Pulau Pinang · 11 May 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 354 turns · 56,608 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid (Batu Maung), Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina (3)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Bacaan Doa

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin, wassalatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyai wal mursalin, Sayyidina Muhammadin wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad. Allahumma Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Berkatilah persidangan kami di pagi yang mulia ini. Kami bersyukur atas limpah rahmat dan nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami. Kurniakanlah kepada kami kekuatan, kesihatan, keteguhan hati dan jiwa dalam menjalankan tugas-tugas kami. Anugerahkanlah kami kesepakatan dalam merancang dasar-dasar yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat negeri ini dari berbilang bangsa secara adil dan saksama.

Ya Allah. Satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami kefahaman, mudahkanlah urusan kami agar kami dapat laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta dedikasi. Seterusnya, jauhkanlah negeri ini daripada segala bencana, sama ada di daratan mahupun di lautan, dan jadikanlah negeri ini aman dan sejahtera.

Rabbana atina fid dunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina 'adhaban nar. Wa sallallahu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi wa barik wasallam. Walhamdulillahi rabbil alamin.

Yang di-Pertua (Speaker)

Selamat pagi dan salam sejahtera. Ahli-ahli yang Berhormat. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telah pun menetapkan hari ini, 8 Mei 2026 sebagai hari permulaan Mesyuarat Yang Pertama, Penggal Yang Keempat, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 melalui pengisytiharan yang telah pun diwartakan pada 26 Mac 2026.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan akan bermula dengan merakamkan ucapan selamat datang kepada Yang Berhormat Dato' Haji Zairi bin Haji Mat Ali, Pegawai Kewangan Negeri yang telah pun mulakan menjalankan tugas beliau pada 19 Februari tahun ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kali ini, persidangan kali ini seperti biasa, tempoh masa tidak lebih daripada 25 minit untuk semua dalam sesi perbahasan. Oleh itu, saya mohon bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat supaya menyusunkan agenda-agenda perbahasan dengan lancar dan sempurnalah ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan juga akan terus bersidang tanpa waktu rehat. Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat diminta menguruskan masa sendiri termasuk waktu makan dan juga solat mengikut kesesuaian masa masing-masing ya dan untuk makluman Dewan ini, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 6B, Yang Berhormat Bertam telah pun memaklum kepada Dewan bahawa beliau tidak dapat hadir untuk mesyuarat pagi ini dan juga Yang Berhormat Batu Maung telah pun memberitahu kepada Dewan bahawa beliau juga tidak dapat hadir ke mesyuarat untuk sepanjang mesyuarat kali ini dan beliau telah pun sampai ke tanah suci untuk menunaikan fardhu haji pada musim inilah.

Perbahasan Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua (Speaker)

Dan Ahli-ahli yang Berhormat, pada sesi kali ini kita akan mempertimbangkan sejumlah 81 soalan lisan, 783 soalan bertulis, dua Rang Undang-undang dan tiga usul. Mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai.

Setiausaha Dewan

Pembentangan Risalah-risalah.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon membentangkan di atas meja, Risalah Bilangan 1 hingga 6 tahun 2026 seperti yang tersenarai dalam susunan urusan mesyuarat.

Setiausaha Dewan

Soalan. Soalan Bertulis.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, jawapan kepada soalan-soalan bertulis telah diletakkan di atas meja ahli yang bertanya, selaras dengan Sub-Peraturan 15(1)(h) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi soalan lisan. Soalan satu, saya mempersilakan.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Dato’ Seri Yang di-Pertua, selamat pagi dan salam sejahtera. Soalan saya, soalan nombor satu.

No.1 Jelaskan pencapaian Negeri Pulau Pinang dalam usaha mendapatkan

pengiktirafan warisan tidak ketara di peringkat negeri, kebangsaan dan

antarabangsa. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam pemuliharaan dan

pembangunan warisan tidak ketara di Pulau Pinang?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Selamat pagi kepada Tuan Speaker dan terima kasih kepada ADUN dari Pengkalan Kota yang menanyakan tentang warisan tidak ketara dan hari Sabtu lalu telah dianjurkan satu majlis pengisytiharaan warisan Negeri Pulau Pinang, oleh itu saya bekalkan maklumat terkini. Sebanyak 7 item warisan seni budaya dan 28 item makanan tradisional di Pulau Pinang telah diwartakan pada tahun 2026 di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 iaitu Enakmen 14. Sementara itu, satu item warisan kepercayaan masih dalam proses pewartaan dan saya akan bekalkan juga senarai tersebut kepada Yang Berhormat, saya baca senarai tersebut yang antara lain dalam domain adat budaya, budaya nasi kandar, budaya kopitiam, perarakan Chingay, perayaan Thaipusam, perayaan St. Anne dan bahasa loghat Tanjong telah diwartakan pada 22 Januari 2026. Sementara untuk makanan, satu senarai yang panjang, char koay kak, kerabu bihun, mee hokkien, mee jawa, mee sotong, mee udang, nasi kandar, roti benggali, pasembur, oh chien telah diwartakan pada 22 Januari 2026 dan seni mempertahankan diri, Nilaikalakki Silambam, seni di bawah domain seni pertahanan diri telah diwartakan pada 7 Mei 2026 dan untuk senarai makanan yang telah diwartakan pada 7 Mei 2026, air batu campur, ais kepal, capati, cendol, char koay teow, kari kapitan, keema, asam laksa, murtabak, masalodeh, mee goreng mamak, murukku, peneram, putu mayam, roti canai, teh tarik, tosai, yong tau foo telah diwartakan pada 7 Mei 2025 dan satu lagi di bawah domain kepercayaan dalam proses pewartaan iaitu Perayaan Tiong Guan Phor Thor.

Untuk bahagian (a) yang ditanyakan oleh Yang Berhormat, semua item warisan kebudayaan tidak ketara yang telah diwartakan diperingkat negeri boleh disyorkan untuk pewartaan di peringkat kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, iaitu Akta 645. Seterusnya, warisan terpilih boleh dipertimbangkan bagi permohonan pengiktirafan ke peringkat antarabangsa di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh UNESCO.

Kerajaan Negeri telah menyokong usaha pencalonan untuk Perarakan Chingay di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh UNESCO di bawah pencalonan bersama antara Malaysia dan Singapura yang telah dikemukakan ke peringkat UNESCO pada Mac 2025. Kerajaan Negeri turut menyokong usaha pencalonan untuk tarian singa di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh UNESCO di bawah pencalonan bersama antara Malaysia dan China yang telah dikemukakan ke peringkat UNESCO pada Mac 2025.

Kerajaan Negeri melalui pelbagai program dan festival telah juga meraikan serta mengembangkan warisan tidak ketara tempatan di pentas antarabangsa dan dalam negeri, antaranya ialah pertunjukan fesyen kebaya serta budaya sarapan pagi Malaysia semasa Penang Week di World Expo 2025 Osaka, Jepun.

Kerajaan Negeri juga menganjurkan Perarakan Chingay setiap tahun di George Town serta Butterworth dan turut diundang untuk penyertaan Singapore Chingay Parade pada tahun 2025 dan 2026. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang sedang menganjurkan Pameran Silat Siku 12 dari 3 Mac 2026 hingga 17 Mei 2026 di cawangan muzium No. 57 Jalan Macalister untuk memartabatkan seni mempertahankan diri tempatan dimana silat merupakan warisan tidak ketara peringkat UNESCO. Pelbagai warisan tidak ketara turut diraikan semasa George Town Festival, Butterworth Fringe Festival, Nibong Tebal Festival, Perayaan Hari Warisan George Town dan Hari Warisan Seberang Perai. Itulah jawapan saya kepada soalan Yang Berhormat.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong, tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Paya Terubong dan Kerajaan Negeri atas usaha untuk memastikan warisan tidak ketara ini diwartakan. Tadi baru kita bersarapan, tetapi sudah lapar setelah mendengar banyak makanan dan minuman telah diwartakan sebagai warisan tidak ketara. Jadi, soalan tambahan saya adalah jelaskan warisan tidak ketara di Pulau Pinang ini berada dalam tahap kritikal ataupun berisiko pupus dan apakah indikator Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang digunakan untuk menilai kejayaan usaha pemuliharaan dan pembangunan warisan tidak ketara di Negeri Pulau Pinang? Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih atas soalan tambahan ini. Pihak GTWHI (George Town World Heritage Incorporated) telah melakukan kerja-kerja dokumentasi sama ada secara bertulis ataupun lisan, khasnya video. Mereka mempunyai satu collection video untuk warisan tidak ketara yang menghadapi cabaran risiko kepupusan seperti yang disebut tadi, antaranya mungkin ialah potehi yang perlu kita panggil urgent safeguarding, kita telah rekodkan melalui video dan juga lisan dan sebagainya dan KPI yang tadi ditanyakan Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memandang serius terhadap warisan tidak ketara antaranya kita perlu bukan sahaja menjaga, tetapi kita perlu juga mengembangkan warisan tersebut ke peringkat yang lebih tinggi dan KPI yang kita letakkan ialah warisan tidak ketara yang signifikan yang penting, kita perlu diangkat ke antarabangsa. Tadi saya sebut Osaka, Singapura dan sebagainya, itulah usaha kita mengangkat warisan tidak ketara ke peringkat antarabangsa, satu KPI. KPI kedua ialah tentang bagaimana perkembangannya dan juga pemuliharaannya di peringkat negeri dan di Malaysia dan kita telah seperti yang tadi saya sebut tadi, kita menganjurkan pelbagai festival. Dalam festival itu, kita menonjolkan warisan tidak ketara sehinggakan perarakan tahun lalu saya telah mengumpulkan satu pasukan untuk satu pasukan yang mewakili warisan tidak ketara memakai kebaya dengan tarian singa dengan chingay dengan silambam dengan silat dan sebagainya menyertai perarakan Hari Kemerdekaan di peringkat Pulau Pinang. Oleh itu, itulah antara usaha kita untuk mengembangkan warisan tidak ketara bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di seluruh Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Machang Bubuk, sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Datuk Seri Speaker. Soalan saya soalan nombor dua.

No.2 Had tempoh jawatan Ketua Menteri dua (2) penggal.

(a) Apakah definisi “2 penggal” dalam konteks Perlembagaan Negeri

khasnya apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) mungkin dibubarkan

dalam tempoh sebelum penggal lengkap lima (5) tahun?

(b) Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk membuat pindaan daripada

“2 penggal” kepada “10 tahun” yang lebih tepat?

(c) Jika tidak, terangkan mengapa?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Selamat pagi, salam sejahtera kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan dua dari Yang Berhormat Machang Bubuk mengenai had tempoh jawatan Ketua Menteri dua penggal, mengikut Perkara 7 Fasa 2A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan bahawa Yang di-Pertua Negeri hendaklah terlebih dahulu melantik seorang Ketua Menteri untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan, seorang Ahli Dewan Undangan; satu, yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan itu; dan kedua, yang tidak pernah pada bila-bila masa memegang jawatan Ketua Menteri bagi dua penggal.

Perkara 19 Fasa 3 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan bahawa melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, dewan undangan hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya. Dalam keadaan Dewan Undangan Negeri dibubarkan sebelum sesuatu penggal tersebut mencapai lima tahun, istilah dua penggal seharusnya difahamkan sebagai pengiraan kumulatif tahun-tahun yang terlibat untuk penggal pertama dan penggal kedua di mana jumlah keseluruhan boleh kurang dari sepuluh tahun tetapi tidak boleh sama sekali melangkaui sepuluh tahun. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang Mulia ini, pada ketika ini Kerajaan Negeri tidak ada rancangan untuk membuat pindaan daripada dua penggal kepada sepuluh tahun. Terima kasih.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Kita baru-baru ini juga di Parlimen ada mencadangkan satu pindaan, rang undang-undang untuk pindaan Perlembagaan Persekutuan dan antaranya adalah pindaan di mana Perkara ke-43 iaitu seorang yang dilantik sebagai Perdana Menteri tidak boleh pada bila-bila masa memegang jawatan Perdana Menteri selama tempoh yang pada agregatnya, I think keyword is agregatnya, yang berjumlah lebih daripada sepuluh tahun sama ada terus-menerus atau selainnya.

Maka soalan tambahan saya adalah adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil majoriti kita di sidang DUN yang ada dua pertiga majoriti untuk membuat pindaan supaya dua penggal itu perlu diberi satu takrifan yang betul iaitu agregatnya sepuluh tahun? Di mana ini juga akan menjadi satu keseragaman dengan Perlembagaan Persekutuan walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak dapat dipindahkan tapi secara asasnya dan spiritnya, semangat dia adalah seseorang Perdana Menteri atau Ketua Menteri pada dia tidak boleh... dia boleh memegang dalam tempoh yang agregatnya sepuluh tahun. So saya mohon Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk respond. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Machang Bubuk kerana amat prihatin tentang nasib Ketua Menteri (ketawa). Nasib rakyat ya. Sememangnya saya sedar apa yang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat di mana pindaan perlembagaan tidak dapat diluluskan pada sidang berkenaan dan saya pun mengambil bahagian dalam perbahasan untuk menyokong pindaan tersebut. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menerangkan sedikit latar belakang mengapa setelah beberapa bulan dalam mesyuarat MMK, kita memutuskan untuk menggunakan dua penggal. Definisi penggal adalah mula dari mesyuarat pertama sehingga ianya dibubarkan, itu dianggap sebagai satu penggal.

Dan dua penggal maksud penggal kedua pun mula dari mesyuarat pertama dewan bersidang semula selepas pilihan raya sehingga ianya dibubarkan.

Maka dalam keadaan ini, memang boleh berlaku kurang daripada sepuluh tahun kerana dewan berkenaan dibubarkan lebih awal dari genap lima tahun maksudnya. Berlatar belakang kepada keputusan pilihan raya, MMK yang diterajui oleh saya mulai tahun 2018 mula berbincang isu ini dan akhirnya membawa pindaan ke dewan pada akhir tahun 2018. Dengan latar belakang kepada pilihan raya bagi penggal 2008 sehingga 2013 dan 2013 ke 2018 adalah penggal yang penuh, lima tahun bagi satu penggal. Mungkin lebih satu dua bulan pun kerana ia mula dikira dari tarikh pertama sidang dewan selepas pilihan raya. Tempoh itu bukan dikira mulai dari tarikh pilihan raya tetapi kira dari tarikh sidang dewan bersidang semula.

Jadi berlatar belakangkan kepada dua penggal sebelum kita buat pindaan itu memang genap lima tahun dan genap lima tahun. Maka atas pertimbangan itu kita merasakan boleh kita gunakan penggal sebagai asas pindaan untuk mengehadkan perkhidmatan Ketua Menteri kepada dua penggal dan bukan memilih sepuluh tahun. Sebab sepuluh tahun apa yang berlaku di sesebuah dewan sekiranya satu penggal dibubarkan lebih awal, maksud Ketua Menteri mahupun Perdana Menteri itu boleh bertanding pada penggal yang ketiga katakan baki dia ada dua tahun lah, dewan dibubarkan lebih awal, Ketua Menteri sebenarnya baru khidmat lapan tahun katakan. Maka sebenarnya tak sampai sepuluh tahun sepertimana dicadangkan di Dewan Rakyat. Tetapi apa yang kita luluskan adalah berdasarkan kepada penggal.

Jadi kita ambil maklum sekiranya pindaan di Parlimen diluluskan pada sidang yang lepas, mungkin kita boleh fikir selaraskan dengan membawa pindaan ke Perlembagaan Negeri untuk selaraskan sepuluh tahun dan bukan dua penggal. Itulah rasional kita membuat keputusan dan kita ambil maklum apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat dan kita menunggulah sama ada Parlimen dapat meluluskan... Parlimen akan menerima pembentangan semula untuk membawa pindaan kepada perlembagaan bagi perkara yang sama saya percaya. Terima kasih.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Soalan tambahan. Dato' Seri Speaker, terima kasih. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri terima kasih atas jawapan. Saya tertarik kepada soalan yang ditanya oleh Machang Bubuk dan juga jawapan yang telah pun diberikan. Saya masih ingat selepas baca soalan ini, saya telah pun menyemak balik hansard dan seperti yang diberitahu oleh Ketua Menteri, pindaan kepada Perlembagaan Negeri telah pun dibuat pada 16 November 2018. Pada masa itu memang historic untuk Pulau Pinang sebab Pulau Pinang menjadi negeri pertama di seluruh Malaysia untuk membentangkan ataupun membuat pindaan kepada Perlembagaan Negeri untuk mengehadkan tempoh tenure of Ketua Menteri sesebuah negeri. So it was historic, Penang had lead at that time. Jadi saya rasa ada juga persoalan yang telah pun dibangkitkan oleh Machang Bubuk yang harus diberi pertimbangan dan juga telah pun dijawab oleh Ketua Menteri. Di antaranya satu-satu persoalannya adalah di mana tenure itu di dalam Fasal 7 yang disebutkan, walaupun penggal itu dikira maksimum lima tahun, tetapi sekiranya DUN dibubarkan lebih awal bermaksudnya bahawa seseorang Ketua Menteri itu akan berkhidmat kurang daripada lima tahun. Itu bermaksud juga sama ada... I mean membangkitkan sama ada satu persoalan, sama ada itu adalah adil atau tidak adil. Sebab kita lihat di Persekutuan memang mereka nak tetapkan sepuluh tahun.

Di Pulau Pinang, kita tidak ada seperti negeri-negeri lain atau negara-negara lain, a fixed term for election seperti di Amerika Syarikat, they got five years, so five years five years we know the President dekat Amerika Syarikat akan dapat sepuluh tahun genap. Tetapi di Pulau Pinang kita tidak ada perkara seperti begitu. Jadi saya rasa di Persekutuan juga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, bukan bahas.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya, ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan tambahan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Persoalannya is it fair bahawa Ketua Menteri itu tidak dapat berkhidmat sepenuhnya sebab... my next question is dalam perlembagaan yang sedia ada kita juga tidak mengambil kira masa caretaker government. Jadi is it even lesser. Saya ingat Ketua Menteri kita berkhidmat mula berkhidmat menjadi Ketua Menteri pada 14 Mei 2018. Sekiranya pilihan raya diadakan lebih awal tahun ini, maksudnya ada balance lagi dua tahun sepatutnya if we want to count ten years.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ketua Menteri boleh fix lima tahun juga.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Jadi untuk saya Dato' Seri,

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalannya.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Soalannya adalah disebabkan kita tidak ada dalam perlembagaan address menangani isu earlier pembubaran, jadi adakah kita boleh menimbangkan untuk adopt cadangan yang telah pun dibawa di Parlimen? Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah atas soalan dalam penjelasan (ketawa). Saya sudah menyebutkan latar belakang mengapa kita pilih dua penggal dan bukan sepuluh tahun sebab pada waktu itu memang kerajaan memang mantap, berkhidmat lebih dari lima tahun pun in the sense of tarikh pilihan raya. Itu sebab kita pilih dua penggal dan bukan sepuluh tahun.

Walau bagaimanapun, keadaan politik di negara kita berubah selepas 2018, 2022 dan sehingga kini memang ada pelbagai desas-desus khususnya dari meja pembangkang yang ingin pilihan raya lebih awal menyebabkan tempoh itu adalah kurang daripada sepuluh tahun. Itu sebab dialah, sebab perubahan politik tidak dapat kita jangkakan pada tahun 2018 berlatarbelakangkan kepada kemantapan pada masa ketika itu. Tetapi keadaan sudah berubah selepas 2022, maka kita ambil maklum apa yang sudah berlaku dalam senario politik negara dan memang tak ada undang-undang menghalang Negeri Pulau Pinang atau Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri berkhidmat lima tahun lengkap, sekiranya kita tidak mengikut pilihan raya yang lebih awal yang mungkin diadakan pada peringkat Parlimen. Dari segi undang-undang, memang tak ada halangan kita meneruskan itu pertimbangan perundangan, tetapi hari ini mungkin kita perlu selain dari pertimbangan perundangan kita perlu menimbang pertimbangan politik pula. Adakah Kerajaan Negeri akan mengikut kalau berlakunya pembubaran yang lebih awal. Adakah negeri Pulau Pinang mengikut. Maka dalam keadaan itu, memang Kerajaan ini akan cuma berkhidmat tiga tahun lebih, empat tahun dan kurang daripada lima tahun. Tetapi, secara legalnya kita masih boleh berkhidmat genap lima tahun.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sudah. Saya nak jemput soalan nombor tiga.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Seri yang di-Pertua, soalan saya nombor tiga.

No.3 Terangkan pencapaian Pulau Pinang dalam sektor pelancongan perubatan.

(a) Apakah strategi kerajaan negeri untuk terus merancakkan

sektor ini bersempena Tahun Pelancongan Perubatan 2026?

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Ya Dato’ Speaker, terima kasih kepada ADUN Kawasan Batu Lancang yang menanyakan tentang Sektor Pelancongan perubatan. Berdasarkan data daripada Penang Centre of Medical Tourism ringkasannya (PMED) melibatkan 16 hospital swasta di Pulau Pinang bagi tahun 2024, bilangan pesakit warga asing adalah seramai 418,608 orang dengan pendapatan yang dijana oleh hospital tersebut sebanyak RM898,070,127.

Manakala bagi tahun 2025, bilangan pesakit warga asing meningkat kepada 527,176 orang, iaitu peningkatan sebanyak 25.94%, dengan janaan pendapatan sebanyak RM1.1 juta iaitu peningkatan sebanyak 26.60% iaitu peningkatan dari segi bilangan dan juga janaan pendapatan melebihi 25% dan bagi Malaysia Year, tahun ini merupakan Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, langkah-langkah yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Kerajaan negeri melalui Penang Global Tourism telah bekerjasama dengan

syarikat penerbangan untuk membawa masuk pelancong perubatan dari

rantau ini khasnya kerjasama bersama AirAsia melalui Program Boarding

Pass Privileges, penumpang antarabangsa yang mempunyai pas masuk,

boarding pass dari luar Malaysia boleh menikmati diskaun sebanyak 15% bagi

pakej pemeriksaan kesihatan sekiranya mereka memegang pasport

asing. Program ini berjalan dari 1 Oktober 2025 hingga 31 Disember 2026;

(ii) Menawarkan kepada pesakit asing pilihan untuk membuat pembayaran dalam

mata wang negara asal mereka seperti Rupiah Indonesia melalui kod Q (Quick

Response Indonesian Standard) atau disingkatan QRIS, di mana jumlah

bayaran dinyatakan dalam Indonesia Rupiah dan pesakit tidak perlu mengira

kadar pertukaran mata wang antara Ringgit dan juga Rupiah. QRIS juga

menawarkan kadar pertukaran mata wang asing yang lebih rendah

berbanding kad debit atau kad kredit;

(iii) Kerajaan negeri melalui Penang Global Tourism menyertai Program Roadshow dan pameran ke China, Indonesia, Singapura dan Taiwan;

(iv) Kerajaan negeri melalui Penang Global Tourism menyertai pameran

perdagangan yang dianjurkan oleh Malaysia Health Travel Council, Tourism

Malaysia dan organisasi lain di rantau ini seperti di Myanmar juga; dan

(iv) Mengukuhkan penerbangan ke destinasi bandar raya yang mempunyai pelancong perubatan yang ramai seperti Bandar Medan, Aceh, Jakarta, Surabaya di Indonesia, Yangon di Myanmar, negara-negara ASEAN, serta Asia Timur iaitu East Asia.

Itu sahaja jawapan saya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Soalan tambahan saya. Memang Pulau Pinang adalah terkenal sebagai destinasi pelancongan perubatan bagi negara jiran terutamanya daripada Indonesia. Kita tau memang buat masa sekarang mata wang Indonesia telah turun mendadak sehingga 30%-40% pihak hospital pun kita nampak kekurangan pesakit daripada Indonesia buat masa ini. Tambang kapal terbang juga kosnya naik. Persoalan saya adakah fakta-fakta sebegini ia akan menyebabkan pesakit daripada negara jiran itu akan berkurangan.

Wong Hon WaiDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih ADUN Batu Lancang atas soalan tersebut. Dan sememangnya dasar kewangan dan fiskal oleh negara kita yang baik menyebabkan Ringgit lebih kuat sekarang, oleh itu Ringgit adalah lebih kuat dan berbanding Indonesia Rupiah. Itu satu dasar Menteri Kewangan yang amat cemerlang pencapaianya, tetapi in the long one juga kita lihat kalau waktu dulu kita kalau dalam dasar ekonomi kita lihat 30 tahun dan waktu dulu dalam pertengahan 90’s, dia punya pertukaran RM1.00 kepada mungkin 700-800 Rupiah. Dan sekarang sudah mencecah 4,300 ke 4,400 Rupiah, dan satu peningkatan yang amat tinggi. Dan sememangnya in the long run, walaupun Ringgit lebih kuat ataupun appreciate berbanding dengan Indonesia Rupiah, tetapi pesakit-pesakit dari Indonesia datang berpusu-pusu juga, datang ramai juga.

Walaupun dulu banyak murah, tetapi sekarang kita kekuatan Ringgit mereka datang juga. So, oleh itu saya tidak khuatir terhadap pelancong, pesakit daripada Indonesia kerana sekarang masih ramai lagi dan buktinya kita masih penerbangan ke empat bandar yang tadi saya sebut tadi amat rancak. Dan baru-baru ini juga Syarikat Penerbangan TransNusa, Syarikat Penerbangan TransNusa yang ada terbang daripada Jakarta ke Pulau Pinang dan mereka telah buat pengumuman baru-baru ini sebelum ini buat masa ini, mereka mempunyai kekerapan tujuh kali seminggu.

Tiap-tiap hari ada Jakarta-Penang, Penang-Jakarta dan TransNusa dan mereka akan menambahkan frekuensi kepada 19 Jun 2026, menambahkan frekuensi daripada tujuh kali seminggu kepada 10 kali seminggu. Iaitu tambahan frekuensi pada hari Selasa, Jumaat, dan Ahad iaitu hari Selasa, Jumaat dan Ahad ada dua kali penerbangan dan hari-hari lain satu sahaja.

Oleh itu kekhuatiran Yang Berhormat ini tak timbul kerana kita nampak penerbangan masih bertambah lagi, tidak kurang. Tidak kurang bertambah lagi dan ini menunjukkan kekuatan dari sektor pelancongan perubatan yang amat baik untuk Pulau Pinang dan ini benefit hospital-hospital dan juga sektor pelancongan dan sektor ekonomi pada secara amnya. Itu sahaja jawapan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Soalan nombor empat. Sila.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya, soalan nombor empat.

No.4 Sistem pengkelasan semula tanah desa kepada tanah bandar/

percukaian baharu.

(a) Adakah pengkelasan semula tanah desa kepada tanah

bandar ini turut menyebabkan cukai tanah meningkat?

(b) Bagaimanakah kadar cukai yang dikira sehingga ada yang

terpaksa membayar daripada RM56.00 setahun kini harus

membayar RM3,000.00 hingga RM7,000.00 setahun?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Bahang atas soalan berhubung dengan pengkelasan semula tanah desa kepada tanah bandar dan juga isu berhubung dengan kadar cukai yang baru. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, Pewartaan Bandar-Bandar di Pulau Pinang sebanyak 16 bandar dibuat pada tahun 1966. Sebanyak lapan daripada bandar-bandar berkenaan, terletak dalam Daerah Timur Laut.

Pelaksanaan pengkelasan semula tanah desa kepada kategori bandar, pada tahun 2026 menyaksikan sebanyak 10 bandar sedia ada diperluaskan sempadannya itu dari 10 dari 16 itu diperluaskan sempadan. Manakala 25 bandar baharu diwujudkan di tempat-tempat pembangunan yang baru. Keputusan ini adalah sebahagian daripada proses semakan dan penstrukturan semula hasil cukai tanah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Proses pengkelasan semula tanah-tanah desa menjadi tanah bandar ini, secara langsung akan memberi kesan kepada kadar yang cukai tanah dikenakan, terutamanya bagi kawasan yang telah mengalami pembangunan pesat tetapi, masih dikategorikan sebagai tanah desa kerana tak pernah ada kajian semula sejak ataupun 1966. Misalnya Bukit Jambul, pada dulunya diklasifikasikan sebagai desa tetapi, kita tau Bukit Jambul, Bayan Baru, kawasan Industri FIZ Bayan Lepas, Seberang Jaya, Bandar Perda, Bertam, Bandar Cassia ini contoh-contoh sebelum kaji semula tahun ini bandar-bandar yang boleh dikatakan sudah maju masih dalam kategori desa.

Oleh itu, dalam kajian ini kawasan yang saya sebut tadi sudah menjadi tanah di bandar. Satu contoh perbezaan kadar cukai yang dinikmati oleh pemilik tanah di FIZ Bayan Lepas ialah mereka membayar cukai tanah industri pada kadar RM1.08 per meter persegi berbanding dengan RM1.29 per meter persegi, di kawasan Industri Perai sebab sejak dahulu Perai adalah bandar tetapi Bayan Lepas kekal sebagai desa.

Jadi walaupun sebenarnya Bayan Lepas lebih maju berbanding dengan Perai, sehingga kini barulah diiktiraf sebagai bandar dan bukan desa lagi dan akan membayar kadar yang sama dengan Perai. Dan satu contoh lagi adalah Bandar Cassia, Batu Kawan yang sebelum ini membayar RM0.65 meter persegi sahaja berbanding dengan Perai lagi RM1.29. So, ada perbezaan yang amat ketara sama-sama kawasan industri. Tetapi kerana ada yang berada dalam tanah bandar, dia bayar kadar bandar. Ada yang sepatutnya sudah lama menjadi kawasan industri yang maju tetapi masih kekal sebagai tanah desa.

Bagi isu perbezaan amaun yang ketara seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat, contohnya daripada RM56.00 kepada RM3,000.00 hingga RM7,000.00 setahun, berdasarkan kepada kadar cukai tanah yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri pada 11 September 2025, kadar cukai bagi kategori-kategori di atas adalah sepertimana dijelaskan dalam jadual yang akan diberikan kepada Yang Berhormat sebentar lagi iaitu mengikut kategori kegunaan sama ada di desa mahupun di bandar.

Penetapan kadar cukai tanah bagi tanah-tanah First Grade, Condition A, B, C dan kategori tiada adalah berdasarkan kegunaan semasa dan kemudiannya disesuaikan dengan kategori atau kegunaan yang diwartakan pada 11 September tahun lalu dan dikenali sebagai Kaedah-Kaedah Tanah Pulau Pinang 2025. Ini bermaksud sekiranya kegunaan semasa di tapak adalah kediaman, maka kiraan cukai tanah adalah berdasarkan kepada keluasan tanah didarabkan dengan kadar cukai bagi kediaman yang terdapat dalam kaedah-kaedah tanah yang saya sebutkan tadi iaitu bagi kediaman di bandar RM0.70 sen per meter persegi dan kalau di desa RM0.50 sen per meter persegi. Persoalan bagaimana kadar cukai bagi hakmilik tertentu yang meningkat beribu kali ganda, misalnya dari RM6.00 kepada RM19,000.00 katakan, atau dari RM745.00 kepada RM489,000.00 sebagai contoh, bergantung kepada kegunaan semasa di tanah berkenaan, keluasan sebenar tanah dan kadar cukai bagi kegunaan.

Sekiranya berlaku perubahan kepada kegunaan di tapak, contohnya dahulu kegunaan adalah penanaman padi dikenakan RM9.88 satu hektar kepada industri RM3.25 per meter persegi, itu jauh beza apabila digunakan per hektar, per hektar adalah 10,000 meter persegi berbanding dengan RM3.25 per meter persegi.

Oleh itu, adalah amat berbeza kerana bezanya pengiraan bagi lot-lot berkenaan. Perbezaan utama adalah unit pengiraan seperti saya jelaskan tadi, dari bagi 2026 sudah menggunakan meter persegi berbanding dengan sebelum itu per hektar lot sebelum ini. Hakikatnya kenaikan cukai tanah mereka adalah beberapa ribu kali ganda selepas semakan tahun 2026, bukan disebabkan oleh semakan kadar cukai sebaliknya berlaku kerana terdapat perubahan kegunaan tanah dan pemilik tanah menikmati kadar cukai yang beribu kali ganda lebih rendah dengan lain-lain jenis tanah. Maksudnya kategori first grade ini, condition A, B, C menikmati kadar cukai yang begitu rendah beribu-ribu kali rendah berbanding dengan lain-lain jenis kegunaan yang semua membayar cukai berdasarkan kepada meter persegi. Sekiranya keluasan tanah milik mereka adalah melebihi satu hektar, kegunaan tanah adalah perniagaan atau industri, maka kadar cukai tanah mereka pasti akan meningkat. Saya rasa itulah penjelasan mengapa berlakunya perbezaan yang begitu ketara bagi jenis-jenis tanah yang berkaitan. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Muhamad bin KasimBERSATU · PNTelok Bahang

Terima kasih, sedikit soalan tambahan, terima kasih kepada YAB Padang Kota. Secara keseluruhannya bagi kawasan-kawasan desa walaupun kita mengkategorikan tanah-tanah tersebut kepada gred-gred dan sebagainya, majoriti tanah-tanah desa adalah tanah-tanah yang diwariskan oleh keluarga contohnya daripada datuk kepada bapa dan bapa kepada anak. Jadi kebiasaannya mereka membina rumah adalah untuk kesinambungan saja, tidak ada orang kata untuk mendapatkan dari segi komersial dan sebagainya. Jadi inilah yang menyebabkan ramai daripada penduduk-penduduk khususnya di kawasan saya yang mengadu tentang kenaikan yang agak tinggi dan berat bagi mereka untuk membayar. Mereka tidak menghalang kenaikan tetapi ada terlalu tinggi untuk mereka terima. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Bahang atas isu yang dibangkitkan. Maka melalui proses rayuan, Kerajaan Negeri telah menimbang untuk menggunakan kategori lain-lain bagi situasi sedemikian supaya kadar cukai dapat dikenakan atas kegunaan kampung berdasarkan kediaman sebagai contoh. Maka rata-rata mereka akan dikenakan RM50.00 bagi satu lot, jadi ini telah menyaksikan peningkatan yang minimum sahaja kadangkala tak ada kenaikan pun. Itulah keadaan selepas proses rayuan maka kita membetulkan untuk tidak membebankan tuan tanah dalam kategori yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Maka kita dalam mendengar dan menerima rayuan-rayuan banyak kali rayuan ini kata tanah itu diwarisi, diwarisi tetapi hakikat dia walaupun diwarisi orang yang dinamakan dalam resit cukai tanah itu adalah tuan milik tanah berkenaan. Jadi dia warisi ya, bukan dibeli, diwarisi tetapi hakikat dia dia tuan tanah bagi lot-lot tanah itu dan dia juga menjadi pemilik kepada lot sekiranya lot itu bernilai satu dua juta, dia pemilik kepada tanah bernilai satu dua juta dia bukan pemilik kepada cukai sahaja tetapi dia pemilik kepada hartanah yang bernilai satu dua juta katakan.

So waris itu memang kita faham tetapi dengan waris itu dia sudah jadi tuan milikan tanah berkenaan. Jadi itu sebagai tuan tanah milikan adalah tanggungjawab untuk membayar cukai dan walaupun tinggi pada asalnya setelah proses rayuan ianya sudah pun dibetulkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okey. Terima kasih Dato’ Speaker, Yang Berhormat Padang Kota apa yang disampaikan oleh Telok Bahang adalah satu dengan keadaan sekarang ekonomi kita rakyat banyak kita menekankan kepada rakyat atas kenaikan sewa tapak lot-lot tanah. Cuba kerajaan fikir, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kaji semula daripada RM56 sampai ke RM3,000 dan RM7,000 setahun, itu bukan 100% dekat 1,000% kenaikan harga cukai tanah. Kaji semula dengan keadaan rakyat sekarang, ekonomi kita dan juga kenaikan minyak, kenaikan barang, kenaikan semua, semua kita naik. Apakah beban kepada rakyat, adakah kerajaan prihatin pada rakyat dengan kenaikan begitu ketara. Sekian terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, harap darah tekanan darah tak naik, gula tak naik, semua okey, okey ya. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, pihak Kerajaan Negeri memang memahami keadaan dan kajian semula ini adalah secara berhemah dan tambahan dengan rebat yang diberikan maka kita mendapati bahawa keadaannya adalah terkawal. Sebagai contoh saya nak tunjukkan dari 376,817 lot yang ada di Negeri Pulau Pinang yang membayar cukai tanah, ekoran dari kaji semula ini yang membayar kurang dari RM200 berjumlah 270,879 lot bersamaan dengan 71.8%. Maksudnya 71.8% tuan tanah membayar cukai kurang dari RM200 setelah kaji semula ini dan bagi tuan tanah yang membayar RM201 kepada RM500 adalah sebanyak 63,324. Kalau campur sekali yang membayar kurang daripada RM500 berjumlah 88.6%. That means dari 376,000 itu, 88% peratus bayar kurang dari RM500 dan bagi tuan tanah yang membayar RM501 ke RM1,000 pun ada 15,367 lot. Kalau campur sekali kita mendapati 92.7% sebenarnya membayar kurang dari RM1,000.

Itulah keadaan bahawa tambahan hasil, ada soalan-soalan sudah pun jawab kalau bertulis, Yang Berhormat tahu bahawa sebenarnya angka sebenarnya akan tahu pada akhir tahun ini. Tapi sekarang kita anggarkan kenaikan daripada kajian semula tambahan hasil sepatutnya dalam lingkungan RM90 ribu RM90 juta hingga RM100 juta tetapi dengan diskaun, rebat, pengkelasan semula sebenarnya kita mungkin dapat perolehi RM50 juta, RM50 juta dan kebanyakan yang bayar lebih dari RM1,000.00 atau RM5,000.00 adalah dalam kategori industri dan mungkin perniagaan.

So ini adalah cara yang kita mau memastikan kita dapat hasil bukan begitu banyak sampai beratus juta atau berbilion tak ada, tambahan setelah rebat mungkin dalam lingkungan RM50 juta sahaja dan dari angka pun 92% bayar kurang dari RM1,000.00 kurang dari RM200.00, 71.8%.

Maka kita percaya ini kita dapat sedikit tambahan hasil secara mampan untuk tahun-tahun berikutnya. Kalau berbeza dengan premium lain-lain, itu tak tentu kalau ada tanah kita dapat premium untuk dijual premium tapi bukan tiap-tiap tahun kita ada tetapi kalau cukai tanah ya secara mampan kita anggarkan dari dulu kita dapat RM116 juta dari cukai tanah saja. Jadi tanpa RM100 juta kalau tak ada rebat kita mungkin boleh mendapat satu sumber hasil yang sustainable lah sebanyak RM200 juta daripada RM800 juta atau RM900 juta yang negeri dapat setiap tahun. So ini dikirakan hasil yang tetap melalui cukai tanah berbanding dengan lain-lain bayaran yang tak tetap dia akan berubah setiap tahun. Jadi kita berharap tindakan mengkaji semula akan membantu negeri mendapat satu sumber hasil yang sustainable bagi 10 tahun yang seterusnya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Soalan tambahan. Soalan tambahan

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Sila.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Dato' Seri Speaker, saya menghargai apa yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam konteks membenarkan rayuanlah. Cuma saya nak tanyalah apakah justifikasi, justify lah yang diguna pakai apabila kita membenarkan tuan tanah yang ada bangunan yang tidak ada KM diberikan pengecualian cukai.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ini suara yang minoriti lah tetapi suara yang benar sebab ia melibatkan isu penguatkuasaan. Sepatutnya binaan yang Yang Berhormat sebutkan itu di atas tanah-tanah berkaitan adalah dibina tanpa kelulusan dan Yang Berhormat soal mengapa memberi layanan istimewa sepatutnya dia dikuatkuasakan atau dikenakan cukai yang sebenar. Tetapi dalam peringkat peralihan ini ia tidak melibatkan banyak lot keadaan sedemikian lebih kurang seribu. So, kita mengganggap ini peralihan kalau kita memberi pengurangan atau rebat kali ini tidak bermaksud kita tidak meneruskan dengan tindakan penguatkuasaan dari segi memberi nasihat, kemukakan pelan supaya dapat diluluskan, dan setelah itu you bayar cukai mengikut semua kategori yang lain lah. Lebih jimat daripada tidak ada kelulusan kebenaran merancang. Itulah keadaannya. Pengecualian diberikan kali ini tidak bermakna penguatkuasaan tidak disusuli. Apabila sesuai disusuli, kerajaan akan menentukan lah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kebun Bunga.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sikit lagi tambah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti bahas.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Ya, bahas, bahas.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Minta maaf sebab tadi (gangguan) penguatkuasaan. Saya melihat penguatkuasaan ini isu yang telah lama dibangkitkan. Sebab kalau tadi sebut tadi sebab apa ini minority. Bukan minority, sebab penguatkuasaan ni, dan jawapan yang saya dapat masa sesi sidang DUN yang lepas, ada kilang-kilang yang 20 tahun, 30 tahun telah beroperasi. Di mana kewajaran kita sebut benda ni benda minority.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Melalui kajian ini kita dapat satu gambaran yang lebih jelas. Kita tahu Yang Berhormat banyak kali sebut ada orang masuk bendang, tambun tanah, bina gudang, depoh lori dan sebagainya. Itu kita dapat dari kajian semula ini. Dari 240,000 lebih geran First Grade ini, kita mendapati keadaan ini sudah tinggal cuma 1,000 lebih kes sahaja. Maksudnya dalam sejak 60 tahun (1966) banyak First Grade sudah ditukar melalui kebenaran merancang untuk dibangunkan kediaman, komersial, industri dan sebagainya. Tinggal 1,000 lebih lot yang masih belum. Tapi ini menunjukkan masalah sebenarnya bukan tidak dapat dikawalkan. Tinggal 1,000 lebih lot yang mungkin kita akan susuli dengan nasihat. Kalau benar-benar mahu memajukan tanah, lebih baik dari membiarkan tanah itu dibiarkan begitu sahaja. Sepatutnya tanah itu bernilai, khususnya di Negeri Pulau Pinang. Sepatutnya mereka masukkan pelan untuk memajukan tanah-tanah berkenaan. Khususnya di Seberang Perai kita pun sudah ada rancangan tempatan yang akan digazetkan pada bulan Jun. Itu menetapkan kegunaan mengikut rancangan tempatan. Jadi tuan-tuan tanah First Grade ini (condition A, B, C di Seberang Perai) perlulah menerima makluman dari rancangan tempatan untuk lihat sama ada mereka mahu memajukan tanah-tanah berkenaan sesuai dengan rancangan tempatan yang akan digazetkan pada bulan Jun ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Kebun Bunga, sila.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua. Arsenal tunggu juara EPL sudah lama. Soalan saya nombor 5.

No.5 Adakah krisis tenaga global yang disebabkan oleh Perang

Amerika Syarikat-Iran memberi impak kepada ekonomi di Negeri

Pulau Pinang?

(a) Jika ya, apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan impak paling minimum?

(c) Adakah kos operasi Perbadanan Bekalan Air juga terkesan kerana

krisis ini?

(d) Jika ya, apakah tindakan Kerajaan Negeri supaya tidak

membebankan rakyat dan industri?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya ingat Yang Berhormat nak tanya tentang cukai tanah. Rupa-rupa mengenai krisis tenaga. Untuk menjawab Yang Berhormat Kebun Bunga dan Dewan yang Mulia ini. Krisis tenaga global yang disebabkan oleh Perang Amerika Syarikat-Iran dijangka memberi impak ekonomi kepada ekonomi di Negeri Pulau Pinang, iaitu satu, ketidaktentuan pasaran dan sentimen pelaburan. Ketegangan geopolitik global telah mencetuskan suasana berhati-hati dalam kalangan pelabur asing yang kini secara amnya mengambil pendekatan tunggu dan lihat atau (wait and see). Fenomena ini bukan sahaja membekukan sementara aliran masuk modal baharu malah mengakibatkan pertumbuhan pasaran buruh menjadi lembap. Akibatnya janaan peluang pekerjaan baharu dalam sektor berimpak tinggi menjadi lebih terhad sekaligus memberi cabaran kepada usaha negeri untuk menyerap tenaga kerja mahir yang sedia ada.

Kedua, kenaikan kos tenaga dan ketidakstabilan bahan mentah. Kenaikan harga minyak mentah dunia telah memberikan impak langsung kepada struktur kos pengeluaran, terutamanya bagi kilang-kilang yang beroperasi dengan intensiti tenaga yang tinggi. Selain kenaikan tarif tenaga, industri juga berdepan dengan isu ketersediaan bahan mentah. Bahan-bahan kritikal kini bukan sahaja menjadi semakin mahal, malah sukar diperoleh ekoran gangguan logistik antarabangsa yang memaksa pemain industri mencari alternatif bekalan yang seringkali melibatkan kos yang lebih tinggi.

Ketiga, tekanan aliran tunai dan risiko kecairan. Syarikat-syarikat tempatan dan multinasional kini berdepan dengan tekanan aliran tunai atau (cash flow) yang mencabar. Oleh kerana harga bahan mentah melambung tinggi dan bekalan tidak menentu, stok sedia ada hanya mampu menampung keperluan pengeluaran bagi tempoh yang sangat singkat. Keadaan ini memaksa syarikat mengalihkan dana simpanan untuk pembelian stok segera pada harga premium yang akhirnya menjejaskan pusingan modal dan keupayaan syarikat untuk melakukan pelaburan semula dalam teknologi atau pengembangan kapasiti.

Keempat, risiko gangguan pengeluaran sektor strategik. Sebagai hub semikonduktor dan elektronik dunia, Pulau Pinang terdedah kepada risiko gangguan pengeluaran yang signifikan. Sektor ini sangat bergantung kepada rantaian bekalan global yang lancar. Sebarang gangguan pada nod logistik utama akan mencetuskan kesan domino terhadap jadual pengeluaran. Ketidakpastian bekalan komponen kritikal ini boleh menyebabkan kelewatan penghantaran produk siap kepada pelanggan antarabangsa sekaligus menjejaskan reputasi negeri sebagai pusat pembuatan yang tepat pada masanya.

Kelima, lonjakan kos operasi industri secara menyeluruh. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan sempena pelancaran Kampus Automasi Pengujian dan Peralatan (ATE - Automated Test and Equipment sector) pada 24 April tahun ini, pemain industri merangkumi MNC serta syarikat tempatan di Pulau Pinang dan Kulim melaporkan trend peningkatan kos operasi yang stabil namun memerlukan mengambil pemantauan yang teliti.

Setakat ini data menunjukkan 40% responden mengalami kenaikan minimum antara 5% hingga 10% bagi kos pengeluaran dan eksport. Manakala 28% lagi mencatatkan peningkatan sederhana sekitar 11 hingga 20%. Selebihnya sebanyak 18% responden menyatakan pengeluaran dan eksport berdepan kenaikan ketara pada tahap 21 hingga 30% dan 4% mengalami lonjakan drastik melebihi 30%. Walaupun 10% responden melaporkan impak yang tidak signifikan, aliran keseluruhan ini tetap membimbangkan kerana ia memberi penanda awal terhadap kerentangan rantaian bekalan khususnya melibatkan kecukupan simpanan bahan mentah dalam mendepani ketidaktentuan pasaran. Berikut adalah mitigasi yang diambil oleh Kerajaan Negeri:

Satu, Sesi libat urus dan dialog berterusan bersama komuniti industri strategik seperti FREPENCA, FMM, SAMENTA dan Association of Malaysian Medical Industries (AMMI). Inisiatif ini bertujuan untuk memahami cabaran rantaian bekalan dan peningkatan kos operasi secara mendalam. Dialog ini berfungsi sebagai platform memudah cara penyelesaian isu bagi memastikan sektor perkilangan khususnya E&E kekal stabil dan berdaya tahan.

Kedua, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melaksanakan sistem amaran awal secara bersepadu melalui agensi ekonomi utama seperti Bank Negara Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Ekonomi dan lain-lain agensi berkaitan. Sistem ini memantau indikator makro-ekonomi, fiskal serta perdagangan global secara berterusan bagi membolehkan tindakan awal diambil dalam mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi.

Ketiga, menarik serta mengekalkan pelaburan berkualiti tinggi dengan penekanan kepada kestabilan ekosistem industri, khususnya dalam sektor E&E, semikonduktor, peranti perubatan, peralatan automasi, reka bentuk litar bersepadu (IC design), kecerdasan buatan (AI) serta perkhidmatan global.

Keempat, menggalakkan adaptasi teknologi automasi dan penggunaan tenaga solar dalam sektor pembuatan bagi meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kebergantungan kepada kos operasi berasaskan tenaga kerja intensif serta penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.

Kelima, memperkenalkan inisiatif baharu iaitu ATE Campus bagi memperkukuh pembangunan eko-sistem industri tempatan, khususnya dalam bidang automasi dan peralatan berteknologi tinggi.

Keenam, pembangunan berterusan ekosistem industri termasuk penyediaan tenaga kerja mahir, pengukuhan sokongan institusi latihan teknikal serta kerjasama erat dengan pihak industri bagi memastikan penglibatan syarikat tempatan terus meningkat dalam memenuhi keperluan rantaian bekalan syarikat MNC atau menjadi part of the supply chain MNC.

Ketujuh, Kerjasama berterusan bersama Kerajaan Persekutuan berkenaan tarif antarabangsa 10% di bawah Trade Act Amerika Syarikat. Pengecualian sektor utama seperti semikonduktor, telefon pintar, komputer riba serta barangan perubatan membolehkan industri utama Pulau Pinang kekal kompetitif di pasaran global.

Kelapan, memperkasakan promosi pelaburan berkualiti tinggi. Strategi ini memanfaatkan trend diversification rantaian bekalan global atau supply chain diversification untuk menarik MNC menjadikan Pulau Pinang sebagai hub operasi serantau mereka yang stabil.

Kesembilan, penubuhan Jawatankuasa MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk memastikan pemantauan harga dan intervensi pasaran dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu dan responsif, sekaligus memastikan keberkesanan langkah-langkah menangani tekanan kos sara hidup rakyat di peringkat negeri.

Sepuluh, pelancaran Dana Mitigasi Iklim bernilai RM100juta bersama Alliance Bank Malaysia Berhad bagi mempercepat peralihan industri ke arah pembuatan rendah karbon dan mampan. Fasa pertama sebanyak RM15juta menyediakan pembiayaan khidmat nasihat, geran, modal kerja khusus kepada PKS untuk mengadaptasi teknologi cekap tenaga, pendigitalan dan operasi lestari dengan sumbangan tambahan RM5juta daripada Kerajaan Negeri.

Sebelas, inisiatif MATRADE yang akan diperhalusi oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut, kepelbagaian pasaran eksport ke rantau yang lebih stabil seperti Asia Selatan, Amerika Latin dan Afrika serta memperkukuh perdagangan intra-ASEAN. Pendigitalan perdagangan melalui program Virtual E-biz Match. Ketiga, sokongan kewangan dan insurans membantu pengeksport menangani peningkatan kos logistik dan risiko peperangan dan memanfaatkan Perjanjian RCEP dan Perjanjian CPTPP bagi mendapatkan tarif keutamaan dan penjimatan kos.

Soalan (b) berhubung dengan pihak bekalan air juga turut terkesan apabila kos operasi diunjurkan meningkat antara 15% hingga 30% disebabkan kenaikan harga diesel bagi lori tangki air, tarif elektrik untuk proses pengepaman serta harga bahan kimia import bagi rawatan air. Tekanan kos pada peringkat utiliti ini merupakan cabaran besar dalam usaha memastikan rakyat terus menikmati bekalan air yang berkualiti tanpa menjejaskan kestabilan kewangan agensi penyelia dan bagi bahagian (c) walaupun PBAPP mengalami peningkatan kos operasi, pengguna domestik dan industri masih tidak dibebankan. Sekian, terima kasih.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Sudah tentu kita jangkakan bahawa risiko perang dan juga peningkatan kos logistik dan insurans akan semakin bertambah serius pada masa akan datang. Mengikut MOF, impak perang ini akan kita alami pada bulan Jun nanti. So, soalan saya kepada Kerajaan Negeri ialah adakah Kerajaan Negeri akan merancang satu pakej rangsangan ekonomi supaya kita dapat mengatasi isu-isu yang telah diketengahkan oleh Yang Amat Berhormat tadi, termasuk juga pinjaman-pinjaman kepada SME (PKS) untuk mengatasi tekanan aliran tunai mereka yang dihadapi sekarang dan juga adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengurangkan lain-lain cukai kepada pemain industri?

So, soalan tambahan kedua saya ialah adakah PBA juga akan seperti PDC berkongsi kos, peningkatan kos projek. Sebab kita tahu PBA sekarang banyak projek yang sedang dilaksana. Pembinaan reservoir, loji rawatan dan juga MPWSS. So, adakah PBA akan berkongsi peningkatan kos dan soalan terakhir, soalan cepumas. Adakah tarif air akan dinaik untuk mengatasi peningkatan kos operasi PBA? Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Jangan memberi tekanan tambahan. Saya percaya pada ketika ini, Kerajaan Negeri kalau mampu pun, sebenarnya bukan mampu sangat untuk menyediakan satu pakej perangsangan ekonomi. Kita ambil maklum bahawa Kerajaan Persekutuan memang telah mengambil pelbagai langkah-langkah yang penting untuk membantu industri-industri serta pemain-pemain dalam pasaran untuk menangani keadaan yang saya sebutkan tadi. Dan memang dari segi pinjaman dari bank-bank sudah pun digerakkan untuk memastikan SME kita dapat bantuan kewangan bagi menangani peningkatan kos dan sebagainya.

Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, Kerajaan Negeri pun merupakan satu pihak yang menerima kesan daripada impak ini. Dari segi kenaikan kos diesel, Majlis Bandaraya kita pun sudah buat rayuan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil maklum tentang apa yang kita hadapi dari segi kenaikan diesel. Anggaran awal misalnya, MBSP akan berhadapan dengan kenaikan RM5 juta dari kos operasi kerana kenaikan harga diesel. Ini tak tentu sehingga akhir tahun berapa banyak Majlis Bandaraya kita perlu menanggung. Jadi, kita pun menjadi satu pihak yang terkesan.

Dan kerana itu, kita sebenarnya tidak mampu untuk mengambil langkah-langkah mengurangkan, katakan sewaan misalnya. Kita cuba tidak menaikkan sewaan. Tetapi kalau nak mengurangkan hasil, maka akhirnya Majlis Bandaraya mungkin perlu dapat pinjaman daripada pihak Kerajaan Negeri mahupun mendapat saluran geran daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

PDC, PBA satu langkah yang diambil, kita akan perlu menjadualkan semula pelaksanaan projek-projek kita. PDC sudah ambil keputusan melalui Lembaga Perolehan. Sudah beberapa projek kita tangguhkan sekurang-kurangnya enam bulan supaya syarikat yang membida pun dapat satu kepastian tentang kenaikan kos. Pada ketika ini, kita pun tak tahu apakah impak yang sebenarnya. Dan kita pun akan melayan permintaan VOP, cost sharing daripada kontraktor-kontraktor yang dilantik. Dan PDC pun secara dasarnya akan memikul beban, beban itu bersama dengan kontraktor.

Bagi PBA, ada projek-projek yang amat penting untuk menstabilkan bekalan air dan saya pasti projek-projek ini perlu diteruskan, perlu diteruskan dan sebenarnya semua pun sudah dilancarkan, sama ada dalam peringkat pembinaan ataupun dalam peringkat consultancy services atau pengambilan tanah. Nampaknya semua projek di bawah Water Contingency Plan 2030 akan diteruskan dan kita sudah pun peroleh pinjaman sukuk untuk membiayai projek-projek berkenaan. Jadi, projek ini memandangkan ianya projek strategik untuk pembekalan air ke negeri Pulau Pinang dalam keadaan yang mendesak itu, kita pun perlu meneruskan projek-projek ini. Dan jawapan ini pun sudah jawab tentang tarif air itu. Mahu naik atau tak mahu naik, Yang Berhormat sendiri menentukan.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sudah habis soalan tambahan. Pantai Jerejak, sila.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Dato' Seri Speaker, soalan saya nombor 6.

No.6 Mohon penjelasan terperinci mengenai taburan peruntukan fiskal

serta siling kelulusan bagi KADUN Pantai Jerejak bagi tempoh lima

(5) tahun terkini.

(a) Sejauh manakan Kerajaan Negeri mengguna pakai instrumen KPI yang terikat

dengan garis masa dalam menyelia kualiti serta akauntabiliti kerja-kerja

menaik taraf, penurapan semula dan pemulihan infrastruktur jalan raya di

kawasan tersebut?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato' Seri Speaker. Yang Berhormat Pantai Jerejak. Peruntukan tahunan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri melalui JKR dan MBPP bagi kerja-kerja penaiktarafan, penurapan semula dan juga pemulihan infrastruktur jalan raya di KADUN Pantai Jerejak bagi tempoh lima (5) tahun yang terkini adalah seperti di Jadual 1 yang diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi nanti. Tapi secara ringkasnya, jumlah peruntukan untuk kerja-kerja tersebut bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM1.69juta. Bagi tahun 2022, RM2.45juta. Bagi tahun 2023, RM4.13juta dan untuk tahun 2024, RM2.52juta. Tahun 2025 sebanyak RM3.27juta.

Yang Berhormat, dalam menyelia kualiti serta akauntabiliti kerja-kerja penaiktarafan, penurapan semula dan juga pemulihan infrastruktur jalan raya, agensi-agensi teknikal berkaitan menjalankan pemantauan berdasarkan kepada cadangan jadual kerja aktiviti utama ataupun critical path method yang dikemukakan oleh kontraktor. Pihak kontraktor juga dikehendaki menyediakan laporan kemajuan kerja secara bulanan di mana mereka perlu melampirkan gambar semasa di tapak, ringkasan aktiviti selesai, aktiviti yang sedang berjalan dan juga aktiviti yang belum bermula.

Selain itu, laporan kewangan, senarai isu-isu semasa di tapak seperti perubahan skop kerja, kelewatan bekalan, masalah tanah, aduan awam dan lain-lain turut dikemukakan dalam laporan kemajuan tersebut. Bagi pemantauan kualiti kerja pula, pihak kontraktor dikehendaki untuk mematuhi spesifikasi bahan dan kerja seperti dinyatakan dalam kontrak dan juga dalam bil kuantiti ataupun BQ. Bagi memastikan bahan-bahan dan kerja yang dijalankan mematuhi piawaian dan kualiti, pihak kontraktor perlu melaksanakan pelbagai ujian, antaranya ujian teras ataupun coring test untuk menguji kepatuhan ketebalan turapan konkrit asfalt. Ujian nisbah bearing California ataupun California Bearing Ratio Test untuk menguji kekuatan mekanikal, bahan asas jalan dan juga Marshall test untuk menguji komposisi campuran asfalt dan bitumen. Ujian kekuatan mampatan kiub konkrit untuk menguji kekuatan mampatan konkrit. Ujian campuran percubaan ataupun trial mix test untuk menguji kandungan air dalam campuran konkrit dan lain-lain ujian yang berkaitan.

Selain itu, sebelum setiap pembayaran diluluskan kepada kontraktor, sesi pengukuran bersama ataupun joint measurement session dengan pihak kontraktor akan dilaksanakan di tapak bagi memastikan tuntutan bayaran oleh kontraktor adalah selari dengan kuantiti yang diukur dan dituntut oleh kontraktor tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Soalan tambahan. Memandangkan ada aduan yang berulang di beberapa lokasi misalnya di Jalan Pantai Jerejak 8, 6, 11, 10, kawasan perumahan di Kampung Jawa dan juga Persiaran Pantai Jerejak di 9, 10 dan juga 11. Adakah wujudnya tindakan segera dan juga perancangan jangka pendek oleh Kerajaan Negeri untuk membantu penurapan jalan di kawasan-kawasan tersebut. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya akan highlight perkara aduan berulang di kawasan tersebut kepada Jurutera Daerah, Yang Berhormat dan akan cuba membantulah untuk menyelesaikan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Dan saya nak jemput Telok Ayer Tawar.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya nombor 7.

No.7 Projek Rumah Mampu Milik (RMM) di kawasan Telok Air Tawar

adalah Ayana Residence, Marina Residence dan apartment

freehold. Ketiga-tiga ini merupakan perumahan yang bertaraf

mewah dengan harga RM300,000.00 ke atas. Adakah

perancangan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau RMM A

(RM42,000.00) dan B (RM72,500.00) di dalam kawasan Telok Air

Tawar?

Terima kasih Dato' Seri Speaker dan juga YB Telok Ayer Tawar. Ketika ini, tiada projek baharu bagi Projek Perumahan Rakyat yang dikenali sebagai PPR yang kini dikenali sebagai Program Residensi Rakyat (PPRR), mahupun Rumah Mampu Milik (RMM) yang kini dikenali sebagai Rumah MutiaraKu Jenis A dan B yang sedang dalam fasa pembinaan atau dalam fasa perancangan di kawasan Telok Ayer Tawar.

Projek-projek sedia ada seperti Ayana Residence, Mariana Residence, Apartment Freehold merupakan perumahan di bawah kategori pasaran terbuka yang dibangunkan bagi memenuhi spesifikasi harga dan sasaran pembeli yang berbeza. Ini bukan merupakan Rumah Mampu Milik, ini tidak merupakan Rumah MutiaraKu.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang kekal komited dalam memastikan agihan Rumah MutiaraKu dilaksanakan secara seimbang di seluruh negeri. Antara langkah strategik yang sedang diambil termasuk mengenal pasti tanah milik Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan dalam daerah Seberang Perai Utara, termasuk kawasan berhampiran Telok Ayer Tawar yang berpotensi dan bersesuaian untuk dibangunkan dengan Rumah MutiaraKu pada masa akan datang.

Di bawah garis panduan pembinaan Rumah MutiaraKu sedia ada, Kerajaan Negeri menetapkan syarat kepada pemaju swasta yang melaksanakan projek melebihi 150 unit dalam kawasan pembangunan ataupun melebihi 100 unit di luar kawasan pembangunan untuk menyediakan 30% komponen sebagai Rumah MutiaraKu Kategori A dan juga B. Bagi cadangan pembangunan projek PPR pula, Kerajaan Negeri secara berterusan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di lokasi-lokasi strategik di seluruh Pulau Pinang tertakluk kepada ketersediaan tapak yang mematuhi kriteria atau spesifikasi teknikal kementerian.

Meskipun tiada projek aktif yang bagi kategori RMKU A ataupun B di Telok Ayer Tawar dalam perancangan semasa, Kerajaan Negeri akan terus memantau dinamics keperluan penduduk setempat. Usaha ini adalah bagi memastikan landskap perumahan, pembangunan perumahan pada masa hadapan kekal inklusif dan merangkumi pelbagai kategori harga demi kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Perai. Yang Berhormat Perai kata dalam masa terdekat atau masa singkat, projek PPR ataupun RMM A akan dilaksanakan di pinggir Telok Ayer Tawar. Bilakah dan berapa lamakah lagi projek itu akan dijalankan? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Telok Ayer Tawar, soalan yang bagus. Penyediaan rumah PPR ataupun RMM adalah very dependent, dengan izin, very dependent on demand and supply. Buat masa sekarang, keperluan itu belum sampai lagi tetapi kami rasa dalam beberapa tahun lagi kehendak rumah-rumah sedemikian akan datang. Buat pembangunan biasa pula, apabila kita ada pembangunan biasa, kita akan adakan 30% daripada pembangunan yang sedemikian itu sebagai rumah mampu milik. Buat masa sekarang, pembangunan biasa pun belum ada yang besar-besar skalanya di mana kita boleh minta 30%.

Dan kami pun tidak mahu membangunkan rumah-rumah mampu milik ataupun Rumah Mutiara-Ku di lokasi yang tidak sedia untuk dijual atau disewa kerana satu contoh adalah di Putri Gunung di mana Kerajaan Negeri pernah beli lebih daripada 100 unit daripada pemaju dengan hasrat hendak sewa atau sewa beli kepada rakyat kita, yang makan masa yang agak lama untuk disewa atau disewa beli kerana demandnya tidak wujud lagi.

Saya rasa Telok Ayer Tawar mungkin dalam beberapa tahun lagi akan ada situasi di mana kehendak rumah-rumah mampu milik itu akan naik di mana kita ada satu skala yang cukup besar untuk dibangunkan. Kita tidak boleh membangunkan rumah mampu milik atau Rumah Mutiara-Ku dalam skala yang kecil kerana tidak ada economic of scale dan ini akan jadi agak mahal bagi Kerajaan Negeri. So, kita tunggu masa yang bagus untuk dilancarkan projek-projek yang sedemikian. Esok masih ada. Sekian, terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sikit ya, ok Yang Berhormat. Apakah kalau kita tengok di kawasan Telok Ayer Tawar ini, satu kuarters lebih kurang ada enam (6) blok atau lebih kurang empat (4) blok terbengkalai begitu. Apa kata kita pihak Kerajaan Negeri berbincang dan mengambil alih blok-blok itu untuk transit rumah-rumah sementara yang memerlukan di bawah golongan B40? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Telok Ayer Tawar, kami masih teliti lagi kerana dengan izin, sama ada returns on investment itu berbaloi atau tidak. Kita masih teliti lagi, kalau berbaloi memang kita akan lancarkan projek itu. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah tamat. Selaras dengan subperaturan 26(7), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi. Di samping itu, Yang Berhormat Yang di-Pertua, selaras dengan peraturan 6A (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini, 11hb Mei, dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sokongan?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

YB Dato’ Speaker, saya sokong, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 11 Mei, hari Isnin, dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ya.

Semua Ahli Yang Berhormat:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara bersetuju, usul dipersetujui.

Pembentangan UsulMotion

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya selaku Yang di-Pertua Dewan ingin mengusulkan kepada Dewan yang Mulia ini selaras dengan subperaturan 15(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, bahawanya aturan urusan mesyuarat dipinda dengan kita mendengar usul 7A terlebih dahulu iaitu usul terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. Ini adalah bagi kita semua menzahirkan penghargaan tertinggi kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kelima Belas pada 8 Mei yang lalu. Dewan seterusnya akan bersidang dengan aturan 6A dan lain-lain urusan sehingga selesai. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ya.

Semua Ahli Yang Berhormat:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan tidak.

Dewan bersetuju semua dan kita akan mendengar mesyuarat diteruskan dengan usul 7A terlebih dahulu.

Setiausaha Dewan

Usul daripada YB Ahli Kawasan Pengkalan Kota.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya memohon mencadangkan bahawa kami Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kelima Belas pada 8 Mei 2026. Izinkan saya terus dengan perbahasan saya.

Selamat pagi dan salam Penang2030 saya ucapkan kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Dalam ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun pada hari Jumaat yang lalu telah menyentuh isu krisis tenaga global yang sedang melanda satu dunia. Kita melihat bagaimana harga diesel di Malaysia sendiri mengalami kenaikan yang ketara kebelakangan ini. Kesan rantaian daripada kenaikan harga diesel adalah amat besar sungguhpun negara kita masih dalam keadaan terkawal kalau berbanding dengan negara serantau seperti Filipina yang mengalami banyak stesen minyak ditutup, jalan raya menjadi lengang akibat ketidakcukupan bahan api.

Namun kita harus bersiap sedia dengan apa-apa sahaja keadaan teruk yang bakal melanda dunia ini khususnya mulai bulan Jun di mana impak ekonomi menjadi semakin mencabar dan bakal berterusan sehingga ke tahun depan. Dalam konteks Pulau Pinang, apakah implikasi ini terhadap projek mega seperti LRT Pulau Pinang? Kos pembinaan, logistik, bahan binaan dan pengangkutan semuanya bergantung kepada bahan api fosil seperti diesel. Sekiranya harga diesel terus meningkat, kos keseluruhan projek juga berpotensi meningkat, seterusnya memberi tekanan kepada kewangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta kemungkinan menjejaskan jadual pelaksanaan projek tersebut.

Sehubungan dengan itu, saya ingin meminta penjelasan daripada Kerajaan Negeri, apakah langkah mitigasi yang telah dirancang bagi menghadapi ketidaktentuan harga tenaga ini? Adakah terdapat pelan kontingensi untuk memastikan projek LRT tidak mengalami kelewatan atau peningkatan kos yang melampau? Dan lebih penting lagi, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil? Seperti tersebut dalam ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun, projek LRT ini merupakan nadi transformasi yang penting kepada Negeri Pulau Pinang. Majoriti anak Pulau Pinang memahami kesulitan yang dihadapi sewaktu tempoh pembinaan projek LRT dan memberi sokongan penuh dengan aduan yang minimum sahaja, dengan hanya satu harapan agar projek LRT tersebut dapat diteruskan dan dilaksanakan dengan lancar dan pastikan kerja pembinaan dapat disiapkan mengikut ketetapan masa tanpa sebarang kelewatan.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, sementara waktu dunia dilanda dengan krisis tenaga, Pulau Pinang boleh menjadi peneraju dengan tenaga alternatif ataupun tenaga hijau. Negeri kita mempunyai potensi besar dalam tenaga solar terutamanya melalui pemasangan panel solar di kawasan industri dan bangunan kerajaan. Selain itu, konsep micro grid dan tenaga pintar boleh diperkasakan lagi di kawasan perindustrian Bayan Lepas bagi meningkatkan kecekapan tenaga alternatif tanpa bergantung kepada tenaga bahan api.

Penang Green Council telah memperkenalkan Penang Green Industry Programme (PGIP), satu topik ekonomi hijau dalam menyokong industri ke arah pembuatan yang lebih mampan dan berdaya saing. Dalam landskap global hari ini, keperluan ESG bukan lagi pilihan tetapi telah menjadi satu keperluan asas dalam rantaian bekalan antarabangsa. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Penang Green Council atas peranan proaktif dalam menerajui agenda kelestarian negeri. Usaha ini bukan sahaja membantu industri menyesuaikan diri dengan keperluan global tetapi juga memastikan Pulau Pinang juga kekal kompetitif dan relevan.

Program ini bakal meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan impak alam sekitar serta memperkukuhkan kesiapsiagaan ESG dalam kalangan pemain industri. Ini selaras dengan aspirasi kita untuk merealisasikan Visi Pulau Pinang sebagai sebuah hab pembuatan hijau atau dengan izin, Penang Green Manufacturing Hub. Sebagai sebuah negeri yang sering digelar sebagai Silicon Valley of the East, Pulau Pinang mempunyai kelebihan unik dengan kehadiran pelbagai syarikat multinasional serta rangkaian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang kukuh. Ekosistem ini perlu digembleng secara menyeluruh agar semua pemain industri tanpa mengira saiz dapat bergerak seiring dengan menjayakan agenda ESG.

Sinergi antara syarikat multinasional dan PKS bukan sahaja mampu mempercepatkan pemindahan teknologi dan amalan terbaik, malah dapat memastikan rantaian bekalan tempatan kekal relevan dan berdaya tahan dalam pasaran global. Melalui PGIP, Penang Green Council telah memperkenalkan rangka kerja SHIFT@PGIP ataupun dikenali sebagai Sustainable and Holistic Industry Forward Transformation pada bulan April yang lalu. Sesebuah syarikat dapat menilai tahap kematangan ESG mereka termasuk melalui penilaian seperti CO-SIRI ataupun dikenali sebagai Consumer Sustainability Industry Readiness Index dengan izin, satu rangka kerja yang diiktiraf di World Economic Forum bagi mengenal pasti jurang dan keutamaan penambahbaikan syarikat.

Seperti tersebut oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota, Kerajaan Negeri turut menyediakan akses kepada pembiayaan hijau melalui Climate Mitigation Fund (CM Fund). Jadi saya akan terus kepada CM Fund yang ini harus dilihat sebagai pemangkin utama bagi syarikat yang ingin memulakan pelaburan awal dalam teknologi hijau seperti pemasangan panel solar di bangunan korporat, penggunaan sistem tenaga boleh diperbaharui serta pelaksanaan kecekapan tenaga di fasiliti industri. Saya ingin menggesa semua pemain industri di Pulau Pinang untuk mengambil peluang ini, meneroka dan menyertai PGIP sebagai langkah strategik dalam memastikan kelangsungan dan daya saing perniagaan mereka.

Demi mengurangkan jejak karbon, menjimatkan kos tenaga sewaktu krisis tenaga global ini berterusan, tibalah masanya untuk kita bertindak secara kolektif. Pulau Pinang mempunyai semua ramuan untuk menjadi negeri pertama di Malaysia yang benar-benar berjaya menerajui pelaksanaan ESG secara menyeluruh di peringkat industri. Dato’ Seri Yang di-Pertua, Selat Melaka merupakan salah satu laluan perdagangan terpenting dunia dengan hampir 50% perdagangan global melalui laluan ini. Sekiranya benar terdapat kuasa besar yang mula memberi perhatian strategik terhadap Selat Melaka, maka Pulau Pinang sebagai pintu masuk utara Selat Melaka berada dalam kedudukan yang sangat strategik dan juga terdedah.

Kenyataan Menteri Luar sebelum ini menegaskan kepentingan mengekalkan Selat Melaka sebagai laluan bebas dan selamat di bawah kedaulatan negara-negara pesisir. Ini adalah pendirian yang perlu kita sokong sepenuhnya. Namun sebagai Kerajaan Negeri, kita perlu mempunyai strategi tersendiri. Ini termasuk memperkukuh keselamatan pelabuhan, meningkatkan keupayaan logistik serta menarik pelaburan dalam sektor maritim dan tenaga agar Pulau Pinang tidak hanya menjadi pemerhati tetapi pemain utama dalam rantaian bekalan global.

Selat Melaka boleh dianggap sebagai termometer kepada kestabilan ekonomi dan geopolitik dunia dan Pulau Pinang berada tepat di titik bacaan tersebut. Di sini saya merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang yang telah menggariskan strategi yang bersesuaian bagi menghadapi krisis ekonomi serta cabaran global demi memastikan pelabuhan Negeri Pulau Pinang kekal berdaya saing dan mengekalkan kestabilan ekonomi di Pulau Pinang.

Di peringkat antarabangsa pula, kita melihat perubahan dalam landskap tenaga global seperti tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mula mengambil pendekatan lebih bebas dalam pengeluaran minyak termasuk keputusan keluar daripada beberapa komitmen tertentu dalam OPEC. Ini memberi isyarat bahawa pasaran minyak akan menjadi lebih tidak menentu. Bagi Malaysia, ini boleh membawa kesan dua hala. Dari segi positif, ia mungkin membuka ruang kepada harga yang lebih kompetitif dalam jangka masa pendek.

Namun dari sudut negatif, ketidakstabilan ini akan menyukarkan perancangan jangka panjang dalam sektor tenaga. Saya ingin menyentuh bahawa kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mahukan diplomasi seimbang adalah satu kelebihan besar kepada Malaysia dalam menghadapi tekanan geopolitik ini dan kekuatan diplomasi di peringkat Persekutuan harus disokongi oleh kesemua 13 negeri. Saya melihat situasi ini satu peluang strategik untuk Pulau Pinang melangkah ke hadapan. Seperti pepatah yang sering disebut, krisis juga adalah peluang, dengan izin, “wei ji ye shi ji”.

Saya memberi sokongan penuh ke atas cadangan menubuhkan hab kewangan khas antarabangsa. Kebanyakan pelabur besar telah mengalihkan dana dan aset mereka dari Timur Tengah ke hab kewangan yang lebih stabil seperti Hong Kong dan Singapore. Sekiranya kita mampu menarik sebahagian kecil aliran modal global ini, ia sudah cukup untuk memberi impak besar kepada ekonomi Negeri Pulau Pinang. Kita mempunyai kelebihan dari segi lokasi strategik di Asia Pasifik, tenaga kerja berkemahiran tinggi serta rekod prestasi sebagai pusat pembuatan dan teknologi. Dengan memperkukuhkan sektor perkhidmatan kewangan, termasuk kewangan Islam yang semakin mendapat tempat di kalangan pelabur Timur Tengah, kita boleh memposisikan negeri kita sebagai destinasi alternatif yang lebih stabil, telus dan berdaya saing.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, konflik di Timur Tengah telah menyebabkan banyak acara antarabangsa mencari lokasi baru yang lebih selamat dan stabil dari segi geopolitik. Sekali lagi, rantau Asia termasuk Pulau Pinang berada dalam keadaan yang sangat strategik untuk mengambil alih peranan ini. Saya difahamkan bahawa sejak bulan Januari sehingga bulan Mac tahun ini sahaja, melebihi 400 acara telah dilangsungkan di Negeri Pulau Pinang. Saya merakamkan penghargaan kepada Penang Convention & Exhibition Bureau (PCEB) atas kejayaan mereka menjana hasil perniagaan sekitar RM1.91bilion bagi tahun 2025. Ini membuktikan bahawa sektor pelancongan perniagaan dan industri mesyuarat, insentif, persidangan, dan pameran (MICE) merupakan pemacu ekonomi yang signifikan kepada negeri kita. Sekiranya kita tidak melepaskan peluang keemasan ini, saya yakin Pulau Pinang mampu mencatat pencapaian yang lebih tinggi, lebih baik dari segi jumlah acara mahupun impak ekonomi. Limpahan manfaat daripada strategi ini tidak hanya terhad kepada pelabur besar tetapi akan dirasai oleh seluruh ekosistem negeri kita, daripada hotel bertaraf antarabangsa, syarikat penerbangan, sehingga ke perniagaan kecil mahupun penjaja tepi jalan.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, kejayaan penganjuran Rain Rave Water Music Festival di Kuala Lumpur bukan sahaja menarik kehadiran rakyat Malaysia malah turut mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa. Pesta muzik Rain Rave bukan sekadar acara hiburan biasa, ia merupakan satu manifestasi keupayaan negara kita untuk menganjurkan acara berskala besar yang menggabungkan elemen muzik, budaya dan memberi pengalaman unik kepada pelancong sama ada dalam atau pun luar negera, yang selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pesta muzik tersebut telah menarik kehadiran melebihi 180,000 pengunjung yang membawa impak ekonomi yang amat ketara, anggaran melebihi RM30juta perbelanjaan langsung oleh setiap pengunjung di mana andaiannya jikalau setiap pengunjung hanya membelanjakan RM200.00 sahaja. Industri perhotelan pula menjanakan pendapatan yang tinggi dengan kadar penginapan melebihi 90%. Perniagaan kecil dan penjaja memperolehi manfaat langsung dengan peningkatan jualan sehingga beberapa kali ganda. Secara keseluruhan, impak ekonomi pesta muzik ini dianggarkan mencecah RM100juta dalam masa hanya tiga hari. Ini bukan persepsi ataupun dianggap propaganda tetapi adalah realiti ekonomi.

Kesalnya, setiap kali kita cuba melangkah ke hadapan, akan ada suara untuk menarik kita ke belakang. Ada pihak yang cuba mempolitikkan penganjuran pesta muzik tersebut dengan mengaitkan dengan agama dan menimbulkan ketakutan moral. Saya ingin menegaskan bahawa negara kita adalah sebuah negara majmuk yang dibangunkan atas asas kepelbagaian budaya, agama dan juga cara hidup. Kalau seseorang rasa ketidakselesaan, ini hak individu. Tetapi jangan gunakan alasan ini untuk menghalang pembangunan dan juga menyekatkan pertumbuhan sektor pelancongan dan juga peluang janaan ekonomi kepada negara kita. Jangan sesekali menjadikan Malaysia sebagai negara yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Pulau Pinang, sebuah negeri yang tersedia dengan tapak Warisan Dunia UNESCO, pusat pelancongan budaya, makanan terkenal dan juga peranan sebagai gerbang kepada pelancong antarabangsa. Negeri kita berpotensi untuk bersinar lagi. Kita harus usahakan lagi acara mega yang mampu menarik ratusan ribu pelancong dalam satu masa seperti tersebut dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun, menjadikan Pulau Pinang destinasi pelancongan dan hab antarabangsa melalui pemerkasaan produk pelancongan.

Padahalnya, Kerajaan Negeri turut menganjurkan Penang Bridge International Marathon, International Dragon Boat Regatta, perarakan Chingay dan lain-lain lagi acara yang bertaraf antarabangsa setiap tahun. Dengan pembangunan projek Penang South Island (PSI), kawasan pulau tambakan selatan boleh dirancang sebagai zon khas acara antarabangsa. Satu lokasi strategik bagi penganjuran konsert mega, pesta global dan hab pelancongan berimpak tinggi. Dengan projek LRT Laluan Mutiara yang bakal siap dibina pada tahun 2031, ini akan mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar sedia ada dan menyediakan infrastruktur berdasarkan prinsip Transit Oriented Development (TOD) dengan izin, yang mampu menampung keperluan bagi anjuran acara berskala besar. Bayangkan potensi Pulau Pinang dalam menjanakan impak ekonomi jika kita berani melangkah ke hadapan. Saya menyeru kepada Kerajaan Negeri mengkaji secara serius potensi ini dan mengambil langkah proaktif supaya Pulau Pinang tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi dan juga sektor pelancongan global. Penganjuran acara dan pesta bertaraf antarabangsa merupakan salah satu pemangkin ekonomi juga.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan sesi perbahasan ini untuk meluahkan perasaan dukacita susulan insiden kebakaran di Lebuh King pada 13 April lalu yang telah meragut dua nyawa. Kebakaran ini dilaporkan memusnahkan kira-kira 70% premis dengan faktor asap tebal, beban fail kertas yang banyak dan cabaran operasi menyelamat di bangunan lama menjadi antara isu yang dibangkitkan. Tragedi ini bukan sekadar satu insiden terpencil, ia adalah satu amaran serius bahawa kita perlu menilai semula keseimbangan antara pemuliharaan warisan dan juga keselamatan nyawa. Kita semua menyokong pemuliharaan warisan, identiti George Town tidak boleh dikorbankan juga tetapi kita juga harus berani mengakui bahawa terdapat cabaran yang nyata.

Pemilik bangunan warisan berhadapan dengan dua tuntutan yang bercanggah. Syarat pemuliharaan mengkehendaki elemen asal seperti rasuk kayu, struktur tradisional dan ciri binaan lama dikekalkan. Di pihak lain, keperluan keselamatan yang disyaratkan oleh pihak bomba pula menuntut ciri moden seperti pemisahan lantai yang mempunyai rintangan api antara tingkat, tangga ataupun laluan kecemasan kedua dan lain-lain lagi. Persoalannya adalah bagaimana pemilik premis hendaklah mematuhi kedua-duanya jika kerangka dasar sedia ada tidak mencukupi fleksibel dan mendamaikan konservasi dan keselamatan. Inilah isu dasar yang mesti kita tangani, dan saya ingin mencadangkan pendekatan Build Back Better. Bukan sekadar bina semula tetapi bina semula dengan lebih selamat. GTWHI, MBPP dan juga pihak bomba harus meneliti semula garis panduan bagi bangunan warisan kategori dua supaya membenarkan adaptive safety retrofitting dengan izin.

Contohnya, jika rasuk kayu tersembunyi di sebalik siling dan penggantian kepada bahan lebih tahan api seperti keluli tidak mengubah fasad atau nilai visual warisan, adakah wajar kita menimbang kelonggaran berdasarkan merit keselamatan. Warisan tidak sepatutnya menjadi muzium yang membekukan risiko. Warisan mesti hidup dan selamat didiami. Audit risiko kebakaran khas untuk bangunan warisan berisiko tinggi, terutamanya premis lama dengan satu tangga sahaja, kegunaan bercampur, penyimpanan fail atau bahan mudah terbakar dan struktur kayu berusia. Jangan tunggu tragedi kedua barulah kita bertindak.

Ketiga, saya menyokong supaya semua premis dalam zon warisan menyediakan pelan keluar kecemasan, laluan keluar bebas halangan, penyerahan pelan lantai serta gambar dalaman terkini kepada pihak berkenaan untuk membantu dalam operasi menyelamat sewaktu kecemasan. Satu semakan bersama antara Kerajaan Negeri, GTWHI, bomba dan pakar warisan terhadap persoalan lebih besar iaitu adakah piawaian konservasi sedia ada cukup responsif terhadap realiti risiko kebakaran moden. Jika ada dasar yang tidak lagi sesuai dengan tuntutan keselamatan semasa, kita mesti berani menambahbaikkan. Ini bukan melemahkan warisan, ini pula menyelamatkan warisan kerana bangunan warisan yang terbakar dan musnah tidak lagi boleh dipulihara dan lagi penting adalah nyawa yang hilang tidak boleh diganti. Saya percaya Negeri Pulau Pinang boleh memimpin dengan modal yang menunjukkan warisan dan keselamatan bukan pilihan yang bertentangan tetapi dua prinsip yang mesti berjalan seiring. Biarlah tragedi di Lebuh King menjadi satu titik perubahan dasar, bukan sekadar episod duka yang lalu.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, fenomena masyarakat menua inisiatif bandar mesra usia Pulau Pinang. Pulau Pinang negeri berkadar penuaan yang lebih tinggi berbanding dengan purata di peringkat kebangsaan. Dasar dan pendekatan kita terhadap golongan warga emas tidak lagi boleh bersifat reaktif atau bersasar kepada golongan rentan sahaja. Kita perlu melihat isu ini secara lebih menyeluruh, inklusif dan berstrategi jangka panjang. Sering kala apabila kita bercakap tentang warga emas, persepsi umum adalah tertumpu kepada golongan miskin ataupun memerlukan bantuan kebajikan. Namun hakikatnya terdapat satu kelompok besar warga emas yang masih sihat dari segi fizikal dan mental, aktif dan bertenaga, dan mempunyai pengalaman hidup yang luas dan masih ingin menyumbang kepada masyarakat. Jadi adakah dasar kita hari ini benar-benar memenuhi keperluan keseluruhan warga emas atau hanya tertumpu kepada sebahagian kecil yang rentan sahaja.

Saya ingin menegaskan bahawa bantuan kebajikan Kerajaan Negeri adalah amat penting dan wajar diteruskan. Namun, apa yang lebih diperlukan oleh majoriti warga emas hari ini adalah ruang untuk berinteraksi, peluang untuk kekal aktif, platform untuk terus menyumbang, dan persekitaran yang menyokong kesejahteraan mental dan sosial. Ramai dalam kalangan mereka menghadapi isu kesunyian, kehilangan rutin harian selepas bersara dan kekurangan ruang untuk bergaul.

Selaras dengan ucapan Tuan Yang Terutama Tun, saya mencadangkan penubuhan pusat aktiviti warga emas komuniti, Active Ageing Centre dengan izin, di setiap kawasan komuniti yang menyediakan aktiviti harian seperti senaman Tai Chi, tarian, catur, permainan sosial, menganjurkan kelas seperti seni, muzik, teknologi digital dan literasi kewangan, menjadikan tempat berkumpul dan berinteraksi. Ini bukan sekadar pusat kebajikan sahaja tetapi pusat kehidupan sosial warga emas. Cadangan kedua, memperluaskan kemudahan taman dengan peralatan senaman khas untuk warga emas, menganjurkan program sukan dan rekreasi mesra warga emas, bekerjasama dengan NGO dan persatuan untuk menggerakkan aktiviti berkala.

Kesihatan fizikal yang baik akan mengurangkan kos kesihatan jangka masa panjang. Ketiga, menggalakkan warga emas yang masih aktif menjadi sukarelawan dalam komuniti. Program silver volunteerism mengizinkan seseorang yang bersara dari medan kerjaya dapat boleh membimbingkan lagi generasi muda melalui mentorship. Golongan warga emas yang bersara dapat melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti pendidikan, kebudayaan dan warisan. Ini memberi mereka rasa tujuan, sense of purpose, dan nilai diri yang tinggi.

Inisiatif bandar mesra usia, age friendly city, adalah amat penting dalam menyediakan negeri kita ke hala tuju masyarakat menua. Ada lagi laluan pejalan kaki yang memakai teknik interlocking yang lama dan tidak rata, perlu dinaik tarafkan bagi memastikan satu negeri mencapai kemudahan awam mesra warga emas.

Penuaan adalah satu kejayaan. Ia adalah bukti bahawa sistem kesihatan kita bertambah baik dan rakyat hidup lebih selesa, lebih sihat dan lebih panjang umur. Namun, hidup panjang umur harus disertai dengan kualiti hidup yang baik. Jadi akhir kata, saya menyeru agar Kerajaan Negeri merangka satu pelan induk warga emas negeri yang berkomprehensif, mengambil pendekatan whole of society dan memastikan tiada golongan warga emas yang terpinggir, khususnya mereka yang masih aktif dan berdikari tetapi hanya umur mencapai tahap bersara sahaja.

Satu hari nanti kita semua, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan menghadapi tempoh waktu untuk kita bersara. Jadi buat masa itu, saya rasa dan saya berharap semoga kita semua masih sihat dari segi mental dan fizikal, dan kita boleh menyumbang balik kepada negeri kita melalui langkah ini ataupun platform ini. Jadi dengan itu, Pengkalan Kota memohon mencadang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Pengkalan Kota. Ada Ahli Yang Berhormat yang menyokong usul?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Salam sejahtera Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan yang diMuliakan, juga kepada Ketua-ketua Jabatan dan juga rakan kawan-kawan daripada pihak media. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, Batu Lancang mohon menyokong usul terima kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. Batu Lancang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Tuan Yang Terutama Tun atas perasmian dan perutusan dewan, serta laporan yang dibentangkan akan diperhalusi demi mengalas mandat rakyat dan menyemak imbang tadbir urus kerajaan. Maka Batu Lancang akan membahaskan tujuh perkara utama.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, perkara pertama adalah masalah banjir Batu Lancang yang telah berlarutan selama 50 tahun akhirnya selesai. Kawasan sekitar Jalan Sir Ibrahim, Solok Van Praagh dan Jalan Van Praagh telah mengalami bencana banjir seawal 1970-an. Atas usaha pasukan KADUN Batu Lancang, JPS dan dana Kerajaan Negeri berjumlah RM5.7juta, projek tebatan banjir kolam takungan bawah tanah yang dilengkapi pam selam telah disiapkan pada masa empat tahun yang merupakan satu-satunya kolam takungan tebatan banjir bawah tanah yang pertama dan terbesar di Pulau Pinang.

Infrastruktur ini akan mengurangkan 96% risiko banjir kawasan tersebut. Ini secara langsung akan memastikan nilai hartanah tidak terjejas dan kekal stabil. Batu Lancang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Ketua Menteri dan EXCO Infrastruktur atas keprihatinan dan dana yang telah disediakan untuk menjayakan projek ini.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Batu Lancang telah meneliti Laporan Audit Negara untuk Pulau Pinang bilangan 1/2026. Maka selaras dengan perkara 106, 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 bahawa sesuatu laporan berhubung akaun Pihak Berkuasa Awam Negeri serta akaun bagi badan-badan itu perlu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan yakni mengandungi laporan audit syarikat Kerajaan Negeri. Hatta sebagai Ahli-ahli Dewan selazimnya meneliti dan ulas penemuan yang telah disediakan kepada Dewan sebagai melaksanakan semak imbang pentadbiran sejajar dengan falsafah cekap, akauntabiliti dan telus.

Pada masa yang sama, selaras dengan Dasar Reformasi Institusi Perintah Arahan No. 1 YAB Perdana Menteri 2024, Gerakan Pemantapan Tata Kelola Nasional bagi syarikat berkepentingan kerajaan dan syarikat berhad menurut jaminan, bahawasanya berstatus syarikat GLC ini wujud dan berfungsi dengan duit kerajaan, diperolehi dari cukai wang rakyat. Untuk maklumat Dewan, Audit Negara telah meneliti 41 GLC negeri dan sukacita dimaklumkan kebanyakan GLC memuaskan, tahniah dan syabas diucapkan.

Namun begitu, Batu Lancang ingin menarik perhatian kepada dua pendedahan Audit Negara tentang InvestPenang yang mengejutkan di dalam buku audit ini. Pertama, tidak mengamalkan tata kelola yang baik, kelemahan pemantauan dan kawalan dalaman di muka surat 20. Kenaikan gaji dan bonus CEO tiada kelulusan Lembaga Pengarah. Sebelum ini pernah dibangkitkan soalan oleh Ahli Dewan tentang gaji dan bonus GLC. Boleh dikatakan semua GLC telah mengemukakan maklumat kepada Dewan melainkan InvestPenang kerana menyatakan bahawa maklumat mereka NDA iaitu non-disclosure agreement (dengan izin). Persoalannya, NDA bukanlah OSA. Apa perbezaan InvestPenang berbanding GLC lain sehingga ia boleh mengetepikan semak imbang Dewan.

Tidak menyediakan laporan lawatan ke luar negara yang lengkap untuk maklumat Dewan. Belanja misi lawatan InvestPenang mencecah lebih setengah juta di muka surat 110. InvestPenang menerima peruntukan kerajaan sebanyak RM18.5 juta di muka surat 100.

Kedua, pencapaian KPI InvestPenang tidak menggambarkan prestasi sebenar kemasukan pelaburan kerana siasatan Audit Negara mendedahkan bahawa laporan pencapaian kerja tersebut sebenarnya adalah dari MIDA di muka surat 104. Ada pepatah Melayu berbunyi 'lembu punya susu, sapi dapat nama'. Untuk makluman, MIDA yang ditanggung Kementerian melaksanakan tugas yang sama dengan InvestPenang, malah MIDA yang memberi lesen insentif dan pengecualian cukai kepada FDI bagi menarik pelaburan. InvestPenang tidak menjalankan peranan tersebut. Terima kasih MIDA Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, satu perlu diperjelaskan isu ini kerana tata kelola InvestPenang tidak mencerminkan dasar murni kerajaan dan pertindihan fungsi dengan MIDA membangkitkan persoalan sama ada keperluan mengekalkan InvestPenang, terutamanya kerajaan masih berbajet defisit.

Batu Lancang ingin merakamkan penghargaan kepada Audit Negara atas pengauditan yang cemerlang dan mengesyorkan rakan-rakan Dewan meneliti laporan tersebut.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, keterjaminan perumahan di Pulau Pinang kian membimbangkan kerana tiga faktor utama iaitu kedudukan yang menarik sebagai Lembah Silikon Timur dan keterbatasan tanah tersedia. Dua, pelabur hartanah dari negeri lain menjadikan hartanah Pulau Pinang sebagai instrumen lindungan nilai kekayaan, mewujudkan tekanan permintaan buatan, artificial demand (dengan izin), yang melonjakkan harga di luar jangkaan.

Hartanah Pulau Pinang menjadi komoditi spekulatif yang mencetuskan pemindahan kekayaan, wealth transfer (dengan izin), daripada rakyat tempatan ke pelabur negeri luar. Perumahan adalah hak asasi manusia dan bukan komoditi spekulatif berteraskan keuntungan demi kekayaan. Kesan pembelian spekulatif yang didalangi pemaju dan broker akan mengakibatkan penduduk Pulau Pinang terpaksa menyewa kediaman. Akibatnya hartanah kita dimiliki penduduk negeri lain yang membiarkannya kosong dan disewa kepada anak Pulau Pinang dengan harga tajam yang memiskinkan.

Data menunjukkan pada suku kedua 2024 terdapat 14,344 unit tidak terjual, overhang (dengan izin), dengan majoriti unit tersebut adalah julat harga tinggi vicious circle (dengan izin) berlaku apabila ejen dan pemaju memfokuskan kepada pembangunan bermargin keuntungan tinggi yang akhirnya mengakibatkan lambakan unit tidak terjual dan pasaran tepu. Keadaan ini meningkatkan risiko gelombang hartanah, housing bubble (dengan izin), yang boleh menjejaskan kestabilan sistem perbankan negeri jika nilai kolateral hartanah jatuh mendadak apabila pasaran runtuh, pelabur spekulatif dari negeri lain akan meninggalkan Pulau Pinang dengan keuntungan, manakala penduduk kita terpaksa menanggung beban keruntuhan pasaran hartanah dan keparahan ekonomi. Pendek kata, kita tidak miskin tetapi dimiskinkan oleh pelabur spekulatif yang tamak.

Bagi mengimbangi antara kebebasan pasaran dan melindungi penduduk tempatan, Batu Lancang mencadangkan kepada kerajaan untuk merangka pindaan enakmen dan peraturan tanah negeri bagi membolehkan mekanisme kenaikan cukai premium pindahan hartanah sebanyak 3% ke atas pembeli penjual yang bukan anak kelahiran Pulau Pinang, bukan bermastautin tetap Pulau Pinang, dan bukan pengundi berdaftar Pulau Pinang sekurang-kurangnya tiga penggal. Ini merangkumi hartanah perkongsian yang dijual beli yang melibatkan individu seperti dinyatakan tadi. Hasil cukai boleh disalurkan ke dalam Akaun Amanah Perumahan untuk projek Mutiaraku dan skim sewa beli, rent to own, B40 dan belia tempatan.

Dasar mengawal pemilikan orang luar dan kenaikan cukai tambahan bukan dasar yang asing. Contohnya, pemilikan hartanah di Kelantan mengutamakan anak negeri melalui Enakmen Tanah Kelantan 1938. Sabah, Sarawak dalam konteks pemilikan tanah adat melarang pemilikan orang luar pada tanah status Native Title. Di Singapura, cukai instrumen fizikal dikenakan untuk pembeli luar, dan cukai hartanah tempatan Sepanyol mensyaratkan pemilik rumah kedua yang tidak didiami dikenakan cukai IBI yang tinggi.

Kesimpulannya, dasar kenaikan cukai 3% pada orang luar boleh menambahkan hasil negeri demi menuju ke arah kedaulatan hartanah dan kediaman Pulau Pinang, dan memastikan keterjaminan perumahan dan hartanah. Kita perlu beralih daripada model pembangunan berorientasikan keuntungan, profit oriented, kepada model kesejahteraan rakyat (dengan izin). Kegagalan menyekat spekulasi pembeli dari negeri luar akan menjadi penghalang kemakmuran rakyat Pulau Pinang.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, fenomena involution juga dikenali sebagai neijuan (dengan izin), iaitu persaingan melampau yang tidak membuahkan kemajuan, neijuan dari China kini menjangkiti pasaran Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Philippines, Taiwan dan Malaysia. Pulau Pinang tidak terkecuali. Tekanan ekonomi di China akibat perluasan kapasiti melampau telah memaksa rangkaian perniagaan China berhijrah ke luar negara untuk mengekalkan keuntungan.

Kemasukan agresif jenama dan rangkaian kedai secara besar-besaran dari China mula menjejaskan ekosistem perniagaan tempatan mengakibatkan kebanjiran barangan murah dan persaingan harga yang sengit. Peniaga Pulau Pinang yang menjual barangan keperluan harian dan produk komuniti terpaksa bergelut saing dengan harga murah melampau dari China. Di Batu Lancang, peniaga kecil dan kedai makanan mula mengeluh bahawa jualan mereka terjejas akibat kebanjiran kedai jenama China yang menawarkan harga yang direndahkan secara buatan akibat lambakan, dumping price (dengan izin).

Antara yang paling banyak terkesan adalah peniaga makanan dan minuman tempatan restoran, kedai kopi, warung, penjaja dan lain-lain. Involisi kini merebak ke Pulau Pinang membawa dua risiko dan kesan ekonomi tempatan. Pertama, pengusaha tempatan berdepan dengan penutupan perniagaan apabila margin keuntungan makin mengecil. Ini menjurus kepada kehilangan pekerjaan kerana penurunan penghasilan mengurangkan keperluan tenaga kerja. Kesan kedua adalah kepada penduduk dan pengguna. Walaupun harga barangan murah pada mulanya, kehilangan pekerjaan akibat kegagalan perniagaan tempatan menjejaskan pendapatan isi rumah dan melemahkan kuasa beli.

Di Singapura, komuniti peniaga telah mencadangkan akreditasi francais dengan tiga matlamat utama, satu pemantauan kemasukan bertujuan menjejaki kemasukan jenama asing dengan bagi mengelakkan lambakan dalam sektor yang sama. Kawalan persaingan menguruskan tekanan ke atas kos sewa premis dan bersaing tenaga kerja yang sering melonjak akibat kemasukan jenama asing yang mempunyai modal besar, iaitu well-capitalized foreign brand (dengan izin). Perlindungan jenama lokal dengan adanya akreditasi pihak berkuasa dapat memastikan pertumbuhan pasaran runcit adalah seimbang dan tidak meminggirkan perniagaan kecil dan sederhana tempatan. Di Thailand, kemasukan besar-besaran produk-produk murah dari China kini dianggap sebagai ancaman serius terhadap ekonomi domestik. Ancaman ini dinamakan China Shock 2.0. Ahli perundangan, bank, dan pemerhati ekonomi memberi amaran bahawa mereka sedang menghadapi gelombang kedua produk China, harganya sering kurang daripada separuh harga produk tempatan.

Berikutan sekatan tarif di pasaran Barat, China mengalihkan lebihan lambakan ke Thailand. Melihat kepada kegusaran langkah-langkah yang telah diambil oleh negara jiran untuk menyelamatkan perniagaan tempatan mereka, kita tidak harus memandang ringan gejala jangkitan involusi ini. Demi melindungi usahawan dan perniagaan kita, Batu Lancang minta kerajaan PBT selaku penguasa lesen perniagaan, menyediakan kerangka dasar membendung jangkitan involusi di Pulau Pinang yang berpunca dari kebanjiran rangkaian kedai China yang menjejaskan ekosistem perniagaan tempatan.

Oleh kerana rantaian perniagaan ini menggunakan bahan dan ramuan yang dibawa masuk secara terus ke Pulau Pinang dari luar negara, maka Batu Lancang mencadangkan supaya PBT, Kastam Diraja, dan KKM menjalankan operasi bersepadu untuk menyemak dan memastikan bahan import kedai tersebut memenuhi peraturan import dan piawaian keselamatan makanan Malaysia. Untuk PBT menyediakan mekanisme cukai tambahan untuk lesen perniagaan dikenakan terhadap kedai rangkaian franchise yang berasal dari negara asing yang baru menembusi pasaran Pulau Pinang kurang dari 8 tahun. Ini bertujuan untuk melindungi jenama dan perniagaan usahawan tempatan.

Dato' Seri Yang di-Pertua, keselamatan kebakaran di Pulau Pinang telah mencapai tahap yang mendesak. Batu Lancang akan mengupas isu ini berteraskan tiga (3) sudut pandangan: analisisi rekod makro dewan, statistik dan rekod umum penyata masalah dan cadangan langkah penyelesaian.

Pertama, analisisi rekod makro menunjukkan kerugian yang amat membimbangkan dalam empat (4) bulan pertama 2026 sehingga April 2026. Pulau Pinang mencatatkan kerugian kebakaran sebanyak RM23.86 juta. Tragedi kebakaran besar berlaku setiap bulan seperti berikut:

1. Kebakaran rumah kedai Lebuh Presgrave 19 Januari, lima buah rumah kedai musnah.

2. Kebakaran hutan Taman Botani 4 Februari, lebih 30 anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman di kawasan cerun.

3. Kebakaran rumah setinggan Tanjung Tokong 3 Mac, empat rumah setinggan musnah, 23 penghuni hilang tempat kediaman.

4. Dan kebakaran Firma Guaman Lebuh King 13 April, dua kematian.

Perincian statistik infrastruktur menunjukkan inventori pili bomba awam di negeri merekodkan trajektori peningkatan daripada 6,779 unit pada 1993 kepada 14,815 unit pada 2006 dan 13,090 unit pada 2007. Namun kadar kerosakan ketika ini berada di tahap 8.07%. Walau bagaimanapun, berdasarkan siasat terperinci ke atas data terkini bagi tahun 2024 mendedahkan realiti kerosakan yang masih ketara. Sebagai contoh di Butterworth sahaja, terdapat 1,870 pili bomba, daripada jumlah tersebut 398 unit memerlukan penyelenggaraan bagi kerosakan kecil, manakala 88 unit berhadapan dengan kerosakan yang kritikal.

Eskalasi kos pemasangan pili bomba telah melonjak secara drastik antaranya tahun 1990-an, RM2,000 hingga RM3,000 seunit, maka tahun 2002, RM5,000 hingga RM7,000 seunit. Untuk tahun 2026 adalah RM6,500 hingga RM11,500 seunit pili bomba. Maka dirumuskan pernyataan masalah intrinsik iaitu asimetri belanjawan kos sebenar penggantian infrastruktur keselamatan kebakaran berbanding defisit peruntukan. Kesesakan lorong kota warisan Georgetown dan Kampung mengehadkan laluan bomba. Bangunan tapak warisan dunia UNESCO Georgetown khususnya rumah kedai pra-perang berisiko tinggi kerana kegunaan kayu sebagai bahan struktur utama dan sistem pendawaian elektrik usang merupakan petanda keperluan untuk naik taraf keselamatan kebakaran moden namun sering bertembung dengan syarat pemulihan bangunan warisan yang ketat. Susun atur rumah kampung tradisional dan setinggan berselerak menjadi keterbatasan usaha menyelamat pasukan bomba kerana ketiadaan zon penampan kebakaran iaitu firewall dengan izin, dan kawasan hutan bukit-bukau bercerun dan kekurangan punca air dan sukar dicapai.

Kini ketika berdepan dengan cabaran dan pelbagai, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) telah muncul sebagai tiang seri penyelamat kebakaran kerana kelebihan PBS dalam memahami selok-belok geografi tempatan dan kampung membolehkan capaian pantas dan kebolehupayaan mengawal kebakaran di kawasan yang mencabar dengan berkesan. Ini mewujudkan kebergantungan masyarakat kepada PBS adalah amat ketara. Batu Lancang mencadangkan langkah penyelesaian kepada kerajaan seperti berikut:

Pertama, kerajaan memberi imbuhan yang stabil dan skim insurans perlindungan diri yang menyeluruh kepada PBS supaya moral anggota PBS kekal tinggi walaupun berdepan risiko yang mengancam nyawa.

Kedua, menyediakan peruntukan tahunan iaitu statutory iaitu kenaan bayaran yang tetap di bawah belanjawan negeri untuk membantu menyelenggarakan balai sukarela, perolehan peralatan penyelamat, peralatan perlindungan diri, dan menampung kos operasi. Ini jauh berbeza dengan kaedah sokongan kewangan semasa yang berbentuk sumbangan dana yang bergantung pada ihsan budi bicara kerajaan dari tahun ke tahun. Langkah ini bukan sekadar bantuan kewangan PBS tetapi pengiktirafan kepada modal sosial iaitu social capital community.

Ini bukan permintaan baru, ia pernah dibangkitkan sejak 20 tahun dahulu pada persidangan Mei 2006 oleh ahli kawasan Sungai Puyu. Dato' Seri Yang di-Pertua, pada persidangan terdahulu Batu Lancang telah membangkitkan isu Nadir Bumi (REE). Mohon kerajaan kemukakan laporan terkini pada pengulungan. Saya membangkitkan perkara ini kerana pada bulan April 2026 sebanyak 57 kumpulan aktivis di Malaysia telah menyatakan bantahan terhadap sebuah syarikat yang memproses nadir bumi di Kuantan yang didakwa memperoleh kontrak untuk membekalkan REE kepada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat atau Pentagon. Perkara ini turut mendapat bantahan daripada aktivis alam sekitar dan kumpulan anti-perang yang menyuarakan kebimbangan bahawa REE dari Malaysia berpotensi digunakan bagi tujuan persenjataan.

Situasi ini jelas bertentangan dengan dasar Malaysia dan ASEAN yang berpegang kepada prinsip Zone of Peace, Freedom and Neutrality dengan izin. Berdasarkan perkembangan ini, saya ingin menyeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar mengambil pendirian jelas dan proaktif bahawa REE dari negeri ini tidak seharusnya digunakan untuk tujuan persenjataan. Adalah tidak wajar hasil bumi negara kita yang selama ini menjunjung prinsip keamanan dan pendamaian akhirnya disalurkan untuk kegunaan peperangan. Kita amat gusar bahawa sekiranya REE dari Pulau Pinang disalahgunakan, ia berpotensi mencetuskan konflik yang tidak dijangka sedang mengundang implikasi negatif kepada negara khususnya kepada rakyat yang menjunjung nilai keamanan.

Dato' Seri Yang di-Pertua, kebangkitan kes pengabaian, amang seksual, dan keganasan terhadap kanak-kanak makin menular di peringkat negara. Mutakhir kita sekali lagi dikejutkan dengan berita duka penderaan seksual kanak-kanak di rumah kebajikan Batu Caves. Ini adalah naratif hitam yang mendedahkan kelompangan serius sistem pengawasan institusi sedia ada yang menghakis keyakinan ibu bapa dan masyarakat. Pulau Pinang tidak terkecuali. Laporan pendakwaan melibatkan keganasan terhadap kanak-kanak yang berlaku di pusat pendidikan, asuhan dan lain-lain yang dibawa ke mahkamah hampir setiap bulan:

16 Oktober 2025 Balik Pulau, Ustaz direman melakukan amang seksual pada empat murid 12 tahun di pusat latihan Kampung Genting. 27 November 2025 SPT, individu dituduh bunuh anak di kampung sekolah. 05 Disember 2025 SPU, lelaki dituduh amang seksual terhadap kanak-kanak 15 tahun di bilik hotel murah Butterworth. 11 Februari 2026 SPS, guru karate didakwa lakukan amang seksual pada pelajar kanak-kanak. 19 Mac 2026 SPT, pengasuh bayi wanita didakwa membunuh bayi 4 bulan di pusat jagaan. 17 April 2026 Kepala Batas, anak 3 tahun menjadi mangsa pengabaian ditinggalkan ibu kandung.

Petunjuk awal peningkatan kes telah jelas dicatat pada peringkat awal rekod dewan. Kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak telah mula menunjukkan peningkatan ketara tahun ke tahun. Pada tahun 2021, 68 kes; 2022, 90 kes; 2023, 100 kes. Dari 2018 hingga 2025 sebanyak 326 kes penderaan kanak-kanak dicatatkan oleh PDRM, hampir separuh iaitu 151 kes diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) dengan izin, tiada tindakan lanjut.

Trend ini merupakan krisis yang amat membimbangkan dan menuntut tindakan drastik. Ia bukan sahaja mendedahkan kerapuhan sistem pengawasan terhadap rumah asuhan kanak-kanak, malah menunjukkan wujudnya eksploitasi sistematik atau individu tidak bertanggungjawab yang berselindung di sebalik imej institusi kebajikan dan pendidikan. Maka Pulau Pinang yang mempunyai slogan mulia Wawasan Penang 2030 berteraskan keluarga perlu mengambil perhatian gelombang kes pengabaian amang seksual dan keganasan terhadap kanak-kanak yang sedang menular, yang mempamerkan keperluan untuk mengukuhkan langkah pencegahan berstruktur dan melindungi golongan paling rentan. Bagi melindungi kanak-kanak di Pulau Pinang, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan perlu segera melaksanakan tiga langkah kawalan yang lebih ketat melalui:

1. Audit pematuhan mandatori: Mewajibkan setiap pusat jagaan dan rumah kebajikan menjalani audit keselamatan dan saringan latar belakang (vetting) jenayah seksual secara berkala bagi semua kakitangan melalui sistem PDRM dan JKM sebelum lesen ditawarkan atau diperbaharui.

2. Integrasi teknologi pemantauan: PBT boleh mengenakan syarat pemasangan CCTV yang berhubung secara terus (real time) dengan pusat pemantauan agensi berkaitan bagi premis berisiko tinggi sebagai syarat tambahan pembaharuan lesen perniagaan, dan

3. Sistem amaran awal komuniti: Mewujudkan talian hotline khusus peringkat PBT yang membolehkan laporan tanpa nama (whistleblower) dibuat oleh komuniti setempat sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan di pusat terapi, asuhan, kebajikan, dan pendidikan supaya dijadikan antara rekod dalam mempertimbangkan pembaharuan lesen premis tahunan mereka.

Ini bukan sekadar kawalan birokrasi tetapi merupakan benteng pertahanan utama bagi memastikan Pulau Pinang kekal menjadi ruang yang selamat dan bermaruah untuk pembangunan modal insan masa depan sejajar dengan Wawasan Penang2030 berteraskan keluarga. Dato' Seri Yang di-Pertua, Batu Lancang telah sampai ke penghujung pembahasan. Tujuh perkara utama yang telah diangkat sebentar tadi perlu diambil perhatian oleh kerajaan dan dijawab pada penggulung mesyuarat ini. Izinkan Batu Lancang menutup dengan serangkap pantun:

Usul Terima Kasih Kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua NegeriMotion

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Ucapan dewan sudah dibahas, Janji diberi jangan dilepas, Isu dibangkit minta diperjelas, Batu Lancang teguh menyokong ikhlas.

Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Batu Lancang. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka kita berada dalam sesi perbahasan atas usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan menyampaikan ucapan kepada Dewan di Mesyuarat yang Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang ke-15 pada 8 Mei yang lalu. Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa ingin mengambil bahagian dahulu? Sungai Dua, sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillahi rabbil alamin, wal aqibatu lil muttaqin, wala 'udwana illa 'aladz dzalimin, was sholatu was salamu 'ala Rasulillahil amin, wa 'ala alihi wa ashabihi ajma'in. Qala rabbi syrahli sadri wa yassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qauli, yafqahu qauli, yafqahu qauli amma ba'du. Pertamanya terima kasih kepada Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, ketua pengarah jabatan dan agensi, para hadirin yang saya kasihi sekalian.

Saya terlebih dahulu ingin merafakkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan yang telah disampaikan pada Jumaat yang lalu untuk pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15. Ucapan tersebut bukan sahaja menghimpunkan pencapaian Kerajaan Negeri, tetapi turut menggambarkan aspirasi besar terhadap masa depan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri maju, berdaya saing dan lestari.

Sidang yang saya kasihi sekalian, kita berdiri, saya berdiri di dalam Dewan yang Mulia ini, kita sama-sama berada di dalam Dewan yang Mulia ini bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan peraturan, persidangan mesti dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan sekali. Tetapi yang lebih penting bagi kita ialah kedatangan kita ke Dewan yang Mulia ini ialah untuk memastikan supaya hala tuju dan objektif berkerajaan dapat dicapai.

Firman Allah SWT, Innallaha ya'murukum bil 'adli wal ihsan. Sesungguhnya Islam mengajar dan menekankan konsep keadilan dan kebaikan. Di dalam berbuat kerajaan, berbuat baik dan melaksanakan keadilan kepada rakyat. Maka kita mesti mengamalkan politik sejahtera, bukan mengamalkan politik penjajah.

Politik sejahtera ini Allah SWT firman, Innallaha ya'murukum an tu'addul amanati ila ahliha waiza hakamtum bainan nasi an tahkumu bil 'adl. Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kepada kamu, orang yang dibebani dengan amanah supaya menunaikan amanah kepada ahlinya. Dan apabila melaksanakan hukuman, melaksanakan pemerintahan, maka hendaklah dilaksanakan dengan penuh dengan amanah dan keadilan.

Dan inilah perkara yang telah dituntut oleh Allah SWT kepada pemegang-pemegang amanah, maka kita di peringkat negeri juga adalah merupakan pemegang-pemegang amanah. Kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun an ra'iyyatihi. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal dari sudut kepimpinan yang telah kamu laksanakan.

Para hadirin yang dikasihi sekalian, Allah SWT juga memperingatkan tentang politik penjajah sepertimana dirakamkan di Surah An-Naml. Ketika mana respon yang diberikan oleh Maharani Balqis terhadap surat yang diutuskan oleh Nabi Allah, Sulaiman Alaihissalam, dia berkata Auzubillahi minasyaitanirrajim. Innal muluka iza dakhalu qaryatan afsaduha waja'alu a'izzata ahliha azillah, wakazalika yaf'alun. Sesungguhnya raja-raja yang datang menjajah, yang datang menguasai sesebuah negeri, maka mereka akan membinasakan negeri tersebut. Menjadikan orang yang mulia-mulia yang berada dalam negeri tersebut hina. Demikianlah setelah mereka lakukan. Ini satu persepsi Balqis terhadap kerajaan Nabi Allah, Sulaiman Alaihissalam. Dia melihat bahawa kerajaan-kerajaan yang bertindak menjadi... menjadi apa nama ni penjajah.

Politik penjajah ini mesti kita jauhkan. Bila kita menguasai kerajaan, jangan bertindak sebagai penjajah, menjajah dan mengambil hasil mahsul. Bumi ini bukan hanya untuk kita dan kroni kita, tetapi kita mesti menjalankan tanggungjawab untuk memakmurkan muka bumi dan kita memberikan dan berkongsi kepada semua rakyat jelata yang berada di dalam, di dalam negeri dan negara ini.

Tuan Speaker yang saya kasihi sekalian, maka sudah tentulah politik penjajah, politik yang sapu dan juga merosakkan ini, politik hipokrit, politik buli dan politik zalim, politik monopoli, maka kita perlulah melakukan muhasabah adakah penyakit-penyakit ini juga berjangkit kepada kita. Jika penyakit ini berjangkit kepada kita amat malang, maka objektif untuk menuju ataupun hala tuju negeri bakal terbantut dan kita tidak akan dapat mencapai objektif berkerajaan dengan tujuan kita menegakkan Kerajaan Negeri.

Tuan yang saya... Tuan Speaker yang saya kasihi sekalian, Nabi SAW bersabda, Hasibu anfusakum qabla an tuhasabu. Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab di hadapan Allah SWT.

Saya ada terlihat kepada satu nasihat orang tua-tua yang digubahkan dalam bentuk syair. Ada menyebut, dengan izin Speaker. Bila diri ingin terpandang… Macam mana? Ok ke?

Janganlah kata tinggi melambung, Jauhi sifat ayam di kandang, bertelur satu ribut sekampung. Jauhi sifat ayam di kandang, bertelur satu ribut sekampung. Ingat petua penyu di pantai, telur beratus tak pernah bangga. Demikianlah yang saya sampaikan untuk pesanan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh masuk tandinglah.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ni ubat tidur ni.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Maka kita mestilah mengamalkan politik solusi, politik yang memberikan solusi kepada segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat kita. Perjalanan kerajaan akan dipandang oleh rakyat. Kerajaan yang berbakti kepada rakyat, kerajaan yang akan disokong dan akan diteruskan. Sebaliknya jika sekiranya kerajaan zalim kepada rakyat, buat tak peduli kepada rakyat, tekan rakyat, kerajaan bakal dihukum oleh rakyat di dalam Pilihan Raya Ke-16 nanti.

Sabda Nabi SAW, Man ra'a minkum munkaran falyughayyirhu biyadih, waman lam yastati' fabilisanih, waman lam yastati' fabiqalbih wazalika ad'aful iman. Jika sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan kuasanya. Penguatkuasaan boleh menangani kezaliman dengan berkesan. Dan jika sekiranya tak boleh, tidak menjadi kerajaan, tidak berada di sebelah sana, berada di sebelah sini, maka hendaklah mencegah dengan lisan. Mencegah dengan lisan di dalam Dewan Undangan Negeri tempat pembuat dasar. Berbahas di sini adalah merupakan satu tuntutan supaya pencegahan kepada kemungkaran dapat dilakukan, dan begitu juga jika sekiranya lemah dengan hati, jadi rakyat, jadi orang biasa, (bacaan Ayat Quran) maka hendaklah cegah dengan hati. Tunjuk perasaan tidak bersekongkol ataupun tidak bersama dengan kemungkaran. Proses amar makruf nahi mungkar, cegah kemungkaran ini adalah merupakan perkara yang asas supaya masyarakat kita tidak rosak, supaya kerajaan kita tidak rosak, maka jangan kita jauhi perkara ini kerana perkara ini adalah merupakan perkara yang bakal mengangkat kemuliaan sesebuah negeri dan juga sesebuah masyarakat.

Tuan Yang... Dato’ Seri Speaker, saya ada 16 tajuk untuk saya sampaikan. 16... maklumlah kita dua bulan... dua kali saja bersidang, kan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi laju

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya ingin bercakap tentang Perbadanan Ketua Menteri (CMI). Padang Kota untuk menarik perhatian. Di mana CMI yang menguruskan 71 projek dari tahun 2004 dan 2005. Hasil yang diperolehi melalui sewaan dan pajakan tanah di bawah pengurusan Chief Minister Incorporated, (CMI) dan juga State Secretary Incorporated (SSI) 2025 sehingga 30 September 2025 berjumlah RM8.43 juta.

Namun sehingga ini, sehingga ke hari ini, masih belum ada akaun yang jelas dan diaudit secara menyeluruh sejak ianya diperbadankan pada tahun 2009. Sampai ke la ni akaun pun tak ada, audit pun tak ada. Ini satu perkara yang cukup mendukacitakan dan satu perkara yang cukup mengejutkan. Macam mana boleh jadi begitu? Sepatutnya CMI ni perlu berfungsi sepertimana ia diperbadankan dalam enakmen yang telah pun dienakmenkan. CMI sepatutnya berfungsi memberi bantuan kepada perbadanan yang... yang lain. CMI sepatutnya boleh melabur dan juga menggunakan dana perbadanan. CMI boleh memasuki urus niaga komersial. CMI boleh menubuh dan juga menggalakkan penubuhan syarikat. CMI boleh membuat pinjaman dengan tujuan untuk memenuhi fungsi dan juga obligasinya. Ini sepatutnya fungsi CMI. Tapi hari ini pasal apa CMI tidak ada akaun? Masih tidak ada akaun dan juga tidak diaudit, tak ada audit dalaman.

Menurut pindaan enakmen, pindaan Ketua Menteri, CMI, “perbadanan hendaklah menyimpan akaun-akaun dan juga rekod-rekod lain yang sempurna mengenai perjalanannya, dan hendaklah menyediakan penyata bagi akaun-akaunnya bagi tiap-tiap satu tahun kewangan. Ketua Menteri hendaklah mengedarkan satu salinan tiap-tiap penyata dan pandangan dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri”.

Sepatutnya dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri. Tapi CMI sampai sekarang dan juga beberapa kali persidangan tak ada pun. Dan perkara ini juga ditegur oleh beberapa ADUN ataupun ditanya oleh beberapa ADUN, yang banyak bertanya tu ialah ADUN Kerajaan, daripada ADUN Pembangkang. Ada kat saya senarai. 10 orang ADUN Kerajaan, bakinya adalah ADUN bukan Kerajaan. Ini ada senarai kat saya. Apa maknanya CMI tak dapat, gagal, membuka akaun dan juga membentangkan audit kepada Dewan yang Mulia ini.

Tak boleh berdikari CMI tidak boleh berdikari lagi sampai ke la ni. Masih lagi orang kata apa dari sudut perbelanjaan dia masih lagi bergantung kepada kewangan Kerajaan Negeri di bawah SUK. Sepatutnya, apa nama, CMI ini boleh bergerak seumpama MBI di Negeri Perak dan juga Selangor yang kita lihat begitu baik.

Para hadirin ni. Tuan Dato’ Seri Speaker yang saya kasihi sekalian, malangnya sehingga kini Ketua Menteri gagal membentangkan laporan penyata dan pandangan Audit Negara terhadap akaun perbadanan. Dalam dalam apa nama ni Laporan Audit Negara pun ada disentuh secara sedikit, ada kaitannya juga dengan dengan CMI ni. Kerana di bawah CMI ada 18 syarikat yang ditubuhkan. Maka kalau kewangan tak diaudit, kalau maknanya apa ni projek-projek sebanyak 71 projek di bawah CMI ni tidak diaudit, macam mana kita nak tahu dan bagaimana perjalanan CMI ni dan juga apa aktiviti dia, kemudian untung rugi dia, kita tak tahu. Boleh berlaku bermacam-macam, bermacam-macam perkara di sebaliknya.

Yang lebih membimbangkan struktur pengurusan CMI sendiri dilihat terlalu kabur kepada pengetahuan awam. CMI bukan sekadar mengurus satu dua projek kecil tetapi melibatkan tanah Kerajaan Negeri, pajakan strategik, joint venture bersama dengan pemaju serta pelbagai projek pembangunan melalui syarikat khas ataupun SPV. Sehingga hari ini, rakyat masih tidak mendapat gambaran yang jelas tentang keseluruhan syarikat berkaitan di bawah pengurusan CMI, struktur pegangan saham serta hubungan pemilikan yang sebenar. Kerajaan hanya menyebut jumlah keseluruhan GLC tetapi tidak mendedahkan secara terbuka struktur penuh entiti yang terlibat. Ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya siapa sebenarnya menguruskan aset negeri, siapa yang mendapat manfaat daripada projek-projek ini, dan bagaimana semakan boleh dibuat jika struktur syarikat sendiri tidak telus. Lebih ikonik, Kerajaan Negeri saling berbangga dengan prinsip CAT (Competency, Accountability, Transparency).

Saya takut maknanya prinsip ini jadi macam meriam kabat, bunyi deras tetapi apa pun tak ada tetapi dalam kes CMI ini, di mana kompetensinya jika akaun pun tidak jelas? Di mana akauntabilitinya jika audit tidak dilaksanakan dan di mana ketelusannya jika maklumat kewangan tidak dibentangkan kepada Dewan? Keadaan ini bukan sahaja mencerminkan kelemahan, malah menimbulkan keraguan serius sama ada prinsip CAT itu benar-benar diamalkan atau sekadar slogan. Lebih membimbangkan, perkara ini telah dibangkitkan oleh ramai Ahli Dewan Undangan Negeri sebelum ini yang saya sebutkan tadi menunjukkan bahawa ini bukan isu terpencil tetapi kebimbangan bersama.

Justeru saya menggesa Kerajaan Negeri supaya tampil memberi penjelasan yang menyeluruh serta memastikan semua akaun berkaitan CMI disediakan, diaudit dan dibentangkan secara terbuka kepada Dewan Rakyat, kepada Dewan Undangan Negeri. Kalau benar kita berpegang kepada CAT, maka inilah masanya untuk membuktikannya. Tetapi bukanlah hanya slogan dan kita memerlukan tindakan. Tuan Yang di-Pertua,

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Yang Berhormat Sungai Dua minta pencelahan sedikit.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Berkenaan CMI Yang Berhormat Sungai Dua, saya sejak awal berada dalam Dewan ini sejak mula diberi tanggungjawab telah membahaskan berkenaan kepentingan aliran kewangan yang ada dalam CMI ini. Malah pada sidang yang lepas dan beberapa sidang, saya telah membahaskan supaya PAC segera memanggil CMI. Yang Berhormat Sungai Dua selaku Pengerusi PAC, saya difahamkan juga telah terima permohonan saya secara bertulis untuk memanggil CMI dalam PAC, cuma kali ini saya nak mengulangi pendirian saya bersama dengan Ahli-ahli Dewan, sepatutnya jika dipanggil pada satu masa akan datang, saya berharap Yang Berhormat Sungai Dua dan Ahli-ahli PAC akan membuat pendengaran bersama CMI itu dijadikan sebagai pendengaran terbuka. Setuju Sungai Dua? Terima kasih.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Terima kasih. Ada lagi?

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Tadi Yang Berhormat Sungai Dua menyebut dalam banyak-banyak yang menegur CMI ini ADUN Kerajaan sendiri. Jadi saya nak tanyalah, saya hairan kenapa bila ADUN Kerajaan sendiri bertanya tidak ada respons atau pun tidak balas daripada CMI ataupun negeri lah.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Itu akan kita minta diaudit.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang Berhormat Sungai Dua, mohon ya Yang Berhormat Sungai Dua.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Apa yang Yang Berhormat Sungai Dua sampaikan CMI itu audit tidak diauditkan, haruskah sebagai PAC, Sungai Dua duduk dalam PAC, haruskah kita panggil PAC, haruskah kita panggil dalam masa terdekat? Next kita DUN bersidang, kita nak penyata itu hadir kepada ADUN-ADUN di dalam Dewan ini. Setuju tak setuju Yang Berhormat Sungai Dua?

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Terima kasih pada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar yang prihatin kepada isu ini. PAC akan panggil selepas daripada Dewan ini, Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak beralih pula, CMI sudah habislah kepada cukai tanah hat rata-rata orang pakat bercakap, rata-ratalah rakyat bercakap, rata-ratalah pemimpin kita bercakap. Seterusnya saya ingin menyentuh isu tentang kenaikan cukai tanah yang berlaku secara mendadak. Isu ini bukan lagi sekadar perbahasan teknikal tetapi telah menjadi kegelisahan rakyat di bawah, sehingga mencetuskan perbezaan pandangan secara terbuka dikalangan kepimpinan sendiri. Apabila pemimpin dalam kerajaan sendiri berbeza pandangan secara terbuka tentang suatu dasar, itu menunjukkan isu ini bukan kecil. Ini bukan sekadar persepsi pembangkang tetapi pengakuan bahawa terdapat masalah pada pelaksanaan dasar tersebut. Lebih membimbangkan apabila teguran terpaksa datang daripada peringkat lebih tinggi untuk meredakan keadaan. Ia memberi gambaran bahawa isu ini belum benar-benar diselesaikan, sebaliknya hanya diperlahankan dari sudut kenyataan awam.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak menolak cukai sebagai satu keperluan dalam pentadbiran negeri. Namun persoalan lebih besar ialah sama ada pelaksanaan cukai ini benar-benar adil dan mengambil kira kemampuan rakyat. Kerajaan bukan sekadar pemungut hasil tetapi pemegang amanah yang wajib menjaga keseimbangan antara keperluan hasil dan keadilan sosial.

Hasil tinjauan dan maklum balas yang kami terima mendapati ramai pemilik tanah khususnya golongan berpendapatan sederhana, penghuni rumah teres kos sederhana dan juga para pesara menghadapi kesukaran besar untuk menanggung kenaikan ini. Dalam pentadbiran moden, sesuatu beban kewangan sepatutnya dilaksanakan secara seimbang dan berkadar dengan tujuan dasar tersebut. Beban yang terlalu tinggi sehingga melampaui kemampuan rakyat boleh dianggap bercanggah dengan prinsip kesaksamaan dalam pentadbiran awam. Hak pemilikan harta rakyat juga perlu dihormati dan segala bentuk beban kewangan ke atas tanah mestilah dilaksanakan secara munasabah, adil dan tidak menindas.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, kenaikan ini pula berlaku ketika rakyat sedang berhadapan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga barang keperluan naik, kos utiliti meningkat, kos pendidikan anak-anak bertambah dan perbelanjaan kehidupan bandar semakin membebankan. Dalam keadaan rakyat sedang bergelut dan juga menstabilkan kewangan keluarga, tambahan kenaikan cukai tanah ini hanya akan menimbulkan lagi tekanan kepada ekonomi isi rumah. Akhirnya apabila kuasa beli rakyat semakin lemah, kesannya bukan sahaja kepada individu tetapi turut memberi implikasi kepada ekonomi negeri secara keseluruhan. Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah kesan terhadap tanah pusaka dan tanah warisan keluarga.

Di Pulau Pinang, masih banyak tanah yang dimiliki secara turun-temurun, tidak digunakan untuk tujuan komersial, sebaliknya tanah ini tidak menjana pendapatan tetap kepada pemiliknya. Dalam banyak keadaan, tanggungjawab membayar cukai hanya dipikul oleh ahli keluarga yang masih tinggal di atas tanah tersebut sedangkan mereka sendiri daripada golongan sederhana ataupun miskin bandar. Akibat kenaikan cukai yang mendadak, ada risiko pemilik akhirnya terpaksa menjual tanah warisan keluarga kerana tidak mampu menanggung bayaran tahunan yang semakin tinggi.

Jika keadaan ini berlaku secara berterusan, kita akan menyaksikan hak milik tanah tempatan semakin terhakis sedikit demi sedikit. Walaupun Kerajaan memberi penjelasan bahawa terdapat faktor seperti perubahan penggunaan tanah, saiz lot yang besar atau pelarasan selepas tempoh yang lama tidak disemak, persoalannya tetap sama, adakah pendekatan ini mengambil kira kemampuan sebenar rakyat? Adakah wajar beban itu dipindahkan secara mendadak tanpa mekanisme perlindungan yang mencukupi? Memang benar cukai ini tidak disemak dalam tempoh yang lama, namun kelewatan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengenakan kenaikan secara mendadak dalam satu masa. Kelemahan perancangan masa lalu tidak seharusnya dipindahkan menjadi beban kepada rakyat pada hari ini.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, satu lagi kelemahan besar dalam pelaksanaan dasar ini ialah kurangnya konsultasi awam secara menyeluruh. Keputusan yang memberi kesan langsung kepada rakyat sepatutnya melalui proses libat urus yang lebih luas bersama dengan NGO tempatan, persatuan penduduk, wakil pemilik tanah dan juga masyarakat awam. Dasar yang baik bukan sekadar sah dari sudut prosedur tetapi juga mendapat keyakinan dan juga mendapat penerimaan rakyat. Kerajaan juga menggalakkan rakyat menggunakan saluran rayuan yang disediakan.

Namun hakikatnya apabila jumlah rayuan meningkat secara besar-besaran sehingga memerlukan lanjutan tempoh dan pemberian rebat sementara, ini menjadi petunjuk jelas bahawa dasar ini mempunyai kelemahan dari sudut pelaksanaan. Rakyat bukan sekadar memerlukan ruang untuk merayu tetapi mereka memerlukan dasar yang adil sejak daripada awal. Selain itu, kesan jangka panjang terhadap pemilikan hartanah tempatan juga perlu dilihat secara serius. Kenaikan cukai yang tinggi boleh menyebabkan sebahagian pemilik tanah khususnya di kawasan bandar terpaksa menjual hartanah mereka kerana tidak lagi mampu menanggung kos pemilikan. Dalam jangka panjang keadaan ini boleh menjejaskan pemilikan tanah dikalangan rakyat tempatan dan membuka ruang kepada pemilikan oleh pihak yang lebih berkemampuan.

Selain itu, kadar cukai tidak boleh ditentukan semata-mata berdasarkan nilai pasaran semasa ataupun alasan lama tidak ada kenaikan tetapi mesti mengambil kira kemampuan rakyat sebenarnya. Masalah utama dasar ini ialah pendekatannya yang terlalu berasaskan angka tanpa melihat realiti kehidupan rakyat. Penilaian dibuat berdasarkan nilai tanah dan juga kategori penggunaan tetapi mengabaikan kemampuan pemilik serta fungsi tanah tersebut. Akibatnya dasar ini mungkin kelihatan adil dari sudut matematik tetapi tidak adil dari sudut kehidupan sebenar. Adil ini dalam takrif Islam: wad’u syai’in fi mahallihi, letak sesuatu kena pada tempatnya. Dalam Bahasa Inggeris ada menyebut, mungkin saya boleh, saya mereka pi lah, cut your cloth according to your body, potong baju itu mesti berpadanan dengan badan. Tak boleh buat besar-besar, mesti maknanya, itu konsep adil. Mestilah maknanya melihat bukan sahaja kepada masalah yang dihadapi tetapi kepada keseluruhan rakyat, apa yang dihadapi oleh rakyat supaya perkara ini tidak membebankan kepada rakyat.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan keadaannya dalam jangka panjang amat membimbangkan, rakyat akan terus tertekan, pemilikan tanah berpotensi berubah tangan dan golongan lemah akan semakin terpinggir. Ini bukan sekadar isu cukai tetapi satu ancaman kepada keseimbangan sosial negeri.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, kami tidak datang sekadar membantah tetapi membawa cadangan yang bersifat membina, antaranya ialah penangguhan segera pelaksanaan kenaikan cukai tanah ini supaya Kerajaan Negeri mempunyai ruang untuk menilai semula kesan sebenar terhadap rakyat. Penangguhan ini amat penting terutamanya ketika rakyat sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi yang sangat ketara. Bagi mereka yang telah membuat bayaran, Kerajaan boleh mempertimbangkan mekanisme rebat untuk tahun berikutnya.

Kerajaan juga perlu menyemak kadar cukai berdasarkan kemampuan sebenar rakyat dengan mengambil kira pendapatan isi rumah, kos sara hidup dan penggunaan sebenar tanah tersebut. Tidak semua tanah memberi pulangan ekonomi kepada pemilik, khususnya tanah kediaman keluarga dan tanah warisan. Dalam masa yang sama, perlindungan khas perlu diberikan kepada tanah pusaka dan pemilik tempatan supaya hak milik turun-temurun rakyat Pulau Pinang tidak terhakis akibat tekanan cukai. Golongan pesara, B40 dan pemilik tanah warisan keluarga juga wajar diberikan pengecualian tertentu dan kadar khas yang lebih munasabah berdasarkan kemampuan kewangan mereka. Selain itu, Kerajaan perlu mengadakan sesi libat urus bersama NGO, persatuan penduduk, masyarakat awam supaya segala keputusan berkaitan cukai tanah dapat dibuat lebih telus, seimbang dan diterima rakyat. Ketelusan dalam pengurusan hasil negeri juga amat penting. Rakyat berhak mengetahui berapa hasil tambahan yang diperoleh, bagaimana ia digunakan dan sejauh mana ia memberi manfaat kembali kepada rakyat.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Kerajaan tidak boleh sekadar mempertahankan dasar ini dengan alasan ia telah diwartakan atau mengikut prosedur, sebaliknya Kerajaan mesti menjawab persoalan yang lebih penting iaitu sama ada rakyat benar-benar mampu menanggung beban ini. Kita perlu menginsafi bahawa Kerajaan bukan sekadar mesin pengutip hasil tetapi institusi yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan rakyat.

Kami percaya Kerajaan Negeri yang cekap masih boleh mencari sumber hasil melalui mekanisme lain tanpa terlalu membebankan pemilik tanah biasa. Pembangunan negeri tidak boleh dilaksanakan dengan mengorbankan keupayaan rakyat untuk mempertahankan hak milik tanah mereka sendiri. Jikalau saat ini diteruskan tanpa penambahbaikan kepercayaan rakyat ia akan terhakis, jurang sosial akan semakin melebar namun jika diperbetulkan dengan adil dan bijaksana Pulau Pinang berpotensi menjadi sebuah negeri bukan sahaja maju tetapi juga benar-benar adil kepada rakyatnya.

Dato’ Seri Speaker, jadi sebelum saya habis

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Yang Berhormat Sungai Dua mohon mencelah.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya, Yang Berhormat Permatang Berangan.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Terima kasih kepada Sungai Dua. Terima kasih. Dato’ Seri Speaker, adakah Sungai Dua bersetuju bahawa kita tidak menghalang kenaikan cukai cumanya kita membantah disebabkan kenaikan itu terlalu melampau? Dan saya ada satu contoh di sini, di tanah di kawasan desa. Dulu tanah ini cukai dia RM9 setahun, tapi bila…

Tanah kampung.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya, tanah kampung. Bila dapat kadar cukai yang baru ini, ia telah meningkat kepada RM7,502. Tuan tanah itu dia kata bila terima surat ini macam nak pengsan dia kata. RM7,502. Sebab mungkin alasan dia ada bengkel kereta di atas itu, ada perniagaan. Tak, tapi sebahagian daripada tanah bukan keseluruhan tanah, kan? Itulah contoh kenaikan cukai yang melampau yang kita bincangkan hari ini. Adakah Sungai Dua bersetuju?

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya setuju dan boleh dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya. Saya masih teringat sebelum tutup cukai ini saya teringat dalam persidangan yang lalulah, kan? Bila saya membawa apa nama ini satu memorandum daripada Persatuan Pembayar-pembayar Cukai Pulau Pinang ini, ada daripada kalangan ADUN Kerajaan mengatakan, "Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?". Ha inilah dia implikasi, kan? Memang bukan masalah sekarang, masalah ialah apa yang terjadi sekarang ini cukup apa nama ini menakutkan dan juga membebankan kepada rakyat dan perlu kajian semula apa nama ini pihak kerajaan lakukan.

Dato’ Seri Speaker, saya masuk pula untuk bercakap tentang isu zakat. Pihak Kerajaan Negeri segera melabelnya sebagai fitnah. Kalau kita tengok pun dalam kitab tasawuf berkenaan dengan fitnah ini, ada fitnah-fitnah yang boleh. Bahkan bukan fitnah. Kalau makna kita nak terima menantu, orang tahu dah kata menantu itu memang hantu. Bukan menantu, hantu. Maka boleh pi habaq, "Eh jangan duk ni, ni hantu ni, kaki tikam ekor ini". Boleh habaq. Tak dikatakan mengumpat, kan? Kalau sekiranya ada perkara-perkara yang boleh mendatangkan musibah. Ini perkara yang bergantung dengan rakyat, bergantung ini. Yang bercakap ialah ADUN-ADUN.

ADUN-ADUN ini maknanya ADUN sama ada dikalangan pembangkang ataupun kerajaan, ADUN-ADUN ini bertanggungjawab kepada kerajaan. Institusi zakat ini di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan juga dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang maka kita kena bercakap. Mana boleh bercakap bila cakap sikit, dicaj sebagai fitnah.

Tak apalah, sahabat-sahabat kita ini, ADUN Penaga semua ini dapat surat saman, tak apalah saman-samanlah.

LOD pun dapat, L-O-D.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Namun persoalan asas yang perlu dijawab ialah bagaimana sesuatu yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) dianggap fitnah? Ini bukan dakwaan kosong ataupun cerita tidak berasas sebaliknya satu siasatan rasmi yang telah membawa kepada pemanggilan seramai 63 individu. 63, bukan bukan tiga (3) orang. 63 individu termasuk pimpinan tertinggi negeri, pegawai kanan kerajaan serta tokoh dalam institusi agama. Maka jelas yang memulakan proses ini bukan pembangkang tapi pihak-pihak berkuasa sendiri. Rakyat tidak memerlukan penafian semata-mata sebaliknya mereka berhak mendapat penjelasan yang jelas dan juga meyakinkan.

Pembangkang dalam hal ini bukan menuduh tapi menjalankan tanggungjawab untuk menuntut ketelusan. Laksanakan peranan amar makruf nahi mungkar kerana zakat bukan milik mana-mana pihak tetapi adalah milik asnaf yang diamanahkan untuk dipelihara dengan penuh integriti. Hadis seperti yang saya bacakan tadi; Man ra'a minkum munkaran falyughayyirhu biyadih. “Barang siapa melihat kemungkaran maka hendaklah diubah dengan tangannya yakni dengan kuasa. Maka jika tidak mampu dengan kuasa maka hendaklah diubah dengan lisannya,” Cakap dengan lisan dengan lidah. “Jika lemah maka dengan hatinya itu adalah selemah-lemah iman.” Maka peranan untuk menyatakan, menuntut kebenaran, melaksanakan amar makruf nahi mungkar ini satu perkara yang dituntut di dalam agama.

Justeru bagi memulihkan keyakinan rakyat serta memastikan setiap keputusan berkaitan zakat, wakaf, baitulmal benar-benar menepati kehendak syarak, saya mengusulkan agar ditubuhkan satu badan audit syariah bebas di peringkat negeri supaya tidak sewenang-wenang menggunakan terma-terma. Saya mendengar kenyataan-kenyataan yang mengandungi terma, "Harus mengambil duit zakat", "Harus mengambil duit zakat", "Harus mengambil duit zakat". Harus ini dari segi hukum dia mendatangkan implikasi yang besar. Siapa yang boleh menentukan sama ada penggunaan harus ini boleh ataupun tidak, maka sudah tentulah mesti ada orang yang ada autoriti. Orang autoriti makna orang yang ada keahlian dalam bidang itu, kan? Ada tidak harus, tidak harus makna haram ka apa? Ada makna tidak harus dengan makna haram. Ada tidak harus dengan makna tidak boleh. Ada harus dengan makna boleh, halal. Macam-macam implikasi dari sudut dari ini dari sudut agama maka ahli agama yang berautoriti mestilah maknanya mereka dipanggil untuk membuat audit syariah. Audit biasa ini kita ada dah ada dah tapi audit syariah. Audit syariah ini mesti memanggil orang-orang yang pakar di dalam bidang syariah untuk melihat sama ada betul ataupun tidak.

Isu yang berkaitan dengan pembelian tanah di apa nama ini Seberang Perai Selatan, ada isu kata isu ambil duit-duit tawaquf. Ambil duit tawaquf ini duit zakat. Jadi nak ambil duit zakat, duit zakat ini ada asnaf ada pemilik dia itulah asnaf-asnaf. Kalau kita nak ambil apa paper dia? Di mana fatwa Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang pada ketika yang dulu telah menyatakan tidak membenarkan mengambil duit tawaquf untuk membeli tanah. Tidak membenarkan, tidak membolehkan. Tetapi dia tak peduli pun. Tak peduli, ini pandangan ini bukan pandangan orang tepi jalan. Pandangan ini pandangan Ahli Majlis Fatwa. Tentu sudah berlaku maknanya kajian dan juga ini. Hasil daripada kajian mereka membuat satu keputusan tidak harus. Tapi bila mai macam ini jadi harus pula. Harus ini bila bawa keluar, ada implikasi dia. Maka bila bawa keluar ni betul tak betul? Siapa saja boleh bercakap. Macam mana cerita Musang Berjanggut, filem Musang Berjanggut P. Ramlee. Dia kata, "Undang-undang ini ana yang buat. Ana yang buat ana boleh padam undang-undang ini". Jangan macam itu, tak boleh. Ini ada satu perkara yang mendatangkan...

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Dua, memandangkan yang ini pun sudah dalam siasatan SPRM dan sudah pun mulanya apa nama perundangan kita...

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya, tapi ada elemen-elemen yang yang mungkin

Yang di-Pertua (Speaker)

kalau tak sentuh itu saya okey tapi since banyak lagi perkara yang boleh...

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya, banyak lagi. Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua. Jadi saya apa nama mempunyai cadangan untuk menubuhkan itu. Baik. Setuju? Diam saja ini?

Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya berpindah daripada isu zakat ini kepada lain pula, isu pelancongan. EXCO Pelancongan. Sebagai langkah Tuan di-Pertua, sebagai langkah memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban bersama saya mohon Tuan Yang di-Pertua, ekonomi Pulau Pinang ini pada hari ini banyak dipacu oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan yang sangat bergantung kepada pasaran luar, eksport serta pelaburan syarikat multinasional. Merujuk kepada laporan Penang Economic Outlook 2026 oleh Penang Institute, sektor pembuatan menyumbang sebanyak 46.1% kepada KDNK negeri manakala sektor servis menyumbang 48.1%. Laporan tersebut turut mengakui bahawa Pulau Pinang sangat terdedah kepada ketidaktentuan perdagangan global khususnya akibat perang tarif Amerika Syarikat-China, konflik geopolitik, kelembapan ekonomi dunia serta gangguan rantaian bekalan global.

Keadaan ini menunjukkan Pulau Pinang memerlukan sektor ekonomi domestik yang lebih seimbang dan lestari supaya negeri tidak terlalu bergantung kepada industri eksport dan sektor semikonduktor semata-mata. Dalam konteks ini, sektor pelancongan berasaskan komuniti, alam semula jadi, warisan di kawasan Seberang sebenarnya mempunyai potensi besar untuk menjadi sumber pertumbuhan ekonomi baru kepada rakyat tempatan. Namun sektor pelancongan pada masa ini masih tertumpu di sekitar bandar raya Georgetown, Bukit Bendera, Batu Ferringhi serta kawasan pulau sahaja. Keadaan kesesakan ataupun overcrowding, kesesakan jalan raya yang teruk serta kekurangan parkir di lokasi-lokasi ini boleh menjejaskan pengalaman para pelancong dan imej Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Ketidakseimbangan pembangunan pelancongan yang terlalu berfokus di sebelah pulau dan mengabaikan kawasan tanah besar ataupun seberang ini menyebabkan potensi produk pelancongan baru tidak dapat direalisasikan sepenuhnya. Sedangkan kecenderungan pelancong kini lebih terarah kepada pelancongan desa, eko pelancongan, agro pelancongan, pelancongan komuniti serta pengalaman berasaskan alam semula jadi dan juga budaya tempatan. Hari ini rakyat kita sendiri nak pi melancong pun tak ada, nak pi berkelah pun tak ada dah tempat. Pantai-pantai tu semua hotel ambil semua ni ni. Tak ada mana dia padang ataupun pantai-pantai yang boleh orang kita rakyat kita pi berkelah mana dia? Orang awam nak pi berkelah. Ini sangat penting untuk kebajikan kepada rakyat kita pun kita kena tengok.

Dan juga produk-produk baru ini sama ada eco-tourism, Sungai Perai, lembah Sungai Perai sangat berpotensi, lembah Sungai Muda sangat berpotensi sebenarnya. Kampung-kampung juga sangat berpotensi sekurang-kurangnya minat orang, kecenderungan pelancong hari ini yang pergi ke Thailand. Cuti saja Thailand, cuti saja Thailand.

Takkan kita tak boleh tarik satu jumlah untuk mereka hadir ke tempat kita yang akan menyebabkan kitaran ekonomi akan berlaku di dalam negeri kita. Kita akan ada service provider, orang yang maknanya apa nama perkhidmatan ini. Sama ada perkhidmatan itu warung-warung jual itu pun service provider. Kita ada Grab, kita ada teksi, kita ada macam-macam. Maka semua ini boleh digerakkan secara bersepadu mendatangkan keuntungan dan menjadi kitaran kepada ekonomi negeri dan akhirnya boleh menjanakan peluang yang banyak, peluang pekerjaan yang banyak kepada kepada rakyat di dalam negeri kita.

Menurut laporan Bernama, beberapa lokasi di Pulau Pinang seperti Fort Cornwallis, Bukit Bendera telah menerima pengiktirafan di peringkat ASEAN dan Asia Tourism Records. Ini menunjukkan kekuatan produk pelancongan di sebelah pulau terus mendapat perhatian dan pengiktirafan antarabangsa. Namun persoalannya bagaimana pula dengan pembangunan pelancongan di sebelah seberang? Merujuk laporan Penang Economic Outlook 2026 oleh Penang Institute, Seberang Perai dikenalpasti sebagai frontier baru pembangunan pelancongan Pulau Pinang melalui pembangunan eko pelancongan, agro pelancongan, pelancongan warisan dan juga pelancongan komuniti sepertimana yang saya sebutkan tadi. Laporan tersebut turut menyebut kawasan Seberang Perai mempunyai potensi besar melalui lokasi seperti Air Itam Dalam, Bukit Tambun, kampung warisan, kawasan sawah padi, habitat burung, aktiviti memancing serta projek Sungai Juru River Cruise, Sungai Perai River Cruise, Sungai Muda River Cruise. Ini semua peluang-peluang yang kita ada yang boleh kita bangunkan.

Kita melihat kawasan seperti Sungai Dua serta sekitar lembah Sungai Perai dan Sungai Muda juga mempunyai potensi besar dengan kewujudan tapak bersejarah, warisan budaya, flora unik, kawasan sawah padi, lokasi memancing serta aktiviti pemerhatian burung. Semua ini selari dengan trend pelancongan semasa yang lebih berasaskan alam semula jadi dan juga komuniti. Namun dalam masa yang sama, laporan Penang Institute sendiri mengakui cabaran utama di Seberang Perai ialah aspek infrastruktur, akses, pengangkutan awam, promosi, hubungan last mile connectivity yang sebelum ini mencukupi untuk menyokong pembangunan sektor pelancongan secara lebih menyeluruh. Sehubungan itu, apa perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan keseimbangan bangunan pelancongan antara pulau dan seberang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sungai Dua.

Ya.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Mohon mencelah. Okay. Terima kasih Sungai Dua, memberi saya laluan untuk mencelah. Terima kasih YB Dato’ Speaker. Apa pendapat Sungai Dua, mengatakan pelancongan kebanyakkan di belah pulau yang pelancongan dan di belah Seberang Perai kurang. Betulkan? Dan apa yang kita suggest daripada Kerajaan Negeri bawalah isu pelancongan ini ke belah Seberang Perai sepertinya kita hari ini di Taman Rubina Park ramai pelancong-pelancong yang datang bukan hanya orang Seberang Perai. Orang yang datang daripada Kuala Kedah saya tengok, ada datang daripada Baling ke sini. Kita minta pada pihak Kerajaan Negeri membangunkan pusat pelancongan di belah Seberang Perai terutamanya Rubina Eco Park dan juga kampung contoh ataupun Kampung Tersusun Bagan Ajam.

Hari ini saya tengok pengusaha-pengusaha daripada Batu Feringgi setiap hari Jumaat dan hari Sabtu, bawa Banana Boat tu untuk tarik pelancong budak-budak naik di sebelah Seberang Perai. Saya minta pihak sokong minta pihak Sungai Dua menyokong yang saya bawa ni bagi kepada Paya Terubong. Sekian, terima kasih.

Saya sangat menyokong dan Pantai Robina sangat sebenarnya berpotensi besar untuk memacu sektor ini. Pelancongan untuk komuniti untuk keluarga pun biarlah disitu sangat baik. Kita boleh buat maknanya produk-produk yang maknanya memberikan apa nama ni menawarkan perkhidmatan kepada komuniti kita sendiri, keluarga anak pinak boleh dibuat sama ada kolam. Hari ni budak-budak kalau tak dak kolam ni, tak mau pi. Memang kot mana pun nak mandi kolam.

Tak kan tak boleh buat kolam kecil-kecil. Tidak boleh buat, berbagai-bagai kita boleh buat. Saya tengok dalam satu dokumentari, saya dok cari balik di Jepun dia buat satu apa nama ni satu pantai buatan dengan pasir, pasir-pasir sungai. Pasir sungai dia buh apa nama ni, dia buh net kemudian bila habis ja dia siram balik basuh pasir tu bagi elok. Budak-budak mari main pasir ada maknanya ada pemandangan, ada bot dalam tu, ada reflek refleksologi, boleh macam-macam ada makanan. Ini satu boleh-boleh diusahakan untuk dibuat.

Dalam masa yang sama mendatangkan pulangan yang baik saya sebutkan tadi sama ada kepada Kerajaan Negeri ataupun kepada service provider yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang berbagai-bagai.

Dato’ Seri Yang di-Pertua. Habis kepada pelancongan.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Aah, boleh saya mencelah sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

No time.

Aah, ya. Ya.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, Sungai Dua. Saya ingin mengalih sikit apa yang dikatakan sektor perancangan pelancongan ini tertumpu di belah pulau saja, tak keseluruhannya. Cuma di Timur Laut saja. Di Balik Pulau masih ketinggalan juga, banyak lagi tempat-tempat di Balik Pulau yang boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan. Boleh Sungai Dua?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Dua.

Saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Biar EXCO jawab.

Saya rasa maknanya ini satu perkara yang perlu. Hari ini musim durian kan Balik Pulau ni. Agro Tourism boleh diperkenalkan boleh ajak ramai-ramai tapi masalah dia jalanlah. Jalan hari ini, jalan apa Bukit Baru yang runtuh tu masih lagi dok-dok tak selesai. Kalau kita pergi, ooh teruk jem teruk. Jadi kena-kena perbaikilah. (kurang jelas) Saya tak dak lah pokok durian, saya dok lalu celah-celah kebun durian ni. Saya pun dok Sungai Dua la ni.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Minta mencelah. Mencelah sikit. Sungai Dua pasai durian tu celah sikit. Kalau dulu Pantai Jerejak boleh bawa mai durian sekarang kita tengok Sungai Acheh nak bawa mai tak bawa mai di Dewan ini.

Sungai Acheh, ambil perhatianlah (dengan izin) speaker. Dato’ Seri Speaker saya beralih pula kepada pencemaran Sungai Perai. Sungai Perai dihubungkan oleh tiga lembangannya iaitu Sungai Kulim, Sungai Jarak dan Sungai Kereh. Malangnya Sungai Perai, tercemar akibat najis babi yang datangnya daripada Sungai Kereh berpunca daripada ladang babi di Kampung Selamat. Pencemaran ini bermula apabila sisa tersebut dialirkan melalui parit cina yang merentasi Taman Tasik Gelugor Utama sekaligus menyebarkan bau busuk sebelum memasuki Sungai Kereh.

Dulu tak dak orang, tak berapa duduk, tak ada taman. Situ ada pokok kelapa sawit, taklah berapa sangat. La ni bila pi buat taman tang tu, mencari nahas punya keja la. Dia lalu tengah-tengah taman tu bayang tengok. Ish, tak tau la tuan-tuan. Saya pi duduk kat Panglima Nasi Kandar tu pun, tak boleh nak bau dah. Macam mana orang duk tang tu noh, macam mana keadaan mereka?

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Enakmen Penternakan Babi Pulau Pinang 2016 dilihat gagal mengawal aktiviti penternakan di Kampung Selamat yang melepaskan najis babi terus ke parit, denda RM75,000.00 yang dikenakan pada tahun 2025, tidak memberikan kesan yang signifikan. Memandangkan keuntungan yang diperolehi mencecah jutaan ringgit, takat RM75,000.00 ni tak ada apa lah.

Jadi kita melihat enakmen ini tidak menyedarkan, tidak memberi kesedaran. Kesedaran kepada penternak-penternak babi. Komuniti yang tinggal di sepanjang 9 kilometer jajaran Sungai Kereh telah menanggung pelbagai kerugian, sebanyak 13 kampung terlibat iaitulah Kampung Air Melintas Kecil, Kampung Melintas Air Besar, Kampung Tok Bedu, Pokok Machang, Lahar Tembun, Matang Indah, Lubuk Meriam semua ni dalam kawasan Permatang Berangan.

Kampung Lahar Yooi, Kampung Padang Tong Son, Seberang Tok Doi, Kampung Tok Lalang, Kampung Air Hitam dan Hutan Pelajaran ni dalam Sungai Dua. Berdasarkan laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 27 Mac 2026, saya ada ni, (kurang jelas) pencemaran organik yang tinggi termasuk BOD sebanyak 1.29mg per liter, COD sebanyak 227mg per liter dan nitrogen ammonia sebanyak 71.8mg per liter ini ada dalam ni Jabatan Kimia. Bacaan ni menunjukkan kewujudan pencemaran sisa organik yang serius, dan konsisten dengan pencemaran daripada sisa ternakan termasuk najis babi yang dipercayai berpunca daripada aktiviti ladang babi di Kampung Selamat sehingga menjejaskan kualiti air Sungai Kereh dan juga Sungai Perai.

Selain itu faktor, selain itu sektor pelancongan eko turut terjejas. Persoalannya siapa yang akan menanggung kerugian ini? Siapa yang akan tanggung kerugian ini? Hari ini kita duk buat apa-apa sebagai untuk mencari alternatif kepada penternak babi. Tapi, orang yang menanggung kerugian ni? Pesawah, pekebun yang berada di sepanjang sembilan (9) kilometer Sungai Kereh ni yang selama ni rugi nak ambil ayaq yang bagi minum lembu pun tak boleh, nak ambil ayaq siram pokok pun tak boleh, menanggung kerugian.

Apa nama ni nelayan sungai juga menghadapi kerugian. Jadi bacaan, menunjukkan kewujudan pencemaran sisa organik yang serius dan konsisten dengan pencemaran daripada sisa penternakan termasuk najis babi dipercayai berpunca daripada aktiviti Kampung Selamat. Selain itu, sektor pelancongan eko terjejas persoalannya siapa yang akan menanggung kerugian ini? Dimana pelaksanaan Enakmen Sumber Air 2025, mana dia yang kita lulus hari tu? Air, mencemarkan air sumber air yang diluluskan dalam DUN pada tahun lalu dan diwartakan. Di mana pula peranan sumber-sumber air Pulau Pinang?

Walaupun tak dapat terbaru hasil sesi libat urus, menjelang persidangan dekat dengan persidangan ni marilah buat libat urus termasuk cadangan pelan jangka pendek, jangka panjang serta pelan kontigensi, kontigensi. Rakyat masih menunggu tindakan konkrit diharap penyelesaian tuntas dilaksanakan segera bagi mengakhiri masalah berlarutan ini. Bagi saya elok tutup buang kandang babi ni, sebab apa bagi saya maknanya pencemaran tak batal dia terus berlaku-laku, walaupun enakmen ada apa ada, dia tetap berlaku. Maknanya mereka tidak ada kesedaran.

Jika sekiranya penguatkuasaan pun tak boleh berjalan dengan baik, dalam Islam ada satu kaedah (saddu dzarai’ muqaddimun ala jalbil masolih) menutup pintu kerosakan lebih utama daripada mencari masalah, celah mana rosak kita nak perbaik nak buat gas tulah, nak buat gas ni, gas pun pening kepala tak cukuplah apa semua nak bawa dengan kereta, lori. Lori pula terpaksa nanti angkut nak mai ke seberang, nak mai ke apa nama kawasan Dato’ Seri, Dato’ Seri kita. Nak mai buat, nak mai situ, nak angkut pula menjadi masalah hari ni dah dah minyak diesel tinggi. Nak angkut pula nak mai di situ. Lebih baiklah untuknya lebih baik maknanya kita bagi mereka ini ternak di kawasan Bukit Tambun. Bukit Tambun dah ada kan, penternak itu dibagi peluang untuk lot-lot menternak ha babi di Bukit Tambun. Dia ada sana nak buat gas dah ada dah.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Ketua Pembangkang, mohon mencelah.

Apa nama ni, gas yang tak cukup. Tak cukup ni.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Jangan hantar ke Sungai Bakap noh. Okay. Mohon mencelah Ketua Pembangkang. Terima kasih ya Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan tentang isu biogas yang telah dilaksanakan di Kampung Valdor, saya difahamkan ada tak cukup atas kapasiti najis untuk generate tenaga elektrik untuk dijual pada TNB. Jadi pihak syarikat telah ambil molases atau tebu getah tebu untuk generatekan sebab atas kapasiti tak cukup.

Jadi, adakah pihak kerajaan atau EXCO untuk mengambil najis babi di Kampung Selamat kita ambil dari Perlis, kita hantar ke Valdor. Adakah ha Ketua Pembangkang setuju apa yang saya nukilkan? Terima kasih.

Tak taulah, tapi dalam-dalam libat urus nak bawa pi ke kawasan Dato’ Seri Speaker kita, Chai Leng Park. Jangka pendek punya ni.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah.

Ada lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi?

Sikit. Apa ni isu babi ini dia adalah isu pencemaran. yang pertamanya isu apa air tercemar. Yang kedua isu dia bau dan untuk air kita boleh check COD apa semua. Bagaimanakah diukur untuk isu bau ni.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pun boleh.

Tutup hidung. Kita akan minta nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar dan juga bila penternak babi ni dia tak boleh menternak, dia tak ada pula pekerjaan. Kita syorkan mereka mengambil babi daripada Thailand membekalkan kepada pemakan-pemakan yang berada di Negeri Pulau Pinang bagi peluang kepada mereka untuk untuk ambil. Tak payah dah timbul masalah. Singapore, Singapore mana ada ternak, ada pun tak masyhur. Depa ternak, ternak sikit-sikit mungkinlah. Tapi ternak besar-besar serupa kita, depa tak dak. Jadi bagi peluang kepada mereka untuk mengeksport, kalau kita kata nak babi fresh dari Thailand dekat, ha kita boleh maknanya order daripada sana. Depa pun dah biasa dah dengan babi ni, bagi kat depa peluang tu. untuk (kurang jelas) eksport saya habis berkenaan dengan babi ni.

Kemudian saya pergi pula pada masalah sludge. Masalah tapisan, sisa tapisan PBA ni, air yang kita duk makan ni ni 80% nya mai daripada Sungai Muda tau. Di tapis di Sungai Dua tau, LRA Sungai Dua. Semua dapat air bersih, hat berak tahi itu meruah berak tahi tu dapat kat Sungai Dua. Sludge dihasilkan sludge ini ialah sebanyak 460, 450 sehingga 460 tan metrik setiap hari. Macam mana cara kita nak mudah faham ialah lori kecil itu ialah 1 tan, 460 lori sehari. Tudia, banyak tak banyak. Jadi sebab tulah ada curi, curi tulang dia buka. Saya pi haritu, saya pi tangkap. Turun JPS, apa nama ni turun dia tak boleh nak jawab. Kita makna yang jadi masalahlah kepada bila masuk dalam parit tuan-tuan, Allah, gelebok memang tak leh hidup ikan, ikan tak leh hidup. Bila bagi kemudian sludge daripada aluminium, alum, alum ni dia mengeraskan. Bila dia mengeras kelodak tu jadi keras dan akhirnya terkambuslah Sungai Perai, Sungai Perai mati. Sungai Perai mati sampai sekarang ni PBA kata nak korek, tak korek-korek lagi ni hujan duk mai ni. Berlaku banjir nanti habislah orang yang duduk berdekatan dengan sungai habis, sungai tak korek lagi.

Sungai Dua ada sikit pertanyaan, apa ni, dulu saya pernah kerja kilang lah, kita ada wastewater treatment yang memakai yang menggunakan alumina sebagai ejen coagulant dan bila kita pakai alumina ni dia masuk dalam apa apa dalam scheduled waste SW 204. Saya tanya adakah apa ni alumina sludge yang dihasilkan oleh PBA ni adakah di masuk ke dalam SW 204 dan jika benar maka dia buang macam tu adalah satu kesalahan besar dan di bawah apa Jabatan Alam Sekitar. Jika tidak kalau buang macam tu pun mencemarkan apa sungai kita dan saya kesian pada Sungai Dua, dah isu babi, isu sludge lagi yang tidak putus apa kunjung tak henti-henti. Semenjak saya masuk Dewan ni, isu sludge, isu babi, sekian.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sungai Dua saya sambung sikit, nak tambah, tambah sikit sikit. Tak, saya cuma hairan Sungai Dua dah bangkitkan isu sludge ni, PBA tak korek ni bukan hari ini, since day one. Jadi kenapa agak-agak Sungai Dua, kenapa tak ada respon.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Tak tau sama ada EXCO terbabit tu dia lari keluar tak masuk, tak dengar. Tapi tetap ni ada pegawai yang mencatatkan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sungai Dua. Sungai Dua, Sungai Dua, minta celah. terima kasih YB Dato’ Speaker. Apa yang dicakap oleh Permatang Pasir tadi, apabila sludge ni PBA buang kepada Sungai Perai mati ini adalah satu kesalahan. Kalau kita buang sampah kita kena saman, kalau kita parking tak bubuh gambar parking kena saman. PBA ni siapa nak saman depa pula. Harus ada jabatan saman PBA. Minta Ketua Pembangkang.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya dah bagi tahu dah Jabatan Alam Sekitar itu tugas mereka dan ini dan kita juga maknanya minta perhatian PBA lah. PBA kita faham dia menapis air sehinggakan sludge dibuang sehari 450 lori. Maknanya kegunaan air kepada rakyat Pulau Pinang ni sangat besar. Sebab tulah tak tahulah mungkin dia tak tahu tak cari jalan ka. Sepatutnya apa nama ni PBA mengiklankan saya duk saya ada bisik-bisik dengan tu dengan satu kawan apa kata sludge ini ditambun kat kubur Sungai Dua. Depa kata oh tak boleh tak boleh jangan, keras YB keras dia ada alium, alium tu dia akan keras, nak korek tak boleh esok dia jadi macam simen kan. Jadi mungkin ada ada daripada kalangan rakyat kita yang mungkin nak nak boleh-bolehlah depa pi jual kepada rakyat kita cari la alternatif. Jangan duk buang dalam sungai buang dalam sungai ni yang masalah. Untuk makluman sludge ni adalah lumpur sisa daripada proses rawatan air mentah. Loji Air Sungai Dua dirawat menggunakan bahan kimia seperti aluminium sulphate dan juga polyaluminium chloride bagi memendapkan kotoran serta zarah terampai. Hasil proses tersebut akan menghasilkan sisa tapisan ataupun sludge yang mengandungi tanah liat, bahan organik dan juga sisa aluminium. Hasil tinjauan mendapati bahawa Sungai Perai telah dipenuhi dan hampir tertimbus dengan sludge yang menyebabkan aliran air sungai menjadi cetek, sempit sehingga ditumbuhi oleh vegetasi seperti pokok menerung. Pokok menerung ni dia tak duk atas air, dia duk atas tanah, dia akar dia atas tanah. Jadi bila pokok menerung tumbuh maknanya sungai tu cangkatlah, sungai tu ceteklah.

Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah berpotensi menjejaskan sistem saliran serta meningkatkan risiko banjir di kawasan sekitar. Sedangkan sebelum ini kerajaan dan PBA telah memperkenalkan Loji Penyah Penyahaliran Sungai Dua (SDDP) bernilai kira-kira RM20 juta yang dikatakan mampu mengendali sehingga 500 tan metrik sisa sludge sehari daripada LRA Sungai Dua. Untuk makluman juga LRA Sungai Dua merupakan loji rawatan air terbesar di Pulau Pinang dengan pengeluaran hampir seribu 1000 juta liter sehari dan dianggarkan menghasilkan sekitar 450 sehingga 460 tan metrik sludge setiap hari. Persoalannya jika fasiliti SDDP ini telah beroperasi dan juga mempunyai kapasiti yang besar, mengapa pembuangan sludge ke dalam sungai dan parit masih berlaku. Adakah projek penyahair penyahairan ini gagal mencapai objektif asalnya ataupun masih terdapat kelemahan dari sudut operasi dan pengurusan sisa.

Sebelum ini juga terdapat cadangan supaya sludge ni digunakan semula sebagai bahan binaan agregat ataupun batu pembinaan kerana sifatnya yang hampir menyerupai tanah liat, mengandungi silika, alumina dan sedikit unsur besi. Oleh itu apakah status sebenar pelaksanaan projek guna semula sludge tersebut. Adakah ia benar-benar telah dilaksanakan ataupun masih timbul pelbagai masalah teknikal dan kos sehingga menyebabkan sisa ni terus dibuang ke dalam sungai. Sehingga kini pihak PBA masih belum melaksanakan kerja-kerja pengorekan bagi pemulihan aliran sungai tersebut. Persoalannya adakah perlu menunggu bila dah banjir baru dah nak pi korek. Kan, dalam masa yang sama saya ingin mempersoalkan sejauh mana keberkesanan peranan Lembaga Sumber Air Pulau Pinang yang telah diluluskan penubuhannya seperti mana yang saya sebutkan tadi.

Dato’ Seri Speaker, saya ingin membangkitkan isu yang amat kritikal pada masa depan Pulau Pinang iaitu keselamatan sumber air negeri. Rang Undang-Undang Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025 yang telah dibentangkan memperincikan lima teras utama iaitu Pengurusan dan Perlindungan Sumber Air, Penggunaan Sumber Air, Pemuliharaan Sumber Air, Penguatkuasaan serta Kesalahan dan Penalti. Namun persoalannya sejauh mana kerajaan benar-benar bersedia menghadapi ancaman krisis air menjelang tahun 2030.Hari ini risiko terhadap bekalan air Pulau Pinang semakin membimbangkan. Sumber air berada tahap pada tahap risiko tinggi. Faktor perubahan iklim juga berada pada tahap yang tinggi manakala isu pencemaran semakin menghampiri tahap kritikal. Dalam masa yang sama permintaan penggunaan terus meningkat dan juga infrastruktur sedia ada pula semakin tertekan. Rumah kita buat banyak semuanya nak kepada air, permintaan banyak tetapi air sumber air kita semakin kritikal. Baru-baru ini Sungai Muda kita tengok AIDA menghentikan untuk mengepam air sungai Sungai Muda kerana nak memberi laluan kepada apa nama air untuk minuman bagi bagi peluang kepada PBA. Kalau dihisap juga paras sungai rendah menyebabkan kita akan menghadapi masalah kepada air. Ini menunjukkan maknanya kita sekarang berdepan dengan dengan dengan apa nama isu ini.

Pulau Pinang bukan negeri kaya dengan sumber air semula jadi terlalu bergantung kepada Sungai Muda, sumber luar negeri. Sekiranya berlaku kemarau panjang, pencemaran besar di kawasan tadahan dan gangguan akibat perubahan iklim, apakah pelan kecemasan Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat tidak sekali lagi berdepan dengan krisis air. Dalam enakmen ini juga dinyatakan bahawa segala sumber air di negeri ini terletak hak kepada pihak berkuasa negeri maka timbul persoalan besar jika air merupakan hak negeri dan aset strategik kepada Pulau Pinang, apakah mekanisme sebenar kerajaan untuk melindungi kepentingan rakyat daripada tekanan kos pada masa hadapan. Rakyat Pulau Pinang hari ini bukan lagi menikmati tarif air yang terlalu rendah seperti dahulu bahkan pengguna sudah membayar pada kadar yang semakin tinggi berbanding sebelum ini. Dengan keadaan ekonomi rakyat yang masih tidak stabil, kos sara hidup yang terus meningkat dan tekanan terhadap golongan B40 serta kelas menengah, adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan lagi tarif air pada tahun ini.

Sebelum ini dimuktamadkan dalam yang disebut dalam Bernama bahawa Pelaksanaan Pelarasan Tarif Air di Bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi tempoh pelaksanaan kedua (TP2) yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025 hanya akan bermula hanya akan mula dilaksanakan di Pulau Pinang pada 1 Julai 2026, sebulan lebih lagi noh, maknanya air akan naik, ha tu. Jika benar terdapat cadangan kenaikan apakah justifikasi yang digunakan oleh kerajaan dan sejauh mana kajian impak telah dilakukan terhadap rakyat khususnya keluarga berpendapatan sederhana, peniaga kecil, pengguna domestik.

Selain menubuhkan Lembaga Sumber Air Pulau Pinang, saya juga ingin mengetahui apakah langkah konkrit kerajaan dalam melindungi kawasan tadahan air, mengurangkan pencemaran sungai, mengawal pembangunan berhampiran sumber air, mengurangkan kadar non-revenue water (NRW) serta membangunkan sumber air alternatif sebagai persediaan menghadapi risiko krisis air menjelang tahun 2030. Hujan turun mencurah-curah kita tak dak kah tuai air hujan, duk biar saja, air hujan air yang bersih kan, air sungai air yang keruh, apa tak ada persediaankah untuk nak menuai air hujan ketika mana musim hujan. Kalau tidak mahu enakmen ini sekadar menjadi satu struktur pentadbiran baharu tanpa penyelesaian, tanpa penyelesaian sebenar terhadap ancaman keselamatan rakyat negeri. Apa yang rakyat mahu ialah jaminan bahawa bekalan air Pulau Pinang benar-benar selamat, mampan, terpelihara, mampu dinikmati oleh rakyat tanpa tekanan kos yang melampau pada masa hadapan.

Dato’ Seri Speaker, saya beralih kepada isu perumahan rakyat. Isu perumahan di Pulau Pinang perlu dikembalikan kepada asasnya, perumahan sebagai keperluan rakyat, ini asasnya. Bukan sekadar komoditi pasaran. Hari ini data menunjukkan kita bukan kekurangan rumah berdasarkan kepada Laporan National Property Information Centre (NAPIC), terdapat hampir 2,796 unit rumah siap tidak terjual di Pulau Pinang. Majoritinya kondominium dan juga apartment berharga tinggi. Namun dalam masa yang sama lebih 40,000 pemohon masih menunggu rumah mampu milik dalam sistem e-Rumah. Ini jelas menunjukkan bahawa masalah sebenar bukan bukan kuantiti tetapi ketidakseimbangan antara keperluan rakyat dan juga arah pembangunan.

Dato’ Seri Speaker, konsep perumahan rakyat sepatutnya berasaskan tiga prinsip utama iaitu ketercapaian, ketersediaan dan juga keterjaminan. Rumah mesti boleh dimiliki oleh rakyat tempatan berdasarkan pendapatan sebenar bukan harga pasaran spekulatif. Bekalan rumah rakyat pula mesti mencukupi dan didahulukan berbanding pembangunan komersial khususnya bagi kategori kos rendah dan kos sederhana yang paling tinggi permintaannya. Dalam masa yang sama perumahan rakyat perlu memberi jaminan pemilikan atau sekurang-kurangnya kestabilan jangka panjang bukan memaksa rakyat untuk terus menyewa tanpa kepastian.

Realitinya realiti hari ini sangat berbeza walaupun syarat minimum membeli rumah bermula daripada umur 21 tahun, corak sebenar pembeli menunjukkan golongan umur 20 sehingga 25 tahun masih sukar membeli rumah kerana baru memasuki alam pekerjaan dan berdepan dengan kesukaran mendapat pinjaman bank. Umur 25 sehingga 30 tahun pula baru mula membeli rumah pertama manakala golongan 30 sehingga 40 tahun menjadi kelompok paling aktif membeli rumah. Selepas umur 40 tahun kebanyakan pembeli hanya membuat peningkatan ataupun pertukaran rumah. Ini menunjukkan bahawa purata umur pemohon dan pembeli rumah sebenar di Pulau Pinang kini berada sekitar umur 30 hingga 38 tahun.

Dato’ Seri Speaker, perubahan ini menggambarkan satu realiti yang membimbangkan. Dahulu ramai mampu beli rumah sekitar 25 hingga 30 tahun namun hari ini ramai hanya benar-benar mampu membeli rumah ketika berumur 30 hingga 40 tahun. Puncanya jelas harga rumah meningkat terlalu tinggi, pertumbuhan gaji tidak sepadan dan golongan muda dibebani dengan pelbagai komitmen hutang yang lain. Isu generasi muda gagal membeli rumah di Pulau Pinang bukan soal tidak cukup usaha tetapi berpunca daripada jurang struktur antara harga rumah dan kemampuan sebenar rakyat.

Hari ini gaji graduan ataupun pekerja awal kerjaya sekitar RM2,500 hingga RM4,000 sebulan sedangkan harga rumah di kawasan bandar seperti mana George Town, Bayan Lepas mencecah kepada RM300,000.00 sehingga RM600,000.00 termasuk sebahagian rumah yang dikategorikan sebagai mampu milik.

Bank pula menggunakan penilaian kewangan yang ketat, sebagai contoh individu bergaji RM3,000.00 hanya dianggap selamat membayar ansuran sekitar RM900.00 sebulan sekaligus melayakkan pinjaman sekitar RM180,000.00 hingga RM220,000.00 sahaja sedangkan harga rumah sebenar jauh lebih tinggi daripada kelayakan pinjaman mereka. Keadaan ini menjadi lebih sukar apabila ramai anak muda sudah mempunyai komitmen hutang sedia ada seperti PTPTN, pinjaman kenderaan dan kad kredit. Semua ni menjejaskan pengiraan debit servis ratio (DSR) oleh pihak oleh pihak bank. Akibatnya ramai gagal mendapatkan pinjaman atau hanya diluluskan jumlah yang terlalu rendah untuk membeli rumah di Pulau Pinang.

Selain itu, deposit 10 peratus juga menjadi halangan besar. Rumah berharga RM300,000.00 memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000.00 deposit sebelum. Belum termasuk kos guaman dan duti setem yang boleh melebihi RM10,000.00. Ini bermakna, seorang anak muda perlu menyediakan sekitar RM40,000.00 tunai sebelum boleh memiliki rumah pertama. Dalam keadaan kos sara hidup tinggi, perkara ini amat sukar dicapai oleh golongan berumur 20-an. Lebih membimbangkan, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini, harga rumah meningkat dua hingga tiga kali ganda, sedangkan kadar kenaikan gaji bergerak jauh lebih perlahan.

Akibatnya, generasi hari ini menghadapi kesukaran yang jauh lebih besar untuk memiliki rumah berbanding dengan generasi yang terdahulu. Realiti kasar di Pulau Pinang menunjukkan sebahagian besar golongan berumur 20 hingga 30 masih belum mampu untuk membeli rumah sendiri. Jika keadaan ini berterusan, kesannya sangat besar kepada masa depan negeri. Kadar pemilikan rumah akan terus menurun dan lebih ramai rakyat terpaksa menyewa sepanjang hayat. Jurang kekayaan juga akan semakin melebar antara mereka yang memiliki aset dan mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri. Tekanan sosial serta kos kehidupan bandar turut akan meningkat apabila harga sewa terus naik dan rakyat hidup dalam tekanan ekonomi yang berpanjangan. Malangnya, apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Kita melihat rumah-rumah tinggi yang kosong, rumah zombi (gangguan).

Yang gelak pasai apa. Rumah zombi sebagai anak tempatan terpaksa keluar ke negeri lain untuk mencari rumah. Sungai Petani, orang Pulau Pinang duduk Sungai Petani. Orang Sungai Pinang duduk di Kulim. Orang Sungai Pinang duduk di Perak. Tak boleh duduk dalam Pulau Pinang dah. Kalau kita tak rancang dengan betul, orang Pulau Pinang alamat dia di negeri luar, bukan di negeri sendiri. Kita orang sini, tapi pi sewa sana. Jika benar-benar mahu mengangkat konsep perumahan rakyat, maka dasar perlu diubah secara berani.

Kerajaan Negeri perlu menetapkan kuota yang lebih tinggi untuk rumah kos rendah dan sederhana rendah dalam setiap pembangunan baharu, di samping memperluaskan skim sewa beli secara besar-besaran khusus untuk golongan muda yang tidak layak pinjaman bank. Definisi mampu milik juga perlu disemak semula agar selari dengan pendapatan sebenar rakyat, bukan sekadar angka di atas kertas.

Dalam masa yang sama, pembangunan berorientasikan keuntungan semata-mata perlu dikawal agar tidak terus menghasilkan lambakan rumah yang tidak terjual. Akhirnya kita perlu memilih sama ada mahu membina bandar untuk pelabur atau membina negeri untuk rakyat. Kerana jika perumahan gagal dimiliki rakyat, maka pembangunan itu sendiri akan gagal mencapai tujuan sebenar.

Dato’ Seri Speaker, trend pembangunan perumahan bertingkat baharu di Pulau Pinang kini semakin agresif. Khususnya dalam bentuk apartment dan juga kondominium berketumpatan tinggi. Walaupun projek-projek ini kelihatan moden dan tersusun, persoalan asas perlu dibangkitkan ialah sama ada pembangunan ini benar-benar mengambil kira realiti kehidupan penghuni, bukan sekadar memenuhi sasaran kepadatan dan juga keuntungan semata-mata. Projek yang berlaku di Taman Tun Sardon, saya pergi melihat. Bagaimana kita melihat, ialah satu rumah bertingkat iaitu setinggi 61 tingkat akan dibangunkan di situ.

Tinggi daripada KOMTAR, KOMTAR 60, dia 61. Tinggi sikit KOMTAR. Nampak cantiklah bagus, tapi masalah... masalah lalu lintas, adakah TIA ni dibuat? Bagaimana 30 dianggarkan iaitu jika siap sepenuhnya dengan rumah yang ada sekarang ini, seramai 30,000 kenderaan. 30 ribu rumah, 30 ribu kenderaan nak bergerak dalam satu masa macam mana? Apa akan jadi kepada kawasan tu? Adakah proses TIA ini diadakan, kajian ini? Social Impact (SIA). Sebab itulah kerajaan perlu melihat (gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Dua, Sungai Dua, hampir satu jam 30 minit. Sila cepat sikit.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Jadi saya pun nak pecah rekod jugak hari ni. Dari sudut keselamatan kita tengok pula yang berlaku. Dulu berlaku lif, bila tinggi ni kita nak tanya keupayaan pihak bomba, skylift dia tinggi mana? Kalau 61 tingkat, kalau berlaku kebakaran, skylift tu boleh naik tinggi berapa? Kalau berlaku apa nama kecemasan, seumpama ada kematian, nak bawa turun mayat tu, lif tu boleh tak? Macam berlaku di satu ketika di Jelutong, mayat terpaksa didukung. Sebab apa, lif kecil. Kena dukung, tak boleh, stretcher tu tak boleh nak masuk.

Ini semua perlu diambil kira, sebelum dia nak memberikan satu ni. Masalah parkir sangat-sangat bermasalah kepada rumah-rumah bertingkat ini. Jalan menjadi sesak dan sebagainya. Sebab itulah kita lihat tuntutan daripada penduduk Taman Tun Sardon, mungkin akan disebut oleh kawan-kawan kita, sahabat-sahabat kita yang lain. Jadi saya tak mahu terus tapi saya sebut bahawa mereka bagi mereka perlu dilihat kepada kebajikan mereka.

Dato’ Seri Speaker, saya cuba meringkaskan. Lompat-lompat sikit. Untuk maknanya menjimatkan waktu, saya meringkaskan. Saya pergi kepada projek PTMP pula. Isu kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang bukan isu baru. Ia sudah berlarutan lebih satu dekad. Namun sehingga hari ini rakyat masih terperangkap dalam keadaan yang sama. Jalan sesak, masa terbuang, kos hidup meningkat akibat kebergantungan kepada kenderaan sendiri. Kerajaan Negeri menjadikan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebagai solusi utama. Namun persoalannya sejauh mana pelan ini benar-benar memberi kelegaan kepada rakyat pada hari ini. Bukan sekadar janji masa hadapan. Pertama, kita melihat dengan jelas bahawa PTMP ini sangat bergantung kepada kekuatan kewangan yang belum pasti.

Berdasarkan jawapan rasmi dalam sidang DUN, kerajaan sendiri mengakui bahawa cabaran utama pelaksanaan PTMP adalah kekangan kewangan. Khususnya jika tiada sokongan daripada Kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan perancangan yang tidak cukup kukuh dari sudut kemampanan. Projek sebesar ini tidak sepatutnya bergantung kepada ketidaktentuan. Kedua, banyak komponen utama PTMP masih belum bergerak ke tahap pelaksanaan sebenar. Projek penting seperti Penang Island Link 1 (PIL 1) dan juga Third Link masih dalam proses semakan semula kebolehlaksanaan dan juga reka bentuk. Ini bermaksud, walaupun pelan ini diumumkan sejak tahun 2015, sebahagian projek kritikal masih berada di atas kertas. Ketiga, garis masa yang dikemukakan adalah terlalu panjang dan tidak menjawab keperluan mendesak rakyat. LRT Laluan Mutiara hanya dijangka siap sekitar tahun 2031. Dan sasaran penggunaan pengangkutan awam 40 peratus pula hanya dijangka dicapai beberapa tahun selepas itu.

Ini bermakna rakyat perlu menunggu hampir 20 tahun sejak PTMP diumumkan untuk melihat kesan sebenar. Soalannya dalam tempoh menunggu ini, apakah penyelesaian kepada kesesakan harian yang rakyat hadapi sekarang ini? Apakah pelan ini meliputi seluruh Pulau Pinang termasuk Seberang Perai? Adakah pelan PTMP ni duk kira pulau saja? Seberang ni duk sesak. Hari-hari kami menghadapi masalah kesesakan. Rata-rata. SPS pun sama, SPT pun sama, SPU pun sama. Keseluruhan Negeri Pulau Pinang menghadapi kesesakan lalu lintas. Apakah pelan ini menyeluruh kepada keseluruhan Negeri Pulau Pinang? Keempat, kerajaan hanya bergantung kepada langkah jangka pendek seperti penambahbaikan perkhidmatan bas, sistem trafik pintar. Namun realitinya langkah ini belum memberi impak yang signifikan kepada pengurangan kesesakan. Jalan tetap sesak terutamanya waktu puncak.

Kelima, pelaksanaan projek sedia ada sendiri menambahkan bebanan. Beban kepada rakyat. Projek seperti Pakej 2 yang kini mencapai lebih 80 peratus kemajuan dan PIL 2A yang sedang berjalan telah menyebabkan kesesakan lebih teruk sepanjang tempoh pembinaan. Rakyat bukan sahaja belum mendapat manfaat, malah terpaksa menanggung kesan negatif lebih awal. Selain itu, cabaran pengambilan tanah, bantahan NGO serta isu kelulusan juga menunjukkan bahawa projek ini masih berdepan ketidakpastian yang besar. Ini menggambarkan bahawa pelaksanaan PTMP bukan sahaja lambat malah berisiko tergendala.

Dato’ Seri Speaker, kesimpulannya kerajaan dilihat terlalu bergantung kepada projek mega jangka panjang. Sedangkan pengurusan infrastruktur sedia ada gagal ditangani dengan segera dan berkesan. Rakyat tidak boleh terus disuruh menunggu sehingga tahun 2031 atau 2034 untuk menikmati jalan yang tidak sesak. Apa yang rakyat perlukan hari ini ialah penyelesaian segera, praktikal, berimpak tinggi.

Bukan sekadar pelan besar yang indah di atas kertas tetapi lambat dalam pelaksanaan. Jika kerajaan benar-benar serius, maka keutamaan mesti diberikan kepada penyelesaian jangka pendek yang agresif, peningkatan kapasiti jalan sedia ada dan sistem pengangkutan awam yang benar-benar berfungsi sekarang. Bukan sepuluh hingga dua puluh tahun yang akan datang.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga di sini ingin membangkitkan berkenaan isu projek rehabilitasi dan juga tambakan laut, Tapak Pelupusan Jelutong bernilai RM1 bilion yang dilaporkan gagal mendapat kelulusan EIA sebanyak lima kali. Dan lima kali dah gagal, menunjukkan maknanya ada masalah lah. Soalannya, bagaimana sebuah projek mega yang diumumkan pada tahun 2020 masih gagal memenuhi syarat asas alam sekitar selepas lebih 680 hari? Sudah tentu ada masalah.

Penolakan berulang kali oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan masih wujud isu teknikal dan risiko alam sekitar yang serius. Namun Kerajaan Negeri masih mempertimbangkan lanjutan masa kepada pemaju walaupun sebelum ini mendapat kenyataan bahawa tiada lagi sambungan akan diberikan jika EIA gagal diperolehi. Lima kali dah. Ketua Menteri ada berjanji kata kalau kelima tak dapat jugak akan di stop. Projek yang dibuat secara terbuka membebaskan toksik. Nak kambus laut pula dengan toksik-toksik kambus laut, bakal merosakkan laut pula.

Sebab itulah kena kena fikir elok-eloklah. Ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat. Kita tidak menolak keperluan memulihkan tapak pelupusan Jelutong. Tetapi rakyat mempersoalkan mengapa komponen tambakan laut terus dipertahankan walaupun menerima bantahan masyarakat dan gagal mendapat kelulusan berkali-kali. Kerajaan Negeri perlu lebih telus, berani menilai semula keseluruhan projek ini demi kepentingan alam sekitar dan juga rakyat Pulau Pinang.

Tuan Yang di-Pertua, isu kegagalan. Isu kegagalan Pulau Pinang menghantar pasukan bola sepak lelaki ke SUKMA 2026. Beralih kepada sukan pulak di Selangor adalah satu perkara yang amat memalu dan mencalar imej sukan negeri. Bola sepak merupakan sukan yang paling popular dan menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang sejak sekian lama. Namun hari ini kita gagal menghantar pasukan. Bukan kerana kalah di padang, tetapi kerana kegagalan pengurusan dan juga perancangan. Biasalah kalau main bola ni, kalah menang ni biasalah. Tapi kalau gagal menghantar pasukan ni, ini satu kegagalan dari sudut perancangan. Ini menunjukkan wujud kelemahan serius dalam koordinasi antara Majlis Sukan Negeri, FAP, Penang FC serta pihak berkaitan sehingga senarai pemain pun gagal dimuktamadkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Persoalannya, sebuah negeri yang sering bercakap soal pembangunan belia, kecemerlangan sukan, boleh terlepas perkara asas seperti penyediaan pasukan SUKMA. Adakah tiada perancangan awal? Adakah tiada pemantauan berkala terhadap persiapan pasukan? Lebih membimbangkan, insiden ini memberi kesan besar kepada pembangunan bakat muda negeri kerana pemain-pemain belia kehilangan platform terbesar untuk menyerlahkan potensi mereka di peringkat negeri dan juga kebangsaan. Kerajaan Negeri tidak boleh sekadar mengadakan mesyuarat selepas isu ini menjadi kontroversi. Rakyat mahu siasatan dalaman dijalankan dengan telus. Pihak yang bertanggungjawab perlu dipertanggungjawabkan dan satu pelan pembangunan bola sepak belia lebih profesional diwujudkan segera. Jika perkara asas seperti penyertaan SUKMA pun gagal, gagal diurus, bagaimana pula Penang mahu bercakap tentang melahirkan pemain bertaraf nasional pada masa yang akan datang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Dua. Rumuskan yang balance ah. Satu jam tiga puluh minit sudah rekod.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya, saya dah, dah skip dah banyak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa, bangkitlah demi rumuskan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Pada Sukan SEA 2025 Thailand baru-baru ini, pasukan sepak takraw Malaysia berjaya menamatkan penan, apa nama penanti, penantian selama 34 tahun untuk meraih emas secara berpasukan dengan menewaskan musuh tradisi Thailand. 34 tunggu, baru nak dapat. Lebih manis apabila tekong utama negari itulah Syahir Rosdi, Zarif Marican adalah anak jati negeri Pulau Pinang. Disebabkan kemenangan bersejarah ini, saya mohon supaya EXCO Belia dan Sukan Pulau Pinang, negeri memberikan insentif ganjaran bagi menghargai jasa mereka berdua mengharumkan nama negara setelah 34 tahun tidak, kita tidak berjaya merampaskan apa nama piala ini.

Isu, saya nak, saya nak pergi kepada isu tempatanlah. Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu tempatan, tempatan saya Sungai Dua ini ialah isu kubur. Isu kubur. Kubur Sungai Dua, kubur berpusat Sungai Dua ini kan, dia punya perancangan dia untuk tambak tanah pusara. Tiba-tiba pergi tambak tanah pusaka pula. Projek tambun tanah pusara, pergi tambak tanah pusaka. Silap tambak pula. Allah, tidak boleh lagi eh, tidak boleh nak buat apa. Tidak boleh nak, nak, nak, nak masuk kubur itu tidak perlu lagi, tidak boleh.

Lepas itu pula yang malangnya, dia ambil tanah wakaf Siti Aishah. Ambil tanah kotor itu dia pergi angkut, pergi tambak dekat tanah kubur. Kita nak buat tanah kubur ini, kayu balak pun ada, ketul batu pun ada, tar pun ada. Sebab kubur ini kita nak korek semula. Allahu, teruklah buat sampai setara itu. Kita boleh membuka, Majlis Agama Islam boleh bersama-sama membuka peluang kepada orang ramai untuk wakafkan tanah. Penambakan itu perlu dilakukan dengan segera supaya tanah berpusat kubur Sungai Dua ini dapat digunakan. Kita jangan duduk ingat bab pembangunan untuk orang hidup sahaja, untuk nak mati pun kita kena bersiap. Ha, kena siap kubur ini untuk kita nak matilah. Kan. Sama ada kita tidak tahulah, apa nama ini, kita punya apa Ayer Tawar ini nak balik ke Kedah ka nak, nak duduk di sini ka. Tidak tahulah. Kalau ada, kita boleh merancang untuk duduk di mana-mana. Itu tanah perkuburan.

Yang keduanya berkenaan dengan tanah beralun-alun. Jalan daripada, daripada ini, Sungai Lokan ke Pajak Song. Jalan bendang. Jalan teruk beralun-alun. Siapa ini (kurang jelas) macam nak, kalau siapa tak pernah naik kuda, boleh lalu kawasan itu. Macam naik kuda. Malam pula line tidak ada, kalau hujan kita boleh terbabas. Jadi minta perhatianlah supaya jalan-jalan Sungai Lokan ini juga, begitu juga dengan jalan Sungai Dua yang akan di ini, tapi masih ada lagi bottleneck dan juga kan masih ada lagi tempat-tempat yang mengganggu aliran. Terutamanya iaitulah apabila Sekolah Kebangsaan Sungai Dua. Kita dah buat elok dah jalan, apa nama cadangan untuk buat jalan sehala. Tetapi masalah Sungai Dua. Sekolah Sungai Dua pula, menurunkan anak di kiri kanan menyebabkan halangan kepada jalan. Kerajaan boleh melihat untuk membantu Sekolah Kebangsaan Sungai Dua untuk maknanya dialihkan tapak pelepasan pelajar ini ke tempat yang bermunasabah supaya tidak mengganggu aliran trafik yang datang daripada, daripada Merbau Kudung untuk pergi ke, ke apa nama ini lebuh raya.

Kemudiannya, satu lagi ialah berkenaan rumah sampah di Sungai Dua. Rumah sampah Sungai Dua, di depan Klinik Kesihatan Sungai Dua ada rumah sebiji ini, rumah sampah. Semua orang tahu dah kalau Sungai Dua. Dia minat, dia siang dia tidur. Malam dia pergi cari lungguk sampah itu dia bawak balik bubuh sampah. Baru-baru ini saya pun buat aduan dan saya pun buat TikTok lah, baru lah depa mai angkut, lima lori mai angkut luar saja, dalam rumah tak angkut lagi. Sedangkan dalam rumah pun dia bakal orang kata apa, menjadi penternak tikus, menjadi penternak ular dan boleh mengundang bahaya kepada kejiranan taman tersebut. Kan kena ambil tindakanlah.

Macam mana kalau dia orang yang mental, kita kena tangkap pergi hantar sama ada di Perak Road ka, Hospital Bahagia ka, di mana ka supaya dia dipulihkan. Dia pelik, dia tak jual, dia ambil sampah bawa balik. Dia ambil sampah bawa balik. Kereta buruk dia atur pergi rumah dia, kereta buruk dia atur tepi sungai. Tanah orang itu dia sewa untuk bubuh sampah. Yang saya nak tergelak lagi bukan apa, rumah yang berdepan dengan dia itu seorang chinese kan, dia nak beli. Dia minta nak beli, dia nak bubuh sampah dalam itu pula. Itu dia, cabaran, cabaran kepada ini.

Jadi dari segi punca kuasa siapa boleh bertindak. Boleh angkut dia. Bukan angkut dengan sampah, angkut dengan dia dia sekali. Kan kalau setakat angkut sampah, esok dia bubuh sampah balik. Angkut dengan dia balik tolong pergi berubat dia. Kalau ada masalah mental, kita kena hantar ke pusat mental untuk berubat. Ada patut dia angkut sampah sampai tara tu. Kan. Kemudian Dato’ Seri apa nama ini, Yang di-Pertua, saya rasa cukuplah. Saya banyak, saya keratlah. Saya kerat. Saya tengah tengok.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang lain sudah tunggu.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya ada lebih kurang dalam 50 muka surat, tapi saya skip sikitlah kan kerana atas permintaan ini, saya skip dan saya bercakap dengan pendek. Dan sini saya, di akhir ini saya ingin mengucapkan kepada Dhuyufurrahman, umat Islam yang mengerjakan ibadah haji di Mekah. Selamat mengerjakan ibadah haji kepada Dhuyufurrahman dan juga kepada ini, TKM kita, Batu Maung yang pergi menunaikan haji. Kita doakan mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur. (bacaan doa) Mudah-mudahan mendapat apa nama, haji yang mabrur di sana dan juga kepada umat Islam yang bakal menyambut Aidil, hari apa nama, Hari Raya Aidiladha, selamat menyambut Aidiladha pada tahun ini. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan daripada Allah. Segala salah silap saya mohon maaf dan saya akhiri dengan aqulu qawli hadha wa astaghfirullahal'adzim li wa lakum. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Ketua Pembangkang Sungai Dua dan saya nak jemput Air Itam.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Terima kasih juga kepada Ketua Pembangkang Sungai Dua atas ucapan yang begitu panjang sekali dalam tiga (3) tahun dan telah cover semua isu-isu yang mungkin kami nak bangkitkan juga. Sekali lagi terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang masih dalam Dewan, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media yang dimuliakan. Salam sejahtera, Salam Penang2030, Salam Malaysia MADANI.

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun atas menyempurnakan istiadat perasmian dan perutusan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Belas, Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke -15. Air Itam menyambut baik ucapan Tuan Yang Terutama yang prihatin rakyat. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Ahli Bukit Tengah yang masih dalam Dewan atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Bukit Tambun, maaf sebab sudah lama sangat duduk sini tunggu.

Dato’ Yang di-Pertua, sejajar dengan intipati ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun, perbahasan Air Itam akan menyentuh beberapa perkara penting. Perkara pertama adalah, adalah Pulau Pinang menuju ke krisis ekonomi. Sinar pertumbuhan eksport agregat Pulau Pinang pada awal tahun 2026 menyembunyikan realiti struktur ekonomi yang kian meruncing di peringkat mikro. Analisis mendalam ke atas data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kajian Khazanah Research Institute (KRI) dan polisi brief Social Impact MADANI dan Maze Alpha (dengan izin) memberi petunjuk terkini bahawa ekonomi Pulau Pinang bakal menemui tiga (3) krisis utama.

Yang pertama, tekanan inflasi barangan dan perkhidmatan asas suku pertama 2026 berbanding suku pertama 2025. Kedua, kuasa beli rakyat Pulau Pinang melemah secara ketara dengan pengungur, pengangguran yang meningkat. Sentimen perniagaan menunjuk trend penguncupan. Krisis pertama inflasi Pulau Pinang. Analisa inflasi Pulau Pinang suku pertama 2026 berbanding suku pertama 2025 mencatat kadar 1.% lebih tinggi dari purata inflasi nasional 1.4% dan menduduki kedudukan keempat tertinggi dalam negara. Lensa ketidakrataan, unevenness (dengan izin), menunjukkan bahawa inflasi kita sangat tertumpu kepada enam (6) sektor kritikal yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan harian kita seperti satu, insurans dan perkhidmatan kewangan. Lonjakan inflasi luar biasa sebanyak 11.5%. Kedua, penjagaan diri. Perlindungan sosial dan pelbagai barangan. Peningkatan sebanyak 5%. Ketiga, makanan dan minuman. Meningkat sebanyak 1.6%. Keempat, restoran dan perkhidmatan penginapan. Meningkat sebanyak 1.9%. Kelima, pendidikan. Meningkat 2.1%. Ini memberi tekanan tambahan kepada institusi keluar, kekeluargaan. Enam, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain. Kategori utiliti dan tempat tinggal mencatat inflasi 0.9%.

Meskipun demikian, angka agregat ini masih gagal menunjukkan kepayahan sebenar yang dialami oleh kumpulan rentan B40 dan M40 Pulau Pinang dengan kepadatan penduduk tinggi. Kos tetap kehidupan harian yang meningkat secara langsung menekan kehidupan rakyat. Sebagai contoh, apabila kenaikan inflasi pada insurans sebanyak 11.5% dan penjagaan diri sebanyak 5%, ia adalah lonjakan mendadak melebihi purata pertumbuhan gaji. Keluarga di kawasan seperti Seberang Perai atau Timur Laut terpaksa membuat trade off (dengan izin) iaitu tukar ganti dalam perbelanjaan. Mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan nutrisi berkualiti atau menangguhkan simpanan masa hadapan menyebabkan taraf hidup sebenar mengalami kemerosotan.

Krisis kedua adalah kelemahan kuasa beli akibat kejatuhan pasaran buruh yang dibandingkan di antara tahun 2024 dengan 2025, 2026. Kelesuan kuasa beli di Pulau Pinang bukan sekadar masalah harga barang yang naik tetapi ia diparahkan lagi dengan kehilangan sumber pendapatan. Perbandingan kapasiti buruh mendedahkan kelemahan struktur ini. Satu, peningkatan mutlak jumlah penganggur, penganggur. Jumlah penganggur di Pulau Pinang pada tahun 2024 di Q4 adalah seramai 19,700 orang iaitu kadar pengangguran 2%. Menjelang 2025 pada Q4, angka ini melonjak secara mendadak kepada 26,300 orang, 26,300 orang.

Kedua, kadar pengangguran meruncing. Maka kadar pengangguran negeri secara rasminya telah meningkat kepada 2.7%. Implikasi terhadap kuasa beli. Tambahan lebih 6,600 individu yang kehilangan, kehilangan pekerja, pekerjaan dalam tempoh setahun iaitu dari akhir 2024 ke akhir 2025, bermaksud ribuan isi rumah di Pulau Pinang kini mempunyai sifar pendapatan. Apabila kelompok 26,300 penganggur ini dihadap, berhadapan dengan inflasi makanan dan inflasi kesihatan insurans, kuasa beli mereka lumpuh sepenuhnya. Ini adalah contoh klasik sindrom stagflasi tempatan iaitu pengangguran meningkat ketika harga barangan asas terus meningkat.

Krisis ketiga, sentimen perniagaan yang suara, yang suram sebagai leading indicator. Data survey kecenderungan perniagaan DOSM terkini mendedahkan kelemahan struktur ini dari sudut pandang pemodal di Pulau Pinang. Jangkaan negatif iaitu suku pada suku pertama 2026, petunjuk keyakinan perniagaan jatuh ke paras negatif iaitu -0.8%. Perbandingan negeri maju amat membimbangkan apabila tahap keyakinan perniagaan negeri lain seperti Selangor amat positif pada 13.1%, Negeri Sembilan pada 13.4% dan Johor pada 14.6%. Korelasi sentimen dan kuasa beli. Sentimen perniagaan yang berada pada bacaan negatif 0.8 di Pulau Pinang adalah isyarat bahawa kecenderungan majikan menahan pengambilan pekerja baharu, membekukan kenaikan gaji atau mengurangkan shift kerja lebih masa iaitu OT bagi pekerja kilang.

Penyusutan indeks harga pengeluaran sektor, sektor pembuatan di peringkat nasional sebanyak -2.7% pada Februari 2026, menunjukkan margin kilang sedang ditekan teruk akibat permintaan yang perlahan, ditambah pula dengan lambakan kilang daripada China. Akibatnya, pekerja Pulau Pinang kehilangan upah lebih masa secara langsung mematikan kuasa beli untuk berbelanja di sektor peruncitan dan perkhidmatan tempatan. Atas unjuran gelap ekonomi Pulau Pinang, Air Itam, mencadangkan langkah untuk mengurangkan bebanan sara hidup rakyat Pulau Pinang seperti berikut:

Pertama, pengurangan kos utiliti iaitu potongan bil air sebanyak 20% kepada pengguna domestik dan peniaga kecil di Negeri Pulau Pinang hingga ke akhir tahun ini. Kedua, bantuan kewangan kepada setiap anak Pulau Pinang melalui penyaluran tunai untuk mengurangkan bebanan ibu bapa rakyat Pulau Pinang setiap 2 bulan bermula daripada bulan Mei hingga akhir tahun daripada kewangan GLC yang berkeuntungan besar seperti PDC yang ada keuntungan melebihi RM500 juta pada tahun 2024 dan PBA yang mempunyai keuntungan melebihi RM144 juta pada tahun 2024. Ketiga, potongan cukai petak tanah perumahan potongan sebanyak RM50 untuk jenis kediaman milik rakyat Pulau Pinang sahaja.

Untuk isu kedua ialah keterjaminan makanan Pulau Pinang iaitu padi dan daging. Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua perbahasan adalah keterjaminan makanan Pulau Pinang. Kelemahan yang tersorok di negeri ini merupakan hakikat pedih tentang kecacatan yang terlindung di sebalik imej mega Lembah Silikon Timur. Ketika dalam kelesuan ekonomi dan krisis Asia Barat, ketidaktentuan pasaran minyak menjejaskan bekalan makanan dan boleh mengakibatkan penduduk kita terperangkap dalam kelaparan.

Baru-baru ini, laporan berita pada April 2026 di New Straits Times bertajuk Fix Rice Supply, Not Just Stockpile mendedahkan petanda kelemahan keterjaminan bekalan beras negara yang serius. Analisa mendalam terhadap kadar sara diri (SSR) padi Pulau Pinang membongkarkan 3 masalah sistemik berikut:

Pertama, ilusi keterjaminan stok simpanan berbanding pengeluaran sebenar tempatan. Strategi rapuh pergantungan kepada stok simpanan tanpa memperbaiki rangkaian bekalan domestik sehingga SSR padi Pulau Pinang menjunam sehingga hanya mampu menampung 48% keperluan rakyat. Apabila kerajaan melancarkan Beras Cap Feri, kerajaan sebenarnya melakukan apa yang dikritik oleh pakar iaitu menyediakan stok yang bersumberkan beras import dan gagal memperkasakan hasil dari Seberang Perai. Ini bukan keterjaminan beras, ini adalah pergantungan yang berjenama.

Yang kedua, hilangan tanah pertanian gred 1. Sambil kita terbawa dengan pelaburan teknologi dan penambakan, kerajaan telah membiarkan 20,000 hektar sawah Pulau Pinang mengecut menjadi hanya 12,000 hektar. Kajian menunjukkan penyusutan agresif sebanyak 2.04% hanya dalam setahun iaitu 2024 hingga tahun 2025. Ini menyebabkan Pulau Pinang tidak berkemampuan menanam padi untuk bekalan penampan sekiranya kos beras import bermasalah.

Ketiga, perangkap kos dan ancaman ekologi. Pesawah Pulau Pinang dibebankan oleh kos yang pertama harga benih yang menaik mendadak iaitu RM80 per kapit. Yang kedua, kos operasi melonjak akibat kenaikan kos baja dan alat tukar ganti jentera. Untuk keterjaminan bekalan daging pula, semakan lejar membuktikan defisit keupayaan pengeluaran yang berterusan di peringkat mikro Pulau Pinang. Status pengeluaran diklasifikasikan sebagai tidak mencukupi secara mutlak bagi setiap tahun penilaian. Metrik pengeluaran daging iaitu lembu ataupun kerbau Pulau Pinang merekodkan penguncupan ketara iaitu pada tahun 2024, 4,600.32 tan metrik, tahun 2021 menjunam kepada 2,414.93 metrik tan. Tahun 2023 2,696.38 metrik tan, tahun 2023 2,594.04 metrik tan. Penurunan pengeluaran ini mendedahkan kerentanan rangkaian makanan domestik yang membarah apabila terpaksa memenuhi permintaan populasi negeri seramai 1.8 juta orang.

Kesimpulannya, analisa mendalam mendedahkan defisit kadar sara diri (SSR), ancaman biologi, peningkatan mendadak kos operasi petani, paradoks intervensi Kerajaan Negeri melalui inisiatif Beras Cap Feri juga gagal termasuk GLC Penang Agrotech juga gagal mengatasi masalah yang dihadapi oleh kerajaan. Air Itam mencadangkan langkah seperti berikut:

Memansuhkan Penang Agrotech sebagai langkah penjimatan yang memakan kos RM204,412 terutamanya bertindih fungsi dengan jabatan yang sedia ada. Kedua, membatalkan Beras Cap Feri kerana telah gagal menjalankan fungsi asal untuk membantu pesawah tempatan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Air Itam merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas pelantikan Air Itam sebagai Chef de Mission iaitu CDM Pulau Pinang untuk mengemudi kontinjen Negeri Pulau Pinang ke temasya Sukan SUKMA Selangor 2026 baru-baru ini semasa countdown 120 hari pasukan Sukan SUKMA Pulau Pinang. Selaku ketua kontinjen yang bakal menggalas tanggungjawab ini dan akan berkuat kuasa mulai 1 hari bulan Jun, saya amat memahami serta berkongsi kekecewaan seluruh peminat sukan negeri ini susulan laporan akhbar mengenai ketiadaan skuad bola sepak lelaki kita di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2026 ini.

Umum difahamkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah pun memperkenankan Selangor kekal sebagai tuan rumah yang komited selepas menerima menghadap Menteri Belia dan Sukan hasil inisiatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Perkembangan positif ini di peringkat kebangsaan ini yang turut dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada 30 April 2026 bahawa acara SUKMA akan diadakan seperti yang ditetapkan. Namun hakikat yang duka adalah kini pasukan bola sepak SUKMA Pulau Pinang yang tergugur daripada majlis pengundian pada tarikh yang sama semata-mata kerana ketiadaan pasukan.

Air Itam bersama peminat dan penyokong pasukan Pulau Pinang ingin mendapat penjelasan daripada pihak yang terlibat dalam isu ini seperti berikut:

Pertama, bagaimana situasi membabitkan pendaftaran senarai nama atlet long list peserta pasukan bola sepak lelaki SUKMA boleh terlepas dari tempoh pendaftaran sebagaimana kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Kedua, adakah wujudnya sebarang kepincangan dalam program pembangunan sukan bola sepak negeri sehinggakan kita tidak mempunyai pasukan bola sepak sendiri yang boleh menyertai SUKMA. Ketiga, apakah sebenar kontrak pemain-pemain Piala Belia dan Piala Presiden di bawah Penang FC telah tamat secara rasmi pada 30 November 2025 tidak disambung dan mengapa? Keempat, mengapa Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang gagal menyerahkan senarai panjang iaitu long list atlet sebelum tarikh tutup pada 13 Februari 2026? Kelima, apa tata kelola MSNPP dan Persatuan Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang dalam pengurusan penyertaan ke SUKMA. Keenam, siapa yang telah diamanahkan tugas mengendalikan penyertaan SUKMA dan harus bertanggungjawab dalam isu ini. Apakah tindakan yang akan diambil ke atas mereka?

Mohon kiranya EXCO yang bertanggungjawab untuk menjelaskan secara terbuka keadaan sebenar yang menyebabkan situasi ini wujud dalam saingan SUKMA tahun ini. Air Itam menegaskan bahawa MSNPP mesti proaktif mencari jalan penyelesaian jangka panjang bersama FAP dan Penang FC untuk merombak semula sistem pembangunan akar umbi agar maruah bola sepak negeri terbela dan insiden memalukan ini tidak akan berulang kelak.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berhubung tatakelola pembangunan infrastruktur dan kemudahan masyarakat oleh kerajaan, Air Itam memetik isu projek Akademi Badminton Pulau Pinang yang bernilai RM460 juta di Persiaran Karpal Singh yang telah dibatalkan baru-baru ini sebagai contoh utama, prime example kepincangan kronik yang perlu diperbaiki oleh kerajaan untuk projek-projek yang lain supaya perkara yang sama tidak berulang.

Untuk pengetahuan Dewan, projek Akademi Badminton Pulau Pinang dibangunkan di bawah kerangka Public Private Partnership iaitu PPP menggunakan model Build Operate Transfer (BOT) antara Kerajaan Negeri, Chief Minister Incorporated iaitu CMI dan syarikat pemaju swasta PGBC Sendirian Berhad. Kerangka makro perjanjian projek ini menetapkan pajakan tanah selama 60 tahun beserta opsyen tambahan 30 tahun dengan pulangan hasil pajakan tanah fasa pertama bernilai RM50 juta kepada Kerajaan Negeri. Projek ini mengintegrasikan pembinaan 27 gelanggang antarabangsa di PT217 dan pengkomersialan service apartment di PT214 bagi menampung kos pelaburan RM460 juta. Berdasarkan semakan silang jawapan kerajaan, status dan unjuran millstone pembangunan mendedahkan bahawa projek ini berdepan dengan kelewatan struktur dan cubaan pemaju memintas instrumen kawal selia statutori iaitu catatan Dewan millstone projek ini adalah seperti berikut:

Pada tahun 2018, projek Akademi Badminton diumumkan dalam belanjawan negeri tahun 2018 dengan kos pembiayaan pihak swasta diunjurkan sekitar RM22 juta. Namun, ia telah dievolusikan melalui Perbadanan Ketua Menteri iaitu CMI kepada kontrak pajakan tanah bernilai RM460 juta.

Pada 27 Disember 2023, CMI menandatangani perjanjian pajakan tanah bersama PGBC Sendirian Berhad bagi tujuan pembangunan di atas plot PT214 dan PT217 di Seksyen 8 Bandar Georgetown. Pada 9 Ogos 2024, syarikat PGBC melalui perunding projek telah mengemukakan permohonan yang berisiko tinggi kepada CMI untuk dikecualikan daripada penyediaan SIA, EIA dan TIA. Permohonan tersebut gagal diproses oleh jabatan teknikal kerana pelan pembangunan yang dikemukakan didapati tidak lengkap dan kekurangan dokumen sokongan tambahan.

Pada 9 April 2025, pihak perunding pemaju akhirnya akur dan mengemukakan semula pelan serta dokumen yang lengkap kepada CMI untuk dipertimbangkan. Pada 21 Mei 2025, CMI mengarahkan perunding tersebut untuk meneruskan penyediaan Pelan Kebenaran Merancang iaitu PKM melalui perbincangan rasmi bersama agensi teknikal yang berkaitan. Unjuran pembinaan pada tahun 2026 setakat rekod suku 4 2025, pemaju masih berada dalam fasa menyiapkan PKM untuk kelulusan pihak berkuasa tempatan. Kerja-kerja pembinaan fizikal hanya disasarkan bermula pada pertengahan tahun 2026 yang mana ia tertakluk sepenuhnya kepada kelulusan rasmi PKM tersebut. Dan pada 21 Mei 2026, memaklumkan jawapan daripada jawapan Dewan bahawa perjanjian bersama PGBC Sendirian Berhad akhirnya dibatalkan. Maaf, pada 11 Mei 2026 bermaksud jawapan bertulis yang saya terima hari ini telah memaklumkan bahawa perjanjian bersama PGBC Sendirian Berhad telah dibatalkan. Penemuan jelas mendapati dari sudut profil integriti kewangan syarikat untuk memajukan projek bernilai RM460 juta ini sangat dipersoalkan kerana pengauditan forensik kewangan dan bedah siasat tadbir urus terhadap profil syarikat PGBC Sendirian Berhad menzahirkan anomali yang sangat kritikal apabila keupayaan modal syarikat yang sangat terhad berbanding nilai projek pembangunan yang dianugerahkan yang bernilai RM460 juta.

Berdasarkan semakan silang dokumen kewangan bersama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia iaitu SSM bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023, pertentangan ketara ini menimbulkan persoalan serius terhadap integriti kelulusan projek berkonsepkan Public Private Partnership dan Build Operate Transfer kerana semakan forensik struktur ekuiti, liabiliti dan keumpilan kewangan diagnosis terhadap penyata imbangan PGBC Sdn. Bhd. membuktikan bahawa liquidity syarikat ini kurang sesuai untuk membiayai atau menampung risiko projek mega berskala ratusan juta ringgit antaranya. Akan tetapi, petanda awal kelemahan dan risiko kelewatan projek seharusnya dikenal pasti CMI sekiranya due diligence dilaksanakan dengan sewajarnya. Oleh yang demikian, Ahli Air Itam mencadangkan bahawa langkah berikut perlu diambil bagi memantapkan tata kelola kerajaan pada semua projek pembangunan masa depan seperti melalui syarat mandatori membendung gadaian tanah kerajaan bagi memintas tindakan menggunakan aset tanah kerajaan bagi membiayai projek pemaju. Air Itam mencadangkan supaya kerajaan mesti mengenakan tiga klausa melindung nilai secara mutlak seperti berikut:

i. Halangan gandaan berdaftar.

ii. Klausa bukti dana.

iii. Hak pengambilalihan.

Air Itam juga mencadangkan kepada kerajaan syor rombakan dasar untuk mengikat kontraktor kerajaan untuk menangani skandal ketidakupayaan entiti swasta membiayai projek penswastaan, menuntut pelaksanaan dasar yang lebih ketat di mana kerajaan perlu mengguna pakai tiga instrumen kewangan mengikut seperti berikut untuk semua projek besar yang dicadangkan:

i. Bon pelaksanaan.

ii. Jaminan peribadi pengarah.

iii. Due diligence menyeluruh.

Oleh yang demikian, pada sidang terdahulu, Air Itam telah mencadangkan pembangunan sebuah AI Community One-Stop Center di KADUN Air Itam dengan mengguna pakai bangunan yang telah dikosongkan oleh sebuah pasar raya yang terletak di simpang Jalan Thean Teik dan Jalan Kampung Pisang, milikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Bangunan tersebut telah ditinggalkan kosong selepas pasar raya itu berpindah. Dalam konteks yang sama, diharapkan cadangan ini boleh dimajukan dengan segera dan tidak tertangguh lagi seperti Akademi Badminton Pulau Pinang.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berhubung Lebuhraya Bukit Kukus dan pendakwaan di mahkamah kes SPRM tentang laporan EIA projek. Air Itam membawa satu teguran dasar yang amat kritikal yang menuntut Kerajaan Negeri menilai semula pengurusan risiko dan keumpilan integriti ke atas kelangsungan projek Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus. Krisis penahanan kepimpinan tertinggi Jabatan Alam Sekitar (JAS) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah pengecualian Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) baru-baru ini telah mencetuskan satu defisit kepercayaan yang luar biasa. Skandal ini mempunyai korelasi langsung dan implikasi perundangan yang amat berbahaya terhadap projek Lebuhraya Bukit Kukus yang sedang dikendali oleh dua pemaju swasta.

Dua isu utama yang perlu diketengahkan. Yang pertama, perincian risiko dan paradoks kelulusan EIA. Rekod Hansard membuktikan bahawa kelewatan projek ini sering kali disandarkan kepada alasan birokrasi JAS. Kerajaan Negeri sebelum ini telah mengesahkan bahawa antara punca utama kelewatan projek Bukit Kukus adalah kesukaran pemaju untuk mendapatkan kelulusan EIA daripada JAS, khususnya bagi aktiviti jadual dua yang melibatkan pembinaan jalan atau jambatan di kawasan berketurunan melebihi 35 darjah serta prosedur rock blasting. Soalan kritikal yang ditujukan kepada Kerajaan Negeri hari ini ialah mengambil kira skandal rasuah di peringkat tertinggi JAS untuk mengecualikan EIA, adakah Kerajaan Negeri boleh memberi jaminan bahawa segala permohonan, draf, dan kelulusan EIA yang dikemukakan oleh pihak pemaju swasta ini sebelum ini adalah 100 peratus telus sah di sisi undang-undang dan tidak melibatkan sebarang jalan pintas atau manipulasi terma. Kita tidak boleh lupa tragedi hitam pada 19 Oktober tahun 2018 di mana keruntuhan tanah di Bukit Kukus telah meragut sembilan nyawa manusia. Kita tidak mampu menggadaikan nyawa rakyat Air Itam dan Paya Terubong di atas kelulusan teknikal yang kini integritinya boleh dipertikaikan di mahkamah.

Kedua, isu negatif kelewatan kronik dan sindrom lanjutan EOT. Projek alternatif ini merupakan urat nadi bagi penduduk Air Itam, Paya Terubong, dan Bandar Baru Air Itam ke Bayan Baru atau Bayan Lepas. Pada asalnya ia dijadualkan bermula pada tahun 2016 dan siap pada tahun 2025, namun kini ditangguhkan secara rasmi ke tahun 2028. Terdapat kepincangan struktur dalam perjanjian pembangunan bersama di mana syarikat pemaju swasta seolah-olah dilindungi. Pihak pemaju swasta pernah diberikan lanjutan masa EOT berkali-kali, namun seolah-olah tiada perkembangan fizikal yang meyakinkan di tapak projek.

Yang ketiga, risiko perundangan dan langkah pre-emptive. Memandangkan kes SPRM ini berpotensi membekukan perjalanan projek atau membawa kepada tindakan mahkamah yang memakan masa, Kerajaan Negeri tidak boleh sekadar berdiam diri dan menjadi mangsa keadaan. Saya mengesyorkan langkah semak dan imbang berikut dikuatkuasakan serta-merta, iaitu:

i. Audit teknikal pihak ketiga;

ii. Pengaktifan pelan kontingensi dan rampasan jaminan bank;

iii. Klausa ganti rugi kelewatan (Liquidated Ascertained Damages - LAD).

Secara keseluruhannya, rakyat Pulau Pinang khususnya penduduk di Air Itam, Paya Terubong, dan Bandar Baru Air Itam telah tunggu terlalu lama untuk lebuh raya ini menjadi realisasi. Kerajaan Negeri perlu bertindak sebagai pelindung mutlak dengan mengaktifkan pengauditan risiko memastikan jaminan keselamatan cerun mematuhi piawaian antarabangsa dan tidak membiarkan syarikat pemaju swasta memanipulasi krisis SPRM ini sebagai alasan untuk mengelak komitmen kewangan dan pembinaan mereka.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sektor pelancongan di KADUN Air Itam kini sedang mengalami transformasi yang amat membanggakan. Berkembang daripada sekadar destinasi persinggahan kepada sebuah hab pelancongan warisan dan ekologi yang terunggul di Pulau Pinang. Berbekalkan inisiatif terbaharu seperti Air Itam Heritage Walk yang dilancarkan sebagai program perintis sejak September tahun lalu, kini berjaya menghidupkan semula kisah-kisah silam dan warisan masyarakat tempatan, membolehkan para pelancong menyelami kekayaan budaya dan sejarah unik Air Itam secara langsung di tapak warisan tersebut. Usaha pemeliharaan identiti ini turut diperkukuhkan lagi dengan perancangan pemasyhuran Kampung Melayu Lama Air Itam sebagai kampung warisan Melayu yang pertama di negeri ini, merangkumi pemuliharaan tapak bersejarah seperti makam dan Rumah Suluk Sheikh Omar Bashir. Dan dengan bangganya Air Itam ingin memaklumkan bahawa program Heritage Walk telah menarik minat dua konsul iaitu Konsul Jeneral Jepun dan Konsul Jeneral Thailand ke Pulau Pinang yang telah menyertai aktiviti Air Itam Heritage Walk baru-baru ini.

Perkembangan positif ini melengkapkan gagasan The Seven Tourism Wonders of Air Itam yang merangkumi tarikan ikonik seperti Kuil Kek Lok Si, Empangan Air Itam, serta tawaran gastronomi bertaraf antarabangsa termasuk hidangan yang mendapat pengiktirafan Michelin. Dalam pada itu, Bukit Bendera yang menjadi mercu tanda kebanggaan kita terus mencatat prestasi yang luar biasa bagi suku pertama tahun 2025 sahaja. Bilangan pelawat telah melonjak kepada 426,308 orang, peningkatan positif yang berjaya mengatasi rekod pra-pandemik pada tempoh yang sama. Lonjakan angka pelawat yang menaiki kereta api funikular ini membuktikan keyakinan berterusan pelancong terhadap daya tarikan ekopelancongan kita.

Bagi menampung kapasiti pengunjung yang semakin meningkat dan merancakkan lagi industri ini, Kerajaan Negeri sedang giat memantau projek kereta kabel Bukit Bendera yang dijangka siap pada tahun 2026 yang pastinya akan menjadi satu lagi daya tarikan baharu bertaraf dunia. Air Itam amat yakin melalui sinergi strategi antara pemuliharaan warisan akar umbi dan pemodenan prasarana pelancongan ini, kita akan terus memacu pertumbuhan ekonomi tempatan, membuka lebih banyak peluang perniagaan dan meletakkan Pulau Pinang sentiasa gah di peta pelancongan global.

Satu isu amat penting serta amat kritikal pada persidangan hari ini. Isu utama yang sangat ingin saya ketengahkan pada hari ini adalah masalah berkaitan kedudukan tahap kesihatan seluruh rakyat di Negeri Pulau Pinang. Berdasarkan dokumen jawapan bertulis Dewan, saya secara jujurnya berasa amat sedih dan amat bimbang melihat trend penyakit kronik dan berjangkit seperti jangkitan virus HIV, penyakit jangkitan seksual atau STD, kencing manis, serta penyakit barah yang terus berleluasa…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Air Itam tolong ringkaskan,

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Baik

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tiada keistimewaan seperti Sungai Dua ya.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Baik, terima kasih. Pertama sekali mari kita teliti rekod strategik bagi jangkitan HIV/AIDS dan STD dari tahun ke tahun. Bagi kes jangkitan penyakit HIV dan AIDS, kita telah dapat melihat peningkatan yang sangat ketara bermula dari tahun 2021 sehingga hari ini. Walau bagaimanapun, keadaan berbeza bagi jangkitan STD, trend peningkatannya amat merisaukan semua pihak, bermula dengan tiga angka, 328 kes ia memuncak kepada 547 kes tahun lepas sebelum ia menurun sedikit sebanyak 458 kes. Apa yang jauh lebih menyedihkan penyakit ini jelas mencatatkan jumlah insiden jangkitan yang tertinggi dalam kalangan golongan belia kita yang sedang berusia di antara lingkungan 20 hingga 29 tahun. Justeru langkah yang paling penting dan wajib diambil secara proaktif oleh Kerajaan adalah dengan memperkasakan secara besar-besaran kempen kesedaran reproduktif serta menggalakkan aktiviti ujian saringan awal secara berkala dan menyeluruh.

Perkara kedua adalah tentang penyakit kencing manis. Fakta mengejutkan ialah Pulau Pinang menduduki tempat keempat tertinggi di Malaysia dengan prevalens 20.5%. Trend ini sangat merisaukan juga kerana ia menaik mengikut usia. Warga emas 60 tahun ke atas mencatat prevalens 38%. Penyakit ini jika dibiarkan pasti akan menyebabkan komplikasi buah pinggang serta amat membebankan perkhidmatan dialisis hospital. Oleh itu, langkah pencegahan tegas mesti segera diambil oleh Kerajaan Negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri. Kempen hebat bagi pembudayaan gaya hidup sihat, ujian saringan awal, senaman fizikal, pemakanan nutrisi, dan pemotongan gula harian harus digiatkan segera.

Ketiga adalah isu barah. Laporan rasmi perubatan mendedahkan bahawa Pulau Pinang kini mempunyai kadar insiden kanser standard umur tertinggi Malaysia bagi kaum lelaki...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Air Itam lama sangat ni...

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Bagi sekejap saja,

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

dua minit saja...

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Iaitu 145.1 kes, manakala kaum wanita pula berada di tempat keempat tertinggi negara dengan 154.7 kes. Secara kesimpulannya, status kesihatan awam ini amatlah merisaukan dan ia menuntut satu bentuk tindakan konkrit yang tegas serta segera daripada pihak Kerajaan Negeri demi untuk memastikan kelangsungan tahap kehidupan seluruh rakyat jelata kita sentiasa terjamin. Hal ini demikian berikutan nilai nyawa setiap manusia adalah sangat bernilai dan tidak ternilai harganya sama sekali.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Akhirnya,

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

perkara terakhir adalah berhubung kemudahan di sidang media. Pada sidang-sidang yang lepas, Berapit telah membangkitkan tentang bilik penyusuan. Maka pada sidang ini, Air Itam ingin membangkitkan isu yang penting untuk menyokong semangat kebebasan media iaitu kemudahan ruangan untuk rakan-rakan media di luar sidang dewan ini. Sejak sidang-sidang DUN yang lepas, Air Itam mendapati bahawa rakan-rakan media yang hadir ke dewan untuk membuat liputan berdepan dengan cabaran ruang yang terhad. Ruang legar dewan dengan kerusi meja yang disediakan sememangnya tidak mencukupi, disebabkan setiap hari mempunyai media akhbar empat berbahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan bahasa Tamil yang akan hadir membuat liputan. Maka Air Itam memohon jasa baik kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Dato’ Yang di-Pertua untuk mengambil maklum cabaran yang dihadapi oleh para rakan media kita di luar dan mempertimbangkan jalan penyelesaian jangka masa pendek, dan sebagai penyelesaian jangka masa panjang boleh dipertimbangkan untuk menyediakan ruangan media seperti The House Press Gallery of US Capitol atau Legislative Yuan Complex Press Room dan bilik media khas pada Dewan Undangan yang baru di Pulau Silikon kelak apabila ia menjadi realisasi.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, demikian perbahasan usul terima kasih Tuan Yang Terutama Tun oleh Air Itam dan izinkan diakhiri dengan serangkap pantun.

Sesi bahas sampai penghujung, Isu ekonomi, sukma dan pelancongan, Minta diulas masa mengulung, Ahli Air Itam memohon menyokong.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Terima kasih Air Itam. Seterusnya saya persilakan Seri Delima, persilakan.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Sudah lapar, masih tak sempat makan lagi atas sebab ucapan yang sangat panjang oleh Ketua Pembangkang dan juga Air Itam.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Kena kena bagi denda lewat.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Okey, selamat pagi, salam sejahtera, salam Malaysia, sudah petang kah? selamat petang, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam Pulau Pinang saya ucapkan kepada Dato’ Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Terlebih dahulu, Seri Delima ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan yang telah pun disampaikan sempena pembukaan persidangan DUN pada hari Jumaat lalu. Ucapan Tun bukan sekadar suatu amanat rasmi tetapi mencerminkan aspirasi Negeri Pulau Pinang untuk terus maju sebagai sebuah negeri yang inklusif, progresif, mampan dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa. Seri Delima menyambut baik komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuh pembangunan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperhebatkan pembangunan infra serta memacu transformasi digital negeri.

Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan laporan Global Peace Index 2025 (dengan izin), Malaysia berada di tangga ke-13 negara paling aman di dunia. Suatu pencapaian yang amat membanggakan. Kedudukan ini bukan sesuatu yang boleh kita ambil ringan, terutamanya dalam keadaan dunia hari ini yang semakin berdepan dengan konflik geopolitik, polarisasi sosial dan ketidaktentuan ekonomi global. Dalam kelompok 15 negara paling aman di dunia, Malaysia merupakan antara hanya tiga negara Asia yang tersenarai bersama Singapura di tangga ke-6 dan Jepun di tangga ke-12, dan kita berada di hadapan banyak negara maju termasuk UK, US, Australia dan sebagainya. Pencapaian ini mencerminkan kekuatan Malaysia dalam mengekalkan keamanan, kestabilan sosial dan keharmonian masyarakat majmuk.

Oleh itu, keamanan yang kita nikmati hari ini tidak harus dipersiakan. Ia perlu terus dipelihara melalui dasar yang inklusif, sikap saling menghormati serta komitmen oleh semua pihak. Dalam konteks Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang menjadi tumpuan pelaburan dan bakat antarabangsa, kita mesti terus mempertahankan budaya kepelbagaian, keharmonian dan saling menghormati yang sekian lama menjadi kekuatan negeri ini.

Seri Delima juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Bukit Tambun atas pelantikannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menerajui portfolio perdagangan dan juga perpaduan masyarakat. Seri Delima berharap agar lebih banyak usaha yang konkrit dan berterusan dapat dilaksanakan melalui program komuniti, dialog antara budaya serta inisiatif yang mampu memperluas common ground ataupun titik persamaan antara rakyat pelbagai kaum. Pada pandangan Seri Delima, keharmonian hanya dapat diperkukuh apabila rakyat mampu melihat melangkaui perbezaan kaum, agama dan latar belakang demi mencapai masa depan yang lebih baik bersama.

Seri Delima kesal apabila membaca bahawa pemberian nama jalan kepada tokoh tertentu turut dipertikaikan, dipolitikkan dan dijadikan polemik perkauman. Ada sesetengah pihak cuba memainkan sentimen perkauman berhubung penamaan semula Persiaran Pantai Sinaran kepada Persiaran Chin Fung Kee. Penamaan tersebut dibuat bagi menghargai jasa seorang anak jati Malaysia yang telah menyumbang kepakaran besar dalam pembinaan ikon negeri dan negara seperti Jambatan Pulau Pinang dan juga KOMTAR. Pengiktirafan terhadap sumbangan beliau tidak seharusnya diputar belitkan menjadi isu perkauman.

Apabila Jalan Tanjung Tokong lama dinamakan semula sebagai Jalan Shaik Ibrahim, ataupun apabila Bandar Cassia Highway dinamakan sebagai Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi, tiada pertikaian dibangkitkan kerana masyarakat memahami dan mengiktiraf jasa mereka kepada negeri dan negara. Tetapi mengapa apabila jalan dinamakan sempena Prof Chin Fung Kee ini tiba-tiba dijadikan isu. Sikap memilih-milih dalam menghargai jasa tokoh negara hanya akan menimbulkan persepsi tidak sihat dalam masyarakat. Hakikatnya, tidak kira bangsa atau agama, mana-mana warga yang tanah tumpah darahnya Malaysia dan telah menabur jasa kepada negeri serta negara, wajar dihormati dan diiktiraf dengan sewajarnya. Oleh itu, Seri Delima berharap agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan cubaan sempit yang hanya mengeruhkan keharmonian masyarakat serta memecah belahkan perpaduan yang telah lama kita bina bersama.

Dato’ Yang di-Pertua, Seri Delima berpandangan bahawa peranan kerajaan amat penting dalam memastikan pembangunan Pulau Pinang dilaksanakan secara terancang dan berpandangan jauh. Tanggungjawab kerajaan bukan sahaja memenuhi keperluan semasa tetapi turut mencorakkan masa depan negeri untuk generasi akan datang. Justeru, Seri Delima menyambut baik pembangunan strategik serta projek-projek infra yang mampu merangsangkan pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan berkualiti dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat seperti LRT Mutiara Line, Pulau Silikon dan juga projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Namun begitu, pembangunan fizikal perlu bergerak seiring dengan kesiapsiagaan infrastruktur asas negeri. Selalunya apabila berlaku gangguan bekalan elektrik, air, sistem pembetungan ataupun sistem telekomunikasi, soalan yang ditanya adalah sama ada kapasiti utiliti dan infrastruktur negeri berkembang selari dengan kadar pembangunan semasa. Dalam hal ini, Seri Delima ingin membangkitkan beberapa perkara.

Pertama, adakah Kerajaan Negeri mempunyai penilaian menyeluruh mengenai kapasiti semasa utiliti dan infrastruktur asas seperti grid elektrik, bekalan air, sistem saliran, sistem pembetungan dan sistem telekomunikasi dan juga jaringan jalan raya di kawasan pembangunan pesat.

Kedua, sejauh manakah proses kelulusan pembangunan mengambil kira carrying capacity ataupun had kemampuan sesuatu kawasan untuk menampung pertumbuhan pada masa hadapan. Ketiga, Seri Delima ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan pembangunan satu Integrated State Infrastructure Capacity System (dengan izin) yang dikemaskini secara berkala bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi berkaitan menilai kapasiti sebenar serta tahap tekanan infrastruktur di sesuatu kawasan agar tidak dibebani oleh pembangunan yang dirancang.

Pendekatan berasaskan data dan pemetaan digital seperti ini turut digunakan di beberapa negara maju seperti Jepun, Australia, Singapura bagi membantu kerajaan membuat keputusan pembangunan yang lebih mampan, tersusun dan juga berpandangan jauh. Seri Delima menyokong pembangunan yang berjiwa rakyat dan bervisi, namun begitu infrastruktur serta kapasiti utiliti yang menyokong pembangunan tersebut perlu diperkukuh secara selari dengan kerancakan pembangunan demi kesejahteraan rakyat dan masa depan Pulau Pinang.

Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini beberapa sesi bantahan telah pun diadakan di kawasan Seri Delima berhubung dengan cadangan pembangunan berintensiti tinggi di Gelugor berhampiran kawasan Jalan Pemancar, dan dalam ucapan Ketua Pembangkang tadi turut disentuh tentang perkara ini. Berdasarkan jawapan kepada soalan bertulis yang dikemukakan, Seri Delima difahamkan bahawa projek tersebut masih belum, masih belum mendapat sebarang kelulusan dan kini masih dalam peringkat permohonan kebenaran merancang.

Namun begitu, sebagai ADUN kawasan apabila timbul bantahan dan juga kebimbangan daripada penduduk setempat, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa suara serta keluh kesah rakyat ini ke perhatian Dewan yang Mulia ini. Kebanyakan rakyat memahami kepentingan pembangunan dan keperluan negeri untuk terus berkembang, namun begitu mereka turut menyuarakan kebimbangan terhadap sejauh mana impak pembangunan tersebut boleh menjejaskan kesihatan, keselamatan, keselesaan serta kualiti hidup penduduk setempat.

Oleh itu, sebelum sebarang kelulusan diberikan, Seri Delima berharap PBT dapat meneliti cadangan pembangunan tersebut secara menyeluruh dengan mengambil kira carrying capacity ataupun had kemampuan sesuatu kawasan untuk menampung pembangunan pada masa hadapan. Penilaian yang komprehensif perlu dilaksanakan termasuk dari sudut sosial, alam sekitar dan juga lalu lintas melalui laporan seperti EIA, SIA, TIA (dengan izin) agar setiap pembangunan benar-benar memenuhi prinsip pembangunan mampan serta memberi manfaat yang optimum kepada rakyat dan negeri.

Seri Delima juga memahami kegusaran penduduk khususnya mereka yang tinggal di kawasan Jalan Pemancar yang sebelum ini telah pun terkesan dengan projek Lebuhraya Pintasan Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang masih dalam pembinaan. Justeru, apabila timbul pula cadangan pembangunan baharu di kawasan berhampiran, keresahan penduduk adalah sesuatu yang valid, yang wajar dan tidak boleh diketepikan.

Atas sebab itu, Seri Delima bersama Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut hadir dalam sesi bantahan yang dianjurkan oleh penduduk bagi mendengar sendiri pandangan serta kebimbangan mereka. Seri Delima memahami bahawa Kerajaan tidak boleh menghalang pemilik tanah daripada mengemukakan pelan pembangunan, namun begitu menjadi tanggungjawab PBT untuk memastikan setiap aspek berkaitan termasuk kesan terhadap lalu lintas, pencemaran, kawasan hijau, kapasiti utiliti dan infrastruktur sedia ada dinilai dengan teliti sebelum sebarang kelulusan diberikan. Sekiranya aspek serta keperluan teknikal berkaitan gagal ditangani dengan memuaskan, maka Seri Delima berpandangan bahawa cadangan pembangunan tersebut tidak wajar diteruskan.

Dato Yang di-Pertua, Seri Delima juga ingin membangkitkan isu kecurian kabel utiliti yang semakin serius dan kerap berlaku di beberapa kawasan. Apa yang membimbangkan, kegiatan ini berlaku secara berulang malah terdapat lokasi yang menjadi sasaran hampir setiap hari walaupun kerja pembaikan telah pun dilakukan berkali-kali. Isu ini bukan sekadar melibatkan kehilangan kabel atau kerugian harta awam, yang lebih membahayakan ialah apabila penutup lubang di permukaan jalan telah pun dibuka dan dibiarkan begitu sahaja, khususnya pada waktu awal pagi. Keadaan ini boleh mengundang kemalangan yang agak serius sekiranya pengguna jalan raya tidak menyedari kewujudan lubang tersebut.

Seri Delima berpandangan bahawa keadaan ini sudah sampai ke tahap yang amat membimbangkan apabila kejadian terus berulang di lokasi yang sama. Ia bukan sahaja menimbulkan keresahan rakyat malah seolah-olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa dan memberi persepsi bahawa kegiatan ini boleh dilakukan tanpa tindakan yang benar-benar berkesan. Pendekatan sedia ada yang hanya tertumpu kepada kerja menutup semula lubang selepas kejadian berlaku adalah sangat tidak mencukupi dan kurang memberi impak dalam menyelesaikan isu ini secara jangka panjang. Selagi punca utama kegiatan kecurian ini tidak ditangani secara menyeluruh, kejadian yang sama akan terus berulang di lokasi yang sama.

Pihak utiliti terutamanya TM perlu mempertimbangkan langkah pencegahan yang lebih berkesan. Antaranya termasuk memperkukuh keselamatan fizikal lubang utiliti melalui penggunaan penutup khas dengan sistem pengunci keselamatan, reka bentuk yang lebih sukar dibuka, serta penggunaan bahan kabel yang tidak mempunyai nilai jualan semula yang tinggi. Pendekatan design against theft (dengan izin) perlu diberi perhatian dalam pembangunan utiliti baharu termasuk penggunaan reka bentuk kabel dan sistem pemasangan yang lebih sukar dipotong, ditarik keluar ataupun dijual semula dengan mudah. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan terhadap premis jual beli besi buruk dan juga logam terpakai juga perlu diperkukuh bagi memutuskan rangkaian kegiatan ini. Isu ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan keselamatan awam, kelangsungan utiliti asas serta keyakinan rakyat terhadap keberkesanan sistem penguatkuasaan dan pengurusan utiliti negara.

Dato’ Yang di-Pertua, berhubung dengan pembekalan utiliti asas seperti air dan elektrik, Seri Delima berpandangan bahawa kedua-duanya merupakan keperluan asas yang tidak boleh dipandang ringan. Namun begitu, selain isu gangguan bekalan itu sendiri Seri Delima mendapati aspek komunikasi semasa krisis masih memerlukan penambahbaikan yang besar. Mengambil contoh gangguan bekalan elektrik yang berlaku pada 20 April yang lalu sekitar jam 9 malam di Island Glades, kira-kira 70% bekalan elektrik di kawasan Island Glades terjejas. Namun, maklumat yang disampaikan ketika itu tidak jelas. Malah walaupun pertanyaan itu dibuat oleh ADUN sendiri, akses kepada maklumat semasa sukar diperoleh. Jika wakil rakyat sendiri pun menghadapi kesukaran mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini, apatah lagi rakyat biasa.

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai pelan tindakan, tempoh pemulihan mahupun perkembangan semasa. Situasi pada malam tersebut sememangnya sukar diterima oleh penduduk setempat. Keadaan ini menunjukkan masih wujud jurang komunikasi yang besar antara agensi kerajaan dan rakyat. Satu jurang yang perlu segera ditangani demi memastikan penyampaian maklumat semasa krisis lebih telus, pantas dan meyakinkan. Apabila gangguan berlaku, rakyat sebenarnya ingin mengetahui beberapa perkara asas. Satu, apakah punca sebenar. Kedua, berapa lama tempoh pemulihan. Ketiga, kawasan mana yang terjejas dan empat, apakah tindakan susulan yang sedang diambil. Maklumat yang cepat, jelas dan konsisten amat penting bagi mengurangkan keresahan rakyat serta memudahkan wakil rakyat membantu menyampaikan informasi yang tepat. Sekiranya tidak, adakah sepatutnya ADUN senantiasa menerima tamparan akibat informasi yang tidak jelas daripada badan kerajaan sendiri. Seri Delima berpandangan bahawa tanggungjawab agensi utiliti seperti TNB, PBA mahupun Telekom bukan sekadar memastikan infrastruktur berada dalam keadaan baik tetapi juga memastikan komunikasi krisis dan khidmat pelanggan berada pada tahap kecekapan yang paling baik.

Dalam era hari ini, penggunaan media sosial dan platform digital untuk penyampaian maklumat secara pantas dan konsisten sudah menjadi satu norma yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, adalah mustahil sekiranya pengendali media sosial di agensi-agensi ini tidak berkebolehan untuk menyampaikan maklumat secara berkesan melalui platform tersebut.

Namun begitu dalam masa yang sama Seri Delima ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang atas pelancaran Chat MBPP yang membolehkan rakyat mengakses maklumat dan menyalurkan aduan dengan lebih pantas melalui chatbot AI. Melalui WhatsApp Chat MBPP mahupun aplikasi PEARL app ini aduan rakyat boleh direkodkan dengan lebih sistematik dan pengguna turut diberikan nombor rujukan kes untuk tujuan semakan susulan. Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) ini dalam perkhidmatan awam merupakan langkah ke hadapan yang perlu terus diperkasakan oleh semua agensi kerajaan ke arah sistem penyampaian yang lebih cekap, responsif dan juga mesra rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua. Pulau Pinang kini sedang bergerak ke arah masyarakat menua dan perkara ini memerlukan perancangan bandar serta infrastruktur awam yang lebih mesra warga emas agar mereka dapat terus menjalani kehidupan harian dengan selesa, selamat dan juga bermaruah. Dalam hal ini, Seri Delima menghargai usaha MBPP melalui pelaksanaan inisiatif Bandar Mesra Usia Pulau Pinang yang berpaksikan kerangka Age-Friendly Cities oleh WHO. Namun begitu, Seri Delima berpandangan bahawa usaha ini boleh diperkukuh lagi melalui pelaksanaan inisiatif Silver Zone (Zon Mesra Warga Emas) sebagaimana yang telah pun dilaksanakan di negara jiran Singapura khususnya di kawasan yang mempunyai kepadatan warga emas yang tinggi. Kini Singapura telah mewujudkan kira-kira 50 kawasan Silver Zone di seluruh negara. Seri Delima ingin mencadangkan agar kawasan seperti Island Glades dan juga Island Park dipertimbangkan sebagai lokasi perintis, memandangkan kawasan tersebut mempunyai komuniti warga emas yang aktif serta persekitaran kejiranan yang sesuai untuk dijadikan model permulaan. Pengkalan Kota juga.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Konsep ini bukan sahaja menekankan aspek keselamatan jalan raya tetapi juga perhatian terhadap butiran kecil dalam reka bentuk bandar yang memberi impak besar kepada kehidupan harian warga emas seperti laluan pejalan kaki yang rata dan bebas halangan, tempat duduk awam, pencahayaan yang baik, laluan berbumbung serta lintasan pejalan kaki yang lebih selamat dan mesra pengguna di kawasan perumahan. Selain itu.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Seri Delima.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Aspek pengangkutan awam juga.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Boleh mencelah?

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Boleh, silakan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya tertarik dengan perbahasan beliau tentang keperluan kita untuk melihat bagaimana kita boleh jaga negeri kita dari segi warga menua yang meningkat dan juga kita boleh lihat kepada Singapura sebagai satu contoh. Memang Singapura adalah satu contoh yang baik tetapi kita juga kena ingat balik bahawa Singapura ini satu negara bukan satu negeri yang mempunyai hasil yang cukup besar sekali. Saya ada tanya dalam DUN soalan berapakah, sebagai contoh MMK Kesihatan kita mendapat satu tahun jumlahnya hanya 250,000 setahun. Jadi dalam fiskal constraint yang begitu besar adakah Seri Delima bersetuju bahawa negeri harus explore, mengembara cara-cara lain bagaimana kita boleh meningkatkan lagi hasil negeri kita supaya kita boleh memberikan perkhidmatan yang sebaiknya kepada warganegara kita, negeri kita. Terima kasih.

Tan Hooi PengDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Bukit Tengah atas pencerahan yang begitu baik sekali. Memang Pulau Pinang selalunya dibandingkan bersama Singapura tetapi kita faham juga Pulau Pinang negeri, Singapura negara dan fiskal hasil mereka memang lebih jauh tinggi daripada hasil yang kita dapat di Pulau Pinang ini. Namun saya rasa, sebenarnya tidak bercanggah. Apa yang kita boleh belajar dari Singapura dari segi konsep itu, boleh juga kita belajar dan diterapkan di kawasan kita. Tak semestinya menggunakan kos ataupun peruntukan yang begitu besar seperti Singapura. Apa yang kita boleh buat, kita boleh buat dahulu tapi konsep itu, idea konsep itu boleh dipelajari oleh kedua-dua PBT kita. Terima kasih Bukit Tengah.

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan dengan ucapan saya. Sudah nak landing lah. Okey, aspek pengangkutan awam juga perlu diberi perhatian sewajarnya. Seri Delima menerima cadangan daripada penduduk bahawa mereka berharap agar perkhidmatan Rapid Penang, khususnya laluan bas 206 bermula dari Lotus E-Gate Penang dapat diteliti semula dari segi kekerapan perjalanan supaya lebih sesuai dengan keperluan warga emas yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk urusan harian mereka. Seri Delima percaya bahawa pembangunan bandar yang baik bukan sahaja tertumpu kepada bangunan dan pertumbuhan ekonomi tetapi juga kepada sejauh mana sesebuah bandar mampu menjaga kesejahteraan rakyat di setiap peringkat usia.

Dato’ Yang di-Pertua, secara keseluruhannya Seri Delima berharap agar Pulau Pinang terus berkembang bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal dan ekonomi tetapi juga dari aspek kesejahteraan rakyat, penyampaian perkhidmatan yang cekap, kemampanan serta kualiti hidup. Seri Delima ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai agensi kerajaan yang telah banyak membantu dalam pelbagai urusan dan perkhidmatan kepada rakyat. Seri Delima percaya mutu perkhidmatan serta komitmen pegawai-pegawai Kerajaan sememangnya berada pada tahap yang baik. Namun apabila beban tugas semakin meningkat sehingga mewujudkan bottleneck dalam sistem penyampaian, maka pendekatan baharu perlu terus diterokai. Penggunaan teknologi termasuk kecerdasan buatan wajar terus diperkasakan diseluruh agensi kerajaan bagi membantu meningkatkan kecekapan, mempercepat proses kerja serta memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsive dan mesra rakyat.

Buah delima merah merekah, tersusun indah di dalam peti, Seri Delima akan terus melangkah, demi Pulau Pinang yang lebih lestari dan berdaya huni.

Dengan itu Seri Delima mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih pada Seri Delima dan seterusnya saya persilakan Telok Ayer Tawar.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

"Ayer Tawar tak pernah nyanyi"

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Silakan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat seperjuangan di dalam Dewan yang Mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebelum saya memulakan ucapan ini, suka untuk saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para pelajar yang telah menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Juga tahniah kepada seluruh bakal jemaah haji yang telah dipilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Terpilih untuk ke tanah suci merupakan satu nikmat dan rezeki besar yang amat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana bukan semua yang memohon berpeluang menjadi tetamu Allah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih serta penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Tun, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di atas titah ucapan ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kali ke-15 yang penuh hikmah, berwibawa dan sarat dengan mesej penting demi kemajuan negeri serta kesejahteraan penduduk Pulau Pinang. Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri menyentuh banyak perkara. Sesungguhnya titah tersebut bukan sekadar ucapan perasmian tetapi jelas menunjukkan kebertanggungjawaban dan keprihatinan Tuan Yang Terutama Tun kepada penduduk Pulau Pinang dalam semua aspek.

Ucapan Tuan Yang Terutama Tun bukan sahaja menyentuh pencapaian Kerajaan Negeri, tetapi turut menekankan tentang cabaran semasa yang memerlukan perhatian serius semua pihak termasuk isu dalaman dan luaran negeri. Begitu juga kesemua pelaksanaan serta data dan maklumat yang dibentangkan dilihat membuktikan bahawa Pulau Pinang sebuah negeri menuju ke arah yang baik. Prestasi dan pencapaian ekonomi negeri dilihat amat memuaskan. Pelaburan yang masuk berbilion-bilion, sektor pembuatan kekal pada nilai berbilion, dagangan negeri juga berbilion.

Saya juga menyambut baik penegasan Tuan Yang Terutama Tun yang menyeru seluruh Ahli Yang Berhormat di Dewan yang Mulia ini agar sentiasa berpegang kepada penyampaian maklumat yang sahih, berhemah dan sentiasa memberi cadangan yang membina. Namun begitu, saya sebagai wakil rakyat menjadi kewajipan dan tanggungjawab saya untuk memastikan semua rakyat terus dibawa ke dewan ini. Suara rakyat, bukan semua... Saya ingin kita semua lihat dari sudut pandangan masyarakat Pulau Pinang terutama bagi golongan anak jati Pulau Pinang dan golongan B40, bagaimana kehidupan sebenar yang mereka jalani.

Kerajaan Negeri sering menekankan angka pelaburan yang tinggi, pertumbuhan ekonomi dan pengiktirafan antarabangsa. Walaupun berbilion-bilion yang masuk di Pulau Pinang, masih jelas masalah yang membelenggukan mereka dari sudut ekonomi yang semakin menekan, peluang pekerjaan yang sukar dan keupayaan hidup dalam peredaran masa yang semakin mencabar. Sejauh manakah limpahan kemajuan ini benar-benar dirasai oleh rakyat biasa. Jika disentuh dalam aspek keterjaminan makanan, banyak menunjukkan Kerajaan Negeri dalam usaha-usaha untuk mencukupi sumber makanan kepada penduduk Pulau Pinang. Namun kita masih tidak dapat mencapai matlamat tersebut. Begitu juga dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam pendekatan Kerajaan untuk membina bakat generasi muda melaksanakan pelbagai usaha untuk anak-anak sekolah yang dipupuk dengan dunia digital, sains dan teknologi. Semua itu suatu langkah yang baik.

Namun bagaimana dengan generasi belia yang sedang bertarung untuk sebuah pekerjaan yang sukar diperolehi masa sekarang? Pulau Pinang merupakan tempat industri besar bertapak tetapi adakah peluang pekerjaan ini diberi keutamaan kepada masyarakat, terutama anak-anak muda di Pulau Pinang? Pulau Pinang dilihat pesat membangun tetapi adakah nasib rakyat benar-benar terbela? Begitu juga dengan sektor pelancongan yang banyak menunjukkan peningkatan pelancong yang datang ke Pulau Pinang dan sekali gus membantu ekonomi negeri.

Tetapi perlu juga dilihat kesan di sebalik pendapatan pelancong yang datang dalam jumlah yang banyak bakal mengundang pelbagai gejala yang tidak sihat dan pengaruh negatif kepada budaya asli kita. Impak jangka masa panjang yang bakal kita terima perlu difikirkan dan dikaji untuk kestabilan ekonomi di samping kesejahteraan masyarakat setempat.

Oleh itu, pembangunan negeri perlu dilaksanakan secara seimbang agar nikmat kemajuan dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum dan kawasan. Jika tidak menjejaskan budaya sesuatu tempat, prinsip pembangunan inklusif ini penting agar tidak ada penduduk yang tercicir dan ketinggalan di belakang oleh arus kemajuan. Saya yakin dan percaya dengan komitmen dan komited Kerajaan Negeri ini secara kerjasama semua pihak negeri, kita mampu terus berkembang sebagai negeri yang maju dan progresif.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sahabat-sahabat Ahli Dewan yang saya hormati, di sini saya ada beberapa isu setempat yang ingin saya utarakan. Satu, isu pertama ini merupakan suara penduduk setempat yang kecewa dan merasa resah iaitu berhubung dengan isu banjir. Walaupun sekarang kita dilanda cuaca yang tidak menentu, sekejap panas dan sekejap hujan. Namun persediaan untuk menghadapi Monsun Timur Laut perlu dilihat dan memerlukan persediaan awal. Monsun ini berlaku pada bulan Oktober hingga Januari. Kawasan Telok Ayer Tawar tidak terkecuali terlibat dengan masalah banjir kerana keadaan monsun bertambah dengan angin kencang, air pasang dan ombak besar.

Masalah ini bukanlah perkara baru, bukan berlaku sekali dua tetapi telah berulang kali berlaku saban tahun tanpa penyelesaian tuntas daripada pihak yang bertanggungjawab. Persoalannya sampai bila penduduk di Telok Ayer Tawar khususnya di kawasan Bagan Lebai dan Bagan Lebai Tahir perlu terus menanggung kerugian kerosakan harta benda penderitaan itu?

Pelan Induk Tambahan Banjir Daerah SPU perlu mengenal pasti bahawa kawasan Telok Ayer Tawar adalah satu kawasan yang perlu dilihat dan dipandang serius. Rakyat sudah muak dengan lawatan tapak, kenyataan media dan janji manis setiap kali banjir berlaku. Apa yang rakyat perlu adalah tindakan segera, bukan alasan demi alasan. Saya mendesak agar isu banjir di Telok Ayer Tawar dijadikan keutamaan serta-merta dengan pelan tindakan yang jelas, tempoh masa yang tegas dan pemantauan berkala yang tulus. Jika kawasan lain boleh diberi perhatian pantas, mengapa Telok Ayer Tawar perlu dipinggirkan?

Isu kedua saya. Saya ingin meneruskan isu pencemaran Sungai Kereh di Tasek Gelugor kerana perkara ini bukan lagi sekadar isu dalam sekitar biasa tetapi sudah menjadi simbol kegagalan penguatkuasaan agensi yang sepatutnya melindungi rakyat dan sumber alam negeri ini. Penduduk di Kampung Selamat, Pokok Sena, Tasek Gelugor dan kawasan sekitar sudah berlalu lama menanggung kesan pencemaran sungai ini. Air berubah warna, berbau busuk, hidupan sungai semakin pupus, malah ada masa tertentu keadaan menjadi begitu teruk sehingga penduduk tidak sanggup berada berhampiran sungai.

Insya-Allah baru-baru ni kita berjumpa dengan EXCO Jawi, dia memberi jaminan kepada kita lebih kurang dia kata bagi masa kat dia, dia baru ambil alih, enam (6) bulan dia akan selesai masalah. Eh, setahun pula, naik. Oh, ada rekod. Dia kata enam (6) bulan saya boleh selesai masalah ni bukan 100 percent. Dia kata bagi saya cakap habis dulu Yang Berhormat Jawi. Dia kata 60 peratus atau pun 50 peratus saya akan selesai.

Okeylah, kira ada inisiatif ambil tindakan daripada yang lalu. Yang lalu janji-janji tinggal janji, tapi hari ini terima kasihlah dia pi duduk sana, last ganti tang ni yang baru. Apa menyedihkan keadaan ini berlaku bukan sehari dua. Aduan telah dibuat berkali-kali kepada JPVPP, Jabatan Alam Sekitar, MBSP dan pelbagai agensi berkaitan. Kalau beginilah cara agensi bertindak, bagaimana rakyat mahu membawa undang-undang alam sekitar ke negeri ini benar-benar berkuatkuasakan?

Isu ketiga yang saya rasa semua Ahli Dewan sedia maklum adalah isu berkaitan kenaikan harga minyak. Masalah kenaikan harga minyak ini terkesan oleh semua sektor ekonomi. Namun di sini saya ingin menyentuh isu minyak yang membawa kepada masalah pertanian. Tapi baru ni kita ada bincang juga EXCO baru, terima kasih YB Pertanian.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh cakap lagi, boleh cakap lagi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tambah sikit. Terima kasih, kita kena puji juga sebab tadi dia kata baru ni, ni dengar semua dalam Dewan, dia kata baru ni dia nak buat kuota satu hektar berapa liter minyak untuk pesawah-pesawah padi. Dia cadang tapi dia kata dia dah angkat kepada PM dah, dia cakap dengan PM. Saya nak tengok dah, dia kata dia dah angkat kepada PM, tapi saya nak tengok sampai takat mana. Tapi Insya-Allah kita doa-doa baguslah betul tak? Tapi durian jangan lupa. Kalau Sungai Acheh tak boleh mai durian, saya suruh YB Fahmi Pantai Jerejak... (gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, tengok balik teks tu, seterusnya.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kalau tak selit tak syok Dato’ Speaker. Baru seronok Dato’ Speaker. Namun isu ini telah menyentuh isu minyak yang membawa kepada masalah pertanian. Para nelayan di kawasan saya banyak menyatakan keluhan berkaitan isu ini. Mereka bergantung hidup dengan sumber pendapatan sebagai nelayan. Hasil tangkapan tidak menentu mengikut keadaan cuaca dan sejauh mana mereka boleh bergerak. Lagi jauh ke tengah laut, lagi banyak hasil tangkapan. Namun sayang sekali apabila keupayaan mereka terbatas dengan limit minyak yang ada. Mereka bukan pengusaha peniaga bot nelayan besar-besaran, mereka hanyalah nelayan kecil dengan sebuah bot kecil untuk mencari rezeki halal, dibawa balik untuk menyara hidup anak isteri di rumah. Kerajaan menyatakan subsidi minyak disediakan untuk nelayan namun persoalannya berapa liter sebenarnya diterima oleh seorang nelayan kecil? Jika hanya beberapa ratus liter sebuah sedangkan kos turun ke laut semakin tinggi, maka bantuan ini perlu dinilai semula agar benar-benar membantu golongan nelayan.

Hal keempat yang ingin saya utarakan adalah berkaitan dengan Kedai Madani dan Jualan Rahmah. Dahulu telah wujud Kedai Satu Malaysia yang telah menawar harga murah dari tempat lain. Akhirnya kedai-kedai ini ditutup apabila pentadbiran kerajaan baru. Sekarang wujud Kedai Madani, konsep hampir sama diguna dan tujuan yang sama. Kos ini merugikan kerajaan kerana tidak diguna pakai kedai yang sedia ada.

Kononnya Kedai Madani yang diuar-uarkan sebagai membantu rakyat, namun dilihat dengan jelas tidak berkesan dan gagal memenuhi tujuan asalnya. Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana harga barang yang tidak jauh beza dengan kedai biasa. Pilihan barang yang ada terhad, tidak semua barang asas yang ditawarkan dan dibekal barang seiringan tidak konsisten. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar hari ini, rakyat tidak mahu kedai berjenama baru, rakyat tidak mahu slogan baru, tetapi rakyat memerlukan harga barang yang benar-benar turun, bekalan makanan yang mencukupi dan bantuan yang disasarkan sampai kepada rakyat yang memerlukan.

Jika benar Kerajaan Negeri mahu membela rakyat, Kerajaan Negeri perlu fokus pada dasar yang lebih berkesan seperti memperkukuhkan pasar awam, bantu peniaga-peniaga kecil, kurangkan caj perniagaan dan memastikan Kedai Madani ini relevan untuk penduduk Pulau Pinang. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan lesen perniagaan tapak premis, pembangunan usahawan kecil dan penyelarasan bantuan kepada penduduk. Maka Kerajaan Negeri tidak boleh lepas tangan dan menyerahkan segalanya kepada Kerajaan Persekutuan.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

YB Telok Ayer Tawar, boleh minta celah?

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ya sahabat saya, silakan.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey, terima kasih YB Telok Ayer Tawar. Saya cuma tertarik dengan hujah tadi yang diberikan oleh YB tadi iaitu pasar kita perlu perkasakan. Bila kali yang terakhir YB pergi pasar? Soalan dulu.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okey, terima kasih

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Dan kedua, sekiranya YB ada pergi pasar, saya rasa anda juga dapat menerima bahawa ada aduan bahawa harga di pasar adalah lebih mahal di kedai-kedai atau hypermarket-hypermarket yang di luar sana. So, itu yang saya rasa tadi YB telah mengaitkan sesuatu isu harga itu yang betul-betul murah adalah di kawasan-kawasan yang telah menjalankan Jualan Rahmah tapi jika untuk di pasar, harga lebih tinggi lagi. Itu saya nak memperbetulkan fakta yang telah dikongsikan oleh YB tadi.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okey, terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Saya pergi pasar baru semalam kelmarin, pergi pasar BM lah murah. BM murah. Okey. Harga yang mana Yang Berhormat Machang Bubuk tanya, kalau Machang Bubuk duduk di dalam kawasan kampung tetapi tak tahulah kalau rumah Yang Berhormat kot dalam bandar. Kalau YB bertanding di kawasan kampung, kalau kita tengok harga sayur, kalau di kampung di kebun baru sekilo seringgit.

Tanya EXCO, YB EXCO Sungai Acheh melawat kawasan saya kawasan pertanian, kawasan saya kawasan tanam sayur di Tasek Gelugor. Kenapa di market harga sampai RM3.50? Kadang-kadang sampai RM4.00 sekilo? Itu markah peningkatan, kita kena harus kaji benda ini. Kita sebagai wakil rakyat, kita bawa dalam Dewan, kita berbincang. Terima kasih Machang Bubuk tanya saya. Kalau nak ikut di Tasek Gelugor harga sayur tak mahal, kenapa saya sampai di kedai sampai RM4.00 sekilo bayam? Bendi sampai RM6.00? Cabai sampai RM20.00? huh? Okey, cabai pelan lah. Okey, terima kasih Machang Bubuk.

Isu keenam. Isu keenam yang ingin saya suarakan dalam berkaitan isu para pewaris yang meletakkan kenderaan mereka di sepanjang bahu jalan atau tepi jalan utamanya untuk menunggu kanak-kanak pulang dari sekolah. Situasi ini mungkin dilihat perkara kecil namun memberi kesan besar kepada pengguna jalan raya lain. Jalan yang sepatutnya lancar menjadi perlahan dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan yang paling membimbangkan berisiko berlaku kemalangan. Hal ini paling ketara apabila melibatkan sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan bandar dan terletak berhampiran jalan utama yang sedia kala sibuk.

Cadangan saya agar Kerajaan Negeri boleh meneliti semula reka bentuk jalan di sekitar sekolah agar lebih selamat dan teratur. Jika menyediakan kawasan khas menunggu di sekolah-sekolah yang berkenaan, pasti kritikal ini di acapkali berlaku kemalangan jalan raya. Isu ini harus dipandang serius dan segala diselesaikan bukan kerana masalah disiplin pengguna jalan raya tetapi soal keselamatan anak-anak kita. Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan semua agensi berkaitan mesti bertindak segera, bertindak sekarang sebelum banyak nyawa melayang dan rakyat hilang kepercayaan terhadap keupayaan Kerajaan menyelesaikan masalah asas mereka.

Isu ketujuh mengenai food security tetapi tanah pertanian semakin tertekan dengan pembangunan tidak terkawal. Kawasan sawah padi di Seberang Perai Utara bukan sekadar tanah ekonomi, ia benteng keselamatan makanan negeri dan negara. Kerajaan mesti memberi jaminan jelas bahawa kawasan pertanian strategik tidak akan dikorbankan demi projek pembangunan komersial jangka pendek. Ini bagi menjaga tanaman padi diusahakan di semua kawasan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sahabat-sahabat Ahli Dewan yang Mulia yang saya hormati, yang saya kasihi. Sebelum saya nak habis ni saya nak ucapkan terima kasihlah masa baru ni ribut, saya minta bantuan Jawi hantar dengan segera tapi esok pagi. Terima kasih Jawi, tapi selesailah. Saya minta dengan segera tapi Jawi hantar.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Apa? Minta bantuan hantar esok pagi.

Azmi Bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tak.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Mohon jelaskan.

Azmi Bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Dia tak kata malam, malam tak boleh buat. Dia kata esok pagi pukul sembilan sampailah. Terima kasih Jawi. Maksud saya kata tak boleh buat malam. Saya cakap tak habis Jawi masuk. Ni Jawi bantu.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Bila nak minta bantuan call saya, saya kata okay kita bantu.

Azmi Bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okay, terima kasih Jawi. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sahabat-sahabat dewan yang saya hormati, akhir sekali saya sekali lagi merapat sembah menjunjung kasih atas titipan ucapan Tun Yang Terutama dan dengan penuh tanggungjawab mohon menyokong ucapan Tun Yang Terutama bagi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Anak teruna menjala ikan, Rezekinya banyak tidak terkata-kata, Suara rakyat kita perjuangkan, Demi masa depan negeri tercinta.

Sekian terima kasih, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih kepada Telok Ayer Tawar. Dan seterusnya, saya persilakan Pulau Betong. Persilakan.

Mohammad Shukor Bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassalatu Wassalamu Ala Asyarafil Mursalin Waala Alihi Wasahbihi Ajmain. Subhanaka La Ilma Lana Illa Ma Allamtana Innaka Antal Alimul Hakim Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyul Azim. Robbisrohli Sodri Wayassirli Amri Wahlul Uqdatan Minlisani Yafqahu Qauli.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, terdahulu ingin merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut memberikan ucapan perbahasan pada petang ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semua Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, penjawat awam serta rakyat Pulau Betong yang disayangi serta seluruh pihak dalam memastikan perjalanan pentadbiran negeri dapat dilaksanakan dengan terbaik.

Namun begitu, sebagai wakil rakyat Pulau Betong, saya ingin menyuarakan keresahan rakyat khususnya masyarakat di DUN saya terutamanya kawasan Pulau Betong dan Balik Pulau yang semakin merasakan banyak isu asas masih belum dilangsaikan dengan sebaik mungkin.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, isu utama isu KAFA iaitu Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain. KAFA bukan sekadar kelas tambahan agama tetapi merupakan asas penting dalam membentuk akhlak, dalam membentuk sahsiah, dalam membentuk jati diri generasi muda Islam di negeri ini. Dalam surah al-Mujadalah ayat ke-11 Tuhan menyebut, auzubillahiminashaitonirrajim yarfa’illahullazi naamanu minkum wallazina utul ilma darajat. Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dari kalangan kamu beberapa darjat.

Sabda Nabi Muhammad SAW, khairukum man ta’allamal qurana waallamahu. Orang yang paling baik sekali di kalangan kamu, sebaik-baik manusia kata Nabi, khairukum man ta’allamal quran wa'allamahu iaitu orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain. Nabi puji dua-dua, guru pun Nabi puji, murid pun Nabi puji. Itulah betapa mulianya kita mengangkat guru-guru KAFA ini supaya mereka diberikan satu insentif yang terbaik terutama sekali kita harapkan semoga Kerajaan Negeri dapat cakna, dapat ambil peduli tentang gaji dan juga elaun yang mereka dapat setakat ini.

Kita dapati jumlah guru-guru KAFA setakat ini berjumlah 1,630 dalam Pulau Pinang ini. Mereka telah berkhidmat dengan penuh kesungguhan dengan penuh komited. Kita harap semoga Kerajaan Negeri akan ambil sesuatu tindakan yang terbaik terutama sekali menggunakan dana daripada tawaquf ataupun dana zakat untuk memastikan elaun mereka itu dinaikkan. Kita fahami bahawa setakat ini pendapatan mereka berjumlah RM1,500.00 sebulan, tak capai pun pendapatan minimum, tak capai. Sepatutnya pendapatan minimum dalam peringkat negara Malaysia ini berjumlah RM1,700.00.

Bayangkan mereka hanya diberi RM1,500.00 sebulan dan guru besar KAFA hanya mendapat dalam pendapatan RM1,600.00 sebulan. Jadi kita harap semoga kita ambil sesuatu benda yang baik iaitu kita sarankan pada Timbalan Ketua Menteri Pertama merangkap Exco Agama pastikan kita mengambil cakna hal ini. Setakat ini, elaun melibatkan tambahan peruntukan berjumlah RM4.2 juta setahun. Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM176,000.00 bagi menjaga kebajikan guru KAFA muslimah yang cuti bersalin dengan kadar RM1,100.00 sebulan untuk 80 orang setahun.

Usaha ini wajar dihargai namun kadar elaun masih kita tidak berpuas hati kerana masih juga berjumlah RM1,500.00. Oleh itu, kita harapkan, kita cadangkan supaya Kerajaan Negeri melalui PUZ khususnya dapat menaikkan daripada RM1,500.00 kepada RM1,800.00 sebulan. Berdasarkan jumlah 1,630 orang guru KAFA, kenaikan kepada RM300 bermakna dalam masa sebulan perbelanjaan meningkat kepada RM489,000.00 sebulan, setahun RM5.868 juta.

Jika dihitung secara keseluruhannya jumlah elaun pada kadar RM1,800.00 sebulan maka dalam masa setahun jumlah semua sekali RM35.208 juta setahun. Saya percaya jumlah ini masih munasabah sekiranya Kerajaan Negeri benar-benar serius memperkasakan Pendidikan Islam dan menjaga kebajikan para mualim-mualimah yang berjuang yang mengorbankan diri mereka untuk anak-anak kita yang berada di dalam Negeri Pulau Pinang ini. Apatah lagi kita fahami bahawa sumber duit tawaquf, duit lebihan zakat setiap tahun contohnya pada tahun 2024 berjumlah RM30 juta. Sepatutnya digunakanlah sebahagiannya untuk asnaf fisabilillah iaitu golongan guru-guru yang kita berkorban pagi, petang, siang, dan malam.

Kata Nabi, kun aliman. Nabi suruh jadi guru, jadilah kamu seorang guru orang-orang yang alim. Au muta’alliman, tak boleh jadi guru kata Nabi, jadilah kamu orang yang belajar, pelajar, muta’allim. Golongan yang ketiga Nabi kata, au mustami’an iaitu golongan orang-orang yang suka dengar ilmu, suka dengar ceramah, suka dengar usrah, suka dengar orang memberi nasihat. Au muhibban, jadilah kamu golongan yang keempat kata Nabi, orang yang cinta kepada ilmu, orang yang sayang kepada ilmu. Nabi memberi warning, Nabi memberi amaran, wala takun khamisan. Jangan masuk golongan yang kelima, fatahlik, celakalah kamu. Jadi guru pun tak mahu, belajar pun tak mahu, dengar ilmu pun tak mahu, cinta ilmu pun tak mahu, maka celakalah kita. Jadi kita harap semoga Kerajaan Negeri ambillah perkara ini serius, dapatlah kita pertingkatkan lagi guru-guru KAFA kita supaya dapat gaji mereka itu, elaun mereka itu melebihi pendapatan minimum.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya kita masuk kepada infrastruktur dan keselamatan jalan raya…

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat, boleh saya mencelah? Nak tanya soal tadi tentang soal gaji guru KAFA, sekolah KAFA, boleh saya nak tanya sikit? Tadi ada disebutlah bahawa gaji guru KAFA di Pulau Pinang masih rendah. So, saya nak tanya baliklah YB, pernah tak YB buat bandingan gaji guru KAFA Negeri Pulau Pinang dengan negeri-negeri lain? Sebab saya difahamkan mungkin saya tersilap tapi boleh check bahawa gaji sekolah KAFA Negeri Pulau Pinang bersamaan dengan negeri Selangor antara yang paling tinggi. Kalau berbanding dengan negeri-negeri dengan Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu lebih rendah lagi daripada Pulau Pinang. Adakah YB boleh mengesahkan perkara ini?

Mohammad Shukor Bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Baik, terima kasih kepada sahabat saya. Jadi kita memang kita ambil cakna hal ini. Sepatutnya Kerajaan Negeri bantulah sebaik mungkin pasal guru ni dia berkorban. Dia bayangkan seorang ilmu, orang yang ada ilmu kata Nabi muliakan guru kamu, muliakan guru kamu, muliakan guru kamu. Jadi kalau kita tidak ambil peduli kita tidak ambil cakna maka tidak ada penghargaan kepada guru. Tambahan sekarang ni kita tahulah kos sekarang kehidupan kita sekarang kan dengan gaji RM1,500.00, Allah banyak mana yang kita boleh guna.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Maksudnya negeri-negeri lain kena naik jugalah?

Mohammad Shukor Bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Ialah memanglah, memang kita sarankan begitu. Itulah yang terbaiknya kan? kalau boleh kita jadi role model, kita jadi contoh, qudwah hasanah kepada semua dalam Malaysia ini.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

(gangguan)… sangat tinggi, jadi negeri-negeri lain… (gangguan).

Mohammad Shukor Bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Okay… okay. Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya kita nak ambil tentang isu infrastruktur dan keselamatan jalan raya. Jadi setakat ini kita mendapat rungutan tentang perlunya dibuat lampu isyarat terutama sekali di kawasan Kuala Jalan Baru. Kita mendapat rungutan kawasan ini sekarang ini sudah besar, kawasan ini sekarang sudah menjadi kawasan kalau boleh macam satu kariah, sudah melebihi 1,000 orang penduduk di situ. Jadi kita harap supaya dapat pihak JKR dan juga pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang dapat buat sesuatu tindakan yang drastik tentang rungutan penduduk di kawasan Kuala Jalan Baru khususnya. Kerana apa? Kerana di situ waktu pagi memang susah untuk nak melintas sangat-sangatlah sibuk perjalanan dalam kawasan itu. Pagi-pagi hendak hantar anak-anak ke sekolah, pagi-pagi kita keluar bekerja. Jadi di situ dalam keadaan tidak terurus. Kita harap supaya dapat kita buat sesuatu tindakan drastik untuk membina lampu isyarat di kawasan Kuala Jalan Baru.

Begitu juga, diminta juga kawasan satu lagi kawasan berdekatan dengan SJKC Chong Teik. Dekat dengan apa itu? Dekat dengan Mr. DIY Kongsi. Juga memerlukan lampu isyarat. Kita harap isu ini kerana apa? Sekarang ini tambah sekarang ini pula dengan musim durian bermula, bayangkan kenderaan bertambah dua ataupun tiga kali ganda. Terutama sekali pada hari Sabtu dan hari Ahad, memang jammed gila-gila. Kita harap supaya rakyat Balik Pulau khususnya diberikan tindakan yang terbaik untuk membina lampu isyarat di kawasan simpang tiga Chong Teik dan juga di kawasan simpang tiga Kuala Jalan Baru.

Seterusnya, Jalan Tun Sardon iaitu Jalan Bukit Baru mengalami kejadian tanah runtuh lebih daripada lapan ataupun 10 tempat yang sudah berlaku tanah runtuh. Setakat ini kita dapati tindakan amat lambat diambil oleh JKR khususnya. Kita dapati banyak jalan-jalan kawasan Bukit Baru ini berlubang dan tidak cantik jalannya. Begitu juga masih terdapat kon-kon masih juga diletakkan di dalam perjalanan kita menggunakan jalan raya tersebut. Jadi kita harap jangan dibiarkan jalan raya sepatutnya diuruskan sebaik mungkin, memberikan kelapangan kepada rakyat Balik Pulau khususnya. Tetapi kita bila kita guna jalan raya dalam keadaan tak terurus, tak cantik, tak lapang, sempit dan sebagainya. Bayangkan kalau hari hujan dalam keadaan yang angin, maka kon-kon yang kita letak itu dia akan bergerak. Bayangkan dia akan menutup jalan dan juga menyempitkan perjalanan. Ini akan punca berlakunya kemalangan, punca berlakunya ragut nyawa.

Saya teringat kata Saidina Umar. Saidina Umar kata, ada seekor kambing yang sedang berjalan-jalan di antara Kufah dengan Madinah tetapi disebabkan perjalanan dia jalan dia tak terurus, maka kambing tersebut tersepit, kaki dia patah akhirnya dia mati. Kata Saidina Umar, "Aku sangat takut walaupun binatang mati disebabkan kecuaian dia sebagai amirul mukminin, sebagai pemerintah pada masa itu," dia kata, "aku takut aku nak jawab apa dengan Allah Taala esok nanti." Jadi kita tengoklah seorang pemimpin yang prihatin, binatang pun dia tatang, binatang pun dia jaga, kita ini manusia kena lebih-lebih. Lebih-lebih lagilah kena jaga dan berikan perhatian dengan penuh hati dan sepenuh jiwa.

Seterusnya, Klinik Air Putih. Klinik ini sudah beroperasi lama tetapi dibina balik dan disiapkan pada bulan Februari 2024 dalam jumlah RM30juta. Tapi yang sedihnya klinik ini dalam keadaan silingnya bocor. Saya sudah pergi sudah hampir setahun tidak dibaiki. Jadi kita harap sangat-sangat kepada EXCO yang terlibat, bantulah untuk uruskan Klinik Air Putih Balik Pulau kerana bila kita tengok tak cantiklah klinik baru dirasmikan oleh Menteri Kesihatan pada tahun 2024, tak sampai dua tahun dah rosak dah. Jadi kita harap supaya klinik setiap hari pesakit menggunanya, bayangkan kalau dalam keadaan tak terurus bagaimana.

Jadi bayangkan kita harapkan supaya klinik-klinik kita dapat diuruskan dengan sebaik mungkin supaya tidak berlakunya benda-benda yang tak elok. Kita tengok, bayangkan diletakkan kontena-kontena yang besar untuk menadah air hujan yang turun, tambah sekarang ini hujan lebat sekejap saja kontena akan penuh. Jadi kita harap supaya perkara ini diambil penting oleh semua yang terlibat. Terutama sekali EXCO yang terlibat.

Mohon mencelah.

Okey.

Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Pulau Betong memberi laluan untuk saya mencelah sikit isu klinik kesihatan. Saya juga ada dapat maklumat daripada seorang sahabat, Klinik Kesihatan Bagan juga dalam keadaan uzur yang perlu diberi pertimbangan juga. Cuma bersetujukah rakan saya daripada Pulau Betong kerana saya melihat di peringkat Persekutuan Kerajaan Persekutuan PMX, katanya akan potong bajet di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ini sekitar RM3.06bilion yang akan dipotong, termasuk juga bajet daripada Kementerian Pendidikan Tinggi sekitar RM2.39bilion, walaupun keseluruhan bajet yang akan dipotong itu RM10bilion tapi di sini daripada dua kementerian ini sudah RM5bilion lebih yang hendak dipotong. Apa kata kalau dikekalkan bajet ini untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, baik pulih klinik-klinik kesihatan hospital dan seumpama dan kementerian lain dipotong, kementerian pelancongan ke apa potong buat apa pesta air pun tidak ada manfaatnya. Mohon pandangan.

Terima kasih Penaga. Ya sepatutnyalah, sepatutnya bajet-bajet untuk memberikan tumpuan kepada aspek kesihatan ini diberikan keutamaan kerana kesihatan ini melibatkan rakyat kita yang berada yang menggunakan kemudahan. Jadi kita harap pada PM kita yang terlibat supaya dapat memberikan peruntukan yang saksama, jangan dipotonglah sepatutnyalah kepada aspek kesihatan ini kena diberikan keutamaan kerana inil merupakan aset kita.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya kita pergi juga kepada aspek untuk baik. Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri pernah melaporkan bahawa sekitar RM137juta setahun dibelanjakan untuk penyelenggaraan kepada 201 klinik kesihatan di seluruh negara. Jadi bila dibahagikan secara purata jumlah tersebut bersamaan dengan RM680,000 ataupun RM700,000 setahun bagi setiap klinik. Jadi di situ diharapkan bagaimana sebuah klinik yang baru beroperasi boleh mengalami masalah kebocoran dan kita harap supaya kerajaan negeri dapat mengambil tindakan segera untuk mengatasi isu ini.

Isu kebanjiran dan saliran. Masalah banjir dan sistem saliran di kawasan Balik Pulau sehingga hari ini masih belum dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Setiap kali hujan lebat rakyat terus berdepan dengan keadaan longkang yang melimpah, jalan dinaiki air serta beberapa kawasan rendah yang ditenggelami banjir. Keadaan ini bukan hanya melibatkan isu-isu yang berlaku, kita harap supaya isu-isu ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin.

Terutama sekali kita harap JPS khususnya dapat mengambil tindakan yang drastik terutama sekali kawasan Sungai Nipah. Kawasan Sungai Nipah ini kita sudah maklum pada sesi yang lepas, Sungai Nipah sesi lepas kita beritahu lima tahun tak dibersih. Sekarang ini lima bulan lepas iaitu pada bulan 11 tiba-tiba lima bulan tak bersih pula maka Sungai Nipah juga tersumbat balik. Sungai Nipah dalam keadaan tak lancar airnya.

Jadi kita harap kepada EXCO yang terlibat silalah turun padang. Mai tengok di Balik Pulau, mai tengok Sungai Nipah apa yang ada dalam Sungai Nipah itu. Pokok-pokok kangkung penuh bertebaran, tumbuh meliar dalam kawasan sungai menyebabkan sungai tersangkut. Bila tersangkut berlakunya banjir, bila banjir berlaku maka dia akan memusnahkan semua pokok yang ditanam oleh orang-orang di situ. Tuan-tuan tanah mengadu kepada saya, "Bagaimana YB? Nak buat apa ini? Pokok durian tanam habis mati, tanam pokok nangka, pokok cempedak, pokok pisang lingkup semua. Tanam sayur, sayur juga musnah." Jadi kita haraplah supaya Sungai Nipah diambil perhatian oleh pihak EXCO. Mestilah dibuat pembersihan secara berkala, tiga bulan mestilah kena buat pembersihan secara berkala kena buat, tak boleh ditunggu sampai lima bulan, tak boleh tunggu sampai lima tahun.

Jadi kita harap benda ini kena ambil seriuslah janganlah dibuat macam acuh tak acuh saja. Begitu juga dengan RTB, RTB Sungai Burung. RTB Sungai Burung pakej pertama sepatutnya siap pada 14 April mengikut JD JPS Barat Daya, sepatutnya RTB pakej pertama ini RTB Pondok Upeh ini kena siap pada 14 April tapi tak siap. Jadi diberi tangguh supaya sampai bulan Julai. Saya yakin sampai bulan Julai pun tak akan siapnya RTB ini, memang tak akan siapnya. Kosnya berjumlah RM5juta manakala RTB yang kedua berjumlah RM15juta berlaku di Malindo. Juga sama juga kita tak tahu sampai bila boleh siap. Jadi kita harap Kerajaan Negeri dapatlah jelaskan RTB ini bila sepatutnya siap, RTB pertama pakej pertama yang berjumlah RM5 juta dan RTB yang kedua berjumlah RM15 juta bila yang sepatutnya kena siapkan projek ini kerana rakyat dok tunggu, rakyat dok menanti-nanti. Jangan jadi projek ini jadi projek sakit nanti kita tak mahu ini. Kita tak mahu jadi projek sakit menyebabkan menyusahkan rakyat nanti.

Seterusnya, Balik Pulau masih rasa terpinggir dalam aspek pembangunan. Rakyat Balik Pulau setakat ini sudah mula ada yang sudah hijrah ke tempat-tempat lain kerana mereka tidak boleh cari makan kerana mereka terpaksa berhijrah ke tempat-tempat lain untuk meneruskan kehidupan mereka. Kita harap supaya sektor-sektor pelancongan, sektor pertanian, industri makanan, perusahaan kecil dan ekonomi komuniti diberikanlah perhatian serius kepada Balik Pulau. Kita harap supaya Kerajaan Negeri ambillah tindakan yang terbaik untuk memastikan Balik Pulau jangan dianak-tirikan. Balik Pulau bukan rakyat yang tidak tahu tidak ada perasaan, sepatutnya ambillah perhatian Balik Pulau supaya rakyat Balik Pulau dapat merasai kemanisannya berada di dalam negeri Pulau Pinang ini. Kita harap supaya Kerajaan Negeri dapat memberikan keadilan kepada rakyat Balik Pulau.

Seterusnya perumahan dan juga projek yang berkaitan dengan projek sakit. Kita harap juga kepada EXCO yang terlibat dapat memberikan tumpuan kepada projek Quinton khususnya antara projek perumahan yang sakit. Sebelum ini dah sudah melebihi 8 tahun. Rakyat Balik Pulau sudah pun memotong, potongan bank dan sebagainya tapi masih juga tidak siap lagi rumah.

Jadi dijanjikan dalam masa daripada 24 bulan sehingga 36 bulan barulah siap projek sakit ini, projek Quinton ini. Jadi saya nak dapatkan penjelasan daripada EXCO, adakah benar bahawa rakyat yang nak tarik diri yang tak mahu, tak mau dah rumah Quinton tu, cuma dibayar hanya 60% sahaja. Kalau dia nak minta duit balik, hanya dibayarkan 60% sahaja. Jadi 40% mereka takkan bagi. Mereka tak bayar secara penuhlah, mereka bayar hanya dalam jumlah 60% sahaja. Jadi kita nak dapatkan penjelasan daripada EXCO adakah benar isu ini kerana isu rakyat sudah berkorban lama dah, sampai melebihi 8 tahun, rakyat mereka tak dapat rumah lagi. Rumah masih lagi terbayang-bayang lagi dalam hati mereka.

Seterusnya asrama warga asing. Asrama pekerja asing. Sekali lagi Pulau Betong tidak sunyi-sunyi, tidak jemu-jemu untuk menyatakan bahawa projek ini kita harap supaya dapat Kerajaan Negeri tidak meneruskan projek ini. Sangat-sangat harapkanlah kerana apa rakyat memang tak mahu rakyat Teluk Kumbar khususnya tidak mahu dah projek pembinaan asrama warga asing ataupun pekerja asing kerana projek ini tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat tempatan khususnya.

Dan kita dapat makluman kata Kerajaan Negeri akan membina di kawasan Juru. Itu pun kita nak dapat penjelasan jugalah tentang projek perumahan projek warga asing itu asrama warga asing akan dibuat di kawasan Juru. Dan yang lebih penting sekali kita minta supaya tidak diberi kelulusan lagi lepas ini untuk syarikat ataupun pemaju yang akan buat itu dapat berhentilah daripada membuat projek yang tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat tempatan.

Kalau boleh kita cadangkan supaya projek pembinaan pekerja asing itu dibuat sepertimana dibuat di kawasan Kulim Hi-Tech Park. Dalam itu juga dia buat dalam kawasan industri. Dalam kawasan industri, dia buat kilang dan dia buat asrama dalam tu. Dia tidak campur dengan masyarakat, orang-orang di Pulau Pinang. Dia letakkan situlah kilangnya dan di situ juga dia buat asrama tempat dia menginap. Dia tak campur dengan orang ramai. Sangat lebih cantiklah kalau bagi tu, kalau boleh buatlah. Sebagai satu cadanganlah, cadangan daripada pihak Pulau Betong supaya model ini dapat jadi sebagai contoh iaitu di Kulim Hi-Tech Park di mana dia dalam situ dibuatkan semua pekerja duduk situ dan juga asrama mereka kilang mereka ada dalam kawasan yang sama. Mereka tak asingkan antara... Jadi mereka tak perlu menyediakan transport, tak perlu ada transport. Hanya dalam itu satu tempat, kilang di situ dan juga asrama di situ tempat yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ada lagi?

Mohamad Shukor Bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Akhir sekali tentang isu bekalan air. Kita nak masih juga nak cakap sikit isu bekalan air kerana kita dapati bahawa kawasan-kawasan flat masih juga tekanan rendah. Flat Lily, Flat Taman Seri Indah, Flat Hijau dalam keadaan tekanan air terlalu rendah sekarang ini. Memang dah lama dah kita dapati.

Jadi kita harap supaya pihak yang bertanggungjawab, EXCO yang bertanggungjawab dapatlah turun padang mai tengoklah kawasan flat ini kerana mereka rakyat kita yang kita sayangi ini, mereka tidak mempunyai kemudahan air sebagai kemudahan yang asas. Perlu untuk makan, minum dan sebagainya.

Jadi dalam keadaan tak terurus, kita harap supaya pihak Kerajaan Negeri ambil cakna hal ini iaitu uruskan kemudahan asas ini dengan sebaik mungkin. Dan akhirnya diminta supaya kita ambil tindakan yang terbaik janganlah kalau kita buat perumahan, perumahan sakit. Kalau buat RTB, RTB sakit. Kalau buat klinik, klinik sakit. Jadi apa makna ni? Apa makna tu? Jadi bermakna pengurusan kita sakit. Jadi kalau pengurusan sakit, mana mungkin orang yang sakit mampu untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat. Jadi kita harap ambillah muhasabah balik dekat mana yang tak kena buat refleksi balik supaya janganlah rakyat kita juga berada dalam sakit kerana tidak mendapat semuanya dalam keadaan tak terurus. Kita harap supaya semuanya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat yang kita sayangi ini. Terima kasih, Pulau Betong menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih kepada Pulau Betong. Dan seterusnya saya persilakan KOMTAR. Dipersilakan.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Selamat petang, Salam Penang2030, Salam Malaysia Madani kepada semua dalam Dewan yang Mulia ini.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Sesi Perbahasan Usul Terima Kasih ke atas ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di dalam Dewan yang Mulia ini.

Pertama kali saya menyambut baik hasrat Tuan Yang Terutama Tun seperti yang telah dizahirkan dalam ucapan perasmian agar kita sama-sama dapat renungkan landskap dunia yang semakin meruncing dan tidak menentu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Krisis tenaga global yang sedang berlaku hari ini telah memberi kesan langsung kepada ekonomi dan kos sara hidup rakyat. Kenaikan harga tenaga dunia bukan sahaja memberi tekanan kepada sektor industri dan perniagaan malah turut dirasai oleh rakyat biasa melalui peningkatan harga barang, makanan, pengangkutan dan kos harian.

Dalam keadaan ini, kerajaan perlu tampil dengan langkah yang lebih proaktif dan bersasar untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkukuhkan lagi inisiatif pakej bantuan rakyat dengan pendekatan yang lebih praktikal dan dekat dengan keperluan rakyat di lapangan.

Pertama, Skim Pinjaman Harapan (SPH) perlu diperluaskan khususnya kepada golongan peniaga kecil dan penjaja. Jumlah pembiayaan kecil yang mudah diakses mampu membantu mereka meneruskan perniagaan serta mengelakkan mereka daripada terjebak dengan pinjaman tidak berlesen atau Ah Long yang akhirnya membawa masalah sosial dan kewangan yang lebih serius. Saya mencadangkan agar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) turut membuka kaunter bergerak ke pasar dan komuniti supaya maklumat bantuan Skim Pinjaman Harapan (SPH) dapat disampaikan terus kepada penjaja kecil tanpa mereka perlu melalui proses yang rumit.

Pendekatan turun padang seperti ini lebih efektif kerana masih ramai penjaja kecil yang tidak mengetahui bantuan yang sebenarnya tersedia. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga boleh memainkan peranan dengan mempertimbangkan diskaun atau pengurangan kadar lesen perniagaan kepada peniaga kecil yang sedang berdepan tekanan kos operasi. Walaupun mungkin ianya nampak kecil, langkah seperti ini mampu memberi sedikit ruang pernafasan kepada peniaga untuk terus bertahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Dalam situasi ekonomi global yang tidak menentu hari ini, kerajaan perlu memastikan bantuan yang diberikan benar-benar sampai ke rakyat dan memberi kesan langsung kepada kehidupan harian mereka.

Dato’ Yang di-Pertua. Berdiri saya dalam Dewan yang Mulia ini untuk menyatakan sokongan penuh terhadap Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung cadangan penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang di negeri ini. Cadangan ini bukan sekadar satu inisiatif ekonomi biasa tetapi merupakan langkah strategik yang mampu melonjakkan Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi sebagai hab kewangan, pelaburan dan inovasi serantau. Dalam suasana ekonomi global yang semakin kompetitif, negeri kita tidak boleh sekadar bergantung kepada sektor tradisional semata-mata. Kita perlu berani melakukan anjakan paradigma. Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang berpotensi besar untuk satu, menarik pelaburan berkualiti tinggi dari dalam dan luar negara. Kedua, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat tempatan.

Ketiga, mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai pusat ekonomi berdaya saing di rantau Asia Tenggara. Yang keempat, mempercepatkan pembangunan sektor kewangan, teknologi kewangan (Fintech) dan ekonomi digital. Pulau Pinang telah lama membuktikan keupayaan sebagai pusat perindustrian dan perdagangan yang berjaya. Dengan adanya Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang kita boleh melangkah lebih jauh daripada pusat pembuatan kepada pusat kewangan berimpak tinggi. Lebih penting, usaha ini bukan lagi di peringkat cadangan semata-mata. Satu Special Task Force telah pun ditubuhkan dan telah memulakan mesyuarat pertamanya pada 6 April 2026. Special Task Force ini kini sedang menyediakan satu white paper yang komprehensif sebagai asas pelaksanaan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang ini.

Dalam konteks global hari ini, kita juga tidak boleh menutup mata terhadap perkembangan geopolitik dunia khususnya konflik antara Israel dan Iran yang sedang memberi kesan langsung kepada pasaran tenaga dan ekonomi global. Ketegangan ini telah menyebabkan gangguan kepada bekalan tenaga dunia, peningkatan harga minyak serta ketidaktentuan dalam pasaran kewangan global. Dalam keadaan ini, pelabur antarabangsa cenderung untuk mengalihkan dana mereka ke lokasi yang lebih stabil, selamat dan berdaya tahan. Inilah peluang strategik untuk Pulau Pinang. Dana pelaburan yang sebelum ini tertumpu di Timur Tengah atau Asia Barat kini sedang mencari destinasi alternatif. Dengan kestabilan relatif ekosistem industri yang matang serta cadangan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang yang progresif, negeri ini berada pada kedudukan terbaik untuk menarik aliran dana tersebut masuk ke dalam ekonomi tempatan.

Namun begitu, kejayaan cadangan ini amat bergantung kepada sokongan dan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, saya ingin mendesak dengan tegas agar Kerajaan Pusat mempertimbangkan dan meluluskan cadangan ini dengan kadar segera. Seiring dengan momentum global yang sedang berlaku, kelewatan dalam membuat keputusan hanya akan menyebabkan kita kehilangan peluang keemasan. Ini adalah soal strategik ekonomi negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Justeru, saya yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta keupayaan pentadbiran Negeri Pulau Pinang mampu muncul sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa yang baharu di rantau ini. Saya sekali lagi menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang dan menggesa Kerajaan Persekutuan agar meluluskan inisiatif ini tanpa berlengah. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu peluang ekonomi baharu yang perlu dimanfaatkan oleh Pulau Pinang susulan ketidaktentuan geopolitik yang sedang berlaku di Timur Tengah. Ketegangan dan konflik yang berterusan di rantau tersebut telah menyebabkan banyak syarikat antarabangsa, pelabur, dan penganjur acara global mula mencari lokasi alternatif yang lebih stabil dan selamat untuk menganjurkan program persidangan dan acara perniagaan antarabangsa.

Dalam konteks ini, saya berpandangan bahawa Pulau Pinang mempunyai potensi besar untuk menarik lebih banyak industrial MICE iaitu Meetings, Incentives, Conferences, and Exhibitions ke negeri ini. Pulau Pinang sebenarnya mempunyai kelebihan yang sangat kukuh. Kita memiliki fasiliti bertaraf antarabangsa seperti PWCC, Spice Convention Centre, PICCA yang mampu menganjurkan acara berskala besar. Selain itu, kita juga mempunyai rangkaian hotel yang mencukupi, sektor pelancongan yang matang, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang mempunyai penerbangan terus ke pelbagai destinasi serantau. Ini merupakan kekuatan strategik yang tidak dimiliki oleh semua negeri.

Namun, persoalannya, adakah kita cukup agresif dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi utama MICE di rantau ini? Kita tidak boleh hanya menunggu pasaran datang sendiri. Negeri perlu mempunyai strategik promosi antarabangsa yang lebih agresif dan tersusun untuk menarik persidangan, ekspo, dan acara korporat global ke Pulau Pinang. Industrial MICE bukan sahaja membawa pelancong berkualiti tinggi, tetapi turut memberi limpahan ekonomi besar kepada hotel, restoran, pengangkutan, peruncitan, dan sektor perkhidmatan tempatan. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu hari ini, Pulau Pinang perlu pantas merebut peluang yang muncul akibat perubahan landskap geopolitik dunia. Jika kita bergerak cepat dan mempunyai strategi yang jelas, saya yakin Pulau Pinang mampu muncul sebagai salah satu hub MICE utama di rantau Asia Tenggara.

Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini saya telah melawat kawasan Pulau Andaman untuk satu sesi tinjauan santai, dan mendapati terdapat sejumlah besar obor-obor terapung di permukaan laut. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dari sudut keselamatan awam serta keseimbangan ekosistem marin. Kehadiran obor-obor dalam jumlah yang tinggi sering dikaitkan dengan perubahan suhu laut, perubahan arus laut, serta gangguan kepada ekosistem marin. Fenomena ini berkemungkinan menjadi petunjuk awal kepada perubahan keadaan perairan yang perlu diberi perhatian serius. Lebih membimbangkan, kawasan tersebut tidak jauh daripada pesisir pantai utama seperti Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan aktiviti rekreasi. Dengan faktor arus laut dan pergerakan air, obor-obor ini berpotensi bergerak ke kawasan tersebut sekaligus meningkatkan risiko kepada orang awam. Apa yang lebih membimbangkan, terdapat laporan insiden di luar negeri Pulau Pinang termasuk di Pulau Langkawi yang wajar dijadikan peringatan bahawa kewujudan obor-obor berbisa bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Walaupun kejadian tersebut tidak berlaku di Pulau Pinang, ianya menunjukkan bahawa risiko kepada keselamatan awam adalah nyata dan boleh menjadi kritikal sekiranya tidak dipantau secara rapi.

Menurut kajian Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Kajian Kelautan dan Pantai (CEMACS), perairan Pulau Pinang sememangnya menjadi habitat kepada beberapa spesies obor-obor termasuk obor-obor kotak (box jellyfish) seperti Chiropsoides dan Morbakka. Spesies ini dikenali sebagai obor-obor berbisa dan Chiropsoides khususnya dikenalpasti mempunyai tahap bisa yang lebih tinggi serta berpotensi memberi kesan serius terhadap kesihatan manusia dan dalam kes tertentu.

Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkukuhkan pendekatan pemantauan dan pengurusan risiko marin melalui kerjasama strategik bersama agensi Persekutuan seperti Jabatan Perikanan Malaysia serta Jabatan Laut Malaysia. Pada masa yang sama, kerjasama dengan institusi penyelidikan seperti Universiti Sains Malaysia khususnya CEMACS perlu diperkukuhkan dalam aspek pemantauan populasi obor-obor, kajian pola pergerakan, serta pengumpulan data saintifik secara berterusan.

Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh mempertimbangkan integrasi hasil kajian ini ke dalam sistem komunikasi awam dan aplikasi digital sedia ada, termasuk menilai potensi pembangunan atau penggabungan fungsi amaran awal melalui aplikasi seperti JellyGo oleh USM. Ini akan membantu meningkatkan kesedaran awam khususnya kepada pengunjung pantai dan sektor pelancongan mengenai risiko kehadiran obor-obor di kawasan perairan tertentu.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, isu ini bukan sekadar isu alam sekitar tetapi, juga melibatkan aspek keselamatan awam, pengurusan risiko pelancongan, serta imej negeri. Justeru, pendekatan berasaskan data saintifik, pemantauan berterusan dan kerjasama pelbagai pihak adalah amat penting bagi memastikan perairan Pulau Pinang kekal selamat dan mampan untuk semua.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Pejabat EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Yang Berhormat Sungai Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), serta semua pihak yang terlibat dalam menangani isu gelandangan di negeri ini. Saya difahamkan bahawa JKM juga telah mengambil inisiatif menyediakan profil bagi setiap gelandangan yang ditemui atau diselamatkan bagi memudahkan pemantauan dan tindakan susulan.

Namun begitu, kita tidak boleh berpuas hati dengan operasi yang bersifat bermusim dan sementara. Realitinya isu gelandangan masih berulang di lokasi yang sama. Ini menunjukkan bahawa pendekatan sedia ada masih belum cukup tegas, belum cukup konsisten, belum cukup menyeluruh. Isu ini bukan lagi sekadar isu kebajikan semata-matanya, ianya telah menjadi isu ketenteraman awam, imej bandar, serta keyakinan pelabur dan pelancong terhadap Pulau Pinang.

Jika keadaan ini terus berlarutan, ini akan memberi persepsi bahawa kita gagal mengurus ruang bandar secara berkesan walaupun Pulau Pinang dikenali sebagai negeri pelancongan dan pelaburan utama negara. Sehubungan itu, saya mendesak agar operasi bersepadu ini dipergiatkan secara lebih agresif, berjadual, dan berterusan, bukan hanya dilakukan sekali-sekala apabila isu menjadi tular atau mendapat perhatian umum. Setiap agensi juga mempunyai peranan yang jelas, serta accountability yang lebih tegas supaya tindakan di lapangan benar-benar berkesan.

Kita juga perlu mengakui bahawa cabaran di lapangan semakin kompleks. Ramai dalam kalangan golongan dalam kalangan gelandangan bukan sekadar tiada tempat tinggal, tetapi turut melibatkan individu yang mengalami sakit kronik, gangguan mental, penagih dadah, serta isu pelarian seperti Rohingya. Golongan ini memerlukan pendekatan yang lebih jauh, khusus, dan bersepadu.

Namun, kekangan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk kelewatan atau kegagalan tindakan. Jika isu bidang kuasa menjadi halangan, maka Kerajaan Negeri perlu mendesak Kerajaan Persekutuan untuk penyelesaian segera. Jika kapasiti pusat perlindungan tidak mencukupi, maka kemudahan tersebut perlu ditambah. Jika undang-undang sedia ada tidak memadai, maka pindaan dan penambahbaikan perlu dicadangkan.

Di sini saya ingin menyatakan bahawa pendekatan operasi semata-mata tidak lagi mencukupi. Kita memerlukan:

1. Intervensi wajib bagi kes berisiko tinggi seperti penagih dadah dan pesakit mental;

2. Kerjasama lebih tegas antara pihak kesihatan, Polis, Imigresen, AADK, dan kebajikan;

3. Pelan pemulihan yang mempunyai garis masa, pemantauan, dan ukuran prestasi yang jelas.

Tanpa pendekatan yang lebih berani dan menyeluruh, isu ini akan terus berulang dan menjadi semakin sukar dikawal. Rakyat tidak mahu lagi melihat operasi demi operasi tanpa hasil yang berkekalan. Rakyat tidak mahu gelandangan diselamatkan hari ini tetapi, kembali semula ke lokasi asal selepas satu atau dua hari. Rakyat mahukan penyelesaian yang benar-benar berkesan dan berpanjangan.

Justeru itu, saya berharap agar satu pelan tindakan menyeluruh disediakan dalam tempoh terdekat, lengkap dengan sasaran, garis masa, serta mekanisma pemantauan yang jelas supaya isu ini dapat ditangani secara lebih serius dan berkesan.

Dato’ Yang di-Pertua, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membahaskan satu isu penting yang menyentuh identiti ekonomi serta kesejahteraan rakyat di kawasan Tapak Warisan Dunia George Town. Kita perlu bercakap secara jujur dan berdasarkan realiti sejarah. Sebelum tahun 2008, banyak bangunan di tapak warisan dunia ini berada dalam keadaan terbiar. Walaupun ada yang disewakan, tetapi sebahagian besarnya dijadikan stor simpanan. Pada masa ketika itu ramai melihat George Town sebagai bandar lama, yang semakin hilang daya tarikannya. Bangunan warisan wujud tetapi, nilai ekonominya tidak digerak secara aktif. Kawasan bandar semakin suram dan kurang bernafas sebagai sebuah pusat perdagangan dan kebudayaan yang hidup.

Namun selepas tahun 2008, kita menyaksikan perubahan yang ketara hasil pelbagai dasar dan pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Bangunan-bangunan lama mula dipulihkan, premis-premis perniagaan kembali beroperasi, pelaburan mula masuk, dan kawasan warisan ini kembali hidup dengan aktiviti ekonomi serta pelancongan. Nilai hartanah pula melonjak dari ratusan ribu ke jutaan ringgit. Dari dulunya seratus ribu, sekarang satu property dalam George Town World Heritage site itu mungkin satu juta, dua juta, atau tiga juta dan sewanya yang satu ketika dahulu hanya ratusan ringgit, kini meningkat kepada ribuan ringgit.

Transformasi ini bukan berlaku secara kebetulan. Ianya berlaku kerana adanya keberanian politik untuk mengubah pendekatan lama, mengaktifkan semula bandar warisan dan menjadi George Town sebagai kawasan yang mempunyai nilai ekonomi, budaya, dan pelancongan secara serentak. Namun begitu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, setiap kejayaan juga datang bersama cabaran baharu yang perlu kita tangani secara serius agar pembangunan yang berlaku hari ini tidak akhirnya menghakis identiti asal bandar warisan kita sendiri.

Dato’ Yang di-Pertua, pertama isu kos penyelenggaraan bangunan warisan yang semakin tinggi dan membebankan pemilik hartanah. Di bawah garis panduan pemulihan warisan sedia ada, setiap kerja pembaikan perlu mematuhi syarat yang sangat ketat termasuk penggunaan bahan tertentu yang sukar diperoleh dan mahal. Pada prinsipnya, kita memahami keperluan menjaga keaslian warisan. Namun persoalannya adakah sistem yang ada hari ini benar-benarkah praktikal dan mampan untuk jangka masa yang panjang? Realitinya ramai pemilik hartanah kini berhadapan dengan tekanan kos yang sangat tinggi. Lebih membimbangkan terdapat juga segelintir pemilik yang tidak bertanggungjawab dan enggan bekerjasama dalam usaha penyelenggaraan bersama menyebabkan bangunan warisan terbiar dan menjadi rumah usang.

Jika kos penyelenggaraan terus meningkat tanpa penyelesaian yang realistik, maka kesan akhirnya akan dipindah kepada penyewa melalui kenaikan kadar sewaan yang melampau. Dalam jangka panjang, kita akan menyaksikan peniaga kecil dan peniaga tempatan semakin terpinggir kerana tidak lagi mampu bertahan di kawasan warisan ini. Yang tinggal nanti hanyalah peniaga besar dan komersial berskala tinggi, manakala identiti komuniti asal George Town semakin hilang sedikit demi sedikit. Kita tidak mahu George Town menjadi cantik dari segi fizikal tetapi kehilangan roh dan kehidupan komuniti tempatan.

Lantaran itu, saya difahamkan pihak Kerajaan Negeri sedang mengkaji semula Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town. Saya menyokong usaha tersebut. Namun saya ingin menegaskan bahawa pendekatan yang terlalu rigid tanpa mengambil kira realiti ekonomi semasa juga akan membawa kesan negatif. Kerajaan perlu pertimbangkan satu pendekatan yang lebih praktikal dan seimbang, termasuk memperkenalkan senarai bahan binaan alternatif yang lebih mampu milik tetapi masih memenuhi piawaian keselamatan dan warisan. Perkara ini amat penting terutamanya bagi mengurangkan risiko kebakaran, memandangkan banyak bangunan di kawasan warisan masih menggunakan struktur kayu lama yang berisiko tinggi.

Selain itu, isu kadar sewaan juga perlu diberi perhatian yang serius. Saya berpandangan bahawa pihak berkaitan perlu mula membincangkan satu mekanisme atau garis panduan tertentu supaya kenaikan kadar sewaan dapat dikawal secara lebih munasabah dan tidak berlaku secara mendadak tanpa kawalan. Jika tidak, kita akan berhadapan satu situasi di mana George Town hanya mampu diduduki oleh pihak mempunyai modal besar, sedangkan peniaga kecil, artis tempatan, perniagaan tradisional dan komuniti asal akan semakin tersisih keluar.

Dato’ Yang di-Pertua, kedua, saya juga ingin menyentuh isu tekanan terhadap infrastruktur utiliti akibat pembangunan pesat di Tapak Warisan Dunia George Town. Peningkatan aktiviti ekonomi telah menyebabkan permintaan terhadap bekalan air dan elektrik, sistem pembentungan serta perkhidmatan internet meningkat dengan ketara.

Namun kita masih sering menerima aduan mengenai gangguan elektrik, masalah tripping. Satu kawasan di Lebuh Pantai, satu hari terima tiga kali gangguan elektrik. Tetapi nasib baik perkara itu sudah selepas TNB, MBPP bekerjasama, sudah selesai pada minggu yang lepas. Internet yang tidak stabil, tekanan air rendah serta paip pembentungan yang sering bocor.

Masalah ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan rakyat, tetapi turut memberi kesan langsung kepada perniagaan dan sektor pelancongan. George Town ialah destinasi pelancongan utama negara. Jika pelancong berdepan dengan gangguan elektrik, internet lemah atau masalah utiliti yang berulang, ia akan menjejaskan imej negeri serta keyakinan terhadap bandar warisan ini. Apa yang membimbangkan ialah pembangunan terus berkembang pesat tetapi kapasiti infrastruktur tidak dinaik taraf secara seiring. Kita tidak boleh terus bersikap reaktif iaitu tunggu masalah berlaku dahulu baru tindakan diambil.

Kerajaan juga perlu memastikan syarikat utiliti bukan sekadar bertindak selepas menerima aduan, tetapi mempunyai pelan jangka panjang yang jelas dan terancang bagi menghadapi pertumbuhan bandar yang semakin pesat. Jika isu ini tidak ditangani segera, George Town berisiko berdepan masalah struktur jangka panjang yang akhirnya boleh menjejaskan daya saing ekonomi serta statusnya sebagai tapak warisan dunia.

Dato’ Yang di-Pertua, saya masih lagi menyentuh isu di kawasan Tapak Warisan Dunia George Town iaitu masalah trafik yang semakin membimbangkan. Kita tidak boleh menafikan bahawa perkhidmatan e-hailing kini telah menjadi sebahagian penting daripada sistem pengangkutan bandar, khususnya di kawasan pelancongan seperti Georgetown. Namun malangnya perancangan infrastruktur bandar kita masih belum benar-benar menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Hari ini pemandu e-hailing sering menghadapi kesukaran untuk berhenti bagi mengambil atau menurunkan penumpang, terutamanya di kawasan tumpuan pelancong dan premis perniagaan. Akibatnya banyak kenderaan terpaksa berhenti di bahu jalan atau di kawasan yang tidak sesuai, sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan mengkaji keperluan untuk menyediakan ruang khas temporary pick-up and drop-off bay atau point bagi kenderaan e-hailing di lokasi strategik dan kawasan tumpuan tinggi. Langkah ini bukan sahaja dapat melancarkan aliran trafik tetapi juga meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, mengurangkan kesesakan serta memperbaiki kecekapan sistem pengangkutan bandar secara keseluruhan.

Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ringkaskan, ringkaskan.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Walaupun kita bercakap tentang status dunia, warisan dunia dan pembangunan bandar yang pesat, realitinya masih terdapat bangunan lama yang dibiarkan kosong, rosak dan uzur tanpa tindakan sewajarnya daripada pemilik. Keadaan ini bukan sahaja mencacatkan imej bandar warisan, tetapi turut membawa pelbagai masalah kepada jiran dan komuniti setempat.

Ada bangunan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk, dimasuki haiwan liar, pokok tumbuh macam hutan kecil, malah ada yang berisiko runtuh serta membahayakan keselamatan awam. Lebih mengecewakan apabila pelancong datang ke George Town, mereka bukan sahaja melihat bangunan yang cantik dipulihkan tetapi juga melihat rumah-rumah usang yang terbiar di tengah kawasan warisan dunia.

Ini secara langsung menjejaskan imej negeri dan memberi persepsi bahawa penguatkuasaan serta pengurusan bandar masih lemah. Dari sudut hati kecil saya, kita tidak boleh hanya berbangga dengan status UNESCO kerana pada masa yang sama membiarkan bangunan terbiar terus menjadi masalah kepada komuniti sekitar. Saya berpandangan bahawa Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemilik bangunan yang gagal menjalankan tanggungjawab penyelenggaraan. Jika perlu, satu mekanisme khas perlu diwujudkan bagi mengenal pasti bangunan kritikal, mengeluarkan notis pemulihan dalam tempoh tertentu dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik yang terus ingkar.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga boleh mempertimbangkan skim bantuan atau insentif tertentu bagi membantu pemilik yang benar-benar menghadapi kesukaran kewangan untuk membaik pulih bangunan warisan mereka. Yang penting, kita mesti memastikan kawasan Tapak Warisan Dunia George Town sentiasa berada dalam keadaan terurus, selamat dan mencerminkan imej sebuah bandar warisan bertaraf antarabangsa. Pembangunan dan pemulihan warisan tidak seharusnya dilihat sebagai dua perkara yang bercanggah. Dengan perancangan yang teliti, dasar yang inklusif serta pelaksanaan yang berkesan, kita mampu memastikan Tapak Warisan Dunia George Town terus berkembang sebagai bandar warisan yang hidup, moden dan berdaya saing tanpa mengorbankan identiti asalnya.

Sebelum mengakhiri perbahasan, KOMTAR berharap segala cadangan yang dibangkitkan dapat dipertimbangkan secara serius demi masa depan George Town yang lebih mampan, lestari dan terus menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang serta negara. Dengan sokongan penuh daripada warga negeri untuk menjadikannya sebagai negeri yang lestari dan harmoni sejajar dengan visi Penang2030. Izinkan saya mengakhiri dengan serangkap pantun:

Tiga belas tahun menabur bakti, Aduan rakyat menjadi bukti, Pahit manis silih berganti, KOMTAR sedia berkhidmat sepenuh hati.

Sekian, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih pada YB KOMTAR. Sekali lagi saya, Ahli-ahli Yang Berhormat sekali lagi saya ingatkan, kita bagi peluang untuk setiap Ahli Yang Berhormat berbahas dalam masa 25 minit ya. Kalau ada masalah kecederaan pun jangan tarik banyak sangatlah. Tinggi sampai KOMTAR, dah lebih 30 minit. Jadi saya teruskan dengan Sungai Puyu, terima kasih, silakan.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Dato’ Speaker.

Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya pada hari ini untuk menyertai sesi perbahasan bagi menyokong usul terima kasih ke atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib. Sesungguhnya ucapan Tuan Yang Terutama amat menyeluruh dan cukup jelas dalam menyentuh keperluan, memperkukuh pembangunan ekonomi negeri, infrastruktur, kesejahteraan rakyat, pembangunan modal insan, pengurusan sumber air dan pembangunan komuniti yang lebih inklusif.

Ucapan Tuan Yang Terutama juga telah menyentuh pelbagai aspek secara tuntas dan asas yang kukuh untuk membawa negeri ini melangkah dengan lebih yakin dan gagah menuju pencapaian Visi Penang2030. Saya juga ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta seluruh barisan Kerajaan Negeri yang terus komited memacu agenda pembangunan negeri berlandaskan Visi Penang2030. Sebuah Visi yang bukan sekadar slogan tetapi sebuah pelan tindakan yang sedang diterjemahkan satu demi satu untuk kesejahteraan rakyat secara seluruhan.

Saya juga nak ambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di Pulau Pinang dan seluruh negara. Sesungguhnya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu amat besar nilainya dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan masyarakat yang sejahtera. Tanpa doa, didikan dan pengorbanan mereka, sudah pasti kita tidak akan berada di tempat kita hari ini. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus membina sebuah negeri yang bukan sahaja maju dari segi pembangunan tetapi juga prihatin terhadap kebajikan dan keselesaan rakyat.

Dato’ Speaker, dalam kita bercakap mengenai pembangunan pesat, pelaburan berkualiti dan kemajuan infrastruktur negeri, terdapat juga beberapa isu infrastruktur kritikal yang memerlukan prihatin dan tindakan segera agar pembangunan yang dirancang benar-benar selamat dan mampan. Saya mulakan dengan isu kejadian lubang benam atau sinkhole di Jalan Bagan Lalang yang berlaku berulang kali termasuk kejadian terbaru pada 20 Februari yang lalu.

Jalan Bagan Lalang ini dahulunya merupakan kawasan paya bakau dan keadaan struktur tanah asal mungkin tidak dibersihkan serta distabilkan secara menyeluruh sebelum pembangunan jalan dilaksanakan. Tetapi dengan pembangunan pesat pada masa kini, kemajuan banyak projek perumahan dan kawasan perindustrian semakin bertambah, maka semakin banyak kenderaan, lori berat dan kontena yang sering melalui jalan ini. Jalan Bagan Lalang juga kini sudah jadi laluan utama yang digunakan oleh banyak kenderaan berat untuk ke kawasan perindustrian Sungai Lokan. Saya juga telah mengadakan beberapa siri lawatan tapak bersama pihak IWK, kontraktor pembetungan Mak Mandin dan bersama Tanjung Bungah bagi melihat sendiri keadaan di kawasan berkenaan pada 2 Mac yang lalu. Hasil siasatan awal pihak IWK mendapati terdapat aliran air bawah tanah atau mata air yang bergerak laju di bawah struktur jalan tersebut sehingga menyebabkan tanah menjadi tidak stabil.

Dato' Speaker, saya mengambil contoh loji IWK SPI 228 yang dahulunya dibina untuk menampung sebanyak 63,000 pengguna tetapi kini terpaksa menampung sebanyak 137,000 pengguna atau bersamaan dua kali ganda. Saya percaya kemungkin kemungkinan wujud faktor-faktor seperti kebocoran tanah atau pergerakan air bawah tanah yang memerlukan siasatan lanjut oleh pihak berkaitan. Jika benar ada kebocoran kecil di bawah tanah, sudah pasti ia boleh menyebabkan berlaku pergerakan air dan tanah di kawasan tersebut. Tambahan pula, bebanan jalan itu kini sering dilalui banyak kenderaan berat. Isu tanah mendap dan keadaan struktur tanah ini sebenarnya bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia mampu memberi kesan besar kepada keselamatan infrastruktur dan kehidupan rakyat.

Saya ingin memberikan satu lagi contoh yang berlaku di Projek Perumahan Mampu Milik di Taman Tasik Gelugor Utama. Kawasan tersebut dahulunya merupakan kawasan tanaman sawit sebelum dibangunkan menjadi tapak perumahan. Namun, saya difahamkan bahawa kerja-kerja pembersihan dan penyediaan tanah di kawasan tersebut tidak dilaksanakan dengan sempurna termasuk kemungkinan wujudnya sisa-sisa sampah dan tanaman lama yang tidak dibersihkan sepenuhnya. Akhirnya apabila projek perumahan siap dan diduduki, mula berlaku masalah tanah mendap, rekahan lantai, dinding retak dan pelbagai kerosakan struktur yang menjejaskan penduduk. Sebab itu, saya berpandangan isu di Jalan Bagan Lalang ini tidak boleh dilihat sebagai masalah permukaan semata-mata tetapi perlu diteliti dari sudut keadaan dan struktur tanah di bawah tanah. Apa yang berlaku di Taman Tasek Gelugor Utama ini menunjukkan bahawa keadaan bawah tanah juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keselamatan sesuatu pembangunan dan infrastruktur.

Oleh itu, isu lubang benam atau sinkhole di Jalan Bagan Lalang bukanlah lagi sekadar masalah jalan mendap biasa tetapi melibatkan risiko geologi dan keselamatan yang boleh mengancam ramai pengguna jalan raya. Saya mohon supaya satu kajian teknikal menyeluruh dan penyelesaian jangka panjang dapat dilaksanakan bagi menangani isu lubang mendap di Jalan Bagan Lalang bukan sekadar penyelesaian sementara. Saya juga berpandangan sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri mempertimbangkan satu laluan alternatif atau jalan pintasan yang baru untuk kenderaan berat bagi mengurangkan bebanan tanah di Jalan Bagan Lalang yang semakin membimbangkan.

Dato' Speaker, Sungai Puyu hari ini semakin pesat membangun dengan pertambahan kawasan perumahan, peningkatan kepadatan penduduk dan aktiviti ekonomi yang semakin berkembang. Namun, pembangunan ini perlulah seiring dengan kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam yang selamat dan berkualiti. Di kawasan DUN Sungai Puyu, kebanyakan jalan merupakan jalan negeri dan penyelenggaraan jalan akhirnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri. Namun saya percaya Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan Seberang Perai Utara khususnya di kawasan Sungai Puyu, cuma mungkin perhatian itu perlu dipertimbang dipertingkatkan lagi kerana pembangunan di kawasan kami bergerak sangat pantas.

Sungai Puyu ini unik sedikit sebab ramai yang terlalu sayang dan ambil berat tentang kawasan Sungai Puyu. So, bagi jalan berlubang, tengah hari gambar masuk WhatsApp. Petang railing rosak, malam pula sudah tular di sosial media. So inilah tanda rakyat semakin peka dan sangat prihatin terhadap keadaan kawasan mereka. Saya amat berterima kasih kepada semua penduduk yang menjadi mata dan telinga kepada saya serta Kerajaan Negeri. Namun dengan peruntukan yang terhad dan aduan yang semakin bertambah, saya berharap tindakan penyelenggaraan dapat dipercepatkan.

Ini termasuklah isu jalan rosak di Jalan Bagan Lalang, Jalan Kampung Baru dan Jalan Ong Yi How. Begitu juga banyak railing keselamatan yang rosak dan berkarat masih belum digantikan. Kadang-kadang rakyat bukan marah sebab jalan rosak tetapi rakyat marah sebab terlalu lama menunggu untuk dibaiki.

Dato' Speaker, Sungai Puyu bakal mempunyai sebuah Klinik Kesihatan Bagan Ajam baru yang kini sedang dalam proses pembinaan di Jalan Tamby Kecil. Pembinaan kemudahan ini sudah pasti merupakan satu berita yang amat baik dan akan memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan sekitar. Dengan terbinaanya Klinik Kesihatan baru ini, DUN Sungai Puyu akan mempunyai sebuah Klinik Kesihatan dan sebuah Klinik Desa bagi menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Namun pada masa yang sama, aspek infrastruktur jalan dan aliran trafik juga perlu diberi perhatian serius. Jalan Tamby Kecil menuju ke Jalan Raja Uda ketika ini agak sempit dan sering menjadi laluan utama penduduk. Sekiranya tidak penambahan penambahbaikan dilakukan, saya bimbang kesesakan akan menjadi semakin serius apabila Klinik Kesihatan ini mula beroperasi nanti. Keadaan ini juga boleh menyebabkan aliran trafik menjadi semakin perlahan terutama pada waktu orang ramai keluar bekerja, menghantar anak ke sekolah, pulang ke rumah dan boleh menjejaskan pergerakan ambulans dan waktu kecemasan. Oleh itu, saya mohon agar Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan cadangan pelebaran jalan dan menambah baikan sistem trafik yang lebih baik di kawasan berkenaan.

Dato' Speaker, saya juga ingin menyentuh berkaitan Dasar Kebersihan Negara yang melibatkan tindakan penguatkuasaan denda dan khidmat masyarakat. Saya menyokong usaha mendidik rakyat agar tidak membuang sampah merata-rata dan bersetuju dengan tindakan kompaun dikenakan kepada mereka yang sengaja mencemarkan kawasan awam. Namun saya ingin membawa satu isu yang berlaku di Pulau Pinang semasa Upacara Keagamaan Simpan Mayat. Rumah keluarga atau syarikat yang menguruskan upacara pengebumian dan keagamaan masyarakat Cina ini telah dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana menabur kertas atas jalan.

Untuk makluman, amalan menabur kertas ini merupakan satu adat dan tradisi masyarakat yang dianggap sebagai bayaran bayar tol dalam perjalanan si mati. Saya dimaklumkan bahawa amalan ini juga telah banyak dikurangkan dan hanya dilakukan di kawasan tertentu sahaja seperti di persimpangan dan semasa melintasi jambatan. Oleh itu, saya sangat berharap pihak berkuatkuasa dapat menggunakan budi bicara dan melihat isu ini dari sudut sensitiviti, adat dan kepercayaan masyarakat majmuk di Malaysia.

Dato' Speaker, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan menderma darah, pihak hospital swasta dan kerajaan yang terus aktif menganjurkan Program Derma Darah. Tidak dilupakan juga kepada semua penderma darah yang sentiasa tampil memberi sumbangan demi membantu pesakit yang memerlukan dan menyelamatkan banyak nyawa.

Pada Ahad lalu, saya telah menghadiri satu Program Derma Darah di Permatang Tinggi dan saya dimaklumkan bahawa Hospital Bukit Mertajam berdepan kekangan kemudahan kerusi khas derma darah untuk menjalankan program di luar hospital sehingga terpaksa menggunakan katil hospital. Oleh itu, saya merayu agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Negeri dapat membantu menyediakan kemudahan yang berkaitan demi keselesaan pada penderma dan kelancaran Program Derma Darah.

Dato' Speaker, selain infrastruktur jalan dan kesihatan isu, isu keperluan asas seperti sistem bekalan air juga tidak boleh dipandang ringan. Saya juga nak membangkitkan keadaan sistem paip air bawah tanah khususnya paip jenis AC yang telah berusia lama dan semakin uzur terutama di kawasan perumahan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menggantikan paip jenis AC ini kepada paip PVC atau bahan moden yang lebih tahan lasak dan berkualiti. Saya percaya penggunaan paip yang lebih moden di bawah tanah dilihat mampu mengatasi masalah kebocoran, mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil dan gangguan bekalan air.

Dato' Speaker, pada masa sama saya juga ingin mendapatkan penjelasan Kerajaan Negeri hubungi masalah tekanan air rendah di Kampung Manggis dan Kampung Tok Sani. Penduduk memaklumkan bahawa masalah ini semakin ketara terutama pada waktu pagi dan petang sehingga menjejaskan urusan harian. Keadaan ini dipercayai berlaku akibat meningkatkan penggunaan air kesan pertambahan kawasan perindustrian dan kilang-kilang berhampiran. Saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan penaiktarafan sistem agihan air termasuk menaik taraf saiz paip sedia ada dan kemudahan simpanan air bagi penyelesaikan masalah ini.

Dato' Speaker, saya juga ingin membawa perhatian Dewan terhadap satu lagi isu yang telah lama berlarutan di Kampung Manggis iaitu terdapat beberapa rumah di atas kawasan Tanah Perkuburan. Saya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan bahawa status lapan (8) buah struktur rumah dan laluan yang berada di atas tanah wakaf perkuburan Islam tersebut adalah haram dan salah di sisi syarak. Penghuni atau pemilik rumah tersebut juga wajib mengosongkan tanah tersebut apabila diarahkan oleh Pihak Berkuatkuasa Agama Negeri.

Saya berasa sedih apabila dapat tahu banyak batu nisan yang dicabut keluar dan dilonggokkan di tepi rumah, tepi pokok dan sebagainya. Oleh itu, saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan langkah penyelesaian terbaik kepada masalah ini dengan usaha memelihara kawasan tanah perkuburan tersebut, dan pada masa yang sama dapat menyediakan penempatan alternatif seperti unit PPR atau rumah mampu milik kepada mereka yang berkenaan.

Dato' Speaker, sebelum saya teruskan dengan isu-isu lain, saya ingin mohon penjelasan Kerajaan Negeri berhubung jawapan bertulis yang saya terima pada pagi ini berkaitan peruntukan pembangunan, naik taraf dan penyelesaian yang disalurkan kepada masjid dan surau di kawasan Sungai Puyu.Berdasarkan jawapan yang saya terima, tiada projek-projek pembaikan kecil dan naik taraf yang dilaksanakan di kawasan DUN Sungai Puyu bagi tahun 2025 dan 2026. Walau bagaimanapun, pejabat saya telah mengemukakan borang permohonan daripada Masjid Sungai Puyu, Surau Kampung Tok Sani dan Surau Taman Sentral secara serahan tangan kepada Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara untuk perhatian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Jadi, saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian serius dan tindakan sewajarnya.

Dato' Speaker, saya juga ingin menyentuh isu kenaikan cukai tanah yang menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah memberikan pengurangan dan diskaun kepada sebahagian besar pemilik tanah yang terlibat. Namun, saya juga menerima banyak rungutan dan aduan daripada pemohon Lesen Pendudukan Sementara yang dikenakan bayaran khas yang tinggi dan mencecah ribuan ringgit. Dalam keadaan rakyat sedang berdepan dengan tekanan kos sara hidup, saya berpandangan bayaran khas tersebut agak membebankan, terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Oleh itu, saya dengan rendah hati mohon agar perkara ini dapat diberi pertimbangan semula oleh Kerajaan Negeri demi kebajikan rakyat secara keseluruhan.

Dato' Speaker, saya juga ingin membawa satu lagi isu berkaitan Lesen Pendudukan Sementara yang melibatkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Permatang Pauh. Saya dimaklumkan bahawa PBS Permatang Pauh telah dikenakan bayaran LPS sebanyak RM1,200 setahun. Kita semua sedia maklum bahawa pasukan bomba sukarela ini banyak membantu pihak berkuasa dalam operasi kecemasan, banjir dan pelbagai misi menyelamat demi keselamatan masyarakat. Mereka berkhidmat secara sukarela demi membantu rakyat dan bukan untuk mencari keuntungan. Oleh itu, saya harap Kerajaan Negeri dapat meneliti semua perkara ini secara positif dan memberi pertimbangan sewajarnya atau pengecualian kepada badan-badan sukarela yang banyak berjasa dan menyumbang kepada keselamatan serta kebajikan rakyat. Perhatian, mengenai kebajikan rakyat, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk...

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta penjelasan Sungai Puyu.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Boleh.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih. Sebab tadi Yang Berhormat Sungai Puyu sentuh tentang jaga kebajikan pasukan bomba sukarelawan bersama dengan pasukan kebajikan untuk rakyat, saya sangat setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Puyu.

Saya ingin berkongsikan, saya juga bertanya satu soalan yang berkaitan dengan mereka. Seperti katakan, disebabkan global issue pada masa sekarang, ia menjejaskan kenderaan yang menggunakan diesel seperti frontliner, jentera daripada bomba sukarelawan dan ambulans yang disediakan oleh NGO telah menghadapi kenaikan kos yang sangat tinggi. Dan apakah rancangan Kerajaan untuk memberikan kepada mereka bantuan khas? Sebab diesel memang naik dengan harga yang mendadak.

Tetapi juga saya menerima jawapan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa disebabkan Kerajaan Negeri telah ada menyalurkan sumbangan sebanyak RM450,000 kepada pasukan bomba sukarelawan di seluruh Pulau Pinang sepanjang tahun 2025. Jadi sumbangan ini adalah digunakan untuk kurangkan beban kos operasi termasuk kos berkaitan dengan seperti diesel ini. Dan tahun ini telah menyalurkan RM370,000 bagi tujuan yang sama.

Jadi saya juga di sini ingin tumpang dengan pandangan daripada Sungai Puyu supaya saya minta Kerajaan Negeri boleh juga. Mereka sangat berterima kasih kepada sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tapi pada masa yang sama memang mereka juga menghadapi beban yang sama yang dihadapi oleh kita semua, iaitu kos untuk kenderaan mereka sangat-sangat tinggi untuk membantu rakyat. Jadi saya sokong dengan point daripada Sungai Puyu. Terima kasih.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Berapit. Saya harap EXCO boleh bagi jawapan nanti. Cuma saya sambung untuk perhatian mengenai kebajikan rakyat, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai sebarang perancangan untuk menambah baik pelaksanaan Program i-Sejahtera pada masa hadapan.

Pembangunan yang sebenar bukan sekadar membina bangunan dan jalan raya, tetapi memastikan rakyat dapat hidup dengan selamat, selesa dan bermaruah. Rakyat tidak menuntut sesuatu yang luar biasa, mereka hanya mahu jalan yang selamat, air yang mencukupi, perkhidmatan yang efisien dan sebuah kerajaan yang mendengar suara mereka. Selagi masih ada aduan rakyat yang belum selesai, selagi itulah tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat belum selesai.

Dato' Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera Kerajaan Negeri, penjawat awam dan semua agensi yang telah bertungkus lumus dan bekerja keras. Saya yakin di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta semangat Visi Penang2030, Pulau Pinang akan terus menjadi negeri maju, harmoni dan sejahtera. Akhir kata, saya dengan penuh hormat menyokong usul terima kasih ke atas ucapan Tuan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Dato' Speaker, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Sungai Puyu atas perbahasan. Dan seterusnya saya mempersilakan Permatang Berangan. Dipersilakan.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala rasulillah sayyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Dato' Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Permatang Berangan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib di atas ucapan Perasmian Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15 pada Jumaat lepas.

Dato' Timbalan Speaker, terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk berbahas tentang ucapan Tuan Yang Terutama Tun bagi membawa permasalahan aduan rakyat di kawasan Permatang Berangan, agar suara mereka diberi perhatian dalam Dewan yang Mulia ini.

Dato' Timbalan Speaker, di Pulau Pinang terdapat kira-kira 6,272 orang pesawah yang mengusahakan keluasan tanah sawah padi berjumlah 24,210 hektar di seluruh negeri Pulau Pinang. Pesawah hari ini semakin terhimpit dengan pelbagai masalah seperti penyakit yang pelbagai, masalah rumput-rumpai yang kebal dengan racun yang sedia ada, perubahan cuaca yang ekstrem serta peningkatan kos.

Beberapa musim kebelakangan ini, ramai pesawah yang mengalami kerugian akibat kemerosotan hasil tuaian padi. Pada tahun 2024, purata hasil padi bagi negeri Pulau Pinang menurun kepada 4.8 tan bagi satu hektar berbanding tahun-tahun sebelumnya purata hasil padi negeri ini melebihi lima (5) tan bagi satu hektar. Pada tahun 2025, ramai pesawah yang mengalami kerugian sehingga ada yang tak dapat membayar sewa tanah dan juga sewa jentera.

Dato' Timbalan Speaker, hari ini pesawah berdepan pula dengan kenaikan harga diesel yang menyebabkan peningkatan kos jentera pembajak dan jentera tuai sebanyak 40% hingga 42% peningkatan. Kesan kenaikan harga diesel ini juga dibimbangi akan menyebabkan peningkatan harga racun, baja tambahan dan juga upah kerja, upah meracun dan membaja. Kita mesti sedar bahawa sektor tanaman padi ini sangat penting dalam membekalkan makanan asas kepada seluruh rakyat Malaysia. Dibimbangi jika pesawah semakin tertekan, semakin ramai meninggalkan sawah padi dan semakin kurang generasi muda mahu mewarisi pekerjaan ini. Maka kita akan berdepan risiko lebih besar pada masa hadapan iaitu berkurangan pengeluaran beras tempatan serta kebergantungan melampau kepada beras import. Sekarang ini kita import 40% daripada keperluan beras negara.

Justeru itu, Permatang Berangan menyeru agar pihak kerajaan melihat isu pesawah ini sebagai satu agenda utama negeri; bukan isu bermusim yang hanya dibangkitkan ketika berlaku krisis. Oleh itu, sebagai bantuan segera kepada pesawah yang mengalami kerugian, Permatang Berangan mencadangkan agar satu bantuan one-off kepada pesawah diberikan sebanyak RM1,000 bagi membolehkan pesawah-pesawah ini meringankan tekanan beban kewangan yang mereka sedang hadapi dan bagi membolehkan mereka memulakan sesi tanaman yang baru.

Dato' Timbalan Speaker, bagi meringankan beban subsidi yang ditanggung oleh pihak kerajaan, harga lantai belian padi juga perlu dikaji semula dan dinaikkan supaya pesawah dapat sedikit keuntungan berbanding dengan harga lantai belian padi sekarang pada kadar RM1,500 se-tan. Kerajaan Negeri pula perlu mengkaji dengan penuh terperinci segala kos yang perlu ditanggung oleh pesawah pada masa ini serta mencadangkan kepada Kerajaan Pusat kadar baru harga lantai belian padi.

Dato' Timbalan Speaker, selain itu Permatang Berangan juga ingin mencadangkan agar pihak Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang meneliti keperluan mempertimbangkan zakat kepada pesawah-pesawah yang hanya bergantung kepada tanaman padi sebagai punca pendapatan, jika sekiranya mereka mengalami kerugian akibat bencana dan akibat masalah yang di luar jangkaan atau di luar kebiasaan. Ini telah dibangkitkan dalam dialog antara EXCO yang baru dengan pesawah-pesawah di Penaga baru-baru ini. Permatang Berangan harap Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan dapat melihat perkara ini secara serius demi menjaga kebajikan pesawah yang menjadi tulang belakang sekuriti makanan negara.

Dato’ Timbalan Speaker. Isu pencemaran najis babi di Kampung Selamat. Semua YB kebanyakan menyentuh tentang isu ini. Sejak lebih 50 tahun yang lalu, isu pencemaran bau dan pencemaran air di Sungai Kereh yang berpunca daripada aktiviti ternakan babi di Kampung Selamat. Keadaan ini telah berlarutan terlalu lama sehingga menjejaskan kualiti hidup penduduk, menjejaskan kualiti air dan menjejaskan alam sekitar. Sungai yang sepatutnya menjadi sumber kehidupan dan manfaat kepada masyarakat kini tercemar teruk tanpa penyelesaian.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menekankan bahawa operasi ternakan babi perlu mematuhi tiga syarat utama iaitu berada jauh daripada kawasan penempatan, menggunakan teknologi moden serta menjamin tiada pencemaran terhadap alam sekitar. Jika pencemaran masih berlaku dan rakyat terus menanggung kesannya maka jelas wujud kelemahan serius dari sudut penguatkuasaan dan pemantauan.

Justeru, Permatang Berangan mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dan tegas termasuk menilai semula operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan menambah jumlah pegawai penguatkuasa yang sekarang ini hanya tiga orang bagi memantau tahap kepatuhan aktiviti penternakan di kawasan berkenaan. Ada tiga orang penguatkuasa bagi seluruh Negeri Pulau Pinang. Dalam perjumpaan ADUN Permatangan Berangan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Permatang Berangan, minta mohon celah.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya, sila.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang Berhormat Permatang Berangan, dan terima kasih Timbalan Speaker memberi laluan. Apa yang Permatang Berangan sampaikan pegawai penguatkuasa ni yang kita tahu yang kita dapat maklumat daripada Alam Sekitar pun 3 orang dan juga Veterinar pun 3 orang. Adakah cukup untuk memantau di dalam Negeri Pulau Pinang ni. Untuk memperluaskan penguatkuasa di Pulau Pinang ini. Sila Permatang Berangan.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Terima kasih Telok Air Tawar.

Bolehkan saya mencadangkan bahawa Veterinar dan juga apa Alam Sekitar menubuhkan skuad khas. Khas untuk nak tangkap sapa yang lepas tahi itu di Kampung Selamat.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Akan jawab sekali la. Tiga (3) Orang penguatkuasa untuk kawal segala aktiviti penternakan di seluruh Negeri Pulau Pinang memang tak cukuplah, Dato’ Timbalan Speaker dan untuk makluman semua Yang Berhormat. Dalam perjumpaan saya dan beberapa orang YB dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Dimaklumkan oleh Jabatan Alam Sekitar bahawa pencemaran yang disebabkan oleh sisa pertanian bukan di luar bidang kuasa JAS. Ianya terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Sebab dia berpunca daripada sisa pertanian, penternakan. Jadi di luar bidang kuasa dan mereka tidak ada punca kuasa. Tapi mereka mengalu-alukan sekiranya punca kuasa itu diberi pada JAS.

Dalam perjumpaan YB ADUN Jawi dan YB ADUN Perikatan Nasional di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang pada 30 April yang lepas telah dimaklumkan tentang rancangan mengangkut najis babi di Kampung Selamat untuk diproses menjadi biogas dan rancangan untuk membina kilang biogas di Kampung Selamat itu sendiri. Permatang Berangan menyambut baik langkah ini dan terima kasih diucapkan kepada YB Jawi dan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar atas usaha dan inisiatif yang baik ini. Terima kasih. Senyum sikit. Semoga selepas ini tiada lagi pelepasan najis babi secara terus ke Parit Cina dan terus ke Sungai Kereh. Kita nak supaya tiada pencemaran saja. Kalau boleh diatasi pencemaran tu tak dilepaskan, Alhamdulillah kita boleh terima. Nak bela banyak mana pun belalah. Pencemaran bau diatasi, pencemaran sungai diatasi okey, Alhamdulillah.

Dato’ Timbalan Speaker. Permatang Berangan juga ingin membangkitkan sekali lagi berkaitan masalah aliran trafik yang semakin membimbangkan di kawasan Permatang Berangan dan sekitarnya. Untuk makluman Ahli Dewan, pembangunan perumahan kini semakin rancak di kawasan Permatang Berangan. Pembukaan taman-taman perumahan baru, namun pada masa yang sama perkembangan ini turut membawa cabaran besar dari sudut infrastruktur jalan raya dan juga pengurusan lalu lintas. Pertambahan penduduk di kawasan perumahan baru secara langsung akan menyumbang kepada peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan utama dalam kawasan DUN Permatang Berangan setiap hari. Jika perkara ini tidak dirancang dari sekarang, kita bakal berdepan kesesakan lalu lintas yang lebih serius pada masa hadapan. Sebenarnya pada masa ini pun dah berlaku kesesakan. Sudah mula dirasai terutama di waktu puncak di beberapa lokasi seperti Pekan Tasek Gelugor, Pokok Sena, Ara Kuda, Padang Menora, Pokok Tampang, dan juga Lahar Yooi. Terdapat juga beberapa lokasi yang menjadi bottleneck ataupun jalan sempit yang menjadi punca utama kesesakan ini. Semua jalan yang berhadapan dengan projek perumahan telah dibuat pembesaran oleh pihak pemaju. Manakala jalan yang tiada projek perumahan masih kekal dua lorong. Jalan yang mengecil secara tiba-tiba adalah berbahaya kepada pengguna jalan raya dan meningkatkan risiko kemalangan. Oleh itu, kerajaan mesti membuat perancangan pembesaran jalan apabila menerima permohonan pembangunan perumahan di satu-satu kawasan. Pihak Majlis Bandaraya dan agensi kerajaan lain sedia maklum tentang pembangunan projek perumahan itu apabila pihak pemaju mengemukakan permohonan kebenaran merancang.

Oleh itu, Permatang Berangan mencadangkan supaya satu kajian trafik yang komprehensif dan menyeluruh dilaksanakan segera supaya cadangan pengambilan tanah bagi tujuan pembesaran jalan atau cadangan pembinaan jalan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu jalan atau satu laluan sahaja. Kita tidak boleh menunggu sehingga keadaan menjadi lebih parah barulah tindakan nak diambil. Perancangan yang teliti mesti dibuat sekarang agar pembangunan kawasan berjalan seiring dengan keupayaan infrastruktur. Permatang Berangan yakin jika tindakan awal diambil rakyat bukan sahaja menikmati pembangunan perumahan baru malah dapat bergerak dengan lebih selesa, selamat dan lancar.

Dato’ Timbalan Speaker, di Permatang Berangan terdapat satu tempat pelancongan desa iaitu di Kampung Lebuh Banting yang menawarkan perkhidmatan river cruise, aktiviti rekreasi di Taman Hutan Pelajaran, kayuhan basikal dalam kawasan kampung, lawatan ke projek industri asas tani serta pengalaman suasana kampung yang semakin mendapat perhatian pengunjung. Di sini terdapat satu kedai borong makanan ringan yang sangat popular iaitu Ayunis Kerepek yang menjual pelbagai aneka makanan ringan. Justeru, Permatang Berangan ingin mencadangkan agar pihak Kerajaan merangka pelan tindakan khusus untuk mempromosikan tempat ini melalui beberapa pendekatan.

Antaranya ialah membuat papan tanda pelancongan, memasukkan tempat ini sebagai salah satu destinasi pelancongan negeri yang mesti dikunjungi oleh pelancong tempatan dan pelancong luar negeri. Ini merupakan kali ketiga Permatang Berangan mohon dalam Dewan yang Mulia ini agar papan tanda pelancongan yang jelas ke lokasi Kampung Lebuh Banting ini dibuat segera. Malangnya sehingga ke sekarang ini, papan tanda pelancongan ini masih belum dibuat dan kita minta supaya ianya diberi perhatian serius. Permatang Berangan sangat yakin jika lokasi-lokasi seperti ini diberi perhatian dan dipromosikan secara tersusun, ia akan menjadi satu lagi kebanggaan Negeri Pulau Pinang dalam memperkasakan sektor pelancongan berasaskan komuniti dan warisan tempatan.

Dato’ Timbalan Speaker, Permatang Berangan ingin menyentuh berkenaan kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Permatang Berangan yang masih memerlukan perhatian serius daripada pihak Kerajaan Negeri. Infrastruktur asas seperti sistem perparitan, longkang serta jalan mini tar amat penting dalam menjamin keselesaan dan kesejahteraan penduduk kampung. Untuk makluman, Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan saban hari menerima pelbagai aduan daripada penduduk berkaitan dengan banjir kilat yang kerap berlaku di beberapa kampung. Antara punca utama masalah ini adalah ketiadaan sistem perparitan yang sempurna. Longkang yang sempit, cetek, tersumbat serta tidak diselenggara dengan baik. Apabila hujan lebat berlaku dalam tempoh singkat air tidak dapat mengalir dengan lancar lalu menyebabkan limpahan ke kawasan rumah penduduk dan jalan kampung. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan harta benda penduduk malah menganggu urusan harian, menimbulkan risiko keselamatan serta boleh mengundang masalah kesihatan akibat air bertakung.

Selain itu, Permatang Berangan juga memohon agar jalan mini tar di kawasan kampung yang banyak mengalami kerosakan diberi perhatian dan dibaiki segara. Terdapat jalan mini tar baharu yang memerlukan sambungan ke laluan utaman manakala jalan sedia ada banyak pula yang telah rosak, berlubang, mendap dan tidak selesa diguna oleh penduduk. Jalan-jalan ini amat penting kerana ia menjadi laluan utama penduduk kampung untuk ke tempat kerja, sekolah, kebun serta menjalankan aktiviti-aktiviti harian. Justeru Permatang Berangan mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan membuat kajian tentang kemudahan asas yang sangat diperlukan di kawasan luar bandar dan memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur luar bandar ini. Permatang Berangan yakin sekiranya infrastruktur luar bandar diberi perhatian sewajarnya ia bukan sahaja menyelesaikan masalah rakyat malah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk, merancakkan ekonomi setempat dan memastikan pembangunan yang lebih seimbang antara bandar dan luar bandar.

Dato’ Timbalan Speaker. Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara Kuda merupakan antara kawasan pengeluaran makanan yang berprestasi tinggi di negara ini dan telah membuktikan peranannya sebagai aset strategik keterjaminan makanan negeri dan negara. Namun apa yang membimbangkan ialah apabila kawasan ini telah disebut dalam perancangan pembangunan sebagai Bandar MADANI. Permatang Berangan ingin menegaskan bahawa TKPM Ara Kuda bukan kawasan biasa yang boleh diubah fungsi sesuka hati. Ia telah diwujudkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang produktif dan strategik. Banyak pelaburan yang telah dibuat oleh Jabatan Pertanian di situ. Jika kawasan ini mula dipertimbangkan untuk pembangunan perumahan maka kita sedang memusnahkan satu Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang telah terbukti kejayaannya. Kejayaan TKPM Ara Kuda berada di tangga kelima di seluruh Malaysia. Terletak nombor lima (5) di seluruh Malaysia dan ia sangat berjaya.

Ini bukan sekadar isu tanah, tapi isu keselamatan makanan jangka panjang negeri. Sekali ia hilang, ia tidak mudah diganti semula. Permatang Berangan ingin bertanya adakah kita bersedia mengorbankan kawasan pengeluaran tanaman makanan yang berprestasi tinggi ini demi pembangunan. Oleh itu, Permatang Berangan mencadangkan supaya TKPM Ara Kuda mesti dikekalkan sepenuhnya sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Kerajaan Negeri mempertimbangkan agar tanah ini diambil alih daripada PERDA dan diserahkan kepada Jabatan Pertanian.

Dato' Timbalan Speaker, pembangunan sedang pesat berlaku di Permatang Berangan. Satu bandar baharu sedang muncul iaitu di Ara Kuda. Projek perumahan tumbuh macam cendawan selepas hujan di Ara Kuda ini. Apa yang membimbangkan ialah kemudahan seperti sekolah, klinik kesihatan dan balai polis belum nampak rancangan pembinaannya. Apakah semua agensi terbabit telah ada cadangan untuk memenuhi keperluan penduduk yang ramai di bandar baharu Ara Kuda ini? Permatang Berangan amat berharap agar Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini secara serius agar pembangunan pesat di situ lebih terancang, lengkap dengan segala kemudahan asas yang seimbang.

Dato’ Timbalan Speaker, isu rumah ibadah yang terletak di atas tanah bukan miliknya perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan. Isu ini sangat sensitif dan berpotensi mencetus perbalahan antara kaum. Permatang Berangan amat berharap agar Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mengenal pasti semua rumah ibadah ini dan berusaha mencari tapak yang sesuai untuk ianya dipindahkan.

Sebagai contoh, baru-baru ini saya mendapat aduan daripada Jawatankuasa Kuil Hindu di Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor. Mereka telah mendapat notis daripada Pejabat Tanah Daerah SPU untuk mengosongkan tapak tersebut kerana ianya telah dibina atas rizab sungai. Apabila lawatan dibuat ke tapak tersebut, didapati kuil tersebut terletak di atas rizab jalan, rizab sungai dan juga tanah PERDA. Ini satu contoh. Atas perbincangan dengan Tuan Pegawai Daerah, pihak kuil diberi kebenaran menduduki, lesen menduduki sementara (TOL). Permatang Berangan merasakan untuk tempoh jangka masa panjang kuil ini… (gangguan)

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Permatangan Berangan, boleh celah sikit tak?

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Kuil ini perlu dipindahkan juga disebabkan kerja pembesaran jalan, kerja pembersihan sungai dan sebagainya. Oleh itu, satu tapak perlu dicari bagi memindahkan kuil ini ke tempat yang lebih sesuai.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Datuk Timbalan Speaker, mohon celah. Permatang Berangan, boleh ya?

Permatang Berangan, minta mencelah sikit boleh?

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi Bagan Dalam. Bagan Dalam.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan. Isu ini pun Yang Berhormat pernah berbincang dengan saya. Apabila isu ini mereka terima notis, pihak kuil ada berjumpa dengan saya. Saya pun ada berbincang dengan Pegawai Daerah SPU dan kita telah memberikan TOL sementara kepada pihak kuil sementara kita mencari tanah yang bersesuaian. Kuil ini telah lama wujud di kawasan itu, jadi kita faham isu yang berlaku dan pihak Kerajaan Negeri pun di bawah EXCO dan juga Lembaga Wakaf sedang giat mengambil maklumat kuil-kuil yang terlibat dalam isu sebegini supaya kita dapat mencari satu jalan penyelesaian yang segera.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, clear. Permatang Berangan, silakan. Terus.

Dato’ Speaker, boleh tambah?

Timbalan Yang di-Pertua

Takpa, clear dah.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Dato’ Timbalan Speaker, di Permatang Berangan ini ada banyak hotspot banjir... (gangguan)

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Sekejap, sekejap. Boleh?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Dia benarkan dulu, okaylah. Speaker tak mahu benar, dia benarkan.

Timbalan Yang di-Pertua

EXCO tunggu gulunglah.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Isu tentang Pulau Pinang dan betapa ramai fahaman agama kita ada, jangan kita lupa itu. Dan itulah apa yang Permatang Berangan sedang bicara sekarang, betul? Jadi jangan lupa. Tahu tak saya dari mana? Tahu tak saya beranak dari mana, berasal dari mana, tahu tak? Saya nak tanya seluruh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Tak boleh ingat? No, Oh Datok Keramat. You are right, you are right.

Tapi sebelum itu, saya berasal dari Punjab. Jangan main-main dengan kita, right or wrong? No, sometimes you must be reminded. We are one family, di Pulau Pinang kita satu keluarga, jangan kita sebut tentang hal macam ini. Kita bekerjasama supaya kita boleh pastikan supaya apa-apa permasalahan ada itu, kita akan atasi. Not in any other state in Malaysia, in fact saya hendak pelawa seluruh negara Malaysia datang ke Pulau Pinang dan belajar. Boleh atau tidak? Permatang Berangan hari ini cakap dia akan jadi guru untuk ajar Malaysia jadi satu keluarga. Boleh?

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Boleh, Insya-Allah.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Thank you.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Terima kasih, Datok Keramat… (gangguan)

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Mohon, mohon Dato' Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Masa dah…(gangguan)

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Datok Keramat, are you… tunjuk IC dari Punjab atau ke Malaysia? Nak tengok IC you. You tunjuk you punya IC dari Punjab atau dari Malaysia. You cakap you come from Punjab, your IC?

Timbalan Yang di-Pertua

Telok Ayer Tawar, Datok Keramat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

07! Your IC dari mana?

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

02.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Bukan dari Penang... (gangguan)

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yes, It's Malaysian, It's Malaysian... (gangguan) you from Punjab.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah sudah. Duduk, duduk. Datok Keramat duduk. Okey-okey, kita bagi peluang… (gangguan)

Dato’ Speaker, saya minta dua minit sahaja laluan. Permatang Berangan, Permatang Berangan, kami sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab memang ambil kira gerai-gerai yang dibina tanpa izin dan juga kuil-kuil yang dibina tanpa izin. Dan kami dalam proses memutihkan, ya, proses pemutihan. Walau macam mana pun, ini untuk Pinang Tunggal ya, bukan Tasek Gelugor.

Timbalan Yang di-Pertua

Permatang Berangan.

Tak tak, ini untuk Pinang Tunggal la. Kita dah kenal pasti banyak tapak-tapak RIBI di mana kuil-kuil yang nampak macam diduduki tanpa izin dipindahkan. Tapi bila kita berusaha nak pindahkan kuil-kuil itu ke tapak RIBI yang tapak halal lah, pun dapat bantahan daripada orang. Habis di mana diaorang nak pergi? Dia nak duduk di tempat yang tak dibenarkan dibina ataupun tempat yang digazet untuk RIBI? So kita pun ada masalah sedemikian sebagai Kerajaan Negeri. Bila kita cuba pindahkan kuil-kuil yang dibina tanpa izin di tapak kerajaan ka di mana dan kita cuba pindah ke tapak yang digazet sebagai RIBI pun ada masalah juga. So ke mana diaorang nak pergi? So kita minta, macam YB TKM II cakaplah, kita di Malaysia, kita kena faham satu sama lain dan kita kena hormati agama satu sama lain. Jangan sampai jadi isu politik pulak. Bila temple tu dia nampak duduk di tempat tak dibenarkan, bagi dia pindah ke tempat yang dibenarkan. Jangan bantah bila dipindahkan ke tempat yang dibenarkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Perai. Dah dah, cukup la. Masa kita tak ada ini... (gangguan)

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Boleh? Saya nak response Dato’ EXCO ini. Sebenarnya saya rasa kita dah bincang hal itu kan, dan akhirnya dah dapat tempat, betul tak? Finally, mereka tu akan dipindahkan ke tempat yang dah permanent kan?

Tapak asalnya duduk di highway, jalan ya. So saya mewakili Kerajaan Negeri nak pindah dia ke tapak yang direserve sebagai tapak RIBI. Bila saya nak pindah ke sana, ada bantahan. Kemudian saya pindah ke tapak kedua, tapak RIBI, ada bantahan lagi. Habis, saya kena pergi cari tapak di factory, tapak reserve kilang untuk bina kuil.

So permintaan saya adalah kita kena fahami kehendak masing-masing. Tanah itu memang di reserve untuk RIBI, bukan untuk hal-hal lain. Di situ ada reserve surau ada dan reserve RIBI ada. So kalau kita pandang masalah ini sebagai masalah sensitif, di mana kuil-kuil ini duduk di tanah tanpa kebenaran, bagilah dia pindah ke tempat yang dia dibenarkan pergi. Bila kita nak panggil dia pindah, jadi isu pula, jadi isu.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Dia begini, tapak itu kebetulan dengan kawasan penempatan orang Melayu. Itu yang jadi masalah.

Yalah, itu tak jadi masalah. Kita duduk di Malaysia sudah banyak tahun. Di belakang rumah saya ada surau, kebanyakan orang Cina dan India duduk sana, tak jadi masalah bagi kita. Kenapa ini boleh jadi masalah?

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Seri, nanti buka table lain la. Bincang elok-elok, harmonikan.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Kita faham apa yang dibangkitkan, oleh Perai tadi dan kita sebenarnya nak kawasan yang dirizabkan oleh pemaju sebagai tapak RIBI itu pun kita kena tengok juga dari segi pembangunan itu. Kalau kata kebanyakan pembeli rumah di kawasan taman itu orang Islam, orang Melayu dan baru-baru ini ada bantahan seperti yang disebut Dato’ tadi, Perai tadi. Kita kalau boleh kita elak daripada berlaku benda-benda yang akan datang. Saya bimbang yang itu sahaja, Dato’.

Senang sahaja. Kalau nak elak, di kawasan kalau kebanyakan orang Islam duduk, kita tak payah perlu reserve RIBI lagi. Kalau tempat itu ramai orang bukan Islam duduk, tak payah reserve surau lagi.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya.

Mana boleh. Kita nak sama dengan semua orang. Sebagai satu Kerajaan yang bertanggungjawab, kita tak boleh pecahkan dari segi kaum macam itu.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Sebab daripada awal sudah ada bantahan, saya bimbang, ya.

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, kita kena ajar orang kita duduk ramai-ramai, ini berharmoni bersama semua agama dan bangsa. Kita tak boleh pecah-belahkan dari segi agama dan bangsa.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Dato’ Speaker, kena fikirlah. Kadang-kadang orang rasa terganggu di tempat yang tidak ada. Contohnya macam berlaku di tempat saya tu, tidak ada komuniti India langsung, tempat itu ada kuil. Kemudian bila ni, orang terganggu nak masuk kereta, parking tak boleh bila ada perayaan. Jadi isu-isu macam inilah yang sering dibangkitkan di mana-mana pun. Jadi munasabah di tempat mana ada komuniti tersebut, maka munasabahlah diadakan RIBI dan sebagainya mengikut komuniti tersebut. Jadi takkan nak ada di tempat contohnya orang… (gangguan)

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Dato’ Speaker, cuma saya nak memperbetulkan. Setiap pembangunan apabila disyaratkan untuk menyediakan tapak RIBI ataupun tapak surau semasa pembangunan, kita tak pasti siapa yang akan datang beli, first thing. Betul kan? So dalam pembangunan, penyediaan tapak ini disyaratkan sebelum ada pembeli. Itu kena faham. So pembeli yang datang, apabila dia lihat dalam pelan itu, mungkin dia faham ini tapak RIBI. So dari segi sensitiviti, dengan izin, dia tahu ini tapak RIBI. So duduk yang sebelah itu, dia memang dah ambil maklum. Kalau pemaju ada bagi penerangan tentang rumah dekat sebelah sini, tapak ini bukan kolam tadahan tapi tapak ini untuk penyediaan tapak RIBI pada masa hadapan. Sama juga untuk tapak surau, pembeli yang bersebelahan dengan surau, mereka faham bersebelah unit itu adalah tapak surau. Itu sahaja, terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Inilah peranan kerajaan untuk ganti dengan tempat bersesuaian… (gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua

Panjang dah ini… (gangguan)

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Jawi cakap tu memang betul tetapi Jawi kena bagi tahu kepada Majlis Perbandaran untuk submit pelan tu, pemaju harus maklum kepada pembeli, jangan pemaju hanya nak kaut untung, jual rumah tak kira kaum India, Cina duduk sekali. Kalau nak buat RIBI untuk rumah ibadat, surau atau kuil apa, kena maklum kepada pembeli. Ini mereka tak maklum pada pembeli, jual terus. Bila dah jual, orang dah beli, benda tu nak wujud lambat. Rumah dah naik dulu, pembeli dah beli dulu, baru nak wujudkan rumah ibadat.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Telok Air Tawar, itulah saya kata. Semasa pembeli menghadap ke sales gallery, memang masa layout memang ada. Bila pembeli pergi, saya bukan marketing punya orang.

Saya mungkin apabila kalau saya as pembeli bila saya pergi sales gallery saya akan tanya, okay mari sini kita akan lihat. Dan marketing dia akan tunjuk, itulah yang saya nak maklumkan.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey saya nak stop kan. Saya rasa hal ini dia tak boleh ambil secara random semua sekali. Dia kena pergi case by case, satu satu satu. Sebab isu ini memang ada isu sensitif. Tempat saya pun biasa berlaku hal-hal macam ini. Jadi kita kena tackle ikut ini la, tidak boleh nak samakan semua. Teruskan, Permatang Berangan.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Berkenaan dengan tadi yang dibantah di Taman Tasek Gelugor Utama itu, alasan penduduk di situ, masa diaorang beli rumah di situ, dalam pelan tidak disebut tapak RIBI. Kemudian tapak RIBI itu, signboard dia datang kemudian. Tapak RIBI itu yang menjadikan isu sebenarnya.

Patut pembeli itu bertanggungjawab untuk faham apa dia beli.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Dalam tu memang tanah kosong. Dia ingat tak ada apa-apa.

Biasa diaorang tanya mana kolam… (gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua

Tak habis lagi. Okey, cukup lah...(gangguan)

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Tapi itu bukan.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey. Soalan tambahan, cukuplah.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Okey, okey.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Telok Ayer Tawar, nanti saya bagi decision (kurang jelas).

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Okey, kita tinggallah isu ini. Biarkan. (kurang jelas)

Itu bukan tanggungjawab kerajaan. Bukan kerajaan yang jual. Yang jual itu tukang lain. Tapi pembeli, pembeli bertanggungjawab untuk faham apa yang dia beli. Dia pandai tanya mana pusat pembentungan najis, dia pandai tanya. Dia patutnya tanya di keliling rumah yang dia beli itu apa benda.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey.

Jangan sampai kerajaan dipersalahkan kerana ada orang jual tanpa bagi tahu apa di keliling rumah yang dibeli.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Okey, Dato’ Speaker cakap.

Timbalan Yang di-Pertua

Eh, Speaker dekat sini. Duduk, duduk, duduk.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Dato’ EXCO.

Timbalan Yang di-Pertua

Duduk, duduk, duduk.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Dato’ EXCO cakap memang betul.

Timbalan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Saya cakap betul semua. Duduk.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Dato’ EXCO cakap betul. Tetapi dalam pelan itu tidak ada tapak.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, duduk, duduk, duduk.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Takpa.

Salah kerajaan ya.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Okey, okey. Memang (kurang jelas)

Timbalan Yang di-Pertua

Jadi benda ini kena case by case ya. Dan kalau tidak boleh buat (kurang jelas)

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Jadi, kita minta kerajaan berhati-hati dan kita pindahkan yang mana yang patut supaya ianya tidak timbul ketegangan di masa hadapan. Matlamat iaitu tiada ketegangan di masa hadapan. Kita boleh hidup sama harmoni seperti yang Dato Keramat sebut tadi. Kita kan berbilang kaum, berbilang agama. Tujuannya dibangkitkan supaya semua isu rumah ibadat yang tak sah ini dapat ditangani dengan baik dan dipindahkan ke kawasan yang sesuai ya.

Timbalan Yang di-Pertua

Pematang Berangan. Okey. Saya nak sentuh sikit hal ini sebab Kerajaan Negeri setahu saya sentiasa open minded lah.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua

Kawasan saya sendiri berlaku pada tahun 2019.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua

Kita boleh runding sebenarnya.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Boleh runding.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang walaupun dah ada RIBI, tapi kita masih boleh lagi bincanglah bagi harmoni. Okey.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua

Cukuplah.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, jalan.

Mohd. Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Okey, untuk seterusnya, saya minta masa tambahanlah Timbalan Speaker. Permatang Berangan ada banyak tempat hotspot banjir dan banjir kilat. Setiap kali berlaku banjir, rakyat mengalami kerugian, Kerajaan juga mengalami kerugian. Dalam sidang DUN yang lepas, Permatang Berangan pernah bertanya tentang jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan juga Kerajaan. Tapi tiada data yang dapat diberikan. Permatang Berangan ingin mencadangkan, supaya apabila, apabila berlaku banjir, data tentang kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan Kerajaan ini dikumpulkan bagi membolehkan jumlah kerugian ini dapat dibentang bersama permohonan untuk projek tebatan banjir, diangkat kepada Kerajaan Persekutuan. Sekiranya permohonan bajet ini ditangguh, bermakna lebih banyak kerugian terpaksa ditanggung oleh rakyat dan Kerajaan di masa akan datang.

Ini merujuk kepada permohonan projek tebatan banjir di persimpangan Sungai Perai, Sungai Kulim, Sungai Jarak dan Sungai Kereh yang mana projek ini telah dibawa ke RMK-13 tetapi belum diberi keutamaan untuk Kerajaan Pusat laksanakan. Isu banjir kilat yang selalu berlaku di Lorong 8, Taman Ara Permai, Ara Kuda menyebabkan pembeli rumah di situ merasa tertipu. Setelah lima (5) tahun tinggal di situ, banjir kilat akan berlaku apabila hujan lebat. Ianya berpunca dari sistem perparitan yang gagal menampung jumlah air yang banyak. Pihak MBSP diminta untuk mengkaji semula sistem perparitan di situ agar masalah ini dapat diselesaikan segera. Satu lorong itu saja yang banjir, Dato’ Timbalan Pengerusi. Lorong lain tidak banjir. Ini dia jadi mangsa bila air itu turun dan banjir di rumah mereka tiap-tiap kali hujan lebat ya. Baru lima (5) tahun duduk situ.

Okey, untuk sebagai penutupnya, izinkan saya menyampaikan ucapan terima kasih penuh rasa syukur dan penghargaan kepada seluruh rakyat di Permatang Berangan. Saya berdiri di sini hari ini bukan kerana kekuatan diri sendiri tetapi kerana sokongan, doa dan kepercayaan rakyat yang tidak berputus asa, tidak pernah putus terhadap saya.

Setiap langkah, setiap usaha, setiap keputusan yang diambil selama ini semuanya dipermudahkan dengan adanya sokongan rakyat yang memahami, yang sabar dan yang sentiasa bersama dalam keadaan susah dan senang.

Tidak ada yang lebih bermakna selain melihat senyuman rakyat apabila sesuatu masalah dapat diselesaikan walaupun kecil pada pandangan orang lain, tapi besar maknanya bagi mereka yang merasai kesusahan itu. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan kerajaan di pelbagai peringkat yang telah banyak membantu menjayakan usaha pentadbiran dan penyelesaian masalah rakyat. Kerjasama yang diberikan amat saya hargai dan tanpa bantuan dan komitmen mereka, sudah tentu banyak urusan tidak dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan.

Sesungguhnya saya amat menyayangi rakyat di kawasan saya. Sayang ini bukan sekadar ucapan, tetapi lahir daripada pengalaman bersama turun ke lapangan. Apabila melihat sendiri kesusahan mereka dan merasai denyut nadi kehidupan mereka. Saya akan terus membawa amanah ini dengan penuh tanggungjawab selagi mana diberi kepercayaan dan kekuatan oleh Allah SWT demi memastikan kebajikan rakyat Permatang Berangan terus terbela. Semoga hubungan antara pemimpin, penjawat awam dan rakyat ini terus kekal erat, penuh kasih sayang, saling bantu-membantu dan saling menghormati. Permatang Berangan mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wasalamualaikum warahmatullahtaala wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Permatang Berangan dan seterusnya saya persilakan Penanti, sedang menanti.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Ya, Penanti. Assalamualaikum warahmatullahtaala wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sekalian. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Tuan Speaker di atas kesempatan ini. Dewan ini merupakan medan penting dalam kita melaksanakan amanah rakyat, membincangkan dasar-dasar negeri serta memperhalusi segala isu yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat Pulau Pinang. Sebagai wakil rakyat yang telah diberi mandat, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan setiap perbahasan dan keputusan yang diambil berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti serta kepentingan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang.

Pertama kali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam menangani kejadian kebakaran di tapak pelupusan sisa pepejal baru-baru ini. Walaupun berdepan dengan keadaan yang mencabar serta mengambil masa lebih tujuh jam untuk mengawal kebakaran, anggota bomba tetap menjalankan tugas dengan penuh keberanian, profesionalisme dan dedikasi demi memastikan keselamatan rakyat serta mengelakkan kebakaran daripada terus merebak. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan pasukan bomba ini amat besar nilainya.

Tuan Yang di-Pertua, hal yang pertama yang saya ingin bawakan di dalam Dewan yang Mulia ini, yang saya rasa menjadi topik utama perbahasan ADUN-ADUN hari ini adalah mengenai isu kos sara hidup dan perumahan di Pulau Pinang.

Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa. Pada pandangan umum, Pulau Pinang dikenali sebagai sebuah negeri yang maju, pesat membangun dan mempunyai pelbagai projek perumahan moden. Keadaan ini memberi gambaran bahawa peluang memiliki rumah adalah luas dan mudah. Namun begitu, realitinya tidak seindah yang disangka. Harga rumah di Pulau Pinang, terutamanya di kawasan Pulau, adalah tinggi dan sukar dicapai oleh golongan berpendapatan sederhana apatah lagi golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, kenaikan harga rumah tidak selari dengan kadar pendapatan rakyat. Ramai pembeli, khususnya golongan muda, menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah sendiri kerana kos yang semakin meningkat. Walaupun terdapat skim perumahan mampu milik yang diperkenalkan oleh Kerajaan, harganya masih dianggap tinggi bagi sesetengah pihak. Walaupun kita disiarkan dengan iklan projek perumahan mampu milik, namun realitinya rakyat masih tidak mampu memiliki rumah. Kesukaran memenuhi syarat kelayakan pinjaman perumahan masih amat ketara. Itulah yang menyebabkan seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang tadi, sebanyak 2,769 rumah siap tetapi tidak terjual di Pulau Pinang. Jadi, apakah langkah Kerajaan Negeri dalam menangani masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung status terkini pelaksanaan projek perumahan mampu milik oleh Kerajaan Negeri serta sejauh mana perkembangannya. Kita mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai projek perumahan mampu milik dan sehingga kini sejumlah besar telah dibina serta telah dirancang di bawah sasaran Penang2030. Namun demikian, persoalan utama yang dibangkitkan rakyat adalah sama ada harga yang ditawarkan benar-benar selari dengan kemampuan pendapatan semasa rakyat, khususnya golongan muda dan keluarga berpendapatan sederhana.

Dato’ Speaker, kita tidak menolak pembangunan, namun apa yang terjadi adalah pertikaian dan kaedah serta pendekatan pelaksanaannya, sebagai contoh cadangan pembangunan perumahan di atas lot 642, Bandar Gelugor yang berdasarkan permohonan perancangan pembangunan iaitu lebih 3,300 unit kediaman dalam tiga (3) fasa dengan bangunan setinggi sehingga 61 tingkat dibangunkan di atas kawasan sekitar 14.5 ekar. Persoalannya, adakah pembangunan berkepadatan tinggi seperti ini benar-benar mengambil kira aspek keselesaan penduduk, kapasiti infrastruktur sedia ada, kesesakan lalu lintas, sistem saliran, kemudahan awam serta keseimbangan pembangunan mampan di kawasan tersebut.

Selain itu, adakah Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian impak sosial dan infrastruktur secara menyeluruh sebelum meluluskan projek sedemikian. Agar pembangunan yang dilaksanakan tidak hanya memenuhi sasaran angka unit perumahan semata-mata, tetapi benar-benar meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang. Argument yang diberikan untuk tidak merujuk projek ini kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ya ialah kerana ia bukan pembangunan perbandaran baru dan hanya pembangunan menegak dan tak perlu dihantar kemajuan ini kepada MPFN. Namun, kita ingin tegaskan di sini tafsiran ini adalah terlalu sempit dan tidak mencerminkan prinsip sebenar perancangan fizikal negara.

Hakikatnya, jika kita lihat daripada sudut teknikal, kepadatan projek ini melebihi 220 unit untuk satu ekar iaitu jauh melangkaui piawaian biasa pembangunan bandar. Ini bukan lagi pembangunan biasa, tetapi satu bentuk intensifikasi melampau atau hyper-density development. Dengan jumlah unit sebegini, anggaran populasi boleh mencecah 15 hingga 20,000 penduduk dalam satu tapak kecil. Ini bermaksud dari sudut impak sebenar, projek ini berfungsi seperti sebuah bandar kecil yang dimampatkan ke dalam satu lot.

Persoalannya, jika ianya setaraf pembangunan bandar, mengapa ia tidak dirujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara mengikut Akta Perancang Bandar dan Desa 1976. Menyatakan bahawa jika melebihi 20,000 penduduk, perlu dihantar permohonan tersebut. Kita, jawatankuasa kita adalah terdiri daripada Perdana Menteri yang menjadi dipengerusikan oleh beliau dan Ketua Menteri duduk di dalam jawatankuasa tersebut. Okey, jadi lebih membimbangkanlah eh. Dokumen yang sama juga mengakui keperluan kajian seperti Traffic Impact Assessment, Social Impact Assessment serta keperluan kemudahan seperti sekolah termasuk sekolah menegak. Ini jelas menunjukkan bahawa kapasiti infrastruktur sedia ada tidak mencukupi dalam keadaan di mana tekanan trafik dijangka meningkat, kemudahan awam perlu ditambah dan keseimbangan sosial akan terjejas. Ini bukan lagi isu tempatan semata-mata tapi isu perancangan strategik.

Tuan Yang di-Pertua, lebih serius dan membimbangkan. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah mengesahkan bahawa tiada penilaian impak alam sekitar membawa maksud tiada ulasan diminta daripada Jabatan Alam Sekitar. Projek yang sebegini besar sepatutnya perlu kerana ia melibatkan banyak masalah kesihatan dan benda-benda yang menjadikan negatif dalam Jabatan Alam Sekitar untuk dilaksanakan oleh mereka. EIA dilaksanakan bagi projek ini. Jadi, mari kita berdepan di situasi di mana tiada semakan EIA dan tiada rujukan pada MPFN yang mewujudkan satu regulatory gap yang amat membimbangkan. Siapakah yang sebenarnya menilai impak keseluruhan projek ini. Di peringkat manakah kepentingan rakyat dilindungi secara menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perancangan moden, impak tidak lagi diukur berdasarkan keluasan tanah semata-mata tetapi berdasarkan beban populasi, permintaan infrastruktur dan kesan pada sistem bandar secara keseluruhan. Justeru, alasan bahawa projek ini hanya pembangunan menegak tidak boleh dijadikan justifikasi untuk mengelak rujukan kepada MPFN. Teguran ini saya buat seiring dengan nasihat Tuan Yang Terutama Tun, Gabenor hari Jumaat lepas, dalam ucapan perasmian beliau iaitu pengurusan fizikal lebih berdisiplin dan kelestarian alam sekitar terpelihara.

Saya ingin menegaskan satu perkara walaupun projek ini bukan bandar baru di atas kertas tapi ia adalah berpotensi menjadi bandar kecil dari satu sudut. Gagal merujuk kepada MPFN dan Jabatan Alam Sekitar adalah satu kelemahan serius dalam tadbir urus perancangan. Soalan saya kepada pihak Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menyemak semula keputusan ini jika ianya diluluskanlah dan merujuk projek ini kepada MPFN dan DOE. Dan Dato’ Speaker, saya juga ingin mencadangkan di sini pihak Majlis Bandaraya melantik seorang dari golongan profesional agar dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya yang boleh kita pinjam daripada universiti tempatan yang memang pakar dalam bidang rancang bandar dan desa. Sebab dulu, memang di dalam majlis ini kita pinjam seorang daripada Universiti Sains untuk duduk di dalam itu agar dapat menasihati dan memberi pandangan dalam sebarang projek kemajuan sebelum ianya diluluskan.

Kesesakan Lalu Lintas dan Pengangkutan Awam. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini terhadap isu kesesakan lalu lintas yang semakin parah di kawasan Tol Juru, Sungai Dua, Bayan Lepas serta pusat bandar George Town. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan masa perjalanan rakyat, malah memberi kesan langsung kepada produktiviti ekonomi, kesejahteraan keluarga, kesihatan mental pengguna jalan raya dan imej Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pelaburan serta destinasi pelancongan utama negara.

Kesesakan yang berlarutan saban hari menunjukkan bahawa kapasiti infrastruktur jalan raya sedia ada semakin tidak mampu menampung pertumbuhan pesat penduduk, pembangunan perindustrian serta pertambahan jumlah kenderaan persendirian di negeri ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon penjelasan dan pendirian Kerajaan Negeri mengenai langkah-langkah penyelesaian yang dirancang, khususnya apakah tindakan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menguruskan kesesakan lalu lintas di kawasan-kawasan kritikal seperti Tol Juru, Sungai Dua, Bayan Lepas dan George Town, termasuk dari aspek pengurusan trafik, penyelarasan lampu isyarat, penambahbaikan sistem pengangkutan awam, serta koordinasi antara agensi berkaitan. Saya yakin rakyat Pulau Pinang mengharapkan satu pelan tindakan yang jelas, bersepadu dan berkesan agar isu ini tidak terus menjadi beban harian kepada pengguna jalan raya dan menjejaskan daya saing negeri pada masa hadapan.

Sebelum ini, ada cadangan untuk sesi town hall oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk memberi taklimat pelaksanaan dan hala tuju mengenai isu lambakan kenderaan terbiar di kawasan strata dan ianya dibatalkan di saat-saat terakhir. Jadi, kita mohon penjelasan mengenai perkara ini kenapa ianya ditangguhkan oleh pihak Majlis dan apakah perancangan pihak Majlis dalam hal untuk menyelesaikan masalah ini.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Dato’ Speaker, mungkin saya nak jawab tentang taklimat untuk kereta usang kan. So disebabkan dari segi masa dan kekangan, kita akan buat selepas sidang Dewan. Itu memang projek itu sedang kita jalankan. Memang akan ada satu taklimat untuk semua ADUN-ADUN termasuk ADUN di pihak pembangkang. Terima kasih.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Terima kasih. Jadi, satu usaha yang baik untuk menyelesaikan masalah trafik dan masalah lambakan kereta terbiar. Pengurusan Banjir dan Saliran. Tuan Yang Dipertua, di kawasan DUN Penanti khususnya di Kampung Terus, Kampung Guar Jering, Gua Perahu, Mengkuang, Padang Ibu dan Tanah Liat, isu banjir kilat malah banjir lumpur masih terus berlaku dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat. Berdasarkan beberapa siri perbincangan bersama masyarakat dan pihak berkaitan, masalah ini dilihat semakin serius seiring dengan kepesatan pembangunan di kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, saya ingin mempersoalkan sama ada Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi kerja-kerja penyelenggaraan longkang, sistem perparitan serta sungai di kawasan-kawasan terlibat? Sering kali apabila kita cuba nak mengatasi masalah ini, jawapan yang kita terima ialah bajet tak ada. Jadi, saya harap kita dapat peruntukan yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah-masalah sebegini.

Kita juga sedia maklum bahawa beberapa projek tebatan banjir telah dilaksanakan sebelum ini. Seperti yang dimaklumkan tadi oleh Permatang Berangan bahawa terdapat masalah banjir dan benda-benda lain terjadi, di mana kita nak buat tuntutan dan seterusnya pembaikan yang sewajarnya. Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada terdapat audit atau penilaian keberkesanan terhadap projek-projek tebatan tersebut. Sekiranya ada, saya memohon agar penilaian tersebut dapat dimaklumkan kepada Dewan ini demi memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan untuk tebatan banjir itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak juga lupa mengenai kesan kenaikan harga diesel yang membebani petani dan pesawah seperti yang dimaklumkan oleh rakan-rakan kita. Tahniah kepada EXCO Pertanian yang baru, dulu dia duduk sebelah sini, sekarang dia dah pergi sebelah sana duduk dengan pemerintah. Situ bawah dua-dua sekali. Jadi, kami rakyat di bawah ingin meminta sedikit penjelasan daripada YB EXCO mengenai langkah-langkah untuk membantu golongan petani dan pesawah. Sungai Dua pun tanya, Teluk Air Tawar pun tanya, sekarang Penanti pun tanya. Saya cadangkan Kerajaan Negeri memberi tambahan subsidi diesel kepada petani, pesawah dan pengusaha yang menggunakan jentera berat sendiri dalam mencari nafkah seharian mereka. Rakyat Pulau Pinang tidak lagi mahu hanya mendengar perancangan atas kertas, tapi melihat pelaksanaan yang nyata dengan izin, the end result, teratur dan memberi impak sebenar kepada kehidupan harian mereka.

Tuan Yang di-Pertua, isu tempatan di tempat saya yang perlu saya bangkitkan di sini tangki-tangki air di atas bumbung di perumahan kos rendah di Taman Guar Perahu Indah di Blok A dan Blok B dalam DUN Penanti dalam keadaan cukup bahaya dan bila-bila masa boleh pecah, dia dah retak dah dia punya ni.

Mohon. Sudah mohon belum? Kena mohonlah. Pergi mohon dekat Lembaga dulu baru dapat. Kalau duduk bising tak dapat, kena minta dulu.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Okey, permohonan telah dibuat. Dan untuk makluman YB, dia telah pun berlarutan lebih tiga tahun.

Dia kena kalau kita nak bantu, minta bantuan kerajaan, kita kena mohonlah. Bukan kerajaan senang sangat mahu pergi naik bumbung setiap rumah pangsa check. You kena minta dulu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sabar…

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Jawapan yang kita dapat ialah permohonan tersebut dalam senarai menunggu untuk dilaksanakan. Saya cuma memperingati andai kata terjadi satu-satu kemalangan...

Cuma saya nak tahu kerana senarai menunggu tak lebih dari setahun. Jadi senarai menunggu itu kalau tak melebihi setahun itu biasalah, pasal permintaannya banyak dan peruntukan kita hanya RM6.8 juta setahun. Kena sabar dulu. Pulau Pinang sahaja satu negeri di mana kami bantu rakyat yang memiliki rumah kos rendah untuk mengatasi masalah-masalah macam ni. Negeri lain tak bagi ya, Pulau Pinang sahaja ada.

Setiap tahun kita peruntukkan RM6.8 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan bagi rumah yang dimiliki oleh seseorang itu, bukan dimiliki oleh kerajaan. Dah jual, habis. Dah jual, Kerajaan Pulau Pinang masih bagi penyelenggaraan free.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Okey, terima kasih YB atas penjelasan. Cuma saya nak maklumkan di sini dan nak direkodkan bahawa jika terjadinya kemalangan, runtuh ke kolam di atas tu, habis rumah kat situ, dan kita sebagai wakil rakyat, saya dah sendiri pergi melihat memang...

Kita pasti bantu, mohon dulu.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Baik, terima kasih. Dengan krisis tenaga global terkini khususnya di Pulau Pinang kerana peranglah dan sebagainya, rakyat terpaksa menanggung kos elektrik yang tinggi. Jadi, pihak Penang Green Council telah memperkenalkan Penang Energy Framework yang mana telah beberapa kali disebutkan oleh Ketua Menteri sebelum ini untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik agar pengguna tidak perlu membayar bil yang lebih, dan juga konsep bangunan hijau iaitu memasang solar system di atas bangunan. Jadi sejauh mana pelaksanaan ini dijalankan? Kita nak tahu adakah ianya hanya diuar-uarkan tetapi tidak dibuat? Kerana kita tidak nampak sebarang petunjuk yang positif bahawa pelaksanaan Penang Energy Framework ini berjalan. Jadi ini satu projek yang baiklah kalau ianya berjalan dan saya harap ia dapat dipercepatkan.

Nanti saya jawab semasa penggulungan. Nampak gaya Penaga tak faham banyak benda yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Penaga sini sana Penanti.

Nanti saya jawab semasa penggulungan saya kerana benda ni bukan sahaja diuar-uarkan, benda ni memang sudah dilaksanakan. Mungkin Penanti not aware apa yang berlaku di negeri Pulau Pinanglah. Nanti saya jawab semasa penggulungan.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Baik, terima kasih. Saya tunggu dalam penggulungan nanti. Baik, akhir sekali, sebab banyak semua yang lain dah dicakaplah, jadi saya pun ada sikit-sikit saja. Jadi akhir sekali dalam usaha negeri untuk memburu 60 pingat emas di SUKMA, ini satu gol yang... target nak kena target gol so satu objektif yang baiklah. ADUN-ADUN dilantik sebagai bapa angkat. Tapi bapa angkat kena keluar duit sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Diminta, diminta….

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Jadi anak angkat duk tunggu pak angkat, kalau pak angkat nak bantu anak angkat, jadi saya bercadang untuk bukan untuk nasihatlah bercadang untuk memohonlah kepada EXCO, keluarlah duit sikit kepada wakil rakyat yang miskin ni untuk jaga anak angkat.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Mungkin Yang Berhormat Penanti sikit sajalah mungkin saya terangkan. Untuk bapa angkat tu tidak sebenarnya bukan minta ADUN untuk keluarkan peruntukan semata-mata. Sebab ini semua persatuan sukan kita dalam persediaan untuk berhadapan dengan SUKMA. Kita harap ADUN semua sepertimana yang dicadangkan oleh Bukit Tambun pada penggal yang lepas di mana kita ambil tanggungjawab untuk memberikan sokongan moral. Sebab kita lampirkan maklumat berhubung dengan persatuan sukan yang tengah bersiap sedia. Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh melawat mereka, bagi sokongan moral untuk supaya atlet kita dapat mencapai sasaran itu. Itu makna kita nak appoint bapa angkat tu. Terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

YB, kita minta celah. Dato’ Speaker. Kita minta kalau gitu Padang Kota kena bagi peruntukan sama pun boleh kita pi kut.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Penanti saya minta laluan. Berkenaan dengan anak angkat ni. Biar patutlah nak bagi pak angkat ni kan? Takkan dia bagi ragbi tengok saya dah patut ke nak bagi saya jaga ragbi? Bagi saya jaga silat ke, ada semangat sikit.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Takpe-takpe, kalau ada cadangan boleh tukar-tukar, jangan risau.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Tukar-tukar dengan saya boleh. Terima kasih atas peruntukan yang diberi oleh EXCO ya. Ini satu projek yang baik sebab di luar tadi di kantin tadi pun semua pakat bercakap seronok, masing-masing yang ada tinju, yang ada bola tampar, yang ada golf sana lah ya. Jadi satu usaha yang baik kita puji dan kita berterima kasihlah atas peruntukan yang akan diberi nanti. Sekian, terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Penanti. Seterusnya saya persilakan Kebun Bunga, dipersilakan.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Selamat petang, salam sejahtera, salam Penang2030 dan salam Malaysia Madani. Dato’ Speaker, saya mulakan dengan perbahasan saya dengan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ramli bin Ngah Talib kerana melafazkan ucapan perasmian atau pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Pulau Pinang Yang Ke Lima Belas. Pada Jumaat lepas mengikut perhitungan sahabat saya Sungai Puyu, Tun telah lafazkan ucapan selama 65 minit. Ini menunjukkan tahap kecerdasan Tun dan kita doa agar Tun diberi kesihatan yang baik bagi terus memayungi Pulau Pinang yang berdaulat ini. So untuk uji tahap kecerdasan saya minta 65 minit. (Suara ketawa).

Dato’ Speaker, saya setkan parameter perbahasan saya pada hari ini dengan didahului isu-isu negeri dan seterusnya isu-isu di kawasan dengan harapan bukan saja diberi perhatian tetapi diambil tindakan yang sewajarnya. Dato’ Seri Dato’ Speaker…

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh-boleh Dato’ Seri…

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Bakal-bakal (suara ketawa). Dato’ Speaker, jika di peringkat Parlimen, Ahli Parlimen diberi ruang untuk membahas laporan Ketua Audit Negara. Walaupun di peringkat DUN kita masih belum amalkan amalan ini mungkin kita boleh pada satu hari depan tapi hari ini saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini dengan satu isu yang dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara berkenaan dengan Pulau Pinang. Dalam laporan ini syarikat milik penuh Kerajaan Negeri iaitu InvestPenang telah ditegur dengan beberapa teguran. Penilaian saya lapan teguran. Objektif penubuhan InvestPenang ialah menarik kemasukan pelabur melalui promosi dan jugak perkhidmatan fasilitasi dari Batu Lancang telahpun bagitau tetapi sangat memeranjatkan apabila sejak ditubuh pada tahun 2004 hingga 2024 20 tahun InvestPenang tidak mempunyai pelan strategik walaupun pada tahun 2016 laporan Ketua Audit pernah tegur tetapi masih tidak ada tindakan di peringkat pengurusan. Sehingga tahun 2025 barulah pelan strategik ini dibentang kepada ahli lembaga untuk kelulusan.

Kita sedia maklum Pulau Pinang merupakan tunjang utama sektor pembuatan Malaysia dan juga menyumbang hampir 50% terhadap GDP ataupun KDNK Pulau Pinang. Dalam penarikan pelaburan, sektor pembuatan mencapai RM22.3 bilion pada tahun 2025. Angka ini menunjukkan begitu penting dan tanggungjawab besar yang sepatutnya dipikul oleh InvestPenang. Tanpa pelan strategik selama 20 tahun, adakah ini memberi gambaran InvestPenang tidak terlibat langsung dalam angka-angka besar ini yang selalunya menjadi kebanggaan kepada rakyat dan juga Kerajaan Negeri? Jika ini hakikatnya, maka jumlah geran ataupun peruntukan yang diterima oleh InvestPenang pada tahun 2021 hingga 2024 sejumlah RM18.56 juta dari Kerajaan Negeri serta PDC merupakan satu pembaziran dana awam. Lebih memeranjatkan lagi ialah...

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Penjelasan ya, saya tidak mahu sangkaan ini diteruskan. Sememangnya angka-angka pelaburan adalah di bawah MITI. Tak pernah InvestPenang kata dialah yang bertanggungjawab atas angka-angka pelaburan di negara kita.

Sememangnya setiap quarter kita pun tunggu pengumuman dari MITI sebelum kita guna pakai angka ini dalam kerja-kerja InvestPenang. So, tak itu memang core business MITI untuk memberi insentif dan sebagainya. Tetapi InvestPenang dan banyak lagi negeri pun ada invest negeri masing-masing, memainkan peranan yang hampir sama dengan MITI tetapi mempunyai local content di mana dari segi tanah-tanah, MITI dia boleh cadangkan negeri yang pelabur boleh pergi. Tetapi kalau atas isu tanah industri di Pulau Pinang, sehingga beberapa tahun dahulu memang PDC adalah perbadanan yang bertanggungjawab untuk menyediakan tanah-tanah. Jadi peranan adalah berlainan. Dan kalau lihat peruntukan kepada InvestPenang dalam kadar RM3, 4 juta setahun, banyak lagi GLC yang tidak menjana pembangunan ekonomi dapat lebih banyak daripada InvestPenang. Kalau dianggap tiada laporan, tiada strategic plan itu kita akur, tetapi jangan sekali nak rendahkan martabat InvestPenang dan peranannya dalam memajukan industri di Negeri Pulau Pinang.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Cuma saya rasa dalam keadaan Pulau Pinang sebagai sektor pembuatan, selain daripada InvestPenang boleh match dengan data-data yang telah diberikan oleh MIDA, InvestPenang seharusnya juga boleh membangunkan pangkalan data dia sendiri. Bukan sahaja sebab, ini bukan sahaja menyenangkan MIDA ataupun dan juga Kerajaan Negeri, masa kita untuk promosi, dia akan boleh lebih senang untuk menarik lebih ramai pelabur yang akan masuk ke Negeri Pulau Pinang. Okey, saya habiskan tentang InvestPenang ini, termasuklah ada teguran juga website InvestPenang yang tak ada maklumat terkini. Ada syarikat yang telah pun tamat perniagaan masih ada di direktori.

Okey, Dato’ Speaker, sebab saya lihat kepada laporan Ketua Audit, bukan sahajalah InvestPenang tetapi Georgetown World Heritage Incorporation juga diaudit. Cuma isu yang ditegur itu lebih kepada teknikal, bukan tatakelola. Peluang ini juga saya ambil agar Kerajaan Negeri dapat semak semula gap gaji yang saya rasa jurang gaji yang terlalu besar antara top management dengan staf di bawah, yang saya rasa juga memberi sumbangan yang penting. Daripada hampir 25 anak syarikat Kerajaan Negeri yang berorientasikan keuntungan, hanya saya rasa tiga PDC, PenangHill Corporation, dan PBA. Yang lain bergantung kepada geran Kerajaan Negeri. Maka dalam aspek kos operasi ataupun gaji, jarak gaji pengurusan dengan staf seharusnya berada pada nisbah ataupun garis, mempunyai satu garis panduan supaya jurang itu tidaklah terlalu besar.

Dato’ Speaker, isu seterus berkenaan dengan negeri yang ingin saya bahas ialah persiapan Pulau Pinang dalam menuju aging society ataupun negeri menua. Saya hargai usaha MBPP yang telah memperkenalkan inisiatif Age-Friendly City Penang Island. Kerana mengikut kajian pada tahun 2030, Pulau Pinang akan dikategorikan sebagai negeri menua di mana penduduk berusia 60 tahun akan melebihi 15%. Dari hari ini sehingga ke 2030, kita hanya berbaki 3 tahun lebih. Maka saya saran Kerajaan Negeri perlu tubuhkan pasukan khas dalam hal ini. Kita perlu ada data yang tepat dengan mengikut kerangka WHO dalam penyediaan atau memberi cadangan seperti perancangan hospital, sama ada hospital swasta ataupun kerajaan yang cukup, rumah ataupun tempat kediaman yang mesra warga tua, perancangan tenaga kerja pada tempoh 5 tahun akan datang dan juga public transport yang akan infra public transport yang mesra warga emas.

Kerajaan Persekutuan dalam proses sediakan agenda negara menua bagi menghadapi fenomena yang bakal beri impak kepada negara. Dan sebagai negeri yang bergantung kepada ekonomi sektor pembuatan, Pulau Pinang seharusnya juga perlu bersedia lebih awal supaya pelabur tidak menghadapi isu tenaga kerja yang akan menyebabkan mereka tidak melakukan pelaburan di Pulau Pinang, seperti apa yang telah ataupun sedang berlaku di negara Jepun. Sudah tiba masa Pulau Pinang bangunkan pelan tindakan yang lebih pragmatik bagi mempersiapkan diri menghadapi fenomena negeri menua ini.

Dato’ Speaker, projek LRT Laluan Mutiara memang 1 projek infra yang dialu-alukan dan disokong oleh rakyat Pulau Pinang terhadap projek ini, kecuali Ahli Parlimen Permatang Pauh lah. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana telah meluluskan projek ini untuk Laluan Mutiara bernilai lebih kurang RM8 bilion. Dan ketika dalam pembinaan, saya percaya dan saya boleh faham dia akan memberi kesan terhadap kesesakan lalu lintas. Dan saya MRT Corporation serta SRS Consortium telah pun melaksanakan beberapa pelan pengurusan trafik. Tetapi bagi saya, masih banyak kelemahan ataupun ada ruang yang perlu diperbaiki lagi. Walaupun Kebun Bunga tidak terlibat dengan projek ini, tetapi banyak penduduk di kawasan saya yang bekerja di FTZ Bayan Lepas. Mereka telah maklumkan kepada saya bahawa kesesakan di laluan yang terlibat dengan projek ini adalah semakin hari semakin serius.

Sebelum, saya bagi contoh sebelum mula pembinaan, jangka masa memandu dari FTZ, ini untuk tempoh habis kerja, ke Mount Erskine ialah dalam 40 minit, dan sekarang telah boleh mencecah sehingga 2 jam. Bagi memahami keadaan ini, pada 20 April lepas, saya bersama beberapa penduduk telah memandu dari airport ke Mount Erskine dalam jam 3:30 petang. Saya bagi tarikh dan masa supaya dapat memberikan 1 gambaran yang sebenar. Sepanjang pemanduan kami, kami melalui Jalan Sultan Azlan Shah iaitu jalan yang terlibat secara langsung dengan projek ini, dan sehingga sampailah ke Mount Erskine, dia mengambil masa 1 jam 26 minit. Itu bukan dalam waktu peak hour ya.

Ketika melalui tapak projek saya dapati kontraktor projek sedang unloads ataupun dia sedang memunggah bahan pembinaan yang besar, walaupun saya difahamkan kerja-kerja ini hanya boleh dilaksanakan pada waktu malam. Saya sampaikan maklumat ini kepada Ahli Majlis dan saya dimaklum balik, MRT Corporation mengakui memang ada kerja memunggah pada tarikh dan masa dan tempat yang saya berikan, dan mereka memohon maaf. Sebenarnya bukan sahaja kerja-kerja memunggah, tetapi sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah saya lihat tiada kawalan trafik oleh petugas trafik seperti yang telah dijanjikan oleh MRT Corporation dan juga signboard yang diletakkan itu juga tidak jelas.

Saya juga ingin mengajukan 1 soalan di platform, 1 soalan. Dimanakah ataupun di platform manakah rakyat Pulau Pinang dapat memperoleh info terkini ataupun real-time berkenaan dengan keadaan lalu lintas yang terlibat dengan projek pembinaan LRT ini? Semakan saya di social media MRT, LRT Mutiara ataupun SRS tidak dipamerkan keadaan lalu lintas terkini (real-time ya). Dan saya juga dapati pengikut di Facebook LRT Mutiara Pulau Pinang yang dianjurkan oleh MRT Corporation hanya ada dalam sekitar 2,400 follower. Malah FB SRS LRT yang membuat hebahan penutupan ataupun pengubahan aliran jalan hanya ada 989 follower sahaja. So, keadaan ini sudah tentu tidak dapat memberi info yang terkini dan tepat kepada pengguna jalan raya.

Saya rasa sebagai satu syarikat yang besar, MRT dan juga SRS bukan sahaja kita ucap terima kasih atas usaha mereka untuk membangunkan projek LRT ini, tetapi mereka juga ataupun konsortiumlah, pengurusan trafik perlu lebih peka terhadap penyampaian info di social-social media. Dan projek ini dijangka mengambil masa 5 tahun. Kita tidak boleh biarkan rakyat ataupun pengguna jalan raya derita untuk tempoh yang begitu panjang. Mitigasi atau langkah yang lebih proaktif serta berkesan perlu diambil dan ditangani segera.

Dato’ Speaker, Akta Pembaharuan Semula Bandar adalah begitu sinonim dengan DUN Kebun Bunga. Kerana di sini terletaklah flat PPR pertama di Pulau Pinang iaitu Padang Tembak dengan kapasiti 3,500 ke 3,600 unit berstrata yang telah usia 57 tahun. Dalam Dewan yang Mulia ini, saya rakamkan kekesalan saya kerana Rang Undang-Undang PSB ini yang sepatutnya dibentang dalam Parlimen masih tidak dapat dilakukan kerana Ahli Parlimen Pembangkang menggunakan persepsi dan juga sentimen untuk menghalang RUU ini dibentang, tanpa mengambil kira keadaan flat yang telah usang dan perlu pembaharuan semula. Lebih malang lagi, Ahli Parlimen Pembangkang yang bantah RUU ini terdiri daripada kalangan mereka yang di mana kawasan mereka tidak ada flat langsung seperti di Kota Bharu di Kelantan dan juga Kuala Terengganu di Terengganu. Mereka tidak akan faham situasi sebenar flat yang telah berusia 57 tahun.

Langkah keluar ataupun solusi tuntas untuk Flat Padang Tembak adalah kita perlu satu set undang-undang yang boleh memastikan pembaharuan semula dapat dijalankan. Agak mustahil kalau tanpa undang-undang ini kita dapat 100% persetujuan daripada penduduk untuk projek perumahan. Kalau boleh pun, dia mengambil masa yang terlalu lama seperti apa yang berlaku di Mahsuri. Maka saya amat setuju...

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Kebun Bunga, tanya boleh? Terima kasih Dato’ Speaker. Saya hendak tanya apa kena mengena hal kaitan Ahli Parlimen Pembangkang di Parlimen dengan kita di sini?

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Tadi saya sudah jelas, untuk kita hendak melaksanakan pembaharuan semula bandar ini, kita perlu satu set perundangan iaitu kalau kita dapat Akta PSB ini diluluskan di Parlimen, maka dia akan digunakan di Negeri Pulau Pinang juga. So, kita perlu satu set perundangan supaya kita dapat melaksanakannya dengan kadar yang lebih cepatlah. Saya hargai usaha Lembaga Perumahan Pulau Pinang yang telah memohon kepada KPKT untuk mengazetkan kawasan di sekitar Pulau Pinang, di sekitar Padang Tembak, tak silap saya 12 ekar untuk diletakkan di bawah Rancangan Kawasan Khas. Walau bagaimanapun saya difahamkan KPKT tidak lagi memberi kelulusan serta peruntukan bagi kerja awalan seperti land survey, kajian sosial dan reka bentuk dapat dilaksana. Saya mohon ataupun saya desaklah KPKT dapat memberi kelulusan dengan kadar yang lebih segera.

Dato’ Speaker, saya pergi ke isu kawasan. Isu kawasan yang ingin saya bangkitkan di sini adalah Tapak Penjaja Sementara (TPS). Di DUN Kebun Bunga, ada dua TPS iaitu satu Tree Hill dan satu Jalan Halia. Persoalan yang timbul ialah berapa lama lagi TPS ini nama dia boleh diganti dari sementara ke kekal? Saya difahamkan kedua-dua TPS sementara itu telah menjangkau tempoh hampir 30 tahun sementara. Saya ucapkan terima kasihlah kepada MBPP yang telah mengambil inisiatif untuk menambah baik TPS-TPS ini.

Cuma kepada penjaja, mereka memang memasang harapan yang tinggi bukan sahaja menambah baik tetapi naik taraf terus tapak penjaja ini ke tapak yang kekal dan mereka boleh berniaga di tempat yang lebih selesa, bukan sahaja kepada penjaja tetapi juga pengunjung. Dan juga saya rasa kalau kita ada satu kompleks yang besar, ia juga akan memberi pulangan ataupun penambahan pendapat kepada MBPP. Saya syorkan kepada MBPP supaya dapat menyediakan satu garis panduan untuk TPS, bukan sahajalah di DUN Kebun Bunga tetapi juga di seluruh Pulau supaya tempoh masa untuk sementara itu janganlah terlalu lama sangat.

Dato’ Speaker, tadi konflik perbezaan agama itu boleh diselesai, boleh dirunding dengan harmoni. Tetapi di Kebun Bunga dia ada satu konflik manusia dengan haiwan yang saya rasa kita susah nak harmonikan keadaan ini. Dato’ Speaker, isu pertama, isu monyet. Saya tak pasti. Memang sangat dekat dengan saya, walaupun saya belum lagilah berjumpa dengan monyet.

Saya difahamkan Jabatan Perhilitan telah melupuskan. Melupuskan ya, ini ayat yang diguna oleh Perhilitan, 1,200 monyet bagi suku pertama tahun ini. Tetapi isu ini masih belum diselesaikan. Jika kita ke Taman Botani ataupun perumahan di sekeliling sana, masih banyak lagi monyet. Saya tidak minta sesekali supaya mereka dihapuskan ataupun dilupuskan terus. Tetapi saya rasa ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh Jabatan Perhilitan dan juga Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini.

Salah satu langkah ialah kita kena ambil tindakan tegas terhadap mereka yang memberi makanan kepada monyet. Saya diberitahu oleh Pengarah Perhilitan bahawa sebenarnya monyet ini dia tak ada masalah pun untuk berhidup di kawasan hutan. Itu memang habitat semula jadi dia. Tetapi dia keluar ke kawasan manusia sebab manusia telah biasa untuk memberi makanan kepada monyet ini. So dia senang untuk mendapatkan makanan, so dia akan keluarlah dari hutan untuk mendapatkan makanan.

Dan kalau dia selalu keluar, dia akan memberi satu, dalam kelompok yang besar itu, kadang-kadang monyet ini dia akan bertindak agresiflah. Saya juga difahamkan monyet ini boleh membawa beberapa penyakitlah seperti Mpox, penyakit gastrointestinal, penyakit simian malaria, jangkitan virus Herpes B dan penyakit rabies. So, saya berharap satu langkah yang lebih progresif dan juga satu langkah yang lebih boleh mengatasi masalah monyet ini dapat dilakukan dengan kadar yang lebih segera, sebelum dia menyerang manusia.

Isu kedua haiwan ialah isu lembu yang berkeliaran di jalan raya. Setiap satu bulan ataupun dua bulan memang ada keadaan di mana lembu akan terlibat dengan accident, kemalangan di jalan raya. Ada yang mati, ada yang cedera. Perhilitan ataupun MBPP yang telah ambil mereka, ambil lembu ini. Saya nak, saya ingin tanya juga apakah rancangan MBPP dalam, kepada penternak lembu ini? Memang mereka ada tuan. Lembu ini bertuan. Dan saya ingin tahu apakah langkah yang akan diambil oleh MBPP dan saya difahamkan MBPP telah pun ada satu ladang penternakan di Balik Pulau. So, macam mana ataupun cara apakah MBPP akan buat supaya penternak ini akan hantarlah lembu mereka di Balik Pulau dan tidak menjadi satu masalah yang besar di kawasan-kawasan perumahan.

Isu seterusnya di kawasan ialah isu lori yang bermuatan berat melalui pada waktu puncak. Saya difahamkan bahawa MBPP telah pun ada garis panduan supaya lori muatan berat ini tidak dibenarkan untuk melalui kawasan sesetengah kawasan pada waktu puncak seperti 10:00 pagi hingga 12:30 tengah hari, 2:00 petang hingga 4:00 petang. Tetapi hanya terlibat di beberapa kawasan sahaja dan saya lihat tidak ada di DUN Kebun Bunga.

Cuma ada satu jalan yang ingin saya highlightkan kepada MBPP supaya boleh jugalah digazetkan sebagai satu kawasan yang lori muatan berat ini tidak boleh lalui iaitu di Jalan Mount Erskine. Sebelum ni saya bangkitkan dalam Mesyuarat dalam Dewan yang Mulia ini, jalan ini adalah terlalu sempit dan sekarang ni dia telah menjadi satu jalan yang begitu sesak dengan pengguna jalan raya. Itu sebab kita perlu satu underpass yang telah dilulus oleh Kementerian Ekonomi bersama dengan MBPP. So, saya berharap jalan ini juga bolehlah diklasifikasikan sebagai jalan yang tidak boleh dilalui oleh lori bermuatan berat pada waktu puncak kerana selalunya berlaku kemalangan jalan di jalan ini.

Dato’ Speaker, saya akhiri ucapan perbahasan saya pada petang ini dengan serangkap pantun.

Berbeza parti bukan sengketa, Asal rakyat terus terbela, DUN bersidang dengan idea, Demi masa depan negeri kita.

Saya mohon menyokong, terima kasih.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Kebun Bunga. Dan seterusnya saya persilakan peserta terakhir untuk hari ini.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Salam Perpaduan, Vanakkam, Salam Penang2030, dan Salam Malaysia MADANI.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas titah ucapan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke-15. Ucapan Tuan Yang Terutama amat menyeluruh, berpandangan jauh dan menyentuh pelbagai aspek penting pembangunan negeri termasuk ekonomi, digitalisasi, kebajikan rakyat, mobiliti mampan, keterjaminan makanan, pembangunan modal insan, kesejahteraan sosial serta tadbir urus yang baik.

Tuan Yang Terutama juga ada menyebut bahawa Pulau Pinang kini berdiri teguh sebagai antara pemacu utama ekonomi negara dengan jumlah pelaburan yang mencecah hampir RM64 bilion pada tahun 2025. Ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan keyakinan pelabur terhadap kestabilan serta hala tuju pembangunan negeri. Namun, dalam kita meraikan kejayaan ekonomi dan kemasukan pelaburan ini, saya ingin menekankan bahawa kejayaan pembangunan negeri juga perlu dinilai berdasarkan sejauh mana manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat di semua peringkat.

Pembangunan yang mampan bukan sahaja diukur melalui angka pelaburan semata-mata tetapi juga melalui peningkatan kualiti hidup rakyat termasuk aspek pemilikan rumah yang mampu dimiliki, akses kepada bantuan kebajikan, peluang pekerjaan yang berkualiti serta sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap dan mesra rakyat.

Selari dengan titah Tuan Yang Terutama yang menekankan reformasi birokrasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap serta mesra rakyat, saya ingin membawa perhatian Dewan yang Mulia ini kepada keperluan mendesak untuk mewujudkan sebuah kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat di UTC Butterworth.

Saya turun padang hampir setiap hari dan saya melihat sendiri realiti yang dihadapi rakyat khususnya golongan B40, warga emas, OKU dan ibu tunggal. Ramai yang datang pusat khidmat kami kerana bukan mereka tidak layak menerima bantuan tetapi kerana mereka tidak mampu mengakses kepada bantuan itu. Ada yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, ada yang bergantung kepada anak atau jiran, ada yang perlu menaiki beberapa pengangkutan awam dan ada juga warga emas yang uzur tetapi masih perlu berulang-alik dan hanya untuk membuat semakan bantuan. Ini bukan soal keselesaan, ini soal maruah rakyat.

Jika kerajaan mampu mempercepatkan urusan melalui pendigitalan, maka kerajaan juga mesti memastikan akses fizikal kepada bantuan kebajikan tidak menjadi penghalang kepada golongan yang paling memerlukan. UTC Butterworth ialah antara lokasi strategik yang mudah diakses oleh rakyat Seberang Perai. Dengan adanya tambahan kaunter JKM di sini, urusan bantuan dapat dipercepatkan, kos perjalanan rakyat dapat dikurangkan, kesesakan di pejabat sedia ada dapat dikawal dan lebih ramai rakyat yang layak dapat dibantu dengan segera. Kita tidak boleh bercakap tentang kerajaan prihatin jika rakyat masih perlu bersusah payah hanya untuk mendapatkan bantuan asas. Bantuan kebajikan bukan ihsan kerajaan, ia adalah tanggungjawab kerajaan.

Saya mohon EXCO Kebajikan dan Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera bersama pihak JKM dan Kerajaan Persekutuan untuk memohon dan merealisasikan perkara ini kerana rakyat yang susah tidak boleh menunggu birokrasi menjadi selesa. Saya juga merujuk kepada jawapan bertulis yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri berhubung cadangan mewujudkan suatu pusat transit gelandangan kedua serta kemudahan pemulihan yang baharu di Seberang Perai. Dalam jawapan tersebut dinyatakan bahawa pada masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk membuka pusat baharu dan fokus utama adalah untuk memperkukuhkan operasi kemudahan sedia ada terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan pembukaan pusat tambahan.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengemukakan pandangan bahawa keperluan di lapangan semakin mendesak, khususnya di kawasan Seberang Perai. Golongan gelandangan dan individu terpinggir semakin memerlukan perhatian serius. Mereka berada di kaki lima, kawasan awam, bawah jejambat dan ruang-ruang terbuka yang tidak sesuai untuk kehidupan manusia. Persoalannya bukan sama ada kita sedar kewujudan mereka tetapi sama ada kita bersedia memperluaskan kapasiti dan pendekatan bagi menangani isu ini secara lebih strategik.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula keperluan sebuah pusat transit gelandangan di Seberang Perai sebagai pusat perlindungan sementara yang tersusun dan berfungsi sebagai pusat intervensi sosial. Pusat ini bukan sekadar tempat berteduh, tetapi perlu merangkumi bantuan makanan, pemeriksaan kesihatan, kaunseling, sokongan psikososial, latihan kemahiran serta rujukan kepada agensi berkaitan untuk penempatan pekerjaan atau rawatan lanjut. Ramai dalam kalangan mereka bukan memilih untuk hidup sebagai gelandangan, sebaliknya terkesan akibat kehilangan pekerjaan, masalah keluarga, isu kesihatan mental dan tekanan kos sara hidup.

Dalam konteks Seberang Perai, Penang Sentral sebagai hab pengangkutan utama menjadi tumpuan ribuan pergerakan harian. Kawasan seperti ini secara logiknya memerlukan sistem sokongan sosial yang lebih dekat dan responsif bagi memastikan bantuan dapat diberikan dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Justeru, cadangan pusat transit di Seberang Perai adalah rasional dan selari dengan keperluan geografi serta realiti pergerakan penduduk. Saya juga ingin menegaskan bahawa penubuhan pusat baharu ini boleh dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan NGO, Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital, Pihak Berkuasa Tempatan serta sektor swasta supaya ia tidak membebankan satu pihak semata-mata.

Dato’ Timbalan Speaker, negeri yang maju bukan hanya dinilai melalui pembangunan fizikal, tetapi kita melalui keprihatinan terhadap golongan yang paling lemah. Jika kita benar-benar mahu membina negeri yang inklusif dan berperikemanusiaan, maka kita perlu bersedia memperkukuh jaringan perlindungan sosial termasuk mempertimbangkan pusat transit baharu di kawasan yang memerlukannya.

Saya berharap Kerajaan Negeri dapat menilai semula perkara ini berdasarkan realiti semasa dan keperluan rakyat di Seberang Perai. Sehubungan itu, saya juga memohon agar Yang Berhormat EXCO berkaitan dapat memberikan penjelasan lanjut serta maklum balas yang lebih terperinci dalam Sesi Penggulungan nanti, khususnya mengenai hala tuju sebenar Kerajaan Negeri dalam menangani isu gelandangan di Seberang Perai termasuk kemungkinan penubuhan Pusat Transit Gelandangan yang baru. Ini bukan satu isu kecil atau isu pinggiran, tetapi melibatkan maruah manusia, kebajikan sosial dan imej negeri kita sebagai sebuah negeri yang benar-benar prihatin terhadap rakyat yang paling memerlukan.

Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin membawa satu lagi isu yang sangat kritikal bukan sahaja dari sudut dasar tetapi dari sudut keadilan sosial iaitu keberkesanan pelaksanaan Rumah Mampu Milik, khususnya berkaitan mekanisme buy-out (dengan izin).

Dasar ini diwujudkan dengan niat yang baik untuk memastikan pemaju turut menyumbang kepada penyediaan Rumah Mampu Milik, namun persoalannya yang perlu kita hadapi secara jujur pada hari ini ialah adakah dasar ini masih mencapai matlamat asalnya atau ia telah menjadi jalan mudah untuk mengelakkan tanggungjawab? Mengikut anggaran semasa, kadar sumbangan buy-out kini ialah RM100,000.00 bagi setiap unit untuk pemaju tempatan dan RM120,000.00 bagi setiap unit untuk pemaju bukan tempatan.

Namun kos sebenar pembinaan satu rumah unit mampu milik kini jauh lebih tinggi dan boleh mencecah hampir di antara RM160,000.00 sehingga RM180,000.00 bergantung kepada kategori, lokasi dan spesifikasi pembangunan. Ini bukan jurang yang kecil, ini jurang struktur. Perbezaan yang besar ini mewujudkan satu realiti ekonomi yang jelas iaitu membayar sumbangan masih jauh lebih murah daripada membina unit sebenar.

Maka kita perlu bertanya dengan tegas adakah kita secara tidak langsung memberi insentif kepada pemaju untuk tidak membina Rumah Mampu Milik? Jika ya maka dasar ini bukan lagi satu alat penyelesaian tapi menjadi punca kepada kekurangan bekalan Rumah Mampu Milik di Pulau Pinang, rakyat tidak memerlukan angka dalam akaun kerajaan, rakyat memerlukan kunci rumah di tangan mereka.

Atas dasar itu, saya mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan yang konkrit. Pertama, memperkenalkan model hybrid mandatory iaitu di mana sebahagian unit wajib dibina secara fizikal dan tidak boleh digantikan sepenuhnya dengan sumbangan.

Kedua, menyemak semula kadar sumbangan supaya lebih realistik dan selari dengan kos pembinaan semasa melalui formula dinamik yang dikemaskinikan secara berkala. Ketiga, memastikan kutipan dimasukkan ke dalam satu tabung khas yang telus dan laporan berkala dan penggunaan yang jelas khusus untuk pembinaan Rumah Mampu Milik. Keempat, meletakkan satu had atau cap (dengan izin) terhadap opsyen buy-out supaya ia tidak menjadi pilihan utama yang terlalu mudah. Ini bukan soal menyalahkan pemaju, ini soal memastikan dasar kerajaan tidak disalahguna oleh struktur ekonomi itu sendiri.

Jika kita tidak membetulkan ini sekarang, kita akan berdepan dengan satu keadaan di mana dana meningkat tetapi rumah tidak bertambah dan apabila itu berlaku kita tidak boleh lagi berkata bahawa kita gagal secara teknikal kita telah gagal secara moral. Saya mohon penjelasan Kerajaan Negeri adakah kadar sumbangan ini akan disemak semula dan apakah jaminan bahawa dasar ini tidak akan terus menghakis bekalan sebenar Rumah Mampu Milik di Pulau Pinang kerana pada akhirnya ukuran kejayaan bukan berapa banyak kita kutip tetapi berapa banyak rumah yang benar-benar dibina untuk rakyat.

Dato’ Timbalan Speaker, saya juga merujuk kepada jawapan bertulis yang diberikan berkaitan cadangan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Tamil di Bagan Dalam, berdasarkan jawapan tersebut jelas bahawa cadangan ini masih berada di peringkat perbincangan dan kajian awal. Malah dinyatakan bahawa permohonan rasmi belum lagi dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan kerana cadangan perlu diperhalusi terlebih dahulu.

Dato’ Timbalan Speaker, isu keperluan membina sekolah ini bukanlah isu baharu. Saya sendiri telah beberapa kali membangkitkannya dalam sidang Dewan yang Mulia ini, namun sehingga kini masih tiada status yang jelas, tiada perkembangan rasmi dan tiada hala tuju yang meyakinkan untuk rakyat. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat, jumlah penduduk semakin meningkat, kapasiti sekolah sedia ada semakin terhad dan keperluan pendidikan aliran tamil di peringkat menengah semakin mendesak pendidikan bukan isu pilihan, pendidikan adalah hak.

Lebih penting lagi Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak tanah seluas empat ekar di kawasan Bagan Dalam untuk tujuan pembinaan sekolah, ini bermakna isu ketiadaan tanah bukan lagi halangan utama maka persoalannya, mengapa permohonan rasmi masih belum dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan? Jika tapak sudah bersedia dan keperluan pelajar semakin jelas apakah kekangan sebenar yang menyebabkan kelewatan ini? Adakah masih terdapat kajian tambahan yang perlu diselesaikan atau adakah terdapat halangan pentadbiran atau dasar yang belum dimaklumkan secara terbuka?

Jawapan bertulis turut menyatakan bahawa beberapa langkah perlu diambil terlebih dahulu, termasuk menjalankan kajian keperluan secara terperinci sesi libat urus dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, mengenal pasti tapak yang sesuai serta menyediakan kertas cadangan yang komprehensif namun dalam konteks Bagan Dalam tapak telah pun dikenalpasti dan disediakan maka saya berpandangan proses ini perlu dipercepatkan demi kepentingan generasi akan datang. Saya memohon agar Kerajaan Negeri mengambil pendekatan yang lebih proaktif dengan segera memuktamadkan kertas cadangan dan mengemukakan permohonan rasmi kepada Kerajaan Persekutuan tanpa penangguhan lanjut.

Rakyat berhak mengetahui garis masa yang jelas serta pelan tindakan yang konkrit jika cadangan ini tidak dapat direalisasikan maka Kerajaan Negeri telah menyatakan berapa alternatif seperti memperluaskan penawaran subjek Bahasa Tamil di sekolah menengah sedia ada dan mewujudkan kelas khas aliran tamil serta memperkukuhkan kerjasama strategik dengan KPM dan komuniti, namun begitu alternatif ini tak seharusnya mengantikan keperluan sebenar sekiranya sekolah khusus boleh dilaksanakan.

Dato’ Timbalan Speaker, apabila isu ini berlarutan terlalu lama tanpa keputusan yang jelas rakyat mula merasakan bahawa suara mereka hanya didengar pada waktu tertentu tetapi tidak diberikan tindakan susulan. Persepsi ini perlu dielakkan melalui ketelusan dan komitmen yang nyata. Pelaburan terbaik sesebuah negeri bukan hanya pada pembangunan fisikal dan industri tapi pada pendidikan anak-anak kita jika kita benar-benar mahu membina masa depan Pulau Pinang maka kita mesti bermula dengan menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi dan seimbang untuk semua lapisan masyarakat. Dengan itu saya sekali lagi memohon penjelasan status terkini sebab sebenar kelewatan pembangunan rasmi serta komitmen jelas Kerajaan Negeri mengenai hala tuju pembinaan sekolah ini di Bagan Dalam.

Dato’ Timbalan Speaker, berhubung dengan isu kesesakan laluan di Jalan Persekutuan di FT001, Jalan Chain Ferry ke Perai yang telah dibangkitkan dalam jawapan bertulis saya, Kerajaan Negeri sendiri mengakui bahawa tahap kesesakan di laluan FT001 kini berada pada tahap kritikal dan memberi kesan besar kepada kelancaran trafik serta sektor perindustrian.

Malah Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang turut memohon agar projek penaiktarafan ini dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 sebagai penyelesaian jangka panjang ini membuktikan bahawa isu kesesakan di koridor Butterworth dan Seberang Perai Utara bukan lagi satu masalah kecil atau bermusim tetapi telah menjadi cabaran infrastruktur utama yang memerlukan tindakan segera dan menyeluruh.

Sehubungan itu, saya menegaskan keperluan mendesak untuk menyegerakan projek menaik taraf jalan dari dua lorong kepada empat lorong dari persimpangan BOR Bagan Ajam sehingga ke Jambatan Tunku Abdul Rahman. Ini bukan sekadar projek pembanguan biasa tetapi satu keperluan asas bagi memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi dan kelancaran mobiliti di kawasan utara tanah besar Pulau Pinang.

Keadaan trafik di laluan ini semakin membimbangkan telah dan telah menjadi bottleneck utama di Butterworth serta seluruh Seberang Perai Utara, Butterworth kini berkembang pesat sebagai bandar utama dengan pertumbuhan sektor perumahan, perindustrian logistik dan komersial, namun kapasiti jalan sedia ada tidak lagi mampu menampung peningkatan kenderaan harian menyebabkan kesesakan hampir setiap hari terutamanya waktu puncak akibatnya masa rakyat terbuang produktiviti terjejas, kos logistik meningkat dan risiko keselamatan turut bertambah. Langkah jangka pendek seperti larangan kenderaan berat pada waktu puncak yang dilaksanakan menunjukkan bahawa kapasiti jalan sedia ada memang sudah tidak mencukupi, laluan ini merupakan rangkaian utama sektor logistik dan perindustrian. Sebarang kelewatan pelaksanaan projek ini akan memberikan kesan langsung kepada rangtaian bekalan kecekapan industri dan daya saing ekonomi negeri. Tambahan pula setiap kelewatan akan meningkatkan kos projek akibat inflasi kos pengambilan tanah dan kos pelaksanaan.

Jika ditangguhkan pertumbuhan kos akan menjadi lebih tinggi dan akhirnya ditanggung oleh rakyat. Difahamkan bahawa Fasa 1 dan 2 telah diluluskan namun Fasa 3 dan 4 masih memerlukan perhatian serta komitmen yang lebih jelas. Justeru saya berharap Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan dapat mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan fasa seterusnya tanpa kelewatan selaras dengan pengiktirafan bahawa isu ini berada pada tahap kritikal dan memerlukan penyelesaian jangka panjang, kita tidak boleh bercakap tentang negeri yang berdaya saing jika infrastruktur asas tidak bergerak seiring dengan pembangunan. Butterworth sedang berkembang pesat maka sistem jalan rayanya juga mesti berkembang bersama demi memastikan rakyat dapat bergerak dengan selamat lancar setiap hari.

Dato’ Timbalan Speaker, Pulau Pinang terus membuktikan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan utama dan hab antarabangsa yang paling penting apabila merekodkan peningkatan kepada 8.31 juta penumpang pada tahun 2025 berbanding 7.4 juta penumpang pada tahun sebelumnya.

Peningkatan ini menunjukkan bahawa Pulau Pinang kekal menjadi antara pintu masuk utama negara yang terus menarik kehadiran pelancong, pelabur dan pengunjung dari dalam serta luar negara. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan, namun persoalannya ialah bagaimana kita mahu memanfaatkan momentum ini untuk menjana lebih banyak ekonomi kepada rakyat tempatan.

Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan penganjuran festival hiburan dan pelancongan berskala besar seperti yang dibawa oleh rakan saya Pengkalan Kota pagi tadi seperti Program Rain Rave Water Music Festival yang baru-baru dianjurkan di Kuala Lumpur dan mendapat sambutan luar biasa daripada golongan belia, pelancong serta masyarakat umum.

Saya melihat Pulau Pinang mempunyai potensi jauh yang lebih besar untuk menjadi lokasi penganjuran festival seperti ini, kita mempunyai pantai, kita mempunyai hotel bertaraf antarabangsa, kita mempunyai kemudahan logistik, kita mempunyai lapangan terbang antarabangsa kita juga mempunyai jenama pelancongan yang sudah kukuh di mata dunia. Festival berkala besar seperti ini bukan sekadar hiburan ia adalah instrumen ekonomi yang mampu menarik ribuan pelancong domestik dan antarabangsa dan meningkatkan kadar penginapan hotel, merancakkan sektor makanan dan minuman, pengangkutan, perusahaan kecil, industri kreatif dan buka peluang pekerjaan sementara kepada anak muda tempatan. Lebih daripada itu acara seperti ini mampu memperkukuhkan imej Pulau Pinang sebagai negeri moden dinamik dan mesra pelancong.

Kita tidak boleh hanya bergantung kepada pelancongan tradisional semata-mata kita perlu berani mencipta tarikan baharu yang relevan dengan generasi hari ini jika negeri lain mampu menganjurkan festival bertaraf antarabangsa saya percaya Pulau Pinang juga mampu melakukan malah dengan impak yang lebih besar yang penting ialah keberanian untuk bermula saya berharap Kerajaan Negeri melalui agensi pelancongan dan Pihak Berkuasa Tempatan akan meneliti potensi ini secara serius dan menjadikannya sebagai acara tahunan berskala besar kerana dalam ekonomi moden pelancongan bukan sekadar tempat tetapi tentang pengalaman yang membuat orang mahu kembali dan Pulau Pinang mempunyai semua syarat untuk menjadi destinasi festival bertaraf dunia.

Dato’ Timbalan Speaker, di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada penjawat awam negeri khususnya pegawai pelaksana di peringkat akar umbi yang sentiasa bertungkus-lumus membantu menyelesaikan masalah rakyat walaupun jarang disebut.

Di kawasan saya di Bagan Dalam, saya sentiasa menerima kerjasama baik daripada pegawai-pegawai MBSP, JKR, JPS, PDRM, Bomba, JKM, KKM dan Pejabat Daerah dan pelbagai jabatan lain yang bekerja siang dan malam demi rakyat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis, saya saudara Lingges serta seluruh staf pusat khidmat saya, MPKK, JPWK, JPP, KADUN Bagan Dalam yang sentiasa turun padang menerima aduan, membantu kebajikan rakyat dan memastikan setiap isu mendapat perhatian sewajarnya. Mereka mungkin tidak berada di pentas utama tetapi tanpa mereka banyak perkara tidak akan bergerak. Kadangkala satu ucapan terima kasih yang ikhlas lebih bernilai dari seribu arahan. Justeru, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penjawat awam dan staf Pusat Khidmat saya serta seluruh pasukan KADUN saya yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi rakyat Negeri Pulau Pinang. Nak landing dah ni, Dato’ Speaker. Sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya ini...

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Dalam sebelum mengakhiri, saya mewakili Dewan mengalu-alukan kehadiran YB Ramkarpal, Ahli Parlimen.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Selamat datang YB Ram.

Dato’ Timbalan Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas pelbagai pencapaian dan pengiktirafan yang berjaya diraih di peringkat antarabangsa. Pulau Pinang terus menerima pengiktirafan dunia termasuk disenaraikan oleh CNN Travel serta The New York Times sebagai antara destinasi utama dunia bagi tahun 2026. Pencapaian ini membuktikan bahawa Pulau Pinang kekal sebagai negeri yang progresif, berdaya saing dan menjadi tumpuan pelabur serta pelancong antarabangsa. Selain itu, data dan indikator utama oleh Department of Statistics Malaysia turut meletakkan Pulau Pinang sebagai antara negeri terbaik untuk didiami berdasarkan aspek kualiti hidup, kos sara hidup, kesejahteraan rakyat dan infrastruktur. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan untuk seluruh rakyat negeri ini.

Namun demikian, di sebalik pengiktirafan dan kejayaan ini, kita juga perlu jujur melihat realiti di peringkat akar umbi. Masih ada rakyat yang sukar mendapatkan bantuan kebajikan. Masih ada keluarga yang belum mampu memiliki rumah sendiri. Masih ada anak-anak yang menunggu sekolah yang lebih baik. Masih ada kesesakan jalan raya yang menjejaskan kehidupan harian. Masih ada golongan terpinggir yang menunggu peluang kedua untuk bangkit semula. Ini ukuran sebenar sebuah kerajaan. Bukan hanya beberapa anugerah yang diterima, tetapi berapa banyak masalah rakyat yang berjaya diselesaikan.

Bagan Dalam hari ini membawa suara rakyat biasa, suara mereka yang tidak selalu berada di pentas utama tetapi merekalah menjadi asas kepada kekuatan negeri ini. Saya percaya jika kerajaan benar-benar mendengar denyut nadi rakyat, maka setiap dasar yang kita laksanakan akan menjadi lebih bermakna dan lebih berkesan.

Dewan Ditangguhkan

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Kita tidak perlukan pembangunan yang hanya cantik dalam laporan, kita perlukan pembangunan yang boleh dirasai di rumah, di jalan raya, di sekolah, di tempat kerja dan di dalam kehidupan seharian rakyat kerana akhirnya rakyat tidak menilai kerajaan melalui ucapan kita. Rakyat menilai melalui tindakan kita.

Saya berharap segala isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh Bagan Dalam hari ini diberikan perhatian yang sewajarnya dan dijawab dengan komitmen yang jelas oleh pihak Kerajaan Negeri semasa sesi penggulungan nanti. Semoga Pulau Pinang terus maju, makmur dan kekal menjadi sebuah negeri contoh kepada seluruh negara bukan sahaja kerana kejayaan ekonominya tetapi kerana keberanian kita menjaga setiap lapisan masyarakat tanpa meninggalkan sesiapa di belakang. Dengan itu, Bagan Dalam mohon menyokong. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bagan Dalam. Ahli-ahli Yang Berhormat, Perbahasan Usul Ucapan Terima Kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan menyampaikan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 pada 8 Mei 2026 akan disambung pada 12 Mei 2026 hari Selasa jam 9:30 pagi. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dewan ditangguhkan pada jam 6.34 petang.