Perak · 9 December 2020

14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 7 turns · 444 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Ketua Bentara

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang Dipertua.

Setiausaha

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang ke 14 Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu, 09 Disember 2020, jam 2.30 petang dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian Hamba mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam.

Pengumuman Tuan Yang Dipertua

Setiausaha

Perkara yang kedua, Pengumuman Tuan Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera and very good afternoon. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, Ketua atau wakil jabatan dan agensi serta wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya membuat pengumuman.

Perkara yang pertama, berkenaan dengan soalan lisan. Kesemua jawapan soalan lisan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat pada hari pertama iaitu 04 Disember 2020 dan hari ini 09 Disember 2020 akan dijawap secara jawapan bertulis. Ianya adalah selaras dengan Perintah Tetap 22(3).

Perkara yang kedua, berkenaan penempohan persidangan. Dimaklumkan persidangan hari ini akan ditempohkan selepas selesai urusan pembentangan Surat-Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Sekian, terima kasih.

Membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

Setiausaha

Perkara yang ketiga, membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang, saya membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari bilangan 26/2020 hingga 29/2020 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan pada 26 November 2020.

Bil. 26/2020 - Laporan Tahunan 2019 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan

Bil. 27/2020 - Sijil Ketua Audit Negara Tahun 2017 Mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019

Bil. 28/2020 - Penyata Kewangan 2019 Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

Bil. 29/2020 - Belanjawan 2021 Negeri Perak Darul Ridzuan

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, memandangkan agenda seterusnya untuk membawa Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 ke dalam dewan tidak dapat diteruskan berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan, Perkara 38(2) dan berdasarkan kedudukan semasa, maka persidangan ini akan ditempohkan sehingga hari Rabu 16 Disember 2020 jam 2.30 petang. Sekian, terima kasih.