'm just finishing. Why because the cargo that they are sending out because of the products that is so immense now cannot dimuat di dalam kapal terbang yang boleh land, if I can say in the in their cargo airport. They want, now what is happening Dato' Seri Speaker, the air aircraft is the 747 and the 767 the biggest. But they have the bigger one which is around the world they use now for cargo is the triple 7. So, they are asking MHB to work for that. So, when you ask me the question berkenaan FCZ, apa itu. Itu bermaksud kawasan di mana Hab Logistik Udara Antarabangsa itu dapat kita kembangkan if I can say. That is what a FCZ is and that is where it is already existing, in fact, I'm just saying that we are going to actually expanding exponentially, in fact. And we are in discussions and the will see how that goes. Itu saja, Dato' Seri Speaker. Thank you very much.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk soalan lisan, 1 jam 30 minit sudah pun tamat selaras dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Undangan Negeri.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ya, Dato' Yang di-Pertua, Dato' Seri Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan Tahun 2026 Dan Usul Anggaran Pembangunan TahunBill

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi dan saya juga ingin memohon di bawah Peraturan 6A (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, supaya masa persidangan hari ini, 18 November, Selasa, dilanjutkan sehingga jam 6:30 petang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sokongan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan Usul di bawah Peraturan 6A (1) untuk kita melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 18 November 2025, hari Selasa, dilanjutkan sehingga jam 6:30 petang. Maka, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, katakan tidak. Usul dipersetujui semua. Maka, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi perbahasan dan saya nak mempersilakan ya Air Putih. Sila.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih. Dato' Seri Yang di-Pertua, atas peluang yang diberikan untuk membolehkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026 dalam Dewan yang Mulia ini.

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Belanjawan Negeri 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dengan anggaran defisit terendah sebanyak RM19.92 juta dengan harapan saya agar ia dapat kembali balik kepada bajet berlebihan sebenar yang dicatatkan sebelum tahun 2019. Di mana zaman itu, bajet sebenar selalunya mencatatkan berlebihan berbanding dengan anggaran defisit.

Dato' Seri Yang di-Pertua, perbelanjaan sebenar adalah lebih penting daripada anggaran bajet dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti pertumbuhan ekonomi yang boleh meningkatkan hasil dan pengawalan kos yang telah pun ditetapkan oleh bajet ini. Perbelanjaan mengurus sudah dipastikan, hanya tinggal hasil pendapatan yang banyak bergantung kepada pertumbuhan dan iklim ekonomi.

Dato' Seri Yang di-Pertua, di sini saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri menambahkan lagi perbelanjaan pembangunan untuk Bajet 2026, sungguh pun telah meningkat 45% ataupun RM99 juta ketimbang tahun 2025. Sungguhpun ekonomi Pulau Pinang berkembang dengan pertumbuhan GDP sebanyak 4.8% pada tahun 2024 berbanding 3.3% pada tahun 2023, ia masih di bawah pertumbuhan GDP negara sebanyak 5.1% pada tahun 2024 dan 3.6% pada tahun 2023.

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah ke atas pengumuman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa GDP negeri dijangka berkembang sebanyak 5.4% pada tahun 2025. Didorong perkembangan sektor elektrik dan elektronik serta peningkatan permintaan semikonduktor global. Ramalan pertumbuhan GDP negeri sebanyak 5.4% untuk 2025 harus dipuji kerana ia akan melebihi anggaran pertumbuhan GDP negara yang dianggarkan berkembang sebanyak 4.8% untuk tahun ini.

Perkembangan ekonomi yang didorong oleh sektor elektrik dan elektronik dan peningkatan semikonduktor global untuk tahun ini mungkin tidak dapat diulang untuk tahun depan. Dalam keadaan iklim tarif yang tidak menentu, tambahan perbelanjaan pembangunan oleh Kerajaan Negeri adalah perlu untuk menangani impak negatif ke atas ekonomi negeri ekoran perang tarif Amerika Syarikat, khususnya tarif ke atas cip semikonduktor yang belum diumumkan lagi. Ada ura-ura yang disebutkan tarif ini akan naik 100 hingga 300%. Kalau ini berlaku, saya rasa ini amat tentu sesuatu yang merupakan satu bencana ekonomi kepada Negeri Pulau Pinang. Kita hanya boleh harap dan tunggu keputusan yang dibuat oleh Amerika Syarikat.

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya tertarik dengan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 30 Oktober 2025 tentang produk produktiviti buruh untuk tahun 2024, di mana Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan 1.9% berbanding dengan produktiviti negara sebanyak 2.4%. Pulau Pinang terletak dalam tangga nombor 9 di antara semua negeri di dalam negara dalam produktiviti buruh. Negeri Pahang memimpin dengan peningkatan produktiviti buruh sebanyak 4.9% diikuti dengan Negeri Johor sebanyak 4.3%. Peningkatan produktiviti buruh Pulau Pinang sebanyak 1.9% yang lebih rendah daripada tahap negara sebanyak 2.4% untuk tahun 2024 mungkin menyebabkan pertumbuhan GDP negeri lebih rendah daripada pertumbuhan GDP negara pada tahun 2024.

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya ingin mengesyorkan kajian yang lebih mendalam ke atas faktor produktiviti buruh yang lebih rendah serta memperkenalkan langkah-langkah untuk meningkatkan produktiviti buruh yang rendah sebanyak 1.9% ini dalam Pulau Pinang dapat dinaikkan ke tahap yang lebih tinggi untuk tahun-tahun berikutnya. Ini amat penting kerana produktiviti adalah elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi GDP.

Berkaitan dengan Zon Kewangan Khas dan juga pelabuhan tuna, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menunaikan kesemua 10 wishlist Rolling Plan Pertama RMK-13, bernilai RM283 juta dengan peruntukan sebanyak RM54.5 juta pada tahun 2026 untuk Pulau Pinang. Di antaranya adalah kajian ke atas pembangunan pelabuhan tuna. Saya ingin tanya lokasi pelabuhan tuna ini dan sama ada ia akan diletakkan berhampiran atau dalam Pelabuhan Pulau Pinang dan tolong berikan butiran dan kosnya.

Satu lagi wishlist yang telah pun di minta oleh banyak ADUN-ADUN ialah permintaan kelulusan Penang International Financial Centre atau Zon Kewangan Khas, daripada Kementerian Kewangan. Cadangan tapak Ampang Jajar seluas 40 hektar dalam dua kawasan Parlimen iaitu kawasan Parlimen Bagan dan kawasan Parlimen Permatang Pauh, saya rasa adalah amat sesuai untuk Zon Kewangan Khas ini. Selain daripada pembangunan dalam kawasan Seberang Perai, selain daripada memangkin pembangunan dalam kawasan Seberang Perai tapak seluas 40 hektar ini juga boleh membantu membawa pembangunan seimbang di antara kawasan bandar raya dan separa bandar, dan juga di antara kawasan Pulau dan Seberang Perai. Semoga ia dapat sokongan daripada semua pihak termasuk daripada pihak pembangkang.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas projek LRT sebanyak RM16 bilion dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebanyak RM1.5 bilion yang lama dinantikan dan akhirnya diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Perlu ditegaskan bahawa seluruh rakyat Pulau Pinang menyokong kedua-dua projek ini, kecuali suara-suara bersifat hasad dengki yang ingin pecah belahkan rakyat dan mundurkan pembangunan ekonomi negeri.

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya ingin juga merujuk kepada satu projek penting iaitu projek pembekalan air terawat pukal sekurang-kurangnya 300 juta liter air sehari oleh konsortium PKNPK Gamuda kepada PBAPP mulai 2031. Saya ingin kongsikan kebimbangan saya bersama dengan YB Machang Bubuk yang telahpun berucap tentang perkara Fixed Capital Charge (FCC) berjumlah RM210 juta setahun untuk tempoh 40 tahun, ataupun RM8.4 bilion secara keseluruhan yang akan dibayar oleh PBAPP, dan akhirnya akan ditanggung juga oleh rakyat Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang akan menanggung kos CAPEX infrastruktur yang dibina di Perak sebanyak RM8.4 bilion ini. Perlu kita tanya, bukankah kos infrastruktur ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang difahami oleh rakyat Negeri Pulau Pinang dan banyak pihak. Saya harap pencerahan boleh diberikan tentang kos sebenar projek ini, sama ada ia bernilai RM4 bilion seperti yang diumumkan atau lebih daripada itu dan adakah kos RM4 bilion ini sebenarnya ditanggung oleh PBAPP dan rakyat Negeri Pulau Pinang dengan bayaran FCC sebanyak RM210 juta setahun selama 40 tahun, ataupun RM8.4 billion secara keseluruhannya.

Di samping itu, saya juga sekali lagi merujuk kepada jawapan kepada soalan bertulis Yang Berhormat Machang Bubuk, di mana dinyatakan atau jawapan ini menyatakan bahawa projek tambakan laut seluas 582 hektar di Bagan Ajam dalam kawasan Parlimen Bagan bersebelahan Pelabuhan Pulau Pinang telah pun ditamatkan pada 22 September tahun ini. Apakah rasional keputusan sedemikian dibuat. Kesan dan impaknya kepada Kerajaan Negeri dan syarikat terbabit serta langkah ke depan selepas penamatan projek ini. Di sini saya harus sebut bahawa perkara ini berlaku secara mendadak, sebagai wakil rakyat kawasan ini, kami tidak tahu langsung. Saya tidak dirundingkan tentang perkara ini. Saya faham, biasanya ahli Parlimen tidak akan dirundingkan tentang perkara-perkara Kerajaan Negeri, tetapi untuk projek yang sebesar ini, saya rasa ia harus dilakukan sekurang-kurangnya kalau nak tamatkan projek sebesar ini, harus dimaklumkan kepada ahli

Parlimen dan lebih-lebih lagi ADUN tempatan yang sebenarnya seharus dirundingkan, iaitu ADUN Bagan Jermal dan ADUN Bagan Dalam, tidak terlibat dan tidak tahu menahu tentang penamatan projek ini, sungguhpun ada berkaitan dalam kawasan mereka.

So, saya harap boleh dapat pencerahan. Apakah way forward, apakah langkah ke depan selepas penamatan projek ini kerana surat perjanjian telah pun ditandatangani dengan Rayston. Ini projek yang agak besar.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengumumkan projek pembinaan masjid, surau, sekolah agama rakyat, dan sekolah madrasah sekurang-kurangnya sebanyak RM50 juta. Seperti sokongan saya ke atas peruntukan untuk mengembangkan syiar Islam di peringkat Kerajaan Persekutuan, saya juga berikan sokongan serupa dengan dalam peringkat negeri. Pada masa yang sama, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk projek RIBI. Saya ingin memuji peruntukan RM5 juta kepada RIBI, iaitu sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah peruntukan yang diberikan kepada pembangunan Islam untuk projek- projek RIBI, seperti mana yang saya cadangkan sebelum ini. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan beban kewangan meningkat, ia memang sesuatu yang tepat pada masanya.

Dato' Seri Yang di-Pertua, sejak tahun 2023 hingga ke 2025, sebanyak RM21 juta dibelanjakan untuk projek pelancongan dan ekonomi kreatif. Saya ingin mencadangkan lebih banyak pelaburan atau perbelanjaan oleh Kerajaan Negeri harus diberikan untuk program-program kepada kawasan Seberang Perai, demi memastikan pembangunan seimbang, memperkenalkan program dalam kawasan separa bandar dan menjanakan lebih banyak bakat seni di situ. Contohnya program Capybara Fun Walk di kawasan di Kampung Simpah, Bagan, anjuran Yang Berhormat Bagan Jermal mendapat sambutan luar biasa lebih 13,000 pengunjung dalam masa tiga hari. Semua pun hanya seekor capybara dipamerkan. Ya lah tapi tumpuannya ialah ke atas capybara. Sungguhpun pun hanya seekor capybara dipamerkan tapi begitu ramai kanak-kanak daripada pelbagai lapisan rakyat yang menjadi peminat. Ini kali pertama saya lihat itu binatang capybara. Saya belum lihat sebelum ini tapi ia memang popular di kalangan kanak-kanak dan kita kena penuhi permintaan mereka. Perlu disebut juga. Ha? You tanya Yang Berhormat Bagan Jermal lah dia pakar capybara. Bukan saya.

Perlu disebut pelaburan swasta sebanyak 120 juta ringgit oleh seorang warga asing membina sebuah Galeri Seni Ling Xiang Xiong dalam kawasan The Light yang jauh lebih besar daripada apa yang mampu dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri. Ia hasil kerja usaha selama 8 tahun sejak 2017 untuk membawanya ke Pulau Pinang. Amat penting untuk menarik minat pihak swasta yang jauh lebih mampu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk seni dan untuk budaya. Sebagai penutup, saya ingin menarik perhatian kesengsaraan ibu bapa yang kehilangan anak mereka iaitu Jason Lee selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah bas Rapid Penang. Saya ingin memuji Ahli Parlimen Jelutong Yang Berhormat RSN Rayer yang sudi melawat keluarganya di Sungai Pinang untuk memberikan bantuan kewangan serta menawarkan bantuan guaman percuma pro bono demi mendapat kebenaran dan keadilan bagi anak kesayangan mereka. Inilah peranan dan sumbangan yang diharapkan oleh rakyat ke atas wakil rakyat mereka. ADUN Berapit telah pun berusaha ke arah ini dengan menubuhkan dua barisan peguam memberikan bantuan guaman untuk membantu rakyat khususnya golongan wanita masing-masing di kawasan Pulau dan Seberang Perai. Sebagai wakil rakyat, tanggungjawab dan tugas kita ialah membela rakyat yang tertindas tanpa kira risiko dan kerugian yang mungkin kita alami contohnya seperti kes bencana dan kecelakaan di atas ataupun yang kena tipu ataupun tanah diambil atau di hijack. Perlunya kita berdiri bersama rakyat kalau tidak kita hilang amanah yang diberikan oleh rakyat.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebelum saya akhir ucapan saya, harus diingatkan bahawa sebagai ADUN Pulau Pinang tak kira daripada parti mana, kesetiaan kita adalah kepada kedaulatan Negeri Pulau Pinang. Kita semua harus melawan tanpa kompromi seinci pun terhadap pihak pemecah jahat yang cuba mengugut kedaulatan negeri kita yang sudah lama didukung, disokong dan direstui oleh Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja dan Perlembagaan Negeri. Sekiranya kesetiaan kita berbelah bagi kerana kepentingan politik dan kepartian, maka anda telah mengkhianati negeri, mengkhianati rakyat dan mengkhianati Perlembagaan Negeri. Janganlah khianati Ikrar Angkat Sumpah sebagai ADUN, janganlah khianati Ikrar Angkat Sumpah sebagai ADUN Pulau Pinang untuk membela, melindungi dan mempertahankan kedaulatan negeri dan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Mohon celah sikit boleh? Terima kasih Dato’ Speaker. Apa yang cakap Air Putih tu saya sokong tapi kalau kita mengatakan semua ADUN-ADUN bersatu hati tetapi pihak kerajaan tidak bersatu hati dengan pembangkang. Tak bagi peruntukan pada pembangkang. Kalau nak bersatu, kita kena sama-sama baru boleh tapi apa yang cakap Air Putih kita kena sama-sama wakil rakyat tak kira latar belakang, tak kira penduduk di kawasan mana-mana. Tapi hari ini di dalam Dewan kita bercakap tapi kita tidak tunai apa yang kita cakap seperti peruntukan tak bagi macam mana wakil rakyat pembangkang nak bantu rakyat yang daripada Bagan datang ke Telok Ayer Tawar? Selalu memang ada pergi, tapi saya tak mahu sebut. Sekian, terima kasih.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Air Putih sambung sikit.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih saya sabar mendengar. Ya terus YB Bukhori.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Dato Speaker, saya tertarik dengan Air Putih bila dia sebut bila ada satu benda projek yang baru atau apa-apalah, mohon beritahu juga dengan ADUN setempat betul? Kita minta kita minta supaya ADUN semua ADUN tak kira pembangkang ataupun ADUN Kerajaan.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya jawab Yang Berhormat daripada mana itu? Pinang Tunggal dulu lah Pinang Tunggal ini saya rasa tak tahu sama ada dia silap dengar atau tak dengar. Saya tak sebut ADUN Pembangkang saya sebut semua ADUN, so janganlah macam seperti makan cili merasa pedas pula. So janganlah begitu, saya tak sebut mana-mana saya hanya mengeluarkan harapan semua ADUN mendukung dan membela Ikrar Angkat Sumpah mereka itu saja dan kalau berbuat demikian saya tabik tapi kalau tidak anda adalah

pengkhianat kepada Negeri Pulau Pinang dan di situ saya ucapkan terima kasih lah kepada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar yang telah menyokong cadangan saya bahawa kita semua satu hati, membela kedaulatan Negeri Pulau Pinang daripada ancaman mana-mana pihak termasuk daripada Menteri Besar negeri jiran.

So itu baik, kerana kita semua anak Negeri Pulau Pinang dan saya harap bahawa ini adalah sesuatu isu yang merentasi politik, merentasi parti kerana ini adalah isu kedaulatan yang tak boleh dikompromi langsung sekali. So saya ucapkan terima kasih. Saya harap bahawa mesej ini boleh disampaikan kepada Menteri Besar Kedah oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang peruntukan tak sambung?

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Yang peruntukan okey yang peruntukan sejauh yang saya tahu,

Yang di-Pertua (Speaker)

Takpa, Air Putih nak landing bagi dia landing.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Sejauh yang saya tahu yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah bagi. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Salah bagi ka telah bagi?

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Telah bagi. Telah bagi kan? Telah bagi. Oh, sekarang anda pertikaikan jumlah itulah? Tapi pertikaikan jumlah itu lain dengan tak bagi langsung. Itu perbezaan ketara itu tak adil kalau Ketua Menteri dah bagi cakap tak bagi tak betul kalau nak cakap minta tambah macam kita.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

10% tadi.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Nanti saya habis dulu saya habis dulu saya habis dulu saya habis.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sekejap Air Putih bagi saya bercakap Air Putih sekejap. Sikit ja sikit.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Ini floor saya. saya nak jual bagi, ini floor saya. Yang penting ialah bila yang Amat Berhormat Ketua Menteri dah bagi jangan cakap tak bagi kalau anda.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya tak cakap saya tak cakap tak bagi Air Putih saya tak sebut perkataan tak bagi Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Tadi sebut tak bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya cakap tak bagi sama rata.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Tak betul, aiyo.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Baru tambah sama rata.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Kalau minta itu pun itu kan tak cukup saya boleh faham kerana di barisan kita di kerajaan pun kita minta tak cukup, kita pun minta tambahan serupa juga. So anda pun boleh minta tambahan pihak kami pun sama-sama minta tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat, sila duduk. So akhirnya landing lah?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, saya tunggu yang ini saja.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Mari kita semua, mari kita semua kekal setia kepada negeri dan bersatu seperti lagu negeri Untuk Negeri Kita. Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tengok Kalau tak ada sudah landing lebih cepat lah. Terima kasih Air Putih dan saya nak menjemput ya, ok, Bukit Tengah, sila.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’ Seri Speaker memberikan saya peluang turut untuk berbahas dalam Perbelanjawan Tahun 2026. Saya bermula dengan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara No. 3, Siri No. 3/2025. Saya ingin bersama-sama dengan YB-YB lain turut untuk mengucapkan tahniah setinggi-tinggi kepada Kerajaan Negeri dan khususnya kepada Bendahari dan juga ke Pegawai Kewangan Dato’ Zabidah atas pencapaian mereka untuk boleh dapat satu audit di mana dikeluarkan sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran. Ini menunjukkan bahawa ada kecepat...

Yang di-Pertua (Speaker)

Tanpa teguran dengan belakang ada lagi yang tak ada.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Tak ada langsung. This is satu achievement pencapaian yang menunjukkan kecekapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nak bagi dia cue yang cakap itu.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Kecekapan dan professionalisme yang terbaik dan tertinggi dalam pengendalian kewangan urusan kewangan negeri kita. Termasuk Dato’ SUK, Dato’ Seri.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Jawi kalau tak kacau saya tak boleh duk. Jawi kalau tak kacau saya tak boleh duk? Jawi nak kacau saya, saya kacau Jawi sama-sama kita kacau nanti.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Okey, terima kasih. Itu adalah satu pencapaian Kerajaan Negeri kita di bawah pimpinan yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya juga ingin bermula dengan mengutarakan beberapa milestone yang telahpun dicapai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Satu-satunya adalah kenaikan hasil Kerajaan Negeri. Kita selalunya menghadapi permasalahan besar bila sebut tentang hasil. Tetapi apabila kita lihat tahun 2023 dibandingkan dengan 2024 hasil negeri telah naik 36.7% dan daripada 2024 sehingga sekarang, kita naik lagi 23% sekali lagi dan kalau kita banding hasil kutipan kita daripada 2023 kepada sekarang. Ini menunjukkan bahawa terdapat kenaikan hasil sebanyak 68.6%. It is a whopping increase of 68.6%. Mana-mana syarikat yang dikendalikan yang setiap tahun boleh dapat 20%, 30% peningkatan hasil is a pencapaian yang cukup besar sekali dan saya di sini bersama semua ADUN-ADUN mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kita.

Yang kedua, saya juga, seperti yang telah pun dibangkitkan oleh Air Putih tadi, satu lagi milestone yang sangat besar dan sangat baik adalah prestasi bagaimana negeri kita telah pun menunjukkan dari segi aktiviti ekonomi kita. Ekonomi kita berkembang 4.8%, KDNK kita lebih tinggi, melonjak sehinggalah RM121.5 bilion. Ini adalah hasil kegiatan seluruh ekonomi negeri kita, berjaya mengeluarkan RM121 bilion bukanlah satu perkara yang kecil. Seperti Ketua Menteri kita pernah katakan, Dato’ Seri Speaker, Penang has it all. Kita harus berbangga, kita ada laut, kita pulau ada, kita bukit ada, kita ada industri, kita ada tourism, kita ada pakar-pakar, kita ada orang-orang hebat, human resource, kita ada nasi kandar, kita ada char kuetiau. Banyak perkara yang kita harus berbangga. It is true, tetapi kita juga ada satu permasalahan yang besar. Apa yang saya maksudkan itu adalah segala hasil yang dijanakan di Negeri Pulau Pinang, boleh kata kita tak ada kuasa langsung untuk menentukan bagaimana hasil itu akan digunakan.

Kita tak ada kuasa langsung, sebab saya pernah tanya dalam soalan-soalan DUN saya, saya kata, "Okey, kita nak tahu income tax yang dikutip dari Pulau Pinang berapa? Hasil import eksport yang kutip eksais duti, tadi saya dengar daripada Bukit Tambun,

lapangan terbang, revenue yang cukup besar daripada lapangan terbang, pembuatan dan sebagainya. Tadi juga Bukit Tambun kata, "kita adalah pengeksport yang paling besar, RM400 bilion setahun". Jadi berapakah hasil yang dikutip oleh Kerajaan Pusat daripada Negeri Pulau Pinang? Saya tanya, kita selalu tak boleh dapat jawapan. Tuan-tuan dan puan-puan, kita nak tahu angka-angka ini supaya barulah kita boleh buat kes kita untuk satu, you know, buat basis bagaimana kita, berapa banyak yang kita nak menuntut dan harus dikembalikan kepada Pulau Pinang. Dalam keadaan begini, Dato’ Seri, actually kita boleh, pakar-pakar ekonomi mereka guna satu formula. Namanya Tax-to-GDP Ratio. Mereka akan lihat berapa banyak tax yang dikenakan atas KDNK negara dulu. Untuk Malaysia, MOF telah pun menyatakan it is 12.6%, dan kalau kita lihat KDNK Pulau Pinang RM122 bilion kalau kita rounded it up. Maksudnya, maksudnya kita boleh estimate walaupun bukan 100% accurate, Kerajaan Pusat mengutip sebanyak RM15.4 bilion setiap tahun dari hasil daripada Pulau Pinang, RM15.4 bilion. Berapa yang kita dapat balik, Dato’ Seri Speaker? Saya juga ada tanya soalan itu.

Kita tahu bahawa setiap tahun kita ada dapat geran perlembagaan dan statutori. Angka daripada itu dan juga MARRIS lah. Itu semuanya campur-campur, kita dapat anggaran RM200 lebih juta setahun. RM200 lebih juta setahun, dan kalau kita lihat dari segi RMK Rolling Plan pertama, tahun ini kita dapat berapa? RM283 juta, jawapan juga yang diberikan kepada saya. 86 projek, kita dapat RM283 juta, agak-agak RM500 juta lah. RM500 juta itu tak sampai pun, tak sampai pun 1 - 2% daripada apa yang kita sumbangkan kepada Kerajaan Pusat.

Jadi, saya rasa kita sekarang ada satu struktur sistem yang tidak adil yang perlu ada pembaharuan, Dato’ Seri Speaker. Jadi disebabkan itu, saya amat gembira lah pada kali ini bahawa Jawatankuasa Pilihan mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan yang telah pun diaktifkan semula yang ada ahli-ahli daripada dua pihak, daripada kerajaan dan juga pembangkang, bersama-sama telah pun duduk dalam Jawatankuasa Pilihan ini dan telah pun mengadakan sesi-sesi stakeholder meeting dengan pakar-pakar akademi, ekonomi dan juga kita dalam Jawatankuasa ini ada panel-panel penasihat yang telah pun membantu kita seperti Dato’ Ooi Kee Beng daripada Penang Institute, Dr. Francis Loh daripada USM, dia seorang Profesor Politik yang terkenal, kita ada Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Managing Director of Think City, Dato’ Seri Farizan Darus, CEO Penang Infrastructure Corporation dan juga of course, beliau sebagai bekas SUK, Datuk Seri Senior Haji Rozali bin Haji

Mohammad, former Mayor kita Dato’ Bandar kita, MBSP, dan juga Dato’ Ar. Yew Tung Seang former Mayor MBPP.

Dan daripada perjumpaan, kajian, sesi perjumpaan dengan semua stakeholder ini, Jawatankuasa Pilihan telah pertama kali, tidak ada yang lain-lain dalam daripada State Assembly lain, telah pun menghasilkan satu laporan dengan syor-syor untuk supaya kita boleh membawa pembaharuan kepada Sistem Federalisma negara kita. Supaya kita boleh menuntut apa yang lebih sewajar adil untuk Negeri Pulau Pinang dan negeri-negeri lain, Dato’ Seri Speaker. Dan saya ingin mengucapkan semua yang terlibat dalam menghasilkan laporan ini termasuklah Sekretariat Jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai-pegawai DUN dan juga Setiausaha Dewan Undangan Negeri.

Saya nak katakan di sini, ini adalah satu report yang cukup penting sekali sebab negara-negara lain pun sudah ada buat desentralisasi. Saya teringat dengan nasihat Mahatma Gandhi sebenarnya. Mahatma Gandhi antara pejuang awalan untuk desentralisasi. Dia percaya atas prinsip yang dia kenali sebagai Guam Swaraj iaitu self-rule daripada villages. Dia pernah kata, dia pernah kata bahawa real demokrasi tidak boleh dikerjakan di pusat oleh 20 orang (cannot be worked at the central by 20 people), dia kena dibuat bawah daripada semua setiap kampung-kampung di negara. Prinsip-prinsip yang dia lawan ini dimasukkan kemudian dalam Perlembagaan negara India.

Dan ini saya rasa di Pulau Pinang dan negara-negara lain. Negeri-negeri lain, kita di sini kita dah lihat bahawa Ketua Menteri telah pun menuntut 20% hasil supaya dikembalikan. Johor minta 30%. Sabah minta 40% menurut apa yang telah pun dipersetujui dalam MA63. Kita berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan untuk nyatakan dengan jelas, PMX kata, "Tak akan layu keputusan mahkamah 40%". Tapi bagaimana pula dengan negeri-negeri di Semenanjung? Di mana tak sampai hari ini, kita tidak ada satu formula langsung untuk menentukan berapa yang harus dikembalikan kepada Negeri Pulau Pinang. Disebabkan itu, antara syor-syor yang telah pun dibuat dalam Jawatankuasa ini adalah untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Suruhanjaya (Federal-State Relation Commission) di peringkat nasional yang terdiri daripada perwakilan pusat dan juga negeri untuk duduk berunding, berunding untuk mengatasi dan selesaikan semua isu-isu yang berkenaan dengan federal dan state, dan juga untuk merunding menurunkan kuasa kepada negeri atas beberapa aspek yang saya nak katakan seperti pengangkutan, seperti mungkin kesihatan, education, bagilah sikit,

turunkan sikit power-power ini kepada negeri untuk diurus bersama dengan Kerajaan Pusat, Dato’ Seri.

Saya nak merujuk actually seterusnya kepada isu kesihatan yang saya tadi telah sebutkan sedikit. Negeri Pulau Pinang adalah satu negeri yang selalu merancang, Itu kekuatan kita. Kita merancang untuk ekonomi kita, kita merancang untuk Digital Transformasi, kita rancang untuk Urban Livability. Kita ada macam-macam pelan induk sekarang. Kita ada Pelan Induk Master Plan Transportasi, kita ada tourism, kita ada pemparitan. Kita ada banyak, semalam saya dengar satu senarai panjang yang Machang Bubuk sertakan dan nyatakan. All sorts of pelan-pelan induk. Tetapi, yang saya nak katakan, yang saya nak hujah di sini adalah masa sudah sampai untuk juga kita ada satu Pelan Induk Kesihatan bagi Pulau Pinang. It is time for us to take health as a very serious important matter for Pulau Pinang. Untuk mengatasi pelbagai permasalahan yang sedang kita mengalami di Pulau Pinang. Saya faham Dato’ Seri Speaker bahawa perkara ini adalah di bawah kawalan dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat. Tetapi itu tidak bermaksud bahawa Pulau Pinang tidak boleh mengambil peranan yang lebih aktif, peranan yang lebih besar untuk menyelaraskan dan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk selesaikan perkara-perkara di Pulau Pinang.

Tahun lepas semasa kita berbahas di sini, saya masih ingat lagi isu yang telah pun dibawa oleh Yang Berhormat Berapit pada masa itu berkenaan dengan Hospital BM yang memang kita lihat sudah overcrowded sekali, dan kita dengar bahawa jawapan pada masa itu kalau tak silap saya, Kerajaan Negeri ada kata bahawa mereka pun sudah mengenal pasti satu tapak tanah yang nak diberikan kepada Kerajaan Pusat untuk dibina hospital itu. Saya rasa, walaupun kita tak ada kuasa bidang kuasa actual dalam Kementerian Kesihatan, but we have other powers, Land power, kita ada rancangan power. Dalam keadaan ini, kita boleh merunding dengan Kerajaan Pusat. For example, kalau nak bina satu hospital baru, inilah perkara yang kita nak diselesaikan di Pulau Pinang. Kita punya wishlist katakan. Kita nak lebih banyak katil katakan. Kita nak lebih banyak Geriatric katakan. Kita tahu bahawa antara masalah sekarang di Pulau Pinang apa tu? Bahawa Penang sedang menjadi satu negeri yang aging society. By 20, menurut satu banyak report lah, Penang Institute, Penang Issues, Penang Socio-Economic Transformation Progress and Challenges.

Artikel ini memang telah pun menghighlightkan by 2040, satu daripada lima populasi Pulau Pinang akan menjadi orang old populations, old individuals berbanding dengan negeri-negeri lain. Ikut kalau ikut demografik, dependency ratio Penang juga akan di project akan melonjak lebih tinggi sampai 56.2% by 2040. Maksudnya apa itu? “Maksudnya orang yang kerja akan menjadi lebih kurang daripada orang yang tua”. Dan juga dinyatakan di sini bahawa Doctor Ratio Population Ratio stood at 684. Lebih rendah daripada negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu. Kita juga ada permasalahan Hospital Bed (BOR). Hospital HSJ Seberang Jaya, saya nak sebutkan. Saya tak salahkan langsung EXCO kita, ita tahu dia ada kekangan. Kita tahu bahawa kebanyakan keputusan dibuat oleh pihak Kementerian. Ini bukan silap dia. HSJ baru-baru ini saya pergi, Dato’ Seri melawat seorang pesakit daripada constituency saya. I was shocked. Bila saya masuk dalam sana, Kelas C ward 3, biasa punya ward tu, overcrowded dengan patient. Katil di koridor, katil di koridor. Macam satu medan perang. Doktor-doktor, nurses semua running here, running there. Nampaknya macam sangat stres sekali. Saya tidak faham bagaimana kita boleh ada satu keadaan yang begitu teruk di Hospital Seberang Jaya who is servicing the whole of Seberang Perai. Kita faham Dato’ Speaker bahawa satu bangunan baru telah pun dibina. Jadi saya nak tanya, kenapakah walaupun satu bangunan baru dibina, kita tak cukup?

Saya tanya apakah piawaian WHO? Berapa katil yang kita sepatutnya ada di Pulau Pinang? Jawapannya is 5,000. Kita ada berapa katil hospital? 2,000. 2,000. Tak sampai 40% keperluan, jadi disebabkan itu Dato' Seri Speaker, kesihatan ini adalah asas kepada maruah rakyat, dignity rakyat. Dia adalah penting untuk produktiviti seperti yang disebutkan tadi oleh Air Putih dia adalah amat penting kepada kesejahteraan keluarga, iaitu mengikut visi Penang2030.

Jadi untuk kita boleh merangka satu pelan jangka masa panjang yang boleh deal dengan semua isu-isu ini, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya untuk menimbangkan untuk mengeluarkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat, Kementerian untuk merangka satu Pelan Induk Kesihatan bagi Negeri Pulau Pinang jangka masa panjang to address all these issues.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan Bukit Tengah. Dato' Seri Speaker, berkenaan dengan keperluan kesihatan ini terutamanya hospital, saya pernah membuat permohonan pembinaan hospital

di Batu Kawan pada tahun 2018. Menteri yang mempertimbangkan tersebut kini telah menjadi menteri balik, sudah melalui empat atau lima Menteri Kesihatan permohonan pembinaan hospital di Batu Kawan masih tidak dapat dipertimbangkan dengan alasan sudah ada hospital di Sungai Bakap dan Seberang Jaya dan pada sebentar tadi, YB Bukit Tengah telah menceritakan kesesakan di Hospital Seberang Jaya. Itu pertama.

Kedua, DUN Bukit Tambun dan Bukit Tengah merupakan dua DUN yang tiada klinik kesihatan. Klinik kesihatan Bukit Tambun, perlu tumpang di DUN Sungai Bakap. Di Bukit Tengah perlu tumpang hospital Klinik Kesihatan Bukit Minyak di DUN Machang Bubuk dua kawasan yang pembangunan yang begitu pesat tiada kemudahan klinik kesihatan jangan cakap hospital. Oleh itu, saya memang menyokong penuh cadangan Yang Berhormat Bukit Tengah untuk mengadakan satu Pelan Induk Kesihatan biar kita merangka dan merancang lanjut panjangkan kepada Kementerian Kesihatan di peringkat persekutuan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tengok.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih atas.

Yang di-Pertua (Speaker)

Telok Ayer Tawar. Telok Ayer Tawar, dengar. Kawasan Batu Kawan dengan Bukit Tengah begitu hebat punya industrial, tak ada klinik. You cukup baiklah, nanti semua ada.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya, dengan cepat. Dengan cepat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Sebab. Sebab kalau kita lihat pun baru-baru ini, Rancangan Malaysia ke-13, Permatang Berang (tidak jelas). Rancangan Malaysia ke-13, RMK-13 ya, projek-projek yang diluluskan oleh pusat tentang apa ni kesihatan kebanyakannya adalah daripada RMK-12 dan 11. Yang baru-baru punya, tak ada. Ada pun sangat kurang sahaja. Ya, Yang Dato' Seri.

Jadi saya haraplah, masalahan kita ni bukan satu isu yang isolated kesihatan ini, mereka sekarang sudah jadi sistemik. Permasalahan sistemik kesihatan kita dan kita perlukan satu Pelan Sistemik juga. Sistemik. Ini bukan isu-isu terpencil, dan kita memerlukan satu rancangan long-term untuk selesaikan perkara ini. I mean I tak ada masa. Kalau saya ada masa, saya akan masuk lagi deeper dalam permasalahan kesihatan kita.

Saya sekarang ingin sebab tak ada cukup masa, untuk merujuk kepada isu-isu kawasan ya. Jadi Dato' Seri, ada beberapa perkara yang saya nak utarakan kepada Kerajaan Negeri. Satunya adalah sudah tentu permasalahan kesesakan trafik Kawasan Perindustrian Bukit Tengah sepanjang Jalan Perusahaan Auto City dengan Jalan Bukit Tengah. Dinyatakan jawapan kepada saya, memang ada satu rancangan untuk menaik tarif Jalan Bukit Tengah, Jalan Persekutuan. Projek ini akan diangkat untuk permohonan RMK-13, itu masalahnya. Kita tak tau dia bila diangkat, bila boleh diluluskan. Tetapi pada masa yang sama, saya meminta jasa baik EXCO kita untuk jelaskan apakah projek ini yang nak dibuat, kos dia dan juga reka bentuk dan bilakah permohonan ini akan dibuat.

Saya juga mengalu-alukan perkhidmatan Rapid On-Demand Feeder Bus ini di kawasan Bukit Mertajam City yang sekarang telah pun diperluaskan meliputi kawasan Bukit Tengah, Bukit Minyak selepas penggabungan zon BMCT dengan Alma. Sekarang orang boleh ambil van ini ke Klinik Kesihatan Bukit Minyak dan ini banyak membantu orang ramai, cuma permintaan saya untuk dilihat adalah kampung-kampung. Kampung Bagan Nyior, Kampung Sekolah, Kampung Bukit Kecil, Kampung Kuala Juru sana semua tak ada bas, laluan bas. Dah lama saya meminta, supaya ada bas boleh masuk ke dalam kampung-kampung. Jawapan pada masa itu, adalah bas terlalu besar, jalan terlalu kecil. Tak ada tempat nak buat U-turn. Sekarang kita sudah ada Rapid On-Demand, mempertimbangkanlah permohonan kita supaya Rapid On-Demand ini boleh sampailah ke kawasan kampung-kampung.

Dan juga saya soalan lagi last yang saya, dua lagi yang saya nak tanya. Satu berkenaan dengan projek. Saya telah tanya juga apakah projek-projek yang dipohon di bawah RMK-13, untuk pembangunan naik taraf jalan raya dan tebatan banjir di kawasan Bukit Tengah. Ada beberapa satu, dua, tiga, empat, lima, projek, tujuh projek disebutkan. Saya harap nanti semasa penggulungan EXCO juga boleh memberi penjelasan detail tentang projek-projek yang telah pun diumumkan. Bila ia akan dibuat permohonan, kos dia dan skop projek-projek ini.

Dan akhir sekali, saya nak bawa adalah isu Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Pulau Pinang ini. Semua tempat ada, satu satu perkara yang cukup baik. Cuma, kawasan Bukit Tengah tak adalah satu Pusat Aktiviti Warga Emas. Bukit Tengah merupakan satu pusat bandar pembangunan besar yang penting menjadi lebih pesat. Saya memohon jasa baik kerajaan supaya mempertimbangkan untuk membina lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas ini, khususnya di kawasan DUN Bukit Tengah dan dengan itu saya memohon untuk menyokong Perbelanjaan Pulau Pinang 2026. Terima kasih Dato' Seri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bukit Tengah. Seterusnya Seri Delima, saya jemput.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Selamat Pagi, Salam Sejahtera. Salam Malaysia MADANI, Salam Penang2030, saya ingin ucapkan kepada semua. Terima kasih kepada Dato' Seri Yang di-Pertua, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan serta Usul Anggaran Pembangunan 2026 di Dewan yang Mulia ini.

Seri Delima ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2026 yang begitu komprehensif, berwawasan dan progresif. Belanjawan ini turut mencatatkan anggaran defisit terendah dalam sejarah negeri iaitu RM19.92 juta berbanding RM33.63 juta pada tahun sebelumnya. Satu indikator disiplin fiskal yang kukuh, walaupun kerajaan terus mempergiatkan pembangunan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.

Seorang tokoh bijaksana pernah berkata, (dengan izin) “The best time to plant a tree was, 25 years ago. And the second-best time, is now”. 25 tahun dahulu, kita belum lagi menjadi kerajaan. Hari ini, kita bukan sahaja meneruskan kesinambungan pentadbiran yang stabil, tetapi juga melakar hala tuju negeri dengan keberanian politik dan visi jangka panjang.

Kerajaan yang bertanggungjawab tidak menunggu pembangunan turun dari langit. Sebaliknya ia merancang, memutus dan melaksanakan inisiatif strategik untuk menjamin masa depan negeri dan generasi akan datang. Dan dalam konteks ini, langkah-langkah strategik Kerajaan Negeri Pulau Pinang, termasuk pembangunan Pulau Silikon, pelaksanaan PTMP, pembukaan Gurney Bay serta pelbagai usaha pemodenan bandar memberi gambaran kukuh tentang masa depan ekonomi negeri.

Selain itu, kita juga dapat menyaksikan bahawa KDNK Pulau Pinang berkembang sebanyak 4.8% tahun 2024, berbanding dengan 3.3% pada tahun 2023. Yakin mengembang sehingga 5.4% tahun ini, adalah bukti jelas bahawa negeri ini berada di landasan ekonomi yang berdaya saing, inklusif dan mampan. Sejajar dengan itu, Seri Delima menyokong Belanjawan 2026 agar manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh rakyat termasuk dari aspek mobiliti, kemudahan akses serta peningkatan kesejahteraan komuniti di kawasan setempat.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Seri Delima ingin menegaskan pendirian tegas berhubung dakwaan bahawa Pulau Pinang milikan Kedah. Kenyataan dan tindakan sebegini, hanyalah sandiwara politik yang membazir masa, tenaga dan wang rakyat tanpa membawa sebarang manfaat kepada rakyat Kedah sendiri.

Pertama, Kedah tidak mempunyai locus standi dan cause of action untuk menuntut pemilikan mana-mana negeri lain. Kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri berdaulat termaktub dengan jelas dalam Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Ini isu perlembagaan negara bukan perkara yang boleh diputuskan melalui saman sivil. Mengikut Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara Supreme Law of the Federation (dengan izin) yang menegaskan kedaulatan setiap negeri dalam persekutuan dan dari sudut sejarah dan perundangan, kedudukan Pulau Pinang adalah tidak dipertikaikan. Perjanjian 1826 mengiktiraf Pulau Pinang sebagai wilayah British. Reid Report 1957 menegaskan Pulau Pinang menjadi negeri autonomi

dalam persekutuan. Perjanjian 1869 yang memperuntukkan bayaran tahunan kepada Kerajaan Negeri Kedah, telah diiktiraf melalui Perkara 167(7) Perlembagaan Persekutuan. Obligasi Kerajaan Persekutuan untuk membuat bayaran tahunan ini, adalah selaras dengan Perkara 169A Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa apa-apa triti atau perjanjian yang dibuat sebelum Hari Merdeka oleh Baginda Ratu atau Kerajaan United Kingdom hendaklah disifatkan sebagai satu perjanjian persekutuan.

Maka, ia bermaksud bahawa bayaran tahunan tersebut hanyalah kesinambungan obligasi pentadbiran pra-Merdeka dan bukan sekali-kali pengiktirafan bahawa Kedah mempunyai hak pemilikan ke atas Pulau Pinang. Kesimpulannya, segala tindakan yang bakal diambil oleh Kerajaan Kedah adalah bersifat tidak berperlembagaan (unconstitutional). Seri Delima menyeru agar Kerajaan Kedah menumpukan sumber kepada pembangunan negeri sendiri dan bukan kepada retorik yang tidak memberikan sebarang nilai kepada rakyat sendiri seperti mana disebut apabila wujud cadangan di Parlimen untuk kerajaan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seri Delima, isu ini panjang lagi dah.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Sikit saja, last paragraph.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya rasa ni, isu ini isu perlembagaan. Fokus kepada isu ekonomi dan pembangunan dalam ucapan bajet.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Baik, Dato’ Seri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya tak nak isu ini, saya pun tak nak menari mengikut rentak di Dewan orang negeri jiran. Lebih baik, kita tumpu kepada isu pembangunan. Isu ini saya bagi tujuh hari.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Okay.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tujuh malam bahas di sini pun, tak akan ada jawapan dan semua kita faham ini isu perlembagaan.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Okay.

Yang di-Pertua (Speaker)

So kalau nak pun, rumuskan sudah.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Baik-baik. Sudah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang, yang cukup tak baik adalah mereka yang nak meningkatkan sentimen kenegerian itu, itu saya lagi tak mahu lah. Saya ucapkan terima kasih sepanjang perjalanan persidangan kita di sini, tak ada ramai yang cuba untuk mengapi-apikan juga isu inilah. Saya mohon rumuskan dan tumpu kepada ucapan bajet.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Faham, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Cuma saya rasa sebagai ADUN Pulau Pinang, saya hanya ingin meletakkan sebagai rekod dalam Dewan Undangan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kita sudah bahas berapa kali, kita sudah lulus Usul. Ketua Menteri pun sudah menyatakan nanti, saya rasa dalam penggulungan semestinya Yang Amat Berhormat pun akan menyentuh. Cukup, ya.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Baik, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Izinkan saya beranjak ke isu yang kedua. Yang mengenai dengan LRT, saya faham walaupun sudah ada banyak Ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu ini. Cuma saya juga nak letakkan dalam rekod bahawa rakyat Pulau Pinang secara jelas mahukan projek LRT sebagai penyelesaian jangka panjang terhadap mobiliti dan kesesakan trafik di negeri ini.

Saya ingat dalam urusan pembangunan negeri, kita sewajarnya berpegang kepada prinsip bahawa yang benar harus diungkapkan dan yang baik wajar didukung. Perbezaan politik tidak seharusnya menghalang kita daripada mengiktiraf usaha yang membawa manfaat kepada rakyat serta masa depan negeri.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Seri Delima amat mengalu-alukan ucapan Ketua Pembangkang semalam yang memasukkan lensa gender dalam perbahasannya. Khususnya berkaitan kebajikan wanita di tempat kerja, isu perumahan serta aspek kesihatan. Dan pengiktirafan bahawa wanita ialah tulang belakang keluarga dan bahawa kesejahteraan mereka adalah pelaburan untuk generasi akan datang amat mengagumkan. YB Sungai Dua merupakan satu-satu Wakil Rakyat kaum lelaki yang sebut tentang kebajikan wanita dan saya ingin ucapkan syabas.

Sehubungan dengan itu, saya ingin membangkitkan isu peranan wanita sebagai penjaga tidak bergaji dalam konteks masyarakat menua. Seperti apa yang sedia maklum, seramai 8% penduduk Pulau Pinang adalah berusia 65 tahun ke atas dan kita merupakan

antara negeri menua dalam negara, selepas negeri Perak. Dalam kertas kerja Khazanah Research Institute, recognizing and rewarding care workers, mereka dapati majoriti penjaga tidak bergaji (unpaid caregivers) adalah wanita. Antara 60% sehingga 70% daripadanya adalah wanita. Manakala, menurut laporan Institute of Strategic International Studies Malaysia, pada tahun 2022, terdapat 3.2 juta orang kekal di luar angkatan buruh atau hanya kerja sambilan kerana tanggungjawab kerja rumah, penjagaan dan 98% daripada mereka adalah wanita.

Beban ini menjadi lebih kritikal apabila kita menghadapi cabaran masyarakat yang menua kerana ia menjejaskan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan pembangunan sosial ekonomi negeri. Negara jiran kita, Singapura, telah menunjukkan pendekatan efektif melalui Caregiver Support Action Plan. Termasuk elaun bulanan untuk penjaga yang menjaga ahli keluarga yang memerlukan bantuan harian, subsidi perkhidmatan penjagaan jangka panjang, latihan penjaga, fleksibiliti pekerjaan dan pusat komuniti warga emas yang menyediakan rehat serta sokongan sosial. Dan pengalaman ini jelas menunjukkan bahawa beban penjagaan boleh dikurangkan melalui dasar komprehensif yang menghargai sumbangan wanita sambil bersedia menghadapi demografi menua. Seri Delima menyeru agar Kerajaan Negeri meneliti pelaksanaan inisiatif seumpama ini. Bukan hanya sahaja demi keadilan gender, tetapi juga ketahanan sosial dan kesejahteraan jangka panjang rakyat Pulau Pinang.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, sejak beberapa hari ini, kumpulan Dolla menjadi tumpuan selepas muzik video terbaru mereka diturunkan daripada platform digital berikutan komen serta kritikan mengenai gaya persembahan dan pakaian mereka. Isu ini mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang melihatnya dari sudut kebebasan berkarya, ada juga yang menekankan sensitiviti budaya serta nilai masyarakat kita. Sebagai wakil rakyat, saya memandang industri kreatif sebagai aset negara. Kumpulan Dolla ialah sebahagian daripada generasi baharu artis Malaysia yang menunjukkan potensi dan disiplin kerja yang membanggakan. Mereka telah bekerja keras membina nama dan usaha mereka seharusnya dihargai. Industri kreatif hanya boleh berkembang jika bakatnya dipupuk, bukan ditakutkan. Kita mahu Malaysia melahirkan lebih ramai penyanyi, penari, pelakon, pengarah, dan pereka seni yang dapat berdiri sama tinggi dengan bakat antarabangsa. Untuk itu, kita perlu mewujudkan ekosistem yang membina, selamat, dan menyokong. Dan saya berharap semua pihak dapat menilai situasi ini dengan lebih seimbang dan rasional dan tidak terburu-buru menghukum lah atau menghakimi mana-mana anak seni kita. Dolla

ialah anak Malaysia dan mereka layak mendapat ruang serta sokongan yang adil daripada kita semua sebagai masyarakat yang menghargai seni, bakat, dan kreativiti.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, untuk sekian lama, Seri Delima dikenali sebagai sebuah kawasan kediaman yang matang, yang berdaya huni, lengkap dengan taman-taman rekreasi dan mempunyai bilangan warga emas yang amat tinggi. Namun begitu, secara jujurnya, Seri Delima sebelum ini tidak mempunyai satu, boleh kata, tarikan pelancongan yang benar-benar menonjol. Namun, landscape ini berubah dengan kemunculan The Light City. Sebuah pembangunan pesat yang bakal menjadi mercu tanda baharu Pulau Pinang. Di samping komponen kediaman, The Light City turut menempatkan projek penting seperti Penang Waterfront Convention Center (PWCC). Pusat konvensyen terbesar di negeri ini dengan keluasan melebihi 10,000-meter persegi dan mampu menampung sekurang-kurangnya 10,000 tetamu pada satu-satu masa.

PWCC telah pun mula beroperasi sejak Oktober lalu dan bakal mengubah ekosistem ekonomi (MICE) Meetings, Incentives, Conferences, Exhibitions serta pelancongan di kawasan Seri Delima. Yang turut menyerikan lagi The Light City ialah kewujudan Galeri Seni Lin Xiang Xiong. Sebuah galeri berbentuk penyu laut yang baru-baru ini dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. Galeri ini merupakan inisiatif swasta oleh Profesor Lin Xiang Xiong, seorang tokoh seni antarabangsa berusia 81 tahun yang telah pun melaburkan RM100 juta untuk merealisasikan visi beliau.

Seri Delima terharu dengan konsep serta falsafah di sebalik pembinaannya. Profesor Lin menzahirkan seni sebagai medium untuk mempromosikan keamanan dunia Art for Peace dan dalam suasana global hari ini, seperti apa yang berlaku di Gaza, galeri ini membawa makna yang mendalam yang mengajak kita merenung kesan buruk konflik serta mengingatkan kita bahawa keamanan adalah anugerah yang paling berharga untuk dipelihara. Dengan taraf dan mutu antarabangsa yang ditampilkan oleh Galeri Seni ini, saya percaya ia bukan sahaja memperkenalkan tarikan pelancong baharu di Pulau Pinang. Malah dapat menggabungkan kekuatan diplomasi, warisan budaya, dan inovasi kreatif. Berpotensi menjadi jambatan seni dan pemikiran yang menghubungkan timur dan barat.

Selain itu, dengan pelbagai komponen lain seperti pusat membeli-belah, hotel, pangsapuri servis, dan kemudahan rekreasi. The Light City berpotensi menjadi destinasi bersepadu yang menggabungkan elemen perdagangan, seni, budaya, pelancongan, dan

gaya hidup moden. Ia bukan sahaja menambah nilai kepada landskap pembangunan Seri Delima, malah berpotensi menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat. Seiring dengan kemajuan ini, perancangan menyeluruh terhadap sistem trafik dan infrastruktur sekitar amatlah penting.

Buat sementara waktu, terdapat tiga laluan masuk utama yang boleh terus akses ke The Light City. Dari arah Green Lane, Jalan Masjid Negeri. Kedua dari George Town, dan ketiga dari arah Bayan Lepas boleh terus masuk ke The Light City. Walau bagaimanapun, meskipun ada tiga laluan masuk, tetapi buat sementara waktu, kita hanya ada satu laluan keluar yang disediakan sahaja. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terutamanya bagi kenderaan yang ingin menuju dari The Light City ke arah George Town kerana semua pengguna jalan raya perlu membuat satu pusingan U terlebih dahulu. Dan untuk makluman, pusingan U sedia ada memang sempit dan mempunyai had ketinggian yang tertentu. Kenderaan sederhana besar seperti ambulans tidak dapat menggunakannya semasa kecemasan. Dan pernah berlaku di mana ambulans terpaksa menggunakan laluan pusingan yang lebih jauh, sekaligus melambatkan tindak balas kecemasan dan berpotensi menjejaskan nyawa.

Dan walaupun difahamkan pihak CZC akan membina satu elevated U-turn yang lebih besar. Namun itu akan ambil masa yang panjang. Dan Seri Delima ingin memohon kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya had ketinggian pusingan U sedia ada ini ditinggikan dengan serta-merta. Supaya sekurang-kurangnya kereta ambulans boleh berlalu ketika berlakunya kes emergency.

Sehubungan itu, Seri Delima juga ingin mencadangkan agar kajian boleh dibuat untuk wujudkan satu jejambat khas terus dari The Light City ke bandar George Town. Dan langkah ini amat penting bagi memudah carakan sistem penguraian dengan lebih efektif. Serta bagi mengurangkan kesesakan trafik yang dijangka berlaku pada masa hadapan. Selain itu, penekanan harus diberikan kepada keberkesanan aliran trafik serta penyerpaduan dan integrasian mod pengangkutan awam seperti bas, LRT, memandangkan akan ada satu stesen LRT di situ. Laluan pejalan kaki berteduh agar mobiliti pengunjung dapat diurus dengan teratur dan lestari tanpa menjejaskan kesejahteraan penduduk sekitar.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Seri Delima adalah antara KADUN yang sebahagian jalan dan taman kediaman diselia oleh JKR. Manakala sebahagian lagi diseliakan oleh MBPP. Yang berpunca daripada perbezaan klasifikasi dalam sempadan bandar City Limit dan luar sempadan bandar Outside City Limit.

Keadaan dualisme ini kelihatan kecil di atas kertas, tetapi sebenarnya telah pun menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penduduk dan menyukarkan penyelesaian isu di lapangan. Sebagai contoh, JKR tidak membenarkan pemasangan bonggol jalan, tiang penghadang jalan bollard walaupun kawasan tersebut berisiko tinggi. Manakala MBPP mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakannya berdasarkan penilaian setempat. Akibatnya, dua jalan dalam kawasan kediaman yang berbeza, menerima keputusan berbeza. Walaupun keperluan keselamatan dan kemudahan pengguna adalah sama. Situasi sebegini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan penduduk, malah memberi kesan langsung terhadap keselamatan, mobiliti, dan kesejahteraan komuniti, terutamanya golongan warga emas.

Saya mengambil maklum keputusan mesyuarat MMK Bilangan 10 bertarikh 9hb April 2025 yang memutuskan penyelarasan spesifikasi di antara JKR dan MBPP akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2028. Namun begitu, saya berpandangan bahawa tempoh pelaksanaan ini agak lama. Seri Delima faham bahawa kajian dan perancangan memerlukan masa. Namun, tempoh dua hingga tiga tahun ini dianggap terlampau lama. Terutamanya memandangkan isu keselamatan dan kemudahan asas penduduk sudah memerlukan tindakan yang segera.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan mempercepatkan tarikh pelaksanaan penyelarasan kepada 2027. Atau menggubal garis panduan interim yang seragam untuk tindakan keselamatan dan kemudahan asas. Dengan langkah-langkah ini, pelaksanaan di lapangan dapat dijalankan dengan lebih konsisten, responsif, dan selaras dengan keperluan keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, projek penaiktarafan Astaka Taman Tun Sardon kepada Astaka Moden berkonsepkan bangunan hijau dengan kos RM3.3 juta telah pun bermula. Seri Delima ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak MBPP kerana memastikan beberapa isu yang dibangkitkan oleh peniaga di tapak sementara sekarang telah diselesaikan dengan baik. Termasuk isu ventilasi, pintu dan tambahan tempat duduk.

Namun berdasarkan jawapan bertulis yang diterima, setakat 31 Oktober 2025, kemajuan projek sekarang hanya 15%, jauh ketinggalan daripada jadual asal iaitu 40%, menunjukkan kelewatan sebanyak 25% dan difahamkan pihak kontraktor sedang memohon lanjutan masa (Extension Of Time). Seri Delima ingin menegaskan bahawa sebarang EOT perlu munasabah dan pihak berkuasa harus memastikan punca kelewatan ditangani segera. Seri Delima menyeru agar pemantauan ketat perlu dilaksanakan, termasuk memberi sokongan dan bimbingan kepada kontraktor supaya kerja dapat kembali ke jadual asal dan manfaat projek dapat dinikmati oleh komuniti tanpa penangguhan lanjut yang ketara.

Dato' Seri Yang di-Pertua, keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah tanggungjawab utama kerajaan. Keupayaan sistem respons kecemasan yang cekap adalah aspek kritikal dalam memastikan nyawa rakyat sentiasa terpelihara. Baru-baru ini semasa kempen kesihatan komuniti yang dianjurkan oleh MPKK saya di Seri Delima pada Sabtu yang lalu, satu insiden menunjukkan kelemahan yang serius dalam sistem respons kecemasan tersebut. Pada pukul 11:30 pagi, seorang warga emas penduduk saya Mrs. Hong, pengsan semasa acara berlangsung. Panggilan pertama ke 999 dibuat pada 11:36 pagi. Namun ambulans rasmi tidak tiba, beberapa panggilan susulan dibuat sehingga pukul 12:50 tengah hari, tetapi bantuan rasmi tetap belum sampai. Selepas hampir 1 jam 20 minit menunggu, pihak kami mengambil inisiatif untuk menghubungi ambulans private, sebuah NGO yang berasal dari Sungai Ara, yang tiba dalam 17 minit dan segera mengambil alih kes tersebut. Tanpa tindakan pantas mereka, nyawa warga emas ini boleh terancam. Kejadian ini jelas tidak boleh diterima. Ia menunjukkan kelemahan serius dalam sistem respons kecemasan rasmi. Seri Delima menyeru agar siasatan dan kajian segera dijalankan untuk memperkukuh keupayaan ambulans dan sistem kecemasan, memastikan tindak balas pantas apabila diperlukan.

Dato' Seri Yang di-Pertua, segala syor, teguran atau pun pandangan yang dikemukakan bukanlah bersifat politik semata-mata tetapi lahir daripada rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap Pulau Pinang, negeri yang kita junjung, yang kita bangunkan dan yang kita pertahankan kedaulatannya. Jadi sebagai penutup, izinkan Seri Delima mengakhiri ucapan saya dengan sebuah pantun:

Pohon delima tempat berteduh, Teduhnya menyambut nelayan pulang, Walau kecil di mata yang jauh, Kedaulatan Penang tetap dijulang.

Seri Delima mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Seri Delima dan Yang Berhormat Permatang Pasir, sila.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, wassolatu wassalamu 'ala rasulillah wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in, amma ba'd.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang mungkin sedang makan sekarang ni, barisan EXCO.

Yang di-Pertua (Speaker)

Oh, nanti. Untuk makluman semua, nanti saya akan berhenti rehat untuk makan tengah hari selepas Yang Berhormat berbahas. Nanti kita akan henti.

Sahabat-sahabat Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, agensi, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang dikasihi. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya berbahas ucapan Belanjawan Tahunan 2026.

Luar Bandar. Dato' Yang di-Pertua, dalam kita mengejar kemajuan negeri, jangan kita lupakan kawasan luar bandar yang masih lagi ketinggalan berbanding dengan kawasan bandar. Ada pun Permatang Pasir ni, 80% dia kawasan luar bandar lah. Kemudahan infrastrukturnya terutamanya jalan kampung, longkang dan parit masih lagi ketinggalan.

Banyak parit kampung di DUN Permatang Pasir tidak mempunyai saliran keluar. Hanya berputar dalam kampung dan bertakung di semak dan belukar yang belum dibangunkan. Bila belukar ini dibangunkan, bakal timbul lah isu banjir kerana berlaku tambakan dan kawasan yang rendah akan menjadi banjir setelah kawasan ini ditambak. Kajian secara komprehensif hendaklah dibuat untuk mengatasi masalah ini. Peruntukan untuk luar bandar hendaklah ditingkatkan untuk tujuan aliran sungai. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Kota, Kampung Bukit Jelutong, Pengkalan Tambang, Kampung Permatang Tengah dan juga Kampung Permatang Janggus.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian tentang masalah banjir yang masih berterusan berlaku di Kampung Kolam dan Tanjung Putus akibat hujan lebat dan air pasang tinggi. Saya mencadangkan agar Jabatan Pengairan dan Saliran menaikkan aras tebing sungai untuk menghalang limpahan air sungai ke Kampung Kolam dan di Tanjung Putus juga mengalami sedikit banjir kerana sungai yang dipenuhi dengan tumbuhan dan ia perlu dibersihkan atau dicuci sebelum tiba musim hujan. Yang ni semua kita maklum.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yang Berhormat Permatang Pasir, saya nak tanya sungai mana yang YB maksudkan ini? Sungai yang menyebabkan berlaku limpahan air sehinggakan menyebabkan Kampung Kolam dan kampung-kampung yang dimaksudkan itu dilimpahi oleh air?

Semua sungai ini dia menuju ke Sungai Perai lah, menuju ke Sungai Perai dan kita semua maklum dan dalam mesyuarat tindakan pun memang dimaklumkan bahawa semua parit-parit hendaklah dan sungai adalah dibersihkan sebelum monsun tetapi benda ni mungkin Jabatan Pengairan tidak dapat melaksanakan, mungkin dia tidak dapat dijalankan serentak, projek ni dibuat ikut fasa. Jadi ada kawasan yang terlepas yang dibuat selepas musim banjir. Walau bagaimanapun, saya berterima kasih lah sekurang-kurangnya kawasan Tanjung Putus ni sungainya telah dicuci minggu sudah dan antara kekangan yang hendak dicuci ini sebab apa, kadang-kadang kawasan sungai tu ada binaan, jentera tak boleh masuk dan ini memerlukan bantuan YB lah untuk negotiate dengan tuan tanah dan ada kes yang lain berlaku banjir di Kampung Permatang Tengah yang perlu diatasi dengan pemeriksaan parit kampung sebab parit kampung ini biasanya kerajaan tak buat,

bergantung kepada orang kampung nak cuci dan dekat parit ini di share bersama dengan orang kampung, sebahagian tidak diurus dengan baik dan menyebabkan sungai tersumbat dan kita perlu berurusan dengan orang kampung, kemungkinan kita akan melaksana secara gotong-royong dengan bantuan pihak kerajaanlah dan yang terbaru ni berlaku di kampung belakang Masjid Permatang Janggus.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menguruskan masalah banjir, pengurusan PPS Pusat Pemindahan Sementara banjir di Sekolah Menengah Permatang Pasir yang melibatkan 11 keluarga, seramai 44 orang yang terlibat. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini tentang ada rungutan mangsa banjir yang tak dapat berpindah ke PPS disebabkan oleh kesihatan. Bila mereka tak berpindah ke PPS, mereka dinafikan bantuan oleh pihak kerajaan. Saya berharap dengan penuh harapan agar prosedur ini dapat dikaji semula untuk memberi keadilan pada semua dan di pihak Pusat Khidmat ADUN, kita sedang merancang untuk tahun depanlah, kita akan membina satu parit batu di belakang Masjid Sama Gagah, satu parit batu di Kampung Kota, baru satu parit batu di Pekan Permatang Pauh dan juga kita akan cuba menyelesaikan parit yang belum siap di Kampung Pelet. Kita harap peruntukan yang RM60,000 ni cukuplah. Harap kalau tak cukup boleh tambahlah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cuba mohon

Harap Yang Amat Berhormat mempertimbangkan. Jentera berat dan waktu operasi. Dato' Yang di-Pertua, pada sesi yang lepas saya ada bangkitkan tentang isu bengkel-bengkel jentera berat yang didirikan sekian lama di antara Bukit Merah dan Pekan Permatang Pauh dan ialah bila kita complain, orang tauke-tauke datanglah berjumpa sebab mereka menyatakan bahawa mereka telah lama ada lori dan mereka memohon untuk menangguhkan sementara dan kita boleh ini bergantung kepada pihak Majlis lah tetapi saya berharap Majlis Bandaraya supaya tidak lagi membenarkan bengkel baru didirikan selepas ini kerana banyak kesan tidak baik kepada penduduk dan pengguna jalan raya di Jalan Permatang Pauh, Kubang Semang. Oleh, sebab mereka tidak lagi berpindah dan jentera berat ini ada dan kawasan ini dia dekat dengan sekolah dan juga masjid, jadi saya

mencadangkan kalau mereka hendak operasi juga, dihadkan sebagaimana kita mereka melalui seperti Jambatan Pulau Pinang, jadi larangan lori dan jentera berat hendaklah dibuat dari mulai 6 sampai pukul 9. Ini kerana tidak mengganggu aliran trafik di Pekan Permatang Pauh dan juga bahaya kepada anak-anak yang ingin ke sekolah.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada sempadan kawasan DUN. Sebab…

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

YB Permatang Pasir minta mencelah.

Okay.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Isu yang dibangkitkan berkaitan tentang pergerakan lori tanah terutamanya di DUN saya. Untuk makluman YB Permatang Pasir, isu yang berbangkit tentang isu keselamatan pengguna jalan raya yang lain, terutamanya motor-motor lah. Apabila kita lihat di kawasan DUN Sungai Bakap ni terlalu banyak aliran lori tanah yang pengambilan tanah di sempadan kawasan Kedah, iaitu di kawasan Jalan Kerian, Kedah menghala ke Jawi dan Jalan Tasik Cempedak menghala ke Valdor. Waktu puncak yang menimbulkan isu waktu puncaklah, pergerakan lori tanah ini agak laju dan cara pemanduannya agak merbahaya kepada pengguna yang lain, terutamanya pada motor lah, motosikal. Di kawasan ADUN Sungai Bakap acap kali saya bangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah. Mohon pihak berkuasa membuat penguatkuasaan pemantauan terhadap lori-lori, kadang-kadang kita nampak lori tanah ni kebanyakannya blind spot dia. Maksud dia, penglihatan dia terhalang, banyak terhalang. Banyak kemalangan melibatkan langgar lah kenderaan kecil. Jadi kita setuju tak ADUN Permatang Pasir, apa yang saya nukilkan, minta pihak PBT memastikan pergerakan lori ikut tempoh yang kita cadangkanlah, iaitu waktu puncak, iaitu pukul 7 sampai pukul 8 tidak dibenarkan. Tapi timbul juga isu, memang masa tempoh 7 ke 8 tu dia tanpa muatan, tapi dia akan pergi ke pengambilan tanah tu 7 ke 8 tu dah pergi dah. Jadi kita mintalah sangat-sangat sebab

banyak berlaku kemalangan melibat kehilangan nyawa. Jadi terima kasih banyak atas celahan ni.

Dah, kita maklum lah, masukkan dalam hansard saya. Dan kita maklum bahawa memang apa, semua orang tidak kira di mana, safety first keselamatan nyawa ni penting, dan juga kesihatan.

Okey, saya kembali kepada isu sempadan Kawasan DUN. So, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kerajaan tentang sempadan DUN Permatang Pasir dan juga dengan DUN Seberang Jaya. Kan kita agak apa border tu. Bila kita antara border tu, orang complaint kenapa YB tak tak pergi sana? Kita nak jawab, ini bukan saya punya kawasan. Dia kata, ini kawasan YB.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seberang Jaya duduk tepi saja.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Yang Berhormat, satu jiran lagi sini, jangan risau.

Jiran. dan juga apa, dengan apa, dengan apa dengan

Yang di-Pertua (Speaker)

Penanti. Sempadanlah.

Dengan Bagan Jermal. Sebab isu apa, Bagan Jermal?

Yang di-Pertua (Speaker)

Pematang Pasir tak ada sempadan dengan U, dengan Penanti. (gangguan)…

Dia, di sebelah, di sebelah Ampang Jajar. Sudah, di sebelah Padang Lalang. Di Bagan.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Ampang Jajar memang Permatang Pauh. (gangguan) dan sempadan bagan.

So, disebabkan kita ada apa, ada dua (2) PPRT tu. Satu PPRT, satu (1) PPRT di sebelah (gangguan). Faham ha.

Yang di-Pertua (Speaker)

Padang Lalang. Dia dekat dengan. (gangguan)

Lagi satu PPRT seberang sungai. Di seberang sungai tu SPU. Jadi, ada PPRT yang sebelah sana claim, mereka adalah sebahagian daripada Permatang Pasir. Jadi apa, kita agak apa, agak confuse. Jadi saya tak tahu pihak mana, adakah pihak SPR ka ataupun pihak apa pejabat daerah ka ataupun pihak Kerajaan Negeri mana-mana kah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau sempadan DUN memang SPR lah. Tak apa nanti EXCO boleh bantu.

Tolong, tolong pastikan. Yalah, tolong tolong pastikan bahawa apa, bahawa DUN tu bagi clear lah, bagi terang untuk apa, untuk ADUN bekerja.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Boleh memohon mencelah. Dalam perkara ni kan, saya ingat memang dibangkitkan memang pun adalah yang daripada Pematang Pauh juga pengundi dia daripada Pematang Pauh. Mungkin kawasan YB, Yang Berhormat, yang datang. Tapi sekadar sebab saya pun dah terangkan, macam kita tak boleh cross kawasan kan peruntukan kita. Jadi saya rasa yang itu kan, memang kalau sempadan dia kan, untuk memang sungai tu, memang masih under Pejabat Daerah, memang memang Pematang Pauh dengan Bagan Jermal. Tetapi SPR memang dia ada masuk sikit. Saya pun tak pasti kenapa lah. Tapi memang mix lah. Memang mix lah sana punya pengundi. Kita cubalah macam kalau bakul makanan tu kan, memang saya tak begitu berkiralah. Tapi peruntukan tu memang tak boleh lah. Saya bagi tahu dulu. Terima kasih.

Sebab kita bukan saja Yang Berhormat, kita juga yang berkhidmat. Jadi kita nak service to people, kita kena pastikan di mana tempat kita. Dato’ Yang di-Pertua, saya nak apa bangkit sikit isu banjir lumpur. Dia berlaku di DUN Penanti tetapi dia berlaku di rumah saya, dekat jiran saya. Jadi saya nak sentuh isu banjir lumpur yang berlaku di Taman Guar Perahu berhadapan dengan rumah saya yang berpunca daripada taman baru yang dibina di atas bukit lah oleh syarikat Kencana Buana Sdn Bhd. Banjir ini bukan pertama kali, telah berlaku untuk kali yang ketiga, dan banjir yang ketiga ini adalah paling buruk lah, kerana membawa lumpur dan mengakibatkan 50 buah rumah terjejas akibat banjir lumpur. Saya telah menetap di sana lebih kurang 25 tahun lebih di sana. Tidak pernah berlaku banjir di hadapan bukit tersebut. Lebih malang lagi, lumpur tersebut bukanlah di akibat bencana alam, tetapi akibat kecuaian manusia, akibat kegagalan kontraktor perumahan tersebut mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Walaupun sebelum ini telah berlaku banjir, ada projek, walaupun dah dah berlaku dah kan, dah berlaku banjir pun, banjir lagi. Ini menunjukkan seolah-olah pemaju tersebut seolah-olah tidak peduli segala arahan dan syarat yang dibuat oleh MBSP. Akibat kecuaian ini telah menyebabkan kerugian harta benda dan trauma. Penduduk sekarang ni bila tengok hujan lebat sampai sekarang, dalam WhatsApp group tu, dia kata hujan lagi, tak tahu mungkin akan berlaku lagi. Dia trauma, kesan daripada sakit jiwa, sakit jiwa. Dan kemudian apa ni, dia bila berlaku banjir, banjir kemudian dengan lumpur lagi, dia telah merosakkan harta benda. Kalau kita punya sofa set, TV kalau rosak takkanlah harga RM500. Cuma dibayar ganti rugi RM500 saja. Jadi sangat sedikit ganti rugi RM500 tu. Dan juga termasuk perasaan yang telah yang sedang dialami oleh penduduk tu.

Kemudian, di hadapan taman tu dibina tembok yang tinggi. Tembok itu pula tidak ada langsung reserve parit dengan Taman Guar Perahu. Kira memang pemaju ni agak hebatlah. Hebatlah. Dia boleh buat apa ikut suka. Parit longkang mesti ada reserve. Kalau semua reserve diambil, macam mana kita nak, kalau rosak macam mana kita nak repair? Ini saya nampak apa pemaju ni agak apa agak bagus lah.

Jadi apa ni untuk apa untuk perkara ni, penduduk memohon agar pemaju dan MBSP mengambil tanggungjawab untuk memastikan yang perkara ini tidak berlaku lagi. Sebab apa, sebab yang merancang, yang meluluskan taman baru ni ialah MBSP. Dan penduduk itu, penduduk taman adalah dikendalikan oleh MBSP, diuruskan oleh MBSP. Jadi MBSP kena bertanggungjawablah apa yang berlaku.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Mohon mencelah YB. Ya, sebab benda ni terjadi di DUN Penanti, tapi rumah YB di situ. Jadi saya memang ada dalam soalan saya 68, tapi tak apalah dah cakap ni saya pun nak bercakap sikitlah sini. Okay, di Taman Guar Perahu Penanti ini, untuk makluman semua, terdapat pembinaan taman perumahan yang baru lah. Tanah milik JKP ya, dan diusahakan oleh satu main contractor di situ, bersebelahan dengan Taman Guar Perahu yang didiami oleh YB kita. Di sini sering terjadi banjir lumpur yang begitu teruk. Banjir lumpur, saya rasa teruk lah, bukan setakat banjir biasa, banjir lumpur dah tiga, empat kali jadi. Jadi YB duduk situ dah 25 tahun belum ada walaupun banjir hujan lebat. Tapi sekali ni bukan setakat hujan lebat saja, hujan agak-agak lebih kurang sejam macam tu dah mula. Jadi itu masalah dia.

Okay, kita dah adakan perjumpaan dengan pemaju. Pemaju ataupun main contractor tu. Jadi bersama dengan MPSP, MBSP, sorry, pun dah bagi cadangan supaya air daripada taman perumahan tu tidak dihalakan ke Taman Guar Perahu, tetapi dihalakan ke kawasan lain. Yang mana tempat yang nak dihalakan air itu adalah kawasan tempat memang takungan air. Saya dah berjumpa dengan Pengarah JPS, Tuan Syed, dia sendiri kata memang masalah. Saya dah jumpa dengan Pengarah Kejuruteraan MBSP pun dia kata tak ada cara lain. Kalau air tak mahu masuk ke taman tu, nak kena hala ke satu tempat lain. Okay, isunya di sini, tempat yang nak dihalakan air itu memang tempat itu air tak boleh pi ke mana dah. Dah memang mati kat situ. Dan dibina satu paip yang begitu besar untuk alihkan air daripada situ ke seberang sungai. Sungai Kubang Semang ya, untuk pengairan bendang.

Masalah dia pula, penduduk yang mempunyai sawah padi di sebelah sana tak dapat pampasan. Jadi dia tutup sungai. Jadi air tak boleh pergi ke mana-mana. Dia tetap pergi ke kawasan tu dan bertakung menjadikan banjir di situ. Ini masalah yang tak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini, dan kita harap pihak JPS ataupun Majlis Bandaraya dapat mencari jalan dan alternatif untuk menyelesaikan masalah ini. Untuk isu banjir lumpur ni, kita pun hairan juga. Macam mana Majlis Bandaraya begitu cepat meluluskan perkara-perkara yang nak dibina ataupun dibuat di situ, tetapi akhirnya memberi masalah kepada penduduk di situ. Jadi kita harap Majlis Bandaraya Seberang Perai, JPS, untuk bantulah supaya kita selesaikan masalah ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti EXCO jawab.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Minta mencelah. Terima kasih YB Pematang Pasir. Cadangan saya, boleh tak YB Pematang Pasir, sebelum membina sesuatu projek perumahan, pihak PBT atau Majlis membuat kajian dahulu tentang aliran air yang mungkin kebarangkalian berlaku akan berlaku banjir. Kita tak nak, duduk dulu. Kita tak nak dah dibina, baru dikaji. Jadi mohon mungkin ada syarat dan peraturan SOP yang perlu dilakukan oleh pihak Majlis pada pihak pemaju, agar mengikut SOP yang ditetapkan dan buat kajian dahulu aliran air tersebut tidak berlaku banjir. Sebab saya cakap ni, di kawasan saya iaitu di Bandar Tasek Mutiara, spek

longkang yang dia buat, dia perlu tahu projek tersebut akan membina berapa jumlah rumah. Bermaksud dia buat fasa phase by phase, fasa by fasa. Jadi kalau dia buat spek longkang tu untuk fasa pertama, contohnya 500, tak sesuai lah. Sepatutnya dia kena buat untuk jumlah 8,000. Anggaran rumah yang nak dibina. Jadi itulah, setuju tak setuju?

Saya setuju. Tapi ingatlah MBSP ni dia bukan budak sekolah tahu. Dia local government. Dia ada, dia ada semua engineer apa semua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti mereka kena jawab.

So mereka kena jawab. Ada engineer apa semua pun masih berlaku. Lagi satu ya pemantauan lah, pemantauan. Sebab apa bagi saya ini adalah kali kedua. Sebab projek di Kampung Paya oleh apa oleh Sunway pun berlaku juga. Bila projek buat, banjir juga. So saya ingat apa ni pemantauan ke apa yang berlaku. Perkara ni patut apa kita kena Jepun kata. Turun, turun, gemba. Kemudian kaizen, continuous improvement. Kalau berlaku, saya ingat benda ni apa, pihak-pihak-pihak pengalaman pengurusan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Permatang Pasir boleh bersetuju tak kalau sekiranya pandangan jiran kepada projek yang nak dibina, ataupun kampung-kampung yang berdekatan perlu didapatkan untuk menilai sama ada projek itu terkesan kepada penduduk kampung bersebelahan ataupun tidak?

Saya setuju, tetapi orang kampung tak pandai. Orang kampung tunjuk pun pening, pusing merata.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okay. Saya nak nak tanya ya Dato’ Seri Speaker. Kebenaran merancang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa tak cukup. Untuk Permatang Pasir. Tengok loceng.

Okay tak apa. Saya nak sentuh tentang tentang Masjid MADANI. Dato’ Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih lah pada PMX yang baru-baru ini telah meluncurkan, bahasa baharu meluncurkan Masjid MADANI di Permatang Pauh di kawasan DUN Permatang Pasir, dengan kos RM75 juta. Ni masjid besar. Masjid ini dibina masjid yang dibina ini, dia berdekatan dengan Masjid Pekan Permatang Pauh dan juga Masjid Permatang Janggus.

Jadi pertanyaan saya kepada Majlis, ialah di mana anak kariah masjid ini akan diambil? Sebab masjid ini dia kena ada orang nak sembahyang, dia kena ada anak kariah. Biasanya ada anak kariah baru kita buat masjid. Ini buat masjid dulu baru nak cari anak kariah. Dengan kos yang begitu besar, tentulah dewan masjid dia besar. Dan saya lihat penduduk di situ tak ramai yang orang Islam. Jadi apa ni saya minta apa minta penjelasan. Kemudian rasional dia.

Kemudian saya agak lah kalau begitu besar bangunan dia, tentulah mungkin Pejabat Agama SPT akan dibawa ke sana, mungkin juga sekolah agama akan dibawa. Itu anggapan saya. Kerana bila apa, bila projek kerajaan biasanya tak sampai ke pejabat YB. Kalau projek swasta ni akan sampai. Jadi saya minta apa penjelasan daripada apa daripada Majlis Agama atau Exco berkenaan dengan perkara ni.

Yang, saya nak sebut sikit isu HIV lah, HIV. Sebab ada berita laporan Berita Harian pada 1 November melaporkan peningkatan jangkitan HIV kepada golongan muda di Pulau Pinang. Dan yang terbaru pada 2024 adalah kes baru di Pulau Pinang sebanyak 232 kes. Dan kadar di Pulau Pinang ni dia agak tinggi, kalau dibandingkan dengan kebangsaan. Sebab kadar notifikasi di Pulau Pinang 12.89/100,000 orang, lebih tinggi daripada kebangsaan 9.4/100,000 orang dan semua kes ni, hampir 99% disebabkan oleh seks

bebas. Jadi apa dalam jawapan EXCO lah, di Pulau Pinang, sejumlah 1,873 orang yang direkodkan sepanjang tahun 2020 hingga 2025 yang telah terlibat dengan yang dijangkiti oleh HIV. Daripada 1,873 HIV ini, dia melibatkan orang Islam sebanyak 842, bersamaan dengan 49.95%. Seperti yang kita ketahui, HIV ini penyakit yang tak boleh ubat. Dia boleh apa, boleh tidurkan kuman saja.

Jadi pesakitnya akan kena ambil ubat sampai mati. Jadi kalau setiap tahun bertambah, tentulah ubat itu akan bertambah. Kos-kos beli ubat itu kerajaan akan tanggung. Jadi saya tanya EXCO, apakah kita buat apa cara, cara untuk kita nak kawal HIV. Dan juga disebabkan dia melibatkan orang Islam, sangat tanggungjawab EXCO Agama juga untuk apa, untuk nak ambil langkah-langkah untuk kepada orang Islam ni la. Anak-anak muda ni atas gejala yang tak sihat. Seks bebas ni lah. Jadi penerangan kepada anak-anak muda kita tak kira la kalau ada bukan Islam kan, kuil (tidak jelas) ke apa semua, mesti terangkan bahawa seks bebas tak bagus dan kita mesti halang HIV terus merebak. Dan saya percaya kerajaan akan meningkat kos belanja untuk apa, untuk ubat nak apa nak halang HIV ini jadi AIDS.

Kemudian apa ni isu saya nak minta sikitlah ni Majlis Agama untuk apa. Betul-betul saya, saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas peruntukan dan sumbangan kepada guru-guru KAFA, guru sekolah agama, guru tahfiz dan guru pondok. Saya juga mengharapkan agar Kerajaan Negeri tidak melupakan sukarelawan mandi jenazah dan juga penggali kubur kerana mereka juga adalah golongan yang perlu kita hargai. Dan juga saya apa ni, Dato’ Yang di-Pertua, sebanyak apa, sebanyak RM10.22 juta diperuntukan untuk pembinaan, ubah suai, penambahbaikan masjid dan surau di Pulau Pinang. Saya cuma ingin memohon penjelasan YB EXCO, berapakah peruntukan dalam usaha kerja-kerja dakwah non-Muslim secara keseluruhan dan berapakah jumlah yang telah diperuntukkan kepada NGO Islam yang telah disumbangkan pada tahun 2024 dan 2025 dalam usaha mengembangkan dan memahamkan ajaran Islam kepada bukan Islam. Dan apakah usaha pihak Majlis Agama Islam untuk mengatasi Islamifobia di kalangan bukan Islam.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin nak minta perhatian peluang pekerjaan. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian seperti yang disiarkan dalam Berita Harian, dalam separuh tahun dalam separuh pertama tahun 2025, negeri itu di Pulau Pinang lah, meluluskan 86 projek pelaburan pembuatan yang akan mencipta sekitar 11,116 peluang pekerjaan. Seterusnya, apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pekerjaan

peluang pekerjaan ini diperoleh oleh rakyat tempatan. Dan bagaimana untuk memastikan peluang itu yang mendapat manfaatnya lebih banyak kepada pekerja tempatan berbanding dengan warga asing. Walaupun banyak kerja, kalau dapat kat orang asing pun tak bagus. Jadi kita mahu kerja yang dibina, yang kita buat kerja tu, peluang baru tu, hendaklah kepada warga tempatan.

Akhir sekali, Dato’ Yang di-Pertua, dalam kita mengejar cita-cita menuju negara maju, kita juga kena sedari dan menginsafi bahawa ekonomi yang ingin dipacu tidak meminggirkan golongan bawahan dan golongan miskin tegar. Dalam ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, ada sebut cukai langsung melalui kajian baru, kenaikan cukai tanah. Ini sedikit sebanyak tentu akan mengusarkan rakyat walaupun akan memperkenalkan rebate. Dan apakah bentuk rebate yang akan diperkenalkan itu, rebate tu. Kenaikan cukai tanah, kenaikan cukai tanah sudah tentu akan membebankan rakyat ditambah pula dengan kenaikan tarif oleh PBA. Air akan naik lagi setiap tahun ni, naik lagi. So, naik lagi cukai tanah.

So, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, juga ada menyebut ucapan Allahyarham Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia Kelima. Berbelanja bukan sekadar soal angka, tetapi soal amanah, setiap sen mesti memberi pulangan kepada rakyat dan masa depan negara. Cumanya saya nak sangkut sikit, adakah Yang Amat Berhormat bersetuju bahawa projek terowong dasar laut adalah lambang kegagalan kerajaan serta pembaziran duit rakyat yang telah diguna berikut, kajian kebolehlaksanaan RM20 juta telah keluar dah. Reka bentuk terperinci detail RM76.24 juta. Jadi gabungan semua tu kita telah keluarkan lebih kurang RM96.24 juta dan sejak tu, kita tak nampak apa hasil. Dan masih lagi kaji mengkaji, kaji mengkaji. Dan setiap projek dia mesti ada tarikh dia, tarikh mati tu. Tahun lepas tanya, kaji lagi. So, ini bukan projek yang bagus. Satu projek dia mesti ada kita punya time limit. Jadi saya apa, saya apa, saya harap balik ni hanya impian kita. Jadi saya harap tidak lagi duit dibelanjakan untuk projek nilah sebab tak nampak jalan. Nanti minta Yang Amat Berhormat pertimbangkan. Dan dengan ini sekian, saya menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa kita boleh henti rehat dan kita bersidang semula jam 2:30 nanti. Terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.51 tengahari

Dewan bersidang semula pada jam 2:30 petang

Timbalan Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Semua dah makan kenyang. Jadi kita sambung sesi perbahasan kita pada petang ini. Dan saya jemput Ahli Kawasan Pulau Tikus. Dipersilakan.

Joshua Woo Sze ZengDAP · PHPulau Tikus

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Penang2030. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua atas peluang dan ruang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Selain menyuarakan pandangan, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengetengahkan beberapa perkara yang memerlukan perhatian segera dalam Dewan yang Mulia ini.

Aspek pertama yang ingin saya bahas ialah kejayaan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri YAB Chow Kon Yeow yang terus memberikan tumpuan serius dan konsisten dalam mewujudkan peluang pekerjaan, membangunkan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang berada di landasan yang tepat dengan meneruskan projek strategik utama seperti Mutiara LRT, Silicon Island, Gurney Bay dan Projek Sambungan PTMP. Projek-projek ini bukan sahaja membina prasarana dan kemudahan mesra pelaburan, malah menjana ribuan peluang pekerjaan dan mengukuhkan ekonomi negeri. Kejayaan ini terbukti dengan perolehan

RM23.7 bilion pelaburan dari Januari hingga September tahun ini, menjadikan Pulau Pinang ketiga tertinggi di kalangan semua negeri. Selain itu, pembangunan tiga zon perindustrian baru iaitu Taman Teknologi Bandar Cassia, Batu Kawan Industrial Park 3 dan Penang Science Park South akan melipatgandakan lagi peluang pekerjaan dan perkhidmatan ekonomi. Syabas kepada Kerajaan Negeri.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, aspek kedua adalah berhubung cita-cita murni Kerajaan Negeri untuk merealisasikan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC). Sambil kita berusaha menubuhkan working group bersama Kementerian Kewangan bagi mengkaji PIFC, saya mencadangkan Kerajaan Negeri menubuhkan juga working group bersama Bank Negara Malaysia untuk merealisasikan penubuhan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) kewangan iaitu Bank Pembangunan Pulau Pinang (Penang Development Bank).

Bank Pembangunan ini adalah strategik kerana ia mampu menyediakan pembiayaan secara pinjaman ataupun penyertaan ekuiti untuk projek infrastruktur, sektor industri serta menyokong pembaharuan bandar dan pelancongan dalam Pulau Pinang. Sebagai rujukan, kita boleh mencontohi model DBS Bank, yang kini merupakan bank terbesar dari segi aset dan pemodelan pasaran di Asia Tenggara. DBS bermula sebagai sebuah syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Singapura untuk membiayai pembangunan ekonomi sebelum berkembang menjadi bank komersial penuh. Dengan tadbir urus yang ketat dan pematuhan perundangan Bank Negara Malaysia, penubuhan Bank Pembangunan ini adalah langkah yang berpotensi tinggi bagi mengukuhkan keupayaan kewangan negeri dan menyediakan sumber pembiayaan strategik untuk melonjakkan lagi ekonomi Pulau Pinang.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, aspek ketiga yang saya ingin bahaskan adalah mengenai pelan pembangunan Kerajaan Negeri untuk kawasan Pulau Tikus. Saya amat menghargai inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (MBPP) untuk membangunkan kawasan ini. Di bawah Belanjawan 2026, terdapat cadangan untuk membangunkan Pusat Pendidikan Alam di Jalan D.S. Ramanathan dan pusat ini amat penting kerana ia akan memudahkan cara amalan kehidupan lestari, mengutamakan pendidikan ekologi dan juga menggalakkan perniagaan hijau di Pulau Pinang. Selain itu, inisiatif Kerajaan Negeri untuk memasang 5,000 unit CCTV sempena tahun 2030 bagi meningkatkan keselamatan awam adalah satu langkah yang amat dialu-alukan. Seperti

yang pernah saya bangkitkan di Dewan ini tahun lepas, Pulau Pinang masih kekurangan CCTV. Sebagai perbandingan, bandaraya seperti Seoul di Korea Selatan mempunyai purata 230 buah CCTV setiap kilometer persegi, Singapura 143, di London 68, di Kuala Lumpur 20, manakala Pulau Pinang kini hanya mempunyai purata sekitar 2 CCTV sahaja per kilometer persegi. Di kawasan Pulau Tikus, kini terdapat kira-kira 70 buah unit CCTV yang telah sedia dipasang dan saya menggesa MBPP untuk memasang sekurang-kurangnya 30 unit CCTV tambahan di lokasi yang berisiko tinggi dan ini akan membolehkan kita mencapai sasaran minimum 100 unit CCTV di Pulau Tikus menjelang tahun hadapan dan seterusnya mengukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam secara menyeluruh.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana bakal memulakan perkhidmatan bas CAT Hospital yang akan membawa penduduk yang perlu ke Hospital Besar Pulau Pinang. Laluan baru yang akan bermula tahun hadapan ini sudah pasti akan banyak membantu penduduk Pulau Pinang yang memerlukan perkhidmatan penjagaan kesihatan atau melawat pesakit di hospital. Secara keseluruhannya, penubuhan Pusat Pendidikan Alam, penambahan pemasangan CCTV dan inisiatif perkhidmatan bas CAT Hospital ini akan meningkatkan lagi kualiti hidup di negeri.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada memberi pandangan terhadap Belanjawan 2026, saya ingin menyentuh tentang keutamaan prasarana sedia ada negeri. Kerajaan Negeri perlu memberi penekanan dalam perancangan dan pembaharuan prasarana kerana peningkatan kepadatan penduduk di sesuatu kawasan pasti mencetuskan masalah. Situasi ini jelas terlihat di kawasan sekitar Jalan Gottlieb, Jalan Mount Erskine, Jalan Kelawai dan Persiaran Gurney. Peningkatan kepadatan di sana telah mengakibatkan isu-isu termasuk kekurangan bekalan elektrik dan air, kesesakan lalu lintas yang teruk, peningkatan letak kenderaan haram (illegal parking) dan juga banjir kilat. Justeru, pembangunan prasarana mesti berjalan seiringan dengan peningkatan kepadatan penduduk.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian kepada satu isu spesifik di kawasan Pulau Tikus. Kami telah menerima aduan mengenai sebuah projek pembangunan Water Body A di bawah seliaan CMI (Chief Minister Incorporated). Selain daripada peningkatan kekerapan banjir kilat, aduan tersebut mendakwa bahawa pembangunan projek ini telah mengakibatkan keretakan struktur pada beberapa bangunan

yang berdekatan dan CMI telah pun mengadakan lawatan tapak dan berjumpa dengan penduduk. Justeru, saya menggesa CMI untuk menjalankan kajian terperinci bagi menentukan sama ada projek pembangunan mereka adalah punca sebenar kerosakan dan keretakan yang dilaporkan. Sekiranya kajian mengesahkan bahawa kerosakan tersebut berpunca daripada projek tersebut, maka tanggungjawab penuh harus diambil untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan ganti rugi dengan serta-merta dan memastikan keselamatan struktur bangunan yang terjejas.

Namun, sekiranya kajian tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana penilaian kesan awal iaitu impact assessment yang dilakukan sebelum ini mungkin tidak menyeluruh, maka CMI juga perlu mengemaskini kaedah pengurusan projek mereka. Walau apa pun, kes ini menuntut tindakan segera dan ketelusan yang mutlak demi terus memelihara imej serta integriti GLC negeri. Ini adalah penting bagi memastikan projek Kerajaan Negeri tidak sesekali meningkatkan kekerapan banjir atau menyebabkan kerosakan kepada bangunan-bangunan berdekatan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, walaupun saya telah membangkitkan beberapa isu kritikal, adalah wajar kita mengakui bahawa jika dibandingkan dengan banyak tempat lain di negeri lain, kebanyakan kawasan di Pulau Pinang ini berada pada tahap yang lebih baik. Namun begitu, keadaan yang lebih baik ini tidak bermakna kita harus berasa selesa, leka atau berpuas hati dengan pencapaian semasa. Kita perlu meneruskan perancangan yang teliti dan berpandangan jauh. Kita perlu meneruskan pembangunan yang seimbang dan mampan dan kita perlu meneruskan pembaharuan tadbir urus dan juga sistem. Matlamat kita adalah untuk memastikan Pulau Pinang terus bergerak ke hadapan dan menjadi sebuah negeri yang lebih sejahtera, lebih dinamik dan berdaya huni untuk semua rakyatnya. Justeru, saya menggesa pihak berkenaan segera mengambil tindakan untuk menaik taraf prasarana yang daif di kawasan-kawasan yang sedang berhadapan dengan masalah-masalah yang telah saya nyatakan. Saya juga ingin meminta Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi berkaitan untuk mengemaskini dan memperketatkan syarat-syarat pembangunan sedia ada bagi semua projek baru, terutamanya pembinaan jalan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Ini adalah untuk mengelakkan isu-isu yang sama berulang lagi pada masa hadapan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, antara isu yang paling ketara yang memerlukan penyelesaian segera adalah kesesakan trafik disebabkan peningkatan kepadatan penduduk. Penyelesaian kepada isu ini dan prasarana yang daif bukanlah dengan menghentikan pembangunan. Banyak bandaraya maju di dunia yang berkepadatan tinggi masih meneruskan pertumbuhan yang pesat. Kuncinya adalah mereka turut melaksanakan pembinaan prasarana baharu dan pembaharuan kemudahan sedia ada dengan pantas dan proaktif. Di pihak Kerajaan Negeri, kita nampak usaha yang telah dilaksanakan. Sejak tahun 2020 sehingga kini, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan 23 projek pembinaan jalan raya baharu di seluruh negeri dengan kos lebih RM400 juta dan khusus di Pulau Pinang kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri atas komitmen untuk mengusahakan dua projek jalan raya baharu yang penting iaitu pembinaan jalan bawah tanah (underpass) yang menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma dan juga projek menaik taraf sebahagian Jalan Tanjung Tokong dari Tingkat Hock Hin dan Jalan Fettes.

Namun begitu, saya berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk membina lebih banyak rangkaian jalan raya baru yang bukan hanya tertumpu kepada kenderaan peribadi. Reka bentuk jalan baru perlu menyeluruh, bukan sekadar untuk kereta dan motosikal tapi wajib merangkumi lorong basikal, laluan bas dan pejalan kaki berbumbung dari stesen ke destinasi. Hanya dengan sistem jalan yang menyeluruh barulah kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas secara berkesan dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kita tidak boleh membenarkan prasarana terus ketinggalan di belakang kadar pembangunan bandar. Kita wajib menuntut ketelusan dan tanggungjawab penuh daripada pihak swasta dan agensi kerajaan dan mengambil tindakan segera untuk menaik taraf kemudahan asas yang daif. Yang lebih penting kita perlu beralih kepada perancangan bandar yang holistik dan komprehensif, di mana setiap projek baru didahului dengan prasarana yang sepadan. Dan setiap jalan baru direka bagi mengutamakan sistem transit awam dan laluan basikal. Marilah kita bekerjasama mengikis sifat leka dan bertekad demi memastikan Pulau Pinang terus bergerak ke hadapan menjadi sebuah negeri yang sejahtera, dinamik, dan berdaya huni untuk hari ini dan generasi mendatang. Dengan ini saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Pulau Tikus. Seterusnya saya persilakan Bagan Jermal. Dipersilakan.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas ruang dan peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Belanjawan 2026 Negeri Pulau Pinang. Dari segi belanjawan khususnya dalam Ucapan Belanjawan 2026 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, ada menyatakan bahawa purata hasil negeri adalah sekitar RM631.6 juta manakala purata perbelanjaan adalah sekitar RM831.37 juta bagi tahun 2020 sehingga 2024. Dan anggaran ini adalah anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.088 dan juga anggaran hasil 2026 adalah RM1.068. Dan dijangka anggaran defisit adalah paling terendah iaitu RM19.92 juta. Jumlah paling rendah dalam sejarah Belanjawan Negeri Pulau Pinang. Syabas kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Saya ingin menarik perhatian bahawa antara faktor yang menyumbang kepada hasil yang berlebihan pada tahun 2026 adalah hasil bukan cukai, di mana ia bergantung kepada bayaran premium dan bayaran khas yang sukar untuk dikekalkan kerana bergantung, lebih bergantung kepada bayaran perkhidmatan yang lain, bayaran khas tanah, dan premium pemberimilikan.

Jadi, jika kita mengambil kira purata hasil berbanding purata perbelanjaan, belanjawan akan mengalami defisit lebih kurang RM200 juta setiap tahun dan ini akan bertambah selepas pemeteraian perjanjian MOU antara PBA dan Konsortium PKNPK Gamuda bagi projek Air Terawat Pukal, yang membolehkan Pulau Pinang membeli sekurang-kurangnya 300 juta liter air terawat sehari dari negeri Perak mulai tahun 2031. Saya berkongsi kerisauan perkara di atas bersama juga Machang Bubuk dan Air Putih kerana menurut kenyataan Yang Berhormat Tanjong Bunga Kerajaan Negeri perlu membayar RM210 juta setiap tahun untuk 40 tahun yang akan datang, ataupun secara keseluruhannya RM84 bilion. Ini melibatkan implikasi kewangan yang tinggi, RM8.4 bilion.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

RM8.4 bilion.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

RM8.4 bilion dan secara tidak langsung mengambil kira purata hasil berbanding belanjawan serta komitmen pembayaran tahunan RM210 juta ini dianggarkan setiap tahun Kerajaan Negeri akan mengalami defisit sebanyak lebih kurang RM400 juta. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menampung defisit yang begitu tinggi sekali. Di sini saya ingin mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan untuk membentangkan supaya kos RM210 juta setahun ataupun untuk 40 tahun atau kos keseluruhan sebanyak RM8.4 bilion ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan atau dimasukkan ke dalam wishlist utama Kerajaan Negeri pada tahun depan. Ini adalah untuk memastikan Pelan Kontigensi Air 2030 (WCP 2030) dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Harus ditekankan projek ini penting untuk memastikan kapasiti untuk kegunaan penduduk dan industri, khususnya di Seberang Perai Selatan dapat dipenuhi pada masa yang akan datang. Ini penting terutamanya SPS yang menjadi pemangkin pelaburan kini dalam bidang industri dan pertumbuhan ekonomi untuk Negeri Pulau Pinang. Sudah tentu kestabilan air, bekalan air ini merupakan salah satu faktor pertimbangan penting dalam menentukan keputusan pelaburan.

Mengenai kes buli keselamatan pelajar di sekolah, saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini kepada satu isu yang amat serius, iaitu isu buli dan keselamatan pelajar di sekolah-sekolah kita. Ini bukan sekadar masalah disiplin, tetapi satu krisis keselamatan awam dan kesihatan mental yang semakin meruncing dan membimbangkan. Apa yang membimbangkan adalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kes-kes keganasan dan buli di sekolah semakin menjadi dan kerap dilaporkan di seluruh negara. Mangsa bukan hanya terdiri daripada pelajar, malah juga guru dan kakitangan pendidikan. Bentuk buli ini semakin berbagai lah, daripada buli fizikal, verbal, siber sehinggalah ke pengasingan sosial. Tahun ini saja berapa kes tragik telah mengejutkan kita termasuk pada Mac 2025 seorang pelajar kolej di Sungai Petani Kedah ditikam di asrama luar kampus, Julai 2025, kes tikaman ya di Universiti Sunway Selangor, Oktober 2025 seorang pelajar menengah di Petaling Jaya ditemui mati di kawasan sekolah.

Lebih membimbangkan adalah berdasarkan statistik Sistem Sahsiah Disiplin Murid (SSDM), terdapat 3,883 kes buli direkodkan pada 2022 meningkat mendadak kepada 6,528 kes pada tahun berikutnya iaitu 2023, dan seterusnya meningkat kepada 7,681 kes pada tahun lalu yang menunjukkan peningkatan setiap tahun yang membimbangkan. Kesemua ini membuktikan bahawa sistem pendidikan kita dan cara ibu bapa membentuk rohani kanak-kanak ini dalam tahap yang membimbangkan dari segi aspek keselamatan dan sokongan psikologi pelajar.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, isu keselamatan sekolah ini bukan sahaja berkaitan moral, tetapi juga kewajipan perlembagaan dan undang-undang. Ingin saya ketengahkan melalui interpretasi terhadap Seksyen 17 dan 31 Akta Kanak-Kanak 2001, boleh didapati setiap institusi pendidikan bertanggungjawab melindungi pelajar dari segala bentuk keganasan, penderaan atau ugutan. Oleh itu, kalau membiarkan budaya buli dalam apa jua bentuk untuk terus berleluasa bermaksud kita tidak menjalankan amanah undang-undang dan tanggungjawab moral kita. Di sini saya ingin menyambut baik cadangan dalam Belanjawan 2026 untuk memperkenalkan aplikasi "Penang Stop Violence" untuk memerangi keganasan atau buli dalam apa jua bentuk serta fungsi untuk mengenal pasti first support point terdekat dengan lokasi mangsa.

Saya berharap aplikasi "Penang Stop Violence" ni dapat diperkenalkan secara meluas di sekolah untuk menangani masalah buli dan mendapat tindak balas dan tindakan susulan yang pantas daripada kedua-dua Kementerian Pendidikan (KPM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk siasatan, tindakan, dan sokongan kaunseling kepada mangsa. Saya juga sarankan supaya Kerajaan Negeri meneruskan usaha program pendigitalan pendidikan yang sejak tahun 2023 telah diperuntukkan sebanyak 826,000 untuk memasang smartboard. Yang untuk pengetahuan, smartboard terkini kan, mereka ada merangkumi fungsi kamera yang boleh memantau kes-kes seperti buli. Ini penting sebagai bahan bukti jika berlakunya sesuatu perkara atau kejadian yang tidak diingini sebagai langkah pencegahan dan bahan rujukan bagi kedua-dua pihak yang disyaki melakukan buli atau mangsa yang dibuli. Diharap dengan langkah-langkah tersebut kita dapat bersama mencegah dan meminimakan kes-kes keganasan atau buli. Bak kata pepatah, prevention is better than cure.

Dato' Seri, Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya saya secara khusus ingin menarik perhatian Dewan tentang kepentingan kesiapsiagaan bencana, pembangunan lestari dan keselamatan awam yang akan mengimbangi pembangunan dan perubahan iklim. Saya percaya Pulau Pinang akan terus memacu pembangunan dengan pendekatan berdaya tahan terhadap cabaran global khususnya perubahan iklim yang kini menimbulkan risiko banjir, kemarau, dan tekanan ekologi marin yang semakin membimbangkan. Dan saya memang nampak kita ada menekankan konsep bandar berdaya tahan ataupun resilient city melalui inisiatif mesra alam, perancangan strategik, dan projek infrastruktur inovatif. Antaranya Penang Nature-Based Climate Adaptation Program. Proses berasaskan alam untuk mitigasi bencana.

Namun, pada hari ini saya percaya skop bencana selain tertumpu kepada banjir, kemarau dan tekanan ekologi marin, kita juga perlu memberikan perhatian serius kepada lagi satu aspek iaitu bencana gempa bumi. Selama ini kita sering menganggap Malaysia sebagai Malaysia bebas, sebagai sebuah negara bebas gempa bumi. Namun, data daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menunjukkan bahawa lebih 20 gegaran kecil telah direkodkan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini di Semenanjung Malaysia. Gempa bumi yang berlaku di Johor merupakan salah satu daripada gempa bumi cetek iaitu (shallow earthquake) yang berlaku di dalam negara dan boleh menyebabkan gegaran dirasai pada permukaan tanah walaupun dalam skala kecil. Walaupun pusat gempa bumi itu berada di Johor, kesan gegaran kecil turut dirasai di beberapa kawasan di utara Semenanjung termasuk Pulau Pinang, Seberang Perai dan Butterworth.

Peristiwa ini menjadikan satu peringatan penting bahawa walaupun Malaysia sebelumnya dianggap Malaysia yang selamat daripada dari segi aktiviti seismik, risiko gempa bumi tetap wujud dan semakin nyata. Okey, kejadian gempa bumi yang semakin nyata ini akan memberikan implikasi kepada Pulau Pinang kerana Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan selari dengan arus pembangunan kini telah pun dibina dengan banyak bangunan yang tinggi. Persoalannya, sekiranya gegaran seperti ini berlaku di masa hadapan, adakah bangunan-bangunan tinggi sedia ada boleh menahan gegaran gempa bumi.

Oleh itu, peristiwa di Johor seharusnya dijadikan peringatan kepada kita untuk memperkukuhkan tiga aspek utama pada pandangan saya adalah seperti berikut. Satu, kesedaran dan latihan kesiapsiagaan bencana dalam kalangan rakyat Pulau Pinang.

Nombor dua, piawaian keselamatan bangunan dan kejuruteraan awam. Dan nombor tiga, adalah sistem pemantauan dan amaran awal (early warning system). Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah jangan sesekali kita terlena dalam zon selesa ataupun comfort zone dan kena harus mengambil langkah proaktif dalam kesiapsiagaan terhadap bencana alam seperti gempa bumi. Kita tidak boleh terus beranggapan Malaysia masih selamat atau terlindung daripada bencana. Perubahan iklim dan aktiviti tektonik global menunjukkan bahawa tiada kawasan yang benar-benar bebas risiko. Kesiapsiagaan bukanlah satu pilihan tetapi satu keperluan.

Mengenai kesan pengurangan peruntukan MARRIS terhadap keselamatan jalan raya dan infrastruktur awam di Seberang Perai, Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya usaha meningkatkan keselamatan dan kebersihan awam seperti yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2026. Pada hari ini saya berdiri di sini untuk membangkitkan satu isu yang penting dan dekat dengan kehidupan rakyat iaitu pengurangan peruntukan MARRIS (Malaysian Road Record Information System) dan kesannya terhadap keselamatan awam serta penyelenggaraan infrastruktur negeri terutamanya di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seberang Perai. Sebenarnya, sebagai latar belakang memang dana ini digunakan untuk kerja-kerja menurap dan membaiki ataupun membaik pulih jalan, baik pulih parit dan sistem saliran, penyelenggaraan lampu dan lampu isyarat serta kemudahan kawalan banjir dan infrastruktur awam yang lain. Menurut data yang saya dapat, data peruntukan menunjukkan jumlah peruntukan negeri tahun 2024 dan 2025 menunjukkan memang ada satu pengurangan yang begitu mendadak daripada MOF.

Iaitu 2024, Negeri Pulau Pinang mendapat RM221,721,000.00 manakala 2025, hanya mendapat RM187,317,810.00 dan ini adalah pengurangan sebanyak lebih kurang RM34 juta iaitu pengurangan sebanyak 15.5 peratus. Jadi, apa yang MBSP dan juga MBPP dapat pada tahun 2024 adalah MBPP mendapat RM36,680,000 lebih kurang. Lepas tu, dan MBSP hanya mendapat RM136,705,000.00. Dan ini menunjukkan adalah satu pengurangan yang berbanding dengan 2025, satu pengurangan yang sangat mendadak. Kerana 2025 MBPP mendapat RM39 juta, lebih kurang RM39 juta, meningkat 6.4%. Tetapi MBSP pula hanya menerima RM89 juta berbanding dengan RM136 juta pada tahun 2024. Itu menunjukkan satu pengurangan sebanyak lebih kurang 35%. Dan memang ini memberi kesan signifikan terhadap penyelenggaraan infrastruktur yang melibatkan satu kawasan yang sangat luas di ketiga-tiga daerah SPU, SPT dan SPS.

Saya berharap Kerajaan Negeri boleh mendapatkan maklumat mengenai rasional pengurangan peruntukan MARRIS untuk Negeri Pulau Pinang pada tahun 2025 yang berkurangan begitu ketara berbanding 2024. Adakah ini disebabkan oleh isu pelaporan atau perubahan formula. Mengambil kira Seberang Perai merupakan kawasan pentadbiran terbesar Pulau Pinang dengan populasi melebihi 1 juta yang menjadikan Seberang Perai satu pusat perindustrian, logistik, dan kawasan kediaman utama. Pengurangan ini berisiko menjejaskan skop penyelenggaraan infrastruktur sedia ada.

Oleh itu, saya memohon Kerajaan Negeri boleh berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyemak balik kaedah yang diguna pakai untuk menentukan status penyelenggaraan yang patut ditempatkan di bawah peruntukan MARRIS bagi memastikan keselamatan jalan raya, kebersihan persekitaran dan kelangsungan penyelenggaraan infrastruktur awam. Hanya dengan langkah ini, Pulau Pinang dapat terus kekal sebagai negeri yang efisien, selamat, berdaya huni selaras dengan visi Penang2030 iaitu Negeri Berfokus Keluarga, Hijau dan Pintar yang Memberi Inspirasi kepada Negara.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, di sini saya juga ingin mengetengahkan lagi satu isu ataupun topik iaitu topik pelancongan. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada isu penting yang berkait rapat dengan hala tuju pelancongan negeri kita, khususnya dalam konteks eko pelancongan, pemeliharaan tinggalan sejarah dan pengukuhan identiti alam semula jadi Pulau Pinang. Dalam Belanjawan 2026, negeri Kerajaan Negeri telah memperuntukkan pelbagai inisiatif besar yang jelas menunjukkan komitmen terhadap pelancongan dan boleh dikatakan memang signifikan. Sejumlah 372 program dan projek pelancongan serta industri kreatif sejak 2023 sehingga 2025 telah menerima peruntukan melebihi RM21 juta dan disusuli pula dengan sokongan terbaharu RM7 juta untuk melaksanakan 100 program pelancongan dan ekonomi kreatif pada tahun 2026.

Ini menunjukkan keyakinan Kerajaan Negeri bahawa potensi pelancongan kita masih luas, strategik dan bernilai tinggi. Ditambah dengan rekod 5.2 juta pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta 2.1 juta tetamu hotel pada suku pertama 2025. Pulau Pinang kini berada dalam titik terbaik untuk melonjak menjadi destinasi bertaraf dunia bukan sahaja untuk warisan tetapi eko pelancongan, pelancongan tradisi dan keagamaan di mana kawasan SPU dan Bagan mempunyai potensi yang besar. Sebagai contohnya, penganjuran Butterworth Miao Hui (Perayaan Tahun Baru Cina) dan pemasangan 10,000 tanglung hasil usaha Ahli Parlimen Bagan, Yang Berhormat Lim Guan

Eng di sepanjang Jalan Raja Uda telah pun menarik banyak perhatian, tidak kira pelancong dari dalam ataupun luar negara dan secara tidak langsung ini akan memangkin ekonomi dan menyumbang kepada ekonomi negeri ini.

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bercakap tentang pelancongan yang mampan, kita tidak boleh hanya menumpukan kepada festival, galeri kreatif atau projek-projek kebudayaan semata-mata. Di sini seperti sedia maklum, industri eko pelancongan, pelancongan tradisi dan keagamaan mempunyai potensi yang sangat besar terutamanya di Seberang Perai Utara. Dengan penambahbaikan laman rasmi pelancongan Pulau Pinang, mypenang.gov.my yang kebetulan dimaklumkan dalam jawapan bertulis saya dalam proses penambahbaikan menyeluruh dan ia akan menjadikan laman rasmi ini sebagai satu platform bagi pelancong digital, pelancongan digital yang lebih komprehensif, interaktif dan berimpak global. Di sini saya turut ingin mencadangkan supaya integrasi teknologi AI dalam laman web ini untuk memudahkan pelancong merancang itinerary perjalanan secara custom made. Sebagai contoh, saya boleh memberikan hanya input saya, saya ada setengah hari dan saya ingin meneroka Seberang Perai Utara.

Sistem AI setelah mengumpul input-input saya kemudian akan mengemukakan cadangan kepada saya. Oh, saya boleh pergi mungkin tiga tempat, boleh bertolak boleh pergi Tokong Simpa Guan Yin Ting Dou Mu Gong dan kemudian ke Air Hitam Dalam Educational Forest dan kemudian ke Frog Hill yang berdekatan dan sekaligus memberikan option pengangkutan serta jangka masa untuk bertolak dan untuk ketiga-tiga destinasi tersebut. Ini akan mewujudkan satu pengalaman ease of mind dalam merancang perjalanan pelancong. Jadi, saya rasa ini adalah boleh dipertimbangkan secara serius kerana apabila saya melancong di luar negeri, saya pun kan kadang-kadang panik sebab saya tak tahu apakah pengangkutan apa semua, terutamanya kalau bahasa itu kita tak faham. Jadi, saya rasa ini kita boleh pertimbangkan dalam banyak bahasalah, kita boleh pertimbangkan, boleh diterjemah kepada bahasa-bahasa antarabangsa yang lebih popular.

Jadi Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perbahasan ini tidak lengkap jika isu kawasan belum disentuh. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kejuruteraan, Engineering MBSP yang telah mendengar keluhan penduduk dalam mengatasi banjir kilat di Taman Melur. Melalui perbincangan penambahbaikan yang berterusan, dua (2) projek jangka masa pendek telah dinasihat, telah dilaksanakan untuk meminimakan banjir kilat di kawasan terendah Taman Melur. Nombor satu, adalah pemasangan float sensor di kolam

tadahan Taman Bunga Raya supaya tidak mengepam air keluar ke parit monsun ketika paras air tinggi atau bahaya. Kerana kita kena mengambil kira Taman Bunga Raya adalah upstream dan Taman Melur adalah downstream. Dan kedua adalah membina tembok penahan banjir di kawasan terendah siap dipasang dengan flap gate untuk menghalang air dari parit monsun mengalir masuk ke kawasan terendah Taman Melur, iaitu Medan Melur semasa paras air tinggi di parit monsun.

Saya ingin merakamkan juga ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri seperti jawapan dalam soalan bertulis nombor 8 saya, iaitu caruman melalui caruman perparitan telah diperuntukkan RM2.8 juta untuk projek alternatif menggantikan projek parit monsun bypass Jalan Thamby Kecil yang sebelum ini perlu digugurkan disebabkan isu teknikal. Projek alternatif adalah penaiktarafan parit perimeter sedia ada Taman Melur serta pembinaan sebuah rumah pam di hilir parit pintasan Jalan Bagan Jermal yang sedang dikaji dan akan dimuktamadkan oleh pihak perunding dan projek alternatif ini dijangka akan meminimakan kesan banjir kilat di Taman Melur.

Sebenarnya untuk mengatasi masalah banjir secara menyeluruh, memerlukan projek RTB Sungai Nyior dengan anggaran nilai RM161 juta seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebuah projek yang berimpak tinggi untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Parlimen Bagan. Ini juga hasil usaha dan konsistensi Ahli Parlimen Bagan untuk memperjuangkan projek ini demi kebaikan penduduk-penduduk yang telah lama dibelenggu oleh isu banjir ini.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan dua rangkap pepatah Cina. Iaitu, nombor satu adalah 前人种树,后人遮荫 (Qián rén zhǒng shù, hòu rén zhē yīn) Maksudnya dalam terjemahan terus, ayat pertama membawa maksud, “kerana orang dahulu menanam pokok dengan penuh kesusahan, hari ini kita mendapat satu tempat untuk berteduh”. Juga bermaksud, kita harus menghargai semua pemimpin utama negeri terdahulu dan sekarang, kerana tidak dapat dinafikan pembangunan Pulau Pinang pada hari ini tidak dapat dipisahkan daripada sumbangan setiap Ketua Menteri, sama ada Ketua Menteri sekarang, Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow, mantan Ketua Menteri, Yang Berhormat Lim Guan Eng mahupun pimpinan daripada pentadbiran yang berbeza seperti Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu dan mendiang Tan Sri Wong Pow Nee. Setiap mereka, kena ingat, bersama barisan EXCO sebagai

barisan pentadbiran telah memberikan komitmen dan usaha yang tidak terhingga dalam membawa negeri ini sehingga ke tahap kemajuan hari ini. Ini tidak dapat dinafikan. Disebabkan asas yang telah dibentuk, kemakmuran, kemajuan dan kekayaan dapat dinikmati bersama oleh kita semua pada hari ini.

Dan seterusnya adalah pepatah Cina yang kedua, 乘凉可以,但别纳凉 (chéng liáng kě yǐ, dàn bié nà liáng) Dalam terjemahan terus, “kalau berteduh pun, biar sementara, jangan hanya berteduh tanpa berusaha”. Yang juga membawa maksud, jangan hanya take for granted segala usaha terdahulu. Jangan sesekali lalai dan berada dalam comfort zone. Ini adalah untuk mengingati kita semua dalam Dewan yang Mulia ini. Pada hari ini, kita sebagai wakil rakyat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus bekerja keras, meneruskan legasi yang telah dibina oleh pemimpin-pemimpin terdahulu termasuk pemimpin sekarang serta memastikan pembangunan negeri terus memberi manafaat kepada seluruh lapisan masyarakat Pulau Pinang.

Di sini, saya sebagai seorang pengundi Parlimen Permatang Pauh, turut ingin menyatakan pendirian saya bahawa Ahli Permatang Pauh sekarang tidak mewakili saya dalam hujahannya bahawa LRT Pulau Pinang bukan satu keperluan. Saya sokong sepenuhnya projek LRT untuk Pulau dan Seberang Perai di bawah Kerajaan MADANI. Lebih-lebih lagi dalam negeri berdaulat Pulau Pinang ini, saya tidak akan berkompromi, tidak akan berganjak walaupun seinci untuk mempertahankan kedaulatan negeri tercinta kita atas semangat untuk negeri kita. Pulau Pinang akan terus menjadi negeri berdaulat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Dulu, kini dan selamanya.

Sebagai ADUN Bagan Jermal, saya sentiasa mendukung nilai dalam memberi perkhidmatan dengan berpaksikan tiga nilai iaitu SHE (Sincerity, Humility, Empathy). Dari hari pertama sehinggalah ke hari ini. Jadi ini mesti ditambah dengan active engagement untuk memahami masalah, sekejap la lani dah nak landing dah yang membelenggu rakyat diikuti dengan improvement. Apakah yang kita boleh bawa ataupun dilakukan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dari masa ke semasa. Dan kemudiannya, hit the ground again, talk less, do more, iaitu turun padang dengan lebih kerap, kurangkan percakapan dan kerja lebih demi kesejahteraan rakyat. Dengan itu, saya berharap setiap cadangan yang telah saya dibangkitkan oleh saya diberi perhatian sewajarnya dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang nyata. Sekian sahaja, terima kasih. Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Terima kasih Bagan Jermal. Pengundi Permatang Pauh rupanya. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat pengundi Permatang Pauh. Seterusnya, kita persilakan Pinang Tunggal. Silakan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam Penang2030. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri dan semua EXCO-EXCO, Dato’ SUK serta semua kakitangan awam, seterusnya rakan-rakan Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan limpah kurnia Nya kita dapat bersama-sama hari ini dalam sidang Dewan Undangan Negeri Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN 15. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota atas kejayaan membentangkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2026 baru ini. Hari ini, saya berdiri di sini sebagai wakil rakyat DUN Pinang Tunggal untuk menyuarakan beberapa perkara penting berkaitan dengan pembangunan negeri ini serta kebajikan khususnya di kawasan Utara Seberang Perai.

Dato’ Seri Speaker, pertama sekali saya ingin menyentuh Belanjawan Negeri Pulau Pinang berkaitan salah satu inisiatif strategik iaitu menangani isu kemampuan dan kepelbagaian perumahan. Saya ucap terima kasih lah kepada Kerajaan Negeri khususnya Lembaga Perumahan Negeri atas kesungguhan dalam menyediakan rumah kepada rakyat khususnya golongan rakyat marhaen. Ini termasuk cadangan penyewaan Rumah Sewa Kerajaan Negeri (RSKN) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) secara perkongsian atau (dengan izin) co-living bagi golongan bujang serta warga emas, khususnya mereka yang tinggal bersendirian dan memerlukan penyelesaian kediaman pada kadar segera. Saya ucap terima kasih sekali lagi. Cuma apa yang menjadi masalah la ni ialah yang menjadi keluhan pada rakyat yang saya terima banyak aduan ialah tempoh menunggu agak lama dan kadang-kadang terlalu lama.

Rumah Mutiaraku A berharga RM42,000, had pendapatan isi rumah sebulan RM2,500. Yang RMKu B, RM72.5 ribu, had pendapatan RM3,500 dan RMKu C1 ini rumah berharga RM150,000 ribu had pendapatan RM8,000. Saya sentuh yang ini sahaja. Masalah la ni ialah macam ni, bila orang tu daftar untuk beli rumah, gaji dia RM2,200, RM2,300, tapi sebab lama tak dapat 3, 4 tahun, gaji dia jadi RM2,600. Dia hilang kelayakan untuk hat tu dah. Bila rumah dibuat kawasan tu, dia akan keliru kenapa tidak dapat, walaupun Kerajaan Negeri Lembaga Perumahan menetapkan dia kena update 3 bulan. Tapi sebabkan dia tunggu tu menyebabkan dia hilang kelayakan untuk beli rumah yang hat A tu.

Okey. Hat B pula, kita tengok gaji minimum. Kalau pasangan suami isteri RM1,700, RM1,700, jadi RM3,400, kita boleh sebutlah. Lepas kerja 2 tahun, dia kahwin, depa dapat lebih RM3,600. Dia terus hilang kelayakan untuk hat RM3,500 ni. Dia kena ambik yang RM8,000 ni. So gap ni tinggi jauh sangat. Once dia lepas RM3,500, dia kena entitled untuk yang hat RM8,000 tu. Jadi menyebabkan berlaku masalah dari sudut kemampuan untuk menyewa tu.

Yang pertama, yang kedua ni, masalah hari ini rumah RMK A ni, kita kena ada dasar yang jelas. Saya difahamkan Lembaga Perumahan atau Kerajaan Negeri, dia tak ada satu kawalan langsung untuk uruskan rumah ni selepas jual. Hasil dia, banyak rumah-rumah yang RMK, RMK, RMKu A ni yang selepas dibeli tak diduduki. Jadi matlamat Kerajaan Negeri sebenarnya dah tersasar dah. Dia ada orang tertentu yang pi beli rumah ni, untuk mungkin jual masa hadapan. Saya ada bukti-bukti lah, rumah-rumah ni yang baru 2, 3 tahun ni. Jadi dalam jawapan kepada saya, diberitahu bahawa Kerajaan Negeri tak ada kawalan. Cuma mungkin dia boleh perketatkan dari sudut lainlah tapi dari segi kawalan tak ada kawalan. So, jadi akhirnya apa jadi, kawasan-kawasan yang baru naik ni, rumah ni tumbuh lalang la. Jadi menimbulkan kesan yang tak baik. Di sebalik orang berebut nak rumah, tengok ada orang yang beli rumah tak duduk. Maknanya sasaran tu tak kena. So kita kena siasat la apa yang berlaku sebenarnya dan kalau betul tak ada kawalan, kena ada satu mekanisma untuk mengawal benda-benda ni. Jika tidak, matlamat tersasar.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Pinang Tunggal.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Awal lagi ni. Okey.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okey. Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker dan juga ADUN Pinang Tunggal. ADUN Pinang Tunggal berkatakan tadi RMK dengan RMKu, kawasan-kawasan rumah yang terbiar. Terbiar lah, kalau tak duduk naik lalang ni, tak duduk kata terbiar lah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tak duduk. Terbiarlah

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bolehkah Yang Berhormat memberitahu kawasan-kawasan yang terbiar ni. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Macam YB EXCO pula mencelah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Aah itulah. Ingat tanya apa.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Tanya kawan sebelah pulak.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Saya boleh sebutlah. Saya boleh sebut. Lake View lah. Saya boleh sebut salah satu Lake View. Ah. Tadi diminta. Saya tak mahu sebut sebenarnya. Tapi menghormati orang tanya, Lake View. Jadi kita tengok ni kawasan baru. Jadi kenapa berlaku begini.

Okey, statistik yang saya dapat. Rumah RMKu A ni, yang dibuat daripada tahun 2022 sampai Oktober baru-baru ni 2025, dia tak ada keseimbangan. Kalau Parlimen Kepala Batas 197, Parlimen Tasek Gelugor 221, Parlimen Bagan 285, Parlimen Permatang Pauh 254. Dia pi ke Bukit Mertajam 359. Masih lagi dalam range sama lah. Saya tak pasti kenapa bila pi ke Bukit Tambun 728, ke Batu Kawan 728 dan terus ke Selatan di Nibong Tebal 1137. Keperluan nampak banyak belah-belah Seberang Perai Utara ni. Tapi pi belah sana. Jadi bila tengok statistik ni, di Kepala Batas tak sampai 200, di Batu Kawan dengan di Nibong Tebal hampir 5 hingga 6 kali ganda. So, ini perlu perjelaskan kenapa ia berlaku begini lah.

Seterusnya, Rumah Mampu Milik. La ni rata-rata Rumah Mampu Milik ni harga RM300,000 la. Kalau pi belah Tasek Gelugor, dulu ni kalau RM300,000 belah Tanjung ja, belah-belah sini ni RM300,000. La RM300,000 ni normal lah kalau kata rumah-rumah baru dibuka hatta di Bertam Putra ka ataupun di Bertam Pinggiran kat Lahar Tiang tu, semua paling kurang 3,2,4 paling kurang. Scientex pun. Jadi masalah dia kalau kita tengok hari ni, kalau orang tu nak pinjam loan rumah RM340,000 ni, untuk dia boleh beli tu, dia kena bayar sebulan RM1,700 selama 30 tahun. Maknanya beli rumah ni sampai dia dapat cucu pun hutang tak habis lagi.

Apa saya nak habaq ialah begini. Sebelum ni, dulu memang trend sini orang Pulau Pinang pi beli rumah Sungai Petani, Padang Serai, Kulim. La trend tu makin banyak. Pasai apa, pasai tak boleh beli rumah di sini. Tadi kita bercakap tentang untuk diri kita. So, di mana kita untuk kita rumah ni, di mana kita, kita kena satu usaha lah. Saya cadangkan begini. Saya cadangkan untuk Kerajaan Negeri ini, kita pertama kita perketatkan syarat kelayakan, kita perketatkan. Lepas tu kita kaji semula.

Okey. Saya cadang kita minta PDC buat rumah. Saya kurang pasti kenapa PDC tak buat rumah di kawasan Seberang Perai Utara, khususnya di Kepala Batas, Tasek Gelugor. Saya tak pasti kenapa. Tapi PDC banyak buat rumah di sini, di Pulau, di Seberang Jaya. Tapi tak ada di Kepala Batas, Tasek Gelugor. Dalam sidang dulu saya, saya difahamkan ada cadangan PDC nak buat rumah di belah Kepala Batas tapi senyaplah. So mohon penjelasanlah sejauh mana projek PDC nak buat rumah sebab saya difahamkan rumah PDC murah sikit. Murah pasai apa. Wallahuallam lah. Tapi kalau tengok rata-rata rumah yang PDC jual ni dia murah pada harga pasaran.

Seterusnya saya nak pergi kepada sistem aduan MBSP. Jadi pertama sekali saya ucap terima kasihlah kepada MBSP sebab ternyata sistem aduan ni sangat berjaya lah. Saya tak pasti MBPP tapi MBSP sebab dia mudahkan kita untuk buat aduan. Purata sebulan ni aduan hampir-hampir 3,000. Purata, memang bukan senanglah. Cumanya dalam SOP aduan ni, bila setiap aduan dibuat, dia kena rekod terima aduan within one day, satu hari dan dia kena bagi maklum balas 5 hari bekerja. Cuma kita faham kekangan pekerja. Tapi bila ada SOP ini, la ni kerap dah kes-kes di mana sampai sebulan tak ada. Tak reaction lah.

Kita faham kekangan, tapi kena satu kena lakukanlah sebab berdasarkan data yang saya ada ini, kalau tengok purata aduan diselesaikan, kalau tengok tahun 2022, 2023, 2024 ini, aduan yang boleh selesai 90% ke atas. Start tahun ni, dia pelan kurang dah. 80, 85. Mungkin ambil masa lah tapi itu satu trend yang tak baik lah, dan kalau tengok sini pula, saya kurang pasti kenapa, bulan, sejak 4 bulan, 5 bulan ini tahun ini, di Penaga ada 1000 lebih aduan. Di Penaga ada 1000 lebih aduan. Adakah ia berkaitan dengan Wallahuallam lah. Saya difahamkan, ini memang betullah dan saya habaq tadi kan, purata aduan adalah 5,000 sebulan. Tapi untuk bulan April ini, aduan ada tak sampai 100. So saya tak pasti kenapa, cuma minta pihak yang berkaitan jawablah dan kita minta supaya sistem untuk reply ini ditambah baik lah. Kita memuji. Saya difahamkan kenapa aduan banyak sebab mudah buat aduan. Sebab tu banyak, jadi orang la ni memang senang buat aduan. Itu tahniah kepada MBSP lah. Jadi saya habaq ni untuk penambahbaikan ya.

Seterusnya, saya nak pergi kepada 10 bandar sedia ada yang diperluaskan lah. Tadi dalam jawapan Ketua Menteri ini, 10 bandar ni ialah Sungai Bakap, Nibong Tebal SPS, Nibong Tebal SPT. Tersilap kut ni. Dia Nibong Tebal ada dua ni. Saya rasa mungkin mungkin typo error kut. 10 bandar yang disebut, Sungai Bakap, Nibong Tebal SPS, Nibong Tebal SPT, Kepala Batas SPU, Butterworth SPU, Bayan Lepas DBD, Balik Pulau DBD, Batu Ferringhi DTL, Tanjung Bunga DTL dan George Town DTL. Mungkin typo error kut lah. Cuma apa yang saya nak minta sini ialah, berdasarkan maklum balas, rakyat minta kalau boleh rebat tu 5 tahun lah. Sebab bila kita perluaskan bandar ni, dia lengkong kena banyak kampung. Kan, macam Kepala Batas tu, dia kenalah banyak, mukim 6 tu kena lah. Jadi orang tak besa kena, tiba-tiba kena. Kita memahami Kerajaan Negeri pun nak kutip cukai dan ucap terima kasih rebat tu. Cuma minta perluas rebat tu instead of 3 years pi 5 tahun. Minta CM tengok nah.

Seterusnya, saya nak sebut tentang Pinang Tunggal. DUN Pinang Tunggal ni la ni dia pesat membangun sebab antara dua Projek Mega ialah Setia Fontaines. Setia tu melahirkan 10,000 rumah. Bukan 10,000 pengundi, bukan 10,000 penduduk, 10,000 rumah. Cuba bayangkan satu rumah lima orang macam mana, dan Bertam Pinggiran juga menghasilkan 3,000 rumah. So dia dah jadi kawasan yang padat. La ni, Jalan Paya Keladi ni, jalan utama yang akan menghubungkan Bertam Pinggiran dengan Kepala Batas ni, kalau pagi-pagi ni memang susah lintas. Kalau pi surau tu memang tak boleh lintas lah. Sebab pagi-pagi pukul 7.00 dah penuh orang dah. Habis balik subuh lah. Hak mana wirid lah. Jadi nak cerita kata dah jem dah sebab lane dia one-one. Sebab kalau kita tengok jawapan EXCO dulu, di Paya Keladi Jalan Paya Keladi ni, dia sambung dengan Jalan Permatang Langsat, sambung. Di sana akan di buat Bertam Pinggiran 6. Sana akan dibuat tiga lorong dibuat lorong tiga, tiga. Cuma bila mai sampai tang Paya Keladi ni dia satu-satu dan dia jem cukup teruk.

Saya cadangkanlah. Saya difahamkan oleh JKR, depa nak buat jalan ni, depa nak buat jalan upgrade jalan ni daripada Pantai Kamloon pi ke Bumbung Lima. Dalam Dewan yang Mulia ni, saya bagi pihak ADUN Pinang Tunggal, saya nak cadang lah mohon pertimbangkan, kita buat jalan ni daripada sempadan Pulau Pinang, Kedah tu. Tang Bertam Saga tu dan bawa mai ikut Sungai Muda tu, terus sampai JKR nak upgrade ni, terus ke Bumbung Lima. Dia akan elakkan jem di Jalan Paya Keladi. So, saya minta EXCO yang berkaitan untuk tengoklah dan kalau kita buat jalan ni sepanjang Sungai Muda tu, dia tanah-tanah PSM. Tanah dapat free. Kan, jadi dia juga boleh membantu penduduk setempat tu ataupun dan kita boleh buat agro pelancongan. Jadi saya haraplah diambil kira sebab memandangkan JKR dah nak buat dah jalan tu, nak upgrade jalan apa, jalan daripada Pantai Kamloon pi ke Bumbung Lima. Tambah sikit lagi ja. Kita boleh elak jem yang teruk di Paya Keladi.

Seterusnya, saya nak pergi kepada miskin tegar. Miskin tegar ni, dia begini. Kalau tengok data miskin tegar di Pulau Pinang, 2022 ada sejumlah 2,118. Tahun 2023, 4,940. Tahun sudah 67. Tahun ni kosong. Apa isu dia, kadang-kadang saya terfikir kita mungkin buh numbers ni untuk nak sesuaikan dengan apa yang diminta tapi dia merosakkan sistem memberikan bantuan. Kita kata miskin, untuk maklumanlah, di Pejabat Daerah SPU baru ni saya hadir meeting, ada dua lah. Hak latest ada dua. Satu di Bertam Berangan, satu di DUN Pinang Tunggal, satu di DUN Penaga untuk SPU. Tapi bayangkan orang susah ramai.

Orang nak bunuh diri, hat bunuh diri tok sah cerita lah. Saya nak elak hat duk ada ni. Hat orang yang duduk hidup ni, yang tension. Sebab apa, sebab isteri dia, bela anak empat, lima orang, laki duduk dalam jail, laki duduk dalam parol, laki duduk dalam Kampung Selamat. Bukan Kampung Selamat, di apa di Pusat Tahanan Kampung Selamat kalau Kampung Selamat dia selamat, unless tak selamat lah. Jadi, ini isu dia ni. So benda-benda begini sedang berlaku. Saya nak tanyalah DUN mana pun. Saya nak tanyalah, kita tanya Sungai Puyu, ada dak orang susah, ada, ada. Bukan susah, susah sungguh-sungguh. Betul tak betul, takut nak jawab ni. Sorry, sorry, tak semua setuju sebab saya sebut tadi sebab apa, pasal saya tengok saya takut, kita ni, massage data ni, istilah pentadbiran, kita massage data ni, untuk nak sesuaikan dengan kehendak. Kehendak siapa-siapa lah. Kehendak boss lah. Hakikatnya kita bergelumang dengan orang susah ni. Sebab tu bantuan JKM makin tahun makin bertambah. Orang yang terlentang sakit makin bertambah, bantuan makin bertambah, walaupun bantuan tu tak bagus, tapi itu hakikatnya dia sebab orang susah banyak. Tapi miskin tegar kosong. So apa makna bantuan macam-macam tapi miskin tegar tak ada? Tak betul. Saya minta yang nilah kita kena bawa, mungkin pihak Kerajaan Negeri kena bawa untuk perbetul baliklah. Sebab kosong tak logik untuk Pulau Pinang ni. Tak logik.

Seterusnya, saya nak bagi kepada isu banjir kilat. Banjir kilat ni berlaku di apa ni, di Pinang Tunggal ni, yang paling ketara, saya berdasarkan jawapan yang saya dapat ni, hotspot di Seberang Perai Utara ni cuma ada di Tasek Gelugor dua, dan satu di Bertam, Kepala Batas, Parlimen. Tapi saya difahamkan oleh rakan-rakan, bagaimana JPS boleh menilai hotspot? Maksudnya, kalaulah ada tiga banjir berturut-turut berlaku di tempat yang sama, dia akan consider itu sebagai hotspot. So saya mintalah Dewan yang Mulia ni, masukkan Jalan Tangga Sat sebagai hotspot. Sebab kawasan ni tiap-tiap kali hujan, air naik, dan jalan tu nak masuk ke rumah orang tu, orang meniaga tu tak boleh meniaga. Air tu bertakung kadang sampai seminggu. Kita faham fenomena di mana hujan berterusan, tapi air tak (kurang jelas) kita faham, tapi takkan nak biar macam ni selama-lamanya. So saya minta hotspot ni kita masuk balik, review balik hotspot ni.

Okey, baru-baru ni di DUN Pinang Tunggal, berlaku banjir kilat yang menyebabkan banjir tempat yang tak pernah banjir sebelum ni. Di mana? Di Pokok Jenerih. Di mana? Di Bertam Putra. Semuanya kerana apa? Kerana sistem takungan air PTP tu tak diselenggara dengan baik. Sistem takungan air PTP tu tak diselenggara dengan baik. So ada yang pintu, ni saya dah minta dekat JPS untuk tengoklah dan diberitahu akan dibuat, akan di-review

balik sistem takungan air di PTP ni. Cuma nak sebut kata, bagaimana dengan kebenaran perancangan hak mula tu? Bagaimana kita meluluskan perancangan tu, bilamana sistem bandar ni tak elok, tak baik dan tak menepati piawaian tu? So ini perlu dijelaskanlah.

Seterusnya saya nak pergi kepada Jalan Lebuh Bertam Perdana. Di Pinang Tunggal ni antara jalan yang paling top lah, Jalan Lebuh Bertam Perdana. Jalan ni merupakan jalan kematian, sangat kerap. Tahun ni tiga orang dah tahun ni! Had mati tiga orang dah. Tak payah nak ceritalah. Saya dah bincang, saya ucap terima kasih pertama kali kepada JKR dan semua jabatan yang berkaitanlah. Jalan ni memang diselenggara dengan baik, cuma masalah lori-lori ini, lori-lori yang depa pi yang lori-lori pemaju ni, yang lebih muatan semua ni, menyebabkan jalan rosak. Tapi jalan ni pun sebenarnya dia, jalan tu dia selekoh tu memang bahaya.

Cuma saya minta dalam jawapan kepada saya, saya tanya adakah kita akan review had laju ni? Jawapan ialah akan review. Sebenarnya jawapan ni kena sebut akan review, mana pihak yang jawab ini, pihak Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ini, sepatutnya dia indicate sini, kena, ok setuju dengan saya bahawa perlu review had laju. bila nak review? sapa nak review? Tidak dia akan jadi benda yang tergantung. Sebab keperluan untuk review ni mendesak. Okey, data saya dapat ni, sini. Data sini, dia kata, kematian tahun ni 2025, tiga. Parah satu. Ringan 10. Okey, untuk makluman, data daripada saya ni, tahun 2022 kosong, 2023 kosong, 2024 kosong. Padahal tak kosong! Saya yang pegang mayat tu! Ini pun satu benda yang kena tengoklah. Benda-benda gini saya sangat tak berpuas hatilah. Mati ni, bukan cedera parah, mati. Kita pegang mayat tu. Paling kurang dua orang, tahun eh tak kan bunyi dah (gangguan ketawa) Mati ni.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pinang Tunggal, saya nak ulang sekali lagilah kepada penyedia-penyedia jawapan bagi pihak Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga EXCO supaya bertanggungjawab dengan jawapan yang diberikan. Biarlah tepat, dan jangan sampai logik, common sense kita pun benda tu tak betul. Antara tadi yang isu miskin tegar tadi, setahu saya di SPU paling tinggi tak silap sayalah. Sebab saya pun hadir mesyuarat-mesyuarat ni. Jadi itulah, kalau saya minta supaya penyedia-penyedia jawapan ni bagi lah angka yang betul-betul rasa kena double check lah, rasional kan. Teruskan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Speaker ambil 5 minit ni, Speaker ambil 5 minit ni nak cakap ni. Saya nak cakap ni. Saya sangat terkilan sebab benda-benda gini ni, saya minta data ni untuk nak sokong saya, untuk saya improvise jalan ni. Sebab diberitahu jalan ni ada pemeriksaan oleh JPJ, oleh apa ni pihak tertentu. Saya nak tengok senarai saman yang siapa bagi tu. Saya nak, saya menuntut, saya nak menuntut satu keadilan untuk orang-orang yang arwah ni, keluarga depa ni. Sebab benda ni dah lama dah, bertahun-tahun dah. Kalau orang tengok ni, tiga, orang kata, "Oh, baru lah." Sebenarnya bukan baru, benda lama dah, mati setiap tahun. Saya sangat terkilan. Dahlah kosong maut, parah pun kosong! Kita panggil Dato' Speaker, Dato’ Timbalan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya tegur kepada agensi yang berkenaan la.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Saya seterusnya, banyak lagi ni ada, tajuk ni tajuk top lah. Saya dah bawa isu ni mula-mula saya mai di sini. Klinik Kesihatan Pinang Tunggal. La ni, tadi disebut Bukit Tambun, Bukit Tengah sebut tak ada Klinik Kesihatan. Kami pun tak ada sebenarnya. Kita tumpang had Tasek Gelugor ja. Kita setengah rakyat Pinang Tunggal pi Tasek Gelugor, setengah pi Klinik Kesihatan Kepala Batas. Okey, masalah dia apa dia? Serupa lah. Orang tunggu ni lama. Saya tak salah kan siapa-siapa. Doktor di Pulau Pinang ni the best lah. Nurse pun the best. Everybody the best lah. Tapi masalah dia bila keadaan lama tunggu, kadang-kadang staf pun seorang dua kadang-kadang pun bila ni, dia macam-macam lah. Bila tunggu lama ni. Kan, jadi, kalau tengok data ni, kira keperluan nak buat Klinik Kesihatan baru ni wajib ni, bukan sunat muakkad dah, wajib. Pasal apa? (ketawa) Tengok sini. 2020, jumlah pesakit di Kepala Batas 158,000. La 193,000. Tak apalah. Had banyak kami Pinang Tunggal ni banyak pi Tasek Gelugor. Jumlah pesakit tahun 2020 ni 99,000. Bubuh 100 lah. Bubuh 99,000, bubuh 100. La ni 176,000. Dekat sekali ganda! Dekat sekali ganda.

Kita fikir tengoklah. Rakyat bertambah. Dato’ habaq tadi kan, dengan pembangunan continuous. Dia kena tengok keperluan lah, tang mana nak buat dulu. Saya difahamkan nak buat dah, cuma saya difahamkan oleh YB EXCO, akan buat Rancangan Malaysia ke-13.

Tapi kita perlukan lebihlah sebab benda tu dah, benda tu dah lama saya highlight dah. Minta YB EXCO, sorry ya, untuk check balik, bila actual tu? Dan kita kena desak sebab ini adalah keperluan, kalau tengok dari Bukit Tambun, Bukit Tengah, ini lebih kritikal ni.

Okey, seterusnya, Taman Pantai Kamloom, taman rekreasi ni saya ingatlah, jawapan ni disebut kita ada dibuat oleh Perda lah. Lepas tu diuruskan oleh JPS kan, jadi, sebenarnya Taman Rekreasi Taman Kamloon ni dah repair banyak kali dah. First time saya pi, first time saya pi taman ni 2005. Saya pi dengan Menteri hari ini, Menteri Keterjaminan Makanan ni, saya pi dengan dia, 2005 ni. Dok repair dah. So benda repair ni banyak kali dah. Isunya dia ialah signboard duk ada lagi merata-rata. Taman ni, kalau keluar tol tu, Taman kiri Pantai Kamloon. Kalau pi Bumbung Lima balik mai, Pantai Kamloon. Orang keliru pasal apa? Pasai apa, taman tak ada. Yang ada apa? Ada hantu je. Ha. Bukan benda baru, benda 2003. So kenapa kita susah sangat nak handle benda-benda macam ni? Benda tak ada, buanglah. Sorry saya tak tuduh siapa ni. Kan.

Jadi, orang keliru. Okey, saya cuma nak cadang macam ni. Saya rasa, saya yakin, lepas ni, lepas kita siap expressway Sungai Dua Juru ni, kita ada bincanglah, dah siap ni, maknanya kereta yang mai daripada selatan, dia takkan lalu dah Permatang Pauh ni. So dia tak ada stesen minyak dah. So mungkin kita boleh consider buat stesen minyak dekat Bumbung Lima tu. Hentian, hentian, hentian sebelum Bumbung Lima tu. Sebab kereta-kereta daripada selatan, dia takkan lalu dah empat, lima, stesen minyak di ni, bukan Tikam Batu, di Hentian Bumbung Lima. So mungkin kita boleh tengok taman ni untuk convert untuk something lah. Hentian ka, apa ka. So saya harap sangatlah EXCO berkaitan untuk tengok benda ni. Benda-benda lama dah yang repair pi repair mai ni. Rugi tengok tu.

Seterusnya, kawalan terhadap pekerja asing yang bekerja di PTP ni. Di PTP ni ada dua jenis pekerja asing. Satu yang kerja ni, bina kilang tu. Hak jenis satu lagi ni, had yang kerja dalam kilang had dia bina tu. Dua jenis. Okey. Jawapan daripada Imigresen, Jawapan daripada Imigresen, depa tak ada data untuk semua-semua ni. Cuma apa yang saya nampak, dalam konteks had yang kerja bina kilang tu, dia duk dalam kabin lah. Kabin. Tapi had di luar ni, had kerja ni, saya tengok depa dah merata. Dalam kampung-kampung penuh saja, penuh. Jadi siapa yang kawal depa ni? Bila depa duk dalam kampung-kampung ni, dia menyebabkan sikit sebanyak eko-kekeluargaan ni jadi terancam lah kan. Sama-sama depa, kadang keluar mai pakai tuala saja. Kan. Depa duk pula kadang dua tiga kelamin. So benda-benda gini, saya rasa, kalau betullah Jabatan Imigresen ataupun Jabatan Tenaga ka

buat enforcement, kita nak tengok data lah sejauh mana enforcement yang dibuat tu ada ke tak ada, betul ke tak betul, ada saman siapa-siapa ke? Tidak, jawapan dia jawapan yang standard saja. Sebab masalah pekerja asing di PTP ni makin berleluasa ni, makin ramai. Kita pun takut kadang kita lalu tu, nak makan, depa saja. Kita had, kita alu-alukan depa mai, depa bantu kita. Cuma kena ada kawalan. Dan kawalan ni mesti sistematik lah.

Seterusnya, saya sentuh sikit tentang kilang haram di Kepala Batas ni. Kilang haram ni, ikut jawapan saya dapat ni, sama dengan apa saya bagi tahu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kilang tak halal la.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Kilang haram ni dibina dah 20, 30 tahun. Di jawapan saya dapat ni, walaupun saya tahu dah 20, 30 tahun. Maknanya 20, 30 tahun satu angka yang sangat lama. Kenapa kita ambil masa sangat lama untuk settled benda ni? Isu dia bukan kilang haram tak haram, isu dia, Kerajaan Negeri hilang pendapatan daripada lesen, perlesenan ni. Rugilah, kan. Jadi, dia angka yang besar ni. Dia ada 70 lebih kilang haram ni. Jadi, kenapa kita agak, saya faham, penguatkuasaan ni mungkin ambil masa, ambil kira hak nu hak ni, tapi bila terlampau banyak dan tak ada usaha-usaha yang dilihat secara tuntas, seolah kita ni macam tak peka lah. Bayangkan kalau kilang ni, kilang yang beroperasi ada kesan alam sekitar. Apa jadi? Ataupun dia ada kesan pada keselamatan. Apa jadi? Kita tahu ke? Sebab kilang ni tak dilesenkan, tak ada siapa pantau dia. Kalau dia, dia sambung elektrik yang tak ikut dia punya spek macam mana? Bukan baru dua tahun, tiga tahun, 20 tahun, 30 tahun. Saya mengharaplah supaya pihak berkuasa, sama ada PBT ataupun pihak-pihak yang tertentu, untuk kita buat satulah. 76 ni angka-angka yang sangat besar lah untuk satu Parlimen. Dan majoriti semua di Kampung Selamat lah. Ha, itu yang best tu.

Okey, seterusnya saya nak sentuh sikit kepada isu GLC. Disebut oleh Bukit Tambun semalamlah, GLC ni semua ni beroperasi atas faktor, bukan profit oriented. Cuma saya tengok yang Penang Agrotech ni, saya tengok data tu menunjukkan bahawa dia tak ada peruntukan yang diterima. So, adakah sebab tu yang dia tak boleh buat keluar beras Cap Feri tu? Jadi, saya nak penjelasanlah. Kenapa Penang Agrotech ni tak dapat peruntukan

yang menyebabkan mungkin projek-projek yang dia buat tu sangkut lah? Saya tak tahu dia buat projek apa, tapi setahu saya projek Cap Feri tu ni memang tak ada lah. Susah cari. Kata di PKK, kadang-kadang pi pun orang tak tahu. Okey na.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, landing.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okey, okey. Tiga, tiga lagi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Lebih masa banyak ini.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okey. Ini sikitlah. This is CM ada sini. Saya cuma nak tanya CM lah tentang, dulu CM ada pergi ke Kumamoto untuk meneroka air bawah tanah. So saya nak tanya status lah macam mana lah. Status perkembangan, perkembangan cadangan penerokaan air bawah tanah ni.

Okey, yang satu lagi, saya nak sentuh sikit pasal isu Perlembagaan Kariah. Saya nak sebut apa yang disebut oleh Sungai Dua Pembangkang tu, tentang isu Perlembagaan Kariah. Saya macam ni. Apa yang banyak yang saya terima kemusykilan sebab benda ni masa sidang DUN lepas, dibangkitkan oleh Penaga, jawapannya ialah tak, tak ni apa, tak finalize lagi. Bila dah finalize, bila dia keluar baru ni, yang dah dibuat pun Mesyuarat Agung. Anak kariah yang mai Mesyuarat Agung tu, hanya memilih tujuh saja AJK daripada 15. Lapan tu akan mai daripada pihak Pejabat Agama. Tang ni pun nampak dah tak betul dah. Saya akui Majlis Agama Islam Pulau Pinang ada kuasa mutlak, ada budi bicara. Tapi budi bicara kena letak pada tempat dia. Apa budi bicara? Contoh dia, tiba-tiba dia 15 orang yang dipilih tu, orang yang jarang mai masjid ataupun orang yang bukan ada ilmu, orang yang kurang nampak pegangan dia. Majlis Agama boleh saja ambil orang lain yang lebih baik untuk letak tang tu. Ni kalau kariah pilih, kariah tahulah siapa yang terbaik. Jadi bila kita

benarkan tujuh orang saja dipilih, lapan pihak lain, di mana demokrasi? Di mana kita punya kekuatan kariah memilih pemimpin dia tu? So benda ni menyebabkan berlaku lagi teruk tuduh menuduh. Berlaku salah faham kita bimbang orang-orang yang tertentu akan ambil kesempatan untuk melantik orang yang tak sepatutnya yang mungkin tak ada hala tuju tu pun. Kita bimbang sebab kita takut kalau berlaku rosaklah anak-anak kariah kita. Okey nah. Jadi...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Wabillahi taufiq wal hidayah, lebih masa banyak ni.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Ha? Okey last last last. Last ni bukan apa, last ni harapan walaupun semua sebut dah. Saya sebut sekali lagilah, sebut sekali lagi sebab yang ni ni harapan rakyat di Pinang Tunggal. Saya sebut sekali lagi sebab saya nak masuk dalam hansard nah. Bayangkan daripada 5,600 orang pesawah ni, yang orang muda ni, bawah 40 tahun ada 144 ja. 144 saja daripada 5,000 lebih ni. Maknanya hanya 3% saja yang buat yang apa yang masih buat sawah ni. Dia tak mahu buat pasal apa? Pasal buat rugi dan kita fahamlah orang muda ni kan.

Jadi, kalaulah sesuatu tak dilakukan, tak diambil berat, maka sawah akan terbiar. La pun banyak orang tinggal sawah lagu tu saja. Bayangkan baru ni pesawah ni, dia tinggal sawah tu saja. Sebab padi yang dia nak ambil tu hanya about 20% yang boleh pakai, lain tak boleh pakai. So kalau nak guna jentera untuk nak nak apa panggil apa tu? Nak tuai tu lebih mahal daripada upah tu. Tu buat apa dia buat tu? So benda ni saya minta sebab dia bergantung dia berkait dengan keterjaminan makanan. Sebab tu saya minta supaya pihak Kerajaan sekali lagilah saya minta, saya memohon merayulah daripada pihak pesawah di Pulau Pinang ni kita bagi sorang RM1,000. So, one off. Boleh tak boleh? Semua orang bagi tepuk sikit. Okey.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Okey. Habis.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tak apalah. Okey err...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Cuma saya, saya nak bagi tips sikitlah. Saya pengalaman saya sebagai ADUN. Err bagi tips sikit. Masa nak berbahas tu, kalau tengok YB EXCO yang mana yang ada, guna isu tu berdepan dengan mereka terus. Faham tak.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Banyak tak ada.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Dak lah, yang ada. Masa yang ada tu, bangkitkan isu tu supaya mereka boleh direct terus. Dah yang tu tips lah untuk akan datang.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Ni ni tengok Sungai Acheh. Aah. Pun terima kasih semua, sihat aah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Tadi YB EXCO Perumahan tak ada. Sekarang ni dah ada, nak bagi ulang balik tak tak boleh dahlah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

PM tepi. Tak apa.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Okey ah...

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Saya ni saya nak buat sikitlah. Ah YB YB EXCO. Okey nah. Okey, kita nak bagi tahu sini lah. Kita buat program, ah kita buat program dengan agensi kerajaan, kita bantu tau. Bantu untuk cerita. Contoh saya buat kaunter Lembaga Perumahan Negeri, kaunter ni. Walaupun ah tak boleh mai lah. Tapi saya bantu orang untuk explain apa fungsi LPN ni, Lembaga Perumahan Negeri,

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Panjang lagi ni.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tak, tak sikit lagi ni, saya nak bagi penjelasan, program saya tu kena cancel, kena cancel. Atas sebab-sebab tertentu cancel. Tapi yang mai tu 200 orang lebih. Itu cancel tu. Dan daripada 200 orang tu 80 orang daftar. 80 orang ni saya ada nama semua ni. Ambil IC nombor dia. Orang Batu Maung pun ada, orang Sungai Bakap pun ada, dia orang Pinang Tunggal 14 orang ja. Nak habaq kata rakyat mahu rumah.

Pinang Tunggal, boleh tanya sikit tak?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Boleh, boleh, boleh.

Pinang Tunggal buat program tu dekat pusat khidmat. Padahal kita bagi Kerajaan pun tak buat program macam tu dalam pusat khidmat. Faham tak, Kita buat di common area. Kita buat outreach program. Setiap 3 bulan kita pergi ke satu daerah. Kalau Pinang Tunggal nak buat Service Center Pinang Tunggal, macam mana it becomes political. Orang yang mengundi, okeylah. Orang tak mengundi you rasa macam offended. So kita tak pernah

ada outreach program di pusat khidmat sesiapa pun. Kita pergi public area, common area saja kita buat. Kerana for political reason kita tak buat. Dan lagi satu, Pinang Tunggal tak pernah pun tanya saya pasal nak organize ni trip. Satu hari sebelum hari tu, call sama saya. Macam mana saya nak buat cadangan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Takkan nak deal dengan...

Tak boleh, saya EXCO. Saya EXCO kena hormat saya. Pinang Tunggal tak tanya saya, tanya Lembaga mana boleh, kena tanya saya, kena hormat saya dulu. Pinang Tunggal aah (gangguan). Tiba-tiba bagi tahu saya tak bolehlah, minta maaf ya.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Itu kali kedua buat, bukan kali pertama. Kali kedua. Dato I tak I tak mahu cerita panjang-panjang. Itu kali kedua, bukan kali pertama. Tapi betulkah, betulkah kita ni agensi Kerajaan tak boleh buat di pusat khidmat mana-mana ADUN, betul tak betul ni, saya tak saya tak percaya. Takkan tak buat di pusat khidmat Bagan Dalam, Bukit Tambun. Ha. Dak, lain-lain, lain-lainlah.

Kalau Pinang Tunggal ada bukti tolong bawa mari.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Okey, okey. Pinang Tunggal, sila akhiri ucapan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Okey. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Terima kasih Pinang Tunggal, kita dah bagi peluang agak lama pada Pinang Tunggal dan seterusnya kita jemput, persilakan Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Penang2030. Pertama sekali, saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan Belanjawan 2026 yang teratur, realistik dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Perbahasan hari ini bukan sekadar membincangkan angka, tetapi menilai bagaimana setiap perancangan memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Dalam semangat tersebut, saya ingin mengangkat beberapa isu yang semakin mendesak dan memerlukan perhatian serta tindakan bersama.

Di sini saya ingin merakamkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas pelaksanaan Penang Silicon Design @5km+. Satu langkah strategi yang telah memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai hab reka bentuk cip serantau. Seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, hasil awal sudah boleh dilihat melalui peningkatan syarikat dan pelaburan. Dalam suasana geopolitik yang tidak menentu dan persaingan teknologi global yang sengit, inisiatif ini menjadi pemaju penting untuk melonjakkan negeri dan negara ke rantaian nilai yang lebih tinggi.

Selaras dengan National Semiconductor Strategy, reka bentuk cip dan perisian terbenam menyumbang 50% kepada nilai tambah global industri semikonduktor. Menjadikan bidang kritikal yang untuk masa depan negara. Saya menyeru agar Kerajaan Negeri terus memperkukuh sokongan terhadap sektor ini termasuk mempergiat usaha dalam bidang pembungkusan termaju dan peralatan fabrikasi dengan izinnya, advanced packaging and equipment. Serta memperluas program pembangunan bakat dan sokongan kepada syarikat pemula tempatan. Dengan pendekatan menyeluruh ini, Pulau Pinang berpotensi muncul sebagai Taiwan baharu dalam landskap semikonduktor Asia.

Yang di-Pertua, kesihatan rakyat adalah tunjang utama kecemerlangan kecemerlangan negeri. Sebagai Kerajaan Negeri, kita bukan sahaja perlu memastikan sistem kesihatan berfungsi, tetapi ia mesti proaktif, inklusif dan mampan selaras dengan

keperluan rakyat hari ini. Kita sedang berdepan satu paradoks dalam sistem kesihatan awam. Jabatan Kecemasan A&E di hospital kerajaan semakin sesak. Dengan lebih 80% pesakit sebenarnya adalah zon hijau. Iaitu pesakit yang dengan keadaan stabil dan lebih sesuai dirawat di klinik kesihatan biasa. Keadaan ini menyebabkan masa menunggu menjadi sangat panjang, kos juga meningkat dan juga A&E kurang memberi fokus kepada kes kritikal. Pada masa yang sama, ada juga klinik-klinik kesihatan sebenarnya berpotensi dibuka lebih lama dengan masa operasi.

Pada tahun 2023, KKM telah melaksanakan projek perintis di lebih 50 klinik dengan waktu operasi lanjutan sehingga jam 9:30 malam dan juga pada hari Sabtu. Sehingga kini, 49 klinik telah menawarkan waktu lanjutan dengan hampir 600,000 pesakit menerima manfaat. Sebagai anak Negeri Pulau Pinang, saya ingin menarik perhatian kepada situasi di zon hijau juga Hospital Bukit Mertajam yang sangat sesak. Saya mencadangkan Kerajaan Negeri berbincang dengan KKM untuk melanjutkan waktu operasi klinik kesihatan di Bandar Perda yang berhampiran dengan Hospital Bukit Mertajam. Kerana bangunan baharu dan juga kemudahan moden yang boleh digunakan sepenuhnya. Lokasinya strategik, tempat parking yang banyak, sangat dekat dengan Hospital Bukit Mertajam. Saya rasa pelaburan kerajaan mestilah dimaksimumkan dan terus memberi manfaat kepada rakyat.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Boleh saya mencelah?

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Okey.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Yang Berhormat Berapit. Just tadi pagi tadi saya telah pun membawa isu kesihatan dan saya tertarik kepada apa yang telah pun dibangkitkan oleh Berapit. Sudahkah? Dan ada ada beberapa fakta pagi tadi yang saya tidak sempat untuk berkongsi. Saya ada kata bahawa projek-projek RMK-12. Sebenarnya saya ada tanya soalan. I just nak kongsi dan mungkin perkara ini boleh disahkan ataupun saya silap dalam angka-angka saya. Daripada jawapan RMK-12, berapa permohonan yang telah dibuat untuk kesihatan

bagi fasiliti dan kemudahan kesihatan? There were about 52 applications yang perlu dinilai lebih RM3 bilion lebih. Tetapi apabila saya melihat berapa yang telah pun ditolak atau tidak diluluskan dalam RMK-12, it is about RM2.7 bilion. Dan dalam permohonan terbaharu ini, RMK-13 soalan saya, apakah projek-projek yang dipohon? Di sini dinyatakan 11 projek dipohon. Di mana dinyatakan di sini, bila saya menelitikan balik daripada 11 yang dipohon ini, sebenarnya again although walaupun jumlah angka keseluruhan projek is RM2.4 bilion. But actually, kebanyakan projek-projek ini adalah untuk RMK-12 dan 11 dan hanya RM52juta diluluskan untuk RMK-13 Rolling Plan Pertama. Dan untuk klinik-klinik kesihatan yang dipohon sekarang iaitu KK Jalan Perak, KK HBP untuk naik taraf HBP, apa ni Ward kelas bersatu dan also klinik kesihatan, sorry, another one yang penting Bukit Panchor. Right, ini semua tidak lagi diluluskan dalam permohonan RMK-13. Jadi, seperti saya katakan tadilah, saya harap bahawa kita mestilah ada satu pelan induk.

Saya bila bincang klinik kesihatan, teringat juga baru-baru ini saya dipanggil untuk pergi lawat klinik kesihatan di Teluk Bahang. Dan tadi YB Berapit cakap tentang Green Zone. So saya pun I was a bit surprised bila melihat patient-patient yang menerima rawatan mereka di luar bangunan klinik under a apa ni bumbung yang direka temporary dan patient-patient itu di menerima rawatan. However, saya nak kata saya ada call YB EXCO kita dan beliau kata oh kita sudah check memang ada rancangan nak bina yang baru dan saya amat berterima kasihlah atas usaha itu. Dan buat sementara YB Balik Pulau pun sudah bagi satu derma kontena untuk klinik tersebut. Tetapi, persoalannya kenapa kita kena sampai kepada satu situasi yang begitu bad situation lah.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Timbalan Yang di-Pertua, mungkin just sikit saja, just sikit saja. Just a quick…

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Tak pa. Boleh boleh dalam penggulungan boleh.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Just a quick one untuk address apa yang Bukit Tengah.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Dan saya minta masa ditambahkan Yang di-Pertua.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tadi apabila Yang Berhormat Bukit Tengah sebut tentang mereka menerima rawatan di luar. Sometimes it's about isolation control. Dia bukan sebab kita tak nak bagi mereka masuk tapi ada SOP tertentu. Cuma just wants to correct that only.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Okey, silakan Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Bukit Tengah.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Saya sokong apa-apa fakta dan juga data yang di disebutkan oleh Bukit Tengah, Yang Berhormat jiran saya. Dan juga mintalah satu jawapan yang lebih detail tentang perkara kesihatan. Tadi saya sebut tentang masa lanjutan untuk klinik kesihatan. Saya difahamkan Timbalan Menteri Kesihatan telah menjawabkan soalan ini. Masa operasi lanjutan untuk KK. Dan beliau mengatakan tidak ada pelan atau tidak ada rancangan untuk teruskan untuk extend program itu. Tetapi dengan juga angka yang diberikan, iaitu hampir 600 orang, 600 orang pesakit menerima manfaat daripada waktu lanjutan ini.

Jadi saya juga haraplah Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita boleh ada perancangan sendiri supaya menambah klinik kesihatan yang adakan masa lanjutan ni. Dan saya ada soalan di sini iaitu berapa bilangan klinik kesihatan di Pulau Pinang yang beroperasi selepas

pukul 5:00 petang? Di daerah mana wujudnya klinik waktu lanjutan dan bagaimana liputannya? Apakah rancangan untuk memperluas waktu lanjutan di SPU, SPT dan SPS? Dengan lebih 80% pesakit A&E kecemasan adalah zon hijau. Apakah strategi untuk menurun beban hospital. Dan di sini, sebab tentang hospital, saya juga menyeru supaya saya difahamkan semasa sidang Dewan yang lepas, ada tanah lapang di depan Hospital Bukit Mertajam iaitu rumah rehat sedang adakan proses untuk transfer kepada ini Jabatan Kesihatan Persekutuan untuk Hospital BM extension.

Jadi saya minta supaya proses ini dipercepatkan. Dan saya ingin sentuh juga, Yang di-Pertua, tentang isu diabetes dan juga obesiti kini di menjadi satu krisis kesihatan awam dan saya tanya kepada Yang Berhormat Seberang Jaya dan juga Telok Ayer Tawar telah berjaya mengurangkan berat badan berbanding kalau kita berjumpa di sidang Dewan yang lepas dan sekarang kita nampak mereka lebih handsome lah. Saya rasa satu kejayaan yang sangat menggalakkan. Baik dalam data yang saya dapati, Pulau Pinang mencatat satu kadar yang membimbangkan iaitu diabetes adalah 20.5% dengan kebangsaan adalah 15.6%. Berat berlebihan kita mencatat 56.5%. Kolesterol tinggi 37.4%. Tekanan darah tinggi 35.4%.

Jadi ini menunjukkan lebih separuh rakyat dewasa di Pulau Pinang berisiko menghidap penyakit yang tidak berjangkit. Dan soalan saya adalah, apakah data terkini selepas tahun 2023 bagi diabetes dan obesiti di Pulau Pinang. Apakah usaha PBT, sekolah dan Bahagian Kesihatan Awam dalam mempromosikan gaya hidup yang sihat. Apakah program seperti Kantin Sihat, Taman Rekreasi, Laluan Pejalan Kaki, Bengkel Kesihatan, dan juga Wellness Hub diperluas.

Yang di-Pertua, sekarang tentang kita, ramai Yang Berhormat telah sentuh tentang penuaan penduduk di Pulau Pinang. Ya, Pulau Pinang berada di fasa penuaan yang sangat pantas, sangat cepat. Populasi lebih 56 tahun adalah lebih 12% dan terus meningkat. Namun, negeri ini hanya mempunyai jumlah geriatrician yang sangat kurang. Kalau tak silap saya untuk tempat hospital awam hanya satu saja dan swasta dua, dan saya minta angka ini juga. Dan sangat, kalau berbanding dengan negeri ini yang mempunyai lebih 100,000 warga emas. Dan saya ingin tanya juga, apakah data terkini untuk penduduk yang lebih 65 tahun. Berapa jumlah katil untuk orang warga emas lah di hospital kerajaan. Apakah perancangan memperluas perkhidmatan paliatif melalui kerjasama hospital awam, NGO, dan juga pusat jagaan.

Walaupun kita sentuh tentang perkara kesihatan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, tetapi saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Tengah bahawa Kerajaan Negeri tetap perlu mempunyai satu pelan induk kesihatan Pulau Pinang supaya kita mengadakan satu pelan untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang, dan juga satu rantaian yang saling berkait antara semua jabatan, jabatan untuk menjayakan program ini.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, ramai Yang Berhormat di Dewan ini juga telah menekan bahawa keselamatan sekolah bukan lagi satu isu disiplin semata-mata, dan kini menjadi krisis nasional. Pulau Pinang juga tidak dikecualikan. Dalam tempoh setahun ini, kita menyaksikan peningkatan ketara kes buli fizikal, lisan, dan siber, termasuk kes gangguan seksual juga. Lebih membimbangkan, ada yang melibatkan juga penggunaan teknologi AI untuk menghasilkan imej lucah rakan kelas dan disini apabila kita membincangkan isu pelajar, secara automatiknya kita juga akan kembali kepada peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK). Namun, adakah Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan ini mengetahui nisbah sebenarnya kaunselor di sekolah. Saya mendapat jawapan soalan ini ditanyakan oleh Machang Yang Berhormat Machang Bubuk, tetapi jawapan saya dapatlah di sini adalah nisbah standard adalah seorang kaunselor bagi 500 murid.

Namun, realiti di Pulau Pinang adalah jauh lebih kritikal. Sampai sekarang, kita kekurangan 41 orang kaunselor di Pulau Pinang. Dan juga realitinya, bukan semua guru kaunseling mempunyai kelayakan profesional. Sebahagian hanya melalui latihan asas, sedangkan isu kesihatan mental dan buli hari ini jauh lebih kompleks berbanding dengan dahulu. Saya ingin cadangkan satu penyelesaian yang lebih cepat dan juga melibatkan kos rendah, iaitu kerjasama dengan IPT. Kerjasama sistematik antara sekolah dan juga IPT, tidak kiralah kolej atau juga universiti yang menawarkan program kaunseling yang berada di negeri ini.

Sefaham saya, pelajar kaunseling di IPT diwajibkan menamatkan lebih 200 jam praktikal sebelum mereka tamat pelajaran. Dan kalau kita gunakan tenaga ini kepada situasi yang lebih kritikal ini akan mendatangkan satu win-win solution supaya kita boleh bantu mereka untuk tamatkan masa praktikal mereka dan dengan ini kita juga menambahkan tenaga kerja yang lebih berkesan di sekolah. Saya juga ingin mencadangkan adakan satu program iaitu seperti kita kata peer group, serahkan mereka, iaitu PeerZ Duta Remaja yang boleh mengadakan sebagai pilot project yang ada di negeri Selangor dan juga Melaka yang

telah mengadakan pilot project. Contohnya, sebuah sekolah mungkin adakan 20 orang pelajar dilantik sebagai duta, diasuh dengan empati, komunikasi sihat dan juga asas kesihatan mental. Mereka berperanan boleh dijadikan first support point apabila rakan mereka tertekan, dan mereka juga menjadikan alarm system untuk mengesan awal kes buli. Keselamatan di sekolah bukan sekadar tindakan reaktif, dan juga ini boleh mengubah budaya sekolah daripada budaya takut kepada budaya melindungi.

Keselamatan pelajar bukan satu sektor pendidikan semata-mata. Saya rasa ini bukan tanggungjawab di bawah EXCO Pendidikan sahaja. Ia juga satu isu sosial, keluarga dan komuniti. Penyelesaian mesti datang daripada kerjasama rentas pelbagai jabatan termasuk bukan saja pendidikan, tetapi keluarga, belia, PDRM, dan juga agensi seperti PWDC juga boleh menganjurkan program keselamatan berasaskan gender, pendidikan berhubungan, pendidikan hubungan sihat, pencegahan keganasan. Dengan penyelarasan menyeluruh, barulah kita mampu membina satu ekosistem keselamatan pelajar yang kukuh dan berkesan.

Yang di-Pertua, baru-baru ini satu insiden mural di kawasan Warisan Dunia George Town Heritage iaitu Chew Jetty yang telah menimbulkan satu berita yang hangat di media sosial. Seorang pelukis daripada Negara China telah menulis mural iaitu lukisan di dinding tentang panda tanpa melalui proses penilaian dan permohonan yang ditetapkan. Mengikut peraturan yang sedia ada, apa-apa lukisan di bangunan dalam Zon Warisan, termasuk bangunan sendiri, tetap memerlukan penilaian oleh jawatankuasa tertentu serta kelulusan MBPP. Perkara ini menjadi lebih rumit apabila tumpuan beralih kepada pemilik rumah. Pemilik rumah itu juga rakan lama saya. Jadi semasa beliau menerima notis, beliau telefon saya, yang katakan dia sendiri yang bagi kebenaran/kelulusan kepada pelukis itu untuk melukis di bangunan dia. Dan beliau tidak menyedari bahawa walaupun bangunan itu adalah milikan peribadi, ia tetap tertakluk kepada garis panduan warisan. Apabila beliau menerima notis itu, dia ingat surat amaran itu adalah saman. Jadi paniklah dan tanya juga kenapa dia disaman sehingga RM1,000. Setelah saya berhubung dengan MBPP dan baru saya tahu itu adalah surat peringatan. Perkara ini diselesai akhirnya dengan bantuan juga Yang Berhormat Pengkalan Kota yang baru masuk. Walaupun isu itu selesai tapi ia membuka banyak persoalan.

Saya ingin tanya di Dewan yang Mulia ini, yang pertama ia menunjukkan satu jurang kefahaman masyarakat khususnya penduduk yang lama di Zon Warisan terhadap peraturan pemuliharaan dan juga nilai teras Warisan Dunia iaitu Outstanding Universal Values. Ramai tidak sedar bahawa seni dinding walaupun di rumah sendiri tetap dikawal demi melindung bangunan berusia ratusan tahun.

Kedua. Berlaku jurang komunikasi antara penguatkuasa dan juga penduduk. Surat amaran tanpa penerangan kepada pemilik rumah itu di Chew Jetty juga menyebabkan satu kekeliruan dan juga perasaan takut, apabila lagi jangan lagi katalah biasanya yang tinggal di tempat warisan, mereka juga warga emas kan. Mereka tidak faham dan tidak biasa dengan proses birokrasi ini.

Yang ketiga. Walaupun kita menghargai kebebasan berkarya, seni di ruang awam mesti ditimbang dengan aspek keselamatan bangunan, penerimaan masyarakat serta kesan kepada Warisan Dunia. Inilah sebabnya jawatankuasa penilaian diwujudkan. Bukan untuk menyekat kreativiti tetapi memastikan bahan, terma dan impak mural yang tidak menjejaskan nilai warisan. Perkara ini bukan tentang sebuah lukisan panda, tetapi tentang bagaimana kita sebagai kerajaan memastikan pemuliharaan warisan berjalan seiring dengan kefahaman rakyat. Insiden ini mengingatkan kita bahawa pendidikan warisan kepada penduduk di Zon Warisan mesti dipergiatkan. Dan Pihak Berkuasa juga perlu memperkukuhkan two-ways communication iaitu komunikasi dua hala. Bukan sekadar menguatkuasa dan bagi notis, tetapi juga membuat orang takut dan rasa risau. Hanya melalui dialog, lebih komunikasi, pendidikan, dan kerjasama, barulah nilai warisan George Town dapat kita pertahankan dan wariskan kepada generasi yang akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua. Seorang anak Pulau Pinang kita baru-baru ini mendapatkan satu anugerah yang di antarabangsa yang membanggakan kita, iaitu Vincent Ong telah mendapat tempat kelima dalam Pertandingan Piano Chopin, satu pencapaian bersejarah bagi Malaysia. Yang membuat, boleh dikatakanlah, daripada Yang Amat Ketua Menterilah sehingga semua YB di sini semua rasa bangga dan ucapkan tahniah melalui sosial media. Difahamkan bahawa Kerajaan Negeri ini sedang berusaha menjemput Vincent Ong pulang ke Pulau Pinang untuk mengadakan persembahan. Ini adalah satu berita yang memang semua orang rasa gembira.

Namun, timbul juga soalan sekarang untuk masa depan, untuk dengan penutupan sementara Dewan Sri Pinang untuk kerja-kerja upgrading (naik taraf), apakah lokasi yang lain di Pulau Pinang yang sesuai untuk menganjurkan persembahan profesional yang seperti ini. Dan saya ingin juga tanya, sebagai salah satu lokasi utama persembahan di negeri ini, bilakah Dewan Sri Pinang dijangka akan dibuka semula. Apakah bentuk pengubahsuaian yang akan dirancang oleh Pihak Berkuasa. Adakah mereka menerima pandangan atau cadangan daripada penggiat seni persembahan. Semua soalan ini amat penting bagi komuniti seni dan muzik di negeri ini dan saya diharapkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat memberi penjelasan secara terbuka agar masyarakat umum dapat memahami dengan lebih lanjut perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua, baru-baru ini berlaku satu insiden di satu gelanggang pickleball di Bukit Mertajam di mana seorang wanita telah menjadi mangsa rakaman curi iaitu beliau dicuri rakam gambar dan video semasa menggunakan tandas mandi kongsi lelaki dan perempuan. Saya bersama peguam telah mewakili mangsa ini untuk adakan sidang media supaya isu ini dilaporkan dan siasatan daripada pihak polis juga menunjukkan kejadian ini berlaku kerana ruang di atas panel tandas yang terlalu besar, terlalu luas sehingga mudah dieksploitasi. Isu ini bukan kes yang sekadar satu sahaja Yang di-Pertua, tetapi dia juga menimbulkan satu soalan yang besar. Adakah reka bentuk tandas awam dan tandas di premis swasta benar-benar mematuhi standard keselamatan. Saya ingin tanya juga adakah PBT telah menjalankan audit atau siasatan terhadap keadaan tandas awam seperti tandas komersial khususnya di tempat seperti tempat bersukan macam mana segi ketinggian panel dan juga ruang intai. Adakah PBT melaksanakan pemeriksaan berskala atau spot check untuk memastikan pemilik premis-premis mematuhi garis panduan. Dengan semakin banyak premis menggunakan konsep tandas kongsi antara lelaki dan wanita, adakah Kerajaan Tempatan bercadang untuk memperketat garis panduan ini termasuk mewajibkan satu panel penuh dan juga menutup ruang atas yang berisiko. Tandas satu kemudahan asas adalah satu keperluan untuk semua orang dan keselamatan dan maruah pengguna tidak boleh dikompromi terutamanya untuk golongan wanita. Jadi saya harap satu jawapan atau satu improvement boleh diadakan selepas sidang Dewan ini juga.

Yang di-Pertua, saya akhir sekali ingin membangkitkan sekali lagi isu kesesakan lalu lintas di Jalan Kampung Besar, Bukit Mertajam yang kini telah menjadikan laluan alternatif utama oleh penduduk di Bukit Mertajam. Saya sering menekankan keadaan sesak dan

merbahaya di jalan ini namun sehingga kini masih tak ada satu perkembangan yang jelas. Saya telah tanyalah soalan ini daripada tahun 2018 setelah saya dipilih sebagai ADUN Berapit sehingga kinilah. Saya telah menanya soalan di Dewan ini, soalan bertulis dan saya difahamkan projek naik taraf Jalan Kampung Besar sebenarnya telah disenaraikan di bawah Rancangan Pembangunan Negeri Pulau Pinang. Sepatutnya jabatan berkaitan perlu mengadakan satu pertemuan berskala untuk follow-up atau bertindak lanjuti projek ini namun jawapan yang saya terima adalah bahawa JKR Pulau Pinang hanya mengadakan satu pertemuan bersama dengan RAC iaitu Perbadanan Aset Keretapi, sekali sahaja iaitu pada 26 Julai 2017. Dan projek ini terpaksa ditangguh kerana melibatkan projek milik RAC, tapi Yang di-Pertua, daripada tahun 2017 sehingga kini berapa tahun, telah 8 tahun. Dari kita sebagai Pembangkang Negeri sehingga kita, kini juga Kerajaan Negeri selari dengan Kerajaan Persekutuan, kenapa tidak ada perkembangan yang nyata untuk jalan ini. Adakah sekali pertemuan tidak berjaya, terus berhenti begitu sahaja. Sebab saya ikut jawapan yang saya dapat, pertemuan sekali. Ini ibarat seorang seseorang cuba membuka botol minuman tetapi terus berhenti kerana penutupnya keras sedikit. Tak adalah perkembangan. Saya mintalah tindakan susulan diambil segera dan memastikan bahawa dalam sidang Dewan tahun depan, kita tidak lagi menerima jawapan yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua, akhirnya semua isu yang saya bangkit hari ini daripada kesihatan rakyat, keselamatan sekolah, pembangunan ekonomi, pemuliharaan warisan, garis panduan tandas, sehinggalah Jalan Kampung Besar, semuanya berkisar pada satu prinsip yang sama iaitu rakyat mesti menjadi keutamaan, dan setiap dasar dan projek mesti benar-benar memberi manfaat kepada mereka. Pulau Pinang sedang bergerak ke arah Visi 2030 dalam dunia yang semakin kompleks dan mencabar. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada jawapan teori atau cara lama. Apa yang rakyat perlukan adalah tindakan nyata, pemantauan berterusan, serta pentadbiran yang telus dan berintegriti.

Dengan semangat kerjasama, saya yakin Pulau Pinang boleh menjadi negeri maju, selamat, inklusif, dan berdaya huni untuk semua. Semoga usaha kita hari ini benar-benar dirasai manfaat oleh rakyat. Dengan ini, saya mohon untuk menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Berapit. Sekarang kita persilakan DUN yang paling cantik, DUN Kebun Bunga. Ahli Kawasan ADUN Kebun Bunga.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Bunga apa yang cantik.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bunga banyak cantik. Persilakan.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Selamat Petang, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Penang2030. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Dato’ Timbalan Speaker serta rakan Ahli Dewan sekalian,

Saya mulakan pembahasan pada petang ini dengan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Utama Anwar Ibrahim yang telah menerajui Kerajaan Perpaduan memasuki tahun ke-3. Dalam tempoh ini, kestabilan politik yang diwujudkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membolehkan negara kita memainkan peranan yang penting sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025 dan sudah tentu limpahan nikmat dan kepentingan turut dirasai oleh Negeri Pulau Pinang.

Ucapan penghargaan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah luluskan Projek Kerja Awalan Pembinaan Jalan Bawah ataupun Underpass untuk menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma di Persimpangan Jalan Mount Erskine/Jalan Gotlieb/Jalan Burma/Jalan Bagan Jermal, Jalan Bagan Jermal bukan Bagan Jermal Seksyen A ketika membentangkan Bajet Persekutuan 2026. Saya difahamkan projek yang dirancang oleh MBPP ini dalam peringkat untuk meneliti skop kerja yang lebih teliti dan akan diumum oleh MBPP dalam masa yang terdekat. Ini merupakan satu berita baik kepada pengguna jalanraya kerana jalan tersebut adalah antara jalan yang paling busy dan sesak di bahagian pulau.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, di samping itu, terima kasih dan penghargaan juga kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana Bajet 2026 ini merupakan bajet yang ke-8 dibentang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan merupakan bajet yang mempunyai defisit paling rendah dalam sejarah Pulau Pinang iaitu hanya RM19.92 juta

sahaja berbanding unjuran untuk tahun ini yang sebanyak RM33 juta. Bajet defisit bukan sesuatu yang pelik, Selangor pada Bajet 2026 turut dijangka mengalami defisit sebanyak RM430juta dengan saiz bajet RM3.23 bilion, begitu juga dengan Kedah, saiz Bajet 2026 ialah RM1.33 bilion turut diunjurkan akan mengalami defisit sebanyak RM99juta. Perkara yang penting dalam bajet sesuatu kerajaan ialah kegunaan setiap sen adalah demi kesejahteraan rakyat.

Walaupun defisit bajet Pulau Pinang pada tahun depan adalah terendah, tetapi hakikatnya Kerajaan Negeri tidak mengurangkan perbelanjaan kebajikan negeri, sebagai contoh Program i-Sejahtera akan diteruskan menerima peruntukan setinggi RM65 juta dan menjadikan ianya tertinggi dalam sejarah selepas program ini diperkenalkan pada tahun 2010, dan kita patut bangga kerana Program i-Sejahtera merupakan program kebajikan pertama yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di Malaysia.

Walaubagaimanapun, Pulau Pinang telah diklasifikasikan sebagai Negeri Menua dengan 8% penduduk di negeri ini berumur 65 tahun dan ke atas. Ini bermakna, peruntukan ke atas Program i-Sejahtera akan terus meningkat saban tahun. Maka saya berpendapat sudah tiba masa Kerajaan Negeri perlu mempertimbangkan kaedah yang lebih efektif bagi memastikan kelestarian program ini. Saya saran Kerajaan Negeri perlu mengintegrasikan Program i-Sejahtera selaras dengan era di mana kita merupakan Negeri Menua. Saya memberi saranan ini, kerana KADUN Kebun Bunga sedang menerima ataupun menerima impak Negeri Menua, iaitu kes warga emas yang tinggal sendirian ditemui meninggal dunia semakin meningkat. Sebagai makluman Ahli Dewan, amat menyedihkan apabila ada dikalangan mereka yang mempunyai anak tetapi dibiarkan bersendirian. Tanggungjawab menjaga ibu bapa telah diserah sepenuhnya kepada NGO, kerajaan, jiran mahupun ADUN Kawasan.

Oleh itu, saya mamasang harapan besar agar Program i-Sejahtera perlu boleh dilihat menjaga kebajikan golongan yang terpinggir ini. Setelah 15 tahun perlaksanaan program ini, saya percaya Kerajaan Negeri mempunyai pangkalan data yang besar, mampu untuk menganalisa pangkalan data ini dan memberi halatuju yang jelas kepada Kerajaan Negeri untuk menambahbaik program ini sesuai dengan Negeri Menua. Saya percaya, YB Sungai Pinang sedang berusaha terbaik beliau bagi memastikan bukan sahaja kelangsungan Program i-Sejahtera tetapi juga menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga emas yang tinggal sendirian.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, ini kali ke-5 saya mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan yang Mulia ini, antara isu yang saya tidak terlepas ialah Pembaharuan Semula Bandar di Padang Tembak. Pada bulan Julai tahun ini, saya merasa ada cahaya di hujung terowong, apabila Kerajaan Persekutuan akan membentang Rang Undang-Undang ataupun RUU Pembaharuan Semula Bandar di Parlimen. Malangnya, RUU PSB ini telah dijadikan polemik politik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan RUU ini telah ditangguh untuk bacaan kali kedua. Saya tidak nafi, mungkin ada kelemahan dalam klausa-klausa RUU PSB ini, tetapi melihat RUU ini dari perspektif kaum merupakan satu kesilapan besar dan akibatnya perlu ditanggung oleh semua rakyat Malaysia yang tinggal di kediaman berstrata terutama di flat kos rendah.

Saya tegaskan pendirian saya seperti juga pendapat saya kepada wartawan bahawa RUU PSB oleh Persekutuan perlu juga mengambil kira autonomi ataupun kuasa yang terdapat kepada Kerajaan Negeri iaitu Kerajaan Negeri perlu turut diberi panduan untuk menggubal RUU PSB di negeri masing-masing mengikut kesesuaian negeri tetapi ini bukan sahaja pemilikan tanah merupakan kuasa negeri, tetapi cukai strata yang dikutip oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Peranan penting Kerajaan Persekutuan dalam PSB ialah pemberian subsidi untuk mengurangkan harga unit yang akan dijual dan juga kaedah RFP yang merupakan satu isu teknikal yang sangat complicated.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Flat Padang Tembak di kawasan Kebun Bunga telah berumur hampir 60 tahun, kalau kita tidak bermula dari sekarang untuk menggubal satu set undang-undang yang akan menghidupkan semula ekosistem kediaman strata yang lama, kesannya Kerajaan Negeri perlu menampung kos penyelenggaraan yang tinggi, mengikut jawapan bertulis yang saya terima, bagi tempoh 2023 hingga September 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM3.7 juta kepada kos penyelenggaraan di Flat Padang Tembak. Dan percayalah jumlah ini akan semakin meningkat dan tidak cukup untuk memastikan infra-infra asas ataupun prasarana di Flat Padang Tembak berada dalam keadaan yang baik. Daripada memperuntukan kos penyelenggaraan yang begitu tinggi, Pembaharuan Semula Bandar adalah penyelesaian mutlak kepada masalah di flat yang usang dan lama.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, 13 November yang lepas, seorang remaja berusia 17 tahun yang sedang menduduki peperiksaan SPM terlibat dalam satu kejadian kemalangan di jalan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan sangat sedih remaja ini

meninggal dunia di tempat kejadian. Takziah kepada keluarga mangsa. Siasatan awal menunjukkan remaja yang bermotosikal ini terpaksa membuat lencongan akibat daripada laluan motosikal yang ditutup bagi memberi laluan kepada pembinaan Projek LRT dan terlanggar belakang bas Rapid. Saya tidak menunding jari kepada mana-mana pihak dan siasatan polis sedang berjalan. Tetapi sebagai kerajaan, kita perlu mengambil iktibar daripada kejadian ini dan melaksanakan langkah-langkah early prevention supaya tidak lagi berlaku kejadian seumpama di masa hadapan.

Saya bagi contoh, lori, kawan Ahli Dewan juga pernah bangkit, lori muatan besar ataupun kenderaan berat yang membawa bahan pembinaan atau untuk kegunaan pembinaan memasuki kawasan bandar sama ada di George Town ataupun tempat lain ataupun melalui jalan yang sempit turut membahayakan pengguna jalan raya. Sehingga kini, Kerajaan Negeri mahupun kerajaan PBT tidak ada dasar yang menghalang kenderaan berat memasuki kawasan bandar di Pulau Pinang. Saya bagi contoh di Singapura, semua projek pembinaan di bandar, kenderaan berat adalah tidak dibenarkan masuk walaupun dengan apa alasan. Kerajaan Singapura memperkenalkan restricted zone kepada kenderaan berat dan kontraktor hanya dibenarkan guna lori yang muatan lebih kecil untuk loading ataupun unloading bahan pembinaan. Di negara China pula, terutamanya di bandar besar seperti Beijing, Shanghai dan Guangzhou, lori besar yang membawa bahan pembinaan hanya dibenarkan masuk pada waktu malam sahaja.

Di Pulau Pinang mengikut jawapan MBPP, waktu yang dibenar untuk kerja-kerja pembinaan ialah dari 8:00 pagi hingga 6:00 petang bagi Isnin hingga Jumaat, dan 8:00 pagi hingga 1:00 petang bagi Sabtu. Dalam erti kata lain, kenderaan berat pembina akan memasuki kawasan bandar ataupun jalan yang sempit di waktu puncak, dan ini bukan sahaja menyebabkan kesesakan jalan yang teruk, tetapi juga membahayakan penggunaan jalan raya di waktu puncak dan kita tahu bahawa projek-projek pembinaan di bahagian pulau dan juga di bahagian Seberang sedang rancak diadakan. Kita sedia maklum bahawa kenderaan berat ini selalunya low maintenance. Jika berlaku kerosakan trafik di satu Pulau akan lumpuh seperti yang pernah terjadi di Jalan Masjid Negeri.

Saya juga pernah lihat sendiri sebuah truck crane yang melalui Penang Road telah mengheret ranting pokok dan ranting yang jatuh itu hampir terkena seorang pejalan kaki. Saya menyeru Kerajaan Negeri sama ada melalui PBT ataupun JKR perlu wartakan kawasan larangan yang tidak akan diberi kecualian untuk kenderaan berat menggunakan.

Kelulusan pembinaan di kawasan ini perlu lebih ketat dan tidak sama dengan kawasan lain, dan penggunaan kenderaan berat juga perlu dihadkan. Kita mungkin akan argue jika begitu kos pembinaan akan meningkat dan pengguna terpaksa menampung, tetapi berbanding dengan nyawa yang tidak bernilai, kos pembinaan adalah kurang penting. Ditambah kita dalam era kecanggihan teknologi. Saya percaya sudah tentu ada cara yang boleh digunakan untuk kurangkan penggunaan kenderaan berat dan pada masa yang sama kos lebih efektif.

Di kawasan Kebun Bunga, saya berharap Kerajaan dapat mempertimbangkan supaya Jalan Mount Erskine dapat diwartakan sebagai kawasan larangan kepada kenderaan berat memandangkan jalan ini yang sempit dan akan sesak di waktu puncak sehingga 7 ataupun 10-kilometer jauh.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pemberian makanan kepada haiwan liar ataupun tidak bertuan merupakan isu yang utama di negeri kita. Kita akan ataupun kita akan dilabel sebagai zalim oleh animal lover jika menghalang pemberian makanan. Tetapi mereka tidak sedar bahawa pemberian makanan ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang, tetapi akan mengubah behaviour haiwan dan menyebabkan haiwan bergantung sepenuhnya kepada manusia untuk mendapatkan makanan. Saya menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan Projek Pusat Ternakan Ruminan di Pantai Acheh dan Sanctuary Kucing di Batu Ferringhi. Tetapi, saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri kepada salah satu isu yang sangat serius di kawasan Kebun Bunga, dan saya percaya begitu juga di Seri Delima, iaitu kera ataupun monyet liar.

Saya ucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Taman Botani yang mengambil inisiatif untuk mengadakan mesyuarat bersama pihak MBPP, Jabatan Perhilitan dan Pusat Khidmat saya untuk perbincangan mencari penyelesaian terhadap isu kera liar di Taman Botani yang pernah menyerang orang awam, Jalan Air Kebun, Ladang Hong Seng dan Perkampungan Mount Erskine. Saya juga pernah terima satu video klip daripada penduduk yang berhampiran dengan Taman Botani di mana dia minta saya tolong kerana ada seekor monyet datang ketuk pintu rumah dia. Itu real. Ini real, ah. Saya tak joke. Saya boleh tunjukkan video itu. Saya menyeru Kerajaan Negeri memandang serius isu monyet liar dan mencari langkah penyelesaian yang tuntas. Berbanding dengan kucing dan anjing, kera dilihat lebih agresif dan akan menyerang orang awam, memasuki rumah, merosakkan perabot dan juga membawa penyakit seperti Herpes B ataupun Leptospirosis.

Saya ucapkan terima kasih kepada penduduk di Ladang Hong Seng kerana mereka membuat perangkap sendiri dan berjaya menangkap 150 ekor kera dalam tempoh kurang daripada 3 bulan. Ini bukti yang kukuh bahawa isu kera ni sangat serius. Kalau penduduk yang tidak ada kepakaran dan dengan sumber terhad mampu lakukan, saya yakin Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan akan lebih berupaya untuk mengurangkan populasi kera ini sama ada dengan cara semulajadi ataupun intervensi manusia.

Kebun Bunga, boleh bagi. Terima kasih Timbalan Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya Kebun Bunga memberi laluan sikit dalam isu yang dibangkitkan. Saya ingat Penaga juga boleh turut berkongsilah isu kera ataupun monyet ini dan saya juga telah bawa isu ni ke dalam mesyuarat di Pejabat Daerah pun bersama dengan Tuan DO untuk kita melihat dan bagaimana cara mengatasi. Sebab kalau di Penaga tu dia melibatkan beberapa kariah ataupun beberapa kampung, Kampung Kuala Muda, Kampung Pulau Mertajam, Bakar Tua, dan juga Permatang Keriang. Kera-kera ni dia selain daripada masuk ke rumah, dia juga mengganggu peniaga-peniaga kecil di tepi jalan.

Ada seorang mak cik peniaga jual nasi lemak, pusing saja nak ambil barang, habis telur rebus atas meja tu dia ambil oleh kera, dan termasuklah isu bagaimana dia menyerang kanak-kanak yang membawa barang makanan lah di tangan. Kera-kera ni akan serang dan cuba rampas ataupun ambil. Jadi saya nak supaya isu ni juga ditangani oleh pihak kerajaan kita ataupun agensi yang terlibat dengan secara lebih berkesan supaya dia tidak mengganggu bukan sahaja gangguan kacau ataupun mengganggu penduduk, merosakkan tanaman dan seumpamanya, tetapi nak memastikan persekitaran terutamanya sekali di taman kanak-kanak, permainan kanak-kanak itu selamat. Jadi terima kasih kepada Kebun Bunga.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Mohon mencelah juga Kebun Bunga. Terima kasih. Terima kasih Kebun Bunga kerana sudi memberi ruang kepada Seri Delima. Seri Delima memang amat tertarik dengan topik ini sebab kawasan saya juga menghadapi masalah yang sama, khususnya di dekat Island Glades lah. Sekarang pejabat saya telah pun ada rekod sebanyak, saya ingat 30, lebih kurang 30 aduan yang difailkan oleh penduduk setempat. Dan apabila saya

mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Perhilitan, difahamkan sangkar sekarang, perangkap itu tidak cukup. Jadi saya terpaksalah mencari third party untuk kita fabricate satu sangkar yang baru, dan pejabat saya setiap hari kena pergi pantau, membeli makanan, pisang, you know, fruits untuk letak dalam sangkar untuk menarik perhatian kera supaya dapat kita menangkap mereka.

Saya ingat sebelum itu saya pernah membuat sedikit kajian di mana saya melihat kepada negara-negara lain. Contohnya kita tengok Singapura ataupun Hong Kong. Sebenarnya mereka ada buat exercise seperti boleh kata trap neuter release. Dia macam apa yang kita sedang practice untuk anjing liar dan kucing liar, di mana kita cari tempat yang hotspot, tangkap dengan kaedah yang berperikemanusiaan dan juga buat pemandulan. Lepas itu, lepas balik untuk kurangkan populasi kera ini. Saya rasa ini kalau kita di Pulau Pinang, PBT boleh buat untuk anjing liar, kucing liar, saya rasa kera juga boleh dikaji oleh Jabatan Perhilitan. Itu pandangan saya.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terima kasih. Saya juga mohon kedua-dua ucapan YB dimasukkan dalam ucapan saya. Cuma kita, kita ada satu isu yang sangat penting di Pulau Pinang ialah kita terlalu banyak pencinta haiwan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penyayang.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Perangkap saya difahamkan oleh Jabatan Perhilitan, perangkap yang dipasang oleh Jabatan Perhilitan telah dibuka oleh pencinta penyayang, penyayang haiwan ini. Mereka lepaskan keluar. Itu salah satu isu. Dan kedua, kemandulan tu saya diberitahu oleh Jabatan Perhilitan tidak berkesan kerana dia menyebabkan kera tu, dia telah mengubah dia punya emosi. Dia menjadi lebih agresif. Dia menjadi lebih agresif. Itu sebab dalam, saya tanya dalam jawapan bertulis, saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini. Taman Botani adalah satu tempat tumpuan ramai. Saya tak mahu ada isu di mana orang awam diserang oleh

monyet dalam Taman Botani. Oleh itu saya juga ingin menyeru ataupun merayu kepada Kerajaan Negeri melalui MMK Alam Sekitar supaya satu jawatankuasa khas dan juga peruntukan khas disediakan untuk menangani masalah ini.

Dato’ Timbalan Speaker, saya masuk kepada isu kawasan yang ketiga ialah kualiti kerja kontraktor di projek Jalan Bukit di Persiaran Halia 3 Mount Erskine. Pada 29 September yang lalu, satu kejadian banjir lumpur yang teruk telah berlaku di kawasan Mount Erskine. Ini kejadian yang kali kelima dan paling serius berlaku di mana hampir 20 buah rumah dimasuki air lumpur. Saya sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Skuad Pantas MBPP yang telah bantu untuk membersihkan rumah terlibat. Tetapi pihak kontraktor tidak memberi bantuan yang sepatutnya. Saya ingin ketahui juga apakah tindakan pihak MBPP terhadap kontraktor ini.

Untuk makluman Ahli Dewan, projek jalan ini sepatutnya dilaksanakan pada 10 tahun yang lepas dan merupakan antara syarat CCC kepada projek perumahan di situ, tetapi dia hanya mula pada tahun ini. Dan dia bukan saja mula lewat, tetapi juga mendatangkan masalah kepada penduduk setempat. Saya mohon supaya MBPP yang memberi kebenaran kelulusan projek perlu melakukan pemantauan yang rapi terutama projek yang melibatkan lereng bukit. Saya berharap kejadian lumpur banjir lumpur ini tidak akan berlaku pada musim tengkujuh dalam masa terdekat ini.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pada September lalu Pulau Pinang menjadi perintis kepada program Skim Strata Bebas Kenderaan Usang yang dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan Persekutuan. Program sebegini memang akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, akan tetapi saya melihat ada 2 kelemahan dalam program ini. Yang pertama, promosi tidak meluas. Sebagai perintis, sepatutnya MBPP memainkan peranan promosi yang rancak supaya semua rakyat di Pulau Pinang ketahui program ini dan program ini juga disentuh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2026.

Yang kedua ialah program ini hanya termaktub kepada kenderaan usang yang mempunyai dokumen lengkap seperti cukai jalan, sijil pemilikan dan lain-lain. Bagi kereta ataupun kenderaan tersadai yang tidak diketahui tuan pemunya, masih tidak ada kaedah yang boleh diambil tindakan. Isu utama kalau kita buat aduan, isu utama ialah jawapan MBPP ialah tak ada punca kuasa. So kalau tak ada punca kuasa kita kena carilah punca kuasa itu di mana dan saya pohon satu set perundangan di pihak PBT dapat digubal supaya

membolehkan PBT menjual kereta tersadai kepada pihak syarikat pelupusan berlesen yang telah dilantik oleh MOT.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu terakhir yang saya ingin suarakan dalam Dewan yang Mulia ini ialah berkaitan dengan peruntukan RM8 juta Kerajaan Negeri kepada Penang FC. Saya suka sukan bola sepak. Saya selalu mengikuti rapat sukan bola sepak sama ada di tanah air kita ataupun di EPL. Tetapi saya ingin memberi sedikit pandangan terhadap peruntukan ini. Kita di zaman meritokrasi, insentif, ganjaran adalah berdasarkan kepada keupayaan dan juga pencapaian. So, saya rasa adalah menjadi ini adalah fundamental dalam pemberian peruntukan khas yang begitu tinggi. Tetapi hakikatnya pencapaian Penang FC masih tidak mencapai tahap yang seiring, dia boleh diberi peruntukan yang sebegitu tinggi. Saya ya, bola sepak sukan yang arus perdana. Tetapi kita juga perlu berlaku adil kepada sukan yang lain seperti badminton, olahraga, renang, squash, basketball yang mungkin mereka tidak menerima satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Jika Kerajaan Negeri ingin melabur dalam bola sepak saya sarankan RM8 juta ini kita boleh buat satu akademi bola sepak. Ini lebih berkesan daripada kita bagi terus kepada Penang FC yang tidak memperlihatkan pencapaian yang memberangsangkan. Oleh yang demikian, saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan semula peruntukan ini. Dato' Timbalan Yang Speaker, tamat sudah perbahasan saya pada petang ini. Saya tamatkan dengan serangkap pantun.

Pergi ke kedai membeli sari,

Sari halus buatan teman.

Jaga amanah seluruh negeri,

Kedaulatan negeri wajib dipertahankan.

Terima kasih. Saya mohon untuk menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Kebun Bunga atas ucapan perbahasan, dan sekarang kita jemput Ahli Kawasan Penaga. Silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, dan Selamat Petang. Alhamdulillahirabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala asyrofil anbiya'i wal mursalin wa ala alihi wa ashabihi ajma'in. Subhanaka la ilma lana illa ma 'allamtana innaka antal 'alimul hakim. Amma ba'd. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh barisan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, pada rakan-rakan Yang Berhormat, ketua dan juga pengarah jabatan dan agensi, seterusnya kepada semua tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudari yang dikasihi sekalian.

Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua, kerana telah memberi ruang dan juga peluang kepada Penaga untuk turut mengambil bahagian dalam Sesi Perbahasan atas Belanjawan 2026 yang telah disampaikan dan tahniah Penaga ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota yang telah menyempurnakan pembentangan Bajet 2026 pada Jumaat yang lepas 14 November. Yang saya kira itu adalah bajet terbaik dengan penurunan defisit, walaupun kita negeri terus merekodkan lebih kurang 14 tahun ataupun 14 kali berturut-turut. Kalau campur dengan bajet 2026 bermakna 15 kali berturut-turut Belanjawan Negeri Pulau Pinang adalah defisit.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, ada beberapa isu yang saya akan bahas dalam sesi perbahasan kali ini yang melibatkan isu lokal untuk Penaga, isu hal ehwal agama Islam, isu kesihatan, isu pendidikan, isu pekerja, dan satu dua isu lain yang saya kira kalau ada masa insya-Allah saya akan bawa juga. Jadi untuk permulaan ini saya nak fokus dulu kepada isu lokal, supaya apa yang diminta ataupun hasrat daripada penduduk dan masyarakat Penaga dapat saya sampaikan dalam Dewan yang Mulia ini.

Ada empat isu yang pertamanya ialah berkaitan dengan naik taraf pondok polis khususnya Pondok Polis Penaga. Jadi saya ingin menarik perhatian Dewan kepada isu keselamatan dan keperluan infrastruktur pondok-pondok Polis di kawasan Penaga ni, ada beberapa pondok Polis di Pekan Penaga, di Permatang Bendahari, di Kuala Muda. Khususnya yang saya nak sebut pada kali ini adalah berkaitan Pondok Polis Pekan Penaga itu sendiri. Yang saya kira penggal lepas pun saya telah bawa dan saya usulkan, tapi belum lagi diberi perhatian, mungkin ada masa-masa lain ataupun isu-isu lain yang lebih utama. Tapi sekali lagi atas permintaan daripada penduduk-penduduk setempat jadi saya minta supaya ianya diberi perhatian. Ini kerana kawasan Penaga telah mengalami perkembangan

ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pertambahan kawasan perumahan baharu, pembukaan taman-taman perumahan dan peningkatan aktiviti ekonomi setempat telah menyebabkan kepadatan penduduk meningkat secara signifikan. Dengan pertumbuhan ini keperluan terhadap perkhidmatan keselamatan yang cekap dan responsif menjadi semakin mendesak.

Namun sehingga kini, kemudahan yang terdapat di Pondok Polis Pekan Penaga adalah terhad. Ia tidak mempunyai kelengkapan operasi yang setara dengan sebuah Balai Polis penuh, sekaligus menghadkan keberkesanan anggota dalam melaksanakan tugasan rondaan, penyiasatan dan respons kecemasan. Sehubungan itu, saya memohon dan mencadangkan supaya Pondok Polis Pekan Penaga ini dinaik taraf kepada Balai Polis yang lengkap dilengkapi jumlah anggota mencukupi, kenderaan peronda, kemudahan penyimpanan rekod serta ruang aduan untuk masyarakat setempat. Naik taraf ini bukan sahaja akan meningkatkan tahap keselamatan malah memberi keyakinan kepada penduduk, para peniaga serta komuniti yang semakin berkembang di Penaga.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini kepada satu kemudahan awam yang sangat penting. Ini juga melibatkan golongan belia, anak-anak muda, iaitu lah untuk menaik taraf padang bola, padang awam di Pasir Gebu, iaitu padang bola kampung. Padang ini merupakan tumpuan utama anak-anak kampung dan para pemuda untuk beriadah setiap hari. Namun keadaannya pada masa ini masih jauh daripada memuaskan. Beberapa bahagian padang tidak rata dan berisiko tinggi mendatangkan kecederaan kepada pemain. Lebih membimbangkan padang tersebut masih belum mempunyai pagar keselamatan. Setiap kali anak-anak bermain bola sering melantun ke kawasan jalan, jalan raya, lalu lintas, yang bukan sahaja membahayakan mereka tetapi juga pengguna jalan raya tersebut.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, kemudahan bersukan dan riadah yang baik bukan sekadar tempat bermain. Ia merupakan ruang untuk membina sahsiah, disiplin dan kesihatan anak-anak muda kita. Dengan adanya padang bola yang dinaiktaraf dan lebih selamat para pemuda di sekitar kawasan atau Kampung Pasir Gebu dan sekitarnya akan mempunyai ruang riadah yang teratur untuk berlatih dan bermain setiap hari. Kemudahan ini bukan sahaja menggalakkan mereka bergiat aktif dalam sukan, malah turut membantu mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat sekaligus mengurangkan kecenderungan untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan kurang berfaedah. Untuk rekod, pada

tahun lepas saya telah menyediakan penghadang bola daripada peruntukan Kerajaan Negeri untuk tujuan keselamatan padang. Namun kemudahan tersebut masih belum mencukupi untuk menampung keselamatan sepenuhnya.

Malah baru-baru ini, pemuda-pemuda kampung tersebut mengambil inisiatif sendiri dengan meletakkan jala pukat sebagai pengganti pagar sementara, bagi mengelakkan bola melantun ke jalan raya dan ini jelas menunjukkan keprihatinan mereka, tetapi ia bukanlah penyelesaian jangka panjang yang selamat. Sehubungan itu, saya memohon agar Kerajaan Negeri melalui Jabatan dan Agensi berkaitan dapat mempertimbangkan peruntukan untuk yang pertama meratakan dan menambah baik permukaan padang. Yang kedua, membina pagar keselamatan yang lengkap di sekeliling kawasan padang. Yang ketiga, meningkatkan sistem saliran dan kemudahan asas yang berkaitan. Saya yakin dengan sedikit pelaburan untuk menaik taraf Padang Bola Pasir Gebu ini, kita dapat menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan kondusif bagi belia serta seluruh komuniti setempat.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan kepada isu berkaitan infrastruktur jalan raya di Pekan Penaga yang semakin mendesak untuk diberi perhatian. Pertamanya jalan utama di Pekan Penaga kini menghadapi masalah kepadatan trafik yang ketara. Pertambahan penduduk dan bilangan kenderaan yang meningkat saban tahun menyebabkan jalan sedia ada tidak lagi mampu menampung aliran-aliran trafik. Lebih-lebih lagi pada hari Sabtu dan juga Ahad, ramai pelancong-pelancong luar yang masuk untuk pergi ke Kampung Agong, untuk melihat dan juga mengambil gambar di Kampung Agong, laluan trafik agak sesak. Justeru saya mencadangkan supaya kerja-kerja pelebaran jalan dan penyediaan jalan alternatif dipertimbangkan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk penduduk serta para pengguna jalan raya di kawasan tersebut. Selain itu, saya juga ingin menekankan isu longkang besar di kiri dan kanan jalan daripada Pekan Penaga ke Bakar Kapur, nak sampai di Kampung Agong tu. Sebab kiri kanan jalan itu longkang besar, yang tiada penutup atau halangan. Sehingga baru ni berlaku kemalangan maut apabila sebuah motosikal accident dan penunggang motosikal tercampak masuk dalam longkang tu dan meninggal. Ini kemalangan maut. Yang mengakibatkan kemalangan maut atau kecederaan, terutamanya kepada pengguna motosikal. Keadaan ini jelas membahayakan keselamatan awam dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berkuasa. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat menjalankan penilaian teknikal, kajian kesesakan dan menyediakan pelan tindakan menyeluruh, bagi menangani isu jalan

raya dan longkang ini secara berkesan, demi kesejahteraan penduduk Penaga dan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai jalan di Kampung Permatang Tiga Ringgit, Kampung Padang Tembusu. Keadaan jalan di kawasan tersebut kini berlubang dan rosak teruk, menimbulkan kesukaran kepada penduduk untuk bergerak, terutama pada waktu malam dan ketika hari hujan. Saya memohon agar kerja-kerja penurapan semula dan pembaikan jalan dapat disegerakan demi keselamatan dan keselesaan penduduk di Kampung Permatang Tiga Ringgit dan Kampung Padang Tembusu ini. Selain itu, saya juga ingin mengangkat isu jalan-jalan ladang yang menjadi laluan utama penduduk, terutamanya di kawasan Kampung Guar Kepah, Kampung Guar Tuan Said, dan juga Kampung Lahar Kepar. Jalan-jalan ini bukan sahaja digunakan untuk pergerakan harian penduduk malah turut menjadi laluan penting bagi aktiviti ekonomi seperti pertanian dan perladangan. Keadaan jalan yang sempit, rosak, dan tidak diselenggara dengan baik menjejaskan keselamatan serta melambatkan urusan penduduk. Maka saya memohon agar Kerajaan Negeri melalui jabatan berkaitan mengadakan pembaikan menyeluruh serta menambahkan infrastruktur termasuk turapan semula dan penyelenggaraan berkala.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya beralih pula kepada isu Majlis Hal Ehwal Agama Islam. Dalam isu ni saya ada lebih kurang enam isu yang saya nak bangkitkan, yang melibatkan apa dia Majlis Agama, melibatkan zakat dan seumpamanya. Pertama sekali, ataupun isu yang pertama yang saya nak bangkitkan ialah masalah pembelian tanah sebagai aset kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menggunakan dana zakat. Tindakan membeli tanah sebagai aset umat Islam ini wajar dipuji, dan saya juga menyokong jika kita membeli tanah sebagai aset yang diusahakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Namun ada beberapa persoalan yang perlu diperjelaskan, kalau kita merujuk kepada posting pada Facebook EXCO yang bertanggungjawab pun yang bertarikh pada 25 Jun 2025 yang bertajuk Pengambilan 3 Bidang Tanah Strategik sebagai Aset Masa Hadapan Umat Islam Pulau Pinang. Ini suatu perkembangan yang baik. Cumanya saya nak merujuk pembelian tanah di Sungai Bakap di SPS.

ADUN Sungai Bakap mungkin sedia maklum. Saya difahamkan perancangan pembelian tanah di Sungai Bakap ini telah awal dibuat pada tahun 2024, yakni tahun lepas. Untuk menggunakan dana Tawakuf Zakat dan perkara ini telah pun dibawa ke Jawatankuasa Fatwa untuk pertimbangan dan keputusan. Kerana nak beli tanah ini

menggunakan wang zakat dengan saya rasa kos ataupun nilai yang agak tinggi, maka dibawa ke Jawatankuasa Fatwa untuk pertimbangan dan juga keputusan. Namun, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bilangan 4/2024 yang telah bersidang pada 15 dan 16 Oktober 2024 telah memutuskan tidak bersetuju pembelian tanah tersebut menggunakan dana zakat. Boleh rujuk keputusan fatwa melalui portal e-Fatwa Penang, boleh rujuk.

Maka keputusan fatwa tak bersetuju. Keputusan fatwa ini jelas menyatakan tanah tersebut adalah tidak berpotensi untuk dimanfaatkan kepada asnaf semula secara setimpal walaupun dalam tempoh 100 tahun. Ini Jawatankuasa Fatwa sebut, walaupun dalam tempoh 100 tahun. Tak boleh lagi nak dapat balik modal tu pun sedangkan duit zakat telah digunakan. Maka tanah itu akhirnya telah dibeli oleh pihak Majlis Agama dan difahamkan tanah tersebut juga adalah milik Dato' Haji Maktar bin Haji Shapee, mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang juga dia adalah merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, dan juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Maka ini isunya, sedangkan Jawatankuasa Fatwa tidak mengizinkan tapi akhirnya dibeli. Maka persoalan saya nak menuntut beberapa penjelasan daripada isu yang saya bangkitkan, soal pembelian tanah ini. Bermula tahun 2023-2025, berapa banyak lot ataupun keluasan tanah yang dibeli oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menggunakan wang zakat? EXCO yang bertanggungjawab walaupun tidak ada dalam Dewan disaat ini, tapi saya mohon penjelasan nanti dalam ucapan penggulungan untuk saya tahu berapa daripada tahun 2023 hingga 2025 dalam tempoh dua tahun, berapa banyak lot ataupun keluasan tanah yang telah dibeli oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menggunakan dana zakat.

Apakah tatacara ataupun kaedah pembelian tanah yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan menggunakan dana zakat? Yang ketiga, sekiranya benar apa yang saya sebut ini, mengapakah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan Jawatankuasa Fatwa yang secara jelas tidak bersetuju membeli tanah tersebut menggunakan dana zakat dan juga isu ini terdapat conflict of interest? Maknanya ada konflik kepentingan tuan kepada tanah yang dikatakan tidak perlu ini merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang itu sendiri.

Jadi sekali lagi saya nak tegaskan, usaha untuk mencari aset umat Islam dengan pembelian tanah dalam Negeri Pulau Pinang adalah wajar dipuji dan memang kita sokong. Namun, dengan menggunakan dana asnaf dan tidak mengambil kira pandangan Jawatankuasa Fatwa sebagai pihak yang berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan seolah-olah tidak mengiktiraf Jawatankuasa Fatwa yang sedia ada. Dan pembelian tanah sepatutnya dibuat menggunakan dana wakaf atau lain-lain dana yang lebih luas pada pandangan hukum syarak bukan daripada dana zakat.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, yang kedua saya nak pergi juga yang melibatkan hal ehwal Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ini, iaitulah berkaitan dengan bantuan perumahan kepada individu yang telah pun dibuat. Tindakan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang membantu melengkapkan kehidupan mana-mana asnaf amat perlu dihargai. Zakat (ZPP) Zakat Pulau Pinang, bantu melengkapkan kehidupan, membiayai projek ataupun bisnes yang dibuat oleh asnaf itu sangat dipuji dan sangat dihargai. Namun ada beberapa persoalan perlu dijelaskan oleh pihak Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkaitan dengan satu kelulusan yang saya nak sebut di sini, iaitulah kelulusan khas melangsaikan baki hutang rumah. Kelulusan khas melangsaikan baki hutang rumah diberikan kepada individu yang bermaklumat berikut, namanya Zamri bin Ahmad. Saya tak perlu detailkan nombor IC dan juga alamat. Dan bantuan yang diterima oleh beliau.

Yang pertama, bantuan khas Skim Perumahan diberikan RM178,368.60. Yang kedua, makanan bulanan RM200. Yang ketiga, kewangan bulanan. Makanan bulanan RM200, kewangan bulanan RM500. Lain-lain bantuan one-off yang diterima. Total keseluruhan bantuan diterima sepanjang tahun 2025 adalah RM187,868.60. Persoalannya yang saya nak bangkitkan dalam Dewan yang Mulia ini.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, persoalan yang perlu dijelaskan atas isu ini ialah, yang pertama, adakah kelulusan bantuan sebesar ini dibawa terlebih dahulu ke Jawatankuasa Perumahan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sebelum diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang itu sendiri? Yang keduanya, saya nak bangkitkan dan saya persoalkan, mengapakah bantuan sebesar ini hanya diluluskan di peringkat ALP Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sahaja? Mengapa kelulusan jumlah yang besar untuk individu, ini bukan untuk sekolah, bukan untuk public, dana awam dan seumpamanya, KAFA, tapi ini

untuk individu. Mengapa kelulusan jumlah yang besar untuk individu ini tidak dibawa kepada kelulusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang mahupun Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang?

Difahamkan bantuan tersebut dipecah kepada dua jenis asnaf. Nak bagi, oleh kerana jumlah itu RM100 ribu lebih, maka dia pecahkan kepada dua (2) jenis asnaf yang terdapat dalam zakat ini. Ada asnaf-asnaf yang kita semua sedia maklum, atas individu berkenaan, yang pertama diberi atas nama asnaf miskin diperuntukan sebanyak RM80,000.00. Yang kedua diberi atas asnaf gharimin diperuntukan sebanyak RM98,368.60 menjadikan jumlah keseluruhannya adalah RM178,368.60.

Ini yang kita selalu bercakap soal integriti, soal ketelusan, sebagaimana yang disebut oleh YB Sungai Dua juga dan apa yang telah disebut juga oleh Padang Kota, kata-kata Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini soal bukan angka, tetapi adalah amanah yang kita nak laksanakan. Maka persoalannya, apakah justifikasi kelulusan yang diberikan kepada individu tersebut dan adakah semua orang yang berhutang rumah yang mempunyai masalah yang sama berhak mendapat keistimewaan kelulusan ini? Ramai di Penaga, asnaf di Penaga yang ada, yang sewa rumah, yang nak dikeluarkan kerana tak mampu bayar rumah, adakah boleh selesaikan dengan cara ini? Ini kepada satu individu sahaja. Bantuan pembinaan rumah asnaf sebanyak...

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Penaga, minta mencelah boleh?

Okey, baik, saya beri laluan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okay. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker dan Penaga. Adakah bayaran tu kepada pihak bank atau terus bagi kepada individu tu sebanyak RM180,000.00? Sekian, terima kasih.

Terima kasih daripada Telok Ayer Tawar. Saya sebut, saya akan sebut Insya-Allah, belum sampai. Yang keempat, bantuan pembinaan rumah asnaf adalah sebanyak RM80,000.00 ini dibina oleh Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, bukan diberikan secara wang tunai kepada asnaf. Rumah yang dibina oleh ZPP, Zakat Pulau Pinang pun dengan nilai RM80,000.00 bukan bagi wang tunai, bina rumah bagi. Tapi untuk individu ini diberi wang tunai RM178,000.00 ini. Mengapakah amaun yang besar ini, ni persoalan lagi, mengapakah amaun yang besar ini ataupun jumlah yang besar ini disalurkan terus ke akaun isteri beliau? Ini satu lagi isu. Bukan diberi kepada asnaf tu, tetapi kepada isteri dan dimasukkan ke dalam akaun isteri tersebut secara individu. Dimasukkan ke dalam akaun isteri tersebut dan saya difahamkan isteri itu bekerja, bermakna dia bukan asnaf. Kalau nak melangsaikan hutang, oleh kerana difahamkan asnaf ini sakit, nak melangsaikan hutang pinjaman rumah, paling tidak pun settle dengan pihak bank.

Tapi ini masuk dan adakah mereka bila terima duit dengan jumlah yang besar ini, mereka settle kesemua dengan bank? Ni satu masalah, satu persoalan lagi. Mungkin dia buat bulanan. Ini pun maknanya saya tuntut isu ketelusan, amanah. Sebab itu saya sangat bersetuju apabila Yang Berhormat Pengerusi PAC Negeri, Yang Berhormat Sungai Dua nak minta untuk masuk untuk audit, untuk melihat. Inilah benda-benda yang kita nak bangkitkan. Ini amanah masyarakat ummah. Ini adalah amanah majoriti orang Islam, ummah, yang telah membayar zakat supaya zakat itu diagihkan kepada individu ataupun asnaf yang sepatutnya dengan penuh adil dan saksama. Dan kepercayaan masyarakat orang Islam kepada ZPP ini pun meningkat. Sebab itu tahun lepas kutipan zakat 2024 lebih tinggi kutipannya daripada tahun 2023. Dan tahun lepas kita dapat kutip zakat ini sebanyak RM172 juta. RM172,855,000.00. Ini kepercayaan diberi, tetapi apabila diserah ataupun pihak yang berautoriti yang menjaga dana orang Islam ini berlaku isu-isu sedemikian ini, mungkin masa akan datang ataupun mungkin boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat orang Islam kepada ZPP itu sendiri.

Maka difahamkan, saya difahamkan kenapa boleh berlaku begini sebab saya difahamkan individu berkenaan merupakan rakan sekelas Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, ex Irshad. Jadi itu yang saya difahamkan, jadi ada keistimewaan. Dan adakah keistimewaan ini dilayan kepada semua asnaf-asnaf yang lain? Maka kes ini sewajarnya dibantu. Namun sepatutnya bantuan yang boleh dicadangkan,

boleh tengok cara lain. Bantuan yang boleh dicadangkan untuk disalurkan kepada individu berkenaan adalah bantuan sewa rumah pun boleh, bantuan menjamin rumah zakat dan lain-lain. Tapi bukan dengan cara untuk melangsaikan hutang tertunggak pembelian rumah kepada asnaf tersebut, yang bayaran itu pula dibuat secara peribadi dimasukkan dalam akaun isterinya pula. Ini satu persoalan yang...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga, Standing Order.

Baik.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya nak tegur sikitlah. Memandangkan perbahasan yang digunakan oleh Penaga direct to point kepada seseorang. Kalau ikutkan Standing Order 46(xiii)(a), menuduh seorang ahli yang lain mempunyai niat yang tak baiklah. Jadi sebaiknya Penaga bahas sebagai input dan minta penjelasan, dan bukan justifikasi.

Baik, saya pun tak, tak sebut apa dia Batu Maung. Saya sebut apa dia rakan kepada Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Hati-hatilah.

Takut jawatan dia tu bertindih ataupun ni. Tapi saya sebut apa dia rakan kepada Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Baik, itu soal Majlis Agama yang saya telah bangkitkan. Saya pergi sikit lagi dalam soal isu hal ehwal agama Islam ini. Ada

empat lagi. Yang pertama, iaitulah masalah pemilihan kariah, sebagaimana yang dibangkitkan oleh rakan-rakan yang lain untuk kita memastikan. Saya ada tatakelola, tatacara ni semua. Saya melihat, saya baca satu-satu. Dan selesai sudah mesyuarat ataupun pemilihan Jawatankuasa Kariah ini telah selesai. Cuma kita tunggu bulan depan difahamkan akan diumumkan Pengerusi-pengerusi Kariah ni.

Saya minta supaya isu lama, kes lama tidak berulang. Oleh kerana sebagaimana yang disebutlah, banyak hari ni kita bimbang. Kita minta ketelusan, orang politik tak boleh campur tangan, tapi yang memutuskan, yang menentukan pengerusi dan semua tu adalah orang-orang politik. Orang politik. Jadi kita nak tengok dalam isu ini, pemilihan Jawatankuasa Kariah yang telah dipilih tujuh orang pengerusi pun kita tak tahu siapa dia. Cuma saya minta meraikan mesyuarat agung anak-anak kariah yang mereka turun, luangkan masa satu hari untuk bermesyuarat dan untuk melantik siapa yang akan memimpin mereka di peringkat kariah tersebut sebagai pengerusi kariah. Maka kita perlu raikan. Paling tidak yang menang nombor satu ataupun undi tertinggi, itulah yang sepatutnya layak. Kecuali sebagaimana yang disebut tadi oleh rakan saya juga, kalaulah tak layak, nampak dari sudut keilmuan yang kurang dan seumpamanya, ada yang lebih wibawa, lebih layak, itu diangkat. Tapi jangan yang dipilih tu memang sudah berwibawa, tiba-tiba dikemukakan ataupun dipilih individu lain yang tidak ada kelayakan. Ini boleh memporak-peranda dan memecah-belah masyarakat umat Islam di kariah itu sendiri. Jangan berlaku sebagaimana yang telah berlaku pada sesi lepas ataupun penggal lepas.

Saya ambil contoh sebagai contoh, Masjid At-Taqwa. Masjid At-Taqwa di Taman Taqwa Indah, itu adalah masjid terbaik Negeri Pulau Pinang. Masjid Bertam Indah itu adalah masjid terbaik dan pernah menjadi dan mendapat Tempat Kedua Masjid Terbaik peringkat Kebangsaan. Nombor satu, juaranya Masjid As-Salam Puchong, saya masih ingat. Dan kedua adalah Masjid At-Taqwa Bertam Indah. Tapi bila berlaku bagaimana yang saya telah bangkitkan dalam Dewan ini untuk diberi perhatian, berlaku apa yang berlaku, pengerusi yang dipilih oleh anak-anak kariah diketepikan, dilantik yang lain. Hari ini masjid itu sudah jatuh dari sudut pentadbiran pun agak lemah dan yang menyedihkan saya, koperasi masjid tersebut itu pun hari ini menanggung hutang lebih daripada RM400,000.00. Itu amat malang kepada kita semua.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya nak pergi juga kepada isu guru-guru takmir. Tak ramai pun guru-guru takmir di Negeri Pulau Pinang ni, lebih kurang dalam 218 orang. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh EXCO Agama, 218 orang. Dan guru takmir ni sebahagian mereka jumpa saya, minta supaya dilihat. Mereka juga nak minta kenaikan elaun, sebagaimana saya pernah minta untuk naib qadi, untuk jurunikah dan seumpamanya. Tapi saya nak sebut, sebelum ke arah itu, yang penting saya nak minta supaya pihak kerajaan juga, bila EXCO Agama melihat, bagaimana kita nak memastikan supaya guru takmir ini benar-benar dapat memainkan peranan dengan adanya perancangan jangka pendek dan juga panjang, dengan adanya silibus, supaya mereka dalam menyampaikan kuliah tu lebih nampak berwibawa, lebih nampak hebat.

Sebab saya difahamkan guru takmir ni kalau mengajar, tak kurang daripada 10 orang, 15 orang, di kalangan tok siak, tok bilal yang ada. Tapi kalau guru-guru yang dijemput daripada luar, ustaz-ustaz yang hebat ni, dia boleh menghimpunkan ramai, penuh masjid. Jadi inilah yang perlu difikirkan untuk kita menggarapkan bakat-bakat yang ada pada guru takmir supaya lebih berpotensi dalam menyampaikan agama dan dalam masa yang sama kita naikkan elaun mereka. Sekali mereka menyampaikan kuliah di masjid, hanya diberi, dibayar RM100. Itu pun dalam tempoh sebulan hanya sembilan kali. Maksimum sembilan kali. Maknanya depa dapat RM900 sahaja. Maka perlu dilihat dan perlu diberi perhatian.

Begitu juga dengan KAFA menengah yang saya kira, ni pun KAFA menengah macam nak kata tak ada hitam putih tapi seolah macam nak mematikan KAFA menengah. Sebab pengambilan untuk sesi 2025 tidak dibuat dan tahun depan saya tak pasti macam mana, silibusnya macam mana. Jadi saya minta kepada Kerajaan Negeri supaya melihat KAFA menengah ini dan mesti silibusnya terbaik supaya mereka berpeluang ataupun berpotensi lepasan KAFA Menengah ini paling tidak dapat melanjutkan pengajian ke kolej ataupun institusi yang ada di bawah Kerajaan Negeri iaitulah KITAB, kan Kolej Internasional tu supaya mereka boleh sambung pengajian mereka ke KITAB, Insya-Allah.

Yang keenam, saya juga nak sentuh dalam soal hal ehwal agama Islam ini iaitulah berkaitan dengan pengurusan memandikan jenazah. Pengurusan memandikan jenazah, jadi saya tak pasti berapa ramai orang-orang yang tugasnya adalah memandikan jenazah di peringkat kariah-kariah kalau di Penaga tu yang saya tahu hanya dua orang saja. Saya tanya Permatang Berangan tadi disebut mungkin Permatang Berangan pun dalam dua orang begitu saja, jadi mereka minta lah supaya kalau tidak sebab mereka tidak dibayar gaji

ataupun tidak ada elaun, sedangkan kerja mereka bila berlaku kematian mesti gali kubur untuk persiapan kita nak mengebumikan jenazah. Maka paling tidak ada ihsan ataupun insentif yang diberi oleh pihak kerajaan untuk orang-orang yang bertugas apa dia mengurus ataupun memandikan jenazah umat Islam ni diberi perhatian.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya nak pergi kepada isu seterusnya iaitulah isu kesihatan juga. Saya ingin menyentuh satu isu kesihatan awam ni dan juga semakin membimbangkan telah dibangkitkan oleh rakan saya juga. Data menunjukkan bahawa rakan saya daripada Permatang Pasir tadi data menyaksikan bahawa 67.9% kes HIV di Pulau Pinang ini melibatkan golongan muda berusia 20 hingga 39 tahun, 20 hingga 39 tahun dengan kadar dan jangkitan negeri lebih tinggi daripada purata kebangsaan. Lebih merisaukan 99.9% punca jangkitan ini datang daripada hubungan seks tanpa perlindungan (seks bebas) yang menunjukkan perubahan corak tingkah laku dan kegagalan intervensi semasa untuk menyekat penularan dalam kalangan belia.

Kita tidak boleh anggap isu ini sekadar isu kesihatan, ia juga mencerminkan jurang pendidikan. Stigma kurang kesedaran dan ketiadaan program negeri yang benar-benar menyentuh punca risiko. Maka Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, apakah punca sebenar peningkatan jangkitan HIV ni dalam kalangan belia telah apakah kita telah kenal pasti oleh Kerajaan Negeri dan apakah langkah khusus bukan sekadar kempen umum yang dirancang untuk menangani punca tersebut secara menyeluruh. Ini juga kita perlu lihat supaya kes ini ataupun jangkitan ini dapat paling tidak pun kita kurangkan ataupun kita cuba hindari.

Ini soal anak-anak muda kita, samalah dalam soal bukan soal apa dia kesihatan bahkan pendidikan dibangkitkan tadi dalam isu kes buli dan seumpamanya. Kes buli ni sangat membimbangkan saya juga ada anak takut ramai anak saya. Belajar sama ada luar negara ataupun dalam negeri oleh kerana kes buli ni sangat-sangat membimbang dan menakutkan kita sebagai ibu bapa. Rasa macam sekolah tak selamat maka kita perlu mencari kaedah bagaimana cara untuk kita menangani isu ini dan paling tidak pun oleh kerana kenapa berlaku kes buli ini? Pelajar ni keadaannya dia rasa dia hebat, nak sebut “samseng” nanti tak rasa bahasa tu agak kasar tapi dia rasa dia hero, dia boleh buat apa saja sebab tu dia buli kawan dia, dia buli sehingga sampai ke peringkat kematian kes Zara di Sabah kita tahu.

Jadi saya lihat, mungkin YB EXCO juga boleh sampaikan kepada KPM, Kementerian Pendidikan supaya paling tidak pelajar ni dia pergi ke sekolah bukan untuk belajar tetapi dia dididik oleh guru sebab itu kita namakan Kementerian Pendidikan bukan Kementerian Pelajaran. Sekadar belajar bagi ilmu itu satu hal tetapi mendidik, bila nak mendidik ni maknanya guru-guru perlu kita beri kesedaran dan paling tidak guru disiplin mesti memainkan peranan yang lebih yang lebih penting, yang lebih besar cumanya masalah hari ni guru-guru takut sebab nak merotan pelajar pun nanti ibu bapa akan ambil tindakan. Itu masalah dia. Sedangkan dalam Islam kalau kita orang Islam, rotan tak ada masalah itu salah satu daripada cara mendidik. Sebab tu dalam Islam anak-anak kita berusia tujuh tahun, Nabi S.A.W suruh ajar sembahyang mula ajar cara sembahyang macam mana nak sembahyang tetapi bila dah sampai umur 10 tahun dah tiga tahun kita didik, kita ajar, suruh sembahyang tak sembahyang, Nabi kata rotankan dia. Rotan itu bukan nak menyakiti tapi nak mendidik. Maka saya kira kalau fungsi rotan ni nak dikembalikan kepada guru disiplin pun amat wajar dipertimbangkan dan diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan. Sebab saya tengok, saya sangat bersimpati, ini ada yang beri kepada saya sampaikan untuk saya sebut dua termasuk pesara guru mengaku tak bersalah rotan pelajar. Ini tidak berlaku di Sekolah Menengah Agama tapi ini berlaku di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Hal ini telah dijawab oleh daripada TKM.

Maknanya saya juga turut bersimpati, ada yang seorang ni telah pun bersara dan seorang lagi daripada menjadi guru telah dialihkan ke PTD bertugas di pejabat. Isunya kesalahan merotan saja, ini kes berlaku 2023 tapi sekarang ni dia bawa ke mahkamah dah sehingga risikonya yang sangat sedih kalau disabitkan kesalahan dua orang guru ini boleh didenda hukumannya, hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebat, sebat kena. Sebab itu saya kata dalam Islam kalau rotan tu biasa orang salah kalau ni pun disebat untuk mendidik. Maka pelajar-pelajar pun ada ketika yang kalau nampak nakal sangat, nakal sangat-sangat membuli anak-anak kita ataupun anak-anak siapa-siapa dia pun, tak salah guru disiplin rotankan dia bukan sebat, rotan sekadar untuk mendidik ini yang perlu diberi perhatian oleh kita semua.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dato’ Yang di-Pertua, perkara ini di dalam mahkamah, jadi subjudice untuk kita beri komen.

Baik. Sebagai ingatan kepada kita bersama, Insya-Allah. Jadi Dato’ Seri Timbalan, Dato’ Seri Timbalan... Insya-Allah... boleh, ya kita doakan Insya-Allah, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, baiklah saya oleh kerana masa saya tidak sudah pun tamat dengan izinlah, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, yang pertama saya nak sentuh sikit lagi sebelum terakhir iaitulah berhubung dengan cetakan fizikal takwim hijri ini, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Sungai Dua. Ramai orang tua di masjid-masjid datang jumpa dengan kita, sebab tahun ni telah pun dimaklumkan oleh pihak Jawatankuasa Fatwa, saya tengok dalam website tu, maknanya cetakan fizikal Takwim Hijri 1447 dan juga Takwim Waktu Solat 1447 Hijrah, ini tidak dicetak secara fizikal. Paling tidak pun kita minta lah kalau tak banyak pun sikit paling kurang ada kita boleh habiskan bajet untuk banyak program-program lain kan apa dia benda-benda lain ini untuk cetak takwim.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bayar, Bayar duit rumah boleh.

Cetak takwim, bayar duit rumah peribadi boleh ini kan gunakan duit zakat untuk cetak Takwim Hijri 1447 dan juga waktu solat. Apa lagi dah hampir Ramadan ni waktu berbuka puasa kan orang tua-tua nak tengok tu, orang tua-tua nak lihat secara fizikal bukan digital. Digital ini anak-anak muda di masjid tak apa ini masalah nak tengok tu secara fizikal maka kita merayulah walaupun telahpun disebut dan kita tengok dalam website tidak ada cetakan fizikal tapi ini hasrat daripada orang-orang tua yang sebagainya disebut oleh rakan-rakan yang lain, Negeri Pulau Pinang ni orang tua ramai, orang tua ramai mungkin lebih satu hari nanti lebih daripada kita.

Dan yang terakhir, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua yang terakhir saya juga nak ambil kesempatan dalam Dewan yang Mulia pada hari ini dan sesi perbahasan iaitulah saya nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan dan juga warga Malaysia, sukarelawan kita yang terlibat dalam Misi Global Sumud Flotilla daripada Malaysia, 23 orang yang ditangkap, di penjarakan di negara haram Israel, kemudian dibebaskan. Alhamdulillah, telah pun sampai selamat tapi atas inisiatif yang telah diambil oleh mereka. Kesediaan mereka untuk mengharungi laut untuk sampaikan bantuan kesemua itu patut dipuji dan kita sanjung dan daripada Negeri Pulau Pinang ada 2 sukarelawan yang telah pun yang terlibat. Salah seorangnya adalah daripada NGO, Yayasan Amal Malaysia dan salah seorang lagi, seorang lagi daripada Muslim Care Malaysia kita patut merakamkan penghargaan kepada mereka atas isu kemanusiaan atas isu kezaliman penderitaan saudara kita yang berlaku di Gaza, maka mereka sanggup untuk terlibat dalam Misi Global Sumud Flotilla ini. Dato’ Seri Yang, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Penaga menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

CM mendengar, (ketawa)... habis dah? duduk terus la ni? la, (ketawa)...

Terima kasih Penaga atas perbahasan. Jadi saya jemput untuk pembahas yang terakhir daripada KOMTAR, dipersilakan.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Sesi Perbahasan Belanjawan 2026 Negeri Pulau Pinang yang telah dirangka bagi memastikan pengurusan fiskal negeri kekal berhemah, mampan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat selaras dengan Visi Penang 2030 dan Aspirasi Malaysia Madani. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana sejak beliau memegang jawatan dan mandat daripada rakyat negeri ini, beliau berjaya menuntut banyak projek-projek infrastruktur besar di Negeri Pulau Pinang yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat antaranya Projek Transit Aliran Ringan (LRT) yang menelan kos sebanyak RM16.8 bilion, Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua, bernilai sebanyak RM3 bilion, Projek Naik Taraf dan Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, RM1.2 bilion, Projek Air Perak-Pulau Pinang, Projek Pembinaan Rancangan

Tebatan Banjir (RTB), Sungai Pinang dan sebagainya. Baru-baru ini juga Pulau Pinang telah menerima kelulusan 10 projek keutamaan negeri bagi permohonan khas Projek Pembangunan Pulau Pinang di bawah Rolling Plan Pertama (RPP 1) 2026, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dengan anggaran kos keseluruhan RM283 Juta.

Dalam pemerhatian saya, jumlah nilai yang diluluskan lebih daripada RM20 bilion ini merupakan angka yang telah melebihi jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi tempoh 30 tahun sebelum ini. Tahun ini dan tahun seterusnya akan menjadikan Pulau Pinang, “a busy year”. Jumaat lalu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah membentangkan Belanjawan Tahun 2026 dengan defisit terendah dalam sejarah iaitu sebanyak RM19.92 juta dan ini sememangnya tidak menjejaskan manfaat dan kebajikan untuk rakyat. Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan, setiap kali ada pengumuman semak semula kadar cukai tanah, cukai pintu dan tarif air pastinya ada rungutan dari akar umbi. Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa untuk menyemak semula kadar cukai pintu setiap lima tahun. Setiap syarikat pembekalan air boleh membuat semakan semula tarif air bagi setiap tiga tahun.

Berdasarkan kepada Seksyen 101, Kanun Tanah Negara, semakan kadar cukai tanah boleh dilakukan setiap 10 tahun sekali dari tarikh akhir semakan dilakukan. Jika terlalu lama tidak membuat semakan maka apabila semakan dilaksanakan kenaikan tersebut akan melonjak tinggi dan ianya akan membawa beban besar kepada rakyat. Kali terakhir kajian kadar cukai tanah di Negeri Pulau Pinang dibuat pada tahun 1994 iaitu 30 tahun lalu dan ini bermakna Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membuat semakan semula kadar cukai sebanyak dua pusingan iaitu pada tahun 2004 dan 2014. Sebagai Ketua Menteri yang bertanggungjawab, Padang Kota memutuskan agar semakan cukai berkenaan dibuat dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sememangnya prihatin terhadap semakan kali ini. Maka untuk mengurangkan impak dan bebanan kewangan kepada semua pemilik tana, satu mechanism rebate bayaran cukai kepada semua pemilik tanah sebanyak 32.5% dilaksanakan pada tahun 2026 diikuti rebate semuanya 20% pada tahun 2027 dan 2028.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin sentuh tentang Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC), saya berasa kecewa walaupun Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tidak berasa kecewa setelah dapat tahu MOF telah memaklumkan bahawa pada masa ini tiada perancangan dasar untuk menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa di Pulau

Pinang. Saya tidak berhasrat untuk menghuraikan lebih lanjut mengenai manfaat PIFC kerana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menyatakannya berkali-kali. Tetapi saya ingin menekankan bahawa PIFC merupakan salah satu masa depan Pulau Pinang dalam memperkukuh kedudukan negeri kita sebagai hab ekonomi berteknologi tinggi dan kewangan digital di rantau ini. Sejujurnya saya amat gembira, tadi kecewa sekarang gembira. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tidak pernah berputus asa dan terus berjuang untuk penubuhan PIFC.

Kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) akan berlaku lebih awal sebelum tahun 2028. Tahu, semua tahu eh? Oleh demikian, harapan saya adalah MOF patut membentuk kumpulan kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri, MOF, Bank Negara Malaysia dan agensi berkaitan dengan kadar segera untuk menggerakkan dahulu perbincangan penubuhan PIFC dan semoga ianya mendapat kelulusan sebelum pilihan raya. Kini pembangunan ekonomi di Pulau Pinang banyak bergantung kepada sektor perindustrian. Tetapi ianya ada kekangan kerana Pulau Pinang kekurangan tanah. Jadi pembangunan ke arah penubuhan PIFC merupakan satu alternatif yang baik untuk mendukung ekonomi di negeri ini. Jadi, saya berharap agar Ahli-ahli di Dewan yang Mulia ini akan terus menyokong Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam memperjuangkan agar Pulau Pinang berjaya mendapat status PIFC.

Dato’ Yang di-Pertua, sektor pelancongan juga merupakan sektor penting yang dapat menjana ekonomi di Pulau Pinang. Justeru kita perlu lebih mempergiatkan lagi tarikan baru agar Pulau Pinang terus menjadi destinasi utama para pelancong. Pulau Pinang mempunyai persisiran pantai yang cantik, banyak bangunan ikonik dan ruang awam di sepanjang persisir pantai. Bangunan-bangunan ini boleh dinyalakan dengan lampu berwarna-warni. Tambahan pula Jambatan Pulau Pinang 1 dan 2 perlu dinyalakan dengan lampu yang lebih cerah, di samping terdapat pancaran lampu di Menara Monopol milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kini menjadi mercu tanda serta tarikan pelancongan baharu di negeri ini. Justeru, Kerajaan Negeri boleh memperkenalkan boat tour sebagai tarikan pelancongan baharu berasaskan aktiviti laut, khususnya melalui konsep night cruise atau pelayaran malam yang menampilkan keindahan cahaya dari laut. Pendekatan ini dapat menghidupkan semula ekonomi maritim dan aktiviti di sekitar pelabuhan.

Di negara-negara lain terdapat banyak contoh-contoh yang berjaya boleh kita pelajari. Antaranya di Hong Kong, kawasan Victoria Harbour terkenal dengan Symphony of Lights yang disertai pelayaran malam seperti Aqua Luna Cruise. Oleh itu, banyak lagilah. Tak pernah pergi. Nanti minta EXCO Pelancongan bawa kita pergi, belajar. Oleh itu, untuk menjayakan cadangan ini, saya berharap agar TNB boleh mempertimbangkan pemberian insentif atau rebate kepada bangunan mahupun premis di tepi laut untuk turut serta dalam menyokong usaha ini, dan Penang Global Tourism (PGT) boleh menyokong boat tour sebagai satu produk pelancongan yang baru dengan keistimewaan kekuatan Pulau Mutiara ini.

Dato’ Yang di-Pertua, walaupun ramai merasakan ancaman gempa bumi jauh daripada realiti Pulau Pinang. Namun, beberapa gegaran kecil yang pernah kita rasai menunjukkan bahawa risiko ini semakin relevan. Tambahan pula Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani baru-baru ini mengenal pasti bahawa terdapat 14 kawasan hotspot gempa bumi di negara ini. Ini menegaskan bahawa Malaysia tidak lagi boleh menganggapkan dirinya bebas daripada risiko seismik. Pada tahun 2018, PlanMalaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Perancangan di pembangunan untuk pembangunan di kawasan berisiko gempa bumi.

Saya juga menggesa Kerajaan Negeri meneliti, menilai semula dan menentukan sama ada pelaksanaan panduan ini perlu dimulakan, diperkemas atau diwajibkan pada peringkat negeri agar ianya benar-benar berfungsi untuk meningkatkan keselamatan bangunan di Pulau Pinang. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri bekerjasama dengan NADMA, jabatan uniform seperti Bomba, Polis dan APM, pihak universiti dan pakar-pakar geoteknikal untuk menyediakan lebih banyak latihan profesional, di samping memperluas lagi latihan kecemasan gempa bumi di sekolah, komuniti dan sektor swasta. Selain itu, tahap kesedaran masyarakat masih rendah dan kapasiti teknikal dalam bidang kejuruteraan seismik perlu dipertingkatkan.

Saya pasti Ahli-ahli Dewan sedia tahu bahawa Kerajaan Negeri telah melancarkan Pusat Kawalan Bencana Negeri atau State Disaster Command Center (SDCC) untuk memantau dan menyelaras tindakan semasa bencana secara bersepadu. Pulau Pinang sedang bergerak ke arah negeri maju dan bandar pintar. Namun, kemajuan ini mesti datang bersama-sama ketahanan dan keselamatan. Kita harus mengamalkan pendekatan proaktif seperti membuat persiapan awal dan merancang tindakan. Pulau Pinang harus menjadi

antara negeri terawal yang mengambil langkah proaktif untuk melindungi rakyat dan masa depan negeri kita.

Dato’ Yang di-Pertua. Berhubung dengan pembangunan projek Pulau Silikon Pulau Pinang. Saya amat gembira apabila Yang Amat Berhormat Ketua Menteri melaporkan seluas 250 ekar tanah telah ditambak sehingga bulan Oktober 2025. Memandangkan Pulau Silikon adalah greenfield, maka saya ingin menekankan kepentingan menerapkan dasar no-dig dan konsep Terowong Utiliti Bersepadu atau Common Utility Tunnel (CUT) di perancangan Pulau Silikon. Terowong Utiliti Bersepadu adalah terowong bawah tanah yang menempatkan pelbagai kemudahan utiliti secara terancang dan bersepadu. Contoh paling ketara boleh dilihat di Putrajaya yang mana terowong ini menempatkan kabel elektrik, paip air, kabel telekomunikasi, paip pembentungan dan lain-lain lagi. Walaupun kos pembinaan agak tinggi, tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan.

Antaranya penyelenggaraan yang lebih mudah, iaitu pekerja teknikal boleh memasang, menyelenggara dan menaik taraf infrastruktur mereka tanpa perlu menggali dan memecahkan jalan berulang kali. Ini sememangnya mengurangkan gangguan kepada lalu lintas dan orang awam. Selain itu, terowong ini membolehkan semua utiliti dikumpulkan dalam satu koridor serta mengurangkan keperluan untuk menggali parit yang berasingan untuk setiap perkhidmatan. Ini amat penting di kawasan bandar yang padat dengan ruang terhad. Terowong Utiliti Bersepadu ini juga menyediakan laluan bawah tanah yang teratur dan selamat. Paling penting lagi rangkaian bawah tanah yang terurus dan selamat akan mengurangkan risiko kemalangan semasa kerja-kerja pemasangan atau penyelenggaraan.

Oleh demikian, berbanding dengan tempat lain yang merupakan brownfield seperti George Town, Bayan Lepas, Pulau Silikon adalah lebih senang untuk melaksanakan CUT. Dengan segala kelebihan ini, Pulau Silikon ini bukan sahaja berpotensi menjadi pusat industri bernilai tinggi tetapi juga contoh terbaik bagaimana Pulau Pinang mampu membina standard pembangunan yang lebih teratur, lebih maju dan benar-benar bersedia untuk masa depan negeri. Saya berharap agar Kerajaan Negeri akan memandang serius dan mempertimbangkan cadangan ini demi kebaikan masa depan Pulau Pinang.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kejadian lubang benam (sinkhole) semakin membimbangkan. Pada 23 Ogos 2024, insiden tanah jerlus di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur bukan sahaja merosakkan infrastruktur maka meragut

nyawa seorang pelancong wanita dari India. Tragedi ini mengingatkan kita bahawa isu tanah jerlus adalah ancaman serius terhadap keselamatan awam. Fenomena sama turut berlaku di Pulau Pinang pada September 2025. Kejadian sinkhole di Jalan Burma serta insiden terbaharu di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara. Walaupun tiada mengorbankan nyawa, namun ianya tetap menimbulkan kerisauan penduduk dan pengguna jalan raya. Berdasarkan pemerhatian saya, kejadian sinkhole kebelakangan ini kebanyakannya berkait rapat dengan infrastruktur milik syarikat utiliti.

Bagi pendapat saya, punca kejadian ini berlaku adalah sistem perpaipan yang sudah uzur dan tidak diselenggara dengan baik. Oleh itu, syarikat-syarikat utiliti perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dengan menaik taraf sistem perpaipan mengikut jadual penyelenggaraan, naik taraf utiliti secara berkala dan berjadual, mematuhi piawaian semasa serta memastikan kerja-kerja penggalian dan penutupan semula permukaan jalan dilakukan mengikut spesifikasi yang betul. Dengan kerjasama erat semua pihak, kita mampu mencegah insiden sinkhole, memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan melindungi harta benda awam.

Dato’ Yang di-Pertua, kes buli kian seringkali kita lihat di sosial media. Merujuk kepada jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Sungai Pinang bagi soalan bertulis nombor satu saya, berdasarkan statistik bagi tahun 2021 sebanyak 55 kes telah dilaporkan diikuti dengan tahun 2022 sebanyak 67 kes, tahun 2023 289 kes, tahun 2024, 909 kes dan tahun 2025, 313 kes. Saya ingin Yang Berhormat Sungai Pinang untuk perincikan daripada statistik kes yang disebutkan tadi, berapakah kes yang telah diselesaikan? Apakah tindakan yang telah diambil kepada mangsa dan pelaku? Kaunselor perlu memainkan peranan yang penting untuk memberi semangat kepada mangsa buli agar isu tersebut tidak mengganggu dan menjejaskan perkembangan hidup mangsa itu. Tidak lupa juga kaunseling harus diberi kepada pelaku agar perkara ini tidak berulang lagi.

Bagi pendapat saya, tambahan CCTV sangat berkesan kerana CCTV yang jelas dilihat di lokasi strategik seperti koridor atau kawasan asrama dapat membuatkan bakal pembuli berfikir dua kali sebelum bertindak, serta mereka tahu bahawa tingkah laku mereka sedang dipantau. Selain itu, juga rakaman video berfungsi sebagai bukti yang tidak dapat disangkal bagi pihak sekolah dan penguat kuasa undang-undang untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin yang adil dan berkesan terhadap pelajar yang terlibat.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

KOMTAR, mohon mencelah. Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Isu berkenaan dengan cyberbully. Sebenarnya isu dibuli di atas laman web ataupun cyberbully ini bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga di kalangan wakil rakyat. Saya ingin sentuh berkenaan dengan kebelakangan ini ada satu kes. Saya cuba bantu penduduk-penduduk di KADUN Pengkalan Kota tetapi malangnya dan kesal sekali saya tengah dibuli atas laman cyberbully. Saya nak sentuh di sini, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Seni ini, seni budaya ini tidak mempunyai sempadan dan seni melangkaui batas bahasa, budaya dan identiti. Dan seni adalah juga subjektif. Saya ingat untuk kes yang dibuli ataupun wakil rakyat, seseorang wakil rakyat dibuli atas laman web ini adalah kita juga harus pandang serius. Memandangkan kita kata, asalkan kita mematuhi prinsip rule of law, setiap orang mempunyai hak asas dalam sesebuah masyarakat yang berteraskan kedaulatan undang-undang. Hak seseorang tidak ditentukan oleh suka ataupun tidak suka, khususnya di bidang seni ataupun budaya. Jadi saya ingat, bukan sahaja kita nak jaga kalangan rakyat tetapi juga wakil rakyat kita kena jaga. Dan last, ya seni adalah subjektif. Suka tak suka, biarlah bagi orang yang sukai, suka gemari. Tak suka, sila jangan bantah. Terima kasih.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Saya amat simpati kepada Pengkalan Kota.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Wakil rakyat kena kuat, kena steady.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Mungkin boleh membuat laporan kepada MCMC atau pihak polis untuk siasatan lanjut. Okey, saya ingin menasihati bahawa mangsa dibuli jangan takut dan anda perlu beranikan diri untuk step up, step out supaya tidak ada orang lain akan dibuli lagi.

Dato’ Yang di-Pertua, George Town Festival (GTF) boleh dikatakan telah menempa nama di mata negara untuk memperkenalkan kreativiti, warisan serta inovasi budaya Negeri Pulau Pinang kepada dunia. Setelah 16 tahun, GTF telah diadakan di beberapa tempat di

dalam Negeri Pulau Pinang khususnya di George Town. GTF sebelum ini hanya bertapak di kawasan George Town sahaja namun ianya telah diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan lain dan memperluas capaian serta penglibatan masyarakat seperti GTF@Paya Terubong, ‘Macam-Macam Berapit’ dan sebagainya. Saya berpendapat GTF 2026 bukan sahaja boleh terus dianjurkan dalam negeri kita, malah GTF juga boleh dianjurkan di negeri lain ataupun ke persada dunia. Sebenarnya, GTF boleh dijadikan sebagai exchange program dan ini adalah usaha untuk mempertingkatkan hubungan antara dua bandar. Di Pulau Pinang kita mempunyai beberapa bandar berkembar (sister city) dan beberapa bandar sahabat (friendship city). So kita boleh kaji, mengadakan GTF di bandar-bandar tersebut. Ini bukan sahaja boleh mempromosikan budaya dan warisan negeri kita kepada penduduk di luar negara malah kita juga boleh mempromosikan makanan dan produk tempatan, kraftangan serta tempat tarikan di Negeri Pulau Pinang kepada mereka. Ini akan menarik lebih ramai pelancong akan datang melawat ke negeri kita serta membuka peluang pertumbuhan industri pelancongan di Pulau Pinang.

Dato’ Yang di-Pertua, selepas KOMTAR Walk, Penang Walk kini merupakan denyut baharu di KOMTAR. Penang Walk bukan sekadar projek landskap tetapi ianya adalah simbol transformasi KOMTAR sebagai pusat budaya, gaya hidup dan interaksi bersama-sama komuniti. Penang Walk merangkumi projek rejuvenasi laluan pejalan kaki yang akan dilengkapi dengan landskap segar dan deretan kiosk berwarna-warni yang mencuri pandangan umum. Kiosk-kiosk yang telah mula beroperasi pada awal bulan ini yang membuka peluang baharu kepada pengusaha kecil tempatan untuk menyerlahkan produk dan kreativiti mereka kepada para pengunjung.

Sebagai satu usaha untuk merejuvenasi bangunan KOMTAR, KOMTAR akan menganjurkan KOMTAR Carnival buat kali kedua sempena ulang tahunnya buat kali keempat puluh tahun, untuk bangunan KOMTAR lah. Saya sangat berharap usaha ini mampu mempromosikan KOMTAR dan KOMTAR dapat menjadi salah satu pilihan tempat tumpuan orang ramai.

Saya juga telah mencadangkan satu skim Zero Rental kepada Perbadanan Pengurusan Fasa 1 KOMTAR dan pihak PDC. Saya sangat berharap agar cadangan tersebut dapat dipertimbangkan dan saya menanti-nantikan jawapan yang positif agar ianya dapat diumumkan semasa Majlis Perasmian KOMTAR Carnival supaya cadangan tersebut menjadi titik tolak dalam projek merejuvenasi bangunan KOMTAR. Saya juga ingin

Dewan Ditangguhkan

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang Mulia ini untuk menyokong KOMTAR Carnival pada 05 hingga 07 Disember ini. Saya mengakhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun:

Dari jeti singgah ke pekan,

Nampak jelas bangunan KOMTAR,

Idea dibawa selesai dibentangkan,

Mohon ianya diberi sokongan.

Dengan ini, saya memohon (gangguan) dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih kepada KOMTAR. Ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026 telah lengkap disempurnakan kepada semua yang telah diberi ruang kecuali satu kawasan sahajalah yang tak dapat turut serta dalam perbahasan atas sebab-sebab yang tertentu. Jadi sebelum saya tangguhkan mesyuarat pada petang ini, saya juga ingin ucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon ataupun pelajar Ujian Penilaian Kelas KAFA UPKK Tahun 2025.

Dengan ini, Dewan ditangguhkan dan akan bersidang semula pada 19 November 2025, esok jam 9.30 pagi. Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dewan ditangguhkan pada jam 5.51 petang.