Pulau Pinang · 19 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting (Budget 2026) · 569 turns · 58,805 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Lim Guan Eng (Air Putih), Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina (Bertam), Kumaresan a/l Aramugam (Batu Uban), Lee Khai Loon (AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A), Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long (Setiausaha Kerajaan Negeri), Dato’ Wan Nor Sakina binti Saad (Penasihat Undang–Undang Negeri), Dato’ Zabidah binti Safar (Pegawai Kewangan Negeri)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Bacaan doa. Doa. Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan selamat pagi. Pagi ini saya nak menjemput Kebun Bunga, sila.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 31.

No.31 Kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang semakin serius dan akan bertambah

tenat menjelang pembinaan projek Transit Aliran Deras LRT nanti. Apakah

langkah jangka pendek dan panjang yang akan dilaksana untuk

menyelesaikan masalah ini?

(a) Adakah Kerajaan Negeri yakin pembinaan LRT akan membantu

menyelesaikan kesesakan lalu lintas? Sertakan alasan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan Kebun Bunga.

Semasa pembinaan LRT, sememangnya dijangka berlaku kesesakan lalu lintas yang akan melibatkan pelencongan jalan raya, sekatan separuh lorong dan juga kerja-kerja berat di koridor trafik yang tinggi. Sepanjang tempoh pembinaan, TMP ataupun Pelan Pengurusan Trafik telah dirangka oleh pihak MRTC, bagi memastikan kelancaran aliran trafik di sepanjang jajaran LRT serta untuk membolehkan kerja-kerja dijalankan dengan selamat dan juga terkawal. Perubahan seperti pengurangan lorong dan lencongan sementara, dijangka boleh menyebabkan sedikit kesesakan di kawasan tertentu khususnya semasa waktu puncak.

Walau bagaimanapun, aliran trafik utama masih akan dikekalkan agar jalan raya terus boleh digunakan oleh orang awam. Pelaksanaan TMP tersebut juga akan melibatkan pengurangan lorong (lane reduction) dan lencongan laluan, di jalan-jalan utama yang terlibat dalam aktiviti pembinaan jajaran bertingkat ataupun viaduct, dan stesen seperti Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tengah dan juga Jalan Magazine.

Langkah mitigasi utama secara jangka panjang dan jangka pendek adalah seperti berikut:

Jangka Pendek:

(i) Pemantauan trafik berterusan menggunakan dron dan pemantauan secara masa nyata atau real-time; (ii) Pelaksanaan free flow traffic, pusingan U baru, aliran trafik sehala akan diperkenalkan secara berfasa di hotspot seperti Jalan Magazine, kawasan perindustrian Bayan Lepas dan juga Sunny Point Batu Uban; (iii) Beberapa persimpangan lampu isyarat juga akan disusun semula oleh pihak MRTC, bagi memperbaiki aliran kenderaan; (iv) Penjadualan kerja pembinaan akan dilaksanakan seperti kenderaan berat dibenarkan beroperasi di luar waktu puncak; (v) Kerja-kerja pelebaran jalan di kawasan sekitar jajaran dan stesen tertentu, akan dilaksanakan bagi menyokong aktiviti pembinaan projek LRT serta memastikan aliran trafik dapat dikekalkan sepanjang tempoh pembinaan; (vi) Menggalakkan penggunaan perkhidmatan bas (CAT George Town) dan juga (CAT Bridge); (vii) Dan juga penggunaan Rapid Penang melalui Pas Mutiara; (viii) Menggalakkan penjawat awam menggunakan Best Komtar; (ix) Menggalakkan perkhidmatan Rapid on Demand; (x) Menggalakkan penggunaan basikal; (xi) Meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan kerjasama dengan pihak polis, untuk mengawal lalu lintas di semasa waktu puncak; (xii) Dan juga pihak industri di FIZ juga, telah dinasihatkan untuk merancang langkah mitigasi sendiri seperti waktu kerja yang lebih fleksibel, seperti staggered working hours (dengan izin), carpooling dan juga perancangan perjalanan bagi mengurangkan impak kepada pekerja;

(xiii) Sementara itu, pekerja di kawasan FIZ juga disaran untuk menggunakan perkhidmatan bas awam.

Langkah-langkah Jangka Panjang pula Yang Berhormat,

(i) Meneruskan pelaksanaan free flow traffic di persimpangan utama; (ii) Mewujudkan platform umum untuk menyalurkan maklumat dan menerima aduan daripada orang awam dan juga pengguna jalan raya; (iii) Menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti mana yang saya sebut tadi; (iv) Mengamalkan pendekatan perancangan bandar jangka panjang yang berorientasikan transit ataupun Transit Oriented Development untuk menekankan mobiliti yang lebih mampan.

Yang Berhormat, untuk soalan kedua Kerajaan Negeri yakin bahawa pembinaan LRT akan memberikan impak yang besar, dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menyokong aspirasi Penang2030. Dari sudut mobiliti, LRT mempunyai kapasiti penumpang yang tinggi yang mampu membawa sehingga belasan ribu pengguna setiap jam. Ini secara langsung mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di jalan raya, dan sekaligus menurunkan tahap kesesakan harian khususnya di koridor George Town - Bayan Lepas dan juga Jambatan Pulau Pinang.

LRT juga menawarkan masa perjalanan yang lebih konsisten dan boleh dijangka, kerana ia beroperasi di laluan sendiri dan tidak terkesan oleh kesesakan atau banjir. Ini seiring dengan matlamat Penang2030, yang untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui sistem pengangkutan yang lebih cekap dan moden. Dari perspektif ekonomi pula, LRT merupakan pemangkin penting untuk pertumbuhan dan daya saing negeri. Ia menyokong perkembangan sektor perindustrian, perkhidmatan dan juga teknologi tinggi dengan menyediakan akses mobiliti yang stabil kepada tenaga kerja, pelabur dan juga pelawat. Infrastruktur rel yang kukuh adalah keperluan asas bagi memastikan Pulau Pinang kekal kompetitif di peringkat rantau.

Manakala dari sudut alam sekitar, peralihan daripada kereta biasa kepada LRT akan mengurangkan pelepasan karbon dan juga pencemaran udara, selaras dengan komitmen terhadap pembangunan lestari. Dengan lebih ramai pengguna beralih kepada pengangkutan awam, penggunaan tenaga dan jejak karbon negeri dapat dikurangkan secara signifikan.

Akhir sekali, LRT direka untuk bersepadu dengan perkhidmatan bas awam seperti bas Rapid Penang, bas CAT Bridge dan George Town, bas perantara serta Park & Ride dan laluan perjalanan kaki serta basikal. Ini semua akan mewujudkan satu rangkaian mobiliti yang lengkap, dan perkhidmatan mesra keluarga selaras sekali lagi dengan prinsip Penang2030. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Tanjong Bunga, saya juga ingin tahu adakah dalam perancangan Kerajaan Negeri ataupun dalam perbincangan dengan MRT Corp supaya bukan sahaja Laluan Mutiara, tetapi jajaran rel yang lain. KOMTAR ke Tanjong Bunga. KOMTAR ke Air Itam. KOMTAR ke Gurney. Saya ingin tau. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya bila MRT membuat perancangan, dia ada membuat perancangan yang lebih holistiklah. Juga berdasarkan kepada kajian Halcrow

yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri, iaitu kajian PTMP tersebutlah. Dia menjadi asas kepada reka bentuk. Of course, pelaksanaan sistem keseluruhan tu perlu dibuat secara berfasa. Dan bagi pihak MRTC, fasa pertama adalah Laluan Mutiara ini. Dan sudah tentu, sepertimana yang berlaku di Lembah Klang, di Kuala Lumpur, ada juga perancangan untuk fasa-fasa masa depan. Tapi biar kita laksanakan fasa pertama dulu Yang Berhormat, dia akan mengambil masa lima ke enam tahun. Dan kemudian daripada itu, akan bermula perancangan untuk fasa-fasa kemudian seperti jajaran ke Seberang Perai, kawasan lain di Seberang Perai, ke KOMTAR, ke Air Itam dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Dan saya nak jemput Pengkalan Kota.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan 32.

No.32 Apakah projek-projek yang telah dan sedang dilaksanakan di bawah Penang

Nature-Based Climate Adaptation Plan (PNBCAP) serta tahap kemajuan

pelaksanaannya?

(a) Sejauh manakah keberkesanan projek-projek tersebut dalam

mencapai objektif yang telah ditetapkan?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker dan juga Yang Berhormat Pengkalan Kota yang bertanya mengenai Projek Penang Nature-Based Climate Adaptation Program (PNBCAP).

Kerajaan Negeri melalui agensi dan pihak PBT, telah dan sedang melaksanakan beberapa projek di bawah PNBCAP ini. Antara projek yang telah dilaksanakan di bawah PNBCAP adalah Penatarafan Union Square. Projek ini menjadi antara contoh kejayaan program ini, dalam mewujudkan ruang komuniti yang mesra pengguna di Zon Teras Tapak Warisan Dunia.

Melalui pelaksanaan elemen reka bentuk berasaskan alam semula jadi seperti:

(i) Penanaman semula 37 batang pokok; (ii) Pemasangan pavement telap ataupun permeable pavements; (iii) Pembinaan elemen air hiasan.

Hasil pemantauan menunjukkan bahawa suhu permukaan di kawasan tersebut telah pun menurun sebanyak 24°C berbanding sebelum penatarafan dijalankan. Penurunan suhu ini, bukan sahaja meningkatkan keselesaan iklim mikro ataupun microclimate, malah mewujudkan persekitaran awam yang lebih selesa yang lebih sejuk dan juga inklusif. Sekaligus membuktikan bahawa reka bentuk bandar berskala kecil, mampu memberikan impak positif terhadap kesejahteraan sosial komuniti bandar serta penyesuaian iklim.

Selain itu, satu Program Pertanian Bandar ataupun Urban Agricultural Program turut dilaksanakan di Lebuhraya Rose, Pulau Tikus yang menempatkan kemudahan agroponik, hidroponik dan tanaman anggur laut. Program ini dijayakan dengan kerjasama Pusat Pengajian Marin dan Pesisir Pantai, USM.

Selain berfungsi sebagai pusat pembelajaran pertanian bandar, program ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan serta kemahiran komuniti dalam bidang pertanian bandar dan menyokong inisiatif keterjaminan makanan di peringkat tempatan. Menariknya, program ini turut melibatkan pesara sebagai penjaga utama tapak pertanian ini yang membantu dalam penyelenggaraan harian sambil menjana pendapatan tambahan melalui hasil tanaman. Pendekatan ini memupuk penglibatan komuniti secara aktif, dalam pertanian bandar disamping membantu golongan rentan dengan menyediakan peluang ekonomi berskala kecil, disamping mewujudkan jaringan sosial baru yang lebih inklusif dan berdaya tahan.

Melalui PNBCAP juga, satu Taman Mesra Usia (Age-Friendly Park) telah dibangunkan di Lengkok Nipah. Projek ini merupakan hasil libat urus awam bersama penduduk setempat, pada tahun 2024 yang mencadangkan supaya tapak bekas tempat letak kenderaan dan kontena diubah suai menjadi ruang hijau komuniti yang mesra warga emas. Melalui inisiatif ini, sebanyak 67% daripada keseluruhan kawasan konkrit seluas 3,365-meter persegi telah ditransformasikan menjadi kawasan hijau.

Selain itu, sebanyak 12 batang pokok baru daripada spesies Samanea Saman dan Syzygium Gratum, telah ditanam di kawasan ini sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan teduhan semula jadi dan keseimbangan ekologi bandar. Pendekatan ini berjaya mewujudkan persekitaran hijau yang lebih selamat, kondusif dan inklusif sejajar dengan matlamat PNBCAP untuk mempertingkatkan keterhubungan hijau bandar ataupun Urban Green Connectivity, serta kesejahteraan komuniti pelbagai peringkat umur khususnya golongan rentan dan golongan wanita.

Projek Penatarafan Jalan di sekitar Lebuh Pantai, Persiaran King Edward, Pengkalan Weld dan Gat Lebuh Chulia, turut dilaksanakan di bawah PNBCAP. Kawasan pelaksanaan projek ini meliputi jajaran strategik yang disempadankan oleh empat jalan utama, seperti yang saya sebut tadi, yang terletak dalam kawasan East Seafront Masterplan. Kawasan ini merupakan nadi kepada aktiviti sosial dan ekonomi di zon teras tapak warisan dunia dan projek ini telah bermula di tapak pada 1 September 2025 dan dijangka siap 31 Disember tahun depan. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti ruang awam dan persekitaran jalan bandar melalui pendekatan reka bentuk berasaskan alam semula jadi.

Antara elemen utama yang diterapkan termasuklah, penanaman pokok teduhan baru, pembinaan laluan pejalan kaki dengan pemasangan pavement telap serta penyediaan ruang parkir hijau dan taman poket ataupun pocket park. Apabila siap kelak, projek ini dijangka akan dapat mengurangkan suhu atmosfera bandar keseluruhannya sebanyak 1°C dalam tempoh 5 hingga 7 tahun selepas projek siap, mengurangkan bilangan petak letak kereta sebanyak 10% bagi memberi ruang kepada elemen hijau dan laluan pejalan kaki, serta menempatkan sebanyak 997 pokok teduhan baru di sepanjang jajaran projek. Selain itu, terdapat dua projek pengurusan air ribut ataupun stormwater management yang dilaksanakan juga di bawah program PNBCAP ini, iaitu pembinaan kolam takungan banjir di Taman Lintang Nibong Bayan Baru dan juga pembinaan koridor biru hijau Blue Green Corridor di Sungai Keluang. Kedua-dua projek ini kini sudah mencapai 50% pelaksanaan dan dijangka siap pada pertengahan tahun depan. Pelaksanaan projek ini akan mengurangkan risiko kejadian banjir di kawasan-kawasan tersebut. Secara keseluruhan, projek-projek ini dijangka dapat meningkatkan keselesaan mikro iklim, memperkukuh keterhubungan hijau bandar, menyumbang kepada pengurangan kesan pulau haba bandar ataupun Urban Heat Island Effect serta menangani bencana banjir sejajar dengan objektif PNBCAP. Terima kasih, Yang Berhormat.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan. Terima kasih atas Yang Berhormat Tanjong Bunga bagi jawapan yang begitu komprehensif, tapi masih ada soalan tambahan.

Bagaimanakah PNBCAP diselaraskan dengan Penang Green Agenda, Visi Penang2030 dan hala tuju negeri ke arah ekonomi rendah karbon dan juga adakah inisiatif PNBCAP ini akan diperluaskan lagi ke kawasan lain seperti selain daripada Bandaraya George Town dan juga Lengkok Nipah, Bayan Baru dan sebagainya. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih, Yang Berhormat. Nampaknya tak cukup komprehensif. Ada dua soalan tambahan. Pertamanya, seperti yang saya sebut, PNBCAP ini amat selari dengan visi dan matlamat Penang2030, selain itu juga, dengan (Penang Green Agenda), sebab kita punya sasaran adalah untuk mencapai pengurangan jejak karbon ataupun carbon footprint. Jadi, inisiatif-inisiatif di bawah PNBCAP ini sudah tentu menyokong teras Penang2030 yang menekankan bandar yang lebih hijau, yang lebih inklusif, di samping juga kita dapat beralih kepada ekonomi yang lebih rendah karbon melalui penggunaan tenaga yang lebih cekap dan juga penyelesaian berasaskan alam semula jadi ataupun dalam PNBCAP tersebut, Nature-Based Solutions.

Jadi, untuk mengukur keberhasilan penjajarannya yang kita buat ini, beberapa KPI digunakan, termasuk pengurangan pelepasan karbon di kawasan intervensi, peningkatan liputan ruang hijau dan pokok teduhan yang ni juga selaras dengan (Penang Green Agenda), keberkesanan projek mitigasi dan adaptasi iklim, contohnya, pengurangan banjir, peningkatan saliran dan juga peningkatan penggunaan mobiliti rendah karbon termasuk laluan pejalan kaki dan berbasikal yang lebih selesa dan lebih selamat.

Jadi, semua ini adalah selaras, Yang Berhormat, dengan (Penang Green Agenda) serta Penang2030. Berkenaan soalan bahawa adakah inisiatif PNBCAP ini boleh diperluaskan, untuk skop yang sedia ada, iaitu berdasarkan peruntukan 10 juta apa ni 10 juta US Dollar yang telah diberi oleh UN-Habitat, sememangnya peruntukan dah siap apa ni dah cukup hanya untuk projek-projek yang telah pun saya sebut tadi.

Namun begitu, sekiranya model pelaksanaan projek-projek ini berjaya, mungkin kita boleh replicate dengan menggunakan sumber peruntukan yang lain di kawasan-kawasan yang lain. Contohnya, yang kita duk buat dekat George Town, dekat Pesara King Edward, Beach Street dan Gat Lebuh Chulia itu, kalau memang berjaya, kita boleh buat juga dengan menggunakan peruntukan lain sama ada dari PBT ataupun Kerajaan Negeri ataupun daripada sumber antarabangsa lain juga, kita boleh replicate di kawasan-kawasan lain di George Town, dan juga kolam takungan banjir dwifungsi yang kita buat di Taman Lintang Nibong, konsep tersebut juga boleh di-replicate dan dibuat di Seberang Perai, di dan kawasan-kawasan lain. Terima kasih, Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, KOMTAR. Sila.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Selamat pagi Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan saya, soalan 33.

No.33 Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berusaha keras dalam melaksanakan

inisiatif Go Green, namun sejauh manakah keberkesanannya?

(a) Sejak pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa di Punca, apakah hasil

dan keberkesanan yang telah dicapai setakat ini?

(b) Bagaimanakah tahap keberkesanan penguatkuasaan larangan

penggunaan straw plastik dan plastik sekali guna dalam negeri?

Terima kasih Yang di-Pertua Dato’ Seri Speaker, terima kasih YB KOMTAR. Negeri Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri di seluruh Malaysia yang mempunyai entiti khas di bawah kerajaan khusus untuk melaksanakan inisiatif hijau dan kelestarian, iaitu Penang Green Council melalui kerjasama dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai, pelbagai usaha dilaksanakan ke arah menjadi Pulau Pinang sebagai negeri rendah karbon dan berdaya tahan, termasuk pelaksanaan dasar bandar karbon sifar, menguruskan sisa pepejal yang lebih efisien, larang plastik sekali guna

serta penggunaan tenaga solar dan kenderaan elektrik dan mengiktirafan Penang Green Building Certificate.

Kerajaan Negeri turut merancang agar pembangunan di bawah inisiatif Rumah MutiaraKu dilaksanakan dengan pendekatan lestari melalui pelaksanaan piawaian bangunan hijau. Sehubungan ini, projek RMKu akan diperakui dengan persijilan hijau seperti Green Building Index atau setara, bagi memastikan setiap pembangunan bukan sahaja memenuhi keperluan perumahan mampu milik tetapi juga menyumbang kepada matlamat negeri rendah karbon dan kesejahteraan alam sekitar. Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan negeri, Kerajaan Negeri ke arah Pulau Pinang hijau lestari dan berdaya saing menjelang 2030.

Negeri Pulau Pinang merupakan satu sahaja negeri di seluruh Malaysia yang mengiktirafkan bahawa semua rumah mampu milik iaitu Rumah MutiaraKu kena ada satu sijil kehijauan sebelum boleh diserahkan. Ini sebagai penduduk Pulau Pinang dan Kerajaan Pulau Pinang kami rasa sangat-sangat banggalah, ya. Dasar pengasingan sisa punca telah dilaksanakan pada 1 hari bulan Julai 2024 dan berjaya meningkatkan kesedaran awam serta kadar kitar semula di bawah MBPP dan MBSP. Hasil pelaksanaan dasar ini dapat dilihat melalui peningkatan kadar kitar semula yang direkodkan di bawah pentadbiran MBPP dan MBSP. Daripada tahun 2023 hingga tahun ini, memang kadarnya meningkat.

Penang Green Council turut memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar ini melalui beberapa inisiatif utama, salah satu memperkenalkan Direktori Mampan, iaitu platform atas talian yang memaparkan lebih 220 premis berasaskan amalan 5R, termasuk pusat kitar semula dan kedai pukal. Kedua, kita selalu, Penang Green Council selalu mengadakan Ceramah Eco Talk iaitu taklimat pendidikan alam sekitar mengenai pengasingan sisa dengan sehingga hari ini, 140 sesi telah dilaksanakan sejak tahun 2018 di sekolah, komuniti, dan sektor korporat.

Pertandingan Kitar Semula, program seperti I am Eco Champ, pertandingan botol PET bersama Toray, dan E-Harvesting bersama Dell berjaya menggalakkan penyertaan masyarakat serta mengumpul 14 tan botol PET untuk dikitar semula. Siri Jelajah Kesedaran Alam Sekitar 2025, (Penang Green Council) menganjurkan pelbagai acara seperti Hari Bumi, Hari Air, Penang Hill Festival, Hari Cuci Malaysia dan Penang2030 Festival, bagi memperkukuh kesedaran kelestarian.

Penang Green Market, adalah satu lagi platform, dan platform ini adalah satu platform sebagai pendidikan gaya hidup sifar sisa, dengan 5 sesi sepanjang tahun 2025 sahaja. Menarik purata lebih kurang 5 hingga 600 pengunjung setiap sesi dan lebih daripada 5,000 pengunjung semasa edisi khas Penang2030 Festival. Keseluruhannya, pelaksanaan dasar ini secara bersama antara PBT dan Penang Green Council telah membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memperkukuh daya kitar semula dan gaya lestari di seluruh negeri.

Penang Green Council telah menjalankan beberapa kajian untuk menilai keberkesanan larangan plastik sekali guna. Hari Face Out Single Use Plastic Bags Survey 2023 menunjukkan masyarakat dan peniaga di Pulau Pinang semakin bersedia menghentikan penggunaan penyedut minuman plastik. Kesan pelaksanaan kempen Hari Tanpa Plastik dan kenaikan charge beg plastik dari 20 sen ke RM1 sejak 2021 telah menurunkan permintaan beg plastik sebanyak 78% antara 2020 hingga 2021. Selain daripada itu, kajian fasa akhir plastik sekali guna 2024 mendapati 82% respon bersetuju bahawa inisiatif ini berjaya mengurangkan penggunaan dan pergantungan terhadap plastik sekali guna, membuktikan sokongan kukuh masyarakat terhadap dasar hijau negeri.

Penang Green Council berhasrat untuk mengedarkan lebih kurang 100,000 recycle beg yang boleh digunakan, untuk menggalakkan masyarakat kita untuk membiasakan diri dengan cara hidup baru di mana beg kitar semula boleh dibawa ke mana jua dia pergi dan sehingga sekarang kita sudah edarkan lebih kurang 35,000 beg (eco bag) kita panggil ya, yang boleh di recycle dan boleh digunakan pakai sehingga hari ini 35,000 dan kita sasar untuk mencapai 100,000 sebelum hujung 31 Ogos tahun ini. Sekian, terima kasih.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Terima kasih Yang Berhormat Perai. So, apakah cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kadar pematuhan terhadap dasar pengasingan sisa di punca khususnya di kawasan berpenduduk yang padat lah, rumah pangsa kah, flat kah. So, apakah cabaran utama yang dihadapi oleh PBT atau Kerajaan Negeri.

Seperti mana orang putih cakap, old habits die hard. Cara hidup kita dah kita dah biasakan diri kita dengan cara hidup kita. Kita dah biasakan campak semua sampah dalam satu tong sampah. Nak belajar itu makan masa lah. Saya buat masa sekarang bersama Penang Green Council dan EXCO Kerajaan Tempatan bekerjasama untuk cari jalan sebanyak mana kita boleh, untuk tunjuk ajar kepada rakyat Pulau Pinang untuk practice pengasingan sisa daripada punca, iaitu daripada rumah. Everything starts at home, dan kita juga ada sesi sedemikian di sekolah-sekolah pun sama. Kita ajar anak-anak kita macam mana nak mengasingkan sisa daripada punca.

Kalau banding dengan yang lepas tu, kita taruh semua dalam satu tong sampah. Ini adalah satu cabaran yang besar, tapi bukan tidak boleh dicapai. Saya rasa boleh dicapai, cuma di peringkat sekolah pula, Penang Green Council mengadakan program-program Sekolah Hijau. Sekolah-sekolah Hijau ini, kalau dia practice sistem ini, kita bagi sijil hijau kepada sekolah-sekolah sedemikian, termasuklah juga pejabat-pejabat ya. Pejabat-pejabat yang ikut kita, konsep kita penghijauan Penang, kita bagi sijil penghijauan kepada kedua-duanya. Terima kasih.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan, YB EXCO. Di Mukim 18, Bukit Langkap, Seberang Perai Tengah, kawasan Penanti, ya, kawasan saya, terdapat satu kawasan bukit di situ dipanggil Bukit Langkap. Okey. Jadi bila bercakap berkenaan dengan inisiatif Go Green ni memang sesuai lah kalau saya bangkitkan di sini bahawa bukit tersebut telah dikeluarkan warta Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah. Okey. Jadi untuk diadakan pemajuan dalam bidang industri di situ. Jadi, kawasan ini telah diwartakan sebelum ini sebagai hutan simpan dan penduduk di situ membuat bantahan. Mungkin EXCO tak boleh jawab sekarang sebab nak kena tengok data tapi saya maklumkan sini untuk rekod lah. Jadikah, ada keperluan Kerajaan Negeri untuk membangunkan bukit tersebut yang memang diwartakan kawasan hijau dan terkenal dengan tanaman durian Duri Hitam. Terima kasih.

Terima kasih soalan itu, YB Penanti. Saya belum mendengar pasal cerita ini. Mengikut Jabatan Hutan, peningkatan setiap tahun untuk hutan simpanan adalah meningkat, tak pernah kurang pun. Kita cuma bagi kelulusan untuk melalui hutan simpanan jika perlu mengadakan satu laluan. Kita tidak pernah lulus hutan simpanan untuk dibangunkan. Ini adalah satu berita baru bagi saya. Saya harap Penanti boleh bagi saya lebih information lah ya, pasal ini saya tak pernah dengar dan setiap bulan saya mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Hutan tak pernah dibangkitkan pun. Kalau ada lebih evidence saya syukur lah, saya boleh ambil tindakan yang selanjutnya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, KOMTAR.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Soalan tambahan, satu lagi. Sisa makanan adalah salah satu komponen yang terbesar sampah pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan sampah di Pulau Pinang, di mana sisa organik membentuk antara 40 hingga 45% daripada keseluruhan sampah. So, apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri atau PBT untuk mengurangkan sisa makanan atau food waste itu ke tapak pelupusan sampah. So, apakah usaha yang akan diambil lah.

Terima kasih KOMTAR. Memang pembuangan sisa domestik itu, terutama sekali makanan lah, saya rasa Malaysia adalah satu negara yang paling banyak bazir makanan. So, kalau kita boleh recycle ini dan boleh di compose ini, boleh jadi baja dan macam-macam. Tapi kita belum ada satu, mungkin ini adalah soalan Kerajaan Tempatan, so saya cuba jawablah. Memang Ampang Jajar kita ada satu anaerobic digester di mana sisa makanan pembuangan itu boleh dibuat (biogas) di sana. Memang ada satu. Seperti di Valdor hari tu pembuangan sisa binatang boleh buat gas kan, makanan pun boleh. Di Ampang Jajar kita ada satu anaerobic digester yang boleh buat itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Batu Lancang sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Soalan saya 34.

No.34 Nyatakan jumlah kilometer jalan yang di bawah penyelenggaraan MBPP dan

apakah kos penyelenggaraan setiap tahun mulai tahun 2020?

(a) Adakah MBPP akan membaiki jalan yang di bawah penyelenggaraan

JKR apabila banyak aduan diterima?

(b) Adakah benar MBPP akan mengambil alih jalan di bawah

penyelenggaraan JKR?

(c) Sekiranya ada, bila akan mengambil alih ini?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan nombor 34 bersama juga dengan soalan nombor 42 yang berkaitan dengan MARRIS.

No. 42 Memandangkan Majlis Bandaraya Seberang Perai telah menerima peruntukan MARRIS sebanyak RM131.6 juta pada tahun 2024, namun menurun kepada RM99.2 juta pada tahun 2025, apakah faktor utama pengurangan peruntukan MARRIS kepada MBSP bagi tahun 2025?

(a) Apakah kesannya terhadap kerja-kerja penyelenggaraan jalan,

longkang serta kemudahan awam di kawasan Seberang Perai?

Batu Lancang tanya tentang jumlah kilometer jalan yang di bawah penyelenggaraan MBPP dan juga apakah kos penyelenggaraan setiap tahun dari tahun 2020. Jumlah panjang jalan di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah sepanjang 349.96-

kilometer dan jumlah kos penyelenggaraan bagi tempoh tahun 2020 sehingga September 2025 adalah sebanyak RM95.2 juta. Pecahan kos penyelenggaraan mengikut tahun adalah seperti berikut, pada tahun 2020 RM17.6 juta, Tahun 2021 RM16.6 juta, Tahun 2022 RM15 juta, 2023 RM20.3 juta, 2024 RM16.1 juta dan sehingga September 2025 adalah RM9.6 juta. Keseluruhan adalah RM95.2 juta.

Pihak MBPP tidak bertanggungjawab untuk membaiki jalan yang berada di bawah penyelenggaraan JKR kerana bidang kuasa penyelenggaraan jalan telah ditetapkan berdasarkan garis panduan semasa yang sedang berkuat kuasa dan bidang kuasa agensi masing-masing. Pihak MBPP melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan berdasarkan kepada garis panduan MARRIS 4.0 yang dikemas kini pada 1 hari bulan Oktober 2024 dan garis panduan Pengurusan Penyelenggaraan Infrastruktur antara Jabatan dan agensi kerajaan di Pulau Pinang yang berkuat kuasa mulai 1 hari bulan Ogos 2019.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat banyak aduan berkaitan jalan di bawah seliaan JKR, pihak MBPP akan mengambil tindakan sewajarnya seperti berikut, memanjangkan aduan kepada pihak JKR untuk perhatian dan tindakan lanjut. Berurusan secara rasmi dengan pihak JKR bagi mempercepatkan proses pembaikan. Membantu menyediakan langkah sementara seperti pemasangan papan tanda amaran atau penutupan laluan demi keselamatan pengguna jalan raya. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bilangan 10 tahun 2025 pada 4 hari bulan April 2025 dan disahkan pada 16 hari bulan April 2025. Pihak MBPP akan mengambil alih jalan di bawah penyelenggaraan JKR bagi jalan-jalan dalam kawasan taman perumahan dan jalan bandaran di luar kawasan George Town City Limit berkuat kuasa mulai pada 1 hari bulan Januari 2028. Pihak MBPP akan mengambil alih jalan di bawah penyelenggaraan JKR bagi jalan-jalan dalam kawasan taman perumahan dan jalan bandaran di luar kawasan George Town City Limit berkuat kuasa mulai 1 hari bulan Januari 2028.

Untuk menjawab soalan daripada Bagan Jermal, iaitu berhubung dengan peruntukan MARRIS yang disalurkan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai. Formula agihan peruntukan MARRIS adalah berdasarkan jumlah terimaan daripada Kementerian Kewangan (MOF) pada tahun berkenaan. Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak RM221 juta daripada MOF. Daripada jumlah tersebut, MBPP, MBSP

telah menerima peruntukan sebanyak RM136.7 juta bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa MARRIS Negeri perlu juga mengambil kira purata terima tahunan daripada MOF serta keperluan agihan peruntukan MARRIS kepada 13 Jabatan lain seperti Pejabat Daerah, JKR, JPS yang turut memerlukan peruntukan MARRIS.

Untuk menjawab apakah kesannya terhadap kerja-kerja penyelenggaraan jalan, longkang serta kemudahan awam di kawasan Seberang Perai. Jawatankuasa MARRIS Negeri mengambil maklum mengenai kesan pengurangan agihan peruntukan MARRIS kepada MBSP bagi tahun 2025. Oleh itu, satu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh saya sendiri diadakan pada 17 hari bulan Jun 2025. Mesyuarat tersebut bersetuju supaya peruntukan tambahan sebanyak RM8 juta disalurkan kepada MBSP ke atas peruntukan sedia ada bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan rutin melibatkan jalan, longkang serta kemudahan awam yang termasuk dalam skop MARRIS dapat diteruskan seperti sediakala. Pihak MBSP bersetuju dengan keputusan tersebut dan telah melaksanakan tindakan penyelarasan kerja dengan sewajarnya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Seri Speaker, soalan tambahan. Terima kasih kepada penjelasan daripada YB EXCO tentang MMK telah memutuskan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan akan diambil alih oleh MBPP pada Januari 2028. Soalan saya, adakah jumlah kos penyelenggaraan itu akan bertambah. Berapakah kos penyelenggaraan yang akan bertambah selepas mengambil alih kerja daripada JKR. Adakah peruntukan dari MARRIS akan disalurkan kepada MBPP juga akan bertambah. Selepas MBPP mengambil alih kerja penyelenggaraan jalan dari JKR, apakah tugasan JKR selanjutnya ke atas penyelenggaraan jalan? Itu saja.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Batu Lancang. Di mana anggaran kos penyelenggaraan tahunan bagi MBPP setelah mengambil alih jalan daripada JKR adalah dianggarkan berjumlah lebih

kurang RM47 juta. Jumlah kos anggaran tersebut adalah dengan mengambil kira jumlah panjang jalan sedia ada yang diselenggarakan oleh MBPP dengan panjang 349.96-kilometer dan anggaran jumlah panjang jalan yang akan diambil alih daripada pihak JKR dengan jumlah panjang 605.04 kilometer. Selain kos penyelenggaraan jalan, pihak MBPP juga akan menghadapi kekangan peruntukan dalam penyediaan jentera dan infrastruktur serta peningkatan kos dalam pengurusan kakitangan. Dijangka kos bagi menyediakan jentera, infrastruktur, penyelenggaraan adalah sekitar dalam lebih kurang RM11 juta. Kos pengurusan bagi membiayai emolumen-emolumen yang terlibat adalah sebanyak lebih kurang RM6 juta secara tahunan.

Dengan adanya pertambahan panjang jalan yang diambil alih daripada JKR sepanjang 605.04-kilometer maka peruntukan MARRIS yang disalurkan kepada MBPP perlu ditambah bagi membolehkan MBPP menjalankan kerja penyelenggaraan dengan berkesan. Berhubung dengan, setelah MBPP mengambil alih penyelenggaraan jalan dari JKR, apakah tugasan JKR selanjutnya. MBPP tidak mengambil alih semua jalan di bawah penyelenggaraan JKR. Berdasarkan cadangan penyelarasan jabatan yang bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan jalan raya negeri dan jalan raya bandaran di bahagian pulau. Pulau Pinang yang diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 9 hari bulan April 2025, terdapat 156-kilometer jalan negeri masih kekal diletakkan di bawah penyelenggaraan JKR.

Oleh itu, JKR tidak akan memberikan kakitangan ataupun jentera ataupun pejabat kepada MBPP. Maka MBPP adalah perlu memohon untuk mendapatkan sumber tambahan seperti kakitangan, jentera, dan pejabat bagi penyelenggaraan jalan yang diambil alih. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan saya nak mohon soalan yang seterusnya apa nama Air Itam sila.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato' Seri Speaker. Soalan saya soalan nombor 36.

No.36 Apakah rancangan MBPP dalam pembangunan fasiliti sisa bahan binaan dan

perobohan memandangkan projek seperti Pulau Silikon, LRT dan STP2 telah

bermula tetapi kontrak pajakan tanah Stesen Pemindahan Sampah Batu

Maung akan tamat pada tahun 2037?

(a) Adakah MBPP dibenarkan menambak laut bagi tujuan

pembangunan fasiliti sisa buangan di bahagian Pulau?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Bagi jawab soalan yang ditanya oleh Air Itam. Pembangunan fasiliti pengurusan sisa bahan binaan dan perobohan telah diberikan kepada syarikat PLB Engineering Sdn. Bhd. melalui perjanjian rehabilitasi dan pembangunan tapak pelupusan sampah Jelutong antara Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau (PDC). Berdasarkan syarat perjanjian syarikat PLBE perlu membangunkan fasiliti kekal bagi operasi pengurusan sisa binaan untuk tempoh 20 tahun. Buat masa ini, fasiliti sementara seluas 10 ekar telah disediakan di atas tanah milik bersama MBPP dan MBSP di fasa 3 tapak pelupusan sampah Pulau Burung oleh syarikat PLBE. Walau bagaimanapun, faktor jarak dan masa penghantaran sisa ke Pulau Burung memberi kesan terhadap kos dan kecekapan operasi pihak berkepentingan yang terlibat dalam pengumpulan dan pelupusan sisa binaan.

Sehubungan dengan itu, penyediaan fasiliti pengurusan sisa binaan atau sekurang-kurangnya fasiliti transit di bahagian pulau wajar dipertimbangkan bagi menyokong kelancaran ekosistem pengurusan sisa sedia ada. Dalam hal ini, pihak MBPP telah memohon kepada PDC selaku pemilik tanah di Stesen Pemindahan Batu Maung untuk melanjutkan tempoh pajakan selama 30 tahun lagi bagi membolehkan pembangunan fasiliti tersebut dilaksanakan. Namun, permohonan tersebut telah ditolak oleh pihak PDC. Pihak MBPP berhasrat untuk mengemukakan rayuan sekali lagi kepada Kerajaan Negeri agar pertimbangan semula dapat diberikan demi kepentingan penduduk di bahagian pulau. Selain itu, pihak MBPP juga merancang untuk membangunkan Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu yang akan merangkumi pengurusan sisa domestik, sisa pukal, serta sisa binaan dan perobohan di atas tapak berkenaan.

Untuk menjawab soalan A, adakah MBPP dibenarkan untuk menambak laut bagi tujuan pembangunan fasiliti sisa buangan di bahagian pulau. Soalan yang bagus, kebenaran menambak laut bagi tujuan pembangunan fasiliti sisa buangan di bahagian pulau adalah tertakluk kepada pematuhan Penilaian Impak Alam Sekitar iaitu EIA dan juga tertakluk kepada kelulusan oleh pihak Kerajaan Negeri. Itu saja. Terima kasih

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Dato’ Seri, soalan tambahan saya. Soalan tambahan pertama. Buat masa ini, bagaimanakah MBPP dan MBSP menguruskan sisa buangan binaan dan perobohan? Yang kedua, adakah MBPP mengenal pasti tapak baru pembuangan sisa binaan dan perobohan setelah TPSJ ditutup? Terima kasih.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih, Air Itam. Buat masa kini, semua sisa buangan binaan dan perobohan daripada MBSP ataupun MBPP dilupuskan di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung dan juga Tapak Pelupusan Sampah Ampang Jajar secara kambus tanah iaitu sanitary landfill. Bagi MBPP, MBPP tidak menguruskan sisa binaan ataupun perobohan secara langsung. Perkhidmatan ini diuruskan oleh pengangkut sisa swasta yang dilantik terus oleh pemaju ataupun pemilik premis. Walau bagaimanapun, mana-mana pihak pemaju atau pemilik premis yang membuat projek pembangunan atau ubah suai premis diwajibkan untuk melantik pengangkut sisa yang mempunyai permit pelupusan yang sah daripada MBPP dan disyaratkan dalam permit Pelan Bangunan bagi melaporkan semula dalam jumlah bahan yang dilupuskan kepada MBPP.

Pada masa kini, semua sisa binaan di bahagian Pulau dilupuskan di Tapak Pelupusan Sampah Jelutong (TPSJ). Dan selepas tarikh akhir TPSJ beroperasi iaitu 30 hari bulan November 2025. Semua sisa binaan dan sisa perobohan perlu dihantar ke tapak yang dibenarkan iaitu di sama ada di Ampang Jajar di bahagian Seberang Perai di Tapak Pelupusan Ampang Jajar ataupun di Tapak Pelupusan Pulau Burung. Adakah MBPP mengenal pasti tapak baru untuk pembuangan sisa bahan binaan ataupun perobohan? Mulai 1 hari bulan Disember, seperti apa yang saya maklum tadi, semua pengangkut sisa bahan binaan dan perobohan di kawasan pulau dinasihati untuk melupuskan sisa di Integrated Solid Waste Management Centre iaitu di Ampang Jajar ataupun di Pulau Burung.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Pinang Tunggal, sila Pinang Tunggal. Pinang Tunggal, hello.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Sudah hampir musim tengkujuh. Soalan saya 37.

No.37 Apakah garis panduan dalam memohon rumah RMKu A, RMKu B dan RMKu C serta bagaimanakah garis panduan ini dipatuhi?

(a) Senaraikan rumah RMKu A dan RMKu B yang telah dibina sejak 2020

sehingga kini mengikut DUN.

(b) Apakah usaha yang dilakukan bagi mengurangkan tempoh menunggu?

(c) Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pemilik yang gagal mematuhi garis panduan?

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Terima kasih Pinang Tunggal yang sentiasa sayang saya sangat pasal perumahan. Selalu sangat tanya saya pasal isu-isu perumahan, ya. Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah dipertanggungjawabkan untuk urusan pendaftaran permohonan ‘Rumah MutiaraKu’ di dalam Sistem Maklumat Perumahan iaitu SMP sebagai langkah proaktif ke arah penggunaan secara digital dengan lebih meluas. Permohonan RMKu dan muat turun dan muat naik dokumen telah dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian iaitu online, bermula bulan Ogos 2023 iaitu selepas saya ditanggungjawabkan sebagai EXCO Perumahan. So, laman web yang kena dilayari untuk mendapatkan semua maklumat berkenaan permohonan atau kemas kini adalah www.lpnpp.gov.my. Tata cara atau garis panduan berkaitan permohonan secara atas talian adalah seperti pada lampiran yang akan diletak di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi Soalan Lisan.

Sebagai makluman, semua garis panduan atau syarat yang dinyatakan perlu dipatuhi sebelum surat tawaran itu boleh dikeluarkan. Proses tapisan akan dilaksanakan melalui tiga peringkat di mana, peringkat pertama adalah semakan kecukupan dan kesempurnaan dokumen dan syarat. Peringkat kedua adalah pengesahan dokumen dan syarat manakala peringkat ketiga adalah proses pemilihan dan pengesahan nama pemohon yang layak untuk ditawarkan melalui jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya iaitu AMMK Perumahan dan Alam Sekitar.

Berdasarkan rekod lejar yang dikemaskini oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sehingga Oktober 2025, jumlah Rumah MutiaraKu jenis A dan Rumah MutiaraKu jenis B yang telah siap dibina sejak 2020 adalah sebanyak 8,567-unit iaitu terdiri daripada 3,420-unit RMKu A dan 5,147-unit RMKu B mengikut daerah seperti dinyatakan di bawah jadual iaitu Lampiran B, yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas sesi persoalan. Kerajaan Negeri mengambil maklum berkaitan tempoh menunggu yang agak lama bagi mendapat tawaran terutamanya bagi unit RMKu A dan B. Walau bagaimanapun, pada masa ini, dengan beberapa inisiatif yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri, tempoh menunggu kini telah jadi antara tiga hingga enam bulan sahaja. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan proses pemurnian data bagi semua pemohon yang berada dalam Sistem Maklumat Perumahan, di mana sebahagian besar pemohon yang pernah berdaftar sudah kehilangan kelayakan di atas beberapa faktor, khususnya had pendapatan isi rumah semasa.

Semua pemohon yang masih berminat dan berkelayakan perlu mengemaskini semula data-data semasa bagi membolehkan permohonan tersebut kekal aktif. Bagi pemohon yang gagal mengemaskini akan dikategorikan sebagai pemohon tidak aktif dan tidak akan dipertimbangkan untuk ditawarkan. Perkara ini dapat mengurangkan jumlah permohonan dan pengurangan masa menunggu. Walau bagaimanapun, penawaran ini juga adalah tertakluk kepada pembekalan unit-unit tersebut dari pemaju swasta atau Kerajaan Negeri. Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sentiasa cakna terhadap masalah dan isu-isu dan kekangan yang dihadapi oleh penduduk negeri ini dalam proses kemaskini ini atau pendaftaran permohonan Rumah MutiaraKu. Kami memahami bahawa faktor seperti kekangan masa, lokasi pejabat yang jauh serta akses kepada teknologi boleh menjadi halangan kepada sebahagian pemohon.

Sehubungan itu, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sebagai agensi yang bertanggungjawab menguruskan permohonan Rumah MutiaraKu telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan sesi Outreach Program yang dikenali sebagai Hari Bertemu Pelanggan yang dikenalkan sejak saya dilantik sebagai EXCO Perumahan. Terdapat banyak perubahan yang telah dilakukan antara tempoh senarai menunggu permohonan tawaran Rumah MutiaraKu dipendekkan menjadi tiga hingga enam bulan, tarikh permohonan dikemaskini serta dokumen yang lengkap.

Oleh itu, sehingga kini jumlah permohonan senarai menunggu adalah 6,249 sahaja di dalam Sistem Maklumat Perumahan. Ini menunjukkan pencapaian dan komitmen Kerajaan Negeri melalui pimpinan EXCO Perumahan dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Seterusnya, kakitangan di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang juga amat peka dan prihatin dengan membuka banyak kaunter permohonan dan mengemaskinikan untuk membantu orang awam dalam pengemaskinian permohonan secara atas talian setiap tiga bulan. Hebahan program turut diadakan secara berskala di lokasi strategik yang berhampiran dengan tumpuan penduduk bagi memastikan mereka dapat akses yang lebih mudah dan cepat tanpa perlu hadir ke pejabat Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Selain daripada itu, hebahan aktiviti dan program juga telah dimuat naik di dalam akaun-akaun media sosial rasmi Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.

Sebagai contoh, pihak pejabat EXCO dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Ekspo Rumah MutiaraKu dan Hartanah Pulau Pinang buat tahun 2025 yang telah diadakan di Mydin Bukit Mertajam pada 1 hingga 2 hari bulan November yang lalu. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan proses pendaftaran dan kemaskini, malah turut memberi peluang kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat secara terus, membuat semakan status permohonan serta mengemukakan sebarang pertanyaan atau aduan. Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa syarat bagi pemohon rumah bersubsidi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Perincian syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah seperti di Lampiran A yang akan diletak atas meja Yang Berhormat selepas sesi Soal Lisan. Bagi pemohon yang tidak menepati syarat yang telah ditetapkan, permohonan tersebut akan ditolak di peringkat semakan dan pengesahan. Sekian, terima kasih.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Soalan tambahan. Saya inginkan pencerahan. Tadi YB EXCO menyebut tempoh menunggu telah dipendekkan dari tiga bulan hingga enam bulan. Maksudnya apply lah, atau next few months dapat rumah dah. Adakah begitu?

Terima kasih Pinang Tunggal. Saya pun tunggu Pinang Tunggal soal saya ini juga. Sebenarnya dia macam ni. Bila didaftar, kalau ini adalah permohonan baru ataupun sudah dikemaskini, dalam tempoh tiga hingga enam bulan, kita boleh tawarkan rumah itu dengan syarat, rumah jenis yang diminta itu sedia ada di zon yang diminta. Kalau tidak ada, kena tunggu lama sikit. Dia bukan kita bina semua kelima, enam jenis rumah itu serentak di semua daerah. Dia mengikut daerah dan mengikut kesediadaan rumah yang jenis itu. Kalau misal kata pemaju kena sediakan unit pematuhan harga RM42,000 di SPU, tetapi masa dia belum sampai untuk disediakan, kena tunggu sehingga masa dia untuk mematuhi unit-unit pematuhan dibina dulu, baru kita boleh ditawarkan. Kalau dah kemaskini dan unit itu ada, dalam tempoh tiga hingga enam bulan, pasti akan ditawarkan. Sekian, terima kasih.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

So, maksudnya tiga hingga enam bulan tu adalah proses lah. Proses. Terima kasih. Proses pun ok. Cuma, saya nak tarik perhatian satu lagi lah. Sebab memanglah proses tiga hingga enam bulan baik, tapi menunggu ni subject to availability lah. Okey. Saya apa yang telah saya cakap kelmarin ni sangat penting. Sebab di kawasan-kawasan yang baru kita offer kat orang rumah A ni, tiba-tiba ada 30, 40 biji tak diduduki. Walaupun Lembaga Perumahan tidak ada kawalan apa akan jadi pada rumah selepas kita jual, tapi dia membawa imej yang tak baik dekat Kerajaan Negeri. Orang semua nak rumah, tunggu empat, lima tahun, tiba-tiba tengok rumah ada, lalang penuh. Jadi kita kena fikir satu kaedah how to overcome this dengan izin lah. Sebab imej Kerajaan Negeri jadi buruk sebab orang tengok apa ni? Bagaimana kita kawal harga rumah? Bagaimana kita ni rumah orang nak tapi rumah ada, orang tak, orang... Sebab saya takut ada sindiket atau sesiapa yang bagi duit kepada orang tertentu, you beli atas nama you, dan sampai masa jual. Ini bukan 1,2 rumah, 10, 20, 30 rumah. Dan satu lagi, rumah memang banyak. Rumah mampu milik.

Memang banyak. Di Setia Fontaines tak boleh jual ribu-ribu. Pasal apa? Sebab harga mahal. Tu lainlah tu. Itu next lah. Terima kasih.

Terima kasih. Tak ada sindiket dilantik oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Kita tak lantik sindiket ke ejen. Dia macam ni. Bila seseorang itu mendaftar, kita kemaskini untuk tengok dia layak beli ke tidak. Ini adalah berdasarkan pendapatan dia. Misal kata kalau pemohon itu nak beli rumah RM42,000, gajinya tidak boleh melebihi RM2,500. Kalau gaji dia melebihi RM2,500, dia automatik tolak, tidak ditawarkan unit yang sedemikian. Dan pemohon itu kena tukar dia punya kategori kepada B, di mana gajinya tidak melebihi RM3,500. So dia kena buat pendaftaran sedemikian. So berdasarkan konsep itu, berdasarkan syarat itu, kita tawarkan unit kepada rakyat yang memang layak untuk dapat unit itu. Kalau unit itu masih kosong dan belum diduduki, mesti ada masalah peribadi masing-masing. Kemungkinan dia belum habis tempoh sekolah sebelum dia pindah ataupun mungkin ada apa-apa sebab peribadi. Tapi unit itu memang diberi kepada yang layak sahaja. Dan pemilihan ini adalah di bawah pejabat saya yang saya sendiri pengerusikan Jawatankuasa HOPE dan pemilihan itu dibuat saya dengan rombongan saya di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Elemen-elemen sindiket tu takkan wujudlah di sana. Memang kita tapis habis-habisan sebelum kita tawarkan unit ini kepada perseorangan. Saya rasa kemungkinan dia orang ada hal peribadi yang dia belum sampai masa nak pindah sahaja. Bukan nak investment, memang tak boleh buat investment. Kalau nak cerita investment, rumah RM42,000 tu, bank pun tak nak pinjam. Macam mana nak buat investment? Kami pun bukan tawarkan untuk jual secara cash. Kalau dia layak bayar RM42,000, dia bukan miskin lagi, dia kaya. So memang elemen investment bagi rumah-rumah kategori A dan B, saya rasa memang tidak ada, YB. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi Bagan Lalang... (gangguan)

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Bagi owner la... (gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Tanya sekali la tadi.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Saya nak ucapkan terima kasih kepada EXCO dan juga Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang kerana telah mencepatkan tempoh menunggu untuk pemilikan Rumah MutiaraKu type A dan B. Tapi soalan saya, kita tahu masih ada lagi pemaju yang telah disyaratkan dan juga rumah pematuhan khususnya rumah Mutiara Type A dan B, tapi masih belum dibina dan mereka ada alasan mereka dan juga infra-infra. Ada pemaju-pemaju yang membina rumah selain dari rumah MutiaraKu A dan B tetapi meminta tempoh masa untuk membina rumah MutiaraKu A dan B. Apakah tindakan yang sedang diambil dan bagaimana kita boleh mencepatkan proses itu supaya rakyat Pulau Pinang dapat memiliki rumah MutiaraKu Type A dan B dengan lebih cepat? Terima kasih.

Terima kasih Bagan Dalam. Memang isu ini dalam penelitian dengan EXCO, PBT. Memang ada beberapa projek di mana unit pematuhan ditangguh untuk dibina. Kemungkinan ada projek-projek yang ada isu kekangan yang kita terpaksa bantu supaya dia boleh siapkan rumah-rumah yang sudah dijual dahulu. Kemudian dia akan letak digit dengan kita sebagai satu komitmen yang dia akan binakan rumah kos rendah itu. Memang ada beberapa kes sedemikian. Saya pun sudah ada beberapa mesyuarat dengan EXCO Perumahan dan sekarang kita menyenaraikan pemaju-pemaju yang masih hutang kita unit itu dan kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Saya minta boleh bagi saya peluang sikitlah saya pun jadi EXCO baru 27 bulan saja. Dalam 27 bulan ini banyak perubahan saya sudah bawa tapi saya perlu masa untuk berperingkat-peringkat mengatasi masalah ini. Saya yakin dalam penggal saya ini boleh mengatasi semua hutang-hutang itu. Sekian terima kasih. Apa itu?

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

CM kata lagi lima tahun.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Terima kasih. Sudah penuh tiga soalan tambahan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Last last sikit ini soalan bonus.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bonus.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Saya nak quote balik, nak quote balik. Saya appreciate LPN lah. To me they do the best lah. Cuma saya nak bagi tahu Yang Berhormat EXCO dan semua sini, kawasan tu yang saya sebut tadi banyak rumah kosong tu, yang banyak lalang tu, yang mencemarkan imej negeri tu, disewa dengan harga RM800, RM900. Rumah RMK A ni. Kawasan tu disewa dengan RM800. Di okey, di Lake View, okey, kita cakap banyak tempat tapi I bagi one contohlah. I cakap ada fakta. Nak tengok? Ada ada ada nanti cari. Okey, so saya sebab ini mencemarkan imej kat negeri. Orang tengok negeri macam tak tahu handle. Orang duk tunggu 5, 6 tahun tiba-tiba rumah banyak dan saya tak kata sindiket. Saya tak sebut. Saya kata ada orang lain yang guna untuk tertentu. You apply, you ambil sikit. Saya bimbang ini berlaku. Tidak takkan berlaku sampai banyak kosong tu. Sorry. Thank you.

Okey, yang itu YB Pinang Tunggal tak payah risaulah kerana kita ada moratorium period di mana rumah-rumah yang sedemikian tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun. So, kalau nak investment RM42,000 dan tunggu 10 tahun untuk cari untung, saya sendiri pun tak akan invest lah. So saya rasa Pinang Tunggal tak payah risau itu. Untuk rumah-rumah yang rumput rampai terlalu tinggi tu, kami sebagai kerajaan cuma bertanggungjawab untuk sediakan rumah. Pemilik rumah kena ambil tanggungjawab untuk jaga hartanah dialah. Kalau terlalu jadi satu masalah yang besar, penduduk-penduduk sana boleh buat laporan kepada PBT untuk ambil tindakan yang selanjutnya. Itu saja yang kita boleh buat.

Sekian terima kasih. Saya tahu Pinang Tunggal sayang saya. Saya masih buka untuk soalan kalau nak, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Berapit sila.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan saya soalan 38.

No.38 Nyatakan perkembangan kempen “Stop the Bully” yang dilancarkan pada

tahun 2017.

(a) Jika kempen tersebut telah dihentikan, apakah inisiatif baharu yang

diperkenalkan bagi menangani kes buli yang semakin serius di

sekolah?

(b) Sertakan maklumat terperinci termasuk jumlah perbelanjaan yang telah

digunakan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan kepada yang bertanya daripada Yang Berhormat Kawasan Berapit. Ini berkaitan dengan kempen Stop The Bully yang dilancarkan pada tahun 2017. Soalannya yang disoalkan oleh Berapit, jika kempen tersebut telah dihentikan, apakah inisiatif baharu yang diperkenalkan bagi menangani kes buli yang semakin serius di sekolah? Sertakan maklumat terperinci termasuk jumlah perbelanjaan yang telah digunakan.

Menurut rekod pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang maklumat rasmi berkaitan kempen Stop The Bully yang dilancarkan pada tahun 2017. Termasuk maklumat pihak pelaksana, perkembangan pelaksanaan mahupun jumlah perbelanjaan yang telah digunakan bagi program tersebut.

Antara inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani kes buli yang semakin serius di sekolah, adalah dengan penganjuran program Penang Goes Orange (PGO) yang dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan agensi-agensi yang berkaitan dengan tema Hentikan Buli, Saya Prihatin dan Kindness For Wellness, Stop Bullying Tahun 2023.

Objektif program ini adalah seperti berikut, meningkatkan kesedaran tentang isu buli fizikal dan siber, menggalakkan sikap prihatin dan menolak keganasan dan membentuk masyarakat Pulau Pinang yang selamat dan harmoni. Di samping itu, dalam menangani isu buli yang semakin membimbangkan di institusi pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan beberapa inisiatif di bawah pelan tindakan semasa antaranya Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 12 Tahun 2023 bertajuk Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang memperincikan prosedur pencegahan, intervensi, siasatan dan tindakan tatatertib terhadap kes buli di sekolah.

Yang kedua, Program Terjah Asrama yang dilaksanakan sebagai langkah pemantauan berterusan dengan kerjasama KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Polis Diraja Malaysia melalui lawatan mengejut (spot check) bagi menilai tahap keselamatan, disiplin dan pematuhan SOP di asrama dan program kesedaran dan pendidikan anti buli melalui penganjuran ceramah, bengkel dan kempen sahsiah di peringkat sekolah dengan penglibatan agensi luar seperti PDRM, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan bagi membentuk budaya sekolah yang selamat dan beretika. Jumlah perbelanjaan bagi pelaksanaan program-program Penang Goes Orange (PGO) bertemakan tema Hentikan Buli, Saya Prihatin dan Kindness For Wellness, Stop Bullying berjumlah RM164,281.25.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung. Akan tetapi soalan saya ditanya berkaitan dengan kempen Stop The Bully mempunyai kenyataan akhbar yang telah disiarkan pada 2018, Januari, Januari 4 di surat khabar Cina dan juga ada English. Ini merupakan biar saya ulang sedikit kandungan dalam berita tersebut. Masa itu EXCO Wanita

dan Kebajikan ketika itu, Yang Berhormat Chong Eng sendiri bersama dengan PDRM mengadakan sidang akhbar. Dan masa itu PDRM juga mengatakan bahawa PDRM di Pulau Pinang telah memfokuskan 37 buah sekolah sebagai hotspot jenayah yang berkaitan mungkin ada kes jenayah tinggi sekolah di Pulau Pinang dan pihak polis mereka akan, anak angkatkan sekolah tersebut dan adakan rondaan 2 kali 1 bulan.

Semasa itu, Yang Berhormat Padang Lalang ketika itu YB EXCO juga katakan program tersebut merupakan program kerjasama yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Kebajikan Negeri dan juga kerjasama dari PDRM. Dan masa itu satu Q&A telah diedarkan daripada Jabatan Kebajikan Negeri selepas 2017 Julai 21 disebabkan Kerajaan Negeri telah mengadakan Roundtable Discussion Stop The Bully. Pihak yang berkaitan yang terlibat dalam discussion itu termasuk PDRM, Kebajikan Negeri, PBT Kerajaan Tempatan, pihak daripada kesihatan dan juga NGO.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, baik soalan.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Ya. Jadi saya nak tanya, saya tidak dapat jawapan yang saya inginlah dan saya ingin tanya macam mana dengan respon daripada kempen Stop The Bully? Selepas dilancarkan, kita tak ada walaupun questionnaire telah diedarkan kepada sekolah, tapi sampai sekarang saya tidak dapat mendapat jawapan melalui online. Apakah result, result daripada questionnaire itu? Dan kempen itu seolah-olahnya telah berhenti tanpa announcement. Jadi saya minta jawapan daripada kempen tersebut. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik, saya ingat lari daripada soalan dan juga jawapan daripada Jabatan. Sebab bila kes yang berkaitan dengan Stop The Bully ini, dia bermaksud kaitan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Sebab itulah respons daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sebut di sini bahawa tidak mempunyai sebarang maklumat. Daripada Berapit tadi kita kenal pasti bahawa itu berkaitan dengan Jabatan Kebajikan dan EXCO Wanita dan Kebajikan pada masa itu. Walau bagaimanapun program-program untuk Stop The Bully ini

telah dilaksanakan walaupun itu tahun 2018 dan dilancarkan sekali lagi pada tahun 2023. So banyak program-program yang diadakan di peringkat negeri oleh JPN, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Saya boleh serahkan kepada YB selepas secara bertulis selepas sesi.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Yang Berhormat Batu Lancang. Saya memang faham. Sorry, bukan Batu Lancang tapi Batu Maung, Batu Maung. Saya memang faham, saya memang faham kalau ada kesilapan dan silap faham itu disebabkan Stop Bully mereka fikir tentang pendidikan. Tetapi di sini saya nak minta Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebagai seorang backbencher adalah sukar untuk saya setiap soalan tulis kepada tuju kepada bahagian mana. Jadi saya rasa ini program Kerajaan Negeri. Saya harap kita patutnya ada satu jawapan yang lengkap daripada di Sidang Dewan dan saya juga mengharapkan soalan yang saya tujukan saya boleh dapat jawapan yang penuh. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya, sebab dia bila soalan ni berkaitan dengan pendidikan, sekolah, sebab soalan ni memang spesifik menangani kes buli yang semakin serius di sekolah. Maka Sekretariat akan tujukan soalan ini kepada EXCO yang berkaitan iaitu EXCO Pendidikan. Sebab itulah jawapan tu respons daripada Jabatan dan agensi yang berkaitan iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Diharapkan daripada Yang Berhormat untuk spesifik, sebagaimana ulasan tadi sebut Jabatan Kebajikan, sebut Jabatan Kebajikan. Sebut tentang EXCO Wanita dan Kebajikan supaya ia senang untuk ditujukan berdasarkan kepada soalan yang nak disampaikan.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Ya, ya, terima kasih Yang Berhormat. Tetapi saya sudah sebut kempen nama kempen tersebut adalah spesifikasi. Jangan kata sekolah lah atau hospital lah, tetapi itu merupakan program Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Untuk bab ini, jadikan dia satu kes untuk kita semua. Kadang-kadang soalan seperti begini saya pada peringkat awal nak tolak. Ya, sebab dia sangkut dengan Kementerian. Namun kadang-kadang saya lihat ada soalannya boleh juga kita minta Jabatan Pendidikan untuk bantu memberikan jawapan. Itu bukan masalah cumanya soalan itu kena jelas lah. Banyak soalan yang saya tolak atas juga tak begitu jelas, maka saya akan tolak lah. So, menjadikan kalau timbulnya masalah sedemikian mungkin saya akan memperketatkan lagilah lah bila waktu saya buat semakan. Jangan nanti pula saya dipersalahkan. Tapi kalau boleh kalau nanti EXCO dalam penggulungan bolehlah bantu dalam isu ini dan seterusnya saya nak mohon soalan yang seterusnya 39. Sila.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke-39.

No.39 Selaras dengan Pelan Tindakan Penuaan Aktif dan inisiatif bandar mesra

usia, Pulau Pinang khususnya sebelah Pulau dijangka mencapai status

Bandar Mesra Usia pada 2025. Apakah kemajuan terkini dalam usaha

untuk mencapai status ini?

(a) Apakah bidang penambahbaikan (gaps) yang telah dikenal pasti hasil

daripada libat urus bersama pihak berkepentingan?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Seri Delima atas soalan lisan yang dikemukakan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus mencatat kemajuan ke arah mencapai status negeri mesra usia menjelang tahun 2030 melalui pelaksanaan Inisiatif Bandar Mesra Usia, Age-Friendly City Initiative (dengan izin) di bawah panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjadi ahli Global Network for Age-Friendly Cities and Communities (GNAFCC) (dengan izin) sejak 28 Julai 2023 dan kini berada di penghujung Fasa 1, pemantauan dan penilaian dan akan memasuki Fasa ke-2

selepas menerima laporan jurang iaitu gap report daripada Malaysia Healthy Ageing Society (MHAS).

Jadi, melihat kejayaan pelaksanaan di ini di kawasan pulau, Kerajaan Negeri kini memperluas inisiatif ini ke Seberang Perai melalui perancangan Pelan Tindakan Strategik (Age-Friendly City) Seberang Perai iaitu AFCSP Seberang Perai oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai. Pelan ini dijangka bermula pada tahun 2026 menjadikan Pulau Pinang bukan sahaja sebuah Bandar Mesra Usia, tetapi sebuah negeri mesra usia secara menyeluruh.

Bidang penambahbaikan yang telah dikenal pasti hasil sesi libat urus bersama pihak berkepentingan pada 23 Ogos 2025 merangkumi beberapa aspek utama di bawah lapan (8) domain Bandar Mesra Usia Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jadi, antara bidang penambahbaikan yang ketara ialah dari segi pengangkutan awam, di mana telah dikenal pasti kekurangan akses kepada perkhidmatan yang mesra warga emas khususnya ke Hospital Pulau Pinang. Bagi mengatasi isu ini, MBPP telah meluluskan pelaksanaan perkhidmatan bas percuma Central Area Transit (CAT) bermula 1 Januari 2026 dengan peruntukan sebanyak RM1.7 juta setahun. Laluan bas ini akan meliputi perjalanan sejauh lapan (8) kilometer dari KOMTAR ke Hospital Pulau Pinang.

Dari sudut sokongan sosial dan komuniti, warga emas telah menyuarakan keperluan untuk lebih banyak aktiviti sosial serta jaringan komuniti bagi mengatasi masalah pengasingan sosial dan kesihatan mental. Sebagai respon, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan Program Sukarelawan Mutiara sebagai satu inisiatif sokongan sosial kepada warga emas, OKU dan keluarga berpendapatan rendah.

Melalui program ini, sukarelawan menjalankan lawatan berkala dan aktiviti komuniti bersama Ahli Parlimen, ADUN, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta NGO seperti Tzu-Chi Society bagi memastikan warga emas terus mendapat perhatian dan sokongan sosial yang berterusan. Selain itu, JKM turut menyediakan khidmat kaunseling dan sokongan psikososial kepada warga emas yang memerlukan bantuan emosi dan bimbingan terutamanya bagi mereka yang tinggal bersendirian atau berdepan masalah kesihatan mental.

Kerajaan Negeri juga telah melancarkan Kempen Warga Emas Celik dengan kerjasama JKM yang menumpukan kepada lima (5) komponen utama pembangunan warga emas iaitu Celik Sosial, Celik Digital, Celik Kewangan, Celik Hak Bersuara dan Celik Penuaan Aktif. Inisiatif ini bertujuan memperkasa warga emas agar kekal berdaya saing, berpengetahuan dan berperanan aktif dalam masyarakat selaras dengan prinsip penuaan aktif dan inklusif yang menjadi asas kepada pembangunan Bandar Mesra Usia Pulau Pinang.

Dari aspek penyertaan warga emas dalam tenaga kerja, Kerajaan Negeri dan MBPP telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan warga emas kekal aktif dan produktif. Melalui Senior Citizens Empowerment Programme, MBPP memberi peluang kepada pesara seperti guru, jurutera dan pegawai pentadbiran untuk kembali berkhidmat. Sejak program ini dilancarkan pada Julai 2025 seramai lapan (8) orang warga emas telah diambil bekerja semula di MBPP, sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan ekonomi serta mengiktiraf pengalaman mereka sebagai aset komuniti.

Selain itu, Program Pembersihan Tandas Awam di bawah bidang kuasa MBPP turut melibatkan penyertaan warga emas dalam pelaksanaannya. Jadi, sebanyak lapan (8) tandas awam di sekitar Pulau Pinang telah dikenal pasti untuk diselenggara. Di mana tenaga kerja terdiri daripada warga emas yang dilatih dan dibayar elaun bulanan bagi memastikan kebersihan fasiliti awam sentiasa terjamin. Melengkapi usaha tersebut, Kontrak Perkhidmatan Komuniti turut dianugerahkan kepada penduduk di kawasan perumahan awam bagi tujuan pembersihan dan keselamatan dengan syarat sekurang-kurangnya 75% peluang pekerjaan dalam bidang tersebut diberikan kepada warga emas.

Di samping itu, Projek Pertanian Bandar di Lebuhraya Rose turut digerakkan sebagai model ekonomi komuniti mesra usia di mana warga emas bertanggungjawab mengurus, memantau dan mengusahakan kebun tersebut. Terima kasih.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang atas jawapan yang begitu menyeluruh. Hanya soalan tambahan saya adalah, apakah pendekatan dan juga langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan penuaan

aktif serta penyertaan warga emas dalam program komuniti dan kesukarelawanan berbanding melihat proses penuaan hanya daripada sudut bantuan kebajikan semata-mata.

Dan soalan kedua saya adalah bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri memastikan kelestarian program-program yang dilaksanakan ini tidak menjadi program yang bersifat sekali sahaja serta mampu menarik lebih ramai warga emas untuk terus mengambil bahagian secara aktif dalam komuniti. Itu sahaja.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Seri Delima. Seri Delima selalu prihatin atas isu warga emas. Jadi buat masa ini, seperti yang saya katakan tadi iaitu Kempen Warga Emas Celik merupakan satu-satunya program fokus yang dilaksanakan di bawah portfolio MMK saya dengan kerjasama rapat JKM. Kempen ini bukan sekadar menyalurkan bantuan kewangan tetapi mengangkat peranan PAWE sebagai peneraju utama dalam usaha memperkasa warga emas. PAWE iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas. Jadi kempen ini merangkumi pelbagai komponen yang menekankan pembangunan kapasiti, pengupayaan diri, literasi pelbagai bidang serta peningkatan kesejahteraan holistik sebagai elemen penting dalam menghadapi cabaran populasi menua di negeri ini. Penembak, pendekatan ini menegaskan bahawa kesejahteraan warga emas memerlukan lebih daripada sekadar bantuan material. Ia memerlukan peluang untuk terus aktif, berilmu dan terlibat dalam komuniti. Jadi, Kerajaan Negeri melihat usaha ini sebagai inisiatif jangka panjang dalam mempersiapkan negeri menghadapi realiti penuaan penduduk.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga melibatkan golongan warga emas dalam sambutan Hari Warga Emas peringkat negeri yang diadakan setiap tahun sebagai satu bentuk penghargaan, kesedaran dan sokongan moral kepada mereka selaras dengan komitmen kita untuk membina sebuah negeri yang inklusif dan mesra usia. Sejajar dengan Agenda Penang2030 untuk meningkatkan penyertaan warga emas dalam aspek kesukarelawan, Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk meluaskan Program Sukarelawan Mutiara di PAWE. Program Sukarelawan Mutiara di PAWE bagi memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan warga emas serta memperluaskan jaringan sosial mereka terutamanya melalui aktiviti seperti tanya khabarlah, tanya khabar rakan sebaya sekaligus menyokong kesejahteraan mental dan sosial mereka.

Berkenaan dengan soalan berkenaan kelestarian program-program, Kerajaan Negeri melalui Pejabat MMK Pembangunan Sosial sentiasa memastikan program warga emas dilaksanakan secara berterusan dan tidak bersifat sekali sahaja melalui beberapa pendekatan strategik.

Pertama, iaitu Pejabat MMK terus bekerjasama dengan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) melalui JKM dengan menghubungkan PAWE dengan pelbagai kepada pelbagai agensi Kerajaan, pihak swasta dan rakan strategik lain. Kerjasama ini bertujuan memastikan program yang dianjurkan selaras dengan Kempen Warga Emas Celik serta menerima sokongan yang berterusan.

Yang kedua, setiap PAWE menerima peruntukan tahunan sebanyak RM50,000 daripada pihak Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi penganjuran program. Dan namun, pada tahun ini sempena Bulan Warga Emas tahun, Kerajaan Negeri melalui MMK Pembangunan Sosial turut menyediakan peruntukan kewangan RM2,000.00 kepada setiap PAWE di Pulau Pinang untuk melaksanakan program berkaitan Warga Emas Celik dan inisiatif tersebut mendapat sambutan baik daripada sembilan (9) buah PAWE yang telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Peruntukan khas ini turut dalam pertimbangan untuk diteruskan pada tahun hadapan bagi menggalakkan kesinambungan program dan memastikan PAWE kekal aktif.

Kerajaan Negeri juga, telah merancang penganjuran Jelajah PAWE sebagai usaha untuk meningkatkan keterlibatan secara berkala di lapangan. Jelajah ini turut membolehkan Kerajaan Negeri memahami dengan lebih dekat keperluan, minat dan cabaran warga emas di setiap komuniti, sekaligus. Ada sikit, sikit ja lagi. Jadi membolehkanlah supaya, supaya mereka warga emas dapat akses kepada pelbagai sumber melalui jaringan rakan kerjasama. Jadi banyak lagi lah kalau I think I gulung lah maybe later.

Yang di-Pertua (Speaker)

Oh, soalan tambahan pun ada begitu banyak.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Sebab saya sudah ada dalam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Oh, you sudah ramalkan soalan tambahan ini ya.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Bukan, dia.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, okey. Ini I nak dengar soalan satu lagilah. Permatang Pasir, sila. Terima kasih Sungai Pinang.

Dato’ Seri Speaker, soalan saya nombor 40.

No.40 Sejauh mana Kerajaan Negeri berhasrat untuk kerja-kerja pembersihan parit dan tali air diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi meningkatkan kualiti kerja berbanding sedia ada?

(a) Bilakah projek rintis akan dimulakan serta lokasi sasaran?

40.

Yang di-Pertua (Speaker)

40.

40.

Yang di-Pertua (Speaker)

(gangguan) Eh, betul lah. Sila. (gangguan)

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Permatang Pasir. Dato’ Seri Yang di-Pertua, yang ini saya jawab soalan yang saya tak gulung eh. (kurang jelas). Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Pengairan dan Saliran melaksanakan semua kerja-kerja perolehan berdasarkan tata cara dan peraturan perolehan semasa yang berkuat kuasa. Sehubungan dengan itu, mana-mana kontraktor atau Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang memenuhi keperluan dan syarat perolehan adalah layak untuk menyertai tawaran kerja di bawah JPS. Bagi kerja-kerja pembersihan parit dan tali air, perolehan dilaksanakan berdasarkan pekeliling dan garis panduan Kementerian Kewangan Malaysia di mana proses tawaran dibuat secara terbuka dan telus.

Setiap syarikat atau pertubuhan yang menepati syarat kelayakan boleh mengemukakan tawaran untuk dipertimbangkan. Dalam masa yang sama, Lembaga Kemajuan Pertanian atau MADA akan menambah baik spesifikasi teknikal dan keperluan kerja pembersihan bagi memastikan mutu pelaksanaan kerja adalah berkualiti, menyeluruh dan memberi kesan positif kepada keberkesanan sistem saliran di kawasan pertanian.

Tiada projek rintis yang dicadangkan untuk dilaksanakan di bawah pelaksanaan kerja-kerja pembersihan parit dan tali air melalui PPK. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui JPS akan mempertimbangkan pelaksanaan projek rintis pada masa akan datang setelah penilaian menyeluruh terhadap keberkesanan dan keupayaan pelaksanaan tempatan seperti PPK yang dibuat. Itu sahaja. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi soalan tambahan. Bagi.

Itu ja. Apa ini, apa soalan ini berpunca daripada dulu ini memang PPK yang buat. Dan PPK ini dia buat PPN ke PPK ke unit kawasan. Dan mereka sendiri yang mengusahakan sawah itu. Dan orang yang cuci pun orang itu juga. Dari dulu dia dicuci keseluruhan atas dan bawah kan. Sekarang ini disebabkan oleh, oleh apa kontraktor, dia cuma cuci bahagian atas sahaja dan tidak bahagian dalam. Dan soalan dia, adakah apa spec ini telah ditukar. Cuma cuci di luar saja, tidak di bahagian dalam. Yang keduanya soalan dia, adakah apa-apa, apa-apa komplain daripada petani berkenaan dengan cuci. Adakah memuaskan cuci itu.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Parit ke air.

Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Permatang Pasir. Sebenarnya projek ini kalau kita ikut sejarah dulu memang kita ada rekod yang kita beri kepada PPK. Kemudian kita juga perlu melihat daripada sudut pandang kontraktor-kontraktor yang terlalu ramai. Dan dia bukan menyelesaikan masalah kerana kontraktor terlalu ramai, kalau semua bagi kat PPK, maka akan jadi satu masalah kepada pihak kontraktor yang lain. Dan kalau kita tengok pengurusan dari segi pengairan, dari segi pengorekan, cuci cuci jalan ladang dan sebagainya. Kebanyakan yang dibuat walaupun diberi kepada PPK, banyak juga di sub kepada kontraktor-kontraktor dan anak-anak, anak watan ataupun komuniti-komuniti setempat. Begitulah yang berlaku hari ini, dan kita mungkin akan melihat dari segi keberkesanan dan penilaian yang seterusnya. Pada masa yang sedia ada, laporan yang kita dapat memanglah agak lebih telus bila kontraktor-kontraktor terlalu ramai. Kita ada 1,700 kontraktor kalau kan ni ikut G1 di Pulau Pinang. Jadi PPK ni ada dalam dalam beberapa bilangan saja. Jadi ruang yang kita buka ni bila penilaian secara tender dan cabut undi dan sebagainya, ini lebih keterbukaan dan lebih telus dan Insya-Allah untuk apa yang dihajatkan oleh YB Permatang Pasir, kita akan bincang bersama pihak JPS untuk penilaian seterusnya. Okey, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk sesi soalan lisan pun telah tamat selaras dengan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dato’ Seri Yang Dipertua Dewan. Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja-meja ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi. Dan saya juga memohon selaras dengan Peraturan 6A (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri supaya masa bersidangan hari ini, 19 November, hari Rabu dilanjutkan sehingga jam 6:30 petang. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun kemukakan usul di bawah Peraturan 6A (1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 19 November 2025, hari Rabu dilanjutkan sehingga jam 6:30 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang setuju katakan setuju. (Setuju) Setuju ya? Yang tidak setuju katakan tidak. Usul dipersetujui. Terima kasih. Okey, sebelum kita masuk ke agenda seterusnya, ada Yang Berhormat kata Speaker tak pernah berpantun. Saya kata tak berapa pandailah. I try lah. I try hari ini. Teluk Ayer Tawar dengar baik-baik ya. “Awal pagi makan roti Gardenia, (ketawa) yalah Umi Sheika bagi roti Gardenia. Masuk Dewan tunggu ucapan penggulungan, Yang Berhormat EXCO mohon siap sedia, jawapan sudah bagi jangan berulang”. Saya minta apa nama, Pantai Jerejak, buka tirai. Yang sudah bagi tolong ya.

Penggulungan Rang Undang - Undang Perbekalan Tahun 2026 Dan Usul Anggaran Pembangunan TahunBill

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Bismillahirrahmanirrahim. Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua jabatan, para media, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Penang2030 dan salam Malaysia MADANI.

Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana berjaya membentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan 2026 yang telah diadakan pada Jumaat yang lepas. Pada kesempatan ini, saya juga turut menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan, wacana kritis, gagasan bernas dan pandangan progresif yang dizahirkan jelas membuktikan bahawa dewan ini terus subur sebagai medan demokrasi, intelektual dan kebertanggungjawab kepada rakyat.

Dato’ Seri Speaker, Kerajaan Negeri ingin menzahirkan penghargaan yang mendalam kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan dua cadangan wishlist projek di bawah MMK Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan juga Pembangunan Koperasi.

Yang pertama, iaitu kajian kemungkinan pembangunan Pelabuhan Tuna di Negeri Pulau Pinang ke arah keterjaminan makanan dalam negara, dan yang kedua, pemerkasaan Pasar Nelayan Pulau Pinang. Kelulusan ini membuktikan bahawa agenda agromakanan bagi Negeri Pulau Pinang bukan sekadar disokong, tetapi diangkat sebagai nadi strategi keselamatan makanan negara. Dalam nafas yang sama, saya ingin turut merakamkan setinggi-tinggi aspirasi kepada semua agensi dan juga jabatan di Negeri Pulau Pinang, atas komitmen luar biasa kerana berjaya menjalankan Program Hari Peladang, Penternak dan juga Nelayan peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di MARDI, Seberang Perai pada 25 sehingga 27 Julai. Lebih membanggakan bahawa Pulau Pinang telah meraih tempat yang kedua bagi kategori reruai terbaik antara semua Kerajaan Negeri sempena Hari Peladang, Penternak, Nelayan di Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Kota Kinabalu, 1 hingga 3 Ogos 2025. Ini merupakan satu kejayaan bagi mengangkat martabat sektor agro makanan negeri di persada nasional. Dan ianya membuktikan bahawa

kecemerlangan ini bukan kebetulan, tapi hasil iltizam dan juga gerak kerja kolektif seluruh jentera negeri.

Dato’ Seri Speaker, lanjutan daripada aspirasi keterjaminan makanan nasional, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan bahawa kita berada dalam tahap sara diri yang tinggi. Dalam memastikan bekalan makanan sentiasa stabil, tidak rapuh, tidak terdedah kepada goncangan cuaca ekonomi mahupun tekanan rantaian global. Sehubungan itu, sekali lagi Kerajaan Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi aspirasi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kerana telah menganjurkan program keterjaminan makanan di mana mengoptimumkan penggunaan tanah. Satu program yang telah dilaksanakan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, yang diperkenalkan sebelum-sebelum ini tidak ada, dengan sebanyak RM300 juta diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama KPKM dan juga Kerajaan Negeri. Alhamdulillah, tahun 2025, Kerajaan Negeri telah memperoleh sebanyak RM5.35 juta yang menunjukkan peningkatan ketara berbanding RM1.35 juta bagi tahun 2024. Ini bukti keyakinan Persekutuan terhadap keupayaan Negeri Pulau Pinang dalam mengemudi agenda agromakanan negara.

Program-program yang telah diluluskan pada tahun 2025, saya perlu sebut dan saya perlu wacana dalam dewan ini. Antaranya adalah:

Pertama, Program Solusi Penggalak Fotosintesis untuk pesawah padi Negeri Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM1.622 juta. Projek ini telah dijalankan pada tahun ini dengan hasil padi meningkat sebanyak 30% daripada 4 ke 5 tan metrik per hektar kepada 6 dan juga 7 tan per hektar. Ia menunjukkan pulangan tambahan sebanyak 1,500 per hektar dan juga kos aplikasinya hanya RM320 per hektar. Alhamdulillah, petani-petani misalnya di Sungai Acheh, Nibong Tebal dan juga di Bukit Inderamuda, Permatang Pauh telah menerima manfaat selain daripada daerah-daerah yang lain.

Yang kedua, bantuan khas Brac and Protect 2 kepada penternak ikan sangkar di Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM350,000. Dengan sebanyak 1,200-unit BP2 diagihkan kepada 40 penternak di empat lokasi antaranya di Batu Maung, Pulau Aman, Pulau Jerejak dan juga Sungai Udang. Teknologi ini berjaya mengawal ancaman lintah marin dan juga mengurangkan kerugian penternak.

Yang ketiga, Program Pelepasan Benih Ikan, Udang ke Pengairan Darat dan juga Kerang ke Pengairan Laut Negeri Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM880,000. Dengan setakat ini sebanyak 281,114 benih ikan dan juga udang serta 15,505 kg benih kerang telah dilepaskan di pengairan laut, manakala sebanyak RM1.24 juta benih ikan dan juga udang dilepaskan di pengairan darat. Ianya telah bertindak menyuburkan stok sumber makanan marin negeri.

Yang keempat, Projek Pertanian Pintar bagi tanaman padi di kawasan jelapang padi Negeri Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM498,000. Dengan sistem amaran bersepadu, kawalan benih perang, pemantauan paras air serta mekanisasi ladang secara automatik.

Yang kelima, Bantuan Kejenteraan Pertanian bagi memenuhi keperluan kejenteraan pertanian dan juga mekanisasi ladang untuk keterjaminan makanan bagi Negeri Pulau Pinang sebanyak RM500,000. Dengan dua biji traktor dan juga satu mini combine harvester bagi meningkatkan keupayaan pesawah.

Yang keenam, pemberian insentif mekanisasi automasi pertanian kepada sembilan Koperasi Tani dengan sebanyak RM500,000. Dengan 674 ahli persatuan koperasi telah menerima manfaat ini.

Dan yang ketujuh, pemberian insentif bagi projek industri asas tani kepada pengusaha makanan sediaan di rumah dengan izin home-based food dengan peruntukan sebanyak RM1 juta. Bantuan seperti peralatan, latihan, suntikan Tifoid, program jualan dan juga peningkatan kualiti produk sebanyak 5,000 sehingga 8,000 setiap peserta. Pendapatan akan meningkat, keselamatan makanan bertambah baik, pembungkusan lebih profesional dan juga kapasiti pengeluaran melonjak untuk menembusi pasaran antara manfaat yang diperoleh dari program ini. Setakat ini kita bersyukur program-program yang telah disebut tadi sedang giat dipelaksanakan di lapangan dan Kerajaan Negeri mendahagakan lagi peruntukan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2026 dengan menggunakan ataupun pendekatan aplikasi teknologi untuk memastikan bahawa bekalan kita lebih terjamin.

Dato’ Speaker, Dato’ Seri Speaker, sektor pertanian sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir bahawa meskipun Pulau Pinang terus gah sebagai negeri perindustrian dan juga pelancongan, sektor pertanian tetap kekal sebagai nadi keterjaminan makanan negeri dan juga penyumbang ampuh kepada ekonomi negara. Tamsilnya, penanaman padi menjadi sendi rezeki utama bagi petani di Kepala Batas, penternak ikan sangkar di Sungai Udang telah menembusi pasaran antarabangsa misalnya di Thailand, China dan juga Eropah. Dan juga, manakala buah-buahan, sayur-sayuran termasuklah durian Pulau Pinang terus berdiri sebagai jenama premium di pasaran domestik dan juga global. Lebih-lebih lagi, berdasarkan perangkaan rasmi, sektor pertanian menyumbang 2.2% kepada pertanian Malaysia dan 1.9% kepada ekonomi Negeri Pulau Pinang dengan nilai tambah sebanyak RM2.2 bilion daripada keseluruhan ekonomi negeri yang berjumlah sebanyak RM116 bilion. Daripada subsektor, perikanan menyumbang 40%, tanaman 33% dan ternakan sebanyak 27%. Manakala akuakultur menyumbang sebanyak RM709 juta dengan 31% daripada keseluruhannya.

Jelas bahawa sektor pertanian Pulau Pinang bukan sekadar pelengkap ekonomi, tetapi tonggak kelangsungan luar bandar dan sumber kehidupan puluhan ribu keluarga petani, penternak dan juga nelayan. Seiring dengan pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kemajuan tidak boleh hanya mempertabatkan kota, tetapi juga tanah sawah, ladang dan desa yang membekalkan makanan kepada negara. Dalam konteks pengurusan tanah pertanian, keluasan negeri yang terhad menuntut penggunaan tanah secara optimum, strategik dan berpaksikan inovasi. Selaras dengan aspirasi Penang2030, Kerajaan Negeri sentiasa memberi penekanan kepada pemodenan dan juga diversifikasi pertanian mampan seiring dengan matlamat pembangunan mampan SDG, termasuklah sasaran kelaparan sifar, bukti subsektor tanaman merekodkan keluasan tanaman sebanyak 4,248 hektar dengan nilai jualan sebanyak RM837.05 juta, merangkumi sebanyak 13,341 pegangan pertanian. Oleh itu, pertanian bukan sahaja mendokong pertumbuhan ekonomi, tapi memastikan kelangsungan bekalan makanan rakyat dalam era ketidaktentuan global.

Dato’ Seri Speaker, menjawab persoalan Yang Berhormat Permatang Berangan, Kerajaan Negeri sentiasa mendukung usaha memperkukuhkan keterjaminan makanan. Namun, keputusan total pembangunan TKPM, sama ada Ara Kuda, Mayfield, Taman Agroteknologi, adalah di bidang kuasa PERDA. Namun demikian, projek-projek ini kekal relevan dan signifikan dalam memperkasakan usahawan tani serta meningkatkan

produktiviti agro makanan sejak tahun 2007 sehingga kini. Padanya masa yang sama, TKPM Ara Kuda terus menunjukkan prestasi membanggakan apabila menerima penarafan empat bintang melalui penilaian star rating.

Dato’ Seri Speaker, menjawab soalan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, Yang Berhormat Permatang Berangan, Yang Berhormat Pulau Betong, Yang Berhormat Pinang Tunggal, berkaitan bantuan kepada pesawah, Kerajaan Negeri sentiasa berhati-hati dan Insya-Allah kita akan menilai permohonan tersebut dengan mengambil kira keadaan kewangan Kerajaan Negeri.

Dengan penuh takzimnya, izinkan saya merumuskan beberapa cadangan projek pertanian utama yang dikenal pasti untuk pelaksanaan bagi tahun 2026. Projek perintis penanaman Padi Ratun Kerajaan Negeri kini dalam proses memeterai kerjasama strategik bersama Fujian Agriculture and Forestry University (FAFU) China. Bagi pembangunan Teknologi Padi Ratun Ratoon Rice yang memungkinkan penuaian dua kali dengan hanya sekali tanaman. Perbincangan teknikal sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bersama Jabatan Pertanian Negeri, MARDI Malaysia, dan juga Universiti tersebut bagi memastikan ketersediaan pelaksanaan teknologi ini di Negeri Pulau Pinang.

Seiring dengan itu, projek rintis Padi Ratun ini kini sedang berjalan di Stesen Padi Bukit Merah seluas lapan hektar menggunakan variety tempatan iaitu MR297. Dengan pelaksanaan kerja lapangan termasuklah pembajakan, pembersihan batas, kawalan perosak, penyediaan tanah dan juga penaburan benih menunjukkan satu permulaan yang teratur bersandarkan metodologi saintifik. Kaedah Ratun terbukti menjimatkan kos operasi kerana pesawah tidak perlu menanam semula setiap musim. Padi tumbuh semula daripada tunggal sedia ada. Ia membantu menjimatkan kos benih, upah menanam, tenaga kerja, dan juga penyediaan tanah. Natijahnya, Padi Ratun berpotensi meningkatkan pendapatan pesawah kerana penuaian dapat dilakukan lebih daripada sekali tanpa peningkatan kos ketara. Kaedah ini menyokong pertanian lestari, mengoptimumkan penggunaan tanah, mengekalkan kesuburan tanah, mengurangkan hakisan serta meminimumkan penggunaan bahan kimia.

Dato’ Seri Speaker, Projek Pertanian Menegak Dalam Bangunan, (dengan izin) Indoor Vertical Farming. Satu lagi inisiatif teras 2026 ialah Projek Pertanian Menegak Dalam Bangunan, Indoor Vertical Farming (dengan izin). Dalam dekad pasca digital ini, teknologi

pertanian menegak muncul sebagai orientasi moden untuk meningkatkan pengeluaran makanan di kawasan bandar yang kekurangan tanah melalui sistem penanaman berintensiti tinggi secara menegak, dipacu dengan automasi dan kawalan berpusat. Ia sesuai dibangunan sedia ada seperti gudang, pejabat, rumah kedai mahupun kontena mudah alih.

Kerajaan Negeri melihat teknologi ini sebagai pemangkin ekosistem pertanian urban dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ibu Pejabat MARDI atas komitmen membantu Pulau Pinang dalam menerapkan teknologi ini. Bagi rujukan semua masyarakat, mungkin ada yang mempertikaikan, mungkin ada yang melihat perlu ada penilaian semula, perlu menilai projek ataupun program ini. Sebenarnya Ibu Pejabat MARDI di Serdang telah menjalankan projek ini sejak tahun 2008 lagi. Saya menjemput masyarakat yang ada, ketua-ketua jabatan mahupun semua masyarakat ingin melihat secara real boleh pergi ke MARDI Serdang. Tetapi kalau nak lihat secara dekat, kita boleh ke Restoran Peninsula House Common Farming yang telah dibangunkan oleh pihak swasta dengan membangunkan model vertical farming dalam bangunan di George Town sahaja.

Ada masa kita boleh tengok. Kalau nak pergi lebih jauh, boleh tengok di Johor, iaitu di Taman Perindustrian Nusajaya Johor dengan kerjasama Syarikat Agritek oleh syarikat swasta Malaysia dengan Singapura dengan membuka ladang pertanian menegak dalam bangunan yang terbesar di Malaysia dengan keluasan sebanyak 52,000 kaki persegi yang telah dibuka mulai Julai 2025. Nak jauh sikit, pergi tengok ke Johor. Nak dekat sikit, kita boleh tengok ke George Town dan ianya sangat sesuai di Pulau Pinang yang mempunyai tanah yang kurang dan juga melihat nilai pertanian, nilai tumbuh-tumbuhan yang ditanam mempunyai nilai yang lebih premium dan juga tinggi.

Dengan ini, hal ini selaras dengan seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu bertekad untuk think out of the box dengan membudayakan inovasi dengan meningkatkan hasil pengeluaran tanaman meskipun menghadapi cabaran kekangan tanah. Kita sebagai masyarakat, khususnya di Negeri Pulau Pinang ni kena tengok teknologilah. Tanah kita tak cukup, kalau kita nak compare kan dengan Sarawak mahupun Johor, tanah mereka begitu besar. Tapi kita sebagai Pulau Pinang perlu memikir di luar kotak bagi memastikan bahawa agro makanan tidak ketinggalan.

Seterusnya Dato' Seri Speaker, Projek Nanas Organik Berkonsepkan Urban Farming. Seterusnya, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, LPNM. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pengarah LPNM kerana menghulurkan tangan bagi memperkenalkan Projek Nanas Organik Berkonsepkan Urban Farming yang pertama seumpamanya di Malaysia. Pendekatan futuristic ini membolehkan nanas organik ditanam bukan sahaja di tanah pertanian konvensional, bahkan di kawasan bandar, perumahan, bangunan bertingkat, dan juga melalui kaedah plant bag.

Selaras dengan saranan Yang Berhormat Ketua Menteri kita, projek ini mengangkat tanaman premium bernilai tinggi bagi memenuhi pasaran permintaan pasaran yang semakin meningkat. Yang sedia ada kita mempunyai nanas yang biasa. Untuk Pulau Pinang, kita cuba usaha untuk menanam nanas organik dengan nilai yang lebih tinggi berbanding nanas yang biasa. Inisiatif ini mengubah paradigma pertanian, membuktikan bahawa kegiatan pertanian tidak lagi terikat pada keluasan tanah, tapi berteraskan teknologi, inovasi, kecekapan bahawa pertanian moden mampu tumbuh subur di tengah peradaban dan ekonomi makanan boleh berakar di ruang metropolis tanpa mengugat kelestarian alam. Terima kasih kepada LPNM, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Sektor Penternakan. Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, sedasawarsa ini, dalam kerangka Gagasan Pembangunan MADANI yang menuntut kesepaduan antara kemajuan ekonomi, kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri terus gigih konsisten melaksanakan Enakmen Penternakan Negeri demi memodenkan industri ternakan unggas dan juga khinzir. Seperti mana sering diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pembangunan bukan sekadar pertumbuhan angka tetapi pembinaan manusia, keadilan sosial dan juga martabat rakyat.

Justeru, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang digerakkan sebagai jentera pelaksana, jentera yang utama, dalam proaktif dan juga berpandangan jauh. Mempercepatkan penaiktarafan kepada sistem kandang tertutup agar penternakan negeri tampil berdaya saing, beretika, dan juga berdaya tahan. Penghargaan turut saya ingin sampaikan kepada Yang Berhormat Ketua Menteri kerana telah meluluskan sebanyak RM4.25 juta pada tahun 2026. Bukti bahawa dasar bukan retorik tetapi tekad yang dizahirkan dalam tindakan.

Lanjutan daripada itu, Kerajaan Negeri komited meningkatkan produktiviti ternakan melalui Program Pembangunan Industri Ternakan di bawah belanjawan pembangunan negeri. Berdasarkan bancian interim Pertanian 2024, sektor ternakan kekal tulang belakang ekonomi agro Pulau Pinang dengan sumbangan sebanyak 44% iaitu RM1.54 bilion dengan nilai jualan pertanian keseluruhan negeri. Nilai hasil ternakan pula konsisten melebihi RM1 bilion sejak tahun 2019 dengan unjuran sebanyak RM1.91 bilion pada tahun 2024. Pada tahun 2025 sahaja, 44 penternak menerima peruntukan sebanyak RM955,000 Ringgit merangkumi pembinaan, pembaharuan, penaik taraf ladang, perolehan baka, pembangunan home plot, peralatan, dan juga AAT. Jelaslah, penternak bukan sahaja dibantu tetapi diperkasa agar menjadi pemain yang mampu bersaing dalam ekosistem ternakan moden.

Di samping itu, Projek Perintis Penanaman Rumput Napier di tanah sewaan UiTM Bertam menyasarkan pengeluaran makanan ternakan kos yang lebih kompetitif, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada import. Sebanyak 10 ekar telah diusahakan dengan 15 tan Napier berjaya dihasilkan, melambangkan pendekatan solusi inovasi menggantikan budaya yang mengulangi masalah. Dalam konteks, konteks sistem penternakan moden, kenaikan taraf kandang tertutup, penyediaan zon penampan, pelaksanaan kumbahan sifar dan juga kepatuhan amalan peladangan baik terus menjadi keutamaan kepada Kerajaan Negeri.

Namun mengambil kira realiti sejarah bahawa terdapat ladang mendahului pembangunan perumahan, pengecualian zon penampan dibenarkan dengan syarat pematuhan enakmen adalah total tanpa kompromi. Di sini, terserlah lah prinsip keadilan yang berhikmah, iaitu tegas pada dasar, adil kepada pelaksanaan selaras dengan pandangan Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas bahawa keadilan bukan hanya pada teks undang-undang tetapi pada kebijaksanaan pelaksananya. Berdasarkan data terkini bagi 2025…

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Mohon mencelah Dato’ Seri Speaker, mohon mencelah. Boleh. Kita mengalu-alukan hasrat Kerajaan Negeri untuk merancakkan ternakan dibuat secara ladang tertutup. Dan tadi Yang Berhormat Pantai Jerejak telah menyebutkan tentang kewujudan ladang yang lebih lama daripada taman-taman perumahan ya. Kita tak pertikaikan dari segi ladang,

kewujudan ladang tu. Cumanya kita nak minta supaya kawalan sisa buangan itu, najis tu, supaya tidak dilepaskan ke sungai. Jadi, saya kalau boleh saya nak mintalah, saya nak jemputlah Yang Berhormat Pantai Jerejak ni, kita turun ke sepanjang Sungai Kereh, bertemu dengan penduduk-penduduk di situ. Melihat sendiri tentang pencemaran ini, ya. Kita, kita tak tak halang apa peladang-peladang yang ada, yang sedia ada di Kampung Selamat tu. Cumanya kita nak minta supaya kita boleh kawal sisa pepejal atau sisa buangan daripada kandang babi yang ada di Kampung Selamat. Ya. Kalau nak turun, boleh bagi tahu, saya boleh bawa.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Terima kasih. Yang Berhormat, ada. Saya akan menelusuri jawapan tersebut pada hujah yang seterusnya. Berdasarkan data terkini bagi 2025, terdapat 101 ladang khinzir yang populasinya sebanyak 115,267 ekor berbanding 106 ladang dengan 161,882 ekor pada tahun 2024.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya ni Pantai Jerejak saya nak tanya ni berapa ekor dah sekarang ni babi ada di sana keseluruhannya.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya akan menelusuri jawapan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ha tak apa, tolong jawab sat gi.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Kesemua ladang berpindah kepada total ke sistem ladang kandang tertutup dengan pemantauan Biochemical Oxygen Demand (BOD) yang dilaksanakan secara berkala. Sisa ternakan di Seberang Perai Selatan pula telah dihantar ke loji biogas Kampung Valdor sebagai langkah memajukan produktiviti ekonomi dengan kelestarian ekosistem. Bukti

bahawa kemajuan tidak sesekali dibina dengan menjarah alam tetapi dengan mengharmonikan keuntungan dan juga kelestarian. Dalam masa yang sama, perancangan Pusat Ternakan Ruminan Lembu Pertama di Pulau Pinang bakal menjadi pemangkin diversifikasi industri ternakan, meningkatkan bekalan daging tempatan, serta memperkukuhkan keterjaminan makanan negeri. Seiring kata-kata Norman Borlaug, Tokoh Nobel Keamanan dan juga bapa Revolusi Hijau, Food is the moral right of all who are born into this world (dengan izin). Inisiatif ini menjadi perisai strategi rakyat agar rakyat Pulau Pinang sentiasa dijamin hak untuk memperoleh makanan yang berkualiti, cukup dan juga selamat tanpa bergantung kepada luar.

Menjawab Yang Berhormat Sungai Dua dan juga Yang Berhormat Permatang Berangan. Daerah Seberang Perai Utara mencatat pengurangan hampir 50% populasi khinzir pada tahun 2025. Sebanyak 61,554 ekor berbanding 111,723 ekor pada tahun 2024.

Penggunaan UMAS (Useful Microbes Active Solution) diteruskan dengan bekalan mingguan bagi kawalan bau di kawasan-kawasan yang tercemar. Seterusnya, HRB Q Tech Sdn. Bhd., sebuah syarikat swasta telah melaksanakan kajian perintis di dua ladang di Kampung Selamat dan setakat ini bacaan BOD di bawah 50 ppm berjaya dicapai selepas kerja pembersihan kolam. Jika pemantauan gagal dicapai, satu lagi syarikat swasta, Timeless Green Sdn. Bhd. akan mengambil alih berdasarkan kejayaan terbukti di Kampung Valdor. Ini kawalan di peringkat ladang yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri dan juga pihak swasta untuk membantu mengurang masalah, mengurangkan masalah yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua dan juga Permatang Berangan. Ini di peringkat ladang.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ni Pantai Jerejak, Pantai Jerejak, sekarang ni masalah apa pencemaran ni terus berlaku. Terus buang. Jadi ini menjadi masalah yang besar, pencemaran skala besar. Jadi apabila terus berlaku, ia meresahkan kepada penduduk-penduduk ni, dan juga di kalangan nelayan sungai sendiri pun menjadi masalah. Jadi kalau orang kata apa berlaku pembuangan berterusan, ini satu perkara yang tak baiklah. Seekor babi, saya baca, dia buang 4 kg. Kalau 65,000 yang duk ada sekarang ni, berapa kilo berapa dia buang sehari? Dah tentulah mereka tak dapat nak membendung najis ni, dia terus buang dalam parit. Ini yang kita jadi masalah.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Betul. Bagi saya sambung dengan…

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Sebab itulah kita kata, perlu kerajaan tengok perkara ni. Jadi full stop.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya sambung dengan hujah-hujah saya dan sini boleh dapat jawapan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Full stop, full stop. Betul lah kita tengok macam nak lalu begitu saja. Macam tidak ada, tidak ada orang kata apa, penguatkuasaan.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sedang, sedang.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Sungai kita rosak.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sedang, sedang kita, saya sedang menerusi saya punya ucapan. Nanti minta Sungai Dua dengar saya punya. Teluk Ayer Tawar, saya nak teruskan saya punya ucapan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sikit. Sikit daripada saya. Tadi.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Tak mahu bagi. Saya tak mahu bagi. Saya tak mahu bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tak mahu bagi.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sat gi lah. Bagi saya teruskan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sikit ja.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Kemudian boleh cerita.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Cumanya kalau kerajaan boleh bagi jaminan untuk ambil najis tu pergi ke, ke Tambun, Valdor, kalau kerajaan boleh jamin, bagi jaminan dalam masa terdekat ini untuk mengatasi masalah pencemaran ini, ambil najis bawa pi ke Valdor. Itu perkara yang buat.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sedang buat. Sedang buat. Kerajaan sedang buat.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Jangan buat kajian, kita nak kena, kena, kena selesai terus.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Sedang buat, sedang buat. Okey, sedang buat. Okey, kawalan ini di peringkat ladang. Iaitu di ladang, usaha oleh dua syarikat ni, iaitu HRB Q Tech dengan mereka melihat ladang di Kampung Selamat dan juga Timeless Green Sdn. Bhd. Timeless Green dia buat apa? Dia angkat najis ni lah dan dia bawa ke Kampung Valdor sekarang ni lah. Sekarang ni Timeless Green dia laksanakan mengangkat najis-najis ni di Kampung Valdor. Cumanya kita minta dia masuk. Sekarang ni kita menghadapi masalah kekurangan najis pula. Apabila Timeless Green dah buat teknologi, bina, ambil najis tersebut dan buat biogas. Sekarang ni yang kita hadapi masalah di Kampung Selamat kekurangan khinzir lah. Taik pun dah tak ada dah dan kurang hampir 50%. Minta maaf ah, bahan kumbahan. Okey, tak cukup. Pelaksanaan dah dilaksanakan.

Bagi peringkat kawalan di peringkat luar ladang, iaitu di sungai. Kerjasama akhir, kerjasama sedang diteliti oleh dengan pihak NAHRIM. Dalam memperkukuhkan rawatan air di mana air sisa dialirkan ke kolam rawatan NAHRIM untuk penyahcemaran sebelum kembali ke sungai secara terkawal. Kita sedang meneliti kerjasama ini. Dengan NAHRIM menguruskan di peringkat akhir manakala kedua syarikat iaitu pihak swasta yang saya sebut tadi akan menumpukan pembersihan kolam di peringkat pengurusan sisa. Pendekatan ini mencerminkan pelaksanaan, dengan izin, Whole of Government, Whole of Society, dimana segala sumber digembleng, tidak ada pihak yang melepaskan tangan. Pihak swasta, pihak penternak dan juga pihak Kerajaan Negeri sendiri.

Sehingga November 2025, sebanyak 10 kesalahan kompaun bernilai RM60,000 telah dikeluarkan berbanding 2024 sebanyak 23 kompaun bernilai RM156,000. Dan untuk maklumat Dewan yang Mulia ini, di Valdor, tidak ada lagi aduan yang telah diterima dan mekanisasi dan juga pelaksanaan di Valdor ni kita cuba laksanakan di Kampung Selamat. Penurunan aduan berbanding 2024 mengisyaratkan bahawa pembaikan bukan sekadar terakam dalam laporan tapi benar-benar berada di bawah ini. Bagi sektor unggas, sebanyak 178 ladang berlesen direkodkan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta laluan.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Mohon mencelah. Mohon mencelah. Ya, okey, okey.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey. Dato’ Seri Speaker. Terima kasih kepada Pantai Jerejak. Timeless Green di Kampung Valdor daripada perancangan sehingga ke pelaksanaan pada hari ini mengambil masa lebih kurang dekat 10 tahun. Sebab dia mula lebih kurang tahun 2006 dan hanya dilaksana pada tahun ini. Dan sekarang telah menunjukkan kejayaan. Memang tiada lagi masalah bau selepas 50 tahun, Sungai Dua. Bukan senang. Tetapi design untuk di Kampung Valdor adalah untuk 60,000 ekor. Pada permulaan pelaksanaan adalah 20,000. Sekarang sudah meningkat ke 35,000 dan ada usaha untuk ambil daripada yang luar, di Simpang Ampat dan Kampung Jawi.

Persoalan saya, mengapa di Kampung Selamat tidak diteruskan dengan Timeless Green dan cuba buka kepada syarikat lain untuk menjalankan kajian dan untuk melaksanakan pengurusan sisa kumbahan ini? Kedua, tadi Sungai Dua mungkin ada cadangkan bawa terus ke Kampung Valdor. Adakah Jabatan Alam Sekitar dan juga EXCO Pertanian kita pernah kaji kalau dari segi pengangkutan adakah ia lebih jimat daripada pembinaan stesen janakuasa baru di Kampung Selamat? Itu persoalan saya.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Tuan Pengerusi, minta, minta celahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Biar, biar dia jelas kan ni isu. Boleh? Kalau boleh, saya mantan saya boleh bantu.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Terima kasih kepada Bukit Tambun. Di mana hampir 60 tahun isu ni dapat diselesaikan di kawasan Kampung Valdor. Ini bukti Kerajaan Negeri tidak mendiamkan diri. Masalah yang berlaku apabila kita kekurangan sisa kumbahan untuk dibawa ke Kampung

Valdor tersebut lah. Dan juga sekiranya satu loji baru dibina di Kampung Selamat, ia menelankan belanja yang begitu tinggi. Kerana najis berkurangan sekarang ini dan juga sekiranya dibawa ke Kampung Valdor, ianya berjalan begitu jauh dan juga kita tidaklah menghadkan supaya pihak Timeless Green ni hanya berperanan. Kita membuka ruang mana pihak yang boleh membantu secara cepat, kita membuka ruang dan pintu. Kita tak nak menunggu najis itu banyak baru kita dapat selesaikan masalah itu. That's why berlakunya pembukaan ruang kepada mana-mana pihak swasta ataupun individu yang secara kompetitif untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Saya harap selesai masalah ni dapat diselesaikan seperti di Kampung Valdor juga seperti Kampung Selamat.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Adakah 10 tahun mengambil masa 10 tahun dan orang sungai akan tercemar selama 10 tahun?

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Yang Berhormat, saya pun faham. Saya cuba.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kalau faham kena, kena ni, jangan bercakap melelong-lelong.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Melelong.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya, saya nak minta, mohon (Gangguan)

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya pun tak nak, tak nak berhujah dengan secara tidak ilmiah dan lain-lain. Saya sebut tadi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okey, okey.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Kita telah selesaikan di Kampung Valdor dan usaha kita sedang dibuat di Kampung Selamat dengan ada dua tindakan kita sedang buat, kerjasama dengan pihak NAHRIM. Saya nak teruskan saya punya ucapan. Terima kasih kita dah bagi ruang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

(Gangguan) Pasai pa kat Telok Ayer Tawar tak mau bagi ruang ni. Kat orang lain bagi ruang. Pasai pa tak bagi…

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak nak, saya tak mau bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Pasai pa tak mau? Pantai Jerejak saya minta.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak mau bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya minta.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak mau bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya minta.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak mau bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya minta.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak mau bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya minta.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak mau bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya minta.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak mau bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya minta.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak mau bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya minta.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak mau bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya minta.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya tak mau bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya minta kenapa kenapa orang lain boleh bagi saya tak boleh tanya? (gangguan) Parlimen Tasek Gelugor Telok Ayer Tawar juga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, okey ini sambung.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Saya nak sambung, bagi sektor unggas, dah buang masa dekat 10 minit dah ni. Bagi sektor unggas, 178 ladang telah direkodkan sebagai berlesen dengan populasi sebanyak 14,110,000 ekor. Semua ladang berpopulasi 20,000 ekor ke atas diwajibkan menaik taraf kepada sistem reban tertutup menjelang 2030. Setakat ini 20 ladang telah siap naik taraf

manakala 18 lagi ladang dalam proses. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, Kerajaan Negeri mencadangkan lanjutan pengecualian kebenaran merancang 2027. Ini sangat penting untuk memastikan bahawa ladang ternakan unggas ni ditutup. Sekarang ni terbuka. Kita nak ianya tertutup supaya masalah pencemaran ke, masalah buangan najis dapat diselesaikan dalam keadaan yang baik.

Natijahnya, Pulau Pinang kini menjadi rujukan nasional dalam penerapan konsep ladang moden melalui Enakmen Penternakan Babi (2016) (dengan izin) dan juga Enakmen Perladangan Unggas (2020) seiring dengan GPP LANTERA PLANMalaysia. Pulau Pinang kekal satu-satunya negeri di Malaysia yang menginstitusikan konsep ini secara menyeluruh melalui kerangka undang-undang yang lengkap dan juga berkuatkuasa. Hal ini bukti bahawa kerajaan bukan menunggu takdir mengubah keadaan tetapi mengubah keadaan melalui dasar, strategi, dan juga pelaksanaan yang terancang. Sekalipun badai mendatang, pentadbiran ini tidak goyah mengemudi arah hingga negeri kembali aman, teratur dan juga makmur.

Tahun ini saja Pulau Pinang diuji dengan wabak ASF. Namun keberkesanan Sistem Kandang Tertutup telah berjaya menghadkan jangkitan kepada 2,545 ekor sahaja yang melibatkan lima ladang bermula 8 Oktober 2025 berbanding 27,344 ekor daripada 21 ladang pada 2023. Ini menunjukkan bahawa penurunan pengawalan wabak dapat dibendung sekiranya ladang konsep ladang moden ni dapat dilaksanakan secara baik. Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, strategi penternakan negeri bukan sekadar urusan pentadbiran sektor, tapi wahana membela penternak kecil, menjamin keselamatan makanan rakyat dan juga memelihara kelestarian alam.

Sektor perikanan, Dato’ Seri. Sejak dua dekad lalu, Kerajaan Negeri konsisten mengangkat industri pendaratan tuna sebagai nadi maritim Pulau Pinang. Negeri ini mempunyai rekod tersendiri sejak 1990-an lagi apabila Batu Maung menjadi pusat pentadbiran tuna dari Lautan Hindi sebelum operasinya dipindahkan ke Dermaga Dalam Air Butterworth pada tahun 2015. Lebih membanggakan, pelabuhan Pulau Pinang turut digazetkan sebagai salah satu pelabuhan tuna utama dalam negara kita. Momentum ni semakin menyerlah apabila pendaratan melonjak daripada 431,000 kg yang bernilai RM7.76 juta pada 2024 kepada 3.051 juta kg hanya setakat September 2025 yang direkodkan di Dermaga Dalam Air Butterworth. Suatu indikator jelas bahawa ekosistem maritim negari ni terus berdaya saing dan juga strategik. Lagi banyak kita sebut pasal tuna,

lagi ramai vessel luar dan juga dalam datang ke Pulau Pinang. Terima kasih kepada yang sering menyebut tentang industri tuna ini.

Persis gagasan pemikir maritim yang dipelopori oleh Alfred Thayer Mahan dalam bukunya, The Influence of Sea Power Upon History, dengan kuasa, dalam bukunya yang dikatakan, kuasa Maritim sesebuah negara terletak kepada kekuatan laut dan makanan yang menyara bangsanya. Realiti itu terpancar kepada kekuatan sektor tuna negeri ini. Mohon sokongan semua pihak untuk kita memperkuatkan lagi industri ini. Lantaran itu, kajian kemungkinan Pembangunan Perlabuhan Tuna Pulau Pinang ke arah keterjaminan makanan dalam negara, di bawah RMK13 diyakini menjadi accelerator pertumbuhan sektor tuna secara sistematik, berimpak tinggi. Kerajaan ini bakal meneliti spektrum ekonomi, logistik, tenaga kerja, pelaburan, teknologi dan juga rantaian bekalan berdasarkan data pelbagai agensi teknikal.

Menjawab soalan Yang Berhormat Air Putih, pelaksanaan kajian diselaraskan sepenuhnya oleh pihak LKIM dalam masa terdekat melalui libat urus strategik bagi memastikan dapatan kajian bersifat tepat, menyeluruh, berpaksikan kesejahteraan rakyat serta komuniti nelayan. Antara kajian kebolehlaksanaan yang akan dilaksanakan, antara cadangannya adalah Traffic Impact Assessment (FIA), Social Impact Assessment, Marine Facilities Security Assessment (MFSA), kajian hidrolik, kajian-kajian berkaitan dengan pantai seperti Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) Negeri Pulau Pinang 2010, National Coastal Erosion Study for Malaysia 2015, Garis-Garis Panduan Jabatan Pengairan Saliran, Garis Panduan Kawalan Hakisan untuk Projek Pembangunan di Zon Pantai dan juga Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara, Marine Risk Assessment (MRA) dan juga kajian-kajian yang lain berkaitan.

Dato’ Seri Speaker, Projek Rintis Sangkar Bulat Marin (HDPE) di perairan Pulau Gedung, Pulau Pinang. Projek rintis ini merupakan solusi moden menggantikan sangkar kayu tradisional dengan sangkar HDPE yang lebih kukuh, selamat dan juga produktif. Sangkar yang berdiameter 19-meter dan kedalaman 5-meter ini, sesuai bagi spesies yang bernilai tinggi seperti Bawal Emas, Kerapu, Jenahak dan juga lain-lain.

Untuk projek perintis ini, ternakan Bawal Emas selama enam bulan dicadangkan. Satu sangkar mampu menghasilkan 16 tan ikan dengan ROI hampir 48%, bersandarkan kos operasi sebanyak RM238,000.00 serta nilai hasil sekitar

RM352,000.00. Selain pulangan yang tinggi, sangkar HDPE ini menjamin ketahanan struktur, kos penyelenggaraan yang rendah dan tempoh operasi melebihi tiga tahun, menjadikan pilihan terbaik untuk industri ternakan laut berskala komersial.

Dato’ Seri Speaker, Projek Rintis Aplikasi Sirehmax kepada penternak akuakultur sebagai alternatif kepada penggunaan antibiotik. Produk ini sebagai makanan tambahan, dengan dalam merencatkan pertumbuhan bakteria gram positif, gram negatif serta parasit ikan. Selain itu, ia meningkatkan tahap kesihatan dan daya tahan ternakan sebanyak 80% ke 90%. Inisiatif ini selari dengan tuntutan global, yang mengurangkan kebergantungan terhadap antibiotik dan mengarusperdanakan rawatan organik serta amalan akuakultur bertanggungjawab demi jaminan makanan negara dan juga akses pasaran eksport.

Bagi menyusun ekosistem akuakultur secara tersusun, lima kawasan ZIA (Zon Industri Akuakultur) telah diwartakan ataupun dicadangkan pada 24 Julai 2024. Antaranya adalah Perairan Sungai Dua, Perairan Pulau Aman, Perairan Batu Maung, Perairan Pulau Betong dan Perairan Pulau Jerejak. Seiring dengan penyusunan semula industri, Jawatankuasa ini berhasrat memperkenalkan tapak strategik baru untuk diwartakan sebagai Zon Industri Akuakultur dalam meningkatkan kawalan pengeluaran, pengukuhan rantaian bekalan dan juga menjamin kelestarian pembangunan akuakultur jangka panjang.

Dato’ Seri Speaker, dewasa ini Kerajaan Negeri terus merencana serta melaksanakan program yang berimpak tinggi, bagi menyemarakkan budaya keusahawanan koperasi dalam memperkasakan keupayaan perniagaan koperasi, agar kekal mampan dalam arus ekonomi moden. Hal ini demikian kerana koperasi bukan sekadar pelengkap ekonomi, tetapi instrumen pembangunan sosial yang memastikan bahawa kesejahteraan rakyat dapat dinikmati secara inklusif.

Dalam pada masa itu, Jawatankuasa MMK Pembangunan Koperasi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas kelulusan peruntukan sebanyak RM200,000.00 bagi pelaksanaan Geran Mutiara MADANI pada tahun sebelum-sebelum ini, iaitu 2024 dan juga 2025. Ia menjadi pemangkin pembentukan ekosistem koperasi, yang lebih komprehensif dan juga kompetitif. Sebanyak 43 koperasi, merangkumi 32 koperasi dewasa dan 11 koperasi sekolah telah menerima manfaat bantuan ini. Bukan pertama kalinya, buat kali pertamanya Koperasi Mikro, Koperasi Sederhana dan juga koperasi yang belum pernah menerima bantuan kerajaan turut diberi ruang dan juga

peluang untuk menerima manfaat Geran Mutiara MADANI ini. Ianya menzahirkan prinsip keadilan ekonomi yang inklusif. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan inisiatif geran pada tahun-tahun yang mendatang.

Dato’ Seri Speaker, di persada pembangunan ekonomi negeri, Kerajaan Negeri terus menggalas amanah dan tekad tidak berbelah bahagi dalam memperkasakan sektor koperasi. Di pentadbiran pembangunan MMK Pembangunan Koperasi, strategi yang digubal bukan sekadar memenuhi rutin pentadbiran, malah merupakan cetusan transformasi struktur berteraskan dasar, inovasi serta kesepaduan pelaksanaan. Bak kata perpatah,

"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".

Langkah pembaharuan ini menuntut kesungguhan kolektif, demi hasil yang luar biasa. Antara inisiatif teras yang akan direalisasikan termasuklah:

(i) Bengkel Penggunaan Laman Web K-Shop: 70 koperasi aktif telah terlibat dengan mempercepatkan pendigitalan koperasi menerusi platform e-dagang, meningkatkan keupayaan pemasaran, daya saing produk sehingga melangkaui had lokasi fizikal; (ii) Karnival Koperasi MADANI Pulau Pinang Berdaya Koperasi: 20 koperasi pengeluar produk asli negeri telah terlibat dengan memperkukuhkan jaringan ekonomi, keterlihatan produk dengan menjadi pemacu ekonomi komuniti; (iii) Darjah Koperasi MADANI 2025: dengan 100 koperasi terlibat di lima daerah: Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Barat Daya dan juga Timur Laut dalam menyampaikan maklumat secara langsung dan peluang perniagaan kepada akar umbi serta menyelaraskan sinergi strategik antara koperasi, agensi dan juga Kerajaan Negeri; (iv) Bengkel Asas Keusahawanan Koperasi (AKSI): Sebanyak 120 pelajar di peringkat sekolah menengah lagi daripada 30 sekolah, telah terlibat dalam Program AKSI ini dengan membentang, dengan mengaplikasikan produk-produk yang telah diperkenalkan oleh pelajar-pelajar sekolah di peringkat sekolah menengah lagi; seterusnya (v) Saringan Aksi: Program AKSI peringkat akhir negeri, 16 koperasi sekolah bertanding dan juga lima telah dipilih terbaik antara koperasi dalam

meningkatkan budaya persaingan intelektual, inovasi perniagaan dalam kalangan pelajar koperasi ke arah profesionalisme dan juga kreativiti berdaya saing.

Saya ingin mengucapkan ribuan tahniah, ucapan tahniah kepada Koperasi SM Dato' Haji Mohd. Nor Ahmad kerana berjaya menjadi Johan AKSI 2025 yang mewakili, akan mewakili Negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan dengan mencipta satu inovasi baru bagi kompos berasaskan cacing. Bukan hanya peringkat kerajaan sahaja, tetapi di peringkat sekolah menengah juga terlibat dalam mencipta inovasi-inovasi baru dalam teknologi-teknologi berasaskan teknologi.

Dato’ Seri Speaker, tuntasnya seluruh inisiatif ini membuktikan iltizam Kerajaan Negeri dalam mengangkat koperasi, sebagai sebuah institusi ekonomi rakyat yang progresif, inklusif dan juga lestari. Maka dengan izin, Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan kesatuan fikrah kita bersama, sektor koperasi Pulau Pinang akan terus melakar lembaran kejayaan. Bukan hanya saja terakam dalam angka, tetapi terpahat dalam sejarah sebagai warisan ekonomi yang memakmurkan rakyat keseluruhannya. Konklusinya, sebagai sebuah negeri yang teguh beriltizam memacu peningkatan kualiti sejajar dengan aspirasi misi dan juga visi Penang2030, Kerajaan Negeri akan terus menggembleng usaha secara menyeluruh dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertanian, perikanan, penternakan dan juga pembangunan koperasi demi memastikan keberhasilan yang berkualiti tinggi, mampan dan juga berimpak besar kepada rakyat. Bak kata peribahasa.

"Kalau benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau".

Setiap agenda yang disusun, setiap agenda yang disusun dengan visi yang jelas pasti menghasilkan kejayaan yang bernilai untuk negeri dan juga rakyat. Dengan ini, saya menyokong Belanjawan 2020. Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Dato’ Seri, boleh. Boleh ni sikit?

Yang di-Pertua (Speaker)

Silap delting. Lain kali, cepat-cepat masuk. Ni. Okay, terima kasih. Terima kasih Pantai Jerejak. Saya nak mohon EXCO seterusnya, apa nama Perai. Sila.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, tuan-tuan dan puan-puan. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana kita sekali lagi dapat berhimpun dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri yang ke-15, bagi melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan perkara-perkara berkepentingan awam demi kesejahteraan dan kemajuan rakyat Negeri Pulau Pinang.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan, atas kepercayaan yang diberi kepada saya untuk memimpin portfolio Perumahan dan Alam Sekitar. Amanah ini memberi ruang kepada saya, dan jabatan-jabatan di bawah portfolio ini untuk terus menambah baik sistem perumahan negeri, serta memastikan usaha pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Tidak dilupakan juga, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas ucapan Belanjawan serta pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026, yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat, pembangunan mampan serta kebajikan rakyat Negeri Pulau Pinang. Selanjutnya, izinlah saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan menyentuh isu-isu berkaitan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, isu Perumahan, diikuti dengan Alam Sekitar yang merupakan antara keutamaan dalam agenda pembangunan Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, salah satu cabaran paling besar yang dihadapi oleh kebanyakan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil di Pulau Pinang, adalah isu hak milik tanah. Ada sekolah yang beroperasi puluhan tahun tetapi, masih belum mempunyai status pemilikan tetap, menyebabkan proses pembangunan tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Di bawah kepimpinan Jawatankuasa Khas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, fokus utama telah diberi kepada penyelesaian masalah-masalah tanah

ini. Hasilnya, sebanyak lapan buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil telah berjaya mencapai penyelesaian secara penuh dan ataupun dalam fasa penyelesaian akhir.

Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucap jutaan terima kasih kepada Timbalan Pengerusi saya, iaitu Bagan Dalam yang sentiasa bersama saya untuk mengatasi segala masalah berkenaan sekolah-sekolah Tamil di Pulau Pinang

(1) Sekolah Jenis Malakoff: Hak milik telah dikeluarkan, dan dalam proses pendaftaran pemberi milikan; (2) Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Ara: Proses penyerahan geran telah pun selesai pada tahun lepas; (3) Sekolah Jenis Kebangsaan Juru: Satu persefahaman dengan pihak PDC telah dicapai. PDC bersetuju memperuntukkan sebidang tanah, seluas 12 ekar kepada LPS sekolah itu; (4) Sekolah Jenis Kebangsaan Alma: Sebahagian tanah dalam proses memberi pemberi milikan dan sebahagian lagi akan dibincang bersama ADUN kawasan iaitu ADUN, Machang Bubuk; (5) Sekolah Jenis Kebangsaan Mayfield: Mesyuarat bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera akan berlangsung pada 27 hari bulan November ini, bagi mencari penyelesaian muktamad bagi sekolah ini; (6) Sekolah Jenis Kebangsaan Palaniandi: Satu lot tanah kerajaan, telah diserah milik kepada LPS. Manakala dua lot lagi, sedang dalam proses pengambilan tanah; (7) Sekolah Jenis Kebangsaan Transkrian: Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Transkrian, dalam proses memfailkan kes di Mahkamah Tinggi untuk pemberi milikan daripada nama Presiden Inggeris kepada LPS sekolah; (8) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Transkrian: Satu lot tanah telah dikenalpasti, dan kini dalam proses rundingan bersama pemilik tanah baru dan LPS Ladang Transkrian, Ladang Krian.

Langkah-langkah ini merupakan komitmen jelas Kerajaan Negeri untuk memastikan kelestarian dan masa depan sekolah-sekolah Tamil terjamin dari segi hak milik serta perancangan pembangunan.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, selain menyelesaikan isu bersejarah, Kerajaan Negeri turut merangka perancangan masa hadapan demi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Tamil. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Bagan Dalam sekali lagi kerana sentiasa bantu saya untuk mengatasi semua masalah berkenaan infrastruktur sekolah.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Dua kali tahniah.

Ya. Saya kena ucap terima kasih kepada yang bantu saya menjalankan tugas saya secara profesional. Dalam selaku Timbalan Pengerusi Infra bagi sekolah-sekolah Tamil yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan projek-projek infra berjalan dengan profesional dan lancar. Selain itu, saya bersama-sama YB ADUN Bagan Dalam sedang berusaha untuk menambah sebuah lagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Susulan jumlah murid sedia ada sedang semakin lama semakin meningkat. Sekiranya cadangan ini berjaya dilaksanakan, jumlah keseluruhan sekolah jenis kebangsaan di Pulau Pinang akan meningkat daripada 28 ke 29.

Berkenaan cadangan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tamil. Perkara ini masih dalam perbincangan dan kajian kerana pihak jawatankuasa perlu meneliti pelbagai faktor terlebih dahulu seperti persetujuan daripada Kementerian Pendidikan dan lain-lain. Sekiranya cadangan ini berjaya direalisasikan, sekolah ini akan jadi sekolah yang pertama, Sekolah Menengah pertama di Malaysia. Ini akan jadi satu pencapaian yang besar bagi jawatankuasa kita. Kita kena kerja tungkus lumus untuk memastikan kita dapat segala kelulusan supaya kita boleh mengadakan Sekolah Menengah Tamil pertama di Malaysia, iaitu di Pulau Pinang

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Seri, mohon laluan. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih atas makluman Dato’ Seri tadi di mana permohonan yang saya bawakan iaitu penubuhan Sekolah Menengah Tamil pertama di Pulau Pinang dan untuk makluman Dewan yang Mulia

ini. Setiap kali saya melawat sekolah-sekolah Tamil di Pulau Pinang di bawah Jawatankuasa Khas Sekolah Tamil, bukan sahaja di kawasan saya tapi di kawasan-kawasan lain. Saya melihat wajah anak-anak kecil yang penuh dengan harapan, penuh dengan impian. Mereka ingin menjadi jurutera, doktor, guru dan sebagainya. Tetapi apabila mereka tamat pengajian tahun 6, impian mereka macam terbantut kerana mereka tidak dapat meneruskan pengajian seterusnya dalam bahasa ibunda mereka. Jadi dengan itu, saya dengan penuh keinsafan.

Saya merayu kepada Kerajaan Negeri untuk mengangkat segera permohonan untuk pembinaan ataupun kelulusan Sekolah Menengah Tamil pertama dan seperti yang dimaksudkan tadi juga, memang kita sudah ada sebidang tanah sebanyak empat ekar yang telah dikhaskan untuk pembinaan sekolah tamil di kawasan saya, di Bagan Dalam. Jadi saya memohon agar perkara ini di bawa terus kepada perhatian Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya kelulusan dapat diberikan demi masa depan anak-anak kita. Kita tidak mohon sekolah ini untuk tujuan politik. Bukan mohon untuk tujuan-tujuan lain, tetapi kerana anak-anak kita berhak bermimpi, berhak mendapat impian itu menjadi kenyataan. Jadi, saya menyatakan sokongan penuh dan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana akan mempertimbangkan permohonan saya ini. Terima kasih.

Terima kasih YB Bagan Dalam. Jumlah kira, anak murid sekolah tamil adalah lebih daripada 5,000 orang. Kalau kita ambil kira 10% memasuki Sekolah Menengah, memang boleh ditubuhkan satu sekolah di Pulau Pinang lah. Nanti kita teliti bersama, ya. Selain itu, saya turut berhasrat memperkenalkan kelas pendidikan khas kepada setiap 28 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang sedia ada. Ini adalah bagi memenuhi keperluan murid yang memerlukan sokongan pembelajaran khas. Walau bagaimanapun, cadangan ini juga masih dalam kajian dan perlu dihalusi sebelum dilaksanakan.

Jawatankuasa Khas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil juga memberi tumpuan kepada peningkatan kapasiti kepimpinan dan kemahiran guru. Pelbagai program dan latihan dan bengkel telah dianjurkan bersama Jabatan Pendidikan Negeri dan Majlis Guru Besar, melibatkan guru besar- guru besar dan penolong kanan dan juga guru-guru bagi

memastikan tadbir urus sekolah lebih profesional dan pembangunan sekolah dapat dirancang dengan lebih sistematik.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker. Suka untuk saya memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang Mulia ini. Saya bersama ahli jawatankuasa telah berjaya mendapat sebidang tanah seluas 1.5 ekar secara pajakan daripada pihak swasta bagi menjadikan padang utama bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Bayan Lepas dan juga tempat letak kereta untuk guru-guru. Selain itu, buat pertama kalinya dalam sejarah pentadbiran SJKT, telah kita adakan satu karnival sukan. Satu karnival hari sukan SJKT Pulau Pinang pada 12 hari bulan April di Stadium Batu Kawan. Penganjuran sulung ini melibatkan semua 28 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di negeri ini dan lebih 1,000 penyertaan terdiri daripada murid, guru dan ibu bapa.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Saya pun sokong.

Ya. Terima kasih. Karnival ini berjaya memupuk semangat kesukanan, memperkukuh hubungan antara sekolah-sekolah serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam pembangunan sahsiah pelajar SJKT. Tidak terhenti di situ sahaja. Melalui jawatankuasa ini juga telah menubuhkan Tabung Kontingensi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang diselenggara oleh YB Bagan Dalam juga iaitu satu tabung khas yang diwujudkan bagi memastikan sekolah-sekolah Tamil menerima bantuan kecemasan dengan segera apabila timbul keperluan mendesak. Tabung ini berperanan sebagai sokongan kewangan pantas tanpa perlu melalui proses birokrasi yang panjang. Sekaligus memastikan sekolah dapat terus beroperasi dengan lancar dan murid tidak terjejas. Jawatankuasa ini bertanggungjawab menyelaraskan serta menyalurkan peruntukan khas bagi pembangunan sekolah Tamil melalui geran dan tabung khas negeri. Pada tahun 2025 saja sebanyak RM2.3 juta telah diagihkan kepada 28 sekolah tamil dan 14 buah tadika meliputi penambahbaikan infrastruktur, latihan kursus, pembelian peralatan sekolah serta pelbagai keperluan pembelajaran lain.

Di kesempatan ini, saya turut melahirkan rasa kecewa terhadap Yang Berhormat ADUN Sungai Bakap yang tidak pernah bertanya ataupun menunjukkan kepedulian terhadap pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Bakap. Namun begitu, saya bersama pihak kementerian kekal komited dan memastikan pembangunan sekolah tersebut terus direalisasikan.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker. Seterusnya izinlah saya menjawab persoalan persoalan berbangkit berkenaan isu-isu perumahan merujuk kepada persoalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan proses pemilihan dan penawaran Rumah MutiaraKu. Saya ingin menegaskan kepada Ahli-ahli Berhormat bahawa proses pemilihan dan penawaran Rumah MutiaraKu dilaksanakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Prestasi dan Pencapaian Perumahan, iaitu Housing Outcome Performance Committee iaitu dengan singkatnya dipanggil (HOPE) secara telus daripada sistem maklumat perumahan yang telus dan berintegriti tanpa campur tangan pihak-pihak berkepentingan. Pada masa ini, tiada cadangan untuk melantik atau melibatkan mana-mana wakil rakyat tak kira pembangkang ataupun dalam kerajaan daripada barisan kerajaan mahupun pembangkang untuk menyertai Mesyuarat HOPE ini.

Sehingga 31 hari bulan Oktober 2025, Mesyuarat HOPE telah bersidang sebanyak 16 kali dan sejumlah 5,560 tawaran perumahan telah diberi kepada rakyat Pulau Pinang. Seterusnya, bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun, Projek Pangsapuri Kos Rendah Taman Murai Jaya telah pun siap 100% kemajuannya pada 31 hari bulan Disember 2024 dan kini dalam proses untuk mendapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan iaitu CCC dan serahan pemilikan iaitu Handing Over Vacant Possession dan dijangka akan selesai sebelum hujung tahun ini, bulan Disember 2025.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, saya…

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan.

Mencelah dulu. Okey. Boleh.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Boleh. Ya. Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Terima kasih Perai. Itulah persoalan saya. Siap Disember, sekarang sudah November. Mengapa CCC mengambil masa yang hampir satu tahun. Kedua, sudah banyak kali saya membuat permohonan untuk urusan apa, dari segi undian atau pembahagian kepada pemohon sebab pemohon beratus. Yang ada hanya 38 tetapi sehingga kini tiada pihak yang menghubungi saya, setelah sekian lama mengemukakan soalan bertulis dan juga secara lisan. Terima kasih Perai.

Impian akan jadi kenyataan pada bulan 12. Untuk menjawab soalan tadi. Bila kita memilih kontraktor ataupun pemaju-pemaju yang membina unit pematuhan ini pun ada masalah sedikit. So kemungkinan tak dapat sijil kelayakan itu adalah kerana tak lengkapi requirement teknikal. So itu makan masa lebih kurang satu tahun. PBT tak akan terus keluar surat CCC jika bangunan itu tidak disiap secara mana diluluskan. Itulah kelambatan dia dan saya sendiri sudah turun padang, nampak gaya bangunan tu dah siap. Bulan 12 harapan besar kita boleh keluar CCC dan selepas itu kami akan berhubung dengan pejabat YB untuk pengundian ataupun tawaran unit-unit yang sekian.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker. Saya juga menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menggubal Rang Undang-Undang Pembaruan Semula Bandar yang turut mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Batu Lancang dan Yang Berhormat Kebun Bunga. RUU Pembaruan Semula Bandar dijangka dibentang untuk bacaan kedua pada Disember 2025.

Sementara itu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang mengguna pakai Garis Panduan Pembaruan Semula Bandar Pulau Pinang yang mengutamakan perlindungan hak pemilik melalui proses persetujuan yang selaras undang-undang serta mengekalkan penduduk asal melalui unit gantian yang lebih baru dan one to one basis dan juga yang lebih luas pembinaan lantainya. Cukup dengan fasiliti-fasiliti yang moden.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, menjawab isu daripada Yang Berhormat Pulau Betong mengenai projek terbengkalai Pangsapuri Quinton dan Pangsapuri Seri Bayu. Walaupun perkara ini adalah merupakan obligasi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat telah mengambil langkah proaktif dengan melantik rakan pembiayaan bagi melaksanakan kerja-kerja pemulihan projek-projek berkenaan supaya kepentingan pembeli terus dipelihara.

Garis masa baharu bagi kedua-dua projek sedang diselaraskan bersama pihak pelikuidasi dan rakan pembiayaan di bawah pemantauan Kerajaan Negeri. Sasaran semasa adalah untuk menyiapkan projek pada suku keempat tahun 2026 ataupun suku pertama 2027 tertakluk kepada kelulusan pelan pemulihan dan pelancaran kerja pembinaan.

Ni sedih sikitlah. ADUN kawasan tak pernah jumpa saya. Mungkin jumpa saya dalam mimpilah hari tu. Kita pernah jumpa di dewan ini satu tahun yang lepas dan saya pernah bagi tahu ADUN kawasan bahawa kita sedang bantu untuk siapkan projek itu. Bukan kita tak buat kerja macam semalam ya. Kita memang jalan dan projek ini akan jadi. Bila siap untuk penyerahan ataupun permulaan kerja-kerja sambungan, kami akan bagi tahu ADUN kawasan. Belum siap untuk di-announce lagi, kerana kalau announce sekarang mungkin ada orang sabotage pula, ya. Kena sabar.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Dato' Seri Yang di-Pertua, ada sedikit pencerahan. Boleh.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Boleh dapatkan penjelasan tak tarikh bermulanya nak sambung projek ni bila. Kemudian adakah, syarikat mana yang akan mengambil alih. Syarikat yang bankrap tu.

Okey, mungkin ADUN kawasan tak dengar saya punya keterangan tadilah. Kita akan mula kerja antara penghujung tahun ini ataupun awal tahun depan. Itu mula ya. Siap itu, kemungkinan penghujung tahun depan ataupun sukuan tahun yang akan datang, 2027. Nama kita tidak boleh sebut lagi. Kerana kita pun belum, tak nak siapa-siapa sabotage pada masa ini. Ini adalah satu projek yang sensitif kedua-duanya dan kami cuba menyelamatkan projek ini di peringkat negeri. Itu adalah satu inisiatif yang sangat-sangat bagus. Kalau saya tak silap ini merupakan projek kedua Negeri Pulau Pinang di bawah Kerajaan Pulau Pinang cuba pulihkan projek yang terbengkalai.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Satu lagi nak minta lagi sekalilah, selepas ini sekiranya ada buat libat urus, sila maklum kepada YB saya, kepada saya.

Pasti, pasti kita akan bagi tahu.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Okey, terima kasih.

Cuma kalau kita belum sedia, kita tak boleh bagi tahu lagi ya. Bila kita sedia nanti kita akan bagi tahu ADUN kawasan. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Speaker, menjawab persoalan daripada YB ADUN Sungai Bakap, berdasarkan semakan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dan MBPP, kita tidak pernah menerima sebarang aduan rasmi daripada pembeli Apartment Casa Ria mengenai kecacatan bangunan. Sekiranya perkara ini dirujuk kepada Kerajaan Negeri, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang akan menasihati pembeli mengenai hak mereka di bawah Akta 118 dan berhubung dengan pemaju. Pembeli mempunyai tempoh liabiliti kecacatan, iaitu DLP (Defects Liability Period) selama 24 bulan selepas menerima kunci. Kesemua tuntutan perlu disalin kepada peguam.

Jika pemaju enggan bertindak, pembeli boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) di bawah KPKT. Yang saya hairan, Sungai Bakap tak mengatasi masalah Sungai Bakap nak pergi Sungai Ara pula.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Mohon mencelah YB Perai. Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua, isu ini walaupun di luar kawasan saya, tapi bila dia buat aduan di Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap, saya terpaksa ambil maklumlah dengan rayuan dia. Minta maaflah ADUN yang terbabit. Okey, tentang makluman pihak YB Perai. Isu yang dibangkitkan selepas tempoh Defects Liability Period iaitu selama 24 bulan, dah diaju pada pemaju untuk baik pulih. Tapi tidak dapat dibuat oleh pihak pemaju. Jadi timbullah isu di sini, bila timbul leaking atau kebocoran mahu tidak mahu walaupun dalam kesempitan kewangan, pihak penghuni terpaksa buat sendiri, tanggung sendiri. Jadi pihak EXCO YB Perai menyatakan ada Akta 118, nanti Insya-Allah kita akan jumpa di belakang ni. Kita minta selesaikan isu yang dibangkitkan pihak pembeli. Terima kasih banyak. Jangan kecewa, jangan menangis.

Bukan sahaja Kerajaan Pulau Pinang Kerajaan prihatin, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang pun prihatin juga. Apa jua masalah berkenaan perumahan anda sentiasa dijemput ke pejabat kita untuk berundingan. Kalau kita tidak boleh bagi keputusan, sekurang-kurangnya kita boleh bagi advice macam mana nak mengatasi masalah ini. Dan untuk pengetahuan YB kalau Defects Liability Period sudah expire, melainkan kegagalan struktur, melainkan kegagalan struktur, pembeli kena betulkan rumah itu kerana itu adalah natural wear and tear. Itu dalam Akta 118.

Selain menjawab Ahli Yang Berhormat, berikut inisiatif Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Sepanjang saya memegang portfolio EXCO Perumahan pindaan dan pembaikan garis panduan Rumah MutiaraKu serta pengenalan kategori baru Rumah MutiaraKu iaitu satu kategori B2 dan kategori D diperkenalkan dalam masa saya dipertanggungjawabkan sebagai EXCO Perumahan. MADANI Home Campaign dari tarikh 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2026 bagi merangsang pasaran hartanah termasuk pasaran hartanah baru dan juga yang dah siap, yang overhang product. Ekspo Perumahan MutiaraKu dan Hartanah Pulau Pinang tahunan yang melibatkan pemaju, institusi

kewangan, dan agensi kerajaan serta menyediakan perkhidmatan utama Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.

Kami juga ada Hari Bertemu Pelanggan dan sesi outreach program suku tahunan untuk meningkat mutu perkhidmatan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Enam sesi telah pun diadakan sehingga 31 hari bulan Oktober. Dan juga permohonan Rumah MutiaraKu iaitu kami bantu dari segi pembeli untuk berdaftar dalam sistem online pendaftaran dibuat oleh kakitangan kita di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Dan juga ini berkenaan outreach program untuk ADUN Pinang Tunggal, rakan saya. Pernah minta nak buat satu sesi outreach program di Pusat Khidmat KADUN Pinang Tunggal.

Kami di Kerajaan pun tak benarkan aktiviti sedemikian dalam pusat khidmat. Kami akan adakan aktiviti sedemikian di public venues. Tidak boleh di political venues. Kita letak di public venues, yang keenam-enam program yang kita adakan ini adalah di tempat macam C-Mart dan shopping mall. Pernah kita ada di Gurney Paragon dan sedemikian. Sehingga hari ini banyak kita dah buat. Tapi untuk menjawab soalan Pinang Tunggal, kita akan uruskan satu outreach program di SPU dalam masa yang singkat.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Mencelah YB. YB, saya cuba nak dapatkan satu jawapan yang saya rasa dah lama saya tanya ni. Apakah kemusykilan dan masalahnya menyebabkan dalam Jawatankuasa HOPE tidak dapat diberi peluang kepada jawatankuasa tu dihadiri oleh Pembangkang kerana setidak-tidaknya kita tahu apa yang terjadi dan mungkin juga akan dengar apa yang dijawab oleh YB EXCO. Ini kita dah tahu dah dalam mesyuarat tersebut.

Saya ingat YB tadi pergi minum kopi kot. Saya sudah, saya sudah pun jelaskan tadi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dah, dah.

Tak kira Pembangkang atau Kerajaan. Saya tak bagi. I don't want any political interference in the selection process.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Tapi jawapan yang dulu YB bagi tahu kita akan consider lah.

Kita boleh duduk dan runding. Saya sudah buat satu cadangan, saya nak ada satu sesi, demi kebaikan Ahli-ahli kita dari Pembangkang, untuk memahami secara mana Lembaga berurusan. Saya nak ada satu sesi penjelasan kepada semua Ahli-ahli Pembangkang supaya Ahli-ahli pun tahu proses kita supaya tidak menyalahkan kita sentiasa, kerana tak cukup knowledge dari segi operasi kita. Saya nak buat satu sesi bersama semua ADUN-ADUN Pembangkang di mana lembaga akan buat satu briefing cara operasi kita, SOP kita dan cara pemilihan dan sedemikian. At least Pembangkang pun faham proses dia supaya lain kali kalau nak tanya soal, soalan dengan saya pun tahu fakta dia yang benarlah ya.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Kita hargailah sebab kita pun tahu YB baik ya. YB memang bagus dalam kerja-kerja ni cuma kita nak memahami dengan lebih lanjut lagi.

Tak kira, tak kira Kerajaan ke Pembangkang. Kita buat demi rakyat Pulau Pinang sahaja ya. Jawatankuasa-jawatankuasa di bawah Portfolio Perumahan, kita sudah menubuhkan beberapa jawatankuasa di bawah Portfolio Perumahan saya, sejak saya dipertanggungjawabkan sebagai EXCO Perumahan. Jawatankuasa Kawalan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang. Dengan penuh hormat saya serahkan kepada YB TKM 1 sebagai Pengerusi Jawatankuasa ini kerana berkenaan unit-unit Bumiputera. Jawatankuasa Pengurusan Konsep Baru Perumahan Peringkat Negeri Pulau Pinang dan juga

Jawatankuasa Penggunaan dan Pembelian Kuota Rumah MutiaraKu, Jawatankuasa Pembangunan Rumah MutiaraKu, Jawatankuasa Pembaharuan Semula Bandar, Jawatankuasa MMK Perumahan, Jawatankuasa Rayuan, Jawatankuasa Prestasi dan Pencapaian iaitu HOPE, Jawatankuasa Tindak Penguatkuasa Perundangan. Kita sudah ada banyak jawatankuasa untuk memastikan kerja kita lancar untuk memastikan kita boleh provide perumahan yang dikehendaki oleh rakyat Pulau Pinang.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Speaker, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah program penempatan semula penduduk, Kerajaan Negeri telah pun berjaya menempatkan sebanyak lebih 1,000 buah keluarga. Antara projek yang telah kita berjaya menyelesaikan adalah program penempatan semula 272 orang penduduk di projek Ladang Kalidonia. Di mana sebanyak 112-unit bagi Fasa 1 sudah pun diserahkan. Manakala 160-unit dalam Fasa 2 dalam pembinaan. Dan 68 orang penduduk di projek Ladang Byram baru sahaja kita serahkan kunci rumah sudah siap. Penduduk yang terlibat telah ditawarkan rumah secara sewa beli. Manakala penduduk yang terlibat dalam projek Byram ni kita jual secara sewa beli dan penduduk untuk Kalidonia kita bagi secara percuma kerana ini adalah mantan pekerja ladang yang sedemikian.

Ketika ini terdapat empat lagi projek penempatan semula penduduk iaitu setinggan yang telah dirancang untuk dilaksanakan selepas saya diberi tugasan sebagai EXCO, number satu Projek Kampung Hujung Batu yang melibatkan penempatan semula lebih kurang 340 keluarga di kawasan Bagan Dalam. Kedua Projek Kampung Main Road yang melibatkan 128 keluarga. Yang ketiga Projek Kampung Manis yang melibatkan 278 keluarga. Dan keempat Kampung Sungai Kecil yang melibatkan 23 keluarga. Jika kesemua projek ini dibangunkan, kita akan dapat membekalkan lebih kurang 10,000 Rumah MutiaraKu di keempat-empat projek demi kehendak pembeli Pulau Pinang yang sebegitu lama tunggu untuk giliran membeli rumah.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Speaker, seterusnya izinkanlah saya menjawab perkara berbangkit berkaitan isu alam sekitar. Seperti semua maklum bahawa cabaran berkaitan alam sekitar ini semakin kompleks.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Yang Berhormat Perai.

Belum habis sini paragraph.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Minta maaf, celah sikit je. Sebelum masuk ke alam sekitar.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Berkenaan dengan pertanyaan dan persoalan yang saya ajukan dalam perbahasan saya mengenai Kampung Bagan Serai. Adakah yang akan dijawab oleh Yang Berhormat Perai ataupun Yang Berhormat yang lain. Kerana 117 keluarga telah menunggu sebegitu lama dengan hanya dapat imbuhan sebanyak lebih kurang RM300 setiap bulan untuk sewaan rumah. RM350 sewaan rumah sahaja. Jadi saya minta penjelasan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Perai.

Tak lupa saya. Bila tajuk perumahan ada saja, saya mesti jawab punya. Untuk, untuk soalan ini YB Sungai Acheh akan jawab nanti ya. Jangan risau. Kita sudah ada sefahaman, Sungai Acheh akan jawab. Sentiasanya saya dapat soalan kurang kerana jawapan sudah ada. So, tak ada orang mahu soal saya di sesi inilah ya. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Speaker, seterusnya izinkanlah saya menjawab perkara berbangkit berkaitan isu alam sekitar. Seperti semua maklum bahawa cabaran berkaitan alam sekitar kini semakin kompleks dan memerlukan komitmen serta kerjasama yang kukuh daripada pelbagai pihak untuk ditangani dan ditangani dengan berkesan. Menjadi persoalan yang dibangkitkan Yang Berhormat Sungai Puyu mengenai isu pewartaan Middle Bank.

Seperti yang kita sedia maklum, Middle Bank merupakan kawasan rumpai laut terbesar di perairan Utara dan menjadi satu-satunya aset ekologi paling penting di perairan Pulau Pinang. Middle Bank adalah kawasan yang wajar dilindungi dan ditangani dengan penuh perhatian. Kerajaan Negeri mengakui kepentingan kawasan ini tetapi berpandangan bahawa pewartaan perlu dilakukan secara strategik kerana beberapa projek pembangunan besar sedang berjalan di kawasan berhampiran seperti pemulihan tapak pelupusan Jelutong, projek IJM, pembinaan platform kerja dan perancangan pelebaran pelabuhan. Pewartaan segera boleh menimbulkan implikasi undang-undang yang menjejaskan pelaksanaan projek-projek strategik tersebut. Walaupun pembangunan dijalankan sekitar Middle Bank, kerajaan memastikan kawasan teras eko-sistem tidak disentuh dan semua projek mematuhi EIA serta langkah mitigasi alam sekitar. Pada masa ini, perwartaan tidak dapat dilaksanakan kerana faktor pentadbiran, perundangan dan keperluan penyelarasan agensi. Namun, Kerajaan Negeri tetap komited memelihara Middle Bank melalui pemantauan berterusan, amalan pembangunan bertanggungjawab dan dasar berasas sains sambil menilai mekanisme perlindungan jangka panjang yang sesuai demi kepentingan rakyat dan kelestarian negeri.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, selain itu, suka untuk saya kongsikan iaitu bermula pada September tahun ini, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah lebih proaktif dengan memperkenalkan Kempen Tanpa Beg Plastik Setiap Hari Negeri Pulau Pinang. Di mana beg plastik tidak lagi dibekalkan kepada pengguna pada setiap hari. Sebagai inisiatif tambahan bagi menyokong kempen ini, Kerajaan Negeri telah menyediakan beg guna semula untuk diedarkan kepada rakyat Pulau Pinang. Sebanyak 100,000 beg akan diedarkan dan sehingga sekarang kita sudah edarkan lebih kurang 35,000 beg. Langkah ini bukan saja untuk mengurangkan penggunaan beg plastik, tapi juga jadi simbol sokongan praktikal Kerajaan Negeri terhadap gaya hidup mesra alam dan amalan lestari.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker, akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang Dipertua Speaker kerana telah menjalankan tugas dengan sebegitu sabar dan bersikap adil.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Dato’ Seri, saya rasa tak jawab lagi berkenaan dengan alam sekitar pencemaran.

Pencemaran di mana?

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Najis babi itu, ini ini bidang kuasa ni juga.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Jadi apa nama, saya nak tahu macam mana, apa tindakan apa nama alam sekitar berhubung dengan pencemaran najis babi ni? Ah, ini di bawah apa nama alam sekitar juga. Alam sekitar juga terlibat.

Sungai Dua. Babi bukan saya punya, babi punya tahi pun bukan saya punya. Masalah dia pencemaran saya punya. Ya? Okey. Masalah dia, tadi memang saya nak tolong rakan saya untuk jawab soalanlah. Tapi saya tak nak celah tadi. Masalah dia macam ni. Pada asalnya portfolio itu saya ambil untuk jaga Valdor Biogas kerana rakan saya semasa itu tempat tu penuh dengan najis babi dan saya nak tolong dia kerana saya tak mahu dia pergi sana. Terlalu kotor tempat itu untuk dia masuk sana. Saya bantu dia saja. Portfolionya adalah rakan saya. Walau macam manapun, YB ada dua soalan tadi. YB Sungai Dua ada dua soalan. Satu, kenapa tak bawa najis daripada Kampung Selamat pi ke Valdor? Itu memang tidak boleh dilakukanlah. Nak bawa babi berpuluh-puluh kilometer hantar sana, memang economically doesn't make sense dan cuba dari logistik pun tak, tak

make sense. So, cadangan yang baik sekali adalah untuk menubuhkan satu lagi biogas di Kampung Selamat. Dan…

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kalau kata sementara nak siap, takkan nak biar dibuang dalam parit lagi?

Okey. Boleh tak Sungai Dua bukti semua orang buang? Semua orang buang…

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ni bukan orang buang.

Segelintir peladang yang kurang bertanggungjawab yang buang. Ada yang juga proses najis itu.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya tak apalah tapi kita dalam sungai tu, sungai tu tercemar.

Saya faham.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Skala yang besar.

Kita faham. Dan Jabatan Alam Sekitar pantau dan juga keluarkan saman. Bila benda itu disalirkan ke dalam sungai semasa malam bila kita tidak ada di sana, pun susah mahu tangkap dia orang.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ah, itu masalah dia.

Bukan kita, bukan kita tak nak buat, memang kita buat pun. Hampir setiap bulan ada berapa puluh saman dikeluarkan. Memang dia orang akan buang juga. Tapi bukannya 100% pengusaha ladang itu yang buang. Ada segelintir saja yang kurang bertanggungjawab yang buang. Walau macam manapun, ADUN Pantai Jerejak tengah usaha bukan dengan satu lagi operator, bukan Timeless Green tetapi satu lagi operator untuk menubuhkan satu lagi anaerobic what do we call that? digester untuk membekalkan gas biogas di sana.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Tak apalah biogas saya tak mahu tahu. Maknanya kesan tu macam mana nak menangani kesan yang sedang berlaku ni? Ya. Yang lebih teruk sungai ni macam mana nak rawat dia? Siapa yang, yang bertanggungjawab untuk merawat? Sungai yang teruk yang yang ni akibat daripada pembuangan ataupun pencemaran yang berlaku ni siapa nak nak rawat sungai ni?

Dia, dia ada dua Sungai Dua. Satu adalah preventive measure yang satu lagi corrective measure. Oleh kerana orang-orang ini kurang bertanggungjawab dan buang dalam sungai, kita kena ambil corrective measure. Sebagai preventive measure, kita kena sediakan satu pusat untuk proses najis ini sebelum air pembuangan boleh masuk ke sungai. Bagi kita tempoh masa. Dia memang bekerja dengan satu kontraktor yang baru yang sudah pun membekalkan satu konsep macam mana kita nak mengatasi masalah ini. Kalau nak

beranak pun kena tunggu 10 bulan. Ya? Bagi kita peluang untuk merancang dan pasti masalah ini akan diatasi dalam tempoh masa. Kita tidak lari pada tanggungjawab kita, kita memang buat, kita sudah pun temuduga banyak operator tak cukup, tak sampai kita punya peringkat dan sekarang kita sudah jumpa satu kontraktor yang rasa-rasanya boleh sama taraf dengan Timeless Green. So, kita akan berurusan dengan dia.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang Berhormat Perai, minta celah sikit. Yang Berhormat, terima kasih idea Yang Berhormat beri pandangan tadi. Tapi harus kita peka dan kita harus kaji semua. Hari ini Yang Berhormat fikir, ramai orang beli rumah di pinggiran sungai yang dibuangkan najis khinzir tu dan banyak restoran-restoran naik di situ. Apabila tetamu yang tidak pernah mengalami haruman yang disedut tu, dia datang singgah makan di situ dan juga mereka akan dapat rasa haruman yang bagus tu. Dah 60 tahun haruman yang bagus. Apa yang dicadangkan oleh Valdor? Valdor dah selesai 60 tahun. Di Tasek Gelugor dan Kampung Selamat pun 60 tahun lebih kurang juga. Kenapa di Valdor boleh selesai? Kenapa di Tasek Gelugor tak boleh selesai? Kita minta bukan ini kita datang dalam dewan, bukan kita nak menuding jari orang ni salah, orang ni salah. Tetapi kita di dewan ni kita adalah tempat perbincangan, tempat untuk menyelesaikan masalah. Hari ni ramai orang beli rumah hampir berapa ribu unit, puluh ribu unit di situ. Sekian, Yang Berhormat Perai.

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Tawar. Najis mesti berbaulah tak kira apa najis lah. Semua mesti bau. Tapi kita kena pastikan preventive measure. Bagi kita masa. Kita pun dalam proses menubuhkan Lembaga Air yang akan ambil tanggungjawab sedemikian untuk memastikan effluent discharge adalah ikut taraf yang dibenarkan. So, bukan kita lari daripada tanggungjawab kita, kita masih meneliti, kita memang nak buat. Kalau kita boleh buat Valdor, kenapa tidak boleh buat Kampung Selamat? Pasti akan buat. Bagi kita masa. Kita akan uruskan. Kita tidak mahu buat secara gopoh-gopoh dan sangkut pula dengan projek tu. Kita kena teliti supaya kontraktor yang kita pilih tu memang boleh beri kita apa yang kita nak daripada gopoh-gopoh buat kerja lepas tu terbengkalai pula. Ya? Terima kasih.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Dato’ Seri Speaker, cuma saya nak pasti isu monyet tu bawah MMK Alam Sekitar atau tak? Sebab tak jawab lagi.

Hutan saya punya, monyet pun saya punya. Di bawah portfolio saya, Jabatan Perhutanan dan Perhilitan ya? Jika ada masalah monyet, gangguan monyet, boleh hubungi pejabat saya ataupun Pejabat Perhilitan. Kami sentiasa bantu, sedia bantu. Ya?

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Okey. Ah saya celah sikit Dato’ Seri. Yang di-Pertua, sebab saya rasa isu ni dia dah menjadi serius. Seperti yang saya bahas semalam dalam ucapan saya, monyet ni dia akan bertindak agresif dan dia menyerang. Dia menyerang orang awam. So, saya harap Kerajaan Negeri memandang serius lah perkara ini. Kita sudah tentu tak mahu nanti dia jadi isu yang sangat besar terutama di Taman Botani. So, saya ucap terima kasih sebab Jabatan Perhilitan pernah mesyuarat dengan saya semua tu. Cuma isu yang mereka hadapi ialah mereka bagitau, sebelum ni Kerajaan Negeri memang menyalurkan peruntukan khas kepada Jabatan Perhilitan untuk menangani masalah inilah. Tetapi untuk tempoh dua tahun ni mereka tak menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk selesaikan masalah nilah. So, itu sebab saya nak tanya, adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memberi peruntukan khas kepada Jabatan Perhilitan ataupun ada langkah-langkah yang Kerajaan Negeri akan buat supaya isu ni tak jadi serius lah. Kita boleh lihat, semalam saya dah share video-video kepada semua wartawan juga. Isu kera ni ataupun monyet ni dia sangat serius di kawasan saya. Itu yang saya sangat titik beratkan dan saya harap ada jawapan yang lebih positif daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih, Perai.

Terima kasih, Kebun Bunga. Memang peruntukan tu nak cakap banyak sangat tidaklah. Dalam bawah MMK saya ada sedikit. So kalau ada masalah sedemikian sebagai EXCO saya boleh bantu juga ya. Kalau ada masalah macam tu tolong bagi tahu kita, kita boleh pasang perangkap untuk tangkap dan lepaskan dalam hutan.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Dato’ Seri Speaker boleh lagi ya mencelah.

Last paragraph I finish first can?

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Okey.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Speaker, akhir kata sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang Dipertua Speaker kerana telah menjalankan tugas dengan begitu sabar dan bersikap adil. Saya juga ingin mengajak semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini untuk terus bersama Kerajaan Negeri khususnya melibatkan portfolio Perumahan dan Alam Sekitar demi memastikan perumahan mampu milik rakyat dan kehijauan alam sekitar dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat pada masa hadapan. Dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Perai. Sila, Padang Lalang.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, rakan-rakan EXCO, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, semua ketua-ketua agensi kerajaan yang ada bersama dengan kita pada hari ini, salam sejahtera, salam Penang2030 dan salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada semua. Terlebih dahulu di hari yang mulia dan penuh rahmat ini, ingin saya mengucapkan terima kasih di atas peluang untuk turut mengambil bahagian dalam sesi penggulungan untuk Rang Undang-Undang

Enakmen Perbekalan Tahun 2026 sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu dan persoalan yang berkait rapat dengan portfolio Belia, Sukan dan Kesihatan sempena dengan persidangan ini. Dan saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk memberikan pencerahan dan juga penjelasan terhadap isu dan juga persoalan yang telah pun dibangkitkan sempena persidangan kali ini. Syukur di atas limpah dan rahmat Tuhan, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah membentangkan Belanjawan Tahun 2026 pada hari Jumaat yang lepas. Di mana Belanjawan yang telah pun dibentangkan ini akan terus memperkukuhkan dan juga mempercepatkan pencapaian visi Penang 2030 bagi memastikan seluruh warga Pulau Pinang turut merasai manfaat hasil daripada pembangunan sosial ekonomi Negeri Pulau Pinang yang kian pesat.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri hari ini komited untuk memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia secara menyeluruh. Golongan muda hari ini bukan saja berperanan sebagai peneraju inovasi, bahkan menjadi rakan strategik dalam pembentukan dasar negara. Justeru, kerajaan akan terus memperluaskan program peningkatan kemahiran, keusahawanan, pendigitalan serta ruang penyertaan belia dalam proses membuat keputusan dan dasar agar aspirasi dan pandangan mereka benar-benar diterjemahkan ke dalam tindakan. Jadi, berhubung dengan hasrat golongan belia untuk didengari, sememangnya telah pun saya tunaikan melalui inisiatif pemerkasaan belia luar bandar dengan memperkenalkan siri Jelajah Belia bagi mendekati belia khususnya mereka di kawasan luar bandar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam program komuniti. Dalam siri ini, sesi libat urus dijalankan secara santai bagi memberikan ruang kepada Kerajaan Negeri mendengar cadangan, pandangan dan juga idea golongan belia secara terus dan secara langsung. Bagi tahun ini, sebanyak 10 program telah dilaksanakan melibatkan seramai 2,487 orang belia yang menunjukkan sambutan hangat dan penglibatan awam secara aktif daripada mereka dalam memperkukuhkan komuniti di kawasan luar bandar.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, kalau kita lihat banyak sebenarnya usaha bukan sahaja daripada pihak Kerajaan Negeri, malah dengan sokongan padu daripada Kerajaan Persekutuan kita dapat lihat sebenarnya banyak inisiatif dan usaha yang telah pun digerakkan khasnya dari segi pembangunan belia. Kalau kita lihat kepada mereka yang belia yang bekerja, kini diperkenalkan insentif mobiliti perpindahan kerja sehingga RM1,000 dan juga bagi menyokong mereka yang menceburi Ekonomi Gig, sistem i-Saraan Plus dengan padanan 20% ataupun sehingga RM600 setahun telah pun diperkenalkan juga khasnya di bawah Kementerian KESUMA. Jadi selain daripada itu, latihan kemahiran, keusahawanan dan pertanian turut diterapkan dalam diri belia melalui pelbagai program strategik. Antaranya, Program K-Youth dan TVET di bawah Khazanah Nasional yang memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk memberi peluang kepada belia tanpa ijazah, manakala di bawah Program Protege MARA pula diberikan peruntukan sebanyak RM8 juta untuk membantu graduan teknikal menjadi usahawan yang berjaya.

Tambahan pula, Program Sejati MADANI juga menggalakkan belia menceburi dalam bidang pertanian bandar dan perniagaan mesin layan diri. Kerajaan Persekutuan turut menyediakan sebanyak RM150 juta di bawah pembiayaan Mikro BSN bagi menggalakkan belia dalam bidang keusahawanan. Ini ditambahkan lagi juga dengan memperkenalkan semula Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI kepada golongan belia untuk membeli rumah pertama mereka, di mana kelayakan dia adalah bagi mereka dari umur 18 sehingga ke 65, di mana pembiayaan tu diluluskan sehingga RM500,000 pembelian rumah dan mereka dapat 1 tempoh pembiayaan sepanjang 35 tahun. Ini antara aspek yang kita dapat lihat usaha yang digerakkan bersama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membantu golongan belia kita.

Jadi, Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, selaras dengan Inisiatif Strategi C2T1 di bawah Visi Penang2030, yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan belia dalam pembangunan negeri, sukacita untuk saya maklumkan pada hari ini, sukarelawan belia, iaitu satu program di bawah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang, kita telah mencatatkan pendaftaran sebanyak 8,367 orang belia dari seluruh Negeri Pulau Pinang yang sudi tampil ke hadapan untuk menjadi sukarelawan dan telah pun mengambil bahagian dan melibatkan diri di dalam pelbagai program peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri serta komuniti. Ini termasuk ASEAN Senior Economic Official Meeting, dengan izin, Festival Penang2030, Misi Bantuan Pengagihan Air selaras dengan gangguan bekalan air tempoh hari, dan juga Hari Cuci Malaysia.

Selain daripada itu, program Rakan Muda di bawah Kementerian Belia dan Sukan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk menyokong penglibatan belia di dalam pelbagai aktiviti sukan, kesukarelawanan, gaya hidup sihat dan juga pelbagai program pembangunan belia yang lain. Jadi, Kerajaan Negeri juga tidak ketinggalan dalam menyalurkan peruntukan kepada belia di negeri ini bagi pastikan kumpulan ini kekal aktif, di mana di bawah dasar Dana Pembangunan Belia, pada tahun ini sahaja sebanyak RM99,800 telah diluluskan kepada sejumlah 47 pertubuhan belia bagi melaksanakan sebanyak 59 program yang membawa manfaat kepada sebanyak 10,809 orang belia.

Di samping itu, peruntukan sebanyak RM1.35 juta disalurkan melalui Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) membolehkan belia-belia di negeri ini terus aktif melaksanakan program di peringkat Dewan DUN masing-masing. Dan antaranya inisiatif yang telah pun digunakan di bawah peruntukan yang disediakan di bawah JBPP ini, termasuk bengkel dan juga kaunseling belia bagi mereka lepasan SPM, Program Ihya’ Ramadan, Food Bank, Bengkel Asas Pengendalian Drone, Kursus Asas Fotografi. Saya difahamkan Yang Berhormat Pulau Tikus dan Yang Berhormat Seri Delima juga mengadakan bengkel untuk bancuh kopi, yang uniknya untuk kita meningkatkan kapasiti dan membawa manfaat secara langsung kepada golongan belia ini. Jadi, sehingga Oktober tahun 2025 di bawah JBPP ini, sebanyak 169 program telah pun dijalankan yang melibatkan seramai 22,845 orang belia yang menerima manfaat daripada inisiatif ini. Dengan itu, jelaslah bahawa usaha berterusan ini memberi peluang dan pengalaman yang bernilai kepada golongan muda di negeri ini.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, tahun hadapan, tahun 2026 adalah satu tahun yang penting khasnya untuk pertubuhan belia, di mana transisi had umur belia, definisi itu akan secara rasminya diturunkan daripada umur 35 tahun sehingga ke 30 tahun. Namun demikian, Kerajaan Negeri akan memastikan supaya transisi ini tidak akan membawa sebarang isu ataupun cabaran dan kita akan terus memberikan sokongan yang padu khasnya kepada kumpulan dan juga pertubuhan belia ini. Kita memberi komitmen, meskipun definisi usia bagi belia ini diturunkan daripada 35 tahun sehingga ke 30 tahun, namun dasar yang sedia ada di semua agensi kerajaan yang melibatkan kategori belia ini, kita masih mengekalkan usia 35 tahun itu. Misal katanya, di bawah perumahan, kita bukan kalau kita turunkan had umur, kita tidak menafikan mereka dalam lingkungan umur tu untuk terus memohon. Ini juga sama dengan program insentif yang lain yang ditawarkan tidak kiralah di bawah Kerajaan Negeri ataupun di bawah Kerajaan Persekutuan. Jadi kita nak

pastikan ada soft landing, dengan izin, untuk pastikan belia di negeri kita dapat terus berdaya saing.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, tapi beliau tak ada dalam dewan. Memang kita sering kali menekankanlah di mana program yang kita adakan bukan saja kita tumpu untuk pastikan ada kehadiran saja. Kalau nak buat kehadiran, senanglah kita buat program ramai-ramai kita bagi makan, tapi tidak. Sebenarnya program dan juga inisiatif yang dirancang khasnya di bawah Perbadanan Pembangunan Belia bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, kita sememangnya menitikberatkan outcome. Apakah manfaat dan hasil para peserta daripada golongan belia apabila mereka habis menghadiri program yang kita adakan.

Jadi saya ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah membangkitkan isu inilah dan memang kita dapat lihat antaranya program kita kerjasama bersama dengan PERKESO, MyFutureJobs untuk golongan belia yang melihat kepada peluang pekerjaan. Kita telah bekerjasama dengan pihak PERKESO untuk mengaturkan sesi temu duga secara langsung kepada mereka. Jadi kita tetapkan satu tarikh melalui program tersebut, kita terus jemput majikan yang terlibat untuk kita terus menawarkan perkhidmatan sesi temu duga secara langsung untuk memastikan mereka dapat apa yang mereka nak dan ada hasil yang dapat dihasilkan daripada penganjuran program sebanyak ini.

Jadi, seperti mana tadi saya maklumkan memang banyaklah program sebegini kita adakan. Bukan saja kita nak makan minum sajalah. Itu memang outdated sudahlah. Memang kita sebab kalau kita buat program yang tanpa membawa nilai tambahan pun, memang golongan belia tidak akan mengambil bahagian. Lebih baik duduk rumah layan TikTok sajalah, betul? Jadi memang kita perlu merancang dengan lebih teliti, dengan cermat untuk memastikan objektif penganjuran setiap program ini dapat mendatangkan manfaat kepada golongan belia ini.

Jadi, Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya alih kepada portfolio sukan. Setelah kita menegaskan komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan belia sebagai tulang belakang masa depan negara, izinkan saya beralih kepada satu faktor yang penting

yang menjadikan wahana pembinaan karakter, disiplin dan juga semangat nasional iaitu sukan. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, tahun hadapan, tahun 2026 adalah satu tahun yang penting untuk sektor sukan di mana kita akan berhadapan dengan penganjuran sukan Temasya Sukan (SUKMA) tahun 2026 yang bakal diadakan di Negeri Selangor.

Jika pada tahun 2024, kita berjaya untuk mencatatkan kedudukan tempat keempat daripada 15 buah negeri dengan kejayaan 41 pingat emas dan 43 pingat perak, maka tahun hadapan target utama kita, sebenarnya target ini telah pun disasarkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri lah, telah beliau telah meletakkan satu beban dan juga tanggungjawab yang besar untuk kita cuba untuk menukarkan 43 butir pingat perak yang saya sebut tadi, tukar perak kepada pingat emas dalam Temasya SUKMA yang akan datang, dan memang tidak dapat dinafikan untuk mencapai sasaran tersebut bukan sesuatu yang mudah. Namun dengan perancangan yang baik dan serta rapi, saya bertambah yakin kontinjen Negeri Pulau Pinang kita akan terus meraih kemenangan.

Atlet-atlet kita kini bukan sahaja berlatih semata-mata, namun Kerajaan Negeri turut membantu mereka berlatih secara lebih sistematik. Tahun ini juga, kita akan menerapkan sains sukan ke dalam sukan-sukan yang sedia ada, juga kemajuan Skuad Latihan SUKMA akan dinilai secara terperinci dan secara profesional. Di mana setiap keputusan yang diambil adalah berpaksi kepada data dan juga analisis saintifik dan bukan bergantung kepada andaian ataupun pengalaman lapangan semata-matanya. Kita tidak mahu hanya menghantar atlet untuk bertanding, tetapi kita nak hantar mereka untuk menang dengan bergaya, dengan bermaruah.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, dalam mengejar kejayaan, aspek pemulihan dan keseimbangan tubuh atlet-atlet amatlah kita menitikberatkan. Atlet-atlet terus dipantau agar mendapatkan rehat yang mencukupi, tidur berkualiti dan pemakanan sihat sebagai sebahagian daripada disiplin harian. Sebab sebenarnya rintangan yang utama yang seringkali apabila kita tiba temasya sukan tersebut, yang menghalang, menjadi penghalang utama kita sering kalinya adalah apabila atlet kita mengalami kecederaan. Beliau tidak dapat beraksi di dalam acara sukan tersebut dan ia akan mensia-siakanlah peluang kita untuk meraih kejayaan dan juga pingat. Jadi, itu antaranya yang seringkali ditekankan di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Secara umumnya, kejayaan sukan negeri tidak bergantung kepada atlet semata-mata di mana di belakang mereka berdiri

jurulatih, pegawai, fisioterapis, pakar pemakanan dan juga pakar psikologi demi satu pasukan, satu kontinjen yang bergerak dengan misi yang bersama.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, berhubung dengan SUKMA tahun 2026, saya rasa mungkin dalam perbahasan penggulungan saya, saya sentuh ni sebab nanti ada soalan lisan daripada Yang Berhormat Pengkalan Kota nanti saya akan huraikan dengan lebih teliti lagi. Saya kini ingin membawa perhatian Dewan yang Mulia ini juga kepada penganjuran Sukan Asia Tenggara ataupun SEA Games yang bakal berlangsung di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2027. Di mana negeri kita turut diberi kepercayaan sebagai salah satu negeri host bersama bagi penganjuran temasya sukan berprestij ini bersama negeri-negeri rakan yang lain iaitu Sarawak, Johor dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya Negeri Pulau Pinang menjadi penganjur sukan bagi Snooker dan Billiards dengan peruntukan sebanyak RM15 juta.

Namun terdapat cadangan tambahan yang diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk kita turut menganjurkan sukan Sepak Takraw, sukan Judo, sukan Pingpong dan juga sukan Tinju. Dengan sukacitanya, ingin saya maklumkan bahawa segala persiapan untuk penganjuran tersebut sedang dilaksanakan dengan penuh teliti dan terancang. Malahan kita hanya baru saja kita ada satu delegasi lawatan yang baru-baru saja di diadakan ke negara Thailand di mana negara Thailand adalah negara penganjur untuk Sukan SEA pada tahun ini, dan menjelang 20 hari bulan Disember nanti, secara rasminya negara kita akan menerima host penganjuran daripada negara Thailand untuk menjadi host penganjur pada Sukan SEA pada tahun 2027. Dan saya yakin bahawa menjelang penganjuran Sukan SEA pada tahun 2027, negeri ini akan tampil bersedia sepenuhnya sekaligus menjadikan temasya tersebut salah satu kejayaan terbesar dan meninggalkan legasi yang cukup membanggakan untuk generasi yang akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, bagi tahun ini, selain daripada peruntukan sebanyak RM350,000 di bawah Jawatankuasa MMK Sukan, masyarakat kita juga turut disediakan Dana Sukan Komuniti iaitu sebuah dana yang disalurkan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bagi membantu untuk menganjurkan program pembangunan sukan di peringkat komuniti. Jadi untuk tahun ini sahaja, sejumlah RM1.2 juta telah disalurkan kepada 93 permohonan dengan laporan penyertaan sejumlah 22,858 peserta yang telah memanfaatkan daripada penganjuran program sukan di peringkat komuniti tersebut. Bukan saja itu, Kementerian Belia dan Sukan juga turut

menyediakan Geran Padanan Sukan kepada badan sukan yang berdaftar bagi menganjurkan program-program sukan berprestasi tinggi dan berimpak tinggi di peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Geran Padanan Sukan ini kita telah berjaya untuk menganjurkan satu Bola Keranjang 3x3 yang berperingkat antarabangsa di tahun ini, dan juga satu tren sukan yang baru, sukan Tarik Tali juga yang dianjurkan di Negeri Pulau Pinang ini telah menerima manfaat daripada Geran Padanan Sukan ini. Jadi di bawah geran ini, sebanyak 17 persatuan daripada Negeri Pulau Pinang telah menerima Geran Padanan Sukan dengan kesuruhan jumlahnya RM1.16 juta. Daripada 17 persatuan tersebut, tiga (3) adalah persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Manakala 14 persatuan adalah mereka yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, selain daripada dana sukan yang kita terima tersebut, kita masih merancakkan pembangunan sukan tempatan melalui Program Sukan Massa. Tujuan utama sukan ini adalah ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh di Negeri Pulau Pinang. Pemberian sukan untuk semua di peringkat komuniti secara menyeluruh dilaksanakan melalui empat (4) unit utama iaitu pembangunan dan penggalakkan sukan, kecergasan, rekreasi dan permotoran serta orang kurang upaya dan warga emas. Bagi tahun 2025, sejumlah 224 program Sukan Massa telah dilaksanakan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Merangkumi 29 program di peringkat negeri dan 195 program di peringkat daerah. Dan peruntukan keseluruhan program Sukan Massa ini berjumlah RM881,670.00 dengan jumlah penyertaan lebih dari sebanyak 333,768 orang.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, memang apa yang saya bangkitkan tersebut kita dapat rasailah. Saya yakin juga banyak wakil rakyat, Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin boleh rasa tahun ini banyak acara sukan. Hampir setiap hujung minggu memang semua Ahli-ahli Yang Berhormat terlibat. Itu sebenarnya satu usaha yang kita cuba bangunkan. Bukan sahaja kita nak membangunkan prestasi dan juga prestij dalam sektor sukan di negeri kita. Sememangnya itu adalah menyumbang kepada satu gaya hidup yang lebih sihat. Yang akan membantu untuk kita meningkatkan lagi tahap kesihatan untuk rakyat di Negeri Pulau Pinang.

Jadi, untuk pembangunan fasiliti sukan di negeri kita, untuk makluman Dewan yang Mulia ini, pada masa kini, beberapa projek pembangunan sukan kini sedang giat

dilaksanakan. Ini termasuk pembinaan asrama atlet di bangunan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang terletak di kawasan Batu Uban. Kompleks Sukan Sony di kawasan Seberang Jaya, saya ucapkan tahniah sebab synthetic field itu telah mula beroperasi. Dan kini giat dijalankan untuk kompleks yang lain untuk kita menyempurnakan kemudahan sukan yang lain. Penambahbaikan fasiliti di stadium-stadium sedia ada serta Kompleks Sukan Komuniti Pinang Tunggal dan pelbagai projek lain lagi.

Dan juga kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di mana kelulusan di bawah RMK baru-baru ini juga melibatkan kerja-kerja menaiktaraf di juga di Kompleks Sukan Bertam di bawah PBT. Namun, peruntukan itu akan datang disalurkan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Tidak lupa juga kepada Yang Berhormat Bagan Dalam, ada padang bola yang kini dalam proses pembangunan juga. Kita cuba untuk mendapatkan sumber-sumber yang ada untuk kita melaksanakan projek pembangunan kemudahan dan juga infrastruktur sukan di negeri ini. Kesemua inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kemudahan sukan, memupuk bakat atlet dan memperkukuhkan infrastruktur sukan demi kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan daripada Yang Berhormat Kawasan Penaga yang telah membangkitkan isu padang bola Pasir Gebu. Saya mengambil maklum dan saya menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat. Memang kalau kita lihat, padang itu terletak tepi jalan ja. Memang agak membahayakanlah sekiranya, bukan saja membahayakan pengguna padang tersebut. Tapi untuk pengguna jalan raya tersebut. Jadi saya akan menyemak permohonan tersebut dan untuk kita mempertimbangkan. Namun demikian, jangan risau Yang Berhormat Penaga, ada satu projek iaitu padang bola yang berdekatan di Pasar Penaga. Itu memang.

Pekan Penaga.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Ya, ya. Pekan Penaga. Yang itu memang di dalam pipeline dan kita akan mula laksanakan projek pembangunan padang tersebut pada tahun hadapan. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga teruskan dengan isu yang dibangkit oleh ramai wakil

rakyat kali ini. Yang Berhormat Sungai Dua, Yang Berhormat Bukit Tambun, Yang Berhormat Seberang Jaya dan juga Yang Berhormat Kebun Bunga berhubung dengan isu perkembangan bola sepak. Dan saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua wakil rakyat. Sama ada dari belah kerajaan ataupun dari belah pembangkang yang sentiasa menyokong perkembangan sukan bola sepak di negeri kita.

Ya, memang tidak dapat dinafikan kedudukan Penang FC pada masa kini memang agak mencabarkan. Namun, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk terus meningkatkan prestasi dan kedudukan pasukan ini. Tempoh hari Yang Berhormat Pinang Tunggal kata, last game kita betul, kita kalah tipis kepada pasukan Imigresen FC (1-0). Tapi apabila kita menang ke atas pasukan Negeri Sembilan FC, tak ada pun yang bagi sokongan. Kita kalah tipis kepada juara Johor Darul Ta'zim (2-1) tempoh hari dalam Piala FA. Memang kita berjaya untuk mengikat mereka pada separuh masa yang pertama. Cumanya kita kalah dengan satu sepakan free kick pada second half itu tersebut.

Tapi memang kita cuba sedaya upaya kita untuk kita meningkatkan lagi prestasi. Memandangkan memang betul kita menerima dana sebanyak RM8 juta daripada Kerajaan Negeri. Namun, kita sentiasa berusaha dengan sumber yang ada. Kita boleh bangga untuk memberitahu kepada semua sehingga kini. Di bawah pengurusan di bawah Kerajaan Negeri, Penang FC satu-satunya pasukan antara satu-satu pasukan yang tidak pernah kita hutang gaji pemain. Kita tak ada isu gaji, kita menguruskan pasukan dengan baik dan tidak ada isu khasnya berkait dengan isu gaji yang timbul di dalam Penang FC.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, beberapa langkah penstrukturan pemain sedang dilaksanakan secara profesional. Antaranya pemain import daripada Malawi, Limbikani Oscar Mzava telah bersetuju untuk dilepaskan. Memang kita dapat lihat walaupun kita telah tandatangani pemain tersebut tapi kita rasakan ada isu dari segi prestasi beliau dan kita telah berjaya untuk melepaskan pemain tersebut tanpa melibatkan sebarang pampasan dan sebagainya. Dan digantikan seorang lagi pemain antarabangsa dari negara Filipina, OJ Porteria bagi memastikan pasukan kekal kompetitif. Berhubung prestasi pemain import daripada Korea Selatan, Lim Inkyu, pihak pengurusan masih memberikan ruang dan tempoh yang sewajarnya kepada beliau untuk mencapai tahap kecergasan optimum seperti yang ditetapkan oleh pasukan.

Namun, tempoh hari apabila Yang Berhormat Ketua Pembangkang kata mungkin pemain tu beli daripada Shopee. Kalau pemain bola sepak boleh beli daripada Shopee, saya minta Ketua Pembangkang bantulah. Kita salurkan peruntukan, suruh dia cari di dekat Shopee lah. Memang ini adalah kalau kita lihat sukan bola sepak ini, dia ada banyak cabarannya. Bukan saja, bukan saja kita kena pastikan kita ada pemain yang baik dan cukup baik prestasinya. Dia ada banyak faktor lain lagi khasnya dari segi pengadilan mutu permainan dan sebagainya. Banyak faktor yang akan menjejaskan prestasi. Namun demikian seperti saya nyatakan tadi, kita tidak nafikan keadaan Penang FC pada masa kini. Di mana dalam liga daripada lapan (8) perlawanan liga, hanya kita berjaya mencatatkan satu (1) kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC. Tapi kita akan cuba sedaya upaya pada 23 hari bulan yang akan datang, kita akan bertandang ke Kota Kinabalu untuk menentang Sabah FC. Jadi saya harap semua wakil rakyat dapat terus memberikan sokongan kepada pasukan Penang FC kita.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan. YB Dato’ Seri Speaker dengan Yang Berhormat Padang Lalang. Saya ingat ADUN-ADUN di Pulau Pinang ini tidak pernah tidak sokong Penang FC. Dan juga tidak pernah tidak sokong pembangunan bola sepak di Negeri Pulau Pinang. Persoalan kami adalah lebih kepada jalan keluar Kerajaan Negeri daripada menguruskan pasukan bola sepak ini. Sebab geran tahunan sejumlah RM8 juta adalah bersamaan dengan lapan untuk persiapan Sukan SUKMA 2026. SUKMA yang kita bersasarkan 60 pingat emas hanya dapat RM8 juta. Tetapi untuk sebuah pasukan juga RM8 juta.

Dan dari segi RM8 juta ini, kita juga tidak dapat melahirkan pemain-pemain tempatan. Itu pertama. Dan kedua, apabila menghadapi kekalahan, Kerajaan Negeri dan juga Yang Berhormat Padang Lalang yang menjadi sasaran. Termasuk apa, tuntutan untuk rombakan pengurusan. Masalah bukan di pihak pengurusan sebab saya setuju dengan Yang Berhormat Padang Lalang. Pulau Pinang dengan JDT dan Selangor saja, tiga negeri saja yang tidak pernah hutang kepada pemain. Dari segi pengurusan tidak ada masalah. Tetapi tidak boleh menjadi bebanan kepada kewangan Kerajaan Negeri. Itu saja. Terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih rakan saya dari Bukit Tambun. Memang sebenarnya i'm coming to that lah untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan tersebut. Kita faham memang kalau kita lihat seperti mana perbandingan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun. Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang perlu menjaga lebih banyak jenis sukan lagi, menerima peruntukan yang sama, hampir sama berbanding dengan pasukan Penang FC. Tapi Yang Berhormat Bukit Tambun, kini kita dapat lihat memang ada banyak Kerajaan Negeri pun telah mula untuk melepaskan. Misal katanya, ada banyaklah negeri-negeri jiran kita yang tidak mampu lagi untuk menguruskan satu pasukan Liga Super. Tapi saya ingin membangkitkanlah di mana Penang FC kini adalah pasukan negeri satu-satu sahaja pasukan negeri di Wilayah Utara. Jiran-jiran kita sudah lingkup dah. Jadi itulah sebab kalau kita melibatkan, memang ada banyak faktor yang kita perlu mempertimbangkan. Memang kita akan memperhalusi untuk jangka masa panjang. Kita pun tidak mahu Penang FC mengikut jalan Bukit Tambun FC jugalah. Kita harap dapat teruskan dengan prestasi yang baiklah. Tapi itulah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Mohon Padang Lalang.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sat, sat, sat.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sikit saja.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Saya habis dulu. Saya habis dulu nanti saya bagi. Jadi, sememangnya berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Bukit Tambun untuk dalam sesi perbahasan tempoh hari, beliau meminta supaya menutup terus Penang FC adalah satu keputusan yang amat serius dan perlu diperhalusi sedalam-dalamnya oleh Kerajaan Negeri. Penutupan ini bukan

sahaja akan menyebabkan kehilangan status pasukan negeri yang menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang. Malah boleh mengakibatkan implikasi besar. Termasuk kemungkinan dikenakan denda berat oleh Malaysian Football League (MFL) iaitu penganjur Liga Super. Pada masa yang sama, dia akan bakal menjejaskan perkembangan bakat muda, ekosistem bola sepak negeri dan juga imej sukan Pulau Pinang secara keseluruhannya. Namun kita memang menerimalah, apakah pandangan dan juga cadangan yang dilontarkan. Tapi kita cuba untuk membuat sedaya upaya supaya kita masih ada satu pasukan negeri yang dapat membanggakan semua rakyat Negeri Pulau Pinang. Sila. Silakan Telok Ayer tawar.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okey. Terima kasih Padang Lalang. (gangguan)

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Goalkeeper, goalkeeper.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Apa yang dicakap oleh Tambun tadi mengatakan wakil-wakil rakyat tidak memberi sokongan. (gangguan) Tadi tidak bagi, bagi.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tidak pernah tak bagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tidak pernah tak bagi. Memang kita pernah bagi sokongan. Semua wakil rakyat beli tiket juga sokong. Memandangkan dulu zaman Shukor Salleh, Isa Bakar. Yang permainan bola Pulau Pinang adalah legenda yang termasuk memang orang terkenal dalam Pulau Pinang. Terbaik, kalau sebut Pulau Pinang ini memang terbaik. Hari ini kita tengok hasil kutipan kita menurun. Kerana kesesakan, bukan kerana menurun. Kesesakan peminat nak pergi ke stadium terlalu sesak, jam. Kita ini ada stadium di Batu Kawan.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Lagi tak ada orang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bukan lagi tak ada orang, pasal kita tak buat. Kalau kita buat di Batu Kawan, mungkin di sebelah Seberang, Seberang ini lebih ramai lagi. Mungkin dari Kedah, Perak boleh hadir. Sempadan. Beri sokongan kepada Pulau Pinang ini. Mungkin hasil kutipan itu kita boleh dapat banyak. Hari ini di Stadium Batu Kawan ini, pemain import ada banyak. Dari China, duk tunggu itu tak ada pemain. Minta maaf la, saya.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Baik, baik. Saya mengambil maklum apa yang dicadangkan oleh Telok Ayer Tawar.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB Padang Lalang. Maka saya dengan ini saya nak potong peruntukan bola sepak. Peruntukan masa. Peruntukan masa.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Okey, okey. Baik, baik, baik Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Silalah ringkaskan.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Okey. ringkaskan, ringkaskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Banyak sukan yang dapat.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Saya nak jawab.

Yang di-Pertua (Speaker)

Keputusan yang baik.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Saya nak jawab.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tanpa bincang-bincang lah.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Saya nak jawab berhubung sukan yang lain.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila pendekkan.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Okey, okey. Baik. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam dan juga Yang Berhormat Bagan Jermal tentang pengiktirafan kepada atlet bina badan yang menjuarai kejohanan sukan tersebut yang dikenali sebagai Mr. Penang pada 6 September. Dan saya difahamkan beliau juga memenangi kategori Bantamweight untuk Mr. Malaysia. Dimaksudkan, sukacita

dimaklumkan bahawa kejohanan tersebut merupakan pertandingan peringkat negeri seperti kejohanan terbuka lain yang dianjurkan bagi memupuk bakat daripada peringkat akar umbi.

Pengiktirafan terhadap atlet berkenaan telah pun diberikan melalui penganugerahan pingat dan juga hadiah wang tunai sewaktu kejohanan tersebut. Di mana untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah pun, di mana program kejohanan Mr. Penang tersebut sebenarnya telah menerima sumbangan daripada pejabat saya dari segi penganjuran tersebut. Dan untuk makluman untuk penyertaan Encik Loganathan Chandran ke peringkat Mr. Malaysia juga telah dibiayai melalui sumbangan di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Sememangnya kita mengiktiraf, memberi pengiktirafan dan mengangkat martabat atlet ini yang telah mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang ini di peringkat kebangsaan. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya akan akan beralih ke isu.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat EXCO, mohon. Terima kasih atas penjelasan tadi di mana pihak Kerajaan Negeri ada memberikan sokongan kepada atlet ini. Saya ucapkan terima kasih. Bukan atlet ini saja, mana-mana atlet yang tampil mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat negeri dan juga nasional harus diberikan sokongan. Tapi apa yang saya mohon ialah pengiktirafan yang kita beri selepas mereka mengharumkan nama negeri kita di persada negeri mahupun nasional. Apakah yang kita akan lakukan selepas itu? Sedikit penghargaan supaya ianya akan menjadi satu legasi kepada atlet-atlet yang akan datang. Satu sokongan dan dorongan. Terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Ya, Yang Berhormat Bagan Dalam, sememangnya di bawah program insentif SKIMAS memang Kerajaan Negeri kita menyediakan untuk ganjaran dan juga pengiktirafan kepada atlet-atlet. Tapi dia ada syarat-syarat tertentu. Macam saya sebut tadi, sebenarnya untuk penganjuran Mr. Penang tersebut, dia hanya adalah satu kejohanan yang melibatkan akar umbi, pembangunan akar umbi. Namun di bawah ganjaran sistem ganjaran SKIMAS dan sebagainya, dia ada kriteria tertentu, peringkat temasya sukan antarabangsa, kebangsaan dan sebagainya lah. Namun demikian memang Kerajaan Negeri kita antara

negeri yang memegang di mana kita memberikan ganjaran dan pengiktirafan yang secukupnya untuk atlet kita, termasuk atlet pekak. Ini pun di bawah Kerajaan Negeri juga.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin mengalih ke isu kesihatan…

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Sebelum tu, Yang Berhormat. Saya tertarik dengan isu yang dibawa oleh Bagan, Yang Berhormat Bagan. Dalam. Bukan, Bagan Dalam. Saya, soalan yang saya nak tanya adalah adakah Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif-inisiatif untuk memberi pengiktirafan ataupun kenangan kepada veteran-veteran atlet terkenal di Pulau Pinang. Sebab mereka telah pun banyak berjuang, menyumbang kepada Negeri Pulau Pinang. Jadi dan sudah tentunya mereka juga ada cerita-cerita sejarah dari dulu-dulu yang boleh motivasikan atlet baru anak muda sekarang dan sebagainya. So, what are the program-program yang kita buat to recognize and to show our appreciation for their contribution to the state of Penang? Terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah, sememangnya ada program pengiktirafan. Kita selalulah ada program macam pengiktirafan yang kita adakan. Basically, selalunya kita buat satu program macam Get Together (dengan izin) untuk kita mengumpulkan lagenda-lagenda dari sektor sukan yang pernah mengharumkan nama bukan sahaja nama Negeri Pulau Pinang tetapi nama negara Malaysia yang ada. Misal katanya, sebenarnya pada tahun lepas saya pun sempat untuk mengadakan sempena dengan kemenangan Piala FA oleh pasukan Pulau Pinang Ulang Tahun ke-50, kita pun telah mengadakan satu majlis makan malam dan berjaya untuk mengumpulkan semua Lagenda Bola Sepak di Negeri Pulau Pinang seperti mana tadi Yang Berhormat Telok Ayer Tawar sebut lagenda-lagenda tersebut. Kita mengumpulkan mereka dalam majlis untuk memberikan pengiktirafan mereka di mana lagenda ini senantiasa di hati kita.

Okey, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Dato’ Seri…

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Yang Berhormat, mencelah sekejap, YB EXCO nak tanya Padang Lalang. Saya tertarik juga kepada daripada Bukit Tengah dan juga Bagan Dalam. Jadi di sini kan, ganjaran tu bukan bermaksudnya hanya dari segi insentif, kewangan begitu. Maksudnya pengiktirafan tu termasuk kalau boleh tak bagi mereka kalau pingat ke apa pencalonan untuk ahli-ahli sukan yang telah mengharumkan nama negeri. Itulah saya minta ulaslah. (gangguan, ketawa)

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan Jermal, itu bukan kuasa saya. Tapi, tapi, tapi kita mengambil maklum, kita mengambil maklum. Memang memang ada, memang ada di mana tokoh-tokoh sukan yang telah banyak berjasa untuk negeri kita menerima pengiktirafan anugerah dan sebagainya. Memang ada. Tahun ini saja Yang Berbahagia Dato' Seri Lee Chong Wei.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Yalah, itu yalah sudah....

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Atlet-atlet besar...

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Macam Dato’ Nicole David...

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tak maksudnya, maksudnya ada.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Memang la, cuma kita cakap kalau sukan yang bukan yang orang cakap mainstream tu patut diberikan juga.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Kita faham, kita faham.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Perhatian dan diberikan saya tak mahu guna perkataan kuotalah atau macam mana sedikit ruanglah.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Saya faham, saya faham.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya sokong, saya sokong ni jiran saya ni.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Kali pertama.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kuota Pembangkang ni tak pernah dapat. Ambil itu bagi. (ketawa)

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, dia telah...

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Marah nampak, marah, marah.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Tahun ini dia bagi, tahun depan dia minta untuk dia.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tak pernah dapat kita dua tahun.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Saya perlu ulas ini.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kalau seorang wakil rakyat ada dua tiga kuota kutip ni yang 11 wakil rakyat ni ambil bagi kat atlet-atlet Pulau Pinang yang berjasa.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Okey, okey, saya nak beralih kepada saya mengambil maklum, saya mengambil maklum. Saya nak alih kepada isu kesihatan. Banyak isu yang saya nak sentuh di bawah segmen ini. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu kesihatan kekal menjadi keutamaan negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat dan kelestarian sistem perkhidmatan kesihatan nasional. Dalam menghadapi cabaran kesihatan yang kompleks, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan mengambil pendekatan menyeluruh dengan menumpukan kepada pengukuhan sistem penyampaian, peningkatan infrastruktur dan selainnya. Semua ini adalah demi memastikan rakyat terus mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

Acap kali, kita dengar isu kesesakan pesakit di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini. Isu ini bukan saja satu isu yang unik kepada Negeri Pulau Pinang saja. Malah sebenarnya ia adalah satu isu ataupun cabaran yang dihadapi oleh seluruh negara Malaysia. Namun demikian, boleh saya katakan terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada isu ini. Namun, suka untuk saya bentangkan antaranya langkah-langkah yang telah pun diambil, misal katanya untuk mempercepatkan proses discharge pesakit daripada wad, menjalankan proses step down (dengan izin), pesakit agar agihan pesakit ke hospital yang lebih kecil dapat dilakukan serta menempatkan pakar perubatan kecemasan dan trauma secara tetap di semua hospital supaya kes rujukan ke hospital utama ini dapat dikurangkan.

Manakala di klinik kesihatan pula, sistem sedia ada seperti MySejahtera telah banyak membantu mengatasi masalah kesesakan pesakit dengan memantapkan lagi sistem temu janji, sistem e-Medical Record (dengan izin) yang mengurangkan human error (dengan izin), dan juga implementasi pelan induk pembangunan kesihatan awam yang melibatkan naik taraf dan juga pembinaan strategik klinik kesihatan.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tengah di mana dalam perbahasan beliau, panjang lebar beliau menyentuh tentang bagaimana kita dapat lihat kepada satu, boleh katakan reformasi sistem kesihatan khasnya di Negeri Pulau Pinang ini. Di mana dalam persidangan kali ini juga saya turut ingin merakamkan penghargaan saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan isu yang berkait rapat dengan isu kesihatan.

Sebenarnya isu dan cabaran kesihatan yang dihadapi ini, memang seperti mana tadi saya jelaskan, memerlukan satu penyelesaian yang kompleks dari pelbagai bahagian. Dari segi sumber manusia, pembangunan infrastruktur, galakan gaya hidup yang sihat serta teknologi perubatan yang kian pesat membangun. Sebenarnya di peringkat Negeri Pulau Pinang memang saya mengambil maklum cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah untuk kita membangunkan satu Pelan Induk Fasiliti Kesihatan. Sebenarnya memang sedia ada, kita ada satu Pelan Induk Fasiliti Kesihatan yang dibangunkan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri. Malah untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan sahaja di bawah peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang kita ada satu pelan induk, di mana setiap hospital utama di negeri kita juga, mereka juga telah menyediakan satu pelan induk untuk kita merangka hala tuju ke hadapan.

Saya bagi contoh. Misal katanya untuk hospital di kluster pulau, misal katanya Hospital Besar Pulau Pinang, hala tujunya adalah untuk menjadikan dia satu pusat rujukan untuk Stem Cell Center (dengan izin), Spine Deformity Center (dengan izin), Geriatric Spine Center, Kardiologi dan juga Regional Interventional Nephrology Center. Dia ada hala tuju di mana misal katanya Hospital Bukit Mertajam, dia adalah satu hospital dengan hala tuju sebagai satu Medical Related Psychiatric Center dan juga Ophthalmology Center. Dia ada perangkaannya berdasarkan juga dengan perangkaan pembangunan penduduk yang ada sedia ada di Negeri Pulau Pinang ini.

Namun demikian, hospital yang ada di Negeri Pulau Pinang ini sebenarnya, pelanggan ataupun klien yang kita terima bukan saja daripada golongan warga Pulau Pinang, malah negeri-negeri jiran seperti Negeri Kedah, Negeri Perlis dan juga Negeri Perak, pesakit mereka juga turut dirujuk kepada Hospital Besar Pulau Pinang. Ini yang sebenarnya menjadikan satu cabaran untuk melihat kepada kapasiti kesihatan kita.

Namun demikian, saya juga nak memetik baliklah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah. Beliau telah memetik kadar ratio yang disyorkan oleh World Health Organization di mana untuk Negeri Pulau Pinang, sebenarnya kita memerlukan lebih kurang 5,000 katil, betul Yang Berhormat? Namun demikian, di bawah sektor kesihatan awam, kini kita hanya ada lebih kurang 2,000 katil saja. Namun demikian, ingin saya menarik perhatian Yang Berhormat Bukit Tengah, kalau kita tambah sekali jumlah katil yang ada di sektor kesihatan swasta, sebenarnya Negeri Pulau Pinang kita telah melebihi jumlah 5,000 katil tersebut.

Namun demikian, apabila kita sebut tentang bagaimana kita nak mereformasikan penyampaian sistem perkhidmatan kesihatan ini, sebenarnya ada satu dokumen yang penting telah pun dibentangkan, iaitu Kertas Putih Kesihatan yang telah pun dibentangkan di dalam Dewan Rakyat pada Jun tahun 2023. Apa yang saya sebut tadi sebenarnya adalah satu isu yang penting. Sebenarnya jumlah katil dan tambahan pula sebenarnya kalau kita lihat kepada klinik, klinik kesihatan di Negeri Pulau Pinang kita, di Negeri Pulau Pinang kita ada lebih daripada 750 klinik swasta yang sedia untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem kesihatan ini untuk memberikan sokongan kepada rakyat kita yang memerlukan. Cumanya perlu kita tekankan salah satu aspek yang kita sering kali sebut di dalam reformasi kesihatan Kertas Putih Kesihatan kita, adalah bagaimana kita nak pastikan kos perubatan

tersebut yang tidak membebankan rakyat kita untuk mereka dapat juga menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor kesihatan swasta tersebut juga.

Namun demikian, Kertas Putih, selepas Kertas Putih tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat, sebenarnya banyak usaha yang kini diambil di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga di bawah Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk kita cuba menjayakan aspek dalam reformasi kesihatan tersebut.

Saya bagi contoh. Antara usaha yang kita tekankan adalah perkhidmatan penyumberluaran ataupun (dengan izin) outsourcing daripada klinik kesihatan dan hospital kepada fasiliti swasta. Sepanjang tahun ini sebenarnya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan beberapa inisiatif penyumberluaran bagi meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan di Negeri Pulau Pinang. Pertama, perkhidmatan radiologi asas telah disumber luar ke klinik swasta terpilih di beberapa daerah yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM194,300.00. Maksudnya kita tak laksanakan perkhidmatan tersebut in-house, kita menyumberluarkan kepada klinik swasta untuk bantu kita meringankan beban yang dihadapi oleh perubatan awam kita.

Pada masa yang sama, Hospital Outsourcing Program dengan izin, HSOP yang dikendalikan oleh Protect Health Corporation Sendirian Berhad telah diperluaskan mulai April tahun ini untuk menyalurkan pesakit dari hospital-hospital KKM ke hospital swasta bagi perkhidmatan terpilih. Program ini bertujuan mengurangkan kesesakan serta mempercepatkan masa menunggu pesakit dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM10,665,680.00 lah. Jadi memang ada antara inisiatif yang kita laksanakan untuk kita meningkatkan lagi kapasiti kita. Silakan Yang Berhormat Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Yang Berhormat. Yang terlebih dahulu, saya nak tekankan sekali lagi bahawa YB ni EXCO antara yang paling hardworking sekali di EXCO Negeri Pulau Pinang. Dan bukan, bukan by accident bahawa dia dengan saya share surname yang sama walaupun kita, walaupun kita bukan, (gangguan) tapi bersama-sama bersaudaraan yang bernama Gooi lah. Daniel Gooi dengan Gooi Hsiao Leung. Sepupu, cuma saya sekarang nak beralih kepada, and I terima kasih atas penjelasan dan banyak pertolongan juga yang telah pun diberikan kepada kawasan KADUN Bukit Tengah dari banyak aspeklah.

Dia banyak bantu, tetapi isu kesihatan ini, saya nak beralih. Bukan apa ini, isu ini dekat hati saya, saya terima kasih tadi dengar bahawa, kita ada satu rancangan plan induk daripada kementerian. Tetapi masalahnya, kalau betul-betul ada satu Plan Induk Kesihatan, kenapa seperti saya katakan, Hospital Seberang Jaya sehingga ini walaupun ada banggunan baru tetapi, you know pesakit-pesakit masih tidur di luar koridor hospital.

Maksudnya pelan induk ini sudah gagal rakyat Pulau Pinang, Dato’ Seri. Itu yang pertama, yang kedua saya nak tanya, plan induk ini, kementerian, kementerian yang buat bukan Negeri Pulau Pinang yang buat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang buat. Saya nak tanya, kita dah bawa banyak isu dari segi isu sumber kerja tenaga, doktor-doktor, nurses. Kita dah isu, bawa isu tentang aging society, right. So aging society ni maksudnya kita perlu lebih banyak fasiliti-fasiliti khusus untuk aging society dan untuk merawati NCD, non-communicable diseases dan juga long-term care, rehabilitation untuk penyakit-penyakit ini. Kita perlu untuk selesaikan perkara katil yang tak cukup. Saya nak tanya, dalam pelan induk yang disebutkan tadi, apakah rancangan-rancangan yang telah pun dinyatakan di dalam pelan itu untuk selesaikan perkara-perkara ini dalam jangka masa yang panjang. Kita tidak mahu dengar bahawa kita hanya nak rancangan untuk stem cell bagi Hospital Pulau Pinang. I mean that that is required tetapi itu tak selesaikan, itu bukan satu pelan induk yang ber integrated yang address menangani semua isu-isu yang kita perlu tangani di Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Tengah. Memang kalau sebenarnya saya kurang bersetuju katalah pelan induk ini telah pun gagal. Isu dia adalah dari segi perancangan yang kita sediakan memang berdasarkan kepada realiti yang kita berhadapan. Namun demikian ada pelbagai faktor. Satunya, boleh katakan dari segi faktor sumber kewangan. Kalau kita lihat, sebenarnya perbelanjaan negara kita berdasarkan dengan GDP dalam sektor kesihatan ini sebenarnya memang belum mencapai satu tahap yang cukup memuaskan kalau kita bandingkan dengan negara-negara yang lain. Memang itu adalah satu usaha yang kita cuba tingkatkan di mana baru-baru ini kita dapat lihat juga di mana Kementerian Kesihatan Malaysia adalah Kementerian kedua tertinggi dari segi peruntukan yang diterima di bawah Kerajaan Persekutuan. Memang itu something that we are working towards. Itu memang telah pun highlight dalam, (dengan izin) dalam Kertas Putih Kesihatan tersebut. Namun demikian, apa yang Yang Berhormat Bukit Tengah kata dari segi

perancangan bilangan katil dan sebagainya. Saya boleh bagi tahu di sinilah, memang sebenarnya banyak kali saya sudah bagi tahu. Kalau kita, rakyat kita tak jaga kesihatan, tak lihat kepada aspek kesihatan, kita sendiri tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, I don't think so. Macam mana kita plan pun dari segi bilangan katil, if we base on bilangan katil yang digunakan untuk perancangan, memang tidak akan mencukupi pun. Saya bagi contoh satu contoh yang realiti. Bangunan baharu Hospital Seberang Jaya, apabila hari itu dibuka, memang hari itu sudah penuh disebabkan memang situasinya adalah berlainan di mana situasinya ada juga berkait rapat. Dan sebenarnya ada banyak usaha juga kita ambil di bawah cadangan Kertas Putih Perubatan Kesihatan ini untuk kita melihat bagaimana kita nak mengekangkan, jangan kita selalu lihat untuk nak tambah katil saja, padahalnya sepatutnya Kementerian Kesihatan, portfolio saya kesihatan, bukan perubatan. Kita tak mahu ubatkan rakyat kita, kita nak rakyat kita menjadi lebih sihat. Di mana sebenarnya banyak program. Misal katanya, program saringan kesihatan yang percuma, PeKa B40. Kita dapat lihat, malah klinik swasta turut menawarkan saringan kesihatan secara percuma. Dan sekiranya ada kes yang kita dapati daripada saringan tersebut, memang kerajaan pun telah menyediakan sumbangan untuk alat-alat pembedahan dan sebagainya sehingga RM20,000 dan juga tambang, kos tambang, transport dan juga kos untuk rawatan kanser sebanyak RM1,000. Masalahnya di Negeri Pulau Pinang, walaupun percuma, perkhidmatan percuma, setakat kini kita hanya 20% rakyat di bawah kategori B40 ini yang telah menjalankan saringan kesihatan ini. Ini senantiasa yang saya tekankan dan saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Banyak yang menganjurkan program saringan kesihatan khasnya untuk mungkin wanita, warga emas dan sebagainya. Ini memang saya ucapkan terima kasih dan ini memang sesuatu yang kita galakkan sebab kalau kita dapat kesan awal, ada isu kesihatan yang kita perlu tangani, kita boleh ambil tindakan lebih awal. Jangan sampai tunggu dah pesakit tu sampai kepada Jabatan Kecemasan baru kita nak kelam-kabut. Itu sebenarnya kita nak cuba untuk memupukkan. I think, I think, let’s me finish. panjang lagi panjang lagi panjang lagi.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang last sekali dan saya saya tak akan bawa lagi isu kesihatan. Saya sangat bersetuju bahawa prevention is better than cure dan perubatan dan sebagainya dan saya ingat lagi dalam perbentangan bajet Ketua Menteri telah pun sebut bahawa MMK telah pun diperuntukkan RM83,000 untuk pelbagai program kesedaran dan saya menyambut baik. Cuma kalau kita lihat, tadi saya dengar FC Pulau Pinang, peruntukan kerajaan RM8 juta,

right. Manakala MMK Kesihatan, satu MMK Kesihatan yang sangat penting sekali, dapat hanya RM83,000. Saya haraplah bahawa Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan supaya meng up kan lagi peruntukan kepada MMK Kesihatan bagi program-program kesedaran.

Yang kedua, berkenaan dengan katil Hospital Seberang Jaya, saya nak katakan sini, kalau kita bukan lihat WHO juga. Populasi Seberang Jaya sekarang, Seberang Perai, Seberang Perai ye, 1.1 milion penduduk. Mengikut jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, Hospital Seberang Jaya sekarang ada 413 katil ward kelas 3. Ini bermaksud, kalau kita guna piawai bukan WHO, Kerajaan Pusat sendiri, dua katil per 1,000 populasi. Maksudnya kita masih sekarang berada di 0.38 sahaja, jauh kebelakangan kepada piawaian Kerajaan Persekutuan yang untuk set average bagi katil-katil di Hospital Pulau Pinang. Dan bukan semua, dan bukan semua kita boleh outsource kepada swasta. Kita tahu sekarang bahawa hospital-hospital swasta, dia punya charge terlalu tinggi untuk ramai untuk memberi dapat perawatan, dengan kos insurans sekarang, premium yang semakin meningkat yang telah pun menyebut, menyebabkan ramai pesakit sekarang pergi ke hospital-hospital kerajaan untuk mendapat rawatan.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Faham-faham Yang Berhormat Bukit Tengah, memang I, memang I faham isu.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Dan ada one last thing. We say, kita selalu kita dengar.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bukit Tengah ada banyak, banyak sangat dah ni.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Peruntukan-peruntukan yang diberi kepada Kerajaan Pusat untuk RMK dan sebagainya, saya tengok senarai permohonan-permohonan di sini. RMK 12 untuk Hospital Pulau Pinang, nak naik taraf Sistem Keselamatan Kebakaran Pulau Pinang Hospital.

Jumlah RM30 juta, RMK 11 Rolling Plan 4 Tahun 2019, sampai hari ini tak boleh diluluskan. Keselamatan Kebakaran Pulau Pinang, Hospital tu. Jadi apakah, manakah pelan pelaksanaan Pelan Induk Kesihatan Kerajaan Pusat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Padang Lalang, teruskan.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tak, Yang Berhormat Bukit Tengah, memang saya rasa Yang Berhormat Bukit Tengah silap faham. Saya kata pelan, jangan, jangan tuduh supaya pelan ini sebenarnya, kalau sekiranya pelan ini gagal, memang projek itu kita tidak akan kemukakan permohonan juga. Namun demikian, seperti mana tadi saya sebut tadi, cabaran dia mungkin dari segi peruntukan yang berjaya disalurkan, sebab jangan lupa Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan Malaysia bukan jaga Negeri Pulau Pinang satu saja. Banyak lagi negeri yang kita perlu memberikan perhatian juga. Namun demikian, saya mengambil

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

You don't really care about, Penang, kita yang, kita don't care about other states, yang kita risau

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

I know. I know. Tak, tak, saya faham.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Mohon mencelah. Dua minit ja, dua minit. satu minit.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Nanti soalan lisan saya jawab banyak lagi. Tapi saya harap Yang Berhormat Bukit Tengah, kita pun menghargai sebenarnya perancangan yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan

Negeri Pulau Pinang. Bukan saja kita just pluck the number from the air, dengan izin, bukan kita kata, oh hari ini saya bangun, saya rasa ini mahu bina berapa katil dan bukan. Memang dia melibatkan perancangan yang banyak dan melibatkan banyak sesi libat urus dan sememangnya ada cabaran yang lain dari segi funding dan sebagainya. Memang itu kita mengakui, tapi memang ini antara isu yang kita akan sering pantau untuk memastikan kesejahteraan rakyat Negeri Pulau Pinang senantiasa dijaga. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Batu Lancang berhubung dengan pusat kecantikan tanpa lesen dan juga amalan rawatan IV Drip Vitamin. Sukacita saya maklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Cawangan Kawalan Amalan Swasta ataupun CKAPS bertanggungjawab memantau, mengawal dan mengawal selia semua kemudahan serta perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selaras dengan peruntukan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Mana, di mana, bagi tahun ini sahaja, tahun 2025, sebanyak tiga premis yang menyediakan perkhidmatan so-called kecantikan di Negeri Pulau Pinang ini telah dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana beroperasi tanpa kelulusan yang melibatkan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM210,000. Memang kita ada tindakan penguatkuasaan dan kita ada kegiatan merisik juga kepada aduan-aduan yang dikemukakan dan selalunya memang perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak bertauliah ini, mereka seringkali mengadakan promosi mereka melalui media sosial dan sebagainya. Memang ini di dalam perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Minta mencelah Padang Lalang.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Bandar Tasek Mutiara. Tak apalah saya sudah bagi jawapan.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Ada juga, ada juga benda yang lain saya perlu cakap. Saya perlu cakap juga sebab ini atas aduan. Terima kasih Dato' Timbalan Speaker. Okey, berkaitan tentang projek sakit di Bandar Tasek Mutiara yang sepatutnya dah siap pada penghujung Disember 2023 atas faktor masalah kontraktor dah dimulakan semula.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, faham. Padang Lalang, okey jawab terus.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Dak, ada lagi, saya nak.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sebenarnya tadi Yang Berhormat belum sebut saya sudah tau Bandar Tasek Mutiara.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dah dapat ka belum.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Ada. Okey, saya cuma nak tau sedikit maklumat berkaitan persiapan, bila dijangkakan siap. Yang keduanya tentang pelan induk tadi, saya pun sokong apa yang ditanyakan oleh Bukit Tengah tadi. Ya, pelan induk tu ada cuma tak achieve, pencapaiannya itu tak apa yang kita harapkan itu. Okey, tentang naik taraf Hospital Sungai Bakap. Baru ni soalan bertulis saya berkaitan ada, adakah nak buat hospital baru di kawasan, di daerah, di daerah SPS tapi tidak ada untuk bina hospital yang baru. Cuma saya nak tanya tentang naik taraf projek hospital yang mana pada tahun 2024 yang lepas masa PRK, Kementerian KKM telah hadir.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Faham-faham. Saya nak jawab. Saya nak jawab. Saya sudah faham. Saya faham soalan.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Banyak lagi nak cakap.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Cukup-cukup. Cukup. Masa dah tadak dah. Sungai Bakap duduk. Sungai Bakap duduk.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Saya jawab. Saya jawab. Jangan risau Yang Berhormat Sungai Bakap saya jawab.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Isu, sat saya tambah sikit ja, sikit ja.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Bakap telah pun sebelum ini telah pun dibangkitkan tentang garis masa untuk Klinik Kesihatan, pembangunan Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara. Tapi seperti mana garis masa yang saya jawab Yang Berhormat sebelum ini, memang buat masa kini kita sedang pantau dan memang kontraktor tengah mengikut garis masa yang ditentukan. Berhubung dengan Hospital Sungai Bakap, memang di dalam proses untuk kita selesaikan, ada isu tanah dan sebagainya. Memang itu komitmen kita untuk kita nak bangunkan blok baharu untuk menyokong perkhidmatan yang ada di Hospital Sungai Bakap.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Saya nak ucap jutaan terima kasih di atas proses pengambilan tanah. Memang kita ada nak achieved bila pencapaian kita proses pengambilan tanah, tentang masalah pertambahan pesakit.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Bakap duduk.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Takpa, takpa tadi sebenarnya saya sudah hurai panjang lebar tentang penambahan pesakit. Memang itu kita akan mengambil kira dalam faktor apabila kita membangunkan kemudahan yang baharu.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Okey takpa.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Padang Lalang. Isu lain.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Okey baik. Terima kasih. Saya nak selesai ni, banyak lagi. Okey, saya beralih kepada pertanyaan Yang Berhormat Teluk Bahang, tapi Yang Berhormat Teluk Bahang tak ada, saya langkau. Menjawab kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang saringan kesihatan kepada wanita dan juga keluarga. Sememangnya kita mempunyai program-program seperti berikut, iaitu bagi borang saringan status kesihatan BSSK wanita dewasa. Pencapaian pada tahun 2024 adalah sebanyak 5.38%, iaitu 58,918 daripada 537,900 seperti yang disasarkan. Dan sebenarnya untuk isu ini macam saya sebut tadilah. Sebenarnya ada banyak program saringan kesihatan yang percuma. Sebenarnya bulan ini kita baru saja mengadakan satu kerjasama bersama dengan Boston Scientific Group untuk mengadakan satu karnival kesihatan lelaki yang diadakan di Design Village Mall. Banyak program saringan dan kita harap semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menggalakkan rakyat-rakyat di kawasan untuk menjalankan saringan ini. Anda boleh pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan ataupun semak di bawah PeKa B40, website tu bagi golongan B40 untuk dapatkan saringan. Itu yang selalunya saya galakkanlah. Dan untuk makluman Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan

terima kasih kepada Yang Berhormat Air Itam yang membangkitkan tentang isu kesihatan mental. Isu ini dekat dengan hati saya di mana selepas saya ambil alih tanggungjawab sebagai Exco, salah satu jawatankuasa yang terawal saya tubuhkan adalah Jawatankuasa Kesihatan Mental di Negeri Pulau Pinang ini. Namun demikian, kita akan teruskan usaha di mana untuk Belanjawan Persekutuan tahun ini juga, kita juga menerima satu berita yang gembira kerana ada tambahan peruntukan yang dikhususkan untuk kita lihat bagaimana kita nak menangani isu yang berkait rapat dengan kesihatan mental ini. Kita akan gerak bersama dengan jawatankuasa di peringkat negeri ini dan saya bagi menjawab Yang Berhormat Berapit.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Yang Berhormat, saya nak celah sikit tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Lalang. Memang isu lah suicide case, bunuh diri, memang menjadi isu yang hangat sekarang. Kebanyakannya berlaku di hotspot yang telah ditetapkan. Contohnya, di Jambatan Pulau Pinang. So, adakah sebarang cadangan daripada pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan untuk menambahbaikan keselamatan di atas Jambatan Pulau Pinang. Sebab contohnya di negara-negara dunia yang ada, memang banyak negara telah memasangkan safety net untuk mencegah isu-isu ini. Terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Yang Berhormat, sebenarnya untuk isu ini banyak kali saya terangkan, memang ada pertanyaan daripada rakan-rakan media. Saya nak bagi satu contoh, sebenarnya ada satu kes di negara kita di mana jaring keselamatan ataupun (dengan izin) safety net dipasang di sebuah bangunan tinggi untuk mengekang isu cubaan bunuh diri. Tapi apa yang berlaku adalah yang mangsa tersebut, memang dia ada niat sudah. Walaupun berjaya diselamatkan oleh jaring keselamatan tersebut, tapi dia just flick over saja. Tidak mendatangkan sebenarnya kesan yang berkesanlah sebenarnya untuk mengekang isu.

Sebenarnya isu ini ada banyak aspek kalau kita lihat, khasnya kes-kes bunuh diri dan sebagainya. Semalam sebenarnya apabila saya menjawab kepada rakan-rakan media tentang isu yang sama juga, tapi saya kesal melihat ada portal media, media massa yang terang-terangnya menunjukkan muka mangsa bunuh diri tersebut dalam

media sosial. Sebenarnya ada garis panduan di bawah majlis media, The Media Council yang baru saja ditubuhkan tersebut.

Namun demikian, ini adalah antara faktornya. Kalau kita dapat lihat, misal katanya hotspot yang disebutkan oleh Yang Berhormat Air Itam tersebut, selepas berlakunya insiden tersebut, ada laporan di media sosial dan sebagainya. Tidak lama lagi ada satu kes yang berlaku. Sebenarnya ini juga antara faktornya di mana safe reporting, laporan secara selamat ini perlu ditekankan. Kalau tidak, sebenarnya masalah ini kita tidak akan selesai selama-lamanya. Tapi tahun ini kita dengan kerjasama Befrienders, kita telah mengadakan satu sesi libat urus dengan rakan-rakan media untuk kita memupuk lagi bagaimana kita nak menekankan dari segi safe reporting bagi mengekang insiden tersebut.

Saya nak jawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat Berapit tentang cadangan untuk melanjutkan perkhidmatan masa Klinik Kesihatan di negeri ini. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa kini, kita ada dua Klinik Kesihatan di Negeri Pulau Pinang yang melaksanakan waktu operasi lanjutan ataupun dengan izin extended hours, iaitu di Klinik Kesihatan Seberang Jaya di Seberang Perai Tengah dan juga Klinik Kesihatan Bayan Baru di Daerah Barat Daya. Untuk dua-dua klinik ini, mereka beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 9 malam. Dengan waktu lanjutan iaitu daripada 5 petang hingga ke 9 malam. Pada hari Sabtu juga, klinik ini turut menyediakan perkhidmatan extended hours dengan izin, dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Selain daripada itu, kita ada dua klinik di bawah UTC, iaitu UTC di kawasan KOMTAR di Timur Laut. UTC Pulau Pinang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 9 malam. Manakala pada Sabtu dan Ahad, klinik ini dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Manakala KK UTC yang terbaru di UTC Seberang Perai, SPU menyediakan perkhidmatan setiap hari dari jam 8 pagi hingga 9 malam. Tapi kita mengambil maklum cadangan yang ditujukan di bangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit. Sebab kalau kita nak laksanakan extended hours (dengan izin), dia melibatkan sumber manusia juga. Sebab saya perlu jalankan shift dan sebagainya. Ini akan membawa beban juga lah kepada petugas barisan hadapan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Okay landing, landing time.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Sat. Landing sudah, landing sudah. Okay. Dari segi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Delima tak ada saya nak langkau. Okay, penutup. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, kesemua inisiatif dan projek yang dibentangkan hari ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan belia, sukan dan kesihatan berjalan secara seimbang dan menyeluruh. Daripada penambahan fasiliti sukan, pengukuhan prestasi pasukan negeri, pembangunan infrastruktur kesihatan sehinggalah kepada program-program belia yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat, semuanya bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan melahirkan generasi yang sihat, aktif dan berdaya saing. Saya yakin dengan kerjasama semua pihak,

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

YB EXCO, tak jawab soalan tak jawab lagi tu. Tentang status Klinik Kesihatan di Pinang Tunggal.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Status?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Klinik Kesihatan di Pinang Tunggal.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Saya sudah jawab sebenarnya dalam, dalam soalan bertulis sebenarnya. Memang dalam buat masa kini, perancangan adalah untuk kita membangunkan satu Klinik Kesihatan,

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Okay, EXCO.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tapi dengan IK Institut Latihan KKM dekat kawasan tersebut. Tapi memang saya mengambil maklum lah tentang apa yang disarankan oleh Yang Berhormat. Kita akan lihat balik. Banyak lagi permintaan dari sini dan sana. Tapi memang kita akan menyusulilah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Okay, saya yakin dengan kerjasama semua pihak, usaha-usaha ini akan terus membawakan hasil yang positif demi kesejahteraan negeri dan rakyat.

Ke sawah menanam padi, singgah sebentar di tepi kali. Sukan dijulang, belia bertikari, kesihatan terjaga, negeri pun harmoni.

Dengan kata-kata itu, Padang Lalang mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Terima kasih Padang Lalang. Kita telah bagi masa kepada Padang Lalang lebih daripada sejam sebenarnya, sejam 10 minit. Jadi untuk untuk penggulungan seterusnya saya minta yang mana yang perkara yang telah disentuh dalam soalan lisan dan sebagainya tak perlu disentuh lagi. Dipersilakan Jawi.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, hadirin yang saya muliakan sekalian. Selamat petang, salam sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam Penang2030. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang atas

kepimpinan yang adiluhung, tekal dan bersinar gemintang yang telah memimpin negeri ini dengan keteguhan, visi jauh dan hati nurani yang luhur. Kepimpinan Yang Amat Berhormat adalah pelita purnama menyinari lorong-lorong gelap, menuntun setiap langkah rakyat dan menegakkan maruah Pulau Pinang sebagai ratna manikam nusantara dan negeri berdaulat. Justeru, terhasillah Belanjawan Negeri Pulau Pinang tahun 2026 yang paripurna dan magnamin.

Dengan hati yang bersulam syukur, saya menjejakkan diri di hadapan Dewan yang Mulia ini untuk menyampaikan penggulungan dengan penuh wibawa dan tata taklifan. Saya menghargai segala soalan, teguran dan pandangan bernas daripada Yang Berhormat sekalian yang mewakili suara rakyat kerana semua itu membantu memperkemas dasar negeri. Dewan ini bukan sekadar tempat berhujah, tetapi medan kita melangkah masa depan Pulau Pinang melalui pelbagai pandangan dan saranan yang menunjukkan keprihatinan bersama terhadap negeri yang kita cintai. Tanpa bermadah panjang, sukacitanya saya ingin menyentuni kegusaran Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Sudah lari keluar. Telok Ayer Tawar yang membangkitkan akan ketiadaan pasar awam. Ini saya perlu jawab sebab dia risau tak ada pasar awam. Di kawasan Telok Ayer Tawar lantas bertanyakan perancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan pasar awam baharu di kawasan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Teluk Air Tawar, sebenarnya terdapat sebuah pasar awam di kawasan Telok Ayer Tawar iaitu Pasar Awam Bayu Aman yang telah siap dibina pada tahun 25 hari bulan Jun 2015 dan telah mula beroperasi pada 1 hari bulan Julai 2015. Pasar awam ini mempunyai kapasiti sepanjang 67 lot perniagaan. Namun demikian, pasar awam tersebut telah dikosongkan sejak 23 hari bulan Mac 2016 kerana kurang mendapat sambutan daripada penduduk setempat dan dikategori sebagai kompleks tidak aktif.

Susulan itu, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai telah meluluskan penyewaan keseluruhan pasar awam tersebut kepada syarikat swasta bermula 1 hari bulan Januari 2021 sehingga 1 hari bulan Julai 2025. Seterusnya, pihak MBSP telah membuka iklan penyewaan bangunan pada 1 hari bulan Oktober 2025 sehingga 31 hari bulan Oktober 2025. Tetapi masih tiada permohonan yang diterima. Dek kerana itu, pihak MBSP kini sedang meneliti kaedah alternatif yang terbaik bagi mengaktifkan semula pasar awam tersebut. Namun Yang Berhormat, usahlah gusar berpanjangan. Ini kerana terdapat dua pasar awam yang beroperasi dalam radius 5 sehingga 6 kilometer, iaitu Pasar Awam Bagan

Ajam dan Pasar Awam Penaga, di mana kedua-duanya dapat memenuhi keperluan penduduk-penduduk setempat.

Yang Berhormat Sungai Puyu dan juga Yang Berhormat Telok Ayer Tawar telah membangkitkan isu penyelenggaraan pokok. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui MBSP telah menggerakkan usaha pengekalan arborikultur secara terancang dan terjadual bagi memastikan keselamatan penggunaan jalan serta keteraturan landskap awam tetap terpelihara. Sebanyak 17 kerja-kerja penyelenggaraan pokok telah dilaksanakan secara dalaman dan melalui lantikan kontraktor MARRIS di Jalan Telok Ayer Tawar, Bagan yang menghala ke Kepala Batas melalui Jalan Telok Ayer Tawar. Manakala sebanyak 14 kerja-kerja penyelenggaraan pokok telah dilaksanakan di kawasan Sungai Puyu. Perincian berhubung kerja-kerja pengekalan arborikultur atau pokok yang telah dilaksanakan akan dikemukakan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat selepas sesi ucapan penggulungan.

Meneliti saranan Yang Berhormat Permatang Berangan berhubung cadangan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji sistem perparitan di Taman Desa Ara Permai. Saya ingin mengatakan di sini bahawa pembangunan di Taman Desa Ara Permai masih berada di bawah tanggungjawab pemaju. Sehubungan itu, pihak MBSP telah memohon supaya pihak pemaju mengkaji keseluruhan sistem saliran di kawasan tersebut. Cadangan dan hasil kajian berkenaan akan dibentangkan dalam mesyuarat teknikal MBSP untuk tindakan lanjut.

Mengangkat cadangan bernas Yang Berhormat Pengkalan Kota berhubung integrasi elemen pintar pada perhentian bas baru mahupun yang sedia wujud. Sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri kini sedang meneliti beberapa kertas cadangan teknikal daripada syarikat-syarikat yang berkelayakan. Setiap cadangan sedang ditapis melalui lensa keberfungsian masa nyata, kebolehselenggaraan jangka panjang, integrasi data bandar serta kecekapan kos sebelum satu model perhentian bas pintar yang benar-benar praktikal dan berimpak tinggi ditentukan sebagai piawaian negeri demi manfaat kepada pengguna. Penentuan cadangan ini juga akan mengambil kira keseluruhan kos yang terlibat bagi pembangunan sesebuah perhentian bas pintar.

Yang Berhormat Pengkalan Kota turut mengemukakan saranan agar sebuah (TLK) Tempat Letak Kereta jenis mekanikal dibangunkan sebagai solusi berteknologi tinggi bagi menangani kekangan ruang parkir di kawasan berkenaan. Cadangan ini dilihat sebagai langkah progresif yang selari dengan keperluan bandar padat dan penggunaan tanah secara lebih strategik. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak MBPP kini sedang mengambil tindakan untuk menyediakan tempat letak kereta tambahan di Jalan Khidmat Gat Lebuh Macallum untuk kegunaan penduduk setempat yang dijangka siap pada pertengahan bulan Disember 2025. Seiring pandangan bernas Yang Berhormat, pihak MBPP menyambut baik cadangan pelaksanaan TLK jenis mekanikal sebagai satu inisiatif progresif khususnya di satu bandar yang begitu padat. Justeru, kajian kebolehlaksanaan yang komprehensif akan disusuli setelah MBPP mengenal pasti kos keseluruhan pembinaan, lokasi bersesuaian dan kaedah operasi sistem TLK, TLK tersebut yang dapat menjamin keberkesanan, keselamatan dan ketahanan jangka panjang. Langkah ini akan dapat memastikan setiap pelaksanaan bukan sekadar bersifat fizikal tetapi selari dengan aspirasi bandar pintar dan memberi manfaat optimum kepada penduduk serta pengguna. Dapat TLK lagi nak bising lagi. Siap bulan Disember.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Siap bulan Disember.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Boleh. Terima kasih Yang Berhormat Jawi, Saya menyambut baik atas jawapan yang positif demi komuniti setempat di Gat Lebuh Macallum. Seperti tersebut dalam perbahasan saya, saya sudi mengongsikan idea ataupun suara daripada komuniti tempatan berkenaan dengan tempat letak kereta bertingkat mekanikal tersebut. Harap kita dapat merealisasikan selepas beberapa tahun kita menanti-nantikan. Terima kasih.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya, Pengkalan Kota. Di mana untuk apabila dikatakan mekanikal car park, buat sementara waktu memang ada banyak projek swasta, khususnya di bangunan bertingkat. Memang ada beberapa projek yang telah menggunakan mekanikal parking. Untuk cadangan kepada MBPP untuk melihat kesesuaian untuk mewujudkan mechanical car park. Kemungkinan ada beberapa kawasan yang kita boleh lihat selain daripada kawasan Yang Berhormat, mungkin ada beberapa kawasan yang kita boleh mengkaji. Saya akan minta MBPP untuk lihat kebolehlaksanaan mechanical car park di kawasan-kawasan tersebut.

Menangkap kebimbangan Yang Berhormat Air Hitam tentang kedudukan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan. Izinkan saya menzahirkan bahawa penyata kewangan MBPP digarap berlandaskan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) dengan penerapan asas akruan, menampilkan ketelitian, ketelusan dan integriti kewangan yang menjadi nadi tadbir urus MBPP. Ini bermaksud perbelanjaan bukan tunai seperti peruntukan susut nilai dan kerugian pelupusan tanah yang disebabkan oleh tanah yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri dimasukkan sebagai belanja di penyata kewangan tersebut. Sehubungan dengan itu, di Penyata Kewangan MBPP juga mempunyai penyata perbandingan bajet yang sebenar bagi tahun berakhir penyata tersebut yang menunjukkan hasil dan perbelanjaan Majlis dengan asas tunai.

Penyata perbandingan bajet yang sebenar bagi tahun 2022, 2023, 2024 seperti berikut:

Tahun 2022 Jumlah pendapatan RM380.83 juta jumlah perbelanjaan RM329.41 juta adalah lebihan RM51.42 juta.

Tahun 2023 pendapatan RM431.04 juta perbelanjaan RM365.05 juta adalah lebihan RM65.99 juta.

Tahun 2024 pendapatan RM447.46 juta jumlah perbelanjaan RM371.95 juta lebihan adalah RM75.51 juta

Tanpa mengambil kira asas akruan bagi perbelanjaan itu, perbelanjaan susut nilai dan kerugian pelupusan tanah yang disebabkan oleh penyerahan tanah kepada Kerajaan Negeri yang bukan merupakan perbelanjaan tunai, menunjukkan bahawa MBPP mempunyai lebihan bagi tiga tahun kebelakang dan menunjukkan kedudukan wang tunai yang sihat. Di MBSP pula, saya secara ringkas yang tiada rekod defisit bagi tiga tahun berturut-turut iaitu:

Tahun 2022 keuntungan kelebihan RM4.91 juta

Tahun 2023 RM17.49 juta

Tahun 2024 RM26.79 juta. Yang ini Air Itam tidak ada saya akan langkau lagi.

Yang Berhormat Penanti. Saya rasa saya perlu bangkitkan dalam Dewan yang Mulia ini, turut mencadangkan agar PBT mengkaji semula prosedur permohonan lesen perniagaan, bagi memastikan warga asing tidak menyalahgunakan perkahwinan dengan warga Malaysia untuk mendapatkan lesen, khususnya di bawah PBT.

Kerajaan Negeri melalui kedua-dua PBT, iaitu MBBP / MBSP telah mewujudkan garis panduan komprehensif yang menggabungkan syarat-syarat daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Kedua-dua garis panduan ini bertujuan untuk mengawal penglibatan warga asing dalam sektor perniagaan serta memastikan hanya individu yang layak mematuhi undang-undang sahaja dibenarkan bekerja atau membantu dalam perniagaan. Selain itu, dasar yang telah ditetapkan dalam garis panduan tersebut turut dijadikan sebagai syarat-syarat perlesenan bagi premis perniagaan.

Pihak PBT sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menyemak dan mengemas kini garis panduan sedia ada mengikut keperluan semasa bagi memastikan penguatkuasaan yang lebih efektif serta mengurangkan penglibatan warga asing dalam aktiviti perniagaan di Pulau Pinang. Garis panduan yang digunapakai mengikut PBT adalah seperti berikut iaitu Garis Panduan Kawalan Aktiviti Perniagaan Untuk Pengusaha Warga Asing MBPP Tahun 2017, Garis Panduan Keterlibatan Pekerja ataupun Pembantu di Pusat Penjaja MBSP, Premis Perniagaan, dan Penjaja Tahun 2020. Pihak MBPP menetapkan melalui SOP bahawa setiap permohonan lesen perniagaan mestilah dikemukakan oleh warga tempatan dan tertakluk kepada pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

Pihak MBPP juga sentiasa menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan lesen perniagaan tidak dipajakkan kepada warga asing serta sentiasa memeriksa premis perniagaan untuk memastikan pekerja barisan hadapan seperti juruwang adalah warga tempatan sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat lesen. Langkah-langkah ini diambil memastikan aktiviti perniagaan di Pulau Pinang kekal dikawal selia dengan baik dan tidak dieksploitasi oleh warga asing melalui perkahwinan dengan rakyat tempatan.

Bagi pihak MBSP pula, tindakan yang diambil adalah dengan melarang sepenuhnya penglibatan pekerja atau pembantu bukan warganegara termasuk pasangan warga asing dalam aktiviti kedai runcit. Bagi jenis perniagaan lain, pihak MBSP membenarkan pasangan bukan warganegara membantu atau mengendalikan perniagaan bagi pihak pasangan rakyat tempatan. Namun, tertakluk kepada syarat perlesenan iaitu jumlah pekerja atau pembantu bukan warganegara termasuk pasangan, mestilah tidak melebihi 70% daripada jumlah keseluruhan pekerja. Sekiranya didapati berlaku pelanggaran terhadap syarat ini, MBSP berhak dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan tegas seperti pengeluaran notis, kompaun atau pembatalan lesen perniagaan.

Terkait cadangan Yang Berhormat Batu Lancang berhubung penubuhan jawatankuasa khas (task force) bagi menangani isu tersebut. Saya ingin memaklumkan bahawa MBSP telah pun menubuhkan jawatankuasa khas tersebut yang keahliannya terdiri daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jabatan Imigresen Malaysia. Jawatankuasa ini bertanggungjawab membincangkan dan meneliti dasar berkaitan penglibatan warga asing dalam sektor perniagaan secara berkala dan bersepadu. Pihak MBPP juga akan menyusuli penubuhan jawatankuasa tersebut tertakluk kepada kesesuaian pelaksanaannya di peringkat MBPP.

Beralih kepada Yang Berhormat Seberang Jaya. Seorang tokoh anak muda yang amat petah berbicara. Yang Berhormat telah meluahkan keprihatinan mendalam agar Kerajaan Negeri memberikan tumpuan serius terhadap kompleks-kompleks penjaja, astaka dan medan selera terutamanya yang uzur dan menuntut pembaharuan, jauh daripada menepati piawaian semasa dari segi keselamatan, keselesaan, dan kebersihan. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa penaiktarafan strategik adalah satu kemestian. Menyulami setiap langkah dengan prinsip keberdayaan, keselamatan, dan keselesaan komuniti. Setiap ruang awam yang dibina bukan sekadar penggunaan fizikalnya tetapi juga menyulam jiwa masyarakat. Jadikan kompleks dan medan selera sebagai nadi ekonomi setempat serta menzahirkan aspirasi negeri yang gemilang, lestari, dan beradap.

Untuk makluman Yang Berhormat. Pihak MBSP sememangnya mempunyai peruntukan tahunan khusus untuk penyelenggaraan kompleks-kompleks penjaja, astaka dan medan selera. MBSP telah meneliti keadaan di lokasi-lokasi terbabit dan akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan secara berperingkat mengikut keutamaan dengan mengambil kira aspek keselamatan, keadaan fizikal semasa dan kemampuan peruntukan. Setakat 18hb November 2025, pihak MBSP telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan secara berkala di empat puluh lapan (48) buah kompleks-kompleks penjaja, astaka dan medan selera serta di 18 buah pasar awam dengan kos penyelenggaraan keseluruhan adalah sebanyak RM2.5 juta.

Sebagai perkhabaran gembira buat Yang Berhormat. Bagi tahun 2026, pihak MBSP telah menyenaraikan semula kompleks makanan Lengkok Tenggiri di DUN Seberang Jaya sebagai salah satu kompleks makanan yang akan dinaik taraf tertakluk kepada persetujuan atau kebenaran yang akan diperolehi oleh MBSP bagi menggunakan sebahagian tanah di sekitar kawasan Lengkok Tenggiri sebagai tapak penjaja sementara bagi menjalankan projek naik taraf tersebut. Walau bagaimanapun, bagi kerja-kerja pembaikan kecil, MBSP akan sentiasa melaksanakan kerja-kerja tersebut dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan terutamanya terhadap skop kerja yang melibatkan keselamatan penjaja dan orang awam di kompleks-kompleks penjaja, astaka, ataupun medan selera serta pasar awam milik MBSP.

Yang Berhormat Seberang Jaya turut menyarankan penaiktarafan fasiliti di Uptown Bandar Perda supaya lebih teratur, moden dan selamat dari risiko cuaca mahu pun ribut. Saya mengambil maklum keperluan menaik taraf fasiliti di Uptown Bandar Perda bagi

keselesaan pengunjung dan usahawan kecil. Lokasi Uptown berkenaan merupakan kawasan parkir awam iaitu tempat letak kereta di bawah seliaan MBSP yang dibenarkan penggunaannya selepas jam 6 petang kepada pihak penganjur. Buat masa ini, pihak MBSP tiada perancangan untuk melaksanakan penambahbaikan infrastruktur di situ kerana kawasan tersebut digazetkan sebagai Tempat Letak Kereta Awam. Binaan infrastruktur lengkap akan melibatkan peruntukan kewangan serta memerlukan kajian terperinci dari aspek teknikal, keselamatan, dan kesesuaian di tapak.

Saya juga ingin menyentuh isu keselamatan penduduk di kawasan Bandar Perda akibat kekurangan pencahayaan yang diluahkan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat, hasil semakan pihak MBSP adalah seperti berikut:

1. Bagi pencahayaan jalan di Pangsapuri Permata Blok AN sehingga Blok OT, kawasan Kondominium Mutiara, adalah di bawah bidang kuasa pihak pengurusan atau pun JMB (Joint Management Body). 2. Bagi pencahayaan di jalan di kawasan Taman Perumahan Perda Timur, pemasangan lampu jalan awam atau pencahayaan adalah di bawah bidang kuasa pihak MBSP. Sebarang permohonan pemasangan lampu jalan perlu dikemukakan menggunakan Borang Permohonan Pemasangan Lampu Jalan Awam MBSP yang lengkap berserta pelan lokasi dan sokongan pihak berwajib untuk pertimbangan bagi pihak MBSP. Memandangkan lampu jalan sedia ada di kawasan ini telah dipasang mengikut spesifikasi semasa pada masa pembinaan. 3. Bagi pencahayaan jalan di kawasan Mercu Pintu Gerbang. Ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR). Oleh itu, pemasangan lampu jalan perlu dilaksanakan oleh pihak JKR.

Masih lagi seputar mengenai Yang Berhormat Seberang Jaya, isu berhubung kesukaran pengurusan dan penyelenggaraan di rumah pangsa atau flat yang berusia khususnya melebihi 30 tahun kerana ketiadaan Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau pun Badan Pengurusan (MC) yang turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat, selaras peruntukan undang-undang di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Tanggungjawab pengurusan skim strata terletak sepenuhnya di bawah JMB, MC atau pun ejen pengurusan atau pun pemaju. Akta tersebut tidak memperuntukkan penubuhan mana-mana badan tambahan selain daripada entiti yang

dinyatakan. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Pesuruhanjaya Bangunan (COB) di bawah PBT mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana pemilik atau pembeli bagi tujuan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk pelantikan ahli Jawatankuasa JMB atau pun MC. Selain itu, pihak COB juga berhak melantik ejen pengurusan untuk skim yang tiada pengurusan atau gagal berfungsi atau pengurusan yang tidak wujud. Melalui proses ini, penubuhan JMB atau MC dapat diusahakan bagi memudahkan urusan pengurusan dan penyelenggaraan skim strata berkenaan.

Yang Berhormat Seberang Jaya juga ada memohon cadangan penyelesaian bagi isu kesesakan lalu lintas di kawasan Hospital Seberang Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat, dengan adanya pemajuan tambahan bangunan baharu setinggi sembilan tingkat. Pihak Hospital Seberang Jaya telah menyediakan sebanyak 490 petak tempat letak kereta untuk menampung keperluan parkir staf dan orang awam. Perkhidmatan Rapid on Demand (ROD) turut disediakan sebagai salah satu mod pengangkutan alternatif bagi menangani isu ketidakcukupan tempat letak kereta. Bagi kenderaan yang masih parkir di tepi jalan, memang tindakan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa PDRM.

Selanjutnya dalam menekuni cadangan daripada Yang Berhormat Pulau Betong, sahabat saya supaya PBT dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang mewujudkan tempoh masa tertentu bagi membolehkan para peniaga dan penjaja mendirikan solat terutamanya pada waktu Maghrib yang singkat waktunya. Buat masa ini, pihak berkuasa tempatan tidak menetapkan sebarang tempoh masa khusus bagi mendirikan solat sebagai syarat bagi permohonan lesen dan peniaga atau penjaja. Dalam konteks masyarakat majmuk, dasar ini membantu memastikan semua pihak mendapat akses yang adil dan tidak terbeban dengan syarat masa yang ketat.

Saya juga ingin meredakan nonsa asobiah mengenai isu gerai-gerai milik orang Melayu di Taman Sri Indah yang dirobohkan seperti yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Pulau Betong. Ini bukan soal kaum mahupun agama. Hasil semakan MBPP mendapati bahawa aktiviti perniagaan tersebut dijalankan di tepi jalan utama dan itu adalah tidak dibenarkan mengikut garis panduan MBPP kerana ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan membahayakan keselamatan orang awam. MBPP menjalankan pemantauan secara menyeluruh di kawasan tersebut dan tindakan akan diambil terhadap perniagaan-perniagaan baharu yang dijalankan tanpa lesen serta kedudukan gerai terletak di jalan

utama sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu keselamatan orang awam.

Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Pulau Betong, sekiranya Pulau Betong ada cadangan untuk menempatkan, menetapkan ataupun memberikan cadangan kalau ada sesuatu, satu tempat yang sesuai untuk penjaja-penjaja yang tanpa lesen di tepi jalan untuk di locate semula, ditempatkan semula di kawasan yang lebih selamat, yang lebih sesuai, bolehlah datang jumpa saya ataupun hubungi saya untuk cadangkan lokasi-lokasi tersebut dan kita akan minta MBPP untuk mengkaji supaya kita boleh membantu penjaja-penjaja untuk dapatkan satu tempat yang lebih sesuai seperti apa yang dicadangkan oleh Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, memang di Bayan Lepas pun kita usaha untuk lihat kawasan-kawasan yang sesuai supaya kita dapat dijadikan sebagai tapak penjaja sementara.

Yang Berhormat Sungai Puyu pula telah bertanyakan...

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sedikit, nak tanya sikit. Kerana orang-orang Melayu di situ rasa tak puas hati kerana semua gerai-gerai Melayu diarahkan kosongkan, tapi yang sedih itu kerana di hujung tempat yang sama, dekat selekoh, juga bahu jalan, kedai Kim Kim yang jual arak tu tidak langsung diarahkan untuk tutup ataupun untuk dikosongkan. Jadi orang-orang Melayu musykil lah kenapa tidak dibuat tindakan yang adil.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Okey, terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong. Saya kena cari balik tadi yang saya sudah bangkitkan di mana MBPP memang, first kita akan lihat dari segi keselamatan, dari segi kesesuaian tapak tersebut, dan juga kepada semua penjaja-penjaja yang baru wujud. Penjaja-penjaja yang baru memang MBPP tidak akan bertolak ansur dan tidak...

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Ini sudah lama dah. Kedai Kim Kim tu sudah lama, memang paling lama sekali.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Tadi kata kedai-kedai Melayu.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Tak, tak. Yang ni yang saya kata.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Tak, kedai Kim Kim sudah lama tapi, tapi Yang Berhormat kata kedai-kedai yang diminta ataupun diambil tindakan oleh MBPP. Adakah kedai-kedai itu sudah lama wujud?

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Sudah lama juga.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Berapa lama? Sejak bila?

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Sudah, ada sampai 10 tahun ada?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Kedai-kedai...

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Gerai-gerai Melayu ramai yang sampai 10 tahun.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Soal, soal sini yang saya katakan, selalu apabila PBT mengambil tindakan, selalu akan timbul isu perkauman. Tapi harus ingat, kita menjaga keselamatan, kita menjaga kebersihan, kita menjaga ketenteraman bagi masyarakat. Apabila tindakan penguatkuasaan ambil di kawasan Cina, orang kata, "Oh, ini tak berani pergi ambil tindakan di kawasan Melayu." Apabila seperti apa yang Yang Berhormat kata, apabila ambil tindakan di kawasan Yang Berhormat, Yang Berhormat kata, "Mengapa selalu ambil tindakan di kawasan Melayu?" Jangan sebut perkauman, jangan tentang... Apabila tindakan penguatkuasaan ambil, jangan kata ini sebab dia, dia akan bertentang, against to any races.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Bukan, bukan perkauman.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Tadi, tadi Yang Berhormat kata...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Betong duduk, Jawi pun duduk.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Tadi Yang Berhormat kata (kurang jelas).

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Masalahnya,

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

saya tahu, saya faham. Dengar saya dulu.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Gerai-gerai Melayu dia ambil tindakan, tapi gerai bukan Melayu tak ambil tindakan. Tadi tak adillah. Double standard. Ini sikap double standard.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Duduk, duduk.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ini, ini Pulau Betong harus ingat, buat siasatan dulu sebelum tujukan yang bukan-bukan. Okey?

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Memang benar kan?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Kalau, kalau MBPP menjalankan penguatkuasaan, mesti ada ikut SOP-SOP yang ditetapkan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Pulau Betong duduk. Jawi pun duduk. Jawi, Jawi (kurang jelas).

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya boleh buat semakan… Saya boleh buat semakan atas apa yang dibangkitkan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Speaker minta duduk sat. Okey, sekarang ni, Jawi cuba harmonikan keadaan. Tu sebab Jawi tadi minta supaya Pulau Betong cari tempat, macam yang apa yang berlaku

di tempat saya pun macam tu juga. Kita cari tempat yang boleh kita tempatkan yang mungkin daripada segi teknikal dan sebagainya boleh kita approve. Isu hal Cina ke, Melayu ke sebenarnya dua-dua pun kena kalau salah. Kan. Tapi dalam kes...

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Boleh saya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, dalam kes ini, apa tu pejabat CM, pejabat CM pula. Apa tu YB EXCO akan semak balik.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Mantan EXCO KT boleh bantu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh, boleh.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kita perlu teliti pada satu ketika apabila berhadapan dengan begitu banyak gerai-gerai tak berlesen, BKT, MBPP, MBSP ada menetapkan satu tarikh untuk pemutihan. Dan adanya diberi tagging bahawa dia sudah wujud pada tarikh berkenaan. Selepas tarikh itu, kita tak bertolak ansur. Yang baru naik itu mesti diambil tindakan. Jadi bagi isu yang dibangkitkan senang saja, semak sama ada gerai itu ada tagging atau tidak. Mungkin dia sudah pun dapat tagging, dibenarkan sementara menunggu penempatan. Kalau itu kes, dia memang tidak melanggar SOP yang ditetapkan. Mungkin ke arah ini, buat semakan kalau dia ada tagging, maksudnya dia tidak double standard, lah kan? Sebab dia dibenarkan untuk berniaga di sana sementara menunggu penempatan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Pulau Betong.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Kita semak, semak semula lah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, tak apa…

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya ambil maklum.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Pastikan.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Dan saya juga selalunya apabila ada tindakan penguatkuasaan diambil, memang ada ADUN-ADUN hubungi saya. Saya contoh, Seberang Jaya Jaya sudah keluar, saya pun pernah bantu Seberang Jaya. Bukan kita suka sangat nak ambil tindakan, tetapi apabila ada aduan masuk demi keselamatan jalan raya, kita terpaksa untuk mengikut undang-undang yang sedia ada di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Dan saya telah berpesan kepada Yang Berhormat supaya lihat tapak-tapak yang lebih bersesuaian. Apabila sekiranya ada, bolehlah cadang kepada saya. Dan kita lihat kaedah-kaedah untuk membantu penjaja-penjaja yang berada di tepi jalan itu untuk ditempatkan di satu kawasan yang lebih selamat, lebih sesuai untuk semua orang.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Satu lagi saya nak check balik dari segi tatakelola. Kalau nak buat perobohan, bagilah maklum kepada YB yang tempatan. Ini tiba-tiba roboh terus. Sepatutnya dimaklumkanlah sekurang-kurangnya sehari, sehari sebelum ke...

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya rasa setiap, setiap penguatkuasaan penjaja itu dia akan terima notis sebelum, sebelum di aktiviti penguatkuasaan dijalankan. Selain daripada penjaja yang tanpa tagging, yang penjaja yang terus letak di tepi persimpangan, maka MBPP akan terus untuk menjalankan penguatkuasaan.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Tapi kita dapat makluman…

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya rasa Yang Berhormat pun setuju dengan saya. Yang Berhormat, kalau ada pembeli-pembeli dekat tepi jalan, sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, Yang Berhormat akan disalahkan sebab Yang Berhormat bersetuju untuk memberi tapak penjaja yang dalam keadaan yang tidak selamat.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Okey, sekarang ni. Saya dapat maklumat, MPKK dapat surat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Betong, jangan main persepsi macam tu. Okey sekarang ni, okey Pulau Betong. Okey, duduk.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Jadi kita tak puas hatilah. Sepatutnya maklumlah. Sekurang-kurangnya kita dapat maklumat.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sana ada, ada, Penyelaras KADUN.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ada PPK. Okey, sekarang ni, apa yang nak disampaikan oleh Pulau Betong, YB EXCO dah ambil maklum. Segala kekurangan ke apa ke akan ada tindakan semakan, kan. Isu dia kita ni sekarang ni saya faham, saya pun wakil rakyat juga, kita nak bela peniaga-peniaga, kita tak mahu ada yang teraniaya. Dan saya yakin YB EXCO Jawi ni dia memang amat prihatin nasib rakyat, dia akan semak apa yang berlaku. Teruskan.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Sungai…

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sat, saya tak celah lagi ni.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Belum sampai lagi ni.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Minta, minta maaf. Sebab tadi Yang Berhormat EXCO sebut sebab ada Penyelaras KADUN. Itu tak betul tu. Sepatutnya ADUN kena bagi tahu jugalah.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Masuklah mai sini. PH.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Bukan macam tu. Tak, tak.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Kerajaan Perpaduan. Mai kita masuk Perpaduan. Duduk dulu. (gangguan)

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Satu lagi ada belum, belum, belum dijawab lagi. Belum jawab lagi.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Jawab apa lagi?

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Saya minta Pasar Tani ditar semula. Belum dijawab.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak sampai lagi kut. Tak apa.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Kita ambil maklum, saya ambil maklum. Saya akan minta MBPP (gangguan).

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Pasar Tani. Lama sangat, terlalu lama sangat tak ditar lagi.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Pasar tani tu di bawah selenggaraan oleh Majlis ataupun Pejabat Daerah.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Terlalu suram.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih. Saya ambil maklum. Terima kasih.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Okey.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Thank you. Yang Berhormat Sungai Puyu pula telah bertanyakan mengenai status projek mitigasi banjir Fasa 1, Fasa 2 di Taman Bunga Raya. Projek Fasa 1 telah disiapkan dengan jayanya pada 5 hari bulan Februari 2024. Bagi Projek Fasa 2 pula, pada ketika ini masih di peringkat penyediaan reka bentuk terperinci kerana melibatkan perubahan reka bentuk secara menyeluruh oleh pihak perunding. Seterusnya, tender bagi projek ini dijangka akan dibuka pada bulan Jun 2026, iaitu tahun depan, dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM2.8 juta. Tempoh pelaksanaan kerja dianggarkan mengambil masa selama 24 bulan selepas proses pelantikan kontraktor dimuktamadkan.

Bagi cadangan Sungai Bakap, Yang Berhormat Sungai Bakap, cadangan Yang Berhormat Sungai Bakap supaya Kerajaan Negeri meneliti larangan mempamerkan produk beralkohol secara terbuka di premis perniagaan serta mempelajari amalan negara Thailand yang menguatkuasakan peraturan dengan melarang penjualan alkohol. Saya ingin nasihat Yang Berhormat Sungai Bakap supaya Yang Berhormat mengambil maklum perkembangan terkini mengenai isu ini di mana kerajaan Thailand telah memutuskan untuk menarik balik sekatan tersebut mulai Disember 2024 dengan tempoh percubaan selama enam (6) bulan bagi menilai keberkesanan dasar berkenaan.

Saya rasa saya langkau yang Sungai Bakap. Permatang Pasir, saya ucapkan terima kasih. Yang Berhormat Permatang Pasir telah melantunkan persoalan mengenai tindakan yang telah diambil oleh MBSP terhadap insiden banjir lumpur yang berpunca dari pembinaan taman baharu di Taman Guar Perahu. Sebagai makluman kepada Yang Berhormat, antara tindakan yang diambil oleh pihak MBSP adalah dengan mengenakan kompaun penalti atas kesalahan yang berkaitan di bawah Seksyen 71 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) kepada pemaju, Tetuan Kencana Buana Sendirian Berhad pada 15 hari bulan Mei 2025 dengan jumlah kompaun sebanyak RM125,000. MBSP juga telah mengeluarkan notis berhenti kerja serta-merta kepada pemaju berkuat kuasa pada 21 hari bulan April 2025 sehingga kerja mitigasi banjir selesai. Selain itu, MBSP juga sedang dalam proses mengeluarkan kompaun kedua sebanyak RM250,000 selepas insiden banjir lumpur yang berlaku pada 16 hari bulan September 2025. Pemaju dan perunding juga dikehendaki untuk mengemukakan cadangan pelan mitigasi banjir kepada pihak MBSP bagi saliran air baharu agar tidak melalui kawasan yang terjejas. Ada soalan?

Pertama nak tanya. Adakah pihak pemaju telah membayar denda tu? Yang kedua. Adakah pihak pemaju telah membayar denda tu? Yang kedua. Penduduk, apa, gusar yang kena banjir penduduk, tetapi yang untung MBSP. Sebab apa, sebab ganti rugi cuma RM500 tetapi…

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya minta tarik balik ya. Tak boleh kata MBSP untung. Kompaun ini adalah satu kesalahan yang dilakukan oleh pemaju. Ni di bawah akta undang-undang. Tarik balik. Permatang Pasir jangan cakap MBSP untung. (gangguan)

Saya, saya quote balik. Saya quote balik kata penduduk. Penduduk cakap macam tu. Jadi tolong apa tolong jelaskan kan? Tolong jelaskan, penduduk kata macam tu. Saya cuma nak back up. Cuma MBSP jawab balik kenapa? Penduduk cakap macam tu.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Kenapa? Kenapa MBSP untung?

Yang, yang kena banjir penduduk, yang untung MBSP. Kata penduduk.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Permatang Pasir, adakah Permatang Pasir rasa MBSP nak bagi pemaju-pemaju di mana-mana tempat untuk menjadikan kawasan itu, jadikan mengakibatkan banjir?

Tak macam ni, saya tanya…

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

MBSP kalau memberi pihak kepada pemaju, MBSP tidak akan mengenakan kompaun ataupun saman, ataupun stop work order kepada pemaju.

Ya, lah tapi.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saman-saman ini adalah di bawah kesalahan di bawah undang-undang.

Ya, lah.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Disebabkan itu, kita harap pemaju, ataupun perunding, mengikut apa yang telah ditetapkan dalam Plan Kebenaran Merancang ataupun IND Plan mereka ataupun Plan Mitigasi, supaya menjaga tapak pembinaan, menjaga kawasan sekeliling di kawasan tapak pembinaan. Saya faham, mungkin Permatang Pasir nak minta pemaju untuk mengganti rugi kepada, kepada mangsa-mangsa. Betul kan.

Ya. Dak.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya rasa Permatang Pasir pun kenal pemaju kan, anda boleh bincang.

Dak, ini, ini.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Lihat sama ada ex-gratia yang mereka boleh bagi.

Dato’ Speaker, cuma meluahkan perasaan penduduk.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Saya tau.

Penduduk kata cakap macam tu. Yang yang kena kami. Yang dapat yang, yang dapat duit MBSP. Penduduk cakap macam tu. Apa yang saya cakap, apa yang saya mau cakap sama penduduk.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Boleh. Saya rasa saya cadangkan.

Ya. Ya.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Permatang Pasir Yang Berhormat, boleh aturkan satu perbincangan dalaman dengan pemaju. Saya, saya percaya YB Yang Berhormat Permatang Pasir pun pernah jumpa pemaju kan, mungkin boleh, boleh bagi cadangan supaya sedikit saguhati, sedikit sebanyak saguhati yang boleh disalurkan daripada pihak pemaju kepada mangsa-mangsa. Boleh dak Yang Berhormat. Tak boleh.

Boleh.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Boleh. Terima kasih. Duduk.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Okey, teruskan.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Menobros kebimbangan Yang Berhormat Pinang Tunggal, Pinang Tunggal sudah keluar tengok.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Jalan, jalan langkau lah.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ini. Ini kawasan kawasan. Ini saya rasa saya perlu bangkit lah. Sebab ini mengenai isu kilang haram. Setiap kali memang ada bangkit, Permatang Pasir kali ni tak bangkitlah. Saya tidak ingin menafikan bahawa penyelesaian ke atas isu ini mengambil masa yang panjang kerana melibatkan proses-proses yang rumit serta memerlukan kelulusan di beberapa peringkat, terutamanya dari aspek kelulusan pelingkungan, iaitu zoning, sebelum ia dapat dimuktamadkan. Sungguhpun begitu, pihak MBSP mengambil inisiatif dengan melaksanakan program pemutihan kilang baharu pada tahun 2025 dan membawa kelulusan pelingkungan zoning kepada Jawatankuasa Perancang Negeri bagi pihak kilang-kilang yang berada di dalam senarai pemutihan tersebut.

Usaha ini adalah satu solusi yang dilaksanakan oleh MBSP untuk mempermudahkan proses dan mempercepatkan program pemutihan. Di samping itu, MBSP turut mengambil inisiatif dengan mengeluarkan lesen premis dan iklan secara bertempoh kepada kilang-kilang dan aktiviti-aktiviti perniagaan tidak berlesen di seluruh Seberang Perai secara berperingkat mengikut kawasan. Buat masa ini, MBSP sedang menyelesaikan pengeluaran lesen di kawasan Kampung Tok Sani, Pantai Bersih, Kampung Dock di Juru, Juru Estate Mukim 12 dan perniagaan-perniagaan yang berada di dalam senarai pemutihan kilang. MBSP juga akan mengenal pasti premis-premis perniagaan di Kampung Selamat yang tidak berlesen, sebagai usaha untuk melesenkan perniagaan-perniagaan tersebut.

Ayam di reban memang boleh dikawal. Tapi kambing yang dilepas berkeliaran susah kita nak kawal. Begitu juga dengan warga asing yang tidak yang tidak bekerja di projek perindustrian Taman Teknologi Pulau Pinang, Kepala Batas adalah mustahil untuk pihak Kerajaan Negeri mengawal pergerakan mereka. Justeru, sekiranya pihak Yang Berhormat

mempunyai maklumat mengenai keberadaan warga asing tersebut, bolehlah melaporkan terus kepada Jabatan Imigresen Malaysia ataupun boleh hubungi saya untuk membantu selesaikan isu ini.

Sebagai jawapan kepada Yang Berhormat Pulau Tikus mengenai cadangan penambahan bilangan kamera litar tertutup CCTV, MBPP sememangnya telah mempunyai perancangan untuk menambah bilangan kamera litar tertutup di bahagian pulau, Pulau Pinang pada tahun 2026. Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus turut termasuk dalam salah satu kawasan tumpuan yang sedang dipertimbangkan oleh MBPP. Sehubungan dengan itu, satu kajian terperinci akan dilaksanakan bersama pihak PDRM bagi mengenal pasti lokasi-lokasi yang bersesuaian untuk pemasangan unit-unit baharu CCTV tersebut, demi memperkukuh aspek keselamatan dan pemantauan di kawasan tersebut.

Dalam usaha memperketatkan piawaian pembinaan bangunan di Pulau Pinang, pihak pemaju dikehendaki mematuhi syarat-syarat teknikal yang ditetapkan di bawah bidang kawal selia jabatan-jabatan teknikal berkaitan. Antara syarat-syarat asas yang perlu dipatuhi oleh pemaju termasuklah pematuhan pelingkungan tapak pemajuan, kawalan ketumpatan atau nisbah plot cadangan permajuan, anjakan bangunan, pengiraan jalan masuk keluar tapak pemajuan, kemudahan-kemudahan masyarakat, tempat letak kenderaan, penebangan atau penanaman pokok, pengiraan depot sampah dan sebagainya. Pematuhan kehendak-kehendak teknikal hendaklah dipatuhi oleh pihak pemaju projek. Di samping itu, kelulusan laporan kajian impak lalu lintas, iaitu Traffic Impact Assessment (TIA), disyaratkan sebelum permohonan kebenaran merancang dipertimbangkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar projek pembangunan. Tambahan lagi, elemen kajian lalu lintas merupakan salah satu komponen yang penting yang perlu diambil kira dalam penyediaan Laporan Rancangan Tempatan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan.

Yang Berhormat Kebun Bunga pula memohon pencerahan mengenai lambakan kenderaan usang di kawasan perumahan swasta. Untuk makluman Yang Berhormat, MBPP sedang mempergiat usaha bagi mempromosi dan memberi pendedahan mengenai pelupusan kereta usang melalui Program Strata Bebas Kenderaan Usang memperluas kempen kesedaran kepada pemimpin masyarakat, semua MPKK, pertubuhan, dan pengurusan komuniti sehingga akar umbi. MBPP turut menyediakan taklimat secara

berkala, kit maklumat digital, bahan promosi, serta sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan setiap kawasan di bahagian pulau dapat memahami dengan jelas cara pelupusan kenderaan usang secara kendiri melalui sistem dalam talian iaitu e-Deregistration. Kaedah ini sangat mudah dan prosesnya hanya mengambil masa lebih kurang lima minit sahaja serta tidak menetapkan keperluan pemilik kenderaan untuk hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan, iaitu JPJ, kos tidak membebankan serta jauh lebih mesra pengguna.

Di samping itu, pemilik kenderaan boleh menikmati insentif dan imbuhan apabila menyerahkan kenderaan mereka kepada pengusaha Authorised Automotive Treatment Facility, iaitu AATF yang berlesen, sekali gus menggalakkan pelupusan secara sah dan mampu mengurangkan, mengurangkan longgokan kenderaan usang di kawasan perumahan. MBPP komited untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam mempromosikan inisiatif ini agar masyarakat benar-benar faham, yakin serta terdorong untuk melupuskan kenderaan mereka secara sah dan bertanggungjawab.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di mana saya telah minta Encik Azri iaitu Pengarah Penguatkuasa di bawah MBPP, untuk mengaturkan satu taklimat kepada semua ADUN-ADUN termasuk ADUN di sebelah sana, untuk satu taklimat berkenaan dengan kaedah untuk e-Deregistration. Sebenarnya saya, taklimat itu diadakan sebelum sidang Dewan, tetapi dengan masa kesuntukan memang saya difahamkan akan diatur pada bulan sama ada selepas sidang dewan, ataupun bulan Januari supaya Ahli-ahli Yang Berhormat faham kaedah-kaedah untuk melupuskan kereta usang.

Sidang Dewan yang saya Muliakan sekalian, menamatkan sabda bicara, setiap dasar, pelan dan projek pembangunan adalah hasil kerja wisatma yang bukan sahaja wira di medan fizikal, tetapi penjaga nilai, penyulam harapan, dan pemelihara negeri. Kita membina kota bukan semata fizikal. Kota wajib dibina bersama jiwa manusiawi, bak tirta yang mengalir menyuburkan kehidupan setiap insan. Segala usaha ini memerlukan kesatuan serasama. Kita bersama-sama meniti dirgantara aspirasi, meneliti setiap wahana inovasi, menuliskan setiap langkah dengan aksara dedikasi dan menapaki setiap etape pembangunan dengan penuh hikmah.

Justeru, izinkan saya menzahirkan penghargaan tinggi dan paling megah kepada Bahagian Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang

Perai, dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang. Kalianlah wisatma negeri, sipahi pembangunan, satria tekal yang bekerja tanpa henti.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Saya sendiri pun payah nak tangkap apa YB cakap.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Bagi memastikan, nanti saya terangkan. Bagi memastikan, ini kira jentera-jentera, wira-wira kita, memastikan setiap dasar dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kalian melangkah, sepatu demi sepatu, menyulam amanah rakyat dan bertindak tanpa lelah, hanya untuk bersama-sama saya dalam menjadikan Negeri Pulau Pinang bergemintang dan beradiratna. Terima kasih, wahai sipahi dan wisatma kota, pahlawan gemilang negeri.

Dan sebelum saya menutup helaian bicara ini, izinkan juga untuk saya menyatakan suatu hal yang menjadi asas teguh negeri ini, bahawa Pulau Pinang berdiri sebagai sebuah negeri yang berdaulat, bertuan, dan terpadat, terpahat kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang mengikat negara. Kedaulatannya tidak boleh dicela, tidak boleh digerogoti dan tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak yang cuba memesongkan hakikat sejarah dan ketentuan undang-undang. Pulau Pinang berdiri di atas landasan hukum yang sah dan tidak boleh dipulas oleh dakwaan songsong, songsang mahupun songsang mahupun tuntutan semberono.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Ni transkrip lama ni.

H'Ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Andai ada tangan-tangan yang cuba mengheret negeri ini, gelanggang perundangan, ketahuilah bahawa Kerajaan Negeri akan tampil dengan tegap, berwibawa dan berpasak pada dokumen perundangan yang kukuh. Kita akan berhujah dengan segala kudrat ilmu dan dalil perlembagaan, mempertahankan Pulau Pinang seteguh karang dilanda badai. Inilah janji kita kepada pertiwi mutiara timur ini, bahawa buana ini tidak akan dibiarkan

tergelincir dari maruahnya dan kedaulatannya akan dipertahankan tanpa gentar. Pulau Pinang kekal milik rakyat Pulau Pinang, utuh, luhur, dan tidak bisa dituntut oleh juak-juak manapun.

Kelip-kelip terbang bebas, Menyinari malam nan gosong, Belanjawan 2026 telah dibahas, Dengan tulus, Jawi, menyokong.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Terima kasih, Jawi. Bahasa level lain ni. Saya takut termasuk bahasa negara lain pula. Sebab saya orang Melayu pun saya payah faham. Jadi kena. Seterusnya kita persilakan Sungai Pinang. Dipersilakan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, puan-puan dan tuan-tuan yang saya hormati sekalian.

Selamat petang, salam harapan, salam Penang2030 dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih di atas peluang untuk membentangkan ucapan penggulungan bagi portfolio Pembangunan Sosial Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Dato’ Yang di-Pertua, portfolio yang dipikul oleh saya merupakan salah satu amanah paling besar dalam Kerajaan Negeri kerana ia berkait rapat dengan kehidupan harian rakyat Pulau Pinang dari setiap lapisan umur, latar belakang dan keperluan. Setiap keputusan yang diambil memberi kesan kepada ekosistem sosial yang lebih luas. Sebagai contoh, apabila kita melabur dalam pemerkasaan ekonomi wanita, kita dapat memperkukuh institusi keluarga. Apabila kita memperluas infrastruktur mesra warga emas, kita dapat meningkatkan kesihatan komuniti secara keseluruhan. Apabila kita mengurus isu orang

papa dengan penuh maruah, kita menegakkan keadilan sosial dan apabila kita menghormati semua institusi keagamaan, kita mampu memperkukuh keharmonian pelbagai kaum di Pulau Pinang. Sejak dari sebelum saya menjadi Ahli Majlis Kerajaan Negeri lagi, saya memang percaya kepada pendekatan turun padang, melihat sendiri keadaan sebenar, memahami realiti hidup rakyat dan hanya selepas tu barulah kita dapat merangka penyelesaian yang tepat bukan sekadar bergantung kepada laporan semata-mata tetapi berpandukan suara, wajah, dan kisah sebenar rakyat yang kita jumpa di lapangan.

Daripada setiap sesi turun padang yang saya lakukan, ada satu ayat yang sering saya ungkapkan dalam diri saya, we need to do something (dengan izin), kita kena buat buat sesuatu. Ayat ini mungkin kelihatan ringkas tapi membawa makna yang sangat besar. Ia adalah satu seruan dan keyakinan bahawa kita mesti mengambil langkah untuk membawa perubahan kepada rakyat. We need to do something (dengan izin) juga menjadi peringatan kepada saya bahawa sebagai sebuah kerajaan yang memikul mandat rakyat, kita tidak boleh menjadi kerajaan NATO, iaitu No Action, Talk Only (dengan izin). We need to do something menjadi kompas moral yang membimbing keseluruhan pendekatan portfolio ini. Ia mengingatkan saya dan seluruh jentera kerajaan bahawa isu sosial tidak boleh dilihat secara terpisah atau menunggu laporan rasmi semata-mata. Ia menuntut kita turun sendiri melihat realiti di lapangan, bertindak awal sebelum masalah menjadi lebih besar, menyelaras agensi dengan lebih cekap, serta memastikan setiap inisiatif yang digerakkan bukan sekadar look good on paper (dengan izin), tetapi benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Justeru, seluruh ucapan penggulungan ini dibina berlandaskan semangat tersebut untuk memberikan satu gambaran menyeluruh tentang bagaimana dasar, program, dan gerakan masyarakat digerakkan secara serentak untuk mempertahankan maruah serta meningkatkan kesejahteraan dan memelihara keharmonian rakyat Pulau Pinang. Kerangka Pembangunan Sosial Pulau Pinang. Dalam sebuah negeri yang pesat membangun seperti Pulau Pinang, cabaran sosial bukan sahaja tidak berkurang, malah semakin kompleks. Ianya tidak lagi boleh ditangani secara berasingan atau bersifat silo. Sebaliknya, ia memerlukan satu kerangka kerja yang menyeluruh dengan menggabungkan analisis data, pemahaman demografi, penyelarasan antara agensi serta pemantauan berterusan bagi memastikan penyelesaian yang lebih efektif dan berkesan.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dengan kerjasama Penang Institute sedang membangunkan Kerangka Pembangunan Sosial Pulau Pinang sebagai panduan strategik untuk menetapkan hala tuju pembangunan sosial negeri. Jika kita lihat secara umum, pembangunan sosial merangkumi pelbagai isu, malah hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat boleh dianggap sebagai sebahagian daripada pembangunan sosial. Namun, di sinilah peranan penting kerangka ini. Ia berfungsi untuk memperincikan, menumpukan dan menyusun keutamaan kepada isu serta jurang sebenar yang dihadapi masyarakat. Kerangka ini juga akan membantu Kerajaan Negeri menggubal dasar yang lebih responsif, memperkukuh penglibatan komuniti, memastikan kumpulan sasar serta golongan rentan sentiasa diberi perhatian dan menyediakan akses kepada sokongan yang diperlukan. Kerangka ini dijangka siap pada suku pertama tahun 2026.

Yang kedua, Dasar Keterangkuman Gender dan GRPB. Kerajaan Negeri terus memperkukuh usaha keterangkuman gender melalui Dasar Keterangkuman Gender (DKG) yang kini berada di fasa kedua pelaksanaannya dengan tumpuan kepada menginstitusikan amalan keterangkuman gender di semua peringkat kerajaan. Secara ringkas, Dasar Keterangkuman Gender merupakan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap dasar, program dan perkhidmatan mengambil kira keperluan wanita dan lelaki secara adil. Manakala, pelaksanaan Gender Responsive and Participatory Budgeting (dengan izin) GRPB pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memastikan belanjawan negeri diagihkan secara adil kepada golongan yang memerlukan melalui sesi libat urus bersama komuniti setempat yang membolehkan mereka menyuarakan keperluan sebenar.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan impak Dasar Keterangkuman Gender serta GRPB, salah satu kejayaan dasar ini ialah konsep DKG yang telah diintegrasikan ke dalam kerja hakiki jabatan, dan ia dapat dilihat melalui pelaksanaan GRPB yang telah diinstitusikan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu MBPP dan MBSP. Kedua-dua PBT ini bukan sahaja melaksanakan dasar tersebut sebagai satu keperluan pentadbiran, tetapi benar-benar mengamalkannya dari segi, iaitu pertama, perancangan bandar dan keselamatan seperti reka bentuk lorong pejalan kaki, laluan basikal, kemudahan rehat keluarga, komuniti.

Yang kedua, konteks penyampaian perkhidmatan seperti menggalakkan penyertaan keseimbangan gender dalam sesi libat urus komuniti dan memastikan keputusan mengambil kira kelompok berlainan keperluan berbeza. Bagi memberikan gambaran tentang bagaimana GRPB digunakan terutamanya di kawasan Pulau di bawah MBPP, pendekatan GRPB diaplikasikan dalam penyediaan perkhidmatan serta pelaksanaan penyelesaian masalah seperti menangani isu tempat letak kereta yang terhad di Hospital Pulau Pinang.

Soal selidik atas talian secara terbuka dan secara bersasar yang mengambil kira pandangan lelaki, wanita, warga emas dan OKU dijalankan dengan kerjasama PWDC sebelum bajet diperuntukkan bagi melancarkan laluan baharu CAT Bus, iaitu CAT Hospital. Di sebelah Seberang pula, kesedaran lensa gender oleh MBSP jelas kelihatan melalui projek seperti Ops Cross MBSP, iaitu bukan sekadar operasi tembak gagak yang turut menggalakkan wanita sama terlibat sebagai penembak dalam operasi ini yang dahulunya lebih didominasi lelaki.

Sejajar dengan ini, Kerajaan Negeri melalui PWDC bersama MBPP dan MBSP telah menganjurkan Persidangan Kebangsaan Nexus GRPB 2025 pada 27 dan 28 Oktober tahun ini, menghimpunkan 350 peserta dari sembilan negeri termasuk Pulau Pinang. Persidangan ini membuktikan bahawa pendekatan GRPB Pulau Pinang semakin diiktiraf sebagai model rujukan kebangsaan. Lebih membanggakan, Yang Berbahagia Dato’ Seri Town Planner, Dr. Maimunah Mohd Sharif, iaitu bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, dalam ucaptamanya di Nexus, telah mengumumkan komitmen DBKL untuk mengadaptasi modul GRPB Pulau Pinang ke dalam modul baharu mereka iaitu Committee Inclusive and Participatory Budgeting. Ini merupakan pengiktirafan jelas terhadap keberkesanan pendekatan GRPB yang dibangunkan di Pulau Pinang.

Bagi memastikan kesinambungan dan penyelarasan pelaksanaan dasar ini, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Dasar Keterangkuman Gender iaitu Policy Steering Committee (dengan izin) untuk memantau, menyelaras dan mengukur keberkesanan pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender secara keseluruhan, sekali gus mempercepatkan penerapan dasar ini di semua jabatan dan agensi kerajaan.

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sungai Dua kerana memberi penekanan terhadap aspek keperluan wanita dari segi keselamatan, mobiliti dan kebajikan khususnya

bagi wanita yang bekerja syif malam. Kerajaan Negeri akan melihat kepada kerjasama yang…

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta laluan, Sungai Pinang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Laju LRT.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dia laju sangat, susah nak stop.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Silakan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Timbalan Speaker, dan Yang Berhormat Sungai Pinang sebentar tadi Sungai Pinang ada menyentuh tentang modul GRPB telah menjadi rujukan oleh agensi dan PBT daripada negeri-negeri lain termasuk DBKL. Adakah modul GRPB ini kita bantu secara percuma atau modul ini boleh dijual untuk menjana pendapatan kepada PWDC?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun. Memang ini adalah satu cadangan yang bernas. Kita sedang dalam perbincangan rangkaan untuk menjadikannya satu modul yang kita boleh dijualkan. Ya, terima kasih. Jadi, Kerajaan Negeri akan melihat kepada kerjasama yang lebih erat bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK), iaitu memandangkan Jabatan Tenaga Kerja mempunyai garis panduan berlandaskan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022), termasuk peruntukan berkaitan waktu kerja, kebajikan pekerja,

larangan gangguan seksual (Seksyen 81) serta kewajipan majikan mewujudkan dasar anti gangguan seksual seperti yang ditetapkan melalui pindaan akta tersebut.

Pada masa yang sama, aspek keselamatan di tempat kerja turut dilindungi di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu khususnya Seksyen 15 yang mewajibkan majikan memastikan persekitaran kerja yang selamat bagi semua pekerja, termasuk mereka yang bekerja pada waktu malam. Selain Jabatan Tenaga Kerja, Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melihat langkah-langkah efektif bagi memastikan keselamatan perjalanan pekerja wanita ketika pergi dan pulang bekerja pada waktu malam. Dari sudut kebajikan pula, PERKESO merupakan rakan penting bagi memastikan perlindungan keselamatan sosial bagi pekerja wanita sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Kerajaan Negeri turut akan mempertimbangkan penggunaan metodologi Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) bagi menambah baik garis panduan sedia ada melalui sesi libat urus bersama agensi berkepentingan agar ianya dapat memberi nilai tambah kepada usaha di bawah Dasar Keterangkuman Gender agar lebih responsif terhadap keperluan sebenar wanita yang bekerja syif malam.

Ketiga, Pemerkasaan Wanita dan Keluarga, Merapatkan Jurang Gender. Usaha memperkukuh ekosistem sosial negeri tidak akan lengkap tanpa memberi perhatian khusus kepada wanita sebagai pemimpin, penyumbang ekonomi dan penggerak komuniti. Wanita membentuk sebahagian besar tenaga di barisan hadapan keluarga, masyarakat dan sektor pekerjaan. Justeru, apabila wanita diperkasakan dari segi ekonomi, sosial dan politik, hal ini akan memberikan kesan positif kepada isi rumah, komuniti dan keseluruhan pembangunan negeri. Melalui usaha PWDC, sebuah ekosistem program yang pelbagai telah diwujudkan bagi memperkukuh kepimpinan wanita, kemahiran, kecekapan mengurus kewangan serta pengaruh mereka dalam komuniti.

Salah satu inisiatif yang membawa impak ialah Penang Women Entrepreneurs Mentoring Program (Pen Mentor). Sejak dilaksanakan pada tahun 2020, program ini telah membantu 435 usahawan wanita mikro meningkatkan pendapatan purata sehingga 30%. Bagi tahun 2025, seramai 92 usahawan wanita telah mengikuti program intensif meliputi pemasaran digital, strategi perniagaan dan penjenamaan produk dengan bimbingan mentor industri. Kejayaan Pen Mentor menunjukkan bahawa apabila kita menyokong wanita untuk

mengembangkan perniagaan mereka, kita bukan sekadar memberi bantuan, tetapi membuka peluang untuk mereka berdikari dan memperbaiki masa depan keluarga.

Melangkah ke hadapan, Kerajaan Negeri berhasrat meluaskan Pen Mentor ke lebih banyak kawasan luar bandar, memperkukuh akses pasaran bagi usahawan desa serta mempertingkatkan latihan kemahiran digital agar usahawan wanita terus berdaya saing dalam ekonomi digital masa kini. Di peringkat komuniti, Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) kekal sebagai jentera akar umbi yang aktif dalam menggerakkan agenda pembangunan sosial negeri. Sepanjang tahun 2025, Kerajaan Negeri melalui PWDC telah melaksanakan program Jelajah JPWK yang memberi peluang kepada saya untuk turun menyantuni ahli-ahli JPWK di setiap daerah, mendapatkan gambaran sebenar tentang keperluan komuniti serta berbincang mengenai penyelesaian isu secara bersama. Bagi memastikan JPWK terus berfungsi secara berkesan, PWDC akan memperkukuh keupayaan jentera ini melalui latihan pengurusan projek supaya setiap program dan inisiatif di peringkat komuniti menjadi lebih berstruktur, bersasar serta benar-benar memenuhi keperluan setempat.

Selari dengan pengukuhan akar umbi, Pulau Pinang turut memberikan tumpuan kepada pembangunan kepimpinan wanita jangka panjang melalui Sidang Wanita Pulau Pinang yang kini memasuki tahun keenam pelaksanaannya. Program ini telah melahirkan lebih 240 pemimpin wanita melalui latihan kepimpinan dan pendedahan kepada proses dasar awam. Ramai alumni kini memegang peranan penting dalam NGO, pertubuhan komuniti serta inisiatif dasar. Kejayaan Sidang Wanita membuktikan bahawa wanita bukan sahaja bersedia untuk menyertai, tetapi juga yakin untuk memimpin dalam membentuk masa depan negeri.

Bagi melengkapi usaha ini dan memastikan kesinambungan kepimpinan politik wanita, Kerajaan Negeri melalui PWDC bersama Persatuan Komuniti Literasi Pulau Pinang (Peniti) akan memperkenalkan program Kepimpinan Wanita Elit Dalam Politik iaitu Wilit. Program ini diterajui oleh Yang Berhormat Puan Connie Tan, ADUN Seri Delima dan dirangka untuk membina kelompok pemimpin politik wanita masa depan yang mempunyai asas kukuh dalam tadbir urus, komunikasi awam, penggubalan dasar berasaskan bukti serta pengorganisasian komuniti. Mungkin ada yang tertanya-tanya, jika sudah ada Sidang Wanita, mengapa perlu ada Wilit? Untuk itu, izinkan saya jelaskan. Sidang Wanita memberi pengalaman kepada wanita untuk memahami proses Persidangan Dewan Undangan

Negeri serta peranan seorang ADUN dalam konteks penggubalan dasar. Wilit pula memberi penekanan kepada keupayaan wanita bekerja di lapangan, menggerakkan program, membina jaringan akar umbi dan berkolaborasi dengan ADUN di kawasan masing-masing. Apabila kedua-dua aspek ini digabungkan, kita bukan sahaja melahirkan pemimpin wanita yang memaham, memahami dasar dan berupaya memimpin komuniti, tetapi kita turut membina barisan wanita yang mampu menjadi ejen perubahan dalam memperkukuh institusi keluarga.

Selain aspek ekonomi dan kepimpinan, saya juga ingin mengingatkan bahawa pemerkasaan wanita tidak akan lengkap sekiranya kita tidak memberi perhatian kepada kesihatan mereka kerana Health is Wealth dengan izin. Justeru, menjaga kesihatan bukan sahaja penting untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk kesejahteraan keluarga dan komuniti. Sehubungan itu, saya ingin menyentuh aspek kesihatan wanita seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua. Untuk makluman Ahli Dewan yang Mulia ini, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyediakan beberapa perkhidmatan kesihatan khusus bagi wanita di Pulau Pinang. Antaranya ialah program subsidi ujian mamogram iaitu saringan kanser payudara percuma untuk wanita berumur 40 hingga 70 tahun dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000. Pemeriksaan ini dijalankan di hospital panel swasta dan ditanggung sepenuhnya oleh LPPKN. LPPKN turut menyediakan program ujian HPV DNA sebagai saringan kanser serviks secara percuma untuk wanita berkahwin atau pernah aktif secara seksual yang berumur 30 hingga 65 tahun. Untuk memudahkan akses LPPKN juga mengadakan perkhidmatan klinik bergerak bagi pelaksanaan ujian ini.

Selain itu, LPPKN turut menawarkan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Evokasi Infertiliti (BUAI) yang menyediakan insentif sehingga RM2,000 bagi setiap kitaran rawatan. Program ini terbuka kepada pasangan suami isteri warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 dan wanita berumur 35 tahun ke bawah yang berdepan masalah kesuburan. Bagi mana-mana Ahli Dewan yang berminat untuk membawa perkhidmatan ini ke kawasan masing-masing, boleh terus menghubungi dan menjemput pihak LPPKN untuk bekerjasama.

Keempat, Pembangunan Awal Kanak-Kanak. Satu lagi asas penting dalam pembangunan sosial ialah bagaimana kita melabur dalam perkembangan awal kanak-kanak. Hari ini, kanak-kanak membesar dalam persekitaran yang terlalu menekankan

pencapaian akademik awal sehingga mengabaikan rasa ingin tahu semula jadi, interaksi sosial dan kestabilan emosi. Ibu bapa yang bekerja sepenuh masa pula sering berdepan kesukaran untuk menyediakan perkembangan yang menyeluruh. Manakala pengusaha pendidikan awal pula berasa tertekan untuk mengutamakan homework dan penilaian akademik sehingga menghilangkan minat untuk meneroka dan bermain.

Sebagai respons kepada cabaran ini, Kerajaan Negeri telah menyokong penganjuran Unstructured Play Conference dengan izin yang baru-baru ini diadakan oleh White House Education Group. Persidangan ini, persidangan tersebut menghimpunkan lebih 350 peserta dari Malaysia, China, Singapura, dan Thailand terdiri daripada pendidik, pengamal pendidikan awal, pakar perkembangan kanak-kanak serta ibu bapa bagi berdialog dan merangka semula cara kita memahami pembelajaran melalui bermain atau dengan izin Learning Through Play. Konsep ini menekankan bagaimana bermain dapat merangsang deria, meningkatkan interaksi sosial, mengasah kemahiran, menyelesaikan masalah serta membina ruang belajar yang menghargai imaginasi dan rasa ingin tahu. Persidangan ini mencetuskan komitmen para hadirin untuk mengetengahkan kepentingan untuk membina dan menerima budaya dan konsep bermain sebagai satu bentuk pembelajaran yang bermakna.

Mengambil momentum ini, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan kempen MAIN iaitu (Membesarkan Anak, Insan Negara) dalam tahun hadapan sebagai fasa seterusnya dalam inisiatif pembangunan awal kanak-kanak. Kempen ini akan menjadi satu gerakan negeri yang melihat kepada keperluan menyeluruh perkembangan kanak-kanak termasuk membentuk ketahanan emosi, kreativiti dan memberi keutamaan untuk bermain sebagai hak perkembangan asas bagi generasi muda kita. Melalui kempen MAIN, kita dapat memastikan kanak-kanak kita membesar dalam persekitaran yang merangsang minda dan juga menyokong kesejahteraan menyeluruh mereka.

Kelima, Memperkukuhkan Ekosistem Penjagaan dan Kemudahan Akses. Pada masa yang sama, kita perlu sedar bahawa usaha memperkukuh institusi keluarga hanya dapat dicapai melalui sebuah ekosistem penjagaan yang menyeluruh. Penjagaan awal kanak-kanak, pendidikan prasekolah, sokongan kepada OKU dan pusat jagaan warga emas kini bukan lagi pilihan sampingan, tetapi telah menjadi keperluan sosial masyarakat moden di Pulau Pinang. Perubahan sosial juga menunjukkan semakin ramai ibu bapa bekerja bergantung pada perkhidmatan penjagaan yang selamat dan mampu diakses agar mereka

dapat bekerja dengan yakin. Taska dan tadika yang berkualiti membantu ibu bapa bekerja. Pusat jagaan warga emas memastikan ibu bapa tua dipantau dengan baik. Manakala pusat sokongan OKU memberikan ketenangan kepada penjaga.

Justeru, Kerajaan Negeri melihat sektor penjagaan sebagai komponen penting dalam infrastruktur sosial negeri. Oleh itu, bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat ADUN Sungai Puyu, Air Itam dan Teluk Air Tawar yang mengemukakan isu berkaitan pusat jagaan dan apakah usaha kita. Sebagai permulaan bagi memperkukuhkan keseluruhan ekosistem penjagaan, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Task Force Taska Tadika dan Pusat Jagaan (TTPJ) yang melibatkan semua agensi berkaitan. Task Force ini berperanan menyelaraskan isu-isu kes khas dan mencari jalan memudahkan proses perlesenan merentas agensi agar lebih jelas dan konsisten. Dua sesi town hall juga telah dianjurkan melibatkan lebih kurang 300 pengusaha taska, tadika, dan pusat jagaan yang belum berdaftar.

Melalui sesi ini, kita mengenal pasti dua kekangan utama menghalang proses pendaftaran yang sering dibangkitkan adalah caj infrastruktur PBT yang tinggi dan ketidakjelasan garis panduan. Bagi menangani isu tersebut, bengkel antara agensi telah dilaksanakan untuk menyusun semula garis panduan agar lebih ringkas, mudah difahami dan tidak lagi menyebabkan pengusaha bergantung kepada runner. Garis panduan baharu ini akan dimasukkan dalam Kit Pendaftaran Taska Tadika Pusat Jagaan yang akan merangkumi aliran proses lengkap, senarai semak, dan maklumat pegawai rujukan beserta peranan agensi terlibat bagi membantu pengusaha melalui proses pendaftaran dengan lebih teratur.

Pada masa yang sama, kit ini memastikan semua agensi memberikan panduan yang seragam dan tidak bercanggah. Untuk membantu pengusaha yang menanggung kos tinggi, pihak MMK Pembangunan Sosial telah memohon Bahagian Kerajaan Tempatan meneliti semula cadangan pengurangan caj infrastruktur. Susulan itu, Bahagian Kerajaan Tempatan telah membentangkan cadangan diskaun 50% dalam Mesyuarat Task Force Taska Tadika Pusat Jagaan. Namun tiada keputusan muktamad setakat ini, walaupun keputusan akhir tertakluk kepada MMK Kerajaan Tempatan, dan langkah ini menunjukkan komitmen MMK Pembangunan Sosial untuk meringankan beban kewangan pengusaha.

Sebagai tanda komitmen untuk membantu para pengusaha, saya juga telah menangguhkan penguatkuasaan berkaitan perlesenan premis buat sementara waktu. Namun, tindakan tegas tetap akan diambil sekiranya berlaku insiden yang melibatkan keselamatan, kecuaian atau pengabaian terhadap kanak-kanak dan warga emas. Pendekatan ini adalah untuk memastikan keselamatan tidak sekali-kali dikompromi. Sebagai nilai tambah dalam usaha menyokong keseluruhan ekosistem penjagaan, Kerajaan Negeri melalui PWDC, PEGIS dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang (JKM) juga telah membangunkan Taska @ Penang iaitu sebuah laman interaktif yang memaparkan maklumat lengkap mengenai taska berdaftar di Pulau Pinang. Usaha ini memudahkan ibu bapa membuat pilihan yang tepat, meningkatkan ketelusan serta mendorong lebih ramai pengusaha berdaftar secara sah. Inisiatif ini turut mengukuhkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja kerana mereka kini mempunyai akses kepada penjagaan yang selamat.

Kerajaan Negeri juga turut menilai untuk turut memperluaskan platform ini kepada pusat jagaan dan tadika. Dengan adanya eko-sistem penjagaan yang lebih teratur dan akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan sokongan, kita bukan sahaja membantu keluarga berfungsi dengan baik, tetapi kita juga membina persekitaran rumah tangga yang lebih selamat. Di mana wanita, kanak-kanak, warga emas, dan OKU tidak terdedah kepada eksploitasi atau keganasan.

Keenam, Safe Families and Prevention of Gender-Based Violence (dengan izin). Kerajaan Negeri masih komited memastikan Pulau Pinang menjadi negeri yang selamat untuk semua keluarga melalui pelaksanaan Dasar Keluarga Selamat yang menegaskan bahawa setiap individu berhak hidup bebas daripada ketakutan dan keganasan. Di bawah dasar ini, Kerajaan Negeri menubuhkan First Support Point sebagai sokongan komuniti bagi memastikan mangsa keganasan dapat menerima bantuan awal dengan cepat dan selamat. Setakat ini seramai 536 anggota komuniti dan pegawai agensi telah dilatih sebagai First Support Point di seluruh negeri, dan sejak tahun 2020 sebanyak 261 kes keganasan rumah tangga juga telah dirujuk melalui rangkaian First Support Point. PWDC bersama WCC meneruskan latihan berkala untuk memastikan First Support Point sentiasa bersedia memberi bantuan. Langkah seterusnya adalah melaksanakan latihan penuh kepada pemimpin akar umbi termasuk Majlis Pengurusan Kampung dan Komuniti (MPKK) kerana mereka merupakan kumpulan paling dekat dengan komuniti dan berpotensi menjadi penyelamat pertama dalam situasi kecemasan.

Sebagai pelengkap kepada usaha ini, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Aplikasi Penang Stops Violence yang dibangunkan oleh PEGIS dan PWDC. Aplikasi ini membantu pengguna mengenal pasti lokasi First Support Point terdekat dengan mudah dan selamat. Penang Stops Violence turut menerima pengiktirafan antarabangsa melalui World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2025 di Geneva, Switzerland, menjadikannya antara inovasi digital sosial paling berimpak tinggi negara.

Namun bagi meningkatkan akses dan keselamatan mangsa, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk mengadaptasi Penang Stops Violence daripada aplikasi kepada laman sesawang. Akses laman web lebih selamat untuk mangsa kerana tidak memerlukan muat turun aplikasi. Seiring risiko telefon disemak oleh pelaku keganasan, laman sesawang juga mudah dikemas kini oleh pihak PEGIS dan lebih kos efektif untuk diselenggara. Pendekatan ini memastikan bantuan sentiasa berada di hujung jari tanpa mengira keadaan mangsa. Buat masa ini, pihak PEGIS masih dalam proses penubuhan laman sesawang tersebut.

Dengan infrastruktur sokongan yang semakin diperkukuh melalui First Support Point dan Penang Stops Violence, tiba masanya kita menggerakkan masyarakat secara lebih meluas melalui kempen pendidikan dan pencegahan. Di sinilah peranan kempen tahunan Penang Goes Orange (PGO) diteruskan sebagai antara kempen anti keganasan paling lama dianjurkan oleh sebuah Kerajaan Negeri di Malaysia. Memasuki tahun ke-12 pada 2025, kempen Penang Goes Orange kali ini membawa tema "Jangan Dok Diam (Break the Silence)" yang menggesa masyarakat menjadi pemerhati aktif atau upstander, bukan sekadar saksi pasif.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Sungai Pinang bagi laluan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Oh, ya ya.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Rehat dulu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh minum dulu.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Baik, Dato' Timbalan Speaker, sebentar tadi Yang Berhormat Sungai Pinang menyentuh tentang Aplikasi Penang Stops Violence yang ini juga mendapat anugerah George Business World Excellence 2023 dan The World Summit on the Information Society Prize 2025. Soalan saya sama sahaja. Adakah PWDC dan juga PEGIS akan meneroka aplikasi ini untuk dikomersilkan. Itu sahaja.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun. Memang, memang sebab kita sekarang ni kita menuju ke arah di mana kita perlu cari lebih, lebih banyak income kan untuk pendapatan untuk penyelenggaraan or whatever. Jadi memang ini adalah juga dalam perbincangan dalam PWDC supaya ia boleh dijadikan satu bentuk, satu model atau satu benda yang mana kita boleh menjadikan satu commercial. Something that yang commercial, yang boleh mendatangkan pendapatan kepada kita. Terima kasih. Dan diilhamkan daripada pendekatan organisasi antarabangsa Right to Be, PGO 2025 bukan hanya kempen kesedaran, tetapi turut memperkenalkan latihan 5D Bystander Intervention (dengan izin). Iaitu lima langkah mudah dan selamat bagi campur tangan apabila menyaksikan keganasan berlaku. Kita perlu mengakui bahawa pihak berkuasa tidak sentiasa berada di lokasi kejadian.

Justeru, masyarakat yang perlu memainkan peranan untuk membantu, melindungi dan bersuara bagi pihak mereka yang terancam. Budaya "Jangan Duk Diam" harus disemai di ruang awam, tempat kerja, kejiranan dan juga di rumah. Majlis Pelancaran PGO 2025 akan diadakan pada 13 Disember di Padang Kota Lama dan saya mengalu-alukan kehadiran semua Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai tanda solidariti menentang keganasan. Ahli-ahli Dewan juga digalakkan untuk melaksanakan program berkaitan Penang Goes Orange di kawasan masing-masing bagi meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat. Berkenaan pertanyaan Yang Berhormat Berapit mengenai isu buli, saya percaya isu yang dirujuk adalah kempen “Penang Against Bullying” yang telah dilancarkan pada Februari

2018. Kempen tersebut dimulakan dengan program kesedaran Walk As One yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Air Putih selaku Ketua Menteri ketika itu. Ia juga merupakan tanda solidariti bersama keluarga mendiang T. Nhaveen seorang pelajar yang menjadi mangsa buli di sekolah sehingga meragut nyawanya di Pulau Pinang. Soal selidik yang Yang Berhormat sebutkan itu sebenarnya adalah salah satu pelan tindakan di bawah kempen tersebut.

Namun malangnya, projek berkenaan tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab yang tertentu pada ketika itu. Walau bagaimanapun, elemen kesedaran mengenai isu buli telah diintegrasikan ke dalam pelaksanaan Penang Goes Orange dengan mengiktirafnya sebagai salah satu bentuk keganasan. Sejak itu, Pulau Pinang meneruskan komitmen ini melalui Penang Goes Orange yang melibatkan pelajar sekolah, kolej, universiti, masyarakat awam dan pelbagai rakan strategik. Menjadikan usaha mencegah keganasan dan buli lebih bersepadu serta berterusan. Untuk makluman semua, berhubung isu buli di sekolah seperti yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 1 sebentar tadi, perkara ini berada di bawah bidang kuasa beliau. Bagi pihak saya, saya melihat perbuatan buli sebagai satu bentuk keganasan, sebab itu saya turut membawa elemen kesedaran melalui kempen Penang Goes Orange yang memfokuskan kepada pencegahan keganasan. Dengan penjelasan ini, saya berharap dalam sesi DUN akan datang, semua soalan dapat dikemukakan dengan lebih jelas mengikut apa yang anda ingin tahu. Yang Berhormat KOMTAR juga ada bertanya tentang mengenai (gangguan).

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta laluan Yang Berhormat Sungai Pinang. Saya tahniah atas kejayaan Penang Goes Orange yang telah dianjurkan oleh PWDC dan Kerajaan Pulau Pinang dengan begitu berturut-turut beberapa tahun. Jawatankuasa tindakan yang tadi dikata Penang Against Bullying dengan Penang Stop Bully dalam berita yang saya difahamkan adalah di dalam satu kenyataan. Walau bagaimanapun, saya ingin tahu, sebab masa itu, ketika itu program tersebut ada kerjasama dengan PDRM, dengan juga satu inisiatif yang sangat baik. Sebab daripada Jabatan Kebajikan Negeri telah lead the project dan juga daripada PDRM masuk ke sekolah supaya boleh bagi bimbingan atau pencegahan bersama dalam hotspot sekolah, hotspot 30 buah sekolah.

Jadi saya ingin tahu dengan kerjasama cross department iaitu antara pelbagai portfolio EXCO dan juga Jabatan, apakah role sebenarnya daripada juga PWDC atau daripada Jabatan Kebajikan, boleh teruskan usaha ini? Supaya buli di sekolah ini satu perkara yang rumit, kita boleh membantu dengan lebih baik walaupun ini adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Tetapi kalau pasal pendidikan, ini terlalu rumit kalau kita hanya bergantung kepada Kerajaan, Kementerian Pendidikan sahaja. Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Berapit yang prihatin tentang isu buli. Tetapi Soalan Lisan yang saya dapat, yang kita semua dapat adalah tidak tentang Penang Goes Orange. Kamu yang bacakan bahawa perkembangan kempen Stop the Bully yang dilancarkan pada tahun 2018 (gangguan).

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Saya tidak ada sebut. Tadi saya tanya saja Penang Goes Orange.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

That's why ini ialah soalan asal daripada kamu. Jadi yang ini adalah di bawah bidang TKM 1 kita. Dan lepas tu baru saya jawab pula Penang Goes Orange.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak pa. Sentuh sedikit saja.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, jadi di sinilah saya kita membawa isu Penang Goes Orange. Sebab seperti yang saya bacakan tadi, dengan elemen kesedaran mengenai isu buli, jadi kita telah mengintegrasikan ke dalam pelaksanaan Penang Goes Orange. Yang Berhormat Berapit juga sudah dua tahun. Kamu faham Penang Goes Orange selama ini kita masuk ke sekolah juga. Ada, ada banyak aktiviti sepanjang tahun, especially pada bulan Disember di mana

bulan Penang Goes Orange adalah bulan untuk kita against bullying. Bukan stop bullying la, against bullying.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta laluan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Dan inilah saya, I think sudah cukuplah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sudah cukup.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Sebab tadi sentuh tentang Penang Against Bullying. Saya hanya back to the questions Penang Against Bullying but yang pada tahun...(gangguan)

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Okey, I think bila kamu nak tanya, dengan jelas sikit. Soalan jelas, sudah dua terms pun, I rasa lebih senang untuk kita semua, ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Isu ini dah selesai. Baik minta Berapit (gangguan).

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa kalau jawatankuasa ini tadi Yang Berhormat Sungai Pinang ada sentuh tentang soal selidik tadi diberhentikan dengan sebab-sebab tertentu. Dan bolehkah kita tahu dengan inisiatif yang begitu baik kenapa ia diberhentikan? Dan selepas diberhentikan adakah apa-apa cadangan yang lain? Itu di atas tindakan Penang

Against Bullying yang tadi disentuhkan oleh Yang Berhormat Sungai Pinang. Tak ada kaitan dengan Penang Goes Orange.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Okey la, saya saya rasa boleh la, sama la.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dua portfolio.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Yang Berhormat Berapit juga adalah Board of Director dalam PWDC. Kalau dia akan fahamlah apa yang telah berlaku. Cuma tak apa, kita saya berterima kasih atas keprihatinan beliau dalam isu ini... (gangguan)

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Timbalan Yang di-Pertua, kalau yang di Dewan yang Mulia ini setiap kali kalau saya terlibat dalam setiap Board ka atau MMK, saya diberi jawapan sebegini adalah tidak adil kepada semua Yang Berhormat di dalam dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Persoalan tadi, TKM sudah jawab (gangguan).

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Persoalan asal, persoalan asal Timbalan Ketua Menteri, eh Timbalan Ketua Menteri pulak, soalan asal itu telah mengelirukan semua dengan tidak cukup (gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jadi sekarang Sungai Pinang, Sungai Pinang tolong bantu sedikit.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, that's why saya bacakan, saya bacakan, saya bacakan. Ya, dan tahun yang diberi pun sudah silap, kalau kena buatlah homework sebelum tu. Walau bagaimanapun (gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jangan cuit orang, Sungai Pinang.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, ya, ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

You, jalan terus.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Mestilah. Jalan terus, jalan terus, saya jalan terus. Walau bagaimanapun, jadi sebab itu saya turut membawa elemen kesedaran melalui kempen Penang Goes Orange yang memfokuskan kepada pencegahan keganasan. Jadi Yang Berhormat KOMTAR juga ada bertanya mengenai statistik kes buli yang telah diselesaikan. Saya akan memberi jawapan ini kepada Yang Berhormat secara bertulis sesudah saya menerima perincian tersebut dari jabatan yang berkenaan. Pulau Pinang Negeri Mesra Usia dan Pemerkasaan Warga Emas.

Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, dalam komuniti yang semakin menua, usaha membina negeri yang mesra warga emas bukan lagi satu pilihan. Tetapi telah menjadi keperluan penting demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Komitmen Pulau Pinang untuk menjadi negeri mesra usia mencerminkan bukan sahaja realiti demografi tetapi juga tanggungjawab moral kita. Apabila masyarakat semakin berusia, kita perlu mewujudkan ekosistem yang membolehkan warga emas hidup dengan bermaruah, berdikari dan terus mempunyai peranan yang bermakna.

Old is gold (dengan izin), warga emas bukan beban tetapi mereka adalah sebahagian daripada masyarakat yang membina identiti negeri ini. Justeru, dasar dan perancangan mesti memastikan mereka terus dihargai, disayangi dan dilindungi. Selaras dengan Visi Penang 2030 khususnya di bawah Strategi C2 iaitu meningkatkan penyertaan belia, wanita dan warga emas dalam kehidupan masyarakat. Usaha menyediakan persekitaran ini juga berpandukan Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif yang telah dilancarkan pada tahun 2022. Pelan tersebut menjadi panduan strategik dalam memperkukuh peranan warga emas sebagai aset pembangunan negeri. Salah satu matlamat utama dalam pelan ini adalah untuk mendapatkan pengiktirafan Bandar Mesra Usia (Age-Friendly City - AFC). Inisiatif ini sedang aktif dilaksanakan di bahagian Pulau dan kini turut diperluaskan Seberang Perai melalui kerjasama PWDC dan MBSP, sekali gus memastikan manfaat Agenda Mesra Usia dapat dinikmati di seluruh negeri.

Untuk makluman, permohonan rasmi keahlian WHO Global Network for Age-Friendly Cities and Communities oleh MBSP telah dikemukakan pada 14 November 2025. Langkah ini berpotensi menjadikan Pulau Pinang negeri pertama di Malaysia yang mempunyai dua bandar diiktiraf di bawah rangkaian WHO AFC. Usaha kita turut memberi tumpuan kepada kesejahteraan sosial melalui program pembelajaran sepanjang hayat, penglibatan komuniti dan peluang pekerjaan yang sesuai bagi warga emas. Selain mewujudkan persekitaran fizikal yang menyokong, Kerajaan Negeri melalui Portfolio MMK Pembangunan Sosial juga memperkukuh penyertaan sosial warga emas melalui kempen Warga Emas Celik dengan kerjasama JKM dan Pusat-pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Warga emas diberikan peluang pembelajaran yang mudah diakses merangkumi kemahiran digital, pengetahuan kesihatan, kesedaran penipuan dalam talian serta perlindungan kewangan. Komitmen Kerajaan Negeri adalah jelas, iaitu memastikan setiap warga emas menikmati kehidupan yang selamat, dihormati dan terus diberi ruang untuk menyumbang kepada komuniti yang mereka telah bina sepanjang hidup mereka. Oleh itu, bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya berkenaan GLC yang... tak ada atau saya langkau terus boleh?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagi jawab, jawab sikit.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Jawab ya. Yang mencatatkan kerugian, ingin saya jelaskan bahawa GLC seperti PWDC bukan ditubuhkan untuk mengaut keuntungan...(gangguan)

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Sungai Pinang, Sungai Pinang. Boleh saya nak tanya soalan. Saya tertarik dengan Penuaan Aktif terutama penglibatan agensi kerajaan. Cuma saya nak tahu, apa inisiatif daripada Kerajaan Negeri supaya warga emas ini juga boleh diserap sebagai pekerja dalam agensi Kerajaan Negeri? Contoh MBPP, MBSP sebagai pekerja pembersihan. Sebab saya lihat orang tempatan, warga tempatan yang bekerja sebagai pekerja pembersihan mereka lebih rajin daripada warga asing. Dan di samping itu mereka akan dapat juga pendapatan untuk sara hidup. So, adakah Kerajaan Negeri melalui MMK Yang Berhormat akan mencadangkan supaya ada agensi kerajaan yang kita tetapkan satu kuota untuk mengambil warga emas di Pulau Pinang bekerja? Dan selain mereka dapat pendapatan, mereka juga boleh aktif di usia yang tua.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kebun Bunga. Kebun Bunga, Kawasan Kebun Bunga banyak warga emas terutamanya di Padang Tembak. Memang sudah ada inisiatif dan terima kasih kepada Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya MBPP seperti yang saya katakan pagi tadi, telah mengambil warga emas yang bersara seperti guru, jurutera dan bekerja di MBPP. Setakat ni saya tahu ada lapan telah diambil warga emas. Dan juga untuk tandas awam MBPP juga telah, yang perlu penyelenggaraan juga kita ambil warga emas untuk menjadi cleaner di tandas awam MBPP. Dan untuk kita akan meneliti sama ada adakah kuota perlu ditetapkan untuk agensi dalam kerajaan. Dan kami akan meneliti bahawa cadangan daripada Yang Berhormat Kebun Bunga.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Banyak lagi tu.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ada ada. Okey. Bahawa GLC seperti PWDC bukan ditubuhkan untuk mengaut keuntungan. Ia ditubuhkan khusus untuk mengisi jurang peranan yang tidak dapat dipenuhi oleh agensi-agensi lain. Sebab itu adalah penting untuk Kerajaan Negeri mempunyai GLC seperti PWDC, PYDC dan Penang Tech Centre kerana sifat operasi mereka memberi tumpuan kepada keperluan sosial yang tidak dapat diselesaikan oleh wang semata-mata, yang memerlukan sentuhan manusia. Sehingga kini, PWDC telah melaksanakan operasi dan program mereka mengikut peruntukan yang diberikan. Malah mereka turut berusaha mendapatkan geran serta rakan kerjasama baru bagi mengurangkan kos tanpa membebankan Kerajaan Negeri. Saya juga bersetuju bahawa pemberian bonus adalah satu bentuk penghargaan dan galakan kepada semua staf. Namun begitu, ia tetap diberikan mengikut kemampuan dan had bajet yang telah ditetapkan.

Kelapan, Isu Gelandangan dan Intervensi Bersepadu Kerajaan Negeri. Dengan semangat komitmen yang sama, izinkan saya menarik perhatian Dewan yang Mulia ini kepada satu lagi isu sosial penting yang memerlukan tindakan serius dan bersepadu iaitu isu gelandangan. Ini merupakan cabaran bandar moden yang kompleks dan memerlukan intervensi yang menyeluruh, berperikemanusiaan serta berasaskan maruah insan. Sejak Januari hingga Oktober 2025, JKM Pulau Pinang telah melaksanakan sejumlah 40 operasi berjadual, 7 operasi bersepadu serta 162 tindakan ad hoc di seluruh negeri, sekaligus menyelamatkan 180 individu yang mengalami gelandangan.

Namun, operasi penyelamatan sahaja tidak mencukupi, menyedari bahawa kerumitan kes gelandangan semakin meningkat termasuk kes yang melibatkan ketagihan, masalah kesihatan mental dan ketiadaan dokumen pengenalan. Kerajaan Negeri telah menganjurkan sesi libat urus isu gelandangan bersama agensi berkepentingan di USM Pulau Pinang untuk memperkemas SOP penyelamatan dan mengenal pasti ruang penambahbaikan melalui perbincangan kolektif antara pihak JKM, PDRM, PBT, Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan serta lain-lain agensi.

Pendekatan ini memastikan setiap agensi berperanan secara terselaras, khususnya bagi kes berkeperluan tinggi. Lebih daripada itu, usaha ini juga berkait rapat dengan agenda pembasmian kemiskinan bandar kerana gelandangan sering berada dalam kitaran kerentanan ekonomi yang sukar diputuskan tanpa sokongan yang tersusun. Dengan

menyediakan laluan pemulihan yang jelas daripada perlindungan, kesihatan, pemulihan sosial sehinggalah peluang pekerjaan. Kita bukan sahaja membantu mereka keluar daripada jalanan, tetapi juga keluar daripada perangkap kemiskinan yang diwarisi dan berulang.

Izinkan saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mendiang Puan Wanis, Pengurus Pusat Transit Gelandangan yang telah meninggal dunia pada 30 September tahun ini. Saya secara peribadi mempunyai hubungan kerja yang sangat rapat dengan arwah sejak hari pertama Pusat Transit Gelandangan beroperasi. Hampir setiap peringkat pembangunan pusat ini daripada perancangan awal, pelaksanaan sehinggalah kepada operasi harian. Arwah sentiasa berada bersama saya, memberikan komitmen tanpa henti. Arwah mengambil tanggungjawab mencari penderma satu persatu dengan penuh kesungguhan sehingga mampu menyediakan 10,000 pek makanan setiap bulan dan setiap lebihan makanan terus disalurkan kepada keluarga B40 di sekitar kawasan ini. Lebih daripada itu, arwah memainkan peranan besar dalam membantu lebih daripada 369 orang papa memulakan hidup baharu.

Kita semua kehilangan seorang insan yang berbudi besar, yang bekerja sepenuh jiwa tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Saya berharap seluruh dewan dapat bersama-sama mendoakan agar Mendiang Puan Wanis ditempatkan dalam kalangan orang yang berbuat, berbuat kebaikan dan semoga setiap amalnya menjadi pahala yang mengalir tanpa henti.

Yang kesembilan, Poverty Dynamics dan Targeted Assistance, miskin tegar, dengan izin. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Pinang Tunggal dan Yang Berhormat Permatang Berangan mengenai angka sifar bagi rekod miskin tegar. Menurut rekod terkini Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (ICU), bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kategori miskin tegar telah menurun secara konsisten sejak Februari 2025 dan akhirnya mencapai sifar mulai September 2025. Angka sifar tersebut adalah hasil daripada proses pemutihan data lapangan dan pihak ICU hanya memaparkan kes yang berdaftar dalam sistem eKasih selepas pembersihan. Angka sifar tidak semestinya bermaksud tiada orang susah. Ia mungkin bermaksud tiada rekod berdaftar dan seseorang itu disahkan sebagai miskin tegar pada tarikh laporan.

Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk beri pencerahan mengenai proses mengenal pasti miskin tegar kerana saya lihat masih ramai yang kurang memahami perkara ini. Data miskin tegar yang diterima oleh kerajaan, negeri adalah dari Jabatan ICU, Jabatan Perdana Menteri. Pihak ICU yang turun padang untuk menjalankan bancian, kemudian membuat proses pemutihan dan hanya selepas itu barulah senarai miskin tegar disahkan. Kriteria miskin tegar ditetapkan bagi pendapatan per kapita isi rumah adalah kurang daripada RM315.00.

Jadi untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui BAIS, Program BAIS kita telah meninggi-ninggikan pendapatan per kapita isi rumah kepada 322. Jadi maka dengan penambahan, penambahan daripada bantuan daripada BAIS, maka keluarga tersebut akanlah terkeluar daripada keluarga miskin tegar. Setelah sesebuah keluarga dikenalpasti dan disahkan sebagai miskin tegar melalui proses penilaian pendapatan dan verifikasi data oleh agensi berkaitan, satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan melibatkan semua jabatan dan agensi terlibat. Mesyuarat ini bertujuan mengenal pasti intervensi serta bantuan yang boleh disalurkan oleh setiap agensi. Jadi termasuk JKM, Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Northern Corridor Economic Region (NCER), Pejabat Daerah, Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan lain-lain. ICU berperanan sebagai penyelaras utama dalam memastikan setiap tindakan susulan dilaksanakan secara teratur dan menyeluruh.

Pada masa yang sama, kita perlu faham bahawa angka miskin tegar ini bersifat dinamik. Hari ini seseorang mungkin mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang stabil, tetapi esok dia boleh hilang kerja, hilang punca pendapatan dan tiba-tiba jatuh ke dalam kategori miskin, malah miskin tegar. Ia bukan sesuatu yang boleh kita ramalkan atau kawal. Setiap keluarga mempunyai cabaran yang berbeza dan sesiapa sahaja boleh terkesan apabila berlaku perubahan mendadak dalam hidup mereka. Apa yang boleh kita lakukan sebagai kerajaan ialah memastikan wujudnya satu sistem sokongan yang kukuh supaya apabila seseorang itu jatuh miskin atau berada dalam kategori miskin tegar, bantuan dapat sampai kepada mereka dengan cepat, tepat dan berkesan.

Maka, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa JKM hanyalah satu agensi yang terlibat dalam menangani isu miskin tegar. JKM bukan agensi yang menyimpan atau menguruskan keseluruhan data miskin tegar. Justeru, sekiranya Yang Berhormat-Yang Berhormat melihat mana-mana individu atau

keluarga yang berada dalam keadaan miskin dan memerlukan bantuan, tolong bantu mereka untuk mendaftar di bawah program eKasih dengan menghubungi Pejabat Daerah atau terus kepada Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan pasukan daripada Jabatan ICU akan menghubungi mereka secepat mungkin untuk membuat tapisan dan memastikan keluarga tersebut menerima sokongan yang diperlukan dan juga JKM juga akan turut memberi bantuan. Namun saya juga ingin tekankan di sini, bantuan ekonomi semata-mata tidak akan mampu memutuskan kitaran kemiskinan. Untuk bergerak ke hadapan, agensi-agensi masih perlu meningkatkan usaha agar mereka yang memerlukan bantuan dapat dikenalpasti dengan segera.

Yang kesepuluh, Sukarelawan Mutiara. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi mengenai salah satu program lapangan di bawah MMK Kebajikan iaitu Sukarelawan Mutiara, sebuah inisiatif yang lahir daripada kerjasama erat JKM Pulau Pinang dengan Tzu Chi Buddhist Association serta sokongan padu Pusat Khidmat Wakil Rakyat. Program ini telah memperkukuh pendekatan bantuan rumah ke rumah khususnya kepada warga emas yang tinggal bersendirian, OKU dan keluarga yang tidak mempunyai sokongan kukuh. Sejak pelaksanaannya pada 7 haribulan Mac hingga 1 November, seramai 217 sukarelawan telah berdaftar dan majoritinya telah ditempatkan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Sepanjang tempoh ini, sebanyak 68 lawatan rumah telah dijalankan dan antaranya telah dirujuk kepada agensi berkaitan untuk bantuan tambahan. Lebih penting lagi, sukarelawan inilah yang membantu Kerajaan Negeri mengenal pasti kes-kes yang tidak tersenarai dalam sistem eKasih atau mana-mana pangkalan data rasmi. Golongan ini sering terpinggir daripada radar bantuan dan tanpa jaringan komuniti, mereka mungkin terus tidak ditemui. Pendekatan Sukarelawan Mutiara membolehkan Kerajaan Negeri menutup jurang intervensi dan memastikan tiada sesiapa tercicir daripada sistem sokongan. Kerajaan Negeri amat menghargai kerjasama Pusat Khidmat di Bukit Mertajam, Bayan Baru, Balik Pulau, Kebun Bunga, KOMTAR, Paya Terubong, Pengkalan Kota, Perai, Seri Delima, Berapit, Sungai Puyu dan Sungai Pinang yang telah melaksanakan program ini di kawasan masing-masing.

Dato’ Speaker, usaha ini tidak boleh terhenti di sini. Kita memerlukan lebih ramai sukarelawan, lebih banyak rangkaian komuniti dan lawatan lapangan yang lebih kerap agar risiko keselamatan dapat dikesan pada peringkat awal. Mengambil kira saranan Yang

Berhormat Air Itam, saya turut berhasrat memperluaskan program Sukarelawan Mutiara melalui penyertaan ahli-ahli PAWE. Rutin harian "Apa Khabar" antara mereka boleh dijadikan platform untuk memupuk peranan sukarelawan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, tetapi turut membantu mengurangkan kesunyian warga emas.

Justeru, saya menyeru MPKK, JPWK, KRT, Badan Pengurusan Struktur, Strata dan Komuniti Setempat untuk bersama-sama mengumpulkan dan mengemaskini data warga emas serta keluarga berisiko di kawasan masing-masing. Dengan data yang tepat, tindakan kita akan menjadi lebih efektif dan lebih ramai nyawa dapat diselamatkan. Sepanjang tahun 2025, Kerajaan Negeri telah menjalankan siri libat urus bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kerajaan Perpaduan serta pegawai, pegawai penyelaras KADUN bagi menilai keberkesanan dan kesesuaian peruntukan sedia ada bagi program iSejahtera dan Kerajaan Negeri menerima banyak cadangan bernas hasil libat urus ni dan setelah penelitian dibuat, keputusan sebulat suara diambil untuk meneruskan program iSejahtera sebagai tanda keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri terhadap warga emas, OKU, ibu tunggal, suri rumah dan bayi yang merupakan penerima manfaat utama skim ini.

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai Portfolio Hal Ehwal Bukan Islam dalam usaha memperkukuh keharmonian antara agama dan hubungan masyarakat di Pulau Pinang. Merujuk kepada statistik setakat November 2025, pangkalan data di sistem e-RIBI adalah berjumlah sebanyak 1,239 RIBI. Namun buat masa ini hanya sejumlah 1,145 maklumat RIBI telah disahkan informasinya manakala 94 maklumat RIBI masih bawah proses pembersihan data. Menjerus kepada Manifesto Perpaduan Agenda 41, Kerajaan Negeri turut menekankan kepentingan memperbanyakkan sesi perbincangan dan engagement berhubung pelaksanaan sistem e-RIBI. Maka, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico) mengambil pendekatan open door di mana semua pihak pengurusan RIBI dialu-alukan untuk berkunjung atau berhubung dengan pegawainya bagi mendapatkan sebarang konsultasi dan bantuan. Sehingga kini, hampir 100 sesi pemantauan dan lawatan tapak telah dilaksanakan oleh Harmonico di seluruh daerah Pulau Pinang sebagai usaha untuk sesi outreach bersama pihak pengurusan RIBI.

Kerajaan Pulau Pinang beriltizam untuk terus menzahirkan komitmen padu dalam merealisasikan dan menunaikan Manifesto Perpaduan iaitu Agenda 40 dengan memperuntukkan RM10 juta bagi memenuhi keperluan Rumah Ibadat Bukan Islam sehingga tahun 2028 dan selain daripada suntikan dana, peruntukan ini akan disalurkan

secara tahunan sebanyak RM2.5 juta ke dalam akaun peruntukan Hal Ehwal Bukan Islam di bawah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang bagi menjamin hak dan kebajikan pihak pengurusan RIBI di negeri ini.

Dan selain daripada suntikan dana ini, pihak berkuasa tempatan iaitu MBPP dan MBSP turut memainkan peranan penting melalui kutipan sumbangan daripada pemaju yang tidak dapat menyediakan tapak RIBI dalam projek pembangunan perumahan baharu. Kesemua sumbangan ini disalurkan ke dalam akaun Tabung Amanah Rumah Ibadat Bukan Islam (TARIBI) yang turut digunakan untuk pembangunan dan penyelenggaraan RIBI. Kerajaan Negeri yakin bahawa gabungan peruntukan ini nescaya dapat memberikan manfaat berganda kepada pihak pengurusan RIBI.

Jadi, dalam menerajui inisiatif ini, permohonan bantuan kewangan Tabung Amanah dan peruntukan khas Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Pulau Pinang kini telah dilaksanakan 100% secara dalam talian melalui sistem e-RIBI sejajar dengan langkah ke arah pemodenan dan pendigitalan perkhidmatan. Selain itu, dalam menerajui inisiatif pelancongan keagamaan, Kerajaan Negeri melalui Harmonico telah memperkenalkan Streets of Harmony sebagai produk pelancongan yang mempromosikan…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ringkaskan Sungai Pinang.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, saya sudah jump. Mempromosikan keharmonian antara kaum, agama dan budaya. Jadi kini terdapat empat laluan Street of Harmony di Pulau Pinang iaitu Street of Harmony George Town, Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Bayan Baru. Setiap laluan ini menonjolkan rumah ibadat pelbagai agama yang wujud berdekatan dan hidup harmoni dalam satu kawasan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Okey.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Boleh lah. Timbalan Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Okey.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Buat julung kalinya Pulau Pinang telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Persidangan Antarabangsa Kebudayaan dan Warisan Mazu 2025 iaitu sumbangan dan impak global Mazu di rantau Asia Pasifik. Persidangan anjuran Kerajaan Negeri melalui Harmonico ini telah berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober 2025 dan menghimpunkan 30 penyelidik dari Amerika Syarikat, China, Jepun, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia serta lebih 100 pengamal budaya, pengurusan RIBI dan masyarakat sivil, sivil tempatan.

Persidangan ini merupakan platform penting untuk memperkukuh usaha perlindungan dan pemeliharaan Warisan Mazu, sebagai khazanah warisan budaya tidak ketara kemanusiaan yang diiktiraf UNESCO pada tahun 2009. Ia menjadi medan perbincangan ilmiah untuk mengintegrasikan ilmu tradisi dan budaya warisan selain memperkukuh jaringan kerjasama penyelidikan khususnya dalam aspek pemeliharaan warisan demi kelestarian identiti budaya dan nilai sejarah serantau.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Akhirnya.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, apabila kita menilai semua kemajuan yang telah dicapai dalam portfolio ini, satu hakikat menjadi jelas. Pembangunan sosial bukanlah satu program tunggal dan bukan juga kerja satu jabatan sahaja. Ia merupakan sebuah ekosistem yang saling berkait, saling menguatkan dan sentiasa berkembang. Setiap inisiatif yang disebutkan tadi menyumbang kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Inilah semangat yang mencetus

ungkapan we need to do something dalam CV saya. Ia mencerminkan apa yang saya mahu dikenali sebagai sebahagian daripada kerajaan ini. Setiap kali saya berdepan dengan keluarga yang memerlukan, warga emas yang hidup keseorangan atau kanak-kanak yang perlukan perlindungan, saya tidak mampu untuk berpaling muka.

Kita tidak harus berdiam diri dan harus memilih untuk bertindak membantu. Ketika Pulau Pinang melangkah ke hadapan, Kerajaan Negeri kekal komited memastikan pembangunan tidak digerakkan oleh infrastruktur semata-mata tetapi juga dibangunkan dengan nilai kemanusiaan. Matlamat kita adalah membina sebuah Pulau Pinang di mana setiap individu tanpa mengira usia, gender, keupayaan atau latar belakang mempunyai peluang untuk maju. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjalankan siasatan berkaitan kes kebocoran soalan DUN yang lalu. Terima kasih atas usaha tersebut. Sistem kita kini telah ditambah baik dan diperkukuhkan.

Pulau Pinang tanah bertuah, Rakyat bersatu membina harapan, Inilah negeri yang kita junjung megah, Tiada yang tersisih, semua disertakan.

Saya memohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Terima kasih Sungai Pinang atas perbahasan yang panjang dan bertenaga. Boleh share kat kita suplemen apa yang YB ambil. Dan seterusnya kita persilakan YB EXCO yang banyak jawab soalan lisan, YB Paya Terubong dan saya fikir penggulungan mungkin tak banyak rasanya.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya, ya. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Saya bangun untuk memberikan ucapan penggulungan bagi Portfolio Pelancongan dan Ekonomi Kreatif. Seperti yang sebut oleh Timbalan Speaker, hari itu sudah banyak jawab soalan lisan dan juga banyak juga soalan bertulis. So ini, itu saya hanya saya tidak mengulangi jawapan-jawapan dan akan

menjawab perkara-perkara baru yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Hanya 15 muka surat saja, nipis. Beberapa Yang Berhormat membangkitkan tentang Tahun Melawat Malaysia 2026. Kerajaan Negeri telah berusaha gigih membuka lembaran baru dalam sektor penerbangan Pulau Pinang. Dua (2) tahun lalu, Pulau Pinang dihubungkan hanya dengan 12 bandar raya antarabangsa iaitu Bangkok, Hong Kong, Medan, Singapura, Jakarta, Surabaya, Bandar Aceh, Phuket, Guangzhou, Taipei, Dongguan, Ho Chi Minh City. Dalam dua tahun ini kita telah tambah lapan (8) bandar lagi iaitu Xiamen, Shanghai, Shenzhen, Chengdu, Dubai, Chennai, Yangon dan Doha.

Tambahan pula terdapat beberapa charter flight ke beberapa bandar raya seperti Kunming, Haikou, Xi'an dan Chongqing. Ini merupakan usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk merancakkan sektor pelancongan. Tahun 2026 ialah Tahun Melawat Malaysia dan juga Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia. Kita tidak memulakan kerja pada tahun 2026 tetapi kita memulakan kerja dalam dua tahun kebelakangan ini, melancarkan pelbagai inisiatif dan juga pelbagai penerbangan terus dalam masa dua tahun kebelakangan ini. Pada penggal keempat iaitu daripada Oktober sampai Disember tahun ini, terdapat beberapa senarai penerbangan baru ataupun tambahan frequency iaitu dari Sichuan Airlines tambah kekerapan dari Chengdu ke Penang. Hong Kong Express tambah kekerapan dari penerbangan harian ke dua (2) kali setiap hari dari Hong Kong ke Penang.

TransNusa Airline akan melen, melancarkan penerbangan sulung hari Isnin depan dari Jakarta ke Pulau Pinang pada 24 November. Batik Air akan memperkenalkan penerbangan sulung dari Medan-Penang, Singapura-Penang pada bulan Disember. Scoot akan menambah kekerapan Singapore-Penang. 9 Air telah memulakan chartered flight kelmarin dari Haikou, China ke Penang. So data-data menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan untuk sektor pelancongan di Pulau Pinang kerana banyak hanya penerbangan terus akan membawa ramai pelancong ke Pulau Pinang. Saya merujuk kepada ucapan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar dan Yang Berhormat Telok Bahang, yang dua-dua tak ada dalam dewan ini. Kedua-dua yang saling bercanggah. Seorang kata begitu, begitu ramai pelancong di George Town, over tourism. Seorang kata kurang pelancong di George Town. Oleh itu saya tak perlu jawab. Sebenarnya Telok Ayer Tawar telah menjawab Telok Bahang. So, sudah jawab.

Untuk menangani pandangan bahawa terlalu banyak pelancong di George Town, strategi kerajaan ialah membangunkan sektor pelancongan di luar George Town. Di Balik

Pulau, di Telok Bahang, di SPU, SPT, dan SPS serta sektor eko pelancongan yang telah saya sebut kelmarin. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Berangan dan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Saya telah mempelawa Think City dengan bahan promosi Seberang Perai untuk pameran di perkarangan koridor DUN hari ini dengan cerita-cerita tentang Seberang Perai di sebelah sana di koridor Dewan Undangan Negeri. Dan kita juga akan membuka booth pada Butterworth Fringe Festival pada 22 hingga 23 November ini iaitu hari minggu ini di Butterworth sempena Butterworth Fringe Festival.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Berangan berkaitan eko pelancongan di Kampung Labuh Banting. Pemasangan mercu tanda oleh MBSP sedang dilaksanakan dan dijangkakan siap pada Januari 2026. Dalam usaha memperkasakan Lebuh Banting sebagai salah satu produk eko pelancongan Seberang Perai, MBSP telah mewujudkan plot dalam inventori produk pelancongan yang mana dalam proses verifikasi akhir dan sesi libat urus bersama pemegang taruh akan diadakan pada 26 November 2025. Berkenaan dengan Hari Kebaya, Pengkalan Kota mencadangkan mencadangkan penetapan Hari Kebaya. Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menetapkan 5 Disember sebagai cuti untuk Hari Kebaya. Kita tak mahu cuti terlalu banyak.

Buat masa ini Kerajaan Negeri telah menetapkan 7 hari bulan Julai sebagai cuti umum negeri iaitu Hari Warisan George Town. Strategi Kerajaan Negeri ialah mempromosikan kebaya semasa majlis ataupun platform bersesuaian dan bukan pada hari itu sahaja. Maksud dia kita all year round kalau ada majlis-majlis yang bersesuaian, setiap hari boleh jadi hari kebaya. Kalau ada hari-hari, majlis-majlis yang bersesuaian. Contohnya, kebaya telah ditonjolkan semasa Chap Goh Mei 2025, semasa perarakan Chingay 2024, semasa Hari Kebangsaan peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 dan semasa Penang Week di Osaka World Expo 2025.

Untuk makluman Yang Berhormat. Tarikh 5 hari Disember, tarikh keramat itu, juga merupakan tarikh sarapan pagi Malaysia disenaraikan sebagai warisan tidak ketara UNESCO. So, dia ada hari itu keramat. Dua hari. So hari itu kena makan sarapan pagi Malaysialah kerana hari itu juga merupakan tarikh itu dan Kerajaan Negeri juga mengambil penetapan bersama dalam hal ini iaitu kita dalam platform-platform bersesuaian akan terus mengangkat warisan tidak ketara kita. Yang Berhormat Air Hitam.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Yang Berhormat.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Dan Yang Berhormat Telok Bahang membangkitkan, ya silakan.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong. Saya berterima kasihlah atas usaha Kerajaan Negeri untuk kita mempromosikan kebaya sebagai satu pakaian di mana-mana majlis-majlis Kerajaan Negeri selama ini dan saya sebut ataupun cadang berkenaan dengan 5 hari bulan Disember sebagai Hari Kebaya Malaysia bukannya bertujuan untuk hari cuti tetapi untuk satu kenangan ataupun satu tanda penghargaan supaya orang awam khususnya anak-anak Pulau Pinang mengenal pasti bahawa kebaya sebagai satu warisan tidak ketara dan sebagai satu orang kata produk Pulau Pinang.

Sebab kalau kita ikut sejarah perkembangan kebaya selama ini, Pulau Pinang sebagai hab untuk kebaya. Di mana orang asing pun, negeri jiran lain, Indonesian pun pernah datang ke Pulau Pinang untuk mengukur dan menjahit baju kebaya mereka sendiri. Jadi saya berharap kalau kita dapat isytiharkan 5 hari bulan Disember sebagai satu Hari Kebaya Malaysia, maka kita dapat mempromosikan lagi produk Pulau Pinang ke satu peringkat yang lagi tinggi iaitu di antarabangsa. Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Boleh. Yang Berhormat boleh angkat cadangan itu ke peringkat yang lebih tinggilah kerana itu sekarang Yang Berhormat mencadang Hari Kebaya Malaysia. So mungkin menteri-menteri berkenaan boleh mengkaji cadangan Yang Berhormat. Tapi pada 5 hari bulan kita harus post satu FB posting lah. Ulang tahun kita dapat Hari Kebaya untuk mengingati kerana banyak tarikh kita kena ingat. 7 hari bulan Julai. Lagi satu tarikh kita kena ingat, tak ada cuti punya, 15 September. Kenapa 15 September? Hari di mana Penang Hill disenaraikan sebagai UNESCO Biosphere Reserve. So, banyak tarikh sekarang kerana banyak dia ada, kita banyak ada warisan. Pantun juga ada tarikh, silat juga ada tarikh. You

know dia ada banyak item-item warisan. Bolehlah kita, kita mark dalam kalendar kita post dalam Facebook.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

19 November pun kita kena ingat, Hari Lelaki hari ni.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Kenapa.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Hari Lelaki.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Betul ka. Bukan tiap-tiap hari, Hari Lelaki ka.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ya, hari ini Hari Lelaki. Kena ingat juga.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Oh okey, okey. Hari-hari Hari Lelaki, okey. Yang Berhormat Air Itam dan Telok Bahang membangkitkan isu pencalonan kampung warisan. Plan Malaysia telah menjalankan kajian Pelan Induk Kampung-Kampung Warisan di Pulau Pinang dan menyediakan pelan pemeliharaan dan pemuliharaan pengurusan kampung warisan untuk memastikan kampung warisan yang terdapat di Negeri Pulau Pinang kekal terpelihara. Sehingga kini hanya satu pencalonan Kampung Melayu Lama, Air Itam akan angkat kepada authority berkenaan.

Yang Berhormat Telok Bahang menanyakan tentang Pesta Pulau Pinang. Pesta Pulau Pinang di bawah Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang. Saya jawab bagi pihak

JKN. Bagi memberikan maklum balas, Pesta Pulau Pinang tahun ini tetap akan dilaksanakan dari 6 hari bulan Disember 2025 sehingga 10 Januari 2026. Kerajaan telah memutuskan untuk penganjuran pesta tahun ini ialah pesta special, yang akhir lah untuk tahun ini. Kita akan memberikan laluan kepada projek LRT sehingga selesai projek LRT yang dijadualkan pada tahun 2031. So dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri sedang dalam proses perancangan rapi ke arah penyerahan tapak projek tersebut kepada syarikat LRT, MRT pada 1 April 2026.

Oleh itu, tradisi penganjuran Pesta Pulau Pinang yang yang begitu lama dan dan oleh kerana kita perlu beri laluan kepada LRT. Maka kita tahun ini akan, akan jadi last. Selepas itu lihat bagaimana kita nak sambung, sambung tempat lain dan sambung tempat sama selepas complete LRT projek ini. Selepas selesai itu kita akan membuat perancangan kemudian. Pengurusan sumber manusia berkenaan dengan pesta berkenaan akan disusuli setelah selepas penganjuran Pesta 2025 ini.

Dan Yang Berhormat Bagan Jermal membangkitkan portal penambahbaikan untuk digital platform dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan mengkaji kesesuaian berdasarkan kos pembangunan feature itu jika ingin dilaksanakan kelak. Walau bagaimanapun, capaian media sosial pelancongan bukan hanya kepada Facebook saja. Kita melalui platform YouTube, Facebook, TikTok, WeChat, Weibo dan Red Book terus menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan dengan jumlah tontonan mencecah jutaan. Di Red Book sahaja, kandungan berkaitan Pulau Pinang meraih lebih 800 juta tontonan dengan 3.9 juta perbincangan. Manakala di platform Douyin, TikTok version China, video mengenai Pulau Pinang menerima lebih 550 juta tontonan. Sehubungan itu, tumpuan promosi akan terus diberikan kepada sosial media yang digital lebih selari dengan trend dan kehendak semasa bagi memastikan capaian dan keberkesanan promosi pelancongan berada pada tahap yang baik.

Laman rasmi pelancongan Pulau Pinang, mypenang.gov.my kini sedang menjalani proses penambahbaikan menyeluruh bagi menjadikan sebuah platform pelancongan digital yang lebih komprehensif, interaktif dan berimpak global. Usaha ini dilaksanakan oleh Penang Global Tourism sebagai sebahagian daripada usaha transformasi digital dan versi baharu portal ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2025 dengan reka bentuk interface moden serta mesra pengguna. Portal tersebut akan menampilkan kandungan

pelbagai bahasa bagi memudahkan capaian pelancong antarabangsa dan domestik, sekali gus meluaskan jangkauan promosi Pulau Pinang di peringkat global.

Portal baharu ini akan menyediakan maklumat lengkap dan tersusun mengikut tempat-tempat menarik, acara semasa, panduan pengangkutan awam, itinerary perjalanan dan sebagainya. Penambahbaikan ini juga akan membolehkan PGT memanfaatkan analitik data pelawat bagi menilai trend pelancongan dan keberkesanan platform digital.

Yang Berhormat, Yang Berhormat Berapit membangkitkan isu Dewan Sri Pinang dan sebenarnya kita telah bekalkan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Seri Delima. Walau bagaimanapun, saya baca secara ringkas jawapan tersebut. Kementerian Ekonomi telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-13 bagi pelaksanaan projek ini dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai agensi pelaksana bagi projek ini dan kerja-kerja awalan melibatkan kerja ukur topografi dan pemetaan utiliti telah dilaksanakan oleh JKR dan skop kerja antara lain naik taraf tempat guna sama, naik taraf ruang seni persembahan auditorium, pembinaan Galeri TYT, pemasangan lif, naik taraf sistem mekanikal, pembesaran ruang makan, penaiktaraf landskap dan sebagainya so anggaran kos RM52 juta. Perancangan masih dibuat dan Dewan Sri masih belum ditutup lagi dan tempoh pelaksanaan belum dimuktamadkan lagi kerana PDC baru sahaja mengambil alih daripada JKR tentang projek planning dan sebagainya dan berkenaan dengan pertanyaan Berapit juga dia menanyakan persembahan Vincent Ong kalau Dewan Sri tak boleh buat, dibuat di mana? Sebenarnya cadangan kumpulan muzik daripada RondoFest ialah diadakan solo recital, persembahan solo, di Stonyhurst International School di Tanjung Tokong.

Mural di George Town, untuk isu lukisan mural di Tapak Warisan dan sekali lagi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit, pemilih dinasihati pelukis dinasihati untuk mengemukakan permohonan untuk lukisan mural di kawasan Warisan George Town untuk kelulusan Public Area Review Panel. Sebenarnya, kalau kita imbas balik sejarah, imbas balik sejarah pada tahun 2012 lebih kurang itu, semasa saya menjadi EXCO Kesenian pada penggal pertama. Pada penggal pertama saya menjadi EXCO Kesenian, waktu itu kita commission George Town Festival dan pada tahun 2012, kita telah menjemput Encik Ernest Zacharevic untuk melukis enam mural. Enam mural. Waktu itu tak ada satu mural pun, dia lukis enam. Walau waktu itu tiada garis panduan mural dan selepas itu, kejayaan beliau untuk mengangkat mural itu dengan adik-beradik atas basikal dan sebagainya, enam mural

tersebut diperkenalkan dia begitu lukisan mural tumbuh seperti cendawan di merata tempat di George Town.

Maka Kerajaan Negeri melalui MBPP memperkenalkan garis panduan mural dan Kerajaan tidak ingin melihat setiap penjuru di George Town dipenuhi dengan mural, kerana lukisan yang cantik kita panggil mural. Kalau lukisan yang hodoh kita panggil grafiti, itu mekanisme kawalan perlu supaya ia tidak menjadi kalau dalam bahasa, I think it's a French word, cliché, iaitu grafiti merata-rata. Kalau tiada kawalan, ia menjadi grafiti merata-rata di setiap penjuru George Town. Oleh itu, telah ada satu garis panduan mural dilulus perlu memenuhi Universal Outstanding Value George Town. Kerajaan Negeri juga memperkenalkan, selain itu, Kerajaan Negeri juga kerana mural walaupun kita kata hebat sekarang dia sebenarnya satu produk kesenian dekad lalu. Saya kata 2012 sampai sekarang sudah 2025, sudah 13 tahun. So, satu produk kesenian yang dekad sebelum ini. Kita bukan sekarang sudah masuk kepada trend baru, kita sudah tak main mural. Sekarang trend terbaru bukan mural tetapi installation art, digital art, interaction installation. Seperti apa yang kita lakukan semasa George Town Festival, Projek Terang, apabila project mapping atas dinding City Hall dan begitu cantik digital art dan usaha terbaru MBPP di Padang Kota juga menggunakan projection mapping. Itulah trend terbaru dan itulah jawapan saya.

Yang Berhormat KOMTAR, Pelayaran Kapal Pelayaran Kapal dua muka surat. Bagi Pelayaran Kapal Pulau Pinang merupakan sebuah destinasi sangat ideal untuk pengalaman pelayaran matahari terbenam dan pelancongan kapal layar menawarkan gabungan keindahan semula jadi, perairan yang tenang serta hospitaliti premium. Para pengunjung dapat menikmati pemandangan panoramik sepanjang persisir warisan George Town, warna-warni matahari terbenam yang memukau di Selat Melaka serta pemandangan jelas mercu tanda ikonik seperti Jambatan Pulau Pinang, Pulau Jerejak dan Teluk Kumbar. Keistimewaan ini diperkukuhkan lagi dengan keadaan perairan yang sesuai untuk pelayaran.

Selain keindahan semula jadi, Pulau Pinang juga menonjol dengan pengalaman unik atas kapal, banyak pakej pelayaran menawarkan menu makanan dan minuman menampilkan citarasa authentic Pulau Pinang dan antara pengendali yang popular yang menyokong segmen ini termasuk Penang Island Cruise, Tropical Charters, Queeny Cruises dan Penang Blue Whale dengan pilihan yang merangkumi pelayaran berkongsi bersama

makan malam sehinggalah acara mewah atas kapal layar persendirian. Segmen Pelancongan Kapal Layar di Pulau Pinang turut memenuhi pelbagai keperluan melalui sewaan kapal persendirian lebih kurang 20 hingga 30 orang, Kapal Catamaran mewah untuk acara korporat, pelayaran fotografi dan videografi serta trip memancing dan lawatan pulau. Pengalaman ini dipertingkatkan lagi dengan suasana pelayaran waktu matahari terbenam, tiupan angin laut yang menyegarkan. Bergantung kepada pengendali, tetamu juga boleh menikmati aktiviti air, papan luncur, paddle board atau kayak dengan peluang melihat ikan lumba-lumba pada musim tertentu. Itulah pengalaman yang baik. Kalau yang kaya, yang mewah boleh naik kepada dengan kapal pelayaran.

Tapi juga dalam minggu ini, I think perlu ada pembetulan dalam teks ucapan 28 hingga 30 November Penang International Dragon Boat Festival akan berlangsung pada 28 hingga 30 November 2025 di Straits Quay Marina. Semua dijemput, pertandingan antarabangsa untuk Perahu Naga dan di sepanjang Straits Quay Marina akan diadakan lebih kurang 50 lebih pasukan akan bertanding, itu juga akan menarik ramai pelancong datang ke Pulau Pinang.

Yang Berhormat KOMTAR juga membangkitkan George Town Festival untuk dibawa ke antarabangsa. Buat masa ini tiada perancangan sedemikian kerana nilai mata wang asing, pertukaran nilai mata wang asing yang tidak begitu menggalakkan dan kos membawa kumpulan seniman keluar negara kena bawa kapal terbang terbang, kena sewa, penginapan dan sebagainya dia satu kos yang amat tinggi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah membawa kumpulan Chingay untuk perarakan Chingay di Singapura pada tahun 2025 dan tahun ini kita juga, oleh kerana pertunjukan yang begitu hebat kita di Singapura dan tahun ini kita juga turut dijemput untuk menyertai perarakan Chingay di Singapura.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga berkolaborasi dengan Quanzhou College of Technology dari Fujian, China, bagi melatih jurulatih Wushu mereka dalam persembahan Chingay. Latihan ini dibawa pulang ke Fujian sebagai usaha memperkenalkan dan memartabatkan warisan Chingay Pulau Pinang ke peringkat antarabangsa. Inisiatif ini bermula secara kecil-kecilan namun mempunyai potensi untuk mengembangkan seni Chingay dan menjadikannya jambatan budaya antara Pulau Pinang dan negara asing. Begitu juga Penang Global Tourism telah kolaborasi dengan pemain-pemain industri untuk

Pesta Makanan Pulau Pinang di Bangkok, dengan Char Kuey Teow dengan semua yang kita ini Roti Canai ada telah diadakan di Bangkok.

Kerajaan Negeri turut menghantar perwakilan ke Osaka World Expo dengan pertunjukan kebaya dan pameran warisan tidak ketara. Kita juga menyertai pameran warisan tidak ketara di Chengdu, China. Selain itu, GTF juga menyokong jaringan seni serantau dengan menampilkan pengiat seni tempatan di pentas luar negara. Antaranya, Ombak POTEHI yang membuat persembahan POTEHI di Singapore Night Festival Singapore. Culture Shock yang ditampil di Park Thai Design Week, Songkhla, anjuran Creative Economy Agency of Thailand dengan memaparkan muzik tempatan yang berlandaskan cerita-cerita Pulau Pinang. Maksudnya, kita tidak bawa George Town Festival, satu festival itu keluar negara tetapi kita ambil segmen-segmen tertentu seperti Chingay seperti Ombak POTEHI, kebaya dan pameran warisan kita bawa kumpulan kecil untuk ke luar negara supaya kita muncul di pentas antarabangsa.

Dan kita Kerajaan Negeri juga menyambut baik pengumuman Menteri Pengangkutan untuk melaksanakan projek naik taraf Stesen KTM Butterworth dengan peruntukan berjumlah RM30 juta, yang akan memperkukuh peranan Butterworth dan Penang Sentral sebagai hab pengangkutan utama di utara Semenanjung Malaysia. Naik taraf ini akan merangkumi penambahbaikan fasiliti penumpang, penyediaan akses lebih mesra OKU, peningkatan sistem tiket bersepadu serta integrasi lebih baik. Saya rasa ini akan membawa satu, meningkatkan tarikan pelancongan, bukan sahaja daripada Kuala Lumpur yang naik ke Penang tetapi juga dari Bangkok daripada Selatan Thailand yang sampai ke Pulau Pinang dengan melalui stesen kereta api.

Akhir kata, saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau ini. Paya Terubong mohon untuk menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Paya Terubong. Seterusnya dipersilakan Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih kepada Dato' Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat semua. Di antara desir angin Selat Melaka dan denyut nadi kota warisan Pulau Pinang terus melangkah, menganyam masa depan dengan benang-benang kemajuan yang kita jahit bersama dengan tekad, disiplin dan harapan.

Tahun 2025 telah menguji kita dan hasilnya membuktikan bahawa Pulau Pinang bukan semata-mata pulau kecil di utara, tapi merupakan nadi ekonomi negara yang infrastrukturnya semakin teguh, pengangkutannya semakin terancang dan agenda digitalnya semakin menyala. Jalan yang kita bina bukan hanya untuk memendekkan jarak tapi untuk menghubungkan kehidupan. Pengangkutan yang kita rancang bukan hanya sistem tapi denyut mobiliti rakyat. Digitalisasi yang kita pacu bukan hanya teknologi tapi bahasa masa depan yang harus kita kuasai.

Maka tatkala kita membuka lembaran 2026, kita tidak memulakannya dengan kosong. Kita memulakannya dengan keyakinan bahawa setiap projek, setiap dasar, setiap inovasi adalah langkah-langkah kecil yang menuju kepada sebuah negeri yang bukan saja maju tapi menjadi inspirasi. Menjelang tahun 2026, Kerajaan Negeri akan melangkah ke fasa pelaksanaan yang lebih agresif dan terarah dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan rangkaian infrastruktur strategik termasuk kesinambungan projek-projek mobiliti dan mitigasi banjir, transformasi pengangkutan ke arah sistem yang lebih cekap, mampan dan bersepadu serta pemerkasaan agenda digital yang merangkumi pembangunan bakat, keselamatan digital, inovasi bandar pintar dan pembangunan PKS.

Saya percaya melalui perancangan rapi, semangat kerjasama antara semua pihak serta sokongan Dewan yang Mulia ini, kita mampu memastikan bahawa setiap inisiatif yang digerakkan bukan saja memenuhi keperluan hari ini tapi juga mempersiapkan negeri untuk cabaran masa depan.

Dato' Yang di-Pertua, secara umumnya, terima kasih atas segala pandangan, teguran dan cadangan yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan berhubung dengan isu pengangkutan, kesesakan dan juga masa depan mobiliti Negeri Pulau Pinang. Izinkan saya membuat penggulungan berkaitan isu Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Dato’ Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang berjalan pesat. Dalam masa yang sama, secara purata bilangan kenderaan berdaftar meningkat lebih 4% setiap tahun. Walaupun tidak semua kenderaan yang berdaftar di Penang bermaksud ianya akan digunakan di Penang, namun tetap benar bahawa tanpa intervensi berskala besar, negeri kita akan berdepan dengan kesesakan kritikal yang akan memberi kesan kepada produktiviti, kos logistik serta kesejahteraan rakyat. Kerajaan Negeri juga mengambil pendirian tegas bahawa membina jalan semata-mata bukan penyelesaian jangka panjang. Setiap negara maju membuktikan bahawa jumlah pengguna akan sentiasa meningkat dan jalan baru akan kembali sesak dalam masa beberapa tahun. Justeru, PTMP dirangka sebagai satu pelan menyeluruh, komprehensif dan holistik selama 50 tahun, bukan projek sekadar ad-hoc. PTMP menggabungkan komponen-komponen yang strategik seperti sistem Rel, contohnya LRT, komuter dan juga ETS, sistem Bus Rapid Transit, rangkaian jalan raya penguraian yang strategik, pengangkutan air, serta mengintegrasikan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit ataupun Transit Oriented Development (TOD).

LRT Laluan Mutiara adalah komponen terpenting PTMP kerana ia menjadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan awam Negeri Pulau Pinang. Laluan ini dijangka menampung lebih 200,000 penumpang sehari menjelang 30 tahun pengoperasiannya iaitu Ultimate Design Year, yang akan mengurangkan kebergantungan kepada kereta dan motosikal.

Walaupun pengangkutan rel bandar adalah keutamaan, beberapa komponen jalan strategik sebagai projek penguraian trafik tetap diperlukan untuk menangani kesesakan semasa, khususnya di Bandaraya George Town, di Air Itam, dari Tanjung Bunga hingga ke Batu Ferringhi serta Sungai Ara ke Bayan Lepas. Justeru, projek penguraian trafik seperti Projek Jalan Pintasan Air Itam-Tun Dr. Lim Chong Eu, Projek North Coastal Paired Road (NCPR), Projek Pan-Island Link 1, Pan-Island Link 2 dan Pan-Island Link 2A dan juga Projek Penguraian Trafik Juru-Sungai Dua adalah jalinan pelengkap kepada sistem pengangkutan rel bandar yang akan menjadikan pengangkutan awam lebih praktikal. Tanpa penguraian ini, keberkesanan pengangkutan rel juga akan terjejas.

PTMP bukan sekadar projek pengangkutan, ia adalah projek mobiliti, projek ekonomi dan juga projek untuk masa depan Negeri Pulau Pinang. Tanpa PTMP, kesesakan akan memburuk dan pelaburan akan mula beralih ke negeri lain atau negara lain. Kesulitan yang

kita hadapi sewaktu pembinaan LRT dan mana-mana projek mega adalah bersifat sementara, Yang Berhormat.

Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Dua berkenaan LRT, jajaran tersebut merentasi enam daripada 13 kawasan Parlimen, bukan hanya empat, iaitu termasuk Parlimen Balik Pulau, Parlimen Bayan Baru, Parlimen Bukit Gelugor, Parlimen Jelutong, Parlimen Tanjong dan juga Parlimen Bagan. Ada enam. Sambungan ke Penang Sentral pula adalah penting kerana ia menghubungkan sistem LRT dengan sistem ETS dan juga Komuter Utara, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk di kawasan seperti Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, Batu Kawan dan Nibong Tebal. Malah penduduk yang duduk di Sungai Petani, Alor Star, Padang Besar, boleh naik Komuter Utara sampai ke Butterworth, kemudian menggunakan LRT.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Pematang Pauh jangan lupa.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Baik, tak lupa.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Tak sebut.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dimasukkan juga dalam ucapan. Projek ini direka bagi meminimumkan pengambilan tanah serta memastikan jajaran melalui kawasan berimpak tinggi serta disokong rangkaian bas pengantara dalam radius 3-kilometer dari setiap stesen untuk memastikan akses yang menyeluruh. Dengan jangkaan kapasiti sehingga 37,000 penumpang sehari pada tahun pembukaan serta sambungan ke hab utama seperti KOMTAR, Sungai Nibong, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, LRT ini memanfaatkan hampir seluruh negeri, bukan hanya kawasan yang tertentu. Dari segi kesesakan lalu lintas, inginkan saya tekankan sekali lagi bahawa LRT merupakan

tulang belakang kepada sistem pengangkutan awam dan mampu mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian, khususnya pada laluan utama yang saya sebut tadi. Jadi, berkenaan isu pengambilan tanah, MRT Corporation memaklumkan bahawa sehingga kini sebanyak 81 lot tanah telah diwartakan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah, termasuk 15 lot milik agensi Kerajaan Negeri dan juga 66 lot tanah berimilik, di mana 61 daripada 66 lot berimilik telah pun diberikan pampasan selepas empat pusingan sesi siasatan.

Bagi tanah Agensi Kerajaan Negeri pula, sesi siasatan tersebut akan dijalankan tidak lama lagi. Berkenaan dengan Kajian Impak Sosial ataupun SIA, sebagai makluman Yang Berhormat, SIA bagi jajaran PSR-A ke KOMTAR telah pun diluluskan pada tahun 2020. Manakala SIA bagi jajaran Macallum ke Penang Sentral dijangka diluluskan pada bulan Januari 2026. Merujuk kepada isu tenaga kerja dan juga banjir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua yang baru masuk, sehingga bulan Oktober 2025, projek LRT Laluan Mutiara melibatkan 339 pekerja, termasuk 234 pekerja asing. Pekerja asing kini ditempatkan di AA Dormitory, Sungai Pinang yang menyediakan kemudahan seperti kafeteria, surau dan juga tempat rekreasi. Semua pekerja asing akan ditempatkan di Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) yang lengkap dengan kemudahan di bawah satu bumbung, memastikan mereka mempunyai penginapan selesa dan mematuhi undang-undang buruh. Jumlah tenaga kerja dijangka meningkat mengikut perkembangan projek.

Sebagai makluman Yang Berhormat, pihak MRT Corp telah pun mereka bentuk pier dan penutup cerucuk ataupun pile cap dengan mengambil kira pelepasan hidraulik, keperluan aliran bebas air serta risiko aliran air dan banjir semasa tempoh pembinaan. Pelan pengurusan dan mitigasi air semasa pembinaan turut disediakan seperti berikut:

• mengekalkan aliran saliran sedia ada dengan pembinaan saliran sementara, pembetung tambahan dan juga longkang pintasan di lokasi yang berpotensi; • melaksanakan langkah kawalan hakisan dan mendapan seperti perangkap kelodak, pagar kelodak, lembangan mendapan dan juga pembersihan berkala; • mengelakkan sebarang sekatan kepada longkang utama atau sungai, termasuk memastikan kerja cerucuk dan pier tidak mengganggu kapasiti aliran;

• koordinasi rapat dengan pihak MBPP, JPS dan agensi berkaitan bagi memastikan sebarang pindaan sementara kepada sistem saliran mendapat kelulusan dan juga tidak menjejaskan kawasan sekitar. Akhirnya, pemantauan berterusan di kawasan hotspot sebelum dan selepas hujan lebat serta tindakan segera sekiranya berlaku limpahan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya teruskan kepada mod-mod pengangkutan awam lain seperti yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebagai makluman, perkhidmatan Rapid On Demand (ROD) ialah perkhidmatan mobiliti baru oleh Rapid Penang yang beroperasi menggunakan van ataupun kenderaan kecil berkonsepkan transit berasaskan permintaan ataupun Demand Responsive Transit, ini dipanggil DRT. Ia tidak beroperasi mengikut laluan tetap seperti bas biasa tapi bergerak berdasarkan permintaan pengguna melalui aplikasi. Sistem ROD menggunakan algorithm untuk menggabungkan penumpang dengan destinasi hampir sama bagi mengoptimumkan perjalanan.

Sebagai makluman Yang Berhormat, buat masa ini ROD Bukit Mertajam adalah termasuk dalam kawasan Hospital Bukit Mertajam. Begitu juga dengan ROD Seberang Jaya yang turut meluputi Hospital Seberang Jaya. Manakala ROD Bertam bukan sahaja turut meluputi Hospital Kepala Batas, malah turut meluputi Pusat Perubatan USM Bertam. Cadangan Yang Berhormat Bukit Tengah agar ROD diperluaskan ke Kampung Bagan Nyior, Kampung Sekolah, Kampung Bukit Kecil dan Kampung Kuala Juru akan disampaikan kepada pihak Rapid Penang. Dan seperti Yang Berhormat sedia maklum, jumlah penumpang memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu laluan baru dan perancangan laluan yang komprehensif wajar diteliti.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Telok Bahang menyentuh mengenai perkhidmatan pengangkutan air sebagai serampang dua mata iaitu sebagai tarikan sektor pelancongan dan juga sebagai salah satu cara penguraian kesesakan lalu lintas. Saya menyokong huraian Yang Berhormat dan Penang Port Sdn Bhd sendiri telah mengumumkan bahawa lebih 5 juta penumpang feri telah direkodkan dalam tempoh 17 bulan sejak operasi feri baru bermula pada Oktober 2023 sehingga suku kedua tahun 2025. Rekod penumpang ini jelas menunjukkan bahawa perkhidmatan feri merupakan salah satu alternatif pengangkutan yang menjadi pilihan bagi penduduk dan juga pelancong di negeri ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Laut di bawah Kementerian Pengangkutan kini sedang

menyusuli cadangan feri air ataupun water taxi. Buat masa ini, sebuah kajian kebolehlaksanaan sedang dibuat oleh pihak swasta bagi mengenal pasti model yang paling sesuai untuk pelaksanaan water taxi di negeri ini.

Seterusnya, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pulau Tikus yang bangkit berkenaan dengan laluan bas baru secara percuma yang akan bermula pada 1 Januari 2026 iaitu CAT Hospital. Perkhidmatan bas CAT Hospital ini akan melalui tiga bangunan hospital, satu klinik kesihatan kerajaan dan juga kawasan-kawasan sekolah dengan panjang laluan sejauh 8-kilometer melibatkan tiga buah bas dengan perselangan masa di antara 20 hingga 30 minit. Saya turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Pengangkutan dan tahniah kepada pihak Prasarana dan Rapid Penang di atas pelancaran 310 bas diesel bagi kumpulan terakhir program penggantian bas 2025 di mana Pulau Pinang turut akan menerima beberapa buah bas baru. Saya turut dimaklumkan pada suku kedua 2026, bas elektrik ataupun EV bas akan mula beroperasi di Pulau Pinang. Pengoperasian bas elektrik oleh Rapid Penang akan menyokong usaha Kerajaan Negeri ke arah Negeri Rendah Karbon dan akan sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan penggunaan pengangkutan awam serta pengurangan kesesakan lalu lintas di negeri ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya terus pada Projek Penang Silicon Island seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua. Sebagai makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Silicon Island ini bukan sahaja mengambil kira aspek pembangunan fizikal tapi turut memberi keutamaan kepada pemeliharaan ekologi jangka panjang. Saya rasa dalam penggulungan sesi-sesi penggal yang lepas pun saya telah memberi perincian mengenai syarat-syarat Jabatan Alam Sekitar yang akan dipatuhi dan juga perlindungan habitat marin, kawalan pengurusan benteng pantai dan sebagainya. Jadi saya takkan ulanglah semua hujah-hujah tersebut. Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat Pulau Betong, Pelan Induk Silicon Island tidak mempunyai perancangan untuk pembinaan asrama pekerja asing kekal. Fokus utama pembangunan adalah industri berteknologi tinggi, utiliti moden, kemudahan awam dan ekosistem inovasi untuk menyokong ekonomi digital dan hijau Negeri Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, bagi keperluan fasa pembinaan, sebuah CLQ sementara akan disediakan bagi pekerja projek. Ia akan dibina di dalam kawasan Silicon Island untuk memastikan operasi selamat dan tersusun tanpa menjejaskan komuniti di pulau besar.

Pembinaan CLQ sementara dijadualkan bermula bulan Jun 2026 dengan kapasiti 1,200 pekerja dan dijangka siap pada September 2026, beroperasi sehingga tahun 2030. CLQ ini adalah tertutup dan terkawal dengan sistem keselamatan, kemudahan dalaman serta piawaian kebersihan dan ketertiban yang dipatuhi sepenuhnya. Pendekatan ini adalah selaras dengan garis panduan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan projek berjalan teratur tanpa memberi tekanan kepada kawasan sekeliling.

Berkenaan isu banjir di Kuala Sungai Pinang seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Teluk Bahang, Laporan EIA dan Kajian Hidraulik yang dijalankan oleh perunding bebas bertauliah menyatakan bahawa paras air di Sungai Gertak Sanggul, Sungai Gemuruh serta saliran utama Bayan Lepas dijangka hanya meningkat sekitar 0.01-meter selepas kerja tambakan Silicon Island siap sepenuhnya. Peningkatan ini adalah sangat kecil dan berada dalam julat toleransi sistem saliran sedia ada serta tidak cukup signifikan untuk mencetuskan perubahan pola banjir atau memberi kesan kepada kawasan hiliran mahupun huluan sungai. Justeru, berdasarkan dapatan teknikal tersebut, tiada bukti yang menunjukkan bahawa projek ini membawa risiko banjir, khususnya di kawasan Kuala Sungai Pinang.

Yang Berhormat, Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan Projek Penguraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang di Lebuhraya Utara Selatan dan kawasan sekitar. Ini projek kita bagi nama PTJSD, Projek Penguraian Trafik Juru-Sungai Dua. Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 November 2025, dan pakej satu projek tersebut yang melibatkan kerja menaik taraf bulatan dan pembinaan jejambat baru di Jalan Tun Hussein Onn telah bermula dan dijadualkan siap dalam tempoh 24 bulan.

Saya mengambil maklum kebimbangan Yang Berhormat Seberang Jaya dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat lain mengenai keadaan lalu lintas semasa pembinaan projek ini. Laluan PLUS di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua merupakan di antara jajaran paling sibuk di utara tanah air. Oleh yang demikian, pengurusan trafik yang berkesan di sepanjang tempoh pembinaan adalah menjadi fokus utama pembangunan projek menaik taraf ini.

Buat masa ini, Pelan Pengurusan Lalu Lintas ataupun TMP belum lagi dikemukakan kepada pihak MBSP dan juga JKR. Namun, setelah permohonan TMP diterima, cadangan TMP akan diteliti dengan sewajarnya. Selain itu, Kerajaan Negeri akan bekerjasama erat dengan KKR (Kementerian Kerja Raya) dengan LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) dan juga PLUS Malaysia Berhad untuk memastikan keadaan lalu lintas adalah terkawal.

Antara langkah-langkah yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

• Mengehadkan penutupan lorong di mana penutupan lorong akan dilakukan secara minimum dan hanya di luar waktu puncak. • Menyediakan laluan lencongan sementara yang selesa, jelas dan dilengkapi papan tanda yang mencukupi. • Memasang papan tanda amaran dan juga panduan tambahan, termasuk papan maklumat elektronik untuk memberi maklumat waktu sebenar tentang keadaan trafik. • Pemantauan berterusan dan petugas trafik di lokasi dan kaedah pembinaan moden yang lebih cepat dan selamat menggunakan pendekatan pembinaan modular dan juga komponen pratuang atau precast bagi mempercepatkan proses pembinaan dan meminimumkan kerja berat di atas jalan yang aktif.

Dato’ Yang di-Pertua, pembangunan sosioekonomi yang menyeluruh amat berkait rapat dengan penyediaan infrastruktur yang berkualiti dan mampan meliputi jaringan jalan raya yang sistematik. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri komited untuk terus menyediakan infrastruktur yang baik agar dapat dinikmati oleh rakyat dan sekali gus dapat menarik pelabur untuk melabur di Negeri Pulau Pinang.

Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20.8 juta bagi projek-projek penaiktarafan jalan. Antara projek tersebut yang telah dan sedang dilaksanakan di tapak adalah pembinaan jalan 100 kaki di belakang Carrefour, Seberang Jaya. Kerja-kerja pembaikan permukaan jalan rosak dengan membaru muka dan milling menggunakan bahan tambah super fiber mix, serta kerja-kerja berkaitan di sebahagian Jalan Perusahaan Perai dan juga jalan sekitar Seberang Perai Tengah dan projek pelebaran jalan dan menaik taraf jalan dari satu lorong ke dua lorong dari Jalan Perusahaan hingga ke persimpangan lampu isyarat Tok Kangar. Yang ni kita panggil fasa tigalah, penaiktarafan Jalan Tok Kangar.

Selain itu, JKR Pulau Pinang turut akan melaksanakan projek cadangan pembinaan jalan susur masuk dan keluar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Jalan Sultan Azlan Shah. Pembinaan ini dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut, dan projek ini kini dalam peringkat penyediaan pelan reka bentuk terperinci dan dokumen tender. Ia dijangka akan dilaksanakan di tapak bermula pada bulan Jun 2026.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya merujuk kepada projek penaiktarafan jejambat di Jalan Perusahaan Valdor seperti yang dibangkitkan oleh Bukit Tambun. Sebagai makluman Yang Berhormat, JKR telah pun melaksanakan kerja-kerja ukur pada tahun 2024 bagi projek tersebut, dan anggaran kos pembinaan bagi projek ini adalah sebanyak RM124 juta, tidak termasuk kos bayaran pengambilan balik tanah. Permohonan peruntukan bagi pelaksanaan kerja-kerja reka bentuk akan dikemukakan oleh JKR Pulau Pinang.

Berkenaan projek pelebaran jalan di Pokok Machang dan Pokok Sena, sebagai makluman Yang Berhormat Permatang Berangan, notis yang dikeluarkan oleh JKR adalah bertujuan memberi makluman awal kepada pemilik struktur bahawa kawasan tersebut merupakan tanah rizab jalan negeri dan kini termasuk dalam perancangan untuk dibuat pelebaran jalan oleh pihak pemaju. Pelebaran ini merupakan salah satu syarat pemajuan yang dikenakan ke atas pemaju bagi mengurangkan impak kesesakan lalu lintas akibat pertambahan bilangan rumah dan juga lot perniagaan yang bakal dibina oleh pemaju di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri melalui JKR akan mengatur sesi-sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan untuk selesaikan sebarang isu berbangkit bagi memastikan projek ini dapat berjalan Yang Berhormat.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar berkenaan jalan berlubang di kawasan Bagan menuju ke Sungai Puyu, pihak konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan iaitu THB Maintenance Sdn. Bhd. sentiasa menjalankan pemeriksaan rutin sekurang-kurangnya dua kali seminggu di sepanjang Jalan Persekutuan termasuk di Jalan Telok Ayer Tawar. Orang awam juga boleh menyalurkan aduan berkenaan jalan berlubang kepada KKR melalui aplikasi MyJalan. Pihak konsesi disyaratkan untuk menampal lubang dalam tempoh 24 jam setelah pothole dikenal pasti ataupun aduan diterima. Maksudnya KPI syarikat konsesi itu 24 jam, Yang Berhormat, kalau ada berlaku aduan dan tidak diambil tindakan, boleh juga dimaklumkan kepada pihak Kerajaan Negeri, kita akan bangkit kepada pihak JKR.

Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri mengambil maklum akan Jalan Kampung Masjid Timah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya. Penaiktarafan Jalan Kampung Masjid Timah merupakan sebahagian daripada skop pakej satu projek pembinaan Jalan 100 Kaki di belakang Carrefour Seberang Jaya, yang telah pun bermula di tapak pada 11 September 2025 yang lalu. Projek ini dijangka akan siap pada 8 September 2027, Yang Berhormat, dua tahun untuk siap.

Merujuk kepada reka bentuk jambatan di Sungai Derhaka pula, sebagai makluman Yang Berhormat, penggantian jambatan tersebut telah pun diluluskan dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia ke-13 (RP1 RMK-13). Kerajaan Negeri mengambil maklum akan saranan Yang Berhormat agar laluan pejalan kaki, basikal dan motosikal diintegrasikan sekali ke dalam reka bentuk. Justeru, JKR akan meneliti dan melihat aspek reka bentuk dan keselamatan pengguna jalan raya bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan mengikut siling peruntukan yang telah pun diluluskan.

Manakala berkenaan isu Jalan Kampung Besar yang kini menjadi tumpuan utama sebagai jalan pintas bagi pengguna dari Bukit Mertajam ke Berapit, projek menaik taraf infrastruktur di jalan tersebut kini belum dapat diteruskan disebabkan jajaran jalan yang melalui tanah RAC ataupun Perbadanan Aset Keretapi. Setakat ini, RAC masih lagi belum setuju untuk menyerahkan tanah yang diperlukan. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan menyusuli perkara ini bersama dengan pihak RAC untuk mencari jalan penyelesaian. I call meeting lah Yang Berhormat.

Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri menyambut baik saranan yang diberikan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu agar pendekatan penyelenggaraan pencegahan ataupun preventive maintenance digunakan berbanding penyelenggaraan pembaikan. Sebagai makluman Yang Berhormat, JKR sememangnya telah pun melaksanakan preventive maintenance iaitu dengan melalui kajian perisian Model Jalan Raya, yang kita panggil Highway Development and Management Model (HDM-4) bagi membuat penilaian teknikal berkenaan dengan prestasi turapan, mencadangkan kaedah pembaikan dan juga kos yang terlibat. Walau bagaimanapun, pembaikan di tapak masih perlu diselaraskan mengikut keutamaan kerosakan dan juga ketersediaan peruntukan. Bagi kawasan turapan jalan yang tidak termasuk dalam keutamaan preventive maintenance, kerja menampal lubang jalan masih lagi merupakan salah satu skop penyelenggaraan jalan yang wajib dilaksanakan oleh JKR sebagai tindakan segera.

Seterusnya, Yang Berhormat Machang Bubok berkenaan jalan baru untuk menyambungkan Jalan Machang Bubok 1, Taman Sanctuary dan juga Jalan Seladang. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan di kawasan tersebut untuk memperbaiki jaringan jalan sedia ada dan meningkatkan kesalinghubungan antara kawasan sekitar. Permohonan peruntukan untuk jalan baru tersebut dijangka dibuat pada tahun 2027 oleh pihak JKR.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Tengah membangkitkan berkenaan dengan kesesakan lalu lintas yang serius di kawasan Perindustrian Bukit Tengah, Jalan Perusahaan dan juga Jalan Bukit Tengah. Untuk makluman Yang Berhormat, PDC sedang melaksanakan kerja-kerja pelebaran jalan dari persimpangan Auto City menghala ke Jalan Tok Kangar. Projek ini dijangka dapat meningkatkan kapasiti persimpangan serta melancarkan aliran lalu lintas di kawasan tersebut. Manakala bagi kawasan Jalan Bukit Tengah menghala ke Bukit Minyak, permohonan bagi kerja-kerja pelebaran jalan telah pun dikemukakan melalui cadangan projek penaiktaraf jalan dari Permatang Tinggi ke Sungai Juru di Laluan Persekutuan FT001. Anggaran kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM533 juta, dengan skop utama seperti berikut. Menaik taraf jalan tunggal dua lorong kepada empat lorong, melebarkan tiga jambatan sedia ada, membina jejambat merentasi persimpangan Bukit Minyak Alma, dan menaik taraf sistem perparitan sepanjang jajaran projek. Projek ini telah mendapat kelulusan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 bagi pelaksanaan kerja-kerja awalan meliputi penyediaan reka bentuk terperinci, kajian impak lalu lintas, penyelarasan dengan utiliti awam, dan juga semakan teknikal di tapak. Seterusnya isu tanggungjawab.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta laluan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya, sila Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih Tanjong Bunga. Mengenai FT001, adakah Kementerian Kerja Raya mempunyai satu master plan yang komprehensif dari sempadan Perak sehingga ke sempadan Kedah sepanjang penaiktarafan? Adakah sudah mempunyai satu master plan yang lengkap atau setiap bahagian baru menjalankan perancangan atau reka bentuk?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ada sebenarnya Yang Berhormat. Dia ada perancangan secara menyeluruh dan dilaksanakan secara berfasa. Saya boleh minta semasa mesyuarat MMK yang akan datang, boleh minta JKR untuk memberi maklumat tersebutlah, Yang Berhormat.

Seterusnya berkenaan isu tanggungjawab penyelenggaraan jalan di antara MBBP dan JKR seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Delima. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat MMK pada 9 April 2025 telah pun meluluskan cadangan penyelarasan semula sempadan tanggungjawab penyelenggaraan yang akan menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya secara peribadi turut bersetuju dengan saranan Yang Berhormat agar pelaksanaan diawalkan kepada tahun 2027. Ini kerana kawasan saya Tanjong Bunga juga turut berada dalam kawasan luar George Town City Limit. Jadi saya faham keluhan daripada ADUN-ADUN yang dalam kawasan luar City Limit, iaitu di mana taman-taman perumahan diselenggara oleh JKR dan bukannya pihak PBT sepertimana menjadi lazim di Seberang Perai dan juga di semua negeri-negeri di negara Malaysia.

Hal ini menyebabkan banyak kesukaran kerana JKR mempunyai pelbagai kekangan berhubung isu-isu seperti pemasangan bollard, bonggol jalan dan sebagainya. Pada masa yang sama, piawaian kaki lima juga berbeza dengan piawaian MBPP. Justeru, Kerajaan Negeri beranggapan sudah tiba masanya untuk menyelaraskan perkara ini dan menyerahkan tanggungjawab kepada pihak yang sepatutnya iaitu MBPP. Namun atas permintaan MBPP, penguatkuasaan penyelarasan semula ini telah ditangguhkan pada tahun 2028. Walaupun begitu, oleh kerana ramai Ahli Yang Berhormat termasuk Seri Delima dan saya sendiri merasa bahawa 2028 mungkin terlalu lama, mungkin saya akan cuba bangkitkan perkara ini untuk penelitian semula oleh Kerajaan Negeri agar tarikh penguatkuasaan boleh diawalkan. Kita cuba.

Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri menyambut baik saranan daripada Yang Berhormat Pinang Tunggal supaya laluan dari sempadan Pulau Pinang dan Kedah melalui tepian Sungai Muda hingga ke Jalan Bumbung Lima dinaik taraf untuk mengelakkan kesesakan di Jalan Paya Keladi. Kerajaan Negeri melalui JKR akan mengemukakan cadangan projek ini untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia.

Seterusnya bagi menjawab isu jalan utama Pekan Penaga yang tidak mampu untuk menampung trafik sedia ada, JKR telah mengangkat satu kertas permohonan cadangan projek jambatan baru bagi menyambung jalan sedia ada antara Jalan Penaga Bawah ke Jalan Pasir Gebu kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah Program Jalan Luar Bandar. Sekiranya pembinaan jalan ini diluluskan, ia akan menjadi satu laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan jalan utama di Pekan Penaga. Kertas cadangan ini kini di peringkat akhir penilaian dan pertimbangan oleh KKDW. Mungkin kita boleh minta Yang Berhormat Sungai Acheh untuk bantu juga dapatkan peruntukan untuk jalan ini.

Yang Berhormat turut membangkitkan berkenaan isu longkang besar tanpa penutup di Pekan Penaga yang mendatangkan bahaya, khususnya kepada penunggang motosikal. JKR SPU telah pun melaksanakan semakan di tapak dan mendapati terdapat beberapa lokasi tertentu yang memerlukan pemasangan pengadang jalan ataupun guard rail. Permohonan peruntukan telah diangkat dan pelaksanaannya pada tahun 2026 adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan serta kesesuaian di tapak.

Berkenaan isu di jalan-jalan Guar Kepah dan Lahar Kepah yang memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan semula, buat masa ini pembaikan dilaksanakan secara menampal lubang jalan secara dalamanlah, kita buat secara in-house. Perancangan untuk melaksanakan penyenggaraan secara turapan semula ataupun resurfacing akan dimasukkan dalam bajet tahun 2026 dan akan dilaksanakan setelah permohonan peruntukan diluluskan.

Dato’ Yang di-Pertua, isu banjir yang sering berlaku di Gua Perahu, Gua Jering, Kampung Terus, Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Tanah Liat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penanti. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JPS memandang serius akan kejadian banjir yang berlaku di kawasan tersebut dan kini melaksanakan langkah proaktif dengan meletakkan sebuah pam bergerak berkapasiti 280-

liter sesaat di kawasan alur Sungai Kubu. Penempatan pam-pam bergerak ini akan ditentukan berdasarkan kepada keperluan semasa.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, JPS telah melaksanakan beberapa kajian bagi penyelesaian jangka masa panjang di kawasan tersebut iaitu kajian reka bentuk terperinci bagi cadangan tembatan banjir di Sungai Permatang Rawa bahagian Hulu, di Kampung Tanah Liat dan juga perkhidmatan perunding bagi reka bentuk terperinci rancangan tembatan banjir Mengkuang Daerah SPT. Berkenaan dengan masalah banjir di Kampung Kolam dan Tanjung Putus. JPS akan memasukkan kerja-kerja menyenggara Jalan Ladang Sungai Prai bagi mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut dengan menggunakan caruman MARRIS. Merujuk kepada isu banjir di kawasan Sungai Bakap, Bukit Tambun dan Jawi. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memandang serius akan perkara ini dan keseluruhan kawasan hotspot banjir sedang dilaksanakan kerja-kerja mitigasi banjir jangka panjang dengan pelaksanaan RTB seperti berikut. Pertamanya RTB Sungai Jawi, keduanya RTB Sungai Kecil, ketiga RTB Sanglang dan juga penaik tarafan rumah pam Nibong Tebal. Semuanya dalam pelaksanaan, RTB Sungai Jawi belum lagi dalam peringkat pembinaan tapi yang lain sudah mula. Pada masa yang sama, kerja-kerja penyenggaraan sungai di kawasan lain adalah dibuat secara berkala berdasarkan kepada peruntukan yang diterima.

Dato’ Yang di-Pertua, Sungai Puyu ada bangkit berkenaan kejadian banjir kilat di Kampung Manggis dan Kampung Tok Sani. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedar akan keperluan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan secara berkala di semua sungai dan sistem perparitan sedia ada bagi memastikan aliran air lancar dan mengurangkan risiko berlakunya kejadian banjir. Bagi kawasan Sungai Puyu, kerja-kerja penyenggaraan mendalam dan membuang enapan di sungai termasuk di Kampung Manggis dan Kampung Tok Sani dilaksanakan mengikut keperluan semasa dan berdasarkan kepada peruntukan yang diterima. Untuk tahun 2025, kerja-kerja membuang enapan telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada bulan April dan juga bulan Oktober.

Seterusnya berkenaan masalah banjir di kawasan Kuala Sungai Pinang dan Teluk Bahang akibat fenomena air pasang besar. JPS telah melantik perunding bagi menjalankan kajian reka bentuk terperinci bagi menaik taraf sistem saliran di Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang bagi menentukan kaedah penyelesaian isu banjir di kawasan tersebut.

Kajian ini masih di peringkat laporan konsep reka bentuk dan dijangka siap pada bulan Julai ataupun Jun 2026.

Berkaitan isu penyenggaraan Sungai Nipah. Sungai Nipah merupakan sungai utama dengan anggaran panjang sekitar 1.3-kilometer dan menerima aliran daripada beberapa parit buang serta longkang JKR, MPBP di tepi jalan, Parit Kampung Perlis dan juga Parit Pulau Betong sebelum mengalir ke muara. Kerja-kerja penyenggaraan seperti mengorek dan membuang tumbuhan liar di sungai tersebut dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan yang diterima setiap tahun. Pada masa ini, JPS sedang dalam proses mendapatkan peruntukan tambahan bagi melaksanakan kerja-kerja bagi baki jajaran sepanjang 800-meter yang masih belum diselenggara.

Berkenaan masalah banjir di Kampung Kolam. Kerajaan Negeri melalui JPS pada tahun ni telah melaksanakan kerja menyenggara Sungai Jelutong, Sungai Anak Jelutong, Sungai Alor Anak Jelutong dan Parit Anak Jelutong 1R. Bagi perancangan masa depan pula, Kerajaan Negeri akan mohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan secara berperingkat melalui RMK-13 untuk melaksanakan projek RTB Sungai Prai Fasa 2 yang turut merangkumi kawasan tadahan sungai-sungai tersebut.

Seterusnya untuk menjawab Yang Berhormat Bukit Tengah. Bukit Tengah tak ada kat sini mengenai permohonan projek tebatan banjir di bawah RMK-13, senarai yang dimohon adalah pertama, Projek Pemuliharaan Sungai Juru, RM60 juta ringgit telah pun diluluskan. Projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Pulau Pinang, RM25 juta, telah pun diluluskan. Kajian pelan induk saliran mesra alam Pulau Pinang untuk SPT, yang ni belum lulus dan keempat, menaik taraf infrastruktur mekanikal dan elektrikal, RM3 juta ringgit. Ini di rumah pam parit 5, belum lagi diluluskan.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya pergi kepada rundingan pembekalan air terawat dari negeri Perak ke Pulau Pinang seperti yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Sebagai makluman, isu pembekalan air ini adalah satu isu yang berlarutan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga Kerajaan Negeri Perak sejak lebih daripada 10 tahun yang lalu. Pada mulanya, permintaan Pulau Pinang telah menemui jalan buntu sehinggalah Kerajaan Negeri Perak akhirnya bersetuju dengan syarat kita membeli air terawat dan bukannya air mentah. Ekoran daripada tu, Kerajaan Negeri Perak telah melantik Konsortium Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Gamuda Berhad, jadi kita

panggil PKNPk-Gamuda, sebagai wakil rasmi mereka untuk mengadakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dan rundingan ini telah dilaksanakan beberapa kali pusingan dengan tiada sebarang unsur ugutan ataupun arm twisting dari mana-mana pihak. Perincian teknikal melalui memorandum persefahaman yang telah pun dimeterai tempoh hari adalah seperti berikut.

Pertamanya, caj kapasiti tahunan pada kadar RM210 juta setahun. Caj bekalan air terawat pada kadar RM1.70 per meter padu. Kuantiti minimum bekalan sebanyak 300 MLD. Tempoh perjanjian selama 40 tahun dengan kajian semula kadar pada tahun ke-21. MOU yang telah ditandatangani ini adalah MOU non-binding ataupun tidak mengikat dan bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama perniagaan jangka panjang melibatkan penjualan, penyediaan dan pembelian air dari Negeri Perak. MOU ini akan disusuli dengan sesi perbincangan dan rundingan sebelum satu perjanjian rasmi dimeterai. Perjanjian rasmi tersebut kelak memerlukan kelulusan daripada pelbagai pihak termasuk lembaga pengarah, pemegang saham, institusi kewangan, pihak-pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Bursa Malaysia dan lain-lain lagi.

Dan di sini saya nak menjelaskan mengenai caj kapasiti tahunan yang sebanyak RM210 juta ringgit setahun. Ini akan ditanggung oleh pihak PBA dan bukan Kerajaan Negeri sebagai sebahagian daripada kos pembelian air. Dalam erti kata lain, ia adalah merupakan sebahagian daripada perbelanjaan operasi. In other words, it is part of the OPEX. Maksudnya dia sebahagian daripada kos pembelian air tersebut. PBA membeli air dari Perak bukan untuk kegunaan sendiri. Kita beli air untuk menjual kepada pengguna termasuk kepada pengguna bukan domestik seperti di kawasan perindustrian SPS yang sedang rancak membangun. Justeru, tidak timbul isu penampungan caj kapasiti tersebut. Caj kapasiti ini dikenakan oleh pihak negeri Perak kerana segala kos infrastruktur air terawat perlu ditanggung oleh pihak mereka untuk pembinaan loji rawatan air berkapasiti 500 MLD yang dibina secara khusus untuk kegunaan Negeri Pulau Pinang.

Justeru, soalan yang sepatutnya ditanya oleh Yang Berhormat adalah sama ada caj kapasiti RM210 juta ringgit ini, adakah caj ini satu caj yang munasabah atau tidak? Ini soalan yang sebenarnya kita perlu tanya. Jadi, untuk perkara ini, saya boleh maklumkan bahawa pihak PBA telah pun membuat usaha wajar ataupun due diligence dengan membandingkan kos sekiranya kita buat secara BOT dengan pihak contohnya pihak Perbadanan Aset Air Berhad PAAB, iaitu sebuah agensi Kerajaan Persekutuan. Di mana sekarang ni untuk

makluman semua, PBA sedang melaksanakan dua projek dengan PAAB. Loji Rawatan Air Sungai Muda dan juga Loji Rawatan Air Sungai Perai. Jadi kita bandingkan dua model, satu yang dicadangkan oleh PKNPk-Gamuda dan satu lagi oleh PAAB, kita menggunakan formula yang sama dan kita buat pengiraan. Jadi setelah dibuat due diligence dengan mengambil kira segala kos termasuk kos pembinaan loji rawatan air, kos pengambilan tanah, sistem paip yang perlu dihubungkan dari LRA di sekitar Bukit Merah sehingga Sungai Krian di Pulau Pinang, kos kewangan termasuk faedah pinjaman, kos penyenggaraan dan kos penaiktarafan loji rawatan air selama 40 tahun. Ini semua atas tanggungjawab mereka, bukan kita, sebab kita hanya membeli air. Dan juga lain-lain kos, PBA mendapati bahawa kos yang ditawarkan oleh PKNPk-Gamuda adalah kos yang berdaya saing. It is a competitive cost.

Dalam erti kata lain, sekiranya projek 500 MLD berserta infrastruktur-infrastruktur sokongan ini, kalau katakan PBA sendiri yang buat melalui model Build Operate Transfer seperti yang kita buat dengan PAAB, kosnya adalah lebih kurang sama malah kemungkinannya lebih tinggi kerana kos kewangan yang diberi oleh PAAB adalah lebih tinggi daripada kalau nak banding dengan apa yang diberi oleh PKNPk-Gamuda lah Yang Berhormat. Jadi, cuma bezanya kalau dilaksanakan sendiri oleh PBA, kos RM210 juta itu akan dimasukkan sebagai CAPEX dan bukan OPEX. Itu sahaja perbezaan. Sebab kita tak melaksanakan projek pembinaan dan kita perlu membayar sebagai OPEX. Tapi kalau kita buat sendiri, bukan dapat loji rawatan air dengan percuma. Masih kena belanja juga. Jadi kita belanja jumlah yang sama juga cuma dia menjadi sebahagian daripada CAPEX. Ini sahaja perbezaan Yang Berhormat.

Jadi, saya nak sebut di sini, ada Ahli-ahli Yang Berhormat juga yang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan membiayai caj kapasiti sebanyak RM210 juta ringgit ini. Secara lazimnya, untuk makluman Yang Berhormat semua, Kerajaan Persekutuan hanya membiayai infrastruktur air mentah. Bagi projek air dari Sungai Perak ini, Kerajaan Persekutuan memang akan menanggung perbelanjaan dalam anggaran RM5 bilion ringgit. Kos yang sebenar saya tak pasti, saya bukan mewakili Kerajaan Persekutuan, tapi maklumat yang kita dapat lebih kurangRM5 bilion ringgit untuk pembinaan source works ataupun infrastruktur pengambilan dan pemindahan air mentah dari hilir Empangan Chenderoh ke Bukit Merah melalui terowong yang menembus bukit. Maksudnya, Kerajaan Persekutuan akan belanja sebagai sebahagian projek ini RM5 bilion ringgit untuk membuat semua infrastruktur-infrastruktur air mentah. Tapi sampai sahaja air mentah tu ke loji

rawatan air, itu sudah bukan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Yang tu adalah tanggungjawab negeri. Jadi di situ, Kerajaan Negeri Perak melalui PKNPK-Gamuda akan membina loji rawatan air dan akan menyambung air tersebut dari Bukit Merah jauh tahu Yang Berhormat, sampai ke Sungai Krian, Pulau Pinang. Jadi kos untuk melaksanakan itu adalah kos yang tinggi. PBA tak buat, kita tak perlu mengeluarkan CAPEX yang tinggi. Depa yang buat tapi kita akan bayar secara ansuran selama 40 tahun. Basically, itu adalah dia punya struktur Yang Berhormat. Saya harap dapat faham. Akhir kata.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Sebelum akhir kata…

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Boleh.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Tadi Yang Berhormat ada menyatakan perbandingan kalau dilaksanakan oleh PAAB, dilaksanakan oleh PBA, dilaksanakan oleh PKNPK-Gamuda. Adakah PBA boleh lakukannya dengan kos yang mungkin lebih rendah?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Kalau kos yang rendah pun Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, PBA tak boleh buat.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Mengapa?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Sebab sungai bukan di Negeri Pulau Pinang. Yang paling penting Yang Berhormat, kita kena faham semua. Ni point yang hendak dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat

Ketua Menteri tu point yang sangat penting. Sumber air tu bukan di Negeri Pulau Pinang. Kita nak buat macam mana pun tak boleh buat. Cuma dia yang boleh buat sebab air tu di negeri dia. Jadi kita beli air dari Negeri Perak. Kalau kita nak buat pun, kita nak buat 1,000 MLD pun bukan tak boleh, boleh tapi nak buat…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Kat mana?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

kat mana nak buat? Dato’ Speaker. Boleh buatlah tapi tak ada air. Jadi, ya akhir kata mengenai perkara ini.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tanjong Bunga. Tanjong Bunga, minta laluan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya sila, sila, sila.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Ada solution ke?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Dia begini, saya sedang menunggu jawapan tentang persoalan saya tentang Jalan Lebuh Bertam Perdana.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Tu akhir dah ni. Tadi jalan dah habis dah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Saya ingat nak landing tak jawab lagi. Oh, tak landing lagi okey, okey, okey. Akhir kata untuk air tu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Air mengalir.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Okey, okey, okey. Akhir kata mengenai perkara isu air ni, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya nak tekankan sebenarnya, sekiranya kita tidak melaksanakan projek air Sungai Perak ini sekarang, sekiranya peluang untuk membeli 500 MLD dari Negeri Perak ini dilepaskan, akan timbul suatu masa yang tidak lama lagi, mungkin dalam 10 tahun akan datang di mana kesemua sumber air mentah di negeri ini sudah pun dimaksimumkan dan sekiranya pada waktu itu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak tidak ingin bekerjasama, maka Pulau Pinang akan berhadapan dengan satu senario hidup mati, live and death situation, Yang Berhormat. Jadi saya nak ajukan soalan kepada Dewan yang Mulia ini, can we put a price on water security? Boleh kita letak satu nilai ke atas, satu harga ke atas keselamatan air? Pada waktu itu apakah yang mampu kita buat apabila semua sungai di Pulau Pinang sudah pun dimaksimumkan pengambilan air, tiada lagi sumber air baru melainkan kaedah penyahgaraman ataupun desalination? Boleh dibuat, tapi dengan harga 3 kali ganda, Yang Berhormat. Kalau kata RM210 juta itu mahal, nak buat desalination 3 kali ganda lagi mahal. Singapura pun buat, tapi dia buat sikit sahaja, tak banyak sebab mahal, mahal sangat. Jadi pada waktu itu, dimanakah kita nak cari 500 mld? Seperti yang Yang Amat Berhormat CM kata tadi, kita boleh bina loji, tapi air itu nak letak datang daripada mana? Air liur pun tak cukup, Yang Berhormat. Jadi pada waktu itu dimanakah kita nak cari 500 mld air untuk menampung keperluan rakyat Pulau Pinang? Maka bagi menjamin keselamatan air masa depan negeri ini, Kerajaan Negeri tetap akan melaksanakan projek ini. Yang Berhormat Pinang Tunggal tadi nak tanya apa?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Saya ada mengemukakan persoalan tentang Jalan Lebuh Bertam Perdana yang menjadi jalan membawa banyak kematian. Saya minta statistik kemalangan maut yang berlaku sejak tahun 2022 lah sebab tahun ini sahaja sehingga bulan ini sudah ada 3 kematian dan orang parah lah. Jadi data yang diberikan kepada saya itu sebut kosong last year, kosong last two years, walhal ada kematian. Kan saya sebut, saya sendiri yang memegang tu, jadi tujuannya saya nak 1 justifikasi kenapa kena urgency untuk buat apa ini penambahbaikan tu? Sebab dia ada selekoh yang sangat tajam dan saya nak cadangkan kalau sementara nak tunggu bajet itu apa sahaja, mungkin kita bubuh tengah-tengah boleh letak dulu besi apa sajalah sebab lani berlaku kemalangan maut, kereta dia lompat pergi sebelah tu, jadi sebab mungkin terbabas. Saya sedar bahawa kaedah pemanduan pun penting juga, tapi kita nak tengok kaedah pencegahan dan saya ada tanya tentang keperluan untuk menurunkan had laju. Jawapan diberikan setuju dengan saya lah, sebenarnya dia kena tunjukkan bila nak buat, jangkaan nak buat sebab saya rasa had laju ni tak susah cuma satu kajian yang lebih segeralah. Sekian.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal atas isu daripada bunyi cerita daripada Yang Berhormat tu memang bunyi macam satu (1) selekoh yang sangat membahayakanlah. Jadi saya akan segera bincang perkara ini dengan agensi-agensi yang berkaitan supaya satu penyelesaian dapat dicarilah, mungkin kita akan hubung Yang Berhormat juga. Terima kasih Yang Berhormat kerana telah membangkitkan perkara ini.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Yang Berhormat, sorry ya. Dekat sini kan saya merujuk laporan daripada Buletin Mutiara, dia mengatakan The Penang State Government will require to pay RM210 million. I think itu yang kadang-kadang kita nak tanya lebih, itu sahaja tapi I think the deal, I think saya rasa itu adalah berbaloilah. Saya rasa sebab dalam kiraan saya kan, 6 sen per liter kan, after the OPEX and everything, itu yang saya nak clarify sahaja. Kalau 6 sen per liter, then memang jual kepada industri I think masih boleh kaut sedikit keuntunganlah dan kalau untuk kegunaan domestik, saya rasa memang dia takkan naikkan harga air lah, betul tak? Itu yang saya nak kepastian sahaja. Thank you.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Yalah, itu lah. Saya faham kadang-kadang laporan media ini dia tidak begitu tepat bila dia kata Kerajaan Negeri terpaksa bayar, ia sebenarnya PBA yang bayar, dia sebahagian daripada OPEX yang perlu dibuat. Okay terima kasih Yang Berhormat atas penjelasan tersebut dan sokongan.

Dato’ Timbalan Speaker, isu yang terakhir sebelum saya akhiri ucapan hari ini. Kita menghampiri penghujung kepada sesi penggulungan dan sebelum saya mengundur diri saya nak kongsikan sedikit bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan Projek Green City Action Plan (GCAP) yang merupakan satu projek…

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat, sebelum itu boleh celah sikit? Terima kasih Yang Berhormat, cuma satu perkara yang saya bawakan, saya tahu walaupun ianya bukan di bawah Kerajaan Negeri, ia di bawah konsesi syarikat lebuhraya tetapi isu yang terjadi di sana saban hari melibatkan orang ramai dan pengguna jalan raya iaitu orang awam dan orang pertama yang mereka salahkan ialah Kerajaan Negeri, ADUN kawasan, Ahli Parlimen kawasan dan sampai Telok Ayer Tawar pun siapa Permatang Berangan ke siapa minta tol dimansuhkan, so disebabkan isu banjir dan jem minta tol dimansuhkan cuma kena minta dekat pihak konsesi lah bukan pihak Kerajaan Negeri. Cuma apa jalan penyelesaian yang kita Kerajaan Negeri boleh buat atau teguran yang kita boleh beri kepada pihak konsesi sebab kesesakan berlaku di negeri kita walaupun diberikan konsesi tetapi isu traffic jam itu sangat teruk terutamanya pada waktu puncak dan saya pun ada berbincang dengan Yang Berhormat tentang isu air naik. Kita faham apa isu sebenar di sana dan ada jangka masa pelan jangka masa panjang dan pendek, itu saya faham, saya setuju. Terima kasih atas follow-up cuma isu kesesakan jalan dan satu lagi kesesakan itu berpunca daripada kegagalan pihak konsesi, pihak tol untuk mengendali pintu tol mereka. Waktu puncak banyak pintu tidak boleh berfungsi. So dia mengakibatkan dia punya bottleneck di sana. So kita kena tengok sebab isu ini melibatkan semua orang. So saya mohonlah. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam. Satu tindakan yang mungkin boleh kita buat, kita boleh membawa perkara ini keperhatian Pihak Berkuasa Lebuhraya lah. Maksudnya semua lebuhraya di Malaysia ini konsesi-konsesi dan sebagainya, dia punya regulator dia adalah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Jadi mungkin kita boleh escalate kan perkara ini untuk perhatian LLM supaya tindakan yang sepatutnya boleh diambillah. Saya setuju dengan Yang Berhormat, tak sepatutnya berlaku khususnya pada waktu puncak yang ada tol booth yang tidak buka dan sebagainya dan apa ini menjadikan kesesakan teruk dan seperti yang Yang Berhormat sebut yang kena kita juga. Setuju sangat, okey dan saya akan bawa perkara ini.

Okey berkenaan dengan GCAP. Ini adalah satu projek yang kita laksanakan bersama-sama dengan Kementerian Ekonomi dan juga Asian Development Bank (ADB). Bagi Pulau Pinang, kedua-dua Bandaraya Pulau Pinang iaitu MBPP dan juga MBSP telah pun terpilih dalam perangkaan Pelan Tindakan Bandar Hijau. GCAP Pulau Pinang 2025 telah menyenaraikan sebanyak 57 pelan tindakan yang dianggarkan berpotensi untuk mengurangkan sebanyak 27% pelepasan gas rumah hijau di Pulau Pinang. Penilaian kerentanan iklim dijalankan mengikut pola perubahan iklim serta impak ke atas 10 sistem bandar yang kebanyakannya merupakan infrastruktur perbandaran yang kritikal seperti utiliti, pengangkutan, sistem perparitan dan sebagainya. Kebanyakan projek-projek di bawah Portfolio Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital adalah berunsurkan konsep GCAP yang berhasrat untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di Negeri Pulau Pinang.

Antara projek-projek di bawah pelan tindakan ini adalah ITOD (Inclusive Transit Oriented Development) di Sungai Nibong yang dijangka menjadi sebuah hub pengangkutan yang merangkumi sistem rel dan terminal bas bersepadu. Projek ini juga dijangka dapat meningkatkan mobiliti dan kebolehcapaian, menyokong rangkaian LRT, mengurangkan kesesakan serta merangsang ekonomi setempat.

Dato' Yang di-Pertua, akhir kata daripada saya, izinkan saya menegaskan sekali lagi bahawa segala perancangan dan pelaksanaan yang kita bentangkan pada hari ini bukanlah sekadar projek fizikal atau angka di atas kertas, tapi cerminan tekad kita untuk bersama untuk membina sebuah negeri yang lebih terhubung, lebih berdaya saing dan lebih sejahtera buat seluruh rakyat Pulau Pinang dalam menghadapi cabaran moden daripada

perubahan iklim, pertumbuhan ekonomi, urbanisasi pesat hinggalah keperluan digital masa depan, kita harus terus bergerak dengan keberanian, ketulusan dan kecekapan. Setiap jajaran jalan yang dinaik taraf, setiap sistem pengangkutan yang diperkemas, setiap projek tebatan banjir yang dilaksanakan dan setiap inovasi digital yang diperkenalkan adalah langkah yang kita titipkan demi masa depan anak-anak negeri ini.

Maka saya menyeru agar semua pihak terus berdiri sebaris menyokong dasar-dasar yang telah dirangka serta menjadi rakan kongsi dalam memacu Pulau Pinang menuju Visi Penang 2030, sebuah Negeri Pintar, Hijau, Inklusif dan Berdaya Huni untuk semua. Semoga setiap usaha yang kita rintis hari ini menjadi warisan kemajuan kepada generasi seterusnya. Dengan penuh rendah hati saya akhiri ucapan ini dengan penghargaan atas segala pandangan, teguran dan juga sokongan Dewan yang Mulia ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Tanjong Bunga. Seterusnya dipersilakan Sungai Acheh. Sungai ada, tak ada air ya Sungai Acheh?

Dato' Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil 'alamin, wassalatu wassalamu 'ala ashrafil anbiyai wal mursalin, wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan. Sesi perbahasan kali ini jelas menunjukkan kesungguhan kita untuk meletakkan rakyat sebagai pusat perhentian, bukan sahaja melalui angka-angka belanjawan tetapi melalui nilai kemanusiaan, kesejahteraan dan masa depan negeri yang kita sayangi. Seperti yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Pulau Pinang mesti terus melangkah sebagai negeri yang progresif dan inklusif. Namun kemajuan itu tidak boleh berdiri di atas bahu kelompok tertentu sahaja, ini mesti mengalir ke setiap pelosok dari bandar besar hingga ke lorong-lorong kampung, dari pusat komersial hingga ke rumah-rumah flat dan desa, dari industri berteknologi tinggi hingga kehidupan harian rakyat biasa. Justeru, saya akan menggulung perbahasan ini bagi Portfolio Perdagangan, Pembangunan Usahawan

dan Pembangunan Luar Bandar, yang merangkumi pelbagai keperluan serta sokongan yang kita laksanakan untuk masyarakat di seluruh negeri.

Isu kos sara hidup kekal menjadi perkara yang paling dekat di hati rakyat. Walaupun Pulau Pinang terus mencatat pelaburan yang tinggi, kehidupan seharian tetap mencabar bagi ramai keluarga, dengan harga barang yang tidak menentu, kos dapur yang semakin meningkat dan perbelanjaan harian yang perlu diurus dengan cermat. Kerajaan Negeri amat memahami keadaan ini. Kita sedar ramai ibu bapa terpaksa mengatur perbelanjaan dengan lebih teliti, memilih keperluan yang paling penting dan mencari cara untuk menambah pendapatan demi kesejahteraan keluarga.

Justeru, setiap program dan dasar yang kita rangka sentiasa mengambil kira realiti yang sedang dirasai oleh rakyat di lapangan. Kerajaan Negeri bekerjasama rapat dengan KPDN bagi memastikan bekalan dan harga barangan asas terpelihara. Umum mengetahui bahawa KPDN melaksanakan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) sebanyak dua kali sebulan bagi setiap DUN sebagai inisiatif untuk membantu golongan B40 dan ke bawah. Program ini kekal berlangsung sehingga Disember 2025 buat masa sekarang dan dalam perancangan bagi tahun 2026. Untuk pengetahuan semua, PJRM turut dilaksanakan di institusi pendidikan dan pasar awam terpilih pada setiap bulan. Sasaran KPDN bagi pelaksanaan PJRM di seluruh Pulau Pinang pada tahun 2025 ialah sebanyak 1,278 kali. Namun begitu, sehingga 31 Oktober 2025, sebanyak 1,677 telah dilaksanakan di seluruh negeri, sekaligus melebihi sasaran lebih awal daripada yang ditetapkan. Program ini memberi ruang kepada rakyat mendapat barangan seperti beras, minyak masak, ayam, telur dan sayur pada harga yang lebih rendah.

Namun begitu, saya juga mengambil maklum akan perkara yang dibangkitkan berkenaan dengan penganjuran jualan rahmah kepada kedai runcit, kesan kepada runcit tempatan dan memberi kesan kepada jualan runcit seterusnya. Namun, Kerajaan dalam berusaha memberi ruang dan peluang kepada kedai runcit untuk pendaftaran dengan i-Sara tetapi kedai runcit ini perlu memenuhi syarat-syarat yang tertentu tuan-tuan. Maklumlah kedai runcit, mereka mungkin mempunyai lesen yang tak mencukupi tetapi KPDN memberi ruang peluang jika memenuhi kehendak lesen dan sebagainya dan kita boleh buat permintaan daripada MOF dan program i-Sara tetapi setakat hari ini tak banyak yang berjaya. Tapi Insya-Allah, namun penyelesaian tetap akan diusahakan oleh pihak KPDN.

Saya ingin jelaskan bahawa bantuan harga bukanlah penyelesaian jangka panjang. Yang lebih penting ialah kita sama-sama membina kesedaran dalam kalangan rakyat tentang keutamaan berbelanja dengan bijak. Supaya mereka tidak terlalu terbeban dengan harga barang yang berubah. Dengan kesedaran ini, rakyat dapat membuat pilihan yang lebih baik untuk keluarga dan lebih bersedia menghadapi cabaran harian. Setelah pengguna dibimbing dan dibantu, tumpuan berikutnya ialah pendapatan rakyat. Pulau Pinang tidak boleh maju jika keluarga berpendapatan rendah tidak diberi peluang untuk membina sumber ekonomi sendiri.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan program-program kita sepanjang tahun ini. Terima kasih kepada Pejabat Daerah sebagai agensi utama pelaksanaan, bersama dengan Pegawai Daerah, Penghulu, MPKK, yang sentiasa memastikan setiap dasar dan bantuan Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan di peringkat akar umbi. Saya turut menghargai sokongan kepada rakan-rakan EXCO yang lain seperti agensi negeri dan persekutuan, termasuklah PWDC, PYDC, Digital Penang, Penang Halal International, PDC, Zakat Pulau Pinang dan agensi-agensi pelaksanaan yang lain. Yang telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam memperkukuhkan ekosistem keusahawanan dan pembangunan luar bandar di Pulau Pinang. Sumbangan padu semua pihak inilah yang menjadikan asas kepada kekuatan portfolio ini dan saya merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen berterusan tersebut.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, dengan sokongan pelbagai rakan strategik ini, Kerajaan Negeri bukan sahaja dapat melaksanakan program pembangunan usahawan secara menyeluruh, malah turut memperluaskan capaian dasar sehingga ke peringkat akar umbi. Sehubungan itu, salah satu inisiatif yang telah memberi impak besar kepada komuniti setempat ialah Program Jelajah Usahawan Peringkat Daerah. Program Jelajah Usahawan peringkat daerah dilaksanakan bagi memastikan semua lapisan masyarakat termasuk penduduk kampung dan kawasan luar bandar, tidak tercicir daripada maklumat serta peluang pembangunan ekonomi. Melalui jelajah inilah Pejabat Daerah bersama Penghulu, MPKK dan agensi pelaksana turun padang ke lokasi-lokasi setempat untuk menyampaikan taklimat, bantuan, latihan, khidmat nasihat serta pendaftaran terus di lapangan. Pendekatan ini bergerak memastikan maklumat kerajaan sampai terus kepada komuniti tanpa perlu mereka hadir ke bandar atau ke pejabat pusat.

Matlamatnya jelas, tiada usahawan kecil dan tiada penduduk kampung yang dibiarkan ketinggalan daripada peluang yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Kita telah selesaikan empat siri Jelajah Usahawan iaitu di SPS, SPT, DBD dan SPU. Dan selanjutnya akan dilaksanakan di DTL pada tahun 2026. Program Jelajah Usahawan Pulau Pinang melengkapkan usaha mendekati rakyat di peringkat daerah. Kerajaan Negeri turut melaksanakan inisiatif berskala lebih besar, memberi ruang kepada usahawan kecil dan mikro mempromosikan produk serta mengembangkan pasaran mereka. Sehubungan itu, salah satu program memberi impak yang jelas kepada golongan usahawan ialah Program Jelajah Pulau Pinang. Program ini merupakan kerjasama dengan Bahagian Penyelarasan Bumiputera, Unit Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan dilaksanakan melalui FAMA Pulau Pinang. Program ini bukan semata-mata ruang jualan tetapi peluang kepada usahawan untuk memperkenalkan produk mereka di luar Pulau Pinang dengan menembusi pasaran baharu.

Setakat ini, program ini telah dikembangkan ke tiga lokasi. Dan ketiga-tiga lokasi ini membawa usahawan Pulau Pinang bukan sahaja mencatat jualan yang baik tetapi turut memperolehi pendedahan baharu, termasuk cara meletakkan harga barang yang lebih kompetitif, memperkemaskan pembungkusan, memahami cita rasa pelanggan luar serta membina rangkaian perniagaan baharu. Program ini membuktikan bahawa usahawan kecil dan mikro mampu berkembang lebih jauh apabila diberi peluang dan sokongan yang sesuai. Program Jelajah Pulau Pinang setakat ini telah melibatkan penyertaan 30 usahawan di setiap lokasi jelajah di Semenanjung Malaysia, dan berjaya mencatat jualan hampir RM555,000 dalam perbelanjaan minimum sekitar RM199,000. Pencapaian ini menunjukkan bahawa strategi membawa usahawan keluar negeri adalah langkah yang berbaloi dan berimpak tinggi. Seterusnya, program ini akan diteruskan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sungai Acheh, mohon mencelah. Sungai Acheh ada mengatakan usahawan-usahawan tadi tu ada tiga usahawan yang bawakan produk-produk. Produk jenis apa tu, Yang Berhormat Sungai Acheh.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Produk-produk makanan bentuk kering dan basah yang kita bawa ke luar kawasan. Tapi dalam bentuk yang mana melambangkan makanan Pulau Pinang dan sebahagiannya kita ambil yang kering, diretort dan sebagainya, kuih-kuih tempatan dan di Kelantan kita diketuai oleh YB Bukit Tambun menjadi Pengerusi di sana. Alhamdulillah. Di Kelantan kita hantar YB Goh, YB Bukit Tambun pi Kelantan. Ya boleh (tak jelas). Okey, seterusnya program ini akan diteruskan ke Sarawak pada 28 hingga 30 November 2025, melibatkan 15 usahawan Pulau Pinang untuk meneroka potensi pasaran di Borneo. Pada tahun hadapan, beberapa lagi lokasi baharu yang diterokai bagi memastikan manfaat program ini dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh peniaga kecil di seluruh negeri. Program ini terus menjadi platform penting dalam memperkukuhkan ekosistem usahawan serta meningkatkan daya saing produk tempatan di peringkat yang lebih luas.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Timbalan Yang di-Pertua, program Trend Marketplace bermula di Komtar sebagai platform penjenamaan semula ruang niaga usahawan tempatan. Sejak dilancarkan Jun 2024, program ini dijalankan secara berkala di setiap bulan di ruang Legar Paras 3 Komtar dengan penyertaan kira-kira 30 usahawan dalam setiap sesi. Sambutan amat menggalakkan dengan purata jualan harian mencapai RM25,000.00 membuktikan potensi besar inisiatif ini dalam mengangkat produk usahawan Pulau Pinang. Berdasarkan kejayaan di KOMTAR, program ini terus diperluaskan ke kilang-kilang dan zon-zon perindustrian utama di kawasan kerjasama strategik dan syarikat multinasional (MNC) di Batu Kawan, Perai, Bayan Lepas dan Bukit Mertajam. Alhamdulillah, sehingga awal November, hampir lima buah MNC dan kilang tempatan telah memberi kelulusan serta komitmen menyertai Trend Marketplace. Antaranya termasuk SanDisk, Keysight, Molex, Mattel, Flexus, Wet, Intel, Value, TF, AMD, Bosch dan lain-lain lagi.

Program ini akan diteruskan secara berkala dan dengan sokongan pihak industri, kita berjaya menganjurkan Marketplace di empat hingga lima kilang setiap bulan. Lokasi ditentukan berdasarkan kesediaan pihak kilang, manakala penyertaan usahawan diatur secara giliran melalui pangkalan data usahawan negeri untuk memastikan peluang diagih secara adil dan inklusif. Kita juga berbincang dengan PDC dengan JKR untuk mendapat kawasan-kawasan yang sesuai di kawasan perkilangan untuk kita letak usahawan-usahawan kita yang boleh membuka ruang dan tempat yang baharu. Insya-Allah, pasaran di kawasan-kawasan kilang ini adalah lebih menarik. Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan

cadangan nama-nama usahawan daripada Yang Berhormat sekalian untuk turut disertakan dalam pusingan seterusnya agar manfaat program ini dapat dinikmati oleh semua usahawan PMKS yang merupakan nadi ekonomi negeri.

Bagi memastikan kelangsungan usahawan dan peniaga di negeri ini, Kerajaan Negeri melalui agensi-agensinya telah menyediakan pelbagai kemudahan ruang perniagaan di lokasi yang strategik. Melalui PDC, sebanyak 335 premis disediakan. Manakala kesemua Pejabat Daerah Dan Tanah turut menyediakan 254 premis bagi menyokong perniagaan di peringkat komuniti. Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperkukuhkan ekosistem usahawan melalui jalinan kerjasama yang erat dengan agensi-agensi Persekutuan seperti PERDA, MARA, TEKUN dan pelbagai agensi kerajaan daripada pusat untuk kerjasama yang lebih erat agar program-program usahawan dapat dibentuk dalam ekosistem yang lebih tersusun. Pada masa ini, PERDA menyediakan sebanyak 387 premis pelbagai kategori. Manakala MARA menawarkan 363 lot fasiliti premis perniagaan dan industri di seluruh Negeri Pulau Pinang. Kemudahan ini bukan sahaja memberi ruang peluang kepada usahawan untuk memulakan dan mengembangkan operasinya, malah turut memastikan sokongan infrastruktur yang lebih tersusun dan berimpak tinggi dapat disampaikan kepada kumpulan sasaran yang berkelayakan.

Menjawab pertanyaan daripada YB Penanti, kejayaan Program NESP dan SPH. Program NESP oleh NCER yang bermula pada penghujung 2023, bertujuan memperkukuhkan keupayaan dan daya saing PMKS tempatan selari dengan matlamat NIM 2030. Program ini membantu PMKS meningkatkan kemahiran, menaik taraf operasi, mendapat padanan perniagaan, menembusi pasaran antarabangsa serta memperoleh pensijilan penting. Menjadikan syarikat tempatan lebih kompetitif dan bersedia bersaing di peringkat global. Di Pulau Pinang, program ini telah mewujudkan 232 peluang pekerjaan baharu termasuk 65% pekerjaan berkemahiran tinggi dengan hampir 70% tenaga kerja menerima pendapatan antara RM3,000.00 hingga RM10,000.00. Melalui padanan perniagaan, beberapa syarikat turut berjaya menembusi pasaran Itali, India, Singapore dan UAE selain membuka kilang baharu dan memperoleh akreditasi Malaysia Digital serta ISO 14001. Antara contoh kejayaan yang diketengahkan ialah Silicon Creation Sdn Bhd di Batu Kawan yang menyokong ekosistem semikonduktor negeri. Melalui Program NESP, syarikat ini telah melalui transformasi sehingga mampu menjadi perintis kepada kerja pembaikan papan litar (PCB) untuk teknologi AI yang digunakan oleh syarikat Global Advanced Micro Devices. Satu pencapaian besar bagi syarikat tempatan.

Skim Pinjaman Harapan merupakan skim pembiayaan mikro di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Skim ini diwujudkan untuk membantu usahawan mikro dan peniaga kecil mendapat modal dan syarat yang lebih fleksibel berbanding pinjaman komersial. Pada tahun 2025, SPH telah membantu seramai 196 usahawan dengan jumlah pembiayaan keseluruhan RM3.499 juta. Majoriti penerimanya adalah usahawan mikro Bumiputera. Yang manfaatnya pembiayaan ini juga memulakan perniagaan baharu, memberi peralatan dan menambah kapasiti operasi masing-masing. Begitu juga dengan MARA, daripada laporan yang saya terima, hampir RM24 juta peruntukan yang diberi loan untuk tahun ini untuk usahawan-usahawan di bawah MARA. Jadi apa yang kita dapat laporan, usahawan-usahawan yang berada pada hari ini, pembayarannya adalah 90% mengikut jadual. Jadi kalau kita tengok usahawan-usahawan hari ini yang kita lahirkan daripada Pulau Pinang, Alhamdulillah. Meminjam dan membayar. Kalau dulu usahawan meminjam payah bayar, tapi hari ini meminjam dan membayar.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, pembangunan luar bandar bukanlah pilihan sampingan. Kita tidak mahu mana-mana kampung merasa tertinggal di belakang arus pembangunan negeri. Luar bandar mempunyai jati diri, nilai kekeluargaan, kekuatan komuniti yang menjadi sebahagian dari nadi negeri ini. Untuk YB Penaga, oh tak ada. Berita gembira untuk YB Penaga dan apa yang disebut oleh YB Tanjong Bunga tadi, sebagai makluman awal, saya ingin kongsi satu berita gembira kepada YB Penaga dan penduduk setempat. Di bawah RMK-13 Rolling Plan 1, Kerajaan Persekutuan melalui KKDW telah meluluskan projek naik taraf jalan dan jambatan Penaga bawah Pasir Gebu dengan peruntukan RM11.6 juta, termasuk RM150,000.00 untuk kerja-kerja awalan pada tahun 2026. Minta tadi, tadi bising, terus dapat hari ni. Tu yang bagus tu. Bila dia tanya terus, kita check terus, terus dapat. Sebenarnya ada kelulusan dah. Kebetulan, kebetulan memang ada kat saya.

Tahniahlah kepada YB Penaga. Dan juga kelulusan ini hadir tepat pada masanya. Lebih-lebih lagi selepas YB Penaga membangkitkan isu kesesakan lalu lintas akibat peningkatan pengunjung di kawasan pelancongan Kampung Ah Gong. Dia jangan sebut 'Agung', Ah Gong.

Selain itu, peruntukan ini turut menjawab masalah jalan sempit di Permatang Bendahari serta jalan-jalan Penaga bawah yang terputus di Sungai Tembus. Betul kan Ah Gong, YB Permatang Pasir? Dengan pembinaan jalan dan jambatan baharu ini, penduduk

akan memperoleh satu laluan alternatif yang lebih lancar dan selamat antara Penaga dan Pasir Gebu. Ia akan mengurangkan kesesakan, menjimatkan masa perjalanan dan meningkatkan keselamatan. Inisiatif ini juga boleh dianggap sebagai satu lagi bonus atau tambahan di luar 10 wishlist yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, khususnya untuk manfaat penduduk Penaga.

Walaupun projek ini berskala sederhana, impaknya besar dalam menyelesaikan isu harian rakyat dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kelulusan ini membuktikan bahawa setiap keperluan rakyat mendapat perhatian sewajarnya, tidak kira di mana lokasinya. Jika ia penting untuk kesejahteraan penduduk, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan yang diperlukan. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini juga menggalakkan YB-YB ADUN mengemukakan sebarang cadangan bagi projek RMK 13 Rolling Plan 2 Tahun 2027. Kerana untuk makluman tuan-tuan, Pulau Pinang ni antara yang kurang minta kat KKDW. Negeri-negeri lain semua kadang-kadang bilion minta. Kita ni minta RM10 juta, 20, 50. Jadi saya syor kalau YB-YB yang cerita masalah kata kawasan-kawasan semua sesak, sesak sangat. Mintalah. Kita tolong sampaikan ke tengah. Ada rezeki kita ada.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Boleh celah sikit? Tadi YB Sungai Acheh sebut tentang tak minta. Sebenarnya yang saya difahamkan, minta hat lampu-lampu pun tak ada dah ni. Ni peruntukan KKDW lah. Dulu ada la tak ada dah.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey. Yang tu ja nak tanya?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Bagi tahu dulu.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, lampu tu kita terus minta. Insya-Allah bila ada peruntukan lampu dia akan mai lampu. Ah jadi kita sama juga. Masalah yang apa Pinang Tunggal cakap ni, Sungai Acheh

pun turun macam tu. Rakyat Sungai Acheh macam tu. Minta lampu tak dapat. Tak apalah untuk tahun ni tak dapat, mungkin tahun depan akan dapat. Jadi untuk jalan ni saya saya harap kita kita sama-sama ada kawasan, kita tengok yang perlu kita melalui KKDW, kita minta Insya-Allah. Mudah-mudahan sekurang-kurang ada pengharapan dalam hidup kita. Kalau kita tak minta langsung dia akan jadi masalah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Pengharapan.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ha, ada pengharapan. Itu yang penting. Siang nanti rehat, malam di buat mimpi indah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tadi kata Penang antara yang kurang minta.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Yalah. Kita kita kena minta ah. Ha, Insya-Allah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Dak. Kita dia tak kita kena channel itu.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Kita kena channel melalui JKR kemudian dia akan bawa ke BPEN dan Insya-Allah kita akan bawa. Boleh eh? Ada lagi?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sikit, sikit lagi.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ya.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tak apa nanti saya akan minta salinan permintaan tu pada YB EXCO untuk bantu saya percepatkanlah. Dah kata bajet banyak. Cuma satu lagilah.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Bajet tak banyak.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Peruntukan, peruntukan banyak. Okey, cuma alang-alang tanya dah. Sikit lagi nak tanya. Saya nak tanya tentang GIATMARA ni sebab dia bawah KKDW ni. Untuk bab rumah baru nak repair tu GIATMARA ni, boleh tak kita perluaskan kepada ADUN PN lah. ADUN Pembangkanglah.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Permohonan, depa pi tengok. Saya turut tolong bantu. Ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB EXCO. Tak silap saya semua ADUN dijemput dalam Focus Group. Mesyuarat Focus Group boleh angkat benda ni. Dia tak kira parti mana pun. Untuk rakyat. Boleh masuk.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Dia kalau kita masuk melalui Pejabat Daerah pun dia akan dia akan masuk ke sana.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tak apalah saya akan ambil apa ni apa yang dia sebut oleh Dato’ Timbalan Speaker sebagai satu, satu keputusanlah.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini nak cakaplah tadi ni.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bateri habis. Mic.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Dah tak banyak, tak banyak. Pendek. Saya ringkas ya. Okey, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab perkara yang dibangkit oleh YB DUN Seberang Jaya berhubung permohonan agar Kerajaan Negeri meneliti jalan sempit di Masjid Timah yang kini menjadi laluan pintasan utama sehingga menyebabkan kesesakan serta isu keselamatan kepada penduduk. Untuk makluman, berdasarkan maklumat daripada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Jalan Kampung Masjid telah dinaik taraf pada tahun 2024 dengan peruntukan RM100,000. Dan pada tahun 2025 dengan peruntukan 189, RM189,000. Justeru, kerja-kerja tambahan akan dipertimbangkan mengikut keperluan dan aduan semasa tertakluk kepada peruntukan tahun berkenaan. Saya rasa kawasan Masjid Timah ni adalah kawasan Permatang Pauh. Kalau minta Insya-Allah dapat kot? Kan? Kawasan Permatang Pauh ni setakat hari ini kita dapat minta apa pun dapat. Kan? Yang tak minta pun dapat. Jadi YB saya rasa YB Seberang Jaya tak ada masalah. Seberang Jaya, Permatang Pasir, Penanti Insya-Allah tak ada masalah kat sana. Minta saja. Kan? Minta kat DO Insya-Allah sampai. Tak tak melalui apa Kerajaan Negeri pun tengok sampai. Boleh eh? YB Seberang Jaya boleh?

Okey, TABIKA KEMAS sejak dahulu memainkan peranan penting dalam menyediakan asas pendidikan awal kepada generasi masyarakat kita. Ramai anak-anak mendapat permulaan pendidikan mereka di TABIKA KEMAS dan dibentuk dengan nilai serta asas pembelajaran yang kukuh. Jasa dan sumbangan TABIKA KEMAS kepada

komuniti luar bandar sememangnya tidak dapat dinafikan. Namun, antara cabaran utama dikenal pasti ialah banyak TABIKA KEMAS beroperasi di premis-premis Kerajaan Negeri seperti balai raya, surau dan bangunan komuniti yang tidak mempunyai dokumen pengesahan penggunaan rasmi. Keadaan ini menyebabkan KEMAS tidak dapat mengemukakan permohonan peruntukan penyelenggaraan kepada KKDW kerana tidak memenuhi keperluan asas yang ditetapkan.

Menyedari kepentingan ini, saya telah mengambil inisiatif dan menyelaras satu isu berkenaan dengan memanggil mesyuarat khas pada 22 Oktober 2025 bersama semua pihak Pejabat Daerah Tanah serta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi membincangkan kedudukan operasi 93 TABIKA KEMAS yang menggunakan premis Kerajaan Negeri serta meneliti keperluan dan kaedah yang sesuai untuk dipertimbangkan. Langkah ini penting bagi memastikan semua TABIKA KEMAS layak memohon peruntukan penyelenggaraan seterusnya menjamin persekitaran pembelajaran awal yang lebih selamat, kondusif dan berkualiti untuk anak-anak di luar bandar.

Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM6.8 juta setahun di bawah P01 Butiran 64, Projek Khas Ekonomi bagi melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan komuniti luar bandar termasuk bina baru rumah, baik pulih, bantuan peralatan, gerai, jalan kampung, longkang, tambun tanah, dewan serta program Modal Insan. Daripada jumlah ini sebahagiannya disalur melalui program peningkatan dan pemulihan ekonomi bantuan peralatan yang memberi sokongan kepada peniaga kecil sepenuh masa berpendapatan rendah di bawah RM3,000. Bagi tahun 2024 dan 2025, program ini telah membantu 77 peniaga kecil dan mikro dengan peruntukan RM280,550.80 bagi menyediakan peralatan yang diperlukan untuk mengembang perniagaan mereka. Selain itu, melalui program baik pulih dan bina baru rumah rakyat termiskin, Kerajaan Negeri turut menambah kediaman isi rumah berpendapatan rendah melalui bantuan baik pulih rumah.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Ha Sungai Acheh, Sungai Acheh, YB Sungai Acheh.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ya.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Boleh celah sikit. Saya menyambut baik usaha apa bantuan peralatan. Saya tahu itu antara inisiatif daripada Kerajaan Negeri. Cuma nilai maksimum tu RM3,000 tu terlalu kecil, terlalu rendah untuk beli peralatan kepada penjaja. Kalau boleh kita minta untuk meningkatkanlah kepada RM5,000 supaya lebih banyak peralatan yang boleh dibeli. Harga barang meningkat tu.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey YB, terima kasih. Kebetulan. Kebetulan, minggu depan kita ada perjumpaan dan perbincangan khas tentang bantuan-bantuan peralatan bersama dengan apa Pejabat-Pejabat Daerah dan Insya-Allah kita akan bincang untuk peningkatan daripada RM3,000 ke RM5,000 sebagai maksima. Dan memang kita dah lama.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Maklumat bocor ni.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Dan kita akan bawa ke pihak EXCO untuk diluluskan. Terima kasih. Yalah kita kalau rumah dulu daripada RM42,000 dan bina baru RM75,000 bagi tahun 2024 dan sebanyak RM2,179,000 telah disalurkan untuk manfaat 71 rumah. 71 penerima rumah. Keseluruhan usaha ini menggambarkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan kesejahteraan keluarga berpendapatan rendah, memperbaiki infrastruktur asas dan menyokong peniaga kecil di komuniti luar bandar.

Tuan-tuan, bukan setakat hari ini kita dengar peruntukan daripada Kerajaan Negeri, kita juga ada peruntukan daripada daripada KKDW daripada MARA, kita ada peruntukan lagi tambahan mungkin daripada PERDA kita ada sikit-sikit lagi yang kita bertambah untuk KKDW. Kerana kalau kita lihat kepada luar bandar, kedudukan kampung dan desa ni, saya ni adalah orang yang rapat dengan luar bandar di belah Sungai Acheh. Mungkinlah yang Pinang Tunggal ni Pinang Tunggal. Yang bila jalan sesak ni dia dah tak jadi luar bandar dah. Dia jadi hampir-hampir bandar. Tapi di Sungai Acheh masih lagi ada luar bandar, satu

rumah duduk tiga keluarga yang terpaksa potong dinding. Di tepi-tepi ada lagi keluarga lain. Kadang-kadang 1 meter air kongsi sampai 5 biji rumah. Satu meter. Dan isu-isu ini juga kita akan bangkit untuk dalam perjumpaan ini untuk memberi ruang dan peluang bagaimana kerajaan boleh membantu. Mungkin hari ini kita melihat kalau kita bercakap soal dari segi setinggan. Tadi saya dengar banyak ucapan dari segi setinggan. Cerita setinggan ni orang yang duduk atas tanah orang. Betul tak betul? Oi dengar habis dengar saya cakap dulu, nanti sat jangan tanya lagi.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tak tidak takut lupa. Sebab tadi disebut oleh YB EXCO tentang di Sungai Acheh tu susah.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Ada yang tak sama, susah ni tak semua.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Ada 3, 4 keluarga share tu rumah. Tapi miskin tegar 0 Penang ni. Miskin tegar 0 Penang. Okey, miskin tegar kosong.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, ya dia tidak, dia, dia beza. Miskin tegar ni maksud dia dia dalam dalam konteks yang lain. Bila duduk 4 keluarga ni rumah tu besar ke kecil kena tanya pula dulu. Maksud saya tu kita kena melihat, kita kena adil. Bila adil ni maksud dia ada keluarga yang perlu kita bantu Insya-Allah kita akan cuba untuk bantu. Kita akan cari ruang bagi pihak kerajaan kita akan bantu. Mungkin dari segi saya melihat hari ni bila setinggan, kita definisikan setinggan duduk di tanah orang. Betul tak? Jadi kalau sebut tu kalau kita tengok majoriti di kampung-kampung ni, banyak yang duduk atas tanah-tanah orang yang tanah yang adik-beradik yang lama-lama lama-lama dia akhirnya mereka ni tunggu hari untuk dipindahkan. Dan itulah kita mungkin kita boleh lihat sebagai pihak YB dekat kawasan yang ada, kita kena ada apa senarai ataupun data yang boleh kita bincang. Kadang-kadang kita ada rumah yang banyak. Kita tak boleh tunggu siapa kita boleh boleh hantar ke tempat lain.

Saya nak berterima kasihlah kepada CM dan Pejabat Daerah kerana kita boleh bawa satu penempatan di Sungai Acheh kita dapat satu penempatan baru yang diluluskan dalam 7 ekar untuk Sungai Acheh. Tapi apa yang saya perlu buat memang kita ada 300 rumah keluarga yang tunggu hari untuk dipindahkan bila tuan rumah anak-anak dah ambil kuasa, jadi pastinya yang tak ada dalam tu dia akan dipindahkan. Jadi kita dapat 200. Kita perlu lagi. Tapi saya akan usaha. Sebagai YB kawasan saya akan usaha. Kita tak, kita jangan menyalahkan banyak-banyak pihak tapi kita cari tanah mana yang kita boleh dapat untuk bantu untuk menambah, membantu penduduk kita. Kadang kalau kita nak mencari kesalahan orang, kita tak boleh menyelesaikan masalah. Jadi sebagai pemimpin setempat, masing-masing kita ada tugas, kita kena tengok data-data kita Insya-Allah. Dan kalau apa yang perlu untuk saya bantu dari pihak EXCO Kerajaan Negeri yang boleh kita bawa ke tengah, silakan. Terima kasih.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, nak habis nak habis, nak landing dah ni. Berhubung dengan isu Bazar Perdana Bandar Perda yang di soal oleh Seberang Jaya. Saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan ni di dalam lisan. Dan izinkan saya untuk memberi penjelasan secara menyeluruh yang tak seluruh. Untuk maklum dewan, Bazar Perdana.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pening minum cendol banyak sangat ini.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Bazar Perdana merupakan sebuah bangunan yang berserata yang diuruskan oleh badan pengurusan bersama. Ini bermakna segala usaha pembangunan semula dan rejuvenasi pembangunan tersebut tertakluk kepada struktur pemilikan bersama dan keputusan dalaman pemilik-pemilik unit di bawah JMB. Antara cabaran utama yang sedang dihadapi termasuklah isu penyelenggaraan bangunan yang tertangguh sekadar dan kadar penghunian yang rendah yang seterusnya menjejas keupayaan bangunan itu untuk dipulihkan dengan cepat. Sehingga kini, Kerajaan Negeri belum merangka sebarang pelan pemulihan atau pengambilan rasmi bagi Bazar Perdana memandangkan ia bukan di bawah bidang kuasa atau pemilikkan langsung Kerajaan Negeri. Punca kuasa ni kena cari juga. Kalau tak ada punca kuasa tak boleh nak buat apa. Jadi tempoh pelaksanaan pembangunan semula juga tidak dapat ditentukan selagi pihak JMB dan para pemilik unit

belum mencapai persetujuan bersama. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk memberi fasilitasi dasar di peringkat negeri sekiranya diperlukan bagi membantu melancarkan proses keputusan di pihak pengurusan bangunan.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Acheh di atas pencerahan yang menyeluruh walaupun tak seluruh. Kita hargai jawapan yang diberikan oleh Sungai Acheh. Walau bagaimanapun Seberang Jaya mengharapkan kerana bangunan ini telah terbiar begitu lama dan berdasarkan jawapan daripada Yang Berhormat Sungai Acheh tadi betul ianya di bawah bidang kuasa pemilik-pemilik berkenaan. Saya mengharapkan supaya Yang Berhormat Sungai Acheh dapat mengambil sedikit langkah yang lebih proaktif mewakili Kerajaan Negeri yang akan Insya-Allah dibantu oleh ADUN kawasan untuk mengepalai dengan semua apparatus yang ada oleh di bawah kuasa Yang Berhormat Sungai Acheh untuk membantu pemilik-pemilik ini menyelesaikan masalah-masalah mereka supaya bangunan ini dapat rejuvenasi semula kerana sayang kawasan Bandar Perda ini bukan sahaja ada pelbagai kompleks penduduk ataupun residensi akan tetapi juga ada kompleks-kompleks kerajaan seperti contoh Menara MBSP di situ. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih, Yang Berhormat Seberang Jaya. Saya menerima permohonan untuk membantu dan Insya-Allah saya akan minta nasihat daripada CM untuk diberi punca kuasa, untuk diberi sedikit kuasa kepada saya wakil kepada Kerajaan Negeri, untuk turun berbincang dengan YB Seberang Jaya, dan seterusnya kita mencari jalan penyelesaian untuk apa, bazar tersebut. Kerana dari segi kacamata memanglah kita melihat bila terbengkalai begitu agak satu benda yang membazir sedangkan dia ada hak-hak yang boleh kita bantu. Dan Insya-Allah, saya akan bincang dengan pihak kerajaan, pihak dalam mesyuarat.

Isu perumahan Kampung Bagan juga telah menarik perhatian beberapa Ahli Dewan. Untuk makluman, projek ini terletak di bawah lot persendirian milik JKP, ataupun milik tanah adalah PERDA. Ha, dia banyak tangga sangat ni. Sehingga kini masih belum mempunyai permohonan kebenaran merancang. Walaupun peringkat hari ini projek ini dirancang untuk

dibangunkan melalui kerjasama JKPSB dengan Perda Venture Incorporated Sendirian Berhad, anak syarikat milik penuh Perda. Pada masa ini, laporan kajian kebolehsanaan sedang disediakan bagi memuktamadkan kerangka usahasama tersebut. Dan jumlah akhir unit perumahan yang bakal dibina akan ditetapkan setelah konsep pembangunan lengkap diperakukan.

Berdasarkan maklumat daripada JKP, kawasan tapak berkenaan pada asalnya diduduki oleh sekurang-kurangnya 117 keluarga atau pemilik struktur tidak sah. Semua keluarga ini telah mengosongkan kawasan tersebut dan sehingga kini JKPSB menanggung kos sewaan bulanan bagi mereka sehingga unit gantian siap kelak. Pelan pemulihan baharu juga sedang dirangka setelah cadangan rakan usahasama terdahulu gagal dilaksanakan dan kini proses dimuktamadkan dengan PVISB sedang berjalan. Konsep pembangunan terkini sedang berada di peringkat penilaian akhir, dan kerja-kerja pembangunan dijangka dapat dimulakan selewat-lewatnya pada tahun 2026 serta disasarkan siap sepenuhnya menjelang 2030.

Ini bukan jawapan daripada Kerajaan Negeri eh. Jawapan ni kita minta daripada jabatan, daripada PERDA. Ha ini jawapan yang dia bagi. Ha sat gi jangan guna hak ni pula ni daripada Kerajaan Negeri pula.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Boleh mencelah?

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Boleh, silakan.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh. Saya hargai di atas jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat Sungai Acheh oleh Tetuan JKP Sendirian Berhad. Jika diteliti dan menelusuri dan jika diamati perbahasan saya, saya memohon sepenuh jasa baik dari pihak Kerajaan Negeri untuk menjelaskan kronologi lengkap, dari awal pendudukan penduduk di Kampung Bagan Serai sehingga hari ini. Berapa banyak bentuk kerjasama

yang hendak dibuat oleh sama ada JKPSB dan beberapa pihak lain, termasuk berapa kali permohonan kebenaran merancang yang telah dihantar, yang perlu diperjelaskan oleh pihak Kerajaan Negeri. Sebab itu saya sebutkan, saya mohon Kerajaan Negeri menjelaskan kronologi lengkap perkara yang termaktub di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Berbelas tahun, dari saya di bangku sekolah, dari ayah saya di kerusi ini sehingga saya pula berada di kerusi ini, dan ada penduduk Kampung Bagan Serai pun berada dalam kerusi ini di belakang saya, juga masih belum selesai. Jadi saya mohon supaya pihak Yang Berhormat Sungai Acheh, jika tak dapat beri jawapan dari pihak Kerajaan Negeri hari ini, mungkin boleh berikan secara bertulis kemudiannya. Saya mohon kerana ini melibatkan kesejahteraan dan nasib 117 keluarga yang dahulunya sangat-sangat mengimpikan kompleks perumahan baru di tanah yang pernah mereka duduki. Terima kasih.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, terima kasih Seberang Jaya. Saya akan membawa soalan ini ke pihak PERDA. Dan saya rasa sebahagian daripada kronologi tu pihak Seberang Jaya pun dah sedia maklum. Kalau benda ni datang daripada perjuangan lama, dan saya pun baru masuk 2023. Bermakna salasilah dia dia dah masuk awal-awal. Tapi tak Insya-Allah, kita akan bagi Insya-Allah. Saya cuba dapatkan daripada Perda dan JKP.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Jadi saya mohon supaya diberi secara bertulis, jika tidak dapat diperjelaskan kronologi lengkap, kerana yang akan berhadapan dengan 117 penduduk ini ialah wakil rakyat Seberang Jaya pada masa kini. Terima kasih.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, terima kasih, saya akan cuba sebaik mungkin untuk mendapat dan kita akan maklum kepada Seberang Jaya.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat Sungai Acheh? Okey, tanya sikit. Campur sikit. Cuma saya nak tanya tentang isu Kampung Bagan Serai juga. Saya pun macam dia kata lah, dulu ibu saya

duduk di sana. Ramai orang yang saya kenal sekarang yang tinggal di sana, pak cik mak cik semua dah meninggal, dah tinggal tunggu rumah. So, saya nak tengok apakah tindakan segera dan campur tangan yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Negeri. Kalau JKP Venture dan PERDA tak mampu nak buat projek perumahan, yang memang dia bayar sewa RM300 ka, RM300 sebulan. Zaman ni mana nak cari rumah sewa orang tua-tua orang miskin B40 tu kan. Cuma itulah, tengok apa tindakan atau campur tangan yang boleh buat oleh Kerajaan Negeri, atau termasuk mereka boleh bekerjasama dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang untuk mencari jalan penyelesaian sebab dah, dah hampir 13 tahun dah. So, mohon ambil serius apa penangan ini.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Saya tambah sikit, hoarding board di projek ini pun dah berkali-kali tukar. Di tepi highway disebut. Jadi saya harap naiklah, ada sinar harapan baru daripada Kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang dipimpin oleh yang memimpin Kerajaan Negeri hari ni. Terima kasih.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Kebetulan, kebetulan. Esok ada Perda ada mesyuarat untuk board, saya akan maklum minta detail untuk laporan apa yang kita minta hari ini dan kita Insya-Allah. Saya nampak…

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sungai Aceh mohon mencelah.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Eh ada lagi? Sila, sila.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Adakah pihak Kerajaan Negeri ini berjumpa dengan 170 orang yang kena pindah tu, berbincang, apakah masalah yang telah JKP, yang ni projek JKP yang tak selesai dengan

PERDA tu? Sepatutnya Kerajaan Negeri kena inisiatif, jumpa dengan penduduk-penduduk di situ, menyelesaikan masalah hampir 13 tahun di situ. Sampai ke hari ni, kita minta Kerajaan Negeri jumpalah dengan penduduk tu, selesaikan masalah mereka. Sekian, terima kasih.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Saya rasa Telok Ayer Tawar, mungkin depa dah jumpa kot. Pasal YB kita ada YB Bagan Dalam ada di sana, dia, YB Seberang Jaya ada.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Acheh, teruskan?

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kita minta Kerajaan jumpa. YB pembangkang jumpa ni boleh sembanglah.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Sedikit Yang Berhormat Sungai Acheh. Saya difahamkan kebetulan nak bertemu dengan PERDA. Jadi kebetulan saya juga nak minta supaya dapat dinaikkan kadar sewaan daripada RM300 lebih, mungkin naik sekali ganda lagi kepada RM600 lebih. Terima kasih.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Okey, esok kita bawa tengok. Kalau dia orang lulus, kita maklum. Okey, Kerajaan Negeri akan terus memantau projek ini secara terdekat bagi memastikan kepentingan dan kebajikan semua penduduk yang terlibat sentiasa terpelihara. Projek ini bukan sahaja melibatkan penyediaan perumahan baharu tetapi turut membawa implikasi sosial dan kesejahteraan komuniti. Justeru, komitmen untuk membantu dan memantau pelaksanaannya akan terus diteruskan hingga selesai.

Okey, landing. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Perdagangan, Keusahawanan dan Luar Bandar bukanlah tiga dunia yang berasingan, tetapi satu ekosistem yang saling

melengkapi dan menentukan masa depan rakyat. Melalui portfolio ini, kita berusaha membantu rakyat mengurus kos hidup, membuka peluang untuk mereka terus berniaga dan mencari rezeki serta memastikan kampung-kampung tidak terpinggir daripada arus pembangunan yang sedang berlaku. Bagi pihak Sungai Acheh, ha tadi bercakap tadi bagi pihak portfolio, yang ni pihak ADUN Sungai Acheh juga. Ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, kepada Yang Amat Ketua Menteri kerana pembangunan di Sungai Acheh ni kita berjalan tersusun, daripada perumahan kita minta gerai-gerai. Tapi itu atas bagi saya, saya harap kita kawan-kawan, kita melihat jangan kita melihat dari sudut negatif.

Walaupun kita tahu kita ada masalah penjaja, bila ada pembangunan ada jalan-jalan raya yang selalu sibuk, dia tetap akan gerai-gerai tepi jalan, perlu kita mencari tempat seperti yang YB Jawi tadi maklum. Kita kena tengok tempat dan saya juga di Sungai Acheh kita mencari kawasan-kawasan yang baru untuk dibawa pindah kawasan-kawasan penjaja-penjaja kita yang mana terlibat kawasan-kawasan yang sempit yang boleh menyebabkan accident. Kemalangan yang boleh berlaku bila masa. Jadi kalau yang ni kita, kita sebagai pemimpin masyarakat kita tak cari penyelesaian tu kemudian kita nak menyalahkan, agak bagi saya tak adil. Dan Insya-Allah kita sama-sama boleh membangun dan bagi saya, saya membuka ruang dan peluang kepada kawan-kawan, kepada YB sana untuk datang berbincang apa yang kita boleh saling membantu dalam bentuk masyarakat yang lebih sejahtera. Apa yang hasrat daripada Pulau Pinang, memastikan rakyat hidup, rakyat Pulau Pinang hidup dan lebih sejahtera. Dan kita terus nak landing, Pulau Pinang mesti terus melangkah sebagai sebuah negeri yang maju. Namun, kemajuan itu tidak akan bermakna tanpa rakyat yang sejahtera.

Dari Balik Pulau hingga ke Seberang Perai,

dari kampung hingga ke bandar,

komitmen kita adalah sama,

memastikan Pulau Pinang kekal sebagai negeri yang makmur, stabil, inklusif di mana pembangunan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat tanpa ada yang tertinggal di belakang.

Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Dewan Ditangguhkan

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026 akan disambung pada esok 20 November bersamaan hari Khamis jam 9:30 pagi. Sekian wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dewan ditangguhkan pada jam 5.55 petang.