Pulau Pinang · 12 May 2026
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 622 turns · 61,566 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid (Batu Maung 3)
(Pembukaan)
Bacaan doa.
Selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat. Dewan bersidang semula.
Soalan-soalan lisan.
Saya hendak jemput Batu Uban.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor lapan.
No.8 Apakah peranan khusus Kerajaan Negeri dalam memperkasa
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri
ini dan apakah pencapaian setakat ini?
(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan induk atau hala tuju jelas untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hab bakat STEM? Jika ada.
Ya. Selamat pagi, Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani saya ucapkan pada semua di Dewan yang Mulia ini pada pagi ini. Thank you very much kepada Yang Berhormat Kumaresan daripada kawasan Batu Uban atas satu soalan yang penting yang akan melihat pada hala tuju kita iaitu berkenaan pendidikan Dato’ Seri Speaker. Dato’ Seri Speaker, soalan dia secara khusus adalah apakah peranan Kerajaan Negeri dalam perkasakan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik or known as STEM (dengan izin) Dato’ Seri di negeri ini dan apakah pencapaian kita dalam pada itu setakat ini?
So, saya ada jawapan untuk Batu Uban dan kita akan cuba jawabnya terbaik-baiklah kalau boleh. So, Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dato’ Seri, melalui agensi kita di bawah ekosistem Sains, Tech, Kejuruteraan dan Matematik or known as STEM (dengan izin) we have many, seperti Penang Science Cluster (PSC), Tech Dome Penang (TDP), we have Penang STEM as well. Tiga ini yang terbesar di bawah ini tiga agensilah Dato’ Seri Speaker dan semua ahli-ahli kita yang memainkan peranan sebagai pemacu utama dalam membina rantaian bakat yang mampan (dengan izin) talent pipeline. Semua ini memerlukan bakat dan kemahiran Dato’ Seri Speaker.
Dato’ Seri, kita pusat-pusat STEM kita di Pulau Pinang bekerjasama secara collaborative untuk mewujudkan satu pendekatan pendidikan STEM yang komprehensif dan berorientasikan masa depan. Itu yang terpenting kerana STEM actually adalah untuk hala tuju kita untuk generasi hadapan kita. So, pusat-pusat ini berfungsi sebagai satu rangkaian yang kohesif yang melengkapi pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam era teknologi.
Dato’ Seri Speaker, program berskala besar dilaksanakan bagi memenuhi pelbagai keperluan pelajar dengan kerjasama pihak kementerian, sekolah, institut pengajian tinggi, institut latihan teknikal dan rakan-rakan industri kita. So, it is a very collaborative effort (dengan izin). Sejak tahun 2023 sehingga 2025 sebanyak 303,491 peserta program telah kita rekodkan terlibat dalam pelbagai program anjuran daripada PSC, TDP dan STEM Penang 4.0.
Selain daripada itu Dato’ Seri Speaker, kita Kerajaan Negeri telah pun kita melancarkan Penang STEM Talent Blueprint sebagai satu plan hala tuju ke hadapan untuk pastikan kita kekal sebagai satu destinasi utama pelaburan teknologi tinggi meneruskan bekalan bakat yang mencukupi. With due respect, saya nak nyatakan kita sekarang bukan teknologi tinggi sahaja, itu high-tech. Tapi di Pulau Pinang sememangnya kita sudah pun melangkah ke hadapan. Sekarang kita lihat pada deep tech dan AI, kita dalam era AI. I will come to that as well in my speech, but I think at this point I must say that because you must understand where we are and what this plan is all about Dato’ Seri Speaker.
So, pelan induk ini akan perkukuhkan pelan ekonomi dan program-program yang sudah ada dalam pelaburan kepada tenaga kerja kita untuk tambah baik kemahiran kepada STEM. I like, like I said, it is all about bakat dan kemahiran Dato’ Seri Speaker. And we are looking at that in a very, very big manner. Not just here in Penang, I will speak about it in a short while.
Now, untuk membina tenaga kerja STEM tersebut yang adalah berkemahiran tinggi dan mampan supaya kita dapat berjaya dalam masa jangka panjang dalam landskap industri dan teknologi di Pulau Pinang kerana Pulau Pinang adalah hub industri di seluruh rantau Asia Tenggara dan seluruh dunia tahu tentang itu dan seluruh dunia akan datang ke Pulau Pinang Dato’ Seri. I will talk about that in a short while.
Visi ini kita rangka selaras dengan Penang2030 di bawah Tema B: Memperkasakan ekonomi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah melalui pembangunan ekosistem strategi ekonomi Pulau Pinang, which is SEED, Penang Strategy for Economic Ecosystem Development of Penang SEED 2023 to 2028 (dengan izin) Dato’ Seri Speaker. I'm reading from the script, I know. I hope y'all don't tell me not to speak in English, but the script says so.
So, Penang SEED telah mengenal pasti keperluan bagi Negeri Pulau Pinang untuk perkukuh ekosistem industri dengan memberi tumpuan kepada langkah jangka pendek serta matlamat jangka panjang kita di mana pembinaan rangkaian bakat STEM yang teguh dan komprehensif adalah berdasarkan elemen-elemen berikut:
Satu, Dato’ Seri Speaker, membangkitkan minat dalam STEM melalui pendidikan awal dalam pengalaman pembelajaran sains yang holistik serta praktikal hands-on (dengan izin) dalam kalangan murid sekolah, and it's called ignite, if i'm not mistaken.
Nombor dua, menerapkan aplikasi sains dunia sebenar dan pendidikan vokasional melalui pedagogi interaktif dalam kalangan pelajar sekolah menengah, called embed.
Nombor tiga, mendedahkan bakat kepada cabaran dunia sebenar dengan merapatkan jurang antara kuliah dan makmal dengan realiti industri which is very important and it's called Immerse.
Nombor empat Dato’ Seri, is mendayakan pembelajaran sepanjang hayat melalui pendekatan peningkatan kemahiran upskilling (dengan izin) dan latihan semula reskilling (dengan izin) yang proaktif agar kekal relevan dalam pasaran kerja. That is called embrace the programme.
Nombor lima, membolehkan penarikan dan pengekalan bakat melalui dasar-dasar of course di peringkat Kerajaan Negeri dan of course Persekutuan. That is called enable Dato’ Seri Speaker (dengan izin). So pelan induk ini Dato’ Seri, dan mengguna pakai prinsip Transform, Hiring, Retain, Invest, Value and Enable, THRIVE (dengan izin) yang menuntut kerjasama erat antara kementerian serta pelaksana di peringkat Persekutuan dan Negeri untuk memacu set pemboleh daya, inisiatif, program dan strategi demi mencapai rangkaian bakat STEM yang mampan.
Enam prinsip THRIVE tersebut yang saya sebut tadi adalah seperti berikut. Number one, transformasi sistem pendidikan. Very important Dato’ Seri Speaker. For me, education is the most important. Kalau kita tak ada pendidikan, kita tak akan duduk di sini. Dan kita semua ada di sini kerana itu. So, kita hendak lihat bagaimana kita boleh buat transformasi pendidikan agar masa hadapan, generasi hadapan kita akan dididik dengan lebih baik. Itu yang terpenting number one.
Number two, meningkatkan pengajian bakat STEM of course dengan membolehkan mobiliti bakat di dalam negara dan bakat antarabangsa. Dan apabila saya sebut tentang bakat antarabangsa nanti saya akan sebutlah kalau ada orang hendak nyatakan ya.
Yes, you know, signal sudah bagi.
Siapa bagi signal? Saya mahu tahu.
Saya bagi signal.
Dato’ Seri…
Please, ya…
Saya boleh bagi signal kepada Dato’ Seri kerana orang Pulau Pinang hendak tahu apa sedang berlaku. So that is my signal. Let me finish my speech and then we get on with it.
Datok Keramat, rumuskanlah.
Sudah mahu habis.
Sila, sila.
You kacau saya macam mana mahu habis. So, I finish. Number two as I've said, bila kita cakap bakat antarabangsa we are talking to many, many other countries now. And we are visiting many other countries because we want them to come here and very soon you will see them here. Kita hendak nombor tiga menarik dan mengekalkan bakat dalam STEM. Of course, that's the remain part of it. Because very important, you know when we talk about STEM, you know actually saya peguam, apa saya tahu tentang STEM Dato’ Seri? Apa Dato’ Seri tahu tentang STEM? Saya hendak ajar boleh? Siapa tahu? Tapi sekarang saya sudah tahu. So, wait, wait, wait. Hold on, hold on. I'm gonna end.
Nombor empat, melabur dalam pendidikan STEM dan melabur dalam pendidikan peningkatan kemahiran, latihan semula, upskilling dan reskilling (dengan izin), bagi mengurangkan ketidakpadanan kemahiran because that is our challenge actually. Our challenge now, industry is so big, but the need for talent and the skill cannot. Dia tidak padan. That is the issue.
Number five mengoptimumkan penciptaan nilai, value, dengan mengguna pakai teknologi terkini merentas sektor pembuatan untuk melonjak ke rantaian nilai yang lebih tinggi. That definitely what we have to do because we have to follow what is happening in the world.
Number six, memperkasa kerangka tadbir urus bagi percepatkan ekosistem yang menarik, mengekal dan membangunkan STEM. That's called enable the plan. So, Dato’ Seri Speaker, (dengan izin) saya minta maaf kalau saya selalu cakap terlalu banyak. Maaf, maafkan saya pada pagi ini.
KPI pelan induk kita adalah seperti berikut, nombor satu, menggandakan enrolment pelajar dalam STEM di peringkat pendidikan menengah dan tinggi, termasuk peningkatan penyertaan pelajar perempuan dalam STEM. We also want to do that. We are also looking at overall. Number two, menggandakan output graduan STEM daripada universiti. So, we are looking not only now at form 3, we start now at form 3, we want to go all the way right up to university and beyond that. Number three, mengkhususkan universiti berasaskan kejuruteraan tertentu untuk melahirkan bakat yang tepat untuk industri itu. We, we go every day to factories, facilities, we see what their needs are. We know. So, that's the reason why this is our plan. Number four, menggandakan output TVET berkaitan STEM, of course. Number five, memanfaatkan bakat global dengan menggaji graduan baru dari universiti tempatan serta bakat warga asing yang berpengalaman. Extremely important. The world is already in Penang. So, the industry that is already from the whole world in Penang requires this and finally Dato’ Seri Speaker, I know you're now happy. Finally, number six, meningkatkan nisbah keberkesanan migrasi positif dan menyediakan subsidi perumahan untuk memudahkan mobiliti because when they come, we also have to look at the bigger picture. So all this is part and partial of what we are doing here in Penang. Dato’ Seri Speaker, sekian terima kasih. Thank you very much.
Terima kasih Datok Keramat. Saya nak dengar soalan sabit pelancongan, sila Air Itam.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya soalan nombor sembilan.
No.9 Mohon Kerajaan Negeri jelaskan produk pelancongan baharu serta tarikan
baharu dan juga inisiatif promosi pelancongan yang diperkenalkan oleh
Kerajaan Negeri dan pihak swasta bersempena Tahun Melawat Malaysia
2026.
Ya, terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Air Itam menanyakan tentang produk pelancongan baharu serta tarikan baharu oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak swasta. Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism (PGT) telah merangka pelbagai inisiatif strategik dalam memperkukuh penawaran pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Antara produk pelancongan dan tarikan baharu di Pulau Pinang oleh agensi Kerajaan Negeri dan pihak swasta ialah antara lainnya.
Pertama, Galeri Automotif Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang di Jalan Macalister, George Town. Kedua, Galeri Arkeologi Gua Kepah di Seberang Perai Utara. Ketiga, Ferringhi Bay di Batu Ferringhi. Keempat, Penang Waterfront Convention Centre di Gelugor. Kelima, Galeri Seni Lin Xiang Xiong di Gelugor. Penang History Gallery keenam di George Town. Ketujuh, Penang Indian Heritage Gallery and Cultural Centre di George Town. Ketujuh, Penang Ferry Museum. Kelapan, Penang Ferry Museum. Straits Oriental Museum di George Town. Kesepuluh, Penang River Cruise di Sungai Juru. Sebelas, Entopia by Night di Teluk Bahang. Dua belas, Galeri Penang Penang Hill at Edgecliff di Bukit Bendera. Ketiga belas, Umi-Umi, dan empat belas, Forest Island.
Pembangunan produk ini memberi penekanan kepada pengalaman pelancongan yang lebih interaktif berasaskan warisan, budaya serta alam semula jadi bagi menarik pelbagai segmen pelancong dari aspek inisiatif promosi pelancongan, Penang Global Tourism telah mempergiatkan pelbagai usaha pemasaran di peringkat domestik dan antarabangsa. Ini termasuk pelaksanaan kempen digital melalui platform seperti Penang Travel Deals, penganjuran familiarization trip untuk media dan ejen pelancongan serta penyertaan dalam misi jualan dan pameran pelancongan di pasar utama dan baharu seperti China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India. Di samping itu, kerjasama strategik turut dijalinkan dengan syarikat penerbangan, agensi pelancongan dalam talian dan rakan media bagi memperluaskan capaian promosi dan meningkatkan publisiti destinasi Pulau Pinang. Itulah jawapan saya, terima kasih.
Terima kasih.
Dato’ Seri Speaker. Saya ada soalan tambahan. Soalan tambahan pertama, adakah Kerajaan Negeri di bawah PETACE ingin mempertimbangkan untuk menganjurkan Rain Rave Water Festival di Pulau Pinang yang seperti yang baru-baru ini diadakan di Kuala Lumpur. Yang kedua, apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk memastikan produk pelancongan baharu yang dibangunkan mempunyai elemen experience-based tourism agar pelancong akan tinggal lebih lama lagi di Pulau Pinang dan meningkatkan perbelanjaan pelancong. Terima kasih.
Saya jawab tentang experience tadi apa experience-based tourism dulu. Sebenarnya kita ingin bukan sahaja memperkenalkan produk pelancongan baru, produk pelancongan sedia ada perlu juga meluaskan dimension dia seperti saya kata, Penang Hill, Bukit Bendera. Bukan pelancong bukan sahaja naik menggunakan funicular train pergi Penang Hill, dia boleh juga mengalami pelbagai pengalaman. Dia boleh juga mendaki Bukit Bendera. Mendaki Bukit Bendera juga melalui pelbagai trail, sama ada heritage trail daripada daripada Moongate daripada Teluk Bahang, daripada Balik Pulau, dia ada pelbagai. Sama ada boleh camping, bermalam di Penang Hill, night walk, jalanan malam di Penang Hill, bermalam di Penang Hill dan sebagainya dan baru-baru ini juga Habitat memperkenalkan bermalam di Penang Hill dengan camping dan sebagainya. Walaupun produk yang sedia ada boleh ditambahkan pelbagai dimensionnya supaya pelancong boleh ada satu pengalaman yang baik. Kerana pagi, pagi berbeza dengan petang, berbeza dengan malam, so dia ada pelbagai experience yang berbeza-beza.
Oleh itu kita menggalakkan ataupun juga kita mempromosi pelbagai pengalaman yang baru kerana bukan sahaja bukit, laut juga. Sama ada tepi laut, sama ada naik bot keluar ke laut, dan ada produk sekarang Forest Island sebenarnya dia ada satu catamaran, boleh juga meronda pergi bergambar meronda di dekat dengan Jambatan Pertama, kemudian pergi Jambatan Kedua, kemudian pergi di platform perikanan tersebut, kemudian balik. So dia menawarkan satu pengalaman yang baharu. Walaupun laut yang sama, walaupun bukit yang sama, tetapi ada pengalaman yang berbeza.
Itulah kita panggil experience-based tourism supaya pelancong-pelancong dia boleh datang berkali-kali ke Pulau Pinang dan juga boleh mengalami pengalaman yang berbeza dan berkenaan dengan Rave Music Festival yang dibangkitkan, sebenarnya kita telah pada tahun 2025 apabila kita menganjur kita sorry 2024 apabila kita menganjakkan Penang Bridge International Marathon pergi ke Batu Kawan, kita ada satu rave music sebelum larian itu. Tetapi mungkin ramai Yang Berhormat kita tengah malam you know, so pukul sembilan, sepuluh malam di Batu Kawan, hanya pelari-pelari, pelari-pelari yang ada satu pengalaman rave festival di sebelum larian Penang Bridge International Marathon pada tahun 2024 dan pada bajet yang bersesuaian lokasi yang bersesuaian, dan juga penganjur yang bersesuaian dan saya rasa kita boleh juga meneruskan banyak jenis musical festival di Pulau Pinang. Itulah jawapan saya.
Terima kasih Berapit, sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor sepuluh.
No. 10 Memandangkan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang
(PWDC) sebagai penyelaras Age-Friendly City sejak tahun 2022,
nyatakan kemajuan kuantitatif termasuk KPI dan pencapaian.
(a) Jika tidak mencapai sasaran, apakah peranan PWDC dalam memastikan akauntabiliti serta tindakan konkrit terhadap pihak pelaksana.
Terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker dan terima kasih kepada soalan daripada Berapit menyentuh tentang Age-Friendly City. Sehingga akhir tahun 2025, kemajuan kuantitatif keseluruhan termasuk KPI dan pencapaian Bandar Mesra Usia berdasarkan rangka kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu (WHO) yang terdiri daripada lapan domain adalah sebanyak 85% bagi program dan projek di bawah Pelan Tindakan Strategik Age-Friendly City Penang Island (AFCPI). Jadi antara peratusan pencapaian mengikut pecahan domain berdasarkan laporan kemajuan pihak pelaksana Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah seperti berikut:
Bagi domain pertama iaitu ruang awam dan bangunan, tahap pencapaian adalah sebanyak 89.3% melalui pelaksanaan pelbagai usaha menaik taraf taman dan ruang awam agar lebih mesra warga emas. Untuk domain kedua, pengangkutan pula, pencapaian adalah sebanyak 88.6% termasuk penambahbaikan armada bas serta penyediaan subsidi pengangkutan kepada warga emas dan golongan OKU. Bagi domain ketiga, perumahan, pencapaian telah mencapai 100% menerusi penambahbaikan aspek keselamatan dan kemudahan di kawasan perumahan awam. Selain itu, domain keempat, penyertaan sosial juga mencapai 100% hasil pelaksanaan pelbagai program komuniti dan bengkel yang lebih inklusif kepada semua lapisan masyarakat. Bagi domain kelima, saling menghormati dan inklusi sosial, pencapaian semasa adalah sebanyak 65.7% termasuk usaha penubuhan pusat warga emas serta pembangunan garis panduan yang lebih inklusif. Untuk domain enam, penyertaan sivik dan pekerjaan pula, pencapaian adalah sebanyak 70% melalui penyediaan peluang pekerjaan dan penglibatan sukarelawan kepada warga emas.
Dalam domain tujuh, komunikasi dan maklumat, tahap pencapaian adalah sebanyak 62.9% melalui usaha memodenkan saluran komunikasi MBPP supaya lebih mudah diakses oleh semua kumpulan umur. Akhir sekali bagi domain kelapan, sokongan komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pencapaian telah mencapai 100% melalui pelaksanaan program kesihatan dan keselamatan komuniti secara menyeluruh. Antara pencapaian yang telah diperoleh oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi inisiatif Bandar Mesra Usia adalah penerimaan pengesahan Completion of Cycle 1 dengan izin kitaran satu ya dari WHO, sekaligus menjadikan MBPP sebagai pihak berkuasa tempatan pertama di Malaysia yang berjaya mencapai status tersebut. PWDC memainkan peranan penyelaras dengan bekerja rapat bersama MBPP bagi memastikan tindakan intervensi dan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan berterusan. PWDC melaksanakan pemantauan dan penilaian berkala terhadap setiap domain serta mengenal pasti jurang pelaksanaan secara terperinci. Dan jurang dan kelemahan yang dikenal pasti akan dibincangkan bersama agensi pelaksana bagi tujuan pembaik penambahbaikan selain disusun mengikut keutamaan untuk dimasukkan dalam pelan tindakan strategik kitaran kedua.
Sila.
Soalan tambahan terima kasih.
Sila.
kepada Sungai Pinang. Jadi saya ingin juga, saya tanyalah apa yang telah dicapaikan oleh pelbagai pihak termasuk PWDC dan juga Kerajaan Tempatan atas kejayaan untuk ageing society ini. Jadi saya ingin fahamkan daripada percentage tadi yang disebutkan daripada pelbagai domain itu, adakah mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan contohnya tempoh masa yang telah untuk sesetengah program, adakah tempoh masa yang kita tetapkan kita mencapai sasarannya dan sebagainya dan kedua adalah saya ada mendapat satu soalan satu jawapan bertulis daripada Penang Institute, laporannya adalah pada tahun 2022, 'About a Sustainable Active Aging Policy for Penang' yang mengatakan impak itu adalah menyokong, merancangkan dasar sosial berkaitan kesejahteraan warga emas termasuk aspek kesihatan, penyertaan ekonomi dan jaringan sokongan komuniti, seperti yang tadi disebutkan oleh Yang Berhormat. Dan di sini juga menuliskan kekangan, yang kekangan itu adalah pelaksanaan memerlukan penyelarasan merentas agensi serta sumber kewangan dan kapasiti perkhidmatan yang mencukupi. Di sini dalam laporan ini, walaupun saya dapat sedikit saja tapi cukup menyentuh bahawa kalau kita untuk menjayakan sesuatu projek, terutamanya katakan pioneer project seperti aging society ini, kita memerlukan kerjasama daripada pelbagai agensi adalah satu ketentuan, tetapi juga pihak yang seperti PWDC untuk memastikan peranan mereka sebagai penyelaras bagi memastikan akauntabiliti dan mekanisme pemantauan digunakan. Jadi saya di sini ingin tanya, adakah dengan peranan penyelarasan buat masa sekarang adalah cuma mencukupi untuk membantu projek ini mencapai sasarannya, terima kasih.
Terima kasih kepada Berapit atas soalan tambahan. Ya, untuk makluman Berapit, kitaran adalah dalam tiga (3) hingga lima (5) tahun, limit dia adalah lima (5) tahun dan kita telah capai kitaran pertama dalam tiga (3) tahun iaitu satu pencapaian, boleh dikatakan. Dan tadi tentang percentage yang saya bacakan adalah secara overall kita capai 85%. Memang kita faham masih ada jurang sebab ini adalah kitaran pertama dan kita masih, kita sedar bahawa tentang cabaran dia dan proses ini berterusan. Sebab dia bukan satu projek untuk singkat, dia berterusan, dia mengambil masa yang lama dan melibatkan semua pihak, semua cross-agency, bukan sahaja Kerajaan Tempatan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada MBPP terutamanya di bawah EXCO Kerajaan Tempatan dan juga Datuk Bandar yang begitu memberi kerjasama dan berusaha mengambil kesempatan ini untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang, terutamanya di Pulau Pinang terutamanya di Penang Island, menjadi city yang pertama mencapai kitaran yang pertama yang dirangkakan di bawah piawaian WHO, dan Age-Friendly City itu memang dia mengambil satu jangka masa yang panjang. Dan penyertaan daripada semua pihak, dan yang ini saya jugalah ingin menjemput semua wakil rakyat dan semua stakeholders atau komuniti untuk bersama dengan kita. Dan saya juga nak kalau boleh kita nak panggil juga bersama PWDC, bersama dengan MBPP untuk memberi taklimat supaya lebih ramai komuniti masyarakat faham apakah itu Age-Friendly City dengan izin iaitu Bandar Mesra Usia. Dan matlamat sebenar bukan sekadar menjadikan bandar yang mempunyai kemudahan mesra usia, tetapi membina masyarakat yang memastikan warga emas terus dihargai, dilibatkan dan hidup dengan bermaruah. Memang ada kekangan juga tentang agensi yang akan melaksanakan kerjasama daripada semua. Jadi sekarang Pulau Pinang telah diiktirafkan sebagai negeri yang kelima dalam Malaysia iaitu negeri menua yang kelima mengikut statistik daripada DOSM. Dan kelima-lima daerahlah, iaitu yang terkini adalah SPS, kalau tidak silap SPS atau SPT, I kena check. Baru-baru sahaja diiktirafkan sebagai daerah menua juga. Jadi kita sudah menjadi negeri menua. Dan pencapaian kita, harapan kita adalah supaya dengan penyertaan juga bersama dengan MBSP, kita akan capai negeri active aging state pada tahun 2030, ya.
Terima kasih. Saya nak jemput Air Putih.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan saya, soalan 11.
No.11 Nyatakan sama ada kadar cukai tanah selepas 1 April 2026 untuk
tanah kosong, tanah rumah kampong tradisi atau baru, rumah
ibadat serta persatuan amal bukan bermotifkan keuntungan boleh
dikira caj nominal RM50.00 sepetak dan tiada kenaikan
untuk Rumah Kos Rendah/Sederhana Rendah.
Terima kasih. Selamat pagi. Untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Air Putih, Kerajaan Negeri telah menetapkan kadar cukai tanah nominal RM50.00 per lot bagi tanah-tanah yang digunakan untuk tujuan rumah ibadat, persatuan amal, serta kegunaan tidak berasaskan keuntungan. Dalam Warta Kaedah-Kaedah Tanah Pulau Pinang Pindaan No.4, 2025, kadar rumah kampung juga telah ditetapkan pada RM50.00 per lot.
Bagi rumah kos rendah dan kos sederhana rendah, Kerajaan Negeri tidak menetapkan kadar cukai khas bagi kategori perumahan ini. Walau bagaimanapun, kadar minimum untuk kediaman ditetapkan pada RM70.00 di bandar dan RM50.00 di desa setelah mengambil kira kediaman dengan keluasan di bawah 100 meter persegi atau 1,076 kaki persegi akan menikmati kadar minimum ini. Memandangkan keluasan rumah kos rendah dan kos sederhana kebiasaannya adalah di bawah 100 meter persegi, maka kediaman atau rumah kos rendah ini akan dapat menikmati kadar cukai minimum sehingga semakan cukai yang seterusnya. Terima kasih.
Terima kasih.
Ya, terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas jawapan beliau. Bolehkah Yang Amat Berhormat Menteri memandangkan telah membuat keputusan demikian, memastikan bahawa ia boleh dilaksanakan di peringkat bawah kerana sungguhpun dasar ini telah diumumkan, tapi masih terima banyak kes-kes di mana caj nominal tidak dikira. Khususnya rumah kampung, baik rumah kampung tradisi ataupun rumah kampung baru yang kebanyakannya papan sajalah bukanlah rumah batu-bata. Dan selain itu, bolehkah Yang Berhormat, tentang kes rumah kos rendah saya alu-alukan apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat, macam kes rumah pangsa dekat kos rendah bola-bola dekat Raja Uda, di mana sungguhpun ia belum dikeluarkan geran strata tapi pembayaran strata, pembayaran master title ada kenaikan sungguhpun selepas dikurangkan masih naik RM1,000.00 lebih lagi. Bolehkah ia dikekalkan pada tahap asalnya iaitu RM3,000.00 lebihlah bukanlah RM4,000.00 lebih seperti yang telah dikurangkan juga itu kadar baru, supaya boleh pastikan penduduk rumah kos rendah ini tidak dikenakan kenaikan cukai tanah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Air Putih atas soalan tambahan. Proses rayuan masih berjalan dan kita berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat serta Yang Berhormat-Yang Berhormat lain dapat ditangani dengan seeloknya. Berhubung dengan kes yang disebut di kawasan Bagan, ianya berlaku kerana rumah pangsa kos rendah ini belum mendapat title strata pada ketika itu. Maka cukai tanah dikenakan atas satu lot di mana setelah dibayar ianya akan dibahagikan kepada semua unit yang terbabit. Maka sebenarnya mereka bayar dalam lingkungan puluhan ringgit saja satu unit. Sekiranya dalam kes ini sepatutnya ada strata title, maka kalau ada strata title ianya akan dikenakan cukai petak. Di mana pada kaji semula ini kita tidak menyentuh tentang cukai petak. Kadar cukai yang dikenakan atas kadar petak ini telah pun mula dilaksanakan pada tahun 2019 dan sememangnya tidak akan dikaji semula untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun. Melainkan untuk kategori ini kita pun dalam exercise yang sama ada penukaran desa ke bandar yang juga tidak dilaksanakan pada tahun ini, tetapi ianya adalah di dalam bidang kuasa untuk melaksanakannya pada masa-masa akan datang. Jadi itulah keadaan di mana wujudnya kerana ada kelemahan dari segi tidak peroleh strata title bagi bangunan-bangunan sedemikian. Namun dengan Akta Pengurusan Strata yang baru, maka sebaik sahaja CCC dikeluarkan maka title juga akan dikeluarkan. Maka masalah yang kita hadapi selama ini boleh ditangani dengan undang-undang dan peraturan yang baru. Terima kasih.
Tambah lagi ya. Baik terima kasih. Saya terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat. Satu lagi ialah berkaitan dengan cukai tanah yang telah dibayar, tapi selepas rayuan mereka mendapat pengurangan. Kadang-kadang mereka dapat pengurangan lebih RM10,000.00. Bolehkah pengurangan ini dibayar secara wang balik kepada pemilik tanah ataupun akan dipotong kerana jumlah agak besar, saya rasa lebih baik ia rebate secara langsung dengan wang, dengan wang tunai. Dan yang kedua, apakah jumlah tambahan hasil yang boleh diperolehi oleh Kerajaan Negeri ekoran daripada kenaikan cukai tanah ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Air Putih. Berhubung dengan bayaran cukai yang telah dibayar sebelum rayuan diputuskan, maka ada dua option yang boleh. Wang itu boleh dipulangkan ataupun wang yang dibayar itu dapat dikreditkan untuk tahun-tahun yang seterusnya. Jadi soalan kedua yang dibangkitkan memang pun sudah dijawab semalam dan ramai yang tanya dalam soalan-soalan bertulis juga dapat jawapannya. Pendek kata, kita jangka dari tindakan atau kaji semula setelah tolak semua rebate-rebate dan kadar-kadar nominal, kita jangka kita boleh mendapat hasil tambahan dalam lingkungan RM50 juta ringgit. Terima kasih.
Terima kasih. Pinang Tunggal sila.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Sudah terang lagi jelas, soalan saya nombor 12.
No.12 Nyatakan secara terperinci Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lahar
Endin yang turut menghubungkan Sungai Lahar Endin dan Sungai Lahar
Tiang.
(a) Apakah langkah-langkah pencegahan banjir di kawasan
hotspot sementara menunggu projek ini siap?
(b) Bilakah dijangka siap dan apakah cabaran dalam pelaksanaan projek
ini?
Belum belum jawab sudah jelas. (Gelak dewan) sila.
Kalau macam tu tak payah jawab eh. Dato’ Seri Speaker dan Yang Berhormat Pinang Tunggal. JPS Pulau Pinang telah pun melantik perunding bagi menjalankan kajian reka bentuk terperinci bagi mengurangkan risiko banjir di Lembangan Sungai Lahar Endin bagi menentukan kaedah mitigasi yang bersesuaian di kawasan tersebut. Kajian ini masih di peringkat penyediaan reka bentuk konsep yang dijangka siap pada bulan Disember tahun 2026.
Sebagai langkah-langkah pencegahan banjir di kawasan hotspot sementara menunggu projek tersebut dilaksanakan, JPS melaksanakan kerja-kerja menaik taraf tebing dan pembersihan kelodak di dalam sungai melalui program pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Sungai Lahar Tiang dan juga Sungai Tembus. Buat masa ini, RTB Lembangan Sungai Lahar Endin masih belum dimulakan, cadangan projek fizikal hanya akan dilaksanakan setelah kajian reka bentuk terperinci siap dan kemudian diputuskan. Terima kasih Yang Berhormat.
Satu soalan tambahan ya. Cuma berkaitan dengan isu pencegahan banjir ni, saya dapati bila JPS, kontraktor dia potong rumput tu, dia masih lagi tinggalkan rumput dan sampah di tebinglah. Memang benda ni kita telah bangkitkan dan saya difahamkan tak ada bajetlah. Cuma terbukti berapa kali masa musim hujan dulu ni, sampah-sampah nilah yang terperangkap dekat tempat-tempat yang sempit tu. So, kalau lah keperluan mendesak untuk elak banjir, saya rasa kita kena pertimbangkan balik bajet tu. Satu lagi berkaitan dengan apa ni, kekerapan penyelenggaraan tu, saya difahamkan pun telah dikurangkan juga disebabkan oleh bajet. Mohon pencerahan lah.
Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal telah bangkitkan satu isu yang saya kira penting juga, sebab kebelakangan ini pun saya telah menerima aduan-aduan yang serupa. Dan apabila saya buat semakan dan dimaklumkan bahawa memang betul lah seperti mana Yang Berhormat sebut tadi, puncanya adalah pengurangan peruntukan. Dan bagi saya, saya tidak puas hati. Saya, bagi saya ini satu alasan yang tidak boleh diterima. Pokoknya bila dibuat contohnya, sama ada dia mengurangkan kekerapan ataupun bajet tu cukup untuk potong rumput, tapi tak cukup untuk pungut. Kan? Tapi bagi saya tidak boleh diterimalah.
Jadi saya akan bincang dengan Pegawai Kewangan Negeri yang baru, ini dasar Pegawai Kewangan Negeri yang lama, untuk cuba meningkatkan balik peruntukan untuk JPS bagi penyelenggaraan. Saya mendapat tahu bahawa peruntukan telah dikurangkan dengan ketara. Dulu dalam RM20 juta, RM22 juta, sekarang dah dikurangkan sampai RM14 juta, RM13 juta sahaja untuk penyelenggaraan. Jadi, saya akan bincang dan Insya-Allah dapat satu penyelesaian yang baik. Terima kasih.
Terima kasih. Ada lagi?
Sebab ini penting, ini untuk rakyat. Apa yang saya nak tekankan sini ialah, macam ni perkara ni telah dibangkitkan berkali-kali dalam mesyuarat peringkat daerah, Sidang DUN, tapi kenapa pihak yang berautoriti tak ambil cakna lah? Dan kedua disebut oleh YB tadi, terima kasihlah YB EXCO tentang pegawai yang lama lah yang potong tu. Saya nak tahulah apa justifikasi yang dia guna pakai dalam membuat keputusan tu? Apa justifikasi dia guna pakai untuk buat keputusan begitu? Sedangkan orang tahu punca dia ialah punca kekerapan penyelenggaraan.
Saya tak dapat nak menjawab perkara tu Yang Berhormat. Tapi, yang saya boleh jawab hari ini adalah kita akan teliti perkara ini untuk masa depan, untuk peruntukan yang akan datang dan Insya-Allah kita dapat tingkatkan kembali. Terima kasih Yang Berhormat.
Tak terang, tak jelas. Saya, saya jemput soalan 13.
Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan nombor 13.
No.13 Nyatakan kesiapsiagaan Kerajaan Negeri menghadapi cuaca panas ekstrem
akibat fenomena El Nino di Pulau Pinang terutama pada hujung tahun ini.
(a) Apakah pelan kesihatan awam yang disediakan?
(b) Apakah sokongan kepada golongan B40?
(c) Sejauh manakah kerajaan bersedia menghadapi kejadian ribut dan putting beliung selepas fenomena ini sering berlaku?
Sila.
Terima kasih Yang di-Pertua Dato’ Seri Speaker. Juga terima kasih Sungai Dua. Kerajaan Negeri bersama Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengambil langkah kesiapsiagaan menghadapi cuaca panas ekstrem akibat fenomena El Nino. Ini termasuk satu, mengemas kini status El Nino dan cuaca panas secara berkala serta hebahan kepada umum. Dua, memberi maklumat ramalan hari tanpa hujan sekurang-kurangnya tujuh hari kepada semua agensi berkaitan. Ketiga, mengeluarkan ramalan jerebu melalui Community Multi-scale Air Quality Modeling iaitu CMAQ. Selain itu, Unit Pengurusan Bencana Pulau Pinang turut menganjurkan bengkel dan latihan simulasi bencana. Keempat, memberi taklimat kesedaran kepada komuniti dan kelima mengemas kini maklumat semasa melalui media sosial rasmi.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited melindungi kesihatan rakyat semasa cuaca ekstrem dengan mematuhi panduan gelombang haba yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan ini merangkumi pengurusan risiko kesihatan secara berstruktur, berdasarkan ambang suhu serta memberi fokus kepada kumpulan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan pesakit kronik.
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang pula, memainkan peranan memantau penyakit berkaitan haba berdasarkan amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia disamping menyalurkan nasihat dan pendidikan kesihatan secara berterusan bagi membantu komuniti bersedia dan melindungi diri semasa cuaca panas.
B. Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited membantu golongan terjejas bencana dengan memberi fokus kepada komuniti B40, melalui program turun padang bagi meningkatkan kesedaran tentang El Nino dan risiko berkaitan. Selain itu, bantuan kewangan turut disediakan kepada mangsa bencana melalui, satu Bantuan Wang Ihsan iaitu BWI oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebanyak RM1,000.00 kepada Ketua Isi Keluarga iaitu KIR yang terjejas dan RM10,000.00 bagi kes kematian dan kedua Tabung Bencana Negeri Pulau Pinang memberi bantuan sagu hati sebanyak 20% daripada kerosakan kediaman minimumnya RM200.00 hinggalah maksimum sebanyak RM10,000.00. Langkah ini bertujuan meringankan beban dan membantu pemulihan mangsa tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.
C. Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia menghadapi ribut dan puting beliung pasca El Nino melalui tiga teras utama, pematuhan dan amaran awalan iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia menyalurkan maklumat cuaca dan amaran melalui sistem Penang Alert serta SMS kepada agensi berkaitan. Dua, MBPP membangunkan sistem pemantauan masa nyata iaitu VIP Dashboard dan ketiga Jabatan Kerja Raya menjalankan pemeriksaan berkala berstruktur. Sekian jawapan saya.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Bagaimana agensi-agensi bertindak sama ada di bawah apa portfolio EXCO, MBSP dan sebagainya sebagai persediaan untuk menghadapi hujan yang lebat yang mengakibatkan banjir? Ada parit-parit yang tak dicuci, ada parit yang bawah JKR, ada parit bawah bidang kuasa MBSP, ada parit di bawah sungai di bawah JPS.
Kita ada mendapati, saya mendapati ada parit yang bawah bidang kuasa MBSP tak dicuci sudah lama dah dan apa nama ni di Pengkalan Machang kan. Sampai sekarang ni, punya teballah rumput tak dicuci sampai sekarang. Ini menyebabkan air akan tersekat, kelancaran air dalam longkang tu tersekat menyebabkan berlaku limpahan dan juga banjir. Apa, apa nama tindakan apa nama ni daripada agensi ataupun yang ni yang terbabit?
Terima kasih Sungai Dua. Cuma soalan itu ditujukan kepada orang yang salah. Saya EXCO Alam Sekitar. Rakan saya akan bantu jawab soalan itu.
Soalan tambahan, soalan tambahan.
Ya, sila Telok Bahang.
Seperti yang dinyatakan oleh EXCO tadi, bagi mangsa-mangsa ribut hanya dibayar RM200.00. Kalau sekiranya rumah mangsa yang terlibat itu, satu bumbung yang terbang ataupun yang terkeluar daripada rumah asal dia, jadi dengan RM200.00 itu apakah boleh yang dia lakukan? Saya rasa, untuk dua keping zink pun tak cukup untuk dia baik pulih rumah dia. Terima kasih.
Terima kasih Telok Bahang. Saya ingat Telok Bahang tak pay attention semasa saya bagi jawapan ya. Saya bagi tahu minimumnya RM200.00, maksimumnya RM10,000.00. So, terbanding terpulang kepada kerosakan. Kalau kerosakannya sedikit, bantuan yang diberi itu sedikit. Kalau sampai bumbung dah terbang, bukan RM200.00 lagi. Ini berdasarkan kerosakan akan diberi pampasan ya.
Terima.
Oh, apa yang diterima hanya RM200.00, walhal bumbung yang terbang adalah lebih daripada 15 keping. Jadi, itu yang saya persoalkan bukan saya tidak faham. Saya faham. RM200.00 minimum tapi kalau dah 15 keping bumbung yang terbang, takkan RM200.00 juga?
Okay, terima kasih. Apa yang wakil rakyat berkenaan patut buat adalah bawa ini kepada jabatan berkenaan, untuk memberitahu bahawa pampasan yang diberi itu tak cukup. Dan kerajaan akan menimbangkan menimbang rasa dan bagi yang sepatutnyalah. Mungkin ada silap sedikit tetapi, saya rasa ini adalah tugasan wakil rakyat untuk bawa ke jabatan berkaitan, supaya pampasan yang sepatutnya boleh diberi ya.
Bertam, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 14.
No.14 Apakah strategi jangka pendek dan panjang Kerajaan Negeri
Pulau Pinang untuk meningkatkan hasil negeri melalui pelaburan,
pelancongan, ekonomi digital dan sumber baharu sambil
mengurangkan pergantungan kepada Kerajaan Persekutuan?
Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Bertam, tentang perkara yang berikut iaitu strategi jangka pendek. Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada pengukuhan sektor pelaburan sedia ada, melalui pemudahcaraan proses kelulusan dan pengoptimuman penggunaan tanah industri khususnya melalui agensi seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang atau PDC. Langkah ini membolehkan negeri, menjana hasil secara langsung melalui premium tanah, sewaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijanakan dari penggunaan tanah berkaitan.
Dalam sektor pelancongan, usaha dipergiat melalui pemerkasaan produk sedia ada seperti pelancongan warisan, gastronomi dan perubatan, di samping memperkukuh kutipan fi berkaitan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri mempercepat agenda digitalisasi perkhidmatan awam, termasuk sistem kutipan hasil bagi meningkatkan kecekapan serta mengurangkan kebocoran hasil.
Selain itu, semakan kadar fi dan cas secara berkala, penguatkuasaan tunggakan hasil serta monetization aset negeri dilaksanakan sebagai sumber hasil bukan cukai yang berkesan. Bagi jangka masa yang panjang pula, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembangunan sektor ekonomi bernilai tinggi demi memastikan hasil yang lebih mampan. Ia termasuk usaha menarik pelabur industri berteknologi tinggi, seperti semikonduktor maju dan ekonomi digital dengan sokongan InvestPenang.
Sektor pelancongan pula, beralih kepada segmen berkualiti tinggi seperti pelancongan perubatan dan penganjuran Meetings, Incentives, Conferences, Conventions dan Exhibitions atau MICE bagi meningkatkan perbelanjaan seseorang pelancong.
Selain itu, pembangunan ekonomi digital dan inisiatif Negeri Pintar diperkasakan melalui analisis data dan pembangunan bakat digital bagi meningkatkan daya saing negeri kita. Kerajaan Negeri turut menekankan kepelbagaian sumber hasil, melalui penerokaan bidang baharu seperti ekonomi hijau termasuk mekanisme pemindahan fiskal ekologi serta pelaksanaan kerjasama awam swasta atau PPP dalam projek-projek strategik.
Pendekatan ini bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada sumber tradisional, serta meningkatkan daya tahan fiskal negeri. Pembaharuan tadbir urus fiskal turut dilaksanakan melalui kaedah belanjawan berasaskan sifar atau zero-based budgeting, pemantauan prestasi kewangan berpusat serta pengukuhan akauntabiliti melalui audit berkala.
Pendekatan whole-of-government yang melibatkan penyelarasan antara jabatan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Persekutuan serta syarikat-syarikat GLC, memastikan setiap entiti berperanan optimum dalam menjanakan hasil negeri. Terima kasih.
Terima kasih.
Baik, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas jawapan yang diberikan. Memang ternyata, langkah-langkah yang Kerajaan Negeri sedang lakukan dari segi sudut pelaburan jangka masa panjang begitu very promising.
Namun macam mana yang Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tahu bahawa their lot of unforeseeable circumstances, keadaan-keadaan yang kita tak jangka, salah satunya apa yang berlaku di West Asia. Jadi soalan saya, sebagaimana yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua bahawa perlaburan yang berlaku pada tahun lepas adalah RM63.96 bilion.
Soalan pertama saya adalah daripada jumlah tersebut berapa DDI, berapa FDI? Yes. Tujuannya adalah kerana sudah tiba dan saat dan ketika kita memberi penekanan pada juga DDI, sebagaimana yang saya ucap tahniah yang dilakukan oleh ATA campus, kerana ia akan membolehkan kita boleh localize some of the supply chain dan sekaligus akan menjadi peserta penyertaan kita di global supply chain itu lebih, lebih orang kata lebih bermakna. Kedua, dari sudut apa yang sedang berlaku di West Asia, di Selat Hormuz. Memang betul kita lihat bahawa kita mungkin anggap bahawa kita tidak terdedah sangat dari segi dagangan, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ya, kita hanya terdedah 0.67% sahaja. Tetapi kita kena, kita tidak boleh ada tunnel vision view sahaja.
Contoh saya bagi, antara yang akan terkesan adalah negara seperti Taiwan dan juga Korea. Apa kesan dia. Gas helium. The largest supplier of gas helium adalah Qatar daripada Hamad Port. And Hamad Port cannot bring out. Kalau tidak boleh sampai ke dua (2) negara ini, antara industri yang terjejas adalah wafer. Wafer yang dibuat di Taiwan dan yang dibuat di Korea, testing dia dan juga advanced packaging dia adalah di Pulau Pinang. Jadi adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk melihat orang kata secara lebih menyeluruh dengan mengadakan some kind of a grand engagement with all the industrial players supaya bila mana kita buat perancangan, it is not orang kata leaving single stone unturned and we are going to be very well informed. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bertam atas soalan yang bermutu tinggi.
Yang lain tak bermutu.
Yang lebih, yang lain semua tinggi-tinggi pula. Mengenai pencapaian pelaburan pada tahun lepas yang berjumlah RM63.9 bilion, maka angka pecahan di antara FDI dan DDI off hand, saya tidak dapat menjawab. Tetapi saya percaya dalam lingkungan 30% DDI, satu angka yang amat memberangsangkan dalam beberapa tahun ini. Kita melihat trajektori dan trend DDI meningkat berbanding dengan FDI yang bermakna syarikat-syarikat besar tempatan ini semakin menerima manafaat daripada FDI yang melabur di negara Malaysia ini.
Jadi kita pun bersyukur atas pimpinan Yang Berhormat sebagai Pengerusi MATRADE, perdagangan kita amat rancak dan Negeri Pulau Pinang pun mencatat angka yang amat baik. Tetapi kita faham apa cabaran ekoran dari isu-isu geopolitik di dunia pada ketika ini. Kita pun sudah jawab mengenai beberapa bidang yang dapat dan akan dikesankan termasuk pengangkutan logistik dan sebagainya. Barang-barangan melalui Timur Tengah perlu mengambil masa untuk sampai. Itu bukan dari segi kos sahaja, tetapi bekalan pun menjadi satu masalah. Kalau mampu membayar kos yang lebih tinggi, tidak menjaminkan bekalan. Itulah perkara-perkara yang pihak Kerajaan Negeri melalui InvestPenang telah pun mengadakan sesi libat urus di peringkat negerilah.
Sebab kita mungkin merasakan engagement yang lebih tinggi ini perlu dilakukan oleh Kementerian sendiri, tetapi bagi keadaan di Negeri Pulau Pinang, maka kita pun sudah mengadakan sesi libat urus, kita buat kajian penyelidikan kesan-kesan sektor-sektor yang berkenaan. Dan kita setuju ada sektor yang menerima kesan yang lebih tinggi, ada yang mungkin kurang tertakluk kepada pengoperasian mereka. Dan walau apa bagaimanapun kita perlu teruskan pemantauan ini dan harap kita masih menjadi negara di rantau Asia Tenggara ini yang, yang, yang resilient untuk menghadapi pergolakan dunia pada hari ini.
Terima kasih.
Dato' Seri, ada satu soalan tambahan, boleh. Mungkin mutu tidak begitu tinggi. Tapi, terima kasih Dato' Seri, saya tertarik kepada jawapan Ketua Menteri tadi, iaitu berkaitan dengan bagaimana nak memperkukuhkan hasil negeri dari segi pelancongan. Antaranya adalah fi hotel. Saya ada satu persoalan di mana satu pengoperasi hotel yang paling besar di dunia itu, Airbnb. Dan saya juga pernah dengar pada sidang-sidang yang lepas iaitu Airbnb ini kita tidak dapat mengenakan apa-apa fi hotel ke atas peng operate, pengusaha hotel yang paling besar di dunia ini. So apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengenakan cukai ke atas Airbnb ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang Bubuk. Seperti Yang Berhormat Perai tadi kata, EXCO berkenaan boleh membantu menjawab secara spesifik. Tetapi dalam beberapa tahun ini memang kita menghadapi kekangan untuk menganggap Airbnb ini sebagai satu sektor yang sah yang diberi lesen untuk pengoperasiannya. Memang tidak ada garis panduan yang jelas. Ada yang melakukan Airbnb pun secara senyap-senyap, tidak membayar cukai, tidak ada kelulusan daripada perbadanan pengurusan masing-masing. Itulah berlaku, tetapi ianya sebagai satu alternatif penginapan yang penting dalam sektor pelancongan. Dan harap di peringkat kebangsaan sama dengan peringkat negeri, akhirnya kita dapat juga mengawal sektor ini yang akan membawa hasil tambahan kepada Kerajaan Tempatan mahupun Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya nak jemput KOMTAR, sila.
Selamat pagi Dato' Seri Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan 15.
No.15 Pengenaan kadar cukai tanah adalah berdasarkan maklumat pada
hakmilik seperti kategori kegunaan tanah, syarat nyata dan jenis pemilikan.
Walaupun masjid, Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI), tanah perkuburan,
sekolah dan lain-lain organisasi tidak berunsurkan keuntungan layak
dikenakan kadar nominal seperti diperuntukkan di bawah Kaedah Tanah
Negeri PulauPinang, terdapat banyak hakmilik bagi kegunaan ini yang
didaftarkan atas nama individu atau organisasi seperti persatuan.
Pemilik-pemilik tanah seperti ini harus memaklumkan kepada Pentadbir
Tanah bahawa kegunaan tanah ini adalah rumah ibadat atau sekolah atau
aktiviti tidak berasaskan keuntungan kerana maklumat di dalam
hak milik tidak menyatakan kegunaan tersebut. Sehubungan itu, pemilik tanah
adalah digalakkan untuk mengemukakan permohonan rayuan dan sekiranya
disahkan kegunaan adalah selaras dengan kategori berkenaan, kadar cukai
nominal akan dipertimbangkan.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat KOMTAR atas soalan 15 berhubung dengan kadar cukai tanah yang dikenakan atas masjid, rumah ibadat, tanah kubur, sekolah bukan berunsur keuntungan dan sebagainya. Pengenalan kadar cukai tanah adalah berdasarkan maklumat pada hak milik seperti kategori kegunaan tanah, syarat nyata dan jenis pemilikan.
Walaupun masjid, RIBI, tanah perkuburan, sekolah dan lain-lain organisasi tidak berunsur keuntungan layak dikenakan kadar nominal seperti kita umumkan juga dan juga diperuntukkan di bawah Kaedah Tanah Negeri Pulau Pinang. Tetapi terdapat banyak hak milik bagi kegunaan tersebut didaftarkan atas nama individu ataupun organisasi seperti persatuan yang tidak menunjukkan ianya adalah kegunaan yang disebutkan tadi. Jadi, pemilik-pemilik tanah seperti ini harus memaklumkan kepada Pentadbir Tanah bahawa kegunaan tanah ini adalah untuk tujuan sedemikian yang layak diberi cukai yang nominal. Sehubungan itu, pemilik tanah adalah digalakkan untuk mengemukakan permohonan rayuan dan sekiranya atau setelah disahkan, maka ianya akan dikenakan kadar yang nominal.
Terima kasih Ketua Menteri yang menjawab soalan saya. Saya harap di di luar sana memang faham tentang isu ini lah. Dato' Seri Yang di-Pertua, kadar cukai tanah baharu di Pulau Pinang secara meluas oleh, telah disalah fahami secara meluas oleh rakyat sehingga menjejas sokongan mereka terhadap kerajaan. Bagaimanakah kerajaan boleh menggunakan saluran komunikasi dan penerangan rasmi secara berkesan untuk memperbetulkan salah faham rakyat terhadap kadar cukai tanah baharu ini.
Soalan ini walaupun berkaitan tetapi luar daripada lingkungan, soalan asalnya.
Sebenarnya, saya ada soalan 46, tetapi takut tidak sempat untuk jawab, so saya tanya sekarang lah.
Amat terima kasih atas makluman itu, saya akan jawab pada soalan 46.
Tidak sempat, tidak sempat. Kena, kena tanya juga. Ini saya bantu, bantu Kerajaan Negeri.
Untuk makluman Dewan, saya pada kelmarin ada satu pilihan untuk dapat persetujuan Yang di-Pertua untuk jawab sekaligus semua soalan berkaitan dengan cukai tanah. Tetapi saya tidak melakukan kerana setiap soalan ada sudut pandangan atau sudut yang berlainan berbanding dengan tadi Yang Berhormat Air Putih, KOMTAR. Semalam pun ada bezanya dan setiap soalan dianggap istimewa in its own self lah. Jadi saya ambil keputusan tidak menjawab sekaligus tetapi memberi peluang kepada semualah tertakluk kepada bila habis mesyuarat ini untuk menjawab soalan-soalan berkaitan yang mempunyai keistimewaannya. Terima kasih.
Boleh pilih dijawab, boleh pilih tidak dijawab. Permatang Pasir, ya sila.
Dato’ Seri Speaker, soalan saya nombor 16.
No.16 Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu kenderaan
yang memandu laju dan membahayakan pengguna jalan raya di
Jalan Kubang Semang-Permatang Pauh dan Jalan Sungai Dua -
Permatang Pasir terutamanya di kawasan sekolah dan masjid?
Walaupun setakat ini terdapat papan tanda keselamatan dan zebra
line, tetapi masih tidak mencukupi mengatasi masalah tersebut.
Terima kasih Dato' Seri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pasir. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa kemudahan sedia ada seperti papan tanda dan garisan melintang ataupun zebra crossing di Jalan Kubang Semang, Permatang Pauh dan Jalan Sungai Dua, Permatang Pasir terutamanya di kawasan sekolah dan masjid tidak mencukupi untuk mengubah perilaku pemanduan di kawasan tersebut.
Oleh itu, JKR akan melaksanakan audit keselamatan jalan raya secara terperinci untuk mengenal pasti titik-titik konflik ataupun conflict points yang memerlukan intervensi tambahan. Bagi meningkatkan keberkesanan kawalan kelajuan, beberapa langkah pengukuhan sedang dan akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian tapak seperti berikut.
Pertamanya, lampu isyarat pejalan kaki. Penaiktarafan lintasan zebra sedia ada kepada lampu isyarat pejalan kaki jenis push button bagi memberikan laluan selamat yang lebih jelas terutamanya kepada pelajar sekolah. Kedua, jalur getaran ataupun rumble strips. Pemasangan jalur getaran yang lebih tebal dan berwarna kuning terang di zon pendekatan kawasan sekolah dan masjid untuk memberikan amaran fizikal dan visual kepada pemandu supaya memperlahankan kenderaan. Ketiga, papan tanda amaran berkelip (flashing amber). Pemasangan lampu amaran berkelip di lokasi strategik untuk meningkatkan tahap kewaspadaan pemandu pada waktu malam atau ketika cuaca buruk. Dan keempat, kerjasama penguatkuasaan dan kesedaran. Bersama dengan pihak PDRM dan JPJ untuk meningkatkan kekerapan rondaan dan operasi penguatkuasaan kelajuan di jajaran yang dikenal pasti sebagai zon berisiko.
JKR sentiasa memastikan aspek keselamatan pengguna jalan raya khususnya golongan rentan seperti pelajar sekolah dan juga kariah masjid diutamakan. Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan akan memastikan elemen kejuruteraan trafik sentiasa ditambah baik mengikut keperluan semasa bagi mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat untuk semua. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Kawasan itu Dato' Seri Speaker, dia apa, dia dekat traffic light, ada sekolah, ada masjid. Dan selalunya bila apa, bila motor itu dekat dengan traffic light kan, dia akan laju sebab dia, dia, dia nak cepat. Jadi semasa laju itulah, orang melintas dan berlaku juga apa kemalangan, keraplah. Termasuk baru ini apa, pengerusi masjid sendiri telah dilanggar motor. Jadi bila pengerusi masjid dilanggar motor, ini satu perkara yang pentinglah. Dan saya kurang pasti kan, mungkin juga kita perlukan apa, bump. Walaupun di apa, di Jalan Persekutuan, undang-undang kita yang buat. Kalau keperluan itu perlu, saya rasa bump juga mesti dibuat. Sebab apa, sebab motor sangat laju. bump, apa. Bonggol, bonggol. Pelan-pelan orang belajar, memang boleh berlaku tetapi perlahan-lahan dia akan belajar apa tempat itu tidak boleh laju sebab dia nak rush, nak berebut traffic light itu.
Kena ajar. (kurang jelas)
Ya, ya baik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, sebenarnya betul. Kawasan itu memang kawasan yang orang pandu laju khususnya motor. Dan sebab itu pada awal bulan Jun, JKR akan turun padang untuk membuat penelitian mengenai cara-cara kita boleh memperlahankan kelajuan. Cadangan untuk, apa ni, membina satu speed bump, itu sebenarnya Yang Berhormat sendiri tahu tidak dapat dilaksanakan di atas jalan tersebut. Dan sekiranya berlaku kemalangan disebabkan speed bump, dia bukan hendak kata dia akan belajar, dia boleh saman kerajaan sebenarnya Yang Berhormat. Jadi perkara itu kita perlu teliti, sebab itu speed bump kalau kita ikut pada arahan teknik jalan adalah kaedah yang tidak digalakkanlah, tidak digalakkan. Mungkin di kawasan-kawasan seperti taman perumahan itu ok, tetapi bukan di jalan raya yang besar sebab dia boleh menyebabkan kemalangan yang lebih teruk lagi. Dan sekiranya berlaku, kerajaan pula yang akan menjadi liable untuk kena saman. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Maka saya hendak jemput Penaga, sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan Penaga nombor 17.
No.17 Perincian perkembangan projek naik taraf Jalan Bawah
Penaga dan pembinaan jambatan serta impaknya kepada
masyarakat setempat.
(a) Sejauh manakah projek ini meningkatkan akses ke kawasan
pasar, sekolah dan taman?
(b) Apakah kesan kepada kesesakan, keselamatan dan aktiviti ekonomi
setempat?
(c) Apakah maklum balas penduduk sejak pelaksanaan projek
ini?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker dan Yang Berhormat Penaga. Projek naik taraf jalan bawah Penaga kini dalam proses reka bentuk secara dalaman iaitu in-house oleh JKR Pulau Pinang, eh JKR Malaysia. Jangkaan iklan bagi perolehan kontraktor adalah suku kedua tahun 2027, manakala pelaksanaan kerja fizikal di tapak dijangka bermula pada suku keempat tahun depan.
Projek ini telah direka bentuk dengan menyediakan sistem jalan raya yang lebih kondusif serta dapat memberikan keselesaan kepada pengguna dan menjimatkan masa perjalanan. Apabila projek ini siap dilaksanakan kelak, ia akan meningkatkan aksesibiliti ke kawasan pasar, sekolah, dan taman di antara kawasan Pasir Gebu dan Penaga.
Kajian mendapati kesesakan di satu-satunya jalan utama pada masa kini iaitu Jalan Permatang Bendahari yang menghubungkan Penaga dan Pasir Gebu, Kuala Muda dapat dikurangkan setelah terbinanya laluan alternatif ini. Kesesakan di Jalan Permatang Bendahari khususnya pada musim cuti kerana kenderaan luar yang masuk ke kawasan Penaga untuk mengunjungi Kampung Agong dapat dikurangkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya dan ekonomi setempat.
Buat masa ini, reka bentuk projek ini belum dimuktamadkan lagi. Sehubungan itu, JKR belum lagi memulakan sesi libat urus bersama penduduk setempat. Oleh yang demikian, maklum balas secara terperinci berkenaan libat urus dengan penduduk masih belum diterima buat masa ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga atas jawapan yang diberi. Untuk makluman Tanjong Bunga, projek ini memang sangat penting dan mustahaklah kepada warga Penaga. Oleh kerana hanya itu 1 jalan daripada Pekan Penaga ke Bakar Kapur, adanya Kampung Agong, terus ke Tok Labu, Pasir Gebu, sehinggalah sampai ke Kuala Muda. Memang kesesakan sering kali berlaku khususnya di musim cutilah, lawatan-lawatan daripada luar ke Kampung Agong itu. Jadi penduduk minta supaya disegerakan. Apa pun jawapan yang diberi tadi, kalau boleh dilihat kepada reka bentuk dan juga libat urus itu disegerakan. Pertemuan dengan pihak-pihak yang terbabit khususnya para penduduk ataupun kariah di situ kalau disegerakan, sekurang-kurangnya makluman ini ada juga di pihak yang terlibat. Jadi tidaklah semua merujuk kepada pusat khidmat saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebaik sahaja siapnya apa ni reka bentuk, maka JKR akan mulakanlah proses libat urus kerana kalau tidak silap saya ada pengambilan tanah yang kemungkinan perlu dilaksanakanlah. Dan pengambilan tanah itu mungkin akan menjejaskan beberapa buah rumah, tetapi kita tunggu dulu sampai dapat reka bentuk yang muktamad, kemudian kita akan mulakan proses itu. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya hendak jemput Permatang Berangan, sila.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Soalan saya nombor 18.
No.18 Nyatakan jumlah aduan pencemaran Sungai Kereh dalam tempoh dua (2)
tahun dan apakah tindakan yang telah diambil?
(a) Bagaimanakah pemantauan kualiti air dilaksanakan dan apakah data
bagi tempoh tersebut?
(b) Mengapakah kawalan yang sebelum ini terkawal kini didapati gagal
mengurangkan pencemaran?
Terima kasih Permatang Berangan. Soalan yang cukup minat untuk saya jawab. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, sebanyak 7 aduan berkaitan isu pencemaran air dan bau busuk di Sungai Kereh telah diterima dalam tempoh dua tahun iaitu dari tahun 2024 sehingga 2026.
Bagi setiap aduan, siasatan lapangan telah dijalankan termasuk pemeriksaan lokasi yang mendapati terdapat kawasan parit diliputi rumput air yang berpotensi menyebabkan aliran perlahan, menyumbang kepada masalah bau. Persampelan air turut dijalankan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang untuk analisis.
Pemantauan kualiti air Sungai Kereh dijalankan melalui program pengawasan kualiti alam sekitar, Environmental Quality Monitoring Programme, dan terdapat 3 stesen pengawasan manual serta 1 stesen di Sungai Air Melintas. Berdasarkan data Indeks Kualiti Air (IKA), Sungai Kereh merekodkan keadaan tercemar sehingga sederhana tercemar bagi tempoh 2024 sehingga 2026. Perincian pengelasan data IKA, iaitu Indeks Kualiti Air bagi tempoh 2024 sehingga 2026, adalah seperti di Lampiran A yang diletakkan di meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Terima kasih Sungai Dua telah masuk.
Merujuk kepada rekod statistik tindakan penguatkuasaan JAS, bilangan premis yang tidak patuh pada tahun 2025 berkurang kepada 43% berbanding dengan tahun 2024 iaitu kepada 48% premis tidak patuh. Ini menunjukkan tindakan penguatkuasaan terhadap premis-premis berikut berjaya mengurangkan pencemaran yang berlaku. Walau bagaimanapun, punca pencemaran bukan hanya terhasil daripada industri sepenuhnya, ianya juga terhasil daripada punca-punca pencemaran air lain seperti pasar, ladang ternakan, dan juga aktiviti pertanian.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan Saliran Air (JPS), Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sentiasa membuat pemantauan secara berkala dan melaksanakan penguatkuasaan bagi mengawal pencemaran supaya tidak dikategorikan sebagai tercemar dan berbahaya. Kerajaan Negeri melalui jabatan-jabatan tersebut telah mengadakan perbincangan bagi mengenal pasti cadangan pelaksanaan jangka pendek dalam menangani isu pencemaran ini.
Saya juga memahami bahawa isu ini, iaitu isu penternakan babi ini telah mendapat perhatian ramai ADUN termasuk ADUN Sungai Dua, Permatang Berangan, Telok Ayer Tawar yang telah membangkitkan pelbagai isu berkaitan pengurusan sisa yang tidak diurus dengan sewajarnya sehingga mengakibatkan pencemaran bau busuk serta menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk sekitar.
Segala kebimbangan dan pandangan yang dibangkitkan ingin sangat saya hargai dan saya bersama pasukan saya mengambil perhatian serius terhadap perkara tersebut supaya langkah-langkah penambahbaikan dan tindakan yang bersesuaian dapat diambil. Sebagaimana yang telah saya janjikan semasa sesi taklimat bersama ADUN-ADUN dan juga Ahli Parlimen di bahagian, di daerah Seberang Perai Utara.
Daripada pandangan dan hujah yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN semalam, saya amat menghargai pendirian Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan yang menunjukkan sikap kepimpinan yang sangat terbuka, matang dan berpandangan jauh dalam melihat isu ini secara menyeluruh demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri, iaitu sekiranya isu pencemaran dapat diselesaikan dengan baik, maka soal bilangan ternakan babi bukan lagi 1 isu utama.
Oleh itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat atas sokongan yang diberikan terhadap inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani isu penternakan khinzir secara lebih teratur dan mampan. Saya mengambil maklum pandangan Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan berhubung isu pencemaran di Kampung Selamat dan juga cabaran penguatkuasaan yang dihadapi oleh...
Yang Berhormat Jawi, kalau jawapan sebegini nanti waktu gulung itu boleh...
Dato’ Seri Yang di-Pertua,
Boleh lah kita…
saya jawab sekali dan masa penggulungan saya tidak akan ulang sebab isu ini telah dibangkitkan.
Yang itu bolehlah.
Ya, saya tidak akan ulas semasa fasa penggulungan...
Kalau tidak ada, saya hendak rumuskan.
Untuk makluman, penguatkuasaan berkaitan industri ternakan di negeri ini dilaksanakan secara berterusan walaupun berhadapan dengan kekangan sumber manusia dan logistik khususnya melibatkan bilangan pegawai penguat kuasa, pegawai teknikal, serta kenderaan operasi yang terhad. Pegawai sedia ada perlu melaksanakan pelbagai fungsi termasuk pemantauan dan pemeriksaan ladang, siasatan aduan awam, pengelolaan lesen dan permit, persampelan, penyediaan laporan teknikal serta penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai subsektor industri veterinar di negeri ini.
Seperti mana yang dikatakan, Jabatan Veterinar mempunyai pegawai bahagian regulatory sebanyak 3 orang untuk turun tapak untuk tugas buat pemantauan ataupun siasatan di ladang-ladang. Bagi pegawai bahagian penguat kuasa kita ada 16 orang, di mana di bahagian JAS memang mengatakan bahawa tiada berkaitan dalam isu kes khinzir tetapi apabila pencemaran sungai, memang Jabatan Alam Sekitar akan mengambil siasatan dan mengambil tindakan.
Walau bagaimanapun, JPV sentiasa komited memastikan pemantauan dilaksanakan secara berkala melalui pemeriksaan lapangan, lawatan mengejut, siasatan aduan awam, serta tindakan pembetulan terhadap ladang yang gagal mematuhi syarat ditetapkan. Di samping itu, pendekatan pendidikan dan khidmat nasihat kepada penternak turut dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pematuhan, tahap amalan penternakan yang baik serta pengurusan sisa ternakan yang lebih sistematik dan lestari.
Memang isu pencemaran di Kampung Selamat melibatkan pelbagai punca dan tidak tertumpu kepada aktiviti penternakan semata-mata, sebaliknya turut melibatkan faktor lain seperti aktiviti pertanian, pelepasan sisa sistem perparitan dan aspek persekitaran lain di bidang kuasa pelbagai agensi. Sehubungan dengan itu, tindakan penguat kuasa, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara bersepadu bersama JAS, PBT, Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPS), dan agensi teknikal yang berkaitan bagi memastikan pemantauan, pemeriksaan serta tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan mengikut bidang kuasa masing-masing. Pendekatan ini memberikan punca sebenar pencemaran dikenal pasti serta langkah pembetulan diambil secara lebih komprehensif.
Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, Kerajaan Negeri telah mengadakan mesyuarat bersama MBSP, JPVPP, JAS dan juga Ahli Parlimen serta ADUN-ADUN di kawasan SPU pada 23 hari bulan April yang lalu untuk membincangkan cadangan penyelesaian isu pencemaran di Sungai Kereh. Memang kita ambil maklum berpuluh-puluh tahun seperti apa yang Sungai Dua bangkitkan, apa yang Permatang Berangan yang bangkitkan selama ini, setiap sidang Dewan kita dengar ada isu-isu pencemaran.
Apabila pada sesi perbincangan pada 23 hari bulan April, saya telah menunjukkan bahawa inisiatif kita supaya perancangan yang kita perlu ada untuk selesaikan isu-isu khinzir khususnya dari Kampung Selamat. Saya telah memberi komitmen untuk isu ini di mana buat sementara, antara langkah yang sedang dirancang adalah pemindahan sisa najis khinzir ke stesen pemindahan Ampang Jajar untuk diproses sebagai bahan mentah dalam sistem anaerobic digestion.
Saya juga hendak jawab Sungai Bakap telah mencadangkan pemindahan daripada Kampung Selamat ke Kampung Valdor. Kita memang pernah buat percubaan tetapi dengan kapasiti yang kurang, 5m3 untuk satu trip, ini akan membebankan penternak dari segi kos logistik, ini akan membebankan dari segi masa untuk penghantaran. Buat sementara waktu, kita telah berjaya untuk membuat kajian dan juga telah bermula pun setiap lori tanker yang dihantar daripada Kampung Selamat terus, saya rasa video-video yang ada hantar, ada hadir pada 23 hari bulan April memang ada lihat kaedah untuk penghantaran masuk terus kepada Ampang Jajar iaitu 30m3 per 1 trip dari Kampung Selamat ke Ampang Jajar. Sehari kita boleh lakukan sebanyak 3 trip untuk 1 lori tanker. Kalau 3 lori, kita mungkin boleh naik sehingga 270m3. Kaedah kita perlu selesaikan isu-isu dalaman iaitu isu-isu ladang, sisa-sisa najis di ladang yang sedia ada. Setiap hari production memang akan jalan tetapi dengan ada kaedah untuk pelupusan sisa khinzir ini, maka 1 hari nanti kita akan berjaya untuk menangani isu ini.
Seterusnya kita akan selesaikan storage, iaitu sisa-sisa yang sebelum ini, yang ada di ladang-ladang ataupun di kandang. Selepas itu, saya akan minta peruntukan untuk membersihkan sungai seperti apa yang kita telah lakukan di Kampung Valdor. Sebelum ini memang Yang Berhormat Gooi sebagai ADUN kawasan, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebagai Ahli Parlimen kawasan, memang kita terima banyak aduan. Sering kali aduan daripada mana-mana taman-taman ataupun daripada jauh daripada Kampung Valdor juga ada membuat aduan seperti apa yang Sungai Dua selalu mengatakan tahi babi masuk dalam sungai. Kita akan menangani isu ini selepas kita telah adakan satu kaedah untuk pelupusan di stesen pemindahan Ampang Jajar untuk penternak-penternak di Kampung Selamat.
Susulan itu, satu perbincangan lanjutan telah diadakan pada 11 hari bulan Mei bersama pihak MBSB, JAS, DPV bagi menyelaraskan serta memudahkan cara prosedur perolehan kelulusan berkaitan cadangan pemindahan sisa tersebut ke stesen pemindahan Ampang Jajar. Dalam perbincangan tersebut memang JAS mohon untuk membuat sedikit pindaan, mengemukakan laporan pindaan penilaian kesan kepada alam sekeliling iaitu EIA, dan pihak JAS akan memberikan ulasan segera bagi mempercepatkan proses pertimbangan serta pelaksanaan cadangan tersebut. Saya juga boleh mengalu-alukan mungkin selepas projek ini sudah jadi stabil, saya akan jemput bagi pihak-pihak ADUN-ADUN di SPU untuk kita bersama-sama untuk melawat ke Kampung Selamat supaya kita dapat lihat cara-cara pemindahan dan juga lihat cara-cara pemindahan dan masuk ke AD di Ampang Jajar. Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat mengalu-alukan...
Speaker, Dato’ Seri Speaker,
Bagi saya habiskan dahulu.
Sat lagi penggulungan dia tak ada dah.
Habis tu.
Tak boleh nak bubuh tang ni. Sat lagi penggulungan tak ada dah, tak ulang balik kan?
Tak ulang balik.
Boleh tak saya buat satu soalan? Bagi satu.
Okey-okey.
Soalan saya, kita nampak maknanya ini langkah-langkah ini lebih kepada untuk maknanya menolong pengusaha ternakan kan, tetapi kepada mangsa ini apa langkah kerajaan? Apa langkah kerajaan, untuk maknanya bagaimana nak orang kata apa ini memberikan satu penyelesaian kepada mangsa? Mangsa sepanjang sembilan kilometer itu ada 13 kampung yang menjadi mangsa.
Okey, saya cuma nak tanya Sungai Dua, adakah Sungai Dua nak selesaikan masalah ini? Sungai Dua selalu kata dah berpuluh-puluh tahun masalah ini tak selesai sekarang kita ambil alih, saya nak bantu untuk selesaikan masalah ini.
Iya lah.
Sekarang kita ambil alih, saya nak bantu untuk selesaikan masalah ini.
Iya lah, nak selesai kena selesai dua-dua.
Kenapa dibangkitkan isu yang lain?
Kena selesai lah.
Saya rasa Sungai Dua tak layak jadi pembangkang.
Okey lah kena tengoklah, hari ni kena tengok secara holistik.
Okey, duduk dulu, duduk dulu Sungai Dua.
Kena tengoklah, jangan duk ni saya.
Sekarang saya nak selesaikan masalah Permatang Berangan, seronok, sokong. Tapi Sungai Dua sebagai Ketua Pembangkang kata ini kita tidak terima, nak tutup ladang. Saya nak pastikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita amat mengalu-alukan penternak yang menggunakan fasiliti moden...
Ini, ini saya bagi pandangan. Pandangan nah, saya bagi pandangan. Saya berhak bagi pandangan dan juga saya berhak bawa masalah rakyat ke dalam Dewan ini.
Sudah, sudah, sudah. Okey.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat mengalu-alukan penternak yang menggunakan fasiliti moden untuk datang melabur di Negeri Pulau Pinang kerana kita yakin bahawa industri penternakan khinzir dapat diurus secara teratur, sistematik, dan mampan melalui penggunaan teknologi serta kaedah penternakan moden yang mematuhi piawaian alam sekitar. Pada masa yang sama, industri ini juga berpotensi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri serta memberi manfaat kepada sektor-sektor berkaitan.
Okey, terima kasih.
Saya cuma nak tegaskan di sini, saya nak bantu untuk selesaikan masalah yang berpuluh-puluh tahun yang telah dibangkitkan selama ini, mahupun pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Dan saya menghargai kedatangan bekas ADUN Sungai Dua, Dato' yang turut hadir pada 23 hari bulan sebab beliau cukup ambil berat apabila beliau dengar contingency plan yang ataupun planning perancangan yang kita jalankan, beliau rasa yakin. Kita akan ambil sedikit masa. Telok Air Tawar kata enam bulan tak mungkin. Tak mungkin enam bulan kita akan selesaikan masalah. Saya dah kata, enam bulan kita akan selesaikan at least kita ada cara untuk buat pelupusan di ladang khinzir yang sedang ada, sedia ada. Selepas itu kita akan the next step untuk clear ladang on storage. Lepas itu kita akan buat pembersihan sungai. Selepas itu kita boleh buat anjuran Pesta Songkran, Pesta Rain Rave dekat sungai-sungai seperti Sungai Perai. Saya boleh ajak Sungai Dua untuk jadi lead untuk program ini.
Dan sebelum saya akhir ucapan saya, jawapan saya daripada pandangan dan hujah yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN. Saya amat menghargai sekali lagi saya nak buat kredit kepada saya amat menghargai pendirian Yang Berhormat ADUN Pematang Berangan yang menunjukkan sikap pemimpin ataupun kepimpinan yang sangat terbuka dan berpandangan jauh. Seperti ungkapan dengan izin, "Tai shan bu rang tu rang, gu neng cheng qi da he. He hai bu ze xi liu, gu neng jiu qi shen."
Terjemahan
Seorang pemimpin yang bersedia menerima pandangan pelbagai pihak dan melihat sesuatu isu secara rasional pasti mampu membawa pembangunan yang lebih besar dan menyeluruh. Terima kasih.
Terima kasih. Saya maaf Ahli-ahli Yang Berhormat, satu jam 30 minit. Itu nanti bila saya izinkan waktu nanti kalau waktu penggulungan boleh tanya sedikit tambahan untuk yang sabit isu ini. Sabit isu inilah sebab saya kena ikut peraturan mesyuarat juga.
Dato' Seri Speaker, saya cuma nak sikit, sikit-sikit.
Cuma nama disebut saya izinkan satu saja.
Ya, ya. Saya ambil kesempatan untuk ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Jawi di atas jawapan yang telah diberikan. Terima kasih atas pujian sat lagi lepas ini saya belanja makan. (ketawa)
Dalam jawapan bertulis yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Jawi, maknanya di situ semua ladang dah dibuat secara tertutup dan semua kolam-kolam kumbahan telah dibuat secara pengasingan sisa pepejal secara berasingan. Tetapi saya mendapat maklumat aduan pada hari Ahad baru-baru ini bahawa pelepasan itu masih berlaku. Ini yang saya nak minta kalau boleh dari segi pengawasan dan penguatkuasaan itu kita tingkatkan buat masa ini. Saya menghargai dengan segala apa yang akan dibuat oleh Jawi di masa langkah jangka pendek dan jangka panjang nanti di Kampung Selamat. Terima kasih.
Short answer.
Okey, saya cuma nak maklum bahawa kesemua iaitu 63 ladang telah menyertai program untuk penghantaran sisa ke Ampang Jajar di bawah pemantauan oleh Jabatan Veterinar. Disebabkan permit khinzir adalah di bawah DVS. Sekiranya ladang-ladang yang didapati untuk melanggar didapati melanggar syarat, maka lesen mereka akan ditarik balik. Kita tidak akan berkompromi dengan ladang-ladang yang tidak bekerjasama dengan kita. Sejumlah 63 ladang telah bersetuju dan telah menandatangani untuk menyertai program penghantaran sisa. Saya ucapkan terima kasih sekiranya ada maklumat tentang ladang yang mana, saya minta untuk salurkan kepada saya. Terima kasih.
Terima kasih. Sudah. Ahli-ahli Yang Berhormat, satu jam lebih dari 30 minit untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan subperaturan 26(7), Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja-meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi.
Terima kasih.
Dan satu perkara lagi selaras dengan peraturan 6A(1), peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, saya mohon supaya masa persidangan hari ini, 12 Mei 2026, tidak dikurangkan tetapi dilanjutkan hingga jam 6.30 petang.
Tak mau semua?
Dato' Seri Speaker, saya mohon menyokong. Terima Kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 12 Mei hari Selasa, untuk dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju katakan ya. (semua bersetuju) Yang tidak setuju katakan tidak. Semua setuju ya, 6.30 kita bermesyuarat. Terima kasih. Usul dipersetujui. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, kita beralih ke sesi perbahasan atas usul ucapan terima kasih ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri yang telah pun berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini dan saya nak persilakan ahli-ahli yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan. Sila Permatang Pasir.
Usul Terima Kasih Kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua NegeriMotion
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah wassolatu wassalamu 'ala rasulillah wa 'ala alihi wasohbihi ajma'in. Robbisrohli sodri wayassirli amri wahlul uqdatan min lissani yafqohu qauli. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat Yang Berhormat, ketua-ketua dan Ketua Pengarah Jabatan serta agensi, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang dikasihi.
Pergi ke taman memetik Melati, bunga raya dipetik bersama, sebelum ucapan tersurat di hati, Izinkan saya membuka bicara.
Sila.
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk turut membahaskan ucapan Tuan Yang Terutama Tun Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15 pada 8 Mei 2026. Pendahuluan landskap dunia. Dato' Yang di-Pertua, dalam ucapan TYT dalam perasmian sidang DUN menyentuh isu landskap dunia yang semakin meruncing disebabkan ketegangan di beberapa tempat di dunia seperti peperangan Rusia dan Ukraine, Amerika dan Iran memberi impak yang kuat kepada sektor tenaga dan rangkaian bekalan dunia. Malaysia mengimport kira-kira 61 peratus minyak dan 30 peratus gas asli cecair (LNG). Hampir 40 peratus antara minyak mentah diimport melalui Selat Hormuz yang bergolak. Selain itu, bahan-bahan lain melibatkan baja yang membekalkan hasil produktiviti bahan makanan terjejas. Gas helium untuk kegunaan penghasilan industri E&E dan bahan sulfur untuk industri dan pertanian juga akan terkesan. Dan apakah usaha kerajaan untuk memastikan ianya tidak memberi impak yang besar kepada industri kita? Apakah usaha-usaha yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan rangkaian makanan dan keperluan asas tidak terputus? Saya mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri memperkasakan sektor pertanian dan memperkenalkan insentif-insentif kepada mereka yang terlibat dalam industri makanan serta kembali kepada peranan buku hijau yang dipelopori oleh PM kedua pada tahun 1974 hingga ke tahun 80-an. Ada yang menjangkakan akan berlaku krisis makanan jika perang Amerika-Iran terus berpanjangan.
Isu yang kedua ialah isu pesawah bendang, wira yang terpinggir. Dato' Speaker, Tuan Dato’ Seri Speaker. Bercakap tentang ekonomi kita sering terpesona dengan kilang di Batu Kawan atau di Bayan Lepas. Namun begitu, kita jangan lupa kepada pesawah kita di Seberang Perai. Kos input harga baja, racun, benih, diesel dan upah terus meningkat menghimpit margin keuntungan pesawah kita. Infrastruktur pengairan. Saya memohon Kerajaan Negeri bekerjasama dengan IADA dan JPS untuk bagi memastikan sistem pengairan di kawasan jelapang padi kita dinaik taraf. Tanpa bekalan air yang konsisten, sasaran penanaman padi, lima kali dalam dua tahun akan kekal menjadi angan-angan semata-mata. Sekuriti makanan, kita perlu menghargai pesawah sebagai barisan hadapan sekuriti makanan negeri. Jangan biarkan tanah bendang kita ditelan oleh pembangunan hartanah tanpa kawalan. Saya ingin mencadangkan ganti tanaman padi kepada kelapa. Di Permatang Pasir, banyak tanah sawah yang tidak lagi diusahakan oleh pesawah-pesawah disebabkan masalah air dan kos yang semakin meningkat.
Oleh itu saya memohon EXCO berkaitan untuk membuat satu kajian yang menyeluruh adakah tanah bendang tersebut sesuai digantikan dengan tanaman kelapa. Jika tanah kelapa berpotensi saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri membantu pesawah yang berminat untuk tanaman pokok kelapa. Apa yang saya difahamkan, satu (1) relung tanah boleh ditanam sebanyak 140 pokok kelapa. Jika cukup usia tiga tahun sudah boleh berbuah dan satu pokok boleh menghasilkan 20 biji kelapa.
Ada orang yang pandai sudah ajar ni, ni YB haa macam ni.
Jika 140 pokok boleh menghasilkan 2,800 biji kelapa dan setahun empat kali hasil, pendapatannya tentulah lumayan boleh melebihi pendapatan pesawah. Di kawasan Permatang Pauh, hampir keseluruhan tanah dari Kubang Semang hingga ke Tanah Liat yang melibatkan lebih kurang 4 hektar sawah telah tidak diusahakan.
Kovensyen padi yang sedang diusahakan oleh EXCO Pertanian Pulau Pinang sangatlah diharapkan oleh pesawah agar masalah mereka didengar secara komprehensif oleh pihak berkuasa jika mahu pesawah terus menanam padi.
Isu yang ketiga adalah isu banjir, bukan sekadar takdir. Dato’ Yang di-Pertua, isu banjir di Pulau Pinang sudah menjadi acara tahunan yang menyusahkan rakyat kerana kerugian harta benda. Walaupun ada tindakan diambil, tetapi masih lagi menjadi igauan penduduk negeri ini. Di Permatang Pasir, tempat yang selalu terjadi banjir ialah Kampung Kolam, di Kampung Kota, Kampung Permatang Janggus belakang masjid, dan juga Taman Arowana Emas.
Di Kampung Kolam, isunya ialah air Kulim yang melimpah menghala ke Kampung Kolam yang rendah tempat dia. Minta JPS mengkaji dan merancang tindakan jangka pendek iaitu menggunakan kolam ikan yang tidak digunakan lagi di belakang kampung tersebut untuk dijadikan kolam takungan dengan izin retention pond yang sementara. Kawasan ini sekiranya banjir, ia akan mengambil masa tiga (3) atau empat (4) hari untuk banjir surut.
Tindakan jangka panjang ialah tebatan banjir komprehensif kerana ia bukan melibatkan Kampung Kota sahaja, tetapi juga melibatkan Kampung Terus di DUN Penanti dan di Labuh Banting di Permatang Berangan yang berdekatan.
Di Kampung Permatang Janggus belakang masjid perlu kajian yang komprehensif tebatan banjir di seluruh kawasan tersebut melibatkan Permatang Janggus termasuk Kampung Sebelah BKE dan Taman Arowana Emas. Di Taman Arowana Emas, parit perumahan lebih rendah daripada parit utama menyebabkan ada rumah yang terkesan banjir dan parit bertakung pada waktu yang lama. Baru-baru ini paip PBA pecah, sepatutnya mengalir ke parit utama tetapi parit Taman Arowana Emas yang penuh dengan air. Sesuatu yang sukar difikirkan bagaimana sesuatu perancangan taman perumahan dilaksanakan suatu ketika dahulu.
Permatang Pasir, mohon mencelah. Dato’ terima kasih Dato’ Seri Speaker. Berkaitan dengan banjir kilat ataupun limpahan air daripada Sungai Kulim tadi tu, adakah Permatang Pasir bersetuju bahawa projek tebatan banjir yang JPS dah mohon untuk persimpangan di Labuh Banting tu yang melibatkan muara Sungai Kereh, Sungai Jarak, Sungai Kulim dan juga sungai ada satu (1) lagi sungai, Sungai Perai.
Projek itu sekarang ni projek tebatan banjir tu dah dimohon oleh JPS kepada Kerajaan Persekutuan. Cumanya dimasukkan dalam RMK-13 dan rasanya tak diberi keutamaan. Inilah projek tebatan banjir yang saya sebut dalam ucapan saya kelmarin supaya diberi perhatian semula sebab dia melibatkan banyak kampung di situ. Di Permatang Berangan pun kena banjir, Permatang Pasir pun kena banjir. Jadi kita minta supaya, kemarin saya ada sebut tentang kajian kerugian yang ditanggung oleh rakyat dan kerajaan bila berlaku banjir supaya kita boleh justify dengan permohonan projek tebatan banjir yang kita mohon tu yang tidak diberi keutamaan. Setuju.
Masuk, masuk dalam hansard dan bila berlaku banjir, kawasan pertanian ni air melimpah ke bendang juga. Jadi kerugian kepada pesawah-pesawah yang sedia yang memang sedia ada menghadapi masalah dan apa melibatkan masalah banjir lagi.
Keselamatan jalan raya, nyawa bukan taruhan. Dato’ Yang di-Pertua, kadar kemalangan jalan raya di Permatang Pasir biasanya adalah disebabkan oleh keadaan jalan yang sempit dan pencahayaan yang malap. Antaranya ialah Jalan Permatang Pauh ke Kubang Semang dan Jalan Permatang Nibong ke Kubang Semang. Jalan ini banyak juga digunakan oleh jentera berat kerana kawasan bendang di sekitar menjadi pot simpanan dan operasi jentera berat dan tanker.
Antaranya yang berlaku di Jalan Permatang Pauh yang berhadapan dengan masjid dan sekolah tulah yang telah disebut oleh EXCO tadi. Cumanya saya mohon dibuat untuk kajian semula waktu laluan jentera berat. Saya mencadangkan bahawa waktu puncak utama untuk waris hantar anak ke sekolah dan juga waktu orang ramai ke tempat kerja supaya jentera berat ini tidak melalui tempat tersebut mulai jam 6.30 pagi hingga 8.30 pagi untuk menghalang traffic jam dan bahaya untuk pelajar-pelajar ke sekolah.
Saya ingat minta EXCO berkaitan berbincang dengan JKJKR untuk buat kajian. Saya dah sebut dah pada sesi yang sudah tetapi tidak mendapat respon daripada EXCO. So, saya harap kali ini EXCO dapat respon berkenaan dengan jentera berat, waktu perjalanan jentera berat dari Jalan Kubang Semang ke Pekan Permatang Pauh.
Yang kelima, Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, saya nak sentuh isu pembelaan ibu tunggal. Golongan ibu tunggal merupakan kumpulan rentan yang semakin bertambah bilangannya saban tahun disebabkan oleh kematian dan perceraian. Perlu diberi perhatian mereka memikul tanggungjawab sebagai ketua isi rumah tanpa sokongan pasangan dalam kos sara hidup yang terus meningkat khususnya di kawasan bandar. Realitinya ramai kalangan ibu tunggal berhadapan dengan tekanan ekonomi yang serius, pendapatan yang tidak menentu, pekerjaan yang tidak tetap serta kekangan masa untuk bekerja sepenuh masa menjadikan mereka terdedah kepada kemiskinan bandar.
Selain itu, aspek penjagaan anak turut menjadi cabaran besar, tanpa sistem sokongan yang kukuh, ibu tunggal sering terpaksa membuat sukar untuk mencari rezeki atau memastikan kebajikan anak-anak terjaga. Dato’ Yang di-Pertua, walaupun pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, masih terdapat jurang dan cabaran capaian bantuan, keberkesanan pelaksanaannya di peringkat akar umbi.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan. Pertamanya, Kerajaan Negeri perlu memperkenalkan dasar pekerjaan fleksibel secara lebih meluas khususnya dalam sektor perkhidmatan dan perusahaan kecil kepada ibu tunggal. Kedua, memperluaskan kemudahan penjagaan kanak-kanak mampu milik di kawasan perumahan berpendapatan rendah bagi meringankan beban ibu tunggal. Ketiga, memperkukuhkan program latihan kemahiran dan keusahawanan agar golongan ini dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka secara mampan. Keempat, meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan bantuan yang lebih menyeluruh dan bersepadu.
Isu ibu tunggal bukan sekadar isu kebajikan tetapi juga isu pembangunan sosial dan ekonomi negeri. Jika kita benar-benar komited untuk membina masyarakat yang inklusif dan sejahtera, maka golongan ini tidak boleh dipinggirkan. Akhir kata, saya menyeru agar semua pihak berganding bahu untuk memastikan ibu tunggal di negeri ini diberi perhatian, peluang dan sokongan yang sewajarnya. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu yang berada dalam Dewan ini dan di dalam Dewan yang Mulia ini dan juga di luar. Pada 10 hari bulan yang sudah, dunia menyambut Hari Ibu. Kadang-kadang isu.
Yang Berhormat Permatang Pasir, celahan sikit. Berkenaan dengan bantuan-bantuan kepada ibu tunggal, ibu muda sebagai golongan rentan. Setujukah Yang Berhormat sekiranya pihak Kerajaan Negeri mencadangkan kita dengar sebelum ini ada kajian nak dibuat tentang pakej-pakej i-Sejahtera nak dikaji semula untuk membantu golongan yang lebih bersasar. Setujukah Yang Berhormat Kerajaan Negeri untuk segerakan supaya Kerajaan Negeri segerakan pakej-pakej baharu untuk membantu golongan ibu tunggal bukan sahaja daripada golongan rentan tetapi juga ibu muda yang berada dalam keadaan ditinggalkan suami ataupun kematian suami dalam usia yang muda.
Apa ni masukkan dalam hansard sayalah. Tambahan bukan saja ibu muda, ibu muda yang ditinggalkan suami. Ini pun juga satu masalah.
Isu yang keenam ialah isu kelewatan perkahwinan dan generasi 30 ke atas bujang yang dah banyak. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu realiti sosial yang semakin ketara di Pulau Pinang iaitu peningkatan jumlah anak muda yang masih belum kawin walaupun telah melepasi usia 30 tahun. Berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir satu pertiga penduduk dewasa di Pulau Pinang masih belum pernah berkahwin. Ini bukan angka kecil, tapi ini melibatkan ratusan ribu rakyat.
Lebih membimbangkan, trend ini menunjukkan bahawa perkahwinan kini berlaku semakin lewat. Kelahiran pula banyak tertumpu kepada yang berumur 30 hingga 34 yang jelas menandakan bahawa generasi muda hanya masuk alam perkahwinan pada usia yang lebih lewat berbanding dahulu. Jika kita teliti dengan lebih mendalam, kita dapati bahawa isu ini bukan sekadar soal pilihan individu. Ia adalah hasil daripada tekanan struktur dalam masyarakat bandar. Kos sara hidup yang tinggi, harga rumah yang semakin mahal serta keutamaan kepada kerjaya dan pendidikan telah menyebabkan ramai anak muda menangguhkan perkahwinan.
Dalam konteks Pulau Pinang sebagai negeri perindustrian dan bandar, tekanan ini lebih dirasai. Maka tidak hairanlah kadar bujang dalam kalangan 30 tahun ke atas negeri ini antara yang menjadi, antara yang tertinggi di Malaysia. Lebih menarik apabila kita melihat isu demografi kaum terdapat perbezaan corak yang ketara. Ada komuniti yang masih berkahwin pada lebih awal, ada yang cenderung menangguhkan perkahwinan. Ini secara langsung mempengaruhi kadar kelahiran dan struktur penduduk negeri kita.
Jika trend ini berterusan, kita bakal berhadapan beberapa implikasi besar. Pertama, kadar kelahiran yang rendah akan mempercepatkan proses penuaan. Memang negeri Pulau Pinang ni penduduk semakin tua sebab orang muda kurang. Kedua, struktur keluarga yang berubah akan lebih ramai individu hidup bersendirian. Ketiga, ia memberi kesan kepada ekonomi jangka panjang termasuk tenaga kerja dan keseimbangan sosial.
Oleh itu, isu ini tidak boleh dipandang ringan. Ia bukan sekadar isu peribadi tetapi isu dasar dalam masa depan negeri kita. Saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Pertamanya, menyediakan insentif perkahwinan pertama bagi mengurangkan beban kos permulaan kehidupan berkeluarga. Kedua, memperkukuhkan sokongan penjagaan anak termasuk subsidi taska dan kemudahan tempat kerja. Ketiga, menggalakkan polisi tempat kerja yang lebih mesra keluarga seperti waktu fleksibel. Keempat, memberi insentif kepada pertubuhan NGO ataupun pertubuhan agama untuk mengadakan majlis perdana ataupun kahwin beramai-ramai di mana pasangan anak muda dapat menjimatkan kos majlis kenduri kahwin.
Untuk pengetahuan Dato’ Speaker, pihak Pusat Khidmat ADUN Permatang Pauh kita pernah mengadakan majlis kahwin perdana dengan kadar satu pasangan RM4,000 saja boleh adakan majlis yang besar. Tapi kita buat apa banyak pasanganlah dan dua-dua belah pihak boleh hadir untuk majlis perkahwinan. Kelima, lain-lain imbuhan yang menggalakkan anak-anak muda berkahwin. Penyertaan ini bukan untuk memaksa rakyat berkahwin, tapi untuk nak mengurangkan halangan yang menyebabkan mereka menangguhkan perkahwinan. Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa pembangunan ekonomi mesti seiring dengan pembangunan sosial. Jika tidak, kita akan berdepan dengan masyarakat yang maju dari segi ekonomi tetapi rapuh dari segi struktur keluarga. Isu kelewatan perkahwinan ini adalah isyarat awal yang perlu kita tangani dengan bijak dan berani.
Isu penjaja tepi jalan, terima kasih kepada pihak MBSP yang membuat pemutihanlah yang beri lesen kepada penjaja kecil tepi jalan untuk berniaga. Namun begitu, mereka masih lagi rasa bimbang tempat peniagaan mereka sekarang tidak dibenarkan berniaga kalau sekiranya ada orang ada complaint daripada orang ramai. Saya ingin mencadangkan satu tapak di DUN Permatang Pasir berhadapan dengan Taman Penanti Indah dan kubur cina boleh disediakan lot-lot kecil peniaga di atas parit. Dengan ini tidak mengganggu lot parking sebelah dalam dan lot di sebelah luar. Harap satu kajian dan pertimbangan dibuat sekurang-kurangnya dibenarkan berniaga di atas parit tersebut.
Isu lapan ialah Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang dan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang. Saya ingin menyentuh berkaitan dengan Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang. Tujuan penubuhan tabung ini amat baik untuk membantu pemilikan rumah dalam kalangan Bumiputera di Pulau Pinang. Kita semua sedar bahawa harga rumah di negeri ini semakin meningkat. Golongan yang paling terkesan ialah anak muda dan keluarga muda bumiputera yang berpendapatan sederhana. Ramai yang bekerja tetap tetapi masih gagal membeli rumah pertama kerana harga terlalu tinggi, deposit besar dan syarat pembiayaan yang ketat. Rakyat bumiputera menyoalkan berapa jumlah sebenar kutipan tersebut telah terkumpul? Berapa banyakkah yang telah digunakan? Siapa yang menerima manafaat dan sejauh manakah keberkesanannya? Jangan hanya rakyat melihat tabung ini hanya wujud atas kertas tetapi impaknya tidak dirasai oleh majoriti bumiputera Pulau Pinang. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperluaskan skim ini kepada bantuan deposit rumah dengan memberi fokus kepada pembeli rumah pertama, membantu anak muda bawah 40 tahun membeli rumah serta membentangkan laporan tahunan Tabung Perumahan Bumiputera secara lebih telus. Kita tidak mahu generasi muda bumiputera akhirnya terpinggir daripada memiliki hartanah di negeri ini.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu yang kesembilan ialah ruang premis perniagaan. Saya melihat banyak lagi ruang-ruang premis perniagaan yang terbiar sama ada kepunyaan agensi negeri ataupun persekutuan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Saya mahu melihat pihak Kerajaan Negeri proaktif dalam mengiklankan kepada orang ramai berkenaan kekosongan tempat perniagaan agar tidak dibiar begitu saja. Ini merugikan pelaburan yang dibuat pada masa lalu. Kemungkinan banyak orang memerlukan tanah perniagaan, kemungkinan banyak orang memerlukan tempat perniagaan tetapi tidak tahu atau tiada maklumat berkenaan kekosongan atau peluang tempat perniagaan tersebut. Saya pernah menyentuh isu ini sebelum ini dan hendak tahu apakah tindakan proaktif atau intervensi pada isu ini.
YB Permatang Pasir, minta celah.
Ya.
Terima kasih YB Permatang Pasir kerana membangkitkan berkenaan dengan ruang premis perniagaan. Di Seberang Jaya sudah tentu banyak masih banyak penjaja dan banyak premis PBT yang telah pun diberi sewa, akan tetapi berlakunya dimana peniaga-peniaga tidak menjalankan perniagaan mereka. Setujukah Yang Berhormat Permatang Pasir sekiranya kita minta Kerajaan Negeri untuk lebih proaktif sama ada meletakkan syarat waktu perniagaan tetap kepada lot-lot perniagaan khususnya seperti contoh kalau di kawasan Seberang Jaya ni di kawasan Evoke. Ada lorong yang hanya buka pukul 10.00, ada lorong yang buka petang pukul 3.00. Jadi setujukah Yang Berhormat Permatang Pasir supaya tindakan yang lebih lebih lebih proaktif dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Ya, saya setuju sangatlah. Sebab apa? Ruang perniagaan di mall-mall yang besar-besar kan dia ada undang-undang dan undang-undang ini juga perlu diadakan kepada peniaga-peniaga yang di bawah Kerajaan Negerilah dan satu usaha yang tuntas mesti dibuat untuk memastikan mereka berniaga di dalam petak yang disediakan pada waktu yang ditetapkan.
Penutup, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Segala isu yang saya bangkitkan hari ini daripada nasib pesawah kepada ruang premis perniagaan semuanya bermula daripada satu perkara, kualiti hidup rakyat. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat mengambil cakna permasalahan rakyat yang dibangkitkan. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak berterima kasih kepada kakitangan pusat khidmat saya yang bersungguh-sungguh berkhidmat untuk masyarakat untuk membantu sebaik mungkin. Saya juga menyatakan terima kasih banyak kepada semua agensi kerajaan yang membantu sebagai pemudah cara sebagai ADUN kepada rakyat di Permatang Pasir khasnya dan umum kepada Negeri Pulau Pinang yang tercinta. Dengan ini saya memohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Permatang Pasir. Sila Seberang Jaya.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil 'alamin wassalatu wassalamu 'ala asyrafil anbiya'i wal mursalin wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Rabbi shrahli sadri wayassirli amri wahlul 'uqdatan min lisaniy yafqahu qawli. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera dan salam hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, ahli-ahli rakan-rakan Dewan yang dihormati, ketua-ketua jabatan, para penjawat awam yang sentiasa bersemangat dan komited, sahabat-sahabat media yang cukup tekun membuat liputan serta kepada seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang yang dikasihi yang turut mengikuti sesi ini secara langsung. Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua kerana memberikan Seberang Jaya peluang, sepenuh ruang untuk turut berbahas, terlibat langsung dalam perbahasan sebagai Ahli Yang Berhormat mewakili saf posisi pembangkang negeri ini dalam usaha melunaskan proses semak dan imbang menerusi perbahasan saya ke atas perutusan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang telah diutuskan pada hari Jumaat yang lepas. Alhamdulillah, sepenuh puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan inayah-Nya kita dapat bersama-sama pada pagi yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, dalam ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Tun baru-baru ini, Dewan ini diingatkan supaya sentiasa berpegang kepada penyampaian maklumat yang sahih, berhemah serta membawa cadangan yang membina demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat dan kita juga diingatkan dan ditegaskan bahawa Pulau Pinang perlu diperkukuh dengan pengurusan fiskal yang lebih berdisiplin dan berwawasan. Maka tema perbahasan saya pada hari yang mulia ini akan berkisar kepada pepatah "gagal merancang, merancang kegagalan" kerana pada hemat saya, rakyat menilai bukan hanya pada angka pelaburan dan pelaksanaan projek semata-mata, tetapi pada hasil perancangan dan kepada pelaksanaan serta pegangan prinsip tatakelola yang benar-benar baik dan yang akan menyelesaikan masalah kehidupan rakyat.
Jika perancangan dan pelaksanaan dibuat tanpa disiplin, tanpa keutamaan yang jelas dan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang kepada rakyat, maka kita sebenarnya sedang merancang kegagalan untuk rakyat negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan saya untuk menyentuh soal tatakelola kewangan dan pengurusan sepertimana yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Sungai Dua, Ketua Pembangkang, Batu Lancang, Air Itam dan beberapa Ahli Dewan lain berkenaan CMI serta syarikat-syarikat Kerajaan Negeri. Perkara ini saya telah bangkitkan berkali-kali sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua kerana ia melibatkan wang rakyat. Hampir kesemua syarikat Kerajaan Negeri di bawah CMI dan SSI ini menerima geran tahunan Kerajaan Negeri dan tidak menyumbang secara langsung kepada kutipan hasil sehingga hari ini. Dalam masa yang sama merujuk kepada jawapan bertulis yang saya terima sebelum ini, jelas ada perbelanjaan untuk emolumen, bonus dan bantuan khas kewangan bagi 14 syarikat yang mengemukakan maklumat. Dua lagi tidak mengemukakan sebarang maklumat dan salah satu daripadanya iaitu Invest In Penang Berhad memaklumkan bahawa maklumat berkaitan pecahan perbelanjaan syarikat berkaitan perbelanjaan ini berkenaan emolumen ini adalah tertakluk kepada kerahsiaan syarikat serta perbelanjaan non-disclosure.
Untuk pengetahuan rakyat dan Dewan yang Mulia ini, syarikat-syarikat kerajaan ini membelanjakan nilai-nilai yang agak besar untuk peruntukan emolumen ini. Saya tunjukkan sedikit, bagi Syarikat Penang Halal International Sdn. Bhd., pengurusan tertinggi membelanjakan untuk tahun 2025 hampir RM15,000. Bagi Penang Global Tourism, kumpulan jawatan pengurusan tertinggi pada tahun 2025 membelanjakan hampir RM420,000 untuk emolumen. Bagi Digital Penang, kumpulan jawatan eksekutif membelanjakan hampir RM1.5 juta untuk tujuan emolumen. George Town World Heritage Incorporated bagi tahun 2024, 2025 tidak dikemukakan, membelanjakan hampir RM1.28 juta untuk tujuan emolumen. Penang Tech Centre RM329,000, PGC RM833,000 sekitarnya, PCEP RM798,000 sekitarnya, PWDC RM1.045 juta. Penang Infra pada tahun 2025 RM1.883 juta, Penang STEM RM465,000, PYDC bagi kumpulan jawatan pengurusan dan profesional RM661,000. Penang FC pengurusan tertingginya membelanjakan RM603,000. Penang Harmonico RM87,000 dan George Town Conservation and Development Corporation RM24,000. Syarikat yang tidak kemukakan ialah Invest-In-Penang Berhad sepertimana yang ditegur oleh lembaga atau pun laporan audit Ketua Audit, Penang Science Cluster maklumat tidak dikemukakan, Agrotech baru ditubuhkan, Penang Waste Management juga baru ditubuhkan. Maka rakyat juga berhak bertanya, jika geran kerajaan diterima, emolumen dibayar, bonus diagihkan, perbelanjaan dibelanjakan tetapi sumbangan langsung kepada hasil negeri tetap belum berlaku? Apakah ukuran sebenar keberkesanan GLC-GLC ini? Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1 Tahun 2026 memberi teguran yang serius. Ada syarikat negeri yang tak ada pelan strategik, ada yang tak ada KPI, ada yang tak ada penubuhan jawatankuasa audit. Siapa nak semak perbelanjaan? CMI pula baru nak sediakan penyata kewangan yang diaudit secara tersendiri mulai Julai tahun ini. Saya meraikan, tapi perkara itu dilihat terlalu lewat.
Sebab itu saya tegaskan CMI perlu diteliti, disiasat dan diaudit oleh badan bebas. Maka saya ingin ulangi cadangan saya supaya PAC memulakan terlebih dahulu proses ini dengan memanggil CMI dan menjadikan pendengaran itu sebagai pendengaran awam. Biar rakyat negeri ini tahu sepanjang penubuhan CMI di bawah pentadbiran Kerajaan DAP ini di mana wang rakyat dibelanjakan.
Kita tak menafikan, malah telah dijelaskan bahawa syarikat-syarikat ini hanya sebagai pelaksana social programme. Baik, tak ada masalah, tetapi saya membuat penegasan hari ini kerana saya simpati terhadap rakyat Negeri Pulau Pinang yang hari ini berdepan dengan pelbagai kenaikan kos, cukai naik, tarif naik, bayaran itu dan bayaran itu dan ini, demi bayaran semua naik. Hasil negeri ditagih daripada poket rakyat tetapi dalam masa yang sama, entiti yang menerima geran kerajaan belum jelas memberi pulangan kepada negeri. Mana keadilannya? Kalau kerajaan mahu hasil tambahan, semak dulu CMI, struktur semula semua GLC, barulah sedut daripada poket rakyat. Pastikan setiap ringgit yang keluar benar-benar memberi manfaat kepada negeri, bukan sekadar membayar kakitangan dan emolumen GLC. Namun lantas ambil jalan mudah dengan meletakkan bebanan sumber hasil negeri hanya daripada rakyat. Saya harap,
Seberang jaya, minta mencelah sedikit.
Sila.
Saya tertarik apa ya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Seberang Jaya tadi betapa isu ini telah dibangkitkan berkali-kali dan telah disuarakan oleh banyak pihak termasuk ADUN kerajaan, agak-agak kenapa tidak ada response daripada pihak yang berkaitan?
Saya fikir jawapan itu perlu dijawab oleh Kerajaan Negeri, kalau saya hendak jawab kita doa kita duduk disana pada suatu ketika, Insya-Allah. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya harap Dato’ Pegawai Kewangan yang baru, tahniah diucapkan, dapat membantu memberi bimbingan dan teguran jika perlu kepada pimpinan Kerajaan DAP hari ini. Cukup-cukuplah sedut daripada rakyat, CMI dan syarikat-syarikat ini perlu mandiri.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu perjuangan yang semakin tersemat di hati ramai penduduk di kawasan Seberang Jaya secara khususnya dan Pulau Pinang secara amnya, iaitu isu rumah-rumah kediaman berstatus leasehold yang semakin menghampiri tempoh tamat pajakan. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pernah menyatakan bahawa pemilik boleh mengusahakan permohonan lanjutan pajakan. Namun sehingga hari ini, rakyat masih dibelenggu dengan keresahan, khususnya dalam kalangan pemilik rumah dan generasi anak-anak mereka. Rata-rata rakyat membeli rumah menggunakan hasil titik peluh sendiri seumur hidup, bayar ansuran berpuluh tahun.
Boleh sikit?
Tidak habis lagi.
Isu sebelum ini. Okey, kita patah balik ke isu GLC Kerajaan Negeri. Bagi saya teguran laporan Ketua Audit adalah untuk kita menambah baik, kalau YB Seberang Jaya boleh setuju, cuma kalau kita hendak sebab ada beberapa kes tapi kita nak secara total menidakkan sumbangan GLC yang lain saya rasa itu tak patutlah. Okey, boleh?
Terima kasih Kebun Bunga. Saya fikir Kebun Bunga perlu teliti ucapan saya. Saya tak nafi keberkesanan GLC yang menjalankan social programme, akan tetapi relevannya sekarang hari ini yang rakyat perlu hadapi ialah berkenaan kenaikan pelbagai kos dan rakyat mula persoal adakah geran-geran tahunan ini berbaloi diberikan kepada GLC berbanding untuk membantu rakyat? Jadi itu yang saya maksudkan.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin teruskan. Saya ingin membawa satu perjuangan yang semakin tersemat di hati ramai penduduk Seberang Jaya secara khusus dan Pulau Pinang secara amnya. Baik, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pernah menyatakan supaya dapat dimohon atau pun membuat permohonan lanjutan pajakan. Namun hari ini, rata-rata rakyat yang membeli rumah telah bayar ansuran berpuluh tahun, telah habis pun bayar ansuran, membesarkan anak-anak dan bina komuniti dan hidup bermasyarakat di situ tetapi akhirnya hari ini masih hidup dalam kebimbangan kerana status tanah yang semakin pendek tempoh pajakannya. Sebab itulah hari ini saya nak seru Kerajaan Negeri perlu melihat isu ini dari sudut kesejahteraan rakyat, bukan hanya sekadar angka jumlah premium tanah dan angka hasil negeri semata-mata. Seberang Jaya ingin perjuangkan cadangan supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan satu mekanisme atau pakej khas bagi membolehkan pemilik rumah leasehold menukar status mereka kepada freehold dengan pendekatan yang lebih tersusun, adil dan praktikal. Di Negeri Melaka telah ada pendekatan sebegini yang boleh dimohon oleh pemilik rumah taman. Baru-baru ini di Wilayah Persekutuan, usaha sebegini mula mendapat perhatian serius dan temu titik kejayaan oleh penduduk di sana. Ini membuktikan kalau Kerajaan DAP hari ini mempunyai political will sebenarnya mampu untuk mencari kaedah dan jalan penyelesaiannya. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Negeri sendiri telah mengunjurkan sedikit peningkatan hasil melalui semakan dan kenaikan cukai tanah. Dan kalau kerajaan begitu tetap pendirian, tetap mahu teruskan meningkatkan kutipan hasil melalui semakan cukai tanah ini, maka rakyat juga berhak menuntut agar sebahagian dari pertambahan hasil tersebut dapat diterjemahkan kembali kepada manfaat yang jauh lebih besar demi memberi jaminan masa depan yang lebih baik dan lebih stabil kepada mereka.
Kita semua diminta faham. Kita semua diminta faham, bahawa kerajaan perlukan peningkatan hasil. Baik, kita faham. Tetapi, rakyat juga mahu merasai bahawa hasil yang dikutip itu dapat kembali semula kepada rakyat dalam bentuk jaminan kehidupan dan masa depan yang lebih stabil.
Mungkin boleh dipertimbangkan kadar premium khas, pelaksanaan secara berfasa atau insentif tertentu dapat diberikan untuk kawasan perumahan lama dan matang, untuk golongan penduduk rendah, dan sederhana, atau sederhana atas. Kerana kalau kita tidak mulakan sekarang, Pulau Pinang akan berdepan satu generasi pemilik rumah yang semakin tertekan dengan ketidakpastian status hartanah mereka sendiri.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya meneliti juga rakan-rakan ADUN lain yang turut menyentuh tentang trend pembangunan di Pulau Pinang yang semakin pesat, semakin maju, namun timbul beberapa kebimbangan. Kerajaan Negeri dilihat terlalu ghairah hendak merancang, malah telah pun meluluskan pelbagai projek berkepadatan tinggi seperti yang berkonsepkan vertical development di celahan kampung dan kawasan perumahan matang seperti di Gelugor yang dibantah penduduk baru-baru ini. Manakala di Seberang Jaya seperti di Jalan Tenggiri, Tok Kandu, pinggir Kampung Pematang Batu, Kampung Masjid Timah, Kampung Pematang Rawa dan beberapa lokasi lain.
Persoalan rakyat mudah, hendak luluskan dan hendak bangunkan pembangunan berkepadatan tinggi ini. Baik, tak ada masalah. Namun adakah infra asas telah siap dipertingkat terlebih dahulu? Adakah jalan raya sekarang mampu menampung kepadatan baru? Adakah sekolah, klinik, dan kemudahan awam benar-benar mencukupi? Bagaimana pula dengan laluan pejalan kaki yang semakin susah untuk jalan kaki pun di atasnya? Bagaimana dengan akses OKU dan warga emas?
Apa jua pembangunan baru perlulah mengambil kira keseimbangan komuniti dan kapasiti sebenar kawasan, bukan sekadar mengejar keuntungan berdasarkan jumlah unit semata-mata dan bukan sekadar perancangan yang dijalankan melalui congakan atas kertas sahaja. Pulau Pinang perlu bergerak ke arah mencontohi bandar-bandar besar dunia yang telah berubah pendekatan mereka untuk membina bandar yang lebih bersifat manusiawi, bukan sekadar berlumba-lumba membina bangunan tinggi.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, kesinambungan perbahasan saya akan beralih ke arah keadaan alam sekitar dalam negeri kita. Negeri kita dikatakan semakin pesat membangun tetapi dalam masa yang sama sungai tercemar, pantai rosak, pencemaran udara mula melampau dan beberapa tourism hotspot yang semakin hilang seri. Bahkan kita berpotensi hilang identiti negeri kita di mata pelancong.
Saya senada dengan Ahli Dewan yang telah memperjuangkan berkenaan isu pencemaran Sungai Kereh yang berlarutan sekian lamanya dan ingin saya nyatakan pendirian saya kepada Kerajaan Negeri dan dalam Dewan yang Mulia ini, isu ini perlu dinoktahkan segera. Sekiranya, sampai satu masa mungkin Jawi tidak bersetuju untuk tutup, namun tidak ada masalah, ada beberapa persoalan yang ingin saya ajukan iaitu berkenaan dengan jawapan yang telah Jawi nyatakan tadi.
Sekiranya hendak meraikan pelaburan baru, kalau kita lihat hari ini program pelupusan sisa ini perlu dibantu oleh kerajaan. Sekiranya pelaburan baru masuk, adakah pertama enakmen akan dipinda untuk dipertingkatkan penguatkuasaan dan dendanya? Yang kedua, adakah pelaburan baru yang hendak melabur dalam negeri berkenaan dengan penternakan ini akan perlu dilengkapi dengan sistem fasiliti pelupusan sisa mereka tersendiri? Saya harap moga dapat diberi penjelasan.
Boleh jawab soalan?
Jawab nanti ya Jawi, masa tak banyak.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, tidak kurang rakyat negeri kita daripada kalangan anak-anak muda yang bakal mewarisi negeri ini meluahkan rasa kekecewaan mereka di platform Threads. Siapa yang dah ada dalam Threads?
Dikatakan Pantai Esen sudah hilang seri. Dahulunya tempat orang beriadah, tempat keluarga menikmati suasana pantai yang indah, hari ini air masih keruh bila waktu surut, bila waktu air surut baunya juga boleh tahan masih menikam dan imej kawasan itu semakin merosot. Ini saya tunjukkan serious question, kalau alam sekitar tercemar disebabkan projek juta-juta macam projek dekat Pantai Esen, siapa yang sepatutnya tanggungjawab? Ini saya keratan daripada platform Threads. YB dah ada dalam Threads? Kalau dah ada tolong follow saya.
Kerajaan Negeri sebelum ini memaklumkan akan mengambil langkah proaktif untuk pemulihan Pantai Esen. Apa panjanglah beritanya kan? Namun persoalan saya, apakah status kemajuan kepada proses pemulihan ini? Sudah hampir setahun berlalu, bilakah rakyat ataupun pelancong boleh lihat hasil pemulihan total di kawasan itu? Kita minta penjelasan semasa penggulungan nanti.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Di Seberang Jaya pula, saya hendak memberi kredit penuh kepada JPS Daerah SPT, sanggup berpanasan bersama ADUN kawasan di tepi sungai.
Kredit kepada ADUN kawasan itu jugalah.
Terima kasih Jawi. Turun mencari solusi berhubung aduan pencemaran bau sungai dan parit yang semakin meresahkan penduduk. Resolusinya satu task force akan diwujudkan untuk kenal pasti punca pencemaran. Saya hargai dan percaya ini adalah langkah yang baik.
Tetapi sekiranya selepas ini punca telah dikenal pasti, tindakan penguatkuasaan mesti dilakukan secara tegas dan agresif. Kalau ada industri yang terbukti menjadi punca pencemaran, kalau ada pihak yang terbukti membuang sampah sesuka hati, maka tindakan tidak boleh lagi hanya sekadar amaran, denda, dan pemantauan.
Saya bersetuju!
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya beralih untuk menjelaskan antara sebab mengapa tema, "Gagal Merancang, Merancang Kegagalan", saya gagaskan untuk seluruh perbahasan saya. Sebagai seorang anak muda, dan seorang peminat bola sepak, saya berkongsi rasa kekecewaan dan amat-amat malu terhadap perkembangan sukan bola sepak yang telah berlaku di negeri kita mutakhir ini.
Sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Air Itam sebagai Chef de Mission atau Ketua Kontinjen Negeri kita, lebih kesal perkembangan ini bukan kerana kita kalah 18-0 di atas padang, bukan kerana kita tidak ada pemain cukup bagus macam Bukit Tambun FC, tetapi kerana kita tidak ada senarai pemain untuk didaftarkan.
Ini bukan isu teknikal. Ini kegagalan pengurusan yang amat-amat memalukan, dan tanggungjawab ini tidak boleh sekadar diletakkan atas MSNPP, FAP dan PFC. Kerajaan Negeri, EXCO Sukan perlu ambil tanggungjawab penuh. Kalau benda sebesar penyertaan SUKMA pun gagal nak dipantau, gagal nak didaftarkan, apa sebenarnya fungsi kepimpinan sukan negeri? Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, kenyataan media MSNPP membawa makna apa? Saya tidak perlu ulang, semua sudah baca.
Semua pihak tahu bila deadline. Semua pihak tahu apakah syaratnya. Tetapi tetap berlaku kegagalan ini. Persoalannya, bukankah pembangunan akar umbi sepatutnya berjalan berterusan? Bukankah pipeline pemain sepatutnya sudah dikenal pasti lebih awal? Bukankah latihan, scouting dan pembangunan bakat sepatutnya sudah bermula lama? Atau sebenarnya memang tidak ada fokus, memang tidak ada perancangan untuk koordinasi perkara ini?
Kalau dalam parti politik boleh ada scouting talent untuk siapa hendak angkat jadi Ahli Majlis dan ADUN, boleh disiapkan senarai sebelum hendak hantar ke penamaan calon, kenapa pembangunan sukan negeri bola sepak tidak boleh hendak buat? Ini amat memalukan.
Nak kalut pilihan raya.
Nak kalut pilihan raya, mungkin ini sidang yang terakhir.
Bola sepak ini ibu segala sukan. Bola sepak bukan sekadar permainan, ianya membentuk identiti kita sebagai rakyat, ianya maruah negeri, impian anak-anak muda. Selain desakan yang dilontarkan oleh Air Itam semalam, saya ingin tambah lagi desakan supaya laporan penuh kegagalan ini dibentangkan dalam Dewan yang Mulia ini dan saya gesa supaya pelan pembangunan bola sepak negeri bagi 5 dan 10 tahun mendatang turut dibentangkan kepada rakyat melalui Dewan yang Mulia ini.
Kita negeri yang pernah gah dalam bola sepak, hari ini gagal hendak masuk pertandingan yang mampu menjadi pemangkin pengalaman kepada bakat muda kita, maka ini adalah petanda serius sistem pembangunan bola sepak negeri sedang tenat. Bukan saja bola sepak saya perjuangkan, pada para wanita saya juga mahu...
Mohon mencelah YB Seberang Jaya.
Bola sepak... bola sepak.
Baru nak masuk sukan wanita…
Okey, terima kasih Dato’ Seri Speaker. Kita tengok tadi ada semalam dihantar surat edaran pada seluruh dewan YB-YB dalam Dewan ini berkaitan tentang bapa angkat. Jadi setuju atau tidak, nak kata bapa angkat ini, abang angkat sebab muda sangat. Portfolio atau diberikan pada abang angkat ini sebagai team bowling, tenpin bowling. Jadi setuju tak kita tukar YB Seberang Jaya sebagai bola sepak, bapa… kepada abang bola sepak?
Terima kasih Sungai Bakap. Kalau hendak letak bola sepak lelaki tidak ada, hendak letak pi lah apa mana pun kepada kita sebagai wakil rakyat, sudah tentu kita akan pikul tanggungjawab itu sebaik-baik mungkin walaupun bapa angkat, abang angkat, kakak angkat dan sebagainya. Kita akan pikul tanggungjawab tersebut dan beri sokongan moral kepada atlet kita. Insya-Allah.
Ini saya hendak menyentuh berkenaan pembangunan sukan bola jaring wanita Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Kepada kepimpinan sukan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh EXCO Sukan, saya hendak tanya terus kepada Kerajaan Negeri, adakah telah ataupun langsung tak pernah bertemu dengan Persatuan Bola Jaring Negeri Pulau Pinang untuk berbincang secara serius tentang penyertaan ke Netball Super League Malaysia (NSL)? Adakah sebarang pelan atau tidak untuk Kerajaan Negeri untuk bantu dan facilitate? Atau sampai hari ini masih sibuk dengan Jelajah CM ke sana ke mari?
Atau sampai hari ini masih tidak ada usaha yang benar-benar tersusun kerana negeri-negeri lain sudah bergerak membina ekosistem pembangunan atlet bola jaring wanita melalui platform kompetitif seperti NSL, tetapi Pulau Pinang terus ketinggalan. Saya memohon penjelasan Yang Berhormat EXCO yang mewakili Kerajaan Negeri DAP pada hari ini.
Tanya bapa angkat bola jaring.
Tahniah, tolong bentuk pasukan sampai ke NSL.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya beralih perbahasan saya untuk bicara tentang Akaun Amanah Pembangunan Perumahan Bumiputera Negeri Pulau Pinang. Akaun amanah ini diwujudkan khusus untuk mengakaunkan sumbangan, terimaan, dan perbelanjaan berkaitan pembelian dan pembangunan tanah, rumah, ruang komersial, atau hartanah untuk manfaat Bumiputera.
Semangat dan prinsipnya adalah untuk memperkukuh pegangan hartanah Bumiputera, untuk membantu agenda pembangunan Bumiputera, untuk memastikan Bumiputera tidak terus terpinggir dalam pemilikan ekuiti dan hartanah di Negeri Pulau Pinang.
Berdasarkan jawapan bertulis yang saya terima yang mungkin boleh bantu Permatang Pasir tentang persoalan tadi, jumlah terkumpul akaun amanah ini meningkat daripada sekitar 188 juta pada tahun 2021 kepada lebih 310 juta pada tahun 2025. Namun sehingga 31 Mac 2026, saya dapati ada sekitar 9 juta telah dibelanjakan. Maka saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah tujuan 9 juta tersebut dibelanjakan? Untuk tujuan apa? Apa yang untuk di mana projeknya? Bila ianya dibayar? Kepada siapa pembayaran itu dibuat? Saya gesa penjelasan penuh dan ketelusan diberikan.
Saya juga ingin tegaskan bila saya bawa fasal Bumiputera, saya hendak tegaskan bahawa sebagai Ahli Yang Berhormat Perikatan Nasional dan daripada Bersatu, kita tidak ada masalah dengan pendekatan agenda perumahan yang inklusif, malah kita meraikan. Tetapi rakyat berhak persoal dan kita kena faham akaun ini bukan ditubuhkan secara umum untuk semua kategori pembangunan.
Sebab itu saya hendak ingin bertanya, setelah ratusan jutaan ringgit dikumpulkan dalam akaun amanah ini sejak sekian penubuhan akaun ini, adakah sebarang perancangan untuk peroleh sebarang tanah strategik untuk Bumiputera? Berapa banyak dalam perancangan yang telah digariskan untuk membangunkan projek perumahan khas untuk Bumiputera yang benar-benar akan diwujudkan melalui dana ini? Berapa banyak ruang komersial Bumiputera sedang dirancang untuk dibina? Kerana kalau jawapannya terlalu sikit dan tiada perancangan sehingga kini hanya inginkan tabung ini, maka rakyat berhak persoal adakah kerajaan DAP yang ada pada hari ini hanya inginkan tabung ini sekadar menjadi tabung simpanan tanpa adanya keberanian politik untuk mempertahankan bahkan memperjuangkan kepentingan Bumiputera dalam Negeri Pulau Pinang? Saya minta supaya dapat diberikan penjelasan yang sebaiknya dalam Dewan yang Mulia ini.
YB Seberang Jaya, mohon pencelahan. Terima kasih, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Kita sedia maklum Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang diurus di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu PSUKPP. Soalan saya, setujukah YB supaya kita dapat penjelasan dan perincian siapakah ahli-ahli yang turut menganggotai jawatankuasa pentadbiran ini? Jika ada YB EXCO yang terlibat, siapa yang dilibat uruskan? Ada satu lagi…
Saya…
Yang kedua, dan setuju tak YB kalau kita minta kerajaan untuk membentangkan jawatankuasa pentadbiran akaun ini telah bermesyuarat sebanyak berapa kali dan apa hasil mesyuarat yang terkini yang kita hendak tahu? Terima kasih.
Saya bersetuju dengan pandangan atau penjelasan yang diminta oleh Sungai Bakap dan dimasukkan dalam ucapan saya.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin ulangi semangat akaun ini diwujudkan untuk pembelian atau pembangunan tanah, rumah, ruang komersial, atau hartanah lain untuk manfaat Bumiputera.
Maka saya nak beralih perhatian Dewan ini kepada suatu bangunan yang telah uzur lama menjadi simbol yang sangat teruk di Bandar Perda iaitu Bazar Perdana yang berada pinggir kawasan Bukit Mertajam, berada dalam Parlimen Permatang Pauh, berada dalam DUN Seberang Jaya. Dan cadangan ini dilihat menepati semangat penubuhan akaun tersebut.
Isu ini bukan sekadar isu antara masalah pemaju dan pembeli. Isu ini bukan antara isu yang antara isu peniaga dan pemilik lot yang sudah lama menanggung beban. Tetapi ini melibatkan potensi aset pegangan Bumiputera dalam negeri ini yang dilihat terbiar di kawasan yang sangat strategik. Isu ini adalah peluang besar Kerajaan Negeri untuk menyelamatkan pegangan hartanah Bumiputera sebelum kawasan itu terus menjadi simbol kegagalan yang sangat besar.
Saya tak minta keseluruhan baki RM301juta itu digunakan untuk tujuan ini. Saya hanya minta Kerajaan Negeri pertimbangkan sebahagiannya secara berstruktur, secara telus dan bersyarat untuk membantu membangunkan semula bangunan terbiar Bazar Perdana ini sebagai pembangunan perumahan dan komersial khas Bumiputera yang baharu. Berdasarkan hansard Kamar Khas Parlimen Malaysia bertarikh 12 Februari 2025, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh dan telah dijawab oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan menjawab, saya quote "Pihak kerajaan khususnya Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang telah merancang pembangunan semula projek ini. Kertas kerja telah dikemukakan untuk pertimbangan dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera bagi tindakan selanjutnya" end quote.
Maka Kerajaan Negeri adalah kini diseru untuk ambil tindakan yang agresif, menjalankan pertimbangan yang sebaiknya dan proaktif. Saya tak minta Kerajaan Negeri tanggung semua, tetapi sekurang-kurangnya tonjolkanlah political will, tunjukkan bahawa kerajaan ini dan Kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ini masih peduli kepada nasib rakyat yang terkesan. Manfaatkanlah akaun amanah ini secara strategik dan sebaiknya.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, dua topik yang terakhir berkenaan tanah Tapak Ekspo Seberang Jaya. Saya difahamkan ada desas-desus cadangan pembangunan komersial di kawasan tersebut walaupun mungkin belum dimuktamadkan. Maka inilah peluang untuk saya sekali lagi menggesa supaya tanah yang hari ini terbiar dan tidak dimanfaatkan secara optimum ini dijadikan sebagai integrated logistics hub dan agro-based business center yang dilengkapi dengan fasiliti utama seperti bangunan parkir bertingkat bersepadu seperti yang telah dibangunkan oleh DBKL dan di Putrajaya.
Saya ketengahkan cadangan ini bukan sekadar cadangan kosong. Saya percaya sebarang pembangunan yang dibuat tanpa menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat akhirnya akan menjadikan sesuatu pembangunan itu kerugian yang sangat besar. Hari ini cuba kita lihat sendiri keadaan di Jalan Tun Hussein Onn khususnya di hadapan Hospital Seberang Jaya. Sampai ke tengah malam berlaku keadaan di mana limpahan parkir yang sangat serius sehingga mengganggu laluan trafik dan membahayakan pengguna jalan raya. Kalau siapa yang tak pernah lalu depan Hospital Seberang Jaya saya nak bawa ni, saya print besar-besar. Limpahan parkir kiri dan kanan. Okey?
Kita kena faham, kereta yang parkir di sini, pihak pusat khidmat saya malah saya sendiri pernah tunggu pagi-pagi untuk menyoal pemilik-pemilik kenderaan ini. Tanya, mereka ini adakah datang nak melawat pesakit di hospital? Tidak. Mereka jadikan kawasan itu sebagai kawasan transit tempat letak kereta, akhirnya mereka naik bas kilang untuk pergi bekerja di kawasan industri sama ada di pulau atau di kawasan lain.
Maka, ya, mereka tak ada pilihan. Kompaun dan saman juga tak berkesan lagi. Isu ini bukan lagi sekadar menjadi isu kesesakan tetapi sudah melibatkan soal keselamatan nyawa. Ramai yang telah tampil ke pusat khidmat saya memberitahu bahawa telah berlakunya kemalangan di kawasan ini. Yang Berhormat EXCO Sukan tak ada, Pengerusi JBPP Permatang Pasir turut mengalami kemalangan di kawasan ini bersama isteri dan anak kecilnya. Ni saya nak tunjuk ni, pada waktu malam.
Berapa lama lagi kita nak tunggu sehingga kes-kes sebegini berlarutan dan berlaku, atau hanya kita nak tunggu tragedi besar berlaku barulah Kerajaan Negeri, PDC sebagai pemilik tanah yang berada berdekatan yang ada potensi untuk menyelesaikan masalah ini barulah nak ambil tindakan? Maka saya harap segala cadangan yang telah saya kemukakan ini dapat dipertimbangkan sepenuhnya kerana kawasan tanah tapak ekspo ni sangat-sangat strategik.
Kalau Kerajaan Negeri ada political will dan perancangan yang betul, kawasan ini boleh dibangunkan sebagai hab parkir bertingkat sejajar dengan cadangan untuk menjadikan kawasan ini sebagai hab pengangkutan dan logistik bersepadu sebagai sambungan kepada Penang Sentral di Bagan. Orang yang bekerja di Pulau, orang yang datangnya dari Sungai Dua nak bekerja di Pulau, dari mana sekalipun yang nak bekerja di Pulau boleh meletakkan kenderaan di hab parkir bertingkat ini dengan selamat, kemudian disambungkanlah dengan sistem shuttle, Rapid atau pengangkutan awam yang lebih tersusun dan mampan.
Seberang Jaya boleh landing ah (dengan izin).
Baik, Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebelum saya landing mengakhiri perbahasan, dalam persidangan November yang lalu saya telah pun membahaskan dan mendesak supaya Kerajaan Negeri mengambil inisiatif bersama dengan semua agensi terlibat mencari jalan penyelesaian terhadap projek yang sudah terlalu lama tergantung sepi iaitu projek pembangunan perumahan Kampung Bagan Serai. Alhamdulillah, selepas isu ini dibangkitkan oleh Seberang Jaya dalam Dewan yang Mulia pada November lalu, saya lihat pada Disember ada perkembangan yang positif.
Majlis menandatangani perjanjian usaha sama projek pembangunan bercampur di Kampung Bagan Serai, Seberang Perai Tengah, 16 Disember 2025 di antara PVISB dan juga JKPPSB. Jawapan bertulis yang saya terima pula menjelaskan keseluruhan perjanjian usaha sama ini dimeterai dengan sempurnanya pada 19 Mac 2026 baru-baru ini.
Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi, penduduk Kampung Bagan Serai dalam kawasan DUN Seberang Jaya, dalam Parlimen Permatang Pauh, dalam Negeri Pulau Pinang dah terlalu lama hidup dalam fasa "akan". Akan selesai, akan dimulakan, akan dibangunkan. Jawapan bertulis yang saya terima pula menjelaskan jangkaan pelan kebenaran merancang akan dikemukakan suku keempat tahun ini. Maka saya amat berharap supaya tidak lagilah berlaku "akan" ini dan diharapnya dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Jap ya Yang Berhormat,
Habis. saya bagi masa.
Sikit lagi Saya amat berharap penduduk dan waris yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia ini tidak akan lagi berada dalam fasa "akan" itu dan ini. Maka saya gesa Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri malah kepada Kerajaan Persekutuan, segerakan, tuntaskan, mulakan segera.
Akhir sekali, saya ingin tegaskan bahawa rakyat Pulau Pinang bukan menolak pembangunan. Kita semua mahu negeri ini maju, kita mahu pelaburan masuk, kita mahu peluang pekerjaan bertambah tetapi kita sebagai rakyat juga mahu sebuah kerajaan yang berjaya merancang dan melaksanakan perancangan yang holistik dengan penuh bertanggungjawab dan penuh sifat manusiawi. Kerana pembangunan tanpa perancangan yang baik akhirnya hanya akan membawa tekanan kembali kepada rakyat, tatakelola yang lemah akan melemahkan institusi, pembangunan yang tidak terkawal akan merosakkan kesejahteraan hidup dan keputusan yang dibuat tanpa memikirkan kesan jangka panjang akhirnya hanya akan dibayar mahal oleh generasi yang akan datang. Sesebuah negeri tidak runtuh dalam sehari, ia runtuh sedikit demi sedikit jika perancangan dibuat tanpa hala tuju yang jelas, jika pembangunan dibuat tanpa pertimbangan dan keseimbangan dan jika suara rakyat mula diketepikan.
Kalau berlayar ke Pulau Mutiara, Singgah sebentar di Penaga, Kalau laksana hanya angka dan kuasa, Rakyat akhirnya menanggung sesara.
Patah kemudi di tengah lautan, Singgah berteduh di Penaga, Kalau negeri menuju kegagalan, Tiba masa PN teraju dan jaga.
Harap dapat dilakukan sesuatu kepada yang memerlukan, di dalam sesuatu perkhidmatan itu harus ada keikhlasannya. Berkhidmatlah kita semua dengan penuh keikhlasan kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala, hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kita berserah. Dengan itu saya mohon menyokong dengan teguran, cadangan dan penegasan sepertimana yang telah saya bahaskan dalam Dewan yang Mulia ini. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Seberang Jaya. Maka seterusnya Berapit, sila.
Salam sejahtera, salam Penang 2030, salam Malaysia MADANI. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, EXCO dan semua Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan ini. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun atas penyempurnaan istiadat perasmian dan perutusan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15. Sejajar dengan inti pati ucapan perasmian TYT, perbahasan Berapit menyentuh perkara-perkara seperti di yang penting di berikut.
Pertama sekali, keselamatan makanan dan pembekalan baja. Dalam keadaan dunia yang tidak menentu hari ini, kesan peperangan dan konflik geopolitik bukan sahaja membawa kepada krisis tenaga tetapi juga memberi kesan kepada bekalan makanan dan rantaian bekalan baja. Jadi kita perlu mula fikir satu perkara, bolehkah kawasan bandar juga menjadi sebahagian daripada sumber makanan kita? Jawapannya boleh.
Kita boleh lihat contoh seperti di Singapura. Mereka menggunakan ruang seperti bumbung flat, tanah lapang dan kawasan komuniti untuk dijadikan kebun komuniti. Penduduk bersama-sama menguruskan kebun itu. Setiap orang atau setiap keluarga menjaga sebidang kecil tanah, menanam sayur atau tanaman yang mudah untuk kegunaan sendiri ataupun dikongsi secara kecil-kecilan.
Kerajaan pula menyediakan kemudahan asas, sokongan teknikal dan sistem pengurusan yang jelas. Jadi kebun komuniti ini bukan sekadar aktiviti sementara, tapi boleh menjadikan satu sistem komuniti yang berjalan secara berterusan.
Ini menunjukkan bahawa pertanian bandar bukan sekadar slogan, ia boleh dilaksanakan asalkan ada tiga perkara yang penting. Satu, ruang. Kedua, sistem dan ketiga adalah penyertaan komuniti. Kalau kita lihat dari Pulau Pinang sebenarnya kita sini bukan bermula daripada kosong. Hari ini sudah ada beberapa komuniti, sekolah atau organisasi tempatan yang menjalankan aktiviti penanaman secara kecil-kecilan. Kita juga ada contoh seperti Juru Autocity yang menjalankan usaha kompos sisa makanan, kemudian digunakan semula untuk penanaman dan juga penghijauan. Ini semua adalah asas yang baik. Ia menunjukkan bahawa masyarakat Pulau Pinang sebenarnya sudah ada kesedaran dan minat untuk bergerak ke arah ini.
Cuma satu persoalan yang sangat penting sekarang, usaha-usaha ini masih agak terpisah, banyak yang dibuat oleh komuniti tertentu, sekolah tertentu, pihak tertentu secara sendiri. Ia bukan ia belum lagi disusun dan diperluaskan secara lebih sistematik. Jadi isu utama hari ini bukan lagi sama ada kita mahu atau tidak mahu buat, tapi adalah bagaimana kita mahu besarkan usaha ini, pastikan ia stabil dan boleh berjalan untuk jangka yang lebih jangka masa panjang.
Pandangan saya adalah Kerajaan Negeri boleh memperkukuhkan usaha ini melalui beberapa langkah. Pertama, buka lebih ruang yang sesuai untuk tujuan pertanian komuniti. Contohnya seperti bumbung bangunan awam, tanah kosong, sudut komuniti atau kawasan kecil di bawah seliaan PBT atau Pejabat Tanah yang sesuai dan selamat digunakan.
Kedua, permudahkan proses permohonan dan belikan sokongan asas. Ini termasuk peralatan asas, latihan permulaan, bimbingan teknikal dan mungkin bantuan kecil supaya komuniti yang minat mereka lebih mudah untuk mereka lebih senang untuk mulakan projek yang kecil-kecilan ini.
Ketiga, wujudkan sistem pengurusan komuniti yang jelas. Contohnya setiap peserta atau keluarga yang menjaga satu petak kecil dengan peraturan yang mudah untuk tentang penjagaan, penggunaan air, kebersihan, perkongsian hasil dan sebagainya. Ini penting supaya program ini adil tersusun dan boleh diteruskan. Keempat, gabungkan pertanian bandar dengan sistem kompos komuniti. Kalau sisa makanan boleh ditukar menjadi kompos dan digunakan semula di kebun komuniti, kebun sekolah atau kawasan hijau, kita boleh wujudkan satu kitaran tanam, kitar semula dan guna semula.
Ini bukan sahaja untuk mengurangkan sisa makanan tetapi membantu untuk mengurangkan kebergantungan kepada baja import. Yang ini cadangan saya bukan untuk menggantikan bekalan makanan yang major tetapi adalah satu option supaya kita kurangkan pergantungan kepada makanan import semasa kekangan perang.
Pulau Pinang sudah ada asas. Apa yang penting sekarang adalah bagaimana kita menyusun usaha-usaha kecil ini menjadikan satu tuju hala yang lebih sistematik, lebih mampan dan, lebih mampan, lebih dekat dengan kehidupan rakyat.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, dalam ucapan pembukaan Tun Yang Terutama, usaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang iaitu MBPP dalam melaksanakan Age-Friendly City Penang Island telah diberikan penghargaan khusus. Pada masa yang sama, ucapan tersebut juga mengucapkan tahniah kepada MPSP atas pengiktirafan sebagai ahli WHO Global Network for Age-Friendly Cities and Communities. Turut disebut bahawa inisiatif Bandar Mesra Usia Seberang Perai akan dilaksanakan secara berfasa dari November tahun 2025 sehingga 2028 dengan kerjasama pelbagai pihak, pelbagai jabatan teknikal dan agensi berkaitan. Ini semua adalah perkembangan yang sangat baik dan wajar kita memberi penghargaan.
Struktur penduduk Pulau Pinang sedang berubah dengan cepat. Berdasarkan data berkaitan pada tahun 2025, penduduk berusia 65 tahun ke atas di Pulau Pinang telah meningkat kepada 8.4 peratus, manakala golongan berusia 0 sehingga 14 tahun pula menurun kepada 18.4 peratus. Pada masa yang sama, kadar kelahiran Pulau Pinang adalah antara terendah di Malaysia. Ini bermaksud dalam tempoh 10 sehingga 20 tahun yang akan datang, jumlah tenaga kerja muda akan semakin berkurangan manakala keperluan terhadap penjagaan warga emas, sokongan kesihatan, kemudahan pengangkutan, persekitaran tanpa halangan serta sokongan komuniti akan semakin meningkat. Jadi, isu penuaan penduduk perlu dilihat sebagai sebahagian daripada tadbir urus bandar dan infrastruktur negeri.
Bagi inisiatif Bandar Mesra Usia Seberang Perai, saya ingin tanya juga, adakah MBSP sudah mempunyai satu sasaran tahunan yang lebih jelas? Sebagai contoh, bagi tahun 2026, kawasan mana yang akan diberi keutamaan? Komuniti, kawasan perumahan atau ruang awam mana akan menjadi lokasi pertama untuk penambahbaikan? Selain penambahbaikan kemudahan awam, adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan sokongan yang lebih dekat dengan keperluan keluarga? Contohnya, aktiviti harian warga emas, latihan kepada penjaga, perkhidmatan respite care atau rehat sementara kepada penjaga, sokongan pengangkutan komuniti serta bantuan ubah suai rumah yang selamat untuk keluarga warga emas yang berpendapatan rendah seperti pemasangan pemegang tangan, lantai anti-gelincir, pencahayaan yang lebih baik dan juga ramp kecil.
Pada pandangan saya, Pulau Pinang sudah mempunyai satu permulaan yang baik dalam usaha untuk membina satu Age-Friendly City. Kita ada asas melalui MBSP dan juga MBPP dan apa yang penting sekarang adalah usaha-usaha ini boleh disusun menjadi satu pelan tindakan yang lebih jelas, boleh dipantau dan mempunyai garis panduan yang nyata.
Saya ingin menyentuh juga tentang pelaksanaan smart meter iaitu meter air pintar oleh PBAPP yang sidang lalu ada disebut oleh Machang Bubuk. Khususnya dari sudut masyarakat menua dan juga isu warga emas yang hidup bersendirian. Bagaimana kita boleh kaitkan smart meter itu dengan warga emas? Saya difahamkan, jadi saya nak bagi tahu apa yang saya baca daripada akhbar surat khabar adalah difahamkan PBAPP telah memperuntukkan RM2.5 juta untuk memasang meter air pintar bagi 2,000 akaun pengguna di Balik Pulau untuk fasa pertama pada tahun 2024 menurut berita. Ini satu pembaruan digital dalam pengurusan air yang wajar diberi penghargaan.
Namun, bagi saya, smart meter ini tidak sepatutnya dilihat sebagai satu perubahan cara untuk membaca meter air sahaja. Ia juga bukan sekadar untuk mengesan kebocoran atau meningkatkan kecekapan bil dan kutipan sahaja. Sebenarnya teknologi ini boleh dijadikan satu alat yang penting untuk membantu Pulau Pinang menghadapi masyarakat menua, malah kemungkinan berdepan dengan masyarakat warga emas yang hidup sendiri, bersendirian pada masa depan. Pulau Pinang sedang menua dengan cepat yang seperti ucapan saya tadi. Jadi untuk masa depan, cabaran kita bukan sahaja warga emas yang semakin meningkat tetapi lebih ramai mereka yang tinggal seorang, pasangan warga emas yang tinggal berdua sahaja, anak-anak mereka tidak ada yang tinggal di sisi. Jadi kita memerlukan satu sokongan komuniti untuk jangka masa panjang.
Saya ingin kongsikan tragedi yang telah berlaku dalam komuniti kita. Pada 3 Mac tahun ini, berlaku di PPR Taman Sahabat, Teluk Kumbar. Sepasang ibu dan anak ditemui meninggal dunia di dalam rumah flat. Yang ibunya berusia 72 tahun dipercayai telah meninggal dunia akibat sakit kira-kira 10 hari sebelum itu dan anak lelakinya yang berusia 39 tahun dipercayai mempunyai masalah intelektual pula dipercayai tinggal bersama mayat ibunya selama beberapa hari sebelum turut meninggal dunia. Kes seperti ini mengingatkan kita bahawa isu warga emas yang hidup sendiri, tak ada ahli keluarga yang teman mereka tidak boleh hanya bergantung kepada penemuan selepas kejadian berlaku. Apa yang kita perlukan adalah satu mekanisme prihatin yang lebih awal, lebih lembut dan tidak terlalu ganggu kepada golongan ini. Smart meters boleh dijadikan satu titik permulaan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, ini di peringkat antarabangsa contohnya telah ada seperti di negara Jepun. Mereka mempunyai beberapa syarikat utiliti menggunakan data meter elektrik pintar, smart meter juga, melihat sama ada rutin harian warga emas yang tinggal sendiri, bersendirian menunjukkan perubahan luar biasa. Dan di Hong Kong juga terdapat projek perintis yang menggunakan data meter pintar dengan rangkaian kebajikan sosial. Apabila sistem mengesan corak penggunaan yang luar biasa, petugas barisan hadapan, frontliner, atau pekerja sosial, mereka akan buat semakan lanjut. Dan model sebegini bukan bertujuan untuk memantau golongan ini dengan keterlaluan. Tujuannya adalah menggunakan data utiliti yang sedia ada secara rendah gangguan iaitu the lowest interference untuk mengesan perubahan rutin harian mereka kemudiannya disusuli dengan pengesahan manusia.
Bagi Pulau Pinang, smart meter mungkin lebih sesuai untuk diteroka kerana bekalan air adalah di bidang yang lebih mudah diselaraskan di peringkat negeri. Kalau kita berbanding dengan TNB elektrik yang melibatkan lebih banyak penyelarasan di peringkat Persekutuan. Lebih penting lagi, kaedah ini tidak memerlukan pemasangan kamera dalam rumah dan tidak memerlukan warga emas memakai sebarang alat khas, tak payah device bagi mereka. Ia hanya menggunakan infrastruktur air yang sedia ada untuk melihat sama ada terdapat perubahan penggunaan air yang ketara. Oleh itu, saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan mulakan daripada Balik Pulau dengan membangunkan melaksanakan smart meter ini sebagai satu projek perintis Bandar Mesra Usia bagi sistem peringatan awal untuk warga emas yang tinggal bersendirian atau keluarga yang berisiko tinggi.
Keduanya, beberapa isi rumah warga emas yang tinggal bersendiri, mereka kena dapat persetujuan. Mereka secara sukarela mereka pilih sendiri untuk menjadikan pioneer project ini dan dengan ini kita boleh menguji sama ada model peringatan penggunaan air luar biasa tambah dengan pengesahan manusia ini adakah berkesan. Sistem hanya memberi satu amaran awal manakala saya minta juga kena ada satu tindakan. Tindakan susulan dibuat oleh ahli keluarga, pekerja sosial, NGO atau pihak komuniti daripada kerajaan adalah sangat-sangat penting. Secara keseluruhannya, smart meter bukan sekadar projek teknologi, ia boleh menjadikan sebahagian daripada sistem penjagaan sosial yang tidak perlukan perbelanjaan yang tinggi.
Isu yang seterusnya saya ingin menyentuh tentang perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di Pulau Pinang, khususnya keperluan tindakan susulan berkaitan dengan taska mapping. Bagi ramai ibu bapa seperti kita di sini, pemilihan pusat jagaan kanak-kanak bukan satu perkara yang sangat senang. Perkara yang paling penting bagi mereka selalu mereka ambil berat adalah adakah terdapat taska berdaftar berhampiran dengan rumah mereka? Dan adakah pusat jagawan itu selamat, boleh dipercayai dan mampu dibayar? Adakah waktu operasi sesuai dengan pekerjaan mereka, selepas bekerja baru ambil anak? Dan, adakah maklumat ini senang didapat? Contohnya saya sendiri semasa saya mencari taska untuk anak saya, saya tidak dapat mendapatkan informasi ini dan terpaksa saya melalui Facebook atau sosial media buatlah satu fail Excel dan setiap taska saya kena pergi melawat sendiri baru saya dapat satu jawapan. Saya rasa Machang Bubuk pun sama kan? Sebab anak kita sama umur.
Oleh itu, taska mapping bukan sekadar kerja menyusun data. Ia adalah satu alat penting untuk membantu ibu bapa membuat pilihan yang lebih selamat. Ia juga berkait rapat dengan keselamatan kanak-kanak, penyertaan wanita dalam pekerjaan, ekonomi keluarga dan ketelusan perkhidmatan awam. Seawal tahun 2014, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan sistem pemetaan taska di Pulau Pinang. Pada masa itu, sebanyak 162 taska berdaftar di Pulau Pinang di bahagian Island dan juga di bahagian Seberang Perai telah dimasukkan dalam Sistem Peta GIS. Tujuannya adalah untuk mudahkan ibu bapa mencari taska berdaftar yang berhampiran dengan rumah mereka dan saya difahamkan inisiatif itu, pada masa itu merupakan pertama seumpamanya di negara ini dan ini merupakan satu permulaan yang sangat-sangat baik.
Namun, selepas sejak tahun 2014 sekarang sampai 2026, sudah lebih 10 tahun berlalu. Jadi dengan sekarang perubahan kos sara hidup, cara pekerjaan, keperluan penjagaan kanak-kanak dan struktur keluarga telah banyak berubah. Oleh itu, saya berpendapat bahawa taska mapping ini tidak patut kekal sebagai inisiatif lama sahaja tetapi perlu dikemaskini, diperluas dan dijadikan satu sistem yang lebih tersusun.
Pada tahun 2022, kajian oleh Penang Institute bersama dengan PWDC juga menunjukkan bahawa cabaran utama ibu bapa dalam isu penjagaan kanak-kanak termasuk kemampuan kewangan, keselamatan dan kebolehpercayaan. Bagi keluarga B40, kos taska menjadi satu kebimbangan utama. Bagi keluarga M40 dan T20 pula, aspek keselamatan dan keyakinan terhadap pusat jagaan menjadi satu pertimbangan yang penting. Ini menunjukkan daripada lapisan masyarakat, mereka mempunyai faktor kebimbangan yang berlainan.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri ambil tindakan susulan dalam tiga perkara. Pertama, kemas kini taska yang berdaftar di seluruh Pulau Pinang, data mereka termasuk lokasi, waktu operasi, anggaran yuran, umur kanak-kanak yang diterima, jumlah tempat yang disediakan dan sama ada pusat tersebut masih aktif beroperasi.
Kedua, naik taraf taska mapping ini menjadikan satu platform yang terbuka iaitu open system supaya ia boleh digunakan dan dikemaskini secara berkala supaya ibu bapa juga boleh mencari taska berdaftar dan dipercayai mengikut kawasan masing-masing. Cara ini sudah ada di banyak negara dan juga ada di bandar-bandar yang mempunyai taska mapping ini seperti saya bagi contoh di kawasan Hong Kong dan Taiwan, mereka ibu bapa hanya tekan sahaja dia boleh dapat tahu di BM ke atau di Seberang Jaya, Penanti, mereka boleh dapatkan semua maklumat taska tersebut.
Ketiga, jalankan satu lagi childcare needs survey untuk memahami cabaran sebenar yang dihadapi oleh ibu bapa masa sekarang termasuk kos taska, waktu operasi, keperluan infra care atau serta kawasan mana yang masih kekurangan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Secara keseluruhan, taska mapping nampaknya satu alat teknikal tetapi sebenarnya adalah satu perkhidmatan maklumat awam yang sangat diperlukan oleh ibu bapa. Hanya apabila maklumat ini terus dan yang senang diperoleh barulah ibu bapa boleh buat pilihan yang lebih selamat dan lebih yakin untuk anak-anak mereka.
Boleh minta laluan Berapit.
Sila.
Berapit. Terima kasih YB Berapit yang telah membangkitkan satu perkara yang saya rasa begitu menarik iaitu tentang taska mapping. Saya cuma nak tanya pandangan daripada YB Berapit. Ada juga dalam, selain daripada taska yang saya rasa boleh kita buat melalui Google Maps, ya tapi dia kena ada orang selaraskan. Tapi yang satu golongan pengasuh di rumah yang kita nampak tidak ada apa-apa kawalan dan juga tidak ada sebarang latihan untuk golongan pengasuh di rumah sebab tadi ada sebut tentang affordability, kemampuan untuk bayar pengasuh itu. Maka, setujukah YB Berapit kita Kerajaan Negeri perlu bukan bukan setakat taska sahaja kena ada pemetaan tapi juga kita perlu ada rekod siapa adalah, siapakah yang merupakan pengasuh-pengasuh di rumah supaya kita boleh memastikan isu tentang affordability dan juga keselamatan serta kebersihan di rumah tersebut atau rumah persendirian tersebut. So apa pandangan YB Berapit.
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Sememangnya isu kanak-kanak menjadikan satu isu prihatin ibu bapa. Tidak boleh dilupakan. Jadi saya setuju dengan Yang Berhormat Machang Bubuk. Yang untuk masa sekarang, mungkin kita minta satu, kalau kita boleh dapat pengasuh detail-detail pengasuh dari di rumah yang tidak berdaftar untuk menjadikan satu data terbuka kepada orang ramai. Ini sangat baik. Tapi buat masa sekarang, kalau kita tak ada satu mapping untuk taska yang berdaftar, macam mana kita boleh dapat information untuk untuk pengasuh di rumah dan kalau kita tak boleh ada satu mapping, taska mapping yang sempurna, yang lengkap dibekalkan kepada semua orang, orang awam boleh boleh openly searching, dia akan pilih lebih senang dia hantar kepada jiran dia jaga atau saudara-mara dia jaga. Kalau saudara-mara, jiran okay lagi. Kalau mereka hanya tak tahu nak hantar kepada siapa, kepada siapa yang boleh jaga, itulah menjadi satu risiko dan satu isu keselamatan. Jadi saya setuju dengan Machang Bubok dan saya harap jawatan, kita boleh menjawab, kita boleh mendapat jawapan yang at least satu perancangan untuk jangka masa panjang di dalam Dewan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, Dato’ Seri Yang di-Pertua saya ingin menyentuhkan satu fly, fly away site network untuk ekopelancongan. Saya tengok dalam dalam semasa, semasa perasmian disebutkan oleh TUN Yang Terutama bahawa Kerajaan Negeri sedang berusaha menjadikan Hutan Simpan Kuala Bekah, Hutan Simpan Pasir Gebu dan Hutan Simpan Lahar Ending di Penaga, SPU sebagai sebahagian daripada East Asian-Australasian Flyway Partnership. Sekiranya berjaya, Pulau Pinang akan menjadi flyway site network yang pertama di Semenanjung Malaysia. Ini sudah tentu merupakan satu pengiktirafan yang sangat besar kepada Pulau Pinang dan juga akan meningkatkan kedudukan negeri ini dalam bidang pemuliharaan ekologi di peringkat antarabangsa. Oleh itu, adakah kita juga boleh meneliti dan lebih lanjut sama ada permohonan ini telah disokong dengan data pemantauan burung yang lengkap, kajian asas ekologi, pelan pengurusan habitat serta mekanisme kerjasama dengan pihak akademik, NGO dan komuniti tempatan. Sekiranya pengiktirafan antarabangsa ini berjaya dicapai ia bukan sahaja satu penghormatan, malah ia berpotensi membuka peluang kepada pendidikan ekologi, penyelidikan ekologi dan ekopelancongan. Maka, adakah Pulau Pinang boleh merancang lebih awal bagaimana untuk melindungi habitat burung migrasi pada masa yang sama memastikan komuniti tempatan turut mendapat manfaat iaitu income increase serta mengelakkan pelancongan berlebihan yang boleh mengganggu alam sekitar. Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa Kerajaan Negeri boleh menunjukkan pandangan jauh yang sangat baik dalam aspek perlindungan hutan dan biodiversiti.
Akhir sekali, saya ingin membangkitkan isu keselamatan jalan raya di Jalan Berapit. Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu ini bukan kali pertama dibangkit. Ia bukan satu kes terpencil. Daripada mantan ADUN Berapit sampai ke saya, sering kali kita membangkitkan masalah kemalangan yang kerap berlaku di Jalan Berapit dalam Dewan ini. Baru-baru ini, sekali lagi kita kehilangan seorang tokoh tempatan yang sangat dikenali oleh masyarakat Bukit Mertajam iaitu pengasas Rojak Ah Hock. Dengan izinnya, Chinese adalah Hezhen rojak di Bukit Mertajam. Mendiang Teng Teng Ah Hock uncle, beliau dimasukkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Berapit dan kemudiannya meninggal dunia akibat serangan jantung tetapi beliau masuk hospital dan unconscious disebabkan accident. Upacara pengembumian pada hari Ahad lalu, saya sendiri turut hadir memberikan penghormatan terakhir.
Dan saya sendiri menelitikan laporan media dan saya sendiri temuduga dengan anak beliau. Lokasi kemalangan yang melibatkan mendiang adalah salah satu kawasan berisiko di kawasan di Jalan Berapit. Sebenarnya selama bertahun-tahun, lebih daripada 10 tahun, Jalan Berapit telah menyaksikan beberapa kemalangan serius termasuk kemalangan maut. Pada pandangan saya, masalah jalan ini bukan sekadar sikap, isu sikap pemandu dan bukan juga semata-mata isu penguatkuasaan polis. Masalah yang lebih besar adalah reka bentuk jalan ini dan aliran trafik hari ini sudah tidak lagi sepadan dengan keadaan sekarang. Saya difahamkan Jalan Negeri JKR tidak boleh dipasang bonggol jalan dan hanya boleh menggunakan jalur perlahan atau langkah-langkah kawalan kelajuan tertentu. Saya memahami terdapat garis panduan teknikal yang perlu dipatuhi. Saya juga memahami bahawa pihak polis telah beberapa kali ke lokasi itu untuk membuat pantauan, penguatkuasaan serta memberi saman.
Namun, realitinya adalah penguatkuasaan sahaja sudah tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah ini. Lebih lagi, lebih-lebih lagi selepas projek landasan berkembar siap. Kawasan Berapit kini, Jalan Berapit mempunyai flyover dan daripada flyover itu, orang turun daripada Pekan BM, daripada Mengkuang side turun, kawasan Jalan Berapit menjadi satu tempat seperti mangkuk. Jadi kelajuan itu adalah sangat sukar di, dikawal menjadi perlahan. Di sana ada satu papan tuliskan had laju 40 jam, 40 speed per jam. Tapi saya sendiri memandu dan saya cuba tahankan kelajuan itu dan saya mendapati sebenarnya kita boleh mencapai adalah 50 per hour, speed 50 per hour. Jadi saya mintalah, bolehkah kita kaji daripada realitinya.
Corak aliran trafik dan kelajuan kenderaan telah berubah di sana. Di tempat Mengkuang, sekarang kita ada satu projek industri, saya sudah lupa namanya yang baru-baru ini sekarang telah ada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita ada pergi sana untuk buat perasmian. Bermaksudnya pada masa depan, traffic flow di Jalan Berapit akan lebih berat daripada sekarang lagi dan di sana ada simpang, dia Jalan Berapit merupakan satu jalan utama untuk Perkampungan Berapit. Tak ada jalan lain. Satu jalan sahaja dan sana ada sekolah, ada Sekolah SMK Berapit, ada ramai pelajar dan jalan masuk ke kawasan perumahan sangat dekat. Semua risikonya sangat tinggi. Dengan kata lain, reka bentuk keselamatan jalan pada masa sekarang tidak lagi yang sesuai dengan penggunaan Jalan Berapit pada hari ini.
Oleh itu, saya mohon agar JKR, pihak berkuasa tempatan, pihak polis dan semua agensi teknikal berkaitan meneliti semula dengan serius reka bentuk keselamatan Jalan Berapit. Saya mencadangkan supaya tindakan ini diambil tidak hanya tertumpu kepada pemasangan papan tanda secara berasingan atau langkah serta-merta sementara atau langkah sementara semata-mata, tetapi perlu membuat satu audit keselamatan jalan yang lebih menyeluruh. Saya menegaskan lagi, tujuan saya membangkitkan perkara ini, saya bukanlah nak salahkan mana-mana pihak. Pihak polis sudah buat kerja dia dan JKR pula ada ada garis panduan mereka yang perlu yang patut dipatuhi. Namun, isu sekarang adalah satu tahap yang perlu semakan semula. Saya memohon agar pihak berkuasa tempatan memandang serius isu ini dan mulakan satu pelan penambahbaikan untuk jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Janganlah kita menunggu sehingga satu lagi keluarga kehilangan orang tersayang barulah kita sekali lagi membangkitkan perkara ini yang sama dalam Dewan ini. Dengan ini, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Berapit. Machang Bubok, sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan perasmian yang penuh aspirasi serta menyentuh pelbagai aspek penting berkaitan dengan hala tuju negeri kita. Saya amat tertarik apabila Tuan Yang Terutama mengingatkan Dewan yang Mulia ini bahawa dunia ini dalam era yang tidak lagi stabil, dunia berubah dengan pantas dan destructive, konflik geopolitik, krisis tenaga global, tekanan ekonomi serta kemunculan teknologi baru seperti kecerdasan buatan. Semua ini membentuk satu realiti baru yang jauh lebih kompleks dan tidak menentu.
Tuan Yang Terutama turut menegaskan bahawa Pulau Pinang perlu memperkukuh daya tahan dalaman, mengamalkan pengurusan fiskal yang berdisiplin dan sentiasa membawa cadangan yang membina. Saya setuju sepenuhnya dengan pandangan tersebut. Cabaran terbesar dalam era ketidaktentuan ini bukan lagi sekadar siapa yang mempunyai pelan yang besar atau visi yang hebat. Cabaran sebenar bagi kita semua di sini adalah keupayaan untuk melaksanakan program dan juga penyampaian dengan lebih cekap, telus dan bertanggungjawab. Kerana akhirnya, rakyat tidak menilai kerajaan berdasarkan apa yang kita rancang. Rakyat menilai kerajaan berdasarkan apa yang mereka alami setiap hari. Sama ada trafik kita semakin baik, sama ada gejala banjir kilat itu semakin berkurang, atau sama ada bekalan air itu semakin terjamin, ya. Dan juga yang penting, sama ada kerajaan benar-benar belajar daripada kesilapan-kesilapan yang lepas.
Maka, Dato’ Seri Yang di-Pertua, perbahasan saya hari ini akan memberi fokus kepada tiga perkara utama. Pertama, adalah kesiapsiagaan negeri kita dalam menghadapi ketidaktentuan global serta cabaran ekonomi. Kedua, isu kemudahan asas seperti daya tahan infrastruktur, trafik, tebatan banjir yang semakin mencabar akibat urbanization dan juga perubahan iklim. Ketiga, adakah sistem pentadbiran kita benar-benar efektif, accountable dan sedia menghadapi era diskrupsi, distructive AI.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh melihat ekonomi negeri secara terpisah dengan perkembangan ekonomi global. Perubahan krisis, krisis tenaga dan juga geo ketidaktentuan geopolitik serta perubahan rantaian bekalan dunia semuanya memberi kesan langsung kepada kos pembangunan, pelaburan dan juga daya saing negeri kita. Sejauh manakah Negeri Pulau Pinang benar-benar bersedia untuk menghadapi krisis yang sedang berlangsung dan juga seterusnya. Hari ini kita melihat kos projek sekarang meningkat, tekanan fiskal semakin besar dan juga kebergantungan ekonomi khasnya dari luar masih tinggi. Maka persoalan saya adalah, adakah negeri kita mempunyai pelan kontingensi yang jelas. Apakah mekanisme early warning yang kita ada. Atau kita hanya dapat berespon atau react sahaja apabila krisis berlaku. Kita sentiasa berkata, 'hope for the best but prepare for the worst'. Kerajaan yang baik bukan sekadar merancang masa depan, kerajaan yang baik juga perlu tahu bagaimana kita bersedia menghadapi krisis.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada Tuan Yang Terutama yang telah menyebut secara khusus tentang projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kilang Ubi sebagai projek keutamaan negeri di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-13. Sebagai wakil rakyat kawasan Machang Bubok, saya amat menghargai perhatian yang telah diberikan kepada isu banjir yang telah sekian lama membelenggu rakyat di kawasan saya.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada Kerajaan Persekutuan agar memberi pertimbangan sewajarnya ke atas permohonan yang telah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri. Kita banyak bercakap tentang masa depan, AI, digital ekonomi, smart city, dan digital transformation, tetapi kita tahu rakyat di lapangan masih hidup dalam realiti harian yang sangat mencabar, iaitu kesesakan lalulintas, kos sara hidup yang meningkat, kebimbangan rakyat terhadap banjir, semua ini bukan satu isu yang kecil. Ini adalah asas kehidupan rakyat di lapangan. Maka bila apabila kita cakap tentang bandar pintar, smart city, tetapi sistem asas kita, sama ada betul-betul berfungsi secara pintar. Kadangkala sistem bandar pintar tersebut juga sangat costly atau sangat kos yang tinggi, tetapi outcome dia tidak setimpal dengan harapan rakyat. Ya, so kita perlu memastikan bahawa perlindungan yang kerajaan memberikan kepada rakyat bukan sekadar keselamatan, tetapi kita juga perlu memberi perlindungan kepada rakyat daripada kegagalan untuk menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu yang saya nak bangkitkan yang seterusnya adalah tentang good governance dan juga accountability. Saya ingin membawa perhatian DUN ke atas satu perkara yang berkaitan dengan soal tadbir urus yang baik dan juga accountability. Kerajaan yang saya nak berbangkit di sini adalah tentang isu kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung yang bukan berlaku sekali, saya rasa setiap kali, setiap tahun akan berlaku perkara yang sama. Dan tahun lepas kita juga dimaklum bahawa ada berlakunya juga kebakaran, baru-baru ini juga akan ada berlaku kebakaran pada 20 Mac tahun ini. Dan saya juga ada tanya soalan bertulis, soalan pertama saya, iaitu kesilapan atau punca kebakaran yang berlaku, siapa yang perlu bertanggungjawab. Ya, sebab sebelum ini kita sedia maklum bahawa tapak pelupusan sampah Pulau Burung itu adalah dikendali oleh PLB Terang. Kita boleh salahkan mereka bahawa mereka tidak mengendalikan tapak pelupusan itu dengan baik, dengan sempurna. Tapi kita juga dimaklum bahawa sekarang tapak pelupusan Pulau Burung ini telah diambil alih oleh Kerajaan Tempatan, dikendalikan oleh MBPP dan juga MBSP, khasnya MBSP. Ya, maka kita dalam soalan bertulis saya, juga ada sebut tentang status terkini pengurusan dan kos yang perlu ditanggung oleh MBPP dan juga MBSP, susulan penamatan kontrak dengan PLB Terang Sdn. Bhd. termasuk penyelesaian RM35 juta kerja pemulihan dan juga operasi harian. Kos pengurusan bagi TPSB, mengikut ini jawapan daripada TPSB adalah berikut seperti berikut iaitu pada tahun 2022, Ogos hingga Disember RM5 juta lebih. Then 2023, tahun 2023 menjadi naik ke RM16.3 juta. 2024 naik lagi jadi RM21.01 juta. Tahun lepas naik lagi, 2025 menjadi RM24.9 juta. So, nampaknya apabila kita mengambil alih pengurusan itu, Kerajaan Tempatan atau siapa-siapa atau rakyat kena bayar kos pengurusan yang semakin meningkat. Dan jawapan untuk penamatan kontrak berkaitan dengan PLB Terang, yang di mana kita perlu bayar RM35 juta ringgit kepada untuk menyelesaikan isu penamatan kontrak tersebut.
Kita di sini, saya difahamkan bahawa MBPP dan juga MBSP masing-masing kena menanggung kos penyelesaian sebanyak RM17.5 juta. So, saya rasa perkara ini adalah satu perkara yang amat melibatkan satu amaun yang begitu besar, dan saya minta supaya ia dapat diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi. Khasnya, adakah kita mempelajari daripada kejadian-kejadian yang sebelum ini, pengurusan sisa tapak pelupusan sisa pepejal Pulau Burung ini. Dan adakah, saya nak tanya post-mortem selepas kejadian kebakaran pengurusan tersebut, adakah ia dilakukan. Dan apa hasil post-mortem yang telah kita dapat, ya. Kenapa masih boleh berulang. Dan kita perlu menanggung kos yang begitu tinggi. So, Dato’ Seri Speaker, jika sesuatu kejadian itu berulang setiap tahun atau tak lama, ia bukan lagi satu krisis, iaitu adalah satu kegagalan untuk kita belajar, ya. Kita tak boleh mengharapkan perubahan atau hasil yang berbeza jika pendekatan kita tidak berubah.
Dato’ Seri Speaker, saya juga perkara yang seterusnya yang saya nak bawa adalah juga tapak pelupusan sampah juga, iaitu tapak pelupusan sampah di Jelutong. Yang mempunyai implikasi terhadap Middle Bank. Tuan Yang Terutama juga menyentuh tentang kepentingan biodiversiti dan juga pembangunan mampan. Dalam jawapan kepada soalan bertulis saya juga tentang projek pemulihan, pemuliharaan tapak pelupusan Jelutong, masih dalam peringkat pematuhan terhadap keperluan teknikal dan perundangan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk mendapatkan kelulusan laporan EIA. Persoalan saya, kenapa pembangunan bercampur yang telah dicadangkan oleh pihak pemaju masih ingin diteruskan apabila laporan penilaian impak alam sekitar projek pemuliharaan tapak pelupusan Jelutong telah ditolak oleh Jabatan Alam Sekitar.
Dan apakah yang telah dimaksudkan dalam jawapan ini juga pewartaan Middle Bank berpotensi menimbulkan implikasi undang-undang dan konflik dasar terhadap pelaksanaan projek. Saya minta supaya ia dapat diperjelaskan. Apa maksudnya jika kita mewartakan akan menimbulkan implikasi undang-undang ya atau konflik dasar terhadap pelaksanaan projek. Dan satu lagi persoalan daripada saya adalah apakah exit clause yang tertera dalam perjanjian yang ditandatangani di antara pihak pemaju dan pihak Kerajaan Negeri berkaitan dengan projek pembangunan tersebut. Iaitu, sekiranya mereka tidak dapat menyediakan EIA yang boleh mendapat kelulusan EIA, apa yang akan jadi dengan perjanjian tersebut. Ada apa-apa exit clause yang terletak dalam perjanjian tersebut. Sebab dalam sidang DUN yang lepas dulu, kita juga difahamkan oleh EXCO juga, iaitu ada satu Joint Development Agreement yang telah ditandatangani beberapa tahun yang lepas, dan apa yang sudah terjadi dengan Joint Development Agreement tersebut. Adakah ia masih berkuat kuasa atau sudah terbatal dengan perubahan-perubahan yang telah dilakukan di tapak pelupusan Jelutong tersebut.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, yang seterusnya saya ingin membawa ke isu transformasi AI dan juga masa depan Pulau Pinang. Tuan Yang Terutama juga menyebut tentang aspirasi Pulau Pinang untuk menjadi hab ekonomi digital dan teknologi tinggi serta pembangunan bakat AI dan ekosistem digital negeri. Saya percaya ini adalah hala tuju yang tepat dan juga sangat penting untuk kita. Dalam memahami AI ini, ini bukan lagi persaingan, hanya siapa yang mempunyai teknologi yang hebat, persaingan kita adalah siapa yang paling pantas mengadaptasi AI dalam ekonomi, urus tadbir kerajaan dan juga meningkatkan taraf hidup rakyat. Saya tertarik dengan satu kajian yang dikeluarkan oleh Tony Blair Institute for Global Change, yang bertajuk "Open Source: How Middle Powers Can Build Influence in the Age of AI". Laporan tersebut telah menegaskan bahawa kuasa pertengahan atau middle powers ini seperti negara yang tidak semestinya bersaing dengan Amerika Syarikat atau China, untuk membina frontier AI model. Sebaliknya, mereka masih boleh menjadi pemain penting dalam membina ekosistem AI yang terbuka, tangkas dan juga inovatif. Saya percaya Pulau Pinang mempunyai semua asas untuk menjadi AI middle power di rantau ini. Kita mempunyai ekosistem E&E, digital infrastructure, pusat pendidikan dan juga bakat. Kita tidak semestinya mencipta ChatGPT versi Pulau Pinang atau sekadar chatbot sahaja. Sebaliknya Pulau Pinang perlu menjadi negeri yang paling berjaya mengguna pakai AI untuk memperkukuh ekonomi, meningkatkan produktiviti, menaik taraf sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta menyelesaikan masalah rakyat. AI bukan sekadar chatbot atau trend teknologi. AI sepatutnya membantu kerajaan menjadi lebih cekap, lebih responsif dan juga lebih preventive.
Misalnya sistem MyKADUN yang dibangun oleh Digital Penang. Saya difahamkan masih ada banyak ruang untuk pembaikan. Bagaimana kita boleh guna sistem MyKADUN itu, untuk menjadi satu aplikasi yang lebih user-friendly untuk pusat-pusat khidmat kita dan juga boleh digunakan oleh rakyat supaya boleh menyampaikan masalah atau menjadi mata telinga kepada kerajaan.
Saya juga ingin mengambil perhatian Dewan, kepada satu contoh transformasi digital kerajaan yang begitu menarik iaitu Kerajaan Ukraine melalui platform DIIA atau DIIA, ya, saya pun tak tak tahu macam mana nak pronounce. Ya, semua sedia maklum bahawa Ukraine sedang berhadapan dengan peperangan, tekanan ekonomi dan juga krisis.
Namun mereka telah memahami satu perkara yang sangat penting iaitu dalam era yang moden ini, kecekapan kerajaan adalah sebahagian penting dalam national resilience. Ya, DIIA atau DIIA ini ya, DIIA bukan sekadar aplikasi kerajaan semata-mata, ia adalah sebuah ekosistem yang menyeluruh yang transformasi kerajaan berinteraksi dengan rakyat dan juga menjadi satu digital state platform yang mengintegrasikan mereka punya digital ID, lesen memandu, pembayaran cukai, perkhidmatan kerajaan, bantuan sosial, ya, permit perniagaan, dokumen rasmi rakyat.
Ini semua telah dilakukan dalam satu platform iaitu DIIA. Yang lebih menarik adalah falsafah DIIA ini, bukan sekadar mendigitalkan birokrasi lama tetapi menyusun semula bagaimana cara kerajaan beroperasi. So persoalan saya, bolehkah Pulau Pinang kita juga menjadi negeri yang pertama, Penang Leads, ya di Malaysia yang benar-benar mentransformasikan Kerajaan Negeri ke arah AI-enabled government.
Ya, bayangkan jika rakyat Pulau Pinang boleh membuat aduan dan menerima tindakan pantas melalui AI, memantau status permohonan kita secara real-time. Ya, maka saya rasa ini adalah satu perkara yang boleh kita pertimbangkan. Jika Ukraine boleh mentransformasikan kerajaannya ketika berperang, maka tiada alasan untuk kita terus terperangkap dalam budaya birokrasi lama.
Okay, sekiranya saya boleh mencelah. Saya menganggap pandangan Machang Bubuk cukup menariklah berkenaan dengan AI, perkembangan AI, teknologi dan cadangan-cadangan yang telah pun dibuat. Pada masa yang sama sekarang, kita telah pun dimaklumkan Majlis Bandaraya pun sudah ada dia punya AI sendiri. Dan ini adalah sebahagian daripada menjadikan Pulau Pinang ini AI-ready, AI-future proof.
Tapi, soalan yang saya ingin nak tanya kepada Machang Bubuk dan juga kepada Kerajaan Negeri sekiranya bersetuju, apakah framework, rangka kerja, governance untuk memastikan bahawa data-data yang dikumpulkan ini adalah selamat dan tidaklah kemudian bocor kepada orang di luar untuk disalahgunakan untuk scam dan sebagainya. Sebab memang ini isu pun, satu isu yang sedang berlaku di peringkat nasional.
Adalah isu-isu seperti PADU dan IC, you know, all these companies yang sedang ada satu discussion mengenai isu ini. Jadi apakah dari segi peringkat negeri, what are we doing to have governance when it comes to AI. Terima kasih.
Terima kasih YB Bukit Tengah. Satu persoalan yang sangat bagus, iaitu sementara kita membincangkan semua AI atau urus tadbir yang AI-enabled, adakah kita sudah ada satu framework, ya, dan juga ada apa-apa tindakan yang boleh kita mulakan, how to start, where to start, all this kita perlu ada satu permulaan dan saya mungkin minta Kerajaan Negeri boleh memberi respons ke atas cadangan tersebut.
Akhir sekali Dato’ Seri Speaker, semalam Dewan kita juga dimaklum oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang had tempoh Ketua Menteri dua penggal dan sepuluh tahun secara aggregate. Isu tentang sepuluh tahun. Saya berpandangan pendekatan Kerajaan Persekutuan dalam RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan sebenarnya lebih jelas dan adil. RUU Persekutuan yang menggunakan had sepuluh tahun secara aggregate sama ada berterusan atau tidak, serta memperincikan kaedah pengiraan tempoh perkhidmatan. Ini memberi satu kepastian undang-undang dan juga mengelakkan kekeliruan tafsiran.
Maka saya berpandangan lebih baik, dan juga lebih adil Perlembagaan Negeri dipinda terus kepada sepuluh tahun berbanding dengan dua penggal. Pindaan ini akan sekali lagi menunjukkan Penang Lead dalam memastikan transition kepimpinan Kerajaan Negeri, berlaku secara stable dan juga tersusun.
Reformasi institusi ini bukan sekadar niat yang baik tetapi juga selaras dengan semangat dan juga pendekatan lebih adil seperti yang dicadangkan di peringkat Persekutuan. Dengan itu saya juga memohon Jawatankuasa Tetap Perlembagaan DUN untuk bersidang dan juga memulakan prosedur pindaan Perlembagaan Negeri.
Sekiranya saya boleh mencelah dalam isu ini sekali lagi. Terima kasih. Tadi Machang Bubuk ada menyebut tentang peralihan kepimpinan secara teratur. Apa pandangan Yang Berhormat, apabila kita melihat kepada juga di Singapura, di mana Perdana Menteri Lawrence Wong telah pun dilantik sebagai Perdana Menteri bukan menerusi selepas pilihan raya tetapi, selepas pilihan raya kemudian beliau continue to lead sebagai Perdana Menteri dan allow a transition untuk berlaku kepada, minta maaf, daripada Lee Hsien Loong kepada Lawrence Wong. Itu yang berlaku di sana.
Jadi kalau mengikut cadangan YB, kalau adanya pembubaran awal election katakan di Pulau Pinang, dan kita sekiranya rakyat masih lagi memberi sokongan penuh kepada kerajaan dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow untuk terus menjadi Perdana Menteri, bukankah beliau kemudiannya… Ketua Menteri minta maaf (ketawa), ni kita ingat masih parlimen.
Sebagai Ketua Menteri, maka kemudian beliau boleh terus menjadi Ketua Menteri untuk menyelesaikan hasrat-hasrat beliau untuk sepuluh tahun yang dia pun sudah buat planning, right. Supaya kemudian lepas itu dia boleh pass the baton, kepada Ketua Menteri baru secara tersusun dan terkawal.
Untuk saya adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa bila kita sebut tentang reform atau pun perubahan yang baik, when we talk about good reforms, kita mesti memastikan good reform itu tidak menghukum good leaders. Apa pandangan Yang Berhormat?
Saya sangat setuju dengan apa yang telah disebutkan, good reform should not punish the good leader. Ya. So, dan perkara ini saya saya rasa that's why kenapa saya ingin walaupun semalam Dato’ Seri Speaker sudah ada sebut perkara ini telah kita bincang. Tapi, hari ini saya tetap nak masukkan dalam perbahasan saya kerana saya nampak kita mempertimbangkan dua Perlembagaan Negeri dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan lebih lengkap, dan juga lebih jelas dari segi proses peralihan. Sepuluh tahun, selepas sepuluh tahun apa yang perlu dibuat oleh Perdana Menteri, itu di Persekutuan iaitu dia akan semua menteri-menteri kena letak jawatan, biarlah Perdana Menteri yang baru ambil alih dan juga lantik menteri-menteri di dalam kabinet. Maka perkara yang sama...
Saya rasanya syor Machang Bubuk seruan untuk Jawatankuasa Perlembagaan untuk mulakan dan bersidang. Jadi isu ini, saya rasa apa nama Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan telah pun dengar. Mungkin you all di dalam Jawatankuasa Perlembagaan itu, boleh mula bincang sabit isu ini. Saya rasa itu satu syor yang bagus. Terpulanglah, kepada Jawatankuasa Perlembagaan untuk mulakan mesyuarat sabit isu inilah.
Okay, terima kasih Dato’ Seri Speaker. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama atas ucapan Tun dan juga saya dengan ini memohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Machang Bubuk. Maka seterusnya saya nak jemput, ya, Telok Bahang, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin wassalatu wassalamu ala asyrafil anbiyai wal mursalin waala alihi wasahbihi ajmain. Amma ba'du. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Padang Kota, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, Telok Bahang ingin mengambil kesempatan sempena Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, untuk menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib kerana telah menyempurnakan perasmian tersebut dengan ucapan yang amat bernas.
Justeru itu, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan menyentuh berkaitan kadar pencukaian tanah baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri berkuat kuasa 1 Januari 2026, iaitu adalah satu pencukaian yang tidak masuk akal. Ini kerana terdapat cukai-cukai tanah yang agak keterlaluan, sehingga mencecah ribuan ringgit dan setelah dikaji ada yang melebihi 500 hingga 600% dan ada juga yang telah melebihi 1,000%.
Alasan kerana lebih 28 tahun, cukai tidak dikaji adalah alasan yang tidak munasabah. Kerajaan perlu faham bahawa dengan kenaikan yang mendadak ini, menyebabkan rakyat semakin tertekan. Kita faham kerajaan memerlukan pendapatan dan cukai tanah dan cukai petak, namun rakyat pada hari ini semakin tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi ditambah lagi cukai-cukai tanah yang tidak munasabah ini.
Jika kerajaan menaikkan 100% cukai tersebut pun, rakyat faham dan sanggup membayarnya. Terdapat kes-kes di mana sebelum ini mereka hanya membayar RM59.00 setahun, tetapi cukai baru adalah RM3,631.00 setahun. Bagi orang-orang tua yang tiada pendapatan dan berharap kepada bantuan anak-anak, amatlah malang sekali baginya menerima beban yang sebegitu berat. Sesetengah daripada tuan-tuan tanah telah melebihi umur 50 tahun dan tanah yang sedia ada adalah tanah peninggalan dan harta pusaka yang bakal digunakan untuk keperluan hidup sementara umur dikandung badan dan bukannya untuk dijual dan membuat keuntungan.
Justeru, saya menyeru supaya Kerajaan Negeri membuat kajian semula terhadap pencukaian yang bakal dicaj kepada rakyat negeri ini dengan menggunakan mekanisme yang lebih mesra rakyat dan bertimbang rasa dan bukannya menggunakan subsektor yang terlalu umum dan tidak berasas.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, rakyat negeri ini khususnya dan Malaysia amnya sentiasa dibebani oleh berbagai-bagai permasalahan dan kos sara hidup. Bermula dari beras tempatan tiada di pasaran, minyak masak paket 1 kilogram tiada di pasaran dan kini minyak diesel telah melonjak ke satu paras iaitu RM6.78 pada 9 April hingga 15 April 2026 iaitu di tempat keenam berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara, malah negara-negara tersebut bukannya negara pengeluar minyak berbanding Malaysia. Cuma pada 16 April hingga 22 April 2026, harga minyak diesel telah turun kepada RM5.97 seliter iaitu turun sebanyak RM0.75 sen seliter. Ini pun masih terlalu tinggi.
Faktor kenaikan ini turut memberi kesan kepada kos pengangkutan dan juga kepada harga barangan keperluan harian. Bayangkan mereka-mereka yang berada di dalam kategori B40 dan M40 untuk menyara hidup seharian. Kejadian yang berlaku di R&R Juru arah utara pada tiga minggu yang lepas di mana sebuah lori treler tidak dibenarkan mengisi minyak di sebuah pam minyak, jelas menunjukkan permasalahan minyak diesel terlalu tenat. Mengapa kejadian ini boleh berlaku. Adakah kerana minyak diesel telah tiada atau kerana telah dijual kepada negara luar. Ini ibarat pepatah Melayu "kera di hutan disusukan dan anak dikendong mati kelaparan".
Ramai para peniaga khususnya yang menjalankan perniagaan menggunakan kenderaan 4x4 seperti peniaga pasar malam di mana kenderaan mereka menggunakan minyak diesel. Banyak di antara mereka telah menutup perniagaan masing-masing kerana tidak mampu bersaing dengan perniagaan pada hari ini kerana tidak menguntungkan. Apatah lagi dengan harga minyak yang tinggi dan kadar cukai SST antara 6% hingga 10% yang amat membebankan peniaga dan pengguna.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, trend kos sara hidup yang semakin meningkat ini telah bermula sejak tahun 2022 selepas COVID dengan berbagai-bagai kenaikan. Akhirnya, konflik geopolitik iaitu perang Iran versus US dan Israel adalah kesan tambahan bagi menambahkan luka yang telah parah ditambah pula ketirisan dan penyeludupan. Kos sara hidup perlu dijadikan indeks KPI tiap-tiap agensi terlibat bermula dari penguatkuasaan, pemantauan dan pengeluaran. Kerajaan Negeri perlu fokus di dalam membantu permasalahan ini sebagai priority (dengan izin) berbanding melaksanakan projek-projek mega sehingga terlupa tanggungjawab penting ini. Walaupun Kementerian bertanggungjawab, tetapi pemantauan negeri sangat-sangat diperlukan.
Bila menyebut projek-projek mega, dulu mahu buat terowong, terowong pun hilang. Sekarang mahu bikin pula Pulau Silikon dan LRT. Takut-takut kedua-dua projek ini turut mengalami nasib yang sama. Rakyat sedang menilai kepimpinan kerajaan pada masa ini sama ada masih relevan atau tidak. Ini kerana masalah rakyat khususnya di kampung-kampung dan di luar bandar, mereka di dalam kategori B40 dan M40 kebanyakannya tidak banyak menerima bantuan dari Kerajaan Negeri.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, apakah projek LRT Mutiara Line iaitu sistem yang pada masa kini masih belum diputuskan kepada kontraktor yang memenangi tender ini...
Telok Bahang. Boleh.
Sila, sila.
Telok Bahang ada cakap tadi. Dulu projek terowong, selepas itu projek Pulau Silikon. Berapakah kos-kos yang telah mereka habiskan walaupun pintu terowong kita tidak nampak dan ke manakah kos yang mereka hari ini keluar bayar segala kos surveyor dan apa plan apa semua. Manakah tindakan Kerajaan Negeri ambil setakat ini.
Terima kasih Telok Ayer Tawar. Jadi, semua itu Telok Ayer Tawar pun faham, saya pun faham. Biarlah Kerajaan Negeri yang mengambil tindakan sebab perkara ini masih di dalam siasatan. Kemungkinanlah. Saya pun tidak tahu, atau, ataupun hilang entah ke mana.
Projek LRT Mutiara Line iaitu sistem yang pada masa kini masih belum diputuskan kepada kontraktor yang memenangi tender ini disebabkan faktor utama yang dikenal pasti iaitu perang harga di antara kontraktor-kontraktor terbabit. Dalam Star.com bertarikh 19 hari bulan 4 2026 telah keluar perkara ini. Disebabkan perang harga yang begitu sengit, faktor lobi-melobi telah menjadi begitu ketara. Contohnya WCT Holding bersama dengan Lion Pacific telah meletakkan harga terendah iaitu RM2.7bilion dan lain-lain penender juga telah merendahkan harga masing-masing kepada bawah RM3bilion.
Sekiranya harga sistem berada pada RM3bilion, itu satu bab. Infra, pengambilan tanah termasuk tanah Kerajaan Negeri serta kerja-kerja awalan, pengukuran dan sebagainya, berapakah harga secara terperinci. Perkara ini wajib dimaklumkan kepada rakyat Pulau Pinang agar rakyat akan merasa kenikmatan yang teramat sangat kerana menaiki LRT yang amat-amat mahal dan setanding dengan first class kabin pesawat. Model ataupun modal RM17bilion kalau ditolak dengan harga sistem baru RM3 bilion paling tinggi dan infra kita katalah RM5bilion, baru duduk ada RM8 bilion. Mana lagi yang selebihnya.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh serba sedikit berkaitan geopolitik semasa dunia dan keterlibatan negeri kita yang tercinta ini dan kesan-kesannya. Walaupun soalan bertulis saya telah ditolak kerana ini adalah urusan pusat. Walau bagaimanapun, keterlibatan negeri kita harus saya sentuh juga ataupun saya memberi peringatan. Seperti mana umum tahu, bermula 28 Februari 2026 sehingga ke hari ini, dunia tidak lepas dari memperkatakan perang antara Amerika dan Israel melawan Iran.
Dalam episod ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini tentang apa yang berlaku pada 14 Mac 2026 sehingga 16 Mac 2026 apabila dua (2) buah kapal perang yang menyertai perang di Timur Tengah telah berlabuh di Dermaga Dalam, Butterworth di dalam Misi Ulang Bekal. Kedua-dua kapal tersebut iaitu USS Tulsa dan USS Santa Barbara adalah type LCS, Littoral Combat Ship yang berupaya berperang dalam apa jua keadaan secara independent. Tujuan kedua-dua kapal ini membuat Ulang Bekal adalah bagi melaksanakan operasi di Selat Melaka kerana Selat Melaka merupakan check point dan yang kedua terpenting di dunia dan merupakan laluan perdagangan kapal tersibuk di dunia. Selat Melaka juga merupakan laluan minyak utama dunia, sebahagian besar minyak dari Timur Tengah menuju ke China, Jepun dan Korea Selatan. Iaitu kepentingan Selat Melaka seperti mana yang telah diterbitkan oleh NSTP bertarikh 9 Mei 2026.
Pada 17 April 2026, 12:33 New York Time, Wall Street of Journal melaporkan sebanyak lima (5) buah tanker Iran yang sedang menuju Malaysia dan Singapura telah menukar haluan disebabkan US Navy Chief telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua kapal-kapal yang membawa minyak Iran akan di intercept. Sumber Lloyd's List Intelligence. Jadi, di dalam hal ini Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya harus bijak agar kita tidak terjebak di dalam kelicikan permainan US agar kita kekal sebagai negara berkecuali. Selat Melaka kekal sebagai laluan bebas seperti mana yang termaktub di bawah UNCLOS 82, United Nations Convention Law of the Sea 1982.
Justeru, Pulau Pinang tidak harus membenarkan ianya sebagai pelabuhan Ulang Bekal bagi kapal-kapal perang Amerika bagi tujuan menggunakan Selat Melaka untuk kepentingan mereka. Jika ini terjadi, kuasa-kuasa besar seperti China dan Rusia sudah tentu akan memberi reaksi yang bertentangan terhadap Malaysia dan Pulau Pinang sekiranya kita dicop sebagai tali barut Amerika. Besar kemungkinan PMX tidak lagi boleh menelefon Presiden Iran untuk memohon free passage untuk kapal-kapal tangki minyak Malaysia di Selat Hormuz seperti mana beliau nyatakan. Okay. Yang ini ya. Yang dia telah nyatakan kepada kita. Apa yang membimbangkan by hook or by crook (dengan izin), US akan menjadikan Selat Melaka sebagai blockade instrument untuk membalas tindakan Iran menyekat Selat Hormuz. Kalau ini terjadi, Iran, China dan Rusia akan mengambil tindakan terhadap mana-mana negara yang bersubahat dalam hal ini.
Malaysia khususnya dan Pulau Pinang tidak terkecuali berada di bawah radar mereka bagi meneutralisasikan blockade tersebut. Pulau Pinang, seandainya Pulau Pinang menjadi replenishment port untuk US. China Morning Post, South China Morning Post. "Any mischief in the Strait of Hormuz would trigger a chain reaction response in more critical shipping line, shipping lane including the Malacca Strait in Southeast Asia." An advisor to Iranian Supreme Leader, Mujtaba Khamenei iaitu Ali Akbar Velayati, Penasihat kepada Presiden Iran.
Okey, habislah setakat itu. Sudah sampai masanya satu kajian menyeluruh berkaitan pembangunan Balik Pulau. Saya balik ke tempat saya sendirilah. Perlu dilaksanakan secara terperinci memandangkan Balik Pulau sudah lama ketinggalan dari serba-serbi sama ada pembangunan, infrastruktur dan kemudahan awam. Jika dibandingkan bandar-bandar lain di Pulau Pinang khususnya di Nibong Tebal, amatlah ketara perbezaannya di mana banyak pembangunan yang dilakukan di sana berbanding di Balik Pulau. Lebih menyedihkan apabila perumahan-perumahan pun tidak mencukupi malah yang dibina tertangguh dan tergendala. Apakah atas dasar pertanian dan perikanan, maka Balik Pulau harus berkorban dengan tiada pembangunan yang sewajarnya dan mengekalkan status pertanian.
Perhubungan jalan raya yang lebih moden tanpa mengikut lereng-lereng bukit yang curam akan memberi lebih akses kepada pelabur-pelabur untuk meneroka bidang-bidang baru khususnya sektor pembuatan, elektrik dan elektronik, robotik, aviation dan tenaga. Kawasan Balik Pulau mempunyai banyak kawasan yang berpotensi boleh dibangunkan daripada dibiarkan ideal atas pretext pertanian dan perikanan. Maksud saya ini, perhubunganlah yang menjadi pemisah ataupun problem kepada pembangunan Balik Pulau. Kalau kita boleh membuat satu terowong jalan straight di bawah bukit itu sepertimana di Hungary dan lain-lain negara yang berbukit-bukit, Insya-Allah tidak menjadi masalah kepada kita untuk memajukan Balik Pulau.
Sektor pertanian selain durian pada hari ini tidak lagi menguntungkan kerana makhluk perosak seperti babi hutan, kera dan tupai terlalu banyak dan di luar kawalan petani-petani sehingga merugikan mereka. Modal yang dikeluarkan tidak mendapat pulangan balik, justeru terus ditinggalkan dan menjadi hutan semula. Justeru itu, saya memohon untuk Jabatan Pertanian bersama Perhilitan untuk turun padang seperti mengadakan libat urus bersama petani-petani bagi menyelami permasalahan mereka. Saya percaya dengan EXCO baru, perkara ini dapat dilaksanakan.
Berdasarkan geografi Balik Pulau yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, sepatutnya telah membangun seiring dengan bandar-bandar lain di Pulau Pinang. Namun disebabkan tiada penekanan dan fokus, maka tinggallah Balik Pulau sepertimana pada hari ini dan kecuali musim durian saja orang ramai. Itulah yang menyebabkan Balik Pulau ini agak ketinggalan terutamanya dari segi perhubungan jalan raya.
Perkara pokok seperti melaksanakan RTB di kawasan-kawasan yang ditenggelami banjir, khususnya semasa air pasang di Kuala Sungai Pinang dan Telok Bahang mestilah disegerakan untuk membetulkan kerosakan-kerosakan yang berlaku dan mencegah banjir kilat dari berulang. Imej Telok Bahang yang dikenali sebagai kawasan pelancongan memerlukan 1 sinergi Kerajaan Tempatan, MBPP, EXCO Kementerian Pelancongan, EXCO Kementerian Luar Bandar bagi menaikkan taraf Kampung Telok Bahang. Pusat perniagaan yang menjadi mata pencarian perlu dibina terutamanya bagi peniaga-peniaga seperti food court dan pengilang-pengilang IKS-IKS.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang sekolah. Sejak zaman persekolahan saya lagi di Balik Pulau hanya terdapat 2 buah sekolah menengah sahaja iaitu di Pekan Balik Pulau. Sehingga sekarang pun masih terdapat 2 buah sekolah menengah, tidak termasuk Teluk Kumbar dan Teluk Bahang, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh. Setelah penutupan Sekolah Menengah St. George Balik Pulau, tiada penggantian sehingga ke hari ini. Penambahan murid-murid yang masuk ke sekolah menengah amat ketara dan memerlukan sekurang-kurangnya sebuah sekolah bagi menampung kedua-dua sekolah yang sedia ada. Jabatan Pelajaran perlu cakna tentang kekurangan ini setelah hampir 50 tahun.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, 1 lagi permasalahan ialah kebanyakan sekolah-sekolah rendah pada hari ini telah dilaksanakan pembesaran iaitu penambahan bilik darjah atau membina dewan-dewan perhimpunan, makmal-makmal di atas padang sekolah. Justeru, padang untuk bersukan untuk murid-murid telah tiada dan aktiviti-aktiviti riadah tidak dapat dilaksanakan. Maka, Hari Sukan Tahunan tidak dapat dilaksanakan ataupun berskala kecil saja. Tidak seimbang pertumbuhan dan aktiviti murid-murid ini menyebabkan semakin ramai murid-murid yang obesiti semasa bangku sekolah lagi. Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri mesti lebih cakna di dalam menyeimbangkan pembelajaran akademik dan aktiviti kokurikulum demi masa depan dan pertumbuhan murid-murid khususnya dari aspek kesihatan dan kecergasan mereka.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, Balik Pulau masih lagi ketinggalan di dalam sektor pelancongan berbanding bandar-bandar lain seperti Batu Ferringhi dan Tanjong Bunga yang terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan. Terdapat kawasan-kawasan yang sesuai untuk pembinaan hotel-hotel bagi menggalakkan pelancong-pelancong menjadikan Balik Pulau sebagai destinasi pelancongan. Sehingga hari ini tidak ada satu pun hotel di Balik Pulau. Di samping itu, produk-produk pelancongan yang berasaskan makanan dan kebudayaan dapat diterapkan bagi mengangkat nilai budaya dan tradisi penduduk Balik Pulau. Faktor Balik Pulau yang lebih multi-racial jika dibandingkan dengan Timur Laut lebih strategik untuk diketengahkan sebagai budaya Negeri Pulau Pinang.
Keunikan Balik Pulau yang terkenal dengan Raja Buah iaitu buah durian merupakan 1 lagi faktor tarikan pelancong ke daerah Balik Pulau. Namun akhir-akhir ini harga durian Balik Pulau telah mula jatuh dan buah yang kurang, kemungkinan akibat cuaca yang terlalu panas dan taburan hujan yang berkurangan. Justeru 1 solusi mampan perlu dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri bagi membantu penanam-penanam durian di dalam produksi hasil yang lebih banyak. Pelancongan berteraskan alam semulajadi seperti kawasan Taman Negara perlu dipertingkatkan kemudahan-kemudahan awam bagi memberi keselesaan kepada pengunjung-pengunjung terutamanya mereka dari luar negara. Jambatan-jambatan dan laluan-laluan yang terganggu akibat pokok-pokok yang tumbang perlu dibersihkan. Terdapat Pusat Pembiakan Penyu USM perlu dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai pelancong mengunjungi Taman Negara.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada institusi agama iaitu sejak Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua yang lalu, banyak kepincangan yang telah diutarakan di dalam Dewan yang Mulia ini. Saya ingin merujuk kepada pentadbiran kariah-kariah yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi sesi 2026-2028. Sesi pemilihan yang dilakukan banyak menitikberatkan penerapan undang-undang baru seperti berikut, umur tidak melebihi 60 tahun walaupun kerajaan sendiri sekarang mahu melanjutkan umur persaraan ke 65 tahun.
Tapi Majlis Agama Islam menghadkan Pengerusi Kariah tidak melebihi 65 tahun. Ahli politik tak boleh terlibat sebagai calon pengerusi. Hanya 7 nama yang perlu dihantar ke pejabat agama dan bakinya dihantar kemudian. Kekangan-kekangan ini semata-mata diwujudkan bagi memudahkan pihak kerajaan yang memerintah mengawal institusi masjid dan menggunakan kepentingan masjid untuk promosi demi manfaat parti yang memerintah. Sehingga sekarang banyak institusi masjid yang mengalami pergolakan disebabkan proses pelantikan AJK yang tidak telus. Banyak kekangan yang sengaja diada-adakan bagi memberi kelebihan kepada parti pemerintah. Namun apa yang berlaku pada hari ini hasil dari tindakan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang meletakkan syarat-syarat untuk mengekang kariah dari menjalankan pemilihan dan pelantikan yang bebas telah menimbulkan isu-isu umpamanya.
Terdapat kariah yang mana nama pengerusi tiada dalam senarai penerima watikah sebagai pengerusi, tetapi sebaliknya dilantik menjadi pengerusi kariah. Apakah cara begini menjadi satu fenomena baru dalam pelantikan pengerusi kariah atau lebih dikenali pintu belakang? Ini adalah luar biasa.
Faktor kedua kepincangan yang berlaku dalam kariah-kariah hasil pengendalian Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ialah setelah senarai AJK yang baru dilantik dan mereka telah menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan, kini terdapat gangguan tangan-tangan ghaib dari ahli politik yang cuba mengambil alih pentadbiran di kariah tersebut. Sehingga menyebabkan AJK yang sah melepaskan jawatan Pengerusi Kariah kerana tidak dapat menerima tekanan untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi tatakelola pentadbiran dan kewangan. Apabila ini terjadi, tangan-tangan ghaib ini meletakkan saudara-saudaranya untuk menjadi AJK kariah tersebut. Agar senang pentadbiran kariah terutamanya hal-hal kewangan dapat dimanipulasi oleh tangan-tangan ghaib untuk kepentingan politik beliau.
Boleh dikatakan terdapat banyak permasalahan di dalam sistem pemilihan yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada sesi 2026 hingga 2028. Justeru campur tangan Pejabat Agama, Majlis Agama Islam di dalam sistem pemilihan AJK-AJK kariah telah menyebabkan kekacauan dan pentadbiran kariah bermasalah serta perlu dikaji semula. Tanggungjawab pemilihan Pengerusi, AJK hendaklah dilaksanakan oleh anak-anak kariah sepertimana dulu dan bukannya campur tangan Pejabat Agama, MAINPP dan JHEAIPP. Faktor campur tangan Pejabat Agama Daerah dan MAINPP dan JHEAIPP tidak salah jika ditafsirkan mempunyai niat yang tertentu di dalam percaturan politik bagi memberi kelebihan kepada parti pemerintah. Check and balance terhadap hal-hal berkaitan zakat dan wakaf akan lebih selamat dengan kebebasan ahli-ahli kariah yang dilantik secara demokrasi. Sudah tentu bukannya Yes Man (dengan izin) dan perkara-perkara yang mungkar dapat dihidu dengan lebih berkesan.
Telok Bahang, sorry mencelah. Tadi berkaitan dengan isu pemilihan kariah tadi, disebut ada unsur-unsur campur tangan dan salah guna kuasa. Boleh tak perkara ini dibuat aduan, kalau salah guna kuasa ni?
Ya, kariah-kariah tersebut telah membuat aduan dan dalam penyiasatan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu jenayah terancang seperti pusat memproses dadah di kebun durian di Balik Pulau seharusnya tidak dipandang sebelah mata kerana isu ini boleh menyebabkan teori domino. Terutamanya seperti gejala pecah rumah yang kerap berlaku di kawasan Balik Pulau dan yang terbaru sebanyak 4 buah rumah telah menjadi mangsa pecah rumah di kawasan Jalan Baru dan sebelum itu di kawasan Kampung Permatang Tepi Simpang Empat, turut mengalami insiden 4 buah rumah telah dipecah oleh pencuri-pencuri ini. Kawasan Balik Pulau memang terdedah kepada isu-isu keselamatan seperti tempat memproses dadah dan air ketum. Kawasan-kawasan seperti pusat-pusat penternakan udang, kandang-kandang ternakan lembu dan kambing yang terpencil tidak mustahil dijadikan sarang-sarang aktiviti haram. Justeru, saya mengharapkan pihak keselamatan khususnya PDRM agar melipatgandakan usaha di dalam membanteras aktiviti-aktiviti haram ini.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu nelayan pantai yang semakin tertekan akibat hasil tangkapan yang menurun amat ketara pada masa ini. Hasil tinjauan bersama-sama nelayan di Telok Bahang, tangkapan ikan amat merosot adalah faktor air laut yang tercemar dengan warna yang hitam bercampur slag. Di samping itu, air laut ini meninggalkan kesan gatal jika tersentuh dengan kulit manusia. Sehubungan itu, kemungkinan salah satu faktor mengapa berkurangnya ikan di kawasan barat daya adalah pencemaran. Saya berharap Kerajaan Negeri dengan agensi-agensi terbabit dapat mengambil tindakan yang sepatutnya demi kelangsungan para nelayan pantai di sini.
Telok Bahang, minta maaf mencelah. Betul lah. Apa nak tanya apa ni punca pencemaran agak-agak daripada mana? Punca, punca pencemaran.
Punca pencemaran adalah kemungkinanlah daripada apa yang disebut daripada awal pagi tadi dan kelmarin oleh Ketua Pembangkang dan YB-YB kawasan berkenaan dengan air-air yang datang daripada Sungai Perai ataupun daripada pusat-pusat sampah yang berlaku di mana toksik-toksik keluar dan kemungkinan juga slag-slag daripada pulau-pulau yang silikon yang ada sekarang. (Gangguan). Sampai Balik Pulau? Sungai Perai pun sampai Balik Pulau? Barat Daya. Dan saya ingin juga menyentuh bersabit dengan nelayan, iaitu terdapat sekumpulan peniaga-peniaga barang nelayan yang mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berhutang sebanyak RM200,000. Malaysia Gazette bertarikh 8 Mei 2025. Pihak berkaitan telah berulang-ulang kali menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan, EXCO dan Pejabat Ketua Menteri, namun tiada maklum balas yang diterima. Akibat kesengsaraan…
Sikit, mencelah sikit.
Sila-sila.
Saya kena jawab siap-siap ni takut benda itu jadi fitnah. Hari ini kita dah selesai dah bayaran daripada Kerajaan Negeri, 6 daripada 8 syarikat. 6 syarikat kita dah selesai semalam, tunggu 2 syarikat lagi yang dokumen tak cukup untuk kita bayar. Jadi saya rasa kes ni dah selesai ya? Kita tak bawa dah cerita panjang daripada bagi pihak Kerajaan Negeri dan kita dah tindak Insya-Allah.
Terima kasih EXCO yang berdedikasi. Berdedikasi. Tentang geopolitik yang menyentuh, okey, habis bercampur aduk, saya rasa kacau, kacau EXCO ini. Okey, penutup. Sejajar dengan permasalahan rakyat yang tidak menentu pada masa ini, saya menyeru supaya Kerajaan Negeri lebih prihatin terhadap tekanan-tekanan yang tidak sepatutnya diletakkan kepada mereka yang menggalas permasalahan negeri, diletakkan kepada mereka untuk menggalas permasalahan negeri khasnya mereka yang berada di dalam kategori B40 dan M40, terutamanya yang melibatkan cukai-cukai tanah yang baru dan kenaikan kepada mereka. Kebanyakan tanah-tanah tersebut adalah tanah-tanah pusaka.
Okey, berkaitan harga minyak yang tidak menentu pada ketika ini amat-amat membebankan rakyat. Walaupun, kerajaan menyatakan harga minyak adalah mengikut Automatic Pricing Mechanism, apakah perbezaan harga minyak diesel di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak juga mengikut APM? Konsep double standard yang Kerajaan Persekutuan lakukan diharap dengan double standard ini boleh memberi kesedaran kepada rakyat. Projek-projek mega yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, walaupun kebanyakannya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, sepatutnya dikaji viability terlebih dahulu dan diberi keutamaan iaitu priority (dengan izin) berdasarkan demand dan kritikal. Bukan saya mengatakan tidak perlu kepada projek-projek mega, namun keperluan rakyat perlulah dijadikan sandaran.
Tentang geopolitik yang menyaksikan satu konsep peperangan baru atau asymmetric warfare boleh merebak ke mana-mana sahaja, jikalau kepentingan sesuatu negara itu terancam. Hari ini, Selat Melaka yang merupakan denyut nadi perdagangan minyak Iran tidak mustahil bertukar menjadi medan peperangan sekiranya terdapat campur tangan negara-negara kuasa besar ke atas selat tersebut. Janganlah Pulau Pinang dijadikan kambing hitam oleh kuasa besar kerana takut seperti kata pepatah "ayam terlepas tangan bau tahi". Saya menyeru kepada Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian kepada kawasan Balik Pulau termasuk PTMP yang langsung tidak melibatkan kawasan kami. Natijahnya, kami sentiasa dihantui oleh tanah runtuh, pokok tumbang, traffic jam, dan lain-lain kepayahan apabila hujan lebat dan cuaca tidak menentu.
Pada masa ini, pelancong-pelancong luar yang menjadikan Balik Pulau sebagai destinasi pelancongan turut memberi petanda bahawa Balik Pulau bakal menjadi destinasi pelancongan unggul sekiranya Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada kawasan ini dalam sektor pelancongan. Dari segi institusi agama, pejabat agama, jabatan agama, dan majlis agama haruslah berlapang dada dan menyerahkan semua urusan termasuk pemilihan AJK kepada kariah masing-masing agar penyemarakkan masjid dan pentadbiran kariah akan lebih dinamik dan maju serta terhindar daripada gejala-gejala negatif. Sekiranya masih ada unsur pintu belakang, saya khuatir elemen kronisme dan nepotisme akan menjalar di dalam institusi masjid.
Akhir sekali saya ungkapkan serangkap pantun,
Anak desa pergi ke kota, Singgah sebentar membeli roti, Pemimpin bijak menjaga negeri, Kasih rakyat terus dihormati.
Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih kepada Telok Bahang. Dan seterusnya saya persilakan Batu Uban, dipersilakan.
Terima kasih Dato’ Speaker. Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menjunjung kasih atas titah ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang telah menyentuh secara menyeluruh mengenai hala tuju pembangunan negeri meliputi aspek ekonomi, pelaburan, digitalisasi, pembangunan modal insan, keterjaminan air, mobiliti mampan, kesejahteraan rakyat serta kelestarian negeri. Saya menyokong penuh penegasan Tuan Yang Terutama bahawa Pulau Pinang perlu terus memperkukuh daya tahan negeri dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik dunia, perubahan iklim serta cabaran rantai bekalan antarabangsa yang semakin kompleks.
Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang hari ini terus membuktikan kedudukannya sebagai antara enjin ekonomi utama negara. Berdasarkan data yang telah dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri berjaya mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM63.96 bilion pada tahun 2025, sekaligus mengekalkan momentum sebagai hab pelaburan dan juga teknologi utama Malaysia. Selain itu, jumlah perdagangan negeri mencecah RM956.37 bilion dengan nilai eksport sebanyak RM573.91 bilion, dan ini telah menyumbang sekitar 35.7% kepada keseluruhan eksport Malaysia. Ini membuktikan bahawa Pulau Pinang bukan sahaja penting kepada ekonomi negeri malah menjadi pemacu utama ekonomi negara khususnya dalam sektor elektrik dan juga elektronik, semikonduktor, teknologi tinggi dan juga ICT.
Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan juga ucapan syabas kepada Kerajaan Negeri atas pencapaian perdagangan negeri yang amat membanggakan pada tahun 2025. Justeru, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menuntut perkongsian hasil daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan sumbangan besar Pulau Pinang kepada ekonomi dan juga eksport negara. Ini bukan soal politik tetapi soal keadilan fiskal berdasarkan sumbangan besar Pulau Pinang kepada ekonomi negara. Adalah wajar Pulau Pinang diberikan pulangan yang lebih adil dan setimpal agar hasil tersebut dapat dikembalikan semula kepada rakyat melalui pembangunan infrastruktur, pengangkutan awam, projek tebatan banjir, bekalan air, perumahan mampu milik serta program-program kebajikan rakyat yang lain.
Dan saya berharap sekiranya Kerajaan Persekutuan dapat memberikan hasil tersebut kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, maka tidak perlulah kita menaikkan kadar cukai ataupun mengenakan kadar cukai yang baru kerana rata-rata apabila kita mengenakan kadar cukai, ramai rakyat di luar sana tidak bersetuju kerana mereka merasakan ianya membebankan walaupun faktanya bahawa Kerajaan Negeri memerlukan hasil yang baru kerana kita sebagai sebuah negeri, kita juga memerlukan hasil yang baru bagi kita menampung kos-kos yang terdapat ini. Dan peratus tuntutan yang ditentukan saya mohon ditentukan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan amaun yang berpatutan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga berpandangan bahawa Kerajaan Negeri juga perlu bergerak dengan lebih agresif dalam menarik pelabur-pelabur baru khususnya bagi memperkukuh pembangunan kawasan Batu Kawan sebagai hab industri dan juga pelaburan masa depan negeri. Kawasan Batu Kawan mempunyai potensi yang amat besar untuk berkembang sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baru. Oleh itu, Kerajaan Negeri juga perlu menyediakan ekosistem yang lebih lengkap dan juga kompetitif termasuk dari segi infrastruktur asas yang mencukupi seperti bekalan air, jaringan pengangkutan yang efisien, kemudahan logistik, pembangunan modal insan serta jaminan utiliti yang stabil.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri juga perlu mempercepatkan pelan kontingensi air bagi memastikan kesiapsiagaan negeri dalam menjamin kelestarian dan juga keselamatan bekalan air dalam jangka panjang. Kita harus sedar bahawa perubahan iklim, fenomena cuaca panas yang melampau dan juga musim kemarau yang semakin tidak menentu memberi kesan besar terhadap sumber air negeri. Sekiranya perkara ini tidak ditangani secara strategik dan juga secara menyeluruh, saya bimbang ia akan memberi kesan langsung kepada keyakinan pelabur terutamanya pertumbuhan ekonomi, operasi industri dan juga kesejahteraan rakyat.
Pada sidang media pada bulan Mac yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif PBA, beliau berkata bahawa situasi semasa menunjukkan sumber air mentah dari Sungai Muda masih mencukupi untuk tempoh kira-kira dua bulan. Sidang media ini diadakan pada 30 Mac 2026 dan sekiranya kita mengambil kira tempoh dua bulan yang dinyatakan, bulan April dan juga bulan Mei, saya tidak pasti sama ada empangan kita ataupun sumber bekalan kita ini masih mencukupi untuk bulan Jun apabila kita melihat keadaan yang tidak menentu, ada hari yang hujan dan juga ada hari yang cuaca yang panas, maka mungkin kita perlulah melihat semula pelan-pelan kita untuk kita memastikan sumber air ini boleh terjamin. Kerana pelabur mungkin boleh bertolak ansur dengan kerenah birokrasi tetapi pelabur tidak akan bertolak ansur dengan ketidakjaminan bekalan air. Saya menyokong langkah Kerajaan Negeri memperkukuh tadbir urus air melalui Enakmen Sumber Air Pulau Pinang 2025 dan juga penubuhan Lembaga Sumber Air Pulau Pinang.
Selain itu, usaha strategik PBA Pulau Pinang melalui projek sumber air Sungai Perak juga amat penting bagi memastikan bekalan air jangka panjang negeri ini terus terjamin. Dalam masa yang sama, saya juga ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini perjanjian air antara Negeri Perak dan juga Negeri Pulau Pinang termasuk status projek pembekalan air dari Sungai Perak yang dilihat amat penting untuk masa depan negeri ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong penuh pembangunan ekonomi digital negeri melalui Digital Economy Masterplan 2025-2030 yang menyasarkan ekonomi digital yang menyumbang 35% kepada KDNK negeri menjelang tahun 2030 dengan sasaran menarik lebih daripada RM20 bilion pelaburan digital serta mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Dalam dunia yang semakin dipacu oleh kecerdasan buatan ataupun Artificial Intelligence dengan izin, AI, Pulau Pinang terus menjadi peneraju teknologi baru. Saya menyambut baik usaha melahirkan bakat AI dan juga generasi AI melalui PGIA 2.0 termasuk latihan kepada tenaga kerja tempatan dalam bidang engineering dan juga aplikasi AI industri. Saya juga mengiktiraf usaha pembangunan modal insan melalui Tech Dome Penang, Penang Science Cluster dan juga Penang STEM 4.0 yang melibatkan lebih 303,491 penyertaan pelajar dari tahun 2023 sehingga tahun 2025. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat serius dalam membina generasi masa depan yang berkemahiran tinggi dan mampu memenuhi keperluan industri global. Selain itu, usaha NCR Technology Innovation Centre yang telah melatih lebih 1,400 bakat tempatan serta menyokong pewujudan lebih 13,000 peluang pekerjaan berteknologi tinggi juga wajar diberikan penghargaan.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam aspek infrastruktur, saya menyokong pembangunan strategik negeri termasuk projek LRT Mutiara, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga Transit Oriented Development Sungai Nibong serta projek jalan raya utama yang sedang dilaksanakan. Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa projek LRT Mutiara Pulau Pinang tidak boleh hanya tertumpu kepada pembinaan stesen dan juga jajaran semata-mata, apa yang lebih penting ialah sistem connectivity ataupun last mile connection dengan izin. Rakyat mahu sistem pengangkutan awam yang benar-benar memudahkan kehidupan mereka. Jika rakyat turun di stesen LRT tetapi masih tiada sambungan ke kawasan perumahan, tempat kerja atau pusat komersial, saya risau objektif sebenar pengangkutan awam ini tidak tercapai. Kerana saya dimaklumkan dalam jawapan bertulis setakat ini kos untuk pembinaan LRT Mutiara adalah lebih kurang 16.8 bilion kos projek keseluruhan. Justeru, saya berharap setiap stesen LRT mempunyai integrasi menyeluruh termasuk feeder bus, van transit, laluan pejalan kaki, park and ride, laluan basikal serta sambungan terus ke kawasan tumpuan rakyat. Dalam masa yang sama, saya juga memohon supaya perkhidmatan Bas Rapid di kawasan Lebuh Nipah dipertingkatkan memandangkan permintaan rakyat semakin tinggi. Jika perlu, penggunaan Rapid Penang On Demand boleh diperkenalkan di kawasan tersebut sebagai penyelesaian jangka pendek bagi meningkatkan aksesibiliti pengangkutan awam bagi penduduk di kawasan tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, saya berdiri pada hari ini bukan semata-mata untuk menggulung perbahasan, tetapi untuk menyuarakan harapan, permohonan dan juga tuntutan rakyat Batu Uban yang telah memberikan amanah kepada saya untuk membawa suara mereka ke Dewan yang Mulia ini tanpa mengira kaum, agama dan juga latar belakang. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan juga terima kasih kepada Kerajaan Negeri serta Yang Berhormat Sungai Acheh. Sungai Acheh tak ada di Dewan, tetapi atas pelaksanaan pembinaan rumah baru melalui projek khas ekonomi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Batu Uban. Dua orang penghuni warga emas iaitu Pak Cik Hamid yang berusia 68 tahun dan juga Mak Cik Rokiah yang berusia 74 tahun kini menerima sinar baru hasil pembinaan rumah bernilai RM75,000.00 seorang yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Bantuan ini amat besar maknanya kepada golongan warga emas dan juga berpendapatan rendah serta membuktikan bahawa Kerajaan Negeri benar-benar prihatin terhadap rakyat yang memerlukan bantuan.
Selain itu, saya juga ingin merekodkan bahawa isu perpindahan melibatkan 21 orang penduduk di Kampung Batu Uban yang melibatkan 100% penghuni Melayu yang telah berjaya diselesaikan dengan baik apabila semua penduduk menerima bayaran ex-gratia sebanyak RM200,000.00 bagi setiap unit rumah daripada pihak tuan tanah. Penyelesaian ini adalah hasil perbincangan dan juga kerjasama yang baik antara saya, pihak tuan tanah dan juga Kerajaan Negeri bagi memastikan kebajikan penduduk terus terpelihara.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Perai serta Lembaga Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana membantu menyediakan peluang kepada lebih kurang seramai 11 orang penduduk yang diberikan tawaran keutamaan, priority list, untuk membeli rumah kos sederhana rendah di Teluk Kumbar. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Perai. Kalau di Tamil Nadu kita ada Vijay, di Penang kita ada MGR daripada Perai. Ternyata beliau sangat peka terhadap kebajikan rakyat negeri Pulau Pinang ini khususnya dalam isu perumahan ini.
Ada permohonan. Dalam masa yang sama, saya juga ingin memohon pertimbangan Kerajaan Negeri supaya pendekatan yang sama turut diberikan kepada penduduk yang terlibat dengan perpindahan akibat projek LRT Mutiara di Lorong Sungai Dua. Saya berharap penduduk yang terkesan di kawasan tersebut dapat diberikan juga peluang keutamaan untuk membeli rumah kos sederhana rendah supaya mereka tidak terpinggir daripada arus pembangunan dan masih mampu meneruskan kehidupan dalam kawasan yang selesa dan juga mampu dimiliki. Dato’ Yang di-Pertua.
YB Batu Uban, YB Batu Uban, boleh tambah sikit tak,
Boleh.
Saya ambil kesempatan ini untuk mengucap jutaan terima kasih dan tahniah kepada Batu Uban kerana kesemua 20 lebih keluarga itu dah dapat pampasan sebanyak RM200,000.00. Sepatutnya tutup ceritalah. Tapi Batu Uban jumpa saya, bagi RM200,000.00 lagi bagi dia peluang beli rumah mampu milik. Ini syabas, very good initiative. Terima kasih.
Tambah sikit eh, sikit-sikit tengok saya tengok macam mana nak landing tadi. Macam ni, saya tadi patah balik sikit sorry eh. Saya tertarik dengan ucapan Batu Uban tadi yang menyebut tentang cadangan untuk meminta Kerajaan Negeri meminta kembali sedikit pulangan cukai itu. Kalau tak silap saya, perkara begini telah dibangkitkan oleh Datok Keramat dalam mesyuarat sidang DUN yang baru-baru ni. So jadi saya nak tanya, setakat ni adakah apa-apa perkembangan Kerajaan Negeri sendiri selepas dibangkitkan masa dulu ni tentang hal inilah. Dan kedua kalau nisbah berapa setakat ni berapa nisbah yang Kerajaan Negeri dapat balik daripada yang kita bayar ke pusat tu. Faham maksud saya.
Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal. Saya tidak ada jawapan tersebut dan mungkin nanti dalam sesi penggulungan, Ketua Menteri ataupun Yang Berhormat boleh memberikan jawapan. Kerana yang penting saya lihat, saya menyusulkan cadangan ini kerana saya lihat Pulau Pinang adalah negeri pengeksport utama di Malaysia ini dan saya rasa adalah berpatutan sekiranya kita dapat sedikit tuntutan ataupun hasil daripada apa yang telah kita berikan kepada Kerajaan Persekutuan.
Boleh cover dengan cukai lah, boleh cover dengan cukai lah.
Ya betul, Dato’ Yang di-Pertua, dalam aspek perumahan rakyat, saya memohon supaya lebih banyak projek perumahan rakyat (PPR) dan rumah mampu milik berkualiti dibina bagi membantu golongan B40, M40 dan juga anak muda bagi memiliki rumah sendiri. Bukan setakat rumah mampu milik, malah Kerajaan Negeri juga harus memberikan keutamaan membina banyak rumah berkonsepkan sewa beli iaitu rent to own (dengan izin) supaya golongan muda di Batu Uban juga dapat memiliki sebuah rumah.
Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi kepentingan awam untuk mengambil alih Lot 20133 dan juga Lot 9117 Mukim 13 Daerah Timur Laut Sungai Dua. Tanah ini asalnya dirancang untuk pembangunan projek rumah mampu milik secara usaha sama di antara Kerajaan Negeri dan juga pihak pemaju, namun tergendala akibat pertikaian bersama pemaju dan telah berlarutan lebih 20 tahun. Dan kini saya dimaklumkan tanah itu telah didaftarkan di bawah CMI. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat mengambil alih tanah tersebut dan juga membuka Request for Proposal (RFP) kepada pihak yang benar-benar berkemampuan, berminat untuk membangunkan projek rumah mampu milik demi kepentingan rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga memohon supaya diberikan perhatian serius terhadap isu kualiti rumah mampu milik kerana di kawasan saya terdapat projek rumah mampu milik Zen. Kerana mutu pembinaan, aspek keselamatan dan juga maintenance, benar-benar berada pada tahap yang tidak memuaskan. Dan saya merasakan bahawa pemaju seharusnya berlaku adil kepada pembeli kerana rumah ini telah dibeli dengan harga, mereka mengambil loan dan sebagainya tetapi banyak isu-isu yang tidak dapat diselesaikan seperti ceiling wall crack, lif dimasuk air dan juga water leakage di beberapa kawasan parking dan juga termasuk dalam unit-unit kediaman mereka.
Saya dengan rasminya telah menulis surat juga kepada Yang Berhormat Perai supaya isu ni diberikan perhatian sewajarnya kerana apa warranty period dia akan tamat tidak lama lagi sebab dia sudah nak mencapai dua tahun. Dan penduduk bimbang apabila warranty period ni telah tamat, pemaju akan lepas tangan dan selepas itu akan ada banyak lagi isu. Saya mengharapkan bahawa isu ni dapat diberikan perhatian yang sewajarnya dan juga pada masa hadapan, projek-projek rumah mampu milik yang dibina oleh pemaju perlulah membina sebuah rumah yang berkualiti dan juga boleh tahan lama. Kerana inilah yang kita memerlukan.
Celah sedikit ah. Tentang rumah yang tidak berkualiti dan jika hanya dua tahun warranty period itu sudah lepas, so bermaksudnya pemaju boleh lepas tangankah? Jika macam itu, bolehkah kita minta satu tempoh yang lebih panjang supaya tanggungjawab itu tidak dijatuh kepada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusatlah, walaupun kita ada skim 80:20, so kita tidak boleh lepaskan pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawablah. Tak kira di kawasan-kawasan mana, kita nak rumah yang berkualiti dan mampu milik dan bukan harga mampu milik dan rumah yang tidak berkualitilah.
Terima kasih Yang Berhormat.
Boleh kongsi sikit speaker, boleh kongsi sikit, just cuma untuk pengetahuan ya, masalah apartment ni memang sudah wujud banyak lama tapi soalan tadi adakah sama ada 24 bulan sahaja DLP ataupun lebih ya. Kerosakan berkenaan structural design tidak ada limit. Sampai bila pun boleh claim. Yang rumah pangsa ni, pandangan saya adalah dia structural failure, memang design failure. Kita akan tujukan kepada pemaju dan cuba mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Komtar dan juga Yang Berhormat Perai dan saya teruskan. Selain itu, saya juga memohon Kerajaan Negeri bagi pembangunan semula flat Hamna di Sungai Dua melalui pendekatan Projek Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dengan syarat hak dan kebajikan penduduk asal terus dipelihara termasuk aspek pampasan, penempatan semula dan juga peluang untuk terus tinggal di kawasan asal. Kerana flat Hamna ni juga telah dibina pada tahun 1993 dengan terdapat lebih kurang 10 blok tetapi ia dibina design yang lama, ada rumah yang memiliki dua buah bilik dan juga square feet kurang daripada 650. Dengan keadaan semasa, banyak isu-isu di kawasan tersebut, isu parkir, isu maintenance kerana tidak ada lif, lima tingkat tidak ada lif so ada ramai yang gagal membayar maintenance fees dan banyak isu. Jadi saya merasakan kawasan itu kalau boleh dibangunkan semula seperti yang kita buat di flat Mahsuri di Bayan Baru dan isu ni dapat diselesaikan.
Saya juga ingin membangkitkan projek Jabatan Perkhidmatan Pembetungan yang telah lama tergendala, JPP. Kelewatan projek di Bayan Baru, kelewatan projek seperti ini memberi kesan kepada keyakinan rakyat terhadap pelaksanaan projek kerajaan dan saya berharap tindakan segera dapat diambil kerana projek tersebut kini menimbulkan gangguan keselamatan kepada penduduk serta pengguna jalan raya.
Selain itu, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian mengenai penggunaan sebuah kabin kontena sebagai hostel pekerja di kawasan perumahan Taman Century Batu Uban yang menimbulkan kebimbangan penduduk dari aspek keselamatan kebakaran, kebersihan dan juga kebanjiran penduduk asing di kawasan tersebut. Pusat khidmat saya bersama Persatuan Penduduk Taman Century telah mengemukakan aduan rasmi kepada Pihak Berkuasa Tempatan namun sehingga hari ini masih tiada tindakan diambil.
Penduduk bimbang sekiranya perkara ni tidak diberikan perhatian serius ia boleh membahayakan komuniti sekitar sekiranya berlaku kebakaran. Kita juga tidak pasti sama ada bangunan tersebut mempunyai kelulusan PBT, bomba dan juga agensi berkaitan yang lain. Saya memohon supaya perkara ini disiasat dan juga tindakan segera diambil.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam isu pengurusan sampah pula, saya menerima banyak rungutan rakyat khususnya di kawasan KADUN Batu Uban mengenai mutu perkhidmatan kontraktor sampah yang tidak memuaskan tetapi kontrak mereka masih di renew semula dan diberikan dua tahun lagi. Saya berharap sistem penilaian prestasi kontraktor ini dapat diperketatkan supaya wang rakyat dapat digunakan dengan lebih berkesan. Kerana sudah banyak kali saya memberi aduan ini sama ada kepada pihak MBPP sendiri, ini bukan kali pertama tetapi banyak kali kontraktor memberikan alasan lori rosak dan sebagainya maka timbunan-timbunan sampah ni boleh kelihatan di flat-flat dan kawasan Batu Uban adalah kawasan yang padat maka saya memohon supaya kontraktor ini diberikan amaran yang tegas sekali.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam bidang sukan, saya ingin menghargai usaha pembangunan bola sepak akar umbi melalui kerjasama bersama FAP (Football Association of Penang) bagi penyertaan Piala Belia dan juga Piala Presiden dengan perbelanjaan sehingga RM500,000.00 yang ditanggung oleh Penang FC. Dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Penang FC atas pencapaian sebagai naib juara challenge cup, yang saya rasa yang telah lama kita menanti-nantikan tapi kali ini Penang FC telah berjaya sampai ke peringkat final tetapi kita tidak ada luck, kita hanya berjaya dapat tempat kedua. Tapi saya ingin mengucapkan syabas juga kepada Kerajaan Negeri kerana saya lihat ada juga rakan-rakan yang mengatakan kali ini kita gagal menghantar pasukan bola sepak ke SUKMA kerana mungkin ada beberapa isu-isu atau teknikal tidak dapat dielakkan. Namun demikian, kita juga mempunyai wakil bola sepak wanita dan juga futsal yang akan mengambil bahagian dalam SUKMA.
Dan saya juga ingin menegaskan bahawa Pulau Pinang mesti terus dipertahankan sebagai negeri yang aman, progresif dan juga bersatu padu. Sebarang unsur perkauman ekstremis dan juga politik kebencian tidak boleh diberikan ruang kerana kekuatan sebenar Pulau Pinang selama ini terletak pada perpaduan rakyat pelbagai kaum, agama dan juga budaya. Sebagai penutup, saya ingin memohon Kerajaan Negeri agar dapat mempertimbangkan penambahan peruntukan kepada Wakaf Hindu Pulau Pinang bagi memastikan pelbagai program kebajikan dan juga pembangunan masyarakat dapat diteruskan dengan lebih berkesan.
Untuk makluman Yang di-Pertua, sepanjang tiga tahun yang lalu, Wakaf Hindu Pulau Pinang telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1.2 juta yang telah memberi manfaat kepada lebih 1,200 pelajar Hindu di negeri ini. Selain itu, program komuniti turut dilaksanakan secara berterusan demi kesejahteraan masyarakat Hindu di Pulau Pinang. Pada masa ini, peruntukan tahunan yang diterima adalah sebanyak RM2 juta setahun, namun kira-kira RM1.5 juta telah digunakan bagi menampung kos operasi. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan tambahan peruntukan supaya lebih banyak inisiatif berkaitan pendidikan, kebajikan dan juga pembangunan komuniti dapat dilaksanakan demi manfaat rakyat secara menyeluruh dan baru-baru ini kita lihat Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim juga telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada MITRA khususnya untuk program-program sosio ekonomi dan juga kebajikan kepada masyarakat India. Maka saya memohon Kerajaan Negeri juga boleh memperhalusi untuk menaikkan sedikit bajet kepada Wakaf Hindu.
Di samping itu, saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri berkaitan keperluan tanah perkuburan Islam di kawasan Jalan Bukit Gambir melibatkan tanah milik Universiti Sains Malaysia di bawah Kariah Taman Pekaka. Difahamkan tanah tersebut pernah digunakan sebagai tapak perkuburan Islam, namun satu lawatan tapak juga telah diadakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersama pihak USM telah diadakan pada tahun 2024 bagi meneliti tanah perkuburan tersebut. Justeru, saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan perhatian dan juga pertimbangan sewajarnya agar usaha ini dapat direalisasikan bagi kemudahan dan juga menampung keperluan masyarakat setempat pada masa hadapan. Saya ada satu saja lagi isu berkenaan dengan anjing liar di kawasan KADUN Batu Uban.
Dato’ Yang di-Pertua, setiap kali dalam sidang Dewan, saya sering membangkitkan isu anjing liar yang semakin membimbangkan di kawasan perumahan, khususnya di KADUN Batu Uban. Isu ini semakin serius apabila terdapat individu yang memberikan makanan kepada anjing-anjing liar di kawasan perumahan secara tidak terkawal. Tindakan tersebut juga menyebabkan kawasan berkenaan menjadi tumpuan anjing liar sekali gus menimbulkan gangguan kepada penduduk awam dari segi keselamatan, kebersihan dan juga keselesaan. Sisa makanan pula dibiarkan bersepah sehingga mencemarkan persekitaran dan juga mengundang masalah kebersihan.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempertimbangkan penyediaan dedicated dog feeding area seperti ini, di mana kita ada satu tempat khas kalau PBT boleh bina, jauh daripada kawasan perumahan, kita memberikan peluang kepada pencinta-pencinta haiwan ini yang nak memberikan makanan, boleh pergi ke kawasan tersebut dan juga memberikan makanan kerana apabila saya juga sendiri telah turun ke kawasan seperti di Minden Heights, saya menegur mereka dan mereka memarahi saya sendiri. Dia kata "Ini adalah hak saya untuk memberikan makanan kepada anjing, kenapa you meminta saya untuk tidak memberikan makanan?" Dan saya rasa melalui pendekatan ini, apabila aktiviti pemberian makanan ini dapat dikawal dengan lebih tersusun, kebersihan kawasan juga dapat dipantau dan pada masa yang sama mengurangkan gangguan anjing liar di kawasan kediaman penduduk. Selain itu, PBT juga boleh bekerjasama dengan NGO-NGO haiwan untuk melaksanakan program vaksin dan juga pemandulan secara berkala bagi mengawal populasi anjing liar secara lebih berkesan dan juga berperikemanusiaan dan saya berharap cadangan ini dapat diteliti oleh pihak PBT supaya kita juga dapat menyelesaikan isu-isu anjing liar di kawasan KADUN Batu Uban. Dengan itu, saya menyokong usul penggulungan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Batu Uban dan seterusnya saya persilakan Bukit Tengah.
Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker dan terima kasih memberi saya peluang untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan perasmian TYT pada hari ini. Sudah tentu kita dah dua hari mendengar ucapan-ucapan dan antara isu yang sentral adalah konflik Asia Barat Timbalan Speaker, yang mungkin kelihatan jauh daripada Pulau Pinang tetapi kesan ekonominya telah pun sampai ke negeri kita melalui kenaikan harga tenaga, peningkatan kos logistik, gangguan rantaian bekalan serta sentimen pelabur dan aliran pelancongan yang semakin lemah. Malah kita juga dimaklumkan semalam bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kita akan turut berdepan dengan tekanan kewangan susulan dengan kenaikan harga diesel.
Bagi Pulau Pinang, Timbalan Speaker, perkara ini amat penting kerana kita bukan hanya sebuah negeri yang pasif. Kita adalah negeri pembuatan, negeri eksport, negeri pelancongan dan semakin hari sebuah negeri yang perlu bersaing di peringkat global untuk modal, bakat dan teknologi. Walaupun KDNK kita sudah pun melampaui RM120 bilion dan kita terus menjadi antara hab eksport utama negara, kita dengar daripada ucapan TYT bahawa approved investment sahaja telah pun mencecah RM63 bilion dan eksport RM573 bilion. Ini adalah angka-angka yang cukup besar tetapi apabila berlakunya kejutan ekonomi global, Pulau Pinang turut akan merasai lebih awal dan lebih mendalam, Timbalan Speaker. FMM baru dalam tinjauan terbarunya pada 7 Mei 2026 yang dilaporkan dalam The Edge, telah pun melaporkan bahawa lebih daripada dua pertiga pengilang kini berdepan keadaan perniagaan yang semakin merosot serta masalah bekalan mentah yang semakin serius. Perkara ini turut dibangkitkan oleh Presiden FMM Pulau Pinang dalam sesi dialog bersama dengan Menteri Yang Amat Berhormat Steven Sim di Pulau Pinang Sabtu lalu. FMM telah pun menyatakan bahawa dalam statement mereka "What began as a freight and logistic cost disruption now has spread across the manufacturing chain affecting raw material availability, order volumes, cash flow, investment decisions and employment". Ini adalah perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan oleh FMM dan TYT sendiri dalam ucapannya telah pun juga menekankan keperluan Pulau Pinang memperkukuhkan keupayaan dalaman dan daya tahan negeri dalam menghadapi ketidaktentuan global dan dalam perkara ini kita telah pun mendengar cadangan-cadangan yang telah pun dibangkitkan oleh ADUN-ADUN dalam Dewan yang Mulia ini.
Sudah tentu juga sektor pelancongan juga akan terjejas ataupun akan memberi, akan kena kesan impak yang besar. Saya tidak mahu masuk dalam isu pelancongan tetapi apa yang saya nak disebutkan di sini, kita apabila berlakunya konflik ini, kita juga ada baca di berita bahawa perbendaharaan negara juga telah pun mengeluarkan arahan supaya kementerian-kementerian untuk mengurangkan perbelanjaan mereka dan kita dengar bahawa arahan telah pun diberikan kepada pendidikan dan juga kesihatan untuk turun safe selamatkan RM5.4 bilion. Ini adalah angka-angka yang besar tetapi Perdana Menteri kita telah pun mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan bahawa ini tidak termasuk critical services, tidak termasuk doktor-doktor baru dan sebagainya tetapi on high end things like going on holiday dan sebagainya. Perdana Menteri kita ini kita kena adillah, memang Kerajaan Persekutuan kita kena adil kepada Kerajaan Persekutuan sebab langkah-langkah ini adalah rasionalisasi perbelanjaan dan bukannya pemotongan terhadap perkhidmatan teras.
Namun begitu, Yang Berhormat Timbalan Speaker, pengajaran politik daripada situasi ini amat jelas, apabila berlaku kejutan global, Putrajaya sendiri turut akan merasakan tekanannya. Bayangkan kalau Kerajaan Persekutuan yang mempunyai hasil tahunan lebih daripada RM300 bilion setahun juga terpaksa mengetatkan perbelanjaan, bagaimana pula dengan negeri-negeri seperti Pulau Pinang yang mempunyai ruang fiskal yang jauh lebih kecil. Kita juga mengambil maklum bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang telah pun mencecah RM10 bilion untuk PMKS yang terjejas disebabkan oleh konflik di Middle East dan ini sememangnya langkah ini sangat dialu-alukan kerana PKS merupakan tulang belakang ekonomi kita. Lebih 95 peratus perniagaan Pulau Pinang terdiri daripada SMEs dan sebahagian mereka terlibat secara langsung dalam rantaian bekalan sektor pembuatan. Macam-macam yang mereka bekalkan, komponen logistik, pembungkusan, perkhidmatan kejuruteraan, penyelenggaraan dan banyak lagi peranan mereka ini.
Namun begitu, apabila Perdana Menteri ditanya baru-baru ini adakah tentang keterbatasan bantuan kerajaan, Perdana Menteri telah pun menyatakan adakah kita mampu membantu? Jawapan dia adalah sebahagian ya tetapi kita tidak mampu membantu semua orang. Ini adalah yang disebutkan oleh Perdana Menteri sendiri. Kenyataan itu jujur tetapi pada masa yang sama ia juga mendedahkan satu brutal reality, satu inconvenient truth, satu hakikat yang pahit dan tidak selesa iaitu jika Kerajaan Persekutuan sendiri tidak mampu membantu semua pihak, maka negeri-negeri perlu diperkasakan supaya mampu membantu diri sendiri, membantu rakyatnya, perusahaannya, industrinya secara langsung dan berkesan.
Dato’ Speaker, di sini saya nak sebut tentang Penang International Finance Centre (PIFC). Ini adalah satu langkah yang amat penting ke depan, PIFC bukan sekadar usaha penjenamaan Pulau Pinang sebagai pusat kewangan, ia usaha membawa keseluruhan ekosistem kewangan bagi to support (dengan izin) the next phase of Penang's economy. Menyokong fasa pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang yang seterusnya. Kerajaan Negeri yang kita telah pun ambil maklum telah pun menubuhkan special task force, pasukan petugas khas PIFC yang kini sedia menyediakan kertas putih dan pelan tindakan strategik untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan menjelang suku ketiga tahun ini. Dalam jawapan kepada soalan DUN saya, saya telah bertanya apakah matlamat PIFC dan dijawab di sini adalah untuk meletakkan Pulau Pinang sebagai hab teknologi kewangan yang menyokong rantaian nilai semikonduktor melalui pembiayaan rantaian bekalan, fintech, kewangan Islam dan infrastruktur kewangan digital. Ini adalah Dato’ Speaker, hala tuju yang tepat tetapi jika kita benar-benar serius untuk membina daya tahan ekonomi, menyokong PKS dan mengekalkan bakat tempatan, maka kita ada satu soalan yang kita mesti menangani iaitu persoalan modal dan pelaburan. Tanpa modal, sebarang strategi dan visi hanya akan kekal sebagai cita-cita. Ucapan TYT telah pun menggariskan satu visi ekonomi yang progresif dengan cita yang sangat tinggi untuk Pulau Pinang.
Namun bagi merealisasikan visi tersebut sepenuhnya, saya berpandangan bahawa negeri juga perlu membina satu lagi komponen yang cukup penting iaitu keupayaan modal strategik negeri sendiri sebagai satu tonggak utama PIFC. Persoalan yang penting yang kita perlu tanyakan adalah adakah PIFC ini hanya akan menjadi hab aliran modal atau adakah kita juga mahu menjadi peserta aktif dalam penyaluran dan pelaburan modal. If we do not develop (dengan izin) the capability to invest, the capital to support local enterprises, and the strategy to take equity in strategic sectors, then we will forever remain as recipients of investment and not the shapers of our economic future (dengan izin).
Sebab itu, Dato’ Speaker, saya ingin mencadangkan satu penubuhan Dana Pelaburan Strategik Negeri Pulau Pinang, a bold ambition dengan saiz yang skala of at least RM1bilion. Ini merupakan satu peluang bersejarah untuk Pulau Pinang menerajui penubuhan dana pelaburan strategik negeri atau sub-national yang benar-benar serius di Malaysia. Why? Mungkin akan ditanya. Kenapa kita perlu dana ini? Logiknya mudah, Timbalan Speaker. Jika kejutan global semakin kerap berlaku, jika bantuan Persekutuan perlu lebih bersasar dan terhad, jika Pulau Pinang terus diharapkan menjadi pemacu pertumbuhan negara, maka Pulau Pinang juga memerlukan kapasiti pelaburan jangka panjang sendiri.
Dana seperti ini boleh menggerakkan modal, melabur dalam sektor strategik dan bakat tempatan, membantu PKS berkembang, memperkukuh industri bernilai tinggi serta menjana pulangan, yang ini penting, menjana pulangan jangka panjang kepada kerajaan yang kita selalunya menghadapi permasalahan. Ini akan melengkapkan PIFC dengan mewujudkan platform pelaburan sebenar, bukan sekadar konsep pusat kewangan semata-mata.
Dato’ Speaker. Bagaimana, mungkin akan ditanya, kita mahu cari modal untuk dana ini? Kita perlu berani, kreatif dan strategik. Pertama, kerajaan boleh menyediakan seed capital ataupun modal permulaan. Kita tidak memerlukan modal atau jumlah yang sangat besar untuk memulakannya. Kerajaan Negeri, dalam jawapan kepada soalan DUN saya sendiri, sudah ada simpanan deposit sebanyak RM302 juta yang kita simpan, labur, beli saham bank dan sebagainya. Right. PDC sudah pun merekodkan keuntungan dalam tahun 2024 berapa, lebih daripada RM500 juta. Apa yang diperlukan hanyalah modal asas yang mencukupi untuk menjadikan pemangkin kepada pelaburan yang lebih besar.
Kedua, secara aktif menjalinkan, kita boleh menjalinkan partnership, kerjasama dengan pelabur-pelabur institusi seperti KWSP, Khazanah, PNB, firma ekuiti persendirian (PE firms), serta di Pulau Pinang ada banyak highnet-worth individuals yang saya percaya sudah tentu akan bersama-sama ingin bekerjasama dengan negeri untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri kita.
Ketiga, Kerajaan Negeri juga boleh meneroka penggunaan bon pembangunan atau sukuk bagi membiayai projek strategik bagi menjana hasil. PBA sudah pun berjaya dengan sukuk, PDC saya difahamkan sedang explore the possibility of investing in REIT (dengan izin). Jadi ini bukanlah perkara-perkara yang tidak boleh dibuat. Dan keempat, mungkin kekuatan terbesar untuk Pulau Pinang sendiri adalah tanah. Kita ada tanah BKIP 3, Batu Kawan, kita ada tanah di Bayan Lepas, land bank beratus-ratus ya...
Belum habis tambak lagi.
Belum habis tambak lagi. Yang ini semua adalah tanah-tanah yang kita boleh, kalau saya katakan unlock nilainya untuk dijadikan sumbangan ekuiti dalam apa itu fund yang saya sebutkan itu. Dan saya nak katakan di sini, fund itu tak perlu besar pun. Kalau kita tengok daripada sejarah, kalau kita boleh belajar daripada Temasek, semalam ada sebut tentang Singapura, right. Temasek dalam tahun 1974 apabila ditubuhkan, dana mereka pada masa itu hanya RM300 juta pada masa itu ataupun convert kepada nilai hari ini RM1 bilion. Tetapi hari ini Temasek menguruskan aset sebanyak RM1.5 trilion tuan-tuan dan puan-puan. Khazanah yang ditubuhkan dalam tahun 1993, hari ini menguruskan aset jauh RM95 bilion tuan-tuan dan puan-puan.
Jadi, saya, untuk saya isunya bukan kerana modal itu tidak wujud. Isunya adalah kita masih belum membina satu struktur yang boleh menangkap nilai dan kapital tersebut. Mekanisme ini untuk menggerakkan, melabur dan menggandakan modal demi pembangunan negeri kita. Hari ini, Pulau Pinang menjana output ekonomi yang besar, kita dah dengar daripada ucapan-ucapan tak perlu saya masuk dalam isu ini. Tapi tanpa platform pelaburan yang tersusun, satu platform structured, sebahagian besar nilai ini tidak kekal dalam negeri kita.
Jadi, modal ini yang kita jana ini dia akan mengalir keluar macam air NRW, non-revenue water, bocor. Kita tak boleh trap itu sebagai keuntungan itu. Mana itu duit pergi? Kita pergi kepada pencukaian Persekutuan, kepada, tadi Batu Uban ada sebutkan tadi kan, ada pemilikan luar negeri dan juga bank-bank dan sebagainya. So, we do not capture this value, Timbalan Speaker.
Jadi saya nak tegaskan, jika kita serius mahu menubuhkan satu dana pelaburan negeri, kita tak perlu menunggu sehingga kita mempunyai berbilion ringgit dalam bentuk tunai. Yang penting adalah, Timbalan Speaker, kita perlu ada keberanian dan iltizam politik untuk merealisasikan cita-cita ini. Biar saya jelas di sini, jika kita tidak melabur dalam ekonomi kita hari ini, kita akan terus beroperasi dalam ekonomi yang dimiliki orang lain pada masa depan. Jadi sebab itu saya kata, we have to be brave to lead.
Penutupnya untuk isu ini, pengajaran daripada krisis ini adalah amat jelas. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kestabilan luaran, kita tidak boleh hanya bergantung kepada bantuan Persekutuan semata-mata. Pulau Pinang mesti membina keupayaannya sendiri, melabur, mengekalkan bakat, menyokong PMKS dan menghadapi kejutan ekonomi masa depan. Kerana akhirnya, satu Pulau Pinang yang kuat adalah akan memperkukuhkan Malaysia. Sudah masa tiba untuk kita beralih daripada sekadar bertindak balas terhadap krisis kepada membina daya tahan jangka panjang seperti yang telah pun dinasihatkan oleh TYT dalam ucapan beliau.
Isu yang seterusnya yang saya ingin, dua isu sahaja Timbalan Speaker. Ada satu berkenaan dengan lebuhraya projek lebuhraya bertingkat Juru-Sungai Dua. Saya telah pun berbincang dengan stakeholders dalam kawasan saya dan mereka telah pun memberi beberapa cadangan yang saya rasa adalah cukup baik sekali. Ini adalah pelan rancangannya dan saya harap nanti perkara ini mungkin boleh dijawab oleh EXCO lah ataupun dipertimbangkan. Sekarang memang ada cadangan untuk satu pusingan U-turn dekat dengan interjunction Auto City. Ini yang dicadangkan.
Dan saya nak sebutkan di sini, Timbalan Speaker, kawasan yang penduduk di kawasan Bukit Tengah ni mereka ni ada satu akses sahaja yang keluar kepada highway sekarang buat sekarang, iaitu menerusi Jalan Kebun Nanas dan Jalan Chian Heng Kai. Ini adalah the main exit. Jadi apabila berlaku ini, apa yang kita melihat selalunya akan ada bottleneck di sini di depan Auto City yang selalu kita akan lihat satu traffic jam yang sangat teruk. Cadangan yang telah pun dicadangkan sekarang adalah untuk mengubahkan U-turn sini ke atas utara sedikit. Itu yang pertama. Yang Berhormat Bukit Tambun kita ada, mungkin harap boleh dapat sokongan dia, dia know. Okay.
Sebab, sebab ada lagi satu masalah di sini, Timbalan Speaker. Jalan Bukit Tengah tempat Taman Kerjasama, selalunya berlaku satu traffic jam yang sangat teruk. Dan trafik ini semua akan mengalir ke apa itu, nak keluar dari Jalan Kebun Nanas. Jadi apa yang dicadangkan sekarang adalah untuk membuka satu jalan daripada Jalan Pengkalan keluar untuk sambung connect kepada the highway. Dan saya difahamkan sekarang bahawa proposed highway ini yang sekarang dibuat macam di Ipoh. Maksudnya di belah kanan dan kiri dia ada jalan yang akan dibina untuk boleh keluar ke taman-taman dan bukan yang macam the main highway yang kena bayar tol tu. So kalau ada pembukaan jalan ini di tepi, maka bila ada akses keluar dia akan disperse traffic sini. You ada sudah akan ada dua akses yang boleh keluar kepada highway. Dan disebabkan juga kena bina U-turn di lebih atas maksudnya tidak akan mengambil lebih banyak dana because you are already building a U-turn, cuma kita nak adjust dia punya apa itu kawasan itu.
So jadi dengan itu, haraplah dapat mungkin dipertimbangkan kalau belum terlewat dalam reka bentuk yang nak dibuat untuk projek lebuh raya bertingkat ini. Untuk isu yang akhir sekali, Timbalan Speaker, juga tidak panjang. Cuma saya ingin membangkitkan satu isu berkenaan dengan perancangan bandar dan pembangunan negeri, iaitu keperluan untuk mereformasikan garis panduan dan proses kelulusan projek penginapan pekerja asing berskala mega. Izinkan saya tegaskan di sini bukan soal kita menolak pembangunan, bukan soal kita nak menolak tenaga kerja dan sebagainya. Memang kita sokong.
Timbalan Speaker sokong.
Timbalan Speaker sokong. Kita iktirafkan Pulau Pinang adalah satu hab pembuatan dan memerlukan tenaga kerja yang besar dan juga pekerja asing juga berhak mendapat tempat penginapan yang tersusun, selamat dan bermaruah. Tetapi persoalannya ialah ini, adakah kerangka perancangan sedia ada benar-benar cukup untuk menangani projek penginapan pekerja asing yang boleh menempatkan berpuluh ribu penghuni dalam satu lokasi?
Saya membawa isu ini setelah menghadiri satu sesi town hall anjuran perunding projek untuk menyiapkan SIA untuk satu projek mega asrama pekerja asing untuk menempatkan 20,000 lebih pekerja di kawasan saya yang turut dihadiri pada masa itu oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga EXCO Kerajaan Tempatan. Berdasarkan jawapan DUN kepada soalan saya iaitu apakah garis panduan perancangan pembinaan penginapan. Terdapat satu garis panduan lah namanya Garis Panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja di Negeri Pulau Pinang 2022 yang memberi fokus keutamaan kepada beberapa perkara, nisbah plot, keluasan tanah, tempat letak kereta, syarat landskap dan spesifikasi bangunan. Tetapi bila ada satu projek yang nak menempatkan 10,000 atau 20,000 pekerja, projek tersebut bukan lagi sekadar asrama pekerja. Ia sebenarnya menyerupai satu bandar kecil, it's a township. Pusat kepadatan penduduk berskala besar dan pembangunan yang mempunyai kesan jangka panjang terhadap komuniti sekitar. We're talking about a big township, you're talking 20,000 pekerja asing, saya punya kawasan KADUN baru ada 33,000 pengundi. Jadi, persoalannya bukan semata-mata bolehkah projek ini dibina, tetapi adakah kawasan sekitar mampu menanggung kesan pembangunan secara mampat? Itu persoalannya. Jadi, pada masa yang sama hari ini, banyak penilaian seperti TIA dan SIA perlu dilihat ataupun dilihat terlalu tertumpu kepada pematuhan teknikal semata-matanya.
Saya just skip all that. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan beberapa pembaharuan. Pertama, mewujudkan kategori khas bagi mega scale worker accommodation. Projek yang melebihi ambang tertentu, contohnya 5,000 atau 10,000 penghuni, tidak lagi boleh diproses seperti permohonan biasa yang perlu melalui penelitian khas di peringkat negeri.
Kedua, mewajibkan konsultasi awam bagi projek berskala besar. Penduduk-penduduk setempat berhak mengetahui. Satu, kesan terhadap trafik. Dua, tekanan atas infrastruktur. Tiga, keselamatan. Empat, sistem pemparitan. Lima, pengangkutan awam dan enam, kesan sosial terhadap kawasan mereka.
Ketiga adalah yang sangat penting, untuk mewajibkan cumulative impact assessment (dengan izin). Kita tidak boleh menilai satu projek berasingan tanpa melihat projek-projek lain di kawasan sekeliling. Pertumbuhan industri kawasan, kapasiti jalan raya, kapasiti utiliti dan juga jumlah keseluruhan kepadatan penduduk yang akan terbentuk.
Keempat, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan had maksimum kepadatan atau jumlah penghuni bagi sesuatu kawasan kerana walaupun sesuatu projek mungkin mematuhi nisbah plot di atas kertas, persoalan yang lebih besar ialah adakah ia selari dengan prinsip kebolehdiaman dan kelestarian bandar? It must match the environment. You have to see sama ada projek itu dia akan masuk dan dia akan menyebabkan pertukaran ataupun tekanan yang besar kepada keseluruhan kawasan penduduk di sana.
Speaker, boleh mencelah?
Boleh, ada point. Silakan.
Tidak YB (ketawa).
Jadi, itu adalah cadangan-cadangan saya berkenaan dengan projek pembinaan asrama yang berskala besar yang saya harap boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan dan juga mungkin EXCO nanti boleh memberi penjelasan apakah guideline khususnya untuk projek-projek besar ini? Can we do more, right? Dengan itu, saya mohon untuk menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Bukit Tengah atas membawa isu-isu dalam perbahasan ini. Seterusnya saya mempersilakan Penaga.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam hormat. Alhamdulillahirabbil-'alamin, wassalatu wassalamu 'ala asyrafil anbiya'i wal mursalin, wa 'ala alihi wa ashabihi ajma'in, amma ba'. Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua, yang saya raikan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan EXCO, rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, seterusnya kepada ketua-ketua jabatan dan semua tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi dan dirahmati Allah Taala sekalian.
Bunga melati di tepi halaman, pokok mempelam di tepi bendang, Mohon izin membuka ucapan, Demi rakyat kita bersidang.
Anak merbah terbang ke huma, Hinggap sebentar di pohon sena, Sidang Dewan medan utama, Suara rakyat amanah dibawa.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya berdiri pada hari ini sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15 dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat, khususnya warga Penaga. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dato' Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada seluruh petugas dewan, penjawat awam, serta semua pihak yang terus memastikan perjalanan pentadbiran negeri berjalan lancar demi kepentingan seluruh rakyat di Negeri Pulau Pinang.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, sidang Dewan ini bukan sekadar medan perbahasan politik tetapi merupakan medan untuk membawa suara rakyat. Suara para nelayan, penjaja, anak muda, pekerja, peniaga kecil serta seluruh masyarakat yang mengharapkan Kerajaan Negeri terus memberi perhatian kepada isu-isu kos sara hidup, peluang ekonomi, pembangunan seimbang dan kesejahteraan rakyat. Justeru saya berharap perbahasan kali ini dapat berlangsung dalam semangat matang berhemah dengan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Haji Ramli bin Ngah Talib ketika membuka persidangan kali ini. Dalam ucapannya turut menyentuh tentang usaha Kerajaan Negeri untuk mengiktiraf Hutan Simpan Kuala Bekah, Hutan Simpan Pasir Gebu dan Hutan Simpan Lahar Endin di Penaga. Usaha sebagai sebahagian daripada East Asian-Australasian Flyway ataupun disebut dengan laluan penerbangan Asia Timur-Australasia adalah salah satu laluan migrasi burung air terpenting di dunia, yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Berapit tadi.
Ini saya lihat sangat baik dengan mengekalkan hutan simpan di Kuala Bekah, di Pasir Gebu kerana kalau kita melihat tahun 2004, tsunami dapat kita elak, kejadian tsunami yang lebih parah apabila di sana ada hutan simpan hutan bakau, yang mengakibatkan Kuala Muda di sebelah Penaga ini tidak teruk terkena dengan tsunami pada tahun 2004. Jadi kalau kita melihat bagaimana burung-burung air ini setiap tahun berhijrah dari kawasan pembiakan di utara di sebelah negara Rusia, Alaska ke kawasan musim sejuk di selatan di Asia Tenggara, di Australia, di New Zealand.
Berikut adalah makna dan kepentingan EAAF, laluan migrasi utama ini sebab EAAF ini terbentang dari utara Rusia melalui Asia Timur dan Asia Tenggara hingga ke Australia dan New Zealand, merentasi 22 buah negara yang menjadi tempat persinggahan bagi 50 juta burung air. Laluan ini menampung lebih daripada jumlah yang saya sebut tadi, yang terdiri daripada lebih 250 populasi berbeza jenis-jenis burung itu. Jadi kalau usaha Kerajaan Negeri ini kita rasa kita sokong dan kita nak memastikan supaya hasrat dan usaha kerajaan ini Insya-Allah dapat terlaksana kerana di situlah satu-satunya di semenanjung ini menjadi tempat persinggahan burung-burung air yang terbang jauh melintasi 22 buah negara.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kembali kepada soalan bertulis saya pada tahun 2023 berkaitan Dewan Orang Ramai Pekan Penaga yang terbakar. Saya ingat tahun 2023, Dewan Orang Ramai di Pekan Penaga itu terbakar. Ketika itu melalui Yang Berhormat Batu Maung, jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Batu Maung, Timbalan Ketua Menteri I memaklumkan bahawa dewan tersebut telah disenaraikan untuk pembinaan semula dan permohonan peruntukan telah dikemukakan. Namun sehingga hari ini masyarakat Penaga masih menunggu pelaksanaannya. Daripada tahun 2023, tiga tahun.
Sudah terlalu lama rakyat kehilangan sebuah dewan yang menjadi pusat aktiviti masyarakat, tempat program komuniti, aktiviti belia dan pelbagai urusan rakyat diadakan. Ketiadaan dewan ini amat dirasai kerana ia bukan sekadar bangunan tetapi pusat penyatuan masyarakat di Penaga. Rakyat sudah lama menanti dan mengharap kerajaan dapat mempercepatkan pembinaan semula dewan ini. Itu jawapan yang saya dapat pada tahun 2023 melalui Yang Berhormat Batu Maung bahawa dewan itu telah disenaraikan dalam pembinaan, cuma bila saya buat soalan semula pada tahun ini untuk persidangan kali ini. Jelaskan perancangan kerajaan terhadap pembinaan dewan baharu di Pekan Penaga termasuk perubahan kepada konsep dewan terbuka. Jawapan yang diberi, ini jawapan ini pula datang daripada Sungai Acheh. Jawapan yang diberi sehingga kini pentadbiran ini belum menerima permohonan pembinaan dewan baharu di Pekan Penaga.
Jadi Dato' Timbalan Yang di-Pertua, jawapan berbeza ini. Tiga tahun lepas kata dah ready ke arah hendak menyediakan ataupun membina semula dewan dan tahun ini jawapan untuk sidang kali ini katanya belum menerima lagi permohonan. Jadi sangat mendukacitakan saya dan saya minta supaya isu ini dapat diselesaikan terutamanya sekali daripada Yang Berhormat Sungai Acheh. Kalau Batu Maung dulu dah tak ada, jadi oleh kerana jawapan ini diberi oleh Yang Berhormat Sungai Acheh, minta lihat semula. Itu isu yang pertama yang saya nak bangkitkan, isu lokal setempat di Penaga.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa suara hati para pesawah dan nelayan. Para pesawah dan petani terlebih dahulu yang hari ini semakin tertekan dengan kenaikan kos operasi sawah yang begitu mendadak. Di Penaga sering kali disebut, komuniti Penaga ni tak besar, dua komuniti yang ada yang boleh dikatakan majoriti, iaitulah komuniti nelayan dan juga komuniti pesawah. Dahulu harga sewaan jentera untuk pesawah, harga sewaan jentera untuk putaran kering menggunakan traktor bertayar sekitar RM180. Kini dengan kos minyak yang meningkat kini meningkat kepada RM250. Kos perataan nak rata petak sawah ataupun menolak nak bagi rata itu, naik daripada RM280 kepada RM350. Manakala putaran basah menggunakan traktor berantai pula telah naik daripada RM270 kini mencecah RM350. Mesin menuai padi juga meningkat ketara, daripada sekitar RM340 satu relung sebelum ini dan dijangkakan naik hampir kepada RM500 serelung. Kenaikan kos operasi ini sebanyak 38.8 peratus sehingga 47.7 peratus tetapi harga jualan padi kekal pada harga lama iaitu RM 1,500 per tan. Adakah adil untuk pesawah? Ini perlu diberi perhatian.
Segala kenaikan ini hanya ditanggung pesawah sedangkan hasil mereka dijual dengan harga lama. Bak kata pesawah, orang-orang duduk buat sawah ini, kita turun minum kopi dengan mereka, bak kata pesawah mereka tanam padi hanya untuk pahala dan menambah hutang. Petani hari ini bukan sahaja berdepan cuaca yang tidak menentu malah terpaksa menanggung kos operasi yang semakin menghimpit. Jika keadaan ini berterusan tanpa bantuan dan perhatian kerajaan saya bimbang ramai pesawah kecil akan terus terbeban.
Kalau sebelum ini, ketika portfolio EXCO pertanian dipegang oleh Yang Berhormat Dr. Norlela penggal lepas, bantuan khas ada diberi RM500, pernah diberi kepada petani dan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka. Namun selepas itu, ketika portfolio tersebut bertukar tangan, para petani merasakan terlalu banyak janji dan sembang didengar tetapi bantuan yang diharapkan tidak sampai ke bawah. Sebab itu hari ini pesawah meletakkan harapan yang sangat tinggi saya sampaikan ini daripada pesawah-pesawah, harapan yang sangat tinggi kepada Yang Berhormat Sungai Acheh selaku EXCO Pertanian yang baharu agar benar-benar turun padang melihat sendiri denyut nadi petani dan pesawah serta mempertimbangkan bantuan khas kepada golongan pesawah. Jangan biarkan pesawah terus menanggung beban sendirian sedangkan mereka yang memastikan bekalan makanan rakyat bekalan makanan rakyat negeri ini terus terjamin. Food security ni kita kena jaga dengan keadaan bagaimana disentuh oleh banyak rakan-rakan YB, dengan perang konflik di sebelah Timur Tengah, perang antara Iran, US dan juga Israel ini kita sangat-sangat mengharapkan apa dia food security, paling tidak pun beras. Berlaku apa-apa kita ada makanan.
Saya hairan juga macam mana Iran dalam konflik ini perang dengan Amerika, kuasa besar dunia, dengan Israel tapi dalam tempoh serangan yang bermula pada 28 Februari yang lepas, hampir dua bulan tapi bagaimana kerajaan Iran mampu menjaga rakyat dia dan bagaimana rakyat Iran boleh survive, mereka boleh hidup tanpa bantuan luar dalam dua minggu lepas saya ke kedutaan Republik Islam Iran bertemu dengan duta dia, ambassador dia, dan di mana kita menyatakan hasrat untuk misi bantuan kita ke negara dia, maka ambassador Republik Islam Iran mengatakan setakat hari ini kami tidak bersedia untuk menerima mana-mana bantuan daripada luar. Hebat bagaimana food security Negara Iran boleh jaga rakyat dia walaupun dalam keadaan perang, mampu lagi bertahan dan ada makanan stok makanan yang cukup. Kalau kita, YB Sungai Acheh, jangan kata perang, banjir tiga (3) hari pun pakat cari Maggi habis dah, kan? Tak ada makanan. Kita minta bantuan. Sila.
Penaga, mohon mencelah. Saya just nak tanya tentang janji apa yang telah Yang Berhormat sebut tadi? Janji-janji apa yang telah dikemukakan? Yang banyak janji-janji kepada pesawah.
Banyak janji, tapi saya tak nak bangkit di sini.
Sila sebutlah. Sila sebut di sini.
YB nak sebut ke?
Saya tanya Yang Berhormat Penaga.
Ya, banyak janji. Termasuk apa dia...
Sila sebut. Dalam Dewan ini. Sila sebut. Ya, sila.
Kalau saya sebut pun, Yang Berhormat bukan lagi EXCO.
Sila lah.
Jadi saya minta apa dia Yang Berhormat Sungai Acheh biar jawab. Bantuan one-off...
Saya sebut sila! Kalau tidak ada janji, kalau ada janji, saya sebut.
Ya, termasuk bantuan yang nak diberikan kepada pesawah-pesawah yang tanah jerlus yang berlaku di Permatang Binjai. YB sendiri turun.
Ada saya janji dan juga lain-lain? Ada sebut? Ada saya sebut janji? Ada? Kalau ada, sebut.
Saya tak sebut YB.
Pantai Jerejak.
Saya paham. Secara tak langsung. Secara tak langsung Yang Berhormat Penaga.
Saya tak sebut YB, tapi janji-janji yang hari ini pesawah-pesawah tunggu untuk diberi dan ditunaikan. Oleh itu, di kesempatan apa dia ni, saya mengharapkan Insya-Allah YB Sungai Acheh dapat melihat kebajikan kepada rakyat ataupun pesawah di, khususnya di Penaga.
Penaga mohon mencelah. Okey, daripada ucapan yang disebut oleh Penaga tadi berkaitan dengan kebajikan kepada pesawah. Saya tertarik (gangguan)... kebajikan pesawah? Saya tertarik dengan apa yang disebut tadi tentang peningkatan kos dan sebagainya. Saya nak ulang baliklah tentang permohonan daripada YB-YB yang sebelum ini tentang kesan kenaikan kos ini. Ada beberapa permohonan yang dipohon; pertamanya kita minta bantuan one-off supaya dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Dan yang keduanya tentang harga lantai padi dikaji supaya ianya dapat ditingkatkan untuk memberi pulangan yang lebih baik kepada pesawah.
Harga lantai?
Ya. Jadi saya rasa adakah Penaga bersetuju supaya kedua-dua permohonan ini dipertimbangkan dengan sebaik mungkin oleh pihak Kerajaan Negeri?
Penaga bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Permatang Berangan dan masukkan dia dalam sebahagian daripada ucapan saya. Sebab itu saya sebut tadinya, jadi perlu diberi perhatianlah kepada pesawah-pesawah ni, food security. Memang kita sangat-sangat mengharapkan. Jadi kalau Iran mampu untuk menyediakan makanan yang cukup untuk rakyat dia dalam keadaan negara dia diserang, kita hari ini pun perlu bersedialah ke arah itu. Sebab dengan sebagaimana kita tahu lah, dunia yang mungkin suatu hari nanti kita juga terkesan atas apa yang berlaku itu, makna kita perlu ada food security, jaminan makanan untuk seluruh rakyat di negara ini khususnya di negeri Pulau Pinang.
Dalam masa yang sama, cuba untuk kita pastikan pesawah-pesawah ni dapat menghasilkan beras tempatan. Beras tempatan pun masih kurang di pasaran, masih kurang. YB EXCO mungkin boleh bersetuju, kita pergi kedai runcit apa semua masih kurang. Jadi kita nak supaya mengembalikan semula kegemilangan kita, rakyat Pulau Pinang dapat makan beras tempatan, dapat dengan mudah. Dan juga saya nak ucap terima kasih juga kepada rakan saya daripada Pantai Jerejak, beras Cap Feri itu. Kalau boleh kekalkan. Jangan bertukar orang, tiba-tiba beras Cap Feri pun, Cap Feri tu hilang. Kekalkan Insya-Allah dan memang rakyat sangat nak lah, Insya-Allah.
Cap traktor.
Itu usaha-usaha yang telah dibuat tu jangan dipadamkan. Hat baik kita kata baik, Insya-Allah.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, itu isu pesawah. Dan satu lagi isu yang saya nak bangkitkan juga, isu lokal Penaga iaitulah berkaitan dengan keselamatan. Isu keselamatan jalan raya di kawasan simpang stesen minyak Caltex Bakar Kapur yang semakin membimbangkan apabila kerap berlaku kemalangan di lokasi tersebut. Bulan ni, bulan lepas banyak kali dah, tiga empat kali dah. Dan saya pun turun ziarah yang accident tu, patah tangan. Keadaan ini menimbulkan keresahan kepada penduduk setempat serta pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu setiap hari. Saya melihat sudah tiba masanya pihak yang bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan sebelum berlaku kejadian yang lebih buruk dan tidak diingini. Jangan tunggu sehingga melibatkan kehilangan nyawa barulah tindakan diambil.
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah penambahbaikan garisan tebal merah tu, line tu bagi tebal sikit, ataupun langkah keselamatan lainlah yang mampu mengurangkan kelajuan kenderaan dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut. Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, terutama ketika keluar masuk simpang. Pastikan keadaan benar-benar selamat sebelum meneruskan perjalanan dan jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Keselamatan rakyat perlu menjadi keutamaan. Saya berharap tindakan segera dapat diambil demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya nak beralih kepada isu Majlis Agama Islam Pulau Pinang khususnya isu zakat. Dia ada dua poin yang saya akan masuk. Yang pertama saya nak sentuh berkaitan dengan tatakelola, yang kedua saya nak masuk berkaitan dengan penggunaan dan pengagihan wang zakat.
Yang pertama sekali yang saya sedih apabila isu sebahagian wang zakat yang telah saya bangkitkan dalam sidang lepas. Saya soal dan saya minta penjelasan berkaitan dengan melangsaikan baki hutang, saya soal dan saya minta penjelasan berkaitan dengan pembelian tanah di SPS. Amat malang walaupun Dewan Persidangan telah berakhir, tetapi yang menjadi mangsa adalah salah seorang staff ZPP yang telah pun dipecat akibat gara-gara kononnya dia yang membocorkan rahsia.
Tu perkara ni telus, kenapa nak pecat pegawai? Kenapa nak pecat staff? Tapi dikambing-hitamkan seorang staff ini, dipecat. Dan saya ada kronologi, saya tak nak baca terlalu panjang sangat bagaimana dia dipanggil, dihadapkan ke jawatankuasa semua, diminta macam-macam.
Penaga.
Dan saya sendiri pun minta bantuan juga kepada kawan saya, Yang Berhormat Batu Maung tentang isu ni. Dan dipanggil staff tadi...
Dato’ Speaker, standing order Peraturan 46 Perkara 7. Apa-apa yang dalam pertimbangan mahkamah tidak boleh disebut dalam Dewan ini. So, isu ni memang dah masuk ke mahkamah.
Bila ada pertimbangan mahkamah? Saya ni disaman pun belum dipanggil lagi oleh mahkamah.
Ada Dato’ Speaker, isu ni telah dimasukkan...
Isu pengurusan. Isu pengurusan telah dibawa ke Mahkamah Perusahaan.
Tadi Penaga sebut tentang Batu Maung, so isu ni dalam pertimbangan mahkamah.
Saya yang disaman, dan LOD dah sampai. Pertimbangan mahkamah belum lagi.
Dato’ Speaker, sudah dalam pertimbangan mahkamah.
Okey Penaga, kalau boleh benda yang dah kita sebut, yang dah buat siasatan kita tak boleh nak bincang.
Saya tak bawa isu mahkamah, saya bawa cuba faham staff yang dipecat! Adakah ada kaitan dengan isu yang saya bawa tadi? Ini staff yang dipecat.
Penaga sebut tentang Batu Maung dan juga tanah di SPS, so memang dalam pertimbangan mahkamah Dato’ Speaker.
Mahkamah mana? Mahkamah mana?
Untuk isu staff Zakat Pulau Pinang tu telah dibawa ke Mahkamah Perusahaan, telah diadukan ke Mahkamah Perusahaan. Jadi biarlah mahkamah buat kerja. Kat kita kat sini kita tak boleh putuskan ni, bukan kes tu yang kes staff tadi. Yang kes, yang 14 orang ke, 12 orang telah kita buat apa pihak berkuasa Majlis Agama telah bawa ke untuk LOD kan, so yang tu pun dah didaftarkan pada Mahkamah Tinggi.
Yang dimaksudkan oleh Kebun Bunga tadi yang mana satu ni? Yang bawa ke mahkamah?
Berkaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Penaga tadi memang semua dalam pertimbangan mahkamah Dato’ Speaker.
Yang staff ke ataupun yang saya?
Semua.
Lain-lain, tak sama. Ya, tak apa lah macam ni. Sat, sat. Baik, cuma saya nak minta kenapa staff ini perlu kita lihat kenapa perlu dikambing-hitamkan sehingga hilang pekerjaan dia. Apa maklumat yang telah dia bocorkan? Dan adakah maklumat itu tidak tepat? Dan ini bagi saya sebagai orang Islam pun, dan kita semua tahu, dia dizalimi. Dan saya nak ingatkan kepada kita semua dengan apa yang telah disebut oleh Nabi SAW: (Bacaan al-Quran) Ada tiga yang doa mereka tak ditolak. Antara tiga golongan ini, orang yang dizalimi.
Okey, zalim ke tak zalim Penaga, biar mahkamah putuskan. Biar mahkamah putuskan. Okey, teruskan yang lain
(Ayat Al-Quran) Doa orang yang dizalimi takkan ditolak oleh Allah Taala. Bagi saya, saya perlu bercakap kerana mungkin apa yang saya dedahkan ini menyebabkan dia dikambing hitamkan dan dia dizalimi. Maka saya juga perlu bertanggungjawab untuk mempertahankan staff tersebut.
Yang kedua dalam isu tatakelola ni, saya nak bangkitkan pelantikan terus pegawai atase di Mesir. Pelantikan terus. Saya ke Mesir tahun lepas, dan baru ni pun, awal Ramadan saya berada di Mesir dan maklumat ini saya dapat. Pelantikan terus pegawai atase bagi menjaga pelajar-pelajar Malaysia daripada Negeri Pulau Pinang di Mesir.
Pelantikan terus, tidak ada temu duga yang dibuat, tidak ada calon-calon yang hadir, direct terus dan dimaklumkan kepada Wisma Putra ini pegawai atase daripada Pulau Pinang di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Kenapa tidak dibuat permohonan secara terbuka. Ada lagi yang mungkin ada pengalaman lebih ataupun kemampuan untuk dia memohon sebagai pegawai atase bagi anak-anak Penang di Mesir. Ini lantikan terus. Ini tatakelola ni.
Yang ketiga yang saya nak bangkitkan dan dahlah lantikan terus, jadi pegawai di sana, bila kita pergi, pelajar-pelajar ada yang jumpa, ada yang tak puas hati, ada yang sebut bagaimana pegawai atase di Mesir ni tindakan dia kurang profesional dengan apa dia mengutamakan agenda politik. Ha, ini yang saya sebut tu. Mungkin orang rapat kepada TKM 1, mengutamakan agenda politik berbanding akademik, berbanding kebajikan dan keselamatan pelajar. Itu yang kedua, lantikan pegawai atase di Mesir yang saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat di pihak sana.
Yang ketiga, lantikan pegawai tanpa mengikut tatakelola. Ni satu lagi. Lantik pegawai tanpa mengikut tatakelola. Penat macam ni. Pegawai ini adalah pegawai yang diberi tugas ataupun telah dilantik kepada Pengurus Besar Bahagian Kutipan. Muhammad Ashraf, ketika mana dia dilantik sebagai Pengurus Besar ini dengan gaji yang besar pada tahun 2024, sedangkan ketika itu dia baru berusia 32 tahun.
Ini bagus buka temu duga apa semua, tapi tatakelolanya. Dengan diletakkan bahawa sekurang-kurang untuk menjadi melayakkan dia diangkat ataupun dilantik kepada Pengurus Besar ini, berumur sekurang-kurangnya 36 tahun, 35 tahun ke atas. Tapi masa tahun 2024 dilantik pegawai ini umur baru 32 tahun. Kemudian dinyatakan pula mempunyai sekurang-kurang lapan (8) tahun pengalaman kerja. Lapan (8) tahun pengalaman kerja baru berusia 32 tahun. Ini salah guna kuasa dan bagi saya, saya sebut kronisme. Ni kroni ni. Sebab tu orang sebut minta maaflah Pantai Jerejak, PKR ni Parti Kroni Raya, kan? Jadi bagaimana dilantik tidak mengikut tatakelola? Itu yang saya nak minta.
Dato’ Speaker, Dato’ Speaker. Kita tak boleh buat serangan peribadi dalam Dewan ni kan?
Fitnah ni.
Dia tak boleh jawab, orang yang ditanya tak boleh jawab.
Lepas tu tak boleh sebut nama parti.
Dia tak boleh nak jawab. So kita tak boleh ada serangan peribadi dalam Dewan yang Mulia ni.
Akan akan ada yang akan gulung wakil. Dan ini juga saya sangat-sangat apa dia sedih...
Penaga telah mention nama orang yang dia tak boleh jawab di Dewan ni Dato’ Speaker.
Siapa yang saya mention?
Pengurus Besar Kutipan Zakat. Itu serangan peribadi Penaga. Itu serangan peribadi kan.
Penaga, bagi saya cakap.
Okey, saya bagi, saya bagi.
Saya tak ada masalah kalau Penaga nak pertikai secara tatakelola secara umum, tapi kalau nak mention nama, nak publish ni dia akan timbul fitnah, kan? Dan saya pun tak salahkan Penaga bila nak bangkitkan isu ni dia pun tak sebut nama siapa-siapa, just umum sahaja. Okey, saya bagi peluang...
Tapi disebut Dato’ Speaker, tadi dia sebut nama Pengurus Besar Kutipan Zakat.
Yang tu. Itulah saya cakap.
Baiklah kalau tak nak saya sebut tak apa, tapi ada seorang pegawai yang telah pun dilantik di bawah agensi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui ZPP, Zakat Pulau Pinang ni. Saya tak mention nama dia tapi kenapa lantikan ini tidak mengikut tatakelola yang sepatutnya? Tatakelola yang sepatutnya, jadi saya mohon penjelasan. Saya mohon penjelasan. Banyak, kenapa benda-benda ni saya bawa sebab tu ni masyarakat luar khususnya di kalangan orang Islam semua bercakap yang melibatkan tatakelola di peringkat apa dia pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri dan juga agensi-agensi di bawah dia.
Ni saya belum masuk lagi bab pengagihan, penggunaan wang zakat. Bagaimana dilihat terlalu menggunakan wang zakat ini tanpa adanya sekatan ataupun had, yang wang zakat ini kita semua bertanggungjawab. Kita semua, kita adalah pembayar zakat. Pemegang taruh zakat. Tapi tiba-tiba bila berlaku pengagihan yang tidak sepatutnya, kita persoalkan, yang perlu dijawab dengan telus, dijawab dengan jelas.
Tadi saya masuk dalam isu tatakelola. Baik, saya tinggalkan itu, saya nak pergi kepada penyaluran ataupun penggunaan dan juga agihan wang zakat. Saya tengok ni dengan tidak merujuk dahlah pembelian tanah hari tu yang saya bangkitkan, walaupun ada pandangan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri tapi pandangan itu tidak diambil kira. Tak diambil kira. Ini kalau tengok pembiayaan Wakaf Pulau Pinang Sendirian Berhad, diberi RM1 juta. Wakaf Pulau Pinang Sendirian Berhad, bila disebut Sendirian Berhad ni syarikat. Kenapa diambil wang zakat? Tawaqquf wang zakat, diberi? Kita pemegang taruh, kita pembayar zakat ni orang Islam. Dan zakat itu dia ada asnaf lapan (8), nak beri kepada siapa asnaf yang lapan (8). Dia tidak boleh beri kepada orang lain. Bila isu pembelian tanah di Seberang Perai Selatan, dengan isu tu kata saya memfitnah dan dijadikan kes mahkamah, tak apa. Tanah itu dibeli untuk apa. Kalau untuk sebab wang zakat, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, asnaf lapan. Lapan asnaf tu yang nak terima. Tujuan beli tanah tu untuk apa. Kalau untuk rumah asnaf, ya. Boleh ambil daripada wang zakat. Tapi nak buat rumah macam mana kita boleh tengok tanah tu atas tu dengan tengah-tengah tu laluan.
Yang tu kita dengar dah yang tu kita dah dengar dah Penaga.
Pencawang. Itu yang saya pertikaikan. Itu yang saya sebut cara pengagihan yang sepatutnya benda ni dirujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa. Mufti kita kena tengok. Yang ni yang sepatutnya Mufti memainkan peranan. Mufti memainkan peranan. Tapi hari ini kita nampak Mufti tak memainkan peranan ke arah itu. Nampak duduk di belakang TKM (gangguan).
Standing order.
Yang Berhormat Penaga.
Ya, sila. Sila.
Saya tertarik dengan hujahan Yang Berhormat Penaga berkenaan tatakelola dan pengurusan dana zakat. Boleh tak setuju Yang Berhormat Penaga, kita difahamkan ada lawatan ke Mesir kira-kira Februari tahun 2025 bersama dengan Tuan Yang Terutama Tun sebelum ini.
Boleh tak Yang Berhormat Penaga setujukah untuk kita minta penjelasan dalam Dewan yang Mulia ini berapakah pecahan jumlah dana yang digunakan bagi lawatan tersebut yang pertama dan yang kedua adakah sebarang tambahan dana yang dipohon dan telah diagihkan ataupun telah transfer kepada siapa kerana kita khuatir ada dakwaan tatakelola yang kepincangan berkenaan dengan proses lawatan tersebut. Silakan.
Terima kasih Seberang Jaya. Saya ingat isu ni semua orang tau, dan Seberang Jaya pun turut nak berkongsi. Memang ada dengan saya isu kos lawatan yang melibatkan juga wang zakat, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, melibatkan wang zakat. Kemudian ada satu isu kenapa daripada wang zakat dengan jumlah, Seberang Jaya boleh sahkan, RM100,000.00 dimasukkan ke akaun peribadi. Dalam akaun peribadi Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Ha, ini jadi saya bersetuju dengan Seberang Jaya tadi minta supaya laporan lengkap kalau boleh dibentang dan dimaklumkan kepada kita dalam Dewan yang Mulia ini. Saya tak nak bangkit jadi banyak isu sangat. Dan ini persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat yang saya perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan ataupun untuk meminta penjelasan dalam Dewan ini dan di sana pun di luar sana dah ada NGO-NGO yang mula bercakap tentang perkara-perkara yang saya bangkitkan tadi. Jadi sepatutnya dalam isu wang Tawaqquf zakat ni perlu dirujuk kepada.
Dato’ Speaker, saya rasa isu yang sama kita boleh buat serangan peribadi.
Saya tak bagi laluan lagi ni. Saya tak bagi laluan lagi ni. Saya tak bagi laluan dan saya.
Sebab sebab kita sebagai ADUN, kita ada imuniti di Dewan ini. Kita tak boleh buat serangan peribadi macam ni, Dato’.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya tak bagi laluan dan dia tak minta laluan.
Kita nak dakwa seseorang tu dia ambil duit masuk poket semua tu, itu kena ada bukti yang kukuh.
Tuan speaker saya minta duduklah. Ini hal orang Islam. Jangan campur tanganlah. Duduk.
Dia isu isu berkenaan dengan.
Duduk ni isu ni, isu kami, kami tahu masalah kami.
Isu berkenaan dengan peribadi.
Kami tau Kebun Bunga. Kebun Bunga tolong jangan ganggu. Ini hal umat Islam yang kami tahu maknanya tentang kepentingan dia.
Sungai Dua, Sungai Dua duduk.
Kalau tak tahan. Yang Berhormat bakal menjawab nanti.
Kita buat dakwaan di…
Sangkalkan kalau tak benar.
Kita buat dakwaan di Dewan ini.
Bukan dakwaan. Saya minta penjelasan. Saya minta pencerahan.
Kita minta penjelasan.
Kita tak boleh guna imuniti kita sebagai ADUN untuk buat dakwaan. Dato’ Speaker saya minta satu rulling dari Dato’ Speaker.
Ini bukan kita fitnah dia.
Kebun Bunga.
Ini bukan kita tuduh. Ini ada dengan saya senarai ni.
Stop. Stop.
Dato’ Speaker, saya faham Yang Berhormat Kebun Bunga sebagai Naib Presiden Keadilan Negeri Pulau Pinang mungkin nak pertahankan fungsi Negeri tapi.
Ya. Bukan macam tu. Duduk, duduk, duduk Seberang Jaya.
Tapi.
Ya. Dia bukan macam tu. Kita tak boleh guna imuniti kita sebagai ADUN di Dewan ini untuk buat tuduhan.
Duduk. Duduk. Duduk. Semua duduk.
Daripada wang tawaqquf. Daripada wang tawaqquf RM120 juta.
Saya minta satu rulling daripada Dato’ Speaker.
Duduk. Duduk.
Tuan Speaker, minta Kebun Bunga duduklah. Tok sah kacaulah. Hal ehwal orang Islam ni.
Dia.
Peraturan, Boleh Yang Berhormat kata di mana peraturan mesyuarat orang bukan Islam tak boleh menyentuh isu-isu agama Islam.
Boleh. Boleh.
Ha. Ada.
Dari segi moralnya patut dak kacau.
Okey, duduk, duduk. Sat saya buat rulling.
Dato’ Speaker, saya tak sentuh, saya tak sentuh dengan urusan agama Islam.
Boleh. Boleh kalau tahu. (kurang jelas)
Cuma saya kata Penaga jangan guna imuniti dia.
Okey, duduk, duduk.
Peraturan, peraturan.
Sekejap semua duduk.
So, Yang Berhormat akurlah.
Ini hal ehwal hukum yang berkaitan dengan hukum.
Okey, duduk.
Patut hal ehwal hukum.
Duduk.
Tadi tak cakap.
Ah, ini hal ehwal hukum yang berkaitan dengan hukum agama Islam. Kita bercakap tentang hukum.
Sungai Dua duduk. Penaga duduk sat.
Eh, saya duduk juga.
Duduk juga. Saya dah lama dah perhati hal-hal macam ni. Kita bila saya pun Islam, saya orang Melayu. Bila kita sebut hal hukum, sebolehnyalah kalau kita nak nampak bagi elok Islam tu sendiri. Perkara yang boleh kita bincang, kita bincang elok-elok. Kalau nak boleh jumpa Majlis Agama Islam, saya boleh jadi orang tengah. YB Rashidi pun boleh jadi orang tengah. Apabila benda-benda perkara-perkara macam ni bawa dalam DUN seolah-olah saya rasa lebih kepada serangan politik.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Okey. Penaga sat. Saya tak habis lagi. Tunggu sat. Duduk, duduk sekejap.
Boleh tambah masa saya.
Duduk sekejap. Jadi saya rasa kadang-kadang saya pun rasa malu jugalah. Saya pun ada sembang dengan rakan-rakan ADUN. Hal macam ni patutnya kita selesaikan secara harmoni. So kalau tadi Penaga nak tackle hal salah guna kuasa, tatakelola, go lah. Buat report. Buat report lah pada polis, buat report SPRM. So tak perlulah bawa kat sini kan. Tapi janganlah ambil political mileage sampai merosakkan imej Islam di Pulau Pinang dan last sekali tadi saya nak tegur jugalah Penaga bila Penaga sebut Mufti. Mufti ni satu institusi. Bila Penaga hint Mufti ni macam tu, macam tu, satu institusi tadi kita nak bela Islam tapi dalam masa sama kita merosakkan Islam. Jadi saya minta Penaga cool down, calm down, teruskan yang perkara-perkara yang saya rasa mesej saya dah sampaikan.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak jelaskan juga. Nak kata tak jumpa pun saya dah ke KOMTAR nak jumpa depa hari. Dah ke KOMTAR tapi tak dibenarkan untuk naik atas. Yang kita buat terpaksa buat PC di, di luar di dataran tu dekat dengan Maybank. Tu nak kata tak jumpa tu.
Kita tak boleh dah.
Kita pihak pembangkang nak jumpa dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun boleh, di dijemput, kami diraikan. Ini sampai nak jumpa dah ada kat KOMTAR dah, tak boleh. Jadi jangan kata kita tak nak jumpa di luar. Yang kedua, memang kita respect institusi Dato’ Mufti ni memang kita sangat-sangat respect. Sahibus Samahah. Sebab itu tidak boleh dilihat ini dalam isu staf tadi kena buang tiba-tiba pi jumpa dengan apa dia Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri. Saya tengok dalam tu Sahibus Samahah Mufti pun ada sekali. Di belakang itu yang tak sepatutnya. Sepatutnya.
Penaga.
Ya. tunggu sat sebagai contoh dalam isu ni, dalam isu mengerjakan haji ni Sahibus Samahah mungkin lebih sedia maklum. Dengan Timbalan Ketua Menteri banyak jawatan-jawatan yang dia pegang. Jawatan yang dia pegang ada dengan saya ni, senarai. Duk ada 13 jawatan, portfolio, 13.
Tak apalah portfolio tu nanti YB Rashidi Sungai Acheh akan jawab. Okey.
Sepatutnya, dalam isu seumpama nak mengerjakan haji. Jadi ketika inilah Sahibus Samahah mungkin boleh menasihati ataupun memberi pandangan kepada TKM 1. Ibadah haji bermula 25 hari bulan nanti, 27 kita nak raya.
Ini pun satu hal juga.
25 hari bulan, hari yang kelapan kita nak para haji akan bergerak untuk wukuf di Arafah. Sembilan wukuf. Penerbangan terakhir pun masih ada lagi, 25 hari bulan ni penerbangan.
Penaga, Penaga.
Ya, jadi sepatutnya itulah yang perlu dinasihati dengan taraf Sahibus Samahah tu bukan berada di tadi berada dan dilihat di belakang.
Okey, tutup, tutup, tutup. Saya tak naklah merosakkan kita rosak dengan habis semua kita bagi rosak. Kita tak mau lagu tu. Seolah kita.
Tafsiran Timbalan Speaker, tafsiran sendiri Timbalan Speaker sendiri (kurang jelas).
Jadi saya, saya persoalkan.
Saya ada hak persoalkan.
Jadi saya ada hak persoalkan, saya tengok bila terlalu banyak pegang jawatan dan semua dimonopoli, timbullah bila pengagihan wang zakat, wang tawaqquf ni diberi-diberi dengan begitu mudah tanpa dirujuk kepada Jabatan Mufti. Ini yang saya bimbang, sebab itu saya sebut ni. Ini bukan nilai yang sikit-sikit dan ini amanah kita. Ini kita bertanggungjawab. Kita pemegang taruh, kita bayar zakat. Jadi semua orang nak tahu. Itu saja yang saya bangkitkan.
Okey, sekarang ni Penaga nak cakap apa.
Okey, baik terima kasih kepada.
Teruskan. Penaga nak cakap apa.
Tapi benda ni takkan selesai di sini kan, sebab itu penjelasan perlu diberi dan saya sangat setuju dengan Seberang Jaya tadi. Detail, kes-kes yang sebagaimana saya sebut tadi. Kalau saya nak baca ini mungkin Dato’ Timbalan Yang di-Pertua pun tak nak lah kan. Jadi saya sebut quote satu dua yang nampak kritikal sangat. Kenapa diberi kepada apa dia syarikat ataupun apa dia pembiayaan Wakaf Pulau Pinang Sendirian Berhad. Pembiayaan ni bagi saya mungkin digunakan untuk pengurusan, pentadbiran dan seumpamanya tapi ini wang zakat. Ini wang zakat. Bukan kutipan apa dia daripada dana wakaf dan seumpamanya. Kita persoalkan masalah isu dia wang zakat yang di yang di digunakan. Baik, Dato’ Seri, Dato’ Seri, Insya-Allah doa saya di bulan haram ini. Oleh kerana gangguan-gangguan tadi saya pun masih ada masa berapa minit lagi.
Tak pa boleh. Saya bagi masa lagi.
Saya nak bangkitkan juga berkaitan dengan status pinjaman kepada pemberian. Ini pun melibatkan duit zakat juga. Itulah saya jadi susah. Saya bangkit di sini ada yang mempertikaikan tapi ini status penukaran, penukaran status pinjaman daripada pinjaman, pinjam duit zakat tiba-tiba ditukar kepada pemberian pula yang tak perlu dibayar. Ni duit zakat ni, bukan sikit. Kalau tak salah saya ni RM100,000.00, RM100,000.00 Dato’ Timbalan Yang.
Dak, saya tak ada nak halang Penaga nak cakap, cakaplah. Cuma saya tak nak terlalu, terlalu sampai nak detail sangat nama kan. Saya tak nak.
Ya lah. Saya jadi pening nak tengok ni.
Saya tak nak maruah orang. Saya tak ada masalah.
Dengan adanya surat, dengan adanya keluarnya apa dia pemakluman, ini tak tak boleh ni. Bermula pada tahun penghapusan duit zakat yang dipinjamkan ke agensi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Tengok, buat peraturan pula. Bermula tahun 2024 hingga sekarang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan agensi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah membuat pinjaman wang dari zakat Pulau Pinang dengan jumlah yang besar kan dan sebagaimana disebut di sini, dimaklumkan bahawa cadangan penukaran status pinjaman wang tawaqquf zakat telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bilangan sekian sekian sekian bertarikh 29 Ogos 2025. Mesyuarat bersetuju meluluskan cadangan penukaran status pinjaman. Tukar status pinjaman wang tawaqquf kepada pemberian. Bila pemberian makna tak kena bayar balik sedangkan tu duit zakat. Duit zakat dan ini juga saya mohon penjelasan. Saya tak nak panjang sangat, mohon penjelasan nanti. Kalau bagi pihak sana siapa yang akan.
Sungai Acheh jawab nanti tak apa. Jangan risau.
Jawab berdasarkan hukum juga.
Sikit, sikit. Nak ni, nak ni.
Saya nak landing ini.
Dak bukan. Ini bukan, saya nak bagi penjelasan kepada Kebun Bunga. Dia bukan soal, soal orang Islam bukan orang Islam. Tatakelola. Macam disebut oleh Penaga tadi, asalnya pinjam, lepas tu bagi. Bukan soal Islam, bukan orang Islam pun tak setuju kalau lagu tu. Ini yang dibawa ni. Bukan kita cerita, kita cerita pasal Islam nak bukan, bukan.
Dak, dak. Okey. Saya fahamlah bagi Penaga jalan, jalan, jalan.
Tadi pun Dato’ Timbalan Speaker sebut tadi, saya tak setuju ayat tu. tu, political mileage. Ayat tu tak kena tu. Ini bukan political mileage.
Dak, bila kita serang tu nampak macam.
Tak boleh sebut lagu tu sebab bila sebut lagu tu seolah kami ni ambil political mileage. Tak boleh begitu.
Boleh tanya Ustaz Yusni lah.
Penaga, Penaga. Mintak sikit lah pasal pinjaman dikatakan.
nak pinjam juga kah.
Kita ni kalau kata pinjam ni kalau tak kena bayar balik ni pinjam wajib, wajib kena bayar dalam hukum.
Pinjam ni wajib kena bayar.
Tapi kalau dah kata pinjam, pinjam tak kena bayar, kita wakil rakyat pembangkang ni daif. Betul tak. Kita tak dapat peruntukan. Kan, wakil- wakil rakyat lain semua dapat peruntukan banyak sampai tiga empat ratus.
Tak betul. Penaga dua minit lagi Penaga.
Dan lepas tu kalau lagu tu setuju tak kita pinjam jangan bayar. Terima kasih.
Penaga, saya minta laluan. Saya telah bercakap dalam ucapan saya iaitu kita kena menubuhkan audit syariah. Audit badan audit syariah khas dalam isu ini kerana ianya melibatkan hukum. Kena mencari orang-orang yang berautoriti, bebas dan boleh maknanya memberikan pandangan terhadap apa-apa yang telah diputuskan sama ada dia bertepatan ataupun melencong daripada daripada apa namanya hukum yang sebenar.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua atas pandangan yang telah diberi dan Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya nak pergi pada KAFA Menengah. Baiklah status tadi sebagaimana saya sebutlah. Patutnya Majlis Agama ataupun Jawatankuasa Fatwa yang kena lihat ni. Sah tak sah penukaran status daripada pinjaman kepada pemberian tu dengan nilai yang sangat besar, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Jadi saya tak panjangkan tu, saya nak pergi kepada KAFA Menengah. Ini pun satu isu kepentingan anak-anak orang Islam juga, KAFA Menengah ni yang saya telah difahamkan, sebab itu saya nak mohon penjelasan, betul ataupun tidak saya telah difahamkan bahawa KAFA Menengah ini tahun hadapan akan ditutup, sudah tidak lagi beroperasi ataupun KAFA Menengah ni ditutup tahun 2027. Ramai permintaan dan di bawah sana kena lihat juga dengan adanya satu KAFA daripada 13 KAFA Menengah ni telah pun ditutup. Berbaki 12 yang difahamkan 12 ni pun nak ditutup dengan mengambil kira kita kena tengok dengan pelajar-pelajar yang sedia ada dengan guru-guru KAFA yang saya difahamkan kurang lebih 40 orang guru KAFA Menengah ni dan kenapa KAFA Menengah ni nak ditutup. Adakah kerana KAFA Menengah ini diasas ataupun diwujudkan oleh mantan Timbalan Ketua Menteri dulu Dato’ Zakiyuddin, beralih kepada yang baru ni oleh kerana orang lain buat nak tutup. Itu tak sepatutnya. Tak sepatutnya biarlah yang baik itu dikekalkan untuk manfaat anak-anak orang Islam daripada peringkat KAFA rendah kepada KAFA menengah. Benda baik diteruskan. Sungai Acheh pun tengok saya sebut, dan dia beri jaminan beras Cap Feri pun diteruskan walaupun orang lain yang buat.
Jadi benda-benda ini tak sepatutnyalah dan saya nak pastikan agar KAFA menengah ini tidak ditutup. Kalau nak tutup dengan sebab tidak ada wang, ambil duit zakat. Hah, yang ini boleh. Dia termasuk dalam fisabilillah kan? Ambil daripada wang zakat. Ini yang wang zakat yang diberi kepada Wakaf Pulau Pinang Sendirian Berhad sejuta ni. Beri atas apa? Kalau atas asnaf fisabilillah, ni masalah ni. Sebab itu kita perlu penjelasan. Jangan jadi macam Perlis, melantik satu NGO sahaja, diletakkan sebagai satu asnaf...
Jangan sentuh negeri lain.
Sampai hilang RM230 juta.
Jaga ada standing order ni. Tak payah sentuh negeri lain, okay?
Saya, saya tak takut sebab.
Buku merah ada tak? Nanti ambil satu.
Ada, ada saya bawa. Memang saya dah ready. Saya bawa. Itu yang saya bimbang dan saya takut.
Baik Dato’ Seri, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, KAFA menengah ni saya nak minta sangat-sangat atas permintaan hasrat daripada guru-guru KAFA menengah dan pelajar-pelajar yang sekarang ni sedang belajar di KAFA menengah supaya KAFA menengah ini tidak ditutup walaupun ada khabar-khabar angin bahawa menengah ini akan ditutup pada tahun 2027.
Baik, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sikit lagi saya nak bagi dan isu ni saya rasa terpanggil juga untuk saya sebut dalam Dewan dan kita bincang dengan cara baik eh, harmoni. Tidak ada apa-apa, cuma oleh kerana permintaan-permintaan daripada NGO, daripada pihak-pihak di luar yang merasakan kita perlu atasi isu ni dengan sebaik mungkin, dengan sebaik mungkin. Saya tak akan masuk mana-mana.
Iaitulah berkaitan dengan isu kuil berhampiran laluan masuk Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Bukit Mertajam. Apa berlaku hal lepas itu, semua sedia maklum. Cuma saya nak sebut kita mesti pegang kepada beberapa prinsip. Kita pegang kepada beberapa prinsip.
Yang pertama, yang kita pegang adalah prinsip kepentingan hospital mesti menjadi keutamaan. Yang kedua, kita kena pegang juga rumah ibadah perlu dihormati. Rumah ibadah perlu dihormati tak kiralah agama apa pun. Itu sebagai tempat suci, kita perlu menghormati. Yang ketiga-tiga, kita mesti berpegang kepada prinsip undang-undang mesti konsisten.
Jadi, saya melihat sudah sampai masalah kerajaan mesti mencari mekanisme, mencari jalan macam mana cara nak mengatasi. Sebab apa yang berlaku kan, timbul kacau-ganggu. Jadi yang nak menggunakan laluan pun jadi masalah, yang nak pergi hospital bahagian trauma dan kecemasan pun masalah, yang nak beribadah pun mungkin akan timbul masalah. So, macam mana cara nak mengatasi itu dengan cara baik.
Sebab bagi kita kan, bagi saya dan bagi Dato’ Timbalan Yang di-Pertua pun kalau isu soal masjid, surau duk di tempat yang tak sepatut tak boleh. Bahkan kita boleh runtuh eh, boleh robohkan eh. Jangan main-main. Dalam Islam ni jangan kata tempat itu yang tak elok, baju yang kita nak sembahyang pun kalau kita ambil curi baju orang, sembahyang tak dapat pahala. Tak diberi pahala.
Dosalah curi baju.
Dosa lagi. Baju pun tak boleh, makan pun tak boleh yang haram, ini semua. Semua itu dilihat sebagaimana disebut dalam hadis Sallallahu Alaihi Wasallam, dalam hadis Imam Muslim, sahih daripada Imam Abu Hurairah Radiallahuanhu. Bagaimana ada seorang yang bermusafir, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua pun faham orang musafir ni doa dia mustajab. Bermusafir, kusut masai habis zaman dululah kan. Dalam keadaan tak ada makanan semua tiba-tiba angkat tangan berdoa pada Allah kan dan Nabi kata, wa anna yustajabu lah, bagaimana doa dia nak diterima sedangkan Nabi kata pakai dia pun pakaian haram dia curi, makan pun kena haram.
Soal ibadah ni tempat itu mesti tempat yang baik kan, halal yang kepunyaan kita, pakaian kita dan juga makanan kita makan. Jadi saya minta sangat-sangat dan saya nak tanya, saya nak tanya dalam isu kuil-kuil yang tidak sah ni, nak sebut haram pun saya pun tak sampai hati juga walaupun penggal lepas ada EXCO sebut kan istilah haram tu juga. Saya tak nak sebut. Kuil-kuil yang tidak sah ni adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab? Saya nak dapat penjelasan, jawapan. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab untuk menyediakan tapak-tapak bagi RIBI yang tidak sah ni? Adakah Kerajaan Negeri bertanggungjawab ataupun diserah kepada jawatankuasa kuil tu sendiri, RIBI tu sendiri ataupun macam sebut tadi ada wakaf Hindu kan, ada sebagaimana kita adalah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Itu yang perlu diberi perhatianlah saya minta sangat-sangat supaya tak berlaku di luar sana keadaan yang boleh mengakibatkan ketegangan antara pengguna jalan dan orang-orang yang ibadah di situ.
Okey, faham.
Baik, terima kasih.
Penaga, Penaga.
Jadi untuk yang terakhir.
Okey, pergulungan nanti.
Penaga, saya nak mencelah.
Saya nak landing tapi saya tak jumpa.
Saya tak suka dia pakai perkataan curi.
Nak landing dah, saya dah nampak airport. Saya nak landing.
You tak boleh pakai perkataan curi. Siapa curi?
Curi apa?
Bila saya curi?
Ini cakap curi tanah orang.
Dak, dak, dak, salah faham ni.
Contoh.
Dak, dak, dak, okey, okey.
Dak, dak, dak, Perai, Perai.
Saya sudah bagi tahu semalam.
Perai, Perai,
Kita dalam proses pemutihan.
Ya.
Tak usah cerita lagi.
Perai.
Kerajaan.
Perai, saya bagi contoh tu yang saya sebut.
Kerajaan Pulau Pinang tanggungjawab untuk membuat pemutihan. Sabar dulu. Jangan jenamakan macam-macam. Kita pun ada perasaan.
Tak, tak Perai, yang saya sebut tadi.
Sebagai Hindu.
Yang saya kata.
Sebagai seorang Hindu, agama kita pun tak ajar kita.
Sama, sama. Saya hormat Perai.
Curi ke apa. Tak betul eh, okay.
Betul, betul.
Okey, Perai.
Kena sensitif sikit.
Mungkin, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Okey, okey.
Mungkin salah faham sikit, yang saya sebut tadi contoh tu orang Islam kan. Kalau pakaian kami, pakaian ni dia curi, makanan pun yang tak, itu yang, ah baik.
Okey.
Yang Berhormat Penaga, kalau nak sebut tentang kuil orang India, tak payahlah petik kenyataan untuk orang Islam.
Saya.
Boleh saya cakap macam Ketua Pembangkang tadi.
Saya mengambil.
Ini hal orang India jangan masuk campur? Boleh?
Tak, saya tak masuk campur.
Tak boleh kan? Kita nak berbincang so kena berhemah sikit.
Jangan kan kuil.
Okay landing, landing. Saya nampak dah airport. Nampak dah lampu. Penaga.
Penaga tahu tak asal usul kuil tu? Kalau tak tahu latar belakang jangan pakai tembak saja.
Okey, okey, sudah.
Kenapa sebelum ini bertahun-tahun tak ada isu, tak ada masalah? Tahun ini ada seorang mualaf mahu bawa isu, sekarang ada masalah. Baru buka mata ke?
Isu kuil ni saya dah bangkit daripada penggal lepas lagi, sebelum Yang Berhormat masuk dalam dewan ni saya dah bangkit dah.
Penaga.
Adakah Penaga tahu latar belakang kuil ni?
Saya tau.
Kewujudan dia? Kelulusan dia tahu ka?
Saya tau dan saya buat soalan.
Kalau ada bukti tengok dulu.
Saya boleh bagi bukti.
Jangan saja nak berhemah di sini dan berhujah nak ambil publisiti, tak payahlah.
Okey, sudah, sudah.
Ini baru orang kata political mileage yang tak sepatutnya, tak berhemah.
Bagan, Bagan, sudah.
Cakap fasal… (gangguan).
Bagan Dalam.
Dah sebut tadi, elok-elok kita nak harmonikan semua keadaan. Hari tu dah hampir-hampir tercetus suatu ketegangan yang dahsyat kan. Semua orang boleh tengok dalam TikTok, dalam medsos, media sosial. Kita tak nak benda ni berlaku di Pulau Pinang ni.
Penaga, Penaga dah faham dah.
Benda tu dah selesai kenapa nak petik balik sekarang?
Siapa yang bangkitkan isu pertegangan semua ni? Siapa yang bangkitkan?
Kenapa nak perhangatkan kembali? Kerajaan sudah ada perancangan untuk pemutihan.
Sebelum ni takdak isu.
Kenapa nak sengaja perhangatkan?
Siapa yang bangkitkan?
Bagi dalam Dewan, bagi pihak saya dan meraikan apa yang diminta.
Saya faham objektif Penaga. Dia bincang perkara ini di Dewan ini lepas tu dia akan buat TikTok di luar. Yang disalah nanti kitalah semua Dato’ Speaker.
Okey, saya faham. Duduk semua.
Timbalan Yang di-Pertua.
Okey, dah, sudah, sudah, dah. Okey Penaga, Penaga. Saya nak bagi peluang wabillahitaufik walhidayah.
Turn saya, saya dah tadi, saya dah nampak nak landing, saya dah nampak dah airport. Dah nampak airport dah, tiba-tiba bangun mencelah.
Okey.
Kita nak minta dan dalam isu ini saya tanya, dan isu ini saya tanya Kerajaan Negeri.
Tak payah ulanglah, tak payah ulang. Kami faham dah.
Apa pun saya nak dapat jawapan Kerajaan Negeri adakah dia bertanggungjawab menyediakan tapak-tapak ataupun sebaliknya.
Dah tadi Perai dah jawab tadi dah. Perai dah jawab, kita dah buat pemutihan.
Tahu sejarah dulu sebelum buat pernyataan di sini ya.
Okey.
Baik, terima kasih kepada semua. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Ada satu dua isu, tak dapat dah?
Habis dah, habis dah.
Baik. Jadi saya untuk akhirnya saya mengambil peluang dan kesempatan pada sesi persidangan kali ini untuk semua umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei ni, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan kepada semua duyufurrahman, para jemaah yang sedang berada di Tanah Suci Haram, selamat mengerjakan ibadah haji kepada semua dan mengharapkan agar haji itu diterima oleh Allah Subhanahuwataala.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya juga Penaga mencadang, menyokong. Assalamualaikum.
Terima kasih kepada Penaga dan seterusnya Pulau Tikus.
Saya harap ucapan saya lebih rileks lah. Chill sikit, chill sikit.
Minum kopi panas dulu.
Salam sejahtera, salam Penang2030 dan salam Malaysia Madani. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua,
Pulau Pinang indah berseri, Tempat rakyat membina harapan, Bangun negeri bukan sehari, Perlu visi, tekad, dan perancangan.
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan perutusan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena Istiadat Perasmian Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kali ini.
Pada hari ini saya ingin membangkitkan tiga perkara utama, yang saya percaya akan menentukan masa depan Pulau Pinang dalam tempoh 10 hingga 30 tahun akan datang. Pertama, masa depan infrastruktur pengangkutan. Kedua, masa depan populasi keluarga dan tenaga kerja. Ketiga, masa depan alam sekitar serta pelancongan ekologi negeri.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perkara pertama ialah masa depan sistem pengangkutan Pulau Pinang. Dan hari ini projek LRT Pulau Pinang akhirnya sedang dilaksanakan. Namun, seluruh rakyat Pulau Pinang tahu bahawa projek ini tidak datang dengan mudah. Lebih 10 tahun rakyat Pulau Pinang memperjuangkan projek ini dan kita pernah melihat projek ini diluluskan ketika Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan. Kemudian kita melihat projek ini dibatalkan selepas perubahan Kerajaan Persekutuan kepada Perikatan Nasional.
Kita pernah menyaksikan bahawa bagaimana masa depan negeri ini boleh berubah hanya kerana perubahan politik di Putrajaya. Dan akhirnya di bawah kepimpinan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan YB Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan, Kerajaan Persekutuan melalui Kerajaan Madani telah meluluskan pembiayaan projek LRT Pulau Pinang.
Dan atas sebab ini kita merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan ini adalah bukti bahawa apabila ada iltizam politik, projek yang penting kepada rakyat boleh digerakkan. Namun begitu, Dato’ Timbalan Speaker, di sinilah persoalan besar yang perlu kita fikirkan. Adakah Pulau Pinang mahu terus bergantung selama-lamanya kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina setiap infrastruktur penting bagi masa depan negeri kita?
Jika laluan Mutiara Line LRT dijangka siap pada tahun 2031, maka Kerajaan Negeri mempunyai tempoh lima tahun untuk merancang LRT fasa kedua supaya ia dapat dimulakan sebaik saja fasa pertama siap. Dan oleh itu, kita perlu mula bertanya dari sekarang, bagaimana Pulau Pinang mahu membina fasa kedua? Bagaimana Pulau Pinang mahu membiayainya? Dan bagaimana Pulau Pinang mahu menjadi sebuah negeri yang lebih berdikari dalam membina infrastruktur masa depannya sendiri?
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan bahawa supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan satu model pembangunan yang telah digunakan dengan berjaya di tempat lain, iaitu model R+P (Rail Plus Property). Konsep ini berpaksikan satu prinsip besar, iaitu LRT bukan sekadar sistem pengangkutan tetapi satu mesin ekonomi bandar.
Apabila sebuah stesen LRT dibina, nilai tanah di sekitarnya berpotensi meningkat dan aktiviti ekonomi berkembang, perumahan bertambah, perniagaan tumbuh, mobiliti rakyat meningkat dan produktiviti bandar menjadi lebih tinggi. Dan jawapan model R+P terhadap persoalan ini adalah jelas bahawa sistem LRT harus dibina untuk mencipta nilai tanah dan sebahagian nilai tanah yang dicipta itu harus digunakan semula untuk membiayai pembangunan, operasi dan pengembangan sistem pengangkutan awam.
Terdapat lima prinsip utama dalam kerangka R+P ini. Pertama, kita mesti berhenti melihat stesen LRT sekadar sebagai tempat menaiki tren. Kita harus mula melihat stesen-stesen LRT sebagai rangkaian koridor komuniti masa depan yang terbentuk di sepanjang jajaran LRT.
Setiap stesen harus menjadi pusat pertumbuhan bandar yang menghubungkan perumahan, pekerjaan, perniagaan, ruang awam, laluan pejalan kaki, bas perantara dan aktiviti ekonomi setempat. Justeru, perancangan infrastruktur pengangkutan dan perancangan pembangunan bandar mesti dilaksanakan secara seiring.
Fasa dua LRT tidak boleh dirancang sebagai projek rel semata-mata. Ia mesti dirancang sebagai tulang belakang kepada pertumbuhan bandar yang lebih tersusun, lebih mudah diakses dan lebih berdaya saing.
Kedua, kerajaan mesti melaksanakan pengambilan tanah dan hak pembangunan di sepanjang jajaran LRT sebelum harga tanah meningkat. Sebaik saja koridor fasa dua LRT diumumkan, nilai tanah berpotensi melonjak dan jika kerajaan gagal bertindak awal, keuntungan masa depan akan diserap oleh spekulasi pasaran. Namun jika kerajaan bertindak awal, sebahagian peningkatan nilai itu boleh dipulangkan kepada rakyat melalui pembiayaan infrastruktur. Inilah yang disebut sebagai land value capture dengan izin, iaitu menangkap nilai tanah yang meningkat hasil pelaburan awam.
Ketiga, pihak pengurusan atau operator LRT mesti diberikan peranan untuk membolehkan mereka terlibat dalam pembangunan hartanah secara terkawal dan strategik. Mereka boleh bekerjasama dengan pemaju melalui kaedah usaha sama atau joint venture (dengan izin), untuk membangunkan pembangunan bercampur berteraskan Transit Oriented Development di sekitar stesen LRT. Melalui model ini, operator LRT bukan sekadar mengurus tren dan stesen, tetapi turut memperoleh pulangan pembangunan, hasil sewaan, keuntungan komersial dan pendapatan jangka panjang yang boleh digunakan semula untuk menyokong operasi, penyelenggaraan dan pengembangan sistem LRT.
Keempat, semua pembangunan mesti dilakukan secara telus dan berpaksikan kepentingan awam. Model ini tidak boleh menjadi alasan untuk menjual tanah kepada pemaju tanpa kawalan. Sebaliknya, ia mesti menjadi alat untuk menangkap kekayaan bandar demi manfaat rakyat. Sebab itu, syarat yang mewajibkan pembinaan rumah mampu milik, ruang awam, laluan pejalan kaki, kemudahan komuniti dan perlindungan alam sekitar mesti dimasukkan dalam pelan perancangan.
Dan kelima, hasil pembangunan mesti dikembalikan semula kepada sistem LRT dan penambahbaikan bandar. Dana tersebut harus digunakan untuk membina kemudahan baru, menyelenggara sistem, memperkukuh bas perantara, membina laluan pejalan kaki, menaik taraf stesen dan menstabilkan tambang. Inilah kitaran ekonomi bandar yang matang. LRT meningkatkan nilai tanah, nilai tanah membiayai LRT. LRT meningkatkan mobiliti, mobiliti mengukuhkan ekonomi bandar. Sebuah sistem yang matang bukan sekadar membina infrastruktur, sebuah sistem yang matang tahu bagaimana infrastrukturnya boleh membantu membiayai dirinya sendiri.
Dato’ Timbalan Speaker, kita tidak boleh menunggu sehingga setiap penyelesaian datang daripada Putrajaya. Kita mesti membina model pembiayaan yang lebih berdikari, lebih kreatif dan lebih mampan. Dan masa depan sistem pengangkutan Pulau Pinang mesti dibina oleh kita, dimiliki oleh kita, dan dipertahankan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah satu krisis yang perlahan dan senyap. Ia bukan banjir, bukan wabak dan bukan krisis kewangan. Tetapi jika kita gagal bertindak awal, krisis ini akan mengubah masa depan Pulau Pinang dengan lebih mendalam daripada banyak krisis lain. Dan krisis tersebut ialah kadar kelahiran yang rendah. Pulau Pinang mencatat kadar kesuburan keseluruhan paling rendah di Malaysia, iaitu hanya 1.2 anak bagi setiap wanita. Angka ini jauh di bawah paras penggantian penduduk sebanyak 2.1 anak bagi setiap wanita. Angka ini bermaksud Pulau Pinang sedang menua tetapi terlalu sedikit anak dilahirkan untuk memperbaharui populasi kita. Kurang anak hari ini bermaksud kurang tenaga kerja pada masa depan. Kurang tenaga kerja masa depan bermaksud kurang pembayar cukai, kurang jurutera, kurang jururawat, kurang usahawan, kurang pekerja dan kurang rakyat yang menyokong ekonomi negeri. Jika kadar kelahiran terus menurun, Pulau Pinang akan menghadapi tiga tekanan besar.
Pertama, pertumbuhan ekonomi akan menjadi semakin perlahan. Kedua, sistem sokongan sosial akan semakin tertekan apabila jumlah warga emas terus meningkat sedangkan bilangan penduduk dalam usia bekerja semakin mengecil. Dan ketiga, sistem kesihatan awam akan menghadapi tekanan yang jauh lebih besar daripada jumlah pesakit meningkat tetapi tenaga kerja, sumber kewangan dan kapasiti perkhidmatan tidak berkembang pada kadar yang mencukupi. Lebih ramai warga emas bermaksud lebih banyak keperluan hospital, rawatan penyakit kronik, dialisis, rehabilitasi dan penjagaan jangka panjang. Sebab itu, kadar kelahiran rendah bukan sekadar isu keluarga. Ia isu ekonomi, isu kesihatan, isu fiskal dan isu masa depan Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Speaker, punca masalah ini bukan kerana anak muda tidak ingin berumah tangga. Punca masalah ini ialah realiti ekonomi yang menyebabkan ramai anak muda melihat hidup bujang sebagai pilihan yang lebih murah, lebih mudah dan kurang berisiko berbanding membina keluarga. Kos rumah, kos penjagaan anak, kos pendidikan, kos pengangkutan, kos perubatan dan kos harian, semua ini menyebabkan ramai pasangan menangguhkan perkahwinan, menangguhkan kelahiran anak atau memilih untuk mempunyai anak yang lebih sedikit.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan satu pendekatan mikroekonomi yang saya namakan sebagai Model Kelebihan Keluarga, atau (dengan izin) Family Advantage Model (FAM). Prinsipnya mudah, Pulau Pinang mesti menjadi negeri yang menjadikan kehidupan berkeluarga lebih mampu milik, lebih terjamin dan lebih menarik untuk anak muda. Dalam kata lain, kita mesti menjadikan usaha membina keluarga di Pulau Pinang lebih murah daripada kekal hidup bersendirian. We must make starting a family in Penang cheaper than being single (dengan izin).
Dato’ Timbalan Speaker, di bawah kerangka Model Kelebihan Keluarga ini, Kerajaan Negeri boleh menggunakan pelbagai instrumen sedia ada untuk mengurangkan kos kehidupan keluarga dan meningkatkan peluang ekonomi keluarga. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan diskaun berasaskan keluarga bagi caj tertentu seperti cukai tanah, cukai taksiran, lesen perniagaan, permit, fi perniagaan, caj parkir, sewaan premis kerajaan dan beberapa fi terpilih. Prinsipnya bukan untuk hapuskan semua caj. Prinsipnya ialah mewujudkan struktur diskaun bersasar untuk isi rumah yang mempunyai anak. Sebagai contoh, tahap pertama, keluarga dengan satu hingga dua anak. Tahap kedua, keluarga dengan tiga hingga empat anak. Dan tahap ketiga, keluarga dengan lima anak dan ke atas. Semakin tinggi tahap, semakin besar diskaun atau sokongan yang diberikan. Ini mewujudkan isyarat atau signal (mikroekonomi signal) yang jelas bahawa Kerajaan Negeri mengiktiraf anak bukan sekadar tanggungan peribadi keluarga. Anak-anak ini adalah tenaga kerja masa depan, pembayar cukai masa depan, penjaga masyarakat, pencipta inovasi dan penyumbang kepada ekonomi Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri juga boleh memberi keutamaan kepada keluarga dalam akses kepada rumah mampu milik, skim sewa beli, bantuan penjagaan anak, biasiswa, latihan kemahiran, peluang pekerjaan GLC dan geran perniagaan. Tujuannya ialah mengiktiraf bahawa keluarga yang mempunyai anak sedang membina masa depan negeri. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengkaji penubuhan satu Tabung Model Kelebihan Keluarga (FAM Fund) melalui sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang diurus secara profesional dan telus. Tabung ini membolehkan mengguna kerangka caruman sukarela seperti konsep simpanan perlindungan keluarga atau insurans di mana pencarum boleh mencarum secara berkala, contohnya serendah RM10.00 seminggu atau RM50.00 sebulan. Caruman kolektif ini kemudiannya boleh diuruskan oleh pengurus pelaburan berlesen bagi menjana pulangan yang berpatutan ke dalam akaun pencarum, tertakluk kepada kawal selia, tadbir urus, dan perlindungan risiko yang ketat.
Apabila sampai masanya, pencarum boleh menggunakan simpanan tersebut untuk tujuan penting dalam pembinaan keluarga seperti membayar kos perkahwinan, menyediakan deposit pembelian rumah pertama, menampung kos kelahiran anak atau membiayai keperluan awal penjagaan anak. Dengan cara ini, Model Kelebihan Keluarga bukan sekadar memberi diskaun atau bantuan sekali beri seperti Program Anak Emas RM200.00. Tetapi ia membina budaya simpanan keluarga yang tersusun, berdisiplin dan berorientasikan masa depan.
Dato’ Timbalan Speaker, cadangan ini bukan sekadar kebajikan semata-mata. Ini ialah dasar ekonomi pencegahan, preventive economic measures (dengan izin). Jika kadar kelahiran terus jatuh, Pulau Pinang akhirnya akan berdepan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan, tenaga kerja yang semakin mengecil, hasil cukai yang semakin lemah dan tekanan yang lebih berat ke atas sistem kesihatan awam. Tanpa campur tangan awal, generasi muda hari ini mungkin berdepan usia tua yang lebih sukar 30 atau 40 tahun akan datang. Apabila jumlah tenaga kerja dan sumber kewangan tidak lagi cukup untuk menyokong ekonomi, perkhidmatan sosial dan bantuan kebajikan masyarakat.
Sebab itu, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Khas Model Kelebihan Keluarga (FAM Taskforce) untuk mengkaji dan merangka langkah-langkah mikroekonomi yang boleh menjadikan Pulau Pinang negeri paling mudah di Malaysia untuk membina keluarga. Dan Pulau Pinang mesti menjadi negeri tempat orang membina kehidupan, membina keluarga dan membina generasi masa depan.
Dato’ Timbalan Speaker, perkara ketiga yang ingin saya bangkitkan ialah masa depan ekologi dan pelancongan alam semula jadi Pulau Pinang. Menurut Jabatan Perhutanan Pulau Pinang, negeri ini mempunyai lebih 6,500 hektar hutan simpan kekal yang diwartakan. Ini bukan tanah biasa, ini ialah modal semula jadi Pulau Pinang. Di seluruh dunia kita dapat lihat bagaimana kawasan ekologi dibangunkan secara bertanggungjawab sebagai destinasi premium yang bernilai tinggi. Contohnya Mandai Wildlife Reserve di Singapura, Kepulauan Anambas di Indonesia dan Phobjikha Valley di Bhutan. Tempat-tempat ini membuktikan bahawa pemuliharaan alam, pendidikan dan pelancongan premium bernilai tinggi boleh wujud bersama dalam satu ekosistem yang diurus dengan baik. Dan Pulau Pinang perlu mengkaji model ini secara serius. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri meneroka satu Strategi Pembangunan Ekopelancongan Premium atau Premium Ecotourism Development Strategy, dengan izin. Tujuannya bukan membuka ruang kepada pembangunan tidak terkawal di dalam hutan simpan. Tujuannya ialah membangunkan eco-homestay premium berkepadatan rendah di pinggir kawasan Hutan Simpan Rizab atau kawasan biosfera yang sesuai, sebagai pintu masuk terkawal kepada pengalaman alam semula jadi negeri. Ini boleh menyokong aktiviti seperti rainforest walk, bird watching, pendidikan biodiversiti, forest bathing, detox vacation, program kesihatan alam semula jadi dan pelancongan konservasi. Akses mesti dikawal, jumlah pelancong mesti dihadkan, kawasan rizab mesti terus dilindungi.
Dato’ Timbalan Speaker, pemuliharaan tidak boleh bergantung kepada larangan semata-mata. Pemuliharaan juga memerlukan kesedaran, pendidikan dan pembiayaan. Pulau Pinang tidak sepatutnya menjual hutannya, Pulau Pinang sepatutnya menawarkan pengalaman premium yang bernilai tinggi yang membantu membiayai perlindungan kawasan rizab semula jadi. Jika dilaksanakan dengan betul, pelancongan ekologi premium boleh menjadi alat pembiayaan konservasi. Ia boleh membantu membiayai pemeliharaan hutan, penyelenggaraan laluan, pemantauan biodiversiti, pendidikan alam sekitar dan peluang ekonomi tempatan. Inilah cara kita menjadikan kawasan semula jadi di Pulau Pinang sebagai living classroom, dengan izin, tentang ekologi dan biodiversiti. Pulau Pinang sudah terkenal dengan warisan, makanan, industri dan budaya. Kini Pulau Pinang juga mesti dikenali sebagai destinasi ekopelancongan premium yang serius, terkawal, dan bertanggungjawab. Tempat di mana alam dilindungi, tempat di mana rakyat belajar menghargai alam, tempat di mana komuniti tempatan mendapat manfaat dan tempat di mana hasil pelancongan membantu membiayai konservasi.
Dan oleh itu, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menjalankan kajian kebolehlaksanaan berkaitan Premium Ecotourism Development Strategy dengan kerjasama Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar, Penang Hill Corporation, Penang Green Council, Penang Global Tourism, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi alam sekitar, komuniti setempat, pemain industri penghotelan serta pengusaha pelancongan yang bertanggungjawab. Dan kajian ini perlu mengenal pasti lokasi yang benar-benar sesuai, berdaya maju dan tidak menjejaskan kawasan ekologi sensitif dengan mengambil iktibar daripada model ekopelancongan premium yang dilaksanakan di Mandai Wildlife Reserve, Kepulauan Anambas dan Phobjikha Valley.
Antara lokasi yang boleh dipertimbangkan termasuk Pulau Kendi, Teluk Ketapang, Pulau Jerejak, Bukit Bendera, kawasan hutan simpan yang terletak dalam laluan migrasi burung East Asian-Australasian Flyway serta kawasan Ceruk Tokun yang berhadapan Mengkuang Dam.
Namun, pertimbangan terhadap lokasi-lokasi ini mestilah dibuat secara berhati-hati berdasarkan daya tampung ekologi, kesesuaian akses, impak kepada komuniti setempat, potensi pendidikan alam sekitar dan keupayaan menjana hasil konservasi jangka panjang. Prinsipnya mesti jelas. Setiap pembangunan mestilah berkepadatan rendah, terkawal dan memberi keutamaan kepada pemuliharaan biodiversiti, pendidikan alam sekitar serta manfaat ekonomi kepada komuniti setempat. Bina model konservasi dan eko-pelancongan yang boleh dibanggakan oleh generasi masa depan Pulau Pinang.
Dato’ Timbalan Speaker. Tiga (3) perkara yang saya bangkitkan hari ini sebenarnya membawa satu mesej besar. LRT ialah masa depan mobiliti dan ekonomi bandar kita. Model kelebihan keluarga atau family advantage model ialah masa depan populasi dan generasi kita. Strategi pembangunan ekopelancongan premium atau premium ecotourism development strategy ialah masa depan alam sekitar dan nilai semula jadi kita.
Ketiga-tiga memerlukan satu keberanian yang sama iaitu keberanian untuk merancang sebelum krisis berlaku, keberanian untuk membina sebelum kita terpaksa mengejar dan keberanian untuk mencipta nilai sebelum peluang itu terlepas. Dan Pulau Pinang tidak pernah maju kerana kita menunggu. Pulau Pinang maju kerana kita berani berfikir lebih awal, bekerja lebih keras dan membina lebih jauh.
Kalau hendak menebang meranti, biarlah tajam mata beliung, Kalau hendak membina negeri, biarlah jauh pandang ke hujung.
Dengan semangat itu, saya menyeru agar Kerajaan Negeri terus membina masa depan Pulau Pinang dengan keyakinan, kebijaksanaan dan keberanian. Dan masa depan pengangkutan kita mesti lebih berdikari, masa depan keluarga kita mesti lebih terjamin dan masa depan alam sekitar kita mesti lebih bernilai dan lebih terlindung. Dan dengan ini, Pulau Tikus mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Pulau Tikus. Aman damai. Bagan Jermal, silakan.
Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Penang2030. Kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang saya hormati, rakan seperjuangan Yang Berhormat. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta membahas usul terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib bersempena ucapan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri kali ini.
Pertama sekali di sini saya ingin membicarakan satu isu mengenai kelewatan pengeluaran hakmilik strata di Pulau Pinang yang menjejaskan puluhan ribu pemilik hartanah khususnya projek kos rendah dan pangsapuri rakyat yang berusia berpuluh tahun. Hakmilik strata bukan sekadar sekeping kertas. Tanpanya, pemilik rumah tiada kuasa dari sisi undang-undang dan juga kewangan. Hidup mereka dalam bayangan hak milik induk ini selama berpuluh tahun kerana pemaju asal gagal, muflis, atau hilang. Akibatnya, hakmilik tidak sempurna; pemilik-pemilik tidak dapat menjual atau memindahkan milik secara bebas. Bank juga enggan menerima hakmilik induk sebagai cagaran serta implikasi-implikasi lain yang kita tidak boleh nampak.
Oleh itu, saya cadangkan tiga langkah segera. Pertama, tindakan tegas terhadap pemaju yang lalai. Kerajaan Negeri boleh mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian untuk semak status permohonan. Pemaju yang masih gagal memohon akan didakwa dan denda harian maksimum RM1,000 wajib dikenakan ke atas setiap hari yang lewat menurut Akta Hak Milik Strata 1985. Rekod kelewatan akan menjadi satu syarat penafian untuk menjalankan projek baru termasuk penyenaraian hitam pemilik syarikat terlibat bagi memastikan individu dalam syarikat yang di senarai hitam juga tidak boleh terlibat dalam mana-mana kemajuan yang lain.
Kedua, mewujudkan satu Tabung Bantuan Khas HakMilik Strata Pulau Pinang. Guna untuk bayar yuran ukur, pelan, guaman bagi projek kos rendah dan pemaju yang gulung tikar atau hilangkan diri. Selangor telah berjaya memperuntukkan 10 juta untuk mewujudkan tabung tersebut dan juga mewujudkan task force untuk tujuan tersebut. Pulau Pinang juga boleh mewujudkan task force yang melibatkan EXCO, Pejabat Tanah, PTG, Majlis Bandaraya, JUPEM dan lain-lain agensi yang berkenaan melalui pendekatan satu kes satu strategi, menyelesaikan isu secara case-by-case basis dan prestasi task force seharusnya dinilai setiap suku tahunan.
Saya menyeru supaya Kerajaan Negeri tegas melaksanakan pendakwaan dan membekukan projek pemaju-pemaju yang lalai. Tubuh tabung khas dan task force untuk mengendalikan kes-kes tersebut serta mempermudahkan proses kelulusan merentas jabatan. Dalam erti kata lain, kita perlukan pakej lengkap, pendakwaan yang tegas, bantuan kewangan yang bermakna, penyelarasan cekap dan political will yang kuat untuk menyelesaikan isu secara menyeluruh. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada YB Jawi kerana telah membantu dalam proses penyelesaian salah satu skim strata iaitu Pangsapuri Pusat Perniagaan Raja Uda atau kita lebih dikenali Pangsapuri Bola-Bola walaupun masih ada beberapa lagi isu strata yang masih belum selesai di kawasan Bagan Jermal.
Kedua adalah mengenai satu inisiatif bagus yang telah dilaksanakan melalui Dana Sejati Madani yang boleh dipohon oleh entiti yang berkelayakan seperti MPKK, Rukun Tetangga dan sebagainya. Ini sebenarnya membantu entiti-entiti ini supaya dapat berdikari dengan penjanaan pendapatan sendiri melalui projek yang berteraskan pendapatan. Namun, dari segi pengurusan, ia mungkin akan menyebabkan implikasi bukan hari ini tapi di satu masa yang hadapan, masa yang akan datang. Sebagai contohnya entiti ini tidak berdaftar dengan SSM yang menyukarkan mereka untuk mendapatkan lesen perniagaan, dan dari segi tatakelola kewangan, ia tidak diwajibkan untuk diaudit. Dari segi pengurusan pula entiti tersebut mungkin akan mengalami pertukaran tampuk pimpinan. Persoalannya adalah apabila perkara di atas berlaku, agensi manakah yang akan memantau ketika tempoh peralihan untuk mengelakkan ketirisan dan menyelesaikan apa-apa pertikaian yang mungkin berlaku pada ketika itu?
Perkara seterusnya adalah berkaitan dengan tanah RIBI di Ampang Jajar di mana kebanyakan pemilik tapak RIBI tersebut sedang mengambil pendekatan tunggu dan lihat sementara menunggu satu solusi kepada sumber elektrik yang sangat diperlukan untuk memulakan proses pembinaan di tapak RIBI yang diluluskan. Dalam jawapan bertulis dinyatakan CMI memang mengambil inisiatif menyediakan satu tapak untuk pembinaan pencawang elektrik tersebut dan projek tersebut akan dilaksanakan oleh PDC. Jadi saya menyeru supaya pihak Kerajaan Negeri boleh memberikan satu tempoh masa bagi pelaksanaan pencawang elektrik ini supaya pemilik-pemilik tanah RIBI bolehlah merancang kutipan derma dan tempoh pelaksanaan pembinaan, di samping dapat memberikan keyakinan kepada para penderma dan penganut bahawa projek RIBI dapat dijalankan selepas terbinanya pencawang elektrik tersebut.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Seterusnya isu kecurian kabel yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Seri Delima semalam. Memang isu ini mendatangkan kesulitan dan bahaya kepada pengguna jalan raya. Kawasan saya dari tempoh hujung tahun 2024 sehingga suku pertama 2025 memang kerap berlaku kes, dan kes ini berlaku secara berleluasa. Dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah SPU Bilangan 4/2025 pada bulan Jun 2025. Saya telah mencadangkan supaya kabel TM yang tidak lagi membekalkan perkhidmatan komunikasi dialih keluar daripada manhole di salah satu hotspot berdekatan RHB Raja Uda. Berikutan tindakan tersebut, memang kurang berlakunya tindakan cuba membuka penutup-penutup manhole di hotspot tersebut. Oleh itu, saya menyeru TM supaya terus usaha mengalihkan kabel yang sudah tidak membekalkan perkhidmatan atau tidak berfungsi daripada manhole di hotspot-hotspot secara berperingkat. Dan di sini saya sekali lagi mencadangkan menanda dengan terang sekali menyatakan tiada lagi wayar tembaga dalam manhole tersebut dan seal off once and for all lubang manhole tersebut. Dengan tiadanya wayar tembaga, maka tiada lagi percubaan untuk membuka manhole untuk tujuan mencuri kabel tembaga.
Mengenai isu gelandangan yang mungkin mempunyai masalah kesihatan mental, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan bukan sahaja isu sosial tetapi satu krisis senyap yang sedang berlaku di kala pembangunan yang sedang rancak di seluruh Negeri Pulau Pinang. Realiti yang berlaku di hadapan mata kita adalah isu gelandangan atau individu yang mempunyai masalah kesihatan mental. Bukti keseriusannya sebagai contoh, Januari 2025 di Pulau Pinang. Seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental menjerit, mengganggu pengunjung, meludah, mengugut orang. Sebenarnya ramai kes sebegini banyak kes sebegini yang semakin menjadi dan kita tak boleh lagi anggap isu ini adalah isu terpencil. Banyak kes yang berlaku tetapi mungkin tidak dapat liputan.
Jadi, bagi Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 775) Seksyen 9 memang memberi kuasa kepada kerajaan melindungi dan memulihkan pesakit mental tidak kira status kewarganegaraan atau mempunyai atau tidak mempunyai alamat yang tetap. Namun Pusat Transit Harapan tidak dapat menerima golongan ini kerana di bawah Akta Orang Papa 1977, JKM tiada bidang kuasa tersebut. Jika berdepan dengan kes agresif, apa yang kita boleh buat? Polis boleh hantar ke hospital. Hospital akan merawat dan setelah stabil akan membiarkan mereka balik, kembali ke jalanan menyebabkan satu pusingan yang tiada kesudahan.
Hakikatnya kesihatan mental ini memerlukan tahap kawalan kendiri yang tinggi dan mereka perlu memastikan diri sendiri menuruti nasihat pengambilan ubat pada masa yang ditetapkan. Masalahnya bila mereka lalai dan tidak mengikut nasihat, maka masalah gangguan emosi akan berulang. Jadi dasar dan sistem sedia ada telah membuktikan ia tidak mampu menangani masalah golongan ini. Kita sudah ada contoh yang nyata sendiri dikongsikan sendiri oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Sebagai contohnya gelandangan tersebut yang mengalami masalah mental akan kembali ke jalanan selepas satu tempoh masa dan cycle itu tak akan berkesudahan.
Inilah sebab kita memerlukan sebuah pusat perlindungan atau transit khusus dalam negeri ini untuk golongan tersebut. Bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental bukan sahaja memerlukan rawatan profesional tetapi juga melalui rehabilitasi supaya mereka boleh kembali menjalani kehidupan normal di kalangan komuniti satu hari nanti. Mereka yang menunjukkan tingkah laku agresif perlu dipindahkan sementara dari ruang awam. Mereka yang ditolak oleh sistem sedia ada memerlukan tempat khas untuk menempatkan, merawat dan memulihkan mereka.
Negeri Sembilan adalah salah satu contoh yang baik. Antara 2020 sehingga 2021 Kerajaan Negeri memperuntukkan RM200,000.00 menubuhkan Rumah Minda Ceria untuk gelandangan lelaki dan pesakit mental yang ringan. Jadi laporan 23 Januari 2023 boleh dikatakan kira-kira 50 orang telah berjaya dikembalikan ke pangkuan keluarga dan komuniti. Dari segi sistem, kita perlu membina satu closed-loop system yang lebih inklusif dari proses intervensi hinggalah ke proses pemulihan. Jadi di sini saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mengkaji dengan kadar segera dan meluluskan satu peruntukan khas untuk menubuhkan satu pusat transit khusus jangka masa sederhana bagi golongan yang mempunyai masalah kesihatan mental dengan merujuk kepada, bolehlah merujuk kepada model Negeri Sembilan.
Bagi pengurusan sisa dan kelestarian, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Di sini saya ingin mengatakan bahawa dan menyatakan pendirian saya bahawa mesra alam tidak semestinya menyumbang kepada kelestarian. Saya ambil satu contoh. Penggunaan beg kertas memang boleh dilihat lebih mesra alam kerana keupayaan biodegradasi, tetapi jika dibandingkan dengan beg plastik, ia meninggalkan satu kali ganda lebih jejak karbon ataupun carbon footprint ketika proses pembuatan berbanding dengan plastik.
Dari segi praktikal, satu kandungan yang beratnya 5kg mungkin hanya memerlukan sehelai beg plastik yang beratnya mungkin beberapa gram, berbanding dengan muatan yang sama memerlukan agak mungkin tiga hingga empat helai keping beg kertas yang meninggalkan, jelas meninggalkan jejak karbon yang jauh lebih tinggi.
Bagaimana pula dengan barangan pasar yang basah pula? Mari kita renung-renungkan. Demi kelestarian, kita tidak boleh hanya menumpukan kepada pengharaman plastik semata-mata, tetapi juga perlu melihat kepada jejak karbon yang ditinggalkan oleh alternatif yang lain kepada beg plastik. Oleh itu, dasar alam sekitar pada masa hadapan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada menukar beg plastik kepada beg kertas atau beg goodies dan sebagainya, tetapi perlu bergerak ke arah reformasi pengurusan sisa yang lebih menyeluruh. Cadangan saya adalah untuk memperkukuhkan sistem pengurusan sisa makanan dan sisa dapur. Pada masa ini, sebahagian besar jumlah sisa pepejal sebenarnya berpunca daripada sisa makanan dan sisa dapur.
Oleh itu, kerajaan boleh memberikan keutamaan untuk melaksanakan sistem pengasingan secara berperingkat, semua bermula di lokasi-lokasi yang menghasilkan jumlah sisa makanan yang tinggi seperti pusat penjaja dan pusat makanan berskala besar, kilang pemprosesan makanan dan industri makanan dan juga kantin sekolah dan institusi pembelajaran. Lokasi-lokasi ini adalah sumber utama sisa makanan yang tinggi dan wajar dijadikan, peringkat awal pelaksanaan pengasingan sisa makanan secara sistematik termasuk penyediaan tong khas sisa makanan serta sistem pengumpulan yang berpusat dan tersusun. Sisa tersebut seterusnya boleh dihantar untuk upcycle menjadi baja organik, menjadi bahan api melalui proses pencernaan anaerobik.
Mungkin YB Jawi boleh mempertimbangkan sisa makanan untuk top up sisa kumbahan khinzir yang tidak mencukupi, bagi projek pencernaan anaerobik Ampang Jajar dan juga sumber protein yang penting melalui kaedah penggunaan Black Soldier Fly dan sebagainya yang boleh diterokai, dikaji sebelum dilaksanakan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga boleh memperluaskan kempen kesedaran berkaitan pengurangan jejak karbon atau carbon footprint dalam kehidupan harian masyarakat. Antara langkah yang boleh digalakkan ialah menjimatkan penggunaan tenaga di rumah dan premis perniagaan, menggunakan lampu-lampu jenis LED serta peralatan elektrik yang cekap tenaga, mengamalkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar bagi mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil, penggunaan kereta EV atau hibrid yang lebih fuel efficient.
Disamping itu, masyarakat perlu dididik untuk mengurangkan pembaziran makanan kerana sisa makanan yang dibuang turut menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau di tapak pelupusan. Budaya seperti mengambil makanan mengikut keperluan, menyimpan lebihan makanan dengan baik dan mengelakkan pembaziran perlu diamalkan.
Kelestarian alam sekitar bukan hanya terletak pada pengurangan plastik tetapi, juga pada pengurangan penggunaan sekali guna di samping memberikan penekanan kepada tabiat upcycle dan recycle ataupun kitar semula yang seterusnya mengurangkan beban alam sekitar dan mencapai pembangunan rendah karbon serta mampan.
Mengenai karenah birokrasi yang perlu dibaiki. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan satu isu penting yang wajar diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri iaitu kelemahan dalam mekanisme penyelarasan maklumat dan kerjasama penguatkuasaan antara jabatan kerajaan itu sendiri, yang pada hemat saya masih belum cukup efektif ataupun berkesan.
Baru-baru ini, pusat khidmat saya menerima satu kes pertikaian antara satu majikan dan pekerja. Pengadu tersebut membuat tuntutan gaji yang tertunggak melalui JTK ataupun Jabatan Tenaga Kerja, namun apabila siasatan dijalankan, didapati alamat syarikat dalam rekod SSM telah berubah dan lokasi baru tidak dapat dikenal pasti. Lebih membimbangkan ataupun tidak masuk akal lah, pengadu dimaklumkan bahawa perlu mencari sendiri alamat terkini majikan tersebut, kerana pihak JTK tidak mempunyai akses atau kuasa untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, situasi ini pada pandangan saya tidak langsung munasabah. Jika agensi penguatkuasaan sendiri menghadapi kesukaran untuk mengesan pihak yang terlibat, bagaimana pula rakyat marhaen macam kita mampu berbuat demikian?
Akhirnya kita melihat satu realiti yang membimbangkan, proses undang-undang wujud tetapi pelaksanaannya terhenti sekerat jalan. Rakyat boleh membuat aduan tetapi tidak semestinya mendapat penyelesaian kerana pihak yang terlibat tidak dapat dikesan.
Justeru itu, saya berpendapat tiba satu masa Kerajaan Negeri dan pihak Kerajaan Persekutuan menilai semula keberkesanan sistem perkongsian maklumat antara agensi. Sebagai contohnya dalam kes ini ialah, Jabatan Tenaga Kerja boleh dalam kerangka undang-undang yang sah yang dibenarkan dan terkawal mempunyai akses yang lebih berkesan dengan maklumat asas daripada agensi SSM, JPN bagi tujuan mengesan pihak yang terlibat dalam pertikaian buruh.
Saya ingin tegaskan di sini, bahawa soal perkongsian ataupun mengakses data peribadi ini bukanlah jenis yang tanpa kawalan, sebaliknya ini adalah sosial soal mewujudkan mekanisme penyelarasan data antara agensi yang sah dari segi undang-undang, terkawal dan bertanggungjawab. Tetapi pada masa yang sama, cukup berkesan untuk menyokong tindakan penguatkuasaan. Kerana pada akhirnya, jika perkara asas seperti mengesan pihak yang terlibat pun menjadi satu halangan, maka undang-undang yang sedia ada akan kehilangan keberkesanannya untuk melindungi hak asas rakyat.
Okay, mengenai cukai tanah pula. Saya ingin menyambung perbahasan saya mengenai kenaikan cukai tanah Pulau Pinang bagi tahun 2026. Saya menyambut baik keputusan Mesyuarat EXCO pada 29 April untuk memutuskan pemanjangan tempoh rayuan cukai daripada 30 April ke 31 Mei. Jadi ini juga dilihat positif, menurut kehendak rakyat. Namun persoalannya, adakah pemanjangan tempoh ini benar-benar menyelesaikan kelemahan sistem percukaian tanah yang tidak konsisten? Pemanjangan tempoh ini hanya memberi rakyat lebih masa untuk merayu tetapi, sistem memberi persepsi negatif iaitu naikkan harga dulu, tunggu aduan, jika ada aduan, jika tiada aduan dianggap setuju, jika ada aduan akan disemak, masih belum berubah.
Jadi, saya rasa masalah ini kita perlu lihat secara lebih inklusiflah sebab Kerajaan Negeri memang menggunakan pelbagai kaedah untuk menilai kegunaan tanah, dan tidak dapat dinafikan banyak klasifikasi menjadi kurang tepat. Saya pun tidak pasti kenapa. Contohnya tanah pertanian yang hanya mempunyai sebahagian kecil dibina gudang, diklasifikasikan sepenuhnya sebagai industri atau komersial walaupun majoriti tanah itu masih sawah padi.
Jadi, hakikatnya terdapat kes kenaikan cukai tanah dengan jurang yang begitu besar sekali, ada yang sampai beribu kali ganda. Malah ada juga selepas semakan, menerima diskaun sehingga 90% ke atas selepas rayuan, sekaligus membuktikan ada kelemahannya sistem sedia ada. Setakat 1 Mei, sudah terdapat 10,000 rayuan yang diterima daripada 370,000 hak milik tanah. Ini membuktikan satu masalah besar terhadap kelemahan sistem. Persoalan ni, persoalan yang saya nak bangkitkan, adakah adil hanya mereka merayu diberikan semakan semula sedangkan mungkin ramai yang turut menerima penilaian yang kurang tepat?
Adakah tenaga kerja dan mekanisme sedia ada mencukupi untuk menyemak semula semua kes agar keadilan dapat diberikan kepada semua pemilik tanah, bukan hanya kepada mereka yang membuat rayuan sahaja?
Di sini saya ingin mencadangkan, pertama, semakan proaktif. Perlu adanya semakan proaktif termasuk pembetulan klasifikasi guna tanah tanpa menunggu rayuan daripada rakyat walaupun, akan memakan masa yang lebih lama tetapi lebih adil kepada semua. Ini boleh bermula daripada kes-kes yang melibatkan kenaikan beribu kali ganda.
Jadi kedua, beban bukti bukan pada rakyat, sepatutnya pada kerajaan. Notis cukai itu keputusan kerajaan, maka tanggungjawab memastikan ketepatannya mesti dipikul oleh pihak yang mengeluarkannya, bukan rakyat yang melalui proses rayuan yang membebankan rakyat.
Ketiga, ia mesti telus, adil dan saksama. Sistem cukai tanah perlu lebih telus dan adil tanpa bergantung kepada rayuan. Semua pemilik tanah wajar menerima penilaian yang tepat. Saya tidak membantah kenaikan cukai tanah Pulau Pinang selepas 30 tahun tidak disemak tetapi, pelarasan mesti adil, telus dan rasional. Pemanjangan tempoh rayuan hanyalah langkah sementara, dan tidak menyelesaikan isu sistemik seperti klasifikasi yang kurang tepat dan beban rayuan oleh rakyat. Dari segi pelancongan, nak landing lah bagi sikit masa.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Akhirnya, saya ingin membahaskan satu isu berkaitan pembangunan sektor pelancongan Negeri Pulau Pinang yang kini terus menunjukkan perkembangan yang amat-amat memberangsangkan dan positif. Apabila jumlah pelancong semakin meningkat, cabaran pengurusan turut menjadi lebih kompleks melibatkan pengurusan kemasukan pelancong di lapangan terbang serta pelan mitigasi sementara menanti projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bernilai RM1.55 bilion yang dijangka siap pada Jun 2028.
Perkara ini penting kerana pengalaman pertama pelancong akan membentuk persepsi mereka terhadap imej negeri kita yang tercinta. Jika pelawat berdepan kesesakan, kekeliruan atau kesukaran mendapatkan maklumat, maka imej Pulau Pinang atau Pearl of Orient sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa turut akan terkesan.
Oleh itu, saya melihat keperluan untuk memperkukuhkan sistem panduan pelancong yang lebih moden dan mesra pengguna melalui platform digital yang boleh diperkasakan lagi dengan teknologi AI atau melalui laman sesawang yang dapat membantu pelawat merancang perjalanan mereka sepanjang berada di Pulau Pinang, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Walaupun telah dinyatakan dalam soalan bertulis bahawa asas kandungan pelancongan telah disediakan di laman rasmi mypenang.gov.my, kita juga perlu menambah baik lagi elemen seperti kalendar secara langsung, chatbot AI, cadangan itinerari best things to do serta panduan walk and tours yang membantu pelawat meneroka bandar dengan mudah dan teratur. Pendekatan ini menunjukkan bahawa teknologi digital dan teknologi AI dapat memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelancong.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seperti yang dinyatakan oleh Tuan Yang Terutama, kita mempunyai pelbagai aset produk pelancongan berteraskan warisan budaya dan inovasi tetapi, adakah Pulau Pinang juga bersedia untuk menyahut cabaran melangkah ke tahap yang seterusnya seperti yang dilakukan oleh Encore Melaka?
Encore Melaka, saya sendiri yang ada pergi experience dan merasainya, bukan sekadar persembahan hiburan biasa tetapi, produk pelancongan bertaraf antarabangsa yang menggabungkan sejarah, budaya dan teknologi moden dalam pengalaman yang begitu immersive dan unik. Persembahan itu mengetengahkan sejarah laluan Sutera Maritim serta komuniti Baba Nyonya melalui tayangan auditorium kepada pelancong.
Sehubungan itu, saya mencadang agar Pulau Pinang yang kaya dengan sejarah perdagangan, Warisan George Town dan masyarakat pelbagai kaum agar mempertimbangkan untuk mengusahakan produk pelancongan budaya moden selari dengan peredaran zaman. Ini mampu mengangkat identiti negeri, menarik pelancong baharu dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Saya percaya dengan konsep ini dibangunkan di Pulau Pinang dan kekuatan identiti sejarah sendiri, ia bukan sahaja mampu meningkatkan pengalaman pelancong, malah berpotensi menjadi satu tarikan ikonik baharu. Sektor pelancongan bukan sekadar jumlah kehadiran pelancong ataupun pelawat tetapi, keupayaan negeri memberi pengalaman yang berkualiti, tersusun dan bermakna kepada pengunjung.
Jika diperkasakan secara menyeluruh, Pulau Pinang bukan sahaja kekal sebagai destinasi pilihan malah mampu menjadi satu model pelancongan pintar dengan pengalaman terbaik untuk semua pelancong. Izinkan saya mengakhiri perbahasan hari ini dengan serangkap pantun.
Jalan ke pekan membeli lada, Singgah sebentar di tepi taman, Pembangunan maju terus jadi agenda, Pulau Pinang unggul sepanjang zaman.
Terima kasih, dengan itu saya memohon menyokong.
Terima kasih Bagan Jermal atas perbahasan. Seterusnya saya persilakan Sungai Bakap. Sungai Bakap steady, eh?
Insya-Allah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Salam sejahtera. Alhamdulillahi rabbil 'alamin wassalatu wassalamu 'ala asyrafil ilal mursalin wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Robbisrohli sodri wayassirli amri wahlul 'uqdatan millisani yafqahu qawli. Amma ba'd. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas penyampaian ucaptama sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kali Ke-15 di Dewan yang Mulia ini.
Terima kasih juga Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan kerana memberi peluang kepada Sungai Bakap untuk mengambil bahagian bagi sesi perbahasan hari ini. Sesungguhnya ucaptama yang telah disampaikan mencerminkan inspirasi dan hala tuju negeri dalam mendepani cabaran semasa serta merangka pembangunan masa hadapan yang lebih mampan dan inklusif.
Dato’ Timbalan Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik saranan Tuan Yang Terutama berkaitan cabaran ekonomi global susulan krisis di Timur Tengah yang memberi kesan langsung kepada kestabilan harga barang dan kos sara hidup rakyat.
Meskipun Malaysia merupakan negara pengeksport minyak dan angka pertumbuhan ekonomi negeri dilihat lebih positif namun realitinya rakyat terus berhadapan tekanan harga makanan, utiliti dan kos pengangkutan yang semakin meningkat akibat kesan kenaikan harga diesel melambung. Justeru, saya ingin menekankan agar setiap dasar pembangunan ekonomi negeri perlu diterjemahkan kepada manfaat yang benar-benar dirasai rakyat biasa khususnya golongan B40, pekerja kilang, peniaga kecil dan anak muda yang sedang membina kehidupan. Kemajuan bukan hanya diukur melalui pembangunan dan angka pelaburan semata-mata tetapi sejauh mana hasil dan pendapatan negeri dapat diagih kepada seluruh lapisan masyarakat seterusnya mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
Selain itu, saya turut menyokong langkah Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025 serta Enakmen Sumber Air Pulau Pinang 2025 sebagai satu usaha penting dalam memastikan tadbir urus air negeri lebih tersusun dan mampan. Isu bekalan air bersih merupakan isu keselamatan rakyat dan ekonomi negeri pada hari ini. Kawasan seperti Sungai Bakap dan Seberang Perai Selatan sendiri sedang berkembang pesat dengan pertambahan penduduk dan kawasan industri. Oleh itu, perancangan sumber air mentah, perlindungan kawasan tadahan serta pelaksanaan projek bekalan air jangka panjang perlu dipercepat dan dipantau secara telus supaya rakyat tidak lagi berhadapan risiko gangguan bekalan air pada masa hadapan.
Rakyat hari ini bukan sahaja mahu melihat projek mega dan pembangunan fizikal tetapi mereka juga mahu jaminan kehidupan yang stabil, alam sekitar yang terpelihara serta kemudahan asas yang mencukupi. Sebab itu usaha berkaitan rangkaian pengangkutan awam, tebatan banjir, keterjaminan makanan dan pengurusan sumber air perlu diberi keutamaan secara menyeluruh. Saya berharap dengan segala perancangan yang dinyatakan ini benar-benar dilaksanakan dengan semangat mendahulukan kepentingan rakyat Pulau Pinang seluruhnya.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya membawa suara rakyat berkenaan beberapa isu setempat khususnya DUN Sungai Bakap. Kita sedia maklum dalam Dewan yang Mulia ini banyak isu yang dibangkitkan oleh YB-YB berkaitan tentang kenaikan harga cukai tanah. Isu ini adalah realiti yang sedang menghimpit rakyat seluruh Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah mengumumkan semakan cukai tanah yang berkuatkuasa mulai 2026 iaitu kadar kenaikannya antaranya 29 peratus sehingga 200 peratus secara rasmi.
Namun realitinya di lapangan jauh lebih parah. Di DUN Sungai Bakap terdapat kes yang menunjukkan cukai tanah meningkat daripada RM23.00 pada tahun 2025 dan untuk pada tahun 2026 kenaikan dia RM21,647.00. Bermaksud kenaikan cukai bagi tanah tersebut sekitar 91,244 peratus. Bermakna melebihi 900 kali ganda. Umpama pemilik tanah membayar sewaan bulanan kepada Kerajaan Negeri.
Minta penjelasan Sungai Bakap. Boleh tumpang tanya sat yang tanah yang dimaksudkan tu berapa keluasan dia, boleh saya dapat tahu?
Baik, terima kasih YB. YB Padang Lalang. Okey, untuk makluman YB berkaitan dengan pertanyaan tadi, lot ini terletak di Mukim 1 iaitu lot bernombor 996 keluasan tanah tersebut iaitu 7,731 persegi. Saya dah turun ke lapangan.
Meter persegi.
Meter persegi kut.
Meter persegi, minta maaf YB. Okey, 7,731 meter persegi. Kedudukan tanah ni di Tasek Cempedak. Saya dah turun ke lapangan. Keberadaan tanah ni dia ada sewaan di situ. Dia ada kedai sewa dan dia ada tempat sewaan barang-barang lusuh tak besar, berskala kecil. Dan ada juga apa menara lah, menara.
Apa yang saya dapat dimaklumkan oleh pemilik tanah tu hasil sewaan sebulan dia dapat lebih kurang dalam RM3,000.00 ke RM3,500.00. Jadi apabila saya buat perkiraan dengan nilai RM21,000.00 setahun bermaksud tuan tanah perlu bayar pada kerajaan RM1,700.00 sebulan. Melebihi RM1,700.00 sebulan. Bermaksud sewaan yang dapat enam (6) bulan dia perlu bayar pada kerajaan dan enam (6) bulan lagi baru dapat pada pemilik tanah tapi pemilik tanah ni pun tanah pusaka. Bermaksud ramai lah. Okey, boleh YB faham ya? Okey, terima kasih. Kemudian yang seterusnya...
Sungai Bakap. Yang tu RM21,000.00 tu lepas rayuan ke sebelum rayuan?
Okey, berkaitan ini Tuan Timbalan Speaker. Dah sudah buat rayuan. Dah dapat dengan jumlah ni kira dapat 50 peratus rebat, dia kena bayar 10k, separuh lah. Kemudian buat rayuan. Dah buat rayuan dimaklumkan pada saya dia bayar RM5,000.00 lebih. Cuma isunya berbangkit adakah tahun berikutnya berkekal dengan harga yang sama? Itu dia punya soalan pada saya. Terima kasih. Okey ada lagi ni. Satgi panjang lagi jangan selit, banyak lagi.
Okey yang keduanya isu yang kedua cukai tanah meningkat daripada RM18.00 kepada RM1,200.00. Okey rumah ni tanah pusaka dan yang tuan tanah ni tak dah tak bekerja. Tanah tu pun takda apa pun. Rumah dan tak ada pokok-pokok dusun durian. Jadi dia pun takda sumber pendapatan. Isu dia tanya ni sebab dia tidak ada bermaksud tambahan komersial pada tanah tersebut dan dia sudah buat rayuan. Semasa dia pergi pada bulan pertama iaitu bulan Januari, masa proses rayuan untuk ambil borang rayuan tu dah kena RM50.00. Ha ini isu ni. Tuan tanah sendiri mari tanya saya. Tapi dia ada buat rayuan dah ada potongan. Cuma dia tanya isu yang sama, adakah akan berkekalan harga nilai RM1,200.00 lebih itu pada tahun yang berikutnya?
Okey yang isu yang ketiga. Pemilik tanah. Cukai tanah, adik-beradik lah ni, adik dengan abang berbeza. Keluasan lebih kurang sama. Sebelah menyebelahi. Si adik ni menerima cukai tahunan sebanyak RM80.00. Dia ada rumah, dia ada dusun durian. Dan abang, si abang pun dia ada dusun dan rumah yang sama. Keluasan lebih kurang sama ja saya pergi tengok. Tapi si abang ni kena RM3,000.00 lebih. Ini juga sudah buat rayuan.
Cuma pertanyaan saya, apakah justifikasi sebenar hingga kenaikan boleh mencecah ribuan ringgit? Apakah kaedah atau mekanisme syarat-syarat penilaian yang dilaksanakan? Saya tidak nafikan memang kita dah tahu selama 30 tahun tanpa sebarang kenaikan cukai tanah. Tapi pelarasan ini terlalu melampau sehingga sangat membebankan rakyat khususnya golongan kurang berkemampuan. Lebih membimbangkan kenaikan cukai sebegini boleh menyebabkan tanah pemilik gagal membayar cukai menyebabkan tunggakan terus meningkat dan akhirnya berisiko kehilangan hak milik tanah sendiri.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya menyambut baik berkenaan pelaksanaan beberapa projek, isu air ni, satgi depa kata sambung pulak. Okey ini isu air. Pertamanya saya nak ucap jutaan terima kasih pada pihak PBA yang mana selama 6 tahun Sungai Bakap iaitu di Mukim 5 mengalami masalah krisis air yang agak teruk menjejaskan penduduk sekitar Mukim 5. Alhamdulillah atas tindakan yang agresif dari pihak PBA, isu ni dapat diselesaikan untuk masa terdekat.
Sekali kerajaanlah.
Haa…kerajaan lah. Terima kasih. Namun, ada namun ni. Saya menyambut baik berkenaan pelaksanaan beberapa projek jangka masa pendek oleh pihak PBA Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan air bersih rakyat Pulau Pinang. Justeru saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan yang terlibat khususnya PBA Pulau Pinang kerana telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan bekalan air untuk seluruh rakyat Pulau Pinang lebih terjamin. Namun di masa hadapan saya amat mengharapkan makluman terperinci berkenaan sebarang projek terkini yang akan dilaksanakan khususnya di DUN Sungai Bakap. Seperti pembinaan dua projek loji rawatan air di Ampang Jajar supaya dapat saya sampaikan maklumat ini kepada penduduk di kawasan saya. Untuk makluman Dewan yang Mulia, saya dapat jawapan bertulis daripada pihak Tuan EXCO Tanjong Bunga berkaitan isu air ini. Jawapan yang saya dapat ini, projek yang saya maklum dua (2) projek tadi, projek yang, yang bernilai 114 MLD di Sungai Kerian berada di peringkat tender yang dijangka akan ditutup pada Jun ini. Projek ini seterusnya dijangka siap tiga tahun. Saya minta, saya minta pada pihak Tuan EXCO memantau pergerakan loji rawatan air ini, kalau boleh disiap seperti yang dikhabarkan.
Sebab saya tidak mahu pembangunan dengan utiliti, kita sedia maklum, tidak seimbang. Apabila berlaku pembangunan, pesat membangun di sana dengan wujudnya Scientex di sana dimaklumkan 8,000 unit rumah. Jadi jika proses tidak mencepatkan, apa, proses membina projek LRA ini, kita takutlah dalam tempoh dua tiga tahun dia akan datang balik isu masalah air. Yang kedua tentang projek LRA juga di Sungai Kerian yang, yang mana projek BOT. BOT, MLD, 80 MLD. Sungai Kerian telah ditawarkan di bawah Kaedah Bina, Operasi dan Pindah Milik (BOT) dan dijangka siap pada 7 Jun 2027. Terima kasih pada Tuan EXCO di atas tindakan agresif dan mampan.
Saya mengambil maklum berkenaan status Projek Bekalan Air Perak-Pulau Pinang yang dijangka bermula pada tahun 2031 di mana perjanjian muktamad bagi projek ini dijangka termeterai pada tahun 2026. Berdasar maklumat yang diumumkan oleh YAB EXCO Tanjong Bunga pada sesi mesyuarat yang lepas. Ya.
YB, YB.
Ya, YB. Minta maaf. Insya-Allah tidak lama lagi. Dah cukup dua penggal ya. Berdasar maklumat yang diumumkan oleh YB EXCO Tanjong Bunga pada sesi mesyuarat yang lepas, Kerajaan Negeri perlu membayar cas kapasiti tahunan sebanyak RM210juta setahun sebagai kos pembelian air terawat daripada Negeri Perak. Persoalan saya, siapakah pihak yang terlibat menjalankan usaha wajar atau due diligence berkaitan cas kapasiti ini serta apakah keputusan bagi kajian tersebut.
YB Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin, saya ingin menyentuh berkenaan isu gadaian rumah di Taman Halaman Indah. Isu ini saya dah bawa dalam peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dari arwah Abang Zam lagi. Pada penghujung selepas PRU, PRN ke-15 iaitu pada bulan 11. Pihak YB dan saya telah menghantar memorandum pada YAB CM untuk menyelesaikan isu yang berbangkit.
Untuk makluman Dewan yang Mulia, projek ini projek sakit. Bermula projek ini awal tahun 2000. Pada tahun 2016 baru dapat disiapkan. Masa itu EXCO pun belum jadi EXCO lagi, perumahan. Jadi isu ini saya mohon, mohon sangat-sangat sebab Halaman Indah ini di hadapan pejabat saya. Jadi yang datang mengadu pada saya ini ada yang menangis. Ada India, ada Chinese dan ada Melayu. Depa dah beli cash pada pemaju iaitu UDI Property. Dah beli cash, tapi pemaju tidak dapat menyiapkan rumah tersebut, beliau cagar geran pada syarikat yang berlesen iaitu sebanyak sembilan (9). Empat (4) syarikat dan lima (5) ceti yang berlesen.
Apabila cagaran geran tersebut pada syarikat dan individu, timbul isu mereka duduk rumah sampai sekarang tanpa geran tanah. Tidak tahu status macam mana. Tapi Alhamdulillah pada tahun 2024, ada satu syarikat iaitu Syarikat Champion Score, 115 unit dicagar pada dia. Sebanyak 60 unit kerjasama dengan RKN & Company, isu geran tanah ini dah dibincang dan dipersetujui oleh pembeli untuk membayar sebanyak RM21k. Apabila proses pembayaran, Alhamdulillah pada awal tahun ini iaitu bulan Januari, sebanyak 53 unit rumah dah dapat geran tersebut. Masih pending atau belum dapat, dalam proses peringkat PTG untuk mendapat lagi tujuh (7) geran rumah tersebut.
Jadi, isu untuk Champion Score ini kita kata boleh selesai sebab dia setuju untuk berunding. Tapi isu yang lain, pihak syarikat peminjam ini dia tak nak runding. Sampai pembeli ini dah tidak tahu nak pergi ke mana. Dia nak minta tolong siapa. Dah pergi SPNB, SPNB lepas tangan. Kita ada baru ini buat perjumpaan dengan pihak PDT, Pejabat Daerah dan Tanah. Kita panggil pihak-pihak terbabit hadir untuk kita bincang selesaikan isu ini. Cuma yang datang PTG datang, lain-lain agensi datang tapi pihak SPNB tidak hadir.
Jadi saya mohon sangat-sangat pada YB EXCO, mungkin YB EXCO boleh bantu atau buat perjumpaan dengan pembeli. Saya kesian sebab kebanyakan yang beli ini dah berusia. Peringkat beli dulu pun dah umur 50. Bila dah 15 tahun dah duduk, umur ini hampir 60 lebih ke ataslah sampai 70. Jadi depa tidak ada komitmen apalah. Nak ambil lawyer kena duit. Depa dah tidak ada, tidak ada tempat, tidak ada arah depa nak tuju. Jadi saya mohon sangat-sangat pada YB untuk bantulah Insya-Allah. Saya dah maklum.
Halaman Indah.
Tadi.
Halaman Indah.
Hm. Baik, saya masuk isu Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan penegasan TYT bahawa aspek mobiliti dan infrastruktur perlu diperkukuh. Realiti di, di masyarakat hari ini menunjukkan pembangunan perumahan dan industri berkembang terlalu pantas sedangkan kapasiti jalan raya tidak ditambah secara seimbang. Keadaan menjadi lebih teruk apabila projek pembesaran jalan lambat disiapkan, akibatnya rakyat berhadapan kesesakan harian yang semakin serius khususnya di laluan utama seperti Sungai Bakap, Tasek, Valdor dan Simpang Ampat.
Lebih malang lagi, saya juga menerima banyak aduan di DUN Sungai Bakap apabila kawasan industri dilulus dekat dengan taman perumahan. Contohnya, di Padang Lalang dan Tasek Junjung. Penduduk terpaksa hadapi bunyi bising iaitu kacau ganggu. Bunyi bising, habuk, pencemaran dan lori berat keluar masuk setiap hari. Saya dapat jawapan bertulis dari pihak YB EXCO yang mana syarat-syarat yang dibagi pada saya, Jabatan Alam Sekitar telah menerbitkan garis panduan yang memperincikan zon penampan antara kawasan industri dan kawasan sensitif seperti perumahan atau kawasan komuniti kampung. Yang saya dapat maklumkan di sini, dimaklumkan jarak penempatan penduduk iaitu low floating industry hanya 50 meter. Isu yang saya cakap tadi, apabila kebenaran diberi untuk membina sama ada low, medium atau high, pencemaran ini, apa pun tetap mengganggu penduduk sekitar.
Soalan saya, di manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam meluluskan projek-projek seperti ini. Apa fungsi SIA atau Social Impact Assessment (dengan izin) kalau akhirnya suara penduduk langsung tidak diberi kesan kepada keputusan kelulusan. Kalau rakyat bantah tapi projek tetap jalan seperti biasa. Maka, SIA, SIA ini nampak seperti sia-sia sahaja. Sekadar syarat atas kertas untuk lepas permohonan. Jadi, saya mintalah Tuan EXCO kaji dan beri perhatian. Kita tak nak buat sesuatu pembangunan menjejaskan penduduk sekitar. Saya mohonlah pada pihak PBT berilah prasyarat untuk bina kawasan industri atau apa-apalah sama ada barang lusuh, jauh dari komuniti sekurang-kurangnya melebihi 500 meter iaitu setengah kilometer. Jadi, tidak timbul isu kacau ganggulah di situ. Mohon sangat-sangat pada YB EXCO.
Akhirnya.
Banyak lagi ini, bagi la.
Kita tiada masa.
Sampai pukul 6.00 sahaja. Okey, terima kasih Timbalan Dato’ Yang di-Pertua. Saya juga mendapat aduan berkenaan lori yang membawa muatan berat termasuk lori yang membawa tanah. Untuk makluman Dewan yang Mulia, atas isu kenaikan harga diesel, sebulan lebihlah lori tanah kurang. Tidak ini kalau di DUN Sungai Bakap ini, sebab pengambilan tanah ini semua di Kedah. Semua jalan di DUN Sungai Bakap adalah lori terlalu banyaklah. Jadi isu dia sekarang ini, cara pemanduan lori tanah ini memang kita sedia maklum, memang depa ini ligan trip. Bila dapat banyak trip dan banyaklah depa dapat hari itu. Jadi yang timbul isu ini, dia membahayakan pengguna jalan raya lain dan penduduk sekitar khususnya warga emas. Perkara ini telah saya bangkitkan dalam sidang DUN yang lepas. Oleh itu, saya menggesa penguatkuasaan yang lebih tegas serta pemantauan berterusan agar tragedi kehilangan nyawa dapat dielakkan.
Dato’ Timbalan Tuan Yang di-Pertua, Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap sering mendapat aduan berkenaan isu banjir yang telah berlaku saban tahun khususnya di Sungai Junjung. Untuk maklum Dewan yang Mulia ini, Sungai Junjung ini antara Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah. ADUN Machang Bubuk tidak ada ya. Isu ini dah berlaku 40 tahun dah lebih. Jadi apa yang merisau dan mengecewakan saya, saya dapat soalan bertulis dari pihak berkaitan. Dah kita angkat dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah untuk dibuat rancangan tebatan banjir. Namun malangnya tidak ada perancangan untuk buat projek tebatan banjir. Jadi Tuan EXCO Tanjong Bunga, saya mohon sangat-sangat. Baru untuk maklum Tuan EXCO, dua hari lepas saya dah turun kawasan itu berlaku banjir sampai 1.00 pagi, 2.00 pagi.
Jadi depa mohon sangat-sangat bantuan dari Tuan EXCO untuk buat projek tebatan banjir di Sungai Junjung. Sebab isu yang keduanya Tuan EXCO saban tahun dua tiga kali berlaku bencana banjir berlaku kerosakan. Tapi bila kita pergi tanya pada pihak Jabatan Kebajikan apabila nak dapat bantuan apabila berlaku banjir cuma bila diwujudkan PPS, Pusat Pemindahan Sementara baru boleh dapat duit untuk berlaku bencana. Jadi saya mohon pada EXCO boleh tengok sebab walaupun tak dipindah walau berlaku banjir cuma dua tiga jam dah surut, tapi kerosakan tetap berlaku. Jadi minta mohon Tuan EXCO mungkin boleh bantu untuk bagilah ihsan untuk bagi sumbanganlah pada mangsa banjir. Noh, Tuan EXCO, terima kasih banyak.
Okey, Sungai Bakap.
Banyak lagi.
Tak boleh dah.
Nah saya touch touch ja.
Satu minit, seminit.
Sepuluh minit.
Eh tak boleh dah. Dah lebih dah pada setengah jam dah. Dah 35 minit dah.
Okey, saya sentuh sikit ah.
Satu minit, satu minit.
Okey, okey. Saya nak sentuh sikit tentang kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk. Semakin membimbangkan. Jadi di sini saya mohon sangat-sangat baru-baru ni kita tengok walaupun tak berlaku di Pulau Pinang, berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur. Di mana pemandu mabuk ni telah melanggar ayah pada anak yang masih kecil hingga mati. Dan baru-baru ni dua suami isteri India dilanggar mati suami isteri meninggal. Isunya, kesalahan orang pandu mabuk kerajaan dapat hasilnya. Bermaksud kesalahan kena denda dapat duit. Tapi apa yang jadi pada keluarga mangsa? Siapa nak bela? Saya dimaklumkan pada yang sesi lepas, YB EXCO maklumkan cuma 1K bagi. Mereka dah hilang punca pendapatan. Ketua keluarga dah hilang. Siapa nak menanggung anak-anak yang kehilangan orang tersayang? Jadi saya mohon mungkin ada satu inisiatif, mungkin kalau dia kerja kilang dia boleh dapat PERKESO. Kalau dia berniaga kecil, apa sumbangan pihak kerajaan boleh bagi pada keluarga mangsa? Jadi saya mohonlah pihak YB boleh bantu dapat bantuanlah bulanan atau macam mana. Sebab saya tengok saya kesian. Yang mabuk ni pun satu hal, yang jadi mangsa orang yang tak mabuk. Saya faham, dalam Dewan ni memang bukan kaki mabuk semua ni. Sebab sebagai pemimpin kita kena menonjol identiti yang baik, janganlah kita tidak sukalah benda-benda yang mabuk-mabuk ni.
Okey sebagai pemimpin kena punch time. Aa... Tak boleh dah.
Ni akhir ni. Tolonglah.
Tak boleh dah.
Tolonglah. Sat sat last last last.
Sungai Bakap sekarang dah ada empat orang lagi ni. Kita nak habiskan hari ini juga. Sungai Bakap.
Okey. Sat saya nak landing. Nak landing.
Dah tak landing dah, stop terus, piang, terjun terus.
Nak landing dia kena ada juga penutup dia.
Okey.
Okey Air Putih. Tentang tanah saya bangkit dah setuju tadi, memang tinggi, apa pun pada dasarnya tinggi. Jadi saya nak landing ni.
Pergi ke Pekan membeli bata...
Nasib baik bagi pantun...
Singgah sebentar di Pekan Penaga.
Rakyat didahulukan bukan slogan semata-mata,
Amanah dipikul wajib dijaga.
Bertam nanti tahun depan kita buat.
Sekian Sungai Bakap mohon menyokong, Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Okey terima kasih pada kawasan Sungai Bakap. Dan seterusnya Pantai Jerejak. Pantai Jerejak. Tak apa bagi Pantai Jerejak. Bagi Air Putih relax sat.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang. Yang Berhormat barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Ketua-ketua jabatan, para media, petugas kesihatan di luar sana, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Salam sejahtera, salam Penang2030, salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kerana diberikan ruang untuk membahas ucapan Tuan Yang Terutama sempena perasmian mesyuarat penggal pada 8 Mei yang lalu. Saya melihat ucapan tersebut sebagai satu blueprint dengan izinnya, yang amat komprehensif untuk memacu ekonomi negeri ke arah yang lebih mampan dan juga inklusif. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana turut mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini.
Yang Berhormat Timbalan Dato' Speaker, saya ingin berucap dalam beberapa sektor. Pertama, sudah semestinya saya ingin berbahas berkenaan tentang sektor agromakanan. Usaha mengiktiraf sektor keterjaminan makanan oleh Kerajaan Negeri wajar dipuji. Namun pengeluaran perlu diperkasa agar seiring dengan pembangunan pesat industri semikonduktor di Pulau Pinang. Seiring yang diperkatakan oleh Tuan Yang Terutama, saya mengambil ruang ini mencadangkan beberapa syor. Pertama, dasar keterjaminan makanan negeri yang lebih menyeluruh, bersepadu dan berasaskan data perlulah dibentuk. Jika kita lihat dalam empat hari yang lepas dalam sidang kemuncak ASEAN di Filipina, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengajukan penubuhan mekanisme siap sedia keterjaminan makanan di peringkat ASEAN. Hal ini menunjukkan bahawa sektor agro makanan cukup penting khususnya dalam negara dan juga negeri kita.
Tekanan pembangunan industri, perumahan dan juga logistik berisiko mengecilkan tanah pertanian, sekali gus menuntut perlindungan dasar yang tegas bagi memastikan kelangsungan sumber makanan negeri. Potensi zon pengeluaran makanan mengikut kawasan seperti padi, sayur, akuakultur dan juga durian perlu distruktur semula melalui pendekatan pengezonan keterjaminan makanan yang lebih sistematik. Pemanfaatan data bancian pertanian yang telah disediakan oleh Kementerian Ekonomi serta teknologi AI dan juga analitik data raya perlu diperluaskan bagi membolehkan perancangan sektor agro makanan yang lebih tepat, moden dan juga berasaskan bukti.
Kerajaan Negeri perlu mewartakan zon keterjaminan makanan kekal, memperkukuhkan infrastruktur digital luar bandar serta membangunkan sistem data agro makanan bersepadu sebagai langkah jangka panjang. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan, usaha awal dan juga perancangan yang tersusun amat penting bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan pada masa hadapan.
Pendekatan progresif seperti mekanisme cukai karbon atau dana peralihan hijau wajar dipertimbangkan bagi menyokong pembangunan sektor agro makanan yang mampan. Hasil daripada mekanisme ini bolehlah disalurkan semula kepada teknologi pertanian moden, automasi ladang, sistem pintar, tenaga hijau untuk memperkukuhkan sektor makanan negeri. Apa yang paling penting di sini, hasil dan manfaat daripada mekanisme ini perlu berada di bawah kawalan strategik negeri supaya ia benar-benar dapat dimanfaatkan untuk memperkukuhkan sektor pertanian dan juga keterjaminan makanan Pulau Pinang secara menyeluruh. Saya lihat perkara ini mampu dilaksanakan kerana kita mempunyai ekosistem yang baik, mempunyai kilang yang banyak dan juga terkenal dengan negeri yang fokus terhadap industri.
Bagi sektor ekonomi pula, laporan prestasi ekonomi Pulau Pinang membuktikan negeri ini terus menjadi antara nadi utama pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai hab pelaburan, perdagangan dan juga teknologi berimpak tinggi, Pulau Pinang bukan sahaja kukuh dalam sektor pembuatan, malah semakin menyerlah dalam ekonomi digital dan juga inovasi. Syabas dan juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga kepimpinan beliau atas kejayaan mengekalkan Pulau Pinang sebagai pemacu penting pertumbuhan ekonomi Malaysia. Namun beberapa persoalan yang harus diteliti oleh Kerajaan Negeri, yang pertama, apakah pelan kontingensi Kerajaan Negeri yang melibatkan isu utiliti, ekoran daripada ketidakstabilan ekonomi yang dihadapi. Hal ini penting kerana malang tidak berbau, maka persediaan awal dan juga pelan mitigasi yang kukuh amat diperlukan. Kedua, sejauh manakah Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan usaha untuk mewujudkan institusi perbankan milikan negeri. Langkah strategik ini boleh menjadi persediaan jangka panjang bagi memperkukuhkan daya tahan ekonomi negeri.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bagi sektor perumahan mampan pula, usaha-usaha sebelum ini yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam memperkasakan sektor perumahan mampan wajar perlu diberikan pujian kerana jelas mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan rakyat Pulau Pinang mempunyai akses kediaman yang selesa, berkualiti dan juga mampu milik. Melalui pelaksanaan misalnya Skim Sewa Beli, Program Pembaharuan Semula Bandar serta pembangunan Rumah Mutiaraku, pendekatan yang lebih inklusif dan mampan telah diterapkan bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana. Pendekatan ini selaras dengan pandangan Tun Abdul Razak Hussein yang menekankan bahawa pembangunan negara perlu bersifat inklusif dan mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan golongan berpendapatan rendah.
Namun, sekali lagi beberapa isu utama wajar diperhalusi oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan agenda perumahan rakyat benar-benar berkesan. Pertama, antaranya adalah ketidakpadanan rumah mampu milik dengan keperluan sebenar rakyat. Adakah jumlah nilai yang ditawarkan itu sepadan dengan pemilik ataupun pemohon rumah. Kedua, kesenjangan pemilikan rumah dalam kalangan belia yang semakin membimbangkan dan semakin jauh. Golongan belia yang mempunyai rumah dan golongan belia yang tidak mempunyai rumah begitu jauh kesenjangannya.
Yang ketiga, tahap literasi pemilikan rumah dalam kalangan belia masih rendah. Sejauh mana kawan-kawan belia yang di luar sana tahu tentang Skim Sewa Beli yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Ataupun sejauh mana golongan belia, kawan-kawan saya di luar sana tahu tentang Program Pembaharuan Semula Bandar dan juga pembangunan Rumah Mutiaraku. Kebanyakan kalaulah kita tanya di luar sana, mungkin ada yang tidak tahu ataupun tak tahu berkenaan tentang usaha-usaha ini. Keempat, keberkesanan promosi, hebahan dan juga saluran aduan projek perumahan agar lebih telus serta mesra rakyat. Yang kelima, keperluan pembangunan perumahan yang lebih seimbang dan inklusif antara Pulau dan juga Seberang.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya masuk dalam sektor anak muda. Bagi penglibatan anak muda dalam aktiviti yang dilihat tidak sihat seperti lumba haram merupakan sesuatu perkara yang sangat membimbangkan. Perkara ini sudah tidak asing dan juga sering dikaitkan dengan antara aktiviti popular dalam kalangan segelintir anak muda di Pulau Pinang. Namun demikian, perkara yang tidak baik tidak seharusnya digembar-gemburkan sehingga menjadi satu tradisi dan juga kebanggaan anak muda sehingga ianya khusus dilihat sebagai aktiviti-aktiviti mingguan. Khususnya kepada anak-anak Melayu kita. Khususnya dalam negara ini. Seperti yang dihuraikan oleh Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz, pembangunan belia bukan hanya diukur melalui kebebasan, tetapi melalui keupayaan membina disiplin dan juga nilai diri.
Natijah daripada aktiviti sebegini rupa, lumba haram, ataupun istilah pasarnya merempit, lebih banyak menjurus kepada keburukan seperti kecelakaan jalan raya, kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan kemudahan awam, ancaman keselamatan serta pelbagai masalah sosial yang lain. Banyak kawasan-kawasan yang terlibat, termasuklah di kawasan saya sendiri di Seagate. Kemalangan, meragut nyawa di BKE dan juga pelbagai lagi lokasi-lokasi hotspot. Saya berpendapat bahawa perkara ini wajar dititikberatkan sebagai antara isu tunjang yang memerlukan penyelesaian yang segera dan berkesan. Jika tidak dibendung, saban hari masih ramai anak muda khususnya anak muda Melayu kita ini yang mengakhiri nyawa dengan cara yang tidak sepatutnya, masa yang tidak sepatutnya, meluangkan masa berlumba di jalan raya. Penglibatan anak muda dalam aktiviti ini lazimnya berpunca daripada pengaruh rakan sebaya, kegagalan ibu bapa memantau anak-anak, kurang minat terhadap pendidikan serta tekanan sosial. Saya secara peribadi tidak menyalahkan pihak bertanggungjawab dan badan penguatkuasa dalam aspek penguasaan aktiviti ini kerana kita memahami bahawa usaha membendung gejala tersebut kadangkala ibarat mencurah air ke daun keladi. Pada akhirnya perkara ini tetap berbalik kepada tahap kesedaran individu dan masyarakat dalam menilai baik buruk sesuatu tindakan.
Antara penyelesaian yang boleh dilakukan ialah menyediakan ruang dan peluang kepada aktiviti ini untuk dilakukan secara lebih selamat dan juga terkawal. Pendekatan ini bertepatan dengan pepatah “menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan selerak”. Mencari jalan tengah yang bijaksana antara minat belia dengan aspek keselamatan awam. Kerajaan boleh memanfaatkan ruang sedia ada seperti jalan tertentu, perkarangan stadium atau lokasi di bawah kawalan kerajaan bagi membolehkan anak muda menjalankan hobi mereka sekurang-kurangnya dalam keadaan yang lebih terkawal. Permasalahan ini bukan melibatkan penunggang sahaja namun melibatkan jumlah yang besar termasuk penonton dan juga penyokongnya.
Selain isu di atas, antara persoalan berkaitan anak muda yang perlu diteliti oleh Kerajaan Negeri antaranya ialah pertama, apakah pelan tindakan konkrit Kerajaan Negeri bagi membendung pengaruh politik perkauman dan sentimen kebencian dalam kalangan anak muda di media sosial? Kedua, bagaimana dasar pembangunan, pendidikan dan peluang ekonomi dilaksanakan secara adil serta mampu mengukuhkan sumber pendapatan anak muda? Bukan saja kita bergantung kepada doa, tawakal dan juga kabel tetapi sentimen ini patut diketepikan.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya terus kepada isu-isu kawasan di DUN Pantai Jerejak. Saya bangun mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini untuk membangkitkan beberapa isu utama yang memberi kesan langsung kepada penduduk di kawasan DUN Pantai Jerejak khususnya terkait dengan kesesakan trafik dan juga keselamatan infrastruktur. Pendeta Za'ba pernah menegaskan bahawa “kemajuan sebuah masyarakat tidak hanya diukur pada pembangunan fizikal tetapi pada keupayaannya yang mengurus kehidupan rakyat dengan baik”. Justeru isu yang menyentuh kesejahteraan harian rakyat wajar diberikan perhatian serius dan juga menyeluruh.
Pertama berkenaan tentang isu trafik. Kawasan Bayan Baru, Sungai Nibong dan juga Persiaran Pantai Jerejak merupakan laluan utama yang menghubungkan kawasan perumahan, pusat komersial dan juga kawasan perindustrian Bayan Lepas. Pertumbuhan pesat sektor pengilangan dan juga peningkatan kepadatan penduduk telah menyebabkan kesesakan yang semakin serius terutamanya pada waktu kemuncak. Kerajaan Negeri sendiri telah melaksanakan beberapa percubaan, misalnya sistem jalan sehala di Persiaran Pantai Jerejak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ini menunjukkan bahawa masalah trafik di kawasan ini mencapai tahap yang memerlukan intervensi segera dan berskala besar.
Antara persoalan yang timbul dalam kalangan penduduk, bilakah gerak kerja penjajaran trafik akan dilaksanakan di kawasan bulatan Bayan Baru yang telah digariskan oleh pihak PBT kepada pemaju untuk berjalan? Namun persoalannya sejauhmanakah keberkesanan langkah sementara ini? Adakah kerajaan mempunyai pelan mobiliti jangka panjang termasuklah pelebaran jalan, integrasi pengangkutan awam, penyediaan parkir bersepadu serta pengurusan bas pekerja kilang yang lebih sistematik?
Kedua, isu keselamatan infrastruktur. Kita tahu di kawasan Pantai Jerejak ini kejadian seperti sinkhole di kawasan dilaporkan dan ianya berpunca daripada paip pembetungan yang pecah. Kejadian ini membuktikan bahawa infrastruktur utiliti bawah tanah di kawasan pembangunan padat memerlukan audit yang menyeluruh dan juga berkala. Kalaulah singgah ke Pantai Jerejak, cuba pergi ke bulatan Bayan Baru ataupun ke Giant. Kita boleh lihat bagaimana gerak kerja utiliti yang tidak siap bertahun-tahun di sana bukan saja memberi masalah kepada penduduk malah ia mencacatkan lagi pemandangan di kawasan sekitar itu.
Saya ingin bertanya berapa banyak audit utiliti bawah tanah telah dijalankan dalam tempoh 5 tahun berakhir? Apakah status penyelenggaraan paip lama di kawasan ini? Saya ingin khususkan kepada sistem perpaipan air di Taman Sri Nibong yang sering bocor oleh kerana paip sudah lama. Rungutan setiap bulan hampir setiap bulan oleh penduduk Taman Sri Nibong masih tidak dapat diselesaikan oleh kerana paip yang uzur dan adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan mitigasi bagi mengelakkan kejadian sama berulang?
Selain itu, isu kebersihan bandar juga memerlukan perhatian serius. Aduan berkaitan sampah pukal, longkang tersumbat, kutipan sampah tidak mengikut jadual masih berlaku secara berulang-ulang kali khususnya di beberapa kawasan perumahan padat. Saya melihat mungkin perkara ini dilihat perkara yang ringan tetapi rungutan penduduk di bawah ni sangat serius dan saya terpanggil untuk membawa ke dalam sidang DUN. Pembangunan ekonomi di kawasan selatan Pulau Pinang sememangnya penting kepada pertumbuhan negeri namun pembangunan yang terlalu pesat tanpa peningkatan kapasiti infrastruktur hanya akan menurunkan kualiti hidup rakyat.
Rakyat di Pantai Jerejak bukan menolak pembangunan, mereka mahukan pembangunan yang terancang, mampan, selamat dan selari dengan kapasiti sebenar infrastruktur awam. Sejauh manakah peruntukan yang diterima di kawasan DUN Pantai Jerejak yang meliputi infrastruktur awam, misalnya naik taraf kawasan lapang, naik taraf longkang, pembahagian sistem paip yang lama, kemudahan pejalan kaki? Persoalan ini penting kepada rakyat Pantai Jerejak kerana mereka juga pembayar cukai kepada Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri dan juga pihak berkuasa tempatan perlu lebih telus dalam menjelaskan jumlah peruntukan yang diterima serta pecahan projek yang telah dan akan dilaksanakan di kawasan DUN Pantai Jerejak. Penduduk berhak mengetahui ke manakah peruntukan disalurkan dan apakah pelan jangka panjang dan juga pendek bagi menaik taraf infrastruktur lama di kawasan perumahan yang lama di kawasan DUN Pantai Jerejak. Pembangunan yang pesat tidak seharusnya tertumpu kepada projek yang baru dan kawasan tumpuan, sebaliknya perlu seimbang dengan penyelenggaraan kemudahan asas untuk digunakan rakyat setiap hari.
Justeru, saya memohon Kerajaan Negeri supaya membentangkan pelan trafik jangka panjang untuk kawasan Pantai Jerejak khususnya dan juga Bayan Baru. Kedua, menjalankan audit infrastruktur utiliti bawah tanah secara menyeluruh khususnya sistem perpaipan di kawasan Taman Sri Nibong. Ketiga, mempercepatkan projek tebatan banjir dan naik taraf saliran dan yang keempat memperkukuhkan pengangkutan awam serta kemudahan komuniti. Akhir kata, saya berharap isu-isu ni tidak hanya dijawab atas kertas tetapi diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang benar-benar bakal dirasai oleh rakyat Pantai Jerejak. Pantai Jerejak dengan ini mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Pantai Jerejak. Seterusnya saya jemput Air Putih, dipersilakan.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Juga mengucapkan selamat bersidang kepada semua ADUN-ADUN. Saya ingin mula dengan mengambil kesempatan untuk menjunjung kasih ucapan perasmian Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 8 Mei 2026.
(Gangguan) Minta maaf sikit. Minta maaf ya. Terima kasih. Sungguhpun Negeri Pulau Pinang memang mencapai prestasi yang baik berbanding dengan negeri-negeri lain, tetapi segala unjuran, anggaran dan perancangan harus dipertimbangkan semula semata-mata kerana krisis ekonomi global ekoran perang Asia Barat di antara Iran, Israel dan juga Amerika Syarikat.
Mahu tak mahu, suka tak suka dan rela tak rela kita mesti berdepan dengan hakikat bahawa lonjakan harga minyak, gangguan ke atas rantai bekalan, kemerowapan harga mentah dan logistik telah menjejaskan malah memudaratkan sektor pembuatan khususnya PMKS, Perindustrian Mikro Kecil Dan Sederhana. Sektor pembuatan dianggarkan menyumbang 23.4% kepada GDP Malaysia dan lebih daripada 46% kepada GDP Pulau Pinang dalam tahun lepas. Ini mempunyai kesan besar kepada kehidupan harian, kos sara hidup dan masa depan rakyat serta survival PMKS.
Kerajaan Negeri memang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membantu industri tempatan dan rakyat mengharungi krisis ekonomi melainkan menangguhkan sebarang kenaikan kos yang membebankan rakyat. Itulah sebabnya di sini saya ingin mencadangkan bahawa pelaksanaan kenaikan cukai tanah yang melambung tinggi selepas 32 tahun sejak 1994 serta kenaikan tarif air oleh PBAPP secara purata sebanyak 20 sen semeter padu mulai 1 Julai 2026 harus ditangguhkan untuk sekurang-kurangnya tempoh setahun atau sehingga krisis ekonomi global ini reda.
Kerajaan Negeri hanya akan menerima tambahan hasil sebanyak RM50 juta daripada kenaikan cukai tanah dan PBAPP akan meningkatkan pendapatan sebanyak RM20 juta daripada kenaikan tarif air masing-masing. Kini tarif air yang dikenakan oleh PBAPP adalah secara purata 62 sen semeter padu. Jumlah RM50 juta dan RM20 juta masing-masing ini bukanlah besar sangat. Ini memang boleh ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan PBAPP tetapi impak kepada rakyat dan syarikat memang besar kerana Kerajaan Negeri boleh menunjukkan sikap penyayang, prihatin dan ambil peduli ke atas masalah kesulitan ekonomi yang dihadapi masa kini. Sekiranya Kerajaan Negeri sangat perlu tambahan RM50 juta atau peningkatan RM20 juta kepada PBAPP, maka bukan masalah besar untuk pinjam sahaja daripada rakan-rakan sebaya dalam Kerajaan Persekutuan.
Dato’ Yang di-Pertua, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi negeri telah mencatatkan pertumbuhan GDP sebanyak 4.8% pada 2024 iaitu lebih rendah daripada pertumbuhan GDP Malaysia sebanyak 5.1% ini untuk tahun 2024. Ini mengulangi perkembangan GDP negeri yang lebih rendah daripada tahap GDP negara pada tahun 2023. Adalah dijangka prestasi pertumbuhan GDP bagi Pulau Pinang akan lebih rendah daripada GDP negara akan diulangi dalam tahun 2025 dengan unjuran 4.8% untuk Pulau Pinang berbanding dengan 5.2% untuk Malaysia.
Di sini saya ingin menyeru semakan semula cukai tanah yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri mestilah berpada-pada. Berdasarkan kadar munasabah dan bukan semata-mata niat menambahkan hasil demi mengurangkan defisit kewangan. Kerajaan mesti berhati-hati mendengar rintihan malah tangisan rakyat tentang kenaikan cukai tanah melambung tinggi ini. Adalah diharapkan pegawai kerajaan boleh lebih bertimbang rasa terhadap rayuan pemilik tanah yang di mana rayuan akan tamat pada 31 Mei 2026 ini supaya beban kewangan boleh dikurangkan dan pegawai kerajaan ini saya harap boleh turun padang kalau boleh untuk lihat keadaan yang sebenarnya.
Tentu di sini saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Ketua Menteri dan juga pemimpin-pemimpin lain termasuk SUK yang cuba membantu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat. Sungguh pun dasar telah diumumkan tapi ada banyak kes-kes di mana ia belum turun bawah lagi sehingga ada rumah kampung kena sampai RM34,000, rumah kampung kena RM10,000. Dan atas pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri, tentu untuk rumah kampung seperti yang saya selalu tegaskan ini.
Ini rumah kampung bukan rumah baru. Kalau rumah baru lain, ini rumah papan, tolonglah. Kena kira lot RM50, janganlah timbang sana timbang sini, bagi saja lot satu lot RM50. Selesaikan masalah ini. Saya rasa ini akan disokong oleh semua pihak di sini.
Kontroversi dalam PDC. Empat kontroversi dalam PDC. Satu, berkaitan hutang Kerajaan Negeri yang sebenarnya kepada PDC yang melebihi RM300 juta. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pernah menjawab dalam jawapan bertulis bahawa setakat 2023, Kerajaan Negeri tidak berhutang kepada PDC. Tiba-tiba tak sampai dua tahun, hutang pada PDC beratus-ratus juta ringgit. Mengapa maklumat yang tidak tepat diberikan kepada beliau oleh pegawai PDC yang memang istimewalah kerana menerima bonus gaji enam bulan.
Dua, kontroversi dua. Saya ingin menanyakan mengapa PDC tidak mahu meneruskan Request for Proposal (RFP) yang kedua untuk tawaran tender semula penjualan 559 ekar tanah di Ladang Byram, Changkat sehingga memerlukan panggilan semula RFP baru yang ketiga. RFP yang kedua ini telah diiklankan pada 10 Mac 2025 dan ditutup pada 14 Mei 2025 dan dijalankan secara terbuka. Dengan gagalnya RFP kali kedua ini, bukankah PDC silap bila menolak tawaran tertinggi dalam RFP pertama yang dijalankan secara tender terbuka dengan harga tawaran tender sebanyak RM818 juta. Ini bukan jumlah kecil. Harga tawaran tender terbuka RFP pertama sebanyak RM818 juta jauh lebih tinggi daripada harga tawaran rundingan terus sebelum ini secara direct nego kepada UMECH Construction Sdn. Bhd. dengan harga RM646 juta. Tawaran RM818 juta daripada satu konsortium yang dipimpin oleh syarikat IJM Properties Sdn. Bhd., anak syarikat kepada sebuah syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia, semua kenallah IJM. Dalam keadaan krisis ekonomi dan keadaan kewangan yang tidak menentu dan tidak mencukupi, sukar sekali boleh dapat harga setinggi RM818 juta ini. Siapa yang perlu bertanggungjawab atas kehilangan hasil sebesar ini. Sebaliknya boleh terima bonus gaji enam bulan lagi.
Tiga, kontroversi ketiga. kontroversi JDA, Joint Development Agreement untuk memulihkan tapak pelupusan sampah Jelutong yang juga melibatkan PDC yang dikhabarkan menerima bayaran RM5 juta setahun daripada syarikat tersebut. Berapa banyak yang PDC dibayar sehingga sekarang. JDA atau Joint Development Agreement bernilai RM1bilion ditandatangani dengan PLB Engineering pada 21 Februari 2020 untuk tapak seluas 84 ekar termasuk tambakan laut di depan Persiaran Kapal Singh seluas 70 ekar. JDA ini menerima bantahan keras daripada penduduk tempatan. Ini saya kena tanya bagi pihak wakil rakyat Ahli Parlimen Jelutong, Yang Berhormat RSN Rayer. Sungguhpun lanjutan masa sebanyak empat kali telah diberikan oleh Kerajaan Negeri, kali lanjutan masa terakhir ialah pada 26 Februari 2026. Mengapakah janji Yang Amat Berhormat Ketua Menteri membatalkan JDA sekiranya kerja tidak dimulakan selepas lanjutan masa kali terakhir masih belum dilaksanakan. Penilaian Impak Alam Sekitar atau EIA juga ditolak oleh Jabatan Alam Sekitar sebanyak empat kali sejak 2024 hingga 2 Mac 2026.
Kontroversi keempat. Lagi satu kontroversi dalam PDC ialah projek pelebaran Jalan Perusahaan ke Jalan Tok Kangar, Seberang Perai Tengah yang bernilai RM21.6juta. Adakah ia akan siap pada akhir tahun ini seperti yang dijanjikan selepas lanjutan masa diberikan. Projek ini yang mula pada 1 Ogos 2019 sepatutnya siap pada 31 Julai 2021 tetapi lewat lima tahun. Banyak aduan diterima daripada pengguna kenderaan dan rakyat tempatan. Ada kontroversi nombor lima tapi cukuplah empat setakat ini.
Air Putih, boleh sikit-sikit celah sikit?
Nak tanya apa?
Sebab I minat you punya point tu.
Masa terhad.
Bukan, bukan.
Saya tak akan bagi tambahan masa.
Saya tentang isu-isu tadi, isu-isu pembelian tadi ataupun tender tadi ni, adakah bagaimana Board of Directors boleh meluluskannya? Adakah Air Putih tahu berkenaan ini?
Tunggu jawapan nantilah, penggulungan oleh kerajaan, tunggulah. Speaker sudah cakap masa terhad, so kena akur dengan arahan Speaker.
Dato' Yang di-Pertua. Saya nak rujuk kepada perjanjian PBAPP dengan Negeri Perak mengenai bekalan air terawat. Perjanjian PBAPP dengan Negeri Perak mengenai bekalan air terawat sehingga 500juta liter air akan memaksa PBAPP mengenakan tarif air sebanyak RM3.00 semeter padu atau mungkin lebih. Dan perjanjian ini harus diluluskan dahulu oleh Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Inilah kerana Perak akan jual air terawat kepada PBAPP dengan harga RM1.70 semeter padu dan PBAPP akan dikenakan bayaran caj kapasiti RM210 juta setahun untuk tempoh 40 tahun atau keseluruhannya RM8.4bilion. Dengan RM210juta setahun, caj jualan air terawat sebanyak RM1.70 semeter padu dan kos operasi PBAPP, bermakna PBAPP terpaksa mengenakan tarif sekurang-kurangnya RM3.00 semeter padu atau mungkin lebih. Ini adalah lima kali ganda lebih tinggi daripada kadar tarif air secara purata sebanyak RM0.62 sen semeter padu sekarang. RM3.00 semeter padu yang akan dikenakan selepas air terawat dibekalkan dalam 10 tahun lagi bila projek ini dijangka dimulakan dalam tahun 2021, 2031 (minta maaf).
Memandangkan, memandangkan kesan RM3.00 semeter padu adalah agak tinggi, melibatkan kesemua 1.8juta rakyat Pulau Pinang, adalah perlu perjanjian bekalan air terawat yang akan ditandatangani harus dibentangkan ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu untuk diluluskan. Ini perlu demi prinsip demokrasi, akauntabiliti dan kepentingan awam untuk suatu perkara sepenting bekalan air terawat yang bersih harus dibincang dan diputuskan oleh wakil rakyat bukan diputuskan sekadar oleh Ahli Lembaga Pengarah PBAPP atau PBA Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat bursa.
So lebih baik dibentangkan kerana ada melibatkan kepentingan rakyat. Penting juga rakyat boleh pastikan bahawa perjanjian bekalan air terawat adalah transaksi yang paling baik dan menguntungkan rakyat dan bukanlah kontroversi macam JDA pemulihan tapak pelupusan sampah Jelutong.
Dato' Yang di-Pertua. Saya rujuk kepada perbelanjaan pembangunan dan pengurusan jalan raya oleh JKR dan sistem saliran dan perparitan oleh JPS untuk 2026. Saya ingin tanya, mengapa perbelanjaan pembangunan dan pengurusan jalan raya oleh JKR dan oleh JPS bagi KADUN Air Putih, Bagan Dalam, Bagan Jermal dan Sungai Puyu, jauh lebih kurang daripada KADUN pembangkang. Ini berdasarkan jawapan bertulis kepada saya. Contoh, bagi jalan raya di KADUN Pinang Tunggal dan Sungai Dua, menerima lebih RM4juta untuk tahun 2026 manakala KADUN Sungai Puyu hanya menerima RM1juta sahaja. Bagan Jermal hampir RM1.5juta, Bagan Dalam hampir RM3juta.
Tidak tahu berapa diterima oleh KADUN Air Putih. Bagi rancangan tebatan banjir, pembinaan dan penyelenggaraan sistem saliran, KADUN Seberang Jaya menerima hampir RM10.2juta sedangkan KADUN Sungai Puyu, Bagan Jermal dan Bagan Dalam masing-masing menerima RM424,000.00.
Air Putih, seratus, kira-kira RM100,000. Saya minta kalau boleh saya rayu ya, bolehkah layanan yang saksama dan adil diberikan kepada KADUN Kerajaan sama seperti yang diberikan kepada KADUN pembangkang.
Terbalik, Terbalik dah. (ketawa)
Dato' Yang di-Pertua. Saya ingin menyatakan sokongan ke atas perbelanjaan pembangunan untuk tahun 2026 bagi membina dan memajukan masjid, surau dan sekolah agama rakyat sebanyak RM48juta untuk tahun 2026. Saya ingin syorkan agar peruntukan tahunan RM10juta bagi tahun ini bagi Tabung Amanah RIBI bagi mengurangkan beban kepada tokong Hindu dan gereja. Saya difahamkan sebanyak RM2.5juta diperuntukkan untuk tahun 2025 dan jumlah ini harus ditambah kepada RM10juta tahun ini demi mencerminkan demografi penduduk bukan Islam di Pulau Pinang.
Dato' Yang di-Pertua. Akhirnya kita harus bersatu bersama-sama menangani krisis ekonomi global. Saya menyokong segala usaha mengurangkan beban kewangan ke atas rakyat khususnya Program Subsidi Minyak Budi 95. Kita tidak harus pecah-belahkan rakyat di antara yang kaya dan tidak kaya kerana semua sama-sama susah. Oleh itu kekalkan Budi 95 sekarang. Kekalkan Budi 95 sekarang tanpa sebarang pengasingan golongan T20 dan bukan T20. Dan saya akan sampaikan ini kalau perlu kepada atas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tidak harus ganggu Budi 95 yang dilaksanakan sekarang. Air Putih mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Air Putih dan seterusnya saya mempersilakan Pinang Tunggal.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Yang di muliakan, Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya ingat saya memang salutelah Ketua Menteri kita ni. Di antara ramai-ramai ni, dia atau orang yang paling consistent dalam dewan ni. Thank you very much. para EXCO-EXCO.
Tak apa, sekejap lagi.
Saya, saya kena salute, sebab sebelum ini saya tidak pernah bagi speech yang appreciate macam ni. This is a fact, lah. Ada empat orang EXCO yang masih tunggu walaupun dah pukul enam ha. Dato’ SS, semua ketua-ketua jabatan, dan tak lupa rakan-rakan Yang Berhormat yang dalam Dewan pada petang yang mulia ini.
Saya juga nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Tuan Terutama Tun atas ucapan semasa Majlis Istiadat Perasmian baru-baru nilah. Saya pun nak cut short ni. Saya terus nak pergi kepada, actually saya nak jawab, bukan nak jawab Air Putih, cuma sikit penjelasanlah sebab dia penting untuk kita faham hari ini.
Kenapa peruntukan JPS, JKR tinggi di Pinang Tunggal, sebab apa, sebab biar macam ni. Saya tengok macam ni. DUN Pinang Tunggal dia besar. Kita kena buat justifikasi based on reality. Saya rasa dalam konteks Kerajaan Negeri ataupun Jabatan Kerajaan, dia tak pilih kasih. Dia based on reality. Untuk pengetahuan, DUN Penaga campur Bertam, kecil daripada Pinang Tunggal lagi. Ha, Pinang Tunggal lebih. So, bukan mudahlah. Okay.
Saya juga nak ambil petang ni nak sokong Air Putih tadi atas cadangan dan pandangan beliau, perlunya Kerajaan Negeri tangguhkan dulu cukai kenaikan cukai untuk tahun inilah. Dan apa yang disarankan oleh Ketua Pembangkang, kita tangguhkan dulu kenaikan cukai ni berdasarkan banyak perkaralah. Pertama, peringkat awal saya tak cadang nak cerita pasal cukai ni tapi saya tengok ada keperluanlah.
Dia ada banyak benda yang sebenarnya yang misleading. Contoh yang peruntukan rebat 50%. Kalau orang yang pi bayar cukai tu, katakan dia bayar cukai dulu dia bayar cukai RM40.00. Kali ini dia bayar cukai RM600.00. Jadi dia pi bayar cukai, ada kes-kes yang dia tak akan dapat 50% sebab dia ada satu formula 325 tu. Saya ingat CM tahu kut noh. Jadi benda-benda ni orang faham, promosi sebut kata 50% rebate, rebatlah. Tapi actual kalau pi tu, ada kes-kes yang dia ada formula, dia tak akan dapat 50%. Dia dapat minimum 325 lah, ada kes begitu.
Serupa juga dengan bila diberikan pengecualian kepada apa ni yang tanah tak ada KM tu. Walaupun kita kata kita minoriti, tapi dia memberi satu mesej yang salah pada rakyat. Kita seolah mengiktiraf binaan yang tak ada KM. Sepatutnya kita kena appreciate orang yang ada KM, yang buat bangunan yang bayar cukai selama-lama sebelum ni, 20 tahun, 30 tahun.
Jadi harapan sayalah, mengambil kira cukai dah banyak orang bincang dah, rakyat dia faham kenapa perlu ada semakan sebab dah lebih 30 years, 30 tahun. Tapi, orang nak tengok apa pulangan pada rakyat. Cukai naik apa pulangan dia, hari ni pun sebenarnya saya ingat ADUN saya rasa semua setuju kalau kita sama-sama minta pada petang ni, minta sekali lagilah Kerajaan Negeri tangguh dulu cukai kenaikan cukai tahun ni dan tahun depan review balik macam mana. Boleh eh, ADUN-ADUN senyap ni.
Okay. DUN Pinang Tunggal ni sebenarnya, saya mai hari ni sebagai wakil DUN Pinang Tunggal lah. DUN Pinang Tunggal ni dia pesat membangun. Kalau tengok jumlah pengundi 2015 hanya 19,200. Tak sampai 20,000. La ni yang terbaru ni dekat 38,000, sekali ganda. Kenapa, sebab pembangunan yang sangat pesat. Rumah-rumah ni, semua ni kebanyakan semua di Pinang Tunggal. Dah sebutlah Bertam. Dia Bertam, dia bukan DUN Bertam, Bertam. Bertam Perdana, Bertam Indah, Bertam Putra, Mekarsari, Bertam Residence, semua di DUN Pinang Tunggal.
So, masalah dia, rumah dibuat ramai, rumah dibuat banyak rumah. Tapi bila rumah ni dia harga la ni RM300,000.00, RM400,000.00 sebab orang tak boleh beli. Sebab tu disebut hari tu ni kelmarin rumah walaupun Rumah Mampu Milik tak jual. Sebab apa, sebab orang mampu tengok saja, tak mampu beli. Saya rasa perlu review baliklah. Tambah-tambah lagi rumah kos rendah ni. Saya dah highlight dulu rumah kos rendah ni.
Ada banyak tempat yang rumah kos rendah ni orang tak duduk macam di Lake View. Saya dapat lagi aduan hampir 30 biji rumah yang orang tak duduk. Dan orang dah orang dah mula jual dah Dato’, di Bertam Lake View. So, maksudnya memang Kerajaan Negeri, Lembaga Perumahan memang dia buat kerja dia jual rumah. Tapi adakah dia jual rumah tu pada orang yang betul, kalau rumah-rumah ni tak ada grill pun, sampah, sawang, belukar sampai, sampai ke bumbung. Apa makna dia, memang dia beli tu dia simpan untuk nak jual. Dan dah ada orang mula jual dah RM200,000.00 and something, RM200,000.00 lebih.
So, ini benda yang serius ni. Dia melihat pada satu, satu mesej yang kita ni sama ada Lembaga Perumahan atau Kerajaan Negeri tak peka bab ni. Kalau pi belah Lake View semua orang merongot sebab banyak rumah-rumah yang tiga sekali, yang apa ni yang belukar naik. Benda aduan dibuat oleh MBSP tapi tulah, orang tertentu dia mailah cuci. Hari ni apa jadi, biar macam tu ja. So, di sini saya, saya dah feedback dah dulu ni masa bulan 11 tahun sudah tapi tak ada improvement.
So, sekarang ni orang tertanya-tanya, ni kuota siapa ni, kita bukan bercakap bab perkauman. Tapi bila, bila kita buat kuota ni, saya rasalah is a time untuk kita review balik kuota tu. Memang kita buat kuota bagus 50% bumi, 50% bukan bumi. Bagus, tapi bila kita isi benda tu dengan orang yang ada niat tertentu, so apa jadi. So, dia membawa satu pandangan yang cukup tak baik. Rumah terbiar macam tu kan. Kalau rumah tu ada grill, at least kita kata dia duduklah. Ni grill apa pun tak ada. Dan dan apa ni belukar tu sampai sampai ke bumbung. So, ini sangat serius ni.
Nak saya jawab sekarang ke semasa gulungan, semasa gulungan ya.
Sabar, sabar.
Boleh mencelah, Pinang Tunggal boleh mencelah? Boleh mencelah?
Ha, okay.
Isu rumah ni yang dibiarkan ni. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya tak pasti angka berapa tu, adakah YB sendiri mempunyai angka.
30 lebih tengok dah tadi ni.
Rumah yang terlalu banyaklah.
Dia rumah kos rendah ni tak banyak. Mungkin dalam satu macam Lake View tu, memang syarat Kerajaan Negeri minta dia buat rumah kos rendah. Dan rumah kos rendah ni bawah kawalan Kerajaan Negeri, Lembaga Perumahan.
Mesti buat permohonan untuk dapat rumah.
Mesti buat permohonan. Maksud saya dia memanglah kerja kita jual kat orang, betul itu betul. Tapi kita jual kat siapa, kita jual kat orang orang yang tak mahu beli, orang yang tak layak. Berapa ramai berapa beribu orang duk tunggu untuk rumah kos rendah, tapi akhirnya rumah tak diisi. This is my point lah. Okay ya.
Sebenarnya pembangunan pesat di Pinang Tunggal ni saya appreciate lah bagi pihak rakyat. Memang kita akuilah dia ekonomi bagus dan antara pembayar cukai paling tinggi DUN Pinang Tunggal lah sebab kebanyakan perumahan baru semua di sana. Cuma pembangunan tu dia tak seimbang dengan infra. Kita tengok macam saya dah highlight hari ni klinik kesihatan. Klinik kesihatan saya dah buat survey, sama ada KK Tasek Gelugor ataupun Kepala Batas ataupun hospital serupa sahaja. Tempoh menunggu sejam dua jam. Itu kalau dijawab oleh pihak negeri. Dalam realiti sebenar, setiap hari habis lagu tu saja kalau pi Klinik Kesihatan Tasek Gelugor ataupun Kepala Batas, eh ya KKKB. Habis sehari lagu tu saja sebab orang ramai.
Kalau tengok data yang saya dah present lagu ni jumlah tahun 2000 dengan tahun 2025 sekali ganda. Apa yang saya dapat saya difahamkan oleh EXCO, KK di DUN Pinang Tunggal akan dibuat pada RMK-14. Tu lagi 10 tahun tu. Bayangkan hari ni duk ada 38,000 pengundi, 38,000 pengundi ni pengundi bukan penduduk pengundi. Dan Setia Fontaines tu yang akan melahirkan 10,000 rumah tu macam mana. So, perancangan kena seimbang dengan, dengan apa ni kepesatan penduduk tu, populasi tu. So, ini saya bukan kata salahkan sesiapa. Saya rasa is a time wake up untuk kita fikir macam mana. Sebab hari ni dengan keadaan orang sakit ramai, tak cerita hospital lagi. Bagaimana hospital tu pun kalau saya faham dulu dah ada dah difaham siapa Bertam sebutlah kata hari tu ada RM100 juta peruntukan. Tapi bukan buat la la tu.
Jadi itulah harapan saya isu perumahan ni isu yang kritikal lah. Kita kena ketatkan syarat-syarat tu. Dia tak boleh kita jual kerana ada orang beli tak boleh. Sebab itu adalah hak orang susah sebab rumah kos rendah tu harga dia murah RM42,000.00. Bayangkan lepas 10 tahun dia jual RM200,000.00, RM240,000.00 dia jual. Orang dah mula jual ni. Orang dah mula jual. Masa pelaburan yang terbaik ni.
Jadi Tuan Dato’ Speaker, isu keselamatan. Serupa jugalah di Pinang Tunggal. Saya nak highlight balik. Satu-satunya DUN yang tak ada balai polis, tak ada pondok polis pun DUN Pinang Tunggal. Tak ada. 60% orang Pinang Tunggal ni dia duduk bawah Balai Polis Tasek Gelugor. 40 % lagi bawah Balai Polis Kepala Batas. Memang tak ada data yang khusus tapi kalau tengok peningkatan kes jenayah ni, dia sekali ganda ni, sekali ganda. So, kalau tak ada balai memanglah kita kata kita boleh pi ke Balai Polis Tasek Gelugor, Balai Polis Kepala Batas. Tapi faktor hari ni, faktor taman-taman yang rapat-rapat ni menyebabkan speed atau pon speed ni apa dia nama dia.
Kelajuan.
Ha kelajuan, sorry sorry. Ha, jadi kalau tengok sini eh, kes jenayah meningkat lebih 60% untuk dua-dua balai polis ni, Balai Polis Tasek Gelugor dengan Balai Polis Kepala Batas. Jenayah harta benda 23% dalam masa lima tahun ni. So, ini menunjukkan satu signal kalau dah 60% naik kes ni, dah ada keperluan yang sangat wajar untuk kita usahakan balai polis di DUN Pinang Tunggal ataupun di Bertamlah, di Bertam Perdanalah. Satu lagi ya yang saya nak kongsi sini, bila kita bila Kerajaan Negeri identify Bandar Bertam sebagai bandar baru, sebenarnya dia mengelirukan. DUN Bertam berjiran dengan saya DUN Pinang Tunggal. Tapi bila kita namakan sebahagian actually semua yang Bandar Bertam duk dalam DUN Pinang Tunggal. Ha ini saya rasa harap YB Bertam pun boleh boleh tengok nantilah. Ya, jadi dia mengelirukan. Infact rumah saya ni, ni rumah saya dipisahkan oleh jalan saja. Rumah saya mukim tiga tak kena tak kena cukailah sebab dikira masih desa. Just opposite seberang jalan, mukim enam, bandar, Bandar Bertam. Tu padahal Bandar Bertam dia bukan DUN Bertam. So, saya minta supaya Kerajaan Negeri pertimbangkan baliklah buh nama lain lah.
Ha, bukan lagi desa.
So, next eh saya nak sentuh sikit pasal apa ni tadilah. Saya ucap terima kasih pada Tanjong Bunga EXCO yang telah menyebut tadi bahawa beliau dengan Pegawai Kewangan yang baru ni akan bagi balik apa ni bajet untuk JPS. Tadi disebut tadi saya terima kasihlah makna lepas ni bila JPS buat apa ni maintenance sungai tu, dia akan maintenance sungai tu dengan potong rumput dan angkut sampah sekali. Ha terima kasihlah. Sebab sebelum ni dah bertahun-tahun feedback tentang isu ni tapi tulah dia pun mengakulah, mengaku mungkin hak lama tu ada isu apa saya tak tahulah. Tapi yang penting la ni, dia dah mengakui kata akan bagi bajet balik. Terima kasih.
Seterusnya saya nak pergi kepada isu air sawah di Kampung Pinang Tunggal Tepi Sungai ni. Ini pun isu lama dah, tapi setakat yang saya faham daripada Jabatan Pertanian, hasil perbincangan dengan EXCO ni, setujulah untuk lead masalah ni. Di Pinang Tunggal ni, ada nama satu kampung, Kampung Pinang Tunggal Tepi Sungai. Sawah dia agak tinggi, tinggi. Masalah dia apa dia? Masalah ialah bila JPS pam air untuk supply ke sawah dia tu, dia akan menyebabkan kampung tenggelam. Ha ni masalah biasa ni, sebab dia tinggi to nature of design lah.
Saya memang, saya faham sebelum ni memang banyak usaha pihak tertentu untuk, untuk apa usahakan penyelesaian tapi mungkin bajet kut. Tapi, memandangkan kita ni jumlah sawah pun bendang tak banyak mana, saya haraplah dengan perbincangan awal ni akan berlakulah, akan ada jadilah. Kita buat satu rumah bina rumah pam tu dekat Sungai Muda tu terus direct mai untuk supply sawah-sawah yang tinggi tu. Sebab ni benda benda ni memang kita fahamlah dia bajet. So, hopefully saya harap benda ni kita masukkan dalam apa dalam handsard ni supaya jadi satu satu nilah satu.
Rujukan.
Tu dialah ha. Next, saya nak pi sebut sikitlah ini isu ni dia bukan isu, dia masalah. Pemilihan Jawatankuasa Kariah bagi bajet 2008, 2026-2028. Bila dibangkitkan dulu oleh YB Penaga, disebut bahawa ada jawatankuasa yang urus berdasarkan tatakelola. Dan disebut bahawa pemilihan pengerusi dan AJK adalah berdasarkan kepada kelayakan, pengalaman, siasatan oleh jawatankuasa pencalonan. Dan banyaklah yang lain-lain.
Tapi yang key dia ialah bila dibuat pelantikan ni, pi lantik orang yang tak mai mesyuarat pun. Orang yang memang dapat nombor, nombor 15, 18. Orang dapat first seven tak lekat sebagai pengerusi. Menyebabkan masjid jadi huru-hara, orang tak respect. So saya nak penjelasan ni bila kita minta penjelasan pihak tertentu, semua tak mahu nak bagi takut nak bagi penjelasan.
Saya tak mahu dedah sinilah. Pihak berkaitan boleh jumpa saya atau saya boleh pi bila-bila. Saya boleh table semua bukti-bukti ni. Kita lantik orang dah jadi pengerusi ni dah jadi pengerusi bertahun-tahun ni, la ni dia menang nombor satu, last-last pi buh dia tak ada apa.
Logik ka? Ini satu benda yang mungkin salah guna kuasa. Saya tak kata siapa-siapa, tapi mungkin itulah. Bila kita sebut sini nampak sensitif. Saya pun tak mahu sebut hal-hal berkaitan dengan agama ni, tapi bila benda ni orang mai jumpa kita, kita tak tahu kita nak jumpa siapa lagi. Jadi kadang kita malu, kenapa kita benarkan benda ni berlaku? Dia bukan kata di DUN Pinang Tunggal, banyak DUN lah. Saya ada saya ada semua nama-nama senarai tu. Tadi disebut oleh Telok Bahang tadi ni. Orang yang tak pernah, memang jarang mai masjid pun dilantik jadi sebagai Pengerusi. Bukan kata AJK, Pengerusi! Ini tak betul ni. So saya minta satu nilah, kalau perlu kita kena buat nilah, mungkin pihak EXCO Agama kena buat siasatanlah. Tubuh jawatankuasa, libatkan kami sekalilah, Insya-Allah kita boleh bagi butir-butiran tu.
Seterusnya saya nak sentuh sikit pasal penyalahgunaan dadah ni. Kalau tengok data ni, tahun 2021 jumlah penyalahgunaan dadah 1,597. Tahun sudah 3,987. Kenaikan dua kali ganda, maknanya kalau tengok data 2020 tak mau lah, 2020 mungkin tu tahun PKP. Tapi dalam masa lima (5) tahun ni, kenaikan dua kali ganda. Kalau dulu 2,000 la jadi 4,000. Saya sangat bimbang kenapa masih berlaku angka yang tinggi di sebalik kita ada macam-macam, Kerajaan Negeri dan pihak-pihak yang berauthority ada macam-macam program. Program apa ini, Strategi Penang Lawan Ancaman Dadah (PLAD), kita ada program Inisiatif Penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi, kita ada Skuad Antidadah, Program Kampung Aspirasi Bebas Dadah, pelaksanaan program TEKAD (Tempat Kerja Bebas Dadah) dan macam-macam lagi. Dengan pelbagai inisiatif macam ni, kenaikan sekali ganda.
So kena kaji dan review balik apa yang tak kena ni. Sangat membimbangkan, kita pi mana-mana pun, ni dadah bukan isu siapa-siapa, semua anak-anak kita, adik-beradik kita, bukan anak kitalah, anak orang lainlah. Kasihan tengok, sebab tu dadah ini kemuncak dia boleh bunuh adik dia, abang dia, mak dia. Jangan dah berlaku baru kita kelam-kabut, tak boleh. Angka ni sangat menakutkan ni, menakutkan! Daripada tahun 2020, dari tahun 2021, 2,000 la ni 4,000.
Di sebalik ada macam-macam inisiatif, ada macam-macam usaha semua pihak ni. So, something wrong somewhere, so it must be seen by the Authority, dengan izin. Seterusnya saya nak pergi kepada isu lori. Saya harap saya boleh berhenti sebelum maghriblah.
Betul la sebelum maghrib.
Okay, banyak aduan pada, dia macam ini, yang ni kacau ni. Banyak aduan pada sayalah daripada rakyat ni tentang lori-lori ni sebab Pinang Tunggal ni memang terkenal dengan lori sebab PTP tu. PTP tu, la ni kira tengah rancaklah, dah ada kilang dah buka dah, okay. Satu lagi, Setia. Lori-lori tanah semua mai daripada Padang Serai, daripada Kedah, lori tanah ini mai daripada Padang Serai. Dulu dia lalu kot ni, dia lalu kot, dia mai Padang Serai dia lalu kot Bomba Udara, dia mai lalu jalan Lebuh Bertam Perdana, tu yang jalan rosak kot ni. La ni dia lalu kot kampung dah, Kampung Baru dia pi terus ke Kubang Menerong. Dia lalu, satu hal. Masalahnya, dia bawa muatan berat.
So dalam statistik yang saya dapat ni, saya pun bagi tau kat, saya pon ada berjumpa dengan pihak polis, saya jumpa dengan pihak JPJ. Memang kita akui, pihak JPJ pun sebut, depa tak boleh hantar orang pi tengok 24 jam, betul tak salah. Polis pun ada buat rondaan cuma apa yang saya tengok berdasarkan statistik ni, dia jadi macam kontra. Tengok ya, kalau dulu ni, tahun dulu ini, dia bukan tahun dulu tapi tiap-tiap tahun dia naik. Kita nak measure enhancement pihak berwajib ini melalui datalah, yang lain tak boleh. Data ini, jumlah saman ini makin banyak bukan makin kurang, baguslah sebenarnya, eh sorry-sorry, jumlah saman ni makin menurun daripada 700 la tinggal 600 lebih sahaja. Tiap-tiap tahun dia menurun saman ni. Saman menurun tapi jumlah lori terlibat accident makin banyak, so macam tak synchronize. Paham tak?
Patutnya bila kita kerap buat rondaan, kita banyak bagi saman, jumlah kemalangan kuranglah. La ni saman makin menurun tapi kemalangan melibatkan lori makin banyak. So, tang mana silapnya? Adakah data ini, saya tak kata tak betul, maksudnya tang mana-manalah. Adakah mungkin kena tambah lagi penguatkuassan kot sebab apa, sebab la ni memang lori-lori ni tak ada pilihan, dia akan lalu ikut tu, ikut jalan kampung ni. Ianya sangat bahaya sebab dia ligan pakai trip. The only way, satu-satunya jalan nak pi ke Setia dengan PTP ikut tu ja, ikut kampung tu. Dia mai daripada Ekor Kuching, dia masuk kot Kampung Baru, dia pi Kubang Menerong, terus pi ke sana. So takkan orang kampung nak sekat lori kot? Jadi saya rasa tulah, dengan data ni nampak dia tak match. Jumlah saman menurun tapi kemalangan melibatkan lori makin tinggi.
Next, pukul 6.00 baru. Kilang-kilang yang haram ni, saya dapat jawapan dulu ini ada dibuat 76 kilang haram di Kepala Batas. Saya tanyalah berapa kilang-kilang yang berjaya didaftarkan setakat ni? Kalau dia kata tiada kilang lagi, tak apalah. Tapi jawapan dia, tiada kilang didaftarkan atau mengemukakan permohonan atau mengemukakan permohonan bagi mendaftarkan urusan pembangunan. Mengemukakan pun tak! Kalaulah jawapan dia kata, dia dah mengemukakan lima, tunggu permohonan, okaylah. Ni mengemukakan pun tak, maksudnya tak ada effort langsung, orang tak hairan pun dengan penguatkuasa ni. Ini MBSP kena jawab ni, bukan apa sebab something aih, betul tak betul? Dia patutnya, orang apply kita review la, pihak PBT review la.
Ni dia apply pon tak lagi, makna dia tak rasa langsung keperluan untuk dia apply, macam tak ada apa. Sebab itulah kilang-kilang haram ni dah 20 tahun, 30 tahun berada di muka bumi Pulau Pinang ni. Okay! Jadi… (gangguan)
Okay?
Lapan (8) lagi, dan la. Satu lagi saya nak sentuh tentang selekoh ‘S’ di Jalan Lebuh Bertam Perdana ni, EXCO tahulah bab ni, memang saya ucap terima kasih kepada JKR yang akan pasang guardrail tu di tengah-tengah untuk mengelakkan, dia begini, jalan tu dia ‘S’. Jadi bila dia ‘S’ dengan permukaan yang tak rata, bila hujan, licin, kereta ini dia "terbang". Isu dia, kereta “terbang” pi sebelah tu. Memang dia bawa laju, tapi dia aniaya orang lain tu, dah berlaku banyak kali dah. So, JKR memang setuju untuk pasang guardrail. Maknanya kalau dia “terbang” pun, dia kena guardrail lah. Saya ada buat sikit kajian, saya jumpa dengan pihak-pihak tertentu termasuk Bertam Properties, pi check balik muka bumi jalan tu.
Kenapa ‘S’? Rupanya ‘S’ tu sebab dia nak compensate zon penampan PBA 30 meter tu sebab di situ ada terusan air PBA. So ‘S’ macam ni, dia macam tu. Saya cadanglah, berdasarkan apa saya tengok, kita buat straight terus. Ni S, kita buat straight terus. Straight ni dia akan ambil tanah MBSP so maksudnya tak ada masalahlah, tanah MBSP ni. Sebab bila kita buat straight, dia akan solve end-all and for-all. Datuk Keramat, dengar ya, (gangguan) okay I nak you support. So kalau buat, dia macam ni, ada orang kata kalau buat straight, dia akan laju. Laju, kot mana pon laju. Yang paling penting kita nak elak dia “terbang” tu. Dan Insya-Allah lah, kalau kita boleh buat benda ni, orang akan appreciate kitalah. Sebab tu kita hidup ini, ni ada satu pantunlah:
Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.
Okey, seterusnya saya juga nak minta satu lagi, jalan ni Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir ni, jalan depan PTP tu. Daripada Tol Bertam sampai PTP dia ada empat lane, 4-4. Sebab memang syarat MBSP dia kena buat lane tu untuk dapat Kebenaran Merancang (KM), okay fair. Sampai Kubang Menerong, dia jadi 4-4 balik sebab di situ naik balik taman-taman, Taman Tasek Gelugor Utama, Taman Kubang Menerong, jadi 4-4 balik. So daripada Bertam Putra sampai sana tu, dia one lane, 1-1. Ini masalah ni, jam satu hal, bahaya! Saya haraplah kalau memanglah kalau tanya MBSP memang dia tak ada bajet. So minta Kerajaan Negerilah tengok macam mana sebab dia peliklah. Satu lagi dia pelik, dia 4-4, 1-1, 4-4. Pelik one hal, yang paling penting ialah elak kemalangan tu.
Next, ini last lah. Last but not least. Kita tengok la, kita pi Kedah kat sempadanlah, ada mercu tanda tu ‘Oh, Kedah’. Kita pi Perak ada mercu tanda. Di Penang ni, sebelum dulu dah ada dah satu, kalau nak ikut EXCO yang berkaitan dia sebut, dia kata dulu memang ada cadangan nak buat ‘Feri’, nak letak dekat Bumbung Lima tu. Tapi tak jadi, cuma ada tapak parking kereta sahaja. Sebagai orang Pulau Pinang, kita kena banggalah Penang ni, orang mai tengok Penang ini ada satu identiti. Ni daripada Tikam Batu masuk Pulau Pinang tak tau apa, apa pon tak ada. Tengok relaks saja, tengok apa pun tak ada. (Gangguan) jambatan apa, jambatan Bumbung Lima tu dah kena bom dulu. Jadi saya haraplah, orang Pulau dia tak rasa sebab duduk sini. Kita tengok orang sebelah sana tu.
Kita sebagai orang Pulau Pinang kita kena ada satu rasa bangga, bila orang mai negeri kita, ada benda kita nak tunjuk. Kalau kita boleh buat satu destinasi pelancongan di situ, satu mercu tanda, kedua di tepi sungai tu memang sangat sesuai. Dulu ada orang buat restoran udang galah tapi depa runtuh, tapi tak mau kata depa runtuhlah. Jadi sayanglah, tempat yang memang cantik, landai, kita tak majukan. Kalau nak ceritalah, di Pinang Tunggal tak ada tempat pelancongan, tak ada. Kita tak maulah ungkit bab tu. Tapi saya rasa dah sampai masa dia, bukan kerana Pinang Tunggal, kerana kita orang Pulau Pinang nak mercu tanda. Itu yang menjadi satu kewajipan untuk kita. We are Penangites!
Okay, Pinang Tunggal.
Dua lagi, sikit-sikit saja lagi. Saya nak sentuh sikit pasal baru-baru ni di Setia Fontaine. Ini untuk kitalah, sama-sama kita faham isu bagaimana MBSP, terima kasihlah tarik balik lesen hiburan pada club lounge tu. Dia menjual arak, lesen dia tak ada arak. Dia jual, satu hal. Botol bersepah. Saya tak mau ulaslah cuma saya nak bagi tau, lepas ni MBSP kalau kita nak lulus apa-apa lesen, bincang dengan ADUN dulu supaya kita boleh bagi pandangan. Bukan buat terus. Benda-benda sensitif kita kena bincanglah. Ia melibatkan penduduk, melibatkan kita bagi pihak rakyat. Orang tanya kita, kita tak tau. Tau-tau, naik saja. Tau-tau dengar bising saja, tau-tau dengar botol bertebaran. So terima kasih pada MBSP, cuma minta ke depan nanti bincang dengan kita juga sebagai ADUN kawasan, okay ya. Akhir kalam, boleh lagi tak?
Habis, habis dah.
Habis dah?
Muktamad, kan.
Cuma kita mintalah, kita hari ini kita semua bukan siapa-siapa, kita sebagai ADUN peranan kita check and balance. Saya haraplah dalam konteks kita sama-sama memainkan peranan masing-masing, EXCO turun ke DUN-DUN, hubungilah kami sekali. Kadang-kadang EXCO turun tak bagi tau, bincang pasal sawah, bincang pasal hal-hal masalah rakyat. Orang mai tanya kita, kita tak tau sebab ‘eh, tak tau’. Kalau tak mau kami turun kerana kami tau, kalau orang mai bagi tau kat kami, kami bagi tau lah ‘depa tak bagi tau kat kami’, pi cari orang lainlah pi solve. Kita boleh jemput Penyelaras DUN tapi tak boleh jemput ADUN? Di mana kewajaran, di mana keadilan? Keadilan untuk dilihat bukan untuk ditengok saja. Jadi harapan saya lepas ni, kalau nak buat makan-makan tak jemput pun tak apa, tak ada masalah.
Kalau hal berkaitan dengan kami sebagai ADUN yang menjaga hak-hak rakyat, hak pesawah, petani, nelayan ka apa, hak tu kenalah hormat bumi kami, faham. Bumi kitalah. Harapan saya begitulah sebab kita rasa kadang-kadang bukan apa, agak tertekan dengan senario ini. Orang mai tanya kita, orang tanya isu-isu yang riuh tapi kita tak dijemput, kita tak tau. So harap-harap dengan baki tak berapa lama ini, kita perbetul baliklah.
Akhir kalam sebelum saya landing, sebuah pantun yang khaslah, ini biasa saya sebut dah tapi one more timelah sebagai ambil kira semangat kita pada petang ini:
Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu, Kita bekerja bagi rapat, Tak kira Cina, India, Melayu.
Dan saya menyokong.
Terima kasih Pinang Tunggal. Seterusnya saya jemput Bertam. High speed ya, Bertam. High speed.
Berapa minit? 15 ke 20?
6.30.
6.30. Terima kasih banyak kepada Tuan Speaker, Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang mulia. Saya memanglah takkan ambil masa yang panjang sebab saya akan buat apa yang disebut tadi, yang disebut oleh Bagan pasal cukai tanah, masuk dalam ucapan eh sorry Air Putih, masuk dalam ucapan saya. Disebut oleh Pinang Tunggal tadi pun pasal Setia Fontaine, masuk dalam ucapan saya. So makin hari makin kuranglah ucapan saya.
High speed sungguh.
Cuma saya, tadi Air Putih ada cerita dua tiga benda yang kontroversi tapi saya nak bagi maklum balas benda-benda yang bersifat glad tidings, berita-berita baik yang telah dicapai oleh Negeri Pulau Pinang yang barangkali tak diumumkan, mungkin wartawan boleh pick up selepas ni. Walaupun Tuan Yang Terutama mengumumkan pada tahun 2025, kita mencapai angka-angka yang begitu hebat, tadi ada disebut pasal berkaitan dengan pelaburan tetapi dari segi perdagangan pun kita yang paling tinggi. Kita mencatatkan RM956.3 bilion, yang disebut oleh Tuan Yang di-Petua, malahan ia merupakan 31 peratus daripada keseluruhan perdagangan Malaysia.
Manakala eksport kita mencatatkan 382, ia merupakan sekitar 35.7 peratus. Satu 31 Tuan Yang di-Pertua, satu 35, perdagangan dengan eksport. Tapi di first quarter, penggal pertama, penggal pertama, Pulau Pinang mencatatkan dengan angka yang jauh lebih tinggi daripada awal. Pada suku tahun pertama 2026, Pulau Pinang muncul bukan hanya sebagai negeri yang pertama daripada sudut eksport sebagaimana kelaziman, tetapi dalam perdagangan dan ini adalah antara julung-julung kali sebagaimana yang berlaku 2025, cuma kali ini jumlah perdagangan negeri untuk Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, it has-it has been an incremental jump. Meningkat kepada RM291.6bilion yang merupakan 36.5 peratus berbanding dengan RM213.6bilion dulu. Maknanya RM291bilion perdagangan ni jauh lebih tinggi lagi daripada Selangor yang hanya 220, jauh lebih tinggi daripada Johor, jauh lebih tinggi daripada Sarawak. Dan peningkatan itu adalah 36.5 peratus, satu angka yang begitu-begitu tinggi.
Saya anggap kita berilah satu tepukan kepada Ketua Menteri atas keputusan dicapai demikian. Juga eksport, eksport negeri Pulau Pinang melonjak 42, 46.2 peratus kepada RM184.3bilion Ringgit Malaysia berbanding dengan 126. Bayangkanlah tahun lepas eksport RM126bilion hari ini RM184billion, peningkatan hampir 46 peratus. Dengan berlakunya benda ini, Pulau Pinang yang dahulunya hanya menyumbang 35 peratus sahaja Yang Amat Berhormat, setakat bulan empat atau bulan tiga, Pulau Pinang telah menjadi penyumbang kepada 43.2 peratus kepada keseluruhan eksport negara dan kekal sebagai negeri yang pengeksport yang terbesar, dan saya jangkakan, saya jangkakan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Chow Kon Yeow, pada penghujung tahun ini, Insya-Allah saya jangkakan bahawa untuk kali pertamanya barangkali perdagangan negeri Pulau Pinang bakal mencecah angka RM1trilion Ringgit Malaysia pada 2026 nanti.
Ini adalah suatu benda yang saya anggap bukanlah satu pencapaian yang biasa, ia adalah pencapaian yang luar biasa di kala kita berdepan dengan isu West Bank, isu Hormuz tadi yang ketika saya tanya soal jawab lisan sebentar tadi, dan ini juga merupakan salah satu daripada strategi yang digunakan sebab tu saya tanya tadi apakah ada grand engagement bersama dengan all the industry players? Sebab walaupun keterdedahan kita kepada Asia Barat tu memang kecil, 0.67 peratus, dan perdagangan dan juga eksport pada tahun ini dalam suku tahun pertama daripada bulan satu sampai bulan tiga YB Dato’ Speaker, menurun banyak. Tetapi yang peliknya yang lain semuanya meningkat. Berkemungkinan salah satu sebabnya adalah kerana front loading. Dia biasanya kalau perang ni, negara-negara lain ni dia akan mula orang kata melambakkan import dia terlebih dahulu supaya dia dapat buat inventori, storage dan itu dipanggil front loading, dan front loading yang berlaku tetapi ada juga yang di kalangan tempat-tempat yang dianggap supaya tempat yang tidak begitu orang kata berisiko tinggi, dan sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi, sebenarnya kalau cabaran banyak, bukan hanya kos logistik tinggi, bukan hanya disruption dari segi orang kata global supply chain, maknanya barang-barang raw material nak keluar, bayangkanlah minyak mentah nak keluar 20 peratus, fertilizer 30 peratus, pada orang yang terlibat dalam negeri agrikultur tentu berdepan dengan masalah kerana nak-nak memperolehi daripada Persian Gulf ataupun Gulf ataupun Teluk-Teluk Parsi yang akan melalui dengan orang kata Hormuz, Selat Hormuz.
Dan tapi ini juga memberi orang kata sedikit sebanyak kesan kepada kita, terutamanya dari-dari sudut soal tenaga. Kerana semua industri kita ni banyak bergantung kepada tenaga, dan sebab itulah orang kata perlu difikirkan juga bahawa bahan-bahan mentah yang kita bakal berdepan pada suku yang kedua ini akan meninggalkan kesan yang cukup-cukup tinggi utamanya kepada PMKS.
Dan Alhamdulillah hari ini Yang Amat Berhormat Ketua Menteri saya dapat jawapan dah tadi, rupanya DDI, 60 peratus, lebih daripada 30 peratus maknanya ini adalah salah satu pencapaian yang baik sebab kalau adalah DDI yang banyak bererti mereka tidak akan lebih terjejas kepada soal keadaan yang berlaku di luar dalam operasi pelaburan mereka, dan sementara kekurangan bahan mentah dan juga kesan ekonomi yang luas, kita juga mempunyai peluang-peluang tertentu kerana kebanyakan MNC dah mula memulakan apa dipanggil one plus. Sebab tu kita ada apa nama kampus ATE di mana kita melihat syarikat-syarikat yang orang kata di peringkat LLC ataupun mid tier, local mid tier untuk mula memasuki pasaran yang menjadikan mereka sebahagian daripada kontraktor ataupun sebahagian daripada-dari supply chain kepada MNC yang ada di sini. Saya tak nak supaya di kalangan MNC yang datang-datang ataupun di kalangan syarikat-syarikat yang mengadakan FDI, mereka hanya datang tetapi hakikatnya ia tidak benar meluaskan lantai kekayaan kita.
Kenapa ya? Kerana kebanyakan daripada mereka yang datang untuk buat pelaburan, mereka akan diberi taraf perintis, pioneer status. Sometimes five years, sometimes it has been renewed for four or five or three times, sometimes 15 years, dan tanah concession, kalau di negara-negeri lainlah, negeri Pulau Pinang barangkali tidak berlaku kerana we are experiencing scarcity of land. Tapi di negeri lain sampai sanggup memberi orang kata some concession. Malahan orang kata kalau dari segi employment, benar employment opportunity disediakan kepada rakyat tempatan, tapi the training, the reskilling, the upskilling, the cross skilling, kebanyakan dibantu oleh Kerajaan dan melalui geran.
Secara tidak langsung kalau dilihat secara makro, we are cross subsidizing them more than they are cross subsidizing us. Maka sebab itulah saya ingin melihat model-model pelaburan yang datang ke negeri Pulau Pinang yang berstrategik. Apakah tidak ada ruang di mana syarikat-syarikat tertentu daripada negeri Pulau Pinang ataupun syarikat negeri milik negeri Pulau Pinang sendiri, ataupun ditubuh sebuah syarikat yang dianggap orang kata melihat specifically untuk pelaburan-pelaburan strategik sahaja? Saya bagi contoh, kilang INZ, saya rasa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dah buka kilang tersebut. INZ ni adalah kilang daripada dari China, buka di PTP Bertam, dalam Pinang Tunggal. Dan dalam Pinang Tunggal tu kena mengaku tu. kilang PTP, kilang INZ. Kilang ini adalah kilang yang orang kata yang mengeluarkan battery separator. Bayangkanlah dalam transition, energy transition industry, ledakan orang kata EV, penggunaan bateri yang meluas, battery separator diperlukan. Dan bila saya check, bahkan saya pergi ke China baru-baru ni, datang dari Shenzhen, kilang yang paling kedua terbesar dari China yang dibuka di luar adalah di tempat situ. Malahan kilang itu adalah kilang yang terbesar di Asia Tenggara.
Hampir terbesar dengan India jugalah.
Yes. Saya tak tahu tulah, dalam Asia Tenggara, India bukan Asia Tenggara Yang Berhormat. Saya Timbalan Menteri Luar dulu. Jadinya, apa yang berlaku ialah saya lihat daripada end to end semuanya dibuat oleh China. Malahan kontraktor nak membuat kilang itu pun China. Tapi saya puji sebab daripada 640 yang diambil, 115 peringkat awal adalah terdiri daripada penduduk-penduduk tempatan Kepala Batas. Malahan yang selebihnya datang daripada luar. Maknanya penduduk tempatan hampir mencecah 70 peratus, 115 orang Kepala Batas saja. So itu memberi keuntungan.
Tetapi alangkah indahnya kalaulah suatu model investment yang datang itu mempunyai penyertaan ekuiti oleh syarikat yang berkepentingan dan yang strategik, pelaburan strategik daripada Negeri Pulau Pinang. Sebab saya kata gone with the days bahawa kalau kita nak lihat benda bahawa kita nak pegang ekuiti besar-besar. Kena ingat sekarang ni kita adalah negara, dulu tahun lepas 24, tahun ni kita adalah negara ke-23 negara perdagangan dan eksport terbesar di dunia walaupun negara kecil.
Tetapi kalau kita dapat daripada pegang nak pegang 40 percent, saya bercakap dengan Tengku Zafrul dengan even Datuk Johari Ghani pun saya kata if you want to walk-hold 40 percent, but you are assessed to RM200 million market share, or you hold just 10 percent, but you are assessed to RM200 billion, which one would you choose? We would choose 10 percent.
Sebab kita kecil tetapi pada waktu sama kita mengoptimumkan kecerdikan kita untuk mendapat ruang dan peluang bagi mendapat penilaian dan orang kata pulangan yang baik. So sebab itulah saya fikir dalam hal ini barangkali kaedah dan juga pendekatan pelaburan-pelaburan yang datang ke Negeri Pulau Pinang tu perlu dilihat, tapi yang strategik. Tak perlulah semua, tapi macam INZ battery separator ini adalah satu pelaburan yang saya anggap membawa pulangan cukup-cukup besar and it's going to be lasting. People are going to use EV, people going to use battery for your handphone, people are going to use a lot of battery dan juga tempat-tempat lain, tu semua memerlukan separator. And the maker of separator tu yang terbesar di Asia Tenggara is here in Malaysia, in Bertam, in Pinang Tunggal. Tapi saya nak cerita sikit Pinang Tunggal ni sebenarnya Pinang Tunggal ni sebenar tu memang duduk dalam Bertam, asal. zaman dulu kalau kiranya Bertam tu sampai ke Tasek Gelugor. Ha, jadi sebab itulah dia duduk dalam Bertam. Jangan juah sangat duduk dalam Bertam.
Okay. Selain daripada itu hasil daripada situ yang saya lihat bahawa terdapat satu benda yang saya fikir yang saya bangkitkan sebelum ini adalah suatu yang amat baik. Saya pernah bertanya sama ada Pulau Pinang ada dak pelan induk secular economy. Tetapi sekarang saya mula melihat bahawa perlu ada persediaan Yang Amat Berhormat. Perlu ada persediaan bukan untuk domestic waste, tetapi sekarang ni yang saya bercakap ni tentang soal e-waste.
Sepertimana yang Yang Amat Berhormat pernah sebut dah bahawa kita dah jadi Lembah Silikon Timur, hab pada E&E, tetapi kemajuan ini telah menjadi mewujudkan tiga kritikal kategori sisa baru yang saya fikir amat penting. Pertama, sisa elektronik ataupun e-waste. Laporan daripada Global E-waste Monitor 2024 yang disediakan oleh UN Environment Program PBB telah mendedahkan bahawa lima kali ganda lebih pantas daripada kadar kitaran semula e-waste yang dilakukan. Di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, data mereka menunjukkan setakat tahun ini sahaja unjuran telah meningkat sehingga hampir 24 juta unit e-waste, dan ini pastinya akan meningkat. EV sahaja, pada tahun 2030 dijangkakan melebihi 50,000 bateri nak kena lupus dan bateri yang nak diklasifikasikan sebagai sisa terjadual SW 103, tak boleh dilupuskan di tapak pelupusan biasa. Malahan ia perlu-ia mengandungi pertama logam berat, litium, kobalt, dan juga nikel. Itu kedua. Ketiga adalah sisa panel solar. Sekarang kita dah mula dah solar farming, run by a private sector.
Selaras dengan pelan hala tuju orang kata peralihan tenaga. Persoalannya sisa-sisa ni pergi ke mana? Dan dalam hal ini saya fikir kita ada kelebihan. Ha ini semua benda-benda baru yang saya fikir mungkin kita boleh lihat cabaran yang kita uruskan ni, ini adalah peluang baru untuk ekonomi, I think this is a new economy, new wealth creation.
Ia bukan soal pengurusan sisa-sisa domestik dan munsipal, ia adalah yang kita panggil urban mining, perlombongan bandar. Apa makna urban mining? Pulau Pinang mempunyai ekosistem yang sempurna untuk memimpin revolusi ini. Revolusi untuk menggunakan kelebihan kita dengan semikonduktor, E&E di sini dan kita ada bakat dan yang paling penting kita ada pelabuhan. Dan tiga cadangan saya nak syorkan di sini ialah pertama kita nak supaya kalau boleh kita peloporkan Yang Amat Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua, insentif kitar semula sisa hijau ini dengan satu masterplan yang betul-betul lengkap dan komprehensif. Dan pastinya kita perlu menarik perhatian global dan kita perlu menarik perhatian daripada mereka yang datang daripada luar negara untuk pelaburan-pelaburan yang berteraskan industri kitar semula yang berteknologi tinggi.
Sebab apa benda ini source dia, dia macam kita nak buat WTE lah, WTE makna Waste to Energy. Ada banyak negeri dah buat, ada banyak negeri tak boleh buat sebab apa? Sebab waste generated kalau tak cukup 2,000 tan kurang daripada itu, it is not viable. Demikian juga kalau kata e-waste dan juga produk-produk untuk menukarkan logam-logam seperti nikel, litium, dan kobalt tadi yang akan menjadi satu komoditi harga yang baru, ini boleh dilakukan di tempat-tempat yang mana industrinya ada. Sekarang industrinya ada di sini. Saya rasa this is a new source of wealth yang wajar patut dilihat dan orang kata diambil kira.
Dan daripada 17, dia ada 17 yang mempunyai keupayaan yang diberi lesen. Cuma saya difahamkan di Penang ini dia fragmented sikit. Yang jaga alam sekitar, Perai, kan? Tapi yang jaga e-waste, Jawi. Kalau sungai, sini, Jawi, Jawi. Sungai kalau keruh pi kat you kan, tapi kalau dia kimia pi kat situ. So, e-waste ini kalau di peringkat federal dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Jadi saya fikir sebab perlu ada satu masterplan khas sebelum kita terlambat dan kita perlu meneliti, menerokai orang kata pelabur-pelabur yang dapat datang untuk melakukan. Daripada 17 kita ada tujuh (7) dan kita boleh menganggap bahawa kita selalu menyebut bahawa waste to wealth, waste to resource. Kita nak supaya berlakunya kitaran ekonomi melalui penjanaan ini.
Keduanya, saya fikir tak adil kalau saya tak bercakap berkaitan dengan Industri Halal. Industri Halal ini Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebut pada penggal yang lalu dan memang benar kita berlaku dengan dalam keadaan yang begitu pantas, Alhamdulillah. Dan jumlah yang telah pun kita daftar sudah meningkat dari segi soal pensijilan. Bermula dengan hanya 56 saja 2008, sekarang dah ada 1,933. Namun malangnya kebanyakan syarikat-syarikat ini adalah di kalangan syarikat-syarikat yang masih belum dapat menembusi pasaran ataupun lautan eksport. Dan untuk eksport kita masih lagi berada di kedudukan yang ketiga dan kedudukan ini dikira amat jauh. Johor RM25 bilion, apa nama ni Selangor RM16 bilion dan jumlah kita sekitar RM3 bilion.
So saya fikir orang kata dalam kelebihan yang kita ada automation, testing, equipment, advance packaging, orang kata port, I think patutnya Industri Halal ini boleh lebih ditingkatkan. Dan sememangnya saya tak mahu nak ulanglah berulang kali Industri Halal ini besar, tuan-tuan. Industri Halal ini sekarang bernilai RM3.5 trilion, it is climbing up kepada RM5 trilion by 2030. Dan saya sendiri dah mula membawa MIHAS bukan hanya bertempat di Malaysia saja, pergi ke luar, begitu jauh untuk memaham. Yang terbaru saya buat ke negara China. Bukan mudah saya pergi deal dengan dua (2), tiga (3) kali untuk fahamkan kepada China betapa pentingnya Industri Halal dan Alhamdulillah hari ini kita dapat lihat bahawa Industri Halal telah diterima.
Kalau Dato’ Speaker pergi ke New Zealand, pernah pergi? Kalau Dato’ Speaker pergi ke New Zealand kalau nak makan, kalau makan beef tak perlu kuatir sebab semua beef diproses melalui abattoir yang telah pun halal certified. Saya berjumpa dengan Perdana Menteri bersama dengan TPM baru-baru ini, it was confirmed kebanyakan. Sebab apa? Sebab antara pengeluar daging yang terbesar adalah di New Zealand. Malahan New Zealand ini dia kata rather than I have two set of abattoirs, might as well I have one. So finally, he opted for a halal certified, so I can sell to apa nama Muslim, so that I can sell for to the non-Muslim. So dan ini sedang direplicate oleh Australia dan kebanyakan negara-negara di Afrika juga sudah mula melihat bahawa ini adalah keadaan yang akan menjadikan orang kata permintaan yang semakin hari semakin tinggi.
Dan selain daripada itu saya dengar tadi dua (2), tiga (3) sebut pasal isu pertanian tak mahu ulang, tapi cuma saya nak katalah kalaulah ada budi dan juga kalau ada rasa ehsan di kalangan mereka yang betul-betul tertekan. Tertekan mereka bukan soal minyak diesel saja naik, pelbagai. Dan dulu pada tahun 2022 di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga pernah ada diberi inisiatif ini kepada mereka. Saya tulis surat kepada Yang Berhormat untuk dipertimbangkan dalam belanjawan yang lalu, apalah kiranya kalau dapat dipertimbangkan bantuan. Saya rasa saya tulis dalam surat ini bantuannya 1,000 dan ahlinya hanyalah 5,603. Kalau 1,000 bererti RM5 juta. Kalau tak boleh 1,000, 500 macam mana 2022 dan implikasinya adalah RM2.8 juta. Walaupun jumlah begitu tak begitu besar tak begitu kecil tetapi impak dan implikasi kepada rakyat di bawah itu utamanya di kalangan pesawah pasti akan memberi kesan yang amat-amat mendalam.
Dan yang terakhirnya saya ingin menutup ingin mengatakan bahawa saya bersyukur ya, kepada Tuan Yang di-Pertua kerana saya lihat saya tak tahulah pasai apa depa letak saya last, tapi saya kira bagusnya kerana semua berucap dalam nada yang baik. Saya tak tahulah kalau tak silap sayalah, saya rasa Pulau Pinangnya satu-satunya Speaker tak pernah arah keluar ni.
Duk tahan ni.
Ada? Tak ada. Tak ada. Dulu dulu, tapi sekarang penggal ni, tak ada. Saya tengok Melaka kena, Selangor kena, Kelantan kena, Pahang kena, Pulau Pinang. Saya tanya Johor, saya baru balik dari perasmian Johor, saya tanya Johor rupanya Johor dalam peraturan mesyuarat tak boleh mencelah. Ya, tak boleh mencelah.
He’s straight.
Dia straight. So bagi saya dalam soal politik kita boleh mempunyai perbezaan. Saya pernah duduk sini, saya pernah duduk sini, saya pernah duduk sini, saya tak pernah duduk situ saja lagi. Kat luar kat luar tak apa, kat luar nak kata apa katalah. Kita politiklah, wal’aun, walanon UMDAP katalah. UMDAP selagi orang kata benda selesai masjid, selesai benda-benda macam contohnya di masjid apa nama di Syafie yang beri dua RM2 juta Kerajaan Negeri kan?
Bukanlah saya nak mengata kata bahawa ini semua adalah perfect. Tetapi dalam pilihan raya kita dalam politik kita takkan ada permanent friends, tak ada permanent foes. So, there are time, bila mana sampai saat dan ketika mungkin kita berdepan, ni baru-baru ini saja dia cakap. UMNO tak boleh percaya… (suara ketawa), (gangguan) Reezal boleh. UMNO tak boleh percaya, Reezal boleh (suara ketawa) … (gangguan).
Dewan Ditangguhkan
Saya pula kata saya kata bila kita nak tegur pemimpin itu, dia ada pemimpin. Saya cerita satu ceritalah pasal Khalifah ar-Rasyid. Khalifah ar-Rasyid ini adalah salah satu pemimpin zaman orang kata Abassid. Dia ada dualah hebat Khalifah ar-Rasyid, Umar Abdul Aziz. Umar Abdul Aziz nilah yang dulu PAS panggil Umar Abdul Aziz. Okey, Khalifah Umaiyah ni, Khalifah Abassid ni bila dia bila dia pergi ke Jumaat dia asyik kena hentam, kena hentam kena hentam. Dia ketua kerajaan. Jadi bila mana dia turun, dia panggil, dia jumpa, dia kata kenapa kamu duk hentam? Dia kata Allah dan Rasul suruh aku buat, guna perkataan Allah dan Rasul. Dan dia tanya ana asyarrun min firaun? Adakah aku ni lebih teruk daripada Firaun? A anta khairun min musa? Adakah kamu ni lebih baik daripada Musa? Kalau kamu tak lebih baik daripada Musa, aku tak lebih teruk daripada Firaun. Kenapa when dalam Quran dia kata apa kata izhaba ila firaun, Aaron and Moses go to Pharaoh, wa qula lahu, and say to him, qaulan layyinan, perkataan-perkataan yang baik, la'allahum yatadzakkar aw yakhsha.
Dan demikian juga dalam hubungan-hubungan kita begini. Saya nak sentuh jugalah tentang negara ini kerangkanya kita punya kitab apa the supreme law of the land is Perlembagaan. But kita ada Raja-raja Melayu, kita ada rakyat, kita ada kakitangan kerajaan, ini pasak penting. Tapi kita kena ada alas-alas adab. Bila raja bertitah, kena jawab ataupun kena respond dengan cara yang ada alas, yang penuh dengan adab, tak boleh longgar.
Saya puji apa nama, Menteri Belia dan Sukan. Sultan titah tentang soal SUKMA beliau pergi mengadap dan akhirnya benda diselesaikan dengan harmoni. Jadi saya berharap bahawa kita teruskan mempunyai keberanian untuk menegur tapi pada waktu sama hikmah kita gunakan alas, alas untuk adab dan supaya kita menjadi bangsa yang rakyat Malaysia yang penting yang mempunyai orang kata kemajuan dan yang paling penting ialah keharmonian dan kita dapat membina negara ini sebagai bina sebuah negara, negara Malaysia, negara bangsa dan akhirnya membawa kemakmuran, kesejahteraan, keamanan buat semua. Terima kasih banyak Bertam mohon menyokong.
Terima kasih Bertam. Ahli-ahli Yang Berhormat kita telah selesai sesi perbahasan usul ucapan terima kasih pada Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan menyampaikan ucapan pada Dewan ini dalam Mesyuarat Penggal Pertama Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang ke-15. Jadi mesyuarat persidangan pada hari ini ditangguhkan dan esok kita akan mulakan sesi penggulungan. Sekian wabillahi taufiq, walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."
Dewan ditangguhkan pada jam 6.42 petang.